{"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16861", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16862", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16863", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16864", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16865", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16860", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20-21 November 2019 telah membincangkan berkaitan Cadangan Pelantikan Ketua Hakim Syarie dalam Kalangan Wanita. Muzakarah telah membuat keputusan bahawa wanita harus dilantik menjadi Ketua Hakim Syarie dalam kes-kes selain hudud dan qisas. Pemilihan dan pelantikan hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16859", "body": "Berdasarkan kajian dan kertas yang dibentangkan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-111 yang bersidang pada 8- 10 November 2017 mendapati bahawa:\n\n\n\n\nBerdasarkan kepada pemerhatian terhadap susunan wali pernikahan yang diguna pakai oleh Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat tiga isu perbezaan pada susunan sesetengah wali, istilah yang digunakan, dan penetapan sesetengah wali dalam senarai.\n\n\nIsu pertama ialah perbezaan dalam penetapan cucu saudara (anak lelaki kepada anak saudara lelaki) dalam senarai wali, di mana sesetengah pihak menyenaraikannya dalam satu kategori khas, manakala sesetengahnya pula tidak menyenaraikannya dalam satu kategori khas. Setelah membuat penelitian terhadap perbezaan tersebut, didapati bahawa perbezaan hanya timbul dari sudut perincian susunan wali sahaja dan tidak mengubah susunan wali sebagaimana yang sebenarnya.\n\n\nIsu kedua ialah perbezaan antara negeri-negeri pada susunan antara datuk saudara dan sepupu. Setelah meneliti rujukan-rujukan muktabar dalam mazhab Syafie berhubung turutan susunan antara sepupu dan datuk saudara, didapati bahawa sepupu sepatutnya didahulukan daripada datuk saudara.\n\n\nIsu ketiga ialah perbezaan antara negeri-negeri berkenaan kedudukan moyang saudara dalam susunan wali. Setelah meneliti rujukan-rujukan muktabar dalam mazhab Syafie berhubung kedudukan moyang saudara didapati bahawa susunan yang tepat ialah moyang saudara diletakkan selepas ketiadaan anak dan cucu kepada datuk saudara.\n\n\nSehubungan dengan itu, Muzakarah bersetuju menerima cadangan susunan wali seperti berikut :\n\n\n\n\n\n\nBapa \n\u0627\u0644\u0623\u0628\n\n\nDatuk (bapa kepada bapa) dan ke atas \n\u0627\u0644\u062c\u062f \u0623\u0628\u0648 \u0627\u0644\u0623\u0628\n\n\nSaudara lelaki seibu sebapa \n\u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\nSaudara lelaki sebapa \n\u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\nAnak saudara lelaki seibu sebapa \n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\nAnak saudara lelaki sebapa \n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\nAnak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah\n\n\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\n\n\nAnak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah\n\n\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\n\n\nBapa saudara sebelah bapa seibu sebapa \n\u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\nBapa saudara sebelah bapa sebapa \n\u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\nAnak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu)\n\n\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\n\n\nAnak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu)\n \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\nAnak sepupu seibu sebapa ke bawah\n \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\nAnak sepupu sebapa ke bawah \n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\nBapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara)\n\n\n\n\n\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\n\n\nBapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara)\n \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\nAnak lelaki datuk saudara seibu sebapa \n\u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\n\nAnak lelaki datuk saudara sebapa \n\u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\nAnak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah\n\n\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\n\n\nAnak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah\n\n\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\n\n\nBapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara)\n \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n \u00a0\n\n\nBapa saudara datuk sebapa (moyang saudara) \n\u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\nAnak lelaki moyang saudara seibu sebapa \n\u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\nAnak lelaki moyang saudara sebapa \n\u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\nAnak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa\n\n\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\n\n\nAnak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa\n\n\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\n\n\nMuzakarah juga berpandangan cadangan susunan wali ini harus dirujuk dan tertakluk kepada enakmen pentadbiran undang-undang keluarga di negeri masing-masing."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16849", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nHarga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kilogram.\n\n\nHarga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing- masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kilogram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16848", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-111 yang bersidang pada 8-10 November 2017 telah membincangkan mengenai Hukum Waqaf Unit Amanah. Muzakarah telah memutuskan bahawa wakaf bagi Unit Amanah yang patuh Syariah adalah harus kerana ia adalah bentuk aset yang diiktiraf menurut hukum syarak.Muzakarah juga bersetuju bahawa matlamat utama wakaf unit amanah adalah untuk memelihara bentuk asalnya (Unit Amanah), dan penggunaan keuntungan yang dihasilkan adalah untuk tujuan wakaf dan bukan untuk didagangkan (trading) dalam pasaran kewangan. Unit Amanah tersebut tidak boleh dijual kecuali untuk keperluan yang lebih utama dan ia tertakluk kepada peraturan-peraturan syarak berkenaan istibdal. Hukum keharusan ini berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:\n\n\n\n\nUnit Amanah adalah harta yang boleh diwakafkan kerana ia adalah harta yang mempunyai manfaat, bersesuaian dengan konsep dan aplikasi wakaf (\ntasbil al-manfa\u2018ah\n), iaitu sumbangan jariah manfaat sesuatu harta yang diwakafkan di samping mengekalkan asalnya. Unit Amanah adalah harta yang boleh dikekalkan dalam bentuk bilangan unitnya, pada masa yang sama, ia menghasilkan pulangan dan keuntungan yang boleh disalurkan.\n\n\nUruf pada masa ini menganggap ia adalah instrumen kewangan bernilai yang mudah dicairkan dan hampir sama dengan wang tunai. Wakaf Tunai sudah dibenarkan dan diiktiraf oleh badan-badan fatwa di peringkat tempatan dan antarabangsa. Oleh itu, hujah yang mengharuskan Wakaf Tunai boleh juga digunakan dalam Wakaf Unit Amanah.\n\n\nKeharusan Wakaf Unit Amanah juga boleh disandarkan dengan keharusan Wakaf Saham dan Wakaf Sukuk seperti yang diputuskan oleh Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dan Accounting & Auditing\u00a0 Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) kerana Unit Amanah pada hakikatnya adalah sijil pemilikan ke atas aset pelaburan berkelompok yang boleh dijual beli sama seperti saham dan sukuk.\n\n\nKeharusan mewakafkan Unit Amanah juga bertepatan dengan kehendak semasa dan tidak bercanggah dengan maslahah. Ia juga menepati maqasid syariah, terutamanya dalam penjagaan agama dan harta."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16847", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-18 yang bersidang pada 25 Februari 1987 telah membincangkan Khairat Kematian. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nSelain daripada Kumpulan Khairat Kematian Lembaga Letrik Negara ini terdapat juga bentuk kumpulan khairat yang sama yang dikendalikan oleh organisasi lain di negara ini seperti Jabatan Bomba, Felda dan lain-lain. Keahliannya juga melibatkan orang bukan Islam.\n\n\nDari segi hukum orang Islam tidak boleh membantu sebarang kegiatan atau perbuatan bercorak keagamaan agama-agama bukan Islam tetapi bantuan kepada kegiatan atau perbuatan berbentuk kemasyarakatan diharuskan.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah mengambil keputusan Kumpulan Khairat Kematian yang dikendalikan oleh Lembaga Letrik Negara harus disisi syarak dengan syarat wang bantuan yang dikeluarkan tidak digunakan bagi kegiatan atau perbuatan bercorak keagamaan agama bukan Islam.\n\n\nPenyertaan orang Islam dalam Kumpulan Khairat Kematian yang ahlinya bercampur antara orang Islam dengan bukan Islam adalah harus dengan syarat mereka hendaklah meniatkan wang yang disumbangkan kerana tujuan bantuan dan bukan membantu perkara yang berkaitan dengan keagamaan bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16846", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-111 pada 8-10 November 2017 telah membincangkan berkaitan Kumpulan Hizbut Tahrir. Setelah meneliti kajian yang dibentangkan, Muzakarah berpandangan bahawa:\n\n\ni. Pegangan dan pandangan-pandangan Hizbut Tahrir seperti mengkafirkan sistem parlimen berdemokrasi adalah sesat kerana ia berlawanan dengan sistem politik di negara ini dan berpegang kepada pandangan-pandangan yang tidak selari dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Mu\u2019tazilah, Qadariyah dan Khawarij.\n\n\nii. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa pertubuhan dan kumpulan Hizbut Tahrir ini perlu disekat dan dilarang daripada menjalankan aktivitinya, serta orang Islam perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan kumpulan Hizbut Tahrir."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16845", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-110 yang bersidang pada 27-28 Mac 2017 telah membincangkan Hukum Menerbit Dan Mengedar Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\nSetelah pembentangan kertas kajian mengenai Hukum Menerbit dan Mengedar Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran, Muzakarah berpandangan bahawa:\n\t\n\n\nTerjemahan makna ayat-ayat al-Quran dalam penulisan seperti buku agama, akhbar, jurnal, majalah, dan seumpamanya tanpa disertakan bersama teks asal al-Quran dalam Bahasa Arab adalah diharuskan. Terjemahan tersebut adalah satu bentuk penafsiran makna ayat-ayat dalam al-Quran, dan penafsiran ayat-ayat al-Quran adalah diharuskan secara kesepakatan ulama.\n\n\nTerjemahan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk seperti ini juga adalah sebagai keterangan dan penghujahan terhadap apa yang terkandung di dalam penulisan, dan bukannya bermaksud ia adalah Kalam Allah yang dibaca. Justeru, tidak ada halangan dari sudut Syarak untuk membawakan terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam penulisan tanpa disertakan teks asal ayat al-Quran.\n\n\nWalau bagaimanapun adalah lebih digalakkan untuk menyertakan sekali teks asal al-Quran yang dalam Bahasa Arab kecuali jika dibimbangi ia akan mencemarkan kemuliaan dan kesucian ayat-ayat al-Quran, seperti penulisan di dalam buku-buku agama, surat-surat khabar, jurnal, majalah atau seumpama dengannya.\n\n\nManakala penerbitan dan pengedaran terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran, Muzakarah telah meneliti hujahhujah dan pandangan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam kitab\u00a0Man\u0101hil\u00a0al-\u02bfIrf\u0101n\u00a0dinyatakan: Maksudnya: \u201c\nDalam penterjemahan al-Quran -dengan pengertian ini (terjemah makna/ tafsir)- ke dalam apa jua bahasa, wajib ditulis ayat-ayat al-Quran\n\u201d\u00a0(Al-Zurq\u0101n\u012b, t.t.: 2/134).\n\n\nDalam kitab Al-Tafs\u012br\u00a0wa\u00a0al-Mufassir\u016bn,\u00a0pengarangnya menyebut bahawa antara syarat-syarat penterjemahan al-Quran ialah:\n\n\n\n\nMaksudnya: \u201c\nHendaklah ditulis Al-Quran terlebih dahulu, kemudian dibawakan tafsirannya, kemudian diikuti dengan terjemahannya secara tafsir\n\u201d\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n(Husain al-Dhahab\u012b,\u00a0t.t.: 1/24).\n\n\n\n\nKewujudan suatu buku terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran\u00a0akan membawa kepada anggapan bahawa buku tersebut adalah al-Quran yang merupakan kalam Allah, tetapi bukan dalam Bahasa Arab dan bersifat maksum iaitu terpelihara daripada segala kekurangan dan kesilapan.\n\n\nKewujudan buku terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran boleh membawa fahaman kepada orang awam bahawa membaca buku terjemahan al-Quran tersebut sebagai bacaan seperti membaca al-Quran. Sedangkan membaca al-Quran selain Bahasa Arab adalah tidak dibenarkan.\n\n\n\n\nAl-Nawaw\u012b\u00a0menyebut:\n\n\nMaksudnya: \n\u201cDalam mazhab kita (S\u1e25\u0101fi\u02bf\u012b) tidak harus membaca Al-Quran dengan bahasa selain Bahasa Arab, sama ada seseorang itu mampu berbahasa Arab atau tidak mampu, dan sama ada di dalam sembahyang ataupun di luar sembahyang\n\u201d\n\n\n(Al-Nawaw\u012b,\u00a0\u00a0\u00a0 t.t.:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 3/379).\n\n\n\n\nMembaca\u00a0terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks asal al-Quran akan mendorong masyarakat awam meninggalkan daripada membaca teks asal al-Quran.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan dengan itu, berasaskan kepada pertimbangan antara \nma\u1e63la\u1e25ah\n dan \nmafsadah\n dalam isu ini, Muzakarah berpandangan sisi \nmafsadah\n lebih terserlah, maka Muzakarah berpandangan bahawa Penerbitan dan Pengedaran Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran adalah dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16844", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-109 yang bersidang pada 18-19 Oktober\u00a0\u00a0 2016 telah membincangkan Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah: Kajian Perkembangan Dan Amalannya di Malaysia. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\nSetelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan meneliti faktafakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.\n\n\nBerdasarkan dapatan penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:\n\t\n\n\nTarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah merupakan sebuah tarekat yang muncul pada awal abad ke 18 hijrah. Tarekat ini dinisbahkan kepada Sayyid Ahmad ibn Idris yang berasal dari Maghribi yang\u00a0dikenali\u00a0sebagai ulama\u00a0fiqh, hadis,\u00a0tafsir\u00a0\u00a0\u00a0 dan\u00a0tasawuf oleh para ulama sezamannya;\n\n\nKemasukan Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah ke Malaysia permulaannya daripada tokoh-tokoh ulama Melayu yang pulang ke Tanah Melayu setelah menyelesaikan pengajian mereka di Mekah seperti Tuan Tabal, Shaykh Ahmad al-Fatani, Tuan Guru Haji Wan Musa, Shaykh Muhammad Said al-Linggi dan Shaykh Daud Bukit Abal;\n\n\nHasil penelitian menunjukkan pembawakan mutakhir tarekat ini adalah selaras dengan metodologi para ulama tasawuf/ tarekat terdahulu. Di Malaysia, tarekat ini juga berpegang kepada\u00a0Mazhab Shafie dari\u00a0sudut\u00a0fikah,\u00a0Mazhab Asha\u2019irah dari sudut aqidah dan Mazhab al-Junaidiyyah, al-Ghazzaliyyah serta al-Shadhaliyyah dari sudut tasawuf.\n\n\nTerdapat beberapa perkara dalam Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah yang memerlukan penelitian dan penjelasan melalui metodologi ilmu tasawuf, antaranya baiah dan talqin, lafazlafaz zikir, yaqazah, Nur Muhammad dan Wahdat al-Wujud yang mungkin menimbulkan salah faham di dalamnya.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan dengan itu, Muzakarah memutuskan bahawa :\n\t\n\n\nKandungan zikir, selawat dan tahlil yang terdapat di dalam pengamalan Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah tidak bertentangan dengan unsur-unsur Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\n\nAspek berkaitan kepercayaan dan amalan dalam Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah yang diamalkan oleh semua cabangcabang Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah di Malaysia tidak bertentangan dengan prinsip aqidah dan syariat Islam dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16843", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-110 yang bersidang pada 27-28 Mac 2017 telah membincangkan Amalan Perbomohan Ibrahim Mat Zin. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\nSetelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan berkaitan Amalan Perbomohan Ibrahim Mat Zin, Muzakarah mendapati\u00a0 bahawa\u00a0 Amalan dan upacara\u00a0 Perbomohan Ibrahim Mat Zin melibatkan amalan-amalan dan upacara yang menggambarkan kepercayaan khurafat dan tahyul\u00a0 melalui penggunaan\u00a0 pelbagai peralatan.\n\n\nSehubungan dengan itu, Muzakarah memutuskan pandangan hukum\u00a0 seperti berikut:\n\t\n\n\nBahawa upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Bin Mat Zin untuk apa-apa tujuan dengan menggunakan atau tidak menggunakan apa-apa objek adalah menyeleweng dan berlawanan dengan ajaran Islam.\n\n\nOleh\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 yang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 demikian,\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 mana-mana\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 orang\u00a0\u00a0 Islam\u00a0\u00a0\u00a0 atau\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 kumpulan orang Islam adalah dilarang:\n\t\t\n\n\nmenganut, mengamal, menjadi ahli, menjadi pengikut, mengisytiharkan diri sebagai ahli, mengisytiharkan diri sebagai pengikut perbomohan tersebut; atau\n\n\nmemiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, memuat naik, memuat turun, menjual, mengedar atau menggunakan apaapa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 audio,\u00a0 filem\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 amalan atau\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 upacara perbomohan tersebut; atau\n\n\nmengajar, menyebar, menghidup, membantu, menganjur, mempromosi upacara atau amalan perbomohan tersebut, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan amalan perbomohan tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.\n\n\n\n\n\n\nMana-mana orang Islam adalah dilarang bersubahat daripada melakukan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (ii).\n\n\nMana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam yang telah melibatkan diri dengan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Bin Mat Zin sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (ii) hendaklah bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16840", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 16 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Kedudukan Kursus ESQ \nLeadership Training\n. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:-\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli serta rumusan awal yang telah dibuat pada Muzakarah Khas pada 14 April 2010, Muzakarah berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus ESQ \nLeadership Training\n boleh diperbetul dan diperjelaskan.\n\n\nMuzakarah bersetuju memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/ perlakuan yang menimbulkan keraguan kepada masyarakat.\n\n\nMuzakarah juga bersetuju membuat ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembentulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Muzakarah. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Kursus ESQ \nLeadership Training\n boleh dilaksanakan di Malaysia dengan pengawasan sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16838", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-120 yang bersidang pada 25 Januari 2022 telah membincangkan mengenai Hukum Ajaran Makrifat Oleh Ismail bin Ariffin @Lepat. Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan terhadap fahaman dan pemikiran Ismail bin Ariffin @Lepat yang terkandung dalam ungkapan, ucapan, dialog dan siri-siri perbincangan dan ceramah beliau samada melalui video-video, laman sesawang, akaun-akaun media sosial dan penulisan bahan penerbitan bercetak seperti buku dan novel, maka dapat dirumuskan bahawa\n Ajaran Makrifat Ismail bin Ariffin @Lepat mengandungi keraguan, kekeliruan dan penyelewengan dari segi akidah, syariah, tasawuf dan tafsiran-tafsiran terhadap ayat al-Quran seperti berikut:\n\n\n\n\nDalam aspek akidah, kefahaman dan pemikiran yang dibawa oleh Ismail bin Ariffin @ Lepat ini menyerupai fahaman \nmujassimah\n dan \nmushabbihah\n serta kecenderungan kepada konsep \nhulul\n dan \nittihad\n yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\n\n\n\n\nDalam aspek syariat, Ajaran Makrifat oleh Ismail bin Ariffin @Lepat mempunyai unsur-unsur batiniah kerana wujudnya kecenderungan meremehkan syariat solat dan menghuraikan ibadah solat bertentangan dengan syariat Islam.\n\n\n\n\n\n\nDalam aspek tasawuf, Ajaran Makrifat oleh Ismail bin Ariffin @Lepat mengandungi unsur-unsur yang memisahkan hubungan antara syariat, hakikat dan makrifat serta tidak memahami ilmu tasawuf dan makrifat yang sebenar menurut Ahli Sunnah wal Jamaah.\n\n\n\n\n\n\nPenafsiran Ismail bin Ariffin @Lepat terhadap ayat-ayat al-Quran dalam ilmu makrifatnya menggunakan lojik akal, tidak menepati konteks ayat-ayat tersebut dan tidak bertepatan dengan tafsiran muktabar Ahli Sunnah wal Jamaah.\n\n\n\n\nSehubungan itu, Jawatankuasa Muzakarah \nbersetuju memutuskan\n bahawa:\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0i.\n \u00a0\u00a0\nAjaran Makrifat oleh Ismail bin Ariffin @Lepat dan ajaran-ajaran yang seumpama dengannya adalah \nmenyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah\n.\n\n\nii. \u00a0Mana-mana \nindividu atau kumpulan\n yang \nmengamal dan menyebar\n fahaman, ajaran dan pegangan seumpama ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\niii. \u00a0Orang Islam \nhendaklah menjauhi fahaman dan ajaran\n ini dan \ndilarang berpegang dan beramal dengannya\n. Mana-mana\u00a0orang Islam yang telah mengikut dan mengamalkan ajaran ini \nhendaklah segera bertaubat\n kepada Allah SWT.\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0iv. \u00a0Apa-apa \npublisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran dan penerbitan bahan bercetak, audio visual atau apa-apa yang berkaitan\n dengan Ajaran Makrifat\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Ismail bin Arifin @Lepat adalah \ntidak dibenarkan dan perlu disekat\n.\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0v. \u00a0Umat Islam \nhendaklah berpegang\n kepada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dari aspek akidah, syariah dan tasawuf yang\u00a0berdasarkan kefahaman Islam\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah arus perdana umat Islam: iaitu dari segi\u00a0\nakidah\u00a0berpandukan manhaj Asyairah dan Maturidiah\n, dari\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 segi\u00a0\nsyariah berpandukan manhaj Shafie\n serta \nmazhab\u00a0muktabar\n yang lain seperti Hanafi, Maliki, Hanbali ketika diperlukan dalam menyelesaikan masalah\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 tertentu dan dari segi \ntasawuf\u00a0berpandukan manhaj Imam al-Junaid, Imam al-Ghazali serta aliran tasawuf yang sahih dan muktabar\n.\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0vi. Muzakarah menggesa semua pihak berkuasa agama Islam negeri dan agensi-agensi lain yang berkaitan supaya mengambil\u00a0tindakan \nmenyekat dan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 mengharamkan\n apa-apa kegiatan penyebaran dan penyelewengan Ajaran Makrifat oleh Ismail bin Ariffin@Lepat termasuk \npenyebaran buku\n \n\u201cAntara Ustaz\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Ilmu Adab Dengan Seketul Tahi\u201d\n dan buku-buku lain yang mempunyai\u00a0 unsur-unsur penyelewengan seumpamanya daripada terus tersebar dan mengancam\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 akidah seluruh umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16837", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-120 yang bersidang pada 25 Januari 2022 telah membincangkan mengenai \nHukum Berurus Niaga Bersama Syarikat Atomy Menurut Muamalat Dan Akidah. \nBerdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam pada asasnya mengharuskan berurus niaga dengan orang bukan Islam selagi mana ianya tidak melibatkan perkara-perkara yang ditegah dan diharamkan oleh Islam. \u00a0Begitu juga penggunaan kaedah pemasaran jualan langsung secara \nMulti-Level Marketing\n (MLM), ianya juga diharuskan sekiranya tidak mengandungi unsur-unsur penipuan dan \ngharar\n.\n\n\nBerkaitan hukum berurus niaga dengan Syarikat Atomy, \ndapatan kajian menunjukkan wujud bukti yang kukuh \nbahawa \nberurus niaga dengan Syarikat Atomy boleh memberi kesan dan ancaman secara halus kepada akidah umat Islam. \nIni berdasarkan pengakuan secara terbuka pengasas dan ahli-ahli Atomy serta aktiviti-aktiviti mereka yang jelas menjurus kepada gerakan Kristianisasi.\n\n\nOleh yang demikian, berdasarkan Kaedah Fiqhiyyah \nsadd adz-dzari\u2019ah (\nMenutup Pintu Kerosakan) bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar kepada agama, \numat Islam \ndilarang melibatkan\n \ndiri dalam aktiviti urus niaga dan mempromosikan\n \nSyarikat Atomy atau apa-apa perniagaan seumpamanya yang menyumbang kepada gerakan anti Islam\n. Ketetapan ini adalah berdasarkan Kaedah Fiqhiyyah:\n\n\n\u0627\u0644\u0636\u0631\u0631 \u064a\u0632\u0627\u0644\n\n\n(Kemudaratan hendaklah dihilangkan) dan;\n\n\n\u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0623\u0648\u0644\u0649 \u0645\u0646 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d\n\n\n(Membendung kerosakan lebih utama daripada mengambil manfaat)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16836", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16835", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak\u00a0(FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Julai 2002 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus merobohkan bangunan Masjid Nurul Iman Serendah yang lama demi kepentingan awam dengan alasan seperti berikut setelah masjid baru telah siap dibina:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Tanah tapak masjid bukanlah merupakan harta wakaf.\n\n\nii. Bangunan masjid lama adalah dibina oleh pihak kerajaan dan bukan merupakan harta wakaf.\n\n\niii. Sebahagian tapak masjid Nurul Iman termasuk dalam rezab jalan yang perlu dilebarkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nJawatankuasa Perunding Hukum Syarak\u00a0(FATWA) Negeri Selangor menyarankan sekiranya terdapat Harta Wakaf di Bangunan Masjid Lama yang boleh dimanfaatkan, maka hendaklah dipindahkan kegunaannya ke masjid baru."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16834", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nUndang-undang tiada mentakrifkan makna perkataan \u201cmengajar\u201d, dengan itu makna yang terdapat dalam mana-mana kamus adalah diterima pakai iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan dalam apa-apa bentuk."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16833", "body": "(1) Harga zakat fitrah bagi tahun 1420H/1999-2000M ialah sebanyak RM3.70 seorang.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat fitrah kepada penolong-penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi tahun 1420H/1999-2000M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16832", "body": "(1) Harga Zakat Fitrah bagi tahun 1422H/2001M ialah sebanyak RM4.20 seorang.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan purata harga beras runcit, merangkumi semua gred beras di pasaran semasa, mengikut timbangan satu gantang baghdad.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat fitrah kepada Penolong- Penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi tahun 1422H/2001M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16831", "body": "(1) Harga Zakat Fitrah bagi tahun 1423H/2002M ialah sebanyak RM4.50 seorang.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras super Tempatan Gred A, mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat fitrah kepada Penolong-Penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi tahun 1423H/2002M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16830", "body": "(1) Harga zakat fitrah bagi tahun 1425H/2004M adalah sebanyak RM4.70 seorang.\n\n\n(2) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat fitrah kepada penolong-penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi tahun 1425H/2004M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16829", "body": "(1) Harga zakat fitrah bagi tahun 1424H/2003M adalah sebanyak RM4.50 seorang.\n\n\n(2) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat fitrah kepada penolong-penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi tahun 1424H/2003M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16828", "body": "(1) Harga zakat fitrah bagi tahun 1416H/1996M ialah sebanyak RM3.20 seorang.\n\n\n(2) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat fitrah kepada penolong-penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi tahun 1416H/1996M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16827", "body": "Pada\u00a0menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 33(1) dibaca bersama subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019, \nmeminda fatwa tentang Ilmu Tajali Ahmad Laksamana (Hakikat Insan) yang disiarkan pada 23hb November 1995 dengan menggantikan tajuk buku \u201cCara Mengenal Diri\u201d dalam subperenggan (1)(c) dengan tajuk buku \u201cIlmu Mengenal Allah\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16826", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-2/2016 yang bersidang pada 12 April 2016 bersamaan 4 Rajab 1437H \nmemutuskan \nbahawa:\n\n\nHarus melaksanakan solat Jumaat kepada banduan di Musolla Pusat Koreksional Puncak Alam, Kuala Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16825", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-2/2016 yang bersidang pada 12 April 2016 bersamaan 4 Rajab 1437H \nmemutuskan \nbahawa:\n\n\nBersetuju dengan cadangan Muzakarah Fatwa Kebangsaan supaya Majlis Agama Islam Selangor mendapat pelepasan cukai GST dalam apa-apa urusan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16824", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-4/2016 yang bersidang pada 28 Julai 2016 bersamaan 23 Syawwal 1437H \nmemutuskan \nbahawa:\n\n\nQunut Nazilah adalah sunat dibaca dalam Solat Fardhu ketika berlaku musibah. Manakala dalam Solat Sunat adalah Harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16823", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-5/2016 yang bersidang pada 4 Oktober 2016 bersamaan 3 Muharram 1438H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus mendirikan solat jumaat secara berasingan bagi banduan muda dan banduan dewasa di Penjara Kajang dalam blok yang berbeza. Pihak Penjara Kajang hendaklah menyediakan keperluan bagi memastikan solat jumaat dapat dilaksanakan dengan sempurna."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16822", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2017 yang bersidang 17 Oktober 2017 bersamaan 26 Muharram 1439H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus melaksanakan wakaf tunai sebagai harta wakaf dengan syarat-syarat seperti berikut: \n\n\ni. nilai asal wang yang diwakafkan hendaklah sentiasa dikembangkan dan meningkat; \n\n\nii. sebarang pembelian aset hendaklah menepati hukum syarak; dan \n\n\niii. lain-lain syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh PWS."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16821", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-6/2016 yang bersidang pada 6 Disember 2016 bersamaan 6 Rabiulawwal 1438H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak Harus melaksanakan Istibdal ke atas Projek Pembangunan Berstatus Rumah Bertingkat (Strata) bagi Projek Pembangunan Hartanah Wakaf Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n*Nota; Fatwa ini berkaitan dengan keputusan \n\u201cHukum Istibdal Bagi Projek Pembangunan Berstatus Rumah Bertingkat (Strata) Bagi Projek Pembangunan Hartanah Wakaf Selangor\u201d\n (Pembentangan Semula) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-1/2017 pada 31/1/2017."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16820", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-6/2016 yang bersidang pada 6 Disember 2016 bersamaan 6 Rabiulawwal 1438H memutuskan bahawa:\n\n\n- Harus mengawet anjing kerja bagi tujuan penyelidikan. \n\n\n- Jabatan Penjara perlu memanjangkan isu tersebut kepada JAKIM untuk kajian menyeluruh kerana melibatkan isu nasional."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16819", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H memutuskan bahawa:\n\n\ni. Jemaah hendaklah mendengar dan menghayati Khutbah Jumaat dengan sepenuhnya; \n\n\nii. Harus menggerakkan tabung kutipan Jumaat ketika khatib membaca khutbah dengan syarat tidak menghalang para jemaah daripada mendengar khutbah; \n\n\niii. Hasil kutipan digunakan untuk maslahah masjid seperti membayar bil-bil air, elektrik, pengimarahan, pembangunan dan penyelenggaraan masjid; dan \n\n\niv. Petugas yang mengendalikan tabung kutipan atau multimedia hendaklah dipastikan tidak menghalang jemaah daripada mendengar dan memahami khutbah yang dibacakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16818", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2018 yang bersidang pada 13 Mac 2018 bersamaan 25 Jumada al-Akhirah 1439H memutuskan bahawa:\n\n\nWajib mengeluarkan zakat perniagaan dan pelaburan yang patuh syariah sahaja. \n\n\nManakala baki daripada keuntungan perniagaan dan pelaburan yang tidak patuh syariah hendaklah diserahkan kepada Baitulmal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16817", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2018 yang bersidang pada 13 Mac 2018 bersamaan 25 Jumada al-Akhirah 1439H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nKadar baharu had al-kifayah Negeri Selangor tahun 2018 bagi isi rumah berjumlah 6 orang ialah RM2,475.00 sebulan untuk rumah berbayar dan RM2,145.00 sebulan untuk rumah tidak berbayar sebagai asas dalam menilai dan menentukan asnaf fakir miskin; \n\n\n\u00a0\n\n\nManakala, kadar baharu penolakan keperluan asas bagi pengeluar zakat pendapatan di Negeri Selangor untuk isi rumah berjumlah seramai 6 orang adalah RM30,100.00. \n\n\n\u00a0\n\n\nLembaga Zakat Selangor hendaklah melaksanakan kajian semula had al-kifayah yang baharu untuk dilaksanakan bagi tahun 2019 dan seterusnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16816", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2018 yang bersidang pada 13 Mac 2018 bersamaan 25 Jumada al-Akhirah 1439H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nMengambil maklum status peratusan patuh syariah bagi tahun 2017 oleh PNB dan memohon supaya laporan dikemukakan pada setiap 6 bulan sekali."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16815", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2018 yang bersidang pada 20 April 2018 bersamaan 4 Syaaban 1439H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nSesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16814", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2018 yang bersidang pada 20 April 2018 bersamaan 4 Syaaban 1439H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak harus harta wakaf yang telah ditetapkan syarat-syarat tertentu diambil semula oleh mana-mana pihak sama ada orang yang mewakafkan ataupun orang yang bukan mewakafkannya, kerana hak milik barang yang diwakafkan telah berpindah kepada milik Allah SWT. \n\n\n\u00a0\n\n\nSyarat-syarat tersebut hendaklah dipatuhi selaras dengan niat asal pewakaf tanpa menggunakannya untuk tujuan yang lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16813", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2018 yang bersidang pada 14 Ogos 2018 bersamaan 2 Zulhijjah 1439H memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah S.A.W membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak melibatkan amalan syirik. Walau bagaimanapun, orang Islam adalah ditegah daripada menyalahgunakan ayat ruqyah dan juga istilah makanan Sunnah untuk tujuan komersil. \n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Mana-mana orang Islam adalah dilarang menyalahgunakan ayat ruqyah, istilah makanan Sunnah atau rawatan Islam untuk tujuan komersil. \n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Mana-mana orang Islam adalah dilarang bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perkara (2)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16812", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2018 yang bersidang pada 14 Ogos 2018 bersamaan 2 Zulhijjah 1439H memutuskan:\n\n\nHukum melaksanakan ibadah korban bagi orang telah meninggal dunia adalah harus dan sampai pahala kepadanya, dengan syarat diniatkan kepada nama si mati."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16811", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2018 yang bersidang pada 9 Oktober 2018 bersamaan 29 Muharram 1440H memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Tanah wakaf am yang sukar untuk dibangunkan atau dimanfaatkan adalah harus dijual tanpa istibdal tetapi hasilnya hendaklah digunakan semula untuk wakaf am atau khas yang lain. \n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Oleh itu, pembayaran bagi pembelian tanah wakaf tersebut tidak terikat dengan tempoh masa tertentu dan pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) boleh menetapkan kaedah pembayaran tersebut bagi memastikan pembayaran penuh dibuat secepat mungkin."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16810", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2018 yang bersidang pada 9 Oktober 2018 bersamaan 29 Muharram 1440H mengambil maklum:\n\n\nSehingga Jun 2018, kesemua pelaburan patuh Syariah (ekuiti, pasaran wang, hartanah & hospitaliti dan sekuriti berpendapatan tetap) adalah pada tahap 72%. \n\n\n\n\nPerumpukan aset pada kos (\nasset allocation at cost\n) di dalam ekuiti yang patuh Syariah meningkat dari 66% pada Disember 2016 kepada 68% pada Jun 2018. \n\n\nPeratusan Patuh Syariah 100% untuk pasaran wang telah dicapai pada Mei 2018. \n\n\nPNB juga mensasarkan untuk meningkatkan penempatan sekuriti berpendapatan tetap patuh Syariah secepat mungkin."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16809", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2018 yang bersidang pada 4 Disember 2018 bersamaan 26 Rabi\u2019ul Awwal 1440H memutuskan:\n\n\nGaris panduan ini diterima dan disahkan dengan pindaan seperti berikut: \n\n\n(1) Perkataan \u2018Pastikan Bersih\u2019 ditukar kepada \u2018Pastikan Suci\u2019. \n\n\n(2) Ruangan rujukan: \u25cf Said Ramadan al-Buti, Kitab Ma\u2019al al-Nas, Juz. 2. (Damsyik, Syria: Dar al-Fikr al-Mu\u2019asir, 2010). \n\n\n(3) Menggugurkan perkataan: (\u0627\u0644\u062e\u0627\u0645\u0633\u0629) dan (Isu yang kelima)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16808", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2019 yang bersidang pada 7 Jumadil Akhir 1440H bersamaan 12 Februari 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Produk Makanan Ubah Suai Genetik (Makanan Bioteknologi Moden; GMO/GMF) adalah halal dimakan sekiranya:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nIa berasaskan DNA haiwan yang halal atau tumbuh-tumbuhan;\n\n\nDNA haiwan daratan yang halal itu telah disembelih apabila proses pengambilannya melibatkan anggota besar. Jika ianya melibatkan sel atau anggota kecil yang tidak menyebabkan haiwan berkenaan mati atau terseksa, maka hukum memanfaatkannya adalah harus;\n\n\nDNA hidupan air yang halal dan tidak memudaratkan pengguna;\n\n\nDNA yang diambil tidak bersumberkan najis;\n\n\nTelah berlaku proses istihalah tammah;\n\n\nDiyakini terdapat maslahah yang lebih besar;\n\n\nNajis yang wujud dalam haiwan terbabit dapat dihilangkan seperti hukum binatang jallalah; dan\n\n\nProduk GMF yang berasaskan haiwan haram diharuskan ketika dharurah sahaja.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Keputusan fatwa ini menyentuh kepentingan nasional. Berdasarkan kepada Seksyen 51 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, keputusan fatwa ini ditangguhkan dan diangkat kepada pihak Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), JAKIM."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16807", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2019 yang bersidang pada 3 Sya'ban\u00a01440H bersamaan 9 April 2019 memengambil maklum:\n\n\n\u00a0\n\n\nLaporan perkembangan peratusan pelaburan patuh syariah PNB dari 62% pada tahun 2017 kepada 72% bagi tahun 2018. Ia dalam landasan terbaik bagi mencapai syarat minimum 75% pada tahun 2020 sepertimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16806", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2019 yang bersidang pada 28 Syawal 1440H bersamaan 2 Julai 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Menukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang menjalani pembedahan pertukaran jantina yang diharuskan oleh syarak adalah harus. \n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Sebaliknya menukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang tidak dibenarkan oleh syarak adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16805", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2019 yang bersidang pada 28 Syawal 1440H bersamaan 2 Julai 2019 memutuskan:\n\n\nBersetuju bahawa berdasarkan Seksyen 22 Catatan dalam Daftar Perkahwinan, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 telah mencakupi isu berkaitan taklik dalam perkahwinan Islam. Sehubungan itu, sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini tidak diperlukan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16804", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2019 yang bersidang pada 28 Syawal\u00a01440H bersamaan 2 Julai 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Status Zakat Bagi Pemilikan Ekuiti (Syarikat) Yang Digadaikan:\n\n\nPLC wajib mengeluarkan zakat perniagaan (kaedah modal kerja/ modal berkembang), walaupun seluruh saham/ ekuiti pegangan pemilik\n substantial \ntelah digadaikan, selagi mana harta itu masih menjadi milik sempurna (\u0627\u0644\u0645\u0644\u0643 \u0627\u0644\u062a\u0627\u0645).\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Akaun Rezab Perkhidmatan Hutang (\nDebt Service Reserve Account/ DSRA\n) \n\n\nWang \nDebt Service Reserve Account\n (DSRA) tidak dikenakan zakat kerana bukan milik sempurna (\u0627\u0644\u0645\u0644\u0643 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0642\u0635) . Manakala \nRoll-Over Fixed Deposit\n (ROFD) diwajibkan zakat kerana ia adalah milik sempurna (\u0627\u0644\u0645\u0644\u0643 \u0627\u0644\u062a\u0627\u0645)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16803", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2019 yang bersidang pada 28 Syawal 1440H bersamaan 2 Julai 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus khutbah multimedia dengan syarat: \n\n\n\n\nTidak meletakkan gambar; \n\n\nTidak meletakkan paparan video; dan \n\n\nTiada sebarang kesalahan teks."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16802", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2019 yang bersidang pada 5 Zulhijjah 1440H / 6 Ogos 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\nPenggunaan Air Tebus Guna (\n\u201cReclaimed Water\u201d\n) dari loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd bagi tujuan bukan minuman adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16801", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2019 yang bersidang pada 5 Zulhijjah 1440H / 6 Ogos 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\nHibah yang telah berlaku terimaannya (\nqabd\n) tidak harus ditarik balik kecuali hibah daripada ibu, bapa, nenek atau datuk kepada anak atau cucunya, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nAnak atau cucu mestilah mempunyai kapasiti (ahliyyah) untuk bertasarruf iaitu tidak gila, atau muflis;\n\n\nMawhub mestilah masih berada dalam pemilikan anak dan bukannya telah dijual, dihibah kepada orang lain, diwakafkan atau diwariskan kepada ahli waris;\n\n\nHibah tersebut bukan hibah yang mensyaratkan balasan;\n\n\nPenarikan balik hibah tidak dibuat dengan sebab kematian penghibah atau penerima hibah dan hak tersebut tidak boleh dipindahkan kepada ahli waris penghibah selepas kematiannya kerana ahli waris dianggap sebagai orang luar dalam akad hibah;\n\n\nTidak berlaku kerosakan mawhub. Jika kerosakan itu berlaku pada sebahagian daripada fizikal mawhub, pembatalan terhadap bahagian lain yang masih tidak rosak dibenarkan; dan\n\n\nPenarikan balik hibah hendaklah dilakukan melalui Mahkamah Syariah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16800", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2019 yang bersidang pada 5 Zulhijjah 1440H / 6 Ogos 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\na) Penyambungan tempoh pengambilan keuntungan Simpanan Tetap Islamik Kumpulan Wang Wakaf iaitu Wakaf Am, Wakaf Tunai dan Wakaf Khas sebanyak 80 peratus (80%) ke akaun Korporat PWS atau Manfaat Wakaf PWS; dan \n\n\n\u00a0\n\n\nb) Tempoh penyambungan pengambilan keuntungan simpanan tetap Islamik daripada Kumpulan Wang Wakaf iaitu Wakaf Am, Wakaf Tunai dan Wakaf Khas adalah selama tiga (3) tahun bermula dari 1 Januari 2020. \n\n\n\u00a0\n\n\nc) Pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hendaklah mengemukakan laporan perincian perolehan dan perbelanjaan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa setiap enam (6) bulan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16799", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nBone china adalah najis kerana zatnya mengandungi 50% daripada tulang babi atau binatang lain yang tidak disembelih menurut syara\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16798", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nBersetuju dan memutuskan bahawa harus menggunakan wang zakat dari peruntukan Ibnu Sabil (zakat) untuk membina dan membiayai pengurusan yang berkaitan dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16797", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 4 Ogos 2009 telah memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak di bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga memutuskan supaya perkara 12 (4) perlembagaan persekutuan yang memperuntukan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya tidak perlu dipinda.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah bersetuju dan membuat pindaan kepada perkara 21 (3) seperti berikut: \u201cHak hadhanah hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Sivil dan syarat yang ditetapkan memberi keutamaan kepada status agama anak\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16796", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliah serta berlebih-lebihan dan membazir. Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung samada manusia atau haiwan untuk tujuan peringatan atau sebagainya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Walaubagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, muzakarah tersebut memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan aqidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Acara-acara seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan dihadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan berhampiran semasa meraikan perayaanperayaan yang berkaitan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16795", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut;\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Kandungan tujuh (7) buah buku yang dinyatakan di para 6 secara keseluruhannya tidak mengandungi fakta-fakta yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Walau bagaimanapun ianya tidak sesuai disiarkan kepada umum dan perlu dihadkan bacaannya di Institusi Pengajian Tinggi sahaja sebagai rujukan ilmiah. Buku ini juga tidak perlu diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Ketujuh-tujuh buah buku yang diberikan oleh Yang Mulia Raja Ashman Shah Ibnu Sultan Azlan Shah tidak boleh dijadikan sebagai sandaran rujukan bagi membuat pertimbangan terhadap kandungan sebenar Tariqat Naqsyabandiah al-Aliah Syeikh Nazim Haqqani. Kajian yang lebih lanjut perlu dilakukan bagi mendapatkan sumber sebenar amalan Tariqat Naqsyabandiah al-Aliah Syeikh Haqqani untuk dibuat kajian dan penelitian yang mendalam.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Keputusan Muzakarah kali ke 48 bertarikh 3 April 2000 dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 85 pada 12 Februari 2009 hendaklah dikekalkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16794", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Penjualan dan penyimpanan kitab suci al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16793", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Isu bersumpah, cara-cara melakukan serta hukumnya perlu diberi penjelasan kepada masyarakat Islam supaya mereka tidak keliru.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. JAKIM disaran mengeluarkan risalah penjelasan mengenai kedudukan dan penggunaan sumpah termasuk Sumpah Mubahalah menurut kehendak syara\u2019 supaya kekeliruan yang berlaku baru-baru ini tidak berulang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16792", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus menggunakan Wang Zakat dari peruntukan Asnaf Fisabilillah untuk membiayai Caruman Skim Takaful Hayat Berkumpulan bagi Guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain Intigrasi (KAFAI) Negeri Selangor Darul Ehsan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16791", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Senaman yoga yang berasal daripada masyarakat hindu sejak sebelum masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan aqidah umat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16790", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus menggunakan wang zakat dari peruntukan Asnaf \u2018Amil untuk Membiayai Emolumen Pegawai-pegawai MAIS di bahagian tertentu yang mana bidang tugasnya adalah terlibat secara langsung dalam mengurus hal ehwal kewangan zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16789", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Harus menggunakan wang zakat bagi membiayai kos berkaitan kes permohonan perisytiharan murtad dalam proses istitabah di Baitul Iman;\n\n\n(ii) Sekiranya pemohon masih dalam tempoh muallaf (5 tahun) hendaklah wang tersebut digunakan dari peruntukan asnaf muallaf;\n\n\n(iii) Sebaliknya jika pemohon telah melebihi tempoh muallaf (melebihi 5 tahun) hendaklah wang tersebut digunakan dari peruntukan asnaf fisabilillah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16788", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Peraduan ini adalah tidak mematuhi syariah kerana mengandungi unsur judi, ghorar (unsur yang tidak jelas), exsplotasi dan menggalakkan pembaziran;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Mesyuarat panel kajian syariah menasihatkan celcom supaya menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16787", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Harus menggunakan wang saham wakaf untuk membiayai segala keperluan bagi mewujudkan sesuatu aset;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Harus menggunakan wang manfaat wakaf untuk membiayai segala kos penyelenggaraan berkaitan keperluan bangunan;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Pihak MAIS disyorkan agar mempergiatkan usaha untuk menyuburkan harta-harta wakaf yang telah diwujudkan supaya hasil atau manfaat wakaf yang diterima akan lebih memberi keuntungan;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Pihak MAIS hendaklah memastikan terlebih dahulu sesuatu harta yang diterima untuk tujuan diwakafkan adalah merupakan harta milik sempurna yang tidak ada sebanrang tanggungan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16786", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Hukum membayar zakat wajib ke atas semua bentuk perniagaan yang memenuhi tuntutan syarak sama ada perniagaan tersebut berdaftar atau pun tidak berdaftar.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Hukum membayar zakat adalah wajib ke atas semua kumpulan perniagaan Muslim dan syarikat perniagaan yang dimiliki oleh kerajaan samada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Pembayaran zakat oleh syarikat yang dimiliki individu atau perkumpulan Muslim yang menjalankan perniagaan di negeri Selangor hendaklah dibuat di negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Hukum membayar zakat perniagaan adalah wajib ke atas setiap syarikat dalam kumpulan yang terdiri dari pelbagai anak syarikat. Sekiranya syarikat induk telah membayar zakat yang wajib dikeluarkan oleh anak syarikat, maka anak syarikat tidak wajib membayar zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16785", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nBersetuju dengan cadangan untuk mengadakan Sistem Pengurusan Online Pentadbiran Masjid Negeri Selangor (SPMS) kerana ia dilihat sebagai satu usaha murni ke arah memantapkan institusi masjid di Negeri Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16784", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Harus menggunakan wang tabungan masjid selain tabungan yang khusus bagi pembayaran saguhati kepada ahli Jawatankuasa Masjid yang menghadiri kursus;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Kadar pembayaran saguhati hendaklah mengikut kadar yang munasabah. Bagi ahli Jawatankuasa Masjid yang tidak mempunyai pendapatan tetap, kadar pembayaran saguhati adalah merangkumi elaun sara hidup sepanjang kehadirannya berkursus;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Sekiranya wang tabungan masjid tidak mencukupi, JAIS hendaklah berusaha untuk mendapatkan dana daripada mana-mana sumber yang difikirkan sesuai;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Disyorkan supaya setiap masjid mewujudkan tabungan khas pendidikan bagi tujuan pendidikan ahli qariah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16783", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Tidak harus istibdal ke atas Tanah Wakaf Masjid al-Shariff, Meru kerana tidak menepati syarat yang membolehkan istibdal;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Perjanjian yang telah dibuat diantara penyewa tanah dengan pihak masjid adalah tidak sah dari segi undang-undang sivil mahupun syariah;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di negeri Selangor, disyorkan supaya MAIS mengadakan rundingan secara pentadbiran dengan penyewa tanah agar masalah ini dapat ditangani sebaik mungkin."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16782", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nMembangunkan Tanah Wakaf Khas khususnya Wakaf Masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan Syariah Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16781", "body": "Setelah berbincang Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Kadar upah simpan barang gadaian skim ar-Rahnu adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai Barang Gadaian\n\n\n\n\n\n\nTempoh (Bulan)\n\n\n\n\n\n\nKadar Upah Yang Ditetapkan (1% Sebulan)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0RM 100.00 \u2013 RM1,000.00\n\n\n\n\n\n\n3 bulan pertama\n\n\n\n\n\n\n0.60% Sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3 bulan berikutnya\n\n\n\n\n\n\n0.70% Sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nRM1,001.00 \u2013 RM 5,000.00\n\n\n\n\n\n\n3 bulan pertama\n\n\n\n\n\n\n0.65% Sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3 bulan berikutnya\n\n\n\n\n\n\n0.80% Sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRM 5,001.00 \u2013 RM 10,000.00\n\n\n\n\n\n\n3 bulan pertama\n\n\n\n\n\n\n0.80% Sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3 bulan berikutnya\n\n\n\n\n\n\n0.95% Sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Gadaian yang melebihi RM 10,000.00 upahnya hendaklah dihadkan tidak melebihi 1% sebulan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii)Sekiranya setelah tamat tempoh yang dinyatakan, barang gadaian tersebut masih gagal ditebus, persetujuan kedua-dua belah pihak perlu diperolehi bagi menentukan tempoh lanjutan dan kadar yang dikenakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16780", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Mengesyorkan agar Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor membuat pindaan terhadap enakmen dari segi peruntukan hukuman takzir kepada pesalah zina dan pembelaan kebajikan anak tak sah taraf. Pindaan dicadangkan pada:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n(a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam;\n\n\n(b) Enakmen Jenayah Syariah; dan\n\n\n(c) Lain-lain enakmen yang difikirkan perlu\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Mengesyorkan agar Jabatan Mufti Selangor dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengadakan Muzakarah Khas mengenai mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16779", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nBersetuju dengan pengagihan bonus berjumlah RM3,144,000.00 kepada Penyelia dan Guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu \u2018Ain Intigrasi (KAFAI) Negeri Selangor yang dibiayai melalui tiga sumber peruntukan kewangan iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kerajaan Negeri dan Baitulmal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16778", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2019 yang bersidang pada 2\u00a0Rabi'ul Awwal\u00a01441H / 30 Oktober 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\nTempoh pelaksanaan kadar had al-kifayah baharu adalah berdasarkan kemampuan Lembaga Zakat Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16775", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum menggunakan najis babi untuk tujuan baja tanaman adalah HARAM."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16776", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2019 yang bersidang pada 2 Rabi'ul Awwal\u00a01441H / 30 Oktober 2019 memutuskan:\n\n\nPembayaran zakat melalui ejen saluran pembayaran iaitu Touch \u2018n\u2019 Go dan \nBoost\n yang menyediakan perkhidmatan \nE-Wallet\n dan Kod \nQuick Response\n (QR) adalah harus menurut Hukum Syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16774", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah berbincang dan menyatakan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus menggunakan peruntukan dana zakat Fi Sabilillah untuk membiayai pegawai dan kakitangan bagi Unit Runding Cara Aqidah (Kaunseling) di Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menangani permasalahan murtad."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16773", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6 Rabi'ul Akhir\u00a01441H / 3 Disember 2019 memutuskan:\n\n\na) Harus bagi pengamal perubatan yang berkelayakan membuat diagnosis \u2018\nMedical Futility\n\u2019 yang menjurus kepada penamatan rawatan utama atau kuratif dalam keadaan-keadaan berikut:\n\n\n\n\nRawatan utama yang diberikan tidak lagi berkesan dan tidak menjurus kepada penyembuhan; dan\n\n\nRawatan utama atau kecemasan dianggap sia-sia (would be futile) dan tidak lagi memberi kesan.\n\n\n\n\nb) Pelaksanaan diagnosis \u2018\nMedical Futility\n\u2019 hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:\n\n\n\n\nDilaksanakan secara profesional oleh satu pasukan pakar perubatan dengan mengambil kira diagnosis, prognosis (termasuk jangka hayat) dan kualiti hidup pesakit;\n\n\nMengambil kira semua pandangan kepakaran yang terlibat (\nmulti-b. diccipline\n); dan\n\n\nPerbincangan bersama waris terdekat (\nfamily conference\n).\n\n\n\n\nc) Hukum Pelaksanaan Arahan Awal Perubatan (AMD) adalah harus. Sekiranya berlaku percanggahan dalam pelaksanaan AMD di antara pihak pesakit dengan pakar perubatan, maka pandangan pakar perubatan adalah lebih diutamakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16771", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6\u00a0Rabi'ul Akhir 1441H / 3 Disember 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\na) Hukum pendermaan buah pinggang atau hati oleh orang-orang Islam yang masih hidup adalah harus dan ia sangat digalakkan. \n\n\n\u00a0\n\n\nb) Hukum pemindahan keseluruhan organ atau tisu daripada tubuh badan orang-orang Islam yang telah meninggal dunia termasuk hati, paru-paru, buah pinggang, injap jantung, kulit atau tulang adalah harus dan ia sangat digalakkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16772", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Harus menggunakan peruntukan asnaf Fi Sabilillah bagi Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor, Jawatankuasa Tauliah, Jawatankuasa Pendidikan Islam, Jawatankuasa Undang-Undang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Jawatankuasa Pengurusan Aqidah dan Jawatankuasa Falak.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Elaun tetap dan elaun kehadiran Mesyuarat MAIS, Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah (JAKESS) hendaklah menggunakan peruntukan Baitulmal.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor hendaklah dibiayai melalui peruntukan pengeluaran sijil halal manakala Jawatankuasa Qariah dibiayai melalui peruntukan khas EXCO Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam yang sedia ada."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16769", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6\u00a0 Rabi'ul Akhir 1441H / 3 Disember 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\nPerkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab al-Syafie."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16770", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah berpandangan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPenggunaan kemudahan awam seperti dewan serbaguna / kompleks komuniti boleh digunakan oleh semua pihak. Adalah disarankan supaya sebarang kegiatan atau acara yang dilaksanakan di tempat tersebut hendaklah dipastikan sentiasa memelihara keharmonian masyarakat di samping menjaga sensitiviti agama / kefahaman. Oleh yang demikian satu garis panduan / peraturan hendaklah diwujudkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16768", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berpandangan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nSolat jumaat wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Oleh yang demikian solat jumaat tidak harus sama sekali ditinggalkan atas sebab menjalankan tugas seumpama mencegah kemungkaran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16766", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6 Rabi'ul Akhir\u00a01441H / 3 Disember 2019 memutuskan:\n\n\na) Bahawa orang Islam adalah ditegah daripada menulis atau menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf arab atau bukan tulisan al-Quran atas sebab berikut:\n\n\n\n\nPenulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran tidak dapat memainkan peranan sepertimana yang dilakukan oleh huruf-huruf Arab; dan\n\n\nSekiranya al-Quran ditulis dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran akan menyebabkan perubahan dari segi saiz lafaz dan maknanya.\n\n\n\n\nb) Walau bagaimanapun, ayat-ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran dibenarkan untuk digunakan bagi tujuan seperti berikut:\n\n\n\n\nPenulisan akademik (petikan atau frasa) yang menggunakan tanda transliterasi yang betul serta mengikut kaedah yang standard; atau\n\n\nuntuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.\n\n\n\n\nc) Mana-mana orang adalah diharam dan dilarang:\n\n\n\n\nMenulis ayat-ayat al-Quran dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran; dan\n\n\nmencetak, menerbit, menjual, mempamer, mengedar atau terlibat dengan apa-apa cara sekali pun dalam penulisan ayat-ayat al-Quran dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran.\n\n\n\n\nd) Mana-mana orang adalah dilarang daripada bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan (c)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16767", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16765", "body": "(i) Mesyuarat berpandangan bahawa kaedah pengagihan zakat perlu diagihkan kepada penerima dengan kadar segera, tanpa ditangguh atau disimpan. Pandangan ini merujuk kepada kitab al-Fiqh Manhaji \u2018Ala Mazhab al-Shafii, Jilid 1, halamam 313, yang menyatakan bahawa pemilik harta wajib mengeluarkan zakat secara segera apabila memenuhi syaratnya itu, harta itu sudah ada dan terdapatnya asnaf yang layak menerima atau pemerintah yang mengumpulkan zakat. Dalam konteks ini, Lembaga Zakat Selangor adalah berperanan sebagai wakil kepada pemilik harta untuk mengagihkan zakat kepada penerimanya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Mesyuarat juga berpandangan bahawa sekiranya simpanan tersebut dilaksanakan, ia akan memberi kesan negatif terhadap pembayar zakat yang mengharapkan agar zakat yang dibayar sampai kepada penerima dalam jangka masa yang sepatutntya. Dari situasi tersebut, secara tidak langsung akan menjadi salah satu punca penurunan bilangan pembayar zakat di negeri ini yang menyebabkan matlamat kutipan zakat tidak mencapai sasarannya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Mesyuarat turut mencadangkan supaya wang Baitul Mal (bukan zakat) agar mengambil peranan dalam perkara ini untuk memulakan simpanan dananya bagi memenuhi keperluan yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16764", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar Negara seperti Swisscash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar. Oleh itu, umat Islam dilarang terlibat dengan pelaburan seumpama ini kerana banyak alternatif lain yang berlandaskan yang boleh disertai oleh umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16763", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6 Rabi'ul Akhir\u00a01441H / 3 Disember 2019 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\na) Permulaan waktu solat Subuh di Malaysia adalah menggunakan parameter altitud matahari pada 18\u00b0 di bawah ufuk. Perubahan ini menyebabkan waktu solat Subuh sedia ada perlu ditambah sebanyak 8 minit; \n\n\n\u00a0\n\n\nb) Kajian ini telah dibahas dan dipersetujui dalam Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang telah diadakan pada 17-19 September 2019 untuk mengubah altitud matahari di bawah ufuk bagi penentuan awal waktu solat Subuh di Malaysia sedia ada iaitu 20\u00b0 (Kelantan 19\u00b0); dan \n\n\n\u00a0\n\n\nc) Pelaksanaan solat Subuh sebelum ini yang menggunakan altitud matahari pada 20\u00b0 tetap dianggap sah kerana ia adalah masalah ijtihadiyah bergantung pada apa yang telah diputus dan dipersetujui oleh uli al-amr sebagai pemerintah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16762", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nKerajaan negeri boleh mewakafkan harta sebagai penggunaan khusus kepada orang Islam termasuk tapak masjid, surau, kubur dan sekolah Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16761", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan supaya tanah dan harta wakaf milik MAIS diberi pengecualian daripada cukai berdasarkan sebab berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Bahawa tanah dan harta wakaf tersebut tidak dikomersial untuk tujuan keuntungan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Bahawa tanah dan harta wakaf tersebut bukan milik peribadi dan sekiranya terdapat keuntungan, ianya untuk tujuan kemaslahatan umat Islam negeri ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16760", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2020 yang bersidang pada 23 Jumada\u00a0al-Akhirah 1441H bersamaan 18 Februari 2020 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\nMenerima cadangan kertas kerja ini dengan syor agar Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang membawa kertas kerja ini ke dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) selaras dengan Seksyen 51, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, kerana ia menyentuh kepentingan Nasional."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16759", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peraturan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah penggunaan dilakukan mengikut syara\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16758", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Pasir yang dicuci dengan menggunakan air takungan dari kandang babi adalah mengandungi najis mughallazah dan tidak halal penggunaanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16757", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Islam menitikberatkan kebersihan, namun produk-produk yang dihasilkan atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal di makan, tetapi sekiranya ia mendatangkan mudarat, penggunaannya adalah dilarang oleh Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Oleh itu, sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan atau yang memberi kemudaratan kepada manusia adalah haram digunakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16756", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2020 yang bersidang pada 23 Jumadal Akhir\u00a01441H bersamaan 18 Februari 2020 mengambil maklum bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPerkembangan terkini sehingga bulan Januari 2020 peratusan pelaburan patuh syariah Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah meningkat sebanyak 74.5% dan PNB komited untuk mencapai kepatuhan syariah merangkumi kesemua aset pada tahun 2020 iaitu sebanyak 75%."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16755", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006 memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Harus menggunakan debu tanah yang telah disterilkan (dinyahkuman) dengan menggunakan proses irradiasi untuk kegunaan bertayammum.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Sah bertayammum dengan menggunakan debu tanah yang telah disterilkan kerana ianya menepati Syariat Islam. Walau bagaimanapun, syarikat pengeluar dinasihatkan agar menggunakan pek yang lebih kecil (satu pek bagi setiap kegunaan) agar kegunaannya lebih kompetitif sesuai dengan syarat sah tayammum."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16754", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2020 yang bersidang pada 23 Jumada\u00a0al-Akhirah 1441H bersamaan 18 Februari 2020 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\nAdalah lebih afdhal jenazah dikuburkan di tempat dia meninggal dunia dan pengebumian tersebut hendaklah disegerakan. Walau bagaimanapun, tiada halangan bagi ahli waris yang berhasrat untuk membawa jenazah balik ke kampung untuk urusan pengebumian selagi mana jenazah belum dikebumikan dan perbuatan tersebut diyakini tidak mencemarkan kehormatan jenazah serta tidak membawa kepada kemudharatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16753", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006 memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian atau pembiayaan aset kekal. Manakala Wang Manfaat Wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Majlis Agama Islam Selangor disaran untuk mengasingkan antara pecahan perbelanjaan aset wakaf dengan perbelanjaan wang Manfaat Wakaf yang keseluruhannya sebanyak 22 item sepertimana yang dicadangkan, agar penggunaanya nanti lebih tepat dan jelas. Di samping itu, hendaklah dipastikan bahawa item yang telah termasuk dalam asnaf zakat seperti fakir, miskin dan fii sabilillah tidak terkandung dalam item perbelanjaan Wang Manfaat Wakaf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16752", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nBahawa haram menggunakan cuka wain (Wine Vinegar) atau seumpamanya yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain atau seumpamanya kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16751", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Harus melaksanakan aktiviti agihan untuk asnaf fii sabilillah faqir miskin dalam bentuk zat dan manfaat mengikut keperluan kecuali apabila terdapat sebarang masalah yang berbangkit.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Lembaga Zakat Selangor hendaklah memberi penekanan terhadap pengkayaan jiwa melalui pelbagai program."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16750", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Jawatan yang dikategorikan menepati asnaf fi\u00a0sabilillah ialah semua kakitangan yang ditempatkan di Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pengurusan Masjid, Bahagian Pengurusan Dakwah, Masjid Negeri Selangor, Institut Latihan dan Dakwah Selangor, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ihsan Majlis Agama Islam Selangor, Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman Majlis Agama Islam Selangor Dan Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Manakala jawatan yang tidak menepati asnaf fii sabilillah ialah di Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Pengurusan Jabatan Agama Islam, Bahagian Perundangan Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Perundangan Syara\u2019 Jabatan Agama Islam Selangor dan Bahagian Sistem Maklumat di Jabatan Mufti Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Bagi mengatasi beberapa jawatan yang tidak menepati asnaf fi sabilillah disyorkan supaya Majlis Agama Islam Selangor membayar emolumen kakitangan tersebut dengan wang Baitul Mal atau peruntukan geran dari Kerajaan Negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16749", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak harus menggunakan peruntukan zakat untuk Pembiayaan Skim Pelan Takaful Berkelompok bagi menggantikan Pelan Persaraan kakitangan lantikan Majlis Agama Islam Selangor dan mencadangkan supaya pembiayaan tersebut menggunakan peruntukan Baitul Mal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16748", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak harus menggunakan peruntukan zakat bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan untuk kakitangan lantikan Majlis Agama Islam Selangor dan anak syarikat melainkan kakitangan berkenaan termasuk dalam golongan asnaf yang perlu diberi bantuan. Adalah dicadangkan supaya pihak MAIS melantik kakitangan yang sedia mempunyai kepakaran dalam bidang yang diperlukan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16746", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2020 yang bersidang pada 23 Jumadil Akhir\u00a01441H bersamaan 18 Februari 2020 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusan mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 12 Februari 2020 yang membuat keputusan bahawa anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan dengan itu, satu kertas kerja berkaitan Isu Penamaan Bin/ Binti Abdullah Kepada Anak Tak Sah Taraf akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor akan datang. Ini kerana fatwa pada 28 April 2005 iaitu Garis Panduan Mengenai Anak Tak Sah Taraf Menurut Hukum Syarak tidak memutuskan penamaan anak tak sah taraf tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16747", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak harus menggunakan peruntukan zakat untuk pembiayaan kemudahan perubatan bagi kakitangan MAIS dan mencadangkan supaya pembiayaan tersebut menggunakan peruntukan Baitul Mal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16745", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2020 yang bersidang pada 24 Syawal 1441H bersamaan 16 Jun 2020 mengambil maklum akan kertas kerja yang dibentangkan iaitu:\n\n\nKertas Memohon Fatwa Berkenaan Garis Panduan Solat Fardhu dan Sunat Secara Berjemaah Dalam Tempoh Pasca PKP COVID-19.\n\n\nGaris Panduan Solat Fardhu dan Sunat Secara Berjemaah Dalam Tempoh Pasca PKP COVID-19 yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4/2020 pada 6 Ramadhan 1441H bersamaan 29 April 2020 iaitu:\n\n\na) Garis Panduan Solat Fardhu Dan Sunat Secara Berjemaah Dalam Tempoh Pasca PKP COVID-19. Ia merangkumi solat Jumaat, solat fardhu lima waktu, solat Terawih, solat sunat hari raya dan solat jenazah iaitu:\n\n\n\n\nMereka yang disahkan positif COVID-19 atau yang baru sembuh COVID19 atau mereka dalam kategori \nPerson Under Investigation\n (PUI) atau \nPerson Under Surveillance\n (PUS) adalah dilarang menghadiri solat fardhu dan sunat secara berjemaah;\n\n\nJemaah yang kurang sihat, batuk dan mempunyai gejala COVID-19 tidak dibenarkan hadir;\n\n\nOrang ramai hendaklah dinasihatkan memakai penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti.\n\n\nJemaah yang hendak melaksanakan solat di masjid atau surau hendaklah berwudhu\u2019 di rumah terlebih dahulu;\n\n\nJemaah hendaklah membawa sejadah sendiri dari rumah masing-masing;\n\n\nPihak pengurusan perlu menyediakan hand sanitizer di pintu masuk dan tempat tertentu dalam kawasan masjid atau surau;\n\n\nMasjid perlulah mensanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya sebelum dan selepas solat dilaksanakan.\n\n\nPintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan.\n\n\nPetugas masjid melaksanakan saringan suhu badan jemaah di pintu masuk masjid;\n\n\nMelaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan luar masjid;\n\n\nJarak di antara imam dengan makmum adalah 1 meter, begitu juga jarak di antara para makmum adalah 1 meter (rujuk Garis Panduan Kedudukan Saf Solat Ketika PKP);\n\n\nTempoh di antara azan dan iqamat tidak terlalu lama. Cadangan adalah selama 5 minit.\n\n\nImam digalakkan membaca surah atau ayat yang pendek ketika solat.\n\n\nTidak boleh bersalaman sepanjang berada di masjid;\n\n\nBagi solat Terawih hendaklah dilaksanakan lapan (8) rakaat sahaja. Bagi yang berhasrat melaksanakan 20 rakaat boleh menyempurnakannya di kediaman masing-masing;\n\n\nBagi solat Jumaat dan solat hari raya, khutbah, doa dan zikir selepas solat jumaat hendaklah dipendekkan tidak melebihi 20 minit; dan\n\n\nOrang ramai hendaklah terus pulang setelah selesai solat.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Garis Panduan Sambutan Hari Raya\n\n\n\n\nOrang ramai hendaklah mematuhi arahan Pihak Berwajib agar terus menetap di rumah dan tidak pulang ke kampung kerana dikhuatiri akan menjadi punca kepada penularan semula wabak COVID-19.\n\n\nTakbir hari raya merupakan syiar Islam yang disunatkan untuk dilakukan bermula terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan dan berpanjangan sehingga selesai solat hari raya dilaksanakan.\n\n\nDigalakkan untuk setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing;\n\n\nTakbir dari rumah ke rumah pada malam hari raya adalah tidak dibenarkan.\n\n\nAmalan ziarah menziarahi untuk bersilatulrahim dibuat hanya dengan menggunakan alat komunikasi dan media sosial sebagai pengganti diri;\n\n\nRumah terbuka Aidilfitri tidak boleh dibuat bagi mengelakkan penularan wabak penyakit;\n\n\nBacaan Yaasin dan Tahlil boleh diadakan di rumah selepas solat sunat Aidilfitri bagi menggantikan amalan menziarahi kubur pada hari raya;\n\n\nAmalan menghadiahkan kuih-muih sempena hari raya boleh dilaksanakan dengan tatacara yangbersesuaian dengan perintah keselamatan dan taklimat kesihatan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nc) Garis Panduan Solat Jenazah\n\n\n\n\nDigalakkan untuk solat jenazah di tempat jenazah tersebut meninggal dunia. Tidak perlu dibawa ke masjid atau surau;\n\n\nHanya disolatkan oleh kaum kerabat dan jiran terdekat dengan bilangan yang terhad;\n\n\nKaum kerabat dan sahabat handai yang tinggal berjauhan digalakkan menunaikan solat jenazah secara ghaib di tempat masing-masing;\n\n\nSaf hendaklah direnggangkan sama ada dalam satu saf atau di antara saf hadapan dengan saf di belakang;\n\n\nOrang yang hadir solat hendaklah memakai penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti; dan\n\n\nTidak bersalaman dan berpelukan sesama yang hadir."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16744", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2020 yang bersidang pada 24 Syawal 1441H bersamaan 16 Jun 2020 mengambil maklum dan menerima kertas kerja yang dibentangkan iaitu:\n\n\nGaris Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) COVID-19 yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5/2020 pada 13 \u0631\u0645\u0636\u0627\u0646 1441H bersamaan 6 Mei iaitu:\n\n\n1. Sebelum solat; pengurusan jemaah;\n\n\na) Tanggungjawab pengurusan masjid\n\n\n\n\nMengadakan kaunter di setiap pintu masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah;\n\n\nMelakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat dilaksanakan;\n\n\nPenggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah cubicles yang ada pada satu-satu masa;\n\n\nAhli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang;\n\n\nKehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran;\n\n\nPintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan;\n\n\nMelaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan luar masjid;\n\n\nCara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan penjarakan yang terkawal;\n\n\nMemastikan aliran pengudaraan di dalam ruang solat dengan membuka semua jendela dan menggunakan kipas angin;\n\n\nAhli jemaah yang sihat sahaja dibenarkan hadir;\n\n\nMemastikan warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak- kanak di bawah umur 9 tahun tidak hadir berjemaah di masjid;\n\n\nJarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter (jemaah wajib memakai face mask) antara satu sama lain;\n\n\nKedudukan jemaah ditanda dengan lebih awal; dan\n\n\nMengumumkan bahawa solat qabliah dan bakdiah tidak dibenarkan.\n\n\n\n\nb) Tanggungjawab jemaah\n\n\n\n\nSemua ahli jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk dan membawa sejadah masing-masing sebelum hadir ke masjid;\n\n\nWarga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 9 tahun dinasihatkan tidak hadir berjemaah di masjid; dan\n\n\nHanya solat tahiyatul masjid sahaja dibenarkan\n\n\n\n\n2. Selepas solat;\n\n\na) Tanggungjawab pengurusan masjid\n\n\n\n\nJemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang;\n\n\nTiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat;\n\n\nMasjid ditutup dengan kadar segera bagi mengelakkan ahli jemaah yang berkumpul;\n\n\nPihak pengurusan masjid diwajibkan membuat rondaan dan pemeriksaan di dalam, di luar dan sekitar perkarangan masjid untuk memastikan jemaah;\n\n\nTidak dibenarkan berpusu-pusu di pintu dan tidak digalakkan memegang pintu atau pagar; dan\n\n\nMemastikan bilangan pegawai sekuriti atau keselamatan yang cukup bagi mengawal dan mematuhi prosedur yang akan ditetapkan.\n\n\n\n\nb) Tanggungjawab jemaah\n\n\n\n\nJemaah bersurai dalam keadaan tenang melalui pintu keluar yang ditetapkan sambil mematuhi jarak sosial melalui pintu keluar yang telah ditetapkan;\n\n\nTidak bersalaman sepanjang berada di masjid. Para Jemaah hendaklah terus pulang setelah selesai solat; dan\n\n\nAmalan I\u2019tikaf dalam masjid selepas solat Jumaat adalah tidak dibenarkan.\n\n\n\n\n3. Azan, iqamat dan khutbah\n\n\na) Tanggungjawab bilal dan khatib\n\n\n\n\nAzan 1 dilaungkan;\n\n\nKhatib mengambil tempat dan azan 2 dilaungkan;\n\n\nKhutbah pertama dan kedua dibacakan selama maksima 10 minit; dan\n\n\nTeks khutbah hendaklah dipendekkan dan diringkaskan sebaik mungkin dengan menjaga rukun yang asal.\n\n\n\n\n4. Solat, zikir dan doa\n\n\na) Tanggungjawab imam\n\n\n\n\nSolat Jumaat dilakukan selama maksima 7 minit;\n\n\nImam digalakkan membaca surah atau ayat yang pendek; dan\n\n\nImam memberi salam, zikir dan doa (maksima 3 minit)\n\n\n\n\nPERINGATAN: \nJika jemaah disyaki atau disahkan positive COVID-19, masjid/surau perlu melakukan proses sanitasi penuh dan jemaah lain yang hadir pada hari berkenaan perlu melakukan saringan mengikut prosedur KKM."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16743", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2020 yang bersidang pada 24 Syawal 1441H bersamaan 16 Jun 2020 mengambil maklum dan menerima;\n\n\nResolusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-6/2020 pada 17 Syawal 1441H bersamaan 9 Jun 2020 iaitu:\n\n\na) Pelaksanaan Ibadah Haji Bagi Musim Haji 1441 Hijrah/ 2020 Masihi Berikutan Penularan COVID-19.\n\n\ni. Pelaksanaan Ibadah Haji pada tahun 1441 Hijrah/ 2020 Masihi \nditangguhkan \nberikutan penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun jemaah haji yang telah ditawarkan pada 1441 Hijrah/ 2020 Masihi akan diberi keutamaan dalam penggiliran pada tahun 1442 Hijrah/ 2021 Masihi.\n\n\nii. Mesyuarat bersetuju dengan pandangan penangguhan ibadah tersebut berdasarkan hujah-hujah berikut:\n\n\n(a) Istito\u2019ah (\n\u0627\u0644\u0627\u0633\u062a\u0637\u0627\u0639\u0629\n) melibatkan kemampuan menunaikan ibadah haji dari beberapa aspek iaitu kesihatan, kewangan, keselamatan bakal haji dan keizinan melakukan perjalanan ke Arab Saudi. Tanpa persediaan yang cukup untuk memenuhi kemampuan-kemampuan tersebut, syarat istito\u2019ah tidak dapat dicapai bagi menyempurnakan ibadah haji.\n\n\n(b) Kefardhuan ibadah haji dikategorikan sebagai kewajipan yang luas waktu pelaksanaannya (\n\u0627\u0644\u0648\u0627\u062c\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0648\u0633\u0639\n). Ia harus ditangguhkan apabila syarat wajib tidak sempurna pada tahun tersebut.\n\n\n(c) Keputusan ini turut selaras dengan kaedah-kaedah fiqh;\n\n\n\u0627\u0644\u0636\u0631\u0631 \u064a\u0632\u0627\u0644\n\n\nMaksudnya: \u201cKemudaratan hendaklah dihilangkan\u201d\n\n\n\u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0645\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d\n\n\nMaksudnya: \u201cMenolak perkara yang membawa kepada kerosakan (mafsadah) lebih utama dari mendapatkan kebaikan (maslahah).\u201d\n\n\n\u0627\u0644\u0645\u0635\u0644\u062d\u0629 \u0627\u0644\u0639\u0627\u0645\u0629 \u062a\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0644\u062d\u0629 \u0627\u0644\u062e\u0627\u0635\u0629\n\n\nMaksudnya: \u201cMaslahah umum didahulukan ke atas maslahah khas.\u201d\n\n\n\u0627\u0644\u0636\u0631\u0631 \u064a\u062f\u0641\u0639 \u0628\u0642\u062f\u0631 \u0627\u0644\u0625\u0645\u0643\u0627\u0646\n\n\nMaksudnya: \u201cKemudaratan perlu ditolak semampu mungkin.\u201d\n\n\n\u062a\u0635\u0631\u0641 \u0627\u0644\u0625\u0645\u0627\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0631\u0639\u064a\u0629 \u0645\u0646\u0648\u0637 \u0628\u0627\u0644\u0645\u0635\u0644\u062d\u0629\n\n\nMaksudnya: \u201cKeputusan pemerintah ke atas rakyat adalah berasaskan maslahah.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Pelaksanaan Aktiviti di Masjid dan Surau Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).\n\n\nSetelah mendengar pembentangan kertas cadangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Muzakarah Khas MKI bersetuju pelaksanaan aktiviti di masjid dan surau dalam tempoh PKPP adalah dibenarkan dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti di Lampiran D; dan\n\n\n\u00a0\n\n\nc) Garis Panduan Ibadah Korban Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). \n\n\nSetelah mendengar pembentangan kertas cadangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Muzakarah Khas MKI bersetuju Pelaksanaan Ibadah Korban pada Hari Raya Aidiladha 1441H dan tiga (3) hari Tasyrik adalah dibenarkan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Agama Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta tertakluk kepada pematuhan garis panduan seperti di Lampiran E.\n\n\nd) Dalam melaksanakan perkara b dan c ini, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16742", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2020 yang bersidang pada 24 Syawal 1441H bersamaan 16 Jun 2020 memutuskan:\n\n\na) Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-1/2020 pada 20 Rajab 1441H bersamaan 15 Mac 2020 iaitu:\n\n\nBerdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara, dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac 2020 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan seperti berikut:\n\n\ni. Berdasarkan kepada situasi terkini wabak COVID-19 yang baru semakin kritikal susulan dari gelombang kedua penularan selepas penemuan positif COVID-19 dalam kalangan 16,000 jemaah yang menghadiri Jodr Qudama' dan Ulama' Malaysia anjuran jemaah tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling Kuala Lumpur, Muzakarah berpandangan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat berjemaah, solat jumaat ditangguhkan untuk tempoh selama sepuluh hari bermula 17-26 Mac 2020. Dalam tempoh tersebut semua masjid dan surah dinasihatkan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan. Pelanjutan atau penamatan tempoh sepuluh hari berkenaan tertakluk kepada\u00a0nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.\n\n\nii. Dalam keadaan sekiranya berlaku kematian akibat virus COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki Atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) Di Malaysia, iaitu pengecualian dan kelonggaran (\nrukhsah\n) sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudharatan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah tersebut. Dalam hal ini dibolehkan jenazah itu diuruskan melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya seperti melakukan tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut sahaja.\n\n\niii. Dalam melaksanakan perkara i dan ii di atas, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.\n\n\nb) Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2020 yang bersidang pada 22 Rajab 1441H bersamaan 17 Mac 2020M setelah merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 21 Rajab 1441H bersamaan 16 Mac 2020M dan mengambil kira keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 20 \u0631\u062c\u0628 1441H bersamaan 15 Mac 2020M, telah membuat ketetapan seperti berikut:\n\n\ni. Semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid, surau dan musolla di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan termasuk solat fardu secara berjemaah dan solat Jumaat ditangguhkan bermula 23 Rajab 1441H bersamaan 18 Mac 2020M sehingga 06 Sya'ban\u00a01441H bersamaan 31 Mac 2020M. Dalam tempoh tersebut semua masjid, surau dan musolla di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan hendaklah melaksanakan operasi pembersihan dan penyahkuman dari semasa ke semasa sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19.\n\n\nii. Walau bagaimanapun, laungan azan hendaklah dilaksanakan seperti kelazimannya.\n\n\niii. Bagi memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu Wa Ta\u2019ala dari penularan COVID-19, segala wabak dan bencana segera berakhir, maka Qunut Nazilah hendaklah dibaca oleh semua rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.\n\n\niv. Sekiranya berlaku kematian akibat virus COVID-19, maka pengurusan jenazah orang Islam tersebut hendaklah diuruskan sebagaimana hukum pengurusan jenazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti virus Ebola (\nEbola Virus Disease: EVD\n) di Malaysia sebelum ini iaitu pengecualian dan kelonggaran (\nrukhsah\n) sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudharatan kepada nyawa petugas yang menguruskan jenazah tersebut. Dalam hal ini, dibolehkan jenazah itu melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya seperti melakukan tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik sahaja yang membalut jenazah tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16741", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2005 yang bersidang pada 15 November 2005 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nMenulis dan menerbitkan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, hadith beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat al-Quran serta hadith diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasikan keseluruhan penerbitan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16740", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor kali ke 5/2005 yang bersidang pada 6 September 2005 telah memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Penulisan ayat-ayat al-Quran dan hadith dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Penulisan khat ayat al-Quran dan hadith boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca dengan mudah dan jelas.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Tulisan khat ayat al-Quran dan hadith tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Tulisan khat al-Quran dan hadith mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nv. Tulisan seni khat al-Quran dan hadith yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran dan hadith yang diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nvi. Sekiranya tulisan seni khat ini yang diambil dari kata-kata hikmah, syair dan seumpamanya dalam tulisan jawi adalah diharuskan.\n\n\n\u00a0\n\n\nvii. Walau bagaimanapun penulisan khat ayat-ayat al-Quran dan hadith tertakluk di bawah akta percetakan teks al-Quran 1986, Kementerian Dalam Negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16739", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2020 yang bersidang pada 24 Syawal 1441H bersamaan 16 Jun 2020 memutuskan:\n\n\nMesyuarat mengambil maklum terdapat tiga kertas kerja yang akan dibentangkan iaitu:\n\n\na) Kertas Memohon Fatwa Berkenaan Panduan Hukum Ujian Saringan Dan Prosedur Rawatan Pesakit Covid-19 Pada Bulan Ramadan.\n\n\nb) Kertas Memohon Fatwa Berkenaan Kedudukan Saf Solat Jemaah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.\n\n\nc) Kertas Memohon Fatwa Berkenaan Garis Panduan Sambutan Hari Raya Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengambil maklum dan menerima resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-3/2020 pada 27 Sya'ban 1441H bersamaan 21 April 2020 iaitu:\n\n\na) Panduan Hukum Berkaitan Ujian Saringan dan Prosedur Rawatan Pesakit COVID-19 Pada Bulan Ramadan.\n\n\ni. Hukum Puasa Kerana Menjalani Ujian Saringan Perubatan COVID-19.\n\n\n(a) Prosedur saringan bagi mengesan penyakit Covid-19 adalah dengan mengambil sampel lendir (mukus) yang berada di dalam hidung sehingga ke kawasan nasopharynx (rongga hidung paling atas) dan rongga mulut hingga ke kawasan oropharynx (anak tekak) adalah tidak membatalkan puasa.\n\n\n(b) Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI Kali Ke-87 pada 23 hingga 25 Jun 2009 yang telah memperakukan Panduan Berpuasa Bagi Pesakit.\n\n\nii. Hukum Puasa Pesakit Positif COVID-19 Yang Tidak Bergejala (Dalam Pemantauan Dan Tidak Perlu Ambil Ubat-Ubatan).\n\n\n(a) Pesakit yang positif COVID-19 yang tidak bergejala dan tidak perlu memakan dan mengambil ubat, mereka diwajibkan untuk melaksanakan ibadah puasa;\n\n\n(b) Sekiranya tidak mampu melaksanakan ibadah puasa atau sekiranya berpuasa boleh melambatkan kesembuhan atau akan memudaratkan lagi keadaan mereka (atas nasihat pakar perubatan), maka dalam keadaan ini mereka diharuskan untuk tidak berpuasa; dan\n\n\n(c) Mereka wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan setelah berakhir bulan Ramadan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.\n\n\niii. Hukum Puasa Pesakit Positif COVID-19 Yang Bergejala (Dalam Rawatan Yang Memerlukan Pengambilan Ubat-Ubatan Atau Bantuan Peralatan).\n\n\n(a) Pesakit yang memerlukan kepada pengambilan ubat-ubatan, mereka diharuskan untuk tidak berpuasa. Namun demikian, mereka disarankan untuk mematuhi panduan kaedah Pelaksanaan Ibadah Pada Bulan Ramadan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2; dan\n\n\n(b) Bagi pesakit yang memerlukan kepada bantuan peralatan pernafasan, tiada halangan untuk tidak berpuasa kerana ianya adalah keuzuran dan rukhsah yang telah disepakati oleh para fuqaha keseluruhannya. Namun demikian, puasa yang ditinggalkan tetap perlu digantikan setelah berakhir bulan Ramadan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Kedudukan Saf Solat Jemaah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersetuju mengenai Kedudukan Saf Solat Jemaah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 seperti berikut:\n\n\ni. Diharuskan solat berjemaah secara berjarak-jarak bagi makmum dengan makmum yang bersebelahan pada waktu wabak sekiranya solat berjemaah itu masih lagi selamat daripada penularan wabak.\n\n\nii. Pandangan hukum ini turut berkait dengan jarak saf solat berjemaah yang dilakukan oleh para imam, bilal dan siak bagi pelaksanaan solat berjemaah di masjid, surau, hospital dan tempat-tempat yang dibenarkan oleh KKM yang menempatkan pesakit yang dikuarantin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.\n\n\niii. Susunan saf adalah seperti ketetapan berikut:-\n\n\n(a) Imam berada di hadapan seperti dalam solat Jemaah biasa.\n\n\n(b) Jarak di antara imam dan makmum dalah satu (1) meter dan jarak di antara para makmum juga adalah satu (1) meter.\n\n\n\u00a0\n\n\nc) Garis Panduan Sambutan Hari Raya Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. \n\n\nMesyuarat bersetuju mengenai Garis Panduan Sambutan Hari Raya Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP COVID-19) seperti berikut:\n\n\ni. Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Dalam Tempoh PKP.\n\n\n(a) Solat sunat hari raya hendaklah dilaksanakan di rumah masingmasing;\n\n\n(b) Solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian;\n\n\n(c) Hanya dibenarkan berjemaah dalam kalangan ahli keluarga dalam rumah tersebut sahaja;\n\n\n(d) Ahli keluarga yang baru sembuh dari COVID-19 dan yang diarahkan untuk kuarantin di rumah tidak dibenarkan menyertai solat sunat secara berjemaah. Walau bagaimanapun, kedua-dua individu dalam kategori tersebut boleh melaksanakan solat sunat hari raya secara bersendirian;\n\n\n(e) Pesakit dan petugas di hospital dibenarkan melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak KKM;\n\n\n(f) Bagi petugas yang diamanahkan bertugas di masjid dan surau, mereka boleh melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada pekeliling dan arahan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.\n\n\nii. Panduan Takbir Hari Raya Aidilfitri.\n\n\n(a) Takbir hari raya merupakan syiar Islam yang disunatkan untuk dilakukan bermula terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan dan berpanjangan sehingga selesai solat hari raya dilaksanakan;\n\n\n(b) Takbir hari raya di masjid dan surau hanya dilaksanakan oleh imam, bilal dan siak sahaja atau dengan menggunakan rakaman;\n\n\n(c) Digalakkan untuk setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing;\n\n\n(d) Takbir dari rumah ke rumah pada malam hari raya adalah tidak dibenarkan;\n\n\n(e) Pengendali stesen radio dan televisyen disarankan untuk menyiarkan rakaman takbir hari raya yang sedia ada dengan meletakkan kapsyen \u201cRakaman ini telah dibuat sebelum tempoh PKP\u201d.\n\n\niii. Panduan Amalan Menyambut Aidilfitri.\n\n\n(a) Amalan ziarah menziarahi untuk bersilatulrahim dibuat hanya dengan menggunakan alat komunikasi dan media sosial sebagai pengganti diri;\n\n\n(b) Rumah terbuka Aidilfitri tidak boleh dibuat lagi mengelakkan penularan wabak penyakit;\n\n\n(c) Bacaan Yassin dan Tahlil boleh diadakan di rumah selepas solat sunat Aidilfitri bagi menggantikan amalan menziarahi kubur pada hari raya;\n\n\n(d) Amalan menghadiahkan kuih-muih sempena hari raya boleh dilaksanakan dengan tatacara yang bersesuaian dengan perintah keselamatan dan taklimat kesihatan.\n\n\niv. Hiburan pada Hari Raya\n\n\nProgram hiburan yang akan disiarkan hendaklah bersesuaian dan tidak keterlaluan.\n\n\n\u00a0\n\n\nd) Garis Panduan Perkahwinan Orang Islam Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pasca PKP COVID-19.\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersetuju dan menerima Garis Panduan Perkahwinan Orang Islam Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pasca PKP COVID-19.\n\n\n\u00a0\n\n\ne) Panduan Kaedah Pelaksanaan Ibadah dalam Bulan Ramadan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. \n\n\nMesyuarat juga bersetuju mengenai Panduan Kaedah Pelaksanaan Ibadah dalam Bulan Ramadan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.\n\n\n\u00a0\n\n\nf) Mesyuarat MJKFNS juga bersetuju untuk melaksanakan perkara a, b, c, d dan e di atas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16738", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor kali ke 5/2005 yang bersidang pada 6 September 2005 telah memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Kerja-kerja pengkitaran semula buku-buku teks pendidikan Islam hendaklah dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Pekerja yang terlibat dalam proses pengkitaran semula hendaklah terdiri daripada orang Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Kertas dan buku teks pendidikan Islam yang dikitar semula hendaklah tidak digunakan untuk membuat bahan yang tidak sesuai seperti kertas tandas dan sebagainya.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pengkitaran semula hendaklah tidak mengandungi bahan najis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16737", "body": "Mesyuarat telah meneliti kertas tersebut dan membuat keputusan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nWang zakat tidak boleh digunakan bagi membiayai bakal haji yang ditawarkan oleh MAIS berdasarkan kepada bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Bakal-bakal haji tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam asnaf zakat.\n\n\nii. Kewajipan haji adalah berdasarkan kemampuan seseorang Islam sebagaimana firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 97 : mafhumnya: \u201cDan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16736", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa telah bersetuju memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Mewajibkan pelaksanaan Program Pemeriksaan Kesihatan kepada semua umat Islam di Negeri Selangor yang;\n\n\n\n\nAkan berkahwin dengan pasangannya di dalam dan di luar Negeri Selangor; dan\n\n\nTelah berkahwin di luar Negara dan akan mendaftarkan semula di Negeri Selangor\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Ujian yang dijalankan ialah dengan cara ujian \u2018rapid test\u2019 yang dilakukan di klinik atau Pusat Kesihatan Kementerian Malaysia. Bagi mereka yang didapati tidak dijangkiti (non-reactive), maka proses permohonan pernikahannya akan dilakukan sebagaimana biasa. Namun bagi mereka yang telah dijangkiti (reactive) maka ujian darah akan dilakukan di makmal-makmal yang ditetapkan oleh Kementerian Malaysia. Jika didapati telah disahkan positif dijangkiti virus HIV maka akan dimestikan menghadiri sesi kaunseling. Tujuan kaunseling ialah bagi memastikan mereka faham kedudukan dirinya dan mengetahui akibat jika tiada langkah-langkah keselamatan. Sekiranya mereka yang perlu diikuti bagi memastikan virus tersebut tidak berjangkit kepada pasangan dan anak.\u00a0 Kaunselor yang bertindak atas dasar tanggungjawab akan memanggil pasangannya dan bagi mengelakkan daripada saling tuduh menuduh apabila telah berlangsungnya perkahwinan. Ahli keluarga rapat yang lain juga akan dipanggil jika perlu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16735", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Membenarkan kubur berkenaan diroboh dan digali serta dibersihkan kawasan sekitarnya.\n\n\nii. Sekiranya terdapat rangka mayat di dalamnya, maka hendaklah dipindahkan ke tanah perkuburan yang berhampiran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16734", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak harus mendirikan Solat Jumaat di Kem Latihan Khidmat Negara, Ampang Pecah kerana kedudukan Kem tersebut adalah berhampiran dengan Masjid Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baharu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16733", "body": "Mesyuarat telah mengambil beberapa keputusan setelah perbahasan dengan pembentang tersebut seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\na. Ahli mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara bahawa keputusan fatwa berkaitan dengan Pengurusan Jenazah dan Tanah Perkuburan Islam melalui Badan Khairat oleh Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd. tidak perlu diwartakan.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Ahli mesyuarat juga bersetuju supaya satu garis panduan Pengurusan Tanah Perkuburan perlu disediakan antara lain:\n\n\n\n\nTidak akan membina binaan di atas kubur.\n\n\nAdanya kawalan dari pihak Lembaga Amanah yang telah dilantik.\n\n\nTidak ada perbezaan taraf.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nc. Bersetuju dengan Pengurusan Jenazah mengikut sistem yang dianjurkan oleh Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd.\n\n\n\u00a0\n\n\nd. Dicadangkan agar S.S. Dato\u2019 Mufti dimasukkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Badan Amanah Khairat Kematian.\n\n\n\u00a0\n\n\ne. Bersetuju dengan konsep Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd. untuk dijadikan model tanah perkuburan yang bersistematik dan mencadangkan kepada JAIS untuk menguruskan tanah perkuburan di Negeri Selangor seperti konsep tersebut dengan bayaran yang minima."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16732", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2020 yang bersidang pada 23 Jumadil Akhir\u00a01441H bersamaan 18 Februari 2020 memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\na) Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah S.W.T. dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah S.W.T. kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanya kepada Allah S.W.T. sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Sehubungan itu, orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16731", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPusat Penyembelihan khinzir di atas sebahagian Lot Pt 2115 Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor, Selangor adalah tidak sesuai dengan alasan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Babi dan segala yang berkaitan dengannya adalah hukumnya najis mughallazah.\n\n\nNajis Mughallazah adalah salah satu dari najis berat ianya tidak dapat disucikan melainkan dengan tujuh kali basuh dengan air dan satu daripadanya menggunakan air tanah. Ini dijelaskan dalam kitab-kitab feqah yang kita telah sedia maklum.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Faktor kemudharatan\n\n\na) Islam melarang kita menjerumus diri kita ke dalam kebinasaan, lebih-lebih lagi yang membawa penyakit kepada manusia sekiranya ianya tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti apa yang telah berlaku di mana kuman atau virus nipah yang dikenal sebagai penyakit JE. Ini hendaklah dijauhkan dari segala sumbersumber makanan dan minuman yang suci dan bersih. Kerana larangan ini sudah tentu mempunyai hikmah disebaliknya, yang terpaksa membelanjakan perbelanjaan yang besar untuk mencegah dan mengakibatkan kesan buruk kepada negeri dan negara.\n\n\nb) Kemudharatan ini dijelaskan mengikut ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis serta kaedah fiqhiyah seperti berikut;\u00a0\n\n\nAyat al-Quran:\n\n\nSurah al-Baqarah ayat 195\n\n\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u0650\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0641\u0650\u0649 \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0644\u0652\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0628\u0650\u0623\u064e\u064a\u0652\u062f\u0650\u064a\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u062a\u0651\u064e\u0647\u0652\u0644\u064f\u0643\u064e\u0629\u0650 \u06db \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u064a\u064f\u062d\u0650\u0628\u0651\u064f \u0671\u0644\u0652\u0645\u064f\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e\n\n\nMaksudnya: \u201cDan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan\u201d.\n\n\nHadis Rasulullah s.a.w.:\n\n\n(\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0627\u0631 \u0648\u0644\u0627\u00a0\u0636\u0631\u0627\u0631)\n\n\nMaksudnya: \u201cTidak ada kemudharatan dan tidak boleh membuat kemudharatan\u201d\n\n\nKaedah Feqah:\n\n\n\u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0645\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d\n\n\nKaedah feqah: \u201cMenolak perkara yang boleh membawa kerosakan hendaklah diutamakan terlebih dahulu dari kepentingan untuk mendapatkan maslahah\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Faktor pencemaran\n\n\n\n\nTakungan air pusat penyembelihan khinzir yang digunakan akan mengalir ke sungai menyebabkan air sungai akan berubah warna, rasa atau pun bau yang menyebabkan air tersebut menjadi najis.\n\n\nPencemaran sungai yang akan membahayakan kehidupan manusia, ikan-ikan dan dan pencemaran alam sekitar.\n\n\nKenderaan yang akan membawa binatang ke tempat sembelihan dan sisa pepejal dari rumah sembelihan ke tapak pelupusan dikhuatiri akan mengakibatkan penitisan air najis di sepanjang jalan, ini akan menimbulkan keresahan umat Islam yang akan mnyebabkan najis tidak terkawal.\n\n\nTempat penyembelihan khinzir berada lebih tinggi dari tempat tadahan air Syarikat Puncak Niaga Sdn. Bhd. Ini akan melibatkan kekotoran air sedangkan lebih 60% penduduk Lembah Klang menggunakan air dari Sungai Sembah dan Sungai Selangor untuk minuman dan kegunaan harian.\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Sensitiviti penduduk Perkataan babi merupakan perkara yang amat sensitif kepada orang Melayu yang beragama Islam. Penduduk Islam di persekitaran akan menimbulkan rasa tidak tenteram dan mungkin berlaku perselisihan di antara kaum yang berbeza agama. Ini dijelaskan dalam surah al-Maidah ayat 2:\n\n\n\n\n\u0648\u064e\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0648\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u0652\u0628\u0650\u0631\u0651\u0650\u0648\u064e\u0671\u0644\u062a\u0651\u064e\u0642\u0652\u0648\u064e\u0649 \u06d6 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0648\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u0652\u0625\u0650\u062b\u0652\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0671\u0644\u0652\u0639\u064f\u062f\u0652\u0648\u064e \u0670\u0646\u0650 \u06da \u0648\u064e\u0671\u062a\u0651\u064e\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e\u06d6 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0634\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064f \u0671\u0644\u0652\u0639\u0650\u0642\u064e\u0627\u0628\u0650\n\n\n\n\nBermaksud: \u201cdan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16730", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2020 yang bersidang pada 10 Safar\u00a01442H bersamaan 28 September 2020 bersetuju:\n\n\n\u00a0\n\n\nMengekalkan fatwa yang telah diputuskan pada 29 Ogos 1991 selaras dengan keputusan Perbincangan Jawatankuasa Kecil Pemurnian Fatwa (JKPF) Bil.1/2019 (29 Januari 2019)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16729", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2020 yang bersidang pada 10 Safar\u00a01442H bersamaan 28 September 2020 memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nSatu kertas kerja berkaitan Penggunaan Duit Tabung Masjid/ Surau perlu dibentangkan semula dengan mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut;\n\n\na) Mewajibkan pihak Masjid/ Surau untuk merancang perbelanjaan dengan menyediakan belanjawan tahunan.\n\n\nb) Menyediakan peratusan penggunaan bagi setiap perincian.\n\n\nc) Menyenaraikan setiap aktiviti-aktiviti Masjid/ Surau mengikut perincian.\n\n\nd) Menekankan bahawa perkara yang tidak disebutkan di dalam perincian tersebut adalah dilarang kecuali dengan kebenaran MAIS.\n\n\n\u00a0\n\n\n**Rujuk Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2020 yang bersidang pada 28 Zulhijjah\u00a01441H bersamaan 18 Ogos 2020 (adalah berkaitan)**"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16728", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2020 yang bersidang pada 10 Safar 1442H bersamaan 28 September 2020 mengambil maklum dan menerima:\n\n\n\u00a0\n\n\nPencapaian prestasi pelaburan PNB sehingga 30 Ogos 2020, di mana kesemua pelaburan patuh Syariah (ekuiti, pasaran wang, hartanah & hospitaliti dan sekuriti berpendapatan tetap) oleh PNB adalah pada tahap 74.9% dan dijangka mencapai 75% berakhir 31 Disember 2020."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16727", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi'ul Awwal 1442H bersamaan 3 November 2020 bersetuju memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\na) Fidyah dan kaffarah harus dibayar kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS);\n\n\nb) Fidyah dan kaffarah hendaklah diagihkan kepada fakir dan miskin sama ada dalam bentuk beras, makanan atau wang;\n\n\nc) Kadar fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah \u00bc daripada zakat fitrah yang dibayar.\n\n\nd) Agihan fidyah dan kaffarah hendaklah terhad kepada umat Islam dalam negeri Selangor sahaja;\n\n\ne) Baitulmal, MAIS diharuskan mengambil upah daripada pembayar fidyah dan kaffarah sebanyak lima belas peratus (15%) tidak termasuk kadar sebenar bayaran fidyah dan kaffarah bagi tujuan pengurusan.\n\n\nWalaubagaimanapun, mesyuarat memutuskan agar kajian lanjut dibuat oleh pihak Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memperincikan perkara-pekara berikut:\n\n\na) Adakah kadar kaffarah adalah memberi makan makanan yang mengeyangkan sekurang-kurangnya RM10.00 seorang untuk sekali makan atau untuk sehari makan;\n\n\nb) Kadar kaffarah memberi pakaian adalah RM60.00 seorang;\n\n\nc) Kaffarah bagi persetubuhan ketika isteri dalam keadaan haid adalah sunat dan bayarannya adalah senilai satu Dinar atau \u00bd Dinar. Perincian kadar nisbah dinar ini perlu ditentukan dengan merujuk kepada ringgit Malaysia atau negara tertentu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16726", "body": "a) Cadangan Perluasan Bilangan Jemaah Solat Jumaat bagi Kawasan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) COVID-19\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi'ul Awwal\u00a01442H bersamaan 3 November 2020 bersetuju dan menerima Kertas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke Sembilan yang bersidang pada 2 November 2020, iaitu:\n\n\nJumlah jemaah solat Jumaat diperluaskan sehingga 1/3 daripada kapasiti ruang solat utama dengan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).\n\n\nDalam melaksanakan keputusan ini, Mesyuarat bersetuju menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah mendapat perkenan daripada DYMM Tuanku Sultan Selangor. Setakat hari ini, D.Y.M.M. Sultan Selangor telah menitahkan bagi zon kuning dan merah tidak dibenarkan solat Jumaat. Kecuali masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong yang hanya dibenarkan seramai 50 orang sahaja dan masjid lain dibenarkan 6 orang sahaja untuk mendirikan solat Jumaat dan solat fardhu.\n\n\nb) Cadangan Menaikkan Jumlah Kehadiran Dalam Majlis Akad Nikah Bagi Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi'ul Awwal 1442H bersamaan 3 November 2020 bersetuju dan menerima Kertas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke Sembilan yang bersidang pada 2 November 2020, iaitu:\n\n\nPenetapan jumlah kehadiran maksima dalam majlis akad nikah adalah 30 orang dengan mengambil kira keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.\n\n\nNamun begitu, pelaksanaan cadangan ini tertakluk kepada arahan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dari semasa ke semasa.\n\n\nc) Cadangan Pelaksanaan Ibadah Umrah Berikutan Penularan COVID-19\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi'ul Awwal\u00a01442H bersamaan 3 November 2020 bersetuju dan menerima Kertas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke Sembilan yang bersidang pada 2 November 2020, iaitu:\n\n\nBahawa Ibadah umrah jemaah Malaysia buat masa ini ditangguhkan seketika kerana gelombang ketiga pandemik COVID-19 yang amat membimbangkan. Walaupun begitu, hal ini akan dikaji semula dari semasa ke semasa dan kebenaran akan diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara. Kebenaran ini akan dipertimbangkan apabila lengkung penularan wabak COVID-19 semakin landai dan terkawal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16725", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi'ul Awwal\u00a01442H bersamaan 3 November 2020 memutuskan bahawa:\n\n\na) Hukum Pelaburan Permodalan Nasional Berhad PNB dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus kerana telah mencapai 75% patuh syariah.\n\n\nb) Hukum ini terpakai dengan syarat PNB mengekalkan peratusan yang ditetapkan. Oleh itu, PNB hendaklah berusaha meningkatkan peratusan sehingga patuh syariah sepenuhnya.\n\n\nc) PNB hendaklah mengemukakan laporan perkembangan pencapaian patuh syariah kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor setiap enam bulan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16724", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2021 yang bersidang pada 27 Jumada al-Akhirah 1442H bersamaan 9 Februari 2021 mengambil maklum bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\na) PNB telah mencapai 75.7% kepatuhan syariah sehingga Disember 2020 dan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 3 November 2020 telah memutuskan: \"Hukum Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus setelah pihak PNB mencapai sasaran 75% patuh syariah dalam pelaburan yang dilaksanakan\".\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, taksiran zakat ke atas pelaburan ASNB adalah dikira 2.5% daripada jumlah pelaburan tahun tersebut bersama dengan dividen dan bonus yang diumumkan pada tahun berikutnya, maka ia akan dikira sebagai jumlah yang akan dikeluarkan zakat bagi tahun semasa. Kewajipan zakat terhadap pelaburan ASNB adalah dikenakan sepenuhnya ke atas aset pelaburan, dividen dan bonus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16723", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2021 yang bersidang pada 25 Rajab 1442H bersamaan 9 Mac 2021 memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\na) Kadar dua (2) marhalah adalah tidak kurang daripada 81 km.\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Persempadanan dan penentuan \nqaryah \ndan \nbalad \nadalah mengikut pilihan seperti berikut:\n\n\ni. Persempadanan mengikut kaedah, uruf dan ketetapan negeri-negeri selaras dengan Akta/ Enakmen Negeri; atau\n\n\nii. Persempadanan mengikut peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); atau\n\n\niii. Persempadanan mengikut peta yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui sistem iPLAN; atau\n\n\niv. Persempadanan baharu yang mengambil kira populasi kepadatan satu-satu penempatan secara vertical (seperti kondominium/ rumah pangsa seumpamanya) yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.\n\n\n\u00a0\n\n\nc) Satu kajian lanjut akan dilaksanakan oleh pihak Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi memperincikan penetapan 11 km (termasuk 81 km) yang dikira sebagai titik mula musafir bagi persempadanan \nqaryah\n dan \nbalad\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16722", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2021 yang bersidang pada 25 Rajab\u00a01442H bersamaan 9 Mac 2021 memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nPerubahan nilai Kriteria Imkanur Rukyah yang baharu iaitu ketika matahari terbenam ketinggian bulan tidak kurang dari 3\u00b0 dan jarak lengkung Bulan Matahari (elongasi) tidak kurang dari 6.4\u00b0 dan bersetuju untuk pelaksanaannya pada tahun 2021 (Muharram 1443H) selaras dengan keputusan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Kali Ke-44."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16721", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2021 yang bersidang pada 25 Rajab 1442H bersamaan 9 Mac 2021 memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nTitik Rujukan Baharu Paling Barat Malaysia (Pulau Perak) Bagi Hitungan Takwim adalah berdasarkan lokasi Pulau Perak Daerah Yan, Kedah Darul Aman yang terletak kira-kira 114 km lebih barat daripada titik rujukan sedia ada di Tanjung Chinchin, Langkawi. Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan perubahan Titik Rujukan Baharu Paling Barat Malaysia dari Tanjung Chinchin, Langkawi Kedah ke Pulau Perak, Yan Kedah berkuatkuasa pada tahun 2022 (1444H)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16720", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2021 yang bersidang pada 25 Rajab 1442H bersamaan 18 Mei 2021 memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\na) Hukum melihat anak bulan melalui mata kasar dengan bantuan peralatan optik adalah harus;\n\n\nb) Kenampakan anak bulan menggunakan teknik pengimejan adalah diharuskan dengan parameter yang ditetapkan oleh JAKIM melalui garis Panduan/Tatacara Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pengimejan;\n\n\nc) Kenampakan anak bulan hendaklah memenuhi kriteria \nImkanur Rukyah\n;\n\n\nd) Bilangan saksi bagi pensabitan anak bulan hendaklah terdiri daripada seorang saksi yang adil untuk anak bulan Ramadan dan dua orang saksi bagi selain Ramadan. Manakala bagi teknik pengimejan hendaklah disaksikan oleh dua saksi Muslim yang adil; dan\n\n\ne) Kesaksian wanita diterima dalam kenampakan anak bulan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16719", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2021 yang bersidang pada 25 Rajab 1442H bersamaan 18 Mei 2021 telah membincangkan dan mengambil maklum:\n\n\n\u00a0\n\n\na) Kertas ini adalah sepertimana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 6 Ogos 2019 yang meminta pihak Perbadanan Wakaf Selangor mengemukakan laporan perincian perolehan dan perbelanjaan kepada mesyuarat pada setiap (6) enam bulan; dan\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Mesyuarat mengambil maklum Pengambilan Keuntungan Simpanan tetap Islamik Di Perbadanan Wakaf Selangor bermula 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020 adalah sepertimana yang telah dibentangkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16718", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2021 yang bersidang pada 8 Muharram 1443H bersamaan 17 Ogos 2021 telah memutuskan bahawa:-\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus untuk menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital sama ada sebagai perantara pembayaran \n(medium of payment)\n, pemindahan wang \n(remittance) \ndan aset simpanan sekiranya memenuhi parameter-parameter di bawah:\n\n\n\u00a0\n\n\na) Urus niaga melibatkan mata wang digital hendaklah dilakukan melalui platform pertukaran mata wang digital berlesen yang diluluskan dan dikawal selia oleh pihak berautoriti sahaja;\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Pengguna hendaklah mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai:\n\n\n\n\nJenis, ciri-ciri utama dan risiko berkaitan mata wang digital;\n\n\nPerkara-perkara teknikal yang mencukupi mengenai bagaimana untuk memperoleh mata wang digital dan di mana ia perlu disimpan untuk memastikan keselamatannya;\n\n\nPeraturan-peraturan yang ditetapkan oleh platform pertukaran mata wang digital berlesen yang diluluskan dan dikawal selia oleh pihak berautoriti; dan\n\n\nUndang-undang dan peraturan yang berkaitan mata wang digital.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nc) Sebagaimana mata wang yang lain, mata wang digital hendaklah tidak digunakan sebagai bayaran kepada barangan, perkhidmatan dan aktiviti tidak patuh Syariah seperti pembelian dadah, pelacuran, perjudian dan pendanaan aktiviti keganasan serta penggubahan wang haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16717", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2021 yang bersidang pada 8\u00a0Muharram\u00a01443H bersamaan 17 Ogos 2021 telah memutuskan bahawa:-\n\n\n\u00a0\n\n\na) Islam merupakan agama yang tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana pihak yang menghina agama tanpa mengambil kira sama ada agama yang dihina itu adalah Islam atau selainnya.\n\n\nb) Perlu ditegaskan bahawa ketetapan penggunaan nama Allah hanya boleh digunakan kepada Allah SWT sahaja dengan menjaga kemulian dan ketinggian-Nya.\n\n\nc) Selaras dengan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka Islam wajib didaulatkan. Manakala sebarang bentuk penghinaan atau apa sahaja yang merendah-rendahkan kedudukan Islam seperti yang dinyatakan di atas adalah dilarang sama sekali bahkan boleh mengundang ketidakharmonian beragama."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16716", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2021 yang bersidang pada 8 Muharram\u00a01443H bersamaan 17 Ogos 2021 telah memutuskan bahawa:-\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat bersetuju untuk mengekalkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 2 Februari 2012 iaitu \nSumber pembiayaan kos-kos agihan zakat secara manfaat hendaklah diambil berdasarkan kepada dana asnaf tersebut diagihkan. \nMesyuarat juga bersetuju sebagaimana berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\na) Sumber Pembayaran Emolumen Kakitangan di Sektor Pembangunan Sosial, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)\n\n\nPembayaran gaji kakitangan di Sektor Pembangunan Sosial, MAIS hendaklah dibayar menggunakan sumber asnaf Muallaf dan Riqab berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkaitan \u201cHukum Agihan Zakat Dalam Bentuk Manfaat Dan Sumber Pembiayaan Pengurusannya\u201d pada 2 Februari 2012.\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Sumber Pembayaran Emolumen Pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) Yang Menerima Arahan Berpindah Ke Pusat Kebajikan Atau Perlindungan\n\n\nPegawai LZS yang dipindahkan ke pusat kebajikan atau perlindungan di bawah pengurusan LZS hendaklah dibayar emolumen mereka melalui sumber dana asnaf yang digunakan untuk membiayai kos pengurusan pusat kebajikan dan perlindungan tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nc) Sumber Pembayaran Emolumen Pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) Yang Menerima Arahan Berpindah Daripada Pusat Kebajikan atau Perlindungan Ke LZS\n\n\nPegawai LZS yang dipindahkan daripada pusat kebajikan atau perlindungan ke LZS hendaklah dibayar emolumen mereka melalui sumber dana amil.\n\n\n\u00a0\n\n\nd) Penetapan Tugasan Kakitangan Di Lembaga Zakat Selangor (LZS) Yang Menerima Pembayaran Emolumen Melalui Sumber Dana Amil atau Dana Selain Amil\n\n\nPihak LZS perlu memastikan penetapan tugasan kakitangan yang dilantik adalah bertepatan dengan sumber pembiayaan emolumen pegawai berkenaan. Penetapan tugasan kakitangan tersebut adalah sebagaimana berikut:\n\n\ni. Pegawai LZS yang dilantik untuk bertugas di ibu pejabat atau cawangan LZS dan pembayaran emolumen mereka adalah menggunakan dana amil, pegawai berkenaan boleh diberikan segala tugas-tugas amil merangkumi tugas kutipan, agihan atau apa-apa tugasan pentadbiran berkaitan LZS.\n\n\nii. Pegawai LZS yang dilantik untuk bertugas di ibu pejabat atau cawangan LZS dan pembayaran emolumen mereka adalah menggunakan dana selain amil, sebagai contoh muallaf pegawai berkenaan hanya boleh diberikan tugas-tugas amil yang berkaitan asnaf muallaf sahaja.\n\n\niii. Pegawai LZS yang dilantik untuk bertugas di pusat kebajikan atau perlindungan di bawah pengurusan LZS dan pembayaran emolumen mereka adalah menggunakan dana asnaf selain amil, pegawai berkenaan mestilah diberikan tugasan khusus berkaitan pengurusan pusat kebajikan atau perlindungan berkenaan atau berkaitan asnaf yang berkenaan sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16715", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2010 yang bersidang pada 21 Disember 2010 bersetuju memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus hukumnya memberi wang kepada orang-orang yang menyembahyangkan jenazah dengan mengambil kira beberapa perkara seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Bahawa solat jenazah adalah tuntutan fardu kifayah yang wajib ditunaikan oleh orang yang hidup sedangkan pemberian wang itu hukumnya harus.\n\n\nii. Wang diberikan bukan harta yang ditinggalkan oleh si mati seperti kaum kerabat yang terdiri daripada zawil arham, anak menantu atau sahabat si mati. Pemberian itu dengan maksud pahalanya untuk si mati tersebut.\n\n\niii. Jika wang pusaka atau harta warisnya, maka hendaklah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada semua ahli waris atau memang sudah diwasiatkan sebelum matinya, itu pun apabila telah ditunaikan kewajipan-kewajipan seperti berikut:\n\n\n\n\nZakat.\n\n\nGadaian.\n\n\nBelanja kematian dan pengebumian.\n\n\nMembayar hutang terhadap Allah dan manusia.\n\n\nWasiat.\n\n\nNazar dan sebagainya.\n\n\n\n\niv. Pembayaran tersebut jangan sampai menyusahkan si pemberi, lebih-lebih lagi keluarga si mati.\n\n\nv. Mesyuarat juga bersetuju supaya diwujudkan garis panduan \"Pengurusan Jenazah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16714", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-5/2010 yang bersidang pada 21 Disember 2010 telah bersetuju memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum pengambilan \nVaksin Human Papilloma Virus \n(HPV)\n \nadalah harus untuk mencegah penyakit kanser pangkal rahim. Keharusannya itu berdasarkan kepada:-\n\n\n\u00a0\n\n\na. Menurut Datuk Dr. Abd. Aziz Yahya, Pakar Perunding \nOnkologi\n dan \nGinekologi,\n \u201cseparuh kes baru kanser serviks meninggal dunia hanya semasa peperiksaan pertama\u201d. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan mereka menyedari kewujudan penyakit ini ketika berada di peringkat keempat. Keadaan ini telah lewat dan sukar untuk diselamatkan lagi.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Menurut Arpah binti Abbas, Timbalan Pengarah Pusat Pendaftaran Produk, Biro Farmasuetikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. \u201cKajian menunjukkan, punca utama kanser ini berlaku adalah kerana jangkitan kuman \nHuman Papilloma Virus (HPV) \nyang melata dan berkembang sehingga akhirnya berubah menjadi kanser. \nHuman papilloma virus\n adalah daripada \nfamili papovaviridae\n yang mempunyai lebih 100 jenis virus. Daripada jenis-jenis ini, jenis 16 dan 18 adalah berisiko tinggi dan dikenal pasti sebagai punca utama kanser serviks\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16713", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2010 yang bersidang pada 2 November 2010 telah;\n\n\n\u00a0\n\n\nBersetuju dengan mengekalkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2010 berkenaan tajuk \"Pembayaran Emolumen Kepada Pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Selangor yang terpilih dengan menggunakan peruntukan Asnaf Amil.\" \n\n\nJawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga mencadangkan supaya pihak Lembaga Zakat Selangor berbincang dengan pihak Majlis Agama Islam Selangor bagi menetapkan kriteria pegawai-pegawai terpilih yang sepatutnya menerima pembayaran emolumen daripada peruntukan asnaf amil mengikut syarat-syarat hukum syarak dan berdasarkan kemampuan pihak Zakat Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16712", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2010 yang bersidang pada 21 September 2010 bersetuju \nberkenaan keharusan solat sunat tasbih dilakukan secara berjemaah tetapi tidak digalakkan dilakukan secara berjemaah secara berterusan kerana yang lebih awla ialah dilakukan secara bersendirian. Mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri selangor bersetuju keputusan ini disebarkan dan ditambah dengan dalil-dalil disunatkan solat sunat tasbih."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16711", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2010 yang bersidang pada 21 September 2010 bersetuju bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nOrang Kafir adalah diharuskan memasuki masjid dan surau dengan beberapa syarat seperti berikut:\n\n\ni. Mendapat keizinan daripada pihak masjid / surau.\n\n\nii. Hendaklah menutup aurat dan bersopan.\n\n\niii. Masuk ke dalam masjid / surau kerana berurusan yang diharuskan oleh syarak.\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersetuju supaya dibuat garis panduan untuk disebarkan ke pengetahuan umum.\n\n\n\u00a0\n\n\n* Keputusan ini ditangguhkan untuk sementara waktu kerana bertentangan dengan surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh MAIS pada 28 Ogos 2010."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16710", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2010 yang bersidang pada 21 September 2010;\n\n\n\u00a0\n\n\nbersetuju berkenaan \"Pembayaran Emolumen Kepada Pegawai-pegawai MAIS Yang Terpilih Dengan Menggunakan Peruntukan Asnaf \u2018Amil selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2008 yang bersidang pada 2 Disember 2008.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16709", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2010 yang bersidang pada 20 April 2010 telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersetuju satu Jawatankuasa Khas Tadbir Madrasah Hilmiyyah dibentuk bagi merancang dan mengawal penggunaan wang wakaf bagi kemanfaatan madrasah tersebut.\n\n\nii. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersetuju menyerahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menentukan mana-mana agensi bertanggungjawab menjadi Jawatankuasa Khas Tadbir Madrasah Hilmiyyah.\n\n\niii. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersetuju menyerahkan kepada pihak MAIS bagi melantik dan menentukan samada waris pewakaf atau selainnya berada di dalam Jawatankuasa Khas Tadbir Madrasah Hilmiyyah tersebut.\n\n\niv. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersetuju bahawa manfaat bagi Madrasah Hilmiyyah yang sedia ada dalam simpanan Masjid Jamiul al-Hasaniah digunakan bagi menanggung segala aktiviti dan operasi yang berkaitan untuk Tadika Islam al-Hasaniyyah dengan mendapat persetujuan dari pihak MAIS."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16708", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor Kali Ke-2/2010 yang bersidang pada 20 April 2010 telah memutuskan seperti berikut;\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor TIDAK BERSETUJU bagi mewujudkan peraturan penasihatan dan bimbingan terhadap kes murtad hingga ke mahkamah. Sebaliknya jika ada kes tersebut usaha penasihatan hendaklah dijalankan secara berterusan dengan dibantu oleh agensi-agensi yang lain seperti Bahagian Pengurusan Dakwah (JAIS), Bahagian Pembangunan Insan (MAIS) dan lain-lain.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16707", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2010 yang bersidang pada 2 Mac 2010 telah memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak meluluskan cadangan Pembangunan Tanah Perkuburan Islam moden di Tanah Wakaf Milik Majlis Agama Islam Selangor dengan alasan seperti berikut;\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Didalam hukum syarak, apabila berlaku kematian hendaklah dikebumikan, di mana sahaja samada berbentuk liang atau lahad.\n\n\n(ii) Tujuan tanah wakaf adalah untuk kemaslahatan umum khususnya untuk fakir miskin.\n\n\n(iii) Tanah wakaf adalah hak milik Baitulmal, tidak sesuai dijadikan tempat perkuburan berbentuk komersil seperti yang dicadangkan.\n\n\n(iv) Adalah disyorkan supaya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melaksanakan perkuburan dengan kaedah menimbus tanah di atas kubur lama di kawasan tanah perkuburan setinggi 4 kaki. Kaedah ini amat sesuai di tanah perkuburan yang rendah serta tanah perkuburan yang sudah penuh dan tiada kawasan lapang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16706", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 1/2010 yang bersidang pada 2 Mac 2010 telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cOrang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan berasaskan dalil;\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Surah al-Maidah (ayat 2)\n\n\n\u0648\u064e\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0648\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0628\u0650\u0631\u0651\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0642\u0652\u0648\u064e\u0649\u0670 \u06d6\u00a0 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0648\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u062b\u0652\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u062f\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u0650 \u06da \u0648\u064e\u0627\u062a\u0651\u064e\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u06d6\u00a0 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0634\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0642\u064e\u0627\u0628\u0650\n\n\n\u00a0\u201c.... dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi S.A.W. telah melaknat pemakan harta riba dan seluruh yang terlibat dalam urusan tersebut;\u00a0\n\n\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u062c\u064e\u0627\u0628\u0650\u0631\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0622\u0643\u0650\u0644\u064e \u0627\u0644\u0631\u0651\u0650\u0628\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064f\u0624\u0652\u0643\u0650\u0644\u064e\u0647\u064f\u00a0\u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u062a\u0650\u0628\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0634\u064e\u0627\u0647\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u00a0\u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0647\u064f\u0645\u0652 \u0633\u064e\u0648\u064e\u0627\u0621\u064c\n\n\nMaksud hadith; Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi makannya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda; semuanya sama-sama dilaknat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16705", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2010 yang bersidang pada 2 Mac 2010 telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nAhli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersetuju dengan cadangan Mengemaskini Fatwa Zakat Harta Pendapatan Negeri Selangor seperti di lampiran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16703", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2010 yang bersidang pada 2 Mac 2010 telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nPembayaran hutang Muallaf sebelum Islam adalah diharuskan menggunakan wang zakat.\n\n\ni. Pembayaran hutang tersebut menggunakan peruntukkan Asnaf al-Gharimin.\n\n\nii. Hutang yang dibayar adalah hutang yang disebabkan pembiayaan keperluan sahaja.\n\n\niii. Hutang yang dibayar bukan hutang yang bertujuan untuk belanja mewah serta dilakukan secara berulang kali. \n\n\niv. Keputusan ini diambil berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:\n\n\nSesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang Yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan bekalan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.\n\n\n\u00a0\n\n\n*Nota; Fatwa ini berkaitan dengan keputusan Hukum Pembayaran Hutang Muallaf Sebelum Islam Menggunakan Wang Zakat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-5/2009 pada 22/12/2009."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16702", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 6/2013 yang bersidang pada 20 November 2013 bersamaan 16 Muharram 1435H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nBuku Perempuan Nan Bercinta tulisan Dr. Faisal Tehrani hendaklah dirujuk kepada keputusan Fatwa Ajaran Syiah perkara 2 (viii) yang telah diwartakan pada 17 Oktober 2013."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16701", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 5/2013 yang bersidang pada 10 Oktober 2013 bersamaan 5 Zulhijjah 1434H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nMeluluskan Garis Panduan Solat Berjemaah di masjid, bangunan selain masjid dan tanah lapang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16700", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 5/2013 yang bersidang pada 10 Oktober 2013 bersamaan 5 Zulhijjah 1434H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus menerima caj abstraksi air daripada syarikat yang menjalankan aktiviti operasi harian tidak halal kerana selaku pihak yang dilantik oleh pemerintah (ulil amri), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertanggungjawab mengurus dan memberikan perkhidmatan air untuk maslahah ammah seluruh masyarakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16699", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 5/2013 yang bersidang pada 10 Oktober 2013 bersamaan 5 Zulhijjah 1434H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Mana-mana individu, syarikat, premis perniagaan, laman web, pertubuhan dan seumpamanya adalah dilarang menggunakan lafaz Allah (Lafaz alJalalah) dan salah satu nama daripada kumpulan Asma al-Husna kerana ia boleh mengelirukan dan membawa kepada penipuan serta penyalahgunaan.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Apa-apa jua bahan penerbitan dan publisiti yang menyalahgunakan kalimah Allah atau salah satu nama daripada kumpulan Asma al-Husna atau nama-nama yang bercirikan Islam adalah dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16698", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 5/2013 yang bersidang pada 10 Oktober 2013 bersamaan 5 Zulhijjah 1434H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Memfatwakan beberapa perkara seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Amalan, pegangan, kepercayaan atau fahaman pembedahan batin atau apa-apa amalan yang mempunyai persamaan dengan pembedahan batin adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar;\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Orang Islam yang telah mengamal, mempercayai, mengajar, mempelajari dan mengikuti amalan-amalan pembedahan batin atau yang mempunyai persamaan dengan amalan, ajaran, pegangan, kepercayaan atau fahaman pembedahan batin hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat kepada Allah S.W.T;\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Mana-mana orang Islam dari mana-mana kumpulan adalah dilarang menyertai, menyokong, membantu, bekerjasama, menyumbangkan apaapa dana dalam menzahirkan atau menghidupkan atau mengembangkan pembedahan batin;\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana amalan, ajaran, pegangan, kepercayaan atau fahaman oleh individu atau kelompok atau\u00a0kumpulan mengenai pembedahan batin atau apa-apa amalan, ajaran, pegangan, kepercayaan atau fahaman yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur amalan, ajaran, pegangan dan fahaman pembedahan batin adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam;\n\n\n\u00a0\n\n\nv. Apa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan amalan, ajaran, pegangan, kepercayan atau fahaman pembedahan batin atau apa- apa amalan, ajaran, pegangan atau fahaman oleh individu atau kelompok atau kumpulan yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur amalan, ajaran, pegangan, kepercayaan dan fahaman pembedahan batin dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana individu ataupun kumpulan yang jelas melakukan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) EJSS tahun 1995."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16697", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 4/2013 yang bersidang pada 9 September 2013 bersamaan 3 Zulqa\u2019dah 1434H memutuskan bahawa:\n\n\nAdalah haram berurus niaga hampas gandum (\nbrew\n) dari kilang arak sebagai makanan haiwan ternakan seperti lembu tenusu kerana terdapat unsur-unsur syubhah dalam urus niaga yang berkaitan dengan pembuatan arak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16696", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 1/2013 yang bersidang pada 29 Januari 2013 bersamaan 17 Rabiul Awwal 1434H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Tabung Dana Wakaf Ilmu UPM harus menerima sumbangan daripada Organisasi Non-Muslim\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Harus mengagihkan kepada mana-mana individu yang diputuskan oleh Jawatankuasa Dana Wakaf Ilmu UPM."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16695", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 1/2013 yang bersidang pada 29 Januari 2013 bersamaan 17 Rabiul Awwal 1434H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum menggunakan bahan pewarna cochineal dalam pemakanan adalah diharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16694", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 5/2012 yang bersidang pada 23 Oktober 2012 bersamaan 7 Zulhijjah 1433H memutuskan bahawa \najaran dan amalan Persatuan Gerakan Warisan Silam didapati sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.\n\n\nDi antara ajaran dan amalan yang menyeleweng adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nTidak Menyebut Kalimah Muhammad Rasulullah Dalam Kalimah Syahadah;\n\n\nPelaksanaan Solat Yang Bertentangan Dengan Ajaran Islam;\n\n\nMelambatkan Berbuka Puasa;\n\n\nHanya al-Quran Sahaja Sebagai Rujukan (Menolak Hadis Rasulullah S.A.W.);\n\n\nMenafsir Ayat al-Quran Mengikut Terjemahan Semata-mata.\n\n\n\n\nMesyuarat juga bersetuju memutuskan seperti berikut:\n\n\n1. Sebarang ajaran, amalan, pegangan, kepercayaan atau fahaman Persatuan Gerakan Warisan Silam atau individu lain atau mana-mana kumpulan yang mengamalkan ilmu yang mempunyai persamaan dengan ajaran, amalan, pegangan, kepercayaan atau fahaman Persatuan Gerakan Warisan Silam adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar;\n\n\n2. Orang Islam yang telah mengamal, mempercayai, mengajar, mempelajari dan mengikuti ajaran, pegangan, kepercayaan atau fahaman Persatuan Gerakan Warisan Silam atau individu lain atau mana-mana kumpulan yang mengamalkan ilmu yang mempunyai persamaan dengan ajaran, amalan, pegangan, kepercayaan atau fahaman Persatuan Gerakan Warisan Silam hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat kepada Allah S.W.T;\n\n\n3. Mana-mana orang Islam atau mana-mana kumpulan adalah dilarang menyertai, menyokong, membantu, bekerjasama, menyumbangkan apa-apa dana dalam menzahirkan atau menghidupkan atau mengembangkan Persatuan Gerakan Warisan Silam atau mana-mana individu yang terlibat dengan Persatuan Gerakan Warisan Silam;\n\n\n4. Mana-mana orang Islam atau mana-mana kumpulan adalah dilarang menyertai, menyokong, membantu, bekerjasama, menyumbangkan apa-apa dana kepada mana-mana individu atau mana-mana kumpulan yang berkaitan dan boleh dikaitkan dengan Persatuan Gerakan Warisan Silam;\n\n\n5. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan, kepercayaan atau fahaman Persatuan Gerakan Warisan Silam atau apa-apa ajaran, pegangan, kepercayaan atau fahaman oleh individu atau kelompok atau kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Persatuan Gerakan Warisan Silam adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam;\n\n\n6. Apa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan ajaran, pegangan, kepercayan atau fahaman Persatuan Gerakan Warisan Silam atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman oleh individu atau kelompok atau kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan, kepercayaan dan Fahaman Persatuan Gerakan Warisan Silam dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16693", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 3/2012 yang bersidang pada 12 Jun 2012 bersamaan 22 Rajab 1433H berpandangan bahawa:\n\n\ni. Islam amat menekankan penjagaan kesihatan tubuh badan sebagai salah satu prinsip dalam \u0645\u0642\u0627\u0635\u062f \u0634\u0631\u064a\u0639\u0629 .Walau bagaimanapun, penggunaan alat dari sumber yang haram kerana adanya unsur babi (khinzir) adalah najis dan haram sebagaimana dalam surah al-Baqarah ayat 173).\n\n\nii. Dalam isu rawatan\n ICL\n ini, memandangkan penggunaannya bukan dalam keadaan dharurah dan umat Islam mempunyai banyak alternatif lain yang tidak meragukan dari aspek Syarak, maka Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan kanta \nICL (Implantable Collamer Lens)\n yang diperbuat daripada bahan kolagen babi (khinzir) adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16692", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 4/2011 yang bersidang pada 28 Julai 2011/ 26 Sya\u2019aban 1432H \nbersetuju dan memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Menurut Perspektif Islam yang dikeluarkan oleh JAKIM. Mana-mana jualan langsung yang bercanggah dengan Garis Panduan tersebut adalah haram untuk disertai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16691", "body": "Setelah meneliti setiap pandangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor dan cadangan yang dikemukakan dalam kertas kerja, maka mesyuarat memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Hukum penceraian melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:\n\n\n\n\nBahawa pengirim SMS itu adalah suami\n\n\nBahawa penerima SMS adalah isteri\n\n\nSMS itu telah pun dibaca oleh penerima\n\n\nSuami berniat untuk menceraikan isteri\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Penceraian melalui SMS yang tidak memenuhi syarat-syarat dalam perkara di atas adalah tidak sah dan ianya ditentukan oleh Mahkamah Syariah.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Penceraian melalui SMS adalah sama kaedahnya dengan penceraian melalui kata-kata yang tidak jelas (sindiran) termasuk penulisan seperti surat, faksmili, telefon dan e-mail. Kesemuanya termasuk dalam talak kinayah.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Penceraian melalui SMS adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak beradab. Ianya seolah-olah merendahkan martabat wanita itu sendiri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16689", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nKaset bertajuk \u201cKeajaiban Tuhan Kesaksianku\u201d tidak sesuai dan diharamkan. Oleh itu percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan termasuk:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Apa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n\n\nii. Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa sahaja;\n\n\niii. Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku atau risalah itu, pada atau atas apa-apa bahan, sama ada dalam bahan bercetak atau elektronik atau selainnya, atau melalui apa-apa media adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16688", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nKetiga-tiga VCD/CD bertajuk Yasinan, Tahlilan dan Selamatan tidak sesuai dan diharamkan. Oleh itu percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan termasuk:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Apa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n\n\nii. Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa sahaja;\n\n\niii. Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku atau risalah itu, pada atau atas apa-apa bahan, sama ada dalam bahan bercetak atau elektronik atau selainnya, atau melalui apa-apa media adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16687", "body": "Mesyuarat bersetuju bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nDua kumpulan pelajar tersebut layak menerima bahagian zakat yang dipungut oleh IPT. Dengan syarat mereka tidak mengambil lagi bahagiannya dari Pusat Zakat Selangor dengan syarat-syarat yang dipersetujui."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16686", "body": "Mesyuarat mengambil keputusan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak meluluskan kertas kerja yang dibentangkan oleh Pusat Zakat Selangor. Malahan mesyuarat memutuskan bahawa Pusat Zakat Selangor hendaklah memberi keutamaan kepada agihan asnaf fakir dan miskin terlebih dahulu dari asnaf amil."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16685", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nWang Zakat yang telah diluluskan mengikut asnaf tetapi penyampaiannya tidak dapat diselesaikan maka pihak yang berhak layak menerima walaupun ianya telah keluar daripada asnaf yang asal. Pusat Zakat Selangor disarankan agar dapat mengambil tindakan dengan bersungguh-sungguh dan berkesan dalam menguruskan penyampaian zakat kepada asnaf-asnaf zakat sebagai amanah yang telah dipertanggungjawab."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16684", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHukuman takzir dikenakan ke atas orang cuba keluar Islam adalah seperti berikut:\n\n\ni. Hukuman denda yang tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun bagi orang yang cuba keluar Islam sahaja dan tidak mempengaruhi orang lain.\n\n\nii. Hukuman denda tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun serta tidak melebihi 6 kali sebatan bagi orang yang cuba keluar Islam serta mempengaruhi orang lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16683", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nMemandangkan keadaan keselamatan dan keperluan dalam penjara, maka Sembahyang Jumaat bagi banduan itu adalah harus. Sekiranya wujud anggapan yang mengatakan banduan tersebut boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman kepada pihak lain. Maka ianya tidak diwajibkan Sembahyang Jumaat tetapi ianya telah diwajibkan Sembahyang Fardhu Zohor sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16682", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 20 Mei 2003 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nAdalah harus merobohkan bangunan masjid lama Kampung Bukit Belimbing, Daerah Kuala Selangor untuk didirikan Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran lebih-lebih lagi kerana bangunan tersebut telah uzur dan tidak selamat digunakan lagi.\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor juga menegaskan bahawa adalah wajib menjaga atau memelihara kesucian dan status tapak tersebut kerana ia merupakan bekas tapak masjid.\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor turut menyarankan bahawa sekiranya terdapat harta wakaf di Bangunan Masjid Lama ini yang boleh dimanfaatkan, maka dipindahkan kegunaannya kepada Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran yang bakal dibina."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16681", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 20 Mei 2003 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nAdalah harus memindahkan kubur lama orang Islam di atas tanah milik Jabatan Haiwan Daerah Sabak Bernam ke tempat lain kerana tanah tersebut adalah milik Jabatan Haiwan sendiri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16680", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor Kali Ke-6 yang diadakan pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nSuntikan Pelalian Vaksin Meningococal Quadrivalent untuk orang Islam yang tidak mengandungi lemak babi-mencevex injection adalah harus. Manakala vaksin yang mengandungi lemak babi-monume injection hukumnya adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16679", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor Kali Ke-6 yang diadakan pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nAir Baru (Newater) merupakan air yang telah diproses melalui penyulingan dan penurasan. Oleh itu ia adalah suci lagi menyucikan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16678", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 24 Jun 2002 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1) Perkara yang dibentangkan ini adalah merupakan isu nasional bukan terhad di Negeri Selangor sahaja. Oleh itu Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor turut mengesyorkan agar kertas cadangan ini dibawa kepada Muzakarah Fatwa Kebangsaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2) Berhubung permasalahan yang telah dikemukakan, Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah memberikan pandangan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Adalah harus menghadiri dan mengadakan Majlis Perayaan bersama antara agama lain (Kongsi Raya) contoh perayaan Aidilfitri dengan Krismas, Tahun Baru Cina dan Deepavali dengan syarat majlis perayaan tersebut tiada unsur-unsur keagamaan selain daripada agama Islam.\n\n\nii. Adalah haram menghadiri majlis-majlis keramaian dan keraian yang terdapat persembahan nyanyian atau tarian antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.\n\n\niii. Adalah haram bermain golf yang mengandungi pertaruhan kerana ia mengandungi unsur-unsur perjudian yang diharamkan dalam Islam.\n\n\niv. Adalah harus menghadiri upacara/istiadat pengkebumian non-muslim.\n\n\nv. Adalah haram memakan binatang yang haram semasa latihan ikhtiar hidup seperti yang telah diamalkan oleh Angkatan Tentera di upacara tamat kursus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16677", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 24 Jun 2002 telah memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\n1) Haram bagi Pusat Zakat Selangor untuk menggunakan perkhidmatan Bizz Channel yang disediakan oleh Bumiputera Commerce (BCBB) yang menjalankan operasinya secara konvensional iaitu terlibat secara langsung dengan sistem riba\u2019 yang diharamkan dalam Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2) Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor juga berpandangan bahawa sebagai satu badan atau Institusi Islam, Pusat Zakat Selangor tidak boleh menjalankan sebarang bentuk perniagaan atau perkhidmatan yang bercanggah dengan syariat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n3) Saranan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor agar dapat dipastikan dengan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sama ada telah memutuskan tentang perkara ini beserta alasan atau hujah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16676", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 24 Jun 2002 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nKertas cadangan ini perlulah dibaiki dan dimurnikan dengan hujjah-hujjah yang lebih kukuh dan dibentangkan semula pada mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang akan datang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16675", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 April 2002 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1) Adalah wajib bagi kakitangan Syarikat Stenta Film (M) Sdn. Bhd. yang mencukupi syarat wajib Sembahyang Jumaat untuk menunaikan Sembahyang Jumaat.\n\n\n\u00a0\n\n\n2) Di samping itu juga Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor mencadangkan agar pihak syarikat:-\n\n\ni. Melantik orang bukan Islam untuk bertugas di waktu tengahari Jumaat sama ada secara tetap atau sementara.\n\n\nii. Melantik kaum wanita atau bukan Islam untuk bertugas di waktu tengahari Jumaat.\n\n\n\u00a0\n\n\n3) Menurut Undang-Undang Buruh ada dinyatakan bahawa majikan tidak boleh menghalang pekerja untuk melaksanakan kewajipan agama yang mesti dilaksanakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16674", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus / boleh membayar zakat melalui kad kredit / kad bank Islam dengan syarat disertai niat yang ikhlas.\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Bagi pembayaran zakat melalui Kad Kredit, \npembayar hendaklah berniat mewakilkan pihak Bank sebagai wakilnya bagi membayar zakatnya secara tunai kepada amil.\n\n\nLafaz niatnya iaitu \u201cIni zakat yang wajib ke atas diriku pada tahun berjumlah....... dan aku wakilkan balik........untuk menyelaraskan bagi pihak aku\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Bagi pembayaran zakat melalui Kad Bank Islam\n tidak perlu berniat mewakilkan kepada pihak Bank Islam.\n\n\nLafaz niatnya iaitu \u201cIni zakat yang wajib ke atas diriku pada tahun ini sebanyak ......... kerana Allah S.W.T.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16673", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan;\n\n\n\u00a0\n\n\nMenerima pakai cadangan Had Kifayah Negeri Selangor yang telah dibentangkan kali pertama di Mesyuarat Kali Ke 4/2001 di Johor Bahru dengan beberapa pindaan yang telah dibuat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16672", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan;\n\n\n\u00a0\n\n\nApa yang disarankan oleh Jabatan Agama Islam Johor itu pada dasarnya adalah baik. Walau bagaimanapun perlaksanaannya perlu diteliti dan berhemah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16671", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nWajib mengebumikan jenazah mengadap kiblat kerana memuliakan jenazah. Tetapi bagi kubur lama yang salah kiblat yang diyakini mayatnya sudah reput maka tidak perlu dialihkan lagi sepertimana yang berlaku di Tanah Perkuburan Lembah Berdarah Kuala Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16670", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nBoleh digunakan kerana memegang Reagan ini menggunakan sarung tangan plastik kalis air/tidak meresap."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16669", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus dan sah aqad saham wakaf yang dibuat melalui \u201cweb-site\u201d atau dihantar melalui pos tanpa lafaz Qabul oleh pihak menerima wakaf dalam satu majlis, manakala wang pampasan yang diperolehi disebabkan kematian atau seperti duit insuran nyawa, khairat kematian dan sebagainya adalah dikira harta faraid dan hendaklah dibahagikan mengikut sistem faraid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16668", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor yang telah memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nPindaan Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Kanak-Kanak 2001 boleh digunapakai selagi tidak bercanggah dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16667", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak boleh seseorang itu menghukumkan orang lain kafir kerana penentuan itu adalah hak mutlak Allah S.W.T. dan umat Islam dilarang menyatakan demikian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16666", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 4/2011 yang bersidang pada 28 Julai 2011/ 26 Sya\u2019aban 1432H telah memutuskan seperti berikut;\n\n\nMemakan cicak Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16665", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 3/2011 yang bersidang pada 14 Jun 2011/ 12 Rajab 1432H telah memutuskan seperti berikut;\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Pernikahan antara orang Islam dengan Perempuan Kitabiah (Bukan Asli) adalah tidak sah mengikut Mazhab Shafii.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Pernikahan seperti itu (Pernikahan antara orang Islam dengan Perempuan Kitabiah Bukan Asli) yang telah dilakukan pada masa lalu bolehlah disahkan mengikut pendapat sesetengah ulama\u2019 dengan syarat jika pernikahan itu di\u2019akadkan mengikut Islam dan keluarga itu hendaklah hidup dengan cara Islam termasuk pendidikan anak-anak. Jika tidak dilakukan sedemikian, maka perkahwinan itu hendaklah dibatalkan. Pernikahan suami/isteri kemudian suami masuk Islam, maka pernikahan boleh dikekalkan dengan syarat kehidupannya mengikut cara Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16664", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 3/2011 yang bersidang pada 14 Jun 2011/ 12 Rajab 1432H telah memutuskan seperti berikut;\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Islam menetapkan bahawa jasad seseorang yang telah meninggal dunia mempunyai kehormatan, nilai dan hak kemanusiaan yang wajib dihormati dan dipelihara sepertimana orang yang masih hidup. Pembedahan dan pengawetan mayat yang bertujuan untuk pameran dan peragaan dalam pelbagai bentuk dan aksi adalah bertentangan dengan syara\u2019.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Oleh yang demikian, hukum mengadakan Pameran Spesimen Anatomi Manusia adalah diharamkan dan dilarang.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Walau bagaimanapun, bagi tujuan pendidikan kepada orang awam berkaitan anatomi manusia, ia boleh dilakukan melalui bahan-bahan pameran yang lain seperti melalui gambar-gambar dan bahan-bahan tiruan tanpa menggunakan mayat sebenar."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16663", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 3/2011 yang bersidang pada 14 Jun 2011/ 12 Rajab 1432H telah memutuskan seperti berikut;\n\n\nMenanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah menggunakan rambut sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan yang boleh memudharatkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16662", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 3/2011 yang bersidang pada 14 Jun 2011/ 12 Rajab 1432H telah memutuskan seperti berikut;\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Insurans Konvensional adalah suatu muamalat yang diharamkan oleh Islam kerana amat bercanggah dengan Prinsip Islam. Oleh yang demikian, Pampasan Polisi Insurans Konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta pusaka si mati yang perlu diagihkan secara faraid. Manakala pampasan polisi insurans konvensional tersebut wajib dilupuskan untuk tujuan disucikan harta tersebut dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuk kepada golongan fakir dan miskin."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16661", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali ke 1/2011 yang bersidang pada 8 Februari 2011/ 5 Rabiul Awal 1432H telah memutuskan bahawa\u00a0\nharus memakan telur dan isi belangkas\n dengan alasan seperti berikut:-\n\n\ni. Belangkas bukan hidupan dua alam, ia hidupan air; dan\n\n\nii. Kandungan toksid yang terdapat dalam badannya hendaklah dipisahkan (dibuangkan)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16660", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 4 April 2018 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Ajaran dan Fahaman Ilmu Makrifat (Mengenal Allah) dan Ajaran dan Fahaman Mengenal Diri laitu Ilmu atau Ajaran Peninggalan Tok Kenali Kelantan oleh Mohd Yusof Che Wook (\"ajaran terserbut\") adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:\n\n\n(i) Berpegang kepada konsep \nWahdatul Wujud\n;\n\n\n(ii) Berpegang kepada fahaman \nJabbariah\n;\n\n\n(iii) Menafsir ayat al-Quran mengikut logik akal;\n\n\n(iv) Berpegang kepada konsep \nNur Muhammad\n;\n\n\n(v) Cuba menyebarkan fahaman pluralisme agama; dan\n\n\n(vi) Pembahagian ilmu syariat, hakikat dan makrifat yang meragukan.\n\n\n2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpualan adalah dilarang untuk beramal dengan ajaran tersebut atau berpegang kepada buku bertajuk \"Ilmu Makrifat dan Mengenal Diri Peninggalan Tok Kenali Kelantan\" oleh Shaari bin Hj. Mohd Yusoff (\"buku tersebut\") atau menjadi pengikut kepada ajaran tersebut atau buku tersebut atau apa-apa buku atau risalah lain yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut dan sesiapa yang sengaja melanggar larangan ini adalah disifatkan sebagai mengamalkan ajaran pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n3. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang:-\n\n\n(i) berada dalam majlis, perayaan atan sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut atau apa-apa buku atau risalah lain yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut;\n\n\n(ii) mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan ajaran tersebut atau buku tersebut atau apa-apa buku atau risalah lain yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;\n\n\n(iii) menjadi ahli atau pengikut kepada mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut atau buku tersebut atau apa-apa buku atau risalah lain yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui apa-apa pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut; atau apa-apa buku atau risalah lain yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut;\n\n\n(iv) cuba menghidupkan kembali ajaran tersebut dan fahaman buku tersebut atau apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut sama ada melalui apa-apa pertubuhan. persatuan, syarikat atau apa-apa rangkaian yang mempunyai unsur- unsur persamaan dengan ajaran tersebut atau fahaman buku tersebut;\n\n\n(v) mengajar, menganjurkan, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut atau apa-apa bukti atau risalah lain yang mempunyai persamaan dengannya;\u00a0\n\n\n(vi) memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman andio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh dikaitkan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut atau apa-apa buku atan risalah lain yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut; atau\n\n\n(vii) memberi apa-apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut atau buku tersebut atau apa-apa buku atau risalah lain yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut daripada mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran kumpulan tersebut di Negeri Selangor.\n\n\n4. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran tersebut atau buku tersebut atau apa-apa buku atau risalah lain yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut atau apa-apa ajaran, pegangan atan fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur- unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut atau buku tersebur atau dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, \nfacebook\n, \nTwitter \natau media sosial lain adalah diharamkan.\n\n\n5. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara yang dinyatakan dalam subperenggan 3(i) hingga (vii) di atas atau salah satu daripadanya adalah disifatkan sebagai mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara yang dinyatakan dalam perenggan 3 hingga 5 di atas adalah melakukan stuatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor.\n\n\n7. Mana-mana orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran buku \"Ilmu\u00a0Makrifat dan Mengenal Diri Peninggalan Tok Kenali Kelantan\" oleh Shaari bin Hj. Mohd Yusoff atau mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut atau buku tersebut atau apa-apa buku atau risalah lain yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16659", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 4 April 2018 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nFatwa\n Sighah\n Berkaitan Ajaran Syiah di Negeri Selangor [\nSel. P.U. 146/2013\n] yang diwartakan pada 17 Oktober 2013 dipinda dengan:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) memotong perkataan \"\nSIGHAH\n\" pada tajuk Fatwa tersebut; dan\n\n\n(b) memotong perenggan 1(xxii)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16658", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 6 Jun 2018\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Kadar zakat fitrah bagi tahun 1439H/2018M ditetapkan sebanyak RM7.00 bagi setiap orang yang wajib membayar zakat di Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Fatwa Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1438H/2017M [\nSel. P.U. 41/2017\n] yang diwartakan pada 21 Disember 2017 dibatalkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16657", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 22 Mei 2018 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Kandungan dan fakta dalam buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubrilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAI-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" sama ada dalam versi jawi, rumi atau lain-lain bahasa terjemahan adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) maksud beriman kepada Allah adalah beriman pada \nTauhid Rububiyyah\n, \nTauhid Uluhiyyah\n dan \nTauhid Asma' Wa Sijat;\n\n\n(ii) pembahagian \nTauhid Rububiyyah\n, \nTauhid Uluhiyyah\n dan \nTauhid Asma\" Wa Sifat\n (Tauhid Tiga) yang tidak disebut oleh para ulama \nSalaf\n dan \nKhalaf;\u00a0\ndan\n\n\n(iii) menolak\n ta'wil \nyang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunah Wal Jamaah pegangan \nal-A'syairah\n dan \nal-Maturudiah\n.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu\u00a0atau berkumpulan, adalah dilarang untuk:\n\n\n(a) berpegang atau beramal dengan buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman\n Arkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" atau apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengannya;\n\n\n(b) berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan ajaran buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya. Hakikatnya, Pembatalannya\" atau apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengannya;\n\n\n(c) mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang atau beramal dengan buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuku\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" atau apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengannya;\n\n\n(d) menjadi ahli atau pengikut kepada mereka yang berpegang atau beramal dengan buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" atau apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengan buku tersebut dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran dalam buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" atau apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengannya;\n\n\n(e) cuba menghidupkan ajaran dalam buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" atan apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengannya sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman seperti dalam buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\";\n\n\n(f) mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman mereka yang berpegang atau beramal dengan ajaran dalan buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanulu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" atau apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengannya;\n\n\n(g) berpegang atau beramal dengan apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran dalam buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman\n Arkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" atau apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengannya;\n\n\n(h) menerbit, mencetak atau menyiarkan apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran dalam buku karangan Dr Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" atau apa apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, \nFacebook\n, \nTwitter\n atau media sosial lain:\n\n\n(i) memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh dikaitkan dengan ajaran dalam buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengannya: atau\u00a0\n\n\n(j) memberi apa-apa kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada mereka yang berpegang atau beramal dengan buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"Al-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" atau apa-apa buku atau risalah yang mempunyai persamaan dengannya untuk tujuan mengamalkan,\u00a0menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran dalam buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk \"AI-Iman \nArkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu\n\" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk \"\nAl-Iman\n, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya\" di Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara yang dinyatakan dalam subperenggan 2(\na\n) hingga (\nj\n) di atas atau salah satu daripadanya adalah disifatkan sebagai mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Mana-mana orang Islam yang melakukan mana-mana perbuatan yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16656", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 12 April 2019 telah memutuskan bahawa susunan wali nasab perkahwinan adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bapa;\n\n\n\u0627\u0644\u0623\u0628\n\n\n2. Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas;\n\n\n\u0627\u0644\u062c\u062f \u0623\u0628\u0648 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0625\u0646 \u0639\u0644\u0627\n\n\n3. Saudara lelaki seibu sebapa;\n\n\n\u0627\u0644\u0623\u062e \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642\n\n\n4. Saudara lelaki sebapa;\n\n\n\u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0623\u0628\n\n\n5. Anak saudara lelaki seibu sebapa;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642\n\n\n6. Anak saudara lelaki sebapa;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0623\u0628\n\n\n7. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642 \u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644\n\n\n8. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0623\u0628 \u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644\n\n\n9. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa;\n\n\n\u0627\u0644\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642\n\n\n10. Bapa saudara sebelah bapa sebapa;\n\n\n\u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0623\u0628\n\n\n11. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu);\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642\n\n\n12. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu);\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0623\u0628\n\n\n13. Anak lelaki sepupu seibu sebapa ke bawah;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642 \u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644\n\n\n14. Anak lelaki sepupu sebapa ke bawah;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0623\u0628 \u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644\n\n\n15. Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara);\n\n\n\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642\n\n\n16. Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara);\n\n\n\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0623\u0628\n\n\n17. Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642\n\n\n18. Anak lelaki datuk saudara sebapa;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0623\u0628\n\n\n19. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642 \u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644\n\n\n20. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara ke bawah;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0623\u0628 \u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644\n\n\n21. Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara);\n\n\n\u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642\n\n\n22. Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara);\n\n\n\u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0623\u0628\n\n\n23. Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642\n\n\n24. Anak lelaki moyang saudara sebapa;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0623\u0628\n\n\n25. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa;\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0627\u0644\u0634\u0642\u064a\u0642\n\n\n26. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa.\n\n\n\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0623\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16655", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 17 Mei 2019 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Kadar zakat fitrah bagi tahun 1440H/2019M ditetapkan sebanyak RM7.00 bagi setiap orang yang wajib membayar zakat di Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Fatwa Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1439H/2018M [\nSel. P.U. 22/2018\n] yang diwartakan pada 21 Jun 2018 dibatalkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16654", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 12 Januari 2021 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Hibah adalah pemberian harta secara sukarela yang berkuat kuasa semasa hidup.\n\n\n2. Hibah yang menetapkan tarikh kuat kuasa selepas kematian penghibah adalah tidak sah. Hibah tersebut dianggap sebagai wasiat dan kepada hukum wasiat.\n\n\n3. Hibah yang menetapkan syarat penghibah masih boleh menikmati harta yang dihibahkan (\nmawhub\n), adalah sah sekiranya penerima hibah bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan:\n\n\n4. Hibah yang menetapkan syarat tempoh harta yang dihibahkan (\nmawhub\n) akan dikembalikan semula kepada penghibah adalah tidak sah. Hibah tersebut dianggap sebagai pinjaman (\n\u2018ariyah\n) dan tertakluk kepada akad pinjaman (\n\u2018ariyah\n).\n\n\n5. Hibah yang menetapkan syarat bahawa terimaan (\nqabd\n) ke atas harta yang dihibahkan (\nmawhub\n) berlaku selepas kematian penghibah boleh ditarik balik pada bila-bila masa oleh penghibah.\n\n\n6. Hibah yang telah berlaku terimaannya (\nqabd\n) tidak boleh ditarik balik kecuali hibah daripada ibu, bapa, nenek atau datuk kepada anak atau cucu tertakluk kepada syarat-syarat berikut:\n\n\n(a) Anak atau cucu itu hendaklah mempunyai kelayakan (\nahliyyah\n) mengikut Hukum Syarak untuk menguruskan hartanya (\ntasarruf\n) seperti tidak gila atau tidak muflis;\n\n\n(b) Harta yang dihibahkan (\nmawhub\n) hendaklah masih berada dalam pemilikan anak atau cucu tersebut;\n\n\n(c) Hibah tersebut bukan hibah yang mensyaratkan balasan; dan\n\n\n(d) Tidak berlaku kerosakan harta yang dihibahkan (\nmawhub\n), Jika kerosakan itu bertaku pada sebahagian daripada fizikal harta yang dihibahkan (\nmawhub\n), penarikan balik hibah terhadap bahagian lain yang tidak rosak dibenarkan.\n\n\n7. Penarikan balik hibah hendaklah dibuat semasa penghibah dan penerima hibah masih hidup. Hak untuk penarikan balik hibah tidak boleh dipindahkan kepada waris penghibah kerana waris penghibah bukan pihak-pihak dalam akad hibah.\n\n\n8. Hibah antara pemegang akaun bersama adalah sah sekiranya wujud \nijab \ndan \nqabul \ndan penguasaan penuh penerima hibah ke atas harta yang dihibahkan (\nmawhub\n).\n\n\n9. Hibah harta dalam gadaian adalah sah sekiranya harta yang dihibahkan (\nmawhub\n) dilindungi oleh takaful seperti MRTT dan MLTT atau mendapat keizinan daripada pemegang gadaian.\n\n\n10. Hibah ke atas manfaat takaful adalah sah sekiranya\n ijab\n dan \nqabul\n telah disempurnakan. Penerima adalah benefisiari dan tidak tertakluk kepada hukum faraid.\n\n\n11. Hibah tanah yang tertakluk di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 adalah sah dengan syarat memenuhi rukun-rukun hibah serta mendapat keizinan daripada Pihak Berkuasa Negeri.\n\n\n12. Hibah melalui pemegang amanah adalah sah kepada mana-mana penerima hibah termasuklah kanak-kanak di bawah umur, orang yang tidak sempurna akal dan orang kurang upaya dengan syarat rukun-rukun hibah dipenuhi.\n\n\n13. Hibah wang simpanan atau unit amanah adalah sah sekiranya harta yang dihibahkan (\nmawhub\n) ditentukan kadarnya.\n\n\n14. Sesuatu hibah bolehlah didokumentasikan supaya mempunyai\n sighah\n yang jelas antara penghibah dan penerima hibah ke atas harta yang dihibahkan (\nmawhub\n) serta memenuhi rukun-rukun hibah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16653", "body": "Fatwa tentang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam [\nSel. P.U. 19\n] yang diwartakan pada 14 September 1995 dibatalkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16652", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 15 Ogos 2021\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Hukum asal pengurusan jenazah orang Islam termasuk jenazah pesakit COVID-19 hendaklah diurus dengan sempurna melalui kaedah pengurusan jenazah dengan dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan dalam tempoh masa seminimum mungkin mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.\n\n\n2. Jika terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa pengurusan jenazah itu berisiko dijangkiti dengan penggunaan air, maka hendaklah digantikan dengan tayamum pada anggota badan jenazah dengan mengambil kira Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.\n\n\n3. Walau bagaimanapun, jika terdapat halangan atau dibimbangi pengurusan jenazah itu boleh membawa kepada penyebaran penyakit, maka gugur kewajipan memandikan atau melakukan tayamum ke atas jenazah dan memadai dengan jenazah itu dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.\n\n\n4. Pihak hospital dan pihak berkuasa agama perlu menyediakan tenaga kerja, segala kelengkapan dan keperluan yang mencukupi dalam pengurusan jenazah COVID-19."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16651", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 26 Oktober 2021 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ianya wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan.\n\n\n2. Kerajaan bermaksud Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri atau Ketua Agama Negeri termasuk pihak bekuasa yang dilantik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16650", "body": "Dalam Sel. P.U. 25 yang disiarkan pada 28 Oktober 2021 dalam Jadual, dalam perenggan 2, bagi perkataan dalam Jadual gantikan perkataan \"bekuasa\" dengan perkataan \"berkuasa\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16649", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 November 2021 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPendengaran prosiding kes Mal Mahkamah Syariah melalui teknologi komunikasi jarak jauh adalah diharuskan dengan syarat-syarat berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Hakim bagi kes bicara hanya layak membicarakan kes di dalam \nWilayatul Qadha'\n yang ditauliahkan kepadanya;\n\n\n(ii) Pelaksanaan setiap sesi prosiding di antara pihak-pihak yang terlibat dalam \nMajlis al-Qadha'\n tersebut hendaklah di tahap \nyakin\n mengikut hukum syarak;\n\n\n(iii) Tidak terdapat unsur\n gharar, tadlis\n dan \nsyak \nmengikut hukum syarak di antara pihak-pihak yang terlibat semasa sesi prosiding;\n\n\n(iv) Pelaksanaan syarat-syarat dan rukun-rukun dengan sempurna ketika prosiding kehakiman, keterangan dan kesaksian; dan\n\n\n(v) Pematuhan terhadap perintah \nUlil Amri \ndan undang-undang yang berkuat kuasa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16648", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 31 Disember 2009 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u201cMenetapkan had minima kadar nilai Maskahwin sebanyak RM300.00 bagi anak dara atau janda tanpa ada had maksima. Sekiranya terdapat wang hantaran daripada pihak lelaki, ianya dikira sebagai Maskahwin\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16647", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 24 Disember 2010 telah memutuskan bahawa:\n\n\n(1) Di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram.\n\n\n(2) Orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkan tatu tersebut menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkan setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyiksa mayat tersebut.\n\n\n(3) Pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu pula mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam serta dilarang sama sekali mencacah tatu kepada orang Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16646", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 24 Disember 2010 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u201cMenggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16645", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 24 Disember 2010 telah memutuskan bahawa:\n\n\n(1) Bagi orang-orang Islam yang bekerja di loji kumbahan najis sekiranya diyakini waktu atau tempoh bekerja tidak akan melebihi waktu solat, maka kaedah pelaksanaan solat hendaklah dilakukan seperti biasa setelah bersuci mengikut kaedah bersuci yang ditetapkan oleh syarak seperti berikut :\n\n\n(i) Menghilangkan \"ain\"\u00a0najis pada badan dan pakaian ;\n\n\n(ii) Membasuh dengan air yang suci sehingga peringkat yakin (hilang bau, warna dan rasa) ; dan\n\n\n(iii) Bagi menyucikan najis \u201cmughalazoh\u201d, selain daripada syarat (i) dan (ii) di atas, ia perlu dibasuh dengan tujuh kali air yang suci termasuk sekali air yang bercampur tanah.\n\n\n(2) Walau bagaimanapun sekiranya waktu atau tempoh bekerja menjangkau waktu solat dan timbul kesukaran untuk membersihkan diri sebelum melakukan solat, maka mereka diharuskan untuk menjamakkan solat berkenaan setelah sempurna bersuci mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16644", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 24 Disember 2010 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Hukum menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sama ada secara prabayar atau pascabayar adalah harus;\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Hukum menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui Internet, mesin ATM dan e-Debit adalah harus;\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Pihak Celcom hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pascabayar sebagai jaminan bayaran telah diterima;\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Pihak Celcom/bank adalah menjadi wakil kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan kaedah-kaedah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat dilakukan melepasi waktu wajib zakat yang ditetapkan; dan\n\n\n\u00a0\n\n\nv. Disyorkan supaya pihak Celcom/bank mengadakan rundingan secara pentadbiran dengan LZS mengenai penyerahan jumlah wang zakat yang telah terkumpul."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16643", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada\u00a016 Mac 2011 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPerlaksanaan pengurusan dan pelupusan Harta Luqatah adalah tertakluk kepada syaratsyarat seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Setiap Harta Luqatah yang diterima hendaklah dilaksanakan proses hebahan selama satu tahun. Sekiranya telah tamat tempoh selama satu tahun, maka bolehlah melupuskan Harta Luqatah tersebut secara lelongan dan hasil dari lelongan itu dimasukkan ke dalam Baitulmal;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Harta Luqatah yang tidak mendatangkan manfaat hendaklah disimpan di tempat yang selamat;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Sekiranya Harta Luqatah tersebut sama ada masih kekal atau telah dilelong atau telah dicairkan, pemiliknya berhak menuntut walau pun telah tamat tempoh hebahannya. Pihak Majlis Agama Islam Selangor hendaklah memulangkan semula sekiranya harta tersebut masih ada atau nilai barang (mengikut nilai semasa) jika telah dilelong atau dicairkan;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Pemungut atau pemegang amanah Harta Luqatah harus mengenakan caj perkhidmatan yang munasabah kepada pemilik Harta Luqatah tersebut sekiranya pemilik hadir untuk memungut harta;\n\n\n\u00a0\n\n\n(v) Harta Luqatah tersebut harus diserahkan kepada Baitulmal sebagai pemegang amanah. Adalah menjadi kewajipan menyerah kepada Baitulmal apabila tiada individu atau agensi yang sanggup menjadi pemegang amanah; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(vi) Harta Luqatah tersebut menjadi milik sepenuhnya kepada pemegang amanah atau pemungut untuk manfaatkan kepada perkara yang tidak bercanggah dengan syarak dan ada kemaslahatan kepada umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16642", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Mac 2011 telah memutuskan bahawa:\n\n\n(1) Menurut urf, lintah dan cacing merupakan haiwan yang tidak halal dimakan kerana termasuk dalam kategori haiwan \nal-khabaith\n (jijik);\n\n\n(2) Hukum berjual beli atas dasar manfaat yang diperoleh daripada kedua-dua haiwan tersebut adalah \nharus\n di sisi Syara\u2019; dan\n\n\n(3) Menggunakan lintah dan cacing sebagai salah satu kaedah perubatan dan bahan kosmetik adalah\n harus\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16641", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Mac 2011 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u201cOrang Islam adalah diharamkan menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib atau bintang 6 (lambang Yahudi) sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16640", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Mac 2011\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nOrang yang bukan Islam tidak dibenarkan menjadi Peguam Syarie berdasarkan alasan-alasan berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPeguam Syarie hendaklah beragama Islam dan berkemahiran dalam hukum syarak berdasarkan dari Firman Allah S.W.T melalui Surah An-Nisa\u201f ayat 138- 139, maksudnya: \u201cSampaikanlah khabar berita kepada orang munafik bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab yang pedih. (Iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya adalah milik Allah (yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya)\u201d. Selain daripada itu, penyelarasan peruntukan ini adalah perlu dengan negerinegeri yang telah juga mensyaratkan bahawa peguam syarie mestilah beragama Islam seperti Wilayah Persekutuan, Perak, Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang;\n\n\nPeranan utama Peguam Syarie adalah sebagai pegawai mahkamah di Mahkamah Syariah. Sebagai pegawai mahkamah ia bukan sahaja membantu anakguam, tetapi juga membantu mahkamah dan Hakim Syarie iaitu dalam soal dakwaan, keterangan, bukti, hujah, qarinah, ikrar, khidmat nasihat kepada anakguam tentang hukum-hakam Islam dan soal prosiding mahkamah, pendamai (mediator), membuat rayuan dan lain-lain. Peguam perlu berhujah dengan dalil-dalil dari sumber hukum syarak iaitu al-Quran dan al-Sunnah, alIjmak, al-Qiyas, amalan para sahabat serta pandangan ulama muktabar. Kebanyakan rujukan dalil dan nas terdapat di dalam kitab muktabar yang menggunakanbahasa Arab. Menyerahkan tugasan Peguam Syarie ini kepada orangbukan Islam boleh menyebabkan salah tafsiran terhadap hukum syarak serta mengelirukan masyarakat. Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali \u201eImran ayat 118, maksudnya: \u201cWahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti orang Yahudi, Nasrani dan munafik) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya kami telah jelaskan kepada kamu ayat-ayat (kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya)\u201d;dan\n\n\nUntuk menjaga maslahat umat Islam tentang tuntutan dan hak-hak di dalam mahkamah memerlukan kepada peguam yang beragama Islam yang amanah, adil dan bertanggungjawab di dunia mahupun di akhirat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16639", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Mac 2011 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Wang syubhah yang diperolehi boleh dijadikan sumber Baitulmal dan harus dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Penggunaan wang syubhah harus untuk kegunaan menjalankan operasi perjalanan kerja di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti pembinaan, penyelenggaraan bangunan, emolumen, pendidikan, pertanian, penyelidikan, perubatan, kemudahan asas seperti pembinaan dewan, tandas, jambatan dan lain-lain lagi untuk kegunaan umum."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16638", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Mac 2011 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Hukum zakat ke atas saham yang dilaburkan di pasaran modal adalah sama seperti zakat barang perniagaan (Arudh at-Tijarah), tidak kira sama ada tujuan pelaburan saham itu adalah untuk diniagakan (jualbeli) atau untuk disimpan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Keputusan ini diambil berdasarkan dalil dan hujah sebagaimana berikut:\n\n\n(i) Firman Allah S.W.T.:\n\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u0650\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0637\u064e\u064a\u0651\u0650\u0628\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0633\u064e\u0628\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0645\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062e\u0652\u0631\u064e\u062c\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u06d6\n\n\nBermaksud: \u201cWahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu\u201d.\n\n\n(Al-Baqarah: 267)\n\n\nMujahid mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah harta perniagaan. (Sunan Al-Qubra, Al-Baihaqi, hadis No: 7387)\n\n\n(ii) Hadis dari Samrah:\n\n\n\u0643\u0627\u0646 \u0627\u0644\u0646\u0628\u064a \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u064a\u0623\u0645\u0631\u0646\u0627 \u0623\u0646 \u0646\u062e\u0631\u062c \u0627\u0644\u0635\u062f\u0642\u0629 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0630\u064a \u0646\u0639\u062f \u0644\u0644\u0628\u064a\u0639\n\n\n(Sunan Abi Daud)\n\n\n(iii) Hadis Abi Zar secara Marfu\u2019:\n\n\n\u0641\u064a \u0627\u0644\u0625\u0628\u0644 \u0635\u062f\u0642\u062a\u0647\u0627\u060c \u0648\u0641\u064a \u0627\u0644\u063a\u0646\u0645 \u0635\u062f\u0642\u062a\u0647\u0627\u060c \u0648\u0641\u064a \u0627\u0644\u0628\u0631 \u0635\u062f\u0642\u062a\u0647\n\n\n(Sunan Darqathani)\n\n\n(iv) Hadis:\n\n\n\u0645\u0627 \u0648\u0631\u062f \u0639\u0646\u00a0\u0623\u0628\u064a \u0639\u0645\u0631\u0648 \u0628\u0646 \u062d\u0645\u0627\u0633:\u00a0\u0623\u0646 \u0623\u0628\u0627\u0647 \u0642\u0627\u0644: \u0645\u0631\u0631\u062a\u00a0\u0628\u0639\u0645\u0631 \u0628\u0646 \u0627\u0644\u062e\u0637\u0627\u0628\u00a0\u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647 \u0648\u0639\u0644\u0649 \u0639\u0646\u0642\u064a \u0622\u062f\u0645\u0629 \u0623\u062d\u0645\u0644\u0647\u0627\u060c \u0641\u0642\u0627\u0644\u00a0\u0639\u0645\u0631:\u00a0\u0623\u0644\u0627 \u062a\u0624\u062f\u064a \u0632\u0643\u0627\u062a\u0643 \u064a\u0627 \u062d\u0645\u0627\u0633\u061f \u0641\u0642\u0644\u062a: \u064a\u0627 \u0623\u0645\u064a\u0631 \u0627\u0644\u0645\u0624\u0645\u0646\u064a\u0646\u060c \u0645\u0627 \u0644\u064a \u063a\u064a\u0631 \u0647\u0630\u0647 \u0627\u0644\u062a\u064a \u0639\u0644\u0649 \u0638\u0647\u0631\u064a \u0648\u0622\u0647\u0628\u0629 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0642\u0631\u0638\u060c \u0641\u0642\u0627\u0644: \u0630\u0627\u0643 \u0645\u0627\u0644 \u0641\u0636\u0639\u060c \u0642\u0627\u0644: \u0641\u0648\u0636\u0639\u062a\u0647\u0627 \u0628\u064a\u0646 \u064a\u062f\u064a\u0647\u060c \u0641\u062d\u0633\u0628\u0647\u0627 \u0641\u0648\u062c\u062f\u062a \u0642\u062f \u0648\u062c\u0628 \u0641\u064a\u0647\u0627 \u0627\u0644\u0632\u0643\u0627\u0629\u060c \u0641\u0623\u062e\u0630 \u0645\u0646\u0647\u0627 \u0627\u0644\u0632\u0643\u0627\u0629. \u0648\u0641\u064a \u0631\u0648\u0627\u064a\u0629 \u0633\u0641\u064a\u0627\u0646 \u0648\u062c\u0639\u0641\u0631\u0628\u0646 \u0639\u0648\u0646 \u0642\u0627\u0644: \u0643\u0627\u0646 \u062d\u0645\u0627\u0633 \u064a\u0628\u064a\u0639 \u0627\u0644\u0623\u062f\u0645 \u0648\u0627\u0644\u062c\u0639\u0627\u0628. \u0641\u0642\u0627\u0644 \u0644\u0647 \u0639\u0645\u0631: \u0623\u062f \u0632\u0643\u0627\u0629 \u0645\u0627\u0644\u0643. \u0641\u0642\u0627\u0644: \u0627\u0646\u0645\u0627 \u0645\u0627\u0644\u064a \u062c\u0639\u0627\u0628 \u0648\u0622\u062f\u0645. \u0641\u0642\u0627\u0644: \u0642\u0648\u0645\u0647 \u0648\u0623\u062f \u0632\u0643\u0627\u062a\u0647\n\n\n(v) Hadis:\n\n\n\u0631\u0648\u0649 \u0627\u0644\u0628\u064a\u0647\u0642\u064a \u0645\u0646 \u0637\u0631\u064a\u0642 \u0639\u0628\u064a\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0628\u0646 \u0639\u0645\u0631 \u0639\u0646 \u0646\u0627\u0641\u0639 \u0639\u0646 \u0628\u0646 \u0639\u0645\u0631 \u0642\u0627\u0644: \u0644\u064a\u0633 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0639\u0631\u0648\u0636 \u0632\u0643\u0627\u0629 \u0625\u0644\u0627 \u0645\u0627 \u0643\u0627\u0646 \u0644\u0644\u062a\u062c\u0627\u0631\u0629\n\n\n(vi) Kaedah Qias\n\n\n(a) Qias terhadap zakat ternakan, emas, perak dan mata wang\n\n\nWang yang dilaburkan untuk membeli saham sama ada yang diniagakan atau disimpan mempunyai ciri-ciri dan sifat yang sama dengan binatang ternakan, emas dan perak serta mata wang. Iaitu harta yang berkembang (An-namiah). Oleh itu, hukum zakat ke atas harta-harta tersebut iaitu diwajibkan ke atas pokok dan hasil atau keuntungan (Arudh at-Tijarah).\n\n\n(b) Qias terhadap zakat simpanan\n\n\nAdalah tidak adil jika pemilik wang yang hanya menyimpan wangnya diwajibkan zakat ke atas untungnya dan pokok (modal). Sedangkan pemilik saham yang melaburkan wangnya hanya diwajibkan zakat ke atas keuntungan sahaja, tetapi (modal) terlepas daripada kewajipan zakat.\n\n\n(vii)\n Sesungguhnya tujuan dan matlamat seseorang ketika membeli dan memiliki saham adalah satu sahaja, iaitu diniagakan dan mendapat pulangan keuntungan. Tujuan dan niat ini berlaku tidak kira sama ada bagi orang yang membeli saham untuk dijual beli atau hanya mendapatkan keuntungan jangka panjang (dividen). Oleh itu, sangat bertepatan sekiranya setiap saham itu diwajibkan ke atas zakat barang perniagaan (Arudh atTijarah).\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Syarat wajib zakat saham\n\n\nSaham yang diwajibkan zakat mestilah memiliki syarat-syarat sebagaimana berikut:\n\n\n(a) Islam\n\n\nZakat hanya diwajibkan ke atas pemilik saham yang beragama Islam. Bagi saham yang secara bersama di antara orang Islam dan bukan Islam, zakat diwajibkan ke atas ekuiti atau pemilikan orang Islam sahaja.\n\n\n(b) Pemilikan sempurna\n\n\nZakat diwajibkan ke atas pemilikan saham yang sempurna. Iaitu pemilikan mempunyai kuasa untuk memperlakukan dan memperolehi manfaat harta tanpa memerlukan campur tangan pihak lain. Ia juga bermaksud seseorang itu mempunyai hak monopoli iaitu hak untuk mengawal, mengurus, menyimpan, menggunakan, memberi, menjual dan sebahagiannya atas kehendak sendiri.\n\n\n(c) Milik pihak tertentu\n\n\nBerdasarkan syarat ini, zakat tidak diwajibkan ke atas saham yang dimiliki institusi umum seperti masjid, surau dan seumpamanya. Zakat juga tidak diwajibkan ke atas institusi yang mempunyai dana daripada sumber harta umum seperti wakaf, sedekah dan seumpamanya yang tidak mempunyai pemilik.\n\n\n(d) Mencapai nisab\n\n\nMenurut pendapat kebanyakan ulama, nisab bagi sesuatu harta zakat adalah jumlah keseluruhan harta zakat yang dimiliki oleh seseorang individu. Ia bermaksud, jika seseorang mempunyai saham yang tidak mencapai nisab, dan mempunyai saham-saham lain yang belum mencapai nisab, tetapi apabila dicampurkan keseluruhannya, maka ia mencapai nisab wajib zakat, maka ia diwajibkan untuk mengeluarkan zakat dari hartanya itu.\n\n\n(e) Mencukupi haul selama setahun\n\n\nMenurut para Fuqaha, yang dimaksudkan haul setahun ialah harta yang diwajibkan zakat mestilah kekal syarat-syaratnya seperti nisab selama setahun. Ini adalah pendapat Mazhab Syafie dan Hanbali berdasarkan Hadis Nabi S.A.W.: \u201cTidak diwajibkan zakat pada sesuatu harta sehinggalah mencukupi haulnya selama setahun\u201d.\n\n\nWalaubagaimanapun, Mazhab Maliki dan sebahagian ulama Syafie berpendapat bahawa nisab hanya diambilkira di hujung haul dan bukan keseluruhannya kerana ia mudah untuk ditaklifkan. Manakala ulama Hanafiah berpendapat, haul disyaratkan pada mana-mana tempoh dalam setahun dan bukan keseluruhannya kerana ia tidak menyusahkan berbanding sekiranya disyaratkan pada tempoh keseluruhannya.\n\n\n(f) Harta yang halal Zakat tidak diwajibkan ke atas saham sebagaimana berikut: \n\n\n(i) dilaburkan dari sumber harta yang haram; dan\n\n\n(ii) dilaburkan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan hukum syarak.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Kaedah taksiran zakat\n\n\nNilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai saham di hujung haul. Bagi saham yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan ke dalam jumlah saham yang diwajibkan zakat.\n\n\n(nilai pasaran di hujung haul keuntungan ditunaikan setahun) x 2.5%\n\n\nContoh taksiran zakat: Jadual 1: Pelaburan Saham Encik Ali:\n\n\n*jadual boleh dilihat melalui lampiran di bawah\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan Jadual tersebut, disimpulkan bahawa:\n\n\ni. Ali adalah pemilik sempurna bagi saham-saham di atas;\n\n\nii. Pelaburan Ali cukup 1 tahun haul; dan\n\n\niii. Ali memperolehi keuntungan daripada jualbeli saham.\n\n\n\u00a0\n\n\nPengiraan zakat bagi saham adalah sebagaimana berikut:\n\n\nJumlah Nilai Saham : RM266,000.00\n\n\nJumlah Keuntungan Saham Ditunaikan Setahun : RM80,000.00\n\n\nKos Brokeraj : RM10,000.00* (bergantung kos sebenar yang dibayar)\n\n\nJumlah Wajib Zakat : (Nilai Saham Keuntungan Setahun) - Kos Brokeraj = (RM266,000.00 RM80,000.00) - RM10,000.00 = RM336,000.00\n\n\nJumlah Zakat : RM336,000.00 x 2.5% = RM8,400.00\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Zakat pemilikan saham dalam syarikat persendirian atau koperasi\n\n\nBagi zakat saham wajib dimiliki oleh pihak syarikat persendirian atau Koperasi, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum zakat ke atasnya adalah sebagaimana berikut:\n\n\nZakat saham adalah wajib dikeluarkan oleh pihak syarikat berdasarkan hukum khultoh (harta bercampur). Akan tetapi, jika pihak syarikat tidak memberi zakat, maka kewajipan zakat wajib ditunaikan oleh individu.\n\n\nSenario 1: Syarikat Membayar Zakat\n\n\nRujuk kaedah kiraan zakat untuk syarikat yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007.\n\n\nSenario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat\n\n\nZakat dikenakan ke atas individu berdasarkan nilai zakat pihak syarikat yang dinisbahkan kepada nilai pegangan individu.\n\n\nContoh taksiran:\n\n\nHarta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2008: RM10 juta.\n\n\nZakat syarikat: RM10 juta x 2.5% = RM250,000.00\n\n\nPegangan saham milik A dalam syarikat/koperasi: 10%\n\n\nZakat saham A: 10% x 250,000.00 = RM25,000.00"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16637", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Mac 2011\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum penggunaan wang zakat asnaf ar-riqab bagi mereka yang terbelenggu dengan masalah sosial dalam menjamin akidah umat Islam agar kembali ke pangkal jalan adalah diharuskan.\n\n\n\u00a0\n\n\nPenggunaan wang zakat Asnaf Riqab tersebut adalah berdasarkan mekanisme berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Kriteria\n\n\n(i) tiada sumber kewangan yang cukup dan/atau tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain; dan\n\n\n(ii) seorang yang telah disahkan ingin membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Konsep Agihan\n\n\n(i) pembayaran adalah berasaskan permohonan dan siasatan dan pengesahan;\n\n\n(ii) meringankan bebanan;\n\n\n(iii) pembayaran hanya kepada individu yang bersedia untuk menjalani pemulihan dan pemantauan yang diaturkan untuk mereka;dan\n\n\n(iv) usaha memulihkan akhlak dan akidah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Jenis Bantuan\n\n\n(i) bantuan pemurnian akidah;\n\n\n(ii) bantuan pemulihan akhlak; dan\n\n\n(iii) tabung pembebasan fi ar-riqab"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16636", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Mac\u00a02011 telah memutuskan bahawa\n\n\nHukum ajaran kumpulan negara Islam Indonesia (NII) di Negeri Selangor adalah sesat kerana menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut mempunyai cirri-ciri seperti berikut :\n\n\n1. Dari Segi Akidah \n\n\n(i) Membuat pembahagian tauhid bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah.\n\n\nAjaran ini menjadikan suatu simpulan tauhid Rububiyyah, Mulkiyyah, Ubudiyyah yang dikatakan pembahagian tauhid yang mempunyai hubungan langsung dalam sistem bernegara berdasarkan kepada surah Al-Fatihah dan surah An-Nas. Kalimah \u0631\u0628 sebagai \nRububiyyah\n (pengatur, peraturan, hukum-hukum), \u0645\u0644\u0643 sebagai \nMulkiyyah\n (penguasa, kawasan, dan wilayah) dan \u0646\u0639\u0628\u062f sebagai \nUbudiyyah\n (disembah, penyembah dan umat) yang disebut juga \nUluhiyyah \noleh sesetengah penyampai.\n\n\n(ii) Mengkafirkan selain pengikut ajaran\n\n\nHanya pengikut ajaran ini sahaja yang dianggap beragama Islam dan berpegang kepada akidah ahli sunah wal-jamaah yang sebenar. Manakala orang Islam yang lain adalah tidak sah Islamnya. Sekiranya mereka ingin menjadi Islam yang sah, mereka dikehendaki membayar sejumlah wang yang disebut juga sebagai \u2018\nwang taubah\n\u2019.\n\n\n(iii) Memahami Al-Quran mengikut tafsiran sendiri\n\n\nAyat-ayat Al-Quran ditafsir secara salah, meragukan dan tidak bersandarkan pada mana-mana pendapat ulama\u2019, mengikut logik dan bebas ditakwil mengikut fahaman pemimpin ajaran mereka.\n\n\n(iv) Berbai\u2019ah dan taksub kepada ketua\n\n\nDalam mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan Islam, seseorang itu hanya dibenarkan mempelajari dan merujuk kepada ketua atau pemimpin dari kalangan mereka atau kalangan mereka yang telah diberi kebenaran sahaja.\n\n\n(v) Rukun Iman dan Rukun Islam ditafsir mengikut kepentingan ajaran\n\n\nMemberi tafsiran yang salah dan meragukan terhadap Rukun Iman dan Islam seperti berikut:\n\n\n\n\nRukun Iman\n\n\n\n\n\n\nAllah (\u0627\u0644\u0644\u0647)\u00a0- NII\n\n\nMalaikat - Komandan/Pemimpin\n\n\nKitab - Perintah/Arahan NII\n\n\nRasul - Kakitangan/mujahid/wakil\n\n\nQiamat - Kebangkitan/kemenangan\n\n\nQada\u2019 & Qadar - Kaedah/harakah/proses\n\n\n\n\n\n\nRukun Islam\n\n\n\n\n\n\nShahadah - Binayatul Aqidah\n\n\nSolat - Binayatul Dzurfiah\n\n\nPuasa - Binayatul Mas\u2019uliah\n\n\nZakat - Binayatul Maliah\n\n\nHaji - Binayatul Silah\n\n\n\n\n2. Dari Segi Syariah\n\n\n(i) Membuat Pungutan Wang Untuk Menubuh Daulah Islamiah Wilayah Malaya (Malaysia)\n\n\nPungutan yang dibuat adalah di atas pelbagai nama seperti\n infaq, haraqah ramadhan, harakah korban, wakaf tarbiyah, sedekah operasi, projek mega dan syura ta\u2019lim, wakaf tanah, granite, gromas\n serta bayaran untuk lawatan atau berhijrah ke Maahad Al-Zaitun di Indonesia.\n\n\n(ii) Solat Ritual dan Actual\n\n\nMendakwa solat yang dilakukan lima kali sehari hanyalah rekaan para ulama\u2019 sahaja ia disebut sebagai \nritual\n. Solat yang sebenar atau disebut juga sebagai\n aktual\n ialah usaha merekrut ahli baru. Walaubagaimanapun, solat aktual biasanya tidak ditonjolkan sehingga ahli-ahli tersebut telah mencapai tahap-tahap tertentu dalam kumpulan tersebut.\n\n\n(iii) Tidak Berpuasa\n\n\nBerpuasa pada bulan Ramadhan adalah tidak diwajibkan cukup sekadar memberi infaq. Manakala puasa sunat dimestikan apabila melakukan dosa atau tidak merekrut ahli baru sebagai satu kifarah.\n\n\n3. Dari Segi Akhlak\n\n\n(i) Membolehkan ahli kumpulan mencuri untuk kepentingan ajaran\n\n\nAhli kumpulan dibolehkan untuk mencuri, termasuk mencuri Al-Quran milik masjid bagi tujuan pengembangan ajaran.\n\n\n(ii) Berkata bohong\n\n\nSebagai langkah keselamatan, ahli ajaran dibolehkan berbohong dan menipu untuk menyimpan rahsia kepada bukan ahli atau disebut sebagai \u2018dhifaq\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16635", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Jun 2011 telah memutuskan bahawa \nkadar zakat fitrah bagi tahun 1432H bersamaan 2011M adalah sebanyak RM7.00 bagi setiap seorang mengikut kadar dan nilai harga beras semasa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16634", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Jun 2011\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Ajaran dan amalan kebatinan Persatuan Perguruan Budi Suci Sejati Selangor didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran tersebut.\n\n\n2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan amalan kebatinan tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.\n\n\n3. Orang Islam di mana-mana jua berada yang telah mengamalkan ajaran dan amalan Persatuan Perguruan Budi Suci Sejati Selangor hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan memohon keampunan kepada Allah SWT."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16633", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Jun 2011\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\nMencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah. Jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16632", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 30 Januari 2012 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nAjaran Juruzon bin Abdul Latif @ Ahmad Walidie (Juruzon) yang berpusat di madrasah At Taqwa Batu 14, Hulu Langat, Selangor adalah ajaran yang menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Antara ajaran yang menyeleweng adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Meyakini \u201cguru ghaib\u201d yang turun melalui badan Juruzon untuk memberi pengajaran dan arahan kepada ahli kumpulan agar patuh dengan kumpulan melalui \u201cmajlis Rabitah\u201d.\n\n\n2. Juruzon mendakwa mempunyai bacaan Al-Quran tersendiri yang turun daripada arasy dengan bahasa Al-Quran tetapi bukan bahasa Arab.\n\n\n3. Amalan atau pegangannya yang bersifat menggamit kepada perlakuan salah laku seks:\n\n\n(i) Ahli baru bujang yang telah selesai menerima ijazah daripada guru ghaib akan diperiksa urat zakarnya dengan menegangkannya agar mudah menentukan bentuk zikir yang hendak diamalkan bersesuaian dengan rupa bentuk zakar yang ditemui.\n\n\n(ii) Cara mengubati penyakit yang dihidapi oleh Juruzon mengikut nasihat guru ghaib ialah dengan meminum air mani orang bujang. Kaedah mengeluarkan air mani ialah dengan menonton video seks atau menghisap zakar orang bujang berkenaan.\n\n\n4. Klasifikasi mahram yang bertentangan dengan syarak. Amalan Anak Qadim pada amalan kumpulan ini dengan melukakan hujung jari sehingga mengeluarkan sedikit darah dan disentuhkan antara satu sama lain (ahliahli tertentu sahaja) akan menjadi hubungan di antara pengamal ini seperti adikberadik dan mahram iaitu halal bersalaman dan bersentuhan tanpa lapik atau bercium pipi di antara lelaki dan perempuan bukan mahram.\n\n\n5. Menyalahgunakan konsep zakat. Ahli kumpulan dikenakan zakat di antara 10 hingga 25 peratus daripada gaji kasar bulanan yang wajib dijelaskan setiap awal bulan dan akan berganda jika lewat dibayar.\n\n\n6. Memanipulasikan kehendak dengan perkara luar jangkaan ahli. Juruzon mendakwa kononnya ada arahan daripada guru ghaib supaya membuat pinjaman atau menjadi penjamin semata-mata untuk memenuhi kehendak atau keperluan Juruzon termasuk bayaran kereta mewah, rumah banglo dan lain-lain.\n\n\n7. Juruzon mendakwa dapat berhubung dengan orang yang sudah meninggal dunia lebih-lebih lagi ibu bapa ahli. menurut beliau roh ibu bapa telah mewasiatkan supaya anaknya terus bersama kumpulan ini kerana jemaah ini adalah jemaah yang benar.\n\n\n8. Memutuskan hubungan kekeluargaan untuk melahirkan pengikut yang taksub. Juruzon menggalakan ibu bapa menyerahkan anak mereka mengikut kumpulan ini sejak berumur 12 tahun. Ada juga yang menyerahkan anak sejak di dalam kandungan lagi.\n\n\n9. Ibu bapa yang keluar daripada kumpulan madrasah itu anak-anak mereka dihasut untuk membenci ibu bapa serta menghalang dan memisahkan daripada berjumpa dengan ibu bapa mereka sendiri. mereka yang keluar daripada kumpulan itu dicop sebagai pembelot dan pengkhianat agama. Juruzon mengancam mereka yang hendak keluar dengan menakutkan pelbagai malapetaka akan menimpa sesiapa yang keluar serta akan dihukum dengan sebatan atau yang setimpal dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16631", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 2 Februari 2012 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Dana zakat harus diagihkan kepada mana-mana asnaf dalam bentuk agihan secara manfaat.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Kos pengurusan agihan zakat secara manfaat seperti kos keperluan pentadbiran dan pengurusan, sumber manusia dan keperluan peralatan asasi yang munasabah boleh dibiayai melalui dana zakat.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Sumber pembiayaan kos-kos agihan zakat secara manfaat hendaklah diambil berdasarkan kepada dana asnaf tersebut diagihkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSebagai contoh:\n\n\n(i) Pembinaan asrama anak yatim Baitul Hasanah yang dibina untuk manfaat anak anak yatim fakir miskin dengan menggunakan dana asnaf fakir dan miskin.\n\n\nSegala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar dan segala keperluan asas asrama tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf fakir dan miskin.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Pembinaan pusat pelindungan Baitul Iman dan Baitul Ehsan yang dibina dan dibiayai melalui dana asnaf Al-Riqab.\n\n\nSegala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar dan segala keperluan asas pusat perlindungan tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf Al-Riqab.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Pewujudan Bahagian Pembangunan Insan majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menguruskan hal ehwal dan kebajikan asnaf mualaf.\n\n\nSegala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar kelas-kelas dan kursus mualaf dan segala keperluan asas bahagian tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf mualaf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16630", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 17 Februari 2012 telah memutuskan bahawa harus pembayaran emolumen kakitangan MAIS menggunakan peruntukan asnaf amil diberikan kepada pegawai MAIS di bahagian tertentu yang mana bidang tugasnya adalah terlibat secara langsung dalam mengurus hal ehwal wang zakat dan tidak menerima emolumen daripada peruntukan asnaf fi sabil Lillah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16629", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 14 Mei\u00a02012 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nSenarai jenis penerima agihan asnaf Al-Riqab berikut adalah layak menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara\u2019 yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara Islam:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Masalah sosial:\n\n\n(a) Terbelenggu dengan dadah:\n\n\n\n\ni. Penagih dadah.\n\n\nii. Bekas penagih dadah.\n\n\n\n\n(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah:\n\n\n\n\ni. Minum arak.\n\n\nii. Zina.\n\n\niii. Judi.\n\n\niv. Khalwat\n\n\nv. Buang anak\n\n\nvi. Mengandung luar nikah.\n\n\nvii. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.\n\n\nviii. Sumbang mahram.\n\n\nix. Persetubuhan haram.\n\n\nx. Muncikari (ibu ayam).\n\n\nxi. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.\n\n\nxii. Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.\n\n\n\n\n(c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:\n\n\n\n\ni. Tidak solat.\n\n\nii. Tidak puasa.\n\n\niii. Buang anak.\n\n\niv. Usaha ingin bunuh diri.\n\n\nv. Hidup bersama pelacur.\n\n\n\n\n(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:\n\n\n\n\ni. Pelacur.\n\n\nii. Lesbian.\n\n\niii. Mak Nyah (Transexual).\n\n\niv. Gay.\n\n\nv. Homoseksual.\n\n\nvi. Gigolo.\n\n\nvii. Biseksual.\n\n\nviii. Pengkid.\n\n\nix. Tomboy.\n\n\nx. Bersedudukan dengan orang bukan Islam.\n\n\n\n\n(e) Terbelenggu dengan kes juvana:\n\n\n\n\ni. Gangster.\n\n\nii. Jenayah melibatkan harta benda.\n\n\niii. Pergaduhan yang melibatkan kecederaan.\n\n\niv. Kes rompak.\n\n\nv. Pecah rumah.\n\n\nvi. Kes rogol.\n\n\nvii. Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya.\n\n\nviii. Ugutan yang melibatkan keganasan.\n\n\n\n\n(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik :\n\n\n\n\ni. Penyakit HIV/AIDS.\n\n\nii. Kanser/barah.\n\n\niii. Tibi.\n\n\niv. Hepatitis.\n\n\nv. Dan lan-lain.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Masalah Akidah:\n\n\n(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:\n\n\n\n\ni. Doktrin palsu.\n\n\nii. Mengaku menjadi nabi.\n\n\niii. Menghina Islam.\n\n\niv. Pemujaan salah.\n\n\nv. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.\n\n\n\n\n(b) Memurnikan akidah orang Isalam yang terpesong\n\n\n\n\ni. Orang yang ingin/berhasrat murtad.\n\n\nii. Oranmg yang dalam proses Istitabah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16628", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 26 April 2012 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Diharuskan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan. Ini adalah berdasarkan pandangan jumhur fuqaha yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak.\n\n\n2. Penggunaan ubat atau suntikan untuk meransang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin atau pun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudarat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.\n\n\n3. Jumhur fuqaha juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut muhrim dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, maka bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak seperti berikut :\n\n\n(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;\n\n\n(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi;\n\n\n(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah. Hujah sabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.\n\n\n4. Seorang wanita beragama Islam harus menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas Syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada akidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.\n\n\n5. Susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya kerana untuk sabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.\n\n\n6. Lelaki yang menjadi suami kepada wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah sabit menjadi anak susuan, adalah menjadi muhrim kepada anak susuan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16627", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 14 Mei 2012 telah memutuskan bahawa tiada halangan untuk membenarkan penggunaan sistem pengimbasan badan di lapangan terbang sekiranya berlaku keperluan yang mendesak (dharurat) bagi menjaga keselamatan negara dari ancaman musuh seperti penyeludupan dadah, senjata api dan sebagainya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16626", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 14 Mei 2012 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Kursus pelatihan solat khusyuk ada keraguan daripada aspek akidah, syariah dan akhlak yang diantaranya seperti berikut:\n\n\n(i) Melakukan pergerakan untuk menghubungkan roh dengan Allah SWT.\n\n\n(ii) Mendakwa solat adalah meditasi transendental.\n\n\n(iii) Mendakwa roh sebagai Al-Quran sejati yang tidak tertulis dengan tinta dan tidak berupa suara.\n\n\n(iv) Mendakwa Nur Fuad @ cahaya batin kembali bertemu dengan Nur Allah.\n\n\n(v) Menyamakan matlamat solat dengan moksha Hindu.\n\n\n(vi) Tafsiran salah terhadap ayat Al-Quran, surah An-Nisa\u2019 ayat 43 iaitu \u201cIa taqrabu solah\u201d\n\n\n(vii) Tafsiran salah terhadap ayat Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 46 iaitu \u201cAllazina yazunnuna \u2018annhum mulaqu rabbihim\u201d\n\n\n(viii) Pelecehan terhadap penekanan hukum-hakam fiqh dalam solat.\n\n\n(ix) Diam Rasulullah yang lama di dalam solat kerana berdialog dengan Allah SWT .\n\n\n(x) Getaran kalbu yang bersambung dengan Allah SWT.\n\n\n(xi) Roh rukuk dan sujud terlebih dahulu sebelum jasad rukuk dan sujud.\n\n\n(xii) Menyamakan solat dengan yoga.\n\n\n(xiii) Mengatakan diri yang sebenar naik ke langit ketika solat.\n\n\n(xiv) Ilham dan kasyaf di dalam solat.\n\n\n(xv) Panah solat.\n\n\n(xvi) Melakukan stretching sebelum memulakan pelatihan solat khusyuk.\n\n\n(xvii) Mengatakan tiada beza antara solat lelaki dan solat wanita.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Ajaran, fahaman dan gerak-geri perlakuan yang terkandung di dalam kursus pelatihan solat khusyuk ini tidak terdapat di dalam ajaran Islam dan umat Islam ditegah daripada melakukan amal ibadah yang tidak pernah dianjurkan oleh Islam.\n\n\n3. Kursus pelatihan solat khusyuk yang dianjurkan oleh Abu Sangkan dan seumpama dengannya mengandungi unsur-unsur zindik kerana mementingkan tasawuf dan membelakangkan hukum fiqh.\n\n\n4. Kaedah kursus pelatihan solat khusyuk yang dianjurkan oleh Abu Sangkan semakin menyukarkan orang untuk bersolat lebih-lebih lagi untuk mendapatkan solat khusyuk.\n\n\n5. Terdapat unsur-unsur tasawuf sesat di dalam kursus pelatihan solat khusyuk seperti unsur fidh, wahdatulwujud, hulul dan ithad.\n\n\n6. Terdapat penyelewengan daripada aspek akidah, syariah dn tafsiran Al-Quran yang jelas dalam pemikiran pengasas dan kandungan kursus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16625", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 14 Mei 2012 telah memutuskan bahawa \nhukum memperdagang dan mengeksploitasikan manusia dalam pelbagai bentuk yang menyalahi hukum syarak adalah diharamkan oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16624", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 14 Mei\u00a02012 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Pewujudan lafaz sighoh oleh pewakaf dalam Saham Wakaf Selangor sama ada am atau khas dengan tambahan Ujroh Li Nazir Al-Wakfi adalah tidak harus kerana wang wakaf tidak boleh dikurangkan jumlahnya daripada kadar yang telah diwakafkan oleh pewakaf.\n\n\n2. Sekiranya pihak pewakaf memberi persetujuan menggunakan tambahan Ujroh Li Nazir Al-Wakfi daripada saham wakafnya maka ia diharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16623", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 14 Mei 2012 telah memutuskan bahawa \nPerbadanan Wakaf Selangor (PWS) diharuskan mengambil keuntungan pelaburan wakaf khas sebanyak lima belas peratus (15%) bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran PWS iaitu sebagai upah (Ujroh Li Nazir Al-Wakfi)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16622", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 14 Mei 2012 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) tidak harus membuka akaun di bank konvensional dan tidak harus menerima sumbangan wakaf menggunakan akaun bank, kad kredit dan kad debit bagi pemegang akaun konvensional.\n\n\n2. PWS diharuskan menerima sumbangan wakaf daripada individu atau syarikat bukan Islam selagi tidak nyata sumber itu jelas haramnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16621", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 20 Disember 2012 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Hukum mengiringi bacaan Al-Quran dan matan hadith dengan muzik serta menjadikan ayat-ayat Al-Quran dan matan hadith sebagai lirik lagu adalah diharamkan.\n\n\n2. Terjemahan Al-Quran dan matan hadith harus dijadikan sebagai lirik lagu dengan syarat mematuhi adab-adab yang selaras dengan syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16620", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 20 Disember 2012 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Haram melaksanakan Eutanasia atau Mercy Killing kerana berusaha mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan atau mengambil ubat-ubatan pada dos yang berlebihan untuk menghentikan hayat adalah perbuatan membunuh. Perbuatan membunuh adalah perbuatan yang berlawanan kehendak Allah S.W.T. dan merampas haknya.\n\n\n2. Tugas seorang doktor adalah menolong pesakit dalam perkara kebaikan. Membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam perkara yang mendatangkan keburukan dan dosa.\n\n\n3. Dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai mati. Justeru, harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan dengan persetujuan waris-waris terdekat contohnya penggunaan mesin ventilator selepas disahkan oleh dua orang pakar perubatan Muslim yang tidak terlibat dalam urusan pendermaan organ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16619", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 20 Disember 2012 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Hukum qurban dan aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta, disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki dua tahun.\n\n\n2. Haiwan import yang akan dijadikan qurban atau aqiqah hendaklah dipastikan umurnya berdasarkan gigi susu yang telah bersalin.\n\n\n3. Bagi haiwan import, proses pemilihan secara rawak perlu dilakukan untuk memastikan gigi haiwan telah bersalin.\n\n\n4. Pengimport haiwan ternakan untuk tujuan ibadah qurban dan aqiqah hendaklah memastikan haiwan import tersebut mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan kerana ibadah qurban dan aqiqah merupakan satu amal ibadat yang bersifat ta\u2019abudiah yang perlu dilaksanakan secara sempurna."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16618", "body": "1. Produk makanan atau minuman yang telah dikaji secara terperinci dan semua ramuan, kandungan dan cara pemprosesannya telah disahkan sebagai bersih, suci dan halal serta telah menjadi bahan makanan dan minuman umat Islam secara meluas, tetapi kemudiannya didapati produk tersebut mengandungi bahan-bahan najis seperti DNA babi akibat daripada pencemaran yang tidak disengajakan atau tidak disedari, maka adalah harus bagi umat Islam mengambilnya sebagai makanan atau minuman kerana kandungan asal produk tersebut adalah halal.\n\n\n2. Bagi bahan-bahan peralatan pemprosesan yang telah melalui proses samak seperti yang ditetapkan oleh syarak dengan pemantauan/penyeliaan pihak berkuasa agama, tetapi masih lagi didapati mengandungi DNA babi, proses samak tidak perlu diulang lagi.\n\n\n3. Keputusan ini adalah berdasarkan pensyariatan Islam yang tidak mentaklifkan kepada manusia apa yang mereka tidak memperlakukannya atau membebankan dan menyukarkan mereka. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : Allah Taala menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16617", "body": "Kadar harga zakat fitrah bagi tahun 1434H/2013M adalah sebanyak 2.7 kg bersamaan RM7.00 bagi setiap seorang mengikut kadar dan nilai harga beras semasa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16616", "body": "Kadar zakat fitrah bagi tahun 1436H/2015M adalah ditetapkan sebanyak RM7.00 bagi setiap orang yang wajib membayar zakat di Negeri Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16615", "body": "1. Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) bahawa pemerintah, ahli parlimen dan para ulama Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur;\n\n\n(b) bahawa negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kufur dan haram menyertai sistem kerajaan sekarang;\n\n\n(c) menafikan istilah \u201c\nal-Qadha\u2019 wa al-Qadar\n\u201d;\n\n\n(d) berpegang kepada fahaman \nQadariyyah\n;\n\n\n(e) bahawa aqidah \nSiyasiyyah\n lebih penting daripada aqidah \nruhiyyah\n;\n\n\n(f) menolak sumber aqidah melalui hadith\n Ahad\n kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadith \nAhad\n itu dalil \nzanni\n sedangkan aqidah itu keyakinan; atau\n\n\n(g) bahawa Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi Nabi atau Rasul.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir termasuklah:-\n\n\n(a) menjadi ahli kumpulan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;\n\n\n(b) berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;\n\n\n(c) mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;\n\n\n(d) berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;\n\n\n(e) melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;\n\n\n(f) mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;\n\n\n(g) memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih; atau\n\n\n(h) mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru mempunyai persamaan dengan unsur-unsur fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan aqidah ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir atau apaapa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, \nfacebook\n, \ntwitter\n atau media sosial lain adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16614", "body": "1. Fahaman dan ajaran Tarikat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah di bawah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki adalah bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:\n\n\n(i) Keraguan dari aspek akidah\n\n\n(a) Membawa fahaman \u201cJabbariyyah\u201d dengan mengatakan bahawa para wali Allah S.W.T. tidak dapat membuat pilihan terhadap perbuatannya, bahkan menerima sahaja apa yang berlaku terhadap dirinya.\n\n\n(b) Bahawa segala maksiat yang dilakukan oleh para wali Allah seperti meminum arak, berzina dan berjudi adalah tidak berdosa kerana perbuatan tersebut adalah bukan kehendak daripada dirinya bahkan kehendak daripada Allah S.W.T. pada dirinya.\n\n\n(c) Bahawa Ayah Pin sebagai wali Allah S.W.T. dan beliau diiktiraf seperti \u2018ahli Badar\u2019 yang mana dosanya telah diampunkan oleh Allah S.W.T.\n\n\n(d) Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki mendakwa boleh berinteraksi dengan Ayah Sin secara berhadapan ketika berada di kuburnya.\n\n\n(e) Para wali Allah S.W.T. yang telah mencapai peringkat \u2018musyahadah\u2019 menganggap diri mereka tidak berdosa walaupun melakukan kesalahan kerana mereka menganggap perbuatan mereka adalah perbuatan Allah. S.W.T.\n\n\n(f) Maksud beriman dengan qada\u2019 dan qadar termasuklah perbuatan dosa dan maksiat yang akan dilakukan oleh para wali terlah ditentukan oleh Allah walaupun pada zahirnya perbuatan itu adalah dosa dan maksiat kepada Allah.\n\n\n(g) Mempercayai bahawa mimpi yang diperoleh oleh ahli tarikat ketika bersuluk hanya boleh ditakwilkan oleh guru tarikat ini.\n\n\n(ii) Keraguan dari aspek syariah\n\n\n(a) Boleh meninggalkan Solat Jumaat ketika menjalani amalan suluk kerana bersuluk adalah lebih utama\u00a0dan wajib dipelihara berbanding dengan Solat Jumaat\n\n\n(b) Boleh bersalaman dan bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram bagi mendapat keberkatan.\n\n\n(c) Boleh menonton filem lucah untuk melihat kecantikan ciptaan Allah S.W.T.\n\n\n(d) Boleh bergaul dan melihat aurat bukan mahram tanpa hajat kerana sudah dianggap seperti keluarga sendiri.\n\n\n(e) Boleh bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram walaupun dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah.\n\n\n(f) Dibolehkan untuk melihat wanita yang bukan mahram tanpa hajat dengan syarat membayangkannya seperti melihat pokok.\n\n\n(iii) Keraguan dari aspek akhlak\n\n\n(a) Mengutamakan guru (ayah) rohani lebih daripada ibu, ayah atau keluarga sendiri.\n\n\n(b) Mengutamakan guru (ayah) rohani sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.\n\n\n(c) Lebih mentaati guru (ayah) rohani daripada ibu atau ayah sendiri dalam perkara yang tidak melanggar perintah syara\u2019.\n\n\n(d) Sanggup melakukan apa sahaja demi guru (ayah) rohani walaupun ia bertentangan dengan hukum syara\u2019.\n\n\n(e) Boleh memburuk-burukkan guru yang lain supaya menyerlahkan kesempurnaan gurunya sahaja.\n\n\n(f) Guru dan anak murid dibenarkan untuk menghisap rokok bertujuan untuk menutup sedikit hijab yang terlalu luas terbuka kepada mereka.\n\n\n(g) Pencabulan guru terutamanya terhadap murid wanita adalah tidak menjadi suatu kesalahan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Tarikat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin termasuklah:-\n\n\n(a) menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran Tarikat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki;\n\n\n(b) berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md Aleh Solihin bin A. Sidiki;\n\n\n(c) mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;\n\n\n(d) berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Kahalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki;\n\n\n(e) melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki;\n\n\n(f) mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki;\n\n\n(g) memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki;\n\n\n(h) mengambil ijazah dan mengamalkan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki; dan/atau\n\n\n(i) mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Tariqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki di Negeri Selangor.\n\n\n3. Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Tarikat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.\n\n\n4. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Tarikat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n5. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Tarikat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Pimpinan Md. Aleh Solihin bin A. Sidiki dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.\n\n\n6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16613", "body": "Harus orang Islam bekerja di rumah orang bukan Islam dengan syarat seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Pekerjaan tersebut tidak haram di sisi syara\u2019;\n\n\n(2) Sentiasa menjaga adab dan batas pergaulan; dan\n\n\n(3) Pekerjaan tersebut tidak menghalang atau menjejaskan sebagai orang Islam seperti menunaikan kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16612", "body": "Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16611", "body": "(1) Amalan seperti tiupan \u201cLast Post\u201d, bertafakur dengan menundukan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan \u201cRouse\u201d yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang di larang oleh syara\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16608", "body": "(1) Ajaran dan amalan Syed Muhamad. Al Masyhor (Tarikatul Islam Muhamad S.A.W. Habibullah Al Hashimi) didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n(2) Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Syed Muhamad. Al Masyhor (Tarikatul Islam Muhamad S.A.W. Habibullah Al Hashimi) di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\u2019alla.\n\n\n(3) Antara ciri-ciri ajaran itu:\n\n\n\n\n(a) Mengaku diri sebagai Rasul.\n\n\n(b) Mendakwa boleh memberi syafaat kepada pengikut yang melakukan kesalahan..\n\n\n(c) Pada hakikatnya Rasul (Syed Muhamad. Al Masyhor) pengganti Rasulullah itu telah bercantum dengan Allah. Kata-kata dan gerak-gerinya adalah Allah sendiri.\n\n\n(d) Mendakwa Al-Quran yang sebenar ialah Nur Hakim\n\n\n(e) Menggamalkan nikah batin.\n\n\n(f) Pengikut ditegah bernikah dengan orang luar.\n\n\n(g) Menegah berkahwin dengan bukan ahli.\n\n\n(h) Pengikut ajaran ini dijamin masuk syurga.\n\n\n(i) Menyalah tafsirkan Al-Quran.\n\n\n(j) Menerbitkan buku bertajuk \u201cMengikut Jejak Rasulullah S.AW.\u201d.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n(4) Orang-orang Islam adalah dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku yang dinyatakan dalam perengan 3 (j)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16607", "body": "1. Fahaman, ajaran dan ideologi al-Dawla al-Islamiya Fi Iraq Wa al-Sham (DAESH), atau juga dikenali sebagai Militan Islamic State in Iraq and Syams (ISIS) atau Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL), atau Islamic State (IS) (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai IS) adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:\n\n\n(a) Membunuh manusia secara kejam dengan menyembelih, mengebom, menembak, meletupkan, melemaskan serta membakar tahanan hidup-hidup;\n\n\n(b) Menyerang dan membunuh rakyat yang tidak bersalah yang tidak menyertai perjuangan mereka;\n\n\n(c) Merogol wanita-wanita yang ditawan kerana dianggap sebagai hamba tawanan perang;\n\n\n(d) Memusnahkan rumah-rumah ibadat agama-agama lain dan perkuburan yang dianggap sebagai bida\u2019ah dan khurafat pada pandangan mereka;\n\n\n(e) Membunuh orang-orang awam tanpa mengira agama, keturunan, usia termasuk orang dewasa, wanita dan kanak-kanak yang tidak sehaluan dengan fahaman mereka demi mencapai cita-cita politik dan matlamat ketenteraan mereka;\n\n\n(f) Menegakkan Daulah IS menggunakan kaedah jihad qital (perang) dan keganasan;\n\n\n(g) Mendakwa sesiapa yang tidak menyertai jihad dalam bentuk yang mereka fahami telah melakukan dosa besar dan bukan Muslim yang sebenarnya;\n\n\n(h) Menuduh umat Islam yang mengamalkan sistem demokrasi dan terlibat dalam pilihan raya dan kepartian sebagai taghut, munafik atau kafir;\n\n\n(i) Menghalalkan darah orang Islam yang menentang mereka kerana dianggap sebagai taghut, munafik atau kafir serta dituduh bersekutu dengan musuh Islam;\n\n\n(j) Meyakini bahawa negara-negara umat Islam selain Daulah IS yang mengamalkan sistem moden adalah negara kafir dan wajib diperangi;\n\n\n(k) Mengkafirkan pemerintah Islam yang tidak menegakkan hukum Syariah dalam sesebuah negara;\n\n\n(l) Menyempitkan dan menyalahtafsirkan konsep jihad dengan melaksanakan jihad hujumi (serangan ofensif) sebagai satu-satunya cara untuk menegakkan Islam; dan\n\n\n(m) Mengisytiharkan Daulah IS yang mereka anggap sebagai negara Islam tanpa melalui proses yang benar bahkan tidak mendapat pengiktirafan ulama-ulama muktabar dunia.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman, ajaran dan ideologi militan IS termasuklah\u2014\n\n\n(i) menjadi pengikut kepada fahaman, ajaran dan ideologi militan IS atau apa-apa fahaman, ajaran dan ideologi yang mempunyai persamaan dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\n\n\n(ii) berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\n\n\n(iii) mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS atau apa-apa fahaman, ajaran dan ideologi yang mempunyai persamaan dengannya melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;\n\n\n(iv) berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman, ajaran dan ideologi mereka yang berpegang dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\n\n\n(v) menghidupkan atau menyebarkan fahaman, ajaran dan ideologi mereka yang berpegang dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\n\n\n(vi) mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa program, aktiviti, perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\n\n\n(vii) membiayai pergerakan militan IS;\n\n\n(viii) memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk, lambang, rajah atau tandatanda yang boleh dikaitkan dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\n\n\n(ix) telah berbai\u2019ah (taat setia) dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS; dan\n\n\n(x) mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS di negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS seperti yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas adalah disifatkan melakukan perbuatan dan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT.\n\n\n4. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS atau apa-apa fahaman, ajaran dan ideologi yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain yang bertentangan dengan fahaman dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah adalah diharamkan.\n\n\n5. Mana-mana orang Islam yang melakukan perbuatan-perbuatan yang dinyatakan di dalam perenggan 2, 3 dan 4 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang jenayah Syariah yang berkuat kuasa di Negeri Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16606", "body": "KANDUNGAN\n\n\n\n\nBab I : Asnaf yang Berhak Menerima Agihan Zakat Menurut Quran\n\n\nBab II : Asnaf yang Berhak Menerima Agihan Zakat di Negeri Selangor\n\n\nBab III : Hukum Agihan Zakat En. 2/1989\n\n\nBab IV : Sistem Agihan Zakat kepada Asnaf Fakir\n\n\nBab V : Sistem Agihan Zakat kepada Asnaf Miskin\n\n\nBab VI : Sistem Agihan Zakat kepada Asnaf Amil\n\n\nBab VII : Sistem Agihan Zakat kepada Asnaf Muallaf\n\n\nBab VIII : Sistem Agihan Zakat kepada Asnaf Gharim\n\n\nBab IX : Sistem Agihan Zakat kepada Asnaf Fisabilillah\n\n\nBab X : Sistem Agihan Zakat kepada Asnaf Ibni Sabil\n\n\nBahan Rujukan\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBAB I\n\n\nASNAF YANG BERHAK MENERIMA AGIHAN ZAKAT MENURUT AL-QURAN\n\n\nDalam Al-Quran Allah S.W.T telah memfardhukan bahawa hasil pungutan zakat hendaklah diagihkan kepada \nLAPAN ASNAF\n seperti di bawah ini:\n\n\n\n\nFakir\n\n\nMiskin\u00a0\n\n\nAmil\u00a0\n\n\nMuallaf\n\n\nRiqab\n\n\nGharim\n\n\nFisabilillah\n\n\nIbni Sabil\n\n\n\n\n(Rujukan : Ayat 60 dalam Surat Taubah Juzuk 10)\n\n\n\u00a0\n\n\nBAB II\n\n\nASNAF YANG BERHAK MENERIMA AGIHAN ZAKAT DI SELANGOR\n\n\nAsnaf atau kumpulan-kumpulan yang berhak menerima agihan zakat di Negeri Selangor hanya ada \nTUJUH ASNAF \nsahaja seperti dibawah ini:\n\n\n\n\nFakir\n\n\nMiskin\u00a0\n\n\nAmil\u00a0\n\n\nMuallaf\n\n\nRiqab\n\n\nGharim\n\n\nFisabilillah\n\n\nIbni Sabil\n\n\n\n\nAsnaf Riqab tiada terdapat di Negeri Selangor dan Agihan Asnaf tersebut hendaklah diagihkan kepada asnaf yang ada seperti di atas.\n\n\n(Rujukan : \nMajmuk juzuk 6\n, muka surat 185; \nIqnak juzuk 1\n, muka surat 200; \nBajuri juzuk 1\n, muka surat 284; dan \nFiqhu Zakah juzuk 2\n, muka surat 686)\n\n\n\u00a0\n\n\nBAB III\n\n\nHUKUM AGIHAN ZAKAT\n\n\n1. Semua hasil pungutan zakat WAJIB diagih-agihkan kepada asnaf \u2013 asnaf yang ada dalam Negeri Selangor .\n\n\n(Rujukan : \nFiqhu Zakah juzuk ke 2\n, muka surat 686;\n Majmuk juzuk 6\n, muka surat 185; \nIqnak juzuk 1\n, muka surat 200; dan \nBajuri juzuk 1\n, muka surat 284).\n\n\n2. TIDAK WAJIB disamakan pengagihan zakat antara satu asnaf dengan asnaf yang lain.\n\n\n(Rujukan : \nFiqhu Zakah juzuk ke 2\n, muka surat 692)\n\n\n3. TIDAK WAJIB disamakan pengagihan zakat antara seseorang dengan yang lain dalam satu-satu asnaf.\n\n\n(Rujukan : \nFiqhu Zakah juzuk ke 2\n, muka surat 693)\n\n\n4. MAIS atau wakil yang diberikuasa bagi pihaknya boleh menentukan kadar agihan antara satu asnaf dengan asnaf yang lain dan begitu juga antara seseorang dengan lain dalam tiap-tiap asnaf.\n\n\n5. Bantuan yang tidak termasuk jenis-jenis agihan dalam mana-mana asnaf zakat bolehlah diberikan daripada peruntukan wang Baitumal atau wang Kerajaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n*Bab IV sehingga akhir boleh dilihat melalui lampiran yang disediakan di bawah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16605", "body": "JADUAL\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Ajaran dan amalan Islam Jamaah di dapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Islam Jamaah di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\u2019alla.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Antara ciri-ciri ajaran itu:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Kesalahan dari sudut akidah\n\n\n(a) Murid-murid beliau dikehendaki berbaiah dengan mengaku Haji Nur Hassan Al-Ubaidah Lubis Sahaja Amirul Mukminin.\n\n\n(b) Mendakwa Amir sebagai sumber hukum. Maka segala tindakan seperti perkahwinan, harta benda ditentukan oleh beliau.\n\n\n(c) Mendakwa kumpulan mereka sahaja yang mengamalkan cara Islam yang sebenar. Manakala bukan ahli dianggap kafir.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Kesalahan dari sudut Syariah\n\n\n(a) Menolak sumber hukum Ijmak dan Qias.\n\n\n(b) Menganggap najis Mughallazah tidak perlu disamak.\n\n\n(c) Mendakwa hanya najis manusia yang dianggap najis.\n\n\n(d) Tafsiran air dua kolah yang mengelirukan.\n\n\n(e) Melakukan solat Jumaat di rumah.\n\n\n(f) Mengeluarkan hukum bahawa mana-mana binatang yang mati di kawasan/perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan.\n\n\n(g) Lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan.\n\n\n(h) Tidak menghormati Al-Quran dengan meletakkan di tempat yang tidak sewajarnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16604", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa;\n\n\nWang pampasan kematian pekerja ini tidaklah dianggap sebagai harta pampasan. Oleh itu pembahagiannya tidak tertakluk kepada cara pembahagian harta pusaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16602", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.2/2022 yang telah bersidang pada 24 Februari 2022 bersamaan 22 Rejab 1443H telah bersetuju memutuskan bahawa Kedudukan al-Quran yang Menggunakan Sistem Tulisan Braille daripada Perspektif Syarak adalah tidak dianggap sebagai satu mashaf. Walau bagaimanapun ia hendaklah dipelihara dan dihormati sama seperti mashaf tipikal terutama dari sudut adab-adab ketika berinteraksi dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16601", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan bil.5/2021 yang\u00a0telah bersidang pada 29 September 2021 bersamaan 22 safar 1443H telah bersetuju memutuskan menerima sighah fatwa MKI JAKIM berkenaan Semakan Semula Pandangan hukum dan Kaedah Pengurusan Jenazah Orang Islam Covid-19 seperti berikut :\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hukum asal pengurusan jenazah muslim termasuk jenazah pesakit COVID-19 hendaklah diurus dengan sempurna melalui kaedah pengurusan jenazah dengan dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan dalam tempoh masa seminimum mungkin mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.\u00a0\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sekiranya terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa pengurusan jenazah berisiko dijangkiti dengan penggunaan air, maka hendaklah digantikan dengan tayamum pada anggota badan jenazah dengan mengambil kira Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.\n\n\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat halangan atau dibimbangi boleh membawa kepada penyebaran penyakit, maka Muzakarah bersetuju menggugurkan kewajipan memandikan/ tayamum ke atas jenazah dan memadai dengan dikafan, disembahyang dan dikebumikan.\n\n\niv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalam melaksanakan keputusan ini, pihak hospital dan pihak Berkuasa Agama Negeri perlu menyediakan tenaga kerja, segala kelengkapan dan keperluan yang mencukupi dalam pengurusan jenazah COVID-19 berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16600", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.4/2020M yang\u00a0telah bersidang pada 25 September 2020 bersamaan 07 Saffar 1442H telah bersetuju memutuskan bahawa wanita harus dilantik menjadi Hakim Syar\u2019ie dalam kes-kes selain hudud dan qisas. Pemilihan dan pelantikan hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16599", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 3/2020-1441H yang telah bersidang pada 15 Ogos 2020M bersamaan dengan 25 Zu al-Hijjah 1441H telah bersetuju dan memutuskan bahawa Ajaran Asmaul Husna Wan Maseri Bt Wan Mohd seperti berikut :\n\n\n\n\nPengajaran dan pengajian dalam ajaran Asmaul Husna Wan Maseri Wan Mohd hendaklah dilarang daripada disebarkan kepada masyarakat kerana didapati meragukan dan menyalahi kaedah penyampaian ilmu dan ajaran Ahli Sunnah Wa al-Jamaah serta boleh membawa kepada kesesatan.\n\n\n\n\n\n\nKaedah pembelajaran \u201cUniversiti Antarabangsa Asmaul Husna\u201d adalah dilarang untuk diajar dan disebarkan kepada masyarakat di Negeri Sembilan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16598", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 3/2020-1441H yang telah bersidang pada 15 Ogos 2020M bersamaan dengan 25 Zu al-Hijjah 1441H telah bersetuju dan memutuskan bahawa Ajaran Arts Muhammad@Minda Al-Haq Izlie bin Ismail seperti berikut :\n\n\nBahawa Ajaran Arts Muhammad@Minda Al-Haq Izlie bin Ismail adalah dilarang serta bertentangan dan menyeleweng daripada Ajaran Ahli Sunnah Wa al-Jamaah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16597", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.5/2020 yang\u00a0telah bersidang pada 28 Oktober 2020 bersamaan 11 Rabi\u2019 al-Awwal 1442H telah bersetuju memutuskan bahawa amalan-amalan kebudayaan dan kesenian tradisional, perbomohan, pawang, bersemah dan perawatan alternatif adalah haram dan dilarang sekiranya mengandungi unsur-unsur mistik dan kebatinan, tahyul serta khurafat kerana ia boleh menjejaskan akidah umat islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16596", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan\u00a0Bil.6/2020M yang\u00a0telah bersidang pada 26 November 2020 bersamaan 10 Rabi\u2019 al-Akhir 1442H telah bersetuju memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0Haram menerbitkan terjemahan al-Quran tanpa disertakan teks asal al-Quran tersebut berdasarkan kepada maslahah untuk menjaga kesucian dan mengelakkan kekeliruan terhadap al-Quran.\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Harus menterjemahkan makna ayat-ayat al-Quran dalam penulisan seperti buku agama, akhbar, jurnal, majalah dan seumpamanya tanpa disertakan teks asal al-Quran sebagai keterangan dan penghujahan terhadap apa yang terkandung di dalam penulisan tersebut.\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0Sehubungan itu, mana-mana orang adalah dilarang mencetak,menerbit, menjual, mempamer, mengedar atau terlibat dengan cara apa sekalipun dalam penulisan dan terjemahan al-Quran tanpa disertakan bersama teks asal al-Quran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16594", "body": "Berdasarkan kepada pembentangan yang disampaikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Kali Ke-2 yang bersidang pada 9 April 2020 melalui siaran langsung \nteleconference\n yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya mesyuarat telah mengambil ketetapan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKaedah Melihat Anak Bulan Ramadan, Syawal Dan Zulhijjah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020\n.\n\n\n\n\n1.1 Muzakarah Khas MKI bersetuju mengenai Kaedah Melihat Anak Bulan Ramadan, Syawal Dan Zulhijjah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia seperti berikut:\n\n\n\n\ncerapan anak bulan dilaksanakan di 15 lokasi terpilih sebagaimana di lampiran A;\n\n\n\n\n\n\nbilangan petugas yang terhad 5 - 6 orang sahaja yang terdiri daripada:-\n\n\n\n\n\n\nKetua Rombongan / Pegawai Pelapor,\n\n\n2 orang AJK Rukyah,\n\n\nPegawai / Kakitangan Falak,\n\n\nPetugas Teknikal / urusetia.\n\t\n\n\nMematuhi ketetapan pencegahan (SOP) seperti menjaga jarak sosial yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan kaedah hisab (pengiraan) sahaja\u00a0 tanpa aktiviti rukyah berdasarkan kriteria \nImkanur Rukyah\n (kebolehnampakan hilal) adalah altenatif tindakan yang terakhir sekiranya tahap risiko pendemik COVID-19 semakin serius.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, sekiranya keadaan wabak Covid-19 semakin meruncing, Jawatankuasa bersetuju agar perkara tersebut dibincangkan dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk:-\n\t\n\n\nmenetapkan beberapa tempat tertentu sahaja seperti mengikut zon utara, selatan, timur dan Sabah/ Sarawak atau boleh juga berdasarkan lokasi yang kebiasaannya kenampakan hilal berlaku.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenggunakan kaedah hisab sahaja tanpa rukyah.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKaedah Pembayaran Zakat Fitrah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak COVID-19\n\n\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 2.1\u00a0Muzakarah Khas MKI bersetuju mengenai Penyelarasan Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak COVID-19 seperti berikut:\n\n\na.\u00a0 Kaedah pembayaran zakat fitrah boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian di negeri masing-masing dengan mengambil kira peraturan Perintah Kawalan Pergerakan semasa.\n\n\nb.\u00a0 Kadar zakat fitrah mengikut ketetapan yang diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Walau bagaimanapun, jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah bergantung kepada \u00a0kemampuan pembayar dan ketua keluarga.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKaedah Pelaksanaan Ibadah pada Bulan Ramadan dan Solat Jumaat Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19\n\n\n\n\n\n\n1 Muzakarah Khas MKI bersetuju dengan pembentangan Kaedah Pelaksanaan Ibadah pada Bulan Ramadan dan Solat Jumaat Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan ibadah puasa pesakit Covid-19 dan petugas barisan hadapan (\nfrontliners\n) serta solat terawih berdasarkan panduan yang disediakan oleh pihak JAKIM.\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan solat jumaat adalah tertakluk kepada ketetapan yang diputuskan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa. Pengecualian terhadap larangan mendirikan solat jumaat bagi kawasan yang tidak terjejas dengan wabak Covid-19 hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Keselamatan Negeri.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDalam melaksanakan perkara 1, 2 dan 3 di atas, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16593", "body": "Berdasarkan kepada pembentangan yang disampaikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Kali Ke-3 yang bersidang pada 21 April 2020 melalui Sidang Video (\nvideoconference)\n di Kompleks Islam Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPanduan Hukum Berkaitan Ujian Saringan dan Prosedur Rawatan Pesakit Covid-19 Pada Bulan Ramadan.\n\n\n\n\nSetelah mendengar pembentangan kertas cadangan dan penjelasan daripada YBhg. Dr. Donal Huda binti Nasril, Pakar Mikrobiologi, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Muzakarah Khas MKI bersetuju mengenai Panduan Hukum Berkaitan Ujian Saringan dan Prosedur Rawatan Pesakit Covid-19 Pada Bulan Ramadan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHukum Puasa Kerana Menjalani Ujian Saringan Perubatan COVID-19\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nProsedur saringan bagi mengesan penyakit Covid-19 adalah dengan mengambil sampel lendir (mukus) yang berada di dalam hidung sehingga ke kawasan \nnasopharynx\n (rongga hidung paling atas) dan rongga mulut hingga ke kawasan \noropharynx (anak tekak) \nadalah \ntidak membatalkan puasa\n.\n\n\nKeputusan ini adalah selaras dengan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI Kali \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ke-87 pada 23 hingga 25 Jun 2009 yang telah memperakukan Panduan Berpuasa Bagi Pesakit.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHukum Puasa Pesakit Positif COVID-19 Yang Tidak Bergejala (Dalam Pemantauan Dan Tidak Perlu Ambil Ubat-Ubatan)\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPesakit yang positif COVID-19 yang tidak bergejala dan tidak perlu memakan dan mengambil ubat, mereka \ndiwajibkan\n untuk melaksanakan ibadah puasa;\n\n\nSekiranya tidak mampu melaksanakan ibadah puasa atau sekiranya berpuasa boleh melambatkan kesembuhan atau akan memudaratkan lagi keadaan mereka (atas nasihat pakar perubatan), maka dalam keadaan ini mereka diharuskan untuk tidak berpuasa; dan\n\n\nMereka wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan setelah berakhir bulan Ramadan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHukum Puasa Pesakit\u00a0 Positif COVID-19 Yang Bergejala (Dalam Rawatan Yang Memerlukan Pengambilan Ubat-Ubatan Atau Bantuan Peralatan).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPesakit yang memerlukan kepada pengambilan ubat-ubatan, mereka \ndiharuskan\n untuk tidak berpuasa. Namun demikian, mereka disarankan untuk mematuhi panduan kaedah pelaksanaan ibadah pada bulan Ramadan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2; dan\n\n\nBagi pesakit yang memerlukan kepada bantuan peralatan pernafasan, tiada halangan untuk tidak berpuasa kerana ianya adalah keuzuran dan rukhsah yang telah disepakati oleh para fuqaha keseluruhannya. Namun demikian, puasa yang ditinggalkan tetap perlu digantikan setelah berakhir bulan Ramadan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKedudukan Saf Solat Jemaah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP COVID-19)\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah Khas MKI bersetuju mengenai Kedudukan Saf Solat Jemaah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP COVID-19) seperti berikut:\n\n\n\n\nDiharuskan solat berjemaah secara berjarak-jarak bagi makmum dengan makmum yang bersebelahan pada waktu wabak sekiranya solat berjemaah itu masih lagi selamat daripada penularan wabak.\n\n\nPandangan hukum ini turut berkait dengan jarak saf solat berjemaah yang dilakukan oleh para imam, bilal dan siak bagi pelaksanaan solat berjemaah di masjid, surau, hospital dan tempat-tempat yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menempatkan pesakit yang dikuarantin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.\n\n\nSusunan saf adalah seperti ketetapan berikut:-\n\n\n\n\n\n\nImam berada di hadapan seperti dalam solat jemaah biasa.\n\n\nJarak di antara imam dan makmum adalah satu (1) meter dan jarak di antara para makmum juga adalah satu (1) meter.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nGaris Panduan Sambutan Hari Raya Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP COVID-19)\n\n\n\n\nMuzakarah Khas MKI bersetuju mengenai Garis Panduan Sambutan Hari Raya Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP COVID-19) seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. \nPanduan Solat Hari Raya Aidilfitri Dalam Tempoh PKP\n\n\n\n\nSolat sunat hari raya hendaklah dilaksanakan di rumah masing-masing;\n\n\n\n\n\n\nSolat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian;\n\n\n\n\n\n\nHanya dibenarkan berjemaah dalam kalangan ahli keluarga dalam rumah tersebut sahaja;\n\n\n\n\n\n\nAhli keluarga yang baru sembuh dari COVID-19 dan yang diarahkan untuk kuarantin di rumah tidak dibenarkan menyertai solat sunat secara berjemaah Walau bagaimanapun, kedua-dua individu dalam kategori tersebut boleh melaksanakan solat sunat hari raya secara bersendirian;\n\n\n\n\n\n\nPesakit dan petugas di hospital dibenarkan melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak KKM;\n\n\n\n\n\n\nBagi petugas yang diamanahkan bertugas di masjid dan surau, mereka boleh melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada pekeliling dan arahan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.\n\n\n\n\nii.\nPanduan Takbir Hari Raya Aidilfitri\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nTakbir hari raya merupakan syiar Islam yang disunatkan untuk dilakukan bermula terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan dan berpanjangan sehingga selesai solat hari raya dilaksanakan;\n\n\n\n\n\n\nTakbir hari raya di masjid dan surau hanya dilaksanakan oleh imam, bilal dan siak sahaja atau dengan menggunakan rakaman;\n\n\n\n\n\n\nDigalakkan untuk setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing;\n\n\n\n\n\n\nTakbir dari rumah ke rumah pada malam hari raya adalah tidak dibenarkan;\n\n\n\n\n\n\nPengendali stesen radio dan televisyen disarankan untuk menyiarkan rakaman takbir hari raya yang sedia ada dengan meletakkan kapsyen \u201cRakaman ini telah dibuat sebelum tempoh PKP\u201d.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\niii.\nPanduan Amalan Menyambut Aidilfitri\n\n\n\n\nAmalan ziarah menziarahi untuk bersilatulrahim dibuat hanya dengan menggunakan alat komunikasi dan media sosial sebagai pengganti diri;\n\n\n\n\n\n\nRumah terbuka Aidilfitri tidak boleh dibuat bagi mengelakkan penularan wabak penyakit;\n\n\n\n\n\n\nBacaan Yaasin dan Tahlil boleh diadakan di rumah selepas solat sunat Aidilfitri bagi menggantikan amalan menziarahi kubur pada hari raya;\n\n\n\n\n\n\nAmalan menghadiahkan kuih-muih sempena hari raya boleh dilaksanakan dengan tatacara yang bersesuaian dengan perintah keselamatan dan taklimat kesihatan.\n\n\n\n\niv.\nHiburan pada Hari Raya\n\n\nProgram hiburan yang akan disiarkan hendaklah bersesuaian dan tidak keterlaluan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nGaris Panduan Perkahwinan Orang Islam Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pasca PKP COVID-19.\n\n\n\n\nMuzakarah Khas MKI bersetuju mengenai Garis Panduan Perkahwinan Orang Islam Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pasca PKP COVID-19 seperti yang telah diedarkan kepada semua ahli Jawatankuasa Muzakarah MKI dan Jabatan Agama Islam Negeri pada 15 April 2020. (Lampiran A)\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPanduan Kaedah Pelaksanaan Ibadah dalam Bulan Ramadan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.\n\n\n\n\nMuzakarah Khas MKI juga bersetuju mengenai Panduan Kaedah Pelaksanaan Ibadah dalam Bulan Ramadan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 seperti yang telah diedarkan kepada semua ahli Jawatankuasa Muzakarah MKI pada 20 April 2020. (Lampiran B)\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDalam melaksanakan perkara 1, 2, 3, 4 dan 5 di atas, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16592", "body": "Berdasarkan kepada nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Pertama Tahun 2021 yang bersidang pada 8 Mei 2021 melalui Sidang Video di Kompleks Islam Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan seperti berikut:\n\n\n\n\nArahan penangguhan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat sebelum ini adalah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 atau mengikut apa-apa ketetapan yang diputuskan oleh Kerajaan Malaysia dari masa ke semasa.\n\n\n\n\n\n\nDalam melaksanakan perkara 1 di atas, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa agama Islam di setiap Negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16591", "body": "Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara, dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac 2020 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan seperti berikut:\n\n\n\n\nBerdasarkan kepada situasi terkini wabak Covid-19 yang semakin kritikal susulan dari gelombang kedua penularan selepas penemuan positif Covid-19 dalam kalangan 16,000 jemaah yang menghadiri Jodr Qudama\u2019 dan Ulama\u2019 Malaysia anjuran jemaah tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling Kuala Lumpur, Muzakarah berpandangan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat berjemaah, solat jumaat ditangguhkan untuk tempoh selama sepuluh hari bermula 17-26 Mac 2020. Dalam tempoh tersebut semua masjid dan surau dinasihatkan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan. Pelanjutan atau penamatan tempoh sepuluh hari berkenaan tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDalam keadaan sekiranya berlaku kematian akibat virus Covid-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki Atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) Di Malaysia, iaitu pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudharatan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah tersebut. Dalam hal ini dibolehkan jenazah itu diuruskan melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya seperti melakukan tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut sahaja.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDalam melaksanakan perkara 1 dan 2 di atas, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16590", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-118 yang bersidang pada 16 hingga 17 Februari 2021 telah membincangkan mengenai Hukum Penentuan Kadar Dua \nMarhalah\n, \nQaryah\n Dan \nBalad\n Dari Perspektif Fiqh Semasa. Muzakarah berpendapat bahawa Hukum Penentuan Kadar Dua \nMarhalah\n, \nQaryah\n dan \nBalad\n Dari Perspektif Fiqh Semasa adalah seperti berikut :-\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPenyelarasan \nkadar dua (2) mar?alah adalah 81 km\n (\ntaqribi\n).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPersempadan dan penentuan \nqaryah\n dan \nbalad\n adalah mengikut pilihan seperti berikut :\n\n\n\n\n\n\nPersempadanan mengikut kaedah, uruf dan ketetapan negeri-negeri selaras dengan Akta / Enakmen Negeri; atau\n\n\nPersempadanan mengikut peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); atau\n\n\nPersempadanan mengikut peta yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui sistem i-PLAN; atau\n\n\nPersempadanan baharu yang mengambil kira populasi kepadatan satu-satu penempatan secara \nvertical\n (seperti kondominium / rumah pangsa seumpamanya) yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBagi tujuan pembangunan aplikasi dan keperluan teknologi digital, ditetapkan nilai kadar dua (2) mar?alah adalah 81 km (\ntaqribi\n) selaras dengan pandangan syarak dan ukuran semasa serta \ndiharuskan \nmenggunakan nilai 11 km (termasuk 81 km) dari titik mula musafir bagi persempadanan \nqaryah\n dan \nbalad\n.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nGaris Panduan akan disediakan untuk rujukan pihak-pihak berkaitan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16589", "body": "Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang pada 5 Oktober 2020 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Khidmat Doula (Peneman Kelahiran) bagi Menyambut Kelahiran Bayi. Muzakarah Khas MKI berpandangan penggunaan khidmat doula bagi menyambut kelahiran bayi adalah \ndiharamkan\n atas hujah-hujah seperti berikut:\n\n\n\n\nMenjaga nyawa merupakan tuntutan syariat \n\n\n\n\nMembenarkan khidmat doula bagi menyambut kelahiran bayi bermakna mendedahkan ibu dan bayi yang akan dilahirkan kepada bahaya dan ianya sama sekali bertentangan dengan maqasid syariah.\n\n\n\n\nMengubati pesakit hendaklah dilakukan oleh pakar dalam bidang perubatan\n\n\n\n\nMereka yang tiada kepakaran dalam bidang perubatan adalah haram untuk mengendalikan rawatan termasuklah dalam menyambut kelahiran bayi seperti sabda Rasulullah SAW\n\n\n???? ?????????? ????? ???????? ?????? ?????? ?????? ???????\n\n\nMaksudnya:\u00a0\n\n\nBarangsiapa yang mengubati orang (menjadi doktor) dan dia tidak mengetahui ilmu kedoktoran, maka dia bertanggungjawab (atas akibat yang berlaku kepada pesakit).\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nLarangan menyebabkan kemudaratan kepada orang lain\n\n\n\n\nTindakan memujuk dan menghasut supaya bersalin di rumah dan hanya diuruskan oleh \ndoula yang tidak ada kepakaran dalam ilmu perubatan boleh mendedahkan ibu yang hamil dan bayi yang bakal dilahirkan kepada kemudharatan bersesuaian dengan hadith Rasulullah SAW\n\n\n??? ?????? ????? ???????\n\n\nMaksudnya:\u00a0\n\n\nTidak boleh mudharat (mendatangkan bahaya pada diri) dan tidak boleh memudaratkan (orang lain).\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\nKeutamaan menolak kemudaratan daripada membawa keselamatan\n\n\n\n\nMengelakkan risiko yang membawa kepada kemudaratan terhadap si ibu dan bayi yang akan dilahirkan merupakan tuntutan syariat yang selaras dengan beberapa kaedah fiqh;\n\n\n??? ??????? ???? ?? ??? ???????\n\n\nMaksudnya;\n\n\nMenolak perkara yang membawa kepada mafsadah (kerosakan) lebih utama dari mendapatkan maslahah (kebaikan)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16588", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20-21 November 2019 telah membincangkan berkaitan Kedudukan al-Quran yang Menggunakan Sistem Tulisan Braille daripada Perspektif Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan bahawa al-Quran Braille tidak dianggap sebagai satu mashaf tetapi ia hendaklah dipelihara dan dihormati sama seperti mashaf tipikal terutama dari sudut adab-adab ketika berinteraksi dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16587", "body": "Jawatankuasa\u00a0Muzakarah\u00a0Majlis\u00a0Kebangsaan\u00a0Bagi\u00a0Hal Ehwal\u00a0Ugama Islam Malaysia (MKI)\u00a0Kali \u00a0Ke-119 \u00a0yang bersidang pada 7 hingga\u00a09 April\u00a02021\u00a0telah membincangkan\u00a0mengenai\u00a0Kepenggunaan Haiwan Jallalah\u00a0Industri Akuakultur \u00a0di Malaysia.\u00a0Muzakarah\u00a0berpendapat\u00a0seperti berikut-\n\n\n\n\ni. \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Haiwan\u00a0jallalah\u00a0bermaksud\u00a0binatang yang dagingnya\u00a0berbau busuk disebabkan\u00a0memakan\u00a0najis dan/atau hidup di persekitaran\u00a0najis;\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0 Haiwan yang diternak dan dengan \u00a0sengaja diberikan\u00a0makan makanan daripada najis \u00a0\n'eini \natau makanan yang dihasilkan\u00a0daripada campuran bahan \u00a0najis sama ada najis itu dalam kategori najis \nmughallazah \natau \nmutawassitah\u00a0\nadalah \nhaiwan\u00a0yang diharamkan\u00a0daripada\u00a0dimakan jika\u00a0tidak \u00a0dilakukan\u00a0proses kuarantin\n;\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0iii.\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0Kaedah kuarantin\u00a0haiwan Jallalah Akuakultur:\n\n\na)\u00a0\u00a0 Haiwan tersebut\u00a0\nperlu diasingkan\u00a0daripada\u00a0ruang\u00a0ternakan asal\u00a0ke ruang baharu\n yang bebas daripada elemen\u00a0najis;\n\n\nb) \u00a0Ketika\u00a0tempoh\u00a0kuarantin\u00a0dilakukan,\u00a0haiwan\u00a0tersebut\u00a0\nboleh dibiarkan\u00a0tanpa makan apa-apa makanan,\u00a0atau diberi makan dengan makanan yang\u00a0bersih \nbebas daripada\u00a0elemen najis; dan\n\n\n\n\n\u00a0 \u00a0c)\u00a0 Tempoh\u00a0umum kuarantin adalah \u00a0sekurang-kurangnya\u00a0\n3 \u00a0hari \ndan\u00a0hendaklah\u00a0dipastikan\u00a0\nhilang\u00a0bau\u00a0busuk.\u00a0\nJika\u00a0selepas tempoh kuarantin tersebut, masih ada kesan bau busuk najis pada haiwan\u00a0tersebut,\u00a0maka\u00a0\ntempoh\u00a0kuarantin\u00a0perlu\u00a0ditambah \nsehingga\u00a0bau busuk itu hilang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16586", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah membincangkan mengenai Hukum Plasma Darah dalam Makanan Menurut Perspektif Islam. Muzakarah berpendapat seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan darah mengalir dalam segala jenis makanan atau minuman adalah \nharam secara ijmak.\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan plasma darah dalam produk makanan dan minuman semasa adalah haram berdasarkan hujah-hujah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTidak berlaku sebarang proses \nistihalah tammah\n dalam penggunaan plasma darah. \n\n\n\n\n\n\nProduk makanan yang mengandungi plasma darah tidak menepati konsep istihalah kerana walaupun telah melalui proses perubahan tetapi ia tidak berlaku secara sempurna. Ini kerana plasma darah masih boleh dikesan pada produk akhir walaupun telah melalui proses perubahan kimia.\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan plasma darah dalam makanan atau minuman tidak sampai ke tahap mendesak atau darurat.\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaedah fiqh yang terkait dengan keadaan darurat ialah:\n\n\n\u0627\u0644\u0636\u0631\u0648\u0631\u0627\u062a \u062a\u0628\u064a\u062d \u0627\u0644\u0645\u062d\u0638\u0648\u0631\u0627\u062a\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Maksudnya:-\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Darurat mengharuskan perkara yang dilarang \n\n\n(Ibn Nujaym 1999)\n\n\nBerdasarkan kaedah fiqh yang dibincangkan, jelas bahawa makanan yang mengandungi plasma darah hanya boleh dimakan atau dimanfaatkan ketika berada dalam keadaan benar-benar darurat sahaja namun tidak boleh sewenangnya diamalkan. Penggunaan plasma darah dalam produk makanan pada masa kini tidak mencapai tahap yang boleh dianggap sebagai darurat.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nMasih terdapat alternatif daripada sumber protein selain plasma darah.\n\n\n\n\n\n\nSumber protein dalam makanan boleh diganti daripada sumber lain seperti gelatin halal dan protein tambahan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16585", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah membincangkan mengenai Hukum Penghasilan Produk Minyak Ikan (Crude Fish Oil) daripada Sisa Ikan Mentah. Muzakarah telah memutuskan bahawa penghasilan \nCrude Fish Oil\n daripada sisa ikan mentah adalah diharuskan dengan syarat penggunaan \nCrude Fish Oil\n tersebut perlu melalui proses penyulingan dan penyucian yang bersesuaian dan selamat untuk kegunaan manusia sebelum digunakan untuk penyediaan makanan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16584", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Asid Tartarik dalam Industri Makanan Halal. Muzakarah berpandangan bahawa Asid Tartarik adalah \nharus\n digunakan dalam industri makanan sekiranya:\n\n\n\n\n\n\nSumber, proses dan hasilan adalah jelas dan bebas daripada unsur najis dan perkara yang diharamkan. Ia bersesuaian dengan kaedah fiqh \n\u0627\u0644\u0623\u0635\u0644 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0623\u0634\u064a\u0623 \u0627\u0644\u0625\u0628\u0627\u062d\u0629 \nbermaksud asal sesuatu adalah harus; dan\n\n\n\n\n\n\nTelah berlaku istihalah secara semula jadi semasa pemprosesan \nwine\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16583", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-119 yang bersidang pada 7 hingga 9 April 2021 telah membincangkan mengenai \nMukhannath\n Menurut Fiqh dan Perubatan serta Kaitannya dengan Transgender. Muzakarah berpandangan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDari Sudut Fiqh:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMukhannath\n adalah lelaki yang berperwatakan lembut dan berkelakuan seperti wanita, sama ada dalam pertuturan, pergerakan, tingkah laku atau berpakaian.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMukhannath\n terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama adalah \nmukhannath khalqi\n iaitu yang semulajadi lembut. Manakala golongan kedua adalah \nmukhannath ghayr khalqi\n iaitu yang bukan semulajadi. Dalam erti kata lain, kelembutan dan penyerupaan kepada wanita itu dibuat-buat dan diada-adakan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nUlama Fiqh telah mengklasifikasikan khunsa kepada dua kategori, iaitu khunsa\n wadih\n (jelas status jantinanya) dan khunsa\n mushkil\n (yang tidak dapat dipastikan jantinanya). Ini bermakna, dapat difahami berdasarkan penjelasan ulama bahawa khunsa bermaksud seseorang yang tidak jelas kedudukan jantinanya sebagai lelaki ataupun wanita kerana alat kelamin yang tidak normal.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDari Sudut Perubatan pula:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nLelaki effeminate adalah \nmukhannath\n \nkhalqi\n yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan secara semulajadi.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nLelaki yang menyerupai wanita (transgender) adalah \nmukhannath\n \nghayr khalqi\n yang merasakan identiti gender mereka adalah bertentangan dengan jantina sewaktu dilahirkan, mereka merubah diri kepada jantina yang bertentangan samada dengan cara berpakaian, tingkahlaku, pengambilan hormon atau pembedahan menukar jantina (\nsex reassigment surgery\n).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKhunsa adalah mereka yang mempunyai keabnormalan perkembangan jantina (\ndisorder of sex development\n) sama ada di peringkat kromosom, gonad, hormon, genitalia dalaman atau genitalia luaran yang dapat disahkan oleh ujian perubatan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKedua-dua \nmukhannath\n \nkhalqi\n dan \nmukhannath\n \nghayr khalqi\n adalah mereka yang tidak mempunyai keabnormalan perkembangan jantina (\ndisorder of sex development\n) sama ada di peringkat kromosom, gonad, hormon, genitalia dalaman atau genitalia luaran yang dapat disahkan oleh ujian perubatan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSehubungan itu, transgender atau dalam masyarakat Malaysia dikenali sebagai \u2018mak nyah\u2019 dikategorikan dalam golongan \nmukhannath ghayr khalqi\n dan bukan khunsa kerana mereka bukan semulajadi dan tiada masalah dari segi fisiologi serta perkembangan jantina.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSeseorang yang dilahirkan lembut semulajadi (\nmukhannath khalqi\n) sekalipun, sekiranya dia melampaui batas dengan melakukan perbuatan (\nal-tashabbuh bi al-nisa\u2019) \niaitu penyerupaaan kepada wanita, maka ia juga termasuk dalam perbuatan yang diharamkan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHukum hakam Fiqh yang berkaitan bagi golongan transgender adalah seperti berikut :\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsu Dan Persoalan\n\n\n\n\n\n\nCadangan Penentuan Hukum\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\na) Hukum Bersalaman Dengan Transgender\n\n\n\n\n\n\nHukum seorang lelaki bersalaman dengan \nmukhannath\n dilihat pada situasi. Sekiranya menimbulkan fitnah dan beserta syahwat, maka haram hukumnya bersalaman dengan golongan ini. Sekiranya selamat dari fitnah dan tidak timbul syahwat pada detik awal ketika memandang maka harus untuk bersalaman. Walaubagaimanapun, sekiranya \nmukhannath\n tersebut merupakan golongan yang gemar mempamerkan kemaksiatan mereka \n(mujaharah bi al-su\u2019)\n, tidak dicadangkan untuk bersalam-salaman apatah lagi berpelukan dengan mereka.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHukum Transgender Yang Melakukan Persetubuhan Luar Nikah\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nJika seorang transgender melakukan hubungan seksual tanpa nikah, maka hukumannya disesuaikan dengan melihat kepada pasangannya dalam hubungan tersebut. Ini kerana \nmukhannath\n adalah lelaki pada asal penciptaannya dan dikenakan hukuman sebagai seorang lelaki jika melakukan jenayah. Jika pasangannya lelaki, maka dijatuhkan hukuman homoseksual (gay) kerana ia adalah hubungan sesama jenis. Manakala jika pasangannya wanita, ia dijatuhkan hukuman zina.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHukum Berkhalwat Atau Tinggal Serumah Dengan Transgender\n\n\n\n\n\n\n\n\nHaram tinggal serumah dengan golongan ini jika hanya berdua-duaan dalam satu rumah dan juga haram berdua-duaan atau bersunyi-sunyian di mana sahaja kerana terdapat unsur fitnah dan syahwat. Semua perkara yang mendorong kepada zina dan liwat adalah haram.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nd) Hukum Transgender Memelihara Anak Angkat\n\n\n\n\n\n\nIsu yang penting berkenaan dengan pengambilan anak angkat ini adalah berkenaan dengan batasan aurat dan pergaulan sebaik sahaja anak ini mencecah usia baligh. Dari sudut hubungan anak angkat perempuan dengan bapa angkat dan juga anak angkat lelaki dengan ibu angkat. Secara asasnya, anak angkat yang telah sampai usia baligh yang berlainan jantina dengan ibu bapa mereka merupakan ajnabi (orang asing) kepada mereka. Ini kerana mereka pada umumnya, anak ini tidak mempunyai hubungan nasab (keturunan) dengan ibu bapa angkat mereka.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh kerana adanya mudarat dan keburukan, maka hendaklah dielakkan seorang transgender mengambil anak angkat lebih-lebih lagi yang bertentangan jantina dengannya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\ne) Hukum Transgender Menyertai Solat Jemaah\n\n\n\u00a0\n\n\n-Hukum Transgender\n\n\n\u00a0Menjadi Imam Solat\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHukum Transgender Mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeorang transgender yang mengerjakan solat sebagai seorang lelaki dan sah solatnya berjemaah dalam saf bersama jemaah lelaki.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTransgender dianggap golongan yang fasik dan berdosa. Maka, bagi mazhab Hanafi dan Syafie serta satu pandangan dalam Mazhab Maliki, makruh imam yang fasik. Bagi Mazhab Maliki dan Hanbali pula, batal dan tidak sah orang yang fasik menjadi imam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHukum ibadat haji transgender adalah hukum ibadat haji lelaki dalam semua perkara. Begitu juga ibadah umrah. Hendaklah ibadah tersebut dilakukan mengikut hukum asal kejadian dirinya iaitu lelaki.\n\n\nSeorang transgender seharusnya bertaubat dahulu daripada perlakuannya yang terkutuk dan kembali kepada fitrah asal lelaki untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.\n\n\nSekiranya ia tetap menunaikan ibadah haji atau umrah dalam keadaan jantina yang bertentangan dengan jantina asalnya, ibadah haji dan umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, namun perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa. Malah, dia boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHukum Pengurusan Jenazah Transgender\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pengurusan jenazah, orang yang paling afdal atau utama menguruskannya adalah dari kalangan keluarga atau ahli waris yang terdekat. Oleh kerana itu, pengurusan jenazah transgender dicadangkan mengikut tertib berikut:\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ahli keluarga atau ahli waris.\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Rakan transgender.\n\n\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pengurus jenazah lelaki.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHukum Perwarisan Harta Bagi Transgender\n\n\n\n\n\n\n\n\nHukum perwarisan transgender tidak sama dengan golongan khunsa kerana transgender telah mengubah sifat dan fizikalnya serta telah mengubah ciptaan Allah yang asal dengan sengaja. Sedangkan khunsa itu seseorang yang dilahirkan dalam keadaan semulajadi yang memiliki dua alat kelamin atau memiliki alat kelamin yang tidak dapat dipastikan (\nambiguous genitalia\n).\n\n\n\u00a0\n\n\nDalam pembahagian harta pusaka, transgender mengikut hukum jantina asal iaitu hukum perwarisan bagi seorang lelaki. Ini bermakna jika seorang transgender itu pada asalnya dilahirkan sebagai seorang lelaki, maka harta yang layak diterima adalah bahagian lelaki, walaupun dari sudut zahirnya dia kelihatan seperti seorang perempuan.\n\n\n\u00a0\n\n\nJusteru, hukum perwarisan harta pusaka bagi seorang transgender (\ntranswoman\n/ mak nyah) adalah mengikut jantina asal iaitu lelaki kerana ia dilahirkan sebagai seorang lelaki.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nh) Hukum Perwalian Transgender\n\n\n\n\n\n\nMengikut pendapat Mazhab Syafi\u2019e dan Hambali, wali fasiq tidak boleh atau tidak sah menjadi wali nikah. Wali yang fasiq, iaitu tidak adil dan tidak boleh mengahwinkan perempuan yang beriman, bahkan hak perwalian berpindah kepada wali adil yang seterusnya mengikut urutan. (al-Fiqh al-Manhaji, 2/558).\n\n\n\u00a0\n\n\nJusteru, dalam kes seorang transgender yang menjadi wali, kefasikannya telah terserlah secara zahir dan ia dikenali sebagai seorang yang telah melanggar perintah Allah kerana menyerupai wanita. Kerana itu, tidak sah bagi seorang transgender menjadi wali dalam pernikahan.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh itu, golongan transgender tidak boleh menjadi wali kerana tidak memenuhi salah satu syarat dan kelayakan untuk menjadi wali iaitu adil.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian, segala hukum hakam fiqh berkaitan transgender adalah \nmengikut jantina asal\n iaitu lelaki."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16582", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-118 yang bersidang pada 16 hingga 17 Februari 2021 telah membincangkan mengenai Hukum Suntikan Vaksin COVID-19 Bagi Jemaah Haji Dan Umrah. Muzakarah berpendapat bahawa pengambilan suntikan vaksin COVID-19 \nwajar dijadikan syarat\n untuk bakal jemaah haji dan umrah bagi mengekang penularan virus COVID-19. Pengambilan vaksin COVID-19 ini juga adalah tertakluk kepada arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) daripada Kerajaan negara Arab Saudi dan Malaysia."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16581", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-118 yang bersidang pada 16 hingga 17 Februari 2021 telah membincangkan mengenai Hukum Suntikan Vaksin COVID-19 di Bulan Ramadan. Perbincangan ini juga merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-87 pada 23 hingga 25 Jun 2008 yang telah memperakukan Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit. Antara yang terkandung dalam garis panduan tersebut ialah mengenai rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa termasuk menerima suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah ketika berpuasa. Muzakarah berpendapat bahawa hukum suntikan vaksin COVID-19 di bulan Ramadan bagi Umat Islam yang berpuasa adalah \nharus\n kerana pemberian vaksin COVID-19 melalui suntikan dos yang telah ditentukan adalah sama seperti prosedur pemberian vaksin-vaksin yang lain dan tidak membatalkan puasa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16580", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah membincangkan mengenai Matawang Kripto (Cryptocurrency) : Satu Analisa Syarak. Muzakarah berpendapat bahawa harus untuk menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital sama ada sebagai perantara pembayaran (medium of payment), pemindahan wang (remittance) dan aset simpanan sekiranya memenuhi parameter-parameter di bawah:\n\n\n1. Urus niaga melibatkan mata wang digital hendaklah dilakukan melalui platform pertukaran matawang digital berlesen yang diluluskan dan dikawal selia oleh pihak berautoriti sahaja;\n\n\n2. Pengguna hendaklah mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai:-\n\n\n\u00a0 \u00a0 a. Jenis, ciri-ciri utama dan risiko berkaitan matawang digital\n\n\n\u00a0 \u00a0 b. Perkara-perkara teknikal yang mencukupi mengenai bagaimana untuk memperoleh matawang digital dan di mana ia perlu disimpan untuk memastikan keselamatannya;\n\n\n\u00a0 \u00a0 c. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh platform pertukaran matawang digital berlesen yang diluluskan dan dikawal selia oleh pihak berautoriti; dan\n\n\n\u00a0 \u00a0 d. Undang-undang dan peraturan yang berkaitan matawang digital.\n\n\n3. Sebagaimana matawang yang lain, matawang digital hendaklah tidak digunakan sebagai bayaran kepada barangan, perkhidmatan dan aktiviti tidak patuh Syariah seperti pembelian dadah, pelacuran, perjudian dan pendanaan aktiviti keganasan serta penggubahan wang haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16579", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah membincangkan mengenai Penggunaan e-\nwallet \nmengikut Perspektif Syarak. Muzakarah berpendapat Penggunaan e-\nwallet \nadalah \ndiharuskan dengan syarat \nmenepati parameter yang ditetapkan seperti berikut:\n\n\n\n\nUrus niaga melibatkan transaksi digital hendaklah dilakukan melalui Operator e-\nwallet \nyang diluluskan dan dikawal selia oleh pihak berautoriti sahaja;\n\n\nPengguna dan Operator hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan penggunaan e-\nwallet, \nmemahami hak dan tanggungjawab mereka selaku pihak yang berakad;\n\n\nDalam pematuhan transaksi ini, Operator dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat syariah daripada Penasihat Syariah yang bertauliah;\n\n\nHendaklah tiada unsur paksaan;\n\n\nOperator hendaklah menyatakan dengan jelas kontrak yang digunapakai dan implikasi kepada pengguna;\n\n\nOperator hendaklah memastikan terdapat mekanisme pemulangan wang (refund) apabila pengguna menutup akaun atau apabila berlaku kematian kerana wang tersebut milik pelanggan atau waris pelanggan; dan\n\n\nPengguna adalah digalakkan untuk menggunapakai e-\nwallet \npatuh Syariah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16578", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-119 yang bersidang pada 7 hingga 9 April 2021 telah membincangkan mengenai Pengisbatan Anak Bulan dari Perspektif Syariah dan Astronomi. Muzakarah berpendapat bahawa:-\n\n\n1. Hukum melihat anak bulan melalui mata kasar dengan bantuan peralatan optik adalah harus;\n\n\n2. Kenampakan anak bulan menggunakan teknik pengimejan adalah diharuskan dengan parameter yang ditetapkan oleh JAKIM melalui Garis Panduan/ Tatacara Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pengimejan;\n\n\n3. Kenampakan anak bulan hendaklah memenuhi kriteria Imkanur Rukyah;\n\n\n4. Bilangan saksi bagi pengisbatan anak bulan hendaklah terdiri daripada seorang saksi yang adil untuk anak bulan Ramadan dan dua orang daksi bagi selain Ramadan. Manakala bagi teknik pengimejan hendaklah disaksikan oleh dua saksi Muslim yang adil; dan\n\n\n5. Kesaksian wanita diterima dalam kenampakan anak bulan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16577", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-118 yang bersidang pada 16 hingga 17 Februari 2021 telah membincangkan cadangan perubahan Titik Rujukan Baharu Paling Barat Malaysia (Pulau Perak) bagi Hitungan Takwim. Ianya berdasarkan lokasi Pulau Perak Daerah Yan, Kedah Darul Aman yang terletak kira-kira 114km lebih barat daripada titik rujukan sedia ada di Tanjung Chinchin, Langkawi. Muzakarah mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan perubahan titik rujukan baharu paling barat Malaysia dari Tanjung Chinchin, Langkawi, Kedah ke Pulau Perak, Yan, Kedah berkuatkuasa pada tahun 2022 (144H)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16576", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-118 yang bersidang pada 16 hingga 17 Februari 2021 telah membincangkan Kriteria Baharu Imkanur Rukyah bagi Penentuan Awal Bulan Hijriah dalam Kalendar Hijrah di Malaysia. Muzakarah mengambil maklum perubahan nilai Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) yang baharu iaitu ketika matahari terbenam ketinggian bulan tidak kurang dari 3 darjah dan jarak lengkung Bulan Matahari (elongasi) tidak kurang dari 6.4 darjah dan bersetuju untuk pelaksanaannya pada tahun 2021 (1443H) selaras dengan keputusan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Kali Ke-44."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16575", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-116 yang bersidang pada 20 hingga 21 November 2019 telah membincangkan berkaitan Pandangan Hukum Berkenaan Penilaian Semula Nilai Altitud Matahari di bawah Ufuk bagi Penentuan Awal Waktu Solat Subuh di Malaysia. Muzakarah telah membuat keputusan bahawa permulaan waktu solat subuh di Malaysia adalah menggunakan parameter altitud matahari pada 18 darjah di bawah ufuk."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16574", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-118 yang bersidang pada 16 hingga 17 Februari 2021 telah membincangkan mengenai Ajaran Asmaul Husna yang dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti\u00a0Wan Mohd. Muzakarah berpandangan bahawa:-\n\n\n1. Fahaman yang dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd adalah menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Muzakarah juga mengambil maklum akan pengakuan taubat yang dilafazkan oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd dalam Mesyuarat Panel Pakar Akidah JAKIM Kali Ke-62 pada 15 Februari 2021.\n\n\n2. Ajaran Asmaul Husna yang dibawa\u00a0oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd hendaklah segera disekat keseluruhannya daripada disebarkan kepada umat Islam di negara ini;\n\n\n3. Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk berpegang, beramal atau terlibat dengan fahaman dan ajaran ini. Mereka yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran iini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT; dan\n\n\n4. Umat Islam juga dilarang untuk merujuk dan menyebarkan buku-buku mengenai Ajaran Asmaul Husna karangan\u00a0Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd. Beliau juga diminta menulis buku/ artikel yang menjelaskan berkaitan ajarannya yang menyeleweng."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16573", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20 hingga 21 November 2019 telah membincangkan berkaitan Kajian Semula Kedudukan Tawassul, Rabitah, Wahdat Al-Wujud dan Yaqazah. Muzakarah bersetuju bahawa Tawassul, Rabitah, Wahdat Al-Wujud dan Yaqazah yang selari dengan aqidah, syariah dan akhlak adalah diterima. Walau bagaimanpun kefahaman dan amalan yang menyeleweng dari konsep sebenar\u00a0Tawassul, Rabitah, Wahdat Al-Wujud dan Yaqazah adalah dilarang. Satu garis panduan akan disediakan berkenaan amalan dan kefahaman yang selari dan bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16572", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah membincangkan mengenai Penyelewengan Fahaman Yang Dibawa oleh Suhaini bin Mohammad ( Sohai Ibnu Muhammad). Muzakarah berpandangan bahawa fahaman yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad \nadalah sesat, menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan \naqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah\n.\n\n\nMuzakarah juga mengesyorkan beberapa perkara seperti yang berikut:\n\n\n\n\nFahaman dan ajaran yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad hendaklah segera disekat keseluruhannya daripada disebarkan kepada umat Islam di negara ini; dan\n\n\nMana-mana orang Islam adalah dilarang untuk berpegang, beramal atau terlibat dengan fahaman dan ajaran ini. Mereka yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16479", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan bil.8/2019 yang telah bersidang pada 31 Oktober 2019 bersamaan 3 Rabi\u2019 al-Awal 1441H telah bersetuju memutuskan bahawa :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagi tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16472", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan bil.8/2019M-1441H yang telah bersidang pada 31 Oktober 2019M bersamaan 3 Rabi\u2019 al-Awwal telah bersetuju dan memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16466", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 7/2019M\u00a0\u00a0\u00a0yang telah bersidang pada 26 September 2019 bersamaan dengan 26 Muharram 1441H telah bersetuju dan memutuskan bahawa Ajaran Bapak Bagindo Muchtar (BBM) adalah dinyatakan sebagai ajaran yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah kerana ;\n\n\na)\u00a0\u00a0\u00a0Ajaran BBM ini juga dikenali sebagai ilmu Mengenal Diri, istilah yang sinonim dengan ajaran \u201cKebatinan\u201d atau \u201cBatiniyyah\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nb)\u00a0\u00a0\u00a0Ajaran BBM mengandungi syubhat-syubhat yang kuat bagi fahaman Wujidiyyah Mulhidah, Hululiyyah dan Batiniyyah.\n\n\n\u00a0\n\n\nc)\u00a0\u00a0\u00a0Pengasasnya (Muchtar bin Uddin) tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama yang jelas dan mendakwa dirinya mendapat ilmu secara ghaib.\n\n\n\u00a0\n\n\nd)\u00a0\u00a0\u00a0Fahamannya jelas tidak bersumberkan daripada tafsiran Al-Quran atau syarahan hadis yang muktabar atau kalam Ulama\u2019. Kebanyakkanya dihuraikan berdasarkan pendapatnya sendiri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16462", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 7/2019M \u2013 1441H yang telah bersidang pada 26 September 2019 bersamaan dengan 26 Muharram 1441H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera Malaysia seperti berikut :\n\n\ni.\u00a0Islam melarang umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliah serta berlebih lebihan dan membazir.\n\n\nii.Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat\u00a0\u00a0apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan\u00a0pemujaan, peringatan atau sebagainya.\n\n\nWalaubagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran\u00a0nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, ianya adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak.\n\n\niii.\u00a0\u00a0Acara-acara seperti Majlis Peringatan termasuk bacaan Doa Selamat, Yasin, Tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16457", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 6/2019M \u2013 1440H yang telah bersidang pada 30 Ogos 2019 bersamaan dengan 28 Zu al-Hijjah 1440H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan Hukum memakan makanan ubahsuai genetik (GM Food) seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nMemakan makanan yang terubahsuai genetik (GM Food) adalah harus sekiranya bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilannya adalah halal dan tidak memudharatkan manusia serta alam sekitar.\n\n\nPenggunaan haiwan ternakan selain babi dan anjing, unsur atau keturunannya atau selain binatang yang haram dimakan adalah halal selagi haiwan tersebut disembelih mengikut syarak.\n\n\nMakanan yang dihasilkan melalui kaedah\u00a0terubahsuai genetik (GM Food) yang tidak dapat dipastikan kemudharatannya adalah dibolehkan berdasarkan kaedah Fiqh menyatakan \u201cBerlakunya sesuatu hukum itu adalah bergantung kepada wujudnya \u2018illah atau tidak\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16451", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 4/2019M \u2013 1440H yang telah bersidang pada 27 Jun 2019 bersamaan dengan 23 Syawal 1440H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan Hukum Mengiringi Bacaan Al-Quran Dengan Muzik Dan Menggunakan Matan Hadis, Terjemahan Al-Quran Serta Terjemahan Hadis Sebagai Lirik Lagu seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ayat-ayat Al-Quran haram diiringi bacaannya dengan muzik atau dijadikan lirik nyanyian.\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Haram\u00a0menggunakan matan hadis sebagai lirik nyanyian.\n\n\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menjadikan terjemahan Al-Quran atau hadis sebagai lirik nyanyian hukumnya harus dengan syarat menjaga adab-adabnya yang selari dengan syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16442", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil. 03/2019-1440H yang bersidang pada 25 April 2019M bersamaan 19 Sya\u2019aban 1440H\u00a0telah bersetuju dan memutuskan berkenaan berkenaan \nSambutan Perayaan Valentine\u2019s Day\n seperti berikut:\n\n\nOrang Islam adalah dilarang dan haram menyertai, menyambut atau menganjurkan perayaan Valentine\u2019s Day kerana \nsemangat (roh)\n perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat.\n\n\nPerayaan Hari kekasih atau Valentines\u2019 Day ialah satu sambutan\u00a0tahunan yang diadakan pada 14 Februari khususnya bagi penduduk Amerika dan Eropah untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih dengan pelbagai cara seperti menghadiahkan bunga dan kiriman kad ucapan.\n\n\nSambutan Valentine\u2019s Day ini diambil daripada nama seorang paderi Kristian yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.\n\n\nPerayaan Valentine\u2019s Day ini biasanya diraikan di kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik. Pengisiannya diadakan dengan pesta-pesta hiburan, nyanyian, tarian dan minuman arak yang bersifat serba boleh dan berunsur hedonisme (menurut hawa nafsu).\n\n\nTidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine\u2019s Day dalam Islam. Orang Islam tidak boleh menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi umat Kristian berdasarkan asal-usul kemunculannya yang dipenuhi dengan unsur-unsur ritual keagamaan. Bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka.\n\n\nSenario menyambut Hari Valentine\u2019s Day yang berlaku dalam kalangan muda mudi Islam juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam. Pergaulan bebas yang wujud dalam perayaan ini dibimbangi akan sampai ke tahap menggadaikan kehormatan dan maruah diri demi membuktikan kecintaan dan kesetiaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16437", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan bil. 3/2019-1440H yang telah bersidang pada 25 April 2019 bersamaan dengan 19 Sya\u2019ban 1440H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan Meminta Orang bukan Islam\u00a0Sama-sama Berdoa mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nOrang Islam \nHARAM\n meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing, begitu juga orang Islam \nHARAM\n berdoa bersama-sama orang bukan Islam mengikut agama masing-masing di dalam satu majlis. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, maka perkara tersebut tidak dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16427", "body": "Muzakarah Jawantankuasa Fatwa Bil. 03/2019-1440H yang bersidang pada 25 April 2019M bersamaan 19 Sya\u2019aban 1440H\u00a0telah bersetuju dan memutuskan berkenaan berkenaan Menyambut Perayaan/ Pesta\u00a0Pongal seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nOrang Islam adalah dilarang dan haram daripada menyertai, menyambut atau menganjurkan Perayaan Ponggal kerana ia mempunyai unsur-unsur penyembahan dewa-dewa, pemujaan dan khurafat.\n\n\nPerayaan / pesta ponggal adalah bermaksud \u201c masa menuai \u201d, menandakan masa untuk Orang Tamil menuai hasil tanaman dan dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan mereka kerana memberi rezeki yang cukup, tempat tinggal sempurna dan keluarga bahagia.\n\n\nPesta Ponggal diadakan di seluruh India dengan nama yang pelbagai mengikut tempat. Ia diraikan selama 4 hari pada bulan Thai dalam Kalendar Kaum India.\n\n\nSecara asasnya menyambut dan meraikan pesta ponggal ini adalah haram dan dilarang dalam Islam kerana ia adalah perayaan keagamaan.\n\n\nTerdapat unsur-unsur kepercayaan dalam pesta Ponggal seperti berikut:\n\n\nHari pertama \u201cBhagi\u201d ialah Hari menghormati Dewa Awan dan\u00a0Hujan bagi menandakan permulaan Hari Penting dalam kehidupan masyarakat India.\n\n\n\u00a0\n\n\nHari kedua \u201cThai Ponggal\u201d adalah hari untuk memberi penghormatan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari, dengan memasak beras yang dituai bersama susu lembu sehingga melimpah dalam periuk.\n\n\nHari ketiga \u201cmaltu ponggal\u201d adalah hari yang khusus untuk haiwan lembu yang dianggap binatang suci bagi orang India dan banyak berjasa pada manusia serta diberi makan \u201cponggal\u201d.\n\n\nHari keempat \u201cKaanum ponggal\u201d merupakan Hari istimewa untuk wanita. Pada hari ini wanita sulung bangun awal dan menyapukan kunyit pada muka semua wanita muda dan melumurkan minyak bijan kepada rambut mereka. Kaum wanita akan berdoa untuk kebahagiaan keluarga dan Ahli keluarga yang muda memohon restu dan memberi penghormatan kepada orang yang lebih tua."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16422", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-115 yang bersidang pada 5 September 2019 telah membincangkan berkenaan Hukum Penggunaan Hipnosis Dalam Latihan Minda Bawah Sedar. Muzakarah telah membuat keputusan bahawa penggunaan hipnosis dalam latihan Minda Bawah Sedar didapati bertentangan dengan Akidah dan Syariat Islam dari tiga (3) sudut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 amalan hipnosis berasal dari ritual dan upacara rawatan kerohanian agama kuno yang diamalkan dalam tamadun Mesir, China, Yunani dan India. Terdapat beberapa teknik yang digunakan dalam hipnosis seperti teknik \nPast Life Regression\n dan \nTime Line Therapy\n mempunyai pengaruh agama hindu iaitu hukum karma dan kehidupan semula (\nreincarnation\n);\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 teknik hipnosis bercanggah dengan konsep qada\u2019 dan qadar seperti \nPast Life Regression, Time Line Therapy\n dan \nDream Surfing\n yang didakwa sebagai satu satu teknik psikologi yang membolehkan klien untuk menulis semula masa lampau dan melakar masa depan mereka; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 teknik \nDream Surfing \ndan \nDream Analysis\n dalam hipnosis mengandungi perbuatan menilik dan meramal yang diharamkan dalam Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16420", "body": "Muzakarah Jawantankuasa Fatwa Bil. 2/2019-1440H yang bersidang pada 28 Mac 2019 bersamaan 21 Rejab 1440H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan berkenaan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat adalah \nHARAM\n dalam Islam kerana:\n\n\nBoleh menyebabkan kecelaruan dari segi nasab anak yang akan dilahirkan, walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah.