{"url": "https://myresipi.com/0-jenis-pasta/", "title": "Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul", "body": "\nMakanan di Itali sinonim sangat untuk hidangan berasaskan pasta. Dan, ada macam-macam jenis pasta yang mungkin kita tak biasa dengar dan tahu.\nPasta menjadi popular sekitar pertengahan abad ke 20 di Itali. Secara asas diperbuat daripada campuran bahan-bahan seperti tepung, telur, dan air lalu ia dikeringkan. Seperti yang kita dapat lihat di pasaraya.\nIa juga perlu direbus dalam air mendidih kemudian barulah dikombinasikan dengan bahan-bahan hidangan lain seperti salad atau digaul bersama sos dan parutan keju di atas.\nBaca Juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini\nSelain itu, ia mudah dimasak dan tahan lama jika disimpan dengan sempurna.\nSatu lagi keistimewaannya, ia boleh dihidangkan dalam keadaan panas atau sejuk.\nSelain itu, pasta juga merupakan pilihan yang baik dari segi kesihatan disebabkan kandungan kalorinya yang rendah, diperkaya dengan folat dan membekalkan serat.\nPernah dengar perkataan pasta macaroni, fettucine atau ravioli? Apakah perbezaan mereka? Tak tahu?\nJom kita tengok jenis-jenis pasta selain spaghetti dan gabungkan dengan sos yang betul.\n\n1. Angel Hair\n\nBentuk sama seperti spaghetii tetapi lebih kecil dan halus iras bihun. Pasta ini cepat dimasak dan mudah disediakan.\nSesuai digandingkan bersama kuah yang tak terlalu pekat atau dikacau goreng dengan sedikit butter, minyak zaitun kemudian ditabur sikit dengan herba-herba Itali.\n\n2. Macaroni\n\nBerasal daripada perkataan \u2018maccheroni\u2019, makaroni adalah pasta pendek berbentuk lengkung seperti huruf C. Ia juga dipanggil pasta \u2018elbow\u2019.\nHidangan yang paling popular ialah macaroni yang dibakar bersama keju (macaroni and cheese). Namun begitu, makaroni juga boleh direbus lalu digoreng atau dimasukkan ke dalam sup.\n\n3. Fettucine\n\nMaksud fettucine ialah \u2018riben kecil\u2019 kerana bentuknya yang leper dan panjang berbentuk seperti potongan-potongan riben.\nIa sesuai dimakan bersama sos pekat seperti sos tomato berdaging atau carbonara.\n\n4. Farfalle\n\nFarfalle dalam bahasa Itali bermaksud kupu-kupu. Juga dikenali sebagai pasta \u2018bowtie\u2019 kerana bentuknya.\nIa lazat dijadikan salad pasta sejuk atau dicampur bersama semangkuk daging dan sayur-sayuran.\n\n5. Conchieglie\n\nConchieglie bermakna cangkerang dalam bahasa Itali. Pasta yang berbentuk cangkerang ini wujud dalam pelbagai saiz. Bagi yang bersaiz besar, boleh disumbatkan inti kemudian dibakar.\nYang bersaiz sederhana pula boleh dijadikan kaserol atau dimakan bersama sos berdaging dan bersaiz paling kecil pula boleh dimasukkan ke dalam sup atau stew.\n\n6. Gnocchi\n\nGnocchi adalah pasta berbentuk bebola atau bujur yang diperbuat daripada kentang, telur dan tepung.\nStrukturnya sedikit kenyal dan sesuai dihidangkan dengan sebarang sos pekat atau dibakar bersama tomato dan keju.\n\n7. Orzo\n\nJangan tersilap menyangka orzo ini nasi ya! Orzo sebenarnya ialah pasta namun bentuknya seakan-akan nasi.\nPasta ini boleh digaul dengan sayuran atau sebarang protein dan dijadikan salad. Boleh juga dimasukkan ke dalam sup atau stew.\n\n8. Penne\n\nPasta ini berbentuk tiub iaitu berlubang di tengah dan dipotong serong dihujungnya. Berukuran lebih kurang 2 inci, pasta penne sesuai digunakan dalam bersama sos pekat atau dijadikan salad.\n\n9. Ravioli\n\nRavioli merupakan pasta berbentuk segi empat atau bulat yang berisi inti. Pelbagai jenis inti seperti keju, daging, sayur-sayuran atau makanan laut boleh diisi ke dalam doh pasta nipis untuk menghasilkan ravioli ini.\nIa seterusnya dimasak dalam sos, sup atau digoreng dengan sedikit minyak zaitun.\n\n10. Fusili\n\nBermakna \u2018corkscrew\u2019 dalam bahasa Itali, disebabkan bentuknya. Turut dikenali sebagai pasta \u2018spiral\u2019. Fusili sesuai dimasukkan ke dalam salad atau dihidangkan dengan sos yang pekat.\nKadangkala fusili dihasilkan dalam pelbagai warna menjadikan ia suatu hidangan yang menarik di atas pinggan.\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-benda-anda-tak-patut-buat-di-dapur/", "title": "10 BENDA ANDA TAK PATUT BUAT DI DAPUR", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-04-02 05:33:00\n\n\n\nDapur ibarat jantung untuk sesebuah rumah\u00a0sebab di situlah pelbagai jenis juadah disediakan untuk seisi penghuni rumah. Tetapi dapur juga boleh jadi tempat yang berbahaya untuk korang. Takut silap hari bulan nanti korang end up dekat hospital kalau tak hati-hati.\u00a0\nSo, harini kami\u00a0nak kongsikan 10 benda yang korang tak patut buat dekat dapur.\n1. JANGAN TOLAK MAKANAN ATAS PAPAN PEMOTONG GUNA PISAU\n\nPisau korang boleh jadi tumpul kalau korang selalu buat benda ni.\u00a0\n2. JANGAN CUBA TANGKAP PISAU YANG TENGAH JATUH\nSebaiknya korang tunggu\u00a0sampai pisau betul-betul jatuh atas lantai baru ambik. Kalau korang cuba tangkap takut nanti korang cederakan diri sendiri.\n3. TAHU BEZA BAKING POWDER & BAKING SODA\nKalau korang nak tahu, dua benda ni berbeza sangat. So, better korang tau apa beza kegunaan kedua-dua bahan\u00