\n\n\nBagi kes perkahwinan poligami, menanam\u00a0embrio kedalam rahim salah seorang isteri sebagai ibu tumpang sedangkan ovum diperolehi daripada isteri yang lain, misalnya embrio dihasilkan daripada percantuman sperma suami denagn isteri kedua tetapi ditumpangkan kepada isteri pertama, hukumnya \nHARAM\n berdasarkan kaedah Sad al-Zara\u2019ik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16394", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-115 yang bersidang pada 5 September 2019 telah membincangkan berkaitan Hukum Diagnosis \n\u201cMedical Futility\u201d\n dan Arahan Awal Perubatan (\nAdvanced Medical Directive\n \u2013 AMD) Dalam Penjagaan Akhir Hayat (\nEnd Of Life Care\n). Muzakarah telah membuat keputusan berikut:-\n\n\n\n\n\n\nHarus bagi pengamal perubatan yang berkelayakan membuat diagnosis \n\u201cMedical Futility\u201d \nyang menjurus kepada penamatan rawatan utama atau kuratif dalam keadaan-keadaan berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRawatan utama yang diberikan tidak lagi berkesan dan tidak menjurus kepada penyembuhan; dan\n\n\n\n\n\n\nRawatan utama atau kecemasan dianggap sia-sia (would be futile) dan tidak lagi memberi kesan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan diagnosis \n\u201cMedical Futility\u201d\n hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDilaksanakan secara profesional oleh satu pasukan pakar perubatan dengan mengambil kira diagnosis, prognosis (termasuk jangka hayat) dan kualiti hidup pesakit;\n\n\n\n\n\n\nMengambil kira semua pandangan kepakaran yang terlibat (\nmulti-b decipline\n);dan\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan bersama waris terdekat (\nfamily conference\n).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHukum Arahan Awal Perubatan (AMD) adalah harus. Sekiranya berlaku percanggahan dalam pelaksanaan AMD di antara pihak pesakit dengan pakar perubatan, maka pandangan pakar perubatan adalah lebih diutamakan.\n\n\n\n\n\n\nSatu garis panduan yang melibatkan isu-isu etika Penjagaan Akhir Hayat hendaklah dikeluarkan sebagai rujukan kepada pengamal perubatan tanah air yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pesakit ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16348", "body": "Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-114 yang bersidang pada 5 Mac 2019 bersamaan 28 Jamadil Akhir 1440H telah membincangkan berkenaan dengan Cadangan Semakan dan Penambahbaikan Pandangan Hukum Berkenaan Pendermaan Organ dan Tisu. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHukum pendermaan buah pinggang atau hati oleh orang-orang Islam yang masih hidup adalah harus dan ia sangat digalakkan.\n\n\nHukum pemindahan keseluruhan organ atau tisu daripada tubuh badan orang-orang Islam yang telah meninggal dunia termasuk hati, paru-paru, buah pinggang, injap jantung, kulit atau tulang adalah harus dan ia sangat digalakkan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusan ini hendaklah dibaca secara bersama dengan keputusan-keputusan berikut:\n\n\n\n\nPersidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Pertama yang bersidang pada 23-24 Jun 1970 (Pemindahan Jantung dan Mata);\n\n\nMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia\u00a0 (MKI) Kali Keempat yang bersidang pada13-14 April 1982 (Pertukaran Jantina Daripada Lelaki Kepada Perempuan); dan\n\n\nMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 (Pendermaan Rahim)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16344", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-091/2015 yang bersidang pada 26 Mei 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengambil maklum keputusan mesyuarat yang berkaitan dengan kertas kajian berkenaan seperti berikut:\n\n\n\n\nKertas Cadangan Pentafsiran Asnaf Fakir Dan Miskin: Satu Analisa Kontemporari Di Wilayah Persekutuan.\n\n\nKertas Cadangan Pentafsiran Amil: Satu Analisis Kontemporari Di Wilayah Persekutuan.\n\n\nKertas Cadangan Pentafsiran Asnaf Mualaf: Satu Analisis Kontemporari Di Wilayah Persekutuan.\n\n\nKertas Cadangan Penentuan Had Kifayah Di Wilayah Persekutuan.\n\n\n\n\nBertarikh 26 Mei 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 091/2015\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\n\n\nPengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\n\n\nWilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16339", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang\u00a0yang bersidang pada 1\n3 Ogos 2018\n Kali Ke 03/2018 telah membincangkan \nMatawang Kripto : Satu Analisa Syarak\n di Negeri Pahang. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\nKEPUTUSAN :\n\n\ni. Mesyuarat bersetuju menangguhkan perbincangan ke mesyuarat akan\n\ndatang\n\n\nii. Mesyuarat bersetuju supaya dijemput pakar kewangan berkaitan wang\n\nkaripto yang telah membentangkan kertas kerja dalam Muzakarah Fatwa\n\nKebangsaan untuk membentangkan kepada Jawatankuasa dalam\n\nmesyuarat akan datang"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16338", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-091/2015 yang bersidang pada 26 Mei 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nMENYOKONG\n penambahbaikan yang dicadangkan dan \nBERSETUJU\n supaya kajian ini diangkat ke dalam mesyuarat MAIWP.\n[1]\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 26 Mei 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 091/2015\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\n\n\nPengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Wilayah Persekutuan\n\n\n\u00a0\r\n\n\n\n\n\n[1]\n \n1. \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nMesyuarat\u00a0\u00a0 \u00a0telah \u00a0\u00a0\u00a0menimbang \u00a0\u00a0\u00a0dan\u00a0\u00a0 \u00a0meneliti \u00a0\u00a0\u00a0kertas\u00a0 \u00a0cadangan \u00a0\u00a0ini \u00a0\u00a0dan \u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nmengambil maklum\u00a0 \u00a0beberapa\u00a0 \u00a0perkara \u00a0\u00a0seperti \u00a0\u00a0berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nCadangan baru pembahagian agihan zakat kepada asnaf mengikut kepentingan dan kebajikan mereka serta siknifikan dengan permohonan asnaf adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBil\n\n\n\n\n\n\nAsnaf\n\n\n\n\n\n\nAsnaf Pecahan Cadangan (%)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\ni\n\n\n\n\n\n\nFakir\n\n\n\n\n\n\n35\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nii\n\n\n\n\n\n\nMiskin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\niii\n\n\n\n\n\n\nAmil\n\n\n\n\n\n\n10\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\niv\n\n\n\n\n\n\nMuallaf\n\n\n\n\n\n\n10\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nv\n\n\n\n\n\n\nAl-Gharimin\n\n\n\n\n\n\n10\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nvi\n\n\n\n\n\n\nFi sabilillah\n\n\n\n\n\n\n15\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nvii\n\n\n\n\n\n\nIbn Sabil\n\n\n\n\n\n\n10\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nviii\n\n\n\n\n\n\nAr-Riqab\n\n\n\n\n\n\n10\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJUMLAH\n\n\n\n\n\n\n100"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16335", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-096/2016 yang bersidang pada 24 Februari 2016 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \n BERSETUJU\n meluluskan cadangan penambahbaikan takrifan asnaf-asnaf dan dasar skim bantuan zakat Baitul Mal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagaimana yang dibentangkan dengan mengambil kira pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa.\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Adapun pandangan ahli-ahli jawatankuasa adalah seperti yang beikut:\n\n\n\n\nBahawa tidak perlu mensyaratkan kepada pemohon-pemohon dibawah asnaf fisabilillah supaya tertakluk kepada had al-kifayah bagi permohonan skim bantuan.\n\n\nBahawa perlu ada pemutihan bagi bantuan di bawah asnaf fisabilillah seperti juga asnaf-asnaf yang lain.\n\n\nBahawa perlu mengkaji kadar bantuan(bulanan) yang diberi terutama golongan fakir miskin supaya meraka dapat keluar daripada asnaf-asnaf berkenaan.\n\n\nBahawa perlu ada perancangan yang berstruktur bagi menyelesaikan masalah anak-anak golongan gelandangan terutama sekali di kawasan Chow Kit.\n\n\nBahawa perlu mengkaji semula cadangan had tempoh panggilan muallaf.\n\n\n\n\nBertarikh 24 Februari 2016\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 096/2016\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\n\n\nPengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\n\n\nWilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16329", "body": "Jarak perjalanan seseorang ke destinasi tertentu dibolehkan qasar berdasarkan kepada dua penilaian iaitu:\n\n\n\n\nBerdasarkan kepada jarak iaitu lebih kurang 80KM dan ini merupakan pendapat jumhur ulama. Tidak ada hadis yang sahih yang menetapkan jarak ini. Namun, terdapat riwayat daripada Ibn Abbas yang mengambil kira jarak antara Mekah dengan Taif dan Mekah dengan Jeddah.\n\n\nBerdasarkan kepada \n\u2018uruf\n yang mengambil kira sesuatu jarak perjalanan sebagai musafir. \n\u2018Uruf\n ini mengambil kira kedudukan persiapan dan kesukaran yang berlaku dalam musafir tersebut. Pendapat ini tidak menghadkan jarak tertentu. Tokoh-tokoh seperti Ibn Qudamah al-Maqdisi, Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Syawkani, Muhammad Saleh bin \u2018Uthaimin, al-Albani, al-Qaradhawi dan lain-lain menyokong pendapat ini.\n\n\n\n\nJika seseorang berkeyakinan yang \n\u2018uruf\n perjalanannya itu suatu permusafiran, walaupun kurang daripada jarak 80KM, perjalanan tersebut dikira musafir. Namun, jika sukar untuk menentukan kelayakan perjalanannya untuk dianggap sebagai musafir, boleh berpegang dengan pendapat jumhur ulama yang menetapkannya lebih kurang 80KM sahaja untuk melayakkannya dikira sebagai musafir.\n\n\nPara ulama bersepakat, jika seseorang syak sama ada musafirnya itu layak atau tidak untuk dinamakan sebagai musafir, ia perlu merujuk kepada asal kewajipan solat iaitu perlu ditunaikan secara \ntamam\n dan tidak boleh menunaikannya secara qasar. Jika seseorang meyakini perjalanannya suatu permusafiran, dia digalakkan untuk melakukan qasar kerana Ibn Umar telah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W., Abu Bakar R.A, Umar R.A dan Uthman R.A sentiasa melakukan qasar dalam permusafiran. Jika dia menunaikan solat di belakang imam yang menunaikan solat secara \ntamam\n (4 rakaat), dia hendaklah melengkapkan solatnya seperti solat imam tersebut. Ini berdasarkan riwayat daripada Ibn Abbas dalam Musnad Ahmad. Berhubung dengan solat \njama\u2019\n, ia dibolehkan dalam permusafiran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16326", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-\n0\n91/2015 yang bersidang pada 26 Mei 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nMENYOKONG\n penambahbaikan yang dicadangkan dan \nBERSETUJU\n supaya kajian ini diangkat ke dalam mesyuarat MAIWP.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 26 Mei 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke \n0\n91/2015\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\n\n\nPengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\n\n\nWilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16325", "body": "Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 26 April 2018, inilah diputuskan Fatwa untuk diguna pakai di Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut:\n\n\n\u201cPenggunaan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan dalam Islam walaupun \nsperma\n dan \novum\n diambil daripada pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum Syarak. Larangan ini disebabkan akan timbul kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.\u201d\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nB"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16322", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-091/2015 yang bersidang pada 26 Mei 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nMENYOKONG\n penambahbaikan yang dicadangkan dan \nBERSETUJU\n supaya kajian ini diangkat ke dalam mesyuarat MAIWP.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 26 Mei 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 091/2015\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\n\n\nPengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\n\n\nWilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16318", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.8/2019M-1441H yang telah bersidang pada 31 Oktober 2019M bersamaan 3 Rabi\u2019 al-Awwal telah bersetuju dan memutuskan bahawa mewakafkan tanah hak milik terhad (leasehold) adalah sah dan diterima oleh syarak dan hendaklah di ta\u2019bidkan (dikekalkan) menurut Mazhab Syafie\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16315", "body": "KADAR ZAKAT FITRAH\n[1]\n DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR , PUTRAJAYA DAN LABUAN BAGI TAHUN 1437H/ 2016M\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-096/2016 yang bersidang pada 24 Februari 2016 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kadar zakat fitrah bagi tahun 1437H bersamaan 2016M bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berjumlah \nRM7.00\n.\n[2]\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 24 Februari 2016\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 096/2016\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\n\n\nPengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\n\n\nWilayah Persekutuan\n\n\n\u00a0\r\n\n\n\n\n\n[1]\n 1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nZakat fitrah\n merupakan zakat badaniah yang telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah dan\n\n\nianya menjadi suatu kewajiban bagi setiap Muslim untuk melaksanakannya sebelum solat sunat Aidilfitri. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah menetapkan zakat fitrah boleh dibayar dengan beras ataupun wang tunai yang mempunyai nilai yang sama dengan harga beras tersebut. Keputusan ini juga selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan di mana zakat fitrah boleh dibayar dengan beras ataupun wang tunai.\n\n\n\n\n\n\n[2]\n \n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Keputusan ini dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut:\n\n\n\n\nHarga pasaran runcit beras tempatan dan import di Wilayah Persekutuan dimana kadar purata harga bagi setiap sekilogram beras dari tahun 2009 hingga 2016.\n\n\nMengikut ketetapan bahagian industri padi dan beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, harga pasaran semasa beras di Malaysia adalah berbeza mengikut sesebuah negeri. Oleh yang demikian, kadar zakat fitrah juga berbeza mengikut negeri masing-masing. Oleh itu, perlunya penetapan penilaian kadar beras zakat fitrah mengikut pasaran semasa, memandangkan harga beras pasaran sentiasa berubah.\n\n\nBerdasarkan kajian lapangan, beras super tempatan 5% hancur adalah beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Malaysia. Harga 1 kilogram beras super tempatan 5% hancur RM2.60 didarabkan dengan 2.7 kilogram bersamaan RM7.02. Oleh yang demikian, jumlah tersebut digenapkan kepada RM7.00."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16314", "body": "Seorang sedang berada di dalam air sembahyang (\n\u0645\u062a\u0648\u0636\u0626\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \n\u00a0) kemudian\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 bersentuh dengan kulit jari perempuan yang halal nikah dengannya yang\n\n\n\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0telah terpotong dari anggotanya dengan tidak berlapik adakah batal\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0air sembahyang si lelaki itu atau tidak?\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nJawapan : Tidak batal bagaimana Nasnya di dalam Asna Mathalib (\n\u0627\u0633\u0646\u0649 \u0627\u0644\u0645\u0637\u0627 \u0644\u0628 \u00a0\n\u00a0) dan\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0Iqna\u2019 \u00a0\u00a0\u00a0\n\u0627\u0642\u0646\u0627\u0639 )\n ) dan\u00a0 Sabili al-Muhtadi\u00a0\u00a0 \n( \n\u0633\u0628\u064a\u0644 \u0627\u0644\u0645\u0647\u062a\u062f\u064a\n )\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16313", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-091/2015 yang bersidang pada 26 Mei 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nMENYOKONG\n penambahbaikan yang dicadangkan dan \nBERSETUJU\n supaya kajian ini diangkat ke dalam mesyuarat MAIWP.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 26 Mei 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 091/2015\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\n\n\nPengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\n\n\nWilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16306", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-096/2016 yang bersidang pada 24 Februari 2016 telah memutuskan agar kajian lebih terperinci dijalankan untuk mendapatkan pandangan ulamak dan institusi tersohor di dunia dan kesinambungan hizbut tahrir Malaysia dengan doktrin khawarij dan sebagainya.\n\n\nBertarikh 24 Februari 2016\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 096/2016\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\n\n\nPengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\n\n\nWilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16302", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-096/2016 yang bersidang pada 24 Februari 2016 telah memutuskan untuk \nMENANGGUHKAN\n sebarang keputusan berkenaan Pelaksanaan Aplikasi Baru Taksiran dan Pembayaran Zakat Fitrah, Taksiran dan Pembayaran Fidyah dan Interaktif Asnaf Melalui MYEG Services Berhad sehingga pengurusan tertinggi MYEG Sdn. Bhd. memberi penjelasan lanjut berkenaan anjuran prospek keuntungan dan liabiliti aplikasi ini.\n\n\nBertarikh 24 Februari 2016\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 096/2016\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\n\n\nPengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\n\n\nWilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16296", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-096/2016 yang bersidang pada 24 Februari 2016 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 MENGHARUSKAN Solat Sunat Tahiyyatul Masjid di Surau Diri Jumaat di Wilayah Persekutuan berdasarkan hujah-hujah seperti berikut:\n\n\n\n\nSifatnya seperti masjid\n\n\nMaksud Surau Jumaat adalah lebih hampir kepada masjid sebenar berdasarkan hadith dan bahasa arab\n\n\nIanya sama dengan tafsiran ulamak dan fuqaha\n\n\nIanya juga selari dengan peruntukan undang-undang dibawah seksyen 2(1) akta 505 berkenaan istilah tersebut. \n[1]\n\n\n\n\nBertarikh 24 Februari 2016\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 096/2016\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\n\n\nPengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\n\n\nWilayah Persekutuan\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n[1]\n 1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Umum \u00a0mengetahui \u00a0bahawa \u00a0solat \u00a0sunat \u00a0tahiyyatul \u00a0masjid \u00a0dilakukan \u00a0oleh \u00a0seseorang \u00a0kerana\n\n\nmemasuki masjid dan ianya warid di dalam hadith Nabi SAW di mana Rasulullah SAW bersabda:\n\n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062f\u064e\u062e\u064e\u0644\u064e \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0633\u0652\u062c\u0650\u062f\u064e \u0641\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u062c\u0652\u0644\u0650\u0633\u0652 \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u064a\u064e \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\n\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cApabila salah seorang dari kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sehingga menunaikan solat dua rakaat\u201d.\n\n\nRiwayat al-Bukhari (1167)\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Di \u00a0Malaysia, terdapat \u00a0satu \u00a0istilah \u00a0yang \u00a0digunakan \u00a0kepada \u00a0surau \u00a0yang \u00a0diberikan \u00a0padanya\n\n\nkebenaran oleh pihak berkuasa untuk mendirikan solat Jumaat. Istilah bagi surau tersebut adalah \u201cSurau Diri Jumaat\u201d bagi melambangkan bahawa surau tersebut ada menunaikan solat Jumaat. Apabila kita melihat kepada fungsi sesetengah surau yang ada di Malaysia, kita dapati bahawa ianya menepati ciri-ciri sebuah masjid.\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sesetengah \u00a0surau \u00a0di Malaysia \u00a0padanya \u00a0dilaungkan \u00a0azan, ditunaikan \u00a0solat \u00a0lima (5)\u00a0 waktu\n\n\nberjemaah di dalamnya, bahkan surau-surau ini ada carta organisasinya yang tersendiri dari sudut pentadbiran dan juga bangunan yang sesuai. Surau-surau ini juga telah didaftarkan dengan jabatan-jabatan agama negeri masing-masing untuk mendapatkan pengesahan seterusnya mula beroperasi. Surau-surau seperti ini wujud di kawasan perumahan awam yang mana apabila pihak pemaju ingin memajukan sesuatu kawasan yang majoritinya beragama Islam, maka sebidang tanah telah diperuntukkan untuk dibinakan surau atau masjid yang mana tanah itu akan diambil alih pengurusannya oleh majlis atau jabatan agama yang terbabit.\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Secara urufnya kita melihat apa yang dilakukan di masjid terdapat juga ciri-cirinya pada surau.\n\n\nHanya surau itu tidak ditunaikan solat Jumaat padanya dan dari segi saiznya pula, ia agak kecil dari masjid. Dalam satu kaedah fiqh, \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0629\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0635\u0652\u062f\u0650 \u0644\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0644\u0652\u0641\u064e\u0627\u0638\u0650 yang bermakna \"Yang diambil kira ialah maksud bukannya perkataan (istilah)\", boleh kita katakan surau juga ialah tempat solat lima waktu secara jemaah, maka ia sama statusnya dengan masjid walaupun ia tidak dinamakan sebagai masjid.\n\n\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Memahami \u00a0erti \u00a0masjid \u00a0dalam \u00a0Bahasa Arab \u00a0dan \u00a0juga \u00a0istilah \u00a0fiqh, maka \u00a0kami \u00a0dapati kedua-\n\n\nduanya selari dan surau diri Jumaat juga menepati ciri-ciri tersebut.\n\n\nUntuk maklumat lanjut layari : \nhttp://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2539-irsyad-al-fatwa-siri-ke-103-hukum-menunaikan-solat-sunat-tahiyyatul-masjid-di-surau-diri-jumaat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16295", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-095/2015 yang bersidang pada 15 Disember 2015 telah memutuskan untuk \nMENANGGUHKAN\n keputusan berkaitan Pergerakan Hizbut Tahrir di Malaysia untuk memberi peluang kepada ahli-ahli jawatankuasa meneliti kertas ini lebih terperinci dan mencadangkan kertas ini dibincangkan sekali lagi di dalam mesyuarat yang akan datang.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 15 Disember 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 095/2015"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16294", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-091/2015 yang bersidang pada 26 Mei 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nBERSETUJU\n memberi kebenaran untuk mendirikan Solat Jumaat di Surau Khadijah Al-Khuwailid, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, 3/91 Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 26 Mei 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 091/2015"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16293", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-095/2015 yang bersidang pada 15 Disember 2015 telah memutuskan untuk \nMENGEKALKAN\n fatwa sebagaimana yang telah diwartakan pada 17 Jun 2010 di dalam warta kerajaan.\n[1]\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 15 Disember 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 095/2015\n\n\n\u00a0\r\n\n\n\n\n\n[1]\n\u00a0 Ajaran, \u00a0pegangan \u00a0dan \u00a0fahaman yang dibawa \u00a0oleh ESQ \nLeadership Training\n anjuran \nAry Ginanjar \n\n\nAgustian\n dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan Syariah Islam.\n\n\n(\nRujuk\n \nhttp://efatwa.muftiwp.gov.my/downloadFatwaFile/794019e8e62a4180405d3a343e506d7f\n)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16292", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-091/2015 yang bersidang pada 26 Mei 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nBERSETUJU\n memberi kebenaran untuk mendirikan solat jumaat di Surau Al-Hikmah, PPR Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 26 Mei 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 091/2015"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16291", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-091/2015 yang bersidang pada 26 Mei 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nBERSETUJU\n untuk memberi kebenaran mendirikan solat jumaat (sementara) di Surau Al-Aslahiyah, Kg. Kenanga, Jalan San Peng, Kuala Lumpur.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 26 Mei 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 091/2015"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16290", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-095/2015 yang bersidang pada 15 Disember 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nMEMPERAKUKAN\n pelantikan seramai 20 orang imam dan 19 orang pembantu bilal masjid, surau jumaat dan surau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dari temuduga siri 3/2015.\n\n\nBertarikh 15 Disember 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 095/2015"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16289", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-091/2015 yang bersidang pada 26 Mei 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nBERSETUJU\n \nMELULUSKAN\n cadangan pembina kedua-dua masjid tersebut. Mesyuarat juga mencadangkan:\n\n\n\n\nSupaya pihak JAWI mengemukakan plan masjid-masjid tersebut ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSupaya Pejabat Mufti menyediakan garis panduan pembinaan masjid dan surau untuk dijadikan panduan kepada agensi kerajaan atau orang ramai bagi membina masjid/surau.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 26 Mei 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 091/2015"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16287", "body": "PELANTIKAN PEGAWAI MASJID BAGI MASJID DAN\u00a0 SURAU JUMAAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR,\u00a0 PUTRAJAYA DAN LABUAN SECARA KONTRAK\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-095/2015 yang bersidang pada 15 Disember 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nMENYOKONG\n cadangan pelantikan pegawai masjid bagi masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan secara kontrak oleh MAIWP.\n\n\nBertarikh 15 Disember 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 095/2015"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16282", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju untuk kiraan zakat bagi saham \nyang didagangkan di pasaran\n adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBagi saham yang didagangkan secara aktif (wujud transaksi jual dan beli dalam tempoh satu \nhaul\n), maka kiraannya seperti berikut:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHarga saham yang terendah dalam satu tahun x bilangan unit saham + (keuntungan hasil dagangan atau dividen yang diperoleh dalam tempoh haul 1 tahun) - (kos yang diperlukan) = (pegangan bersih mengikut haul \nsekiranya melebihi nisab semasa\n) x 2.5% = (kadar zakat yang dikenakan)\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHarga saham semasa x bilangan unit saham\u00a0 + (keuntungan hasil dagangan atau dividen yang diperoleh dalam tempoh haul 1 tahun) - (kos yang diperlukan) = (pegangan bersih mengikut haul \nsekiranya melebihi nisab semasa\n) x 2.5% = (kadar zakat yang dikenakan)\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPembayar boleh memilih salah satu d ripada kaedah di atas.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBagi saham yang tidak didagangkan di pasaran secara aktif, maka pemiliknya boleh membayar kadar zakat berasas 2.5% atas dividen sahaja. Ini berasaskan saham yang dimiliki secara tidak aktif itu dikira seperti zakat ke atas perolehan daripada aset tetap (\nal-Mustaghallat\n).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nDiperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16269", "body": "Setelah meneliti dan membincangkan hasil taklimat yang disampaikan oleh beliau, mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMenangguhkan cadangan pecah kariah Masjid Salmah Khamis dan Masjid Al-Mujib.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSolat Jumaat hendaklah dilaksanakan seperti biasa di Masjid Salmah Khamis sehingga ada keputusan yang lain.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMencadangkan agar kedua-dua masjid terseubt mengemukakan senarai cadangan nama ahli Jawatankuasa Masjid masing-masing."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16256", "body": "Harus bagi orang bukan Islam masuk ke dalam masjid untuk perkara yang dibenarkan syara\u2019. Orang bukan Islam yang dibenarkan masuk ke dalam masjid itu dikehendaki mematuhi peraturan berikut : Mempunyai kemaslahatan yang diizinkan oleh syarak seperti untuk mempelajari hal ehwal agama ataupun urusan kehidupan yang dibenarkan. Memakai pakaian sopan yang sesuai dengan masjid atau pakaian yang disediakan oleh pihak pentadbiran masjid. Tidak mengotorkan kebersihan masjid. Tidak mengganggu umat Islam yang sedang beribadah. Umat Islam hendaklah mempamerkan contoh tauladan yang baik sebagai dakwah kepada keindahan Islam dan memudahkan urusan orang bukan Islam untuk mendekati Islam. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16257", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-090/2015 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Jika pengumuman telah dilakukan pada hari ini (Khamis, 29 Januari 2015), makanya natijah yang diambil ialah:\n\n\n\n\nPenumpang MH 370 telah meninggal dunia. Antara alasannya ialah:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nIni berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan secara rasmi.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nIni selepas usaha pencarian yang berterusan sudah melebihi setahun.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKenyataan daripada pakar penerbangan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nQarinah melalui penyiasatan kemalangan udara UK (AAIB) telah menunjukkan data satelit yang ia telah berakhir di lautan hindi.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nTarikh dikira kematian selepas diumumkan pada 29 Januari 2015 secara rasminya\n.\n Antara alasannya ialah:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBerdasarkan Mazhab Maliki dan Hanbali di mana keputusan kematian diserahkan kepada pemerintah.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKeputusan hakim atau kerajaan adalahs ebagai pemutus dan penyelesai.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDalam semua mazhab, kematian bagi mafqud perlu diberi tempoh yang tertentu. Justeru, sekurang-kurangnya selepas setahun pencarian, maka wajarlah diishtiharkan sebagai meninggal dunia.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPengishtiharan kematian hendaklah dibuat oleh mahkamah berdasarkan pengishtiharan dan juga pendapat ulamak iaitu diberi tempoh tertentu seperti setahun selepas pencarian.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKeputusan berdasarkan pengishtiharan kematian pada hari berlakunya insiden kehilangan iaitu pada 8 Mac 2014 tidak dianggap sebagai kematian tetapi sebagai pemakluman sahaja juga sebagai pemberitahuan kehilangan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nWajar melakukan solat jenazahghaib dengan mengambil kira sebahagian daripada pendapat ulamak. Ini termasuk juga tahlil dan berdoa untuk mangsa MH 370 yang beragama Islam yang terkorban.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHak pewarisan berjalan mengikut keputusan Mahkamah Syariah.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nTempoh iddah bolehlah dikira dan penentuan berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nAnak-anak mereka dianggap sebagai yatim jika belum akil baligh.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDengan keputusan kerajaan pada hari ini, selepas mengambil kira pelbagai aspek dan pencarian dalam tempoh yang lama dengan pelbagai usaha dan daya serta gembleng pelbagai kepakaran, makanya keputusan kerajaan memberi maksud bahawa mereka adalah telah terkorban. Natijahnya akan meringankan penderitaan dan menyelesaikan kemelut yang tertangguh dalam melayari kehidupan yang mendatang terhadap keluarga mangsa dan waris mereka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16251", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-090/2015 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah memutuskan bahawa:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nBERSETUJU\n kadar zakat fitrah bagi tahun 2015M / 1436h ditetapkan pada kadar RM7.00 seorang di Wilayah-Wilayah Persekutuan.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 25 Mac 2015\n\n\nMJKPHSWP Kali ke 090/2015"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16252", "body": "Mana-mana negara yang sama matla\u2019nya hendaklah berhari raya pada tarikh yang sama. Demikian juga penentuan puasa Arafah. Manakala mana-mana negara yang berlainan matla\u2019nya, maka penentuan hari raya berdasarkan keputusan ulil amri kerana ia membabitkan syi\u2019ar menzahirkan kesatuan bersama umat Islam di sesuatu tempat.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nManakala penentuan puasa sunat Arafah merupakan perkara khilaf dalam kalangan ulama. Majoriti para ulama memfatwakan supaya setiap orang mengikut penentuan 9 Zulhijjah di negara masing-masing dan pandangan ini mempunyai alasan-alasan yang kukuh. Namun oleh kerana ia merupakan amalan peribadi, maka seseorang berhak memilih puasa sama ada menurut hari wukuf di Arafah atau berdasarkan hari ke-9 Zulhijjah bagi negara-negara yang berlainan matla\u2019.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nAntara dalilnya :\n\n\n\u00a0\n\n\nFirman Allah SWT :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u064a\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e\u0643\u064e \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0623\u0647\u0650\u0644\u0651\u064e\u0629\u0650 \u0642\u064f\u0644\u0652 \u0647\u0650\u064a\u064e \u0645\u064e\u0648\u064e\u0627\u0642\u0650\u064a\u062a\u064f \u0644\u0650\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u062c\u0651\u0650\n\n\nTerjemahannya : \nMereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: \"(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. \n(al-Baqarah : 189 )\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSabda Rasulullah SAW :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062a\u064f\u0641\u0652\u0637\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0623\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062a\u064f\u0636\u064e\u062d\u0651\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n\nTerjemahannya: \nPuasa ialah hari kamu semua berpuasa, berbuka adalah hari kamu semua berbuka dan Hari Raya Korban adalah hari kamu semua melakukan ibadah korban. \n(HR al-Imam al-Tirmizi)\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0 Dalam masa yang sama dunia Islam digesa supaya menzahirkan kesatuan dalam penentuan hari-hari penting di dalam Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKEPUTUSAN INI TELAH DIPERAKUKAN DI DALAM MESYUARAT MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS BIL. 6/2018 BERTARIKH 6 DISEMBER 2018"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16245", "body": "MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PULAU PINANG BIL.1/2019 YANG TELAH BERSIDANG PADA 13 DAN 14 FEBRUARI 2019 TELAH MEMUTUSKAN:\n\n\nPENGHAKIMAN YANG DIPUTUSKAN OLEH HAKIM SYARIE WANITA ADALAH\u00a0\nHARUS DAN SAH\n\u00a0DALAM KES-KES SELAIN HUDUD DAN QISAS."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16246", "body": "MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PULAU PINANG BIL.2/2019 YANG TELAH BERSIDANG PADA 17 DAN 18 APRIL 2019 TELAH MEMUTUSKAN:\n\n\n\n\nHUKUM MENJADIKAN KAWASAN PERKUBURAN ISLAM ATAS SEBAHAGIAN TAPAK MASJID PENGKALAN TAMBANG DI ATAS LOT 1315, MUKIM 3, DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH ADALAH\n\u00a0HARUS.\n\n\nPENGGUNAAN TANAH BERKENAAN HENDAKLAH MENGAMBIL KIRA PEMBANGUNAN MASJID PADA MASA HADAPAN.\n\n\nMESYUARAT MENCADANGKAN PENGGUNAAN BAGI TANAH PERKUBURAN TERSEBUT ADALAH SELUAS 1 EKAR SAHAJA."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16243", "body": "MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PULAU PINANG BIL.2/2019 YANG TELAH BERSIDANG PADA 17 DAN 18 APRIL 2019 TELAH MEMUTUSKAN:\n\n\n\n\nHUKUM PENGAMBILAN BALIK TANAH WAKAF LOT 1928 (GM 1242), MUKIM 6, SEBERANG PERAI UTARA UNTUK TUJUAN AWAM IAITU PROJEK MEMBINA JALAN DARI DUA LORONG KE EMPAT LORONG DARI PERMATANG PAK ELONG (SEK. 773) HINGGA KE JAMBATAN MERDEKA (SEK. 782), DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG ADALAH\u00a0\nHARUS\n.\n\n\nWANG PAMPASAN YANG DITERIMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) HENDAKLAH DIBELI MANA-MANA AIN KEKAL YANG PRODUKTIF SEBAGAI\u00a0\nISTIBDAL.\n\n\nMAINPP HENDAKLAH MENGENAL PASTI LOKASI TANAH WAKAF BERKENAAN DARIPADA BAKI TANAH YANG TINGGAL DAN MENGADAKAN PERBINCANGAN DENGAN PEMILIK-PEMILIK YANG LAIN."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16231", "body": "MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PULAU PINANG BIL. 1/2019 YANG BERSIDANG PADA 13 & 14 FEBRUARI 2019 TELAH MEMBENARKAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DIJALANKAN DI DI SURAU PANGKALAN UDARA, TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) BUTTERWORTH, SPU BERDASARKAN:\n\n\n\n\nISU KESELAMATAN NEGARA.\n\n\nMERAIKAN TITAH PERINTAH YANG DI PERTUAN AGONG UNTUK MENGADAKAN SOLAT JUMAAT DI DALAM KEM TENTERA."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16227", "body": "Tiada riwayat yang \nsahih\n daripada Nabi SAW melakukan atau menggalakkan \nupacara\n membaca al-Quran di kubur selepas pengebumian. Sebaliknya yang ada hanyalah amalan Ibn \u2018Umar RA yang membaca al-Quran semasa proses pengebumian. Namun demikian riwayat ini dipertikaikan kesahihannya oleh sebahagian ulama hadis. Dalam kalangan para ulama seperti al-Imam al-Syafi\u2019ie, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan selain mereka membolehkan membaca ayat-ayat al-Quran \nsemasa\n pengebumian. Sementara para ulama yang lain seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, satu riwayat daripada al-Imam Ahmad tidak mengharuskan bacaan al-Quran di perkuburan, bahkan dalam satu riwayat al-Imam Ahmad menganggapnya sebagai bidaah.\n\n\nAdapun membaca doa untuk si mati di kubur adalah sunnah Nabi SAW. Seseorang boleh membaca doa yang dipetik dari al-Quran ataupun hadis ataupun dari dirinya sendiri bagi mendoakan keampunan dan kebaikan untuk si mati.\u00a0 Hal ini boleh dilakukan sama ada bersendirian atau mengaminkan doa orang lain.\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Maka dengan ini tiada sebarang dalil yang menyokong upacara membaca atau mengkhatamkan al-Quran selepas tamat proses pengebumian di kubur. Adapun semasa pengebumian jenazah, telah berlaku khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Namun bagi orang yang hendak membaca al-Quran semasa pengebumian tidak boleh mengadakan kaifiat dan cara yang khusus kerana itu termasuk di dalam mengada-adakan perkara yang tidak mempunyai nas. Sebaliknya dia boleh membaca apa-apa ayat al-Quran yang hendak dibacanya secara bersendirian.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDiperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16220", "body": "Harta yang ditinggalkan tanpa pewaris dalam kalangan Ashab al-Furudh dan Asabah diuruskan oleh MAIPs demi untuk kepentingan umat Islam. Dalam masa yang sama pihak pengurusan MAIPs wajar untuk memberikan keutamaan kepada Zawil Arham jika ia dapat dilakukan. Hal ini lebih menepati keperluan semasa dalam konteks perundangan negara kita."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16202", "body": "ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA DI BAWAH SEKSYEN 23 DAN 24\n\n\nHAD KEMUALLAFAN\n\n\nPada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 23(3) dan 24(4) Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 Jawatankuasa Fatwa dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman dengan ini menyiarkan fatwa seperti dinyatakan dalam Jadual.\n\n\nJADUAL\n\n\nBerdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 29 Julai 2018, inilah diputuskan Fatwa untuk diguna pakai di Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut:\n\n\n\u201cJawatankuasa bersetuju menetapkan had tempoh maksima bagi seseorang Saudara Baharu yang dipanggil Muallaf ialah lima (5) tahun. Selaras dengan peruntukan dalam Undang-undang yang berkuat kuasa maka Majlis Agama Islam Negeri Kedah berhak membuat sebarang pengecualian jika dikehendaki.\u2019\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh:\n\n\n[JMNK(F) 603 Jld. 2( 56 ), PUN(KD) 600-1/5/3]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO' SYEIKH FADZIL B. HJ. AWANG, \nDSDK., AMK., BCK.\n\n\nMufti Negeri Kedah Darul Aman"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16201", "body": "Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/1999 yang bersidang pada 29 September 1999\u00a0 berpandangan\u00a0 bahawa\n :\n\n\nJawatankuasa Fatwa memutuskan perempuan haid dan nifas menggunakan masjid semata-mata untuk tujuan pembelajaran sahaja adalah diharuskan kerana ia mempunyai hajat iaitu untuk menuntut ilmu. Manakala membawa masuk kanak-kanak yang belum mumayyiz ke dalam masjid adalah tidak harus. Ini kerana dikhuatiri kanak-kanak tersebut akan menyebabkan kotoran pada masjid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16185", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 6/2018-1439H yang bersidang pada 30 Ogos 2018 bersamaan 18 Zulhijah 1439H telah membincangkan Parameter Perdagangan Forex oleh Individu Melalui Platform Elektronik. Muzakarah bersetuju dan memutuskan menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti berikut :\n\n\n\n\nMuzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran\u00a0\u00a0mata wang asing (FOREX) oleh individu secara \u201clani\u201d (individual spot Forex) melalui platform elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang- undang . Selaras dengan itu, umat islam adalah dilarang daripada melibatkan\u00a0diri dalam\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0perdangan matawang seumpama ini.\n\n\nMuzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai keatas urusniaga pertukaran matawang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urusniaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan dibawah undang-undang Malaysia."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16172", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 5/2018-1439H yang bersidang pada 26 Julai 2018 bersamaan 13 Zu-al-Qa\u2019dah 1439H telah 2014 telah membincangkan Mayat Terdampar Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya termasuk kanak-kanak terdampar boleh dianggap penduduk negara mayat itu dijumpai.\n\n\nSekiranya mayat tersebut dijumpai di negara orang Islam, tanpa bantuan pengenalan diri dan dokumen berkaitan, maka mayat itu dianggap Islam dan sekiranya mayat itu dijumpai di negara bukan Islam dan tidak ada dokumen atau tanda-tanda yang mayat itu seorang Islam, maka ia dianggap bukan Islam.\n\n\nMayat yang bercampur aduk antara orang Islam dan bukan Islam dan tidak dapat dibezakan maka hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan niat kepada jenazah orang Islam sahaja. Mayat tersebut pula tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam. Sebaliknya mayat itu hendaklah dikebumikan di suatu kawasan berasingan atau di bahagian yang berasingan di tanah perkuburan orang Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16171", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 5/2018-1439H yang bersidang pada 26 Julai 2018 bersamaan 13 Zu-al-Qa\u2019dah 1439H telah 2014 telah membincangkan Isu Perkahwinan Kanak-kanak: Kajian dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\nBerasaskan nas-nas Syarak dan Qaedah-Qaedah Fiqhiyyah serta keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah harus dan dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar\u2019ie, mengikut peraturan dan undang-undang yang telah wujud dan sedia ada."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16167", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2005 yang bersidang pada 15 November 2005 telah membincangkan mengenai Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadith Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian).\n\u00a0Mesyuarat \nmemutuskan bahawa:\u00a0\n\n\nMenulis dan menerbitkan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat alQuran, hadith beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat al-Quran serta hadith diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasikan keseluruhan penerbitan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16166", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor kali ke 5/2005 yang bersidang pada 6 September 2005 telah membincangkan Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya. Mesyuarat telah memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Penulisan ayat-ayat al-Quran dan hadith dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Penulisan khat ayat al-Quran dan hadith boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca dengan mudah dan jelas.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Tulisan khat ayat al-Quran dan hadith tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Tulisan khat al-Quran dan hadith mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nv. Tulisan seni khat al-Quran dan hadith yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran dan hadith yang diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.\n\n\n\u00a0\n\n\nvi. Sekiranya tulisan seni khat ini yang diambil dari kata-kata hikmah, syair dan seumpamanya dalam tulisan jawi adalah diharuskan.\n\n\n\u00a0\n\n\nvii. Walau bagaimanapun penulisan khat ayat-ayat al-Quran dan hadith tertakluk di bawah akta percetakan teks al-Quran 1986, Kementerian Dalam Negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16165", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor kali ke 5/2005 yang bersidang pada 6 September 2005 telah membincangkan Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle).\n\u00a0\nMesyuarat telah \nmemutuskan:\u00a0\n\n\ni. Kerja-kerja pengkitaran semula buku-buku teks pendidikan Islam hendaklah dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang Islam.\u00a0\n\n\nii. Pekerja yang terlibat dalam proses pengkitaran semula hendaklah terdiri daripada orang Islam.\u00a0\n\n\niii. Kertas dan buku teks pendidikan Islam yang dikitar semula hendaklah tidak digunakan untuk membuat bahan yang tidak sesuai seperti kertas tandas dan sebagainya.\u00a0\n\n\niv. Bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pengkitaran semula hendaklah tidak mengandungi bahan najis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16164", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2005 yang bersidang pada 9 Ogos 2005 telah membincangkan mengenai Penggunaan Wang Zakat Bagi Pembiayaan Bakal-Bakal Haji Yang Diwartakan Oleh MAIS.\u00a0\nMesyuarat telah meneliti kertas tersebut dan membuat keputusan bahawa:\u00a0\n\n\nWang zakat tidak boleh digunakan bagi membiayai bakal haji yang ditawarkan oleh MAIS berdasarkan kepada bahawa:\u00a0\n\n\ni. Bakal-bakal haji tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam asnaf zakat.\u00a0\n\n\nii. Kewajipan haji adalah berdasarkan kemampuan seseorang Islam sebagaimana firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 97 : mafhumnya:\u00a0\n\n\n\u201cDan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16163", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2005 yang bersidang pada 17 Mei 2005 telah membincangkan mengenai\u00a0Mewartakan Kawasan Masjid Dan Bukan Masjid Di Bangunan Masjid Al-\u2018Ubudiah Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.\u00a0Setelah meneliti dari cadangan yang dikemukakan mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\ni. Penukaran taraf dari kawasan masjid kepada bukan masjid adalah tidak dibenarkan.\n\n\nii. Bersetuju dengan cadangan kawasan masjid dan kawasan bukan masjid. Melainkan kawasan 200 kaki persegi sebelah kiri tingkat bawah bangunan masjid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16162", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa telah bersetuju memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Mewajibkan pelaksanaan Program Pemeriksaan Kesihatan kepada semua umat Islam di Negeri Selangor yang ;\n\n\na. Akan berkahwin dengan pasangannya di dalam dan di luar Negeri Selangor; dan\n\n\nb. Telah berkahwin di luar Negara dan akan mendaftarkan semula di Negeri Selangor\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Ujian yang dijalankan ialah dengan cara ujian \u2018rapid test\u2019 yang dilakukan di klinik atau Pusat Kesihatan Kementerian Malaysia. Bagi mereka yang didapati tidak dijangkiti (non-reactive), maka proses permohonan pernikahannya akan dilakukan sebagaimana biasa. Namun bagi mereka yang telah dijangkiti (reactive) maka ujian darah akan dilakukan di makmal-makmal yang ditetapkan oleh Kementerian Malaysia. Jika didapati telah disahkan positif dijangkiti virus HIV maka akan dimestikan menghadiri sesi kaunseling. Tujuan kaunseling ialah bagi memastikan mereka faham kedudukan dirinya dan mengetahui akibat jika tiada langkah-langkah keselamatan. Sekiranya mereka yang perlu diikuti bagi memastikan virus tersebut tidak berjangkit kepada pasangan dan anak.\n\n\nBil.2/2005 24 Mac 2005 3 Kaunselor yang bertindak atas dasar tanggungjawab akan memanggil pasangannya dan bagi mengelakkan daripada saling tuduh menuduh apabila telah berlangsungnya perkahwinan. Ahli keluarga rapat yang lain juga akan dipanggil jika perlu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16161", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u2019 (FATWA) Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\ni. Membenarkan kubur berkenaan diroboh dan digali serta dibersihkan kawasan sekitarnya.\n\n\nii. Sekiranya terdapat rangka mayat di dalamnya, maka hendaklah dipindahkan ke tanah perkuburan yang berhampiran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16160", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\nBone china adalah najis kerana zatnya mengandungi 50% daripada tulang babi atau binatang lain yang tidak disembelih menurut syara\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16159", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\nBersetuju dan memutuskan bahawa harus menggunakan wang zakat dari peruntukan Ibnu Sabil (zakat) untuk membina dan membiayai pengurusan yang berkaitan dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16158", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 4 Ogos 2009 telah memutuskan bahawa;\n\n\ni. Apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak di bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam.\n\n\nii. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga memutuskan supaya perkara 12 (4) perlembagaan persekutuan yang memperuntukan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya tidak perlu dipinda.\n\n\niii. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah bersetuju dan membuat pindaan kepada perkara 21 (3) seperti berikut:\n\n\n\u201cHak hadhanah hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Sivil dan syarat yang ditetapkan memberi keutamaan kepada status agama anak\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16157", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n(i) Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliah serta berlebih-lebihan dan membazir. Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung samada manusia atau haiwan untuk tujuan peringatan atau sebagainya.\n\n\n(ii) Walaubagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, muzakarah tersebut memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan aqidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak.\n\n\n(iii) Acara-acara seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan dihadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan berhampiran semasa meraikan perayaanperayaan yang berkaitan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16156", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut;\n\n\ni. Kandungan tujuh (7) buah buku yang dinyatakan di para 6 secara keseluruhannya tidak mengandungi fakta-fakta yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Walau bagaimanapun ianya tidak sesuai disiarkan kepada umum dan perlu dihadkan bacaannya di Institusi Pengajian Tinggi sahaja sebagai rujukan ilmiah. Buku ini juga tidak perlu diharamkan.\n\n\nii. Ketujuh-tujuh buah buku yang diberikan oleh Yang Mulia Raja Ashman Shah Ibnu Sultan Azlan Shah tidak boleh dijadikan sebagai sandaran rujukan bagi membuat pertimbangan terhadap kandungan sebenar Tariqat Naqsyabandiah al-Aliah Syeikh Nazim Haqqani. Kajian yang lebih lanjut perlu dilakukan bagi mendapatkan sumber sebenar amalan Tariqat Naqsyabandiah al-Aliah Syeikh Haqqani untuk dibuat kajian dan penelitian yang mendalam.\n\n\niii. Keputusan Muzakarah kali ke 48 bertarikh 3 April 2000 dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 85 pada 12 Februari 2009 hendaklah dikekalkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16155", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut :\n\n\nTidak harus menggunakan wang zakat bagi melaksanakan Sistem Pengurusan Online Pentadbiran Masjid. Walau bagaimanapun ia boleh dijalankan dengan menggunakan sumber yang lain seumpama wang sumber daripada kerajaan negeri atau wang Baitulmal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16154", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut :\n\n\n(a) Bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.\n\n\n(b) Penjualan dan penyimpanan kitab suci al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16153", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\nHarus menggunakan Wang Zakat dari peruntukan Asnaf Fisabilillah untuk membiayai Caruman Skim Takaful Hayat Berkumpulan bagi Guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain Intigrasi (KAFAI) Negeri Selangor Darul Ehsan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16152", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\ni. Senaman yoga yang berasal daripada masyarakat hindu sejak sebelum masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan aqidah umat Islam.\n\n\nii. Apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16151", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:\n\n\nHarus menggunakan wang zakat dari peruntukan Asnaf \u2018Amil untuk Membiayai Emolumen Pegawai-pegawai MAIS di bahagian tertentu yang mana bidang tugasnya adalah terlibat secara langsung dalam mengurus hal ehwal kewangan zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16150", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2008 yang bersidang pada 2 Disember 2008 telah membincangkan \nMengenai Wang Zakat Bagi Membiayai Kos Berkaitan Kes Permohonan Perisytiharan Murtad Dalam Proses Istitabah Di Baitul Iman\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Harus menggunakan wang zakat bagi membiayai kos berkaitan kes permohonan perisytiharan murtad dalam proses istitabah di Baitul Iman;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Sekiranya pemohon masih dalam tempoh muallaf (5 tahun) hendaklah wang tersebut digunakan dari peruntukan asnaf muallaf;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Sebaliknya jika pemohon telah melebihi tempoh muallaf (melebihi 5 tahun) hendaklah wang tersebut digunakan dari peruntukan asnaf fisabilillah.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nsumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/788-fatwa-mengenai-wang-zakat-bagi-membiayai-kos-berkaitan-kes-permohonan-perisytiharan-murtad-dalam-proses-istitabah-di-baitul-iman"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16149", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2008 yang bersidang pada 2 Disember 2008 telah membincangkan \nSistem Pengurusan Online Pentadbiran Masjid Bagi Negeri Selangor\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nBersetuju dengan cadangan untuk mengadakan Sistem Pengurusan Online Pentadbiran Masjid Negeri Selangor (SPMS) kerana ia dilihat sebagai satu usaha murni ke arah memantapkan institusi masjid di Negeri Selangor.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/787-fatwa-sistem-pengurusan-online-pentadbiran-masjid-bagi-negeri-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16148", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2008 yang bersidang pada 2 Disember 2008 telah membincangkan\n Mewujudkan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 Kontrak Di Sekolah Rendah Agama (Sra), Sekolah Rendah Agama Intigrasi (Srai) Dan Ma\u2019ahad Intigrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) Di Negeri Selangor\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Bersetuju mewujudkan jawatan pembantu tadbir (kewangan) gred W17 kontrak di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Intigrasi (SRAI) dan Ma\u2019ahad Intigrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) di Negeri Selangor mengikut keperluan guna tenaga yang optimum;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Harus menggunakan wang zakat dari peruntukan Asnaf Fisabilillah untuk membiayai Emolument Pegawai-pegawai yang telah dilantik.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/786-fatwa-mewujudkan-jawatan-pembantu-tadbir-kewangan-gred-w17-kontrak-di-sekolah-rendah-agama-sra-sekolah-rendah-agama-intigrasi-srai-dan-ma-ahad-intigrasi-tahfiz-istana-bandar-mitib-di-negeri-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16147", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2008 yang bersidang pada 2 Disember 2008 telah membincangkan \nPemberian Bonus Kepada Penyelia Dan Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu \u2018Ain Intigrasi (Kafai) Negeri Selangor Darul Ehsan\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nBersetuju dengan pengagihan bonus berjumlah RM3,144,000.00 kepada Penyelia dan Guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu \u2018Ain Intigrasi (KAFAI) Negeri Selangor yang dibiayai melalui tiga sumber peruntukan kewangan iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kerajaan Negeri dan Baitulmal.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/785-fatwa-pemberian-bonus-kepada-penyelia-dan-guru-kelas-al-quran-dan-fardhu-ain-intigrasi-kafai-negeri-selangor-darul-ehsan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16146", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah membincangkan berkenaan \nPembiayaan Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (Ptptn) Berasaskan Konsep Ja'alah\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Bersetuju dengan cas perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN kepada pelajar atas konsep upah (Ijrah) dengan kadar yang munasabah dan tidak membebankan pelajar;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Pihak PTPTN boleh menuntut ganti rugi ( \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ba\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d9\u2026\u00d8\u00a9 ) kepada pelajar yang telah mendapat pekerjaan tetap dan berkemampuan dari segi aspek kewangan tetapi sengaja tidak mahu membayar semula pembiayaan PTPTN. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kerja tetap dan tidak berkemampuan daripada aspek kewangan tidak deikenakan ganti rugi ( \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ba\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d9\u2026\u00d8\u00a9 )\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Pihak PTPTN hendaklah memberikan rebit ( \u00d8\u00a5\u00d8\u00a8\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d8\u00a7 ) kepada pelajar yang berjaya melaksanakan pembiayaan lebih awal daripada tamat tempoh perjanjian;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Bersetuju supaya pembiayaan PTPTN berasaskan konsep upah ini diaplikasikan kepada semua kategori pelajar di setiap peringkat pengajian dan terpakai kepada seluruh pelajar tanpa mengira agama dan bangsa.\n\n\n\u00a0\n\n\n(v) Sebarang perubahan ke atas dasar pembiayaan PTPTN yang sedia ada hendaklah merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/784-fatwa-pembiayaan-pendidikan-perbadanan-tabung-pendidikan-tinggi-nasional-ptptn-berasaskan-konsep-ja-alah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16145", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah membincangkan \nHukum Peraduan Sms Celcom, 100 Hari 100 Kereta\n. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Peraduan ini adalah tidak mematuhi syariah kerana mengandungi unsur judi, ghorar (unsur yang tidak jelas), exsplotasi dan menggalakkan pembaziran;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Mesyuarat panel kajian syariah menasihatkan celcom supaya menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/783-hukum-peraduan-sms-celcom-100-hari-100-kereta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16144", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah membincangkan \nHukum Penggunaan Wang Saham Wakaf, Majlis Agama Islam Selangor\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Harus menggunakan wang saham wakaf untuk membiayai segala keperluan bagi mewujudkan sesuatu aset;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Harus menggunakan wang manfaat wakaf untuk membiayai segala kos penyelenggaraan berkaitan keperluan bangunan;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Pihak MAIS disyorkan agar mempergiatkan usaha untuk menyuburkan harta-harta wakaf yang telah diwujudkan supaya hasil atau manfaat wakaf yang diterima akan lebih member keuntungan;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Pihak MAIS hendaklah memastikan terlebih dahulu sesuatu harta yang diterima untuk tujuan diwakafkan adalah merupakan harta milik sempurna yang tidak ada sebarang tanggungan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/782-hukum-penggunaan-wang-saham-wakaf-majlis-agama-islam-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16143", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah membincangkan\n Isu-Isu Kewajipan Membayar Zakat Perniagaan\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Hukum membayar zakat wajib ke atas semua bentuk perniagaan yang memenuhi tuntutan syarak samada perniagaan tersebut berdaftar atau pun tidak berdaftar.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Hukum membayar zakat adalah wajib ke atas semua kumpulan perniagaan Muslim dan syarikat perniagaan yang dimiliki oleh kerajaan samada Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Persekutuan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Pembayaran zakat oleh syarikat yang dimiliki individu atau perkumpulan Muslim yang menjalankan perniagaan di negeri Selangor hendaklah dibuat di negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Hukum membayar zakat perniagaan adalah wajib ke atas setiap syarikat dalam kumpulan yang terdiri dari pelbagai anak syarikat. Sekiranya syarikat induk telah membayar zakat yang wajib dikeluarkan oleh anak syarikat, maka anak syarikat tidak wajib membayar zakat.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/781-fatwa-isu-isu-kewajipan-membayar-zakat-perniagaan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16142", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2008 yang bersidang pada 10 Jun 2008 telah membincangkan \nHukum Menggunakan Wang Tabung Masjid Bagi Pembayaran Saguhati Ahli Jawatankuasa Masjid Yang Menghadiri Kursus.\n Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Harus menggunakan wang tabungan masjid selain tabungan yang khusus bagi pembayaran saguhati kepada ahli Jawatankuasa Masjid yang menghadiri kursus;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Kadar pembayaran saguhati hendaklah mengikut kadar yang munasabah. Bagi ahli Jawatankuasa Masjid yang tidak mempunyai pendapatan tetap, kadar pembayaran saguhati adalah merangkumi elaun sara hidup sepanjang kehadirannya berkursus;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Sekiranya wang tabungan masjid tidak mencukupi, JAIS hendaklah berusaha untuk mendapatkan dana daripada mana-mana sumber yang difikirkan sesuai;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Disyorkan supaya setiap masjid mewujudkan tabungan khas pendidikan bagi tujuan pendidikan ahli qariah.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/780-hukum-menggunakan-wang-tabung-masjid-bagi-pembayaran-saguhati-ahli-jawatankuasa-masjid-yang-menghadiri-kursus"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16141", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2008 yang bersidang pada 10 Jun 2008 telah membincangkan \nPenyelesaian Permasalahan Tanah Wakaf Masjid Al-Shariff, Meru Melalui Mekanisma Istibdal\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Tidak harus istibdal ke atas Tanah Wakaf Masjid al-Shariff, Meru kerana tidak menepati syarat yang membolehkan istibdal;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Perjanjian yang telah dibuat diantara penyewa tanah dengan pihak masjid adalah tidak sah dari segi undang-undang sivil mahupun syariah;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di negeri Selangor, disyorkan supaya MAIS mengadakan rundingan secara pentadbiran dengan penyewa tanah agar masalah ini dapat ditangani sebaik mungkin.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber; \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/779-fatwa-penyelesaian-permasalahan-tanah-wakaf-masjid-al-shariff-meru-melalui-mekanisma-istibdal"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16140", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2008 yang bersidang pada 8 april 2008 telah membincangkan \nHukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf\n. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nMembangunkan Tanah Wakaf Khas khususnya Wakaf Masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan Syariah Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/778-hukum-membangunkan-tanah-wakaf-khas-dengan-pembangunan-selain-daripada-niat-asal-pewakaf"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16137", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2007 yang bersidang pada 15 november 2007 telah membincangkan \nHukum Menggunakan Najis Babi Sebagai Baja Tanaman\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum menggunakan najis babi untuk tujuan baja tanaman adalah HARAM.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/772-hukum-menggunakan-najis-babi-sebagai-baja-tanaman"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16136", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2007 yang bersidang pada 15 November 2007 telah membincangkan\n Melantik Pegawai Dan Kakitangan Bagi Mewujudkan Unit Runding Cara Aqidah (Kaunseling) Di Jabatan Mufti Negeri Selangor Dalam Menangani Permasalahan Murtad\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus menggunakan peruntukan dana zakat Fi Sabilillah untuk membiayai pegawai dan kakitangan bagi Unit Runding Cara Aqidah (Kaunseling) di Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menangani permasalahan murtad.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/771-fatwa-melantik-pegawai-dan-kakitangan-bagi-mewujudkan-unit-runding-cara-aqidah-kaunseling-di-jabatan-mufti-negeri-selangor-dalam-menangani-permasalahan-murtad"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16135", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2007 yang bersidang pada 15 november 2007 telah membincangkan \nHukum Pembiayaan Peruntukan Dana Zakat Bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Khas Bagi Peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Untuk Pegawai-Pegawai Majlis Agama Islam Selangor\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Harus menggunakan peruntukan dana zakat untuk membiayai skim latihan dalam perkhidmatan bagi bidang yang amat diperlukan oleh MAIS setakat menampung kekurangan kos sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Keutamaan kursus dan pengajian hendaklah yang disediakan di dalam negeri.\n\n\n\u00a0\n\n\nsumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/770-hukum-pembiayaan-peruntukan-dana-zakat-bagi-skim-latihan-dalam-perkhidmatan-khas-bagi-peringkat-sijil-diploma-sarjana-muda-sarjana-dan-kedoktoran-ph-d-untuk-pegawai-pegawai-majlis-agama-islam-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16134", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2007 yang bersidang pada 15 november 2007 telah membincangkan \nPembiayaan Elaun Tetap Bulanan Dan Elaun Kehadiran Mesyuarat Mais Serta Elaun Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Mais Dengan Menggunakan Peruntukan Asnaf Fi Sabilillah\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Harus menggunakan peruntukkan asnaf Fi Sabilillah bagi Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor, Jawatankuasa Tauliah, Jawatankuasa Pendidikan Islam, Jawatankuasa Undang-Undang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Jawatankuasa Pengurusan Aqidah dan Jawatankuasa Falak.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Elaun tetap dan elaun kehadiran Mesyuarat MAIS, Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah (JAKESS) hendaklah menggunakan peruntukan Baitulmal.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor hendaklah dibiayai melalui peruntukan pengeluaran sijil halal manakala Jawatankuasa Qariah dibiayai melalui peruntukan khas EXCO Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam yang sedia ada.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/769-fatwa-pembiayaan-elaun-tetap-bulanan-dan-elaun-kehadiran-mesyuarat-mais-serta-elaun-jawatankuasa-jawatankuasa-tetap-mais-dengan-menggunakan-peruntukan-asnaf-fi-sabilillah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16133", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2007 yang bersidang pada 7 Ogos 2007 telah membincangkan \nHukum Penggunaan Kemudahan Awam Seperti Dewan Serbaguna / Kompleks Komuniti Dalam Melaksanakan Kegiatan Masyarakat Oleh Masyarakat Setempat\n. Mesyuarat telah berpandangan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPenggunaan kemudahan awam seperti dewan serbaguna / kompleks komuniti boleh digunakan oleh semua pihak. Adalah disarankan supaya sebarang kegiatan atau acara yang dilaksanakan di tempat tersebut hendaklah dipastikan sentiasa memelihara keharmonian masyarakat di samping menjaga sensitiviti agama / kefahaman. Oleh yang demikian satu garis panduan / peraturan hendaklah diwujudkan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/768-hukum-penggunaan-kemudahan-awam-seperti-dewan-serbaguna-kompleks-komuniti-dalam-melaksanakan-kegiatan-masyarakat-oleh-masyarakat-setempat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16132", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2007 yang bersidang pada 7 Ogos 2007 telah membincangkan \nHukum Terhadap Keuzuran Solat Jumaat Bagi Tujuan Mencegah Kemungkaran\n. \nMesyuarat berpandangan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nSolat jumaat wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Oleh yang demikian solat jumaat tidak harus sama sekali ditinggalkan atas sebab menjalankan tugas seumpama mencegah kemungkaran.\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/767-hukum-terhadap-keuzuran-solat-jumaat-bagi-tujuan-mencegah-kemungkaran"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16131", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2007 yang bersidang pada 7 Ogos 2007 telah membincangkan \nHukum Menyediakan Simpanan RM20 Juta Setiap Tahun Majlis Agama Islam Selangor (Mais)\n. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak harus menyediakan simpanan RM20 juta setiap tahun dari kutipan zakat melainkan jika terdapat zakat berlebihan (Mal al-Faid) yang tidak disengajakan. Sekiranya berlaku demikian maka keharusan hanya setakat jumlah kali pertama sahaja dan wang itu hendaklah disimpan dalam tabung pelaburan halal yang boleh dikeluarkan bilabila masa untuk kegunaan asnaf yang ditetapkan oleh syara\u2019.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/766-hukum-menyediakan-simpanan-rm20-juta-setiap-tahun-majlis-agama-islam-selangor-mais"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16130", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2007 yang bersidang pada 7 Ogos 2007 telah membincangkan \nHukum Pembayaran Fee Guaman Menggunakan Peruntukan Wang Zakat Untuk Kes; Hak Penjagaan Anak Tiri Siti Asnah Binti Haji Syurip Dan Permohonan Muaalaf Untuk Membetulkan Status Agama Islam\n. Mesyuarat telah memutuskan bahawa :\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus menggunakan peruntukan zakat bagi membayar fee guaman bagi anak tiri Asnah binti Haji Syurip dan harus menggunakan peruntukan zakat bagi pembayar fee guaman bagi tujuan mempertahankan agama Islam umpamanya untuk menahan kehendak seseorang untuk membatalkan status agama Islam.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/765-hukum-pembayaran-fee-guaman-enggunakan-peruntukan-wang-zakat-untuk-kes-hak-penjagaan-anak-tiri-siti-asnah-binti-haji-syurip-dan-permohonan-muaalaf-untuk-membetulkan-status-agama-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16129", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2007 yang bersidang pada 7 Ogos 2007 telah membincangkan tentang \nPenggunaan Wang Zakat Di Bawah Asnaf Fi Sabilillah Bagi Membiayai Emolumen Kakitangan Unit Guaman Syar\u2019ie Dan Ibu Tunggal, Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor.\n Mesyuarat telah memutuskan bahwa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPembiayaan emolumen tersebut tidak menepati pengertian fi sabilillah dan pembiayaan emolumen tersebut hendaklah dipohon melalui peruntukan kerajaan Negeri Selangor atau Kerajaan Pusat.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/764-fatwa-penggunaan-wang-zakat-di-bawah-asnaf-fi-sabilillah-bagi-membiayai-emolumen-kakitangan-unit-guaman-syar-ie-dan-ibu-tunggal-bahagian-perundangan-keluarga-jabatan-agama-islam-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16128", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2007 yang bersidang pada 22 Mei 2007 telah membincangkan H\nukum Penjualan Air Zam-Zam\n. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan nas-nas daripada hukum syara\u2019, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam. Walau bagaimanapun, pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n*Nota: Fatwa ini berkaitan dengan Fatwa Hukum Penjualan Air Zam-zam yang telah diwartakan pada 31 Julai 2014.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/763-hukum-penjualan-air-zam-zam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16127", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2007 yang bersidang pada 22 Mei 2007 telah membincangkan \nHukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit\n. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci Al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/762-hukum-penggunaan-ayat-ayat-suci-al-quran-dan-laungan-azan-dalam-nada-dering-dan-paparan-skrin-di-dalam-telefon-bimbit"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16126", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2007 yang bersidang pada 24 April 2007 telah membincangkan tentang \nArahan Untuk Menyediakan Simpanan RM20 Juta Setiap Tahun Majlis Agama Islam Selangor (Mais)\n. Mesyuarat telah memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Mesyuarat berpandangan bahawa kaedah pengagihan zakat perlu diagihkan kepada penerima dengan kadar segera, tanpa ditangguh atau disimpan. Pandangan ini merujuk kepada kitab al-Fiqh Manhaji \u2018Ala Mazhab al-Shafii, Jilid 1, halamam 313, yang menyatakan bahawa pemilik harta wajib mengeluarkan zakat secara segera apabila memenuhi syaratnya itu, harta itu sudah ada dan terdapatnya asnaf yang layak menerima atau pemerintah yang mengumpulkan zakat. Dalam konteks ini, Lembaga Zakat Selangor adalah berperanan sebagai wakil kepada pemilik harta untuk mengagihkan zakat kepada penerimanya.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Mesyuarat juga berpandangan bahawa sekiranya simpanan tersebut dilaksanakan, ia akan memberi kesan negatif terhadap pembayar zakat yang mengharapkan agar zakat yang dibayar sampai kepada penerima dalam jangka masa yang sepatutntya. Dari situasi tersebut, secara tidak langsung akan menjadi salah satu punca penurunan bilangan pembayar zakat di negeri ini yang menyebabkan matlamat kutipan zakat tidak mencapai sasarannya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Mesyuarat turut mencadangkan supaya wang Baitul Mal (bukan zakat) agar mengambil peranan dalam perkara ini untuk memulakan simpanan dananya bagi memenuhi keperluan yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/761-fatwa-arahan-untuk-menyediakan-simpanan-rm20-juta-setiap-tahun-majlis-agama-islam-selangor-mais"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16125", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2007 yang telah bersidang pada 24 April 2007 telah membincangkan \nHukum Pelaburan Ke Atas Syarikat Swisscash Mutual Fund\n. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar Negara seperti Swisscash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar. Oleh itu, umat Islam dilarang terlibat dengan pelaburan seumpama ini kerana banyak alternatif lain yang berlandaskan yang boleh disertai oleh umat Islam.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/760-hukum-pelaburan-ke-atas-syarikat-swisscash-mutual-fund"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16124", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 1/2007 yang bersidang pada 6 Mac 2007 telah membincangkan tentang \nPelaksanaan Wakaf Irsod Oleh Kerajaan Negeri Selangor\n. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nKerajaan negeri boleh mewakafkan harta sebagai penggunaan khusus kepada orang Islam termasuk tapak masjid, surau, kubur dan sekolah Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/759-fatwa-pelaksanaan-wakaf-irsod-oleh-kerajaan-negeri-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16123", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 1/2007 yang bersiadang pada 6 Mac 2007 telah membincangkan tentang \nPengurangan Kadar Cukai Bagi Tanah Dan Harta Wakaf Majlis Agama Islam Selangor (Mais)\n. Mesyuarat telah memutuskan supaya tanah dan harta wakaf milik MAIS diberi pengecualian daripada cukai berdasarkan sebab berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Bahawa tanah dan harta wakaf tersebut tidak dikomersial untuk tujuan keuntungan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Bahawa tanah dan harta wakaf tersebut bukan milik peribadi dan sekiranya terdapat keuntungan, ianya untuk tujuan kemaslahatan umat Islam negeri ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/758-fatwa-pengurangan-kadar-cukai-bagi-tanah-dan-harta-wakaf-majlis-agama-islam-selangor-mais"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16115", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-4/2014 yang bersidang pada 16 Disember 2014 bersamaan 23 Safar 1436H berkaitan\n Hukum Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid Atau Surau\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nBerzikir menggunakan alat yang diharuskan adalah harus. Berzikir di dalam masjid atau surau dengan iringan muzik adalah dilarang.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2014/619-hukum-perbuatan-zikir-sambil-memukul-gendang-atau-peralatan-muzik-lain-di-dalam-masjid-atau-surau"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16114", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-4/2014 yang bersidang pada 16 Disember 2014 bersamaan 23 Safar 1436H berkaitan\n Hukum Penggunaan \nCordyceps Sinesis\n Dalam Pembuatan Ubat Tradisional \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPenggunaan Cordyceps Sinesis dalam proses pembuatan ubat tradisional atau produk makanan kesihatan adalah diharuskan kerana Cordyceps Sinesis asli terhasil daripada bahan yang tidak menajiskan, manakala Cordyceps Sinesis yang terhasil melalui proses makmal juga hanya mengunakan bahan-bahan daripada tumbuhan-tumbuhan sebagai medium pembiakan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16113", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-4/2014 yang bersidang pada 16 Disember 2014 bersamaan 23 Safar 1436H berkaitan\n Hukum Minum Ucap Selamat (Drinking A Toast) Dalam Majlis Makan Beradab Angkatan Tentera Malaysia \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum Acara Minum Ucap Selamat (\nDrinking a Toast\n) seperti yang dilakukan dalam Majlis Makan Beradab oleh Angkatan Tentera Malaysia adalah dilarang oleh syarak kerana ini sememangnya tidak keselarian dengan Islam. Mengucapkan selamat dan kesejahteraan yang terbaik adalah dengan mendoakan seseorang atau menyebut nama mereka tanpa diikuti dengan perbuatan atau \nritual\n tradisi agama atau budaya lain.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2014/617-hukum-minum-ucap-selamat-drinking-a-toast-dalam-majlis-makan-beradab-angkatan-tentera-malaysia"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16112", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-3/2014 yang bersidang pada 20 Ogos 2014 bersamaan 24 Syawal 1435H berkaitan\n Fatwa Mengenai Hasil Agama Islam Dalam Kerajaan Negeri Selangor Disalurkan Kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nFii Kad Pintar Nikah yang telah dikeluarkan Bahagian Undang-Undang Keluarga tidak termasuk dalam keputusan yang telah diwartakan pada 27 Disember 2012.\n\n\n\u00a0\n\n\n(Fii Jabatan Agama Islam Selangor dalam kertas kerja halaman 12, Perkara 3.5.2)\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2014/616-fatwa-mengenai-hasil-agama-islam-dalam-kerajaan-negeri-selangor-disalurkan-kepada-baitulmal-majlis-agama-islam-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16111", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-1/2014 yang bersidang pada 20 Ogos 2014 bersamaan 24 Syawal 1435H berkaitan\n Fatwa Hasil Pelupusan Naskhah Al-Quran yang Rosak , Usang Dan Tidak Mengikut Resam 'Uthmani Ke Dalam Bentuk Cecair \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus melupuskan naskhah al-Quran dengan kaedah ditukarkan dalam bentuk cecair."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16110", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-1/2014 yang bersidang pada 23 Jun 2014 bersamaan 25 Sya'ban 1435H berkaitan\n Fatwa Rampasan Bible \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nBible bukan himpunan kitab-kitab wahyu yang diturunkan kepada nabi-nabi yang terdahulu bahkan ia telah diselewangkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2014/614-fatwa-rampasan-bible"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16109", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2014 yang bersidang pada 8 April 2014 bersamaan 8 Jamadil akhir 1435H berkaitan\n Hukum Penggunaan Vaksin Meningococcal Menomune \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum penggunaan Vaksin Meningitis Menomune yang dikeluarkan oleh \nSanafi Pasteur\n adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2014/613-hukum-pneggunaan-vaksin-meningococcal-menomune"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16108", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2014 yang bersidang pada 8 April 2014 bersamaan 8 Jamadil akhir 1435H berkaitan\n Fatwa Asal Usul Tiupan \nRouse\n dan \nLast Post\n Dalam Angkatan Tentera Malaysia\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Tiupan Rouse dan Last Post tidak mengandungi unsur syirik, tasyabbuh dan tidak bersumberkan kepada amalan agama Kristian atau Yahudi.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Jawatankuasa juga berpandangan bahawa walaupun muzik atau bunyi-bunyian tiada halangan di dalam Islam, tetapi ia dibenarkan selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam hal lain, jawatankuasa menegaskan bahawa penggunaan bunyi-bunyian atau muzik tidak perlu dilaksanakan dalam pengurusan jenazah orang Islam sama ada tentera atau sebagainya.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16107", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2014 yang bersidang pada 8 April 2014 bersamaan 8 Jamadil akhir 1435H berkaitan\n Fatwa Pendermaan Jasad Si mati Untuk Tujuan Penyelidikan\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah berikut:-\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Prinsip kemuliaan mayat dan kewajiban menghormatinya perlu diikuti sebagaimana kaedah:\n\n\n\u00a0\n\n\nAsal fil'ardul tahrim\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya: asal kepada perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nKaedah ini bersandarkan kepada sebuah hadis nabi s.a.w:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00d8\u00a5\u00d9\u2020\u00d9\u017d\u00d9\u2018 \u00d8\u00af\u00d9\u0090\u00d9\u2026\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\u017d\u00d9\u0192\u00d9\u008f\u00d9\u2026\u00d8\u0152 \u00d9\u02c6\u00d8\u00a3\u00d9\u2026\u00d9\u2019\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u017d\u00d9\u0192\u00d9\u2026 \u00d9\u02c6\u00d8\u00a3\u00d8\u00b9\u00d9\u2019\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d8\u00b6\u00d9\u017d\u00d9\u0192\u00d9\u008f\u00d9\u2026 \u00d8\u00ad\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d9\u2026\u00d9\u0152 \u00d8\u00b9\u00d9\u017d\u00d9\u201e\u00d9\u017d\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d9\u0192\u00d9\u008f\u00d9\u2026 \u00d9\u0192\u00d9\u017d\u00d8\u00ad\u00d9\u008f\u00d8\u00b1\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d8\u00a9 \u00d9\u0160\u00d9\u02c6\u00d9\u2026\u00d9\u0090\u00d9\u0192\u00d9\u008f\u00d9\u2026 \u00d9\u2021\u00d9\u017d\u00d8\u00b0\u00d9\u017d\u00d8\u00a7\u00d8\u0152 \u00d9\u0081\u00d9\u0160 \u00d8\u00b4\u00d9\u2021\u00d8\u00b1\u00d9\u0090\u00d9\u0192\u00d9\u008f\u00d9\u2026\u00d9\u2019 \u00d9\u2021\u00d9\u017d\u00d8\u00b0\u00d9\u017d\u00d8\u00a7\u00d8\u0152 \u00d9\u0081\u00d9\u0160 \u00d8\u00a8\u00d9\u201e\u00d9\u017d\u00d8\u00af\u00d9\u0090\u00d9\u0192\u00d9\u008f\u00d9\u2026 \u00d9\u2021\u00d9\u017d\u00d8\u00b0\u00d9\u017d\u00d8\u00a7\u00ef\u00bb\u00bf\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya: Darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulankamu ini, negeri kamu ini. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaan adalah menceroboh prinsip penghormatan tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau darurat kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2014/610-fatwa-pendermaan-jasad-si-mati-untuk-tujuan-penyelidikan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16106", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2006 yang telah bersidang pada 12 Disember 2006 telah membincangkan \nHukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat.\n Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peraturan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah penggunaan dilakukan mengikut syara\u2019.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/757-hukum-melakukan-samak-najis-mughallazah-menggunakan-sabun-tanah-liat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16105", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2006 yang bersidang pada 12 Disember 2006 telah membincangkan \nPenggunaan Wang Zakat Di Bawah Asnaf Fi Sabilillah Bagi Membiayai Emolumen Kakitangan Unit Guaman Syar\u2019ie Dan Ibu Tunggal, Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor\n. Mesyuarat telah memutuskan supaya perkara ini perlu merujuk kepada Keputusan Fatwa pada 26-27 Jun 2006 seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Jawatan yang dikategorikan menepati asnaf fi sabilillah ialah semua kakitangan yang ditempatkan di Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pengurusan Masjid, Bahagian Pengurusan Dakwah, Masjid Negeri Selangor, Institut Latihan dan Dakwah Selangor, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ihsan Majlis Agama Islam Selangor, Pusat Pemurnian Aqidah Baitul Iman Majlis Agama Islam Selangor dan Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Manakala jawatan yang tidak menepati asnaf fi sabilillah ialah di Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Pengurusan Jabatan Agama Islam, Bahagian Perundangan Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Perundangan Syara\u2019 Jabatan Agama Islam Selangor dan Bahagian Sistem Maklumat di Jabatan Mufti Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Bagi mengatasi beberapa jawatan yang tidak menepati asnaf fi sabilillah disyorkan supaya Majlis Agama Islam Selangor membayar emolumen kakitangan tersebut dengan wang Baitul Mal atau peruntukan geran dari Kerajaan Negeri.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/756-fatwa-penggunaan-wang-zakat-di-bawah-asnaf-fi-sabilillah-bagi-membiayai-emolumen-kakitangan-unit-guaman-syar-ie-dan-ibu-tunggal-bahagian-perundangan-keluarga-jabatan-agama-islam-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16104", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2006 yang bersidang pada 12 Disember 2006 telah membincangkan\n Penggunaan Wang Zakat Di Bawah Asnaf Fi Sabilillah Bagi Membiayai Emolumen Kakitangan Unit Perundangan Keluarga Di Pejabat Agama Islam Daerah Dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor.\n Mesyuarat telah memutuskan supaya perkara ini perlu merujuk kepada Keputusan Fatwa pada 26-27 Jun 2006 seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Jawatan yang dikategorikan menepati asnaf fi sabilillah ialah semua kakitangan yang ditempatkan di Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pengurusan Masjid, Bahagian Pengurusan Dakwah, Masjid Negeri Selangor, Institut Latihan dan Dakwah Selangor, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ihsan Majlis Agama Islam Selangor, Pusat Pemurnian Aqidah Baitul Iman Majlis Agama Islam Selangor dan Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Manakala jawatan yang tidak menepati asnaf fi sabilillah ialah di Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Pengurusan Jabatan Agama Islam, Bahagian Perundangan Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Perundangan Syara\u2019 Jabatan Agama Islam Selangor dan Bahagian Sistem Maklumat di Jabatan Mufti Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Bagi mengatasi beberapa jawatan yang tidak menepati asnaf fi sabilillah disyorkan supaya Majlis Agama Islam Selangor membayar emolumen kakitangan tersebut dengan wang Baitul Mal atau peruntukan geran dari Kerajaan Negeri.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/755-fatwa-penggunaan-wang-zakat-di-bawah-asnaf-fi-sabilillah-bagi-membiayai-emolumen-kakitangan-unit-perundangan-keluarga-di-pejabat-agama-islam-daerah-dan-bahagian-perundangan-keluarga-jabatan-agama-islam-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16103", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2006 yang bersidang pada 12 Disember 2006 telah membincangkan \nIsu Pencucian Pasir Bercampur Najis Babi Di Sungai Garing, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Pasir yang dicuci dengan menggunakan air takungan dari kandang babi adalah mengandungi najis mughallazah dan tidak halal penggunaanya\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/754-fatwa-isu-pencucian-pasir-bercampur-najis-babi-di-sungai-garing-mukim-rawang-daerah-gombak-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16102", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2006 yang bersidang pada 2 Oktober 2006 telah membincangkan \nPenggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Islam menitikberatkan kebersihan namun produk-produk yang dihasilkan atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal di makan, tetapi sekiranya ia mendatangkan mudarat, penggunaannya adalah dilarang oleh Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Oleh itu, sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan atau yang memberi kemudaratan kepada manusia adalah haram digunakan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/730-fatwa-penggunaan-anggota-atau-unsur-haiwan-yang-haram-dimakan-selain-daripada-anjing-dan-babi-untuk-tujuan-kosmetik"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16101", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2006 yang bersidang pada 5 September 2006 telah membincangkan \nHukum Menggunakan Debu Tanah Tayammum Yang Telah Disterilkan (Dinyahkuman)\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Harus menggunakan debu tanah yang telah disterilkan (dinyahkuman) dengan menggunakan proses irradiasi untuk kegunaan bertayammum.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Sah bertayammum dengan menggunakan debu tanah yang telah disterilkan kerana ianya menepati Syariat Islam. Walau bagaimanapun, syarikat pengeluar dinasihatkan agar menggunakan pek yang lebih kecil (satu pek bagi setiap kegunaan) agar kegunaannya lebih kompetitif sesuai dengan syarat sah tayammum.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/729-hukum-menggunakan-debu-tanah-tayammum-yang-telah-disterilkan-dinyahkuman"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16100", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2006 yang bersidang pada 5 September 2006 telah membincangkan \nPelaksanaan Istibdal Tanah Wakaf Di Lot 6684, Teluk Gadong Dengan Membeli Tanah Untuk Penambahan Kawasan Masjid Nurul Iman, Teluk Gadong Di Atas Sebahagian Lot 6094, Mukim Klang\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Mengekalkan niat asal pewakaf dengan membina sebuah masjid di lot 6684, Teluk Gadong yang diwakafkan khas untuk masjid. Di samping itu, manfaat daripada bangunan yang akan dibina di tapak yang sama hendaklah disalurkan kepada masjid tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/728-fatwa-penggunaan-wang-skim-saham-wakaf-selangor-dan-wang-manfaat-wakaf-selangor-2"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16099", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2006 yang bersidang pada 5 September 2006 telah membincangkan \nPenggunaan Wang Skim Saham Wakaf Selangor dan Wang Manfaat Wakaf Selangor\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian atau pembiayaan aset kekal. Manakala Wang Manfaat Wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Majlis Agama Islam Selangor disaran untuk mengasingkan antara pecahan perbelanjaan aset wakaf dengan perbelanjaan wang Manfaat Wakaf yang keseluruhannya sebanyak 22 item sepertimana yang dicadangkan, agar penggunaanya nanti lebih tepat dan jelas. Di samping itu, hendaklah dipastikan bahawa item yang telah termasuk dalam asnaf zakat seperti fakir, miskin dan fii sabilillah tidak terkandung dalam item perbelanjaan Wang Manfaat Wakaf.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/727-fatwa-penggunaan-wang-skim-saham-wakaf-selangor-dan-wang-manfaat-wakaf-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16098", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah membincangkan \nHukum Wine Vinegar (cuka wain)\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nBahawa haram menggunakan cuka wain (Wine Vinegar) atau seumpamanya yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain atau seumpamanya kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/726-hukum-wine-vinegar-cuka-wain"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16097", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah membincangkan \nHukum Pelantikan Hakim Syar\u2019ie Wanita\n.\n Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Wanita tidak harus memegang jawatan sebagai hakim syar\u2019ie. Ini berdasarkan dalil-dalil seperti berikut maksudnya : \u201c Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal bertanggungjawab terhadap kaum wanita oleh kerana Allah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaannya) atas orang-orang perempuan. Dan juga kerana orangorang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Manakala sabda Rasulullah Shollallahu \u2018Alaihi Wassalam : bermaksud \u201c sesuatu bangsa yang dipimpin oleh wanita tidak akan berjaya \u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/725-hukum-pelantikan-hakim-syar-ie-wanita"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16096", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah membincangkan \nPembiayaan Elaun Kakitangan Kompleks Wawasan Balkis dan Menggunakan Wang Zakat Dari Dana Riqab\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Tidak harus menggunakan wang zakat dari dana riqab untuk pembiayaan elaun kakitangan kompleks BALKIS. Ini adalah kerana kakitangan yang bertugas tidak termasuk di dalam asnaf riqab. Adalah disyorkan supaya Majlis Agama Islam Selangor membayar elaun kakitangan tersebut dengan wang Baitul Mal atau peruntukan geran dari kerajaan Negeri.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/724-fatwa-pembiayaan-elaun-kakitangan-kompleks-wawasan-balkis-dan-menggunakan-wang-zakat-dari-dana-riqab"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16095", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah membincangkan \nPengesahan Aktiviti Agihan Dari Dana Faqir Miskin 2005 Dalam Konteks Zat dan Manfaat\n.\n Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Harus melaksanakan aktiviti agihan untuk asnaf fii sabilillah faqir miskin dalam bentuk zat dan manfaat mengikut keperluan kecuali apabila terdapat sebarang masalah yang berbangkit.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Lembaga Zakat Selangor hendaklah memberi penekanan terhadap pengkayaan jiwa melalui pelbagai program.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \u00a0\nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/723-fatwa-pengesahan-aktiviti-agihan-dari-dana-faqir-miskin-2005-dalam-konteks-zat-dan-manfaat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16094", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah membincangkan \nPembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Bayaran Emolumen Pegawai Kontrak Majlis Agama Islam Selangor\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Jawatan yang dikategorikan menepati asnaf fii sabilillah ialah semua kakitangan yang ditempatkan di Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pengurusan Masjid, Bahagian Pengurusan Dakwah, Masjid Negeri Selangor, Institut Latihan dan Dakwah Selangor, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ihsan Majlis Agama Islam Selangor, Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman Majlis Agama Islam Selangor Dan Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Manakala jawatan yang tidak menepati asnaf fii sabilillah ialah di Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Pengurusan Jabatan Agama Islam, Bahagian Perundangan Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Perundangan Syara\u2019 Jabatan Agama Islam Selangor dan Bahagian Sistem Maklumat di Jabatan Mufti Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Bagi mengatasi beberapa jawatan yang tidak menepati asnaf fi sabilillah disyorkan supaya Majlis Agama Islam Selangor membayar emolumen kakitangan tersebut dengan wang Baitul Mal atau peruntukan geran dari Kerajaan Negeri.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/722-fatwa-pembiayaan-peruntukan-zakat-untuk-bayaran-emolumen-pegawai-kontrak-majlis-agama-islam-selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16093", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2006 yang bersidang pada 18 April 2006 telah membincangkan \nPembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Skim Pelan Takaful Berkelompok Bagi Menggantikan Pelan Persaraan Kakitangan Lantikan Majlis Agama Islam Selangor\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak harus menggunakan peruntukan zakat untuk Pembiayaan Skim Pelan Takaful Berkelompok bagi menggantikan Pelan Persaraan kakitangan lantikan Majlis Agama Islam Selangor dan mencadangkan supaya pembiayaan tersebut menggunakan peruntukan Baitul Mal.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/721-fatwa-pembiayaan-peruntukan-zakat-untuk-skim-pelan-takaful-berkelompok-bagi-menggantikan-pelan-persaraan-kakitangan-lantikan-majlis-agama-islam-selango\nr"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16092", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2006 yang bersidang pada 18 April 2006 telah membincangkan tentang \nPembiayaan Peruntukan Dana Zakat Bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Untuk Kakitangan Lantikan Majlis Agama Islam Selangor Dan Anak Syarikat\n. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak harus menggunakan peruntukan zakat bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan untuk kakitangan lantikan Majlis Agama Islam Selangor dan anak syarikat melainkan kakitangan berkenaan termasuk dalam golongan asnaf yang perlu diberi bantuan. Adalah dicadangkan supaya pihak MAIS melantik kakitangan yang sedia mempunyai kepakaran dalam bidang yang diperlukan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/720-fatwa-pembiayaan-peruntukan-dana-zakat-bagi-skim-latihan-dalam-perkhidmatan-untuk-kakitangan-lantikan-majlis-agama-islam-selangor-dan-anak-syarikat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16091", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2006 yang bersidang 18 April 2006 telah berbincang tentang \nPembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Kemudahan Perubatan Bagi Kakitangan Majlis Agama Islam (MAIS)\n. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak harus menggunakan peruntukan zakat untuk pembiayaan kemudahan perubatan bagi kakitangan MAIS dan mencadangkan supaya pembiayaan tersebut menggunakan peruntukan Baitul Mal.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/719-fatwa-pembiayaan-peruntukan-zakat-untuk-kemudahan-perubatan-bagi-kakitangan-majlis-agama-islam-selangor-mais"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16090", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 1/2006 yang bersidang pada 21 Februari 2006 telah membincangkan\u00a0\nHukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day\n. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:\n\n\nAmalan merayakan perayaan Valentine\u2019s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalan yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.\n\n\nOrang Islam yang bertindak dengan cara menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufi yang dinyatakan atau dibenarkan melalui fatwa ini, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16089", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2014 yang bersidang pada 8 April 2014 bersamaan 8 Jamadil Akhir 1435H berkaitan \nFatwa Kuantifikasi Dan Stabiliti DNA Babi Yang Diekstrak Daripada Daging Campuran Dan Produk Diproses Menggunakan \nTaqman Real Time Polymerase Chain Reaction Assay\n \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Berdasarkan dapatan penyelidikan tersebut ahli mesyuarat mendapati bahawa DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ianya disengajakan atau berlaku secara tidak sengaja dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan boleh diketahui sekiranya ia berlaku melalui sentuhan secara fizikal. Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang tertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Ahli mesyuarat berpandangan bahawa dalam penghasilan atau pemprosesan sesuatu produk halal, pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi dan sekiranya sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategorikan sebagai halal berasaskan \numum al-balwa.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Walau bagaimanapun, dalamproses produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk, maka ahli mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa dalam keadaan ini ia adalah dikategorikan sebagai umum\n al-balwa\n dan hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan tidak dapat dielakkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2014/611-fatwa-kuantifikasi-dan-stabiliti-dns-babi-yang-diekstrak-daripada-daging-campuran-dan-produk-diproses-menggunakan-taqman-real-time-polymerase-chain-reaction-assay"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16088", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2014 yang bersidang pada 8 April 2014 bersamaan 8 Jamadil Akhir berkaitan \nFatwa Mendirikan Bangunan Komersial Di Atas Tapak Wakaf Masjid\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nTapak wakaf bersebelahan masjid mala (Majid Jamek ar-Riduan, Jeram, Selangor di atas tanah\u00a0lot 10) hendaklah diistibdal mengikut nilai semasa dan hasil jualannya dipindahkan ke mana-mana pembelian tapak masjid baru di dalam Negeri Selangor.\n\n\nTapak masjid lama yang sedia ada hendaklah dipastikan pemilik tanah tersebut terlebih dahulu. Adalah disyorkan pihak masjid berurusan dengan Pejabat Daerah/Tanah dan MAIS bagi pengambilan dan pemilikan tanah tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nNota: Fatwa ini berkaitan dengan Fatwa dalam MJKFNS Kali ke-6/2013 pada 20/11/13.\n\n\n\u00a0\n\n\n(Fatwa membina bangunan serbaguna / premis komersial atau seumpamanya di atas tanah wakaf masjid serta hasil kutipan sewa bangunan untuk faedah aktiviti masjid (Kajian Masjid Jamiur Ridhwan, Jeram, Selangor)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16087", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-1/2014 yang bersidang pada 4 Februari 2014 bersamaan 4 Rabiul Akhir 1435H berkaitan memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus melaksanakan Wakaf \nMuaqqat \n(bertempoh) dan Wakaf \nZurri \n(keluarga) tertakluk kepada \nsighah 'aqad\n \nwakaf\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16086", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-4/2015 yang bersidang pada 19 Oktober 2015 bersamaan 6 Muharram 1437H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke dalam KWSP-Islamik;\n\n\nPencarum yang beragama Islam wajib mencarum dalam akaun KWSP-Islamik; dan\n\n\nPihak KWSP hendaklah mengamalkan pelaburan yang patuh syariah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16085", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-4/2015 yang bersidang pada 19 Oktober 2015 bersamaan 6 Muharram 1437H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus melupuskan al-Quran dan bahan cetakan agama melalui proses \n\u2018deinking\u2019\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16084", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-3/2015 yang bersidang pada 11 Ogos 2015 bersamaan 26 Syawwal 1436H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus menjalani rawatan estetik dan pembedahan plastik di sisi Islam dengan syarat tiada kemudharatan kepada kesihatan dan tidak merubah ciptaan Allah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16083", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-3/2015 yang bersidang pada 11 Ogos 2015 bersamaan 26 Syawwal 1436H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus mengekalkan kebenaran mendirikan solat Jumaat di mana-mana tempat yang diberikan kebenaran sementara sekalipun tidak dapat melaksanakan solat Jumaat secara berterusan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16082", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3/2015 yang bersidang pada 11 Ogos 2015 bersamaan 26 Syawwal 436H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nWajib mengeluarkan zakat perniagaan ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang beroperasi di Negeri Selangor sepertimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor Kali Ke-4/2008 pada 27 Ogos 2008 dan Kali Ke-4/2013 pada 9 September 2013."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16081", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2015 yang bersidang pada 7 April 2015 bersamaan 17 Jumadal Akhir 1436H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nMemperakukan Garis Panduan Hiburan dalam Islam edisi kedua yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16080", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2015 yang bersidang pada 7 April 2015 bersamaan 17 Jumadal Akhir 1436H memutuskan bahawa:\n\n\nVaksin Menactra\n\u00ae tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui daripada aspek syarak serta tiada perkongsian saluran pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal. Oleh itu penggunaan atau pengambilan \nVaksin Menactra\n\u00ae adalah diharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16079", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2015 yang bersidang pada 7 April 2015 bersamaan 17 Jumadal Akhir 1436H memutuskan bahawa:\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nJenazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti \nVirus Ebola (Ebola Virus Disease : EVD) \nhendaklah diuruskan melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya seperti melakukan tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\nJawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga menerima untuk menggunapakai keputusan kebangsaan sehingga ada kajian yang khusus berkaitan dengan \nEbola Virus Disease \ndi masa akan datang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16078", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-1/2015 yang bersidang pada 3 Mac 2015 bersamaan 12 Jumadal Ula 1436H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nSemua permainan golf yang mempunyai unsur perjudian seperti cara permainan \n\u2018Pool\u2019, \u2018Baccarat\u2019, \u2018Skin\u2019, \u2018Las Vegas\u2019\n dan sebagainya adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16077", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-1/2015 yang bersidang pada 3 Mac 2015 bersamaan 12 Jumadal Ula 1436H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPelaburan yang dijalankan oleh Syarikat \nMecca Fund Global\n adalah haram kerana mengandungi unsur gharar dan jelas bertentangan dengan hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16076", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-1/2015 yang bersidang pada 3 Mac 2015 bersamaan 12 Jumadal Ula 1436H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPenggunaan Mikro Organisma Terubahsuai iaitu \nLactic Acid Bacteria\n yang diperolehi daripada \n\u201fIntestines Of Human Adult\u201d\n (usus orang dewasa) dalam teknologi baru penghasilan \nMonosodium Glutamat\n (MSG) hukumnya adalah harus.\n\n\n\u00a0\n\n\nNota: Keputusan ini berkaitan MJKFNS Kali Ke-2/2014 bertarikh 8/4/2014."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16074", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada\u00a02 April 2001 telah membincangkan mengenai Zakat Penggajian dan memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Zakat ke atas pendapatan dan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0Penggajian adalah bayaran yang dierima oleh seseorang sebagai gaji atau upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk elaun dan imbuhan atau bonus daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional dan bukan profesional.\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh Warta: 26 April 2001\n\n\nNo. Warta: 132"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16073", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2009 yang bersidang pada 22 Oktober 2009 telah membincangkan mengenai\u00a0Ajaran Taslim atau Ajaran Haji Ahmad/Muhammad Matahari dan memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bahawa Ajaran Taslim atau Ajaran Haji Ahmad/Muhammad Matahari didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut dan orang Islam yang menggamalkannya boleh dikenakan undang-undang. Di antara cirri-ciri ajaran ini ialah :\n\n\n(i) Menyerah diri, anak, isteri dan harta kepada Rasulnya atau penggantinya yang berada di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang;\n\n\n(ii) Tidak perlu sembahyang kerana Allah akan bersama-sama / berserta tubuh badan kita, iaitu apabila mngucap;\u00a0\n\n\n(iii) Menolak lapan buah hadis mengenai perkara Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w. iaitu mengenai pensyariatan atau kewajipan menunaikan solat lima waktu dan menggangap hadith tersebut adalah bohong dan rekaan sahaja;\n\n\n(iv) Islamnya seseorang itu hanya sah apabila dia berjumpa dengan Rasul di Kampung Seronok;\n\n\n(v) Menggagap dirinya (Haji Ahmad Matahari atau Haji Muhammad Syafie) sebagai pengganti Rasulullah s.a.w setelah baginda wafat;\n\n\n(vi) Menggangap Kitab Al-Quran adalah karangan manusia dan mushaf yang sebenar dan asli hanya dimiliki oleh Rasul di Pulau Pinang;\n\n\n(vii) Beranggapan bahawa hari Jumaat merupakan hari pertemuan Nabi Adam dan Hawa yakni waktu berjimak pada waktu Zohor;\n\n\n(viii) Melakukan upacara ratib;\n\n\n(ix) Menunaikan haji hanyalah cukup atau sekadar dengan mendaki Bukit Payong di Byan Lepas, Pulau Pinang;\n\n\n(x) Bernikah secara batin;\n\n\n(xi) Beriktikad bahawa dalam diri manusia mempunyai 2 perkara iaitu diri batin dan diri zahir;\n\n\n(xii) Percaya bahawa ala mini bersifat qadim dan bukannya baru;\n\n\n(xiii) Ayat-ayat Al-Quran ditafsirkan mengikut nafsu dirinya sendiri;\n\n\n(xiv) Menolak beberapa perkara ghaib seperti wujudnya syurga, neraka dan hari kiamat;\n\n\n(xv) Sembahyang dilakukan secara niat dan tidak perlu kepada perbuatan dan bacaan (fe\u2019li dan qauli)\n\n\n(xvi) Menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum; dan\n\n\n(xvii) Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran dan fahaman tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah.\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh Warta: 9 Disember 2010"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16072", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 7 Januari 2010 telah\u00a0membincangkan\u00a0mengenai Ajaran\u00a0Tok Husin Janggut/Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana dan memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nBahawa Ajaran Tok Husun Janggut / Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut dan orang Islam yang menggamalkannya boleh dikenakan tindakan undang-undang. Di antara cirri-ciri ajaran ini ialah :\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Tidak menggamalkan Syariat Islam seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan lain-lain;\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Merasakan dirinya telah mencapai tahap martabat atau darjat \u201dilmu hakikat\u201d iatu suati tahap di mana diri telah menjadi suci dan tidak perlu lagi melakukan ibadah sembahyang;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Berpegang dan menjadikan kitab ad Dur an Nafis sebagai rujukan utama (buku ini dari sudut akidah telah menyeleweng dari pengangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah dan telah diwartakan haram oleh JAKIM kerana berpegang dengan ajaran Wahdatul Wujud) dan juga kitab Syarh Usul al Tahqiq sebagai kitab rujukan kedua;\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Mengatakan dirinya tuhan seperti pengakuan yang dibuat olehnya dalam sesi soal siasat bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Mufti, seperti \u201cYang dok bercakap nil ah Tuhan / Allah\u2026.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n(v) Berpegang kepada konsep La Haula Wala Quwata I\u2019la Billah al-A\u2019liy al-A\u2019zim iaitu manusia tiada daya upaya untuk bergerak hattan walaupun untuk pergi membuang air besar. Semuanya berlaku adalah kerana wujudnya Allah dalam diri manusia sehinggakan di dalam diri binatang sekalipun;\n\n\n\u00a0\n\n\n(vi) Mengaku dirinya sudah tidak mempunyai iman / tidak beriman;\n\n\n\u00a0\n\n\n(vii) Berpegang kepada konsep Wahdatul Wujud iaitu menyamakan sifat dan zat Allah dengan benda baru atau makhluk ciptaan-Nya sedangkan Allah bersifat \u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d8\u00b3 \u00d9\u0192\u00d9\u2026\u00d8\u00ab\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b4\u00d8\u00a6 :\n\n\n\u00a0\n\n\n(viii) Manusia tidak boleh menyebut kalimah Allah kerana sekiranya disebut akan menjadi syirik; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(ix) Mempersoalkan kalimah \u201cAllah\u201d sama ada Ia disembah pada namanya \u201cAllah\u201d atau pada hurufnya \u201calif lam lam ha\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh Warta: 29 April 2010\n\n\nNo. Warta: 239"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16070", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 30 September 2005 telah membincangkan\u00a0mengenai Buku \u201cDilema Umat Islam -Antara Hadis Dan Al-Quran\u201d karangan Kassim Ahmad keluaran Forum Iqra\u2019 dan memutuskan\u00a0seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bahawa isi kandungan buku \u201cDilema Umat Islam-Antara Hadis Dan Al-Quran\u201d karangan Kassim Ahmad keluaran Forum Iqra\u2019 adalah diharamkan di Negeri Pulau Pinang.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Fahaman dan amalan ini, perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang kerana percanggahan yang terdapat di dalam buku tersebut meliputi keterangan-keterangan dalam isi kandungannya yang mana antara lain seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.\u00a0Fahaman bahawa hadith yang mentafsir Al-Quran adalah meragukan. Ini menyebabkan pentafsiran ayat Al-Quran menjadi kabur.\n\n\n2.2.\u00a0Menolak hadith yang mengiktiraf golongan para ulama\u2019 sebagai pewaris para Nabi.\n\n\n2.3. Mempertikai hukuman bunuh terhadap golongan murtad, manakala hukuman rejam sampai mati dikatakan berasal dari ajaran Kitab Taurat.\n\n\n2.4. Kesalahan dalam mentafsirkan serta menghuraikan ayat-ayat Al-Quran.\n\n\n2.5. Salah di dalam memahami serta menghuraikan maksud sebenar sesuatu hadith.\n\n\n2.6. Mendakwa kisah nabi Isa a.s diangkat ke langit serta penurunan di akhir zaman adalah berasal daripada ajaran Kitab Injil.\n\n\n2.7. Mendakwa bahawa pensyariatan solat lima waktu sehari semalam di malam Isra\u2019 Mikraj bersalahan dengan ajaran Al-Quran dan fakta sejarah.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Oleh itu, mana-mana orang islam yang berpegang kepada fahaman dan amalan kandungan tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Alhli Sunnah Wal Jama\u2019ah yang meliputi:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Mengajar, mengamal dan menyebarkan fahaman dan amalan kandungan buku tersebut;\u00a0\n\n\n(b) Menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahan-bahan publisiti atau apa-apa sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah yang boleh membawa penyebaran fahaman dan amalan tersebut\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh Warta: 27 Oktober 2005\n\n\nNo. Warta: 22"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16069", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Syariah Negeri Pulau\u00a0Pinang pada 26 Disember 2003 telah membincangkan\u00a0mengenai Ajaran Azhar bin Wahab dan memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar ; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan Ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh Warta: 29 Januari 2004\n\n\nNo. Warta: 55"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16068", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Syariah Negeri Pulau Pinang pada 30\u00a0Disember 2003 telah membincangkan\u00a0mengenai Buku-Buku Tulisan Rasul Dahri dan memutuskan\u00a0seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bahawa buku-buku tulisan Encik Rasul Dahri adalah diharamkan di Negeri Pulau Pinang sebagaimana pengharamannya di peringkat kebangsaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0Buku-buku tersebut adalah :\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Tajuk ; Bahaya Taqlid Buta Dan Ta'sub Mazhab\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Penulis : Rasul Dahri\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Tajuk : Imam Syafie (Rahimahullah) Mengharamkan Kenduri Arwah Tahlilan,\u00a0Yasinan Dan Selamatan\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penulis : Rasul Dahri\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Tajuk : Amalan-Amalan Bid'ah Pada Bulan Sya'ban\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penulis : Rasul Dahri\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Tajuk : Hukum Mengenai Rokok Dan Mencukur Janggut\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penulis : Rasul Dahri\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu\n\n\n\u00a0\n\n\n(v) Tajuk : Bahaya Tariqat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Penulis : Rasul Dahri\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu\n\n\n\u00a0\n\n\n(vi) Tajuk : Setiap Bid'ah Menyesatkan\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penulis : Rasul Dahri\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penerbit : Pertniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu\n\n\n\u00a0\n\n\n(vii) Tajuk : Persoalan Bid'ah Dan Percanggahannya\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penulis : Rasul Dahri\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Pengharaan buku-buku ini adalah kerana didapati boleh :\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Bercanggah dengan Garis panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) (i) Memprogandakan akidah, hukum dan jaran yang bercanggah dengan Mazhab Ahli\u00a0\u00a0\u00a0Sunnah Wal Jama\u2019ah.\n\n\n\u00a0(ii) Menyebarkan kenyataan yang menggemparkan fikiran orang ramai dan\u00a0menimbulkan keraguan dan kegelisahan masyarakat awam.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar kandungan buku tersebut adalah dilarang sama sekali.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Pengharaman ini juga meliputi untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran dan isi kandungan buku-buku tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh Warta: 15 Januari 2004\n\n\nNo. Warta: 50"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16067", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada 19 September 2003 telah membincangkan mengenai\u00a0Ajaran\u00a0Perjalanan 21 Laduni Rahmatullah (Ajaran Ismail bin Harun) dan memutuskan seperti\u00a0berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bahawa Ajaran dan Fahaman Perjalanan 21 Laduni Rahmatullah (Ajaran Ismail bin Harun) adalah bercanggah dan menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan percanggahan yang terdapat di dalam ajaran tersebut meliputi beberapa perkara tersebut :\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1 Di antara Ajarannya :\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.1 Kumpulan ajaran yang dipimpin oleh Ismail bin Harun ini dinamakan\u00a0Laduni kerana ilmu ajaran ini adalah suatu ilmu yang terlalu rahsia dan hanya\u00a0diketahui oleh beliau (Ismail bin Harun) dan Allha sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.2\u00a0Ismail mendakwa bahawa ilmu ini diberitahu oleh Allah s.w.t yang sentiasa berada dengannya secara terus sebagai saksi dengan gelaran Yang Mulia Rabbul Jalil Habibullah Haji Ismail As-Siddiq r.a.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.3\u00a0Melalui ajaran perjalanan tersebut, Ismail mendakwa dapat memberi apa sahaja yang dipohon atau dipinta oleh pengikutnya dengan mendakwa bahawa (Ismail bin Harun) maha mengetahui.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.4\u00a0Ismail dikatakan mula mendapat ilmu Laduni Rahmatullah ketika berumur 45 tahun dan mula mendapat ilmu tersebut pada waktu petang di mana beliau mendakwa bahawa Malaikat Jibrail telah datang dan menyampaikan wahyu kepadanya semasa beliau dalam keadaan sedar dan jaga.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.5\u00a0Beliau mendakwa bahawa beliau diajar dan dididik oleh wali-wali Allah. Diantara wali-wali yang datang kepadanya ialah bernama Al-Mutalib-bangsa Arab, Tok Janggut, Lukman Al-Hakim dan Habib Nuh. Beliau juga mendakwa bahawa Rasulullah dan empat orang sahabat Baginda telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga beliau mencapai tahap yang tertinggi iaitu Rabbul Jalil.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.6 Kalimah \"Salamun Khairan Kathira, Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahimmakutullah, Tiada hak bagiku yang berhak itu Allah, tiada kuasa bagiku yang berkuasa itu Allah, apa kataku kata Allah, Tiada lain hanya Allah\" hendaklah dibaca dan diamalkan oleh pengikut sebagai zikir harian.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.7\u00a0Mendakwa diri sebagai Hakim Kaabah Rabbul Jalil dan sesiapa yang hendak pergi menunaikan haji perlu menghakimkan terlebih dahulu kepada Ismail Harun untuk mendapatkan kepastian sama ada seseorang itu akan mendapat haji mabrur atau tidak.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.8\u00a0Mendakwa Allah s.w.t. dan Rasulullah saw datang mengajar di rumahnya melalui tubuh badan dua orang anak muridnya iaitu Mat Deraman dan Ghazali bin Mohd. Hashim.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.9\u00a0Pembelian Al-Quran mestilah dirujukkan kepada beliau untuk mendapatkan 'hikmah' melalui proses tertentu yang dijalankan oleh beliau sendiri.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.10\u00a0Beliau mendakwa kepada pengikutnya sekiranya keluar dari ajaran ini, mereka akan mendapat bencana seperti mati atau gila dan bagi pengkut yang menarik diri daripada ajaran ini, mereka tidak akan diterima oleh Allah dan tempatnya adalah neraka.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.11\u00a0Beliau juga mendakwa mempunyai kuasa untuk mematikan atau memanjangkan hayat seseorang itu apabila mempelajari ilmu perjalanan 21 Laduni Rahmatullah ini. Beliau turut mendakwa boleh berkomunikasi secara terus dengan Allah.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.12\u00a0Mendakwa setiap manusia mempunyai roh syirik dan perlu membersihkan diri dengan cara mempelajari ilmu Ajaran perjalanan 21 Laduni Rahmatullah. Beliau juga mendakwa bahawa dosa seseorang itu akan terhapus sekiranya berguru dengannya.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.13\u00a0Beliau mendakwa bahawa tanpa beliau dunia akan kiamat kerana dengan ilmu perjalanan 21 Laduni Rahmatullah ini mampu melambatkan kedatangan hari kiamat.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.14\u00a0Setiap pengikutnya turut dianugerahi wali olehnya mengikut tahap kepatuhan ilmu yang dipelajari tersebut. Setiap tindakan dan geraklaku harian mereka mestilah merujuk kepada wali-wali tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1.15\u00a0Tidak membenarkan ahli-ahlinya membaca ayat Kursi dan Surah Yasin kerana\u00a0mendakwa ianya tidak mempunyai apa-apa kelebihan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.2\u00a0Cara Pengajaran\n\n\n\u00a0\n\n\n2.2.1\u00a0Dalam ajarannya, mengatakan bahawa pertalian Nabi Khidir dengan Nabi Musa adalah seperti talian yang Mulia (Ismail Harun) dengan hubungan mereka (murid-murid).\n\n\n\u00a0\n\n\n2.2.2 Mengatakan Nabi Khidir iti ialah Allah kerana mempunyai Sifatullah.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.2.3 Setiap pngikut yang berjumpa dengannya perlu bersalam dengannya yang duduk di atas katil. Tidak boleh duduk di sebelah kanannya kerana mendakwa ada Rasulullah saw dan di sebelah kirinya terdapat empat orang sahabat.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar ajaan ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah s.w.t..\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran dab fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah -\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) untuk mengajar,mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebakan ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam Ajaran dan Fahaman Perjalanan 21 Laduni Rahmatullah (Ajaan Ismail bi Harun).\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan ajaran atau fahaman atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0Fatwa di bawah seksyen 36 yang telah disiarkan pada 5 Disember 2002 adalah dimansuhkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh Warta: 25 September 2003\n\n\nNo. Warta: 289"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16066", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah\u00a0Negeri Pulau Pinang pada 12 April 2002 telah membincangkan mengenai\u00a0Buku Solat Ahlul Sunnah Yang Tidak Mengikut Al-Quran (Jawapan Kepada Geng Anti-Ulama') dan memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bahawa isi kandungan Buku Solat Ahlul Sunnah Yang Tidak Mengikut Al-Quran (Jawapan Kepada Geng Anti-Ulama') adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pengangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah serta menjadi ancaman kepada perpauan ummah, keutuhan, perpaduan bangsa dan keamanan Negara.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Isi kandungan buku ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan percanggahan dan penyelewengan yang terdapat di dalam buku tersebut khsusnya dari sudut Akidah dan Syariah Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada isi kandungan buku tersebut adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah. Larangan ini meliputi :\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran0ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam Buku Solat Ahlul Sunnah Yang Tidak Mengikut Al-Quran (Jawapan Kepada Geng Anti-Ulama') ; atau\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran isi kandungan buku tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh Warta: 9 Mei 2002\n\n\nNo. Warta: 10"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16065", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada 5 Mei 2000 telah membincangkan mengenai Buku \"Tiang Agama\" dan memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bahawa isi kandungan buku \u201cTiang Agama\u201d adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pengangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah\u201d dan menjadi ancaman kepada perpaduan umat, keutuhan, perpaduan bangsa dan keamanan Negara.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Isi kandungan buku ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di negeri Pulau Pinang berdasarkan percanggahan dan penyelewengan yang terdapat di dalam buku tersebut khususnya dari sudut akidah.\n\n\n\u00a0\n\n\nPenyelewengan Dari Sudut Akidah\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Mempertikailan dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh orang Islam.\n\n\n(Sila Lihat buku \u201cTiang agama\u201d muka surat 3,5,6,7,8,9,10,11,18,23)\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Menghina sahabat nabi SAW.\n\n\n(sila lihat buku \u201ctiang agama\u201d muka surat 5.6,7,9,12,14,15,17,28,29)\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Tidak merujuk kepada tafsir-tafsir al-Quran.\n\n\n(sila lihat buku \u201ctiang agama\u201d muka surat 32)\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Menghina pegangan dan iktikad ahli sunnah wal Jama\u2019ah\n\n\n(sila lihat buku \u201ctiang agama\u201d muka surat 3,11,33,34)\n\n\n\u00a0\n\n\n(v) Menghina Empat mazhab asas dalam islam\n\n\n(sila lihat buku \u201ctiang agama\u201d muka surat 33,34)\n\n\n\u00a0\n\n\n(vi) Mengehadkan fungsi dan peranan Rasulullah SAW kepada hanya penyampai ayat-ayat al-quran.\n\n\n(sila lihat buku \u201ctiang agama\u201d muka surat 9)\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Oleh itu, hanya-hanya orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada isi kandungan buku tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bertentangan pegangan ahli sunnah wal Jama\u2019ah. Larangan ini meliputi :\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Untuk mengajar, mempelajari, menggamal, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku \u201ctiang agama\u201d; atau\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Untuk menerbit apa-apa bentuk, versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau atas apa-apa bahan , sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran isi kandungan buku tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh Warta: 8 Jun 2000\n\n\nNo. Warta: 158"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16064", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2015 yang bersidang pada 29 April 2015 telah membincangkan tentang hukum mengenai Ajaran Tok Mat Janggut menurut pandangan syarak dan memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Muhamad Bin Othman (Tok Mat Janggut) telah menyeleweng daripada pendekatan biasa yang digunakan oleh ulama dalam pengajian akidah Islam bagi mengenal Allah S.W.T. iaitu dengan mengkehendaki semua orang mesti mengenal Allah s.w.t melalui kaedah yang dibawa olehnya, iaitu setiap orang perlu mengenal hakikat Allah S.W.T. iaitu sebagaimana yang terkandung dalam ungkapan \n\u201cwa ma rabbu al-`Alamin\u201d.\n Beliau juga menolak bahawa kaedah mengenal Allah S.W.T.\u00a0menerusi pengajian sifat 20.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Dia telah mewajibkan setiap orang agar mempelajari ilmu ketuhanan menurut pendekatan beliau, sedangkan mengikut ulama Ahlu Sunnah Wal Jama`ah seperti \nImam\n \nal-Ghazali\n, orang awam hanya dikehendaki men\ntasdiq\nkan Allah S.W.T. berdasarkan dalil-dalil yang mudah difahami sahaja dan mereka hanya patut menumpukan perhatian kepada aspek amal ibadat tanpa dibebankan dengan kewajipan memahami pendalilan akal yang rumit dan sukar difahami.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Dia menyatakan Allah S.W.T.\u00a0dengan menggunakan ungkapan \n\u0645\u0627\n sebagai ganti nama kepada Allah S.W.T. berpandukan ayat 23, surah al-Syuara': \n\u0642\u0627\u0644 \u0641\u0631\u0639\u0648\u0646 \u0648\u0645\u0627 \u0631\u0628 \u0627\u0644\u0639\u0627\u0644\u0645\u064a\u0646 \niaitu Allah disifatkan sebagai apa. Dia seorang jahil tentang agama dan tidak memahami bahasa Arab.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Dia menggunakan ungkapan \n\u0645\u0627 \u0631\u0628\u0643\n yang sebenar tiada lafaz tersebut di dalam hadis-hadis berkaiatan soalan yang ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam\u00a0kubur, iaitu malaikat menyoal hamba dengan ungkapan \n\u0645\u064e\u0646 \u0631\u0628\u0643\n sedangkan ayat di atas adalah merupakan ungkapan ayat yang digunakan oleh Firaun terhadap Nabi Musa a.s. yang dinukilkan dalam al-Quran.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Ungkapan \u201c\nma rabbuka\n\u201d sebenarnya tiada dalam lafaz hadis yang sahih kerana ungkapan yang betul ialah \u201c\nman rabbuka\n\u201d dan di antara Hadis Nabi s.a.w yang dimaksudkan ialah;\n\n\n\u00a0\n\n\n(a)\u00a0\u00a0\u0639\u0646 \u0627\u0644\u0628\u0631\u0627\u0621 \u0628\u0646 \u0639\u0627\u0632\u0628 \u062d\u064a\u0646\u0645\u0627 \u062a\u0643\u0644\u0645 \u0627\u0644\u0646\u0628\u064a - \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 - \u0639\u0646 \u0627\u0644\u0645\u0624\u0645\u0646 \u0648\u062a\u0639\u0631\u0636\u0647 \u0644\u0644\u0641\u062a\u0646\u0629 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0642\u0628\u0631 \u0641\u0642\u0627\u0644: ((\u0641\u064a\u0623\u062a\u064a\u0647 \u0645\u0644\u0643\u0627\u0646 \u0634\u062f\u064a\u062f\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0627\u0646\u062a\u0647\u0627\u0631\u060c \u0641\u064a\u064e\u0646\u062a\u0647\u0631\u0627\u0646\u0647 \u0648\u064a\u064f\u062c\u0644\u0633\u0627\u0646\u0647\u060c \n\u0641\u064a\u0642\u0648\u0644\u0627\u0646 \u0644\u0647: \u0645\u064e\u0646 \u0631\u0628\u0643\u061f \u0645\u0627 \u062f\u064a\u0646\u0643\u061f \u0645\u0646 \u0646\u0628\u064a\u0643\u061f\n \u0648\u0647\u064a \u0622\u062e\u0631 \u0641\u062a\u0646\u0629 \u062a\u0639\u0631\u0636 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0645\u0624\u0645\u0646\u060c \u0641\u0630\u0644\u0643 \u062d\u064a\u0646 \u064a\u0642\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 - \u0639\u0632 \u0648\u062c\u0644 -: \ufd3f \u064a\u064f\u062b\u064e\u0628\u0651\u0650\u062a\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062b\u0651\u064e\u0627\u0628\u0650\u062a\u0650 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u064a\u064f\u0636\u0650\u0644\u0651\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0638\u0651\u064e\u0627\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u064a\u064e\u0641\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0634\u064e\u0627\u0621\u064f \ufd3e [\u0625\u0628\u0631\u0627\u0647\u064a\u0645: 27]\u060c \u0641\u064a\u0642\u0648\u0644: \u0631\u0628\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647\u060c \u0648\u062f\u064a\u0646\u064a \u0627\u0644\u0625\u0633\u0644\u0627\u0645\u060c \u0648\u0646\u0628\u064a\u0651\u0650\u064a \u0645\u062d\u0645\u062f - \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 - \u0641\u064a\u0646\u0627\u062f\u064a \u0645\u0646\u0627\u062f\u064d \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0633\u0645\u0627\u0621 \u0623\u0646 \u0635\u062f\u0642 \u0639\u0628\u062f\u064a))\u061b (\u0627\u0644\u0633\u0644\u0633\u0644\u0629 \u0627\u0644\u0635\u062d\u064a\u062d\u0629: 3/1391)\n\n\n\u00a0\n\n\n(b)\u00a0\u0639\u0646 \u0623\u0628\u064a \u0642\u062a\u0627\u062f\u0629 - \u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647 - \u0641\u064a \u0642\u0648\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649: \ufd3f \u064a\u064f\u062b\u064e\u0628\u0650\u0651\u062a\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062b\u064e\u0651\u0627\u0628\u0650\u062a\u0650 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \ufd3e [\u0625\u0628\u0631\u0627\u0647\u064a\u0645: 27]\u060c \u0642\u0627\u0644: \"\u0625\u0646 \u0627\u0644\u0645\u0624\u0645\u0646 \u0625\u0630\u0627 \u0645\u0627\u062a \u0623\u064f\u062c\u0652\u0644\u0633 \u0641\u064a \u0642\u0628\u0631\u0647\u060c \u0641\u064a\u0642\u0627\u0644 \u0644\u0647: \u0645\u064e\u0646 \u0631\u0628\u064f\u0651\u0643\u061f \u0641\u064a\u0642\u0648\u0644: \u0627\u0644\u0644\u0647 - \u0639\u0632 \u0648\u062c\u0644\u060c \u0641\u064a\u0642\u0627\u0644 \u0644\u0647: \u0645\u064e\u0646 \u0646\u0628\u064a\u0643\u061f \u0641\u064a\u0642\u0648\u0644: \u0645\u062d\u0645\u062f \u0628\u0646 \u0639\u0628\u062f\u0627\u0644\u0644\u0647 - \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 - \u0641\u064a\u0642\u0627\u0644 \u0644\u0647 \u0630\u0644\u0643 \u0645\u0631\u0627\u062a\u060c \u062b\u0645 \u064a\u064f\u0641\u062a\u062d \u0644\u0647 \u0628\u0627\u0628 \u0625\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0631\u060c \u0641\u064a\u0642\u0627\u0644 \u0644\u0647: \u0627\u0646\u0638\u0631 \u0625\u0644\u0649 \u0645\u0646\u0632\u0644\u0643 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0631 \u0644\u0648 \u0632\u063a\u062a\u060c \u062b\u0645 \u064a\u064f\u0641\u0652\u062a\u062d \u0644\u0647 \u0628\u0627\u0628 \u0625\u0644\u0649 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u060c \u0641\u064a\u0642\u0627\u0644 \u0644\u0647: \u0627\u0646\u0638\u0631 \u0625\u0644\u0649 \u0645\u0646\u0632\u0644\u0643 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629 \u0625\u0630 \u062b\u0628\u062a\u064e\u0651\u060c \u0648\u0625\u0630\u0627 \u0645\u0627\u062a \u0627\u0644\u0643\u0627\u0641\u0631 \u0623\u064f\u062c\u0652\u0644\u0633 \u0641\u064a \u0642\u0628\u0631\u0647\u060c \n\u0641\u064a\u0642\u0627\u0644 \u0644\u0647: \u0645\u0646 \u0631\u0628\u0643\u061f \u0648\u0645\u0646 \u0646\u0628\u064a\u0643\u061f\n \u0641\u064a\u0642\u0648\u0644: \u0644\u0627 \u0623\u062f\u0631\u064a\u060c \u0643\u0646\u062a \u0623\u0633\u0645\u0639 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0633 \u064a\u0642\u0648\u0644\u0648\u0646\u060c \u0641\u064a\u0642\u0627\u0644 \u0644\u0647: \u0644\u0627 \u062f\u0631\u064a\u062a\u060c \u062b\u0645 \u064a\u064f\u0641\u0652\u062a\u062d \u0644\u0647 \u0628\u0627\u0628 \u0625\u0644\u0649 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u0651\u064e\u0629\u060c \u0641\u064a\u0642\u0627\u0644 \u0644\u0647: \u0627\u0646\u0638\u0631 \u0625\u0644\u0649 \u0645\u062c\u0644\u0633\u0643 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u0651\u064e\u0629 \u0644\u0648 \u062b\u0628\u062a\u0651\u064e\u060c \u062b\u0645 \u064a\u064f\u0641\u062a\u062d \u0644\u0647 \u0628\u0627\u0628 \u0625\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0631 \u0641\u064a\u0642\u0627\u0644 \u0644\u0647: \u0627\u0646\u0638\u0631 \u0625\u0644\u0649 \u0645\u0646\u0632\u0644\u0643 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0631 \u0625\u0630 \u0632\u063a\u062a\u060c \u0641\u0630\u0644\u0643 \u0642\u0648\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649: \ufd3f \u064a\u064f\u062b\u064e\u0628\u0651\u0650\u062a\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062b\u0651\u064e\u0627\u0628\u0650\u062a\u0650 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \ufd3e [\u0625\u0628\u0631\u0627\u0647\u064a\u0645: 27]\"\n\n\n\u00a0\n\n\n6. Dia menggunakan ungkapan \"tubuh Allah\" yang digunakan dalam pengajarannya. Kenyataan ini adalah tidak layak bagi Allah S.W.T., walaupun beliau menafikan Tuhan adalah sama dengan makhlukNya. Ini kerana Allah S.W.T. tidak berjisim. Perkara ini telah dijelaskan dalam kitab \nal-Luma', \nkarangan Abu Hassan As-Sya'ari (terjemahan), \u201c \nMasalah : sekiranya seseorang berkata atau bertanya, \"kenapakah kamu mengingkari (tidak menerima) bahawa Allah S.W.T. itu adalah jisim? \"Dikatakan (dijawab) baginya, \"kami mengingkarinya kerana orang yang berpendapat bahawa Allah s.w.t berjisim (pastinya menisbahkan Allah S.W.T) dengan panjang, lebar dan luas (ini sifat-sifat bagi jisim). \"Sedangkan (penisbahan Allah s.w.t) dengan panjang, lebar, luas dan dalam adalah tidak harus (haram kerana menyerupai makhluk). Demikian juga berhimpun dan (bercerai) yang biasanya disebut sebagai ciri-ciri jisim tidak harus (dinisbahkan kepada Allah S.W.T), dan jika dia kehendaki (dengan soalannya tadi), kenapakah tidak kamu namakan dia (Allah S.W.T) itu sebagai jisim walaupun tidaklah ia (Allah S.W.T) itu panjang, lebar an berhimpun? Maka (jawabnya) nama-nama itu tidaklah boleh (disandarkan) kepada kita. Dan tidaklah harus kitanamakan Allah S.W.T itu dengan satu nama yang Allah S.W.T sendiripun tidak menamakan zatNya dengan nama tersebut, dan tidak juga Rasulnya menamakan sebegitu, dan tidak jugaumat Islam ijma' atasnya dan tidak juga atas pengertiannya...\"\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n7. Dia menyatakan zat Allah s.w.t menyelinap masuk atau sebati atau meliputi dengan segala zat yang baharu (kena jadi) berdalilkan dari surah \nAl-Nisa\u2019 ayat 126 :\n\n\nMaksudnya : Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi dan Allah sentiasa meliputi (pengetahuannya\u00a0dan kekuasannya) akan tiap-tiap sesuatu.\n\n\n\u00a0\n\n\n8. Dia memperlekehkan ulama' Usuluddin dan kitab-kitab mereka yang muktabar.\n\n\n\u00a0\n\n\n9. Menolak penggunaan kaedah hitungan Ilmu Falak dalam menetukan waktu solat dan puasa sebaliknya menggunakan kaedah\u00a0melihat \n(rukyah)\n\u00a0semata-mata.\n\n\n\u00a0\n\n\n10. Ajaran ini mengandunigi penyelewengan dari sudut Aqidah dan Syariah\u00a0serta perlu dihalang kerana ia membawa kekeliruan kepada\u00a0masyarakat berdasarkan kaedah \nsadd al-zara'i.\n Pendekatan yang dibawa juga bercanggah dengan pendekatan ulama yang\u00a0menyatakan bahawa kaedah untuk mengenal Allah S.W.T. mestilah mengikut tahap kemampuan akal manusia. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam yang telah mempelajari dan mengamalkan ajaran Muhammad bin Othman (Tok Mat Janggut) di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkannya dan segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh Warta: 21 Julai 2016\n\n\nNo. Warta: 15\n\n\n\u00a0\n\n\nPembatalan:\n\n\nFatwa Mengenai \"Ajaran Tok Mat Janggut\" yang disiarkan dalam Pemberitahuan Warta No. 157 bertarikh 8 Jun 2000 dibatalkan menurut kuasa subseksyen 50(1) Enakmen 2."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16063", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nPengkid\n, iaitu wanita Islam yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16062", "body": "Barang \u2018Luqatah\u2019 adalah barang amanah ke atas Baitulmal yang wajib dipelihara dan dikembalikan apabila dituntut oleh tuan empunyanya dan jika Baitulmal berpuas hati atau mempercayai tiada ada lagi tuntutan ke atas barang \u2018Luqatah\u2019 setelah mengambil tindakan-tindakan yang perlu seperti yang digariskan oleh syarak bolehlah ia menggunakannya kepada maslahat orang-orang Islam, itupun kalau ada tuntutan selepas itu maka wajib di atasnya mengembalikan kepada yang memilikinya harga yang senilai dengan barang \u2018luqatah \u2019 itu.\n\n\nDengan sebab-sebab yang disebutkan itu maka jawatankuasa berpendapat adalah tiada harus pada syarak diserahkan barang luqatah kepada Tabung Khas Dana Negara itu kerana bila diserahkan maka tiada lagi dapat dikembalikan kepada pemiliknya bila ada tuntutan kelak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16061", "body": "Cadangan melelong barang \u2018luqatah\u2019.\n\n\nJawatankuasa setelah mengkaji dengan teliti cadangan melelong barang-barang kemas yang diserah kepada Baitulmal bersetuju memberi pendapatnya bahawa tiada halangan bagi Majlis Agama Islam;\n\n\n\u00a0 \u00a0 1.\u00a0 \u00a0 Menjual barang-barang kemas seperti yang disenaraikan itu dengan harga menurut nilai yang munasabah di atas\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0anggapannya bahawa tuan-tuan empunya barang itu tiada dapat dikesankan lagi dan tiada akan dituntut lagi yang\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0mana barang-barang itu sudah menjadi sebagai \u201c \u0645\u0627\u0644 \u0636\u0627\u0626\u0639\u201c.\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a02.\u00a0 \u00a0Akan hasil penjualan itu permasuk ke dalam Baitulmal untuk dibelanjakan kepada maslahah orang Islam\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0(\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d \u0627\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645\u064a\u0646 ).\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a03.\u00a0 \u00a0Hendaklah ada satu senarai yang kemas kini yang menerangkan dengan terperinci tiap-tiap satu barang itu tentang\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0jenisnya, sifatnya,\u00a0emas atau perak atau lain-lain logam. Timbangannya, nilaiannya dan sebagainya untuk menjadi\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0rujukan jika ada timbul tuntutan dari mana-mana orang pada belakang hari."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16060", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-1/2015 yang bersidang pada 3 Mac 2015 bersamaan 12 Jumadal Ula 1436H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nMinyak ikan yang diproses dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut dan tahinya adalah harus dimakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16059", "body": "\u201cBahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman, setelah mengkaji, bersetuju dengan sebulat suara mengharamkan Tariqat An-Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Mohammed Nazim Haqani kerana mendapati ianya bertentangan dengan fahaman akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam, pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16057", "body": "Bahawasanya\n \nberdasarkan keputusan yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 26 September 2010, maka inilah diputuskan Fatwa untuk diguna pakai di negeri Kedah Darul Aman seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anak Tidak Sahtaraf mengikut Hukum Syarak ialah:\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina, rogol dan dia bukan daripada persetubuhan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) qamariah dari waktu \"imkan ad-dukhul\".\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah (saat) qamariah dari waktu \"imkan ad-dukhul\" selepas\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya).\n\n\n\u00a0 2.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (i)\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Anak Tidak Sahtaraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki\u00a0sama ada lelaki yang menyebabkan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 kelahirannya atau yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu, mereka tidak boleh\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 mewarisi antara satu sama lain, tidak boleh menjadi mahram dan bapa tersebut tidak boleh menjadi wali\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 kepada anak tersebut.\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0(ii)\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Jika lelaki tersebut berkahwin dengan ibu kepada anak tidak sah taraf itu, dan sabit persetubuhan maka\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0hubungan anak tersebut dengan lelaki tersebut adalah seperti anak dengan bapa tiri dan mereka adalah\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0mahram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16054", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bahawa penggantungan apa-apa kaligrafi Islam atau ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci Islam di premis bukan Islam adalah dilarang kerana;\n(a)\u00a0untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan;\n(b)\u00a0menggelak daripada unsur-unsur penghinaan, kekeliruan, penipuan atau penyalahgunaan.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penjualan dan penyimpanan kitab suci al-Quran di premis bukan Islam juga dilarang kerana dibimbangi membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16053", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Muharram 1438 bersamaan 26 Oktober 2016\u00a0telah mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Mengikut mazhab Syafie, kufu tidak termasuk dalam salah satu daripada syarat-syarat sah sesuatu perkahwinan. Namun begitu, kufu adalah syarat keperluan yang merupakan hak pengantin perempuan dan walinya. Justeru, jika salah seorang tidak bersetuju maka ianya harus memohon fasakh.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Sebelum difasakhkan di mahkamah syariah, perlulah dibuktikan bahawa pemohon hendaklah mempunyai salasilah yang benar dari keturunan Nabi Muhammad \ufdfa .\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Menjaga dan memuliakan keturunan Nabi Muhammad \ufdfa\u00a0adalah perlu diutamakan, akan tetapi jika bimbang berlaku fitnah dan kerosakan, maka diharuskan pernikahan antara ahlul bait dengan \u2018ajam berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad \ufdfa :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0639\u0646 \u0623\u0628\u064a \u062d\u0627\u062a\u0645 \u0627\u0644\u0645\u0632\u0646\u064a \u0642\u0627\u0644: \u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \ufdfa : \u0625\u0630\u0627 \u0623\u062a\u0627\u0643\u0645 \u0645\u0646 \u062a\u0631\u0636\u0648\u0646 \u062f\u064a\u0646\u0647 \u0648\u062e\u0644\u0642\u0647 \u0641\u0627\u0646\u0643\u062d\u0648\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u062a\u0641\u0639\u0644\u0648\u0647 \u062a\u0643\u0648\u0646 \u0641\u062a\u0646\u0629 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0623\u0631\u0636 \u0648\u0641\u0633\u0627\u062f \u0643\u0628\u064a\u0631. \u0642\u0627\u0644\u0648\u0627 \u064a\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648\u0625\u0646 \u0643\u0627\u0646 \u0641\u064a\u0647\u061f \u0642\u0627\u0644 : \u0625\u0630\u0627 \u062c\u0627\u0621\u0643\u0645 \u0645\u0646 \u062a\u0631\u0636\u0648\u0646 \u062f\u064a\u0646\u0647 \u0648\u062e\u0644\u0642\u0647 \u0641\u0623\u0646\u0643\u062d\u0648\u0647 \u062b\u0644\u0627\u062b \u0645\u0631\u0627\u062a ( \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u062a\u0631\u0645\u0630\u064a)\n\n\n\u00a0\n\n\nErtinya: Jika datang kepadamu lelaki (untuk meminang anak perempuannmu) yang baik agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah mereka. Kalau tidak berbuat demikian, nescaya berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan besar, para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kalau dia sudah beristeri? Baginda bersabda: Jika datang kepadamu lelaki (untuk meminang anak perempuan) yang baik agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah mereka. Nabi bersabda sedemikian sebanyak tiga kali.\n\n\n\u00a0\n\n\nJuga berdasarkan kaedah:\n\n\n\u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0645\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d\n\n\nErtinya: Menolak keburukan didahulukan daripada mengambil kebaikan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Kufu bukan hanya mengambil kira keturunan sahaja, bahkan sejahtera daripada aib, penghayatan agama, berilmu, berakhlak mulia dan dari segi kerjaya juga perlu dilihat dan diberi perhatian kerana perkara ini juga dikehendaki dalam syara\u2019.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16052", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bahawa Ajaran Millah Abraham@Ibrahim atau seumpamanya adalah menyeleweng dari ajaran Islam berdasarkan elemen-elemen berikut :\n(a)\u00a0\nMembawa ajaran Islam baharu.\n \nAjaran Millah Abraham mendakwa Kerajaan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijri. Setelah kejatuhan Islam pada 1324 Hijri, pengikut Millah Abraham mendakwa bahawa golongan musyrik termasuk para ulama\u2019 telah membawa ajaran Islam yang palsu dan hendaklah bertaubat dengan memilih kembali deen Millah Abraham @ Ibrahim.\n(b)\u00a0\nMendakwa wujud rasul selepas Nabi Muhammad SAW. \nAjaran ini menafsirkan bahawa Allah SWT mengutuskan rasul dalam kalangan kaum mereka sendiri untuk memudahkan kaum tersebut memahami dan mengajar mereka untuk keluar daripada kesesatan. Maka, Rasul Millah Abraham diutuskan dari kalangan bangsa Melayu Nusantara untuk membaca, menyuci serta mengajar kaum Melayu Nusantara ini mengenai agama yang benar. Rasul yang dimaksudkan oleh kumpulan ini ialah Ahmad Mushaddeq. Maksud \nKhataman Nabiyyin\n adalah kesempurnaan \ndeen\n pada zaman Nabi Muhammad dan bukanlah penutup segala nabi.\n(c)\u00a0\u00a0\nMencampuradukkan ajaran dalam al-Quran, Bible dan Taurat (Perjanjian Lama).\nSelain terjemahan al-Quran, kumpulan ini juga menggunakan kitab Taurat dan Injil (Bible Perjanjian Lama dan Baru) dalam pengajian mereka kerana dalam al-Quran telah membenarkan kitab sebelum al-Quran dan juga menerangkan bahawa kitab Taurat dan Injil sebagai panduan.\n(d)\u00a0\nMenyelewengkan Konsep \u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0645\u0633\u062a\u0642\u064a\u0645 (\nSirotol Mustaqim\n).\n\u00a0\nMaksud \n\u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0645\u0633\u062a\u0642\u064a\u0645\n dalam Ajaran Millah Abraham adalah merujuk kepada jalan yang benar, iaitu dengan mengambil pengajaran daripada kitab-kitab Allah dan melalui sejarah di zaman Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad.\u00a0Justeru, hanya satu jalan sahaja yang perlu wujud untuk mengabdi kepada Tuhan, iaitu melalui ajaran Millah Abraham. Pengikut Ajaran Millah Abraham dikehendaki mempelajari kitab-kitab terdahulu juga sebagai sumber pelajaran kerana \nsirotol mustaqim \nada ciri-cirinya tersendiri dan perlu dipelajari melalui kitab-kitab Allah.\n(e)\u00a0\nMenyelewengkan Konsep Hari Kiamat.\n \nHari Kiamat dalam Ajaran Millah Abraham adalah merujuk kepada perkataan \u201cqiyam\u201d, iaitu bangkit atau tegak dan tidak ditafsirkan Hari Kiamat adalah hari kehancuran, kerana Hari Kiamat hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja. Perkataan qiyam dalam ayat ini merujuk kepada keperluan untuk menegakkan agama. Setelah zaman satu-satu umat telah habis, maka akan ada rasul baharu yang akan menegakkan deen bagi umat pada zaman tersebut. Sistem ini silih berganti sehingga keputusan Allah untuk menamatkan dunia ini.\n(f)\u00a0\u00a0\u00a0\nMenyelewengkan pemahaman Darussalam atau Syurga\n.\nAjaran Millah Abraham berpegang bahawa Darussalam itu ada di atas muka bumi,\u00a0iaitu \u2018Dar\u2019 = tempat atau kehidupan dan \u2018as-salam\u2019 = yang mensejahterakan atau damai sejahtera. Maka, Darussalam itu adalah simbol kepada model kehidupan yang damai sejahtera di atas muka bumi yang wujud apabila sistem Tuhan ditegakkan; iaitu melalui Ajaran Millah Abraham.\n(g)\u00a0\nMeninggalkan Solat Lima Waktu dan Solat Jumaat.\n\ufeff\nPengikut Ajaran Millah Abraham tidak melaksanakan Solat Fardu yang diwajibkan ke atas semua mukallaf. Mereka mengatakan solat itu merujuk kepada \u201dsillah\u201d, iaitu hubungan dengan ajaran Millah. Makna lain ialah bersungguh-sungguh menegakkan deen melalui Millah Abraham, bukan maksud solat yang dilakukan oleh orang Islam.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu mana-mana orang Islam adalah diharam dan dilarang:\n(a)\u00a0berpegang dan beramal dengan ajaran Millah Abraham@Ibrahim. Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT;\n(b)\u00a0Semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran Millah Abraham@Ibrahim melalui apa jua medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan serta merta."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16050", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Muharram 1438 bersamaan 26 Oktober 2016\u00a0telah mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nTidak bersetuju dengan rawatan pembedahan batin kerana:\n\n\ni. Ketiadaan bukti yang jelas dari segi pengiktirafan kepakaran untuk merawat pesakit.\n\n\nii. Adanya unsur penggunaan jin bagi tujuan rawatan.\n\n\niii. Ketidakpastian dari segi penyampaian maklumat kepada pesakit. Berlaku percanggahan dalam\n\n\npemberian maklumat antara kenyataan dalam blog pusat rawatan tersebut dengan jawapan yang\n\n\ndiberikan pengamal dalam sesi temubual yang dijalankan oleh bahagian penyelidikan.\n\n\niv. Kaedah rawatan yang tidak menepati syara\u2019 yang boleh menimbulkan fitnah iaitu percampuran\n\n\ntempat rawatan lelaki dan perempuan tanpa penghadang, sentuhan perawat lelaki ke atas pesakit\n\n\nperempuan dan pendedahan aurat.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16049", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Muharram 1438 bersamaan 26 Oktober 2016 telah mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum pengguguran kandungan ibu hamil yang dijangkiti virus zika adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Ibu hamil yang dijangkiti virus zika adalah dilarang menggugurkan kandungan atau janin. Walaubagaimanapun, sekiranya dengan meneruskan kandungan tersebut boleh membahayakan nyawa ibu maka ianya diharuskan dengan darurat.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Sekiranya kandungan atau janin yang dijangkiti virus zika boleh membawa kepada kecacatan yang teruk, dan ia belum mencapai usia 120 hari, maka ia harus digugurkan dengan alasan hajat dan maslahah.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Dalam membuat pertimbangan untuk mengugurkan kandungan atau janin yang dijangkiti virus zika ini hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mendapat pengesahan pakar-pakar perubatan yang dipercayai.\n\n\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pengguguran tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih teruk.\n\n\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan dibuat secara \n\u201ccase by case\u201d.\n\n\nd.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mendapat persetujuan pasangan atau waris perempuan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16048", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Muharram 1438 bersamaan 26 Oktober 2016 telah mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Kandungan zikir, selawat dan tahlil yang terdapat di dalam pengamalan tarikat Ahmadiyyah Idrisiyyah tidak bertentangan dengan unsur-unsur aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Aspek berkaitan kepercayaan dan amalan dalam tarikat Ahmadiyyah Idrisiyyah yang diamalkan oleh semua cabang tarikat Ahmadiyyah Idrissiyah di Malaysia tidak bertentangan dengan prinsip aqidah dan syariat Islam dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16046", "body": "Setelah berbincang dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 21 Dzulqaedah 1437 bersamaan 24 Ogos 2016\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menurut pandangan mazhab Syafie yang masyhur, tidak boleh diberikan daging korban sama ada korban sunat atau korban wajib kepada orang bukan Islam kerana ibadah korban adalah ketaatan kepada Allah Ta\u2019ala. Pandangan yang masyhur ini adalah menjadi pegangan yang asas oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam masalah ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Walaubagaimanapun, sekiranya daging korban sunat tersebut dimasak kemudian dijamu sebagai salah satu hidangan dalam majlis kenduri atau sebagai bekal untuk dijamu bersama rakan sekerja dipejabat, yang mana mereka terdiri daripada orang bukan Islam yang dikenali dengan sifat baik dan ramahnya dengan masyarakat Islam, maka dalam masalah ini bolehlah berpegang dengan pandangan ulama\u2019 dalam mazhab Syafie seperti Imam Nawawi rahimahullah yang berpandangan bahawa dibolehkan daging korban sunat untuk diberi makan kepada kafir dzimmi yang miskin. Pandangan ini juga adalah pandangan sebahagian ulama\u2019 mazhab Hanafi, bahkan dalam mazhab Hanbali harus dihadiahkan kepada orang kafir.\n\n\n\u00a0\n\n\niii.\u00a0\u00a0\u00a0Namun dalam masalah agihan daging korban, hendaklah didahulukan kepada masyarakat Islam setempat yang memerlukan. Sekiranya terdapat lebihan daging yang tidak dikehendaki oleh masyarakat Islam dan dalam masa yang sama terdapat kafir dzimmi yang miskin yang dikenali dengan sifat baik dan ramahnya dengan masyarakat Islam, maka bolehlah daging korban sunat tersebut diberikan kepada mereka atas konsep da\u2019wah dan siasah syari\u2019ah yang mana amalan ini bertepatan dengan ayat al-Quran yang menganjurkan berbuat baik kepada orang bukan Islam sebagaimana firman Allah Ta\u2019ala dalam surah al-Mumtahanah ayat 8:\n\n\n\u00a0\n\n\nErtinya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku \u2018adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku \u2018adil.\n\n\n\ufeff\n\n\nMemberi daging korban\n \nsunat kepada kafir dzimmi yang miskin yang dikenali dengan sifat baik dan ramahnya dengan masyarakat Islam adalah termasuk dalam berbuat baik yang dibenarkan oleh Allah Ta\u2019ala sebagaimana yang terkandung dalam ayat di atas.\n\n\nSelain itu, terdapat juga hadis yang boleh dijadikan sandaran untuk menyatakan bahawa pemberian daging korban sunat kepada kafir dzimmi adalah termasuk dalam berbuat baik yang dibenarkan oleh syara\u2019 ialah sebuah hadis daripada Abdullah Bin \u2018Amru al-\u2018Ash r.a. yang mana telah menyembelih seekor kambing buat ahli keluarganya lalu beliau berkata: Adakah kamu telah menghadiahkan daging tersebut kepada jiran kita yahudi? (beliau menanyakannya sebanyak dua kali) kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah \ufdfa\u00a0bersabda:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0645\u0627 \u0632\u0627\u0644 \u062c\u0628\u0631\u064a\u0644 \u064a\u0648\u0635\u064a\u0646\u064a \u0628\u0627\u0644\u062c\u0627\u0631 \u062d\u062a\u0649 \u0638\u0646\u0646\u062a \u0623\u0646\u0647 \u0633\u064a\u0648\u0631\u062b\u0647\n\n\n\u00a0\n\n\nErtinya: Jibril sentiasa mewasiatkan kepada aku (berbuat baik) kepada jiran sehingga aku menyangka mereka menjadi sebagai pewaris\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16045", "body": "Setelah dilihat dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 21 Muharram 1439 bersamaan 11 Oktober 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut:\n\u201cBerdasarkan kepada pendapat Imam as-Syafie bahawa harta pusaka si mati boleh terhak kepada Baitul Mal yang ditadbir urus dengan baik seperti yang ada sekarang. Justeru, Baitul Mal adalah pewaris pusaka harta si mati yang tidak mempunyai waris dan juga mempusakai bagi harta pusaka yang tidak dapat dihabisi oleh waris.\u201d.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16043", "body": "Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Pertama Tahun 2018 yang bersidang pada 13 Syawal 1439H bersamaan 27 Jun 2018 telah bersetuju sebulat suara membuat keputusan:\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Amalan serta ajaran yang dibawa oleh Ismail bin Awang Mohd Sidek adalah bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan menyalahi syariat Islam. Antaranya ialah mengandungi elemen-elemen seperti berikut:\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0Mendakwa kalimah syahadah yang diterima terus daripada Allah s.w.t.\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Kalimah \u2018Muhammad\u2019 dalam kalimah syahadah merujuk kepada dirinya sendiri.\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0Menyeleweng dan mengelirukan masyarakat berkaitan akidah seperti:\n\n\na. Allah s.w.t. berhasrat dan berhajat kepada penciptaan makhlukNya;\n\n\nb. Allah s.w.t. pernah tidak bernama Allah sebelum ini; dan\n\n\nc. Ilmu Martabat Alam Tujuh lebih tua sehari dari Allah.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0Menyeleweng dan mengelirukan masyarakat dalam memahami perkara-perkara berkaitan Fiqh Ibadah seperti:\n\n\na. Mendakwa asal usul sembahyang adalah dari perkataan \u2018Alhamdu\u2019;\n\n\nb. Makmum sembahyang fardu boleh ikut imam solat jenazah,\n\n\nc. Sujud sahwi satu kali sahaja sunat dilakukan selepas tahiyyat akhir sebelum\n\n\natau selepas salam; dan\n\n\nd. Dibolehkan nikah batin antara lelaki dan perempuan sebagaimana berikut:\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0i. Lelaki hak ar-Rahman (mengeluarkan berjuta-juta sperma);\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0ii. Perempuan hak ar-Rahim (memilih beberapa benih sahaja);\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0iii. Wali (Allah s.w.t);\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0iv. Saksi (Malaikat Rakib dan Atid);\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0v. Ijab Qabul (jimak yang bersyarat); dan\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0vi. Mahar (kelazatan suami dan isteri).\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0\u00a0\u00a0Ajaran silat yang dibawa oleh Ismail bin Awang Mohd Sidek menyalahi syariat Islam kerana setiap anak muridnya dikehendaki mengamalkan satu ritual membuka langkah silat dan membaca beberapa ayat yang dikatakan \u2018ilmu haq\u2019 jika ingin beramal di rumah tanpa kehadiran Ismail bin Awang Mohd Sidek. Ilmu silat Ismail bin Awang Mohd Sidek ini diambil dari Tok Ayah Hassan (Hasan Anak Rimau).\n\n\n6.\u00a0\u00a0\u00a0Risalah atau pengajaran Ismail bin Awang Mohd Sidek mempunyai persamaan dengan buku Hakikat Insan karangan Haji Ahmad Laksamana bin Omar yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 5 November 1992.\n\n\n7.\u00a0\u00a0\u00a0Orang Islam di Negeri Terengganu hendaklah menjauhi amalan ini dan haram berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu yang telah mengamalkan amalan ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah s.w.t..\n\n\n8.\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Terengganu.\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan ini dibuat berdasarkan Kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma\u2019rifah Maani Alfaz al-Minhaj, jilid 1, muka surat 295, 485-486, 570, jilid 2, muka surat 229, Kitab Fiqh as-Sunnah, jilid 1, muka surat 190 dan Mukhtasar Tafsir Ibnu \u00a0\u00a0Kathir, jilid 3, muka surat 100."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16041", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2005 yang bersidang pada 5 April 2005 telah membincangkan\u00a0mengenai Wanita Haid Hadir Mendengar Ceramah Agama Dalam Masjid Atau Di Balai Lintang. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n\n\n(i) Wanita yang berada dalam keadaan haid di dalam masjid untuk mendengar ceramah adalah haram.\n\n\n(ii) Wanita yang berada dalam keadaan haid di balai lintang, dan sekiranya balai lintang tersebut tidak disifatkan sebagai masjid maka tidak haram.\n\n\n(iii) Balai Lintang tersebut hendaklah ditentukan statusnya dengan merujuk kepada pelan pembangunan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16037", "body": "Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Pertama Tahun 2018 yang bersidang pada 13 Syawal 1439H bersamaan 27 Jun 2018 telah bersetuju dan sebulat suara membuat keputusan sebagaimana berikut:\n\n\ni. Menjadi kufur sekiranya beriktikad doa atau ayat di dalam \u2018Yaasin Fadhilat\u2019 sebahagian dari al-Quran.\n\n\nii. Menjadi kufur sekiranya sengaja mengubah kandungan ayat al-Quran.\n\n\niii. Orang Islam di Negeri Terengganu hendaklah menjauhi amalan membaca \u2018Yaasin Fadhilat\u2019 dan dilarang berpegang serta beramal dengannya.\n\n\niv. Dilarang memiliki buku \u2018Yaasin Fadhilat\u2019 dan haram beramal mengikut apa yang terkandung di dalam buku ini.\n\n\nv. Mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu yang telah mengamalkan amalan bacaan ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah s.w.t.\n\n\nvi. Mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Terengganu.\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan ini dibuat berdasarkan Kitab Tafsir Munir, jilid 5, muka surat 99, kitab al-Syifa bi Ta\u2019rif Huquk al-Mustafa, jilid 2, muka surat 304-305 dan kitab al-Taqrir wa al-Tahbir, jilid 2, muka surat 215."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16035", "body": "Kertas ini telah dibincang dalam Mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 yang bersidang pada 23 November 1996. Akhir-akhir ini pengaruh Syiah semakin berleluasa di Malaysia. Rentetan daripada itu,\u00a0keputusan tersebut dibincangkan lagi di dalam Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 3 November 2011 dan mesyuarat sebulat suara bersetuju agar sighah ini dicadangkan untuk diwartakan. Sighah tersebut adalah seperti berikut:-\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Semua Mazhab Syiah dari golongan apapun tidak boleh diterima untuk diamalkan oleh orang Islam di Sarawak.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menetapkan bahawa umat Islam di Sarawak hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubung dengan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif \u00e2\u20ac\u0153Hukum Syarak\u00e2\u20ac\u009d atau \u00e2\u20ac\u0153Undang-Undang Islam' seperti berikut :\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00e2\u20ac\u0153Hukum Syarak\u00e2\u20ac\u009d\n atau \n\u00e2\u20ac\u0153Undang-Undang Islam\u00e2\u20ac\u009d \nertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah adalah diharamkan.\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak yang berasaskan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.\n8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Meletakkan perkataan Islam yang berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan).\n9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menubuh sebuah jawatankuasa untuk mengawal ajaran bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n10.\u00a0\u00a0\u00a0Memperhebatkan dakwah dan penerangan berasaskan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n11.\u00a0\u00a0\u00a0Menerbit risalah penerangan mengenai ajaran Syiah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16034", "body": "Keputusan:\u00a0(\nSighah\n)\n\n\nMesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 7 Zulhijjah 1432H/ 3 November 2012M sebulat suara menerima hukum seperti yang diputuskan dalam Muzakarah tersebut bahawa hukum meroboh masjid dengan tujuan\nmembangun semula masjid dan pusat komersial atau lain-lain adalah harus dengan mengambil kira syarat-syarat yang berikut:-\n\n\n\n\na.\u00a0\u00a0KETAQWAAN\n\n\nMengutamakan adab dan tingkah laku semasa berada di dalam Masjid dan Surau serta persekitarannya. Sebagaimana firman Allah S.W.T. :\n\n\nMaksudnya:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201c\n...sesungguhnya masjid yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya, di dalamnya ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)\u201d.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n(Surah at-Taubah :108)\n\n\n\u00a0\n\n\nb.\u00a0\u00a0KEBERSIHAN\n\n\nMemiliki rasa kesedaran dan tanggungjawab dalam aspek kebersihan diri, pakaian serta persekitaran Masjid dan Surau.\n\n\n\u00a0\n\n\nc.\u00a0\u00a0\u00a0KECERIAAN\n\n\nMenjaga keceriaan Masjid dan Surau yang meliputi kekemasan dan susun atur peralatan.\n\n\n\u00a0\n\n\nd.\u00a0\u00a0\u00a0KESELAMATAN\n\n\nMemastikan harta benda dan ruang Masjid dan Surau digunakan dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah; dan\n\n\nmemastikan diri dan hak milik peribadi dalam keadaan selamat dan terjaga.\n\n\n\u00a0\n\n\ne.\u00a0\u00a0\u00a0KEPATUHAN\n\n\nMemastikan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Masjid dan Surau dari semasa ke semasa dipatuhi.\n\n\n\u00a0\n\n\nAktiviti perniagaan atau lain-lain yang hendak dijalankan di kawasan masjid mestilah menjalankan perniagaan yang halal dan tidak bercanggah dengan hukum syarak dalam apa sahaja bentuk sebagaimana dalam sebuah hadis:-\n\n\n\u00a0\n\n\n???? ????? ?????? ???? ???????????? ???? ??????? ?????? ???? ????????? ?????: ???????? ???????? ???? ??? ???? ???? ???? ????????: (( ????? ????????? ??????? ??????? ????????? ??????? ????????????? ???????? ????????????? ?? ????????????? ???????? ????????? ?????? ??????? ???????????? ?????? ??????????? ?????????? ?????????? ?????? ?????? ??? ???????????? ?????? ??? ????????? ??????? ??????? ?????? ??????? ??????? ???? ???????? ??????. ????? ??????? ??????? ?????? ?????? ????? ????? ????? ????? ???????????. ????? ??????? ??? ????????? ???????? ????? ???????? ?????? ????????? ??? ? ??????? ???????? ???? ????????? ??? ? ????? ?????? ?????????)).\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir R.A. katanya: saya telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati(jantung). '\n\n\n(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)\n\n\n\u00a0\n\n\nHasil, pulangan atau manfaat daripada aktiviti perniagaan dan lain-lain untuk tujuan khairat.\n\n\n\u00a0\n\n\nPembangunan semula tapak masjid atau surau hendaklah mengambil kira kedudukan tanah wakaf tersebut sama ada wakaf am atau wakaf khas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16032", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-6/2011, Pada 30 Disember 2011 memutuskan\n :\nSetiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya\u00a0haram dan najis.\nManakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh\nMinuman ringan yang boleh diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.\nManakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, samada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah\u00a0haram diminum.\nMakanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah\u00a0tidak najis\u00a0dan\u00a0harus\u00a0(boleh)\u00a0dimakan/diminum.\nMakanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.\nUbat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah\u00a0tidak najis\u00a0dan\u00a0diharuskan\u00a0sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/77-penentuan-kandungan-alkohol-yang-dibenarkan-dalam-makanan-dan-minuman"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16031", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada \n13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M \nsebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat berpandangan bahawa cochineal adalah jenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada cochineal boleh dimanfaatkan oleh manusia. Dari segi perundangan negara, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).\nMesyuarat juga menegaskan bahawa Jumhur Fuqaha\u2019 sepakat menetapkan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna cochineal adalah diperolehi daripada serangga cochineal yang telah mati di mana darahnya tidak mengalir.\nBerdasarkan ketetapan tersebut, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16028", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima \nsighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nWang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut \nhukum faraid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16026", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada \n13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M\n sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n1.Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan sertu/ samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.\nKeterangan/Hujah:\u00a0\ni.\u00a0Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi\u2019i dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu \namalan sertu/ samak\n sebanyak \ntujuh kali\n yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterima pakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis \nmughallazah\n yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya.\nHadis Nabi S.A.W.:\n\u201cBersihkanlah bekas makanan kamu yang dijilat anjing dengan tujuh kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah\u201d.\nii. \nBerdasarkan zahir hadis\n hukum menyamak dengan tanah pada tempat yang terkena najis \nmughallazah\n, Nabi Muhammad S.A.W. tidak memperincikan bentuk dan keadaan tanah yang boleh digunakan untuk menyucikan najis \nmughallazah\n. Ini seolah-olah menunjukkan semua jenis tanah yang ada di atas muka bumi ini boleh digunakan untuk menyamak. \nImam Al-Sharbini\n menyebutkan semua jenis tanah sekalipun debu pasir. Tanah yang \ndicampur dengan benda asing \ntidaklah menjadi halangan asalkan ia tidak mengubah keaslian tanah dan suci.\niii. Dalam kehidupan yang moden pada hari ini, penemuan-penemuan baru yang masih berteraskan prinsip Islam seperti penciptaan sabun sertu/ samak wajar dihargai kerana tujuannya untuk memberi kemudahan kepada umat Islam di mana saja berada.\niv. Dari aspek tanah yang digunakan, Rasulullah S.A.W. tidak pernah menyatakan lapisan tanah yang ke berapa perlu digunakan kerana pada asasnya tanah atau pasir adalah suci.\nv.\u00a0\u00a0Bagi umat Islam yang tinggal di luar negara dan mudah terdedah dengan najis-najis \nmughallazah\n, penggunaan sabun ini adalah satu alternatif kepada penggunaan tanah yang kadang-kadang sukar diperolehi.\nvi.\u00a0Walaupun sabun ini dibenarkan untuk tujuan sertu/ samak bagi menggantikan tanah, tetapi kaedah pelaksanaan sertu/ samak tersebut masih terikat dengan hukum syarak.\nvii. Penggunaan sabun tersebut dibenarkan dengan syarat pada urufnya kandungan tanah melebihi daripada bahan-bahan yang lain.\n2.Mesyuarat mencadangkan proses penentuan kandungan sama ada sabun tersebut boleh digunakan untuk tujuan sertu/ samak adalah dibawah kawalan Bahagian Halal dalam mengeluarkan sijil halal. Oleh itu pengusaha sabun tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Sarawak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16025", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-6/2011, pada 30 Disember 2011 memutusakan Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport yang tidak diketahui umurnya adalah :\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha\u2019, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/80-hukum-qurban-dan-aqiqah-ke-atas-haiwan-yang-tidak-diketahui-umurnya"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16023", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M sebulat suara menerima garis panduan seperti berikut:\n\u00a0\nGaris Panduan Pengurusan Zakat Asnaf Riqab Dan Gharimin\nNegeri Sarawak\nSatu garis panduan bagi memberi panduan kepada Tabung Baitulmal Sarawak berkaitan agihan zakat kepada asnaf \nriqab\n dan \ngharimin s\nebagaimana diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-24 pada 10 Jamadilawal 1435H bersamaan 12 Mac 2014M \nseperti berikut\n:\n\"Berdasarkan pembentangan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia dan\u00a0meneliti fakta-fakta\u00a0dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh penyelidik, Muzakarah\u00a0berpuashati\u00a0dan\u00a0bersetuju menerima hasil kajian dan Garis\u00a0Panduan Pengurusan Zakat Asnaf\u00a0Riqab\u00a0Dan\u00a0Gharimin: Satu Analisis Kontemporari\u00a0yang telah dikemukakan oleh pihak penyelidik .\n\u00a0\nBAHAGIAN I\nPERMULAAN\n\u00a0\nTajuk ringkas\n\u00a0\n(1)\u00a0\u00a0\u00a0Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Pengurusan Zakat Asnaf Riqab Dan Gharimin Negeri Sarawak.\n\u00a0\nTafsiran \n\u00a0\n(2)\u00a0\u00a0Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:\n\u00a0\n\u201cBaitulmal\u201d\n ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 45, Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001.\n\u00a0\n\u201dGharim\u201d\n ertinya\n \ngolongan yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf gharimin iaitu individu yang berhutang untuk keperluan diri dan tanggungannya, Individu yang berhutang untuk keperluan masyarakat umum, individu yang menjadi penjamin dan individu yang ditimpa musibah seperti bencana alam.\n\u00a0\n\u201dHamba mukatab\u201d\n ertinya\n \nhamba yang dijanjikan oleh tuannya boleh dibebaskan dengan syarat membayar sejumlah wang. Harta zakat diberikan kepada tuan kepada hamba tersebut bagi melangsaikan hutang tebusan tersebut.\n\u00a0\n\u201cHamba sahaya\u201d\n \nertinya hamba yang dibeli menggunakan harta zakat, kemudian dia dimerdekakan.\n\u00a0\n\u201cHutang\u201d\n ertinya\n \nhutang untuk keperluan yang dibenarkan oleh syarak dan bukan hutang pada perkara dosa, maksiat, atau \nsafah\n (melebihi keperluan).\n\u00a0\n\u201dIndividu yang berhutang untuk keperluan diri dan tanggungannya\u201d\n \nertinya\n \ngolongan orang fakir yang sangat memerlukan, orang berhutang yang tidak mampu membayar hutangnya, dan orang yang menanggung kos bayaran diyat (denda gantian dalam hukuman qisas).\"\n\u00a0\n\u201cIndividu yang berhutang untuk keperluan masyarakat umum\u201d\n \nertinya seorang yang menganggung satu tanggungan (seperti membayar diyat pihak yang berkonflik atau menanggung ganti rugi daripada konflik)\n,\n seorang yang ditimpa wabak penyakit sehingga habis hartanya dan seorang yang ditimpa bencana.\n\u00a0\n\u201cIndividu yang ditimpa musibah seperti bencana alam\u201d\n ertinya\n \nseseorang yang hartanya rosak kerana banjir, juga rosak kerana terbakar, dan seseorang yang mempunyai ahli keluarga tetapi dia tidak memiliki harta, lalu dia berhutang untuk memberi nafkah kepada ahli keluarganya.\"\n\u00a0\n\u201cOrang Islam yang dieksploitasi sehingga diperhambakan\u201d\n \nertinya\n \nindividu beragama Islam yang dikuasai oleh seseorang atau organisasi secara paksa yang diperlakukan secara tidak adil untuk manfaat pihak yang menguasai serta individu yang dikuasai itu tidak memiliki kebebasan mengurus keperluan diri. Contohnya, orang yang ditawan oleh musuh, diculik, buruh paksa, mangsa pemerdagangan orang, buruh kanak-kanak, orang yang dieksploitasi untuk menjadi pekerja seks, orang yang dieksploitasi kerana bebanan hutang.\n\u00a0\n\u201cPenjamin\u201d\n ertinya seseorang yang dapat memenuhi keperluan undang-undang untuk menjadi seorang penjamin dan bertanggungjawab membayar hutang peminjam jikalau beliau mungkir.\n\u00a0\n\u201dRiqab\u201d\n \nertinya\n \ngolongan yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf riqab iaitu hamba mukatab, hamba sahaya dan orang Islam yang dieksploitasi sehingga diperhambakan.\n\u00a0\n\u201dUndang-Undang Islam\u201d\n ertinya Undang-Undang Islam mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis.\n\u00a0\n\u201dZakat\u201d\n ertinya cukai daripada harta dan pendapatan seseorang orang Islam yang kena dibayar mengikut Undang-Undang Islam.\nBAHAGIAN II\nASNAF RIQAB\n\u00a0\nGolongan Yang Layak\n\u00a0\n(3)\u00a0\u00a0Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf riqab hendaklah terdiri daripada golongan:\n(a)\u00a0\u00a0\nHamba mukatab;\n(b)\u00a0\u00a0\nHamba sahaya; dan\n(c)\u00a0\u00a0\nOrang Islam yang dieksploitasi sehingga diperhambakan.\n\u00a0\nSyarat Kelayakan\n\u00a0\n(4)\u00a0\u00a0Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada golongan seperti dalam perkara \n3 (a), (b)\n dan \n(c)\n mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0beragama Islam;\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0memerlukan kepada bantuan kewangan;\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0dengan kehendak sendiri mahu keluar daripada eksploitasi;\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0dieksploitasi oleh individu lain, bukan terjerumus ke dalam kancah belenggu dengan kehendak diri sendiri; dan\n(e)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0bertujuan untuk menghapuskan penindasan dan eksploitasi terhadap asnaf riqab.\n\u00a0\nBAHAGIAN III\nASNAF GHARIMIN\n\u00a0\nGolongan Yang Layak\n\u00a0\n(5)\u00a0Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf gharimin hendaklah terdiri daripada golongan:\n(a) individu yang berhutang untuk keperluan diri dan tanggungannya;\n(b) individu yang berhutang untuk keperluan masyarakat umum;\n(c) individu yang menjadi penjamin; dan\n(d) individu yang ditimpa musibah seperti bencana alam.\n\u00a0\nSyarat Kelayakan\n\u00a0\n(6) Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada golongan seperti dalam perkara \n5 (a), (b) (c)\n dan \n(d)\n mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:\n(a)\u00a0Islam;\n(b)\u00a0Merdeka;\n(c)\u00a0telah sedia berhutang sama ada berhutang untuk keperluan diri, ahli keluarga, atau masyarakat, juga menjadi penjamin hutang;\n(d)\u00a0hutang tersebut adalah untuk keperluan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam;\n(e)\u00a0fakir iaitu tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melangsaikan hutang; dan\n(f)\u00a0\u00a0menjadi penjamin kepada yang berhutang\n\u00a0\nBAHAGIAN IV\nPELBAGAI\n\u00a0\nTanggungjawab Tabung Baitulmal Sarawak\n\u00a0\n(7)\u00a0\u00a0Bagi memastikan seseorang pemohon itu tergolong di dalam \nasnaf riqab\n dan \nasnaf gharimin\n, pihak Tabung Baitulmal Sarawak bolehlah membuat penyiasatan yang perlu dengan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tujuan tersebut.\n\u00a0\nBidangkuasa Melulus\n\u00a0\n(8)\u00a0\u00a0(1)\u00a0\u00a0Permohonan yang telah diterima oleh Tabung Baitulmal hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas bagi tujuan meluluskan permohonan tersebut.\n(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jawatankuasa ini setelah berpuas hati dengan keesahan permohonan mempunyai bidangkuasa untuk menolak atau meluluskan permohonan yang dikemukakan berdasarkan kaedah dan tatacara yang telah ditentukan olehnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16020", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2005 yang bersidang pada 7 Mac 2005 telah membincangkan mengenai Pemasangan Stesyen Pemancar Celcom Di Menara Masjid Tengah, Jalan Berapit, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Mesyuarat\u00a0memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i)\u00a0Hukum pemasangan dan menerima wang sewaan pemasangan stesyen pemancar telekomunikasi adalah harus.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Mengenai harta wakaf sekiranya hendak dibangunkan pihak qaryah perlu mendapat persetujuan MAINPP iaitu pihak yang memegang amanah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16018", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada \n10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M\n \nsebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0Syarat Umum Jual Beli\n\u00a0\n1.\u00a0Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut \u2019uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.\n\u00a0\nPihak Yang Berakad\n\u00a0\n2.\u00a0Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (\nAhliyyah al-Ta\u2019aqud\n) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\nBaligh, berakal dan\u00a0\nrasyid\nJika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.\n\u00a0\nii.\u00a0\u00a0\nKeredhaan\n Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.\n\u00a0\nHarga Belian (\nal-Thaman\n)\n\u00a0\n3.\u00a0Harga belian (\nal-Thaman\n) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.\n\u00a0\n \n\u00a0\nBarang Belian (\nal-Muthman\n)\n\u00a0\n4.\u00a0\u00a0Barang belian (\nal-Muthman\n) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.\n\u00a0\n5.\u00a0\u00a0Barang belian (\nal-Muthman\n) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.\n\u00a0\n6.\u00a0\u00a0Barang belian (\nal-Muthman\n) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\u00a0Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.\n\u00a0\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.\n\u00a0\niii.\u00a0\u00a0Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.\n\u00a0\n\u00a0\nSighah\n\u00a0\n7.\u00a0\u00a0Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara\u00a0\nMu\u2019ataah\n\u00a0(serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha\u2019.\n\u00a0\n8.\u00a0Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, \u201d Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun\u201d.\n\u00a0\n9.\u00a0\u00a0\u00a0Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.\n \nSyarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi\n\u00a0\n10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item\u00a0\nribawi\n\u00a0yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0Berlaku\u00a0\ntaqabudh\n\u00a0(penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.\n\u00a0\nSyarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item\u00a0\nribawi\n, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada\u00a0\nillah ribawi\n.\n\u00a0\n\u00a0\nPerincian\u00a0\ntaqabudh\n\u00a0dan urusniaga lani adalah seperti berikut:\n\u00a0\nSyarat Pertama:\n Taqabudh\n\u00a0\n11. \nTaqabudh\n\u00a0(penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.\n\u00a0\n12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:\n\u00a0\nPembayaran secara tunai\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker\u2019s cheque)\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembayaran secara cek peribadi\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembayaran secara kad debit\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembayaran secara kad kredit\nd.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.\n\u00a0\nSecara\u00a0\nuruf\nnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.\n\u00a0\nStatus tunai ini masih lagi diterima secara\u00a0\nuruf\nnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.\n\u00a0\n13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:\n\u00a0\n\u00a0\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berpindah\u00a0\ndhaman\n\u00a0(tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.\n\u00a0\n14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku\u00a0\ntaqabudh\n\u00a0ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara\u00a0\nwakalah\n.\n\u00a0\nPerlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau\u00a0\nhukmi\n.\n\u00a0\nSyarat Kedua:\n Secara\u00a0\nLani\n\u00a0\u00a0\n15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara\u00a0\nlani\n\u00a0dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.\n\u00a0\n16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.\n\u00a0\n17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.\n\u00a0\n\u00a0\nManakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah dilakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.\n\u00a0\nDi dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik,\u00a0\nclearing house \ndan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat\u00a0\nqiyas\n\u00a0ke atas proses pertukaran matawang asing.\n\u00a0\nNamun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:\n\u00a0\nPihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0ii.\u00a0\u00a0Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (\ntrust account\n) dibuka oleh penjual.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\niii.\u00a0Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\niv.\u00a0Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.\n\u00a0\nApabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam \ntrust account\n (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.\n\u00a0\nAkad Dan Unsur Sampingan\n\u00a0\n18. Penglibatan\u00a0\nhibah\n\u00a0dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat\u00a0\nhibah\n, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa\u00a0\nhibah\n\u00a0secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi\u00a0\nhibah\n\u00a0tersebut.\n\u00a0\n19. Penglibatan\u00a0\nwadiah\n\u00a0dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam\u00a0\nwadiah\n, yang antara lain ialah pegangan\u00a0\nwadiah\u00a0\nadalah berasaskan kepada\u00a0\nYad Amanah.\n\u00a0\n20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (\ntasarruf)\n\u00a0emasnya, termasuklah memberi pinjaman (\nqardh\n) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria\u00a0\nqardh\n\u00a0yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur\u00a0\n\u201dsalaf wa bay\u201d\n\u00a0iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.\n\u00a0\n21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (\ntasarruf\n) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep\u00a0\nal-Rahn\n\u00a0yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.\n\u00a0\n22. \nWa\u2019d\n boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah\u00a0\nwa\u2019d\n\u00a0dari sebelah pihak dan bukannya\u00a0\nmuwa\u2019adah\n\u00a0dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa\u2019d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan \u2019kunci harga\u2019. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.\n\u00a0\n23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar (\nfahish\n)\n yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16016", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang\u00a0Bil. 2/2004\u00a0yang bersidang pada 11 September 2004 telah membincangkan\u00a0mengenai\u00a0Status Tanah Yang Digunakan Aktiviti Keagamaan (Masjid, Surau, Tanah Perkuburan Dan Sekolah Agama) Yang Tidak Mempunyai Dokumen Atau Sighah. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Sesuatu harta itu dikira sebagai wakaf jika terdapat sebarang bukti yang menunjukkan ianya merupakan wakaf seperti saksi dan qarinah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Jika tiada sebarang bukti yang menunjukkan ianya harta wakaf, maka keputusan mesyuarat memutuskan bagi kawasan kubur umum dan masjid maka ia dianggap sebagai wakaf menurut kepada sifat penggunaannya.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Manakala bagi kawasan selain daripada kubur umum dan masjid, mesyuarat memutuskan bahawa harta tersebut perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum mengisytiharkan ianya harta wakaf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16014", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima garis panduan seperti berikut:\nGARIS PANDUAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG\nMENURUT PERSPEKTIF ISLAM\n\u00a0\n1.\u00a0Pengenalan\nSatu garis panduan bagi memberi panduan kepada syarikat jualan langsung, peserta termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam perniagaan seumpama ini serta orang awam bagi memastikan perniagaan jualan langsung mereka adalah selaras dengan prinsip-prinsip syariah sebagaimana diputuskan oleh \nMesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali Ke 12 pada 14 November 2007M / 4 Zulkaedah 1428H\n\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\u201c\nKonsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) yang diluluskan oleh kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam\u201d.\n2.\u00a0Tajuk ringkas.\nGaris panduan ini bolehlah dinamakan sebagai garis panduan perniagaan jualan langsung menurut perspektif Islam.\n3.\u00a0Tafsiran:\nDalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:\n\u201cAkad\u201d\n \n(\nAgreement/ contract\n)\n ertinya perjanjian antara syarikat dan peserta yang telah difahami dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak menurut hukum syarak.\n\u201cBarang\u201d\n \n(\nGood\n)\n ertinya tiap-tiap jenis harta alih selain daripada hak dalam tindakan, suratcara boleh niaga, syer dan wang.\n\u201cBonus\u201d \n(Incentive/ bonus)\n ertinya bayaran tambahan sebagai saguhati selain upah atau gaji.\n\u201cElektronik\n\u201d\n (Electronics) \nertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optic, magnetic, elektromagnetik, biometric, fotonik atau teknologi lain yang seumapamanya.\n\u201cHarta tidak ketara\u201d\n \n(Intangible assets)\n ertinya apa-apa barang atau perkhidmatan yang tidak mempunyai nilai atau manfaat yang jelas kepada peserta dan pengguna.\n\u201cInsentif\u201d\n \n(Incentive)\n ertinya sesuatu yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan.\n\u201cJualan langsung\u201d\n \n(Direct selling)\n ertinya jualan pintu ke pintu, pesanan pos atau jualan transaksi elektronik termasuk pelan pemasaran berbilang tingkat, pelan pemasaran satu tingkat dan jualan melalui pesanan pos.\n\u201cJualan pintu ke pintu\u201d\n \n(Door-to-door sales)\n ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara sepeerti yang berikut:\nSeseorang atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk:\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pergi dari satu tempat ke satu tempat selain dari satu tempat perniagaan yang tetap, atau\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan.\nOrang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan mewujudkan kontrak itu.\n\u201cJualan pesanan pos\u201d\n \n(Mail order sales)\n ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.\n\u201cJualan melalui transaksi elektronik\u201d\n \n(Sales through electronic transactions)\n ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan secara elektronik dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud untuk mendapatkan komisen, bonus atau apa-apa faedah ekonomi yang lain.\n\u201cKomisen\u201d\n \n(Commission)\n ertinya upah yang dibayar kepada wakil atau ejen kerana menjual barang atau perkhidmatan.\n\u201cPerkhidmatan\u201d\n \n(Service)\n ertinya apa-apa jenis hak atau faedah kecuali barang dan pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan.\n\u201cPeserta\u201d\n \n(Participants)\n ertinya orang yang mengambil bahagian dalam skim jualan langsung dan termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen dan pembeli.\n\u201cPelan Pemasaran Berbilang Tingkat (\nMulti-Level Marketing Plan\n/ MLM)\u201d \nertinya\n \nsyarikat akan mengambil atau melantik individu sebagai peserta\u00a0untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Peserta yang berkenaan akan melantik individu lain bagi membentuk rangkaian di bawahnya (downline) untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Proses pengambilan peserta baharu boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah. Setiap peserta akan mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada jualan peribadi dan jualan ahli atau pengedar di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya (over-riding bonus).\n\u201cPelan Pemasaran Satu Tingkat (\nSingle Level Marketing Plan\n)\u201d ertinya syarikat akan melantik atau menaja wakil atau ejen jualan dan membayar gaji atau komisen atau gabungan gaji dan komisen atas jumlah yang dibuat. Wakil atau ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik atau menaja wakil atau ejen jualan lain.\n\u201cProduk\u201d\n \n(Product)\n bermaksud barang atau perkhidmatan.\n\u201cSkim Piramid\u201d\n \n(Pyramid scheme)\n ertinya apa-apa skim, perkiaraan, pelan, pengendalian atau proses berantai yang bonus atau faedah diperolehi semata-mata atau terutamanya daripada perekrutan atau pengambilan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai pyramid berbanding dengan jualan barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.\n4.\u00a0KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM\nPerniagaan jualan langsung yang diharuskan oleh hukum syarak mengandungi ciri-ciri seperti berikut:\n4.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kontrak Jualan Langsung Secara Bertulis.\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat hendaklah menyediakan satu kontrak bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas perihal perjanjian antara syarikat dan peserta.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terma dan syarat perjanjian hendaklah difahami dan dipersetujui oleh syarikat dan peserta.\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kontrak hendaklah mengandungi klausa \n\u201cKONTRAK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA\u201d \nyang dicetak dengan huruf besar dalam cetakan yang tidak kurang daripada 18 poin Times\n[1]\n.\nd)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kontrak tersebut hendaklah ditandatangani oleh wakil syarikat dan peserta yang baharu menyertai syarikat jualan langsung.\ne)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Seseorang peserta boleh membatalkan kontrak tersebut pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh bertenang yang menyatakan niatnya untuk menamatkan atau menarik diri daripada kontrak itu.\n[2]\n4.2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tempoh Bertenang \n(Cooling Off Period)\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tempoh bertenang ialah tempoh tidak kurang dari sepuluh hari bekerja dari tarikh penyertaan yang membenarkan seseorang peserta membatalkan atau menarik balik penyertaan dalam perniagaan jualan langsung.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sekiranya berlaku pembatalan keahlian, syarikat hendaklah memulangkan keseluruhan yuran keahlian yang telah dibayar oleh peserta.\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sekiranya pembeli membuat pembelian dan berhasrat untuk memulangkan barang tersebut kerana didapati tidak sesuai, pembeli berhak berbuat demikian sebelum tamat tempoh sepuluh hari, dan syarikat hendaklah memulangkan kembali keseluruhan wang atau harga barang tersebut.\nd)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembeli juga berhak untuk memulangkan barang yang dibeli sekiranya didapati tidak memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. Perkara ini adalah berdasarkan khiyar al-syart iaitu pilihan untuk membatalkan sesuatu akad selepas tempoh beberapa hari sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:\n...\u062d\u062f\u062b\u0646\u0627 \u0643\u062b\u064a\u0631 \u0628\u0646 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0628\u0646 \u0639\u0645\u0631\u0648 \u0628\u0646 \u0639\u0648\u0641 \u0627\u0644\u0645\u0632\u0646\u064a \u0639\u0646 \u0623\u0628\u064a\u0647 \u0639\u0646 \u062c\u062f\u0647 \u0623\u0646 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0642\u0627\u0644 \u0627\u0644\u0635\u0644\u062d \u062c\u0627\u0626\u0632 \u0628\u064a\u0646 \u0627\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645\u064a\u0646 \u0625\u0644\u0627 \u0635\u0644\u062d\u0627 \u062d\u0631\u0645 \u062d\u0644\u0627\u0644\u0627 \u0623\u0648 \u0623\u062d\u0644 \u062d\u0631\u0627\u0645\u0627 \u0648\u0627\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645\u0648\u0646 \u0639\u0644\u0649 \u0634\u0631\u0648\u0637\u0647\u0645 \u0625\u0644\u0627 \u0634\u0631\u0637\u0627 \u062d\u0631\u0645 \u062d\u0644\u0627\u0644\u0627 \u0623\u0648 \u0623\u062d\u0644 \u062d\u0631\u0627\u0645\u0627.\n\u00a0\u0642\u0627\u0644 \u0623\u0628\u0648 \u0639\u064a\u0633\u0649 \u0647\u0630\u0627 \u062d\u062f\u064a\u062b \u062d\u0633\u0646 \u0635\u062d\u064a\u062d\nMaksudnya:\n \n\u201cTelah diceritakan kepada kami kathir bin Abdullah bin \u2018amru bin \u2018auf al-Muzanniy daripada bapanya daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa perdamaian diharuskan dikalangan orang Islam kecuali perdamaian yang mengharamkan yang halal atau yang menghalalkan yang haram dan orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram\u201d\n.\n[3]\n4.3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Yuran keahlian pada kadar yang minima\n.\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Yuran yang ditetapkan hendaklah pada kadar yang minima meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan (sales kit) yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menerusi pembayaran yuran, peserta secara automatic telah menjadi ahli atau pengedar, wakil jualan atau ejen kepada syarikat jualan langsung.\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Yuran keahlian hendaklah tidak mengandungi elemen pernyertaan dalam kad diskaun yang menetapkan kadar yuran keahlian yang tinggi yang boleh membebankan peserta.\n4.4\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nTujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan kehendak syarak seperti berikut:\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan; dan/ atau\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menjadi pengedar, wakil atau ejen jualan kepada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.\n4.5\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Akad-akad dalam perniagaan jualan langsung\n.\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Akad-akad antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas antara syarikat dengan peserta.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tertakluk kepada (a), pada asasnya akad antara syarikat dengan peserta boleh terdiri daripada akad-akad yang berikut:\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\nAl-wakalah\n \n(\u0627\u0644\u0648\u0643\u0627\u0644\u0629)\n wakil atau ejen\nAl-wakalah ialah akad yang member kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Dalam akad ini, peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila peserta mencapai sasaran jualan (dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti setahun) berdasarkan konsep al-jua\u2019lah. Menerusi akad al-wakalah, peserta atau wakil boelh berhenti atau menarik diri pada bila-bila masa apabila peserta tidak lagi melaksanakan kerja dalam tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh syarikat misalnya setahun. Sekiranya peserta tidak menarik diri selepas tempoh tersebut, kontrak akan tamat dengan sendirinya meskipun tidak dimaklumkan kepada syarikat berhubung penamatan tersebut.\n[4]\nii.\u00a0\u00a0\nAl-wakalah bi ujr\n \n(\u0627\u0644\u0648\u0643\u0627\u0644\u0629 \u0628\u0623\u062c\u0631)\n wakil atau ejen dengan upah\nAl-wakalah bi ujr ialah akad yang member kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Menerusi akad ini, syarikat akan melantik peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas sasaran jualan berdasarkan konsep al-ju\u2019alah. Menerusi akad al-wakalah bi ujr, kedua-dua pihak tidak harus membatalkan akad tanpa persetujuan pihak lain.\n[5]\nNota:\nDari sudut fiqh, \nal-wakalah bi ujr\n\u00a0terbahagi kepada dua. \n[6]\nPertama:\n al-wakalah dengan konsep \nal-ju\u2019alah\n (upah atas hasil kerja/ result oriented).\nContoh:\n \u201cA menjadi wakil B untuk mempromosi barang, jika terjual barang tersebut, 5% daripadanya milik B.\u201d\nAl-wakalah\n dengan konsep \nal-ju\u2019alah\n semua fuqaha\u2019 berpandangan ia tidak mengikat kecuali mazhab Maliki yang mengatakan mengikat jika orang yang menerima tawaran telah memulakan kerja atau tugas.\nKedua:\n \nAl-wakalah\n dengan konsep ijarah (upah atas masa contoh seminggu, setahun/ effort oriented)\nContoh:\n \u201cA menjadi wakil B untuk menjual barang dengan upah RM10 sehari.\u201d A tetap mendapat upah meskipun tidak Berjaya menjual barang tersebut.\nMazhab Hanafi dan Maliki berpandangan bahawa wakalah dengan konsep ijarah mengikat kedua-dua belah pihak. Menurut mazhab Syafi\u2019I dan Hanbali, ia tetap tidak mengikat.\niii.\u00a0\nAl-ju\u2019alah (\u0627\u0644\u062c\u0639\u0627\u0644\u0629)\nAl-ju\u2019alah \nialah akad yang menjanjikan pemberian saguhari kepada pihak yang melaksanakan sesuatu kerja kepada pihak yang melaksanakan sesuatu kerja yang telah ditetapkan. Peserta yang menjual produk serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat dijanjikan komisen, bonus atau faedah ekonomi lain berdasarkan konsep al-ju\u2019alah.\n[7]\niv. \nHibah (\u0627\u0644\u0647\u0628\u0629)\nHibah \nialah suatu pemberian sukarela yang diharuskan olehsyarak oleh syarikat kepada peserta.\nv.\u00a0\u00a0\nAl-bay\u2019\u00a0(\u0627\u0644\u0628\u064a\u0639) Jual Beli\nAkad antara peserta atau pihak yang membeli produk keluaran syarikat.\nvi. \nIjarah \u2018ala al-a\u2019mal (\u0627\u062c\u0627\u0631\u0629 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0623\u0639\u0645\u0627\u0644) \nupah khidmat atau kerja\nAkad i\njarah \u2018ala al-a\u2019mal \nialah kontrak memberi upah terhadap khidmat yang diberikan dalam bentuk kerja,\n[8]\n pemikiran dan kepakaran. Bentuk-bentuk ijarah \n\u2018ala al-a\u2019mal \nantaranya adalah seperti makan gaji, mengambil upah atau bayaran bagi perkhidmatan.\n[9]\nDalam konteks jualan langsung, akad ini berlaku menerusi hubungan antara syarikat dengan kakitangan yang bertugas di ibu pejabat dan cawangan-cawangan sama ada yang menjalankan tugas pentadbiran atau promosi. Sebagai balasan atas khidmat yang diberikan, kakitangan tersebut dibayar gaji. Di samping itu, kakitangan dicawangan yang menjalankan tugas membuat penerangan tentang syarikat, mempromosi dan menjual produk serta mendaftaf ahli baharu untuk syarikat juga boleh menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain jika prestasi jualan meningkat berdasarkan konsep \nal-ju\u2019alah.\n4.6\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nKontrak berteraskan prinsip saling reda-meredhai. (\u0627\u0644\u062a\u0631\u0627\u0636\u064a)\n\u00a0\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Akad antara pihak-pihak yang berkontrak hendaklah saling redha-meredhai (\u0627\u0644\u062a\u0631\u0627\u0636\u064a) semasa memeterai akad. Jumhur fuqaha\u2019 bersepakat bahawa prinsip saling redha-meredhai merupakan syarat sah akad.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalil al-Quran adalah menerusi firman Allah SWT:\n\u00a0\u00a0\nMaksudnya\n:\n \u201cHai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu dan janganlah kamu membunuh dirimu, Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu\u201d.\n(Surah An-Nisa\u2019: 29)\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalil al-Sunnah adalah berdasarkan hadith Rasulullah SAW:\n\u062d\u062f\u062b\u0646\u0627 \u0627\u0644\u0639\u0628\u0627\u0633 \u0628\u0646 \u0627\u0644\u0648\u0644\u064a\u062f \u0627\u0644\u062f\u0645\u0634\u0642\u064a \u062d\u062f\u062b\u0646\u0627 \u0645\u0631\u0648\u0627\u0646 \u0628\u0646 \u0645\u062d\u0645\u062f \u062d\u062f\u062b\u0646\u0627 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0639\u0632\u064a\u0632 \u0628\u0646 \u0645\u062d\u0645\u062f \u0639\u0646 \u062f\u0627\u0648\u062f \u0628\u0646 \u0635\u0627\u0644\u062d \u0627\u0644\u0645\u062f\u064a\u0646\u064a \u0639\u0646 \u0623\u0628\u064a\u0647 \u0642\u0627\u0644 \u0633\u0645\u0639\u062a \u0623\u0628\u0627 \u0633\u0639\u064a\u062f \u0627\u0644\u062e\u062f\u0631\u064a \u064a\u0642\u0648\u0644 \u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0625\u0646\u0645\u0627 \u0627\u0644\u0628\u064a\u0639 \u0639\u0646 \u062a\u0631\u0627\u0636 \n[10]\nMaksudnya\n: \n\u201cDiceritakan kepada kami al-A\u2019bbas bin al-walid al-Dimasyqiy sebagaimana yang diceritakan kepada kami oleh Marwan bin Muhammad sebagaimana yang diceritakan kepada kami oleh Abdul Aziz bin Muhammad daripada Daud bin Saleh al-Madiniy daripada bapanya beliau berkata bahawa aku telah mendengar Abu Said al-Khudriy berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa sesungguhnya jual beli adalah berdasarkan konsep saling redha-meredhai (kerelaan kedua-dua pihak)\n\u201d.\n(Hadith Riwayat Ibn Majah)\nd)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hukum syarak menggariskan bahawa prinsip saling redha-meredhai berlaku apabila terdapatnya niat yang memberi kesan kepada akad iaitu bebas daripada tekanan atau paksaan. Justeru, transaksi jualan langsung antara pihak-pihak hendaklah berpaksikan kepada prinsip saling redha-meredhai serta bebas daripada unsur paksaan, manipulasi dan eksploitasi.\n4.7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiap peserta syarikat jualan langsung layak untuk menikmati salah satu atau gabungan keistimewaan seperti yang berikut:\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mendapat potongan harga bagi setiap pembelian dan/ atau mendapat baucar atau kupon bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat. Potongan tersebut adalah berdasarkan akad al-wa\u2019d bi al-hibah (janji untuk member hibah).\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain bagi setiap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan orang di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya berdasarkan akad al-ju\u2019alah.\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menjadi pengedar kepada rangkaian produk syarikat iaitu menjadi suatu entity perniagaan baharu di bawah syarikat jualan langsung (independent business owner).\n4.8\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Produk hendaklah memenuhi kriteria seperti yang berikut:\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Produk yang dikeluarkan oleh syarikat hendaklah terdiri daripada barangan dan perkhidmatan yang bermanfaat menurut perspektif syarak.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Produk tersebut hendaklah berkualiti dan selamat untuk digunakan.\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Produk bukanlah sebagai alat atau helah dalam urus niaga bagi mengaburi ciri-ciri skim piramid atau skim cepat kaya. Kekuatan syarikat jualan langsung adalah terletak kepada produk yang bermutu dan bukan terhadap objektif jangka pendek bagi tujuan mengaut keuntungan semata-mata.\nd)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Produk makanan, minuman dan barangan gunaan yang dijual oleh syarikat hendaklah mendapat pengiktirafan halal JAKIM atau badan-badan persijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Bagi menjamin sistem pengurusan syarikat adalah mengikut prinsip-prinsip Islam, disarankan agar syarikat jualan langsung memohon piawaian MS 2400:2010 \nStandards On Halal Logistics\n, MS1500:2009 Makanan Halal: Pengeluaran,Penyediaan dan Penyimpanan, MS2200:2008 \nStandards On Halal Cosmetics dan MS1900:2005 Standards On Quality Management System From Islamic Perspective \nbagi memberi nilai tambah terhadap pengiktirafan halal bagi produk-produk syarikat terbabit.\ne)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Produk bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba.\n4.9\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau serta berkadaran dengan jenis dan kualiti barang.\n4.10\u00a0\u00a0Pemberian insentif.\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pemberian insentif oleh syarikat kepada peserta boleh berupa komisen, bonus atau faedah ekonomi yang lain.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembayaran komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dalam perniagaan jualan langsung adalah berdasarkan prinsip al-jua\u2019lah atau hibah.\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pemberian komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah berasaskan jualan kuantiti barang atau perkhidmatan dan bukan berasaskan perekrutan atau pengambilan peserta baharu.\nd)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pelan pemasaran syarikat jualan langsung dan pelan pemberian insentif yang bermatlamat perekrutan atau pengambilan peserta baharu semata-mata atau terutamanya sebagai kelayakan untuk mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain adalah mengandungi elemen \nmoney game\n atau perjudian yang tidak diharuskan oleh hukum syarak.\u00a0\ne)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Upline berhak menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada pembelian atau jualan \ndownline\n yang dibantunya sahaja.\nf)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah diambil daripada keuntungan jualan produk dan/ atau atas sumbangan syarikat.\ng)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat hendaklah menetapkan dengan jelas kerja yang perlu dilakukan oleh peserta bagi melayakkanya mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dan mengisytiharkan syarat-syarat tersebut.\nh)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat hendaklah memberi peluang secara adil kepada semua peserta untuk mendapatkan komisen, bonus atau insentif.\ni)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat digalakkan untuk mempelbagaikan produk bagi membuka peluang kepada peserta memperbanyakkan jualan bagi tujuan mendapatkan komisen, bonus atau faedah ekonomi lain. Pendekatan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya eksploitasi sistem atau rangkaian menjadi \nmoney game\n.\nj)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pelan pemasaran syarikat dan pelan pemberian insentif kepada peserta hendaklah dinyatakan secara jelas oleh syarikat dalam dokumen bertulis.\n4.11\u00a0\u00a0Polisi beli balik atau polisi bayar balik. \n\u00a0(Sale And Buyback Policie)\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis yang mengandungi terma tentang polisi beli balik atau bayar balik.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat hendaklah membeli balik apa-apa barang yang dipasarkan yang telah dijual kepada peserta dalam masa enam bulan dengan membuat pembayaran tidak kurang daripada sembilan puluh peratus (90%) daripada amaun yang dibayar.\n[11]\n4.12\u00a0\u00a0Mana-mana peserta boleh menarik diri daripada menyertai syarikat pada bila-bila masa berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak\n.\n4.13\u00a0\u00a0Pelantikan Penasihat Syariah.\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat hendaklah melantik Penasihat Syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Islam yang sekurang-kurangnya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang syariah termasuk pengajian dalam \nUsul Fiqh\n dan \nFiqh Muamalat\n.\n[12]\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat digalakkan untuk melantik Penasihat Syariah yang mempunyai pengalaman yang bersesuaian dalam bidang muamalat.\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penasihat syariah tidak boleh mempunyai sebarang hubungan yang boleh mempengaruhi pendiriannya dalam membuat keputusan yang bebas dengan mempunyai hubungan kekeluargaan terdekat seperti pasangan, anak atau adik-beradik dengan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat atau Ahli Lembaga Pengarah; dan tidak mempunyai kepentingan saham dalam syarikat jualan langsung atau anak-anak syarikatnya.\n4.14\u00a0\u00a0Program latihan\n.\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat hendaklah menganjurkan program latihan secara percuma bagu tujuan seperti berikut:\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Untuk memperkenalkan produk kepada peserta khususnya bagi produk yang mempunyai ciri-ciri khusus yang bersifat teknikal dan ciri-ciri khusus yang mematuhi hukum syarak; dan\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung dengan kaedah pemasaran bagi meningkatkan prestasi jualan syarikat.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat boleh menganjurkan program latihan secara berbayar dengan kadar yuran penyertaan yang munasabah.\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pengendalian program latihan hendaklah bertepatan dengan prinsip-prinsip syarak termasuklah memelihara adab dan pergaulan antara mahram dan bukan mahram.\n5.\u00a0UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG\n5.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Unsur-unsur yang dilarang dalam perniagaan jualan langsung adalah seperti berikut:\n5.1.1\u00a0\u00a0\u00a0Mengandungi unsur skim piramid seperti yang berikut:\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Skim piramid atau skim cepat kaya adalah tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah kerana berteraskan unsur perjudian atau pertaruhan (qimar) melalui permainan wang (money game) iaitu \ndownline\n yang baharu ditaja oleh \nupline\n akan kehilangan wang penyertaan jika tidak berusaha mencari \ndownline\n yang lain.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyertaan dalam perniagaan jualan langsung dengan niat untuk mencari atau merekrut peserta baharu semata-mata atau terutamanya dan bukan dengan niat menjalankan perniagaan adalah mengandungi elemen skim piramid atau skim cepat kaya.\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pendapatan peserta dan syarikat dalam skim piramid atau skim cepat kaya dijana daripada yuran penyertaan ahli baharu semata-mata atau terutamanya dan bukan hasil daripada penjualan barang atau perkhidmatan.\niv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembayaran yuran penyertaan tanpa sebarang imbalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan adalah mengandungi elemen riba \nal-fadhl dan riba al-nasi\u2019ah \niaitu meletakkan sejumlah wang (yuran penyertaan) secar tunai dengan tujuan untuk mendapat sejumlah wang yang lebih banyak berlaku secara tangguh.\nv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya.\nvi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Peserta dikehendaki membeli barang-barang atau perkhidmatan dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan boleh dijual atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah.\n\u00a0vii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembelian pangkat atau pembelian lebih daripada satu keahlian merupakan pendekatan yang mengandungi elemen skim piramid dan dengan itu adalah bertentangan dengan hukum syarak.\n\u00a0viii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat yang menetapkan struktur pembayaran bonus mengikut susunan hierarki yang ketat tanpa membenarkan peserta melangkau \nupline\n dengan tidak mengambil kira keupayaan dan usaha sebenar peserta adalah mengandungi elemen skim piramid yang bertentangan dengan hukum syarak.\n5.1.2\u00a0\u00a0\u00a0Mengandungi unsur penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif.\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif adalah telus dan adil serta bebas daripada sebarang bentuk penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi yang boleh memperdaya ahli atau pengguna.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sebarang unsur penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi oleh ahli atau pengedar dalam usaha mencari ahli baharu semata-mata atau terutamanya untuk meningkatkan sasaran pencapaian kumpulan adalah ditegah oleh hukum syarak.\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u201cManipulasi\u201d ertinya segala tindakan dan selok-belok untuk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu.\niv.\u00a0\u00a0\u00a0\u201cEksploitasi\u201d ertinya perbuatan (tindakan) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.\nDalil as-Sunnah yang melarang perbuatan menipu dan\u00a0memperdaya dalam jual beli.\n\u062d\u062f\u062b\u0646\u0627 \u0639\u0644\u064a \u0628\u0646 \u062d\u062c\u0631 \u0623\u062e\u0628\u0631\u0646\u0627 \u0625\u0633\u0645\u0639\u064a\u0644 \u0628\u0646 \u062c\u0639\u0641\u0631 \u0639\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0644\u0627\u0621 \u0628\u0646 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0631\u062d\u0645\u0646 \u0639\u0646 \u0623\u0628\u064a\u0647 \u0639\u0646 \u0623\u0628\u064a \u0647\u0631\u064a\u0631\u0629 \u0623\u0646 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0645\u0631\u0639\u0644\u0649 \u0635\u0628\u0631\u0629 \u0645\u0646 \u0637\u0639\u0627\u0645 \u0641\u0623\u062f\u062e\u0644 \u064a\u062f\u0647 \u0641\u064a\u0647\u0627 \u0641\u0646\u0627\u0644\u062a \u0623\u0635\u0627\u0628\u0639\u0647 \u0628\u0644\u0644\u0627 \u0641\u0642\u0627\u0644 : \u0645\u0627 \u0647\u0630\u0627 \u064a\u0627 \u0635\u0627\u062d\u0628 \u0627\u0644\u0637\u0639\u0627\u0645 \u061f\u060c \u0642\u0627\u0644 : \u0623\u0635\u0627\u0628\u062a\u0647 \u0627\u0644\u0633\u0645\u0627\u0621 \u064a\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 . \u0642\u0627\u0644 : \u0623\u0641\u0644\u0627 \u062c\u0639\u0644\u062a\u0647 \u0641\u0648\u0642 \u0627\u0644\u0637\u0639\u0627\u0645 \u062d\u062a\u0649 \u064a\u0631\u0627\u0647 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0633\u060c \u062b\u0645 \u0642\u0627\u0644 \u0645\u0646 \u063a\u0634 \u0641\u0644\u064a\u0633 \u0645\u0646\u0627.\n[13]\nMaksudnya:\n \n\u201cDiceritakan oleh Ali bin Hujr sebagaimana yang telah disampaikan oleh Ismail bin Ja\u2019far daripada al-\u2018Ala\u2019 bin Abdul Rahman daripada bapanya daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah berjalan melalui satu timbunan makanan lalu baginda memasukkan tangannya dalam timbunan tersebut maka tersentuh jari-jarinya sesuatu yang basah, lalu baginda bertanya kepafa tuan makanan tersebut, apa ini? lalu dia menjawab, makanan itu terkena air hujan, Rasulullah lantas berkata, tidak bolehkah kamu meletakkan yang basah itu di atas sehingga orang dapat melihatnya kemudian baginda bersabda sesiapa yang menipu, maka dia bukan dari kalangan kami\u201d.\n(Hadith al-Tirmizi)\n... \u0639\u0646 \u0635\u0627\u0644\u062d \u0623\u0628\u064a \u0627\u0644\u062e\u0644\u064a\u0644 \u0639\u0646 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0628\u0646 \u0627\u0644\u062d\u0627\u0631\u062b \u0642\u0627\u0644 \u0633\u0645\u0639\u062a \u062d\u0643\u064a\u0645 \u0628\u0646 \u062d\u0632\u0627\u0645 \u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647 \u0639\u0646 \u0627\u0644\u0646\u0628\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0642\u0627\u0644 \u0627\u0644\u0628\u064a\u0639\u0627\u0646 \u0628\u0627\u0644\u062e\u064a\u0627\u0631 \u0645\u0627 \u0644\u0645 \u064a\u062a\u0641\u0631\u0642\u0627 \u0641\u0627\u0646 \u0635\u062f\u0642\u0627 \u0648\u0628\u064a\u0646\u0627 \u0628\u0648\u0631\u0643 \u0644\u0647\u0645\u0627 \u0641\u064a \u0628\u064a\u0639\u0647\u0645\u0627 \u0648\u0625\u0646 \u0643\u0630\u0628\u0627 \u0648\u0643\u062a\u0645\u0627 \u0645\u062d\u0642\u062a \u0628\u0631\u0643\u0647 \u0628\u064a\u0639\u0647\u0645\u0627.\nMaksudnya:\n Daripada Saleh Abi al-Khalil daripada Abdullah bin al-Harith, beliau telah berkata bahawa beliau telah mendengar Hakim bin Hizam RA daripada Rasulullah SAW telah bersabda, pembeli dan penjual mempunyai hak khiyar (pilihan untuk meneruskan akad atau pun tidak) selagi mana mereka belum berpisah. Sekiranya mereka berkata jujur dan menjelaskan (kondisi barang dan harganya) dalam jual beli, kedua-duanya akan diberkati. Namun sekiranya mereka berdusta dan menyembunyikan (perkara yang sebenar), maka dihapuskan keberkatan jual beli mereka.\n(Hadith Riwayat al-Bukhari)\n5.1.3\u00a0\u00a0\u00a0Mempunyai unsur paksaan\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Usaha yang bertujuan untuk mencari ahli baharu hendaklah dibuat menerusi pendekatan dan kaedah yang telus dan berhikmah tanpa unsur paksaan yang boleh menggangu atau mendatangkan kegelisahan dan kegusaran kepada individu yang didekati.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selepas setiap sesi penerangan tentang profil syarikat, produk, pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif, individu yang didekati mestilah diberi ruang dan masa untuk berfikir bagi membuat pertimbangan sama ada ingin menjadi peserta atau menolak pelawaan tersebut.\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Peserta hendaklah diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian dan tidak didesak untuk membeli pakej barangan tertentu untuk memenuhi kehendak jualan bagi melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim sedangkan mereka berkemungkinan tidak memerlukan beberapa item dalam pakej tersebut.\n5.1.4\u00a0\u00a0\u00a0Mengandungi unsur pembaziran\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembelian dalam kuantiti yang banyak tanpa justifikasi yang wajar semata-mata untuk mendapatkan bonus yang ditawarkan tanpa mempunyai strategi pemasaran yang sewajarnya.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembelian produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah berlandaskan kepada keperluan kepenggunaan sebenar serta keupayaan untuk menjual produk tersebut.\n5.1.5\u00a0\u00a0\u00a0Menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha\nMana-mana syarikat jualan langsung yang menjanjikan keuntungan tetap kepada peserta melalui pemberian komisen/ bonus tanpa sebarang usaha yang jelas meliputi aktiviti promosi dan penjualan barang atau perkhidmatan adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur riba.\n5.1.6\u00a0\u00a0\u00a0Tidak membenarkan peserta menarik diri\nSyarikat yang tidak membenarkan peserta menarik diri daripada menyertai jualan langsung adalah tidak selaras dengan ketetapan hukum syarak kerana padanya terdapat unsur paksaan dan penindasan.\n5.1.7\u00a0\u00a0\u00a0Mengandungi unsur syubhah\nDalam konteks perniagaan jualan langsung yang berteraskan \nmulti-level marketing\n, syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasarannya adalah bebas daripada perkara yang tidak jelas atau syubhah dalam setiap aspek perniagaan tersebut meliputi pelan pemasaran, pemberian insentif, barang dan perkhidmatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh Islam.\n6.\u00a0PENUTUP\nPerniagaan jualan langsung mempunyai potensi sebagai satu bentuk perniagaan yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Walau bagaimanapun, pihak-pihak yang berkaitan hendaklah merujuk kepada parameter ini untuk menentukan perniagaan jualan langsung tersebut adalah patuh syariah bagi memastikan rezeki yang diperoleh adalah halal.\nSekiranya terdapat sebarang kemusykilan sama ada bentuk peniagaan jualan langsung tersebut bertepatan dengan parameter ini atau tidak, hendaklah merujuk ke Jabatan Mufti Negeri Sarawak untuk penjelasan lanjut.\n[1]\n Seksyen 23 Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993.\n[2]\n Seksyen 26 Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993.\n[3]\n Menurut Al-Tirmizi Hadith Ini Bertaraf Hasan Sahih. Al-Tirmizi, Sunan Al-Tirmizi Dalam Mawsu\u2019ah Al-Sunnah Al-Kutubu Al-Sittah Wa Shuruhiha, Cet.2, Jil.13, (Istanbul: Dar Al-Da\u2019wah, 1992) Hlm.634-635, No Hadith 1352, Kitab Al-Ahkam, Bab Ma Dhukira\u2019an Rasulullah Saw Fi Al-Sulhi Baina Al-Nas.\n[4]\n Akad \nwakalah\n pada asalnya merupakan akad \nal-jaizah\n (bebas) yang tidak mengikat kedua-dua belas pihak. Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, cet.8, jil.3, (Beirut: Dar Al-Kitab Al\u2019arabi, 1987), hlm.236. Lihat lampiran 5. Menurut al-Zuhayli, akad \nwakalah\n terhenti apabila berlalunya tempoh yang ditetapkan oleh pewakil berdasarkan pandangan mazhab Maliki, Syafi\u2019i dan Hanbali, Al-Zuhayli, Wahbah, Fiqh Al-Islami Wa-Adillatuhu, cet.4, jil.5, (Damsyik: Dar Al-Fikr, 1997), hlm.4120.\n[5]\n Berdasarkan pandangan masyhur dalam Mazhab Hanafi dan Maliki, wakalah dengan upah yang ditentukan masa dan kerja seperti jurujual dan broker, ia adalah akad lazim. Menurut Mazhab Hanbali dan Syafi\u2019I, akad wakalah tidak mengikat (\nghair lazim\n) dalam apa keadaan sekalipun. Al-Zuhayli, hlm.4114-4115.\n[6]\n Al-Zuhayli, hlm.4114-4115.\n[7]\n Fatwa dar al-ifta\u2019 al-misriyyah pada 26.3.2007 menyatakan bahawa tiada larangan dari segi hukum syarak untuk syarikat member bonus kepada pengedarnya menerusi peratusan hasil daripada pemeblian peserta di bawah rangkaiannya sekalipun pembelian tersebut bukan melaluinya tetapi melalui orang yang didatangkannya (kepada syarikat). Ini kerana sebab atau factor (sahabiyyah) tersebut kekal dan mencukupi untuk melayakkannya terus mendapat bonus dari syarikat. Malah tiada dalam kaedah-kaedah dalam syariat yang menhalang syarikat untuk member bonus kepadanya. Bahkan hal ini menjadi motivasi baginya untuk membantu ahli di bawahnya sehingga perolehan atau pendapatan syarikat menjadi semakin besar. \nhttp://.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=523&Home=1&LangID=1\n diakses pada 19 mei 2011.\n[8]\n Dari segi fiqh, ijarah bermaksud akad pertukaran antara manfaat atau khidmat dengan bayaran. Al-zuhayli, Wahbah, \nAl-Muamalat Al-Maliyah Al-Mu\u2019asirah\n, hlm.72. Menurut al-Zuhayli, kontrak sewa terhadap pekerjaan meliputi ialah kontrak yang dibuat terhadap sesuatu pekerjaan yang tertentu seperti membina bangunan, menjahit pakaian atau memindahkan barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain, mencelup kain, membaiki kasut dan sebagainya. Al-zuhayli, hlm.3845.\n[9]\n Ahmad Adnan bin Fadzil, soal jawab MLM Syariah HPA, cet.1 (Arau: Islamic book store teknologi HPA sdn.bhd, 2010) hlm.88.\n[10]\n Ibn Majah, Sunan Ibn Majah dalam mawsu\u2019ah al-sunnah al-kutubu al-sittah wa Shuruhuha, cet.2, jil 18, (Istanbul: Dar al-Da\u2019wah, 1992), hlm, 737, no. hadith 2185, kitab al-tijarat, bab bay\u2019 al-khiyar).\n[11]\n Berdasarkan peraturan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.\n[12]\n Berdasarkan Shariah Governance Framework For Islamic Financial Institutions, Bank Negara Malaysia, \nhttp://www.bnm.gov/guidelines/05_Shariah/02_Shariah_Governance_Framework_20101026.pdf\n,18.Mei.2011\n[13]\n Menurut al-Tirmizi, hadith Abu Hurairah ialah hadith bertaraf hasan sahih. Al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi dalam Mawsu\u2019ah al-sunnah al-kutubu al-sittah wa shuruhuha, cet.2, jil.13, (Istanbul: Dar al-Da\u2019wah, 1992), hlm.606-607, no hadith 1315, kitab al-buyu\u2019, bab ma ja\u2019a fi karahiyati al-ghish fi al-buyu\u2019. Disepakati oleh ulama\u2019 bahawa hukum tipu daya dalam jual beli adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16011", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada \n10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M \nsebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0i.\u00a0\u00a0Hayat seseorang berakhir apabila roh dicabut daripada jasadnya. Secara perubatan, ia ditentukan apabila jantung dan/atau otak telah berhenti berfungsi. Sebarang tindakan, dengan menggunakan apa-apa nama sekalipun, yang menyebabkan jantung dan/atau otak berhenti berfungsi sebelum ia sepatutnya berlaku menghentikan hayat adalah perbuatan membunuh.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nii.\u00a0\u00a0Eutanasia, dalam ertikata menghentikan hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan menggunakan apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah dilarang dalam Islam. Pesakit yang meminta supaya dijalankan Eutanasia ke atasnya secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa syarat boleh dikategorikan sebagai telah membunuh diri atau melakukan sesuatu untuk membunuh diri. Pengamal perubatan yang mengambil tindakan menghentikan hayat pesakit melalui apa-apa cara boleh dikategorikan sebagai telah membunuh seseorang. Wakil yang meminta agar hayat pesakit dihentikan dengan apa-apa cara boleh dikategorikan sebagai pihak yang menyuruh pesakit itu dibunuh.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0iii.\u00a0\u00a0Seandainya rawatan diberhentikan setelah disahkan jantung dan/ atau otak berhenti secara hakiki dan hanya berfungsi kerana bantuan alat sokongan, ia terkeluar daripada maksud amalan Eutanasia kerana tujuan menghentikan hayat tidak lagi terlaksana. Tindakan seumpama ini dibolehkan kerana pesakit telah disahkan mati dan tidak memerlukan sebarang rawatan.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0iv.\u00a0Tiada ruang\u00a0dalam Islam yang membolehkan seseorang itu memilih untuk mati dengan memberhentikan sebarang bentuk rawatan demi menamatkan kesengsaraan yang dialami. Berdasarkan kepada hadith \u2018Ata\u2019 bin Abi Rabah, si pesakit boleh memilih untuk tidak membuat rawatan tetapi ia bukan alasan untuk menamatkan kehidupan. Dia perlu bersabar menerima dugaan Allah SWT. Selain itu tiada dalil yang membenarkan hayat seseorang dihentikan demi mengurangkan kos rawatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16009", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada \n10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M \nsebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0i.\u00a0\u00a0Setiap pelaburan atau perniagaan dalam Islam mestilah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan syarak dan bukan bergantung semata-mata kepada keuntungan.\n\u00a0\n\u00a0ii.\u00a0\u00a0Selain itu, skim ini jelas bertentangan dengan kaedah fiqh Islam yang menyatakan sekiranya sesuatu kemaslahatan dan kemudaratan bertemu maka hendaklah diutamakan menolak kemudaratan dan sekiranya bertembung antara kemaslahatan individu dan masyarakat maka diutamakan kemaslahatan masyarakat. Sekiranya skim ini dibiarkan berterusan, ia boleh memudaratkan ekonomi sesebuah negara kerana orang ramai beranggapan mereka tidak perlu bekerja dan wang boleh diperolehi dengan mudah tanpa sebarang usaha yang kuat.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0iii.\u00a0\u00a0Oleh hal yang demikian hukum Skim Cepat Kaya dan seumpamanya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan \ntadlis\n dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16007", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima garis panduan tersebut seperti berikut:\n\u00a0\nGARIS PANDUAN KHURAFAT DAN AZIMAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM\n1.\u00a0\u00a0\u00a0TAKRIF KHURAFAT\n1.1\u00a0\u00a0\u00a0Menurut \n\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d8\u00b9\u00d8\u00ac\u00d9\u2026 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d9\u0160\u00d8\u00b7\n Juzuk 1 (hal.237), khurafat ditakrifkan sebagai: \n\u00e2\u20ac\u0153\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ae\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d9\u0081\u00d8\u00a9 :\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad\u00d8\u00af\u00d9\u0160\u00d8\u00ab \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d8\u00b3\u00d8\u00aa\u00d9\u2026\u00d9\u201e\u00d8\u00ad \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d9\u0192\u00d8\u00b0\u00d9\u02c6\u00d8\u00a8\n\u00e2\u20ac\u009d\n \nbermaksud: \n\"Khurafat: Cerita-cerita mempesona yang dicampur adukkan dengan perkara dusta\".\n1.2\u00a0\u00a0\u00a0Menurut kamus \n\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d9\u2020\u00d8\u00ac\u00d8\u00af \u00d9\u0081\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d8\u00ba\u00d8\u00a9 \u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00a7\u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d8\u00a7\u00d9\u2026 \n(hal.175)\n:\n\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ae\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d9\u0081\u00d8\u00a9 \u00d8\u00ac \u00d8\u00ad\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d9\u0081\u00d8\u00a7\u00d8\u00aa: \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad\u00d8\u00af\u00d9\u0160\u00d8\u00ab \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00a8\u00d8\u00a7\u00d8\u00b7\u00d9\u201e \u00d9\u2026\u00d8\u00b7\u00d9\u201e\u00d9\u201a\u00d8\u00a7\nMaksudnya: \n\u00e2\u20ac\u0153Khurafah, jamaknya khurafat, iaitu sebarang cerita-cerita yang dusta\u00e2\u20ac\u009d.\n Menurut Kamus Al-Marbawi (hal.169) pula, khurafat ialah: \ncerita karut (karut marut).\n1.3\u00a0\u00a0\u00a0Dari beberapa definasi yang diutarakan, dapatlah dibuat kesimpulan seperti berikut:\n\u00e2\u20ac\u0153Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran islam\u00e2\u20ac\u009d.\n1.4\u00a0\u00a0\u00a0Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0TAKRIF AZIMAT\n2.1\u00a0\u00a0\u00a0Takrif azimat pula menurut \n\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d8\u00b9\u00d8\u00ac\u00d9\u2026 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d9\u0160\u00d8\u00b7\n \n(hal.621) ialah:\n\"\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b9\u00d8\u00b2\u00d9\u0160\u00d9\u2026\u00d8\u00a9:\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b1\u00d9\u201a\u00d9\u0160\u00d8\u00a9\" \n\u00a0maksudnya: \n\u00e2\u20ac\u0153Azimat: Jampi\u00e2\u20ac\u009d.\n2.2\u00a0\u00a0\u00a0Menurut Dr.Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya \nFatawa al-Mu'asirah\n (hal.189) ialah:\n \n\"\u00d8\u00a3\u00d9\u2020 \u00d9\u0160\u00d8\u00b1\u00d9\u201a\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b4\u00d8\u00ae\u00d8\u00b5 \u00d9\u02c6\u00d9\u0160\u00d8\u00b9\u00d8\u00b2\u00d9\u2026 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d8\u00a8\u00d9\u0192\u00d9\u201e\u00d8\u00a7\u00d9\u2026 \u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d9\u0160\u00d9\u0081\u00d9\u2021\u00d9\u2026 :-\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b1\u00d9\u201a\u00d9\u0160\u00d8\u00a9-\n\"\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maksudnya: \n\u00e2\u20ac\u0153Bahawa seseorang itu berjampi dan berazimat dengannya dengan kata-kata yang tidak dapat difahami\u00e2\u20ac\u009d.\n2.3\u00a0\u00a0\u00a0Dalam kamus \n\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d9\u2020\u00d8\u00ac\u00d8\u00af \u00d9\u0081\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d8\u00ba\u00d8\u00a9 \u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00a7\u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d8\u00a7\u00d9\u2026\n (hal.276) juga disebutkan bahawa azimat ialah \n\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b1\u00d9\u201a\u00d9\u0160\u00d8\u00a9\n iaitu \nmemohon pertolongan/ bantuan untuk memperoleh sesuatu perkara dengan menggunakan kekuatan yang melampaui tabi'i.\n2.4\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menurut Kamus Dewan, (hal.70), azimat ialah: \n\u00e2\u20ac\u0153Barang (tulisan) yang dianggap mempunyai sakti dan dapat melindungi pemakainya\u00e2\u20ac\u009d.\n2.4\u00a0\u00a0\u00a0Berdasarkan takrif-takrif yang diberikan di atas, kesimpulannya azimat ialah suatu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudaratkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa-kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi dan dipuja.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0CIRI-CIRI KHURAFAT DAN AZIMAT\n3.1\u00a0\u00a0\u00a0Antara ciri-ciri khurafat ialah:\n\u00a0i.\u00a0\u00a0Ianya tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada Al-Quran atau Hadith.\n\u00a0\u00a0ii.\u00a0\u00a0Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.\n\u00a0iii.\u00a0\u00a0Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan islam.\n\u00a0\u00a0iv.\u00a0\u00a0Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan yang memudaratkan dan menyeleweng dari akidah Islam.\n\u00a0v.Ia menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu.\n\u00a0\u00a0vi.\u00a0\u00a0Ia mempunyai unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam.\n3.2\u00a0\u00a0\u00a0Antara ciri-ciri azimat ialah:\n\u00a0i.\u00a0Kepercayaan kepada kekuatan sesuatu benda bukan berdasarkan kepada nas-nas syarak sama ada Al-Quran atau Hadith.\n\u00a0ii.\u00a0\u00a0\u00a0Menjadikan tulisan-tulisan, rajah-rajah dan objek-objek tertentu sebagai tangkal.\n\u00a0iii.\u00a0Menggunakan jampi serapah yang dicampuradukkan dengan perkara-perkara kufur yang boleh membawa kepada syirik.\n\u00a0iv.\u00a0Berjampi kepada objek-objek atau rajah-rajah yang dicampur aduk dengan ayat Al-Quran untuk tujuan tertentu.\n4.\u00a0\u00a0\u00a0BENTUK-BENTUK KHURAFAT DAN AZIMAT\n4.1\u00a0\u00a0\u00a0Antara bentuk-bentuk khurafat ialah:\n\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit, tongkat dan sebagainya.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0ii.\u00a0\u00a0Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0iii.\u00a0\u00a0\u00a0Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat memuja pantai dan sebagainya.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0iv.\u00a0\u00a0\u00a0Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0v.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang seperti tidak boleh melihat bayi dimuka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0vi.\u00a0\u00a0\u00a0Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0vii.\u00a0\u00a0\u00a0Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya.\n4.2\u00a0\u00a0\u00a0Sementara bentuk-bentuk azimat pula ialah:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0i.\u00a0\u00a0Menjampi batu cincin, rantai baju, keria dan sebagainya untuk dijadikan pelindung diri seperti ilmu kebal, imu pengasih dan sebagainya.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0ii. Membungkus tulisan-tulisan, rajah-rajah atau objek-objek tertentu dengan kain kuning untuk dijadikan tangkal.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0iii.\u00a0\u00a0Menjampi tulisan-tulisan yang tidak diketahui maknanya seperti\u00a0\n\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b5\u00d9\u201e\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\n dan di campuradukan dengan ayat-ayat Al-quran.\nContohnya:\n\u00d8\u00a7\u00d8\u00a7\u00d8\u00a7 \u00d9\u2026 \u00d8\u00a7\u00d8\u00a7\u00d8\u00a7\u00d8\u00a7 \u00d9\u2021 2\n\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d9\u2021\u00d9\u02c6 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201a\u00d9\u0160\u00d9\u02c6\u00d9\u2026\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0iv.\u00a0\u00a0Berjampi atau berazimat menggunakan kata-kata dicampur aduk dengan kata-kata sihir dan kufur yang tidak diketahui maknanya.\nContohnya:\n\u00e2\u20ac\u0153Bikana, makna, Nabi Yakun, Numa Yakun Akulah sebenar-benar Zat Allah\u00e2\u20ac\u009d.\n5.\u00a0\u00a0\u00a0HUJAH DAN DALIL\n5.1\n\u00a0\u00a0\u00a0Hukum Beramal Dengan Khurafat Dan Azimat\nIslam sangat menitiberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti Al-Quran, Hadith, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam.\nSabda Rasullulah S.A.W.:\n\u00d8\u00b9\u00d9\u2020 \u00d8\u00b9\u00d8\u00a7\u00d8\u00a6\u00d8\u00b4\u00d8\u00a9 \u00d8\u00b1\u00d8\u00b6\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u2020\u00d9\u2021\u00d9\u2026\u00d8\u00a7 \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa: \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e \u00d8\u00b1\u00d8\u00b3\u00d9\u02c6\u00d9\u201e \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b5\u00d9\u201e\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026: (\u00d9\u2026\u00d9\u2020 \u00d8\u00a3\u00d8\u00ad\u00d8\u00af\u00d8\u00ab \u00d9\u0081\u00d9\u2030 \u00d8\u00a3\u00d9\u2026\u00d8\u00b1\u00d9\u2020\u00d8\u00a7 \u00d9\u2021\u00d8\u00b0\u00d8\u00a7 \u00d9\u2026\u00d8\u00a7 \u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d8\u00b3 \u00d9\u2026\u00d9\u2020\u00d9\u2021 \u00d9\u0081\u00d9\u2021\u00d9\u02c6 \u00d8\u00b1\u00d8\u00af). \u00d8\u00b1\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u2021 \u00d8\u00a3\u00d8\u00ad\u00d9\u2026\u00d8\u00af \u00d9\u02c6 \u00d9\u2026\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026 \n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maksudnya:\n \u00e2\u20ac\u0153Barangsiapa mengada-adakan dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakanya itu adalah tertolak\u00e2\u20ac\u009d.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim)\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0Dan sabdanya lagi:\n\u00d8\u00b9\u00d9\u2020 \u00d8\u00b9\u00d8\u00a7\u00d8\u00a6\u00d8\u00b4\u00d8\u00a9 \u00d8\u00b1\u00d8\u00b6\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u2020\u00d9\u2021\u00d9\u2026\u00d8\u00a7 \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa: \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e \u00d8\u00b1\u00d8\u00b3\u00d9\u02c6\u00d9\u201e \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b5\u00d9\u201e\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026: (\u00d9\u2026\u00d9\u2020 \u00d8\u00b9\u00d9\u2026\u00d9\u201e \u00d8\u00b9\u00d9\u2026\u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d8\u00b3 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d8\u00a3\u00d9\u2026\u00d8\u00b1\u00d9\u2020\u00d8\u00a7 \u00d9\u0081\u00d9\u2021\u00d9\u02c6 \u00d8\u00b1\u00d8\u00af). \u00d8\u00b1\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u2021 \u00d8\u00a3\u00d8\u00ad\u00d9\u2026\u00d8\u00af \u00d9\u02c6 \u00d9\u2026\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maksudnya:\n \u00e2\u20ac\u0153Barang siapa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada dalam agama kami, maka yang dikerjakan itu tertolak\u00e2\u20ac\u009d.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim)\n5.2\u00a0\u00a0\u00a0Dalam Islam, percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain daripada Allah S.W.T. adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah.\n5.3\u00a0\u00a0\u00a0Kepercayaan kepada sial, majal dan beramal dengan mandi, seperti mandi safar, jampi dan sebagainya untuk menolaknya adalah syirik dan merosakkan akidah. Rasullulah S.A.W. melarang keras orang yang mempercayai sial.\nSabda Rasullulah S.A.W.:\n\u00d8\u00b9\u00d9\u2020 \u00d8\u00a7\u00d8\u00a8\u00d9\u2020 \u00d9\u2026\u00d8\u00b3\u00d8\u00b9\u00d9\u02c6\u00d8\u00af \u00d9\u2026\u00d8\u00b1\u00d9\u0081\u00d9\u02c6\u00d8\u00b9\u00d8\u00a7: \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e \u00d8\u00b1\u00d8\u00b3\u00d9\u02c6\u00d9\u201e \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b5\u00d9\u201e\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026: (\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b7\u00d9\u0160\u00d8\u00b1\u00d8\u00a9 \u00d8\u00b4\u00d8\u00b1\u00d9\u0192 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b7\u00d9\u0160\u00d8\u00b1\u00d8\u00a9 \u00d8\u00b4\u00d8\u00b1\u00d9\u0192 \u00d9\u02c6\u00d9\u2026\u00d8\u00a7 \u00d9\u2026\u00d9\u2020\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a5\u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d9\u02c6\u00d9\u201e\u00d9\u0192\u00d9\u2020 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d9\u0160\u00d8\u00b0\u00d9\u2021\u00d8\u00a8\u00d9\u2021 \u00d8\u00a8\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d9\u02c6\u00d9\u0192\u00d9\u201e). \u00d8\u00b1\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u2021 \u00d8\u00a3\u00d8\u00a8\u00d9\u02c6 \u00d8\u00af\u00d8\u00a7\u00d9\u02c6\u00d8\u00af \u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d8\u00b1\u00d9\u2026\u00d9\u0160\u00d8\u00b0\u00d9\u0160\nMaksudnya:\n \u00e2\u20ac\u0153Percaya kepada burung itu syirik, percaya kepada burung itu syirik dan tiada seorang pun dari kita melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetap Allah akan menghilangkannya tawakal\u00e2\u20ac\u009d.(Burung yang disebutkan sebagai contoh termasuk seperti biawak, gagak, kelicap).\n(Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)\n5.4\u00a0\u00a0\u00a0Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. Orang yang bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong\u00a0dalam golongan orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. dalam Suruh Yunus, ayat 106:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maksudnya:\n \u00e2\u20ac\u0153Janganlah engkau menyembah atau memuja\u00a0yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)\u00e2\u20ac\u009d.\n[1]\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nSabda Rasullulah S.A.W.:\n\u00d8\u00b9\u00d9\u2020 \u00d8\u00a3\u00d8\u00a8\u00d9\u2030 \u00d9\u2021\u00d9\u02c6\u00d8\u00b1\u00d9\u0160\u00d8\u00b1\u00d8\u00a9 \u00d8\u00b1\u00d8\u00b6\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u2020\u00d9\u2021 \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e : \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e \u00d8\u00b1\u00d8\u00b3\u00d9\u02c6\u00d9\u201e \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b5\u00d9\u201e\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026: (\u00d9\u2026\u00d9\u2020 \u00d8\u00a3\u00d8\u00aa\u00d9\u2030 \u00d8\u00b9\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d9\u0081\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a3\u00d9\u02c6 \u00d8\u00b3\u00d8\u00a7\u00d8\u00ad\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a3\u00d9\u02c6\u00d9\u0192\u00d8\u00a7\u00d9\u2021\u00d9\u2020\u00d8\u00a7 \u00d9\u0081\u00d8\u00b5\u00d8\u00af\u00d9\u201a \u00d8\u00a8\u00d9\u2026\u00d8\u00a7 \u00d9\u0160\u00d9\u201a\u00d9\u02c6\u00d9\u201e \u00d9\u0081\u00d9\u201a\u00d8\u00af \u00d9\u0192\u00d9\u0081\u00d8\u00b1 \u00d8\u00a8\u00d9\u2026\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a3\u00d9\u2020\u00d8\u00b2\u00d9\u201e \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u2030 \u00d9\u2026\u00d8\u00ad\u00d9\u2026\u00d8\u00af \u00d8\u00b5\u00d9\u201e\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026) \u00d8\u00b1\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u2021 \u00d8\u00a3\u00d8\u00ad\u00d9\u2026\u00d8\u00af \u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad\u00d9\u0192\u00d9\u0160\u00d9\u2026\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maksudnya:\n \u00e2\u20ac\u0153Barang siapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menayakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang diperkatakannya, maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.\u00e2\u20ac\u009d.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(Hadith Riwayat Ahmad dan al-Hakim)\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sabda Rasulullah S.A.W. lagi:\n\u00d8\u00b9\u00d9\u2020 \u00d8\u00b9\u00d9\u2026\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d9\u2020 \u00d8\u00a8\u00d9\u2020 \u00d8\u00ad\u00d8\u00b5\u00d9\u0160\u00d9\u2020 \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e: \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e \u00d8\u00b1\u00d8\u00b3\u00d9\u02c6\u00d9\u201e \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b5\u00d9\u201e\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026: (\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d8\u00b3 \u00d9\u2026\u00d9\u2020\u00d8\u00a7 \u00d9\u2026\u00d9\u2020 \u00d8\u00aa\u00d8\u00b7\u00d9\u0160\u00d8\u00b1 \u00d9\u02c6\u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00aa\u00d8\u00b7\u00d9\u0160\u00d8\u00b1 \u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00a3\u00d9\u02c6 \u00d8\u00aa\u00d9\u0192\u00d9\u2021\u00d9\u2020 \u00d8\u00a3\u00d9\u02c6\u00d8\u00aa\u00d9\u0192\u00d9\u2021\u00d9\u2020 \u00d8\u00a3\u00d9\u02c6 \u00d8\u00b3\u00d8\u00ad\u00d8\u00b1 \u00d8\u00a3\u00d9\u02c6 \u00d8\u00b3\u00d8\u00ad\u00d8\u00b1 \u00d9\u201e\u00d9\u2021).\u00a0\u00a0\u00a0\u00d8\u00b1\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u2021 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b7\u00d8\u00a8\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d9\u2020\u00d9\u0160\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maksudnya:\n \u00e2\u20ac\u0153Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan\u00e2\u20ac\u009d.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(Hadith Riwayat al-Tabrani)\n5.5\u00a0\u00a0\u00a0Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai perlindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.\n\u00a0Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:\n\u00d8\u00b9\u00d9\u2020 \u00d8\u00a7\u00d8\u00a8\u00d9\u2020 \u00d9\u2026\u00d8\u00b3\u00d8\u00b9\u00d9\u02c6\u00d8\u00af \u00d8\u00b1\u00d8\u00b6\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u2020\u00d9\u2021 \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e: \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e \u00d8\u00b1\u00d8\u00b3\u00d9\u02c6\u00d9\u201e \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b5\u00d9\u201e\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026 : (\u00d8\u00a5\u00d9\u2020 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b1\u00d9\u201a\u00d9\u2030 \u00d9\u02c6 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d9\u2026\u00d8\u00a7\u00d8\u00a6\u00d9\u2026 \u00d9\u02c6 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d9\u02c6\u00d9\u201e\u00d8\u00a9 \u00d8\u00b4\u00d8\u00b1\u00d9\u0192). \u00d8\u00b1\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u2021 \u00d8\u00a3\u00d8\u00a8\u00d9\u02c6 \u00d8\u00af\u00d8\u00a7\u00d9\u02c6\u00d8\u00af \u00d9\u02c6\u00d8\u00a3\u00d8\u00ad\u00d9\u2026\u00d8\u00af\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maksudnya:\n \u00e2\u20ac\u0153Dari Ibn Mas'ud, Katanya: Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mantera,tangkal dan ilmu\u00a0pengasih adalah syirik\u00e2\u20ac\u009d.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(Hadith Riwayat Abu Daud dan Ahmad)\n5.6\u00a0\u00a0\u00a0Jampi mantera juga merupakan azimat yang sering kali dilakukan.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sabda Rasulullah S.A.W.:\n\u00d8\u00b9\u00d9\u2020 \u00d8\u00b9\u00d9\u02c6\u00d9\u0081 \u00d8\u00a8\u00d9\u2020 \u00d9\u2026\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u0192 \u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e: \u00d9\u0192\u00d9\u2020\u00d8\u00a7 \u00d8\u00aa\u00d8\u00b1\u00d9\u201a\u00d9\u2030 \u00d9\u0081\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ac\u00d8\u00a7\u00d9\u2021\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d8\u00a9\u00d8\u0152 \u00d9\u0081\u00d9\u201a\u00d9\u201e\u00d9\u2020\u00d8\u00a7 \u00d9\u0160\u00d8\u00a7 \u00d8\u00b1\u00d8\u00b3\u00d9\u02c6\u00d9\u201e \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021: \u00d9\u0192\u00d9\u0160\u00d9\u0081 \u00d8\u00aa\u00d8\u00b1\u00d9\u201a\u00d9\u2030 \u00d9\u0081\u00d9\u2030 \u00d8\u00b0\u00d9\u201e\u00d9\u0192\u00d8\u0178 \u00d9\u0081\u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e: (\u00d8\u00a7\u00d8\u00b9\u00d8\u00b1\u00d8\u00b6\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u2030 \u00d8\u00b1\u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u0192\u00d9\u2026 \u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a8\u00d8\u00a3\u00d8\u00b3 \u00d8\u00a8\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b1\u00d9\u201a\u00d9\u2030 \u00d9\u2026\u00d8\u00a7 \u00d9\u201e\u00d9\u2026 \u00d9\u0160\u00d9\u0192\u00d9\u2020 \u00d9\u0081\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d8\u00b4\u00d8\u00b1\u00d9\u0192). \u00d8\u00b1\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u2021 \u00d9\u2026\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maksudnya:\n \u00e2\u20ac\u0153Dari 'Auf Ibn Malik, Katanya: Dahulu kami melakukan jampi pada zaman Jahiliyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepada jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal syirik\u00e2\u20ac\u009d.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(Hadith Riwayat Muslim)\n5.7\u00a0\u00a0\u00a0Menurut Dr.Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab \nFatawa al-Mu'asirah\n, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada tiga (3) syarat iaitu:\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ia mestilah didasarkan kepada Allah S.W.T. dan nama-namaNya.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata-kata yang boleh difahami maksudnya.\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.\n5.8\u00a0\u00a0\u00a0Dalam amalan perubatan tradisional, terdapat jenis-jenis jampi yang dibolehkan (diharuskan) dan ada yang diharamkan. Jampi-jampi tersebut ialah:\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nJampi yang diharuskan\n. Jampi jenis ini ialah jampi yang menepati tiga (3)\u00a0\u00a0syarat\u00a0seperti yang telah dinyatakan di perenggan 8.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nJampi yang diharamkan\n. Jampi yang ditegah dan diharamkan ialah jampi yang mengandungi unsur-unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir, menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami atau yang bercampur aduk, seperti jampi yang dimulakan dengan sebutan Bismillah atau Alhamdulillah dan diseru nama-nama hantu dan jin, kemudian disudahi dengan ucapan \n\u00e2\u20ac\u0153berkata-kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullullah\u00e2\u20ac\u009d\n atau seumpamanya.\n6.\u00a0\u00a0\u00a0KESIMPULAN\n6.1\u00a0\u00a0\u00a0Segala bentuk khurafat dan azimat sama ada yang berbentuk amalan atau kepercayaan boleh membawa kepada syirik dan bertentangan dengan akidah dan syariah Islam. Adalah diharapkan garis panduan ini dapat memberi panduan dan menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam supaya tidak melibatkan diri dengan amalan-amalan dan kepercayaan yang boleh bercanggah dengan ajaran Islam.\n[1]\n Semua terjemahan ayat al-Qur\u00e2\u20ac\u2122an dalam tulisan ini berdasarkan \nTafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al Qur\u00e2\u20ac\u2122an.\n (2001). Kuala Lumpur : Darul Fikir."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=16000", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0Hukum menghisap shisha adalah haram di sisi syarak kerana ianya jelas menyalahi \u2018\nmaqasid syar\u2019iyyah\u2019\n iaitu memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta termasuk dalam perkara keji.\n Ini bertepatan dengan kaedah fiqh\n \u201c\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u064a\u0639\u0629\u201d\n iaitu menutup pintu kerosakan. Ini bermakna menyekat sesuatu yang boleh membahayakan diri seseorang adalah perlu dijauhi.\n\u00a0\u00a0ii.\u00a0\u00a0Oleh hal yang demikian, penyediaan perkhidmatan menghisap shisha seperti menjual atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya adalah dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15999", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 29 pada 10 Muharram1438H/ 11 Oktober 2016M mengambil maklum tentang pembentangan Virus Zika Menurut Perspektif Perubatan yang telah dibentangkan oleh 2 orang wakil dari Jabatan Kesihatan Sarawak, iaitu Datu Dr. Andrew, Pakar Perunding Epidemology, Dr. Dayangku Siti Rafidah binti Pangeran Hashim, Ketua Penolong Pengarah Unit Survelan dan 2 orang wakil Hospital Umum Sarawak iaitu Dr. Chua Hock Hin, Pakar Penyakit Berjangkit dan Dr. Rafaie Amin, O&G/ MFM Cosultant.\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Menggugurkan Kandungan Yang Dijangkiti Virus Zika adalah\n \nseperti berikut:\n\u00a0\nTidak diharuskan untuk menggugurkan kandungan kecuali jika ia membahayakan nyawa ibu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15998", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2009 telah bersidang pada 09 Disember 2009M / 22 Zulhijjah 1430H\n, \nbertempat di Bilik Persidangan, Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cBuku bertajuk : Membela Sunnah Nabawiyah Karangan Abd Wahab Bustami\u201d\n \ndan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n1. Kandungan buku ini tidak sesuai dibaca oleh masyarakat awam kerana mengandungi perkara-perkara yang berbentuk \nkhilafiah mazhabiah\n yang mungkin boleh mengelirukan masyarakat Islam di Malaysia.\n2. Sesiapa yang hendak membaca buku ini, perlulah mendapat bimbingan dari mereka yang arif dalam hukum syarak.\n3. Penyebaran buku ini perlu mendapat pemantauan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa\nTarikh Warta : 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15997", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\u00a0i.\u00a0\u00a0Pengagihan zakat kepada asnaf yang layak haruslah dilaksanakan\u00a0melalui pemerintah\u00a0demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut berdasarkan Kaedah Fiqh :\n\u0627\u0644\u062a\u0635\u0631\u0641 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0631\u0639\u064a\u0629 \u0645\u0646\u0648\u0637 \u0628\u0627\u0644\u0645\u0635\u0644\u062d\u0629\n\u201cSesuatu yang dilakukan ke atas rakyatnya adalah bergantung kepada maslahah (kepentingan umum)\u201d \n\u00a0\u00a0ii.\u00a0\u00a0Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.\n\u00a0\u00a0iii.\u00a0\u00a0\u00a0Zakat yang tidak ditunaikan pada tahun yang sepatutnya adalah wajib\u00a0\u00a0\u00a0diqadha\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15996", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 29 pada 10 Muharram1438H/ 11 Oktober 2016M bersetuju memutuskan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami\n \nadalah\n \nseperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat memutuskan bahawa memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligami tidak perlu dilaksanakan dengan mengambil kira hikmah poligami yang telah disyariatkan oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15995", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 29 pada 10 Muharram1438H/ 11 Oktober 2016M bersetuju memutuskan berkenaan Teknik \nThoracic Sticking\n Dalam Penyembelihan adalah seperti berikut:\n\u00a0\nKaedah \nthoracic sticking\n iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-syarat berikut:\n\u00a0\ni. Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu putus keempat-empat \nurat mari\u2019, halkum\n dan \nwadajain\n).\nii.\u00a0Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan sempurna \n(complete bleeding)\n atau selepas 30 saat penyembelihan berlaku.\n\u00a0iii.\u00a0Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah \nthoracic sticking \nhanya sekadar membantu mempercepatkan kematian; dan\n\u00a0iv.\u00a0\u00a0Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15994", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada \n29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M\n \nsebulat suara menerima garis panduan seperti berikut:\n\ufeff\nGARIS PANDUAN PENAMAAN (BIN/ BINTI) ANAK TAK SAH TARAF, \nANAK ANGKAT DAN SAUDARA KITA\n1.\u00a0\nGaris panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n2.\u00a0Tafsiran\n\u00a0\nDalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:\n\u201ctak sah taraf\u201d\n berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan \nsyubhah\n[1]\n.\n\u201c\npersetubuhan syubhah\n\u201d\n ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (\nfasid\n) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuklah mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum \nHad\n dalam Islam\n[2]\n.\n\u201cnasab\u201d\n ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah\n[3]\n.\n\u201ckanak-kanak\u201d \nertinya seseorang yang belum berkahwin di bawah umur lapan belas tahun\n[4]\n.\n\u201canak pungut\u201d\n \nertinya kanak-kanak yang dijumpai terbiar (terlantar) di jalan, yang tidak diketahui bapa dan ibunya.\n[5]\nErtinya anak orang lain yang dipelihara dari kecil\n[6]\n.\n\u201cmaula\u201d\n ertinya pemilik budak\n[7]\n.\nErtinya seorang hamba sahaya yang sudah dimerdekakan atau seseorang yang telah dijadikan anak angkat\n[8]\n.\n\u201csaudara baru (muallaf)/ saudara kita\u201d\n ertinya seseorang yang baru memeluk Islam\n[9]\n.\n3.\u00a0Penamaan Anak Tak Sah Taraf\n3.1\u00a0\nAnak tak sah taraf yang lahir hendaklah di \u2018bin\u2019 atau di \u2018binti\u2019\u00a0kepada Abdullah yang bermaksud \n\u2018\nhamba Allah\u2019.\n3.2\u00a0\nJika lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di \u2018bin\u2019 atau di \u2018binti\u2019 kepada nama \n\u201cal-Asma al-Husna\u201d \nyang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. \n(Rujuk lampiran B)\n3.3\u00a0\nPenamaan yang \nDIBENARKAN \nadalah seperti berikut\n:\nBil\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki \nPerempuan \n1\nAhmad Bin \nAbdullah\nAzizah Binti \nAbdullah\n2\nAhmad Bin \nAbdul Rahman\n(Menggunakan nama-nama \n\u201cal-Asma al-Husna\u201d\n dengan berpangkalkan Abdul.)\nAzizah Binti \nAbdul Rahman\n(Menggunakan nama-nama \n\u201cal-Asma al-Husna\u201d\n dengan berpangkalkan Abdul.)\n4.\u00a0Penamaan Anak Angkat\n4.1\u00a0Pengangkatan Anak Sah Taraf Islam\n4.1.1\u00a0\u00a0\u00a0Anak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah\n \ndi\n\u2018\nbin\u2019 atau di \u2018binti\u2019 kepada bapa kandungnya sendiri.\n4.1.2\u00a0\u00a0\u00a0Tiada mana-mana nama bapa angkat atau penjaga yang dibenarkan untuk dikait atau disertakan di dalam mem \u2018bin\u2019 atau mem \u2018binti\u2019 anak yang sah taraf.\n4.1.3\u00a0\u00a0\u00a0Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak sah taraf seperti contoh di bawah:\nPerkara\nNama Lelaki\nNama Perempuan\nNama kanak-kanak\n:\nFaiz\nTasnim\nNama bapa kandung\n:\nArif\nArif\nNama bapa angkat\n:\nAmir\nAmir\nPenamaan\n \nyang\n DIBENARKAN \nadalah seperti berikut:\nBil\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki \nPerempuan \n1\nFaiz Bin Arif\nTasnim Binti Arif\n4.2\u00a0Pengangkatan Anak Bukan Islam\n4.2.1\u00a0\u00a0\u00a0Anak bukan Islam yang diangkat oleh mana-mana orang Islam hendaklah di \u2018bin\u2019 dan di \u2018binti\u2019 kepada bapa kandungnya sendiri.\n4.2.2\u00a0\u00a0\u00a0Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak bukan Islam seperti contoh di bawah;\nPerkara\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nama\nNama kanak-kanak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0: Tan San Tai\nNama bapa kandung\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0: Tan Lee Sin\nNama keluarga/ keturunan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0: Tan\nNama Islam (kanak-kanak)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0: Ahmad\nPenamaan yang\n DIBENARKAN \nadalah seperti berikut:\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nTan San Tai\nAhmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Lee Sin\nRavi a/l Maniam\nRavi Bin Maniam\nAhmad Ravi Bin Maniam\n4.2.3\u00a0\u00a0\u00a0Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, hendaklah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.\nPenamaan yang \nDIBENARKAN\n adalah seperti berikut:\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\n*\n Siva a/l Maniam\nAhmad Bin Maniam\n*Rujuk lampiran C\n (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).\n4.3\u00a0Pengangkatan Anak Tak Sah Taraf\n4.3.1\u00a0\u00a0\u00a0Anak tak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di \n\u2018\nbin\u2019 atau di \u2018binti\u2019\u00a0kepada Abdullah yang bermaksud \u2018hamba Allah\u2019.\n4.3.2\u00a0\u00a0\u00a0Jika lelaki yang mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di \n\u2018\nbin\u2019 atau di \u2018binti\u2019 kepada nama \n\u201cal-Asma al-Husna\u201d\n yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. \n(Rujuk lampiran B)\n4.3.3\u00a0\u00a0\u00a0Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak tak sah taraf seperti contoh di bawah:\nPerkara\nNama Lelaki\nNama Perempuan\nNama kanak-kanak\n:\nAhmad\nAzizah\nNama bapa angkat\n:\nAli\nAli\nPenamaan yang\n DIBENARKAN \nadalah seperti berikut:\nBIL\nCONTOH PENAMAAN\nLelaki\nPerempuan \n1\nAhmad Bin Abdullah\nAzizah Binti Abdullah\n \n4.4\u00a0Anak Pungut\n4.4.1\u00a0\u00a0\u00a0Anak pungut yang dijumpai dan tidak diketahui ibu atau bapanya adalah sama sebagaimana cara penamaan anak tak sah taraf, hendaklah di\n \n\u2018\nbin\u2019 atau di \u2018binti\u2019 kan kepada Abdullah yang bermaksud \u2018hamba Allah\u2019.\n4.4.2\u00a0\u00a0\u00a0Jika lelaki yang menjumpai dan mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di \n\u2018\nbin\u2019 atau di \n\u2018\nbinti\u2019 kepada nama \n\u201cal-Asma al-Husna\u201d\n yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim.\n4.4.3\u00a0\u00a0\u00a0Contoh penamaan anak pungut adalah sama seperti cara penamaan anak tak sah taraf di perkara 4.3.3 di atas.\n5.\u00a0Penggunaan \n\u201cMaula\u201d\nPenggunaan \u201c\nmaula\n\u201d bagi menganti \u2018bin\u2019 atau \u2018binti\u2019 dalam penamaan anak angkat adalah tidak dibenarkan penggunaannya bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga kemaslahatan ummah.\n6.\u00a0Penamaan Saudara Kita\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang yang memeluk Islam bolehlah sama ada mengekal atau menukar nama atau menggunakan kedua-dua nama asal dan nama baru dan hendaklah di \n\u2018\nbin\u2019 atau di \u2018binti\u2019\u00a0kepada bapa kandungnya atau kepada \u2018Abdullah\u2019 atau \n\u201cal-Asma al-Husna\u201d\n dengan berpangkalkan Abdul sekiranya beliau ingin berbuat demikian.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nJudi Anak Man\nAhmad Bin Man\nJoyah Anak Man\nMariam Binti Man\nTan San Tai\nAhmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad San Tai Bin Tan Lee Sin\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Tan Lee Sin\nAhmad Bin Lee Sin\nRavi a/l Maniam\nRavi Bin Maniam\nAhmad Ravi Bin Maniam\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut atau nama bapanya bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, bolehlah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\n*\n Rajesh a/l Maniam\nAhmad Bin Maniam\n* Rujuk lampiran C\n (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0iii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Seseorang saudara kita boleh membuat pilihan sekiranya dia ingin mengekalkan nama keluarga/ keturunan di samping nama baru.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Asal\nNama Islam\nTan San Tai\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\n\u00a0\u00a0\u00a0iv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nama keluarga/ keturunan boleh digunakan oleh saudara kita dan generasi yang seterusnya iaitu anak kepada saudara kita yang baru.\nCONTOH PENAMAAN\nNama Saudara Kita\nNama Anak Saudara Kita\nAhmad Tan Bin Tan Lee Sin\nMuhammad Tan Bin Ahmad Tan\n7.\u00a0\u00a0Penutup\nAdalah diharapkan garis panduan ini dapat menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penamaan anak tak sah taraf, anak angkat dan saudara kita berdasarkan hukum Islam.\n[1]\n Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak, 2001, (Bab 43) seksyen 2(1).\n[2]\n Ibid\n[3]\n Ibid\n[4]\n Law of Sarawak, Chapter A100, Adoption (Amendment) Ordinance, 2002.\n[5]\n Kitab Lisan Arab, Ibnu Manzur.\n[6]\n Kamus dewan, edisi ke-4\n[7]\n Kamus Istilah Fiqh (1997), M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi\u2019ah Am, Advance Publication, Selangor\u00a0hlm\u00a0204.\n[8]\n Al Quran. Terjemahan Al-Quran Al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran Sdn Bhd, 2010, Selangor.\u00a0\n[9]\n Garis Panduan Penamaan Saudara Baru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15993", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-107 yang telah bersidang pada 5 April 2018\u00a0telah meneliti kertas cadangan ini dan membuat keputusan bersetuju pembinaan surau dan balai pelawat menggunakan dana waqaf. Manakala Wang zakat tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun waqaf kerana zakat hendaklah diagihkan kepada asnafnya secara khusus.\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan : Hospital Putrajaya\n\n\n\u00a0\n\n\nDisahkan oleh :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(DATUK SERI DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\n\n\nMufti Wilayah Persekutuan\n\n\nMerangkap Pengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15991", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-107 yang telah bersidang pada 5 April 2018\u00a0telah meneliti kertas ini dan membuat keputusan dan mendapati fahaman atau doktrin yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.Berikut dinyatakan beberapa fahaman mereka yang menyimpang :\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pemerintah, Ahli Parlimen Dan Para Ulama Islam Kesemuanya\n \nKafir Serta Harus Diperangi Kerana Menerima Sistem Kufur\n.\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Negara-Negara Islam Semuanya Negara Kafir Kerana Berhukum Dengan Sistem Kafir Dan Haram Menyertai Sistem Kerajaan Sekarang\n\n\niii.\n\u00a0\u00a0\u00a0Mendakwa Sistem di Negara Islam Moden Sebagai Sistem Kufur\n\n\niv.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menghukum Demokrasi Sebagai Sistem Kufur\n\n\nv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMenafikan Istilah \u201cAl-Qadha\u2019 Wa Al-Qadar\u201d\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nPandangan beberapa tokoh ulama\u2019 dunia terhadap Hizbut Tahrir\n\n\n\u00a0\n\n\nDr. Husamuddin \u2018Afanah, Profesor Usul Fiqh, Universiti al-Quds\n\n\nDr. Husamuddin \u2018Afanah menyifatkan Hizbut Tahrir banyak mengemukakan pemikiran yang menyalahi nas-nas syarak.\n\n\nAntaranya pemikiran aqidah Hizbut Tahrir yang menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan cenderung kepada aqidah Mu\u2019tazilah. Ia seperti pandangan Hizbut Tahrir yang mengatakan aqidah tidak sabit dengan hadis ahad, menyebabkan penganut Hizbut Tahrir menolak azab dan nikmat kubur.\n\n\nHizbut Tahrir juga berpegang dengan pemikiran tabanni yang mewajibkan penganut akur dengan sebarang fatwa yang ditentukan parti tanpa diketahui siapa yang mengeluarkannya. Antara fatwa syaz yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir seperti aurat seorang wanita dengan mahramnya adalah aurat mughallazah, keharusan menonton filem seks, keharusan mencium wanita bukan mahram tanpa maksud berzina, haram mengasaskan pertubuhan kebajikan dan lain-lain.\n\n\n\u00a0\n\n\nDr. Yusof al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia\n\n\nAl-Qaradawi dalam catatannya ketika menziarahi Bandar al-Khalil, Palestin mengisahkan suatu perdebatan yang terjadi antara beliau dengan pengikut Hizbut Tahrir. Pengikut Hizbut Tahrir mengatakan mana-mana dakwah yang tidak berjaya selepas 23 tahun merupakan dakwah yang salah dan perlu menukar caranya. Al-Qaradawi menjawab dengan menegaskan dakwaan tersebut tidak benar kerana Nabi Nuh sendiri berdakwah selama 950 tahun dan tidak berjaya mengislamkan walaupun isteri dan anaknya sendiri. Ini tidak sesekali bermaksud Nabi Nuh gagal dalam dakwahnya kerana hidayah hanyalah milik Allah SWT.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDemikian juga penolakan Hizbut Tahrir terhadap amal kebajikan dan kemasyarakatan yang disifatkan sebagai amalan yang menjauhkan orang ramai daripada fokus menegakkan Khilafah. Hal ini dijawab oleh al-Qaradawi dengan membawakan ayat-ayat al-Qur\u2019an dan Hadith yang memerintahkan umat Islam agar banyak melakukan kebajikan dan memberi pertolongan sesama manusia.\n\n\n\u00a0\n\n\nDr. Abdullah Azzam (Sadiq Amin), Pensyarah Universiti Universiti al-Malik bin Abdul Aziz, Jeddah.\n\n\nDalam bukunya berjudul, \nal-Da\u2018wah al-Islamiyyah: Darurah Shar\u2019iyyah wa Darurah Bashariyyah\n, beliau telah membahaskan satu topik khas mengenai kepincangan Hizbut Tahrir. Antara yang dinyatakan oleh beliau adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\na)\u00a0\u00a0Hizbut Tahrir kurang menekankan aspek rohani sehingga mengabaikan perkara-perkara sunat dan zikir. Didapati hubungan mereka dengan al-Quran, hadis dan keiltizaman terhadap syariah agak lemah. Justeru, bukan sesuatu yang menghairankan jika terdapat pendakwah Hizbut Tahrir yang meninggalkan solat atau meremehkannya. Hal ini berpunca daripada sikap pengikut Hizbut Tahrir yang gemar berdebat. Beliau menukilkan kata-kata al-Mawdudi terhadap Hizbut Tahrir:\n\n\n\"\u0644\u0627 \u062a\u062c\u0627\u062f\u0644\u0648\u0647\u0645 \u062f\u0639\u0648\u0647\u0645 \u0644\u0644\u0623\u064a\u0627\u0645 \u064a\u0645\u0648\u062a\u0648\u0627\"\n\n\n\u201cJangan kamu berdebat dengan mereka, biarkan mereka, beberapa hari lagi mereka akan terbenam (begitu sahaja).\u201d (Lihat \nal-Da\u2018wah al-Islamiyyah\n: 99).\n\n\n\u00a0\n\n\nb)\u00a0\u00a0Hizbut Tahrir dalam sebarannya telah mengeluarkan beberapa hukum fiqh yang pelik. Antaranya adalah harus mencium wanita bukan mahram dan bersalaman dengannya, harus melihat gambar lucah, gugur solat bagi orang yang berada di angkasa lepas, gugur solat dan puasa di kutub utara atau selatan, harus kerajaan Islam membayar jizyah kepada kerajaan kafir, berzina dengan mahram seperti ibu kandung dikenakan sepuluh tahun penjara dan lain-lain (Lihat \nal-Da\u2018wah al-Islamiyyah\n: 101).\n\n\n\u00a0\n\n\nc)\u00a0\u00a0Dari sudut aqidah, Hizbut Tahrir menolak penghujahan dengan hadis Ahad dalam bab aqidah dan mengharamkan beriktikad dengan jazam akan kewujudan azab kubur dan kemunculan Dajjal (Lihat \nal-Da\u2018wah al-Islamiyyah\n: 108)\n\n\n\u00a0\n\n\nTesis Master berjudul \nFikar Hizb al-Tahrir: Dirasah Tahliliyyah\n, tulisan Ra\u2019id Nasir Abu \u2018Awdah di bawah seliaan Dr. Khalid Husain Hamdan, Universiti Islam, Gaza. \n\n\n\u00a0\n\n\nTesis tersebut menyimpulkan Hizbut Tahrir seperti berikut:\n\n\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sebuah kumpulan yang jauh daripada disiplin ilmu Islam\u00a0sehingga mereka tidak memiliki keahlian dalam\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0persoalan aqidah, fiqhiyyah dan siyasah.\n\n\n\u00a0\n\n\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tidak berkeahlian dalam bidang hadis sehingga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0menyebabkannya menolak penghujahan hadis Ahad.\n\n\n\u00a0\n\n\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tidak mengambil aqidah yang benar bersumberkan al-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Quran dan al-Sunnah.\n\n\n\u00a0\n\n\nd)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keliru dalam permasalahan qada\u2019 dan qadar dalam isu\u00a0\u00a0\u00a0perbuatan hamba.\n\n\n\u00a0\n\n\ne)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berpegang kepada Murji\u2019ah dalam masalah iman dengan mengatakan amalan perbuatan tidak termasuk dalam erti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0kata iman.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0Keputusan\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah meneliti kenyataan-kenyataan di atas berkaitan doktrin dan fahaman Hizbut Tahrir maka mesyuarat telah membuat keputusan menyekat dan melarang\n kegiatan pergerakan Hizbut Tahrir di sebarkan kepada masyarakat melalui apa jua medium sebaran.\n \n\n\n\u00a0\n\n\nMana-mana orang Islam dilarang berpegang dan beramal kepada fahaman dan ajaran tersebut. Mereka yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT.\n\n\n\u00a0\n\n\nTindakan : PMWP\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDisahkan oleh :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(DATUK SERI DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\n\n\nMufti Wilayah Persekutuan\n\n\nMerangkap Pengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15989", "body": "Mesyuarat lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 29 pada 10 Muharram 1438H/ 11 Oktober 2016M bersetuju memutuskan berkenaan Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya adalah\n \nseperti berikut:\n\u00a0\nPameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh merosakkan akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri, jin, hantu dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15988", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\u00a0i.\u00a0Bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.\n\u00a0ii.\u00a0Menubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik-beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.\n\u00a0iii.\u00a0Dan selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha\u2019 bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0627\u0628\u0652\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0633\u0652\u0639\u064f\u0648\u062f\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u0627 \u0631\u0650\u0636\u064e\u0627\u0639\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u0634\u064e\u062f\u0651\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0652\u0645\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u0628\u064e\u062a\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u062d\u0652\u0645\nMaksudnya:\n\u201cDaripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging\u201d.\n\u00a0\n\u00a0iv.\u00a0\u00a0\nMemandangkan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam maka penubuhan bank susu adalah t\nidak diharuskan.\n\u00a0v.\u00a0\u00a0\nWalaubagaimanapun, bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/ berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu mengenali antara satu sama lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15986", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-106 yang telah bersidang pada 30 Januari 2018\u00a0telah menimbang dan bersetuju untuk membuat keputusan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nAsal kadar zakat fitrah adalah satu \nsha\u2019 \n(gantang) dan nilainya seperti yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah Al-Zuhaili di dalam kitab \nFiqh Al-Islami Wa Adillatuh \niaitu kadarnya bersamaan 2.751 kg manakala di sisi mazhab Hanafi kadarnya bersamaan 3.8 kg.\n\n\n\u00a0\n\n\nHarga 1 kilogram Beras Super Spesial Tempatan 5% RM2.60 di darabkan dengan 2.70 kg bersamaan RM7.02. Oleh yang demikian, jumlah tersebut digenapkan kepada RM7.00.\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat jawatankuasa perundingan hukum syarak bersetuju menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1439H bersamaan 2018M bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berjumlah \nRM7.00\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan : MAIWP\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDisahkan oleh :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\n\n\nMufti Wilayah Persekutuan\n\n\nMerangkap Pengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15983", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 29 pada 10 Muharam 1438H/ 11 Oktober 2016 bersetuju memutuskan berkenaan Penggunaan Jin Menurut Islam adalah\n \nseperti berikut:\n\u00a0\nPenggunaan jin untuk tujuan memohon pertolongan, rawatan, perubatan atau, perbomohan, mencari kekuatan dan kehebatan, serta untuk berkhidmat dalam ilmu sihir adalah diharamkan\n \nkerana boleh membawa kepada syirik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15982", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-106 yang telah bersidang pada 30 Januari 2018\u00a0telah meneliti kertas cadangan ini dan membuat keputusan seperti berikut :\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penggunaan Wang Tidak Patuh Syariah boleh digunakan untuk tujuan pengubahsuaian tandas, pagar, kawasan letak kereta serta segala yang berkaitan dengan masjid dan surau.\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi Wang Terimaan Sumber Am selain Fidyah dan Kaffarah juga boleh digunakan untuk agihan beras dan makanan kepada fakir dan miskin\n\n\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi Wang Hutang Pihak Ketiga pula Mesyuarat bersetuju supaya Wang tersebut dihebahkan terlebih dahulu sebelum digunakan\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan : MAIWP\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDisahkan oleh :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\n\n\nMufti Wilayah Persekutuan\n\n\nMerangkap Pengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15980", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-106 yang telah bersidang pada 30 Januari 2018\u00a0telah meneliti kertas cadangan ini dan meminta supaya kajian yang lebih terperinci dari segi realiti sebenar amalan Bitcoin serta mendapatkan maklumat dari negara-negara yang mengamalkannya.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan : PMWP\n\n\n\u00a0\n\n\nDisahkan oleh :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\n\n\nMufti Wilayah Persekutuan\n\n\nMerangkap Pengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15979", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\u00a0\nBahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut agar tidak menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti itu boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15978", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 26 pada 9 Safar 1436H/ 2 Disember 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n1.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam.\n\u00a0\n1.2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka sebagai langkah pencegahan walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah dan dalam keadaan tersebut mereka tidak perlu membayar dam.\n\u00a0\nKeterangan/ Hujah:\n\u00a0\n1.\u00a0Menjaga kesihatan badan lebih-lebih lagi ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah di Makkah adalah sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam. Oleh itu setiap jemaah haji perlu mengikut langkah-langkah pencegahan terutama penggunaan mask bagi menjaga kesihatan diri mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya.\n\u00a0\n2.\u00a0Penularan wabak ini perlu kepada usaha pencegahan supaya diri terus terpelihara dan sihat serta dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Di dalam kaedah fiqhiyyah: \u0627\u0644\u062d\u0627\u062c\u0629 \u062a\u0646\u0640\u0632\u0644 \u0645\u0646\u0640\u0632\u0644\u0629 \u0627\u0644\u0636\u0631\u0648\u0631\u0629 )\u00a0(\n \niaitu hajat menepati darurat. Maksud hajat ialah jika tidak disempurnakan nescaya melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan.\n\u00a0\n3.\u00a0Seseorang lelaki yang berihram dilarang daripada menutup semua bahagian kepalanya atau sebahagiannya dengan apa sahaja yang boleh dikira sebagai menutupnya, sama ada pakaian berjahit ataupun tidak. Semua larangan ini dikecualikan jika terdapat keperluan yang memaksa seperti untuk tujuan pengubatan dan rawatan.\n\u00a0\n4.\u00a0Di dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh karangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli menyebutkan mengenai larangan ke atas perempuan yang menutup seluruh anggota badan termasuk wajah kerana ihram perempuan adalah pada mukanya.\n\u00a0\n5.\u00a0Walau bagaimanapun, dalam keadaan di mana ia dianggap sebagai satu bentuk keuzuran yang tidak dapat dielakkan kerana jemaah haji terpaksa menutup muka dan hidung (sebahagian muka) kerana disebabkan sesuatu wabak, maka diharuskan bagi jemaah lelaki dan wanita untuk menutup sebahagian mukanya.\n\u00a0\n6.\u00a0Semasa menunaikan haji atau umrah, terdapat perkara-perkara yang dilarang melakukannya dan dianggap berdosa dan diwajibkan membayar dam, walau bagaimanpun pertimbangan keadaan umat Islam masih diambilkira oleh Islam dalam hukum yang ditetapkan.\n\u00a0\n7.\u00a0Dalam keadaan dharurat di mana suatu penyakit telah menjadi wabak yang mengancam nyawa seperti H1N1, tindakan pencegahan yang diambil bagi melindungi nyawa adalah dibenarkan oleh Islam dan tidak dikenakan dam (denda) walaupun ia merupakan perkara yang dilarang dalam keadaan biasa selaras dengan kaedah fiqhiyyah:\n\u00a0\n(\n \n\u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0645\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d )\n\u00a0\nMaksudnya: Menghindarkan kerosakan lebih diutamakan daripada mencari\u00a0kemaslahatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15974", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak keli ke 22 pada \n17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M \nsebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\u00a0i.\u00a0\u00a0Talaq dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan sebagainya merupakan talaq secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.\n\u00a0ii.\u00a0\u00a0\nSemua perceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk mensabitkan talaq tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15973", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 26 pada 9 Safar 1436H/ 2 Disember 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n1.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Islam sangat menitik beratkan persoalan nasab dan apabila telah ada dalil yang mengisbatkan nasab, maka penafiannya tidak boleh diterima melainkan dengan kaedah li\u2019an kerana li\u2019an telah sabit melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma\u2019 dan merupakan suatu amalan ta\u2019abbudiyah.\n\u00a0\n1.2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penggunaan DNA dibenarkan dan dilaksanakan atas perintah mahkamah yang melibatkan kes pertelingkahan, ketidaktahuan nasab anak atas pelbagai sebab, kes kekeliruan atau pertukaran anak di hospital atau pusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-anak yang hilang atas sebab bencana alam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, DNA tidak boleh digunakan untuk menafikan nasab anak apalagi digunakannya mendahului kaedah li`an.\n\u00a0\n1.3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Para Fuqaha\u2019 telah bersepakat bahawa penafian nasab anak melalui kaedah li\u2019an perlu dilakukan dengan kadar segera \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0648\u0652\u0631)\u0650) dan jika penafian nasab tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, maka gugurlah hak penafian nasab tersebut. \nMemandangkan penafian anak ini merupakan satu perkara yang penting dan bagi mengelakkan sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku, ia boleh ditangguhkan sehingga tiga hari dan penangguhan hanya boleh berlaku atas sebab-sebab keuzuran.\n\u00a0\n1.4\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nTempoh segera bagi seseorang bapa yang hendak melakukan li\u2019an bagi menafikan nasab anaknya adalah bermula daripada tarikh isterinya disahkan mengandung sehinggalah tiga (3) hari selepas bersalin. Penafian setelah tempoh munasabah tersebut adalah tertolak dan anak tersebut adalah sah dan sabit sebagai anaknya. \n\u00a0\n1.5\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nGaris panduan untuk menjalankan ujian DNA oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah diperketatkan lebih-lebih lagi dalam isu untuk menafikan nasab kerana DNA hanya sekadar qarinah atau sokongan semata-mata dan tidak boleh dijadikan bukti utama."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15971", "body": "Setelah dilihat dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Ramadan 1438 bersamaan 15 Jun 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut:\nKhasiat minyak wangi asma\u2019 yang terkandung dalam senarai yang dilampirkan, sebahagiannya bertentangan dengan aqidah Islamiyyah seperti \u201ckhasiat untuk keselamatan mutlak\u201d. Manakala, sebahagian khasiat yang lain didapati meragukan dan boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham oleh masyarakat awam khususnya dari sudut aqidah. Justeru, minyak wangi ini tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, dijual, dipromosi, dipamerkan serta digunakan di negeri Johor Darul Ta\u2019zim.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15970", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 26 pada 9 Safar 1436H/ 2 Disember 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n1.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Makruh menggugurkan janin yang berumur antara 1 hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri;\n\u00a0\n1.2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah\n \nharus\n \nsekiranya janin itu cacat atau berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan\n\u00a0\n1.3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram\n \nkerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15969", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 22 pada \n17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M \nsebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\u00a0\nWang tebus talak dalam kes cerai ta\u2019liq hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Sarawak dan pemilik wang tersebut boleh menuntut wang tersebut daripada Baitulmal dalam tempoh 7 tahun.\nMana-mana wang yang tidak dituntut dalam tempoh 7 tahun akan menjadi hak Baitulmal Sarawak.\nMekanisma penyerahan wang tersebut hendaklah dibincangkan di antara Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Baitulmal Sarawak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15967", "body": "Setelah mendengar taklimat daripada Dato\u2019 Doktor Ghazali Bin Ismail, Ketua Jabatan Sakit Puan, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan setelah dilihat dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Rabiul Akhir 1438 bersamaan 24 Januari 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cHukum membuat rawatan memilih jantina bayi dalam rahim ibu melalui kaedah IVF adalah haram. Walaubagaimanapun, pemilihan jantina diharuskan sekiranya faktor jantina menatijahkan suatu penyakit genetik serius yang boleh membawa kepada kematian\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15965", "body": "Mesyuarat lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 26 pada 9 Safar 1436H/ 2 Disember 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n1.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Qurban dan aqiqah yang telah disyariatkan dalam al-Quran dan al-Hadith merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah S.W.T.\n\u00a0\n1.2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sehubungan itu, hukum qurban dan aqiqah ke atas haiwan ternakan adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha\u2019 iaitu:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anak kambing muda umurnya melebihi enam (6) bulan.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Biri-biri umurnya telah genap setahun (1) dan telah masuk ke tahun yang kedua (2).\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0iii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lembu umurnya telah genap dua (2) tahun dan telah masuk ke tahun yang ke tiga (3).\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0iv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Unta umurnya genap lima (5) tahun dan telah masuk ke tahun yang ke enam (6).\n1.3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Individu yang ingin melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah hendaklah memastikan haiwan tersebut cukup umur dan tidak bunting.\n\u00a0\n\u00a0\n1.4\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Para pengimport haiwan ternakan dan penternak tempatan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh memastikan haiwan untuk tujuan ibadah qurban dan aqiqah mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan terutama dari segi umur dan status buntingnya.\n\u00a0\n1.5\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Walau bagaimanapun, jika status buntingnya diketahui setelah melakukan sembelihan maka ibadah qurban dan aqiqah tersebut adalah sempurna."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15958", "body": "Setelah dilihat dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Rabiul Akhir 1438 bersamaan 24 Januari 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bahawa ajaran daripada pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) oleh Ismail Bin Kasim adalah menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan elemen-elemen berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nTerbatal kesemua rukun Islam sekiranya tidak mempelajari ilmu syahadah yang dibawa oleh Ismail Bin Qasim.\n\n\nWajib mempelajari zikir nafas kerana tiada cara lain untuk mencari Allah kecuali melaluinya.\n\n\nSemua makhluk hidup dengan kalimah \u201c \u0647\u0648 \u201d.\n\n\nMendakwa memiliki kelebihan luar biasa apabila mengamalkan zikir nafas.\n\n\nMengamalkan kepercayaan wahdatul wujud.\n\n\nMentakwil ayat-ayat al-Quran secara batil.\n\n\nKaedah pentafsiran al-Quran yang menyeleweng.\n\n\nBerpegang kepada hadis palsu.\n\n\nMelampau dalam menghormati guru.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mana-mana orang Islam hendaklah menjauhi ajaran daripada Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin oleh Ismail Bin Kasim sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan satu dan dilarang daripada berpegang, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkan ajaran Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin tersebut hendaklah bertaubat.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mana-mana orang Islam adalah dilarang memiliki, menyebarkan mengedarkan, menggantungkan, atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuk filem, audio visual, rakaman laman sesawang atau media cetak atau elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang daripada bersyubhat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15955", "body": "Setelah dilihat dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Rabiul Akhir 1438 bersamaan 24 Januari 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Anggota polis beragama Islam tidak diharuskan mengusung jenazah anggota polis bukan Islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak yang memerlukan dia melakukannya. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan mendesak, maka ia diharuskan dengan syarat tidak terlibat dalam sebarang upacara keagamaan.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Tidak harus jenazah anggota polis beragama Islam diusung oleh anggota polis bukan Islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak kerana orang Islam hendaklah diutamakan dalam urusan berkaitan agama Islam dan tujuan mengiringi jenazah adalah sebagai syafaat kepada jenazah.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Dilarang anggota polis beragama Islam terlibat tanpa sebarang keperluan mendesak dalam pancaragam sewaktu upacara pengebumian anggota polis bukan beragama Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Dilarang melepaskan tembakan selepas pengebumian jenazah anggota polis beragama Islam kerana muzik-muzik dan bunyi-bunyian tidak dibenarkan di tanah perkuburan.\n\n\n\u00a0\n\n\nv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dilarang meniup\n bugle \nselepas upacara pengebumian dijalankan kerana ia termasuk meninggikan suara di tanah perkuburan serta upacara tersebut tiada faedah dari segi syara\u2019.\n\n\n\u00a0\n\n\nvi.\u00a0\u00a0\u00a0Dilarang menggunakan bunyi-bunyian atau muzik dalam pengurusan jenazah orang Islam sama ada dalam polis atau selainnya.\n\n\n\u00a0\n\n\nvii. Dilarang penggunaan pakaian seragam anggota yang mengandungi kalimah Allah dan Muhammad kepada mayat anggota polis tersebut sama ada Islam atau bukan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15953", "body": "Setelah dilihat dengan penuh teliti dari sudut, maka Jawatankuasa Penuh Negeri Johor telah membuat keputusan sebagaimana berikut:-\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201c Setelah meneliti buku \u201cPancaran Tenaga Insan\u201d, didapati kandungan buku ini meragukan dan boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarkat. Justeru buku ini diharamkan dan dilarang untuk dipelajari, diajar, disebar, dicetak,diterbit dan diedarkan dalam apa jua cara sekalipun kepada masyarakat umum di Negeri Johor\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15951", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Safar 1437 bersamaan 7 Disember 2015 telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u201cMenghisap vape adalah haram kerana ianya satu amalan yang bertentangan dengan hukum syara\u2019. Selain daripada menghisap vape, larangan ini juga meliputi apa-apa jua kegiatan yang melibatkan peranti vape dan barang-barang yang berkaitan dengannya\u201d.\nKeputusan tersebut adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:\nPertama\n: Dalil umum daripada al-Quran dan hadis Nabi\nSalah satu dalil umum dalam pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape ialah kerana perbuatan tersebut memudaratkan tubuh badan. Ini bersesuaian dengan syariat Islam yang melarang perbuatan memudaratkan diri. Terdapat beberapa nas al-Quran dan hadis Nabi \ufdfa yang melarang manusia memudaratkan diri sendiri. Keumuman dalil-dalil tersebut terpakai kepada kes penggunaan rokok elektronik dan vape. Antara dalil syara\u2019 yang melarang tindakan-tindakan memudaratkan diri sendiri ialah:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195\nErtinya: \u201c... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya\u00a0\u00a0kebinasaan...\u201d\nWalaupun ayat ini diturunkan berkenaan dengan perbelanjaan (infaq) \nfi sabilillah, \ntetapi keumuman ayat ini merangkumi segala perbuatan yang membawa kepada kebinasaan sebagaimana berdasarkan kepada kaedah:\n\u201c \u0623\u0646 \u0627\u0644\u0627\u0639\u062a\u0628\u0627\u0631 \u0628\u0639\u0645\u0648\u0645 \u0627\u0644\u0644\u0641\u0638 \u0644\u0627 \u0628\u062e\u0635\u0648\u0635 \u0627\u0644\u0633\u0628\u0628\u201d\nErtinya: Bahawa sesungguhnya pengajaran itu diambil melalui keumuman lafaz, bukan melalui sebab penurunan ayat secara khusus. \n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hadis Nabi\n\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0631 \u0648\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0627\u0631\nErtinya: Tiada kemudaratan (dalam syariat Islam) dan tidak boleh memudaratkan (tanpa hak).\nHadis ini juga menunjukkan pengharaman melakukan kemudaratan secara umum sehingga nas hadis ini dijadikan salah satu kaedah feqah.\nKedua\n: Dalil qiyas\nPenggunaan rokok elektronik dan vape merupakan antara isu yang tidak ditetapkan hukumnya oleh mana-mana nas syara\u2019. Justeru, penetapan hukumnya boleh dilakukan dengan menggunakan dalil qiyas sekiranya segala rukun dan syarat qiyas dapat dipenuhi. Penetapan hukum dengan menggunakan dalil qiyas adalah muktabar dan disepakati dalam keempat-empat mazhab feqah.\nPenghujahan menggunakan qiyas dalam permasalahan rokok elektronik dan vape adalah melalui kaedah qiyas ke atas perbuatan meminum bahan-bahan beracun yang digambarkan seperti berikut:\nAsal: meminum bahan-bahan beracun\nFuru\u2019: menggunakan rokok elektronik dan vape\n\u2018Illah: memudaratkan atau membinasakan tubuh badan\nHukum: haram\nOleh itu, proses proses qiyas dalam isu ini dapat diamalkan kerana kempat-empat rukun qiyas telah dipenuhi. Justeru, secara kesimpulan boleh dikatakan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram berasaskan kepada qiyas terhadap meminum racun.\nKetiga\n: Dalil maslahah\nPenetapan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape juga boleh dilihat melalui dalil maslahah. Ini kerana, syariat Islam tidak dapat dipisahkan daripada maslahah sama ada mendatangkan kebaikan atau manfaat ataupun menghilangkan kemudaratan atau keburukan.\nMaslahah ialah memelihara objektif syariah yang lima iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Justeru, setiap perkara yang mengandungi elemen pemeliharaan terhadap lima asas ini, maka ia adalah maslahah. Setiap perkara yang meluputkan asas-asas ini, maka ia adalah mafsadah, dan menggugurkan mafsadah merupakan satu maslahah.\nOleh itu, maka dapat disabitkan bahawa pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape adalah satu bentuk maslahah. Ini kerana penggunaan rokok elektronik dan vape membawa pelbagai implikasi dan kesan negatif seperti terdedah kepada penyakit berbahaya, menyakitkan orang sekeliling, membawa pembaziran, terdedah kepada penyalahgunaan dan sebagainya. Berdasarkan kepada dalil-dalil umum dan qaedah-qaedah dalam syara\u2019 didapati bahawa implikasi-implikasi yang dinyatakan di atas adalah bersesuaian dengan hokum pengharaman.\nBegitu juga, tanggungjawab pemerintah(ulul amri) yang mengambil keputusan pengharaman vape adalah kerana terdapat maslahah amah berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah:\n\u062a\u0635\u0631\u0641 \u0627\u0644\u0627\u0645\u0627\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0631\u0639\u064a\u0629 \u0645\u0646\u0648\u0637 \u0628\u0627\u0644\u0645\u0635\u0644\u062d\u0629\nErtinya: Tindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah bergantung kepada maslahah. \nKeempat\n: Dalil Sadd dzarai\u2019\nPenghujahan berdasarkan kepada kaedah sadd dzaria\u2019h adalah sebagai penyokong kepada hujah-hujah sebelum ini iaitu dalil umum, qiyas dan maslahah. Ini kerana penjualan peralatan vape di pasaran akan mendedahkan kepada penyalahgunaan seperti menghisap vape berperisa ganja, dadah, kanabis, ketum, syabu, nikotin dan sebagainya. Penyalahgunaan ini boleh membawa kepada kegiatan pengedaran ganja dan dadah berbahaya.\nSelain itu, penggunaan vape ini akan mewujudkan masyarakat yang runtuh akhlak dan kepribadian khususnya di kalangan generasi muda, serta tidak ketinggalan juga wanita yang berleluasa menghisap vape tanpa ada perasaan malu dan segan.\nJusteru, adalah wajar perkara-perkara yang sangat terdedah kepada kemudaratan yang besar ditutup melalui penetapan hukum haram berasaskan kepada kaedah sadd dzaria\u2019h.\u00a0\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15950", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nPenggunaan tanda dakwat untuk rawatan pesakit kanser dengan menggunakan dakwat \nHolbein Drawing Ink \nyang telah disahkan kandungannya tidak mengandungi najis adalah diharuskan dan pesakit boleh berwuduk seperti biasa memandangkan dakwat tersebut hanya dimasukkan di bawah permukaan kulit.\n\u00a0\nKeterangan dan hujah:\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penandaan berdakwat bagi pesakit kanser adalah salah satu daripada kaedah perubatan yang memberikan kemudahan kepada pesakit kanser yang perlu mendapat rawatan di semua hospital di seluruh negeri di Malaysia.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kajian oleh Jabatan Kimia Malaysia ke atas dakwat yang digunakan iaitu \nHolbein Drawing Ink\n bagi memastikan tiada najis atau sebarang kandungan alkohol mendapati bahawa:\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Lemak atau minyak haiwan tidak dikesan dengan menggunakan \u00e2\u20ac\u0153Teknik FAME menggunakan \nKromatografi Gas\n (GC)\u00e2\u20ac\u009d;\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengandungi terbitan atau sebatian \nethanol \n(alkohol).\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dengan penggunaan kaedah penandaan berdakwat ini, pesakit tidak perlu menjalani proses penandaan secara berulang kali, memandangkan kesan dakwat tersebut akan berkekalan selama 4 \u00e2\u20ac\u201c 5 bulan dan ia tidak menyebabkan dakwat tersebut terperangkap pada sel-sel yang dipanggil \nfibroblast\n (sel parut) yang berada di lapisan dermis kulit.\niv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Islam meletakkan kaedah \"\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d9\u017d\u00d8\u00b4\u00d9\u017d\u00d9\u201a\u00d9\u2018\u00d9\u017d\u00d8\u00a9\u00d9\u008f \u00d8\u00aa\u00d9\u017d\u00d8\u00ac\u00d9\u2019\u00d9\u201e\u00d9\u0090\u00d8\u00a8\u00d9\u008f \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d9\u2018\u00d9\u017d\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d8\u00b3\u00d9\u0090\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d8\u00b1\u00d9\u017d\" (kesukaran itu diatasi dengan mengambil sesuatu yang mudah atau senang). Kaedah ini meletakkan bahawa bebanan dengan perkara yang susah, dapat dimudahkan bagi keringanan sesuatu urusan.\u00a0\nv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalam isu penyakit, maka rukhsah (keringanan) adalah lebih diutamakan kepada pesakit sehingga diharuskan untuk bertayamum kerana ditakuti akan menyebabkan penyakit merebak dan lambat sembuh sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud:-\n\u00e2\u20ac\u0153Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu\u00e2\u20ac\u009d.\nvi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penggunaan tandaan berdakwat untuk pesakit kanser ini adalah berbeza daripada tatu yang diharamkan oleh Islam kerana tatu dicacah ke dalam lapisan kulit dan ia kekal selama-lamanya, manakala tandaan berdakwat ini hanya dicucuk dengan menggunakan jarum kurang dari 1mm.\u00a0\nvii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Istilah tatu yang digunakan bagi penggunaan tandaan berdakwat membawa anggapan bahawa ia adalah tatu yang diharamkan dan pengamal perubatan perlu menjelaskannya kepada para pesakit kerana walaupun istilah tersebut digunakan di peringkat antarabangsa, masih timbul keraguan di kalangan masyarakat.\u00a0\nviii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memandangkan dakwat tersebut hanya dimasukkan melalui suntikan jarum kurang dari 1mm di bawah permukaan kulit, maka tidak timbul isu tandaan tersebut menghalang air sampai ke anggota wudhu' atau menimbulkan mudharat sehingga pesakit perlu bertayammum."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15949", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\nIslam menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit, kecuali dalam keadaan di mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudharatan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat dari sumber yang halal ditemui.\u00a0\nOleh itu, berhubung dengan penggunaan ubat \nClexane\n dan \nFraxiparine\n yang dianggap darurat kepada para pesakit bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta merta ketika pesakit berada pada tahap kronik. Muzakarah memutuskan bahawa penggunaan kedua-dua jenis ubat ini adalah ditegah kerana ia dihasilkan dari sumber yang diharamkan oleh Islam. Memandangkan pada masa ini telah terdapat alternatif ubat iaitu \nArixtra \nyang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan \nClexane\n dan \nFraxiparine\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15948", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\nHukum pelaksanaan ibadah bagi pesakit yang menggunakan beg kolostomi telah memutuskan bahawa:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwudhu' atau menunaikan solat.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Wudhu' yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardhu sehingga wudhu' tersebut batal.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0iii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pesakit yang berwudhu\u00e2\u20ac\u2122 untuk menunaikan solat hendaklah melaksanakannya dengan kaedah berikut:-\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berwudhu\u00e2\u20ac\u2122 dengan niat untuk mengharuskan menunaikan ibadat solat;\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berwudhu\u00e2\u20ac\u2122 setelah masuk waktu solat;\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menyegerakan ibadat solat sebaik sahaja berwudhu\u00e2\u20ac\u2122;\nd.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memperbaharui wudhu\u00e2\u20ac\u2122 setiap kali hendak menunaikan solat fardhu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15947", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penjualan dan penyimpanan kitab suci al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15946", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 21 pada \n9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M\n sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-\nPelaburan harta zakat adalah diharuskan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:-\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Masih ada lebihan setelah agihan zakat dibuat dengan sempurna kepada semua \nasnaf \nyang berhak memilikinya;\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pelaburan wang zakat hendaklah menepati prinsip syarak;\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keputusan untuk melaburkan wang zakat hendaklah dilakukan oleh pihak yang diizinkan oleh pemerintah untuk memungut dan mengagihkan zakat dengan mendapat persetujuan Majlis Islam Sarawak setelah dirujuk kepada Mufti;\niv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pelaburan tersebut hendaklah dikendalikan oleh satu badan ataupun jawatankuasa khas yang\u00a0terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang pelaburan dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama serta bersifat amanah;\nv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyelidikan terperinci hendaklah dijalankan sebelum wang zakat dilaburkan dalam sesuatu projek;\nvi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pulangan yang didapati daripada pelaburan wang zakat hendaklah dikembalikan kepada akaun zakat;\nvii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tidak berlaku keadaan mendesak yang memerlukan wang zakat diagihkan dengan segera kepada golongan asnaf;\nviii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Modal pelaburan wang zakat mudah dicairkan jika diperlukan untuk diagihkan kepada golongan asnaf;\nix.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pelaburan wang zakat itu selamat dan memberi pulangan atau keuntungan yang hakiki; dan\nx.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sebarang kerugian yang berlaku akibat pelaburan tersebut hendaklah dibayar balik kesemua jumlah harta zakat yang dilaburkan itu kepada akaun zakat demi menjamin hak asnaf oleh Majlis Islam Sarawak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15944", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 20 pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.\n\u00a0\u00a0\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penggunaan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.\n\u00a0\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jumhur fuqaha\u00e2\u20ac\u2122 juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak seperti berikut:\ni.\u00a0\u00a0bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan dan yang mengenyangkan;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0ii.\u00a0susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan\numur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\niii.\u00a0Hujah \nthabitan\n ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\niv.Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0v.\u00a0\u00a0Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama\u00e2\u20ac\u2122 mazhab Syafi'e dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0vi.\u00a0Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.\nBerdasarkan perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat iaitu:\ni.\u00a0Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan bayi tersebut disusukan oleh seorang perempuan yang lain sekiranya ibu kandung tidak mampu menyusukan sendiri bayinya.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha\u00e2\u20ac\u2122 yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafi'e dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.\nii.Bagi wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mempunyai anak angkat, mereka boleh menyusukan sendiri anak angkat tersebut dengan menjalani kaedah rawatan terapi hormon penggalak susu badan.\u00a0\niii.Hubungan anak susuan dengan ibu susuan yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah sama seperti hubungan dengan sebab keturunan \n(nasab\n). Walau bagaimanapun hukum-hukum yang berkaitan \nnasab\n yang lain seperti pembahagian harta pusaka dan wali nikah tidak termasuk dalam hubungan susuan.\niv. Jumhur fuqaha \ntidak mensyaratkan\n seseorang wanita itu mestilah hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak angkat mereka. Malahan, wanita yang belum berkahwin atau berkahwin tetapi tidak pernah melahirkan anak, sekiranya dia menyusui seseorang bayi, maka sah hukum susuan ke atasnya.\n\u00a0\nv. Syarat-syarat bagi anak susuan (bayi yang menyusu) sebelum mereka sah (\nthabit\n) menjadi anak susuan ialah bilangan susuan hendaklah dengan \nlima kali penyusuan,\n \nsusu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi dan umur bayi tersebut hendaklah tidak melebihi dua tahun qamariah\n.\nvi.\u00a0\u00a0Jumhur fuqaha menyatakan bahawa terdapat \ndua kaedah\n yang menjadikan mahram iaitu dengan sebab susuan, iaitu samaada menyusu secara langsung (\ndirect\n) daripada payudara atau secara tidak langsung (\nindirect\n) seperti penggunaan tiub, botol susu dan sebagainya.\nvii. Bagi penggunaan alat-alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, maka bayi tersebut \nsah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syaratnya\n. Ini kerana susu tersebut menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang. Namun begitu, tidak sah sebagai anak susuan dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan.\nviii.\u00a0\nTidak ada larangan bagi seorang wanita Islam menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga sebaliknya, seorang bayi beragama Islam boleh menyusu dengan wanita yang bukan Islam\n. Namun begitu, penyusuan tersebut \ntidak mengubah\n \nagama \nbayi yang disusui dan mereka tetap kekal dalam agama asalnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15943", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 20 pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-\ni. Fuqaha\u2019 telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan \n(khabis)\n dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.\nii.\u00a0Hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah\u00a0diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay)\u00a0diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15941", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 11 Safar 1437 bersamaan 23 November 2015\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u201cAlat semburan pewangi berbentuk cecair yang dijual dipasaran tidak boleh digunakan untuk menghilangkan najis sama ada najis ringan (mukhaffafah), atau najis pertengahan(mutawasitah), atau najis berat (mughallazah) menurut mazhab Syafie. Kegunaannya hanya sebagai alat pewangi yang boleh menghilangkan bau busuk dan seterusnya mengharumkan persekitaran.\nOleh itu, mana-mana tempat yang terkena najis hendaklah disucikan dengan menggunakan air mutlak sehingga hilang ain najis tersebut dan juga sifat-sifatnya iaitu bau, warna, dan rasa. Selepas proses penyucian siap dilakukan, barulah boleh digunakan alat semburan pewangi yang bertindak hanya sebagai mengharumkan bau yang tidak menyenangkan untuk dihidu.\nBerpegang dengan mazhab Syafie dalam isu ini adalah lebih sesuai kerana kita hidup di dalam sebuah negeri yang mempunyai banyak air yang bersih dan suci. Begitu juga, ia boleh mendidik masyarakat supaya tidak mengambil ringan dalam masalah penyucian najis ini yang ada hubungan kait dengan kesahan ibadat.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15940", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-106 yang telah bersidang pada 30 Januari 2018\n t\nelah meneliti kertas cadangan ini dan membuat keputusan menangguhkan keputusan dan meminta pihak bahgian HAB HALAL Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memperincikan keperluan menggunakan Larva Lebah samada di peringkat Dhururiyyat, Haajiyyat atau Tahsiniyyat.\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan : Hub Halal\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDisahkan oleh :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\n\n\nMufti Wilayah Persekutuan\n\n\nMerangkap Pengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15939", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 14 Syawal 1437 bersamaan 19 Julai 2016 telah membuat keputusan seperti berikut:\nHukum wanita haid membaca al-Quran menurut qaul muktamad dalam mazhab Syafie ialah haram berdasarkan hadis Rasulullah \ufdfa :\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u0644\u0627 \u062a\u0642\u0631\u0623 \u0627\u0644\u062d\u0627\u0626\u0636 \u0648\u0644\u0627 \u0627\u0644\u062c\u0646\u0628 \u0634\u064a\u0626\u0627 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0642\u0631\u0621\u0627\u0646\n\u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u062a\u0631\u0645\u0630\u064a\nErtinya: Janganlah orang yang berhaid dan berjunub itu membaca sesuatu daripada al-Quran.\nWalaubagaimanapun, adat budaya pada zaman sekarang dalam mempelajari al-Quran sudah berbeza jika dibandingkan dengan zaman dahulu yang mana salah satu kemajuannya adalah ianya telah menjadi satu bidang yang diiktiraf di peringkat Negara dan juga antarabangsa.\nJusteru, pandangan ulama\u2019 kontemporari seperti mantan syeikh al-Azhar, Syeikh Jadul Hak Ali Jadul Hak dan selainnya yang mengharuskan pelajar wanita yang dalam keadaan haid untuk menghafaz al-Quran dan membacanya atas faktor peperiksaan atau ujian adalah lebih sesuai untuk dijadikan hukum berdasarkan kepada kaedah darurat atau masyaqqah dan juga maslahah kerana waktu peperiksaan adalah terhad dan terbatas. Keharusan dalam maslah ini juga boleh disandarkan kepada qaul qadim Imam Syafie yang menyatakan bahawa \u201cwanita yang sedang dalam haid harus membaca al-Quran\u201d.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15938", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 20 pada1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Islam menganjurkan umatnya memakan makanan yang halal dan baik berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah al-A\u2019raf ayat 157.\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalam mengkategorikan sesuatu itu jijik fuqaha menentukannya berdasarkan \nuruf\n masyarakat setempat. Oleh kerana masyarakat Islam Malaysia mengkategorikan\n \nbahawa ulat adalah dari haiwan yang menjijikkan (khabis) dan kotor termasuklah juga Ulat Mulong.\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fuqaha tidak mengharuskan berjual beli barang yang tidak suci dan tiada manfaat yang dapat diperolehi dari barang yang dijual dan sebaliknya.\nd.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Islam menggalakkan umatnya agar berikhtiar menyembuhkan setiap penyakit yang dihidapi tanpa membiarkannya melarat. Bahkan Islam mengharuskan umatnya untuk membuat pilihan dengan mana-mana kaedah rawatan yang bersesuaian sama ada secara moden ataupun alternatif selagimana rawatan tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam seperti larangan berubat dengan bahan-bahan yang haram dan mengandungi najis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15936", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 20 pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hukum asal pertandingan adalah harus dan tidak menjurus kepada perkara-perkara yang haram.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Semua pertandingan yang melibatkan pendedahan aurat adalah bertentangan dengan perintah menutup aurat dalam Surah An-Nur ayat 30-31 dan Surah al-Ahzab ayat 59.\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Termasuk dalam perkara yang diistilahkan sebagai pendedahan aurat ialah; memperlihatkan susuk tubuh, memakai pakaian yang menjolok mata, terlalu nipis atau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan ditonton oleh khalayak yang bukan mahram (yang haram melihat auratnya).\niv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pertandingan ratu cantik, ratu kebaya, pertandingan fesyen dan seumpamanya yang mempunyai unsur-unsur memperagakan tubuh badan dan menampakkan perhiasan adalah tidak memenuhi tuntutan menutup aurat dalam Islam.\nv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pertandingan yang melibatkan perhiasan yang menyalahi fitrah seperti mencukur kening, pemakaian rambut palsu, bertatu dan mengasah gigi juga adalah bertentangan dengan firman Allah dalam Surah An-Nisa\u2019 ayat 119.\nvi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pertandingan seumpama ini boleh mendatangkan pelbagai kemudharatan seperti eksploitasi peserta, kerosakan aqidah dan akhlak, penularan aktiviti pergaulan bebas, membuka ruang kepada berlakunya zina dan sumbang mahram. Maka pertandingan seumpama ini perlu disekat sesuai dengan kaedah Fiqh \nSaddu Zarai\u2019 (\n\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u0627\u0626\u0639\n)\n iaitu menutup jalan-jalan yang membawa kemungkaran demi menyelamatkan kesucian agama dan maruah umat Islam sepertimana yang dituntut di dalam maqasid al-syariah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15935", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-106 yang telah bersidang pada 30 Januari 2018\u00a0telah meneliti kertas cadangan ini dan Menyatakan tidak ada keperluan bagi jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan untuk memutuskan hukum wakaf hibah tersebut memandangkan panel syariah Takaful Ikhlas telah membuat keputusan dan produk tersebut telah dipromosikan kepada masyarakat.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan : Agensi Takaful Ikhlas\n\n\nDisahkan oleh :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\n\n\nMufti Wilayah Persekutuan\n\n\nMerangkap Pengerusi\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15934", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hukum menerima haiwan yang disumbangkan oleh orang bukan Islam adalah harus atas dasar keharusan bermuamalat dengan orang bukan Islam.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jika haiwan tersebut dinyatakan oleh pemberi (yang bukan Islam) untuk dijadikan korban maka hukum korbannya tidak sah, sebaliknya ia hanya dianggap sumbangan kepada pihak penerima kerana korban tidak dituntut ke atas orang bukan Islam. Bagi mereka yang menerima haiwan tersebut bolehlah menjadikan ia korban dan hukum korbannya sah kerana haiwan tersebut telah menjadi milik penerima.\niii\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi masjid/ surau atau institusi adalah harus digunakan untuk apa-apa tujuan yang menepati syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15933", "body": "Setelah berbincang dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 14 Syawal 1437 bersamaan 19 Julai 2016\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\nBarang gadaian yang tidak dituntut oleh penggadai atau ahli warisnya hendaklah diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor.\nPihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor hendaklah mengiklankan harta tersebut melalui surat di surau-surau dan di masjid-masjid dalam tempoh satu tahun.\nSekiranya tiada sebarang tuntutan terhadap harta tersebut, maka pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor bolehlah membuat lelongan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor.\nHasil penjualan tersebut (melalui konsep lelongan) bolehlah digunapakai dalam perkara kebajikan dan maslahah umat Islam.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15932", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 11 Safar 1437 bersamaan 23 November 2015 telah membuat keputusan seperti berikut:\nBerdasarkan kepada hadis-hadis Nabi maka adalah wajar bagi umat Islam untuk tidak melepaskan peluang mengambil dan merebut rahmat dan kurniaan Allah dengan cara beribadah seperti solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, membaca doa nisfu Sya\u2019ban dan lain-lain lagi dengan memanjatkan kesyukuran atas limpahan nikmat Allah yang tiada terhingga banyaknya.\nOleh yang demikian, merayakan malam nisfu sya\u2019ban dengan melakukan pelbagai ibadah yang membawa kepada keredhaan Allah dan keampunan adalah sunat/mustahab hukumnya.\nCara kebiasaan umat Islam di negeri Johor ini menghidupkan malam nisfu sya\u2019ban ialah dengan membaca surah yasin tiga kali selepas solat maghrib dan setiap kali lepas membaca yasin mereka membaca doa. Pada bacaan yasin kali pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon rezeki yang halal. Cara begini memang digalakkan dalam Islam.\nJusteru, menghidupkan malam nisfu sya\u2019ban ini bukanlah satu amalan bida\u2019h bahkan ianya tergolong dalam kategori perkara-perkara mustahabah/sunat.\nWalaubagaimanapun, dalam keghairahan kita meraikan malam nisfu sya\u2019ban ini dengan pelbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam melakukan perkara-perkara bida\u2019h antaranya solat sunat nisfu sya\u2019ban kerana ianya tiada sabit dalam syara\u2019 sama ada dari nas al-Quran ataupun hadis Nabi \ufdfa.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15931", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ulama\u00e2\u20ac\u2122 sepakat bahawa orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang Islam dan orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir dengan bersandarkan hadis \u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a8\u00d8\u00b1\u00d8\u00ab \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u0192\u00d8\u00a7\u00d9\u0081\u00d8\u00b1 \u00d9\u02c6\u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u0192\u00d8\u00a7\u00d9\u0081\u00d8\u00b1.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0mesyuarat menjelaskan bahawa ada alternatif dalam pemberian harta kepada orang bukan Islam melalui hibah dan wasiat.\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat mencadangkan agar panduan mengenai hibah dan wasiat ini perlu disediakan untuk dibekalkan kepada pegawai yang menjalankan tugas-tugas berkaitan saudara kita dan para dai'e.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat juga mencadangkan agar diwujudkan satu badan yang bertanggungjawab dalam pengurusan wasiat yang tidak membebankan masyarakat dan dimaklumkan bahawa badan yang sedia ada seperti Amanah Raya menjadikan perkhidmatan ini sebagai perniagaan dan membebankan masyarakat\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15930", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat berpandangan bahawa tiada nas qat\u2019ie yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar haiwan Hidupan Air menyatakan bahwa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dan hanya naik ke pantai untuk bertelur.Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sehubungan itu selaras dengan pandangan Jumhur ulama\u2019 yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa: \"hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15929", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-105 yang telah bersidang pada 30 November 2017 telah menimbang dan bersetuju dengan penyusunan wali tersebut dengan sedikit pindaan terjemahan maksud perkataan ibnul akh (\n\u0627\u0628\u0646\n \n\u0627\u0644\u0623\u062e(\nBerikut adalah cadangan susunan wali untuk tujuan penyelarasan. Setiap wali akan disebutkan juga dalam Bahasa Arab bagi mengelakkan kekeliruan :\n1. Bapa \u0627\u0644\u0623\u0628\n2.\u00a0Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas\u00a0\u0627\u0644\u062c\u062f \u0623\u0628\u0648 \u0627\u0644\u0623\u0628\n3.\u00a0Saudara lelaki seibu sebapa \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n4.\u00a0Saudara lelaki sebapa\u00a0\u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628\n5.\u00a0Anak saudara lelaki seibu sebapa \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n6.\u00a0Anak saudara lelaki sebapa \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628\n7.\u00a0Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n8.\u00a0Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628\n9.\u00a0Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n10.\u00a0Bapa saudara sebelah bapa sebapa \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628\n11.\u00a0\u00a0Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(sepupu) \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n12.\u00a0\u00a0Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu)\u00a0\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628\n13.\u00a0\u00a0Anak sepupu seibu sebapa ke bawah \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n14.\u00a0Anak sepupu sebapa ke bawah \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628\n15.\u00a0Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara) \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n16.\u00a0Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara) \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628\n17.\u00a0Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n18.\u00a0Anak lelaki datuk saudara sebapa \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628\n19.\u00a0Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa\u00a0ke bawah \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n20.\u00a0Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n21.\u00a0Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara) \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n22.\u00a0Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara) \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628\n23.\u00a0Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n24.\u00a0Anak lelaki moyang saudara sebapa \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628\n25.\u00a0Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\nAnak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa\u00a0\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan : PMWP\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15928", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-105 yang telah bersidang pada 30 November 2017 telah menimbang dan bersetuju penggunaan ayat-ayat ruqyah secara umumnya adalah dibenarkan oleh syarak tetapi jika sekiranya ruqyah itu dilakukan dengan tujuan bagi melariskan sesuatu produk maka ianya tidak dibenarkan. Perkara ini adalah sebagai langkah Sad Azzara\u2019i yang akan membawa kepada menjual agama bagi mendapat habuan dunia bertepatan dengan kaedah yang menyebut \u201cApa-apa yang membawa kepada haram maka hukumnya adalah haram\u201d\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15927", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah\n \nseperti berikut:\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya;\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal; dan\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.\niv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat mencadangkan kepada Majlis Islam Sarawak agar kajian perundangan mengenai kedudukan Tabung Baitulmal Sarawak sebagai penerima atau pentadbir harta orang Islam yang tidak mempunyai waris.\nv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMesyuarat\u00a0juga mencadangkan supaya Majlis Islam Sarawak mengkaji pendaftaran wasiat yang dilaksanakan oleh Tabung Baitulmal Sarawak\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15926", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 21 Dzulhijjah 1436 bersamaan 5 Oktober 2015\u00a0telah menerima perkara ini sebagai irsyad hukum dengan hukum seperti berikut:\nKaedah berpuasa qadha\u2019 dan sunat syawal yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia selama ini mempunyai sandaran hukum dari kitab-kitab feqah, akan tetapi kebanyakan kitab menyebut niat qadha\u2019 sahaja dan akan berhasil sunat, maka dalam perkara ini dicadangkan:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\ni. Bagi mereka yang lazim berpuasa sunat, maka puasa qadha\u2019 terlebih dahulu adalah terbaik buat mereka, kemudian setelah habis qadha\u2019 barulah berpuasa sunat, dan jikalau puasa sunat itu tidak sempat dihabiskan dalam bulan syawal dia boleh menghabiskan puasa sunat syawal dalam bulan zulqaedah.\nii. Bagi mereka yang sederhana dalam melakukan ibadah puasa, terdapat tiga pandangan iaitu:\nMenggunakan pendapat yang membolehkan menggabungkan niat puasa qadha\u2019 dan sunat atau;\nPendapat yang mengatakan niat untuk berpuasa qadha\u2019 disamping itu berdoa mengharapkan agar dikurniakan pahala puasa sunat syawal atau;\nBerpuasa sunat syawal terlebih dahulu dan berazam untuk mengqadha\u2019kan puasanya di lain waktu sebelum tiba ramadhan yang baru.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15925", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara memutuskan bahawa sighah keputusan adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Hukum Penggunaan \n\"Electrical Stunning\" \nDalam Penyembelihan Lembu adalah harus\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15924", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-105 yang telah bersidang pada 30 November 2017\u00a0telah menimbang dan bersetuju dengan membahagikan kanta lekap kepada tiga kategori :\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kanta Lekap Perubatan Bercorak\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kanta Lekap Perubatan Tanpa Corak\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kanta Lekap Perhiasan sahaja\nBagi kategori (I) dan (ii) mesyuarat membuat keputusan \u201cHarus\u201d menggunakannya kerana ia termasuk dalam keperluan(Hajiyat) bagi seseorang itu menggunakannya\nManakala bagi kategori (iii) mesyuarat membuat keputusan \u201cTidak Harus\u201d menggunakannya kerana ia mempunyai risiko kesihatan mata lebih-lebih lagi apabila tidak mendapat nasihat dari pengamal kanta lekap.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nTindakan:PMWP\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15923", "body": "1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Merujuk keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang berlangsung pada\u00a0\u00a019 Julai 1986;\n\u201d\nMenurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas yang beragama Islam yang ada thiqah (kepercayaan) dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam\u00a0\u00a0menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu 70% tembaga, 20% emas dan 10% perak.\nLogam-logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara yang tertentu akan beralih menjadi sejenis logam yang dikenal sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur pada kali pertama maka unsur emas didalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.\nMenurut pendapat fuqaha\u2019 adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang \u201c \u0645\u0645\u0648\u0647 \u201c yakni yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tida pada barang-barang lain. Walau bagaimanapun perbuatan \u201c \u062a\u0645\u0648\u064a\u0647 \u201c menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-perhiasan perempuan.\nRujuk nas Tuhfatul Muhtaj bi Syarhil Minhaj, Juzu\u2019 1 halaman 122;\n(\u0642\u0648\u0644\u0647 \u0648\u064a\u062d\u0644 \u0627\u0644\u0627\u0646\u0627\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0645\u0648\u0647) \u0645\u062b\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0633\u0642\u0641 \u0648\u0643\u0630\u0627 \u0627\u0644\u062e\u0627\u062a\u0645\u00a0\u0641\u064a\u0645\u0627 \u064a\u0638\u0647\u0631 \u0641\u064a\u062d\u0644 \u0627\u0633\u062a\u0639\u0645\u0627\u0644 \u0645\u0645\u0648\u0647 \u0645\u0646 \u0630\u0644\u0643 \u0628\u0630\u0647\u0628 \u0644\u0627 \u064a\u062d\u0635\u0644 \u0645\u0646\u0647 \u0634\u064a\u0626 \u0628\u0627\u0644\u0639\u0631\u0636 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0631 \u0633\u0645 \u0639\u0628\u0627\u0631\u0629 \u0627\u0644\u0628\u062c\u064a\u0631\u0645\u0649 \u0648\u062d\u0627\u0635\u0644 \u0645\u0633\u0623\u0644\u0629 \u0627\u0644\u062a\u0645\u0648\u064a\u0647 \u0627\u0646 \u0641\u0639\u0644\u0647 \u062d\u0631\u0627\u0645 \u0645\u0637\u0644\u0642\u0627 \u062d\u062a\u0649 \u0641\u0649 \u062d\u0644 \u0627\u0644\u0646\u0633\u0627\u0621 \u0648\u0623\u0645\u0627 \u0627\u0633\u062a\u0639\u0645\u0627\u0644 \u0627\u0644\u0645\u0645\u0648\u0647 \u0641\u0627\u0646 \u0643\u0627\u0646 \u0644\u0627 \u064a\u062a\u062d\u0644\u0644 \u0645\u0646\u0647 \u0634\u064a\u0626 \u0628\u0627\u0644\u0639\u0631\u0636 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0631 \u062d\u0644 \u0645\u0637\u0644\u0642\u0627 \u0648\u0627\u0646 \u0643\u0627\u0646 \u064a\u062a\u062d\u0644\u0644 \u062d\u0644 \u0627\u0644\u0646\u0633\u0627\u0621 \u0641\u0649 \u062d\u0644\u064a\u0647\u0646 \u062e\u0627\u0635\u0629 \u0648\u062d\u0631\u0645 \u0641\u0649 \u063a\u064a\u0631 \u0630\u0644\u0643 \u0643\u0645\u0627 \u0623\u0641\u0627\u062f\u0647 \u0627\u0644\u0631\u0634\u064a\u062f\u0649 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0646\u0647\u0627\u064a\u0629.\nYang demikian Jawatankuasa Fatwa berpendapat harus bagi seseorang lelaki memakai cincin suasa di dalam sebarang waktu dan keadaan di dalam waktu biasa, waktu beribadah atau waktu melakukan aqad nikah atau menerima nikah atau menjadi saksi dan tiada menjejaskan kesahihan aqad itu.\u201d\n2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 turut membuat keputusan mengenai Hukum Lelaki Memakai Emas Putih. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki.\n3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Adapun menurut pandangan sebahagian saintis masa kini, inovasi perubahan teknologi dalam bidang peleburan logam mampu untuk memisahkan juzu\u2019-juzu\u2019 dalam jisim suasa untuk kembali kepada asal seperti sebelum dileburkan iaitu emas, perak dan tembaga.\n4)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bersetuju merujuk pandangan tukang-tukang emas bahawa kemungkinan untuk memisahkan juzu\u2019-juzu\u2019 logam suasa untuk kembali seperti asal adalah sangat rendah dan sekiranya dipisah, akan berlaku susutnilai dalam logam emas, perak dan tembaga yang terhasil daripada peleburan kedua.\n5)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Emas Putih terbentuk hasil daripada campuran beberapa unsur logam iaitu emas kuning, tembaga, nikel dan zink. Emas kuning yang digunakan untuk membentuk emas putih adalah daripada emas kuning 18 karat (750) atau emas kuning 14 karat (585). Kadar campuran unsur logam bagi membentuk 1 gram emas putih\u00a0dalam peratusan adalah seperti berikut;\nUNSUR LOGAM\nPERATUS\nEmas Kuning\n(18K) 56.94%\n14(K) 55.55%\nTembaga\n26.77 %\n19.00%\nNikel\n11.96%\n13.78%\nZink\n4.33 %\n11.67%\n6)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Persepsi masyarakat hari ini, terdapat dua kategori emas putih iaitu emas putih yang mengandungi emas kuning dan platinum (kedua-duanya dipanggil emas putih). Kadar campuran unsur logam bagi membentuk 1 gram platinum dalam bentuk peratusan adalah seperti berikut;\nUNSUR LOGAM\nPERATUS\nPlatinum\n10%\nPalladium\n50%\nPerak\n40%\n7)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berdasarkan hujah yang dikemukakan di atas, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bersetuju mengekalkan keputusan pada 19 Julai 1986 tanpa sebarang pindaan.\n8)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah turut bersetuju menerima pakai Keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 mengenai Hukum Lelaki Memakai Emas Putih.\n9)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mudah-mudahan pandangan hukum mengenai Penggunaan Suasa Dan Emas Putih (Platinum) Sebagai Perhiasan Untuk Lelaki mampu untuk merungkai kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat pada hari ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15922", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara bersetuju menerima hukum seperti yang diputuskan iaitu:\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\"Penggunaan \u00e2\u20ac\u0153\nWater Stunner\n\u00e2\u20ac\ufffd dalam proses penyembelihan ayam adalah harus dan mengambil kira bahawa \nhayat mustaqirrah\n itu masih ada serta pelaksanaannya sentiasa dipantau\".\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat juga membuat keputusan supaya syarikat-syarikat yang \nbesar \nmenyediakan pegawai syariah bagi memantau proses penyembelihan di premis masing-masing. Manakala bagi syarikat kecil, pemantauan yang lebih kerap perlu dilakukan oleh Unit Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak.\n\n\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat mencadangkan agar diadakan tayangan video atau membuat lawatan di tempat penyembelihan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang cara pengendalian \n\u00e2\u20ac\u0153Water Stunner\n\u00e2\u20ac\ufffd ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15921", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang telah bersidang pada 2 Zulqaedah 1436 Hijriah bersamaan 17 Ogos 2015 Miladiah telah membuat keputusan seperti berikut:\nKitab Yasin Fadhilat yang diusahakan oleh Haji Abdullah Bin Haji Mohd Dali adalah dilarang penggunaannya dan juga penerbitannya kerana berlaku percampuran ayat al-Quran dengan zikir yang boleh mengelirukan umat Islam. Walaubagaimanapun, mengamalkan Yasin Fadhilat yang diasingkan tulisan zikir dan doa-doanya adalah diharuskan.\n \u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15920", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-105 yang telah bersidang pada 30 November 2017\u00a0telah meneliti kertas ini dan membuat keputusan membenarkan penggunaan logo burung hantu kerana penggunaan tersebut bukanlah sampai kepada tahap takzim (agungkan) dan dengan syarat dipotong pada mana-mana bahagian daripada anggota burung tersebut\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan : PMWP\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15918", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24\u00a0Mei 2017\u00a0/ 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201c\nFatwa Bagi Menghalang Pembid\u2019ahan Dan Penghinaan Kepada Amalan-Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah\n\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\n1.\u00a0\n\tAmalan-amalan Ahli Sunnah wal Jamaah yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi termasuk dalam perkara khilafiyyah di sisi ulama dan fuqaha adalah tidak\u00a0\u00a0bercanggah dengan syariat Islam.\n2.\u00a0Amalan-amalan ini juga boleh menyuburkan rasa cinta kepada Allah, Rasulullah\u00a0SAW, al-Quran, al-Sunnah dan kebaikan serta perpaduan di dalam masyarakat.\n3.\u00a0Antara amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :-\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0membaca Talqin\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0membaca al-Quran di atas kubur\niii.\u00a0\u00a0\u00a0majlis tahlil\niv.\u00a0\u00a0\u00a0kenduri arwah\nv.\u00a0\u00a0amalan menghadiahkan pahala kepada si mati melalui bacaan al-Quran, jamuan makan dan sebagainya.\nvi.\u00a0\u00a0\u00a0Qunut Subuh\nvii.\u00a0\u00a0bacaan doa dan diaminkan oleh para jemaah secara beramai-ramai sama ada selepas solat atau di lain-lain waktu dan upacara\nviii.\t\nTawassul\nvix\u00a0\u00a0berzikir secara beramai-ramai\nx.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0membaca surah \nY\u0101s\u012bn\n malam Jumaat atau pada mana-mana majlis dan upacara sambutan hari-\thari kebesaran Islam seperti Sambutan Maal Hijrah, Doa Awal dan Akhir Tahun, Sambutan Maulidur Rasul dan Sambutan Isra\u2019\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mikraj.\nxi. sembahyang tarawih 20 rakaat\nxii. sembahyang hajat secara berjamaah\nxiii.\tmenyapu muka selepas memberi salam\nxix.\tdua kali azan pada hari Jumaat\nxx.\tmelafazkan niat dalam ibadah.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan adalah dilarang :-\ni.\u00a0\u00a0membid\u2019ah;\nii.\u00a0menghina;\niii. memperlekeh sama ada dengan perkataan, perbuatan, penulisan atau apa\u00a0\u00a0apa tindakan yang membawa maksud yang seumpama dengannya; atau\niv.\u00a0mengajar, menyiar, menyebar, menghebah dan mendedahkan dengan apa- apa cara sekalipun.\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang terlibat dengan perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 atau undang-undang lain yang berkuatkuasa di negeri Sabah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15917", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-103 yang telah bersidang pada 27 Julai 2017 telah meneliti kertas ini dan membuat keputusan supaya kajian terperinci berkaitan kos sebenar untuk pengeluaran kad dan perbezaan antara kad diskaun dan kad keahlian\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan JAKIM/PMWP\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15916", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 27 Ramadhan 1436 bersamaan 14 Julai 2015 telah membuat keputusan seperti berikut:\nPada hari itu (Aidilfitri dan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat) kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat diwajibkan keatas lelaki Muslim yang bermastautin dan ahli qariah setempat.\nAdapun orang yang bukan ahli qariah setempat yang ingin pulang menziarahi ahli keluarganya, diizinkan untuk dia pulang untuk tujuan ziarah dan kembali semula mereka itu untuk mendirikan solat fardhu Jumaat, jika dia berkuasa berbuat demikian. Adapun jika tiada kuasa berbuat demikian (hadir semula ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Jumaat), maka tiada berdosa. Tetapi adalah lebih baik bagi mereka yang terlibat agar menunggu selepas solat Aidilfitri sehingga selesai solat fardhu Jumaat.\nAdapun bagi mereka yang dibolehkan meninggalkan solat fardhu Jumaat adalah beberapa golongan:\ni.\tKaum wanita\nii.\tLelaki yang bermusafir\niii.\tHamba\niv.\tLelaki yang sakit(uzur syarie\u2019)\nSolat fardhu Jumaat adalah merupakan satu syiar daripada syiar-syiar agama Islam yang perlu dijaga dan dilaksanakan. Berjemaah didalam menunaikan solat fardhu Jumaat adalah wajib fardhu \u2018ain (yang dikehendaki dilaksanakan oleh setiap muslim yang cukup syarat-syaratnya berbuat demikian).\nIslam sentiasa memberi perhatian terhadap perpaduan dan kesatuan dikalangan umat Islam dan melarang sama sekali wujudnya punca-punca yang mengakibatkan perselisihan faham dan perbezaan pendapat yang akhirnya membawa kesan negatif kepada penduduk setempat.\n \u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15915", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setelah meneliti keterangan dan hujah-hujah, ahli mesyuarat \n\u00a0\nberpandangan\n \nbahawa di dalam Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumnya. Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sehubungan itu, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pengambilan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (serviks) di kalangan wanita.\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15914", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-103 yang telah bersidang pada 27 Julai 2017\u00a0telah meneliti kertas ini dan membuat keputusan bahawa ajaran tersdebut adalah dilarang dan tidak boleh disebarkan di Wilayah Persekutuan . Pada masa yang sama satu kajian yang lebih terperinci perlu dibuat dan akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa perundinga hukum syara\u2019 yang akan datang.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan: PMWP\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15913", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2010, pada 6 Semptember 2010 memutuskan Hukum pengguguran janin dan membekal bahan kontraseptif kepada golongan yang berisiko tinggi adalah seperti berikut :\nDiharuskan pengguguran janin yang kurang daripada 4 bulan (120 hari) kepada mangsa rogol, mangsa HIV dan golongan OKU (mental dan fizikal yang tidak mampu menguruskan diri).\nHukum menggugurkan janin yang telah mencapai umur 4 bulan atau 120 hari adalah haram kecuali atas nasihat pakar perubatan Islam yang adil dan ia diperlukan bagi mengelakkan kemudaratan nyawa kepada ibu.\nHaram menggugurkan janin hasil zina kecuali ia memudaratkan kesihatan ibu.\nHukum membekalkan bahan kontraseptif untuk tujuan penzinaan adalah haram.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/24-keputusan-fatwa-2010/90-hukum-pengguguran-janin-dan-membekal-bahan-kontraseptik-kepada-golongan-yang-berisiko-tinggi"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15912", "body": "Mesyuarat\u00a0Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 yang telah bersidang pada 30 Mei 2017 telah membincangkan kertas cadangan ini\u00a0dan bersetuju untuk\u00a0menangguhkan kelulusan cadangan ini sehingga satu kertas dibuat bagi meminda dengan memasukkan kewajipan zakat perniagaan ke atas Institusi Perbankan Islam dan Takaful ke dalam\u00a0Akta Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan untuk di bawa ke Parlimen\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nTindakan : MAIWP\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15911", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 18 pada \n16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M\n sebulat suara menerima sighah keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 seperti berikut :\n \n\u201cAdalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15910", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24\u00a0Mei 2017\u00a0/ 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201c\nSolat Secara Duduk Di Atas Kerusi.\n\u201d dan telah bersetuju memutuskan sebagai panduan umat Islam di Negeri Sabah bahawa: \n\u00a0\nHarus solat secara duduk di atas kerusi bagi sesiapa yang tidak mampu solat secara\u00a0\u00a0berdiri.\nJika\u00a0seseorang\u00a0itu\u00a0mampu berdiri untuk solat tetapi tidak\u00a0mampu\u00a0untuk\u00a0rukuk\u00a0\u00a0\u00a0dan\u00a0sujud, hendaklah berdiri terlebih dahulu kemudian bolehlah duduk untuk melakukan rukuk dan sujud. Dalam kes ini, perbuatan rukuk dan sujud dilakukan secara isyarat sahaja iaitu seseorang itu mengisyaratkan kepala dengan tunduk sedikit semasa rukuk dan juga menundukkan badan lebih sedikit dari kadar\u00a0tunduknya semasa rukuk apabila bersujud.\nJika seseorang itu mampu berdiri dan rukuk tetapi tidak mampu sujud, hendaklah\u00a0berdiri dan rukuk terlebih dahulu kemudian selepas i\u2019tidal, bolehlah duduk dan\u00a0\u00a0melakukan sujud secara isyarat sahaja dengan menundukkan badan apabila bersujud.\nKedudukan kerusi yang digunakan oleh para jemaah yang uzur atau tidak mampu berdiri itu hendaklah berada di hujung saf.\nBahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah.\nKedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak melebihi\u00a0kedudukan imam.\nKerusi yang digunakan hendaklah bersaiz kecil dan tidak terlalu besar, ini supaya\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0keseragaman\u00a0saf dapat dijaga serta memberikan keselesaan bagi jemaah yang\u00a0lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15909", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 18 pada \n16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M \nsebulat suara menerima sighah keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 seperti berikut :\n\u201cGanjaran terbitan dan pencen terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15908", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 10 Sya\u2019ban 1437 bersamaan 17 Mei 2016 telah membuat keputusan seperti berikut:\nKecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama IS di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut hukum syara\u2019. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam.\nPerjuangan kumpulan militan IS adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai kemanusiaan sejagat. Sehubungan itu, selaras dengan prinsip dan ajaran Islam yang menolak keganasan dan pembunuhan sesama manusia, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa adalah haram bagi umat Islam menyertai kumpulan militan yang membawa ideologi keganasan dan melakukan pembunuhan, radikal dan ekstrim seperti kumpulan IS kerana ia bercanggah dengan prinsip ajaran Islam dan ia boleh menggugat keselamatan dan kestabilan Negara.\nSeluruh umat Islam di negeri Johor dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan IS ini kerana perjuangan mereka tidak tergolong dalam kategori jihad dan kematian mereka juga tidak tergolong dalam mati syahid menurut kerangka hukum syara\u2019.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15907", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 18 pada \n16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M\n sebulat suara menerima sighah keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia seperti berikut :\n \n \n\u201c\nPerempuan yang dalam keadaan haid haram berada / duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15906", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang telah bersidang pada 30 November 2016\u00a0telah menimbang dan meneliti kertas cadangan ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Surau Ad-Deeniah merupakan tempat solat utama bagi kakitangan, pelajar, pesakit dan orang awam di Pusat Perubatan Universiti Malaya serta kakitangan dan pelajar Univeristi Malaya sejak tahun 1996. Dengan usia surau yang menjangkau hampir 20 tahun, banyak struktur bangunan surau tersebut yang telah uzur termasuk bumbung yang perlu dinaiktaraf. Projek baikpulih surau Ad-Deeniah akan mengambil masa selama 4 bulan dan akan ditutup bermula Disember 2016 sehingga April 2017.\n \n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bilik Konferen 3, Tingkat 13, Menara Selatan PPUM dicadangkan\u00a0sebagai tempat solat Jumaat sementara bagi kakitangan, pesakit Pusat Perubatan Universiti Malaya dan pelajar Universiti Malaya serta orang awam.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bilik Konferens 3\u00a0ini boleh memuatkan sehingga 1000 orang jemaah dalam satu-satu masa bagi menampung jemaah untuk Solat Fardhu Jumaat.\u00a0\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bahagian Pengurusan Kariah JAWI bersetuju\n \ndengan cadangan tersebut atas sebab-sebab berikut:\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memudahkan petugas dan kakitangan untuk menunaikan solat Jumaat tanpa perlu tergesa-gesa dan meninggalkan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit;\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memudahkan pesakit dan para waris yang boleh menunaikan solat Jumaat dengan selesa; dan\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pertukaran shif kerja antara doktor kakitangan pada jam 2 petang akan menyebabkan kakitangan lelaki Islam akan menyukarkan pergerakan kakitangan untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit.\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan bersetuju membenarkan Solat Jumaat Sementara di Bilik Konferens 3, Tingkat 13, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.\nTindakan\n: Bahagian Pengurusan\u00a0Masjid JAWI\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15905", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang telah bersidang pada 30 November 2016\u00a0telah menimbang dan meneliti kertas cadangan ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0Gratuiti menurut Kamus Dewan bermaksud ganjaran biasanya berupa wang yang diberikan oleh majikan kepada pekerja yang berhenti atau bersara sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah diberikan. Manakala wang pampasan pula merujuk kepada wang yang dibayarkan\u00a0sebagai ganti rugi.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0Kedudukan Wang Pampasan Dan Gratuiti dalam kerangka zakat termasuk dalam kategori al-Mal al-Mustafad (harta perolehan) yang boleh digolongkan ke dalam kumpulan zakat pendapatan al-Mal al-Mustafad.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0Cadangan dua alternatif kaedah pengiraan zakat Wang Pampasan Dan Gratuiti seperti berikut:\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kaedah 1: Pembayaran zakat di akhir tahun taksiran setelah ditolak keperluan asas hidup dan semua pendapatan hendaklah digabungkan; dan\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kaedah\u00a0\u00a02:\u00a0\u00a0Pembayar\u00a0\u00a0zakat\u00a0\u00a0boleh\u00a0\u00a0membayar\u00a0\u00a0zakat pendapatan bersih pada hari pendapatan tersebut diterima secara tunai. Ini bermakna pembayar zakat wajib membayar setiap bulan atau minggu atau masa-masa yang ditetapkan apabila telah mencapai nisab kerana syarat wajibnya telah wujud pada masa itu juga.\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan supaya mentafsirkan semula secara terperinci wang pampasan, Gratuiti dan termasuk juga wang Ex-Gratia.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan\n: \nPPZ- MAIWP\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15904", "body": "Setelah berbincang dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 24 Ramadhan 1437 bersamaan 29 Jun 2016\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\nIsu hukum menghisap rokok adalah perkara ijtihadiah yang telah dibahaskan oleh para ulama\u2019. Oleh kerana ianya tidak ada nas yang jelas, maka berlakulah perselisihan dalam penentuan hukum. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah memutuskan bahawa menghisap rokok adalah haram. Justeru, mereka yang menghisap rokok adalah fasik kerana berkekalan dalam melakukan dosa kecil (menghisap rokok).\nDi antara syarat sah dua orang saksi akad nikah adalah mereka hendaklah bersifat adil. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi \ufdfa daripada \u2018Aisyah r.a. bahawa Nabi \ufdfa\u00a0bersabda:\n\u0644\u0627 \u0646\u0643\u0627\u062d \u0625\u0644\u0627 \u0628\u0648\u0644\u064a \u0648\u0634\u0627\u0647\u062f\u064a \u0639\u062f\u0644\n( \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u0637\u0628\u0631\u0627\u0646\u064a \u0641\u0649 \u0627\u0644\u0623\u0648\u0633\u0637 \u0627\u0644\u062f\u0627\u0631\u0642\u0637\u0646\u064a)\nOleh itu, tidak sah sekiranya mereka itu fasik. Yang dimaksudkan dengan adil adalah seseorang yang tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berkekalan dalam melakukan dosa-dosa kecil. Di antara perbuatan yang boleh menjadikan seseorang itu fasik ialah menghisap rokok yang telah difatwakan haram yang mana perbuatan tersebut memberi kesan dalam kesahan sebagai saksi akad nikah.\nWalaubagaimanapun, oleh kerana keumuman sifat kefasikan (fasad al-zaman) melalui perbuatan merokok telah tersebar luas, malah mereka juga beralasan berpegang dengan hukum ulama\u2019 yang tidak mengharamkannya, maka hukum orang yang menghisap rokok menjadi saksi akad nikah yang paling sesuai untuk dipegang adalah sah berdasarkan kepada keperluan haajiyat. Walaupun begitu, saksi yang fasik itu hendaklah beristighfar dan bertaubat kepada Allah Ta\u2019ala sebelum majlis akad pernikahan bermula.\nAkan tetapi, berpandukan kepada kaedah fiqhiyah:\n\u0627\u0644\u0636\u0631\u0648\u0631\u0627\u062a \u062a\u0642\u062f\u0631 \u0628\u0642\u062f\u0631\u0647\u0627\nMaka wali pengantin perempuan atau mereka yang menguruskan majlis akad nikah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan saksi yang tidak merokok kerana mereka mereka lebih layak menjadi saksi dari sudut pandangan agama, lebih-lebih lagi untuk menjadi saksi terhadap satu majlis yang mulia iaitu akad pernikahan yang sememangnya perlu sedaya upaya untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang perbuatan yang boleh menghilangkan keberkatan dan rahmat Allah Ta\u2019ala.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15903", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M telah memutuskan \nbahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksananaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak diharus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya saham (ASB & ASN)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15902", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang telah bersidang pada 30 November 2016\u00a0telah menimbang dan meneliti kertas cadangan ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan\u00a0Fatwa (JKPPF) kali ke 8 pada 15 -17 September 2014 di Langkawi yang dihadiri oleh Timbalan Mufti/Ketua Penolong Mufti/Pegawai Fatwa seluruh Malaysia telah bersetuju bahawa isu-isu yang ada hubungan dengan kepentingan nasional yang telah diputuskan pandangan hukum oleh Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia disenaraikan mengikut keutamaan untuk diwartakan dan diseragamkan sighah fatwa bagi tujuan pewartaan agar menepati dengan kehendak undang-undang.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0JAKIM sebagai agensi penyelaras telah mengadakan dua kali bengkel bagi memurnikan deraf sighah fatwa dan pada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan\u00a0Fatwa (JKPPF) kali ke 10 pada 29 \u2013 30 Ogos 2016 telah bersetuju memperakukan deraf sighah tersebut diedarkan kepada Jabatan Mufti Negeri-Negeri untuk tujuan penyeragaman pewartaan seperti berikut:\n\u00a0(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ajaran Ilmu Makrifat ( Mengenal Allah/Diri ) Oleh Mohd Yusof Cik Wook Yang Disebarkan Oleh Haji Shaari Bin Mohd Yusof:\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Larangan Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candleight Vigil;\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Larangan Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie;\n(iv)\u00a0\u00a0\u00a0Pengharaman Shisha;\n(v)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Status Agama Dan Hak Penjagaan Anak Bawah Umur Apabila Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam; dan\n(vi)\u00a0\u00a0\u00a0Wasiat Wajibah.\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah meneliti dan berbincang deraf cadangan sighah-sighah fatwa yang dibentangkan dan mengambil keputusan supaya kertas-kertas asal cadangan fatwa tersebut dikemukakan di dalam mesyuarat ini terlebih dahulu.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nTindakan\n: PMWP\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15900", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang telah bersidang pada 30 November 2016 telah menimbang dan meneliti kertas cadangan ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zakat fitrah merupakan zakat badaniah yang telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah dan ianya menjadi suatu kewajiban bagi setiap Muslim untuk melaksanakannya sebelum solat sunat Aidilfitri.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah menetapkan zakat fitrah boleh dibayar dengan beras ataupun wang tunai yang mempunyai nilai yang sama dengan harga beras tersebut. Keputusan ini juga selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan di mana zakat fitrah boleh dibayar dengan beras ataupun wang tunai.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penetapan kadar zakat fitrah tahun 2017 berdasarkan faktor berikut :-\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bahan makanan yang diambilkira bagi menentukan zakat ialah beras atas alasan ia merupakan makanan asasi yang dimakan oleh penduduk Malaysia.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berdasarkan kajian dan perakuan oleh pihak BERNAS, Beras Super Spesial Tempatan 5% merupakan beras yang dimakan oleh majoriti rakyat Malaysia berbanding dengan beras gred lain.\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Harga 1 kilogram Beras Super Spesial Tempatan 5% \nRM2.60\n di darabkan dengan 2.70 kg\u00a0bersamaan \nRM7.02.\n Oleh yang demikian, jumlah tersebut digenapkan kepada RM7.00.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan \npenetapan kadar zakat fitrah bagi tahun 1438H bersamaan 2017M bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berjumlah \nRM7.00.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tindakan\n: \nBahagian Baitulmal MAIWP\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15899", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 27 Ramadhan 1436 bersamaan 14 Julai 2015 telah membuat keputusan seperti berikut:\nZakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam selain untuk diberikan kepada asnaf yang berhak. Demi menjaga kepentingan maslahah zakat, harus menurut hukum syara\u2019, pemerintah atau Ulil Amri mewujudkan peraturan dan undang-undang yang mewajibkan orang Islam membayar zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor.\nJusteru, membayar zakat melalui pihak berkuasa agama melalui \u2018amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah satu kewajiban yang perlu dipatuhi oleh umat Islam di Negeri Johor.\nWalaubagaimanapun, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah atau Uli Amri adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak.\nManakala hukum memindahkan zakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai penguasa agama yang mempunyai kuasa mutlak dalam pengagihan zakat dibolehkan untuk memindahkan zakat sekiranya ada orang lain daripada kalangan asnaf zakat yang sangat memerlukan sama ada kerana mereka ditimpa bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau dan lain-lain bencana alam yang memerlukan bantuan.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15897", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M telah memutuskan walaupun dalam apa bentuk sekalipun emas untuk lelaki hukumnya haram termasuklah emas putih yang tidak halal bagi mereka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15892", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang telah bersidang pada 30 November 2016\u00a0telah menimbang dan meneliti kertas cadangan ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dalam beberapa siri mesyuarat yang lalu telah membuat keputusan fatwa berhubung dengan isu-isu seperti berikut:\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat kali ke 79 pada 4 Julai 2011:\nFatwa berkenaan dengan Pelatihan Solat Khusyuk dan Seumpamanya;\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat kali ke 88 pada 19 November 2014:\u00a0Fatwa berkenaan dengan Fahaman dan Pemikiran\u00a0Liberalisme dan Pluralisma Agama;\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat kali ke 88 pada 19 November 2014:\u00a0Fatwa berkenaan dengan Jihad di Syria; dan\n(iv)\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat kali ke 88 pada 19 November 2014:\u00a0Fatwa berkenaan dengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memandangkan semakan fatwa asal yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak melibatkan pindaan\u00a0secara substantif, maka deraf pewartaan fatwa yang telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara hendaklah dibentangkan semula di Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak sebelum disiarkan di dalam Warta.\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah meneliti deraf fatwa tersebut dan mengambil keputusan seperti berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bersetuju menerima draf pewartaan fatwa hanya bagi tajuk-tajuk berikut:\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fatwa berkenaan dengan Pelatihan Solat Khusyuk dan Seumpamanya;\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fatwa berkenaan dengan Jihad di Syria; dan\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fatwa berkenaan dengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menyediakan\u00a0deraf pewartaan mengikut tajuk-tajuk fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nTindakan\n: PMWP\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15891", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 4 Tahun 2017 telah bersidang\u00a0pada \n22-23 November 2017\u00a0/ 3-4 Rabiulawwal 1439H\n di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201c\nPerbezaan Susunan Wali Perkahwinan: Penilaian Semula Dan Penyelesaian\u201d\n dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\nSusunan Pewalian adalah seperti berikut:-\n1.\u00a0\u00a0\n \n\u00a0\nBapa.\n \n\u00a0\u0627\u0644\u0623\u0628\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\n \nDatuk (bapa kepada bapa)\n\u00a0\n \n\u0627\u0644\u062c\u062f \u0623\u0628\u0648 \u0627\u0644\u0623\u0628\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\n \nSaudara lelaki seibu sebapa\n \n\u00a0\u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\n \nSaudara lelaki sebapa \n\u00a0\n \n\u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \n5.\u00a0\u00a0\n \n\u00a0\nAnak saudara lelaki seibu sebapa \n \n\u00a0\u0625\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\n \nAnak saudara lelaki sebapa \n\u00a0\n \n\u0625\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \n7.\u00a0\u00a0\n \n\u00a0\nAnak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah\n \n\u00a0\u0625\u0628\u0646 \u0625\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n \n\u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644\n8.\u00a0\u00a0\u00a0\n \nAnak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah\n \n\u0625\u0628\u0646 \u0625\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628\n \n\u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644 \n\u00a0\n9.\u00a0\n \nBapa saudara sebelah bapa seibu sebapa\n \n\u0627\u0644\u0639\u0645 \n\u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\u00a0\n10. \n \nBapa saudara sebelah bapa sebapa\n \n\u00a0\u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u00a0\n\u00a0\n11. \n \nAnak lelaki Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa \n \n \u0625\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \n\u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\u00a0\n12. \n \nAnak lelaki Bapa saudara sebelah bapa sebapa \n\u00a0\n \n \u0625\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \n\u0644\u0644\u0623\u0628 \n\u00a0\n13. \n \nAnak sepupu seibu sebapa ke bawah \n\u00a0\n \n \u0625\u0628\u0646 \u0625\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644\n\u00a0\n14. \n \nAnak sepupu sebapa ke bawah \n \n\u00a0 \u0625\u0628\u0646 \u0625\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644 \n\u00a0\n15. \n \nBapa saudara bapa sebelah bapa sebelah bapa seibu sebapa \n \n\u00a0\n\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \n\u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\u00a0\n16. \n \nBapa saudara bapa sebelah bapa sebelah bapa sebapa \n \n \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \n\u0644\u0644\u0623\u0628 \n\u00a0\n17. \n \nAnak lelaki datuk saudara seibu sebapa\n \n \u0625\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \n\u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\u00a0\n\u00a0\n18. \n \nAnak lelaki datuk saudara sebapa\n\u00a0\n \n\u00a0 \u0625\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \n\u0644\u0644\u0623\u0628\n\u00a0\n19. \n \nAnak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah \n \n\u0644 \u0625\u0628\u0646 \u0625\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644 \n\u00a0\n20. \n \nAnak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah \n \n \u0625\u0628\u0646 \u0625\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \n\u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644 \n\u00a0\n21. \n \nBapa saudara datuk seibu sebapa \n \n\u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\u00a0\n22. \n \nBapa saudara datuk sebapa \n \n\u00a0\u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\u00a0\n23.\n \n Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa\n \n\u0625\u0628\u0646 \n\u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\u00a0\n24. \n \nAnak lelaki moyang saudara seibu sebapa\n \n\u0625\u0628\u0646 \n\u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\u00a0\n25. \n \nAnak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa dan ke bawah \n \n \u0625\u0628\u0646 \u0625\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644\u00a0 \n\u00a0\n26. \n \nAnak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa dan ke bawah \n \n \u0625\u0628\u0646 \u0625\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\u0648\u0625\u0646 \u0633\u0641\u0644"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15890", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang telah bersidang pada 30 November 2016 telah menimbang dan meneliti kertas cadangan ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Isu ini timbul ekoran daripada kemasukan buku-buku termasuklah buku-buku terjemahan al-Quran al-Karim 30 juzuk daripada luar negeri melalui lapangan terbang dan Pelabuhan Kelang ke Malaysia yang diimport oleh orang perseorangan Muslim sebagai bahan bacaan bagi masyarakat Islam di negara ini. Buku terjemahan al-Quran ini dicetak tanpa teks al-Quran. Yang ada hanyalah terjemahan al-Quran sahaja. Justeru itu pihak Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Teks Al-Quran telah mengemukakan pertanyaan mengenai kemasukan buku-buku tersebut ke negara kita ini.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengikut semakan KDN mendapati setakat ini hanya Pejabat Mufti Negeri Kedah sahaja yang memfatwakan larangan tersebut.\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan bersetuju menangguhkan keputusan untuk dibuat kajian lebih terperinci cadangan tersebut.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nTindakan\n: Unit Buhuth, PMWP\nDisahkan oleh :\n(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\nMufti Wilayah Persekutuan\nMerangkap Pengerusi\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15888", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 3 Rejab 1436 bersamaan 22 April 2015 telah mengambil maklum perkara-perkara berikut:\ni\tUmat Islam di Malaysia secara umumnya berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, aqidah berasaskan mazhab Asya\u2019riah dan al-Maturidiah dan feqah berdasarkan mazhab Syafie.\nii\tAjaran agama berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan ajaran\u00a0yang sederhana atau wasatiah. Ajaran yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia sejak sekian lama ini ternyata menjamin keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.\niii\tKehadiran mana-mana aliran pemikiran baharu seperti pemikiran Islam Liberal, fahaman salafiah wahabiah yang melampau, fahaman syiah dan fahaman sufi yang menyeleweng dan terkeluar dari mazhab arus perdana boleh menyumbang kepada kekeliruan pemikiran masyarakat awam dan akan mengancam perpaduan yang sedia ada di Malaysia.\niv\tGerakan syiah di Malaysia sudah meluas dan tersusun. Bilangan pengikut syiah sedang berkembang dan mereka sudah berani menzahirkan kewujudan mereka. Ini dapat dilihat antaranya dari keberanian mereka menubuhkan Majlis Syiah Malaysia, menghantar memorandum terbuka kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta membuat perakuan bersumpah di mahkamah. Ternyata mereka sudah tidak lagi menggunakan prinsip taqiyyah dalam menghadapi golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia\nv\tAliran Salafi-Wahabi adalah tidak selari dengan jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh itu, ramai sekali tokoh-tokoh besar Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak dari kemunculan wahabi sampai sekarang memberikan pendapat negatif dalam pegangan Salafi-Wahabi.\nvi\tDalam konteks aqidah yang berkaitan dengan pegangan kepada tauhid tiga iaitu Rububiyyah, Uluhiyyah dan Al Asma Wa As Sifat, ajaran Salafi-Wahabi sudah terdedah secara meluas dalam masyarakat Islam di Malaysia melalui penerimaannya dalam silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah dan universiti. Hal ini adalah suatu perkara yang amat tidak wajar dan cukup membimbangkan kerana konsep tauhid tiga jelas bertentangan dengan konsep tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan kepada ajaran Asya\u2019riah dan al-Maturidiah.\nSetelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian , maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut:\ni\tPihak penguatkuasaan perlu konsisten dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas para pengikut fahaman syiah dan salafi-wahabi yang didapati menyebarkan fahamannya kepada masyarakat awam.\nii\tEnakmen undang-undang negeri yang melibatkan kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai mazhab rasmi negeri perlulah disemak semula dan dibuat penambahbaikan sekiranya perlu.\niii\tSilibus sekolah agama hendaklah disemak semula khususnya yang berkaitan dengan aqidah.\n \u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15886", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-042 yang telah bersidang pada 19 September 1995\n\u00a0\n\u00a0telah membincangkan kertas ini dan mengambil maklum seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n4.3.1 Merokok boleh mengganggu kesihatan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung menyebabkan kanser paru-paru, mengganggu pernafasan dan merosakkan otak.\n\n\n(Rujukan Fatwa Al-Imam Al-Akbar Mahmud Syaltut\u00a0\u00a0m.s 383)\n\n\n\u00a0\n\n\n4.3.2 Merokok adalah perbuatan membazir harta iaitu membelanjakan harta pada perkara yang tidak berfaedah.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.3.3 Nas yang menjadi rujukan :\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Al-Quran\n\n\n\u0648\u0644\u0627 \u062a\u0644\u0642\u0648\u0627 \u0628\u0623\u064a\u062f\u064a\u06a9\u0645 \u0627\u0644\u0649 \u0627\u0644\u062a\u0647\u0644\u06a9\u0629\n (i\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(\n\u0633\u0648\u0631\u0629 \u0627\u0644\u0628\u0642\u0631\u0629 : 195\n)\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u0644\u0627 \u062a\u0642\u062a\u0644\u0648\u0627 \u0623\u0646\u0641\u0633\u06a9\u0645 \u0625\u0646 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u06a9\u0627\u0646 \u0628\u06a9\u0645 \u0631\u062d\u064a\u0645\u0627\n (ii\n\n\n(b) Al-Hadith\n\n\n\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0631 \u0648\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0627\u0631\n\n\n\u00a0(\n\u0627\u062d\u0645\u062f \u0648\u0627\u0628\u0646 \u0645\u0627\u062c\u0647\n)\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Kaedah-kaedah feqah\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0631 \u0648\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0627\u0631\n\u00a0(i\n\n\n\u0627\u0644\u0627\u0635\u0644 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0623\u0634\u064a\u0627\u0621 \u0627\u0644\u0627\u0628\u0627\u062d\u0629\n (ii\n\n\n\u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0645\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d\n (iii\n\n\n\u0645\u0628\u062f\u0623 \u0633\u062f\u0627\u0644\u0630\u0631\u0627\u0626\u0639\n (iv\n\n\n\u00a0\n\n\n4.3.4 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 21 Jun 1995 telah mengambil keputusan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusan\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDisahkan oleh:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)\n\n\nMufti Wilayah Persekutuan\n\n\nMerangkap Pengerusi,\n\n\nJawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15885", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 4 Tahun 2017 telah bersidang\u00a0pada \n22-23\u00a0November 2017\u00a0/ 3-4 Rabiulawwal 1439H\n di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cHukum Memakai Kanta Lekap Bercorak\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\nHukum memakai kanta lekap bercorak sama ada untuk perhiasan adalah harus dengan syarat:\na)\u00a0\u00a0tidak membawa kemudaratan kepada pengguna;\nb)\u00a0\u00a0tidak mengandungi bahan najis dari aspek pembuatan kanta lekap dan juga penjagaannya;\nc)\u00a0\u00a0\u00a0tidak menimbulkan fitnah atau unsur penipuan oleh pemakai;\nd)\u00a0\u00a0tidak digunakan di hadapan bukan mahram atau corak yang berlebih-lebihan mengikut uruf \ufeffatau perempuan dalam ihdad (tempoh berkabung bagi wanita kematian suami)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15884", "body": "i.\u00a0\u00a0Makruh dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang di dalam tanah yang dimilik oleh orang yang membuat binaan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 kecuali binaan itu dibuat bertujuan untuk menyelamatkan kubur itu dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 diruntuh oleh banjir seumpamanya.\n\n\nii.\u00a0\u00a0Haram dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa juga jenis dan bentuk binaan yang boleh jadi kekal selepas hancur\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0untuk perkuburan atau yang diwakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana binaan yang kekal wujudnya\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0selepas hancur mayat itu menghalangkan orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan\u00a0itu\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0dengan tiada ada apa-apa sebab yang diluluskan oleh Syarak dan\u00a0meruntuhnya itu hendaklah dengan kebenaran qadhi\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0atau dengan kebenaran Majlis Agama Islam jika ditakuti berbangkit perbalahan / pergaduhan dan sebagainya, batu-batu\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0dan perkakas-perkakas\u00a0binaan itu menjadi hak milik waris-waris dipulangkan kepada mereka. Jika tiada ada waris atau\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0ada tetapi mereka enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada Baitulmal.\n\n\n\u00a0\n\n\n(Rujuk Himpunan Fatwa 1, ms 140)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15883", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 13 Ramadhan 1436 bersamaan 30 Jun 2015 telah membuat keputusan seperti berikut:\n1. Fahaman dan ajaran Millah Ibrahim adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen-elemen yang meragukan seperti berikut:\ni. Membawa ajaran dan kerajaan baharu (Millah Ibrahim)\nii. Mendakwa ada Rasul selepas Nabi\niii. Mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti ajaran Millah Ibrahim.\niv. Menggabungkan tiga ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.\nv. Menyalah ertikan maksud kiamat.\nvi. Memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri.\nvii. Meninggalkan solat lima waktu dan solat jumaat.\nviii. Taksub dan memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri.\nix. Perjanjian (bai\u2019ah) oleh anggota Millah Ibrahim.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang kepada ajaran Millah Ibrahim atau menjadi pengikut kepada fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengan fahaman atau ajaran tersebut dan sesiapa yang sengaja melakukan adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercangah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan adalah dilarang berada di majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman atau ajaran Millah Ibrahim atau mereka berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan yang menjadi ahli atau pengikut kepada mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dengan berselindung disebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya sama ada mempunyai apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan yang mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan usnsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Atau apa-apa jua bahan publisiti dan siaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya atau apa-apa ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain-lain adalah diharamkan.\n10.\u00a0Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya. Semua pihak adalah dilarang dan ditegah daripada memberi apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya daripada mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran kumpulan tersebut di negeri Johor Darul Ta\u2019zim.\n11.\u00a0Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan dibawah undang-undang yang berkuatkuasa di negeri Johor Darul Ta\u2019zim.\n12.\u00a0Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan yang telah berbai\u2019ah (taat setia) dan mengamalkan fahaman atau ajaran Millah Ibrahim atau mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaaan dengannya di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah.\u00a0\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15881", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 6 Jamadil Akhir 1437 bersamaan 15 Mac 2016\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\nMinyak \ncapelin \ndiperoleh daripada ikan yang ditangkap khusus untuk dibuat minyak ikan. Ikan-ikan tersebut diproses terus tanpa dibasuh atau dipotong terlebih dahulu. Ini kerana ia diproses dalam jumlah atau kuantiti yang besar melibatkan beribu-ribu tan ikan (satu tan mengandungi 40 000 ekor ikan \ncapelin \nyang beratnya antara 15-30g.\nIkan \ncapelin \nyang ditangkap nelayan akan terus dibawa ke tapak kilang untuk disimpan sebelum diproses. Proses dilakukan dengan kaedah mengukus ikan tersebut untuk memecahkan sel-sel untuk menghasilkan minyak. Kemudian sisa ikan tersebut akan diasingkan untuk memisahkan antara pepejal dan cecair. Proses mekanikal kemudian digunakan untuk memisahkan pula antara minyak dan air. Minyak ikan mentah yang siap akan disimpan di dalam tangki simpanan sebelum diedarkan.\nKesemua minyak ikan \ncapelin \nyang siap diproses ini adalah mematuhi syarat \nhygiene \nyang ditetapkan oleh kesatuan eropah (EU) dan selamat untuk kegunaan manusia. Proses yang sama (standard) digunakan oleh pengilang untuk menghasilkan minyak ikan \ncod, \nminyak omega 3 dan seumpamanya yang dihasilkan di seluruh dunia.\nJabatan Mufti Brunei dalam majalah Pelita Brunei telah mengulas dan memberi panduan mengenai isu perut ikan dan menyatakan ikan sepertimana haiwan lain juga, memiliki perut dan pada rongga perut itu juga terkandung kotoran dan najis. Menurut ulama\u2019, sesuatu yang keluar (berasal) dari rongga perut haiwan, tidak terkecuali ikan, merupakan najis. Oleh yang demikian, najis ikan juga dihukumkan sebagai najis. Namun, ulama\u2019 telah menjelaskan bahawa adalah halal memakan ikan kecil yang dimasak, seumpama digoreng atau dibakar, bersama dengan isi perutnya, tanpa dibersihkan atau dibuang terlebih dahulu kotoran yang terkandung dalam perutnya. Kandungan kotoran (isi perut) ikan kecil tersebut adalah dimaafkan. Imam Ibn Hajar rahimahullah juga berpendapat bahawa tidak wajib membuang atau membersihkan kandungan kotoran dalam perut ikan kecil kesukaran membersihkan isi perutnya. Adapun, ikan besar yang digoreng atau dibakar, hukumnya adalah haram memakannya bersama dengan isi perutnya kerana najis dalam perut ikan yang besar adalah tidak dimaafkan, disamping tiada kesukaran untuk membersihkan kotoran yang terdapat di dalam perut ikan besar.\nIkan sebagai sumber makanan yang halal bagi umat Islam dan tidak perlu lagi dipersoalkan kerana ia jelas disebut dalam al-Quran dan hadis. Apa yang menjadi perbahasan dikalangan para fuqaha\u2019 ialah adakah keseluruhan ikan tersebut halal dimakan atau terdapat bahagian tertentu seperti kandungan isi perut ikan yang mengandungi najis yang tidak boleh atau haram bagi umat Islam memakannya?\u00a0\nPara fuqaha\u2019 mazhab dalam hal ini telah berbeza pendapat seperti berikut:\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Imam Malik dan Imam Hanbali\nImam Malik berpendapat semua binatang yang boleh dimakan adalah suci najisnya.\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mazhab as-Syafie\nPendapat yang paling sahih dalam mazhab as-Syafie menurut al-Buraihimi menyatakan najis ikan dan belalang juga hukumnya najis. Pengarang al-Ibanah pula berpendapat sebaliknya (suci). Imam Nawawi pula menyatakan bahawa air kencing, darah dan najis ikan dan belalang, najis haiwan yang tidak mempunyai darah mengalir, darah yang ada di dalam hati dan limpa mempunyai dua pandangan (dikalangan fuqaha Syafie), pendapat yang paling sahih ialah kesemuanya dianggap najis.\nIbn hajar, Ziad, ar-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada di dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan ar-Ramli berpendapat, hukum tersebut juga berlaku kepada ikan besar.\nHujah pendapat yang menguatkan najis ikan adalah bersih berpegang kepada umum ayat dan hadis Nabi \ufdfa\u00a0yang secara jelas menyatakan binatang laut keseluruhannya termasuk ikan adalah halal dimakan walaupun mati. Sementara pendapat yang menyatakan najis ikan adalah kotor pula melihat kepada sifat najis itu sendiri walaupun ia daripada ikan atau belalang tetap dianggap najis kerana Rasulullah \ufdfa\u00a0\u00a0apabila dibawa dua biji batu dan najis binatang (yang telah keras) untuk beristinjak maka baginda \ufdfa telah mengambil batu dan membuang najis binatang tersebut, seraya berkata \u201cIni adalah kotoran\u201d.\nPengarang al-Mausuah al-Fiqhiyah ada membangkitkan isu hukum ikan yang diletak garam (ikan pekasam atau jeruk dan seumpamanya), keempat-empat fuqaha\u2019 mazhab kesemuanya menghukum ikan tersebut bersih sekiranya dari jenis ikan yang kecil, najis yang ada di dalam perutnya adalah dimaafkan kerana kesukaran untuk membuangnya. Sekiranya ikan tersebut jenis yang besar maka fuqaha\u2019 Hanafiah, Hanabilah, Ibn Arabi dan ad-Dardir dari fuqaha Malikiah berpendapat ikan tersebut bersih. Manakala fuqaha Syafi\u2019ah dan jumhur Malikiah berpendapat sebaliknya.\nAdapun sekiranya ia dihukum bersih, syara\u2019 menetapkan hukum memakannya bergantung pula kepada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya memudaratkan, maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.\nSetelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u201cKandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun hadis Rasulullah \ufdfa .\u00a0Ibn hajar, Ziad, ar-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada di dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan ar-Ramli berpendapat, hukum tersebut juga berlaku kepada ikan besar.\nSekiranya ia dihukum bersih, syara\u2019 menetapkan hukum memakannya bergantung pula kepada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya memudaratkan, maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.\nJusteru berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan tersebut satu persatu, dan realiti semasa industri komersial pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya selamat dan bersih digunakan, serta dengan mengambil kira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, maka minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan\u201d.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15878", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hukum mengusahakan tanah tanpa pengetahuan pemiliknya adalah haram dan dilarang oleh Islam. Ini berdasarkan firman Allah I:\n\u064a\u064e\u0622\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0621\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u0623\u0652\u0643\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0627\u0637\u0650\u0644\u0650 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0643\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u062a\u0650\u062c\u064e\u0631\u064e\u0629\u064b \u0639\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0631\u064e\u0627\u0636\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u0642\u0652\u062a\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0631\u064e\u062d\u0650\u064a\u0652\u0645\u064b\u0627.\nMaksudnya: \n\u201cWahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu\u201d.\n(An Nisa\u2019 : 29)\n\u00a0\nDan hadis Nabi Muhammad e:\n\u0639\u064e\u0646\u0652\u00a0\n\u0631\u064e\u0627\u0641\u0650\u0639\u0650 \u0628\u0652\u0646\u0650 \u062e\u064e\u062f\u0650\u064a\u062c\u064d\u00a0\n\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 e: \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0632\u064e\u0631\u064e\u0639\u064e \u0641\u0650\u064a \u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0628\u0650\u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0625\u0650\u0630\u0652\u0646\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0632\u064e\u0651\u0631\u0652\u0639\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064c \u0648\u064e\u062a\u064f\u0631\u064e\u062f\u064f\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0646\u064e\u0641\u064e\u0642\u064e\u062a\u064f\u0647\u064f. (\u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u062a\u0631\u0645\u0630\u0649)\nMaksudnya: \u201c\nBarangsiapa yang menanam (mengusaha) di sebidang tanah milik sesuatu kaum tanpa izin mereka, maka ia tidak berhak memperoleh hasil daripada tanaman itu walaupun sedikit dan untuknya (pengusaha) nafkah yang dikeluarkannya.\u201d\u00a0\n(HR. Tirmidzi)\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nOleh itu, barangsiapa\u00a0\nyang bercucuk tanam di atas tanah milik orang lain maka tanaman itu milik tuan punya tanah sekiranya ia belum dipetik.\u00a0Adapun jika tanaman itu sudah dipetik maka pengusaha tanah berhak untuk mendapat hasil tanaman manakala sewa tanah hendaklah dibayar tuan punya tanah.\u00a0\n(Ad Duktur Soleh Ibn Fawzan Ibn Abdullah Al Fawzan,\nAl Mulakhash Al Fiqhiy, Jld. 2, hlmn. 99)\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pemilik tanah / waris berhak menuntut wang sewa daripada orang yang mengusahakan tanah yang disewa tersebut dan hukum menuntut sewaan adalah harus. Ini berdasarkan Hadis Nabi Muhammad e:\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u062d\u064e\u0646\u0652\u0638\u064e\u0644\u064e\u0629\u064f \u0628\u0652\u0646\u064f \u0642\u064e\u064a\u0652\u0633\u064d \u0627\u0644\u0623\u064e\u0646\u0652\u0635\u064e\u0627\u0631\u0650\u0649\u064f\u0651 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0633\u064e\u0623\u064e\u0644\u0652\u062a\u064f \u0631\u064e\u0627\u0641\u0650\u0639\u064e \u0628\u0652\u0646\u064e \u062e\u064e\u062f\u0650\u064a\u0652\u062c\u064d \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0643\u0650\u0631\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0630\u064e\u0651\u0647\u064e\u0628\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0631\u0650\u0642\u0650 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u0627\u064e \u0628\u064e\u0627\u0652\u0633\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u064a\u064f\u0624\u064e\u0627\u062c\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651\u00a0\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0627\u0630\u0650\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0642\u0652\u0628\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062c\u064e\u062f\u064e\u0627\u0648\u0650\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0634\u0652\u064a\u064e\u0627\u0621\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e\n\u00a0\n\u00a0Ruj.: Dlm. JMNK (F) 602 Jld. 22\n\u00a0\u0644\u0632\u064e\u0651\u0631\u0652\u0639\u0650 \u0641\u064e\u064a\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u0643\u064f \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0633\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0633\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u0643\u064f \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0643\u064f\u0646\u0652 \u0644\u0650\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u0643\u0650\u0631\u064e\u0627\u0621\u064c \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0644\u0650\u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0632\u064f\u062c\u0650\u0631\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0641\u064e\u0623\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064c \u0645\u064e\u0639\u0652\u0644\u064f\u0648\u0645\u064c \u0645\u064e\u0636\u0652\u0645\u064f\u0648\u0646\u064c \u0641\u064e\u0644\u0627\u064e\u0628\u064e\u0623\u0652\u0633\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650.\u00a0(\u0631\u0648\u0627\u0647 \u0645\u0633\u0644\u0645)\n\u00a0\nMaksudnya: \nDiriwayatkan dari Hanzhalah bin Qais Al Ansori bahawa dia berkata: \u201cAku bertanya kepada Rafi\u2019 bin Khadij tentang sewa menyewa tanah dengan emas dan perak\n (\ndinar dan dirham\n)\n. Maka dia berkata: \u201cTidak mengapa. Pada zaman Rasulullah \ne\n manusia menyewakan ladang seperti hasil tanaman yang tumbuh berdekatan sungai, parit, dan hasil\n \ntumbuhan tertentu\n, sehingga bahagian di sini binasa dan bahagian lain selamat, dan bahagian ini selamat dan bahagian lainnya binasa. Dan manusia tidak melakukan sewa menyewa kecuali dengan cara ini. Kerana itulah hal ini dilarang. Adapun sewa menyewa dengan sesuatu yang jelas diketahui, maka tidak mengapa (dibolehkan)\u201d.\n\u00a0(Hadith Riwayat Muslim)\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nKesimpulan yang dapat difahami daripada hadis di atas ialah dibolehkan / diharuskan pemilik dan waris tanah sewa itu mengambil / menuntut kembali wang sewaan tanah dengan nilai yang tertentu. Dengan syarat tidak menyusahkan atau membebankan orang yang menyewa serta menguntungkan pemilik tanah kerana perkara tersebut adalah dilarang sama sekali dalam agama Islam. \n\ufeff\nWallahu A\u2019lam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15877", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpendapat bahawa hukumnya adalah harus sekiranya pengusaha kolam ikan atau penganjur pertandingan yang mengenakan yuran dengan kadar tertentu kepada peserta pertandingan memancing. Kutipan wang tersebut digunakan untuk\u00a0hadiah kepada peserta yang memenangi pertandingan memancing termasuk juga untuk tujuan perbelanjaan pengurusan kolam. Oleh itu, kutipan yuran pertandingan adalah milik pengusaha kolam atau penganjurnya.\n\n\nIni berdasarkan kepada;\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0623\u0646 \u064a\u0643\u0648\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0648\u0636 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0633\u0644\u0637\u0627\u0646 \u0623\u0648 \u0623\u062d\u062f \u0627\u0644\u0631\u0624\u0633\u0627\u0621 \u0623\u0648 \u0634\u062e\u0635 \u062b\u0627\u0644\u062b\u060c \u064a\u0623\u062e\u0630\u0647 \u0627\u0644\u0633\u0627\u0628\u0642\u060c \u0648\u0647\u0630\u0627 \u062c\u0627\u0626\u0632\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0.\u0627\u062a\u0641\u0627\u0642\u0627\n\n\nMaksudnya:\n\n\nGanjaran atau hadiah hendaklah datang daripada raja atau salah seorang pemimpin atau orang (pihak) ketiga, pemenang berhak menerima hadiah tersebut. Ulama' bersepakat mengharuskan cara ini.\n\n\n(Rujuk: Al Fiqh Al Islamiy Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah Az Zuhailiy, Juzu' 5, ms 790)\n\n\nTetapi sekiranya kutipan tersebut dibuat sesama peserta memancing dan menentukan sesiapa yang menang mendapat hadiah dan yang kalah tidak mendapat apa-apa dan wang penyertaan dikira hilang (hangus) maka ini adalah tidak harus dan haram kerana ia termasuk dibawah\u00a0\u0627\u0644\u0642\u0645\u0627\u0631 (judi)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15876", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 6 Jamadil Akhir 1437 bersamaan 15 Mac 2016\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\nStatus agama seseorang muallaf yang telah memeluk Islam wajib dipaparkan di dalam kad pengenalan.\nTidak wajib bagi seseorang muallaf untuk menukar namanya tetapi dia digalakkan untuk berbuat demikian dengan syarat:\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nama tersebut tidak membawa maksud nama tuhan agama asalnya seperti \u201cSIVA\u201d\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nama tersebut tidak membawa maksud yang keji.\nTidak wajib bagi seseorang muallaf yang memeluk Islam menukar nama bapanya, bahkan dia boleh mengekalkan nama bapa dengan bin atau binti nama bapa mereka dengan syarat:\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nama tersebut tidak membawa maksud nama tuhan agama asalnya seperti \u201cSIVA\u201d\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nama tersebut tidak membawa maksud yang keji.\nHarus bagi seseorang muallaf mengekalkan nama keturunannya.\nHarus bagi seseorang muallaf menggabungkan nama Islam dengan nama asalnya.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15875", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0Kenyataan media ini adalah maklumbalas terhadap program Lantunan Mahabbah Rasulullah Ramadhan Bersama \nAthar\n Rasulullah pada 24 Jun 2016 bertempat di Menara MBAS (Tingkat 7) anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar, \nIbnu Sina Institutes\n, Yayasan Restu serta Mahabbatur Rasul.\u00a0Program ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat mengenai tindakan pihak berkenaan dalam mengambil \ntabarruk\n terhadap \nathar\n Rasulullah r.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Perlu ditegaskan bahawa Jabatan Mufti Negeri Kedah tidak pernah mengeluarkan sebarang persetujuan atau sokongan rasmi terhadap program ini. Oleh itu, tidak wajar jabatan ini dikaitkan dengan penganjuran program tersebut.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0Adapun mengambil keberkatan daripada \nathar\n (bekas / tempat / barang peninggalan) Nabi Muhammad SAW adalah harus\n[1]\n. Ini kerana perbuatan tersebut tidak bertentangan dengan aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menerima \ntabarruk\n dengan \nathar\n Rasulullah r sebagai \nwasilah\n\u00a0untuk mendapat kebaikan daripada perbuatan tersebut.\u00a0\u00a0\n\u00a0\n4.\u00a0\u00a0\u00a0Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam kita tidak digalakkan ber\ntabarruk\n secara berlebih-lebihan seperti mencium, menjunjung replika \nathar\n Rasulullah r dengan gaya yang melampau dibimbangi dan dikhuatiri boleh membawa kepada khurafat atau syirik. Cukup hanya sekadar mengambil berkat dengan berdoa serta salawat kepada Rasulullah SAW .\n5.\u00a0\u00a0\u00a0Ini berdasarkan firman Allah I dalam Surah al-Maidah ayat 77 yang bermaksud; \u201c\nJanganlah kamu melampaui batas dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini (sebelum kedatangan Nabi Muhammad \nr\n) dan telah menyesatkan banyak manusia serta mereka juga telah sesat (jauh) daripada jalan yang benar\u201d.\n6.\u00a0\u00a0\u00a0Dalam hal ini, Jabatan Mufti Negeri Kedah berpendapat bahawa boleh mengambil berkat dengan \nathar\n Rasulullah SAW namun kaedah serta caranya itu perlulah bersederhana\n[2]\n. Sekiranya perlakuan mengambil berkat itu dilakukan secara berlebih-lebihan atau melampau dibimbangi boleh mengundang tohmah dan fitnah dalam kalangan masyarakat Islam itu sendiri. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyyah iaitu:\n\u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0645\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d\nMaksudnya: \nMencegah perkara-perkara yang keji adalah lebih utama daripada mengajak kepada kebajikan.\n\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u0627\u0626\u0639\nMaksudnya: \nPerlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan.\n\u00a0\n7.\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu,\u00a0\nathar\n Nabi Muhammad SAW yang mendapat keberkatan itu adalah yang asli melalui sanad yang saheh sahaja, bukan replika atau seumpamanya. Jika diakui \nathar\n itu adalah yang sebenarnya melalui sandaran yang kukuh maka mudah-mudahan mendapat keberkatan namun jika sebaliknya perbuatan tersebut hanya sia-sia sahaja. \nWallahu A\u2019alam\n.\n[1]\n\u0627\u0644\u062c\u0632\u0621 \u0627\u0644\u062b\u0627\u0645\u0646 \u0639\u0634\u0631\u060c \u0635 79.\u00a0\u00a0\u0625\u0645\u0627\u0645 \u0627\u0644\u0639\u0644\u0627\u0645\u0629 \u0628\u062f\u0631 \u0627\u0644\u062f\u064a\u0646 \u0645\u062d\u0645\u062f \u0645\u062d\u0645\u0648\u062f \u0628\u0646 \u0623\u062d\u0645\u062f \u0627\u0644\u0639\u064a\u0646\u064a\u060c \u0639\u0645\u062f\u0629 \u0627\u0644\u0642\u0627\u0631\u064a \u0634\u0631\u062d \u0635\u062d\u064a\u062d \u0627\u0644\u0628\u062e\u0627\u0631\u064a \u060c\n[2]\n\u0625\u0645\u0627\u0645 \u0627\u0644\u062d\u0627\u0641\u0638 \u0623\u062d\u0645\u062f \u0628\u0646 \u0639\u0644\u064a \u0628\u0646 \u062d\u062c\u0631 \u0627\u0644\u0639\u0633\u0642\u0644\u0627\u0646\u064a\u060c \u0641\u062a\u062d \u0627\u0644\u0628\u0627\u0631\u064a \u0634\u0631\u062d \u0635\u062d\u064a\u062d \u0627\u0644\u0628\u062e\u0627\u0631\u064a\u060c \u0627\u0644\u0645\u062c\u0644\u062f \u0627\u0644\u0639\u0627\u0634\u0631\u060c \u0635\u00a0353."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15874", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 14 Rabiul Akhir 1436 bersamaan 4 Februari 2015\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\nPenyertaan muslimah dalam acara yang melibatkan pendedahan diri di khalayak umum seperti dalam pertandingan ratu cantik dan peragaan fesyen adalah satu perbuatan yang merendahkan martabat wanita.\nOleh itu, penglibatan wanita muslimah, penganjuran, penajaan, pembekalan pakaian-pakaian untuk acara tersebut serta apa-apa jua perkara yang boleh menjayakan program tersebut adalah haram menurut hukum syara\u2019 dan ditegah.\nKeputusan di atas adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:\nLarangan bertabarruj dalam kehidupan sebagaimana dalam firman Allah dalam surah Al-Ahzab\u00a0ayat 33.\nBerpegang dengan kaedah fiqhiyah \u201c\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u0627\u0626\u0639\u201d demi menjaga kemaslahatan maqasid syariah.\nKewajiban wanita untuk memelihara maruah diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan martabat sebagai seorang wanita.\nLarangan kepada orang Islam untuk meniru cara hidup orang kafir.\nPakaian dibuat untuk menutup aurat bukan untuk diperagakan.\nBanyak sifat mazmumah yang terzahir daripada acara sebegini seperti ujub, takbur, dan riyak yang akhirnya membawa kepada kesan yang lebih memudharatkan seperti berlakunya perbuatan berkesedudukan antara lelaki dengan wanita, zina, rogol, dan sebagainya.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15873", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 11 Rabiul Akhir 1437 bersamaan 21 Januari 2016\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nPelupusan al-Quran dan bahan cetakan agama berteknologi hijau melalui proses \u00e2\u20ac\u0153DEINKING\u00e2\u20ac\ufffd tanpa ada pembakaran adalah harus menurut hukum syara\u00e2\u20ac\u2122.\n\n\n\u00a0\n\n\nWalaubagaimanapun, ianya hendaklah dilakukan mengikut proses kerja yang diuruskan berdasarkan kepada pematuhan syariah demi memelihara kemuliaan al-Quran dan untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang boleh menghina kehormatan serta ketinggian martabat al-Quran al-Karim.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00a7\u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u2026 \u00d8\u00a8\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b5\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d8\u00a8"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15872", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 11 Rabiul Akhir 1437 bersamaan 21 Januari 2016 telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u201cHad tempoh panggilan muallaf di Negeri Johor Darul Ta\u2019zim adalah berdasarkan kepada \u2018uruf iaitu selama 10 tahun bermula dari tarikh memeluk Islam. Sepanjang tempoh tersebut, seseorang muallaf hendaklah sentiasa mengikuti kelas-kelas agama yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor agar mereka terbimbing dengan sempurna akan ajaran Islam\u201d.\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bersetuju dengan cadangan hak muallaf iaitu:\n\t\t\t\ta. Pendidikan : Tiada had tempoh muallaf diberikan\n\t\t\t\tb. Bantuan saguhati kewangan dan perubatan: Mengikut tempoh had kelayakan muallaf yang diberikan\n\t\t\t\tc. Urusan pernikahan, kelahiran dan kematian: Tiada had yang diberikan\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bersetuju dengan kelayakan muallaf:\n\u00a0I.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi tahun pertama hingga ke sepuluh pengislaman:\n\u00a0\u00a0Saguhati pengislaman (berbentuk wang tunai)\n\u00a0\u00a0Bantuan kewangan: sara hidup, berdikari, perumahan (sewa rumah)\n\u00a0\u00a0Pendidikan\n\u00a0\u00a0Perubatan\n\u00a0\u00a0Agihan duit raya (zakat fitrah)\nII.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi tahun ke-11 dan seterusnya\n\u00a0\u00a0Pendidikan\n\u00a0\u00a0Perubatan\n\u00a0\u00a0Urusan pernikahan, kelahiran dan kematian\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15871", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Rabiul Awal 1436 bersamaan 6 Januari 2015 telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u201cHukum minum ucap selamat (\nDrinking a Toast\n) seperti yang dilakukan dalam majlis makan beradab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah dilarang oleh syara\u2019 kerana acara ini sememangnya tiada keselarian dengan ajaran Islam.\nCara mengucapkan selamat dan kesejahteraan yang terbaik menurut pandangan Islam adalah mendoakan seseorang dengan menyebut nama mereka tanpa diikuti perbuatan atau ritual yang mengikuti tradisi agama atau budaya lain khususnya yang berasal daripada adat yang haram\u201d.\nKeputusan di atas adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:\n\u00a0\ni. \nBercanggah dengan aqidah\nMenurut tradisi Yunani, terdapat acara mengajukan minuman kepada tiga tuhan mereka iaitu \nMercury, Graces\n dan \nZeus\n. Menurut \n\u201cThe International Handbook On Alcohol And Culture\u201d\n mengatakan bahawa \n\u201ctoasting\u201d \nadalah cerminan kepada tradisi Greek kuno iaitu meminum dan menuang air bersempena acara korban yang di dalamnya air suci dijamu kepada tuhan-tuhan mereka disamping darah dan arak sebagai pertukaran kepada permintaan dan kata-kata yang diucapkan sebagai doa untuk keselamatan dan kesihatan. Kepercayaan dan amalan ini jelas mengandungi syirik kepada Allah dan semua perkara atau amalan yang mengandungi ciri-ciri syirik adalah wajib ditinggalkan berdasarkan firman Allah dalam surah Luqman ayat 13:\nii. \nWujudnya tashbih (perbuatan menyerupai) amalan orang kafir\nWalaupun majlis minum ucap selamat yang diadakan sekarang tidak menggunakan arak sebagai minuman, namun dari segi hukum ia tetap merupakan satu perbuatan yang ditegah kerana ia menuruti adat kebiasaan orang kafir dalam melakukan perkara yang diharamkan oleh syariat iaitu meminum arak. Ia termasuk dalam kategori perbuatan menyerupai (tashbih) yang diharamkan oleh Islam. Jika dilihat dari keseluruhan amalan minum ucap selamat selain dari tidak menggunakan arak, keseluruhan amalan tersebut benar-benar menyerupai amalan perbuatan \n\u201cDrinking aToast\u201d \nyang dilakukan oleh orang barat.\nPerbuatan menyerupai amalan haram yang dilakukan oleh orang kafir adalah ditegah oleh Islam berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda:\n(\u0645\u0646 \u062a\u0634\u0628\u0647 \u0628\u0642\u0648\u0645 \u0641\u0647\u0648 \u0645\u0646\u0647\u0645 ( \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0628\u0648 \u062f\u0627\u0648\u062f\nErtinya: \u201cSesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia adalah sebahagian daripada mereka\u201d \nWalaupun hadis ini bersifat umum, namun makna atau implikasi hukumnya dikhususkan berdasarkan hadis-hadis lain yang mengandungi larangan nabi terhadap penyerupaan perkara khusus seperti amalan agama dan juga perayaan yang dilakukan oleh orang kafir yang menjadi sebahagian dari identiti penting (syiar) mereka. Ini termasuklah pakaian yang digunakan dalam amalan keagamaan orang kafir. Misalnya dalam hadis daripada Abdullah bin Amru bin al-As yang mengatakan: Nabi melihatku ketika aku mengenakan dua helai pakaian celupan, lalu baginda bersabda, \u201cSesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang kafir, maka janganlah kamu memakainya.\niii. \nSebahagian pandangan Ulama\u2019 berkaitan minum ucap selamat \nMenurut al-Iraqi, sekiranya seseorang meminum segelas air akan tetapi diminum mengikut cara perkara yang haram seperti meminum didalam gelas (yang biasanya) diletak arak dan didalam majlis seperti majlis minum arak, maka ia menjadi haram disebabkan peniruannya (tashbih) dengan meminum arak.\nImam an-Nawawi dalam kitabnya Raudhatul Tholibin mengatakan perbuatan mengangkat atau memusing\u00a0( \u0627\u062f\u0627\u0631\u0629 \u0643\u0623\u0633 \u0627\u0644\u0645\u0627\u0652\u0621) ketika minum menyerupai cara peminum arak meminumnya termasuk dalam perkara yang wajib dikenakan hokum ta\u2019zir.\nMenurut al-Bahuti, haram meniru perbuatan minum arak ( seperti majlis keramaian yang melibatkan perbuatan mengangkat gelas sambil menyebut atau melaungkan perkataan-perkataan tertentu). Pelakunya perlu dihukum (ta\u2019zir) walaupun air yang diminum adalah air yang tidak haram ( \u0645\u0628\u0627\u062d ).\n \u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15869", "body": "Berdasarkan hasil penyelidikan oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia, ahli mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Rabiul Awal 1436 bersamaan 6 Januari 2015 telah membuat keputusan seperti berikut:\ni\u00a0\u00a0Isu berkaitan perkahwinan kanak-kanak bukan suatu isu yang baru di Malaysia dan ianya dilihat\nsebagai satu amalan yang sihat pada masa ini. Perkahwinan baginda Rasulullah \ufdfa\u00a0dengan Saidatina\n\u2018Aisyah tidak wajar dijadikan alasan untuk memudahkan perkahwinan kanak-kanak.\nii\u00a0Walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan perkahwinan kanak-kanak di\nNegara ini, tetapi ia tidak bermakna perkahwinan ini boleh dilakukan dengan mudah tanpa melihat\nkepada kemaslahatan kanak-kanak yang ingin dikahwinkan.\niii Kajian mendapati statistik permohonan dan perkahwinan kanak-kanak di Negara ini semakin\nmeningkat dan akibat daripada perkahwinan ini lebih banyak mendatangkan keburukan daripada\nkebaikan terutama dari aspek kesihatan dan psikologi kanak-kanak terbabit.\niv Kebanyakan perkahwinan kanak-kanak ini berlaku didorong oleh rasa cinta kepada pasangan yang\ntidak mampu dikawal sehingga mendorong berlakunya penzinaan serta kehamilan luar nikah.\nv\u00a0Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor perkahwinan kanak-kanak di Malaysia berlaku bukan\nkerana maslahah tetapi disebabkan keterlanjuran dan keinginan menutup aib atau maruah keluarga\nyang tercemar.\nvi Keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi menegaskan wujudnya masalah kesihatan fizikal\ndan mental yang dialami pada pasangan perempuan akibat perkahwinan kanak-kanak.\nvii Para Ulama\u2019 bersetuju bahawa secara syarie\u2019 perkahwinan kanak-kanak bukanlah perkara yang\nwajib atau sunat. Tiada hadis yang menyatakan bahawa perkahwinan kanak-kanak itu dianjurkan.\nPerkahwinan pada zaman Rasulullah \ufdfa yang dilakukan oleh para sahabat lebih kepada menjaga\nkemaslahatan kanak-kanak. Ia termasuk dalam perkara harus tetapi hukumnya tertakluk kepada\nketentuan maqasid syari\u2019ah dan kaedah fiqhiyah iaitu menjauhi kerosakan)\u00a0( \u062f\u0641\u0639 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0633\u062f\u0629) serta\nmengambil kemaslahatan ( \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d )\u00a0.\nSetelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian berasaskan nas-nas syara\u2019 dan kaedah-\nkaedah fiqhiyah serta keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi, maka Jawatankuasa Fatwa\nNegeri Johor membuat keputusan seperti berikut:\n\u201cPerkahwinan kanak-kanak bukan merupakan perkara yang wajib atau sunat. Oleh itu, perkahwinan\nkanak-kanak hanya boleh dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi\nkemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syarie\u201d.\n\u00a0\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15868", "body": "Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 6 Jamadil Akhir 1437 bersamaan 15 Mac 2016\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\nKaedah untuk melupuskan bahan terbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hadis adalah seperti berikut:\ni.\u00a0Dengan cara membasuh tulisan ayat-ayat al-Quran dan hadis menggunakan air dan seterusnya air\ntersebut dibuang ke dalam sungai atau laut atau;\nii.Dengan cara membakar bahan-bahan terbitan yang mengandungi tulisan ayat-ayat al-Quran dan\nhadis sebagaimana ketetapan berikut:\na.\u00a0Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hadis yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa\ntertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.\nb.\u00a0Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran dan hadis yang telah dibakar\nhendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin\u00a0\u00a0atau bersepah.\nc.\u00a0Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui\norang atau dibuang kedalam laut atau sungai yang mengalir airnya.\nd.\u00a0Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai jabatan agama atau pihak yang mahu\nmelupuskan bahan-bahan tersebut.\niii. Dengan cara melalui proses berteknologi hijau yang dikenali sebagai \u201cDEINKING\u201d.\n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15866", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3/2016 telah bersidang pada 10-11 Ogos 2016M/7-8 Zulkaedah 1437H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cAliran Dan Dakyah Wahabiah\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\nAliran dan Dakyah Wahabiah didapati bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Negeri Sabah. Percanggahan tersebut berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan aliran Wahabiah seperti berikut:\n(a) Menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20;\n(b) Menganggap syirik amalan-amalan ahli sunnah seperti perbuatan tawassul,\ntabarruk dan istighathah dan selawat-selawat yang mengandungi pujian kepada\nRasulullah SAW seperti Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiyyah;\n(c) Mendakwa bahawa pengikut aliran Asya\u2019irah dan Maturidiyah tidak termasuk\ndalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n(d) Membid\u2019ahkan pelbagai amalan ahli sunnah yang bersifat khilafiyah sebagai\nmelakukan bid\u2019ah dalalah dan pengamalnya akan menjadi penghuni neraka;\n(e) Menganggap amalan dan sambutan-sambutan yang dilakukan bertujuan\nmemuliakan Rasulullah SAW sebagai perbuatan syirik;\n(f) Menolak sepenuhnya beramal dengan hadis daif;\n(g) Memahami al-Quran dan al-Sunnah secara makna zahir semata-mata dan\nmenolak pentakwilan dalam memahami teks al-Quran;\n(h) Menolak fahaman bermazhab;\n(i) Menolak kefahaman dan amalan tarikat tasawuf yang muktabar;\n(j) Mempertikaikan ulama Nusantara yang muktabar serta kitab-kitab karya mereka;\n(k) Mempertikaikan fatwa-fatwa atau keputusan pihak berkuasa agama;\n(l) Berpegang dengan fahaman tashbih dan tajsim berdasarkan zahir ayat dan hadis\nyang mutashabihat; dan\n(m) Mudah mengkafirkan, membid\u2019ahkan dan memfasikkan golongan yang tidak\nsealiran dengan mereka;\nOleh yang demikian, Majlis Fatwa Negeri Sabah mengambil keputusan bahawa;\n(i) Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran dan dakyah Wahabiah adalah disifatkan berfahaman Wahabiah yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asya\u2019irah dan Maturidiyah;\n(ii) Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran dan dakyah Wahabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asya\u2019irah dan Maturidiyah;\n(iii) Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan aliran dan dakyah Wahabiah, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asya\u2019irah dan Maturidiyah;\n(iv) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran dan dakyah Wahabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahabiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asya\u2019irah dan Maturidiyah; atau\n(v) Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menojolkan tokoh, aliran dan dakyah Wahabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang;\n(vi) Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang terlibat dengan perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 atau mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa di Negeri Sabah.\nTarikh Warta: 7 September 2017."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15865", "body": "Jabatan Mufti Negeri Kedah telah meneliti permohonan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mengenai pengesahan bahan penerbitan berkaitan \nHukum Membuat Tatoo, Mencukur Bulu Kening, Menyambung Rambut, Mewarna Rambut Dan Mewarnakan Kuku\n dan bersetuju dengan kandungan bahan penerbitan tersebut seperti berikut;\n1.\u00a0\u00a0Latar belakang\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menghias diri adalah naluri semula jadi manusia. Setiap individu inginkan dirinya kelihatan cantik dan menarik. Allah S.W.T sendiri cantik dan indah serta amat sukakan kepada kecantikan dan keindahan. Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis Rasulullah;\u00a0\u201c\"\u0625\u0646 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u062c\u0645\u064a\u0644 \u064a\u062d\u0628 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0627\u0644 (\nSesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan\n.\u201d \n[1]\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalam\u00a0keghairahan untuk kelihatan cantik dan menarik, ramai masyarakat terkeliru sehingga mereka mengenepikan soal halal dan haram.\u00a0Satu garis panduan yang lengkap perlu di susun agar menjadi rujukan dan sandaran masyarakat khususnya dalam soal menghias diri dan perkara yang berkaitan dengannya.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Faktor / Punca Isu\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Isu ini timbul apabila berlaku percanggahan dan perbezaan pendapat serta pandangan tanpa merujuk kepada sumber hukum yang soheh dalam soal menghias diri. Perbezaan dan Percanggahan ini juga timbul berpunca daripada beberapa faktor, antaranya kurang jelas dengan sumber perundangan Islam sehingga tidak dapat membezakan antara hukum wajib, haram, makruh, sunat dan mubah.\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\tSikap suka meniru turut menjadi faktor utama kepada timbulnya keinginan menghias diri yang berlawanan dan bercanggah dengan syariat Islam seperti tattoo, memakai inai, mewarna rambut, menyambung rambut dan mewarna kuku dengan \ncutex\n.\n3.\u00a0\u00a0Huraian Persoalan-Persoalan Semasa Berkaitan Isu\n-\t\t\t\tPerbuatan menghias diri yang bercanggah dengan syariat Islam dan budaya Melayu serta menjadi pendorong kepada berlakunya maksiat dalam kalangan masyarakat mestilah dibanteras. Sabda Rasulullah:\n\u0639\u0646 \u0639\u0645\u0631 t \u0642\u0627\u0644: \u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 r \u0645\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0634\u0651\u064e\u0628\u064e\u0647\u064f \u0628\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652\nMaksudnya: \u201c\nDaripada Ibnu Umar berkata, telah bersabda Rasulullah; Barang siapa menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dalam golongan mereka.\n[2]\n3.2\u00a0Suatu penjelasan kepada masyarakat berhubung isu ini perlu diketengahkan\u00a0untuk menunjukkan bahawa syariat Islam sesuai untuk dihayati di setiap tempat dan masa.\n3.3\u00a0Penjelasan ini perlu untuk mengembalikan semula jati diri masyarakat terutamanya golongan remaja kepada akhlak mulia dan cara hidup yang bersopan.\n4.\u00a0\u00a0Pandangan Islam Terhadap Isu Berdasarkan Nas al-Quran dan Hadis\n4.1\u00a0Membuat Tatoo\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tatoo ialah membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara kekal seperti muka, lengan dan belakang. Ia dibuat dengan menggunakan warna-warna tertentu dengan menusuk jarum pada anggota badan. \nPerbuatan ini adalah haram dan dilaknat oleh Allah I\n berdasarkan hadis:\n\u0639\u0646 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0628\u0646 \u0645\u0633\u0639\u0648\u062f \u0642\u0627\u0644: \u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 r \u0644\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u0634\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0648\u0652\u0634\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u064e\u0646\u064e\u0645\u0650\u0651\u0635\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u064f\u0641\u064e\u0644\u0650\u0651\u062c\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0652\u062d\u064f\u0633\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u062e\u064e\u064a\u0650\u0651\u0631\u064e\u0627\u062a\u0650 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0642\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647 (\u0645\u062a\u0641\u0642 \u0639\u0644\u064a\u0647)\nMaksudnya : Daripada Abdullah Ibnu Mas\u2019ud, telah bersabda Rasulullah, Allah melaknat tukang tatoo dan orang yang meminta dibuat tatoo\u00a0dan orang yang mencukur bulu kening dan orang yang mengasah gigi untuk kecantikan yang (semua itu) mengubah ciptaan Allah I.\n[3]\nKeputusan Fatwa Negeri Johor Darul Takzim turut menyatakan bahawa haram bertatoo atau meletakkan tatoo di mana-mana anggota tubuh badan.\n[4]\nSebab Pengharaman Tatoo\ni.\u00a0\u00a0Boleh menghalang air sampai ke kulit ketika mengangkat hadas kecil dan besar.\nii.\u00a0Boleh menyebabkan alahan pada kulit sehingga menyebabkan kegatalan, jangkitan penyakit Hepatitis B dan sebagainya.\niii. Menyerupai amalan bukan Islam.\niv. Mengubah ciptaan Allah.\nv.\u00a0Membazirkan wang.\nv.\u00a0Menimbulkan fitnah kerana memakai tatoo dikaitkan dengan orang yang tidak baik.\n4.2 Mencukur Atau Mencabut Bulu Kening\nAmalan mencukur bulu kening atau menghilangkannya dengan apa cara sekalipun adalah haram termasuk dalam perkara yang dilaknat oleh Allah I seperti dalam hadis sebelum ini. Sabda Rasulullah SAW :\n\u0639\u0646 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0628\u0646 \u0645\u0633\u0639\u0648\u062ft\n\u00a0\u00a0\n\u0642\u0627\u0644 : \u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 r \u0644\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0627\u0634\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0648\u0652\u0634\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u064e\u0646\u064e\u0645\u0651\u0650\u0635\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u064f\u0641\u064e\u0644\u0651\u0650\u062c\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0652\u062d\u064f\u0633\u0652\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u062e\u064e\u064a\u0651\u0650\u0631\u064e\u0627\u062a\u0650 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0642\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647 (\u0645\u062a\u0641\u0642 \u0639\u0644\u064a\u0647)\nMaksudnya : Daripada Abdullah Ibnu Mas\u2019ud, telah bersabda Rasulullah, Allah melaknati tukang tatoo dan orang yang meminta dibuat tatoo\u00a0dan orang yang mencukur bulu kening dan orang yang mengasah gigi\n[5]\n untuk kecantikan yang (semua itu) mengubah ciptaan Allah.\n[6]\n4.3 Menyambung Rambut (Memakai Rambut Palsu)\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMenyambung rambut atau memakai rambut palsu oleh kaum wanita semata-mata untuk berhias diri dengan menggunakan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala adalah diharamkan oleh Allah I samada wanita itu sendiri yang melakukannya atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam dan juru solek. Perbuatan ini haram kerana ia mengandungi unsur-unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah I.\n[7]\n \n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Termasuk dalam larangan menyambung rambut ialah perbuatan menanam rambut di kepala, memakai rambut palsu dan termasuk cara-cara lain yang dilakukan pada masa sekarang.\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalam hal menyambung rambut ini, para Ulama\u2019 Mazhab Syafie telah menghuraikannya dengan lebih jelas:\ni.\u00a0\u00a0Tiada perbezaan pendapat ulama mengenai hukum haram menyambung rambut dengan rambut manusia sama ada rambut lelaki atau perempuan ataupun rambut suami atau mahram. Ini kerana menggunakan atau memanfaatkan rambut manusia adalah haram disebabkan kemuliannya.\nii.\u00a0Jika rambut itu bukan berasal daripada manusia dan ianya najis seperti bulu daripada bangkai binatang atau bulu binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram disambung dengannya.\niii. Jika perempuan yang tidak bersuami menyambung rambut daripada bahan yang suci sekalipun maka hukumnya adalah haram, melainkan bagi perempuan yang bersuami dan diizinkan oleh suaminya.\n[8]\n \n4.4 Mewarnakan Rambut\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mewarna rambut ialah mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan-bahan yang tertentu. Perbuatan mewarna rambut pada asalnya diharuskan dalam Islam. Antara bahan yang diharuskan ialah inai dan katam. Bahan-bahan yang digunakan mestilah suci dan halal serta tidak menghalang air dari sampai ke rambut apabila mengangkat hadas kecil atau hadas besar.\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berdasarkan sirah Rasulullah baginda pernah menggunakan inai dan katam bagi mewarnakan rambut baginda. Antara warna yang digunakan ialah perang atau merah. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :\ni.\u00a0\u00a0Anas menerangkan bahawa:\n\u0631\u064e\u0623\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0634\u064e\u0639\u0652\u0631\u064e \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 r\u00a0\u0645\u064e\u062e\u0652\u0636\u064f\u0648\u0628\u064b\u0627\nMaksudnya: \nAku telah melihat rambut Rasulullah dicelupi warna perang (inai).\n[9]\n \nii.\u00a0Pada satu ketika Abu Himsah\u00a0bersama anaknya menemui Rasulullah dan beliau berkata \u201cPada masa tersebut aku mendapati setengah daripada rambut Rasulullah berwarna perang\u201d.\niii. Hadis riwayat yang bersumber dari Usman bin Mauhab dinukilkan sperti berikut :\n\u0633\u064f\u0626\u0650\u0644\u064e \u0623\u064e\u0628\u0648\u064f \u0647\u064f\u0631\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f\u0629\u064e \u0647\u064e\u0644\u0652 \u062e\u064e\u0636\u064e\u0628\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f r \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0646\u064e\u0639\u064e\u0645\u0652.\nMaksudnya; \u201c\nAbu Hurairah telah ditanya : Apakah Rasulullah pernah menyemir (meminyakkan) rambutnya ? Beliau menjawab : \u201c Ya, pernah\n\u201d.\n[10]\n \n4.4.1\u00a0\u00a0Pendapat Ulama Tentang Mewarna Rambut Dengan Warna Hitam\ni.\u00a0\u00a0Para fuqaha telah sepakat mencela perbuatan mewarnai rambut atau janggut dengan warna hitam. Pendapat yang sahih mengatakan ianya haram melainkan ke atas orang-orang yang berjihad.\n[11]\n \nDalil haram merwarnai rambut atau janggut dengan warna hitam itu adalah berdasarkan riwayat\u00a0daripada Jabir t\n \nkatanya yang bermaksud:\n\u201cPada hari penaklukan Makkah dibawa Abu Qafahah ke hadapan Rasulullah dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaqamah (sejenis tumbuhan yang bunga dan buahnya berwarna putih). Maka baginda bersabda \u201cTukarlah ini dengan sesuatu, tetapi jauhilah warna hitam\u201d.\nii.\u00a0Ulama berpendapat bahawa mewarnakan rambut menggunakan warna hitam adalah haram. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan penipuan. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperangan ianya dibolehkan. Pandangan ini berdasarkan pendapat ulama Syafie.\niii. Hukum mewarna rambut selain hitam adalah harus namun keharusan ini mestilah bertujuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah dan bukan untuk\u00a0menunjuk-nunjuk atau menarik perhatian orang lain atau untuk mengubah ciptaan Allah.\niv. Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah maka kita juga perlu mengambil kira bahan-bahan yang digunakan sebagai bahan pewarna tersebut. Ini kerana banyak bahan-bahan yang digunakan sekarang bukan sahaja mengandungi bahan-bahan yang meragukan malah turut menghalang air dari sampai ke anggota badan dan ini sudah tentunya menyebabkan ibadah harian kita tidak terlaksana sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n4.4.2\u00a0\u00a0Sebab-Sebab Mewarna Rambut Menjadi Haram\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mewarnakan rambut adalah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan riyak serta dilakukan untuk menarik perhatian orang lain yang akhirnya akan menjuruskan kepada gejala maksiat.\n[1\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bahan-bahan\u00a0yang digunakan untuk mewarnakan rambut itu mengandungi unsur-unsur yang haram dan syubhah.\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bahan yang digunakan menghalang air daripada sampai ke kulit ketika bersuci daripada hadas kecil dan besar serta membawa kepada tidak sah ibadat.\niv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mewarnakan rambut lebih cenderung kepada pendedahan aurat.\n4.5\u00a0Mewarna Kuku\nMewarnakan kuku ialah mewarnakan kuku dengan sebarang pewarna supaya kelihatan cantik dan menarik.\n4.5.1\u00a0\u00a0Hukum Mewarna Kuku\ni.\u00a0\u00a0Haram sekiranya menggunakan bahan najis atau menghalang air sampai ke kulit ketika mengangkat hadas.\nii.\u00a0Harus sekiranya dalam keadaan berikut :\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Bahan tidak bernajis\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak menghalang air ketika mengangkat hadas\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak bertujuan riyak\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak menarik perhatian orang lain\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\tDari sudut lain pula amalan mewarnakan kuku ini juga adalah bercanggah dengan adab dan budaya timur yang mementingkan kesopanan dan kebersihan.\n5. Penutup\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berhias diri merupakan fitrah semulajadi manusia namun ianya perlu diamalkan secara betul mengikut apa yang digariskan oleh syariat Islam supaya ianya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah I.\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Satu pendedahan terhadap etika menghias diri menurut Islam perlu dibuat di setiap peringkat meliputi sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi perlu dilaksanakan dari masa ke semasa.\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pihak berkuasa perlu memastikan bahan kosmetik yang terdapat di pasaran adalah suci dan halal serta tidak merosakkan ibadah.\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pihak berkuasa perlu mengadakan kempen-kempen menghias diri menurut Islam melalui media cetak, elektronik dan lain-lain.\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, perlulah diambil peringatan bahawa perbuatan bertatoo, mewarnakan rambut, mencukur bulu kening, memakai rambut palsu bukan sahaja dilarang oleh syarak bahkan ia juga dilaknat oleh Allah dan Rasul-Nya.\n-\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Seseorang yang dilaknat akan berada jauh daripada rahmat, taufiq, petunjuk serta dijauhkan daripada segala kebaikan. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna kepada seseorang hamba melainkan nikmat Allah disyukuri, ibadah dihalusi dan kehidupan diberkati.\n[1]\n\u00a0\u00a0\u00a0Hadis riwayat Muslim Muslim, Ibn Majah dan Ahmad Ibn Hanbal g.\n[2]\n\u00a0\u00a0Hadis riwayat Abu Daud t.\n[3]\n\u00a0\u00a0Hadis riwayat Muttafaqun \u2018Alaih.\n[4]\n\u00a0Fatwa Negeri Johor Darul Takzim, Jabatan Mufti Negeri Johor\u00a0bertarikh 19 Jamadil Awal 1423\n\u00a0\u00a0bersamaan30 Julai 2002.\n[5]\n\u00a0Mengasah gigi dengan tujuan menambahkan kecantikan, bukan bertujuan untuk kesihatan /\u00a0\n\u00a0\u00a0perubatan.\n[6]\n\u00a0Opcit.\n[7]\n\u00a0\u00a0al-Majmu\u2019; Kitab al-Taharah bab al-Siwak : 1/364.\n[8]\n\u00a0\u00a0HR Sahih Muslim Bisyarh al-Nawawi : 7/359-360.\n[9]\n\u00a0\u00a0Syamail Muhammadiyyah Jld. 12, hlm 54.\n[10]\n\u00a0Hadis Riwayat Muslim.\n[11]\n\u00a0\u00a0al-Majmu\u2019 Kitab al-Taharah bab al-Siwak : 1/360-361.\n[12]\n\u00a0Umar bin Sulaim al-Askor, \nHukmu Sobghi as-Sya\u2019ri hlmn"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15864", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2016 telah bersidang pada 24-26 Mei 2016M/17-19 Syaaban 1437H, bertempat di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cLaporan Kajian Buku-Buku Mohd. Hairi Nonchi\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n1. Muzakarah telah membincangkan Laporan Kajian Buku-Buku Mohd. Hairi Nonchi seperti berikut:-\n(i) Aina Allah? Di mana Allah? (Edisi Asal)\n(ii) Salahkah Aku Menetapkan Sifat Allah Tanpa Tashbih\n(iii) Orang Kata Wahabi Ialah\n(iv) Marilah Berzikir Selepas Solat Fardhu Bersama Rasulullah\n(v) Syirik Dosa Pembatal Akidah & Amalan\n(vi) Ibn Taimiyyah: Pencetus Akidah Tasybih & Tajsim?\n(vii) Siapakah Pengikut Imam a-Syafi\u2019e Dan Mazhab Syafie Yang Sebenar?\n(viii) Menyingkap 61 Fakta Mengenai Wahabi\n(ix) Katakan Tidak Pada Wahabi\n(x) Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba\u2019 al-Rasul\n(xi) Amal Soleh: Cukupkah Sekadar Niat?\n2. Buku-Buku Mohd. Hairi Nonchi yang tersebut di atas adalah mengandungi ajaranajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah serta mengelirukan masyarakat Islam. Oleh itu buku-buku berkenaan adalah diharamkan.\n3. Bahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan sama ada cetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem seperti wayang gambar, pita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walau bagaimanapun ia dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat yang menayangkan isi kandungan buku-buku tersebut di atas untuk dibaca, dilihat dan didengar.\n4. Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isi kandung buku tersebut di atas. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang terlibat dengan perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 atau mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa di Negeri Sabah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15863", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2016 telah bersidang pada 24-26 Mei 2016M/17-19 Syaaban 1437H, bertempat di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cFahaman dan Ajaran Hizbut Tahrir\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n1. Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar serta bertentangan dengan pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.\nSelanjutnya sila baca : \nhttps://www.sabah.gov.my/gazette/docs/002520.pdf\nTarikh Warta: 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15862", "body": "Berdasarkan fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, ahli mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Rabiul Awal 1436 bersamaan 6 Januari 2015 telah mendapati bahawa ajaran ilmu makrifat (mengenal Allah/diri) yang disebarkan oleh haji Shaari bin Mohd Yusof melalui buku \u201cMengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan\u201d, \u201cMengenal Allah Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan\u201d, ceramah-ceramah yang disampaikan, DVD siri ceramah dan laman sesawang yang digunakan untuk menyebarkan ajarannya mengandungi perkara-perkara yang mengelirukan dan menyeleweng seperti berikut:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\ni. \nBertentangan dengan fakta sejarah\nDakwaan ilmu yang diperolehi adalah peninggalan ilmu Syeikh Daud al-Fatoni yang diwarisi oleh dua orang ulama\u2019 terkenal iaitu Tok Kenali dan Tok Silihong adalah satu pembohongan kerana kedua ulama tersebut tidak sempat berguru dengan Syeikh Daud al-Fatoni yang meninggal pada tahun 1846, iaitu lebih 22 tahun sebelum kelahiran kedua-dua ulama tersebut.\u00a0\n\u00a0\u00a0\n\u00a0ii.\u00a0\nMembawa fahaman Mujassamah, Jabariah dan Mu\u2019tazilah \nJumhur Ulama\u2019 telah bersepakat bahawa fahaman ini adalah bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.\niii. \nMembawa fahaman liberal dan pluralisme agama \nFahaman ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\u00a0\u00a0\u00a0\niv. \nMembawa fahaman Wahdatul Wujud\nFahaman ini adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\u00a0v.\u00a0\nMentafsir nas-nas agama\nMentafsir al-Quran dan al-Hadis mengikut logik akal dan tidak merujuk kepada kitab-kitab muktabar.\nSetelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah membuat keputusan seperti berikut:\nAlhamdulillah fatwanya;\n\u201cAjaran ilmu Ma\u2019rifat (mengenal Allah/diri) yang dibawa oleh Haji Shaari Bin Mohd Yusof adalah SESAT lagi menyesatkan dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\nOleh yang demikian, semua umat Islam dilarang melibatkan diri dengan ajaran ilmu Ma\u2019rifat(mengenal Allah/diri) oleh Mohd Yusof Che\u2019 Wok yang disebarkan oleh Haji Shaari Bin Mohd Yusof secara langsung atau tidak langsung sama ada:\nMengamal\nMenjadi ahli\nMencetak\nMenulis\nMenyiar\nMenerbit\nMenyebar\nMerakam\nMenggunakan lambang-lambang\nMembuat lawatan atau kunjungan\nMengundang atau menerima kunjungan ahli-ahlinya\nMemberikan sokongan moral atau material atau kedua-duanya sekali kepada sesiapa yang terlibat dengan kumpulan ini atau apa-apa cara jua yang dikaitkan dengan kumpulan atau ajaran ini.\n \n\u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0639\u0644\u0645 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15861", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2016 telah bersidang pada 24-26 Mei 2016M/17-19 Syaaban 1437H, bertempat di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cAjaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) Oleh Mohd. Yusof Cik Wook Yang Disebarkan Oleh Haji Shaari Mohd. Yusof\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n1. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/ Diri) Oleh Mohd. Yusof Cik Wook Yang Disebarkan Oleh Haji Shaari Mohd. Yusof adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.\nSelanjutnya sila baca : \nhttps://www.sabah.gov.my/gazette/docs/002520.pdf\nTarikh Warta: 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15860", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2016 telah bersidang pada 24-26 Mei 2016M/17-19 Syaaban 1437H, bertempat di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cAjaran Millah Abraham @ Ibrahim\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n1. Bahawa fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen-elemen meragukan antaranya seperti berikut:\n(i) Membawa ajaran dan Kerajaan Baru (Millah Abraham @ Ibrahim @ Negeri Karunia Tuan Semesta Alam Nusantara);\n(ii) Mendakwa ada Rasul selepas Nabi Muhammad SAW;\n(iii) Mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti Millah Abraham @ Ibrahim @ Negeri Karunia Tuan Semesta Alam Nusantara;\n(iv) Menggabungkan tiga (3) ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi;\n(v) Menyalah ertikan maksud Kiamat;\n(vi) Memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri;\n(vii) Menganggap Solat Lima Waktu dan Solat Jumaat tidak disyariatkan;\n(viii) Taksub dan memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri;\n(ix) Mewajibkan perjanjian (Bai\u2019ah) ke atas setiap anggota.\nSelanjutnya sila baca: \nhttps://www.sabah.gov.my/gazette/docs/002520.pdf\nTarikh Warta: 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15859", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2016 telah bersidang pada 24-26 Mei 2016M/17-16 Muharam 1437H, bertempat di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cPegangan Dan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n1. Ahli Sunnah wa al-Jama\u2019ah merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Qur\u2019an dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama\u2019 Islam muktabar. Oleh itu, umat Islam hendaklah berpegang dalam hal berkaitan dengan;\n(a) Aqidah dan Tauhid, berdasarkan hanya kepada pegangan Imam Abu Hassan alAsh\u2019ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.\n(b) Fiqh dan Syariah, berdasarkan Mazhab Syafi\u2019i di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan pandangan Imam-imam muktabar yang lain.\n(c) Tasawwuf, berdasarkan manhaj sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.\n2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengamalkan (termasuk mempercayai, berpegang, berkeyakinan dan seumpamanya) selain daripada perkara (a), (b), dan (c) adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 atau mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa di Negeri Sabah.\nTarikh Warta: 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15858", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2015 telah bersidang pada 27-29 Oktober 2015M/14-16 Muharam 1437H, bertempat di Hyatt Regency Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cIsu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n1. Muzakarah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak.\n2. Muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan ISIS dan ISIL ini.\nTarikh Warta: 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15857", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2015 telah bersidang pada 28-30 Julai 2015M/15-17 Jamadilakhir 1435H, bertempat di Bilik Sri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cSemakan Semula Fatwa Ajaran Baha\u2019i\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\nAjaran Baha\u2019i adalah bukan ajaran Islam. Umat Islam yang terlibat dengannya adalah murtad. Oleh itu umat Islam adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.\nOleh itu, fatwa yang telah diwartakan pada 11 Disember 2003 Bil. Rujukan No. 1,037 (No. JPBN: 308/6) adalah dibatalkan.\nTarikh Warta: pada 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15856", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2013 telah bersidang pada 2-4 Disember 2013M/28 Muharram - 1 Safar 1435H, bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cAjaran Syiah Di Negeri Sabah\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n(a) Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah.\n(b) Fahaman dan ajaran ini bercanggah dengan ajaran Islam dari sudut Aqidah, Syariah, Akhlak dan membawa kepada perpecahan umat serta boleh mengancam keselamatan Negara.\nSelanjutnya sila baca: \nhttps://www.sabah.gov.my/gazette/docs/002520.pdf\nTarikh Warta: 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15855", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah membincangkan fatwa berkaitan Aliran dan Dakyah Wahhabiah pada mesyuaratnya bertarikh 17 Disember 2014, 25 Februari 2015 dan 24 Mac 2015. Mesyuarat telah memutuskan Aliran dan dakyah Wahhabiah didapati bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Percanggahan tersebut berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan aliran Wahhabiah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMenolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20;\n\n\nMenganggap syirik amalan-amalan ahli sunnah seperti perbuatan tawassul, tabarruk dan istighathah dan selawat-selawat yang mengandungi pujian kepada Rasulullah seperti Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah;\n\n\nMendakwa bahawa pengikut aliran Asya'irah dan Maturidiyah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;\n\n\nMembid\u2019ahkan pelbagai amalan ahli sunnah yang bersifat khilafiah sebagai melakukan bid'ah dhalalah dan pengamalnya akan menjadi penghuni neraka;\n\n\nMenganggap amalan dan sambutan-sambutan yang dilakukan bertujuan memuliakan Rasulullah saw sebagai perbuatan syirik;\n\n\nMenolak sepenuhnya beramal dengan hadith dhaif;\n\n\nMemahami al-Quran dan al-Sunnah secara makna zahir semata-mata dan menolak pentakwilan dalam memahami teks al-Quran;\n\n\nMenolak fahaman bermazhab;\n\n\nMenolak kefahaman dan amalan tariqat tasawuf yang muktabar;\n\n\nMempertikaikan ulama Nusantara yang muktabar serta kitab-kitab karya mereka;\n\n\nMempertikaikan fatwa-fatwa atau keputusan pihak berkuasa agama;\n\n\nBerpegang dengan kefahaman tasybih dan tajsim berdasarkan zahir ayat dan hadith yang mutasyabihat; dan\n\n\nMudah mengkafirkan, membid\u2019ahkan dan memfasikkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mengambil keputusan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan berfahaman Wahhabiah yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al- Jamaah;\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nMana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran dan dakyah Wahhabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;\n\n\nMana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan\u00a0\u00a0aliran dan dakyah Wahhabiah, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;\n\n\nApa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; atau\u00a0\n\n\nApa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan\u00a0adalah dilarang.\n\n\nApa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat bersetuju untuk\u00a0mewartakan fatwa ini. Orang ramai hendaklah membuat aduan kepada pihak berkuasa agama yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti mana dinyatakan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Proses Warta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15854", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2009 telah bersidang pada 13-14 Mei 2009M/18-19 Jamadilawal 1430H, bertempat di Pavilion Hall, Hotel Tang Dynasty Park, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cGerakan Kumpulan Muhammadiyyah, Wahabiyyah Dan Itba\u2019 Al-Sunnah Di Malaysia\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n(a) Ajaran Muhammadiyyah, Wahabiyyah dan Itba\u2019 al-Sunnah adalah bertentangan dengan maslahat dakwah dan dasar kerajaan yang boleh memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia.\n(b) Bahawa pengharaman ini meliputi:\n(i) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (a) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n(ii) Apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di (a) di atas.\nOleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran tersebut, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran di (a) ini.\nOrang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tandatanda yang boleh mengaitkan ajaran di (a) dengan ajaran Islam\nTarikh Warta: 7 September 2017."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15853", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2007 telah bersidang pada 28-29 Mei 2007M/11-12 Jamadilawal 1428H, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cKumpulan Tal Tujuh\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n(a) Ajaran tersebut adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.\n(b) Bahawa pengharaman ini meliputi:\n(i) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (a) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n(ii) Apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di (a) di atas.\n(iii) Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Tal Tujuh, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktivitiaktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini,\n(iv) Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Tal Tujuh dengan ajaran Islam.\nTarikh Warta: 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15852", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3/2006 telah bersidang pada 27-28 Jun 2006M/1-2 Jamadilakhir 1427H, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cFahaman Liberalisme Dan Pluralisme Menurut Pandangan Islam\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n(a) Liberalisme bermaksud suatu aliran pemikiran yang memberikan kebebasan mutlak kepada individu dalam menafsirkan ajaran Islam tanpa terikat dengan dasar dan sumber ajaran Islam yang telah disepakati oleh para ulama muktabar.\n(b) Pluralisme bermaksud fahaman atau keyakinan bahawa agama Islam adalah sama dengan agama-agama lain dan tidak ada mana-mana agama yang boleh mengaku agamanya lebih benar dari agama lain.\n(c) Kedua-dua aliran pemikiran dan fahaman ini adalah sesat dan menyesatkan serta boleh membawa seseorang itu terkeluar dari agama Islam.\nTarikh Warta: 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15851", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2006 telah bersidang pada 27-28 Jun 2006M/1-2 Jamadilakhir 1427H, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cAjaran Islam Jama\u2019ah Di Negeri Sabah\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n(a) \tAjaran Islam Jama\u2019ah adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam\n\t\tyang sebenarnya.\n(b) \tBahawa pengharaman ini meliputi:\n\t\t(i) \tApa-apa variasi, versi bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (a) \t\t\n\t\t\t\tdi atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem \t\n\t\t\t\tamalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan \n\t\t\t\tpegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\t\t(ii) \tApa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang \n\t\t\t\tdicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-\t\n\t\t\t\tapa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran \n\t\t\t\tdi (a) di atas.\n(c) \tOleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman\n\t\tajaran Islam Jamaah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, \t\n\t\tmengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti \n\t\tekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-\n\t\taktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan \n\t\tajaran ini. \n(d) \tOrang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual \n\t\ttermasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau \n\t\tapa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk \n\t\tlambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Islam Jama\u2019ah \n\t\tdengan ajaran Islam.\nTarikh Warta: 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15850", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2006 telah bersidang pada 14-16 Februari 2006M/15-17 Muharram 1427H, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cBlack Metal\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\nKumpulan Black Metal adalah sesat dan boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.\nTarikh Warta : 7 September 2017."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15848", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2005 telah bersidang pada 12-14 September 2005M/8-10 Sya\u2019ban 1426H, bertempat di Pacific Sutera, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai pengharaman buku \u201cIslam Hadhari Menurut Pandangan Ustaz Haji Ashaari Muhammad\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n(a)\n\t\tBuku yang bertajuk \u201cIslam Hadhari Menurut Pandangan Ust. Haji Ashaari \t\n\t\t\tMuhammad\u201d adalah mengandungi perkara-perkara yang menyalahi fahaman \n\t\t\tAhli Sunnah Wal Jamaah dan fakta-fakta Syarak serta mengelirukan \n\t\t\tmasyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.\n(b)\n\t\tBahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan sama ada dicetak, ditaip, \n\t\t\tditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk \n\t\t\tkeluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem seperti wayang gambar, \n\t\t\tpita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walau \n\t\t\tbagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang \n\t\t\tmana-adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat \n\t\t\tmenayangkan isi kandung buku-buku di \n(a)\n di atas untuk dibaca, dilihat atau \t\n\t\t\tdidengar.\n(c)\n\t\tOrang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual \n\t\t\ttermasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isi kandung \n\t\t\tbuku-buku di \n(a)\n di atas. \nTarikh Warta : 7 September 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15847", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cHukum Memberi Salam Kepada Orang Bukan Islam Dan Menjawab Salam Mereka\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di negeri Sabah bahawa:\n1. \tHukum memberi salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada orang bukan \n\t\tIslam adalah harus. \n2. \tLafaz salam yang diharuskan ialah Assalamualaikum sahaja. Adapun ucapan \n\t\twarahmatullahi wabarakatuh hanya khusus kepada orang Islam sahaja.\n3. \tHukum menjawab salam daripada orang bukan Islam terdapat beberapa \n\t\tkeadaan:\n\t\t(a) \tHarus menjawab ucapan salam mereka dengan ucapan Waalaikumssalam \n\t\t\t\tsahaja;\n\t\t(b) \tHarus menjawab ucapan salam mereka dengan lafaz Waalaikum sahaja \n\t\t\t\tsekiranya pemberi salam:\n\t\t\t\t(i) \tMengucapkan salam dengan lafaz yang tidak jelas.\n\t\t\t\t(ii) \tMengucapkan salam dengan lafaz yang jelas tetapi mengandungi \n\t\t\t\t\t\tmakna yang tidak baik seperti penghinaan dan seumpamanya.\t\n\ufeff\nTarikh Warta : 7 Disember 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15846", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cHukum \u2018Ucapan Selamat\u2019 Sempena Perayaan Agama Lain\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di negeri Sabah bahawa:\n1. \tApa jua amalan atau perlakuan orang Islam yang melibatkan akidah atau iktikad \n\t\tdalam hal-hal yang berkaitan dengan Perayaan orang bukan Islam seperti \n\t\tmengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, \n\t\tmaka ia ditegah oleh Islam.\n2. \tWalau bagaimanapun, sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas \n\t\tdasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara orang Islam dan orang \n\t\tbukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.\n3. \tMemberi ucapan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat \n\t\ttelekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya \n\t\tkepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah \n\t\tharus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan \n\t\tagama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang \n\t\tkeagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.\nTarikh Warta : 7 Disember 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15845", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cHukum Solat Jumaat Yang Kurang Jemaahnya 40 orang\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di negeri Sabah bahawa:\n1. \tQaul Mu\u2019tamad pandangan Mazhab al-Syafie bilangan ahli Jumaat hendaklah \n\t\tcukup jemaahnya 40 orang.\n2. \tHarus mengerjakan solat Jumaat walaupun bilangan jemaahnya kurang 40 orang \n\t\tberdasarkan Qaul Qadim di dalam Mazhab al-Syafie. Keizinan pemerintah atau \n\t\tpihak berkuasa adalah diperlukan demi memelihara kepentingan dan maslahah \n\t\tummah.\nTarikh Warta : 7 Disember 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15844", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M / 24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cHukum Menyorok Barangan (Ihtikar)\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di negeri Sabah bahawa:\n1. \tHukum peniaga menyorok barangan keperluan asas (Ihtikar) bagi tujuan \n\t\tmenaikkan harga adalah haram.\n2. \tPeniaga yang menyorok barangan keperluan asas (Ihtikar) boleh mendatangkan \n\t\tkesan buruk kepada negara seperti inflasi.\n3. \tMenyorok barangan keperluan asas (Ihtikar) adalah satu pengabaian Maqasid \n\t\tSyariah iaitu penjagaan harta. \u00a0(\n\u062d\u0641\u0638 \u0627\u0644\u0645\u0627\u0644\n)\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0.\n4. \tPara Peniaga hendaklah menjauhi perbuatan menyorok barangan keperluan \n\t\tasas (Ihtikar) untuk menjaga maslahah dan kesejahteraan awam.\nTarikh Warta : 07 Disember 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15843", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cHukum Penggunaan Logo St. John Ambulans Bagi Warga St. John Ambulans Malaysia\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negei Sabah bahawa:\nLogo atau lambang St. John Ambulans tidak dianggap sebagai Salib yang jelas, hanya melambangkan logo persatuan dan bukan lambang agama. Oleh itu, penggunaan logo tersebut bagi warga St. John Ambulans Malaysia yang beragama Islam adalah harus.\nTarikh Warta : 7 Disember 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15842", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cHukum Menyertai Pertandingan Memancing\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negei Sabah bahawa:\n1. \tHukum asal pertandingan memancing adalah harus selagi mana mematuhi garis \n\t\tpanduan syariah.\n2.\t\t Sekiranya hadiah ditaja oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan \n\t\t maka ia adalah harus.\n3. \t Sekiranya pertandingan tersebut mengambil yuran penyertaan bagi tujuan \n\t\t memberi hadiah kepada peserta, maka ia adalah haram kerana dikira sebagai \n \nQimar\n (judi) dan bertentangan dengan konsep \n\u2018Iwad \n(pulangan) iaitu hanya \n\t\t memberi manfaat kepada pemenang.\n4. \tMana-mana orang Islam yang ingin menganjurkan atau menyertai pertandingan \n\t\tmemancing hendaklah memastikan ia bersih daripada sebarang unsur perjudian \n\t\tatau penipuan selaras dengan kehendak syarak.\n\ufeff\nTarikh Warta : 7 Disember 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15841", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara\u00a0\u201cAjaran Pertubuhan Rahmatan Lil \u2018Alamin (PERAHMAT)\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\n1. Ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil \u2018Alamin (PERAHMAT) adalah menyeleweng dari ajaran Islam\nSelanjutnya sila baca :\n https://www.sabah.gov.my/gazette/docs/002536.pdf\nTarikh Warta : 7 Disember 2017"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15840", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2016 yang bersidang pada 12 Oktober 2016 telah membincangkan mengenai Kaedah Haraki: Belajar Al-Quran 7 Jam. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n(i) Setelah meneliti buku Kaedah Haraki: Belajar Al-Quran 7 Jam yang telah diasas dan ditulis oleh Tuan Haji Zakaria bin Din @ Nasirudin, mesyuarat mendapati ia merupakan satu inovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran yang baik dan mudah bagi menarik minat pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.\n(ii) Mesyuarat turut berpandangan bagi menyampaikan pengajaran dan belajar Al-Quran ia memerlukan guru yang bertauliah kerana meraikan kaedah pengajaran Al-Quran secara\u00a0\nTalaqqi Musyafahah.\n(iii) Selain itu perlulah diambil kira akhlak seorang guru yang mengajar dan tahap serta jantina pelajar kerana ia melibatkan pergerakan dan aksi-aksi yang sedikit\u00a0\naggeresif (merujuk cara mengajar di dalam vide/youtube)\u00a0\nyang tidak bersesuaian jika seorang guru perempuan mengajar kaedah ini kepada pelajar lelaki yang dewasa.\u00a0\n(iv) Secara keseluruhannya mesyuarat bersetuju dengan Kaedah Haraki tersebut sebagai satu kaedah mengajar Al-Quran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15839", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2014 yang bersidang pada 12 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Mikro Organisme Terubahsuai Dalam Penghasilan Monosodium Glutama (MSG). Mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n(i) Setelah meneliti proses pengubahsuaian genetik dan teknologi baru dalam proses penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) berserta fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat mendapati bahawa bakteria penderma iaitu\u00a0\nLactic Acid Bacteria\n\u00a0adalah diperolehi daripada\u00a0\n\"Intestines Of Human Adult\"\n\u00a0(usus orang dewasa) yang kemudiannya telah dipencilkan serta dipurifikasikan.\n(ii) Berdasarkan proses dan sumber bakteria yang dikemukakan tersebut, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Penggunaan Mikro Organisme Terubahsuai iaitu\u00a0\nLactic Acid Bacteria\n\u00a0yang diperolehi daripada\u00a0\n\"Intestines Of Human Adult\"\n\u00a0(usus orang dewasa) dalam teknologi baru penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) adalah dibenarkan kerana bakteria yang digunakan tersebut dikategorikan sebagai\u00a0\nmutanajjis\u00a0\ndan ianya telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang tidak menyalahi hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15838", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2015 yang bersidang pada 29 April 2015 telah membincangkan mengenai\u00a0Hukum Memperbetulkan Kubur Yang Terpesong Arah Kiblat Dan Kedudukan Mayat Di Dalamnya. Mesyuarat memutuskannya seperti berikut:\n(i) Tanda arah kiblat hendaklah diletakkan di tanah perkuburan seluruh negeri Pulau Pinang.\n(ii) Sekiranya kubur didapati terpesong dari\u00a0arah kiblat sebenar, pembetulan semula kubur dan kedudukan mayat di dalamnya hendaklah dibuat. Had pesongan 45\no\n bolehlah dijadikan panduan untuk pembetulan semula.\n(iii) Pembetulan semula arah kiblat juga perlu mengambilkira beberapa keadaan mayat. Antara keadaan yang tidak perlu kepada pembetulan semula adalah apabila mayat reput sekiranya diperbetulkan, pembetulan semula boleh membawa kemudaratan, mengaibkan mayat dan menimbulkan fitnah.\n(iv) Teknik Groud Penetrating Radar (GPR) iaitu alat pengimbas boleh diguna pakai sebelum penggalian semula dibuat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15836", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2015 yang bersidang pada 10 Februari 2015 telah membincangkan mengenai Kedudukan Saf Wanita Di Dalam Solat. Mesyuarat memutuskan bahawa\u00a0hukum kedudukan saf perempuan yang sama dengan kedudukan saf lelaki sama ada bersebelahan atau ketika berada di tingkat atas adalah makruh kerana bersalahan dengan keutamaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15835", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.\u00a04/2014 yang bersidang pada 16 Julai 2014 telah membincangkan mengenai\u00a0Kuantifikasi Dan Stabiliti DNA\u00a0Babi Yang Diekstrak Daripada Daging Campuran Dan Produk Diproses Menggunakan Taqman Real Time Polymerase Chain Reaction Assay. Mesyuarat memutuskan\u00a0seperti berikut:\n(i) Setelah mendengar pembentangan dan meneliti Iaporan penyelidikan yang telah disahkan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan oleh Kumpulan Penyelidik.\n(ii) Berdasarkan dapatan penyelidikan tersebut mesyuarat mendapati bahawa DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ianya disengajakan atau berlaku secara tidak sengaja dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan boleh diketahui sekiranya ia berlaku melalui sentuhan secara fizikal. Kontaminasi juga berkemungkinan berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di dalam tempat yang sama dan kedua-duanya di dalam keadaan tidak tertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku antara keduanya. Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan\u00a0bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang tertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal.\n(iii) Dalam hal ini mesyuarat berpandangan bahawa dalam penghasilan atau pemprosesan sesuatu produk halal, pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari\u00a0peringkat awal penyediaan bahan mentah Iagi dan sekiranya sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategorikan sebagai halal kerana tidak menepati kaedah umum al-balwa.\n(iv) Walau bagaimanapun, dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk, maka mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa dalam keadaan ini ia adalah dikategorikan sebagai umum al-balwa dan hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di Iuar kawalan dan tidak dapat dielakkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15834", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2014 yang bersidang pada 2 April 2014 telah membincangkan mengenai Kaedah Hitungan Tempoh Enam Bulan Dua Lahzah Penentuan Status Sah Nasab.\u00a0Mesyuarat memutuskan bahawa kaedah hitungan tempoh enam bulan dua lahzah adalah mengikut takwim hijri semasa tanpa mengkhususkan bilangan 180 hari."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15833", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 3/2016 yang bersidang pada 8-9 Jun 2016 telah membincangkan mengenai\u00a0Status Keesahan Mewakafkan Tanah Berstatus Pajakan. Mesyuarat bersetuju Status Keesahan Mewakafkan Tanah Berstatus Pajakan adalah sebagai wakaf\u00a0\nmuaqqad\n\u00a0kerana tiada milik yang sempurna\u00a0\n(\u062a\u0645\u0627\u0645 \u0645\u0644\u0643\u064a\u0629)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15832", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 3/2016 yang bersidang pada 8-9 Jun 2016 telah membincangkan mengenai\u00a0Penetapan Had Tempoh Muallaf Negeri Pulau Pinang.Mesyuarat memutuskan:\u00a0\n(i) bersetuju Penetapan Had Tempoh\u00a0Muallaf Negeri Pulau Pinang adalah selama 5\u00a0tahun mengikut negeri-negeri lain di Malaysia untuk sementara waktu sehinggalah wujud\u00a0satu ketetapan tempoh yang baharu.\n(ii) mencadangkan suatu kajian yang terperinci perlu dibuat bagi menentukan tempoh yang wajar untuk saudara baharu dikira sebagai muallaf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15831", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2018 yang bersidang pada 18-19 April 2018 telah membincangkan mengenai\u00a0Hukum Hiasan Ayat Suci Al-Quran Atau Hadis (Khat) Di Dinding Dan Mihrab Masjid/Surau Daerah Timur Laut. Mesyuarat memutuskan bahawa:\n(i) penggunaan sebarang khat yang susun atur kalimahnya mengelirukan pada mana-mana ayat al-Quran atau hadis adalah tidak harus.\u00a0\n(ii) khat yang diletakkan di hadapan mihrab secara kekal adalah makruh hukumnya kerana boleh mengganggu konsentrasi atau kekhusyukan orang yang sedang solat.\n(iii) tidak makruh jika ditulis selain daripada dinding arah kiblat atau jika ditulis di bahagian hadapan hendaklah diletakkan di tempat yang tinggi serta tidak dapat dilihat (luar daripada pandangan mata) oleh orang yang sedang mengerjakan solat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15830", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2006 yang bersidang pada 19 April 2006 telah membincangkan mengenai Cadangan Pelaksanaan Pemeriksaan Kesihatan Kepada Bakal Pengantin Di Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat memutuskan seperti berikut :\n(i) Bersetuju supaya pemeriksaan kepada bakal pengantin di Negeri Pulau Pinang dilaksanakan.\n(ii) Bersetuju jika sekiranya seseorang bakal pengantin itu didapati mempunyai kes HIV/AIDS positif, maka pihak tersebut hendaklah diberi kaunseling dan terpulanglah kepada waris yang telibat sama ada untuk meneruskan atau pun tidak perkahwinan tersebut.\n(iii) Keputusan pemeriksaan kesihatan tersebut dikategorikan sebagai sulit"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15826", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2012 yang telah bersidang pada 29 November 2012 telah membincangkan mengenai Sembahyang Tahiyyatul Masjid dan Iktikaf Di Dalam Bangunan Selain Masjid. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n(i) Mesyuarat berpandangan bahawa jika dilihat kepada hukum asal sembahyang sunat tahiyyatul masjid dan i'tikaf, kedua-duanya hanya sunat dilakukan di dalam sesebuah tempat yang dinamakan masjid. Alasannya ialah:\na. Tujuan sembahyang sunat tahiyyatul masjid dikerjakan adalah sebagai menghormati masjid.\nb. Masjid merupakan salah satu rukun atau syarat sah i'tikaf.\n(ii) Oleh itu, tidak disunatkan sembahyang sunat tahiyyatul masjid dan i'tikaf itu di dalam balai ibadat atau surau. lni kerana memang jelas nama balai ibadat atau surau itu bukan dimaksudkan sebagai masjid walaupun didirikan di dalamnya sembahyang berjemaah lima waktu, sembahyang Jumaat serta sembahyang sunat yang lain seperti Tarawih, 'Idil Fitri, 'Idil Adha dan lain-lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15825", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 3/2012\u00a0yang bersidang pada 25 Mei 2012 telah membincangkan mengenai isu\u00a0Pembid'ahan Dan Penghinaan Amalan-Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mesyuarat bersetuju untuk melarang pembid'ahan dan penghinaan terhadap amalan-amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai panduan atau irsyad hukum. Antara larangan tersebut adalah berkaitan amalan-amalan seperti berikut :-\ni. Membaca Talqin.\nii. Membaca Al-Quran di atas kubur.\niii. Tahlil.\niv. Kenduri Arwah.\nv. Amalan menghadiahkan pahala ibadah kepada si mati seperti bacaan Al-Quran.\nvi. Qunut Subuh.\nvii. Bacaan doa dan diaminkan oleh para jemaah secara beramai-ramai sama ada selepas solat atau di Iain-Iain waktu dan upacara.\nviii. Tawassul.\nix. Berzikir secara beramai-ramai.\nx. Membaca surah Yasin malam Jumaat atau pada mana-mana majlis upacara sambutan hari-hari\u00a0kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, Maulidar-Rasul, Isra' Mikraj dan Nisfu Syaaban.\nxi. Sembahyang tarawih 20 rakaat.\nxii. Sembahyang hajat secara berjamaah.\nxiii. Menyapu muka selepas memberi salam.\nxx. Dua kali azan pada hari Jumaat.\nxxx. Melafazkan niat dalam ibadah.\n2. Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan adalah dilarang :-\ni. Membid'ah atau;\nii. Menghina atau;\niii. Memperlekeh sama ada dengan perkataan, perbuatan, penulisan atau apa-apa tindakan yang membawa maksud yang seumpama dengannya atau;\niv. Mengajar, menyiar, menyebar, menghebah dan mendedahkan dengan apa-apa cara sekalipun."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15824", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 3/2013 yang bersidang pada 12 September 2013 telah membincangkan mengenai Hukum Menghisap Shisha Menurut Pandangan Syarak. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n1. Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti\u00a0perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dalam dan Iuar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara dan pembentukan generasi akan datang, maka mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.\n2. Mesyuarat menegaskan bahawa pengharaman shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari'yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara seperti mana tuntutan Syarak, kerana shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara yang buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:-\n(i) Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: \"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri\u00a0kamu ke dalam bahaya kebinasaan.\"\n(ii) Firman Alllah S.W.T dalam surah Al-A'raf ayat 157 yang bermaksud; 'Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.\"\n(iii)\u00a0\u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00b6\u00d8\u00b1\u00d8\u00b1 \u00d9\u02c6\u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00b6\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d8\u00b1\nSabda Rasulullah SAW yang bermaksud:\"Tidak boleh memudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lajn).\"\n(Hadith riwayat Ahmad, Malik, lbn Majah dan al-Daruqutni)\n(iv) Kaedah usul fiqh:\n\u00d8\u00b3\u00d8\u00af \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b0\u00d8\u00b1\u00d9\u0160\u00d8\u00b9\u00d8\u00a9\u00a0\nMaksudnya : Menutup pintu kerosakan.\n\u00d8\u00af\u00d8\u00b1\u00d8\u00a1 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d9\u0081\u00d8\u00a7\u00d8\u00b3\u00d8\u00af \u00d9\u2026\u00d9\u201a\u00d8\u00af\u00d9\u2026 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u2030 \u00d8\u00ac\u00d9\u201e\u00d8\u00a8 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d8\u00b5\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad\nMaksudnya : Menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mendapat kemaslahatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15823", "body": "Mesyuarat Jawatakuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2013 yang bersidang pada 30 Januari 2013 memutuskan seperti berikut:\n1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat menegaskan transaksi jual beli\u00a0dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli\u00a0yang digariskan oleh Syarak. Sesuatu transaksi jual beli\u00a0adalah dikira tidak sah, sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Mesyuarat turut menegaskan bahawa transaksi jual beli\u00a0dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.\n2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual\u00a0beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., mesyuarat memutuskan bahawa transaksi jual beli\u00a0dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.\n3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri\u00a0dalam aktiviti atau transaksi jual beli\u00a0dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak samada syarikat atau individu di dalam atau di luar Negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual beIi\u00a0emas seperti yang digariskan oleh Syarak atau undang-undang Negara."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15821", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2013 yang bersidang pada 30 Januari 2013 telah memutuskan seperti berikut:\n1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat berpandangan bahawa cochineal adalah sejenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada cochineal boleh dimanfaatkan oleh manusia. Dari segi perundangan negara, Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).\n2. Mesyuarat juga menegaskan bahawa Jumhur Fuqaha' sepakat menyatakan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna cochineal adalah diperolehi daripada serangga cochineal yang telah mati dimana darahnya tidak mengalir.\n3. Berdasarkan ketetapan tersebut, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15818", "body": "Mesyuarat Jawatankukasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2017 yang bersidang pada 18-19 Disember 2017 telah membincangkan mengenai\u00a0Hukum Menggerakkan Tabung Kutipan Derma/Sumbangan Ketika Khutbah Jumaat.\u00a0Mesyuarat memutuskan bahawa:\n(i) menggerakkan tabung kutipan derma atau sumbangan ketika khutbah Jumaat adalah makruh.\n(ii) menasihatkan agar kaedah kutipan derma atau sumbangan adalah seperti berikut:\na. Menggerakkan tabung kutipan sebelum khutbah Jumaat atau selepas solat Jumaat.\nb.\u00a0Memperbanyakkan dan meletakkan tabung kutipan derma atau sumbangan di setiap lorong saf.\nc. Memperbanyakkan dan meletakkan tabung kutipan derma atau sumbangan di tepi laluan serta pintu keluar masuk masjid serta di tempat-tempat yang sesuai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15816", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2017 yang bersidang pada 24-25 OKtober\u00a02017 telah membincangkan mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n(i) Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat menegaskan bahawa Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah SAW menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat al- Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak berlaku syirik.\n(ii)\u00a0Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, mesyuarat mendapati bahawa isu produk yang dilabelkan sebagai \u2018makanan sunnah\u2019 dan makanan/minuman yang diruqyahkan dengan ayat al-Quran serta zikir semakin berleluasa dan menjadi pelan pemasaran pengusaha produk-produk makanan dan barangan di Negara ini. Ia telah menjadi kaedah untuk melariskan produk bersandarkan perkataan \u2018makanan sunnah\u2019 dan ruqyah.\n(iii) Sehubungan dengan itu, sebagai\u00a0\nSadd az-Zarai\u2019\n\u00a0kepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan komersial, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan ruqyah dan istilah \u2018makanan sunnah\u2019 secara tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengaut keuntungan dan melariskan produk perlu dihentikan kerana dibimbangi ia termasuk dalam perbuatan memperdagangkan ayat-ayat al-Quran yang ditegah oleh ajaran Islam.\n(iv) Oleh hal yang demikian, mesyuarat menggesa supaya perbuatan tersebut ditangani segera supaya istilah \u2018makanan sunnah\u2019 ini tidak difahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat, dan penggunaan ruqyah tidak disalahgunakan sehingga menggugat akidah sekiranya masyarakat meyakini keberkesanan ruqyah pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha dan ikhtiar serta kekuasaan Allah SWT.\n(v) Mesyuarat juga bersetuju memutuskan supaya penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial tidak dibenarkan sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15815", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2017 yang bersidang pada 24-25 OKtober\u00a02017 telah membincangkan mengenai\u00a0Hukum Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri Makanan Halal. Mesyuarat memutuskan bahawa:\n(i) Asid tartarik yang menggunakan\u00a0\nwine-lees\n\u00a0adalah haram kerana:\u00a0\na.\u00a0ia terhasil daripada proses pemeraman arak yang telah sempurna dan bukannya sebelum menjadi arak.\nb. Istihalah yang berlaku secara semulajadi daripada arak adalah dibenarkan. Tetapi proses nyah alkohol secara penyulingan wine-lees tidak berlaku secara semulajadi dan tidak dibenarkan.\u00a0\n(ii)\u00a0Asid tartarik yang bukan berasal daripada\u00a0\nwine-lees\n\u00a0adalah dibenarkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15814", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2017 yang bersidang pada 14-15 Ogos 2017 telah membincangkan mengenai Hukum\u00a0Pemeliharaan Anjing\u00a0Sebagai Haiwan Peliharaan Oleh Orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n1. hukum\u00a0memelihara\u00a0anjing di rumah oleh orang\u00a0Islam sebagai haiwan peliharaan (pet) adalah haram melainkan untuk tujuan muktabar yang termasuk dalam keperluan dan kemaslahatan.\u00a0Antaranya adalah untuk tujuan:\n(i) Perburuan; anjing yang digunakan bukanlah anjing \"comel\" dijadikan\u00a0\"teman\" untuk bermanja, tetapi anjing yang garang atau tahan lasak dan sesuai dijadikan untuk berburu. Walau bagaimanapun, Islam hanya membenarkan perburuan adalah untuk mendapatkan makanan, bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka;\n(ii) Anjing pemandu jalan; untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta sekiranya amat memerlukan dan tiada orang lain yang dapat membantu;\n(iii)\u00a0Keselamatan; untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti\u00a0Polis dan Kastam, dan juga untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah;\n(iv) Membantu penternakan haiwan.\n2. Perbuatan memegang anjing secara sengaja, tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam akan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ianya bercanggah dengan pegangan mazhab dan\u00a0\nuruf\n\u00a0di Malaysia. Menurut mazhab syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah\u00a0\nharam\n\u00a0di sisi Islam.\n3.\u00a0Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena\u00a0najis yang dikategorikan sebagai mughallazah namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.\n4. Perbuatan mana-mana orang Islam yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan (pet) akan disalah tafsir dan dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.\u00a0Oleh yang demikian, mereka perlu segera meninggalkan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.\n5. Justeru, umat Islam dinasihatkan agar tidak menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan. Ini kerana Islam\u00a0mewajibkan umatnya untuk memelihara kesucian\u00a0diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak\u00a0menjejaskan amal ibadah seharian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15813", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2018 yang bersidang pada 18-19 April 2018 telah membincangkan mengenai Hukum Menyambut Perayaan Orang Bukan Islam Dalam Masjid: Kajian Kes Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:\n(i) Program kepada orang bukan Islam di masjid bagi tujuan dakwah kepada golongan ini, di samping memurnikan hubungan di antara penduduk Islam dan bukan Islam adalah harus.\u00a0\n(ii) Sebarang penganjuran program sambutan perayaan bukan Islam yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah Islam atau boleh mendatangkan fitnah kepada agama Islam adalah haram.\n(iii) Dicadangkan Sambutan Hari Terbuka dianjurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri atau hari-hari kebesaran umat Islam yang lain dan menjemput orang-orang bukan Islam hadir ke majlis-majlis tersebut.\n(iv) Satu garis panduan berkenaan perkara ini perlu disediakan bagi memberi panduan dan rujukan dalam merangka program kepada orang bukan Islam di dalam premis masjid mahupun surau."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15811", "body": "1. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2018 yang bersidang pada 18-19 April 2018 telah membincangkan mengenai\u00a0Perbezaan Pada Susunan Wali Perkahwinan : Penilaian Semula Dan Penyelarasan. Mesyuarat memutuskan untuk menerima serta memperakukan susunan wali perkahwinan seperti berikut:-\na. Bapa\nb. Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas\nc. Saudara lelaki seibu sebapa\nd. Saudara lelaki sebapa\ne. Anak saudara lelaki seibu sebapa\nf. Anak saudara lelaki sebapa\ng. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah\nh. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah\ni. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa\nj. Bapa saudara sebelah bapa sebapa\nk. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu)\nl. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu)\nm. Anak sepupu seibu sebapa ke bawah\nn. Anak sepupu sebapa ke bawah\no. Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara)\np. Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara)\nq. Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa\nr. Anak lelaki datuk saudara sebapa\ns. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah\nt. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah\nu. Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara)\nv. Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara)\nw. Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa\nx. Anak lelaki moyang saudara sebapa\ny. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa\nz. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa\n\u00a0\n2. Mesyuarat berpandangan bahawa susunan wali ini perlu dipertimbangkan untuk diguna pakai di Negeri Pulau Pinang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15799", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15798", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15795", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 3/2018-1439H yang bersidang pada 29 Mac 2018 bersamaan 11 Rejab 1439H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin Orang Islam\u00a0dengan sighah seperti berikut\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Pengurusan pelupusan anggota dan tisu orang Islam:-\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0Anggota dan Tisu Orang Islam Yang Hidup:\n\n\n\u00a0\n\n\nMenurut Jumhur Fuqaha, anggota badan manusia yang terpotong daripada jasad yang masih lagi hidup hendaklah ditanam tanpa dibasuh dan tanpa disolat walaupun ia hanyalah kuku atau rambut.\n\n\n\u00a0\n\n\nii.\u00a0Anggota dan Tisu Orang Islam Yang Mati:\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0Menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, jika ditemui sebahagian besar daripada anggota jenazah, maka ia hendaklah dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan.\n\n\nb. Bagi mazhab Syafie dan Hanbali, ia hendaklah dimandi, dikafan disembahyang dan dikebumikan walaupun sebahagian kecil dijumpai anggota jenazah tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Pengurusan pelupusan anggota dan tisu orang bukan Islam. Ia hendaklah ditanam atau dibakar mengikut ajaran agama mereka.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Pengurusan anggota dan tisu yang merbahayakan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Organ-organ dan tisu-tisu yang dibuang dan dipotong daripada badan pesakit sama ada pesakit Islam atau bukan Islam hendaklah ditanam.\n\n\nii. Sekiranya organ-organ atau tisu-tisu tersebut terdiri daripada kumpulan penyakit berjangkit maka pihak hospital hendaklah menghapuskan kuman penyakit berjangkit tersebut dengan ubat-ubat tertentu kemudian hendaklah ditanam organ-organ atau tisu-tisu tersebut.\n\n\niii.Proses pembakaran ataupun penunuan untuk tujuan melupuskan anggota dan tisu orang Islam adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya tiada cara atau kaedah untuk menghapuskan kuman penyakit tersebut, maka diharuskan organ-organ atau tisu-tisu ini dibakar.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0Pengurusan janin orang Islam mengikut Mazhab Syafie\n\n\n\u00a0\n\n\na. Janin yang dilahirkan sebelum cukup tempoh mengandung (minimum) enam bulan dua lahzoh:\n\n\ni. Jika diketahui hayatnya maka wajib dimandikan dan disolatkan. Dia juga berhak mewarisi dan diwarisi hartanya sebagaimana hukum-hakam berkaitan dengan orang yang hidup sempurna.\n\n\nii. Sekiranya tidak diketahui hayatnya tetapi terzahir rupa bentuk manusia, maka diwajibkan mandi sahaja tanpa perlu solat ke atasnya.\n\n\niii. Sekiranya tidak terzahir rupa bentuk manusia, maka tidak diwajibkan mandi.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Janin yang dilahirkan semasa dan selepas tempoh enam bulan dua lahzoh :\n\n\ni. Sekiranya janin dilahirkan dalam keadaan mati, maka wajib dimandikan, sunat diberikan\u00a0nama dengan syarat telah ditiupkan roh ke atasnya serta tidak berhak mewarisi dan diwarisi hartanya.\n\n\n(Sumber :Fiqh ala Mazahib al-Arba\u2019ah, Abdul Rahman al-Jaziry, Maktabah al-Taufiqiyyah, Jld 1 hlm 457.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Pengurusan janin yang hidup seketika ketika dilahirkan mengikut Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali:\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0Jika ia hidup seketika selepas dilahirkan, maka hendaklah diberi nama, dimandi dan disembahyangkan. Dia juga berhak mewarisi dan diwarisi hartanya sebagaimana hukum-hakam berkaitan dengan orang yang hidup sempurna\n\n\n\u00a0\n\n\n6. Pengurusan janin yang mati ketika dilahirkaMenurut mazhab Hanafi, jika janin itu keluar dalam keadaan mati, dan tiada sebarang tanda awal hidup, maka ia hendaklah dimandi, diberi nama, dibungkus dalam secebis kain dan dikebumikan tanpa solat.\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Bagi mazhab Maliki pula, mereka berpandangan tidak dimandikan janin yang tiada sebarang tanda-tanda hidup seperti tangisan dan gerakan bayi tidak dikira sebagai tanpa hidup. Menurut Ibn Syihab, tidak disembahyangkan ke atas janin, namun ia boleh dikebumikan bersama-sama ibunya.\n\n\nii. Tiada tangisan sewaktu kelahiran, jika kandungan yang tidak sampai tempoh empat bulan ke atas, maka ia tidak wajib dimandi, dikafan dan disolatkan. Namun, disunatkan ia dikafankan dengan kain dan dikebumikan tanpa solat.\n\n\niii. Dalam mazhab Hanbali pula, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Qudamah, jika janin telah mencapai usia empat bulan atau telah sempurna kejadiannya, maka ia dimandi dan disembahyangkan walaupun tiada sebarang tanda-tanda awal hidup serta disunatkan juga diberi nama padanya\n\n\n\u00a0\n\n\n7. Peraturan pengurusan pelupusan sedia ada\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0Berdasarkan kepada amalan semasa, pihak konsesi akan melupuskan segala tisu, organ dan janin sama ada clinical waste atau chemical waste secara penunuan (incineration).\n\n\nii. Proses pembakaran ataupun penunuan untuk tujuan melupuskan segala tisu, organ dan janin adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya tiada cara atau kaedah untuk menghapuskan kuman penyakit tersebut, maka diharuskan dibakar.\n\n\n\u00a0\n\n\n8. Berhubung dengan cadangan untuk menanam bahan yang mengandungi formalin dan bahan kimia lain (chemical waste) pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pernah berbincang hal tersebut dengan Jabatan Alam Sekitar, mereka mencadangkan agar bahan-bahan tersebut ditanam di kawasan-kawasan yang jauh lebih kurang 100 meter daripada punca air. Selain itu, dicadangkan juga agar tempat penanaman tersebut berdekatan dengan kubur yang sedia ada asalkan jauh dari punca air, kawasan perumahan, telaga dan empangan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15794", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM \n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 2003\n\n\n[\nEnakmen No.10/2003\n]\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nGOLONGAN ANTI HADIS\n\n\n\u00a0\n\n\nP\nADA\n menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [\nEnakmen No. 10/ 2003\n], Jawatankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar dan dengan persetujuan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin, mengeluarkan fatwa seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nBahawa fahaman dan ajaran yang menolak hadis (anti hadis) adalah bercanggah dengan syariat Islam. Antara percanggahan dan penyelewengan golongan anti hadis ini dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlak Islamiyyah adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDari sudut Aqidah:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenolak hadis secara total sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam;\n\n\nmenolak dua kalimah Syahadah;\n\n\nmenolak Rukun Iman: Percaya kepada Qadha dan Qadar;\n\n\nmemesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran;\n\n\nmempertikaikan kesahihan ayat-ayat al-Quran;\n\n\nmendakwa hari Kiamat akan berlaku pada 1710H atau tahun 2280M;\n\n\nmenolak berlakunya seksaan kubur selepas mati;\n\n\nmenafikan kedudukan Nabi Adam sebagai manusia pertama;\n\n\nmenolak kemaksuman para Nabi; dan\n\n\nmenghina peribadi Nabi dan kedudukan Rasulullah S.A.W.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDari sudut Syariah:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenolak pensyariatan solat; dan\n\n\nmenolak ketetapan hukum fiqh Islam tentang \u201cAurat Wanita\u201d.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDari sudut Akhlak:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmencerca dan menfitnah Ulama\u2019;\n\n\nmencabar dan mempertikaikan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama; dan\n\n\ntidak mengikut Displin Ilmu-Ilmu Islam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nFahaman dan ajaran golongan yang menolak hadis ini terkandung antara lain dalam buku-buku dan risalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBuku-buku \u201cHadis Satu Penilaian Semula\u201d dan \u201cHadis Jawapan Kepada Pengkritik\u201d yang ditulis oleh Kassim Ahmad;\n\n\nBuku-buku \u201cPendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu\u201d dan \u201cHadith di dalam Al-Quran\u201d yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;\n\n\nBuku \u201cBacaan\u201d yang ditulis oleh Othman Ali;\n\n\nBuku \u201cThe Computer Speaks: God\u2019s Message to The World\u201d yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa\u201d; dan\n\n\nRisalah \u201cIqra\u201d terbitan Jemaah al-Quran, Malaysia.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang \u2014\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenganut, mengamal, menjadi ahli atau pengikut fahaman dan ajaran anti hadis;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nberpegang pada fahaman dan ajaran yang terkandung dalam buku-buku dan risalah-risalah anti hadis yang boleh menyebabkan terkeluar dalam Islam;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenyebar, membantu, menganjur, mempromosi fahaman dan ajaran anti hadis atau menghadiri apa-apa majlis atau perjumpaan yang dikaitkan dengan fahaman dan ajaran anti hadis; atau\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmemiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem atau apa-apa bahan yang dikaitkan dengan fahaman dan ajaran anti hadis.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran anti hadis adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat 01 Oktober 2020\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1; PUNS 100/2/4 Jld.2]\n\n\n\u00a0\n\n\nDato\u2019 Hj. Mohd YUSOF bin Hj. Ahmad\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15793", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2017-1438H yang bersidang pada 24 Ogos 2017 bersamaan 2 Zu al-Hijjah 1438H telah bersetuju memutuskan untuk berkenaan Status Kesucian Ikan Yang Dipelihara\u00a0dengan sighah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nJumhur menyatakan bahawa\u00a0\n\u201cal-Jalalah\u201d\n\u00a0bermaksud haiwan yang kebanyakan (majoriti) makanannya daripada najis.\n\u00a0Al-Jalalah\nitu meliputi semua jenis haiwan sama ada unta, lembu, kambing, ayam, itik, ikan atau sebagainya daripada haiwan yang boleh dimakan.\n\n\nBinatang\u00a0\njalalah\n\u00a0yang bebas dan memakan sesuatu yang najis adalah makruh untuk dimakan.\n\n\nManakala binatang\u00a0\njalalah\n\u00a0yang dibela atau dikurung serta sengaja diberi makan makanan yang najis adalah haram dimakan.\n\n\nWalaupun begitu, binatang\u00a0\njalalah\n\u00a0tersebut harus dimakan apabila ia telah melalui tempoh kuarantin yang munasabah, iaitu sekurang-kurangnya tujuh (7) hari.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15792", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2017-1438H yang bersidang pada 24 Ogos 2017 bersamaan 2 Zu al-Hijjah 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke - 97 berkenaan Hukum Penubuhan Bank Susu dengan sighah seperti berikut :\n\n\n1.Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.\n\n\n2.Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik-beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.\n\n\n3.Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan jumhur fuqaha bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan sama ada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadis riwayat Abu Daud:\n\n\n\u0639\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0645\u0633\u0639\u0648\u062f \u0642\u0627\u0644 \u0644\u0627 \u0631\u0636\u0627\u0639 \u0625\u0644\u0627 \u0645\u0627 \u0634\u062f\u0627 \u0627\u0644\u0639\u0638\u0645 \u0648\u0627\u0646\u0628\u062a \u0627\u0644\u0644\u062d\u0645\n\n\nMaksudnya, daripada Ibn Mas\u2019ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.\n\n\n4.Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu\u00a0\u00a0adalah tidak diharuskan.\n\n\n5.Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu mengenali antara satu sama lain.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Proses Warta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15791", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2017-1438H yang bersidang pada\u00a020 Julai 2017bersamaan 26 Syawal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke - 95 berkenaan Hukum Hukum\u00a0Pemerdagangan Orang dengan\u00a0sighah\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa manusia merupakan makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah SWT dan tidak diciptakan untuk menjadi hamba kepada manusia yang lain.\n\n\nOleh yang demikian, pemerdagangan manusia yang melibatkan berbagai eksploitasi seperti pelacuran, perhambaan dan sebagainya adalah bercanggah dengan kemuliaan dan konsep khalifah yang disyariatkan Allah SWT.\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memperdagang dan mengeksploitasikan manusia dalam pelbagai bentuk yang menyalahi hukum syarak adalah diharamkan oleh Islam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Proses Warta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15790", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2017-1438H yang bersidang pada\u00a020 Julai 2017bersamaan 26 Syawal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke - 93 berkenaan Hukum Mengadakan Pameran Spesimen Anatomi Manusia dengan\u00a0sighah\u00a0seperti berikut :\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMuzakarah berpandangan bahawa Islam menetapkan bahawa jasad seseorang yang telah meninggal dunia mempunyai kemuliaan, nilai dan hak kemanusiaan yang wajib dihormati dan dipelihara sepertimana orang yang masih hidup. Pembedahan dan pengawetan mayat yang bertujuan untuk pameran dan diperagakan dalam pelbagai bentuk dan aksi adalah bertentangan dengan syarak.\n\n\nOleh yang demikian, selaras dengan ketetapan hukum syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum mengadakan pameran spesimen anatomi manusia adalah haram dan dilarang dalam Islam.\n\n\nWalau bagaimanapun, bagi tujuan pendidikan kepada orang awam berkaitan anatomi manusia, ia boleh dilakukan melalui bahan-bahan pameran yang lain seperti melalui gambar-gambar dan bahan-bahan tiruan tanpa menggunakan mayat sebenar.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Proses Warta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15789", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM \n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 2003\n\n\n[\nEnakmen No.10/2003\n]\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nUPACARA DAN AMALAN PERBOMOHAN IBRAHIM BIN MAT ZIN\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nP\nADA\n menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [\nEnakmen No. 10/ 2003\n], Jawatankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar dan dengan persetujuan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin, mengeluarkan fatwa seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nBahawa upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin untuk apa-apa tujuan dengan menggunakan atau tidak menggunakan apa-apa objek adalah menyeleweng dan berlawanan dengan ajaran Islam.\n\n\nCiri-ciri upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin yang menyeleweng dan berlawanan dengan ajaran Islam adalah seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\ndakwaan memperolehi ilmu dari harimau jadian dan sebagainya adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana menggunakan unsur-unsur penipuan dan meminta pertolongan makhluk halus;\n\n\ndakwaan mampu menangkap jin dan syaitan adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana perkara tersebut merupakan khususiyyah Nabi semata-mata;\n\n\nterdapat unsur penipuan dengan meletakkan syarat-syarat yang sukar dilakukan dan mendakwa hanya Ibrahim Mat Zin sahaja yang boleh melakukannya; atau\n\n\nalat-alat yang digunakan dalam upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin menggunakan unsur-unsur khurafat dan tahyul yang ditolak oleh Islam antaranya seperti yang berikut:\n\n\n\n\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 tebu salak hitam yang digunakan untuk menangkap toyol dan pelesit;\n\n\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 air zam-zam yang telah disumpah dengan jampi yang digunakan untuk melemahkan toyol dan pelesit; atau\n\n\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0 pokok durian tunggal yang mati beragan, tampi beras yang dianyam oleh 44 orang anak dara sunti, mata pancing dan buah selasih putih yang digunakan untuk membuang ilmu hitam.\n\n\n\n\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang \u2014\n\n\n\n\n\n\nmenganut, mengamal, menjadi ahli atau pengikut upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin;\n\n\nmengajar, menyebar, membantu, menganjur, mempromosi upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin; atau\n\n\nmemiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem atau apa-apa bahan yang dikaitkan dengan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin.\n\n\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mana-mana orang Islam adalah dilarang bersubahat daripada melakukan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan 3.\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat 01 Oktober 2020\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1: PUNS 100/2/4 Jld.2]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDato\u2019 Hj. Mohd YUSOF bin Hj. Ahmad\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15788", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 3/2017-1438H yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rejab 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pengguguran Kandungan Atas Nasihat Doktor Disebabkan Kecacatan dengan pindaan sighah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nHaram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk dan boleh membahayakan nyawa ibu atas nasihat dua orang doktor yang adil.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15787", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 3/2017-1438H yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rejab 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol dengan pindaan sighah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHaram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.\n\n\nHarus pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari sekiranya janin itu cacat atau berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.\n\n\nPengguguran janin mangsa rogol adalah harus sebelum berusia 120 hari bagi mengelakkan berlakunya fitnah.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15786", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 2/2017-1438H yang bersidang pada 30 Mac 2017 bersamaan 2 Rejab 1438H telah bersetuju memutuskan dengan sighah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Di dalam Islam, Jumhur Ulama telah sepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur (belum baligh) juga adalah Islam dan hak penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Muzakarah memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam dan hak penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Keputusan ini hendaklah diwartakan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Proses warta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15785", "body": "Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 1/2017-1438H yang bersidang pada 15 Februari 2017 bersamaan 18 Jamadiawwal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-86 berkenaan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam dengan pindaan sighah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada kerana tempat yang ditatu itu adalah najis jika tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15782", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM \n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 2003\n\n\n[\nEnakmen No.10/2003\n]\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nAJARAN MILLAH ABRAHAM @ IBRAHIM\n\n\n\u00a0\n\n\nP\nADA\n menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [\nEnakmen No. 10/ 2003\n], Jawatankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar dan dengan persetujuan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin, mengeluarkan fatwa seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nBahawa ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nCiri-ciri percanggahan dan pertentangan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmembawa ajaran dan kerajaan baharu atas nama Millah Abraham @ Ibrahim;\n\n\nmendakwa ada Rasul selepas Nabi Muhamad S.A.W;\n\n\nmendakwa bahawa orang yang tidak mengikuti ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah syirik;\n\n\nmenggabungkan tiga (3) ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi;\n\n\nmenyalahertikan maksud kiamat;\n\n\nmemahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri;\n\n\nmengingkari kewajiban solat lima waktu dan solat Jumaat; dan\n\n\ntaksub sehingga sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan dan suami isteri sekiranya tidak mengikuti fahaman dan ajaran ini.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang \u2014\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenganut, mengamal, menjadi ahli atau pengikut ajaran Millah Abraham @ Ibrahim;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmengajar, menyebar, membantu, menganjur, mempromosi ajaran atau menghadiri apa-apa majlis atau perjumpaan yang dikaitkan dengan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim; atau\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmemiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem atau apa-apa bahan yang dikaitkan dengan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat 01 Oktober 2020\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1: PUNS 100/2/4 Jld.2]\n\n\n\u00a0\n\n\nDato\u2019 Hj. Mohd YUSOF bin Hj. Ahmad\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15731", "body": "Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang dan hasil perbincangan yang dibuat, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-24 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 14 Rabiul Awal 1438 bersamaan 14 Disember 2016\u00a0bersetuju memutuskan bahawa setiap tanah yang telah diwartakan sebagai tapak perkuburan Islam tidak boleh digunakan selain daripada tujuan pengebumian jenazah. Oleh itu, mana-mana pencerobohan ke atas tapak perkuburan ini adalah diharamkan dan bangunan yang telah dibina tersebut wajib dirobohkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15711", "body": "Berdasarkan Maklumat Yang Diperolehi Dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-110, Kertas Jkf Bil 1/110/2017, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-2 Penggal Ke-12 Yang Bersidang Pada 3 Syaaban 1438 Bersamaan 30 April 2017 Telah Bersetuju Dan Memutuskan Untuk Mewartakan Amalan Perbomohan Ibrahim Mat Zin Ini Serta Membuat Keputusan Sebagaimana Sighah Fatwa Berikut:\n\n\nAmalan Serta Perbomohan Yang Di Bawa Oleh Ibrahim Mat Zin Adalah Syirik Dan Khurafat Sebagaimana Berikut: \n\n\n\n\nDakwaannya memperoleh ilmu dari harimau jadian dan sebagainya adalah bercanggah dengan Islam kerana menggunakan unsur-unsur penipuan dan menggunakan unsur meminta pertolongan makhluk halus. Ini kerana tidak terdapat dalam sejarah Islam bahawa harimau dan sebagainya mengajar sebarang ilmu kepada manusia. Di samping itu harimau jadian dan sebagainya hanya sekadar istilah dalam masyarakat sedangkan makhluk tersebut pada hakikatnya adalah jin dan syaitan.\n\n\nAmalan bertapa adalah berpunca daripada agama Hindu dan bukan ajaran Islam. Amalan bertapa ditolak oleh Islam kerana ia membawa kepada peninggalan perkara-perkara fardu seperti solat dan sebagainya.\n\n\nDakwaan mampu menangkap jin dan syaitan adalah bercanggah dengan Islam kerana perkara tersebut merupakan \nkhususiyyah\n nabi semata-mata dan tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa.\n\n\nMenggunakan agenda ajaran sesat bagi mempengaruhi mangsa dengan meletakkan beberapa syarat dan perkara yang sukar diperoleh atau dilakukan. Perkara-perkara tersebut hanya boleh dilakukan menerusi Raja Bomoh sahaja. Ini adalah merupakan unsur penipuan semata-mata.\n\n\nJusteru, orang Islam di Negeri Terengganu hendaklah menjauhi amalan ini dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu yang telah mengamalkan amalan ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah s.w.t.\n\n\nMana-mana orang Islam di Negeri Terengganu yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Terengganu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15710", "body": "Berdasarkan maklumat yang dihantar melalui email oleh Encik Hasrin bin Harin, Pengasas \nValet Doa\n, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Pertama Penggal Ke-12 yang bersidang pada 2 Jamadil Akhir 1438 bersamaan 1 Mac 2017 berpandangan bahawa hukum menawarkan pakej khidmat \nValet Doa\n di Mekah dengan harga tertentu adalah bercanggah dengan hukum Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15709", "body": "Berdasarkan maklumat dan kertas kerja yang diperolehi dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Pertama Penggal Ke-12 yang bersidang pada 2 Jamadil Akhir 1438H bersamaan 1 Mac 2017 telah bersetuju dan memutuskan untuk mewartakan ajaran ini serta membuat keputusan sebagaimana sighah fatwa berikut:-\n\n\ni. \nFahaman dan ajaran ilmu makrifat (mengenal Allah/diri) oleh Mohd Yusof Cik Wook yang disebarkan oleh Haji Shaari bin Mohd Yusof mengandungi elemen-elemen seperti berikut : -\n\n\n\n\nFahaman \nMujassimah\n.\n\n\nFahaman \nWahdatul Wujud\n.\n\n\nFahaman \nal-Hulul Wa al-Ittihad\n.\n\n\nMelihat Allah semasa di dunia.\n\n\nOrang yang tidak mengenal diri itu adalah lebih kafir daripada orang kafir.\n\n\nLailatul Qadar menurut ilmu makrifat, tidak ada apa-apa kelebihan.\n\n\nKekeliruan dalam pemahaman nafi dan isbat dalam dua kalimah shahadah.\n\n\nBerfahaman Liberal dan Pluralisme agama.\n\n\nPluralisme dalam akidah dan tarikat.\n\n\n\n\nii. Fahaman dan ajaran ilmu makrifat (mengenal Allah/diri) oleh Mohd Yusof Cik Wook yang disebarkan oleh Haji Shaari bin Mohd Yusof adalah haram kerana menyeleweng dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah dan syariah.\n\n\niii. Diharamkan mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu daripada berpegang dan mengamalkan sebarang fahaman dan ajaran ilmu makrifat (mengenal Allah/diri) oleh Mohd Yusof Cik Wook yang disebarkan oleh Haji Shaari Bin Mohd Yusof.\n\n\niv. Semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran tersebut melalui apa jua medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan serta-merta.\n\n\nv. Justeru, orang Islam hendaklah menjauhi ajaran ini dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang\u00a0telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah s.w.t.\n\n\nvi. Mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Terengganu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15708", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Pertama Penggal Ke-12 yang bersidang pada 2 Jamadil Akhir 1438H bersamaan 1 Mac 2017 telah bersetuju dan memutuskan untuk mewartakan ajaran ini serta membuat keputusan sebagaimana sighah fatwa berikut: \n\n\ni. \nFahaman dan ajaran ilmu syahadah, zikir nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (Perahmat) atau seumpamanya mengandungi elemen-elemen seperti berikut : \n\n\n\n\nTerbatal kesemua rukun Islam sekiranya tidak mempelajari ilmu syahadah yang dibawa oleh Ismail bin Kassim .\n\n\nTuntutan mencari penyaksi syahadah.\n\n\nIsmail bin Kassim penyaksi syahadah.\n\n\nWajib mempelajari zikir nafas kerana tiada cara lain untuk mencari Allah kecuali melaluinya.\n\n\nMengisi nafas dengan zikir\u00a0\n\u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a5\u00d9\u201e\u00d9\u2021 \u00d8\u00a5\u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021\n\n\nAmalan zikir nafas telah wujud sejak dari zaman Nabi Adam a.s.\n\n\nZikir nafas adalah amalan 124,000 para rasul dan para wali Allah.\n\n\nAmalan zikir nafas adalah sahih dan sabit melalui al-Quran dan al-Hadith.\n\n\nSemua makhluk hidup dengan kalimah \u2018Hu\u2019.\n\n\nKelebihan luar biasa apabila mengamalkan zikir nafas.\n\n\nMengamalkan kepercayaan \nWahdat al-Wujud\n.\n\n\nMentakwil ayat-ayat al-Quran secara bathil.\n\n\nKaedah penafsiran al-Quran (usul tafsir) yang menyeleweng.\n\n\nBerpegang kepada hadis palsu.\n\n\nGhuluw\n (melampau) dalam menghormati guru.\n\n\n\n\nii. \nAjaran ilmu syahadah, zikir nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (Perahmat) adalah haram kerana menyeleweng dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah dan syariah.\n\n\niii. Diharamkan mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu daripada berpegang dan mengamalkan sebarang ajaran ilmu syahadah, zikir nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (Perahmat)\n\n\niv. \nSemua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran tersebut melalui apa jua medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan serta-merta.\n\n\nv. \nJusteru, orang Islam hendaklah menjauhi ajaran ini dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang\u00a0telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah s.w.t.\n\n\nvi. Mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Terengganu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15707", "body": "Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Draf \nSighah\n keputusan / pandangan\u00a0hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-109, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Pertama Penggal Ke-12 yang bersidang pada 2 Jamadil Akhir 1438H bersamaan 1 Mac 2017 telah bersetuju dan memutuskan untuk mewartakan ajaran ini serta membuat keputusan sebagaimana sighah fatwa berikut:\n\n\ni. \nFahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim mengandungi elemen-elemen seperti berikut : -\n\n\n\n\nMembawa ajaran dan kerajaan baharu (Millah Abraham @ Ibrahim).\n\n\nMendakwa ada rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w.\n\n\nMensyirikkan golongan yang tidak mengikuti ajaran Millah Abraham @ Ibrahim.\n\n\nMenggabungkan tiga ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.\n\n\nMenyalah ertikan maksud kiamat .\n\n\nMemahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri.\n\n\nMemutarbelitkan/memberi kefahaman yang salah tentang kewajipan\u00a0solat lima waktu dan solat Jumaat.\n\n\nTaksub kepada ajaran sehingga sanggup memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri sekiranya tidak mengikuti fahaman dan ajaran ini.\n\n\n\n\nii. \nAjaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah haram kerana menyeleweng dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah dan syariah.\n\n\niii. \nDiharamkan mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu daripada berpegang dan mengamalkan sebarang ajaran dan doktrin Millah Abraham @ Ibrahim.\n\n\niv. \nMana-mana orang Islam di Negeri Terengganu diharamkan memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, buku, majalah, atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan ajaran dan fahaman tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15706", "body": "Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang dan hasil perbincangan yang dibuat, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-25 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 23 Rabiul Akhir 1438 bersamaan 22 Januari 2017\u00a0telah bersetuju menerima cadangan susunan wali pernikahan seperti berikut :\n\n\n\n\nBapa \u0627\u0644\u0623\u0628\n\n\nDatuk (bapa kepada bapa) dan ke atas \u0627\u0644\u062c\u062f \u0623\u0628\u0648 \u0627\u0644\u0623\u0628\n\n\nSaudara lelaki seibu sebapa\u00a0\u00a0\u00a0\u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\n\nSaudara lelaki sebapa \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\nAnak saudara lelaki seibu sebapa \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\nAnak saudara lelaki sebapa\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\nAnak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\nAnak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0623\u062e \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\nBapa saudara sebelah bapa seibu sebapa\u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\n\nBapa saudara sebelah bapa sebapa\u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\nAnak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu)\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\n\nAnak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu)\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\nAnak sepupu seibu sebapa ke bawah\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\n\nAnak sepupu sebapa ke bawah \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0645 \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\nBapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara)\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\n\nBapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara)\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628\n\n\nAnak lelaki datuk saudara seibu sebapa \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\n\n\nAnak lelaki datuk saudara sebapa \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\nAnak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\u00a0\n\n\nAnak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah \u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0628 \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\nBapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara)\u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\n\nBapa saudara datuk sebapa (moyang saudara)\u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\nAnak lelaki moyang saudara seibu sebapa\u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\n\nAnak lelaki moyang saudara sebapa\u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\nAnak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645 \n\n\nAnak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa\u0627\u0628\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645 \u0627\u0644\u062c\u062f \u0644\u0644\u0623\u0628 \n\n\n\n\nPerlu ditekankan bahawa sebutan secara umum \u201cke bawah\u201d pada no.7 dan no.8 tidak bermakna anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa berada di kedudukan setaraf dengan anak saudara lelaki seibu sebapa, dan mendahului kedudukan anak saudara lelaki sebapa, tetapi sebaliknya anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa berada di kedudukan selepas anak saudara lelaki seibu sebapa dan anak saudara lelaki sebapa. Begitulah juga untuk no.13 dan no.14 serta no.19 dan no.20."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15705", "body": "Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang dan hasil perbincangan yang dibuat, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-24 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 14 Rabiul Awal 1438 bersamaan 14 Disember 2016\u00a0bersetuju memutuskan bahawa wang zakat bawah sinf fisabilillah hanya boleh digunakan untuk pembaikian, penyelenggaraan dan pembelian peralatan masjid jika tidak mendapat bantuan / sumber kewangan daripada pihak kerajaan dan tabung masjid atau dana peruntukan daripada mana-mana pihak. Manakala untuk aktiviti pengimarahan masjid adalah dibenar menggunakan\u00a0wang zakat sinf fisabilillah seperti bayaran elaun penceramah, majlis sambutan hari kebesaran Islam dan seumpamanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15703", "body": "Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang dan hasil perbincangan yang dibuat, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-24 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 14 Rabiul Awal 1438 bersamaan 14 Disember 2016\u00a0bersetuju memutuskan bahawa setiap tanah tapak masjid tidak boleh digunakan selain untuk tujuan manfaat kepada masjid. Oleh itu, dewan serbaguna ini diluluskan untuk dibina di atas tapak bekas masjid tersebut dengan syarat setelah siap ia\u00a0diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan Masjid\n \nKampung Batangan, Marang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15702", "body": "Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang dan hasil perbincangan yang dibuat, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-24 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 14 Rabiul Awal 1438 bersamaan 14 Disember 2016\u00a0sebulat suara membuat keputusan seperti berikut :\n\n\nDemi meninggikan syiar Islam dan\u00a0memartabatkan ilmu Islam dalam usaha untuk membebaskan diri daripada belenggu kejahilan, maka mesyuarat bersetuju membenarkan penggunaan wang sinf fisabilillah untuk semua perkara berkaitan Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT). Namun begitu, segala perbelanjaan biarlah berhemat bagi mengelakkan pembaziran dan tidak terkeluar daripada matlamat asal Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15701", "body": "Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang dan hasil perbincangan yang dibuat, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-23 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 7 Safar 1438 bersamaan 7 November 2016\u00a0telah bersetuju membuat keputusan seperti berikut :\n\n\n\n\nPengguguran kandungan yang berumur kurang daripada 120 hari adalah harus sekiranya kandungan itu diyakini mengalami kecacatan yang teruk atau berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.\n\n\nPengguguran kandungan yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram dengan ijmak ulama kerana pengguguran tersebut dianggap sebagai jenayah membunuh janin yang sudah ditiupkan roh padanya. Walau bagaimanapun, pengguguran bagi tujuan menyelamatkan nyawa ibu yang telah disahkan oleh pakar perubatan yang berautoriti dan boleh dipercayai adalah diharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15700", "body": "Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang dan hasil perbincangan yang dibuat, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-23 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 7 Safar 1438 bersamaan 7 November 2016\u00a0telah bersetuju membuat keputusan seperti berikut :\n\n\nHaram ditulis dan diterbitkan terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran berdasarkan petikan kitab \u0627\u0644\u062a\u0641\u0633\u064a\u0631 \u0648\u0627\u0644\u0645\u0641\u0633\u0631\u0648\u0646 yang ditulis oleh \u0627\u0644\u062f\u0643\u062a\u0648\u0631 \u0645\u062d\u0645\u062f \u062d\u0633\u064a\u0646 \u0627\u0644\u0630\u0647\u0628\u0649, jilid 1, muka surat 29 & 30 sebagaimana berikut:\n\n\n\u0634\u0631\u0648\u0637 \u0627\u0644\u062a\u0631\u062c\u0645\u0629 \u0627\u0644\u062a\u0641\u0633\u064a\u0631\u064a\u0629 :\u201d\n\n\n\u0631\u0627\u0628\u0639\u0627 - \u0623\u0646 \u064a\u0643\u062a\u0628 \u0627\u0644\u0642\u0631\u0621\u0627\u0646 \u0623\u0648\u0644\u0627 \u062b\u0645 \u064a\u0624\u062a\u0649 \u0628\u0639\u062f\u0647 \u0628\u062a\u0641\u0633\u064a\u0631\u0647 \u062b\u0645 \u064a\u062a\u0628\u0639 \u0647\u0630\u0627 \u0628\u062a\u0631\u062c\u0645\u062a\u0647 \u0627\u0644\u062a\u0641\u0633\u064a\u0631\u064a\u0629 \u062d\u062a\u0649\n\n\n\u0644\u0627 \u064a\u062a\u0648\u0647\u0645 \u0645\u062a\u0648\u0647\u0645 \u0623\u0646 \u0647\u0630\u0647 \u0627\u0644\u062a\u0631\u062c\u0645\u0629 \u062a\u0631\u062c\u0645\u0629 \u062d\u0631\u0641\u064a\u0629 \u0644\u0644\u0642\u0631\u0621\u0627\u0646 \"\n\n\nBerdasarkan kaedah \u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u0627\u0626\u0639 , maka penulisan dan penerbitan terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran perlulah ditegah dan dilarang supaya masyarakat tidak keliru membezakan antara terjemahan al-Quran dan teks sebenar al-Quran.\n\n\nTerjemahan al-Quran terutamanya dalam Bahasa Inggeris atau apa-apa bahasa sekalipun tanpa teks asal al-Quran turut dikhuatiri akan mengelirukan pembaca terutamanya rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana ianya menggunakan terjemahan istilah seperti di dalam Kitab Bible."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15699", "body": "Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang dan hasil perbincangan yang dibuat, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-23 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 7 Safar 1438 bersamaan 7 November 2016\u00a0telah bersetuju supaya dikekalkan nama asal (Akaun Amanah Dana Masjid Negeri Terengganu) kerana ianya merangkumi perbelanjaan yang lebih luas dan menyeluruh. Ia juga lebih menepati kehendak orang yang menyumbang dana ke akaun tersebut. Penjenamaan semula kepada \u201cAkaun Amanah Dana Pembinaan Masjid Negeri Terengganu\u201d hanya akan menyempitkan lagi ruang lingkup perbelanjaan dan hanya terhad kepada pembinaan sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15697", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Dua Puluh Dua Penggal Ke Sebelas yang bersidang pada 19 Syawal 1437H bersamaan 24 Julai 2016 bersetuju memutuskan bahawa pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak. Pelaburan yang dijalankan juga didapati melanggar undang-undang negara kerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15696", "body": "Berdasarkan kepada penerangan yang telah disampaikan oleh pakar-pakar perubatan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Dua Puluh Satu Penggal Ke Sebelas yang bersidang pada 24 Ramadan 1437H bersamaan 29 Jun 2016 membuat keputusan bahawa :-\n\n\ni) Bahan-bahan yang terdapat dalam vaksin adalah halal ;\n\n\nii) Pengambilan vaksin adalah satu keperluan sebagai pencegahan penyakit ;\u00a0dan\n\n\niii) Sekiranya tanpa pengambilan vaksin, manusia akan terdedah kepada penyakit yang memudaratkan fizikal dan nyawa, maka pada masa itu pengambilan vaksin adalah wajib.\n\n\niv)\u00a0\u00a0Jika pengambilan vaksin ini diwajibkan oleh pihak berkuasa, maka hukumnya adalah wajib."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15695", "body": "Berdasarkan kepada siasah syar\u2019iyyah, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada 10 Rejab 1437 bersamaan 18 April 2016 membuat keputusan bersetuju supaya istilah \u201cpork free\u201d perlu diharamkan oleh pihak berkuasa kerana ia mengelirukan masyarakat Islam dalam status halal sesuatu bahan makanan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15694", "body": "Berdasarkan kepada perkembangan semasa, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada 10 Rejab 1437 bersamaan 18 April 2016 membuat keputusan bersetuju supaya tiada had tempoh kemuallafan seseorang saudara baru bagi Negeri Terengganu. Namun penentuan kelayakan penerima zakat berkenaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan zakat. Walau bagaimanapun sebarang keputusan selanjutnya mengenai perkara ini bergantung kepada perkembangan pada masa akan datang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15693", "body": "Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada 12 Jamadil Akhir 1437 bersamaan 21 Mac 2016 membuat keputusan adalah harus melantik wanita sebagai hakim syarie bagi mengendalikan apa-apa kes selain hudud dan qisas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15690", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Fatwa Negeri Perak kali ke 211 bertarikh 21 Jun 2017M /26 Ramadhan 1438H (Rabu) telah memutuskan seperti berikut:\n1)\t Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak\u00a0memperaku untuk menolak perakuan penerimaan sesuatu\u00a0\u00a0wakaf ke atas pewakafan harta yang masih mempunyai\u00a0tanggungan atau bebanan hutang / pinjaman kerana pemilikan harta tersebut tidak memenuhi syarat-syarat harta yang diwakafkan iaitu masih belum\u00a0sempurna milik pewakaf (\u0645\u0644\u0643 \u0627\u0644\u062a\u0627\u0645). \n2)\t Mesyuarat mendapati bahawa cadangan pewakafan\u00a0terhadap tanah-tanah tersebut didapati masih mempunyai bebanan hutang dengan pihak Felcra dan Risda.\n\ufeff"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15687", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke ke 210 bertarikh 5-7 Mac 2017M / 6-8 J' Akhir 1438H (Ahad-Selasa) telah memutuskan seperti berikut:\n1)\tMesyuarat memperaku dan bersetuju supaya Wang Ta'liq Khul'i yang tidak dituntut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal dan diklasifikasikan sebagai barang temuan (harta \nLuqatah) \ndalam tempoh satu tahun. \n2)\tMesyuarat juga menyarankan agar pihak Mahkamah Syariah menyatakan di dalam surat\u00a0kepada pihak suami berkaitan urusan tuntutan wang ta'liq khul'i supaya menuntut wang tersebut dalam tempoh satu tahun. Jika tiada sebarang tuntutan dalam tempoh tersebut, maka wang berkenaan menjadi hak Baitulmal. \n3)\tHadis berkenaan Luqatah seperti berikut : \n\u00d8\u00b3\u00d9\u008f\u00d8\u00a6\u00d9\u201e\u00a0\u00d8\u00b1\u00d8\u00b3\u00d9\u02c6\u00d9\u201e\u00d9\u008f \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021\u00d9\u0090 \u00d8\u00b5\u00d9\u201e\u00d9\u2018\u00d9\u017d\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021\u00d9\u008f \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2018\u00d9\u017d\u00d9\u2026\u00d9\u017d\u00a0\u00d8\u00b9\u00d9\u2020\u00a0\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2018\u00d9\u008f\u00d9\u201e\u00d9\u201a\u00d8\u00b7\u00d8\u00a9\u00d9\u0090 \u00d8\u0152\u00a0\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b0\u00d9\u2021\u00d8\u00a8\u00d9\u008f\u00a0\u00d8\u00a3\u00d9\u02c6\u00a0\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u02c6\u00d8\u00b1\u00d9\u0090\u00d9\u201a\u00d9\u008f\u00a0\u00d8\u0178\n\u00d9\u0081\u00d9\u201a\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00a0(\u00d8\u00a7\u00d8\u00b9\u00d8\u00b1\u00d9\u017d\u00d9\u0081\u00d9\u2019\u00a0\u00d9\u02c6\u00d9\u0192\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\u017d\u00d9\u2021\u00d8\u00a7\u00a0\u00d9\u02c6\u00d8\u00b9\u00d9\u0081\u00d8\u00a7\u00d8\u00b5\u00d9\u017d\u00d9\u2021\u00d8\u00a7\u00a0.\u00a0\u00d8\u00ab\u00d9\u2026\u00a0\u00d8\u00b9\u00d8\u00b1\u00d9\u2018\u00d9\u0090\u00d9\u0081\u00d9\u2021\u00d8\u00a7\u00a0\u00d8\u00b3\u00d9\u2020\u00d8\u00a9\u00d9\u2039\u00a0.\u00a0\u00d9\u0081\u00d8\u00a5\u00d9\u2020\u00a0\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00a0\u00d8\u00aa\u00d8\u00b9\u00d8\u00b1\u00d9\u0081\u00a0\u00d9\u0081\u00d8\u00a7\u00d8\u00b3\u00d8\u00aa\u00d9\u2020\u00d9\u0081\u00d9\u201a\u00d9\u2019\u00d9\u2021\u00d8\u00a7.\n\u00d9\u02c6\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d9\u0192\u00d9\u2020\u00a0\u00d9\u02c6\u00d8\u00af\u00d9\u0160\u00d8\u00b9\u00d8\u00a9\u00d9\u2039\u00d8\u00b9\u00d9\u2020\u00d8\u00af\u00d9\u0192\u00a0.\u00a0\u00d9\u0081\u00d8\u00a5\u00d9\u2020\u00a0\u00d8\u00ac\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00a0\u00d8\u00b7\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00a8\u00d9\u008f\u00d9\u2021\u00d8\u00a7\u00a0\u00d9\u0160\u00d9\u02c6\u00d9\u2026\u00d9\u2039\u00d8\u00a7\u00a0\u00d9\u2026\u00d9\u2020\u00a0\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00af\u00d9\u2021\u00d8\u00b1\u00d9\u0090\u00a0\u00d9\u0081\u00d8\u00a3\u00d8\u00af\u00d9\u2018\u00d9\u0090\u00d9\u2021\u00d8\u00a7\u00a0\u00d8\u00a5\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2021\u00a0)\n\u00e2\u20ac\u0153\nNabi SAW. pernah ditanya tentang barang temuan berupa emas atau perak. Maka beliau bersabda, \u00e2\u20ac\u0153Ingatlah tali pengikat dan wadahnya, kemudian umumkan selama setahun. Jika\u00a0barang tersebut tidak ada yang mengakuinya, maka gunakanlah. Hendaknya barang temuan itu dianggap sebagai barang yang dititipkan padamu. Jika pada suatu hari orang yang memintanya datang, maka hendaknya engkau berikan kepadanya.\u00e2\u20ac\u009d\n-\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d9\u02c6\u00d9\u0160 :\u00a0\u00d8\u00b2\u00d9\u0160\u00d8\u00af \u00d8\u00a8\u00d9\u2020 \u00d8\u00ae\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00af \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ac\u00d9\u2021\u00d9\u2020\u00d9\u0160\u00a0|\u00a0\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d8\u00ad\u00d8\u00af\u00d8\u00ab :\u00a0\u00d9\u2026\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00a0|\u00a0\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d8\u00b5\u00d8\u00af\u00d8\u00b1 :\u00a0\u00d8\u00b5\u00d8\u00ad\u00d9\u0160\u00d8\u00ad \u00d9\u2026\u00d8\u00b3\u00d9\u201e\u00d9\u2026"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15686", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke ke 210 bertarikh 5-7 Mac 2017M / 6-8 J' Akhir 1438H (Ahad-Selasa) telah memutuskan seperti berikut: \nMesyuarat memperaku dan bersetuju bahawa kadar penentuan Had Muallaf bagi Negeri Perak Darul Ridzuan adalah selama 3 tahun dengan syarat mengikuti kelas-kelas agama yang dianjurkan dan diiktiraf oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak atau Badan-badan Berautoriti \"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15680", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 209 bertarikh 22 Ogos 2016M /19 Zulkaedah 1437H (Isnin) telah memutuskan seperti berikut:\n1)\tMesyuarat memperaku dan bersetuju supaya digunakan wang wakaf tunai bagi projek wakaf bot di bawah tabung dana Wakaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR). \n2) Mesyuarat bersetuju wang tersebut diserahkan kepada pihak koperasi yang bertindak sebagai pengurus projek dan dipantau oleh pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk). \n3)\tKaedah pengendalian wakaf bot ini dikehendaki menepati kaedah asas berkaitan wakaf seperti berikut : \na)\tTidak Dijual, Tidak Dihadiahkan Dan Tidak Diwarisi ; \n\u0623\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627 \u064a\u064f\u0628\u0627\u0639\u064f \u0648\u0644\u0627 \u064a\u064f\u0648\u0647\u064e\u0628\u064f \u0648\u0644\u0627 \u064a\u064f\u0648\u0631\u064e\u062b\u064f\n\tSesungguhnya ia tidak dijual, tidak dihadiahkan dan tidak boleh diwarisi. - (HR.Bukhari).\nb)\tPihak koperasi hendaklah menyelia projek mengikut terma dan syarat yang telah diletakkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk). \nc)\tSewaan bot hendaklah diberikan kepada nelayan\u00a0dan ahli koperasi yang berkemampuan, berkemahiran dan amanah bagi menjamin kelangsungan harta wakaf. \n\u00a0\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e \u0645\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0623\u0652\u062c\u064e\u0631\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0648\u0650\u064a\u0651\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064f\n\t\" Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai\".(Al-Qasas:26)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15678", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 209 bertarikh 22 Ogos 2016M /19 Zulkaedah 1437H (Isnin) telah memutuskan seperti berikut:\n1. Mesyuarat setelah mendengar penjelasan, meneliti hujah-hujah dan pandangan mendapati bahawa pada asasnya sesuatu perniagaan yang dilakukan perlu dikenakan zakat apabila telah mencukupi syaratnya. \n\ufeff\n2. Kewajipan berzakat juga dikenakan ke atas semua syarikat yang mempunyai pemilikan yang sempurna (\u0645\u0644\u0643 \u0627\u0644\u062a\u0627\u0645)\nFirman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 267 :\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0641\u0650\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0645\u0650\u0646 \u0637\u064e\u064a\u0650\u0651\u0628\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0633\u064e\u0628\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u062e\u0652\u0631\u064e\u062c\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\n \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650\u00a0\u06d6\n\" Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu \".\u00a0\n3. Mesyuarat mendapati bahawa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Perak Darul Ridzuan\n \nmempunyai beberapa unsur yang menyebabkan zakat perlu dikenakan seperti asas berikut : \n 3.1\tIa adalah merupakan entiti yang berasingan\u00a0\u00a0(\nseperate legal entity\n atau \" \u0634\u062e\u0635\u064a\u0629 \u0625\u0639\u062a\u0628\u0627\u0631\u064a\u0629 \" ). \n 3.2\tPengurusan kewangan syarikat terbabit terpisah sepenuhnya daripada Kumpulan Wang Disatukan (Pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri).\n 3.3\tManfaatnya tidak kembali kepada manfaat umum kecuali melalui agihan dividen dan pembayaran cukai karporat.\n 3.4\tPercampuran pemilikan antara kepentingan kerajaan dengan pemilikan individu dan swasta.\u00a0\n 3.5\tPihak kerajaan tidak dapat bertindak sebagai pembuat keputusan secara mutlak (\ndecision maker\n) dalam urusan syarikat. \n4. Oleh yang demikian mesyuarat menyarankan agar Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Perak Darul Ridzuan dapat melaksanakan kewajipan zakat kepada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15668", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang\u00a0yang bersidang pada 19 Disember 2016 Kali Ke 4/2016 telah membincangkan tentang \nPertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT)\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nMesyuarat bersetuju memutuskan ajaran yang dibawa oleh Dr. Ismail bin Kassim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh kerana :\nMendakwa syahadah dan Islam seseorang terbatal apabila tidak mempelajari ilmu syahadah ( Penyaksian roh yang sedang bersyahadah )\nMendakwa wajib mempelajari zikir nafas untuk mencari Allah\nMendakwa amalan zikir nafas adalah amalan sejak nabi Adam AS dan 124000 para Rasul dan Wali Allah\nMendakwa seseorang wajib mencari penyaksi yang akan menjadi saksi di alam arwah dan sekiranya ia tidak dijumpai maka Allah akan mengutuskan saksi apabila beramal dengan zikir nafas\nMendakwa zikir nafas sabit melalui Al-Quran dan Al-Hadis dan sesiapa yang mengingkarinya dianggap menaruh syak terhadap Al-Quran dan Al-Hadis\nMendakwa makhluk diciptakan Allah SWT akan terus hidup dengan dengan kalimah Hu. Ini bertentangan dengan Nas Syarak dan menyerupai amalan ajaran hindu\nMendakwa hari kiamat akan berlaku apabila makhluk tidak lagi berzikir dengan kalimat Allah iaitu semua makhluk seperti haiwan, tumbuhan dan manusia tidak bernafas dengan zikir kalimat Allah\nMentakwil ayat-ayat Al-Quran dengan bathil\nMenyeleweng daripada kaedah penafsiran Al-Quran\nBerpegang kepada hadis palsu\nSehubungan dengan itu, mana-mana orang Islam dilarang mempelajari, berpegang, beramal dan menyebarkan ajaran Dr Ismail Kassim di Negeri Pahang dan mereka yang beramal dengannya hendaklah bertaubat\u00a0\u00a0\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/16-2016/130-pertubuhan-rahmatan-lilalamin-perahmat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15631", "body": "Halal dimakan ikan yang kecil dan dimaafkan apa yang terdapat di dalam perut dan tidak menjadi najis jika minyaknya diambil untuk dilumur / disapu pada anggota badan.\nKeharusan memakan ikan yang dikeringkan tanpa membuang isi perutnya yang bersaiz kecil sahaja. Kadar saiz kecil itu dinilai berdasarkan uruf dalam masyarakat setempat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15606", "body": "Keputusan JKF Negeri Kedah Pada 9 Disember 1974 & 11 November 1989 bersetuju memutuskan bahawa :\nHukum membuat gambar patung dan menggunakannya kecuali anak patung permainan kanak-kanak adalah haram.\nPenggunaan patung manusia \n(mannequen)\n sebagai salah satu altenatif untuk menggambarkan pemakaian atau pergerakan individu dalam beberapa keadaan tertentu seperti pergerakan pakaian anggota keselamatan pada zaman kemerdekaan dahulu atau posisi askar melayu ketika dalam pertempuran adalah bertentangan dengan kehendak syarak.\nMaka jawatankuasa menasihatkan pihak Pentadbir Muzium Pengurusan UUM dapat membina patung manusia \n(mannequen)\n dalam keadaan tidak sempurna seperti wajah yang kosong, badan dibuat lubang, atau sebagainya. Ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa binaan patung tersebut tidak seperti manusia yang sempurna."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15602", "body": "Solat merupakan ibadah asas dalam Islam. Setiap mukallaf wajib melaksanakan solat dalam apa jua keadaan termasuk ketika keuzuran. Kaedah solat ketika darurat atau keuzuran hendaklah mengikut keadaan dan kemampuan sama ada dalam keadaan berdiri, duduk, mengiring dan sebagainya.\nI.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jumhur Ulama\u2019 menyatakan bahawa jika seseorang mendirikan solat fardhu secara duduk sedangkan dia mampu melakukannya secara berdiri maka batal solat tersebut. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: \u201d\nDiriwayatkan bahawa Imran Bin Husain RA telah mengalami penyakit buasir. Beliau bertanya kepada Nabi SAW lalu baginda menjawab; \u201dSolatlah kamu secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk (qa\u2019idan) dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.\u201d\nII.\u00a0\u00a0\u00a0Sebahagian Ulama\u2019 berpandangan bahawa solat secara duduk di atas kerusi adalah harus dan sah kerana perkataan \u201dqa\u2019ada\u201d dalam bahasa Arab memberi pengertian duduk secara umum sama ada duduk di atas kerusi atau duduk di atas lantai. Hal ini dapat difahami daripada beberapa dalil antaranya Hadis Riwayat Abi Bakrah RA yang bermaksud\u00a0\u00a0\u201d\nBahawasanya Nabi SAW duduk di atas untanya\n\u201d dan hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah bintu Qais RA yang bermaksud \u201d\nBahawasanya Nabi SAW duduk di atas mimbar\n.\u201d\u00a0Maka maksud kalimah \u201dqa\u2019ada\u201d boleh diguna dalam kedua-dua keadaan.\nIII.\u00a0\u00a0\u00a0Justeru, aplikasi \u201dduduk\u201d ketika solat boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut;\n\u00a0\n\u00a0i.\t\t\nSesorang yang mampu untuk berdiri, rukuk, sujud dan duduk (iftirasy / tawarruk\u00a0/ tarabbu\u2019 / lainnya)* \nmaka wajib mendirikan solat secara lazimnya.\n\u00a0ii.\t\nSeseorang yang mampu untuk berdiri dan rukuk tetapi tidak mampu untuk sujud dan duduk (iftirasy / tawarruk / tarabbu\u2019 / lainnya) \nmaka;\n-\n\u00a0\u00a0\u00a0\nWajib qiam ketika takbiratul ihram dan membaca Surah Al-Fatihah serta rukuk dan iktidal secara lazimnya.\n-\u00a0\u00a0\u00a0Rukun sujud dilaksanakan dalam keadaan duduk sama ada duduk di atas lantai (paling utama) atau duduk di atas kerusi (bagi yang tidak mampu duduk di atas lantai kerana sakit lutut dan sebagainya).\nBil : (38) dlm.JMNK(F)602\u00a0Jld.23\n\u00a0iii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nSeseorang yang mampu untuk berdiri sahaja\n manakala rukun yang lain iaitu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0rukuk, sujud dan duduk tidak mampu dilaksanakan secara lazimnya maka;\n-\u00a0\u00a0\u00a0Wajib qiam ketika takbiratul ihram dan membaca Surah Al-Fatihah bagi rakaat pertama.\n-\u00a0\u00a0\u00a0Rukun rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud dan tasyahud dilaksanakan dalam keadaan duduk sama ada duduk di atas lantai (paling utama) atau duduk di atas kerusi (bagi yang tidak mampu duduk di atas lantai kerana sakit lutut dan sebagainya).\n-\u00a0\u00a0\u00a0Sekiranya mampu untuk berdiri semula bagi meneruskan rakaat kedua maka wajiblah ke atasnya berdiri semula dan iktidal namun jika sebaliknya maka harus untuk meneruskan rakaat kedua dalam keadaan duduk.\n\u00a0iv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nSeseorang yang tidak mampu untuk berdiri melainkan duduk (iftirasy / tawarruk / tarabbu\u2019 / lainnya) sahaja\n maka semua rukun solat harus dilaksanakan secara duduk di atas lantai.\n\u00a0\u00a0\n\u00a0v.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nSeseorang yang tidak mampu untuk berdiri dan duduk (iftirasy / tawarruk / tarabbu\u2019 / lainnya) melainkan duduk di atas kerusi sahaja\n maka semua rukun solat harus dilaksanakan secara duduk di atas kerusi.\n\u00a0vi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nSeseorang yang langsung tidak mampu untuk berdiri, rukuk, sujud dan duduk (iftirasy / tawarruk / tarabbu\u2019 / lainnya) \nmaka bolehlah melaksanakan solat secara mengiring dan jika tidak mampu mengiring maka bolehlah dilakukan secara berbaring.\n* Iftirasy:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0Duduk dengan cara bahagian belakang (punggung) berada di atas \nkaki kiri manakala jari kaki kanan diarahkan ke kiblat atau dengan istilah lain duduk antara dua sujud.\nTawarruk:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Duduk dengan cara bahagian belakang (punggung) berada di atas lantai, hujung kaki kiri dikeluarkan ke sebelah kanan manakala tumit kaki kanan ditegakkan dan jari kaki kanan diarah ke kiblat).\nTarabbu\u2019:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Duduk dengan cara bahagian belakang (punggung) berada di atas lantai, kedua paha dimajukan ke hadapan sementara betis kanan diselipkan ke sebelah kiri dan demikian juga sebaliknya atau dengan istilah lain duduk bersila.\nLainnya:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Duduk di atas lantai namun kaedah yang berbeza daripada Iftirasy, Tawarruk dan Tarabbu\u2019. \nWallahu a\u2019lam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15598", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nMana-mana rampasan wang derma untuk tujuan wakaf hendaklah disalurkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berasaskan kepada niat kutipan dilakukan (tertulis di tabung) manakala untuk tujuan selain daripada itu disalurkan kepada Baitulmal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15597", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017\n \nbersamaan 30 Rajab 1438H berkaitan \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nMengambil maklum laporan perkembangan terkini Syiah Dawoodi Bohra di India dan mengekalkan keputusan fatwa yang dikeluarkan pada 11 Disember 1982."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15596", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H memutuskan bahawa:\n\n\ni. Hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus kerana peratusan pelaburan dalam syarikat patuh syarak telah melepasi 66% mengikut piawaian Suruhanjaya Sekuriti. Pengharusan ini ertinya \u0627\u0644\u062d\u0643\u0645 \u064a\u062f\u0648\u0631 \u0645\u0639 \u0639\u0644\u062a\u0647 \u0648\u062c\u0648\u062f\u0627 \u0648\u0639\u062f\u0645\u0627 iaitu fiqhiyyah kaedah berdasarkan \u201cHukum Berubah Menurut Perubahan \u2018Illah (sebab)\u201d ;\n\n\nii. PNB hendaklah meneruskan usaha-usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan tersebut menepati syarak sepenuhnya; dan\n\n\niii. Keharusan hukum pelaburan ini akan dikaji semula selepas 3 tahun dan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syarak melebihi 75%."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15595", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2017 yang bersidang pada 31 Januari 2017\n \nbersamaan 3 Jamadilawwal 1438H berkaitan \nMemohon Kelulusan Penggunaan Istilah \"Jual Beli Pajakan\" Dalam Kontrak Perjanjian Pajakan Unit Bagi Projek Pembangunan Hartanah Wakaf Selangor\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus \nmenggunakan istilah \u2018jual beli manfaat\u2019 dalam kontrak perjanjian pajakan unit bagi projek pembangunan hartanah wakaf Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15594", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-6/2016 yang bersidang pada 6 Disember 2016 bersamaan 6 Rabiulawwal 1438H memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nWang tersebut hendaklah dikembalikan kepada asnaf fisabillah untuk diagihkan kepada pelajar yang layak menerimanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15593", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2017 yang bersidang pada 21 Mac 2017\n \nbersamaan 22 Jumadalakhirah 1438H berkaitan \nIstibdal Bagi Projek Pembangunan Rumah Bertingkat (STRATA) di Atas Tanah Wakaf\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus melaksanakan istibdal bagi projek pembangunan berstatus rumah bertingkat (strata) di atas Tanah Wakaf Lot 3705 (GM 247) Jalan Kebun, Mukim Klang, Selangor seluas 2.812 ekar kepada Tanah Lot 8698, (HSM 4396) Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor seluas 3.10 ekar.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15592", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 6/2016 yang bersidang pada 6 Disember 2016\n \nbersamaan 6 Rabiulawwal 1438H berkaitan \nMewujudkan Produk Wakaf Khas Tanah Perkuburan Islam memutuskan\n \nbahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus mewujudkan Produk Wakaf Khas Tanah Perkuburan Islam di Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2016/670-hukum-mewujudkan-produk-wakaf-khas-tanah-perkuburan-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15591", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 5/2016 yang bersidang pada 4 Oktober 2016 bersamaan 3 Muharram1438H berkaitan\n Garis Panduan Pemindahan Kubur\n memutuskan bahawa:\n\n\nMemperakukan Garis Panduan Menggali dan Memindah Kubur Di Negeri Selangor. Mesyuarat melantik Tuan Haji Md Sahari bin Abdullah untuk menyemak dan mengesahkan garis panduan tersebut sebelum dicetak. \n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2016/668-garis-panduan-pemindahan-kubur"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15590", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 5/2016 yang bersidang pada 4 Oktober 2016 bersamaan 3 Muharram1438H berkaitan\n \nKutipan Zakat Di Negeri Selangor Yang Diserahkan Ke Negeri Perlis Melalui NGO Yang Dilantik Oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips\n) \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nBadan Bukan Kerajaan atau Non-Govermental Organization (NGO) atau indidvidu yang dilantik oleh mana-mana pihak selain daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mengutip zakat di negeri Selangor dan mengagihkan keluar negeri Selangor tanpa izin ulil-amri adalah tidak sah dari segi hukum syarak dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2016/667-kutipan-zakat-di-negeri-selangor-yang-diserahkan-ke-negeri-perlis-melalui-ngo-yang-dilantik-oleh-majlis-agama-islam-dan-adat-istiadat-melayu-perlis-maips"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15589", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 4/2016 yang bersidang pada 28 Julai 2016\n \nbersamaan 23 Syawwal 1437H berkaitan \nMenetapkan Hukum Bagi Penyambungan Tempoh Pengambilan Keuntungan Pelaburan Wakaf Khas Untuk Tujuan Pengurusan Dan Pentadbiran Perbadanan Wakaf Selangor \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nMeluluskan penyambungan tempoh pengambilan keuntungan pelaburan wakaf khas sebanyak 75 peratus selama 3 tahun bermula 01 Januari 2017\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15588", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nPemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.\n\n\n\n\n\n\nPemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15587", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-87 yang bersidang pada 23-25 Jun 2009 telah membincangkan Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\u00a0\n\n\n\n\nApabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.\n\n\nOleh yang demikian apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam.\n\n\nPerkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15585", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-86 yang bersidang pada 21-23 April 2009 telah membincangkan Program Penyatuan Semula Keluarga Penghuni Jabatan Penjara Malaysia.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa memberikan layanan yang baik kepada para banduan dari segi kebajikan rohani dan jasmani adalah dituntut oleh Islam dan sebarang unsur-unsur penderaan atau penyeksaan kepada banduan adalah ditegah. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa cadangan untuk melaksanakan Program Penyatuan Semula Keluarga Penghuni Penjara (Conjugal Visit) adalah bersesuaian dengan ajaran Islam dan wajar dilaksanakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15584", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-84 yang bersidang pada 15 Disember 2008 telah membincangkan Cadangan Mengenakan Kompaun Terhadap Kesalahan Undang-Undang Syariah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nCadangan mengenakan kompaun terhadap umat Islam yang melakukan kesalahan dalam undang-undang Syariah kurang memberi kesan dan keinsafan terhadap diri pesalah-pesalah kerana kesalahan yang dilakukan boleh dibayar dengan wang sahaja.\u00a0\n\n\nOleh itu, sebagai satu kaedah kaunseling untuk memberi nasihat dan kesedaran kepada pesalah-pesalah, Muzakarah memutuskan supaya cadangan mengenakan kompaun terhadap kesalahan-kesalahan undangundang Syariah di dalam kes-kestakzir yang terpilih tidak dilaksanakan kerana tindakan mahkamah yang sedang berkuat kuasa diyakini mampu menanganinya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15583", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-83 yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid).\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa \npengkid\n, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15582", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-83 yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci Al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci Al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.\nPenjualan dan penyimpanan kitab suci Al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15581", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nLelaki dan wanita Islam adalah ditegah menampilkan diri dengan penampilan yang bertentangan dengan sifat-sifat semulajadi mereka;\n\n\nWanita dilarang membotakkan kepala kecuali untuk tujuan rawatan perubatan bagi mengatasi masalah atau penyakit yang tertentu;\n\n\nPerbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15580", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Cadangan Melaksanakan Pembangunan Di Atas Tanah Kubur Islam.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa hukum melaksanakan pembangunan di atas tanah-tanah perkuburan Islam yang telah tidak digunakan untuk mengebumikan mayat adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan yang hendak dilaksanakan tidak bertentangan dengan syariat Islam dan mayat-mayat di tanah perkuburan tersebut hendaklah terlebih dahulu dipindahkan ke tapak perkuburan Islam yang lain secara terhormat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15579", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan WanitaAjnabi.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15578", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan\n Indelible Ink\n Dalam Pilihanraya Malaysia.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa \nIndelible Ink\n tidak mengandungi bahanbahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.\nWalau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan \nIndelible Ink\n ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15577", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nApa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.\n\n\nWalau bagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.\n\n\nMemberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15576", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci Al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15575", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).\n\n\nOleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15574", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Hukum Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nIslam amat menitikberatkan kebersihan. Namun, produk-produk yang dihasilkan atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal dimakan, tetapi sekiranya ia mendatangkan mudarat, penggunaannya adalah dilarang oleh Islam.\n\n\n\n\n\n\nOleh itu, sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan atau yang memberi kemudaratan kepada manusia adalah haram digunakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15573", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 telah membincangkan Hukum Melantik Wanita Sebagai Hakim Syar'ie. Muzakarah telah memutuskan bahawa wanita harus dilantik menjadi Hakim Syar'ie dalam kes-kes selain kes hudud dan qisas. Pemilihan dan pelantikan hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15572", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-69 yang bersidang pada 22-24 November 2005 telah membincangkan Had Tempoh Panggilan Muallaf.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam tiada sebarang nas yang mewajibkan seseorang yang baru memeluk agama Islam dipanggil sebagai Muallaf. Sebutan dan had tempoh panggilan Muallaf ini lebih bersifat urf semata-mata."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15571", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Rakaman Lagu-Lagu Nasyid Berbentuk Doa.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa lagu-lagu nasyid berbentuk doa diharuskan di dalam Islam selagimana nyanyian tersebut mempunyai senikata yang baik yang memuji Allah dan Rasul, keindahan makhluk Allah atau kepada tanggungjawab atau mengenai sifat bertaqwa kepada Allah SWT, tidak biadap dan mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul di antara lelaki dan wanita, tidak membawa kepada fitnah, tidak mendedahkan aurat dan tidak memuji makhluk Allah secara berlebihan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15570", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPenulisan ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang;\n\n\n\n\n\n\nPenulisan khat ayat Al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca;\n\n\n\n\n\n\nTulisan khat ayat Al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca;\n\n\n\n\n\n\nTulisan khat ayat-ayat Al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya; dan\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTulisan seni khat ayat-ayat Al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat Al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15569", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-16 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle). Muzakarah telah memutuskan bahawa Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle) adalah harus dengan syarat-syarat berikut:\u00a0\n\n\n\n\nKerja-kerja pengkitaran semula buku-buku teks Pendidikan Islam seelok-eloknya dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang Islam.\n\n\nPekerja yang terlibat dalam proses pengkitaran semula hendaklah terdiri daripada orang Islam.\n\n\nKertas dan buku teks Pendidikan Islam yang dikitar semula hendaklah tidak digunakan untuk membuat bahan yang tidak sesuai seperti kertas tandas dan sebagainya.\n\n\nBahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pengkitaran semula hendaklah tidak mengandungi bahan najis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15568", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Bekerja Di Rumah Orang Bukan Islam.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam diharuskan bekerja di rumah orang bukan Islam dengan syarat pekerjaan tersebut dihalalkan oleh syarak, sentiasa menjaga adab dan batas-batas pergaulan dan pekerjaan tersebut tidak menghalang atau menjejaskan tanggungjawab sebagai orang Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15567", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 14 April 2005 telah membincangkan Hukum Menukar Status Jantina Di Mykad. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nMenukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang diharuskan oleh syarak adalah harus; dan\n\n\nMenukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang tidak dibenarkan oleh syarak adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15566", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-65 yang bersidang pada 13 Oktober 2004 telah membincangkan HukumAmalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15565", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 telah membincangkan Hukum Mengguna Semula Tanah Perkuburan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nAdalah harus menggali semula tanah perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau dharurat dengan sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak; dan\n\n\nAdalah diharuskan menggali semula tanah perkuburan setelah dikenal pasti mayat itu telah reput oleh pihak berkuasa untuk digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15564", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\u00a0\n\n\n\n\nAnak Tak Sah Taraf ialah:\n\n\nAnak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.\n\n\nAnak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).\n\n\nAnak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15563", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan tentang Menggabungkan Nama Anak Angkat Dengan Bapa Angkat Dalam Sijil Pengangkatan Dan Kad Pengenalan. Muzakarah telah memutuskan bahawa mana-mana anak angkat yang diangkat oleh orang Islam tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkatnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15562", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Lelaki Memakai Emas Putih. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15561", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Mayat Disimpan Lama atau Dikorek Semula Untuk Dijadikan Sebagai Bahan Kes Dalam Mahkamah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nPengkebumian mayat hendaklah disegerakan. Perbuatan sengaja melambat-lambatkan pengkebumian adalah haram.\n\n\nPihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dalam kes kematian hendaklah menyegerakan siasatannya. Tindakan melambatlambatkan siasatan sehingga menyebabkan mayat lambat dikebumikan adalah juga haram.\n\n\nMenyimpan atau mengorek semula mayat untuk dijadikan bahan kes dalam mahkamah bagi kemaslahatan umum adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15560", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15559", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan Mayat Terdampar Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nMayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya termasuk kanakkanak terdampar boleh dianggap penduduk negara mayat itu dijumpai.\n\n\nSekiranya mayat tersebut dijumpai di negara orang Islam, tanpa bantuan pengenalan diri dan dokumen berkaitan, maka mayat itu dianggap Islam dan sekiranya mayat itu dijumpai di negara bukan Islam dan tidak ada dokumen atau tanda-tanda yang mayat itu seorang Islam, maka ia dianggap bukan Islam.\n\n\nMayat yang bercampur aduk antara orang Islam dan bukan Islam dan tidak dapat dibezakan maka hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan niat kepada jenazah orang Islam sahaja. Mayat tersebut pula tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam. Sebaliknya mayat itu hendaklah dikebumikan di suatu kawasan berasingan atau di bahagian yang berasingan di tanah perkuburan orang Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15558", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 April 1999 telah membincangkan Status (Identiti) Bayi (Kanak-Kanak) Terdampar (Pungut) dan Penjagaannya Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nBayi/kanak-kanak yang dijumpai, dipungut atau terdampar di manamana tempat di Malaysia di kategorikan sebagai muslim.\n\n\nBayi/kanak-kanak berkenaan di kategorikan sebagai anak jagaan negara dan secara automatik memeluk agama Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15557", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-42 yang bersidang pada 30 Mei 1997 telah membincangkan Al-Quran Diletakkan Di Hotel-Hotel Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nBersetuju meletakkan Al-Quran di hotel-hotel di Malaysia dengan mematuhi kaedah berikut:\n\n\nDiletakkan di tempat khas supaya tidak dicapai oleh kanakkanak sekiranya mereka berada di situ.\n\n\nSentiasa diawasi oleh penyelia hotel yang beragama Islam supaya tidak disalah guna.\n\n\nMeletakkan nota/catatan bagi orang-orang yang ingin menyentuh Al-Quran di cermin khas di mana Al-Quran itu di tempatkan.\n\n\nAdalah lebih baik kalau disediakan Al-Quran terjemahan supaya mereka boleh memahami dengan lebih dekat lagi isi kandungan Al-Quran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15556", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 September 1995 telah membincangkan mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nMaksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah S.W.T. dan Rasul S.A.W. atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.\n\n\nJenis-jenis maksiat:\n\n\nMaksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.\n\n\nMaksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.\n\n\nMaksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan individu, keluarga, masyarakat, negara dan umat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15555", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15554", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 18 Mac 1993 telah membincangkan Menerima dan Memakai Anugerah Yang Dipanggil Grand Cross. Muzakarah telah memutuskan bahawa menerima dan memakai anugerah yang dipanggil Grand Cross adalah haram kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan yang boleh membawa darurat kepada negara dan rakyat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15553", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992 telah membincangkan Pelupusan Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nAl-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam uthmani hendaklah dilupuskan.\n\n\nKaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal.\n\n\nKerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Dan dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15552", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-29 yang bersidang pada 19 Februari 1992 telah membincangkan Perancangan Tanah Perkuburan Dan \nKrematoria\n. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nBersetuju dengan cadangan kawasan tanah perkuburan lama (lebih dari 90 tahun) digunakan semula secara berperingkat-peringkat. Ini adalah kerana tidak terdapat nas dari Al-Quran dan hadith yang melarang tanah perkuburan yang lama digunakan semula.\n\n\nTidak bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan kubur bertingkat sedalam 18 kaki yang dapat menempatkan (3) mayat secara bertingkat kerana pada masa ini masih terdapat banyak kawasan yang boleh dijadikan sebagai tanah perkuburan dan keadaan yang ada sekarang ini masih belum sampai ke peringkat dharurat. Sekiranya keadaan benar-benar mendesak maka cadangan ini boleh dipertimbangkan berdasarkan kaedah fiqhiyah.\n\n\nBersetuju supaya pihak-pihak berkenaan mencari tanah-tanah di luar Wilayah Persekutuan untuk tujuan tanah perkuburan umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15551", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah membincangkan Kedudukan Mak Nyah Dalam Islam. Majlis RajaRaja dalam mesyuaratnya kali ke-126 pada 24 Februari 1983 telah mempersetujui fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa seperti berikut:\n\n\n\n\nPertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak, dan\n\n\nSeseorang yang dilahirkan khunsa musykil iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi supaya dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15550", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Penulisan Ayat-Ayat Al-Quran Dengan Huruf Roman.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat Al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15549", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-23 yang bersidang pada 20 Februari 1989 telah membincangkan Pameran Khazanah Dari Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\u201cPameran Khazanah Dari Kubur\u201d oleh Muzium Negara yang melibatkan pameran barang-barang purba yang dijumpai di dalam kubur dan juga keranda mumia (bukan mayat mumia) boleh diteruskan;\n\n\nMayat mumia tidak harus dipamerkan sama ada ianya Islam atau bukan Islam.\n\n\nPameran barang-barang purba penemuan daripada kubur adalah harus, asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.\n\n\nPameran patung-patung adalah ditegah oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15548", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-23 yang bersidang pada 20 Februari 1989 telah membincangkan Hukum Bunuh Ke Atas Pelaku Kesalahan Berkaitan Dengan Senjata Api. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukuman mati atau gantung atau penjara seumur hidup dalam undang-undang berkaitan dengan kesalahan penggunaan senjata api yang terpakai di negara ini sekarang tidak bercanggah dengan Islam. Hukuman ini sesuai dengan kaedah dalam Islam. Ianya diadakan untuk tujuan menghalang keburukan atau kerosakan yang akan berlaku."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15547", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984 telah membincangkan Pengebumian Mayat Dalam Peti Yang Tertutup.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa pengkebumian mayat dalam peti yang tertutup harus dilakukan dengan syarat muka si mati dibuka dan tubuhnya dihadapkan ke arah kiblat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15546", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984 telah membincangkan Pemindahan Mayat.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa pemindahan mayat dari satu negeri ke satu negeri yang lain adalah harus sekiranya keadaan memerlukan (darurat) tetapi mestilah dipastikan si mati dipindahkan dalam keadaan yang baik dan sempurna."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15545", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Penanaman Pokok Buah-Buahan Di Tanah Perkuburan.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa menanam pokok buah-buahan di atas tanah yang dikhaskan bagi kubur di Rancangan Felda hukumnya harus dan hasil yang diperolehi adalah halal asalkan ianya digunakan bagi maslahah umum."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15544", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-6 yang bersidang pada 10 Oktober 1983 telah membincangkan Pengiriman Al-Quran Melalui Pos. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nPengiriman Al-Quran melalui pos hendaklah dengan cara berdaftar dan dibungkus serta dibalut dengan sempurna.\n\n\nUntuk menjaga keselamatan dan kesucian Al-Quran, maka pengiriman melalui pos tidak digalakkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15534", "body": "Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Bil. 2\u00a0yang bersidang pada 31 Julai 2017 bersamaan 7 Zulkaedah 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMerujuk kepada Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Seksyen 110\u00a0\nSiapakah yang dikaitkan sebagai bapa\n menyatakan\u00a0bahawa\n\u00e2\u20ac\u0153Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li\u00e2\u20ac\u2122an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh itu, mesyuarat bersetuju\u00a0bahawa hujah yang melarang dibinkan atau dibintikan anak tak sah taraf kepada ayah biologinya berdasarkan dalil kuat daripada nas al-Qur\u00e2\u20ac\u2122an, hadith, amalan sahabat dan jumhur fuqaha.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nNasab anak kepada ibunya tetap sabit pada semua keadaan kelahiran samada secara syarie atau tidak. Adapun nasab anak kepada bapanya, ia tidak sabit kecuali melalui pernikahan yang sahih atau fasid (seperti yang telah kami kemukakan syaratnya) atau \nwat\u00e2\u20ac\u2122i syubhah\n atau ikrar dengan nasab. Islam telah membatalkan apa yang diamalkan di zaman Jahiliyyah dengan menghubungkan anak-anak hasil daripada zina kepada nasab penzina. Fahaman yang sebenar berkenaan dengan sabda Rasulullah SAW \n(\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u02c6\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d8\u00af\u00d9\ufffd \u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d9\ufffd\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00b4\u00d9\ufffd \u00d9\u02c6\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d8\u00b9\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u2021\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad\u00d9\ufffd\u00d8\u00ac\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd)\n adalah dengan makna bahawa anak dinasabkan kepada bapa yang berada dalam perkahwinan yang sahih. Sedia maklum bahawa al-firash dengan maksud perempuan mengikut kebanyakan ulama\u00e2\u20ac\u2122 dan dita\u00e2\u20ac\u2122birkan dengan maksud dalam keadaan \niftirasy. \n\n\n\u00a0\n\n\nAdapun zina maka tidak harus menjadi penyebab untuk mensabitkan nasab. Sebaliknya, yang berhak kepada yang berzina adalah direjam dengan batu.\n\n\n\u00a0\n\n\nBegitu juga zahir hadith menunjukkan anak dihubungkan dengan bapa atau dibinkannya selepas sabit bersamanya bapa dan ibunya iaitu tidak sabit kecuali selepas berlakunya persetubuhan dalam perkahwinan yang sahih atau fasid. Inilah pendapat jumhur.\u00a0Sedangkan riwayat Abu Hanifah bahawa sabit semata-mata dengan akad ini kerana semata-mata zhan sudah memadai. Pendapat ini ditolak kerana tertegah hasilnya dengan sebab akad berdasarkan zahir hadis. Bahkan mesti adanya \nimkan al-wat\u00e2\u20ac\u2122i \natau kebolehan bersetubuh.\n\n\n\u00a0\n\n\nBegitu juga bagi pasangan yang baru memeluk agama Islam dan mempunyai anak yang dianggap sah taraf dalam perkahwinan sivil atau adat dianggap sah taraf juga di dalam Islam kerana diqiaskan dengan zaman jahiliyyah\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusan ini juga mengambil kira bahawa Maslahah Umum (implikasi zina) perlu diutamakan dari Maslahah Khas (anak zina) dan ianya bertepatan dengan maqasid syariah yang utama iaitu\u00a0memelihara nasab.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0KEPUTUSAN\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nMesyuarat telah meneliti perkara tersebut dan keputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Anak yang tak sah taraf dinisbahkan kepada Abdullah atau mana-mana nama yang dimulakan dengan Abdu seperti \u00e2\u20ac\u0153bin Abdul Ghani\u00e2\u20ac\ufffd \u00e2\u20ac\u0153bin Abdul Rahman\u00e2\u20ac\ufffd \u00e2\u20ac\u0153bin Abdul Latif\u00e2\u20ac\ufffd\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Nasab anak sabit kepada ibunya dalam semua keadaan samada kelahiran syar\u00e2\u20ac\u2122ie atau tidak seperti \u00e2\u20ac\u02dcIsa bin Maryam, Muhammad bin Syafie.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Nasab anak dinisbahkan kepada ayahnya seperti \u00e2\u20ac\u0153Ziyad bin Abihi\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Bagi pasangan yang baru memeluk agama Islam dan mereka mempunyai anak yang dianggap sah taraf dalam perkahwinan sivil atau adat dianggap sah taraf juga di dalam Islam kerana diqiaskan dengan zaman jahiliyyah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15533", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-103 yang bersidang pada 27 Julai 2017 bersamaan 3 Zulkaedah 1438H telah meneliti kertas ini dan membuat keputusan membenarkan penggunaan Ttransliterasi dalam pembacaan Al Quran bagi orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dengan memenuhi syarat-syarat berikut :\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Adanya tulisan arab secara bersama\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hanya bersifat wasilah untuk semetara waktu sahaja\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengikut standard antarabangsa dalam transileterasi"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15532", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 yang bersidang pada 30 Mei 2017 bersamaan 4 Ramadan 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan membuat keputusan\u00a0seperti berikut :\nHukum penganjuran Program Quran Hour adalah harus, tetapi pihak penganjur dan masyarakat awam perlu menepati ciri-ciri berikut:\n(i)\u00a0\u00a0\nProgram tersebut adalah bertujuan\u00a0untuk menggalakkan bacaan dan pembelajaran al-Quran.\n(ii)\u00a0\nTidak dinyatakan kelebihan tertentu bagi penetapan tersebut dari segi\u00a0tarikh, masa, tempat dan kelebihan tertentu yang tidak warid daripada al-Quran dan al-Hadith.\n(iii)\u00a0\nTidak mewajibkannya kepada masyarakat.\n(iv) \nTidak memandang orang yang tidak melakukannya kerana mengambil langkah berhati-hati dengan pandangan yang serong.\n(v)\u00a0\nTidak mencampuradukkan\u00a0dengan amalan tidak disyariatkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15531", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 yang bersidang pada 30 Mei 2017 bersamaan 4 Ramadan 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan membuat keputusan seperti berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\nKadar Bayaran Fidyah adalah sebanyak RM 4.00\nKadar ini berdasarkan kepada nillai \u00bd gantang gandum iaitu sebanyak RM 3.00 dan satu ringgit tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.\n(b)\u00a0\u00a0\nKonsep Gandaan Bagi Penentuan Bayaran Fidyah\nApabila seseorang yang meninggal puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut maka hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkauinya.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\nPenentuan Takrifan Kadar Memberi Makan Kepada\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Orang Miskin Dalam Pelaksanaan Kaffarah\nMerujuk kepada pelaksanaan kaffarah di atas, terdapat 2 situasi yang memberi makan kepada orang miskin iaitu:\ni.\u00a0\nKaffarah\n \nkerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan Zihar:\n\u201cMemberi makanan kepada 60 orang miskin sekiranya tidak mampu berpuasa atau tidak mampu berpuasa berturut-turut kerana tua atau sakit.\u201d\u00a0\nii.\u00a0\nKaffarah\n \nmelanggar sumpah dan tidak menunaikan nazar:\n\u201cMemberi makan kepada 10 orang miskin dengan makanan yang sederhana, yang biasa diberikan oleh seseorang kepada\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0keluarganya.\u201d\nMesyuarat bersetuju untuk menetapkan kadar memberi makan\u00a0kaffarah tersebut sebanyak RM 10.00 kerana mengambil kira kadar memberi makan kepada golongan miskin adalah yang bersesuaian pada masa sekarang.\n(d)\u00a0\u00a0\nPenentuan Takrifan Kadar Memberi Pakaian Kepada Orang Miskin Dalam Pelaksanaan Kaffarah\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Merujuk juga kepada pelaksanaan \nkaffarah melanggar sumpah dan tidak menunaikan nazar\n iaitu:\n\u201c\nMemberi pakaian kepada 10\u00a0orang miskin, seperti kain, stoking, penutup kepala tanpa mengira bentuknya.\n\u201d\nSehingga kini pihak Baitulmal MAIWP belum melaksanakannya kerana pembayar memilih untuk membuat bayaran dengan memberi makanan kepada orang miskin.\nSehubungan itu, Baitulmal MAIWP mencadangkan agar\u00a0penentuan kadar\u00a0pemberian pakaian untuk seorang miskin bagi pelaksanaan kaffarah perlu ditentukan agar nilai lebih sesuai dengan keadaan semasa dan memudahkan masyarakat melunaskan kaffarah.\nMesyuarat telah bersetuju untuk menetapkan kadar kaffarah memberi pakaian ini sebanyak \nRM 60.\n(e)\u00a0\u00a0\nPenentuan Kaffarah Bagi Persetubuhan Ketika Isteri Dalam Keadaan Haid\nMesyuarat memutuskan bahawa persetubuhan ketika isteri dalam keadaan haid, tidak diwajibkan membayar kaffarah .\nWalaubagaimanapun jika pelaku tersebut ingin juga membuat bayaran maka bolehlah membayarnya sebagai langkah berjaga-jaga dengan kadar samada satu Dinar atau \u00bd Dinar ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15530", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 bersamaan 29 Rejab 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil pandangan bahawa :\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terjemahan makna ayat-ayat al-Quran dalam penulisa\nn\n seperti buku agama, akhbar, jurnal, majalah, dan seumpamanya tanpa disertakan bersama teks asal al-Quran dalam Bahasa Arab \nadalah diharuskan\n. Terjemahan tersebut adalah satu bentuk penafsiran makna ayat-ayat dalam al-Quran, dan penafsiran ayat-ayat Al-Quran adalah diharuskan secara kesepakatan ulama.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terjemahan ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk seperti ini juga adalah sebagai keterangan dan penghujahan terhadap apa yang terkandung di dalam penulisan, dan bukannya bermaksud ia adalah Kalam Allah yang dibaca. Justeru, tidak ada halangan dari sudut Syarak untuk membawakan terjemahan ayat-ayat Al-Quran dalam penulisan tanpa disertakan teks asal ayat Al-Quran.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Walau bagaimanapun adalah lebih digalakkan untuk menyertakan sekali teks asal Al-Quran yang dalam Bahasa Arab kecuali jika dibimbangi ia akan mencemarkan kemuliaan dan kesucian ayat-ayat Al-Quran, seperti penulisan di dalam buku-buku agama, surat-surat khabar, jurnal, majalah atau seumpama dengannya.\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Manakala \npenerbitan dan pengedaran\u00a0terjemahan Al-Quran tanpa teks asal Al-Quran, Muzakarah\u00a0telah meneliti \nhujah-hujah dan pandangan seperti\u00a0berikut :\n \n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalam kitab Man\u0101hil al-\u02bfIrf\u0101n dinyatakan:\n\u064a\u062c\u0628 \u0639\u0646\u062f \u062a\u0631\u062c\u0645\u0629 \u0627\u0644\u0642\u0631\u0622\u0646 \u0628\u0647\u0630\u0627 \u0627\u0644\u0645\u0639\u0646\u0649 \u0625\u0644\u0649 \u0623\u064a\u0629 \u0644\u063a\u0629 \u0623\u0646 \u062a\u0643\u062a\u0628\u00a0\u0627\u0644\u0622\u064a\u0627\u062a \u0627\u0644\u0642\u0631\u0622\u0646\u064a\u0629\nMaksudnya: \u201cDalam penterjemahan Al-Quran -dengan pengertian ini (terjemah makna/ tafsir)- ke dalam apa jua bahasa, wajib ditulis ayat-ayat Al-Quran\u201d (Al-Zurq\u0101n\u012b, t.t.: 2/134).\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalam kitab Al-Tafs\u012br wa al-Mufassir\u016bn, pengarangnya menyebut bahawa antara syarat-syarat penterjemahan al-Quran ialah:\n\u0623\u0646 \u064a\u0643\u062a\u0628 \u0627\u0644\u0642\u0631\u0622\u0646 \u0623\u0648\u0644\u0627\u064b\u060c \u062b\u0645 \u064a\u0624\u062a\u0649 \u0628\u0639\u062f\u0647 \u0628\u062a\u0641\u0633\u064a\u0631\u0647\u060c \u062b\u0645 \u064a\u062a\u0628\u0639 \u0647\u0630\u0627 \u0628\u062a\u0631\u062c\u0645\u062a\u0647 \u0627\u0644\u062a\u0641\u0633\u064a\u0631\u064a\u0629\nMaksudnya: \u201cHendaklah ditulis Al-Quran terlebih dahulu, kemudian dibawakan tafsirannya, kemudian diikuti dengan terjemahannya secara tafsir\u201d (Husain al-Dhahab\u012b, t.t.: 1/24).\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kewujudan suatu buku terjemahan Al-Quran tanpa teks asal Al-Quran\u00a0akan membawa kepada anggapan bahawa buku tersebut adalah Al-Quran yang merupakan kalam Allah, tetapi bukan dalam Bahasa Arab dan bersifat maksum iaitu terpelihara daripada segala kekurangan dan kesilapan.\n(iv)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kewujudan buku terjemahan Al-Quran tanpa teks asal Al-Quran boleh membawa fahaman kepada orang awam bahawa membaca buku terjemahan Al-Quran tersebut sebagai bacaan seperti membaca al-Quran.\u00a0Sedangkan membaca Al-Quran selain Bahasa Arab adalah tidak dibenarkan. Al-Nawaw\u012b menyebut:\n\u0645\u064e\u0630\u0652\u0647\u064e\u0628\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062c\u064f\u0648\u0632\u064f \u0642\u0650\u0631\u064e\u0627\u0621\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u0650 \u0628\u0650\u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0644\u0650\u0633\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0631\u064e\u0628\u0650 \u0633\u064e\u0648\u064e\u0627\u0621\u064c \u0623\u064e\u0645\u0652\u0643\u064e\u0646\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0631\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064f\n\u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u064e\u062c\u064e\u0632\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0648\u064e\u0627\u0621\u064c \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650\u0647\u064e\u0627\nMaksudnya: \u201cDalam mazhab kita (S\u1e25\u0101fi\u02bf\u012b) tidak harus membaca Al-Quran dengan bahasa selain Bahasa Arab, sama ada seseorang itu mampu berbahasa\u00a0arab atau tidak mampu dan sama ada di dalam sembahyang ataupun di luar sembahyang\u201d (Al-Nawaw\u012b, t.t.: 3/379).\n(v)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Membaca\u00a0terjemahan Al-Quran tanpa disertakan dengan teks asal al-Quran akan mendorong masyarakat awam meninggalkan daripada membaca teks asal\u00a0Al-Quran.\nKEPUTUSAN\nSetelah meneliti dan berasaskan kepada pertimbangan antara \nma\u1e63la\u1e25ah\n dan \nmafsadah\n dalam isu ini, Jawatankuasa\u00a0berpandangan sisi \nmafsadah\n lebih terserlah, maka mesyuarat berpandangan\n \nbahawa Penerbitan dan Pengedaran Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran adalah \ndilarang\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15529", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 bersamaan 29 Rejab 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum seperti berikut :\n(a)\u00a0Sejak kebelakangan ini aktiviti jualbeli pada hari Jumaat di dalam atau di luar kawasan masjid\u00a0semakin mendapat perhatian orang ramai sehinggakan aktiviti jualbeli pada hari Jumaat telah menjadi satu kemestian pada setiap minggu di mana orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelajar sekolah, pekerja swasta mahupun kakitangan kerajaan akan mengambil peluang pada waktu rehat untuk membeli pelbagai juadah dan barangan yang dijual.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Aktiviti perniagaan ini menjadi semakin rancak sehingga terbawa-bawa ke waktu solat Jumaat.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0Orang awam seolah-olah tidak mengendahkan panggilan azan yang dialunkan menandakan waktu solat Jumaat telah pun masuk. Namun aktiviti jualbeli masih lagi berjalan sehinggalah tiba aluan azan kedua. Bahkan terdapat segelintir jemaah yang masih berlegar-legar memerhati pelbagai hasil jualan dan ada juga yang masih leka menikmati juadah yang dibeli.\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah menimbang kertas ini dan setelah berbincang mesyuarat mengambil keputusan seperti berikut :\n(a)\u00a0\u00a0Haram dan dilarang melakukan aktiviti jualbeli ketika khatib sedang berkhutbah pada hari jumaat;\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0Larangan ini bermula pada azan yang pertama sebagai \u201dsad azzara\u2019ik\u201d; (\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u0627\u0626\u0639)\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Larangan ini terpakai samada di dalam kawasan masjid atau di luar; dan\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0JAWI hendaklah mengeluarkan pekeliling kepada pihak Masjid-Masjid berhubung larangan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15528", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 bersamaan 29 Rejab 1438H telah berbincang dan mengambil keputusan\u00a0bahawa hukum larian obor di sukan sea adalah makruh dan boleh di gantikan dengan acara lain antaranya :\n(a)\u00a0Menggunakan obor LED dalam larian Sukan SEA. Ini adalah lebih baik dari banyak sudut.\n(b)\u00a0Menggunakan sesuatu yang menjadi tanda simbolik kepada semangat ASEAN.\nSekiranya larian ini diadakan juga maka di sini dinyatakan beberapa\u00a0panduan (\ndhawabit\n) bagi umat Islam yang menyertai larian tersebut. Antaranya:\n(i)\u00a0Tidak menganggap ianya sebagai bentuk pemujaan kepada objek atau sebarang bentuk tuhan dan memuliakan mana-mana agama.\n(ii)\u00a0Ia semata-mata sebagai simbol keamanan atau kebersamaan.\n(iii)\u00a0Ia tidak dilakukan dalam bentuk mengagungkan api.\n(iv)\u00a0Pakaian hendaklah sesuai mengikut yang diizinkan syariat.\n(v)\u00a0Hendaklah menghormati sensitiviti umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15527", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 bersamaan 29 Rejab 1438H telah meneliti fakta-fakta, hujjah dan pandangan yang dikemukakan dan mendapati bahawa Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian), Zikir Nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya yang diajar oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.\u00a0Perkara-perkara yang menyeleweng dan meragukan seperti yang berikut:\n(a)\u00a0\u00a0Terbatal Kesemua Rukun Islam Sekiranya Tidak Mempelajari Ilmu Syahadah Yang Dibawa Oleh IBK\nRukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua Kalimah Syahadah akan terbatal sekiranya seseorang tidak mempelajari Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian) yang dibawa oleh IBK. Bukan setakat itu sahaja, bahkan kesemua rukun Islamnya yang lain, iaitu solat, puasa, zakat dan menunaikan haji akan turut terbatal. Ilmu Syahadah yang dimaksudkan oleh IBK ialah ilmu penyaksian \nqalbu\n terhadap roh yang sedang bersyahadah.\n(b)\u00a0\u00a0Tuntutan Mencari Penyaksi Di Alam Arwah\nSeseorang itu hendaklah berusaha mencari penyaksinya yang akan dibawa sebagai saksi di hari akhirat kelak. Sekiranya penyaksi tersebut tidak dapat ditemui, ia akan menyebabkan amalan Zikir\u00a0Nafasnya tidak dapat berjalan dengan lancar. Namun tidak perlu bersusah payah untuk mencari penyaksi kerana ianya akan diutuskan oleh Allah SWT di alam \nshahadah\n, apabila mengamalkan Zikir Nafas.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0Wajib Mempelajari Zikir Nafas Kerana Tiada Cara Lain Untuk Mencari Allah Kecuali Melaluinya\nSeseorang itu wajib mempelajari amalan Zikir Nafas menjadi wajib kerana tidak ada cara lain untuk mencari Allah SWT (Ilmu Syahadah)\n \nkecuali melalui amalan Zikir Nafas. Mencari Allah SWT adalah melibatkan peranan yang dimainkan oleh qalbu. Anggota pancaindera manusia yang lain, seperti mata dan telinga peranannya adalah terhad kepada alam zahir sahaja, berbeza dengan qalbu yang mempunyai peranan ghaib. Hanya dengan amalan Zikir Nafas yang boleh membuka mata hati qalbu. Oleh yang demikian, apabila mata hati qalbu seseorang telah terbuka, maka dia akan dapat melihat penyaksian roh, dan perkara-perkara ghaib yang lain dengan berterusan secara \nautopilot.\n Manakala mengambil ilmu Zikir Nafas pula hendaklah melalui guru yang berketurunan Ahli Bait sahaja.\n(d)\u00a0\u00a0Mengisi Nafas Dengan Zikir\u00a0\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\nSeseorang itu perlu mengisi nafasnya dengan zikir\u00a0\u00a0\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647. \n\u00a0\nSetiap orang yang\n \nmengikuti ajaran Zikir Nafas diminta agar mencari dan mengambil baiah kalimah \u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647. Zikrullah ini hendaklah dilakukan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti. Kaedah untuk mendapatkan zikir tanpa henti tersebut ialah melalui \npengisian zikir dalam pernafasan\n. Apabila kalimah zikir telah diisi dalam pernafasan, \nsetiap kali manusia bernafas, nafasnya akan berzikir\n mengingati Allah SWT (\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647). Perkiraan yang dibuat terhadap bilangan zikir yang akan terhasil daripada pernafasan tersebut adalah sebanyak 2,592 (108 x 24) zikir sehari. Zikir Nafas ini tidak boleh ditalqinkan kepada seseorang, kecuali setelah meyakininya dan melakukan Solat Istikharah.\n(e)\u00a0\u00a0Amalan Zikir Nafas Telah Wujud Sejak Dari Zaman Nabi Adam AS Dan Baginda Adalah Orang Pertama Yang Mempraktikkannya\nAllah SWT telah meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Nabi Adam AS dan seterusnya bernafas dan nafas pertama yang naik dan turun daripada Adam AS adalah berbentuk Zikir Nafas.\u00a0\n(f)\n\u00a0\u00a0\nZikir Nafas Adalah Amalan 124,000 Para Rasul Dan Para Wali Allah\nJusteru para rasul AS diperintahkan oleh Allah SWT untuk berkhalwat di dalam gua, kerana apabila berada di dalam gua akan di dengar secara jelas bunyi perkataan Zikir Nafas, iaitu \u2018hu\u2019, \u2018hu\u2019, \u2018hu\u2019.\n(g)\u00a0Amalan Zikir Nafas IBK Adalah Sabit Melalui al-Quran dan Mengingkarinya Bermakna Syak Terhadap Ayat al-Quran \nAmalan Zikir Nafas yang dibawanya adalah sahih dan sabit melalui al-Quran dan al-Hadith dan sesiapa yang mengingkarinya dianggap telah menaruh syak terhadap al-Quran dan al-Sunnah.\n(h) Hu juga merupakan bunyi nafas yang sedia ada\n, bunyi nafas yang sedia ada, bunyi oksigen, segala bunyian, peredaran bintang, planet bulan dan mata hati.\n(i)\u00a0Hari Kiamat Akan Berlaku Apabila Tiada Lagi Makhluk Yang Nafasnya Berzikir Dengan Kalimah Allah.\nSemua makhluk termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia akan mati dan diikuti dengan berlakunya hari kiamat apabila tiada lagi makhluk yang nafasnya berzikir dengan kalimah Allah (Allah, Allah).\u00a0\n(j)\u00a0\u00a0Kelebihan Luar Biasa Apabila Mengamalkan Zikir Nafas\nKelebihan luar biasa yang diperoleh apabila mengamalkan Zikir Nafas yang dibawa oleh IBK adalah seperti yang berikut:\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menyambung talian dengan Allah SWT.\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menyambung talian dengan Nabi Muhammad SAW.\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menyambung talian emas dengan guru-guru yang sampai sanadnya kepada Nabi Muhammad SAW.\n(iv)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nafas terkawal dari segala gangguan syaitan, iblis, ifrit dan jin.\n(v)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dianggap berada di landasan \nsirat al-Mustaqeem\n.\n(vi)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nafas sentiasa rasa dikawal.\n(vii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nafas berjalan dengan kelajuan yang begitu normal walaupun mendengar berita buruk dan menakutkan.\n(viii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hidup dan mati menjadi kesedaran diri walaupun berada di mana jua.\n(ix)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apabila lalai dan alpa, nafas akan datang menyedarkan diri kepada Allah.\n(x)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Akan mendapat \nhusnul al-Khatimah\n.\n(k)\u00a0Mengamalkan Kepercayaan \nWahdat al-Wujud\nIsmail bin Kasim pernah mengungkapkan kata-kata yang jelas membawa kepada makna \nWahdat al-Wujud,\n iaitu;\n\u201c\nAku berkata-kata dengan lidah ni, ini lidah Allah, ini lidah Allah, kafir kamu pergi, kalau kamu menolak, pergi, ini lidah Allah, ini perkataan Allah, di mana kau, kafir terus...\n\u201d.\n(l)\u00a0Mentakwil Ayat-Ayat al-Quran Secara Bathil\nAntara contoh pentakwilan ayat-ayat al-Quran secara batil ialah seperti yang berikut :\nPada ayat dalam surah \nal-Fatihah\n : \u0627\u0647\u062f\u0646\u0627 \u0627\u0644\u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0645\u0633\u062a\u0642\u064a\u0645,\u00a0Allah SWT akan menjawab : \u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u0623\u0646\u0639\u0645\u062a \u0639\u0644\u064a\u0647\u0645 , iaitu \u0627\u0644\u0635\u0627\u0644\u062d\u064a\u0646\u060c \u0627\u0644\u0634\u0647\u062f\u0627\u0621 \u0648\u0627\u0644\u0635\u062f\u064a\u0642\u064a\u0646. Tafsiran bagi ketiga-tiga perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:\n\u0627\u0644\u0635\u0627\u0644\u062d\u064a\u0646\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0:Mempunyai Zikir Nafas dan kenal Allah dengan aqal;\n\u00a0\u0627\u0644\u0634\u0647\u062f\u0627\u0621 :Mempunyai Zikir Nafas dan syahadah dengan qalbu; dan\n\u00a0\u0627\u0644\u0635\u062f\u064a\u0642\u064a\u0646\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0: Mempunyai Zikir Nafas dan rohnya bersyahadah.\n(m)\u00a0Kaedah Penafsiran al-Quran (\nUsul Tafsir\n) Yang Menyeleweng\nIsmail bin Kasim mengatakan ayat-ayat al-Quran tidak boleh difahami semata-mata dengan membaca terjemahan, kitab-kitab tafsir, mahupun \nasbab al-nuzul\n, bahkan hanya boleh difahami dengan Ilmu al-Quran \n(Ilmu Takwil, Ilmu al-Furqan, Ilmu Ma\u2019na\n, \nIlmu Maqsud, Ilmu Hikmah\n, \nIlmu Makrifat\n, \nIlmu Hakikat\n, \nIlmu Asrar\n, \nIlmu Ghaib\n dan \nIlmu Yaqin\n).\n(n)\u00a0\u00a0Berpegang Kepada Hadith Palsu\nAntara hadith palsu yang digunakan oleh Ismail bin Kasim dalam ceramahnya adalah seperti yang berikut:\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u201c\nSesiapa yang menyakiti seorang tolibul ilmi seperti menyakiti 124,000 nabi, sesiapa yang menyakiti 124,000 nabi seperti menyakiti Rasulullah SAW, sesiapa yang menyakiti Rasulullah SAW seperti menyakiti Allah, dan sesiapa yang menyakiti Allah, neraka tempatnya\u201d\n.\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u201c\nBarang siapa yang mencariku, pasti menjumpai-Nya, barang siapa yang menjumpai-Nya, maka dia telah menjumpai segala-galanya, Nabi Muhammad SAW bertanya bagaimana ingin mencari Allah, dan Allahpun menjawab : \u201cShahadah\u201d.\u00a0\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u201cBarang siapa yang datang berjumpa dengan aku mengenalku, aku akan kira setiap kebaikan sejumlah seluruh makhluk yang pernah dan akan aku ciptaka\nn.\n(o)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ghuluw (Melampau) Dalam Menghormati Guru\nSebelum mengikuti sesuatu program anjuran IBK, para peserta akan diberikan taklimat bagaimana hendak memuliakan dan menghormati guru (IBK). Antara adab-adab yang diajar bertentangan dengan ajaran Islam, melampau dan berlebihan dalam menghormati sheikh atau guru adalah seperti yang berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sesiapa yang hendak bersalaman dengan guru (sheikh) wajib mengambil wuduk terlebih dahulu kerana guru dianggap membawa al-Quran yang hidup.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berkeadaan yakin bahawa sheikh dapat mengesan ketaatan, atas izin Allah SWT.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jangan menderhaka kepadanya atas amanah-amanahnya.\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jangan ada sangkaan bahawa sheikh tidak mengetahui kelakuan dan perbuatanmu.\n(e)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jangan meragui, membantah di hadapan dan di belakangnya kerana sheikh hanya mengajar ilmu kalimah \nla ilaha IllAllah\n.\n(f)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jangan sekali-kali melanggar panduan di atas, kelak akan terjerumus ke dalam kecelakaan dan kebinasaan.\nSehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutusan bahawa Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian ), Zikir Nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya yang diajar oleh Ismail bin Kasim dari Peretubuhan Rahmatan Lil Alamin\u00a0(PERAHMAT) dan seumpamanya adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.\nJustru, orang Islam dilarang berpegang dan beramal kepada fahaman dan ajaran tersebut. Mereka yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT.\nFahaman dan ajaran yang dibawa oleh Ismail bin Kasim ini hendaklah disekat keseluruhannya daripada disebarkan kepada umat Islam di negara ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15526", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 bersamaan 29 Rejab 1438H telah berbincang dan setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan berkaitan\n \nAmalan Perbomohan Ibrahim Mat Zin, mesyuarat mendapati\u00a0bahawa\n\u00a0\namalan dan upacara\u00a0Perbomohan Ibrahim Mat Zin melibatkan amalan\u2013amalan dan upacara yang menggambarkan kepercayaan khurafat dan tahyul\u00a0melalui penggunaan\u00a0pelbagai peralatan. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa\u00a0memutuskan pandangan hukum\u00a0seperti berikut :\n(a)\u00a0Bahawa upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Bin Mat\u00a0Zin untuk apa-apa tujuan dengan menggunakan atau tidak menggunakan apa-apa objek adalah menyeleweng dan berlawanan dengan ajaran Islam.\n(b)\u00a0Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam adalah dilarang:\n(i)\u00a0menganut, mengamal, menjadi ahli, menjadi pengikut, mengisytiharkan diri\u00a0sebagai ahli, mengisytiharkan diri sebagai pengikut perbomohan tersebut; atau\n(ii)\u00a0memiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, memuat naik, memuat turun, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem amalan atau upacara perbomohan tersebut; atau\n(iii)\u00a0mengajar, menyebar, menghidup, membantu, menganjur, mempromosi upacara atau amalan perbomohan tersebut, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan amalan perbomohan tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.\n(c)\u00a0Mana-mana orang Islam adalah dilarang bersubahat daripada melakukan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (ii).\n(d)\u00a0Mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam yang telah melibatkan diri dengan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Bin Mat Zin sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (ii) hendaklah bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15525", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-100 yang bersidang pada 27 Februari 2017 bersamaan 30 Jamadil Awwal 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pada 15 Mei 2010 seorang wanita bukan Islam memperolehi kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Sivil untuk menjalankan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau adalah seorang bukan Islam.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berikutan isu ini, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menghantar permohonan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) agar Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan keputusan rasmi berhubung isu ini dan seterusnya difatwakan di peringkat negeri. Di samping itu, keputusan terhadap isu ini juga dipohon oleh Jabatan Peguam Negara dalam prosesnya menentukan syarat kelayakan orang bukan Islam sebagai peguam syarie.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Merujuk kepada Akta 505 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, peguam syarie ditafsirkan sebagai \"seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 59\". Seksyen 59 pula menjelaskan bahawa peguam syarie ialah orang yang diterima oleh pihak Majlis \"yang mempunyai pengetahuan tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie untuk mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah\".\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengikut Kaedah 2 Kaedah-Keadah Peguam Syarie 1993 (Wilayah-Wilayah Persekutuan) ia ditafsirkan sebagai seorang yang berkelayakan yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah Kaedah 13. Kaedah 13 yang disebutkan di sini hanya menyentuh aspek-aspek prosedur permohonan seseorang untuk menjadi peguam syarie. Namun begitu, sebelum permohonan ini diterima, pihak berkuasa akan meneliti kelayakan pemohon berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie.\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan haram melantik orang bukan Islam sebagai Peguam Syarie. Keputusan ini dibuat bersandarkan kepada dalil-dalil daripada nas al-Quran dan Hadith, Kaedah Fiqhiyyah, Maslahah dan Siasah Syar'iyyah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15524", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-100 yang bersidang pada 27 Februari 2017 bersamaan 30 Jamadil Awwal 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n\n\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Proses rawatan sisa kumbahan ini hanya dilakukan kepada sisa kumbahan domestik sahaja yang diterima dan diproses di LRK awam yang diselenggara oleh IWK. Manakala, sisa daripada aktiviti pengeluaran industri tidak disambung ke sistem pembetungan awam di Malaysia. Secara asasnya, rawatan kumbahan akan melalui 3 proses rawatan utama iaitu Rawatan Permulaan, Rawatan Utama, dan Rawatan Sekunder.\n\n\n\u00a0\n\n\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Rawatan permulaan kumbahan didefinisikan sebagai penyingkiran unsur-unsur bukan organik yang berpotensi menyebabkan masalah penyelenggaraan dan operasi rawatan. Ini termasuk pengasingan dan pengisaran untuk penyingkiran serpihan dan kain buruk, penyingkiran batu-batu halus menerusi pemendapan dan juga penyingkiran minyak dan gris menerusi proses pengapungan. Kumbahan yang telah disaring akan disalurkan ke dalam tangki rawatan utama.\n\n\n\u00a0\n\n\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Di dalam rawatan utama, proses tindakbalas biologi dan pengudaraan akan menyingkirkan sedikit pepejal terapung dan bahan organik. Pepejal di dalam kumbahan berada di dalam keadaan terampai dan bakteria di dalam kumbahan akan memecahkan bahan-bahan organik. Efluen daripada rawatan utama akan mengandungi kandungan pepejal terapung atau bahan organik yang tinggi.\u00a0Efluen ini kemudiannya akan disalirkan ke tangki rawatan sekunder (penjernih).\n\n\n\u00a0\n\n\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Rawatan sekunder kumbahan tertumpu kepada penyingkiran bahan organik terbiodegradasikan dan pepejal terapung melalui proses mendapan di mana bahan-bahan organik terampai akan mendap sebagai enapcemar.\u00a0Enapcemar yang terhasil akan dikeluarkan untuk rawatan lanjut penghasilan Biopepejal.\u00a0Manakala, efluen akhir yang terhasil yang juga dikenali sebagai Bioefluen terawat akan dilepaskan ke sungai yang berdekatan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(e)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Di dalam proses yang berasingan, enapcemar yang disingkirkan pada rawatan sekunder akan melalui proses menyahair untuk menyingkirkan sekurang-kurangnya\u00a080% kadar kelembapan di dalam enapcemar tersebut. Proses ini akan menghasilkan enapcemar kering dan pejal yang juga dikenali sebagai Biopepejal.\n\n\n\u00a0\n\n\nKEPUTUSAN\n\n\nMesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan bahawa dalam menjawab persoalan ini, Jawatankuasa berpandukan kepada\u00a0beberapa dalil dan pendapat ulama\u00e2\u20ac\u2122 antaranya:\n\n\n(a)\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma berkata: Aku\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0mendengar Rasulullah SAW ketika ditanya tentang air di\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0padang pasir yang sering didatangi oleh binatang buas dan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0binatang-binatang lain, sabda Baginda:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00d8\u00a5\u00d9\ufffd\u00d8\u00b0\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7 \u00d9\u0192\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u2020\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\ufffd \u00d9\u201a\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00aa\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d9\u2020\u00d9\ufffd \u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u2026\u00d9\u2019 \u00d9\u0160\u00d9\ufffd\u00d8\u00ad\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d8\u00ae\u00d9\ufffd\u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d8\u00ab\u00d9\ufffd\n\n\nMaksudnya: \u00e2\u20ac\u0153Jika air mencapai dua qullah, ia tidak menanggung najis lagi.\u00e2\u20ac\ufffd (Riwayat Abu Daud, no. 63 )\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00d8\u00a5\u00d9\ufffd\u00d8\u00b0\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7 \u00d9\u0192\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u2020\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\ufffd \u00d9\u201a\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00aa\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d9\u2020\u00d9\ufffd \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\u2019 \u00d8\u00ab\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00ab\u00d9\u2039\u00d8\u00a7 \u00d9\ufffd\u00d9\ufffd\u00d8\u00a5\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd \u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7 \u00d9\u0160\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\u2019\u00d8\u00ac\u00d9\ufffd\u00d8\u00b3\u00d9\ufffd\n\n\nMaksudnya: \u00e2\u20ac\u0153Jika air mencapai dua qullah atau tiga qullah, ia tidak dihukum najis lagi.\u00e2\u20ac\ufffd (Riwayat Ahmad, no. 5855)\n\n\n\u00a0\n\n\nHadis di atas menunjukkan bahawa air yang bercampur dengan najis dan tidak berubah salah satu sifatnya, maka ia khilaf di kalangan ulama\u00e2\u20ac\u2122 kecuali dalam mazhab al-Syafie, dilihat dalam pembahagian air, banyak atau sedikit. Jika banyak dengan lebih daripada 2 qullah, maka hukumnya tidak najis. (Lihat \nSubul al-Salam\n, 1/18).\n\n\n\u00a0\n\n\n(b)\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Imam al-Nawawi dalam al-Majmu\u00e2\u20ac\u2122 menyebut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00d8\u00a5\u00d8\u00b0\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00af\u00d9\ufffd \u00d8\u00aa\u00d9\ufffd\u00d8\u00b7\u00d9\u2019\u00d9\u2021\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2020\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00ac\u00d9\ufffd\u00d8\u00b3\u00d9\ufffd \u00d9\u2020\u00d9\ufffd\u00d8\u00b8\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d9\ufffd\u00d9\ufffd\u00d8\u00a5\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\u2019 \u00d9\u0192\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u2020\u00d9\ufffd\u00d8\u00aa\u00d9\u2019 \u00d9\u2020\u00d9\ufffd\u00d8\u00ac\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00b3\u00d9\ufffd\u00d8\u00aa\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00ba\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d9\u02c6\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\ufffd \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u0192\u00d9\u2019\u00d8\u00ab\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\u2019 \u00d9\u201a\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00aa\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d9\u2020\u00d9\ufffd \u00d8\u00b7\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd: \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\u2019 \u00d9\u0160\u00d9\ufffd\u00d8\u00b2\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\u201e\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00ba\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\ufffd\u00d9\ufffd\u00d9\u2019\u00d8\u00b3\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\u2019 \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\u2019 \u00d9\u0160\u00d9\ufffd\u00d8\u00b6\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\ufffd\u00d9\ufffd \u00d8\u00a5\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d9\u2021\u00d9\ufffd \u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\u0152 \u00d8\u00a2\u00d8\u00ae\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd: \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\u2019 \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\u2019 \u00d9\u0160\u00d9\ufffd\u00d8\u00a4\u00d9\u2019\u00d8\u00ae\u00d9\ufffd\u00d8\u00b0\u00d9\ufffd \u00d8\u00a8\u00d8\u00b9\u00d8\u00b6\u00d9\u2021 \u00d9\u201e\u00d8\u00a7\u00d9\u2020 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2020\u00d8\u00ac\u00d8\u00a7\u00d8\u00b3\u00d8\u00a9 \u00d8\u00a8\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d8\u00ba\u00d9\u0160\u00d8\u00b1 \u00d9\u02c6\u00d9\u201a\u00d8\u00af \u00d8\u00b2\u00d8\u00a7\u00d9\u201e (\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b4\u00d8\u00b1\u00d8\u00ad)\u00a0\u00a0\u00a0\u00d8\u00a7\u00d8\u00b0\u00d8\u00a7\u00a0\u00d8\u00b2\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\ufffd \u00d8\u00aa\u00d9\ufffd\u00d8\u00ba\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2020\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00ac\u00d9\ufffd\u00d8\u00b3\u00d9\ufffd \u00d9\u02c6\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\ufffd \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u0192\u00d9\u2019\u00d8\u00ab\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\u2019 \u00d9\u201a\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00aa\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d9\u2020\u00d9\ufffd \u00d9\u2020\u00d9\ufffd\u00d8\u00b8\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a5\u00d9\u2020\u00d9\u2019 \u00d8\u00b2\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\ufffd \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d8\u00a5\u00d9\ufffd\u00d8\u00b6\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\ufffd\u00d9\ufffd\u00d8\u00a9\u00d9\ufffd \u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a2\u00d8\u00ae\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a5\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d9\u2021\u00d9\ufffd \u00d8\u00b7\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7 \u00d8\u00ae\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\ufffd\u00d9\ufffd \u00d8\u00b3\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\u0152 \u00d9\u0192\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u2020\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00b6\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\ufffd\u00d9\ufffd \u00d8\u00b7\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u2021\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\u2039\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\u2019 \u00d9\u2020\u00d9\ufffd\u00d8\u00ac\u00d9\ufffd\u00d8\u00b3\u00d9\u2039\u00d8\u00a7 \u00d9\u201a\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u201e\u00d9\u2039\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\u2019 \u00d9\u0192\u00d9\ufffd\u00d8\u00ab\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d8\u00b1\u00d9\u2039\u00d8\u00a7 \u00d9\u02c6\u00d9\ufffd\u00d8\u00b3\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\u0152 \u00d8\u00b5\u00d9\ufffd\u00d8\u00a8\u00d9\u2018\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\u00d9\ufffd \u00d8\u00b9\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d9\u2021\u00d9\ufffd \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\u2019 \u00d9\u2020\u00d9\ufffd\u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d8\u00b9\u00d9\ufffd \u00d8\u00b9\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d9\u2021\u00d9\ufffd \u00d9\u02c6\u00d9\ufffd\u00d8\u00a5\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\u2019 \u00d8\u00b2\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\ufffd \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\ufffd\u00d9\ufffd\u00d9\u2019\u00d8\u00b3\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2019 \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u2020\u00d9\u2019 \u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u2026\u00d9\u2019 \u00d9\u0160\u00d9\ufffd\u00d8\u00ad\u00d9\u2019\u00d8\u00af\u00d9\ufffd\u00d8\u00ab\u00d9\u2019 \u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2021 \n\n\n\u00d8\u00b4\u00d9\u0160\u00d8\u00a6\u00d8\u00a7 \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\u2019 \u00d8\u00b2\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\ufffd \u00d8\u00aa\u00d9\ufffd\u00d8\u00ba\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd \u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d8\u00b7\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d8\u00b9\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b4\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d9\u2026\u00d9\u2019\u00d8\u00b3\u00d9\ufffd \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\u2019 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b1\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d8\u00ad\u00d9\ufffd \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d9\u2019 \u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b2\u00d9\u2018\u00d9\ufffd\u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00a7\u00d9\u2020\u00d9\ufffd \u00d8\u00b7\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd \u00d8\u00a3\u00d9\ufffd\u00d9\u0160\u00d9\u2019\u00d8\u00b6\u00d9\u2039\u00d8\u00a7 \u00d8\u00b9\u00d9\ufffd\u00d9\u201e\u00d9\ufffd\u00d9\u2030 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d9\u2026\u00d9\ufffd\u00d8\u00b0\u00d9\u2019\u00d9\u2021\u00d9\ufffd\u00d8\u00a8\u00d9\ufffd \u00d9\u02c6\u00d9\ufffd\u00d8\u00a8\u00d9\ufffd\u00d9\u2021\u00d9\ufffd \u00d9\u201a\u00d9\ufffd\u00d8\u00b7\u00d9\ufffd\u00d8\u00b9\u00d9\ufffd \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d8\u00ac\u00d9\ufffd\u00d9\u2026\u00d9\u2019\u00d9\u2021\u00d9\ufffd\u00d9\u02c6\u00d8\u00b1\u00d9\ufffd\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya: \n\u00e2\u20ac\u0153Jika seseorang hendak membersihkan air yang terkena najis, hendaklah diperhatikan keadaannya. Sekiranya kenajisan air tersebut kerana berlakunya perubahan (warna, bau atau rasa) dan ia melebihi dua qullah, maka air dikira suci: disebabkan perubahan itu hilang dengan sendirinya atau disebabkan ditambah air yang lain kepadanya atau diambil sebahagiannya kerana kenajisan itu disebabkan perubahan sedangkan punca berlakunya perubahan tersebut sudah tiada.\n\n\nPenjelasan: Jika hilang perubahan pada air yang terkena najis yang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0melebihi dua qullah, hendaklah dilihat keadaannya. Jika najis tersebut hilang dengan tambahan air lain, maka dikira suci tanpa khilaf padanya samada air tambahan itu suci atau bernajis samada sedikit atau banyak. Begitu juga samada air yang ditambah itu ditambah dengan cara tuang atau dengan cara terbit (mata air). Dan sekiranya najis tersebut hilang dengan sendirinya yakni tidak berlaku suatu pertambahanpadanya bahkan hilang perubahannya dengan pancaran cahaya matahari atau dengan tiupan angin atau dengan waktu yang panjang, maka keadaan sedemikian juga dikira suci menurut pandangan mazhab al-Syafie dan keputusan ini juga turut dipegang oleh jumhur ulama\u00e2\u20ac\u2122.\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan kaedah penyucian air yang dilaksanakan oleh pihak Indah Water Konsurtium Sdn. Bhd. bagi menghasilkan bioefluen terawat dan biopepejal dari Loji Rawatan Kumbahan (LRK), hasil lawatan yang kami lakukan dan penerangan yang diberikan, maka Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan \nberpendapat\n sistem infrastruktur yang mengalirkan kumbahan itu berupaya menjadikan \nair kumbahan tersebut suci lagi menyucikan\n (air mutlak) kerana berlakunya proses perubahan untuk menghilangkan najis dan mengekalkan semula sifat asal air yang suci lagi menyucikan. Justeru, air tersebut boleh digunakan untuk siraman bahkan ia boleh digunakan untuk minuman kerana air tersebut telah kembali kepada sifat air yang asal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15523", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-100 yang bersidang pada 27 Februari 2017 bersamaan 30 Jamadil Awwal 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) mempunyai 83 buah masjid dan 111 buah surau Jumaat. Jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa. Peningkatan ini berdasarkan kepadatan penduduk dan topografi Wilayah Persekutuan yang memerlukan pertambahan bangunan masjid dan surau Jumaat.\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dana masjid umumnya adalah melalui sedekah dan sumbangan orang ramai. Antara sedekah dan sumbangan orang ramai ialah melalui kutipan pada hari Jumaat.\n\u00a0\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi sebahagian masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan, kaedah kutipan tabung masjid pada hari Jumaat dijalankan bermula ketika khatib membaca khutbah melalui edaran tabung atau individu yang bergerak dari saf ke saf.\n\u00a0\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jabatan Mufti Negeri Johor melalui surat arahan bertarikh 1 Januari 2017 telah menegah dan melarang agar menggerakkan tabung ketika khatib sedang berkhutbah kerana perbuatan tersebut adalah suatu perkara yang berlawanan dengan apa yang dituntut ke atas jemaah iaitu mendengar khutbah dengan diam.\n\u00a0\n(e)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Manakala Keputusan Muzakarah Fatwa Negeri Sabah Bil. 3 tahun 2016 yang bersidang pada 10-11 Ogos 2016 juga telah memuktamadkan mengenai hukum mengutip sumbangan dan sedekah sewaktu khatib di atas mimbar adalah tidak dibenarkan dan dilarang dengan alasan seperti berikut:\n\u00a0\n\u201dSebarang perbuatan yang mengganggu penumpuan semasa khatib berkhutbah adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, perbuatan mengutip sumbangan dan sedekah melalui tabung bergerak dan seumpamanya dilarang semasa khatib berkhutbah di atas mimbar\u201d.\n\u00a0\nKEPUTUSAN\n\u00a0\nMesyuarat telah berbincang kertas tersebut dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Haram menggerakkan tabung atau mengutip ketika khutbah disampaikan oleh khatib pada hari Jumaat berdasarkan kepada dalil-dalil antaranya:\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:\n\u00a0\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064e \u0644\u0650\u0635\u064e\u0627\u062d\u0650\u0628\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064f\u0645\u064f\u0639\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0635\u0650\u062a\u0652. \u0648\u064e\u0627\u0644\u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064f \u064a\u064e\u062e\u0652\u0637\u064f\u0628\u064f \u0641\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0644\u064e\u063a\u064e\u0648\u0652\u062a\u064e\nMaksudnya: \u201cApabila kamu berkata \u2018diam\u2019 kepada sahabat kamu pada hari Jumaat ketika imam membaca khutbah maka sia-sialah Jumaat kamu.\u201d\nRiwayat al-Bukhari (892) dan Muslim (851)\n\u00a0\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ali RA meriwayatkan:\n\u00a0\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u063a\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u0650\u0649 \u062c\u064f\u0645\u064f\u0639\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u062a\u0650\u0644\u0652\u0643\u064e \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064c\nMaksudnya: \n\u201cBahawa sesiapa yang Jumaatnya sia-sia dia tidak dapat apa-apa kelebihan dan pahala yang diharapkan daripada Jumaatnya itu.\u201d\n Riwayat Abu Daud (1051).\nLarangan berkata-kata di sini termasuklah juga menulis bagi mengelakkan situasi berhelah seperti orang menggunakan SMS, Whatsapp dan lain-lain ketika khatib sedang berkhutbah dengan alasan, \u201cKami tidak bercakap tetapi hanya menulis.\u201d\nIni dikuatkan dengan hadis daripada Abu Hurairah RA:\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0645\u064e\u0633\u0651\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0635\u064e\u0649 \u0641\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0644\u064e\u063a\u064e\u0627\nMaksudnya: \n\u201cBarangsiapa yang menyapu (bermain-main) batu kerikil (ketika Jumaat) maka hal itu sia-sia.\u201d\n Riwayat Muslim (857).\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berkata Imam Nawawi Rahimahullah: \u201cPada hadis ini terdapat larangan bermain dengan batu dan selain daripada jenis itu kerana itu adalah sebahagian daripada perbuatan sia-sia ketika khutbah (Jumaat). Di sini terdapat isyarat agar ditujukan hati dan anggota badan semata-mata kepada khutbah.\u201d\u00a0Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim.\nBerdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan kepada kita perbuatan seperti menegah saudaranya bercakap atau bermain dengan anak batu dianggap sebagai perbuatan sia-sia dan tidak dibenarkan. Ini bertujuan supaya:\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fokus diberi kepada isi kandungan khutbah yang disampaikan oleh khatib.\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tidak mengganggu jemaah yang lain.\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Walaupun begitu, dengan memahami keperluan dan dana kewangan yang kukuh dalam mengimarahkan masjid serta aktivitinya, mesyuarat mencadangkan seperti berikut:\n(i)\u00a0\nTabung digerakkan selepas solat Jumaat.\n(ii)\u00a0\nKutipan oleh petugas bergerak di hadapan jemaah bagi setiap saf dengan membawa karung atau bekas selepas solat Jumaat.\n(iii)\u00a0\nKutipan juga boleh dilakukan sebelum azan.\n(iv) \nDalam kutipan secara bergerak dengan petugas, hendaklah mengelakkan daripada melintasi orang yang sedang solat.\n(v)\u00a0\nPerlu diambil kira tempat yang sesuai ketika memungut derma untuk masjid.\n(vi)\u00a0\nBegitu juga khatib boleh menggalakkan derma kepada masjid dan mendoakan kepada penderma pada akhir khutbahnya sebagai salah satu kempen untuk menggalakkannya.\n(vii) Kempen melalui slogan dan fadhilat derma di skrin LED masjid kecuali ketika khutbah dan solat dijalankan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15522", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang bersidang pada 30 November 2016 bersamaan 30 Safar 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kadar \u2018uruf pemakaian barang kemas yang diguna pakai di Wilayah Persekutuan sebanyak 150 gram sejak tahun 1995 hingga kini.\n\n\n\u00a0\n\n\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Satu kajian \nPemilikan Barang Kemas Yang Dipakai Dalam Kalangan Wanita Islam di Wilayah Persekutuan\n bagi menilai semula kadar yang sesuai dengan keadaan semasa khusus mengenai kadar \u2018uruf di Wilayah Persekutuan telah dijalankan secara usaha sama di antara PPZ-MAIWP dengan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) selama empat bulan dan berakhir pada bulan Oktober\u00a02016 lalu yang melibatkan bilangan responden seramai 2,000 orang di tiga lokasi kajian iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hasil kajian mendapati tiada sandaran kuat bagi menentukan nisab (had minima) sebaliknya bergantung kepada \u2018uruf had-al-israf. Justeru, kajian yang bersandarkan pendapat menjurus kepada jumlah 200 mithqal (850 gram) atau 10 kali ganda daripada nisab emas simpanan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Data kajian mengenai taburan kekerapan berat barang kemas yang dipakai mendapati julat 50 gram mewakili 76.66% (1,462 responden) dari keseluruhan berat emas responden. Dapatan kajian menunjukkan nilai mod adalah 30 gram dengan\u00a0\u00be daripada responden memakai emas antara 0-50 gram. Berdasarkan kepada fakta di atas kadar \u2018uruf barang kemas yang dipakai yang dicadangkan oleh kajian adalah sebanyak 300 gram berdasarkan 10 kali ganda\u00a0(\nImam al-Nawawi\n) nilai mod iaitu 30 gram.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nKEPUTUSAN\n\n\nMesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n(a) Kadar \u2018uruf had-al-israf di Wilayah Persekutuan adalah 800 gram;\n\n\n(b) Zakat wajib dikenakan ke atas emas perhiasan wanita apabila jumlah berat pemilikan dan pemakaiannya melebihi kadar \u2018uruf had-al-israf; dan\n\n\n(c)\u00a0Zakat emas perhiasan wanita dikira terhadap nilai berat yang melebihi kadar \u2018uruf sahaja (800 gram) atau keseluruhan emas yang dimiliki bermula jumlahnya 800 gram dan ke atas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15521", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang bersidang pada 30 November 2016 bersamaan 30 Safar 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Amalan kutu ini berlaku dengan cara salah seorang dari sekumpulan wanita mengambil satu kadar atau nilai yang dikumpul bersama setiap hari Jumaat atau sekali dan diberikan kepada salah seorang dari mereka secara bergiliran setiap bulan.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Skim kutu yang diamalkan tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang. Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah \nharus di sisi Syariah\n atas sebab \nia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Syariah\n. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.\nManakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan.\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nImam Ibnu Qudamah menyatakan jika harta yang baru diperolehi seseorang itu merupakan hasil dari harta sedia ada padanya seperti untung dari harta perniagaannya atau anak-anak yang lahir dari haiwan ternakannya, maka harta perolehan baru itu wajib digabungkan kepada harta sedia ada padanya dan dikeluarkan zakat bersama-samanya. Jadi, haul bagi harta perolehan baru itu dikira bersekali dengan haul harta sedia ada kerana ia terbit darinya dan dari jenis yang sama. Hukum ini tidak ada khilaf di kalangan ulamak.\n\u00a0\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMenurut pandangan lain yang diriwayatkan dari Ibnu Mas\u2019ud, Ibnu \u2018Abbas dan Mu\u2019awiyah di mana mereka berpendapat; Harta perolehan baru itu (al-Mal al-Mustafad) wajib dizakati ketika menerimanya (yakni tidak perlu menunggu genapnya haul). Terdapat riwayat menceritakan; \u201cIbnu Mas\u2019ud memberi kepada kami al-\u2018Ata (pemberian) kemudian ia mengambil zakat ke atasnya\u201d. Imam al-Auza\u2019ie berkata terhadap orang yang menjual hambanya dan rumahnya; \u201cHendaklah ia membayar zakat terhadap harga (bayaran) yang diperolehinya sebaik saja bayaran itu berada di tangannya kecuali baginya bulan yang diketahui (akan sampai haul bagi harta yang sedia ada padanya), maka bolehlah ia menangguhkan pengeluaran zakat ke atas harta perolehan baru itu untuk disekalikan pengeluaran zakat bersama hartanya yang sedia ada\u201d. Pandangan inilah yang ditarjihkan oleh Syeikh al-Qaradhawi (Fiqh al-Zakah 1/302).\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan tidak memerlukan keputusan fatwa terhadap hasil pendapatan daripada duit kutu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15520", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang bersidang pada 30 November 2016 bersamaan 30 Safar 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n\u00a0\na.\u00a0Terdapat 22 buah tanah Perkuburan Islam yang dikawalselia oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.\nb. Menjadi amalan masyarakat di Malaysia untuk membina kepungan pusara. Namun terdapat sesetengah negeri yang menetapkan bentuk dan spesifikasi kepungan yang dibenarkan untuk dipasang. Manakala sesetengah negeri yang lain tidak menetapkan spesifikasi tertentu.\nc.\u00a0Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah salah sebuah negeri yang telah menetapkan spesifikasi khusus bagi membina kepungan. Syarat dan spesifikasi ini terpakai bagi 2 buah Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah iaitu di Taman Batu Muda dan Bukit Kiara. Namun, terdapat juga waris yang membina kepungan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JAWI dengan membina binaan yang melampaui keperluan sehingga menyerupai binaan kubur agama lain. Amalan ini telah berterusan sejak bertahun-tahun dahulu hingga sekarang tanpa ada pemantauan dan penguatkuasaan daripada pihak yang berwajib.\nd.\u00a0Bahagian Pengurusan Kariah JAWI bersetuju\n \ndengan larangan tersebut atas sebab-sebab berikut:\n(i)\u00a0Binaan kepungan pusara di atas tanah wakaf hendaklah dilarang bagi memastikan kehendak pewakaf dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.\n(ii)\u00a0Tanah Perkuburan Islam dapat diguna semula sekiranya telah penuh dengan menggunakan kaedah seperti kubur bertingkat.\n(iii)\u00a0Memastikan tanah wakaf tidak menjadi hakmilik kekal waris si mati dengan adanya kepungan pusara tersebut.\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan melarang membina kepungan pusara di atas tanah perkuburan kecuali apa yang telah diputuskan\u00a0oleh pihak berautoriti."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15519", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang bersidang pada 30 November 2016 bersamaan 30 Safar 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terimaan hasil sumber am daripada Luqatah yang terkumpul dari tahun 2011 sehingga Ogos 2016 adalah berjumlah \nRM87,525.85.\nPenyelesaian Hutang Pihak Ketiga\n \nterkumpul berjumlah \nRM86,221.27 \ndan\n \nterimaan wang tidak patuh syariah yang terkumpul adalah berjumlah \nRM5,395,049.50 \ndan jumlah keseluruhan adalah\n RM 5,568,796.62.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jabatan Audit Negara melalui Semakan Pengauditan Muktamad Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2015 yang bersidang pada 12 Julai 2016 bertempat di Imarah Wakaf MAIWP, Jalan Perak telah membuat teguran mengenai hasil terimaan ini.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-92 pada 7 Julai 2015 bersetuju bahawa wang yang haram dan tidak patuh syariah adalah seperti berikut :\n\u00a0\n(i)\u00a0Hendaklah diserahkan kepada pemiliknya jika mampu,\n(ii)\u00a0Diagihkan untuk kemaslahatan muslimin seperti pembinaan jalan, jambatan, tandas dan sebagainya,\n(iii)\u00a0\u00a0Baitulmal,\n(iv)\u00a0\u00a0Disedekahkan bagi pihak tuannya.\n(d)\u00a0\u00a0MAIWP mencadangkan agar perbelanjaan terimaan hasil Sumber Am ini seperti berikut :\n---(i)\u00a0\u00a0Digunakan\n\u00a0untuk maslahah umum umat Islam seperti berikut:\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembinaan dan penyelenggaraan bangunan pusat perlindungan, pusat dakwah, pusat pendidikan serta masjid atau surau.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kemudahan asas seperti pembinaan dewan, perhentian bas, jambatan dan lain-lain untuk kegunaan umum.\u00a0\n---(ii)\n\u00a0Diagihkan kepada golongan fakir dan miskin khususnya melalui skim-skim bantuan di Baitulmal MAIWP.\n\u00a0\nKEPUTUSAN\nMesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan seperti berikut :\n(a)\u00a0\u00a0Wang-wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Baitulmal dan diagihkan untuk kegunaan umat Islam kecuali bagi pembinaan Masjid atau Surau.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0Wang Luqatah dan Terimaan Penyelesaian Hutang Pihak Ketiga hendaklah dipulangkan kepada pemiliknya sekiranya membuat tuntutan dan sabit benar atas tuntutan tersebut"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15517", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah meneliti isu Hukum Menghisap Rokok Elektronik (\nVape\n) dan \u201c\nShisha Stick\n\u201d dan bersetuju memberi pandangan seperti berikut;\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sejak kebelakangan ini, satu fenomena baharu telah diperkenalkan dalam industri rokok iaitu menghisap rokok menggunakan kaedah elektronik atau dikenali sebagai \n\u201cvape\u201d\n. Rokok elektronik ini mengandungi bahan kimia \nnitrosamines\n (TSNAs), \nnikotin\n, \naerosol\n, asid \naldehid\n, sebatian organik berwap (VOC) dan karsonogen. Selain itu, terdapat juga bahan kimia yang menghasilkan bau dan perasa buah-buahan dimasukkan dalam rokok elektronik. Malah sesetengah produk \u201c\nvape\u201d\n dilaporkan mengandungi dadah, \npolycyclic aromatic hidrokarbon\n dan sebatian \nfenolik\n.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sementara itu, isu menghisap \n\u201cshisha stick\u201d\n terutamanya dalam kalangan para pelajar telah menjadi tabiat yang sukar untuk ditegah. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah membuat kajian terhadap kandungan dalam \n\u201cshisha stick\u201d\n ini telah mengesahkan bahawa ianya mengandungi \npropilena glikol\n, \ngliserin\n sayuran dan perasa dalam bentuk cacair. Sebahagiannya didakwa mengandungi \nnikotin\n, tar, karsnogen dan bahan kimia lain sepertimana yang terdapat dalam rokok. Selain itu, \n\u201cshisha stick\u201d \nturut mengandungi bahan kimia yang menghasilkan bau dan perisa buah-buahan. Sesetengah produk \n\u201cshisha stick\u201d\n boleh mengakibatkan penyakit berkaitan jantung dan kanser.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Atas faktor-faktor yang dinyatakan di atas maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bersetuju memutuskan bahawa hukum menghisap rokok elektronik \n(vape)\n dan \n\u201cshisha stick\u201d\n adalah \nHARAM\n kerana aktiviti tidak sihat ini akan menyebabkan berlaku kemudharatan dan pembaziran kepada masyarakat Islam berdasarkan dalil-dalil berikut;\n\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Firman Allah I dalam al Quran:\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0641\u0650\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0644\u06e1\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0628\u0650\u0623\u064e\u064a\u06e1\u062f\u0650\u064a\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u062a\u0651\u064e\u0647\u06e1\u0644\u064f\u0643\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u062d\u06e1\u0633\u0650\u0646\u064f\u0648\u0653\u0627\u0652\u06da \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u064a\u064f\u062d\u0650\u0628\u0651\u064f \u0671\u0644\u06e1\u0645\u064f\u062d\u06e1\u0633\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0661\u0669\u0665\nMaksudnya: \nDan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(al Baqarah: 195)\n\u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u0623\u064e\u0646\u0632\u064e\u0644\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0633\u064e\u0643\u0650\u064a\u0646\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f\u06e5 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u06e1\u0645\u064f\u0624\u06e1\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0632\u064e\u0644\u064e \u062c\u064f\u0646\u064f\u0648\u062f\u0657\u0627 \u0644\u0651\u064e\u0645\u06e1 \u062a\u064e\u0631\u064e\u0648\u06e1\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0630\u0651\u064e\u0628\u064e \u0671\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627\u0652\u06da \u0648\u064e\u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u062c\u064e\u0632\u064e\u0627\u0653\u0621\u064f \u0671\u0644\u06e1\u0643\u064e\u0670\u0641\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e \u0662\u0666 \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u064a\u064e\u062a\u064f\u0648\u0628\u064f \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u06e2 \u0628\u064e\u0639\u06e1\u062f\u0650 \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0645\u064e\u0646 \u064a\u064e\u0634\u064e\u0627\u0653\u0621\u064f\u06d7 \u0648\u064e\u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u063a\u064e\u0641\u064f\u0648\u0631\u065e \u0631\u0651\u064e\u062d\u0650\u064a\u0645\u065e \u0662\u0667\nMaksudnya:\nD\nan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(al-Israa\u2019: 26-27)\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sabda Rasul r : \u201c\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0631 \u0648\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0627\u0631\u201d\nMaksudnya: \nTidak boleh memudharatkan (diri sendiri) dan tidak boleh memberi kemudharatan (kepada orang lain).\n(Hadith riwayat Imam Ahmad, Imam Malik, Ibn Majah dan al Dar-Alqutni.)\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bertepatan dengan \nMaqasid Syariah\n iaitu matlamat syarak yang bertujuan untuk menolak kemudharatan yang akan menimpa umat Islam dan mempertahankan manfaat atau kebaikan. Imam al-Syatiby dan Imam al-Ghazali\u0631\u062d\u0645\u0647\u0645 \u0627\u0644\u0644\u0647\u00a0telah membincangkan tentang kepentingan memelihara diri dan harta umat Islam daripada dirosakkan oleh apa-apa jua unsur yang tidak baik. Maka dalam hal ini, telah jelas menunjukkan bahawa menghisap rokok elektronik (\nvape\n) dan \u201c\nshisha stick\u201d\n akan menyumbang risiko yang boleh mengancam kesihatan diri dan pembaziran harta terutamanya wang ringgit. Sekalipun alat yang digunakan untuk merokok adalah berbeza namun implikasinya lebih buruk daripada merokok menggunakan kaedah biasa.\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah turut bersetuju untuk mengekalkan keputusan mesyuarat yang berlangsung pada 13 Januari 1996 mengenai pengharaman merokok kerana kemudharatan dan pembaziran.\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Justeru, semua pihak adalah dilarang menghisap rokok menggunakan kaedah elektronik atau menggunakan \u201c\nshisha stick\u201d, \ntermasuk juga pihak yang menyumbang kepada berleluasanya tabiat yang negatif ini demi memelihara tuntutan agama, sosio-masyarakat dan kesihatan ummah. Wallahu \u2018alam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15498", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke- 31/2017 yang bersidang pada 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H telah memutuskan seperti berikut:\n\u00a0\nPara ulama telah berbeza pendapat tentang beberapa perincian berkaitan hukum susuan (radha\u2019ah). Majoriti (Jumhur) berpendapat penyusuan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung daripada payudara ibu boleh mensabitkan hubungan mahram susuan.\n\u00a0\nDi samping itu terdapat dalam kalangan ulama yang mensyaratkan susuan itu hendaklah secara langsung daripada payudara ibu susuan. Ini seperti pendapat al-Laith bin Saad, Ibn Hazm dan selain mereka. Pandangan ini juga yang ditarjihkan oleh al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Syeikh Mustafa al-Zarqa dan lain-lain. Para ulama juga ramai yang menyebut bahasawanya percampuran susu berlainan ibu tidak mensabitkan hukum mahram. Demikian juga para ulama berkhilaf tentang jumlah bilangan susuan yang mensabitkan hukum berkenaan. Majoriti ulama mentarjihkan lima kali susuan yang mengenyangkan.\n\u00a0\nSetelah berbincang pandangan-pandangan di atas dan mengambil kira keperluan dan realiti yang ada dalam memelihara nyawa bayi khususnya bayi pramatang seperti yang telah dibentangkan oleh pihak Kementerian), maka JK Fatwa Perlis berpendapat Program Perkongsian Susu Ibu yang dicadangkan oleh KKM adalah tidak bercanggah dengan hukum syarak.\n\u00a0\nWalaubagaimanapun Jawatankuasa meminta supaya cara perlaksanaan program tersebut mengambil kira perkara-perkara berikut:\n\u00a0\n1. Hendaklah mendapat persetujuan dari kedua-dua\u00a0pihak (ibu susuan dan anak susuan), kecuali dalam keadaan darurat.\n\u00a0\n2. Sekiranya berlaku susuan sebanyak 5 kali kenyang ke atas dari seseorang ibu susuan yang sama dengan rekod yang jelas, maka kedua-dua pihak (ibu susuan dan anak susuan) hendaklah mengetahui antara satu sama lain. Ini\u00a0bagi menjaga hukum-hakam yang berkaitan dengan mahram.\n\u00a0\nWalaubagaimanapun JK Fatwa ingin memaklumkan wujudnya keluasan pendapat dalam hal ini dimana para ulama seperti al-Laith bin Saad, Ibn Hazm, al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Syeikh Mustafa al-Zarqa dan lain-lain mensyaratkan susuan itu berlaku secara langsung daripada payudara ibu, maka bagi yang berpegang dengan pendapat ini, dua perkara yang disebutkan di atas tidak menjadi syarat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15497", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke- 31/2017 yang bersidang pada 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nTempoh had pemberian zakat kepada saudara baharu yang telah memeluk Islam tidak disebut di dalam nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Perkara ini terpulang kepada ijtihad ulil amri. Di sana terdapat riwayat yang sahih, Sayyidina Umar bin alKhattab RA memberhentikan pemberian zakat di bawah asnaf al-muallafah qulubuhum kepada golongan yang tidak lagi memerlukan ta\u2019lif (menjinakkan jiwa) kepada Islam. Maka ukuran dalam masalah ini ialah keperluan kepada ta\u2019lif iaitu menjinakkan jiwa kepada Islam dengan cara diberikan bahagian zakat kepadanya.\nSetelah berbincang hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan perkara-perkara berikut dalam penentuan tempoh pemberian zakat kepada saudara baharu:\n1) Seseorang saudara baharu diberi tempoh selama 5 tahun setelah didaftarkan untuk disemak semula statusnya selepas memeluk Islam.\n2) Selepas 5 tahun pihak pentadbiran (ulul amri) boleh memutuskan sama ada individu berkenaan masih berhak menerima peruntukan zakat di bawah asnaf almuallafah qulubuhum ataupun tidak.\n3) Semakan itu hendaklah mengambil kira latar kefahaman agama, persekitaran yang mengelilinginya dan lain-lain faktor yang boleh dikaitkan dengan kekuatan pegangan agamanya.\n4) Satu jawatankuasa khas yang mampu menimbang keperluan ta\u2019lif untuk seseorang saudara baharu hendaklah diwujudkan.\nIndividu yang terkeluar dari peruntukan zakat al-muallafah qulubuhum berhak menerima peruntukan zakat dari bahagian lain seperti fakir-miskin, algharimin dan lain-lain sekiranya berkelayakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15496", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke- 31/2017 yang bersidang pada 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nSetelah berbincang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju dengan keputusan seperti berikut:\n1) Semua jenis skim KWSP wajib ditunaikan zakat dengan syarat pekerjaan asal pencarum adalah halal.\n2) Dividen yang diberikan oleh pihak KWSP jika sekiranya ia daripada akaun simpanan syariah juga tertakluk kepada hukum zakat. Adapun dividen bagi akaun simpanan konvensional perlulah melalui proses pembersihan terlebih dahulu dan bakinya tertakluk kepada zakat.\nHendaklah seorang Muslim meletakkan wang simpanannya ke dalam akaun Simpanan Syariah KWSP. Jika dia telah melanggar arahan syarak dengan meletakkan wangnya ke dalam akaun tidak patuh syariah sedangkan dia memiliki pilihan, maka hendaklah dia bertaubat dan wang dividen berkenaan hendaklah dibersihkan. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan kaedah pembersihan itu boleh dirujuk ke laman sesawang KWSP http://secure.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15495", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-26/2017 yang bersidang pada 3 Februari 2017 bersamaan 6 Jamadil Awwal 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nZakat kepada bukan muslim di bawah \nAsnaf \u2018muallafah qulubuhum\u2019\n (golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam) boleh diberikan atas kemaslahatan yang ditentukan oleh Ulil Amri. Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada golongan yang bukan muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15494", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-29/2017 yang bersidang pada 18-19 April 2017 bersamaan 21-22 Rejab 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nSetelah melihat dalil-dalil yang dibincangkan oleh ulama dan penelitian pakar perubatan dalam hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat seperti berikut:\n\u201cHukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit seseorang wanita. Ia berdasarkan keadaan setiap wanita setelah ditentukan keperluannya oleh pakar. Jika seseorang wanita mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui oleh pakar, maka ianya satu makrumah (penghormatan) seperti dalam hadis Ummu \u2018Atiyyah yang dinilai Hasan oleh sebahagian ulama. Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka khitan tidak perlu dilakukan untuk dirinya.\u201d\nAdapun khitan bayi perempuan yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat tanpa merujuk keperluannya kepada pakar merupakan amalan yang tidak mempunyai apa-apa asas dalil syarak, bahkan mungkin mendedahkan bayi kepada kemudharatan jika dilakukan secara yang salah.\nAndaian bahawasanya rangsangan seks berlebihan pada wanita disebabkan tidak berkhitan adalah tidak memiliki apa-apa alasan yang kukuh."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15493", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-29/2017 yang bersidang pada 18-19 April 2017 bersamaan 21-22 Rejab 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nMelakukan kebaikan kepada golongan bukan Islam oleh orang Islam adalah sesuatu yang dituntut. Walau bagaimanapun, usaha melakukan kebaikan tersebut sama sekali tidak boleh bertentangan dengan akidah.\nMenghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam adalah tidak dibenarkan kerana ia berkaitan dengan amalan ritual agama bukan Islam ataupun tasyabbuh yang dilarang iaitu menyerupai amalan agama selain Islam.\nMenghadiri majlis sambutan ataupun rumah terbuka bukan Islam yang tidak membabitkan upacara ritual agama tersebut dengan Muslim yang hadir itu adalah dibenarkan. Ini jika ada keperluan untuk melakukan hal sedemikian seperti kaum keluarga, jiran tetangga dan kepimpinan masyarakat atas dasar menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah dengan syarat tidak meredhai kekufuran.\nUcapan selamat bersempena dengan perayaan bukan Islam adalah isu yang menimbulkan perbezaan pandangan ulama. Berdasarkan realiti di Malaysia, adalah diharuskan ucapan selamat kepada bukan Islam jika amalan tersebut menjadi budaya dan bukan lagi amalan keagamaan. Ini dengan syarat ungkapan itu tidak mengandungi maksud kesyirikan atau kekufuran. Keharusan ini tertakluk kepada keperluan seperti menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15492", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-24 & 25/2016 yang bersidang pada 20-21 Disember 2016 bersamaan 20-21 Rabiul Awwal 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nTalak adalah hukum syarak yang tidak boleh dipermain-mainkan kerana ia boleh meruntuhkan perkahwinan.\n\ufeff\nMerujuk kepada taklik mentalakkan isteri dengan talak tiga sekiranya melanggar sesuatu perjanjian, terdapat beberapa keadaan:\n1. Sekiranya ketika dilafazkan taklik tersebut, suami yang melafazkan itu sememangnya bertujuan untuk mentalakkan isterinya jika dia melanggar perjanjian itu, maka isterinya tertalak dengan satu talak.\n2. Sekiranya ketika dilafazkan taklik tersebut, suami yang melafazkan itu tidak bertujuan mentalakkan isterinya tetapi sekadar memberi keyakinan kepada pihak yang lain bagi menggambarkan kebenciannya melanggar perjanjian itu sepertimana dia membenci mentalakkan isterinya, maka taklik tersebut tidak menjatuhkan talak dan tidak memberi kesan.\n3. Jika dia tidak pasti keadaan dirinya semasa taklik sama ada terpaksa ataupun rela, dalam kedaan sedar ataupun tidak, memahami maksud taklik tersebut ataupun tidak, maka kembali kepada hukum asal bahawa akad perkahwinan yang asal masih sah. Ini berdasarkan kaedah fiqh:\nPerkara yang yakin, tidak boleh dihilangkan dengan keraguan.\n4. Jika suami mengungkapkan taklik itu sebagai sumpah bagi dirinya ke atas apa-apa yang dijanjikan dan melanggarnya, maka hendaklah dia menunaikan kaffarah sumpah.\n5. Jika berlaku perbalahan pendapat antara suami dan isteri tentang kedudukan taklik talak mereka, kemudian jika kes itu mereka bawa ke mahkamah, maka penentuan dalam kes perbalahan mereka itu ditentukan oleh hakim Syar\u2019ie."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15491", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-24 & 25/2016 yang bersidang pada 20-21 Disember 2016 bersamaan 20-21 Rabiul Awwal 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nSetelah diisytiharkan selama setahun yang memungkinkan orang awam mengetahuinya dan tiada tuntutan yang sah, maka harta itu boleh dipindahkan menjadi milik Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang digunakan untuk kemaslahatan awam. Jika ada tuntutan yang sah selepas tempoh yang ditetapkan, maka pihak yang menuntut berhak mendapatkan nilai yang bersesuaian dengan mengambil kira kos yang telah ditanggung oleh MAIPs."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15490", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-24 & 25/2016 yang bersidang pada 20-21 Disember 2016 bersamaan 20-21 Rabiul Awwal 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nBagi mayat dan kubur itu ada penghormatan yang telah ditetapkan oleh syarak. Mayat tidak boleh diperlakukan atau dipindahkan sewenang-wenangnya. \nHukum menggali atau memindahkan mayat daripada satu kubur ke kubur yang lain adalah diharuskan jika dikebumikan dalam keadaan yang menyanggahi hukum-hakam jenazah atau tidak diuruskan dengan sempurna. Demikian juga jika terdapat keperluan yang disahkan oleh pihak berkuasa agama negeri untuk digali atau dipindahkan. \nPenentuan lokasi kubur orang Islam di Negeri Perlis hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri selaku ulil amri. Demikian juga pihak ulil amri boleh memindahkan kubur atas sesuatu kemaslahatan.\n\ufeff"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15489", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-24 & 25/2016 yang bersidang pada 20-21 Disember 2016 bersamaan 20-21 Rabiul Awwal 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nHukum asal pertukaran mata wang dengan mata wang yang lain (\u0627\u0644\u0635\u0631\u0641) adalah harus dengan syarat pertukaran atau urusniaga dilakukan dengan serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (\u0627\u0644\u062a\u0642\u0627\u0628\u0636).\nAdapun perdagangan mata wang secara online melalui platformplatform sama ada tempatan atau luar negara diharamkan sama ada dijalankan oleh individu atau institusi kerana sebab-sebab berikut:\n1. Ketiadaan berlaku serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (\u0627\u0644\u062a\u0642\u0627\u0628\u0636) sama ada secara hakiki ataupun hukmi (konstruktif).\n2. Kewujudan unsur riba iaitu pada kemudahan leverage (pinjaman tunai) oleh platform yang mensyaratkan dilakukan perdagangan mata wang dengan caj berbayar hanya dengan platform yang sama. Riba juga berlaku pada overnight charge (caj semalaman) ke atas pinjaman yang tidak dilangsaikan pada hari yang sama.\n3. Kewujudan unsur gharar (ketidaktentuan) iaitu pada identiti penyedia platform, undang-undang yang menyelia pedagangan tersebut serta keabsahan transaksi yang dilakukan.\n4. Kewujudan unsur maisir (judi) yang mendedahkan pihak pedagang kepada peluang untung atau risiko kerugian kerana bergantung \nLAMPIRAN 2\n kepada spekulasi (ramalan) pergerakan nilai mata wang yang berada di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak yang berurusniaga. Ini sama dengan meletakkan wang pertaruhan yang mengakibatkan salah satu pihak mengaut keuntungan atas kerugian pihak lain yang mana untung dan rugi bergantung kepada nasib.\nDengan ini demi untuk mengembalikan kestabilan nilai sesuatu mata wang, perdagangan mata wang bagi tujuan ramalan keuntungan perlu dihentikan bagi mengelakkan mata wang dijadikan komoditi yang mana perkara ini hanya akan lebih menjejaskan sistem fiat money yang sudah sedia lemah dan juga meningkatkan inflasi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15488", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-24 & 25/2016 yang bersidang pada 20-21 Disember 2016 bersamaan 20-21 Rabiul Awwal 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nPada asalnya isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya (Bait al-Zaujiyyah) iaitu rumah kehidupan pasangan suami isteri yang disediakan oleh suami melainkan dengan izin suami. Ini kerana suami merupakan pelindung, pembimbing dan ketua keluarga di mana isteri berada di bawah tanggungjawabnya.\nJika isteri boleh berada di mana-mana sahaja tanpa keizinan suami tentulah peraturan rumahtangga tidak akan wujud dan pergaulan baik antara suami isteri tidak akan berlaku dalam ertikata yang sebenar.\nNamun begitu jika sekiranya isteri pada anggapan yang kuat, merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf oleh syarak, tidak mempunyai jalan keluar dan tidak mampu untuk ditanggung jika terus berada di rumah suami, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami. Ini setelah isteri benar-benar mendapati tiada langkah penyelesaian melainkan keluar meninggalkan rumah suami. \nBegitu juga jika suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai atau nafkah yang mencukupi, maka isteri boleh keluar rumah tanpa mendapat izin suami & tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawabnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15487", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-23/2016 yang bersidang pada 3-4 Oktober 2016 bersamaan 2-3 Muharram 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nMelindungi anak-anak daripada bahaya atau kemudharatan merupakan tanggungjawab yang wajib ke atas ibubapa. Pengambilan vaksin pada masa ini terbukti merupakan kaedah yang paling berkesan bagi melindungi anak daripada wabak penyakit yang merbahaya seperti cacar, polio, influenza, meningococcal, cirit-birit dan lain-lain. \nMaka pengambilan vaksin bagi melindungi anak dari serangan wabak termasuk dalam tanggungjawab ibubapa atau penjaga yang wajib ditunaikan. Kecuaian dalam menunaikan tanggungjawab ini sehingga membawa mudharat kepada anak-anak adalah berdosa.\nKeengganan mengambil langkah pencegahan sehingga boleh menyebabkan penularan wabak penyakit merbahaya ke dalam masyarakat merupakan satu lagi dosa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15486", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-23/2016 yang bersidang pada \n3-4 Oktober 2016 bersamaan 2-3 Muharram 1438H telah memutuskan seperti berikut:\nPada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW samada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT dan bukan daripada barang tersebut. Namun keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang. Atas alasan inilah \u2018Umar bin al-Khattab telah memerintahkan agar dihapuskan pokok yang disangka menjadi tempat Bai\u2019ah al-Ridhwan kerana dibimbangi berlaku syirik.\nWalaupun begitu para ulama semasa telah membuat kajian dan mentarjihkan bahawa tiada lagi sebarang peninggalan dari jasad atau barangan kegunaan Nabi yang boleh disabitkan kewujudannya dengan bukti yang sahih.\n\ufeff\nSebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diada adakan dalam agama yang dilarang. \nJika hal ini dibiarkan maka berbagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan.\nManakala sekadar mengadakan logo yang tidak bercanggah dengan syariat Islam tanpa tujuan tabarruk seperti lambang bulan, bintang, bulan sabit, Kaabah, pokok kurma, pedang dan seumpamanya adalah dibolehkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15485", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-22/2016 yang bersidang pada \n11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadan 1437H telah memutuskan seperti bertikut:\nPada asalnya Persembahan Hiburan adalah Harus di dalam Islam. Ia termasuk di dalam kehendak fitrah manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Namun, Acara Persembahan Hiburan itu BOLEH menjadi haram jika ia mengandungi anasir yang bertentangan dengan syarak. Justeru sesuatu Acara Persembahan Hiburan hendaklah memenuhi panduan-panduan berikut: \n \nHendaklah tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam seperti memuja selain daripada Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, memperlekehkan para sahabat, meragui hari kiamat, dan mendorong kepada perlakuan zina dan maksiat.\nHendaklah tidak mengabaikan kewajipan terhadap Allah seperti solat, puasa dan seumpamanya.\nHendaklah tidak mendorong kepada sifat dan kelakuan melampau yang merendahkan akhlak mulia insani.\nHendaklah bebas dari sebarang bentuk promosi dan penggunaan arak, dadah, pertaruhan judi dan semua yang menyalahi syarak.\nHendaklah tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh memecah-belahkan perpaduan umat dan tidak memudaratkan nyawa, akal, keturunan, tubuh badan serta harta benda individu atau awam.\nHendaklah tidak melibatkan persembahan atau tarian yang wujud percampuran \nYANG MENYALAHI\n syarak antara lelaki dan wanita di dalam persembahan atau tarian yang dilakukan. \nHendaklah tidak mempunyai perkara yang membodohkan minda seperti jenaka melampau (\nrujuk kepada perkara a, c dan d di atas\n) dan sebagainya.\nHendaklah diadakan di tempat yang bersesuaian dengan acara hiburan yang dianjurkan (perlu merujuk kepada pihak yang berautoriti).\nHendaklah penyanyi sama ada lelaki atau wanita, pembuat persembahan menutup aurat bagi yang muslim dan berpakaian sopan bagi yang bukan muslim, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara dan senikata lucah yang menyebabkan rangsangan syahwat dalam kalangan pendengar atau penonton.\nHendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada persentuhan antara lelaki dan wanita \u201dajnabi\u201d (asing).\nHendaklah persembahan yang dilakukan itu menghormati syiar Islam seperi azan dan sensitiviti penduduk setempat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15484", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 dan 21/2016 yang bersidang pada 18-19 Februari 2016 bersamaan 9-10 Jamadil Awwal 1437H telah memutuskan seperti berikut: \nSetelah berbincang dengan panjang lebar dan meneliti hujah-hujah yang dibentangkan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan seperti berikut:\n\ufeff\nJawatankuasa Fatwa Negeri Perlis \nbersetuju sebulat suara untuk mengekalkan keputusan\n Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang telah bersidang pada 11 Mei \n1988\n seperti berikut: \ni) Tiada perbezaan mengenai kewajipan zakat ke atas emas yang dipakai atau emas yang disimpan ;\nii) Tiada istilah Had Uruf di Negeri Perlis ;\niii) Semua pemilik emas yang melebihi nisab 85 gram emas dikenakan zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15483", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 dan 21/2016 yang bersidang pada 18-19 Februari 2016 bersamaan 9-10 Jamadil Awwal 1437H telah memutuskan seperti berikut:\nSetelah meneliti penerangan dan menilai kedudukan ASB, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kedudukan ASB terbahagi kepada dua bahagian: \n1. Fatwa Untuk Orang Ramai\nHasrat umat Islam untuk menguasai pembahagian ekonomi dalam negara ini mesti disokong. Untuk menunaikan hasrat itu pihak kerajaan telah menubuhkan ASB. Ia satu-satunya pilihan strategik \npada masa ini\n untuk masyarakat Islam Malaysia menguasai ekonomi secara kolektif. Walau bagaimanapun, didapati setakat ini pelaburan dan hasil keuntungan ASB adalah masih bercampur antara peratusan halal yang banyak dengan haram yang sedikit. \nSetelah Jawatankuasa meneliti faktor-faktor berikut:\na) Umat Islam di Malaysia secara umumnya amat dituntut menguasai pemegangan ekuiti di dalam Negara. Pengurangan pemegangan ekuiti strategik umat Islam di Negara ini akan menyebabkan Mafsadah (kemerbahayaan).\u00a0\n \nb)Majoriti pelaburan ASB ditujukan ke tempat yang halal. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dimaklumkan oleh pihak PNB bahawa usaha ke arah patuh syariah sepenuhnya sedang dijalankan.\nc)Setiap pelabur melabur secara pukal atas tujuan yang benar. Manakala pemilihan tempat pelaburan dan syarikat oleh pihak ASB dianggap diluar pilihan pelabur.\nMaka, melabur dalam ASB berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan di atas dalam keadaan umat Islam tidak mempunyai pilihan setara selainnya dalam memelihara ekuiti negara adalah DIBOLEHKAN.\u00a0\nDi samping itu, bagi pihak pelabur yang berkemampuan hendaklah mendesak pihak ASB untuk memastikan pelaburan mereka patuh syari\u2019ah sepenuhnya.\n\ufeff\nDalam masa yang sama pelabur ASB \ndiwajibkan\n melakukan pembersihan dengan cara mengeluarkan nisbah peratusan daripada pulangan (dividen) yang haram berdasarkan maklumat semasa dari pihak PNB. \nPembersihan itu boleh dilakukan dengan disalurkan ke pihak-pihak kebajikan yang tiada kepentingan secara langsung dengan pelabur. \n2. Fatwa Untuk PNB\nManakala pelaburan pihak PNB yang mengendalikan ASB di tempat yang menyalahi syara\u2019 seperti institusi-institusi riba tanpa alasan syar\u2019ie adalah haram dan wajib dihentikan. \nUsaha ke arah patuh syari\u2019ah secara sepenuhnya wajib dilaksanakan oleh pihak PNB dengan perancangan yang jelas bagi memastikan umat Islam menguasai ekonomi yang halal.\nDalam tempoh kekangan memastikan perlaksanaan halal sepenuhnya, pihak PNB hendaklah memaklumkan kepada para pelabur kadar pelaburan yang tidak patuh syari\u2019ah untuk membolehkan pelabur melakukan pembersihan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15481", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 dan 21/2016 yang bersidang pada 18-19 Februari 2016 bersamaan 9-10 Jamadil Awwal 1437H telah memutuskan seperti berikut:\nIslam adalah agama yang memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan alam. Tujuan syariah itu sendiri juga menegakkan maslahah dan mengelakkan mafsadah. Maka, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dengan ini menyatakan: \nApa-apa perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudharatan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan\u00a0adalah haram, kecuali jika terdapat maslahah muktabar yang lebih besar atau mengelak mafsadah yang nyata. \n\ufeffSetiap muslim wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa-apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar yang merosakkan kehidupan dan mengganggu secara langsung ekosistem. Sebarang usaha bagi menjaga alam sekitar adalah perbuatan yang digalakkan oleh agama dan merupakan amalan soleh."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15480", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 dan 21/2016 yang bersidang pada 18-19 Februari 2016 bersamaan 9-10 Jamadil Awwal 1437H telah memutuskan bahawa:\nJampi atau ruqyah untuk memohon menghilangkan penyakit atau menghalau gangguan syaitan adalah perkara yang \nthabit\n daripada Nabi SAW. Bahkan ia menjadi sunnah kerana ia satu amalan Baginda dan terdapat galakan daripada Baginda. \nMengambil upah daripada jampian yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak adalah dibolehkan.\nMenjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah sesuatu yang tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh dan boleh menimbulkan kekeliruan dan berlaku penyalahgunaan nama Allah untuk keuntungan duniawi.\nMenjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah ditegah kerana terdapat \ngharar\n (ketidakpastian) dalam proses jual beli seperti penentuan harga dan keberkesanan manfaat. \nOleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menggesa supaya perbuatan tersebut ditegah dengan segera supaya istilah makanan sunnah dan yang seumpama dengannya tidak disalahfahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat. \nJawatankuasa dengan ini memutuskan bahawa penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial adalah dilarang sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15476", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2017 yang bersidang 11 Julai 2017\n \nbersamaan 17 Syawal 1438H berkaitan \nHukum Penggunaan Tekstil Berasaskan Sutera \nmemutuskan bahawa: \n\n\n\u00a0\n\n\nHaram bagi lelaki memakai dan menggunakan :\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sutera asli 100%, dan \n\n\nii.\u00a0 \u00a0 \u00a0 Sutera campuran yang benang sutera aslinya melebihi 51%.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2017/689-hukum-penggunaan-tekstil-berasaskan-sutera"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15475", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2017 yang bersidang 11 Julai 2017\n \nbersamaan 17 Syawal 1438H berkaitan \nHukum Menerbit dan Mengedar Terjemahan Al- Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nTerjemahan makna ayat-ayat al-Quran dalam penulisan\n seperti buku agama, akhbar, jurnal, majalah, dan seumpamanya tanpa disertakan bersama teks asal al-Quran dalam Bahasa Arab \nadalah diharuskan\n. Terjemahan tersebut adalah satu bentuk penafsiran makna ayat-ayat dalam al-Quran.\n\n\n\u00a0\n\n\nii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk seperti ini juga adalah sebagai keterangan dan penghujahan terhadap apa yang terkandung di dalam penulisan bukannya bermaksud ia adalah Kalam Allah yang dibaca. Justeru, tidak ada halangan dari sudut Syarak untuk membawakan terjemahannya dalam penulisan tanpa disertakan teks asal ayat al-Quran.\n\n\n\u00a0\n\n\niii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Walau bagaimanapun adalah lebih digalakkan untuk menyertakan sekali teks asal al-Quran yang dalam Bahasa Arab kecuali jika dibimbangi ia akan mencemarkan kemuliaan dan kesucian ayat-ayat al-Quran, seperti penulisan di dalam buku-buku agama, surat-surat khabar, jurnal, majalah atau seumpama dengannya.\n\n\n\u00a0\n\n\niv)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nPenerbitan dan pengedaran\u00a0terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran, Jawatankuasa Fatwa telah meneliti\n hujah-hujah dan pandangan seperti\u00a0berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalam kitab Man\u0101hil al-\u02bfIrf\u0101n dinyatakan:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u064a\u062c\u0628 \u0639\u0646\u062f \u062a\u0631\u062c\u0645\u0629 \u0627\u0644\u0642\u0631\u0622\u0646 \u0628\u0647\u0630\u0627 \u0627\u0644\u0645\u0639\u0646\u0649 \u0625\u0644\u0649 \u0623\u064a\u0629 \u0644\u063a\u0629 \u0623\u0646 \u062a\u0643\u062a\u0628 \u0627\u0644\u0622\u064a\u0627\u062a \u0627\u0644\u0642\u0631\u0622\u0646\u064a\u0629 \n\n\nMaksudnya: \u201cDalam penterjemahan al-Quran dengan pengertian ini (terjemah makna/ tafsir) ke dalam apa jua bahasa, wajib ditulis ayat-ayat al-Quran\u201d (al-Zurq\u0101n\u012b, t.t.: 2/134).\n\n\n\u00a0\n\n\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalam kitab Al-Tafs\u012br wa al-Mufassir\u016bn, pengarangnya menyebut bahawa antara syarat-syarat penterjemahan al-Quran ialah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0623\u0646 \u064a\u0643\u062a\u0628 \u0627\u0644\u0642\u0631\u0622\u0646 \u0623\u0648\u0644\u0627\u064b\u060c \u062b\u0645 \u064a\u0624\u062a\u0649 \u0628\u0639\u062f\u0647 \u0628\u062a\u0641\u0633\u064a\u0631\u0647\u060c \u062b\u0645 \u064a\u062a\u0628\u0639 \u0647\u0630\u0627 \u0628\u062a\u0631\u062c\u0645\u062a\u0647 \u0627\u0644\u062a\u0641\u0633\u064a\u0631\u064a\u0629\n\n\nMaksudnya: \u201cHendaklah ditulis al-Quran terlebih dahulu, kemudian dibawakan tafsirannya, kemudian diikuti dengan terjemahannya secara tafsir\u201d (Husain al-Dhahab\u012b, t.t.: 1/24).\n\n\n\u00a0\n\n\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kewujudan suatu buku terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran akan membawa kepada anggapan bahawa buku tersebut adalah al-Quran yang merupakan kalam Allah, tetapi bukan dalam Bahasa Arab dan bersifat \nmaksum\n\n\niaitu terpelihara daripada segala kekurangan dan kesilapan.\n\n\n\u00a0\n\n\nd)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kewujudan buku terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran boleh membawa fahaman kepada orang awam bahawa membaca buku terjemahan al-Quran tersebut sebagai bacaan seperti membaca al-Quran.\u00a0Sedangkan membaca al-Quran selain Bahasa Arab adalah tidak dibenarkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nal-Nawaw\u012b menyebut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0645\u064e\u0630\u0652\u0647\u064e\u0628\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062c\u064f\u0648\u0632\u064f \u0642\u0650\u0631\u064e\u0627\u0621\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u0650 \u0628\u0650\u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0644\u0650\u0633\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0631\u064e\u0628\u0650 \u0633\u064e\u0648\u064e\u0627\u0621\u064c \u0623\u064e\u0645\u0652\u0643\u064e\u0646\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0631\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064f \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u064e\u062c\u064e\u0632\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0648\u064e\u0627\u0621\u064c \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650\u0647\u064e\u0627\n\n\nMaksudnya: \u201cDalam mazhab kita (S\u1e25\u0101fi\u02bf\u012b) tidak harus membaca al-Quran dengan bahasa selain Bahasa Arab, sama ada seseorang itu mampu berbahasa Arab atau tidak mampu, dan sama ada di dalam sembahyang ataupun di luar sembahyang\u201d (Al-Nawaw\u012b, t.t.: 3/379).\n\n\n\u00a0\n\n\ne)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Membaca terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks asal al-Quran akan mendorong masyarakat awam meninggalkan daripada membaca teks asal al-Quran.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan dengan itu, berasaskan kepada pertimbangan antara \nmaslahah\n dan \nmafsadah\n dalam isu ini, Jawatankuasa Fatwa \nberpandangan\n sisi \nmafsadah\n lebih terserlah, maka Jawatankuasa Fatwa berpandangan\u00a0bahawa Penerbitan dan Pengedaran Terjemahan al-Quran Tanpa Teks Asal al-Quran adalah \ndilarang\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15474", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H berkaitan \nTarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah: Kajian Perkembangan dan Amalannya Di Malaysia\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kandungan zikir, selawat dan tahlil yang terdapat di dalam pengamalan Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah \ntidak bertentangan\n dengan unsur-unsur akidah dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Aspek berkaitan kepercayaan dan amalan dalam Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah yang diamalkan oleh semua cabang-cabang Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah di Malaysia \ntidak bertentangan\n dengan prinsip syariat Islam dalam kerangka Ahli Sunnah wal-Jamaah.\n\n\n\u00a0\n\n\n\ufeff\n\n\nFatwa ini dibuat berdasarkan Seksyen 52 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana telah disembah maklum dalam Pre-Council Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 2017.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2017/686-tarekat-ahmadiyyah-idrisiyyah-kajian-perkembangan-dan-amalannya-di-malaysia"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15473", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017\n \nbersamaan 30 Rajab 1438H berkaitan \nHukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB)\n \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus kerana peratusan pelaburan dalam syarikat patuh syarak telah melepasi 66% mengikut\u00a0piawaian Suruhanjaya Sekuriti. Pengharusan ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah iaitu \u0627\u0644\u062d\u0643\u0645 \u064a\u062f\u0648\u0631 \u0645\u0639 \u0639\u0644\u062a\u0647 \u0648\u062c\u0648\u062f\u0627 \u0648\u0639\u062f\u0645\u0627 ertinya \u201cHukum Berubah Menurut Perubahan \u2018Illah (sebab)\u201d ;\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0PNB hendaklah meneruskan usaha-usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan tersebut menepati syarak sepenuhnya; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0Keharusan hukum pelaburan ini akan dikaji semula selepas 3 tahun dan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syarak melebihi 75%.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15472", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2017 yang bersidang pada 31 Januari 2017\n \nbersamaan 3 Jamadilawwal 1438H berkaitan \nAjaran Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian), Zikir Nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya yang diajar oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT)\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ajaran Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian), Zikir Nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya yang diajar oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) adalah \nmenyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut kerana mengandungi elemen-elemen antaranya seperti berikut:__ \n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0i. \nTerbatal Kesemua Rukun Islam Sekiranya Tidak Mempelajari Ilmu Syahadah Yang Dibawa Oleh Ismail bin Kassim (IBK). \n\n\nRukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua Kalimah Syahadah bagi seseorang itu terbatal sekiranya dia tidak mempelajari Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian) yang dibawa oleh Ismail bin Kassim. Ilmu Syahadah yang dimaksudkan ialah ilmu penyaksian \nqalbu\n terhadap roh yang sedang bersyahadah.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. \nTuntutan Mencari Penyaksi Syahadah. \n\n\nSeseorang itu hendaklah berusaha mencari \n\n\npenyaksinya yang akan dibawa sebagai saksi pada hari akhirat kelak. Penyaksi tersebut akan diperoleh apabila dia menerima dan mengamalkan Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas. \n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0iii. \nIsmail bin Kassim Penyaksi Syahadah. \n\n\nIsmail bin Kassim akan menjadi penyaksi syahadah seseorang di dunia dan akhirat setelah orang itu mempelajari dan menerima Ilmu Syahadah yang diajar oleh beliau. Orang yang tidak menerima ilmu ini daripada beliau, dia tidak akan memperoleh penyaksi syahadahnya, dan syahadahnya tidak diterima Allah.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0iv. \nWajib Mempelajari Zikir Nafas Kerana Tiada Cara Lain Untuk Mencari Allah Kecuali Melaluinya. \n\n\nSeseorang itu wajib mempelajari Zikir Nafas, kerana tiada cara lain untuk mencari Allah kecuali melaluinya. Mencari Allah SWT melibatkan peranan yang dimainkan oleh \nqalbu\n. Anggota pancaindera manusia yang lain, seperti mata dan telinga peranannya terhad kepada alam zahir sahaja, berbeza dengan \nqalbu\n yang mempunyai peranan ghaib. Hanya dengan amalan Zikir Nafas boleh membuka mata hati \nqalbu\n. Oleh yang demikian, apabila mata hati \nqalbu\n seseorang telah terbuka, maka dia akan dapat melihat penyaksian roh, dan perkara-perkara ghaib yang lain dengan berterusan secara \nautopilot.\n\n\n\u00a0\n\n\nv.\u00a0\nZikir Nafas Adalah Amalan 124,000 Para Rasul Dan Para Wali Allah. \n\n\nPara rasul AS diperintahkan oleh Allah SWT untuk berkhalwat di dalam gua, apabila berada di dalam gua akan didengar secara jelas bunyi perkataan Zikir Nafas, iaitu \u2018hu\u2019, \u2018hu\u2019. \n\n\n\u00a0\n\n\nvi. \nMengisi Nafas Dengan Zikir\u00a0\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\n .\n \n\n\nZikir Nafas ialah seseorang itu perlu mengisi nafasnya dengan zikir\u00a0\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647. \n\u00a0\nZikir\n \nini hendaklah dilakukan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti. Kaedah untuk mendapatkan zikir tanpa henti, iaitu melalui pengisian zikir dalam penafasan. Apabila kalimah zikir telah diisi dalam pernafasan, setiap kali manusia bernafas, nafasnya akan berzikir mengingati Allah SWT (\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647). Perkiraan yang dibuat terhadap bilangan zikir yang akan terhasil daripada pernafasan tersebut adalah sebanyak 2,592 (108 x 24) zikir sehari.\n\n\n\u00a0\n\n\nvii. \nAmalan Zikir Nafas Telah Wujud Sejak Dari Zaman Nabi Adam AS.\n \n\n\nAmalan Zikir Nafas telah wujud sejak dari zaman Nabi Adam AS dan baginda adalah orang pertama yang mengamalkannya.\u00a0Allah SWT telah meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Nabi Adam AS dan seterusnya bernafas, dan nafas pertama yang naik dan turun daripada Adam AS adalah berbentuk Zikir Nafas.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nviii. \nZikir Nafas Adalah Amalan 124,000 Para Rasul Dan Para Wali Allah. \n\n\nPara rasul AS diperintahkan oleh Allah SWT untuk berkhalwat di dalam gua, apabila berada di dalam gua akan didengar secara jelas bunyi perkataan Zikir Nafas, iaitu \u2018hu\u2019, \u2018hu\u2019. \n\n\n\u00a0\n\n\nix. \nAmalan Zikir Nafas Adalah Sahih dan Sabit Melalui al-Quran dan al-Hadith. \n\n\nSesiapa yang mengingkarinya dianggap telah menaruh syak terhadap al-Quran dan al-Hadith.\n\n\n\u00a0\n\n\nx. \nSemua Makhluk Hidup Dengan Kalimah \u2018Hu\u2019. \n\n\nSemua makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dapat terus hidup dengan kalimah \u2018hu\u2019. Hu juga merupakan bunyi nafas yang sedia ada, bunyi oksigen, segala bunyian, peredaran bintang, planet bulan dan mata hati.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nxi. \nHari Kiamat Akan Berlaku Apabila Tiada Lagi Makhluk Yang Nafasnya Berzikir Dengan Kalimah Allah. \n\n\nSemua makhluk termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia akan mati dan diikuti dengan berlakunya hari kiamat apabila tiada lagi makhluk yang nafasnya berzikir dengan kalimah Allah.\n\n\n\u00a0\n\n\nxii. \nKelebihan Luar Biasa Apabila Mengamalkan Zikir Nafas \nialah:\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menyambung talian dengan Allah SWT;\n\n\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menyambung talian dengan Nabi Muhammad SAW;\n\n\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menyambung talian emas dengan guru-guru yang sampai\u00a0sanadnya kepada Nabi Muhammad SAW;\n\n\nd.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nafas terkawal daripada segala gangguan syaitan, iblis, ifrit dan jin;\n\n\ne.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dianggap berada di landasan sirat al-mustaqeem;\n\n\nf.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nafas sentiasa rasa dikawal;\n\n\ng.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nafas berjalan dengan kelajuan yang begitu normal\u00a0walaupun mendengar berita buruk dan menakutkan;\n\n\nh.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hidup dan mati menjadi kesedaran diri walaupun berada di mana jua; \n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apabila lalai dan alpa, nafas akan datang menyedarkan diri kepada Allah;\n\n\n\u00a0j.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Akan mendapat \nhusnu al-khatimah\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nxiii. \nMengamalkan Kepercayaan Wahdat al-Wujud.\n \n\n\nIsmail bin Kassim pernah mengungkapkan kata-kata yang jelas membawa kepada makna Wahdat al-Wujud, iaitu \n\u201cAku berkata-kata dengan lidah ni, ini lidah Allah, ini lidah Allah, kafir kamu pergi, kalau kamu menolak, pergi, ini lidah Allah, ini perkataan Allah, di mana kau, kafir terus...\u201d\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nxiv. \nMentakwil Ayat-Ayat al-Quran Secara Bathil\n. \n\n\nMentakwil ayat-ayat al-Quran secara batil, antaranya seperti yang berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nPada ayat dalam surah \nal-Fatihah\n :\n \u0627\u0647\u062f\u0646\u0627 \u0627\u0644\u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0645\u0633\u062a\u0642\u064a\u0645\n,\u00a0Allah SWT akan menjawab : \n\u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u0623\u0646\u0639\u0645\u062a \u0639\u0644\u064a\u0647\u0645\n , iaitu \n\u0627\u0644\u0635\u0627\u0644\u062d\u064a\u0646\u060c \u0627\u0644\u0634\u0647\u062f\u0627\u0621 \u0648\u0627\u0644\u0635\u062f\u064a\u0642\u064a\u0646\n. Tafsiran bagi ketiga-tiga perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u0627\u0644\u0635\u0627\u0644\u062d\u064a\u0646\u00a0\u00a0:\u00a0Mempunyai Zikir Nafas dan kenal Allah dengan aqal;\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u0627\u0644\u0634\u0647\u062f\u0627\u0621\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0:\u00a0Mempunyai Zikir Nafas dan syahadah dengan qalbu;\n\n\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u0627\u0644\u0635\u062f\u064a\u0642\u064a\u0646\u00a0\u00a0\u00a0:\u00a0Mempunyai Zikir Nafas dan rohnya bersyahadah;\n\n\n\u00a0\n\n\nxv. \nKaedah Penafsiran al-Quran (\nUsul Tafsir\n) Yang Menyeleweng. \n\n\nAyat-ayat al-Quran tidak boleh difahami semata-mata dengan membaca terjemahan, kitab-kitab tafsir, mahupun \nasbab al-nuzul\n, bahkan hanya boleh difahami dengan Ilmu al-Quran \n(Ilmu Takwil, Ilmu al-Furqan, Ilmu Ma\u2019na\n, \nIlmu Maqsud, Ilmu Hikmah\n, \nIlmu Makrifat\n, \nIlmu Hakikat\n, \nIlmu Asrar\n, \nIlmu Ghaib\n dan \nIlmu Yaqin\n).\n\n\n\u00a0\n\n\nxvi. \nBerpegang Kepada Hadith Palsu. \nAntaranya:\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u201cSesiapa yang menyakiti seorang tolibul-ilmi seperti\u00a0menyakiti\u00a0124,000 nabi, sesiapa \n\n\nyang menyakiti 124,000 nabi seperti menyakiti Rasulullah SAW, sesiapa yang menyakiti \n\n\nRasulullah SAW seperti menyakiti Allah, dan sesiapa yang menyakiti Allah, neraka \n\n\ntempatnya\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u201cBarang siapa yang mencariku, pasti menjumpai-Nya, barang siapa yang menjumpai-\n\n\nNya, maka dia telah menjumpai segala-galanya, Nabi Muhammad SAW bertanya \n\n\nbagaimana ingin mencari Allah, dan Allahpun menjawab: \u2018Shahadah\u2019 \u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u201cBarang siapa yang datang berjumpa dengan Aku dalam pada mana dia mengenal \n\n\naku, setiap kebajikan aku beri dia sedunia bilangan makhluk yang pernah Aku cipta dan \n\n\nakan Aku cipta\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nxvii. \nGhuluw\n (Melampau) Dalam Menghormati Guru. \n\n\nPeraturan yang wajib dipatuhi oleh murid kepada Ismail bin Kassim selaku guru atau sheikh seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sesiapa yang hendak bersalaman dengan guru, wajib mengambil wuduk terlebih dahulu kerana guru dianggap membawa al-Quran yang hidup;\n\n\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiap murid berkeadaan yakin bahawa guru dapat mengesan ketaatan murid, atas izin Allah SWT; \n\n\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiap murid jangan menderhaka kepada guru atas amanah-amanahnya; \n\n\nd.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiap murid jangan ada sangkaan bahawa guru tidak mengetahui kelakuan dan perbuatan mereka;\n\n\ne.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiap murid jangan meragui atau membantah di hadapan guru atau di belakangnya kerana guru hanya mengajar ilmu kalimah la ila ha illallah;\n\n\nf.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiap murid jangan sekali-kali melanggar panduan di atas, kelak\u00a0akan terjerumus ke dalam kecelakaan dan kebinasaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada ajaran tersebut termasuklah:-\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) menjadi pengikut kepada ajaran tersebut atau apa-apa ajaran yang mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut;\n\n\n(ii) berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan ajaran tersebut;\n\n\n(iii) mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan ajaran tersebut atau apa-apa ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain.\n\n\n(iv) berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut;\n\n\n(v) melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut;\n\n\n(vi) mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut;\n\n\n(vii) memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman, audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut;\n\n\n(viii) telah berbai\u2019ah (taat setia) dengan ajaran tersebut; atau\n\n\n(ix) mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan ajaran tersebut adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang\n bercanggah \ndengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut atau apa-apa ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, \nblog, facebook, twitter\n atau media sosial lain adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15471", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2017 yang bersidang pada 31 Januari 2017\n \nbersamaan 3 Jamadilawwal 1438H berkaitan\n Hukum pengguguran kandungan ibu hamil yang dijangkiti virus Zika\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0\u00a0Ibu hamil yang dijangkiti virus Zika adalah dilarang menggugurkan kandungan atau janin. Walau bagaimanapun sekiranya dengan meneruskan kandungan tersebut boleh membahayakan nyawa ibu maka ia diharuskan dengan alasan dharurah;\n\n\n\u00a0\n\n\nii.\u00a0Sekiranya kandungan atau janin yang dijangkiti virus Zika boleh membawa kepada kecacatan yang teruk, dan ia belum mencapai usia 120 hari, maka ia harus digugurkan dengan alasan hajah dan maslahah; \n\n\n\ufeff\n\n\niii.\u00a0Dalam membuat pertimbangan untuk menggugurkan kandungan atau janin yang dijangkiti virus Zika ini hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:\n\n\n\ufeff\n\n\n(a) mendapat pengesahan pakar-pakar perubatan yang dipercayai;\n\n\n(b) pengguguran tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih teruk;\n\n\n(c) keputusan dibuat secara \ncase by case\n;\n\n\n(d) mendapat persetujuan pasangan/ waris sekiranya tiada pasangan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2017/684-hukum-pengguguran-kandungan-ibu-hamil-yang-dijangkiti-virus-zika"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15470", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 5/2016 yang bersidang pada 4 Oktober 2016 bersamaan 3 Muharram1438H berkaitan \nPindaan Fatwa Millah Abraham @ Ibrahim\n \nmemutuskan bahawa meminda keputusan fatwa dengan menggantikan elemen di para (i).\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0Fahaman dan ajaran Millah @ Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni)\u00a0Mendakwa agama Islam yang ada sekarang tidak asli lagi kerana ajaran Islam sebenarnya telah terhapus akibat serangan Mongol terhadap kerajaan Abbasiyyah pada abad ke 10 dan 11.\n\n\n\u00a0\n\n\nii)\u00a0mendakwa ada rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W;\n\n\n\u00a0\n\n\niii)\u00a0mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti ajaran Millah Abraham @ Ibrahim;\n\n\n\u00a0\n\n\niv)\u00a0menggabungkan tiga (3) ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi;\n\n\n\u00a0\n\n\nv)\u00a0menyalahertikan maksud kiamat;\n\n\n\u00a0\n\n\nvi)\u00a0memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri;\n\n\n\u00a0\n\n\nvii)\u00a0tidak melaksanakan solat lima waktu dan solat Jumaat; atau\n\n\n\u00a0\n\n\nviii) Taksub kepada ajaran sehingga sanggup memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri sekiranya tidak mengikuti fahaman dan ajaran ini\n.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim termasuklah :-\n\n\n\u00a0\n\n\ni)\u00a0menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim;\n\n\n\u00a0\n\n\nii)\u00a0berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim;\n\n\n\u00a0\n\n\niii)\u00a0mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain.\n\n\n\u00a0\n\n\niv)\u00a0berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim;\n\n\n\u00a0\n\n\nv)\u00a0melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim;\n\n\n\u00a0\n\n\nvi)\u00a0mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim;\n\n\n\u00a0\n\n\nvii)\u00a0memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman, audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim;\n\n\n\u00a0\n\n\nviii)\u00a0telah berbai\u2019ah (taat setia) dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim; atau\n\n\n\u00a0\n\n\nix) mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim di Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon kemapunan kepada Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, \nblog, facebook, twitter\n atau media sosial lain adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n6.\u00a0Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nPindaan: \n\n\nFatwa Millah Abraham @ Ibrahim [Sel. P.U 33] yang disiarkan pada 17 September 2015 dipinda\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2017-terkini/796-fatwa-mengenai-ajaran-millah-abraham-ibrahim-di-negeri-selangor-pindaan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15469", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 5/2016 yang bersidang pada 4 Oktober 2016 bersamaan 3 Muharram1438H berkaitan \nPindaan Sighah Fatwa Syiah\n memutuskan bahawa meminda keputusan fatwa dengan mengugurkan elemen di para (xxii).\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah kerana mengandungi elemen-elemen antaranya seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni) Mempercayai bahawa Imam adalah \nMaksum \n(\u0645\u0639\u0635\u0648\u0645 ).\n\n\n\u00a0\n\n\nii) Mempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan Al-Askari sebagai Imam Mahdi bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan (\u0627\u0644\u0631\u062c\u0639\u0629).\n\n\n\u00a0\n\n\niii)\u00a0Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun al- Qur`an dengan sempurna dan menolak al-Qur`an yang disusun oleh para sahabat Nabi serta mempercayai bahawa al-Qur`an yang sebenar mengandungi tujuh belas ribu ayat kerana berlakunya penyelewengan (\u062a\u062d\u0631\u064a\u0641) melalui pengurangan atau penambahan ayat-ayat al-Qur`an.\n\n\n\u00a0\n\n\niv)\u00a0Mengamalkan prinsip \nal-Taqiyyah \n( \u0627\u0644\u062a\u0642\u064a\u0629 ) iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan serta perbuatan yang ingin dilakukan.\n\n\n\ufeff\n\n\nv)\u00a0Sayyidina Ali disamatarafkan dengan Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\nvi)\u00a0Menghalalkan atau mengamalkan Nikah \nMut\u2018ah \n(\u0645\u062a\u0639\u0629 \u0646\u0643\u0627\u062d).\n\n\n\u00a0\n\n\nvii)\u00a0Mempercayai Khalifah dan Imamah adalah sebahagian dari Rukun Islam dan diwasiatkan secara nas (\u0646\u0635).\n\n\n\u00a0\n\n\nviii)\u00a0Mempercayai Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (\u0627\u0644\u0628\u062f\u0627\u0621 ).\n\n\n\u00a0\n\n\nix)\u00a0Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.\n\n\n\u00a0\n\n\nx)\u00a0Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu\u2019awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikutnya adalah musuh Allah.\n\n\n\u00a0\n\n\nxi)\u00a0Menambah Syahadah seperti berikut:\n\n\n\u0623\u0634\u0647\u062f \u0623\u0646 \u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\n\n\n\u0623\u0634\u0647\u062f \u0623\u0646 \u0645\u062d\u0645\u062f\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647\n\n\n\u0623\u0634\u0647\u062f \u0623\u0646 \u0639\u0644\u064a\u0627 \u0623\u0645\u064a\u0631 \u0627\u0644\u0645\u0648\u0621\u0645\u0646\u064a\u0646 \u062d\u0642\u0627\n\n\nxii)\u00a0Menolak hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sekalipun hadith mutawatir dan hanya menerima hadith- hadith yang diriwayatkan oleh Imam-Imam Syiah.\n\n\n\u00a0\n\n\nxiii)\u00a0Menolak Ijma\u2019 Ulama\u2019.\n\n\n\u00a0\n\n\nxiv)\u00a0Menolak Qiyas.\n\n\n\u00a0\n\n\nxv)\u00a0Menolak \u2018Aul (\u0639\u0648\u0644) dan mendahulukan Qurabah (\u0642\u0631\u0627\u0628\u0629) dari \u2018Asobah (\u0639\u0635\u0628\u0629) dalam pembahagian harta pusaka.\n\n\n\u00a0\n\n\nxvi)\u00a0Mempercayai bahawa menziarahi kubur Sayyidina Husain akan mendapat ganjaran syurga.\n\n\n\u00a0\n\n\nxvii)\u00a0Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram.\n\n\n\u00a0\n\n\nxviii)\u00a0Mengharuskan solat jama\u2019 (\u0635\u0644\u0627\u0629 \u062c\u0645\u0639) dalam semua keadaan.\n\n\n\u00a0\n\n\nxix) Mengharamkan solat Dhuha (\u0635\u0644\u0627\u0629 \u0636\u0649\u062d\u0649 ).\n\n\n\u00a0\n\n\nxx)\u00a0Menetapkan prinsip Khumus (\u062e\u0645\u0633) sebagai kadar zakat.\n\n\n\u00a0\n\n\nxxi)\u00a0Menetapkan Islam bukan syarat wajib haji.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa:-\n\n\n\u00a0\n\n\ni)\u00a0mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang atau menjadi pengikut ajaran Syiah dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\nii)\u00a0mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\niii)\u00a0mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan diri sebagai orang yang bermazhab Syiah melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\niv)\u00a0mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi ahli atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\nv)\u00a0mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\nvi)\u00a0mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\nvii)\u00a0apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\nviii)\u00a0apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, \nblog, facebook, twitter \natau media sosial lain adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nix)\u00a0mana-mana orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah. Dan semua pihak adalah dilarang dan ditegah daripada memberi apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada golongan syiah ini daripada mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran syiah di negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nx)\u00a0mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nPindaan\n:\n\n\nFatwa Sighah Berkaitan Ajaran Syiah Di negeri Selangor [Sel. P.U 146] yang disiarkan pada 17 Oktober 2013 dipinda.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:\n \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2017-terkini/797-fatwa-sighah-berkaitan-ajaran-syiah-di-negeri-selangor-pindaan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15468", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 4/2016 yang bersidang pada 28 Julai 2016\n \nbersamaan 23 Syawwal 1437H berkaitan \nPindaan Fatwa Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah\n \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPelaksanaan wasiat wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima wasiat wajibah.\n\n\n\u00a0\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hendaklah kedua ibu dan bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada atuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan atuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.\n\n\n\u00a0\n\n\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Cucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardhu atau ta\u2019sib maka mereka tidak layak untuk mendapat wasiat wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding wasiat wajibah.\n\n\n\u00a0\n\n\niv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak mendapat wasiat wajibah daripada harta pusaka datuknya.\n\n\n\u00a0\n\n\nv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucunya melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat wasiat wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan, maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nvi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3, maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli warisnya yang lain.\n\n\n\u00a0\n\n\nvii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembahagian wasiat wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.\n\n\n\u00a0\n\n\nviii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembahagian wasiat wajibah kepada cucu lelaki dan perempuan yang berhak adalah berdasarkan kepada hukum faraid iaitu mengikut nisbah yang telah ditentukan oleh Syarak.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nPindaan:\n\n\nFatwa Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah [Sel. P.U. 5/2011] yang disiarkan pada 6 Januari 2011 dipinda.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2017-terkini/798-hukum-perlaksanaan-wasiat-wajibah-pindaan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15467", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 4/2016 yang bersidang pada 28 Julai 2016\n \nbersamaan 23 Syawwal 1437H berkaitan \nFatwa Berhubung Kedudukan Wasiat Kepada Waris\n \nmemutuskan bahawa:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nTidak Harus wasiat kepada waris.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15466", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 3/2016 yang bersidang pada 27 Mei\u00a02016\n \nbersamaan 20 Syaaban 1437H berkaitan \nPindaan Fatwa Kadar \u2018Uruf Emas Perhiasan Negeri Selangor\n memutuskan bahawa:\n\n\n\ufeff\n\n\nKadar \u2018uruf emas perhiasan di Negeri Selangor adalah pada pertimbangan 800 gram. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar \u2018uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat.\n\n\n\u00a0\n\n\nPembatalan:\n\n\nFatwa Kadar \u2018Uruf Emas Perhiasan Negeri Selangor [Sel. P.U. 15/2005] yang disiarkan pada 23 Jun 2005 dibatalkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15465", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 3/2016 yang bersidang pada 27 Mei\u00a02016\n \nbersamaan 20 Syaaban 1437H berkaitan\n \nPengurusan Pengebumian Jenazah Dalam Kalangan Warga Polis Diraja Malaysia\n memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Haram anggota polis beragama Islam mengusung jenazah anggota polis bukan Islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak. Walaubagaimanapun, jika si mati itu ahli keluarga atau teman rapatnya maka adalah harus dengan syarat tidak terlibat dalam sebarang upacara keagamaan. \n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Haram jenazah anggota polis beragama Islam diusung oleh anggota polis bukan Islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak.\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Haram anggota polis beragama Islam terlibat dalam pancaragam sewaktu upacara pengkebumian jenazah anggota polis.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Haram melepaskan tembakan selepas pengebumian jenazah anggota polis beragama Islam kerana melepaskan tembakan, muzik dan bunyi-bunyian tidak dibenarkan di tanah perkuburan.\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Haram tiupan \nbugle\n selepas upacara pengebumian dijalankan kerana ia termasuk meninggikan suara di tanah perkuburan. \n\n\n\u00a0\n\n\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Haram menggunakan bunyi-bunyian atau muzik dalam pengurusan jenazah orang Islam. \n\n\n\ufeff\n\n\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Haram menggunakan kalimah Allah dan Muhammad pada pakaian seragam anggota polis kepada jenazah anggota polis.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15464", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2016 yang bersidang pada 12 April 2016\n \nbersamaan 4 Rajab 1437H berkaitan \nPindaan Sighah Fatwa Hukum Pelantikan Hakim Syar'ie Wanita\n \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus bagi mana-mana Wanita Muslim memegang jawatan sebagai Hakim Syar'ie dalam kes Mal tetapi tidak harus dalam kes jenayah berat (ad-dima').\n\n\n\u00a0\n\n\n*\nNota; Fatwa ini berkaitan dengan keputusan Hukum Pelantikan Hakim Syarie' Wanita dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3/2006 pada 18/6/2006.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15463", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2017 yang bersidang pada 18-19 April 2017 telah memutuskan bahawa\u00a0Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah sesat dan terkeluar daripada ajaran Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15462", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2016 yang bersidang pada 19\u00a0Januari 2016\n \nbersamaan 9 Rabiulakhir 1437H berkaitan\n \nHukum Tarian Poco-Poco Menurut Perspektif Islam\n \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\ufeff\n\n\nApa jua bentuk tarian sama ada poco-poco dan sebagainya tidak boleh bertentangan dengan ajaran Islam. Bentuk tarian yang dilakukan\u00a0\nhendaklah merujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam\u00a0\nantaranya:-\n\n\n\u00a0\n\n\na\u00a0berpakaian menutup aurat, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam;\n\n\n\u00a0\n\n\nb. gerak tari yang disembahkan tidak menimbulkan fitnah;\n\n\n\u00a0\n\n\nc.tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah; \n\n\n\u00a0\n\n\nd.\u00a0tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan agama bukan Islam; dan\n\n\n\u00a0\n\n\ne.\u00a0tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2016/661-fatwa-tarian-poco-poco-menurut-perspektif-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15461", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2017 yang bersidang pada 15-16 Februari 2017 telah membincangkan mengenai Ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas dan Lain-Lain Yang Berkaitan Dengan Kedudukannya Oleh Ismail Kassim (PERAHMAT). Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\ni.\u00a0\u00a0\u00a0Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat mendapati bahawa Ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas Dan Lain-Lain Yang Berkaitan Dengan Kedua-duanya Oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) mengandungi perkara-perkara yang berikut:\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0Terbatal Kesemua Rukun Islam Sekiranya Tidak Mempelajari Ilmu Syahadah Yang Dibawa Oleh Ismail bin Kassim (IBK). Rukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua Kalimah Syahadah bagi seseorang itu terbatal sekiranya dia tidak mempelajari Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian) yang dibawa oleh Ismail bin Kassim. Ilmu Syahadah yang dimaksudkan ialah ilmu penyaksian qalbu terhadap roh yang sedang bersyahadah.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0Tuntutan Mencari Penyaksi Syahadah. Seseorang itu hendaklah berusaha mencari penyaksinya yang akan dibawa sebagai saksi pada hari akhirat kelak. Penyaksi tersebut akan diperoleh apabila dia menerima dan mengamalkan Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0Ismail bin Kassim Penyaksi Syahadah. Ismail bin Kassim akan menjadi penyaksi syahadah seseorang di dunia dan akhirat setelah orang itu mempelajari dan menerima Ilmu Syahadah yang diajar oleh beliau. Orang yang tidak menerima ilmu ini daripada beliau, dia tidak akan memperoleh penyaksi syahadahnya dan syahadahnya tidak diterima Allah.\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0Wajib Mempelajari Zikir Nafas Kerana Tiada Cara Lain Untuk Mencari Allah Kecuali Melaluinya. Seseorang itu wajib mempelajari Zikir Nafas, kerana tiada cara lain untuk mencari Allah kecuali melaluinya. Mencari Allah SWT melibatkan peranan yang dimainkan oleh qalbu. Anggota pancaindera manusia yang lain, seperti mata dan telinga peranannya terhad kepada alam zahir sahaja, berbeza dengan qalbu yang mempunyai peranan ghaib. Hanya dengan amalan Zikir Nafas boleh membuka mata hati qalbu. Oleh yang demikian, apabila mata hati qalbu seseorang telah terbuka, maka dia akan dapat melihat penyaksian roh, dan perkara-perkara ghaib yang lain dengan berterusan secara autopilot.\n(e)\u00a0\u00a0\u00a0Mengambil Zikir Nafas Secara Bai\u2019ah. Untuk mengambil ilmu Zikir Nafas hendaklah secara bai\u2019ah melalui guru yang berketurunan Ahli Bait sahaja, iaitu Ismail bin Kassim.\n(f)\u00a0\u00a0\u00a0Mengisi Nafas Dengan Zikir\u00a0\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647. Zikir Nafas ialah seseorang itu perlu mengisi nafasnya dengan zikir\u00a0\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647. Zikir ini hendaklah dilakukan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti. Kaedah untuk mendapatkan zikir tanpa henti, iaitu melalui pengisian zikir dalam penafasan. Apabila kalimah zikir telah diisi dalam pernafasan, setiap kali manusia bernafas, nafasnya akan berzikir mengingati Allah SWT (\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647). Perkiraan yang dibuat terhadap bilangan zikir yang akan terhasil daripada pernafasan tersebut adalah sebanyak 2,592 (108 x 24) zikir sehari.\n(g)\u00a0\u00a0\u00a0Amalan Zikir Nafas Telah Wujud Sejak Dari Zaman Nabi Adam AS. Amalan Zikir Nafas telah wujud sejak dari zaman Nabi Adam AS dan baginda adalah orang pertama yang mengamalkannya.\u00a0Allah SWT telah meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Nabi Adam AS dan seterusnya bernafas, dan nafas pertama yang naik dan turun daripada Adam AS adalah berbentuk Zikir Nafas.\n(h)\u00a0\u00a0\u00a0Zikir Nafas Adalah Amalan 124,000 Para Rasul Dan Para Wali Allah. Para rasul AS diperintahkan oleh Allah SWT untuk berkhalwat di dalam gua, apabila berada di dalam gua akan didengar secara jelas bunyi perkataan Zikir Nafas, iaitu \u2018hu\u2019, \u2018hu\u2019,\u2018hu\u2019.\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0Amalan Zikir Nafas Adalah Sahih dan Sabit Melalui al-Quran dan al-Hadith. Sesiapa yang mengingkarinya dianggap telah menaruh syak terhadap al-Quran dan al-Hadith.\n(j)\u00a0\u00a0\u00a0Semua Makhluk Hidup Dengan Kalimah \u2018Hu\u2019. Semua makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dapat terus hidup dengan kalimah \u2018hu\u2019. Hu juga merupakan bunyi nafas yang sedia ada, bunyi oksigen, segala bunyian, peredaran bintang, planet, bulan dan matahari.\n(k)\u00a0\u00a0\u00a0Hari Kiamat Akan Berlaku Apabila Tiada Lagi Makhluk Yang Nafasnya Berzikir Dengan Kalimah Allah. Semua makhluk termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia akan mati dan diikuti dengan berlakunya hari kiamat apabila tiada lagi makhluk yang nafasnya berzikir dengan kalimah Allah.\n(l)\u00a0\u00a0\u00a0Kelebihan Luar Biasa Apabila Mengamalkan Zikir Nafas iaitu:-\na.\u00a0\u00a0\u00a0Menyambung talian dengan Allah SWT;\nb.\u00a0\u00a0\u00a0Menyambung talian dengan Nabi Muhammad SAW;\nc.\u00a0\u00a0\u00a0Menyambung talian emas dengan guru-guru yang sampai\u00a0sanadnya kepada Nabi Muhammad SAW;\nd.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nafas terkawal daripada segala gangguan syaitan, iblis, ifrit dan jin;\ne.\u00a0\u00a0\u00a0Dianggap berada di landasan sirat al-mustaqeem;\nf.\u00a0\u00a0\u00a0Nafas sentiasa rasa dikawal;\ng.\u00a0\u00a0\u00a0Nafas berjalan dengan kelajuan yang begitu normal walaupun mendengar berita buruk dan menakutkan;\nh.\u00a0\u00a0\u00a0Hidup dan mati menjadi kesedaran diri walaupun berada di mana jua;\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\u00a0Apabila lalai dan alpa, nafas akan datang menyedarkan diri kepada Allah;\nj.\u00a0\u00a0\u00a0Akan mendapat husnu al-khatimah.\n(m) Mengamalkan Kepercayaan Wahdat al-Wujud Dan Tajsim. Ismail bin Kassim pernah mengungkapkan kata-kata yang jelas membawa kepada makna Wahdat al-Wujud, iaitu \u201cAku berkata-kata dengan lidah ni, ini lidah Allah, ini lidah Allah, kafir kamu pergi, kalau kamu menolak, pergi, ini lidah Allah, ini perkataan Allah, di mana kau, kafir terus\u2026\u201d\n(n)\u00a0\u00a0\u00a0Mentakwil Ayat-Ayat al-Quran Secara Bathil. Mentakwil ayat-ayat al-Quran secara batil, antaranya seperti yang berikut:\u00a0\nPada ayat dalam surah al-Fatihah :\u0627\u0647\u062f\u0646\u0627 \u0627\u0644\u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0645\u0633\u062a\u0642\u064a\u0645,\u00a0Allah SWT akan menjawab : \u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u0623\u0646\u0639\u0645\u062a \u0639\u0644\u064a\u0647\u0645 iaitu \u0627\u0644\u0635\u0627\u0644\u062d\u064a\u0646\u060c \u0627\u0644\u0634\u0647\u062f\u0627\u0621 \u0648\u0627\u0644\u0635\u062f\u064a\u0642\u064a\u0646. Tafsiran bagi ketiga-tiga perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:-\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u0627\u0644\u0635\u0627\u0644\u062d\u064a\u0646 : Mempunyai Zikir Nafas dan kenal Allah dengan aqal;\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u0627\u0644\u0634\u0647\u062f\u0627\u0621\u00a0: Mempunyai Zikir Nafas dan syahadah dengan qalbu;\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u0627\u0644\u0635\u062f\u064a\u0642\u064a\u0646\u00a0: Mempunyai Zikir Nafas dan rohnya bersyahadah\n(o)\u00a0\u00a0\u00a0Kaedah Penafsiran al-Quran (Usul Tafsir) Yang Menyeleweng. Ayat-ayat al-Quran tidak boleh difahami semata-mata dengan membaca terjemahan, kitab-kitab tafsir, mahupun asbab al-nuzul, bahkan hanya boleh difahami dengan Ilmu al-Quran (Ilmu Takwil, Ilmu al-Furqan, Ilmu Ma\u2019na, Ilmu Maqsud, Ilmu Hikmah, Ilmu Makrifat, Ilmu Hakikat, Ilmu Asrar, Ilmu Ghaib dan Ilmu Yaqin).\n(p)\u00a0\u00a0\u00a0Berpegang Kepada Hadith Palsu, antaranya:-\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u201cSesiapa yang menyakiti seorang tolibul-ilmi seperti\u00a0menyakiti\u00a0124,000 Nabi, sesiapa yang menyakiti 124,000 nabi seperti menyakiti Rasulullah SAW, sesiapa yang menyakiti Rasulullah SAW seperti menyakiti Allah, dan sesiapa yang menyakiti Allah, neraka tempatnya\u201d.\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u201cBarang siapa yang mencariku, pasti menjumpai-Nya, yang menjumpai-Nya, maka dia telah menjumpai segala-galanya, Nabi Muhammad SAW bertanya bagaimana ingin mencari Allah, dan Allah pun menjawab: \u2018Syahadah\u2019 \u201d.\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u201cBarang siapa yang datang berjumpa dengan Aku dalam pada mana dia mengenal Aku, setiap kebajikan Aku beri dia sedunia bilangan makhluk yang pernah Aku cipta dan akan Aku cipta\u201d.\n(q)\u00a0\u00a0\u00a0Ghuluw (Melampau) Dalam Menghormati Guru. Peraturan yang wajib dipatuhi oleh murid kepada Ismail bin Kassim selaku guru atau sheikh seperti yang berikut:-\na.\u00a0\u00a0\u00a0Sesiapa yang hendak bersalaman dengan guru, wajib mengambil wuduk terlebih dahulu kerana guru dianggap membawa al-Quran yang hidup;\nb.\u00a0\u00a0\u00a0Setiap murid berkeadaan yakin bahawa guru dapat mengesan ketaatan murid, atas izin Allah SWT;\u00a0\nc.\u00a0\u00a0\u00a0Setiap murid jangan menderhaka kepada guru atas amanah-amanahnya;\u00a0\nd.\u00a0\u00a0\u00a0Setiap murid jangan ada sangkaan bahawa guru tidak mengetahui kelakuan dan perbuatan mereka;\ne.\u00a0\u00a0\u00a0Setiap murid jangan meragui atau membantah di hadapan guru atau di belakangnya kerana guru hanya mengajar ilmu kalimah \"la ila ha illallah \";\nf.\u00a0\u00a0\u00a0Setiap murid jangan sekali-kali melanggar panduan di atas, kelak akan terjerumus ke dalam kecelakaan dan kebinasaan.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0Sehubungan dengan itu, mesyuarat memutuskan pandangan hukum bahawa Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian), Zikir Nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya yang diajar oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) dan seumpamanya adalah menyeleweng daripada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah;\niii.\u00a0\u00a0\u00a0Justeru, orang Islam hendaklah menjauhi ajaran ini dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang Islam\u00a0yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada\u00a0Allah SWT;\nviii.\u00a0\u00a0\u00a0Semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran tersebut melalui apa jua medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan serta merta.\nTarikh Warta: 1 Februari 2018\nNo. Warta: 3"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15460", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2016 yang bersidang pada 19 Januari 2016\n \nbersamaan 9 Rabiulakhir 1437H berkaitan\n Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (\nVideo Conference\n)\n \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat \nseperti yang berikut:-\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0\u00a0hendaklah majlis ini berlangsung ditahap yakin;\n\n\n\u00a0\n\n\nb.\u00a0\u00a0tidak ada unsur penipuan (\nal-gharar\n) dan keraguan;\n\n\n\u00a0\n\n\nc.\u00a0\u00a0memenuhi rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak;\n\n\n\u00a0\n\n\nd.\u00a0ada halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis; dan\n\n\n\u00a0\n\n\ne.\u00a0\u00a0tertakluk kepada Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15459", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2016 yang bersidang pada 22 Ogos 2016 telah membincangkan mengenai Larangan Permainan Pokemon Go Kepada Masyarakat Islam. Mesyuarat meutuskan bahawa:\n(i) Umat Islam adalah dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam aplikasi permainan Pokemon Go kerana ia membawa kepada kemudaratan berdasarkan sabda Nabi S.A.W:\n\u00a0\u00a0\u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00b6\u00d8\u00b1\u00d8\u00b1 \u00d9\u02c6 \u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00b6\u00d8\u00b1\u00d8\u00a7\u00d8\u00b1\nMaksudnya:\u00a0\nJanganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.\n(ii) Permainan Pokemon Go mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa dan ditambah boleh membawa kepada perjudian.\n(iii) Permainan ini berdasarkan kes-kes yang telah berlaku membawa kepada beberapa isu iaitu:\na. Bahaya daripada segi pengintipan pihak luar.\nb. Pencerobohan ruang peribadi.\nc. Faktor keselamatan seperti kemalangan.\nd. Kelalaian.\ne. Ketagihan melampau terhadap gajet.\nf. Kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling.\ng. Gangguan emosi, seperti mudah marah akibat kekalahan.\nh. Membawa kepada akhlak yang buruk.\ni. Ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran.\n(iv) Larangan dan nasihat ini adalah selari dengan kaedah\u00a0\nSadd al-Dzari'ah \n(\u00d8\u00b3\u00d8\u00af \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b2\u00d8\u00b1\u00d9\u0160\u00d8\u00b9\u00d8\u00a9 )\n\u00a0atau menutup pintu-pintu yang\u00a0menuju kerosakan.\n(v) Mengesyorkan pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan dan tiada unsur khurafat. Firman Allah S.W.T:\n\u00d8\u00a7\u00d9\u0081\u00d8\u00ad\u00d8\u00b3\u00d8\u00a8\u00d8\u00aa\u00d9\u2026 \u00d8\u00a7\u00d9\u2020\u00d9\u2026\u00d8\u00a7 \u00d8\u00ae\u00d9\u201e\u00d9\u201a\u00d9\u2020\u00d8\u00a7\u00d9\u0192\u00d9\u2026 \u00d8\u00b9\u00d8\u00a8\u00d8\u00ab\u00d8\u00a7 \u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u2020\u00d9\u0192\u00d9\u2026 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u0160\u00d9\u2020\u00d8\u00a7 \u00d9\u201e\u00d8\u00a7 \u00d8\u00aa\u00d8\u00b1\u00d8\u00ac\u00d8\u00b9\u00d9\u02c6\u00d9\u2020\nMaksudnya:\u00a0\nMaka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami. (Surah al-Mukminun : 115)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15458", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.4/2017 yang bersidang pada 15-16\u00a0Ogos 2017 telah membincangkan \"Pelaburan Dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) Serta Dividen atau Bonus Yang Diterima.\" Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n1.\u00a0\u00a0Berdasarkan taklimat dan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB), mesyuarat mendapati bahawa:\n(i) Saiz pelaburan PNB sangat besar sehingga industri kewangan dan pasaran modal Islam masih tidak mencukupi untuk\u00a0\u00a0\u00a0menampungnya. Justeru, PNB terpaksa mewujudkan saringan maqasid syariah, melakukan beberapa inisiatif penambahbaikan dan menstrukturkan pelaburannya bagi mencapai matlamat dan memastikan ia patuh syariah;\n(ii) Objektif keseluruhan PNB boleh dikaitkan kepada maqasid syariah untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat bumiputera yang majoritinya beragama Islam. Hasil daripada pelaburan-pelaburan saham yang dibuat secara keseluruhan adalah memelihara salah satu daripada lima maslahah utama syarak yang dikenali sebagai\u00a0\ndaruriyyat\n\u00a0yang lima iaitu melindungi agama, nyawa, akal, keturunan dan harta;\n(iii) Maslahah yang dibawa oleh PNB kepada umat Islam dan bumiputera adalah untuk menjaga kepentingan negara seperti kestabilan politik dan ekonomi, keperluan kepakaran dalam industri-industri yang kritikal dan menjaga aset-aset strategik negara. Di samping itu, kepentingan hasil daripada pelaburan-pelaburan saham iaitu jumlah pendapatan daripada pelaburan tersebut juga merupakan kepentingan yang perlu dijaga. Ini kerana jumlah pendapatan pelaburan tersebut disalurkan semula kepada umat Islam dan bumiputera sebagai dividen;\n(iv) Dalam konteks PNB, pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat bukan sahaja dapat melindungi salah satu daripada lima asas utama ini, bahkan ia dapat melindungi beberapa elemen yang berkepentingan untuk menyokong lima asas tersebut;\n(v) PNB telah hampir memaksimakan pelaburan dalam sekuriti pelaburan dan sekuriti pendapatan tetap patuh syariah dengan jumlah pelaburan PNB iaitu RM33 bilion yang hampir menyamai jumlah modal berbayar bank-bank patuh syariah. Manakala dua pertiga iaitu 66 peratus pelaburan ekuiti PNB adalah patuh syariah mengikut Suruhanjaya Sekuriti;\u00a0\n(vi) PNB juga telah melaksanakan perubahan inisiatif-inisiatif penambahbaikan lain seperti akad yang jelas akan digunapakai di dalam pelaburan, ke arah penyelesaian isu sekuriti pendapatan tetap\u00a0\n(fixed income securities)\n\u00a0dan pasaran wang, meningkatkan perniagaan patuh syariah\u00a0\n(shariah compliant)\n\u00a0di dalam Syarikat Kumpulan Maybank dan menasihati para pelabur yang beragama Islam untuk membayar zakat sekiranya cukup haul dan nisab.\n2.\u00a0Prinsip sesuatu hukum itu berubah mengikut\u00a0\nillah\nnya. Menurut Dr. Muhammad Sidqy al-Burnu di dalam \"\nMausu'ah al Qawa'id al Fiqhiyyah\n\" (3/195):\n\u00a0\" \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad\u00d9\u0192\u00d9\u2026 \u00d9\u0160\u00d8\u00af\u00d9\u02c6\u00d8\u00b1 \u00d9\u2026\u00d8\u00b9 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00ac\u00d9\u02c6\u00d8\u00af\u00d8\u00a7 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b9\u00d8\u00af\u00d9\u2026\u00d8\u00a7 : \u00d8\u00a5\u00d8\u00b0\u00d8\u00a7 \u00d9\u02c6\u00d8\u00ac\u00d8\u00af\u00d8\u00aa \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d8\u00a9 \u00d8\u00a3\u00d9\u02c6 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b3\u00d8\u00a8\u00d8\u00a8 \u00d8\u00ab\u00d8\u00a8\u00d8\u00aa \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad\u00d9\u0192\u00d9\u2026 \u00d8\u00a8\u00d9\u2021\u00d8\u00a7\u00d8\u0152 \u00d9\u0081\u00d8\u00a5\u00d8\u00b0\u00d8\u00a7 \u00d8\u00b2\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00aa \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d8\u00a9 \u00d8\u00a3\u00d9\u02c6 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b3\u00d8\u00a8\u00d8\u00a8\u00d8\u0152 \u00d8\u00b2\u00d8\u00a7\u00d9\u201e \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad\u00d9\u0192\u00d9\u2026 \u00d8\u00a8\u00d8\u00b2\u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2021\u00d8\u00a7 \u00d8\u0152 \u00d9\u02c6\u00d8\u00a7\u00d9\u2020\u00d8\u00aa\u00d9\u2021\u00d9\u2030 \u00d8\u00a8\u00d8\u00a7\u00d9\u2020\u00d8\u00aa\u00d9\u2021\u00d8\u00a7\u00d8\u00a6\u00d9\u2021\u00d8\u00a7\u00d8\u203a \u00d9\u201e\u00d8\u00a3\u00d9\u2020 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad\u00d9\u0192\u00d9\u2026 \u00d9\u0160\u00d8\u00af\u00d9\u02c6\u00d8\u00b1 \u00d9\u2026\u00d8\u00b9 \u00d8\u00b9\u00d9\u201e\u00d8\u00aa\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b3\u00d8\u00a8\u00d8\u00a8\u00d9\u2021 \u00d9\u02c6\u00d8\u00ac\u00d9\u02c6\u00d8\u00af\u00d8\u00a7\u00d9\u2039 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b9\u00d8\u00af\u00d9\u2026\u00d8\u00a7\u00d9\u2039\".\n\"Hukum berubah mengikut perubahan\u00a0\nillah\n\u00a0(sebab) : Apabila wujud\u00a0\nillah\n\u00a0atau sebab sabitlah hukum baginya sebaliknya hukum akan berubah apabila tiada\u00a0\nillah\n\u00a0atau sebab, terhenti dengan terhentinya\u00a0\nillah\n\u00a0atau sebab, kerana hukum itu mengikut kewujudan serta ketiadaan\u00a0\nillah\nnya...\u00e2\u20ac\u009d\n3. Sehubungan dengan itu, setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah\u00a0\nharus.\n\u00ef\u00bb\u00bf\n4. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada 16 Jun 1999 dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 30 Disember 2009 mengenai Hukum Umat Islam Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) adalah dibatalkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15457", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2016 yang bersidang pada 19\u00a0Januari 2016\n \nbersamaan 9 Rabiulakhir 1437H\n \nberkaitan \nPengharaman Rokok Elektronik Dan\u00a0\nVape \nmemutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPenggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap rokok elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan rokok elektronik dan vape.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15456", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2017 pada 18-19 April 2017 telah membincangkan mengenai Pesta Pongal dan Tanglung. Mesyuarat memutuskan bahawa:\n1) Orang Islam dilarang daripada menyertai atau menganjurkan perayaan Pongal dan Tanglung kerana ia mempunyai unsur-unsur khurafat, pemujaan dan penyembahan sepertimana yang diharamkan oleh agama Islam.\n2) Tiada larangan untuk orang Islam untuk memasak makanan pongal \u00e2\u20ac\u02dcSakarai' atau membuat tanglung pada mana-mana waktu selain daripada hari perayaan Pongal mahupun Tanglung."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15451", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2017 telah bersidang pada \n27-28\u00a0September 2017\u00a0/ 6-7 Muharram 1439H\n, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi\u00a0\u00a0\u00a0membincangkan mengenai perkara \u201cHukum Mandi Safar\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\u00a0\nMandi Safar adalah ritual yang bertentangan dengan hukum syarak. \nIa adalah suatu bidaah yang keji dan mengandungi beberapa iktikad yang\n fasid\n serta aktiviti yang tidak senonoh.\nMana-mana orang Islam yang melakukan ritual atau aktiviti Mandi Safar atau seumpamanya adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 atau undang-undang lain yang berkuatkuasa di negeri ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15450", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2017 telah bersidang\u00a0pada 27-28\u00a0September 2017\u00a0/ 6-7 Muharram 1439H di Bilik Seri\u00a0\u00a0\u00a0Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi\u00a0membincangkan mengenai perkara \u201cIsu Penamaan Bin Binti Abdullah Kepada Anak Tidak Sah Taraf Oleh Mahkamah\u201d dan telah bersetuju memutuskan\u00a0\u00a0\u00a0untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\n\ufeff1.\n\u00a0\n \nAnak\u00a0Tak\u00a0Sah\u00a0Taraf\u00a0ialah:\u00a0\na)\u00a0\n \nAnak\u00a0yang dilahirkan\u00a0di\u00a0luar\u00a0nikah sama ada akibat zina atau rogol\u00a0dan dia bukan daripada\u00a0persetubuhan syubhah atau bukan\u00a0\u00a0daripada\u00a0\u00a0anak perhambaan.\nb)\u00a0\u00a0\u00a0Anak\u00a0\u00a0dilahirkan\u00a0kurang\u00a0dari\u00a06\u00a0bulan\u00a02\u00a0\nlahzah\u00a0\n(saat)\u00a0mengikut\u00a0Takwim Qamariah daripada tarikh \nimkan al-dukhul\n (setubuh).\nc)\u00a0\u00a0\u00a0Seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun daripada tarikh \nimkan al-dukhul\n (setubuh) diketahui\u00a0dengan yakin atau berat zan bahawa \nkehamilan telah berlaku sebelum akad\n, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.\n2.\n\u00a0Anak tak sah taraf tidak\u00a0boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya\u00a0\u00a0atau\u00a0kepada\u00a0sesiapa\u00a0yang\u00a0mengaku\u00a0menjadi\u00a0bapa\u00a0kepada\u00a0anak\u00a0tersebut. Oleh itu,\u00a0mereka\u00a0tidak\u00a0boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.\n3.\n\u00a0\u00a0Demi memelihara nasab keturunan, orang Islam ditegah\u00a0\u00a0untuk membinkan atau membintikan mana-mana bayi di dalam perenggan 1\u00a0kepada\u00a0suami\u00a0ibu\u00a0bayi\u00a0atau\u00a0lelaki\u00a0yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.\n5.\n Mana-mana\u00a0\u00a0orang\u00a0\u00a0Islam\u00a0yang\u00a0terlibat\u00a0dengan\u00a0perkara\u00a0di\u00a0atas\u00a0\u00a0adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 atau undang-undang lain yang berkuatkuasa di negeri Sabah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15449", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24\u00a0Mei 2017\u00a0/ 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201c\nValet Doa.\n\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan Islam di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\n1.\u00a0\u00a0\u00a0Perniagaan Valet Doa adalah sama sekali tidak menepati ajaran Islam yang sebenar dan tidak mengikut syariat.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Sebarang bentuk meniagakan doa, mengeksploitasi agama bertujuan mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan serta tidak ikhlas untuk mendoakan adalah tidak dibenarkan.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0Eksploitasi agama dengan memberi jaminan hajat yang didoakan Valet Doa pasti termakbul serta boleh dikategorikan sebagai khurafat dan bid\u2019ah.\n4. Menetapkan amaun bayaran tertentu sebagai upah mendoakan dan tidak ikhlas untuk menyampaikan doa orang lain di hadapan Kaabah.\n5.\u00a0\u00a0\u00a0Valet Doa ini tidak terlepas daripada unsur-unsur penipuan.\n6.Sebagai\n sadd al-dhar\u0101i\u2019 \n(\n\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u0627\u0626\u0639) \nkepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan konsep doa bagi tujuan komersial,muzakarah bersetuju\u00a0bahawa Valet Doa untuk tujuan mengaut keuntungan hendaklah dihentikan\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15448", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24\u00a0Mei 2017\u00a0/ 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201c\nPenamaan Makanan Dan Minuman : Status Halal Dan Isunya.\n\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\n1.\u00a0\u00a0Tidak boleh menamakan sesuatu makanan dan minuman yang halal dengan\u00a0\u00a0sesuatu yang haram.\n2.\u00a0\u00a0Tidak boleh menamakan sesuatu makanan dan minuman yang haram dengan\u00a0\u00a0sesuatu yang halal.\n3. Hendaklah kita menjauhkan dari sebarang unsur \ntashabbuh\n (penyerupaan) dalam\u00a0penamaan makananan dan minuman kerana ia membawa kekeliruan kepada\u00a0masyarakat awam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15447", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24\u00a0Mei 2017\u00a0/ 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201c\nHukum Menggunakan Bahasa \n\u2018Ajam\n (Selain Arab) Pada Khutbah Jumaat\n\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\n1.\u00a0Harus berkhutbah selain bahasa Arab dengan syarat rukun-rukun khutbah wajib dalam Bahasa Arab.\n2. Wajib \nMuw\u0101l\u0101t \npada rukun-rukun khutbah. Walau bagaimanapun, bahasa \u2018\nAjam \n(selain Arab) tidak dianggap membatalkan \nMuw\u0101l\u0101t."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15446", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2017 telah bersidang pada 23-24\u00a0Mei 2017/26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201c\nHukum Memberi Makan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam\n\u201d dan telah bersetuju memutuskan sebagai panduan orang Islam di Negeri Sabah bahawa: \nMuzakarah bersetuju memutuskan sebagai panduan orang Islam di Negeri Sabah bahawa harus memberi makan, mengagihkan atau menghadiahkan daging \nKorban\n \nSunat sahaja\n kepada orang bukan Islam terutama ahli keluarga, kaum kerabat dan fakir miskin\n \natas sebab\u00a0maslahah\u00a0dalam\u00a0masyarakat\u00a0majmuk,\u00a0sementara \nKorban Wajib\n adalah tidak harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15445", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24\u00a0Mei 2017\u00a0/ 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201c\nHukum Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri Makanan Halal\n\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\n1.\u00a0\u00a0\u00a0Bahan yang berpunca dari arak adalah haram.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Asid tartarik yang menggunakan wine-lees adalah haram kerana\ni.\u00a0\u00a0\u00a0ia terhasil daripada pemeraman arak yang telah sempurna dan bukannya sebelum menjadi arak.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0Istihalah yang berlaku secara semulajadi daripada arak adalah dibenarkan. Proses nyah alkohol secara penyulingan wine-less tidak berlaku secara semulajadi dan tidak dibenarkan.\n3.\n \nAsid tartarik yang bukan berasal daripada \nwine\n-lees adalah dibenarkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15444", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24\u00a0Mei 2017 / 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201c\nHukum Pelupusan Anggota, Tisu Dan Janin Orang Islam\u201d\n dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\nAnggota dan tisu sisa klinikal daripada orang Islam yang masih hidup hendaklah dilupuskan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0dengan\u00a0cara\u00a0menanamnya\u00a0\u00a0tanpa\u00a0\u00a0perlu dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.\nAnggota\u00a0dan\u00a0\u00a0tisu\u00a0orang\u00a0Islam\u00a0yang\u00a0telah mati yang terpisah daripada tubuh tetapi tidak dimandikan\u00a0dan\u00a0disembahyangkan\u00a0\u00a0hendaklah\u00a0\u00a0ditanam\u00a0sahaja tanpa perlu disembahyangkan lagi. Sekiranya tidak diketahui sama ada tubuhnya telah dimandikan dan disembahyangkan, anggota dan tisu orang Islam yang telah mati hendaklah dimandikan dan disembahyangkan sebelum ditanam.\nJika janin yang gugur(dilahirkan sebelum cukup bulan) mempunyai tanda-tanda awal kehidupan seperti tangisan, gerakan dan seumpamanya, maka jenazahnya perlu\u00a0diurus seperti biasa iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumIkan.\nJika janin yang gugur telah bersifat tetapi tidak memiliki tanda-tanda awal kehidupan, maka hanya perlu dimandikan, dikafankan dan ditanam tanpa disembahyangkan.\nJika janin yang gugur tidak bersifat (seperti seketul daging atau darah) dan tiada tanda-tanda hidup, maka sunat dibungkus dan ditanam tanpa dimandikan dan disembahyangkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15443", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24\u00a0Mei 2017\u00a0/ 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201c\nHukum Menerbit Dan Mengedar Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran\n\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\nHaram ditulis dan diterbitkan terjemahan al-Quran tanpa teks asal Al-Quran.\nBerdasarkan kaedah \u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u0627\u0626\u0639, maka penulisan dan penerbitan terjemahan al-Quran\u00a0\u00a0tanpa\u00a0teks\u00a0asal\u00a0al-Quran\u00a0perlulah\u00a0ditegah\u00a0dan\u00a0\u00a0dilarang\u00a0\u00a0supaya masyarakat tidak keliru membezakan antara terjemahan al-Quran dan teks sebenar al-Quran.\nPenerbitan terjemahan al-Quran terutamanya dalam\u00a0Bahasa\u00a0Inggeris atau\u00a0\u00a0apa-apa bahasa\u00a0sekalipun tanpa\u00a0teks\u00a0asal\u00a0al-Quran turut dikhuatiri\u00a0akan mengelirukan pembaca"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15433", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2016 telah bersidang pada 10-11 Ogos 2016M / 07-08 Zulkaedah 1437H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara \u201cHukum Pernikahan Dan Pendaftaran Pasangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) Dengan Penganut Syiah Di Negeri Sabah\u201d dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\u00a0\nPernikahan dan Pendaftaran pasangan Syiah adalah tidak sah di atas sebab-sebab berikut:\n1. Maslahah Umat Islam berdasarkan kepada kaedah \nFiqh\n:\n\u062a\u0635\u0631\u0641 \u0627\u0644\u0627\u0645\u0627\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0631\u0639\u064a\u0629 \u0645\u0646\u0648\u0637 \u0628\u0627\u0644\u0645\u0635\u0644\u062d\u0629\nMaksudnya: \u201c Tindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah bergantung pada maslahah\u201d.\n2. Bercanggah\u00a0dengan tafsiran Hukum Syarak di bawah seksyen 2 Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri\u00a0Sabah 2004.\n3. Perkahwinan yang telah didaftarkan dan diberi sijil nikah hendaklah dibatalkan dan ditarik balik.\n4. Keputusan Muzakarah Fatwa Bil. 1/2013 telah bersidang pada 02-04 Disember 2013M / 28 Muharam hingga 01 Safar 1435H, bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah berkenaan Ajaran Syiah Di Negeri Sabah adalah terus berkuatkuasa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15428", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2016 yang bersidang pada 15 dan 16 Februari 2016 telah membincangkan mengenai\u00a0Penggunaan Rokok Elektrik Dan Vape Dari Perspektif Hukum Syarak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n(i) Rokok elektronik mengandungi\u00a0Nikotin, Propylene Glycol, Vegetable Glycerin\u00a0dan bahan perisa dan pewarna. Manakala vape pula mengandungi\u00a0Propylene Glycol, Vegetable Glycerin\u00a0dan bahan perisa dan pewarna.\n(ii) Bahan-bahan yang terkandung di dalam Rokok Elektronik dan Vape tersebut boleh memudaratkan dan boleh memberi kesan kepada kesihatan seperti ketagihan, menggalakkan pembekuan darah, kematian mengejut, iritasi pada mata, tekak dan kulit serta mampu membunuh sel paru- paru. Kandungan lain yang terdapat di dalam Rokok Elektronik dan Vape juga boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan.\n(iii) Prinsip\u00a0passive smoker\u00a0seperti pada rokok konvensional juga terpakai pada Rokok Elektronik dan Vape di mana orang yang berada di sekeliling juga mendapat kesan hembusan wap yang keluar daripada rokok elektronik dan vape. Oleh itu, ia tidak hanya memberi mudarat kepada penghisap Rokok Elektronik dan Vape tersebut bahkan juga orang di sekeliling mereka.\n(iv) Berdasarkan dapatan kajian-kajian dari sudut perubatan dan saintifik yang dibentangkan tersebut, Rokok Elektronik dan Vape masih tidak terbukti sebagai alternatif rawatan ketagihan berhenti merokok atau nikotin oleh perokok-perokok, malahan ia menyebabkan lebih ramai akan terjebak dalam permasalahan ini, termasuk remaja dan kanak-kanak.\n(v) Dari perspektif syarak, hukum pengharaman memakan atau meminum atau mengambil bahan-bahan yang memudaratkan disebut oleh ulama daripada\u00a0keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali\u00a0dalam kitab-kitab mereka. Mereka menyatakan bahawa bahan-bahan yang\u00a0memudaratkan tubuh badan haram dimakan, diminum atau diambil sekalipun ia suci seperti racun, tanah, kaca dan seumpamanya.\n(vi) Salah satu dalil umum dalam pengharaman penggunaan Rokok Elektronik dan Vape ini ialah perbuatan tersebut memudaratkan tubuh. Syariat Islam melarang perbuatan dan tindakan yang membawa kepada kebinasaan dan memudaratkan diri, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195:\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0644\u0652\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0623\u064e\u064a\u0652\u062f\u0650\u064a\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0647\u0652\u0644\u064f\u0643\u064e\u0629\u0650\n\u00a0Maksudnya : \nDan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.\n\u00a0Hadith Nabi SAW:\n\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0631 \u0648\u0644\u0627 \u0636\u0631\u0627\u0631\n\u00a0Maksudnya : \nTidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)\n.\n\u00a0(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)\u00a0\n(vii) Antara\u00a0kriteria kemudharatan\u00a0yang diambilkira oleh Islam dalam pengharaman sesuatu makanan atau minuman atau bahan itu ialah:\na. Kemudaratan bahan tersebut terbukti dengan jelas atau nyata;\nb.\u00a0Pengambilan bahan tersebut secara kebiasaannya\u00a0(ghalib)\u00a0boleh membawa kemudaratan;\nc. Kemudaratan merangkumi kemudaratan yang berlaku secara segera atau secara perlahan;\nd. Kemudaratan merangkumi sesuatu yang boleh membawa kematian, kehilangan atau kerosakkan anggota, membawa penyakit berbahaya, atau kemudaratan pada akal; dan\ne. Bahan yang memudaratkan tersebut tidak mempunyai sebarang manfaat yang muktabar.\n(viii) Penghujahan berasaskan kepada qiyas juga membuktikan bahawa Rokok Elektronik dan Vape\u00a0tidak berbeza hukumnya dengan rokok konvensional\u00a0kerana kedua-duanya mempunyai\u00a0\u02bfillah\u00a0yang sama iaitu memudaratkan tubuh.\n(ix) Penggunaan Rokok Elektronik dan Vape adalah bentuk pembaziran yang diharamkan oleh agama kerana ia adalah perbelanjaan dalam perkara yang sia-sia, tidak berfaedah, dan malahan memudaratkan tubuh. Ia juga membebankan ekonomi negara bagi membiayai kos rawatan penyakit berkaitan.\n(x) Penggunaan Rokok Elektronik dan Vape juga terdedah kepada penyalahgunaan yang boleh membawa kepada kegiatan pengedaran ganja dan dadah yang berbahaya. Justeru, adalah wajar perkara-perkara yang sangat terdedah kepada kemudaratan yang besar ditutup melalui penetapan hukum haram, berasaskan kepada kaedah\u00a0sadd al-dhar\u012b\u02bfah\u00a0\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u064a\u0639\u0629\u00a0iaitu\u00a0\u201cmenutup pintu kerosakkan\".\n(xi) Berasaskan kepada maslahah umum, pihak pemerintah mempunyai kuasa untuk melarang penggunaan bahan-bahan yang memudaratkan kepada masyarakat bagi menjaga kepentingan umum\u00a0(maslahah ammah) mereka berdasarkan kaedah fiqh:\n\u00a0\u062a\u064e\u0635\u064e\u0631\u0651\u064f\u0641\u064f \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u0639\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u0650 \u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0637\u064c \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0635\u0652\u0644\u064e\u062d\u064e\u0629\u0650\nMaksudnya : Tindakan pemerintah terhadap rakyathendaklah bergantung kepada ma\u1e63la\u1e25ah\u201d\u00a0\n(\u0627\u0644\u0627\u0634\u0628\u0627\u0647 \u0648\u0627\u0644\u0638\u0644\u0626\u0631, \u0644\u0644\u0633\u064a\u0648\u0637\u064a, \u0635 134)\n(xii) Islam adalah agama yang lengkap yang sentiasa\u00a0menjaga kehidupan manusia sejagat berdasarkan prinsip Maqasid Syariah\u00a0iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Penggunaan Rokok Elektronik dan Vape ini sekiranya tidak dibendung, boleh meruntuhkan lima prinsip syarak ini.\n(xiii) Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan serta perbincangan dan pandangan yang diberikan mesyuarat memberi pandangan hukum bahawa penggunaan Rokok Elektronik dan Vape adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap Rokok Elektronik dan Vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan Rokok Elektronik dan Vape."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15427", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 28 pada 27 Jamadilakhir 1437H/ 5 April 2016M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nMenggugurkan kandungan atau janin mangsa yang dirogol adalah haram kerana ia merupakan satu jenayah bunuh, kecuali setelah mendapat perakuan pakar perubatan yang beragama Islam bahawa kandungan atau janin tersebut cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15426", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 28 pada 27 Jamadilakhir 1437H/ 5 April 2016M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nFahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:\na)\u00a0membawa ajaran dan kerajaan baharu (Millah Abraham@Ibrahim);\nb)\u00a0mendakwa ada Rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W.;\nc)\u00a0mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti ajaran Millah Abraham@Ibrahim;\nd)\u00a0menggabungkan tiga (3) ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi;\ne)\u00a0menyalahertikan maksud kiamat;\nf)\u00a0\u00a0memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri;\ng)\u00a0tidak melaksanakan solat lima waktu dan solat Jumaat; atau\nh)\u00a0taksub kepada ajaran sehingga sanggup memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri sekiranya tidak mengikuti fahaman dan ajaran ini.\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim termasuklah:\na)\u00a0menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim;\nb)\u00a0berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim;\nc)\u00a0mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;\nd)\u00a0berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim;\ne)\u00a0melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim;\nf)\u00a0\u00a0mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim;\ng)\u00a0memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman, audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim;\nh)\u00a0telah berbai\u2019ah (taat setia) dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim; atau\ni)\u00a0\u00a0\u00a0mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim di Negeri Sarawak.\nApa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\nApa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, \nfacebook, twitter \natau media sosial lain adalah diharamkan.\nMana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15425", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 28 pada\n 27 Jamadilakhir 1437H/ 5 April 2016M\n \n \n sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nFahaman, ajaran dan ideologi al-Dawla al-Islamiya Fi Iraq Wa al-Sham (DAESH), atau juga dikenali sebagai \nMilitan Islamic State in Iraq and Syams \n(ISIS) atau \nIslamic State of Iraq and the Levant\n (ISIL), atau \nIslamic State\n (IS) (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai IS) adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:\na)\u00a0Membunuh manusia secara kejam dengan menyembelih,\u00a0\u00a0mengebom, menembak, meletupkan, melemaskan serta membakar tahanan hidup-hidup;\nb)\u00a0Menyerang dan membunuh rakyat yang tidak bersalah yang tidak menyertai perjuangan mereka;\nc)\u00a0Merogol wanita-wanita yang ditawan kerana dianggap sebagai hamba tawanan perang;\nd)\u00a0Memusnahkan rumah-rumah ibadat agama-agama lain dan\u00a0perkuburan yang dianggap sebagai bida\u2019ah dan khurafat pada pandangan mereka;\ne)\u00a0Membunuh orang-orang awam tanpa mengira agama, keturunan, usia termasuk orang dewasa, wanita dan kanak-kanak yang tidak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0sehaluan dengan fahaman mereka demi mencapai cita-cita politik dan matlamat ketenteraan mereka;\nf)\u00a0\u00a0Menegakkan Daulah IS menggunakan kaedah jihad qital (perang) dan keganasan;\ng)\u00a0Mendakwa sesiapa yang tidak menyertai jihad dalam bentuk yang\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0mereka fahami telah melakukan dosa besar dan bukan Muslim yang sebenarnya;\nh)\u00a0Menuduh umat Islam yang mengamalkan sistem demokrasi dan\u00a0\u00a0\u00a0terlibat dalam pilihan raya dan kepartian sebagai taghut, munafik atau kafir;\ni)\u00a0\u00a0\u00a0Menghalalkan darah orang Islam yang menentang mereka kerana dianggap sebagai taghut, munafik atau kafir serta dituduh bersekutu\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0dengan musuh Islam;\nj)\u00a0\u00a0\u00a0Meyakini bahawa negara-negara umat Islam selain Daulah IS yang mengamalkan sistem moden adalah negara kafir dan wajib diperangi;\nk)\u00a0Mengkafirkan pemerintah Islam yang tidak menegakkan hukum Syariah dalam sesebuah negara;\nl)\u00a0\u00a0\u00a0Menyempitkan dan menyalahtafsirkan konsep jihad dengan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0melaksanakan jihad hujumi (serangan ofensif) sebagai satu-satunya cara untuk menegakkan Islam; dan\nm) Mengisytiharkan Daulah IS yang mereka anggap sebagai negara Islam tanpa melalui proses yang benar bahkan tidak mendapat pengiktirafan ulama-ulama muktabar dunia.\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman, ajaran dan ideologi militan IS termasuklah;\na)\u00a0menjadi pengikut kepada fahaman, ajaran dan ideologi militan IS atau apa-apa fahaman, ajaran dan ideologi yang mempunyai persamaan dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\nb)\u00a0berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\nc)\u00a0mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS atau apa-apa fahaman, ajaran dan ideologi yang mempunyai persamaan dengannya melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;\nd)\u00a0berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman, ajaran dan ideologi mereka yang berpegang dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\ne)\u00a0menghidupkan atau menyebarkan fahaman, ajaran dan ideologi mereka yang berpegang dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\nf)\u00a0\u00a0mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa program, aktiviti, perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\ng)\u00a0membiayai pergerakan militan IS;\nh)\u00a0memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk, lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS;\ni)\u00a0\u00a0\u00a0telah berbai\u2019ah (taat setia) dengan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS; dan\nj)\u00a0\u00a0\u00a0mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS di negeri Sarawak.\nApa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS atau apa-apa fahaman, ajaran dan ideologi yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, \nfacebook, twitter \natau media sosial lain yang bertentangan dengan fahaman dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah adalah diharamkan.\nMana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman, ajaran dan ideologi militan IS adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15424", "body": "Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 8 Rabiulakhir 1437H/\u00a018 Januari 2016M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nHukum Rokok Elektronik dan \nVape \nadalah haram di sisi syarak kerana ianya jelas menyalahi \u2018\nmaqasid syar\u2019iyyah\u2019\n iaitu memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta termasuk dalam perkara keji.\n Ini bertepatan dengan kaedah fiqh\n \u201c\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u064a\u0639\u0629\u201d\n iaitu menutup pintu kerosakan. Ini bermakna menyekat sesuatu yang boleh membahayakan diri seseorang adalah perlu dijauhi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15423", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri sarawak Kali Ke 27 pada 6 Safar 1437H/ 18 November 2015M/\u00a0sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nWakaf Gantian (wakaf ibdal) ialah bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf adalah diharuskan.\nHarta yang akan dijadikan gentian sebagai mawquf (\namwal al-badal\n), ia tertakluk kepada beberapa syarat berikut:\na.\u00a0\u00a0\u00a0Harta gentian sebagai mawquf itu adalah lebih baik daripada mawquf yang asal;\nb.\u00a0\u00a0\u00a0Harta gentian itu hendaklah terdiri daripada jenis harta yang sama atau lebih baik sama ada harta \n alih atau harta tak alih;\nHarta gentian itu ditukarkan dengan aset kekal atau dalam bentuk wang tunai dan diuruskan oleh Majlis Islam Sarawak.\nHarta gentian boleh mendatangkan manfaat bagi satu tempoh yang panjang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15422", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 27 pada \n6 Safar 1437H/18 November 2015M\n\u00a0\u00a0sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nPolisi insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana telah bercanggah dengan teori kontrak dalam Islam. Oleh kerana polisi tersebut adalah tidak mematuhi prinsip syariah, manfaat yang telah terbit daripada polisi tersebut iaitu pampas an polisi juga dikategorikan sebagai harta tidak patuh syariah.\nPampasan polisi insurans konvensional tidak boleh diwarisi oleh ahli waris simati melainkan kadar jumlah pokok caruman simati sepanjang hayatnya. Adalah menjadi keperluan kepada ahli waris untuk melupuskan harta tidak patuh syariah tersebut seperti fatwa yang telah ditentukan oleh para ulama'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15421", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 27 pada \n6 Safar 1437H/18 November 2015M\n\u00a0\u00a0sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\nInsuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang \nfasad \nkerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:\na.\u00a0\u00a0\u00a0Mengandungi \ngharar\nb.\u00a0\u00a0\u00a0Mengandungi unsur judi\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengandungi muamalah \nriba\nHukum ke atas Insurans Am (konvensional) adalah tidak diharuskan oleh Islam.\nPolisi insurans (konvensional) adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana telah bercanggah dengan teori kontrak dalam Islam. Oleh kerana polisiter sebut adalah tidak mematuhi prinsip syariah, manfaat yang telah terbit daripada polisiter sebut iaitu pampas an polisi juga dikategorikan sebagai harta tidak patuh syariah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15420", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 27 pada \n6 Safar 1437H/18 November 2015M \nsebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n1. Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan\u00a0(cucu)\u00a0ke bawah adalah layak untuk menerima wasiat wajibah.\n2.\n \nHendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.\n3.\n \nCucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas\u00a0harta pusaka secara fardhu atau ta\u2019sib maka mereka tidak layak untuk mendapat wasiat wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding wasiat wajibah.\n4.\n \nSekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat wasiat wajibah daripada harta pusaka datuk.\n5.\n \nSekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat wasiat wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut. \n6.\n \nAnak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain.\n7.\n \nPembahagian wasiat wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariah dan hutang-piutang.\n8.\n \nPembahagian wasiat wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15419", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 27 pada \n6 Safar 1437H/ 18 November 2015M\u00a0\n\u00a0\n sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum asal pendermaan dan pemindahan rahim adalah haram dan tujuan untuk mendapatkan zuriat hanyalah bersifat \ntakmiliyyah \niaitu sebagai pelengkap kehidupan berkeluarga.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeperluan mendapatkan zuriat melalui pendermaan dan pemindahan rahim di Malaysia belum berada pada tahap \ndarurah\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeperluan mendapatkan zuriat melalui pembedahan dan pemindahan rahim bagi wanita yang mempunyai rahim yang bermasalah atau tidak mempunyai rahim hanya sekadar berada pada tahap \ntahsiniyyat.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah tidak harus kerana keperluannya belum mencapai tahap \ndarurah \nyang boleh membenarkan sesuatu perkara yang diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15411", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2016 yang bersidang pada 01 - 03 Mac 2016M / 22 - 24 Jamadilawal 1437H bertempat di Grand Borneo Hotel, Kinabalu bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dengan pindaan seperti berikut:\n1.\u00a0\n \nHukum\u00a0\u00a0anggota\u00a0\u00a0pasukan\u00a0\u00a0beruniform\u00a0\u00a0seperti\u00a0\u00a0PDRM,\u00a0\u00a0ATM\u00a0\u00a0dan seumpamanya yang beragama\u00a0\u00a0Islam\u00a0\u00a0mengusung\u00a0\u00a0jenazah\u00a0\u00a0anggota\u00a0\u00a0bukan\u00a0Islam\u00a0\u00a0sewaktu\u00a0istiadat/ upacara\u00a0\u00a0pengebumian dijalankan adalah harus dengan syarat:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0i.\u00a0\u00a0Tidak terlibat dalam upacara penyembahan dan keagamaan;\u00a0dan\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ii.\u00a0\u00a0Si mati merupakan ahli keluarga, teman rapat, rakan\u00a0sepasukan atau jiran.\n2.\u00a0\n \nJenazah\u00a0\u00a0mana-mana\u00a0\u00a0anggota yang beragama Islam diusung\u00a0\u00a0oleh anggota bukan Islam\u00a0\u00a0sewaktu\u00a0\u00a0istiadat/upacara\u00a0pengebumian dijalankan adalah haram kerana orang Islam\u00a0hendaklah diutamakan dalam urusan berkaitan agama Islam dan tujuan mengiringi jenazah adalah sebagai syafaat kepada jenazah\n3.\u00a0\n \nMana-mana\u00a0\u00a0anggota\u00a0\u00a0beruniform\u00a0\u00a0beragama Islam adalah dilarang terlibat dalam pancaragam\u00a0sewaktu upacara pengkebumian anggota bukan beragama Islam;\n4.\u00a0\u00a0\n \nMelepaskan tembakan\u00a0selepas\u00a0pengebumian jenazah anggota yang\u00a0beragama Islam adalah dilarang kerana muzik dan bunyi-bunyian tidak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0dibenarkan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0di tanah perkuburan;\n5.\n \nTiupan \nbugle\n, bunyi-bunyian atau muzik adalah dilarang dalam pengurusan jenazah orang Islam sebelum\u00a0\u00a0atau\u00a0\u00a0selepas upacara pengebumian\u00a0\u00a0dijalankan\u00a0\u00a0kerana ia\u00a0\u00a0termasuk\u00a0\u00a0dalam larangan meninggikan suara di tanah perkuburan;\n6.\n \nPenggunaan pakaian seragam anggota\u00a0beruniformyang mengandungi kalimah\u00a0Allah\u00a0dan Muhammad pada mayat anggota pasukan\u00a0sama ada Islam atau bukan Islam adalah dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15407", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2016 yang bersidang pada 01 - 03 Mac 2016M / 22 - 24 Jamadilawal 1437H bertempat di Grand Borneo Hotel, Kinabalu\u00a0bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia seperti berikut:\nMuzakarah\u00a0bersetuju menetapkan\u00a0had\u00a0tempoh maksima bagi seseorang\u00a0\u00a0Saudara Baru dipanggil Muallaf ialah lima (5) tahun."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15406", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil 1/2016 yang bersidang pada 1-3 Mac 2016M / 21-23 Jamadilaawal 1437H di Bilik Borneo Privilage, Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu telah menyemak dan mengambil maklum Fatwa yang di buat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berhubung dengan \u201cIsu Perkahwinan Kanak-kanak: \n\u00a0\nKajian Dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi.\n \n\u201d. Sehubungan dengan perkara ini, Muzakarah telah bersetuju dan membuat ketetapan untuk mengguna pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-106 pada 21 - 22 Oktober 2014 yang bertempat di TH Hotel &\u00a0Convention Center, Terengganu dengan pindaan seperti berikut:-\u00a0\nMuzakarah\u00a0\u00a0menegaskan\u00a0\u00a0bahawa\u00a0\u00a0para\u00a0\u00a0ulama\u00a0bersetuju bahawa secara\u00a0\u00a0syar\u2019i, perkahwinan\u00a0\u00a0kanak-kanak\u00a0\u00a0bukan\u00a0\u00a0merupakan\u00a0\u00a0perkara yang wajib atau sunat.Tiada hadis yang menyatakan bahawa perkahwinan\u00a0kanak-kanak\u00a0itu dianjurkan Perkahwinan pada zaman Rasulullah\u00a0\u00a0SAW\u00a0\u00a0yang\u00a0\u00a0dilakukan\u00a0oleh\u00a0para sahabat lebih kepada\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0menjaga kemaslahatan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0kanak-kanak.\u00a0\u00a0Ia\u00a0\u00a0termasuk dalam perkara harus tetapi hukumnya\u00a0tertakluk kepada ketentuan\u00a0\nMaqasid Syariah\n dan Qaedah Fiqhiyyah iaitu\u00a0\u201cMenjauhi Kerosakan\u201d (\nDar\u2019 al-Mafasid)\n serta \u201cMengambil Maslahat\u201d (\nJalb al-Masalih\n).\u00a0\nMuzakarah\u00a0bersetuju memutuskan bahawa \nperkahwinan kanak-kanak hanya boleh dibenarkan dengan syarat-syarat yang ketat seperti berikut:-\u00a0\ni)\u00a0\u00a0Dilakukan hanya untuk memenuhi kemaslahatan \nkanak-kanak tersebut\u00a0secara syar\u2019ie.\nii)\u00a0\n \nKanak-kanak\u00a0tersebut\u00a0(lelaki\u00a0\u00a0dan perempuan)\u00a0\u00a0hendaklah\u00a0telah bersedia secara fizikal dan mental sebelum perkahwinan\u00a0tersebut dilaksanakan.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\niii) Kanak-kanak tersebut (lelaki\u00a0&\u00a0perempuan) hendaklah mempunyai kematangan yang mencukupi bagi memahami tanggungjawab\u00a0\u00a0dan\u00a0sifat perkahwinan itu\n.\niv)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bakal\u00a0\u00a0\u00a0suami\u00a0\u00a0hendaklah\u00a0\u00a0mempunyai\u00a0\u00a0pendapatan\u00a0\u00a0dan\u00a0\u00a0mampu\u00a0\u00a0\u00a0untuk\u00a0\u00a0memberi nafkah kepada isteri.\nv)\n \nPerkahwinan tersebut hendaklah mendapat\u00a0kebenaran\u00a0secara bertulis\u00a0\u00a0daripada\u00a0\u00a0mahkamah,\u00a0dan\u00a0\u00a0permohonan berkenaan\u00a0adalah dipohon oleh individu yang hendak berkahwin."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15405", "body": "Muzakarah Khas Majlis\u00a0Fatwa\u00a0Negeri\u00a0Sabah\u00a0yang bersidang pada pada 21 Januari\u00a02016/ 13-15 Muharram 1437H\u00a0telah membuat keputusan untuk memperakui tanpa pindaan fatwa yang telah dikeluarkan\u00a0\u00a0\u00a0dalam\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Muzakarah\u00a0Khas\u00a0Jawatankuasa\u00a0Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama\u00a0Islam Malaysia Bil. 3/2015 yang bersidang pada 21 Disember 2015 di\u00a0\u00a0Hotel\u00a0\u00a0Sama-Sama,\u00a0\u00a0KLIA,\u00a0\u00a0Sepang,\u00a0\u00a0Selangor\u00a0Darul\u00a0Ehsan\u00a0seperti\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0berikut\nMuzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat\u00a0Islam\u00a0\u00a0adalah\u00a0\u00a0dilarang\u00a0\u00a0menghisap\u00a0\u00a0shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha\u00a0\u00a0atau\u00a0\u00a0apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15404", "body": "Muzakarah Khas Majlis\u00a0Fatwa\u00a0Negeri\u00a0Sabah\u00a0yang bersidang pada 21 Januari\u00a02016/ 13-15 Muharram 1437H yang bersidang di Bilik Mesyuarat Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah telah\u00a0\u00a0membuat keputusan untuk memperakui\u00a0tanpa pindaan fatwa yang telah dikeluarkan\u00a0\u00a0\u00a0dalam\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Muzakarah\u00a0Khas\u00a0Jawatankuasa\u00a0Fatwa Majlis\u00a0Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama\u00a0Islam Malaysia Bil. 3/2015 yang bersidang pada 21 Disember 2015 di\u00a0\u00a0Hotel\u00a0\u00a0Sama-Sama,\u00a0KLIA, Sepang,\u00a0Selangor Darul Ehsan seperti\u00a0\u00a0berikut:-\nMuzakarah memberi pandangan hukum bahawa\u00a0penggunaan\u00a0rokok\u00a0elektronik\u00a0\u00a0dan vape adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap rokok elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan rokok elektronik dan vape."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15398", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 26 Ramadhan 1438H bersamaan 20 September 2017M telah berbincang dan sebulat suara \nbersetuju dengan sighah keputusan fatwa yang dibentangkan sepertimana berikut :\n1. Bahawa ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas dan Lain- lain Yang Berkaitan Dengan Kedua- Dua oleh Ismail Bin Kassim dari pertubuhan \nRahmatan Lil Alamin\n (Perahmat) atau seumpamanya adalah menyeleweng dari ajaran islam berdasarkan elemen- elemen berikut :\n(a) Terbatal Kesemua Rukun Islam Sekiranya Tidak\u00a0\u00a0\u00a0Mempelajari Ilmu Syahadah Yang Dibawa Oleh Ismail Bin Kassim (IBK).\nRukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua kalimah Syahadah bagi seseorang itu terbatal sekiranya dia tidak mempelajari Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian) yang dibawa oleh Ismail bin Kassim. Ilmu Syahadah yang dimaksudkan ialah ilmu penyaksian qalbu terhadap roh yang sedang bersyahadah.\n(b) Tuntutan Mencari Penyaksian Syahadah.\n\u00a0\nSeseorang hendaklah berusaha mencari penyaksiannya yang dibawa sebagai saksi pada hari akhirat kelak. Penyaksian tersebut akan diperoleh apabila dia menerima dan mengamalkan Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(c) Ismail bin Kassim Penyaksian Syahadah.\n\u00a0\nIsmail bin Kassim akan menjadi penyaksi syahadah seseorang di dunia dan di akhirat setelah orang itu mempelajari dan menerima Ilmu Syahadah yang diajari oleh beliau. Orang yang tidak menerima ilmu ini daripada beliau, dia tidak akan memperoleh penyaksi syahadahnya, dan syahadahnya tidak diterima Allah.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(d) Wajib Mempelajari Zikir Nafas Kerana Tiada Cara Lain Untuk Mencari Allah Kecuali Melaluinya.\n\u00a0\nSeseorang itu wajib mempelajari Zikir Nafas, kerana tiada cara lain untuk mencari Allah kecuali melaluinya. Mencari Allah SWT melibatkan peranan yang dimainkan oleh qalbu. Anggota pancaindera manusia yang lain, seperti mata dan telinga peranannya terhad kepada alam zahir sahaja, berbeza dengan qalbu yang mempunyai peranan ghaib. Hanya dengan amalan Zikir Nafas boleh membuka mata hati qalbu. Oleh yang demikian, apabila mata hati qalbu seseorang telah terbuka, maka doa akan dapat melihat penyaksian roh, dan perkara- perkara ghaib yang lain dengan berterusan secara autopilot.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(e)\u00a0Mengambil Zikir Nafaz Secara Bai\u2019ah.\n\u00a0\nUntuk mengambil ilmu Zikir Nafas hendaklah secara bai\u2019ah melalui guru yang berketurunan Ahli Bait sahaja, iaitu Ismail bin Kassim.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(f)\u00a0Mengisi\u00a0Nafas Dengan Zikir\n \n\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647 .\n\u00a0\nZikir Nafas ialah seseorang itu perlu mengisi nafasnya dengan zikir \n\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\n.Zikir ini hendaklah dilakukan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti. Kaedah untuk mendapatkan zikir tanpa henti, iaitu melalui pengisian zikir dalam pernafasan. Apabila kalimah zikir telah diisi dalam pernafasan, setiap kali manusia bernafas, nafasnya akan berzikir mengingati Allah SWT (\n\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\n).Perkiraan yang dibuat terhadap bilangan zikir (108 x 24) zikir sehari.\n\u00a0\n(g)\u00a0Amalan Zikir Nafas Wujud Sejak Dari Zaman Nabi Adam\u00a0AS.\n\u00a0\nAmalan Zikir Nafas telah wujud sejak zaman Nabi Adam AS dan baginda adalah orang pertama yang mengamalkannya. Allah SWT telah meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Nabi Adam AS dan seterusnya bernafas, dan nafas pertama yang naik dan turun daripada Nabi Adam AS adalah berbentuk Zikir Nafas.\n\u00a0\n(h)\u00a0Zikir Nafas Adalah Amalan 124,000 Para Rasul Dan Para\u00a0Wali Allah.\n\u00a0\nPara rasul AS diperintahkan oleh Allah SWT untuk berkhalwat di dalam gua, apabila berada di dalam gua akan didengar secara jelas bunyi perkataan Zikir Nafas, iaitu \u2018hu\u2019,\u2019hu\u2019, \u2018hu\u2019.\n\u00a0\n(i) Amalan Zikir Nafas Adalah Sahih Dan Sabit Melalui Al-Quran Dan Al- Hadith.\n\u00a0\nSesiapa yang mengingkari dianggap telah menaruh syak\u00a0terhadap al- Quran dan al- Hadith.\n\u00a0\n(j)\u00a0Semua Makhluk Hidup Dengan Kalimah \u2018Hu\u2019.\n\u00a0\nSemua makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dapat terus hidup dengan kalimah \u2018hu\u2019, \u2018Hu\u2019 juga merupakan bunyi nafas yang sedia ada, bunyi oksigen, segala bunyian, peredaran binatang, planet bulan dan mata hati.\n\u00a0\n(k) Hari Kiamat Akan Berlaku Apabila Tiada Lagi\u00a0Makhluk Yang Nafasnya Berzikir Dengan Kalimah Allah.\n\u00a0\nSemua makhluk termasuk haiwan, tumbuh- tumbuhan dan manusia akan mati dan diikuti dengan berlakunya hari kiamat apabila tiada lagi makhluk yang nafasnya berzikir dengan kalimah Allah.\n\u00a0\n(l)\u00a0Kelebihan Luar Biasa Apabla Mengamalkan Zikir Nafas\n ialah:\n\u00a0\n(i)\t\t\tMenyambung talian dengan Allah SWT;\n(ii) \t\tMenyambung talian dengan Nabi Muhammad SAW;\n(iii) \t\tMenyambung talian emas dengan guru- guru yang sampai\u00a0\u00a0sanadnya kepada Nabi Muhammad SAW;\n(iv) \t\tNafas terkawal daripada segala gangguan syaitan, iblis, ifrit dan jin;\n(v) \t\tDianggap berada di landasan sirat al- mustaqeem;\n(vi) \t\tNafas sentiasa rasa dikawal;\n(vii)\u00a0\tNafas berjalan dengan kelajuan yang begitu normal walaupun mendengar berita buruk dan menakutkan;\n(viii) \tHidup dan mati menjadi kesedaran diri walaupun\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0berada di mana jua;\n(ix) \t\tApabila lalai dan alpa, nafas akan datang menyedarkan diri\u00a0\u00a0kepada Allah;\n(x) \t\tAkan mendapat husnu al- khatimah.\n\u00a0\n(m)\u00a0Mengamalkan Kepercayaan Wahdat al- Wujud.\n\u00a0\nIsmail bin Kassim pernah mengungkap kata- kata yang jelas membawa kepada makna Wahdat al- Wujud, iaitu \u201c Aku berkata- kata dengan lidah ini, ini lidah Allah, ini lidah Allah, kafir kamu pergi, kalau kamu menolak, pergi, ini lidah Allah, ini perkataan Allah, di mana kamu, kafir terus\u2026\u201d\n\u00a0\n(n) Mentakwilkan Ayat- Ayat al- Quran Secara Bathil.\nPada ayat dalam surat al- Fatihah : \n\u0627\u0647\u062f\u0646\u0627 \u0627\u0644\u0635\u0631\u0637 \u0627\u0644\u0645\u0633\u062a\u0642\u064a\u0645\n, Allah SWT akan menjawab : \n\u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u0627\u0646\u0639\u0645\u062a \u0639\u0644\u064a\u0647\u0645\n, iaitu \n\u0627\u0644\u0635\u0627\u0644\u062d\u064a\u0646 , \u0627\u0644\u0634\u0647\u062f\u0627\u0621 \u0648\u0627\u0644\u0635\u062f\u064a\u0642\u064a\u0646\n. Tafsir bagi ketiga- tiga perkataan tersebut adalah seperti yang berikut :\n\u00a0\nMetakwilkan ayat- ayat al- Quran secara batil, antaranya seperti yang berikut :\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u0627\u0644\u0635\u0627\u0644\u062d\u064a\u0646\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0:\t Mempunyai Zikir Nafas dan\u00a0kenal Allah dengan Aqal;\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u0627\u0644\u0634\u0647\u062f\u0627\u0621\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0:\t Mempunyai Zikir Nafas dan\u00a0syahadah dengan qalbu;\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u0627\u0644\u0635\u062f\u064a\u0642\u064a\u0646\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0: \t Mempunyai Zikir Nafas dan\u00a0rohnya bersyahadah;\n\u00a0\n(o)\u00a0Kaedah Penafsiran al- Quran (Usul Tafsir) Yang Menyeleweng,\n\u00a0\nAyat- ayat al- Quran tidak boleh difahami semata- mata dengan membaca terjemahan, kitab- kitab tafsir, mahupun asbab al- nuzul, bahkan hanya boleh difahami dengan ilmu al- Quran (Ilmu Takwil, Ilmu al- Furqan, Ilmu Ma\u2019an, Ilmu Maqsud, Ilmu Hikmah, Ilmu Makrifat, Ilmu Hakikat, Ilmu Asrar, Ilmu Ghaib dan Ilmu Yaqin).\n\u00a0\n(p)\u00a0Berpegang Kepada Hadith Palsu.\nAntaranya:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(i) \t\t\u201cSesiapa yang menyakiti orang tolibul-ilmi seperti menyakiti 124,00\u00a0\u00a0nabi, sesiapa yang menyakiti 124,00 nabi seperti menyakiti Rasulullah SAW, sesiapa yang menyakiti Rasulullah SAW seperti menyakiti Allah SWT, dan sesiapa yang menyakiti Allah, neraka tempatnya\u201d.\n\u00a0\n(ii) \t\t\u201cBarang siapa yang mencariku, pasti menjumpai-Nya, Barang siapa yang\u00a0\u00a0menjumpai-Nya, maka dia telah menjumpai segala- segalanya, Nabi Muhammad SAW bertanya bagaimana ingin mencari Allah, dan Allah pun menjawab: \u2018Shahadah\u2019\u201d.\n\u00a0\n(iii) \t\t\u201cBarang siapa yang datang berjumpa dengan Aku dalam pada mana dia mengenal aku, setiap kebajikan aku beri dia sedunia bilangan makhluk yang pernah Aku cipta dan akan Aku cipta\u201d.\n\u00a0\n(q)\u00a0\u00a0\u00a0Ghuluw (Melampau) Dalam Menghormati Guru.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nPeraturan yang wajib dipatuhi oleh murid kepasa Ismail bin Kassim selaku guru atau sheikh seperti berikut:\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sesiapa yang hendak bersalaman dengan guru, wajib mengambil wuduk dahulu kerana guru dianggap membawa al- Quran yang hidup;\n\u00a0\n(ii) \t\tSetiap murid berkenaan yakin bahawa guru dapat mengesan ketaatan murid, atas izin Allah SWT;\n(iii) \t\tSetiap murid jangan menderhaka kepada guru atas amanah- amanahnya;\n\u00a0\n(iv) \t\tSetiap murid jangan ada sangkaan bahawa guru tidak mengetahui kelakuan dan perbuatan mereka.\n(v) \t\tSetiap murid jangan meragui atau membantah di hadapan guru atau di belakangnya kerana guru hanya mengajar ilmu kalimah la ila ha illallah.\n\u00a0\n(vi) \t\tSetiap murid jangan sekali- kali melanggar panduan di atas, kelak akan terjerumus ke dalam kecelakaan dan kebinasaan.\n\u00a0\n2. Oleh itu mana-mana orang Islam adalah diharam dan dilarang:\n\u00a0\na) \t\tBerpegang dan beramal dengan ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas Dan Lain- Lain Yang Berkaitan Dengan Kedua- duanya Oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) atau seumpamanya. Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT;\n\u00a0\nb) \t\tSemua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan- bahan ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas Dan Lain- Lain Yang Berkaitan Dengan Kedua- duanya Oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) atau seumpamanya adalah melakukan kesalahan apa jua medium hendaklah disekat, dihentikan dan diharamkan serta merta.\n\u00a0\n3. Mana-mana orang Islam yang melakukan apa jua aktiviti yang berkaitan dengan ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas Dan Lain- Lain Yang Berkaitan Dengan Kedua- duanya Oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) atau seumpamanya adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang- undang yang berkuat kuasa di Negeri Melaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15394", "body": "Sighah ; Mesyuarat bersetuju dengan sighah keputusan fatwa yang dibentangkan seperti berikut :-\n1. Bahawa haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat Al-Quran dengan tulisan yang hukan huruf Arab, atau bukan tulisan Arab, atau bukan tulisan Al-Quran atas sebab-sebab berikut:-\na) Penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf-huruf roman atau latin tidak mempunyai beberapa huruf yang ada dalam bahasa atau huruf-huruf Arab menjadikan ia tidak dapat memainkan peranan sepertiman yang dilakukan oleh huruf-huruf Arab.\nb) Sekiranya Al-Quran ditulis dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf-huruf Roman atau latin itu mengikut gaya bahasa Arab, pastilah akan terjadi kekurangan dan perubahan dalam lafaznya. Seterusnya akan berlaku pertukaran dan rosak makna Al-Quran itu.\nc) Sesungguhnya nas-nas syariat telah menetapkan bahawa Al-Quran perlu dipelihara daripada segala perlakuan yang boleh membawa kepada penukaran dan penyelewengan.\n2. Oleh itu, mana-mana orang Islam adalah diharamkan dan dilarang;\na) Menulis ayat-ayat Al-Quran dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf-huruf roman atau latin.\nb) Mencetak, menerbit, menjual, mempamer, mengedar atau terlibat dengan apa-apa cara sekalipun dalam penulisan ayat-ayat Al-Quran dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf roman atau latin.\n3. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara 2 (a) dan (b) di atas adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Melaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15392", "body": "1. Bahawa upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Bin Mat Zin untuk apa-apa tujuan dengan menggunakan atau tidak menggunakan apa-apa objek adalah menyeleweng dan berlawanan dengan ajaran Islam.\n2.\tOleh yang demikian, mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam adalah dilarang:\n(a) \tmenganut, mengamal, menjadi ahli, menjadi pengikut, mengisytiharkan diri sebagai ahli, mengisytiharkan diri sebagai pengikut perbomohan tersebut; atau\n(b) \tmemiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, memuat naik, memuat turun, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem amalan atau upacara perbomohan tersebut; atau\n(c) \tmengajar, menyebar, menghidup, membantu, menganjur, mempromosi upacara\u00a0atau amalan perbomohan tersebut, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan amalan perbomohan tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.\n3. Mana- mana orang Islam adalah dilarang bersubahat daripada melakukan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (ii).\n4. Mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam yang telah melibatkan diri dengan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Bin Mat Zin sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (ii) hendaklah bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15391", "body": "SIGHAH :\na) Permainan Pokemon Go adalah dilarang dan mestilah dijauhi kerana ia jelas membawa kepada kemudharatan yang boleh membawa kepada haram berdasarkan unsur-unsur seperti pembaziran masa dan wang ringgit, bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan data peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian, ketagihan yang melampau, kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling, gangguan emosi, keruntuhan akhlak serta ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran.\nb) Ini selari dengan kaedah Sadd al-Dzariah (menutup pintu-pintu menuju kerosakan). Jawatankuasa menasihatkan agar pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan dan juga tiada unsur khuraat yang mengarut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15345", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nPemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.\n\n\n\n\n\n\nPemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15343", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21-24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.\n\n\nMuzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.\n\n\nWalau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.\n\n\nMuzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15341", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa memberikan layanan yang baik kepada para banduan dari segi kebajikan rohani dan jasmani adalah dituntut oleh Islam dan sebarang unsur-unsur penderaan atau penyeksaan kepada banduan adalah ditegah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15339", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci Al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci Al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam. Penjualan dan penyimpanan kitab suci Al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15338", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nLelaki dan wanita Islam adalah ditegah menampilkan diri dengan penampilan yang bertentangan dengan sifat-sifat semulajadi mereka;\n\n\n\n\n\n\nWanita dilarang membotakkan kepala kecuali untuk tujuan rawatan perubatan bagi mengatasi masalah atau penyakit yang tertentu;\n\n\n\n\n\n\nPerbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15335", "body": "Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam. Walau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15334", "body": "Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: \n1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam. \n2. Walau bagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam. \n3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15332", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: \n1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amaln yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam. \n2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15331", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyyah serta berlebih-lebihan dan membazir. Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya. Walau bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak. Acara-acara seperti Majlis Peringatan termasuk bacaan Doa Selamat, Yasin, Tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15330", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masehi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim. Oleh itu, Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentul amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam diingatkan wajib berhati-hati dalam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim. Seperti yang sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:\n1. Kepercayaan atau keyakinan di hati \n2. Menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah \n3. Perbuatan Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan Yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15329", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15328", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15327", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa amalan-amalan kebudayaan dan kesenian tradisional yang mengandungi unsur-unsur mistik dan kebatinan, tahyul serta khurafat adalah ditegah oleh ajaran Islam kerana ia boleh menjejaskan akidah umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15326", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa pameran jin, hantu dan keranda serta alam misteri adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan mudharat pada akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri, jin, hantu dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15325", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: \n1. Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah S.W.T. dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah S.W.T. kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanya kepada Allah S.W.T. sahaja.\n2. Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15324", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: Berdasarkan kajian dan penelitian yang telah dibuat, Kumpulan Tal Tujuh didapati berpegang kepada ajaran dan fahaman yang menyeleweng dari syariat Islam. Diantara ajaran mereka ialah: 1. Mengaku dan mendakwa mendapat Ilmu Laduni; 2. Mengaku mereka mendapat Kasyaf; 3. Membuat keputusan sesuatu hukum berdasarkan mimpi dan mendakwa boleh mentadbir segala mimpi dengan tepat; 4. Mendakwa amalan haji yang dilakukan sekarang tidak betul dan tidak sah; 5. Pengikut tidak dibenarkan berkahwin selain daripada sesama pengikutnya sahaja; 6. Ahli-ahli yang keluar daripada kumpulan ini dianggap murtad rohaniah; 7. Ahli-ahli yang tidak mengikut arahan hendaklah diperangi dan dipulaukan; 8. Ahli-ahli yang menentang, halal darahnya. Berdasarkan penyelewengan-penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa ajaran dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Kumpulan Tal Tujuh adalah menyeleweng daripada ajaran Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15323", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15322", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Januari 2006\u00a0telah membincangkan Kedudukan Air Musoffa. Muzakarah telah memutuskan bahawa penjualan air musoffa secara komersial adalah dilarang kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15321", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia \n(Jawatankuasa Muzakarah MKI) berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15320", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ( Jawatankuasa Muzakarah MKI) berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15319", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa menulis dan menerbit bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, Hadis beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat Al-Quran serta Hadis diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasikan keseluruhan penerbitan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15318", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan tentang Ajaran Azhar bin Wahab. Muzakarah\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Ajaran Azhar Bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.\n\n\n2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamal Ajaran Azhar Bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15316", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: \n1. Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.\n2. Bersetuju dengan Fatwa rasmi Negeri Johor yang telah diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S. Syed Alawi Tahir Al-Hadad seperti berikut: \"Mengikut pendapat ijma ulama' fahaman Wahdatul WUjud adalah kufur. Sesiap yang mempercayai dan mengamalkan adalah murtad. Jika fahamn pengamal tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal\". \n3. Kitab Kasyf al-Asrar, al-Dar an-Nafis, Hidayah as-Salikin dan kitab-kitab lain yang mempunyai elemen-elemen al-Wujud tidak dibenarkan dipelajari di masjid-masjid dan di surau-surau."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15313", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Ogos 1996 telah membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai:\n\n\n1. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.\n\n\n2. Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian atau kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.\n\n\n3. Islam sangat menitikberatkn soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti Al-Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.\n\n\n4. Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.\n\n\n5. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindungan diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh, jin dan sebagainya dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15311", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: \n1. Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram. \n2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram. 3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram. 4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15310", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia \n(Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15309", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: \n1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.\n2. Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman Baginda masih hidup. \n3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W. \n4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak. 5. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15308", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-34 yang bersidang pada 31 Mac 1994 telah membincangkan\u00a0Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad. Muzakarah\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah menggunakan peruntukan yang ada di dalam enakmen pentadbiran agama Islam sepenuhnya di dalam usaha untuk membanteras kegiatan Darul Arqam seperti peruntukan mengajar tanpa tauliah, membuka sekolah tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah syariah.\n\n\n2. Kumpulan Al-Arqam diminta bertaubat dan perlu dinasihati oleh raja-raja dan sultan sebelum diambil tindakan permulauan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15307", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: \n1. Perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram.\n 2. Pengamal sihir yang mendatangkan mudharat kepada manusia adalah berdosa besar dan pelaku jenayah, maka wajib dihukum qisas/hudud.\n 3. Pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal-pengamal yang sabit melakukan sihir."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15306", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa \"Amalan Suluk dan Rabitah dalam Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah pimpinan Tuan Haji Ishak bin Mohd 'Arif adalah terkeluar daripada syariat Islam\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15305", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: \n1. Amalan-amalan seperti tiupan Last Post bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan Rouse yang dilakukan di hadapan Tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan oleh Angkatan Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.\n 2. Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak di lakukan di hadapan Tugu atau di tempat-tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15304", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa Buku Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam, sekaligus menjawab tuduhan oleh Ashari Muhammad hendaklah ditahan penyebarannya kerana ia mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan syarat Islam dan mengelirukan masyarakat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15303", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa buku-buku karangan Dr. Rashad Khalifah yang berjudul seperti di sebelah mestilah diharamkan pemilikan dan pengedarannya dalam negara ini iaitu:\n1. Al-Quran The Ultimate Miracle\n2. Quran. Hadith And Islam\n3. Quran Versual Presentation Of The Miracle\n4. Quran The Final Scripture"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15302", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985\n\n\n( Jawatankuasa Muzakarah MKI) memutuskan bahawa Ajaran Bahai adalah bukan ajaran Islam. Umat Islam yang terlibat dengannya adalah murtad. Oleh itu umat Islam adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15301", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984 telah membincangkan Penyelewengan Qadiani/ Ahmadiah. Muzakarah\u00a0telah memutuskan bahawa Puak Qadiani/Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menerima hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15300", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia\n( Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa oleh kerana ajaran Tok AYah Hasan ini hanya berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu sahaja maka terserahlah kepada kedua-dua negeri itu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung ajaran Tok Ayah Hasan. Sementara itu ianya hendaklah diawasi supaya tidak merebak ke negeri-negeri lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15299", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa Filem \"The Message\" ini haram (tidak boleh) ditayangkan kepada umum sekalipun dibuat potongan-potongan tertentu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15298", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah yang dibawa oleh Kadirun Yahya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan mengamalkan tarekat ini adalah sesat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15297", "body": "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia\n( Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan orang-orang yang terlibat dengan ajaran ini hendaklah bertaubat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15296", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Status Kesucian Ikan Yang Diberi Makanan Tidak Halal. Muzakarah telah memutuskan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15295", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 13 Mac 2006 telah membincangkan Penggunaan Pneumatic Percussive Stunning Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan Pneumatic Percussive Stunning dalam sembelihan lembu dan binatang halal seumpamanya adalah dibenarkan dengan syarat tengkorak haiwan sembelihan yang dikenakan stunning dalam keadaan tidak retak dan matinya adalah kerana sembelihan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15294", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-70 yang bersidang pada 29 September 2005 telah membincangkan Kaedah Thoracic Sticking Dalam Sembelihan Haiwan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Kaedah Thoracic Sticking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-sarat berikut:\n\n\n\n\n\n\nTelah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu telah putus keempat- empat urat Mari\u2019, halkum dan wadajain);\n\n\n\n\n\n\nKaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan sempurna (complete bleeding) atau selepas 30 saat penyembelihan berlaku;\n\n\n\n\n\n\nBinatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah Thoracic Sticking hanya sekadar membantu mempercepatkan kematian; dan\n\n\n\n\n\n\nKaedah ini perlu dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15293", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-70 yang bersidang pada 29 September 2005 telah membincangkan Hukum Mengenai Stunning Haiwan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nKaedah stunning jenis Penetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan.\n\n\n\n\n\n\nHanya kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nStunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only stunner)\n\n\n\n\n\n\nKekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; dan\n\n\n\n\n\n\nPerlu dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat:\n\n\n\n\n\n\nKekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan; dan\n\n\n\n\n\n\nPerlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15292", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 September 1995 telah membincangkan Penggunaan Hormon PSH-P (Otak Babi) Sebagai Bahan Peningkatan Ternakan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nHormon PSH-P (Otak\u00a0\u00a0 Babi)\u00a0 bahan penggalak\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 yang\u00a0\u00a0 diperolehi\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 dari otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa pun bentuk sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman tersebut berasaskan kepada syubhah.\n\n\n\n\n\n\nAnak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada PSH-P (Otak Babi) diharamkan bahkan daging dan usunya .\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihak yang berkenaan khususnya Jabatan Haiwan di seluruh negara hendaklah memberhentikan serta merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon PSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15291", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dua Alam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nPerusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam.\n\n\n\n\n\n\nPerusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama.\n\n\n\n\n\n\nMenurut jumhur ulama, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15290", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988 telah membincangkan Penyembelihan Ayam Dengan Pelalian Water Stunner. Muzakarah telah memutuskan bahawa Penggunaan Water Stunner dalam proses penyembelihan ayam adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15289", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988 telah membincangkan Penggunaan Electrical Stunning Dalam Penyembelihan Lembu. Muzakarah telah memutuskan bahawa Penggunaan Electrical Stunning Dalam Penyembelihan Lembu adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15288", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-20 yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkan Pembiakan Siput Babi (Achatina Fulica). Muzakarah telah memutuskan bahawa perusahaan menternak siput babi untuk eksport ke luar negara sebagai bahan makanan adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15287", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-12 yang bersidang pada 22-23 Januari 1985 telah membincangkan Penggunaan Bulu Babi. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti sama ada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15286", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2 yang bersidang pada 12-13 Mei 1981 telah membincangkan Gas Daripada Tahi Babi. Muzakarah telah memutuskan bahawa gas yang diproses daripada tahi babi dengan mengunakan api hukumnya najis dan yang tidak menggunakan api hukumnya suci."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15284", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-19 yang\u00a0bersidang pada 6-7 Oktober 1987 telah membincangkan Lilitan Hitam Di Lengan Bagi Umat Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nMemandangkan lilitan kain hitam di lengan baju yang berwarna putih merupakan suatu adat\u00a0\u00a0\u00a0 kebudayaan bagi orang kafir, maka kelakuan tersebut hukumnya haram dan dilarang sama sekali kepada umat Islam.\n\n\n\n\n\n\nSetiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15283", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memakan Sarang Burung Layang- Layang. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15282", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urus niaga air zam-zam. Walau bagaimanapun pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15281", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 telah membincangkan Hukum \nWine Vinegar\n (Cuka Wain). Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggunakan Cuka Wain \n(Wine Vinegar)\n yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15280", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 November 2002 telah membincangkan Penggunaan Air Baru (\nNEWater\n). Muzakarah telah memutuskan bahawa air baru \nNEWater\n adalah bersih dan harus digunakan dari sudut hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15279", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 12 Julai 1999 telah membincangkan Bioteknologi Dalam Makanan & Minuman. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nBarangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-teknologi DNA babi adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya adalah haram.\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan bio-teknologi DNA babi dalam pemprosesan barangan, makanan dan minuman belum lagi sampai ke tahap yang boleh dikatakan darurat kerana masih ada pilihan bahan yang lain.\n\n\n\n\n\n\nIjtihad ini adalah berpegang kepada kaedah usul fiqh seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0645\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d\n\n\nMaksudnya:\n\u2018Mencegah perkara-perkara yang keji adalah lebih utama daripada mengajak kepada kebajikan\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15278", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oktober 1990 telah membincangkan Keju Sebagai Bahan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus sama ada enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15277", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan Penggunaan Agen Aktif Dalam Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan agen aktif permukaan di dalam makanan adalah harus dengan syarat sumber-sumber agen aktif permukaan tersebut diperolehi daripada tanaman dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15276", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988 telah membincangkan Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan. Muzakarah telah memutuskan bahawa kordial yang mengandungi bahan perisa ( avour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:\n\n\n\n\n\n\nAlkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.\n\n\n\n\n\n\nBahawa kuantiti alkohol dalam bahan perisa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15275", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 - 24 November 2005 telah membincangkan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Di dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itu dengan mengambik kira hikmah poligami yang telah disyariatkan, Muzakarah memutuskan bahawa cadangan memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligami tidak perlu dilaksanakan.\n\n\n2. Muzakarah juga berpandangan bahawa Undang-Undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkap dan mencukupi semua isu berkaitan institusi keluarga Islam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15274", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-69 telah yang bersidang pada 13 - 15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum menggunakan Alat-Alat bantuan Untuk Tujuan Hubungan Kelamin. Muzakarah telah memutuskan bahawa harus menggunakan alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin selagimana ia tidak memudharatkan dan tidak najis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15273", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 yang bersidang pada 22 Februari 2005 telah membincangkan\u00a0Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai Harta Sepencaria. Muzakarah\u00a0telah memutuskan bahawa Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wng tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15272", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 November 1982 telah membincangkan Hukuman Takzir Diganti Dengan Wang. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukuman takzir boleh diganti hukuman denda dengan wang pada kes-kes tertentu sahaja, tertakluk kepada budibicara Kadi atau Hakim Perbicaraan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15271", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-59 yang bersidang pada 27 Ogos 2003 telah membincangkan Penceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).\u00a0 Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas dripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.\n\n\n2. Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk menthabitkan talak tersebut.\n\n\n3. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan oleh syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15270", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-4 yang bersidang pada 13 April 1982 telah membincangkan Azan Menggunakan Pembesar Suara.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan faktor-faktor yang tersebut di atas bahawa azan memakai pembesar suara di masjid, surau-surau dan tempat-tempat ibadat orang-orang Islam belum lagi mengganggu ketenteraman orang-orang yang bukan Islam maka Muzakarah bersetuju bahawa rayuan bantahan orang-orang yang bukan Islam itu tidak boleh diterima."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15269", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-3 yang bersidang pada 15-16 April 1981 telah membincangkan Masalah Dadah & Penyelesaiannya.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nSebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya haram.\n\n\nDadah hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan yang sah mengikut syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15268", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan\u00a0Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat - 2. Muzakarah\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum akad nikah dan kemudiannya dibuat pencantuman dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah haram.\n\n\n2. Hukum mencantumkan benih yang diambil dan dicantumkan dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15267", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-55 yang bersidang pada 8 April 2003 telah membincangkan Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat - 1. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum memasukkan embrio ke dalam rahim isteri selepas berlaku kematian suami atau perceraian adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15266", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan\u00a0Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah\u00a0telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15265", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan\u00a0Kahwin Lari Di Selatian Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat:\n\n\n1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah.\n\n\n2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah.\n\n\n3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin di atas alasan syarak di tempat dia bermustautin.\n\n\n4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim,"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15264", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Tuntutan Fasakh Nikah Isteri Kerana Suami Mengidap Penyakit AIDS Atau Penagih Dadah. Muzakarah telah meluluskan fatwa tuntutan fasakh nikah isteri kerana suami mengidap penyakit AIDS atau penagih dadah dengan perakuan dari pakar perubatan yang adil."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15263", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-24 yang bersidang pada 5 - 6 Jun 1989 telah membincangkan\u00a0Pernikahan Menggunakan Wali Hakim (Wali Raja) Dan Wali Tahkim. Muzakarah\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Pernikahan wanita-wanita tidak mempunyai wali nasab di negeri Sabah yang dilakukan oleh jurunikah atau kadi yang dilantik oleh Tuan Yang Terutama (TYT) adalah dikira pernikahan secara wali hakim dan pernikahan itu adalah sah di sisi syarak.\n\n\n2. Pernikahan pelajar atau rakyat Malaysia di luar negeri secara wali tahkim atau tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia adalah dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15262", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-20 yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkan\u00a0Pernikahan Melalui Persetujuan (Lelaki Dan Perempuan). Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah tidak sah pernikahan demikian kerana pernikahan ini tidak mempunyai saksi dan tidak menggunakan sighah Ijab dan Qabul seperti yang diittifaq oleh empat mazhab Islam iaitu Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15261", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-20 yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkan Mengahwinkan Diri Sendiri. Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah tidak sah perkahwinan mengahwinkan diri sendiri kerana perkahwinan ini tidak memenuhi syarat dan rukun yang telah diittifaq oleh mazhab yang empat, iaitu tiada wali dan saksi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15260", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13 - 14 April 1982 telah membincangkan Harta Sepencarian. Muzakarah\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Segala apa yang diberi atau dihibahkan oleh suami kepada isteri atau sebaliknya dengan bukti secara syarak atau dengan pengakuan dari pihak yang memberi adalah menjadi hak kepada yang menerima.\n\n\n2. Mengenai rumah tempat tinggal dan perabot pada dasarnya adalah menjadi hak suami kecuali bila ada kenyataan menunjukkan bahawa suami menghibahkan kepada isterinya, atau isteri yang punya. Maskahwin, pakaian dan nafkah pada dasarnya adalah menjadi hak isteri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15259", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 28 - 29 Januari 1981 telah membincangkan\u00a0Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15258", "body": "Persidangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa: \n1. Nikah pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam akan terputus jika salah seorang daripadanya memeluk agama Islam tetapi jika yang seorang lagi memeluk agama Islam juga dalam masa iddah itu maka kekal nikah mereka. \n2. Dalam keadaan di mana salah seorang daripada pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam memeluk agama Islam maka hendaklah diberi penerangan kepada mereka mengenai terpisahnya yang akan berlaku (tertalak) jika seorang lagi tidak memeluk agama Islam dan hendaklah dinasihat dan dipujuk yang seorang lagi itu dengan hikmah supaya ia memeluk agama Islam juga."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15257", "body": "Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Persidangan telah memutuskan bahawa apabila seseorang perempuan bukan Islam memeluk agama Kristian berkahwin dengan lelaki Islam maka nikahnya tidak sah kecuali kafir kitabi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15256", "body": "Persidangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa menggalakkan amalan rancangan keluarga kepada umum adalah haram, tetapi bagi orang perseorangan atas sebab-sebab yang tertentu adalah diharuskan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15255", "body": "Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI).Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15253", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21-23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (\nFemale Genital Mutilation\n). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.\n\n\nWalau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama\u2019, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlu dielakkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15245", "body": "Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian 'Meningococcal Meningitis Mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15244", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit \nThalassemia\n. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nMakruh menggugurkan janin yang berumur antara 1 hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri;\n\n\n\n\n\n\nPengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan\n\n\n\n\n\n\nPengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15243", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nHaram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.\n\n\n\n\n\n\nPengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15242", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-51 yang bersidang pada 11 Mac 2002 telah membincangkan Pembiakan Manusia Dan Pengklonan Tujuan Perubatan Dari Sudut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah S.W.T."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15241", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-38 yang bersidang pada 21 Jun 1995 telah membincangkan Penggunaan Graf Tisu Dalam Amalan Perubatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nHukum penggunaan graf tisu dalam amalan perubatan adalah harus.\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan graf tisu adalah semata-mata untuk tujuan perubatan sahaja.\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan tersebut tidak disalahgunakan dengan tujuan untuk diperdagangkan atau lain-lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15240", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-33 yang bersidang pada 11 Oktober 1993 telah membincangkan Mengawet Mayat. Muzakarah telah memutuskan bahawa mengawet mayat atas sebab-sebab yang mendesak hukumnya adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15239", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Februari 1991 telah membincangkan Sistem Susuk \nNorplant \nDalam Program Perancang Keluarga Kebangsaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Sistem Susuk \nNorplant\n ini adalah harus digunakan. Penggunaan sistem ini hendaklah tertakluk kepada keputusan Muzakarah Kali Ke-12 pada 20 Januari 1977 yang memutuskan hukum mengenai Perancang Keluarga adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nMemandul lelaki dan perempuan hukumnya adalah haram.\n\n\n\n\n\n\nMencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan.\n\n\n\n\n\n\nMenyusun keluarga dari kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain daripada (1) dan (2) di atas adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15238", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15237", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oktoober 1990 telah membincangkan Pemisahan Rawatan \nBrain Death\n. Muzakarah telah memutuskan bahawa memisahkan rawatan antara pesakit-pesakit yang telah kematian otak atau \n\u2018brain death\u2019 \ndengan pesakit-pesakit yang masih mempunyai peluang untuk dipulih di Unit Rawatan Rapi adalah tidak bercanggah dengan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15236", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi \nCampak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus\n Dan \nPolio\n. Muzakarah telah memutuskan bahawa program imunisasi \ncampak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus\n dan \npolio\n adalah harus dari segi syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15235", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988 telah membincangkan Imunisasi \nHepatitis B\n. Muzakarah telah memutuskan bahawa vaksin untuk Imunisasi \nHepatitis B\n yang dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus digunakan untuk tujuan tersebut kerana ragi adalah suatu bahan yang suci."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15234", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 yang bersidang pada 12 September 1988 telah membincangkan Pelalian \nRubela\n (Imunisasi \nRubela\n). Muzakarah telah memutuskan bahawa Vaksin \nRubela\n yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini tidak najis dan hukumnya harus digunakan untuk suntikan dalam badan bagi mencegah penyakit \nrubella."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15233", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Penggunaan Ubat Penyakit Jantung Bagi Pesakit-Pesakit Yang Sedang Berpuasa. Muzakarah telah memutuskan bahawa ubat yang digunakan untuk merawat pesakit jantung yang sedang berpuasa tanpa dimasukkan melalui rongga anggota, tidak membatalkan puasanya dengan syarat diyakini air liurnya tidak masuk melalui rongga."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15231", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang pada 10 Oktober 1983 telah membincangkan Penyuntikan \nHighly Purified Insulin\n Daripada Babi. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menyuntikkan Insulin daripada najis mughallazah (babi) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga hukuman bagi mereka yang menjalankan penyuntikannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15230", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang pada 10 Oktober 1983 telah membincangkan Penggunaan Alat \nDirect Current Shock\n. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan alat \nDirect Current Shock\n dalam bidang perubatan merupakan pertolongan segera bagi memulihkan denyutan jantung manusia sebagai ikhtiar terakhir menyelamatkan nyawa adalah satu cara pertolongan cemas yang diharuskan oleh syarak, dan tidaklah menyalahi syarak bagi mereka yang melakukannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15229", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 November 1982 dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang pada 10 Oktober 1983 telah membincangkan Bayi Tabung Uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nBayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara \u2018terhormat\u2019 adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.\n\n\n\n\n\n\nBayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.\n\n\n\n\n\n\nSekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara \u2018terhormat\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15228", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 April 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nMenderma darah hukumnya harus.\n\n\n\n\n\n\nTidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.\n\n\n\n\n\n\nPenghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15227", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 April 1982 telah membincangkan Pertukaran Jantina Daripada Lelaki Kepada Perempuan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nPertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram di segi syarak.\n\n\n\n\n\n\nSeseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan.\n\n\n\n\n\n\nSeseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan.\n\n\n\n\n\n\nSeseorang yang dilahirkan \u201ckhunsa musykil\u201d iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan, diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15226", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 telah membincangkan Bank Air Mani. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nMengadakan bank air mani adalah haram dalam Islam.\n\n\n\n\n\n\nSekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya.\n\n\n\n\n\n\nPermanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (yang diluluskan oleh syarak), dibenarkan oleh Islam.\n\n\n\n\n\n\nPenglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15225", "body": "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23-24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambil kira:\n\n\n\n\n\n\nDi dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.\n\n\n\n\n\n\nDi dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.\n\n\n\n\n\n\nTindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggotaanggotanya.\n\n\n\n\n\n\nKebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15224", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-87 yang bersidang pada 23-25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nDi dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan,rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:\nDiserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;\nDiserah kepada golongan fakir miskin; atau\nJika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15223", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-83 yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.\nBagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterima pakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15222", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang bersidang pada 28 Julai 2008 telah membincangkan Hukum Peraduan Celcom 100 Hari 100 Kereta\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nPeraduan ini adalah tidak patuh syariah kerana mengandungi unsur judi, gharar (unsur tidak jelas), ekspliotasi dan menggalakkan pembaziran; dan\nMenasihatkan Celcom supaya menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15221", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang bersidang pada 28 Julai 2008 telah membincangkan Kajian Pelaksanaan Pembiayaan Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Berasaskan Kontrak Ju\u00e2\u20ac\u2122alah\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nBersetuju dengan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN kepada pelajar atas konsep upah (Ujrah) dengan kadar yang munasabah dan tidak membebankan pelajar.\nPihak PTPTN boleh mengnakan pampasan (ta'widh) kepada pelajar yang telah mendapat pekerjaan tetap dan berkemampuan daripada aspek kewangan tetapi sengaja tidak mahu membayar semula pembiayaan PTPTN. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kerja tetap dan tidak berkemampuan daripada aspek kewangan tidak dikenakan pampasan.\nPihak PTPTN hendaklah memberikan rebat (ibra') kepada pelajar yang berjaya melangsaikan pembiayaan lebih awal daripada tamat tempoh perjanjian; dan\nBersetuju supaya pembiayaan PTPTN berasaskan konsep upah ini diaplikasikan kepada semua kategori pelajar di setiap peringkat pengajian dan terpakai kepada seluruh pelajar tanpa mengira agama dan bangsa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15220", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15219", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa konsep dan pelaksanaan takaful di Malaysia adalah bertepatan dengan syariat Islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15218", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15217", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15216", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 telah membincangkan Hukum Pelaburan Ke Atas Syarikat \nSwiss Cash Mutual Fund\n.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalm dan luar negara seperti Swiss Cash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar.\nOleh itu, umat Islam dilarang terlibat dalam pelaburan seumpamanya ini kerana banyak alternatif lain berlandaskan Islam yang boleh disertai oleh umat Islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15215", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12April 2007 telah membincangkan Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu) Di Malaysia.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nSumber modal kerja untuk pemegang pajak gadai Islam (Ar Rahnu) hendaklah diperolehi daripada perbankan Islam atau sumber-sumber yang halal dan bebas dari amaln riba, judi dan gharar dan aktiviti lain yang tidak selaras dengan kehendak syariah.\nPemegang Ar Rahnu hendaklah mengambil perlindungan insurans Islam (takaful) dan tidak boleh terlibat dengan insurans konvensional;\nSekiranya barang sandaran hilang atau dicuri atau musnah dan sebagainya pemegang Ar Rahnu hendaklah membayar pampasan baki nilai barang sandaran sewaktu ia ditaksirkan;\nPemegang Ar Rahnu digalakkan melantik Panel penasihat Syariah dalaman bagi memantau operasi dan aktiviti Ar Rahnu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15214", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa umat Islam hari ini mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam produk-produk insurans yang berlandaskan syariah.\nOleh itu, pembelian produk-produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak perlu dielakkan oleh umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15213", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Januari 2006 telah membincangkan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam\nMuzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15212", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa Hukum Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15211", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-65 yang bersidang pada 13 Oktober 2004 telah membincangkan Hukum Wakaf Bagi Tanah Bertaraf Hak Milik Terhad.\nMuzakarah telh memutuskan bahawa mewakafkan tanah hak milik terhad (leasehold) adalah sah dan diterima oleh syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15210", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-64 yang bersidang pada 27 Julai 2004 telah membincangkan Hukum Peraduan SMS Dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa Peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur eksploitasi kesamaran (tidak jelas), pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam perngertian judi. Dari itu hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi Syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15209", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 telah membincangkan Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Ahli Yang Memeluk Islam.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nMengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya;\nJika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal; dan\nOrang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15208", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-51 yang bersidang pada 11 Mac 2002 telah membincangkan Pinjaman Pendidikan Mengikut Prinsip Syariah.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa mengikut kaedah Syariah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan yang sebenar ke atas pinjaman yang diberikan kepada pelajar."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15207", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan seumpamanya tidak dianggap harta pusaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15206", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Wang Simpanan KWSP, SOCSO Dan Seumpamanya Bagi Ahli Beragama Islam Yang Meninggal Dunia.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nWang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.\nPenama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid.\nBahagian Undang-Undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah menasihatkan KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang yang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras dengan hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15205", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 April 1999 telah membincangkan Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa.\u00a0\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nTanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.\nTanah wakaf yang diambil/dipindah milik kepada kerajaan pihak berkenaan hendaklah membayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya.\nTanah wakaf yang hendak dibangunkan hendaklah dikecualikan syarat penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang letrik dan sebagainya. Bagaimanapun kemudahan awam itu bolehlah dibina diatas tanah wakaf itu.\nBagi tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid, sekolah dan seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah memperuntukkan bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian tanah wakaf yang diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan status wakaf tersebut. Contohnya bangunan bertingkat-tingkat yang didirikan, beberapa unit tertentu (mengikut nilai semasa) diperuntukkan untuk masjid atau sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh pewakaf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15204", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-41 yang bersidang pada 3-4 November 1996 telah membincangkan Langkah-Langkah Membangunkan Hartanah Waqaf MAIN Dari Perspektif Hukum.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa Wakaf Istibdal dan Saham Wakaf merupakan perkara yang amat baik dan perlu diamalkan pada masa ini kerana pembangunan sedang berjalan dengan begitu pesat sedangkan tanah-tanah waqaf, tapak masjid lama terbiar dengan begitu sahaja dan menyulitkan pihak berkuasa. Maka sudah sampai masanya segala amalan dan urusan mengenai waqaf pada keseluruhannya diubahsuai dengan tidak terikat kepada mazhab Hanafi umpamanya atau mana-mana mazhab atau qaul yang sesuai dengan keadaan dan masa.\nSelain daripada itu untuk amaln adalah perlu berhati-hati dan lebih ihtiyat supaya tidak dipergunakan dengan sewenang-wenangnya. Untuk pandangan sepintas lalu, bagi mewujudkan waqaf atau mengimarahkan mana-mana wakaf tersebut lebih utama diuruskan melalui saham wakaf dan jika tidak dapat diamalkan melalui istibdal itu dilaksanakan dengan syarat-syarat tertentu dan ditadbir dengan sempurna."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15203", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-38 yang bersidang pada 21 Jun 1995 telah membincangkan Pewarisan Harta & Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan Felda.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nAmalan yang dilaksanakan dirancangan Felda mengenai pewarisan harta yang berdasarkan Akta Tanah 1960 adalah tidak bertentangan kerana persetujuan meletakkan satu penama itu dibuat atas persepakatan semua pihak yang terlibat.\nSekiranya tidak mendapat persetujuan waris-waris untuk melantik seseorang daripada mereka sebagai wakil maka:\nHarta simati hendaklah dijual.\nPenjualan harta tersebut hendaklah diberi keutamaan kepada waris.\nHasil dari penjualan harta tersebut hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut faraid.\nKalau harta simati tidak habis dibahagikan maka lebihan pembahagian itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.\nBersetuju bahawa amalan yang dilaksanakan dirancangan Felda mengenai harta sepencarian tidak bertentangan dengan hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15202", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 telah membincangkan Hukum Bermuamalat Dengan Bank-Bank Perdagangan.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nBekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.\nPinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang mendesak.\nMenyimpan di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.\nWang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.\nMenerima berbagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.\nMenyewa bangunan kepada bank adalah haram.\nMemegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15201", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oktober 1990 telah membincangkan Akaun Simpanan Yang Tidak Aktif Dalam Lembaga Urusan Dan Tabung Haji.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa dari segi hukum syarak, Lembaga Urusan Dan Tabung Haji tidak boleh menyerahkan wang daripada Akaun Tidak Aktif bagi pendeposit-pendeposit Tabung Haji kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut.\nFatwa ini adalah berdasarkan bahawa telah ada akad persetujuan di antara pendeposit dengan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji yang meletakkan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji sebagai pemegang amanah untuk menjalankan urusniaga wang simpanan pendeposit. Hak pendeposit ke atas wang simpanan itu masih kekal dan tidak terputus walaupun akaun itu tidak aktif telah melebihi tujuh (7) tahun."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15200", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-21 yang bersidang pada 12 September 1988 telah membincangkan Ganjaran Terbitan Dan Pencen Terbitan.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa ganjaran terbitan dan pencen terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15199", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-18 yang bersidang pada 25 Februari 1987 telah membincangkan Skim Haji Perkhidmatan Tentera.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nSkim ini merupakan satu usaha yang baik bagi membantu anggota-anggota tentera untuk menunaikan fardu haji.\nSkim ini tidak bercanggah dengan Islam dengan syarat wang yang dikeluarkan bagi tujuan ini hendaklah daripada sumber pokok tabung berkenaan.\nMuzakarah telah mengambil keputusan bahawa skim perkhidmatan haji angkatan tentera seperti yang dicadangkan ini adalah halal dari segi syarak kerana berhutang untuk menunaikan haji adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15198", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-18 yang bersidang pada 25 Februari 1987 telah membincangkan Khairat Kematian.\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nSelain daripada Kumpulan Khairat Kematian Lembaga Letrik Negara ini terdapat juga bentuk kumpulan khairat yang sama yang dikendalikan oleh organisasi lain di negara ini seperti Jabatan bomba, Felda dan lain-lain. Keahliannya juga melibatkan orang bukan Islam.\nDari segi hukum orang Islam tidak boleh membantu sebarang kegiatan atau perbuatan bercorak keagamaan agama-agama bukan Islam tetapi bantuan kepada kegiatan atau perbuatan berbentuk kemasyarakatan diharuskan.\nMuzakarah mengambil keputusan Kumpulan Khairat Kematian yang dikendalikan oleh Lembaga Letrik Negara harus disisi syarak dengan syarat wang bantuan yang dikeluarkan tidak digunakan bagi kegiatan atau perbuatan bercorak keagamaan agama bukan Islam.\nPenyertaan orang Islam dalam Kumpulan Khairat Kematian yang ahlinya bercampur antara orang Islam dengan bukan Islam adalah harus dengan syarat mereka hendaklah meniatkan wang yang disumbangkan kerana tujuan bantuan dan bukan membantu perkara yang berkaitan dengan keagamaan bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15197", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 April 1982 telah membincangkan Saham Wakaf Dan Wakaf Ganti (Wakaf Ibdal).\nMuzakarah telah memutuskan bahawa:\nMengadakan saham wakaf yang musytarik dengan syarikat-syarikat perniagaan melalui belian saham, kemudian diwakafkan dengan tujuan memajukan harta wakaf adalah diharuskan mengikut syarat-syarat wakaf.\nWakaf Gantian (wakaf ibdal) ialah bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf adalah diharuskan mengikut taqlid pendapat Imam Abu Hanifah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15196", "body": "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Februari 1979 telah membincangkan Insurans.\u00a0\nPersidangan telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini aalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:\nMengandungi gharar (ketidaktentuan)\nMengandungi unsur judi.\nMengandungi muamalah riba."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15194", "body": "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-15 yang bersidang pada 6 Mac 1978 telah membincangkan \nNominee\n (Penama).\nPersidangan telah memutuskan bahawa:\nMelantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.\nBahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.\nOleh itu undang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15193", "body": "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 telah membincangkanWang Faedah.\nPersidangan telah memutuskan bahawa:\nFaedah yang diperolehi daripada wang simpanan yang dibuat oleh institusi Islam atau perniagaan atau badan kebajikan yang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana bank harus diterima oleh badan-badan itu atas kecemasan ekonomi orang-orang Islam pada masa ini.\nFaedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan maslahah umum."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15192", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-1 yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 telah membincangkan Penamaan Saudara Baru. Muzakarah telah memutuskan bahawa bagi Saudara Baru (Muallaf) nama mereka hendaklah nama Islam mendahului nama asalnya, misalnya Ahmad Chong Ah Kaw."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15191", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84 yang bersidang pada 15 Disember 2008 telah membincangkan Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nPesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji;\n\n\n\n\n\n\nPesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan\n\n\n\n\n\n\nSekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15189", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah membincangkan Hukum Bersuci Bagi Pekerja Di Loji Kumbahan. Muzakarah telah memutuskan bahawa orang-orang Islam yang bekerja di loji kumbahan sekiranya diyakini waktu atau tempoh bekerja tidak akan melebihi waktu solat, maka kaedah pelaksanaan solat hendaklah dilakukan seperti biasa setelah bersuci yang ditetapkan oleh syarak seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nMenghilangkan \u2018ain najis pada badan dan pakaian;\n\n\n\n\n\n\nMembasuh dengan air yang suci sehingga peringkat yakin (hilang bau, warna dan rasa);\n\n\n\n\n\n\nBagi menyucikan najis mughallazah, selain daripada syarat (1) dan (2) di atas, ia perlu dibasuh dengan tujuh kali air yang suci termasuk sekali air bercampur tanah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15188", "body": "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-14 yang bersidang pada 14 Julai 1977 telah membincangkan Kesabitan Anak Bulan Ramadhan & Syawal.\nPersidangan telah memutuskan bahawa \"Anak bulan Ramadhan dan Syawal kiranya tidak kelihatan dilindungi awan (ghaim) padahalnya mengikut kiraan ahli-ahli falak syarie anak bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak syarie bolehlah digunakan. Tetapi kiranya cuaca baik dan anak bulan tidak kelihatan maka hendaklah disempurnakan bilangan hari bulan itu sebanyak 30 hari\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15187", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nPesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosongkan atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwuduk atau menunaikan solat.\n\n\n\n\n\n\nWuduk yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardu sehingga wuduk tersebut terbatal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15186", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat. Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15185", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Pelaksanaan Ibadah Di International Space Station (ISS). Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan tisu yang telah disediakan di International Space Station (ISS) sebagai alat beristinjak adalah harus.\n\n\n\n\n\n\nHarus bertayamum dengan apa sahaja yang berasal dari bumi (contohnya ISS) sebagai kaedah mengangkat hadas.\n\n\n\n\n\n\nSolat ditunaikan sebanyak lima kali untuk tempoh 24 jam (hari di bumi) dan boleh ditunaikan secara jamak dan qasar dan tidak perlu diqada.\n\n\n\n\n\n\nWaktu solat dan puasa di ISS adalah mengikut waktu tempat pelepasan.\n\n\n\n\n\n\nPenentuan arah kiblat hendaklah dengan cara menghadap Kaabah dan sekiranya sukar, bolehlah menghadap ke mana-mana arah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15184", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya Untuk Menunaikan Fardu Haji Atau Umrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nAdalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan\n\n\n\n\n\n\nSkim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya di samping bebas dari unsur-unsur riba."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15183", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 November 2004 telah membincangkan Hukum Bermabit Di Mina Bagi Jemaah Haji Yang Tidak Diperuntukkan Tempat Di Mina. Muzakarah telah memutuskan bahawa jemaah haji yang tidak diperuntukkan tempat untuk bermabit di Mina adalah digugurkan daripada melaksanakan kewajipan berkenaan dan tidak dikenakan apa-apa dam, ibadat haji mereka adalah sah dan tidak berdosa kerana mereka adalah termasuk golongan Al-Ma\u2019zurin sama seperti Siqayah Al-\u2019Abas yang diberikan rukhsah oleh Nabi S.A.W. untuk tidak bermabit di Mina."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15182", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 November 2004 telah membincangkan Hukum Wakalah Dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadat Korban. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nHukum asal wakalah adalah harus.\n\n\n\n\n\n\nHarus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain dengan keizinan muwakkil.\n\n\n\n\n\n\nHarus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain sekiranya tidak mampu atau tidak layak melakukan sendiri perkara yang diwakilkan tersebut.\n\n\n\n\n\n\nHarus mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain.\n\n\n\n\n\n\nTidak harus mengagih dan memberi makan daging korban kepada orang bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15181", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004 telah membincangkan Hukum Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat Di Kem Bagi Peserta Latihan Khidmat Negara. Muzakarah telah memutuskan bahawa penyelarasan hukum bagi membenarkan solat Jumaat didirikan adalah tidak dapat tercapai memandangkan terdapatnya perbezaan keadaan tempat di antara satu kem dengan kem yang lain. Maka Muzakarah bersetuju agar hukum dan kebenaran mendirikan solat Jumaat di Kem bagi peserta Khidmat Negara diserahkan kepada Jabatan Mufti Negeri-Negeri untuk membuat keputusan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15180", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan Sembahyang Jumaat Banduan Di Dalam Penjara Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum sembahyang Jumaat ke atas banduan di penjara dan seumpamanya adalah wajib dan Jabatan Penjara Malaysia hendaklah membenarkan para banduan menunaikan sembahyang Jumaat kecuali bagi mereka yang didapati boleh menimbulkan ancaman seperti ancaman keselamatan, sosial dan sebagainya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15179", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-54 yang bersidang pada 23 Januari 2003 telah membincangkan Pekerja-Pekerja Islam Di Kilang-Kilang Yang Tidak Dapat Menunaikan Sembahyang Fardu. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nSembahyang adalah wajib bagi setiap orang Islam yang cukup syaratnya. Sembahyang fardu hanya boleh dijamakkan jika terdapat keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.\n\n\nMenasihatkan kepada pihak berkuasa agar sentiasa berbincang dengan pihak kilang untuk mencari jalan supaya orang Islam boleh menunaikan sembahyang dalam waktunya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15178", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/ Swasta. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum sembahyang jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15177", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992 telah membincangkan Pindaan Kaedah Penetapan Hari Raya Aidil Adha Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa kaedah penetapan Aidil Adha di Malaysia yang berdasarkan tarikh hari wukuf di Arafah dipinda kepada kaedah rukyah anak bulan Zulhijjah kerana kaedah rukyah anak bulan Zulhijjah lebih sesuai diamalkan di negara ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15176", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-29 yang bersidang pada 19 Februari 1992 telah membincangkan Kaedah Pengendalian Mayat Pesakit AIDS di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nMayat pesakit AIDS tidak termasuk dalam kategori yang diberi pengecualian dari dimandikan dan dikapankan. Tidak termasuk dalam kategori boleh diberi kelonggaran (rukhsah) dengan tayamum. Oleh itu mayat pesakit AIDS wajib dimandi, dikapan, disembahyang dan dikebumikan seperti mayat orang Islam yang lain.\n\n\n\n\n\n\nPengurusan mayat (jenazah) pesakit AIDS hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai sarung tangan, muka dan mencuci tangan dengan Clorox."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15175", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oktober1990 telah membincangkan Tragedi Terowong Al-Muassim. Muzakarah telah memutuskan bahawa kehilangan 19 orang jemaah haji Malaysia akibat Tragedi Terowong Al-Muassim dianggap sebagai mati mafqud. Keterangan atau Bayinah bagi mensabitkan kematian itu ialah:Keterangan atau Baiyinah bagi mensabitkan kematian itu ialah:\n\n\n\n\n\n\nTelah habis usaha mencari mereka;\n\n\n\n\n\n\nTidak ada bukti atau sangkaan bahawa mereka masih hidup dan bersembunyi diri di mana-mana tempat di Arab Saudi atau keluar dari negara itu ke sebuah negara lain dan bersembunyi di sana; dan\n\n\n\n\n\n\nBahawa mereka itu bukan orang yang mencari peluang untuk melarikan diri dari negara ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15174", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-20 yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkan Hukum Haji Lebih Daripada Sekali. Muzakarah telah memutuskan bahawa perspektif hukum bahawa kesan jemaah haji menunaikan haji lebih daripada sekali adalah berkebajikan di dunia dan beroleh ganjaran yang besar di akhirat terserahlah kepada orang perseorangan bahawa dia telah mendahulukan amalan yang wajib kemudian mengerjakan pula amalan yang sunat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15173", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-17 yang bersidang pada 6 Oktober 1986 telah membincangkan Hukum Sembahyang Jumaat Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkhidmatan dalam jabatan kerajaan yang tidak berkaitan dengan tugas keselamatan tidaklah termasuk dalam takrif uzur syarie, maka pihak yang berkuasa jabatan mana-mana yang berkenaan tidak harus membuat peraturan- peraturan bagi menghalang kakitangan lelaki yang beragama Islam untuk menunaikan sembahyang Jumaat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15172", "body": "Muzakarah telah memutuskan bahawa mengikut kajian dan pandangan Ahli Al-Quran bahawa bacaan yang tersebar luas lagi masyhor di seluruh dunia, di Rantau Asia, khasnya di negara kita ialah mengikut bacaan Riwayat Hafsun 'An 'Asim, maka sewajarnyalah bacaan tersebut dimasyhorkan di negara ini. Walau bagaimanapun bagi mereka yang hendak membaca Al-Quran selain daripada Riwayat Hafsun 'An 'Asim maka hendaklah terlebih dahulu diberitahu atau muafakat bacaan di antara Imam dan Makmum supaya tidak menjadi kekeliruan ketika menunaikan sembahyang"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15171", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah membincangkan Sembahyang Jumaat Polis dan Tentera yang Bertugas. Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah harus bagi Polis dan Tentera meninggalkan Sembahyang Jumaat kerana menjalankan tugas-tugas keselamatan yang dikira uzur syarie kerana mereka terpaksa bertugas dengan syarat tidak meninggalkan sembahyang Jumaat 3 kali berturut-turut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15170", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5 - 6 Jun 1989 telah membincangkan Sembahyang Jumaat Pelajar Malaysia di Luar Negeri. Muzakarah telah memutuskan bahawa Sembahyang Jumaat pelajar- pelajar Malaysia di luar negeri dengan bertaqlid kepada manamana Mazhab Islam adalah sah. Hanya satu Sembahyang Jumaat sahaja dibenarkan bagi satu-satu tempat kediaman pelajar tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15125", "body": "Harus bagi perubatan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=15117", "body": "Sah dan halal untuk dikonsumsi"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11015", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2016-1437H yang bersidang pada\u00a025 Februari 2016\u00a0bersamaan 16 Jamadilawal 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 berkenaan Hukum Penggunaan Vaksin Menactra dengan\u00a0\nsighah\u00a0\nseperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSetelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa pada prinsipnya ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan yang dibenarkan oleh Islam untuk digunakan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang baik (toyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang mendatangkan mudharat kepada kesihatan badan dan akal manusia.2.\n\n\nMuzakarah juga mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra ini, tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal.\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Menactra adalah\u00a0\ndiharuskan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11018", "body": "Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2016-1437H yang bersidang pada\u00a031 Mac 2016\u00a0bersamaan 22 Jamadil Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-108 berkenaan Hukum penjualan produk menggunakan Ayat Ruqyah (ayat al-Quran) untuk tujuan komersial \u00a0dengan\u00a0\nsighah\u00a0\nseperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMuzakarah menegaskan bahawa Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah SAW menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat al-Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama tidak berlaku syirik.\n\n\t\u00a0\n\n\nBerdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa isu produk yang dilabelkan sebagai \u201cmakanan sunnah\u201d dan makanan dan minuman yang diruqyahkan dengan ayat al-Quran serta zikir semakin berleluasa dan menjadi pelan pemasaran pengusaha produk-produk makanan dan barangan di negara ini. Ia telah menjadi kaedah untuk melariskan produk bersandarkan perkataan \u201cmakanan sunnah\u201d dan ruqyah.\n\n\t\u00a0\n\n\nSehubungan itu, sebagai \u201csad az-zari\u2018ah\u201d kepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan komersial, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan ruqyah dan istilah \u201cmakanan sunnah\u201d secara tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengaut keuntungan dan melariskan produk adalah dilarang kerana termasuk dalam perbuatan memperdagangkan ayat-ayat al-Quran yang ditegah oleh ajaran Islam.\n\n\t\u00a0\n\n\nOleh hal yang demikian, Muzakarah menggesa supaya perbuatan tersebut ditangani segera supaya istilah \u201cmakanan sunnah\u201d ini tidak difahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat, dan penggunaan ruqyah tidak disalahgunakan sehingga menggugat akidah sekiranya masyarakat meyakini keberkesanan ruqyah pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha dan ikhtiar serta kekuasaan Allah SWT.\n\n\t\u00a0\n\n\nM\nuzakarah juga bersetuju memutuskan supaya pelabelan, pengiklanan atau promosi untuk tujuan komersial atas nama ruqyah pada sesuatu produk adalah dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11019", "body": "Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2016-1437H yang bersidang pada\u00a031 Mac 2016\u00a0bersamaan 22 Jamadil Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-108 berkenaan Had Kemuallafan Seseorang Saudara Baru dengan\u00a0\nsighah\u00a0\nseperti berikut :\u00a0\n\n\n\n\nMuzakarah menerima cadangan supaya diwujudkan penyeragaman had tempoh panggilan muallaf saudara baru negeri-negeri seluruh Malaysia seperti yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu.\n\n\t\u00a0\n\n\nMuzakarah bersetuju menetapkan had tempoh maksima bagi seseorang saudara baru dipanggil muallaf ialah lima (5) tahun. Walau bagaimanapun, selaras dengan kuasa agama adalah di bawah bidang kuasa negeri, maka Majlis Agama Islam Negeri berhak membuat sebarang pengecualian yang dikehendaki."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11020", "body": "Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2016-1437H yang bersidang pada\u00a031 Mac 2016\u00a0bersamaan 22 Jamadil Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-108 berkenaan Had Kemuallafan Seseorang Saudara Baru dengan\u00a0\nsighah\u00a0\nseperti berikut :\u00a0\n\n\n\n\nMuzakarah menerima cadangan supaya diwujudkan penyeragaman had tempoh panggilan muallaf saudara baru negeri-negeri seluruh Malaysia seperti yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu.\n\n\t\u00a0\n\n\nMuzakarah bersetuju menetapkan had tempoh maksima bagi seseorang saudara baru dipanggil muallaf ialah lima (5) tahun. Walau bagaimanapun, selaras dengan kuasa agama adalah di bawah bidang kuasa negeri, maka Majlis Agama Islam Negeri berhak membuat sebarang pengecualian yang dikehendaki."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11021", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2016-1437H yang bersidang pada\u00a028 April 2016\u00a0bersamaan 20 Rejab 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 berkenaan Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global dengan\u00a0sighah\n\u00a0\nseperti berikut:\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa terdapat beberapa syarat bagi kontrak mudharabah yang sah mengikut syarak, iaitu antaranya:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu. Pelaburan mestilah bersifat terbuka dan sesuatu pelaburan dianggap tidak sah jika pelabur menetapkan pengusaha perlu membeli barang tertentu contohnya sejadah, atau barangan jenis tertentu daripada orang tertentu.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dengan pengusaha. Keuntungan yang dihasilkan mesti dikongsi bersama oleh pelabur dan pengusaha. Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya, sementara pengusaha akan memperoleh hasil usahanya.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja. Kontrak pelaburan dianggap tidak sah jika wujud syarat yang menetapkan pelabur perlu bekerja bersama pengusaha.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0Muzakarah mendapati bahawa pelaburan yang dijalankan oleh Syarikat Mecca Fund Global ini bertentangan dengan prinsip sebenar mudharabah dalam Islam, iaitu antaranya pelabur perlu membeli lot yang ditawarkan oleh pemilik syarikat, akan berlaku kehilangan modal dan berlaku ketidakpastian terhadap kadar keuntungan dan modal.\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0Sehubungan itu, berdasarkan perkara-perkara tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak. Pelaburan yang dijalankan juga didapati melanggar undang-undang negara kerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia(BNM).\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0Muzakarah juga menasihatkan umat Islam supaya tidak terlibat dalam skim pelaburan oleh Mecca Fund Global ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan: Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11022", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2016-1437H yang bersidang pada\u00a028 April 2016\u00a0bersamaan 20 Rejab 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke- 88 berkenaan Hukum Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak dengan\u00a0sighah\n\u00a0\nseperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur najis dan memudaratkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan melainkan bagi tujuan perubatan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11023", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2016-1437H yang bersidang pada\u00a025 Februari 2016\u00a0bersamaan 16 Jamadilawal 1437H telah bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks Negeri Sembilan iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash\u2019ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11024", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2016-1437H yang bersidang pada\u00a031 Mac 2016\u00a0bersamaan 22 Jamadil Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-108 berkenaan Hukum penjualan produk menggunakan Ayat Ruqyah (ayat al-Quran) untuk tujuan komersial\u00a0dengan\u00a0\nsighah\u00a0\nseperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah SAW menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat al-Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama tidak berlaku syirik.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa isu produk yang dilabelkan sebagai \u201cmakanan sunnah\u201d dan makanan dan minuman yang diruqyahkan dengan ayat al-Quran serta zikir semakin berleluasa dan menjadi pelan pemasaran pengusaha produk-produk makanan dan barangan di negara ini. Ia telah menjadi kaedah untuk melariskan produk bersandarkan perkataan \u201cmakanan sunnah\u201d dan ruqyah.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Sehubungan itu, sebagai \u201csad az-zari\u2018ah\u201d kepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan komersial, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan ruqyah dan istilah \u201cmakanan sunnah\u201d secara tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengaut keuntungan dan melariskan produk adalah dilarang kerana termasuk dalam perbuatan memperdagangkan ayat-ayat al-Quran yang ditegah oleh ajaran Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Oleh hal yang demikian, Muzakarah menggesa supaya perbuatan tersebut ditangani segera supaya istilah \u201cmakanan sunnah\u201d ini tidak difahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat, dan penggunaan ruqyah tidak disalahgunakan sehingga menggugat akidah sekiranya masyarakat meyakini keberkesanan ruqyah pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha dan ikhtiar serta kekuasaan Allah SWT.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya pelabelan, pengiklanan atau promosi untuk tujuan komersial atas nama ruqyah pada sesuatu produk adalah dilarang.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0Status pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11025", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2016-1437H yang bersidang pada\u00a031 Mac 2016\u00a0bersamaan 22 Jamadil Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-108 berkenaan Had Kemuallafan Seseorang Saudara Baru dengan\u00a0\nsighah\u00a0\nseperti berikut :\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Muzakarah menerima cadangan supaya diwujudkan penyeragaman had tempoh panggilan muallaf saudara baru negeri-negeri seluruh Malaysia seperti yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Muzakarah bersetuju menetapkan had tempoh maksima bagi seseorang saudara baru dipanggil muallaf ialah lima (5) tahun. Walau bagaimanapun, selaras dengan kuasa agama adalah di bawah bidang kuasa negeri, maka Majlis Agama Islam Negeri berhak membuat sebarang pengecualian yang dikehendaki.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\u00a0Status pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12564", "body": "Tiada wasiat yang dinamakan sebagai \nWasiat Wajibah\n menurut al-Quran dan al-Sunnah. Merujuk kepada kes yang dipersoalkan mengenai hak cucu terhadap harta peninggalan datuknya, maka tiada hak faraid untuk cucu menurut ketetapan syarak, melainkan di atas ihsan ahli waris berdasarkan ayat\u00a0al-Nisa\u2019: ayat 8 yang bermaksud: \n\u201cDan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah\u00a0kepada mereka dengan kata-kata yang baik.\u201d\n\u00a0\nKata al-Qurtubi pandangan yang sahih bagi maksud \n\u201cberikanlah\u201d\n itu adalah disunatkan bukannya wajib. (Lihat \nTafsir al-Qurtubi\n).\n\u00a0\nHikmah pembahagian faraid adalah rahsia milik Allah dan tiada siapapun yang boleh mengatasi dan mempertikaikannya. Firman Allah SWT dalam surah\u00a0al-Nisa\u2019: ayat 11\u00a0yang bermaksud: \n\u201clbu-bapa dan anak-anak kamu, (sedangkan) kamu\u00a0tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan. Itu ialah) ketetapan daripada Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12565", "body": "Wang dari sumber cukai aktiviti haram adalah harus bagi pihak kerajaan menggunakannya untuk maslahah umum seperti membina masjid, rumah kediaman, kemudahan awam, pembiayaan kos makan dan minum dan seumpamanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12566", "body": "Mahar/ Mas Kahwin\n\u00a0\nTidak ada suatu penetapan daripada syarak tentang jumlah minima atau maksima kadar mas kahwin yang diberikan oleh suami ataupun diminta oleh pihak isteri.\u00a0\n\u00a0\nBelanja / Hantaran Perkahwinan\n\u00a0\nPerbelanjaan berupa hantaran, belanja kahwin, hadiah perkahwinan dan sebagainya adalah tidak wajib. Sayugia dianjurkan agar hantaran yang merupakan adat budaya masyarakat tidak membebankan pasangan. Begitu juga belanja perkahwinan dan walimah sewajarnya diadakan dalam keadaan sederhana sepertimana yang dituntut oleh syarak bagi mencari keberkatan. Bukan majlis untuk bermegah-megah dan membazir yang menyalahi ajaran Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12567", "body": "Mushaf al-Quran yang telah rosak dan tidak boleh dimanfaatkan lagi bolehlah dilupuskan dengan cara-cara berikut:\n\u00a0\n1.\u00a0Dibakar sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidina 'Uthman bin 'Affan RA berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari bil: 4988 yang beraksud: \"Bahawa Huzaifah bin al-Yaman datang kepada 'Uthman, setelah penduduk Sham dan 'Iraq berperang dalam peperangan Arminiyyah dan Azrabijan. Perbezaan bacaan al-Quran yang berlaku antara para tentera dari Syam dan Iraq membimbangkan Huzaifah. Lalu beliau mengadu kepada 'Uthman dengan berkata: \"Wahai Amir al-Mukminin, pergi dapatkan ummat ini, sebelum mereka berselisih tentang al-Quran seperti perselisihan Yahudi dan Kristian. Lalu 'Uthman menghantar utusan kepada Hafsah untuk bawakan kepada kami lembaran-lembaran tertulis ayat al-Quran untuk kami tuliskan di atas mashaf-mashaf, kemudian kami pulangkan (lembaran-lembaran itu) semula kepadamu. Lalu Hafsah menyerahkannya kepada 'Uthman, maka 'Uthman mengarahkan Zaid bin Thabit, 'Abdullah bin al-Zubair, Sa'ied bin al-'Ash dan Abdul Rahman bin al-Haris bin Hisham, lalu mereka menulisnya di atas mashaf-mashaf, dan 'Uthman berkata\r\n\r\n \r\n\r\nkepada tiga orang daripada mereka yang berbangsa Quraisy: \"Apabila kamu bertiga berbeza dengan Zaid bin Thabit sesuatu dari (bacaan) ayat al-Quran, maka tulislah berdasarkan lisan Quraisy, kerana al-Quran itu asalnya ditulis berdasarkan lisan mereka (Quraisy). Lalu mereka semua lakukan hinggalah mereka selesai menyalin ke atas mashaf-mashaf, 'Uthman memulangkan semula lembaran-lembaran tersebut kepada kepada Hafsah, dan beliau mengirimkan ke setiap penjuru (Negara umat Islam) satu mashaf dari apa yang telah disalin. Beliau juga memerintahkan apa-apa dari ayat-ayat al-Quran yang terdapat di lembaran-lembaran atau mashaf-mashaf lain selain dari mashaf yang dikirim agar dibakar\nATAU\n;\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ditanam di dalam tanah di kawasan yang terpelihara dan jauh dari laluan umum. Adapun kaedah membuang ke dalam laut sekiranya didapati boleh mencemarkan laut dan mendatangkan mudharat kepada ikan, plankton serta hidupan laut yang lain, maka ia hendaklah dielakkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12568", "body": "Para ulama berbeza pandangan berkaitan hukum berkahwin dengan wanita hamil. Penjelasannya adalah seperti berikut:\n\u00a0\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ulama mazhab Maliki dan Hambali demikian juga pandangan Abu Yusuf dari Mazhab Hanafi:\n\u00a0\nTidak boleh menikahi wanita tersebut sebelum dia melahirkan kandungannya, sama ada kandungan itu hasil hubungan dengan lelaki yang hendak menikahinya ataupun dengan lelaki lain. Dalil:\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim, beliau mensahihkan hadis ini:\n?? ???? ???? ??? ???\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMaksudnya: \n\u201cJangan disetubuhi wanita hamil (kerana zina) sehinggalah dia melahirkan kandungannya.\u201d\n\u00a0\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Diriwayatkan daripada Sa\u2019ied bin al-Musayyib RA tentang seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan, kemudian dia mendapati wanita itu telah mengandung. Lalu perkara itu diadukan kepada Nabi Muhammad SAW. Baginda memisahkan mereka berdua. (lihat \nal-Mughniy \noleh Ibn Qudamah \nFasl Iza Zanat al-Mar\u2019ah Lam Yahil Liman Ya\u2019lam Zalika Nikahaha Illa Bisyartain.\n Lihat juga \nal-Sunan al-Kubra \noleh al-Baihaqi, beliau berkata: Hadis ini Mursal)\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ulama mazhab Syafie dan Hanafi:\n\u00a0\nBoleh menikahi wanita hamil dari zina kerana hubungan zina tidak ada kemuliaan dan tidak dapat mensabitkan nasab. Dalil:\n\u00a0\nHadis al-Bukhari dan Muslim:\n????? ?????? ??????? ?????\nMaksudnya: \n\u201cAnak itu dinasabkan kepada suami yang sah, manakala bagi yang berzina adalah hukuman rejam dengan batu.\u201d\n\u00a0\nJika wanita hamil kerana zina berkahwin dengan lelaki yang bukan berzina dengannya, mereka tidak dihalalkan melakukan hubungan persetubuhan sehinggalah wanita tadi melahirkan anak zinanya.\u00a0\u00a0Ini berdasarkan hadis:\n?? ???? ???? ??? ???\nMaksudnya: \n\u201cJangan disetubuhi wanita hamil (kerana zina) sehinggalah dia melahirkan kandungannya.\u201d \n\u00a0\nDemikian juga hadis:\n?? ??? ???? ????? ?????? ????? ??? ??? ???? ??? ????\nMaksudnya: \n\u201cSesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan dia menyiram benihnya ke tanaman orang lain.\u201d \n(HR al-Tirmizi dan beliau menilai sebagai Hasan)\n\u00a0\nJika wanita itu dinikahi oleh lelaki yang berzina dengannya, mereka boleh melakukan hubungan persetubuhan berdasarkan pandangan kedua ini. Pernikahan tersebut juga adalah sah.\n\u00a0\nKEPUTUSAN:\n\u00a0\nPendapat kedua adalah pendapat yang dipilih kerana kejelasan hujah berdasarkan hadis-hadis yang sahih di atas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12569", "body": "Asnaf al-Muallafah Qulubuhum\n dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.\nGolongan Muslim adalah orang yang baharu memeluk Islam.\nGolongan bukan Muslim (kafir) pula meliputi:\nOrang yang berkemungkinan menerima Islam\nBoleh dipujuk supaya tidak memusuhi Islam\nKetua-ketua kumpulan bukan Islam yang perlu dijinakkan hatinya kepada Islam.\n\u00a0\nDalam urusan agihan zakat kepada al-Muallafah Qulubuhum ini, secara umumnya mesyuarat bersetuju menyerahkan urusan ini kepada kebijaksanaan pihak pelaksana dengan mengambil kira maslahah umat Islam dan dakwah Islamiah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12570", "body": "Mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-19 bertarikh 6-7 Oktober 1987 berkaitan perkara ini serta dibuat penambahan hadis-hadis berkaitan perkara ini iaitu;\r\n\r\n\r\n\n\r\n1- Memandangkan lilitan hitam di lengan baju yang berwarna putih merupakan satu adat kebudayaan bagi orang kafir, maka kelakuan tersebut hukumnya haram dan dilarang sama sekali kepada umat Islam.\r\n\r\n\r\n\n\r\n2- Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain. Ini berdasarkan kepada hadis-hadis yang bermaksud: Daripada Ibn Umar daripada Nabi SAW bersabda: \"Berbezalah dengan orang-orang musyrikin, biarkan janggut dan nipiskan misai\". (Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas. 5553) dan\r\n\r\n \r\n\n\r\nHadis yang bermaksud: Daripada Ibn Umar katanya: Sabda Rasulullah SAW: \"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.\" (Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab al-Jihad Secara Taklik)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12571", "body": "Ungkapan \nal-Madad Ya Rasulullah\n yang membawa maksud: \n\u201cMohon bantuan wahai Rasulullah\u201d\n adalah sejenis al-Istighathah yang tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia perbuatan Syirik di dalam Doa berdasarkan nas-nas dari al-Quran dan al-Sunnah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12572", "body": "Tujuan \nJihad \ndalam Islam ialah untuk meninggikan atau memuliakan kalimah Allah. Mana-mana tindakan yang dilakukan atas nama \nPerang Jihad\n tetapi boleh membawa implikasi negatif terhadap Islam dan umatnya maka ia bukanlah jihad yang sebenar. Dengan itu, tindakan kumpulan-kumpulan yang menggunakan nama jihad yang telah memberikan kesan negatif kepada Islam bukanlah jihad, kerana telah menyalahi konsep dan displin peperangan di dalam Islam, seperti membunuh mereka yang tidak terbabit di medan perang dari kalangan para wanita, orang tua, kanak-kanak dan seumpamanya. Sebaliknya mereka telah melakukan dosa memburukkan nama agama Islam.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Maka, menyertai kumpulan-kumpulan militan seperti IS dan al-Qaedah bukanlah jihad yang disyariatkan. Seorang muslim dilarang membabitkan diri ke dalam aktiviti yang tidak jelas atas nama peperangan jihad, apatah lagi yang jelas boleh membawa keburukan kepada umat Islam. Apa yang dilakukan oleh IS dan al-Qaedah tidak boleh dikaitkan dengan ajaran jihad di dalam Islam dan menyalahi pemahaman al-Salaf al-Soleh."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12573", "body": "Hukum asal pelaburan zakat adalah tidak diharuskan. Bagaimanapun, sekiranya agihan zakat telah dibuat dengan sebaiknya kepada semua \nasnaf\n yang berhak memilikinya, dan didapati masih ada lebihan, maka adalah harus harta zakat tersebut dilaburkan atas \nmaslahah \nyang kembali kepada asnaf zakat dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:\n\u00a0\n1.\u00a0\u00a0\u00a0Pelaburan hendaklah yang disahkan patuh syari\u2019ah oleh badan pengawasan syari\u2019ah yang berotoriti.\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Pelaburan hendaklah berisiko rendah dan sederhana dari institusi kewangan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pelaburan berisiko tinggi boleh dibuat dengan mendapat jaminan khas dari pihak yang berotoriti serta distruktur secara patuh syari\u2019ah.\n\u00a0\n\u00a0\nMAIPs merupakan pihak yang melulus dan menjamin setiap pelaburan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12574", "body": "i.\u00a0\u00a0Wasiat harta ialah pesanan melaksanakan pemberian atau\u00a0sumbangan kepada seseorang atau pihak lain yang telah ditinggalkan oleh si\u00a0mati untuk disempurnakan setelah pewasiat itu meninggal dunia.\n\u00a0\nii.\u00a0\u00a0Untuk\u00a0melaksanakan\u00a0wasiat\u00a0si\u00a0mati,\u00a0waris\u2013waris\u00a0hendaklah\u00a0terlebih dahulu\u00a0mengkategorikan sama\u00a0ada\u00a0wasiat\u00a0tersebut\u00a0sah\u00a0di\u00a0sisi\u00a0hukum syarak. Sekiranya wasiat berkenaan sah pada hukum syarak,\u00a0waris-waris wajib melaksanakannya. Di antara syarat-syarat sah wasiat iaitu:\n\u00a0\na)\u00a0Harta yang diwasiatkan itu tidak melebihi\u00a0\u00a01/3 daripada harta bersih yakni daripada keseluruhanya baki harta si mati setelah ditolak belanja pengkebumian dan hutang piutang.Ini merujuk kepada hadith Rasululllah s.a.w: \nyang maksudnya: Dari Saad bin Abi Waqas r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w\n\u00a0\nmendatangiku untuk menjengukku sewaktu Haji Wada\u2019, kerana aku sakit parah. Aku\u00a0berkata\u00a0:\u00a0\u201cWahai\u00a0Rasulullah, aku\u00a0jatuh\u00a0sakit\u00a0seperti\u00a0yang\n \nengkau lihat sendiri. Padahal aku mempunyai harta yang banyak dan ahli warisku hanyalah seorang anak putriku. Maka bolehkah aku mensedekahkan dua pertiga dari hartaku?\u201d Baginda menjawab : \u201cTidak boleh\u201d. Aku bertanya : \u201cBagaimana jika separuhnya wahai Rasulullah?\u201d. Baginda menjawab : \u201cTidak boleh\u201d. Aku bertanya lagi : \u201cBagaimana jika sepertiga?\u201d. Baginda menjawab :\u00a0\u201cSepertiga, dan\u00a0sepertiga itu\u00a0adalah banyak\u201d.\n\ufeff\nb) Harta itu tidak diwasiatkan kepada mana-mana waris yang berhak menerima pusakanya berpandukan hadith Rasulullah s.a.w: \nyang maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak itu hak masing-masing, kerana itu tiada wasiat kepada waris.\n\u00a0\nc) Namun jika diwasiatkan kepada waris yang berhak menerima harta pusaka\u00a0\u00a0maka\u00a0\u00a0dalam\u00a0\u00a0situasi\u00a0\u00a0ini\u00a0\u00a0perlu\u00a0\u00a0mendapat\u00a0\u00a0keredhaan\u00a0\u00a0atau persetujuan daripada semua waris yang berhak menerima harta tersebut. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w :\nyang maksudnya : \u201cTidak boleh wasiat kepada pewaris, melainkan jika para pewaris mengizinkannya (bersetuju)\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12575", "body": "Tidak harus (ditegah) memulakan safar (perjalanan) pada hari Jumaat selepas terbit fajar dan terangkat rukhsah (keringanan) solat jama\u2019 dan qasar kecuali bagi keadaan berikut;\n\u00a0\ni.\u00a0Dapat mendirikan solat Jumaat pada hari musafir itu.\n\u00a0\nii. Dharurah atau masyaqqah seperti bimbang tertinggal penerbangan (kenderaan yang digunakan semasa musafir) kerana tertakluk kepada jadual yang telah ditetapkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12576", "body": "Pandangan Jawatankuasa Fatwa mengenai persoalan berkenaan fidyah dan kafarah yang dikemukakan oIeh pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Kedah:\n\u00a0\n1. Mengikut mazhab Syafie, fidyah dan kafarah hanya boleh dibayar dengan makanan ruji / asasi mengikut negeri masing-masing sahaja . Bolehkah kita membayar fidyah dan kafarah dengan menggunakan wang, sedangkan zakat dan zakat fitrah boleh dibayar dengan menggunakan wang ?\n\u00a0\nJawapan : \nMembayar fidyah dan kafarah dengan menggunakan wang atas maslahah masyarakat masa kini adalah diharuskan mengikut pandangan mazhab Hanafi. Ini merujuk kepada siyasah Khalifah Ammar bin Abd Aziz yang mengharuskan mengeluarkan zakat dalam bentuk nilai ( qimah ) .\n\u00a0\nImam As-Sauri dan Imam Abu Hanifah dan para sahabatnya: Harus mengeluarkan zakat dalam bentuk nilai. Sesungguhnya yang demikian itu diriwayatkan oIeh Ammar bin Abd Aziz dan Imam Hasan al-Basri\nAdapun pandangan ini menunjukkan bahawa nabi s.a.w telah bersabda: \u201cKayakan mereka iaitu orang-orang miskin pada hari ini (hari\u00a0raya)\u00a0dan\u00a0mengkayakan\u00a0mereka\u00a0boleh\u00a0dilaksanakan\u00a0dengan memberi maka, barangkali memberi nilai wang itu lebih utama kerana berlebihan makanan di samping orang miskin itu mendesak mereka supaya menjualnya, sedangkan wang ringgit membolehkan mereka membeli keperluan samada makanan, pakaian dan apa yang mereka perlukan\u201d.\n\u00a0\n\u00a0\n2. Berdasarkan fatwa negeri Selangor, pembayaran fidyah dan kafarah yang tertangguh\u00a0adalah\u00a0tidak\u00a0digandakan (harus),\u00a0ini\u00a0menurut\u00a0sebahagian daripada pandangan mazhab Syafie. Adakah gandaan fidyah dan kafarah bagi negeri Kedah diambil kira ?\n\u00a0\nJawapan : \nMerujuk kepada pandangan mazhab Syafie pembayaran kafarah\u00a0dan fidyah yang tertangguh hendaklah digandakan. Ini berdasarkan qaul\u00a0yang sahih :\n\u00a0\n\u00a0((Barang siapa\u00a0yang\u00a0terlewat mengqada Ramadan pada\n\u00a0\ntahun itu sedangkan ia berkemampuan melakukannya sehingga masuk\n\u00a0\nRamadan berikutnya maka wajib ke atasnya (membayar fidyah satu hari\n\u00a0\nsatu cupak) di samping ia mengqadakan puasa yang ditinggalkannya itu pada pendapat yang sahih fidyah itu berulang dengan berulangnya tahun- tahun yang ia\u00a0luput itu,\u00a0dan\u00a0sekiranya ia\u00a0melewatkan qada puasanya sedangkan ia mampu berbuat demikian maka jika ia mati di tahun itu\n. \nmaka hedaklah dikeluarkan fidyah itu daripada pusakanya setiap hari dua cupak: satu cupak untuk qada dan satu cupak lagi untuk kelewatannya )). \n\u00a0\nSekiranya pembayar fidyah dan kafarah itu di kalangan orang kaya dan berkemampuan maka pembayaran fidyah dan kafarah yang tertangguh hendaklah digandakan sesuai dengan qaul yang sahih dalam mazhab Imam Syafie . Akan tetapi jika pembayar fidyah dan kafarah itu di kalangan orang miskin atau fakir maka tidak perlu digandakan berpandukan kepada satu qaul yang lain di dalam mazhab Syafie.\n\u00a0\n3. Bagaimana jika kita sengaja tidak mahu berpuasa dua bulan berturut- turut\u00a0bagi\u00a0kafarah\u00a0persetubuhan disiangnya hari\u00a0Ramadan\u00a0dan\u00a0zihar dengan mengambil jalan mudah untuk memberi makan kepada 60 orang miskin? Adakah dibolehkan? Adakah kita boleh untuk tidak mengikut turutan kafarah yang diwajibkan tersebut? Contoh : Kita rasa keberatan dan tidak mahu untuk berpuasa dua bulan berturut-turut tanpa sebab yang kukuh, maka dengan mudah kita terus memberikan makan kepada\n60 orang miskin?\n\u00a0\nJawapan : \nMerujuk kepada pandangan ulama :\n\u00a0\nTiada\u00a0perselisihan\u00a0diantara\u00a0ulama\u00a0dalam\u00a0mewajibkan kafarah secara tertib iaitu mendahulukan pembebasan hamba sekiranya ia tidak mampu maka wajib ia berpuasa dua bulan berturut-turut dan sekiranya ia tidak mampu berpuasa maka berilah makan kepada enam puluh orang fakir miskin .\nPandangan di atas menyatakannya bahawa tidak ada perselisihan diantara ulama bahawa kafarah persetubuhan disiang hari Ramadan dan zihar hendaklah mengikut tertib . Ini dijelaskan dalam sebuah Hadis :\n\u00a0\nMaksudnya:\n Diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a: Beliau berkata seorang lelaki datang kepada nabi s.a.w seraya bertanya: \u201cPuasa aku telah\u00a0binasa\u00a0hari\u00a0ini\u201d,\u00a0kemudian\u00a0berkata\u00a0nabi\u00a0s.a.w:\u00a0\u201cApa\u00a0yang menyebabkan kamu binasa?\u201d Lelaki itu menjawab: \u201cSaya telah bersetubuh dengan isteri saya pada siang Ramadan.\u201d Bertanya nabi s.a.w: \u201cApakah kamu ada hamba untuk dimerdekakan? Salmah menjawab : \u201cTiada\u201d . Kemudian Nabi s.a.w bertanya lagi : \u201cApakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut? Beliau menjawab: \u201cTidak mampu.\u201d Nabi s.a.w bertanya lagi: \u201cApakah kamu ada makanan untuk diberi makan enam puluh orang miskin? Dia menjawab: \u201cTidak mampu.\u201d Kemudian dia duduk dan didatangkan kepada nabi s.a.w satu bekas berisi kurma, lalu nabi s.a.w bersabda: \u201cBersedekahlah dengan tamar ini.\u201d Lelaki itu bertanya lagi: \u201cAdakah untuk diberikan kepada orang yang lebih fakir daripada kami? Maka tidak ada di antara dua gunung di Madinah ini keluarga yang lebih berhajat daripada kami.\u201d Maka ketawa nabi s.a.w sehingga ternampak geraham Baginda. Kemudian Baginda bersabda: \u201cPergilah, maka beri makanlah kepada ahli keluarga kamu.\n\u00a0\nOleh itu, sekiranya pembayar kafarah tidak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut maka dibolehkan berpindah kepada kafarah yang seterusnya iaitu memberi makan kepada 60 fakir miskin. Kemampuan berpuasa itu diukur melalui kemampuan dirinya yang tidak ada kekuatan untuk berpuasa secara berterusan dalam tempoh dua bulan dan diperakui oIeh doktor Muslim sekiranya puasanya itu akan menjejaskan kesihatan atau tubuh badan pembayar kafarah tersebut. Maka dibolehkan berpindah kepada kafarah memberi makan kepada 60 fakir miskin.\n\u00a0\n4. \nJika seseorang itu melakukan zina di bulan Ramadan, apakah hukumnya dan bagaimanakah cara untuk menggantikan puasa? Adakah dikenakan kafarah? Jika dikenakan kafarah, bagaimana kaedah untuk melakukannya? Adakah dikiaskan seperti suami isteri berjimak di siang hari bulan Ramadan?\n\u00a0\nJawapan : \nOrang yang melakukan perbuatan itu yakni pasangan tersebut wajib mengqadakan puasa Ramadhannya mengikut hari yang ditinggalkan. Walau bagaimanapun kafarah tidak dikenakan kepada lelaki yang melakukan perbuatan zina itu. Para ulama berpendapat kafarah hanya dikenakan kepada lelaki yang berkahwin secara sah. Orang yang melakukan zina disiang hari bulan Ramadan tidak dikenakan kafarah tetapi dikenakan balasan yang lebih besar iaitu hudud\n.\n\u00a0\n\u00a0\n5. Sekiranya pihak yang menerima bayaran fidyah dan kafarah (Baitulmal) daripada pembayar menangguhkan pengagihan fidyah dan kafarah yang dibayar pada tahun tersebut tidak diagihkan sehingga tahun berikutnya, apakah hukumnya?\n\u00a0\nJawapan : \nPihak Baitulmal merupakan wakil daripada pembayar fidyah . Sekiranya penangguhan pembayaran fidyah tersebut disebabkan faktor- faktor yang diterima di sisi syarak seperti banjir, bencana alam dan seumpamanya, maka dibolehkan . Akan tetapi jika sebab penangguhan itu atas faktor kelemahan dan kecuaian pihak Baitulmal maka pihak Baitulmal bertanggungjawab atas perkara tersebut.\n\u00a0\n6. Bolehkah pihak Baitulmal menerima kos perkhidmatan atas pembayaran dalam pengurusan fidyah dan kafarah yang diuruskan oIeh pihak Baitulmal? Kos tersebut bertujuan untuk pengurusan dalam tenaga kerja Baitulmal . Jika boleh, berapakah kadar kos yang boleh diambil daripada hasil fidyah dan kafarah ?\n\u00a0\nJawapan\u00a0:\u00a0\nPihak\u00a0Baitulmal\u00a0boleh\u00a0mengenakan kos\u00a0tambahan\u00a0atau\u00a0caj\u00a0perkhidmatan bagi tujuan pengurusan dengan kadar yang menasabah dan\u00a0tidak membebankan pembayar fidyah dan kafarah itu . Namun demikian, kos\u00a0tersebut\u00a0tidak\u00a0boleh\u00a0ditolak\u00a0daripada\u00a0kadar\u00a0sebenar\u00a0fidyah\u00a0dan kafarah tersebut .\n\u00a0\n7. Sekiranya dalam kafarah membunuhnya dengan tidak sengaja, hokum kafarahnya yang\u00a0pertama membebaskan hamba, dan\u00a0sekiranya tidak mampu dan tiada hamba, maka hedaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut berserta taubah nasuha . Persoalannya, seandainya seseorang itu tidak mampu menyempurnakan kedua-dua kafarah di atas, apakah yang perlu dilakukan untuk menebus dosanya ?\n\u00a0\nJawapan\u00a0:\u00a0\nMenurut\u00a0pandangan\u00a0ulama\u00a0sekiranya\u00a0seseorang\u00a0itu\u00a0tidak mampu membayar kafarah membunuh dengan tidak sengaja maka Waris hendaklah berpuasa bagi pihak pembunuh tersebut . Sekiranya waris tidak mampu untuk berpuasa maka waris hendaklah membayar fidyah satu hari satu cupak selepas kematian pembunuh itu .\n\u00a0\n8. Jika pihak Baitulmal telah mendapat hasil kutipan daripada fidyah dan kafarah dan diagihkan pada tahun tersebut tetapi terdapat lebihan baki agihan fidyah dan kafarah pada tahun tersebut, contohnya baki lebihan tersebut sebanyak RM100.00, adakah\u00a0wang\u00a0lebihan\u00a0itu\u00a0boleh\u00a0dibuat pelaburan ?\n\u00a0\nJawapan : \nPihak Baitulmal tidak boleh membuat pelaburan daripada baki lebihan fidyah dan kafarah, tetapi hendaklah mengagihkan baki lebihan tersebut pada tahun berikutnya. Perlu ditegaskan di sini bahawa kelewatan pembayaran baki lebihan fidyah dan kafarah itu atas sebab syarak.\n\u00a0\n1\u00a0\u00a0Fiqh Zakah, Dr. Yusuf Qaradhawi, Dar Ar-ratnad, Juzu\u2019 2, m/s 948\n2\u00a0\u00a0Ibid m/s 949\n3\u00a0\u00a0Kitab Mihaj At-Thalibin Lil Imam An-Nawawi, m/s 434 dan Kitab Mughni Muhtaj, Syeikh Shamsuddin Muhamad bin Al-Khatib As-Sharbini, m/s 645.\n4\u00a0Kitab Al-Iqna\u2019Fi Masail Ijma\u2019, Imam Hafiz Abi Hassan Ali bin Al-Qittani Al-Fasi, Jilid 2, m/s 745 5 Kitab Subulas Salam, Imam Muhammad bin Ismail Al-Kahlani, Juz 2, m/s 163"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12559", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Penggunaan Kalimah Suci Islam. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:\n\u00a0\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi memelihara akidah umat Islam, kalimah suci Islam adalah khusus bagi agama Islam dan orang Islam sahaja. Oleh itu, kalimah suci Islam tidak boleh disalahgunakan atau disamakan dengan perkataan yang digunakan dalam agama bukan Islam. Orang Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam perkara ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan mana-mana kalimah suci Islam semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan kemudaratan yang besar kepada agama Islam dan orang Islam.\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kalimah suci Islam termasuklah seperti yang berikut:\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\nAllah;\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\nSolat;\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(c)\n\u00a0\u00a0\u00a0Kaabah;\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(d)\n\u00a0\u00a0\u00a0Baitullah;\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(e)\n\u00a0\u00a0\u00a0Firman-Nya;\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(f)\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Wahyu;\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(g)\n\u00a0\u00a0\u00a0Rasulullah;\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(h)\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Masjid;\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0Subhanahuwataala (SWT);\n(j)\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0Sallallahualaihiwasallam (SAW);\n(k)\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Malaikat;\n(l)\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ruhul Qudus;\n(m)\n\u00a0\u00a0Roh Allah;\n(n)\u00a0\u00a0\u00a0Asma\u2019ul Husna; \ndan\n(o)\n\u00a0\u00a0\u00a0Kalamullah.\n\u00a0\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, mana-mana orang adalah dilarang daripada menyalahgunakan atau menghina atau bersubahat dalam menyalahgunakan atau menghina mana-mana kalimah suci Islam yang dinyatakan dalam perenggan 2."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12560", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Penggantungan, Penjualan, Pengedaran, Penyimpanan, Penerbitan dan Pencetakan Ayat Al-Quran, Kitab Suci Al-Quran dan Kalimah Suci Islam dalam Bentuk Kaligrafi Islam atau pada Barangan. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:\n\u00a0\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang hendaklah sentiasa menjaga kesucian al-Quran dan kalimah suci Islam yang ditulis dalam bentuk kaligrafi Islam atau pada apa-apa jua barangan.\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apa-apa penggantungan, penjualan, pengedaran, penyimpanan, penerbitan dan pencetakan ayat al-Quran, kitab suci al-Quran atau kalimah suci Islam, yang ditulis dalam bentuk kaligrafi Islam, atau pada apa-apa jua barangan, oleh mana-mana orang di mana-mana tempat yang boleh membawa kepada penipuan, pemerdayaan atau penghinaan kepada Islam atau bertentangan dengan hukum Syarak adalah haram.\n\u00a0\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi maksud Fatwa ini, \u201ckalimah suci Islam\u201d merujuk kepada kalimah suci Islam seperti yang dinyatakan dalam Fatwa berkenaan dengan Penggunaan Kalimah Suci Islam.\n\u00a0\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang adalah dilarang daripada melakukan atau bersubahat dalam melakukan perkara yang dinyatakan dalam perenggan 2."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12561", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Menggunakan atau Memakai Barangan atau Logo yang Mempunyai Lambang Agama Lain. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:\n\u00a0\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Hukum menggunakan atau memakai barangan atau logo yang mempunyai lambang kepercayaan agama lain seperti agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan sebagainya adalah haram dan boleh menjejaskan akidah umat Islam, iaitu seperti salib, gereja dan sebagainya.\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang adalah dilarang daripada menjual, menggunakan, memakai, mengedarkan, menggantungkan, menjadikan perhiasan atau cenderahati, apa-apa barangan atau logo yang mempunyai lambang kepercayaan agama lain.\n\u00a0\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang adalah dilarang daripada bersubahat dalam melakukan perkara yang dilarang dalam perenggan 2."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12562", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Larangan Mengamalkan Ajaran yang Menyalahi Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ciri-ciri ajaran yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah seperti yang berikut:\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\ndari segi akidah\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0mendakwa diri atau orang lain sebagai tuhan;\n\u00a0\n(ii)\u00a0mendakwa bahawa Allah SWT bersifat selain apa-apa sifat yang selayaknya bagi Allah SWT sebagaimana yang terdapat dalam\u00a0al-Quran dan hadis;\n\u00a0\n(iii)\u00a0mendakwa bahawa mana-mana makhluk berkuasa memberi kemudaratan dan manfaat tanpa kuasa Allah SWT;\n\u00a0\n(iv)\u00a0berpegang kepada konsep manusia bersatu dengan Allah SWT;\n\u00a0\n(v)\u00a0mendakwa diri atau orang lain menerima wahyu;\n\u00a0\n(vi)\u00a0mendakwa orang lain tidak mati (ghaib) dan akan muncul semula;\n\u00a0\n(vii)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mengetahui perkara ghaib;\n\u00a0\n(viii) mendakwa diri atau orang lain mengetahui bila kemunculan Imam Mahdi dan hari kiamat;\n\u00a0\n(ix)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mengetahui nasib seseorang;\n\u00a0\n(x)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mengetahui bahawa huruf pada kalimah tertentu dalam al-Quran mempunyai maksud tertentu;\n\u00a0\n(xi)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mampu berinteraksi dengan orang mati, jin, syaitan atau malaikat secara langsung;\n\u00a0\n(xii)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mampu memindahkan atau menangguhkan bala atau ajal;\n\u00a0\n(xiii)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mampu berkomunikasi dengan Allah SWT;\n\u00a0\n(xiv)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mampu menangguhkan hari kiamat;\n\u00a0\n(xv)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mampu melihat Allah SWT dalam keadaan sedar (\nyaqazah\n) di dunia;\n\u00a0\n(xvi)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mampu melihat\u00a0Rasulullah SAW dalam keadaan sedar (\nyaqazah\n);\n\u00a0\n(xvii)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mampu memindahkan kekuatan luar biasa kepada seseorang;\n\u00a0\n(xviii)\u00a0mendakwa diri atau orang lain layak mengesahkan keislaman, menentukan jaminan keampunan Allah SWT dan kesudahan neraka atau syurga bagi seseorang;\n\u00a0\n(xix)\u00a0mendakwa diri atau orang lain akan ditimpa bala sekiranya mendedahkan isi ajaran kepada umum;\n\u00a0\n(xx)\u00a0mendakwa bahawa roh orang mati mampu menjelma ke dalam jasad orang hidup;\n\u00a0\n(xxi)\u00a0mendakwa bahawa roh orang mati mampu memberikan pertolongan apabila diseru (kebiasaannya berlaku di tanah perkuburan yang dipercayai mempunyai keramat);\n\u00a0\n(xxii)\u00a0mendakwa bahawa wujudnya nabi atau wahyu selepas\u00a0Rasulullah SAW;\n\u00a0\n(xxiii)\u00a0mendakwa diri atau orang lain memikul tugas nabi atau rasul;\n\u00a0\n(xxiv)\u00a0mendakwa diri atau orang lain sebagai nabi atau rasul;\n\u00a0\n(xxv)\u00a0mendakwa diri atau orang lain sebagai wakil nabi atau rasul untuk memberikan syafaat\n;\n\u00a0\n(xxvi)\u00a0mendakwa diri atau orang lain sebagai Imam Mahdi;\n\u00a0\n(xxvii) mendakwa diri atau orang lain sebagai jelmaan sahabat\u00a0Rasulullah SAW atau syeikh tertentu;\n\u00a0\n(xxviii) mendakwa diri atau orang lain sebagai insan maksum;\n\u00a0\n(xxix)\u00a0mendakwa diri atau orang lain mendapat nur secara khusus dan langsung daripada Allah SWT atau rasul;\n\u00a0\n(xxx)\u00a0mendakwa diri atau orang lain memiliki kunci syurga;\n\u00a0\n(xxxi)\u00a0mendakwa diri atau orang lain memiliki mukjizat;\n\u00a0\n(xxxii) mendakwa diri atau orang lain berupaya memberikan pertolongan secara ghaib (\nma`unah\n);\n\u00a0\n(xxxiii)\u00a0\u00a0mendakwa bahawa dosa dapat ditebus dengan wang;\n\u00a0\n(xxxiv)\u00a0mendakwa bahawa nikmat kubur atau azab kubur dan peristiwa selepas mati tidak wujud;\n\u00a0\n(xxxv)\u00a0mendakwa diri atau orang lain tidak perlu melaksanakan sebarang amal kebaikan kerana dosa dan pahala, dan kesudahan neraka dan syurga telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali;\n\u00a0\n(xxxvi)\u00a0mendakwa bahawa semua yang lahir daripada diri adalah benar datang daripada Allah SWT, tidak perlu dipersoalkan dan wajib dituruti;\n\u00a0\n(xxxvii)\u00a0mendakwa bahawa semua manusia di dunia ini mukmin (dengan hujah, naluri asal manusia mengakui wujudnya tuhan) dan kesudahan syurga bagi setiap manusia;\n\u00a0\n(xxxviii)\u00a0mendakwa bahawa semua agama adalah sama (pluralisme agama);\n\u00a0\n(xxxix)\u00a0mendakwa bahawa \nAhlul Bait \natau sahabat\u00a0Rasulullah SAW yang tertentu sebagai kafir dan wajib dimusuhi;\n\u00a0\n(xl)\u00a0menghina apa-apa ajaran yang bertepatan dengan al-Quran,\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0as-Sunnah dan ijmak ulama; atau\n\u00a0\n(xli)\u00a0menghina al-Quran dan as-Sunnah melalui perkataan atau perbuatan atau apa-apa cara yang boleh membawa penghinaan kepada al-Quran dan as-Sunnah.\n\u00a0\n(\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\ndari segi Syariah?\n\u00a0\n(i)\u00a0menghalalkan sesuatu yang diharamkan dalam syariat Islam;\n\u00a0\n(ii)\u00a0mendakwa bahawa adalah harus melakukan perkara haram, asalkan bertujuan mulia;\n\u00a0\n(iii) mendakwa bahawa solat atau apa-apa amalan yang disyariatkan memadai dilakukan dengan niat;\n\u00a0\n(iv)\u00a0mendakwa bahawa solat fardu secara berjemaah bukan sebahagian daripada syariat Islam;\n\u00a0\n(v)\u00a0mendakwa bahawa arah kiblat solat boleh juga dihadapkan ke arah selain Kaabah;\n\u00a0\n(vi)\u00a0mendakwa bahawa fardu haji boleh juga ditunaikan di tempat selain Mekah;\n\u00a0\n(vii)\u00a0mendakwa diri atau orang lain telah mencapai hakikat (kesempurnaan insan) dan tidak memerlukan sebarang syariat;\n\u00a0\n(viii)\u00a0mendakwa bahawa tarekat yang diamalkan sebagai jaminan kepada keredaan Allah SWT, padahal terdapat unsur yang meragukan atau jelas menyalahi syariat;\n\u00a0\n(ix)\u00a0mendakwa bahawa as-Sunnah bukan sebahagian daripada sumber syariat Islam;\n\u00a0\n(x)\u00a0menolak sebarang tafsiran ayat al-Quran atau teks hadis yang telah diijmak oleh para ulama muktabar;\n\u00a0\n(xi)\u00a0mendakwa bahawa bermazhab adalah bidaah dan merendah-rendahkan mana-mana orang yang beramal mengikut mazhab;\n\u00a0\n(xii)\u00a0mendakwa bahawa semua amalan yang dianggap bidaah itu amalan sesat dan pelakunya ahli neraka;\n\u00a0\n(xiii)\u00a0menghalalkan nikah adik-beradik (mahram);\n\u00a0\n(xiv)\u00a0mengharamkan perkahwinan dengan anggota kumpulan ajaran yang lain;\n\u00a0\n(xv)\u00a0mengharamkan perkahwinan dengan bekas isteri guru kumpulan ajaran;\n\u00a0\n(xvi)\u00a0menghalalkan kahwin secara kontrak (\nmutaah\n);\n\u00a0\n(xvii)\u00a0menghalalkan nikah batin atau ghaib (tanpa wali dan saksi);\n\u00a0\n(xviii)\u00a0mengharamkan perkahwinan dengan wanita yang diminati oleh guru kumpulan ajaran;\n\u00a0\n(xix)\u00a0menghalalkan seks tanpa nikah;\n\u00a0\n(xx)\u00a0mendakwa bahawa penyakit hanya akan sembuh dengan melakukan persetubuhan atau apa-apa perlakuan ke arah persetubuhan;\n\u00a0\n(xxi)\u00a0mendakwa bahawa guru kumpulan ajaran berhak ke atas maruah diri (kebiasaannya berlaku kepada anggota kumpulan wanita), keluarga dan harta;\n\u00a0\n(xxii)\u00a0mendakwa bahawa khalwat atau \nsuluk \nsebagai jalan untuk\u00a0mendekatkan diri kepada Allah SWT atau jaminan mendapatkan keredaan-Nya walaupun terpaksa mengabaikan amalan fardu (sebagai contoh, khalwat\u00a0atau \nsuluk\n\u00a0tanpa solat fardu dan solat Jumaat);\n\u00a0\n(xxiii)\u00a0mendakwa bahawa fardu haji hanya sah ditunaikan selepas berkhalwat atau \nsuluk \ndi tempat tertentu sebelum menunaikan fardu haji;\n\u00a0\n(xxiv)\u00a0mendakwa bahawa wajib berpura-pura terhadap sesama orang Islam dengan tujuan menyembunyikan ajaran atau mazhab yang bertentangan dengan ajaran Islam;\n\u00a0\n(xxv)\u00a0mendakwa bahawa baiah terhadap pemimpin kumpulan ajaran lebih utama, walaupun terpaksa melanggar ketetapan Syarak;\n\u00a0\n(xxvi)\u00a0mendakwa bahawa Allah SWT hanya menilai kebersihan batin;\n\u00a0\n(xxvii)\u00a0mendakwa bahawa tidak perlu mengikut syariat sekiranya tasawuf telah sempurna; atau\n\u00a0\n(xxviii)\u00a0mendakwa diri atau orang lain sebagai \nAhlul Bait \ndengan alasan supaya diri atau orang lain itu diberi penghormatan, kedudukan atau apa-apa kepentingan peribadi yang lain.\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang daripada berpegang pada, mempercayai dan mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai atau mengamalkan ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.\n\u00a0\n3.\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang adalah dilarang daripada menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, risalah, majalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah audio visual, filem, rakaman, laman sesawang atau media cetak atau elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.\n\u00a0\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang adalah dilarang daripada bersubahat dalam melakukan\u00a0\u00a0\u00a0mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12563", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Larangan Mengamalkan Ajaran dan Amalan Fahaman Syiah. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:\r\n\r\n \r\n\n\r\n1. Ajaran dan amalan fahaman Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta bertentangan dengan hukum Syarak. Ciri-ciri penyelewengan yang terdapat dalam ajaran dan amalan fahaman Syiah adalah seperti yang berikut:\r\n\r\n \n\r\n\r\n(a) Dari segi akidah\r\n\n\n\n\r\n(i) Mempercayai bahawa semua imam adalah maksum (terpelihara daripada dosa kecil dan besar). Imam juga tidak tersalah atau tersilap dalam segala tindak-tanduknya;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(ii) Mengkafirkan atau mempertikaikan al-'adalah, iaitu kejujuran mana-mana para sahabat Rasulullah SAW;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(iii) Mempercayai bahawa al-Quran yang ada pada hari ini ialah al-Quran yang sudah diselewengkan dan ditokok tambah;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(iv) Berpegang kepada al-Bada', iaitu kepercayaan bahawa ilmu Allah SWT berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Ini bermaksud Allah SWT jahil dan tidak mempunyai ilmu secara keseluruhannya;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(v) Berpegang kepada ar-raja'ah, iaitu kepercayaan bahawa imam akan dihidupkan semula untuk mengadili dan menghukum orang yang telah merampas hak mereka termasuklah mengadili dan menghukum Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidatina Aisyah, Muawiyah dan sahabat Rasulullah SAW yang lain;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(vi) Berpegang kepada imamah atau wilayah, iaitu kepercayaan bahawa imam dilantik oleh Allah SWT;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(vii) Berpegang kepada ghaibah, iaitu kepercayaan bahawa wujudnya imam yang lenyap dan akan kembali ke dunia untuk membawa keadilan dalam pemerintahan;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(viii) Mempercayai bahawa Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hassan Al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(ix) Berpegang kepada al-Baraah, iaitu kepercayaan untuk membebaskan diri daripada dan memutuskan hubungan kasih sayang dengan, semua khalifah sebelum Saidina Ali, iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(x) Menokok tambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah seperti, \"Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad Pesuruh Allah, Ali khalifah yang dilantik oleh Allah\";\r\n\r\n \r\n\n\r\n(xi) Berpegang kepada taqiyyah, iaitu menyembunyikan fahaman sebenar dan melahirkan yang lain daripada apa yang ada dalam hati;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(xii) Menghalalkan nikah mutaah ; atau\r\n\r\n \r\n\n\r\n(xiii) Menolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat, termasuk isteri Rasulullah SAW meskipun hadis mutawatir kerana beranggapan bahawa para sahabat telah murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka yang mengamalkan ajaran dan amalan fahaman Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan daripada imam Ahlul Bait sahaja.\r\n\n\n\n\r\n\r\n\r\n\r\n(b) Dari segi Syariah\r\n\r\n \r\n\r\n \n\n\n\r\n(i) Menolak ijmak ulama;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(ii) Menolak qias sebagai sumber hukum Syarak;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(iii) Menuduh Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut masing-masing sebagai musuh Allah;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(iv) Mendakwa bahawa hanya Saidina Ali yang menghimpunkan al-Quran dengan sempurna;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(v) Mendakwa bahawa sesiapa yang menziarahi kubur Saidina Hussain akan memperoleh ganjaran syurga;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(vi) Melakukan penyiksaan tubuh badan sehingga berdarah sempena 10 Muharram bagi mengingati dan menangisi kematian Saidina Hussain dalam peristiwa Karbala;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(vii) Menghina atau melaknat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan sesetengah sahabat Rasulullah SAW tertentu;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(viii) Menghina mana-mana isteri Rasulullah SAW;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(ix) Mengharuskan sembahyang jamak tanpa sebab yang diharuskan mengikut hukum Syarak;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(x) Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat;\r\n\r\n \r\n\n\r\n(xi) Tidak wajib membasuh kaki ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu dengan tangan sahaja; atau\r\n\r\n \r\n\n\r\n(xii) Sujud di atas batu yang didakwa sebagai batu Karbala ketika solat.\r\n\r\n \r\n\r\n\r\n\n\n\n\r\n2. Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran dan amalan fahaman Syiah sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang daripada berpegang pada, mempercayai atau mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai atau mengamalkan ajaran dan amalan fahaman Syiah sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.\r\n\r\n \r\n\n\n\n\r\n3. Mana-mana orang adalah dilarang daripada menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, risalah, majalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah audio visual, filem, rakaman, laman sesawang atau media cetak atau elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran dan amalan fahaman Syiah sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.\r\n\r\n \r\n\n\n\n\r\n4. Mana-mana orang adalah dilarang daripada bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3.\r\n\r\n \r\n\r\n\n\n\n\r\nBertarikh Oktober 2015\r\n\n\r\nDated October 2015\r\n\n\r\n[PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU2)530/IX]\r\n\n\n\n\r\nDATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI\r\n\n\r\nMufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/\r\n\n\r\nMufti for the Federal Territories"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10333", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Bil. 3/2015 yang bersidang pada 21 Disember 2015 di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan telah membincangkan Hukum Rokok Elektronik dan Vape. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n1. Setelah mendengar taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pembentangan kertas kajian hukum mengenai \u201cRokok Elektronik dan Vape\u201d, Muzakarah mendapati bahawa:\n\n\n\n\nRokok elektronik mengandungi \nNikotin, Propylene Glycol, Vegetable Glycerin \ndan bahan perisa dan pewarna. Manakala vape pula mengandungi \nPropylene Glycol, Vegetable Glycerin\n dan bahan perisa dan pewarna.\n\n\n\n\n\n\nBahan-bahan yang terkandung rokok elektronik dan vape tersebut boleh memudaratkan dan boleh memberi kesan kepada kesihatan\u00a0 seperti ketagihan, menggalakkan pembekuan darah, kematian mengejut, iritasi pada mata, tekak dan kulit serta mampu membunuh sel paru- paru. Kandungan lain yang terdapat di dalam rokok elektronik dan vape juga boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan.\n\n\n\n\n\n\nPrinsip \npassive smoker\n seperti pada rokok konvensional juga terpakai pada rokok elektronik dan vape di mana orang yang berada di sekeliling juga mendapat kesan hembusan wap yang keluar daripada rokok elektronik dan vape. Oleh itu, ia tidak hanya memberi mudarat kepada penghisap rokok elektronik dan vape \u00a0tersebut bahkan juga orang di sekeliling mereka.\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan dapatan kajian-kajian dari sudut perubatan dan saintifik yang dibentangkan tersebut, rokok elektronik dan vape masih tidak terbukti sebagai alternatif rawatan ketagihan berhenti merokok atau nikotin oleh perokok-perokok, malahan ia menyebabkan lebih ramai akan terjebak dalam permasalahan ini, termasuk remaja dan kanak-kanak.\n\n\n\n\n2. Dari perspektif syarak, hukum pengharaman memakan atau meminum atau mengambil bahan-bahan yang memudaratkan disebut oleh ulama daripada \nkeempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali \ndalam kitab-kitab mereka. Mereka menyatakan bahawa bahan-bahan yang \nmemudaratkan tubuh badan haram dimakan, diminum atau diambil sekalipun ia suci seperti racun, tanah, kaca dan seumpamanya.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Salah satu dalil umum dalam pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape ini ialah perbuatan tersebut memudaratkan tubuh. Syariat Islam melarang perbuatan dan tindakan yang membawa kepada kebinasaan dan memudaratkan diri, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195:\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\u201c\nDan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan\n\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nHadith Nabi SAW:\n\n\n\n\n\u201cTidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)\u201d.\n\n\n(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Antara \nkriteria kemudharatan\n yang diambilkira oleh Islam dalam pengharaman sesuatu makanan atau minuman atau bahan ialah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0 (i)\u00a0\u00a0 Kemudaratan bahan tersebut terbukti dengan jelas atau nyata;\n\n\n\u00a0\u00a0 (ii)\u00a0 Pengambilan bahan tersebut secara kebiasaannya \n(ghalib)\n boleh membawa kemudaratan;\n\n\n\u00a0\u00a0 (iii) Kemudaratan merangkumi kemudaratan yang berlaku secara segera atau secara perlahan;\n\n\n\u00a0\u00a0 (iv) Kemudaratan merangkumi sesuatu yang boleh membawa kematian, kehilangan/kerosakkan anggota,\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 membawa penyakit berbahaya, atau kemudaratan pada akal;\n\n\n\u00a0\u00a0 (v)\u00a0 Bahan yang memudaratkan tersebut tidak mempunyai sebarang manfaat yang muktabar.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Penghujahan berasaskan kepada qiyas juga membuktikan bahawa rokok elektronik dan vape \ntidak berbeza hukumnya dengan rokok konvensional\n kerana kedua-duanya mempunyai \n?illah\n yang sama iaitu memudaratkan tubuh.\n\n\n\u00a0\n\n\n6. Penggunaan rokok elektronik dan vape adalah bentuk pembaziran yang diharamkan oleh agama kerana ia adalah perbelanjaan dalam perkara yang sia-sia, tidak berfaedah, dan malahan memudaratkan tubuh. Ia juga membebankan ekonomi negara bagi membiayai kos rawatan penyakit berkaitan\n.\n\n\n\u00a0\n\n\n7. Penggunaan rokok elektronik dan vape juga terdedah kepada penyalahgunaan yang boleh membawa kepada kegiatan pengedaran ganja dan dadah yang berbahaya. Justeru, adalah wajar perkara-perkara yang sangat terdedah kepada kemudaratan yang besar ditutup melalui penetapan hukum haram, berasaskan kepada kaedah \nsadd al-dhariah \u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u064a\u0639\u0629\n\u00a0iaitu \n\u201cmenutup pintu kerosakkan\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n8. Berasaskan kepada maslahah umum, pihak pemerintah mempunyai kuasa untuk melarang penggunaan bahan-bahan yang memudaratkan kepada masyarakat bagi menjaga kepentingan umum \n(maslahah ammah)\n mereka berdasarkan kaedah fiqh:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u062a\u0635\u0631\u0641 \u0627\u0644\u0625\u0645\u0627\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0631\u0639\u064a\u0629 \u0645\u0646\u0648\u0637 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0644\u062d\u0629\n\n\n\u201cTindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah bergantung kepada maslahah\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n9. Islam adalah agama yang lengkap yang sentiasa \nmenjaga kehidupan manusia sejagat \nberdasarkan \nprinsip Maqasid Syariah\n iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Penggunaan rokok elektronik dan vape ini sekiranya tidak dibendung, boleh meruntuhkan lima prinsip syarak ini.\n\n\n\u00a0\n\n\n10. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan serta perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli, \nMuzakarah memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram\n. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap rokok elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan rokok elektronik dan vape.\n\n\n\u00a0\n\n\nWallahu A\u2019lam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11463", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H telah berbincang mengenai permainan Pokemon Go. Mesyuarat telah memutuskan bahawa permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam berdasarkan nas dan juga faktor maslahah dan kemudaratan yang berlaku. Justeru, diharap agar masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan tidak terlibat dalam aplikasi permainan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11464", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 & 21/2016 pada 18-19 Februari 2016M @ 9-10 Jamadil Awwal 1437H telah membincangkan mengenai Ahbash. Jawatankuasa berpandangan bahawa Islam adalah agama yang menyeru perdamaian dan islah antara manusia dan mengamalkan agama tanpa bersifat melampau. Islam melarang dari bersikap mudah mengkafir dan menyesatkan sesame muslim di atas sangkaan. Demikian Islam juga melarang mengubah tujuan perkataan atau tulisan pihak lain di atas perkara yang tidak mereka maksudkan. Setelah bermesyuarat maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan seperti berikut:\n\u00a0\nAhbash adalah aliran yang diasaskan oleh Abdullah al-Hariri al-Habashi yang mendakwa mereka beraliran Asya\u2019irah, tetapi aliran Ahbash ini adalah sesat dan melampau \n(ghulu) \ndalam menghukum pihak lain. Asas kesesatan mereka bukan kerana aliran Asya\u2019irah yang dipegang, tetapi kerana sifat melampau \n(ghulu) \ndalam mengkafir dan menyesatkan pihak yang berbeza. Mereka juga mengamalkan pendekatan mengutuk, mencerca dan memalsukan kalam pihak yang berbeza dengan mereka. Mereka telah mengkafirkan tokoh-tokoh ulama silam seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi dan ulama semasa seperti al-Qaradhawi, al-Bhuti, Ibn Baz, Ibn Uthaimin, al-Albani, Mutawali al-Sya\u2019rawi, Sayyid Qutb dan selainnya.\n\u00a0\nSetelah meniliti fatwa-fatwa para ulama di peringkat antarabangsa seperti Dar al-Ifta\u2019 Mesir (Majlis Fatwa Mesir), Majlis Fatwa Arab Saudi, fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr. Muhammad Sa\u2019id Ramadhan al-Bhuti dan lain-lain. Maka dengan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa aliran Ahbash adalah salah satu daripada aliran yang melampau, sesat dan menyesatkan. Kewujudannya dalam kalangan masyarakat Islam amat merbahaya. Jawatankuasa Fatwa Negeri berpandangan bahawa aliran ini hendaklah dicegah dari dipegang dan disebarkan.\n\u00a0\n_________________________________________________________________________________\nKeputusan ini telah diperakukan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 2/2016 pada 5 April 2016M bersamaan 27 Jamadil Akhir 1437H"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12555", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah membincangkan persoalan berkaitan\u00a0kisah-kisah Nabi Allah syuaib matanya buta, padahal para Nabi tersuci daripada sifat-sifat yang keji seperti buta dan sebagainya. Mesyuarat berpendapat bahawa\u00a0Nabi Allah syuaib tidak buta dan tiada ada sifat-sifat kecacatan dan kekejian kepada nabi-nabi kerana nabi-nabi mereka bersifat dengan sifat kesempurnaan belaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12556", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah membincangkan isu berkaitan\u00a0sah khutbah di mana mimbar masjid yang tangganya bersalut bernis atau syelek yang mengandungi minyak spirit (thinner) demikian juga tongkatnya dan khatib menaiki mimbar itu dan memegang tongkatnya ketika membaca khutbah.\nMesyuarat berpendapat bahawa sah khutbah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12557", "body": "Mesyuarat Jawatnkuasa Fatwa telah membincangkan persoalan berkenaan\u00a0hukum beriman dengan jin dan syaitan, adakah makhluk-makhluk ini boleh mengetahui perkara-perkara ghaib dan masuk ke dalam tubuh manusia menguasai pancaindera serta bercakap-cakap dengan lidah manusia dan lain-lain. Mesyuarat mengatakan bahawa\u00a0wajib beriman dengan adanya (jin atau syaitan) kerana didapati di dalam Al-Quran ayat-ayat yang menunjukkan dengan terang tentang wujudnya makhluk ini (jin atau syaitan) demikian juga hadis-hadis Rasulullah\u00a0tetapi\u00a0makhluk ini (syaitan) hanya boleh mewas-waskan manusia, menipu, menggoda fikirannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12558", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah membincangkan\u00a0adakah sah solat di luar dinding atas daripada pintu masjid, hal keadaan orang yang sembahyang ialah mengikut imam dalam masjid di mana masjid yang didirikan dengan tiada kaki lima dengan hanya mempunyai dua pintu sebelah rusuk tengah. Mesyuarat berpendapat bahawa tidak sah solat di luar masjid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12545", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah membincangkan mengenai persoalan ini. Mesyuarat bersepakat bahawa sah solat bagi mereka yang bermazhab Syafie' mengikut Imam bermazhab Maliki\u00a0dengan syarat Imam itu tiada melakukan apa apa perkara yang membatalkan solat dalam mazhab Syafie'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12547", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah membincangkan isu ini. Mesyuarat telah sepakat bahawa\u00a0sah solat berjemaah bagi makmum yang berada di lapisan bawah madrasah yang hanya mendengar suara Imam melalui pembesar suara sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12549", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah membincangkan persoalan\u00a0sembahyang berjemaah di dalam madrasah dua tingkat di mana lelaki di bawah perempuan di atas.\u00a0sah solat berjemaah di dalam madrasah dua tingkat, lelaki di bawah manakala perempuan dia atas atau sebaliknya dengan syarat di antara lain tiada ada suatu yang menghalang di antara makmum dan imam yang mana boleh makmum pergi kepada imam dengan tiada membelakangkan qiblat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12552", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Negeri Kedah telah membincangkan persoalan berkenaan bolehkah seseorang pekerja muslim dimaafkan daripada sembahyang jumaat oleh sebab terpaksa menjalankan kerja-kerjanya di kilang yang ditetapkan waktu kerjanya oleh majikan tanpa berhenti. Mesyuarat mengatakan bahawa tiada boleh dimaafkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12512", "body": "Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.01/2015-1436H yang bersidang pada 29 Januari 2015 bersamaan 23 Safar 1436H memutuskan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0Adalah\u00a0harus\u00a0dan\u00a0tiada\u00a0halangan\u00a0daripada\u00a0segi\u00a0syarak untuk\u00a0mendirikan rumah\u00a0sembelihan,\u00a0melakukan\u00a0sembelihan dan\u00a0melaksanakan\u00a0jual\u00a0beli\u00a0di\u00a0tanah\u00a0perkuburan\u00a0atau\u00a0tanah perkuburan yang merupakan harta waqaf.\n\n\n\u00a0\n\n\nii.\u00a0Walau bagaimanapun, bagi tujuan mendirikan rumah sembelihan, pihak yang\u00a0terlibat\u00a0perlulah\u00a0menyerahkan\u00a0semula tanah\u00a0tersebut\u00a0apabila\u00a0ia\u00a0mula\u00a0diperlukan\u00a0untuk\u00a0tujuan perkuburan\u00a0orang\u00a0Islam.\u00a0Pihak\u00a0berkenaan\u00a0juga hendaklah menanggung kos-kos pembersihan tanah yang berkaitan.\n\n\n\u00a0\n\n\niii.\u00a0Manakala\u00a0hasil\u00a0keuntungan\u00a0diperolehi\u00a0daripada hasil jualan sembelihan tidak\u00a0perlu\u00a0dikongsikan\u00a0bersama\u00a0penduduk berdekatan qaryah tanah perkuburan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12513", "body": "Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.02/2015-1436H yang bersidang pada 25 Februari 2015 bersamaan 06 Jumada al-Ula 1436H memutuskan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cMuzakarah memutuskan untuk tidak membenarkan pembinaan tandas dalam bangunan masjid berdasarkan hukum yang terdapat di dalam Kitab Fathul Bari, syarah Sahih Bukhari menyatakan makruh membina tandas dengan dinding yang sama dengan masjid dan bersamaan dengan arah kiblat. Bahkan adalah makruh untuk bersolat di dalam masjid yang mempunyai binaan seperti itu.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12497", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setelah meneliti kandungan buku tersebut, mesyuarat bersetuju menfatwakan buku tersebut mengandungi ajaran dan fahaman yang menyeleweng serta meragukan daripada ajaran Islam. Berikut adalah perkara yang menyeleweng dan meragukan sebagaimana yang terkandung di dalam buku tersebut;\n\u00a0\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMenjadikan \nyakazah \n(jaga) dan kata-kata syeikh Ahmad al-Tijani sebagai sumber utama ajaran yang melibatkan perkara syariat dan akidah.\n\u00a0\nSebahagian besar kepercayaan ataupun amalan di dalam Tarikat al-Tijani adalah didakwa diambil secara \nyakazah \nterus daripada Rasulullah SAW dan juga daripada Syeikh Ahmad al-Tijani sendiri. Bermula daripada pengambaraan Ahmad al-Tijani dari satu tempat ke satu tempat yang lain, kandungan tarikatnya dan sehinggalah kepada segala-galanya. Tidak ada suatu perkara pun yang berkaitan dengan Tarikat al-Tijani kecuali kebaikannya disandarkan kepada Rasulullah SAW dan juga kata-kata Syeikh Ahmad al-Tijani. Ia termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadat, akidah mahupun yang berkaitan dengan urusan harian;\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0Ahmad al-Tijani sebagai penutup sekalian wali \n(khatimul aulia)\n para pengikut Tarikat al-Tijani mempercayai bahawa pengasas Tarikat al-Tijani iaitu Ahmad al-Tijani merupakan penutup bagi sekalian wali. Ia adalah merupakan kepercayaan utama yang didoktrinkan oleh pembawa tarikat ini kepada ahli-ahlinya. Penutup bagi sekalian wali bermaksud tidak aka nada wali sebelum atau sesudahnya yang boleh menandingi kesempurnaan darjat kewalian Ahmad al-Tijani. Sebagaimana\u00a0Allah SWT telah melantik Nabi Muhammad SAW sebagai \nkhatimun nubuwah syariat\n,\u00a0begitu jugalah Allah swt telah melantik seorang \nkhatimul aulia\u2019\n Muhammadi di kalangan umat Nabi Muhammad SAW manakala martabat bagi \nkhatimul aulia\u2019\n pula adalah perantara antara hadrah kenabian dan hadrah kewalian;\n\u00a0\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0Kewajipan meninggalkan guru sama seperti tunggalnya tuhan yang menjadikan alam. Pengikut Tarikat al-Tijani diwajibkan hanya seorang guru sahaja sebagai murabbinya. Mereka juga tidak dibenarkan mencari, mengadu dan menziarahi guru-guru lain sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia kecuali kepada gurunya sahaja. Menurut tarikat ini kewajipan meninggalkan guru ini samalah seperti ala mini tidak boleh tercipta dari kerana dua tuhan.\n(a)\u00a0\u00a0Kitab \nJawahirul Maani\n\u00a0telah mendapat izin dan jaminan daripada Rasulullah SAW.Kitab \nJawahirul Maani\n\u00a0yang merupakan salah satu kitab rujukan utama dalam Tarikat al-Tijani dianggap telah mendapat keizinan dan jaminan daripada Rasulullah saw dan Rasulullah sendiri berpesan supaya kitab ini dijaga dengan sebaik mungkin;\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0Rasulullah selalu bersama Ahmad al-Tijani dan bertanggungjawab ke atas tarikatnya.\nAntara kelebihan yang didakwa ada pada Ahmad al-Tijani sebagai \nKhamitul aulia\n dan tarikatnya ialah Rasulullah saw sentiasa ada bersama beliau dan bagindalah yang bertanggungjawab ke atas segala urusan beliau dan tarikatnya berterusan sehinggalah ke hari kiamat.\n\u00a0\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0Kepercayaan terhadap Martabat Tujuh.\nAntara kelebihan lain yang boleh didapati daripada tarikat ini ialah akan diberikan pembukaan rahsia hakikat Muhammadiyah, apabila mengakui dan mengiktiraf peranan Nabi Muhammad SAW sebagai perantara Allah SWT dan makhluk. Hakikat Muhammadiyah adalah umpama cerminan dan bayangan bagi zat Allah swt yang datang daripada Allah swt.\n\u00a0\n(d)\u00a0\u00a0Pengikut Tarikat al-Tijani akan digandakan pahala kebaikan.\n\u00a0\nMengikut Tarikat al-Tijani, Rasulullah SAW telah memberikan jaminan terhadap para pengikut al-Tijani bahawa setiap pahala kebaikan mereka akan digandakan. Ia seumpama bandingan gandaan pahala yang diperolehi oleh umat\u00a0Nabi Muhammad SAW berbanding umat yang terdahulu. Sebagai contoh, gandaan pahala yang akan diperolehi pengikut tarikat ini apabila membaca zikir mereka adalahseperti berikut :\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Selawat \njauharah al-kamal\n : satu zikir daripadanya menyamai tiga kali ibadat sekalian makhluk; dan\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zikir \nkanzul mutalsam\n: sekiranya dihimpunkan kesemua ibadat makhluk Allah SWT yang ada dan hendak dibandingkan dengan satu zikir daripadanya, nilainya hanyalah seumpama setitis air di lautan yang luas.\n\u00a0\n(e)\u00a0\u00a0Zikir Tarikat al-Tijani adalah susunan daripada Ahmad al-Tijani bahawa zikir dalam tarikatnya bukanlah daripada susunannya sendiri; bahkan disusun oleh Rasulullah SAW;\n\u00a0\n(f)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kelebihan luar biasa zikir Tarikat al-Tijani. Kesemua zikir yang terdapat di dalam Tarikat al-Tijani mempunyai kelebihan yang luar biasa sehingga ada diantaranya boleh menandingi pahala bacaan al-Quran seperti selawat al-Fatih;\n\u00a0\n(g)\u00a0\u00a0Sesiapa yang mengambil wirid Ahmad al-Tijani akan dibebaskan daripada api neraka. Menurut Ahmad al-Tijani yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa sesiapa yang mngambil wirid daripada Ahmad al-Tijani akan dibebaskan daripada api neraka termasuk kedua ibu bapanya, isteri-isterinya serta keturunannya; dan\n\u00a0\n(h)\u00a0\u00a0Akan ditimpa musibah sekiranya meninggalkan Tarikat al-Tijani dan memasuki tarikat lain. Sesiapa yang telah memasuki tarikat ini kemudian meninggalkannya untuk memasuki kumpulan yang lain, maka berhak ke atasnya ditimpa musibah di dunia dan akhirat, kerana perbuatannya seperti meninggalkan syariat Nabi Muhammad SAW.\n\u00a0\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fahaman dan ajaran seperti yang terkandung di dalam buku ini perlu disekat keseluruhannya kerana terdapat percanggahan dari sudut akidah dan syariah;\n\u00a0\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, mana-mana orang Islam adalah dilarang berpegang dan beramal kepada ajaran dan fahaman tersebut kerana bertentangan ia dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\nLarangan ini meliputi \u2013\na)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideology, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\u00a0\nb)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa gambar, foto, poster, surat edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk pengiklanan yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada apa-apa ajaran atau pegangan di atas; dan\n\u00a0\n\u00a0\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apa-apa terbitan termasuklah mana-mana buku, majalah, risalah atau lain-lain bahan bacaan, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara jua dan mana-mana keluaran ulangannya, termasuklah apa-apa filem iaitu wayang gambar, pita rakaman, atau rekod walaubagaimana pun ianya dibuat, dari satu imej\u00a0berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai maksud gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan suara manusia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan di atas.\n\u00a0\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman tersebut; menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi atau menyertai ceramah, mengadakan atau menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan ajaran ini;\n\u00a0\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, buku-buku, terbitan, risalah atau apa-apa dokumen; mengandungi ajaran di atas dan menggunakan sebarang bentuk lambang rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran tersebut kepada mana-mana harta alih atau tidak alih. Dan semua pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya;\n\u00a0\n\u00a0\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat Jamaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan ini mengarahkan mana-mana orang atau mana-mana kumpulan termasuklah kumpulan Pondok Banggol Stol Pasir Mas yang diketuai oleh Ustaz Yahya bin Zakaria menghentikan serta-merta daripada mengamalkan zikir serta wirid yang terkandung di dalam buku tersebut. Sebaliknya digalakkan mengamalkan wirid dan zikir al-ma\u2019thurat iaitu zikir, wirid serta doa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW melalui hadis-hadis yang sahih; dan\n\u00a0\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Adalah ditetapkan mana-mana orang Islam yangn mengingkari fatwa ini telah melakukan kesalahan di bawah peruntukan seksyen 32 Enakmen Kanun Kesalahan Jenayah Syariah 1985 [En. No. 2/1985], seksyen 115, 116, 119 dan 121 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12501", "body": "1.\t\tPada mesyuarat tersebut muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji dan umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah. Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask serta tidak wajib membayar dam.\n\u00a0\n2.\t\tPerkara yang diminta untuk penelitian semula ialah tentang bayaran dam. Adakah jemaah haji atau umrah yang melanggar ihram haji atau umrah disebabkan keadaan darurat dikecualikan dam atau tidak? Kerana terdapat hujah-hujah yang mewajibkan membayar dam.\n\u00a0\n3.\t\tSetelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju dengan keputusan yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam yang tidak mewajibkan jemaah haji atau umrah yang memakai mask dikenakan dam disebabkan darurat.\n\u00a0\n4.\t\tKeputusan ini dibuat kerana tujuan memakai mask bagi jemaah haji atau umrah dalam keadaan tersebut bukanlah sebagai niqab yang dilarang semasa berihram haji atau umrah tetapi bertujuan untuk menolak kemudaratan atau kerosakan yang pasti.\n\u00a0\n5.\t\tPengecualian dam atau fidyah bagi jemaah haji atau umrah yang memakai mask dicapai menerusi konsep rukhsah atau keringanan yang patuh dicari penyelesaian untuk menghindari kesulitan yang menimpa umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12503", "body": "1.\t\tSetelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju bahawa hukum asal pendermaan jasad atau mayat manusia adalah haram kerana Islam amat menitik beratkan penghormatan ke atas jasad manusia samada sewaktu mereka masih hidup ataupun selepas mati. Terdapat banyak nas-nas syara\u2019 berhubung dengannya, antaranya suruhan tajhiz mayat seperti mandi, kapan, solat dan pengebumian, larangan mencincang jasad mayat dan sebagainya.\n\u00a0\n2.\t\t\tMesyuarat berpandangan bahawa dalam konteks Malaysia pendermaan jasad atau mayat orang Islam dan keperluan penggunaan jasad si mati untuk tujuan penyelidikan masih belum berada pada tahap mendesak. Keperluan terhadap penggunaan mayat untuk tujuan penyelidikan masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada. Selagi mana kaedah boleh dikemukakan sebagai jalan keluar, maka ia menjadi pilihan yang mesti diambil tanpa perlu mengharuskan pendermaan jasad atau mayat orang Islam.\n\u00a0\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sehubungan itu, selaras dengan penegasan syara\u2019 tersebut, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah tersebut:\n\u00a0\n(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Prinsip kemulian mayat dan kewajipan menghormatinya perlu diikuti sebgaimana kaedah:\n\ufeff???????? ??? ???????? ????????????\nMaksudnya: Asal kepada perkara-perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan. \nKaedah ini berdasarkan kepada sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W.:\n??????? ??????????? ??????????????? ??????????????? ?????????? ??????? ?????????? ?????????? ?????\nMaksudnya: Darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri\u00a0kamu ini. (HR Bukhari dan Muslim)\n\u00a0\n(2)\t\tKehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaannya adalah menceroboh\u00a0prinsip penghormatan tersebut.\n\u00a0\n(3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum\u00a0berada pada tahap mendesak atau darurat kerana keperluan tersebut masih boleh\u00a0dipenuhi dengan kaedah alternatif yang ada."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12510", "body": "Keputusan;\n1.\t\tSetelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju memfatwakan bahawa peruntukkan tambahan yang diperlukan oleh Majlis Agama Islam sebanyak RM10 juta selaku amil zakat diharuskan untuk tahun 2014 sahaja.\n2.\t\tMesyuarat juga memutuskan bahawa keputusan fatwa Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Kelantan mendapat 1/ atau 12.5% daripada jumlah kutipan tahunan adalah dikekalkan.\n3.\t\tMesyuarat juga menasihati pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan supaya perbelanjaan di dalam kumpulan wang baitul mal diuruskan mengikut anggaran peruntukkan yang diunjurkan dan prestrasi kewangan pada tahun semasa agar situasi seperti ini tidak berulang lagi.\n4.\t\tKeputusan ini dibuat berdasarkan bahawa walaupun peruntukkan agihan untuk setiap asnaf zakat boleh melebihi 1/8 daripada jumlah potongan zakat namun bagi asnaf amil zakat ia hendaklah tidak melebihi 1/8 daripada jumlah potongan keseluruhan zakat kerana keutamaan agihan zakat adalah untuk asnaf fakir dan miskin. Manakala pengagihan zakat kepada asnaf-asnaf yang lain melebihi 1/8 bahagian hanya boleh dilakukan di dalam keadaan yang amat terdesak.\n5.\t\tMesyuarat juga bersetuju supaya satu taklimat mengenai Majlis Agama Islam Kelantan secara am dibuat kepada Ahli Jemaah Majlis memandangkan terdapat permintaan daripada beberapa orang Ahli Jemaah Ulama\u2019 Majlis yang baru menganggotai mesyuarat ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12511", "body": "Keputusan :\n\u00a0\nSetelah membincangkan isu ini, mesyuarat bersetuju membuat keputusan bahwa minta pinjaman (Istidanah) wang sebanyak RM2 juta daripada wang zakat kepada Kumpulan Wang Baitul Mal Majlis Agama Islam Kelantan adalah diharuskan dengan syarat pinjaman tersebut digantikan semula ke akaun Kumpulan Wang Zakat majlis dengan kadar segera apabila Majlis Agama Islam Kelantan mendapat peruntukkan tahunan sebagai amil zakat pada tahun 2015."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12449", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12519", "body": "1. \u00a0 \u00a0 Merujuk kepada pandangan Al Imam Khatib As Syarbini dalam Mughni Al Muhtaj, Kitab Al Janaiz dan Imam Jalaluddin Abdur Rahman As Suyuthi dalam Al Asybah wa An Nazair maka Jawatankuasa Fatwa berpandangan dalam kes ini, mayat \u2013 mayat yang ditemui itu hendaklah diurus mengikut hukum Syarak dengan sempurna meliputi mandi, kafan, sembahyang serta kebumi.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t2. \u00a0 \u00a0Jawatankuasa Fatwa juga menarik perhatian pihak berkenaan, setiap rangka mayat termasuk tulang-tulang yang ditemui dalam keadaan sempurna hendaklah diurus mengikut hukum Syarak tersebut dan setiap satunya diletak dalam keranda yang berasingan.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t3. \u00a0 \u00a0Manakala tulang-tulang mayat yang tidak sempurna dan bercampur antara satu sama lain juga hendaklah diurus mengikut hukum Syarak tersebut dan bolehlah diletak dalam satu keranda yang sama.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t4. \u00a0 \u00a0Sementara sisa-sisa daging, kulit dan tisu-tisu mayat yang melekat di kain kafan sedia ada hendaklah dikekalkan bersama dengan mayat dan dikafan dengan kain kafan yang baru.\u00a0\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t5. \u00a0 \u00a0Mayat-mayat yang telah siap diurus mengikut hukum Syarak itu bolehlah ditempatkan dalam satu liang dan berasingan dari perkuburan orang-orang Islam yang biasa. \u00a0Wallahu A\u2019alam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11393", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 4/2013 yang bersidang pada 26 Rabiul Akhir 1435H / 26 Februari 2014M telah membincangkan mengenai \nPembayaran Zakat Menggunakan Mana-Mana Kad Kredit Islamik.\n Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nHukum pembayaran zakat menggunakan mana-mana kad kredit yang berlandaskan syariah berasaskan konsep \nBai\u2019 \u2018Inah, Wadi\u2019ah, Tawarruq, Ujrah\n atau \nQardh\n atau kombinasi mana-mana konsep tersebut adalah harus; dan\nApa jua kos yang terlibat dalam urusan tersebut termasuk pembangunan sisitem, penyediaan perkhidmatan, penyelenggaraan, caj transakasi dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh Pusat Zakat Melaka dan bukan pihak pembayar zakat.\nBersetuju keputusan ini diwartakan sebagai fatwa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12438", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2014 yang bersidang pada 11 Ramadan 1435H bersamaan 09 Julai 2014M telah meneliti dan membincangkan fatwa mengenai \nAmalan Dan Kepercayaan Khurafat Di Pulau Besar Melaka\n. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa, mesyuarat memutuskan seperti berikut :\nAmalan dan perbuatan khurafat yang dilakukan di Pulau Besar Melaka adalah bertentangan dengan Hukum Syarak dan boleh membawa kepada syirik. Antara amalan dan perbuatan\u00a0khurafat yang dilakukan di Pulau Besar Melaka adalah :-\nmemohon hajat di sisi kubur atau objek-objek\u00a0tertentu atau tempat-tempat tertentu yang didakwa sebagai\u00a0keramat atau dikaitkan dengan sesuatu manfaat atau mudharat di sekitar Pulau Besar Melaka;\nmemuja dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan daripada sesuatu objek yang didakwa sebagai kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Tok Janggut, kubur Nenek Kebayan, Tempayan Pecah, Batu Belah, Gua Yunus, perigi Nenek Kebayan, tasik bunian, tasik biawak dan pokok disula atau memuja apa jua objek yang terdapat di Pulau Besar Melaka;\nmelakukan upacara berdoa bagi pihak orang bukan Islam untuk memohon agar ditunaikan hajat mereka;\nmandi di tempat yang didakwa sebagai Perigi Nenek Kebayan dan Tempayan Pecah atau menjadikan batu-batu atau objek yang diambil daripada perigi tersebut sebagai tangkal atau azimat, membakar colok di sekitar kawasan yang didakwa sebagai kubur dan pokok-pokok dengan mempercayai ia boleh memberi manfaat atau menolak mudharat;\nmenjamu orang ramai dengan daging atau binatang sembelihan yang dinazar oleh orang Islam dan bukan Islam di Pulau Besar Melaka kerana mengandungi \nsyubhah\n pada niat dan tujuan yang dikaitkan dengan sesuatu manfaat atau mudharat;\nmengadakan upacara menaik dan menurunkan bendera diiringi dengan bacaan tahlil atau zikir-zikir tertentu, berjalan kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi dan perbuatan menyapu atau menjirus cairan cendana berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Sheikh Ismail; dan\namalan-amalan dan perbuatan-perbuatan lain yang boleh disifatkan sebagai amalan atau perbuatan khurafat di Pulau Besar Melaka.\nOleh itu, mana-mana orang Islam adalah dilarang melakukan apa jua amalan atau perbuatan khurafat atau apa-apa jua upacara yang bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam di Pulau Besar Melaka.\nMana-mana orang Islam yang melakukan amalan dan perbuatan khurafat atau sebarang amalan dan perbuatan yang boleh disifatkan sebagai khurafat di Pulau Besar Melaka adalah melakukan suatu kesalahan kerana melanggar Hukum Syarak dan boleh diambil tindakan menurut undang-undang serta wajib bertaubat dengan meninggalkannya dan memohon keampunan kepada Allah Ta\u2019ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12439", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 4/2014 yang bersidang pada 18 Zulqaedah 1435H bersamaan 13 September 2014M telah meneliti dan membincangkan mengenai \nCadangan Deraf Garis Panduan Tarekat Tasawuf Negeri Melaka\n. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa, \nmesyuarat bersetuju memperakukan deraf garis panduan Tarekat Tasawuf Negeri Melaka tersebut seperti di\n \nLampiran A\n dengan pindaan seperti berikut :\n\u00a0\nNota kaki \n(Footnote) \npada setiap muka surat bermula dengan (i).\nPerkataan dalam bahasa arab yang terdapat di dalam garis panduan tersebut diletakkan baris bagi memudahkan pembacaan.\nMeminda pada perkara 8 (iv) kepada :\n\u201cPengamal tidak berzikir sampai ke peringkat lupakan diri sehingga melakukan perkara-perkara yang bercanggah dari segi akidah, syariat atau akhlak Islam\u201d\n\ufeff\nMeminda pada perkara 14 (v) kepada :\n\u201cMenggambarkan wajah guru atau membayangkan di dalam hati rupa guru mursyid semasa berzikir atau beramal ibadah sehingga ke peringkat memuja atau mendewa-dewakan guru dengan tujuan untuk menambahkan lagi kekhusyukan di dalam ibadah kepada Allah s.w.t yang dikenali sebagai rabitah\u201d. \n 2.Meminda pada perkara 14 (xii) kepada :\n\u201dMendakwa berlakunya yaqazah dengan kefahaman yang salah sehingga menyalahi dari segi akidah, syariat atau akhlak Islam \u201d.\n \n.\n\u00a0\nMesyuarat juga bersetuju supaya garis panduan ini dikemukakan dalam Mesyuarat MAIM untuk persetujuan dan perakuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11424", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2012 yang bersidang pada 20 Rabiulakhir 1433H bersamaan 13 Mac 2012 telah membincangkan mengenai Cadangan Penjualan Tanah Milik Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka Kepada Orang Bukan Islam (Non-Bumi). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBaitulmal berperanan sebagai tempat khusus untuk menyimpan harta atau khazanah umat Islam. Baitulmal ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan urusan agama di bawah senarai negeri. Secara undang-undangnya, Baitulmal yang ada pada hari ini adalah perbendaharaan keagamaan khusus untuk orang Islam sahaja. Ini selaras dengan Akta Kewangan Negara 1957, Seksyen 61 menetapkan bahawa harta awam tidaklah termasuk harta zakat fitrah. Baitulmal atau hasil kebajikan umat Islam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nJusteru itu, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Wakaf dan Sumber Am hanya bertindak sebagai pengurus Baitulmal yang merupakan perbendaharaan umat Islam di negeri ini selaras dengan peruntukan subseksyen 69 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Oleh kerana aset yang dimiliki oleh Baitulmal itu adalah untuk kepentingan umat Islam, maka dari segi \nawlawiyyat\n (keutamaan) penjualan tanah tersebut hendaklah ditawarkan kepada umat Islam negeri ini walaupun dengan menurunkan harganya supaya dapat mendatangkan maslahah kepada mereka.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nTindakan membuka jualan lot-lot tanah milik Baitulmal yang hakikatnya merupakan aset umat Islam di negeri ini boleh menimbulkan polemik dan menyentuh sensitiviti umat Islam. Di samping itu, penjualan tanah tersebut kepada orang bukan Islam boleh mendatangkan mafsadah (risiko) berbanding \nmaslahah \nkerana menyebabkan pemilikan harta umat Islam semakin berkurangan dan terhakis sedangkan pemilikan hartanah orang bukan Islam meningkat. Apabila berlaku pertembungan antara \nmafsadah\n dan maslahah ummah, maka menghilangkan \nmafsadah\n hendaklah didahulukan berbanding menarik maslahah selaras dengan kaedah fiqh yang menyatakan \n\u2018menolak kerosakan hendaklah didahulukan daripada menarik kemaslahatan\u2019\n :\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0[\n?? ???????? ???? ??? ??? ??????? \n\u00a0]"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11426", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2012 yang bersidang pada 20 Sya\u2019aban 1433H bersamaan 10 Julai 2012 telah membincangkan mengenai \nPenetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1433H/2012M\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\nHarga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1433H/2012M ialah sebanyak RM6.50 seorang;\nPenetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras Super Tempatan Gred A, mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram;\nSemua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1433H/2012M; dan\nMenyiarkan keputusan ini dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka sebagai fatwa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11427", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2012 yang bersidang pada 20 Sya\u2019aban 1433H bersamaan 10 Julai 2012 telah membincangkan mengenai \nPenetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1433H/2012M\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\nHarga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1433H/2012M ialah sebanyak RM6.50 seorang;\nPenetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras Super Tempatan Gred A, mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram;\nSemua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1433H/2012M; dan\nMenyiarkan keputusan ini dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka sebagai fatwa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11451", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 5/2012 yang bersidang pada 20 Muharram 1434H bersamaan 4 Disember 2012 telah membincangkan mengenai \nFatwa Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\nMesyuarat sebulat suara bersetuju menerimapakai dan memperakukan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-99 mengenai Hukum Penyaluran Hasil \nGharamah\n Institusi Kewangan Islam ke Baitulmal untuk diwartakan sebagai Fatwa \nsighah\n seperti berikut :\n\u00a0\n1.Keharusan mengenakan \ngharamah\n ke atas penerima biaya yang mungkir adalah berasaskan hadis Rasulullah SAW yang menyifatkan kelewatan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman dan boleh memudaratkan institusi kewangan Islam.\n\u00a0\n2.Gharamah\n yang dihasilkan dalam institusi kewangan Islam perlu disalurkan kepada institusi yang berkait secara khusus dengan umat Islam supaya ianya tidak disalahgunakan.\n\u00a0\n3.Sehubungan itu, selaras dengan kedudukan dan fungsi Baitulmal sebagai institusi tertinggi dalam menguruskan wang dan harta umat Islam, maka hasil \ngharamah\n Institusi Kewangan Islam hendaklah disalurkan ke Baitulmal bagi memastikan penggunaan harta tersebut menepati \nmaslahah \u2018ammah\n umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11753", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 2/2014 yang bersidang pada 30 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 30 April 2014M telah meneliti dan membincangkan mengenai \nCadangan Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1435H /2014M.\n Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\nHarga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1435H / 2014M ialah sebanyak RM 6.70 seorang;\nPenetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras Super Tempatan Gred A (5% - 10% hancur), mengikut timbangan satu gantung Baghdad bersamaan 2.6 kilogram;\nSemua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1435H/2014M; dan\nMenyiarkan keputusan ini dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka sebagai fatwa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11754", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 1/2014 yang bersidang pada 26 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 26 Februari 2014M bersetuju fatwa mengenai pengharaman ajaran syiah di Negeri Melaka untuk diwartakan adalah seperti berikut :\nFahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah serta boleh menjadi ancaman kepada keutuhan agama, kesatuan ummah dan keselamatan serta keamanan Negara.\nFahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Melaka. Antara perkara-perkara yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah di dalam ajaran dan fahaman Syiah sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlak adalah \nMenambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan syahadah yang menjadi Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah;\nMentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa;\nMempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja menghimpun al-Qur\u2019an dengan sempurna dan menolak al-Qur\u2019an yang disusun oleh para sahabat Nabi Sallahu \u2018alaihi wasallam yang lain serta mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pengurangan atau penambahan di dalam al-Qur\u2019an serta mempercayai bahawa al-Qur\u2019an mengandungi tujuh belas ribu ayat;\n\u00a0\nMenolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah Sallallahu \u2018alaihi wasallam dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12;\nMencerca dan menghina para sahabat yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta\u2019ala dan para isteri Rasulullah Sallallahu \u2018alaihi wasallam dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad;\nMenuduh Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu\u2019awwiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikutnya adalah musuh Allah;\nMempercayai Al-Raja\u2019ah iaitu Allah Subhanahu Wa Ta\u2019ala akan mengidupkan semua orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya Qiamat bersama-sama Imam Mahadi untuk member keadilan;\nMengamalkan Al-Taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;\nMenyetarafkan Sayyidina Ali dengan Allah Subhanahu Wa Ta\u2019ala;\nMengamalkan nikah Muta\u2019ah\nMempercayai Khalifah dan Imamah adalah sebahagian dari Rukun Islam dan diwasiatkan secara nas;\nMempercayai ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (al-Bada\u2019);\nMenolak hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah Sallallahu \u2018alaihi wasallam sekalipun hadith mutawatir dan hanya menerima hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam-Imam Syiah;\nMenolak Ijma\u2019 Ulama\u2019;\n\u00a0Menolak Qiyas;\nMempercayai amalan menziarah kubur Sayyidina Husain akan memperolehi ganjaran Syurga;\nMelakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram;\nMengharuskan solat jama\u2019 dalam semua keadaan;\nMengharamkan solat Dhuha;\nMenetapkan Islam bukan syarat wajib haji;\nMenetapkan prinsip khumus (1/5) sebagai kadar zakat; dan\nFahaman-fahaman dan amalan-amalan lain yang menjadi pegangan Syiah dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\nOleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka memutuskan bahawa : \nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang atau menjadi pengikut ajaran Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalakn ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan diri sebagai orang yang bermazhab Syiah melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan dilarang menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan, fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau untuk menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalakn ajaran,pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nMana-mana orang Islam sama da secara individu atau berkumpulan yang menganjur, mengadakan dan membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan, keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikatyang cuba menghidupkan ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi ahli atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nMana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ; dan jika mana-mana pihak membeli apa jua kemudahan dan bantuan boleh disifatkan sebagai satu persubahatan dan\nMana-mana orang Islam yang menyiar atau menyebarkan apa-apa jua bahan yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media social lain adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.\nApa-apa variasi, versi, bentukatau cabang mana-maan ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan sebagai ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nApa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas adalah merupakn suatau kesalahan dan boleh diambil tindakan menurut undang-undang\nFatwa ini tidak mengikat terhadap mana-mana golongan seperti berikut :\nMana-mana orang dari luar negara yang asalnya dia berfahamana Syiah untuk berpegang dan mengamalkan amalan Syiah kecuali mengembangkannya;\n\u00a0Mana-mana orang Islam yang mengajar dan mempelajari ajaran dan fahaman Syiah bagi tujuan pembelajaran akademik; dan\nMana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar buku-buku, filem, rakaman audio, risalah, majalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen untuk tujuan pembelajaran akademik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10334", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n1. Setelah \nmeneliti fakta-fakta\n, \nhujah-hujah dan pandangan\n yang dikemukakan, Muzakarah \nmenegaskan\u00a0\nbahawa Islam tidak menafikan penggunaan \nruqyah\n dan Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat al-Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak berlaku syirik.\n\u00a0\n2. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah \nmendapati \nbahawa isu produk yang dilabelkan sebagai \u2018makanan sunnah\u2019 dan makanan/minuman yang diruqyahkan dengan ayat al-Quran serta zikir semakin berleluasa dan menjadi pelan pemasaran pengusaha produk-produk makanan dan barangan di Negara ini.\u00a0Ia telah menjadi kaedah untuk melariskan produk bersandarkan perkataan \u2018makanan sunnah\u2019 dan \nruqyah\n.\n\u00a0\n3. Sehubungan itu, sebagai \nsadd az-Zarai\u2019\n kepada unsur-unsur \npenipuan\n dan \npenyalahgunaan ayat-ayat al-Quran\n untuk tujuan komersial,\u00a0Muzakarah \nbersetuju memutuskan \nbahawa \npenggunaan \nruqyah\n dan istilah \u2018makanan sunnah\u2019\n secara \ntidak bertanggungjawab\n untuk \ntujuan mengaut keuntungan dan melariskan produk\n \nperlu dihentikan\n kerana dibimbangi ia termasuk dalam \nperbuatan memperdagangkan ayat-ayat al-Quran\n yang ditegah oleh ajaran Islam.\n\u00a0\n4. Oleh hal yang demikian, Muzakarah menggesa supaya perbuatan tersebut \nditangani segera \nsupaya istilah \u2018makanan sunnah\u2019 ini \ntidak difahami \noleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat, dan \npenggunaan \nruqyah\n \ntidak \ndisalahgunakan\n sehingga \nmenggugat akidah\n sekiranya masyarakat \nmeyakini keberkesanan ruqyah\n pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha dan ikhtiar serta kekuasaan Allah SWT.\n\u00a0\n5. Muzakarah juga\n bersetuju memutuskan \nsupaya\n penggunaan \nruqyah\n \npada sesuatu produk untuk tujuan komersial \ntidak dibenarkan \nsamada untuk tujuan\n pelabelan, pengiklanan atau promosi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10335", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai Had Kemuallafan Seseorang Saudara Baru. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Setelah \nmeneliti fakta-fakta\n, \nhujah-hujah dan pandangan\n yang dikemukakan, Muzakarah\n mengambil perhatian \nterhadap kebimbangan yang dikemukakan oleh\n Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu \nbahawa setakat ini \ntiada keseragaman \noleh negeri-negeri tentang had tahun bagi seseorang untuk\n dipanggil muallaf\n dan ini boleh mengakibatkan golongan Saudara Baru/ Muallaf menuntut hak-hak seperti zakat di negeri-negeri lain yang mungkin had tahun lebih lama atau mungkin tiada dinyatakan langsung.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Muzakarah \nberpandangan \nbahawa penyelarasan tentang had tahun ini sangat perlu bagi mengelakkan golongan Saudara Baru/Muallaf ini meminta-minta dan sekiranya pengurusan kebajikan Saudara Baru/Muallaf ini dilaksanakan dengan betul, sekurang-kurangnya tempoh tiga (3) tahun sudah mencukupi untuk mereka mendapat bimbingan dan pendidikan Islam. Mereka juga boleh memohon bantuan zakat di bawah asnaf lain sekiranya layak.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Bagi memantapkan lagi pengurusan kebajikan golongan Saudara Baru/Muallaf di Malaysia, Muzakarah \nbersetuju menerima cadangan\n supaya diwujudkan \npenyeragaman had tempoh panggilan Muallaf Saudara Baru\n negeri-negeri seluruh Malaysia seperti yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Sehubungan itu, Muzakarah \nbersetuju menetapkan\n \nhad tempoh maksima bagi seseorang Saudara Baru dipanggil Muallaf ialah lima (5) tahun.\n Walaubagaimanapun, selaras dengan kuasa agama adalah di bawah bidang kuasa negeri, maka Majlis Agama Islam Negeri berhak membuat sebarang pengecualian yang dikehendaki."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10336", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai Pengurusan Pengebumian Jenazah Dalam Kalangan Warga Polis Diraja Malaysia. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah \nmeneliti fakta-fakta\n, \nhujah-hujah dan pandangan\n yang dikemukakan, Muzakarah \nbersetuju memutuskan\n bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Anggota polis beragama Islam \ntidak\n \ndiharuskan\n mengusung jenazah anggota polis \nbukan Islam\n sewaktu istiadat/upacara pengebumian dijalankan \ntanpa sebarang keperluan mendesak\n yang memerlukan dia melakukannya. Walaubagaimanapun \nsekiranya\n terdapat keperluan mendesak maka ia \ndiharuskan dengan syarat\n tidak terlibat dalam sebarang upacara keagamaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Jenazah anggota polis beragama Islam \ntidak harus \ndiusung oleh anggota polis \nbukan Islam\n sewaktu istiadat/upacara pengebumian dijalankan \ntanpa sebarang keperluan mendesak\n kerana orang Islam hendaklah diutamakan dalam urusan berkaitan agama Islam dan tujuan mengiringi jenazah adalah sebagai syafaat kepada jenazah.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Anggota polis beragama Islam adalah \ndilarang\n terlibat \ntanpa sebarang keperluan mendesak\n dalam \npancaragam\n sewaktu upacara pengkebumian anggota polis bukan beragama Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. \nMelepaskan tembakan\n selepas \npengebumian\n \njenazah\n anggota polis \nberagama Islam\n adalah \ndilarang\n kerana muzik dan bunyi-bunyian tidak dibenarkan di tanah perkuburan.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Tiupan \nbugle\n selepas upacara pengebumian dijalankan adalah \ndilarang \nkerana ia termasuk meninggikan suara di tanah perkuburan serta upacara tersebut tiada faedah dari segi syarak.\n\n\n\u00a0\n\n\n6. \nPenggunaan bunyi-bunyian atau muzik\n adalah \ndilarang \ndalam pengurusan \njenazah orang Islam\n samada dalam polis atau sebagainya.\n\n\n\u00a0\n\n\n7. Penggunaan pakaian seragam anggota polis yang mengandungi\n kalimah Allah dan Muhammad\n kepada mayat anggota polis samada \nIslam atau bukan Islam\n adalah \ndilarang\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12477", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2012\u00a0yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Garis Panduan Majlis Akad Nikah Di Masjid. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju menerima dan memperakukan garis panduan upacara akad nikah di masjid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/70-garis-panduan-majlis-akad-nikah-di-masjid"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12478", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke 1/2012\u00a0yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Merokok adalah haram. bagi maksud fatwa ini rokok ialah tembakau yang di gulung dengan kertas, daun nipah dan selainnya.\n\u00a0\nPengharaman ini adalah berdasarkan :\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan kepada perokok dan orang lain.\nii.\u00a0\u00a0\u00a0Merupakan perbuatan membazir yang ditegah oleh syarak\niii.\u00a0\u00a0Oleh itu, adalah haram bagi umat Islam menghisap mana-mana yang dikategorikan sebagai\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0rokok.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/68-merokok-dari-pandangan-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12479", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali ke 1/2012\u00a0yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Perlantikan Hakim Syarie Wanita. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju Hukum Perlantikan Hakim Syarie Wanita adalah harus tetapi hanya bagi kes-kes mal sahaja.\u00a0\nSumber;\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/67-hukum-perlantikan-hakim-syarie-wanita-kmjphs"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12480", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke 1/2012\u00a0yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dikendalikan Oleh Syarikat Geneva Malaysia SDN.BHD. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju Bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli dan yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jual beli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.\n\u00a0\nOleh yang demikian, umat Islam khususnya di Negeri Pahang dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual beli emas seperti yang digariskan syarak atau undang-undang negara\u00a0\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/66-hukum-jual-beli-dan-pelaburan-emas-yang-dikendalikan-oleh-syarikat-geneva-malaysia-sdn-bhd"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12481", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012\u00a0yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna Cochineal : Kajian Semula Kadar Piawaian Yang Ditetapkan Oleh Muzakarah Fatwa kebangsaan 12/2012. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna Cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan.\u00a0\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/65-hukum-bahan-pewarna-cochineal-kajian-semula-kadar-piawaian-yang-ditetapkan-oleh-muzakarah-fatwa-kebangsaan-12-2012"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12465", "body": "NEGERI SEMBILAN\n\n\nWarta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\nJil. 66\n\n\nNo. 23\n\n\n7hb November 2013\n\n\nTAMBAHAN No. 12\n\n\nPERUNDANGAN\n\n\n\u00a0\n\n\nN.S. P.U. 13\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 2003\n\n\n\u00a0PEMBERITAHUAN FATWA\n\n\n\u00a0\nPENYELEWENGAN AJARAN TASLIM\n\n\n\ufeff\n\n\n\u00a0PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [\nEnakmen No. 10/2003\n], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan\u00a0\nFatwa\n\u00a0berikut \u2013\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Ajaran Taslim adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Mana-mana orang Islam yang terlibat boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Bahawa pengharaman ini meliputi \u2013\u00a0\n\n\n\n\napa-apa variasi, versi cetak, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di perenggan (1) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\n\napa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, ditulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain atau apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di perenggan (1) di atas.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0Orang-orang Islam adalah dilarang \u2013\n\n\n\n\nmengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Taslim, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, aktiviti ekonomi, sosial,program persembahan kesenian dan kebudayaan atau aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran ini; atau\n\n\nmemiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Taslim dengan ajaran Islam.\n\n\n\n\nDibuat 17 Julai 2013\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 2003\n\n\n\u00a0NOTIFICATION OF FATWA\n\n\nDEVIATION OF THE TASLIM TEACHING\n\n\n\u00a0\nIN exercise of powers conferred by section 49 of the administration of the religion of Islam (Negeri Sembilan) Enactment 2003 [\nEnactment No. 10/2003\n], the fatwa committee with the assent of the Yang di-Pertuan Besar, issue the following\u00a0\nFatwa\n\u00a0\u2013\n\n\n\u00a0\n\n\n1. The\u00a0\nTaslim\n\u00a0teaching is deviate. It is\u00a0\nharam\n\u00a0for Muslims to involve in the said teaching. Any Muslim who involves in the said teaching may cause him to be a\u00a0\nmurtad\n. He should leave the said teaching immediately and repent.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. The\u00a0\nharam\n\u00a0of the said teaching encompass \u2013\u00a0\n\n\n\n\nany variation, version, form or any division of the said teaching in paragraph (1) above, and includes any ideology, philosophy or system of practices which are not accordance with the Islamic law and adherence to\u00a0\nAhli Sunnah Wal Jamaah\n;\n\n\nany publicity materials including any publication whether printed, written, typed or reproduced in any manner or other forms to be read, visualized or listened to\u00a0pertaining to the said teaching in paragraph (1) above.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Muslims are prohibited from \u2013\u00a0\n\n\n\n\npracticing the teaching and ideology of\u00a0\nTaslim\n, being member, a head, a leader, conducting a speech, setting up an education and learning classes, carrying on any economy activities, social, arts and cultural programmes or other activities which purports to revive, propagate and spread the said teaching; or\u00a0\n\n\npossessing, keeping, printing, selling including distributing film, an audio recording, pamphlets, books, magazines or any publishing, or any document, using any form of symbols, diagrams or signs which may relate the\u00a0\nTaslim\n\u00a0teaching to Islamic teaching.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMade 17 July 2013\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12469", "body": "NEGERI SEMBILAN\n\n\nWarta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\nJil. 66\n\n\nNo. 23\n\n\n7hb November 2013\n\n\nTAMBAHAN No. 12\n\n\nPERUNDANGAN\n\n\n\u00a0\n\n\nN.S. P.U. 14\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 2003\n\n\n\u00a0PEMBERITAHUAN FATWA\n\n\n\u00a0\nPENYELEWENGAN AJARAN QADIANI\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [\nEnakmen No. 10/2003\n], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan\u00a0\nFatwa\n\u00a0berikut \u2013\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nAjaran Qadiani adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Mana-mana orang Islam yang terlibat boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat.\n\n\nBahawa pengharaman ini meliputi \u2013\u00a0\n\n\napa-apa variasi, versi cetak, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di perenggan (1) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\n\napa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, ditulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain atau apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di perenggan (1) di atas.\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a03.\u00a0Orang-orang Islam adalah dilarang \u2013\n\n\n\n\nmengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Qadiani, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, aktiviti ekonomi, sosial,program persembahan kesenian dan kebudayaan atau aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran ini; atau\n\n\nmemiliki, menyimpan, mencetak, menjualtermasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Qadiani dengan ajaran Islam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat 17 Julai 2013\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 2003\n\n\n\u00a0NOTIFICATION OF FATWA\n\n\n\u00a0\nDEVIATION OF THE QADIANI TEACHING\n\n\n\u00a0\n\n\nIN exercise of powers conferred by section 49 of the administration of the religion of Islam (Negeri Sembilan) Enactment 2003 [\nEnactment No. 10/2003\n], the fatwa committee with the assent of the Yang di-Pertuan Besar, issue the following\u00a0\nFatwa\n\u00a0\u2013\n\n\n\n\nThe\u00a0\nQadiani\n\u00a0teaching is deviate. It is\u00a0\nharam\n\u00a0for Muslims to involve in the said teaching. Any Muslim who involves in the said teaching may cause him to be a\u00a0\nmurtad\n. He should leave the said teaching immediately and repent.\n\n\nThe\u00a0\nharam\n\u00a0of the said teaching encompass \u2013\n\n\nany variation, version, form or any division of the said teaching in paragraph (1) above, and includes any ideology, philosophy or system of practices which are not accordance with the Islamic law and adherence to\u00a0\nAhli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n\n\nany publicity materials including any publication whether printed, written, typed or reproduced in any manner or other forms to be read, visualized or listened to\u00a0pertaining to the said teaching in paragraph (1) above.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a03.\u00a0Muslims are prohibited from \u2013\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\npracticing the teaching and ideology of\u00a0\nQadiani\n, being member, a head, a leader, conducting a speech, setting up an education and learning classes, carrying on any economy activities, social, arts and cultural programmes or other activities which purports to revive, propagate and spread the said teaching; or\n\n\npossessing, keeping, printing, selling including distributing film, an audio recording, pamphlets, books, magazines or any publishing, or any document, using any form of symbols, diagrams or signs which may relate the\u00a0\nQadiani\n\u00a0teaching to Islamic teaching.\u00a0\n\n\n\n\nMade 17 July 2013\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12470", "body": "NEGERI SEMBILAN\n\n\nWarta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\nJil. 66\n\n\nNo. 23\n\n\n7hb November 2013\n\n\nTAMBAHAN No. 12\n\n\nPERUNDANGAN\n\n\n\u00a0\n\n\nN.S. P.U. 15\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 2003\n\n\n(Enakmen No. 10/2003)\n\n\n\u00a0PEMBERITAHUAN FATWA\n\n\n\u00a0\nPENYELEWENGAN AJARAN SYIAH\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [\nEnakmen No. 10/2003\n], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan\u00a0\nFatwa\n\u00a0berikut \u2013\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Sembilan hendaklah mengikut undang-undang dan ajaran Islam diNegeri Sembilan hendaklah mengikut undang-undang dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah dari segi aqidah berpandukan mazhab Al-Asya\u2019irah dan Al-Maturidiah, syariah berpandukan kepada mazhab Syafie. Walau bagaimanapun, tiga mazhab yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali boleh dirujukdan digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalah tertentu dan dari segi akhlak hendaklah berpegang dengan akhlak Islamiyyah.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Bahawa ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah yang boleh menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan Negara.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Ajaran dan fahaman iniperlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Sembilan berdasarkan terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut aqidah, syariah dan akhlak.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0Antara ciri-ciri penyelewengan ajaran dan fahaman Syiah adalah seperti yang berikut:\u00a0\n\n\n\n\nmenambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan kandungan syahadah yang menjadi pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan luar biasa;\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pengurangan atau penambahan di dalam Al-Quran serta mempercayai bahawa Al-Quran mengandungi tujuh belas ribu ayat;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmencerca dan menghina para sahabat yang diredai oleh Allah SWT dan para isteri Rasulullah SAW dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmempercayai Al-Raja\u2019ah iaitu Allah SWT akan menghidupkan semula orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya kiamat bersama-sama Imam Mahdi;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmengamalkan Al-taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, pendapat yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmengamalkan nikah Mut\u2019ah;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmempercayai amalan menziarahi maqam saidinaAli KW akan memperolehi ganjaran syurga; dan\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmelakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh sempena 10 Muharam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a05.\u00a0Oleh yang demikian, Jawatankuasa FatwaNegeri Sembilan, mengambil keputusan keputusan bahawa apa-apa jua ajaran atau fahaman Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah adalah dilarang terutamanya ajaran atau fahaman Syiah. Larangan ini meliputi:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nuntuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahamanyang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah; atau\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nuntuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian; atau\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nuntukmenerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nuntuk memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat 17 Julai 2013\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12070", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 09/2014-1436H yang bersidang pada 16 Disember 2014 bersamaan 23 Safar 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-106 berkenaan Kedudukan Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Dalam Masjid Atau Surau dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik\u00a0di dalam masjid demi menjaga kehormatan masjid dan akhlak Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Walau bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa jua jenis alatan\u00a0muzik yang diharuskan syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan syariat dan akhlak Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12071", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 09/2014-1436H yang bersidang pada 16 Disember 2014 bersamaan 23 Safar 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-106 berkenaan Isu Umat Islam Yang Berjuang atas nama ISIS dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Islamic State of Iraq and Syria (ISIS), atau Islamic State of Iraq and Levant\u00a0(ISIL) serta Islamic State (IS) adalah gerakan yang menyeleweng dan\u00a0bercanggah dengan fahaman Ahlu Sunnah wa al Jamaah.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Oleh itu, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa menegaskan bahawa sesiapa yang telah atau ingin pergi berjuang atau menyokong ISIS, ISIL atau IS adalah tidak\u00a0selari dengan konsep jihad yang sebenar dalam Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Sehubungan itu, mereka yang terbunuh kerana perjuangan gerakan tersebut tidak dikategorikan sebagai syahid menurut hukum syarak\u2019.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12352", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2014-1435H yang bersidang pada 24 April 2014 bersamaan 24 Jumada al-Akhirah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-79 berkenaan Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPesakit yang menggunakan beg kolostami dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah dharurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostami setiap kali berwudhu' atau menunaikan solat.\n\n\nPesakit hendaklah mengambil wudhu\u2019 setiap kali mengerjakan solat fardu. Hal ini kerana wudhu\u2019 yang diambil hanya untuk mengharuskan solat, bukan untuk mengangkat hadath. Kedudukan pesakit adalah sama seperti orang yang sentiasa berhadath (\u0627\u0644\u062d\u062f\u062b \u062f\u0627\u0626\u0645).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\nKeterangan/Hujah:\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nIstilah \u201c\nKolostomi\u201d\n\u00a0merujuk kepada keadaan sebahagian usus besar\u00a0\n(colon)\n\u00a0di dalam abdomen yang dibuka dan pembukaannya itu disalurkan ke bahagian dinding abdomen dan dilekatkan pada kulit. Hujung usus ke bahagian dubur\u00a0\n(rectum)\n\u00a0tidak lagi berfungsi seperti biasa. Beg Kolostomi dipasang pada abdomen yang ditebuk di mana usus keluar daripada dinding abdomen tersebut. Pengeluaran najis tidak akan dapat dikawal sama sekali oleh pesakit.\u00a0\n\n\nKebanyakan pesakit kolostomi merasa was-was untuk menunaikan amalan fardu ain terutamanya solat. Persoalan yang ditimbulkan adalah bagaimana harus mereka mengurus kolostomi mereka semasa mengambil wudhu\u2019 dan semasa menunaikan fardhu solat. Adakah mereka perlu mengosongkan pundi kolostomi mereka setiap kali mengambil wudhu\u2019 atau untuk menunaikan solat. Adakah wudhu\u2019 akan terbatal dengan sebab keluar najis tanpa boleh dikawal ke dalam pundi kolostomi.\u00a0\n\n\nIsu batal wudhu\u2019 apabila keluar sesuatu menerusi salah satu daripada dua kemaluan seperti yang dibahaskan oleh para ulama\u2019 adalah dalam konteks orang yang sihat. Bagi yang berpenyakit atau mengalami masalah keluar sesuatu di luar kawalan, Islam memberikan kaedah penyucian dan pelaksanaan ibadah kerana mereka dianggap orang yang dalam keuzuran.\u00a0\n\n\nMasalah kolostomi berbeza dengan masalah sulus al-bawl kerana kebersihannya lebih terjamin. Oleh itu dari sudut hukum, ia tidak boleh diqiaskan kepada mereka yang mengalami\u00a0\nsulus al-bawl\n.\n\n\n\u00a0Memandangkan pengeluaran najis bagi mereka yang mengalami masalah kolostomi tidak boleh dikawal, mereka dianggap berada dalam keadaan dharurat yang tidak terikat dengan taklif syarak dalam beberapa aspek ibadah. Mereka juga tidak dianggap sebagai menanggung najis dan boleh melaksanakan semua ibadat.\n\n\nPesakit-pesakit kolostomi dibolehkan mengambil sekali wudhu' untuk semua ibadah yang hendak dilaksanakan sekiranya wudhu\u2019 tersebut tidak terbatal. Tetapi sekiranya tiada kesukaran bagi mereka untuk memperbaharui wudhu\u2019, ia adalah disunatkan.\n\n\nIslam adalah agama yang memberi kemudahan. Oleh itu pesakit tidak wajar disyaratkan untuk mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwudhu\u2019 kerana ia akan menyukarkan mereka melakukan ibadah.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12353", "body": "Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa 3/1430 pada 14 Sya\u2018ban 1430H bersamaan 5hb Ogos\u00a02009\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah harus.\n\n\nPembayar zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak dikenakan apa-apa bayaran perkhidmatan.\n\n\nSyarikat telekomunikasi hendaklah menyediakan satu sistem (antara 10-15 minit) untuk memaklumkan kepada pembayar sama ada pembayaran yang dibuat melalui SMS berjaya atau gagal.\n\n\nSebarang bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi adalah ditanggung oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan dan bukannya diambil daripada hasil kutipan zakat fitrah yang diperolehi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12356", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2014-1435H yang bersidang pada 20 Mac 2014 bersamaan 18 Jumada al-Ula 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan berkenaan Pendermaan Jasad Atau Mayat Orang Islam Untuk Tujuan Penyelidikan di dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-105 dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah \nharam dan tidak dibenarkan\n berdasarkan hujah berikut:\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Prinsip kemuliaan mayat dan kewajipan menghormatinya perlu diikuti sebagaimana kaedah:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0627\u0644\u0623\u0635\u0644 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0639\u0631\u0636 \u0627\u0644\u062a\u062d\u0631\u064a\u0645\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya: Asal kepada perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nKaedah ini bersandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u0639\u0652\u0631\u064e\u0627\u0636\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u064c \u0643\u064e\u062d\u064f\u0631\u0652\u0645\u064e\u0629\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0628\u064e\u0644\u064e\u062f\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u062f\u0650\u0645\u064e\u0627\u0621\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya: Darah-darah kamu, harta-harta kamu, dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri kamu ini. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaannya adalah menceroboh prinsip penghormatan tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau dharurah kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan :\u00a0Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12357", "body": "Dasar pengurusan agihan manfaat sewaan Perbadanan Wakaf Selangor adalah harus seperti berikut \u2212\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHasil sewaan aset kekal (Peruntukan Kumpulan Wang Wakaf Am)\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBil\n\n\nPerkara\n\n\nJustifikasi\n\n\n1.\n\n\n15% Yuran Pengurusan\n\n\nMerangkumi yuran pentadbiran di dalam mengurus tadbir aset kekal tersebut.\n\n\n2.\n\n\n50% Tabung Pembiayaan Aset\n\n\nSebanyak 50% dari baki hasil sewaan setelah ditolak yuran pengurusan akan digunakan bagi perbelanjaan pembiayaan hayat aset kekal tersebut yang merangkumi;\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPerbelanjaan Hartanah\n\n\n\n\n\n\nCukai tanah dan taksiran\n\n\nPenilaian hartanah\n\n\nGuaman\n\n\nKos keselamatan\n\n\nPerkhidmatan professional\n\n\nKonsultan\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPerbelanjaan Penyelenggaraan\n\n\n\n\n\n\nPenyelenggaraan bangunan jangka pendek dan panjang\n\n\nKeceriaan bangunan\n\n\nUtiliti bangunan\n\n\nKerosakan fizikal bangunan\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\n\n\n50% Tabung Akaun Asas\n\n\nSebanyak 50% dari baki hasil sewaan setelah ditolak yuran pengurusan akan dimasukkan semula ke dalam tabung/akaun asas.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHasil sewaan aset kekal (Pewakaf)\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nBil\n\n\nPerkara\n\n\nJustifikasi\n\n\n1.\n\n\n50% Pengurusan Hartanah\n\n\nSebanyak 15% merangkumi yuran pentadbiran di dalam menguruskan tadbir aset kekal tersebut.\n\n\nSebanyak 20% dari hasil sewaan akan ditolak bagi perbelanjaan pembiayaan hayat aset kekal tersebut yang merangkumi :-\n\n\n\n\nPerbelanjaan Penyelenggaraan\n\n\n\n\n\n\nPenyelenggaraan hartanah jangka pendek dan panjang.\n\n\nKeceriaan hartanah\n\n\nUtiliti hartanah\n\n\nKerosakan fizikal hartanah\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nBil\n\n\nPerkara\n\n\nJustifikasi\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSebanyak 15% dari baki hasil sewaan akan diambil bagi perbelanjaan hartanah seperti berikut :-\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPerbelanjaan hartanah\n\n\n\n\n\n\nCukai tanah dan taksiran\n\n\nPenilaian hartanah\n\n\nGuaman\n\n\nKos keselamatan\n\n\nPerkhidmatan professional\n\n\nKonsultan\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\n\n\n50% Penerima Manfaat\n\n\nSebanyak 50% daripada baki hasil sewaan akan diserahkan kepada penerima manfaat yang berhak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12358", "body": "Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bilangan 1/1429 bertarikh\u00a020 Safar 1429H\u00a0bersamaan\u00a027hb Februari 2008M telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nHaram bagi lelaki memakai gelang magnetik kerana pemakaian gelang tersebut lebih kepada menyerupai wanita (\u00a0\u062a\u0640\u0634\u0628\u0651\u0647 \u0628\u0627\u0644\u0646\u0633\u0627\u0621\u00a0). Cara ini adalah satu kaedah untuk merosakkan orang Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12359", "body": "1. DNA dibenarkan untuk menentukan nasab anak dalam kes pertelingkahan ketidaktahuan nasab anak atas pelbagai sebab, kes kekeliruan atau pertukaran anak di hospital atau pusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-anak yang hilang atas sebab bencana alam dan sebagainya.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. DNA tidak boleh digunakan untuk menentukan status nasab anak apatah lagi digunakannya mendahului kaedah \nli\u2019an\n kerana kaedah \nli\u2019an\n telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Tempoh segera bagi seseorang bapa yang hendak melakukan \nli\u2019an\n bagi menafikan nasab anaknya adalah bermula daripada tarikh isterinya disahkan mengandung sehinggalah tiga (3) hari selepas bersalin. Penafian selepas tempoh munasabah tersebut adalah tertolak dan anak tersebut adalah sah dan sabit sebagai anaknya.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Garis panduan untuk menjalankan ujian DNA oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah diperketatkan lebih-lebih lagi dalam isu untuk menafikan nasab kerana DNA tidak boleh dijadikan bukti utama."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12360", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Sya\u2019ban 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-80 berkenaan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan - Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12361", "body": "Harus\n mengambil keuntungan pelaburan wakaf khas sebanyak 75 peratus untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12362", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 1/1428 Pada 7 Rabiulakhir 1428H bersamaan 25hb April 2007\n\n\n\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jawatankuasa Fatwa bersetuju dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan BAHAWA pesakit Haemophilia A tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit.\n\n\n\u00a0\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sekiranya pesakit berhasrat juga untuk berkhatan, pesakit hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.\n\n\n\u00a0\n\n\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Manakala aspek bersuci bagi pesakit perlu dipelajari\u00a0dan diberi perhatian khusus untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan sah dalam beribadah.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDato\u2019 Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad\n\n\nMufti Kerajaan Negeri,\n\n\nNegeri Sembilan Darul Khusus"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12363", "body": "Keputusan\u00a0Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa \nBil 2/1428 \nPada \n13 Jumada al-Ula 1428H\n bersamaan \n30hb Mei 2007\n seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus menternak dan memperdagangkan lintah kerana manfaatnya iaitu untuk tujuan perubatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12364", "body": "Harus menjual air zam zam dengan syarat tidak bercanggah dengan hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12365", "body": "1. Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid\u2019ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama\u2019 muktabar sejak dahulu.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Pandangan jumhur ulama\u2019 sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh mengugat perpaduan umat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Di antara amalan yang di dakwa sebagai bid\u2019ah adalah -\n\n\n\u00a0\n\n\n3.1 Membaca Yaasin pada malam Jumaat\n\n\n3.2 Membaca tahlil dan talqin untuk si mati\n\n\n3.3 Mengadakan kenduri arwah\n\n\n3.4 Menyambut\u00a0Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun\n\n\n3.5 Membaca Yaasin 3 kali di malam nisfu Syaaban\n\n\n3.6 Berdoa beramai-ramai selepas solat berjamaah\n\n\n3.7 Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat\u00a0fardu\n\n\n3.8 Membaca \u2018Basmalah\u2019 secara kuat/nyaring dalam solat fardu\n\n\n3.9 Menyebut lafaz \u2018Usalli\u2019 dalam niat solat\n\n\n3.10 Membaca qunut dalam solat Subuh\n\n\n3.11 Bersalaman selepas solat berjamaah\n\n\n3.12 Solat sunat sebelum solat Maghrib\n\n\n3.13 Solat sunat sebelum Jumaat\n\n\n3.14 Fidyah solat\n\n\n3.15 Terbatal \u2018wudu\u2019 dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini\n\n\n3.16 Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat\n\n\n3.17 Menyapu muka selepas memberi salam\n\n\n3.18 Akikah dengan kambing sahaja\n\n\n3.19 Konsep pengamalan Hadith Dhaif\n\n\n\u00a0\n\n\nhttp://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/361-fatwa-menangani-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilaf-khilaf-perkara-furu"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12366", "body": "Harus menjual air zam zam dengan syarat tidak bercanggah dengan hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12367", "body": "Ajaran dan akidah Muhammad Nor bin Seman yang dikenali dengan gelaran Mat Nor Kua Supa, Machang, Kelantan adalah berlawanan dengan dasar akidah serta ajaran sebenar ugama Islam, memandangkan amalan zikirnya mempunyai kaitan rapat dengan konsep ajarannya maka amalan tersebut juga adalah salah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12368", "body": "Harus menggunakan dana wakaf tunai daripada Wakaf Selangor Muamalat untuk membiayai kos operasi dan penyelenggaraan aset-aset wakaf mengikut keperluan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12369", "body": "Keputusan\u00a0Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa \nBil \nBil 5/1427 p\nada \n6 Zulhijjah 1427H\n bersamaan \n27hb Disember 2006\n seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nHarus menjual dan memperdagangkan najis (tahi manusia atau haiwan) yang ada padanya manfaat iaitu untuk dijadikan baja bagi tanaman."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12370", "body": "Pelaksanaan wakaf saham dan keuntungan saham di kalangan syarikat korporat yang mematuhi hukum syarak adalah harus; dan\n\n\nPelaksanaan pewakafan saham yang mematuhi hukum syarak bolehlah mengikut garis panduan seperti berikut :\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nGaris Panduan\n\n\n\n\nOperasi Syarikat\n\n\n\n\nSyarikat yang ingin berwakaf hendaklah sebuah syarikat yang menjalankan operasi perniagaan yang mematuhi hukum syarak.\n\n\n2.\u00a0Saham yang boleh diwakafkan\n\n\nPemilik saham syarikat yang ingin mewakafkan sahamnya di sesebuah syarikat hendaklah daripada sumber yang halal dan mematuhi hukum syarak\n\n\n3. Keuntungkan dari saham syarikat untuk diwakafkan\n\n\nSesebuah syarikat yang memperolehi keuntungan dari operasi yang dijalankan, boleh mewakafkan keuntungan sebahagian atau keseluruhannya dengan persetujuan semua pemegang saham syarikat.\n\n\n4. Prosedur terimaan wakaf saham\n\n\nSaham-saham dan keuntungan saham syarikat yang hendak diwakafkan hendaklah menggunapakai prosedur terimaan wakaf\n\n\n5. Penggunaan wakaf saham dan keuntungan saham\n\n\nKadar agihan penggunaan saham dan keuntungan saham adalah sebanyak 30% untuk fisabilillah dan 70% untuk pelaburan dan pembangunan.\n\n\n\u00a0\n\n\nRangka Kerja Pelaksanaan\n\n\n1. Saham-saham atau keuntungan saham syarikat yang hendak diwakafkan hendaklah ditukarkan nilaiannya kepada tunai terlebih dahulu.\n\n\n2. Saham atau keuntungan saham syarikat yang telah ditukar kepada tunai seterusnya diserahkan kepada PWS.\n\n\n3. Perbadanan Wakaf Selangor akan mengeluarkan resit MAIS kepada syarikat yang mewakafkan saham atau keuntungan saham syarikat.\n\n\n4. Saham-saham atau keuntungan saham syarikat yang telah ditukarkan nilainya kepada tunai akan diakaunkan ke dalam akaun wakaf asas di mana akaun ini akan digunakan untuk pembangunan aset kekal sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12371", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada 19 Rejab 1426H bersamaan 24hb Ogos 2005 membuat dan mengeluarkan, keputusan berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sarang burung layang-layang adalah halal dimakan oleh orang Islam. Ianya diqiaskan seperti lebah dan madu lebah.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0ii.\u00a0Beberapa orang ulamak turut menghalalkan memakannya seperti Muhammad bin Alawi al-Maliki dan Sahibus Samahah Abdul Aziz, Mufti Fatani.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0iii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi mengeluarkan sijil logo halal kepada pengeluar produk sarang burung layang-layang, pihak Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan hendaklah memastikan cara pembersihan sarang burung layang-layang tersebut mengikut hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12372", "body": "Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 1/1430 pada 7 Rejab 1430H bersamaan 30hb Jun 2009M\n\n\n\u00a0\n\n\nJawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, dengan ini membuat dan mengeluarkan keputusan berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nPembayaran zakat harta dengan menggunakan Kad Kredit yang berlandaskan Syariah adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12373", "body": "Harta dan wang milik umat Islam Negeri Selangor di mana-mana institusi kewangan, syarikat dan firma yang tak dituntut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12376", "body": "Definisi Mualaf :\n\n\n\n\nAdalah orang yang baru memeluk Islam sama ada imannya dhaif ataupun imannya sudah kuat.\n\n\t\u00a0\n\n\nOrang bukan Islam yang cenderung dan boleh dijinakkan hatinya kepada Islam.\n\n\t\u00a0\n\n\nOrang bukan Islam harus menerima agihan zakat (dengan syarat mempunyai kecenderungan dan boleh dijinakkan hatinya kepada Islam berdasarkan kepada siasah dan maslahah secara hikmah bagi tujuan dakwah)\n\n\t\u00a0\n\n\nMembenarkan penggunaan kod-kod yang dicadangkan bagi melancarkan perlaksanaan keseluruhan program-program dakwah kepada bukan Islam seperti berikut:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKod\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\n\n\n\n\nPecahan Program/Aktiviti\n\n\n\n\n\n\nStatus Program\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSedia Ada\n\n\n\n\n\n\nCadangan\n\n\n\n\n\n\nLama\n\n\n\n\n\n\nBaru\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n9400-55C\n\n\n(asnaf fisabilillah)\n\n\n\n\n\n\n9300-41C\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nPercetakan/\n\n\nPenerbitan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0Penerbitan/\n\n\n\n\n\u00a0Percetakan bahan dakwah kepada bukan Islam\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Bengkel\n\n\n\n\nDinamika\n\n\nDakwah Bukan Islam\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKod\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\n\n\n\n\nPecahan Program/Aktiviti\n\n\n\n\n\n\nStatus Program\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSedia Ada\n\n\n\n\n\n\nCadangan\n\n\n\n\n\n\nLama\n\n\n\n\n\n\nBaru\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n9400-55C\n\n\n(asnaf fisabilillah)\n\n\n\n\n\n\n\u00a0 9300-41D\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nProgram/ Aktiviti\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeminar Kefahaman Islam\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Seminar Aplikasi Dakwah Bukan Islam\n\n\n-\u00a0 \u00a0Seminar Pemandu\u00a0 Pelancong\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Kaunter Pameran dan Penerangan Islam\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ziarah Dakwah\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Program Kampung Angkat Orang Asli\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Interfaith Dialogue\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Karnival Dakwah Negeri Selangor\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Konvensyen Dakwah Negeri Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n9300-41F\n\n\n\n\n\n\nBantuan Kecemasan/ Runcit kepada Bukan Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Panjar Wang Runcit (PWR)\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKod\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\n\n\n\n\nPecahan Program/ Aktiviti\n\n\n\n\n\n\nStatus Program\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSedia Ada\n\n\n\n\n\n\n\u00a0 Cadangan\n\n\n\n\n\n\nLama\n\n\n\n\n\n\nBaru\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u00a0 9300-41H\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\nBelanja Pengurusan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Peralatan/ kenderaan/ Belanja mengurus pejabat\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Panjar Wang Runcit (PWR)\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Keperluan Kelas Bukan Islam\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Pengoperasian Harmony Center MAIS\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n9300-42C\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nInsentif/ Galakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0Insentif/ Galakan Kader Dakwah menyampaikan risalah Islam kepada bukan Islam\n\n\n\u00a0\u00a0Insentif/ Galakan kepada bukan Islam yang memeluk Islam\n\n\n\u00a0\u00a0Insentif/Galakan kepada Kader Dakwah yang berjaya mengislamkan orang bukan Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKod\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\n\n\n\n\nPecahan\n\n\nProgram/\n\n\nAktiviti\n\n\n\n\n\n\nStatus Program\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSedia Ada\n\n\n\n\n\n\nCadangan\n\n\n\n\n\n\nLama\n\n\n\n\n\n\nBaru\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n9400-55C\n\n\n(asnaf fisabilillah)\n\n\n\n\n\n\n9300-42D\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nSambutan Hari Kebesaran Islam/ Perayaan Bersama Bukan Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ramadan Break Fast/Maulidul Rasul\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Muhibbah Ei\u2019dulfitri/ Happy Happy Ei\u2019dulfitri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u221a\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Awal Muharam/ Israk Mikraj/ Nuzul Quran/ Aidil Adha\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Tahun Baru Cina/ Happy New Year\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Hari Ibu/ Hari Wanita Sedunia/ Hari Kesihatan Sedunia/ Hari Guru/Hari Pekerja/ Hari Bapa/ Hari Kanak-Kanak Sedunia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n9300-42J\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nElaun Kakitangan Sambilan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0Bayaran Elaun Kakitangan Sambilan\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKod\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\n\n\n\n\nPecahan\n\n\nProgram/\n\n\nAktiviti\n\n\n\n\n\n\nStatus Program\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSedia Ada\n\n\n\n\n\n\nCadangan\n\n\n\n\n\n\nLama\n\n\n\n\n\n\nBaru\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n9400-55C\n\n\n(asnaf fisabilillah)\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\n9300-44A\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nKursus/ Latihan\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Kursus / Latihan Kakitangan\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Kursus Perkaderan Tahap Asas\n\n\n\n\n(Mualaf, IPTA/S Umum dan Awam)\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Kursus Perkaderan Tahap Lanjutan\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Kursus Perkaderan Tahap Profesional\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Alumni Kader Dakwah Gathering\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u221a\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n-\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Kelas Tafaqquh Kader\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Kursus Pemantapan Kader (Usuluddin, Fiqh, Usul fiqh, Ulum Quran dan Ulum Hadith)\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n9400-55C\n\n\n(asnaf fisabilillah)\n\n\n\n\n\n\n9300-46A\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nLawatan Sambil Belajar/ Aktiviti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ziarah Muhibbah\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ziarah Ukhuwah\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Ziarah Harmoni\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Dakwah Serantai\u00a0 (Jalinan Kerjasama)\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u221a\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 -\n\n\n\n\n\n\n9300-46B\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nElaun Menghadiri Kelas Kefahaman Islam Kepada Bukan Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0Elaun\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kehadiran\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kelas (Murid)\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKod\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\n\n\n\n\nPecahan\n\n\nProgram/\n\n\nAktiviti\n\n\n\n\n\n\nStatus Program\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSedia Ada\n\n\n\n\n\n\nCadangan\n\n\n\n\n\n\nLama\n\n\n\n\n\n\nBaru\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n9300-46C\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nElaun Guru Kelas Kefahaman Islam Kepada Bukan Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Elaun Kehadiran Kelas (Guru)\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Elaun Pemantauan Kelas\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n9300-46D\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nInsentif kepada bukan Islam yang mengambil bidang/ subjek pengajian Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Insentif pelajar sekolah rendah\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Insentif pelajar sekolah menengah\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Insentif penuntut IPTA/S\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n9300-46F\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nBantuan Perubatan kepada bukan Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bantuan kepada waris mualaf yang masih belum memeluk agama Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n9300-47A\n\n\n(asnaf mualaf)\n\n\n\n\n\n\nKajian/ Penyelidikan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Geran menjalankan kajian/ penyelidikan berkaitan gerakan dakwah kepada bukan Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n61512\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0 61512\n\n\n\n\n\n\nEmolumen dan elaun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengurus emolument dan elaun kakitangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n-\n\n\n\n\n\n\n\u221a"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12377", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa 1/1430 pada 7 Rejab 1430H bersamaan 30hb Jun 2009 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\nPerbuatan melukis, melakar dan mengukir gambar sahabat Nabi s.a.w adalah haram dan gambar-gambar sahabat Nabi s.a.w yang ada pada hari ini adalah palsu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12378", "body": "Skim Sijil Simpanan Premium (SSP) yang diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional adalah diharuskan oleh syara\u2019 dengan syarat :\n\n\n\r\n\t1. Menggunakan akad Mudharabah (Perkongsian untung)\n\r\n\t2. Dana SSP dilaburkan dalam instrument dan aset yang mematuhi syariah.\n\r\n\t3. Hadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber skim Perbankan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12379", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1433H yang bersidang pada 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433H telah bersetuju memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\ni) hukum mempromosikan produk Insurans Konvensional khususnya menjadi agen Insurans Konvensional adalah haram berdasarkan alasan keharamannya jelas dinyatakan di dalam hadith.\n\n\n\u00a0\n\n\nii) Pendapatan dan komisyen yang diperolehi daripada insurans konvensional semasa tempoh peralihan agen ke institusi takaful adalah dimaafkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12381", "body": "Harus menggunakan Rawatan Terapi Larva \n(Maggot Debridement Therapy)\n Bagi Pesakit Luka Kronik\n\n\nSah ibadah solat yang dilakukan oleh pesakit ketika menjalani rawatan terapi ini mengikut Panduan Melaksanakan Ibadat Bagi Pesakit."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12382", "body": "1. Biji Kopi Luwak adalah bersifat mutanajjis. Walau bagaimanapun, ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat biji kopi tersebut hendaklah;\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Disucikan daripada najis; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika di tanam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal JAKIM/MAIN."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12383", "body": "Mesyuarat\u00a0\nbersetuju menerima\u00a0\nkeputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dengan sighah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cDari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau\u00a0\nUlil Amri\u00a0\nadalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut. Justeru itu mengeluarkan zakat kepada\u00a0\nberkuasa agama adalah wajib\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nWalaupun dari segi syarak, mengagihkan\u00a0\nzakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah\u00a0\nsekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak dan cukup syaratnya tetapi\u00a0\nperbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah\u00a0\ndalam perkara kebaikan adalah\u00a0\nberdosa\n, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau\u00a0\nUlil Amri\u00a0\ndalam perkara kebaikan adalah wajib\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cMengenai hukum Qada Zakat, ia\u00a0\nwajib\u00a0\ndilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewrataan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12384", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa merokok adalah \nharam \ndari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12386", "body": "A. Bahawa :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Buku yang bertajuk \u201cAurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sekaligus Menjawab Tuduhan\u201d yang ditulis oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad dan isi kandungannya; dan \u201cManaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah\n\n\nas Suhaimi\u201d yang ditulis oleh Mohamad Taha as Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta mengelirukan dan boleh menyesatkan\n\n\nmasyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nB. Bahawa Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan dan Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhamad bin Abdullah as Suhaimi adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nC. Bahawa pengharaman ini meliputi :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di (A) di atas dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa\n\n\ntujuannyaatau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan dan pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan dan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau\n\n\npenunaian yang tidak diakuidan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Apa-apa jua bahan publisiti Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam termasuk mana-mana terbitan,ertinya apa-apa bahan termasuk suatu gambar, gambarfoto, poster, rajah, surat edaran, glanser filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas;\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fonografi, pita-pita rakaman suara manusia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup\n\n\ndan mengembangkan kumpulan ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nOrang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkannya filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih,\n\n\ndan semua pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12387", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada / duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12390", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-87 pada 27 Ogos 2014 telah berbincang dan mengambil keputusan seperti berikut :\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zakat wajib dikenakan terhadap emas pelaburan fizikal, emas akaun (passbook) dan emas maya (forex).\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Zakat emas pelaburan yang patuh syariah dikenakan bagi keseluruhan modal dan keuntungan dikategorikan sebagai zakat perniagaan.\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengadakan sesi penerangan dan penjelasan kepada semua pihak berkaitan emas pelaburan yang tidak patuh syariah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12393", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa :\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan mazhab Shafie,\u00a0\nsifat kenajisan babi masih kekal\u00a0\ndalam produk\u00a0\nbone china\u00a0\ndan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana\u00a0\nproses\u00a0\nistihalah\u00a0\ndianggap tidak berlaku\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nSekiranya penggunaan produk\u00a0\nbone china\u00a0\nyang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.\n\n\n\u00a0\n\n\nPeralatan atau perhiasan\u00a0\nbone china\u00a0\njuga\u00a0\ntidak mencapai tahap keperluan (\ndarurah\n)\n\u00a0kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, adalah diputuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada\u00a0\nabu tulang haiwan (\nbone china\n) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih\n\u00a0mengikut hukum syarak adalah\u00a0\ntidak diharuskan.\n\n\n\u00a0\n\n\nWalau bagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan\u00a0\nabu tulang haiwan (\nbone china\n) yang halal dimakan dan disembelih\n\u00a0mengikut hukum syarak adalah\u00a0\ndiharuskan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12395", "body": "Definisi mualaf:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Adalah orang yang baru memeluk Islam sama ada imannya dhaif ataupun imannya sudah kuat.\n\n\nii. Orang bukan Islam yang cenderung dan boleh dijinakkan hatinya kepada Islam.\n\n\niii. Orang bukan Islam harus menerima agihan zakat (dengan syarat mempunyai kecenderungan dan boleh dijinakkan hatinya kepada Islam berdasarkan kepada siasah dan maslahah secara hikmah bagi tujuan dakwah).\n\n\niv. Membenarkan penggunaan kod-kod yang dicadangkan bagi melancarkan perlaksanaan keseluruhan program-program dakwah kepada bukan Islam seperti yang tertera di dalam lampiran di bawah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12397", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah kerana mengandungi elemen-elemen antaranya seperti berikut:\n\n\n\n\nMempercayai bahawa Imam adalah Maksum (\u0645\u0639\u0635\u0648\u0645).\n\n\nMempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan Al-Askari sebagai Imam Mahdi bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan\u00a0(\u0627\u0644\u0631\u062c\u0639\u0629).\n\n\nMempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun al- Qur`an dengan sempurna dan menolak al-Qur`an yang disusun oleh para sahabat Nabi serta mempercayai bahawa al-Qur`an yang sebenar mengandungi tujuh belas ribu ayat kerana berlakunya penyelewengan (\u062a\u062d\u0631\u064a\u0641) melalui pengurangan atau penambahan ayat-ayat al-Qur`an.\n\n\nMengamalkan prinsip al-Taqiyyah (\u0627\u0644\u062a\u0642\u064a\u0629) iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan serta perbuatan yang ingin dilakukan.\n\n\nSayyidina Ali disamatarafkan dengan Allah S.W.T.\n\n\nMenghalalkan atau mengamalkan Nikah Mut\u2018ah (\u0646\u0643\u0627\u062d \u0645\u062a\u0639\u0629).\n\n\nMempercayai Khalifah dan Imamah adalah\u00a0sebahagian dari Rukun Islam dan diwasiatkan secara nas (\u0646\u0635).\n\n\nMempercayai Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang\u00a0berlaku kepada manusia (\u0627\u0644\u0628\u062f\u0627\u0621).\n\n\nMengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.\n\n\nMenuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu\u2019awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut pengikutnya adalah musuh Allah.\n\n\nMenambah Syahadah seperti berikut:\n\n\n\n\n\u0623\u0634\u0647\u062f \u0623\u0646 \u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\n\n\n\u0623\u0634\u0647\u062f \u0623\u0646 \u0645\u062d\u0645\u062f\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647\n\n\n\u0623\u0634\u0647\u062f \u0623\u0646 \u0639\u0644\u064a\u0627 \u0623\u0645\u064a\u0631 \u0627\u0644\u0645\u0624\u0645\u0646\u064a\u0646 \u062d\u0642\u0627\n\n\n12. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sekalipun hadith mutawatir dan hanya menerima hadith- hadith yang diriwayatkan oleh Imam-Imam Syiah.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n13. Menolak Ijma\u2019 Ulama\u2019.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n14. Menolak Qiyas.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n15. Menolak \u2018Aul (\u0639\u0648\u0644) dan\u00a0mendahulukan\u00a0Qurabah (\u0642\u0631\u0627\u0628\u0629) dari \u2018Asobah (\u0639\u0635\u0628\u0629) dalam pembahagian harta pusaka.\u00a0\n\n\n16. Mempercayai bahawa menziarahi kubur Sayyidina Husain akan mendapat ganjaran syurga.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n17. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n18. Mengharuskan solat jama\u2019 (\u0635\u0644\u0627\u0629 \u062c\u0645\u0639) dalam semua keadaan.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n19. Mengharamkan solat Dhuha (\u0635\u0644\u0627\u0629 \u0636\u062d\u0649).\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n20. Menetapkan prinsip Khumus (\u062e\u0645\u0633) sebagai kadar zakat.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n21. Menetapkan Islam bukan syarat wajib haji.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n22. Mewajibkan membasuh dan menyapu kedua-dua kaki ketika berwuduk.\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa-\n\n\n\n\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang atau menjadi pengikut ajaran Syiah dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan diri sebagai orang yang bermazhab Syiah melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan\u00a0fahaman\u00a0yang\u00a0bercanggah\u00a0dengan\u00a0ajaran\u00a0Islam yang sebenar.\n\n\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi ahli atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba\u00a0menghidupkan\u00a0kembali\u00a0ajaran\u00a0dan\u00a0fahaman\u00a0Syiah\u00a0sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa\u00a0perayaan,\u00a0sambutan\u00a0keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\napa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.\n\n\napa-apa\u00a0jua\u00a0bahan\u00a0publisiti\u00a0dan\u00a0sebaran\u00a0yang\u00a0menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.\n\n\nmana-mana\u00a0orang\u00a0Islam\u00a0adalah\u00a0juga\u00a0dilarang\u00a0memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah. Dan semua pihak adalah dilarang dan ditegah daripada memberi apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada golongan syiah ini daripada mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran syiah di negeri Selangor.\n\n\nmana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Selangor.\n\n\n\n\n3. Pembatalan\n\n\nFatwa tentang Fahaman Syiah [Sel. P.U.\u00a0\u00a015/1998] yang disiarkan pada 24 September 1998 dibatalkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12399", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12400", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-86 pada 18 Julai 2014 memutuskan bahawa\u00a0wang zakat boleh digunakan bagi pelaburan jangka pendek."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12401", "body": "\u201cMajlis Ugama Islam telah menimbang pandangan-pandangan dan perakuan-perakuan Jawatankuasa Fatwa mengenai perjalanan ajaran Aurad Islamailiah dan amalan zikir-zikirnya yang dibawa oleh Mahmud bin Haji Abdul Rahman, K/P. 1819096 dari Kg,\u00a0batu 5 Sik Kedah dan bersetuju mengambil ketetapan mengharamkan ajaran tersebut dari dibawa, diajar dan diamalkan oleh masyarakat Islam di negeri ini\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12403", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penubuhan Unit Anjing SAR Pertahanan Awam adalah diharuskan sekiranya ada keperluan yang mendesak seperti pengawalan keselamatan, mengesan penjenayah, mengesan mayat yang hilang dan sebagainya.\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Keharusan ini dengan syarat-syarat dan disiplin-disiplin tertentu yang ketat. Ini bagi mengelakkan ada golongan yang mengambil kesempatan dan fitnah yang akan timbul serta kekliruan yang akan berlaku terutama dikalangan masyarakat awam. Di antara disiplin dan syarat tersebut adalah seperti berikut:\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0Pegawai yang terlibat hendaklah mengetahui hukum hakam berhubung dengan status najis mughallazah ini, samada dari segi penggunaannya, pergaulannya, penyuciannya dan sebagainya.\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0Tidak ada unsure kezaliman terhadap binatang tersebut, seperti memastikan makan minumnya, kebersihannya, tempat tinggal serta tidak mendera dan sebagainya.\n\u00a0\n(c)\u00a0\u00a0Sekiranya binatang tersebut sakit, hendaklah diberi rawatan yang sepatutnya.\n\u00a0\n(d)\u00a0\u00a0Hendaklah binatang ini diajar,dilatih,sebagai anjing yang mua\u2019llam dan pada akhirnya terlatih, terarah, terpimpin dan mengikut arahan.\n\u00a0\n(e)\u00a0\u00a0Hendaklah dipastikan binatang tersebut tidak mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam terutama jiran tetangga yang paling hamper.\n\u00a0\n(f)\u00a0\u00a0\u00a0Pakaian yang digunakan semasa bertugas, berlatih dengan unit anjing SAR hendaklah pakaian yang bersesuaian, ditanda dan diasingkan daripada pakaian-pakaian lain, juga penyuciannya dipastikan mengikut kaedah sebenarnya terutama tempat terkena basahan (air liur) najis mughallazah.\n\u00a0\n(g)\u00a0\u00a0Penggunaan unit ini hendaklah dibataskan untuk tujuan menjalankan tugas atau latihan biasa atau kemahiran bukan tujuan untuk hiburan atau bersiar-siar.\n\u00a0\n(h)\u00a0\u00a0Penempatan unit ini hendaklah di penempatan tersendiri dan dipastikan najisnya tidak bersepah di merata-rata, bahkan najisnya hendaklah ditempatkan dan dibuang di tempat tertentu.\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Disyaratkan juga binatang ini mengikut syarat-syarat binatang yang dibuat pemburuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12405", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa :\n\n\n\u00a0\n\n\nIslam sangat menitik beratkan persoalan nasab dan apabila telah ada dalil yang mengisbatkan nasab, maka penafiannya tidak boleh diterima melainkan dengan kaedah\u00a0\nLi\u2019an\u00a0\nkerana\u00a0\nLi\u2019an\u00a0\ntelah sabit melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma\u2019dan merupakan suatu amalan\u00a0\ntaabudiah\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nMajma\u2019Fiqh al Islami yang bersidang pada 21 \u2013 26 Syawal 1422 bersamaan 5 \u2013 10 Januari 2002 telah memutuskan bahawa untuk mengisbatkan nasab, penggunaan DNA dibenarkan dan dilakukan atas perintah mahkamah hanya dalam kes pertelingkahan ketidaktahuan nasab anak atas pelbagai sebab, kes kekeliruan atau pertukaran anak di hospital atau pusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-anak yang hilang atas sebab bencana alam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Majma\u2019al-Fiqh al-Islami menetapkan bahawa DNA tidak boleh digunakan untuk menafikan nasab anak apalagi digunakannya mendahului kaedah\u00a0\nli`an\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nAdalah ditegaskan oleh para Fuqaha\u2019yang telah bersepakat bahawa penafian nasab anak melalui kaedah\u00a0\nli\u2019an\u00a0\nperlu dilakukan dengan kadar segera (\n\u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0641\u0648\u0631\n) dan jika penafian nasab tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, maka gugurlah hak penafian nasab tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nMerujuk kepada Mazhab Shafie, terdapat dua pandangan iaitu dalam\u00a0\nqaul qadim\u00a0\ndan\u00a0\nqaul jadid\n. Dalam\u00a0\nqaul qadim\n, Imam Shafie menetapkan bahawa penafian hendaklah berlaku sejurus diketahui kelahiran bayi tersebut. Sekiranya penafian tidak dibuat, bermakna seseorang itu telah mengakui bahawa bayi tersebut adalah anaknya. Namun begitu, dalam\u00a0\nqaul jadid\n, penafian tidak semestinya secara terus. Ia memerlukan masa sebelum sesuatu keputusan diambil memandangkan ia merupakan satu perkara yang penting. Ia boleh ditangguhkan sehingga tiga hari dan penangguhan hanya boleh berlaku atas sebab-sebab keuzuran.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, berdasarkan penegasan dan pandangan para ulama\u2019 mengenai tempoh segera bagi melakukan\u00a0\nli\u2019an\u00a0\nuntuk menafikan nasab anak, seseorang yang hendak melakukan\u00a0\nli\u2019an\u00a0\nbagi penafian nasab anaknya perlu mempunyai tempoh waktu yang munasabah sebelum membuat keputusan demi mengelakkan sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian, adalah diputuskan bahawa tempoh segera bagi seseorang bapa yang hendak melakukan\u00a0\nli\u2019an\u00a0\nbagi menafikan nasab anaknya adalah bermula daripada tarikh isterinya disahkan mengandung sehinggalah tiga (3) hari selepas bersalin. Penafian setelah tempoh munasabah tersebut adalah tertolak dan anak tersebut adalah sah dan sabit sebagai anaknya.\n\n\n\u00a0\n\n\nAdalah diputuskan supaya garis panduan untuk menjalankan ujian DNA oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah diperketatkan lebih-lebih lagi dalam isu untuk menafikan nasab kerana DNA hanya sekadar\u00a0\nqarinah\u00a0\natau sokongan semata-mata dan tidak boleh dijadikan bukti utama.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12406", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-87 pada 27 Ogos 2014 telah membincangkan dan memutuskan bahawa wang yang diterima daripada para pembayar yang tidak dikenalpasti pembayarannya adalah dikategorikan sebagai zakat harta."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12412", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa :\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0\u00a0Insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12414", "body": "\ufeff\n\n\n\n\nApa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.\n\n\nWalau bagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.\n\n\nMemberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (\nsms\n) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.\n\n\nMesyuarat juga memutuskan untuk menerima pakai Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam dan bersetuju agar garis panduan ini diterbitkan dalam bentuk risalah atau edaran yang bersesuaian untuk makluman awam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12415", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan bahawa di dalam Islam tiada sebarang nas yang mewajibkan seseorang yang baru memeluk Islam dipanggil muallaf. Sebutan dan had tempoh panggilan muallaf ini lebih bersifat\u00a0\nurf\u00a0\nsemata-mata.\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat juga mengesyorkan agar pihak\u00a0Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mengambil tindakan untuk menentukan tempoh had muallaf\u00a0berdasarkan\u00a0\nuruf\u00a0\ndi Negeri Sembilan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12416", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-80 pada 15 Disember 2011 telah membincangkan dan memutuskan bahawa:\u00a0\n\u00a0\nBahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng\u00a0daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan haram diamalkan; dan\nCiri-ciri penyelewengan fahaman dan ajaran Syiah ini adalah seperti berikut:\nImam adalah \nma\u2019sum\nKemunculan Imam Mahdi bersama orang yang telah mati\nBerpura-pura\nMenyanjung Saidina Ali secara keterlaluan\nMenghalalkan nikah \nmut\u2019ah\nMenambah Syahadah\nMenolak hadis yang diriwayatkan oleh ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis mutawatir\nMenolak \nIjma\u2019\nMenolak \nQias\n\u00a0Menziarah kubur Saidina Husain ganjarannya syurga\nMenyeksa tubuh badan semperna 10 muharram\nMenghina isteri-isteri nabi\nMengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan.\nSembahyang Dhuha adalah \nbid\u2019ah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12418", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah memutuskan bahawa pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam mengikut asnaf-asnaf yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12419", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 1/1433H yang bersidang pada 21 Mac 2012 bersamaan 28 Rabi\u2019ul Akhir 1433H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa\u00a0harus\u00a0melakukan akad nikah menerusi sidang video dan ia merupakan akad yang diterima syarak dengan menegaskan bahawa para fuqaha\u2019 bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah\u00a0dilakukan dalam satu majlis\u00a0\n(ittihad al-majlis)\n\u00a0supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan\u00a0\nijab\n\u00a0dan\u00a0\nqabul.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat\u00a0\nIttihad al-Majlis\n\u00a0kerana ia dikelaskan sebagai\u00a0\nIttihad al-Majazi\n, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan\u00a0syarat-syarat\u00a0seperti yang berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan.\n\n\nTidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.\n\n\nCukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak.\n\n\nDigalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.\n\n\nTerdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya.\n\n\nTertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12430", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Khat yang berkaitan dengan dua kalimah syahadah, ayat Al-Quran, Al-Hadis, kalimah zikir dan sebagainya, dengan membentuk huruf-huruf dan tulisan tersebut menjadi seperti bentuk manusia dan haiwan adalah dilarang.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penulisan ayat Al-Quran dan Hadis dalam bentuk khat yang sukar untuk dibaca dan boleh berlaku kesalahan dalam pembacaan adalah dilarang, kecuali dijelaskan dibawahnya dengan tulisan yang terang lagi boleh dibaca."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10910", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2014-1435H yang bersidang pada 24 April 2014 bersamaan 24 Jumada al-Akhirah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-49 berkenaan Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan seumpamanya tidak dianggap harta pusaka.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10911", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2014-1435H yang bersidang pada 24 April 2014 bersamaan 24 Jumada al-Akhirah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-49 berkenaan Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan / Swasta dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum sembahyang jamak kerana\u00a0kerana rawatan penyakit\u00a0kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah harus.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10912", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa 3/1430 pada 14 Sya\u2018ban 1430H bersamaan 5hb Ogos 2009 telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u2018Uruf emas perhiasan bagi wanita Islam di Negeri Sembilan adalah pada kadar 200 gram dan sekiranya melebihi daripada had kadar tersebut maka hendaklah dikeluarkan zakatnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u2018Uruf emas perhiasan adalah mengikut timbangan emas (gram) dan bukannya dalam bentuk nilai.\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0Kaedah penaksiran zakat emas perhiasan hendaklah dibuat setelah ditolak kadar \u2018uruf\u00a0emas perhiasan.\n\n\n\u00a0\n\n\nDato\u2019 Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad\n\n\nMufti Kerajaan Negeri,\n\n\nNegeri Sembilan Darul Khusus"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10913", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2014-1435H yang bersidang pada 22 Mei 2014 bersamaan 22 Rajab 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-60 berkenaan Hukum Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan\u00a0banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus warta : tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10914", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2014-1435H yang bersidang pada 22 Mei 2014 bersamaan 22 Rajab 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-56 berkenaan Sembahyang Jumaat Banduan Di Dalam Penjara Dan Seumpamanya dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat telah memutuskan bahawa hukum sembahyang Jumaat ke atas banduan di\u00a0penjara dan seumpamanya adalah \nwajib\n dan Jabatan Penjara Malaysia hendaklah membenarkan para banduan menunaikan sembahyang Jumaat kecuali bagi mereka yang didapati boleh menimbulkan ancaman seperti ancaman keselamatan, sosial dan sebagainya.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10915", "body": "Keputusan\u00a0Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa 3/1430 Pada 14 Sya\u2018Ban 1430H bersamaan 5hb Ogos 2009 seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengguna-pakai pengiraan fidyah puasa mengikut Mazhab Syafi\u2018I, iaitu satu cupak beras atau nilai \u00bc daripada zakat fitrah semasa bagi satu hari puasa yang ditinggalkan, dan fidyah puasa ini digandakan sekiranya puasa yang tertinggal tidak diqadha\u2019 hingga masuk bulan Ramadhan yang baru.\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dalam sesetengah keadaan, seseorang/wakil yang tidak mampu membayar jumlah fidyah puasa tersebut, maka pengiraan fidyah puasa mengikut Mazhab Hanafi boleh diguna-pakai, iaitu setengah gantang beras atau nilai \u00bd daripada zakat fitrah semasa bagi satu hari puasa yang ditinggalkan tanpa gandaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembayaran fidyah puasa dalam bentuk nilai\u00a0beras adalah harus.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pusat Zakat Negeri Sembilan bolehlah menerima pembayaran fidyah puasa dan pengagihannya hendaklah diserahkan kepada Baitul Mal Negeri Sembilan\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10916", "body": "Haram \npemakaian pakaian tentera atau sebagainya yang tertera kalimah Allah dan Muhammad pada mayat orang Islam atau bukan Islam dalam upacara pengebumian dan sebagainya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10917", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Ramadhan 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-105 berkenaan Kedudukan Amalan Khurafat Di Pulau Besar Melaka dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1.Setelah mendengar pembentangan S.S Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Jawatankuasa Fatwa mendapati bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\na. Perbuatan memohon hajat, berdoa dan bermeditasi serta bertawassul di sisi kubur-kubur yang ada di sekitar Pulau Besar merupakan amalan\u00a0\nghuluw\n\u00a0yang boleh membawa kepada syirik.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Perbuatan memuja dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan daripada sesuatu objek seperti di kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Tok Janggut, kubur Nenek Kebayan, Tempayan Pecah, Batu Belah, Gua Yunus, perigi Nenek Kebayan, Tasik Bunian, Tasik Biawak dan pokok disula adalah syirik.\n\n\n\u00a0\n\n\nc. Perbuatan membaca Surah Yasin, membuat tahlil seterusnya mendoakan hajat bagi pihak orang bukan Islam dengan tujuan supaya permintaan mereka tercapai adalah dilarang oleh Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nd. Perbuatan mandi di Perigi Nenek Kebayan dan Tempayan Pecah, menjadikan batu-batu atau objek yang diambil daripada perigi sebagai azimat, membakar colok di sekitar kawasan kubur dan pokok-pokok dengan mempercayai ia boleh memberi manfaat atau mudharat adalah perbuatan khurafat yang jelas dilarang oleh Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\ne. Perbuatan menjamu orang ramai dengan daging yang dinazar oleh orang Islam dan bukan Islam adalah perlu dihentikan.\n\n\n\u00a0\n\n\nf. Menjual poster yang dipercayai sebagai gambar para sahabat nabi adalah haram dan hendaklah dihentikan.\n\n\n\u00a0\n\n\ng. Amalan membaca tahlil ketika upacara menaik dan menurunkan bendera serta berjalan kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi serta perbuatan menyapu dan menjirus cairan cendanan berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Sheikh Ismail adalah khurafat yang perlu ditegah.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.Berdasarkan dapatan kajian tersebut, Jawatankuasa Fatwa bersetuju memutuskan bahawa amalan dan perbuatan yang disebut di atas adalah merupakan perkara\u00a0\nbida\u2019ah dhalalah\u00a0\ndan khurafat yang amat ditegah oleh syarak dan perlu dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada syirik.\n\n\n\u00a0\n\n\n3.Sehubungan itu juga Jawatankuasa Fatwa menggesa supaya\u00a0\ntindakan penguatkuasaan\n\u00a0bagi membenteras amalan khurafat di Pulau Besar dilaksanakan segera oleh Kerajaan Negeri Melaka. Penjelasan dan kesedaran kepada masyarakat awam hendaklah dilaksanakan supaya amalan khurafat yang berleluasa di Pulau Besar tersebut dapat dihentikan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10918", "body": "Hukum Pelaksanaan Jualan Semula Hartanah Wakaf Untuk Tujuan Pelaburan Hartanah \n\n\n\u00a0\n\n\n1. Tidak harus menjual semula harta wakaf untuk tujuan pelaburan, kerana tujuan wakaf adalah memberi manfaat yang berterusan kepada pewakaf.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Penggunaan kumpulan wang wakaf\u00a0Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hanya dibelanjakan untuk pembelian atau pembiayaan aset kekal sahaja dan bukan untuk pelaburan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber: \nhttp://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/369-hukum-pelaksanaan-jualan-semula-hartanah-wakaf-untuk-tujuan-pelaburan-hartanah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10919", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Sya\u2019ban 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-69 berkenaan Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan\u00a0Seumpamanya dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat\u00a0telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang;\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca;\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca;\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10920", "body": "Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 1/1430 pada 7 Rejab 1430H bersamaan 30hb Jun 2009M\n\n\n\u00a0\n\n\nMengesyorkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa bahawa kambing boer berumur enam hingga 12 boleh dijadikan binatang qurban dan aqiqah. Ini juga pendapat Waqi\u2019 yang menyatakan usia 6 atau 7 bulan seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Qudamah dalam al-Mughni."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10924", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0\u00a0Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha\u2019yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Jumhur fuqaha\u2019juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, adalah diputuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0\u00a0bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;\n\n\nb.\u00a0\u00a0susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan\n\n\nc.\u00a0\u00a0umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.\n\n\n\u00a0\n\n\nv.\u00a0\u00a0\u00a0Hujah\u00a0\nthabitan\u00a0\nini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.\n\n\n\u00a0\n\n\nvi.\u00a0\u00a0Adalah diputuskan juga bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nvii.\u00a0Manakala susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama\u2019 mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.\n\n\n\u00a0\n\n\nviii.\u00a0Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka adalah diputuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12254", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Sya\u2019ban 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-69 berkenaan Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian) dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat telah memutuskan bahawa menulis dan menerbit bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, hadis beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian) adalah dilarang bagi mempastikan kesucian dan kehormatan agama Islam terpelihara.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11745", "body": "HUKUM PENYALURAN HASIL GHARAMAH INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KE BAITULMAL\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Keharusan mengenakan Gharamah ke atas penerima biaya yang mungkir adalah berasaskan Hadis Rasulullah S.A.W. yang menyifatkan kelewatan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman dan boleh memudharatkan Institusi Kewangan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Gharamah yang dihasilkan dalam Institusi Kewangan Islam perlu disalurkan kepada Institusi yang berkait secara khusus dengan umat Islam supaya ianya tidak disalahgunakan.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam hendaklah disalurkan ke Baitulmal bagi memastikan penggunaan harta tersebut menepati Maslahat Ammah umat Islam selaras dengan kedudukan dan fungsi Baitulmal sebagai Institusi tertinggi dalam menguruskan wang dan harta umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11922", "body": "Ajaran Azhar bin Wahab adalah menyalahi akidah, syariah serta akhlak Islam. Oleh itu, segala bentuk kefahaman yang dibawa dari ajaran tersebut adalah dilarang daripada diamalkan, dipelajari dan dilarang mengajarnya. Semua pihak yang terlibat dengan ajaran tersebut hendaklah bertaubat dengan segera."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10313", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Kajian Semula Hukum Penggunaan Vaksin \nMeningitis Monumen\n. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti formulasi dan proses terbaru dalam penghasilan Vaksin \nMenomune\n yang bebas daripada penggunaan sebarang sumber haiwan beserta fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Meningitis Monumen yang dikeluarkan oleh Sanofi Pasteur adalah diharuskan.\n\n\n\n\n\n\nOleh yang demikian, status pengharaman terhadap vaksin tersebut yang telah diputuskan pada Muzakarah kali Ke-53 tarikh 27 November 2002 adalah dibatalkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10314", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Kedudukan Amalan Khurafat Di Pulau Besar Melaka. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tSetelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tPerbuatan memohon hajat, berdoa dan bermeditasi serta bertawassul di sisi kubur-kubur yang ada di sekitar Pulau Besar merupakan amalan \nghuluw\n yang boleh membawa kepada syirik.\n\r\n\t\t\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tPerbuatan memuja dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan daripada sesuatu objek seperti di kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Tok Janggut, kubur Nenek Kebayan, Tempayan Pecah, Batu Belah, Gua Yunus, perigi Nenek Kebayan, tasik bunian, tasik biawak dan pokok disula adalah syirik.\n\r\n\t\t\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tPerbuatan membaca Surah Yasin, membuat tahlil seterusnya mendoakan hajat bagi pihak orang bukan Islam dengan tujuan supaya permintaan mereka tercapai adalah dilarang oleh Islam.\n\r\n\t\t\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tPerbuatan mandi di Perigi Nenek Kebayan dan Tempayan Pecah, menjadikan batu-batu atau objek yang diambil daripada perigi sebagai azimat, membakar colok di sekitar kawasan kubur dan pokok-pokok dengan mempercayai ia boleh memberi manfaat atau mudharat adalah perbuatan khurafat yang jelas dilarang oleh Islam.\n\r\n\t\t\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tPerbuatan menjamu orang ramai dengan daging yang dinazar oleh orang Islam dan bukan Islam dan menjual poster yang dipercayai sebagai gambar para sahabat nabi adalah meragukan dari aspek hukum syarak dan perlu dihentikan.\n\r\n\t\t\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tAmalan membaca tahlil ketika upacara menaik dan menurunkan bendera serta berjalan kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi serta perbuatan menyapu dan menjirus cairan cendanan berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Sheikh Ismail adalah khurafat yang perlu ditegah.\n\r\n\t\t\t\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan dapatan kajian tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan dan perbuatan yang dilakukan di Pulau Besar Melaka adalah merupakan perkara \nbida\u2019ah dhalalah \ndan khurafat yang amat ditegah oleh syarak dan perlu dihentikan segera kerana ianya boleh membawa kepada syirik.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSehubungan itu juga, Muzakarah menggesa supaya \ntindakan penguatkuasaan\n bagi membenteras amalan khurafat di Pulau Besar dilaksanakan segera oleh Kerajaan Negeri Melaka. Penjelasan dan kesedaran kepada masyarakat awam hendaklah dilaksanakan supaya amalan khurafat yang berleluasa di Pulau Besar tersebut dapat dihentikan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10315", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Penghasilan Monosodium Glutamat (Msg) Menggunakan Mikro Organisma Terubahsuai. Muzakarah telah memutuskan:\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSetelah meneliti proses pengubahsuaian genetik dan teknologi baru dalam proses penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) beserta fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa bakteria penderma iaitu Lactic Acid Bacteria yang digunakan adalah diperolehi daripada \u201dIntestines Of Human Adult\u201d (usus orang dewasa) yang kemudiannya telah dipencilkan serta dipurifikasikan.\n\n\t\u00a0\n\n\nBerdasarkan proses dan sumber bakteria yang dikemukakan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Penggunaan Mikro Organisma Terubahsuai iaitu Lactic Acid Bacteria yang diperolehi daripada \u201dIntestines Of Human Adult\u201d (usus orang dewasa) dalam teknologi baru penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) adalah \ndibenarkan \nkerana bakteria yang digunakan tersebut dikategorikan sebagai \nmutanajjis\n dan ianya telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang tidak menyalahi hukum Syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10316", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Hukum Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan Penyelidikan. Muzakarah telah memutuskan:\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tSetelah meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Malaya dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah juga menegaskan bahawa hukum asal pendermaan jasad atau mayat manusia adalah haram kerana Islam amat menitikberatkan penghormatan ke atas jasad manusia sama ada sewaktu mereka masih hidup ataupun selepas mati. Terdapat banyak nas-nas syarak berhubung dengannya, antaranya suruhan tajhiz al-mayyit seperti mandi, kafan, solat dan pengkebumian, larangan mencincang jasad mayat dan sebagainya.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah berpandangan bahawa dalam konteks Malaysia, pendermaan jasad atau mayat orang Islam dan keperluan penggunaan jasad si mati untuk tujuan penyelidikan masih belum berada pada tahap mendesak. Keperluan terhadap penggunaan mayat untuk tujuan penyelidikan masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada. Selagi mana kaedah alternatif boleh dikemukakan sebagai jalan keluar, maka ia menjadi pilihan yang mesti diambil tanpa perlu mengharuskan pendermaan jasad atau mayat orang Islam.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0Sehubungan itu, selaras dengan penegasan syarak tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t(i) Prinsip kemuliaan mayat dan kewajipan menghormatinya perlu diikuti sebagaimana kaedah:\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n????? ?? ????? ???????\n\n\nMaksudnya: \nAsal kepada perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan\n\n\nKaedah ini bersandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW:\n\n\n\n\n??????? ??????????? ??????????????? ??????????????? ?????????? ??????? ?????????? ?????????? ????? ??? ?????????? ????? ??? ?????????? ?????\n\n\n\r\n\tMaksudnya: \nDarah-darah kamu, harta-harta kamu, dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri kamu ini.\n (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\t(ii) Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaannya adalah menceroboh prinsip penghormatan tersebut.\n\n\n(iii) Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau dharurah kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10329", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Kajian Semula Asal Usul Tiupan Rouse Dan Last Post. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan dan Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.\n\n\n2. Berdasarkan dapatan penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:\n\n\n\n\nTiada unsur \ntashabbuh\n dalam Tiupan Rouse dan Last Post kerana tiupan tersebut hanya sebagai penghormatan Negara.\n\n\t\u00a0\n\n\nDalam agama Kristian sendiri tidak mengamalkan tiupan dalam aktiviti harian mereka mahupun di gereja. Tiupan Rouse dan Last Post tidak bersumberkan dari agama Kristian\n\n\t\u00a0\n\n\nMotif penggunaan Tipan Rouse dan Last Post pada masa kini adalah sebagai alat komunikasi tentera dan ditiup di dalam kem.\n\n\t\u00a0\n\n\nPenggunaan Tiupan Rouse dan Last Post adalah universal. Ia bermula apabila berlaku pertembungan di antara Barat dan Kerajaan Islam Uthmaniah, malah Barat juga mengambil dan mengubahsuai penggunaan muzik dari Kerajaan Islam Uthmaniah.\n\n\t\u00a0\n\n\nTidak ada ulama di Negara-negara Islam yang merdeka yang mengharamkan penggunaan alat-alat muzik dalam tentera.\n\n\t\u00a0\n\n\nDidapati bahawa dalam lirik Rouse dan Last Post juga hanya menunjukkan kata-kata semangat dan tiada unsur-unsur syirik dan \nlagha.\n\n\n\n\n3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Tiupan Rouse dan Last Post tidak mengandungi unsur syirik, tashabbuh dan tidak bersumberkan kepada amalan agama Kristian atau Yahudi.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0 Muzakarah juga berpandangan bahawa walaupun muzik atau bunyi-bunyian tiada halangan di dalam Islam, tetapi ia dibenarkan selagimana tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam hal ini Muzakarah menegaskan bahawa penggunaan bunyi-bunyian atau muzik tidak perlu dilaksanakan dalam pengurusan jenazah orang Islam samada dalam tentera atau sebagainya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12300", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke - 81 yang bersidang pada 19 April 2012, telah membincangkan mengenai Hukum Orang Islam Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang-Lambang Agama Lain, Contohnya Salib Dan Seumpamanya, Mesyuarat telah memutuskan bahawa\u00a0orang Islam adalah \ndilarang\n menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib dan seumpamanya sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12225", "body": "Oleh yang demikian, seorang wanita yang uzur syarie adalah diharamkan membaca Al-Quran walaupun ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10928", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-20 telah bersidang pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima sighah penjelasan hukum seperti berikut:-\n\u00a0\n1. Jumhur ulama\u2019 sepakat bahawa upacara akad nikah adalah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid.\n\u00a0\n2. Para ulama\u2019 mazhab dan sebahagian ulama\u2019 semasa\u00a0telah memberikan garis panduan bahawa akad nikah tersebut mestilah tidak boleh bercampur dengan aktiviti yang bercanggah dengan agama. Keharusan hukum asal tersebut boleh bertukar menjadi haram jika bercampur di dalam majlis akad nikah tersebut dengan perkara-perkara haram.\n\u00a0\n3. Dalil khusus yang telah melarang upacara akad nikah dilangsungkan di masjid kerana mempunyai elemen tasyabbuh dengan agama bukan Islam adalah tidak disentuh oleh para ulama\u2019 mazhab dan ulama\u2019 semasa\n.\n\u00a0\nAdab-adab ketika di masjid:\nBerpakaian menutup aurat dengan sempurna.\nDisunatkan iktikaf di masjid.\nMenghormati jemaah lain yang sedang beribadah di masjid.\nDisunatkan dengan solat Tahiyatul Masjid.\nTidak bercampur dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.\nPengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam dewan solat masjid.\nBarang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.\nHanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan.\nDilarang bergambar bergaya secara melampau di dalam masjid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10929", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-20 telah bersidang pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima sighah penjelasan hukum seperti berikut:-\n\u00a0\nMenurut pendapat Jumhur (Ulama Mazhab Syafi\u2019e, Hanafi, Maliki dan Hanbali) bahawa haiwan yang tinggal di dalam air semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Fathir ayat 12 dan Surah Al-Maidah ayat 96.\n\u00a0\nBerdasarkan hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi juga menjelaskan bahawa Allah SWT tidak membezakan antara haiwan hidupan laut yang dinamakan oleh manusia sebagai ikan semata-mata tetapi termasuk juga babi laut yang tidak membawa maksud kepada babi yang ada.\nIni menunjukkan bahawa dalil-dalil di atas menyokong semua jenis hidupan laut sama ada ditangkap atau diambil semasa hidup mahu pun mati adalah halal dimakan dan sama ada mati terapung atau pun mati sebaliknya.\nSehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama\u2019 yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan termasuklah Temilok."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12173", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 9/2013-1434H yang bersidang pada 27 Ogos 2013 bersamaan 20 Syauwal 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-83 bertarikh 22 - 24 Oktober 2008 dengan menegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesempurnaan hidup umatnya, terutama anak-anak yang kehilangan ahli keluarga mereka. Oleh itu, Mesyuarat berpandangan bahawa dalam melaksanakan Wasiat Wajibah adalah harus mengambil pandangan yang menyatakan bahawa\u00a0\nberwasiat kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu\n\u00a0adalah merupakan suatu\u00a0\nkewajipan yang perlu dilaksanakan.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa dalam kes di mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu berhak untuk menerima Wasiat Wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau nenek. Sekiranya bahagian ibu atau bapa adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar tidak melebihi 1/3.\n\n\n\u00a0\n\n\nPelaksanaan Wasiat Wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nAnak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima Wasiat Wajibah.\n\n\nHendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.\n\n\nCucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu atau ta\u2019sib maka mereka tidak layak untuk mendapat Wasiat Wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding Wasiat Wajibah.\n\n\nSekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah daripada harta pusaka datuk.\n\n\nSekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan. Maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut.\n\n\nAnak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain.\n\n\nPembahagian Wasiat Wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.\n\n\nPembahagian Wasiat Wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKeterangan/Hujah:\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMajoriti fuqaha\u2019 berpendapat bahawa hokum wasiat adalah sunat dan umat Islam digalakkan untuk berwasiat kepada ahli-ahli keluarga yang tidak mendapat pembahagian pusaka dengan kadar tidak melebihi 1/3.\n\n\nIbn Hazm al-Zahiri berpendapat bahawa wajib berwasiat kepada kaum kerabat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka. Menurut Ibn Hazm, penurunan ayat pusaka yang menerangkan hak faraid bagi waris-waris tidak menasakhkan kewajipan berwasiat bahkan penurunan ayat wasiat tersebut dikhususkan bagi ahli-ahli waris yang tidak mendapat pusaka disebabkan oleh halangan-halangan tertentu.\n\n\nDalam hal ini Ibn Hazm menegaskan bahawa kewajipan itu tidak akan gugur meskipun selepas kematian seorang muslim dan menjadi kewajipan kepada waris atau pentadbir harta untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut menurut kadar yang berpatutan tanpa menimbulkan kesusahan kepada waris-waris yang ditinggalkan.\n\n\nWasiat Wajibah perlu dilihat dari segi maksud dan hikmah serta bagaimana pelaksanaannya kerana wasiat wajibah dilihat dapat mengatasi isu kematian serentak yang berlaku terhadapdatuk atau nenek bersama anak yang masih mempunyai anak-anak (cucu) yang masih hidup.\n\n\nDalam sistem pembahagian pusaka Islam, cucu tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka datuk atau nenek disebabkan mereka terdinding oleh bapa saudara dan ibu saudara. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan tentang kebajikan dan masa depan cucu-cucu ini terutama sekali sekiranya mereka masih kecil. Lebih memburukkan lagi keadaan sekiranya ibu bapa mereka meninggal dunia pada usia muda dan tidak meninggalkan harta untuk diwarisi oleh anak-anak bagi meneruskan kehidupan.\n\n\nDalam melaksanakan Wasiat Wajibah, harus mengambil pandangan Ibn Hazm az-Zahiri demi kepentingan keluarga terutamanya anak-anak yang menjadi yatim piatu.\n\n\nSebahagian negeri tidak mengkanunkan pelaksanaan Wasiat Wajibah kerana ia tidak mengikut pandangan Mazhab Syafie. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa meminta supaya negeri-negeri memfatwakan kerana asas pelaksanaannya adalah maslahah dan kebajikan insan. Dalam situasi hidup pada hari ini, maslahah ahli-ahli waris yang dalam keadaan memerlukan tetapi terhalang daripada mendapat bahagian pusaka, perlu ditentukan mengikut\u00a0\nMaqasid Syariyyah.\n\n\nWasiat Wajibah boleh dianggap sebagai\u00a0\nbadal\u00a0\natau ganti kepada faraid. Oleh itu, pelaksanaannya juga perlu didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat\u00a0\nikhtiyariyyah\n\u00a0dan hutang piutang.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan :\u00a0Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12197", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10757", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang\u00a0Bil. 2/2012 yang bersidang pada 29 Mac 2012\u00a0telah membincangkan\u00a0mengenai Hukum Berzikir Dan Berdoa Secara Israr Atau Jahr. Mesyuarat memutuskan bahawa hukum berzikir dan berdoa secara\u00a0\nisrar\n\u00a0atau\u00a0\njahr\n\u00a0adalah seperti berikut :\n(i) Bagi orang yang sembahyang seorang diri\u00a0dan makmum adalah lebih baik\u00a0berdoa dengan suara yang perlahan sekadar hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri.\n(ii) Manakala dalam sembahyang berjamaah pula adalah sunat bagi imam membaca\u00a0doa dengan suara yang boleh didengari oleh jamaahnya jika ia bertujuan untuk\u00a0mengajar mereka (jemaah), atau untuk mereka sama-sama mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam dengan syarat janganlah sampai mengganggu para\u00a0jamaah Iain yang sedang melaksanakan sembahyang, beriktikaf dan sebagainya.\n(iii) Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari Rahimahullah bahawa Imam Ibnu Hajar Rahimahullah berkata : \"\nAdapun berlebih-lebihan pada mengangkat suara di dalam masjid ketika membaca zikir dan doa sekiranya mengganggu orang yang sedang mengerjakan sembahyang, maka sayugia dihukumkan haram\"\n. (Hasyiah l'anah Al-Tholibin, Jilid 1 , Halaman 186)\n(iv) Berkata Al-lmam Al-Syafie di dalam Al-Umm :\u00a0\n\"Saya memilih bagi imam dan makmum hendaklah berzikir ke hadrat Allah setelah memberi salam, mereka melakukannya secara perlahan kecuali Imam yang bermaksud supaya dapat diikuti, maka boleh dengan suara yang keras dan\nsetelah mengetahui bahawa makmum telah dapat mengikutinya, maka kembali betzikir dengan suara yang perlahan\"\n\u00a0(Hasyiah l'anah Al-Tholibin, Jilid 1 , Halaman 185)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12104", "body": "1. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2012 yang bersidang pada 29 Mac 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Bernasyid. Mesyuarat memutuskan bahawa:\n(i) Suara wanita bukan aurat. lni bererti mereka bebas bersuara, mengajar, belajar, berjual beli, berbual dan sebagainya.\n(ii) Hukum wanita menyanyi adalah tidak haram.\n(iii)\u00a0Hukum mendengar nyanyian wanita adalah makruh dan tidak digalakkan sekalipun dijamin aman dari\u00a0fitnah.\n(iv)\u00a0Nyanyian yang disertai dengan gaya yang menghairahkan, tarian dan solekan\u00a0yang melampau apatah Iagi mendedahkan aurat jika ditontoni oleh lelaki yang\u00a0\u00a0ajnabi adalah haram.\n2. Lantaran itu jika kaum wanita hendak bernasyid, maka bolehlah mengambil\u00a0panduan berikut :\n(i) Mesti menjaga adab-adab iaitu menutup aurat, tidak mengerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah, tidak bersolek dan berpakaian sempurna seperti yang dituntut ke atas wanita muslimah.\n(ii) Hendaklah memastikan suasana majis tiada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.\n(iii) Persembahan hendaklah atas tujuan untuk berdakwah dan menanam\u00a0kesedaran Islam serta bukan untuk berhibur semata-mata seperti diadakan\u00a0tazkirah atau zikir kepada Allah. Peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk\u00a0memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam yang syumul."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12321", "body": "UNDANG - UNDANG MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1966\n(Enakmen Bil .2 Tahun 1966)\nPEMBERITAHUAN DIBAWAH SEKSYEN 15.\n\u00a0\nPada menjalankan kuasa \u2013kuasa yang diberi oleh seksyen 15 Undang-Undang Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, Majlis mengisytiharkan perkara-perkara yang diperihalkan dalam jadual sebagai penerbitan yang ditegah kerana mempunyai perkara-perkara yang bertentangan dengan Hukum Syarak atau ajaran Ugama Islam atau mana-mana fatwa yang diluluskan oleh Undang-Undang.\n\u00a0\nJADUAL\n\u00a0\nTajuk Penerbit: Hadis Satu Penilaian Semula\nPengarang: Kassim Ahmad\n\u00a0\nPenerbit: Media Intelek Sdn. Bhd. Wisma FAM, Peti Surat 6640, 47308 Petaling Jaya, Selangor\n\u00a0\nBahasa: Melayu"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12331", "body": "Perbincangan mengenai perkara ini dimulakan dengan menilai kertas kerja yang disediakan oleh pihak JAKIM. Mesyuarat dimaklumkan bahawa isu ini telah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 93 yang bersidang pada 21 Februari 2011.\nOleh kerana belangkas sudah menjadi hidangan popular di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, perbincangan mengenai perkara ini perlu dibuat supaya pertanyaan orang ramai mengenai persoalan ini dapat dijawab. Keputusan: Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:\n(i). Setelah menilai keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat berpandangan bahawa tiada nas qatie\u2019 yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar haiwan hidupan air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup dilaut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup didarat kerana bernafas menggunakan insang.\n(ii). Sehubungan itu, selaras dengan Pandangan Jumhur Ulama\u2019 yang mengatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, Maka mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging / isi dan telur belangkas adalah diharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12332", "body": "Perbincangan mengenai perkara ini dimulakan dengan menilai kertas kerja yang disediakan oleh pihak JAKIM. Mesyuarat dimaklumkan bahawa isu ini telah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 94 yang bersidang pada 20-22 April 2011.\nMerujuk kepada fatwa \u2013fatwa yang dikeluarkan mengenai hukum polisi insurans konvensional, dapatlah dirumuskan bahawa polisi insurans konvensional merupakan perolehan harta yang bersifat tidak patuh syariat kerana mempunyai elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam. Sehubungan itu proses seterusnya yang perlu diberi pencerahan adalah kaedah pengurusan harta tidak patuh syariat tersebut setelah kematian pemiliknya iaitu samada harta tersebut menjadi pusaka yang boleh diwarisi oleh ahli warisnya atau sebaliknya. Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:\n(i). Setelah menilai keterangan, hujah dan pandangan bahawa Insurans Konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip-prinsip teras Islam.\n(ii). Sehubungan itu mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Pampasan Polisi Insurans Konvensional yang diterima oleh ahli warisnya adalah dikira sebagai tidak patuh syariat.\n(iii). Dalam hal ini, jumlah pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja di kategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi Insurans Konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli warisnya secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12333", "body": "1. Mesyuarat membincangkan cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja yang disediakan oleh setiausaha.\n2. Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan nisab zakat mata wang Malaysia dan harta lain-lain bagi haul antara Ramadhan 1433 Hijriah hingga Ramadhan 1434 Hijriah ialah sebanyak RM13,900.00.\n3. keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga emas harian yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji yang mengambil sumber daripada bank RHB."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12402", "body": "Skim Sijil Simpanan Premium (SSP) yang diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional adalah diharuskan oleh syara\u2019 dengan syarat:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMenggunakan akad Mudharabah (Perkongsian untung).\n\n\nDana SSP dilaburkan dalam instrument dan aset yang mematuhi syariah.\n\n\nHadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber skim Perbankan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11553", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Tiga Penggal Ke Sepuluh yang bersidang pada 13 Mac 2013 bersetuju dengan keputusan sebagaimana berikut :\n\u00a0\nTakrif Mualaf\n\u00a0\nUlama di kalangan mazhab al-Syafi\u2019iah menyatakan bahawa mualaf adalah mereka yang baharu memeluk Islam.\n\u00a0\nHad Tempoh Panggilan Mualaf\n\u00a0\nHad tempoh kemuallafan bergantung kepada uruf yang dicadangkan ialah tiga tahun. Jika sekiranya mereka masih miskin, maka zakat diberikan mengikut asnaf fuqara dan masakin.\n\u00a0\nSekali lagi ditegaskan bahawa sudah sampai masanya tempoh had mualaf dikira selama \nTIGA TAHUN SAHAJA \nberdasarkan perkembangan semasa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12324", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nSetelah mendengar pembentangan tersebut, mesyuarat mengambil keputusan agar kertas ini dimurnikan semula untuk dibentang dalam Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak yang akan datang bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat kerana hal ini bukan sahaja menyentuh berhubung hukum menternak dan menjual cacing dan lintah untuk tujuan perubatan dan kosmetik tetapi juga mencakupi hal-hal lain yang berkaitan dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11581", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2012 yang bersidang pada 26 Januari 2012 telah\u00a0melulus dan membenarkan penyediaan Kios Perbankan Elektronok di masjid-masjid Pulau Pinang dengan beberapa syarat, demi menjaga kesucian institusi masjid kerana dibimbangi terdapat para pelanggan yang tidak menutup aurat atau tidak mematuhi etika berpakaian, iaitu:\n(i) Kuanter untuk tujuan transaksi kios perbankan hendaklah berada di Iuar kawasan masjid manakala bahagian lain kios perbankan boleh berada di dalam kawasan masjid.\n(ii) Transaksi bagi kios perbankan mestilah hanya melibatkan perbankan Islam\nsahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12112", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Tiga Penggal Ke Sepuluh yang bersidang pada 13 Mac 2013 bersetuju membenarkan pesakit buah pinggang yang menjalankan rawatan hemodialisis dibantu di bawah ansaf zakat fakir miskin. Walau bagaimanapun, bantuan tersebut hanya terhad kepada pesakit buah pinggang yang benar-benar tergolong dalam kategori fakir miskin sahaja.\nAdapun pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan berada, maka golongan tersebut tidak layak untuk menerima sebarang bantuan di bawah asnaf zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11605", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Fatwa Negeri\u00a0Pulau Pinang Bil.\u00a05/2011 yang bersidang pada 28 September 2011\u00a0telah membincangkan mengenai\u00a0Kumpulan Black Metal. Mesyuarat telah memutuskan bahawa amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10311", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-104 yang bersidang pada 2-4 September 2013 telah membincangkan Hukum Pemakaian Pakaian Tentera Yang Mempunyai Kalimah \u2018Allah\u2019 Dan \u2018Muhammad\u2019 Terhadap Mayat Bukan Islam Dalam Upacara Pengkebumian. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan-pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Lafdz AlJalalah (Allah) dan Muhammad (Nabi Muhammad S.A.W.) adalah merupakan kalimah yang wajib dipelihara kehormatannya daripada sebarang perkara yang boleh mencemarkannya seperti memakai/ membawa kalimah-kalimah tersebut ke upacara ibadat orang bukan Islam atau pun ke tempat-tempat yang boleh menyebabkan terkena najis.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga menegaskan bahawa para ulama berpandangan bahawa adalah haram menulis sesuatu daripada ayat Al-Quran atau nama yang diagungkan pada sesuatu objek yang berkaitan dengan mayat kerana ia akan terkena najis nanah yang bercampur darah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu bagi menjaga kehormatan kedua-dua kalimah tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan pakaian tentera atau sebagainya yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad sama ada dalam tulisan rumi atau jawi pada mayat orang Islam atau bukan Islam adalah dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11521", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 20 Disember 2012 telah memutuskan bahawa hukum penubuhan bank susu ibu adalah \ntidak diharuskan\n kerana :\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12298", "body": "Sohibus Samahah Dato' Mufti Negeri Kedah Darul Aman pada 24 Januari 2011 bersamaan 19 Safar 1432 telah memutuskan bahawa menghisap shisha boleh membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11531", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus yang bersidang pada 8 September 2010 telah membincangkan mengenai Hukum Membela Dan Menjalankan Perniagaan Katak. Mesyuarat memutuskan bahawa berdasarkan pendapat jumhur (majoriti) ulama\u2019\u00a0daripada Syafi\u2018e, Hanafi dan Hanbali adalah \nharam\n bagi orang Islam makan, menternak dan menjual katak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12299", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 4/1434H yang bersidang pada 25 Mac 2013 bersamaan 13 Jumada al-Ula 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-74 bertarikh 25 Julai 2006 dalam isu aliran pemikiran liberal dengan sighahnya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nGerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nAspek Akidah\n\n\n\u00a0\n\n\na. Berpegang kepada Konsep Pluralisme\n\n\n\u00a0\n\n\nKonsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung \n(ultimate reality).\n Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Akal Manusia Adalah Wahyu\n\n\n\u00a0\n\n\nAliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.\n\n\n\u00a0\n\n\nc. Meragui Ketulinan Al-Quran\n\n\n\u00a0\n\n\nAliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.\n\n\n\u00a0\n\n\nAspek Syariah\n\n\n\u00a0\n\n\na. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur\u2019an Dan Al-Hadith\n\n\n\u00a0\n\n\nAliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan \u201cmembuka dan membebaskan tafsiran al-Quran\u201d, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat\n\n\n\u00a0\n\n\nAliran pemikiran ini juga berpegang \u2018membuka dan membebaskan' tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.\n\n\n\u00a0\n\n\nc. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian\n\n\n\u00a0\n\n\nAliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain \n(leadership value).\n Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra\u2019 dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan \n(exageration)\n oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.\n\n\n\u00a0\n\n\nd. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam\n\n\n\u00a0\n\n\nIlmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta\u2019dil dan sebagainya yang telah secara Ijma\u2019 diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat\u2019ie dan hukum yang tidak qat\u2019ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\ne. Sikap Terhadap Hukum\n\n\n\u00a0\n\n\nAliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, mesyuarat memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Proses Warta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12301", "body": "\"Majlis Ugama Islam telah menimbang pandangan-pandangan dan perakuan-perakuan Jawatankuasa Mengenai perjalanan Aurad Ismailiah dan amalan zikir-zikirnya yang dibawa oleh Mahmud bin Haji Abdul Rahman, K/P. 1819096 dari Kg. Batu 5. Sik. Kedah dan bersetuju mengambil ketetapan mengharamkan ajaran tersebut dari dibawa, diajar, disebar dan diamalkan oleh masyarakat Islam di negeri ini.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12302", "body": "Warta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n\u00a0\n\n\n26hb. Disember, 2002\n\n\n\u00a0\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 1991\n\n\n(Enakmen No. 1 Tahun 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991\n\n\n(Enactment No.1 of 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nNOTIFICATION OF FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.\n\n\nIN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nJADUAL/SCHEDULE\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a01. Semua bangunan tambahan dengan niat untuk menjadikannya masjid bagi tujuan solat (sembahyang) dan I\u2019tikaf yang bersambung dengan bangunan masjid yang sedia ada, adalah dianggap masjid, sunat beri\u2019tikaf di dalamnya dan haram bagi perempuan yang haidh duduk di dalamnya.\u00a0(Bughyah al-Mustarsyidin, Syeikh Abd Rahman Ba \u2018Alawi, muka surat 81).\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Termasuk didalam pengertian masjid iaitu sutuh (atap masjid yang rata), ruang udaranya dan jendela yang bersambung dengannya.\u00a0Oleh itu, sah ber\u2019itikaf di atas sutuh dan dahan pokok yang berada di ruang udaranya sama ada pokok itu memang tumbuh di dalam masjid ataua di luarnya.\u00a0Begitu juga sah i\u2019tikaf di atas dahan pokok jika pokok itu tumbuh di dalam masjid dan dahannya menjulur keluar.\u00a0Inilah pandangan dalam mazhab al-Syafi\u2019i sebagaimana yang disebut di dalam Mausu\u2019ah Al-Fiqh Al-Islami, Juzuk 16 halaman 109 iaitu :-\n\n\n\u00a0\n\n\nYang bermaksud : [\u201cSesungguhnya termasuk bahagian masjid ialah sutuh, ruang udara dan jendela yang bersambung dengannya, maka hukumnya sah beri\u2019tikaf diatas sutuhnya, diatas dahan pokok yang berada di ruang udaranya sama ada batang pokok itu berada didalam masjid atau diluar, dan demikian juga sekiranya batang pokok itu berada di dalam masjid sedangkan dahannya di luar masjid sama seperti hukum berada di jendela\u201d]\n\n\n\u00a0\n\n\nMalah disebut di dalam kitab Nihayah Al-Muhtaj oleh Syeikh Ramli bahawa sunat i\u2019tikaf di halamannya yang berpagar dan ruang yang disediakan untuk orang ramai.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a03. Oleh itu apa-apa binaan yang disambung dengan masjid asal khususnya untuk kegunaan sembahyang adalah dikira sebagai masjid kecuali bahagian tandas, bilik air dan tempat-tempat najis yang lain (Bughyah al-Mustarsyidin muka surat 82).\u00a0Sah dan mendapat fadhilat i\u2019tikaf jika dibuat di dalam binaan yang baru itu.\u00a0Kesimpulannya, jika binaan itu bersambung dengan binaan masjid terutamanya untuk tujuan sembahyang maka segala hukum berkenaan masjid adalah terpakai.\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat 26 Mac, 2002\n\n\n\u00a0\n\n\nMade 26 March 2002\n\n\n\u00a0\n\n\n[JMKNNS 209(01)914/1]\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD MURTADZA\u00a0BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Keajaan Negeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12304", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 3/1433H yang bersidang pada 31 Mei 2012 bersamaan 10 Rejab 1433H telah bersetuju memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Walau bagaimanapun, Islam juga mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan diri.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama, Muzakarah setuju memutuskan bahawa hukum pemotongan genitalia wanita (\nFemale Genital Mutilation\n) adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewrataan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12305", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang di Bilik Mesyuarat Tingkat 3 Majlis Agama Islam Kelantan pada 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabiulawal 1432H telah membincangkan isu mengenai Hukum Bukan Islam Memasuki Masjid dan telah bersetuju membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nOrang bukan Islam diharuskan memasuki masjid-masjid selain daripada masjid Al-Haram Makkah Al- Mukarramah dan kawasan Tanah Haram jika mempunyai sesuatu tujuan serta mendapat kebenaran pemerintah Islam.\n\u00a0Orang-orang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid dengan syarat berikut:\nDengan mendapat kebenaran daripada penguasa masjid\nMereka mempunyai alasan kukuh untuk memasuki masjid.\nMereka mesti menghormati kemuliaan masjid kerana ia adalah tempat suci untuk beribadah.\nLelaki dan perempuan tidak dibenarkan membuka aurat semasa masuk kedalam kawasan masjid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11541", "body": "Warta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n\u00a0\n\n\n25hb Oktober 2001\n\n\n\u00a0\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 1991\n\n\n(Enakmen No. 1 Tahun 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991\n\n\n(Enactment No.1 of 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nNOTIFICATION OF FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.\n\n\n\u00a0\n\n\nIN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.\n\n\n\u00a0\n\n\nJADUAL/SCHEDULE\n\n\n\u00a0\n\n\nIsu 1 : Penggunaan nama atau yang dikaitkan dengan Islam dalam nama sesuatu Pertubuhan boleh mengelirukan akan Agama Islam dan ajarannya.\n\n\n\u00a0\n\n\nFatwa :\u00a0Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan.\u00a0Mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.\n\n\n\u00a0\n\n\nIsu 2 :\u00a0Penambahan syarat kepada pengiktirafan seseorang sebagai orang Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nFatwa\u00a0:\u00a0Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam.\u00a0Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu.\u00a0Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam.\u00a0Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.\n\n\n\u00a0\n\n\nIsu 3 : Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada pihak tertentu\n\n\nDiperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga dan\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kenyataan bahawa orang tertentu akan ditempatkan di neraka.\n\n\n\u00a0\n\n\nFatwa\u00a0: Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t.\u00a0Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam.\u00a0Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 25 Rejab 1422H/13 Oktober 2001\n\n\n[PU/NS (JB) 5/2001; JMKNNS. 209(01)914/1]\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12311", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Kedua yang bersidang pada 11 Julai 2011 / 9 Syaaban 1432H telah membincangkan mengenai Hukum Sihir. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\n1.\u00a0\u00a0Hukum pengamal sihir adalah kafir.\n\u00a0\n2. Sekiranya pengamal sihir itu menyebabkan kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan hukuman Qisas.\n\u00a0\n3. Hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut:\n\u00a0\nPertama: \nSesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini dihukum kafir. Ia dikira kafir kerana:\n\u00a0\ni.\u00a0Dia telah mensyirikkan Allah dengan ahli sihir tersebut dalam mengetahui perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah sahaja. Firman Allah SWT:\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\nMafhumnya: \u201cKatakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah\u2026\u201d (al-Naml: 65)\n\u00a0\nii.\u00a0Demikian juga disebabkan mempercayai ahli sihir. Baginda SAW bersabda:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mafhumnya: \n\u201cSesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.\u201d \n(Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)\n\u00a0\nAdapun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara ghaib. Sebaliknya ahli sihir itu mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia. Para ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang besar.\n\u00a0\nKedua: \nSesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai halangan daripada melakukan dosa tersebut. Nabi SAW bersabda:\nMafhumnya: \n\u201cSesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.\u201d \n(Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)\n\u00a0\nKetiga: \nSesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan membuktikan pembohongan ahli sihir tersebut kepada orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka usaha orang itu dibenarkan dan dia berhak memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib bagi sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana ia termasuk melaksanakan kewajipan \nal-Amr bi al-Ma\u2019ruf wa al-Nahy \u2018an al-Mungkar\n.\n\u00a0\n4.\u00a0Orang yang menggunakan khidmat ahli sihir boleh dikenakan hukuman Ta\u2019zir.\n5. Pengamal sihir dan orang yang menggunakan khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan ahli neraka.\n6. Mempelajari ilmu sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan apa-apa tujuan.\n7. Semua pihak adalah diharamkan daripada menyebarkan,"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11544", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang di Bilik Mesyuarat Tingkat 3 Majlis Agama Islam Kelantan pada 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabiulawal 1432H telah membincangkan isu mengenai Hukum Pembinaan Kubur Bertingkat Menurut Islam dan telah bersetuju mengeluarkan pandangan seperti berikut:\n\u00a0\n1. Tanah perkuburan mestilah dihormati dan adab-adab yang berkaitan dengannya hendaklah dipatuhi.\n\u00a0\n2. Adalah harus menggali semula tanah perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau darurat dengan sebab-sebab yang tertentu yang diharuskan oleh syarak. Hal ini merujuk kepada keadaan mayat yang belum reput.\n\u00a0\n3. Adalah harus menggali semula tanah perkuburan setelah dikenalpasti mayat itu telah reput oleh pihak berkuasa untuk digunakan bagi tujuan yang munasabah seperti digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru.\n\u00a0\n4. Oleh itu, hukum pembinaan kubur bertingkat adalah harus apabila keperluan untuk mengadakan kubur bertingkat telah sampai di tahap yang mendesak atau darurat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11040", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang di Bilik Mesyuarat Tingkat 3 Majlis Agama Islam Kelantan pada 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabiulawal 1432H telah membincangkan isu Mengenai Pentahkikan (Anutasi) Buku Himpunan Fatwa Majlis Agama Islam Kelantan Edisi Rumi Oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka dan telah bersetuju memutuskan\u00a0seperti berikut\n\u00a0\n1. Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tahkik yang dibuat oleh panel pentahkik yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka mengenai Buku Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan yang disifatkan tidak mencerminkan pandangan Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Kelantan dan menasihati Majlis Agama Islam Kelantan untuk tidak memberi persetujuan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka bagi penerbitan dan percetakan buku himpunan fatwa edisi\u00a0rumi tersebut.\n2. Menasihati Majlis Agama Islam Kelantan supaya menerbit dan mencetak sendiri buku himpunan fatwa tersebut dalam edisi rumi.\n3. Menasihati Majlis Agama Islam Kelantan supaya mengawal segala urusan mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan dari dicetak dan diterbitkan oleh pihak lain tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Kelantan kerana segala urusan berkaitan fatwa adalah terletak dibawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Kelantan mengikut seksyen 36 Enakmen Majlis Agama Islam Kelantan bilangan 4 tahun 1994"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12337", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\u201c\nOrang bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12338", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 03 Oktober 2005 bersamaan 09 Syaaban 1426 telah membincangkan mengenai Air Daun Ketum.\nMesyuarat memutuskan bahawa meminumnya sehingga memabukkan dengan dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain maka hukumnya adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12339", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 6 Jamadil Akhir 1434 Hijriah bersamaan 17 april 2013 Miladiah telah membincangkan mengenai \"\u00a0Penyelidikan Mengenai Industri Pelancongan dan Penternakan Buaya dan Lembu Wagyu\".\n\u00a0\nAlhamdulillah, fatwanya seperti berikut:\n\u00a0\nBUAYA.\n\u00a0\nMenternak Buaya bagi tujuan pelancongan disamping sebagai pusat penyelidikan ilmu adalah Harus menurut Hukum Syara\u2019.\nHukum menjual cenderamata yang dihasilkan daripada pengambilan anggota-anggota buaya seperti gigi, kulit, kuku dan sebagainya adalah Harus menurut Hukum Syara\u2019.\nHukum menggunakan barang-barang yang di hasilkan daripada kulit buaya seperti beg tangan, kasut, tali pinggang dan sebagainya adalah Harus menurut Hukum Syara\u2019 dengan syarat dilakukan proses samak terhadap kulit tersebut.\nHukum menjual Buaya hidup dan Daging Buaya kepada orang bukan Islam adalah Harus menurut Hukum Syara\u2019.\nHukum menjual Buaya hidup kepada orang Islam adalah Harus menurut Hukum Syara\u2019.\nHukum mengambil manfaat daripada anggota-anggota Buaya bagi tujuan rawatan dan perubatan yang telah dibuktikan kemujarabannya melalui kaedah sains adalah Harus menurut Hukum Syara\u2019.\nHukum menghasilkan Minyak Wangi daripada Tulang Belulang Buaya adalah Tidak Harus menurut Hukum Syara\u2019.\n\u00a0\nFatwa ini adalah khusus untuk projek penternakan Buaya yang diusahakan oleh Syarikat Johor Corporation sahaja.\n\u00a0\n\u00a0\nLEMBU WAGYU.\n\u00a0\nMenternak Lembu Wagyu dengan memberi minum arak untuk tujuan dijual dagingnya adalah Haram menurut Hukum Syara\u2019.\nMenjual dan membeli Daging Lembu Wagyu yang diberi minum arak adalah Haram menurut Hukum Syara\u2019.\nMakan Daging Lembu Wagyu yang diberi minum arak kepada Orang Islam adalah Haram menurut Hukum Syara\u2019.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12340", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara\n seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Istiadat meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan adalah bercanggah dengan Islam\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12341", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 4/1434H yang bersidang pada 25 Mac 2013 bersamaan 13 Jumada al-UlaH telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam isu ini dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201c Di dalam Islam, harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba,\u00a0\ngharar\n, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nKeterangan/Hujah:\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nImam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.\n\n\n\u00a0\n\n\nSheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa :\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta-harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nc. Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama\u2019 secara ijma\u2019. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12099", "body": "Mesyuarat\u00a0JawatanKuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke - 76 yang bersidang pada 17 Februari 2010 telah membincangkan mengenai Cadangan Memindahkan Makam Pinang Tunggal, Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur, Mesyuarat telah memutuskan bahawa bersetuju supaya Makam Pinang Tunggal, Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur diroboh serta dipindahkan ke tanah perkuburan Islam yang berhampiran bagi mengelakkan sebarang bentuk penyelewengan, khurafat dan pemujaan oleh para pengunjung."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11589", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis Bil. 2/2010 yang bersidang pada 1 Jun 2010 / 18 Jamadilakhir 1431H\u00a0telah membincangkan mengenai Hukum Perkahwinan Dengan Wanita Ahli Kitab. Mesyuarat telah memutuskan bahawa Hukum perkahwinan lelaki Muslim dengan wanita Ahli Kitab pada dasarnya adalah \nHARUS\n\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12101", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2010 yang bersidang pada\u00a06\u00a0September 2010 telah membincangkan\u00a0mengenai Hukum Berkaitan Doa Kepada Pemerintah Dan Non-Muslim Dalam Khutbah Jumaat. Mesyuarat memutuskan bahawa:\n(i) pada asasnya doa kepada orang bukan Islam untuk mendapat hidayah dan memohon kesihatan adalah diharuskan.\n(ii) mendoakan kepada orang bukan Islam di dalam khutbah Jumaat tanpa mendoakan kepada pemimpin Islam secara khusus boleh menimbulkan fitnah dan ia tidak boleh sama sekali. Kaedah Fiqh menyebutkan \n\"Menolak kemudaratan lebih diutamakan daripada menarik kemaslahatan\"\n\u00a0."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11590", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau\u00a0Pinang Bil. 5/2011 yang bersidang pada 28 September 2011 telah\u00a0membincangkan mengenai Hukum Berkaitan Masjid Pelancongan. Mesyuarat memutuskan:\n(i) Bersetuju menggunapakai Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama di Dalam Masjid iaitu \"bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab\".\n(ii) Bersetuju menggunapakai Garis Panduan Pelancongan Dan Lawatan Ke Masjid yang telah disediakan oleh Jabatan Kemajuan lskam Malaysia (JAKIM)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12108", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang di Bilik Mesyuarat Tingkat 3 Majlis Agama Islam Kelantan pada 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabiulawal 1432H telah membincangkan isu Mengenai Hukum Pembinaan Pusat Down Sindrom Oleh Lions Club Di Tanah Wakaf Atau Baitul Mal Kawalan Majlis Agama Islam Kelantan dan telah bersetuju membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nSetelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju menerima resolusi\u00a0perbincngan pre-counsil. Mesyuarat Khas Jemaah Ulama\u2019 bilangan 1/2006 seperti berikut:\n 1.\u00a0\u00a0\u00a0Program-program kebajikan yang ingin dilaksanakan dengan tujuan untuk kemaslahatan umat Islam wajar disokong dan dibantu oleh Majlis Agama Islam Kelantan kerana sudah menjadi kewajipan Majlis Agama Islam Kelantan untuk menganjur, mendorong, membantu mengusaha kemajuan dan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat Islam dalam negeri ini menurut hukum syara\u2019 sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Majlis Agama Islam Kelantan bilangan 4 tahun 1994. Oleh itu cadangan penubuhan Pusat Down Sindrom wajar disokong dan dibantu oleh Majlis Agama Islam Kelantan kerana bilangan kanak-kanak Islam mendapat faedahnya melebihi 95 peratus daripada keseluruhan kanak-kanak di negeri Kelantan.\n\u00a0\n2. Penggunaan tanah wakaf untuk tujuan ini juga dibolehkan oleh syara\u2019 selagi mana program ini tidak dicampur adukkan dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip syara\u2019.\n\u00a0\n3.\u00a0Walaubagaimanapun dalam usaha untuk membuat kebajikan, Majlis Agama Islam Kelantan seboleh-boleh tidak mendedahkan diri kepada fitnah dan tuduhan liar daripada masyarakat Islam supaya emej dan kredibiliti Majlis Agama Islam Kelantan dimata umum tidak terjejas.\n\u00a0\n4. Kerjasama yang ingin dibuat dengan Lions Club Malaysia dikuatiri akan membuka ruang kepada fitnah dan tohmahan daripada masyarakat Islam kerana setelah dibuat kajian tentang isu Lions Club Antarabangsa didapati terdapat banyak penulis daripada ulama-ulama timur tengah seperti Doktor Yusof Al-Qaradhawi, Doktor Ahmad Salibi, Sheikh Ali Jadul Haq, Fathi Yakan dan lain-lain lagi yang kesemuanya secara terbuka telah mengaitkan pertubuhan Lions Club antarabangsa dengan pertubuhan Zionis. Bahkan persidangan Majma\u2019 ai-Fiqhi kali pertama yang bertarikh 10 Ramadhan 1398H bertempat di Makkah A-Mukarramah telah membuat ketetapan bahawa pertubuhan Fremanson, Lions dan Rotary adalah pertubuhan yang bercanggah dengan prinsip Agama Islam.\n\u00a0\n5.\u00a0Walaupun Lions Club Malaysia khususnya cawangan Kelantan tidak berkaitan dengan Lions Club antarabangsa dari segi pengurusan dan pelaksanaan program, namun ia masih mempunyai perhubungan dari segi penjenamaan. Oleh itu, dikuatiri kerjasama antara Majlis Agama Islam Kelantan dengan Lions Club ini akan menimbulkan. Imej Majlis Agama Islam Kelantan pada kaca mata umat Islam.\n\u00a0\n6.\u00a0Sebagai jalan alternatif kepada Majlis Agama Islam Kelantan bagi melaksanakan program ini, disyorkan agar Majlis Agama Islam Kelantan sendiri mengepalai projek pembinaan pusat Down Sindrom di Negeri Kelantan dan peruntukkan untuk melaksanakan projek ini boleh diambil daripada wang zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11604", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan yang bersidang pada 7 Disember 2011 bersetuju untuk mengekalkan keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Allahyarham Syed Yusuf bin Ali Az-Zawawi ( Mufti pada tahun 1953 hingga 1975 ) iaitu \npasi sotong adalah najis\n kerana cecair tersebut kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama. Cecair ini juga termasuk dalam kategori bahan kumuhan binatang dan orang yang mempunyai selera yang normal tidak akan memakan cecair (pasi) tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11639", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 27 Jun 2012 telah membincangkan mengenai \"\u00a0Had Maksimum Upah Kutipan Amil Harta\"\u00a0\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n\" Harus menurut hukum syarak pihak uli amri (pemerintah) membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan pengurusan amil harta. Perkara ini adalah berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah:\n\u00a0\n\" ???? ?????? ??? ?????? ???? ???????? \"\u00a0\nErtinya: \n\" Tindakkan yang dilakukan oleh penguasa ( imam) ke atas masyarakat adalah mengandungi maslahah dan kepentingan umum\n. \n\u00a0\nOleh itu, berdasarkan kepada usaha dan tugas amil harta dalam memastikan kutipan zakat negeri Johor meningkat dari semasa ke semasa, maka had maksimum bagi setiap transaksi amil harta dinaikkan dari RM20,000 kepada RM50,000. Manakala, kadar upah amil harta adalah tetap seperti sedia ada iaitu 1/16.\"\n\u00a0\n\u00a0????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11900", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis Bil. 1/2010 yang bersidang pada 26 April 2010 / 11 Jamadilawal 1431H\u00a0telah membincangkan mengenai Hukum Mendapatkan Semula Tanah Wakaf. Mesyuarat telah memutuskan bahawa mana-mana harta wakaf yang telah sabit wakaf daripada pemilik asalnya akan menjadi hak milik Allah serta merta, tidak boleh ditarik balik oleh pewakaf dan tidak boleh dikembalikan kepada pemilik asalnya. Pihak berkuasa Islam boleh melaksanakan wakaf tersebut berdasarkan maslahat umum semasa\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12157", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 14 jun 2012 telah\u00a0membincangkan\u00a0\nmengenai \"\u00a0Hukum Berkhatan Bagi Perempuan Muslim \"\n\u00a0\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya seperti berikut:\n\u00a0\n\" Berkhatan bagi perempuan muslim adalah harus menurut hukum syarak, walaubagaimanapun ia hendaklah dilakukan oleh pengamal kesihatan wanita sahaja yang telah dilatih dan hendaklah menjaga hukum dan adab serta mematuhi peraturan semasa menjalankan proses barkhatan tersebut.\"\u00a0\n\u00a0\n\u00a0????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11912", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke 5 yang bersidang pada 20 Februari 2012 / 27 Rabiulawal 1433H\u00a0telah membincangkan mengenai Hukum Eksploitasi Iklan Terhadap Wanita. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\nIslam meletakkan kedudukan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dijadikan sebagai bahan eksploitasi demi keuntungan pihak-pihak tertentu. Fenomena pengiklanan pada masa kini yang mempamerkan aurat adalah menyalahi syariat Islam Islam. Sehubungan itu :\nUmat Islam khususnya kaum wanita dilarang daripada terjebak dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.\nPihak Kerajaan, pengamal media dan masyarakat keseluruhan hendaklah bergabung tenaga untuk membendung perkara ini daripada terus merebak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11917", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 21 Mac 2012 telah membincangkan\u00a0mengenai \" Hukum Rujuk Dengan Persetubuhan \"\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya seperti berikut:\n\u00a0\n\" Rujuk melalui persetubuhan adalah sah menurut hukum syarak.\"\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11918", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 23 Januari 2012 telah\u00a0membincangkan\u00a0mengenai \" Hukum Menternak Katak \"\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya seperti berikut:\n\u00a0\n\" Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulamak. Menurut jumhur ulamak, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah \nharam\n kerana ia adalah dua alam.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11668", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1434H yang bersidang pada 30 April 2013 bersamaan 19 Jumada al-Akhirah 1434H telah bersetuju memutuskan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nIslam mengiktiraf konsep\u00a0\nihya\u2019 al-mawat\n\u00a0yang dilakukan oleh orang perseorangan/berkumpulan. Namun berdasarkan situasi semasa, aktiviti\u00a0\nihya\u2019 al-mawat\n\u00a0hendaklah dilakukan dengan kawalan kerajaan agar ia tidak dimiliki atau dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja;\n\n\nOrang perseorangan/berkumpulan yang menceroboh tanah kerajaan dengan menanam tanaman seperti kelapa sawit dan sebagainya adalah tidak harus kecuali setelah mendapat kebenaran kerajaan;\n\n\nOrang perseorangan/berkumpulan yang menceroboh tanah rizab kerajaan (seperti rizab jalan, sungai, hutan dan lain-lain) dengan mendirikan rumah kediaman, rumah kedai dan bercucuk tanam juga tidak harus (haram) kerana tanah-tanah tersebut termasuk di bawah kategori tanah harim dan kemudahan awam yang tidak boleh dimiliki oleh individu. Walau bagaimanapun kerajaan mempunyai kuasa budi bicara untuk melupuskan tanah-tanah tersebut dalam bentuk penggunaan sementara dengan syarat tidak menimbulkan\u00a0\ndharar\n\u00a0(bahaya) kepada orang lain;\n\n\nOrang perseorangan/berkumpulan yang menceroboh tanah milik orang lain (tanah bergeran) adalah haram kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah menceroboh harta orang lain yang diharamkan oleh syarak.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0Status Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11669", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang di Bilik Mesyuarat Tingkat 3 Majlis Agama Islam Kelantan pada 26 Februari 2012 bersamaan 04 Rabiulakhir 1433H telah membincangkan isu mengenai Hukum Jual Beli Emas Dan Pelaburannya dan telah bersetuju membuat keputusan seperti berikut: Mesyuarat membuat garis panduan jual beli emas dan pelaburannya seperti berikut:\n\u00a0\na. Syarat umum jual beli.\n1) Transaksi jual\u00a0beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak iaitu pihak yang berakad, item pertukaran dan sighah menurut uruf\u00a0yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.\n\u00a0\nb. Pihak\u00a0yang berakad\n\u00a0\n2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak\u00a0\u00a0( ????? ???????)\u00a0iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:\n2.1. Baligh, berakal dan rasyid.(cerdik)\nJika sekiranya pihak\u00a0yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual beli adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.\n\u00a0\n3. Keredhaan\nAkad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling redha meredhai , tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.\n\u00a0\nc).Harga belian ( \n?????\n)\n4. Harga belian (?\n????\n) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.\n\u00a0\nd).Barang belian (\n??????\n)\n5. Barang belian\u00a0(?\n?????)\n hendaklah sesuatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsung kontrak jual beli. Oleh itu , jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya tidak sah .\n6. Barang belian (?\n?????)\n hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan\u00a0kepada pembeli ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.\n7. Barang belian (\n??????)\n hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah dibawah:\ni. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.\nii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli . Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.\niii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. dalam kontaks emas, penentuannya adalah dengan mengenal pasti tahap ketulinan emas samada mengikut standard lama berasaskan ( karat seperti emas 24 karat) atau standard baru berasaskan peratusan ( seperti emas 999) penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas samada dalam bentuk siling, wafer, Jongkong, dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.\n\u00a0\ne) Sighah (????)\n8. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memeterai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samaada melalui pertuturan atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara muaathah (serah \u2013hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha\u2019.\n9. Didalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan contohnya seseorang; menyatakan saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun.\n10. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.\n\u00a0\nf).Syarat khusus jual beli emas yang bercirikan emas item ribawi.\n11. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai ilat (sebab) yang sama maka syarat tambahan transaksi atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:\ni. Berlaku taqabudh penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.\nii.\u00a0\u00a0Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.\nSyarat\u2013syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi seperti emas jongkong dan siling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas jika bertukaran dengan bukan emas (duit).\nPerincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:\n\u00a0\ng)Syarat pertama : Taqabudh\n12. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas) dan hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.\n13. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:\n\u00a0a) Pembayaran secara tunai\n\u00a0b) Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti Banker\u2019s Cheque)\n\u00a0c) Pembayaran secara cek peribadi\n\u00a0d) Pembayaran secara debit\n\u00a0e) Pembayaran secara kredit\n\u00a0\u00a0f) Pembayaran wang daripada akaun simpanan atau semasa.\nSecara uruf, kesemua bentuk bayaran diatas kecuali \u00a9 adalah dianggap sebagai pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapat harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah diantara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.\nStatus tunai ini masih lagi diterima secara uruf oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan kedalam akaun beberapa hari selepas transaksi berlaku.\n14. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh mengantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan memberi kesan sama seperti penyerahan hakiki iaitu:\n(a) Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.\n(b) Kemampuan pembeli untuk mendapat barangan belian pada bila-bila masa tanpa halangan.\n15. Majlis akad didalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal , ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), email, faksimili dan lain-lain . hendaklah berlaku taqabith ketika majlis akad, contohnya penyerahan secara wakalah.\nPerlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli mendatangi akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ketangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempuranakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.\n\u00a0\nh).Syarat kedua : secara loni\n16. Transaksi jual beli emas sendiri hendaklah berlaku secara loni dan tidak boleh dimasukkan sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.\n17. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.\n18. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimenterai adalah tidak dibenarkan sama sekali, kerana didalam urusan niaga emas, kelewatan tiga hari bukan suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran mata wang asing.\nDidalam pertukaran matawang asing, tempoh T t 2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara Negara, perpindahan wang elektronik , clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal\u00a0maka adalah tidak tepat untuk membuat kias ke atas proses pertukaran mata wang asing\nPihak pembeli hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman yang ke akaun\u00a0penjual, Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:\ni. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.\nii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual . Di dalam hal ini adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.\niii. Emas masih lagi menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh keatas emas miliknya itu.\niv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100 gram emas 999 dengan harga RM20.000.00 ketika itu., Pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualnya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli\u00a0membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000 dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Didalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.\nApabila wang pesanan diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang didalam trust account ( jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.\n\u00a0\nI).Akad dan unsur sampingan.\n19. Penglibatan hebah dalam transaksi jual beli sama ada hebah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat syarat hibah dan tidak melibatkan unsur\u00a0yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hebah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah didalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksa memberi hibah tersebut.\n20. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada yadu amanah.(?? ?????)\n21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) Emas, termasuk memberi pinjaman (qardu) kepada orang lain. Tetapi tidak memenuhi kretiria qardu yang dibenarkan syara\u2019 , yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur\u201d ??? ????\"\u00a0\u00a0\" iaitu\u00a0hutang yang diikat bersama kamu dengan jual beli.\n22. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuklah menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahnu yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya , perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang didalam keadaan yang tidak perlu.\n23. Waad(????)boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah waad(???)dari sebelah pihak dan bukannya mawaadah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi (waad) dalam dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan \u201c kunci harga\u201d Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana ia berlaku penangguhan.\n24. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak\u00a0mematuhi kriteria syara\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11670", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-5 Penggal Ke Sembilan yang bersidang pada 7 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Buku \u2018Seks Islam\u2019 yang telah dikeluarkan oleh Kelab Taat Suami (KTS) dan telah membuat keputusan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nBuku \u2018Seks Islam\u2019 keluaran Kelab Taat Suami (KTS) adalah haram dan tidak boleh dijadikan bahan bacaan umum.\nPihak berkuasa yang bertanggungjawab hendaklah menyekat supaya buku tersebut tidak disebarkan kepada masyarakat umum.\nAsas utama pengharaman buku ini adalah kerana:\ntiada sandaran nas daripada Al-Quran dan Al-Hadis.\ntiada sumber rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar.\nbercanggah dengan akidah dan syariah umat Islam.\nterdapat usaha-usaha untuk menghidupkan kembali pengaruh Ashaari Muhamad"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11698", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-2 yang bersidang pada 11 Julai 2011\u00a0telah membincangkan mengenai Hukum Menyambut Perayaan Songkran. Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :\n\u00a0\n\u2018Hukum umat Islam menyambut, meraya atau menyertai perayaan Songkran adalah haram kerana ia merupakan perayaan agama Buddha\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10931", "body": "Pengenaan zakat terhadap dana saham amanah (Unit Trust) adalah berasaskan pelaburan sebagai Urud Tijarah. Zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5%."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11724", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke - 78 yang bersidang pada 10 Mac 2011 telah membincangkan mengenai Kertas Cadangan Memohon Kebenaran Bagi Memindahkan Kubur Di Kawasan Tanah Perkuburan Islam Tanjung Keramat Wilayah Persekutuan Labuan, Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\u00a0\n\u00a0\ni.\u00a0\u00a0\u00a0Bersetuju supaya dipindahkan lima (5) unit kubur yang terhakis ke kawasan Tanah Perkuburan Kampung Labu.\n\u00a0\nii.\u00a0\u00a0Baki dari kubur yang tidak mengalami sebarang kesan hakisan hendaklah dikekalkan di tanah perkuburan sediada."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12253", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1434H yang bersidang pada 30 April 2013 bersamaan 19 Jumada al-Akhirah 1434H telah bersetuju memutuskan\u00a0\npengkid\n, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah\u00a0\nharam\u00a0\ndi sisi agama. Mesyuarat menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeterangan/Hujah:\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPengkid\n\u00a0cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.\u00a0\n\n\nMajoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.\u00a0\n\n\nApa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.\u00a0\n\n\nGejala\u00a0\npengkid\n\u00a0ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.\u00a0\n\n\nWalaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.\n\n\n\u00a0Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas di kalangan remaja.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12259", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenai \nHukum Pemakaian Inai Bercorak Menurut Syarak\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nSetelah meneliti keterangan dan hujah-hujah, ahli mesyuarat \nberpandangan \nbahawa di dalam Islam, para fuqaha' sepakat memutuskan bahawa\n pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.\nWalau bagaimanapun, \nkadar pemakaian \nini di kedua-dua tangan dan kaki adalah\n terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, \nmanakala\n warna \nyang digunakan\n tidak bersifat kekal dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. \nMengenai\n corak atau ukiran \nyang digunakan pula,\n corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan \nadalah\n dibenarkan, \nmanakala\n corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa \natau\n ajaran \natau\n apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak \nadalah\n dilarang.\nMesyuarat juga \nmemutuskan\n bahawa \npemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki\n adalah \ntidak diharuskan\n kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11761", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1434H yang bersidang pada 30 April 2013 bersamaan 19 Jumada al-Akhirah 1434H telah membincangkan mengenai Hukum Berkaitan Semakan Hafazan Al-Quran Pelajar Perempuan Sedang Haidh. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Tidak harus\n bagi pelajar perempuan yang sedang berada dalam keadaan haidh untuk \nmenghafal hafalan baru dan melalui proses tasmik bagi hafalan baru\n tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut \ndiharuskan untuk melalui proses tasmik bagi hafalan lama \niaitu merangkumi \nmurajaah jadid\n, \nmurajaah qadim\n dan \nmurajaah majmuk\n.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Manakala bagi calon perempuan dalam keadaan haidh yang menghadiri \ntemuduga kelayakan\n masuk ke institut tahfiz \ntidak diharuskan\n untuk membaca al-Quran. Mesyuarat mengesyorkan agar institut yang menguruskan temuduga berkenaan perlu memberi kelonggaran dan menyediakan alternatif bagi sesi temuduga seterusnya.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan: Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12278", "body": "\ufffdAjaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini. Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah dengan ajaran Islam yang sebenar\ufffd."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12279", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-16 yang bersidang pada 16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (\nSurrogate Motherhood\n) Untuk Mendapatkan Zuriat\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\"Menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11769", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 18 Ramadhan 1433H bersamaan 7 Ogos 2012M telah\u00a0membincangkan\u00a0mengenai\u00a0\"Hukum Al-Quran Braile Elektronik Untuk Kegunaan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan\"\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya seperti berikut:\n\u00a0\n\" Harus menurut hukum syarak menggunakan wang zakat daripada peruntukkan \nasnaf fi sabilillah\n untuk diberikan kepada kumpulan penyelidikkan al quran braile elektronik untuk kegunaan golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan dibawah kendalian sekretariat projek e-braile al quran Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia, Johor.\"\n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12281", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 4/1434H yang bersidang pada 25 Mac 2013 bersamaan 13 Jumada al-Ula 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-57 bertarikh 10 Jun 2003 dalam isu ini dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cMana-mana anak angkat yang diangkat oleh orang Islam \ntidak boleh dinasabkan kepada bapa angkatnya\n. Mana-mana anak angkat sama ada \nsah taraf atau tidak\n, yang digabungkan namanya dengan nama ayah angkat hendaklah di\nbin\n atau \nbinti\nkan kepada bapa kandungnya atau mana-mana nama Allah al-Husna yang tidak sama dengan nama ayah angkat berkenaan\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12336", "body": "Menghisap dan menjual shisha adalah HARAM. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah menghalang semua aktiviti penjualan shisha kerana ia lebih dahsyat keburukannya daripada merokok.\n\u00a0\nFirman Allah SWT :\n\u00a0\nMaksudnya: \n\u201cDan jangan mencampakkan diri kamu semua ke dalam kebinasaan.\u201d\n (al-Baqarah: 195)\n\u00a0\nSabda Rasulullah SAW:\n?? ??? ??? ????\nMaksudnya: \n\u201cJangan mengambil mudharat dan jangan kenakan mudharat kepada orang lain.\u201d\n (HR Ibn Majah, Daraqutni dan lainnya. Hasan)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12261", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Kali Ke-162 yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 telah membuat keputusan bahawa merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10299", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.\nBerdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober\u00a02011.\nOleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10303", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia\n\n\n(Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-101 yang bersidang pada 27 September 2012 telah membincangkan Status Kewajipan Zakat Ke Atas Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Y. Bhg. Datuk Kamalul Ariffin Othman serta pembentangan oleh Y. Bhg. Tuan Hj. Lokmanulhakim bin Husain (ISRA/Panel Pemikir Fatwa JAKIM) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa di dalam pensyariatan zakat, Syariat Islam telah meletakkan syarat-syarat tertentu terhadap harta yang dikenakan zakat. Syarat-syarat tersebut iaitu harta yang dimiliki sepenuhnya secara hak pemilikan dan juga pegangan (raqabah dan yad), mencukupi nisab, mencukupi haul iaitu selama 12 bulan qamariyyah dan harta yang boleh berkembang (\n\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2020\u00d9\u2026\u00d8\u00a7\u00d8\u00a1\n)amat penting dalam mengenalpasti harta-harta yang wajib dikenakan zakat.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah juga menjelaskan bahawa di dalam permasalahan kewajipan zakat ke atas syarikat milik kerajaan sepenuhnya dengan ertikata semua modal syarikat adalah daripada kerajaan dan tidak ada pemilik atau pemegang saham dari kalangan individu perseorangan atau syarikat swasta, maka zakat tidak dikenakan terhadap harta kerajaan. Majoriti ulama\u00e2\u20ac\u2122 daripada kalangan Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafieyyah dan Hanabilah berpandangan bahawa tidak diwajibkan zakat terhadap harta milik kerajaan yang dijadikan pelaburan dan menjana keuntungan.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah juga menegaskan bahawa pendapat jumhur ulama\u00e2\u20ac\u2122 ini juga difatwakan secara majoriti oleh\n Nadwah Qadhaya al-Zakah al-Mu\u00e2\u20ac\u2122asirah\n Ke-13. Nadwah memutuskan:\n\n\n\u00a0\n\n\n????? ????? ???? ?????? ???? ????? ?? ???? ?????? ???? ?????? ??????? ??????? ???? ??? ?? ????\u00a0??? ??? ?????? ??? ???? ??????? ? ???? ????? ??? ???? ?????? ?? ??? ????????\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00e2\u20ac\u0153Harta awam yang dilaburkan untuk memperoleh keuntungan melalui muassasah-muassasah awam yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, dan operasinya adalah berasaskan perniagaan serta memperoleh keuntungan, maka harta seperti ini tidak tertakluk kepada kewajipan zakat pada pendapat kebanyakan\u00e2\u20ac\ufffd\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan majoriti para ulama\u00e2\u20ac\u2122 bahawa harta milik institusi kerajaan adalah tertakluk sebagai harta awam dan tidak diwajibkan zakat, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang merupakan syarikat milik penuh Kerajaan tidak diwajibkan mengeluarkan Zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10304", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-101 yang bersidang pada 27 September 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan DNA Untuk Menentukan Status Nasab Anak Dan Tempoh Melaksanakan \nLi\u2019an\n Untuk Menafikan Nasab Anak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam sangat menitik beratkan persoalan nasab dan apabila telah ada dalil yang mengisbatkan nasab, maka penafiannya tidak boleh diterima melainkan dengan kaedah \nLi\u2019an\n kerana\n Li\u2019an\n telah sabit melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma\u2019 dan merupakan suatu amalan \ntaabudiah\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah juga menjelaskan bahawa Majma\u2019 Fiqh al Islami yang bersidang pada 21 \u2013 26 Syawal 1422 bersamaan 5 \u2013 10 Januari 2002 telah memutuskan bahawa untuk mengisbatkan nasab, penggunaan DNA dibenarkan dan dilakukan atas perintah mahkamah hanya dalam kes pertelingkahan ketidaktahuan nasab anak atas pelbagai sebab, kes kekeliruan atau pertukaran anak di hospital atau pusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-anak yang hilang atas sebab bencana alam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Majma\u2019 al-Fiqh al-Islami menetapkan bahawa DNA tidak boleh digunakan untuk menafikan nasab anak apalagi digunakannya mendahului kaedah \nli`an\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah menegaskan bahawa para Fuqaha\u2019 telah bersepakat bahawa penafian nasab anak melalui kaedah\n li\u2019an\n perlu dilakukan dengan kadar segera (\n????? ????????\n)?dan jika penafian nasab tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, maka gugurlah hak penafian nasab tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah turut menegaskan bahawa merujuk kepada Mazhab Shafie, terdapat dua pandangan iaitu dalam \nqaul qadim\n dan \nqaul jadid\n. Dalam \nqaul qadim\n, Imam Shafie menetapkan bahawa penafian hendaklah berlaku sejurus diketahui kelahiran bayi tersebut. Sekiranya penafian tidak dibuat, bermakna seseorang itu telah mengakui bahawa bayi tersebut adalah anaknya. Namun begitu, dalam \nqaul jadid\n, penafian tidak semestinya secara terus. Ia memerlukan masa sebelum sesuatu keputusan diambil memandangkan ia merupakan satu perkara yang penting. Ia boleh ditangguhkan sehingga tiga hari dan penangguhan hanya boleh berlaku atas sebab-sebab keuzuran.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, berdasarkan penegasan dan pandangan para ulama\u2019 mengenai tempoh segera bagi melakukan \nli\u2019an\n untuk menafikan nasab anak, Muzakarah berpandangan bahawa seseorang yang hendak melakukan \nli\u2019an\n bagi penafian nasab anaknya perlu mempunyai tempoh waktu yang munasabah sebelum membuat keputusan demi mengelakkan sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa tempoh segera bagi seseorang bapa yang hendak melakukan \nli\u2019an\n bagi menafikan nasab anaknya adalah bermula daripada tarikh isterinya disahkan mengandung sehinggalah tiga (3) hari selepas bersalin.\u00a0 Penafian setelah tempoh munasabah tersebut adalah tertolak dan anak tersebut adalah sah dan sabit sebagai anaknya.\n\n\n\u00a0\n\nMuzakarah juga bersetuju memutuskan supaya garis panduan untuk menjalankan ujian DNA oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah diperketatkan lebih-lebih lagi dalam isu untuk menafikan nasab kerana DNA hanya sekadar \nqarinah\n atau sokongan semata-mata dan tidak boleh dijadikan bukti utama."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12288", "body": "Mesyuarat\u00a0Jawatankuasa Perundingan\u00a0Hukum Syarak Negeri\u00a0Pahang 2/2009\u00a0yang bersidang pada\u00a029 Mei\u00a02009 telah membincangkan hukum pelaksanaan takaful di Malaysia. Mesyuarat\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum pelaksanaan takaful adalah harus dengan syarat ianya mematuhi prinsip syariah dalam polisi perlindungannya.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/96-hukum-pelaksanaan-takaful"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12289", "body": "Mesyuarat\u00a0Jawatankuasa Perundingan\u00a0Hukum Syarak Negeri\u00a0Pahang 2/2009\u00a0yang bersidang pada\u00a029 Mei 2009\u00a0telah membincangkan hukum bertatu mengikut pandangan Islam. Mesyuarat\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum bertatu iaitu (pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu) mengikut pandangan Islam adalah haram.\n\u00a0\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/95-hukum-bertatu-mengikut-pandangan-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12290", "body": "Mesyuarat\u00a0Jawatankuasa Perundingan\u00a0Hukum Syarak Negeri\u00a0Pahang Bil\u00a02/2009\u00a0yang bersidang pada\u00a029 Mei 2009\u00a0telah membincangkan penentuan jantina bagi (ambigious genitalia dan testcular feminasation syndrome). Mesyuarat\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menukar status jantina dalam mykad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang diharuskan oleh syarak adalah harus setelah mendapat pengesahan daripada pakar perubatan Islam.\n\u00a0\nSebaliknya menukar status jantina dalam mykad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang tidak diharuskan oleh syarak adalah haram.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/94-penentuan-jantina-bagi-ambiguous-genitalia-dan-testicular-feminasation"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12292", "body": "Mesyuarat\u00a0Jawatankuasa Perundingan\u00a0Hukum Syarak Negeri\u00a0Pahang Bil\u00a02/2009\u00a0yang bersidang pada 29 Mei 2009 telah membincangkan\u00a0hukum penyaluran harta tidak patuh syariah kepada bukan\u00a0Islam.\u00a0Mesyuarat\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju bahawa hukum menyalurkan harta tidak patuh syariah tersebut kepada bukan Islam daripada sumber baitul mal adalah diharuskan.\n\u00a0\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/93-hukum-penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-kepada-bukan-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12293", "body": "Mesyuarat\u00a0Jawatankuasa Perundingan\u00a0Hukum Syarak Negeri\u00a0Pahang yang bersidang pada 25 Julai 2009 telah membincangkan mengenai status agama anak bawah umur selepas salah seorang pasangan memeluk agama Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nApabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.\nOleh yang demikian apabila salah seorang pasangan ( ibu atau bapa ) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur adalah secara langsung beragama Islam\nPerkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur\u00a018 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/92-status-agama-anak-bawah-umur-18-tahun-selepas-salah-seorang-pasangan-memeluk-agama-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12282", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2009\u00a0yang bersidang pada 27 Februari 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Penyaluran Wang Syubhah Ke Dalam Akaun Baitulmal. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nDidalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian,penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut :\n\u00a0\nDiserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas, dan seumpamanya;\nDiserah kepada golongan fakir ; atau\nJika harta tersebut harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/102-hukum-penyaluran-wang-syubhah-ke-dalam-akaun-baitul-mal"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12283", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang 1/2009\u00a0yang bersidang pada\u00a027 Februari 2009\u00a0telah membincangkan Hukum menunaikan Haji bagi pesakit yang menjalankan rawatan hemodialisis. Mesyuarat memutuskan bahawa hukum menunaikan fardhu haji bagi pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis adalah tidak diwajibkan kerana terdapat keuzuran dan termasuk dalam ketidak mampuan.\n\u00a0\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/101-hukum-menunaikan-haji-bagi-pesakit-yang-menjalankan-rawatan-hemodialisis"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12284", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\u00a0Negeri Pahang Bil 1/2009\u00a0yang bersidang pada 27 Februari telah membincangkan kedudukan Hizb al-Tahrir di Malaysia dan membuat keputusan bahawa Ajaran Hizb al-Tahrir ini tidak sesuai dan haram diamalkan oleh umat Islam di Negeri Pahang.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/100-kedudukan-hizb-al-tahrir-di-malaysia"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12285", "body": "Mesyuarat\u00a0Jawatankuasa Perundingan\u00a0Hukum Syarak Negeri\u00a0Pahang Bil 1/2009\u00a0yang bersidang pada\u00a027 Februari 2009\u00a0telah membincangkan garis panduan peraduan berasaskan hadiah. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju menerima garis panduan yang dibentangkan untuk dijadikan panduan kepada penganjur pertandingan yang berasaskan hadiah.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/99-garis-panduan-peraduan-berasaskan-hadiah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12286", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa\u00a0Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2009\u00a0yang bersidang pada\u00a027 Februari 2009\u00a0telah membincangkan cadangan mengadakan kompaun terhadap kesalahan undang-undang syariah. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nKesalahan menerima cadangan mengenakan kompaun terhadap pesalah undang-undang syariah yang dikategorikan sebagai kesalahan ringan dan dihukum dengan hukuman ta\u2019zir yang ringan;\nPenentuan kes yang dikenakan kompaun hendaklah dirujuk kepada Sahibus Samahah Mufti oleh Mahkamah Syariah;\nKesalahan yang melibatkan kesalahan berat dan dihukum dengan hukuman ta\u2019zir berat, tidak boleh dikompaun dan hendaklah dihukum berdasarkan hukuman ta\u2019zir yang diluluskan didalam enakmen sedia ada.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/98-cadangan-mengadakan-kompaun-terhadap-kesalahan-undang-undang-syariah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12287", "body": "Mesyuarat\u00a0Jawatankuasa Perundingan\u00a0Hukum Syarak Negeri\u00a0Pahang 1/2009\u00a0yang bersidang pada 27 februari 2009 telah membincangkan kedudukan pemuda kahfi atau ajaran bina negara Islam (Ma'had Al-Zaytun). Mesyuarat\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju dengan pengharaman ajaran Kumpulan Pemuda Kahfi @ Ajaran Bina Negara Islam ( ma\u00e2\u20ac\u2122had al-zaytun ) kerana bertentangan dan menyeleweng daripada aqidah dan syariat Islam.\n\u00a0\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/97-kedudukan-kumpulan-pemuda-kahfi-ajaran-bina-negara-islam-ma-had-al-zaytun"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10287", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\nPandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha\u2019 bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan sama ada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadis riwayat Abu Daud:\n\n\n\n\n\n\n\u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0628\u0652\u0646\u064d \u0644\u0650\u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0628\u0652\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0633\u0652\u0639\u064f\u0648\u062f\u064d\u060c \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0628\u0652\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0633\u0652\u0639\u064f\u0648\u062f\u064d\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u0627\u064e \u0631\u0650\u0636\u064e\u0627\u0639\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0634\u064e\u062f\u0651\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0652\u0645\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u0628\u064e\u062a\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\n\n\nMaksudnya: \nDaripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu bolehmengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluanbayi pra-matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/ berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10288", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa para fuqaha\u2019 bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihad al-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab dan qabul.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti yang berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan.\n\n\nTidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.\n\n\nCukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak.\n\n\nDigalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.\n\n\nTerdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya.\n\n\nTertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10289", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum \nEutanasia\n atau \nMercy Killing.\n Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menghentikan hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan menggunakan apaapa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah haram dan dilarang oleh Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa perbuatan mempercepatkan kematian melalui amalan eutanasia (samada \nEutanasia Voluntary, Non-Voluntary\n atau \nInvoluntary\n) atau mercy killing adalah haram menurut Islam kerana ia menyamai perbuatan membunuh dan ianya juga bertentangan dengan Etika Perubatan di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nKeputusan ini adalah selaras dengan Firman Allah S.W.T. dalam Surah an-Nisa\u2019, ayat 92 yang bermaksud:\n\n\n\n\n\n\n\u201cDan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja...\u201d\n\n\ndan Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh an-Nasa\u2019ie yang bermaksud:\n\n\n\u201cSesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda, \u201cJanganlah kamu mengharapkan kematian, jika seseorang itu baik, boleh jadi ia menambahkan kebaikan dan jika seseorang itu berbuat dosa boleh jadi dia bertaubat (dan mengharap redha Allah)\u201d.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga menegaskan bahawa tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan. Membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam perkara yang dilarang dan berdosa.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa jantung dan/atau otak pesakit telah berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, Muzakarah memutuskan bahawa tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan tersebut adalah dibenarkan oleh Islam kerana pesakit telah disahkan mati oleh pakar perubatan dan sebarang rawatan tidak lagi diperlukan. Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa pesakit tiada harapan untuk sembuh dan pesakit telah dibenarkan pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan (\nconventional treatment\n) diteruskan adalah dibenarkan oleh Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan \neutanasia\n atau \nmercy killing\n yang diharamkan.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, jika rawatan/alat bantuan sokongan tersebut digunakan untuk tujuan lain seperti alat bantuan mengeluarkan bendalir untuk memudahkan pernafasan, maka tindakan mencabut/ memberhentikannya adalah tidak dibenarkan.\n\n\n\n\n\n\nDalam kes-kes di mana pakar perubatan berhadapan dengan situasi di mana pesakit perlu berdepan dengan dua pilihan, sama ada meneruskan rawatan walaupun berkemungkinan memberi kesan sampingan yang boleh menyebabkan kematian atau terus berada dalam keadaan kesakitan yang berterusan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus bagi pakar perubatan memberikan rawatan/ubat-ubatan kepada pesakit (seperti ubat penahan sakit) walaupun berkemungkinan memberi kesan kepada nyawa pesakit.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu selaras dengan kaedah fiqh:\n\n\n\n\n\n\n\u0627\u0644\u0636\u0631\u0648\u0631\u0627\u062a \u062a\u0628\u064a\u062d \u0627\u0644\u0645\u062d\u0638\u0648\u0631\u0627\u062a\n\n\niaitu \n\u2018dalam keadaan darurat, setiap perkara yang ditegah dibolehkan\n\u2019, amalan \nEutanasia Indirect\n atau \nDouble-Effect Medication\n boleh dilaksanakan menurut pandangan syarak bagi memastikan kesengsaraan yang dihadapi pesakit dapat dikawal dan pelaksanaannya tidak langsung bertujuan untuk mempercepatkan kematian.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga memutuskan bahawa dalam kaedah perubatan, mati otak (\nbrain death\n) adalah dianggap sebagai suatu kematian dan apabila kematian tersebut disahkan oleh pakar, maka akan sabit semua hukum berkaitan kematian yang ditetapkan oleh syarak.\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nJusteru, adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin \nventilator\n) dengan persetujuan waris-waris terdekat selepas disahkan oleh dua orang pakar perubatan yang tidak terlibat dalam urusan pendermaan organ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10296", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penyaluran Hasil \nGharamah\n Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\nSetelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa keharusan mengenakan \ngharamah\n ke atas penerima biaya yang mungkir adalah berasaskan hadis Rasulullah SAW yang menyifatkan kelewatan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman dan boleh memudaratkan institusi kewangan Islam.\n\u00a0\nMuzakarah juga berpandangan bahawa \ngharamah\n yang dihasilkan dalam institusi kewangan Islam perlu disalurkan kepada institusi yang berkait secara khusus dengan umat Islam supaya ianya tidak disalahgunakan.\n\u00a0\nSehubungan itu, selaras dengan kedudukan dan fungsi Baitulmal sebagai institusi tertinggi dalam menguruskan wang dan harta umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hasil \ngharamah\n Institusi Kewangan Islam hendaklah disalurkan ke Baitulmal bagi memastikan penggunaan harta tersebut menepati \nmaslahah\n \nammah\n umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10297", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurat) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10198", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kanta ICL (\nImplantable Collamer Lens\n) Untuk Rawatan Mata. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam amat menekankan penjagaan kesihatan tubuh badan sebagai salah satu prinsip dalam\u00a0 \n\u0645\u0642\u0627\u0635\u062f \u0634\u0631\u064a\u0639\u0629\n. Walau bagaimanapun, penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit adalah dilarang berdasarkan umumnya hadith Rasulullah S.A.W.:\n\n\n\n\n\n\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a \u0627\u0644\u062f\u0651\u064e\u0631\u0652\u062f\u064e\u0627\u0621\u0650\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u200f \"\u200f \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u062f\u0651\u064e\u0627\u0621\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u062f\u0651\u064e\u0648\u064e\u0627\u0621\u064e \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0644\u0650\u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u062f\u064e\u0627\u0621\u064d \u062f\u064e\u0648\u064e\u0627\u0621\u064b \u0641\u064e\u062a\u064e\u062f\u064e\u0627\u0648\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u062f\u064e\u0627\u0648\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0628\u0650\u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u064d\n\n\nMaksudnya: \nDari Abi Darda\u2019 RA, Rasulullah S.A.W. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.\n\n\n\n\n\n\nNamun begitu, dalam keadaan-keadaan darurat atau terpaksa, terdapat kelonggaran yang diberikan dalam pengharaman ini demi untuk menghilangkan kesakitan dari tubuh badan.\n\n\n\n\n\n\nDalam isu rawatan ICL ini, memandangkan penggunaannya bukan dalam keadaan darurat dan umat Islam mempunyai banyak alternatif lain yang tidak meragukan dari aspek Syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan kanta ICL (\nImplantable Collamer Lens\n) untuk rawatan mata yang diperbuat dari bahan kolagen khinzir adalah tidak diharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=14930", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12109", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil\u00a01/2011 yang bersidang pada 7 Januari 2011 telah membincangkan Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju hukum pengambilan vaksin Human Papiloma Virus (HPV) adalah harus bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim. Penggunaannya hendaklah tidak bertentangan dengan syarak. Keharusan pengambilan vaksin ini adalah berdasarkan hajat dan darurah.\u00a0\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/86-hukum-pengambilan-vaksin-human-papilloma-virus-hpv"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12264", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2011 yang bersidang pada 7 Januari 2011 telah membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syari'e. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat berpandangan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-Quran dan al-hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t. agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.\nOleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:\na. Kaedah ini \n????? ????????????\n merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.\nb. \n????? ????????? ?????????? ?????????????? ??????? ??????????\n : Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai peguam syarie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari suatu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.\nc. \n???????????? ??????????? ????????? ????? ????????????? ??????????\n: Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.\nd. \n????????? ???????? ????? ???????????? ???????? ??????????????\n: Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.\ne. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/84-hukum-melantik-orang-bukan-islam-sebagai-peguam-syari-e"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12265", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2011 yang bersidang pada 7 Januari 2011 telah membincangkan Hukum Pembinaan Kubur Bertingkat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat berpandangan bahawa dalam keadaan darurat di mana berlakunya kepadatan penduduk dan lokasi tanah perkuburan yang terhad, pembinaan kubur secara bertingkat merupakan konsep dan kaedah yang tidak bertentangan dengan syarak.\u00a0\nSehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa berdasarkan prinsip hukum Islam, pembinaan kubur secara bertingkat adalah harus dilaksanakan sekiranya keperluan amat mendesak bagi mengatasi kekurangan tanah perkuburan orang Islam pada hari ini.\u00a0\nWalaubagaimanapun, kajian terhadap modul-modul pelaksanaannya perlu diteliti dengan lebih menyeluruh dengan mengambil contoh di beberapa buah negara luar yang telah melaksanakannya serta mengambilkira penjimatan kos.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/83-hukum-pembinaan-kubur-bertingkat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12266", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2011 yang bersidang pada 7 Januari 2011 telah membincangkan Kedudukan Kursus Pelatihan Solat Khusyuk. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nMesyuarat bersetuju memutuskan hukum kursus pelatih solat kusyuk adalah bertentangan dengan hukum Mazhab Feqah.\n\u00a0\nKursus tersebut adalah dilarang dan haram kerana boleh membawa kerosakan aqidah, syariat dan penyelewengan terhadap tafsir al-quran.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/82-kedudukan-kursus-pelatihan-solat-khusyuk"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12267", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Bil 6/2011 yang bersidang pada 30 Disember 2011 telah membincangkan Hukum Menyusukan Anak Angkat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.\nPenegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha\u2019 yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.\n\u00a0\nSehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/81-hukum-menyusukan-anak-angkat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12268", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-6/2011, pada 30 Disember 2011 memutuskan Hukum berpegang dengan ajaran Syiah adalah \ndiharamkan\u00a0\nuntuk diamal dan disebarkan di negeri ini disebabkan fahaman dan ajaran ini adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/78-hukum-berpegang-dengan-ajaran-syiah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12269", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 6/2011 yang bersidang pada 30 Disember 2011 telah membincangkan Hukum Pengeluaran Dan Mengambil Pesanan Silika Jenis Daraclar. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan hukum bekerja di kilang tersebut adalah harus kerana silika yang dihasilkan bukan hanya bertujuan bagi menapis arak tetapi digunakan juga untuk tujuan lain yang diharuskan oleh syarak.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/79-hukum-pengeluaran-dan-mengambil-pesanan-silika-jenis-daraclar"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12270", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012 yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Menyambut Hari Kekasih. Mesyuarat\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut:\nMesyuarat bersetuju bahawa hukum menyambut hari kekasih adalah \nharam \ndan \ndilarang \nuntuk menyambutnya kerana mempunyai kaitan dengan agama lain.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/75-hukum-menyambut-hari-kekasih"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12271", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2012, pada14-15 Mac 2012 \ntelah membincangkan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat:\nMaksudnya: \nPara sahabat bertanya: \u201cWahai Rasulullah, adakah berdosa jika kami tidak merawat (penyakit kami)?\u201d Rasulullah bersabda, \u201cDapatkanlah rawatan wahai hamba-hamba Allah! Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan dijadikan bersama-samanya penawar, melainkan penyakit tua\u201d. (Riwayat Ibn Majah)\nPenegasan ini juga adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang menyebutkan bahawa : \n\u201cKemudaratan perlu dihilangkan\u201d\n (\n????? ????)\n.\nMesyuarat berpandangan bahawa asal sesuatu haiwan itu adalah suci melainkan babi dan anjing yang jelas hukumnya najis. Pandangan ini adalah selaras dengan kaedah \nfiqhiyyah\n yang menetapkan bahawa:\n???????? ??? ??????????? ??????????? ?????? ??????? ??????????? ????? ?????????????\nMaksudnya: \n\u201cHukum asal dalam semua perkara (kecuali ibadat dan hubungan lelaki dan perempuan) adalah harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang menyatakannya sebagai haram.\u201d\nMesyuarat juga berpandangan bahawa hukum bagi bangkai haiwan yang tidak mempunyai darah adalah suci. Ini bermakna, sekiranya larva yang digunakan semasa proses rawatan tersebut mati, maka hukumnya adalah suci kerana komponen tubuh larva itu sendiri tidak mengandungi darah. Justeru, ia tidak menjejaskan kesucian ibadah seseorang pesakit yang menjalani Rawatan Terapi Larva tersebut.\nSehubungan itu, selaras dengan ketetapan-ketetapan tersebut Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan Rawatan Terapi Larva (\nMaggot Debridement Therapy\n) bagi pesakit luka kronik adalah harus dan ibadah yang dilakukan oleh pesakit terutamanya solat ketika menjalani rawatan terapi ini adalah sah.\nMesyuarat juga memutuskan bahawa pesakit luka kronik yang menjalani rawatan ini dibolehkan bertayammum untuk mengangkat hadas besar atau hadas kecil bagi mengelakkan mudarat apabila terkena air pada anggota yang sakit.\n\u00a0\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/74-hukum-menggunakan-rawatan-terapi-larva"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12272", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012\u00a0yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan tatus Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Skim Simpanan Nasional yang telah diperbaharui pelaksanaanya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi syariah dan diharuskan oleh syarak.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12273", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012\u00a0yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Parameter Perdagangan Pertukaran Mata Wang Asing. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (\nforex\n) oleh individu secara lani (\nindividual spot forex\n) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut \nfiqhiyyah\n ia tertakluk di bawah hukum \nBay al-Sarf\n yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi \nBay al-Sarf\n seperti berikut:\nSyarat-syarat umum jual beli\n:\nPihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (\nAhliyyah al-Ta\u2019aqud\n);\nHarga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;\nItem belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;\nSighah\n akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan \nsighah\n ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.\nSyarat-syarat khusus \nBay al-Sarf\n:\nBerlaku \ntaqabbudh\n (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform \nforex\n sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;\nJual beli matawang hendaklah dijalankan secara \nlani\n dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan\nAkad jual beli \nal-sarf\n mesti bebas daripada \nkhiyar al-Syart\n.\nSelain memenuhi syarat-syarat tersebut, Mesyuarat juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (\nforex\n) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen \nal-Salaf wa al-Bay\n (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.\nBerdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Mesyuarat mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (\nforex)\n oleh individu secara \nlani\n (\nindividual spot forex\n) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan \nrollover interest\n, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui \nleverage\n, \nqabd\n yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.\nSehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (\nforex\n) oleh individu secara \nlani\n (\nindividual spot forex\n) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.\nMesyuarat juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.\n\u00a0\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/72-parameter-perdagangan-pertukaran-mata-wang-asing"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12274", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012\u00a0yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa kopi luwak ( musang ) adalah bersifat \nmutanajjis\n \ndan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat :\nBiji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam ; dan\u00a0\nBiji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.\u00a0\u00a0\nMesyuarat juga memutuskan supaya kopi luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri ( MAIN ) sebelum dipasarkan kepada masyarakat islam.\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/71-hukum-meminum-kopi-luwak-musang"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12277", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012\u00a0yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Di Malaysia. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa indelible ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan . Oleh itu, penggunaan indelible ink adalah diharuskan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat islam.\n\u00a0\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/76-hukum-penggunaan-indelible-ink-dalam-pilihanraya-di-malaysia"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12263", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah bersidang pada \n6 September 2010\n\u00a0telah membincangkan garis panduan masalah kesihatan seksual dan reproduktif dan telah bersetuju menerima garis panduan yang telah disediakan dan bersetuju ia dijadikan panduan dalam mengendalikan kes-kes seksual yang melibatkan kes rogol dan zina.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/24-keputusan-fatwa-2010/87-garis-panduan-masalah-kesihatan-seksual-dan-reproduktif"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12095", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang\u00a0Kali Ke-4/2008 yang bersidang pada 26 Disember 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Bersumpah Mengikut Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nBahawa tatacara bersumpah mesti mengikut panduan\u00a0yang ditetapkan oleh syarak dan haram mempermainkan sumpah dengan nama Allah SWT.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/107-hukum-bersumpah-menurut-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11999", "body": "Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb\u00a0April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah \ntidak halal \nkerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-\n\n\n\u00a0\n\n\nSkim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja\u2019fi daripada Ibnu Mas\u2019ud:\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya : \n\u201cTidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nSkim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber:\nhttp://www.muftiselangor.gov.my/KoleksiDownload/16062011/ASNASB.pdf"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12190", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 19 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nAmalan membawa bunga secara sederhana dengan niat mewangikan kawasan kuburan adalah diharuskan; dan\nAmalan membawa kalungan atau jambangan bunga semasa menziarahi kubur adalah dilarang kerana :\nMempunyai unsur persamaan dengan amalan dan ajaran agama lain.\nPembaziran yang nyata\nWalau bagaimanapun, mesyuarat sebulat suara memohon agar satu garis panduan yang merangkumi peraturan dan panduan mengenai hal ehwal perkuburan disediakan untuk edaran ke seluruh Negeri Sarawak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12191", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenai \nHukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day (Sarawak)\n\u00a0. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat mengambil keputusan bahawa \n\"Amalan Menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12195", "body": "Muzakarah\u00a0Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil. 2/2010 telah bersidang\u00a0\npada 21 Disember 2010 Miladiah / 15 Muharram 1432 Hijriah, bertempat di Bilik Teratai, Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah\n\u00a0bagi membincangkan mengenai \"PENETAPAN NISAB DAB KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT PADI BAGI NEGERI SABAH\" dan telah memutuskan bahawa:\n\u00a0\n1.\u00a0Kadar NIsab Zakat Padi bagi Negeri Sabah adalah sebanyak 363 gantang bersamaan 980.1kg.\n\u00a0\n2. Kaedah taksiran zakat padi bagi negeri Sabah yang sudah mencukupi nisab adalah berdasarkan tiga kategori seperti berikut:\n\u00a0\n\u00a0\u00a0a)\u00a010% bagi penanaman yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan, sungai atau parit yang tersedia.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0b)\u00a05% bagi pengusaha padi yang perlu menanggung kos atau bersusah payah seperti menggunakan tenaga manusia dan penggunaan jentera.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0c) 7.5% bagi penanaman yang menggunakan kedua-dua kaedah di atas iaitu mengusaha tapak dengan air yang mengalir tanpa bersusah payah menanggung kos dan terpaksa pula menanggung kos pada keperluan yang lain seperti baja dan sebagainya.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0d)\u00a0Kaedah pengiraan zakat padi perlu berasaskan kepada penanaman satu musim sahaja.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0e)\u00a0Pusat Zakat Sabah perlu membuat kajian mengenai pengiraan bagi penanaman dua musim untuk perhatian Majlis Fatwa Negeri Sabah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12196", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 20 Syaaban 1430 Hijriah bersamaan 11 Disember 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Menjual Dan Menternak Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik.\n\u00a0\nAlhamdullillah fatwanya :\n\u00a0\nLintah dan cacing bukan merupakan haiwan yang dikategorikan sebagai najis. Oleh itu hukum menternak kedua-dua haiwan tersebut atau berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut adalah harus. Menggunakan lintah dan cacing untuk tujuan perubatan dan kosmetik adalah harus dengan syarat-syarat berikut :\n\u00a0\nHabitat kedua-dua haiwan tersebut dalam lingkungan yang\u00a0suci.\nHaiwan tersebut tidak ada kemudaratan seperti ada racun berbisa.\nHaiwan tersebut tidak menjadi najis (mutannajis) seperti mencampurkan haiwan tersebut dengan unsur-unsur yang najis seperti arak, babi dan sebagainya.\nTujuan penternakan cacing dan lintah bukan bermatlamat sebagai bahan makanan tetapi sebagai bahan perubatan dan kosmetik serta penghasilan baja.\nBagi kegunaan luaran sahaja seperti dibuat minyak bagi sapuan pada anggota tubuh badan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12198", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Solat Jumaat Di Kawasan Kampus Institusi Pengajian Tinggi Dan Sekolah- Sekolah Menengah Yang Jauh Dari Masjid Yang Mendirikan Solat Jumaat\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat mengambil keputusan bahawa, \n\"sekolah-sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi dan lain-lain institusi boleh mendirikan solat Jumaat di kawasan masing-masing tertakluk kepada peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa pada masa ini dan setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Mufti Negeri Sarawak serta kelulusan Majlis Islam Sarawak\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12200", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenai\u00a0\nKajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\"\nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12201", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 26 September 2010 telah membincangkan mengenai Pelantikan Hakim Syarie Wanita. Mesyuarat telah membahaskan perkara ini dengan lebih mendalam dan mengambil kira keperluan masa kini maka Jawatankuasa Fatwa bersetuju dengan pandangan daripada Dr. Muhammmad Said Ramadhan Al Buthy dan Dr Yusof Al Qaradhawi iaitu harus melantik wanita sebagai hakim syarie dalam kes mal sahaja. Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 73 bertarikh 4 April 2006 yang memutuskan bahawa wanita harus dilantik menjadi hakim syarie dalam kes selain hudud dan qisas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12203", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4-5 November 2009M bersamaan 16-17 Zulkaedah 1430H kali 181 memutuskan keputusan bahawa :\r\n\n\r\n\r\n\"Kegiatan menghidu gam adalah HARAM kepada umat Islam atas asas ianya dikiaskan dengan pengharaman arak dari segi illahnya ( ??? ) iaitu memabukkan berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Minuman apa pun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitkannya pun adalah haram. (R. Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)\r\n\r\n \r\n\n\r\nPerbuatan menghidu gam ini boleh membawa kepada kemudharatan diri pengamalnya. Allah berfirman dalam hal ini :\r\n\r\n \n\r\n\r\nMaksud : dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri, Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (an-Nisa' : 29)\r\n\r\n \r\n\n\r\nMaksud : dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (al-Baqarah : 195)\r\n\r\n\r\n\n\r\nMaksud : Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya\r\n\n\r\n(R. Ahmad dan Ibnu Majah)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12205", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\"\nPada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12206", "body": "Muzakarah\u00a0Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil. 2/2010 telah bersidang\u00a0pada 21 Disember 2010 Miladiah / 15 Muharram 1432 Hijriah, bertempat di Bilik Teratai, Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah\u00a0bagi membincangkan mengenai Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain dan telah memutuskan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:\n\u00a0\nDiserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;\nDiserahkan kepada golongan fakir miskin; atau\nJika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan sebagainya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12208", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) \n telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\"Mesyuarat memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam. Ibu bapa dan masyarakat Islam juga digesa supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12210", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenai\u00a0\nKedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam (Sarawak)\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\"Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, maka senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah umat Islam. Oleh itu, apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sekiranya senaman yang dibuat tidak sama seperti posisi di dalam yoga atau menambah posisi yang lain, tidak disertai dengan niat, tidak mengikut waktu ibadah agama Hindu dan tiada mantera, maka hukumnya adalah harus.\n\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12211", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada 16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nDoa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah s.w.t dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanyalah kepada Allah s.w.t. sahaja.\nOrang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing.\u00a0Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12212", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Etil Alkohol Dalam Makanan.\n\u00a0\nAlahamdullilah fatwanya :\n\u00a0\nSetiap minuman arak mengandungi Alkohol Etanol yang memabukkan tetapi bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis.\n\u00a0\nMinuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak samada mengandungi sedikit alkohol atau alkohol yang disulingkan adalah haram diminum.\n\u00a0\nMinuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.\n\u00a0\nAlkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan dan minuman tidak najis dan boleh dimakan.\nKandungan Etil Alkohol yang terdapat di dalam makanan dan minuman yang dibenarkan adalah tidak lebih daripada 0.01%.\nOleh itu, produk yang boleh diberikan pensijilan halal adalah :\nKod sampel : 229 (L-090310-UCK(b)\nKod sampel : 231 (L-090310-RT(a)\nKod sampel : 232 (L-090310-RT(b)\nKod sampel : 233 (L-090310-RT(c)\nManakala baki produk yang lain tidak menepati syarat dan tidak boleh diberi pensijilan halal.\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12214", "body": "Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2010 telah bersidang pada 21 Disember 2010 Miladiah/15 Muharram 1432 Hijriah bertempat di Bilik Teratai, Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai \n\"MENGHIDUPKAN KEMBALI AL-QURAN MENURUT SUNNAH RASUL SEBAGAI SATU AMANAH TULISAN MOHAMED BIN KARIM\"\n dan telah memutuskan bahawa:\n\u00a0\na. Tulisan Mohamed Bin Karim bertajuk: \"Menghidupkan Kembali Al-Quran Menurut Sunnah Rasul Sebagai Satu amanah\" adalah mengandungi perkara-perkara menyalahi fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah, menyalahi kaedah serta etika pentafsiran yang telah ditetapkan oleh ulama' muktabar dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan penulisan amat mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.\n\u00a0\nb. Bahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem seperti wayang gambar, pita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan isi kandungan buku-buku di (a) di atas untuk dibaca, dilihat atau didengar.\n\u00a0\nOrang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isi kandungan buku-buku di (a) di atas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12216", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 8 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Cadangan Perdagangan Baja Najis Kelawar (Guano).\n\u00a0\nAlhamdullillah fatwanya :\n\u00a0\n\" Memproses dan membekalkan baja organik yang terdiri daripada najis kelawar (Guano) adalah harus mengikut hukum syara' \".\n\u00a0\n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12218", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada 16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M telah membincangkan mengenai\u00a0\nPenggalian Dan Pemindahan Kubur Di Tanah Perkuburan Islam Jalan Keretapi Di Lot 192, Blok 208, Jalan Tun Ahmad Zaidi\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\"Harus hukumnya digunakan tanah perkuburan Islam Jalan Keretapi untuk pembangunan atau lain-lain kegunaan kerana tanah perkuburan tersebut terletak di tengah Bandaraya Kuching dan tidak sesuai untuk tujuan perkuburan. Mana-mana kubur yang hendak digali dan dipindahkan ke Tanah Perkuburan Semariang hendaklah digali dan dipindahkan secara terhormat dan tidak ada pampasan yang perlu dikeluarkan kepada ahli waris\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12220", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada \n21 Jun 2010 \ntelah membincangkan mengenai Acara Bertafakur Sempena Hari Pahlawan Di Tugu Peringatan. Mesyuarat bersetuju mengekalkan keputusan yang telah dibuat pada \n29 Jun 1996\n berkenaan acara bertafakur sempena Hari Pahlawan di Tugu Peringatan seperti mana berikut:\n\u00a0\nAmalan yang dilakukan di hadapan Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan\u00a0seperti bertafakur dengan menundukkan kepala sekian-sekian saat, meletakkan kalungan bunga, mendeklamasikan sajak, menyanyi. Jawatankuasa\u00a0Fatwa mendapati amalan-amalan ini tanpa ragu-ragu lagi adalah bercanggah dengan syariat Islam dan boleh membawa syirik yang wajib dijauhi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12226", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, ahli Mesyuarat\u00a0sebulat suara memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat \nritual \natau upacara agama bukan Islam.\nSehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti \nCandlelight Vigil\n kerana ia mengandungi unsur-unsur \ntasyabbuh\n dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.\nMesyuarat bersetuju agar khutbah khas disediakan berhubung perkara ini dan dicadangkan supaya Jabatan Agama Islam Sarawak mengurusetiakan perbincangan atau bengkel khusus yang membincangkan tentang pendekatan dalam menyampaikan hal ini secara berkesan kepada umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12228", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-17 yang bersidang pada 11 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenai\u00a0Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nDi dalam Islam Jumhur Ulama\u2019 telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.\nOleh yang demikian, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12229", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2010 yang bersidang pada 30 April 2010\u00a0telah membincangkan mengenai Tempoh 'Iddah Bagi Perempuan Yang Dibuang Rahim. Mesyuarat memutuskan bahawa perempuan yang dibuang rahimnya ber'iddah selama 3 bulan mengambil kira kaedah perempuan yang telah putus asa daripada kedatangan haid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12230", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis\n. Mesyuarat bersetuju\u00a0menerima sighah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84 bertarikh 15 Disember 2008 seperti berikut:\nPesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji;\nPesakit kronik adalah wajib melaksanakan \nbadal\n haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan\nSekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12231", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Ramadhan 1430 bersamaan 8 September 2009 telah membincangkan mengenai Pembayaran Zakat Perniagaan Bagi Program Rumah Murni Malaysian Industrial Developement Finance Berhad (MIDF).\n\u00a0\nAlhamdullillah fatwanya seperti berikut :\n\u00a0\n\" Semua individu dan syarikat hendaklah membayar zakat harta dan zakat perniagaan secara keseluruhan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor.\n\u00a0\nMajlis Agama Islam Negeri Johor boleh memberi peruntuklan yang dipohon oleh pembayar zakat samada individu ataupun syarikat untuk mereka mengagihkan sendiri kepada asnaf-asnaf penerima zakat yang telah dikenalpasti oleh pihak pembayar berdasarkan dengan garis panduan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.\n\u00a0\nOleh itu Program Rumah Murni Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF) yang tidak melibatkan peranan Majlis Agama Islam\u00a0Negeri Johor sebagai badan autoriti menguruskan wang zakat maka ia bukanlah dikira sebagai zakat perniagaan tetapi sebagai sumbangan kepada masyarakat (khidmat sosial) \".\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12232", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\ni. Mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-Warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-Muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.\n\u00a0\nii. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12234", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Pengeluaran Dan Penerimaan Zakat Bagi Yang Telah Diisytiharkan Muflis\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\ni. Apabila seseorang telah diisytiharkan sebagai muflis disebabkan hutang yang ditanggung melebihi harta yang dimiliki, maka tiada zakat yang dikenakan kerana harta yang ada telah disekat untuk melunaskan hutang semasa.\n\u00a0\nii. Seseorang yang diisytiharkan muflis sekiranya mempunyai harta selain harta yang disekat sama ada harta tersembunyi atau seumpamanya, maka harta tersebut wajib dizakatkan sekiranya cukup nisab dan genap tempohnya setahun.\n\u00a0\niii. Sekiranya individu yang telah diisytiharkan muflis tidak mempunyai sumber pendapatan lain pada ketika itu, maka dia layak untuk menerima zakat di bawah asnaf al-gharimin dengan syarat-syarat seperti berikut;-\n\u00a0\nHendaklah orang yang berhutang itu mempunyai keperluan untuk memiliki harta yang dapat melunaskan hutang-hutangnya. Dan apabila dia menjadi kaya dan mampu untuk melunaskan semua hutangnya dengan harta yang dimiliki, maka dia tidak layak untuk menerima zakat.\nHendaklah hutang yang ditanggung itu dalam urusan ketaatan atau perkara yang diharuskan. Sekiranya dia berhutang untuk tujuan yang maksiat, maka tiada bahagian zakat untuknya kerana ianya sama seperti menolongnya berbuat maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.\nHutang yang ditanggung hendaklah hutang semasa yang memerlukan pelunasan pada waktu itu. Sekiranya hutang tersebut bertempoh maka pendapat yang sahih seperti yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi adalah tidak diberikan zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12235", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2009 yang bersidang pada 18 Mac 2009 telah membincangkan dan memutuskan berkenaan Menetapkan Harga Zakat Fitrah Negeri Selangor Tahun 1430H/2009M adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0Harga zakat fitrah bagi tahun 1430H bersamaan tahun 2009M adalah ditetapkan sebanyak RM7.00/seorang; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat fitrah kepada penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam bagi tahun 1430H/2009M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12236", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang kali 185 bertarikh 2-4 November 2010M bersamaan 25-27 Zulkaedah 1431H memperaku dan menerima dengan kadar wajib zakat padi adalah sebanyak lima peratus (1/20) daripada hasil kasar padi untuk diterimapakai oleh umat Islam di negeri Perak Darul Ridzuan.\nSehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengesyorkan supaya dibuat satu khutbah tentang keputusan ini untuk sebaran kepada masyarakat Islam seluruh negeri Perak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12238", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4-5 November 2009M bersamaan 16-17 Zulkaedah 1430H kali 181 memutuskan keputusan bahawa :\n\u00a0\n\u201d Penyebaran Risalah Yang Mengandungi Ajaran Yang Bercanggah Dengan Islam Iaitu \u201dRasulullah SAW Pembawa Rahmat\u201d adalah HARAM dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar berdasarkan beberapa penyalahgunaan di dalamnya seperti :-\n\u00a0\n1) Membiarkan sahaja individu orang islam yang ingin murtad.\nSedangkan orang islam sebenarnya tidak boleh membiarkan orang islam murtad kerana ianya bersalahan dengan Firman Allah swt :\nTerjemahan: \nEngkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. \n(al-Mujadalah : 22)\n\u00a0\n2) Umat Islam tidak perlu menentang kezaliman sebaliknya hanya menunggu kedatangan Imam Mahdi untuk kemenangan.\nAllah SWT berfirman dalam kitabnya :\nTerjemahan : \nSesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.\n (ali- Imran : 19)\nUmat Islam wajib berpegang dengan ayat ini, meyakininya dan memahaminya sekaligus mempertahankan agama suci di sisi Allah ini dengan tegas, bukan hanya dengan berserah tanpa usaha mempertahankannya.\n3) Berpendapat bahawa Nabi Isa telah mati seperti orang biasa selepas peristiwa salib dan diangkat oleh Allah ke langit seterusnya menyamakan peristiwa itu sama dengan fahaman ajaran kristian iaitu Isa sebagai anak tuhan.\nAllah telah berfirman dalam al-Quran surah An-Nisa\u2019 ayat 157:\nTerjemahan : \ntetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)\n.\nManakala mereka yang beranggapan Nabi Isa adalah anak tuhan dihukumkan kafir kerana nyata bersalahan dengan firman Allah dalam surah al-Ikhlas yang menyatakan :\nTerjemahan : \nKatakanlah (wahai Muhammad): \"(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;\n(1) \n\"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;\n(2) \n\"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;\n(3) \n\"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya\"\n.(4)\n(al-Ikhlas : 1-4)\n4) Menyamakan Imam Mahdi sebagai Nabi Isa a.s kerana pemahaman Baginda SAW mengenai sebutan Isa Ibnu Maryam itu merujuk kepada kedatangan seorang utusan tuhan yang memikul tugas yang sama seperti Nabi Isa a.s. :\nHadis mengenai Imam Mahdi adalah hadis mutawatir dimana ia diriwayatkan oleh 33 orang sahabat. Walaupun dalam soheh Bukhari dan Muslim tidak dijelaskan tentang Imam Mahdi secara terang dimana ia hanya disebut sebagai imam dan pemimpin yang soleh tetapi dalam banyak hadis daripada perawi yang lain seperti Ibnu Majah, Tirmizi, abu Daud dan selain mereka maka ia disebut secara jelas tentang Imam Mahdi melalui hadis soheh dengan sanad yang soheh.\nNabi Isa a.s dan Imam Mahdi adalah 2 orang yang berlainan.\nTurunnya Nabi Isa a.s meneruskan syariat Nabi Muhammad SAW bukan membawa syariat baru atau lama.\nNabi Isa diturunkan untuk memberitahu bahawa Nasrani adalah salah.\nAdanya unsur memohon pertolongan dan menyeru kepada selain Allah dalam penggunaan ayat bahasa arab yang tidak difahami oleh kebanyakan orang awam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12240", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 20 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 5 April 2010 telah membincangkan mengenai Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang (Bone Ash).\n\u00a0\nAlhamdullillah fatwanya :\n\u00a0\nPenggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi adalah tidak harus mengikut hukum syara' dan wajib ditinggalkan penggunaannya.\n\u00a0\nPenggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang tidak halal dimakan selain daripada babi juga tidak harus digunakan.\n\u00a0\nPenggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang halal dimakan tetapi tidak disembelih juga tidak harus digunakan.\n\u00a0\nFatwa ini hanya terlaksana dengan adanya pembuktian saintifik yang jelas terhadap bahan kandungan pinggan mangkukk tersebut.\n\u00a0\nWalaupun belum terdapat pembuktian secara saintifik dengan bahan kandungan, umat islam dinasihatkan supaya tidak menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang untuk mengelakkan keraguan. Ini berdasarkan hadis Rasullullah SAW :\n \n \n \nTinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan.\n (Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasai)\n\u00a0\nLarangan penggunaan pinggan mangkuk yang tertera di atas adalah berasaskan konsep \nAl-Ihtiyat\n (berhati-hati) demi menjamin kesucian melaksanakan ibadah dalam kehidupan \".\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12244", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 Rabiul Awal 1431 bersamaan 9 March 2010 teah membincangkan mengenai Produk Biskut Berbentuk Ikan Perisa Sayur Dan Perisa Keju Oleh Win Win Food Industries Sdn. Bhd..\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya :\n\u00a0\n\"Membuat produk makanan menyerupai bentuk haiwan adalah harus mengikut syara' kecuali haiwan seperti babi, anjing dan juga haiwan yang jijik menurut pandangan masyarakat\".\n\u00a0\n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12247", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4-5 November 2009M bersamaan 16-17 Zulkaedah 1430H kali 181 memutuskan keputusan bahawa :\n\u00a0\n\u201dSebarang penyebaran, cetakan dan penjualan Buku-Buku Siri Syafie (Rahimullah), Mengharamkan Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan Dan Selamatan adalah DILARANG dan boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak atas alasan boleh mengelirukan masyarakat kecuali untuk urusan kajian ilmiah dan bukan untuk bacaan umum\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11490", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada / 4 November 2009M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Bersumpah Menurut Islam\n. Mesyuarat telah membuat keputusan sebagai keterangan hukum seperti berikut:\n\u00a0\nHukum asal bersumpah adalah makruh tetapi ia boleh menjadi sunnah, harus, wajib dan haram, bergantung kepada keadaan;\n\u00a0\nHaram \n: apabila bersumpah untuk melakukan perkara yang haram, atau meninggalkan yang wajib atau bersumpah dusta ke atas sesuatu.\nWajib\n : apabila tiada jalan selain bersumpah untuk memberi pengajaran kepada orang yang zalim dan untuk menegakkan kebenaran.\nSunat \n: sekiranya bersumpah itu menjadi wasilah ke atas orang-orang yang mendengar, dan menjadi penyebab mereka membenarkan sesuatu peringatan dan sebagai nasihat ke atas mereka.\nHarus\n : sekiranya bersumpah untuk melakukan perkara ketaatan, serta menjauhi perkara maksiat, atau untuk mendorong melakukan ke arah kebenaran atau untuk memberi peringatan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10755", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada \n6 Ramadhan 1426 Hijriah bersamaan 10 Oktober 2005 Miladiah \ntelah membincangkan mengenai Hukum Lambang-Lambang Kepercayaan Agama Kristian, Budha, Hindu Dan Islam Yang Tertera Di Sejadah.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\nTikar sembahyang yang mengandungi corak yang menyerupai lambing-lambang pelbagai agama adalah \nharam \npenggunaannya. Oleh itu, semua umat Islam di negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberI hadiah dan menjadikan perhiasan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11011", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-9 Penggal ke-8 yang\u00a0bersidang pada 22 Jun 2010 telah\u00a0membincangkan Cadangan Kajian Semula Upah Amil Zakat (Orang Perseorangan) 1/8 Bahagian. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan cadangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengenai kadar upah amil zakat perseorangan dengan sedikit pindaan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n(i) Amil bagi zakat fitrah dikekalkan dengan diberi upah 1/8 bahagian.\n(ii) Amil bagi zakat harta diberi upah 1/16 bahagian.\n(iii) Upah bagi agen korporat sebanyak 1/32 bahagian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10779", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor\u00a0yang bersidang pada 23 Rejab 1431 bersamaan 6hb Julai 2010 telah membincangkan mengenai Selipar Dan Kasut Yang Bertulis Kalimah Allah (Kasut Croc's).\n\u00a0\nAlhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut :\n\u00a0\nSemua selipar dan kasut berjenama Croc's\u00a0yang mengandungi lambang (logo)/corak yang menyerupai kalimah\u00a0\" LILLAH \"\u00a0( \n??? ???????\n ) adalah haram penggunaannya.\n\u00a0\nOleh itu, semua umat Islam\u00a0di negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport,\u00a0mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah, dan menjadikan perhiasan\u00e2\u20ac\u009d.\n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12084", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82, yang telah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12085", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah berbincang mengenai Kursus ESQ Leadership Training dalam beberapa siri mesyuarat di samping beberapa taklimat yang disampaikan oleh pelbagai sumber. Jawatankuasa ini yang bersidang pada 15 \u2013 16 November 2010 telah mengambil keputusan supaya umat Islam diberikan peringatan dan nasihat berkaitan Kursus ESQ Leadership Training yang dijalankan di negara ini.\nJawatankuasa ini telah bersetuju sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:\ni.Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati terhadap buku ESQ karangan Ary Ginanjar Agustian dan kursus-kursus latihan yang ada kaitan dengan buku berkenaan, kerana terdapat banyak istilah dan kenyataan yang mengelirukan dan boleh membawa kepada kecelaruan akidah.\nii.Selain itu, sebarang aktiviti berkaitan \nESQ adalah dilarang daripada dijalankan di negeri Perlis\n.\nKeputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember 2010."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12087", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang pada 15 \u2013 16 November 2010 telah mengambil keputusan supaya suatu peringatan diberikan kepada umat Islam berkaitan Hukum Pernikahan Ahli Sunnah Waljamaah Dengan Penganut Syiah.\nJawatankuasa ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan seperti berikut :\n\u201cUmat Islam tidak digalakkan mengahwini penganut ajaran Syiah.\u201d\nKeputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember 2010."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12088", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Bil 4/2010 yang diadakan di Hotel Hydro, Pantai Miami, Pulau Pinang pada 15 dan 16 November 2010 memutuskan mengenai ajaran Qadiani:\n\u00a0\nAjaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam.\u00a0\n\u00a0\nOleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.\n\u00a0\nOrang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah dengan ajaran Islam yang sebenar."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12089", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-74 yang diadakan pada 29-30 Jun 2009 telah membincangkan\u00a0kadar zakat fitrah bagi tahun 1430H/2009M.\u00a0Mesyuarat telah\u00a0bersetuju untuk menyelaraskan\u00a0\u00a0kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tahun 1430H/2009M\u00a0dengan Negeri Selangor iaitu sebanyak RM7.00 seorang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12091", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada\n 5 Zulhijjah 1429H bersamaan 3 Disember 2008M\n telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid).\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya :\n\u00a0\n\u201c\u00a0\n\u00a0Pengkid \niaitu wanita yang berpenampilan seperti lelaki dan melakukan hubungan sejenis sesama mereka adalah \nharam\n di sisi Islam \u201c."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12096", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2008 yang bersidang pada 26 Disember 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Senaman Yoga Menurut Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang, memutuskan bahawa hukum yoga :\n1.\u00a0\u00a0Bertentangan dengan Islam dan boleh merosakkan aqidah umat Islam dan haram diamalkan sekiranya disertakan dengan kepercayaan agama Hindu.\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0Bersenam tanpa niat mengamalkan ajaran atau unsur dan falsafah agama Hindu hendaklah dijauhi oleh umat Islam supaya tidak terlibat dengan perkara syubhah serta penyerupaan terhadap ibadah agama lain.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/103-hukum-senaman-yoga-menurut-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12097", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada \n18 Muharram 1428H bersamaan 6 Februari 2007M \ntelah membincangkan mengenai Hukum Kosmetik Botok .\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\nPenggunaan suntikan \nbotulinum toxin type A\n atau botox untuk tujuan kosmetik adalah HARAM jika :\n\u00a0Kandungan \nbotulinum toxin type A\n. Tersebut dihasilkan daripada sumber-sumber yang haram / meragukan dari segi syarak atau yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia; dan\nSuntikan yang dilakukan bagi mendapat kecantikan semata-mata atau bagi tujuan penipuan (\ngharar\n) juga tidak diharuskan. Walaubagaimanapun, suntikan \nbotulinm toxin type A\n atau botox untuk tujuan perubatan, dengan syarat ia dilakukan oleh pakar yang bertauliah adalah diharuskan mengikut kadar keperluan. \n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12100", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 26 Disember 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Mesyuarat\u00a0telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\ni. Lintah dan cacing dianggap haiwan yang suci ( tidak najis ) walaupun tidak boleh dimakan.\nii. Jumhur Fuqaha\u2019 berpendapat cacing adalah tidak najis kecuali Fuqaha\u2019 Syafi\u2019iyah.\niii. Tujuan penternakan cacing dan lintah bukan bermatlamat sebagai bahan makanan tetapi sebagai bahan perubatan dan kosmetik serta penghasilan baja.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/109-hukum-menternak-dan-menjual-lintah-dan-cacing-untuk-tujuan-perubatan-dan-kosmetik"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12102", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada \n16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010 \ntelah membincangkan mengenai Cadangan Mewujudkan Ruang Pejabat Koperasi Masjid Taman Perling Berhad Di Kawasan Bangunan Masjid Taman Perling.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\nCadangan mewujudkan ruang pejabat koperasi Masjid Taman Perling Berhad di kawasan bangunan\u00a0Masjid Taman Perling adalah harus mengikut hukum syara' dengan mematuhi syarat-syarat berikut :\n\u00a0\n1. Kegunaan ruang pejabat tersebut adalah untuk masyarakat Islam terutama bagi kegiatan-kegiatan yang boleh memandu dan memperkasakan syiar Islam.\n\u00a0\n2. Kebenaran ini diberi hanya secara menumpang dan sementara (\n????\n) di kawasan bangunan Masjid dan bukan dibina untuk kekal selama-lamanya.\n\u00a0\n3. Kegunaan ruang hendaklah tidak melebihi keperluan sebenarnya.\n\u00a0\n4. Kemuliaan tanah wakaf dan kawasan masjid hendaklah dijaga seperti menutup aurat dan tiada berlaku perbuatan yang diertikan sebagai bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.\nNamun sekiranya pada masa akan datang ruang tersebut diperlukan sebagaimana yang termaktub dalam hujjah wakaf, maka ruang tersebut hendaklah dikembalikan semula bagi menyempurnakan hujjah wakaf tersebut.\n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12106", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada\u00a0\u00a0\n14 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 30 Mac 2010\n telah membincangkan mengenai Ajaran Kumpulan Layar Bahtera. :\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya ;\n\u00a0\n1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Kumpulan Layar Bahtera adalah palsu, sesat, menyeleweng, merosakkan aqidah dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam.\n2. Oleh yang demikian, orang ramai di\u00a0negeri ini, dilarang sama sekali terlibat dengan ajaran dan pegangan Kumpulan Layar Bahtera samada dengan cara :\u00a0\u00a0\ni.\u00a0\u00a0Mengamalkannya atau mengajarkannya kepada orang lain.\nii.\u00a0Menyebarkan apa-apa maklumat berkaitan dengan ajaran atau kegiatannya.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0samada melalui media cetak atau elektronik.\niii. Menjalankan upacara atau apa sahaja kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan ajarannya seterusnya mengundang atau menerima kehadirannya (Kumpulan Layar Bahtera) atau pengikut-pengikutnya samada untuk menyebarkan ajarannya atau tujuan-tujuan yang lain seterusnya memberikan sokongan moral dan material kepadanya atau sesiapa yang terlibat dengan ajarannya.\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n3.\u00a0\u00a0Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas bagi menghalang dan mencegah pegangan, ajaran atau amalan Kumpulan Layar Bahtera di Negeri Johor:\ni.\u00a0\u00a0Mengamalkannya atau mengajarkannya kepada orang lain.\nii.\u00a0Menyebarkan apa-apa maklumat berkaitan dengan ajaran atau kegiatannya.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0samada melalui media cetak atau elektronik.\niii. Menjalankan upacara atau apa sahaja kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan ajarannya seterusnya mengundang atau menerima kehadirannya (Kumpulan Layar Bahtera) atau pengikut-pengikutnya samada untuk menyebarkan ajarannya atau tujuan-tujuan yang lain seterusnya memberikan sokongan moral dan material kepadanya atau sesiapa yang terlibat dengan ajarannya.\n\u00a0\n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12115", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2010 yang bersidang pada 6 September 2010 telah membincangkan mengenai Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Islam. Mesyuarat telah memutuskan bahawa Hukum Mempromosikan Insurans Konvesional adalah \nharam\n dan pendapatan atau komisyen yang diperolehi daripada insurans konvensional semasa tempoh peralihan agen ke institusi\u00a0takaful adalah diharuskan.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/24-keputusan-fatwa-2010/91-hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvesional-menurut-perspektif-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12117", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-7/2010 yang bersidang pada 6 September 2010 telah membincangkan mengenai Hukum Amalan ESQ Leadership. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\nMesyuarat berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus ESQ Leadership Training boleh diperbetul dan diperjelaskan.\nMesyuarat bersetuju memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/perlakuan yang menimbulkan keraguan kepada masyarakat.\nMesyuarat bersetuju ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Mesyuarat. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Negeri Pahang dengan pengawasan sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/24-keputusan-fatwa-2010/88-hukum-amalan-esq-leadership"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12122", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Jun 2009 telah membincangkan hukum menunaikan haji bagi pesakit yang menjalani rawatan Hemodelisis. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nBahawa pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan Hemodelisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan haji.\n1) Pesakit kronik adalah wajib menunaikan badal haji sekiranya berkemampuan dari sudut kewangan.\n2) Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadat haji jika berkemampuan.\n3) Pesakit yang menjalani rawatan hemodelisis wajib menunaikan haji jika kerajaan Arab Saudi dan pihak Tabung Haji menyediakan kemudahan rawatan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11868", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum bertatu mengikut pandangan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n1) Hukum bertatu (pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu) mengikut pandangan islam adalah haram.\n2) Orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jikalau tidak mendapat kemudharatan. Jikalau mendatangkan kemudharatan, maka tidak mengapa dibiarkan dan dimaafkan.\n3) Orang yang telah bertatu tetapi tidak sempat menghilangkan setelah meninggal dunia maka tidak wajib dihilangkan tatunya kerana ianya akan menyiksa mayat tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12125", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 22 Feb 2009 telah membincangkan beberapa persoalan semasa halangan (mawani') tuntutan dan pengurusan harta Faraid. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Bagi halangan untuk mendapatkan harta faraid disebabkan oleh pembunuhan iaitu pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang berhak menerima pusaka samada ianya di kategorikan sebagai pembunuhan secara Al-\u00e2\u20ac\u02dcAmdu (sengaja), Shibhul \u00e2\u20ac\u02dcAmdu (seumpama sengaja), Al-Khata\u00e2\u20ac\u2122 ( tidak sengaja) yang di sabitkan secara ikrar atau diputuskan di Mahkamah Sivil, pihak pewaris lain hendaklah terlebih dahulu membuat tuntutan di Mahkamah Syariah negeri untuk mendapatkan keputusan supaya pembunuh tersebut terkeluar daripada senarai mereka yang layak menerima pusaka.\n\u00a0\n2) Bagi halangan untuk mendapatkan harta faraid di sebabkan perbezaan agama, iaitu orang yang layak menerima pusaka itu keluar daripada agama Islam samada secara ikrar, perbuatan dan Iktiqad` atau ianya di buat melalui akuan staturi atau perisytiharan \u00e2\u20ac\u0153deed pole\u00e2\u20ac\u2122 maka pewaris-pewaris yang lain hendaklah mendapatkan pengesahan dan keputusan daripada Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan orang yang keluar daripada agama islam ini daripada senarai mereka yang menerima pusaka.\n\u00a0\n3) Bagi tuntutan harta sepencarian oleh suami atau isteri yang disabitkan membunuh pasangan mereka, halangan membunuh tidak boleh dijadikan \u00e2\u20ac\u02dcillah untuk menghalang mereka daripada membuat tuntutan harta sepencarian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12126", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2008 yang bersidang pada 11-12 Jun 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang ( \nSurrogate Motherhood\n ) untuk mendapatkan zuriat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\nMenggunakan kaedah khidmat ibu tumpang adalah \nharam\n walaupun sperma dan ovum atau selain daripada keduanya diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana berlaku kekeliruan dari sudut nasab anak.\nSumbangan sperma, ovum, embrio, rahim, oleh pihak ketiga atau penggunaan lain-lain kaedah adalah \nharam\n di sisi syarak.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/112-hukum-menggunakan-kaedah-khidmat-ibu-tumpang-untuk-mendapatkan-zuriat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11871", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4-5 November 2009M bersamaan 16-17 Zulkaedah 1430H kali 181 memutuskan keputusan bahawa :\n\u201d Buku Doa-Doa Pengasih Tulisan Salim Usman H. Mudhafir Aulia, Terbitan Pustaka Ilmu, Sg. Tua, 68100 Batu Caves, Selangor adalah HARAM dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar berdasarkan beberapa penyalahgunaan di dalamnya seperti :-\n1) Menyalahgunakan ayat al-Quran, perkataan atau menyalahgunakan maknanya hanya sekadar untuk tujuan meraih cinta seseorang melalui cara pendekatan kebatinan yang salah.\n2) Mencampur-adukkan bahasa al-Quran dan bahasa manusia.\n3) Menyalahgunakan bahasa al-Quran dan mencelarukan pengunaan nahu.\n4) Adanya unsur memohon pertolongan dan menyeru kepada selain Allah dalam penggunaan ayat bahasa arab yang tidak difahami oleh kebanyakan orang awam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12127", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2008\u00a0telah bersidang pada 11-12 Jun 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh.\u00a0Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nPerempuan Haram membotakkan kepala tanpa alasan yang diharuskan oleh Syarak.\nPerbuatan menindik telinga bagi orang lelaki adalah haram manakala bagi perempuan haram menindik selain di cuping telinga.\nHukum meniru perbuatan orang kafir yang bertentangan dengan Islam adalah haram.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/111-hukum-wanita-membotakkan-kepala-dan-berhias-secara-aneh"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12130", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-74 pada 30 jun 2009 mengambil keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n(i) bahawa peggunaan\u00a0ruang solat masjid\u00a0(ruang utama solat dan ruang yang diisytiharkan sebagai masjid) untuk dijadikan kelas agama bagi pelajar-pelajar KAFA dan Sekolah Rendah Agama adalah bertentangan dengan hukum syarak. Oleh itu ianya tidak boleh dibenarkan.\n\u00a0\n(ii) Ruang-ruang tambahan yang lain di dalam kawasan masjid adalah dibenarkan.\n\u00a0\n(iii) Satu kajian tentang had perempuan yang kedatangan haid dan orang bukan Islam berada dalam masjid di Wilayah Persekutuan perlu dibuat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12132", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Jun 2009 telah membincangkan hukum perkahwinan bagi kembar siam. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n1) Bahawa hukum perkahwinan kembar siam lelaki dan wanita yang boleh dan telah dipisahkan kedua-dua mereka adalah diharuskan sekiranya mereka berkemampuan dari segi fizikal untuk berkahwin iaitu jika tiada masalah kecacatan pada organ-organ tertentu seperti alat kelamin, rahim dan lain-lain serta mampu melakukan hubungan kelamin.\n2) Hukum perkahwinan bagi kembar siam lelaki dan wanita yang tidak boleh dipisahkan adalah tidak dibolehkan melainkan setelah mereka menjalani pembedahan pemisahan kerana mereka adalah terdiri daripada dua jasad dan dua jiwa.\n3) Kembar siam yang ingin melangsungkan perkahwinan dinasihatkan supaya bertemu pakar perubatan untuk tujuan pembedahan dan mendapat pandangan pakar perubatan tentang faktor kesihatan dan kemudharatan sekiranya perkahwinan dilangsungkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12133", "body": "Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syarian Negeri Perlis yang diadakan pada 10 Januari 2005 memutuskan:\n\u00a0\nMengikut Pandangan Islam peraduan kuiz melalui sistem pesanan ringkas SMS dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur \ngharar\n dan \nhiyal\n (tipu helah), memerlukan pelanggan membayar untuk mengadu nasib daripada hasil pulangan hadiah yang dijanjikan dan penipuan melalui janji-janji hadiah yang jelas memukau pelanggan. Oleh\u00a0itu, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis memutuskan bahawa hukum Peraduan kuiz tersebut adalah \n\u2018Haram di sisi syarak\u2019."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11111", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 22 Feb 2009 telah membincangkan hukum menunaikan haji bagi pesakit yang menjalani rawatan hemodelisis. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nBahawa pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan Hemodelisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan haji.\n1) Pesakit kronik adalah wajib menunaikan badal haji sekiranya berkemampuan dari sudut kewangan.\n2) Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadat haji jika berkemampuan.\n3) Pesakit yang menjalani rawatan hemodelisis wajib menunaikan haji jika kerajaan Arab Saudi dan pihak Tabung Haji menyediakan kemudahan rawatan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12135", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penceraian akibat pelanggaran taklik. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Bahawa lafaz taklik talak yang dilakukan oleh suami tetapi berlaku perceraian antara mereka (suami isteri) melalui lafaz suami atau melalui fasakh atau tebus talak sebelum berlaku perkara yang ditaklikkan, ia terbahagi kepada dua keadaan:\ni) Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Bain Kubra dan Bain Sughra, yang bukan perceraian pelanggaran taklik, lafaz taklik yang dilakukan suami tidak lagi aktif apabila mereka bernikah semula.\nii) Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Raj\u2019ie, lafaz taklik talak yang dilakukan suami masih lagi aktif apabila mereka rujuk semula dalam tempoh iddah.\n2) Apabila telah berlaku pelanggaran lafaz taklik yang dibuat oleh suami, maka perceraian antara mereka (suami isteri) telah berlaku. Sekiranya mereka kembali semula sebagai suami isteri, maka kedudukan lafaz taklik itu adalah seperti berikut:\ni) Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian Raj\u2019ie dan pasangan tersebut bernikah semula dengan akad baru selepas tamat iddah, maka lafaz taklik itu tidak lagi aktif.\nii) Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian raj\u2019ie dan pasangan tersebut rujuk semula sebelum tamat iddah. Dalam keadaan ini, mesyuarat membuat keputusan supaya perkara ini di serahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk membuat keputusan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12136", "body": "Mesyurarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang diadakan pada 2 Mac 2003 mengambil keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nJawatankuasa Syariah Negeri Perlis bersetuju dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 55\u00a0tahun 2003/1423 hijrah, iaitu mengharamkan kegiatan kumpulan ini, kecuali kegiatan perniagaan diteruskan.\n\u00a0\nMesyuarat juga bersetuju supaya pihak yang terlibat dipanggil bagi memperbetulkan pegangan mereka dengan tujuan memberi nasihat, agar meninggalkan ajaran dan pegangan kumpulan ini, terdapat unsur-unsur dan amalan ajaran \u2018Aurad Muhammadiyyah pegangan Al-Arqam suatu ketika dahulu, di samping beberapa penambahan lain boleh membawa kepada kerosakan akidah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12137", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak negeri Pahang \n\u00a0Kali Ke-4/2010, pada 6 Semptember 2010\n :\n\u00a0\nSeseorang yang sedang berihram sama ada haji atau umrah adalah dilarang memakai pakaian berjahit yang menutupi tubuhnya termasuk tangan dan lain-lain anggota.\nHukum memakai mask bagi jemaah yang sedang berihram ketika dharurat bagi mencegah wabak penyakit berjagkit adalah \ndiharuskan\n dan tidak dikenakan dam, ini adalah satu jalan \nrukhsah\n (kelonggaran).\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/24-keputusan-fatwa-2010/89-hukum-memakai-mask-penutup-mulut-dan-hidung-bagi-jemaah-haji-di-dalam-ihram"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12138", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2008 yang bersidang pada 11-12 Jun 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Kalimah Allah Dalam Buku Terbitan Penganut Kristian. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut\u00a0:\n\u00a0\nPenggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan samada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atau memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.\nKesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/113-hukum-menggunakan-kalimah-allah-oleh-orang-bukan-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12139", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Disember 2009 telah membincangkan hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan\u00a0bahawa hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya adalah \ndiharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12141", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4-5 November 2009M bersamaan 16-17 Zulkaedah 1430H kali 181 memutuskan bahawa :\n\u00a0\n\" Ajaran Abdul Kahar Bin Ahmad Jalal adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar berdasarkan pengakuannya dalam menyebarkan ilmu salah beliau iaitu :\n\u00a0\n1) Mengaku sebagai \u201dutusan Allah\u201d dan mendakwa sebagai Rasul.\n2) Mengaku menerima wahyu Allah sepertimana Rasul saw di Bukit Kemensah.\n3) Mengatakan bahawa solat 5 waktu adalah tidak wajib.\n4) Al-Quran sekarang ini bukan Al-Quran yang sebenarnya.\n5) Tidak mempercayai hadis dan mengatakan hadis sekarang adalah rekaan manusia.\n6) Orang Islam tidak perlu menunaikan haji di Mekah dan ianya boleh dibuat dimana-mana.\n7) Mendakwa mempunyai mukjizat dengan tidak ditimpa hujan dan panas.\n\u00a0\nOleh itu semua umat Islam adalah diharamkan mengamalkan dan beriktikad dengan kepercayaan tersebut dan sesiapa sahaja yang mengamalkan dan beriktikad dengan kepercayaan tersebut adalah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak. Oleh itu mana-mana pengikut dan orang Islam yang mengamalkan dan beriktikad seperti itu adalah sesat dan wajib bertaubat \u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12144", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Syariah Negeri Perlis yang diadakan pada 2 Januari 2003 memutuskan:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju memperakukan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Syariah Negeri berikut :\n\u00a0\n1) Fatwa Batas-batas Adab pengucapan, penulisan atau perbahasan terhadap Allah, Rasul dan Umat Islam.\n\u00a0\nJawatankuasa Syariah bersetuju sebulat suara menerima pakai fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan iaitu:\n\u00a0\nJelaslah bahawa Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci Allah daripada sifat kekurangan, Rasulullah SAW bersifat maksum dan manusia mempunyai kehormatan diri yang mesti dipelihara dan tidak boleh menjatuhkan maruah sesama manusia dan kita umat Islam tidak boleh melanggar adab-adab ini.\n\u00a0\nPerkara ini telah dibincang di dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja kali 194 pada 4 Julai 2002 dan keputusan telah dibuat seperti berikut:\n\u00a0\na) Adalah digalakkan mana-mana pihak untuk menyuara, menulis dan menyiar apa-apa pandangan mengenai Islam supaya ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya terus maju dan berkembang. Walaubagaimanapun ianya hendaklah berhati-hati dan tidak terlibat dalam apa-apa bentuk ucapan, tulisan dan penyiaran yang boleh menyentuh perkara asas dalam Islam yang membawa kepada tercemarnya kesucian Islam sama ada dari segi akidah, syariah atau akhlak. Bagi sesiapa yang terlibat dalam perkara yang negatif itu hendaklah menghentikannya dengan serta merta.\n\u00a0\nb) Hendaklah mempunyai sikap yang terbuka, berlaku adil, tidak cepat membuat apa-apa tuduhan dan sentiasa mengambil pendekatan yang harmoni dengan mengadakan perbincangan, kajian dan penelitian supaya kehormatan diri tidak tercemar dan kewibawaan sesebuah organisasi tidak dipersoalkan serta tidak menyimpang dari landasan Islam yang sebenarnya.\n\u00a0\nc) Pihak yang berwajib hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menghadapi isu-isu yang boleh mencemarkan kesucian Islam melalui pendekatan-pendekatan yang berhikmah sebagaimana yang diajar oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12145", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam adalah di haramkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12147", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang diadakan pada 2 Januari 2003 memutuskan:\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tDaging korban \ntatawwu\u2019\n ( korban sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia, \nmaka hukumnya adalah Harus\n akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan fakir miskin di kalangan orang Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12148", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2008 yang\u00a0bersidang pada 26 Disember 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Dengan Pembangunan Selain Niat Asal Pewakaf. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\nHukumnya adalah harus diubahsuai selain niat wakaf dengan syarat mengekalkan tujuan asal pewakaf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12149", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada hari ini bersetuju bahawa zakat ke atas ahli hanya dikenakan kepada mereka yang beragama Islam sahaja sebagaimana keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 10 Mei 2001 Kali Ke-50."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12150", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 8 pada 6 September 2004 telah memutuskan bahawa:\n\u201cPeraduan Kuiz Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Dan Seumpamanya Yang Mengandungi Unsur-Unsur Eksploitasi Kesamaran (Tidak Jelas), Pertaruhan Dan Nasib Adalah Tergolong Dalam Pengertian Judi. Dari itu ia adalah Haram Di Sisi Syarak\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12151", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang diadakan pada 2 Februari 2002 memutuskan:\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tBertahlil khusus kerana sesuatu kematian seperti yang diamalkan oleh umat Islam hari ini adalah amalan yang tidak pernah sabit seperti itu dari Rasulullah SAW akan tetapi membaca Al-Quran seperti yang terdapat di dalam amalan tahlil untuk diri sendiri sama ada orang perseorangan atau beramai-ramai serta zikrul Allah (tahlil) adalah amalan sunat, adapun doa di akhir tahlil yang berkenaan kepada si mati adalah sunat malah digalakkan\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala surah Yasin dan tahlil secara beramai-ramai bagi tujuan tertentu tidak ada keterangan yang kuat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12153", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penyaluran harta tidak patuh syariat ke baitulmal dan institusi Islam Lain. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Harta yang diperolehi dengan cara yang tidak patuh syariat adalah haram disisi Islam dan perlu dibersihkan.\n2) Harta tidak patuh syariat tidak boleh dimanfaatkan untuk tujuan kepentingan diri.\n3) Kaedah pemberian harta tidak patuh syariat adalah dengan cara\ni) Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika si pemilik telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli keluarganya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada Baitulmal.\nii) Bagi harta yang diperolehi melalui cara yang tidak di iktiraf oleh syariat seperti hasil daripada riba, judi dan lain-lain, harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12154", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 9, yang bersidang pada 29 Syaaban 1426H/ 3 Oktober 2005M telah membincangkan mengenai \nAjaran-Ajaran Sesat\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat mengambil maklum bahawa punca berlakunya penyelewengan akidah ialah melalui penyebaran buku-buku berunsur ajaran sesat, penonjolan diri melalui kemahiran perubatan dan agama semata-mata dan sebagainya.Sehubungan itu, bagi membendung masalah tersebut, pihak JAKIM telah mengadakan berbagai program seperti ceramah-ceramah, pendidikan Islam formal secara berterusan di institusi Pendidikan serta mentahqiq kitab lama di samping memberikan penerangan melalui media elektronik\nMesyuarat juga dimaklumkan bahawa Undang-Undang berkaitan kawalan pengembangan agama tidak wujud di Sarawak. Sebagai alternatif, Kanun Keseksaan Persekutuan boleh digunakan. Oleh itu, setiap kegiatan ajaran sesat perlulah dilaporkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12155", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2008 yang bersidang pada 8 April 2008 telah membincangkan dan memutuskan berkenaan\u00a0Penentuan Hukum Kutipan Derma/Sumbangan Untuk Kolej Islam Malaya (KIM) Sebagai Wakaf adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Penubuhan Kolej Islam Malaya (KIM) pada asalnya adalah daripada wakaf orang ramai, maka segala harta yang berkembang daripadanya juga dianggap sebagai wakaf;\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Segala yang berkaitan dengannya seperti pemberian, derma \ntabarru'\n atau seumpamanya juga dianggap sebagai wakaf; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Menurut \nSyara'\n, harta wakaf merupakan hak milik Allah S.W.T. dan pemegang amanah ke atasnya adalah Baitulmal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12159", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2008\u00a0yang bersidang pada 26 Disember 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Pewarisan Bagi Kematian Serentak. Mesyuarat telah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menetukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (\nal-warith\n) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan ( al-muwarrith ). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang\u00a0mati bersamanya. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian.\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/105-hukum-pewarisan-bagi-kematian-serentak"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12161", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 25 Mei 2010\u00a0telah membincangkan mengenai Binaan Di Atas Tanah Perkuburan. Mesyuarat memutuskan bahawa tetap berpegang dengan\u00a0keputusan yang telah dibuat pada 26 Mei 1976 berkaitan hukum membuat binaan di atas\u00a0kubur iaitu:-\n\u00a0\ni) \nMakruh\n hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang tanah kubur itu dimiliki oleh orang yang membuat binaan tersebut. Manakala hukumnya harus jika membuat binaan yang bertujuan menyelamatkan kubur itu dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir atau seumpamanya.\n\u00a0\nii) \nHaram\n hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas sekiranya kubur itu\u00a0di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang diwakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana binaan kekal wujudnya selepas hancur mayat ia menghalang orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu dengan tiada apa-apa sebab yang diluluskan oleh syarak dan meruntuhkan itu hendaklah dengan kebenaran kadi atau kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah kerana dikhuatiri berlaku perbalahan, pergaduhan dan sebagainya. Batu-batu dan perkakas-perkakas binaan menjadi hak milik waris-warisnya dan dipulangkan kepada mereka. Jika tiada waris atau waris enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada baitulmal.\n\u00a0\nWallahua'alam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12163", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesepuluh, yang bersidang pada 25 Syaaban 1427H/ 18 September 2006M telah membincangkan mengenai \nHukum Suntikan Kosmetik Botox.\n Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat mengambil perhatian mengenai maklumat terkini kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A\nBerdasarkan maklumat tersebut dan fatwa-fatwa daripada Negara Timur Tengah yang telah dikemukakan. Mesyuarat berpandangan bahawa isu suntikan Botulinum Toxin Type A ini telah jelas mengandungi perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam\nMesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A adalah haram dan sighah fatwa adalah seperti berikut :\nSetelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir\nSuntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox ini juga didapati boleh memberi mudarat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan\nBerdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Mesyaurat memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan\nWalaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaan daruruat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12164", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2009 yang bersidang pada 22 Januari 2009 telah memutuskan bahawa Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit adalah harus. Walau bagaimanapun, pengguna telefon bimbit hendaklah sentiasa menjaga kesucian Al-Quran seperti tidak membiarkan deringan Al-Quran atau laungan azan ketika berada di dalam tandas.\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12165", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-9 Penggal\u00a0ke-8 yang\u00a0bersidang pada 22 Jun 2010\u00a0telah membincangkan Kertas Kerja Kadar Uruf Emas Perhiasan Wanita Di Negeri Terengganu. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nKertas Kerja mengenai \"Penentuan Kadar Uruf Emas Dan Pemakaiannya Dalam Kalangan Wanita Negeri Terengganu\u201d daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), diterima dengan \u201cisyarat\u201d dan berpendapat had nilaian zakat emas perhiasan wanita perlu dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia untuk dibahaskan secara nasional.\n\u00a0\nMesyuarat turut mengambil perhatian terhadap keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu terdahulu yang berpendapat bahawa had israf adalah 200 mithqal bersamaan 850 gram masih digunapakai bagi dikenakan zakat perhiasan wanita."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12166", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Dua Belas, yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M telah membincangkan mengenai\n\u00a0Hukum Sistem Jualan Langsung\u00a0(MLM)\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n\u201cKonsep, struktur dan undang-undang perniagaan MLM yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12170", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Dua Belas, yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M telah membincangkan mengenai\u00a0\nZakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran \u00e2\u20ac\u201c Satu Alternatif\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00e2\u20ac\u0153Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat yang diwajibkan sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.\u00e2\u20ac\ufffd"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12172", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesepuluh, yang bersidang pada 25 Syaaban 1427H/ 18 September 2006M telah membincangkan mengenai Hukum Pemikiran Liberal Dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia (Sarawak). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nGerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut :\n\u00a0\nAspek Akidah\n\u00a0\na. Berpegang kepada Konsep Pluralisme\n\u00a0\nKonsep Pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respons yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.\nb. Akal Manusia Adalah Wahyu\nAliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.\nc. Meragui Ketulinan Al-Quran\nAliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab.\n\u00a0\nMereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.\n\u00a0\nAspek Syariah\n\u00a0\na. Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran Al-Quran dan Al-Hadith\nAliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau metodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan \"membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran\", aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\u00a0\nContohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.\n\u00a0\nb. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat\nAliran pemikiran ini juga berpegang 'membuka dan membebaskan' tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.\nc. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian\nAliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra' dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.\nd. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam\nIlmu-ilmu Islam seperti Usul al-Tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta'dil dan sebagainya yang telah secara Ijmak diterima sebagai metod dalam disiplin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat\u00c3\u00ade dan hukum yang tidak qat\u00c3\u00ade menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.\ne. Sikap Terhadap Hukum\nAliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.\n\u00a0\nBerdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke 74 pada 25 Julai 2006 bahawa:\n\u00a0\n\"Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12175", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2008\u00a0yang bersidang pada 26 Disember 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Pegantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam. Mesyuarat telah memutuskan bahawa orang bukan Islam \ndilarang\n meletakkan kaligrafi Islam di premis mereka bagi tujuan menjaga kehormatan ayat-ayat Al-Quran, Hadis dan kalimat suci agama Islam.\u00a0\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/104-pegantungan-kaligrafi-islam-di-premis-bukan-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12176", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesepuluh, yang bersidang pada 25 Syaaban 1427H/ 18 September 2006M telah membincangkan mengenai \nBerbilang-Bilang Jumaat\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nJumaat tidak boleh berbilangan di suatu Qaryah melainkan kerana hajat.\nHajat hendaklah ditentu dan dengan izin pihak yang berwajib / pemerintah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12180", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Dua Belas, yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Sarang Burung \ntelah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nHukum sarang burung adalah halal dan harus dimakan selagi ianya tidak bercampur dengan benda-benda najis. Dan hukum jual / beli dengannya adalah harus dan sah.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12181", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2009 yang bersidang pada 19 Mac 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Mesyuarat memutuskan bahawa:\n(i) bersetuju dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 bertarikh 31 Mac 2008 yang memutuskan bahawa menggunakan Iintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan dalam kosmetik adalah harus. Begitu juga hukum menternak atau berjual beli\u00a0atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut adalah harus.\n(ii) tidak timbul\u00a0sebarang unsur penderaan atau penyeksaan terhadap haiwan lain dalam proses pembiakan lintah dan cacing. Namun, mesyuarat melarang sama sekali penggunaan bahan-bahan makanan daripada najis jenis mughalazah dalam apa jua ternakan sama ada Iintah atau cacing."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12183", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tiga Belas, yang bersidang pada 8 Rabiulakhir 1429H/ 15 April 2008M telah membincangkan mengenai\u00a0\nHukum Berkaitan Pembangunan Tanah\u00a0Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia\u00a0Ke-Sembilan (RMK-9)\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat mengambil maklum dan menerima hukum berkaitan wakaf ini secara prinsip dari hukum syarak, namun pelaksanaannya hendaklah mengikut dan bersesuaian dengan Undang-undang Tubuh Negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12185", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tiga Belas, yang bersidang pada 8 Rabiulakhir 1429H/ 15 April 2008M telah membincangkan mengenai\u00a0\nManual Agihan Zakat\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\nPerincian tentang aktiviti mengikut asnaf perlu diubah iaitu Asnaf Fakir dan Miskin hendaklah diberi keutamaan kepada bantuan sara hidup kepada kedua-dua asnaf.\nPeruntukan Pengurusan Jenazah akan dibiayai oleh Dana Baitulmal manakala Peruntukan Hal Ehwal Masjid diletakkan di bawah Asnaf Fi Sabilillah.\nMemasukkan kriteria-kriteria asnaf seperti dalam Manual Pengurusan Agihan Zakat Jabatan Wakaf Zakat dan Haji.\nDiperincikan maksud Pengurusan Institusi Zakat yang menerima di bawah asnaf Amil.\nDiwujudkan panduan pemindahan peruntukan asnaf-asnaf yang jelas dan telus serta ditubuhkan Panel Penilai yang juga sebahagian dari ahlinya terdiri daripada ahli-ahli berkelayakan yang bukan dari Tabung Baitulmal Sarawak.\nDalam Garis Panduan Agihan Zakat, mukasurat 10, hendaklah dijelaskan juga berhubung penggunaan Dana Fidyah.\nHad Al Kifayah dalam Garis Panduan ini hendaklah digabungjalinkan dengan Had Al Kifayah yang ada dalam manual Pengurusan Agihan Zakat Jabatan Wakaf Zakat dan Haji.\nDana zakat yang berlebihan diletakkan di bawah dana Baitulmal dengan mewujudkan satu Kod Khas untuk mengenalpasti lebihan zakat tersebut bersesuaian dengan agihan asnaf.\nSekiranya lebihan dana zakat yang terdapat dalam kod khas tersebut hendak dipindahkan ke dana Am Baitulmal, perkara tersebut perlulah dirujuk kepada Lembaga Fatwa Negeri Sarawak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10958", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada \n25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah \ntelah membincangkan mengenai Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day).\n\u00a0\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n\u00e2\u20ac\u009d\u00a0Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. \u00e2\u20ac\u009d\n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10954", "body": "\ufeff\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4/2010 yang bersidang pada 23 Muharram 1432H bersamaan 29 Disember 2010 telah membincangkan mengenai Pengharaman Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Di Bawah Pimpinan Syeikh Nazim Al-Haqqani Di Negeri Melaka. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\nTariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10955", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 4/2010 yang bersidang pada 23 Muharram 1432H bersamaan 29 Disember 2010 sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :\n\n\n\u00a0\n\n\nPenggunaan peralatan gendang atau apa-apa jua jenis peralatan muzik bagi menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh syarak hanya boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid, surau atau madrasah;"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12380", "body": "BAHAWASANYA:\n\u00a0\n1. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bersetuju sebulat suara menerima pakai sighah fatwa mengenai kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Majlis kebangsaan Bagi hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-83 bertarikh 22-24 Oktober 2008 dengan sedikit pindaan iaitu perkataan \u2018tidak sesuai\u2019 ditukar kepada \u2018haram\u2019 dan perkataan \u2018dilarang\u2019 ditukar kepada \u2018haram\u2019. Dengan itu sighah fatwa berkenaan adalah seperti berikut;\n\u00a0\na. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat\u00a0berpandangan bahawa senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram dan boleh merosakkan akidah umat islam.\n\u00a0\nb. Oleh itu, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau buruk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah haram dan bertentangan dengan Syariat Islam.\n\u00a0\n2. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa mempersetujui sighah fatwa mengenai hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) yang telah diputuskan oleh muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 83 bertarikh 22-24 Oktober 2008 tanpa sebarang perubahan. Dengan itu sighah fatwa berkenaan adalah seperti berikut;\n\u00a0\na. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat\u00a0memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berketerampilan dan mempunyai gerak\u00a0laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.\n\u00a0\nb. Mesyuarat menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian seriu terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya\n\u00a0kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan, dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10095", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincang isu Permanian Beradas Binatang. Muzakarah telah memutuskan bahawa melakukan permanian beradas ke atas binatang- binatang ternakan secara saintifik danselamat adalah harus\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10286", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Garis Panduan Sertu Menurut Perspektif Islam. Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan\u00a0 \nGaris_Panduan_Sertu Menurut Perspektif Islam\n\u00a0 yang telah dikemukakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10282", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.\n\n\n\u00a0\n\n\nPenegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha\u2019 yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.\n\n\n\u00a0\n\n\nJumhur fuqaha\u2019 juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:\n\n\n\na. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;\n\nb. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan\n\nc. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.\n\n\n\u00a0\n\n\nHujah \nthabitan\n ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama\u2019 mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.\n\n\n\u00a0\n\n\nBagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10283", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nSetelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:\n\u00a0\n1. \nSyarat Umum Jual Beli\nTransaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut \u2019uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.\n\u00a0\n2. \nPihak Yang Berakad\nPihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (\nAhliyyah al-Ta\u2019aqud\n) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:\ni. Baligh, berakal dan \nrasyid\nJika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.\nii. Keredhaan\nAkad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.\n\u00a0\n3. \nHarga Belian (\nal-Thaman\n)\nHarga belian (\nal-Thaman\n) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.\n\u00a0\n4. \nBarang Belian (\nal-Muthman\n)\nBarang belian (\nal-Muthman\n) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.\n\u00a0\n5. \nBarang belian (\nal-Muthman\n) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.\n\u00a0\n6. \nBarang belian (\nal-Muthman\n) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:\ni. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.\nii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.\niii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.\n\u00a0\n7. \nSighah\nSighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara \nMu\u2019ataah\n (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha\u2019.\n\u00a0\n8. \nDi dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, \u201d Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun\u201d.\n\u00a0\n9.\n Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.\nSyarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi\n1. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item \nribawi\n yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:\ni. Berlaku \ntaqabudh\n (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.\nii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.\n\u00a0\n2. Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item \nribawi\n, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada \nillah ribawi\n.\n\u00a0\n3. Perincian \ntaqabudh\n dan urusniaga lani adalah seperti berikut:\n\u00a0\na. \nSyarat Pertama: Taqabudh\ni. \nTaqabudh\n (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.\n\u00a0\nii. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:\na. Pembayaran secara tunai\nb. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker\u2019s cheque)\nc. Pembayaran secara cek peribadi\nd. Pembayaran secara kad debit\ne. Pembayaran secara kad kredit\nf. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.\n\u00a0\niii. Secara \nuruf\nnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.\n\u00a0\niv. Status tunai ini masih lagi diterima secara \nuruf\nnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.\n\u00a0\nv. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:\na. Berpindah \ndhaman\n (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.\nb. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.\n\u00a0\nvi. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku \ntaqabudh\n ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara \nwakalah\n.\n\u00a0\nvii. Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau \nhukmi\n.\n\u00a0\nb. \nSyarat Kedua: Secara \nLani \ni. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara \nlani\n dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.\n\u00a0\nii. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.\n\u00a0\niii. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.\n\u00a0\niv. Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.\n\u00a0\nv. Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, \nclearing house \ndan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat \nqiyas\n ke atas proses pertukaran matawang asing.\n\u00a0\nvi. Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:\n\u00a0\nvii. Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:\n\u00a0\ni. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.\nii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (\ntrust account\n) dibuka oleh penjual.\niii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.\niv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.\n\u00a0\nviii. Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.\n\u00a0\nAkad Dan Unsur Sampingan\n\u00a0\n1. Penglibatan \nhibah\n dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat \nhibah\n, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa \nhibah\n secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi \nhibah\n tersebut.\n\u00a0\n2. Penglibatan \nwadiah\n dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam \nwadiah\n, yang antara lain ialah pegangan \nwadiah \nadalah berasaskan kepada \nYad Amanah.\n\u00a0\n3. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (\ntasarruf)\n emasnya, termasuklah memberi pinjaman (\nqardh\n) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria \nqardh\n yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur \n\u201dsalaf wa bay\u201d\n iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.\n\u00a0\n4. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (\ntasarruf\n) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep \nal-Rahn\n yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.\n\u00a0\n5. \nWa\u2019d\n boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah \nwa\u2019d\n dari sebelah pihak dan bukannya \nmuwa\u2019adah\n dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa\u2019d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan \u2019kunci harga\u2019. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.\n\u00a0\n6. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10284", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Korban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa korban dan aqiqah telah disyariatkan dalam Al-Quran dan Sunnah dan keduaduanya merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah S.W.T.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum korban dan aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan korban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri- biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga menasihatkan para pengimport haiwan ternakan untuk tujuan ibadah Korban atau aqiqah hendaklah berusaha bersungguh-sungguh memastikan haiwan import tersebut mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan kerana Korban dan aqiqah merupakan satu amal ibadah yang bersifat ta\u2019abbudiyyah yang perlu dilaksanakan secara sempurna."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10285", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Mengiringi Bacaan\u00a0al-Quran Dengan Muzik dan Menggunakan Matan Hadis, Terjemahan al-Quran Serta Terjemahan Hadis Sebagai Lirik Lagu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan supaya panduan hukum terhadap isu ini dirujuk kepada garis panduan-garis panduan sedia ada seperti Garis Panduan Hiburan Di Dalam Islam dan Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah juga mencadangkan agar pemerhatian secara berterusan terhadap perkara ini dilakukan oleh JAKIM supaya kecenderungan industri muzik dalam menggunakan nas-nas al-Quran atau hadith sebagai lirik lagu ini terkawal dan tidak mencemarkan kesucian Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10268", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984 telah membincangkan isu Garis Panduan Bagi Pengurusan Jenazah Orang-Orang Islam Luar Negeri. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\nPembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika sekirannya keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang benar-benar memerlukan \npost mortem\n atau simati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.\n\n\t\u00a0\n\n\nPengkebumian mayat di dalam peti yang tertutup boleh dilakukan dengan syarat muka simati dibuka dan tubuhnya dihadapkan ke arah qiblat.\n\n\t\u00a0\n\n\nPemindahan mayat dari satu negeri ke satu negeri yang lain adalah harus sekiranya keadaan memerlukan (darurat) tetapi mestilah dipastikan simati dipindahkan dalam keadaan yang baik dan sempurna."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10242", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Penggunaan Bulu Binatang Yang Halal Dimakan Sebagai Ramuan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vitamin D3 yang terhasil daripada bulu binatang yang halal dimakan adalah harus sama ada ia diambil semasa hidup atau selepas disembelih mengikut hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10243", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Penggunaan Penandaan Berdakwat Bagi Pesakit Kanser.\n\n\nMuzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan tanda dakwat untuk rawatan pesakit kanser dengan menggunakan dakwat \nHolbein Drawing Ink\n yang telah disahkan kandungannya tidak mengandungi najis adalah diharuskan dan pesakit boleh berwuduk seperti biasa memandangkan dakwat tersebut hanya dimasukkan di bawah permukaan kulit."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10244", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10245", "body": "Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 15 Februari 2001 telah membincangkan Masalah Perpecahan Orang Melayu/ Islam. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nTiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplin ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.\n\n\t\u00a0\n\n\nSeseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain daripada menepati rukun Iman dan rukun Islam seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.\n\n\t\u00a0\n\n\nKetentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah dan menyeleweng."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10819", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 17 Julai 1994 telah membincangkan fatwa mengenai masalah pengambilan balik tanah rakyat oleh kerajaan. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Bahawa pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan yang mempunyai maslahat umum adalah harus.\n\u00a0\n2) Adapun pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk orang perseorangan atau untuk projek yang tertentu maka hukumnya adalah sebagaimana berikut:\n\u00a0\na) Hukumnya harus jika dipersetujui oleh pemilik tanah berkenaan.\n\u00a0\nb) Jika tidak dipersetujui oleh pemilik tanah tersebut dan tiada apa-apa\u00a0\u00a0maslahat umum\u00a0padanya, maka\u00a0\u00a0\u00a0hukumannya tidak harus.\n\u00a0\nc) Jika pengambilan tanah itu pada pandangan kerajaan sangat mendatangkan kebaikan\u00a0kepada umum dan tiada pilihan lain bagi menggantinya\u00a0maka hukumnya harus sekalipun\u00a0tanpa persetujuan daripada pemiliknya.\n\u00a0\n3) Sebarang pengambilan balik tanah tersebut dengan syarat hendaklah diberi suatu pampasan\u00a0yang adil kepada pemiliknya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11481", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 17 April 1995 telah membincangkan mengenai bayaran zakat gaji bulanan yang di buat oleh majikan dengan izin atau permintaan pembayar zakat itu sendiri. Mensyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n\u00a0\n(1) Zakat yang dibayar melalui potongan gaji bulanan adalah sah, dengan syarat hendaklah disertakan niat pada setiap kali ianya dikeluarkan.\n\u00a0\n(2) Si pembayar zakat hendaklah mewakilkan kepada majikan bagi pengeluaran zakat gaji untuk dirinya tiap-tiap bulan. Pihak majikan hendaklah berniat mengeluar zakat bagi pihak orang yang diwakilinya secara umum setiap kali potongan zakat dibuat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10264", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 3 Disember 2010 telah membincangkan Isu Orang Bukan Islam\u00a0 Membaca Dan Menterjemahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nPada dasarnya\u00a0bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau bagi tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya.\u00a0 Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut dan bukan untuk kepentingan dan tujuan tertentu/peribadi, apatah lagi jika ianya dilakukan dengan kesalahan samada pembacaan atau huraiannya yang menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti ini boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus\u00a0 menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMaka dalam situasi yang berlaku di akhir-akhir ini, berdasarkan realiti dan fakta, ahli-ahli muzakarah sebulat suara berpendapat bahawa tindakan pemimpin-pemimpin politik bukan Islam menggunakan teks suci Islam termasuk al-Quran secara sewenang-wenangnya dan tidak menepati maksud yang sebenar di ceramah-ceramah politik, tidak menunjukkan ciri-ciri keikhlasan yang sebenarnya bagi mempelajari Islam.\u00a0 Oleh itu, perbuatan yang sedemikian boleh mendatangkan penghinaan berterusan terhadap kesucian Islam khususnya al-Quran sekiranya dibiarkan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nJusteru, bersesuaian dengan kaedah Usul al-Fiqh \nSadd az- Zarai\u2019,\n Muzakarah bersetuju bahawa perbuatan orang-orang bukan Islam membaca dan menghuraikan teks-teks al-Quran sewenang-wenangnya mengikut fahaman sendiri\u00a0 dengan tidak menepati maksud yang sebenar di samping tidak terdapat unsur-unsur keikhlasan dan kejujuran adalah merupakan suatu penghinaan terhadap kesucian al-Quran dan boleh mendatangkan keraguan dan fitnah di dalam masyarakat.\u00a0 Oleh itu, ianya perlu dihentikan dengan segera.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10263", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-2 pada 12 - 13 Mei 1981 telah membincangkan mengenai Hukum Nasyid dan Pancaragam. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tNyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPancaragam yang melalaikan hukumnya haram;\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10240", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10241", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14-16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram. Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh\u00a0 Islam. Oleh itu, dalam keadaan\u00a0\u00a0\u00a0 di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.\n\n\nOleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji danumrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10802", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 5 Ogos 1995 telah membincangkan mengenai fatwa pindah mazhab berhubung dengan wuduk jemaah haji. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n\u00a0\nBahawa buat masa ini agak menyulitkan andainya para Jemaah Haji dan Umrah dianjur supaya mengamalkan hukum wudhuk berdasarkan pendapat mazhab lain selain dari Syafie kerana perkara \u00e2\u20ac\u201c perkara lain yang berkaitan seperti cara mengambil wudhuk dan perkara yang membatalkannya yang diamalkan dalam mazhab tersebut juga perlu mereka amalkan sama, hal ini akan menyulitkan mereka kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai perkara tersebut. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan itu para jemaah haji dan umrah dari negeri yang berpegang kepada mazhab syafie lebih wajar dianjurkan supaya berpegang kepada pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie semasa menunaikan ibadat tersebut, iaitu wudhuk mereka tidak dikira batal jika mereka bukan menyentuh tetapi tersentuh atau disentuh oleh perempuan dan lelaki ajnabi ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10818", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 17 Apr 1995 telah membincangkan fatwa mengenai masalah hutang si mati atau pinjaman wang dari pihak kerajaan atau majikan atau institusi kewangan untuk membina atau membeli rumah atau kenderaan. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n\u00a01) Bahawa pinjaman wang yang dibuat bagi memenuhi keperluan asasi iaitu rumah kediaman sendiri dan kenderaan untuk kegunaan sendiri hukumnya harus kerana ianya termasuk dalam perkara dharuriat, dengan syarat ianya sederhana sahaja menurut taraf hidup si peminjam. Jika tidak maka hukumnya haram.\n\u00a0\n2) Jika si peminjam mati sebelum sempat menghabiskan hutang pinjaman dan dia mengambil perlindungan insuran yang diwajibkan oleh pihak yang mengeluar pinjaman wang, maka dia tidak lagi menanggung hutang atas pinjamannya itu. Walau bagaimanapun, jika dalam keadaan dimana si peminjam diberi pilihan untuk mengambil polisi insuran yang diakui sah menurut hukum syarak, maka dia hendaklah mengambil insuran sedemikian itu bagi melindungi pinjamannya, contohnya insuran Takaful atau lain-lain sama dengannya jika ada."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10781", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 Jun 1996 telah membincangkan fatwa berhubung dengan penggunaan wang tidak halal dalam Tabung Serambi Mekah. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nBahawa penggunaan wang dari sumber tidak halal seperti sumber riba,wang faedah bank dan lain-lain sumber tidak halal dari Tabung Serambi Mekah untuk faedah umum sebagaimana yang digariskan, termasuk sumbangan kepada fakir miskin Islam dan bukan Islam adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10784", "body": "Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 36 dan seksyen 39 Enekmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, menerusi Jemaah Ulama\u2019\u00a0yang bersidang pada 8 Muharram 1417H bersamaan 26 Ogos 1996 dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat Fatwa seperti berikut:\n\u00a0\n(1) Bersetuju dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan supaya\u00a0keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 September 1984 [Kertas bil.2/8/84, perkara 4.2(2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut:\n\u00a0\n\u201c Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Zaidiah dan Ja\u2019fariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia\u201d.\n\u00a0\nDimansuhkan.\n\u00a0\n(2). Menetapkan bahawa umat Islam di Kelantan hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ini adalah kerana ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak sebagaimana contoh-contoh berikut:\n\u00a0\nPenyelewengan akidah.\n\u00a0\n(a ) Muhamad bin Ya\u2019akob Al- kalini meriwayatkan dalam Usul Kaafi dari Abi Abdullah kata beliau, \"sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendakinya dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya (Al Kafi, jilid1, halaman 409). Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, sedangkan Allah berfirman di dalam Al Quran:\n\u00a0\n( ?? ????? ??? ?????? ?? ???? ?? ?????)?\n\u00a0\n( ???????? ???\u00a0\u00a0:\u00a0128\u00a0\u00a0\u00a0)\n\u00a0\nYang bermaksud: \"\nSesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari kalangan hamba-hambanya\n\". Allah berfirman lagi:\n\u00a0\u00a0\n\u00a0( ?? ??? ??????? ??????)\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\n(?\n?????? ???-2\u00a0\u00a0)\nYang bermaksud: \"\nkepunyaanNyalah kerajaan langit dan bumi.\"\n\u00a0\n(b) Imam adalah pangkat tertinggi bahkan menjadi salah satu rukun\u00a0iman;\n\u00a0\n(c) Imam adalah maksum, tidak melakukan sebarang dosa-dosa, baik dosa\nkecil atau dosa besar.\n\u00a0\n(d) Imam masih mendapat wahyu dari Tuhan dan mewarisi pangkat nabi;\n\u00a0\n(e) Mempertikaikan kesempurnaan al-Quran.\n\u00a0\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyelewengan Syariah\n\u00a0\n(a)\u00a0Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata\u00a0\u201c Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan (azab dan seksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat, dan sesungguhnya Allah menolak azab dan seksaan daripada syiah kita yang tidak mengerjakannya.\u00a0(Tafsir\u00a0al-Qummi, jilid satu halaman 83,84, Tafsir al-Iyaasyi, jilid 1, halaman 135). Mereka tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji dianggap sudah mencukupi.\n\u00a0\n(b) Menghalalkan perkahwinan mutaah. Untuk menggalakkan amalan tersebut, golongan Syiah mereka hadith-hadith palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas mereka.\u00a0Antara hadis tersebut, Rasulullah S.A.W bersabda: \u201c Barang siapa keluar dari dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin mutaah dia akan datang pada hari akhirat dalam keadaan rompong. Dalam kitab Tahzib Al-Ahkam, jilid 7, halaman 254 ada menyebut bahawa kahwin mutaah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan.\n\u00a0\n(iii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyelewengan Akhlak\n\u00a0\nGolongan Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah bersifat biadab terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul dengan berpegang kepada riwayat daripada al-Majlis dalam kitabnya Bihar al- Anuar (secara dusta) daripada Nabi S.A.W bahawa nabi berkata kepada Ali \u201cWahai Ali, Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku.\u00a0Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya, daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak lelaki seumpamanya.\u00a0Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya.\u00a0Aku sendiri bapa mertuamu sedangkan aku sendiri tidak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti bapa mertuamu.\u00a0Jaafar adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar.\u00a0Fatimah al-Hasyimiah adalah ibumu di mana aku tidak mendapat ibu seumpamanya\u201d. Kitab Bihar al-Anuar, kitab al-Syahadah jilid 5, halaman 511).\n\u00a0\nAl-Kalini menyebutkan bahawa darjah Imamah adalah lebih tinggi dari darjah kenabian, kerasulan dan khilah Allah . Untuk maksud ini dia (Al-Kalini) telah berdusta atas nama Jaafar al-Sadiq bahawa beliau berkata sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai Rasul dan sesungguhnya Allah telah menjadikannya Rasul sebelum menjadikannya Khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai Khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam. (Kitab Al-hujjah Min al- Kaafi jilid 1,\u00a0halaman 175).\n\u00a0\n(3) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri \u2013 negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan\n Ahli Sunnah Wal Jamaah\n dari segi akidah, syariah dan akhlak.\n\u00a0\n(4) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubungan dengan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif \u201chukum syarak\u201d atau \u201cundang-undang Islam\u201d seperti berikut:\n\u00a0\n\u201c Hukum syarak \u201c atau\u00a0\u201cundang-undang Islam\u201d ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.\n\u00a0\n(5) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan ahli-ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.\n\u00a0\n(6) Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.\n\u00a0\n(7) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyiaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10785", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 24 Mac 1996 telah membincangkan fatwa berhubung dengan masalah menjemput orang bukan Islam ke majlis-majlis bercorak agama dan lain-lain yang diadakan dalam bangunan masjid. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nBahawa orang bukan Islam atau orang kafir boleh masuk ke dalam bangunan masjid dengan izin orang Islam terutama pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas masjid bagi apa jua tujuan yang baik dan berfaedah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10786", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 24 Mac 1996 telah membincangkan mengenai masalah jemaah haji Malaysia melontar jamrah selepas fajar haji 13 Zulhijjah. Mesyuarat membuat keputusan fatwa sebagaimana berikut:\n\u00a0\nOleh\u00a0kerana\u00a0ada\u00a0pendapat\u00a0\u00a0yang\u00a0\u00a0membolehkan\u00a0melontar\u00a0selepas\u00a0fajar\u00a013 Zulhijjah iaitu qaul dhaif\u00a0\n(?????? ????? ?????)\n sebagaimana yang dipakai oleh pihak Lembaga Urusan dan Tabung Haji Malaysia, maka terpulanglah kepada individu untuk menerima dan beramal dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10787", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 Mei 1995 telah membincangkan fatwa berhubung dengan pembangunan atas tanah tapak masjid. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Tanah wakaf untuk masjid adalah termasuk tapak dimana didirikan bangunan masjid dan juga kawasan atau halaman bagi masjid setakat mana sempadan tanah yang ditentukan kepadanya.\u00a0\n\u00a0\n2) Bangunan lain yang bukan masjid atau lain-lain aktiviti harus didirikan atau diadakan di atas tanah atau kawasan masjid dengan syarat:\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0Tidak menghalang kepada rancangan peluasan bangunan masjid sekiranya diperlukan kelak.\n\u00a0\n(ii)\u00a0\u00a0Bangunan atau penggunaannya tidak mendatangkan aib atau fitnah kepada kesucian masjid itu sendiri.\n\u00a0\n(iii)\u00a0Manfaat yang diperolehi dari bangunan itu hendaklah untuk faedah masjid juga.\n\u00a0\n(iv)\u00a0\u00a0Apa jua aktiviti yang dilaksanakan adalah untuk faedah umum umat Islam serta\u00a0tidak berlawanan fungsi sebenar masjid sebagai rumah Allah.\n\u00a0\n3) Tanah tapak masjid atau milik masjid boleh dipecah sempadan semula sekiranya mustahak untuk tujuan mendirikan bangunan lain di atasnya dengan syarat tujuan pembinaan bangunan itu tidak berlawanan dengan syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam perenggan (2) di atas.\n\u00a0\n4) Terpulanglah kepada pihak yang berkuasa selaku nazir yang sah untuk membuat istibdal\u00a0\u00a0atau membangunkan\u00a0tanah wakaf masjid atau tanah untuk masjid dengan\u00a0\u00a0tertakluk\u00a0kepada syarat-syarat yang diharuskan oleh syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12074", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 5 Mei 1987 telah membincangkan fatwa mengenai penglibatan orang-orang Islam dan bukan Islam dalam upacara perasmian berunsur keagamaan. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1. Orang-orang yang bukan Islam hendaklah ditegah dan tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perkara-perkara dan urusan-urusan keagamaan seperti merasmikan pembukaan rumah-rumah ibadat Islam dan sebagainya yang ada kaitannya dengan agama Islam.\n\u00a0\n2. Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmikan pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali jika difikirkan kalau\u00a0tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat mereka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12075", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 5 Sep 1989 telah membincangkan mengenai wasiat kepada waris. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nWasiat kepada waris yang tidak mendapat kelulusan semua waris, iaitu sebahagian memberi kelulusan, maka sah pada bahagian yang memberi kelulusan dan tidak sah pada bahagian yang tidak memberi kelulusan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12076", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 8 Dis 1991 telah membincangkan mengenai fatwa mengenai projek ekonomi dengan pendapatan wang zakat. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n\u00a0\nWang zakat tidak harus / tidak sah diberi pinjam kepada mana-mana pihak samada\u00a0dengan tujuan sebagai modal perniagaan atau lain-lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10797", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 19 Ogos 1993 telah membincangkan mengenai fatwa mengenai urusan zakat dan pengurusan wang awam Majlis Agama Islam Kelantan. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n\u00a0\n1) Pada asasnya zakat hendaklah segera diagihkan kepada asnafnya selepas dipungut dari pengeluar\u00e2\u20ac\u201cpengeluar zakat. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang menunjukkan supaya zakat hendaklah segera disampaikan kepada orang yang berhak menerimanya. Walau bagaimanapun menangguhkan sementara kerja-kerja pengagihan zakat atas asas untuk menyelesaikan urusannya terlebih dahulu adalah dibolehkan dengan syarat janganlah sampai mengenepikan keperluan yang sepatutnya sampai ke tangan\u00a0golongan atau orang yang berhak menerimanya menurut hukum syarak dan lagi tempoh berlangsungnya penangguhan itu tidaklah disifatkan sebagai lama pada uruf.\n\u00a0\n2) Tiada nas yang membolehkan wang atau harta zakat\u00a0\nditasarruf\n untuk tujuan \u00e2\u20ac\u201ctujuan lain termasuk kegiatan perniagaan yang tertakluk kepada risiko untung rugi.\n\u00a0\n3) Wang atau harta zakat tidak boleh digunakan untuk tujuan pembelian tanah atau untuk membina bangunan perniagaan, sekalipun pendapatan dari sumber itu kelak akan digunakan untuk asnaf zakat. Ini adalah kerana berlawanan dengan konsep sebenar kewajipan berzakat yang difardukan di dalam syariat Islam.\n\u00a0\n4) Pada asalnya maksud (Fisabililllah ) di dalam konteks asnaf zakat ialah jihad atau peperangan kerana menegakkan agama Allah. Walau bagaimanapun pengertian tersebut diperluaskan menurut pendapat ulama dengan meliputi semua kegiatan atau usaha yang bertujuan untuk meninggikan agama Islam. Adapun zakat yang terhak kepada asnaf fi sabilillah ialah satu perlapan, tetapi tiada halangan menurut hukum syarak ianya dilebihkan dari kadar tersebut jika didapati mustahak serta wajar dengan syarat tidak menjejaskan hak asnaf-asnaf lain yang ada.\n\u00a0\nNamun begitu, perbelanjaan untuk asnaf itu tidak harus menjadi terlalu besar sehingga menampakkan jarak perbezaan yang terlalu jauh dengan perbelanjaan asnaf \u00e2\u20ac\u201c asnaf\u00a0lain yang ada itu.\n\u00a0\n5) Wang simpanan orang awam (deposit am) yang ada dalam simpanan Majlis boleh digunakan untuk modal perniagaan atau apa-apa tujuan lain yang menguntungkan atau boleh memenuhi kepentingan umat Islam. Walau bagaimanapun sebagai harta amanah, wang tersebut hendaklah ditasaruf dengan baik sampai ianya dapat dimanfaatkan untuk tujuan asalnya, jika tujuan tersebut masih wujud atau kepada tujuan-tujuan yang sehampir mungkin dengan tujuan asalnya jika tujuan asal sudah luput."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12077", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 26 Mac 1990 telah membincangkan fatwa mengenai kedudukan barang-barang yang diserahkan kepada Baitulmal. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Mesyuarat mengambil maklum bahawa\u00a0barang-barang yang bernilai yang diserahkan kepad Baitul Mal adalah banyak dan sudah mengambil masa yang agak lama.\n\u00a0\n2) Tidak dinyatakan secara terang dalam enakmen Majlis Agama Islam 2/1966 tentang penerimaan barang yang diserahkan kepada Baitul Mal.\n\u00a0\n3) Barang yang diserahkan kepada Baitul Mal sekiranya pihak yang menemui belum lagi membuat makluman kepada orang ramai maka pihak Baitul Mal, Majlis hendaklah maklumkan.\n\u00a0\n4) Pihak Baitul Mal hendaklah menyenaraikan semua jenis barang yang diserahkan.\n\u00a0\n5) Pengumuman perlu dibuat menerusi:\n\u00a0\ni. masjid-masjid\nii.majalah pengasuh\n\u00a0\n6) Tempoh tamat pengumuman selama setahun.\n\u00a0\n7) Barang yang sudah melebihi tempoh setahun itu boleh dijual, hasilnya diperuntukkan kepada fakir miskin."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12078", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 4 Nov 1990 telah membincangkan fatwa mengenai\u00a0hukum menternak Buaya. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Menternak buaya harus untuk mengambil faedah dengan syarat bahaya dapat dikawal.\n\u00a0\n2) Harus membunuh buaya kerana mengambil manfaat.\n\u00a0\n3) Mematikan dengan cara paling baik seperti sembelihan dan sebagainya serta tidak mengazabkan.\n\u00a0\n4) Kulit buaya harus dijual sesudah disamak.\n\u00a0\n5.Dagingnya haram dijual untuk dimakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12079", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 1 Dis 1990 telah membincangkan mengenai pemindahan zakat ke daerah lain. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n\u00a0\n1) Pada dasarnya zakat perlu dibayar dan diagihkan secara tempatan.\n\u00a0\n2) Pemindahan zakat dari daerah ke daerah yang lain dan dari negeri ke negeri yang lain yang lebih memerlukan itu harus bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW kepada Mu\u00e2\u20ac\u2122az bin Jabal yang bermaksud: Hendaklah kamu memberitahu kepada mereka bahawa diambil harta zakat dari kalangan mereka yang kaya maka diberi kepada golongan yang miskin dikalangan mereka dimana orang-orang miskin di kalangan mereka itu yang ditunjukkan dalam hadis tersebut tidaklah terbatas kepada orang-orang Islam yang miskin tempatan ( Yaman ) bahkan termasuk orang-orang miskin dimana sahaja yang memerlukannya. Juga bersandarkan kepada ayat yang bermaksud: Sesungguhnaya harta zakat dan sedekah itu diberi kepads golongan fakir dan miskin\n\u00a0\n3) Bahawa pengharusan pemindahan zakat adalah dilihat dari sudut keperluan yang lebih oleh satu negeri atau satu daerah.\n\u00a0\n4) Pengharusan pemindahan zakat ini adalah bersesuaian dengan satu pandangan yang terdapat dalam Mazhab Syafie."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12080", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 31 Dec 1988 telah membincangkan masalah pembinaan masjid baru mukim Bakong, Bachok. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nSetelah mengkaji keadaan masjid ini, jemaah yang hadir pada hari itu berpendapat\u00a0bahawa masjid ini pada masa ini tidak perlu dirobohkan dan dibina bangunan yang lain tetapi kiranya hendak diperbesarkan bangunan dengan tidak merobohkan bangunan tidak ada halangan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10257", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan mengenai Hukum Penyembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Muzakarah telah memutuskan bahawa sembelihan ahli kitab yang asli boleh dimakan oleh orang Islam dengan syarat penyembelihan mengikut kaedah-kaedah yang sah mengikut syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10258", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSetiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.\n\n\n\n\n\n\nMinuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.\n\n\n\n\n\n\nMinuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.\n\n\n\n\n\n\nTapai halal dimakan.\n\n\n\n\n\n\nAlkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.\n\n\n\n\n\n\nUbat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10259", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984 telah membincangkan \nGelatin\n Dalam Ubat. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan \ngelatin \ndalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10260", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan Ajaran Kumpulan Al-Mas Syed Mohamad Al-Masyhor. Muzakarah telah memutuskan bahawa ajaran dan amalan Syed Mohamad Al-Masyhor Al-Mas didapati menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10261", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan isu Menyalurkan Wang Hasil Pelbagai Denda Mahkamah-Mahkamah Syariah Ke Baitulmal Negeri-Negeri Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa denda Mahkamah-Mahkamah Syariah tidak boleh dimasukkan ke Baitulmal Negeri-Negeri. Sebaliknya ia menjadi hasil kerajaan negeri berkenaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10262", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-51 yang bersidang pada 11 Mac 2002 telah membincangkan isu Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\u00a0\nHarga zakat fitrah bagi negeri-negeri adalah berdasarkan harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A yang beratnya satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kilogram; dan\nBagi beras yang berlainan grednya, hendaklah ditentukan menurut perkiraan satu gantang Baghdad."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10252", "body": "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada \n14 Jul 1977\n telah membincangkan Pernikahan dengan Perempuan Kitabiah. Persidangan telah memutuskan bahawa takrif Kafir Kitabi ialah orang Yahudi atau Nasrani:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tYang berketurunan Nabi Yaakub a.s., jika tidak diketahui datuk neneknya memeluk agama itu selepas dinasakhkan (dibatalkan) oleh agama yang berikutnya seperti agama Yahudi dinasakhkan oleh agama Nasrani dan agama Nasrani dinasakhkan oleh agama Islam; atau\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tYang bukan berketurunan Nabi Yaakub a.s., jika diketahui datuk neneknya memeluk agama itu sebelum dinasakhkan.\n\n\n\n\nHukumnya halal nikah dengan perempuan Kafir Kitabi seperti di atas. Adapun perempuan Yahudi atau Nasrani yang bukan Kitabi seperti yang disebutkan di atas adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10253", "body": "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-18 yang bersidang pada \n14 May 1980\n telah membincangkan Pernikahan Dengan Perempuan Kitabiah. Persidangan telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tPernikahan orang Islam dengan perempuan Kitabiah (bukan asli) adalah tidak sah mengikut mazhab Shafie.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tPernikahan seperti itu (pernikahan orang Islam dengan perempuan Kitabiah bukan asli) yang telah dilakukan pada masa yang lalu harus mengikut pendapat setengah ulama' dengan syarat jika pernikahan itu diakadkan mengikut Islam dan keluarga itu hendaklah hidup secara Islam termasuk pendidikan anak-anak. Jika tidak dilakukan demikian maka perkahwinan itu hendaklah dibatalkan.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tPernikahan suami/isteri Kristian kemudian si suami masuk Islam maka pernikahannya dikira sah dengan syarat kehidupannya mengikut cara Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10239", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ( Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 \u2013 25 Jun 2009 teah membincangkan Kajian Semula Hukum Agihan Semual Zakat Secara Persendirian. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\nDari aspek hukum syarak, keputusan yang telah dipersetujui pada Muzakarah kali ke -76 bertarikh 21-23 Nov 2006 adalah selaras dengan pandangan syarak dan tidak perlu dibuat sebarang pindaan.\nSudah sampai masanya pihak berkuasa agama negeri memberi\u00a0keutamaan kepada soal agihan\u00a0kepada golongan asnaf yang layak. Isu pengagihan zakat secara persendirian yang berlaku\u00a0lebih bersifat pelaksanaan dan\u00a0penguatkuasaan undang-undang\u00a0yang terletak di bawah bidangkuasa negeri-negeri dan ia\u00a0perlu dibincang dan diselaraskan\u00a0dengan semua Majlis Agama Islam Negeri.\nSupaya pihak\u00a0JAWHAR\u00a0menjalankan kajian impak positif\u00a0dan negatif\u00a0terhadap\u00a0agihan zakat yang dilakukan secara persendirian dan hasil kutipan\u00a0yang diterima\u00a0dan dibentangkan kepada semua Majlis Agama Islam Negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10234", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 \u2013 25 Jun 2009 telah membincangkan \nKewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin. Muzakarah\n telah memutuskan bahawa:\n\n\n1. Ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya.\n\n\n2. Usaha bersungguh-sungguh dilakukan ke arah mewujudkan \nundang-undang induk\n \ndi semua negeri bagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan HIV ini pada masa-masa akan datang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11485", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 2 Feb 1993 telah membincangkan mengenai kekebalan Raja-Raja, Ucapan Duli Yang Maha Mulia Kepada Raja-Raja. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n 1) Bahawa semua manusia tidak mempunyai sebarang kekebalan dari segi hukum kerana mereka semua adalah tertakluk kepada hukum Allah.\n\u00a0\n2) Hak-hak keistimewaan untuk orang-orang tertentu dalam perkara-perkara tertentu ada di dalam Islam.\n\u00a0\n3) Pemilihan warna kuning oleh Raja untuk pakaian dan lain-lain, hukumnya harus.\n\u00a0\n4) Penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia terhadap Raja-Raja ketika mengadap dan lain-lain hukumnya adalah harus dengan syarat ucapan Yang Maha Mulia Raja-Raja itu tidak diniatkan sama dengan sifat Allah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10102", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-68 yang bersidang pada 14 Apr 2005 telah membincangkan Cadangan Supaya Bayaran Zakat Yang Disalurkan Oleh Badan-Badan Korporat Diselaraskan Pembayarannya Mengikut Kelayakan Negeri-Negeri Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa Isu perpindahan bayaran zakat oleh badan-badan korporat mengikut kelayakan negeri-negeri tidak memerlukan fatwa.\n\n\nMuzakarah berpendapat bahawa jika terdapat mana-mana negeri yang masih memerlukan bantuan agihan zakat, bolehlah membuat permohonan terus kepada mana-mana Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang mempunyai kutipan yang tinggi. Pihak MAIN berkenaan akan menimbang dan seterusnya membuat keputusan ke atas permohonan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10119", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 - 24 Nov 2005 telah membincangkan Zakat Ke Atas Pendapatan FELDA Dan Syarikat-Syarikatnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\nFELDA wajib mengeluarkan zakat ke atas hasil pendapatannya dengan mengambilkira pendapatan anak-anak syarikat, sekiranya semua urusan ke atas pemilikan ekuiti dan akaun pendapatan anak-anak syarikat dikawal oleh FELDA sendiri.\nWalaubagaimanapun, sekiranya pendapatan anak-anak syarikat FELDA diuruskan melalui akaun yang berasingan, maka anak-anak syarikat tersebut wajib mengeluarkan zakat pendapatannya secara berasingan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10044", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf. Muzakarah telah memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10045", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (\nSurrogate Motherhood\n) Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11483", "body": "Pembahagian Harta Sepencarian Kerana Perceraian Mati Dan Tuntutan Waris-Waris\nSetelah membincangkan masalah ini dengan terperinci mesyuarat bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n1. Tuntutan harta sepencarian oleh pihak yang masih hidup seperti isteri yang menuntut harta sepencarian suaminya adalah diharuskan sama ada tuntutan itu kerana perceraian hidup atau perceraian mati.\n2. Tuntutan harta sepencarian oleh waris si mati seperti anak-anak atau waris si isteri yang meninggal dunia yang menuntut harta sepencarian daripada suami si mati adalah diharuskan sama ada tuntutan itu kerana perceraian hidup atau perceraian mati.\n3. Kadar tuntutan harta sepencarian yang layak dituntut oleh pihak yang masih hidup atau waris si mati adalah bergantung kepada keputusan mahkamah syariah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11487", "body": "Boleh. Ianya sah Solat Zuhur pada tempat sembahyang Jumaat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11480", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada\u00a023hb September 2001 telah membincangkan mengenai mengenai sembahyang Jumaat di dalam penjara atau pusat tahanan. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n\u00a0\nPada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 36 dan 39 Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jamaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 yang bersidang pada 5 Rajab 1422H bersamaan 23hb. September 2001M dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan membuat Fatwa yang berikut :-\nSembahyang Jumaat di dalam penjara atau pusat tahanan adalah diharuskan dengan syarat-syarat seperti:\u00a0\n1. Tahap keselamatan untuk mengadakan Sembahyang Jumaat tersebut adalah terjamin.Perkara ini bergantung kepada kemampuan pihak berkuasa terbabit.\n2. Hendaklah ada bersama jemaah Jumaat ini seorang Imam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan empat (4) orang pemastautin dari mukim pusat tahanan tersebut"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11482", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 24 Jan 2001 telah membincangkan mengenai akad nikah menerusi sidang video. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n1) Bahawa akad nikah menerusi sidang video adalah diharuskan dengan syarat-syarat berikut :\na. Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin (bukan zan)\nb. Tidak ada unsur penipuan (al-gharar)\nc. Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah termasuk tazkiah syuhud.\nd.Tertakluk kepada enakmen keluarga Islam 1983.\n2) Fatwa ini dikeluarkan berdasarkan alasan bahawa syarat ithadul majlis ( ????? ??????) menjadi persoalan pokok sah atau tidak akad nikah menerusi sidang video telah dipenuhi. Walaupun akad nikah seperti ini tidak dikatakan sebagai ithadu hakiki ( ????? ????? ) tetapi ia boleh dikelaskan sebagai ithadu fil ma\"na atau ithadu majazi(????? ????? )"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12385", "body": "1. \u201c Meletak atau menggantung atau menggunakan kalimah Muhammad S.A.W oleh orang bukan Islam sama ada individu atau pun pertubuhan secara yang tidak sesuai dengan kemuliaan yang diberi oleh Islam kepada nama tersebut adalah tidak harus serta ditegah dan dilarang,\u201d\n\u00a0\n2. \u201c Meletak atau menggantung atau mengguna kalimah Muhammad SAW di pusat CHE CHER KHOR MORAL UPLIFTING nombor 49 Jalan Tebrau Johor Bharu adalah tidak harus serta ditegah dan dilarang.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10168", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia \n(Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah. Muzakarah telah memutuskan bahawa pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam mengikut asnaf-asnaf yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11522", "body": "Mesyuarat membuat keputusan bahawa : Syarikat milik penuh kerajaan yang menjalankan aktiviti pengeluaran emas adalah tidak diwajibkan mengeluarkan zakat kerana hasilnya akan kembali kepada kerajaan juga.\nKeputusan mesyuarat ini dibuat adalah mengikut pandangan Ahli-ahli Perundangan Islam antaranya sepertimana yang diperuntukan di dalam kitab Fekah Az-Zakah oleh Dr. Yusof Qardhawi, Juzuk Awal At-Taba\"ah Sadisah 1981/1401M Muassasah Ar-Risalah, Beirut - muka 132 - 131 :\n\" ???? ??? ??? ??? ???? ??? ?? ???? ?? - ????? ??????? ?????? - ??? ???? ???? ???? ?????? ??????? ???? ?????? ?? ??????? ?? ??????? ?? ????? ?? ???????? ??? ???? ????? ???? ?????? ??????? ??? ??? ???? ?????? ????? ???????? ???? ??????? ?? ???? ????? ????? ??????? ??? ???? ?? ???? ?? ????? ????? ?????. \""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11778", "body": "Mesyuarat bersetuju menegaskan bahawa sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak adalah haram. Oleh itu pelaburan dengan mana-mana pihak yang menjalankan urusniaga secara tidak pasti halalnya hendaklah diberhentikan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11529", "body": "Mesyuarat bersetuju bahawa sebarang mashaf Al-Quran, ayat-ayat Al-Quran dan buku-buku agama Islam tidak harus dijual oleh orang bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11532", "body": "Mesyuarat bersetuju menyemak semula keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat yang lalu (kali keempat penggal kelima) dengan membuat keputusan bahawa tiada halangan dari segi hukum syarak bagi Jabatan Hal Ehwal Agama Terenganu memberi kebenaran khas kepada Pusat Serenti, Besut untuk mendirikan jumaat bagi penghuni-penghuni pusat Serenti berkenaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11540", "body": "Lafaz dan cara niat zakat gaji yang terdapat dalam 'Borang Pungutan Gaji' adalah seperti berikut :\ni. Lafaz : 'Inilah sebahagian wang zakat yang wajib ke atas saya bagi tahun ini sebanyak _____________________(setahun) kerana Allah Taala.'\nii. Masa berniat : Ketika mengisi borang potongan gaji, setahun sekali.\nLafaz dan cara berniat ini berpandukan kepada cara yang diamalkan oleh-oleh negeri-negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.\nMesyuarat bersetuju supaya Urusetia Jawatankuasa Fatwa mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia tentang kejituan cara berniat seperti di atas. Kerana niat hanya sekali, sedangkan potongan sebulan sekali dalam masa setahun (12 kali)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11565", "body": "Mesyuarat bersetuju bahawa tanduk rusa yang dikerat ketika rusa masih hidup adalah suci (tidak najis), oleh itu ia harus dimanfaatkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11574", "body": "Mesyuarat bersetuju bahawa abu hasil daripada pembakaran al-Quran yang tidak boleh digunakan itu bukan lagi bertaraf al-Quran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11583", "body": "Mesyuarat bersetuju pada dasarnya bahawa tiada halangan wang zakat (Sinf Amilin) digunakan untuk membayar gaji kakitangan zakat. Demikian wang zakat (Sinf Fisabilillah) digunakan untuk membayar elaun Mubaligh dengan mengabil kira lain-lain kepentingan Fisabilillah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11587", "body": "Mesyuarat berpendapat bahawa wang bayaran pampasan pengambilan balik tanah wakaf khas kepada Masjid Hiliran boleh digunakan bagi mendirikan bangunan di atas baki tanah tersebut sebagai Istibdal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11603", "body": "Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa sembahyang jumaat tidak diwajibkan ke atas penghuni-penghuni Pusat Serenti, Besut, kerana mereka tidak memenuhi syarat-syarat wajib dan sah jumaat, bagaimanapun mereka diwajibkan sembahyang zohor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11655", "body": "Mesyuarat bersetuju menerimapakai cara dan lafaz niat zakat gaji seperti peramalan sekarang ini iaitu 'inilah sebahagian wang zakat ke atas saya bagi tahun ini sebanyak ____________________(setahun) kerana Allah Taala.' (berniat semasa mengisi borang)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11660", "body": "Mesyuarat membuat keputusan : peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Rabiul Akhir 1427 bersamaan 21 Mei 2006 butiran 3.4 dipinda dan adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju bahawa perhiasan emas wanita ( ????? ) tidak dikenakan zakat selagi mana ia tidak melebihi kadar uruf bagi wanita-wanita Islam yang dianggarkan seberat 850 gram atau nilaian harga semasa yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11680", "body": "Mesyuarat bersetuju bahawa hasil keuntungan / wang hibah daripada akaun simpanan yang diperolehi menerusi akaun khas zakat adalah sebahagian daripada kumpulan wang zakat. Oleh itu wang berkenaan hendaklah dikembalikan kepada akaun zakat, dan dibelanjakan untuk kepentingan asnaf-asnaf zakat sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11731", "body": "Mesyuarat bersetuju supaya peramalan yang dilaksanakan sekarang bagi negeri ini hendaklah diteruskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11744", "body": "Mesyuarat membuat keputusan bahawa : Pembayaran zakat fitrah melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hendaklah dikaji semula supaya kaedah pengeluaran zakat itu mengikut hukum syarak. Perkara-perkara yang perlu dikaji semula ialah :\ni.\tKadar yang menjadi wang zakat dikeluarkan daripada wang pengeluar zakat tidak melalui proses pengeluar berhutang dahulu kepada syarikat pengendali SMS.\nii.\tSyarikat perkhidmatan SMS mengenakan caj kos perkhidmatan kepada pengguna yang merupakan bayaran tambahan kepada pengeluar zakat. Caj kos ini hendaklah dihapuskan.\niii.\tDisyorkan supaya syarikat yang mengendalikan penerimaan bayaran zakat melalui SMS diberi upah secara ' \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ac\u00d8\u00b9\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00a9 ' (Janji hadiah) bukannya ditetapkan kadar perolehannya sebanyak 1/8, 1/16 atau sebagainya.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11749", "body": "Di dalam mesyuarat khas, mesyuarat bersetuju bahawa wang pampasan insuran bukanlah pusaka si mati. Cara pembahagian wang berkenaan terpulang kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak insuran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11496", "body": "Mesyuarat bersetuju pada dasarnya menerima draf 'Panduan pengurusan al-Quran, Kitab-kitab tafsir dan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang tidak digunakan' yang disediakan oleh Timbalan Mufti (Ustaz Zainal Abidin bin Ahmad) tanpa sebarang pindaan.\nDraf panduan berkenaan ialah:\n1. Sebarang mashaf, kitab tafsir dan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang sudah lusuh atau yang terdapat di rumah-rumah orang Islam hendaklah dibawa ke masjid yang berdekatan dan menyerahkan kepada mana-mana pegawai masjid berkenaan untuk dikumpulkan.\n2. Setiap daerah memilih kawasan masjid yang sesuai sebagai tempat pelupusan.\n3. Pegawai Agama Daerah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelupusan itu dengan melantik pegawai tertentu untuk menyelia kerja-kerja pelupusan tersebut.\n4. Masa dan tarikh pelupusan terserah kepada budi bicara Pegawai Agama setiap daerah.\n5. Cara pelupusan ialah dengan menggali sebuah lubang yang sesuai dimasukkan bahan-bahan yang akan dilupuskan kemudian dimasukkan bahan kimia tertentu, atau dibakar, stelah dipastikan bahan-bahan tersebut sudah selesai dilupuskan lubang tersebut ditimbus.\n6. atau menyediakan tong yang sesuai, dimasukkan bahan-bahan yang akan dilupuskan kemudian dibakar, debunya ditimbus atau dibawa ketempat-tempat yang sewajarnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10948", "body": "Jawatankuasa Syariah sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:\n\" Tiada halangan bagi orang bukan Islam menyebut nama Allah atau memanggil nama tuhan dengan nama Allah \""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11433", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM\n\n\n(NEGERI SELANGOR) 2003\n\n\n\u00a0\n\n\nMenurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [\nEn. 1/2003\n], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 3/2008 bertarikh 10 Jun 2008 dan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.\n\n\n\u00a0\n\n\nJADUAL\n\n\n\u00a0\n\n\nISU TUNTUNTAN PENGANUT KRISTIAN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10944", "body": "Bahawasanya penggunaan \n\u201cLafzul Jalalah\u201d\n iaitu kalimah Allah hanya khusus dan eksklusif untuk umat Islam sahaja. Agama selain daripada Islam adalah tidak boleh dan dilarang menggunakannya dalam apa jua bentuk penerbitan bertulis, media cetak, media elektronik, audio visual dan yang seumpamanya.\n\u00a0\nOleh yang demikian, maka inilah diisytiharkan fatwa tersebut seperti di atas untuk diwartakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10945", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (JOHOR) 2004\n\u00a0\nPENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH ORANG BUKAN ISLAM\n\u00a0\nMenurut subseksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2004 [Enakmen 16 Tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Johor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan, memberi dan mengisytiharkan fatwa seperti berikut:\n\u00a0\n\u00a0\n\u201cPenggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10777", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 8 Okt 2007 telah membincangkan mengenai perincian tentang Asnaf Lapan dan Kadar Zakat yang ditetapkan kepada setiap Asnaf. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n1. Fakir\nOrang Islam yang tidak mempunyai harta benda atau pekerjaan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencapai lima puluh peratus daripada had kifayahnya untuk keperluan diri dan tanggungannya.\n2. Miskin\nOrang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lima puluh peratus untuk keperluan diri dan tanggungannya tetapi tidak mencapai had kifayah.\nBahagian Fakir dan Miskin ini tidak boleh diberikan kepada orang kaya dan kepada orang yang mampu bekerja dan menghasilkan keperluan yang cukup untuk diri dan mereka yang di bawah tanggunggannya.\n3. Amil (pengurus zakat)\nDalam istilah sekarang di Malaysia, Amil ditakrifkan sebagai sebuah organisasi yang padanya terdapat kakitangan yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan zakat, begitu juga pertubuhan atau individu yang dilantik oleh badan tersebut.\nDi Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan merupakan Amil Zakat dan berhak mendapatkan 1/8 daripada jumlah kutipan wang zakat yang dipunggut sebagai salah satu daripada asnaf penerima zakat. Peruntukan 1/8 ini hendaklah digunakan untuk membayar upah amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Kelantan terdiri daripada pegawai-pegawai Majlis, pertubuhan dan orang-orang awam. Baki daripada peruntukan tersebut boleh digunakan untuk pengurusan am Majlis Agama Islam Kelantan seperti pembayaran gaji kepada kakitangan dan perbelanjaan menjalankan operasi-operasi lain.\n4. Al-Muallafatu Qulubuhum\nAsnaf Al-Muallafatu Qulubuhum di bahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.\nGolongan Muslim meliputi :\na. Orang yang baru memeluk Agama Islam.\nb. Ketua-ketua kumpulan Islam yang menpunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.\nc. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap Imannya tetapi masih berpengaruh.\nGolongan bukan Muslim (Kafir) pula meliputi :\na. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.\nb. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.\n5. Fir Riqab\nPada dasarnya ia bererti membebaskan seseorang itu daripada perhambaan. Bahagian ini adalah bertujuan untuk disumbangkan kepada usaha-usaha untuk menamatkan sistem atau amalan perhambaan.\nApabila amalan perhambaan secara tradisi sudah terhapus sepenuhnya sekarang, Mesyuarat bersetuju memfatwakan takrif Ar Riqab ini perlu diperluaskan lagi kepada pembebasan yang mencangkupi segala bentuk perhambaan dan penindasan yang ada seperti pembebasan dari belenggu kejahilan, pembebasan golongan lemah dari cengkaman orang-orang yang berkuasa dan pembebasan dari perhambaan ekonomi, politik dan sebagainya.\n6. Al- Gharimin (Orang-orang berhutang)\nOrang-orang berhutang yang layak menerima zakat ialah orang yang berhutang untuk faedah awam seperti untuk menghapuskan persengketaan dua pihak dan sebagainya.\nBagi individu yang berhutang untuk tujuan peribadi, mereka hanya boleh dimasukkan ke dalam asnaf ini dengan syarat beliau mestilah tidak memiliki harta dalam kadar yang mencukupi (haddul kifayah).\n7. Fi Sabilillah\nDitafsirkan dalam konteks yang lebih luas iaitu segala bentuk usaha yang ikhlas bagi mencapai keredhaan Allah.\nOleh itu ia merangkumi segala bentuk kebajikan seperti bantuan untuk peperangan menentang musuh Islam, bantuan kepada pelajar dan apa sahaja bentuk ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah.\n8. Ibnu Sabil\nIaitu orang-orang musafir yang dimaksudkan dengan musafir dalam konteks ini bukan sahaja orang yang sedang dalam perjalanan tetapi juga orang yang berniat untuk bermusafir.\nBegitupun, musafir itu mestilah dengan tujuan bukan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam atau maksiat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10789", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 28 Okt 2007 telah membincangkan mengenai kaedah melaksanakan ibadat bagi pesakit yang menggunakan Beg Kolostomi. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n1. Pesakit-pesakit yang terpaksa menggunakan beg kolostomi adalah termasuk di dalam golongan orang yang uzur syar\"ie dan mereka tidak terikat dengan salah satu syarat yang membatalkan wudu\" untuk menunaikan solat iaitu keluar sesuatu daripada 2 jalan iaitu qubul dan dubur seperti yang disyaratkan kepada orang yang sihat.\n\u00a0\n2. Oleh itu, wudu\" mereka tidak terbatal walaupun najis keluar kedalam beg kolostomi mereka. Keadaan mereka dihukumkan sebagaimana hukum seseorang yang mengalami silsu baul (air kencing sentiasa menitik) dan wanita yang mengalami istihadhoh.\nDalam kedua-dua keadaan ini, telah disepakati oleh para fuqaha\" bahawa tidak terbatal wudu\" mereka walaupun najis telah keluar daripada 2 kemaluan mereka selepas mereka berwudu\" untuk menunaikan solat.\n\u00a0\n3. Penggunaan beg kolostomi juga boleh dianggap sebagai usus mekanikal iaitu pengganti kepada usus yang asal dan ia merupakan sebahagian daripada perut. Oleh itu selagi mana najis belum terkeluar daripada beg kolostomi ini, najis itu dikira masih berada di dalam badan pesakit dan wudu\" tidak akan terbatal dengan sebab keluar najis ke dalam beg tersebut.\n\u00a0\n4. Ketika hendak mengambil wudu\", pesakit-pesakit yang terpaksa menggunakan beg kolostomi ini tidak perlu mengosongkan beg kolostomi mereka setiap kali mengambil wudu\" kerana keuzuran mereka kecuali perkara itu tidak menyusahkan pesakit berkenaan. Mereka dikehendaki mengambil wudu\" apabila telah masuk waktu solat dan menyegerakan pelaksanaan solat sebaik sahaja berwudu\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10790", "body": "Setelah membincangkan isu ini dengan teliti, Mesyuarat Jamaah Ulama\" bersetuju memfatwakan seperti berikut :\n1. Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.\nGolongan Muslim meliputi :\na. Orang yang baru memeluk Agama Islam.\nb. Ketua-ketua kumpulan Islam yang mempunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.\nc. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap imannya tetapi masih berpengaruh.\nGolongan bukan muslim (kafir) pula meliputi :\na. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.\nb. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.\n2. Dalam urusan agihan wang zakat kepada al-muallafatu Qulubuhum ini, secara umumnya Mesyuarat bersetuju dengan pendapat rajih dalam Mazhab Syafie yang mengharuskan wang zakat diagihkan kepada golongan Muslim sahaja.\n3. Dalam konteks dakwah, khususnya dakwah kepada orang asli di Kelantan, mesyuarat bersetuju memfatwakan bahawa pengagihan wang zakat diharuskan kepada golongan bukan Muslim.\nFatwa ini dikhususkan untuk tujuan dakwah semata-mata kerana kepentingan siasah syar\"iyyah untuk pengembangan Agama Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10775", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 21 Dis 2006\u00a0telah membincangkan bedah siasat menurut pandangan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju mengeluarkan garis panduan untuk melaksanakan bedah siasat terhadap mayat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10812", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 4 Julai 2004 telah membincangkan mengenai pembuangan dan pelupusan tisu-tisu manusia daripada pesakit. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Bahawa organ-organ dan tisu-tisu yang dibuang dan dipotong daripada badan pesakit samada daripada pesakit Islam atau bukan Islam hendaklah ditanam. Sekiranya organ-organ atau tisu-tisu tersebut terdiri daripada kumpulan penyakit berjangkit maka pihak hospital hendaklah menghapuskan kuman penyakit berjangkit tersebut dengan ubat-ubat tertentu kemudian hendaklah ditanam organ-organ atau tisu-tisu tersebut. Sekiranya tiada cara atau kaedah untuk menghapuskan kuman penyakit tersebut, maka diharuskan organ-organ atau tisu-tisu ini dibakar kerana dharurat.\n\u00a0\n2) Cara untuk menanam organ-organ atau tisu-tisu daripada pesakit adalah seperti berikut :\n\u00a0\ni. Bagi organ-organ atau tisu-tisu yang dibuang daripada pesakit yang masih hidup, organ-organ dan tisu-tisu itu hendaklah ditanam di tempat-tempat yang selamat.\n\u00a0\nii. Bagi organ-organ atau tisu-tisu yang dibuang daripada pesakit selepas meninggal dunia, organ-organ atau tisu-tisu itu hendaklah ditanam bersama-sama mayat dan lebih afdhal dengan diletakkan di dalam kain kafan.\n\u00a0\n3) Mana-mana pihak samada pihak hospital atau keluarga pesakit boleh menanam organ-organ atau tisu-tisu yang dibuang daripada pesakit setelah pihak hospital mengesahkan organ-organ atau tisu-tisu tersebut selamat untuk ditanam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10702", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 28 Jan 1986 telah membincangkan fatwa mengenai ajaran Hassan Anak Rimau. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nPada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 14 (3) Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, Majlis menerusi Jamaah Ulama menetapkan fatwa sebagaimana berikut:\n\u00a0\n\u00a0Setelah mengkaji teks daripada pita rakaman percakapan seseorang yang digelar Hassan Anak Rimau atau Hassan Bin Yaakub dengan Pegawai Penguasa Penjara\u00a0yang mengandungi butir-butir ajaran dan akidahnya dan didapati menyentuh ketuhanan Allah. Kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w) dan kesucian Al-Quranulkarim, maka dengan itu bersetuju memfatwakan bahawa ajarannya adalah menyeleweng yang boleh membawa kepada kufur. Jumaah Ulama juga kuat berpendapat bahawa Hassan Anak Rimau adalah seorang penganut dan penyebar ajaran salah. Jumaah Ulama juga telah menghalusi amalan zikir Hassan Anak Rimau dan didapati ianya ada hubungan rapat dengan konsep ajaran dan akidahnya, maka dengan ini memfatwakan bahawa amalan zikir berkenaan adalah salah.\n\u00a0\nFatwa-fatwa tersebut hendaklah tertakluk kepada semua orang Islam yang tinggal di dalam negeri selain daripada orang-orang Islam yang bukan Bangsa Melayu yang tertakluk kepada undang-undang diri selain daripada yang terdapat di Kelantan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10768", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 16 Mac 1999 telah membincangkan mengenai fatwa zakat penggajian.\n\u00a0\nPada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 36 dan 39 Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jamaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 yang bersidang pada 27 Zulkaedah 1419H bersamaan 16 Mac 1999M dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan\u00a0membuat Fatwa seperti berikut:\n\u00a0\n1) Pendapatan gaji yang diperolehi oleh kakitangan kerajaan atau badan-badan berkanun atau syarikat-syarikat atau sebagainya dari institusi-institusi yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan yang mempunyai sistem penggajian yang teratur adalah diwajibkan zakat jika nilai jumlah peruntukan gaji bagi seseorang kakitangan itu sampai nisab yang dikira atas nisab mata wang dan melintasi haul, di mana dia menerima bahagian terakhir daripada peruntukan gaji tahunan;\n2) Permulaan haul zakat gaji dikira pada hari atau bulan seseorang itu dipanggil melaporkan diri untuk memulakan tugas jawatannya kerana hari atau bulan itu dikira sebagai masa permulaan dia berhak menerima bahagian-bahagian peruntukan gaji tahunannya dan kadar zakatnya ialah sebanyak 2.5% atau 1/40;\n3) Bahawa gaji atau pendapatan yang dikenakan zakat ialah meliputi gaji pokok serta lain-lain yang dikira sebagai imbuhan tetap sahaja dan tidak termasuk imbuhan berubah;\n4) Zakat dikenakan atas gaji atau pendapatan setelah ditolak perbelanjaan dharuriyat, iaitu keperluan asasi yang paling sederhana untuk diri dan keluarga di bawah tanggungannya menurut Hukum Syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12428", "body": "Penggunaan tulisan atau khat-khat ayat Al-Quran, Hadis Rasullullah S.A.W, lafaz Al-Jalalah (Allah), kalimah Tauhid dan lain-lain kalimah yang mempunyai kamuliaan tersendiri di dalam Islam, untuk tujuan dakwah adalah diharuskan denga syarat-syarat dan disiplin-disiplin tertentu sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1.\u00a0\u00a0\u00a0Tulisan tersebut hendaklah menggunakan khat yang mudah dibaca dan difahami oleh orang awam, contohnya khat nasakh, riq\u2019ah dan thulus.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Lokasi penempatan khat-khat tersebut hendaklah ditempat yang tinggi sesuai dengan kemuliaan ayat-ayat Al-Quran, Hadis Rasulullah SAW lafaz Al-Jalalah (Allah), kalimah Tauhid dan lain-lain kalimah yang mulia.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0Lokasinya adalah terbatas di dalam masjid, surau rumah, pejabat dan dewan atau di tempat-tempat bersesuaian dengan kemuliaan ayat-ayat dan kalimah-kalimah tersebut, yang mana penjagaan dan kemuliaanya terjaga secara berterusan dan berpanjangan.\n4.\u00a0\u00a0\u00a0Penempatan khat tersebut bukan dipagar atau jeriji samada di masjid, surau dan bangunan-bangunan lain, bukan juga ditempatkan dilokasi yang tidak sesuai dengan martabat dan kemulian Al-Quran, Hadis Rasullullah SAW lafaz Al-Jalalah (Allah), kalimah tauhid dan lain-lain kalimah yang mulia.\n5.\u00a0\u00a0\u00a0Tujuan penggunaan khat-khat tersebut adalah untuk dakwah dan bukan sebagai hiasan sahaja.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Untuk memperkenalkan Islam bukan hanya dengan khat-khat Al-Quran, Al-Hadis atau kalimah-kalimah mulia dalam Islam sahaja, bahkan juga dengan symbol-simbol islam yang lain seperti seni kerawang ukiran Islam. Selain itu boleh juga dengan menggunakan tulisan khat (jawi) dengan menulis maksud-maksud ayat Al-Quran dan Hadis, kata-kata hukama\u2019, perkataan-perkataan biasa seperti \u201c selamat dating\u201d, \u201cIslam itu indah\u201d dan lain-lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11461", "body": "1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusannya:\n\n\n\"Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' \"\n\n\n\u00a0\n\n\n1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusannya\n\n\n\u00a0\n\n\n\" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nAhli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11474", "body": "Dari segi Akidah:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah (pengakuan semasa perjumpaan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002)\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Menggunakan \"Tawassul\" iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan berkata 'Ya Allah dengan berkat dan karamah Guruku Tuan Azhar, sembuhkan penyakit si pulan .....'.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta didampingi oleh \"Pak Syeikh\" atau \"wali Allah\". Azhar bin Wahab pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara.\n\n\n\u00a0\n\n\n(4) Berbai\"ah akan mengikut segala arahan guru dan merahsiakannya dari orang ramai, sesiapa yang belot atau keluar hidupnya tidak akan selamat.\n\n\n\u00a0\n\n\n(5) Memakan ais sebagai satu syarat mendapatkan karamah dari guru. Memakan ais ini simbol kepada amalan pertapaan bagi mendapat ilmu perbomohan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(6) Mempunyai bala tentera dam kapal terbang ghaib.\n\n\n\u00a0\n\n\n(7) Mempunyai masjid jin di Gunung Jerai di samping mengaku selalu bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Sentubung di Sarawak.\n\n\n\u00a0\n\n\n(8) Mengetahui pergerakan orang yang mengintip setiap aktivitinya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(9) Mempunyai pengawal dari golongan jin.\n\n\n\u00a0\n\n\n(10) Menangis di hadapan ahli-ahli dan kakitangan kerana mendakwa nampak dan tahu kesalahan agama yang pernah dibuat pengikutnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(11) Percaya dengan khurafat seperti :\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Semasa perarakan untuk melantik beliau sebagai Naib Khalifah Seni Silat mempertahankan diri Al-Mansur, seekor gajah telah menarik tangannya. Beliau amat percaya dengan telahan di kalangan ahli perarakan bahawa gajah tersebut meminta beliau menaiki belakangnya kerana beliau berketurunan \"raja\".\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Tabib dan tabibah diarah menggunakan keris untuk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Menggunakan setanggi untuk diasapkan di setiap pusat rawatan sebelum memulakan perniagaan urut refleksi, di samping itu memberi salam kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Khaidir dan Azhar sendiri. Amalan ini dilakukan setiap hari sebelum memulakan perniagaan atau membuka perniagaan.\n\n\n\u00a0\n\n\nDari segi syariat:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Mana-mana ahli yang didapati bersalah dan jika dapat dikesan oleh Azhar, maka ahli berkenaan akan dikenakan \"dam\" sama ada dalam bentuk wang atau harta benda.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Solat waktu sentiasa dijamakkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Menyampaikan perjuangan agama seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah S.A.W. dan mendakwa penubuhan syarikatnya juga adalah seperti yang pernah dibuat oleh Rasulullah S.A.W. iaitu berniaga untuk mengembangkan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(4) Apa sahaja yang dibawa oleh Azhar bin Wahab adalah benar belaka dan tidak boleh dipertikaikan segala keputusan dan arahannya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(5) Azhar bin Wahab selalu tidak sembahyang Jumaat.\n\n\n\u00a0\n\n\nDari segi Akhlak:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Memulakan ucapan dengan bersumpah memegang Al-Quran. Ini dilakukan oleh Azhar bin Wahab dan pengikut kanannya Hj. Illias bin Hj. Yusuf (dimajlis pertemuan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002 lalu).\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Boleh memberi \"barakah\" dan \"syafaat\" kepada anak muridnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Ada keberkatan kerana boleh menarik duit para pelanggan dan mereka akan mengeluarkan wang sebanyak mana yang mereka ada.\n\n\n\u00a0\n\n\n(4) Memberitahu pengikutnya bahawa dirinya boleh dilihat manusia sebagai berpakaian biasa tetapi sebenarnya beliau berjubah serba putih, berserban, bermisai dan berjanggut seperti wali Allah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(5) Boleh ke mana-mana dengan serta merta termasuk ke China dan ke Mekah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(6) Menggugut ahli agar jangan derhaka kepadanya nanti tidak mendapat karamah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(7) Mewajibkan ahli agar tidak bercampur-gaul dengan masyarakat.\n\n\n\u00a0\n\n\nAjaran Azhar bin Wahab (Pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd.) adalah diharamkan, kerana didapati ada percanggahan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam. Orang-orang Islam yang mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10708", "body": "1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -\n(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;\n(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan\n(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.\n2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -\n(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan\n(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10709", "body": "Ajaran Zamre bin Ab. Wahab adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati -\n(a) mendakwa boleh menunaikan Haji hanya dengan mengerjakannya di Sungai Congkak, Hulu Langat sahaja;\n(b) mendakwa dirinya sebagai Rasulullah;\n(c) menukar nama pengikutnya dengan nama sahabat-sahabat bagi lelaki dan dengan nama isteri-isteri Nabi bagi pengikut wanita; dan\n(d) mengamalkan nikah batin dengan 6 orang termasuk pelajar dan seorang pegawainya.\nOleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10722", "body": "1. Ajaran dan amalan Syed Mohamad Al-Masyhor (Al-Mas) didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n2. Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Syed Mohamad Al-Masyhor (Al-Mas) di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10723", "body": "A. Bahawa buku yang bertajuk -\n(i) 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan' yang ditulis oleh Ustaz Hj. Ashaari Muhammad dan isi kandungannya; dan\n(ii) 'Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi' yang ditulis oleh Mohamad Taha As-Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya,\nadalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta mengelirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam dan dengan yang demikian adalah diharamkan.\nB. Bahawa Kumpulan Darul Arqam @ al Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan dan Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi adalah diharamkan.\nC. Bahawa pengharaman ini meliputi:\n(i) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (A) di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n(ii) apa-apa jua bahan publisiti Kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar, gambarfoto, poster, rajah, surat edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas;\n(iii) apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak, rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman dan cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas.\nOleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini. Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkannya filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah, atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10724", "body": "1. Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku berikut:\n(a) 'Hadis Satu Penilaian Semula' yang dikarang oleh Kassim Ahmad;\n(b) 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik' yang dikarang oleh Kassim Ahmad;\n(c) 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu: Hadis Di dalam Al-Quran' yang dikarang oleh Hj. Idris Abd. Rahman;\n(d) 'Bacaan' yang dikarang oleh Othman Ali;\n(e) 'The Computer Speaks; God's Message To the World' yang dikarang oleh Dr. Rashad Khalifa; dan\n(f) Risalah \"Iqra\" terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia;\n(selepas ini disebut secara kolektif sebagai 'buku-buku dan risalah tersebut') adalah murtad.\n2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -\n(1) untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut.\n(2) untuk mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan atau mengedarkan buku-buku dan risalah tersebut atau mana-mana bahagian buku-buku dan risalah tersebut dalam;\n(i) apa-apa bentuk versi atau variasinya;\n(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;\n(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah tersebut itu pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau\n(3) untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan 1 atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10725", "body": "1. Ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n2. Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"ala.\n3. Antara ciri-ciri ajaran itu -\n(a) mendakwa -\n(i) bertemu Allah;\n(ii) bertemu Nabi Muhammad dan pertemuan itu menghasilkan hadis Qudsi;\n(iii) boleh mentafsir mimpi;\n(iv) orang yang berdahi hitam tanda bela jin;\n(v) nampak imam seperti khinzir jika solat buka mata;\n(b) menolak adanya hari kiamat;\n(c) beliau ialah wakil guru seluruh dunia yang telah diijazahkan oleh Rasulullah S.A.W. dan datang dari Luh Mahfuz yang dilantik ke bumi iaitu Baladil Amin;\n(d) menyalah tafsir Al-Quran;\n(e) mandi wajib hanya dengan mencelup jari;\n(f) melarang berdoa untuk orang lain;\n(g) mencabar Pihak Berkuasa Agama;\n(h) mengarang buku yang mengandungi 19 bab seperti yang berikut:\n(i) Bab Hakikat\n(ii) Bab Fatehah\n(iii) Bab Alhamdu\n(iv) Bab Bismillah\n(v) Bab Al-Quran dan Kitab\n(vi) Bab Takbiratul Ehram\n(vii) Bab Sembahyang\n(viii) Bab Kaum Ibu\n(ix) Bab Roh/Nyawa\n(x) Bab Ma\"ni\n(xi) Bab Nabi 1\n(xii) Bab Nabi 2\n(xiii) Bab Tauhiduz Zat 1\n(xiv) Bab Tauhiduz Zat 2\n(xv) Bab Guru\n(xvi) Bab Sifat\n(xvii) Bab Ma\"rifat\n(xviii) Bab Hati\n(xix) Mukadimah Bagi Orang Baru\n4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku yang dinyatakan dalam perenggan 3(h)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10727", "body": "Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya adalah menyeleweng dari Akidah Islam yang sebenar amalan-amalannya bertentangan dengan Syariat Islam. Oleh itu mengamalkan ajaran Tarikat ini adalah sesat lagi menyesatkan, mengamalkannya hukumannya haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10728", "body": "1. Adalah ditetapkan bahawa ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Ayah Pin didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n2. Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Ayah Pin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta\"ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10731", "body": "Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Melaka hendaklah mengikut Undang-Undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak;\u00a0\nAdalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang;\n\u00a0Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya dalam dan dengan apa-apa-apa cara yang lain yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10732", "body": "1. Puak Qadianiah/Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam.\n2. Oleh yang demikian -\n(a) mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran dan fahaman Qadianiah/Ahmadiah ini adalah murtad; dan\n(b) orang Islam yang telah mengamalkan ajaran Qadianiah/Ahmadiah di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10737", "body": "(1) Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar;\n(2) Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10738", "body": "1. Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan buku-buku yang bertajuk -\n(a) \"Hakikat Insan\" yang ditulis oleh Haji Ahmad Laksamana;\n(b) \"Rahsia Mengenal Diri\" yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan; dan\n(c) \"Rahsia Hakikat Insan\" dan \"Ilmu Mengenal Allah\" yang ditulis oleh Imam Al-Souti,\ndidapati mengandungi ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian, orang Islam dilarang menyebar, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.\n2. Orang Islam, di mana-mana jua berada, yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan ajaran itu dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.\n3. Orang Islam tidak boleh menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki buku-buku yang tersebut dalam perenggan (1)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10745", "body": "A. Bahawa menurut Hukum Syarak tanah-tanah Wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh diberi kepada sesiapa dan tidak boleh pindah milik, demikianlah sebagaimana yang berlaku pada Wakaf Saidina Omar Ibnu Khattab R.A. tanahnya di Khaibar, yang mana menjadi Wakaf yang pertama dalam Islam.\nB. Bahawa menurut seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, tanah-tanah Wakaf Negeri Melaka ini terletak pada Majlis Agama Islam, sebagai pemegang Amanah yang tunggal.\nC. Oleh yang demikian jika tanah Wakaf diambil balik oleh Pihak Berkuasa Negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu hendaklah terletakhak dan dibayar kepada Majlis Agama Islam, supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan Wakaf dan menunaikan kehendak yang berwakaf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10748", "body": "1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.\n2. Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun Iman dan Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain menepati rukun Iman dan rukun Islam, seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.\n3. Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah Ta\"ala. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11387", "body": "FATWA yang berikut yang dibuat oleh Jawatankuasa Undang-Undang Majlis (Fatwa) di bawah seksyen 11 (2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 dan disahkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah adalah dengan ini disiarkan:\n'\nA.\n Bahawa:-\ni. Buku yang bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan ' yang ditulis oleh Ustaz HAJI ASHAARI MUHAMMAD dan isi kandungannya; dan\nii. 'Manaqib ( riwayat hidup ) Sheikh Muhammad bin Abdullah as Suhaimi\" yang ditulis oleh Mohamad Taha As-Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.\nB.\n Bahawa Kumpulan Darul Arqam @ al-Alqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan' dan 'Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi' adalah diharamkan.\nC.\n Bahawa pengharaman ini meliputi :\ni. apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di (A) di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi ke semua tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penuaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah;\nii. apa-apa jua bahan publisiti kumpulan Darul Arqam @ al -Arqam, termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar, gambarfoto, logo, poster, rajah, surat edaran, glansar filem,iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan pegangan di (A) di atas.\niii. apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas.\nOleh itu, orang Islam dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberikan ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini.\nOrang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya.'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11779", "body": "(1) Amalan seperti tiupan \"Last Post\", bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan \"Rouse\"\u00a0yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.\n\n\n(2) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang di larang oleh syara'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11781", "body": "(1) Diwajibkan zakat bahagian muslim sahaja bagi syarikat yang bercampur antara pemegang saham muslim dan non muslim.\n\n\n\u00a0\n\n\n2) Ini adalah berdasarkan hujjah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nPara ulama'\u00a0dari kalangan Sahabat, Tabiin dan Fuqaha'\u00a0telah bersepakat bahawa pemilik syarikat-syarikat perniagaan adalah wajib mengeluarkan zakat apabila mencukupi syarat-syaratnya. Pendapat tersebut berdasarkan ayat al-Quran surah Al-Baqarah ayat 267 iaitu ;\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Firman Allah S.W.T.:\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu membelanjakan harta kamu yang baik-baik iaitu hasil daripada apa yang kamu telah usahakan dan dari harta-harta yang kami keluarkan untuk kamu dari bumi........'\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Sabda Rasulullah S.A.W :\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Tidak dihimpun di antara yang berpisah dan tidak dipisahkan di antara yang berhimpun kerana takut mengeluarkan zakat'\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Sabda Rasulullah S.A.W. lagi,\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Daripada Samrah katanya : 'Adalah Rasulullah S.A.W. menyuruh kamu mengeluarkan zakat daripada barang-barang yang disediakan untuk jual beli.'\n\n\n\u00a0\n\n\n(Riwayat Abu Daud)\n\n\n\u00a0\n\n\n(d) Ijma\" sahabat iaitu yang diriwayatkan oleh Abu Ubai dengan sanad daripada Abd. Al-Qari katanya, ' ketika aku menjaga Baitulmal di zaman Umar Al-Khattab apabila beliau hendak harta-harta perniagaan tersebut kemudian diambil zakat daripada harta-harta tersebut'.\n\n\n\u00a0\n\n\n(e) Para ulama\" Islam bersepakat mengatakan bahawa zakat wajid ke atas individu Muslim yang baligh, berakal dan merdeka yang cukup haul dan nisab. Ini bererti zakat tidak wajib ke atas orang bukan Islam berdasarkan hadis riwayat Ibn Abbas, sabda Nabi S.A.W.:\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksud :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Bahawasanya Rasulullah S.A.W. ketika mengutuskan Muaz ke Yaman, Baginda bersabda kepadanya, sesungguhnya engkau akan pergi pada satu kaun daripada ahli kitab maka hendaklah perkara pertama yang engkau seru mereka ialah mengucap bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan jika mereka mentaatimu mengenai perkara tersebut maka beritahukah kepada mereka bahawa Allah memfardhukan k etas mereka sembahyang lima waktu sehari semalam, dan jika mereka mentaati mu mengenai perkara tersebut maka khabarkanlah mereka bahawa Allah telah memfardhukan ke atas mereka zakat yang diambil daripada orang-orang kaya kalangan mereka dan diberikan kepada golongan fakir di kalangan mereka.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11782", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor telah sebulat suara memutuskan bahawa menerima pakai keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Kebangsaan iaitu:-\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1 Dalam Islam pengkebumian mayat hendaklah disegerakan, sengaja melambat-lambatkan pengebumian adalah haram. Oleh itu mayat tidak boleh disimpan lama dan hendaklah segera dikebumikan, pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dalam kes kematian hendaklah menyegerakan siasatannya. Tindakan melambat-lambatkan siasatan hingga menyebabkan mayat lambat dikebumikan adalah juga haram.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.2 Manakala hukum mengorek semula mayat pada asalnya adalah tidak harus kerana menjaga kemuliaan dan kehormatan manusia. Sungguhpun begitu mayat boleh dikorek semula apabila terdapat sebab-sebab syara' yang memerlukan demikian, antaranya;\n\n\na) Kubur lama yang diketahui mayat-mayatnya telah reput dan menjadi tanah.\n\n\nb) Apabila kubur-kubur itu dicemari kotoran atau ditenggelami air yang menyebabkan mayat-mayat yang berada di dalamnya terseksa.\n\n\nc) Apabila kubur atau mayat itu masih terikat dengan hak manusia hidup, seperti terdapat harta orang yang masih hidup pada badan mayat atau di dalam kubur tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.3 Tidak dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran dan hadith nabi s.a.w mengenai hukum menyimpan lama atau mengorek semula mayat untuk dijadikan bahan kes dalam mahkamah.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.4 Mengikut pendapat Abu Muhammad Abdullah b. Ahmad b. Muhammad b. Qudamah, Pengarang Kitab al-Mughni, juzu\" 2, hlmn 391 menyatakan;\n\n\n\"harus mengorek semula kubur jika diyakini mayat tersebut telah hancur dan reput dan bolehlah ditanam mayat lain pula \"\n\n\n\u00a0\n\n\n2.5 Oleh yang demikian, hukum menyimpan lama mayat atau mengorek semula untuk tujuan sebagai bahan kes dalam mahkamah adalah diharuskan kerana di qiaskan kepada hukum harus mengorek semula kubur dengan tujuan untuk ditanam dengan mayat yang lain. Ini juga berdasarkan kepada perbuatan Muaz sendiri yang telah mengorek semula kubur isterinya.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.6 Kaedah Fiqh menyatakan bahawa; 'melaksanakan sesuatu urusan pemerintahan adalah berdasarkan maslahat kepada orang ramai supaya sesuatu perkara itu dapat diputuskan dengah adil di mahkamah'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11783", "body": "(1) Hukum zakat pendapatan adalah wajib ke atas umat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Selangor hendaklah membayar zakat pendapatan kepada Pusat Zakat Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11784", "body": "(1) Harus menggali semula tanah perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau darurat dengan sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syara'.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Harus menggali semula tanah perkuburan setelah dikenalpasti mayat itu telah reput oleh pihak berkuasa untuk digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Tanah perkuburan yang sudah penuh dan tiada kawasan lapang sebagai menambah keluasan tanah perkuburan, maka adalah disarankan bahawa menggunakan semula tanah perkuburan laman dengan cara/kaedah:\n\n\n\u00a0\n\n\nMenimbum tanah di atas kubur lama di kawasan tanah perkuburan setinggi 4 kaki. Kaedah ini amat sesuai di tanah perkuburan yang rendah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11785", "body": "Takrif Al-Gharimin:\n mengikut ulama Mazhab Syafi'i dan Hanbali ialah orang yang berhutang sama ada hutang untuk dirinya sendiri atau hutang untuk orang lain dan sama ada hutang ini bertujuan untuk melakukan sesuatu kebaikan (taat kepada Allah).\n\n\n\u00a0\n\n\nSyarat-syarat terhadap gharimin yang perlu mendapat bantuan adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Pemohon tidak mempunyai harta atau sumber kewangan yang melebihi keperluan asasinya.\n\n\n(2) Pinjaman yang dibuat di dalam perkara-perkara yang halal dan harus.\n\n\n(3) Wujud keperluan menyelesaikan hutang dengan segera.\n\n\n(4) Wujudnya kemudharatan terhadap diri dan keluarga jika hutang tidak dibayar.\n\n\n(5) Gharimin yang berhutang untuk menyelesaikan permasalahan asasi seperti kesihatan, pelajaran diperingkat rendah dan menengah, makanan, tempat perlindungan sementara dan segala hutang untuk meninggikan martabat agama dibantu terus dari peruntukan asnaf gharimin tanpa melihat kepada jumlah yang ditanggung.\n\n\n(6) Gharimin yang berhutang untuk menyelesaikan permasalahan selain dari syarat (5) yang disebutkan di atas dibantu dari peruntukan asnaf gharimin secara Qardhul Hasan dan wajib menjalani tempoh pemulihan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11786", "body": "Semua tingkat bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, iaitu Masjid Negeri bagi Negeri Selangor adalah dihukumkan sebagai masjid (tempat sembahyang) kecuali:\n\n\na) Pejabat Imam Besar dan beranda di hadapannya;\n\n\nb) Bilik Rehat Diraja dan beranda di hadapannya;\n\n\nc) Blik Khutubkhanah dan beranda di hadapannya;\n\n\nd) Pejabat am Masjid Negeri dan beranda di hadapannya;\n\n\ne) semua menara;\n\n\nf) semua tempat wuduk, tandas dan bilik mandi;\n\n\ng) bilik kawalan elektrik;\n\n\ndan oleh itu adalah sah untuk beriktikaf di dalamnya dan wajib dipelihara kesuciannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11787", "body": "(1) Peruntukan wang telah diberikan kepada anak yatim oleh MAIS.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Peruntukan wang tersebut diambil dari Baitulmal bukan zakat.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Sebagai sumbangan untuk menyambut Hari Raya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(4) Bantuan/sumbangan ini diberikan kepada anak-anak yatim di Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\n(5) Anak yatim lelaki dan perempuan yang berumur 15 tahun dan belum mencapai umur 16 tahun layak mendapat pemberian sumbangan Hari Raya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11788", "body": "Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11789", "body": "(1) Merokok adalah haram.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Bagi maksud fatwa ini, 'rokok' ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11791", "body": "(1) Ajaran Zamree bin Ab. Wahab adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Mendakwa boleh menunaikan Haji hanya dengan mengerjakannya di Sungai Congkak, Hulu Langat sahaja;\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Mendakwa dirinya sebagai Rasulullah;\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Menukar nama pengikutnya dengan nama sahabat-sahabat bagi lelaki dan dengan nama isteri-isteri Nabi bagi pengikut wanita; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(d) Mengamalkan nikah batin dengan 6 orang termasuk pelajar dan seorang pegawainya.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan ajaran Zamree bin Ab. Wahab hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11792", "body": "Kadar ;uruf emas perhiasan di Negeri Selangor adalah pada timbangan 800 gram. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar \"uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat perhiasan sepenuhnya, tanpa mengecualikan nilai yang dibawah 'adat atau 'uruf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11798", "body": "(1) Wanita yang sedang haid dan nifas adalah tidak dibenarkan duduk diam di dalam masjid walaupun dengan tujuan pembelajaran semata-mata.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Hukum wanita haid dan nifas yang masuk ke dalam masjid adalah dibenarkan untuk sekadar melintasi atau melalui sekali lalu tanpa berulang-alik untuk keluar melalui pintu yang dimasukinya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11800", "body": "1. Harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di Negeri Selangor boleh dibahagikan kepada suami atau isteri sebelum difaraidkan termasuk setelah dilepaskan tanggungan si mati.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Pembahagian harta sepencarian tersebut hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari kedua-dua belah pihak .\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Persetujuan pembahagian hendaklah dibuat melalui perintah mahkamah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11802", "body": "1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Negeri Selangor telah memutuskam bahawa menerima pakai keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Kebangsaan iaitu;\n\n\n\u00a0\n\n\ni) Harus sembahyang jamak kerana rawatan yang memakan masa yang lama.\n\n\n\u00a0\n\n\nii) Mesyuarat seterusnya bersetuju bahawa hukum ini juga terpakai untuk pekerja-pekerja yang tidak dapat meninggalkan tugasnya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti doktor yang bertugas di wad ICU, dan seumpamanya yang terpaksa bertugas tanpa had masa dan lain-lain 'dharurat'\n\n\n\u00a0\n\n\niii) Keharusan tersebut hanya dikhususkan pada masa berlaku dharurat tersebut sahaja, tidak terpakai pada masa sihat atau hari yang tiada rawatan atau ketika tidak bertugas.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Ini berdasarkan hujah iaitu; Mengikut pendapat Mazhab Syafie, harus jamak sembahyang kerana musafir yang lama perjalanannya dengan sebab hujan secara takdim sahaja, apabila dilakukan sembahyang itu secara berjemaah di masjid yang jauh daripada rumahnya, mengelakkan kesusahan untuk pergi kesana, maka ia harus menjamakkan sembahyang samaada takdim atau takhir bagi orang yang sakit.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mengikut Keputusan Jawatankuasa Fatwa kali ke 14 pada 22-23 Oktober 1985 menyatakan bahawa dalam Islam uzur syarie adalah diertikan seperti berikut;\n\n\n\u00a0\n\n\ni) Keuzuran yang diluar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut dan taufan.\n\n\n\u00a0\n\n\nii) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau sanak saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.\n\n\n\u00a0\n\n\niii) Keuzuran berkenaan dengan kemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Jumaat.\n\n\nDaripada kesimpulan diatas dapatlah dirumuskan bahawa menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah dikira uzur syarie yang luar kuasa seseorang mengatasinya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11803", "body": "(1) Kaedah Pembayaran Zakat KWSP adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) apabila menerima wang KWSP, seseorang hendaklah menunggu setahun bagi mencukupi haul barulah dikeluarkan zakat 2.5%; atau\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) apabila menerima wang KWSP, seseorang bolehlah terus mengeluarkan zakat 2.5% tanpa menunggu tempoh setahun kerana dikhuatiri wang tersebut akan berkurangan dari segi nisabnya yang tidak wajib dikenakan zakat lagi.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat KWSP kepada amil-amil atau penolong-penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11807", "body": "(1) Harga zakat padi ialah 5% daripada hasil pendapatan kasar tanpa menolak kos pengeluaran.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Ini kerana dalam penanaman padi para petani perlu mengeluarkan kos yang tinggi termasuk perkhidmatan air dan jentera untuk mendapatkan hasil yang baik dan lumayan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat padi kepada amil-amil atau penolong-penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11809", "body": "1. PERMASALAHAN NIAT QURBAN\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Niat qurban itu sebaliknya ditentukan sama ada qurban wajib (nazar) atau sunat bagi mengelakkan niat itu menjadi qurban wajib.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Haram memakan daging qurban bagi orang yang berniat qurban wajib (nazar) dan hendaklah disedekahkan kesemua daging tersebut kepada fakir miskin.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. WAKIL ATAS WAKIL\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum wakalah adalah harus dengan syarat-syarat seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Lafaz wakalah hendaklah secara soreh atau kinayah;\n\n\nii. Hendaklah mendapat izin dari muwakkil;\n\n\niii. Muwakkil wajib melafazkan tawkil sama ada secara soreh atau kinayah kepada wakil yang dilantik untuk menguruskan qurban tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. PENGAGIHAN DAGING QURBAN KE NEGARA LAIN\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Harus memindahkan daging qurban sama ada ia qurban wajib atau pun sunat ke tempat lain setelah diagihkan kepada orang-orang fakir dan miskin secara merata di kawasan tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. MENGAGIHAN DAGING QURBAN KEPADA ORANG KAFIR\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Tidak harus memberi makan daging qurban dan aqiqah kepada orang kafir sama ada daging qurban wajib dan aqiqah wajib ataupun sunat"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11810", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 1/2008 yang telah bersidang pada 5 Februari telah membincangkan mengenai Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Orang Bukan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah berbincang Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Apa jua amalan dan pelakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan aqidah atau iktiqad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Walau bagaimanapun sekiranya amalan atau pelakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti email atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Orang Islam terutamanya pemimpin, orang-orang yang mempunyai kedudukan, pengaruh dan contoh tauladan tidak boleh sama sekali menyertai atau melakukan apa-apa aktiviti perayaan agama orang bukan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(v) Amalan kongsi raya antara orang Islam dan bukan Islam hendaklah diberhentikan kerana boleh mengelirukan umat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(vi) Mengadakan jamuan atau acara keramaian sempena hari raya dan hari-hari kebesaran semua kaum diharuskan.\n\n\n\u00a0\n\n\nSumber : \u00a0\nhttp://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/775-hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-orang-bukan-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11812", "body": "1. Zakat padi wajib dikeluarkan mengikut kadar hasil yang diperolehi dengan kadar zakat sebanyak 5% tanpa menolak apa-apa kos yang ditanggung oleh pengusaha tanaman padi.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Wang kupon padi adalah di kira sebagai subsidi iaitu sebagai penggalak dari kerajaan dan wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% sekiranya mencukupi nisab."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11815", "body": "(1) Fahaman Wahdatul Wujud adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam adalah dilarang mengamalkan fahaman tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan Fahaman Wahdatul Wujud hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata\"alla."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11817", "body": "Pada 23 Mei 1991 Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan dalam mesyuaratnya kali ke 3/1991 telah membahaskan dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bahawa Khairil Albrecht bin Abdullah yang menukar agamanya kepada Kristian melalui surat sumpah pada 19-11-88 di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Kuala Lumpur dan pengisytiharan akhbar tidak boleh diterima kerana ia tidak ada yang khusus dan di dalam hukum syara'. Penyaksian sumpah disaksikan oleh orang bukan Islam adalah tidak sah, oleh itu Khairil Albrecht bin Abdullah semasa matinya masih lagi memegang kad Islam yang dikeluarkan oleh PERKIM No.D0012/86 sebagai orang Islam yang sah sepertimana yang didaftarkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Wasiat yang dibuat oleh si mati kira sah oleh hukum syara'. Nasnya seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Sah wasiat daripada orang Islam dan yang bukan Islam, kerana wasiat itu adalah satu jenis kebajikan dan ia perkara yang disukai (digalakkan) dalam sekelian agama dan harus hukumnya sebagaimana yang kami terangkan dahulu, wasiat orang Islam kepada orang Kafir dan wasiat orang Kafir kepada orang Islam'.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Wasiat dikira sah, tetapi yang harus (boleh) diberikan hartanya kepada orang yang diwasiatnya itu tidak boleh lebih daripada 1/3 (satu pertiga) dari harta yang ditinggalkan dan yang baki lagi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal, Nasnya seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Maka apabila tidak didapati seorang pun daripada waris pada darjat dan susunannya yang telah kami sebutkan, maka hendaklah diberikan harta peninggalannya itu kepada khazanah\"Ammah bagi orang Islam ertinya dalam Baitulmal orang Islam'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11823", "body": "(1) Orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitu juga sebaliknya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11825", "body": "(1) Wang KWSP yang disimpan oleh ahli adalah dianggap harta pusaka.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11826", "body": "(1) Mengikut Kamus Dewan edisi baru Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1991, hal. 651 Konsultan bermaksud pakar runding, iaitu khidmat pakar runding bagi sesuatu projek yang akan dilaksanakan oleh sesuatu pihak.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Wajib zakat bagi firman-firma dan syarikat konsultan yang memiliki syarat-syarat wajib zakat.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Ini adalah berdasarkan hujjah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n3.1 Para ulama\" dari kalangan Sahabat, Tabiin dan Fuqaha\" telah bersepakat mengatakan bahawa pemilik-pemilik syarikat perniagaan dan perkhidmatan adalah wajib mengeluarkan zakat apabila mencukupi syarat-syaratnya. Pendapat tersebut berdasarkan ayat al-Quran Al-Baqarah ayat 267 iaitu :\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Firman Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\n'Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu membelanjakan harta kamu yang baik-baik iaitu hasil daripada yang kamu usahakan dari harta-harta yang kami keluar untuk kamu dari bumi.\n\n\n\u00a0\n\n\n(Al-Baqarah : 267)\n\n\n\u00a0\n\n\nPara ulama\" mentafsirkan perkataan\n\n\n\u00a0\n\n\nDengan erti ' berbagai usaha halal yang dilakukan oleh manusia' sama ada usaha perniagaan, perindustrian, pertanian dan sebagainya. Tidak kira usaha itu dilakukan secara perseorangan atau syarikat.\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W. telah bersabda :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Tidak dihimpunkan antara yang berpisah dan tidak dipisahkan antara yang berhimpun kerana takut mengeluarkan zakat.'\n\n\n(Riwayat Ibnu Majah)\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Di dalam hadis lain dinyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :\n\n\n\u00a0\n\n\n3.2 Apabila sebuah syarikat atau firma ditubuhkan dengan akad dan niat untuk menjalankan perniagaan, maka syarikat tersebut dikenakan zakat syarikat. Ini tertakluk kepada syarat-syarat zakat perniagaan yang dikenakan kepada orang perseorangan iaitu dengan kadar 2.5%."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11827", "body": "Hukum pengklonan pembiakan manusia dan perubatan adalah \nharam.\n Ini adalah berdasarkan hujah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nSudut Aqidah\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Pengklonan akan menyebabkan wujudnya pertentangan terhadap tujuan Allah S.W.T menjadiakan manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya;\n\n\n\u00a0\n\n\n'Dan Dialah yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikanNya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikendaki-Nya).\"\"\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Perbuatan pengklonan lebih dilihat kepada usaha manusia untuk bertindak di luar daripada pertaturan yang telah ditentukan Allah S.W.T iaitu kelahiran manusia atau keturusannya melalui perkahwinan. Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk keluar daripada peraturan hidup yang dicipta oleh Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\nFirman Allah S.W.T:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.\"\"\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Perbuatan pengklonan akan menyebabkan manusia merasai dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya .Kepercayaan seperti ini bertentangan dengn akidah Islam yang menyakini bahawa hanya Allah S.W.T sahajalah yang mempunyai kekuasaan dan kehendak dalam menentukan apakah nasib yang akan mebnimpa diri seseorang dari alam rahim sehinggalah hari kematiannya.\n\n\n\u00a0\n\n\nSudut Syariat\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Manusia tidak harus dijadiakan bahan percubaan sepertimana yang dilakukan kepada tumbuhan-tumbuhan, binatang dan batu-batan. Ini kerana Allah S.W.T telah memuliakan serta mengangkat darjat manusia melebihi makhluknya yang lain. Kejadian manusia bermula daripada tanah kemudian ditiupkan roh sehinggalah sempurna kejadiannya. Mereka kemudian dipertanggujawabkan dengan tugas-tugas agama. Jesteru, pengklonan manusia sebagaimana yang dilakukan k eats binatang akan menjadikan manusia sama seperti binatang sedangkan Allah S.W.T menjadikan manusia dengan sempurna dan manusia diberi tangungjawab untuk mentadbir dunia ini dengan sebaik-baiknya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(v) Pengklonan manusia akan mengganggu system keturunan dan kecusian system kekeluargaan. Anak yang dilahirkan daripada kasih saying ibu dan bapa akan terjaga urusan hidup dan tempat pergantungannya, sebaiknya anak yang dilahirkan daripada pengklonan boleh meruntuhkan system kekeluargaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(vi) Pengklonan juga membuatkan seorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang isteri tidak memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan anak tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku keluarga yang kan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selama ini. Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrah manusia dan alam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(vii) Bagi wanita yang tidak berkahwin, kebenaran penggunaan kaedah ini untuk membolehkan mereka mendapatkan anak juga tidak boleh dibenarkan. Ia akan menambahkan masalah ibu tunggal dan menidakkan hak seseorang anak untuk memdapatkan kasih saying seorang ayah. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan kerana pembiakan tidak lagi kepada spema. Perhubungan seksual akan dijadikan bahan permainan hanya untuk memenuhi nafsu manusia.\n\n\n\u00a0\n\n\n(viii) Anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. Ia tidak mempunyai bapa yang sepatutnya bertanggujawab memberi nafkah kepada anak tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ix) Dari Segi perwalian nikah. Keadaan ini akan menjadi rumit ketika anak tersebut akan berkahwin. Siapakah yang sepatutnya menjadi wali nikahnya jika anak tersebut perempuan. Bagaimanapula hubungannya dengan kerabat yang lain seperti adik beradik, ipar dan sebagainya. Apakah batas pergaulan yang sepatutnya antara anak klon dengan bukan mahramnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(x) Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi masalah yang sama. Anak klon tidak dapat diangkat menjadikan anak sendiri.\n\n\n\u00a0\n\n\n(xi) Dari segi pusaka, kerana anak pengklonan tidak ada hubungan darah dan kerabata yang sebenarnya tidak berhak memdapat pusaka atau menjadi sebab untuk dia memperolehi warisan. Tidak ada ukuran syarak yang boleh dibuat kepada anak klon bagi membolehkannya memperolehi harta pusaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11829", "body": "Hukum menyertai peraduan SMS adalah haram berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan hadis serta ijma'\u00a0ulama kerana proses peraduan SMS ini dijalankan adalah tidak jelas (mengandungi gharar) dan mempunyai unsur-unsur perjudian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11830", "body": "(1) Setiap masjid baru yang hendak dibina untuk menggantikan masjid sedia ada atau lama yang uzur atau sempit hendaklah dibina di atas tapak masjid yang sedia ada atau lama bagi mengelakkan kerumitan dan kesulitan menjaga tapak masjid sedia ada atau lama sekiranya tapak itu ditinggalkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Sekiranya tapak masjid sedia ada atau lama sempit tanah-tanah yang bersebelah atau berdampingan hendaklah diperolehi atau ditebus guna untuk membolehkan masjid sedia ada atau lama."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11833", "body": "(1) Orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitu juga sebaliknya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11012", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 22 Muharram 1425 bersamaan 3 Mac 2005 buat kali ke 165 bersetuju bahawa tarian bubu menyerupai perbuatan kufur/syirik kerana memuja patung."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11780", "body": "Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar dari Agama Islam),akibatnya dari segi Hukum syara' dan Undang-Undang Sivil ialah :-\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat kerabat Muslimnya; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(d) Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembangaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan, mengikut ,mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11790", "body": "(1) Ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang-orang Islam, di mana-mana jua berada, yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin hendaklah meninggalkan ajaran itu dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11793", "body": "1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh Ulama\"-ulama\" Islam serata dunia.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Jabatan Agama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan D.Y.M.M. Sultan Selangor serta beberapa orang Alim Ulama\" di Negeri Selangor ini. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad (keluar dari Agama Islam). Maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat.\n\n\n\u00a0\n\n\nAntara ciri-ciri ajaran itu ialah:\n\n\n\u00a0\n\n\nA. Mirza Ghulam Ahmad mendakwa:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Sebagai Nabi yang menerima wahyu.\n\n\n(ii) Imam Mahdi.\n\n\n(iii) Isa al-Masih.\n\n\n(iv) Mempunyai mukjizat.\n\n\n(v) Para Nabi menyaksikan dirinya.\n\n\n(vi) Malaikat sebagai pancaindena Tuhan.\n\n\n(vii) Nabi Isa A.S. telah mati dan kuburnya di Srinagar.\n\n\n\u00a0\n\n\nB. Ibadah haji di Qadian, India.\n\n\n\u00a0\n\n\nC. Menafikan jihad.\n\n\n\u00a0\n\n\nD. Mengubah ayat-ayat al-Quran.\n\n\n\u00a0\n\n\nOrang-orang Islam adalah dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-buku berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) 'Invitation To Ahmadiyah' yang dikarang oleh Hazrat Hj. Mirza Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II)\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) 'Penawar Racun Fitnah terhadap Ahmadiyyah' yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema\"at Ahmadiah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) 'Alam Sebagai Saksi' yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hassan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(d) 'The Holy Quran With English Translation And Commentary' (Vol. II, Part I) yang dikarang oleh M. Mas\"ud Ahmad."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11794", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara\u00e2\u20ac\u2122 (FATWA) kali 1/1998 yang bersidang pada 7 Feb 1998 telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nAjaran dan amalan Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\nOrang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"alla.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nAntara ciri-ciri ajaran itu:\n\n\n\n\na.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sebelum seseorang murid diterima menjadi ahli, wajib mandi dengan air limau/bidara untuk membersihkan dosa.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nb.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bersedekah dan menghormati guru adalah menjadi satu kewajipan bagi murid-muridnya. Di samping itu murid-murid digalakkan membuat kebajikan dan memberi bantuan kepada guru.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kitab Thabitul Qulub yang dijadikan kitab asas kepada tarikat berkenaan, didapati banyak yang bertentangan dengan pegangan umat Islam. Setiap orang yang belajar tarikat berkenaan diberikan buku tersebut dengan bayaran RM25.OO.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0d.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Wirid-wirid dalam tarikat ini dikumpul di dalam buku Baitul lbadah yang mengandungi zikir-zikir yang disusun berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran, selawat, istighfar dan doa.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0e.\u00a0\u00a0\u00a0Terdapat 26 adat kesopanan murid kepada guru. Antaranya tidak boleh murid berkahwin dengan isteri guru yang diceraikan atau ditinggalkan mati.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0f.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Jika seseorang mati ketika berulang-alik ke tempat belajarnya untuk mempelajari tarikat berkenaan maka Tuhan sendiri yang akan mencabutkan nyawanya itu.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0g.\u00a0\u00a0\u00a0Sembahyang boleh dilakukan dengan niat sahaja (Sembahyang batin) atau boleh ditinggalkan semasa dalam kesibukan kemudian diqada\".\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0h.\u00a0\u00a0\u00a0Nikah boleh dilakukan tanpa wali dan saksi (Nikah batin).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sembahyang fardhu diabaikan atau ditinggalkan kerana cukup dengan niat di hati.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0j.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Orang-orang yang belum masuk tarikat ini dianggap belum sempurna Islam mereka. Mereka diajak untuk diIslamkan oleh guru atau wakil tarikat ini.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0k.\u00a0\u00a0\u00a0Jika sudah masuk tarikat ini tidak perlu lagi pengajian ilmu-ilmu syariat.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0l.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ajaran-ajaran dalam tarikat ini dirahsiakan daripada bukan pengikut. Tarikat ini juga disebut sebagai Ilmu Sirr (Rahsia).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nm.\u00a0\u00a0\u00a0Murid mesti patuh sepenuhnya kepada guru zahir dan batin, jika guru menyatakan jodoh seseorang pengikut itu dengan seorang yang lain maka ia perlu dipatuhi.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0n.\u00a0\u00a0\u00a0Syeikh Ibrahim Bonjol guru tarikat ini mendakwa mempunyai 'Mukjizat' iaitu dengan mengeluarkan air dari tangannya.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0o.\u00a0\u00a0\u00a0Pergaulan bebas antara bukan muhrim dibolehkan antara ahli jika dengan niat yang ikhlas.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0p.\u00a0\u00a0\u00a0Al-Quran dianggap sebagai sejarah sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11795", "body": "(1) Ajaran Haji Ghazali bin Othman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Haji Ghazali bin Othman di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"alla."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11796", "body": "1. Ajaran dan amalan Islam Jamaah didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Islam Jamaah di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"ala.\n\n\n\u00a0\n\n\nAntara ciri-ciri ajaran itu:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Kesalahan dari sudut akidah\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Murid-murid beliau dikehendaki berbai\"ah dengan mengakui Haji Nur Hassan al-Ubaidah Lubis sebagai Amirul Mukminin.\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Mendakwa Amir sebagai sumber hukum. Maka segala tindakan seperti perkahwinan, harta benda ditentukan oleh beliau.\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Mendakwa kumpulan mereka sahaja yang mengamalkan cara Islam yang sebenar. Manakala bukan ahli dianggap kafir.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Kesalahan dari sudut syariah\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Menolak sumber hukum Ijma\" dan Qias.\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Menganggap najis Mughallazah tidak perlu disamak.\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Mendakwa hanya najis manusia yang dianggap najis.\n\n\n\u00a0\n\n\n(d) Tafsiran air dua kolah yang mengelirukan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(e) Melakukan solat Jumaat di rumah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(f) Mengeluarkan hukum bahawa mana-mana binatang yang mati di kawasan/perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(g) Lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(h) Tidak menghormati al-Quran dengan meletakkan di tempat yang tidak sewajarnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11801", "body": "A. Bahawa:\n\n\n(a) Buku yang bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan ' yang ditulis oleh ustaz Ashaari Muhammad; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) 'Manaqib ( Riwayat hidup ) Sheikh Muhammad bin Abdullah as Suhaimi' yang ditulis oleh Mohamad Taha as-Suhaimi.\n\n\n\u00a0\n\n\nDidapati kedua-dua buku dan manaqib tersebut di atas mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Oleh yang demikian kedua-dua buku dan manaqib tersebut adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nB. Bahawa kumpulan Darul Arqam atau al-Alqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan dan Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nC. Bahawa pengharaman ini meliputi :\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran yang tersbut dalam butiran (A) dan termasuklah apa-apa pegangan ideology atau falsafah atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penuaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah;\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) apa-apa jua bahan publisiti kumpulan Darul Arqam atau Al Arqam, termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan termasuklah suatu gambar, gambarfoto, poster, rajah, surat edaran,glansar filem,iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk memberikan publisiti kepada terbitan tersebut, yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan pegangan di butiran (A);\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) apa-apa terbitan ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain, dan apa apa bentuk keluaran ulangannya; dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, pita rakaman atau rekod, walau bagaimanapun jua dibuat, daripada suatu imej berdasarkan penglihatan yang mana adaah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat untuk menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat yang mana dirakamkan rakaman suara manusia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di butiran (A).\n\n\n\u00a0\n\n\nD. Oleh itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran pegangan dan fahaman kumpulan Darul Arqam atau Al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberikan ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nOrang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda tanda yang boleh dikaitkan dengan Kumpulan Darul Arqam atau Al Arqam pada mana-mana harta alih atau tak alih.\n\n\n\u00a0\n\n\nE. Dan semua pihak dilarang memberikan kemudahan dan membantunya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11804", "body": "(1) Tarikat Mufarridiah yang diajar oleh Syeikh Makmun bin Yahya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Tarikat Mufarridiah yang diajar oleh Syeikh Makmun bin Yahya di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkannya dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata\"alla."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11805", "body": "(1) Amalan Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya mempunyai unsur-unsur amalan yang membawa syirik dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"alla."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11038", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 22 Muharram 1425 bersamaan 3 Mac 2005 buat kali ke 165 bersetuju bahawa tidak sah iktikaf dan tidak boleh solat tahiyyatul masjid didalam surau diri jumaat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11808", "body": "Di antara Kekeliruan dan Penyelewengan Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam.\n\n\n\u00a0\n\n\ni) Mendakwa bahawa \"As-Sheikh Muhammad As-Suhaimi\" iaitu Guru Tarikat Muhammadiah ada memasuki Kaabah dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Rasulullah S.A.W. di dalam keadaan sedar dan jaga iaitu setelah ia bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. dan Baginda memerintahnya supaya berbuat demikian.\n\n\n\u00a0\n\n\n(ii) Menokok tambah ungkapan Syahadah yang memang jelas bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh mengelirukan akidah Islamiah bagi orang awam seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(iii) Dikatakan Bahawa kepercayaan dengan kelahiran Al-Mahadi itu bukan dari akidah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(iv) Disebutkan kepercayaan Al-Arqam tentang kematian As-SyeikhMuhammad As Suhaimi yang kononnya matinya itu pada zahir sahaja. Jasadnya yang dikebumikan di perkuburan Klang pada 21 Rejab, 1343 (1925 Masehi) ialah pada pandangan orang awam sahaja bukan jasadnya yang sebenar sebaliknya ia telah ghaib pada ketika itu dan akan lahir pada suatu masa nanti sebagai Imam Mahadi.\n\n\n\u00a0\n\n\n(v) Kepercayaan bahawa apabila diseru nama tertentu seperti yang tersebut di dalam buku 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan' akan mendapat pertolongan.\n\n\n\u00a0\n\n\nFakta-fakta yang telah disebut dan lain-lain lagi fakta yang terdapat dalam buku 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam' yang tidak disebut di sini adalah berlawanan dengan Al-Quran dan hadis dan mengelirukan akidah Islam yang sebenar, maka Jawatankuasa Undang-undang Agama mengambil keputusan mengharamkan buku 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam' oleh Ustaz Hj. Ashaari Muhammad dari dibaca, dipelajari, disimpan, dijual dan disebarkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11811", "body": "(1) Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"alla."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11813", "body": "(1) BAHAWA-\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Buku:\n\n\n(i) 'Hadis Satu Penilaian Semula '; dan\n\n\n(ii)'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik',yang ditulis oleh Kassim Ahmad;\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Buku:\n\n\n(i) 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu' dan\n\n\n(ii)'Hadith di dalam al-Quran', yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Buku 'Bacaan' yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman\n\n\n\u00a0\n\n\n(d) Buku'The Computer Speaks-God\"s Message to The World' yang ditulis oleh Dr.Rashad Khalifa; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(e) risalah 'Iqra' terbitan Jemaah al-Quran Malaysia.\n\n\n\u00a0\n\n\nAdalah mengandungi antara lain, ajaran dan fahaman yang menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah s.a.w.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran. Oleh yang demikian, buku-buku dan risalah itu adalah mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan 'aqidah, Syariah dan akhlak Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) OLEH YANG DEMIKIAN;\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang dinyatakan dalam perengan (1) adalah murtad ;\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) termasuk-\n\n\n(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n\n\n(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;\n\n\n(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku atau risalah itu, pada atau atas apa-apa bahan,\n\n\n(iv) sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya, atau melalui apa-apa media, adalah haram;\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) pengajaran, pembelajaran, pengamalan dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) adalah haram;\n\n\n\u00a0\n\n\n(d) adalah haram bagi orang Islam menjadi anggota atau memimpin atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan mana-mana kumpulan yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11816", "body": "(1) Ajaran Jahar bin Dumin (Ilmu Hakikat) didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang-orang Islam yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Jahar bin Dumin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata'alla."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11818", "body": "(1) Ajaran Mohd Nordin bin Putih didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Mohd Nordin bin Putih di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"alla."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11819", "body": "Pusat Pengajaran\n\n\n\u00a0\n\n\nPusat pengembaraan ajaran ilmu salah ini adalah di rumah Hj Khahar iaitu di No.44 Kg Kemensah Hulu Klang. Masa yang tetap bagi pengajian ialah tiap-tiap hari Jumaat.Pada hari itu pengikut pengikutnya berkumpul dan mengadakan pengajaran agama seperti membaca buku-buku tafsir atau mendengar ceramah -ceramah dari ketua-ketua kumpulan dan mengadakan perbincangan antara mereka.Aktiviti ini adalah sebagai ganti bagi mereka menunaikan kewajipan sembahyang Jumaat.\n\n\n\u00a0\n\n\nPenyebaran pengajaran yang dibawanya terbuka luas kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan di peringkat ini dia mengajar dengan menggunakan sebuah buku yang dikarang oleh beliau sendiri yang bertajuk 'AL-FURQAN PEMBEDA'\n\n\n\u00a0\n\n\nKarangan ini tiada mempunyai rujukan kepada mana-mana kitab yang muktabar dan adalah didapati isi-isi kandungan buku tersebut adalah bertentangan dengan kehendak Islam yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\nPengakuan beliau sendiri dalam menyebarkan ilmu salah\n\n\n\u00a0\n\n\nAntara perkara-perkara yang disebarkan mengenai ilmu salah ini ialah :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Dia mengaku dirinya sebagai Rasul atau ' Utusan Allah '. Dia mendakwa Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Dia mengaku menerima wahyu daripada Allah yang diturunkan di Bukit Kemensah dan diturunkan dalam keadaan sepertimana dialami oleh Rasulullah S.A.W.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada dia 'sembahyang' itu memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhkan dari perkara mungkar.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Dia tidak percayakan Al-Quran yang ada sekarang ini sebagai Al-Quran yang sebenarnya. Pada dia, Al-Quran yang ada sekarang adalah sebagai catatan sahaja.Al-Quran yang sebenarnya berada di langit iaitu di Luh Mahfuz.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Dia tidak percayakan Hadith. Pada dia, Hadith yang ada sekarang ini hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasulullah S.A.W.\n\n\n\u00a0\n\n\n6. Orang Islam tidak perlu mengerjakan ibadah haji ke Mekah. Ibadah haji boleh dibuat di mana-mana sahaja di bumi Allah. Pada dia pergi ke Mekah dank e Arab Saudi hanya untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\n7. Dia mendakwa ada mempunyai mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa beliau berada di Bukit Kemensah. Di peristiwa yang pertama hari itu hari hujan, tetapi dia tidak kena hujan. Di peristiwa yang kedua, paa hari panas tetapi tidak merasai panas.\n\n\n\u00a0\n\n\nAjaran salah yang didapati dalam buku 'AL-FURQAAN PEMBEDA\" yang dikarang oleh Tuan Hj.Khahar b Hj Ahmad Jalal.\n\n\n\u00a0\n\n\nAntaranya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Muka surat 12\n\n\n\u00a0\n\n\n' Apakah itu Al-Quran?\n\n\n\u00a0\n\n\nAl-Quran adalah pengetahuan Allah yang diturunkan melalui Malaikat Jibrail kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki di antara hamba-hambanya'.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Muka surat 24\n\n\n\u00a0\n\n\n' Apakah itu Rasul?\n\n\n\u00a0\n\n\nRASUL adalah penyampai ayat-ayatnya yang diturunkan kepada Nabi-nabi seperti menjelaskan ayat-ayatNya dengan terang.\n\n\n\u00a0\n\n\nRasul adalah seorang lelaki di antara manusia dan jin. Rasul-rasul menjelaskan ayat-ayatNya serta Hikmah dan Kitab, 'Rasul memimpin kaumnya daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan. Rasul tidak mengikuti yang lain kecuali wahyu daripada Allah. Rasul-rasul tidak membezakan di antara Rasul-rasul dan Nabi-nabi. Rasul menyuruh dengan menyembah Allah semata-mata. Dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa jua pun.\n\n\n\u00a0\n\n\nRasul diutus oleh Allah ke setiap Negeri, setiap bangsa, setiap kaum, setiap golongan , setiap zaman.\n\n\n\u00a0\n\n\nRasul diutus oleh Tuhan menyampaikan ayat-ayatNya di dalam bahasa kaumnya sendiri.'\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Muka surat 27-28\n\n\n\u00a0\n\n\n'Hukum-Hukum Terhadap Rasul.'\n\n\n\u00a0\n\n\n5.2.(i) Perintah Surah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11821", "body": "1. Ajaran dan amalan Syed Muhamad al-Masyhor (Tarikatul Islam Muhamad S.A.W. Habibullah al-Hashimi) didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Syed Muhamad al-Masyhor (Tarikatul Islam Muhamad S.A.W. Habibullah al-Hashimi) di mana-mana berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'ala.\n\n\n\u00a0\n\n\nAntara ciri-ciri ajaran itu:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Mengaku diri sebagai Rasul.\n\n\n(b) Mendakwa boleh memberi syafaat kepada pengikut yang melakukan kesalahan.\n\n\n(c) Pada hakikatnya Rasul (Syed Muhamad al-Masyhor) pengganti Rasulullah itu telah bercantum dengan Allah. Kata-kata dan gerak-gerinya adalah Allah sendiri.\n\n\n(d) Mendakwa al-Quran yang sebenar ialah Nur Hakim.\n\n\n(e) Mengamal nikah batin.\n\n\n(f) Pengikut ditegah bernikah dengan orang luar.\n\n\n(g) Menegah berkahwin dengan bukan ahli.\n\n\n(h) Pengikut ajaran ini dijamin masuk syurga.\n\n\n(i) Menyalah tafsirkan ayat al-Quran.\n\n\n(j) Menerbitkan buku bertajuk 'Mengikut Jejak Rasulullah S.A.W.'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11822", "body": "1. Ajaran dan amalan Tijah @ Khatijah bt. Ali didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Tijah @ Khatijah bt. Ali di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"alla.\n\n\n\u00a0\n\n\nAntara ciri-ciri ajaran itu:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Membawa ajaran Wahdatul Wujuh dan Martabat Tujuh.\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Menganggap ungkapan tokoh tasawuf sebagai hadis.\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Membawa konsep Nur Muhammad.\n\n\n\u00a0\n\n\n(d) Berzikir tidak sedarkan diri.\n\n\n\u00a0\n\n\n(e) Sesiapa yang menangis dalam solat dianggap syirik kerana yang wujud ialah Ahmad.\n\n\n\u00a0\n\n\n(f) Mendakwa roh serupa dengan manusia, berwarna putih tetapi tidak mempunyai rongga yang bernama Ahmad.\n\n\n\u00a0\n\n\n(g) Mengunakan kitab yang mengelirukan untuk pengajian.\n\n\n\u00a0\n\n\n(h) Menambah Saidatina Fatimah bt. Rasulullah dalam Dua Kalimah Syahadah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Mendakwa rahsia manusia di antara huruf Alif dan Ya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(j) Menghuraikan pecahan kalimah Lailahaillallah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(k) Memberi tafsiran mengelirukan mengenal Israk dan Mikraj.\n\n\n\u00a0\n\n\n(l) Menyatukan watak Allah, Malaikat, Adam dan Iblis sebagai Allah mengikut keadaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11824", "body": "(1) Ajaran Martabat Tujuh yang diajar oleh Hamzah Bin Embi didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Martabat Tujuh yang diajar oleh Hamzah Bin Embi di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"alla."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11832", "body": "(1) Ilmu Tajali atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan-\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) buku 'Hakikat Insan' yang di tulis oleh Haji Ahmad Laksamana;\n\n\n(b) buku 'Rahsia Mengenal Diri' yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan;\n\n\n(c) buku-\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) ' Rahsia Hakikat Insan'; dan\n\n\n(ii) ' Cara Mengenal Diri'\" yang ditulis oleh Imam Al-Soouti didapati mengandungi ajaran-ajaran yang meragukan dan bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian, orang-orang Islam dilarang menyebarkan, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang-orang Islam, di mana-mana jua berada,yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajali atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan ajaran itu dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"alla.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Orang-orang Islam tidak boleh menjual, mengedar, membeli atau memiliki buku-buku yang tersebut dalam perenggan (1)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10854", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju hukum penggunaan berus bulu binatang dari Cina dan Taiwan adalah haram kerana tidak disembelih mengikut hukum syara' dan tidak diketahui bulu binatang jenis apa dan hanya di benarkan dari plastic dan fiber ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10927", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 22 Muharram 1425 bersamaan 3 Mac 2005 buat kali ke 165 berpandangan bahawa makmum yang bersolat di tingkat bawah surau perlu di hubung dengan tingkat atas dengan tangga yang sekira-kira makmum boleh mendapatkan imam tanpa membelakangi qiblat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10941", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus.Mesyuarat juga mengambil maklum:\n1.Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).\n2.Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat,bukan untuk mencari keuntungan semata.\n3.Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara.Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.\n4.Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10984", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa wakaf emas pada umumnya adalah sah, bagaimanapun jika manfaatnya adalah sukar maka dinasihatkan emas itu hendaklah di jual dahulu barulah wang itu diwakafkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11797", "body": "(1) Ajaran Haji Banuar bin Roslan didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati:\n\n\n\u00a0\n\n\n(a) Mencampuradukkan antara amalan kebatinan dengan agama untuk menarik perhatian seperti ilmu sihir;\n\n\n\u00a0\n\n\n(b) Haji Banuar bin Roslan mendakwa tidak perlu sembahyang Jumaat jika ada urusan yang lebih penting dan semua sembahyang fardhu boleh dijamakkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(c) Haji Banuar bin Roslan mengaku telah menerima Ilmu Laduni terus dari Allah di Kaabah semasa mengerjakan haji; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(d) Mengeksploitasikan agama untuk kepentingan peribadi seperti menggunakan kuasa sihir-seluruh pengikut diminta patuh dan mengeluarkan harta benda seperti wang ringgit kepada guru sebagai satu pengorbanan.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan ajaran Haji Banuar bin Roslan hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata\"ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11806", "body": "(1) Tarikat Al-Hasaniah adalah diharamkan kerana menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati mempunyai sifat-sifat seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Guru mempunyai cahaya yang kuat dari Rasulullah. Cahaya itu akan diberikan kepada murid-murid kanan. Dengan cahaya itu segala hijab akan terbuka dan boleh menembusi alam ghaib seperti Alam Barzakh,Alam Roh dan Alam Jin. (Di dalam tape rakaman yang bertajuk 'Pengembaraan ke Sabah', Bahagian 1 ada dipaparkan perbualan di antara Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul dengan allahyarham abang kepada Abdul Halim).\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Ahli-ahli kanan terikat ini telah mendakwa bahawa mereka pernah dibawa oleh guru mereka untuk melawat Syurga, Neraka dan Alam Mahsyar.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mereka juga mendakwa boleh membuat tempahan untuk memasuki Syurga yang teratas dan mampu menempah istana di dalam syurga dan akan dijodohkan semula bersama isteri masing-masing ketika di syurga oleh guru mereka.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati juga telah mendakwa beliau dan gurunya boleh menyelamatkan mana-mana keluarga dari kalangan ahli tarikatnya agar tidak akan diseksa dengan seksaan kubur jika dimaklumkan kepada guru.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati juga pernah mengumumkan bahawa tarikat yang dibawa olehnya merupakan tarikat yang menegakkan kebenaran sepertimana yang berlaku pada kurun ke-15.\n\n\n\u00a0\n\n\n6. Dalam tape rakaman yang bertajuk 'Pengembaraan ke Sabah', Bahagian 1 ada memaparkan kisah di mana ketika Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati sedang mengambik wuduk, beberapa orang pengikutnya sanggup membasuh muka dan meminum sisa air wuduk gurunya ketika merekaberada di dalam Gua Masai, Sabah.\n\n\n\u00a0\n\n\n7. Guru telah mensyaratkan agar murid-muridnya menyebut nama guru berulang-ulang dan hendaklah membayangkan wajah guru ketika berdoa.\n\n\n\u00a0\n\n\n8. Barangsiapa mengasingkan diri (bersuluk) dan tidak berkata-kata selama 40 hari melainkan hanya mengingati Allah S.W.T. akan dianugerahkan Nur Cahaya dalam hatinya.\n\n\n\u00a0\n\n\n9. Ajaran tarikat ini juga memerintahkan agar pengikutnya melakukan iktikaf di masjid selama 40 hari dengan syarat tidak boleh berkata-kata dan hendaklah memalingkan muka apabila melihat orang lain dan ketika iktikaf maka tidak boleh lagi keluar dari kawasan iktikaf walau apa pun terjadi seperti keluarga sakit mahupun mati.\n\n\n\u00a0\n\n\n10. Dalam tape rakaman yang bertajuk 'Mengenal Diri' Oleh Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati, pernah menyebutkan kepada pengikutnya dengan mengatakan bahawa ' Kalau tak kenal guru, tak masuk syurga semasa di Padang Mahsyar kelak. Oleh itu, semua orang seharusnya mengamali dan mengikut ajaran ini sekiranya seseorang itu inginkan keselamatan dunia dan akhirat termasuk para alim Ulama\" yang ada pada hari ini.'\n\n\n\u00a0\n\n\n11. Guru menegaskan bahawa asal kejadian manusia adalah daripada Nur Muhammad.\n\n\n\u00a0\n\n\n12. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati dan pengikutnya percaya bahawa pengasas tarikat mereka yang bernama Ghulam Hasan Al-Bikangi telah diberikan sebuah kitab Al-Quran oleh Rasulullah sendiri pada tahun 1960 dalam keadaan sedar. Ia berlaku ketika Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi pergi menunaikan haji ke Mekah dan peristiwa ini berlaku ketika pengasas tarikat ini dijemput oleh Rasulullah masuk ke makam Baginda di Madinah. Lalu Baginda memberikan seutas tasbih, sebuah kitab Al-Quran dan wirid amalan sahaja yang dapat diwariskan kepada Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati sedangkan tasbih tersebut telah hilang kerana dilarikan oleh seekor kucing hitam semasa kematian pengasas Tarikat Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi meninggal dunia.\n\n\n\u00a0\n\n\n13. Dalam tape rakaman yang bertajuk 'Pengembaraan ke Sabah', Bahagian 1 ada memaparkan kisah Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati diminta oleh salah seorang pengikutnya yang bernama Abdul Halim yang ingin berdialog dengan abangnya yang telah meninggal dunia. Ketika itu, Abdul Halim dilihat telah memberikan nama abangnya dan lokasi pengkebumiannya kepada gurunya sambil dibantu oleh Haji Ibnu. Lalu Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati berkata bahawa keadaan roh abang kepada Abdul Halim dalam keadaan hitam dan tidak bercahaya kerana tidak ada Nur Cahaya kepada roh tersebut. Setelah itu, kelihatan Abdul Halim sedang berdialog dengan abangnya melalui perantaraan yang dipikul oleh Haji Ibnu dan Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati.\n\n\n\u00a0\n\n\n14. Mereka juga memiliki sebuah potret yang menggambarkan wajah Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa Allah memerintahkan Baginda menyembelih Nabi Ismail A.S. dalam pada itu didapati wajah malaikat Jibrail sedang menurunkan wahyu kepada Baginda.\n\n\n\u00a0\n\n\n15. Mereka juga mempunyai sebuah gambar yang dilukis dengan water calour yang menunjukkan lambang rasmi ajarannya yang didakwa oleh gurunya diwariskan oleh pengasas ajaran tarikat. Lukisan tersebut memaparkan sebuah kitab Al-Quran, seutas tasbih, tulisan tarikat, bunga ros merah, putih dan sebuah Gua Madai sebagai Gua Hira\" Di Malaysia.\n\n\n\u00a0\n\n\n16. Mereka juga melakukan perbuatan Bida\"ah Dhalalah, di mana ajaran mereka mensyariatkan boleh melakukan laungan azan seramai 4 orang di atas kubur.\n\n\n\u00a0\n\n\n17. Mereka juga mempercayai kubur-kubur yang mempunyai keramat, contohnya sebuah kubur yang dikatakan kubur Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi yang mempunyai keramat yang bertaraf wali.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan tarikat ini.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan Tarikat Al-Hasaniah hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH Subhanalu Wata\"ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11814", "body": "(1) Buku 'HADIS SATU PENILAIAN SEMULA' yang ditulis oleh Kassim Ahmad didapati mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam dan oleh itu adalah diharamkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Orang Islam dilarang mengamalkan apa-apa ajaran, pandangan atau fahaman yang terkandung dalam buku itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Orang Islam dilarang menyimpan, menyalin atau memberikan ceramah tentang isi kandungan buku itu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11468", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Jawatankuasa Fatwa kali 1/8 memutuskan bahawa \nAjaran Syed al-Masyo\nr adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah Islam. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11386", "body": "Adalah diberitahu untuk pengetahuan umum iaitu di bawah Undang-Undang Kecil (2)(3) seksyen II enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 15/77. Majlis telah mengesahkan satu keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Undang-Undang ( Fatwa ) ke atas ajaran sesat yang telah disampaikan oleh TUAN HAJI UYUT BIN UTUN adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar dan mengamalkannya sesat dan diharam ke atas kaum muslimin dan muslimat belajar, dan mengajar serta mengamalkan ajaran yang tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11388", "body": "Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut :-\n\"Kadar Zakat Fitrah tahun 1424H bersamaan 2003M adalah berdasarkan timbangan satu Gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti rakyat tempatan\".\nTarikh Warta : 11 Disember 2003"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10688", "body": "Boleh, tidak ada tegahan disisi agama menggosok gigi didalam bulan puasa, hanya makruh menggosok gigi selepas waktu zohor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10704", "body": "Tidak wajib membayar fidyah setelah menqada'kan puasa bagi tahun yang sama tetapi wajib ia qada' puasanya sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10687", "body": "Prospek Sistem Perbankan Islam di masa hadapan sangat bergantung kepada :-\na) Sikap masyarakat dan pandangan mereka terhadap muamalat secara Islam.\nb) Pihak bertanggungjawab yang membuat dasar, kalau mereka benar- benar serius, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja, sistem ini akan dapat mempertingkatkan daya saing.\nc) Pihak pengurusan yang menjalankan operasi dengan lebih efisien,dan perkhidmatan yang lebih cemerlang, maka tidak ada sebab institusi kewangan Islam tidak boleh maju."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10696", "body": "Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bahawa sistem perbankan secara Islam ini, boleh disifatkan sebagai masih baru. sistem ini perlu diberi masa untuk membuktikan keupayaannya dan mendapat keyakinan dari masyarakat. Selagi sistem ini belum dapat memasuki arus perdana, selama itulah sistem ini akan menghadapi halangan dan rintangan untuk menyaingi sistem kewangan dan ekonomi yang sudah bertapak begitu lama dan berakar umbi dalam pemikiran masyarakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12042", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) dalam persidangannya bertarikh 22/9/1990 telah membincangkan perkara di atas dengan panjang lebar dan membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Bahawa Masjid lama pekan Banting itu \nharuslah dirobohkan\n dan barang-barang perkakasnya yang boleh digunakan lagi seperti kayu dan sebagainya bolehlah disedekahkan kepada Masjid & Surau atau Sekolah Agama yang memerlukannya dan barang-barang yang tidak boleh dipakai bolehlah dibakar dan kawasan Masjid tersebut hendaklah dipagar untuk menjaga kebersihan dan kehormatannya\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12043", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan panjang lebar dan membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nA. Jawapan bagi soalan dalam kes pertama\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Beliau tidak boleh menuntut kembali bayaran sewa yang telah dijelaskan, kerana tapak yang disewa telah disediakan mulai November 1986 hingga 1996 dan begitu juga bayaran projek dan bayaran tiang lampu.\n\n\n\u00a0\n\n\nAlasan beliau belum membena rumah itu adalah kecuaian si penyewa dan boleh mendatangkan kerugian pada orang yang menyewakan. Oleh itu tidak sewajarnyalah wang tersebut dituntut oleh si penyewa.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Bayaran sewa bulanan yang tertangguh adalah dianggap sebagai hutang yang wajib dibayar dan pihak Masjid selaku pentadbir tanah wakaf boleh menuntut hutang tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nB. Jawapan bagi soalan kes kedua\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Si waris tidak berhak menuntut kembali bayaran sewa yang telah dijelaskan kerana ia adalah sebagai sewa tapak yang telah dijanjikan tapak telah diberi untuk digunakan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Bayaran sewa bulanan yang tertangguh adalah dianggap sebagai tanggungan hutang Allahyarham yang wajib dijelaskan oleh warisnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12049", "body": "AhIi Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dari segala aspek khususnya dari segi agama dan kesimpulannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Bahawa ucapan dalam ayat Duli Yang Maha Mulia adalah tidak sesuai diucapkan oleh seseorang, kerana ia menyamai dengan sifat Allah.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh kerana perkara ini melibatkan negeri-negeri lain yang mempunyai raja. Maka Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' berpendapat adalah lebih baik dibincangkan di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan supaya tindakan yang sama dapat diselaraskan kepada sernua Negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11932", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti berpandukan laporan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dalam mengambil keputusan. Keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Bahawa Mayat si mati Siti Khadijah bte Abdullah yang beragama Islam telah meninggal dunia pada 24/12/1992 dan dikuburkan di tanah perkuburan orang bukan Islam mengikut adat istiadat Orang Asli, adalah tidak perlu lagi dipindahkan ke tanah perkuburan orang Islam, disembahyangkan dan dikafankan kerana mayat tersebut telah hancur dan perbuatan mereka yang menguburkan tidak disengajakan dan tidak tahu hukum Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11933", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Ikrar seorang lelaki yang akan murtad jika tidak jadi bernikah dengan seorang perempuan yang diminatinya, hukumnya murtad pada ketika dia melafazkan ikrar tersebut. Oleh itu hendaklah dia bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadat bagi memperbaharui Islamnya \""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11934", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor\u00a0telah membincangkan mengenai Adat Istiadat Negeri Selangor dan membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Paluan kompang.\n\n\n\u00a0\n\n\nDibolehkan dalam Islam dengan syarat tidak bercampur lelaki dan perempuan\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Pertunjukan silat\n\n\n\u00a0\n\n\nDibolehkan dalam Islam dengan syarat tidak bercampur lelaki dan perempuan, tetapi jika pesilat itu wanita, maka tidak harus bagi lelaki menuntunnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Menaikkan bendera peribadi sultan\n\n\n\u00a0\n\n\nDiharuskan dalam Islam\n\n\n\u00a0\n\n\n1.4. Perarakan bunga manggar - Tidak Diharuskan\n\n\n1.5. Taburan bungan rampai -\u00a0Dalam Islam\n\n\n1.6. pertunjukan Kebudayaan\n\n\n1. Nyanyian berkumpulan -\u00a0Hukumnya haram\n\n\n2. Tarian-tarian Melayu -\u00a0dengan hukum Syarak\n\n\nCina, India dan orang Asli\n\n\n\u00a0\n\n\n1.7. Mengangkat Sembah\n\n\n\u00a0\n\n\nMajlis Fatwa Selangor mengambil keputusan bersetuju dengan Fatwa Kebangsaan iaitu memadai dengan tunduk hormat (badan tengkuk dan kepala sahaja yang ditundukkan)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11935", "body": "Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Sekiranya\u00a0pemberian itu dibuat semasa hidup maka pemberian itu dinamakan Hibah maka ianya hendaklah dilakukan mengikut syarat rukun 'Hibah'.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Sekiranya pemberian itu berkuatkuasa selepas si pemberi mati maka pemberian itu dinamakan wasiat, oleh itu pemberian itu hendaklah dibuat mengikut syarat rukun wasiat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11937", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) dalam persidangannya bertarikh 6 Mac 1989 bersamaan 28 Rejab 1409 telah membincangkan perkara di atas dengan panjang lebar dan membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Setelah dibahaskan, Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan bahawa rujuk yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah sah kerana lafaz rujuk itu jelas.\n\n\n\u00a0\n\n\nDalilnya:\n\n\n\u00a0\n\n\nHadis\n\n\nMaksudnya: \n\"Daripada Abi Hurairah katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W. tiga perkara persungguhan terbilang sungguh dan gurauan terbilang sungguh iaitu nikah dan talak dan rujuk\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11939", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti perkara tersebut iaitu :\n\n\n\u00a0\n\n\nTersebut dalam kitab Asap najis iaitu yang bercerai dari najis dan menegahi api iaitu najis dan setengah daripadanya iaitu bahwar (wap) yang suci dihantar di atas api yang dinyala dari najis itu pun najis juga, kerana hancur tatkala terkena api maka najis ia akan dia dan keluar kata asap, wap yang keluar dan yang naik dengan ketiadaan menegahi api, maka iaitu suci. Dan kata Sheikh Ramli bermula wap yang keluar dari jamban itu suci, demikian lagi angin yang keluar dari dubur hukumnya seperti sendawa.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Berdasarkan hujah-hujjah yang tersebut di atas, maka Jawatankuasa memutuskan bahawa biogas yang diproses daripada najis tahi lembu adalah suci dan harus digunakan'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11940", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah dlbincangkan mesyuarat bersetuju dengan keputusan Fatwa kali kedua tahun 1986 bilangan 5.3 yang berbunyi:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Majlis Fatwa memutuskan bahawa hukumnya harus (boleh) memindahkan kubur orang Islam yang terlibat dari tanah perkuburan tersebut ke tanah perkuburan yang lain untuk pembesaran jalan dengan syarat jika mayat-mayat dalarn kubur yang hendak dipindahkan itu sudah hancur sama sekali, jika sekiranya mayat-mayat yang terlibat belum hancur jasadnya, maka hukumnya haram menggali dan memindahkan ke tempat lainnya\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11945", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 25 November 1989 telah membincangkan mengenai Hukum Memusnahkan Al-Quran Yang Salah Cetak. Mesyuarat telah memutuskan bahawa\u00a0\nharus\n membakar Al-Quran yang salah cetak bagi maksud memelihara dan debunya hendaklah ditanam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11947", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) yang bersidang pada 17 Januari 1989 telah membincangkan mengenai Masalah Masa Pekerja-Pekerja Kilang Menunaikan Sembahyang Jumaat. Mesyuarat memutuskan bahawa setiap yang meninggalkan sembahyang. Jumaat tanpa uzur Syar'ei adalah berdosa. Meletakkan arahan majikan untuk bekerja shif sehingga meninggalkan sembahyang Jumaat tidak termasuk di dalam istilah uzur syar'e. Oleh yang demikian, amalan yang dilaksanakan oleh Syarikat Atcomm Sdn.Bhd adalah \nbercanggah\n dengan hukum Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11950", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Ahli Mesyuarat bersepakat masalah tersebut dimajukan kepada Fatwa Kebangsaan kerana ianya melibatkan masalah Negara.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11953", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan mengambil keputusan adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Mengenai wasiat arwah Maimon binti Mohd Nur yang telah menyerahkan semua hartanya kepada anak-anak saudaranya yang perempuan, sedangkan mereka itu \"Zawil Arham\", ahli mesyuarat mendapati bahawa ia hanya menyebut mengaku menerima dan tidak menyerahkan hartanya kepada waris dan surat daripada peguam Khairuddin dan rakan-rakan didapati bukanlah surat wasiat seperti mana yang didakwa olehnya, setelah diteliti oleh ahli mesyuarat.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian wasiat harta daripada Maimon binti Mohd Nur tidak boleh diterima oleh warisnya dan kembali kepada hak Baitulmal\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11955", "body": "1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Perkahwinan mak nyah selepas ditukar jantina kepada perempuan adalah tidak sah kerana ia pada hakikatnya adalah lelaki, di antara syarat-syarat sah kahwin mestilah keadaan isteri itu perempuan secara yakin.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Perkahwinan mak nyah dengan lelaki dikira haram kerana bertentangan dengan syariat Islam dan bid'ah. Sabda Rasulullah S.A.W.\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya :\n\n\n\u00a0\n\n\nDan hendaklah kamu jauhkan dari perkara rekaan. kerana tiap tiap perkara yang diada-adakan/ direka itu adalaah sesat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11959", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\" Setelah dibincangkan daripada tujuan-tujuan tersebut, la didapati adalah bertentangan dengan majoriti dasar dan matlamat Jabatan dan mengikut Enakmen Jabatan Agama Islam Selangor, antaranya :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Mengamalkan Mazhab Syiah di kalangan penduduk Malaysia;\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Dalam tujuan yang kedua (2.3) bertentangan dengan Enakmen Pentadbiran perundangan Islam Selangor 1989 Seksyen 56 - 65;\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Dalam tujuan yang kedua (2.4) bertentangan dengan Undang-undang Keluarga Islam 1984 mengenai perkahwinan.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Dalam tujuan yang kedua (2.5) bertentangan dengan pelajaran Agama Islam Selangor pada masa ini yang berdasarkan kepada Mazhab Syafie, tetapi mereka akan menyerapkan pengajaran mengikut pemahaman Syiah Imamiyah.\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan kepada sebab-sebab yang disebutkan di atas mesyuarat mengambil keputusan tidak bersetuju persatuan tersebut didaftarkan. Walau bagaimana pun, sebelum jawapan diberikan kepada pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan, ia hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam Selangor \""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11960", "body": "Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Tajuk borang mewakafkan tanah kepada Majlis Agama Islam Selangor yang ada sekarang hendaklah dibetulkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nDaripada:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"BORANG PERMOHONAN MEWAKAFKAN TANAH/HASIL KHAZANAH KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (WAKIL AMANAH)\"\n\n\n\u00a0\n\n\nKepada:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"BORANG PERMOHONAN MEWAKAFKAN TANAH KHAZANAH KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (WAKIL AMANAH)\".\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Setiap orang yang mewakafkan tanah hendaklah mengikut syarat rukun wakaf seperti di bawah ini:\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1. Rukun wakaf 4 perkara:\n\n\n\u00a0\n\n\nPertama: Orang yang mewakafkan\n\n\n\u00a0\n\n\nKedua: Orang yang menerima wakaf\n\n\n\u00a0\n\n\nKetiga: Barang yang diwakafkan\n\n\n\u00a0\n\n\nKeempat: Sighah lafaz\n\n\n\u00a0\n\n\n2.2. Syarat orang yang mewakafkan hendaklah ia ahli Tabarru' (ahli yang boleh buat kebajikan maka tidak sah wakaf orang gila dan kanak-kanak dan orang yang dipaksa dan orang yang kena tahan hartanya (Mahjur 'Alaihi) dan hamba mukatab.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.3. Syarat orang yang menerima wakaf jika orang itu tertentu hendaklah ia boleh memilikinya bagi benda yang diwakafkan ketika diwakafkan maka tidak sahlah mewakafkan kepada anak yang di dalam perut kerana tidak sah memilikinya dan tidak sah mewakafkan hamba yang Islam atau Quran kepada orang kafir.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.4. Syarat barang yang diwakafkan hendaklah adalah barang yang tertentu itu dimiliki.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.5. Syarat sighah hendaklah lafaz yang memberi ketahui dengan yang dikehendaki itu jelas lagi terang contohnya seperti aku wakafkan benda ini untuk ini.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.6. Jika tanah itu milik kerajaan (tanah kerajaan) maka DYMM Sultan yang wajib melafazkan wakaf atau wakilnya iaitu:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. YAB Menteri Besar\n\n\n\u00a0\n\n\n2. YB Setiausaha Kerajaan Negeri\n\n\n\u00a0\n\n\n3. YB Ahli EXCO Kerajaan Negeri\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Yang Berusaha Pegawai Daerah\n\n\n\u00a0\n\n\n5. SS Tuan Pengarah JAIS\n\n\n\u00a0\n\n\n6. AF Tuan Kadi Daerah/Kawasan\n\n\n\u00a0\n\n\n7. YDH Orang Besar Daerah berkenaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.7. Jika tanah itu milik perseorangan maka orang itu sendiri yang wajib melafazkan wakaf atau wakilnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.8. Manakala penerima wakaf tidak wajib melafazkan kabul cuma sunat sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11964", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 21 Jun 1999 telah ah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa kali ke 2/99 telah sebulat suara bersetuju bagi Pusat Zakat Selangor untuk mewujudkan kad ahli zakat kepada pembayar zakat'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11974", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara (Fatwa) telah membincangkan dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Bahawa pada prinsipnya, orang Islam boleh melibatkan diri dalam jual beli saham, kerana ia tidak bercanggah dengan syarat jual beli dalam Islam, walau bagaimanapun pelaburan atau perniagaan syarikat saham tersebut adalah daripada barangan yang halal.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11979", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Dengan ini, Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 24 Zulhijjah 1413H bersamaan 15 Jun 1993 telah membincangkan dengan panjang lebar. Setelah meneliti ke atas siasatan dan laporan mengenainya dan juga taklimat oleh Prof Dato' Dr. Khairuddin bin Yusuf yang membuat pembedahan ke atasnya dengan sebulat suara ahli yang hadir bersetuju bahawa pernikahan Noranizah bte Mohd Yusuf dengan Richand bin Badry adalah\n tidak sah\n dan penukaran jantina Noranizah adalah \nHARAM.\n\n\n\u00a0\n\n\nALASANNYA bahawa Noranizah adalah berasal daripada seorang lelaki yang mempunyai satu alat jantina sahaja yang bersifat sebagai Transeksual (mempunyai perasaan perempuan tetapi fizikalnya adalah seorang lelaki. Beliau juga tidak mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang lain seperti tidak ada haid dan tidak ada rahim.\n\n\n\u00a0\n\n\nJawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) juga membuat keputusan supaya Noranizah \ndifaraqkan/dipisahkan\n pernikahannya dengan Richand bin Badry kerana tidak sah seperti yang disebutkan di atas dengan segera."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11981", "body": "1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Penukaran jantina mak nyah kepada perempuan melalui pembedahan adalah terang bertentangan dengan Islam kerana Allah melarang mengubahkan kejadiannya. Sepertimana Firman Allah Taala di dalam surah An-Nisa' ayat 119."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11982", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam, keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Semua ahli Jawatankuasa mengambil bahagian bagi membincangkan perkara di atas dan membincangkan dari segala aspek, bahawa penukaran jantina daripada lelaki kepada wanita adalah\n HARAM \ndan permohonan untuk bernikah tidak dapat diberi kebenaran, walaupun telah berubah dari segi fizikalnya dengan melalui pembedahan sebagaimana yang beliau dakwa, ini kerana seorang yang asalnya lelaki telah dijadikan oleh Allah tidak akan berubah dari sifat-sifat kelelakiannya, walaupun ia cuba berusaha mengubahnya\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11984", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara tersebut di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam serta berpandukan taklimat yang oleh Dr. Khairuddin berkenaan rokok.\n\n\n\n\n\n2.2. Maka Jawatankuasa perunding Hukum Syara' telah membuat keputusan seperti berikut :\n\n\n\n2. 2. 1. \" HUKUM MENGHISAP ROKOK \"\n\n\n\nHukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafieah,\n\n\n\nTersebut dalam kitab \"Yasalunaka Fiddin Wal Hayah\"\n\n\n\nMaksudnya :\n\n\n\nApabila adalah ulama' fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghlsap rokok, maka kata setengah ulama' hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama' hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama' pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.\n\n\n\nDan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alas an alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orangramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.\n\n\n\n2.2.2. \" HUKUM MENGHISAP ROKOK DI DALAM MASJID \"\n\n\n\nHukum menghisap rokok di dalam masjid adalah HARAM Hukum ini dibuktikan dengan Nasnya iaitu :\n\n\n\nMaksudnya :\n\n\n\nDan sesungguhnya telah meriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Jabir bin Abdullah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barang siapa makan bawang merah atau bawang putih atau kucai. Maka janganlah ia menghampiri masjid kami, kerana bahawasenya malaikat merasa benci dengan apa yang dibenci, oleh manusia, dan sesungguhnya ulama' fikah telah mengqiaskan rokok dengan benda-benda yang berbau busuk ini, kerana ada persamaan elah (sebab) pada benda-benda yang tersebut ini.\n\n\n\n2. 2 . 3 . \" HUKUM MENGHISAP ROKOK SEMASA MEMBACA AL-QURAN \"\n\n\n\nHukumnya adalah HARAM. Hukum ini diputuskan dengan berlandaskan nasnya seperti berikut\n\n\n\nErtinya :\n\n\n\nDan sesungguhnya adalah munasabah bahawa kita menyebutkan akan kata-kata yang mengandungi amaran yang telah diperkatakan oleh yang diambil daripada gurunya mengenai menghisap rokok duduk membaca Al-Quran, iaitu sikap kita di dalam memuliakan dan membesarkan Allah, maka iaitu haram menghisap rokok dalam majlis Al-Quram dan tidak ada wajah bagi kaul mengatakan makruh.\n\n\n\n2.2.4. \"HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN MUDHARAT \"\n\n\n\nHukumnya adalah HARAM : hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang dinyatakan di bawah iaitu :\n\n\n\nFirman Allah Taala :\n\n\n\nErtinya :\n\n\u00a0\n\n\nDan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.\n\n\n\nFirman Allah Taala :\n\n\n\nMaksudnya :\n\n\n\nDan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.\n\n\n\nProf Dr. Ahmad Shalibi dalam bukunya bertajuk :\n\n\n\n\"Kehidupan Sosial Dalaam pemikiran Islam\" ada menyebutkan\" mengenai peringkat HARAM bagi seseorang itu merokok. Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan anggota jasmani kepada kerosakan.\n\n\n\n\n\nProf Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan \"Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari penghisapan apa sahaja. umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut qadar bahaya dan tempohnya \""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11987", "body": "Setelah dibincangkan dengan panjang lebar bahawa semua ahli mesyuarat telah bersetuju meminda Kriteria Imkani Rukyah yang diamalkan sebelum ianya dipinda kepada kriteria yang baru iaitu Hilal boleh dianggap kelihatan apabila kiraan (hisab) memenuhi salah satu daripada berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKetika matahari terbenam ketinggian bulan (hilal) tidak kurang daripada 2 darjah dan jarak lengkung keduanya tidak kurang daripada 3 darjah.\n\n\nKetika bulan terbenam umurnya tidak kurang daripada 8 jam selepas waktu Ijtima' berlaku."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11989", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti berdasarkan nas yang muktabar dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Wang tabung masjid daripada hasil derma am orang ramai adalah diutamakan penggunaan wangnya kepada aktiviti-aktiviti kebajikan masjid yang berkenaan itu, tetapi jika sekiranya wang itu berlebihan daripada keperluan masjid itu, maka bolehlah digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain seperti membuat sekolah, surau dan sebagainya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11990", "body": "1. Perbahasan ini merujuk kepada surat AF Tuan Kadi Hulu Langat bertarikh 8/9/1990 di mana dalam siasatan beliau sembahyang jumaat di Masjid tersebut tidak cukup 40 orang yang bermastautin. Beliau juga merujuk fatwa AI-Ehsaniah nombor 23 yang berbunyi \"Adalah tidak sah sembahyang jumaat dengan kurang daripada 40 orang menurut qaul muktamad dalam Mazhab Syafie\".\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Setelah perbincangan dilakukan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor mengambil keputusan bahawa sembahyang Jumaat di Pusat Latihan BeIia Dusun Tua harus diadakan bertaqlik (bersandar) kepada Mazhab Hanafi dengan alasan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Mengikut Mazhab Hanafi syarat sah jumaat itu memadai empat orang termasuk Imam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Oleh kerana terdapat ramai orang Islam yang mukallaf tinggal di kawasan tersebut yang mana mereka itu cukup syarat bagi mendirikan sembahyang jumaat mengikut hukum syara' walaupun tidak bermastautin.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Dilihat dari zaman kemajuan masa kini dan perkembangan Islam terutama di kawasan tersebut ada kegigihan pelatih dan kakitangan yang mengerjakan ibadah sembahyang jumaat adalah satu kebaikan yang sangat disanjung tinggi oleh Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Pihak Pusat Latihan Belia Dusun Tua menghadapi kesukaran untuk membawa pelatih yang begitu ramai iaitu kira-kira 500 orang ke masjid yang berhampiran lebih kurang 2 kilometer.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Pusat Latihan Belia telah memberikan kemudahan yang baik bagi mengadakan sembahayang jumaat di tempat tersebut dan mengadakan pegawai-pegawai seperti Imam, Bilal dan Siak.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusan Fatwa ini dibuat adalah berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh Pusat Latihan Belia Dusun Tua sahaja dan tidak mengenepikan keputusan fatwa yang lalu atau pendapat-pendapat qaul yang muktabar\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11991", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membahaskan dengan panjang lebar mengenai kesalahan-kesalahan tersebut dan dengan persetujuan semua ahli yang hadir jawatankuasa mengambil keputusan memfatwakan:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Bahawasanya Haji Khahar bin Haji Ahmad Jalal telah membawa ajaran ilmu salah kerana telah menyeleweng daripada akidah dan hukum syariat Islamiyah yang sebenar dan telah membuat penghinaan kepada para ulama' yang muktabar.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11993", "body": "1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor telah bersetuju memutuskan bahawa :\n\n\n\u00a0\n\n\ni. 'Lembaga Hasil Dalam Negeri hendaklah melantik pegawai-pegawai beragama Islam sebagai amil bagi menguruskan zakat gaji dan pendapatan. Sementara urusan yang tidak berkaitan dengan zakat secara langsung seperti kerani, pemandu dan sebagainya boleh dilantik dikalangan orang bukan Islam.'\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Boleh melantik wanita Islam sebagai amil di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11994", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada\u00a06 March 1989 bersamaan 28 Rejab 1409 telah membincangkan mengenai Bermain Kompang Di Dalam Masjid Atau Surau.\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat memutuskan bahawa \ntidak\u00a0harus\n bermain atau belajar bermain kompang di Surau atau di Masjid kecuali untuk maksud memasyhurkan pernikahan seperti yang dinyatakan\u00a0dalam Hadith Rasulullah Daripada Aisyah katanya; telah bersabda Rasulullah S.A.W., masyhurkan olehmu ini nikah dan jadikan olehmu sekalian akan dia dalam Masjid-masjid dan pukul olehmu sekalian atasnya dengan rebana\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11997", "body": "1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji si mati.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusannya:\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji si mati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara'.\n\n\n\u00a0\n\n\n1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusannya:\n\n\n\u00a0\n\n\nWang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pesaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh si mati pada tiap-tiap bulan itu.\n\n\n\u00a0\n\n\n1.3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusannya:\n\n\n\u00a0\n\n\nJika sekiranya penama itu seorang ahli waris si mati, maka harta si mati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat si mati."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12003", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukurn yang muktabar didalarn Islam dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Bahawa dengan ini Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada Hari Selasa, 24 Zulhijjah 1413H bersarnaan dengan 15 Jun 1993 telah membincangkan dengan panjang lebar hasil siasatan tariqat tersebut sebulat suara ahli yang hadir bersetuju:\n\n\n\u00a0\n\n\nBahawa ajaran Tariqat Tujuh yang dibawa oleh Hamzah bin Embi dan pengikutnya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar dan pengajaran ilmu tauhidnya juga bercanggah dengan ilmu tauhid ahli Sunnah Wal-Jarnaah.\n\n\n\u00a0\n\n\nAlasannya ialah:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Guru Tariqat (Hamzah bin Embi) mengakui telah mendapat beberapa keistimewaan dari Allah dan boleh melihat alam ghaib (Kasyaf).\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Membaca dua kalimah syahadah semasa bai'ah tidak boleh putus, jika putus bererti memisahkan zat Muhammad dengan zat Allah kerana zat Allah dan Muhammad itu satu.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Dalam zikir yang keenam selawatnya sangat meragukan di mana zat Muhammad disamakan sifat ketuhanan.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Membuat rajah-rajah kajian ilmu tauhid yang tidak ada dalam penafsiran para Ulama' tauhid ahli sunnah Wal Jamaah\n\n\n\u00a0\n\n\nv. Guru tariqat (Hamzah bin Embi tidak menunaikan sembahyang Jumaat kerana beranggapan dirinya lebih tinggi martabatnya daripada imam yang ada.\n\n\n\u00a0\n\n\nvi. Tempat bersuluk tidak boleh dikosongkan (ada penunggu) mereka boleh dikecualikan sembahayang Jumaat.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh itu sesiapa yang mempelajari dan mengamalkan hendaklah ditinggalkan dan bertaubat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12004", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan memutuskan bahawa perkara ini perlulah dirujuk kepada DYMM Sultan Selangor, sebagai ketua agama di Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nMerujuk kepada surat daripada Setiausaha Sulit Kepada DYMM Sultan Selangor dalam bilangan (25) dIm Pej. DYMM SuI. Sel 11/78 Bhg V bertarikh 5 Februari 1993 mengatakan bahawa tempat letak kereta tingkat bawah Bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) adalah sebagai Masjid dan sah untuk beriktikaf.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh itu, Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) memutuskan bahawa tempat letak kereta tingkat bawah Bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) di kira sebagai Masjid dan sah untuk beriktikaf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12008", "body": "Jawatankuasa perundingan Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang muktabar dan membuat keputusan sepertI berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Berdasarkan keterangan di atas, ahli mesyuarat memutuskan bahawa pernikahan Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhammad bin Haji Muhd Taib dengan Y.A.M. Tengku Zahariah binti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 17 Julai 1987 di Takbai, Thailand adalah sah di sisi syara', kerana pernikahan tersebut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Dihadiri oleh pengantin lelaki dan perempuan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Imam yang mengakadnikahkan nikah mempunyai kuasa.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Disaksikan oleh dua orang saksi.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Mengikut syarat-syarat dan rukun nikah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12018", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang muktabar dan mengambil keputusan sepertI berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor Darul Ehsan yang diadakan pada 26 Rabiul Akhir 1414 bersamaan 12 Oktober 1993 setelah mendengar taklimat/ penerangan yang diberikan oleh pengerusinya: Tuan Haji Zainal bin Sidek dan dibantu oleh Setiausaha Kehormat: Tuan Haji Baharain bin Mohd Lazim mengenai perkara di atas.\n\n\n\u00a0\n\n\nMaka Jawatankuasa (ahli yang hadir) menimbangkan dengan sewajarnya bahawa harta dan wang yang dipunyai oleh \"Persekutuan Guru-guru Melayu Selangor\" dahulu yang dipindah kepada \"Koperasi Serbaguna Pegemas Berhad\" adalah \nsah dan halal\n digunakan kerana harta dan wang itu diperolehi daripada yuran-yuran ahli-ahli persatuan dan derma kebajikan sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\nMengenai pengeluaran zakatnya, berdasarkan kepada keterangan yang diberikan dan juga hukum syara', apabila harta itu cukup syarat dan rukunnya, maka ia wajib dikeluarkan zakatnya, oleh itu koperasi ini tidak terkecuali daripada mengeluarkan zakatnya, mengikut zakat harta iaitu dengan 2.5 peratus.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan dengan itu juga, Jawatankuasa ini ingin menasihatkan supaya peraturan/ undang-undang koperasi diubah sesuai mengikut hukum syarak, terutamanya dalam masalah penama kepada ahli atau harta pesaka\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12026", "body": "1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara. (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Agama Islam yang telah diadakan pada 23 Mei 1991 dengan sebulat suara mengambil keputusan adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\" 2.1. Bahawa Khairil Albrecht bin Abdullah yang menukar agamanya kepada Kristian melalui surat sumpah pada 18 November 1988 dihadapan K. Satihaseelan P.P.N. (pesuruh Jaya Sumpah Kuala Lumpur) dan pengistiharan akhbar adalah tidak sah, dan begitu juga iklan surat khabar tidak boleh diterima kerana ia tidak ada yang khusus dan di dalam hukum Syara' penyaksian sumpah disaksikan oleh orang bukan Islam adalah tidak sah.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh itu, Khairil Albrecht bin Abdullah semasa matinya masih lagi memegang kad Islam yang dikeluarkan oleh PERKIM No. D 0012/86 sebagai orang Islam yang sah seperti mana yang didaftarkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.2. Wasiat yang dibuat oleh simati dikira sah oleh hukum Syara',\n\n\n\u00a0\n\n\nErtinya :\n\n\n\u00a0\n\n\n\" Sah wasiat daripada orang Islam dan yang bukan Islam, kerana\n\n\nwasiat itu adalah satu jenis kebajikan, dan ia perkara yang disukai (digalakkan) dalam sekelian agama, dan harus hukumnya sebagaimana yang telah kami terangkan dahulu wasiat orang Islam kepada orang kafir dan wasiat orang kafir kepada Islam \".\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Wasiatnya di kira sah tetapi yang harus (boleh) diberikan hartanya kepada orang yang wasiatnya itu tidak boleh lebih daripada 1/3 (satu pertiga) dari harta yang ditinggalkan dan baki lagi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal\n\n\n\u00a0\n\n\nErtinya :\n\n\n\" Maka apabila tidak didapati seorang pun daripada waris pada darjat dan susunan yang telah kami sebutkan, maka hendaklah diberikan harta peninggalan itu dalam khazanah ammah bagi orang Islam ertinya dalam Baitulmal orang Islam :."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12027", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa hukum pembayaran zakat melalui perkhidmatan Maybank2U (INTERNET) adalah harus.\n\n\n\u00a0\n\n\nKaedah pembayaran zakat dengan cara ini adalah terhad kerana zakat harta sahaja tidak termasuk zakat fitrah.\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor juga memutuskan bahawa pihak Maybank yang menjalankan perkhidmatan Maybank2U (INTERNET) tidak dikira sebagai amil zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10695", "body": "Dakwaan yang menyatakan tidak wujud perbezaan, hanya satu dakwaan yang tidak dapat dibuktikan. Dakwaan itu mungkin dikeluarkan secara rambang tanpa dibuat kajian secara lebih telus dan adil. Mungkin terbit dari operasi perbankan secara Islam mengambil untung pada kadar 8% disamakan dengan pengambilan kadar faedah 8% atau 9% atau 10% oleh pihak Bank Konvensional. Tetapi pihak yang mendakwa itu patut membuat kira-kira yang tepat bagi menunjukkan perbezaan sebenar.\nKadar keuntungan 8% yang diambil oleh perbankan secara Islam adalah salah satu tujuannya untuk membeli pulangan kepada pendeposit atau pelanggan dengan kadar yang agak tinggi.Kalau rendah keuntungan yang diambil, maka rendah pula keuntungan yang diberikan kepada pelanggan. Satu perkara lagi, oleh kerana perbankan secara Islam masih tunduk dibawah Bank Negara Malaysia, satu realiti yang perlu diambil kira."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10703", "body": "Perbezaan Sistem Perbankan secara Islam dengan Sistem Perbankan Konvensional boleh dilihat kepada konsep dan operasi.\nKonsep Perbankan Islam muamalatnya tanpa riba, amalan ini sudah tentu direstui Islam. Manakala operasi, kita dapati pihak bank dan pelanggan melakukan akad berdasarkan kepada perkongsian untung dan rugi, iaitu sama-sama menerima keuntungan mengikut pembahagian peratus yang telah disepakati, dan kalau berlaku kerugian, sama-sam memikulnya. Kadar pemberian untung meningkat mengikut pertambahan jumlah keuntungan yang diperolehi.\nSistem konvensional tidak demikian, baik dilihat dari segi konsep mahu pun dari sudut operasi. Sistem ini, kebanyakan muamalatnya dijalankan secara riba. Faedah atau bunga telah ditetapkan semasa akad tanpa melihat kepada keuntungan atau kerugian. Peratus bunga atau faedahnya berdasarkan kepada jumlah modal yang terlibat. Faedah tetap tanpa mengambil kira untung atau rugi.\nKadar bayaran faedah kepada pelanggan tidak bertambah walaupun bank mendapat keuntungan berlipat ganda."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10705", "body": "Kewujudan Sistem Perbankan Islam dinegara ini adalah satu alternatif kepada umat Islam, dan rakyat negara ini dapat berurusniaga dan bermuamalat dari sudut kewangan mengikut dasar yang tidak berlawanan dengan hukum Islam. Kalau terdapat kelemahan dari segi operasi, hal tersebut boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa.\nBagi saya, sistem yang diperkenalkan ini telah menampakkan perkembangan yang positif. Kalau diperingkat awal, hanya Bank Islam sahaja yang menawarkan sistem yang sedemikian rupa, tetapi kini sistem ini telah diterimapakai oleh beberapa institusi kewangan lain, ini adalah perkembangan yang baik untuk institusi kewangan yang berbentuk islamik itu terjun dalam arus perdana."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12039", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor sebulat suara memutuskan bahawa agar pihak Jawatankuasa Masjid mengadakan perbincangan dengan pihak JKR untuk membuat satu plan yang boleh memasukkan semaksimum mungkin tanah wakaf yang asal untuk memelihara konsep wakaf yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\n'Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti maka dibolehkan membina masjid baru Kampung Pandamar dengan memasukkan semaksimum yang mungkin tanah wakaf yang asal'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12045", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor telah membuat keputusan mengekalkan status tanah tersebut sebagai tanah wakaf dengan memberi pilihan seperti berikut:-\n\n\n\u00a0\n\n\na) Hendaklah dibina masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh orang yang mewakafkannya.\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Hendaklah dibina masjid dan rumah kakitangan masjid sebagaimana yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nc) Mengekalkan status tanah wakaf dengan membina masjid dan bangunan kediaman untuk disewakan. Bangunan kediaman ini tidak boleh dijual. Segala hasilnya menjadi milik kepada pemegang amanah iaitu MAIS untuk tujuan wakaf sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\nd) MAIS perlu membentuk satu jawatankuasa khas untuk menyelia pelaksanaan aktiviti di bangunan tersebut dengan perlaksanaanya tidak bercanggah dengan hukum syara'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10691", "body": "Soalan yang dikemukakan terlalu umum tidak diperincikan maka jawapan juga berbentuk umum.\nTerdapat beberapa hadis mengenai mengukir, melukis membuat gambar atau patung. Daripada hadis-hadis tersebut Ulamak berpendapat bahawa melukis, mengukir atau membuat apa sahaja objek yang mempunyai nyawa seperti manusia, haiwan yang berlembaga, berbentuk cukup anggota hidupnya adalah haram. Sebaliknya iaitu apabila tidak lengkap anggota hidupnya tidaklah menjadi haram. Dalam hal ini dikecualikan objek yang dijadikan untuk permainan kanak-kanak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11976", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor sebulat suara memutuskan tanah wakaf yang sedia ada bagi mendirikan Sekolah Rendah Agama di Batu 4, Jalan Kapar Klang.\n\n\n\u00a0\n\n\nWalaubagaimanapun Ahli-ahli Mesyuarat telah menasihatkan agar kedua-dua pihak mengadakan perbincangan sekiranya ada sebarang tuntutan atau bayaran yang hendak dikenakan kepada pihak sekolah sebagai sumber kewangan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Masjid.\n\n\n\u00a0\n\n\nJawatankuasa Perunding Hukum Syara'\u00a0(FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti maka dibolehkan menggunakan tanah wakaf untuk mendirikan Sekolah Rendah Agama Batu 4, Jalan Kapar Klang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11977", "body": "2.PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN\n\n\n\u00a0\n\n\n2.1 Bayi Tabung Uji\n\n\n\u00a0\n\n\nBenih suami isteri HARUS dikandungkan oleh isteri sendiri sekiranya suami masih hidup. Benih suami isteri HARAM dikandungkan oleh wanita lain. Benih suami isteri yang telah ditabung ujikan HARAM dimasukkan kedalam rahim isteri sekiranya suami telah meninggal dunia terlebih dahulu kerana perbuatan ini boleh membawa kepada fitnah. HARUS menghapuskan telur-telur yang telah disenyawakan di dalam tabung uji dengan menyelamatkan satu telur sahaja, untuk dikandungkan kerana telur-telur tersebut masih belum bernyawa.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.2 Gugur Kandungan\n\n\nAnak yang dikandung yang berkemungkinan cacat HARUS digugurkan atas nasihat doktor pakar. Sekiranya sudah bernyawa, hukumnya HARAM digugurkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.3 Merawat Benih\n\n\nBenih yang dikenal pasti oleh doktor pakar sebagai cacat/down syndrome HARUS dirawat oleh doktor supaya bila lahir menjadi anak yang normal.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.4 HARUS menghentikan kelahiran anak yang jika dilahirkan didapati cacat yang tidak boleh berfungsi sebagai manusia biasa.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.5 HARUS memakan ubat yang mengeluarkan banyak telur untuk kesuburan sekiranya tidak menjejaskan kesihatan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.6 Masalah Merancang Keluarga\n\n\nHARUS memakan pil perancang keluarga sekiranya tidak menjejaskan kesihatan serta dipersetujui suami isteri.\n\n\n\u00a0\n\n\nHARUS mengikat rahim sekirannya dalam keadaan darurat. HARAM memotong rahim kecuali dalam keadaan darurat atas nasihat doktor pakar.\n\n\n\u00a0\n\n\nHARUS meletakkan IUD dalam rahim sekiranya dipersetujui suami isteri.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.7 Perempuan yang baru dirogol HARUS mendapatkan ubat pencegah hamil bagi menjaga maruah wanita tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.8 Bagi ibu yang mengandung yang didapati kandungannya itu boleh membahayakan kesihatan dirinya setelah mendapat pengesahan daripada doktor pakar, HARUS menggugurkan kandungannya bagi menyelamatkan si ibu.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.9 Rawatan Bagi Penggantian Hormon\n\n\nHARUS menerima rawatan penggantian hormon bagi wanita yang telah monopouse untuk kesejahteraan keluarga.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.10 HARAM melakukan mercy killing/ pembunuhan belas kasihan kepada pesakit yang sedang koma."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11988", "body": "Mesyuarat telah sebulat suara memutuskan agar Baitulmal menerima 7 orang yang ingin mewakafkan tanah milik mereka tanpa apa-apa bayaran. Seterusnya mesyuarat juga bersetuju agar pihak Baitulmal membayar kepada 2 orang pewaris yang lain sebagai pemilik tanah, setelah dirujuk kepada Jabatan Penilaian kerana konsep wakaf tidak boleh bersyarat dengan berbentuk tuntutan kewangan.\n\n\n\u00a0\n\n\n'Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang mukatabar didalam Islam dan keputusannya adalah dengan menerima 7 orang yang mewakafkan tanah milik mereka dan membayar kepada 2 pewaris lain yang menuntut bayaran'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12012", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor telah bersetuju memutuskan bahawa wang hasil pelbagai denda mahkamah-mahkamah syariah diberikan kepada Baitulmal negeri-negeri; ini berdasarkan hujah hujah berikut;-\n\n\n\u00a0\n\n\na) Wang-wang hasil yang diperolehi daripada orang-orang Islam di negeri-negeri, sewajarnya dibelanjakan kembali untuk kepentingan masyarakat Islam khususnya di negeri-negeri berkenaan.\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Melalui perolehan ini, Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat melaksanakan perancangan yang lebih mantap bagi tujuan pencapaian matlamat organisasinya.\n\n\n\u00a0\n\n\nc) Majlis Agama Islam Negeri-Negeri bertindak sebagai pemangkin kepada program sosio ekonomi umat Islam, sewajarnya mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi bagi menjana lebih banyak program-program keagamaan.\n\n\n\u00a0\n\n\nd) Majlis Agama Islam Negeri-Negeri adalah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan umat Islam di negara ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10852", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 8 Safar 1424 bersamaan 10 April 2003 buat kali ke 159 berpendapat harus diberi bantuan zakat dan fitrah kepada keturunan Syed berdasarkan nas di dalam kitab feqah al-zakat Dr Yusuf Al-Qardawi\n \n ? ??? ??? ???? ???????? ?? ???????? : ?? ????? ???? ?? ????? ??? ????? ????? ????? ????? ?????? ????? ?? ??? ????? , ???? ????? ????? ??? ?? ???? ????? ? ??? ?????? ?? ??????? : ?? ???? ?? ??? ???? ??????? ??? ???? ????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11001", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 8 Safar 1424 bersamaan 10 April 2003 buat kali ke 159 berpendapat haram hukumnya perbuatan penyelewengan hasil oleh peneroka rancangan keluarga felda yang mengakibatkan bayaran hutang untuk felda dan sumbangan untuk aktiviti masyarakat terjejas. Perbuatan ini jelas melanggar perjanjian yang telah dibuat walhal orang Islam dituntut untuk memenuhi janji yang telah dipersetujui berdasarkan nas di bawah.\n \n Firman Allah Taala\n \n ????? ????? ????? ????? ??????? ??????? 1\n \"wahai orang yang beriman penuhilah dan sempurnakanlah perjanjian -perjanjian '\n \n ???? ???? ???? (?)\n \n ?? ????? ??? ???? ???? ?? ???? ???? (?) : ????????\n ??? ?????? ?? ???? ???? ?????? ?????? : ???? ??????\n \n Daripada Aisyah (r) dari Rasulullah SAW Orang-orang Islam terikat dengan syarat -syarat yang dipersetujui selama mana ia bertepatan dengan dengan kebenaran.\n \n ?? ???? ?? ??? ??? ??? ??? ???? ???? ??? ???? ????\n ???? ??? ????? ??? ??? ??? ???? ???? ??????? ??? ???????\n \n Daripada Nafi\" daripada Ibn Umar berkata Sabda Rasulullah SAW menangguhkan bayaran hutang bagi orang yang mampu adalah satu kezaliman\n \n Telah disemak pd 9/9/04 (teks jawi belum dimasukkan)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11895", "body": "Tiada halangan kepada Pegawai Penguatkuasa menjalankan tugas sekiranya beliau berada dalam keadaan musafir yang tidak wajib menunaikan sembahyang Jumaat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11901", "body": "Wang pampasan syarikat insuran ianya bukan pesaka si mati dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak insuran.\nMenggunakan wang pampasan untuk tujuan upah haji adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11909", "body": "Jawatankuasa berpendapat bahawa wang pemberian oleh majikan seperti hadiah dan pampasan kepada tangungan simati adalah tidak termasuk di dalam pengertian pesaka dan tidak perlu dibahagikan mengikut hukum faraid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11910", "body": "Wanita boleh digunakan operasi menangkap/ mengkompaun kes tidak sembahyang Jumaat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11924", "body": "Empat orang wanita boleh menjadi saksi di Mahkamah Syariah kerana ketiadaan orang lelaki ketika sembahyang Jumaat didirikan boleh dikategorikan sebagai darurat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11925", "body": "Satu mesyuarat khas bagi membincangkan perkara tersebut telah diadakan pada 23 Jamadil Awal 1421 bersamaan 23 Ogos 2000 di Jabatan Mufti Negeri Terengganu.\nSetelah berbincang dan membuat pertimbangan secara menyeluruh dan mendalam mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa konsep dan pengurusan insuran hayat itu tidak sesuai dengan prinsip-prinsip muamalah Islam dari segi akadnya kerana ia mengandungi unsur-unsur ketidakpastian (Ghorar) pertaruhan (Qamar) dan muamalah riba."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11896", "body": "Jawatankuasa fatwa yang bersidang pada hari ini memutuskan bahawa membekal al-Quran dan terjemahannya di tiap-tiap bilik hotel tidak diharuskan kerana bilik-bilik hotel terbuka penginapannya kepada orang-orang bukan Islam sedangkan al-Quran haram disentuh oleh bukan Islam atau terjatuh ke tangan mereka. Jawatankuasa mensyorkan supaya pihak pengurusan hotel mengadakan satu tempat khas bagi kemudahan orang Islam meminta al-Quran dan terjemahannya, buku-buku dakwah dan sejadah, dan kemudahan tersebut hanya diberi kepada orang Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10608", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 16 September 2002 telah membincangkan mengenai Suntikan Ubat Heparin Dan Fraxiparine.\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n Oleh sebab pesakit ada 2 pilihan (heparin dan fraxiparine), maka pesakit hendaklah menggunakan suntikan heparin, kerana penggunaan fraxiparine dalam kes ini belum sampai ke peringkat darurat.\n \n Sekiranya sampai ke peringkat darurat yang boleh menggugat nyawa yang disahkan oleh doktor maka fraxiparine bolehlah digunakan (dan adalah lebih baik ketika itu dirujukkan kepada Lujnah Fatwa untuk pengeluaran fatwa)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10614", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan mengenai Penubuhan Unit Anjing (SAR) dalam Pertahanan Awam.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\nPenubuhan Unit Anjing SAR Pertahanan Awam adalah diharuskan sekiranya ada keperluan yang mendesak seperti pengawalan keselamatan, mengesan penjenayah, mengesan mayat yang hilang dan sebagainya.\nKeharusan ini dengan syarat-syarat dan disiplin-disiplin yang tertentu yang ketat. Ini bagi mengelakkan ada golongan yang mengambil kesempatan dan fitnah yang akan timbul serta kekeliruan yang akan berlaku terutama dikalangan masyarakat awam. Diantara disiplin-disiplin dan syarat tersebut adalah seperti berikut:-\ni. Pegawai yang terlibat hendaklah mengetahui hukum hakam berhubung dengan status najis \nmughalazah\n ini, samada dari segi penggunaannya, pergaulannya, penyuciannya dan sebagainya.\nii. Tidak ada unsur kezaliman terhadap binatang tersebut, seperti mempastikan makan minumnya, kebersihannya serta tempat tinggal dan tidak mendera dan sebagainya.\niii. Sekiranya binatang tersebut sakit, hendaklah diberi rawatan yang sepatutnya.\niv. Hendaklah binatang ini diajar, dilatih, sebagai anjing yang mualam (\n????\n) dan pada akhirnya terlatih, terarah, terpimpin dan mengikut arahan.\nv. Hendaklah dipastikan binatang tersebut tidak menganggu keselamatan dan ketenteraman awam terutama jiran tetangga yang paling hampir.\nvi. Pakaian yang digunakan semasa bertugas, berlatih dengan unit anjing SAR hendaklah pakaian yang bersesuaian dan ditanda dan diasingkan daripada pakaian-pakaian lain, juga penyuciannya diasingkan dengan pakaian-pakaian lain dan cara penyuciannya dipastikan mengikut kaedah sebenarnya terutama tempat terkena basahan (air liur) najiz \nmugallazah\n.\nvii. Penggunaan unit ini hendaklah dibataskan untuk tujuan menjalankan tugas atau latihan biasa atau kemahiran bukan tujuan untuk hiburan dan bersiar-siar.\nviii. Penempatan unit ini hendaklah di penempatan tersendiri dan dipastikan najisnya tidak bersepah dimerata-rata, bahkan najisnya hendaklah ditempatkan dan dibuang ditempat tertentu.\nix. Disyaratkan juga binatang ini mengikut syarat-syarat binatang yang dibuat pemburuan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10625", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 27 Ogos 2002\u00a0telah membincangkan mengenai Penjelasan Mengenai Fardu Kifayah Bagaimanakah Solat Berjemaah Setiap Waktu Di Masjid Atau Surau.\u00a0\n\u00a0\nAlhamdulillah Fatwanya,\nAdalah menjadi kewajipan ke atas umat Islam setempat untuk mempamerkan syiar Islam, antaranya solat Jemaah di Masjid. Oleh itu tidak gugur kewajipan Fardu Kifayah jika didirikan Jemaah di rumah dengan meninggalkan masjid"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10629", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 30 Julai 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Berkenaan Tatoo.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n i) Hukum melakukan tatoo samada tukang tatoo ataupun yang ditatoo adalah \nharam\n, dan kedua pelakunya wajib bertaubat dengan segera.\n \n ii) Hukum menghilangkan tatoo seperti berikut :\n\u00a0\n1. Wajib menghilangkan tatoo jika boleh melalui rawatan.\n\u00a0\n2. Jika tidak boleh kecuali dengan pembedahan pencederaan/ melukakan. Jika ditakuti dengan pembedahan tersebut kemudaratan yang amat ketara atau kecacatan yang menghodohkan pada anggota yang zahir seperti muka dan dua tapak tangan maka tidak wajib dihilangkan dan wajib bertaubat dengan segera.\n\u00a0\n3. Sekiranya dengan pembedahan tidak memudaratkan maka wajiblah dilakukan dan wajib juga bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10631", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 September 2003 telah membincangkan mengenai Masalah Mengenai Kedudukan Mayat Ketika Sembahyang (Solat Jenazah).\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n \"Kedudukan mayat ketika disembahyangkan adalah :\n \n i) Mayat Lelaki\n \n - diletakkan kepalanya pada sebelah kiri Imam dengan kebanyakan bahagian badan mayat disebelah kanan\n Imam, dan Imam berdiri dibahagian kepalanya.\n \n ii) Mayat Perempuan dan Khunsa\n \n - diletakkan kepalanya pada sebelah kanan Imam dan Imam berdiri dibahagian punggungnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12044", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa \nwang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja tidak dikira sebagai harta pusaka. Oleh itu pembahagiannya tidak tertakluk kepada cara pembahagian harta pusaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11043", "body": "Wang zakat tidak boleh diberi pinjam kepada sebarang kakitangan yang berkhidmat di bawah Jabatan Zakat kerana wang tersebut hendaklah dibahagikan kepada asnafnya secara tunai berdasarkan ayat al-Quran surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud:\n'Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana\n'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10838", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN\nADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982\n (Enakmen No. 8 Tahun 1982)\nFATWA DI BAWAH SEKSYEN 38 (3)\nPada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 38 (3) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dengan ini mengisytiharkan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Syariah bahawa buku bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam' karangan Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad yang diterbitkan oleh Penerangan Al-Arqam adalah bercanggah dengan syariat Islam dan dengan yang demikian buku tersebut adalah dengan ini diharamkan daripada dicetak, diterbitkan, dijual, dipamerkan sama ada untuk dijual atau dipertunjukkan percuma dengan apa cara jua pun, disebarkan dan dibahagi-bahagikan dan juga daripada berada dalam kawalan, simpanan atau milik seseorang.\nMana-mana orang yang melanggar fatwa ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman seperti diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen 164 dan 165 Enakmen tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10607", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadilakhir 1423 bersamaan 27 Ogos 2002 telah membincangkan mengenai Kaedah Memusnahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n Apa-apa bahan yang diatasnya tercetak atau terdapat sesuatu ayat Al-Quran hendaklah dilupuskan dengan dibakar disuatu tempat tertutup yang tidak dapat dimasuki oleh orang awam bersesuaian dengan kemuliaan Al-Quran kemudian abunya dibuang kedalam air yang mengalir seperti sungai atau laut atau ditanam ditempat yang tinggi yang tidak dilalui atau dipijak oleh manusia dan haiwan. Kerja-kerja perlupusan tersebut hendaklah dilakukan oleh orang Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10616", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 9 September 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Membaca Surah Yasin Dan Tahlil Berjemaah.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n Segala bentuk sedekah seperti kenduri, membaca ayat-ayat Al-Quran dan segala bentuk zikir, tahlil adalah harus dan pahalanya \n?? ??? ????\n sampai kepada simati yang ditujukan dengan syarat diniatkan semua pahala amalan-amalan kebajikan tersebut untuk simati dengan penuh keikhlasan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10617", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 3 Disember 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Meletakkan Perkataan Allah Di Puncak Bumbung Masjid.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n Meletakkan kalimah Allah di kemuncak di atas kubah Masjid adalah diharuskan. Semua pihak hendaklah menjaga kehormatan dan kesucian kalimah tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10618", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 11 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Hukum Selawat Atas Nabi Muhammad SAW Di Dalam Khutbah Jumaat Yang Kedua\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n Berdasarkan syarat-syarat dua khutbah, maka amalan imam berhenti sebentar pada perkataan junjungan kita untuk membolehkan bilal dan para makmum membaca selawat bersama-sama imam adalah dibolehkan, kerana perbuatan tersebut tidak merosakkan syarat-syarat dua khutbah. Seperti mana yang diterangkan di atas, dan ia tidak bertentangan dengan hadis\n \n??? ??? ?????? ??? ?????? ????-??????? ????-??? ????\n (???? ??????? ??? ??? ????)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10621", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang telah membincangkan mengenai Hukum Transplan Organ Dan Mati Otak.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n 1) Pemindahan/pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.\n \n 2) Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.\n \n Walaubagaimanapun sebelum dibenarkan untuk melakukan pemindahan/pendermaan atau melakukan keatas orang yang mati otak, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memelihara kesucian Islam:\n \n i)Transplan organ\n ada 2 keadaan\n \n a)Keadaan \npenderma masih hidup\n - Menjalankan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan\n \n - Dengan redha penderma tanpa paksaan\n \n - Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya\n \n - Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga\n \n - Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.\n \n - Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.\n \n - Organ yang diperlukan lebih dari satu\n \n b)Keadaan \npenderma yang telah mati\n - Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.\n \n - Dengan redha penderma melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan\n \n - Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam ertiakta lain pemindahan itu dijamin berjaya.\n \n - Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan taqwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.\n \n - Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.\n \n - Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jualbeli hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tenh dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.\n \n ii) mati otak\n \n - menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya mati otak.\n \n - Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu, bapa.\n \n - Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya 3 orang doktor professional (doktor islam diutamakan)\n \n - Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat maka suasana ini gugur."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10675", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bermesyuarat pada 1 Januari 1970 berpendapat bahawa solat witir sunat dita'khirkan\u00a0kepada akhir malam walaupun luput jemaah kerana ta'khir itu di dalam bulan Ramadhan bagi mereka yang percaya dapat bangun sebelum fajar. jika tidak, afdhal disegerakannya di awal malam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11048", "body": "Sembahyang tarawikh itu boleh dilakukan 8 rakaat atau 20 rakaat. Sesiapa yang suka untuk bersembahyang tarawikh 20 rakaat bolehlah ia berbuat demikian dan sesiapa yang suka untuk bersembahyang tarawikh 8 rakaat bolehlah ia berbuat demikian kerana kedua-duanya menurut sunnah.\nHanya dibenarkan satu jemaah sembahyang tarawikh sahaja dilakukan di mana-mana masjid dan tidak dibenarkan berbilang jemaah yang berasingan di dalam masjid itu. Sesiapa yang hendak bersembahyang tarawikh 8 rakaat sahaja, bolehlah ia mufaraqah setelah ia selesai 8 rakaat jika imam hendak melakukan sembahyang 20 rakaat dan selepas itu ia sembahyang witir 3 rakaat sama ada berjamaah atau seorang diri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11057", "body": "Dalam Islam, Insuran diberikan kepada tiap-tiap orang rakyat oleh pemerintah dan rakyat tidak perlu mencarumkan wang mendapat faedah dari insuran itu. Tetapi insuran yang ada sekarang yang dijalankan oleh badan-badan tertentu dan tidak ada dalam Islam. Badan-badan ini pula menggunakan wang ahli untuk mendapatkan keuntungan di atas nisab ahlinya.\nHukum penglibatan dalam syarikat insuran seperti ini adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11058", "body": "Setelah berbincang dengan panjang lebar, Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 17 Jun 1988 telah membuat keputusan seperti berikut:-\n1. Bahawa tawaf pertama Rasulullah s.a.w. lakukan ialah tawaf Qudum bukan tawaf ifadhah, tetap tawaf Ifadhah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ialah selepas wukuf di Arafah berdasarkan ayat al-Quran dalam Surah Al-Hajj ayat 29 yang berbunyi:\nYang bermaksud: Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Ka\"bah) yang tua sejarahnya itu.\n2. Juga Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:\nDari Ibni Umar bahawa Rasulullah s.a.w. membuat tawaf Ifadhah pada hari Al-Nahr iaitu Hari Raya Pertama (selepas wukuf di Arafah) kemudian pulang ke Mina dan dia menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. melakukannya.\n3. Juga Ijmak Ulama yang muktabar iaitu:\na. Pendapat Mazhab-mazhab yang muktabar (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali) telah bersepakat mengatakan bahawa waktu tawaf Ifadhah dilakukan selepas wukuf di Arafah. (Rujuk Kitab Mazhab Alarba\"ah Jld.1 h. 622)\nb. Di antara syarat-syarat sah tawaf Ifadhah sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Alfikhul Islami bahawa tawaf Ifadhah mesti dilakukan selepas waktu wukuf. (Rujuk Kitab Alfikhul Islami Jld. 3, h. 162)\nAdapun pendapat yang mengatakan bahawa tawaf Ifadhah itu boleh dilakukan sebelum daripada wukuf dan itulah juga dianggap sebagai tawaf Ifadhah. Mereka berpegang kepada Hadis Ibni Umar:\nBermaksud: Dengan Bitawafihi alawal ialah tawaf yang dilakukan selepas sembelih dan tahalul (semuanya itu selepas wukuf) berdasarkan kepada hadis pertama tadi dan pendapat Imam Shaukani di dalam Nailulautar Halaman 78.\nDikuatkan lagi dengan Sahih Al-Bukhari Jilid Pertama halaman 284 jika sekiranya hendak difahamkan ibarat tersebut bermaksud tawaf Qudum sebagai tawaf Ifadhah maka bertentanglah dengan hadis Ibni Omar yang pertama tadi yang dengan jelas menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. selain daripada melakukan tawaf Qudum, Baginda juga melakukan tawaf ifadhah pada hari Nahr selepas sembelihan dan berucukur, yang kedua-duanya dilakukan selepas daripada wukuf. Kalau hendak difahamkan tawaf ifadhah itu boleh dilakukan sebelum wukuf, maka bertentanganlah dengan hadis yang pertama tadi yang mengakibatkan tawaf ifadhah itu dilakukan selepas sembelihan dan bercukur.\nOleh itu maka jelaslah bahawa tawaf Ifadhah mestilah dilakukan selepas wukuf di Arafah, haji yang dilakukan tanpa tawaf Ifadhah selepas wukuf di Arafah tidak sempurna. Oleh itu hendaklah disempurnakan tawaf tersebut. Sekiranya tidak ditunaikan sehingga akhir hayatnya maka terbatallah hajinya itu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11061", "body": "Jawatankuasa Syariah telah memutuskan bahawa:\n1) Buku tersebut adalah di haramkan dari diedarkan di dalam Negeri Perlis.\n2) Pengarang buku tersebut dilarang dari mengadakan ceramah di dalam Negeri Perlis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11064", "body": "Semua jenis Cerai Taklik adalah Sah dan jatuhlah Talak apabila berlaku perkara yang ditaklikkan tersebut dan semua jenis cerai taklik tidak boleh ditarik balik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11065", "body": "Riba dari segi bahasa ialah lebihan - manakala pada syarak ialah lebihan harta yang dikenakan tanpa ganti di dalam pertukaran harta dengan harta, atau sebarang lebihan yang disyaratkan atau dijanjikan untuk diberi kepada orang yang memberi hutang sesuatu manfaat kepada dirinya bersabit dengan hutang yang diberi kepada orang yang berhutang itu.\nJawatankuasa Fatwa telah mengambil keputusan bahawa pinjaman yang dikenakan faedah untuk membeli harta benda sepeti rumah, kenderaan , perkakas rumah dan sebagainya oleh bank atau kerajaan, institusi atau individu yang diamalkan sekarang ini adalah termasuk di dalam takrif riba dan hukumnya adalah haram kecuali jika diubah system pembiayaan secara riba sekarang kepada system al-Qadhul Hasan atau bayaran perkhidmatan.\nAlasan-alasan yang diberikan adalah seperti berikut :-\nPenetuan faedah dibuat semasa akad tanpa diberi perhatian kepada untung rugi\nPeratus kadar faedah berdasarkan kepada jumlah wang (modal) yang terlibat.\nPembayaran faedah tetap seperti yang dijanjikan tanpa diambil kira sama ada projek itu dijalankan oleh pihak kedua itu untung atau rugi.\nJumlah kadar bayaran faedah tidak meningkat sekalipun jumlah keuntungan berlipat ganda."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11071", "body": "Jawatankuasa Syariah telah mengambil keputusan bahawa:\nBersetuju bahawa bacaan Basmalah ada dalam al-Fatihah.\nBersetuju bahawa bacaan Basmalah secara jahr (nyaring) dan sirr(perlahan) kedua-duanya adalah warid (berdasarkan kepada nas)\nBersetuju bahawa Rasulullah s.a.w. lebih banyak membaca secara sirr daripada jahr.\nDengan persetujuan di atas maka seseorang itu boleh membaca Basmalah secara jahr tetapi membaca secara sirr adalah afdal (lebih baik). Keputusan ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil berikut yang dikumpulkan oleh dua pihak yang berlainan pendapat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11075", "body": "Maksud Nusyuz\nYang dimaksudkan dengan nusyuz ialah penderhakaan isteri terhadap suaminya tanpa alasan yang diharuskan syara' dengan tidak mentaati perintahnya atau keluar dari rumah suami tanpa keizinannya atau tidak membenarkan suami memasuki kerumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumah suaminya atau seumpama dengannya.\nHukum Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Nusyuz\nIsteri yang telah disabitkan oleh Mahkamah Qadi Nusyuznya, maka menurut Ijma\" Ulama\" bahawa nafkah kepadanya gugur kerana nafkah diwajibkan kepada isteri disebabkan ianya terkurung dalam rumah tangga. Isteri yang nusyuz ialah isteri isteri yang membebaskan dirinya dari kurungan suami dengan tidak mentaatinya, tanpa alasan yang diharuskan syara' maka gugurlah nafkah ke atasnya. Adapun isteri yang belum disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Qadi, walaupun ada angapan nusyuz, maka nafkah ke atasnya masih wajib."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11076", "body": "Zakat biji-bijian (padi) eloklah dikeluarkan dalam bentuk biji-bijian (padi) itu juga, bukan dengan harganya berpandukan kepada amalan yang telah dibuat di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Akan tetapi sekiranya melakukan yang demikian akan menimbulkan \"masyaqqah\" (kesusahan) kepada pengeluar dan penerimanya, ditambah pula kemudratan yang mungkin berlaku seperti basahnya padi yang tidak dapat dikeringkan sekiranya dikumpulkan atau kerana terpaksa membayar habuan amil jika dibandingkan dengan pembayaran terus kepada Pejabat zakat tanpa melalui amil, maka bolehlah dibayar zakat itu dengan harganya mengikut akad zakat biji-bijian dan bukannya wang zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11077", "body": "Pengagihan zakat dan fitrah negeri Perlis hendaklah dibuat berpandukan prinsip-prinsip berikut:\ni. Zakat dan fitrah di negeri Perlis hendaklah disatukan.\nii. Pengagihan zakat hendaklah diberikan kepada lapan asnaf secara purata 1/8 x 8.\niii. Bahagian fakir miskin hendaklah diberikan sepenuhnya kepada asnaf tersebut dan tidak boleh diambil untuk menampung asnaf yang lain sekiranya berlaku kekurangan kepada asnaf itu.\niv. Sekiranya berlaku lebihan daripada pembahagian zakat itu kepada mana bahagian kerana tidak ada penerimanya amat sedikit dan tidak munasabah diberikan semuanya kepada bahagian tersebut, maka bolehlah bahagian tersebut dipindahkan kepada bahagian lain yang lebih perlu terutamanya bahagian zakat itu adalah diutamakan kepada fakir miskin.\nv. Hasil zakat bijian (padi) hendaklah diagihkan mengikut bilangan kali memungut (menuai)\nvi. Mesyuarat bersetuju, perbelanjaan yang dibuat oleh Pejabat Zakat dan Fitrah Negeri Perlis adalah mengikut Syariah Islamiah seperti berikut:\na. Amilin\n1. Gaji dan elaun.\n2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)\n3. Caruman pencen.\n4. Elaun khidmat awam.\n5. Elaun basikal.\n6. Bahagian amil.\n7. Penyelenggaraan bangunan dan harta zakat.\n8. Penyelenggaraan kenderaan.\n9. Cetak mencetak (urusan zakat).\n10. Pengangkutan padi zakat.\n11. Pengangkutan dan perjalanan.\n12. Penyewa jelapang.\n13. Pelbagai.\n14. Bayaran Audit.\n15. Mesyuarat.\n16. Pendahuluan amil.\n17. Perbelanjaan khas seperti:\n-Mengubah suai pejabat zakat\n-Melengkapkan bilik mesyuarat\n-Perkakasan pejabat.\n-Pembelian komputer.\nb. Fakir dan Miskin (Al-Fuqara\" wal Masakin)\nc. Muallaf.\nd. Ar-riqab (hamba).\n-Basmi kejahilan.\n-Sekolah agama rakyat.\ne. Al-Gharimin\n-Muflis.\n-Jaminan atas hutang syarak.\nf. Fi sabilillah\ni. Pengurusan Masjid.\n-a. Gaji dan elaun.\n-b. KWSP.\n-c. Caruman wang pencen.\n-d. Elaun khidmat awam.\n-e. Pelbagai.\nii. Perbelanjaan khas\n-a. Pagar Masjid.\n-b. Saguhati guru agama kampung.\n-c. Saguhati pegawai masjid.\n-d. Penyelenggaraan masjid, surau dan tanah perkuburan.\n-e. Bantuan penuntut dalam/luar negeri.\n-f. Bantuan kelas membaca al-Quran.\n-g. Saguhati penjaga kawasan masjid.\n-h. Kursus dan seminar.\n-i. Saguhati penerangan agama.\n-j. Bantuan sekolah agama rakyat.\n-k. Peruntukan Yang Di Pertua.\n-l. Ibnu Sabil."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11078", "body": "'Hukum nyanyian menurut Islam pada dasarnya adalah harus jika sekiranya tidak diiringi oleh alat-alat muzik yang diharamkan disamping ianya mengandungi senikata yang baik yang boleh membawa kebaikan kepada individu muslim dan masyarakat. Adapun nyanyian dalam bentuk sekarang ini yang mengandungi iringan alat-alat muzik yang diharamkan oleh syara' dengan senikata yang kadang-kadang bercanggah dengan syara' dinyanyikan pula oleh penyanyi profesional yang mendedahkan aurat dengan pakaian yang sumbang serta persembahannya yang bercampur lelaki dan perempuan disamping senikata yang memberahikan sehingga membawa kepada kelalaian, maka yang demikian itu adalah haram\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11079", "body": "Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara' dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:\n'Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya'.\nKeterangan: 'Al-Ansab' maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11081", "body": "Berhubung dengan zakat gaji, Jawatankuasa membuat keputusan dan formula seperti berikut:\n1. Zakat gaji berdasarkan emas dan perak ditolak:-\na. Diri RM 5,000.00\nb. Isteri RM 3,000.00\nc. Anak (5 orang) RM 7,200.00\nd. Pemberian kepada ibu bapa (jika diberi)\ne. Perubatan (perbelanjaan diri dan keluarga - sebenar)\nf. Hutang dharuriyyat (perbelanjaan sebenar)\ni. Kenderaan\nii. Kediaman\nPERHATIAN:\ni. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan tambahan seperti elaun perbatuan, bulanan, bonus, hadiah, saguhati dan sebagainya hendaklah ditolak perbelanjaan sebenar dan bakinya termasuk di dalam pendapatan sebenar yang mesti dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40.\nii. Perkiraan zakat hendaklah berdasarkan bulan Qamariah.\n2. Zakat gaji berdasarkan pertanian:\nFormulanya adalah seperti berikut:\na. Pendapatan sebenar ditolak pendapatan bulanan.\nb. Baki sekiranya mencukupi nisab, kadar zakatnya\nialah 5%.\nc. Zakat ini wajib dikeluarkan setiap kali menerima\ngaji berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. Surah\nAn-An\"am ayat 141:\nMaksudnya: \nKeluarkanlah olehmu haknya (zakat\n tanaman) pada hari menuai (ketika mendapat hasil)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11082", "body": "Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11083", "body": "Seseorang yang mengerjakan haji yang tedak mengerjakan Tawaf Ifadzah selepas wukuf di Arafah bermakna belum lagi memperolehi Tahallul Thani\u00a0dan bagi golongan itu di haramkan ke atas mereka kepada perkara-perkara berikut:\n1) Berkahwin\n2) Mengahwini orang lain\n3) Meminang\n4) Bersetubuh dan mukaddimahnya\n5) Menjadi wali nikah\n6) Mewakil wali\nLarangan-larangan tersebut adalah berdasarkan hadis-hadis baru."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11085", "body": "Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis tidak sepakat dalam menentukan hukum berkaitan wang faedah kematian tersebut.\nMajoriri Ahli Jawatankuasa Syariah berpendapat bahawa wang faedah kematian TNB itu adalah dikira harta pusaka dan dibahagikan mengikut hukum faraid. Ditambah dengan hujah berdasarkan kepada surat TNB, wang pemberian itu satu kemestian 'Right' (hak mutlak) bukannya 'Privilege' (hak istimewa sementara) iaitu ia menjadi hak, dengan sendirinya menjadi harta pusaka.\nSeorang Ahli Jawatankuasa Syariah berpendapat bahawa wang faedah kematian TNB itu bukan dikira sebagai harta pusaka tetapi dibahagikan mengikut budi bicara. Diantara hujah-hujahnya ialah :\nWang pemberian TNB tersebut merupakan satu hebahan mengikut budi bicara TNB berdasarkan kepada kadar jumlah yang tertinggi. Dengan itu, wang yang berkenaan bukanlah menjadi hak milik sempurna Si Mati kerana pemberian tersebut berlaku selepas kematian.\nPihak waris Si Mati tidak mempunyai hak menuntut sekiranya TNB tidak setuju memberi. Namun, jika diberi sekalipun tidak menjadi hak milik Si Mati. Dengan itu, tidak menjadi pusaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11086", "body": "Solat Sunat Qabliah Jumaat tidak sabit dalam mana-mana hadis sohih, akan tetapi jika ditunaikan Solat Tatawwu\" yakni, sebelum imam menaiki mimbar dan membaca khutbah, maka hukumnya adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11087", "body": "'Harta sepencarian ialah harta atau hasil pendapat yang sama-sama dicari oleh pihak-pihak yang terlibat termasuk suami, isteri atau anak-anak termasuk anak sendiri, anak tiri, anak angkat yang sama-sama bertungkus-lumus berusaha untuk mendapatkannya'.\n'Sementara hak agihan harta ditentukan berdasarkan mengikut kadar sumbangan dan penglibatan oleh pihak-pihak berkenaan dalam menghasilkan harta-harta tersebut'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11089", "body": "Di dalam sembahyang tidak ada fidyah kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:\n'Tinggal sembahyang dengan sengaja itu tidak ada jalan untuk menebusnya melainkan bertaubat Nasuha'.\nAdapun fidyah puasa adalah seperti yang tersebut di dalam ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud:\n'Barangsiapa keberatan ke atas dirinya berpuasa maka hendaklah ia memberi fidyah dengan cara memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap sehari yang ditinggalkannya)'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11090", "body": "Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis berpendapat bahawa penyakit HIV merupakan satu penyakit berjangkit yang sangat berbahaya kepada manusia. Untuk menyelamatkan keadaan ini dari terus merebak, maka pemeriksaan ke atas setiap bakal pasangan yang ingin berkahwin perlu diadakan. Sehubungan dengan itu, beberapa langkah pencegahan perlu dilakukan:\nMembasmi secara menyeluruh semua kegiatan seks di luar nikah seperti pelacuran, penzinaan, liwat dan sebagainya.\nSebarang kegiatan yang boleh mendedahkan kepada jangkitan HIV mestilah dihapuskan sama sekali.\nPihak berkuasa perlu bertindak tegas dan bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan masyarakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10836", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN\nUNDANG-UNDANG ISLAM 1991\n (Enakmen 3/91)\nFATWA DI BAWAH SEKSYEN 36\nFatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:\n'Penubuhan pasukan pancaragam kawad sekolah adalah tertakluk kepada hukum-hukum berikut:\nnyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tiada biadab dan tidak bercampur gaul antara lelaki dan perempuan serta tidak membawa kepada fitnah, hukumnya adalah harus;\nnyanyian yang senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat dan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan serta membawa kepada fitnah, maka nyanyian itu adalah haram;\npancaragam yang melalaikan adalah haram;\nmendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab, tidak bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah dan tidak melalaikan ibadat fardhu dan kewajipan harian;\nmenyanyi untuk menimbulkan semangat jihad hukumnya adalah harus;\npakaian hendaklah menutup aurat dan bersopan.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11092", "body": "Harus bagi mana-mana orang Islam yang Mukallaf untuk menunaikan sembahyang dimana-mana masjid yang selesa baginya kerana tiada sebarang alasan syarak yang menegah seseorang Islam itu dari menunaikan sembahyang fardhu Jumaat dimana-mana masjid di dalam dunia ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10837", "body": "'\nA.\n\tBahawa:\n(a)\tBuku-buku yang bertajuk:\n(i) 'Hadis Satu Penilaian Semula' dan 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik' yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;\n(ii) 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu dan Hadis Di Dalam Al-Quran' yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;\n(iii) 'Bacaan' yang ditulis oleh Othman Ali;\n(iv) 'The Computer Speaks God\"s Message To The World' yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa; dan\n(b)\tRisalah 'Iqra' terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia;\nAdalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Akidah, Syariah dan Akhlak Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut antara lain, menolak hadis sahih (iaitu hadis yang disahkan bersumber daripada Rasulullah s.a.w.) sebagai sumber Akidah dan Perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah s.a.w. dan menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran.\nB.\n\tBahawa orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang disebut dalam subperenggan (A)(a) dan (b) adalah sesat dan bertentangan dengan Akidah, Syariah dan Akhlak Islam.\nC.\n\tOleh yang demikian:\n(1)\tmana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadis Di Dalam Al-Quran', 'Bacaan', 'The Computer Speaks God\"s Message To The World' dan risalah 'Iqra' ADALAH MURTAD.\n(2)\tmana-mana orang Islam adalah dilarang:\n(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut;\n(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku-buku buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadis Di Dalam Al-Quran', 'Bacaan', 'The Computer Speaks God\"s Message To The World' dan risalah 'Iqra' atau mana-mana bahagianya, termasuk:\n(i)\tapa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n(ii)\tapa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;\n(iii)\tapa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah itu;\npada apa-apa bahan, samada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media;\n(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam subperenggan C (1) atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.\n(d)\tmenjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran, membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman ini.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11093", "body": "Solat Hajat tidak disyariatkan berjemaah akan tetapi jika ditunaikan secara berjemaah, hukumnya adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10841", "body": "1. Bersahabat dengan jin untuk tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.\n2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.\n3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.\n4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir dan nujum adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10842", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN\nUNDANG-UNDANG ISLAM 1991\n \n PENGUBAHSUAIAN FATWA\n DI BAWAH SEKSYEN 38\nPengubahsuaian yang berikut terhadap fatwa yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang pada 18 haribulan Ogos 1988 yang dibuat oleh Mufti Pahang atas kelulusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 38 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 adalah disiarkan menurut subseksyen 36 (2) Enakmen itu:\nA. Bahawa:\n(i) Buku yang bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan' yang ditulis oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad dan isi kandungannya; dan\n(ii) 'Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi' yang ditulis oleh Mohamad Taha As Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahawa dan isi kandungannya adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.\nB. Bahawa Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan' dan 'Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi' adalah diharamkan.\nC. Bahawa pengharaman ini meliputi:\n(i) Apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di (A) di atas dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi kesemua tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuan ialah pencapaian pengajaran kebatinan iaitu suatu pegangan ideology, falsalah atau kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariah Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah.\n(ii) Apa-apa bahan publisiti kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam termasuk mana-mana terbitan ertinya aoa-apa bahan termasuk suatu gambar, gambar foto, logo, poster, rajah, surat edaran, glanser filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk memberikan publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas.\n(iii) Apa-apa terbitan ertinya buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain samada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat dari suatu imej berdasarkan penglihatan yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunkan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak, rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, cakera padat yang mana dirakamkan rakaman suara manuasia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas. Oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, social, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup atau mengembangkan kumpulan ini,\nOrang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen : menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam kepada mana-mana harta alih, dan semua pihak dilarang daripada memberikan apa jua kemudahan dan bantuan dalam menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11098", "body": "Majoriti Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bersetuju menerima kertas kerja yang ditulis oleh Dato\" Alim Setia Ahmad Bin Jusoh iaitu penetapan Hari Raya Haji mestilah mengikut Wukuf di Arafah, antara lain yang menjadi hujjah kepada pendapat ini ialah :\nMalaysia bukan sebuah negara yang sesuai untuk dirukyah anak bulan. Ini berdasarkan kepada kejayaan akademik yang telah dilakukan selama tiga tahun oleh Profesior Dato\" Doktor Hj. Haron Bin Din di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tempoh itu hanya sekali sahaja anak bulan dapat dikesan.\nHari Raya Haji merupakan hari raya khusus yang bertanggungjawab menentukan ialah kerajaan Arab Saudi bukan kita.\nTiada Hujjah yang mengatakan Hari Raya Haji jatuh pada 10 Zulhijjah, tetapi sebenarnya selepas wukuf iaitu hari nahar.\nSeorang Ahli Jawatankuasa Syariah tidak setuju dengan pendapat majority dan berpegang dengan Fatwa Kebangsaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11102", "body": "Wang zakat mengikut syariat islam wajib dibahagikan kepada asnaf yang lapan untuk dimiliki oleh mereka secara bebas tanpa ditinggalkan sebarang baki. Pembahagian harta-harta zakat itu hendaklah mengikut keutamaan yang disebut satu persatu oleh ayat al-Quran. Dengan membanyakkan peratus pembahagian yang disebut dahulu oleh al-Quran dan dikurangkan pembahagian sehingga yang terakhir.\nHarta zakat berdasarkan ayat al-Quran adalah hak yang dimiliki kepada selain yang disebutkan tadi. Perkara ini dikuatkan dengan sepotong Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:\n\"Zakat diambil s.a.w. sentiasa membahagikan harta-harta zakat yang dikumpulkan kepadanya kepada asnaf-asnaf yang lapan tanpa meninggalkan sebarang baki.\nMengenai pelaburan yang telah dibuat, maka Jawatankuasa berpendapat ianya dimaafkan dan tidak berulang berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud:\n'Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah lalu'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10848", "body": "Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:\n'Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10849", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN\nUNDANG-UNDANG ISLAM 1991\n(Enakmen 3/91)\nFATWA DI BAWAH SEKSYEN 36\nFatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:\nA. Bahawa buku yang bertajuk 'Hakikat Insan' karangan Haji Ahmad Laksamana, Kota Bharu, Kelantan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah.\nB. Bahawa orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hakikat Insan' adalah sesat dan bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah.\nC. Oleh yang demikian:\n(1) Mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hakikat Insan' adalah menyeleweng dan menjadi murtad.\n(2) Mana-mana orang Islam adalah dilarang:\n(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hakikat Insan.'\n(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku 'Hakikat Insan' atau mana-mana bahagiannya termasuk:\n(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa jua bahasa;\n(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada buku 'Hakikat Insan.'\nPada apa-apa bahan, samada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media;\n(c) mengembangkan ajaran-ajaran buku 'Hakikat Insan'.\n(d) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hakikat Insan'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11107", "body": "'Syariat Islam telah menentukan pembahgian harta pusaka mengikut kadar-kadar yang tertentu bagi setiap ahli waris. Hanya ahli waris yang layak sahaja (tidak terdinding) yang berhak mendapat harta pusaka peninggalan si mati.\nSekiranya terdapat ahli waris yang cuba menyembunyikan ahli waris yang lain dengan tujuan agar mereka mendapat bahgian lebih baik atau agar mereka tidak terdinding, maka ia telah dikira menghalang seseorang untuk mendapat haknya yang ditentukan oleh syara'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10612", "body": "Majlis mengisytiharkan bahawa buku-buku atau terbitan yang tersenarai dalam jadual sebagai terbitan haram kerana mengandungi perkara berlawanan dengan hukum Syarak dan atau ajaran agama Islam.\n \n Jadual:\n \n 1) The Sufi's People Of The Path Vol.1 &2\n Bhagwan Shree Rajnesh\n Usha Offset Printers, Bombay,India\n \n 2) Until You Die,Discourses On The Sufi Way\n Bhagwan Shree Rajnesh\n Mo. Yoga Lazemi, Rajnesh Foundation Shree Rajnesh Ashram, India\n \n 3) Al-Quran Tentang Manusia dan Ekonomi , Al-Quran Tentang Manusia dan Masyarakat, Al-Quran Tentang Manusia dan Syalat, Puasa dan Waktu\n Nazwar Syamsu\n Thinker's Library Sdn. Bhd. Johor Bahru\n \n 4) Understanding Islam An Introduction To The Muslim World\n Thomas W. Lippmer\n A Mentor Book New American Library, New York 1982\n \n 5) Ilmu Qiraat Al-Quran (Qiraat Tujuh)\n Drs. Abdul Malik Yamint\n Pustaka Antara, Kuala Lumpur\n \n 6) Studies On Islam A Simple Outline Of The Islamic Faith\n Jack Budd\n Made and Printed in Great Britain by Stanley L.Hunt(Printers) Ltd., Rushdan Northants\n \n 7) The Collection Of The Quran\n John Burton\n The Syndicate of The Cambridge University Press\n \n 8) Kafir Mengkafir Siapakah Yang Kafir\n Khalid Salleh\n Tintms 34, Jalan 10 Gombak, Selangor\n \n 9) Gayong Bersambut\n Hashim A. Ghani\n KTF Institut 31, Wisma Sentosa, Kuala Pilah, Negeri Sembilan\n \n 10)Muhammad\n Michael Cook\n Oxford, New York Oxford University Press\n \n 11)Miracles & Metaphors\n Mirza Abdul Fadl Gulpaygani (Terjemahan Juan Ricard Cole)\n Kalimat Press 1088, Wilshire Baulevard Suite 700, Los Angeles CA 90024\n \n 12)Hadis Satu Penilaian Semula\n Kassim Ahmad\n Media Intelek Sdn. Bhd., Tingkat 2B, Wisma FAM, Petaling Jaya\n \n 13)Rahsia Mengenal Diri 1\n Al-Ustaz Hal Azwan\n Cetak Khidmat (M) Sdn. Bhd. Lot 10-2B, Jalan Besar Ampang, 68000 Ampang, Selangor.\n \n 14)Rahsia Mengenal Diri 2,3 dan 4\n Al-Ustaz Hal Azwan\n Percetakan Istiramai Enterprise Sdn. Bhd. Taman Nirwana, Ampang\n \n 15)The 100 A Ranking Of The Most Influential Persons In History\n Michael H.Hart\n Golden Books Centre Sdn. Bhd., No. 26, Jalan Daud, Kampung Baru, Kuala Lumpur\n \n 16)Tafsir Al-Mizan Mengupas Ayat-Ayat Roh Dalam Alam Barzakh (Terjemahan) Judul Asal : Al-Mizan For Tafsir Al-Quran\n Allamah Sayyid Muhammad Husein Thabathaba'i, Penterjemah : Syamsuri Rifai\n C.V Firdaus Jln. Keramat Sentiong MAsjid No. E 105. Tel:310479 Jakarta Pusat\n \n 17)Seri Dasar-Dasar Filsafat Islam Prinsip-Prinsip ISlam (Dalam Al- Quran)\n Dr. Bahesty dan Dr. Bahanor ; Terjemahan: Sofyan Abu Bakar\n Risalah Masa, Jln. Awakydub II, No 8 ; Tel:3102910 Tanah Abang . Jakarta Pusat\n \n 18)Islamic Sufism\n Capt. Wahid Bakhsh Rabani Allah Abad, India\n A.S Noordeen G.P.O Box 10066, 50704 Kuala Lumpur\n \n 19)Mujarobat Melayu\n -\n Maktabah Matbaah Darul Maarif 173-C Sungai Pinang Road, Pulau Pinang\n \n 20)Taqwa Bekalan Menuju Akhirat\n Mohd. Fadli bin Ismail\n Pustaka Al-Irshad, 43A, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur\n \n 21)\"Pembelaan ...\"\n Paul Tan Chee Ing. S.J\n Pusat Penyelidik Katolik\n \n 22)Islam A Christian Witness\n Martin Goldsmith\n Send The Light (Corporation Mobilixation) P.O. Box 48, Bremley Kent, England Holder And Stoughtan England 1982\n \n 23)Conspiracies Againt The Quran\n Sayed Abdul Wadud\n Zalfhan Publishers Kuala Lumpur\n \n 24)A History Of God\n Karen Amstrong\n Ballatine Books Random House Inc. New York\n \n 25)Nur Muhammad S.A.W\n Penyusun: Salim Osman\n -\n \n 26)Pedoman Fardhu Ain Buku 1 dan 2\n Penyusun: Abu Abdul Rahman An Nairuisy\n Syarikat Nurulhas P.O.Box 194, Gombak, 53700 Kuala Lumpur\n \n 27)Akhirnya Ku Temukan Kebenaran ; Judul Asal:Thumma Ihtadaitu; Edisi Inggeris: Then I Was Guided\n Muhammad Al-Tijani As-Samawi ; Penterjemah: Syed Husein Shahab\n -\n \n 28)The Torn Veil\n Thelma Sangster\n Marshall Morgan & Scott\n \n 29)Beyond The Mosque\n Phil Parshall\n -\n \n 30)Sembahyang Rasulullah\n Us. Abu Bakar Al-Asyari\n Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur\n \n 31)Religion East And West\n Ward J. Fellows\n Holt Rinehast and Winston\n \n 32)Keutamaan Budi Dalam Islam\n Mohamad Fadlohi H.S\n Al-Ikhlas, Srabaya, Indonesia\n \n 33)Introduction to The Quran\n Montgomey Watt & Richard Bell\n -\n \n 34)The Islamic Movement And The Threat To Western Civilization\n Richard Veville Sanderson\n The American Classical College Press, P.O.Box 4526 Albuquerque N.M. 81706 USA\n 35)Letters & Essays (1886-1913)\n Mirza Abdul Fadl (Terjemahan oleh Juan Ricordo Cole)\n Kalimat Press 1088 Wilshire Bulevard Suite 700, Los Angeles CA 90024\n \n 36)Understanding The Islamic Explosion\n Bernard Palmer\n Harizan House Publisher Alberta, Canada 1980\n \n 37)Wanita Dimata dan Hati Rasulullah (Ceramah di Gereja Jursuit Paris); Buku Asal: Women In The Eyes And Heart Of Muhammad)\n Ali Syari'ati ; Penterjemah:Sofian Abu Bakar\n Penerbit Risalah Masa Jalan Awaludin 11, No. 8, Tanah Abang, Jakarta Pusat\n \n 38)Siapa Mengapa Ahlul Bayt; Tajuk Asal: Ahlul Bayt\n Penterjemah: Hassan Abdul Qadir\n Penerbitan Umu Bandung\n \n 39)Setiap Bid'ah menyesatkan (1)\n Rasul Dahri\n Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru\n \n 40)Persoalan Bid'ah dan Percanggahannya\n Rasul Dahri\n Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru\n Percetakan IWC Sdn. Bhd. No.78, Jln. 10/11 8B Desa Tun Razak (Industrial Park) 56000 Cheras, Kuala Lumpur"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10615", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 29 Mei 2003 telah membincangkan mengenai Hukum Pembuatan Fabrikasi Logam Berunsur Islam.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n Penggunaan tulisan atau khat-khat ayat Al-Qur\"an, Hadis Rasulullah S.A.W, Lafzul Jalalah (\n????)\n, kalimah Tauhid dan lain-lain kalimah yang mempunyai kemuliaan tersendiri di dalam Islam, untuk tujuan dakwah adalah diharuskan dengan syarat-syarat dan disiplin-displin tertentu sebagaimana berikut:-\n \n i. Tulisan tersebut hendaklah menggunakan khat yang mudah dibaca dan difahami oleh orang awam, contohnya khat nasakh, rak'ah dan thuluth.\n \n ii. Lokasi penempatan khat-khat tersebut hendaklah ditempat yang tinggi sesuai dengan kemuliaan ayat-ayat Al-Qur\"an dan Hadis Rasulullah S.A.W, Lafzul Jalalah (????), Kalimah Tauhid dan lain-lain kalimah yang mulia.\n \n iii. Lokasinya adalah terbatas di dalam masjid, surau, rumah, pejabat dan dewan atau di tempat-tempat bersesuaian dengan kemuliaan kalimah-kalimah tersebut yang mana penjagaan kemuliaan ayat-ayat dak kalimah-kalimah tersebut terjaga dengan secara berterusan dan berpanjangan.\n \n iv. Penempatan khat tersebut bukan dipagar atau jeriji samada di masjid, surau dan bangunan-bangunan lain, bukan juga ditempatkan di lokasi yang tidak sesuai dengan martabat dan kemuliaan Al-Qur\"an, Hadis Rasulullah S.A.W, Lafzul Jalalah (????), Kalimah Tauhid dan lain-lain kalimah yang mulia.\n \n v. Tujuan penggunaan khat-khat tersebut adalah untuk dakwah dan bukan sebagai hiasan sahaja.\n \n vi. Hendaklah dipastikan pembuat ayat-ayat tersebut adalah daripada orang-orang Islam.\n \n vii. Hendaklah ada jaminan bahawa bangunan-bangunan yang ditulis ayat-ayat tersebut tidak bertukar milik kepada bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10620", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 1 Oktober 2001 telah membincangkan mengenai Ikatan Perkahwinan Kepada Pasangan Yang Suaminya Berfahaman Ahmadiah/Qadiani.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n Barangsiapa yang mempercayai, menganut, mengamal dan menghayati ajaran Ahmadiah/Qadiani adalah terkeluar dari Islam. Maka dengan itu, terfasakhlah ikatan pernikahannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10626", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 6 Ogos 2001 telah membincangkan mengenai Penggunaan Nama Islam.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n1) Tiada halangan untuk mengggunakan perkataan \"Islam\" oleh mana-mana orang atau pertubuhan malah digalakkan tetapi hendaklah mematuhi tatatertib ilmu, iman dan ihsan.Walaubagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan \"Islam\" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan kaedah-kaedah syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.\n \n 2) Seseorang itu sudah diiktirafkan sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain selain daripada menepati Rukun Iman dan Rukun Islam, seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya, adalah salah disisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang ter masuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.\n \n 3) Ketentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T. Dari itu, dakwaan bahawa pegnakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau jika pegnakuan dan sokongan diberi kepada orang atau pertubuhan tertentu ituseseorang Islam itu akan masuk dalam neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa cara jua akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10628", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang telah membincangkan mengenai Hukum Bacaan Majlis Ratib Al-Attas dan Asma' Al-Husna.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n Ahli Lujnah Fatwa berpendapat tiada halangan bagi beramal dengan Ratib Al-Attas dan \"Asma' Al-Husna\".\n \n Kebenaran ini tertakluk kepada syarat yang telah diputuskan oleh Lujnah Fatwa. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:\n \n 1) Segala penulisan serta percetakan yang melibatkan ayat-ayat al-Quran mestilah menggunakan kaedah Rasam Uthmani, dan digalakkan penulisan dan percetakan selain daripada ayat-ayat al-Quran seperti zikir dan doa juga menurut kaedah Rasam Uthmani.\n \n 2)Manakala petikan ayat daripada al-Quran di dalam zikir dan doa hendaklah juga ditulis dengan kaedah Rasam Uthmani.\n \n 3) Pengguna kalimah \"?\n??????\"\n hendaklah ditukarkan kepada kalimah\n \n\"?????\" .\n \n 4) Asma' Al-Husna hendaklah berpandukan dengan nas yang diambil daripada hadis yng diriwayatkan oleh Abu Hurairah.\n \n 5) Elakkan daripada memisahkan dua kalimah yang perlu berganding seperti \n?? ???\n dan \n?? ???."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10654", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang telah membincangkan mengenai Pemindahan Kubur Kerana Membina Empangan. Mesyuarat telah memutuskan bahawa adalah diharuskan pihak kerajaan memindahkan juzuk-juzuk mayat ke tempat yang baru iaitu di Sungai Pau, Sik Kedah kerana ingin membina Empangn Beris yang bertujuan untuk memberikan manfaat kepada rakyat Kedah khususnya seperti membekalkan air untuk tanaman dan ternakan, serta kehidupan seharian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10685", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 25 Ogos 2001 telah membincangkan mengenai Tuntutan Fasakh Kerana\u00a0'Unnah'. Mesyuarat memutuskan bahawa diharuskan pihak isteri menuntut fasakh disebabkan suaminya mengalami 'Unnah' (mati pucuk) dengan syarat sebelum perkahwinan isteri tidak tahu bahawa suaminya itu mengalami 'Unnah' tetapi jika isteri mengetahui bahawa suaminya itu mengalami 'Unnah' sebelum berkahwin dan tetap ingin berkahwin dengan suaminya itu maka pihak isteri tidak diharuskan menuntut fasakh."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10752", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 24 Ogos 2003 telah membincangkan mengenai cadangan memberi kebenaran mendirikan solat Jumaat kepada ahli mukim di pusat-pusat Latihan Belia, Sekolah, Asrama, Kem Tentera dan Penjara yang tiada ahli mustautin:\nMesyuarat mengambil keputusan menolak permohonan mendirikan Solat Jumaat kepada mana-mana ahli mukim yang tiada ahli mustautin. Sekiranya keadaan mendesak dan dharurat, maka keputusan Mesyuarat Jamaah Ulama\" yang lalu digunapakai iaitu hendaklah ada dalam mukim atau pusat tahanan sekurang-kurangnya 4 orang pemaustautin seperti kebenaran yang diberikan kepada Penjara Malaysia untuk mendirikan Solat Jumaat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11520", "body": "YM Dato\" Pengerusi memaklumkan beberapa perkara yang telah dibincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, antaranya :-\n(a) Pengendalian mayat mangsa AIDS. Setelah Jawatankuasa Fatwa mendengar penjelasan daripada pihak Jabatan Kesihatan maka didapati tidak ada sebab orang-orang Islam yang mengalami AIDS tidak dimandikan. Mayat pesakit AIDS sama dengan mayat orang-orang Islam lain hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan.\n(b) Skim Simpanan Premium di dalam Bank Simpanan Nasional. Skim ini dibuat dalam bentuk orang ramai membeli sijil. Di dalam perkara ini keuntungan sepatutnya hak penyimpan oleh itu dalam amalan sekarang sebahagian keuntungan dibahagi kepada penyimpan dan sebahagiannya dijadikan hadiah. Setelah dikaji Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat keputusan iaitu harus disimpan di dalam Sijil Premium itu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12032", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu\"tabar dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Mac 1998 memutuskan untuk bersetuju dan menerima dengan pembaharuan pelaksanaan agihan modal melalui konsep bayar semula separuh peruntukan agihan modal dalam Dana Amanah Fakir/Miskin dan Muallaf (DAM).\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10753", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 31 Julai2005 telah membincangkan hukum wakaf bagi tanah 'Hak Milik Terhad'. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Tanah-tanah wakaf yang diletakan di bawah kenaziran atau kawalan majlis adalah diiktiraf sebagai wakaf muabbad (kekal) sama ada tanah-tanah tersebut bertaraf 'Hak milik kekal' atau 'Hak milik terhad'.\n\u00a0\n2) Tanah-tanah wakaf yang bertaraf 'Hak Milik Terhad' adalah terkecuali dari Akta Kanun Tanah Negara Tahun 1965 kerana ianya melibatkan Hukum Syara' dan telah diberi kekecualian dalam seksyen 4(2) akta berkenaan : 'Kekecualian setakat mana yang diperuntukan dengan nyata sebaliknya, tiada apa juga dalam akta ini boleh menyentuh peruntukan - (e) mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai wakaf atau baitulmal'.\n\u00a0\n3) Mesyuarat juga menasihatkan majlis untuk membuat pindaan kepada Enakmen Majlis Bil. 4, Tahun 1994 seksyen 61 hingga 66 berkaitan dengan wakaf dan nazar khususnya yang berkaitan dengan tanah wakaf agar selaras dengan Akta Kanun Tanah Negara yang memperuntukan bahawa Kerajaan Negeri boleh memberi pemilikan tanah secara kekal jika pihak berkuasa negeri berpuas hati tanah itu digunakan untuk kepentingan awam seperti seksyen 76(a) Kanun Tanah Negara. Dengan itu semua tanah wakaf yang bertaraf 'Hak Milik Terhad' boleh bertukar menjadi 'Hak Milik Kekal' kerana wakaf itu sendiri adalah untuk kepentingan awam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11009", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 6 Januari 1997 buat kali ke 137 telah bersetuju sebulat suara dengan apa yang telah dibincangkan iaitu:-\n \n i) Tanah wakaf individu\n \nBahawa tanah wakaf boleh dipajak (hijarah) dalam tempoh yang tertentu berdasarkan kepada nas Kitab Nihayah, juzuk 5, m.s. 397, Kitab Tuhfah, juzuk 6, m.s. 172, Kitab Al-Hawi, juzuk 7, m.s. 407.\n \n ii) Tanah wakaf kurniaan kerajaan negeri (rizab)\n \n Bergantung kepada niat kerajaan. Sekiranya kerajaan berniat wakaf, ia menjadi wakaf. Sekiranya ia diberikan hanya sebagai rizab, maka ia ditetapkan sebagai pemberian kepada Baitul Mal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11777", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan Fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-77 pada 20-21 April 2007 bahawa: Hukum Skim Pelaburan SwissCash Mutual Fund dan seumpamanya adalah haram kerana mengandungi unsur riba dan akad mudharabah yang rosak syaratnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12033", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan dengan teliti dan mengambil kira beberapa aspek tertentu dan hasil perbincangan tersebut, Ahli Jawatankuasa telah mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Masjid baru yang dicadang hendak dibina itu hendaklah didirikan di atas tapak yang baru (tanah 5 ekar) yang diberi oleh Kerajaan. Ini memandangkan kerana kemaslahatan ummah di masa akan datang.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. a) Masjid yang lama tidak perlu dirobohkan, Jabatan Agama Islam Selangor akan mengarahkan supaya tidak dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat di Masjid lama.\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Kehormatan dan kesucian masjid lama itu hendaklah terus dipelihara sebagai sebuah masjid. Dan ahli Jawatankuasa yang baru hendaklah bertanggungjawab diatas keselamatan dan kehormatan masjid yang lama itu.\"\n\n\n\u00a0\n\n\nc) Untuk meneruskan pahala amal jariah orang dahulu, maka dibenarkan di masjid lama itu untuk mendirikan sembahyang lima waktu sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12546", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 01/2016-1437H yang bersidang pada 28 Januari 2016 bersamaan 18 Rabi\u2019al-Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bil. 2/2015 berkenaan Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariat (KWSP-Islamik) dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan\u00a0yang dikemukakan\u00a0Muzakarah mendapati bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Selaku pemegang amanah ke atas simpanan ahli KWSP, keuntungan yang diperolehi oleh KWSP adalah berbentuk\u00a0\ntakasub\u00a0\n(usaha) dan bukan secara\u00a0\nghasab\n(pengambilan harta tanpa hak atau secara zalim). Dividen yang diterima oleh ahli KWSP diperolehi melalui transaksi pelaburan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan kontrak yang dipersetujui bersama.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. KWSP merupakan pemegang amanah yang diberi mandat untuk menguruskan simpanan ahli-ahli di bawah Akta KWSP 1991, di mana\u00a0majikan diwajibkan\u00a0untuk mencarum dengan KWSP bagi pihak ahli dan setakat ini\u00a0tiada sebarang pilihan diberikan\u00a0kepada ahli\u00a0dan mereka tiada\u00a0\nhak tasarruf\n\u00a0(mengurus) dalam urusan simpanan mereka sejak dari awal mencarum dalam KWSP. Simpanan tersebut akan menjadi hak dan milik ahli KWSP setelah mencapai had umur yang ditetapkan.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Berdasarkan amalan semasa perbankan dan kewangan Islam di Malaysia,\u00a0tiada sebarang ketetapan\u00a0yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mewajibkan pelanggan perbankan Islam untuk\u00a0menyucikan terlebih dahulu sebarang pendapatan tidak patuh syariah yang diterima\u00a0sama ada daripada aktiviti perbankan konvensional atau daripada sumber-sumber lain\u00a0sebelum boleh mendeposit atau melabur\u00a0ke dalam\u00a0produk patuh syariah\u00a0yang ditawarkan oleh institusi perbankan dan kewangan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan resolusi\u00a0membenarkan segala dividen yang diterima daripada produk konvensional dilaburkan semula ke dalam produk patuh syariah.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusan\u00a0: Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ahli KWSP sedia ada yang memilih akaun KWSP-Islamik tidak perlu melakukan pembersihan dividen bagi pertukaran kali pertama.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11267", "body": "1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan. Mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.\n2. Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Islam dan Rukun Iman. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam.Oleh itu sesiapa yang menganut, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman\u00a0tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah dan menyeleweng.\n3. Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam dilayakkan ke syurga atau neraka adalah salah menurut Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah dan menyeleweng."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11523", "body": "Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Muzakarah mengenai pengamalan Tarekat Naqsyanbandiyah Khalidiah, tidak perlu diadakan dan surat pengesahan mengenainya tidak dikeluarkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10246", "body": "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-12 yang bersidang pada \n20 Februari 1977\n telah membincangkan Rancangan Keluarga. Persidangan telah memutuskan bahawa Rancangan Keluarga mengandungi tiga bahagian, iaitu:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tMemandulkan lelaki atau perempuan hukumnya adalah haram.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tMencegahkan beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya\u00a0adalah haram melainkan dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh\u00a0syarak bagi orang-orang perseorangan.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tMenyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan\u00a0keluarga dengan cara yang lain daripada (a) dan (b) di atas\u00a0adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10758", "body": "Tidak harus bahkan haram memberi minum air mani itu kepada orang dan kepada kita sendiri dengan tujuan untuk membuat suami setia terhadap isteri, walaupun air mani itu tidak najis tetapi ianya tidak harus dimakan dan diminum kerana Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : \"Allah Ta'ala memuliakan anak Adam\" ( dengan itu tidak boleh dimakan dan diminum )."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11270", "body": "1. Fahaman dan Ajaran Syiah bercanggah dan menyeleweng daripada Fahaman dan Ajaran Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan Negara.\n2. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan kepada beberapa percanggahan yang terdapat dalam Fahaman dan Ajaran tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan lain-lain.\n(a)\u00a0\nPenyelewengan Dari Sudut Akidah\n(i) Khalifah Diwasiatkan Secara Nas\n( Sila Rujuk Kitab \u2018Aqaid Al-Imamiah Oleh Syeikh Muhammad Redha Al-Muzaffar, Halaman 78)\n(ii) Iman Adalah Maksum\n(Sila Rujuk Kitab Al-Syiah Fi Al-Mizan Oleh Muhammad Jawad Mughniah, Halaman 38)\n(iii) Ilmu Allah Berubah-Ubah Mengikut Suatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia\n(Sila Rujuk Kitab Al-Usul Min Al-Kafi Oleh Al-Kulani, Juzu\u2019 1, Halaman 146)\n(iv) Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan\n(Sila Rujuk Kitab Aqa\u2019id Al-Imamiah Oleh Syeikh Muhammad Redha Al-Muzaffar, Halaman 83)\n(v) Berpura-Pura\n(Sila Rujuk Kitab Al-Usul Min Al-Kafi, Juzu\u2019 2 Oleh Abu Ja\u2019afar Muhammad Bin Ya\u2019kub Bin Ishak Al-Kulani Al-Razi, Halaman 217)\n(vi) Muhammad Bin Hassan Al-Askari Ialah Imam Mahdi Al-Muntazar\n(Sila Rujuk Kitab As-Syiah Wa Al-Tashih Al-Syira\u2019 Baina Al-Syiah Wa Al Tasyayyu\u2019 Oleh Dr. Musa Al-Musawi, Halaman 61)\n(vii) Saidina Ali Disama Tarafkan Dengan Allah SWT\n(Sila Rujuk Kitab Al-Usul Min Al-Kafi Oleh Al-Kulaini, Juzu\u2019 1, Halaman 197)\n(viii) Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah SAW\n(Sila Rujuk Kitab Al-Anwar Al-Nu\u2019maniah Oleh Syed Nikmatullah Al-Musawi, Halaman 81)\u00a0\n(ix) Menghalalkan Nikah Muta\u2019ah\n(Sila Rujuk Kitab Man La Yahduruhu Al-Faqhcoleh Abu Ja\u2019far Muhammad Bin Ali Bin Al-Hussain Bin Babawaih Al-Qummi, Juzu\u2019 1, Halaman 358)\n(b)\u00a0\nPenyelewengan Dari Sudut Syariah\n(i) Menolak Ijma\u2019 Ulama\u2019\n(Sila Rujuk Kitab Mukhtasar Al-Tuhfah Al-Ithna Asyariyyah Oleh Shah Abdul Aziz Ghulam Hakim Al-Dahlawi, Halaman 51)\n(ii) Menolak Qias\nSila Rujuk Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usulaha Oleh Muhammad Bin Al-Hussain Ali Kashif Al-Ghito\u2019, Halaman 149)\n(iii) Mengamalkan Nikah Muta\u2019ah\n(Sila Rujuk Kitab Al-Nihayah Fi Mujarrad Al-Fiqh Wa Al-Fatawa Oleh Abu Ja\u2019faar Muhammad Bin Al-Hassan Al-Tusi, Halaman 489-491. Kitab Tahzib Al-Ahkam Oleh Abu Ja\u2019far Muhammad Bin Al-Tusi, Halaman 254, 259, 266)\n(iv) Menolak \u2018Aul Dan Mendahulukan Qorabah Daripada \u2018Asobah Dalam Masalah Pusaka\n(Sila Rujuk Buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Halaman 100-101)\n(v) Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthmandan Mu\u2019awiyah Sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut Mereka Adalah Musuh Allah SWT\n(Sila Rujuk Kitab Al-Tafsir Oleh Muhammad Bin Mas\u2019ud Bin Al-Iyasy, Juzu\u2019 1, Halaman 166)\n(vi) Hanya Saidina Ali Yang Menghimpunkan Al-Quran Dengan Sempurna\n(Sila Rujuk Kitab Al-Usul Min Al-Kafi Oleh Al-Kulani, Juzu\u2019 1, Halaman 228)\n(vii) Menambah Syahadah\n(Sila Rujuk Kitab Al-Usul Min Al-Kafi Oleh Al-Kulani, Juzu\u2019 1, Halaman 441)\n(viii) Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah\n(Sila Rujuk Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usulaha Oleh Muhammad Bin Al-Hussain Ali Kashif Al-Ghito\u2019, Halaman 149)\n(c)\u00a0\nPelbagai Penyelewengan Umum\n(i) Menziarahi Kubur Saidina Ali Ganjarannya Syurga\n(Sila Rujuk Kitab Al-Irsyad Oleh Muhammad Bin Muhammad Bin Al-Nu\u2019man Al-Baghdadi, Halaman 252)\n(ii) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram\n(Sila Rujuk Kitab As-Syiah Wa Al-Sira\u2019 Baina Al-Syiah Wa Al Tasyayyu\u2019 Oleh Dr. Musa Al-Musawi, Halaman 98)\n(iii) Menghina Abu Bakar Dan Umar Serta Dua Orang Isteri Nabi Muhammad SAW Iaitu Saiddatina Aisyah Dan Hafsah\n(Sila Rujuk Kitab Tuhfah Al-Awam Maqbul Oleh Al-Syed Manzur Hussain, Halaman 330)\n(iv) Menetapkan Prinsip Khumus Sebagai Kadar Zakat\n(Sila Rujuk Kitab Tahzib Al-Ahkam Oleh Ja\u2019far Muhammad Bin Al-Tusi, Halaman 122)\n(v) Imamah Dan Khilafah Sebahagaian Daripada Rukun Islam Dan Ianya Berlaku Melalui Nas\n(Sila Rujuk Kitab Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Halaman 145-146)\n(vi) Mengharuskan Jama\u2019 Sembahyang Dalam Semua Keadaan\n(Sila Rujuk Kitab Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Tahun 1993 Halaman 36)\n(vii) Sembahyang Dhuha Adalah Bida\u2019ah\n(Sila Rujuk Kitab Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Halaman 31)\n(viii) Islam Bukanlah Syarat Wajib Haji\n(Sila Rujuk Kitab Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Halaman 31)\n(ix) Wajib Menyapu Kedua-Dua Belah Kaki Dan Tidak Memadai Basuh Pada Kedua-Duanya\n(Sila Rujuk Kitab Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Halaman 31)\n3. Mana-mana orang Islam atau kumpulan dilarang berpegang kepada ajaran dan fahaman tersebut kerana ia bertentangan dengan Ajaran dan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah. Larangan ini meliputi :\n(a) Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan, yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan menggamalakn ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah;\n(b) Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan, melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli Jama\u2019ah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Ajaran dan Fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahlli Sunnah Wal Jama\u2019ah;\n(c) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran atau fahaman syiah atau apa-apa ajaran atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran dan fahaman syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah;\n(d) Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran atau fahaman syiah atau apa-apa ajaran atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran dan fahaman syiah dalam apa-apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan;\n(e) Orang-orang Islam juga adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan lain, dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh mengaitkan Ajaran dan Fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;\n(f) Apa-apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11526", "body": "Setelah perbincangan Jawatankuasa Fatwa berpendapat :-\nPengertian Masjid Dhirar :\nDengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir Masjid Dhirar ialah masjid yang didirikan dengan tujuan memusuhi orang-orang Islam, dan memudharatkan perkembangan Agama Islam, memudharatkan umatnya, membahayakan Dakwah Islamiah sebagaimana Firman Tuhan dalam Surah At-Taubah ayat 107.\nMereka yang menjadikan masjid untuk membahayakan, untuk menunjukan kekufuran, untuk memecahbelahkan antara orang-orang Mukmin, untuk menjaditempat mengintip bagi mereka yang memusuhi Allah dan Rasulnya sebelum itu, mereka bersumpah kami bertujuan baik sedangkan Allah mengingatkan mereka berdusta. Firman Allah ?? ??? ??? ???? ... ???.\nUlasan Jawatankuasa :-\nBerdasarkan kepada huraian di atas maka mana-mana tempat ibadah yang didirikan dengan maksud-maksud atau salah satu maksud itu adalah termasuk dalam hukum Masjid Dhirar dan bertentangan dengan matlamat ajaran Islam, supaya umat Islam berkenal mesra di antara satu sama lain, berbaik-baik, bersatu padu dan saling bantu membantu. Oleh sebab itu membina masjid baru di tempat yang telah sedia ada masjid dan pembinaan itu adalah suatu amalan yang bercanggah dengan matlamat ajaran Islam, dan masjid itu adalah termasuk di bawah hukum Masjid Dhirar. Pembinaan masjid tidak dikira sebagai suatu amalan kebajikan yang diterima di sisi Allah kecuali ianya dilakukan untuk keperluan para ahli jemaah dan bukan bagi tujuan memecahbelahkan para jemaah.\nDi dalam hal ini para Fuqaha\" telah menyarankan pendapat-pendapat mereka di dalam kitab-kitab Fekah tentang hukum berbilang Jumaat di dalam satu mukim atau satu Daerah, dan mana-mana tempat yang memerlukan berbilang-bilang Jumaat adalah terlebih dahulu diperlukan mendapat keizinan pemerintah (Ulul Amri) kerana pada dasarnya setiap daerah atau mukim seboleh-bolehnya mestilah mempunyai satu tempat sahaja untuk didrikan Jumaat.\nPendapat Jawatankuasa :-\nAtas konsep Dhirar maka mana-mana masjid atau tempat ibadah yang difikirkan boleh membawa berpecahbelah umat Islam serta fitnah adalah wajar dirobohkan sebagaimana Rasulullah s.a.w merobohkan Masjid Dhirar yang telah didirikan bagi menyaingi Masjid Qaba\" di masa hayat baginda."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12038", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 sebulat suara memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\na) Adalah harus sekiranya pihak Baitulmal menggunakan wang milik Baitulmal sendiri digunakan untuk menebus semula tanah lebihan faraid yang ditawarkan kepada Baitulmal.\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Pihak Baitulmal boleh membuat keputusan sama ada hendak menyerahkan secara percuma atau tidak bahagian milik Baitulmal kepada waris yang tergolong dalam golongan fakir dan miskin dan ia berhak mendapat bantuan daripada asnaf zakat dimana waris tidak perlu membayar nilai tebusan yang ditawarkan kerana pihak Baitulmal mempunyai milik yang sempurna terhadap harta tersebut. Penyerahan harta tersebut tertakluk kepada polisi dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihgak Baitulmal sendiri.\n\n\n\u00a0\n\n\nc) Pihak Baitulmal mempunyai hak 'Syuf'ah' ke atas tanah milik waris yang terdapat di atas bahagian tanah yang turut sama mengandungi bahagian Baitulmal. Dengan erti kata lain, waris-waris hendaklah merujuk dan menawarkan kepada Baitulmal terlebih dahulu sebelum menawarkan kepada pihak lain, lebih-lebih lagi bukan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nd) Pihak Baitulmal yang mempunyai hak 'Syuf'ah' berhak menghalang waris-waris dari menjual bahagian mereka kepada yang bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12294", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 3/2010 yang bersidang pada 21 September 2010 telah membuat keputusan mengenai ESQ Leadership Training seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam buku edisi lama dan dalam kursus yang dikendalikan boleh diperbetul dan diperjelaskan.\n\n\nPihak ESQ hendaklah membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/ perlakuan samada dalam buku keluaran ESQ ataupun semasa mengendalikan kursus yang boleh menimbulkan keraguan.\n\n\nBuku-buku edisi lama, artikel-artikel dan lain-lain yang telah disebarkan kepada peserta-peserta kursus, atau dipamerkan dikedai-kedai dan dimana-mana sahaja ianya disebarkan hendaklah ditarik balik dan dibatalkan dengan kenyataan dan hendaklah digantikan dengan buku ESQ edisi baru yang telah dibetulkan dengan kadar segera.\n\n\nPihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertanggungjawab memantau sepenuhnya pembetulan dan pindaan yang dibuat oleh Panel Syariah ESQ dan memantau perjalanan kursus yang diadakan dalam Negeri Selangor dari masa kesemasa.\n\n\nMesyuarat juga memutuskan bahawa tiada halangan bagi mana-mana badan atau agensi di Negeri Selangor mengikuti kursus ESQ Leadership Training setelah para (ii) dan (iii) di atas diambil tindakan oleh pihak ESQ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10247", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Mencerap Hilal Dari Satelit. Muzakarah telah memutuskan bahawa buat masa ini belum ada keperluan untuk menggunakan satelit bagi mencerap hilal dalam menentukan bulan-bulan kamariah khususnya Ramadan, Syawal dan Zulhijjah memandangkan kaedah hisab dan rukyah yang digunakan masih sesuai. Walau bagaimanapun untuk tujuan penyelidikan dan merakam pergerakan bulan penggunaan satelit adalah diharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10759", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah membincangkan hukum dan penjelasan mengenai pembelian harta-harta lelong yang dijual secara lelong oleh agensi-agensi kerajaan. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nHarta-harta yang dijual secara lelong oleh agensi-agensi kerajaan seperti Kastam dan lain-lain, sekiranya harta-harta itu diperolehi oleh Kerajaan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti Mahkamah telah membuat keputusan barang-barang atau harta-harta dilelong maka pembelian harta-harta tersebut adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11527", "body": "Bahawasanya berdasarkan keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-83, maka inilah diputuskan Fatwa untuk diguna pakai di negeri Kedah Darul Aman seperti yang berikut:\nBahawa pengkid, wanita dengan imej, penampilan dan berpewatakan seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.\nHukum Pengkid adalah haram di sisi Agama Islam kerana wanita yang menyerupai lelaki adalah dilaknat oleh Allah s.w.t dan Rasulallah s.a.w kerana pengkid ini meniru dan menyerupai (tasyabbuh) jantina yang berlawanan dengan jantina asal atau sifat semulajadi mereka.\nPerlakuan dan aqidah ini perlu ditegah dan disekat di negeri Kedah Darul Aman jika seseorang wanita itu mempunyai/menyerupai lelaki dari aspek fizikal, gaya, rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan keinginan nafsu atau naluri seksual sesama jantina (lesbian).\nOleh itu, ibu bapa dan masyarakat Islam perlu memberi perhatian serius terhadap gejala sosial ini serta menekankan pendidikan Islam dan tunjuk ajar yang sempurna kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala pengkid ini dapat dielakkan dan dibanteras kerana ia berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10248", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Penerokaan Tanah Secara Tidak Sah. Muzakarah telah memutuskan bahawa :\n\u00a0\nSeksyen 40 Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa semua tanah Kerajaan dalam wilayah negeri dan semua bahan galian dan bahan batuan yang terkandung di dalamnya yang belum dilupuskan adalah hak tunggal pihak berkuasa negeri.\nSeksyen 48 Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa tiada hak milik tanah Kerajaan boleh diperolehi secara pegangan, pendudukan tak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen untuk selama mana sekali pun.\nSeksyen 78(3) Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa pemberi milikan tanah Kerajaan berkuatkuasa mulai daripada tarikh pendaftaran hak milik. Selagi hak milik belum didaftarkan, tanah yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri untuk diberi hak milik itu masih lagi kepunyaan Kerajaan.\nSeksyen 425(1) Kanuan Tanah Negara memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang tanpa wibawa yang sah :\nmenduduki atau membina apa-apa bangunan di atas mana-mana tanah Kerajaan, tanah rezab atau perlombongan:\nmembersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya; atau\nmemotong atau mengalih apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian\nadalah melakukan kesalahan dan boleh jika disabitkan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 atau pemenjaraan untuk tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.\nBerdasarkan peruntukan-peruntukan di atas, beberapa kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah yang melibatkan pembukaan, penerokaan atau pendudukan tanah Kerajaan tidak mengambil kira atau mengiktiraf prinsip \nIhya' al-Mawat\n. Sebagai contoh dalam kes Sidek bin Haji Muhamad & 461 Ors. v. The Government Of The State Of Perak & Ors. (1982) 1 MLJ 313, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peneroka yang membuka dan menduduki tanah hutan Kerajaan di kawasan Kampung Gajah, Daerah Perak Tengah, Teluk Anson, Perak adalah setinggan dan tidak mempunyai hak di sisi undang-undang atau ekuiti. Rayuan peneroka-peneroka yang terlibat untuk diberi hak sebagai pemilik tanah berkenaan telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.\nJusteru itu, bagi membolehkan prinsip \nIhya' al-Mawat\n diiktiraf dan diterima pakai dalam Kanun Tanah Negara, pindaan-pindaan yang sewajarnya perlu dibuat kepada peruntukan-peruntukan yang berkaitan dalam Kanun Tanah Negara."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10760", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 12 Sep 1999 telah membincangkan mengenai penetapan kadar perbelanjaan Dharuriat. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n1) Ketetapan kadar perbelanjaan dharuriat yang paling sederhana bagi satu tahun untuk diri dan keluarga di bawah tanggungan ialah :\nPerbelanjaan diri - RM 5.000.00\nPerbelanjaan isteri - RM 3.000.00\nPerbelanjaan anak-anak - RM 2.000.00\n2) Oleh kerana zakat penggajian dikategorikan dalam jenis zakat badani menurut ketentuan syara', maka ia tidak harus digagahi supaya seseorang itu mengeluar zakatnya melainkan haruslah diberi dorongan atau galakkan agar tertanam di dalam diri akan tanggungjawab syarie supaya mengeluar zakat tersebut dengan kesedaran bahawa ia adalah salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11528", "body": "Majlis berpendapat bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram dan majlis minta pihak berkenaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10249", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah. Muzakarah menegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesempurnaan hidup umatnya, terutama anak-anak yang kehilangan ahli keluarga mereka. Oleh itu, Muzakarah berpandangan bahawa dalam melaksanakan Wasiat Wajibah adalah harus mengambil pandangan yang menyatakan bahawa berwasiat kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu adalah merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam kes di mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu berhak untuk menerima Wasiat Wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau nenek. Sekiranya bahagian ibu atau bapa adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar tidak melebihi 1/3.\n\n\n\u00a0\n\n\nPelaksanaan Wasiat Wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nAnak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima Wasiat Wajibah.\n\n\t\u00a0\n\n\nHendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.\n\n\t\u00a0\n\n\nCucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu atau ta\u2019sib maka mereka tidak layak untuk mendapat Wasiat Wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding Wasiat Wajibah.\n\n\t\u00a0\n\n\nSekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah daripada harta pusaka datuk.\n\n\t\u00a0\n\n\nSekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan. Maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut.\n\n\t\u00a0\n\n\nAnak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain.\n\n\t\u00a0\n\n\nPembahagian Wasiat Wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.\n\n\t\u00a0\n\n\nPembahagian Wasiat Wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10761", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 6 Jan 2008 telah membincangkan hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi. Mesyuarat telah membuat keputusan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nIsu hukum berjabat tangan antara lelaki dengan wanita ajnabi ini termasuk perkara khilafiah yang furu\" dan ia bukan merupakan perkara usul. Oleh itu, mesyuarat mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan fatwa berkaitan dengan isu ini dan isu-isu khilafiah furu\" yang lain selagi keadaan tidak memerlukan dan ia tidak menjejaskan kepentingan awam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12041", "body": "1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mengikut Seksyen 67 dan 70, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 menyebutkan:\n\n\n\u00a0\n\n\nSeksyen 67 - Bagi maksud bahagian ini, seorang yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika ia telah mencapai umur baligh mengikut hukum Syara' dan sempurna akal.\n\n\n\u00a0\n\n\nSeksyen 70 - Jika pada saat ia memeluk agama Islam seseorang muallaf samada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak kandungan yang belum mencapai umur baligh mengikut hukum syara', kanak-kanak itu adalah memeluk agama Islam pada saat yang sama.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Dan dihukumkan dengan Islam kanak-kanak dan orang gila yang lain daripada lakid kerana mengikut salah seorang daripada dua ibu bapanya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(Rujuk kitab: Matlaul Badrin wal majmuk albahri, karangan AI-Abidil fakir Alfani Muhammad bin Ismail Daud Fatani, muka surat 132).\n\n\n\u00a0\n\n\n4. (1) Berdasarkan nas-nas yang tersebut di atas nyatalah tanda baligh bagi kanak-kanak adalah seperti berikut:\n\n\nGenap umumya 15 tahun bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan atau bermimpi keluar mani bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan manakala ia telah berumur 9 tahun atau haidh bagi kanak-kanak perempuan apabila ia telah berumur 9 tahun.Tanda-tanda baligh tersebut adalah menunjukkan mereka telah mampu membuat pemilihan dan mampu melaksanakan perintah Allah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Manakala kanak-kanak kecil yang belum baligh apabila kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya memeluk agama Islam, maka ia dengan sendirinya mengikut Islam, kerana mendekatkan hubungan mereka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10250", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah berbincang mengenai Had Berpaling Yang Dibenarkan Daripada Arah Kiblat (Had al-Tahawwul \u2018Anil Qiblah). Muzakarah berpandangan bahawa arah menghadap kiblat merupakan perkara ijtihadi dan zanni. Penentuan had tidak melebihi 3% bagi pesongan mihrab yang dibenarkan tidak perlu ditetapkan. Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa had berpaling yang dibenarkan dari arah kiblat tidak perlu difatwakan, tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10762", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Dis 2008 telah membincangkan mengenai kajian semula mengenai fatwa wasiat Wajibah. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa ????? ????? turut berhak menerima Wasiat Wajibah.\n\u00a0\nMesyuarat juga bersetuju meminda sighah Wasiat Wajibah untuk diperundangkan di Negeri Kelantan seperti berikut :\nBahawa dalam kes di mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya atau bapa dan ibunya mati secara serentak bersama datuk atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu berhak untuk menerima Wasiat Wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau neneknya. Sekiranya bahagian ibu atau bapa adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar tidak melebihi 1/3."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10251", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Bedah Siasat Ke Atas Mayat Yang Bukan Dikategorikan Kematian Kerana Kes Jenayah. Muzakarah telah memutuskan bahawa \u201cHukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan darurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10763", "body": "Permohonan cerai oleh seorang isteri kepada suami yang menghidap penyakit adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10765", "body": "Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:\ni) Alkohol kayu (methanol)\nii) Alkohol biji-bijian (ethanol)\nKedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH).\nMethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.\nEthanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.\nDari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.\nAlkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.\nSelain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.\nUbat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11533", "body": "Permainan Mak Yong mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan tuntutan agama Islam dengan adanya pergaulan lelaki dan perempuan, kata-kata tidak sopan dan bertentangan dengan nilai kesopanan. Maka jawatankuasa ini berpendapat permainan mak Yong tidak boleh diberi kebenaran.\nSoal membayar niat dengan permainan Mak Yong tidak diharuskan oleh syara' kerana berniat/bernazar hanya diharuskan kepada perkara-perkara kebajikan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10254", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 16 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Kedudukan Kursus ESQ Leadership Training. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\u00a0Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli serta rumusan awal yang telah dibuat pada Muzakarah Khas pada 14 April 2010,\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus ESQ Leadership Training boleh diperbetul dan diperjelaskan.\u00a0Muzakarah bersetuju memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/perlakuan yang menimbulkan keraguan kepada masyarakat.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah juga bersetuju membuat ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Muzakarah. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Malaysia dengan pengawasan sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10766", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 4 Ogos 2003 telah membincangkan mengenai fatwa penggunaan kumpulan wang zakat bagi bantuan penyelenggaraan tanah kubur. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n\u00a0\nKos penyelenggaraan tanah kubur dikekalkan di bawah kumpulan wang BaitulMal. Keputusan ini dibuat kerana mesyuarat berpendapat walaupun menyelenggara tanah kubur boleh dimasukan dalam asnaf fi sabilillah, namun peruntukan wang zakat untuk asnaf ini sudah besar dan adalah lebih wajar wang zakat diperuntukan dengan lebih banyak kepada asnaf fakir miskin sebagai senarai keutamaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12046", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) dalam persidangannya bertarikh 22/9/1990 telah membincangkan perkara di atas dengan panjang lebar dan membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Setelah dibincangkan oleh Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) dan penjelasan daripada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, bahawa syarat lesen tumpangan sementara ini dikeluarkan adalah sebagai lesen tahunan dan tempoh tamatnya pada tarikh yang dinyatakan atau selewat-lewatnya pada penghujung tahun ia dikeluarkan atau diperbaharui. Lesen tersebut tidak memberi hak tanah tetapi kebenaran mengguna tanah sahaja. Oleh yang demikian disyaratkan lesen tersebut tidak boleh dituruni atau ditukar milik mana-mana pihak sekalipun. Oleh yang demikian fatwa membuat keputusan bahawa tanah sawah tersebut adalah tidak menjadi harta pesaka kerana ia tidak diberi hak tanah, hanya diberi guna dalam tempoh sementara sahaja\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10255", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam \nYogur\nt. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarang najis sebagai agen pemangkin dalam \nyogurt\n adalah harus dengan syarat telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi adalah \nmutanajjis\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10767", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 28 Januari 1986 telah membincangkan fatwa mengenai ajaran salah. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nPada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 14 (3) Undang-Undang Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, Majlis menerusi Jamaah Ulama\u2019 menetapkan Fatwa sebagaimana berikut:\n1. Setelah mengkaji isu buku \u201c Tajalli \u201d dan \u201c Hakikat Insan\u201d karangan Haji Ahmad Laksamana, pita rakaman ceramah atau pengajaran serta lain-lain butir-butir upacara keugamaan yang mempunyai hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana mengandungi kata-kata syirik, sesat, khurafat, kata-kata carut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran sebenar Ugama Islam, dengan yang demikian\u00a0Jamaah Ulama\u2019 bersetuju memfatwakan bahawa Haji Ahmad Laksamana Bin Omar menganuti dan menyebar ajaran salah.\n2. Setelah mengkaji teks daripada pita rakaman percakapan seseorang yang digelar Hassan Anak Rimau atau Hassan Bin Yaakub dengan Pegawai Penguasa Penjara\u00a0yang mengandungi butir-butir ajaran dan akidahnya dan didapati menyentuh ketuhanan Allah. Kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w) dan kesucian Al-Quranulkarim, maka dengan itu bersetuju memfatwakan bahawa ajarannya adalah menyeleweng yang boleh membawa kepada kufur, Jamaah Ulama\u2019 juga kuat berpendapat bahawa Hassan Anak Rimau adalah seorang penganut dan penyebar ajaran salah. Jamaah Ulama\u2019 yang telah menghalusi amalan zikir Hassan Anak Rimau dan didapati ianya ada hubungan rapat dengan konsep ajaran dan akidahnya, maka dengan ini memfatwakan bahawa amalan zikir berkenaan adalah salah.\n3. Setelah mengkaji isi Ajaran Muhammad Nor Bin Seman yang dikenali dengan gelaran Mat Nor Kua Supa, Machang, Kelantan, berdasarkan penyelidikan yang di jalan oleh pihak Majlis, maka Jamaah Ulama\u2019 memfatwakan bahawa ajaran dan akidahnya itu berlawanan dengan dasar akidah serta ajaran sebenar Ugama Islam, memandangkan amalan zikirnya mempunyai kaitan rapat dengan konsep ajarannya maka amalan tersebut juga adalah salah.\u00a0\n\u00a0\nFatwa-fatwa tersebut hendaklah tertakluk kepada semua orang Islam yang tinggal di dalam Negeri selain daripada orang-orang Islam yang bukan Bangsa Melayu yang tertakluk kepada undang-undang diri selain daripada yang terdapat di Kelantan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12047", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 23 Ogos 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa kali ke 3/99 telah sebulat suara mengesyorkan agar Pusat Zakat Selangor (PZS) mengemukakan Kertas Cadangan Pelaburan Asnaf Amil di masa akan datang sekiranya ada lebihan peruntukan daripada harta zakat tahunan yang diberi kepada pihak PZS'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10256", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Pindaan Kepada Akta Penjagaan Budak 1961 Hak Sama Rata Kepada Ibu-Ibu Pemakaian Kepada Orang-Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa pindaan kepada Akta Penjagaan Budak 1961 Hak Sama Rata Kepada Ibu-Ibu Pemakaian Kepada Orang-Orang Islam adalah bertentangan dengan hukum Islam dan disarankan agar dibuat kajian lanjut secara mendalam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10512", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa \ndikekalkan kebenaran Sembahyang Jumaat kepada Surau Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam kerana ramainya jumlah penduduk yang beragama Islam di kawasan ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11536", "body": "Di dalam penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama\" sepertimana berikut:-\n1) Penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani (ini Pendapat Jumhur ulama\").\n2) Harus menulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.\n3)\tHarus, malah wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran.\nSetelah meneliti pendapat-pendapat tersebut maka Jawatankuasa ini berpendapat adalah wajib ditulis dalam al-Quran dengan Rasm Uthmani berdasarkan ????? ??????? kecuali bagi maksud pengajaran untuk menyenangkan para pelajar.\nMengenai pengharaman penulisan ayat-ayat al-Quran dengan huruf Roman atau Latin jawatankuasa ini bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-24 bersidang pada 5 & 6 Jun 1989 bersamaan 2 Zulkaedah 1409 yang telah mengambil keputusan bahawa:\n\"Adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran. Memandangkan keadaan yang ada dalam masyarakat Islam di Malaysia maka Muzakarah menasihatkan bahawa pelaksanaan fatwa ini hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan tidak menyusahkan mana-mana pihak\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12048", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor telah sebulat suara memutuskan bahawa \nbuku-buku teks agama dan kitab kitab JAIS yang didapati rosak dan tidak boleh digunapakai hendaklah dibakar, dan tidak boleh dikitar semula \n(recycle)\n demi menjaga kemuliaan buku-buku tersebut kerana mengandungi ayat-ayat al-quran dan hadis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10513", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa \nhendaklah dibenarkan perkataan \"Islam\" digunapakai oleh mana-mana organisasi atau pertubuhan yang mahu melaksanakan program-program Islam yang selama mana ia tidak bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10769", "body": "Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 36 dan 39 Enakmen\u00a0Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jemaah Ulama\u2019 yang bersidang pada 30 Zulkaedah 1427H bersamaan 21 Disember 2006 dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan membuat Fatwa yang\u00a0dinyatakan dalam Jadual :\n\u00a0\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah bersetuju dan memutuskan bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Haji Ashaari Bin Muhammad dan pengikutnya termasuklah orang yang terlibat secara langsung dalam Syarikat Rufaqa\u2019 Corporation Sdn. Bhd (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah bercanggah dari segi :\n\u00a0\nAqidah Ahli Sunnah Wal \u2013 Jamaah kerana mempercayai bahawa :-\nHaji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman (Mujaddid) manakala Syeikh Muhammad Al-suhaimi pula sebagai Imam Mahdi ;\nHaji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahuai perkara yang akan berlaku pada masa hadapan ;\nHaji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Syeikh Muhammad Al-Suhaimi dan Rasulullah s.a.w ;\nHaji Ashaari bin Muhammad sebagai Mujaddid atau Sahibul Zaman mendapat ilmu terus dari Allah ( ilham , ilmu ladduni atau kasyaf ) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal semasa , pemerintahan bina insan dan lain-lain ;\nSesiapa yang banyak menghayati minda Abuya ( Haji Ashaari bin Muhammad ) dan dapat pula melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya ;\nMinda Abuya ( Haji Ashaari bin Muhammad ) itu sebenarnya adalah wahyu dari Tuhan yang merupakan 1/46 daripada wahyu kenabian ;\nAllah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar Haji Ashaari bin Muhammad sebagai Sahibul Zaman dan Syeikh Muhammad Al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi ;\nMinda Abuya ( Haji Ashaari bin Muhammad ) difahami sebagai intisari Quran dan Hadith dan Abuya adalah orang Tuhan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan ;\nPerjuangan Haji Ashaari bin Muhammad dan pengikutnya dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada para malaikat, jin Islam dan roh-roh muqaddas ( roh suci para ahli jamaah yang telah meninggal dunia) ;\nPengikut Haji Ashaari bin Muhammad ketika menghadapi sesuatu kesulitan atau kecemasan akan mendapat bantuan melalui jin Islam atau dengan karamah Haji Ashaari bin Muhammad ;\nMenjalinkan hubungan dengan Haji Ashaari bin Muhammad adalah lebih hebat daripada menjalinkan hubungan sekalipun dengan 10 orang ibu kerana hubungan dengan Haji Ashaari bin Muhammad kekal sehingga ke akhirat sedangkan hubungan dengan ibu bapa terbatas di dunia sahaja.\nAllah akan memberitahu Haji Ashaari bin Muhammad tentang musibah sakit yang dialami oleh pengikutnya dan Haji Ashaari bin Muhammad boleh meminta agar Allah meringankan beban derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh pengikutnya ;\nHaji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal jika pengikutnya yang sampai ajal itu masih banyak dosa ;\nHaji\u00a0Ashaari bin Muhammad boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada pengikut lain yang telah sempurna iman dan taqwa ;\nSewaktu pengikut Haji Ashaari bin Muhammad sedang nazak, Haji Ashaari bin Muhammad akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala pengikutnya itu sambil mengajarkan talkin supaya syaitan tidak akan menyesatkan pengikutnya ;\nHaji Ashaari bin Muhammad akan datang menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak pengikutnya di alam kubur bagi melepaskan pengikutnya daripada seksaan kubur ; atau\nHaji Ashaari bin Muhammad akan menunggu-nunggu untuk memberikan syafaat kepada pengikutnya di padang mahsyar;\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Syariah Islamiah kerana mempercayai bahawa :\n\u00a0\nIbadah sembahyang jumaat adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi ;\nHaji Ashaari bin Muhammad sebagai Sahibul Zaman tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus dari Allah dalam bentuk ilham ;\nPengikut yang berjuang mengikut minda Abuya ( Haji Ashaari Bin Muhammad ) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengikut minda Abuya dalam perjuangannya ;\nSeorang ahli ibadah (A\u2019bid) hanya mampu menjadi hamba biasa dan tidak boleh menjadi khalifah kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu sebagaimana wahyu Haji Ashaari bin Muhammad ;\nQuran yang ada sekarang hanya tinggal mashaf dan lafaz sahaja kerana roh Quran telah ditarik\u00a0balik oleh tuhan dan hanya diberikan kepada mujaddid (Haji Ashaari bin Muhammad) ;\nSembahyang sehari semalaman hanya tiga waktu sahaja iaitu subuh, sembahyang jamak zohor dan asar serta jamak maghrib dan isyak ;\nSegala amalan baik di dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu bersembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji ;\nDuduk semajlis dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) pahalanya lebih tinggi daripada mengerjakan selama 40 tahun atau sembahyang tahajjud sepanjang hayat .;\nPengikut yang beramal dengan Aurad Muhammadiah ahli jamaah akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Haji Ashaari bin Muhammad ;\nAmalan Aurad Muhammadiah oleh pengikut Haji Ashaari bin Muhammad akan terbatal jika pengikut itu melakukan dosa besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengaibkan Haji Ashaari bin Muhammad;\u00a0atau\nAmalan Aurad Muhammadiah adalah zikir agung.\n\u00a0\n( c )\u00a0Akhlak dan etika bermasyarakat kerana mempercayai bahawa:\n\u00a0\nUlama\u2019 yang ada sekarang adalah ulama\u2019 kitab atau ulama\u2019 hafalan untuk mengajar. Sebaliknya Haji Ashaari bin Muhammad sebagai Sahibul Zaman mendapat ilmu terus dari Tuhan ;\nOrang yang menutup ilmu agama sehingga ke peringkat Ph.D tidak bermanfaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kitab lama dan ketinggalan zaman ;\nIlmu ulama\u2019 sekarang tidak setanding dengan ilmu orang Tuhan iaitu Haji Ashaari bin Muhammad ; atau\nAllah melarang ulama\u2019 yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang berwatak Rasul.\n\u00a0\n2.Berdasarkan kepada penyelewengan tersebut, Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah membuat fatwa seperti berikut:\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(a) ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Haji Ashaari bin Muhammad,\u00a0pengikutnya dan termasuk individu yang terlibat secara langsung dalam Syarikat Rufaqa Corporation\u00a0dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam ;\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(b) mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang\u00a0dinyatakan dalam perenggan 1(a), (b) dan (c);\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(c) mana-mana orang tidak boleh menyebar, mengedar atau menerbitkan\u00a0apa- apa buku, majalah,\u00a0risalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak\u00a0ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan\u00a0dengan apa-apa cara lain dan apa-apa\u00a0bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa\u00a0filem atau rakaman audio, khidmat pesanan ringkas dan e-mel yang berkaitan dengan ajaran\u00a0pegangan dan fahaman 1(a), (b) dan (c); dan\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0(d) mana-mana orang yang berpegang kepada ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggang 1(a), (b) dan (c) hendaklah bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11537", "body": "Jawatankuasa berpendapat bahawa perkara copstik (penyepit makanan) tidak termasuk dalam urusan keugamaan. Dengan yang demikian itu perusahaan mengenainya tidak ada apa-apa halangan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10514", "body": "Keputusan fatwa:\nSetelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadil Akhir 1423 bersamaan 27 Ogos 2002 telah mengambil keputusan seperti berikut:-\nAlhamdulillah fatwanya\nHarus dan tidak menyalahi syarak untuk mengadakan cabutan bertuah sekiranya mematuhi syarat-syarat berikut:\ni) Tidak mengandungi unsur judi\nii)\tHadiah yang diberi atas dasar rela hati dan redha penganjur itu sendiri\niii) Tiada sebarang unsur yang boleh membawa mudarat dan penganiayaan kepada pelanggan disebabkan hadiah tersebut.\niv) Tiada unsur penipuan dan agenda-agenda tersembunyi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10770", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Jun 1998 telah membincangkan mengenai pandangan berhubung cadangan memindahkan rumah yang diwakafkan dari tapak asal ke tapak baru. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nBahawa rumah kayu yang diwakaf oleh Al-Marhumah Tengku Embong Binti Al-Marhum Tengku Puteh (Raja Pattani) boleh dipindahkan ke tapak baru yang sesuai dan nazir wakaf tersebut hendaklah mempastikan supaya ianya terus dimanafaatkan sebagaimana maksud wakaf itu sendiri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10515", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang telah membincangkan mengenai Pengeluaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).\n \n Ahamdulillah fatwanya:\n \n 'Wajib dikeluarkan zakat KWSP bila cukup haulnya setahun hijrah setelah penerimaannya disamping cukup syarat-syarat lain'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11027", "body": "(1) Tempoh maksima 5 tahun diberikan untuk panggilan muallaf berdasarkan \u2018uruf dengan syarat mengikuti kelas-kelas agama yang diiktirafkan/ dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga bertanggungjawab membiayai segala kos pembelajaran bagi muallaf-muallaf tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10516", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Menunaikan Haji Sunat atau Umrah Sunat.\n \n \n Alhamdulillah fatwanya:\n \n Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan menunaikan haji sunat atau umrah sunat tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-\n \n \n 1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.\n \n 2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.\n \n 3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).\n \n 4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.\n \n 5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah (boleh dipercayai) dan solihat.\n \n 6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.\n \n 7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.\n \n 8. Tujuannya semata-mata kerana ibadat kepada Allah ( taqarrob ) melalui ibadat ini, bukan untuk bermegah-megah, ijab, riak, takbur atau tujuan-tujuan yang lain.\n \n 9. Perjalanannya ke haji sunat atau pun umrah sunat ini bukan sebagai \"budaya tahunan\" tetapi untuk keperluan dan jangka masa tertentu ( setelah beberapa tahun yang panjang ) dan bukan bertujuan melancong semata-mata.\n \n 10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ibadah ini pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluan hidup selepas menunaikan ibadah haji sunat atau umrah sunat.\n \n 11. Kesihatannya baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya dalam perjalanan hingga balik ke tanah air.\n \n 12. Datang daripada hasrat dan kemahuan yang amat kuat dari diri sendiri ( bukan disebabkan oleh ajakan orang lain ).\n \n 13. Waniat yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).\n \n 14. Mendapat kebenaran dari Uli-Amr.\n \n 15. Perjalanan itu semata-mata ke tempat yang ada hubungan dengan ibadah tersebut kecuali perkara-perkara yang tidak dapat dielakan.\n \n 16. Telah mendapat kebenaran dari pihak bertanggungjawab kedua-dua Negara (Malaysia dan Arab Saudi).\n \n 17. Digalakkan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada mahram/ suami."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10772", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 23 Sep 2001 telah membincangkan fatwa mengenai Wakaf Al-Irshod. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Hukum Wakaf al-Irshod adalah sah kerana harta milik kerajaan adalah untuk kepentingan umum dan seseorang pemerintah memang berkuasa dalam bidang ini berdasarkan jawatannya.\n\u00a0\n2) Wakaf ini tidak boleh dibatalkan atau dipinda dari tujuan asal kepada tujuan lain.\n\u00a0\n3) Tidak wajib terikat dengan syarat yang dikenakan oleh pihak yang mewakafkan jika syarat itu berlawanan dengan maslahah kerana tujuan Wakaf Al-Irshod ialah untuk maslahah umum."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11028", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid\u2018ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Persoalan khilafiyah adalah perkara\u00a0\nijtihadiyah\n\u00a0dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid\u2018ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara\u00a0\nkhilafiyah\n\u00a0yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0Antara amalan yang didakwa sebagai bid\u2018ah adalah-\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0i.\u00a0Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0ii.\u00a0Membaca Yasin pada malam Juma\u2018aT\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0iii. Membaca\u00a0\ntahlil\u00a0\ndan talqin untuk si mati\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0iv. Mengadakan kenduri arwah\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0v. Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Ma\u2018al Hijrah\n\n\npada setiap tahun\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0vi. Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Sya\u2018ban\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0vii.Berdo\u2018a beramai-ramai selepas solat berjema\u2018ah\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0viii.Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai \u2013 ramai selepas solat fardhu\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0ix. Membaca\u00a0\n\u201cBasmalah\u201d\n\u00a0secara kuat / nyaring dalam solat fardhu\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0x. Menyebut lafaz\u00a0\n\u201cUsalli\u201d\n\u00a0dalam niat solat\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0xi.Membaca qunut dalam solat subuh\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0xii.Bersalaman selepas solat berjema\u2018ah\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0xiii.Solat sunat qabliah Maghrib.\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0xiv.Solat sunat qabliah Juma\u2018at\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0xv.Fidyah solat\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0xvi.Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan kulit lelaki dengan perempuan yang harus\n\n\ndikahwini.\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0xvii. Bilangan raka\u2018at bagi solat sunat tarawih selain 8 raka\u2018at\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0xviii. Menyapu muka selepas salam\n\n\n\u00a0\u00a0xix. Aqiqah dengan binatang\u00a0\nal-an\u2018am\n\u00a0selain kambing\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0xx. Amalam\u00a0\nbertawassul\n\u00a0dan\u00a0\nbertabarruk\n\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0xxi. Berdo\u2018a dan membaca al-Quran di kubur\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0xxii. Do\u2018a akhir tahun dan awal tahun\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0Mana-mana orang atau kumpulan adalah dilarang:\n\n\ni. Membid\u2018ahkan mana-mana orang yang mengamalkan perkara i hingga xxii.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Menegah pengamalan dan pengajaran perkara i hingga xxii.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Menyiar, menyebar dan menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa perkara i hingga xxii adalah bid\u2018ah.\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perkara 4.\n\n\n\u00a0\n\n\n6.\u00a0Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara 4.i, 4.ii, 4.iii dan 5 di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Proses Pewartaan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10517", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah.\n \n Alhamdulillah fatwanya:\n \n Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan ziarah tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-\n \n 1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.\n \n 2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.\n \n 3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).\n \n 4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.\n \n 5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah ( boleh dipercayai ) dan solihat.\n \n 6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.\n \n 7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.\n \n 8. Tujuannya untuk ziarah mengeratkan silaturrahim, terutama yang ada hubungan nasab ( keturunan ) atau ziarah orang sakit atau memenuhi jemputan.\n \n 9. Perjalanannya ada mempunyai matlamat tertentu yang diharuskan oleh syarak, bukan untuk semata-mata melancong, berkelah atau dalam bentuk suka-suka sahaja.\n \n 10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ziarah iaitu pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluann hidup selepas kembali dari ziarah tersebut.\n \n 11. Kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya.\n \n 12. Dengan perhiasan yang sederhana.\n \n 13. Wanita yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).\n \n 14. Bukan dalam 'iddah kematian suami.\n \n 15. Undang-undang membenarkannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10773", "body": "Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 36 dan 39 Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jemaah Ulama' yang bersidang pada 9 Jamadil Al-Thaniah 1423H bersamaan 18hb. Ogos 2002M dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat fatwa yang berikut :-\nA) Bahawa kaedah kiraan waktu sembahyang bagi Negeri Kelantan dipinda dari pengunaan satu zon jadual waktu sembahyang kepada dua zon .\nB) Stesyen rujukan untuk kiraan bagi sesuatu zon hendaklah terletak di bahagian paling barat zon tersebut.Ia adalah seperti berikut :-\ni) Zon 1 - Stesyen rujukan ialah Bandar Rantau Panjang.Ia meliputi bandar Kota Bharu,Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas,Tanah Merah, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Rantau Panjang dan Daerah Chiku( Gua Musang ).\nii) Zon 2 - Stesyen rujukan ialah Pekan Pos Dakoh .Ia meliputi Bandar Jeli, Pos Dakoh serta Daerah Galas\u00a0\u00a0dan Bertam (Gua Musang).\niii) Bandar Jeli tidak akan digunakan sebagai stesyen rujukan berikutan penyelarasan zon waktu sembahyang bagi Negeri Kelantan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11029", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM \n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 2003\n\n\n[\nEnakmen No.10/2003\n]\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nAJARAN ZIKIR ALUNAN ZAT CINTA ATAU HIKMAH AL-FATIHAH DARIPADA MOHD ZAMAN BIN MOHD NOR\n\n\n\u00a0\n\n\nP\nADA\n menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [\nEnakmen No. 10/ 2003\n], Jawatankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar dan dengan persetujuan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin, mengeluarkan fatwa seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nBahawa ajaran Zikir Alunan Zat Cinta atau Hikmah al-Fatihah yang dibawa oleh Mohd Zaman bin Mohd Nor adalah bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPercanggahan dan pertentangan ajaran Zikir Alunan Zat Cinta atau Hikmah al-Fatihah adalah seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenyamakan sifat Allah SWT dengan sifat makhluk;\n\n\nmenambahkan bacaan dalam solat;\n\n\nmenggunakan nas-nas atau dalil-dalil daripada sumber yang tidak sahih dan diragui;\n\n\nmentafsirkan al-Quran dan hadith mengikut tafsiran sendiri; dan\n\n\nmeninggalkan solat Juma\u2019at.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang \u2014\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenganut, mengamal, menjadi ahli atau pengikut ajaran Zikir Alunan Zat Cinta atau Hikmah al-Fatihah;\n\n\nmengajar, menyebar, membantu, menganjur, mempromosi ajaran atau menghadiri apa-apa majlis atau perjumpaan yang dikaitkan dengan ajaran Zikir Alunan Zat Cinta atau Hikmah al-Fatihah; atau\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmemiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem atau apa-apa bahan yang dikaitkan dengan ajaran Zikir Alunan Zat Cinta atau Hikmah al-Fatihah.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Zikir Alunan Zat Cinta atau Hikmah al-Fatihah adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran agama Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat 01 Oktober 2020\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1; PUNS 100/2/4 Jld.2]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDato\u2019 Hj. Mohd YUSOF bin Hj. Ahmad\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12053", "body": "Ahli-Ahli Jawatankuasa telah sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut:\nPenggunaan wang dan harta Baitulmal perlu diberi keutamaan untuk hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan kemaslahatan umat Islam. Walau bagaimanapun, pemerintah diharuskan menggunakan wang Baitulmal untuk memberi bantuan kepada golongan bukan Islam berdasarkan \nsiyasah syar'iyyah\n dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah, tertakluk kepada kemampuan kewangan Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka.\nMewartakasan keputusan ini dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka sebagai fatwa"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10518", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 12 Muharam 1421 bersamaan 17 April 2000 telah membincangkan mengenai Zakat Gaji Dan Pendapatan.\n \n Alhamdulillah fatwanya:\n \n \" Gaji dan pendapatan \nwajib\n dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat-syaratnya. \"\n \n \n Kaedah pengiraan zakat penggajian atau pendapatan di Negeri Johor adalah seperti berikut :\n \n Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Sekiranya sama atau melebihi nisbah, maka zakatnya 2.5% atau 1/40.\n \n Yang dimaksudkan keperluan asas sebenar pada tahun semasa adalah seperti berikut :\n \n i. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :\n \n a. sara diri - RM 8,000.00\n \n b. isteri - RM 3,000.00 x bilangan anak\n \n c. anak - RM 1,000.00 x bilangan anak\n \n d. mereka yang di bawah tanggungannya ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )\n \n ii. Perubatan ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )\n \n iii. Pendidikan ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10774", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 21 Dis 2006 telah membincangkan status kesucian ikan yang diberi makanan tidak halal:\nMesyuarat telah membuat keputusan\u00a0bersetuju menfatwakan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam, tasik, lombong dan seumpamanya serta diberi makanan yang berasal daripada daging babi dan anggota-anggotanya yang lain adalah haram dimakan dan para penternak ikan dilarang memberi ikan ternakan dengan makanan yang berasal daripada daging babi dan anggota-anggotanya sebagai langkah sadduz zarai'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11542", "body": "Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini setelah meneliti kertaskerja mengenai perkara di atas yang disediakan oleh Pusat Penyelidikan Islam Kuala Lumpur mengambil keputusan :-\n1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia) yang telah diadakan pada 24 & 25 september 1984 ( kertas bilangan 84/8/2), perkara (2).2.4 ) mengenai aliran syiah yang menetapkan seperti berikut :-\n'Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Az-Zaidiah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia'. DIMANSUHKAN\n2. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.\n3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri bagi memperuntukan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah, dan akhlak.\n4. Memperaku ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.\n5. Memperaku pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan hukum syarak bagi menyelaraskan taarif 'hukum syarak' atau 'undang-undang Islam' seperti berikut :-\n'Hukum Syarak' atau 'undang-undang Islam' ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.\n6. Memperaku bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam ; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.\n7. Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.\n8. Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubungan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah di haramkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10519", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadilakhir 1423 bersamaan 27 Ogos 2002 telah membincangkan mengenai Penjelasan Mengenai Sama Ada Terlepas Atau Tidak Fardu Kifayah Berjamaah Lima Waktu Di Masjid Atau Di Surau.\nAlhamdulillah fatwanya:\n\"Adalah menjadi kewajipan ke atas umat Islam setempat untuk mempamerkan syiar Islam, antaranya solat jamaah di masjid. Oleh itu tidak gugur kewajipan fardu kifayah jika didirikan jamaah di rumah dengan meninggalkan masjid.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11031", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 5/2013 yang bersidang pada 8 Muharam 1435H bersamaan 12 November 2013 telah membincangkan mengenai \nCadangan Pewartaan Fatwa Pengharaman Shisha.\u00a0\nMesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut :\u00a0\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Shisha atau apa-apa jua produk atau bahan yang mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang sama dengan Shisha adalah haram.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap Shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap Shisha atau apa jua aktiviti yang berkaitan dengan Shisha atau apa-apa jua produk atau bahan yang mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang sama dengan Shisha.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t(3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari\u2019yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10520", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Syaaban 1422 bersamaan1 Disember 2001 telah membincangkan mengenai Perlaksanaan Ujian HIV Dikalangan Bakal Pengantin Di Johor.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\"Semua orang Islam yang hendak memohon kebenaran bernikah atau melangsungkan pernikahan atau mendaftarkan pernikahan di negeri Johor adalah \ndiwajibkan\n menjalani pemeriksaan kesihatan (HIV).\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10776", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 24 Ogos 2003 telah membincangkan fatwa mengenai orang Islam yang cuba keluar dari Agama Islam (Murtad) di Malaysia umumnya\u00a0dan Negeri Kelantan khususnya . Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1. Tiada seseorang pun yang telah diakui beragama Islam boleh mengaku bahawa dia bukan Islam melainkan setelah mahkamah memberi pengesahan sedemikian.\n2. Sebelum mahkamah membuat pengesahan, seseorang itu hendaklah dianggap beragama Islam dan segala perkara yang berkaitan dengan Agama Islam adalah terkena ke atasnya.\n3. Jika seseorang Islam dengan sengaja cuba, sama ada dengan perkataan atau perbuatan hendak keluar dari agama Islam, Mahkamah bolehlah, jika berpuas hati, memerintahkan orang itu supaya ditahan di pusat bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi 36 bulan bagi tujuan pendidikan dan orang itu hendaklah diminta bertaubat mengikut hukum syara'.\n4. Pegawai penjaga hendaklah menyerahkan laporan kemajuan kepada mahkamah pada setiap bulan.\n5. Pusat bimbingan Islam hendaklah diwartakan sebagai pusat tahanan di dalam warta.\nMesyuarat juga menasihati pihak yang diberi kuasa mengikut undang-undang supaya mewujudkan Pusat Bimbingan Islam seperti yang diperuntukan di bawah seksyen (102)(3) Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12056", "body": "1. Harus membayar zakat dengan menggunakan kad kredit/kad Bank Islam sebagai kemudahan kepada umat Islam di Negeri Melaka untuk melunaskan kewajipan tersebut. Namun demikian, keharusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut -\n\u00a0(a) keseluruhan kos yang terlibat dalam urusan tersebut termasuk pembangunan sistem, penyediaan\u00a0perkhidmatan penyelenggaraan, caj transaksi dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh Pusat Zakat\u00a0Melaka dan bukan pihak pembayar zakat; dan\n\u00a0\u00a0\u00a0(b) Kaedah pembayaran tersebut hanya sebagai suatu pilihan atau alternatif kepada pembayar zakat yang\u00a0berminat dan bukan suatu kemestian.\n2. Qadha\u2019 zakat adalah wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10265", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15 - 17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Pembinaan Kubur Secara Bertingkat. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\nSetelah mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia serta pandangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa dalam keadaan dharurat di mana berlakunya kepadatan penduduk dan lokasi tanah perkuburan yang terhad, pembinaan kubur secara bertingkat merupakan konsep dan kaedah yang tidak bertentangan dengan syarak.\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa berdasarkan prinsip hukum Islam, pembinaan kubur secara bertingkat adalah harus dilaksanakan sekiranya keperluan amat mendesak bagi mengatasi kekurangan tanah perkuburan orang Islam pada hari ini.\n\n\nWalaubagaimanapun, kajian terhadap modul-modul pelaksanaannya perlu diteliti dengan lebih menyeluruh dengan mengambil contoh di beberapa buah negara luar yang telah melaksanakannya serta mengambilkira penjimatan kos."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11545", "body": "Setelah meneliti maksud soalan berdasarkan kedua-kedua contoh kes, mesyuarat bersetuju memutuskan:-\na) Wanita boleh digunakan operasi menangkap/mengkompaun kes tidak sembahyang Jumaat.\nb) Empat orang wanita boleh menjadi saksi di Mahkamah Syariah kerana ketiadaan orang lelaki ketika sembahyang Jumaat didirikan boleh dikategorikan sebagai darurat.\nc) Tiada halangan kepada Pegawai Penguatkuasa menjalankan tugas sekiranya beliau berada dalam keadaan musafir yang tidak wajib menunaikan sembahyang Jumaat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12057", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0Zakat Pendapatan\u00a0\n\u00a0\nKadar nisab bagi zakat pendapatan adalah berpandukan kepada\u00a0timbangan emas iaitu 20 \nmithqal\n ( \u0645\u062b\u0642\u0627\u0644 ) atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.\n\u00a0\nKadar zakat yang diwajibkan ialah sebanyak satu perdua (\u00bd) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40) daripada pendapatan kasar dan penggajian yang cukup haul dan nisab.\n\u00a0\nKaedah pengiraan zakat pendapatan seperti berikut:\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Dua perpuluhan lima (2.5) peratus daripada jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab); atau\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0Dua perpuluhan lima (2.5) peratus daripada jumlah pendapatan bersih setahun setelah ditolak perbelanjaanperbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan).\n\u00a0\nTolakan perbelanjaan yang dibenarkan adalah mengikut kadar yang ditentukan seperti berikut:\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Diri sendiri \u2013 RM8,000.00\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0Isteri (tidak bekerja sahaja) \u2013 RM5000.00\n(iii)\u00a0Anak \u2013 RM1000.00 seorang\n(iv)\u00a0\u00a0Ibu bapa \u2013 mengikut jumlah sebenar\n(v)\u00a0\u00a0\u00a0Caruman KWSP \u2013 11 peratus; dan\u00a0\n(vi)\u00a0\u00a0Caruman atau simpanan dalam organisasi yang membayar zakat seperti Tabung Haji dan Takaful \u2013 mengikut jumlah sebenar.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Zakat Perniagaan\u00a0\n\u00a0\nKadar nisab bagi zakat perniagaan adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 \nmithqal\n ( \u0645\u062b\u0642\u0627\u0644 ) atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.\n\u00a0\nKadar zakat yang diwajibkan ialah sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40) daripada hasil perniagaan yang cukup haul dan nisab.\n\u00a0\n\u00a0\nKaedah pengiraan zakat perniagaan seperti berikut:\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kaedah \nSyar\u2019iyyah\n atau dikenali juga sebagai Kaedah Modal Kerja (\nWorking Capital\n), iaitu:\n\u00a0\n[(Aset Semasa \u2013 Tanggungan Semasa) +/- Pelarasan] x Peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 Peratus. \n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0Kaedah \n\u2018Urfiyyah\n atau dikenali juga sebagai Kaedah Modal Berkembang\u00a0(\nGrowth Model\n), iaitu:\n\u00a0\n[\n(Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang \u2013 Aset Tetap \u2013\u00a0Aset Bukan Semasa) +/- Pelarasan] x Peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 Peratus]. \n\u00a0\n3.\u00a0\u00a0\u00a0Zakat Pertanian (Padi) : \n\u00a0\nKadar nisab zakat pertanian (padi) ialah lima aswuq ( \u0623\u0648\u0633\u0642 ) bersamaan dengan 363 gantang atau 1,300 kg padi.\n\u00a0\nKadar dan kaedah pengiraan zakat pertanian (padi) adalah berdasarkan cara-cara penghasilannya iaitu seperti berikut:\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi tanaman yang dijaga dengan sumber percuma (seperti air hujan), maka kadarnya ialah 10 peratus atau satu persepuluh (1/10).\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0Bagi tanaman yang dijaga dengan sumber yang dibeli, maka kadar zakatnya ialah 5 peratus atau satu perdua puluh (1/20).\n\u00a0\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi tanaman yang dijaga dengan menggunakan keduadua sumber diatas, maka kadarnya ialah 7.5 peratus.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nZakat pertanian wajib dikeluarkan ke atas padi yang cukup nisab pada setiap kali tuaian sama ada dalam bentuk padi atau dibayar\u00a0nilainya \n(qimah). \n\u00a0\n\u00a0\n4.\u00a0\u00a0\u00a0Zakat Ternakan : \n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0Lembu/Kerbau :\n\u00a0\nKadar nisab bagi ternakan lembu atau kerbau ialah 30 ekor.\nKaedah pengiraan zakat lembu/kerbau yang telah cukup haul dan nisab adalah seperti berikut :\n\u00a0\n\u00a0\nApabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat atau satu ekor anak lembu betina yang berumur dua tahun.\n\u00a0\nJika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada mahu mengeluarkan zakat lembu atau kerbau. Pilihlah yang sederhana atau boleh diganti dengan nilai harga bagi ternakan berkenaan untuk dikeluarkan zakat.\n\u00a0\n\u00a0\n(i) Kambing/Biri-biri :\n\u00a0\nKadar nisab bagi ternakan kambing atau biri-biri ialah 40 ekor. Kaedah pengiraan zakat kambing/biri-biri yang telah cukup haul dan nisab adalah seperti berikut :\n\u00a0\n\u00a0\nSetiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan satu ekor kambing dua tahun dan seterusnya.\n\u00a0\nJika semua kambing yang sampai nisab itu jantan, maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat. Tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.\n\u00a0\nJika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya, maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakat mengikut pilihan tuannya sama ada kambing atau biri-biri atau diganti dengan nilai harga bagi ternakan berkenaan untuk dikeluarkan zakat.\n\u00a0\n5.\u00a0Zakat Caruman Berkanun (KWSP, LTAT dan sebagainya) : \n\u00a0\nKadar nisab bagi zakat caruman berkanun adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 \nmithqal\n ( \u0645\u062b\u0642\u0627\u0644 ) atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.\n\u00a0\nKadar zakat yang diwajibkan ialah sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40).\n\u00a0\nKaedah pengiraan zakat caruman berkanun adalah seperti berikut :\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Caruman berkanun dianggap sebagai milik sempurna iaitu mengeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan wang caruman yang dikeluarkan pada hari wang caruman tersebut diterima dan cukup nisab.\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0Caruman berkanun dianggap sebagai bukan milik sempurna iaitu mengeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah wang caruman pekerja sahaja berdasarkan penyata tahunan KWSP (wang masih tersimpan di KWSP).\n\u00a0\n6.\u00a0Zakat Wang Simpanan : \n\u00a0\nKadar nisab bagi zakat wang simpanan adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 \nmithqal\n ( \u0645\u062b\u0642\u0627\u0644 ) atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.\n\u00a0\nKadar zakat yang diwajibkan ialah sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40) daripada wang simpanan yang cukup haul dan nisab.\n\u00a0\nKaedah pengiraan zakat wang simpanan adalah seperti berikut:\u00a0\n\u00a0\nZakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah baki terendah setelah ditolak wang faedah (akaun konvensional) bagi satu atau beberapa akaun simpanan dalam tahun tersebut yang cukup hauk dan nisab.\n\u00a0\n7.\u00a0Zakat Saham, Sukuk dan Bon :\n\u00a0\nKadar nisab bagi zakat saham, sukuk dan bon adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 mithqal ( \u0645\u062b\u0642\u0627\u0644 ) atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.\n\u00a0\nKadar zakat yang diwajibkan ialah sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40) daripada saham dan bon yang cukup haul dan hisab.\nKaedah pengiraan zakat saham seperti berikut :\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Saham yang masih dimiliki hingga hujung tahun (\nhaul\n), iaitu 2.5 peratus daripada harga terendah antara harga pasaran dan harga belian serta melebihi nisab. Jika harga terendah tidak dapat ditentukan, maka bolehlah ditentukan berdasarkan harga saham pada akhir tahun.\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0Saham yang dijual beli sepanjang tahun (\nhaul\n), iaitu 2.5 peratus daripada nilai jualan saham setelah ditolak kos pembelian dan melebihi nisab.\n\u00a0\nManakala kaedah pengiraan zakat sukuk dan bon ialah 2.5 peratus daripada nilai sukuk dan bon yang cukup haul dan melebihi nisab.\n\u00a0\n8.\u00a0Zakat Hasil Galian (\nMa\u2019adin, Kunuz\n dan \nRikaz\n) : \n\u00a0\nHasil galian bermaksud hasil galian yang diperolehi daripada perut bumi. Ia boleh dibahagikan kepada :\n\u00a0\ni)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMa\u2019adin\n iaitu segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair, di darat atau di laut contohnya emas, perak, bijih timah dan petroleum;\n\u00a0\nii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nKunuz\n iaitu harta yang tersimpan di dalam bumi contohnya harta karun selepas kedatangan Islam; dan\n\u00a0\niii)\u00a0\u00a0\u00a0\nRikaz\n iaitu harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nKadar nisab bagi zakat hasil galian (\nma\u2019adin, kunuz\n dan \nrikaz\n) adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 mithqal\u00a0( \u0645\u062b\u0642\u0627\u0644 ) atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.\n\u00a0\nKaedah pengiraan zakat galian (\nma\u2019adin\n) ialah wajib dikeluarkan sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40) daripada hasil galian (\nma\u2019adin\n) yang cukup nisab setelah siap diproses (dibersihkan) dengan mengambilkira kos operasi pengeluarannya (tidak disyaratkan cukup haul).\n\u00a0\nManakala kaedah pengiraan zakat \nrikaz\n dan \nkunuz\n pula ialah wajib dikeluarkan sebanyak satu perlima (1/5) atau 20 peratus daripada nilai keseluruhan harta yang ditemui dan cukup nisab setelah diambilkira kos membiayai operasi penggaliannya (tidak disyaratkan cukup haul).\n\u00a0\n9.\u00a0Zakat Emas dan Perak : \n\u00a0\n(i) Zakat Emas :\n\u00a0\nKadar nisab bagi zakat emas ialah 20 mithqal ( \u0645\u062b\u0642\u0627\u0644 ) atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.\n\u00a0\nKadar zakat emas yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus daripada nilai emas yang melebihi kadar nisab semasa dan telah cukup haul.\n\u00a0\nKaedah pengiraan zakat emas adalah seperti berikut :\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Emas yang dipakai untuk perhiasan wanita, iaitu 2.5 peratus daripada nilai keseluruhan emas perhiasan yang melebihi kadar \n\u2018urf\n pemakaian emas setempat (tanpa penolakan \n\u2018urf\n).\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0Emas yang tidak dipakai, iaitu 2.5 peratus daripada nilai emas yang melebihi kadar nisab semasa.\n\u00a0\nKadar \u2018urf pemakaian emas bagi Negeri Melaka ditetapkan sebanyak 120 gram.\n\u00a0\n(ii) Zakat Perak :\n\u00a0\nKadar nisab bagi zakat perak ialah 5 awqiyah (\u0623\u0648\u0642\u064a\u0629) atau 200 dirham bersamaan 595 gram perak.\n\u00a0\nKadar zakat perak yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 5 dirham bersamaan 2.975 gram perak atau 2.5 peratus (1/40).\n\u00a0\nKaedah pengiraan zakat perak ialah 2.5 peratus daripada nilai perak yang melebihi kadar nisab semasa dan telah cukup haul."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10266", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Pengambilan \nVaksin Human Papilloma Virus\n (HPV). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah mendengar taklimat daripada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan serta pandangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumnya. Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin \nHuman Papilloma\n (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudaratan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) di kalangan wanita.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10522", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 30 Safar 1423 bersamaan 13 Mei 2003 telah membincangkan mengenai Menanam Tanaman Di Atas Tanah Perkuburan Islam.\n \n \n Alhamdulilah fatwanya:\n \n \"Pokok-pokok besar yang ditanam di tanah perkuburan sekiranya berada di kawasan yang telah dikebumikan mayat-mayat, maka hendaklah dimusnahkan (ditebang dan dibersihkan) kerana akar pokok tersebut boleh menjalar sampai ke jasad mayat-mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10778", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 16 Mac 2002 telah membincangkan mengenai cadangan kaedah penentuan Idul Adha. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n1. Menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bahawa ketetapan Hari Raya \"Idul Adha hendaklah mengikut kaedah Hari Wukuf di Arafah iaitu kaedah asal penentuan \"Idul Adha yang dijalankan di Malaysia sebelum tahun 1993. Manakala kaedah penentuan \"Idul Adha yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan Ru\"yah dan Hisab Awal Bulan Zulhijjah.\n2. Jamaah Ulama\" juga bersetuju kertas kerja dari Majlis Agama Islam Perlis ini, juga dibincangkan dalam Mesyuarat Raja-Raja untuk kemaslahatan masyarakat.\n3. Jamaah Ulama\" juga akur kepada apa juga keputusan yang diputuskan oleh Majlis Raja-Raja dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung perkara di atas dan mengesyorkan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan menjelaskan di dalam media massa tentang asas-asas keputusan yang diputuskan tentang perkara di atas untuk mengelakan pandangan negatif dari masyarakat kepada institusi fatwa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11546", "body": "Mesyuarat bersetuju menerima kertas di atas dengan memberi ingatan kepada pihak-pihak yang mengeluarkan kad-kad, kalendar atau pelekat-pelekat berkenaan supaya membuat catatan supaya dipelihara dan ditempatkan kad-kad, kalendar dan pelekat-pelekat itu di tempat yang dihormati.\nSehubungan dengan itu mesyuarat bersetuju supaya pihak Jabatan Hal Ehwal Agama mengeluarkan khutbah khas mengenai penghormatan kepada al-Quran dan al-Hadith an-Nabawi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12058", "body": "1. Senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut syariat Islam dan boleh merosakkan akidah umat Islam.\n2.Oleh itu, apa-apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (1) di atas adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang orang Islam beramal dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10011", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\nBersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :\u201d Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al \u2013 Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.\u201d Dimansuhkan.\nMenetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.\nMenyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri \u2013 Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri \u2013 Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.\nMemperuntukkan pindaan kepada semua Undang \u2013 Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :\u201d Hukum Syarak atau Undang \u2013 Undang Islam ertinya Undang \u2013 Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. \u201d\nMemperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang \u2013 Undang Islam dan demikian penyebaran apa \u2013apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.\nMenetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang \u2013 undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.\nMenetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain \u2013 lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10267", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15 - 17 Disember 2010 telah membincangkan Cadangan Rekabentuk Dataran Pahlawan Negara Di Putrajaya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\nSetelah mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri serta pandangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima cadangan reka bentuk Dataran Pahlawan Negara sepertimana yang dibentang dan diperjelaskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri.\n\n\nMuzakarah juga berharap supaya unsur-unsur pembaziran dapat dielakkan dalam pembinaan Dataran Pahlawan Negara yang dicadangkan ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10523", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 20 zulhijjah 1424 bersamaan 11 Februari 2002 telah membincangkan mengenai Peraduan Quiz Melalui SMS Dan Talian 600.\n\u00a0\n Alhamdulillah fatwanya:\n \n 'Peraduan quiz melalui SMS dan talian 600 adalah sama seperti judi dan hukumnya adalah haram.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11547", "body": "Setelah meneliti penjelasan terhadap Tarekat Naqsyanbandiyyah pimpinan Profesor Qadirun Yahya yang disediakan oleh bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri jawatankuasa ini mengambil keputusan mengharamkan Tarekat Naqsyambandiyyah yang dibawa oleh Profesor tersebut kerana terdapat huraian yang bercanggah dengan ajaran dan Aqidah Islamiyyah. Orang ramai adalah diingatkan supaya berhati-hati sebelum terlibat beramal dengan tarekat bagi mengelakkan dari pembawaan yang salah yang boleh menjejaskan aqidah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12059", "body": "Menetapkan bahawa pada dasarnya harta zakat tidak harus dilaburkan. Bagaimanapun, sekiranya agihan zakat telah dibuat dengan sempurna kepada semua \nasnaf\n yang berhak memilikinya, lalu didapati masih ada lebihan, maka adalah harus harta zakat tersebut dilaburkan atas \nmaslahah \u2018ammah\n tetapi hendaklah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :\n(i) Majlis Agama Islam Melaka dapat memberi jaminan bertulis bahawa harta asal zakat yang\u00a0\u00a0dilaburkan adalah tetap harta zakat dan begitu juga keuntungannya hendaklah dikembalikan\u00a0kepada akaun zakat untuk dibelanjakan kepada \nasnaf\n yang berhak setelah ditolak kos pengurusan\u00a0yang munasabah;\n(ii) Ada jaminan bertulis bahawa Majlis Agama Islam Melaka bersedia untuk membayar balik\u00a0\u00a0kesemua jumlah harta zakat yang dilaburkan itu kepada akaun zakat jika berlaku kerugian dalam\u00a0\u00a0pelaburan;\n(iii) Ada jaminan bertulis bahawa harta zakat yang dijadikan modal pelaburan itu boleh dicairkan pada\u00a0bila-bila masa apabila ada keperluan mendadak di mana harta zakat itu perlu diagihkan;\n(iv) Pelaburan tersebut hendaklah dilakukan dengan teratur dan ianya mestilah berlandaskan syariat;\n(v) Hendaklah dibuat kajian terperinci berkenaan dengan satu-satu pelaburan yang hendak\u00a0\u00a0diusahakan menggunakan harta zakat dan perlu dipastikan ianya terjamin selamat;\n(vi) Hendaklah mendapatkan kebenaran atau kelulusan daripada mesyuarat Majlis Agama Islam\u00a0Melaka bagi memastikan dasar-dasar syariat terpelihara ; dan\n(vii) Pelaburan tersebut hendaklah dikendalikan oleh satu badan ataupun jawatankuasa khas yang\u00a0terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang pelaburan dan bersifat amanah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10524", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 27 Jamadilakhir 1424 bersamaan 25 Ogos 2003 telah membincangkan mengenai Perlaksanaan Had Kifayah Fakir Miskin Negeri Johor.\n\n\n\u00a0\n\n\nAlhamdulillah fatwanya:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Takrif Had Kifayah:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Dari segi bahasa : Kadar kecukupan\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Dari segi istilah : Kadar minima keperluan asas dalam kehidupan seeorang (yang pada kebiasaannya).\n\n\n\u00a0\n\n\nHad ini digunakan bagi menentukan kadar yang perlu dibantu untuk memenuhi keperluan asas bulanan setiap individu dan tanggungan di bawahnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Takrif Fakir\n\n\n\u00a0\n\n\nSeseorang yang tidak mempunyai harta dan hasil usaha ( pekerjaan ) yang boleh memenuhi keperluan asas ( daruriat ) bagi dirinya dan tanggungan di bawahnya bukan keperluan tambahan ( hajiat ) dan bukan keperluan kemewahan ( tahsinayat ), termasuk juga mereka yang tidak ada daya usaha dengan sebab seperti penyakit, dan jika ( perempuan ) tidak mempunyai suami, bapa dan datuk ke atas, atau anak dan cucu ke bawah yang wajib memberi nafkah kepadanya dari segi hukum syarak serta tidak mempunyai makanan yang mencukupi, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya dan tanggungan di bawahnya.\n\n\n\u00a0\n\n\nSebagai contoh : seseorang yang memerlukan kepada RM 300 sebulan tetapi hanya memperolehi tidak sampai 50% daripada keperluan tersebut untuk menampung keperluan asas diri dan tanggungan di bawahnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Takrif Miskin\n\n\n\u00a0\n\n\nSeseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asas (daruriat) tetapi mencukupi untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya.\n\n\n\u00a0\n\n\nSebagai contoh: seseorang yang memerlukan kepada RM 300 sebulan tetapi hanya memperolehi separuh (50%) atau lebih tetapi tidak sampai memenuhi keperluan asas sebenar bagi dirinya dan tanggungan di bawahnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Takrif Orang Kaya\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Seseorang yang mempunyai harta yang boleh diusahakan dan hasil usahanya memenuhi keperluan asas mengikut kadar had kifayah, atau\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Seseorang yang mempunyai pekerjaan dan pendapatannya memenuhi keperluan asas had kifayah, atau\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Seseorang perempuan yang mempunyai suami atau bapa atau datuk ke atas atau anak-anak dan cucu-cucu ke bawah yang wajib dan mampu memberi nafkah yang mencukupi had kifayah dari segi hukum syarak, atau\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Seseorang yang mempunyai makanan yang mencukupi juga pakaian dan tempat tinggal mengikut hukum syarak, atau\n\n\n\u00a0\n\n\nv. Seseorang yang mampu memiliki keperluan tambahan ( hahiyat ) dan keperluan kemewahan ( tahsinayat ) dalam kehidupan seharian, atau\n\n\n\u00a0\n\n\nvi. Seseorang yang kaya dengan tenaga usaha ( mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik tanpa kecacatan dalam usaha yang pada adatnya boleh berusaha dan bekerja ) tetapi tidak mahu melibatkan diri dalam pekerjaan yang halal, hanya ingin mendapat bantuan percuma sahaja sedangkan pekerjaan yang halal banyak, atau\n\n\n\u00a0\n\n\nvii. Mereka yang mempunyai harta tetapi tidak mahu mengusahakannya kerana malas, hanya suka meminta-minta.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Had Kifayah\n\n\n\u00a0\n\n\nSistem agihan ke atas golongan fakir miskin sama ada Islam asal atau mualaf (yang telah lama memeluk Islam dan telah kuat keimanannya) adalah berasaskan kepada keperluan asas (daruriyat), bukan keperluan tambahan (hajiyat) dan buka keperluan kemewahan (tahsinayat) seseorang itu mengikut kaca mata Islam bagi diri dan keluarga di bawah tanggungannya sesuai dengan tempat (lokasi) dan masa serta status sosial seseorang itu bagi keperluan minima iaitu:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Makanan\n\n\n\u00a0\n\n\nSegala bahan makanan dan minuman asas yang diperlukan atau dimakan oleh seeorang individu dan tanggungan di bawahnya yang memenuhi keperluan asas sama ada ketika berada di dalam atau di luar rumah.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Pakaian\n\n\n\u00a0\n\n\nSegala bentuk pakaian yang digunakan atau dipakai oleh seseorang individu dan tanggungan di bawahnya merangkumi pakaian harian, pakaian sekolah, pakaian kerja dan lain-lain pakaian asas.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Perlindungan\n\n\n\u00a0\n\n\nPerlindungan ialah perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk diri dan tanggungan di bawahnya merangkumi sewa rumah atau bayaran ansuran rumah murah, bil air dan elektrik serta segala yang bersangkutan dengan keperluan asas sesebuah tempat tinggal (lokasi) berasaskan keperluan minima.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Pendidikan\n\n\n\u00a0\n\n\na. Perbelanjaan pendidikan fardu ain.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Perbelanjaan berkaitan pendidikan diri, ahli keluarga sama ada diperingkat pra sekolah, rendah, menengah dan pengajian tinggi, juga meliputi keperluan yang berkaitan pendidikan tersebut seperti pembelian peralatan pelajaran dengan syarat tidak dapat bantuan atau pinjaman daripada sumber-sumber lain.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nv. Kesihatan\n\n\n\u00a0\n\n\nMerujuk kepada segala bentuk:\n\n\n\u00a0\n\n\na. Rawatan biasa\n\n\nb. Pembelian ubat-ubat biasa\n\n\nc. Pembelian alat-alat perubatan biasa\n\n\nd. Rawatan major melalui hospital kerajaan kecuali ada perakuan dari pihak hospital kerajaan dengan sebab-sebab tertentu\n\n\ne. Tambang yang berpatutan\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nvi. Pengangkutan\n\n\n\u00a0\n\n\nIaitu keperluan pengangkutan tambang untuk pergi dan balik dari tempat kerja atau tambang pergi dan balik ke sekolah (pengangkutan awam - bas) atau tambang untuk tujuan rawatan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n6. Kategori Indvidu Dalam Had Kifayah\n\n\n\u00a0\n\n\nBagi penentuan tanggungan had kifayah ianya meliputi:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Ketua Keluarga\n\n\n\u00a0\n\n\n- Merujuk kepada suami, isteri, ibu, bapa dan penjaga.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Dewasa\n\n\n\u00a0\n\n\n- Isteri atau suami yang ditanggung oleh ketua keluarga sama ada bekerja atau tidak\n\n\n\u00a0\n\n\n- Ibu atau bapa yang wajib disara\n\n\n\u00a0\n\n\n- Tanggungan yang bersekolah walaupun di pusat pengajian tinggi atau tidak bersekolah melebihi umur 18 tahun\n\n\n\u00a0\n\n\n- Tanggungan atau anak yang bekerja tetapi masih tinggal bersama\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Remaja\n\n\n\u00a0\n\n\n- Sekolah menengah (13 - 17 tahun)\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Kanak-kanak\n\n\n\u00a0\n\n\n- lahir - 4 tahun\n\n\n\u00a0\n\n\n- pra sekolah ( 5 - 6 tahun )\n\n\n\u00a0\n\n\n- sekolah rendah ( 7 - 12 tahun )\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n7. Kadar keperluan asas di Negeri Johor (dalam RM)\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nKadar ini ditentukan berdasarkan beberapa fakor sebagaimana berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Perkiraan berdasarkan indeks saran hidup di Malaysia\n\n\n\u00a0\n\n\n- Indeks sara hidup ( ISH ) adalah statistik yang amat penting menentukan perubahan kos sara hidup dari satu kawasan ke satu kawasan dan dari semasa ke semasa.\n\n\n\u00a0\n\n\n- Keperluan indeks sara hidup amat jelas terutamanyadalam menentukan pelarasan bantuan sara hidup kepada golongan fakir dan miskin. Ianya boleh juga digunakan untuk menentukan tekad \"kuasa beli\" yang diperlukan bagi sesuatu isi rumah itu mengekalkan taraf hidup yang sama dari semasa ke semasa.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDefinisi Indeks Sara Hidup\n\n\n\u00a0\n\n\n- Indeks sara hidup adalah satu angka relatif yang mengukur perubahan tingkat perbelanjaan keluarga bagi keperluan-keperluan asas pada satu-satu masa di sesuatu lokasi.\n\n\n\u00a0\n\n\n- Ianya dikira berdasarkan pada suatu tahun asas dan juga berdasarkan harga bagi \"a fixed basket of goods and services\" disesuatu lokasi disepanjang suatu tempoh tertentu.\n\n\n\u00a0\n\n\n- \" a fixed basket of goods and services \" ini adalah komponen-komponen perbelanjaan sara hidup. Komponen-komponen ini adalah terdiri daripada makanan, pakaian, perubatan, pendidikan, pengangkutan dan perumahan.\n\n\n\u00a0\n\n\n- Indeks sara hidup yang meningkat menunjukkan perbelanjaan bagi keperluan asas ini meningkat berbanding tahun asa berkenaan dan begitu juga sebaliknya.\n\n\n\u00a0\n\n\n- Kesimpulannya, indeks sara hidup diertikan sebagai nisbah di antara biaya saran minimum yang diperlukan pada masa kini dan biaya sebenar pada tahun asas.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nProses Pengumpulan Data\n\n\n\u00a0\n\n\n- Indeks sara hidup memerlukan tatacara pengumpulan data yang sistematik. Buat masa ini, badan yang mengumpul dan menganalisis data secara khusus ialah Jabatan Perangkaan.\n\n\n- Antara maklumat yang diperolehi secara berkala dan berterusan adalah maklumat demografi seperti tempat tinggal ( lokasi ), saiz keluarga, bilangan dan umur ahli keluarga, pendapatan, pecahan perbelanjaan, kaum, bilangan anak bersekolah, maklumat diri setiap ahli keluarga, harga-harga barangan keperluan asas dan masa bancian.\n\n\n\u00a0\n\n\n- Maklumat tersebut kemudiannya akan diproses dan dianalisis berdasarkan kaedah pengiraan indeks sara hidup yang dipilih sama ada menggunakan kaedah indeks mudah, kaedah indeks terlaras secara umum atau pun kaedah indeks terlaras mengikut tempat dan nisbah perbelanjaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n- Untuk mendapat kadar Johor = kadar wilayah x 1.12\n\n\n1.08\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Statistik sokongan dari Jabatan Perangkaan Negeri Johor.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Asas kadar harga yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n8. Jadual Kadar keperluan asas di Johor\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nKategori Keperluan Asas\n\n\n\u00a0\n\n\nKetua\n\n\nKeluarga\n\n\n\u00a0\n\n\nDewasa\n\n\nSek. Men.\n\n\n13 - 17\n\n\nTahun\n\n\nKanak-Kanak\n\n\nSek. Rendah\n\n\n7 - 12 Tahun\n\n\nKanak-Kanak\n\n\n6 ( Pra ) Tahun\n\n\nKe Bawah\n\n\nPerlindungan 300 - - - -\n\n\nMakanan 85.40 85.40 85.40 56.90 56.90\n\n\nPakaian 15 15 15 10 10\n\n\nPerubatan 10 10 10 10 10\n\n\nPendidikan - - 40 40 20\n\n\nPengangkutan 50 - 30 20 20\n\n\n\u00a0\n\n\nJumlah\n\n\n\u00a0\n\n\n460.40\n\n\n110.40\n\n\n180.40\n\n\n\u00a0\n\n\n136.90\n\n\n116.90\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n9. Penambahan Pengiraan (Tuntutan)\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nJenis Kes\n\n\n\u00a0\n\n\nPenambahan ( RM )\n\n\nSakit Kronik 150.00\n\n\nCacat Semulajadi 150.00\n\n\nCacat Mendatang 150.00\n\n\nIbu Tunggal 150.00\n\n\nAnak Menuntut di IPTA 150.00\n\n\nKeluarga Bermasalah\n\n\n\u00a0\n\n\n- Suami dalam penjara\n\n\n- Suami penagih dadah\n\n\n- Suami penghidap AIDS\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n150.00\n\n\nLain-lain tuntutan 150.00\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n10. Penolakan pengiraan kadar had kifayah pula berlaku sekiranya terdapat perkara berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nJenis Kes\n\n\n\u00a0\n\n\nPenambahan ( RM )\n\n\nKenderaan bermotor 200\n\n\nBarang kemas ( emas ) yang lebih daripada adapt 100\n\n\nVcd 50\n\n\nAstro 100\n\n\nAir Cond 100\n\n\nHi-Fi 50\n\n\nWang simpanan ( tidak lebih nisab zakat )\n\n\n( Jumlah wang dibahagiakn 12 bulan )\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n11. Jadual Had Kifayah secara ringkas:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nIsi Rumah\n\n\n\u00a0\n\n\nHad Kifayah ( RM )\n\n\nJumlah ( RM )\n\n\nKetua keluarga 460.40 460.40\n\n\nSuami + isteri 460.40 + 110.40 570.80\n\n\nSuami + isteri + anak ( menengah ) 460.40 + 110.40 + 180.40 751.20\n\n\nSuami + isteri + anak ( menengah ) + anak ( rendah ) 460.40 + 110.10 + 180.40 + 136.90 888.10\n\n\nSuami + isteri + anak ( menengah ) + anak ( rendah ) + anak ( 6 tahun ke bawah ) 460.40 + 110.40 + 180.40 + 136.90 + 116.90 1,005.00\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan jumlah tersebut, ianya perlu ditolak dan ditambah dengan nilai penambahan dan penolakan bagi mendatangkan kadar had kifayah yang sebenar.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n12. Penetapan kadar penerimaan bantuan ( RM )\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nBagi penetapan kadar penerimaan bantuan, 3 kaedah penetapan kadar telah\n\n\ndikemukakan sebagaimana berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Kaedah 1\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDeposit daripada Had Kifayah Jumlah RM diberi\n\n\n\u00a0\n\n\nRM100.00 hingga RM200.00 RM100.00\n\n\nRM201.00 hingga RM300.00 RM150.00\n\n\nRM301.00 hingga RM400.00 RM200.00\n\n\nRM401.00 hingga RM500.00 RM250.00\n\n\nRM501.00 hingga RM600.00 RM300.00\n\n\nRM601.00 hingga RM800.00 RM350.00\n\n\nRM801.00 ke atas RM400.00\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Kaedah 2\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nBantuan diberi berdasarkan gerak deposit yang berlaku atas pendapatan dan perbelanjaan. Sebagai contoh: pendapatan RM 500.00 manakala had kifayah RM 1,005.00 bantuan diberikan ialah RM 505.00.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Kaedah 3\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDeposit daripada Had Kifayah Jumlah RM diberi\n\n\n\u00a0\n\n\nRM50.00 hingga RM150.00 RM100.00\n\n\nRM151.00 hingga RM200.00 RM150.00\n\n\nRM201.00 hingga RM250.00 RM200.00\n\n\nRM251.00 hingga RM300.00 RM250.00\n\n\nRM301.00 hingga RM350.00 RM300.00\n\n\nRM401.00 hingga RM800.00 RM350.00\n\n\nRM801.00 ke atas RM400.00"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10780", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 23 Sep 2001 telah membincangkan mengenai perbincangan mengenai pindaan Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Ibu. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n\u00a0\n1) Tidak selaras dengan hukum syara', kerana mengikut hukum Syara', dari segi hak penjagaan kanak-kanak, ibu telah diberi hak keutamaan berbanding dengan bapa selagi kanak-kanak belum mencapai had umur yang mampu bagi mereka mengurus diri mereka sendiri dan selagi ibu masih berkelayakan, kemudian diikuti lain-lain urutan ?????. Begitu juga dengan hak penjagaan harta yang mana hukum Syara' memberi hak kepada bapa untuk mengurus harta kanak-kanak bawah umur diikuti oleh datuk sahih seterusnya orang-orang yang diwasiatkan. Manakala akta ini memberi hak yang sama kepada ibu dan bapa.\n\u00a0\n2) Tidak selari dengan Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1983, di mana enakmen ini telah memperuntukan secara jelas urutan ????? atau orang lain sebagai penjaga. Manakala akta ini memberi hak yang sama kepada ibu dan bapa.\nBagi tujuan pemakaian akta ini kepada orang bukan Islam, sekiranya kelulusan Badan Perundangan Negeri diperlukan untuk melaksanakan akta ini di Negeri Kelantan, mesyuarat bersetuju supaya satu perjumpaan antara S.S Mufti Kerajaan Kelantan dan Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri diadakan untuk memastikan orang Islam tidak terlibat dalam peruntukan akta ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12060", "body": "1. Harga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1430H/2009M ialah sebanyak RM6.30 seorang\n2. Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras Super Tempatan Gred A, mengikut\u00a0timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.\n3. Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1430H/2009M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10269", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Mengadakan Pameran Spesimen Anatomi Manusia. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menetapkan bahawa jasad seorang yang telah meninggal dunia mempunyai kemuliaan, nilai dan hak kemanusiaan yang wajib dihormati dan dipelihara sepertimana orang yang masih hidup. Pembedahan dan pengawetan mayat yang bertujuan untuk pameran dan diperagakan dalam pelbagai bentuk dan aksi adalah bertentangan dengan syarak.\n\n\nOleh yang demikian, selaras dengan ketetapan hukum syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum mengadakan pameran spesimen anatomi manusia adalah \ndilarang\n oleh Islam.\n\n\nWalaubagaimanapun, bagi tujuan pendidikan kepada orang awam berkaitan anatomi manusia, ia boleh dilakukan melalui bahan-bahan pameran yang lain seperti melalui gambar-gambar dan bahan-bahan tiruan tanpa menggunakan mayat sebenar."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10525", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 5 Safar 1425 bersamaan 26 Mac 2004 telah membincangkan mengenai Anak Tidak Sah Taraf.\n \n Alhamdulillah fatwanya:\n \n Anak tidak sah taraf ialah :\n \n 1. Anak yang dilahirkan diluar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol.\n \n 2. Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 \nlahzah Qamariah\n (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan shubhah.\n \n 3. Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 \nlahzah Qamariah\n dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi), atau adanya 4 orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11549", "body": "Mengambil upah mengisi baja tahi lembu ke dalam karung adalah harus tetapi menjual tahi lembu tidak sah mengikut hukum syara' kerana ianya merupakan bahan najis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12061", "body": "Pembayaran zakat fitrah melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah harus dengan syarat pihak Celcom Mobile Sdn. Bhd. hendaklah dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka sebagai amil atau agen yang hanya akan membuat pungutan zakat fitrah melalui kaedah SMS di Negeri Melaka bagi suatu tempoh tertentu yang dibenarkan oleh pihak Majlis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10270", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Kedudukan Kursus Pelatihan Solat Khusyuk. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa khusyuk di dalam sembahyang memang dituntut kepada umat Islam untuk melaksanakannya dan Islam memberi kemudahan yang amat luas untuk melaksanakan ibadah sembahyang tanpa memberatkan dengan amalan-amalan yang berlebih-lebihan\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ajaran, fahaman dan gerak geri perlakuan yang terkandung dalam Kursus Pelatihan Solat Khusyuk ini tidak terdapat di dalam ajaran Islam dan umat Islam ditegah daripada melakukan amalan ibadah yang tidak pernah dianjurkan oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10782", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 21hb Disember 2006 telah membincangkan fatwa mengenai ajaran kumpulan Abdullah Bin Mohammad Syarif, Tal Tujuh, Pasir mas. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nPada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 36 dan 39 Enakmen\u00a0MajlisAgama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jemaah Ulama\u2019 yang bersidang pada 30 Zulkaedah 1427H bersamaan 21hb Disember 2006 dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan membuat Fatwa yang berikut:\n\u00a0\nJADUAL\n\u00a0\n1.Mesyuarat Jamaah Ulama\u2019 Majlis Agama Ialam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan telah bersetuju dan memutuskan bahawa ajaran Kumpulan Abdullah Bin Mohammad Syarif Tal Tujuh, Pasir Mas adalah ajaran yang meragukan daripada ajaran Islam. Ciri-ciri ajaran yang meragukan dalam ajaran tersebut adalah dari segi:-\n\u00a0\na) Aspek Akidah-\n\u00a0\nAbdullah bin Mohammad Syarif mengaku dan mendakwa mendapat \u201c Ilmu Laduni\u201d iaitu ilmu terus daripada Allah.\nAbdullah bin Mohammad Syarif tidak menafikan dakwaan pengikutnya bahawa dia seorang yang mempunyai kasyaf.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nAbdullah bin Mohammad Syarif sentiasa membuat keputusan hanya berdasarkan kepada mimpi-mimpinya. Dia mendakwa boleh mentadbirkan segala mimpi dengan tepat.\n\u00a0\nb) Aspek Syariah-\n\u00a0\nMendakwa mengerjakan ibadat haji tidak wajib dan mengamalkan seperti yang ditetapkan dalam Islam sekarang ini adalah tidak sah.\nPengikut tidak dibenarkan berkahwin selain daripada pengikutnya sahaja. Pengikut-pengikut yang\u00a0hendak berkahwin mestilah mendapat kebenaran ketuanya ( Abdullah) terlebih dahulu.\n\u00a0\nc) Aspek Umum-\n\u00a0\nIbu bapa yang tidak merestui penglibatan anaknya dengan kumpulan ini, akan terputuslah hubungan kekeluargaan antara mereka.\nAhli-ahli yang keluar daripada kumpulan ini dianggap telah murtad rohaniah.\nSetiap arahan pemimpin yang dikeluarkan haruslah dipatuhi. Kegagalan mematuhi setiap arahan dianggap sebagai pengkhianat kepada kumpulannya dan ianya hendaklah diperangi atau dipulaukan.\nSesiapa menentangnya (Abdullah) halal darahnya dan perlu diperangi.\nPenuntut tidak dibenarkan menuntut ilmu dengan guru lain tanpa kebenaran (Abdullah)\nPengikut Kumpulan ini berkeyakinan suatu hari nanti, kumpulan mereka akan memerintah dunia dan dapat menguasai segala harta kekayaan yang ada.\nKetuanya (Abdullah) menanam kefahaman kepada pengikut agar mengutamakan cara kehidupan kesufian dan mengabaikan hal-hal keduniaan\u00a0seperti urusan ekonomi, politik dan sosial. Dunia dianggap perkara yang melalaikan yang menjauhkan seseorang daripada mengigati Allah. Kumpulan ini juga menganggap kehidupan di dunia hari ini penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan. Oleh itu mereka perlu mengasingkan diri daripada masyarakat dan membina kehidupan dalam kumpulan mereka sahaja, iaitu hanya menitikberatkan soal-soal keakhiratan semata-mata.\nBerdasarkan kepada ajaran-ajaran yang meragukan daripada ajaran Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1(a), (b) dan (c) Mesyuarat Jamaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah membuat fatwa seperti berikut:\nBahawa ajaran kumpulan Abdullah bin Mohammad Syarif, Tal Tujuh, Pasir Mas adalah ajaran yang meragukan daripada ajaran Islam dan Umat Islam hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan ajaran tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11550", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-5 \u2013 20 Februari 2012/27 Rabiulawwal 1433H\n\u00a0\nMesyuarat mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majoriti dan minoriti bagi perkara ini. Keputusan majoriti bersetuju dengan keputusan berikut :\n\u00a0\n\u201cAjaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.\n\u00a0\nOleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran dan fahaman Syiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, social, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.\n\u00a0\nOrang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.\u201d\n\u00a0\nNamun mesyuarat juga bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato\u2019 Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dengan penambahan sighah pada perenggan pertama, dicatat sebagai pandangan minoriti (pandangan kedua) seperti berikut :\n\u00a0\n\u201cAjaran dan fahaman Syiah Rafidhah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.\u201d\n\u00a0\nSumber:\nhttp://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-akidah/317-hukum-ajaran-atau-fahaman-syiah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12062", "body": "1.\n Menetapkan semula \nkaedah pengurusan lebihan agihan zakat daripada kutipan zakat bagi tahun semasa di Negeri Melaka adalah seperti berikut -\n(a) lebihan agihan zakat daripada mana-mana bahagian \nasnaf\n bagi tahun semasa hendaklah dipindahkan kepada bahagian \nasnaf\n lain yang ada penerimanya dalam tahun semasa tersebut;\n(b) sekiranya masih berbaki, lebihan agihan zakat daripada jumlah kutipan zakat bagi tahun semasa hendaklah dicampurkan dengan anggaran hasil kutipan zakat pada tahun berikutnya mengikut bahagian \nasnaf\n yang telah ditentukan; dan\n(c) lebihan agihan zakat tersebut hendaklah disimpan di dalam kumpulan wang lebihan zakat.\n2. Penggunaan dan perbelanjaan lebihan agihan zakat tersebut adalah hanya untuk lapan \nasnaf\n yang layak menerima zakat pada tahun yang berikutnya dengan menaikkan kadar bantuan agihan kepada setiap \nasnaf\n bagi tahun tersebut"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10271", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Menggunakan Pengimbas Badan di Lapangan Terbang. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut :\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa berdasarkan kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa \u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0623\u0648\u0644\u0649 \u0645\u0646 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d\u00a0pada prinsipnya menjaga keselamatan negara dan rakyat adalah perlu diutamakan apabila berlaku pertembungan di antara kerosakkan dan kemaslahatan.\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa \ntiada halangan\n untuk membenarkan penggunaan sistem pengimbas ini sekiranya berlaku keperluan yang mendesak (dharurat) bagi menjaga keselamatan negara dari ancaman musuh seperti dadah, senjata api dan sebagainya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10527", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Rejab 1424 bersamaan 23 September 2003 telah membincangkan mengenai Bacaan Doa ?? ???? ????????\n\n\nAlhamdulillah fatwanya:\n\n\n??? ??????? ?????????????? * ???????????? ?????? ?????????\n\n\n??? ??????? ?????????????? * ???????????? ?????? ?????????\n\n\n??? ??????? ?????????????? * ???????????? ?????? ??????????\n\n\n\r\n1. Kita digalakkan membaca doa yang warid dan ma'athur yang terdiri daripada :\n\n\ni. Ayat Al-Quran Karim\n\r\nii. Hadis /doa yang menjadi amalan Rasullullah S.A.W.\n\r\niii. Doa yang diamalkan oleh para sahabat, tabiin dan ulam'a\n\n\n2. Kita tidak dilarang berdoa dengan karangan kita sendiri apatah lagi doa yang dikarang dan diamalkan oleh ulama, selagi mana kalimah / perkataan doa tersebut tidak bercanggah dengan akidah, syariat dan akhlak Islam, juga dengan adab-adab berdoa.\n\n\n3. Doa ?? ???? ???????? boleh dibaca kerana doa tersebut menyeru dan memohon kepada Allah S.W.T, dan beramal dengan doa tersebut tidak menjejaskan akidah islamiah.\n\n\n4. Sewajarnya pengamal doa ini tidak menghubungkan doa tersebut datang dari Rasulullah S.A.W."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10783", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 23hb September 2001 telah membincangkan fatwa masalah perpecahan orang Mlelayu Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\nPada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 36 dan 39 Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jamaah Ulama\u2019 yang bersidang pada 5 Rajab 1422H bersamaan 23hb. September 2001M dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat Fatwa yang berikut :\n\u00a0\n(a)Soalan:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nPenggunaan nama atau yang dikaitkan dengan Islam\u00a0dalam\u00a0nama sesuatu pertubuhan boleh mengelirukan orang Islam akan nama Islam dan ajarannya?\n\u00a0\nJawapan :\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nTiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan. Mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan\u00a0peruntukan undang-undang yang sedia ada.\n\u00a0\n(b)Soalan:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nPenambahan syarat kepada pengiktirafan seseorang sebagai seorang Islam ?\n\u00a0\nJawapan:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nSeseorang itu sudah diiktiraf\u00a0sebagai seorang Islam jika menepati rukun iman dan rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa rukun dan menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut, maka\u00a0perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar\u00a0ajaran salah atau menyeleweng.\n\u00a0\n(c)Soalan:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nDakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada pihak tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam itu dilayakkan ke syurga dan kenyataan bahawa orang-orang tertentu akan ditempatkan di neraka?\n\u00a0\nJawapan:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nKetentuan syurga atau neraka\u00a0adalah hak Allah Ta\u2019ala. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang dilayakkan ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam Oleh itu, sesiapa yang mengamal,mengajar menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut, maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah dan menyeleweng."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11551", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-5 \u2013 20 Februari 2012/27 Rabiulawwal 1433H\n\u00a0\nMesyuarat mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majoriti dan minoriti bagi perkara ini. Keputusan majoriti bersetuju dengan keputusan berikut :\n\u00a0\n\u201cAjaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.\n\u00a0\nOleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran dan fahaman Syiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, social, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.\n\u00a0\nOrang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.\u201d\n\u00a0\nNamun mesyuarat juga bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato\u2019 Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dengan penambahan sighah pada perenggan pertama, dicatat sebagai pandangan minoriti (pandangan kedua) seperti berikut :\n\u00a0\n\u201cAjaran dan fahaman Syiah Rafidhah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12063", "body": "Wasiat bukan Islam kepada kepada orang Islam dan sebaliknya adalah harus pada syarak. Dengan itu adalah sah pemberian harta yang diwasiat oleh seseorang bapa / ibu yang bukan Islam kepada anaknya yang Islam. Kecuali di dalam hukum pusaka mempusakai maka tiada harus bagi anak yang Islam menerima pusaka daripada bapa/ ibunya atau lain-lain pewarisan yang bukan Islam begitu juga sebaliknya kerana berlainan agama."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12319", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 17 Januari 2012 telah membincangkan mengenai \"Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah \"\n\u00a0\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n\u201c Pelaksanaan wasiat wajibah adalah wajib menurut hukum syara\u2019 tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\n\u00a0\nAnak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan\u00a0( cucu )\u00a0ke bawah adalah layak untuk menerima wasiat wajibah.\nHendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.\nCucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu atau ta\u2019sib maka mereka tidak layak untuk mendapat wasiat wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding wasiat wajibah.\nSekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat wasiat wajibah daripada harta pusaka datuk.\nSekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat wasiat wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut.\nAnak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli- ahli waris yang lain.\nPembahagian wasiat wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiariah dan hutang piutang.\nPembahagian wasiat wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10272", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati\u2019e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.\n\n\t\u00a0\n\n\nSehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama\u2019 yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah \ndiharuskan\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10528", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 13 Julai 2000 telah membincangkan mengenai Badan Pertubuhan Bahai (BAHAI).\n \n Alhamdulillah fatwanya,\n \n 1. Ajaran BAHAI adalah bukan ajaran Islam.\n \n 2. Umat Islam yang terlibat dengan ajaran bahai (BAHAI) adalah murtad. Oleh itu umat Islam adalah dilarang dan diharamkan untuk melibatkan diri dengan ajaran tersebut dan sesiapa yang terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12320", "body": "1. Mesyuarat memulakan perbincangan mengenai cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha.\n2. Setelah membincangkan cadangan ini mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan tahun 1432 HIJRIAH sebanyak RM7.00.\n3. Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di negeri Kelantan yang bernilai RM2.58 satu kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.7 kilogram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10529", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada\u00a018 Februari 2009\u00a0telah membincangkan mengenai Hukum Permainan Kuda Kepang Di Negeri Johor.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya ;\n \n Permainan kuda kepang sama ada tarian biasa atau dramatari atau tarian gelanggang adalah \nharam \nkerana ianya bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.\n\u00a0\nSemua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan kuda kepang. mereka yang bergiat dalam permainan kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan bertaubat dengan taubat nasuha.'\n\u00a0\n \n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10274", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\u00a0\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu \nmuamalah yang tidak patuh syariah\n kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa \npampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah\n.\nDalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang \nperlu diagihkan secara sistem faraid\n. Manakala \nbaki \npampasan polisi insurans konvensional tersebut \ntidak boleh diwarisi\n oleh ahli waris secara sistem faraid serta \nwajib dilupuskan\n dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri \natau didermakan\n untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.\nJika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai \ngolongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus\n bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11554", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa: Bersetuju mengesyorkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bahawa: Hantaran hendaklah tidak dibawa ke dalam masjid semasa upacara akad nikah, yang perlu dibawa hanyalah maskahwin sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12322", "body": "Setelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju untuk mengeluarkan Fatwa mengenai Ajaran Syiah seperti berikut:\n1.\n Semua Mazhab Syiah adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan umat Islam tidak boleh beramal dengan semua ajaran Syiah. Ini adalah kerana semua ajaran Syiah adalah jelas menyeleweng dari segi aqidah, syariah, dan akhlak sebagaimana contoh-contoh berikut:\n(A).\n Penyelewengan Aqidah\n(i) \nMuhammad Bin Yakob Al-Kailani meriwayatkan dalam usul Al-Kafi dari Ibnu Abdillah, kata Beliau \u201c Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkan dimana dikehendakinya dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya. (Al-Kafi, jilid 1, Halaman 409). Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, sedangkan Allah berfirman didalam Al-Quran \"?? ????? ??? ?????? ?? ???? ?? ?????\" (??????? ???: 128) yang bermaksud : Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hambanya. Allah Berfirman \u201c?? ??? ??????? ??????\u201d (??????? ??? 2) yang bermaksud \u201c kepunyaaNyalah kerajaan langit dan bumi.\n(ii)\n Imam adalah pangkat tertinggi, bahkan menjadi salah satu rukun Iman;\n(iii) \nImam adalah ma\u2019sum, tidak melakukan sebarang dosa-dosa kecil atau besar;\n(iv)\n Imam masih mendapat wahyu dari Tuhan dan mewarisi pangkat Nabi;\n(v)\n Mempertikaikan kesempurnaan Al-Quran.\n2. Penyelewengan Syariah\n(i)\n Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Jaa\u2019far As-Saadiq bahawa beliau berkata, sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan ( azab dan siksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan zakat, dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat, dan sesungguhnya Allah menolak azab dan siksaan daripada Syiah kita yang tidak mengerjakannya. (tafsir alqami, jilid 1 Halaman 83, 84 tafsir al-Ieyasyi jilid 1, halaman 135). Mereka tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji dianggap sudah mencukupi.\n(ii)\n Menghalalkan perkahwinan Mut\u2019ah. Untuk menggalakkan amalan tersebut, golongan Syiah mereka hadis-hadis palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas mereka. Antara hadis tersebut, Rasulullah S.A.W bersabda : \u201cBarangsiapa keluar dari dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin Mut\u2019ah dia akan datang pada hari akhirat dalam keadaan rompong. Dalam Kitab Tahzibul Ahkam, Jilid 7, halaman 254 ada menyebut bahawa kahwin Mut\u2019ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan.\n3. Penyelewengan Akhlak\n(i)\n Golongan Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah bersifat biadap terhadap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul dengan berpegang kepada riwayat daripada Mulla Bakar Almajlisi dalam kitabnya Bahar Al-Anuar ( secara dusta) daripada Nabi S.A.W bahawa nabi berkata kepada Ali \u201c Wahai Ali engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku. Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak lelaki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri bapa mertua sedangkan aku sendiri tidak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti bapa mertuamu. Ja\u2019far adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Ja\u2019far. Fatimah Al-hasyimiah adalah ibumu dimana aku tidak mendapat ibu seumpamanya.\u201d (kitab Bahar Al Anuar Kitab As-Syahadah jilid 5, halaman 511.) Al-Kailani menyebut darjat Imamah adalah lebih tinggi daripada darjah kenabian, kerasulan dan khalatullah. Untuk maksud ini dia (Al-Kailani) telah berdusta atas nama Jaa\u2019far Al-Sadiq bahawa beliau berkata sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai rasul, dan sesungguhnya Allah telah menjadikannya rasul sebelum menjadikannya khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam. ( Kitab A-Hujjah daripada Kafi, jilid 1, halaman 175.)\n2.\n Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan hukum Syara\u2019 dan Undang-undang Islam, dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran termasuk ajaran Syiah yang lain daripada pegangan ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.\n3.\n Menetapkan bahawa semua umat Islam dinegeri ini adalah tertakluk kepada Undang-undang Islam, dan hukum Syara\u2019 yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah sahaja.\n4.\n Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10275", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20-22 April 2011 telah membincangkan Hukum Menanam Rambut Di Kepala. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagimana tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudarat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10531", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadil Akhir 1423 bersamaan 6 Ogos 2003 telah membincangkan mengenai Amalan Meletakkan Baju Pengantin Di Atas Bumbung Bagi Mengelakkan Hari Hujan.\n \n Alhamdulillah fatwanya:\n \n'Amalan meletakkan baju pengantin di atas bumbung bagi menahan hujan turun adalah dilarang sama sekali kerana kepercayaan tersebut adalah merupakan satu khurafat dan boleh merosakkan akidah sebagai seorang Islam'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11555", "body": "1. Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Johor hendaklah mengikut undang-undang dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama\u2019ah dari segi aqidah berpandukan mazhab Al-Asya\u2019irah dan Al-Maturidiah, Syariah berpandukan mazhab Syafi\u2019e. Walaubagaimanapun tiga mazhab yang mu\u2019tabar iaitu Hanafi, Maliki dan Hanbali boleh dirujuk dan digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalah tertentu dan dari segi akhlak hendaklah berpegang dengan akhlak Islamiyyah.\n\u00a0\n2. Bahawa Fahaman dan Ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama\u2019ah yang boleh menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan Negara.\n\u00a0\n3. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Johor Darul Ta\u2019zim berdasarkan terdapat beberapa pencanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlaq.\n\u00a0\n4. Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan adalah dilarang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman tersebut kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama\u2019ah. Larangan ini meliputi:\nUntuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau untuk menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah; atau\nUntuk menerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau\nUntuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.\n\u00a0\n5. Adalah ditetapkan mana-mana Umat Islam di Negeri Johor yang mengingkari Fatwa ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.\n\u00a0\n \nSiaran Warta Fatwa Syiah Johor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12323", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang di Bilik Mesyuarat Tingkat 3 Majlis Agama Islam Kelantan pada 26 Februari 2012 bersamaan 04 Rabiulakhir 1433H telah membincangkan isu mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu Menurut Islam. Mesyuarat memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah \ntidak diharuskan\n memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membuat umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. Mesyuarat juga berpendapat keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan dharurah sehingga mengancam maslahah awam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10276", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Tarian Poco-poco Dan Seumpamanya Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa berdasarkan dapatan daripada kajian awal yang dikemukakan, fakta yang menunjukkan bahawa tarian poco-poco yang dipraktikkan di Malaysia mempunyai kaitan secara langsung dengan ritual penganut agama Kristian \nmasih belum dapat dibuktikan\n sepenuhnya dan kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi memastikan fakta sebenar asal usul tarian tersebut. Walaupun demikian, Muzakarah \nmengambil perhatian dan menghormati\n keputusan pengharaman tarian poco-poco yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.\n\n\nSehubungan itu, bagi memastikan apa jua bentuk tarian sama ada poco-poco atau sebagainya tidak bertentangan dengan ajaran Islam, Muzakarah memutuskan supaya sebarang bentuk tarian yang dilakukan \nhendaklah merujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam \nyang telah diputuskan sejak tahun 2007 seperti berikut, antaranya:\n\n\n\n\na) Berpakaian menutup aurat, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0 eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam;\n\nb) Gerak tari yang disembahkan tidak menimbulkan fitnah;\n\nc) Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah;\n\nd) Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan agama bukan Islam; dan\n\ne) Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.\u201d"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10532", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 ramadan 1422 bersamaan 5 Disember 2001 telah membincangkan mengenai Wasiat Orang Bukan Islam Kepada Orang Islam\nAhamdulillah fatwanya:\n'Wasiat orang bukan Islam kepada orang Islam adalah \ndiharuskan\n mengikut syarak'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10788", "body": "Kalau lafaz yang dikeluarkan oleh suami \" kalau macam tu aku cerai talak tiga\" hukumnya tidak jatuh talak kerana bukan taklik cerai atau lafaz insyaiyyah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11556", "body": "Mesyuarat bersetuju tanah rezab yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanh Negara bagi maksud tapak masjid adalah wakaf dan sama hukumnya bagi direzab oleh kerajaan sebagai maksud tapak kubur. Dan dikawal oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di bawah Seksyen 43 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10277", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Pemerdagangan Manusia. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\ni. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa manusia merupakan makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah s.w.t dan tidak diciptakan untuk menjadi hamba kepada manusia yang lain.\n\n\nii. Oleh yang demikian, pemerdagangan manusia yang melibatkan berbagai eksploitasi seperti pelacuran, perhambaan dan sebagainya adalah bercanggah dengan kemuliaan dan konsep khalifah yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.\n\n\niii. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memperdagang dan mengeksploitasikan manusia dalam pelbagai bentuk yang menyalahi hukum syarak adalah \ndiharamkan\n oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10533", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Syaaban 1423H bersamaan 22 Oktober 2003M telah membincangkan mengenai Barang-Barang Masjid Yang Tidak Digunakan Lagi.\n \n Alhamdulillah fatwanya:\n \n \" Bahawa perkakasan lama masjid yang dirobohkan untuk pembinaan semula hendaklah disimpan untuk kegunaan masjid pada masa yang akan datang atau digunakan untuk pembinaan masjid baru yang akan dibina. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihibahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan jika sekiranya tiada, maka hendaklah dihibahkan kepada madrasah atau balai masjid atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam.\n \n Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain (barang) tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan masjid. \""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12325", "body": "Setelah meneliti kertas kerja tersebut mesyuarat bersetuju untuk menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 11 Januari 2012 seperti berikut:\nBersetuju Memutuskan bahawa dari aspek Syara', menggunakan penggunaan dakwat kekal (Indelible ink) adalah harus dan dibenarkan kerana ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada ibadah umat Islam. Keputusan ini hanya tertakluk kepada bahan yang telah digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan diuji oleh Jabatan Kimia Malaysia sahaja.\nKeputusan ini juga adalah berdasarkan pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada Jabatan Kimia Malaysia serta penjelasan daripada Suruhan Jaya Pilihan Raya Malaysia kepada Ahli Muzakarah. Hasil daripada pembentangan tersebut didapati dakwat kekal ini (Indelible ink) tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syara', tidak memberikan kesan mudharat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit (telap air) apabila digunakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10022", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\nGerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:\n\n\nAspek Akidah\n\n\n1. Berpegang kepada Konsep Pluralisme\n\n\nKonsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (\nultimate reality\n). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.\n\n\n2. Akal Manusia Adalah Wahyu\n\n\nAliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.\n\n\n3. Meragui Ketulinan Al-Quran\n\n\nAliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.\n\n\n\u00a0\n\n\nAspek Syariah\n\n\n1. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur\u2019an Dan Al-Hadith\n\n\nAliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan \u201cmembuka dan membebaskan tafsiran al-Quran\u201d, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.\n\n\n2. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat\n\n\nAliran pemikiran ini juga berpegang \u2018membuka dan membebaskan' tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.\n\n\n3. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian\n\n\nAliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (\nleadership value\n). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra\u2019 dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (\nexageration\n) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.\n\n\n4. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam\n\n\nIlmu-ilmu Islam seperti \nUsul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta\u2019dil\n dan sebagainya yang telah secara Ijma\u2019 diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah \nqat\u2019ie \ndan hukum yang tidak \nqat\u2019ie \nmenurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.\n\n\n5. Sikap Terhadap Hukum\n\n\nAliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10278", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai\n \nHukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSetelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato\u2019 Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.\n\n\t\u00a0\n\n\nDalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.\n\n\t\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GM Food), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10534", "body": "Ajaran dan Fahaman Syiah didapati bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Perak berdasarkan kepercayaan dan perbuatan seperti berikut:\n\u00a0\nmenambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan syahadah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nMentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa;\nMempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pengurangan atau penambahan di dalam Al-Quran serta mempercayai bahawa Al-Quran mengandungi tujuh belas ribu ayat;\nMenolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah S.A.W. dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12;\nMencerca dan menghina para sahabat yang diredai oleh Allah S.W.T. dan para isteri Rasulullah SAW dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad;\nMempercayai Al-Raja\u2019ah iaitu Allah SWT akan menghidupkan semula orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya Qiamat bersama-sama Imam Mahadi;\nMengamalkan Al-Taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, pendapat yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;\nMengamalkan nikah Mut\u2019ah;\nMempercayai amalan menziarah maqam Saidina Ali KW akan memperolehi ganjaran Syurga; dan\nMelakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh sempena 10 Muharam.\n\u00a0\nOleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan bahawa:\n\u00a0\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai\u00a0unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nApa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau\nApa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan denganunsur-unsur ajaran, pegangan atau fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang;\nOrang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;\nApa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.\nSelanjutnya sila klik:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11046", "body": "Ketentuan syurga atau neraka kepada seseorang adalah hak mutlak Allah swt sahaja. Adapun mereka yang disebut oleh Rasulullah saw sebagai ahli syurga atau neraka adalah wahi Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al An\"am ayat:\nYang bermaksud:\n'Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapat sendiri, segala yang diperkatakan itu (samada al Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahi yang diwahyukan kepadanya. Manakala orangramai hanya boleh menyaksikan baik buruk perangai seseorang sebagaimana sabda Rasulullah saw:\n\u00a0\nMaksudnya:\n'Kamu adalah saksi Allah di muka bumi'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12326", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang di Bilik Mesyuarat Tingkat 3 Majlis Agama Islam Kelantan pada 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabiulawal 1432H telah membincangkan isu mengenai Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Tahun 1432 Hijriah dan telah bersetuju menetapkan harga seperti berikut:\n\u00a0\n\u00a0Mesyuarat memulakan perbincangan mengenai cadangan ini dengan pembentangan\u00a0\u00a0kertas kerja oleh Setiausaha.\n\u00a0Setelah membincangkan cadangan ini mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat\u00a0fitrah bagi negeri Kelantan tahun 1432 HIJRIAH sebanyak RM7.00.\nKeputusan ini dibuat berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di negeri Kelantan yang bernilai RM2.58 sati kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.7 kilogram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10023", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-75 yang bersidang pada 12 September 2006 telah membincangkan Usaha-Usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam Melalui Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. Dan Lain-Lain Syarikat. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\ni. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ajaran dan pegangan yang dibawa dan disebarkan oleh ahli jamaah Syarikat Rufaqa\u2019 Corporation Sdn. Bhd.(SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya mengandungi fahaman-fahaman yang menyamai Kumpulan al-Arqam yang telah diharamkan. Ahli jamaah SRC juga didapati mengamalkan ajaran dan pegangan baru yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam. Penyelewengan-penyelewengan tersebut adalah seperti berikut:\n\n\na) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah berdasarkan kepercayaan bahawa -\n\n\ni. Haji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman (Mujaddid), manakala Sheikh Muhammad al-Suhaimi pula sebagai Imam Mahdi.\n\n\nii. Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Setiap ramalan tersebut dianggap oleh ahli jamaah SRC sebagai sebahagian daripada jadual Tuhan untuk memberi kemenangan kepada mereka.\n\n\niii. Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Sheikh Muhammad al-Suhaimi dan Rasulullah s.a.w. berkenaan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.\n\n\niv. Mujaddid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus dari Allah (ilham, ilmu ladunni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ilham dari Tuhan Ilham dari Tuhan datang kepadanya seperti air sungai yang mengalir.\n\n\nv. Ahli jamaah yang banyak menghayati minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) dan dapat pula melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya.\n\n\nvi. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) itu sebenarnya adalah wahyu dari Tuhan. Bagaimanapun, wahyu yang diturunkan kepada Abuya adalah 1/46 daripada kenabian.\n\n\nvii. Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad),Imam Mahdi (Sheikh Muhammad al-Suhaimi) dan Nabi Isa a.s. yang telah tersedia oleh Allah untuk melaksanakan jadual Tuhan.\n\n\nviii. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) difahami sebagai intisari Quran dan hadith dan Abuya adalah orang Tuhan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan. Dengan itu, tidak perlu lagi merujuk kepada Quran dan Hadith kerana minda sudah lengkap.\n\n\nix. Perjuangan ahli jamaah SRC dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada para malaikat, jin Islam dan roh-roh muqaddas (roh suci para ahli jamaah yang telah meninggal dunia).\n\n\nx. Bertawassul kepada Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) ketika menghadapi sesuatu kesulitan atau kecemasan, Abuya akan menghantar bantuan samaada menggunakan jin Islam atau dengan karamahnya.\n\n\nxi. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah manusia yang hebat. Malahan, lebih hebat daripada kita mempunyai 10 orang ibu dan ayah kerana menurut mereka hubungan dengan ibu bapa hanya terbatas di dunia sedangkan hubungan dengan Abuya kekal sehingga ke akhirat.\n\n\nxii. Allah akan memberitahu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) tentang musibah sakit yang dialami oleh ahli jamaah SRC. Sekiranya sakit tersebut tidak tertanggung oleh ahli jamaah, Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh ahli jamaah.\n\n\nxiii. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal sekiranya ahli jamaah yang sampai ajal itu masih banyak dosa.\n\n\nxiv. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada ahli jamaah lain yang telah sempurna iman dan taqwa.\n\n\nxv. Sewaktu ahli jamaah sedang nazak, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala dengan mengajarkan talkin. Dengan itu, syaitan tidak akan menyesatkan ahli jamaah berkenaan.\n\n\nxvi. Sewaktu ahli jemaah sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan datang menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak ahli jamaah. Dengan itu, ahli jamaah berkenaan terlepas seksaan kubur.\n\n\nxvii. Sewaktu di padang mahsyar, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) menunggu-nunggu untuk memberikan syafaat kepada para pengikutnya.\n\n\nb) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Syariah Islamiyyah adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa :\n\n\ni. Ibadat sembahyang Jumaat pada mereka adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi muncul dan membentuk kerajaan barulah ibadat sembahyang Jumaat menjadi wajib.\n\n\nii. Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus dari Allah dalam bentuk ilham.\n\n\niii. Orang yang berjuang dengan mempunyai minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangan.\n\n\niv. Seorang ahli ibadah (\u2018Abid) hanya mampu menjadi hamba biasa kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu dan tidak boleh menjadi khalifah.\n\n\nv. Quranyangadasekaranghanyatinggalmashafdanlafazsahaja. v. Quran yang ada sekarang hanya tinggal mashaf dan lafaz sahaja. Roh Quran telah ditarik balik oleh Tuhan dan hanya diberikan kepada mujaddid (Haji Ashaari bin Muhammad).\n\n\nvi. Sembahyang sehari semalaman hanya tiga waktu sahaja iaitu Subuh, sembahyang jamak Zohor dan Asar serta jamak Maghrib dan Isyak.\n\n\nvii. Segala amalan baik di dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu bersembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji.\n\n\nviii. Duduk semajlis dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhamad) pahalanya lebih tinggi daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang tahjud sepanjang hayat.\n\n\nix. Beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara untuk menjaga hubungan hati atau rohani dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad). Dengan mengamalkan Aurad Muhammadiah, ahli jamaah akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Abuya.\n\n\nx. Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal sekiranya ahli jamaah melakukan dosa besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengaibkan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad).\n\n\nxi. Mengamalkan zikir agung ( ) yang terkandung di dalamnya unsur tawassul, menyeru roh orang yang telah mati serta mendakwa bahawa al-Sheikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi.\n\n\nc)\u00a0 Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Akhlak Dan Etika Bermasyarakat adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa-\n\n\ni. Ulama yang ada sekarang adalah ulama kitab atau ulama hafalan yang bergantung kepada kitab dan hafalan untuk mengajar. Manakala Sahibul Zaman pula, ilmunya datang terus dari Tuhan.\n\n\nii. Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke peringkat Ph.D adalah tidak bermanfaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kitab lama dan ketinggalan zaman.iii. Ilmu para ulama sekarang dengan mendakwa ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu orang Tuhan (Haji Ashaari bin Muhammad).\n\n\niv. Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan iv. Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang berwatak Rasul.\n\n\nii. Berdasarkan kepada penyelewengan tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah bersetuju memutuskan bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh jamaah Syarikat Rufaqa\u2019 Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\niii. Oleh yang demikian, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengambil keputusan bahawa:\n\n\na. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa\u2019 Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\nb. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa\u2019 Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, perubatan, pembinaan, pertanian, perladangan, telekomunikasi atau apa-apa aktiviti lain yang berhubungkait dengan SRC dan apa-apa ajaran yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan Al-Arqam adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\nc. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Kumpulan al-Arqam samada melalui Syarikat Rufaqa\u2019 Corporation Sdn. Bhd. (SRC), rangkaian syarikat gabungannya atau mana-mana pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Al-Arqam adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\nd. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang disebut di dalam sub perenggan iii( a), (b), (c) adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\ne. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan Al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Al-Arqam dan ahli jamaah SRC adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam; atau\n\n\nf. Apa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan ajaran Kumpulan Al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Al-Arqam dan ahli jamaah SRC dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10279", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai\n \nHukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha\u2019 telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah \ndiharamkan\n oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) \ndiharuskan dengan syarat\n keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10535", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1421 bersamaan 29 Januari 2001 telah membincangkan mengenai Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Lukman @ Hakikat Insan.\n \n Ahamdulillah fatwanya:\n \n 'Ajaran ilmu Tajalli Ahmad Lukman @ Hakikat Insan adalah \nsesat\n kerana terdapat di dalamnya:\n \n i. Unsur-unsur syirik\n ii. Menyamatarafkan Allah s.w.t dengan makhluk.\n iii. Khurafat dan bida\"ah yang menyesatkan (bid\"ah)\n iv. Mereka- reka ajaran baru yang bukan dari ajaran atau dasar sebenar agama Islam.\n v. Ajarannya tidak berlandaskan sumber dan dalil yang kukuh dan sah kerana tidak di ketahui dari mana asas ajarannya diambil"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10791", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 18 Ogos 2002 telah membincangkan mengenai masalah bersumpah dengan Talak.\u00a0Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n1) Pendapat yang menyatakan bahawa hakim tidak boleh menyuruh si suami bersumpah menafikan dakwaan isterinya yang mendakwa si suami telah melafazkan talak keatasnya tetapi tidak ada saksi yang mendengarnya berdasarkan nas '?? ???? ???? ?? ???? ???? ?????' adalah tidak tepat.\n\u00a0\n2) Amalan yang digunapakai oleh Mahkamah Syariah Negeri Kelantan iaitu hakim akan menjatuhkan hukuman keatas suami supaya bersumpah menafikan dakwaan isteri yang mendakwa bahawa si suami telah melafazkan talak keatasnya tetapi tidak ada saksi yang mendengarnya dan jika si suami enggan bersumpah akan dijalankan sumpah rad ( ???? ?????? ) keatas isterinya adalah tidak bercanggah dengan hukum syara'.\n\u00a0\n3) Yang dimaksudkan dengan ibarat '?????? ???? ?? ???? ???? ?????' ialah hakim tidak boleh menyuruh seseorang bersumpah dengan lafaz talak (????? ??????). Dinamakan orang berta\"lik dengan talak itu sebagai sumpah kerana ianya menghendaki berlaku sesuatu atau menghalang dari membuat sesuatu seperti mana yang dikehendaki oleh orang bersumpah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11047", "body": "Amalan melabur hasil zakat yang tidak dapat diagihkan dalam tahun semasa kepada asnaf yang lapan dengan membeli aset adalah tidak tepat, ketika asnaf berkenaan masih memerlukan bantuan zakat. Dengan itu segala harta yang telah dibeli dengan wang zakat jika dijual semula hendaklah dikembalikan wang jualan tersebut kepada asnaf yang lapan yang telah ditentukan oleh syariat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11559", "body": "Kertas disediakan oleh Y.Bhg. Dato\" Dr. Saleh bin Ismail dan Y. Bhg. Ustaz Talib bin Abdul Rahman.\nSetelah mengamati dan membahas dengan teliti kertas ini mesyuarat bersetuju dengan keputusan-keputusan berikut :\ni. Menerima kertas ini dengan beberapa pembetulan dan pindaan.\n(lihat lampiran 'Ba').\nii. Terima kasih dan tahniah kepada penulis.\nSehubungan dengan isu perobohan masjid/surau, mesyuarat turut membangkitkan tentang beberapa masalah yang sering timbul sekitar proses pembinaan masjid/surau dan perobohannya.\nDari segi pembinaan masjid/surau baru terdapat kes-kes masjid/surau dibina sebelum mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya.\nSungguhpun masalah ini telah cuba diatasi dengan memberi peringatan khusus kepada pihak-pihak yang terlibat dengan perancangan dan perancangan adan proses pembinaan masjid melalui Pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Bil.(92)JHEAT.01/-001/5 bertarikh 9 Jun 1991 bersamaan 26 Zulkaedah 1411 mengenai 'Meroboh/membina masjid baru (termasuk surau)', tetapi peringatan, seperti ini, ternyata tidak begitu berkesan.\nOleh itu bagi menghindari masalah ini dari terus berlaku dan juga bagi menjamin kelicinan proses pembinaan masjid/surau baru termasuk ditahap memerlukan kelulusan Pesuruhjaya, mesyuarata bersetuju memanjangkan cadangan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu supaya mewujudkan satu Jawatankuasa Perancang Pembangunan Masjid/Surau Peringkat Negeri.\nKeanggotaan jawatankuasa ini membabitkan pihak kepimpinan tertinggi negeri dan agensi yang terlibat dengan proses perancangan pelaksanaan dan pembangunan masjid termasuk Jabatan Mufti.\nBerhubung dengan perubahan dan perombakan masjid/surau, mesyuarat juga membincangkan tentang beberapa masalah hukum syarak yang timbul sekitar cara-cara mengurus bekas tapak dan bahan-bahan masjid/surau berkenaan. Biasanya bahan-bahan itu terdiri daripada berbagai jenis dan bentuk samada kayu, batu, kaca dan sebagainya termasuk perkakas atau peralatan tertentu samada masih boleh diguna pakai atau sebagainya.\nBagaimana dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil terhadap bahan-bahan itu mengikut hukum syarak. Samada dijual, disimpan, dipakai semula, diubahsuai, dipindah dan sebagainya.\nBagi mengatasi masalah ini, mesyuarat bersetuju supaya majlis mewujudkan satu jawatankuasa khas yang bertugas menilai bahan-bahan berkenaan secara khusus mengikut keadaan kes.\nJawatankuasa ini bertanggungjawab memberi panduan kepada pihak-pihak tertentu supaya mengambil langkah-langkah atau tindakan sesuai degan hukum syarak yang berbangkit dari masa ke semasa.\nLampiran 'Ba'\nBahan masjid/surau yang diroboh : Apakah yang harus dilakukan?\nKertas disediakan oleh Y.Bhg. Dato\" Dr. Saleh bin Ismail dan Y. Bhg. Ustaz Talib bin Abdul Rahman.\n**************************************************************************************\nMuqaddimah :\nMasjid adalah termasuk di dalam kumpulan harta wakaf yang ditentukan untuk kegunaan kumpulan tertentu di dalam masyarakat. Ini bererti masjid adalah kepunyaan atau milik semua umat Islam.\nDefinisi Wakaf :\nWakaf adalah menahan suatu harta yang boleh/sah digunakan dari penguasaan pemilikan untuk tujuan menggunakannya di jalan yang diharuskan oleh syarak.\nJenis Wakaf :\nOleh kerana wakaf harta untuk dijadikan tempat ibadat menyebabkan harta-harta milik masjid tidak tentu pemiliknya. Sebarang urusan ke atas harta wakaf masjid hendaklah didasarkan kepada kepentingan umum dan maslahah mereka. Kecuali bagi harta wakaf yang sudah ditentukan pemiliknya, seperti ia diletakan di bawah nama-nama tertentu.\nPendapat ulama berhubung dengan harta Wakaf :\n1. Mazhab Hanafi berpendapat: Bahan-banah masjid ada sifat masjidiinya ia masih kekal sebagai masjid sekalipun tidak diperlukan lagi. Ia tidak boleh dipindah; samada ia dalam bentuk harga atau barang. Ia tidak boleh dipindah kepada masjid yang lain. Manakala Imam Abu Yusuf pula berpendapat : Barang-barang milik masjid berupa hamparan dan almpu-lampu boleh dipindah ke masjid yang lain,\nMengikut pendapat sebahagian dari Mazhab Hanafi pula : Runtuhan masjid yang tidak boleh sewakan lagi dan tidak boleh digunakan untuk dibangunkan semula samada digunakan untuk membuat binaan atau lain-lain, maka ia boleh dijualkan dengan perintah hakam. (pemerintah/pihakberkuasa). Harga dari barang yang dijualkan itu bolehlah dibeli harta wakaf yang lain menggantikan tempat wakaf yang telah dijualkan itu.\nJika harganya tidak digunakan untuk membeli barang-barang tersebut, maka ia bolehlah diserahkan kepada waris yang mewakafkan jika merekaj masih ada. Tetapi jika tidak ada waris yang boleh menerimanya, bolehlah dibahagikan kepada orang-orang fakir.\n2. Mazhab Maliki berpendapat : Harta masjid tidak boleh dijualkan berasaskan kepada ijmak ulama\" demikian juga Mazhab Syafie berpendapat sepertimana Mazhab Maliki : Bahawa harta masjid tidak dijual. Hanya dalam keadaan perlu (mungkin terdesak) sahaja, harta tak alih (??????) milik masjid boleh dijual ; seperti keperluan untuk membesarkan atau memperluaskan masjid.\n3. Mazhab Hanbali pula berpendapat : Apabila sesebuah masjid tidak diperlukan lagi atas sebab-sebab seperti ia digunakan lagi untuk ibadah sembahyang atau kerana ia sangat sempit unutk pada Jumaat, manakala ia tidak boleh diperbesarkan lagi, atau ianya telah berkecai serta tidak boleh dibangunkan lagi, melainkan dengan cara dijual sebahagian dari harta masjid tersebut. Untuk membangunkan bahagian yang baru pada masjid tersebut jika bahagian-bahagian masjid itu tidak boleh digunaka lagi, maka ia hendaklah dijual.\nApabila harta wakaf dijual, duitnya bolehlah dibeli sesuatu mengikut kehendak waris yang mewakafkannya, samada ia digunakan untuk membeli barang yang sejenis dengan harta yang dijual atau dibeli barang yang lain darinya tetapi kegunaannya samada sepertimana harta yang telah dijualkan itu, kerana harta wakaf tidak boleh diubah selagimana masih boleh diambil faedah darinya.\nTukarganti harta masjid :\nDalam hal menukarganti harta masjid, Imam Ahmad dan lain berpendapat : Jika perlatan dari masjid yang pertama dijual dan pendapatan dari jualannya tersebut digunakan untuk membina masjid yang lebih baik atau selesa maka hukum menjualnya adalah harus. Imam Ahmad membawa hajat Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthman r.a. pernah menukarganti atau mengubahsuai masjid di zaman mereka.\nMaka dengan ini harus pengubahsuai bangunan harta wakaf dari satu keadaan kepada keadaan yang lain kerana memenuhi keperluan yang jelas.\nUlasan dan pandangan :\nDari pembentangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa terdapat dua kumpulan yang berbeza pendapat berhubung dengan penggunaan harta wakaf masjid.\nPertama : Sebahagian dari Mazhab Hanafi berpendapat bahawa bahan binaan masjid dalam apa keadaan sekalipun masih kekal sifat masjidinnya kerana itu ia tidak boleh dipindah dan ditukarganti. Pendapat ini selari dengan pendapat Mazhab Malikiah di mana meraka berpendapat :\nMengikut ijmak Ulama\" bahawa harta wakaf tidak bleh dijual.\nManakala sebahagian dari Mazhab Syafie berpendapat : Bahawa harta wakaf masjid tidak boleh dijual.\nKedua : Imam Ahmad dan lain-lain berpendapat : Bahawa harta masjid dalam keadaan tertentu seperti masjid tidak digunakan lagi kerana terlalu sempit dan tidak boleh diperbesarkan lagi, atau dalam keadaan masjid tersebut telah berkecai seperti tidak boleh dibangunkan lagi melainkan dengan dijual bahannya untuk dibeli dan dibangunkan masjid yang baru, maka ia harus dijual untuk tujuan tersebut, harta dari hualan tersebut boleh dibeli barang yang sama jenis mengikut kehendak waris yang mewakafkannya. Kerana harta wakaf tidak boleh diubah selagi masih boleh diambil faedahnya.\nImam Ahmad berpendapat lagi : Bahawa pemindahan harta wakaf dari satu keadaan kepada keadaan yang lain harus dan boleh dilakukan. Berdasarkan kepada ia pernah dilakukan oleh Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthman r.a. Manakala sebahagian dari Mazhab Syafie berpendapat : Dalam keadaan tertentu (terdesak) harta tak alih (??????) milik masjid boleh dijual seperti untuk membesarkan atau memperluaskan masjid.\nSebahagian dari Mazhab hanafi pula berpendapat : Bahawa runtukhan masjid boleh dijual dengan perintah hakam (pihak berkuasa). Harga dari bahan yang dijual itu dibeli peralatan baru dari jenis manfaat yang bersama, manakala harta wakaf masjid berupa hamparan dam lampu-lampu mengikut pendapat Abu Yusuf ia boleh dipindahkan ke masjid yang lain.\nMasjid adalah maslahah umum :\nMasjid adalah sesuatu keperluan dan berupa maslahah kepada masyarakat Islam seluruhnya. Tanpa masjid, maka hilanglah syiar Islam dari masyarakat setempat. Masjid dan segala peralatan menjadi hak bersama semua umat Islam. Masjid didirikan adalah untuk kegunaan, kepentingan dan maslahah umat Islam seluruhnya.\nOleh kerana setiap seorang Islam mempunyai hak dan kepentingan ke atas masjid dam hata miliknya. Maka apabila hak mereka terhalang, merekaa berhak mendapatkan semula hak tersebut selagi ada jalan. Beribadah di masjid adalah hak setiap orang yang beriman. Ia wajib diberi dan dibuka peluang kepada mereka yang berhak mendapatkannya.\nOleh itu apabila orang-orang Islam terhalang dari menunaikan sembahyang di masjid kerana sempit atau masjid itu uzur keadaannya sehingga membahayakan keselamatan pada jamaah, maka berusaha untuk membolehkan mereka menunaikan sembahyang berjamaah di masjid menjadi suatu keperluan yang wajib ditunaikan oleh mereka yang bertanggungjawab. Manakala mengabaikannya adalah suatu kesalahan di sisi syarak.\nSekiranya halangan sembahyang di masjid berlaku kerana masjid itu sempit, maka membesarkannya adalah suatu kemestian, sekalipun pembesarannya itu menuntut tukarganti dari yang lama kepada yang baru, dalam keadaan demikian menukarkannya sudah menjadi suatu keperluan yang wajib ditunaikan, kerana ia termasuk di dalam kaedah yang berbunyi '?? ????? ?????? ??? ?? ??? ????\" . Ia juga termasuk di dalam kaedah \" ?? ??? ??? ????\" dan kaedah \"???????? ???? ?????????\".\nKesimpulan :\nSetelah dilihat pendapat Ulama\" berhubung dengan pengendalian harta wakaf masjid serta alasan-alasan yang dibawa oleh mereka, maka kami berpendapat : Bahawa pendapat yang kedua iaitu pendapat Imam Ahmad yang mewakili Mazhab Hanbali dan pendapat sebahagian dari Mazhab Hanafi merupakan pendapat yang lebih jelas dan lebih menepati kepentingan, maslahah dan keperluan umat Islam. Pendapat dan alasan mereka disokong oleh contoh serta amalan yang pernah dilaksanakan oleh dua Sahabat Baginda s.a.w iaitu Saidina Umar r.a dan Saidina Uthman r.a.\nAmalan ini diterima dan tidak dibantah oleh para sahabat yang lain. Ia menggambarkan persetujuan pada sahabat di atas tindakan tersebut. Dengan itu kami berpendapat : Bahawa harta wakaf masjid boleh dijual jika perlu dan keadaan mendesak untuk keperluan membesar, memperbaharui dan menyelesaikan sesebuah masjid atas sebab maslahah umat Islam di tempat yang tersebut.\n????? ???? ????????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12327", "body": "Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 36 dan seksyen 39 Enekmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, menerusi Jamaah Ulama\u2019\u00a0yang bersidang pada 08 Rabiulawal 1415H bersamaan 05 Ogos 1995 dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat Fatwa yang\u00a0berikut:\n\u00a0\n(1).\u00a0Ajaran Awang Teh Selamat bin Kamal atau dikenali dengan nama Pak Teh Selamat sebagaimana butir- butir berikut :\n\u00a0\nAyat Al-Quran dibuat sendiri oleh orang, bukan datangnya dari Allah;\nSebenar-benarnya haji ialah taat kepada Islam. Pergi ke Mekah itu jadi Tok Haji tipu kerana hendak bermegah-megah dengan wang ringgit semata-mata;\nPuasa bulan ramadhan ialah fikir, tak payah berlapar, bahkan haram berlapar dan kalau puasa berlapar bererti engkar;\nZakat ialah bersyarah , yakni beritahu kepada orang, bukan dengan cara mengeluarkan padi beras dan pitis emas (wang ringgit);\nSembahyang tunduk bangun itu haram, kerana sembahyang kepada makhluk dan menduakan\u00a0\u201c Alllah, Muhammad\u201d;\nAwang Teh Bin Kamal iaitu guru ajaran itu mengaku dia adalah Rasulullah;\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nAdalah sesat serta menyesatkan kerana berlawanan dengan ajaran Islam.\n\u00a0\n(2). Mana-mana orang atau kumpulan yang mengambil atau menyebar atau\u00a0\u00a0melakukan upacara-upacara yang sama dengan ajaran yang di bawa oleh AwangTeh Bin Kamal ( Pak Teh Selamat ) sebagai sesat serta menyesatkan.\n\u00a0\n(3). Umat Islam hendaklah mengelakkan diri dari menganuti , menyebar atau\u00a0beramal dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10024", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\u00a0\n1. \nStatus Bangunan yang Telah Siap Dibina Di Atas Tanah Wakaf\n\u00a0\ni) Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf tidak menjadi wakaf secara automatik. Sekiranya pihak JWZH ingin mewakafkannya, ia tidak menjadi halangan.\n\u00a0\nii) Bangunan tersebut perlu didaftarkan sebagai harta wakaf yang baru dan perlu memenuhi rukun-rukun wakaf dan enakmen negeri-negeri.\n\u00a0\n2. \nPembangunan Menggunakan Dana Program Pembangunan Harta Wakaf RMK 9 Di Atas Tanah Baitulmal Milik MAIN\n\u00a0\ni) Tanah baitulmal milik MAIN dan bangunan yang dibina di atas tanah tersebut yang menggunakan dana program pembangunan Harta Wakaf RMK 9 boleh didaftarkan sebagai harta wakaf.\n\u00a0\nii) Untuk memenuhi dan mematuhi peraturan syariah, JWZH hendaklah merujuk kepada syarat-syarat wakaf yang sedia ada.\n\u00a0\n3. \nPemajakan Tanah Wakaf Kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Tanah wakaf boleh dipajak tetapi tidak boleh dijual.\n\u00a0\n4. \nPenjualan Pajakan Unit Kedai/Kediaman/Ruang Pejabat Yang Telah Dibangunkan Di atas Tanah\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Wakaf\n\u00a0\ni) Unit-unit kediaman atau kedai yang dibina di atas tanah wakaf boleh dipajak kepada individu bagi tempoh jangka panjang.\n\u00a0\nii) Syarat dan kaedah yang perlu dipatuhi supaya menepati keperluan syarak adalah berdasarkan Akad Pajakan (sewaan).\n\u00a0\n5. \nStatus Kerajaan Persekutuan Dalam Pembangunan Tanah Wakaf\n\u00a0\ni) Kerajaan Persekutuan boleh dianggap sebagai pewakaf dengan syarat peruntukan yang disediakan untuk membangunkan tanah wakaf diniat untuk wakaf.\n\u00a0\nii) Sebagai pewakaf, kerajaan berhak menentukan syarat-syarat harta yang diwakafkan. Sungguhpun begitu, perlantikan nazir tidak dibenarkan kerana bercanggah dengan Enakmen sedia ada.\n\u00a0\n6. \nJabatan Wakaf Zakat dan Haji (JWZH) Sebagai Pemegang Amanah Dana Program Pembangunan\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Harta Wakaf RMK 9\n\u00a0\nJWZH boleh menjadi pemegang amanah dana Program Pembangunan Harta Wakaf RMK 9 melalui entiti wakaf kebangsaan yang akan ditubuhkan menerusi usahasama ekonomi dengan MAIN dengan syarat mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak di antara MAIN dan JWZH.\n\u00a0\n7. \nPemegang Amanah Tunggal Wakaf\n\u00a0\nIsu MAIN sebagai pemegang amanah tunggal wakaf bukan merupakan isu syariah sebaliknya isu dasar yang melibatkan pentadbiran.\n\u00a0\n8. \nWakaf Wang Tunai\n\u00a0\n\u00a0\u00a0Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.\n\u00a0\n9. \nPengecualian atau Remitan Cukai Tanah Terhadap Harta Wakaf.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0Harta wakaf wajar mendapat pengecualian daripada cukai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10280", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai\n \nHukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama\u2019 telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama\u2019 mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.\n\n\t\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah \ndisunatkan \nuntuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut \nhendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan\n semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10536", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 17 Jamadilawal 1425 bersamaan 5 Julai 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Mendirikan Solat Berjamaah Di Masjid Selepas Imam Ratib Selesai Solat Berjamaah.\n \n \n Alhamdulillah fatwanya:\n \n Hukum mendirikan solat berjamaah di masjid selepas imam ratib selesai solat berjamaah adalah makruh menurut jumhur ( majoriti ). Walaubagaimana pun ia bukanlah suatu yang mutlak, malah hukum makruh ini terangkat sekiranya solat tersebut dilakukan dalam keadaan berikut :\n \n 1. Didirikan di masjid yang kedudukannya berada di tepi jalan yang sentiasa menjadi laluan dan tumpuan orang ramai untuk singgah menunaikan solat, atau\n \n 2. Tiada imam ratib yang dilantik untuk masjid berkenaan, atau\n \n 3. Keluasan masjid yang kecil dan tidak boleh menampung jamaah dengan sekali solat, atau\n \n 4. Di takuti keluar waktu sekiranya tidak didirikan di masjid berkenaan, dan\n \n 5. Diyakini tiada berlaku perpecahan dan perbalahan oleh masyarakat setempat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10792", "body": "Kaedah untuk mengatasi was-was dalam solat adalah seperti berikut:\ni ) Bacaan dalam solat hendaklah betul dan menepati syara'.\nii) Perlu menyedari bahawa was-was itu datang daripada iblis dan syaitan untuk merosakkan ibadat kita.\niii) Bertawakkal kepada Allah.\niv) Membaca Surah An-Nas dan Al-Alaq sebelum sembahyang dan meludah tanpa air liur ke kiri dan kanan sebanyak tiga kali."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12328", "body": "Dato' Pengerusi memaklumkan bahawa perkara ini dibincangkan untuk pandangan dan keputusan ahli mesyuarat tentang cadangan untuk mengurus wang deposit hasil Istibdal tanah wakaf yang berada dalam simpanan Majlis Agama Islam Kelantan berjumlah hampir tujuh juta ringgit (RM 7 JUTA). Wang ini diperolehi hasil\tdaripada pampasan yang dibayar oleh kerajaan dan pihak-pihak lain kerana pengambilan tanah wakaf untuk tujuan tertentu.\nBagi menjelaskan isu ini dengan terperinci Dato' Pengerusi menjemput Al-Fadhil Ustaz Ridhuan Bin Abd Rahman Pegawai Baitul Mal dan Wakaf Majlis Agama Islam Kelantan untuk membentangkan kertas kerja yang berkaitan.\nKeputusan: Setelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju memutuskan sebagaimana berikut:\n(i). Wang deposit hasil Istibdal Tanah Wakaf yang diambil oleh pihak kerajaan dan lain-lain.\n(ii). Untuk menggantikan semula tanah-tanah tersebut, pihak pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan hendaklah memastikan penggantian harta tersebut adalah sebagaimana tujuan asal pewakafan harta tersebut sebelum ia diistibdalkan seperti ia diwakafkan untuk tanah perkuburan, tapak masjid dan lain-lain.\n(iii). Harta atau tanah yang hendak dijadikan tukaran juga mestilah lebih banyak dari segi nilai harta, fungsi dan lain-lain yang berkaitan dengannya.\n(iv). Sekiranya wang deposit ini masih berbaki bolehlah digunakan untuk pengambilan aset tetap lain seperti bangunan dan lain-lain. Manakala manfaat daripada hasil pembelian ini hendaklah disalurkan untuk tujuan asal pewakafan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10281", "body": "Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSetiap minuman arak\n adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun \nbukan semua alkohol\n itu adalah arak. \nAlkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya\n \nharam dan najis\n.\n\n\t\u00a0\n\n\nManakala alkohol yang diperolehi \nbukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum\n dalam bentuk aslinya kerana ia adalah \nracun dan boleh membunuh\n.\n\n\t\u00a0\n\n\nMinuman ringan\n yang diproses/dibuat \nbukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak \ndan mempunyai \nalkohol di bawah aras 1%v/v\n adalah \nharus (boleh) diminum\n.\n\n\t\u00a0\n\n\nManakala \nminuman ringan\n yang dibuat \ndengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak\n, sama ada mengandungi \nbanyak atau sedikit alkohol\n atau \nalkoholnya disuling\n adalah \nharam diminum\n.\n\n\t\u00a0\n\n\nMakanan atau minuman\n yang mengandungi \nalkohol secara semulajadi \nseperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau \nalkohol\n yang terkandung itu \nterjadi secara sampingan\n semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah \ntidak najis\n dan \nharus (boleh ) dimakan/diminum\n. \n\n\t\u00a0\n\n\nMakanan atau minuman\n yang mengandungi \nbahan perisa\n atau \npewarna\n yang mengandungi \nalkohol\n untuk \ntujuan penstabilan\n adalah \nharus (boleh) digunakan\n sekiranya alkohol itu \nbukan dihasilkan dari proses pembuatan arak\n dan \nkuantiti alkohol dalam produk akhir\n itu adalah \ntidak memabukkan\n dan \nkadar alkohol tidak melebihi 0.5%.\n\n\t\u00a0\n\n\nUbat-ubatan\n dan \npewangi\n yang mengandungi \nalkohol sebagai bahan pelarut\n adalah \ntidak najis\n dan \ndiharuskan\n sekiranya \nalkohol\n tersebut \nbukan diambil melalui proses pembuatan arak\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10793", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 28 Jan 1986 telah membincangkan fatwa mengenai ajaran Hj. Ahmad Laksamana Bin Omar. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nPada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 14 (3) Undang-Undang Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, Majlis menerusi Jamaah Ulama\u2019 menetapkan Fatwa sebagaimana berikut:\n\u00a0\nSetelah mengkaji isu buku \"Tajalli\" dan \"Hakikat insan\" karangan Hj. Ahmad Laksamana, pita rakaman ceramah atau pengajaran serta lain-lain butir upacara keugamaan yang mempunyai hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana mengandungi kata-kata syirik, sesat, khurafat, kata-kata carut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran sebenar ugama Islam, dengan yang demikian\u00a0Jamaah Ulama\u2019 bersetuju memfatwakan bahawa Haji Ahmad Laksamana Bin Omar menganuti dan menyebar ajaran salah.\n\u00a0\nFatwa-fatwa tersebut hendaklah tertakluk kepada semua orang Islam yang tinggal di dalam negeri selain daripada orang-orang Islam yang bukan Bangsa Melayu yang tertakluk kepada undang-undang diri selain daripada yang terdapat di Kelantan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12329", "body": "Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut: Majlis Agama Islam Kelantan sebagai nazir atau pengawal kepada tanah-tanah wakaf hendaklah berusaha untuk membangunkan tanah-tanah wakaf yang dikawal olehnya. Pada masa yang sama Majlis Agama Islam Kelantan juga hendaklah menghormati dan menjalankan amanah pewakaf-pewakaf tersebut. Oleh itu mesyuarat bersetuju dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan seperti berikut :\n(i)\tMembangunkan tanah yang masih terbiar seperti lot 260 Mukim Cik Latif Badang Kota Bharu atau khususnya Lot 464 Mukim Cekok, Panji dan pembangunan sesuai seperti (markaz saudara baru/ tahfiz dan lain-lain yang sesuai).\n(ii)\tMenggunakan wang wakaf khas dari jumlah terkumpul sebanyak RM482,301.15 tersebut untuk membeli aset kekal berupa tanah/bangunan. Manfaat yang diperolehi daripada pembelian tersebut hendaklah disalurkan sebagaimana yang diamanahkan oleh pewakaf.\n(iii)\tMeluaskan maksud membaca al-Quran di Masjid Langgar kepada masjid-masjid lain (Bandar/Mukim/I'tikaf)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10794", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 28 Januari 1986 telah membincangkan fatwa mengenai buku dan pita rakaman Hj. Ahmad Laksamana bin Omar. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nPada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 15 Undang-Undang Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, Majlis mengisytiharkan perkara-perkara yang diperihalkan dalam jadual sebagai penerbitan yang dilarang kerana mempunyai perkara-perkara yang bertentangan dengan Hukum Syarak atau ajaran Ugama Islam atau mana-mana Fatwa yang diluluskan oleh Undang-Undang.\n\u00a0\nBuku:\n\u00a01. Tajuk Penerbitan: Hakikat Insan\nPengarang: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\nPenerbit: Tiada\nBahasa: Melayu\n\u00a0\n2. Tajuk Penerbitan: Tajalli\nPengarang: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\nPenerbit: Tiada\nBahasa: Melayu\n\u00a0\u00a0\nPita Rakaman:\n1. Tajuk Pita Rakaman: Huraian Alam 1,2,3\u2026\u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n2. Tajuk Pita Rakaman: Demi Masa 1,2,3\u2026\u2026\u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n3. Tajuk Pita Rakaman: Allah dan Taghut 2 \u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n4. Tajuk Pita Rakaman: Hakikat Solah \u2026\u2026.\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n5. Tajuk Pita Rakaman: Kewujudan Roh 1, 2 \u2026\u2026.\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n6. Tajuk Pita Rakaman: Imam Pokok Perjuangan \u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n7. Tajuk Pita Rakaman: Ucapan Tajalli \u2026\u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n8. Tajuk Pita Rakaman: Lafaz Syahadah dan Bacaan Dalam Solah ( cara-cara lafaz syahadah dan Bacaan di Dalam solah)\u00a0\u2026\u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n9. Tajuk Pita Rakaman: Sabar Dalam Makrifat \u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n10. Tajuk Pita Rakaman: Zikir Lahuna (Lidah) \u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n11. Tajuk Pita Rakaman: Delima Pengajian Tasauf\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n12. Tajuk Pita Rakaman: Imam , Alam ,Cabaran \u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n13. Tajuk Pita Rakaman: Manusia Tidak Dijadikan \u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n14. Tajuk Pita Rakaman: Hakikat Syahadah 1\u2026\u2026.\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n15. Tajuk Pita Rakaman: Modal Hidup \u2026\u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n16. Tajuk Pita Rakaman: Inna Lilllahi Wainna Illahi Raji\u2019un 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10..11\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n17. Tajuk Pita Rakaman: Syahadah Dalam Alam Tujuh \u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n18. Tajuk Pita Rakaman: Hakikat Musibah 1 \u2026\u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n19. Tajuk Pita Rakaman: Martabat Tujuh 1,2\u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n20. Tajuk Pita Rakaman: Jalan Kawalian \u2026\u2026.\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n21. Tajuk Pita Rakaman: Hakikat Air Sembahyang 1,2, \u2026.\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n22. Tajuk Pita Rakaman: Hakikat Sembahyang 4,3 \u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n23. Tajuk Pita Rakaman: Hakikat Puasa\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n24. Tajuk Pita Rakaman: Hakikat Muhammad \u2026\u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n25. Tajuk Pita Rakaman: Martabat Nafsu 1,2\u2026\u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n26. Tajuk Pita Rakaman: Islam, Imam, Tauhid, Makrifat \u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n27. Tajuk Pita Rakaman: Jalan Sakaratilmaut 1, 2, \u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n28. Tajuk Pita Rakaman: Junub dan Kesucian \u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n29. Tajuk Pita Rakaman: Hakikat Al-Quran 2, 3, \u2026\u2026\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar\n\u00a0\n30. Tajuk Pita Rakaman: Zikir Nafas 1,2,3,4\u2026..\nPenyampai: Haji Ahmad Laksamana Bin Omar"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11050", "body": "Hukum Seorang Yang Mengaku Bukan Islam Kerana Mengelak Dari Ditangkap Atau Sebab-Sebab Lain:\n Niat Murtad\nBerpaling dari agama Islam kepada agama kafir samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur samada secara persendaan, engkar atau iktikad.\nBerkata imam al Ghazali ' Ada pun hakikat roh ialah pengucapan dengan perkataan kufur secara persendaan atau iktikad atau engkar manakala daripada perbuatan ialah menyembah berhala, sujud kepada matahari. Demikian juga mencampakkan al Quran ke tempat kotor dan setiap perbuatan yang jelas menghina agama dan demikian juga ahli sihir dihukum bunuh sekiranya apa yang digunakan untuk sihir itu adalah kufur seperti menyembah matahari atau seumpamanya.\nPerkara-Perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad\n(A)\t\nPerkataan\nSebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (redat) orang yang menyucapkannya.\nFirman Allah:\n' ' (Surah At Taubat) 65 - 66\nMaksudnya:\nKatakanlah, \npatutkah nama Allah dan ayat-ayatnya serta rasulnya kamu memperolok-olok dan mengejinya? Janganlah kamu berdalih (dengan lasan-alasan yang dusta).\n \nDi antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut:\n1.Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (Islam) secara darurat seperti mengingkari keesaan Allah, keujudan malaikat, kenabian Muhammad saw dan seumpamanya.\n2.Mengamalkan apa yang harak secara ajma\"\n3.Mengharamkan apa yang hal secara ajma\"\n4.Mencela Nabi Muhammad saw atau nabi-nabi lain atau mengejek mereka.\n5.Mencela agama Islam, menghina al Quran dan al Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.\n6.Menunggu wahi turun kepadanya.\n7.Merendah-rendahkan nama-nama Allah dan perintah-perintahNya.\n(B)\t\nPerbuatan\nDi antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah:\n1.Mencampakkan maksud al Quran atau kitab hadis Rasulullah saw ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.\n2.Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.\n3.Tidak mengamalkan hokum-hukum al Quran dan al Sunnah kerana menganggapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.\n(C)\t\nNiat\nContohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukan niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.\nSyarat-Syarat Sah Seseorang Di Kira Murtad\nPara ulama\" bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.\na.Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.\nb.Pilihan sendiri atau sukarela tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.\n(D)\t\nMasalah\nPerkara yang berlaku sekarang ini mungkin disebabkan kejahilan atau perasaan takut dan marah bukan dengan niat si pelakunya untuk murtad, kerana kebiasaan mereka itu tanpa melakukan amalan-amalan Islam walaupun selepas mengucapkan perkataan-perkataan tersebut. Perkara-perkara ini boleh dicontohkan seperti berikut.\na.Seseorang (remaja contohnya) apabila selalu dinasihatkan dan dimarahi tentu akan merasa tertekan dan marah. Oleh itu kemarahannya dilahirkan dengan kata-kata sedemikian rupa bagi menggambarkan perasaannya walaupun hatinya tetap dengan Islam dan perbuatan tersebut dilakukan samada kerana jahil atau kerana tekanan perasaan yang amat sangat.\nb.Seseorang yang ditangkap di atas kesalahan jenayah dalam syarak mungkin juga berada di dalam ketakutan atau malu. Oleh itu dia cuba mengelak daripada ditangkap dengan mengaku bukan Islam samada kerana jahil tentang hokum mpengakuan tersebut atau tahu tentang hukumnya mengucap kembali dua kalimah shahadah.\n(E)\t\nPertimbangan\nWalau apa pun alasan dan sebab seseorang itu melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan murtad, namun zahir hukum syarak adalah jelas bahawa perkataan dan perbuatan sedemikian boleh membawa kepada ro\"dah yang sangat merbahaya. Akan tetapi untuk menghukum seseorang itu telah murtad kita perlu berhati-hati.\nBertkata Said Saba\" Seseorang Islam tidak dikira hukum ro\"dah kecuali apabila telah lapang dadanya dengan kufur dan tenang hati dengannya dan masuk ke dalamnya (kufur) dengan sebenarnya.\nBerdasarkan firman Allah.\n' '\nYang bermaksud:\nAkan tetapi (yang dikira kafir) seseorang yang lapang dadanya dengan kafir.\nSabda Rasulullah saw:\n' '\nYang bermaksud:\nSesungguhnya sesiapa amalan itu dengan niat dan bagi sesiapa seseorang apa yang diniatkannya.\nDan kerana hati adalah suatu yang aib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, maka tidak dapat tidak mestilah timbul apa yang jelas menunjukkan kekafirannya dengan dalil khot\"i yang tidak boleh ditakwilkan lagi sehingga dinasibkan kepada imam Malik di mana beliau berkata:\n' '\nYang bermaksud:\n'Apabila timbul darinya (seseorang) apa yang memungkinkan kufur daripada 99 wajah (cara) dan terdapat apa yang memungkinkan iman dari satu wajah (cara), maka dikira urusannya di atas iman'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12330", "body": "Setelah membincangkan perkara ini berdasarkan pandangan-pandangan ulama\u2019 silam dan semasa serta pandangan oleh pakar perubatan, mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:\n1.\t\tUntuk menentukan Iddah wanita yang diceraikan pada usia yang belum mencapai \u201c ?? ?????\u201d dalam mazhab Syafie\u2019 iaitu 62 tahun Qamariah, yang dahulunya beliau menjalani dan mengalami suatu tempoh putus atau terhentinya perasingan haid \u2013 suci yang kekal sebelum atau semasa diceraikan samada secara semulajadi atau disebabkan penyakit-penyakit tertentu atau disebabkan mendapat rawatan-rawatan tertentu dan wanita berkenaan mendakwa atau meyakini beliau telah pun sampai ke peringkat usia menopaus (putus haid), wanita tersebut hendaklah :\n(i). Mendapat pengesahan daripada pakar perubatan bahawa beliau merupakan wanita yang menopaus atau sebaliknya dan;\n(ii). Beliau hendaklah mengambil jalan selamat (??????) iaitu setelah beliau diceraikan oleh suami, beliau hendaklah menunggu selama Sembilan bulan Qamariah iaitu tempoh mengandung (???????? ?????) dan setelah itu beriddah selama tiga bulan qamariah iaitu iddah kepada \u201c ?? ????? \u201d.\n2.\t\tBagi wanita yang menjalani pembedahan membuang ovari dan rahim mereka adalah dikategori sebagai wanita yang menopaus dan apabila beliau diceraikan oleh suaminya beliau hendaklah beriddah selama tiga bulan iaitu \u201c ??? ????? \u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10539", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 12 Rabiul Awwal 1422 bersamaan 4 Julai 2001 telah membincangkan mengenai Skim Cepat Kaya.\nAlhamdulillah fatwanya:\n'Skim cepat kaya adalah pelaburan batal dan haram hukumnya. Setiap umat Islam hendaklah menjauhi dan mengelakkan dirinya dari terlibat dengan skim ini. Bagi mereka yang telah terlibat hendaklah bertaubat dengan segera.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10795", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 4 Julai 2004 telah membincangkan fatwa mengenai pembangunan di tanah-tanah wakaf khas di bawah kawalan Majlis. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Tanah-tanah wakaf khas di bawah kawalan Majlis Agama Islam Kelantan seperti tanah wakaf al-marhum Tengku Kaya Pahlawan dan lain-lain, boleh dibangunkan dengan bangunan kerana tidak menghilangkan ain (harta benda) yang diwakaf. Walaubagaimanapun kehendak atau syarat pewakaf hendaklah dijaga dan dihormati kerana para fuqaha\" menyebut syarat pewakaf adalah seumpama nas syara'.\n\u00a0\n2) Usaha pembangunan yang dilaksanakan di tanah-tanah wakaf khas itu hendaklah tidak menyebabkan hilang sifatnya sebagai harta wakaf atau manfaatnya, bahkan menambahkan lagi manfaatnya hasil dari pembangunan yang diusaha di atas tanah tersebut.\n\u00a0\n3) Pembangunan boleh dilakukan secara usahasama oleh pihak-pihak yang terlibat iaitu pemaju projek pembangunan dan nazir tanah wakaf khas yang menjaga kepentigan pewakaf dan mauquf alaih dengan syarat projek usahasama ini akan berlaku adil kepada kedua-dua pihak.\n\u00a0\n4) Pihak yang membangun tanah tersebut tidak boleh diberi hak kekal ke atas bangunan. Mereka hanya berhak untuk mendapat pulangan balik modal pelaburan kerana pemberian milik akan menyebabkan hilang ain ke atas tanah wakaf dan bertentangan dengan hukum syara'.\n\u00a0\n5) Pulangan pelaburan kepada pemaju di atas projek pembangunan di tanah-tanah wakaf khas ini boleh dilakukan samada :\n\u00a0\ni. Pemaju mendapatkan dahulu pulangan balik pelaburan, setelah selesai mendapat pulangan balik pelaboran, bangunan tadi dijadikan sepenuhnya sebagai harta wakaf dan segala pendapatan diurus mengikut apa yang dikehendaki oleh pewakaf.\n\u00a0\nii. Pihak yang bertanggungjawab mengurus harta wakaf tersebut boleh mengambil kos pengurusan secara berpatutan dan selebihnya diagih sebagaimana kehendak pewakaf.\n\u00a0\n6) Majlis Agama Islam Kelantan sebagai Nazir yang menjadi pengawal tunggal ke atas tanah wakaf aam atau khas yang terletak hak kepadanya, tiadalah boleh melakukan pemindah hakkan atau penyerah hakkan kepada mana-mana pihak lain samada mauquf alaih (pewaris si pewakaf) atau individu atau syarikat terhadap pengurusan tanah dan harta wakaf yang berada di bawah kawalan dan tadbiran Majlis Agama Islam Kelantan.\n\u00a0\n7) Dalam usaha Majlis Agama Islam Kelantan memajukan tanah wakaf khas Al-marhum Tengku Kaya Pahlawan di Lot 2136 Mukim Panchor, Kota Bharu dengan membina kompleks Islam yang mengandungi Maahad Tahfiz Al-Quran, rumah anak yatim, markaz saudara baru dan beberapa lot gudang perniagaan, mesyuarat membuat keputusan bahawa pembangunan projek ini diharuskan dan tidak bercanggah dengan hukum syara'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11051", "body": "Keputusan Jawatankuasa Syariah adalah seperti berikut:\n(1) Kewajipan sara nafkah tidak gugur jika didapati perceraian bersabit di sisi Kadi, kezaliman ke atas isteri.\n(2) Perceraian di hukum (talak raj'ie) jika bersabit di sisi Kadi talaknya dengan keikhlasan tidak menindas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10540", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Jamadilawal 1423 bersamaan 30 Julai 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Zihar\u00a0Di Kalangan Umat Islam Melayu Di Malaysia\n \n \n Alhamdulillah fatwanya:\n \n \" Sekiranya suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahramnya ( orang yang haram dinikahinya ) tanpa niat zihar dan untuk tujuan bergurau atau penghormatan maka ia tidak jatuh zihar, tetapi jika ada niat zihar, maka jatuhlah hukum zihar. Walaubagaimana pun budaya atau amalan seperti ini hendaklah dijauhi. \""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10796", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 12 Sep 1999 telah membincangkan mengenai fatwa zakat harta-harta pendapatan. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\nHarta-harta pendapatan yang diperolehi dari usaha samada dalam bentuk gaji, elaun, ganjaran, pampasan atau pendapatan pemindahan atau pendapatan yang diperolehi melalui kerjaya yang bercorak profesional, kepakaran atau kemahiran diri adalah diwajibkan zakat apabila cukup nisobnya menurut nisob Zakat Logam (emas,perak) atau matawang, tanpa syarat haul. Kadar zakatnya ialah 1/40 setelah ditolak perbelanjaan dharuriat yang paling sederhana.\nDemikian juga diwajibkan zakat pendapatan dari harta tak alih seperti bangunan premis, rumah, kenderaan dan lain-lain yang diperolehi menerusi sewaan, pajakan dan lain-lain yang tidak termasuk dalam urusan jual beli atau urusan perniagaan. Zakat dikenakan keatas pendapatan bulanan setelah ditolak perbelanjaan pengurusan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11564", "body": "Didapati buku bertajuk DISCOVERY ADULT STUDENT\"S BOOK itu mengandungi gambar-gambar Nabi Adam, Siti Hawa, Nabi Ismail dan Siti Hajar. Menurut pendangan Islam melukis gambar Nabi-nabi dan Malaikat adalah Haram. Gambar-gambar tersebut tidak memberi suatu gambaran yang tepat disamping bolah menjadi satu penghinaan kepada yang berkenaan.\nOleh itu jawatankuasa berpendapat hendaklah diharamkan dan tindakan sewajarnya hendaklah diambil oleh pihak yang berkenaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11820", "body": "1. Pengklonan terapeutik untuk tujuan rawatan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu atau menggantikan organ yang telah rosak dengan mengambil kira langkah-langkah sempadan yang dibenarkan oleh syara' adalah diharuskan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Harus menggunakan embrio yang disimpan beku atau lebihan embrio dari proses persenyawaan di luar rahim (IVF) untuk tujuan penyelidikan dengan syarat mendapat persetujuan pasangan suami isteri yang menerima rawatan dan kajian tersebut dilakukan sebelum mencapai tahap \"alaqah\" (blastocyst).\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Penyelidikan ke atas pra-embrio selain dari untuk tujuan terapeutik hendaklah mendapat kebenaran daripada pasangan suami isteri. Praembrio hasil penyelidikan ini, tidak boleh sama sekali ditanam dalam rahim isteri atau mana-mana wanita yang lain.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Harus melakukan penyelidikan ke atas pra-embrio untuk mengetahui penyakit genetik bagi pasangan suami isteri yang berisiko tinggi dan hanya embrio yang dikenalpasti bebas dari penyakit sahaja boleh ditanam dalam rahim ibunya dalam tempoh perkahwinan yang sah. Sebarang penyelidikan yang berunsurkan komersial atau yang tiada kaitan dengan kesihatan ibu atau janin adalah tidak dibenarkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Rawatan kejuruteraan genetik ke atas pra-embrio yang melibatkan pengubahsuaian sifat semulajadi seperti rambut, warna rambut, kebijaksanaan, ketinggian dan sebagainya termasuk memilih jantina adalah haram. Bagaimanapun, pemilihan jantina diharuskan sekiranya faktor jantina menatijahkan suatu penyakit genetik yang serius yang boleh membawa kematian.\n\n\n\u00a0\n\n\n6. Penyelidikan hendaklah dijalankan secara sah dan proposal penyelidikan mestilah jelas, saintifik dan dikendalikan oleh penyelidik yang benar-benar mempunyai kemahiran, amanah serta bertanggungjawab.\n\n\n\u00a0\n\n\n7. Sel stem daripada sumber-sumber berikut adalah harus digunakan untuk tujuan rawatan perubatan dan kaji selidik:\n\n\n\u00a0\n\n\na. Daripada seorang dewasa (sel stem dewasa) dengan izin dan prosedurnya tidak mengakibatkan mudarat;\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Daripada seorang kanak-kanak dengan keizinan ibu bapanya dan prosedurnya tidak mengakibatkan mudarat;\n\n\n\u00a0\n\n\nc. Daripada uri dan darah tali pusat bayi dengan keizinan ibu bapanya;\n\n\n\u00a0\n\n\nd. Daripada janin yang gugur secara spontan atau keguguran akibat daripada rawatan perubatan yang dibenarkan syara' dengan syarat mendapat keizinan ibu bapanya, bukan janin yang digugurkan secara sengaja atau digugurkan tanpa sebab-sebab perubatan yang dibenarkan oleh syara';\n\n\n\u00a0\n\n\ne. Daripada lebihan embrio (excess embryos) yang disimpan beku daripada teknologi bantuan kesuburan IVF dengan syarat mendapat keizinan daripada ibu bapanya. Sel stem daripada embrio yang dihasilkan secara sengaja (created embryo) dengan teknologi Somatic Cell Nuclear Transfer ( SCNT ) adalah tidak dibenarkan berdasarkan kaedah saddul zaraie\" iaitu menutup pintu keburukan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10541", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 12 Rabiul Akhir 1422 bersamaan 4 Julai 2001 telah membincangkan mengenai Perbomohan Meragukan Di Gunung Ledang Tangkak Muar.\n \n Alhamdulillah fatwanya:\n \n \"Upacara pembomohan yang dilakukan di Gunung Ledang oleh bomoh tersebut adalah jelas bertentangan dengan akidah dan akhlak perubatan Islam.\" Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:\n \n a) Penyelewengan akidah\n \n i. Proses memanggil roh-roh, jin-jin, atau perewang bagi mengubati pesakitnya. Ini bercanggah dengan Al-Quran surah Al-Jin ayat 6 yang bermaksud:\n \n '\nDan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan Jin. Kerana dengan permintaan itu menjadikan golongan Jin bertambah sombong dan jahat'\n \n \n Amalan ini juga bercanggah dengan Al-quran surah Al-Fatihah ayat 5 yang bermaksud:\n \n \n\" Engkau sahaja (Ya allah) yang kami sembah, dan kepada engkau sahaja kami memohon pertolongan.\"\n \nii. Peresapan makhluk halus ke dalam tubuh tersebut atau dikenali dengan istilah sebagai \"menurun\". Perbuatan ini berasal dari pengaruh animisme mempercayai wujudnya \"super power\" lain selain dari Allah S.W.T. Perbuatan ini adalah syirik. Ia bercanggah dengan Al-Quran surah Yusof ayat 106 yang bermaksud:\n \n \n '\nDan janganlah engkau ( wahai Muhammad ) menyembah atau memuja yang lain selain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh yang demikian jika engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang yang berlaku zalim ( terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu ).'\n \n \n b) Bertentangan dengan Akhlak perubatan Islam.\n \n i. Ada unsur khurafat serta tahyul seperti mempercayai sebuah kolam yang bergelar \"kolam nenek\" yang boleh memulihkan segala jenis penyakit.\n \n ii. Ada unsur dakwaan palsu dengan mengistiharkan bahawa beliau mengetahui peristiwa atau perkara di luar pengetahuan manusia seperti kolam nenek dijaga oleh Nabi Khidir, kesemua perbuatan yang yang mendampingi beliau adalah para nabi dan orang soleh yang hidup di alam ghaib dan belum mati lagi, begitu juga mengatakan bahawa nenek kebayan adalah Siti Hawa isteri Nabi Adam a.s.\n \n c) Upacara perbomohan yang diketuai oleh bomoh tersebut adalah sesat dan menyesatkan.\n \n \n Oleh yang demikian, sesiapa yang mengamalkan atau mengajar atau menghurai atau menyeru atau menyebar atau bersubahat dengan apa-apa cara jua pun akan upacara pembomohan tersebut adalah melakukan kesalahan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11053", "body": "Pertubuhan Seni Silat Pesaka Tujuh Negeri Perlis:\nJawatankuasa Syariah memutuskan bahawa Seni Silat Pesaka Tujuh ini adalah diharuskan setelah mendapati bahawa amalan silat ini hanyalah semata-mata satu latihan jasmani yang menjurus kepada aktiviti sukan dan kemahiran mempertahankan diri, yang semuanya itu tidak bertentangan dengan syarak kerana latihan yang hampir serupa dengannya yang disebut oleh Saidini Umar Al Khatab yang bermaksud:\n\"Ajarlah anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda.\"\nDi dalam Surah Al Anfal ayat 60 turut menyebut:\n\"\nDan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya dan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan ke jalan Allah akan disempurnakan balasan kepada kamu\n.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10798", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 14 Jun 1998 telah membincangkan mengenai fatwa berkenaan nikah secara Wali Tahlim. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\nBahawa amalan perkahwinan umat Islam di negeri ini secara Wali Tahkim dan di negeri-negeri yang mempunyai Syauqah Islamiah adalah tidak sah kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara' berhubung dengan masalah tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11054", "body": "Harus bagi seseorang ketika masih hidup dan sihat untuk menghibahkan sebahagian hartanya atau kesemuanya kepada mana-mana orang yang disukainya dan tidak ada pihak yang boleh menghalangnya berbuat demikian kecuali kalau dia seorang yang \nmahjur \niaitu orang yang ditahan untuk berurusan dengan hartanya seperti muflis, cacat akal dan seumpamanya. Namun demikian, syarak memberikan panduan untuk melaksanakan hibah hendaklah seboleh-bolehnya berlaku adil kepada kaum keluarganya berdasarkan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al Bukhari.\nYang bermaksud:\n 'Bertaqwalah kepada Allah dan berlaku adillah kamu kepada anak-anak kamu'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11566", "body": "Setelah berbincang Jawatankuasa berpendapat :\ni) Pembinaan jalan di atas mana-mana tanah wakaf atau mana-mana tanah perkuburan adalah suatu pencerobohan terhadap tanah berkenaan menurut hukum syarak dan dan adalah ditegah dan menyalahi seksyen 214 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.\nii) Oleh kerana pembinaan jalan di atas tanah-tanah tersebut dianggap sebagai pemusnahan terhadap harta wakaf maka pihak berkenaan atau pihak bertanggungjawab hendaklah berusaha sedaya-upaya untuk mengalih rancangan pembinaan jalan itu ke laluan yang lain dan sekiranya pemusnahan itu tidak dapat dielakkan juga maka pihak berkenaan atau pihak bertanggungjawab hendaklah membayar ganti rugi di atas pemusnahan itu dengan kadar yang sewajarnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10799", "body": "Langkah-langkah yang perlu diambil:-\na) Pihak pembuat dasar perlu diberi kefahaman tentang kepentingan Sistem Kewangan Islam ini diberi kekuatan.\nb) Masyarakat perlu didedahkan dengan seluas-luasnya tentang kebaikan Sistem Kewangan Islam.\nc) Keyakinan masyarakat kepada sistem ini perlu dibuat secara yang lebih berkesan supaya tidak timbul lagi keraguan dan syak wasangka yang tidak berasas.\nd) Usaha yang lebih bermakna untuk membawa Sistem Kewangan Islam dalam arus perdana."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11055", "body": "Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang berkuatkuasa sekarang ini tidak diwajibkan zakat ke atas pencarumannya kerana wang tersebut bukan milik sempurna bagi pencarum seperti yang dijelaskan oleh wakil KWSP Encik Roslan bin Putih dalam perbincangan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah pada 22 Jamadil Awam 1411 bersamaan 1 Disember 1990.\nOleh kerana jumlah wang tersimpan dalam KWSP adalah melebihi nisab dan mencukupi haul maka ianya tetaplah wajib zakat. Oleh itu Jawatankuasa Syariah berpendapat pihak KWSP bertanggungjawab mengeluarkan zakat bagi pihak pencarum-pencarum Islam sepertimana yang diamalkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11567", "body": "Setelah meneliti maksud soalan-soalan berdasarkan kedua-kedua contoh kes, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa kemusykilan yang ditimbulkan itu termasuk dalam urusan pentadbiran Bahagian Penguatkuasaan. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa berpendapat bahawa mencegah sesuatu maksiat itu adalah dituntut supaya dilakukan dengan segera agar ia dapat dihindarkan daripada berlaku."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12335", "body": "\u201cAnak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10800", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 Apr 2008 telah membincangkan hukum menternak cacing dan lintah untuk tujuan perdagangan. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Menternak serta menggunakan lintah dan cacing untuk tujuan perdagangan, kosmetik dan pemakanan kesihatan adalah diharuskan. Oleh itu harus menternak kedua-dua haiwan ini.\n\u00a0\n2) Lintah adalah haiwan yang suci dan halal kerana termasuk daripada haiwan air dan ia tidak mendatangkan mudarat kepada penggunanya.\n\u00a0\n3) Cacing juga binatang yang suci dan halal kerana ia tidak tergolong daripada haiwan kotor (???????). Dan ia tidak memberi mudarat kepada penggunanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10801", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 23 Sep 2001 telah membincangkan hukum Istibdal tanah wakaf Tengku Kaya Pahlawan. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\n1) Bahawa tanah-tanah Wakaf al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan yang tertulis dalam surat cara Wakafnya itu tidak boleh dijual beli dan ditukar ganti (???????) dengan tanah yang lain kerana dalam surat tersebut telah dijelaskan maksud Wakaf beliau dengan lafaz yang sorih.\n2) Mesyuarat bersetuju supaya Majlis Agama Islam Kelantan mengambil langkah-langkah lain yang tidak bercanggah dengan Syara' dalam usaha memajukan tanah-tanah Wakaf Tengku Kaya Pahlawan dan tanah-tanah Wakaf lain seumpamanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11314", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2018 yang bersidang pada 18-19 April 2018 telah membincangkan mengenai\u00a0Kajian Terhadap Hizbur Tahrir. Mesyuarat memutuskan bahawa:\n(i) pegangan dan pandangan-pandangan Hizbur Tahrir seperti mengkafirkan sistem parlimen berdemokrasi adalah sesat kerana ia berlawanan dengan sistem politik di negara ini dan berpegang kepada pandangan-pandangan yang tidak selari dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Mu'tazilah, Qadariyah dan Khawarij.\n(ii) pertubuhan dan kumpulan Hizbur Tahrir ini perlu disekat dan dilarang daripada menjalankan aktivitinya, serta orang Islam perlu mengelak diri daripada terlibat dengan kumpulan Hizbur Tahrir."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11570", "body": "Setelah meneliti draf pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengenai Amanah Sham Nasional dan Amanah Saham Bumiputra, mesyuarat telah membuat beberapa pembetulan adalah sebagaimana dalam lampiran berkembar.\nBerdasarkan kepada nas-nas daripada fuqaha Islam sebagaimana yang dipetik dan disenaraikan itu dan juga keadaan yang diamalkan oleh Amanah Saham Nasional/ Amanah Saham Bumiputra yang didapati tiada tempat yang nyata haramnya kecuali di dalam institusi kewangan yang dianggapkan ada syubahah di dalam Islam maka Jawatnkuasa Fatwa berpendapat melabur di dalam Skim Amanah Saham Nasional/ Amanah Saham Bumiputra adalah \ntidak haram\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10291", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (\nMaggot Debridement Therapy\n) Bagi Pesakit Luka Kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah S.A.W. ketika ditanya oleh para sahabat:\n\n\n\n\n\n\n\u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0647\u064e\u0644\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u062c\u064f\u0646\u064e\u0627\u062d\u064c \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0646\u064e\u062a\u064e\u062f\u064e\u0627\u0648\u064e\u0649 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u200f\"\u062a\u064e\u062f\u064e\u0627\u0648\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0636\u064e\u0639\u0652 \u062f\u064e\u0627\u0621\u064b \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0648\u064e\u0636\u064e\u0639\u064e \u0645\u064e\u0639\u064e\u0647\u064f \u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064b \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0627\u0644\u0652\u0647\u064e\u0631\u064e\u0645\u064e\u200f\"\n\n\nMaksudnya: \nPara sahabat bertanya: \u201cWahai Rasulullah, adakah berdosa jika kami tidak merawat (penyakit kami)?\u201d Rasulullah bersabda, \u201cDapatkanlah rawatan wahai hamba-hamba Allah!\n \nSesungguhnya Allah Yang Maha Suci tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan dijadikan bersama-samanya penawar, melainkan penyakit tua\u201d.\n\n\n(Riwayat Ibn Majah)\n\n\n\n\n\n\nPenegasan ini juga adalah selaras dengan kaedah \nfiqhiyyah\n yang menyebutkan bahawa: \n\u201cKemudaratan perlu dihilangkan\u201d\n (\n\u0627\u0644\u0636\u0631\u0631\u064a\u0632\n)\n.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah berpandangan bahawa asal sesuatu haiwan itu adalah suci melainkan babi dan anjing yang jelas hukumnya najis. Pandangan ini adalah selaras dengan kaedah \nfiqhiyyah\n yang menetapkan bahawa:\n\n\n\n\n\n\n\u0627\u0644\u0623\u064e\u0635\u0652\u0644\u064f \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0623\u064e\u0634\u0652\u064a\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0627\u0644\u0625\u0650\u0628\u064e\u0627\u062d\u064e\u0629\u0650\n \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u064a\u064e\u062f\u064f\u0644\u0651\u064e \u0627\u0644\u062f\u0651\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0644\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u062d\u0652\u0631\u0650\u064a\u0652\u0645\u0650\n\n\nMaksudnya: \u201cHukum asal dalam semua perkara (kecuali ibadat dan hubungan lelaki dan perempuan) adalah harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang menyatakannya sebagai haram\u201d.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga berpandangan bahawa hukum bagi bangkai haiwan yang tidak mempunyai darah adalah suci. Ini bermakna, sekiranya larva yang digunakan semasa proses rawatan tersebut mati, maka hukumnya adalah suci kerana komponen tubuh larva itu sendiri tidak mengandungi darah. Justeru, ia tidak menjejaskan kesucian ibadah seseorang pesakit yang menjalani Rawatan Terapi Larva tersebut.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, selaras dengan ketetapan-ketetapan tersebut Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan Rawatan Terapi Larva (\nMaggot Debridement Therapy\n) bagi pesakit luka kronik adalah harus dan ibadah yang dilakukan oleh pesakit terutamanya solat ketika menjalani rawatan terapi ini adalah sah.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga memutuskan bahawa pesakit luka kronik yang menjalani rawatan ini dibolehkan bertayamum untuk mengangkat hadas besar atau hadas kecil bagi mengelakkan mudarat apabila terkena air pada anggota yang sakit.\n\n\n\n\n\n\nSebagai panduan melaksanakan ibadah, pesakit boleh merujuk kepada Panduan Tayamum, Wuduk dan Solat Bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10803", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 21 Dis 2006 telah membincangkan pembakaran buku-buku agama yang terdapat ayat-ayat Al-quran dan Hadith. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju\u00a0mengeluarkan garis panduan pembakaran buku-buku Agama yang terdapat Ayat-Ayat Al-Quran dan Hadith."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11059", "body": "Jawatankuasa Syariah memberi pandangan seperti berikut:\nTeater dimaksudkan dengan lakonan di atas pentas untuk mencapai sesuatu tujuan dalam teater. Hukumannya adalah harus pada asasnya, keharusan itu tertakluk kepada beberapa syarat tertentu seperti berikut:\nHendaklah teater itu bertujuan untuk membina syahsiah manusia dan memberi pengajaran yang baik, khususnya membina aqidah yang sempurna di samping menanam nilai-nilai murni;\nHendaklah tidak ada percampuran antara lelaki dengan perempuan dalam teater itu. Sekiranya ada, hendaklah pada sempadan yang diluluskan oleh syarak;\nTidak menggambarkan pergaulan bebas yang boleh merosakkan nilai-nilai murni;\nTidak meniru teater-teater barat yang lebih membawa kepada tujuan perleseran dan hiburan yang murah;\nTidak boleh diadakan teater untuk melakonkan syahsiah yang agong seperti ambiyak dan rasul-rasul;\nHendaklah senikata senario teater itu membawa kepada kebaikan masyarakat manusia, menanam budi yang luhur dan menjaga keindahan bahasa dengan tidak menyebut perkataan-perkataan yang lucah atau membawa perkataan-perkataan syirik kepada Allah swt. dan sebagainya;\nHendaklah pakaian yang dipakai kepada pelaku-pelaku atau pelakon-pelakon dalam teater itu bersopan santun dan mematuhi kaedah-kaedah pakaian dalam hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11571", "body": "Perbincangan :\nPersoalan yang ditimbulkan ialah Projek Mini Estet Padi. Cara-cara perlaksanaan projek tersebut adalah seperti berikut :-\n1. Pihak Pengurusan Projek : Pertubuhan Peladang kawasan Maras/Batu Rakit.\n2. Tuan Tanah : Ahli-Ahli Pertubuhan Peladang kawasan Maras/Batu Rakit.\ni. Tuan-tuan tanah memberi kuasa kepada Pertubuhan Peladang kawasan bagi mengusahakan tanaman padi bagi satu tempoh tertentu ( contoh : 3 tahun ).\nii. Segala perbelanjaan Pengurusan Projek seperti kos benih, baja, racun,upah bajak,upah cedung dan sebagainya ditanggung oleh Pertubuhan Peladang kawasan.\niii. Sawah padi tersebut mendapat belalan air dari tali air yang disediakan oleh pihak kerajaan ( Jabatan Pengairan dan Saliran )\niv. Setelah padi mengeluarkan hasil, Pertubuhan Peladang kawasan akan menjual padi tersebut ke kilang. Hasil dari jualan padi tadi alan ditolak kos pengurusan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan. Lebihan dari hasil tadi akan diserahkan kepada tuan tanah setelah Pertubuhan Peladang kawasan mengambil 10% dari lebihan tadi sebagai upah pengurusan.\nv. Pembahagian hasil adalah berdasarkan kepada hasil yang diperolehi dari petak sawah individu.\nContoh :\nTuan tanah : Encik Ali bin Ahmad.\nKeluasan tanah : 1 ekar.\n1. Perbelanjaan pengurusan tanaman padi bagi 1 ekar RM 510.00\n2. Pendapatan hasil padi bagi 1 ekar\nBagi 20 guni (520 gantang) RM 920.00\n3. Keuntungan = RM 920.00 - RM 510.00 RM 410.00\n4. Upah pengurusan (10%) - RM 410.00 x 10% RM 41.00\n5. Hasil diserah kepada Encik Ali RM 410 - RM 41.00 RM 369.00\nSoalan :\nBagaimanakah caranya zakat padi tersebut hendak dikeluarkan. Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan zakat dan berapakah kadarnya.\nKeputusan :\nDi dalam persoalan di atas Jawatankuasa berpendapat apa yang dilaksanakan itu adalah tidak selaras dengan hukum syarak.\nUntuk menyelaraskan program Mini Estet itu dengan hukum syarak adalah disyorkan supaya tanah yang diusahakan itu disewa daripada tuan punya tanah. Apabila padi dituai dan jika cukup nisabnya iaitu 600 gantang Madinah atau yang bersamaan dengannya hendaklah dikeluarkan zakatnya di atas kadar 1/20, sekiranya usaha penanaman tersebut menelan belanja yang besar, sebaliknya jika usaha-usaha penanaman itu tidak menelan belanja yang besar kadarnya ialah 1/10.\n*Mesyuarat berpendapat mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan zakat ialah penyewa tanah.\n*Mesyuarat berpendapat kadar nisab padi 375 gantang Malaysia bersamaan 1364 kilogram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12083", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 3/2010 yang bersidang pada 5 Zulkaedah 1431H bersamaan 13 Oktober 2010M\u00a0sebulat suara bersetuju memutuskan mengenai\u00a0Ajaran Agama Asalama seperti\u00a0berikut:\n\u00a0\nAjaran atau fahaman agama Asalama didapati sesat. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam yang berpegang dengan ajaran atau fahaman tersebut juga adalah sesat;\nMana-mana orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan fahaman tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara; dan\nOrang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran atau fahaman agama Asalama hendaklah segera meninggalkan ajaran atau fahaman tersebut dan bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah subhanahu wata\u2019ala\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10292", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nSetelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), Muzakarah mendapati dan berpuashati bahawa pelaksanaan skim Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh BSN telah dikemaskini dengan menggunakan akad Mudharabah (perkongsian untung) dan dana SSP dilaburkan dalam instrumen dan aset yang mematuhi Syariah serta hadiah-hadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan Islam (SPI) BSN.\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa skim Sijil Simpanan Premium yang telah diperbaharui pelaksanaannya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi Syariah dan diharuskan oleh syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10804", "body": "Memang sistem perbankan secara Islam adalah untuk umum, bukan untuk orang-orang Islam sahaja. Masalah sekarang ini, orang Islam sendiri belum memberi kepercayaan sepenuhnya kepada sistem ini, apa lagi kepada mereka yang bukan Islam.\nBagi saya keyakinan dan kepercayaan orang-orang Islam sendiri terhadap kemampuan sistem kewangan secara Islam ini sangat penting.\nSaya difahamkan di Sudan, pada mulanya ada dua sistem yang beroperasi, sistem secara Islam dan konvensional. Oleh kerana masyarakat yakin dan memilih sistem secara Islam, akhirnya sistem konvensional terpaksa ditutup dan tidak beroperasi lagi.\nLangkah meyakinkan masyarakat, bahawa sistem kewangan secara Islam adalah lebih baik, perlu diperhebatkan. Seminar-seminar mengenai sistem kewangan Islam diadakan dari semasa ke semasa, terutama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.\nLatihan-latihan yang berterusan di kalangan pekerja-pekerja bank, untuk mempertingkatkan mutu kecekapan perkhidmatan, suasana yang lebih Islamik dapat diwujudkan dibank-bank, baik dari sudut kemesraan, layanan dan lain-lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11060", "body": "Jawatankuasa Syariah tela memutuskan bahawa keadaan yang membolehkan mengumpat (ghibah) adalah adalah seperti berikut :\nPertama: Orang yang dizalimi\nOrang yang dizalimi boleh membuat pengaduan kepada pihak berkuasa untuk mendapat pembelaan dari terus dizalimi. Menurut sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Tarmizi dari Abu Hurairah r.a bermaksud:\n'Sesungguhnya yang punya hak itu mempunyai perkataan (berhak berbicara).'\nKedua: Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran\nMenyampaikan sesuatu (perkhabaran) kepada orang yang mampu mengubah kemungkaran. Allah swt berfirman:\n'Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang) kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan ingatlah Allah sentiasa Mendengar Lagi Maha Mengetahui.'\nKetiga: Meminta Fatwa\nMeminta fatwa seperti dikatakannya kepada Mufti: 'Aku telah dianiaya oleh si fulan. Apakah caranya untuk aku mendapatkan hak aku?' Diriwayatkan dalam hadis muttafaqun alaih dari Aisyah r.a bahawa Hindun berkata kepada Nabi saw: 'Abu Sufyan seorang lelaki yang kedekut. Ia tidak memberikan kepadaku, apa yang mencukupi bagiku dan anakku. Bolehkah aku mengambil (wang) tanpa pengetahuannya?' Maka Nabi saw menjawab: 'Ya, ambillah'.\nKeempat: Memberi peringatan kepada orang lain terhadap orang fasik.\nMenyebut keburukan orang fasik untuk dihindari oleh orang lain tidak dikira ghibah (mengumpat) sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh:\nAt Tabrani, Ibnu Hibbah dalam Kitab Dhu\"afa\" dan Ibnu Ady dari Bahz bin Hakim bermaksud:\n'Berilah peringatan (kepada manusia) tentang kejahatan orang fasik agar mereka dapat menjauhinya.\nKelima: Memberi peringatan dari kejahatan seseorang.\nKeenam: Menyebut seseorang dengan gelaran yang masyhur bagi dirinya sekiranya tidak dapat diketahui seseorang melainkan disebut gelaran itu.\nKetujuh: Menegakkan hak di mahkamah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11828", "body": "(1) Menukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang diharuskan oleh syara' adalah \nharus\n.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Menukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang tidak dibenarkan oleh syara' adalah \nharam\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10293", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (\nIndividual Spot Forex\n) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nSetelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (\nforex\n) oleh individu secara lani (\nindividual spot forex\n) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut \nfiqhiyyah\n ia tertakluk di bawah hukum \nBay al-Sarf\n yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi \nBay al-Sarf\n seperti berikut:\n\u00a0\nSyarat-syarat umum jual beli\n:\n\u00a0\nPihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (\nAhliyyah al-Ta\u2019aqud\n);\nHarga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;\nItem belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;\nSighah\n akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan \nsighah\n ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.\nSyarat-syarat khusus \nBay al-Sarf\n:\n\u00a0\nBerlaku \ntaqabbudh\n (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform \nforex\n sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;\nJual beli matawang hendaklah dijalankan secara \nlani\n dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan\nAkad jual beli \nal-sarf\n mesti bebas daripada \nkhiyar al-Syart\n.\nSelain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (\nforex\n) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen \nal-Salaf wa al-Bay\n (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.\n\u00a0\nBerdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (\nforex)\n oleh individu secara \nlani\n (\nindividual spot forex\n) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan \nrollover interest\n, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui \nleverage\n, \nqabd\n yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.\n\u00a0\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (\nforex\n) oleh individu secara \nlani\n (\nindividual spot forex\n) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.\n\u00a0\nMuzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10805", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 18 Ogos 2002 telah membincangkan mengenai fatwa berhubung tuntutan harta sepencarian oleh waris si isteri yang meninggal dunia. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n1) Tuntutan harta sepencarian oleh pihak yang masih hidup seperti isteri yang menuntut harta sepencarian suaminya adalah diharuskan sama ada tuntutan itu kerana perceraian hidup atau perceraian mati.\n2) Tuntutan harta sepencarian oleh waris si mati seperti anak-anak atau waris si isteri yang meninggal dunia yang menuntut harta sepencarian daripada suami si mati adalah diharuskan sama ada tuntutan itu kerana perceraian hidup atau perceraian mati.\n\u00a0\n3) Kadar tuntutan harta sepencarian yang layak dituntut oleh pihak yang masih hidup atau waris si mati adalah bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11573", "body": "Mesyuarat bersetuju menerima kertas kerja mengenai kaedah/cara kutipan zakat padi di daerah Besut yang disediakan oleh Nazir Zakat.\nMengenai cadangan yang dikemukakan di dalam kertas kerja tersebut sebagaimana \"\"6.1.1' dan '6.1.2' kedua-duanya diterima - iaitu; \n'6.1.1' petani boleh terus mengira kadar padi masing-masing sejak di padang (di sawah) lagi dan mengeluarkan zakat kepada amil kerana para petani boleh mengira kadar zakat yang dikenakan ke atas mereka berdasarkan bilangan guni padi yang dapat dihasilkan, bagi setiap guni sudah dapat ditafsirkan timbangannya kerana Lembaga Padi dan Beras Negara menetapkan pada lazimnya berat timbangan bagi satu guni padi ialah dalam lingkungan 70-60 kilogram sahaja. Amil boleh pula menjual padi zakat tadi kepada petani dan petani kemudiannya bolehlah menjual padi itu kepada Lembaga Padi dan beras Negara sebagaimana petunjuk berikut :-\nPetani - Amil - Petani - Lembaga Padi dan Beras Negara.\n( Petani dapat subsidi )\n'6.1.2' setelah ditentukan kadar zakat padi - petani mengeluarkan zakat padinya kepada amil dan amil boleh terus menjual padi kepada Lembag Padi dan Beras Negara sebagaimana berikut :-\nPetani - Amil - Lembaga Padi dan Beras Negara.\n(Amil dapat subsidi)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10294", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah S.W.T. memerintahkan umat-Nya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:\n\n\n\n\n\n\n\u201cWahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya\u201d.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa:\n\n\n\n\n\n\n\u0627\u0644\u0623\u0635\u0644 \u0641\u0649 \u0627\u0644\u0623\u0634\u064a\u0627\u0621 \u0627\u0644\u0625\u0628\u0627\u062d\u0629, \u0645\u0627 \u0644\u0645 \u064a\u0642\u0645 \u062f\u0644\u064a\u0644 \u0645\u0639\u062a\u0628\u0631 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u062d\u0631\u0645\u0629\n\n\n\u201cHukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi mana tidak asal mengenai sesuatu adalah harus selagi mana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya\u201dada dalil muktabar yang mengharamkannya\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nUlama\u2019-ulama\u2019 fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai \nmutanajjis\n dan bukan najis.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBiji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan\n\n\n\n\n\n\nBiji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10806", "body": "Bagi musafir tidak perlu menunaikan solat Jumaat. Dia hanya perlu solat Zohor, tetapi sekiranya dia solat Jumaat ianya sah dan ia tidak dikira sebagai ahli Jumaat. Bagi wanita tidak wajib solat Jumaat sama ada waktu bermusafir ataupun bermukim."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11062", "body": "Majlis menimbangkan kertas mesyuarat bil. 3/6/1/66 yang di antara lain mengandungi butir-butir keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 5 Jun 1966, maka dengan sebab Jawatankuasa Syariah tidak membuat keputusan sama ada harus atau tidak mata orang-orang yang telah mati itu boleh diambil meskipun diberi kebenaran sebelum ianya mati (pendapat ahli-ahli Jawatankuasa Syariah itu dua berlawan dua) dan juga didapati Sahibus Samahah Tuan Mufti sebagai pengerusi Jawatankuasa itu tidak memberi pendapatnya, maka majlis telah pinta (tuan Mufti memberi pendapatnya. Pendapat Tuan Mufti adalah seperti berikut:-)\nHarus diambil mata orang-orang yang telah mati sekiranya orang-orang itu memberi persetujuan mereka sebelum mereka itu mati untuk faedah-faedah seperti yang terkandung di dalam surat Kementerian Kesihatan bil. KK 11031(50) bertarikh 6 November 1965, alasannya di antara lain-lain adalah seperti berikut:\n(1) Dua masalah yang berbangkit berhubung dengan perkara di atas itu iaitu:\n(a), (b) di bawah para 2, dan tujuan di bawah para 3, di dalam salinan surat bilangan (50) dalam KK 11031 bertarikh 6 November 1965 itu.\nBerhubung dengan masalah itu saya belum ada menemui satu-satu keterangan atau nas-nas agama ada menegah atau mengharuskan. Maka dengan sendirinya masalah itu termasuk ke dalam masalah ijtihad.\nMaka memandangkan kepada tujuan-tujuan yang disebutkan itu sangatlah baik dan berfaedah bagi kehidupan seseorang manusia dan lagi pada segi kemanusiaan amatlah bermakna memberi pertolongan kepada sesama manusia bagi memperbaiki satu anggota yang amat mustahak kepadanya yang telah cacat.\n(2) Memberi pertolongan dengan cara yang demikian bukanlah bererti menghina atau tidak menghormati kepada simati diambil daripadanya 'cornea' itu. Kalaupun ada yang mengatakan perbuatan yang demikian menghina dan satu penyeksaan keatasnya. Tetapi agama mengharuskan kerana tujuan yang lebih besar faedahnya. Maka dengan sebab yang disebutkan itu, maka berpendapat mengambil 'cornea\" seperti di atas dengan tujuan yang disebutkan itu adalah lulus pada segi syarak, Wallahu A\"alam.\nMaka dengan pendapat tuan Mufti seperti di atas ini, menurut undang-undang pentadbiran Agama Islam 1963, fasal ( ) (3) 7 bermaknalah Jawatankuasa Syariah mengharuskan diambil mata orang-orang yang telah mati sekiranya mereka itu memberi persetujuannya sebelum mereka itu mati.\nMajlis berbahas dengan panjang lebar di atas keputusan Jawatankuasa Syariah seperti dalam (2) di atas ini dengan beberapa orang ahli memberi pendapat-pendapat mereka yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw dan pada akhirnya didapati 8 orang ahli mengharuskan dan 5 orang ahli tidak mengharuskan. Maka mengikut suara yang terbanyak majlis mengesahkan keputusan Jawatankuasa Syariah seperti di dalam (2) di atas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10807", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 Apr 2008 telah membincangkan hukum perlantikan hakim syarie wanita. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nWanita harus menjadi Hakim dalam bidang kuasa tertentu kecuali dalam bidang hudud dan qisas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11063", "body": "Pada 30 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai azan dua kali iaitu azan sebelum masuknya waktu subuh dan ungkapan taswib di dalam Azan subuh, maka Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:\nAzan dua kali pada waktu fajar adalah disyariatkan. Ungkapan Assolatu Khairun Minannaum selepas Haiya Alal Falah juga dianjurkan, meletakkan ungkapan ini pada waktu azan pertama atau kedua adalah khilaf yang muktabar"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11575", "body": "Jawatankuasa berpendapat bahawa wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja diwajibkan zakat apabila pekerja berkenaan menerima wang carumannya dan carumannya itu cukup nisab dan sampai haul dikira bermula daripada tarikh pekerja berkenaan menerima wang caruman itu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11831", "body": "(1) Hukum terhadap Skim Cepat Kaya adalah haram kerana cara beroperasinya yang mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis. Oleh itu, umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Pengharaman tersebut berdasarkan kepada nas-nas al-Quran dan hadith seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\na. Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Penipuan di dalam neraka, dan sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari amalan kami maka dia ditolak'\n. (Riwayat Bukhari)\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:\n\n\n\u00a0\n\n\n'... Sesiapa yang menipu bukanlah dari kalangan kami'\n. (Riwayat At-Tarmizi)\n\n\n\u00a0\n\n\nc. Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Tidak boleh memudaratkan dan mendatangkan mudarat kepada orang lain'.\n (Riwayat Ibnu Majah)\n\n\n\u00a0\n\n\nd. Firman Allah S.W.T.: Maksudnya:\n\n\n\u00a0\n\n\n'\nWahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu'.\n (Surah an-Nisa\" : 29)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10808", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 10 April 2002 telah membincangkan fatwa mengenai membina patung dan perarakan patung binatang yang bernyawa. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n1. Berdasarkan perspektif maqasid tanpa melihat kepada sebarang perincian pandangan, dirumuskan bahawa aktiviti pembuatan dan pemilikan patung atau objek samada berjisim atau tidak, dengan disertakan motif penyembahan, pemujaan atau sebarang motif yang bertentangan dengan maqasid syar\"iah yang enam iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, nasab, harta dan maruah maka hukumnya adalah haram dan wajib dihindarkan.\nNamun begitu, pertimbangan daripada fiqh furu\" wajar dihormati sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Imam as-Sya\"rani dalam mizannya. Justeru itu, sekiranya persoalan pembuatan patung dan pemilikannya bebas daripada pertentangan dengan nilai-nilai maqasid yang disebut di atas, maka kenyataan-kenyataan berikut perlu dipegang :\na. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim secara lengkap anggota zahirnya adalah haram berasaskan zahir hadis dan prinsip sadduz-Zarai\".(?? ??????? ).\nb. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim tetapi tidak lengkap anggota zahirnya yang merupakan anggota utama yang berkaitan nyawa dan kehidupan seperti kepala dan sebagainya, maka hukumnya adalah makruh tatapi masih di bawah lingkungan perkara-perkara yang harus.\nc. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang sempurna tetapi berasaskan kemaslahatan yang mu\"tabar di sisi Syara' maka hukumnya adalah dibolehkan seperti pembuatan dan pemilikan patung untuk tujuan pendidikan seperti anatomi badan manusia yang lengkap untuk pengajian biologi atau permainan kanak-kanak dan sebagainya\n2. Tentang hukum perarakan burung Patalawati, maka hukumnya adalah mengikut perincian berikut :\na. Perarakan yang menerapkan unsur pemujaan adalah khurafat dan boleh membawa terjejasnya aqidah.\nb. Kera\"ian dan perarakan yang bersifat demikian wajar dielakkan samada dari segi penganjuran dan penyertaan.\nc. Kalaupun kera\"ian dan perarakan sedemikian tidak mengandungi unsur khurafat dan syirik tetapi perkara berkenaan tidak memberi sebarang kesan positif kepada mereka yang terlibat dengannya atau kepada yang menyaksikannya, maka hukumnya adalah termasuk di bawah perkara al-Lahwu ( ????? ) yang makruh dan perlu dielakkan demi pertumbuhan dan pembangunan iman individu dan masyarakat.\nd. Sekiranya kegiatan berkenaan memberi kesan negatif dan mudharat kepada agama dan dunia seperti wujud unsur pembaziran maka hukumnya adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10809", "body": "Saya tidak begitu jelas mengenai persoalan ini. Produk-produk yang ditawarkan tidak menepati prinsip-prinsip syariah, itu yang mana?\nSetakat maklumat yang ada pada saya, pihak-pihak institusi kewangan yang beroperasi secara Islam ini ada melantik panel-panel syariah yang bertanggungjawab dalam mensihati pihak bank, yang sentiasa memantau perjalanan dan operasi dari semasa ke semasa. Biasanya dakwaan dibuat secara umum tanpa memperinci dan tanpa bukti yang jelas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11577", "body": "YM Dato\" Pengerusi memaklumkan bahawa di akihr-akhir ini banyak timbul persoalan tentang zakat Gaji dan bila ianya hendak dikuatkuasakan.\n(1) Setelah berbincang dengan teliti maka Jawatankuasa Fatwa berpendapt menurut Mazhab Syafie pendapatan gaji diwajibkan zakat apabial cukup haul dan nisabnya. Manakala pendapat daripada Sahabat dan Tabiin seperti Ibnu Abbas, Ibnu Mas\"ud, Muawiyah, As-Sadiq, Al-Bakar, An-Nasir, Daud Umar bin Abdul Aziz, Al-Hasan, Az-Zahri, Al-Auza\"i dan Mazhab Ahmad Ibnu Hanbal dalam masalah pendapatn dari sewaan mereka tidak mensyaratkan haul.\nDi Negeri Terengganu dalam membuat dan mengeluarkan sebarang fatwa hendaklah berpandukan kepada Mazhab Syafie. Perkara ini diperuntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 di dalam seksyen 26 (1) kecuali bagi maksud kemaslahatan dan kebajikan orang-orang Islam maka bolehlah Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa atau kaedah pengertian berpandukan kepada mana-mana Mazhab yang empat atau Mazhab lain yang difikirkan sesuai olehnya.\nBerdasarkan kedudukan tersebur dan memandangkan kepada penunaian zakat ini memberi kebajikan kepada orang-orang Islam maka Jawatankuasa Fatwa berpendapat bolehlah bagi sesiapa yang mahu mengeluarkan zakat pendapatan bebas atau hasil usaha kerja atau hasil usaha kemahiran semasa termasuklah gaji menunaikan zakatnya menurut pendapat yang tidak mensyaratkan haul.\n(2) Berdasarkan Mazhab yang mewajibkan zakat atas pendapatan bebas seperti hasil yang diperolehi oleh peguam termasuklah gaji bulanan maka Jawatankuasa Fatwa berpendapat bayaran zakat bolehlah dibuat secara anasuran bulanan dari semasa ke semasa apabila mencukupi nisabnya yang dikeluarkan bagi tahun semasa tanpa mengambil kira haul."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10554", "body": "1. Ajaran pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Haji Ashaari bin Muhammad dan pengikutnya termasuk individu yang terlibat secara langsung dalam Syarikat Rufaqa'Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.\n2\n.\n Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti berikut:\n(a) Kesalahan yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, berdasarkan kepercayaan bahawa:\n(i)Haji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman (Mujaddid), manakala Syeikh Muhammad al-Suhaimi pula sebagai Imam Mahdi;\n(ii)Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan;\n(iii)Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Syeikh Muhammad al-Suhaimi dan Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam;\n(iv)Mujaddid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus daripada Allah (ilham, ilmu laddunni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain;\n(v)Sesiapa yang banyak menghayati minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) dan dapat pula melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya;\n(vi)Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) itu sebenarnya adalah wahyu daripada Tuhan yang merupakan 1/46 daripada kenabian;\n(vii)Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar haji Ashaari bin Muhammad sebagai Sahibul Zaman dan Syeikh Muhammad al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi;\n(viii)Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) difahami sebagai intisari Qur'an dan hadith, dan Abuya adalah orang Tuhan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan;\n(ix)Perjuangan Haji Ashaari bin Muhammad dan pengikutnya dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada para malaikat, jin Islam dan roh-roh muqaddas (roh suci para ahli jemaah yang telah meninggal dunia);\n(x)Pengikut yang bertawassul kepada Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) ketika menghadapi sesuatu kesulitan atau kecemasan akan mendapat bantuan melalui jin islam atau dengan karamah Haji Ashaari bin Muhammad;\n(xi)Menjalinkan hubungan dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih hebat daripada menjalinkan hubungan dengan 10 orang ibu bapa kerana hubungan dengan ibu bapa hanya terbatas di dunia sahaja, sedangkan hubungan dengan Abuya kekal sehingga ke akhirat;\n(xii)Allah akan memberitahu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) tentang musibah sakit yang dialami oleh pengikutnya dan Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar mampu yang mampu ditanggung oleh pengikutnya;\n(xiii)Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal jika pengikutnya yang sampai ajal itu masih banyak dosa;\n(xiv)Haji Ashaari bin Muhammad boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada pengikut lain yang telah sempurna iman dan taqwa;\n(xv)Sewaktu pengikutnya sedang nazak, Haji Ashaari bin Muhammad akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala pengikutnya itu sambil mengajarkan talqin agar syaitan tidak akan menyesatkan pengikut berkenaan;\n(xvi)Sewaktu pengikutnya sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Haji Ashaari bin Muhammad akan datang menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak pengikutnya bagi melepaskannya daripada seksaan kubur; atau\n(xvii)Haji Ashaari bin Muhammad akan menunggu-nunggu untuk memberikan syafa'at kepada para pengikutnya di padang mahsyar.\n(b)\nKesalahan yang bercanggah dengan Syari'ah Islamiyyah, berdasarkan kepercayaan bahawa:\n(i)Ibadat sembahyang Jumaat adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi;\n(ii)Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad)tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus daripada Allah dalam bentuk ilham;\n(iii)Pengikut yang berjuang dengan mempunyai minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangan;\n(iv)Seorang ahli ibadah ('abid) hanya mampu menjadi hamba biasa dan tidak boleh menjadi khalifah kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad);\n(v)Qur'an yang ada sekarang hanya tinggal mushaf dan lafaz sahaja kerana roh Qur'an telah ditarik balik oleh Tuhan dan hanya diberikan kepada Mujaddid (Haji Ashaari bin Muhammad);\n(vi)Sembahyang sehari semalaman hanya tinggal tiga waktu sahaja iaitu Subuh, sembahyang jama' Zuhur dan Asar serta jama' Maghrib dan Isya';\n(vii)Segala amalan baik di dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu bersembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji;\n(viii)Pahala duduk semajlis Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang tahajjud sepanjang hayat;\n(ix)Pengikut yang beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara menjaga hubungan hati atau rohani dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Haji Ashaari bin Muhammad;\n(x)Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal jika pengikut itu melakukan dosa besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengaibkan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad); atau\n(xi)Amalan Aurad Muhammadiah yang mengandungi unsur tawassul, menyeru roh orang yang telah mati serta dakwaan bahawa Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi adalah zikir agung (????? ?????? )\n(c)\nKesalahan yang bercanggah dengan akhlak dan etika bermasyarakat, berdasarkan kepercayaan bahawa:\n(i)Ulama yang ada sekarang adalah ulama kitab atau ulama hafalan yang bergantung kepada kitab dan hafalan untuk mengajar.\nSebaliknya Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus daripada Tuhan;\n(ii)Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke peringkat Ph.D adalah tidak bermanfaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kitab lama dan ketinggalan zaman;\n(iii)Ilmu ulama sekarang tidak setanding dengan ilmu orang Tuhan (Haji Ashaari bin Muhammad); atau\n(iv)Allah melarang ulam yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang berwatak Rasul.\n3.\n Oleh yang demikian-\n(i)mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a), (b) dan (c);\n(ii)mana-mana orang yang tidak boleh menyebar, mengedar atau menerbitkan apa-apa buku, majalah, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem atau rakaman audio, khidmat pesanan ringkas dan e-mel yang berkaitan dengan ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a), (b) dan (c); dan\n(iii)mana-mana orang yang berpegang kepada ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a), (b) dan (c) hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah subhanahu wata'ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10810", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Jun 1998 telah membincangkan fatwa\u00a0mengenai rawatan hormon bagi wanita yang telah putus haid. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\nBahawa pengambilan ubat hormon itu adalah diharuskan walaupun ianya diproses dengan menggunakan hormon yang terdapat pada air kencing kuda bunting. Kaedah rawatan dengan menggunakan tampalan pada kulit badan yang menyebabkan terhalang air ke kulit, ia hendaklah ditanggalkan apabila hendak mengangkat hadas besar. Rawatan secara kaedah perdarahan bulanan yang dimulakan semasa umur kedatangan haid dan diteruskan sehingga seseorang itu putus haid, adalah harus dan darah yang keluar menurut tempoh kedatangan haid adalah dianggap darah haid walaupun seseorang itu sudah putus haid atau berada pada usia putus haid.\n\u00a0\nBagi perempuan yang bersuami, persetujuan suami hendaklah diperolehi untuk mengambil ubat-ubatan hormon tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11066", "body": "Adakah harta pusaka yang tidak ada ahli waris atau yang tidak habis diambil oleh ahli waris boleh diambil oleh saudara-mara yang bukan ahli waris? (Zawu al Arham)\nJAWAPAN\nHarta pusaka yang tidak ada ahli waris atau yang tidak habis diambil oleh ahli waris adalah berhak diberi kepada Zawu al Arham daripada harta peninggalan pusaka. Kadar pembahagian harta pusaka kepada Zawu al Arham adalah secara sama rata sekiranya pada kedudukan yang sama, jika tidak maka kedudukannya ditentukan sama seperti ashabul furud. Jika harta masih berbaki, maka bolehlah diberikan kepada Baitulmal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10811", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Dis 2008 telah membincangkan fatwa mengenai senaman Yoga. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nSenaman Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan aqidah umat Islam. Oleh itu mesyuarat juga memfatwakan apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang untuk diamalkan oleh orang-orang Islam dan ia bertentangan dengan Syariat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11067", "body": "Wang zakat bagi sesebuah negeri hendaklah dibelanjakan mengikut asnaf yang lapan kepada orang-orang yang berhak di negeri yang tersebut itu, berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw:\nYang bermaksud:\nDiambil harta-harta itu daripada orang-orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan pula kepada golongan-golongan yang miskin di kalangan mereka.\nHadis ini memberi pengertian bahawasanya yang berhak mendapat wang zakat adalah daripada golongan asnaf di dalam negeri tersebut sahaja. Adapun jika sekiranya selepas diberikan wang zakat itu kepada asnafnya kepada orang-orang di negeri tersebut tetapi masih mempunyai lebihan wang zakat yang nyata. Maka barulah boleh difikirkan ke arah memberikan wang zakat itu kepada asnaf yang lapan juga, kepada yang di luar negeri."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11579", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang hari ini berpendapat: Anak luar nikah boleh di' Bin' atau 'Binti' kan dengan Abdullah dengan maksud hamba Allah, bukan atas nama bagi seseorang tertentu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10300", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-99 yang bersidang pada 4 hingga 6 Mei\u00a02012 telah membincangkan Pengurusan Wang Dan Harta Milik Orang Islam Yang Tidak Dituntut Dan Status Kementerian Kewangan Sebagai Perbendaharaan Negara Yang Boleh Bertindak Sebagai Baitulmal Dalam Menguruskannya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nSetelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa mengikut perundangan Islam, wang tidak dituntut perlu diberikan kepada Baitulmal sebagai salah satu sumber yang terletak di bawah kategori harta tidak bermusim (\nghayr dawriyyah\n).\n\u00a0\nSehubungan itu, memandangkan cadangan supaya pengurusan wang dan harta tak dituntut diserahkan kepada Baitulmal ini bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia, Muzakarah bersetuju mencadangkan supaya institusi-institusi kewangan Islam menggunakan suatu mekanisme lain iaitu dengan memasukkan \nAqad Tabarru\u2019\n dalam Terma Perjanjian bagi membolehkan wang dan harta tak dituntut milik orang Islam diserahkan kepada Baitulmal supaya harta tersebut dapat dimanfaatkan untuk maslahah umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11068", "body": "Adakah Isteri Yang Disabitkan Nusuz Oleh Mahkamah Dan Ditalakkan Oleh Suaminya Berhak Mendapat Nafkah Adat Dan Muta\"ah\nMaksud Nusuz\nYang dimaksudkan nusuz ialah penderhakaan isteri terhadap suami tanpa alasan yang diharuskan syarak dengan tidak mentaati perintahnya atau keluar dari rumah suami tanpa keizinannya atau tidak membenarkan suami memasuki ke rumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumah suaminya atau seumpama dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11580", "body": "Jawatankuasa ini berpendapat bahawa tanah-tanah yang mendapat siraman air daripada parit-parit dan tali air maka kadar zakatnya adalah 1/10 ( satu persepuluh ) kerana orang yang menanam di atas tanah itu tidak mesti bersusah payah dan tidak pula berhajat kepada apa-ap tenaga untuk mendapatkan air. Tentang bayaran yang dibayar kepada kerajaan sebagai cukai yang dinamakan cukai tali air maka kadarnya tidak membebankan dan dengan itu tidak mengubahkan kadar zakat yang ditetapkan itu.\nZakat tanaman bagi tanah yang disewa, Jawatankuasa ini berpendapat bahawa bayaran sewaan terhadap tanah yang diusahakan tidak boleh ditolak dari hasil tanaman yang dikenakan zakat kerana zakat itu dikenakan ke atas hasil tanaman.\nBayaran subsidi oleh LPN samada termasuk dalam tafsiran zakat atau tidak, Jawatankuasa ini berpendapat bahawa bayaran subsidi yang dikeluarkan oleh LPN semasa penjualan padi itu tidak termasuk dalam tafsiran zakat.\nMengeluarkan zakat tanaman dengan wang tunai sebagai ganti, Jawatankuasa ini berpendapat bahawa mengeluarkan zakat tanaman dengan harga adalah tidak memadai (tidak sah)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11836", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa pernikahan atau perkahwinan orang Islam dengan menggunnakan wali Am dari Selatan Thailand\u00a0yang dijalankan di luar\u00a0kawasan tauliahnya adalah tidak sah mengikut hukum syarak.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan dibawah :\nhttp://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/763ce6d64025fd988c73392a9319a214?"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10301", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4 hingga 6 Julai 2012 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna \nCochineal\n: Kajian Semula Kadar Piawaian Yang Ditetapkan Oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa \ncochineal\n adalah jenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada \ncochineal\n boleh dimanfaatkan oleh manusia. Dari segi perundangan negara, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna \ncarmine\n yang diperolehi dan dihasilkan daripada \ncochineal\n adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga menegaskan bahawa Jumhur Fuqaha\u2019 sepakat menetapkan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna \ncochineal \nadalah diperolehi daripada serangga \ncochineal\n yang telah mati di mana darahnya tidak mengalir.\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan ketetapan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna \ncochineal \ndalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudaratan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10813", "body": "Mandi wajib ialah dengan mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat mandi wajib. Salah satu syarat sah mandi wajib ialah tidak ada apa-apa perkara yang boleh menghalang air dari sampai ke kulit badan.\nSisik ikan atau liquid paper yang menghalang air dari sampai ke kulit badan sudah tentu tidak sah mandi wajib. Lantaran itu mandi wajib perlu diulang semula."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11069", "body": "Jawatankuasa memberi pandangan dan keputusan seperti berikut:\nPinjaman itu dikenakan faedah tetap.\nKadar bayaran 6% bukanlah bayaran perkhidmatan tetapi melebihi bayaran perkhidmatan dan yang lebih adalah riba.\nSekiranya Koperasi ini mengamalkan pinjam-meminjam untuk kepentingan ahli dengan mengenakan kadar yang munasabah sebagai bayaran perkhidmatan tanpa ada timbal balik keuntungan kepada syarikat, malah semata-mata untuk menolong, maka pinjaman berbentuk ini adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12349", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4/2013 yang bersidang pada 20 Muharram 1434H bersamaan 4 Disember 2012 telah membincangkan mengenai Pengharaman Ajaran Panjilangit. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Amalan, fahaman dan ajaran Panjilangit yang dibawa oleh Mohd Jaffar bin Robani (Nombor Kad Pengenalan 670630-01-5657) dan pengikutnya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah dan syariah.\n\u00a0\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Antara ciri-ciri penyelewengan fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Mohd Jaffar bin Robani adalah membuat dakwaan seperti berikut:\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nmengakui dirinya benar-benar sempurna;\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nmeminta pengikut agar beriman dengan dirinya;\n\u00a0\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\ndirinya sebagai pengantara Malaikat Jibrail;\n\u00a0\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\ndirinya boleh mentafsir dosa orang yang datang berubat;\n\u00a0\n(e)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\ndirinya diutuskan untuk membunuh Dajjal;\n\u00a0\n(f)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\ndirinya sebagai pemegang takdir pembinasa Dajjal;\n\u00a0\n(g)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\ndirinya itu adalah peringatan terakhir untuk alami ini; dan\n\u00a0\n(h)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nkiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.\n\u00a0\n(ii)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Setiap orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan fahaman tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.\n\u00a0\n(iv)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran dan fahaman Panjilangit hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan ajaran tersebut serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata\u2019ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10302", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4 hingga 6 Julai 2012 telah membincangkan Hukum Pembinaan Pusara Negara. Muzakarah telah membuat keputusan berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa pengurusan jenazah bagi orang Islam mempunyai adab dan akhlaknya sendiri yang perlu dihormati dan begitu juga pengurusan jenazah bagi orang bukan Islam yang mempunyai ritual agama mengikut adat dan budaya amalan mereka.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah juga menegaskan bahawa unsur-unsur bermewah-mewahan dan pembaziran perlu dielakkan dalam pembinaan mana-mana pusara atau perkuburan.\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan penjelasan dan perbincangan terperinci, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pembinaan pusara negara seperti yang dicadangkan adalah dibenarkan dengan syarat-syarat seperti berikut:\n\n\n\n\nKawasan perkuburan Islam dan bukan Islam perlu dipisahkan dan jarak yang dipersetujui ialah 243 kaki/74.2 meter\u00a0 atau lebih oleh jalan dan pagar, dan pandangan perlu dilindungi dengan buffer zone yang ditanam dengan tanaman pagar tinggi.\n\n\nUpacara agama bukan Islam\u00a0 perlu diadakan di kediaman/rumah ibadat agama masing-masing. Walau bagaimanapun, upacara terakhir (sekiranya perlu sahaja ) sebelum jenazah bukan Islam disemadikan, hanya boleh diadakan di dewan bukan Islam atau di tapak perkuburan bukan Islam sahaja.\n\n\nBangunan kompleks pusara orang Islam dan bukan Islam perlu dipisahkan dan jarak yang dipersetujui ialah 24 meter atau lebih, iaitu kedua-dua bangunan hanya dihubungkan dengan bumbung sebagai pelindung cuaca hujan.\n\n\nNama yang dipersetujui ialah Pusara Negarawan.\n\n\n\n\nMuzakarah juga bersetuju memutuskan supaya pemantauan perlu dibuat dari masa ke semasa oleh JAKIM dan JPM dan sebarang perubahan yang dilakukan perlu dilaporkan kepada Muzakarah.\n\n\n\u00a0\n\nMuzakarah juga bersetuju supaya satu garis panduan disediakan bagi bagi memudahkan pemantauan dan pengurusan pusara berkenaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10814", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 Apr 2008 telah membincangkan fatwa mengenai golongan ajaran Syiah. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nWasiat Wajibah\nWasiat kepada cucu\n1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucunya itu hendaklah berhak terhadap satu pertiga wasiat dan, sekiranya cucu ini diberi dengan kadar yang kurang dari satu pertiga, haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar Wasiat Wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.\n2) Kadar Wasiat Wajibah untuk kanak-kanak yang disebut dalam sub seksyen (1) hendaklah setakat kadar di mana ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya itu mati selepas kamatian datuknya dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka si mati.\n3) Kanak-kanak tersebut hendaklah tidak berhak kepada wasiat sekiranya dia telah mewarisi daripada datuk atau neneknya, mengikut mana berkenaan, atau datuk atau neneknya semasa hayatnya, dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat wasiat kepada mereka atau telah memberi kepada mereka harta yang bersamaan dengan apa yang mereka sepatutnya menerima menurut Wasiat Wajibah, dengan syarat sekiranya wasiat yang dibuat oleh datuk atau nenek itu kurang daripada bahagian yang sepatutnya dia berhak, hak-haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika bahagian tersebut adalah melebihi bahagian yang dia berhak, bahagian yang lebih itu hendaklah menjadi wasiat sukarela dengan tertakluk kepada persetujuan warisnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11070", "body": "Adakah Semua Jenis Cerai Taklik\nMenjatuhkan Talak Dan Adakah Ia Boleh Ditarik Balik\nSemua jenis cerai taklik adalah sah dan jatuhlah talak apabila berlaku perkara yang ditaklikkan tersebut dan semua jenis cerai taklik tidak boleh ditarik balik.\nDalil:\ni.Sabda Rasulullah saw.:\n' '\nMaksudnya:\n'Tiga perkara bersungguhnya adalah sungguh, dan berguraunya juga adalah sungguh iaitu nikah,talak dan rujuk'.\nii.Sabda Rasulullah saw:\nMaksudnya:\nTiga perkara bersungguhnya adalah sungguh, dan berguraunya juga adalah sungguh iaitu talak, membebaskan hamba dan nikah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11838", "body": "Jawatankuasa membuat keputusan bahawa kadar zakat fitrah di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi tahun 1423H/2002-2003M ialah RM4.50 seorang.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan dibawah :\nhttp://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/1b9f940bbc5055953549375c2a0c7bb6?"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10815", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Dis 2008 telah membincangkan fatwa mengenai Pengkid. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nWanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam. Begitu juga lelaki yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti perempuan adalah haram di sisi Islam.\n Mesyuarat juga mengesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala-gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada generasi muda khususnya dalam aspek pakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala-gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnah Allah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10816", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 12 Sep 1999 telah membincangkan mengenai fatwa berhubung dengan zakat padi dari projek penanaman padi yang diusahakan secara ladang. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n\u00a0\n1) Bahawa padi yang dihasilkan dari projek penanaman padi secara estet diwajibkan zakat ke atas pemilik-pemilik tanah apabila cukup nisobnya berdasarkan atas pendapatan bersih masing-masing setelah ditolak kos pengurusan projek yang dikeluarkan oleh agensi pelaksana.\n \n 2) Bagi tujuan menyelaras serta memudahkan urusan pengeluaran zakat tersebut, agensi pelaksana boleh mengeluar zakat bagi pihak pemilik-pemilik tanah setelah mendapat persetujuan masing-masing."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10817", "body": "Setelah diteliti isi kandungan surat yang ditulis oleh suami (Ismail bin Jaafar) kepada isterinya (Siti Yani bt Mamat), saya dapati sighah yang ditulis itu adalah termasuk dalam perwakilan (tawkil). Oleh hal yang demikian, perwakilan talak kepada isteri itu boleh diterima jika isteri itu memenuhi syarat perwakilan dan jatuh talak apabila isteri yang menerima perwakilan itu menceraikan dirinya menurut syarat-syarat perceraian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11073", "body": "Tawaf Ifadzah dan larangan-larangannya iaitu larangan-larangan ke atas mereka yang tidak mengerjakan tawaf ifadzah selepas wukuf di Arafah.\n'Seseorang yang mengerjakan haji yang tidak mengerjakan tawaf Ifadzah selepas wukuf di Arafah bermakna belum lagi memperolehi tahallul thani ( ) dan bagi golongan itu diharamkan ke atas mereka kepada perkara-perkara berikut:\ni. Berkahwin.\nii. Mengahwinkan orang lain.\niii. Meminang.\niv. Bersetubuh dan mukaddimahnya.\nv. Menjadi wali nikah.\nvi. Mewakil wali."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11585", "body": "Mesyuarat bersetuju menjadikan supaya Pesuruhjaya Hal Ehwal agama Islam membuat pembelian secara hutang terlebih dahulu. Kemudian hutang ini dibayar oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu melalui wang zakat Sinf al-Gharimin. Sekiranya baki wang dalam Sinf ini tidak mencukupi ia boleh diambil (dirad) daripada Sinf-sinf yang lain seperti Sinf ar-Riqaab atau Mualaf jika masih banyak berbaki.\nAlat yang akan dibeli dan diserahkan kepada hospital itu hendaklah dicatatkan sebagai sumbangan daripada Majlis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10306", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Penggunaan Dakwat Kekal (\nIndelible Ink\n) Dalam Proses Pengundian Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada Jabatan Kimia Malaysia serta penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), adalah didapati Dakwat Kekal (\nIndelible Ink\n) yang akan digunakan oleh SPR tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak memberikan kesan mudharat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit (telap air) apabila digunakan.\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dari aspek syarak penggunaan Dakwat Kekal (\nIndelible Ink\n) tersebut adalah \nharus dan dibenarkan\n kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam. Keputusan ini hanya tertakluk kepada bahan yang telah dikemukakan oleh SPR dan diuji oleh Jabatan Kimia Malaysia\u00a0 sahaja\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11586", "body": "Jawatankuasa berpendapat wang dividen daripada wang zakat yang disimpan di dalam bank bukan wang zakat dan tidak terikat dengan Asnaf Zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12354", "body": "1. Tapak yang telah dirizabkan dan diwartakan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tujuan-tujuan Kebajikan Agama Islam adalah dihukumkan sebagai tanah waqaf menurut hukum syara\u2019 dan;\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Tapak yang telah dirizabkan dan belum diwartakan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tujuan-tujuan Kebajuikan Agama Islam adalah dihukumkan sebagai tanah waqaf menurut hukum syara\u2019.\n3.\u00a0\u00a0Oleh itu,perkara-perkara yang berkaitan dengan tapak tersebut adalah tertakhluk dengan hokum-hukum yang berkaitan wakaf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10307", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.\n\n\t\u00a0\n\n\nMuzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari\u2019yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:\n\t\n\n\nFirman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :\n\n\n\n\n\n\t\t\u201c\nDan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan\n\u201d.\n\n\t\t\u00a0\n\n\nFirman Allah swt dalam Surah al-A\u2019raf ayat 157;\n\n\n\n\n\n\t\t\u201c \nDan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk\n\u201d.\n\n\t\t\u00a0\n\n\nSabda Rasulullah s.a.w :\n\n\n\n\n\n\t\t\u201c\nTidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)\n\u201d. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)\n\n\t\t\u00a0\n\n\nKaedah Usul Fiqh:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u064a\u0639\u0629\n - \niaitu \u201c\nMenutup pintu kerosakkan\n\u201d\u00a0\n\n\n\n\n\u062f\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0641\u0627\u0633\u062f \u0645\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u062c\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0627\u0644\u062d\n\u00a0\u2013 iaitu \u201c\nmenolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan\n\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10820", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 23 Sep 2001 telah membincangkan hukum memindahkan mayat ke tapak perkuburan yang baru kerana dharurat. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n\u00a0\nPerpindahan mayat dari tanah perkuburan kerana dharurat adalah diharuskan. Fatwa ini dikeluarkan pada tahun 1996. Mengenai masalah seumpama ini adalah terpakai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10309", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u201c Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti keterangan, hujah-hujah serta pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Meningitis Menveo adalah diharuskan\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10821", "body": "Warta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n12hb Mac 1998\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 1991\n\n\n(Enakmen No. 1 Tahun 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991\n\n\n(Enactment No.1 of 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nNOTIFICATION OF FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.\n\n\n\u00a0\n\n\nIN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.\n\n\n\u00a0\n\n\nJADUAL/SCHEDULE\n\n\n\u00a0\n\n\nKE ARAH MEMBENDUNG PENGARUH SYIAH DI MALAYSIA\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Sembilan hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah dari segi \u2018aqidah, syariah dan akhlak.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a02. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah adalah bercanggah dengan hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah adalah dilarang.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah adalah dilarang.\n\n\n\u00a0\u00a0\n\n\nBertarikh 27 Februari 1998.\n\n\n[JMKNNS.209(01) 914/1;\n\n\nPU/NS (JB) (Ag) 15/92 Jld.1.]\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD MURTADZA BIN HAJI AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11846", "body": "Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak membuat keputusan bahawa adalah haram dan berdosa bagi orang Islam yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) dengan kelab-kelab malam, dangdut, disko, karaoke dan pub atau apa sahaja yang seumpamanya.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan dibawah :\nhttp://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/4f8387c494a2565735669a65aa49bc1c?"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10823", "body": "Saya dengan ini, selaku Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bagi mayat yang dijumpai dan tidak diketahui sama ada ia mayat orang Islam atau mayat orang bukan Islam maka hukumnya sama seperti hukum anak pungut (??????). Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara kafir dan tiada orang Islam di sana maka mayat tersebut adalah mayat orang bukan Islam. Bagi keadaan yang sebaliknya, maka mayat tersebut dikira mayat orang Islam dan hendaklah disembahyangkan selepas dimandi serta dikafankan. Kemudian ianya dikebumikan pinggir di tanah perkuburan orang Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Bagi keadaan di mana kepala mayat tersebut dipotong dan terpisah kepalanya di satu negeri manakala badannya di satu negeri yang lain maka wajib disembahyangkan badannya di mana ianya berada dan kepalanya disembahyangkan di tempat ianya berada."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11591", "body": "Mesyuarat bersetuju bahawa : Kutipan wang Zakat yang tidak dapat dihabiskan kepada Asnaf pada tiap-tiap tahun hendaklah kekal sebagaimana wang zakat.\nJika wang tersebut terkumpul hingga berjumlah sebegitu banyak, maka bolehlah digunakan untuk apa-apa tujuan pembangunan yang mana faedahnya kembali kepada Asnaf Zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10312", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-104 yang bersidang pada 2-4 September 2013 telah membincangkan Status Hasil Caj Abstraksi Sumber Air Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Daripada Syarikat Yang Menjalankan Aktiviti Operasi Harian Tidak Halal. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan-pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan\u00a0Imam al-Ghazali berpandangan bahawa harta bercampur yang tidak terkira tidaklah dihukum haram dengan sebab percampuran dan kemungkinan-kemungkinan yang wujud antara halal dan haram tersebut, melainkan ada \nqarinah\n (tanda-tanda) yang jelas menunjukkan pengharamannya. Nabi SAW juga pernah menerima hadiah dari kerajaan negara asing yang bukan Islam tanpa mempersoalkan sumbernya. Begitulah juga para sahabat r.a. telah mengambil \njizyah, ushur\n dan cukai-cukai lain daripada orang-orang kafir yang wajib dibayar kepada kerajaan Islam tanpa mempersoalkan sumbernya.\nOleh yang demikian, Muzakarah berpandangan bahawa \ntidak menjadi kesalahan\n kepada pihak kerajaan atau syarikat yang dilantik kerajaan untuk menerima atau mengenakan caj/cukai kepada sesebuah syarikat perniagaan, sekalipun wujud kemungkinan sumber yang tidak halal kerana pembayaran cukai adalah satu tanggungjawab kepada Kerajaan untuk maslahah ummah. Sekiranya wujud aktiviti yang haram, maka sifat haram tersebut hanyalah pada zimmah pemilik syarikat tersebut bukan kepada orang yang berurusan dengannya sebagaimana firman Alah SWT dalam Surah an-Najm,ayat 39 yang bermaksud: \u201cDan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.\u201d\nSehubungan itu, mengenai status caj abstraksi sumber air yang dikenakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kepada syarikat yang menjalankan aktiviti operasi harian tidak halal, \nMuzakarah bersetuju memutuskan bahawa ianya adalah diharuskan kerana selaku pihak yang dilantik oleh pemerintah (Ulil Amri), LUAS bertanggungjawab mengurus dan memberikan perkhidmatan air untuk \nmaslahah ammah\n seluruh masyarakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10824", "body": "Warta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\n\u00a0\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 1991\n\n\n(Enakmen No. 1 Tahun 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.\n\n\n\u00a0\n\n\nIN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.\n\n\n\u00a0\n\n\nJADUAL/SCHEDULE\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Jika seorang bayi itu dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah maka anak tersebut haram dinasabkan kepadaa suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan anak tersebut.\n\n\n2. Seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun daripada tarikh tersebut diketahui dengan yakin atau berat zan bahawa kehamilan telah berlaku sebelum akad, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.\n\n\n3.\u00a0Wajib bagi suami tersebut menafikan bahawa bayi berkenaan adalah anaknya.\n\n\n4.\u00a0Pihak berkuasa yang mendaftarkan kelahiran ditegah daripada membinkan atau membintikan mana-mana bayi di dalam perenggan (1) dan (2) kepada suami ibu bayi atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 12 Januari 2002.\n\n\n[JMKNNS 209(01)914/1;\n\n\nPU/NS (JB) 5/2001]\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11080", "body": "Keputusan Jawatankuasa Syariah memutuskan tidak harus didirikan sembahyang Jumaat di tanah lapang di dalam sebuah Qaryah jika ada masjid didirikan di situ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11592", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa: Bersetuju dengan perlaksanaan Skim Wakaf Tunai Terengganu dan seterusnya mengesyorkan :\ni.\tSupaya syarat minimum RM 10.00 tidak dikenakan. Ini bermakna mana-mana orang boleh menyumbang seberapa banyak wang untuk disumbangkan kepada Majlis untuk membeli Harta Wakaf.\nii.\tPenyertaan wang berjumlah RM 10.00 dan ke bawah darinya dalam Skim ini tidak perlu dikeluarkan sijil.\niii.\tSighah lafaz dipinda kepada lafaz : Saya mewakilkan kepada MAIDAM untuk mewakafkan mana-mana harta kekal melalui cek/BankDraf/Wang Pos/Tunai di atas nama Skim Wakaf Tunai Terengganu sebanyak RM .......................... untuk diri saya/ Almarhum/ Almarhumah/ .......................................... demi kebajikan dan kepentingan Agama Islam dan umatnya kerana Allah (s.w.t) selama-lamanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10825", "body": "Fatwa 1:\n\n\n\u00a0\n\n\nTiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan. Mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nFatwa 2:\n\n\n\u00a0\n\n\nSeseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan Keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nFatwa 3:\n\n\n\u00a0\n\n\nKetentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10826", "body": "Warta\u00a0Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n\u00a0\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 1991\n\n\n(Enakmen No. 1 Tahun 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991\n\n\n(Enactment No.1 of 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN\u00a0\nFATWA\n\n\nNOTIFICATION OF\u00a0\nFATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan\u00a0\nFatwa\n\u00a0seperti yang dinyatakan dalam Jadual.\n\n\n\u00a0\u00a0\n\n\nIN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the\u00a0\nFatwa\n\u00a0as specified in the Schedule.\n\n\n\u00a0\n\n\nJADUAL/SCHEDULE\n\n\n\u00a0\u00a0\n\n\n1.\u00a0\nTalqin\u00a0\nhukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati ) dan atau selepas dikebumikan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La Ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumika maka dikata disisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W hingga akhir talqin.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang \u2013\n\n\na)\u00a0membid\u2019ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat\n\n\nb)\u00a0memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang\n\n\nc) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.Mana-mana orag Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penokong mana-mana orang atau kumpulan orang ang dilarang di dalam perenggan 3.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 14 Ogos 197\n\n\n[PU/NS\u00a0\u00a0(JB) (AGAMA) 15/92 Jld. 1;]\n\n\nPA/NS.\u00a0\u00a0196 (07) 915/1.]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11594", "body": "Jawatankuasa telah membuat keputusan bahawa zakat fitrah dan padi hendaklah dibahagikan secara sekaligus dan dengan seberapa segera yang dapat kepada yang berhak menerimanya manakala zakat selain dari keduanya bolehlah diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya sama ada dengan cara sekaligus atau dengan cara bulanan bilamana difikirkan cara tersebut sesuai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11850", "body": "Jawatankuasa membuat keputusan bahawa kadar zakat fitrah di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi tahun 1427H/2006M ialah empat ringgit tujuh puluh sen (RM4.70) seorang.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan dibawah :\nhttp://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/63243ea9bd21c88a530c4d3a3193c151?"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10827", "body": "Warta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n\u00a0\n\n\n4hb Ogos 1994\n\n\n\u00a0\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 1991\n\n\n(Enakmen No. 1 Tahun 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991\n\n\n(Enactment No.1 of 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nNOTIFICATION OF FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.\n\n\n\u00a0\n\n\nIN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.\n\n\n\u00a0\n\n\nJADUAL/SCHEDULE\n\n\n\u00a0\n\n\nA. BAHAWA buku yang bertajuk \u2013\n\n\n\ufeff\n\n\n(a) \u201cAurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan\u201d yang ditulis oleh Ustaz Hj. Ashaari Muhammad, dan\n\n\n\u00a0(b \u201cManaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi\u201d yang ditulis oleh Mohamad Taha As Suhaimi.\n\n\nAdalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahamana yang bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam.\n\n\n\u00a0B.\u00a0BAHAWA Kumpulan Darul Arqam@al-Arqam, iaitu suatu kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku bertajuk \u2013\n\n\n(a) \u201cAurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan\u201d dan\n\n\n(b) \u201cManaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi\u201d.\n\n\nAdalah suatu kumpulan yang sesat dan bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nC. Oleh yang demikian \u2013\n\n\n(a) percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran buku \u201cAurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan\u201d dan \u201cMunaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi\u201d termasuk\n\n\n\u00a0\n\n\n(i)\u00a0\u00a0apa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n\n\n(ii)\u00a0apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;\n\n\n(iii)\u00a0apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu, pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau melalui apa-apa media adalah haram.\n\n\n\u00a0(b)\u00a0pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku \u201cAurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan\u201d dan Munaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abullah As Suhaimi\u201d adalah haram;\u00a0\u00a0\n\n\n(c) kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam itu atau mana-mana kumpulan lain atau orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku \u201cAurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus menjawab Tuduhan\u201d dan \u201cMunaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi\u201d adalah haram ;\n\n\n(d) Adalah haram bagi orang Islam \u2013\n\n\n\u00a0(i) menjadi anggota atau memimpin kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam atau mana-mana kumpulan lain yang disebut dalam perenggan\u00a0( c );\n\n\n(ii) membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan\u00a0sedemikian.\n\n\n\u00a0\n\n\nSAHIBUS SAMAHAH\n\n\nDATO\u2019 HAJI MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri Sembilan\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat pada 2hb. Ogos, 1994\n\n\nSeremban\n\n\n[PU/NS (JB) (Ag) (Majlis) 15/92; PANS (S) 196/07 (472/51]"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11851", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke\u00a0\u00a0\u00a0yang diadakan pada\u00a0telah membincangkan hukum. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:\n\u00a0\n\u00a0\ni.\n Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan, mesyuarat bersetuju menerima keputusan muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1996 seperti berikut :\na) Memansuhkan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 24 dan 25 September 1984 yang menyatakan ' bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Al-Zaidiah dan Ja\"fariah yang diterima untuk di \"amalkan di Malaysia ',\nb) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi \"aqidah, syari\"ah dan akhlaq.\nc) Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaaan Persekutuan dan Pelembagaan negeri-negeri supaya memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama\"ah dari segi \"aqidah, syari\"ah dan akhlaq.\nd) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan hukum syarak bagi menyelaraskan ta\"rif \"hukum syarak\" atau \"undang-undang\" Islam seperti berikut :\n' Hukum Syarak ' atau 'Undang-Undang Islam ' ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama\"ah dari segi aqidah, syari\"ah dan akhlaq.\ne) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama\"ah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama\"ah adalah dilarang.\nf) Menetapkan bahawa semua umat Islam warganegara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan Hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama\"ah sahaja.\ng) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama\"ah adalah diharamkan.\n II. \nBersetuju supaya keputusan fatwa ini diwartakan segera.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan dibawah :\nhttp://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/24f1d9a2e68003e1054a26bba4ff462b?"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10828", "body": "Zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang layak bagi seluruh Negeri Sembilan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 13hb. Safar 149/8hb Jun 1998\n\n\n[JMKNNS.209(01) 914/1;\n\n\nPU/NS (JB) (Ag) 15/92 Jld.1.]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\" HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10317", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 25 Mac 2014 telah membincangkan mengenai Tragedi MH370. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\nSetelah mendengar dan meneliti tiga (3) kertas kerja yang telah disediakan mengenai penentuan hukum syarak dalam tragedi MH370, dan setelah berbincang serta meneliti semua pandangan ulama\u2019 serta pandangan ahli-ahli pakar pelbagai bidang sejak daripada tragedi ini berlaku pada 8 Mac 2014 hinggalah kepada pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2014 bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth Australia, Muzakarah menegaskan bahawa pensabitan kematian seseorang mempunyai kesan dan implikasi yang besar dari perspektif syarak. Justeru dalam Islam terdapat kaedah-kaedah yang telah digariskan bagi menangani permasalahan mereka yang tidak diketahui samada masih hidup atau sudah mati, dan dalam Fiqh kes seperti ini dikenali sebagai \nMafqud\n (orang yang hilang).\n\n\t\u00a0\n\n\nMuzakarah menjelaskan bahawa berdasarkan pandangan as-Syafie \u201c\nMafqud\n ialah orang yang tidak didengari khabarnya, dan barangkali kemungkinan besarnya dia telah mati\u201d. (Al-Syafie, Al-Umm, 6:182). Para ulama memperincikan bahawa mafqud dibahagikan kepada dua bahagian dan hukum kedua-duanya adalah berbeza. \nPertama: \nMafqud\n yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya dianggap telah terkorban.\n Mafqud bahagian ini ialah orang yang hilang dalam suatu bencana kebinasaan. (Ibn Qudamah, Al-Mughni, 6:389). \nKedua: \nMafqud\n yang secara zahir dia masih hidup.\n Contohnya seseorang yang keluar dari rumahnya untuk berniaga atau melancong tetapi tidak kembali pulang ke rumahnya.\n\n\t\u00a0\n\n\nDaripada contoh mafqud yang dibawakan oleh Ibn Qudamah, Muzakarah berpandangan bahawa dalam kes pesawat MH370 yang berakhir dalam lautan yang amat luas dan dalam, mayat-mayat dan bangkai pesawat menghadapi kesukaran untuk ditemui, dan pandangan pakar mengatakan bahawa survival manusia untuk hidup adalah tipis, maka kes ini bolehlah dikategorikan sebagai \nMafqud\n yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya dia dianggap telah terkorban.\n\n\t\u00a0\n\n\nMuzakarah juga menjelaskan bahawa mengenai kadar \ntempoh \nmafqud\n sebelum diputuskan status kematiannya, \ntidak terdapat nas yang jelas\n daripada dalil-dalil Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap. Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi\u2019en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama\u2019.\n\n\n\n\tMuzakarah juga berpendapat bahawa \nperbezaan yang ketara dari segi uruf\n dan masa perlu diambilkira dalam penentuan tempoh mafqud ini kerana ia memberi kesan dalam pengsabitan hukum-hakam seterusnya.\n\n\t\u00a0\n\n\nDalam hal ini, Muzakarah memutuskan bahawa dalam tragedi MH370 ini, \nkeperluan menetapkan tempoh mafqud adalah terletak kepada pertimbangan \nulil amri\n \nberdasarkan kepada ijtihadnya selaras dengan pandangan majoriti ulama, termasuk mazhab Syafie, mazhab Maliki, mazhab Hanafi dan satu riwayat mazhab Hanbali. (Nihayah al-Muhtaj, 6:28; Hasyiyah al-Dusuki, 4:434; Hasyiyah Ibn Abidin, 3:332; Al-Kasysyaf, 4:391).\n\n\n\n\tJusteru, berasaskan kepada Kaedah Fiqhiyyah iaitu \n\u2018Menghilangkan Kemudaratan\u2019\n, lima (5) prinsip \nMaqasid Syar'iyyah\n iaitu menjaga agama, nyawa, harta, keturunan dan akal serta berasaskan kepada Siyasah Syariyyah dalam menjaga kemaslahahatan keluarga dan pihak-pihak yang terlibat serta bersesuaian dengan \nuruf\n dan \nwaqi\u2019\n, Muzakarah memutuskan bahawa keadaan \nmafqud\n dalam tragedi ini \ntidak memerlukan kadar tempoh tertentu\n \nkerana usaha-usaha pencarian yang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh \nwalaupun dalam keadaan lautan yang amat mencabar serta qarinah-qarinah yang boleh diambilkira sebelum dan selepas pengumuman Kerajaan bahawa pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, \ntelah melalui tempoh munasabah\n bagi mafqud yang boleh diputuskan oleh Ulil Amri.\n\n\t\u00a0\n\n\nSehubungan itu berdasarkan semua keterangan dan hujah-hujah yang dinyatakan tersebut, \nMuzakarah bersetuju memutuskan bahawa semua penumpang pesawat MH 370 adalah dikategorikan sebagai \u201c\nMafqud\n yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya telah dianggap terkorban\u201d.\n\n\n\n\tOleh itu, memandangkan usaha-usaha mencari telah dijalankan dalam tempoh yang munasabah bagi \nmafqud\n dengan penggunaan pelbagai aset dan alat komunikasi berteknologi tinggi serta kewujudan qarinah-qarinah yang boleh diambilkira, maka \nMuzakarah berpendapat bahawa penumpang pesawat MH370 tersebut boleh dianggap telah terkorban. Walau bagaimanapun pengesahan atau pensabitan kematian hendaklah diputuskan oleh Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.\n\n\n\n\tMuzakarah juga berpandangan bahawa memandangkan pihak berkuasa masih terus mencari kesan daripada tragedi tersebut termasuk mayat atau cebisan mayat penumpang yang terkorban, maka \nSolat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan lagi.\n\n\t\u00a0\n\n\nMuzakarah juga memutuskan bahawa jika dalam usaha pencarian kesan daripada tragedi tersebut, pihak berkuasa berjaya \nmenemui mayat atau cebisan mayat\n, maka \nwajiblah diuruskan mayat tersebut seperti yang ditetapkan oleh Islam.\n\n\n\n\tOleh kerana penumpang MH370 ini terdiri daripada berbagai agama dan jika \ntidak dapat dibezakan\n antara Islam dan bukan Islam, maka untuk menguruskan mayat orang Islam dalam keadaan bercampur ini, \nhendaklah diuruskan kesemua mayat yang dijumpai tersebut mengikut Islam\n dan \nsewaktu Solat Jenazah hendaklah diniatkan hanya untuk orang Islam sahaja.\n\n\n\n\tJika yang ditemui itu hanya \ncebisan-cebisan atau sebahagian anggota kecil\n sahaja, maka hendaklah \ndikumpulkan semuanya\n dan \ndiuruskan mengikut Islam\n dan ketika Solat Jenazah hendaklah \ndiniatkan\n untuk orang-orang Islam sahaja.\n\n\t\u00a0\n\n\nMengenai hal-hal berkaitan \npengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa,\n atau hukum-hukum lain yang bersangkutan daripada tragedi ini, Muzakarah menegaskan bahawa ianya \nhendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan\n berasaskan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.\n\n\t\u00a0\n\n\nMuzakarah juga berpandangan bahawa dalam menghadapi suasana tragedi ini, \npelaksanaan ibadah-ibadah\n seperti Solat Hajat, bacaan Yasin dan sebagainya bolehlah diteruskan oleh umat Islam.\n\n\t\u00a0\n\n\nMuzakarah juga memutuskan bahawa \norang-orang Islam\n \nyang disabitkan kematiannya dalam tragedi MH370 ini adalah tergolong sebagai Syahid Akhirat\n berasaskan kepada hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan bahawa mati kerana tenggelam termasuk dalam salah satu kategori Syahid Akhirat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10829", "body": "Warta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n\u00a0\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 1991\n\n\n(Enakmen No. 1 Tahun 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991\n\n\n(Enactment No.1 of 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nNOTIFICATION OF FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.\n\n\n\u00a0IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.\n\n\n\u00a0\n\n\nJADUAL/SCHEDULE\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Sunat :\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Harus :\n\n\n\u00a0\n\n\na. Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Makruh :\n\n\n\u00a0\n\n\na. Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Haram :\n\n\n\u00a0\n\n\na. Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2\u00a0a\u00a0dan b.\n\n\n\u00a0\n\n\nb. Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 12 Januari 2002\n\n\n\u00a0\n\n\n[JMKNNS 209(01)914/1;\n\n\n\u00a0\n\n\nPU/NS(JB) 5/2-001]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD\n\n\n\u00a0\n\n\nMufti Kerajaan Negeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11597", "body": "Jawatankuasa berpendapat bahawa wang pampasan dari syarikat insuran yang dibayar kepada keluarga si mati boleh diterima dan dibelanjakan kepada maslahah umum."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10318", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah membincangkan Hukum Pendermaan Rahim. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSetelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan. Berdasarkan dapatan penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHukum asal pendermaan dan pemindahan rahim adalah haram dan tujuan untuk mendapatkan zuriat hanyalah bersifat takmiliyyah iaitu sebagai pelengkap kehidupan berkeluarga.\n\n\n\n\n\n\nKeperluan mendapatkan zuriat melalui pendermaan dan pemindahan rahim di Malaysia belum berada pada tahap darurat.\n\n\n\n\n\n\nKeperluan mendapatkan zuriat melalui pembedahan dan pemindahan rahim bagi wanita yang mempunyai rahim yang bermasalah atau tidak mempunyai rahim hanya sekadar berada pada tahap tahsiniyyat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah tidak harus kerana keperluannya belum mencapai tahap darurat yang boleh membenarkan sesuatu perkara yang diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10830", "body": "Hukum memindahkan jenazah orang Islam dari tanah perkuburan bukan Islam ke tanah perkuburan Islam adalah wajib."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11598", "body": "Majlis berpendapat wang tersebut tidak dianggap pesaka atau tarekah yang wajib dibahagikan kepada waris-waris menurut hukum faraid. Wang tersebut adalah merupakan hadiah kepada ahli dan anak-anak simati yang masih kecil atau siapa-siapa waris yang lain menurut yang ditetapkan dalam undang-undang/ peraturan kerana itu adalah sebagai bantuan sementara kepada mereka itu supaya terlepas dari penderitaan selepas mati penangung utama dalam keluarga itu. Tidaklah berhak waris-waris yang lain menuntut apa-apa bahagian daripadanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10319", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Isu Perkahwinan Kanak-kanak: Kajian Dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Isu berkaitan perkahwinan kanak-kanak bukan satu isu baru di Malaysia dan \nia tidak lagi dilihat sebagai satu amalan yang \u2018sihat\u2019\n pada masa ini. Perkahwinan Baginda Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina `Aisyah r.a tidak wajar dijadikan alasan untuk memudahkan perkahwinan kanak-kanak. Syeikh Abdullah al-Manie, seorang daripada anggota Majlis Ulama Kanan Saudi juga berpandangan bahawa perkahwinan antara Rasulullah s.a.w. dengan Sayidatina Aisyah r.a tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mewajarkan perkahwinan gadis bawah umur.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan perkahwinan kanak-kanak di negara ini, tetapi ia tidak bermakna perkahwinan ini boleh dilakukan dengan mudah tanpa melihat kepada kemaslahatan kanak-kanak yang ingin dikahwinkan.\n\n\n\u00a0\n\n\niii. Kajian mendapati statistik permohonan dan perkahwinan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat dan kesan akibat daripada perkahwinan ini \nlebih banyak mendatangkan keburukan\n daripada kebaikan terutama dari aspek kesihatan dan psikologi kanak-kanak terbabit.\n\n\n\u00a0\n\n\niv. Kebanyakan perkahwinan kanak-kanak ini berlaku akibat \ndidorong oleh rasa cinta\n \nkepada pasangan yang tidak mampu dikawal \nsehingga mendorong berlakunya penzinaan serta kehamilan luar nikah.\n\n\n\u00a0\n\n\nv. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor perkahwinan kanak-kanak di Malaysia berlaku \nbukan kerana maslahah tetapi disebabkan keterlanjuran dan keinginan menutup aib atau maruah \nkeluarga yang tercemar.\n\n\n\u00a0\n\n\nvi. Keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi\u00a0 menegaskan \nwujudnya masalah kesihatan fizikal dan mental\n yang dialami pada pasangan perempuan akibat perkahwinan kanak-kanak.\n\n\n\u00a0\n\n3. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, Muzakarah menegaskan bahawa para ulama bersetuju bahawa secara syar\u2019i, \nperkahwinan kanak-kanak bukan merupakan perkara yang wajib atau sunat.\n Tiada hadis yang menyatakan bahawa perkahwinan kanak-kanak itu dianjurkan. Perkahwinan pada zaman Rasulullah s.a.w. yang dilakukan oleh para sahabat lebih kepada menjaga kemaslahatan kanak-kanak. Ia termasuk dalam perkara harus tetapi hukumnya tertakluk kepada ketentuan Maqasid Syariah dan Qaedah Fiqhiyyah iaitu \u201cMenjauhi Kerosakan\u201d (Dar\u2019 al-Mafasid) serta \u201cMengambil Maslahat\u201d (Jalb al-Masalih).\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Sehubungan itu, berasaskan nas-nas Syarak dan Qaedah-Qaedah Fiqhiyyah serta keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa \nperkahwinan kanak-kanak hanya boleh dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan\n kanak-kanak tersebut secara syar\u2019ie.\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya pihak-pihak berkuasa berkaitan \nmemperketatkan syarat-syarat perkahwinan kanak-kanak\n dan memastikan pelaksanaannya dijalankan mengikut prosedur."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10831", "body": "Saya dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, keputusan berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nLambang bulan sabit dan bintang pecah lima telah dimaklumi sebagai lambang rasmi bagi agama Islam sama ada di peringkat Persekutuan mahu di peringkat Negeri di Malaysia. Sehubungan dengan itu, mana-mana golongan atau kumpulan bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan lambang bulan sabit dan bintang pecah lima di rumah ibadat mereka bagi mengelakkan kekeliruan kepada umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11343", "body": "Mengikut Pandangan Islam:\n'Peraduan kuiz melalui system pesanan ringkasa SMS dan seumpamanya adalah mengandungi unsure-unsur gharar dan hiyal (tipu helah), memerlukan pelanggan membayar untuk mengadu nasib daripada hasil pulangan hadiah yang dijanjikan dan penipuan melalui janji-janji hadiah yang jelas memukau pelanggan. Dengan itu jawatankuasa Syariah Negeri Perlis memutuskan bahawa hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi syara'.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10320", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan kertas kerja yang disediakan serta meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa:\n\n\u00a0\n\n\ni. \nIslamic State of Iraq and Syria\n (ISIS) atau \nIslamic State of Iraq and Levant\n (ISIL) merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza: iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan \u2018pemerintahan Islam\u2019 mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal, keduanya, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai \u2018Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad\u2019 di bawah pimpinan Abu Mus\u2019ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq, dan juga kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September.\n\n\n\u00a0\n\n\nii. Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Para Ulama\u00a0 Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di\u00a0 zaman moden dan Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau ISIL ini.\n\n\n\n2. Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Muzakarah berpandangan bahawa kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS atau ISIL di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam.\n\n\n\n3. Oleh itu, Muzakarah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak.\n\n\n\n4. Muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan ISIS atau ISIL ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10832", "body": "Warta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n25hb November 1999\n\n\n\u00a0\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 1991\n\n\n(Enakmen No. 1 Tahun 1991)\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991\n\n\n(Enactment No.1 of 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nNOTIFICATION OF FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nPada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.\n\n\n\u00a0\n\n\nIN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.\n\n\n\u00a0\n\n\nJADUAL/SCHEDULE\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Risalah \u201cTiang Ugama\u201d (\u201crisalah tersebut\u201d) adalah menyalahi akidah Islam\u00a0\n\n\n2. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -\n\n\n(a) mengajar, mempelajari, mengamal, menyebar atau berpegang kepada ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam risalah tersebut;\u00a0\n\n\n(b) memiliki, mencetak, menerbitkan, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan dengan apa cara jua risalah tersebut termasuklah dalam-\n\n\n(i)\u00a0apa-apa versi atau variasinya;\n\n\n(ii)\u00a0apa-apa terjemahannya kepada mana-mana bahasa;\u00a0\n\n\n(iii)\u00a0apa-apa bahan publisiti atau media;\n\n\n(iv)\u00a0apa-apa bentuk termasuk melalui bahan cetak atau elektronik atau selainnya.\n\n\n2. Mana-mana orang adalah dilarang membantu dengan apa cara jua orang atau kumpulan orang yang disebut di perenggan 2\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 4 November 1999\n\n\n[JMKNNS.209 (01) 914/1]\n\n\nPU/NS (JB) (AG) 15/92 Jld.1]\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11088", "body": "Orang yang bukan Islam adalah tidak boleh mewarisi harta orang yang beragama Islam dan orang yang beragama Islam tidak boleh mewarisi harta orang yang bukan Islam sebagaimana penjelasan dalam hadis sahih yang bermaksud:\nOrang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam dan orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11344", "body": "Daging korban tatawwu\" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11600", "body": "Setelah diberi penjelasan oleh dua pegawai daripada syarikat yang tersebut mengenai perjalanan kilang dan giliran bertugas mana melibatkan 10 orang tidak dapat sembahyang jumaat dalam tempoh sebulan satu kali. Maka jawatankuasa mengambil keputusan seperti berikut :-\ni) Hukum menghadiri sembahyang jumaat adalah fardhu ain ke atas orang Islam kecuali bagi mereka yang uzur syarie.\nii) Jawatankuasa ini berpendapat sekiranya pekerja kilang diatas tidak dapat hadir sembahyang jumaat disebabkan giliran bekerja pada hari jumaat dan tugas tidak mengizinkan dia meninggalkan kilang dan dia ada pilihan mendapat kerja lain adalah dikira uzur syarie."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10321", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) Oleh Mohd. Yusof Cik Wook Yang Disebarkan oleh Haji Shaari Mohd Yusof. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1. Setelah meneliti fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) yang disebarkan oleh Haji Shaari bin Mohd Yusoff melalui buku\u00a0 \u201cMengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan\u201d, \u201cMengenal Allah Ilmu Peninggalan Tok Kenali\u201d ceramah-ceramah yang disampaikan, DVD siri ceramah\u00a0 dan Laman Sesawang yang digunakan untuk menyebarkan \najarannya mengandungi perkara-perkara yang mengelirukan dan menyeleweng\n seperti yang berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\ti. \nBertentangan dengan fakta sejarah\n\r\n\t\tDakwaan ilmu yang diperolehi adalah peninggalan ilmu Syeikh Daud al-Fatani yang diwarisi oleh dua ulama terkenal, iaitu Tok Kenali dan Tok Selehong adalah \nsatu pembohongan\n, kerana kedua ulama tersebut tidak sempat berguru dengan Syeikh Daud Al-Fatani yang meninggal tahun 1846, iaitu lebih 22 tahun sebelum kelahiran kedua-dua ulama tersebut.\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tii. \nMembawa fahaman Mujassimah, Jabariyyah dan Muktazilah\n\r\n\t\tJumhur ulama telah bersepakat bahawa fahaman ini adalah \nbertentangan\n dengan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tiii. \nMembawa fahaman Liberal dan Pluralisme agama\n\r\n\t\tFahaman ini juga didapati \nmenyeleweng dari aspek akidah dan syariah\n seperti mana telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai\u00a0 2006.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tiv. \nMembawa fahaman Wahatul Wujud\n\r\n\t\tDoktrin wahdatul wujud ini adalah \nmenyeleweng\n dari pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tv. Mentafsir nas-nas agama seperti al-Quran dan Hadis mengikut logik akal dan tidak merujuk kepada kitab-kitab muktabar.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) yang dibawa oleh Haji Shaari bin Mohd Yusof adalah \nsesat dan menyeleweng dari ajaran Islam\n yang sebenar berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\n\n\n\r\n\t\t3. Oleh itu, semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran beliau melalui apa jua medium hendaklah \ndihentikan dan diharamkan\n serta-merta.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\t4. Muzakarah juga menggesa semua pihak berkuasa agama negeri-negeri dan JAKIM serta agensi-agensi lain yang berkaitan supaya mengambil \ntindakan segera menyekat\n kegiatan dan penyelewengan Ajaran Ilmu Makrifat ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10833", "body": "Warta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n\u00a0\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 1991\n\n\n(Enakmen No. 1 Tahun 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991\n\n\n(Enactment No.1 of 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nNOTIFICATION OF FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.\n\n\n\u00a0\n\n\nIN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.\n\n\n\u00a0\n\n\nJADUAL/SCHEDULE\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a01. Hukum menunaikan ibadah haji sambil bekerja seperti doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan, petugas Lembaga urusan haji dan lain-lain adalah sah selagi ia menepati rukun dan wajib haji.\u00a0Hal ini diqiaskan dengan berniaga sambil mengerjakan ibadah haji sebagaimana firman Allah s.w.t. :\n\n\nYang bermaksud : [\u201cTidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji\u201d]\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n(Al-Baqarah : 198)\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan ayat di atas mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah pada musim haji dengan berniaga dan melakukan usaha-usaha halal yang lain adalah tidak berdosa\n\n\nYang bermaksud : [\u201cSesungguhnya orang ramai pada permulaan ibadat haji difardhukan- didalam Islam-mereka berjual beli di Mina.\u00a0\u201cArafah di pasar Dzu al-Majaz (kawasan yang berhampiran \u2018Arafah) dan pada musim haji, maka mereka khuatir untuk berjual beli ketika mereka didalam ihram.\u00a0Lalu Allah menurunkan ayat ini\u201d]\u00a0\n\n\n(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)\n\n\n\u00a0\n\n\n2.Oleh sebab itu, mereka yang menunaikan haji disamping melakukan perniagaan, haji mereka adalah sah, tidak rosak dan tidak perlu mereka mengulanginya.\u00a0Hal ini berdasarkan ayat 198 Surah al-Baqarah tersebut.\u00a0Mereka tidak dihalang melakukan perniagaan dengan syarat mereka berniat untuk mengerjakan haji sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.\n\n\nYang bermaksud : : [\u201cSesungguhnya amalan itu adalah niat dan setiap orang hanya mendapat yang diniatkannya\"]\n\n\n\u00a0\n\n\n[Muttafaq \u2018Alaih]\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat 26 Mac 2002\n\n\nMade 26 March 2002\n\n\n(JMKNNS 209(01)914/1]\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11601", "body": "Mesyuarat bersetuju bahan-bahan penerbitan Al-Arqam yang digazet haram oleh Kementerian Dalam Negeri digazet oleh kerajaan bahawa bahan-bahan tersebut adalah haram di negeri ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10322", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kedudukan\u00a0Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Dalam Masjid Atau Surau. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa amalan berzikir adalah suatu tuntutan yang dianjur oleh Islam dan dianggap sebagai ibadah sunat bagi mengingati Allah dengan menyebut nama-Nya.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah juga berpandangan bahawa amalan berzikir pada masa kini yang telah ditambah dengan cara memukul alat muzik seperti rebana, tabla (gendang) dan sebagainya di dalam masjid atau surau oleh sesetengah pihak, boleh mengganggu urusan ibadah orang lain yang datang untuk menunaikan solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya. Perbuatan sebegini adalah ditegah oleh Nabi SAW berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik:\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya: \nBaginda mendapati para sahabatnya sedang sembahyang dan mereka menguatkan (menyaringkan) bacaannya, lalu baginda bersabda: \u201cSesungguhnya orang yang sembahyang itu bermunajat kepada tTuhan-Nya, maka hendaklah engkau memerhatikan apa yang dia munajatkan itu dan janganlah menyaringkan suara sebahagian dari kamu atas sebahagian (mengatasi) yang lain dengan bacaan-bacaan Al-Quran\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melagukan zikir adalah harus jika ianya dilakukan dengan penuh adab dan boleh membawa kepada tercapainya matlamat berzikir. Tetapi jika majlis atau amalan berzikir tersebut dilakukan dengan penggunaan alat-alat muzik yang dilarang sehingga melalaikan dan menghilangkan tujuan sebenar berzikir atau dilakukan di tempat ibadah seperti surau atau masjid sehingga menganggu urusan ibadah orang lain atau majlis yang bercampur antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, maka perbuatan zikir sedemikian adalah dilarang oleh Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10834", "body": "Warta Kerajaan\n\n\nDITERBITKAN DENGAN KUASA\n\n\nGOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE\n\n\nPUBLISHED BY AUTHORITY\n\n\n\u00a0\n\n\n20hb Jun 1996\n\n\n\u00a0\n\n\nENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 1991\n\n\n(Enakmen No. 1 Tahun 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW\n\n\n(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991\n\n\n(Enactment No.1 of 1991)\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nNOTIFICATION OF FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nPADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.\n\n\n\u00a0\n\n\nIN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0JADUAL/SCHEDULE\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Qamar Al-Huda\n\n\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nukilan Ahli Sufi Allahu Akhbar Encik Bahrin bin Salleh\n\n\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Risalah kesufian \u2013 Anjuran Baharin Salleh\n\n\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sebaik-baik makrifah yang dipertunjukkan bagi hati,\n\n\n\u00a0\n\n\n(Selepas ini disebut secara kolektif sebagai \u201cbuku-buku dan risalah tersebut\u201d) adalah menyalahi akidah Islam dan menyesatkan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang \u2013\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut;\n\n\n(2)\u00a0untuk mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan atau mengedarkan buku-buku dan risalah tersebut atau mana-mana bahagian buku-buku dan risalah tersebut dalam \u2013\n\n\n\u00a0\n\n\n(i)\u00a0\u00a0apa-apa bentuk, versi atau variasi;\n\n\n(ii)\u00a0\u00a0apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;\n\n\n(iii)\u00a0apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah tersebut itu pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) untuk menjadi ahli, anggota, pengikut atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan 1 atau membantu dalam menghidupkan atau memberi publisiti atau mengembangkan kumpulan sedemikian.\n\n\n\u00a0\n\n\nBertarikh 17 April 1996\n\n\n[PU/NS (JB) (Agama) 15/92 Jld.1];\n\n\n[PANS.196(07)220/1 Klt.3.]\n\n\n\u00a0\n\n\nDATO\u2019 HAJI MOHD MURTADZA BIN HAJI AHMAD\n\n\nMufti Kerajaan Negeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11602", "body": "Setelah diteliti terhadap seni kata lagu Ulik Mayang didapati ada mengandungi unsur-unsur pemujaan, maka dibandingkan perkara ini akan membawa kepada terpesongnya akidah Islamiah. Untuk memelihara kesuciannya maka perkara-perkara seperti ini hendaklah dielakkan dan ditinggalkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10323", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Hukum Penggunaan \nCordyceps Sinensis\n Dalam Pembuatan Ubat Tradisional. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah berpandangan bahawa pada asalnya semua kejadian Allah S.W.T. mempunyai manfaat dan harus penggunaannya. Tiada yang diharamkan melainkan terdapat nas yang sahih dan jelas menerangkan tentang pengharamannya. Ulat dikategorikan sebagai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir dan para fuqaha berpandangan bahawa binatang yang tidak mempunyai darah mengalir adalah bersifat tidak menajiskan sepertimana hadis Nabi S.A.W. mengenai lalat yang bermaksud:\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila jatuh lalat dalam minuman seseorang kamu, maka tenggelamkannya dahulu sebelum membuangnya, sesungguhnya pada salah satu sayapnya ada penyakit dan pada satu lagi ada ubatnya\u201d.\n\n\n\n\n\n\nMuzakarah menjelaskan bahawa \ncordyceps \nadalah sejenis kulat dan semua jenis \ncordyceps\n adalah bersifat \nendoparasitoids \niaitu menumpang kepada perumah lain, antaranya pada serangga seperti ulat dan bahan dari larva ulat akan diserap sebagai makanan. Ulat yang merupakan perumah tersebut akan mati akibat daripada proses ini dan bahagian yang tumbuh keluar daripada ulat ini akan digunakan dan spesis \ncordyceps\n yang paling baik ialah \nCordyceps Sinensis\n. \nCordyceps Sinensis\n yang asli amat sukar diperolehi dan hanya boleh ditemui di tanah tinggi pergunungan Himalaya. Terdapat dua (2) jenis \nCordyceps Sinensis\n pada masa ini iaitu:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCordyceps Sinensis\n asli yang mahal dan sukar diperolehi.\n\n\n\n\n\n\nCordyceps Sinensis\n yang dihasilkan melalui proses makmal.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu berdasarkan proses-proses penghasilan \nCordyceps Sinensis \nsama ada secara semulajadi atau melalui proses makmal, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa \npenggunaan Cordyceps Sinensis\n dalam proses pembuatan ubat tradisional atau produk makanan kesihatan adalah diharuskan kerana \nCordyceps Sinensis\n asli terhasil daripada bahan yang tidak menajiskan, manakala \nCordyceps Sinensis\n yang terhasil melalui proses makmal juga hanya menggunakan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan sebagai medium pembiakan.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, sekiranya penghasilan \nCordyseps Sinensis\n secara makmal tersebut menggunakan bahan-bahan yang diharamkan sebagai medium pembiakan, maka penggunaannya dalam proses pembuatan apa jua produk sama ada ubat tradisional atau produk makanan kesihatan adalah diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10835", "body": "1. Bahawa wang deposit di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Simpanan Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), dan seumpamanya atau mana-mana harta alih atau harta tak alih yang disyaratkan diletakkan penama hendaklah menjadi harta pusaka.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Penama-penama kepada harta pusaka tersebut hendaklah membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris-waris mengikut hukum faraid.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mana-mana pihak atau agensi yang bertanggungjawab menguruskan harta pusaka tersebut hendaklah terikat dengan pembahagian yang ditetapkan melainkan jika terdapat persetujuan sebaliknya daripada waris-waris yang berkenaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11091", "body": "Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah membuat keputusan seperti berikut:\nNasyid mengikut Islam pada dasarnya adalah harus jika sekiranya tidak diiringi oleh bunyi-bunyian yang diharamkan, disamping ianya mengandungi senikata yang baik lagi benar membawa kebaikan kepada individu muslim dan masyarakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11347", "body": "Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri di bawah seksyen 8, Enakmen Fatwa Negeri Sabah 2004 ( No. 7, Tahun 2004 ) adalah dengan ini disiarkan seperti berikut ;\nA. Bahawa -\ni. Buku yang bertajuk \" Horoscop Dan Primbon Wanita\" Karangan Shanti adalah mengandungi perkara-perkara yang menyalahi fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah dan fakta-fakta syarak serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.\nB)\tBahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan samada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem seperti wayang gambar, pita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walaubagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan , yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagao suatu alat menayangkan isikandung buku-buku di ( A ) di atas untuk dibaca, dilihat atau didengar.\nOrang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isi kandung buku-buku di A di atas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10324", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.\n\u00a0\n2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:\n\u00a0\ni. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu \nsiyasah syar'iyah\n yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.\n\u00a0\nii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah \ndaruriyat\n dan \nhajiyat\n rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan \njihad fi sabilillah\n, maka ia adalah dibenarkan.\n\u00a0\niii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.\n\u00a0\niv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:\n\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b4\u00d8\u00b1\u00d9\u0160\u00d8\u00b9\u00d8\u00a9 \u00d9\u02c6\u00d8\u00b6\u00d8\u00b9\u00d8\u00aa \u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d8\u00b5\u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00ad \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b9\u00d8\u00a8\u00d8\u00a7\u00d8\u00af \u00d9\u02c6\u00d8\u00af\u00d8\u00b1\u00d8\u00a1 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2026\u00d9\u0081\u00d8\u00a7\u00d8\u00b3\u00d8\u00af \u00d8\u00b9\u00d9\u2020\u00d9\u2021\u00d9\u2026\n\"Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka\".\n\u00a0\n3. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah\n \u00d9\u0160\u00d9\u008f\u00d8\u00aa\u00d9\u017d\u00d8\u00ad\u00d9\u017d\u00d9\u2026\u00d9\u2018\u00d9\u017d\u00d9\u201e\u00d9\u008f \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d8\u00b6\u00d9\u2018\u00d9\u017d\u00d8\u00b1\u00d9\u017d\u00d8\u00b1\u00d9\u008f \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d8\u00ae\u00d9\u017d\u00d8\u00a7\u00d8\u00b5\u00d9\u2018\u00d9\u2039\u00d8\u0152 \u00d9\u201e\u00d9\u0090\u00d8\u00a3\u00d9\u017d\u00d8\u00ac\u00d9\u2019\u00d9\u201e\u00d9\u0090 \u00d8\u00af\u00d9\u017d\u00d9\u0081\u00d9\u2019\u00d8\u00b9\u00d9\u0090 \u00d8\u00b6\u00d9\u017d\u00d8\u00b1\u00d9\u017d\u00d8\u00b1\u00d9\u0090 \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u2019\u00d8\u00b9\u00d9\u017d\u00d8\u00a7\u00d9\u2026\u00d9\u2018\u00d9\u0090\n (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.\n\u00a0\n4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:\n\u00a0\ni. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;\nii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;\niii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;\niv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;\nv. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;\nvi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10325", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Menactra\u00ae. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tSetelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa pada prinsipnya ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan yang dibenarkan oleh Islam untuk digunakan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang baik \n(toyyib)\n dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang mendatangkan mudharat kepada kesihatan badan dan akal manusia.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tMuzakarah juga mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra\u00ae ini, \ntiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui dari aspek syarak\n digunakan serta \ntiada perkongsian saluran pemprosesan\n dengan produk vaksin yang tidak halal.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa \nhukum penggunaan Vaksin Menactra\u00ae adalah diharuskan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10326", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah S.A.W. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.\n\n\n\n\n\n\nSekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, berdasarkan \nmasyaqqah \nyang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambil kira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11094", "body": "Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah mengambil keputusan seperti berikut:\nPerhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya adalah dikenakan zakat sekiranya kadar perhiasan tersebut mencukupi nisab.\nDalil dan Hujah:\nDalam masalah ini ulama\" telah berbeza pendapat mereka seperti berikut:\nMengikut pendapat Abu Hanifah dan Ibnu Hazm bahawa perhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya adalah dikenakan zakat sekiranya kadar perhiasan tersebut mencukupi nisab berdasarkan dalil-dalil dan rujukan berikut:\ni)\nMaksudnya:\nDaripada Amru bin Shuib daripada bapanya daripada datuknya bahawa seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah saw dan bersamanya anaknya dan di tangan anak perempuannya dua gelang yang besar yang dibuat daripada emas, maka Rasulullah saw bersabda kepadanya:\n'Adakah kamu beri zakat barang ini? Kata perempuan itu: Tidak. Sabda Rasulullah saw: Adakah kamu suka bahawa Allah memakaikan kamu pada hari kiamat dengan dua gelang daripada api neraka?' Berkata rawi, maka perempuan itu menanggalkan kedua-dua utas gelang dan diberi kepada Rasulullah saw. Maka perempuan itu berkata: Kedua-dua ini bagi Allah dan rasulNya. (Riwayat Tarmizi)\nii)\nMaksudnya: Daripada Asma binti Yazid, katanya: 'Aku bersama ibu saudaraku masuk menemui Rasulullah saw, dan kami memakai beberapa utas gelang daripada emas, maka baginda bersabda kepada kami: Adakah kamu berdua menunaikan zakatnya? Kami menjawab: tidak, baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu berdua takut sekiranya Allah memakaikan kamu dengan gelang daripada api neraka? Tunaikankah kamu berdua akan zakatnya. (Riwayat Ahmad)\nMengikut pendapat Jumhur (Shafie, Ahmad dan Malik) bahawa perhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya tidak dikenakan zakat samada cukup nisab atau tidak berdasarkan kepada nas dan dalil berikut:\ni)\nMaksudnya: Daripada \"Afiah bin Aiyub daripada al-Laith bin Saad bin Zubair daripada Jabir r.a daripada nabi saw bersabda: tidak dikenakan zakat pada barang perhiasan (Riwayat Baihaqi).\nHadis ini marfu\". Kata pengarang: Hadis ini tidak ada asal baginya kerana \"Afiah bin Aiyub tidak dikenali.\nii)\nMaksudnya: Daripada Abi Hamzah daripada Sya\"bun daripada Jabir bin Abdullah berkata: tidak dikenakan zakat pada barang perhiasan.\niii)\nSetelah Jawatankuasa meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta mengkaji nas-nas dan dalil-dalil, maka Jawatankuasa Syariah membuat keputusan bahawa perhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya adalah dikenakan zakat sekiranya kadar perhiasan tersebut mencukup nisab.\nSebab-sebab ditarjihkan pandangan yang mewajibkan zakat ialah:\nKerana banyak nas-nas yang diriwayatkan daripada enam orang sahabat kesemuanya mewajibkan.\nKekuatan sanad yang diriwayatkan.\nBanyak mereka yang berpendapat bahawa zakat halli diwajibkan zakat\nBersesuaian dengan kedah umum."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10327", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki Atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD)\u00a0 Di Malaysia. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSetelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa setiap mayat orang Islam wajib dimandi, dikapan, disembahyang dan dikebumikan. Walau bagaimanapun terdapat pengecualian dan kelonggaran \n(rukhsah)\n kepada hukum ini sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudharatan kepada nyawa manusia.\n\n\t\u00a0\n\n\nMuzakarah juga menegaskan bahawa \nterdapat risiko tinggi berlakunya jangkitan EVD yang boleh membawa maut kepada orang yang menguruskan jenazah\n melalui kontak secara langsung dengan air mandian yang telah dicemari dengan cairan badan daripada jenazah seperti darah, muntah, najis, air kencing dan sebagainya.\n\n\t\u00a0\n\n\nSehubungan itu, berdasarkan \nrukhsah\n yang diberikan dan prinsip ajaran Islam yang menegah umatnya daripada menjerumuskan diri dalam bahaya dan kebinasaan, \nMuzakarah bersetuju memutuskan bahawa jenazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) hendaklah diuruskan melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya seperti melakukan tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut sahaja.\n\n\t\u00a0\n\n\nMuzakarah bersetuju supaya satu \ngaris panduan\n pengurusan jenazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease : EVD)\u00a0 di Malaysia disediakan bagi memudahkan pengurusan jenazah bagi kes tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11095", "body": "Tidak harus didirikan sembahyang Jumaat di tanah lapang di dalam sebuah Qaryah jika ada masjid didirikan di situ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11607", "body": "Jawatankuasa yang bersidang pada hari ini bersetuju memanjangkan kepada pihak berkenaan , keputusan Jawatankuasa Ulama\" yang bersidang pada 15 Rejab 1407 bersamaan 15 Mac 1987 dan sekarang ini dikenali dengan Jawatankuasa Fatwa sepertimana berikut :\n1. Setelah berbincang mengenai perkara di atas Jawatankuasa berpendapat bahawa Buku Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad keluaran penerangan Arqam cetakan kedua September 1986 ada mengandungi beberapa perkara yang bertentangan dengan kebenaran dan kenyataan diantara yang terpenting seperti berikut :\nAs-Syeikh As-Suhaimi berjumpa Rasulallah s.a.w dalam masa jaga sewaktu berada didalam kaabah.\nAs-Syeikh As-Suhaimi menerima wirid daripada Rasulallah s.a.w dalam perjumpaan sebagaimana diatas.\nMenentukan As-Syeikh As- Suhaimi sebagai Imam Mahadi.\nDan lain-lain lagi.\n2.\tJawatankuasa berpendapat sekiranya kefahaman ini dibiarkan maka akan merebaklah kepada orang-orang awam dan boleh merosakkan akidah mereka itu yang boleh membawa kepada mereka. Dan untuk mengelakkan berlaku perkara yang demikian itu maka hendaklah buku Aurad Muhammadiah itu diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12375", "body": "BAHAWASANYA:\n\u00a0\nJawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah bersetuju dan memutuskan seperti berikut:\n\u00a0\n1. Status Bangunan yang Telah Siap Dibina Di Atas Tanah Wakaf\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0a. Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf tidak menjadi wakaf secara automatik. Sekiranya pihak Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) ingin mewakafkannya, ia tidak menjadi halangan.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0b. Bangunan tetrsebut perlu didaftarkan sebagai harta wakaf yang baru dan perlu\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0memenuhi rukun-rukun wakaf dan enakmen negeri-negeri.\n\u00a0\n2. Pembangunan menggunakan Dana Program Pembangunan Harta Wakaf\u00a0RMK 9 Di Atas Tanah\u00a0Baitulmal Milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0a. Tanah Baitulmal milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan bangunan yang dibina di atas tanah tersebut yang menggunakan dana program pembangunan Harta Wakaf RMK-9 boleh didaftarkan sebagai Harta Wakaf.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0b. Untuk memenuhi dan mematuhi peraturan Syariah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji\u00a0(JAWHAR) hendaklah merujuk kepada syarat-syarat wakaf yang sedia ada.\n\u00a0\n3. Pemajakan Tanah Wakaf Kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Tanah Wakaf boleh dipajak tetapi tidak boleh dijual.\n\u00a0\n4. Penjualan Pajakan Unit kedai/Kediaman/Ruang pejabat yang telah Dibangunkan Di Atas Tanah Wakaf.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0a. Unit-unit kediaman atau kedai yang dibina di atas Tanah Wakaf boleh dipajak kepada individu bagi tempoh jangka panjang.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0b. Syarat dan kaedah yang perlu dipatuhi supaya menepati keperluan syarak adalah berdasarkan Akad Pajakan (sewaan).\n\u00a0\n5. Status kerajaan Persekutuan Dalam Pembangunan Tanah Wakaf.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0a. Kerajaan Persekutuan boleh dianggap sebagai pewakaf dengan syarat peruntukan yang disediakan untuk membangunkan Tanah Wakaf diniat untuk wakaf.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0b. Sebagai pewakaf, kerajaan berhak menetukan syarat-syarat harta yang diwakafkan.\u00a0Sungguhpun begitu, pelantikan nazir tidak dibenarkan kerana bercanggah dengan\u00a0Enakmen sedia ada.\n\u00a0\n6. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) boleh menjadi pemegang amanah dana Program Pembangunan Harta dan Wakaf RMK 9 melalui entiti Wakaf Kebangsaan akan ditubuhkan menerudi usahasama ekonomi dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).\n\u00a0\n7. Pemegang Amanah Tunggal\u00a0Wakaf\nIsu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) sebagai pemegang amanah tunggal wakaf bukan merupakan isu syariah sebaliknya isu dasar yang melibatkan pentadbiran.\n\u00a0\n8. Wakaf Wang Tunai\nBerwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam.\n\u00a0\n9. Pengecualian atau Remitan Cukai Terhadap Harta Wakaf Harta Wakaf wajar mendapat pengecualian daripada cukai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10328", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\n1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa terdapat beberapa syarat bagi kontrak mudharabah yang sah mengikut syarak, iaitu antaranya:\na. Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu\n.\nPelaburan mestilah bersifat terbuka dan sesuatu pelaburan dianggap tidak sah jika pelabur menetapkan pengusaha perlu membeli barang tertentu contohnya, sejadah, atau barangan jenis tertentu daripada orang tertentu.\n\u00a0\nb. Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha\n.\nKeuntungan yang dihasilkan mesti dikongsi bersama oleh pelabur dan pengusaha. Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya, sementara pengusaha akan memperoleh hasil usahanya.\n\u00a0\nc. Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja.\nKontrak pelaburan dianggap tidak sah jika wujud syarat yang menetapkan pelabur perlu bekerja bersama pengusaha.\n\u00a0\n2. Muzakarah mendapati bahawa pelaburan yang dijalankan oleh Syarikat Mecca Fund Global ini \nbertentangan dengan prinsip sebenar mudharabah dalam Islam\n, iaitu antaranya pelabur perlu membeli lot yang ditawarkan oleh pemilik syarikat,\u00a0akan berlaku kehilangan modal dan\u00a0berlaku ketidakpastian terhadap kadar keuntungan dan modal. Selain itu, pelaburan yang dijalankan juga bertentangan dengan undang-undang yang terpakai di Malaysia iaitu melakukan perbuatan mengambil deposit secara haram.\n3. Sehubungan itu, berdasarkan perkara-perkara tersebut, \nMuzakarah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak. \nPelaburan yang dijalankan juga didapati \nmelanggar undang-undang negara\n kerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM).\n4. Muzakarah juga \nmenasihatkan umat Islam supaya tidak terlibat\n dalam skim pelaburan oleh Mecca Fund Global ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10840", "body": "Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri Pahang di bawah subsekyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:\nA. Bahawa kitab yang bertajuk 'Kasyf Al-Asrar' terjemahan Muhammad Saleh bin Abdullah Mengkabui, cetakan Al-Ahmadiyah Press, Singapura adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.\nB. Bahawa orang atau orang-oang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Kasyf Al-Asar' adalah sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.\nC. Oleh yang demikian:-\n(1) mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Kasyf Al-Asrar' adalah menyeleweng;\n(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang;\n(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Kasyf Al-Asrar';\n(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan kitab 'Kasyf Al-Asrar' atau mana-mana bahagiannya, termasuk:\n(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa jua bahasa;\n(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada kitab 'Kasyf Al-Asrar',\npada apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa jua media;\n(c) mengembangkan ajaran-ajaran kitab 'Kasyf Al-Asrar';\n(d) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Kasyf Al-Asrar'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11096", "body": "Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah membuat keputusan seperti berikut:\ni) Sekiranya peruntukan untuk sesuatu asnaf telah diagihkan dengan sebaik mungkin tetapi masih berbaki, maka baki tersebut hendaklah dibawa ke hadapan.\nii) Menaikan kadar pemberian kepada asnaf khususnya asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.\niii) Meluaskan konsep asnaf fisabilillah dengan meningkatkan kadar bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, guru al-Quran dan sebagainya.\niv) Peruntukan untuk asnaf fakir dan miskin perlu diagihkan dan diurus dengan lebih berkesan dan sistematik serta mendatangkan faedah jangka panjang kepada mereka untuk membantu mereka meningkatkan taraf hidup mereka seperti mendirikan kilang perusahaan yang membabitkan fakir dan miskin, dan memberi pulangan kepada mereka untuk mendapat faedah sepenuhnya daripada program tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11608", "body": "Setiausaha memaklumkan bahawa Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu telah menulis surat kepadanya memaklumkan iaitu mesyuarat Jawatankuasa Zakat, Wakaf dan Baitulmal yang bersidang pada 24 Disember 1992 telah bersetuju memohon kerjasama Jawatankuasa Fatwa memberi pandangan dari segi hukum syarak mengenai cadangan mewujudkan sistem zakat secara korporat di bawah kelolaan satu badan pengurusan di peringkat kebangsaan.\nMengenai persoalan ini pandangan Jawatankuasa ialah buat pada masa ini sistem yang ada sekarang mampu mentadbirkan zakat dengan baik dan tidak perlu dijalankan secara korporat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11609", "body": "1. Di dalam kertas berkenaan dicatit bahawa tanah perkuburan yang terlibat itu merupakan rezab perkuburan Islam, tetapi setelah diteliti didapati tanah tersebut ialah tanah kerajaan oleh itu ianya hendaklah dibuat pembetulan.\n2. Setelah berbincang Jawatankuasa berpendapat :-\ni) Menurut pandangan syarak kubur-kubur Islam wajiblah dihormati dan dipelihara daripada terlibat dengan projek-projek seperti sistem perparitan, atau sebagainya.\nii) Sekiranya projek cadangan sistem perparitan Bandar Kuala Terengganu yang dicadangkan itu tidak ada laluan lain maka atas dasar darurat bolehlah sistem perparitan yang dicadangkan itu dijalankan dengan syarat dipeliharakan segala peninggalan saki baki mayat si mati dan jika terjumpa hendaklah dipindahkan ke tempat lain dan ditanam di tanah perkuburan Islam. Kerja-kerja penggalian hendaklah dijalankan dengan hati-hati dan di bawah seliaan Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.\niii) Jawatankuasa fatwa menarik perhatian pihak-pihak berkenaan supaya mana-mana projek yang hendak dibuat hendaklah dielak dari terlibat dengan tanah-tanah wakaf atau tanah-tanah perkuburan Islam supaya tidak bercanggah dengan hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11354", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil 3/2006 telah bersidang pada 13 Disember 2006 Miladiah / 22 Zulkaedah 1427 Hijriah, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara 'USAHA-USAHA MENGHIDUPKAN SEMULA AL-ARQAM MELALUI SYARIKAT RUFAQA\" CORPORATION SDN. BHD. (SRC) DAN RANGKAIAN SYARIKAT GABUNGANNYA dan telah memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa :\nAjaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh ahli jamaah Syarikat Rufaqa\" Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.\nOleh yang demikian itu, Majlis Fatwa Negeri Sabah mengambil keputusan bahawa ;\ni) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa\" Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam ;\nii) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa\" Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, perubatan, pembinaan, pertanian, perladangan, telekomunikasi atau apa-apa aktiviti lain yang berhubungkait dengan SRC dan apa-apa ajaran yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam, adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;\niii) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Kumpulan al-Arqam sama ada melalui Syarikat Rufaqa\" Corporation Sdn. Bhd. (SRC), rangkaian syarikat gabungannya atau mana-mana pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;\niv) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang disebut di dalam subperenggan 3(i), (ii) dan (iii) adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;\nv) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam; atau\nvi) apa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan atau menghidupkan ajaran Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan.\n\u00ef\u00bb\u00bf\nTarikh Warta: 13 September 2007"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11610", "body": "Jawatankuasa berpendapat:-\n(i) Tanah Wakaf atau Baitulmal harus disewa untuk diusahakan.\n(ii) Hasil-hasil tanaman di atas tanah wakaf atau Baitulmal seperti pokok duku, kelapa, dan lain-lain buah-buahan hendaklah dijual dengan menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak dan tidak sah lagi tidak harus disewa atau dipajak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10843", "body": "Hukum bekerja di kilang membuat selika adalah harus dan dibolehkan kepada umat Islam kerana ianya tidak termasuk mengeluarkan ain arak dan selika tersebut boleh digunakan untuk tujuan lain seperti perusahan cat, kaca dan sebagainya .WaAllahu a'lam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11611", "body": "Setelah berbincang Jawatankuasa berpendapat tidak ada halangan dari segi syarak untuk memberi sewa banguan Majlis kepada Bank Simpanan Nasional sebagaimana yang diamalkan pada hari ini ( rujuk perbincangan kitab Fathul Muin Ma\"a Hashiah Ia\"natut Tholibin juzuk kedua muka surat 214 dan kitab Al-Ashbahu wan Nazoir muka surat 129 karangan As-Sayuti )."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10844", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 4/2008 telah bersidang pada 26 Disember 2008 telah membincangkan hukum wanita menyerupai lelaki (Pengkid) dan mesyuarat memutuskan bahawa Pengkid adalah haram dan pengamal hendaklah bertaubat dan kembali kepada fitrah asal kejadian. Hubungan sesama jenis adalah haram kerana bertentangan dengan sunnah Allah S.W.T."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11100", "body": "Pada 30 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai Hukum Pelaburan Internet, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:\nAkad melalui internet \nadalah sah\n sekiranya menepati syarat-syarat jual beli dan pelaburan yang ditetapkan oleh Islam\nSebarang pelaburan melalui internet yang mempunyai ciri-ciri berikut \nadalah haram\n, ciri-cirinya adalah:\nMenetapkan kadar peratusan pulangan\nMenjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya dan semua pulangannya adalah riba\" yang haram\nJusteru, semua jenis pelaburan yang mempunyai ciri yang disebutkan diatas sama ada melalui internet atau tidak, adalah diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab riba' dan gharar\nBeberapa contoh jenis pelaburan ini adalah ABB Fund, Winli Fund, Dana Futures, Arabic Fund, Buy Ebarrel, dan lain-lain yang sepertinya.\nMesyuarat menasihatkan orang Islam agar merujuk kepada Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan senarai pelaburan Islam yang halal\nMesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya \nadalah\n \nharam\n. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:\nMenawarkan pulangan tertentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal\nTiada penjualan barang yang sebenar\nMempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10845", "body": "Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri Pahang di bawah subsekyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:\nA. Bahawa kitab yang bertajuk 'Rahsia Mengenal Diri' karangan Ustaz Hal Azwan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangandengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.\nB. Bahawa orang atau orang-orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri' adalah sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.\nC.\tOleh yang demikian:-\n(1)\tmana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri' adalah menyeleweng dan boleh membawah kepada murtad;\n(2)\tmana-mana orang islam adalah dilarang;\n(a)\tmengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri';\n(b)\tmencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan kitab 'Rahsia Mengenal Diri' atau mana-mana bahagiannya, termasuk:\n(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n(ii)\tapa-apa terjemahannya dalam apa-apa jua bahasa;\n(iii)\tapa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada kitab 'Rahsia Mengenal Diri'\nPada apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa jua media;\n(c) mengembangkan ajaran-ajaran kitab 'Rahsia Mengenal Diri';\n(d) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11101", "body": "Keputusan Jawatankuasa Syariah mengharuskan nikah perempuan yang sedang hamil di luar nikah (zina) dengan lelaki yang bersabit dan harus pula diwatiknya itu dibahas dengan panjang lebarnya dengan berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis. Kesudahannya, didapati 6 ahli tidak menerima keputusan Jawatankuasa Syariah itu dan 5 ahli bersetuju menerimanya dan 3 ahli mengecualikan diri dari memberi apa-apa keputusan. Dengan demikian, majlis memutuskan pendapat majlis dan keputusan Jawatankuasa Syariah itu dipersembahkan ke bawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Raja untuk memutuskannya"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11103", "body": "Pada 29 Januari 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai selawat syifa\", Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:\nSelawat adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh syarak, namun selawat syifa\" yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Bahkan kandungan selawat ini amat mengelirukan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul saw. Adapun andaian-andaian sesetengah pihak dalam membela maksud selawat tersebut tidak dapat diterima dari segi ilmiahnya"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11104", "body": "Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah membuat keputusan seperti berikut:\nBahawa kegiatan jualbeli saham adalah perniagaan.\nSaham yang dimiliki dari mana-mana syarikat perniagaan yang halal serta genap haulnya, maka wajiblah ke atas pemiliknya mengeluarkan zakat perniagaan sekiranya syarikat berkenaan tidak mengeluarkan zakat bagi pihak pemilik saham tersebut.\nMana-mana pihak yang terlibat dalam perniagaan menjual beli saham yang halal dan mencukupi nisab serta genap haulnya, makan wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat perniagaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11616", "body": "Jawatankuasa berpendapat makan gaji dengan bank boleh dalam keadaan terdesak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10337", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Bil. 2/2015 yang bersidang pada 18 Ogos 2015 telah membincangkan mengenai isu Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariah (KWSP-Islamik). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nSetelah \nmeneliti fakta-fakta\n, \nhujah-hujah dan pandangan\n yang dikemukakan \nMuzakarah mendapati \nbahawa:\n\u00a0\n1. Selaku pemegang amanah ke atas simpanan ahli KWSP, \nkeuntungan yang diperolehi\n oleh KWSP adalah \nberbentuk \ntakassub\n (usaha)\u00a0\ndan bukan secara \nghasab \n(pengambilan harta tanpa hak atau secara zalim)\n. \nDividen yang diterima oleh ahli KWSP diperolehi melalui transaksi pelaburan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan \nkontrak yang dipersetujui bersama.\n\u00a0\n2. KWSP merupakan pemegang amanah yang diberi mandat untuk menguruskan simpanan ahli-ahli di bawah Akta KWSP 1991, di mana \nmajikan diwajibkan\n untuk mencarum dengan KWSP bagi pihak ahli dan setakat ini \ntiada sebarang pilihan diberikan\n \nkepada ahli\n dan mereka tiada \nhak tasarruf\n (mengurus) dalam urusan simpanan mereka sejak dari awal mencarum dalam KWSP. Simpanan tersebut akan menjadi hak dan milik ahli KWSP setelah mencapai had umur yang ditetapkan.\n\u00a0\n3. Berdasarkan amalan semasa perbankan dan kewangan Islam di Malaysia, \ntiada sebarang ketetapan\n yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mewajibkan pelanggan perbankan Islam untuk \nmenyucikan terlebih dahulu sebarang pendapatan tidak patuh syariah yang diterima \nsama ada daripada aktiviti perbankan konvensional atau daripada sumber-sumber lain \nsebelum boleh mendeposit atau melabur \nke dalam \nproduk patuh syariah\n yang ditawarkan oleh institusi perbankan dan kewangan Islam.\n\u00a0\n4. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan resolusi \nmembenarkan segala dividen yang diterima daripada produk konvensional dilaburkan semula ke dalam produk patuh syariah.\n\u00a0\n5. Sehubungan itu, berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan dan bagi menjaga kepentingan dan maslahah ahli KWSP yang beragama Islam,\u00a0Muzakarah \nbersetuju memutuskan\n bahawa \nKWSP\n \ntidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP\n \nyang bersetuju untuk bertukar ke akaun KWSP-Islamik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11105", "body": "Mesyuarat membuat keputusan seperti berikut :\n1. Islam mengharamkan umatnya mengambil sebarang manfaat daripada arak seperti minum, memberi minum, menjual, membeli, membawa, memperoses, meluluskan lesen penjual arak kepada orang Islam dan lain-lain yang berkaitan dengannya.\n\u00a0\n2. Orang Islam haram memberi sebarang perkhidmatan arak kepada orang Islam atau kepada orang bukan Islam samada berbayar atau tidak berbayar.\n\u00a0\n3. Orang-orang Islam dilarang menjual dan meminum arak berdasarkan Enakman Jenayah Dalam Syara' Negeri Perlis Fasal 24 Ceraian (2)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11617", "body": "Mesyuarat bersetuju pada dasarnya menerima kertas dan hendaklah diperlengkapkan serta dibawa kembali ke dalam mesyuarat Jawatankuasa ini sebelum dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama bagi tatapan dan panduan masyarakat Islam negeri ini.\nMesyuarat bersetuju supaya diberi panduan kepada orang ramai supaya tidak membaca rangkaian doa malam Nisfu Syaaban :\n\" \u064a\u0641\u0631\u0642 \u0642\u064a\u0647\u0627 \u0643\u0644 \u0627\u0645\u0631 \u062d\u0643\u064a\u0645 \u0648\u064a\u0628\u0631\u0645 \"\nKerana rangkaian ini merujuk kepada Lailatul Qadar (bukan lailatul Nisfu Syaaban) dengan menasihatkan mereka supaya membaca doa-doa al-Quran dan Ma\"thuraat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10850", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil. 2/2008 telah bersidang pada 11-12 Jun 2008 telah membincangkan hukum penggunaan tulang haiwan dalam industri pembuatan dan setelah meneliti keterangan,hujah-hujah serta pandangan ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah memutuskan seperti berikut :\nTulang haiwan yang halal dmakan dan disembelih menurut Syarak adalah tidak najis.\nTulang haiwan yang haram dimakan atau yang halal dimakan tetapi tidak disembelih adalah najis dan tidak halal.\nApa-apa sahaja tulang haiwan yang diragui halalnya adalah najis dan haram digunakan\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/110-penggunaan-tulang-haiwan-dalam-industri-pembuatan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11106", "body": "Mengikut suara ramai (8/13), Majlis menolak keputusan menikahi perempuan-perempuan yang mengandung di luar nikah walaupun dengan lelaki yang bersabit."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10339", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Bil. 1/2015 yang bersidang pada 20 April 2015 telah membincangkan mengenai Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Mengenai Sabitan Tarikh Anggapan Kematian Mangsa MH370 Dan Tuntutan Syarak Yang Berkaitan Dengannya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Muzakarah menarik perhatian mengenai isu sabitan tarikh anggapan kematian mangsa tragedy MH370 di mana pihak Jabatan Peguam Negara telah pun menetapkan pada \n8 Mac 2014\n (iaitu tarikh kehilangan MH370) dan Jabatan Pendaftaran Negara juga telah pun menguruskan Perakuan Kematian Dan Surat Anggapan Kematian Kepada 6 orang waris penumpang mengikut ketetapan tarikh tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Muzakarah berpandangan bahawa ketetapan tarikh ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan Muzakarah telah pun mengeluarkan pandangan hukum bahawa tragedi MH370 dikategorikan sebagai Mafqud (Anggapan Orang Hilang) mengikut hukum fiqah. Apabila ianya telah diputuskan sebagai Mafqud, maka para ulama\u2019 telah bersepakat bahawa \nperlu ada tempoh pencarian sebelum disabitkan tarikh kematiannya.\n Muzakarah berpandangan bahawa sepatutnya tarikh anggapan kematian ini dibuat secara berhati-hati dengan meraikan pandangan Hukum Syarak kerana ia melibatkan banyak lagi hokum yang berkaitan dengan tuntutan syarak seperti pewarisan, tempoh iddah dan sebagainya.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Sehubungan itu, berdasarkan nas-nas syarak yang telah dikemukakan sejajar dengan ketetapan hokum Mafqud dalam kes ini, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa \ntarikh sabit anggapan kematian mangsa MH370 adalah ditetapkan pada 29 Januari 2015 selaras dengan pengisytiharan Kerajaan selaku Ulil Amri selepas tempoh pencarian dilakukan secara bersungguh-sungguh selama setahun dengan pelbagai kepakaran dari dalam dan luar Negara.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Muzakarah juga berpandangan bahawa pengisytiharan kematian pada \n8 Mac 2014 tidak boleh dianggap sebagai tarikh kematian\n, tetapi hanya sebagai \npemakluman kehilangan sahaja\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10851", "body": "Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri Pahang di bawah subsekyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:\nA. Bahawa kitab yang bertajuk 'Ibadah Rasulullah s.a.w.' karangan ustaz Abu Bakar Al-Shaari adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.\nB. Bahawa orang atau orang-oang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.' adalah sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.\nC. Oleh yang demikian:-\n(1) mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.' adalah menyeleweng;'\n(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang;\n(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kita 'Ibadah Rasulullah s.a.w.';\n(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.' atau mana-mana bahagiannya, termasuk:\n(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa jua bahasa;\n(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.'\n(c) mengembangkan ajaran-ajaran kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.';\n(d) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Ibadah Rasulullah s.a.w.'.\nBertarikh 5 April 1999\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12131", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil. 1/2011 yang bersidang pada 7 Januari 2011 bersetuju memutuskan Hukum Meletakkan Kalungan Bunga Di Dataran Pahlawan, walaupun tidak mempunyai tugu adalah haram. Keputusan ini adalah bersandarkan kepada larangan daripada menyerupai agama bukan islam.\n\u00a0\nSumber:\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/85-hukum-meletakkan-bunga-dan-seumpamanya-di-hadapan-dataran-pahlawan-negara-batu-tanda-menurut-perspektif-islam"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11108", "body": "Dam yang dikenakan ke atas orang yang mengerjakan Haji Tamattu' ialah satu sahaja, yang boleh dibayar sebelum selesai mengerjakan haji atau selepasnya. Adapun umrah yang dikerjakan berulang-ulang kali selepas umrah wajib. Bagi Haji Tamattu' tidak dikenakan Dam di atas pekerjaan itu kecuali kalau ia melanggar perkara-perkara yang dilarang semasa mengerjakan umrah itu, maka barulah dikenakan Dam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11109", "body": "Dengan berpegang kepada Nas al Quran ayat 5 surah al Ahzab, maka tidak harus anak-anak angkat di\"bin\" atau di\"binti\"kan bapa peliharaannya dan anak-anak angkat itu dianggap ajnabi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11621", "body": "Setelah diadakan perbincangan jawatankuasa berpendapat supaya diasingkan buku-buku agama dari buku-buku yang lain. Dan hendaklah dipastikan supaya buku-buku agama tidak diproseskan bagi tujuan membuat kertas mengesat najis."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11110", "body": "Syariat Islam telah menentukan pembahagian harta pusaka mengikut kadar-kadar yang tertentu bagi setiap ahli waris. Hanya ahli waris yang lain sahaja (tidak terdinding) yang berhak mendapat harta pasal peninggalan si mati.\nSekiranya terdapat ahli-ahli waras yang cuba menyembunyikan ahli waras yang lain dengan tujuan agar mereka mendapat bahagian lebih baik atau agar mereka tidak terdinding, maka ia telah dikira menghalang seseorang untuk mendapat haknya yang ditentukan oleh syarak.\nPerkara ini adalah jelas haram sebagaimana nas syarak seperti berikut:\nYang bermaksud:\nWahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan cara yang batal.\nFirman Allah: Surah Insya\" ayat 58:\nYang bermaksud:\nSesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).\nAyat ini mewajibkan supaya dikembalikan kepada orang yang berhak menerimanya. Oleh itu menyembunyikan waris adalah menghalang amanah untuk disampaikan kepada yang berhak dan perkara itu telah melanggar perintah ayat ini.\nSabda Rasulullah saw.\nYang bermaksud:\nSetiap muslim ke atas muslim adalah haram. Maruah, hartanya dan darahnya. Menyembunyikan waris menyebabkan waris tersebut tidak mendapat hak ke atas hartanya maka ia termasuk di dalam larangan hadis ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11622", "body": "Bahawasanya:\n1. Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah bersetuju dan memutuskan bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Haji Ashaari bin Mihammad dan pengikutnya termasuklah orang yang terlibat secara langsung dalam Syarikat Rufaqa\u2019 Corporation dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam. Ciri- ciri penyelewengan tersebut bercanggah dari segi:\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0a. Kesalahan yangh bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah\u00a0berdasarkan kepercayaan bahawa:\n\u00a0\ni. Haji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman, manakala Syeikh Muhammad as-Suhaimi pula sebagai Imam Mahdi.\n\u00a0\nii. Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Setiap ramalan tersebut dianggap oleh Ahli Jamaah Rufaqa\u2019 Corporation Sdn. Bhd. Sebagai sebahagian daripada jadual Tuhan untuk memberi kemenangan kepada mereka.\n\u00a0\niii. Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Syeikh Muhammad as-Suhaimi dan Rasulallah s.a.w berkenaan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.\n\u00a0\niv. Mujadid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus dari Allah (ilham, ilmu ladduni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ilham dari Tuhan yang datang kepadanya seperti sungai yang mengalir.\n\u00a0\nv. Ahli jamaah yang banyak menghayati minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) dan dapat melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya.\n\u00a0\nvi. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) itu sebenarnya adalah wahyu dari Tuhan. Bagaimanapun, wahyu yang diturunkan kepada Abuya adalah 1/46 daripada kenabian.\n\u00a0\nvii. Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad), Imam Mahdi (Syeikh Muhammad as-Suhaimi) dan Nabi Isa a.s yang telah tersedia oleh Allah untuk melaksanakan jadual Tuhan.\n\u00a0\nviii. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) difahami sebagai intisari kepada Quran dan Hadith dan Abuya adalah orang Tujan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan. Dengan itu, tidak perlu lagi merujuk kepada Quran dan Hadith kerana minda sudah lengkap.\n\u00a0\nix. Perjuangan Ahli Jamaah Rufaqa\u2019 Corporation Sdn. Bhd. Dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada para malaikat, jin Islam dan roh-roh Muqaddas (roh suci para ahli jamah yang telah meninggal dunia).\n\u00a0\nx. Bertawassul kepada Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) ketika menghadapi sesuatu kesulitan atau kecemasan. Abuya akan menghantar bantuan sama ada mengunakan jin Islam atau dengan karamahnya.\n\u00a0\nxi. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalalah manusia yang hebat. Malahan, lebih hebat daripada kita yang mempunyai 10 orang ibu dan ayah kerana menurut mereka hubungan dengan ibu bapa hanya terbatas di dunia, sedangkan hubungan dengan Abuya kekal sehingga ke akhirat.\n\u00a0\nxii. Allah akan memberitahu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) tentang musibah sakit yang dialami oleh Ahli Jemaah Syarikat Rufaqa\u2019 Corporation Sdn. Bhd. Sekiranya sakit tersebut tidak tertanggung oleh Ahli Jamaah, Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh ahli jamaah.\n\u00a0\nxiii. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal sekiranya ahli jamaah yang sampai ajal itu masih banyak dosa.\nxiv. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) boleh meminta Allah menggantikan ajal\u00a0kepada ahli jamaah lain yang telah sempurna iman dan taqwa.\n\u00a0\nxv. Sewaktu ahli jamaah sedang nazak, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala dengan mengajarkan talkin. Dengan itu, syaitan tidak akan menyesatkan ahli Jemaah berkenaan.\n\u00a0\nxvi. Sewaktu ahli Jamaah sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan datang dan menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak ahli jamaah berkenaan terlepas seksaan kubur.\n\u00a0\nxvii. Sewaktu di padang masyar, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) menunggu-nunggu umtuk memberikan syafaat kepada para pengikutnya.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0b. Kesalahan yang bercanggah dengan Syariah Islamiyyah adalah berdasarkan kepada\u00a0kepercyaan bahawa:\n\u00a0\ni. Ibadat sembahyang Jumaat pada mereka adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi muncul dan mula membentuk kerajaan barulah ibadat sembahyang Jumaat menjadi wajib.\n\u00a0\nii. Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus dari Allah dalam bentuk ilham.\n\u00a0\niii. Orang yang berjuang dengan mempunyai minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangan.\n\u00a0\niv. Seorang ahli Ibadah (A\u2019bid) hanya mampu menjadi hamba biasa kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu dan tidak boleh menjadi khalifah.\n\u00a0\nv. Quran yang ada sekarang hanya tinggal mashaf dan lafaz sahaja. Roh quran telah ditarik balik oleh Tuhan dan hanya diberikan kepada kepada Mujaddid (Haji Ashaari bin Muhammad)\n\u00a0\nvi. Sembahyang sehari semalamam hanya tiga waktu sahaja iaitu Subuh, sembahyang jamak Zohor dan Asar serta jamak Maghrib dan Isyak.\n\u00a0\nvii. Segala amalan baik dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu besembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji.\n\u00a0\nviii. Duduk semajlis dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) pahalanya lebih tinggi daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang tahaju\nsepanjang hayat.\n\u00a0\nix. Beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara untuk menjaga hubungan hati\u00a0atau rohani dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad). Dengan mengamalkan Aurad Muhammadiah, ahli Jemaah akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Abuya.\n\u00a0\nx. Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal sekiranya ahli jamaah melakukan dosa besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengaibkan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad).\n\u00a0\nxi. Mengamalkan zikir agung yang terkandung di dalamnya unsur tawassul, menyeru roh orang yang telah mati serta mendakwa bahawa al-Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi sebagai Imam Mahdi.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0c. Kesalahan yang bercanggah dengan akhlak dan etika bermasyarakat adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa:\n\u00a0\ni. Ulama\u2019 yang ada sekarang adalah ulama\u2019 kitab atau ulama\u2019 hafalan yang bergantung kepada kitab dan hafalan untuk mengajar, Manakala Sahibul Zaman pula, ilmunya datang terus dari tuhan.\n\u00a0\nii. Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke PhDadalah tidak bermanfaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kiatab lama dan ketinggalan zaman.\n\u00a0\niii. Ilmu para ulama\u2019 sekarang dengan mendakwa ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu orang\u00a0Tuhan (Haji Ashaari bin Muhammad).\n\u00a0\niv. Allah melarang ulama\u2019 yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang berwatak Rasul.\n\u00a0\n\u00a0\n2. Bahawa ajaran pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Ahli Jamaah Syarikat Rufaqa/Corporatioan Sdn Bhd. Dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10087", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\nMazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama' berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.\nBerdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut \"Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10599", "body": "Anak Tak Sah Taraf ialah:-\n(i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;\n(ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan Syubhah; dan\n(iii) Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11623", "body": "Mesyuarat dimaklumkan buku ini adalah pengajaran Qadyan, isi kandungan menyalahi aqidah Islam dan boleh memesongkan aqidah orang-orang Islam.\nJawatankuasa berpendapat buku ini hendaklah diharamkan dan diwartakan sepertimana yang dikehendaki oleh Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam 1986 Terengganu, seksyen 27."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10600", "body": "Zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang layak bagi seluruh Negeri Melaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11112", "body": "Hukum wanita ini adalah murtad dan hendaklah disuruh Istitab (taubat dalam masa tiga hari) dan jika masih juga tidak berbuat demikian, mengikut hukum Islam hendaklah dibunuh, tetapi kerana undang-undang Islam tidak dijalankan sepenuhnya di negara ini maka ianya tidak boleh dijalankan.\nMengikut pendapat Imam Abu Hanifah orang itu hendaklah dipenjarakan hingga mati.\nManakala masalah nama pula, jika telah keluar Islam, maka hilanglah tanggungjawab Islam pada perkara ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10601", "body": "1. Ajaran dan amalan kebatinan Budi Suci didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.\n2. Antara ciri-ciri ajaran itu-\n(i) Terdapat undur-unsur Wahdatul Wujud di dalam amalan kebatinan ajaran kumpulan ini di mana dalam dua kalimah syahadah itu ada dua Nur iaitu Nur Muhammad dan Nur Allah.\n(ii) Mengaku bahawa asal usul solat itu berasal daripada perkataan \"ALHAMDU\".\n(iii) Mengatakan bahawa 13 rukun dalam solat daripada 3 bahagian iaitu daripada Allah, bapa dan ibu.\n(iv) Mengubahsuai zikir dengan menyerupai kalimah Hindu (HU).\n(v) Membahagikan qiblat kepada empat bahagian.\n(vi) Ada unsur-unsur tawassul di dalam zikir yang diamalkan.\n(vii) Mengatakan kalimah syahadah berasal daripada perkataan seperti Ujud, Kidam, Baqa'.\n(viii) Mengatakan fardhu bagi syahadah hanya dua perkara, sedangkan yang sebenarnya tiga.\n(ix) Asal kejadian manusia yang melalui 29 peringkat kejadian bermula daripada dalam zat Allah.\n3. Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari , mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan amalan kebatinan tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.\n4. Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran dan amalan kebatinan Budi Suci hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan memohon keampunan kepada Allah subhanahu wata'ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11369", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil 3/2006 telah bersidang pada 13-14 Disember 2006 Miladiah / 22-23 Zulkaedah 1427 Hijriah, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara 'BUKU ABUYA ASHAARI MUHAMMAD - PEMIMPIN PALING AJAIB DI ZAMANNYA dan telah memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa :\nA. Buku 'Abuya Ashaari Muhammad - Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya' adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.\nB. Bahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem seperti wayang gambar, pita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan isi kandung buku di ( A ) di atas untuk dibaca, dilihat atau didengar.\nOrang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isi kandung buku di ( A ) di atas.\nTarikh Warta: 13 September 2007"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12394", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan bahawa lafaz \"Allah\" merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan dalam apa jua cara atau bentuk atau disamakan dengan agama-agama yang bukan Islam.\n\u00a0\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa di dalam Negeri terengganu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10603", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 1 April 2008 telah membincangkan mengenai Zakat KWSP.\n\n\n\u00a0\n\n\nAlhamdulillah fatwanya:\n\n\n\u00a0\n\n\nWajib dikeluarkan zakat KWSP bila cukup haulnya setahun hijrah setelah penerimaannya disamping cukup syarat-syarat lain"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10605", "body": "Mesyuarat\u00a0Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Kepercayaan, Ajaran, Amalan dan Pegangan Arifin bin Mohd\u00a0@ Ayah Pin.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n1.\n Bahawasanya kepercayaan, ajaran, amalan dan pegangan Arifin bin Mohd @ Ayah Pin adalah karut, palsu, sesat lagi menyesatkan, menyeleweng, bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam serta boleh membawa ancaman kepada ummah, negara dan ketenteraman orang awam kerana antara kepercayaan, ajaran, amalan dan pegangannya:\n \n 1.1. menghina Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w dan umat Islam;\n 1.2. menghina dan mempersenda Rukun Iman dan Rukun Islam;\n 1.3. kepercayaan, ajaran, amalan dan pegangannya mengandungi unsur kesatuan agama yang sekaligus boleh diertikan mengiktiraf kebenaran agama selain Islam;\n 1.4. mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib iaitu perkara-perkara yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah s.w.t seperti syurga dan neraka;\n 1.5. mendakwa kiamat tidak akan berlaku;\n 1.6. mendakwa bahawa Al-Quran adalah usaha (ciptaan) daripada Nabi Muhammad s.a.w yang dicantumkan daripada kitab Zabur, Taurat dan Injil;\n 1.7. memuji-muji Ayah Pin dengan bersyair atau bernazam lebih afdhal daripada berzikir dan sholat; dan\n 1.8. sholat lima waktu tidak wajib dan mengerjakan amalan haji adalah sesuatu yang sia-sia.\n \n 2.\n Orang Islam negeri ini, dilarang melibatkan diri dengan kepercayaan, ajaran, amalan dan pegangan Arifin bin Mohd @ Ayah Pin sama ada dengan cara:\n \n 2.1. mempercayai atau mengamalkannya atau mengajarkannya kepada orang lain, atau\n 2.2. menyimpan atau mencetak atau menyalin atau mempamer atau menjual atau membeli atau mengambil gambar atau menerima dan memberi hadiah atau menyebarkan apa-apa maklumat berkaitan dengan kepercayaan, ajaran, amalan, pegangan dan kegiatannya sama ada melalui media cetak atau media elektronik; atau\n 2.3. menjalankan upacara atau apa sahaja kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan kepercayaan, ajaran, amalan dan pegangannya seterusnya membuat lawatan atau kunjungan, mengundang atau menerima kehadirannya (Ayah Pin) atau pengikut-pengikutnya sama ada untuk menyebarkan kepercayaan, ajaran, amalan dan pegangannya atau tujuan-tujuan yang lain seterusnya memberikan sokongan moral atau material atau kedua-duanya sekali kepadanya atau sesiapa yang terlibat dengan kepercayaan, ajaran, amalan dan pegangannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11629", "body": "Setelah berbincang maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa membuat keputusan bahawa badan-badan PERKIM kini layak menerima bantuan dari Sinf Mualaf untuk dibelanjakan bagi kebajikan saudara baru sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10606", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Kumpulan 'Black Metal'.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n 1. Bahawasanya kumpulan 'Black Metal' dengan segala kepercayaan, ajaran, aktiviti, perlakuan dan amalannya adalah sesat lagi menyesatkan, bercanggah dengan ajaran Islam, (aqidah, syariat dan akhlak), bertentangan dengan naluri kemanusiaan sejagat dan adat orang Melayu Islam, malahan menghina kesucian agama Islam.\n \n 2. Semua umat Islam dilarang melibatkan diri dengan kumpulan 'black metal' ini secara langsung atau secara tidak langsung sama ada mengamal, menjadi ahli, mencetak, menulis, menyiar, menerbit, menyebar, merakam, menggunakan lambang-lambang, menjalankan upacara, membuat lawatan atau kunjungan, mengundang atau menerima kunjungan ahli-ahlinya; memberikan sokongan moral atau material atau kedua-duanya sekali kepada sesiapa yang terlibat dengan kumpulan ini, atau apa-apa cara yang dikaitkan dengan kumpulan atau ajaran ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11630", "body": "Jawatankuasa telah membuat keputusan bahawa mangsa banjir tidak termasuk di dalam mana-mana asnaf zakat yang lapan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12398", "body": "Bahasanya Amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, umat Islam diharamkan menyertai dan beramal dengan kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10609", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada\u00a026 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Tikar Solat Yang Mengandungi Corak-Corak Yang Menyerupai Lambang-Lambang Pelbagai Agama.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n\u00a0\n1. Tikar solat yang mengandungi corak-corak yang menyerupai lambang-lambang pelbagai agama adalah haram penggunaannya.\n \n 2. Oleh itu, semua umat Islam Negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah, menerima hadiah atau menjadikan perhiasan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10610", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Syarikat Rufaqa.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\nMana-mana orang Islam secara individu, pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Al-Arqam sama ada secara nyata atau berselindung atas nama Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. atau kumpulan syarikat-syarikatnya adalah menyalahi Akidah, Syariah dan Akhlak Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli As-Sunnah Wal Jamaah. Oleh yang demikian umat Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11890", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan memutuskan bahawa buku yang\u00a0bertajuk \"Risalah Tariqat Naqsyabandiah Jalan Ma'arifat\" dari Siri\u00a01 hingga\u00a06 yang disusun oleh Haji Yahya bin Laksamana adalah mengandungi ajaran yang bertentangan dengan 'aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan umat Islam,\u00a0oleh itu adalah\u00a0diharamkan dan orang Islam adalah dilarang daripada memiliki, menyimpan, mencetak dan menjual buku tersebut dalam apa-apa bentuk bahan terbitan.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan dibawah :\nhttp://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/97a73407ce9028d019c3b5ccbaa96479?"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10611", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Selipar Getah Berjenama Asadi Yang Mengandungi Tulisan/Corak Yang Menyerupai Kalimah Allah (Lafaz Al-Jalalah).\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n1. Selipar getah berjenama asadi yang mengandungi tulisan/corak yang menyerupai kalimah Allah (lafaz Al-Jalalah) adalah haram penggunaannya.\n \n 2. Semua umat Islam negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah, menerima hadiah atau menjadikan perhiasan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11635", "body": "Jawatankuasa berpendapat bangunan surau di sekolah-sekolah itu hanyalah bertaraf musolla sahaja bukanlah surau yang dikehendaki di dalam undang-undang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11636", "body": "Jawatankuasa berpendapat tiada apa-apa halangan didirikan bangunan ibadat/ tandas di atas tanah rezab kubur sekiranya tidak terlibat perkuburan di atas tapak tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10613", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud Bismillahirrahmanirrahim.\n\u00a0\nAlhamduliilah fatwanya:\n\u00a0\n1. Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud \nBismillahirrahmanirrahim\n juga meyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan Akidah Ahli As-Sunnah Wal-jamaah dan syariat serta akhlak Islam.\n \n 2. Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Quran mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.\n \n 3. Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.\n \n 4. Semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mempamer, menjadikan perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat apa-apa sahaja benda atau barangan yang mengandungi angka 786 tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11894", "body": "Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.\nOleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :\n1. Bahawasanya:\n(i) Umat Islam di negeri Terengganu hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.\n(ii) Penerbitan-penerbitan dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.\n2. Oleh yang demikian :\n(i) Mana-mana orang Islam adalah dilarang -\n(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman Islam selain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.\n(b) menerbit, menyiar, menyebar apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam selain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11383", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil 3/2006 telah bersidang pada 13-14 Disember 2006 Miladiah / 22-23 Zulkaedah 1427 Hijriah, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara 'AJARAN QADIANI dan telah memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:\nA) Ajaran Qadiani adalah ajaran sesat dan boleh membawa kepada murtad. Mana-mana orang Islam yang terlibat dengannya boleh mejadi murtad. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.\nB) Bahawa pengharaman ini meliputi:\ni. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di ( A ) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah;\nii. Apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di ( A ) di atas.\nOleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Ajaran Qadiani, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.\nOrang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Qadiani dengan ajaran Islam.\nTarikh Warta 13 September 2007."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10104", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Dec 1992 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\nUmat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.\nPendapatan profesional diwajibkan zakat kerana ia termasuk dalam zakat perniagaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10105", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang bersidang pada 16 Ogos 2001 telah membincangkan Zakat Syarikat/Anak Syarikat Yang Dimiliki Oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Muzakarah telah memutuskan bahawa Pemodalan Nasional Berhad (PNB) memiliki anak-anak syarikat yang tidak disatukan. Masa kini anak syarikat milik PNB tidak dikenakan zakat tetapi zakat hanya dikenakan pada pelaburan perseorangan dan pemegang saham sahaja.\nOleh itu menjadi tanggungjawab PNB memberikan kesedaran kepada pelabur perseorangan supaya membayar zakat untuk mereka. PNB juga dikehendaki memberi peringatan kepada pemegang saham supaya membayar zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11897", "body": "Setelah Jawatankuasa Fatwa berbincang maka jawapan bagi tiap-tiap persoalan adalah seperti berikut:\n1. Hendaklah diambil dikumpul dengan cara yang hormat kerana menghormati mayat dan jangan ditinggalkan sedikit pun cebisan mayat itu. Kemudian diletak ditempat yang disediakan baginya.\n2. Dalam keadaan hancur berkecai dan tidak dapat dibezakan antara satu sama lain maka tidak semestinya diasing-asingkan.\n3. Hendaklah meratakan air kepada daging-daging yang hancur atau bahagian-bahagian mayat yang hancur dengan disunatkan berniat mandi untuk mayat-mayat Islam.\n4. Maksud (??????) itu disuatu tempat yang berasingan iaitu tidak di kubur Islam dan tidak di kubur kafir.\n5. Dalam keadaan mayat berkecai dan hancur masalah tuntutan mayat tidak timbul dan tidak perlu dilayani. \n6. Dalam keadaan mayat berkecai dan hancur masalah tuntutan untuk mengkebumikan mayat waris juga tidak mungkin timbul dan tidak perlu dilayani."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10106", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan Zakat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia\u00a0(ANGKASA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:\nANGKASA wajib mengeluarkan zakat setelah ditolak semua perbelanjaan perkhidmatan, pengurusan dan cukai pendapatan kiranya cukup haul dan nisab dengan kadar 2.5%.\nZakat hendaklah dibayar berdasarkan kepada pendapatan dan keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan apabila mendapat pertumbuhan, perkembangan dan pembesaran berbanding nilai dan modal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12410", "body": "\u201cFilem Evan Almighty arahan Tom Shayac terbitan Universal Picturea adalah bercanggah dengan Al-Quran dan Ass Sunnah dari sudut:\n1. Aqidah Islamiah\n2. Syariah Islamiah\n3. Akhlak Islamiah\n4. Fakta Sejarah\n\u00a0\nOleh yang demikian, semua umat Islam di Ngeri Johor Darul Takzim diharam dan dilarang melibatkan diri dengan filem Evan Al-mighty arahan Tom Shadyac terbitan Universal Pictures melalui mana-mana perkara berikut:\n\u00a0\n1.\u00a0Menonton\n2. Membeli\n3. Menjual\n4. Mengedar\n5. Menayang\n6. Mempromosi\n7. Memasar\n8. Menyimpan\n9. Mempamer\n10.\u00a0Mengimport\n11.\u00a0Mengeksport\n12.\u00a0Menyiar\n13.\u00a0Merakam\n14.\u00a0Mencetak atau menyalin semula;\n15.\u00a0Menberi sokongan morak atau material;\n16.\u00a0Menjadikan hadiah atau menerimanya;\n17.\u00a0Menyetai peraduan dan kuis menguji mindah yang ada hubungan dengan file mini;\n18.\u00a0Menyebarkan apa-apa maklumat dalam file mini samada melalui media cetak atau media elektronik.\n\u00a0\nPengharaman dan larangan adalah meliputi semua cara penghasilan filem ini samada melalui media cetak ataupun media elektronik;."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10107", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-1 yang bersidang pada 28-29 Jan 1981 telah membincangkan Sistem Metrik Dalam Urusan Zakat. Muzakarah telah memutuskan bahawa\ni. Ukuran nisab jenis-jenis zakat kepada sistem metrik adalah harus.\nii. Sukatan nisab zakat padi ialah 363 gantang"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10619", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Jubin Bertulis Kalimah Allah.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n1. Jubin yang bertulis kalimah Allah adalah diharamkan penggunaannya pada tempat seperti pada lantai-lantai permis/ hotel/ kediaman dan pejabat, bilik air, tempat letak kereta, tempat laluan pejalan kaki dan sebagainya, juga di mana-mana tempat yang boleh mencemarkan kesucian kalimah tersebut. Justeru itu, semua pihak yang terlibat (peniaga, pembeli, pengedar, pengguna, pengilang dan pengimport) hendaklah mengambil tindakan menghentikannya dengan segera dan serta merta.\n \n 2. Cara untuk menghilangkan imejnya samada dengan menukarkan dengan jubin yang lain ataupun dengan menghilangkan tulisannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11899", "body": "Jawatankuasa fatwa berpendapat mengenai amalan korban kepada si mati adalah tidak diharuskan oleh syara' kecuali apabila diwasiatkan oleh si mati.\nMengenai ibadah upah haji yang wajib kepada simati daripada manafaat harta wakaf zuriat maka hukumnya tidak diharuskan kecuali jika ada persetujuan daripada penerima manafaat wakaf simati itu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12411", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-81 pada 19 April 2012 telah membincangkan dan memutuskan bahawa \u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nA)\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Bersetuju mengesahkan bahawa cirri-ciri ajaran sesat yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan amalan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ia adalah sesat dan menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar serta haram dilakukan.\n\n\n\u00a0\n\n\nB)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nCiri-ciri kesesatan dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak tersebut adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nAKIDAH:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebagai Tuhan;\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa Allah SWT bersifat selain daripada apa-apa sifat yang selayaknya bagi Allah SWT;\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa selain Allah SWT (makhluk) juga mampu mendatangkan sesuatu (manfaat dan \nmudharat\n);\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa setiap musibah datang makhluk halus (jin dan syaitan);\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa Allah SWT sebati di dalam diri (\nWahdatul Wujud atau God Spot\n);\n\n\n\u00a0\n\n\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa terima wahyu;\n\n\n\u00a0\n\n\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa ghaib (tidak mati) dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi;\n\n\n\u00a0\n\n\n8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa tahu perkara-perkara ghaib;\n\n\n\u00a0\n\n\n9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa tahu bila kemunculan Imam Mahdi;\n\n\n\u00a0\n\n\n10.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa tahu nasib seseorang;\n\n\n\u00a0\n\n\n11.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa tahu huruf-huruf dalam kalimah tertentu mempunyai maksud yang tertentu;\n\n\n\u00a0\n\n\n12.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa mampu berinteraksi dengan orang mati, jin, syaitan atau malaikat secara langsung;\n\n\n\u00a0\n\n\n13.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa mampu memindah atau menangguhkan bala;\n\n\n\u00a0\n\n\n14.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa mampu berhubung terus dengan Allah SWT;\n\n\n\u00a0\n\n\n15.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa mampu menangguhkah Kiamat;\n\n\n\u00a0\n\n\n16.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa mampu melihat Allah SWT di dunia;\n\n\n\u00a0\n\n\n17.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa mampu melihat Rasullullah S.A.W secara sedar ( \nyaqazah\n);\n\n\n\u00a0\n\n\n18.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa mampu memindahkan kekuatan luar biasa kepada seseorang;\n\n\n\u00a0\n\n\n19.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa layak mengesahkan keislaman, menentukan jaminan keampunan Allah SWT dan kesudahan neraka atau syurga bagi seseorang;\n\n\n\u00a0\n\n\n20.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa akan ditimpa bala sekiranya mendedahkan isi-isi ajaran kepada umum;\n\n\n\u00a0\n\n\n21.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa roh oramg mati mampu menjelama ke dalam jasad orang hidup;\n\n\n\u00a0\n\n\n22.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa roh orang mati mampu memberi pertolongan apabila diseru (kebiasaannya berlaku di kuburan yang dipercayai mempunyai keramat);\n\n\n\u00a0\n\n\n23.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa ada nabi selepas nabi Muhammad S.A.W ;\n\n\n\u00a0\n\n\n24.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa memikul tugas nabi atau rasul secara khusus;\n\n\n\u00a0\n\n\n25.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebagai nabi atau rasul;\n\n\n\u00a0\n\n\n26.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebagai wakil nabi atau rasul untuk memberi syafaat;\n\n\n\u00a0\n\n\n27.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebagai Imam Mahdi;\n\n\n\u00a0\n\n\n28.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebagai \nwali\n Allah;\n\n\n\u00a0\n\n\n29.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebagai jelmaan sahabat-sahabat nabi S.A.W atau \nsyeikh- \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0syeikh\n tertentu;\n\n\n\u00a0\n\n\n30.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebagai insan \nma\u2019sum\n;\n\n\n\u00a0\n\n\n31.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa dapat nur daripada Allah SWT dan para rasulnya;\n\n\n\u00a0\n\n\n32.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa dapat jaminan keampunan Allah SWT atau jamina syurga;\n\n\n\u00a0\n\n\n33.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa memiliki kunci syurga\n\n\n\u00a0\n\n\n34.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa memiliki \nmukjizat\n;\n\n\n\u00a0\n\n\n35.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa memiliki \nma\u2019unah\n;\n\n\n\u00a0\n\n\n36.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa suara hati sebagai bisikan Alllah SWT yang pasti benar untuk \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0dituruti;\n\n\n\u00a0\n\n\n37.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa dosa dapat ditebus dengan wang;\n\n\n\u00a0\n\n\n38.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa nikmat atau azab kubur dan peristiwa-peristiwa selepas mati tidak wujud;\n\n\n\u00a0\n\n\n39.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa tidak perlu melaksanakan sebarang amal kebaikan kerana dosa dan pahala , neraka dan syurga telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi;\n\n\n\u00a0\n\n\n40.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa semua yang lahir daripada diri adalah benar datang daripada\u00a0 Allah SWT, ia tidak perlu dipersoalkan dan wajib dituruti;\n\n\n\u00a0\n\n\n41.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa semua manusia didunia ini mukmin (dengan hujah, naluri asal manusia mengaku wujudnya tuhan) dan kesudahan setiap manusia di akhirat kekal di dalam syurga;\n\n\n\u00a0\n\n\n42.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa semua agama adalah sama (pluralisme agama);\n\n\n\u00a0\n\n\n43.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa \nAhlul Bait\n atau sahabat-sahabat nabi S.A.W yang tertentu sebagai kafir dan wajib dimusuhi;\n\n\n\u00a0\n\n\n44.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Menghina apa-apa ajaran Islam yang bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah;\n\n\n\u00a0\n\n\n45.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Menghina naskhah l-Quran melalui perkataan atau perbuatan;\n\n\n\u00a0\n\n\nSYARIAH\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dalam syariat Islam;\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa harus melakukan perkara haram, asalkan bertujuan\u00a0 mulia;\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa solat atau apa-apa amalan yang disyariatkan memadai dengan niat;\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa solat fardhu secara berjemaah bukan dalam syariat Islam;\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa kiblat solat boleh juga dihadapkan selain ke \nKaabah\n;\n\n\n\u00a0\n\n\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa fardhu haji boleh juga ditunaikan selain di \nMekah\n;\n\n\n\u00a0\n\n\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa telah sampai kepada hakikat (kesempurnaan insan) dan tidak perlu kepada sebarang syariat;\n\n\n\u00a0\n\n\n8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa tareqat yang diamalkan sebagai jaminan kepada keredhaan Allah SWT, padahal terdapat unsur-unsur meragukan atau jelas menyalahi syariat;\n\n\n\u00a0\n\n\n9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa As-Sunnah bukan sebahagia daripada sumber syariat Islam (golongan anti hadis);\n\n\n\u00a0\n\n\n10.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Menolak sebarang tafsiran ayat Al-Quran atau teks hadis yang telah \ndiijma\u2019\n oleh para ulama \nmu\u2019tabar\n;\n\n\n\u00a0\n\n\n11.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa tidak \nbermazhab\n, tidak perlu mengikut mazhab atau merendah-rendahkan mereka yang beramal mengikut \nmazhab\n (mereka hanya merujuk teks-teks hadis sebagai sumber asal dalam memahami sesuatu amalan (tanpa melihat perbincangan ulama mazhab);\n\n\n\u00a0\n\n\n12.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa \nbid\u2019ah\n dengan pengertian sesat dan pelakunya ahli neraka ke atas umat Islam yang melakukan apa-apa amalan yang tiada rujukan teks-teks hadis secara zahir, sedangkan terdapat pandangan ulama\u2019 yang mengharuskannya;\n\n\n\u00a0\n\n\n13.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Menghalalkan nikah adik beradik (\nmahram\n);\n\n\n\u00a0\n\n\n14.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengharamkan kahwin dengan bukan ahli kumpulan;\n\n\n\u00a0\n\n\n15.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengharamkan kahwin bekas isteri guru;\n\n\n\u00a0\n\n\n16.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Menghalalkan kahwin mut\u2019ah (kontrak);\n\n\n\u00a0\n\n\n17.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Menghalalkan nikah batin atau ghaib (tanpa \nwali\n dan saksi);\n\n\n\u00a0\n\n\n18.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengharamkan kahwin wanita yang diminati oleh guru;\n\n\n\u00a0\n\n\n19.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Menghalalkan seks tanpa nikah;\n\n\n\u00a0\n\n\n20.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa penyakit hanya akan sembuh dengan melakukan persetubuhan atau apa-apa perlakuan ke arah perbuatan tersebut;\n\n\n\u00a0\n\n\n21.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa guru berhak keatas diri (maruah, kebiasaannya berlaku kepada pengikut wanita), keluarga dan harta kepada guru;\n\n\n\u00a0\n\n\n22.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa \nkhalwat\n atau \nsuluk\n sebagai jalan mendekatkan diri kepada\u00a0 Allah SWT atau jaminan mendapat keredhaan, walaupun terpaksa mengabaikan amalan-amalan fardhu ( sebagai contoh: \nkhalwat\n atau \nsuluk\n tanpa solat fardhu dan solat jumaat);\n\n\n\u00a0\n\n\n23.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa fardhu haji hanya sah ditunaikan selepas berkhalwat atau suluk ditempat tertentu sebelum menunaikan fardhu haji;\n\n\n\u00a0\n\n\n24.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebarang kemusykilan ajaran tidak boleh dibincangkan;\n\n\n\u00a0\n\n\n25.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa wajib berpura-pura (\ntaqiyyah\n) sebagaimana umat Islam biasa dengan tujuan menyembunyikan ajaran dan keselamatan diri;\n\n\n\u00a0\n\n\n26.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa pihak kerajaan yang boleh mengenakan tindakan kuatkuasa undang-undang ke atas mereka sebagai musuh paling utama;\n\n\n\u00a0\n\n\n27.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Menghukum kafir dan wajib memerangi pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum Islam dalam perundangan negara dengan menganggap darah mereka adalah halal;\n\n\n\u00a0\n\n\n28.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebagai mati syahid mereka yang membunuh diri sendiri dengan melakukan serangan bom dikawasan-kawasan awam tertentu;\n\n\n\u00a0\n\n\n29.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebagai mati syahid mereka yang terbunuh ketika rusuhan (demonstrasi) yang melancarkan sebagai desakan terhadap tuntutan mereka ke atas kerajaan yang sah;\n\n\n\u00a0\n\n\n30.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa perjuangan menegakkan hukum Islam hanya melalui merebut, merampas atau mendapatkan jawatan-jawatan utama dalam negara;\n\n\n\u00a0\n\n\n31.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa \nbai\u2019ah\n keatas pemimpin lebih utama, walaupun terpaksa melanggar ketetapan-ketetapan syarak;\n\n\n\u00a0\n\n\nAKHLAK\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa Allah SWT hanya menilai kebersihan batin;\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa tidak perlu mengikut syariat sekiranya \ntasawwuf\n telah sempurna;\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa sebagai \nAhlul bait\n (tanpa bukti yang jelas) dengan alasan supaya diberi penghormatan, kedudukan atau apa-apa maksud dunia yang lain;\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mendakwa setiap sumbangan yang dihulurkan (kebiasaannya berbentuk wang) dijanjikan pulangan ganjaran tertentu (sering menggunakan janji-janji berbentuk agama untuk memiliki apa-apa yang diinginkan) dan sering kali memberi pelbagai alasan apabila janji tidak ditunaikan;\n\n\n\u00a0\n\n\nC)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nMana-mana individu atau kumpulan yang mengamalkan mana-mana ciri-ciri (pegangan, fahaman dan amalan) tersebut diatas adalah sesat dan boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa agama; dan\n\n\n\u00a0\n\n\nD)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nBersetuju supaya Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melibatkan sekali agansi-agensi lain seperti Bahagian Pendakwaan dan Penasihat Undang-Undang dalam proses menyediakan draf sighah warta supaya lebih sempurna dan lengkap dari semua aspek agar dapat mengikat semua umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10108", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-18 yang bersidang pada 25 Feb 1987 telah membincangkan Zakat Ke Atas MARA. Muzakarah telah memutuskan bahawa\u00a0MARA tidak wajib mengeluarkan zakat kerana tidak memenuhi syarat milik sempurna sepertimana yang dikehendaki oleh syariat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11644", "body": "i. Bantuan tambang kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyambung pelajaran di dalam atau di luar negeri.\nii. Bantuan tambang pelajar-pelajar yang kesempitan wang untuk kembali ke tanah air dan pulang semula ke tempat belajar atau sebab kecemasan seperti kematian keluarga ibubapa dan sebagainya dalam tempoh pengajian.\niii. Setelah berbincang maka Jawatankuasa ini bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Yusof Qardhawi pengarang kitab Fiqh Zakat dan dengan itu Jawatankuasa ini membuat keputusan bahawa tambang bagi perjalanan samada pergi atau balik bagi maksud menyambung pelajaran atau pulang setelah tamat bolehlah diberi pertimbangan dari Sinf Ibnu Sabil."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10109", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-31 yang bersidang pada 9 Dec 1992 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat. Muzakarah telah memutuskan bahawa syarikat perniagaan adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti berikut:\nPerniagaan yang dimiliki oleh orang islam.\nPerniagaan yang dimiliki oleh orang islam yang merdeka.\nSempurna milik.\nCukup nisab.\nCukup haul ( genap setahun qamariah/ 354.3hari)\nKadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5%.\nSyarikat yang dimiliki bersama antara orang islam dan bukan\u00a0islam, maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang\u00a0islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang diperolehi."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11645", "body": "Jawatankuasa ini berpendapat bahawa hutang yang dimaksudkan di sini terbahagi kepada dua iaitu hutang peribadi (hutang keperluan asas) dan hutang untuk kepentingan umum (maslahah umum) :\n1. Di antara hutang-hutang peribadi (keperluan asas) ialah seperti berikut :-\ni. Berhutang kerana memberi nafkah seperti makan minum, pakai dan tempat kediaman.\nii. Berhutang kerana pembelajaran anak-anak seperti untuk membeli persediaan persekolahan anak-anak yang dimestikan.\niii. Berhutang kerana rawatan diri, tangunggan dan termasuk upah bidan.\niv. Berhutang kerana ditimpa kemalangan seperti berlaku kebakaran, rumah musnah kerana ribut besar dan sebagainya.\nCara pembayaran di atas diberi :-\ni. Segala pembayaran terpulang kepada pihak pentadbiran tetapi tidak boleh melebihi kadar keperluan yang dihajati oleh seorang yang berhutang itu.\nii. Jawatankuasa ini juga berpendapat elok diberi hutang secara 'Al-Qardhul Hasan' dari sinf Al-Gharimin kepada pemohon yang ingin mengelakkan dirinya dari muamalah secara ribadari bank-bank yang ada sekarang dan pihak pentadbiran bolehlah mengadakan suatu peraturan dalam melaksanakan skim ini.\n2. Hutang-hutang kerana maslahah umum. Di antaranya ialah :-\ni. Hutang kerana untuk mendamaikan persengketaan yang berlaku di antara orang-orang Islam.\nii. Hutang-hutang kerana membaiki masjid-masjid, surau-surau dan peralatan-peralatannya termasuk untuk menjelaskan bil-bil elektrik dan air masjid-masjid/surau-surau.\nJawatankuasa ini berpendapat bahawa sewaktu membuat pembayarannya pihak pentadbiran hendaklah mempastikan bahwa bayaran dibuat kepada orang-orang yang berhutang. Tidak kepada pemberi hutang.\niii. Hutang-hutang kerana 'Tajhir Janazah' (Pengurusan Jenazah) sekadar yang wajib.\nJawatankuasa ini berpendapat bahawa pembayarannya hendaklah dibuat setelah selesai pengurusannya dan butir-butir perbelanjaan hendaklah dikemukakan kepada pihak pentadbiran.\niv. Lain-lain hutang yang difikirkan munasabah oleh pihak pentadbiran bagai kepentingan umum."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10110", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ( Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 telah membincangkan Hukum Zakat, Korban Dan Aqiqah Ke Atas Ternakan Rusa. Muzakarah telah memutuskan bahawa rusa tidak diwajibkan zakat dan tidak boleh dijadikan binatang\u00a0korban dan aqiqah. Jika sekiranya diperniagakan, maka dikenakan zakat perniagaan\u00a0dengan kadar 2.5 %."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10622", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang telah membincangkan mengenai Hukum Landskap Perhiasan Yang Terdapat Patung 2 Ekor Bangau Yang Terdapat Di Tanah Perkuburan.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n Bahawa patung 2 ekor bangau yang diletakkan di landskap tanah perkuburan Mahmudiah adalah \nbercanggah\n dengan syariah Islam dan hukumnya \nharam \nserta hendaklah dimusnahkan dengan segera dari tanah perkuburan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11646", "body": "Pengertian Al-Qardhul Hasan termasuklah juga orang-orang yang diterima masuk ke Pusat Pengajian Tinggi, sedangkan proses biasiswanya atau pinjamannya memakan masa manakala dianya memerlukan wang segera. Oleh itu bolehlah orang berkenaan dibantu di bawah Al-Qardhul Hasan ini.\nDalam Fatwa \"Skim Zakat Kepada Orang Yang Berhutang\" butir 2 (iv) ayat berbunyi 'Lain-lain hutang yang difikirkan munasabah oleh pihak pentadbiran bagi kepentingan umum' ditukar kepada 'Lain-lain hutang yang difikirkan munasabah yang diluluskan oleh syarak bagi kepentingan umum.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10111", "body": "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-17 yang bersidang pada 3 May 1979 telah membincangkan Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji. Persidangan telah memutuskan bahawa:\nLembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari harta yang diperniagakan serta segala keuntungan daripadanya.\nSetelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi pihak penyimpan-penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di antara penyimpan dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji menurut peratus yang ditentukan.\nLembaga Urusan dan Tabung Haji sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta yang didapatinya dari (ii) di atas.\nZakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan-penyimpan di negeri masing-masing."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10623", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang membincangkan mengenai Penggunaan Wang Pinjaman Koperasi Untuk Umrah.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n 1) Faedah yang dikenakan keatas peminjam dinasihatkan ditukarkan kepada upah perkhidmatan\n \n 2) Pihak koperasi dinasihatkan menyediakan borang pinjaman yang jelas dan terang yang berkaitan dengan segala pengurusan pinjaman supaya dapat mewujudkan perasaan redha-meredhai.\n \n 3) Pinjaman untuk umrah diharuskan kerana terdapat kemampuan di dalam pembayaran (\n??????? ???????)\n dan tidak ada bebanan keatas orang ketiga sekiranya berlaku kegagalan keatas peminjam di dalam pembayaran disebabkan satu perkara\n \n 4) Pihak koperasi dinasihatkan mewujudkan satu skim perlindungan takaful Islam supaya tiada bebanan ke atas orang ketiga untuk membayar hutang sekiranya terjadi sesuatu perkara ke atas peminjam seperti mati , cacat, atau hilang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10112", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 Feb 1982 telah membincangkan Zakat Wang KWSP. Muzakarah telah memutuskan bahawa wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, bagi pekerja-pekerja Islam wajib dikeluarkan zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya berdasarkan Mazhab Syafie."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10624", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 14 Januari 2003 telah membincangkan mengenai Penglibatan Orang Bukan Islam Terhadap Aktiviti-Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Bahan-Bahan Ayat Al-Quran Dan Bahan Berunsur Islam.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n \n i) Tidak harus (haram) orang-orang bukan Islam meletakkan kuasa di atas Mashaf Al-Quran, Kitab-Kitab Hadis, Kitab-Kitab Feqah atau kitab-kitab yang berkenaan Agama Islam yang ada di dalamnya ayat-ayat Al-Quran atau Hadis-Hadis Nabi S.A.W, samada dengan mencetak,menyimpan,mempamer,mengedar, menjual dan membeli.\n \n ii) Tidak harus (haram) bagi orang-orang bukan Islam memiliki Al-Quran atau Hadis atau bahan-bahan dalam bentuk media cetak dan elektronik atau ukiran yang ada pada ayat Al-Quran atau Hadis atau apa jua lambang yang dipandang suci oleh orang Islam seperti kaabah, masjid dan sebagainya, juga tidak harus (haram) mencetak, menyimpan, mempamer, mengedar, menjual dan membelinya.\n \n iii) Pengharaman tersebut dikecualikan sekiranya untuk tujuan penyebaran Dakwah Islamiah dan Darurat Qoswa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11904", "body": "Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.\nOleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :\n1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.\n2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10113", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-13 yang bersidang pada 1-2 Feb 1985 telah membincangkan Zakat Koperasi Shamelin Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa koperasi wajib mengeluarkan zakat bagi pihak ahli-ahlinya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11649", "body": "Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa:\n1. Perkahwinan tersebut adalah sah dari segi syara' sekiranya nikah itu menepati hukum syara' sekalipun perempuan itu sedang mengandung. Walau bagaimanapun perkahwinan seperti itu tidak digalakkan.\n2. Anak itu dibinkan kepada ibunya atau kepada Abdullah, bukan ayahnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11905", "body": "Majlis berpendapat penggunaan anjing dalam urusan-urusan tertentu tidak ada halangan menurut pandangan Islam khususnya dalam perkara yang ada kepentingan seperti perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan jenayah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10114", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-50 yang bersidang pada 10 May 2001 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat Yang Dimiliki Oleh Berbagai Jenis Pemegang Saham Yang Bercampur Muslim Dan Non Muslim. Muzakarah telah memutuskan bahawa syarikat yang bercampur antara pemegang\u00a0saham muslim dan non muslim, dikenakan zakat bahagian muslim sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11650", "body": "4.3.1 Mesyuarat dimaklumkan fatwa berkenaan dipohon bagi mendapatkan penjelasan hukum sembahyang jumaat di pelantar minyak di luar pantai Terengganu berdasarkan pendapat kesemua empat mazhab. Permohonan itu menggambarkan bahawa sembahyang jumaat di lokasi tersebut sangat perlu bagi dihayati kebesaran hari jumaat dan mendengar khutbah yang diharapkan dapat mengingati serta membuka hati merka yang lalai.\n4.3.2 Mesyuarat bersetuju menjawab persoalan tersebut seperti berikut :\ni. Solat jumaat adalah fardhu ain keatas mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. Bagi mereka yang berada di pelantar minyak adalah tidak diwajibkan keatas mereka solat jumaat kerana tidak mencukupi syarat iaitu tidak bermastautin dan pelantar minyak bukan merupakan kediaman tetap (albalad). Hukum ini adalah didasarkan kepada kesemua pendapat atau Qaul Mu\"tamad keempa-empat mazhab ( untuk keterangan lanjut sila rujuk kitab-kitab dalm mazhab yang empat seperti kitab Al-Fiqah Al Islami Wa Adallatuhu oleh Ad Duktur Wahbah Az-Zahili-Juzuk At-Thani halaman 265 -275).\nii. Selain dariada itu, mendirikan solat jumaat di tempat yang tidak diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama adalah suatu kesalahan ( seksyen 168(1) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dirujuk ).\niii. Mengenai syiar hari jumaat dan keinsafan melalui khutbah jumaat, kaum muslimin di pelantar masih boleh menghayati syiar dengan beberapa amalan sunat jumaat seperti membaca al-quran, berzikir dan berdoa. Merka juga boleh dibawa kepada suasana keinsafan dan kesedaran beragama dengan mengadakan kuliah-kuliah, muzakarah dan ceramah agama."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11906", "body": "Mesyuarat bersetuju menerima penjelasan lanjut mengenai perkara di atas di bawah tajuk ' Bolehkah masjid menjadi asrama pelajar' yang disediakan oleh YBhg. Dato\" Hj. Mohamad Zubir bin Hj. Awang seperti di lampiran '?' berkembar.\nLampiran '?'\nBOLEHKAH MASJID DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR?\n1. Tanah-tanah yang diwakafkan untuk mendirikan masjid adalah tidak boleh sekali-sekali ditukar atau diubah kepada tujuan-tujuan lain atau didirikan banguan lain di atas tanah tersebut - sebagaimana yang termaklum di sisi para fuqaha\" yang menyatakan : ??? ????? ??? ????? . Sebaliknya tanah-tanah tapak yang diwakafkan untuk tujuan lain - seperti membina madrasah - sekolah agama atau untuk perkuburan - tidak boleh sekali-kali didirikan masjid di atas tanah tersebut - kerana syarat pewakaf tidak boleh diubah sekali-kali.\n2. Tiap-tiap masjid yang didirikan di atas tapak yang diwakafkan untuk bangunan masjid - tidaklah boleh diubah atau ditukar fungsi bangunan itu supaya dijadikan sekolah agama atau asrama pelajar atau lain-lain. Kerana manakala tapaknya diwakafkan untuk dibina masjid - maka tapaknya dengan sendirinya merupakan masjid - iaitu menyerap ke dalamnya ( ?? ???????? ) dan juga kepada masjid yang didirikan di atasnya walaupun seberapa tingginya atau beberapa banyak tingkatnya - Kitab Mughni Al-Muhtaj - halaman 71 penggal 1 menyebutkan : ?????? ?????? ???? ?????? : Maksudnya : dan ruang udara sebelah atas masjid itu hukumnya sebagaimana hukum masjid.\n3. Tempat-tempat mengambil wudhu\" - bilik-bilik petugas atau penjaga yang dirangka bersama semasa membangunkan masjid - tidaklah menjadi masjid - kerana tujuan membinanya yang asal bukanlah untuk tujuan masjid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10115", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-50 yang bersidang pada 10 May 2001 telah membincangkan Wanita Dan Orang Bukan Islam Sebagai Amil Zakat Gaji Dan Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Muzakarah telah memutuskan bahawa orang bukan Islam tidak boleh dilantik menjadi amil\u00a0zakat dan wanita Islam boleh dilantik menjadi amil zakat gaji dan pendapatan di LHDN."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11651", "body": "Mesyuarat bersetuju merujuk perkara ini kepada fatwa-fatwa mufti kerajaan Terengganu bilangan 85 dan fatwa adalah sepertimana berikut:\nPembedahan mayat sebagaimana yang dilakukan di hospital-hospital pada hari ini ialah suatu perkara baru yang tidak berlaku pada zaman dahulu kala di waktu Islam masih muda kerana pada masa itu hajat tidak memerlukan ia tambahan pula sebagaimana yang diketahui perkembangan ilmu perubatan belum sampai kepada peringkat yang ada pada hari ini. Oleh yang demikian tidaklah dinaskan ia oleh ulama\" Mutaqaddimin dalam kitab-kitab Feqah hanya al-Imam an-Nawawi ada menyebut dalam kitabnya yang bernama al-Majmu\". Terjemahannya seperti berikut:\n'Kiranya ditelan oleh orang yang mati itu akan sebutir permata yang berharga kepunyaan orang lain dan dituntut balik oleh tuannya maka ketika itu haruslah dibelah perutnya kemudian dikembalikan permata itu kepada tuannya dan kiranya mati seorang perempuan yang masih mengandung dan anak yang dikandungnya itu masih hidup waktu itu haruslah dibelah perutnya kerana mengeluarkan anak itu dengan tujuan memelihara satu nyawa walaupun dengan merosakan satu bahagian daripada anggota mayat itu.'\nTidaklah dapat disangkalkan bahawa tujuan dari pembedahan mayat itu ialah untuk memelihara muslihat umum kelak tidak tertuduh seseorang tidak berdosa atau berleluasa seseorang melakukan jenayah sebagai menunaikan keadilan misalnya seorang itu dituduh meracun simati seorang lain dan ada saksi-saksi bohong yang menyaksikannya atau seorang yang mati terkena racun itu dicampak mayatnya ke dalam sungai untuk dikelirukan matinya itu dengan sebab lemas yang demikian dengan menjalankan pembedahan hakikatnya terbukti. Sebagai memandangkan maslahah yang wajib dikawal dan dipelihara pada zaman ini maka amalan pembedahan mayat oleh mereka yang pakar dalam ilmu itu adalah mustahak dan penting. Harus seseorang tidak menyeluk terlebih akan hikmat tasyri\" mengatakan hukum pembedahan mayat orang Islam itu haram dengan sebab agama Islam memelihara anak Adam dan memerintahkan orang yang hidup memuliakan mayat dan jangan menyakitkannya. Tetapi sayugialah diingat bahawa menurut kaedah tasyri\" iaitu segala hukum syara' itu dilunaskan diatas mengawal faedah dan maslahah dan menjauhkan kerosakkan. Maka mana-mana perkara yang ada padanya faedah dan maslahah yang lebih berat disuruh mengerjakannya dan sebaliknya mana-mana yang ada padanya kerosakkan yang lebih berat disuruh meninggalkan.\nSelain dari itu sukacita saya menyatakn bahawa Sohibul Fadhilah al-Syiekh Husnain Makhluf bekas Mufti Kerajaan Mesir dan Sohibul Fadhilah al-Marhum Yusuf ad-Dajwi seorang ulama\" yang termasyhur di Mesir telah memfatwakan bahawa pembedahan mayat orang Islam itu harus dengan sebab-sebab yang dibentangkan di atas itu saya sendiri cenderung pada menyatakan bahawa pembedahan mayat itu harus dilakukan pada zaman ini kerana memelihara dan mengawal maslahah umum bila berlaku kematian-kematian yang menimbulkan syak dan syubhah istimewa pula manakala difikirkan bahawa dengan segala rekaan-rekaan baru yang makin hari makin banyak pada hari ini dengan senang sahaja kejadian-kejadian jenayah itu dapat ditudung dan dibenamkan qarinah-qarinah dan ekor-ekor yang harus akan membongkarkan rahsianya.\nBerhubung satu garis panduan mengikut hukum syarak tentang siapakah yang berhak ke atas simati untuk memberi kebenaran bedah siasat maka Jawatankuasa berpendapat orang-orang yang berhak untuk memberi kebenaran ialah mereka yang berhak membuat tuntutan darah atau menggugurkannya (?????? ????) iaitu setiap mereka yang berhak mendapat pesaka simati yang berkenaan samada menerusi hubungan nasab atau hubungan perkahwinan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11907", "body": "Mesyuarat mengambil keputusan sepertimana berikut:\ni) Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari satu hari hingga 40 hari. Peringkat kedua \"alaqah iaitu dari 41 hari hingga 80 hari. Peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhghah iaitu berumur antara 81 hari hingga 120 hari. Peringkat keempat pula ialah selepas berumur 121 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya (janin).\nii) Terdapat berbagai kecacatan yang berlaku pada janin, antaranya ialah kecacatan fizikal seperti pekak, buta mata, sumbing bibir, tiada otak, kepala besar dan sebagainya. Yang kedua kecacatan mental seperti kelembapan otak, kecacatan otak dan sebagainya. Bentuk kecacatan pula ialah kecacatan teruk dan kecacatan ringan.\niii) Menurut ijma\" Fuqaha\", adalah haram menggugurkan janin telah berumur 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh. Kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang bersangatan.\niv) Manakala menggugurkan janin yang berumur antara 1 hari hingga 40 hari adalah makruh, sekiranya tidak mendapat bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua suami isteri.\nv) Ijma\" Fuqaha\" juga berpendapat pengguguran janin berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu menghadapi cacat dan penyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.\n'Kanun Keseksaan' seksyen 312 di bawah tajuk 'menyebabkan keguguran' menyatakan bahawa 'barang siapa dengan sengaja menyebabkan seseorang perempuan yang hamil gugur hendaklah jika keguguran itu tidak disebabkan dengan suci hati bagi maksud menyelamatkan nyawa perempuan itu diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan jika perempuan itu mengandung anak yang telah bersifat, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.'\nMesyuarat telah mengambil keputusan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.\nManakala soalan apakah berdosa doktor serta jururawat yang bertugas dalam melakukan pengguguran tersebut, kerana terpaksa melakukannya disebabkan tugas yang mesti dipikul mengikut undang-undang dan prosedur perubatan dan mendapat persetujuan daripada ibu yang mengandung tersebut.\nMesyuarat mengambil keputusan ia berkait rapat dengan hukum pengguguran, samada pengguguran itu hukumnya haram atau sebaliknya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10116", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11396", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M memutuskan bahawa zakat gaji boleh dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dilantik sebagai amil dengan syarat-syarat seperti berikut :-\ni. Islam\nii. Mukallaf\niii. Memahami Hukum-Hukum Zakat\niv. Kemampuan Mengurus Kutipan dan Melaksanakan Tugas\nJawatankuasa juga memutuskan bahawa perlantikan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai pemungut\nzakat gaji untuk pekerja Islam di Sarawak diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11908", "body": "Mesyuarat bersetuju bahawa tiada halangan dari segi syarak dan terpulanglah kepada pertimbangan Jawatankuasa Masjid dan Khairat Kematian dengan mempastikan bahawa tujuan pungutan wang itu (untuk kebajikan masjid) tidak terhalang dengan sebab penyertaan dalam ASDI."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10117", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-50 yang bersidang pada 10 Mei 2001 telah membincangkan Hukum Zakat Ke Atas Firma-Firma Dan Syarikat Konsultan. Muzakarah telah memutuskan bahawa wajib zakat ke atas firma-firma dan syarikat konsultan, jika dimiliki bersama antara orang Islam dan bukan Islam, hak orang Islam sahaja yang kena zakat dan tidak ke atas milik bukan muslim."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11397", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H /8 & 9 Disember 1995M telah memutuskan bahawa Kaul dan Tibau yang masih diamalkan oleh kaum Melanau yang bukan Islam adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Di antara upacara yang bercanggah itu ialah kepercayaan kepada Ipok-ipok (hantu) boleh memberi bekas ke atas keselamatan manusia.\nOleh kerana itulah mereka adakan jampi serapah, ancak dan sebagainya untuk pujukan dan hidangan serta duman bagi untuk membujukkan Ipok-ipok yang jahat itu.\nOleh yang demikian Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak yang bersidang dalam mesyuaratnya pada 8-9 Disember 1995 dengan kata sepakat ingin menasihatkan supaya orang-orang Islam tidak mengambil bahagian dalam upacara Kaul dan Tibau yang bertentangan dengan akidah Islam itu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12421", "body": "Umat Islam di negeri Johor Darul Ta\u2019zim diharam dan dilarang melibatkan diri daripada:-\n\u00a0\n(i) Batu jed yang bertulis kalimah Allah dan kalimah Muhammad yang mengandungi corak babi.\n\u00a0\n(ii) Sejadah yang mengandungi imej babi dan anjing. Melalui mana-mana perkara berikut:\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memiliki;\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengguna;\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menyimpan;\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menjual;\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Membeli;\n6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mempromosi\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Menayang;\n8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Memasar;\n9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mengimport;\n10.\u00a0Mengeksport;\n11.\u00a0Mempamerkan;\n12.\u00a0Mencetak semula atau menyalin;\n13.\u00a0Memberi sokongan moral atau material;\n14.\u00a0Memberi hadiah atau menerimanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12422", "body": "\u201c Solat Jumaat tidak boleh dikecualikan kepada orang Islam yang bertugas di Pelabuhan Johor Berhad di mana bahagian sekalipun kerana belum sampai ke peringkat darurat yang mengharuskan meninggalkan solat Jumaat.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Demi kepentingan pengurusan dan organisasi serta kepentingan bersama (majikan dan pekerja), maka waktu rehat hari Jumaat hendaklah diperuntukkan selama 1 jam 45 minti bagi membolehkan menunaikan solat Jumaat;."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10632", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada \n11 November 1989\n telah membincangkan mengenai Pembayaran Zakat Fitrah Dengan Wang. Mesyuarat berpendapat adalah harus kaum muslimin di negeri ini mengeluarkan zakat fitrah yang wajib ke atas mereka dengan harga makanan yang biasa dimakan (beras)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11400", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 2 pada \n12 Rejab 1417H/ 23 November 1996\n telah mengambil keputusan dengan sebulat suara bahawa :-\n1. Semua Mazhab Syiah dari golongan apapun tidak boleh diterima untuk diamalkan oleh orang Islam di Sarawak\n2. Menetapkan bahawa umat Islam di Sarawak hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak\n3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak\n4. Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubung dengan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif 'Hukum Syarak' atau 'Undang-Undang Islam' seperti berikut :\n'Hukum Syarak' atau 'Undang-Undang Islam' ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan\npegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.\n5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah adalah diharamkan\n6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah\n7. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan\n8. Meletakkan perkataan Islam yang berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan)\n9. Menubuh sebuah jawatankuasa untuk mengawal ajaran bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah\n10. Memperhebatkan dakwah dan penerangan berasaskan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah\n11. Menerbit risalah penerangan mengenai ajaran Syiah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10633", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 10 November 1976 telah membincangkan mengenai Risalah Gerak Kilat (Silat Abjad). Mesyuarat mendapati ianya adalah mengelirukan Akidah Islam dan bercanggah dengan ajaran-ajaran di dalam syariat Islam yang suci dan untuk memelihara kaum muslimin di negeri ini dari dirosakkan akidah mereka dan amalan-amalan mereka oleh ajaran-ajaran dan amalan-amalan yang ada di dalam risalah Gerak Kilat. Maka Jawatankuasa mencadangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah supaya diharamkan risalah itu dari disebar dan ditegah dari diajar dan belajar dan beramal dengan ajaran-ajaran di dalamnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11401", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 pada 12 Rejab 1417H/ 23 November 1996 telah memutuskan bahawa :\nGaji, tunggakan gaji, pelbagai elaun dan lain-lain pendapatan yang berkaitan dengan pengajian setelah ditolak keperluan asas, pembiayaan kerja, hutang dan apa-apa pembiayaan yang menjadi sebab sebenar pembiayaan seseorang itu apabila cukup nisabnya adalah wajib dizakat.\nNisab zakat gaji adalah sama dengan nisab zakat emas dan perak. Nisab zakat emas ialah 85 gram (25.2259 mayam) dan nisab zakat perak ialah 595 gram (176.5913 mayam)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11913", "body": "Setelah perbincangan Jawatankuasa Fatwa berpendapat :-\nPENGERTIAN MASJID DHIRAR\nDengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir masjid dhirar ialah masjid yang didirikan dengan tujuan memusuhi orang-orang Islam, dan memudharatkan perkembangan Agama Islam, memudharatkan umatnya, membahayakan dakwah Islamiah sebagaimana firman Tuhan dalam Surah at-Taubah ayat 107.\n' \nMereka yang menjadikan masjid untuk membahayakan, untuk menunjukkan kekufuran, untuk memecahbelahkan antara orang-orang mukmin, untuk menjadi tempat mengintip bagi mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya sebelum itu, mereka bersumpah kami bertujuan baik sedangkan Allah mengingatkan bahawa mereka dusta\n, ????? ???? ?? ??? ??? ???? ......... ???.\nUlasan Jawatankuasa :-\nBerdasarkan kepada huraian di atas maka mana-mana tempat ibadat yang didirikan dengan maksud itu adalah termasuk dalam hukum masjid dhirar dan bertentangan dengan matlamat ajaran Islam, supaya umat Islam berkenal mesra diantara satu sama lain, berbaik-baik, bersatu padu dan saling bantu membantu. Oleh sebab itu membina masjid baru di tempat yang telah sedia ada masjid dan pembinaan itu boleh membawa berpecah belah perpaduan adalah suatu amalan yang bercanggah dengan matlamat ajaran Islam, dan masjid itu adalah termasuk di bawah hukum masjid dhirar. Pembinaan masjid tidak dikira sebagai suatu amalan kebajikan yang diterima di sisi Allah kecuali ianya dilakukan untuk keperluan para ahli jumaat dan bukan bagi tujuan memecah belahkan para jumaat.\nDi dalam hal ini para fuqaha\" telah menyarankan pendapat-pendapat mereka di dalam kitab-kitab feqah tentang hukum berbilang jumaat di dalam satu mukim atau satu daerah, dan mana-mana tempat yang memerlukan berbilang-bilang jumaah adalah terlebih dahulu diperlukan mendapat keizinan pemerintah ( Ulul Amri ) kerana pada dasarnya setiap daerah atau mukim seboleh-bolehnya mempunyai satu tempat sahaja untuk didirikan jumaat.\nPandangan Jawatankuasa :-\nAtas konsep dhirar maka mana-mana masjid atau tempat ibadat yang difikirkan boleh membawa berpecah belah umat Islam serta fitnah adalah wajar dirobohkan sebagaimana Rasulullah s.a.w merobohkan masjid dhirar yang telah didirikan bagi menyaingi masjid Qaba\" di masa hayat baginda."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10122", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan\u00a0banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu :\nIndividu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.\nAnak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.\nMemeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.\nSeseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10634", "body": "Setelah merujuk kepada kitab-kitab fekah Syafie didapati adalah haram dan tidak sah menjual barang yang najis seperti arak,kulit bangkai yang belum dibersihkan dengan samak dan juga tidak sah menjual barangan yang terkena najis yang tidak boleh dibersihkan.\nOleh kerana BIR (BEER) adalah sejenis arak (cecair yang memabukkan) maka ia adalah najis, dengan itu hukumnya haram dan tidak sah jual beli dengannya samada diantara sama-sama orang Islam atau diantara orang Islam dan orang bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10890", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 14 Jun 2012 telah membincangkan mengenai Keharusan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran Atau Penerimaan.\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n\u201c Pencaruman kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) adalah diharuskan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun. \u201c"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10123", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-58 yang bersidang pada 29 Jul 2003 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat Yang Dimiliki Oleh Tabung Haji. Muzakarah telah memutuskan bahawa\nAnak-anak syarikat Tabung Haji wajib\u00a0membayar zakat masing-masing.\nDalam membuat perkiraan zakat, dividen yang diisytiharkan oleh anak-anak syarikat dan dibayarkan kepada syarikat induk hendaklah ditolak.\nZakat ini hendaklah dibayar berdasarkan modal asal dan keuntungan sekiranya ada."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10635", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 11 November 1989 telah membincangkan mengenai Kepimpinan Wanita. Mesyuarat memutuskan bahawa wanita tidak boleh dilantik sebagai hakim diatas ijma' imam yang empat (Syafie, Malik, Hanafi dan Hanbali). Demikian juga mereka tidak boleh dilantik atau diserah kepadanya kuasa yang am iaitu kekuasaan didalam berbagai bidang dengan tidak terhad atau tiada terbatas pada bidang-bidang yang tertentu seperti memegang sebuah kementerian, menjadi Kepala Daerah saperti Pegawai Tadbir Agama Daerah atau Pegawai Daerah yang dilantik oleh Sultan untuk mentadbir sesebuah daerah bagi pihaknya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11659", "body": "Mesyuarat bersetuju bahawa solat Jumaat yang tidak mencukupi rukun Khutbah tidak wajar dimaklumkan kepada semua anak mukim masjid berkenaan, kerana ibadat itu adalah sah mengikut sebahagian ulama\" empat mazhab khususnya Imam Malik r.a."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11915", "body": "Jawatankuasa berdapat menggunakan lafaz-lafaz dan perkataan-perkataan yang kurang jelas ertinya serta tidak sahih sebutan bacaannya hendaklah dijauhi kerana dibimbangkan membawa kepada kerosakan akidah.\nJawatankuasa berpendapat menggunakan ayat al-Quran atau huruf-huruf Arab sebagai tangkal azimat untuk tujuan perubatan dan lain-lain pada dasarnya tidaklah salah, walau bagaimanapun dibimbangkan penggunaannya itu akan membawa kepada terhiiina dan tercemar kesucian al-Quran maka adalah haram.\nJawatankuasa berpendapat menggunakan rajah-rajah, dan huruf-huruf tertentu untuk lariskan perniagaan sekiranya ianya merupakan suatu kepercayaan yang boleh merosakan akidah adalah haram.\nJawatankuasa berpendapat menggunakan debu lintah bagi perubatan adalah diharuskan sekiranya keadaan memerlukan dan tidak membawa kepada kemudaratan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10124", "body": "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang bersidang pada 16 Aug 2001 telah membincangkan Zakat Ke Atas Bank-Bank Dan Syarikat-Syarikat Perniagaan Yang Berlandaskan Syariah Yang Syarikat Induknya Di Miliki Oleh Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa semua perbankan Islam yang menjalankan\u00a0pengurusan perniagaan berlandaskan syarak wajib mengeluarkan zakat begitu juga semua kaunter yang menjalankan perniagaan berlandaskan syarak yang induknya bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10636", "body": "Tidak boleh beri zakat kepada ibu bapa kecuali jika anak itu tidak mampu menunaikan nafkah yang wajib di atasnya terhadap ibu bapanya sebab kemiskinan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11916", "body": "Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.\nOleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :\nBahawasanya wang simpanan di Tabung Haji, wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebagainya yang mempunyai penama apabila penyimpannya meninggal dunia maka wang simpanan tersebut adalah wang pusaka dan hendaklah dibahagikan menurut hukum faraid.\nOleh yang demikian orang Islam hendaklah menerima pakai fatwa ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10125", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian Dan Qada Zakat. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\nDari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.\nWalaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.\nMengenai hukum Qada Zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10637", "body": "Bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman setelah mengkaji, bersetuju sebulat suara membuat ketetapan \nBAHAWA KE ARAH MEMBENDUNG PENGARUH SYIAH DI MALAYSIA:-\n\u00a0\n1. Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Kedah Darul Aman hendaklah mengikut undang- undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.\n2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah dilarang.\n\u00a0\n3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah dilarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11661", "body": "Mesyuarat bersetuju bahawa kadar/had emas yang dijadikan perhiasan atau pakaian yang diharuskan dikenakan zakat apabila memenuhi syarat-syarat dan melebihinya had yang sepatutnya pada \"uruf orang yang setanding atau sepadan dengannya. Adapun emas perhiasan atau pakaian yang tidak diharuskan yakni yang makruh atau haram maka apabila sampai 20 mithqal atau lebih wajib dikeluarkan zakat dengan syarat-syaratnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10126", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 May 2003 telah membincangkan Zakat Gaji Beserta Kadarnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat gaji dan pendapatan adalah\u00a0berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10638", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada \n29 Jun 1996\n telah membincangkan mengenai Membawa Balik Ketul Tanah dari Tanah Haram. Mesyuarat memutuskan bahawa adalah haram membawa balik atau memindahkan tanah haram ke tanah halal dengan sengaja dan wajib dikembalikannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10127", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syar\u2019ie. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\n\nSetelah meneliti keteranga hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang Peguam Syar\u2019ie, seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu Al-Quran dan Al Hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah SWT agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah SWT dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.\n\n\nOleh yang demikian, demi menjaga\u00a0\u00a0 kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syar\u2019ie berpandukan kepada Kaedah-Kaedah Fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:\n\t\n\n\n\u00a0\u0633\u064e\u062f\u0651\u064f \u0627\u0644\u0630\u0651\u064e\u0631\u0650\u064a\u0639\u064e\u0629\u0650\nKaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu- pintu yang boleh membawa kemudaratan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai Peguam Syar\u2019ie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu Syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.\n\n\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0631\u064e\u0636\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u0639\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0642\u0652\u062a\u064e\u0636\u064e\u0649 \u0642\u064e\u062f\u0651\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u0639\u064f\n Apabila bertentangan antara dalil- dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai Peguam Syar\u2019ie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari satu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.\n\n\n\u00a0\n\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0635\u0652\u0644\u0650\u062d\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0645\u0651\u064e\u0629\u064f \u062a\u064f\u0642\u064e\u062f\u0651\u0650\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0635\u0652\u0644\u0650\u062d\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0627\u0635\u0651\u064e\u0629\u0650\nKaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam, (umat Islam) perlu diutamakan.\n\n\n\u00a0\n\u062a\u064e\u0635\u064e\u0631\u0651\u064e\u0641\u064f \u0627\u0644\u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0631\u064e\u0639\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u0650 \n\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0637\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0635\u0652\u0644\u064e\u062d\u064e\u0629\u0650\nKaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.\n\n\nBerdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai Peguam Syar\u2019ie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syar\u2019ie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan mahkamah syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10639", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang telah membincangkan mengenai pindah zakat. Mesyuarat memutuskan bahawa hendaklah dipindahkan zakat itu kepada orang yang berhak menerima zakat di negeri lain yang paling hampir dengan negeri itu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11407", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 1 pada 8 & 9 Disember 1995M bersamaan 15 & 16 Rejab 1416H telah memutuskan tentang kepercayaan golongan anti-hadis yang bertentangan dengan akidah Islam serta pandangan rendah mereka kepada Rasululllah SAW. seperti berikut :\nA.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0BAHAWA buku yang bertajuk;\n(a)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00e2\u20ac\u0153Hadis Satu Penilaian Semula\u00e2\u20ac\u009d dan \u00e2\u20ac\u0153Hadis Jawapan Kepada Pengkritik\u00e2\u20ac\u009d yang kedua-duanya ditulis oleh Kasim Ahmad;\n(b)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00e2\u20ac\u0153Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu-Hadith Di Dalam Al-Quran\u00e2\u20ac\u009d yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00e2\u20ac\u0153Bacaan\u00e2\u20ac\u009d yang ditulis oleh Othman Ali\n(d)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00e2\u20ac\u0153The Computer Speaks \u00e2\u20ac\u201c God's Message To The World\u00e2\u20ac\u009d yang\u00a0ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa, dan\n(e)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Risalah \u00e2\u20ac\u0153Iqra\u00e2\u20ac\u009d\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut antara lain, menolak hadith sahih (iaitu yang disahkan bersumber daripada Rasulullah SAW) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, meghina kedudukan Rasulullah SAW dan menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran tersebut.\nB.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut terdahulu adalah suatu kumpulan yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.\nC.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0OLEH YANG DEMIKIAN\n(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku \u00e2\u20ac\u0153Hadis Satu Penilaian Semula\u00e2\u20ac\u009d, \u00e2\u20ac\u0153Hadis Jawapan Kepada Pengkritik\u00e2\u20ac\u009d, \u00e2\u20ac\u0153Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanku \u00e2\u20ac\u201c Hadith Di Dalam Al-Quran', \u00e2\u20ac\u0153Bacaan\u00e2\u20ac\u009d atau \u00e2\u20ac\u0153The Computer Speaks: God's Message To The World\u00e2\u20ac\u009d dan risalah \u00e2\u20ac\u0153Iqra\u00e2\u20ac\u009d adalah haram;\n(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mana-mana orang atau kumpulan Islam adalah dilarang\n(a) untuk mengajar, mempelajari mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku \u00e2\u20ac\u0153Hadis Satu Penilaian Semula', Hadis Jawapan Kepada Pengkritik\u00e2\u20ac\u009d, \u00e2\u20ac\u0153Pendedahan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu \u00e2\u20ac\u201c Hadith Di Dalam Al- Quran\u00e2\u20ac\u009d, \u00e2\u20ac\u0153Bacaan\u00e2\u20ac\u009d dan \u00e2\u20ac\u0153The Computer Speaks : God's Message To The World\u00e2\u20ac\u009d;\n(b) untuk mencetak, menerbitkan, memilki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku \u00e2\u20ac\u0153Hadis Satu Penilaian Semula', Hadis Jawapan Kepada Pengkritik\u00e2\u20ac\u009d, \u00e2\u20ac\u0153Pendedahan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu \u00e2\u20ac\u201c Hadith Di Dalam Al-\u00a0\u00a0Quran', \u00e2\u20ac\u0153Bacaan\u00e2\u20ac\u009d dan \u00e2\u20ac\u0153The Computer Speaks : God's Message To The World\u00e2\u20ac\u009d, atau mana- mana bahagiannya termasuk :\n\u00e2\u2014\u00a6\u00a0\u00a0apa-apa bentuk, versi atau variasinya;\n\u00e2\u2014\u00a6\u00a0\u00a0apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;\n\u00e2\u2014\u00a6\u00a0\u00a0apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu\n\u00e2\u2014\u00a6\u00a0pada atau atas apa-apa bahan, samaada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n(c) Untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan Anti-Hadith yang tersebut dalam perenggan (1) atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12431", "body": "Harus menurut hukum syara\u2019 mewujudkan Jadual perkataan-perkataan berkaitan dengan agama Islam yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam demi menjaga kehormatan dan kesucian agama Islam serta memelihara akidah umat Islam dari kefahaman yang salah.\nWalaubagaimanapun, Jadual ini boleh dikaji dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kepentingan yang ada.\nPerkataan-perkataan tersebut adalah sebagaimana di dalam Jadual di bawah:"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10640", "body": "Bahawasanya berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ajaran dan pegangan yang dibawa dan disebarkan oleh Ahli Jemaah Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya mengandungi fahaman yang menyamai Kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan. Ahli jamaah Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. juga didapati mengamalkan ajaran dan pegangan baru yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11408", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M\nberpendapat bahawa Orang-Orang Yang Telah Diisyhtiharkan Bangkrap Oleh Mahkamah Pergi Menunaikan Haji Ke Mekah dari segi agama ianya dibolehkan, akan tetapi pemohon perlulah memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Pemegang Harta (tempat hartanya disimpan) sebelum pemohon keluar negeri mengerjakan haji yang fardhu sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11920", "body": "Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 50(6) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M En. Tr. 2/2001), setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan setelah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini menyiarkan fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 50 Enakmen ini seperti berikut:\n\" Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali dan tidak diharuskan perkara-perkara yang diharuskan bagi keluarga yang sah tarafnya pada syarak \"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12432", "body": "Bahawa senaman Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan Aqidah umat Islam.\n\u00a0\nOleh itu, semua umat Islam adalah ditegah dan dilarang dari melibatkan dari senaman Yoga kerana ianya bertentangan dengan Syariah Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10641", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 26 April 2003 telah membincangkan mengenai\u00a0Wang Pampasan - Harta Pewarisan atau Tidak? Mesyuarat telah memutuskan bahawa Wang pampasan yang diberi oleh syarikat kepada suami atau isteri yang meninggal dunia semasa bekerja di syarikat berkenaan jika ditentukan penama yang dipersetujui simati maka wang pampasan itu adalah untuk penama tersebut. Namun demikian, jika tidak ditentukan penama maka ia hendaklah dimasukkan sebagai harta yang perlu difaraidhkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11409", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesepuluh, yang bersidang pada 25 Syaaban 1427H 18 September 2006M telah membincangkan mengenai \nHukum Pelantikan Hakim Syarie Wanita\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nMesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 bahawa 'Wanita harus dilantik menjadi Hakim Syarie dalam kes-kes selain kes hudud dan qisas. Pemilihan dan perlantikan hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11921", "body": "BAHAWASANYA menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.\nOLEH YANG DEMIKIAN, PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :\n1. BAHAWASANYA-\n(1) buku yang bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan' yang ditulis oleh Ustaz HJ. ASHAARI MUHAMMAD dan isi kandungan yang mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Aqidah dan Syariah Islamiah serta mengeliru dan boleh menyesatkan masyarakat Islam ; dan\n(2) 'Manaqib (riwayat hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi' yang ditulis oleh Mohamad Taha As-Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa, adalah diharamkan.\n2. BAHAWASANYA Kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan dan Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi adalah diharamkan.\n3. BAHAWASANYA pengharaman ini meliputi -\n(1) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di perenggan 1 di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah:\n(2) apa-apa jua bahan publisiti kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar, gambar-foto, poster, rajah, surat edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di perenggan 1 di atas ; dan\n(3) apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan, bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fonografi, pita-pita rakaman, dan cakera laser, dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di perenggan 1 di atas.\nOLEH YANG DEMIKIAN -\n(a) orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan-kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini;\n(b) orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah, atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen ; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih; dan\n(c) semua pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10642", "body": "Suara wanita bukan sebahagian daripada aurat dan tiada haram bagi pendengar mendengar jika sekiranya pendengaran suara itu tiada membangkitkan fitnah atau menyebabkan kelazatan yang memarakkan keinginan nafsu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11410", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 2000M telah bersetuju dengan keempat-empat syarat yang dibincangkan dalam kertas ini tanpa apa-apa pindaan sebagai panduan kebenaran mendirikan masjid atau surau:\ni) Jarak diantara sebuah masjid ke sebuah masjid tidak kurang dari satu setengah batu (7 batu persegi) kecuali kerana musyaqqah atau darurat, seperti menerusi jalan sungai, masjid tidka dapat menampung jemaah yang banyak dan sebagainya.\nii) Tidak kurang daripada 40 orang lelaki bermastautin\niii) Ada Ahli Jawatankuasa dan pegawai yang mengendali masjid atau surau itu untuk mendirikan Solat Jumaat\niv) Tapak tanah telah diperuntukkan atau diberi milik untuk masjid atau surau"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10643", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 23 Jun, 1996 telah membincangkan mengenai Anti Hadith. Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa:\n\u00a0\n1. Buku bertajuk\n \"Hadith Satu Penilaian Semula\"\n dan \n\"Hadith Jawapan Kepada Pengkritik\" \nKarangan Kassim Ahmad dan isi kandungannya;\n2. Buku 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di dalam Al-Quran' karangan Idris Abdul Rahman dan isi kandungannya;\n\u00a0\n3. Buku 'Bacaan' karangan Othman Ali dan isi kandungannya;\n\u00a0\n4. Buku \n\"The Computer Speaks - God's Message To The World\" \nkarangan Dr. Rashad Khalifa dan isi kandungannya;\n\u00a0\n5. Risalah 'Iqra' terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia dan isi kandungannya dan;\n\u00a0\n6. Apa-apa terjemahan buku atau risalah yang tersebut adalah diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11411", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H/ 8 & 9 Disember 1995 :\n\"BAHAWA mayat orang Islam boleh digali dan/ atau dipindahkan kalau didapati sah mayat itu dikebumikan:\n(a) Di tanah perkuburan orang bukan Islam;\n(b) Tanpa dimandikan;\n(c) Dengan tidak menghadap kiblat;\n(d) Dengan dikapankan dengan kain yang dirampas;\n(e) Bersama dengan harta orang lain dan harta tersebut dituntut oleh empunyanya;\n(f) Di tanah kepunyaan orang lain tanpa izin;\n(g) Di tanah yang dikhuatiri susut atau hakis seperti di tebing sungai atau lereng bukit;\n(h) Di tanah yang akan dimajukan oleh pihak yang berkuasa untuk maslahat umum seperti membuat jalan raya;\n(i) Di tanah lumpur yang diacap air; atau\n(j) Bersama mayat lain, yang menyebabkan hati warisnya tidak senang.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11923", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang hari ini berpendapat bahawa tapak masjid itu adalah tapak yang diwakafkan bagi bangunan masjid dan tingkat bawah yang dicadangkan untuk dijadikan tempat letak kereta menurut hukum syarak adalah masjid. Oleh yang demikian sesuai dengan kesucian dan kehormatan masjid bahagian tersebut tidak harus dijadikan tempat letak kereta."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12435", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2014-1435H yang bersidang pada 27 Ogos 2014 bersamaan 01 Zulqaedah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-83 berkenaan Hukum Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat telah memutuskan bahawa bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nPenjualan dan penyimpanan kitab suci al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Proses Warta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10644", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 30 Januari 2008 telah membincangkan mengenai Gelang Magnet. Mesyuarat memutuskan bahawa\u00a0HARAM hukumnya ke atas lelaki yang memakai gelang tangan magnet kerana menyerupai perhiasan yang dikhususkan kepada golongan perempuan. Walau bagaimanapun harus jika memakai gelang magnet itu memberi manfaat kepada pemakainya dengan syarat diakui oleh doktor muslim atau doktor pakar bukan muslim yang dipercayai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10900", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 27 Mei 2010 telah membincangkan mengenai \" Fatwa Mewujudkan Pelan Perlindungan Takaful Wakaf Oleh Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad (Hltm Takaful) \".\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n\u201cJawatankuasa Fatwa Negeri Johor bersetuju meluluskan nama \u201d produk takaful badal haji dan wakaf \u201d sebagaimana dicadangkan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah Hong Leong Tokio Marine Takaful\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11412", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 8 pada \n6 September 2005M \ntelah mengambil keputusan dengan sebulat suara bahawa :-\ni. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar, dan;\nii. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamal Ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12436", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2014-1435H yang bersidang pada 27 Ogos 2014 bersamaan 01 Zulqaedah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-96 berkenaan Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya dengan\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Mesyuarat berpandangan bahawa Qurban dan Aqiqah telah disyariatkan dalam al-Quran dan Sunnah dan kedua-duanya merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk\n\u00a0taqarrub\n\u00a0kepada Allah s.w.t.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha\u2019, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun.\n\n\n\u00a0\n\n\nPara pengimport haiwan ternakan pula dinasihatkan agar untuk tujuan ibadah Qurban atau Aqiqah hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mempastikan haiwan import tersebut mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan kerana Qurban dan Aqiqah merupakan satu amal ibadah yang bersifat\u00a0\nta\u2019abbudiyyah\n\u00a0yang perlu dilaksanakan secara sempurna.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10645", "body": "\"Bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman setelah mengkaji, bersetuju dengan sebulat suara memutuskan bahawa:\n\n\n1. Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah\u00a0bertentangan dengan ajaran Islam.\n\n\n2. Bersetuju dengan Fatwa rasmi Negeri Johor yang telah diputuskan oleh Sohibus Samahah Sayyid 'Alwi Tahir Al-Haddad\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 pada tahun 1948 seperti berikut:\n\n\n\u00a0 \u00a0\"mengikut pendapat Ijma' ulamak fahaman Wahdatul Wujud adalah kufur, sesiapa yang mempercayai dan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 mengamalkannya adalah murtad. Jika pengamal ajaran tersebut mempunyai isteri tertalak dan anaknya adalah anak luar\u00a0 \u00a0 \u00a0 nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal\".\n\n\n3. Diharamkan fahaman Wahdatul Wujud kerana ianya menyalahi akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 dengan ajaran Islam, pengamal ajaran dikehendaki segera bertaubat.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11413", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 pada 12 Rejab 1417h/ 23 November 1996M telah sebulat suara mengambil keputusan bahawa Koperasi Anib Bhd adalah diwajibkan untuk mengeluar zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12437", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2014-1435H yang bersidang pada 27 Ogos 2014 bersamaan 01 Zulqaedah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-95 berkenaan Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Mesyuarat berpandangan bahawa Jumhur ulama\u2019 telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama\u2019 mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah \nsunat\n untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut \nhendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan\n semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10646", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang telah membincangkan mengenai Fasakh Nikah Kerana Penyakit Aids dan Dadah. Mesyuarat memutuskan bahawa adalah diharuskan isteri menuntut fasakh terhadap suami yang mengidap penyakit aids atau penagih dadah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11414", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri sarawak Kali ke 5 pada \n20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 2000M \nbersetuju dan bersependapat menentang konsep Tasawuf Falsafah Wehdatul Ujud ini kerana ianya bertentangan dengan ajaran tasawuf Islam dan bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11926", "body": "Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 50(6) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M (En. Tr. 2/2001), setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan setelah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini menyiarkan fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 50 Enakmen ini seperti yang dinyatakan dalam jadual.\nJADUAL\nAJARAN AZHAR BIN WAHAB\n1. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah al-Sunnah wal-Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.\n2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi hukum syarak dan wajib bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10647", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 11 November 1989 telah membincangkan mengenai Hukum Membuat Anak Patung. Mesyuarat berpendapat bahawa mengukir/membuat patung-patung manusia dan binatang adalah \nharam\n kecuali untuk permainan kanak-kanak atau bagi tujuan pendidikan, pembelajaran atau pengetahuan. Pekerjaan membuat patung mainan dan pendidikan adalah harus pada syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11927", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Bahawasanya, Ajaran Tijah @ Khatijah bt. Ali adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah umat Islam. Umat Islam yang mengikuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10648", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang telah membincangkan mengenai Mencarum Dalam KWSP. Mesyuarat memutuskan bahawa harus pada syarak bagi seorang pekerja mencarum sebahagian wang pendapatannya ke dalam KWSP dan wang tersebut harus dilaburkan di dalam bank sekalipun wujud syubhah di dalamnya kerana untuk menjamin keselamatan harta itu."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11416", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 9 pada \n29 Syaaban 1426H/ 3 Oktober 2005M \nmesyuarat telah bersetuju menerima keputusan yang telah diambil oleh Majlis Raja-Raja dalam persidangan-persidangan yang ke-101 pada 18 Jun 1975 serta pendapat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan memutuskan bahawa ajaran ini 'terkeluar dari Islam dan pengikut-pengikutnya tidak boleh menikmati hak-hak sebagai orang Islam termasuk pengkebumian dalam Tanah Perkuburan Islam.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11928", "body": "Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999 memutuskan :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Bahawa Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara memutuskan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram berdasarkan kenyataan Prof. Zahari Dato'\u00a0Sulaiman bahawa emas putih terhasil campuran daripada 2 unsur logam iaitu emas kuning dicampur perak. Hujjah bagi pengharaman lelaki memakai emas putih kerana kadar emas yang dicampurkan dengan perak adalah lebih tinggi daripada perak sehinggalah kadar emas itu melebihi daripada 50% setahun adakalanya mencecah sehingga 75%'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10649", "body": "Jawatankuasa Fatwa bersetuju serta memberi pendapatnya bahawa jika majikan berkenaan menetapkan wang pampasan itu untuk isteri atau anak-anak maka wang pampasan itu khusus untuk mereka. Tetapi jika wang pampasan itu diberi kerana pekerjaan si mati maka ia adalah pusaka dan wang pampasan tersebut perlu difaraidkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11417", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :\ni) Tidak semua fahaman dan pegangan kepada \"Nur Muhammad\" itu sesat, kerana sebahagian ulaam mu'tabar seperti Imam Ibnu HAjar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji,Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka \"Nur Muhammad\" adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah swt, bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan.\nii) Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada \"nur allah\" atau dengan tafsiran yang seolah-olah \"Nur Muhammad\" itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t. yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah ISlam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung.\niii) Konsep \"Nur Muhammad\" sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah\niv) Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep \"Nur Muhammad\" itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep \"NUr MUhammad\" secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat\nMenurut Pengerusi salah faham mengenai \"Nur Muhammad\" hendaklah ditangani dengan memberikan penjelasan yang sewajarnya berpandukan para ulama terdahulu disamping menjaga adabul-ikhtilaf"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11929", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Ajaran Sulaiman ( Bakhtera Nabi Noh ) adalah bertentangan dan menyeleweng dari akidah Islam. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10650", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang telah membincangkan mengenai Mendoakan Orang Kafir. Mesyuarat memutuskan bahawa haram ke atas seseorang muslim yang dengan sengaja berdoa dengan kebaikan seperti berdoa untuk diberi keampunan atau diberi rahmat atau dipanjang umur kepada orang yang bukan berugama Islam kecuali untuk diberi taufiq dan hidayah kepada memeluk agama Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11674", "body": "Setelah meneliti dan mengamati dengan mendalam persoalan yang dikemukakan, mesyuarat bersetuju merumuskan bahawa:\na) Pihak berkuasa berhak menangkap haiwan-haiwan yang merayau di kawasan-kawasan tertentu serta menganggu ketenteraman awam dan seterusnya segera memaklumkan kepada pihak tuannya, bagi menyelesaikannya mengikut Undang-undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Daerah Kemaman )1989.\nb) Jika tuannya tidak tampil dalam tempoh-tempoh tertentu pihak berkuasa bolehlah melelong haiwan itu.\nc) Harga lelong, setelah ditolak kos pengurusan makan minum, hendaklah dikembalikan kepada tuannya, jika tuannya atau wakilnya itu hadir semasa lelongan.\nd) Jika tuannya atau wakilnya tidak hadir semasa lelongan, harga lelongan yang telah ditolak dengan kos pengurusan makan minum itu , hendaklah diserahkan kepada Baitulmal sebagi wang amanah dan dikembalikan kepada tuannya apabila dituntut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11930", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 membuat keputusan menangguhkan perkara ini bagi mendapat kajian yang lebih lanjut dan terperinci sebelum hukum diputuskan'.\n\n\n\u00a0\n\n\n*kertas kerja ini telah dibawa ke Muzakarah Fatwa Kebangsaan untuk keputusan lanjut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12442", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Kali Ke-88 yang bersidang pada 19 November 2014 telah berbincang dan mengambil keputusan bersetuju bahawa pembayaran zakat fitrah di luar bulan Ramadan adalah dikategorikan sebagai sedeqah wajib."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10651", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 30 April 2007 telah membincangkan mengenai Membina Replika Kaabah Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran. Mesyuarat membuat keputusan bahawa binaan tetap replika berbentuk kaabah adalah dilarang bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat. Walaubagaimanapun replika kaabah yang berbentuk gambar atau menggunakan bahan-bahan mudah alih adalah dibenarkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11419", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 6 pada \n8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002 \nbersetuju menolak ajaran kumpulan ini kerana ajaran kumpulan Al Mas adalah menyeleweng dan sesat dari segi akidah dan syariat ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh yang demikian umat Islam dilarang mengamalkan ajaran ini. Walaupun ajaran ini masih berkembang di Semenanjung Malaysia."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11931", "body": "1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pembayar ingin membuat pembayaran fidyah dan kifarah secara berganda maka ianya boleh diterima.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Oleh itu, pembayaran fidyah dan kifarah ini diberi dua pilihan:\n\n\n\u00a0\n\n\n-- a. Digandakan pembayaran fidyah dan kifarah mengikut tahun yang ditinggalkan.\n\n\n-- b. Tidak digandakan pembayaran.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Pandangan ini diambil kira ia berbetulan dengan ajaran Islam yang tidak sama sekali menyusahkan manusia yang menganut ajarannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12443", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-88 yang bersidang pada 19 November 2014 telah berbincang dan mengambil keputusan :\n\u00a0\nMengekalkan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bertarikh 12 September 2012, perkara 3.7 \u201dJawatankuasa berpandangan bahawa tafsiran Asnaf ar-Riqab adalah kekal sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Quran dan hadith. Walaubagaimanapun, jawatankuasa berpandangan bahawa bagi wanita yang terjebak dalam kancah maksiat dan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah boleh dipertimbangkan agar agihan zakat disalurkan di bawah asnaf fakir atau miskin\u201d."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10652", "body": "\" Bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman setelah mengkaji, bersetuju\u00a0dengan sebulat suara mengharamkan amalan perbomohan Puan Rodziah binti Haji Ismail (K/P. 490908-02-5326) kerana mendapati ianya berlawanan dengan hukum syarak dan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\nJawatankuasa juga bersetuju mengharamkan beliau daripada berkomunikasi dalam apa jua cara dalam memberikan khidmat kebomohan kepada mana-mana orang Islam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan aqidah dan menggugat ketenteraman awam.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11420", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 7 pada 27 Jun 2002M bersetuju menerima kertas kerja dan memperakukan keputusan Jawatankuasa Majlis Kebangsaan ini :\n1. Harga zakat fitrah di seluruh Malaysia adalah berbeza-beza di antara sebuah negeri dengan sebuah negeri-negeri yang lain. Ini adalah disebabkan harga beras yang berbeza-beza. Walaubagaimanapun kadar sukatan bagi menentukan berat beras adalah sama iaitu satu gantang Baghdad\n2. Bahagian Penyelidikan JAKIM telah memperakukan beberapa kaedah dan garis panduan bagi penetapan harga zakat fitrah untuk dilaksanakan di seluruh Malaysia iaitu :-\na. Kaedah Penentuan harga zakat fitrah menggunakan kadar sukatan gantang Baghdad\nb. Beras Super Tempatan Gred A menjadi bahan asas yang akan digunakan untuk penentuan\nc. Satu gantang Baghdad beras Super Tempatan Gred A beratnya 2.70 kg\nd. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri berdasarkan kepada harga semasa bagiberas Super Tempatan Gred A beratnya 2.70 kg di negeri berkenaan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12444", "body": "Mesyuarat\u00a0Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-88 yang bersidang pada 19 November 2014\u00a0telah berbincang dan bersetuju dengan pemberian bantuan zakat kepada pembayar zakat harta dan pewakaf tunai ( untuk diagihkan kepada asnaf yang tinggal di luar Wilayah Persekutuan) untuk Bantuan Am Pelajaran di IPT sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10653", "body": "Sembahyang yang terluput adalah wajib di qhada' samada disengajakan atau tidak sengaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11677", "body": "Setelah berbincang mesyuarat berpendapat membuat pengumuman dalam masjid dalam perkara-perkara harus adalah diharuskan selagi ia tidak menganggu orang-orang yang sedang beribadah di dalamnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12445", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-88 yang bersidang pada 19 November 2014 telah berbincang dan mengambil keputusan\u00a0menyokong keputusan Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan mengharamkan pemikiran liberalisme dan pluralisme agama di Wilayah-Wilayah Persekutuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11678", "body": "Mesyuarat telah menghalusi dan berpendapat sinf Fiisabilillah tidak tepat dan tidak wajar untuk dibelanjakan bagi hadiah unian Hafaz Al-Quran pelajar-pelajar sekolah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12446", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-88 yang bersidang pada 19 November 2014 telah berbincang dan menyokong keputusan Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dan bersetuju mengharamkan Sisters In Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10655", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang telah membincangkan mengenai Bekerja Sebagai Pramugari. Mesyuarat memutuskan bahawa bekerja sebagai pramugara / pramugari dengan syarikat penerbangan adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada para penumpang yang memerlukan kemudahan dan keselesaan. Dengan itu pekerjaan itu adalah harus dan gaji yang diterima adalah halal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10656", "body": "Kebiasaan membaca tahlil semasa mayat tiba untuk disembahyang adalah kerana untuk menunggu orang-orang yang hendak sembahyang, yang mana kebiasaannya dalam masyarakat kita orang-orang itu dijemput. Ini bererti membaca tahlil itu bukan disengajakan untuk melengah-lengahkan jenazah yang dikehendaki segera disempurnakan segala urusannya termasuk pengkebumiannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11936", "body": "\"Setelah dibahaskan dan dibincangkan dengan panjang lebar, maka Majlis Fatwa berpendapat dan memutuskan, bahawa bekas tapak masjid yang diruntuhkan tidak harus/tidak boleh dibangunkan atau didirikan sebarang bangunan di atasnya melainkan Masjid sahaja.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10657", "body": "Hukum beriman dengan sekalian anbiya dan rasul-rasul itu wajib samalah seperti beriman dengan rasul kita Muhammad S.A.W pada sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10658", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 8 Jun 1998 telah membincangkan mengenai memandikan bayi yang baru lahir sebelum diazan dan diiqamatkan. Mesyuarat berpendapat bahawa\u00a0dari segi syara' tidak wajib dimandikan bayi yang baru lahir bagi tujuan untuk diazankan dan diiqamatkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11682", "body": "Jawatankuasa berpendapat tanah perkuburan yang diwakaf secara umum adalah haram dipagar sementara tanah perkuburan yang di wakaf secara khusus untuk keluarga tertentu maka tiada halangan untuk memagarnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11938", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang mukatabar didalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Jawatankuasa Fatwa kali 5/98 memutuskan agar kajian yang lebih mendalam dilakukan ke atas ajaran ini dengan menumpukan kepada persoalan-persoalan berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\ni- Penyelewengan dari sudut akidah\n\n\nii- Kesalahan yang jelas dari sudut ibadat dan syariat\n\n\n\u00a0\n\n\nJawatankuasa juga mengesyorkan agar guru ajaran ini dipanggil secara resmi dalam sesi soal jawab, bagi mendapatkan penjelasan berkaitan ajaran beliau."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10659", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 31 Oktober 2002 telah membincangkan mengenai Wudhuk. Mesyuarat berpendapat bahawa mengikut Mazhab Syafie wudhuk hendaklah berlari air di atas anggota wudhuk. Jika tidak mengalir maka dianggap tidak dibasuh dan tidak sah wudhuknya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10660", "body": "Tidak harus seorang bapa memberi zakat kepada anak lelakinya yang fakir atau miskin yang dibawah tanggungannya. Walau bagaimanapun jika anak lelakinya berhutang dan ia tidak berkemampuan untuk melunaskannya, maka adalah harus bagi bapanya memberi zakat atas sebab berhutang (gharim) dan zakat tersebut hendaklah digunakan untuk membayat hutang itu sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10661", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada \n15 November 1999\n telah membincangkan mengenai Ajaran Tok Hussin Janggut / Ahmad Laksamana.\u00a0Mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara mengharamkan penyebaran dan pengamalan ilmu ajaran Tok Hussin Janggut / Ahmad Laksamana."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11941", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2011 yang bersidang pada 22 Rabiulawwal 1432H bersamaan 25 Februari 2011M sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :\n\u00a0\nPihak Maxis hanya diiktiraf sebagai agen dan bukannya amil untuk memungut kutipan zakat fitrah kerana menggunakan perkhidmatan SMS.\nBayaran upah hendaklah diambil dari PZM dan bukan dari pembayar fitrah yang menggunakan perkhidmatan SMS.\nMemandangkan semakin banyak syarikat telekomunikasi terdapat di Malaysia dan kemungkinan memohon untuk memberi perkhidmatan seperti ini maka \nmesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini secara umum\n.\nSighah fatwa yang dipersetujui adalah seperti berikut :\n\"Pembayaran zakat fitrah melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah harus dengan syarat pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut hendaklah dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka (Majlis) sebagai agen yang hanya akan membuat pungutan zakat fitrah melalui kaedah SMS di Negeri Melaka bagi suatu tempoh yang dibenarkan oleh\u00a0Majlis Agama Islam Melaka\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10662", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada \n30 Januari 2008\n telah membincangkan mengenai Zakat\u00a0Tanaman/Pertanian. Mesyuarat berpendapat bahawa zakat pertanian wajib dikeluarkan apabila cukup nisab. Manakala pembayaran hutang hendaklah dibayar mengikut perjanjian yang telah dipersetujui dengan pihak bank berkenaan atau orang perseorangan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10663", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang telah membincangkan mengenai pembelian saham. Mesyuarat memutuskan bahawa sah membeli saham tersebut kerana diqiaskan kepada pembelian secara tangguh."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11431", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M telah memutuskan:\n\"BAHAWA pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\n(1) DERMA DARI YANG HIDUP\nSyarat-syaratnya adalah seperti berikut:\n(a) Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah pinggangnya;\n(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma; dan\n(c) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli\n(2) DERMA DARI YANG MATI\nSyarat-syaratnya adalah seperti berikut:\n(a) Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan;\n(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ ginjal atau buah pinggang yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang yang memerlukannya;\n(c) Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan\n(d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11943", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Bahawa komoditi utama seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, nenas dan lain-lain adalah tidak diwajibkan zakat kerana tidak ada nas dan dalil-dalil yang mewajibkan hasil-hasil tersebut dikeluarkan zakat. \""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11944", "body": "\"Majlis Fatwa memutuskan bahawa hukumnya harus (boleh) memindahkan kubur orang Islam yang terlibat dari tanah perkuburan tersebut ke tanah perkuburan yang lain untuk pembesaran jalan dengan syarat jika mayat-mayat dalam kubur yang hendak dipindahkan itu sudah hancur sama sekali, jika sekiranya mayat-mayat yang terlibat belum hancur jasadnya, maka hukumnya haram menggali dan memindahkan ke tempat lainnya\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10665", "body": "Sah menjual barang hiasan yang dibuat daripada emas dan perak secara tangguh."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10666", "body": "1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan \"Islam\" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan \"Islam\" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.\n2. Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai Islam jika menepati rukun Iman dan rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak lagi bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keIslaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain daripada menepati rukun Iman dan rukun Islam, seperti sokongan kepada pihak-pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keIslamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa jua cara pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan mentebarkan ajaran salah atau menyeleweng.\n3. Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa jua cara pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11690", "body": "Pada menjalankan Kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 15 dalam Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1966, maka Majlis dengan ini mengisytiharkan bahawa kitab\u00a0yang bernama \u201c Kashful Asrar \u201d terjemahan Al-shaikh Mohd. Salleh Bin Abdullah Mengkabui, Cetakan yang kedua puluh, dicetak dan di terbitkan oleh Al-Matba\u2019at Ul Ahmadiah, 101 Jalan Sultan, Singapura. Dan yang sama dengannya itu adalah kitab yang mengandungi ajaran-ajaran dan perkara-perkara yang berlawanan dengan hukum syarak dan ajaran Ugama Islam, dan oleh itu adalah ditegahkan ."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11946", "body": "\"Seseorang isteri yang ditinggalkan oleh suaminya yang belum tamkin dengannya dan tiada dapat sebarang berita ditinggalkan suaminya berada (ghaib), maka Kadi menurut qaul Mazhab Maliki bolehlah memfasakhkan\u00a0nikahnya kerana mengelakkan dari kemudharatan ke atas isteri.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10667", "body": "Terdapat dua pendapat berkaitan permasalahan ini :\n1) \nHarus\n bagi wanita bukan Islam melihat anggota wanita Islam yang terdedah pada kebiasaannya ketika menjalankan pekerjaan. Yang dikehendaki dengan anggota yang terdedah diwaktu menjalankan pekerjaan ialah kepala,tengkok/leher, lengan dan hujung betis.dan haram baginya melihat anggota-anggota yang lain dari yang tersebut.\n2) \nHarus\n bagi wanita bukan Islam melihat aurat wanita kecuali anggota diantara pusat dan lutut memandangkan kepada mereka sama-sama wanita.\nPendapat pertama adalah muktamad, namun demikian memandangkan keadaan pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi,di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain, maka pendapat kedua itu ada kesesuaian dengan keadaan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11691", "body": "Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\n\u00a0\nBismillahirrahmanirrahim\n\u00a0\nAdalah Jawatankuasa Ulama\u2019 Majlis, telah diminta oleh Majlis Agama Islam Kelantan supaya memberi \u201cFatwa\u201d dari segi Ugama Islam dalam masalah:\u00a0Apakah hukumnya orang-orang Islam yang berikat dengan orang-orang kafir serta beruding, bermesyuarat dan bermuafakat pada memerintah sesebuah Negara, iaitu adakah orang-orang Islam itu menjadi \u201ckafir\u201d ataupun \u201c tidak kafir ?\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nFatwanya\n\u00a0\nAlhamdulillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasullullah, Wa Ala Alihi Wasohbihi Waman Walah\n\u00a0\nBahawasanya kemudian daripada menyelidik, menyemak dan mengkaji akan nas-nas yang berkenaan setakat yang dijumpainya dari kandungan kitab-kitab Tafsir dan lainya yang muktabar adalah hukum atau fatwa dalam masalah atau pertanyaan yang tersebut di atas itu bagaimana di bawah ini:-\n\u00a0\n\u201c Tidak jadi kafir, jikalau orang-orang Islam berikat dengan orang-orang kafir seperti yang tersebut di dalam pertanyaan itu sekiranya tidak beserta dengan rasa rela atau setuju (redha) dengan kekafirannya. Sebaliknya jikalau berserta dengan rasa rela atau setuju (redha) dengan kekafirannya maka jadi kafir, tetapi bagaimana pun adalah haram kecuali ketika terpaksa yang tak dapat dielakkan (darurat)\u201d.\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nCatitan\n\u00a0\n(1) Bersetuju juga dicatitkan sebagai keputusan, bahawa nas-nas yang termaktub di dalam Tafsir Sowi itu sama sahaja maksud dan tujuannya dengan nas-nas yang didapati di dalam lain-lain kitab tafsir seperti Aklil, Khazan dan sebagainya.\n\u00a0\n(2) Fatwa bagaimana yang ditetapkan di atas ini adalah dengan semata-mata memandang kepada nas-nas yang didapati dari kandungan berbagi-bagai kitab tafsir dan lainnya yang muktabar tanpa menoleh kepada lain-lain sudut, yakni sewaktu menyemak dan mengkaji nas-nas itu tidaklah menujukan pandagan kearah mana-mana negara, samaada pada segi masyarakat penduduk-penduduk, undang-undang perlembagaan atau keadaan siasah Negara itu atau sebagiannya.\n\u00a0\n[Fatwa itu dikeluarkan menurut kuasa dibawah bab 42 [2] daripada undang-undang\u00a0Negeri Kelantan nombor 1 tahun 1953, bagi pihak dan dengan nama majlis, pada 3.9.1963]"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10156", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Pelantikan Pendaftar Nikah Cerai Luar Negara Atas Nama Jawatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nIslam menyuruh umatnya mempermudahkan urusan perkahwinan selagimana ia tidak melanggar Hukum Syarak dan mematuhi peraturan negara. Walau bagaimanapun dalam urusan perkahwinan di luar negara, pelantikan Pendaftar Nikah Cerai perlu dipilih daripada mereka yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat wali yang ditetapkan.\n\n\t\u00a0\n\n\nBerdasarkan keperluan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa pelantikan Pendaftar Nikah Cerai Luar Negara tidak boleh dibuat atas nama jawatan, tetapi perlu dibuat atas nama individu yang berkelayakan menurut syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11436", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesebelas, yang bersidang pada 10 Zulkaedah 1427H/ 1 Disember 2006M telah membincangkan mengenai\u00a0\nLaporan Kajian Mengenai Kumpulan Jemaah Tabligh\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\"Kegiatan Jemaah Tabligh adalah tidak haram dan tidak perlu dibendung. Pihak Berkuasa Agama Negeri adalah disyor untuk membekalkan garis panduan kepada pihak berkenaan ( Jemaah Tabligh)\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11692", "body": "Rang Persiaran \u00e2\u20ac\u0153 Fatwa Jawatankuasa Ulama\u00e2\u20ac\u2122 \u00e2\u20ac\u0153 Dalam Warta Kerajaan Undang-Undang Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu\u00a0Dan Mahkamah Kadhi No 1 Tahun 1953\n\n\n( Persiaran di bawah bab 42\u00a0(4)\u00a0daripada undang-undang nombor 53 / 1)\n\n\n\u00a0\n\n\nBahawa mengikut bab 43 (3)\u00a0daripada Undang-Undang Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu dan Mahkamah-Mahkamah Kadhi Nombor 1 tahun 1953 , Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan menetapkan supaya di siarkan Fatwa bagaimana di bawah ini:\n\n\n\u00a0\n\n\nSoalan:\n\n\nApakah hukumnya terhadap puja pantai \u00e2\u20ac\u0153Di Pantai Cinta Berahi\u00e2\u20ac\ufffd bagaimana cara-cara dan istiadat-istiadat memuja itu ada terkandung di dalam Majalah Mestika keluaran bulan Jun,1960 dimuka 16-19?\n\n\n\u00a0\n\n\nJawapan:\n\n\nIstiadat puja pantai seperti yang dilakukan bagaimana diceritakan di dalam Majalah Mestika keluaran bulan Jun, 1960, itu hukumnya adalah haram dan perbuatan meminta perlindungan daripada hantu-hantu, puaka-puaka\u00a0jin atau sebagainya itu adalah perbuatan sesat yang mana dengan perbuatan yang seperti itu jin-jin, puaka\u00a0\u00a0dan hantu syaitan itu menjadikan mereka bertambah-tambah sesat lagi, seperti Firman Tuhan di dalam Al-Quran ayat 6 surah Al-Jin, yang bererti \n\u00e2\u20ac\u0153 sesunggunya ada lelaki daripada bangsa Manusia, mereka meminta perlindungan daripada lelaki bangsa Jin, maka dengan sebab perbuatan yang seperti itulah jin-jin itu menjadikan bertambah-tambah sesat\u00e2\u20ac\ufffd."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11948", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan teliti dan mengikut hukum yang mu\"tabar dalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Jawatankuasa Fatwa yang bersidang kali ke 4/98 memutuskan hukum akad nikah sama ada wali Mujbir atau tidak yang jelas (pasti) menganut ajaran sesat yang telah difatwakan oleh pihak berwajib adalah tidak sah. Walaubagaimanapun sekiranya ia bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadat semula, akad nikahnya adalah sah'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12460", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2015-1436H yang bersidang pada 20 April 2015 bersamaan 01 Rajab 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-88 berkenaan\u00a0Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti\u00a0\nCandlelight Vigil\n\u00a0Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara\u00a0dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Islam\u00a0melarang\u00a0umatnya\u00a0daripada\u00a0terlibat\u00a0dalam\u00a0apa\u00a0jua\u00a0amalan yang bersifat\u00a0\nritual\n\u00a0atau upacara agama bukan Islam.\n\n\n2. Umat\u00a0Islam\u00a0dilarang\u00a0menyertai\u00a0aktiviti\u00a0\u00a0\nCandlelight\u00a0Vigil\n\u00a0kerana\u00a0ia mengandungi\u00a0unsur-unsur\u00a0\u00a0\ntasyabbuh\n\u00a0dengan\u00a0agama\u00a0bukan\u00a0Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeterangan/Hujah :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan\u00a0\nCandlelight Vigil\n\u00a0khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu\u2019ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cSesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak\u201d.\n\u00a0(Riwayat Muslim)\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu\u2019ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cTelah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja\u2019far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa\u2019ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa\u2019ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda \u201cSesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak\u201d.\n\u00a0(Riwayat Muslim)\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0Status pewartaan : Proses Warta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10669", "body": "Merokok adalah haram"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11437", "body": "Mesyuarat lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M telah membincangkan pandangan Islam tentang muzik yang mana ianya dibolehkan asalkan :-\ni. Tidak mengkhayalkan sehingga lupa kepada kewajipan\nii. Tidak mengandungi unsur-unsur lucah\niii. Tidak mengarah kepada perbuatan dosa\niv. Tidak memberangsangkan nafsu\nv. Tidak berlebih-lebihan dalam berhibur\nvi. Tidak menghilangkan nilai-nilai akhlak Islamiah\nvii. Tidka mengandungi perkataan atau perbuatan yang menyalahi aqidah, syariah dan akhlak Islamiah\nBerhubung dengan penggunaan teknologi canggih untuk membolehkan manusia yang hidup berduet dengan penyanyi yang telah meninggal, Jawatankuasa memutuskan perbuatan tersebut tidak dilarang oleh Islam asalkan tidak bertentangan dengan syarat-syarat yang disebut di atas"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11949", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta untuk memberikan fatwanya mengenai perkara ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10670", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada \n24 Julai 1994 t\nelah membincangkan mengenai Buku \"Aurad Muhammadiah\" Pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan Hj. Ashaari Muhammad dan \"Manaqib Sheikh Muhammad b. Abdullah as-Suhaimi\" tulisan Mohamad Taha as-Suhaimi. Mesyuarat memutuskan bahawa :-\n\u00a0\ni.\tKedua-dua buah buku berkenaan adalah diharamkan.\nii.\tKumpulan Darul Arqam @ Al Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam buku-buku tersebut adalah diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11438", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesebelas, yang bersidang pada 10 Zulkaedah 1427H/ 1 Disember 2006M telah membincangkan mengenai\u00a0\nLaporan Kegiatan Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (Bekas Pengikut Kumpulan Darul Arqam) (Sarawak) \ndan mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 75 pada 12 September 2006\u00a0Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut\u00a0:\n\u00a0\n\"mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;\nmana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti-aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, perubatan, pembinaan, pertanian, perladangan, telekomunikasi atau apa-apa aktiviti lain yang berhubungkait dengan SRC dan apa-apa ajaran yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam, adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;\nmana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Kumpulan al-Arqam sama ada melalui Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC), rangkaian syarikat gabungannya atau mana-mana pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;\nmana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang disebut di dalam subperenggan (i), (ii) dan (iii) adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;\napa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam; atau\napa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan atau menghidupkan ajaran Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12462", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2015-1436H yang bersidang pada 20 April 2015 bersamaan 01 Rajab 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-69 berkenaan Hukum\u00a0\u00a0Skim\u00a0Pinjaman\u00a0Wang Daripada\u00a0Koperasi dan Seumpamanya Untuk Tunaikan Fardhu Haji Atau Umrah\u00a0dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nAdalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau\u00a0umrah\u00a0daripada\u00a0skim\u00a0pinjaman\u00a0wang\u00a0sekiranya\u00a0mampu membayar\u00a0balik\u00a0hutang\u00a0tersebut\u00a0dan\u00a0ia\u00a0tidak\u00a0menjejaskan kehidupan normalnya; dan\n\n\nSkim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas dari unsur-unsur riba.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10671", "body": "Hasil berwudhuk ialah dengan membasuh (mengalirkan air) di atas anggota-anggota tertentu seperti muka, dua tangan dan dua kaki dan menyapu air di anggota seperti kepala. Ini tiada boleh dilakukan dengan hanya secawan air walaupun untuk seorang apatah lagi untuk empat orang.\n\n\nOleh itu perbuatan yang dikatakan berwudhuk dengan secawan air untuk empat orang itu bertentangan dengan syarak dan wudhuk itu tiada sah.\n\n\nDiriwayatkan Rasulullah SAW berwuduk dengan secupak air dan mandi dengan segantang air."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11695", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu\u00a0telah memperhalusi dalam perkara di atas didapati bahawa tidak ada larangan atau tegahan dari syarak mengenai penjualan air zam zam. Oleh yang demikian Jawatankuasa Negeri Terengganu berpendapat tiada halangan bagi sesiapa yang memilikinya untuk menjualnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11951", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'\u00a0(Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan panjang lebar dan ahli Jawatankuasa berpendapat\u00a0bahawa lafaz yang disebutkan di atas itu adalah tidak membawa kepada hukum jatuhnya talak, kerana lafaz yang disebutkan itu hanyalah ia berazam untuk menceraikan sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12463", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2015-1436H yang bersidang pada 20 April 2015 bersamaan 01 Rajab 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-61 berkenaan \nHukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Ahli Yang Memeluk Islam\n dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak\u00a0berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya;\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Jika\u00a0seseorang\u00a0bukan\u00a0Islam\u00a0memeluk\u00a0Islam\u00a0dan\u00a0mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama\u00a0orang\u00a0bukan\u00a0Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta\u00a0tersebut\u00a0setelah\u00a0beliau\u00a0meninggal\u00a0dunia\u00a0maka\u00a0harta\u00a0itu\u00a0tidak menjadi hak kepada penama bukan Islam,\u00a0sebaliknya\u00a0hendaklah diserahkan kepada Baitulmal; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Orang\u00a0Islam\u00a0boleh\u00a0membuat\u00a0wasiat\u00a0kepada\u00a0orang\u00a0bukan\u00a0Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Proses Warta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10672", "body": "Jawatankuasa berpendapat bahawa adalah sah menjual tanah atau umpamanya kepada orang bukan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11696", "body": "Mesyuarat membuat keputusan menasihatkan pihak yang berhutang mengikut terma perjanjian kerana sebarang hutang wajib dibayar."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11952", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Setelah dibahaskan dalam Majlis Fatwa yang diadakan pada tanggal 19 April 1986 akan lafaz yang tersebut: Ya Allah, Ya Tuhanku sesungguhnya aku tidak berniat menceraikan isteriku, tetapi oleh kerana dugaanmu yang Maha Besar aku terpaksa menceraikan isteriku, maka hukumnya jatuh talaknya.\"\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Adapun perkataan \"terpaksa\" yang didapati dalam ayat talak itu\u00a0tidak menghalang dari gugurnya talak, kerana tidak termasuk dalam makna terpaksa yang sah pada pandangan Syara'.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10673", "body": "1. Bahawa Ajaran Azhar bin Wahab adalah bercanggah dan menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menjadi keresahan kepada masyarakat (ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara).\n2. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Kedah Darul Aman."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10674", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 5 Oktober 1989 telah membincangkan mengenai Wanita Bekerja Sebagai Tukang Gunting Rambut. Mesyuarat memutuskan bahawa persentuhan yang disengajakan antara lelaki dan perrempuan yang halal berkahwin hukumnya haram. Oleh itu apa-apa pekerjaan yang menyebabkan persentuhan sedemikian adalah haram. Pendapatan wanita Islam yang bekerja memotong/mencuci rambut lelaki adalah haram."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11954", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 memutuskan bahawa perkara ini merupakan hukum yang telah sedia ada'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11443", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 7 pada 27 Jun 2002M telah memutuskan seperti berikut:\n1. Tujuan kertas kerja dibuat adalah untuk menjadikan surau-surau di Negeri Sarawak ini sebagai MASJID JAMAAH supaya lebih hampir kepada kehendak syarak sekaligus dapat membentuk pengurusan yang lebih kemas dan teratur\n2. Hukum Iktiqaf dan Sembahyang Tahiyatul Masjid di surau-surau menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam samaada ianya disunatkan atau tiada\n3. Setelah merdeka, keadaan bangunan dan fizikal surau telah berubah yang mana ianya menyamai bangunan-bangunan Masjid. Ada setengah-setengah surau mendirikan sembahyang Jumaat dengan kelulusan daripada Majlis Islam Sarawak tetapi masih lagi dikenali sebagai Surau\n4. Untuk menghapuskan kekeliruan yang berlaku di tengah-tengah masyarakat, berhubung dengan Iktiqaf dan Sembahyang Tahiyatul Masjid di surau-surau maka dicadangkan supaya surau-surau di seluruh negeri Sarawak yang menepati ciri-ciri dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak dijadikan Masjid Jamaah. Sementara surau-surau yang telah mendirikan Sembahyang Jumaat dijadikan Masjid Jamek. Surau-surau di pejabat-pejabat dan tempat-tempat seumpamanya masih kekal dikenali sebagai surau atau Mushalla\n5. Cadangan ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan akan tetapi ianya memerlukan penerangan dan penjelasan daripada agensi agama kepada Jawatankuasa Surau yang difikirkan sesuai untuk dijadikan Masjid Jamaah\n6. Sesebuah surau hanya dijadikan sebagai Masjid Jamaah apabila memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak seperti berikut :-\na. Tapak tanah untuk mendirikan sebuah surau mempunyai surat hak milik sama ada diwakafkan atau dikurnia oleh kerajaan\nb. Mempunyai Lembaga Amanah di bawah Charitable Trusts Ordinance 1994 atau Jawatankuasa Pengurusan yang dipilih penduduk kampung yang diikitraf oleh Majlis Islam Sarawak\nc. Mempunyai pegawai-pegawai surau yang tetap\nd. Mendirikan sembahyang 5 waktu berjemaah dan;\ne. Mempunyai keupayaan, menjaga kemuliaan dan kebersihan masjid"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10676", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpendapat tidak sah zakatnya oleh kerana belanja yang dibuat itu tidak diberikan kepada asnaf yang lapan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11956", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Bahawa dengan ini Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang kali ke 2/2002 pada 16 April 2002 telah memutuskan bahawa kadar zakat fitrah bagi Negeri Selangor mulai tahun 2002 ditetapkan dengan kadar 2.7 kilogram dan harga adalah berdasarkan harga beras BERNAS (kawalan)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10677", "body": "Hukum menulis ayat Al Quran dengan membuat secara lukisan rupa manusia atau haiwan adalah ditegah dan menggunakannya untuk dijadikan perhiasan juga adalah dilarang"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11957", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 yang bersidang pada 29 April 1999 sebulat suara memutuskan perempuan haid dan nifas menggunakan masjid semata-mata untuk tujuan pembelajaran sahaja adalah diharuskan kerana ia mempunyai hajat iaitu untuk menuntut ilmu. Manakala membawa masuk kanak-kanak yang belum mumayyiz ke dalam masjid adalah tidak harus. Ini kerana dikhuatiri kanak-kanak tersebut akan menyebabkan kotoran pada masjid '."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10678", "body": "\"Bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman, setelah mengkaji, bersetuju dengan sebulat suara mengharamkan ajaran dan amalan\u00a0Sayyid Mohammad Al-Masyhur (Al-Mas) kerana mendapati ianya menyeleweng\u00a0dari ajaran Islam,\u00a0 pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11958", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 24 Julai 2001 telah sebulat suara memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Wajib sembahyang Jumaat bagi kakitangan Syarikat Awin Security Sdn. Bhd. yang cukup syarat wajib sembahyang Jumaat. Di samping itu juga ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor mencadangkan agar pihak syarikat:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Melantik orang bukan Islam untuk bertugas diwaktu tengahari Jumaat samada secara tetap ataupun sementara.\n\n\nii. Memohon mendapatkan lesen senjata api daripada pihak berkenaan kerana bertambahnya kakitangan bertugas.\n\n\niii. Melantik pengawal wanita untuk bertugas di waktu tengahari Jumaat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10679", "body": "Mengikut Mazhab Syafie pengiraan zakat padi hendaklah dikira jumlah keseluruhan hasil padi yang diperolehi termasuk subsidi yang diberi oleh pihak kerajaan tanpa ditolak kos sewa jentera pembajak, racun dan sebagainya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12471", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2015-1436H yang bersidang pada 27 Mei 2015 bersamaan 09 Sya\u2019ban 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-56 berkenaan Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat\u00a0dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nHukum mencantumkan\u00a0benih yang dikeluarkan\u00a0sebelum akad nikah\u00a0dan kemudiannya dibuat\u00a0pencantuman dalam tempoh perkahwinan yang sah\u00a0adalah\u00a0haram.\n\n\nHukum\u00a0mencantumkan benih yang diambil dan dicantumkan\u00a0dalam tempoh\u00a0perkahwinan yang sah\u00a0adalah\u00a0harus.\n\n\nHukum\u00a0memasukkah embrio\u00a0ke dalam rahim isteri\u00a0selepas berlaku kematian suami atau perceraian\u00a0adalah\u00a0haram.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10680", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 6 April 1995 telah membincangkan mengenai Melakukan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia. Mesyuarat berpendapat bahawa mengikut\u00a0qaul yang muktamad tidak harus diperbuat korban untuk orang yang meninggal dunia kecuali ada wasiat daripadanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12472", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2015-1436H yang bersidang pada 26 Mei 2015 bersamaan 08 Sya\u2019ban 1436H telah memutuskan agar \u2018uruf pemakaian emas wanita Islam di Negeri Sembilan dikekal pada kadar 200 gram.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11449", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1433H yang bersidang pada 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI dalam isu pelaburan dalam saham ASN, ASB dan seumpamanya berdasarkan alasan berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Telah wujud panel syariah dalam institusi PNB yang mengambil tanggungjawab untuk berusaha dari semasa ke semasa untuk mengurangkan peratus percampuran antara pelaburan yang halal dan haram.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mesyuarat bersetuju bahawa keputusan fatwa perlu dirujuk kepada maslahah umum, maqasid syarak dan realiti semasa. Fatwa dikeluarkan bukan berdasarkan pandangan bersifat peribadi atau hukum yang bersifat ideal semata-mata. Dalil yang menyokong aspek maslahah umum dalam isu pelaburan ASN/ASB ini juga adalah kukuh.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Isu ini juga bersifat ijtihadi khususnya bagi penentuan peratus keharaman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Khilaf yang berlaku ini menyebabkan wujudnya sedikit keringanan di dalam sesuatu hukum yang diputuskan.\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan pandangan tersebut, mesyuarat bersetuju dengan sighah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cBahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11705", "body": "Setelah berbincang dan mengkaji nas-nas yang berkaitan maka jawatankuasa yang bersidang pada hari ini berpendapat bahawa negeri Terengganu Darul Iman adalah sebuah negeri Islam. Oleh itu adalah tidak harus disisi syara' mendirikan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam atau mengizinkan mana-mana pihak untuk mendirikan kerana Allah s.w.t. mengharamkan kekufuran sebagaimana firmannya:\n??????????? ???????????? ?????????.\nAyat 7, Surah Az-Zumar . Maksudnya: Allah tidal redhakan hambanya berkeadaan kufur.\nPengharaman tersebut melazimkan pengharaman mengadakan bangunan atau tempat yang disediakan bagi tujuan itu. Dengan demikian sesiapa yang terlibat dengan pembinaan atau memberi keizinan untuk pembinaannya maka ia adalah terlibat dalam mengerjakan perkara haram. Sekiranya sesorang beranggapan penglibatannya dalam perkara seumpama itu adalah harus maka dengan ini ia telah menjadi kafir.\n\u00a0\n??????? ????? . ???? ???? ???? ??? ???? ???? :\n???? ?????? ?????? ?????? ????? ????????? ????????.\nMaksudnya: Sesiapa yang redha dengan pekerjaan sesuatu kaum, maka jadilah ia kongsi mereka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11961", "body": "Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah kerana mengandungi elemen-elemen antararanya seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Mempercayai bahawa Imam adalah Maksum;\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan Al-Askari sebagai Imam Mahdi bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan;\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun Al-Quran dengan sempurna dan menolak Al-Quran yang disusun oleh para sahabat Nabi serta mempercayai bahawa Al-Quran yang sebenar mengandungi tujuh belas ribu ayat kerana berlakunya penyelewengan melalui pengurangan atau penambahan ayat-ayat Al-Quran;\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Mengamalkan prinsip Al-Taqiyyah iaitu menyembunyikan hakikat akidah, kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan serta perbuatan yang ingin dilakukan;\n\n\n\u00a0\n\n\n5. Sayyidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT;\n\n\n\u00a0\n\n\nSiaran Warta Fatwa Syiah Negeri Selangor"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12473", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-18 yang bersidang pada 22 - 23 April 2015 telah membincangkan isu Dakwaan Melihat Nabi Secara Jaga (Yaqazah). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\r\n\r\n \n\r\n\r\n1. Dakwaan seseorang melihat Nabi secara jaga (yaqazah) sama ada dalam bentuk hakiki ataupun ruh selepas kewafatan Baginda SAW tidak pernah dinukilkan melalui riwayat yang sahih berlaku kepada mana-mana sahabat RA, sekalipun ketika saat-saat getir, seperti ketika timbulnya perbezaan pendapat di kalangan mereka. Demikian juga generasi Tabi'ien dan Atba' al-Tabi'ien\r\n\r\n\n\r\n\r\n2. Kemungkinan berlakunya yaqazah secara ruh adalah dakwaan yang diragui dan ditolak oleh para muhaqqiqin seperti al-Nawawi, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Sakhawi. Begitu juga al-Qusyairi.\r\n\r\n\n\r\n\r\n3. Demikian juga dakwaan melihat jasad nabi di zaman ini secara jaga adalah tertolak. Apa yang dinukilkan dari segelintir para ulama dalam hal ini adalah mengelirukan dan berlaku kontradik di dalam kenyataan mereka sendiri. Nukilan tersebut mempunyai berbagai versi yang berbeza-beza. Ada yang mendakwa melihat dengan Wijdan (pandangan hati), ada yang mendakwa melihat antara tidur dan jaga, ada pula yang mendakwa dengan hanya gambaran nabi dan berbagai lagi. Semua dakwaan ini boleh diberikan berbagai tafsiran yang tidak semestinya membawa makna yaqazah seperti yang difahami oleh sesetengah pihak.\r\n\n\r\n\r\n\r\n4. Selain itu, dakwaan melihat Nabi secara jaga (yaqazah) juga terdedah kepada tipu daya syaitan. Ia boleh membuka pintu kerosakan dengan berbagai tujuan seperti Ujub dan Sum'ah. Justeru apa-apa dakwaan melihat Nabi sama ada dalam mimpi mahupun jaga yang membabitkan implikasi syara' seperti pegangan akidah, hukum hakam syariat dan penilaian hadis adalah batil dan sesat. Begitu juga dengan dakwaan bacaan tertentu boleh menghadirkan Nabi ke dalam sesuatu majlis juga adalah tidak berasas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10682", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 29 November 2001 telah membincangkan mengenai Hukum Solat Pada Awal Waktunya. Mesyuarat berpendapat bahawa solat adalah di antara ibadat-ibadat wajib yang mempunyai waktu yang luas (\u0648\u0627\u062c\u0628 \u0645\u0648\u0633\u0639) dan sebaik-baik solat ialah yang ditunaikan pada awal waktu akan tetapi apabila dengan kerana merai awal waktu boleh menyebabkan kecurian waktu kerja maka sayugia ditakhirkan solat itu.\n\n\nSebagai contoh jika masuk waktu asar 4.30 petang iaitu masa bekerja dan habis masa bekerja pada jam 5.30 petang maka sayugia ditakhirkan solat itu kepada waktu habis kerjanya selama tiada luput waktunya dan masuk ke dalam waktu solat yang lain."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11450", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H/ 8 & 9 Disember 1995 telah memutuskan :\nBahawa amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik.\nOrang Islam adalah dinasihatkan jangan mengambil bahagian dalam upacara Miring"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12474", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-18 yang bersidang pada 22-23 April 2015 telah membincangkan isu Hak Hadanah Anak Bagi Ibu Bapa Berlainan Agama. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:\n\u00a0\nPasangan bukan Islam yang salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka hak hadanah tidak dinilai berdasarkan kepada agama ibu atau bapa. Sebaliknya diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat menjamin kemaslahatan anak dari sudut perkembangan moral, emosi dan tumbesarannya (\nsyafaqah\n). Dalam masa yang sama, ibu atau bapa yang muslim bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepada anak. Perinciannya adalah seperti berikut:\n1.\u00a0Anak Di Bawah Tempoh Susuan\n\u00a0\ni. Jika anak masih di bawah susuan badan ibu, maka hak hadanah diserahkan kepada ibu.\n\u00a0\nii. Jika anak bukan disusui oleh ibu, maka hak hadanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberi \nsyafaqah\n yang boleh dirujuk kepada latar kedua-dua pihak dan pilihan anak.\n2.\u00a0Anak Melepasi Tempoh Susuan\n\u00a0\ni. Jika anak melepasi tempoh susuan tetapi belum \nmumayyiz\n, maka hak hadanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberikan \nsyafaqah\n yang boleh dirujuk kepada latar belakang kedua-dua belah pihak.\n\u00a0\nii. Jika anak telah \nmumayyiz\n maka dia berhak membuat pilihannya. Melainkan jika dapat dibuktikan pemilihannya itu akan membawa mudharat kepada kehidupan dunianya.\n3. Tanggungjawab Memperkenalkan Islam\n\u00a0\nIbu atau bapa yang muslim wajib dan berhak memperkenalkan Islam kepada anaknya sekalipun beliau tidak memperolehi hak hadanah. Maka ruang memperkenalkan Islam kepada anak hendaklah diberikan kepadanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10683", "body": "Tidak harus Al-quran itu ditulis dengan apa-apa bahasa yang lain selain bahasa Arab. Akan tetapi harus diterjemah tafsir Al-quran kepada bahasa yang lain dengan syarat hendaklah dituliskan juga ayat-ayat asal Al-quran itu baik pada sebelah atas atau pada bersebelah muka yang berhadapan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11963", "body": ""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10172", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 Apr 1999 telah membincangkan Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\nTanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.\n\n\t\u00a0\n\n\nTanah wakaf yang diambil/dipindah milik kepada kerajaan pihak berkenaan hendaklah membayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya.\n\n\t\u00a0\n\n\nTanah wakaf yang hendak dibangunkan hendakklah dikecualikan syarat penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang letrik dan sebagainya. Bagaimananpun kemudahan awam itu bolehlah dibina diatas tanah wakaf itu.\n\n\t\u00a0\n\n\n\u00a0Bagi tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid, sekolah dan seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah memperuntukkan bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian tanah wakaf yag diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan status wakaf tersebut. Contohnya bangunan bertingkat-tingkat yang didirikan, beberapa unit tertentu (mengikut nilai semasa) diperuntukkan untuk masjid atau sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh pewakaf."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10684", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 30 Januari 2008 telah membincangkan mengenai Ternakan Lintah. Mesyuarat memutuskan bahawa hukum menternak lintah untuk tujuan perniagaan adalah harus. Walau bagaimanapun hukum memakan lintah adalah haram sama ada secara langsung atau melalui suntikan. Namun jika dibuat minyak atau seumpamanya untuk kegunaan luaran sahaja hukumnya adalah harus."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12476", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2015-1436H yang bersidang pada 30 Julai 2015 bersamaan 14 Syauwal 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-83 berkenaan Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nHukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris\u00a0\n(al-warith)\n\u00a0hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan\u00a0\n(al-muwarrith).\n\u00a0Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nBagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeterangan/Hujah :\n\n\n\u00a0\n\n\n1.\u00a0Bagi kes ahli-ahli keluarga yang meninggal secara serentak yang tidak dapat ditentukan siapa meninggal terlebih dahulu dalam kejadian kapal karam, kebakaran, tertimbus dalam runtuhan, kemalangan jalan raya dan sebagainya, Jumhur Fuqaha\u2019 kecuali mazhab Hanbali berpendapat bahawa mereka itu tidak saling mewarisi antara satu sama lain kerana syarat pewarisan ialah waris (\nal-warith\n) hendaklah masih hidup sewaktu kematian orang yang yang mewariskan (\nal-muwarrith\n) sedangkan dalam kes kematian serentak syarat tersebut tidak dipenuhi. Dalam kejadian tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu di kalangan ahli keluarga, maka mereka tidak saling mewarisi antara satu sama lain.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0\u0648\u0627\u0633\u062a\u062f\u0644\u0648\u0627 \u0628\u0645\u0627 \u0631\u0648\u0649 \u062e\u0627\u0631\u062c\u0629 \u0628\u0646 \u0632\u064a\u062f \u0628\u0646 \u062b\u0627\u0628\u062a \u0639\u0646 \u0623\u0628\u064a\u0647 \u0623\u0646\u0647 \u0642\u0627\u0644: \u0623\u0645\u0631\u0646\u064a \u0623\u0628\u0648 \u0628\u0643\u0631 \u0627\u0644\u0635\u062f\u064a\u0642 \u0640 \u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647 \u0640 \u0628\u062a\u0648\u0631\u064a\u062b \u0623\u0647\u0644 \u0627\u0644\u064a\u0645\u0627\u0645\u0629\u060c \u0641\u0648\u0631\u062b\u062a \u0627\u0644\u0623\u062d\u064a\u0627\u0621 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0623\u0645\u0648\u0627\u062a\u060c \u0648\u0644\u0645 \u0623\u0648\u0631\u062b \u0627\u0644\u0623\u0645\u0648\u0627\u062a \u0628\u0639\u0636\u0647\u0645 \u0639\u0646 \u0628\u0639\u0636. \u0648\u0623\u0645\u0631\u0646\u064a \u0639\u0645\u0631 \u0640 \u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647 \u0640 \u0628\u062a\u0648\u0631\u064a\u062b \u0623\u0647\u0644 \u0637\u0627\u0639\u0648\u0646 \u0639\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0633\u060c \u0648\u0643\u0627\u0646\u062a \u0627\u0644\u0642\u0628\u064a\u0644\u0629 \u062a\u0645\u0648\u062a \u0628\u0623\u0633\u0631\u0647\u0627\u060c \u0641\u0648\u0631\u0651\u064e\u062b\u062a \u0627\u0644\u0623\u062d\u064a\u0627\u0621 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0623\u0645\u0648\u0627\u062a\u060c \u0648\u0644\u0645 \u0623\u0648\u0631\u0651\u0650\u062b \u0627\u0644\u0623\u0645\u0648\u0627\u062a \u0628\u0639\u0636\u064e\u0647\u0645 \u0645\u0646 \u0628\u0639\u0636. \u0648\u0647\u0643\u0630\u0627 \u0646\u0642\u0644 \u0639\u0646 \u0639\u0644\u064a \u0643\u0631\u0645 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649 \u0648\u062c\u0647\u0647 \u0641\u064a \u0642\u062a\u0644\u0649 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0645\u064e\u0644 \u0648\u0635\u0650\u0641\u0651\u0650\u064a\u0646\n\n\n\u00a0\n\n\nYang bermaksud,\u00a0\nIni bersandarkan kepada kisah yang diriwayatkan oleh Kharijah bin Zaid bin Thabit daripada bapanya dan dia telah berkata : \u201c Aku telah diarahkan oleh Abu Bakr al-Siddiq r.a untuk membahagikan harta pusaka kepada penduduk Yamamah, orang-orang yang hidup mewarisi daripada orang yang meninggal dunia. Manakala orang-orang yang meninggal dunia tidak mewarisi sesama mereka. Dan aku juga telah diperintahkan oleh Umar r.a untuk membuat pembahagian pusaka kepada waris si mati yang meninggal akibat wabak taun yang melanda Amwas (sebuah kampung di Palestin). Terdapat kabilah tertentu yang seluruh anggota keluarganya meninggal dunia. Oleh itu, orang yang mati mewarisakan harta mereka kepada warisnya yang hidup dan orang yang meninggal dunia secara bersama itu tidak saling mewarisi di antara mereka.\u00a0Hal yang sedemikian turut dipraktikkan oleh Ali k.w selepas berlakunya peperangan Jamal dan Siffin.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0Dar al-Ifta\u2019 Mesir telah mengeluarkan fatwa bagi kes kematian serentak melibatkan ahli keluarga dengan menyatakan bahawa ahli keluarga berkenaan tidak mewarisi antara satu sama lain.\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0Dalam isu pewarisan bagi kes kematian serentak ini, pandangan Jumhur Ulama\u2019 lebih fokus berbanding dengan yang lain di mana Jumhur menetapkan bahawa mereka tidak saling mewarisi antara satu sama lain dan harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0\u00a0\u00a0Jawatankuasa boleh mengambil pandangan Jumhur dalam menentukan hukum kerana ia berdasarkan kepentingan dan maslahah umat Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11965", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak boleh menjual aset hasil pembangunan tanah wakaf melainkan hanya menjual bentuk-bentuk manfaat sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10686", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan membincangkan kemalangan jalan raya dan kesannya dari segi hukum syara':\nMesyuarat telah membuat keputusan bersetuju\u00a0memfatwakan bahawa sekiranya berlaku kehilangan nyawa pengguna jalanraya disebabkan kemalangan yang berpunca daripada kecuaian beliau sendiri, ia tidak boleh dihukumkan sebagai perbuatan membunuh diri, dan sekiranya kemalangan itu telah menyebabkan kehilangan nyawa atau harta benda yang lain disebabkan kecuaian pengguna jalanraya tersebut, ia tidak boleh dihukumkan sebagai melakukan pembunuhan secara sengaja, tetapi ia termasuk dalam kategori pembunuhan secara tidak sengaja dan wajib bagi pengguna tersebut membayar pampasan yang wajib seperti diyat (ganti rugi) dan lain-lain hukuman yang telah ditetapkan dalam feqah Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11454", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kai ke 7 pada 27 Jun 2002M telah memutuskan bahawa:\n1. Solat Jumaat tidak boleh didirikan berbilang-bilang dalam satu kawasan (qaryah) kecuali kerana hajat seperti penduduk begitu ramai dan sukar bagi mereka untuk berkumpul\n2. Solat Jumaat di negeri Sarawak ditentukan berdasarkan kepada qaryah. 'Qaryah' menurut pentafsiran lama bagi negeri Sarawak sesuai dengan keadaan waktu itu ialah Kampung-Kampung orang Islam seperti Kampung Buntal, Muara Tebas dan lain-lain\n3. Dengan pembesaran Bandaraya Kuching umpamanya dan pertumbuhan kampung-kampung atau kawasan-kawasan perumahan baru serta terdirinya surau atau masjid, permohonan mendirikan sembahyang Jumaat berdasarkan kepada konsep yang lama bertambah banyak. Sedangkan keadaan sedemikian tidaklah selaras dengan kehendak syarak dalam mendirikan Jumaat\n4. Bagi mengatasi masalah ini mestilah ada satu dasar yang jelas berhubung dengan Qaryah selaras dengan keadaan perkembangan dan pertumbuhan masyarakat serta selari dengan hukum supaya kebenaran mendirikan Jumaat boleh diberi selaras dengan 'semangat' Jumaat dan selari dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam dan sejajar dengan pandangan ulama-ulama yang muktabar\n5. Adalah dicadangkan supaya Majlis Islam Sarawak menentukan kawasan-kawasan Jumaat mengikut pembahagian Qaryah tertentu dengan menggunakan persempadanan melalui sungai/jalanraya serta mengambil kira kepadatan penduduk dalam suatu kawasan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11966", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu\"tabar dan mengambil keputusan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Mac 1998 memutuskan agar pegawai Masjid Negeri Selangor membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci atas perkara-perkara berikut sebelum membuat sebarang keputusan:\n\n\n\u00a0\n\n\n(i) Asas-asas kukuh pengecualian sesuatu kawasan (dalam kawasan masjid) sebagai bukan masjid.\n\n\n(ii) Kegunaan sesebuah masjid, khususnya ke atas Masjid Negeri Selangor.\n\n\n(iii) Plan Masjid Negeri Selangor."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11455", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M telah sebulat suara memutuskan bahawa :\ni) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim berfahaman dengan fahaman-fahaman Wehdatul Ujud, Martabat Tujuh Nur Muhammad yang bertentangan dengan konsep dan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah\nii) Tariqat ini berpegang kepada hadis-hadis maudu'\niii) Mereka mengamalkan konsep Yaqazah (dapat berkomunikasi dengan Allah s.w.t dalam mimpi) yang bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah\nMenurut Pengerusi Kumpulan Ahli Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani pernah melawat Sarawak. Setelah dikaji didapati dalam ajarannya tidak boleh diamalkan oleh orang Islam dan ianya telah diharamkan oleh Kerajaan. Dalam pada itu, Pengerusi walau bagaimanapun ada menyiasat tentang ajaran ini dan hasil dariapda siasatan tersebut beliau berharap agar ianya terus pudar.\nKesimpulannya Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa ajaran ini menyeleweng dan diharamkan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11967", "body": "Hukum melantik orang bukan Islam sebagai Peguam Syar\u2019ie adalah haram. Keputusan ini dibuat bersandarkan kepada dalil-dalil daripada nas al-Quran dan Hadith, Kaedah \nFiqhiyyah\n, \nMaslahah\n dan \nSiasah Syar\u2019iyyah\n."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11456", "body": "Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 4 pada 24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M telah memutuskan bahawa:\n1. Setiap minuman arak mestilah mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu adalah dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum seperti racun.\n2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum\n3. Minuman ringan yang dibuat untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah haram\n4. Tapai halal dimakan\n5. Alkohol yang terjadi dan digunakan sebagai barang sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan seperti pengawet\n6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada mengandungi alkohol adalah harus dan dimaafkan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11968", "body": "Harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut :\n\u00a0\nDiserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;\nDiserahkan kepada golongan fakir miskin; atau\u00a0\nJika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10689", "body": "Binatang ternakan (Al An'am) yang bertindik atau ditebuk lubang telinga seperti ear tag tidaklah termasuk dalam kategori mengurangkan daging atau cacat. Dengan itu adalah sah untuk dijadikan qurban atau aqiqah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11457", "body": "Mesyuarat Fatwa Negeri Sarawak kali ke 4 pada 24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M sebulat suara bersetuju bahawa Sembahyang Tarawih adalah dua puluh rakaat berpegang kepada pendapat Mazhab Al-Imam As-Syafie berdasarkan kepada beberapa dalil di antaranya :\ni)Al-Hadis - Yazid bin Rauman \"Dan datang\nberita dari Malik, ayng diterima dari Yazid bin Rumman mengatakan bahawa orang-orang di zaman Saidina Omar r.a Sembahyang Tarawih dua puluh rakaat dan tiga witir\"\n(Riwayat Malik dalam Kitab Muwattak)\nii) Sembahyang Tarawih dua puluh rakaat adalah ijma' para sahabat kerana ia telah dilakukan oleh orang Islam sejak dari Zaman Khalifah Omar, Osman dan Ali r.a Telah berkata Al-Kasani bahawa Saidina Omar telah mengumpul para sahabat untuk Sembahyang TArawih dalam bulan Ramadhan diimamkan oleh Ubai bin Kaab dan tidak seorang pun antara mereka yang membantah.\niii) Sembahyang Tarawih lapan rakaat adalah Sunnah RAsul sementara dua puluh rakaat pula adalah Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin, mengikut Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin bererti mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang ditegaskan Rasul kira-kira bermaksud :\n\"Hendaklah kamu berpegang kepada sunnah ku dan sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk dan pegangilah ia dengan sekuat-kuatnya\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11969", "body": "Perbuatan melukis, melakar, mengukir, mengilustrasi atau memvisualisasikan gambar para malaikat, Nabi-Nabi terdahulu, Rasulullah Sallallahu \u2018alaihi wasallam dan ahli keluarga serta para Sahabat Baginda Sallallahu \u2018alaihi wasallam yang utama atau melakonkan watak-watak mereka dalam apa juga bentuk adalah haram; dan\nOrang Islam adalah dilarang mencetak, menjual, mengedar, membeli atau memiliki perkara-perkara yang tersebut dalam perenggan (a) dalam apa jua bentuk."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10690", "body": "Menghadiri majlis sambutan perayaan agama lain seperti Deepavali, Tahun Baru Cina dan sebagainya perlu dilihat kepada:\na) Niat untuk menarik kepada Islam, kehadiran itu untuk memperlihatkan keindahan Islam kepada mereka, bahawa Islam adalah agama yang ada toleransi.\nb) Tidak meredhai agama lain dan tidak melakukan sesuatu yang ditegah oleh Islam seperti melakukan upacara agama mereka, meminum minuman yang memabukkan.\nc) Tidak menimbulkan perkara yang syubhah dan fitnah.\nKalau perkara-perkara di atas itu dapat dipenuhi, maka menghadiri majlis berkenaan tidak ditegah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11458", "body": "1. SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mana-mana bahan terbitan yang berunsur pemikiran-pemikiran \nfahaman liberalisme dan pluralisme \nagama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak.\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11970", "body": "1.Menetapkan bahawa kadar \n\u2018uruf\n pemakaian emas perhiasan oleh wanita Islam di negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram;\n2.Kadar pengiraan zakat emas perhiasan bagi negeri Melaka ialah 2.5 peratus daripada nilai emas yang melebihi kadar \n\u2018uruf\n pemakaian emas yang ditetapkan seperti formula berikut :\n2.5% x (nilai emas \u2013 kadar \n\u2018uruf\n) = zakat emas\nMeminda keputusan fatwa terdahulu dengan keputusan ini dan menyiarkannya dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10179", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam (Al-Rahn) Di Malaysia (Cadangan Kadar Upah Simpan Barang Gadaian).\nMuzakarah telah memutuskan bahawa bersetuju menerima cadangan kadar upah simpan barang gadaian untuk skim al-Rahn seperti berikut :-\nSekiranya setelah tamat tempoh yang dinyatakan, barang gadaian tersebut masih gagal ditebus, persetujuan kedua-dua belah pihak perlu diperolehi bagi menentukan tempoh lanjutan dan kadar yang dikenakan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11459", "body": "(1) Nyanyian dan seni kata yang memuji Allah dan Rasul atau keindahan makhluk Allah atau kepada tanggungjawab atau mengenai sifat bertaqwa kepada Allah S.W.T. adalah diharuskan;\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Jika nyanyian secara berkumpulan di antara lelaki dan perempuan sama ada semasa persembahan atau latihan adalah diharuskan sekiranya tidak bercampur gaul di antara lelaki dan perempuan;\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Penyanyi tidak boleh mempersembahkan nyanyian dengan gaya yang memberahikan dan boleh menimbulkan fitnah;\n\n\n\u00a0\n\n\n(4) Penyanyi hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat;\n\n\n\u00a0\n\n\n(5) Tidak memuji makhluk Allah secara berlebihan (bermaksud tidak terkeluar daripada syara'); dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(6) Sekiranya terdapat ayat Al-Quran yang digunakan sebagai nasyid hendaklah dibaca mengikut hukum tajwid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11971", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan teliti mengikut hukum yang muktabar dalam Islam dan memutuskan bahawa cadangan penetapan upah Amil Zakat Fitrah di Negeri Selangor dari 1/8 kepada 1/6 adalah persoalan teknikal. Sehubungan dengan itu, Pusat Zakat Selangor bolehlah berbincang dengan Pusat Agihan Zakat bagi menentukan kadar upah tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10692", "body": "Setelah dikaji beberapa kitab Feqah dalam Mazhab Syafie dan juga fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Mufti Kelantan beberapa ketika yang lalu, masalah yang berbangkit itu dapatlah disimpulkan seperti berikut:\n(i) Menjual kura-kura kerana semata-mata tubuhnya atau dagingnya untuk dimakan atau lainnya yang tidak mendatangkan faedah menurut syarak kepada orang Islam atau bukan Islam adalah haram.\n(ii) Kura-kura boleh dijual dan boleh dimakan hasil jualannya. Jika kura-kura itu dijual kepada orang bertujuan memelihara untuk mendapatkan telur."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11460", "body": "(1) Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya di samping bebas dari unsur-unsur riba."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11972", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara tersebut di atas dengan saksama dan dipersetujui mengikut keterangan yang telah diberi oleh anak angkat (Sujar bt. Stat, Salmah bt. Kasamani) dan saksi - Puan Sumi bt. Hj. Abd. Latiff, En. Kasamani dan Puan Nilam bt. Ludin bahawa \"Borang pengistiharan\" itu adalah bermaksud sebagai wasiat kepada anak angkat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10693", "body": "Penjualan majalah, buku, gambar atau lain-lain bahan bercetak di mana terdapat gambar yang lucah atau menjolok mata adalah ditegah menurut hukum syarak dan hendaklah dielakkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11717", "body": "Aqiqah adalah satu tuntutan agama, dalam melaksanakan hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan tidak sepatutnya dicampur adukkan dengn lain-lain tujuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11973", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 15 November 2001 telah memberi pandangan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nPenjualan kondom di Negeri Selangor hendaklah dilakukan secara terkawal seperti mendapatkan kebenaran bertulis dari doktor dan dijual di tempat-tempat tertentu serta menentukan had umur pembeli. Janganlah penjualannya dipamerkan secara terbuka di tempat-tempat awam lebih-lebih lagi kotak pembungkus kondom itu dipamerkan gambar yang mengghairahkan. Peraturan ini perlu dibuat supaya tidak berlaku penyalahgunaannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10694", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 28 Okt 2007 telah membincangkan mengenai fatwa Sijil Simpanan Nasional menurut Islam.\u00a0Mesyuarat mengambil keputusan supaya perkara ini dipanjangkan kepada Majlis Panel Syariah Bank Simpanan Nasional untuk perbincangan lanjut. Mesyuarat juga bersetuju memberi pandangan kepada Bank Simpanan Nasional supaya skim sijil simpanan premium ini diletakkan di bawah sistem Perbankan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10950", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431H telah membincangkan hukum perceraian melalui alat-alat media elektronik. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan seperti berikut :\n\u00a0\n1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada\u00a0suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus melalui alat-alat media elektronik seperti SMS, Faksimili, email dan lain-lain adalah sah sekiranya disertai\u00a0dengan niat dan hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk mensabitkan talak tersebut.\n\u00a0\n2. Talak yang dilakukan melalui alat-alat media elektronik adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11462", "body": "(1) Harga zakat fitrah bagi tahun 1428H/2007M adalah sebanyak RM5.20 seorang; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat fitrah kepada penolong-penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi tahun 1428H/2007M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10951", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431H telah membincangkan cadangan penetapan nisab Zakat Mata Wang Malaysia dan lain-lain harta bagi haul antara Ramadhan 1431 Hijriah hingga Ramadhan 1432 Hijriah.\n\u00a0\nMesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menetapkan nisab Zakat Mata Wang Malaysia dan lain-lain harta bagi haul antara Ramadhan 1431 Hijriah hingga Ramadahan 1432 Hijriah ialah sebanyak RM10,200.00."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11975", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor telah sebulat suara membuat keputusan bahawa peruntukan RM500,000.00 dan RM270,507.35 yang diberikan oleh MAIS kepada MAIS Zakat Sdn. Bhd. di awal penubuhannya tidak perlu dibayar semula kerana wang tersebut diambil dari peruntukan asnaf amil sendiri untuk pembelian peralatan pejabat dan bukanlah berbentuk modal malah tiada sebarang keuntungan daripada wang tersebut."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10952", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431H telah membincangkan hukum perlakuan Mat Rempit (Lumba Haram) menurut pandangan Islam.\n\u00a0\nMesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum perlakuan Mat Rempit adalah haram kerana faktor-faktor berikut:\n\u00a0\n1. Perlakuan Mat Rempit (Lumba Haram dan lain-lain) merupakan perlakuan yang boleh membahayakan diri sendiri.\n\u00a0\n2. Menyebabkan berlaku bahaya kepada pengguna jalan raya.\n\u00a0\n3. Mat Rempit sengaja melanggar hak-hak jalan raya yang ditentukan oleh syarak.\n\u00a0\n4. Perlakuan Mat Rempit menyebabkan berlakunya perbuatan jenayah kerana kebanyakkan mereka dilaporkan berada di bawah pengaruh dadah dan arak dan dengan itu mudah terjerumus kepada perbuatan jenayah yang diharamkan oleh syarak."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10697", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-85 yang telah bersidang pada 3 Disember 2013\u00a0telah berbincang dan bersetuju menerima penambahbaikan taarif had kifayah, asnaf zakat dan kadar baru Had Kifayah seperti berikut :\n\u00a0\n(a)\u00a0Takrif Had Hifayah \n\u00a0\n(i)\u00a0Had kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut istilah ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang.\n\u00a0\n(ii)\u00a0Penilaian bagi menentukan Had Kifayah adalah merangkumi 6 aspek keperluan asasi manusia seperti berikut:\n\u00a0\n(1)\u00a0Perlindungan \n\u00a0\nPerbelanjaan menyediakan perlindungan untuk diri dan tanggungan di bawahnya merangkumi sewa rumah atau bayaran ansuran rumah murah, bil air, dan elektrik serta segala yang bersangkutan dengan keperluan asasi sebuah tempat tinggal berasaskan keperluan minima.\n\u00a0\n(2)\u00a0Makanan \n\u00a0\nSegala bahan makanan dan minuman asasi yang diperlukan atau dimakan oleh seseorang individu dan tanggungan di bawahnya yang memenuhi keperluan asasi sama ada ketika berada di dalam atau di luar rumah.\n\u00a0\n(3)\u00a0Pakaian\n\u00a0\nSegala bentuk pakaian yang digunakan atau dipakai oleh seseorang individu dan tanggungan di bawahnya merangkumi pakaian harian, pakaian kerja dan lain-lain pakaian asas.\n\u00a0\n(4)\u00a0Perubatan\n\u00a0\nMerujuk kepada segala bentuk perubatan iaitu:\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Rawatan biasa;\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembelian ubat biasa;\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Pembelian alat-alat perubatan biasa dan;\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Rawatan major daripada mana-mana pusat perubatan\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Rawatan alternatif lain\n\u00a0\n(5)\u00a0Pendidikan\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Merujuk kepada bentuk pendidikan iaitu:\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perbelanjaan pendidikan Fardhu Ain\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Perbelanjaan berkaitan pendidikan diri, ahli keluarga sama ada di peringkat pra sekolah, rendah, menengah, kolej dan IPTA. Ianya juga meliputi keperluan yang berkaitan pendidikan tersebut seperti pembelian peralatan pelajar.\n\u00a0\n(6)\u00a0Pengangkutan\n\u00a0\nSegala perbelanjaan yang berkaitan pengangkutan berbayar (tambang) oleh seseorang individu dan tanggungannya serta musafir yang diharuskan oleh syara\u2019.\n\u00a0\n(iii)\u00a0Penilaian had kifayah ini dibuat berdasarkan nas-nas seperti berikut:\n\u00a0\n(1) Pandangan daripada Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam kitabnya Usul Fiqh Islami pada jilid ke 2 yang bermaksud:\n\u00a0\n\u2018\nKeperluan itu ialah kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh manusia untuk memudahkan kehidupan mereka menghindarkan dari kepayahan hidup dan ketiadaannya akan menyebabkan hidup mereka ditimpa kesusahan dan kesulitan\u2019.\n\u00a0\n(2)\u00a0Pandangan daripada Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmuk pada jilid ke 6 bermaksud:\n\u00a0\n\u2018\nBerkata sahabat kami: Perkara yang diambil kira di dalam menentukan had kecukupan seseorang adalah pada makanan, pakaian, tempat tinggal dan semua perkara yang diperlukan bersesuaian dengan keadaannya tanpa berlebihan dan tidak menyusahkan pada diri seseorang dan mereka berada di bawah tanggunggannya\u2019.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n(b)\u00a0Takrif Asnaf Zakat\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0Fakir\n\u00a0\nSeseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya.\n\u00a0\n(ii)\u00a0\u00a0Miskin\n\u00a0\nSeseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya\n\u00a0\n(iii)\u00a0Amil\nMereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samaada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, pengagihan, pengurusan kewangan dan sebagainya.\n\u00a0\n(iv)\u00a0Muallaf\n\u00a0\nMereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) terbahagi kepada dua iaitu:-\n\u00a0\n\u00a0\n(a)\u00a0Beragama Islam\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Baru memeluk agama Islam.\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Orang yang memeluk Islam tetapi masih lemah imannya.\n\u00a0\n(b) Bukan beragama Islam\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Boleh dipujuk supaya masuk Islam.\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Cenderung hatinya kepada ajaran Islam.\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua Islam.\n\u00b7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Masyarakat orang Asli yang boleh dipujuk supaya menganut Islam.\n\u00a0\n(v)\u00a0Ar-Riqab\n\u00a0\nMemerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah tawanan orang-orang tertentu.\n\u00a0\n(vi)\u00a0Al-Gharimin\n\u00a0\nGolongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungan atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera yang dibenarkan oleh syarak.\n\u00a0\n(vii)\u00a0Fisabilillah\n\u00a0\nMana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.\n\u00a0\n(viii)\u00a0Ibnu Sabil\n\u00a0\nMana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11465", "body": "(1) Bagi kes Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH) pembedahan jantina untuk kembali kepada genetik asal iaitu perempuan adalah diharuskan oleh Islam kerana ia boleh dilakukan melalui rawatan hormon dan pembedahan;\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Manakala bagi kes Testicular Feminization Syndrome (TSF), untuk kembali kepada genetik asal (lelaki) secara pembedahan atau rawatan hormon adalah sukar. Sekiranya individu berkenaan bercadang untuk melakukan juga pembedahan, ia adalah diharuskan selagimana perbuatan tersebut tidak mendatangkan kemudharatan sama ada dari aspek psikologi atau biologi kepada individu tersebut; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Bagi kes Testicular Feminization Syndrome yang dikesan ketika dewasa, individu tersebut boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan jantina mereka diiktiraf berdasarkan fizikal dan genitalia zahir mereka. Pembedahan untuk mengeluarkan testes (sekiranya ada) adalah harus untuk mengelakkan risiko penyakit seperti mendapat kanser. Perkahwinan dengan pasangan mengalami Testicular Feminization Syndrome tidak perlu dipisahkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10698", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Pengursan Hukum Syarak Kali Ke-86 yang bersidang pada 18b Julai 2014 telah bersetuju dengan cadangan menggunakan wang zakat dalam akaun semasa MAIWP di Bank Islam bagi pelaburan jangka pendek."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11466", "body": "Pameran Jin, Hantu dan Keranda, Pameran Alam Misteri serta yang berkaitan dengannya adalah \nditegah oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan mudharat pada akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri, jin dan hantu. Umat Islam tidak seharusnya dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11978", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membahaskan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar serta mengambil kira dari segi kuasa (Undang-Undang) dan hukum syara' adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Malah mengikut peruntukkan perkara 158 (3) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 3/1952 yang diberi kuasa kepada peruntukkan tersebut adalah perlu dilaksanakan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Majlis Fatwa dalam hal ini adalah sependapat bahawa hukuman hudud adalah wajib dilaksanakan ke atas mereka yang didapati bersalah, tetapi oleh kerana berdasarkan kepada Undang-undang tersebut, maka hukuman yang dikenakan itu sahajalah yang dapat dilaksanakan.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11467", "body": "(1) Ikan ternakan yang dipelihara dalam kolam, tasik, lombong dan seumpamanya serta diberi makanan daripada najis seperti babi dan bangkai sebagai sumber makanan utama adalah haram dimakan; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Penternak dilarang memberi ikan ternakan dengan makanan utama daripada najis sebagai langkah di samping menjaga sensitiviti umat Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11980", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan teliti dan mengikut hukum yang mu\"tabar dalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Jawatankuasa Fatwa kali ke 5/98 yang bersidang pada dan memutuskan hukum meracun rumput di kawasan tanah perkuburan adalah tidak harus. Ini adalah untuk mengelakkan daripada rumput-rumput tersebut mati dan memberi kesan sampingan kepada alam sekitar dan makhluk lain.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10701", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 1 Jan 2006 telah membincangkan mengenai fatwa berhubung kad kredit:\n\u00a0Mesyuarat Jamaah Ulama' bersetuju memfatwakan bahawa penggunaan kad kredit islamik untuk bermuamalah dan membayar zakat adalah diharuskan manakala penggunaan kad kredit konvensional diharuskan sekiranya pengguna kad ini dapat mengelakkan diri daripada dikenakan bayaran atau denda yang berunsur riba."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10957", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 4 Rejab 1434 Bersamaan 14 Mei 2013 telah membincangkan mengenai Sunah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Yang Ditinggalkan.\n\u00a0\n\u00a0Alhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\nSetelah membuat kajian dan juga penyelidikan di dapati tidak ada sumber sohih yang boleh membuktikan bahawa lambang A\u00a0adalah ajaran yahudi. walaubagaimanpun terdapat satu hadis yang mengatakan bahawa apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menunjuk, maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menunjuk dengan keseluruh tapak tangannya bukan dengan jari telunjuknya sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11469", "body": "Penggunaan Pneumatic Percussive Stunning dalam sembelihan lembu dan binatang halal seumpamanya adalah \ndibenarkan dengan syarat tengkorak haiwan sembelihan yang dikenakan stunning dalam keadaan tidak retak dan matinya adalah kerana sembelihan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11470", "body": "(1) Pesakit heamophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit. Walaubagaimanapun, aspek taharah bagi pesakit heamophilia perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan kesahihan ibadah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan otak yang dialaminya. Gugur semua kewajipan melaksanakan ibadah termasuk berkhatan ke atas kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak yang teruk. Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan perlu memastikan kebersihan anggota kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11471", "body": "Harus menggunakan alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin bagi suami dan isteri dengan syarat berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n(1) Tidak mendatangkan kemudaratan dari segi fizikal ataupun mental sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang;\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Alat yang digunakan bukan dari bahan yang najis;\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Hendaklah ada persetujuan bersama di antara suami dan isteri; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(4) Digunakan untuk tujuan kebaikan bagi perkara yang diharuskan oleh syara' sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11983", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan dengan teliti dan ahli mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Tanah wakaf Masjid untuk mendapatkan hasil atau kewangan masjid dibuat projek perumahan hukumnya adalah harus dan rumahnya bolehlah dijual tapak (tanahnya). Tapak rumah itu adalah dikira pinjam/sewa sahaja.\"\n\n\n\u00a0\n\n\nIa berdasarkan kepada Buku Fatwa-Fatwa Kerajaan Johor Jilid Pertama muka surat 275.\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Jawapan soalan tiga - kalau barang wakaf itu berupa seperti rumah dan seumpamanya diwakafkan kerana pendapatan hasilnya maka boleh wakaf itu disewakan.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11472", "body": "(1) Dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ectasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10193", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 - 24 Nov 2005\u00a0telah membincangkan Hukum Suami Yang Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hubungan di antara lelaki dan wanita adalah dihalalkan setelah melalui akad Ijab dan Qabul yang sah.\n\n\n\nOleh itu Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa tiada istilah rogol atau melanggar hak asasi manusia dalam sebuah perkahwinan yang sah dan keganasan rumahtangga yang berlaku adalah lebih bersifat dharar yang boleh diambil tindakan melalui peruntukan undang-undang sedia ada."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11473", "body": "Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11985", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Jika digunakan untuk perhiasan semata-mata, hukumnya adalah diharuskan kerana ia tidak didapati unsur-unsur penghinaan atau merendahkannya dan diletakkan di tempat yang tinggi.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Jika digunakan untuk makan atau kegunaan harian, hukumnya adalah haram kerana pinggan ini akan digunakan bercampur dengan orang-orang bukan Islam dan orang yang suci atau berhadas.\n\n\n\u00a0\n\n\nDi samping itu terdapat juga dilihat sebagai satu penghinaan atau meringan-ringan ayat Al-Quran yang boleh seseorang itu menjadi terkeluar dari Islam seperti disebut dalam kitab Al-Majmuk Surah Al-Mahzab Lisyairazi, Juzuk 2, Muka 196 :"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11730", "body": "Jawatankuasa berpendapat ayat-ayat al-Quran dan tulisan-tulisan bagi perkataan yang dimuliakan oleh Islam tidak boleh dijadikan lukisan pada kain untuk dijadikan pakaian kerana dibimbangi membawa kepada penghinaan dan sayugialah dicegahkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11986", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan masalah tersebut dengan detail dan mengambil keputusan adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Bahawasanya tidak dibolehkan menggunakan tapak masjid atau bekas tapak masjid, melainkan untuk masjid sahaja, kerana masjid itu adalah tempat yang suci\u00a0dan pasti dipelihara kesuciannya dan kehormatannya. Oleh itu tidaklah seharusnya mengkuburkan sebarang mayat di tapak masjid atau bekas tapak masjid.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11475", "body": "(1) Amalan dan perbuatan kumpulan Black Metal, Heavy Metal, Proto Metal, Doom Metal, Power Metal, Speed Metal, Thrash Metal, Death Metal dan Progressive Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Antara ciri-ciri kesalahan yang diamalkan adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nDari segi akidah\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Memijak Al-Quran;\n\n\nii. Memuja Iblis dan syaitan;\n\n\niii. Beramal dengan fahaman tiada agama (Free Thinker);\n\n\niv. Anti Ketuhanan; dan\n\n\nv. Mengaku telah murtad.\n\n\n\u00a0\n\n\nDari segi syariah\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Membakar Al-Quran dan menghina Al-Quran;\n\n\nii. Mendakwa diri sebagai pengikut syaitan;\n\n\niii. Melakukan upacara meditasi dan pesta puja api;\n\n\niv. Meminum arak;\n\n\nv. Mengamalkan seks bebas;\n\n\nvi. Menggalakkan amalan bunuh diri; dan\n\n\nvii. Menggalakkan pembunuhan.\n\n\n\u00a0\n\n\nDari segi akhlak\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Suka kepada muzik berbentuk heavy metal, ganas dan liar di samping mengagungkan syaitan dan memuja roh;\n\n\nii. Minum darah binatang yang dibunuh dengan kejam sebagai simbolik anti ketuhanan dan semua agama;\n\n\niii. Berpakaian tidak senonoh dan memakai aksesori seperti rantai salib terbalik dan pentagram, melukirkan parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling;\n\n\niv. Suka berfoya-foya seolah-olah tiada pegangan agama dan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan serta mengamalkan seks bebas; dan\n\n\nv. Menghisap dadah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam serta tindakan undang-undang yang sewajarnya boleh diambil ke atas mereka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12243", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2013-1434H yang bersidang pada 03 Julai 2013 bersamaan 24 Sya\u2019ban 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 bertarikh 25 November 2004 dalam isu Hukum Wakalah dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadah Qurban dengan \nsighah\n seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0Hukum asal wakalah adalah harus.\n\n\n\u00a0\n\n\nii.\u00a0Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain dengan keizinan muwakkil .\n\n\n\u00a0\n\n\niii\u00a0Harus\u00a0bagi\u00a0wakil\u00a0mewakilkan\u00a0kepada\u00a0orang\u00a0lain\u00a0sekiranya\u00a0tidak\u00a0mampu atau tidak layak\u00a0melakukan sendiri perkara yang diwakilkan tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\niv.\u00a0Harus mengagihkan daging qurban ke tempat atau negara lain.\n\n\n\u00a0\n\n\nv.\u00a0Tidak harus mengagih dan memberi makan daging qurban kepada orang bukan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat juga memutuskan bahawa sighah perwakilan antara orang yang berkorban kepada wakilnya hendaklah dinyatakan secara lafaz atau kinayah seperti bertulis dan seumpamanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11476", "body": "Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\nWalaupun dari segi syara, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.\n\n\n\u00a0\n\n\nMengenai hukum qada' zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib tetapi tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11732", "body": "Setelah diedarkan kain yang tersebut kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa yang hadir pada hari ini, dan setelah diteliti dan dihalusi apa yang didakwa adanya tulisan '???? ' dan lain perkataan, Jawatankuasa mendapati bahawa tulisan-tulisan tersebut tidak dapat dikesan dengan jelas. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini berpendapat kain tersebut sama seperti kain-kain lain, harus dipakai."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10965", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 5 Jamadilawal 1430H bersamaan 30 April 2009M kali 180 setelah meneliti, membahas dan membincang isi kandungan lagu yang bertajuk Allah Peduli dan Yesus Kekuatanku yang di nyanyikan oleh Agnes Monica bersetuju bahawa HARAM di nyanyikan dan disiarkan dan boleh menjadikan syirik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11477", "body": "Penggunaan kaedah Autopsi Maya (\nVirtual Autopsy\n) dalam bedah siasat mayat jika memenuhi keperluan, wajib diberi keutamaan berbanding kaedah bedah siasat yang diamalkan sekarang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11733", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang hari ini telah berbincang mengenai gerakan menolak hadis dan ' JAM' yang ditaja oleh Kasim Ahmad dan juga bacaan ' terjemahan' quran oleh Osman Ali seorang rakyat Singapura. Perkara tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan keluh kesah dikalangan masyarakat Islam serta mengancam akidah Islam, oleh itu perkara ini hendaklah dibincangkan dengan meluas oleh pusat Islam untuk diambil tindakan sewajarnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11478", "body": "Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Oleh kerana masalah ini (ASN) adalah masalah Nasional (Kebangsaan), maka Jawatankuasa Fatwa berpendapat masalah tersebut patut dimajukan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11479", "body": "(1) FELDA wajib mengeluarkan zakat ke atas hasil pendapatannya dengan mengambil kira pendapatan anak-anak syarikat, sekiranya semua urusan ke atas pemilikan ekuiti dan akaun pendapatan anak-anak syarikat dikawal oleh FELDA sendiri.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Walau bagaimanapun, sekiranya pendapatan anak-anak syarikat FELDA diuruskan melalui akaun yang berasingan, maka anak-anak syarikat tersebut wajib mengeluarkan zakat pendapatannya secara berasingan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11992", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n'Bahawasanya Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah memutuskan Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah Islam. Segala bentuk buku dan risalah terbitannya adalah haram dan boleh membawa kesesatan. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar.'"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12248", "body": "1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.\n\u00a0\n2. Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun Iman dan Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain menepati rukun Iman dan rukun Islam, seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.\n\u00a0\n3. Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah Ta\"ala. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12504", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM \n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 2003\n\n\n[\nEnakmen No.10/2003\n]\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\n\u00a0\n\n\nAJARAN DAN FAHAMAN HIZBUT TAHRIR\n\n\n\u00a0\n\n\nP\nADA\n menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [\nEnakmen No. 10/2003\n], Jawatankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar dan dengan persetujuan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin, mengeluarkan fatwa seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nAjaran dan fahaman Hizbut Tahrir adalah bercanggah dengan pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan aliran Hizbut Tahrir.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPercanggahan ajaran dan fahaman Hizbut Tahrir dengan pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nbahawa pemerintah, ahli Parlimen dan para ulama\u2019 Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nnegara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kufur dan haram menyertai sistem kerajaan sekarang;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenafikan istilah \u201c\nal-Qada\u2019 wa al-Qadar\n\u201d;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nberpegang kepada fahaman \nQadariyyah\n;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nakidah \nSiyasiyyah\n lebih penting daripada akidah \nRuhiyyah\n;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenolak sumber akidah melalui hadith \nAhad\n kerana boleh membawa kesesatan kerana hadith \nAhad\n itu merupakan dalil \nzanni\n sedangkan akidah itu keyakinan; dan\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nbahawa Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi Nabi atau Rasul.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nOleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan memutuskan bahawa fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bertentangan dengan pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang \u2013\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmenganut, mengamal, menjadi ahli atau pengikut fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir, melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain yang berlawanan dengan pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmengajar, menyebar, menghidup, menganjur, mempromosi fahaman dan ajaran atau menghadiri apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang dikaitkan dengan ajaran atau fahaman Hizbut Tahrir; atau\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmemiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem atau apa-apa bahan yang dikaitkan dengan ajaran atau fahaman Hizbut Tahrir.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran agama Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat 01 OKTOBER 2020\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1: PUNS 100/2/4 Jld.2]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDato\u2019 Hj. Mohd YUSOF bin Hj. Ahmad\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10713", "body": "Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan perkara-perkara berikut:\na) Menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 bertarikh 22 hingga 24 Oktober 2008 bahawa:\ni. Bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci al-Qur\"an dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci al-Qur\"an atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.\nii. Penjualan dan penyimpanan kitab suci al-Qur\"an di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut.\nb) Mewartakan keputusan fatwa tersebut dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12505", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 01/2016-1437H yang bersidang pada 28 Januari 2016 bersamaan 18 Rabi\u2019al-Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bil. 3/2015 berkenaan Hukum Rokok Elektronik dan Vape dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n1.\u00a0Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan\u00a0yang dikemukakan\u00a0Muzakarah mendapati bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni. Rokok elektronik mengandungi Nikotin, Propylene Glycol, Vegetable Glycerin dan bahan perisa dan pewarna. Manakala vape pula mengandungi Propylene Glycol, Vegetable Glycerin dan bahan perisa dan pewarna.\n\n\nii. Bahan-bahan yang terkandung rokok elektronik dan vape tersebut boleh memudaratkan dan boleh memberi kesan kepada kesihatan\u00a0seperti ketagihan, menggalakkan pembekuan darah, kematian mengejut, iritasi pada mata, tekak dan kulit serta mampu membunuh sel paru- paru. Kandungan lain yang terdapat di dalam rokok elektronik dan vape juga boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan.\n\n\niii. Prinsip passive smoker seperti pada rokok konvensional juga terpakai pada rokok elektronik dan vape di mana orang yang berada di sekeliling juga mendapat kesan hembusan wap yang keluar daripada rokok elektronik dan vape. Oleh itu, ia tidak hanya memberi mudarat kepada penghisap rokok elektronik dan vape\u00a0tersebut bahkan juga orang di sekeliling mereka.\n\n\niv. Berdasarkan dapatan kajian-kajian dari sudut perubatan dan saintifik yang dibentangkan tersebut, rokok elektronik dan vape masih tidak terbukti sebagai alternatif rawatan ketagihan berhenti merokok atau nikotin oleh perokok-perokok, malahan ia menyebabkan lebih ramai akan terjebak dalam permasalahan ini, termasuk remaja dan kanak-kanak.\n\n\n\u00a0\n\n\n2.\u00a0Dari perspektif syarak, hukum pengharaman memakan atau meminum atau mengambil bahan-bahan yang memudaratkan disebut oleh ulama daripada keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali dalam kitab-kitab mereka. Mereka menyatakan bahawa bahan-bahan yang memudaratkan tubuh badan haram dimakan, diminum atau diambil sekalipun ia suci seperti racun, tanah, kaca dan seumpamanya.\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0Salah satu dalil umum dalam pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape ini ialah perbuatan tersebut memudaratkan tubuh. Syariat Islam melarang perbuatan dan tindakan yang membawa kepada kebinasaan dan memudaratkan diri, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195:\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0644\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0628\u0650\u0623\u064e\u064a\u062f\u0650\u064a\u0643\u064f\u0645 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u062a\u0651\u064e\u0647\u0644\u064f\u0643\u064e\u0629\u0650\u200c\u06db\u00a0\n\n\n\u201cDan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nHadith Nabi SAW:\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u0644\u0627\u064e \u0636\u064e\u0631\u064e\u0631\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0636\u0650\u0631\u064e\u0627\u0631\u064e\n\n\n\u201cTidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\n(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)\n\n\n\u00a0\n\n\n4.\u00a0Antara kriteria kemudharatan yang diambilkira oleh Islam dalam pengharaman sesuatu makanan atau minuman atau bahan ialah:\n\n\ni. Kemudaratan bahan tersebut terbukti dengan jelas atau nyata;\n\n\nii. Pengambilan bahan tersebut secara kebiasaannya (ghalib) boleh membawa kemudaratan;\n\n\niii. Kemudaratan merangkumi kemudaratan yang berlaku secara segera atau secara perlahan;\n\n\niv. Kemudaratan merangkumi sesuatu yang boleh membawa kematian, kehilangan/kerosakkan\n\n\nanggota, membawa penyakit berbahaya, atau kemudaratan pada akal;\n\n\nv. Bahan yang memudaratkan tersebut tidak mempunyai sebarang manfaat yang muktabar.\n\n\n\u00a0\n\n\n5.\u00a0Penghujahan berasaskan kepada qiyas juga membuktikan bahawa rokok elektronik dan vape tidak berbeza hukumnya dengan rokok konvensional kerana kedua-duanya mempunyai \u02bfillah yang sama iaitu memudaratkan tubuh.\n\n\n\u00a0\n\n\n6.\u00a0Penggunaan rokok elektronik dan vape adalah bentuk pembaziran yang diharamkan oleh agama kerana ia adalah perbelanjaan dalam perkara yang sia-sia, tidak berfaedah, dan malahan memudaratkan tubuh. Ia juga membebankan ekonomi negara bagi membiayai kos rawatan penyakit berkaitan.\n\n\n\u00a0\n\n\n7.\u00a0Penggunaan rokok elektronik dan vape juga terdedah kepada penyalahgunaan yang boleh membawa kepada kegiatan pengedaran ganja dan dadah yang berbahaya. Justeru, adalah wajar perkara-perkara yang sangat terdedah kepada kemudaratan yang besar ditutup melalui penetapan hukum haram, berasaskan kepada kaedah sadd al-dhar\u012b\u02bfah \u0633\u062f \u0627\u0644\u0630\u0631\u064a\u0639\u0629 iaitu \u201cmenutup pintu kerosakkan\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n8.\u00a0Berasaskan kepada maslahah umum, pihak pemerintah mempunyai kuasa untuk melarang penggunaan bahan-bahan yang memudaratkan kepada masyarakat bagi menjaga kepentingan umum (maslahah ammah)mereka berdasarkan kaedah fiqh:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u062a\u064e\u0635\u064e\u0631\u0651\u064f\u0641\u064f \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u0639\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u0650 \u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0637\u064c \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0635\u0652\u0644\u064e\u062d\u064e\u0629\u0650\n\n\n\u201cTindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah bergantung kepada ma\u1e63la\u1e25ah\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n9.\u00a0Islam adalah agama yang lengkap yang sentiasa menjaga kehidupan manusia sejagat berdasarkan prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Penggunaan rokok elektronik dan vape ini sekiranya tidak dibendung, boleh meruntuhkan lima prinsip syarak ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusan :\u00a0Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan serta perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli, Muzakarah Muzakarah bersetuju terhadap keperluan mengharamkan penggunaan rokok elektronik dan vape. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap rokok elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan rokok elektronik dan vape.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11995", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Negeri Selangor yang diadakan pada 16 April 2002 telah memutuskan adalah tidak boleh seorang amil menerima sebarang hadiah, saguhati atau sedekah dalam melaksanakan tugasan rasmi atau tugasan harian.\n\n\n\u00a0\n\n\nMenurut Enakmen Badan-Badan Berkanun (tatatertib dan surcaj) Selangor 2001 mengatakan bahawa:-\n\n\n\u00a0\n\n\nSeseorang pegawai tidak boleh;\n\n\n\u00a0\n\n\na) membelakangkan kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan peribadinya;\n\n\nb) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun;\n\n\nc) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai badab berkanun;\n\n\n\u00a0\n\n\ni) Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercangggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai badan berkanun atau;\n\n\nii) Dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan berkanun bagi faedah dirinya sendiri;\n\n\n\u00a0\n\n\nd) Berkelakuan dengan demikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun;\n\n\ne) Kurang cekap atau kurang berusaha;\n\n\nf) Tidak jujur atau tidak amanah;\n\n\ng) Tidak bertanggungjawab;\n\n\nh) Membawa atau mencuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap badan berkanun, samaada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain badan berkanun;\n\n\ni) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan\n\n\nj) Cuai dalam melaksanakan tugasnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n7. (1) Seorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, samaada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan atau badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau penberiaan hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan samaada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya.\n\n\n\u00a0\n\n\n(2) Ketua Bahagian seseorang pegawai boleh, jika difikirkankannya patut, membenarkan pegawai itu untuk memberikan suatu surat pujian daripada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukaran pegawai itu asalkan surat pujian itu tidak terkandung dalam suatu bekas yang bernilai.\n\n\n\u00a0\n\n\n(3) Ketua Bahagian boleh membenarkan pemungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai dibawah jagaannya bagi maksud pemberian hadiah kepada seseorang pegawai dalam bahagiannya sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan pegawai it atau apa-apa peristiwa lain yang sesuai.\n\n\n\u00a0\n\n\n(4) Jika-\n\n\n\u00a0\n\n\na) Seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan; atau\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Hal keadaan menyebabkan sukar bagi seorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiahatau cenderamata yang bernilai, yang penerimanya dilarang oleh peaturan ini,\n\n\n\u00a0\n\n\nHadiah itu bolehlah diterima secara rasmi tetapi pegawai itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Bahagiannya yang mengandungi perihalan lengkap dan anggaran nilai hadiah itu dan keadaan hal hadiah itu diterima.\n\n\n\u00a0\n\n\n(5) Apabila diterima laporan yang dibuat dibawah subperaturan(4), Ketua Bahagian hendaklah-\n\n\n\u00a0\n\n\na) membenarkan pegawai itu menyimpan hadiah itu; atau\n\n\nb) mengarahkan supaya hadiah itu dikembalikan, melalui Ketua Bahagian itu, kepada pemberinya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12507", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 2/2014 yang bersidang pada 30 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 30 April 2014M telah meneliti dan membincangkan mengenai \nCadangan Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1435H /2014M.\n Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\n(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Harga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1435H/2014M ialah sebanyak RM6.70 seorang;\n\u00a0\n(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras Super Tempatan Gred A (5%-10% hancur), mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram; dan\n\u00a0\n(3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1435H/2014M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11484", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan\u00a0yang bersidang pada 4 Julai 2004 telah membincangkan mengenai fatwa berkaitan dengan air kumbahan. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:\n1. Air kumbahan adalah air yang terkandung dalam kumpulan air mutanajjis dan sekiranya air ini tidak dirawat dan masih dalam keadaan ini ia tidak boleh digunakan untuk mengangkat hadas dan menyucikan najis dengannya.\n2. Sekiranya air kumbahan ini dirawat dengan rawatan moden yang boleh mengasing dan menghilangkan kenajisannya sehingga air tersebut kembali kepada sifat asalnya, iaitu air ini tiada lagi kesan perubahan disebabkan oleh najis dari segi rasa, warna dan bau serta disahkan oleh pakar-pakar dalam bidang ini bahawa ia bebas dari kuman dan penyakit, maka air ini diharuskan penggunaannya untuk mengangkat hadas dan menyucikan najis dengannya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11996", "body": "Jawatankuasa Fatwa dalam persidangannya kali ke 5/98 memutuskan agar sandaran hukum syara' yang lebih kukuh diperolehi bagi menyokong sesuatu hukum yang diputuskan iaitu:\n\n\n\u00a0\n\n\nMenurut Dr. Wahbah al-Zuhailiy dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa\"adillatuh didalam bab sembahyang Tahiyat al-Masjid:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Sesiapa yang memasuki masjid disunatkan membuat sembahyang sunat dua rakaat sebagai penghormatan kepada pemilik masjid kerana terdapat hadis Rasulullah s.a.w,\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya: \nApabila salah seorang kamu memasuki masjid, janganlah dia duduk sebelum melakukan ruku'\u00a0dua rakaat sembahyang dua raka'at."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10973", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Kali Ke 163 yang bersidang pada 20 Jamadil Awal 1425H bersamaan 8 Julai 2004M bersetuju dijalankan pemeriksaan kesihatan kepada bakal-bakal pengantin di negeri Perak atas kaedah \n(Al Wiqoyah Khairul Minal 'ilajj\n) dan bukannya sebagai menambah syarat atau menjadikan ia sebagai sekatan perkahwinan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11486", "body": "Mesyuarat Jemaah Ulama\u00e2\u20ac\u2122 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 4 Julai 2004 telah membincangkan fatwa mengenai pengharaman ajaran Azhar Bin Wahab (pengasas Al-Mansur Holding Sdn Bhd). Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:\n1) Ajaran Azhar Bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman\u00a0akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada\u00a0ajaran Islam yang sebenar, dan\n2 ) Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang\u00a0berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar Bin Wahab dianggap\u00a0menyalahi hukum syara' dan wajib bertaubat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11998", "body": "Mesyuarat awatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 1 Januari telah membincangkan mengenai Hukum Tandas Yang Dibina Di Bawah Masjid Dan Bumbung Bersambung Dengan Masjid. Mesyuarat telah memutuskan bahawa hukum membina tandas di bawah masjid dan tandas yang dibina bangunannya disatukan (mutalasikah) dengan masjid hukumnya haram.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10975", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 19 Julai 2010\u00a0telah membincangkan mengenai \"Permohonan Fatwa/ Penjelasan Penggunaan Ubat Clexane Dalam Rawatan Pesakit\"\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n\u00a0\n\u201cUbat \nClexane dan Fraxiparine\n bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta-merta untuk merawat pesakit yang dalam keadaan \nacute emergency\n (kecemasan) adalah diharuskan atas keadaan darurat, ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiah;\n\u00a0\n????????????? ??????? ??????????????\n\u00a0\nErtinya:\u00a0darurat mengharuskan hal- hal yang dilarang ( haram )\u201d .\n\u00a0\nKeharusan ini hanya diberikan kepada Hospital Daerah Kluang sahaja kerana ubat \nArixtra Solution for Injection \natau nama generiknya \nFondaparinux Sodium \nyang dihasilkan dari sumber halal tidak terdapat di hospital ini.\n\u00a0\nwaAllahu a\u2019lam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12255", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke - 81 yang bersidang pada 19 April 2012 telah membincangkan mengenai Kertas Cadangan Pemindahan Pusara Di Kawasan Perkuburan Penjara Pudu Bagi Pembangunan Semula Kawasan Penjara Pudu, Bukit Bintang Di Atas Tanah Lot 725, 726, 727 Section 561 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\u00a0\na) Oleh kerana kawasan bekas penjara Pudu, Bukit Bintang di atas tanah lot 725, 726, 727 seksyen 561 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan itu (termasuk tanah yang didakwa sebagai kubur) bukan tanah kubur, maka ia boleh di bangunkan semula oleh pihak berkuasa.\n\u00a0\nb) Sekiranya dalam kerja-kerja mengorek tanah itu terjumpa jenazah atau tulang manusia, maka ianya hendaklah dipindahkan ke suatu tempat yang sesuai.\n\u00a0\nc) Pihak pemaju hendaklah sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,supaya kerja-kerja pemantauan di tapak tersebut dapat dijalankan dengan sempurna."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11488", "body": "Jawatankuasa fatwa berpendapat tiada halangan pada syarak untuk dirad (tolak) Sinf Ar-Riqab kepada Asnaf yang lain. Begitu juga mana-mana Sinf yang lain sekiranya tiada orang-orang yang berhak menerimanya maka hendaklah diradkan juga."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12000", "body": "Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1431H/2010M\n\u00a0\n(a) Harga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1431H/2010M ialah sebanyak RM 6.50 seorang.\n(b) Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras super tempatan gred A, mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.\n(c) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar zakat fitrah kepada \u2018amil-\u2018amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1431H/2010M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12001", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2011 yang bersidang pada 4 Sya\u2019aban 1432H bersamaan 5 Julai 2011 sebulat suara bersetuju menerima syor seperti yang dikemukakan iaitu :\n\u00a0\na)\u00a0\u00a0\u00a0Harga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1432H/2011m ialah sebanyak RM6.50 seorang;\n\u00a0\nb)\u00a0\u00a0\u00a0Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata\u00a0beras Super Tempatan Gred A,\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram;\n\u00a0\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar fitrah kepada\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1432H/2011M."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12002", "body": "(a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta;\n\u00a0\n(b) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja;\n\u00a0\n(c) Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma\u2019 dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh Islam;\n\u00a0\n(d) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun atau individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri;\n\u00a0\n(e) Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa;\n\u00a0\n(f) Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam;\n\u00a0\n(g) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh;\n\u00a0\n(h) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Ta\u2019ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12514", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2015-1436H yang bersidang pada 26 Ogos 2015 bersamaan 11 Dzulqa\u2019dah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-71 berkenaan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDi dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itu dengan mengambilkira hikmah poligami yang telah disyariatkan, Muzakarah memutuskan bahawa cadangan memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligami tidak perlu dilaksanakan.\n\n\nMuzakarah juga berpandangan bahawa Undang-Undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkap dan mencakupi semua isu berkaitan institusi keluarga Islam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12515", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2015-1436H yang bersidang pada 26 Ogos 2015 bersamaan 11 Dzulqa\u2019dah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-23 berkenaan Penukaran Nama Daripada Bukan Islam Kepada Islam dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDibolehkan untuk mengekalkan nama asal yang mempunyai pengertian yang baik.\n\n\nWalau bagaimanapun, adalah menjadi satu keperluan untuk meletakkan nama Islam.\n\n\nPertukaran nama perlu dilakukan sekiranya nama tersebut mempunyai pengertian yang tidak baik.\n\n\nTiada halangan saudara baru untuk meletakkan nama bapanya atau boleh\u00a0dibin/dibintikan dengan nama Abdullah atau tidak dibin/dibintikan dengan apa-apa nama.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11748", "body": "Mesyuarat bersetuju bahawa : Pembiayaan kewangan Gadaian Islam melalui peruntukan wang zakat di bawah Sinf Al-Gharimin diberi kebenaran dengan mengambil kira sesiapa yang berhak ke atas Sinf Al-Gharimin tidak dipinggirkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12260", "body": "Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 36 dan seksyen 39 Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, menerusi Jamaah Ulama\u2019\u00a0yang bersidang pada 02 Rejab 1416H bersamaan 25 November 1995 dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat Fatwa yang\u00a0berikut:\n\u00a0\nA.\u00a0Bahawa-\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nBuku yang bertajuk \u201c Hadith Satu Penilaian Semula \u201c dan \u201c Hadith Jawapan Kepada Pengkritik\u201d yang ditulis oleh Kasim Ahmad dan isi kandungannya;\nBuku yang bertajuk \u201c Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu- Hadith di dalam Al-Quran\u201d yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman dan isi kandungannya;\nBuku yang bertajuk \u201c Bacaan\u201d\u00a0yang ditulis oleh Othman Ali dan isi kandungannya;\nBuku yang bertajuk \u201cThe Computer Speaks- God\u2019s Message To The Wold \u201d yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa dan isi kandungannya;\nRisalah \u201cIqra\u2019 \u201c terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia dan isi kandungannya;\u00a0dan\nApa-apa terjemahan buku atau risalah yang disebut dalam butiran (i) hingga (v) dan isi kandungannya dalam mana-mana bahasa.\nAdalah mengandungi ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam dan membawa kepada murtad, oleh itu adalah diharamkan.\n\u00a0\nB. Bahawa mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A) adalah sesat kerana ia bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.\n\u00a0\nC.\u00a0Bahawa pengharaman ini meliputi \u2013\n\u00a0\n(i). Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A) dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang merangkumi kesemua tujuannya atau salah satu daripada tujuannya iaitu pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan iaitu suatu pegangan, ideologi,\u00a0falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n(ii).\u00a0Apa-apa bahan publisiti termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan termasuklah suatu gambar, gambarfoto, logo, poster, rajah, surat edaran, galanser filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan memberi publisi kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A) ; dan\n\u00a0\n(iii).\u00a0Apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu wayang gambar, pita rakaman atau rekod walau bagaimanapun ia dibuat, daripada suatu imej, berdasarkan penglihatan, yang merupakan rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat yang menayangkan rangkaian itu sebagai gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring hitam, fotografi, pita rakaman, cakera laser dan cakera padat yang dirakamkan rakaman suara manusia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A).\n\u00a0\nOleh itu orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A), menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran dan aktiviti lain yang bertujuan menghidupkan dan mengembangkan ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang sebut dalam subperenggan (A).\n\u00a0\nOrang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamphlet, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh mengaitkan kepada ajaran, pegangan atau fahaman di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A) kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12005", "body": "Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 23 Ogos 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa buku bertajuk 'Tiang Ugama' yang telah dikeluarkan oleh Pusat Dakwah, Kuala Lumpur adalah diharamkan kerana kandungan buku itu jelas bertentangan dengan prinsip akidah dan akhlak Islam'."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10726", "body": "1. Amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi Kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.\n2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -\n(a) untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, atau menyebarkan amalan-amalan dan perbuatan Kumpulan tersebut;\n(b) untuk menjadi anggota atau pemimpin Kumpulan tersebut atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan Kumpulan itu.\n3. Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal hendaklah segera meninggalkan Kumpulan tersebut dan memohon keampunan kepada Allah subhanahu wata'ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11750", "body": "Mesyuarat bersetuju menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berpandukan kitab-kitab Fatwa semasa termasuk buku ' Fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Terengganu 1953-1970.\nJawapan kepada soalan-soalan dalam bahagian kemusykilan pertama adalah seperti berikut:\ni. Pembedahan Mayat sebagaimana yang dilakukan di hospital-hospital pada hari ini ialah suatu perkara baru yang tidak berlaku pada zaman awal Islam kerana pada masa itu belum timbul keperluan kepada pembedahan. Tambahan lagi sebagaimana yang diketahui perkembangan ilmu perubatan belum sampai ke peringkat seperti yang ada hari ini. Oleh yang demikian tidaklah dibahaskan oleh ulamak Mutaqaddimin dalam kitab-kitab feqah. Bagaimanapun al-Imam an-Nawawi ada menyebut dalam kitabnya al-Majmu\". Terjemahan seperti berikut:\n'\nKiranya ditelan oleh orang yang mati itu akan sebutir permata yang berharga kepunyaan orang lain dan dituntut balik oleh tuannya maka ketika itu haruslah dibelah perutnya kemudiam dikembalikan permata itu kepada tuannya dan kiranya mati seorang perempuan yang masih mengandung dan anak yang dikandung itu masih hidup waktu itu haruslah dibelah perutnya kerana mengeluarkan anak itu dengan tujuan memelihara satu nyawa walaupun dengan merosakkan satu bahagian daripada anggota mayat itu.\n'\nMemandangkan maslahah yang wajib dikawal dan dipelihara pada zaman ini maka amalan pembedahan mayat oleh mereka yang pakar dalam ilmu itu adalah mustahak dan penting. Seseorang yang tidak mendalami hikmah tasyri\" mungkin mengatakan hukum pembedahan mayat orang Islam itu haram dengan sebab agama Islam memuliakan anak Adam dan memerintahkan orang yang hidup memuliakan mayat dan jangan menyakitinya. Sebaliknya sayugialah diingatkan bahawa menurut kaedah tasyri\" iaitu segala hukum syara' itu dilunaskan di atas mengawal faedah dan maslahah serta menjauhkan kerosakan. Maka mana-mana perkara yang ada padanya kerosakan yang lebih besar disuruh meninggalkannya.\nSehubungan dengan itu sukacita dinyatakan bahawa Sahibul Fadhilah al-Marhum as-Syiekh Yusuf ad-Dajwi seorang ulamak yang termasyhur di Mesir telah memfatwakan bahawa pembedahan mayat orang Islam itu harus, dan dengan sebab-sebab yang dibentangkan di atas itu Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa pembedahan itu harus dilakukan pada zaman ini kerana memelihara dan mengawal maslahah umum bila berlaku kematian-kematian yang menimbulkan syak dan syubhah, lebih-lebih lagi perkembangan rekaan-rekaan baru yang makin bertambah dengan senang sahaja kejadian-kejadian jenayah itu dapat ditudung dan benamkan qarinah-qarinah dan punca-punca yang harus akan membongkar rahsianya. Wallahua\"lam.\nii. (a) Hendaklah dipastikan terlebih dahulu tentang kematian mayat berkenaan. Ini untuk mengelakkan dia dibedah dalam saat-saat terakhir hayatnya (belum benar-benar mati).\n(b) Hendaklah bedah siasat itu dalam kes yang bersabit dengan hak orang lain terhadap si mati tanpa diragui lagi. Kalau kematian biasa yang tidak kena mengena dengan tuntutan orang lain terhadapnya, tidaklah harus dilakukan pembedahan.\n(c) Hendaklah sempurna keadaan darurat yang memaksa dilakukan pembedahn ini seperti untuk mempastikan kematian disebabkan perbuatan penjenayah dan sebagainya.\n(d) Hendaklah proses pembedahan ini dilakukan secara berhati-hati, cermat dan halus bagi menjaga kehormatan si mati.\n(e) Hendaklah diperolehi terlebih dahulu keizinan ahli warisnya sekiranya mereka masih ada. Keizinan memang perlu bagi tujuan menjaga perasaan waris-warisnya.\niii. Pengambilan apa-apa bahagian daripada anggota mayat untuk kajian ekoran daripada bedah siasat bagi dijadikan bahan bukti di mahkamah atau untuk kajian perubatan adalah dibolehkan dalam keadaan terhad iaitu ketika kajian itu benar-benar diperlukan ataupun dalam keadaan darurat di mana keadilan tidak dapat dilaksanakan tanpa bedah siasat tersebut.\nPendapat ini berpandukan kepada perbincangan ulamak muta-akhiriin dalam penulisan mereka mengenai masalah tersebut.\nKemusykilan Kedua:\ni. Wang pampasan yang diterima itu bukan pusaka si mati yang wajib dibahagikan di antara waris-warisnya menurut hukum faraid.\nii. Wang itu hendaklah diurus perbelanjaannya mengikut keutamaan bagi memenuhi keperluan dan kebajikan hidup anak-anaknya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12006", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) yang bersidang pada 24 Januari 1987 membincangkan mengenai Tempat Pelamin Pengantin Di Masjid Negeri Selangor.\u00a0\n\n\nMesyuarat memutuskan \ntidak setuju\n bahawa pelamin pengantin diadakan di Masjid Negeri kerana ia bercanggah dengan adab-adab dalam masjid dan perkara tersebut juga bertentangan dengan hukum Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12262", "body": "(a) Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik di dalam masjid atau surau kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam;\n\u00a0\n(b) Bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa-apa jua jenis alatan muzik lain bagi menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid, surau atau madrasah dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan syariat dan akhlak Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12518", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 1/2014 yang bersidang pada 26 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 26 Februari 2014M telah meneliti dan membincangkan mengenai \n\u00a0Pengukuhan Fatwa Pengharaman Ajaran Syiah\n. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\u00a0\n(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah serta boleh menjadi ancaman kepada keutuhan agama, kesatuan ummah dan keselamatan serta keamanan Negara.\n\u00a0\n(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Melaka. Antara perkara-perkara yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama\u2019ah di dalam ajaran dan fahaman Syiah sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlak adalah\u2013\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\nmenambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan syahadah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\nmentaati Imam-imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa;\n\u00a0\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\nmempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun al-Qur\u2019an dengan sempurna dan menolak al-Qur\u2019an yang disusun oleh para sahabat Nabi \nSallallahu \u2018alaihi wasallam\n yang lain serta mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan \n(tahrif)\n sama ada pengurangan atau penambahan di dalam al-Qur\u2019an serta mempercayai bahawa al-Qur\u2019an mengandungi tujuh belas ribu ayat;\n\u00a0\n(d)\u00a0\u00a0\nmenolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah \nSallallahu \u2018alaihi wasallam \ndan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12;\n\u00a0\n(e)\u00a0\u00a0\u00a0\nmencerca dan menghina para sahabat yang diredhai oleh Allah \nSubhanahu Wa Ta\u2019ala\n dan para isteri Rasulullah \nSallallahu \u2018alaihi wasallam\n dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad;\n\u00a0\n(f)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nmenuduh Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu\u2019awwiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikutnya adalah musuh Allah;\n\u00a0\n(g)\u00a0\u00a0\nmempercayai \nAl-Raj\u2019ah\n iaitu Allah \nSubhanahu Wa Ta\u2019ala\n\u00a0akan menghidupkan semula orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya Qiamat bersama-sama kemunculan Imam Al-Mahdi Al-Muntazar;\n\u00a0\n(h)\u00a0\u00a0\nmengamalkan \nAl-Taqiah\n iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nmenyetarafkan Sayyidina Ali dengan Allah \nSubhanahu Wa Ta\u2019ala;\n\u00a0\n(j)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nmengamalkan nikah Mut\u2019ah;\n\u00a0\n(k)\u00a0\u00a0\u00a0\nmempercayai Khalifah dan Imamah adalah sebahagian dari Rukun Islam dan diwasiatkan secara nas;\n\u00a0\n(l)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nmempercayai ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada \nmanusia (al-Bada\u2019)\n;\n\u00a0\n(m) \nmenolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah \nSallallahu \u2018alaihi wasallam\n sekalipun hadis mutawatir dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam-imam Syiah;\n\u00a0\n(n)\u00a0\u00a0\nmenolak Ijma\u2019 Ulama\u2019;\n\u00a0\n(o)\u00a0\u00a0\nmenolak Qiyas;\n\u00a0\n(p)\u00a0\u00a0\nmempercayai amalan menziarah kubur Sayyidina Husain akan memperolehi ganjaran syurga;\n\u00a0\n(q)\u00a0\u00a0\nmelakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh sempena 10 Muharram;\n(r)\u00a0\u00a0\u00a0\nmengharuskan solat jama\u2019 dalam semua keadaan;\n\u00a0\n(s)\u00a0\u00a0\u00a0\nmengharamkan solat Dhuha;\n\u00a0\n(t)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nmenetapkan Islam bukan syarat wajib haji;\n\u00a0\n(u)\u00a0\u00a0\nmenetapkan prinsip \nkhumus\n (seperlima) sebagai kadar zakat; dan\n\u00a0\n(v)\u00a0\u00a0\u00a0\nfahaman-fahaman dan amalan-amalan lain yang menjadi pegangan Syiah dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\u00a0\n(3)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka memutuskan bahawa :\n\u00a0\n(a)\u00a0\u00a0\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang atau menjadi pengikut ajaran Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan diri sebagai orang yang bermazhab Syiah melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n(d)\u00a0\u00a0\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau untuk menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n(e)\u00a0\u00a0\u00a0\nmana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menganjur, mengadakan dan membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n(f)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n(g)\u00a0\u00a0\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n(h)\u00a0\u00a0\nMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi ahli atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n\u00a0\n(i)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan jika mana-mana pihak memberi apa jua kemudahan dan bantuan boleh disifatkan sebagai suatu persubahatan; dan\n\u00a0\n(j)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMana-mana orang Islam yang menyiar atau menyebarkan apa-apa jua bahan yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\u00a0\n(4)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan sebagai ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\u00a0\n(5)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh\u00a0diambil tindakan menurut undang-undang.\n\u00a0\n\u00a0\n(6)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Fatwa ini tidak mengikat terhadap mana-mana golongan seperti berikut :\n(a)\u00a0\u00a0\nmana-mana orang dari luar negara yang asalnya dia berfahaman Syiah untuk berpegang dan mengamalkan amalan Syiah kecuali mengembangkannya;\n\u00a0\n(b)\u00a0\u00a0\nmana-mana orang Islam dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengajar dan mempelajari ajaran dan fahaman Syiah bagi tujuan pembelajaran akademik; dan\n\u00a0\n(c)\u00a0\u00a0\u00a0\nmana-mana orang Islam dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar buku-buku, filem, rakaman audio, risalah, majalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen untuk tujuan pembelajaran dan rujukan akademik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12007", "body": "Ahli Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Hukum mengenakan bayaran perkhidmatan 4 peratus daripada pinjaman wang tunai kepada ahli PPK, Sabak Bernam dan hukum meminjam wang kerajaan yang dikenakan faedah untuk membeli rumah atau kenderaan adalah harus dengan syarat tidak dimasukkan ke dalam akad seperti ternyata dalam Kitab Al Fatwa Al-Fataniah Lilmarhum As-Syeikh Muhammad bin Mustapa Al-Fatani, bilangan (49) muka surat 131 yang berbunyi:\n\n\n\u00a0\n\n\nMasalah apa kata\n kamu pada seseorang mengambil daripada Cina seumpama dua ribu rial dan telah berkata Cina itu dengan adatnya dalam seribu, tiga puluh rial, dan ia terima akan dua ribu itu daripadanya dengan ketiadaan ijab dan kabul dan ia memberi tatkala membayar atau ketika sekarang itulah akan tiga puluh rial pada tiap-tiap seribu seperti adatnya adalah jadi riba atau tiada?\n\n\n\u00a0\n\n\nTiada jadi riba kerana syarat pada membayar lebih pada Mazhab Syafie itu bahawa adalah lebih itu disyaratkan dia di dalam akad seperti katanya (aku memperhutangkan akan dikau seribu rial itu dengan syarat bahawa engkau membayar kepada aku seribu dan tiga puluh rial dan berkata yang berhutang (aku berhutanglah kepada engkau seribu rial ini dengan syarat tersebut), maka jadilah demikian itu riba yang haram.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12009", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti berdasarkan nas yang muktabar dan mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Hukum seseorang menderma dalam tabung khairat kematian atau lain-lain tabung kebajikan adalah diharuskan dan mendapat ganjaran dari Allah. Dan adalah diharuskan juga derma itu diberikan kepada orang yang bukan Islam jika wang derma tabung itu bukan daripada zakat yang wajib.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12521", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah meneliti permohonan yang dikemukakan oleh Majlis Pengawasan Syariah, Amanah Raya Berhad dan bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 83 yang bersidang pada 22 hingga 24 Oktober 2008 mengenai Wasiat Wajibah seperti berikut;\nMuzakarah menegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesempurnaan hidup umatnya, terutama anak-anak yang kehilangan ahli keluarga mereka. Oleh itu, Muzakarah berpandangan bahawa dalam melaksanakan Wasiat Wajibah adalah harus mengambil pandangan yang menyatakan bahawa berwasiat kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu adalah merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan.\nOleh yang demikian, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam kes di mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya atau bapa dan ibunya mati secara serentak bersama-sama datuk atau neneknya maka anak tersebut layak untuk menerima wasiat wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau neneknya. Sekiranya bahagian ibu atau bapa ialah 1/3 atau kurang daripada 1/3 maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3.\nPelaksanaan Wasiat Wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\n1.\u00a0\u00a0\t \u00a0\u00a0Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima Wasiat Wajibah.\n2.\u00a0\t\u00a0\u00a0\u00a0Hendaklah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek, atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0Cucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardhu atau ta'sib maka mereka tidak layak untuk mendapat Wasiat Wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding Wasiat Wajibah.\n4.\u00a0\u00a0\t\u00a0\u00a0Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa, atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah daripada harta pusaka datuk.\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\t\u00a0\u00a0Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan sekiranya mereka masih hidup, maka cucu tidak lagi berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan, maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut.\n6.\u00a0\u00a0\t\u00a0\u00a0Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain.\u00a0\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\t\u00a0Pembahagian Wasiat Wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariah dan hutang piutang.\n8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\tPembahagian Wasiat Wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan.\nKETERANGAN\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\tMajoriti fuqaha\u00e2\u20ac\u2122 berpendapat bahawa hukum wasiat adalah sunat dan umat Islam digalakkan untuk berwasiat kepada ahli-ahli keluarga yang tidak mendapat pembahagian pusaka dengan kadar tidak melebihi 1/3.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\t\u00a0Ibn Hazm al-Zahiri berpendapat bahawa wajib berwasiat kepada kaum kerabat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka. Menurut Ibn Hazm, penurunan ayat pusaka yang menerangkan hak faraid bagi waris-waris tidak menasakhkan kewajipan berwasiat bahkan peruntukan ayat wasiat tersebut dikhususkan bagi ahli-ahli waris yang tidak mendapat pusaka disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Dalam hal ini Ibn Hazm menegaskan bahawa kewajipan itu tidak akan gugur meskipun selepas kematian seseorang muslim dan menjadi kewajipan kepada waris atau pentadbir harta untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut menurut kadar yang berpatutan tanpa menimbulkan kesusahan kepada waris-waris yang ditinggalkan.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\t\tWasiat Wajibah perlu dilihat dari segi maksud dan hikmah serta bagaimana pelaksanaannya kerana Wasiat Wajibah dilihat dapat mengatasi isu kematian serentak yang berlaku terhadap datuk atau nenek bersama anak yang masih mempunyai anak-anak (cucu) yang masih hidup.\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\t\tDalam system pembahagian pusaka Islam, cucu tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka datuk atau nenek disebabkan mereka terdinding oleh bapa saudara dan ibu saudara. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan tentang kebajikan dan masa depan cucu-cucu ini terutama sekali sekiranya mereka masih kecil. Lebih memburukkan lagi keadaan sekiranya ibu bapa mereka meninggal dunia pada usia muda dan tidak meninggalkan harta untuk diwarisi oleh anak-anak bagi meneruskan kehidupan.\n5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\t\tDalam melaksanakan Wasiat Wajibah, harus mengambil pandangan Ibn Hazm az-Zahiri demi kepentingan keluarga terutamanya anak-anak yang menjadi yatim piatu.\n6.\u00a0\u00a0 \t\tSebahagian negeri tidak mengkanunkan pelaksanaan Wasiat Wajibah kerana tidak mengikut pandangan Mazhab Syafie. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa meminta supaya negeri-negeri memfatwakan kerana asas pelaksanaannya adalah maslahah ahli-ahli waris yang dalam keadaan memerlukan tetapi terhalang daripada mendapat bahagian pusaka, perlu ditentukan mengikut Maqasid Syariah.\n7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Wasiat Wajibah boleh dianggap sebagai badal atau ganti kepada faraidh. Oleh itu, pelaksanaannya juga perlu didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10986", "body": "Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 20 J\"Awal 1425 bersamaan 8 Julai 2004 buat kali ke 163 bersetuju menaikkan kadar timbangan beras dari 2.27 kepada 2.60 kilogram bersamaan satu gantang Baghdad berdasarkan sukatan Negeri Sembilan dan Kelantan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12010", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum (FATWA) Negeri Selangor telah sebulat suara memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\ni- Maksud fidyah - Denda yang dibayar dengan menggunakan beras (makanan asasi) mengikut kadar 1 cupak dan tidak boleh dibayar mengikut nilaian duit sebagai ganti kepada beras.\n\n\n\u00a0\n\n\nii- Seterusnya mesyuarat menyarankan agar pamplet berhubung perkara ini dikemaskinikan lagi dengan memasukkan kiraan yang betul mengikut sukatan 1."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12522", "body": "i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat maka seseorang lelaki Muslim yang mukallaf dan bermastautin dalam sesebuah kariah adalah wajib menunaikan solat Jumaat walaupun telah menunaikan solat sunat hari raya.\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u201c\nHai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.\u201d\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (Al Jumu\u2019ah : 9)\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0dan sabda Nabi SAW;\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Maksud: Diriwayatkan daripada Tariq bin Shihab bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; \u201c\nSolat Jumaat merupakan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0suatu kewajipan bagi setiap Muslim dengan berjamaah kecuali empat golongan; hamba, wanita, kanak-kanak dan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0orang sakit\n.\u201d\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0(Hadis Riwayat Abu Daud)\n\n\n\u00a0\n\n\niii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bagi mereka yang bermukim juga dinasihatkan supaya menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut jika tiada\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0halangan atau uzur yang syarie.\n\n\niv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Adapun kedua-dua solat (hari raya dan Jumaat) merupakan dua syiar yang berbeza dalam syariat Islam dan\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 mempunyai kemuliaan serta keistimewaan yang tersendiri. Merujuk pandangan Imam Ibn al Hasan as Syaibani, dua\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 hari raya berhimpun dalam satu hari (hari raya dan Jumaat) maka yang awalnya (solat hari raya) adalah sunat dan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 yang kemudiannya (solat Jumaat) adalah wajib dengan tidak meninggalkan salah satu daripada keduanya.\n\n\nv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah menasihatkan semua umat Islam yang berkewajipan mendirikan solat\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Jumaat sewajarnya tidak meninggalkan solat Jumaat dan memanfaatkan kesempatan berhimpunnya dua syiar dalam\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 satu hari yang jarang-jarang berlaku. Mudah-mudahan pandangan Fatwa ini\u00a0memupuk perpaduan dan kesatuan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 dalam kalangan umat Islam demi mengelak perselisihan faham dan perbezaan pendapat yang akhirnya membawa\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 kesan negatif kepada penduduk setempat . Wallahu A\u2019alam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11499", "body": "Berdasarkan persoalan yang dikemukakan di dalam para 1 (a), (b) dan (c) Jawatankuasa berpendapat menggunakan lafaz-lafaz dan perkataan-perkataan yang kurang jelas ertinya serta tidak sahih sebutan bacaannya hendaklah dijauhi kerana dibimbangkan membawa kepada kerosakan akidah.\nJawatankuasa berpendapat menggunakan ayat al-Quran atau huruf-huruf Arab sebagai tangkal azimat untuk tujuan perubatan dan lain-lain pada dasarnya tidaklah salah, walau bagaimanapun dibimbangkan penggunaannya itu akan membawa kepada terhina dan tercemar kesucian al-Quran maka adalah haram.\nJawatankuasa berpendapat menggunakan rajah-rajah, dan huruf-huruf tertentu untuk lariskan perniagaan sekiranya ianya merupakan suatu kepercayaan yang boleh merosakan akidah adalah haram.\nJawatankuasa berpendapat menggunakan debu lintah bagi perubatan adalah diharuskan sekiranya keadaan memerlukan dan tidak membawa kepada kemudaratan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12011", "body": "Setelah dibincangkan dari kertas yang telah disediakan, ahli mesyuarat mengambil keputusan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\nTAKRIF FAKIR\n\n\n\"Seseorang yang tidak mempunyai harta dan tiada kuasa berusaha/ bekerja/ menanggung kerana tua atau cacat pada badan untuk mencari nafkah diri dan tanggungan yang boleh mencukupi keperluan hidupnya seharian yang patut pada adat - misalnya seseorang yang mempunyai tanggungan 5 orang anak yang mencukupi sara hidup harian mereka sebanyak RM6.00 (makan dan minum orang yang sederhana) ini bererti sebulan ia memerlukan belanja sebanyak RM 180.00, sedangkan sara hidup yang diperolehi sekadar kurang daripada separuh (50% ke bawah).\n\n\n\u00a0\n\n\nMaka inilah yang ditakrifkan FAKIR dan kiaslah panduan ini seterusnya.\n\n\n\u00a0\n\n\nDan sesiapa yang ditanggung baginya oleh bapa, suami, isteri, anak, cucu atau mana-mana orang atau mana-mana badan yang menanggung bagi tanggungannya yang mencukupi maka ia TIDAK TERMASUK FAKIR.\"\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nTAKRIF MISKIN\n\n\n\"Seseorang yang ada memiliki harta benda atau berkuasa berusaha dan bekerja tetapi pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi keperluan hidupnya dan keluarganya yang patut pada adat, misalnya seseorang yang mempunyai tanggungan lima orang anak yang mencukupi sara hidup harian mereka sebanyak RM6.00 (makan dan minum orang yang sederhana) ini bererti sebulan ia memerlukan belanja sebanyak RM 180.00, sedangkan sara hidup yang diperolehi tidak mencukupi keperluannya 100%,\n\n\n\u00a0\n\n\nMaka ia ditakrifkan MISKIN dan kiaslah panduan ini seterusnya.\n\n\n\u00a0\n\n\nDan sesiapa yang di tanggung baginya oleh bapa, suami, isteri, anak, cucu atau mana-mana orang atau mana-mana badan yang menanggung bagi tanggungannya yang mencukupi maka ia TIDAK TERMASUK MISKIN.\"\n\n\n\u00a0\n\n\nDALIL:\n\n\nTersebut dalam kitab\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Tiada dinamakan miskin orang yang ada yang memberi nafkahkan dia seperti\u00a0bapanya atau neneknya atau anak dan cucunya atau suaminya kerana kaya ia dengan nafkah itu, maka tiada harus mengambil zakat daripada bahagian Fakir/Miskin.\"\n\n\n\u00a0\n\n\nPEMBAHAGIAN FAKIR DAN MISKIN MERUJUK KEPADA KELUARGA ATAU INDIVlDU\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Sebuah\u00a0keluarga yang menanggung beberapa orang keluarga yang tergolong dalam bahagian Fakir atau Miskin seperti yang tersebut dalam takrifnya yang dahulu, maka seorang sahaja dari ketua keluarga\u00a0atau bapa atau isteri yang berhak menerima babagian tersebut.\"\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nTAKRIF FISABILILLAH\n\n\n\"Seseorang yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti atau aktiviti-aktiviti untuk menegak dan mempertahankan Agama Islam serta kebajikan.\"\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDALIL:\n\n\nDaripada Tafsir Fahrul Razi No. 463 juzuk 4 dan tafsir Ruhul Maani No. 110 Juzuk 10 dan tafsir Khazin No. 304, Juzuk 2 ibarat Fahrul Razi.:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"\nDan Ketahui olehmu bahawasanya zahir daripada lafaz itu tidaklah memastikan tertentu atas ahli peperangan sahaja maka dengan makna ini telah mencatit oleh Imam Quffal di dalam tafsirnya daripada setengah Fuqaha bahawasanya mereka mengharuskan zakat-zakat itu kepada semua jalan kebajikan seperti membalut orang mati dan membina kubu-kubu dan membanyakkan masjid-masjid kerana Firman Allah Taala itu am pada semuanya ibarat Ruhul Maani\n:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Dan telah mentafsirkan akan dia di dalam dengan sekelian kebajikan maka masukkan di dalamnya tiap-tiap mereka yang berusaha pada taatkan Allah Taala dan jalan kebajikan.\n\n\n\u00a0\n\n\nDan juga tersebut dalam Fathul Bari pula (242) jilid ketiga:\n\n\n\u00a0\n\n\nDaripada Nafi' bahawasanya Ibnu Umar adalah ia mengirimkan zakat fitrah kepada orang yang menghimpunkan dia sebelum dua atau tiga hari dari hari raya, dan juga menunjukkan atas demikian daripada Abi Hurairah berkata Rasulullah S.A.W. mewakilkan aku pada menyimpan zakat Ramadhan (zakat fitrah).\"\n\n\n\u00a0\n\n\nBAHAGIAN FISABILILLAH\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Mesyuarat bersetuju bahagian ini (Fisabilillah) hendaklah diserahkan ke pihak Jabatan (Bhg. Baitulmal/Zakat) dan Bahagian Baitulmal/Zakat akan menguruskan pemberian kepada mereka yang berhak menerimanya, tidak sepertimana yang lalu bahagian Fisabilillah ditinggalkan di Masjid atau Surau untuk diberi kepada AJK Masjid Dan Surau sahaja.\"\n\n\n\u00a0\n\n\nAlasannya:\n\n\n\u00a0\n\n\nKerana ia kurang menepati dalam takrif pembahagian Fisabilillah - dan melalui pengagihan daripada Jabatan ini dapat diperkemaskan.\n\n\n\u00a0\n\n\nYANG MENDAPAT DAN ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA BAHAGIAN FISABILIILLAH\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bantuan Masjid-masjid, Surau dan Sekolah-sekolah Agama Islam Selangor.\n\n\n2. Derma siswa kecil bagi pelajar Sekolah Menengah Tinggi Agama Islam Selangor.\n\n\n3. Bantuan yuran peperiksaan Sekolah Agama Islam Selangor.\n\n\n4. Hadiah-hadiah galakan.\n\n\n5. Bantuan Pegawai-pegawai Masjid bukan Kerajaan.\n\n\n6. Bantuan pakaian pelajar-pelajar miskin.\n\n\n\u00a0\n\n\nTAKRIF IBNU SABIL\n\n\n\" Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh Syara' dari mana-mana jua negeri yang memerlukan bantuan walaupun mungkin dia mempunyai harta di dalam negeri tempat kediamannya.\"\n\n\n\u00a0\n\n\nORANG YANG BERHAK MENDAPAT BAHAGIAN IBNU SABIL\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Pengembara/musafir yang terkandas.\n\n\n2. Pengembara/musafir yang bertujuan kebajikan dan ketaatan.\n\n\n3. Tambang pergi balik anak Selangor yang belajar di luar\n\n\n4. Melawat Sambil belajar.\n\n\n\u00a0\n\n\nTAKRIF MUALLAF\n\n\n\"Seseorang yang baru memeluk Agama Islam dan memerlukan bantuan kewangan.\"\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nMASA (TEMPOH) MUALLAF\n\n\n\"Masa/tempoh seseorang Muallaf itu tidak ditentukan ia bergantung kepada kuatnya akidah dan keimanannya, selagi ia masih lemah dalam hal tersebut ia boleh menerima Bahagian Muallaf.\"\n\n\n\u00a0\n\n\nORANG YANG BERHAK MENDAPAT BAHAGIAN MUALLAF\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Bantuan bulanan (mereka yang sangat memerlukan atau pendakwaan).\n\n\n2. Kecemasan/kemalangan dan lain-lain.\n\n\n3. Berkhatan (lelaki sahaja).\n\n\n4. Hari raya (Aidilfitri/Haji).\n\n\n5. Bantuan Majlis Perkahwinan (Majlis Akad Nikah).\n\n\n6. Menghadiri Kelas Agama Asas.\n\n\n7. Sebaran Dakwah/Kursus.\n\n\n8. Penerbitan/Risalah.\n\n\n9. Bantuan biasiswa kecil anak-anak saudara baru.\n\n\n10. Elaun Guru Muallaf (Cina/lndia/Asli).\n\n\n11. Pengurusan rumah/bangunan Muallaf.\n\n\n\u00a0\n\n\nRIKAB\n\n\n\"Setelah dibincangkan mesyuarat Fatwa hari ini bersetuju bahawa asnaf Rikab ini digugurkan (dihapuskan) dalam pengagihan zakat kerana pada masa ini rikab tidak wujud lagi. Oleh itu zakat hanya dibahagi kepada 7 asnaf sahaja,berdasarkan kepada dalil di bawah ini:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"(Kata) Ibnus Silah, bahawasanya bagi mustahak yang maujud sekarang ini empat bagi jua (pertama) Fakir, (kedua) Miskin, (Ketiga) Orang Yang Berhutang, (keempat) Ibnu sabil, dan jika tiada Maujud seorang jua pun daripada sekalian mustahak itu hendaklah dipeliharakan zakat itu hingga ada sekalian mereka itu atau setengah mereka itu dan apabila membahagi Imam atau Amilnya akan zakat wajiblah atasnya memberikan zakat bagi tiap-tiap seorang yang di dalam satu bagi daripada sekalian bagi yang maujud.\"\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nTAKRIF GHARIM\n\n\n\"Orang yang menanggung hutang kerana masalah agama dan tidak mampu membayarnya.\"\n\n\n\u00a0\n\n\nTAKRIF AMIL\n\n\n\"Orang yang dilantik/ditauliahkan oleh DYMM Sultan atau Naibnya (Pengarah JAIS) untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.\"\n\n\n\u00a0\n\n\nTelah tersebut juga dalam kitab Majmuk\n\n\n\u00a0\n\n\nErtinya: \nWajib atas Imam atau penggantinya melantik pekerja-pekerja (amil) bagi memungut zakat.\n\"\n\n\n\u00a0\n\n\nYANG MENDAPAT BAHAGIAN AMIL\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Orang yang dilantik dan bekerja dalam pengurusan zakat tidak bergaji atau bergaji tetapi bukan sebagai tugasnya.\"\n\n\n\u00a0\n\n\nYANG TIDAK MENDAPAT BAHAGIAN AMIL\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Orang yang dilantik dan mendapat ganjaran atau bergaji daripada Kerajaan yang ia menanggung sebagai tugas dalam hal pengurusan zakat.\n\n\n\u00a0\n\n\nKeputusan Fatwa ini telah dibuat dengan sebulat suara ahli yang hadir pada:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. 7 Februari 1987,\n\n\n2. 7 March 1987 bersamaan 7 Rejab 1407,\n\n\n3. 28 March 1987 bersamaan 28 Rejab 1407,\n\n\n4. 25 April 1987 bersamaan 26 Syaaban 1407,\n\n\n5. 4 Julai 1987 bersamaan 8 Zulkaedah 1407."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12523", "body": "1.\u00a0\u00a0\u00a0Harus diperbuat korban binatang ternakan yang dikasikan.\n\u00a0\n2.\u00a0\u00a0\u00a0Binatang yang dikorban termasuk tulang, tanduk dan kulit yang disedekahkan atau yang\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0dihadiahkan harus bagi penerimanya menguruskan bagi keperluannya seperti makan dagingnya\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0atau sedekah atau hadiah atau dijual kulitnya atau tanduknya dan tulangnya diperbuat alat-alat\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0perkakas hiasan atau sebagainya bagi tujuan dijual.\n\u00a0\n3.\u00a0\u00a0Binatang korban yang ditebuk telinga hendaklah dilihat samada tebukan itu menghilang daging\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0telinganya atau tiada maka jika tiada menghilang dagingnya sah korban dengannya jika tidak maka\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tiada sah. Demikian juga yang terbelah telinganya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11500", "body": "Mesyuarat membuat keputusan bahawa : peringatan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Rabiul Akhir 1427 bersamaan 21 Mei 2006 butiran 3.4 dipinda dan adalah menjadi seperti berikut : bahawa kalimah Allah atau lain-lain perkataan yang berkaitan dengan ajaran Islam tidak boleh dibuat hina atau diperbuat sebagai menghinanya. Termasuklah dalam ertikata perbuatan membuat hina kepada Allah ialah menulis ; mengukir ; atau menggambarkan kalimah ' \u00d8\u00a7\u00d9\u201e\u00d9\u201e\u00d9\u2021 ' pada jubin yang akan digunakan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan hina pada pandangan Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12524", "body": "Jawatankuasa telah merujuk perkara di atas ini kepada pendapat para imam mazhab yang empat dan mendapati bahawa;\nMenurut Mazhab As-Syafie tiada sah dibuat korban binatang yang cacat pada telinganya yang menghilangkan daging samada banyak mahupun sedikit.\nAdapun Mazhab Al-Hanbali maka adalah sah tetapi makruh dibuat korban binatang yang ditebuk telinganya atau terbelah atau dipotong tiada lebih dari setengahnya dan tiada sah jika belahan itu tiada menghilangkan dagingnya lebih sepertiga.\nDengan yang demikian Jawatankuasa berpendapat bahawa pihak yang hendak melakukan korban adalah dikehendaki mendapatkan ternakan-ternakan yang sejahtera menurut Mazhab As-Syafie seperti yang dinyatakan di atas ini. Jika hendak bertaqlid kepada mazhab-mazhab yang lain maka disyaratkan mendapat perkenan terlebih dahulu daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah untuk berpindah dari beramal dengan Mazhab Syafie kepada bertaqlid dan beramal dengan pendapat ketiga-tiga mazhab lain darinya didalam perkara ini.\nRujuk;\nKitab Al-Fiqhu \u2018Alal Mazahibil Arba\u2019ah \u2013 AlMujallidil Awwal Qismul Ibadat \u2013 Halaman 717, 718, 719, 720.\n\u00a0Al Qalyubi Wa \u2018Umairah Juzu\u2019 4 Halaman 251.\nAs Syirwani \u2018Ala Tuhfatil Muhtaj Juzu\u2019 9 Halaman 622."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11757", "body": "Jawatankuasa memutuskan bahawa sembahyang Jumaat hukumnya fardhu ain. Tidak boleh ditinggalkan kecuali dengan sebab-sebab uzur syarie sahaja. Dalam masalah yang tersebut di atas tidak ada jalan untuk membolehkan ditinggalkan jumaat. Oleh hal yang demikian jawatankuasa mengesyorkan supaya pihak pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu membuat perundingan dengan majikan yang berkenaan bagi mendapat penyelasaian seterusnya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12014", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4/2011 yang bersidang pada 1 Zulqaedah 1432H bersamaan 28 September 2011 sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :\n\u00a0\ni)\u00a0\u00a0\u00a0Ulama dalam kalangan Mazhab Syafi\u2019ie dan Hanbali berpendapat wang zakat hendaklah diberikan kepada orang fakir dan miskin kadar yang dapat menyempurnakan keperluannya iaitu kadar yang cukup untuk setahun \n(??? ?????)\n.\u00a0Bagaimanapun, harus bagi pihak pemerintah melalui pentadbir zakat menetapkan tempoh tertentu ke atas penerima bantuan daripada asnaf zakat secara bijaksana berdasarkan keperluan dan maslahat mereka yang perlu diselesaikan kerana zakat itu sendiri bertujuan untuk menutup kekurangan dan menyelesaikan keperluan. Ini selaras dengan kaedah \nfiqhiyyah\n yang menyatakan bahawa tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah \n(????????? ???????? ????? ???????????? ???????? ???????????????)\n. Di dalam hadith daripada Qabisah bin Mukhariq \nradiallahu \u2018anhu\n yang diriwayatkan oleh Muslim, di mana Rasulullah \nSallallahu \u2018alaihi wasallam\n bersabda yang bermaksud : \u201c...\nMaka dihalalkan baginya meminta sehingga dia berkemampuan atau mencukupi untuk hidup\u201d (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa\u2019i).\n\u00a0\nii)\u00a0\u00a0Skim baru pengagihan zakat bagi asnaf fakir dan miskin yang dilaksanakan oleh MAIM didapati selaras dengan ketetapan syarak kerana bentuk bantuan dan kadar yang diberikan dapat menyelesaikan sebahagian keperluan dan menyempurnakan maslahat asnaf terbabit. Bagaimanapun, bantuan pinjaman perniagaan di bawah senarai bantuan \nOne-off\n didapati tidak wajar kerana asnaf berkenaan sebenarnya mengambil hak mereka dalam mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan daripada peruntukan asnaf fakir dan miskin. Justeru itu modal perniagaan yang diberikan kepada asnaf terbabit tidak harus dijadikan pinjaman sebaliknya hendaklah dijadikan sebagai suatu bentuk pemberian bantuan perniagaan semata-mata. Bagaimanapun, bantuan pinjaman perniagaan secara \nal-Qardh al-Hassan\n boleh diberikan kepada mereka tetapi hendaklah diambil daripada peruntukan asnaf \nal-Gharimin\n.\n\u00a0\niii)\u00a0Wang zakat dari peruntukan asnaf fakir dan miskin tidak harus diberikan kepada seorang warga emas yang tinggal bersama anak atau anak-anak tinggal di sekeliling rumahnya di mana nafkah bagi warga emas terbabit adalah di bawah tanggungjawab anak-anak tersebut kecuali mereka sendiri tidak mampu menafkahinya disebabkan kefakiran atau kemiskinan. Pemberian zakat kepada warga emas berkenaan boleh menyebabkan tercegahnya kewajipan anak dalam memberi nafkah kepada mereka. Ibnu Khatir menyatakan bahawa harta anak itu adalah setingkat dengan harta orang tuanya berdasarkan kepada hadis Rasulullah \nSallallahu \u2018alaihi wasallam\n yang bersabda maksudnya: \n\u201cKamu dan juga hartamu adalah milik bapamu, sesungguhnya anak-anak kalian adalah sebaik-baik hasil usaha kalian, maka makanlah dari usaha anak-anak kalian\u201d (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)\n. Memandangkan terdapat sebilangan umat Islam di negeri ini yang masih tidak mengetahui atau memahami akan hakikat tanggungjawab ini maka dicadangkan supaya pihak MAIM dapat mengadakan seminar penerangan mengenai isu tersebut kepada golongan terbabit.\n\u00a0\niv)\u00a0Demikian juga dengan kes ibu tunggal yang masih dalam tanggungjawab bekas suami menafkahinya (dalam tempoh \n\u2018iddah\n) dan Orang Kelahiran Upaya (OKU) yang dibawah tanggungjawab orang tuanya untuk menafkahinya, maka mereka tidak harus diberi peruntukan dari asnaf fakir dan miskin. Bagaimanapun, bagi OKU sekiranya telah mencapai umur baligh tetapi tidak mampu berdikari dan berkerja, maka bolehlah dipertimbangkan untuk menerima bantuan dari asnaf fakir atau miskin. Bagi kes ibu tunggal yang tidak menerima bayaran nafkah \u2018iddah dari bekas suami disarankan supaya kes tersebut dipanjangkan kepada Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (BSK JKSM) untuk mendapatkan bantuan. Objektif BSK JKSM diwujudkan antara lain bertujuan untuk menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah dan menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah.\n\u00a0\nv)\u00a0\u00a0Cadangan pembelian Bangunan Wisma Negeri (Bangunan Marwah) di Mesir yang berjumlah RM15,407,347.00 secara ansuran dengan kadar bayaran setahun berjumlah RM764,771.30 selama 20 tahun menggunakan peruntukan zakat daripada Asnaf \nFisabilillah\n adalah harus kerana kegunaan bangunan tersebut melibatkan kepentingan umum (\nmasalih al-\u2018ammah\n) sebagai tempat perlindungan pelajar-pelajar dari negeri ini yang sedang berjihad menuntut ilmu di bumi Mesir dalam pelbagai jurusan di mana mereka juga termasuk dalam golongan Asnaf yang berhak menerima zakat. Pandangan ini juga selaras dengan Manual Pengurusan Agihan Zakat yang telah disahkan oleh Majlis untuk digunapakai berdasarkan peruntukan di bawah senarai bantuan bagi Asnaf \nFisabilillah\n iaitu bantuan pembinaan masjid/surau/institusi agama.\n\u00a0\u00a0\nvii)Wang zakat daripada peruntukan Asnaf \nar-Riqab\n boleh digunakan untuk mewujudkan skim bantuan kepada badan-badan kebajikan, pemulihan dan sebagainya yang mana aktivitinya menjurus kepada aktiviti pemurnian akidah atau pemulihan akhlak seperti Sekolah Harapan di Jasin. Bantuan juga boleh diberikan melalui peruntukan asnaf ini kepada individu yang hendak melepaskan diri dari belenggu kemaksiatan dan sebarang bentuk perhambaan fizikal yang mengongkong kebebasan yang bercanggah dengan hukum syarak dan lain-lain bantuan yang tersenarai di dalam Manual Pengurusan Agihan Zakat terbitan JAWHAR. Bagaimanapun, bentuk bantuan di bawah asnaf ini hendaklah berdasarkan keperluan asas sahaja dan mengikut keutamaan serta perlu dibutirkan secara terperinci untuk diteliti dan dipertimbangkan terlebih dahulu oleh Mufti Negeri Melaka dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10991", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang\u00a0pada 26 Mac 2013 telah membincangkan mengenai \"Fatwa Cadangan Istibdal Waqaf Saham Tersenarai Wancorp\".\n\u00a0\nAlhamdulillah fatwanya:\n\u00a0\n\"Dengan Syarat Pada Pandangan Mata Khas Ianya Membawa Kepada Keselamatan Dan Keuntungan Yang Lebih Baik, Maka Harus Hukumnya Harta Wakaf Dalam Wancorp Yang Ain Mauquqnya Berbentuk Saham Dicairkan Melalui Pendekatan :\n\u00a0\nIstibdal ( Hartanah Industri, Komersial,\u00a0Perumahan, Perladangan Dan Sebagainya.\nPerbankan Islam, Takaful Dan Prasarana Modal Islam.\n\u00a0\n????? ???? ???????"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11503", "body": "Mesyuarat membuat keputusan bahawa : Bersetuju mengekalkan Garis Panduan yang sedia ada sebagai penyelesaian sementara. Garis Panduan yang dipersetujui itu adalah seperti berikut :\n(1) Tanah perkuburan yang diwakafkan atau tanah musabbalah ertinya tidak diketahui siapa yang mewakafkan tanah itu, tetapi penduduk di situ sejak zaman berzaman menanam mayat keluarga mereka di situ, maka hukumnya seperti tanah wakaf juga, iaitu perkuburan itu tidak boleh digali atau dibongkar atau dialih kelain tempat, kecuali darurat atau merbahaya.\n(2) Perlu dimaklumkan, bahawa tanah-tanah perkuburan yang diwakafkan yang sudah tidak ditanam lagi mayat di situ, dan dianggarkan segala saki baki mayat di dalamnya telah hancur menjadi tanah, maka bolehlah perkuburan itu dibaikpulih iaitu dipagar dengan elok dan ditanam pokok bunga hiasan dengan kawalan yang elok, dan boleh juga diletak tempat duduk untuk tempat berehat-rehat ditepinya.\n(3) Baikpulih adalah seperti berikut :\n(a) Dibersihkan kawasan perkuburan dan dipagar dengan elok.\n(b) Ditanam pokok-pokok bunga yang renek atau rendah, setinggi dua atau tiga kaki sahaja.\n(c) Kawasan tanah perkuburan wakaf tidak boleh digali, tidak boleh dibina tandas, longkang atau dibuat tempat membakar sampah di atas kawasan tanah perkuburan itu.\n(d) Boleh dibuat jalan pintas di atas perkuburan itu untuk pejalan kaki melintas ke sebelah sana, tanpa digali atau dikorek lebih dari satu kaki. '"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12015", "body": "'Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang mukatabar didalam Islam dan keputusannya adalah dengan menerima pakai kedua-dua kaedah tersebut'.\n\n\n\u00a0\n\n\na) Kaedah Pertama\n\n\n\u00a0\n\n\nWang Simpanan KWSP adalah wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup haul dan sampai nisab. Sebaik-baiknya zakat itu di bayar daripada wang simpanan tersebut. Jika sukar untuk mengeluarkan wang simpanan itu, maka harus ditangguhkan pembayaran zakat sehinggalah dikeluarkan kelak. Sekiranya melalui beberapa tahun, maka hendaklah dikira mengikut bilangan tahun dan wang yang tersimpan pada masa itu. Walaubagaimanapun, jika zakat dikeluarkan pada setiap tahun dengan wang yang lain dikira sah kerana nilaian wang adalah sama.\n\n\n\u00a0\n\n\nb) Kaedah Kedua\n\n\n\u00a0\n\n\na) Bila terima tunggu setahun dan barulah didarab dengan 2.5%\n\n\nii) Bila terima terus didarabkan dengan 2.5% dan tidak perlu tunggu setahun;"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11504", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan Fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-77 pada 20-21 April 2007 bahawa: Hukum penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan laungan azan dalam nada dering dan paparan skrin di dalam telefon bimbit adalah harus.\nWalau bagaimanapun, pengguna telefon bimbit hendaklah sentiasa menjaga kesucian Al-Quran seperti tidak membiarkan deringan Al-Quran atau laungan azan ketika berada di dalam tandas."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11760", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan Fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-77 pada 20-21 April 2007 bahawa: Pameran jin, hantu dan keranda, pameran alam misteri adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan mudharat kepada akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri jin hantu dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12016", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor telah sebulat suara memutuskan bahawa mengharamkan CD '\nPower Dance\n' dan kaset SANTANA kerana dalam lagunya '\nPut Your Light On\n' kerana jelas mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nCD tersebut mencampur adukkan azan sembahyang dengan lagu-lagu yang tidak bersesuaian. Manakala kaset SANTANA, lirik lagunya didapati mencampur adukkan kalimah dengan seni kata yang tidak bersesuaian yang jelas menghina agama Islam."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12017", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan permasalahan ini dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan mengambil keputusannya seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\"Bahawa seseorang yang berpuasa itu apabila ia berbuka mestilah terbenamnya matahari.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12529", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2015-1436H yang bersidang pada 30 September 2015 bersamaan 16 Zulhijjah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-79 berkenaan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi tanpa berlapik adalah\u00a0\nharam.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12530", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2015-1436H yang bersidang pada 30 September 2015 bersamaan 16 Zulhijjah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 berkenaan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut dan Najisnya dengan\u00a0\nsighah\n\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSetelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan\u00a0yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.\n\n\nSekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.\n\n\nSehubungan itu, berdasarkan\n\u00a0masyaqqah\n\u00a0yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersial pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambil kira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, dan dengan itu\u00a0Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10739", "body": "Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut:\na) Menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 bertarikh 22 hingga 24 Oktober 2008 bahawa:\ni. Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.\nii. Ibu bapa dan masyarakat Islam digesa agar memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.\nb) Mewartakan keputusan fatwa tersebut dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11507", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bensidang pada hari ini bersetuju dengan Sighah daripada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majilis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 75 yang bertarikh pada 12 September 2006.\n\u00a0\nKeputusan Mesyuarat\nJawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu\nKali Keenam Penggal Ketujuh\nBertarikh 8 Zulkaedah 1427\nbersamaan 29 November 2006\nUsaha-usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam Melalui Syarikat Rufaqa\" Corporation Sdn. Bhd. (SRC) Dan Rangkaian Syarikat Gabungannya\n1. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ajaran dan pegangan yang dibawa dan disebarkan oleh ahli jamaah Syarikat Rufaqa\" Corporation Sdn.Bhd (SRC)\n \ndan rangkaian syarikat gabungannya mengandungi fahaman-fahaman yang menyamai Kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan. Ahli jamah SRC juga didapati mengamalkan ajaran dan pegangan baru yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam. Penyelewengan-penyelewengan tersebut adalah seperti berikut :\na) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal -Jamaah adalah berdasarkan kepercayaan bahawa -\n(i) Haji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman (Mujaddid), manakala Syeikh Muhammad al-Suhaimi pula sebagai Imam Mahdi.\n(ii) Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Setiap ramalan tersebut dianggap oleh ahli jamaah SRC sebagai sebahagian daripada jadual Tuhan untuk memberi kemenangan kepada mereka.\n(iii) Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Syeikh Muhammad al-Suhaimi dan Rasulullah s.a.w berkenaan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.\n(iv) Mujaddid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus dari Allah (ilham, ilmu ladduni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ilham dari Tuhan datang kepadanya seperti air sungai yang mengalir.\n(v) Ahli jamaah yang banyak menghayati minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) dan dapat pula melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya.\n(vi) Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) itu sebenarnya wahyu dari Tuhan. Bagaimanapun, wahyu yang diturunkan kepada Abuya adalah 1/46 daripada kenabian.\n(vii) Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad), Imam Mahdi (Syeikh Muhammad al-Suhaimi) dan Nabi Isa a.s yang telah tersedia oleh Allah untuk melaksanakan jadual Tuhan.\n(viii) Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) difahami sebagai intisari Quran dan Hadith dan Abuya adalah orang Tuhan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan. Dengan itu, tidak perlu lagi merujuk kepada Quran dan Hadith kerana minda sudah lengkap.\n(ix) Perjuangan ahli jamaah SRC dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada malaikat, jin Islam dan roh-roh muqaddas (roh suci para ahli jamaah yang telah meninggal dunia).\n(x) Bertawassul kepada Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) ketika mengahadap sesuatu kesulitan atau kecemasan, Abuya akan menghantar bantuan samada menggunakan jin Islam atau dengan karamahnya.\n(xi) Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah manusia yang hebat. Malahan, lebih hebat daripada kita mempunyai 10 orang ibu dan ayah kerana menurut mereka hubungan dengan ibubapa hanya terbatas di dunia, sedangkan dengan Abuya kekal sehingga ke akhirat.\n(xii) Allah akan memberitahu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) tentang musibah sakit yang dialami oleh ahli jamaah SRC. Sekiranya sakit tersebut tidak tertanggung oleh ahli jamaah, Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh ahli jamaah.\n(xiii) Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal sekiranya ahli jamaah yang sampai ajal itu masih banyak dosa.\n(xiv) Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada ahli jamaah lain yang telah sempurna iman dan taqwa.\n(xv) Sewaktu ahli jamaah sedang nazak, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala dengan mengajar talkin, Dengan itu, syaitan tidak akan menyesatkan ahli jamaah berkenaan.\n(xvi) Sewaktu ahli jamaah sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan datang menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak ahli jamaah. Dengan itu, ahli jamaah berkenaan terlepas seksaan kubur.\n(xvii) Sewaktu di padang mahsyar, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) menunggu-nunggu untuk memberikan syafaat kepada para pengikutnya.\nb) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Syariah Islamiyyah adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa : -\n(i) Ibadat sembahyang Jumaat pada mereka adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi muncul dan membentuk kerajaan barulah ibadat sembahyang Jumaat menjadi wajib.\n(ii) Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus dari Allah dalam bentuk ilham.\n(iii) Orang yang berjuang dengan mempunyai minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangan.\n(iv) Seorang ahli ibadah (\"Abid) hanya mampu menjadi hamba biasa kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu dan tidak boleh menjadi khalifah.\n(v) Quran yang ada sekarang hanya tinggal mashaf dan lafaz sahaja. Roh Quran telah ditarik balik oleh Tuhan dan hanya diberikan kepada mujaddid (Haji Ashaari bin Muhammad).\n(vi) Sembahyang sehari semalaman hanya tiga waktu sahaja iaitu Subuh, sembahyang jamak Zohor dan Asar serta jamak Mahgrib dan Isyak.\n(vii) Segala amalan baik di dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu sembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji.\n(viii) Duduk semajlis dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) pahalanya lebih tinggi daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang tahjud sepanjang hayat.\n(ix) Beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara untuk menjaga hubungan hati atau rohani dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad). Dengan mengamalkan Aurad Muhammadiah, ahli jamaah akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Abuya.\n(x) Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal sekiranya ahli jamaah melakukan dosa besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengaibkan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad).\n(xi) Mengamalkan zikir agung (????? ?????? ) yang terkandung di dalamnya unsur tasawwul, menyeru roh orang yang telah mati serta mendakwa al-Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi.\nc) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Akhlak Dan Etika Bermasyarakat adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa :-\n(i) Ulama yang ada sekarang adalah ulama kitab atau ulama hafalan yang bergantung kepada kitab dan hafalan untuk mengajar. Manakala Sahibul Zaman pula, ilmunya datang terus dari Tuhan.\n(ii) Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke peringkat Ph.D adalah tidak bermanafaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kitab lama dan ketinggalan zaman.\n(iii) Ilmu para ulama sekarang dengan mendakwa ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu orang Tuhan (Haji Ashaari bin Muhammad).\n(iv) Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang berwatak Rasul.\n2. Berdasarkan kepada penyelewengan tersebut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah bersetuju memutuskan bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh ahli jamaah Syarikat Rufaqa\" Corporation Sdn. Bhd (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.\n3. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengambil keputusan bahawa :\n(i) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa\" Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;\n(ii) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa\" Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, perubatan, pembinaan, pertanian, perladangan, telekomunikasi, atau apa-apa aktiviti lain yang berhubungkait dengan SRC dan apa-apa ajaran yang mempunyai unsu-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam, adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam ;\n(iii) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan, atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Kumpulan al-Arqam sama ada melalui Syarikat Rufaqa\" Corporation Sdn.Bhd. (SRC), rangkaian syarikat gabungannya atau mana-mana pertubuhan, persatuan, atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam adalah mengamalkan ajaran, pegangan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;\n(iv) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan, atau syarikat yang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang disebut di dalam subperenggan 3(i), (ii) dan (iii) adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;\n(v) apa-apa variasi, versi, bentuk, atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan, atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam; atau\n(vi) apa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan atau menghidupkan ajaran Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan, atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12019", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 April 2002 telah sebulat suara memutuskan bahawa masjid tersebut adalah wakaf oleh Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 1989, Pentadbir harta wakaf adalah Majlis Agama Islam Selangor. Sesuatu harta yang diwakafkan itu telah menjadi milik Allah secara mutlak, maka ia tidak boleh dilakukan kepadanya secara transaksi.\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh yang demikian, 'Akta Benda Purba' dalam hal ini tidak terpakai. Adalah menjadi tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Masjid untuk mengekalkan struktur asal atau diubahsuai dengan tujuan bagi keselesaan jemaah serta dapat dimanfaatkan sepertimana yang diharapkan oleh Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12531", "body": "ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM \n\n\n(NEGERI SEMBILAN) 2003\n\n\n[\nEnakmen No.10/2003\n]\n\n\nPEMBERITAHUAN FATWA\n\n\nAJARAN TAPEDIRI 65 ATAU BA THA MIM 114\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nP\nADA\n menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [\nEnakmen No. 10/2003\n], Jawatankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar dan dengan persetujuan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin, mengeluarkan \nFatwa\n seperti yang berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nAjaran TAPEDIRI 65 atau BA THA MIM 114 merupakan ajaran sesat dan menyeleweng yang boleh membawa kepada kerosakan akidah orang Islam. Mana-mana orang Islam yang terlibat hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat.\n\n\t\u00a0\n\n\nCiri-ciri penyelewengan ajaran TAPEDIRI 65 atau BA THA MIM 114 adalah seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\npenggunaan \u201cjurus dan pukul tidak kena\u201d dalam aktiviti persilatan mengandungi perkara-perkara meragukan dan unsur-unsur kebatinan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam serta mempunyai persamaan dengan kumpulan Nasrul Haq yang sudah difatwakan sesat;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nperbuatan \u201cTopup\u201d bagi memberikan kembali semangat adalah khurafat;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nperbuatan mewajibkan ahli beramal sebagai syarat kemasukan ke dalam kumpulan adalah menyalahi konsep ikhlas dalam Islam kerana perbuatan tersebut akan menjadikan pengikutnya melakukan sesuatu amalan bukan kerana Allah S.W.T.;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nkonsep dakwah melalui unsur-unsur kebatinan dalam persilatan boleh mengundang kerosakan yang lebih besar kepada akidah orang Islam;\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nbeberapa buku yang digunakan oleh kumpulan ajaran ini didapati mengandungi banyak kesalahan seperti kesalahan ayat al-Quran pada muka surat tertentu, wujud perkataan-perkataan yang tidak diketahui maksud sebenar, kesilapan tatabahasa, penggunaan terjemahan ayat al-Quran yang salah dan tidak mengikut kaedah (menggunakan huruf roman), penggunaan hadith palsu serta terdapat kalimah yang digunakan tidak dapat difahami.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Bahawa orang-orang Islam adalah dilarang \u2015\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmengamalkan apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, atau amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam; atau\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nmemiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedarkan apa-apa filem, rakaman audio, buku-buku, risalah-risalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen yang boleh mengaitkan dengan ajaran TAPEDIRI 65 atau BA THA MIM 114.\n\n\n\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mana-mana orang Islam yang telah berbai\u2019ah atau mengamalkan fahaman atau ajaran Tapediri 65 atau BA \u00a0THA \u00a0MIM 14 adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran agama Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDibuat 01 Oktober 2020\n\n\n[JMKNNS.BPK.100-32/1: PUNS 100/2/4 Jld.2]\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDato\u2019 Hj. Mohd YUSOF bin Hj. Ahmad\n\n\nMufti Kerajaan Negeri\n\n\nNegeri Sembilan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12020", "body": "\"Bahawa majlis-majlis yang bercanggah dengan ajaran Islam tidak perlu dibacakan doa\"."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12532", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah membincangkan persoalan sah wudhuk jika terdapat najis mughollazoh pada anggota orang yang berwudhuk. Mesyuarat berpendapat bahawa sah wudhuk biarpun belum bersih daripada najis mughollazoh jika najis itu tidak ada pada anggota wudhuk."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10741", "body": "Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan perkara-perkara berikut:\na) Menetapkan bahawa kaedah pengiraan nisab zakat harta yang bersandarkan kepada timbangan emas bagi tahun semasa di negeri Melaka adalah berdasarkan kepada purata nisab tahunan mengikut takwim \nmiladi\n (tahun sebelumnya) seperti berikut :\nLangkah 1 : Tentukan kadar nisab bulanan mengikut takwim miladi (tahun sebelumnya) seperti berikut:\n(Jumlah Harga Emas Bulanan x Nisab Emas) \u00f7 Bilangan Hari Niaga = Kadar Nisab Bulanan (Tahun Sebelumnya)\n\u00a0\nLangkah 2 : Tentukan purata nisab tahunan mengikut takwim miladi (tahun sebelumnya) untuk mendapatkan kadar nisab tahun semasa seperti berikut :\n\u00a0\nJumlah Nisab Bulanan (Tahun Sebelumnya) \u00f7 12 = Kadar Nisab Tahun Semasa"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11509", "body": "Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini setelah meneliti dan membincangkan kertas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bertajuk Fatwa terhadap golongan anti hadis, maka berdasrkan fakta-fakta yang dikemukakan, jawatankuasa dengan sebulat suara memutuskan bahawa :-\n1. Buku bertajuk :-\ni) 'Hadis satu penilaian semula' dan 'hadis jawapan kepada pengkriktik' yang kedua-duanya ditulis oleh Kasim Ahmad ;\nii) 'Pendedahan kebenaran adalahdari tuhanmu-hadis didalam Al-Quran' yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman.\niii) 'Bacaan' yang ditulis oleh Osman Ali, dan\niv) 'The Computer Speaks - God\"s Message To Tha World', yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifah ; dan\n2. Risalah 'Iqra\"' terbitan Jamaah Al-Quran Malaysia ;\nAdalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain - menolak hadis sahih ( iaitu hadis yang disahkan bersumber daripada Rasulallah s.a.w ) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulallah s.a.w dan menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran tersebut.\nBahawa orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang disebut terdahulu adalah orang atau kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam.\nOleh yang demikian :\n(1) Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'hadis satu penilaian semula' , 'hadis jawapan kepada pengkritik', 'pendedahan kebenaran adalah dari tuhanmu-hadis didalam al-quran', 'bacaan' , 'The computer speaks-god\"s message to the world' atau risalah Iqra\" adalah murtad.\n(2) Mana-mana orang Islam adalah dilarang :\na) Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'hadis satu penialaian semula' , 'hadis jawapan kepada pengkritik', 'pendedahan kebenaran adalah dari tuhanmu-hadis didalam al-qurana\" , 'bacaan', 'The computer speaks-god\"s message to the world' atau risalah Iqra\" ;\nb) Untuk mencetak, menerbit, memiliki , membiarkan , menyebarkan , atau mengedarkan buku 'hadis satu penilaian semula' , 'hadis jawapan kepada pengkritik', 'pendedahan kebenaran adalah dari tuhanmu-hadis didalam al-quran', 'bacaan' , 'The computer speaks-god\"s message to the world' atau risalah Iqra\" atau mana-mana bahagiannya termasuk :\n(i) Apa-apa bentuk , versi . atau variasinya ;\n(ii) Apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa ;\n(iii) Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu ;\nPada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainya atau melalui apa-apa media ; atau\nc) Untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan (1) atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12021", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) yang bersidang pada 18 Oktober 1986 telah membincangkan mengenai Bayaran Imbuhan Kepada Pegawai-Pegawai Masjid.\u00a0Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Jika imbuhan yang hendak dibayar kepada pegawai-pegawai masjid yang bersara itu diambil dari harta wakaf masjid, maka hukumnya tidak harus sama sekali dengan apa cara sekalipun, samada imbuhan yang diberi tiap-tiap bulan atau sekali bayaran sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Jika imbuhan itu bukan dari harta wakaf masjid (derma orang ramai) maka tidak boleh juga diberi kepada mereka, melainkan dengan syarat mendapat persetujuan lebih dahulu dari semua ahli-ahli qariah masjid dengan melalui mesyuarat agong atau dengan apa-apa cara sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\nAdapun jika imbuhan yang hendak diberi kepada mereka merupakan pemberian sekali bayaran sahaja sebagai mengenang jasa-jasa mereka, maka hendaklah diberi dengan persetujuan dari mesyuarat ahli-ahli jawatankuasa masjid sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10742", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 2/2009 yang bersidang pada 2 April 2009 telah membincangkan Kadar Pengiraan Dan Penentuan Nilai Fidyah Bagi Negeri Melaka. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\na) Menetapkan bahawa kaedah pengiraan fidyah puasa di Negeri Melaka adalah berdasarkan formula berikut :\nBilangan Hari Puasa Yang Ditinggalkan x Jumlah Pertambahan Bilangan Tahun x Nilai Fidyah Semasa = Jumlah Fidyah Puasa Perlu Dibayar\nb) Menetapkan bahawa nilai fidyah semasa di Negeri Melaka adalah bersamaan dengan kadar 1/4 daripada harga zakat fitrah tahun semasa bagi negeri Melaka."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12022", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor kali ke 1/2002 yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa;\n\n\n\u00a0\n\n\nBoleh/harus \nmembina binaan bangunan tempat berteduh/rehat kepada para penziarah kubur dan stor kecil bagi menyimpan peralatan menggali kubur di tanah wakaf perkuburan dengan syarat di tempat-tempat yang bersesuaian malah tidak menjadi gangguan kepada kubur-kubur lain yang ada di tanah perkuburan serta pembinaan tersebut hanyalah untuk kegunaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kubur sahaja."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11511", "body": "Setelah meneliti dan mengkaji permasalahan berkaitan wakaf dan pewakafan tanah untuk kemaslahatan masjid, tanah perkuburan dan sebagainya, mesyuarat bersetuju tidak boleh ditarik balik samada pewakaf itu sendiri ataupun pewarisnya.\nMesyuarat juga berpendapat bahawa pemilikan apabila diwakafkan kepada masjid atau tanah perkuburan, ianya berfaedah menjadi hak Allah secara langsung dan tidak boleh ditarik balik."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11767", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa: Bersetuju dengan perlaksanaan Skim Wakaf Tunai Terengganu dan seterusnya mengesyorkan :\ni.\tSupaya syarat minimum RM 10.00 tidak dikenakan. Ini bermakna mana-mana orang boleh menyumbang seberapa banyak wang untuk disumbangkan kepada Majlis untuk membeli Harta Wakaf.\nii.\tPenyertaan wang berjumlah RM 10.00 dan ke bawah darinya dalam Skim ini tidak perlu dikeluarkan sijil.\niii.\tSighah lafaz dipinda kepada lafaz : Saya mewakilkan kepada MAIDAM untuk mewakafkan mana-mana harta kekal melalui cek/BankDraf/Wang Pos/Tunai di atas nama Skim Wakaf Tunai Terengganu sebanyak RM .................... untuk diri saya/ Almarhum/ Almarhumah/.......................................... demi kebajikan dan kepentingan Agama Islam dan umatnya kerana Allah (s.w.t) selama-lamanya."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12023", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) yang bersidang pada 24 Januari 1987 telah membincangkan mengenai Bantuan Asnaf Fisabilillah Kepada Pejuang Dan Pelarian Afghanistan. Mesyuarat memutuskan\u00a0bahawa\u00a0Asnaf Fisabilillah boleh diberikan kepada pejuang dan pelarian Afghanistan."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12024", "body": "Setelah dilihat dan dikaji permasalahan yang dikemukakan itu, majlis Fatwa mengambil keputusan bahawa jika pihak koperasi mempunyai harta tetap (yang tidak diperniagakan) dan tidak berniat untuk dijual maka ia tidak wajib dikenakan zakat, tetapi sekiranya harta tersebut mengeluarkan hasil dan cukup nisab dan haulnya maka ia wajib dikeluarkan zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11513", "body": "Jawatankuasa ini berpendapat penjualan adalah sah, tentang dosa terpulanglah kepadanya dengan Allah Taala oleh kerana ada \ninterest\n hukumnya riba.\nMengenai pembelian kedua hukumnya sah dan jika ada \ninterest\n hukumnya juga riba.\n* Jawatankuasa ini berpendapat jualbeli dengan pinjaman bank adalah sah, adapun bermuamalah dengan riba hukumnya haram. (19/06/1992 - huraian)"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12025", "body": "Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 15 November 2001 telah memberi pandangan bahawa;\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSeksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dipertingkatkan penguatkuasaannya. Ini berikutan terdapatnya bahan penerbitan berunsur lucah telah dijual secara berleluasa."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12537", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 1/2014 yang bersidang pada 26 Rabiul Akhir 1435H / 26 Februari 2014M telah membincangkan mengenai \nPermohonan Fatwa Mengenai Cadangan Pembayaran Zakat Menggunakan Mana-Mana Kad Kredit Islamik.\n Mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n(1)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Hukum pembayaran zakat menggunakan mana-mana kad kredit yang berlandaskan syariah berasaskan konsep \nBai\u2019 \u2018Inah, Wadi\u2019ah, Tawarruq,\n \nUjrah \natau\n Qardh \natau kombinasi mana-mana konsep tersebut adalah harus; dan\n\n\n\u00a0\n\n\n(2)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 apa jua kos yang terlibat dalam urusan tersebut termasuk pembangunan sistem, penyediaan perkhidmatan, penyelenggaraan, caj transaksi dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh Pusat Zakat Melaka dan bukan pihak pembayar zakat."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12538", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2016-1437H yang bersidang pada 28 Julai 2016 bersamaan 23 Syawal 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke- 72 berkenaan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam dengan sighah\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\ni.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nii.\u00a0\u00a0\u00a0Sekiranya terdapat unsur-unsur Skim Piramid yang mengandungi unsur-unsur penindasan dan penipuan dalam sistem jualan MLM maka hukumnya adalah haram.\n\n\n\u00a0\n\n\niii.\u00a0\u00a0Mana-mana orang yang ingin terlibat dengan perniagaan MLM ini hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi Level Marketing) Menurut Syariah. (Garis Panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Bilangan 1/2013)."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12539", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2016-1437H yang bersidang pada 25 Ogos 2016 bersamaan 22 Zulkaedah 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-64 berkenaan Hukum Peraduan SMS Dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam dengan sighahseperti berikut :\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMuzakarah memutuskan bahawa peraduan kuiz melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi unsur-unsur eksploitasi, kesamaran (tidak jelas), pertaruhan dan nasib adalah tergolong dalam pengertian judi.\n\n\nMana-mana orang yang ingin terlibat dengan peraduan kuiz melalui sistem pesanan ringkas (SMS) hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah (Garis Panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Bilangan 5 tahun 2013).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nHujah dan dalil:\n\n\n\u00a0\n\n\nAspek/sudut pengharaman:\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBayaran bil telefon atau talian untuk memasuki pertandingan dari segi syarak hukumnya adalah haram jika syarikat yang menaja wang dan menyediakan peraduan menunggu wang yang datangnya daripada caj bayaran telefon.\n\n\nPeserta yang menggunakan talian telefon untuk menyertainya membayar setiap minit dengan bayaran yang lebih dari caj bayaran biasa.\n\n\nPeserta yang berharap hanya membayar dengan bayaran biasa/sedikit tetapi mendapat keuntungan yang banyak adalah haram.\n\n\nSyarikat telah mengambil wang manusia lain secara batil kerana pertandingan atau yang seumpamanya ini berjaya mengumpulkan berlipat kali ganda hasil kadar bayaran daripada peserta.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nLajnah Tahrir al-Taqwa bil Mauqi\u2019 (\u0644\u062c\u0646\u0629 \u062a\u062d\u0631\u064a\u0631 \u0627\u0644\u0641\u062a\u0648\u0649 \u0628\u0627\u0644\u0645\u0648\u0642\u0639)meletakkan beberapa syarat yang wajib dihindari supaya sesuatu peraduan itu tiada unsur judi:\u00a0\n\n\n\n\nTidak berlaku persetujuan antara penganjur dengan mana-mana syarikat komunikasi; sebagai satu cara mereka untuk mendapat untung.\n\n\nPeraduan itu tidak mengenakan bayaran untuk disertai sama ada bayaran itu dengan cara tertentu atau melalui penambahan kos perbualan jika peraduan itu diadakan melalui telefon.\n\n\nPeraduan itu mestilah pada perkara yang berfaedah sebaliknya bukan pada bentuk soalan berkenaan filem dan seumpamanya.\n\n\nPeraduan itu tidak bertujuan untuk mengambil harta orang ramai yang menyertainya kerana berharap kepada hadiah yang lumayan seterusnya membawa kepada pembaziran wang atau harta.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak Diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11772", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan Fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-77 pada 20-21 April 2007 bahawa: Pameran jin, hantu dan keranda, pameran alam misteri adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan mudharat kepada akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri jin hantu dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12028", "body": "\"Adalah boleh diruntuhkan masjid yang lama itu kerana menggantikan masjid yang baru dengan syarat seperti berikut di bawah ini:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Adalah diutamakan supaya pembinaan masjid baru di tempatkan di tapak yang asal (masjid yang lama) untuk menjaga kehormatan tapak masjid itu. Jika sekiranya pembinaan masjid baru itu di tapak yang lain, tapak lama hendaklah dipagar supaya terjamin kehormatan dan kebersihannya.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mengenai masjid lama jika diruntuhkan maka bahan-bahan masjid (kayu dan lain-lainnya) hendaklah digunakan (diwakafkan) ke masjid atau surau-surau yang lain.\""} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12540", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2016-1437H yang bersidang pada 25 Ogos 2016 bersamaan 22 Zulkaedah 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-24 berkenaan Hukum Penulisan Ayat-Ayat al-Quran Dengan Huruf Roman Atau Latin dengan sighah\n\u00a0\nseperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSetiap Orang Islam wajib mempelajari al-Quran dalam Bahasa Arab Rasm Uthmani.\n\n\nHaram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran kecuali:\u00a0Penulisan akademik (petikan/phrasa) yang menggunakan tanda transliterasi al-Quran yang betul serta mengikut kaedah yang standard.\n\n\nUntuk tujuan menarik orang membaca al-Quran dan tujuan pembelajaran (\u0627\u0644\u0642\u0631\u0627\u0646) dalam jangkamasa sementara. Teks/nas al-Quran hendaklah dilampirkan.\n\n\nHaram menerbit dan menjual tafsir dan terjemahan al-Quran tanpa disertakan teks asal.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\nStatus pewartaan : Proses Warta"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10749", "body": "Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.\nPengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.\nMazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11517", "body": "Jawatankuasa berpendapat tapak asal yang dikosongkan itu hendaklah dipelihara dan dihormati sebagai tapak masjid kerana ia tetap dihukumkan masjid."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12029", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa \nharus/boleh membayar zakat melalui kad kredit/kad Bank Islam dengan syarat disertai niat yang ikhlas.\n\n\n\u00a0\n\n\na) Bagi pembayaran zakat melalui kad kredit, pembayar hendaklah berniat mewakilkan pihak bank sebagai wakilnya bagi membayar zakatnya secara tunai kepada amil. Lafaz niatnya iaitu 'ini zakat wajib keatas diriku pada tahun ini berjumlah..."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12541", "body": "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 08/2016-1437H yang bersidang pada 28 September 2016 bersamaan 26 Zulhijjah 1437H telah bersetuju menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada nas al-Quran dan al-Sunnah serta kaedah-kaedah\u00a0\nFiqhiyyah\n\u00a0dan peruntukan undang-undang berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Tiada dalil yang jelas daripada al-Quran dan al-Sunnah yang menerangkan larangan atau kebenaran pelantikan orang bukan Islam sebagai peguam Syarie. Walau bagaimanapun terdapat dalil-dalil umum mengenai perkara tersebut dalam al-Quran, hadith dan pandangan ulama muktabar seperti berikut:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0(a)\u00a0Firman Allah s.w.t:\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062a\u0651\u064e\u062e\u0650\u0630\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064f\u0648\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e \u0623\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062f\u064f\u0648\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nMaksudnya : Janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir menjadi pemimpin/teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Surah Ali-Imran (3):28.\n\n\n\u00a0\n\n\n(b)\u00a0Hadith Nabi s.a.w:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\u0639\u0646 \u0623\u0632\u0647\u0631 \u0628\u0646 \u0631\u0627\u0634\u062f \u0639\u0646 \u0623\u0646\u0633 \u0628\u0646 \u0645\u0627\u0644\u0643 \u0642\u0627\u0644 \u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0644\u0627 \u062a\u0633\u062a\u0636\u064a\u0626\u0648\u0627 \u0628\u0646\u0627\u0631 \u0627\u0644\u0645\u0634\u0631\u0643\u064a\u0646\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya: \u201cDaripada Azhar bin Rasyid yang meriwayatkan daripada Anas Bin Malik, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,\u201cJanganlah kamu meminta disinari dengan cahaya musyrik.\u201d(Diriwayatkan oleh al-Nasa\u2019ie).\n\n\nMenurut Imam al-Suyuti, hadith ini menjelaskan bahawa seseorang Islam itu tidak seharusnya meminta bantuan atau perlindungan daripada orang musyrik. Seandainya kita meminta pandangan daripada mereka, kita seolah-olah telah menjadikan pendapat mereka sebagai penyuluh apabila kita dalam keadaan kekeliruan.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Kaedah-kaedah\u00a0\nFiqhiyyah\n\n\n\u00a0\n\n\na. \n\u0633\u062f \u0627\u0644\u0630 \u0631\u064a\u0639\u0629\n : Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudaratan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai Peguam Syarie, ia memberi ruang kepada orang-orang bukan Islam untuk menguruskan\u00a0hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan dan memberi gambaran kelemahan orang Islam.\n\n\nb. \n\u0625\u0630\u0627 \u062a\u0639\u0627\u0631\u0636 \u0627\u0644\u0645\u0627\u0646\u0639 \u0648\u0627\u0644\u0645\u0642\u062a\u0636\u0649 \u0642\u062f\u0645 \u0627\u0644\u0645\u0627\u0646\u0639\n : Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang mengkehendaki hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai Peguam Syarie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari satu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.\n\n\nc. \n\u0627\u0644\u0645\u0635\u0644\u062d\u0629 \u0627\u0644\u0639\u0627\u0645\u0629 \u062a\u0642\u062f\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0644\u062d\u0629 \u0627\u0644\u062e\u0627\u0635\u0629\n : Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan dari maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.\n\n\nd. \n\u062a\u0635\u0631\u0641 \u0627\u0644\u0625\u0645\u0627\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0631\u0639\u064a\u0629 \u0645\u0646\u0648\u0637 \u0628\u0627\u0644\u0645\u0635\u0644\u062d\u0629\u00a0\n\u00a0: Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.\n\n\ne. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai Peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11774", "body": "Mesyuarat dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama telah menjalankan siasatan mengenai pegangan dan ajaran Ayah Pin yang dikembangkan di Daerah Besut. Diantara pegangan dan ajaran itu ialah :-\ni.\tMesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.\nii.\tNabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur , Taurat dan Injil dan menjadikannya Al-Quran.\niii.\tBongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.\niv.\tHanya Ayah Pin dan Nabi Muhammad saja yang berguru kepada Jibril.\nv.\tSetiap kali sembahyang hendaklah beri\"tiqad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.\nvi.\tQuran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.\nMesyuarat bersetuju berdasarkan laporan yang dikemukakan, bahawa ajaran dan pegangan Ayah Pin itu adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa kepada ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakan aqidah. Oleh yang demikian jawatankuasa ini memutuskan bahawa orangramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut. Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghapuskan pegangan dan ajaran Ayah Pin."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12542", "body": "Muzakarah jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 08/2016-1437H yang bersidang pada 28 September 2016 bersamaan 26 Zulhijjah 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-77 berkenaan Hukum Penggunaan Ayat-Ayat al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit\u00a0dengan sighah\u00a0seperti berikut :\n\n\n\u00a0\n\n\n1. Penggunaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai nada dering di dalam telefon bimbit adalah dilarang.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. Mana-mana laungan azan/\nzikrullah\n dibenarkan penggunaannya dengan menjaga adab-adab dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat tersebut seperti di dalam tandas.\n\n\n\u00a0\n\n\nHujah dan dalil:\n\n\n\u00a0\n\n\nDalil tuntutan untuk menjaga kesucian al-Quran ialah Firman Allah SWT:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f\u06e5 \u0644\u064e\u0642\u064f\u0631\u06e1\u0621\u064e\u0627\u0646\u065e \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u065e \u0667\u0667\u00a0\u0641\u0650\u064a \u0643\u0650\u062a\u064e\u0670\u0628\u0656 \u0645\u0651\u064e\u0643\u06e1\u0646\u064f\u0648\u0646\u0656 \u0667\u0668 \u0644\u0651\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0645\u064e\u0633\u0651\u064f\u0647\u064f\u06e5\u0653 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0671\u0644\u06e1\u0645\u064f\u0637\u064e\u0647\u0651\u064e\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0667\u0669\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya: Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia, yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan. Yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui suci\u00a0bersih. Surah al-Waqiah: 77-79.\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0\u00a0\u00a0Para ulama Islam telah menetapkan hukum dan adab tertentu kepada individu yang ingin memegang, membawa, membaca, menulis, menjual dan melupuskan al-Quran.\n\n\n\u00a0\n\n\nb.\u00a0\u00a0\u00a0Sehubungan itu, apa-apa jua bentuk dan keadaan yang boleh disifatkan menghina al-Quran sama ada melalui perbuatan, tulisan, perkataan dan sebagainya hendaklah dihindari oleh orang Islam. Orang yang sengaja mempersenda dan menghina al-Quran melalui perkataan atau perbuatan maka ia boleh dihukum kafir. Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu\u2019 menyatakan:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cDan seseorang yang dengan sengaja mempermain al-Quran atau sebahagian daripadanya atau sengaja mencampakkan mushaf ke tempat kotor atau mendustai apa-apa hukum yang dinyatakan di dalamnya atau menafikan apa-apa yang telah sabit atau ragu-ragu dengan al-Quran sedangkan dia mengetahui perkara tersebut maka hukumnya kafir\u201d. \n\n\n\u00a0\n\n\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Baginda Rasulullah SAW sendiri turut memuliakan tulisan yang mengandungi zikir atau nama-nama yang mulia. Anas r.a pernah meriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila memasuki tandas, baginda SAW menanggalkan cincinnya. Para fuqaha menyatakan sebab Nabi SAW tidak membawa masuk cincinnya ialah kerana pada cincinnya tertulis perkataan \u201cMuhammad Rasulullah\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nd.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Para fuqaha dalam memastikan kemuliaan al-Quran menyatakan, ia hendaklah dibaca di tempat yang bersih. Sehubungan itu, fuqaha Hanafiah, Malikiah, Syafiiyyah dan Hanabilah menghukum makruh membaca al-Quran di tempat-tempat yang kotor seperti tempat mandi dan tempat buangan najis.\n\n\n\u00a0\n\n\ne.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berkaitan penulisan al-Quran di dinding termasuk dinding masjid, rumah dan sebagainya, para imam besar mazhab sepakat mengatakan adalah makruh menulis sesuatu daripada al-Quran di dinding masjid.\n\n\n\u00a0\n\n\nf.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Berdasarkan hukum yang dikemukakan di atas juga, maka penggunaan ayat-ayat suci al-Quran, laungan azan dan seumpamanya dalam nada dering dan paparan skrin dalam telefon bimbit boleh diqiaskan kepada beberapa permasalahan hukum seperti yang disebutkan di atas kerana illahnya sama iaitu memastikan unsur penghinaan kepada al-Quran tidak berlaku.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatus Pewartaan : Tidak diwartakan"} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=11519", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.5/2012 yang bersidang pada 20 Muharram 1434H bersamaan 4 Disember 2012 telah membincangkan Laporan Siasatan Bahagian Penyelidikan JAIM mengenai aktiviti meragukan di Surau Madrasah Tahfiz Kg. Tengkera mengenai pegangan, ajaran dan amalan Panjilangit. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :\n1.Amalan, fahaman dan ajaran Panjilangit yang dibawa oleh Mohd Jaafar bin Robani (Nombor Kad Pengenalan 670630-01-5657) dan pengikutnya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah dan syariah.\n2.Antara ciri-ciri penyelewengan fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Mohd Jaafar bin Robani adalah membuat dakwaan seperti berikut :\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0a) mengakui dirinya benar-benar sempurna;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0b) meminta pengikut agar beriman dengan dirinya;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0c) dirinya sebagai pengantara Malaikat Jibrail;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0d) dirinya boleh mentafsir dosa orang yang datang berubat;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0e) dirinya diutuskan untuk membunuh Dajjal;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0f) dirinya sebagai pemegang takdir pembinasa Dajjal;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0g) dirinya itu adalah peringatan terakhir untuk alami ini; dan\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0h) kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.\n3.Setiap orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan\u00a0ajaran dan fahaman tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.\n4.Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran dan fahaman Panjilangit hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan ajaran tersebut serta memohon keampunan\u00a0kepada Allah Subhanahu Wataa'ala."} {"url": "https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=12031", "body": "Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 24 Julai 2001 telah sebulat suara memutuskan bahawa:\n\n\n\u00a0\n\n\n'Kaedah pembahagian harta pusaka bagi Orang Asli Bukit Lanjan hendaklah mengikut sistem faraid yang telah ditetapkan oleh Islam. Walaubagaimanapun pihak waris masih diberi pilihan sama ada mahu mengguna pakai sistem faraid ataupun membuat pembahagian samarata iaitu mengikut sistem adat mereka. Ini bertujuan untuk menjaga maslahah yang lebih utama'."}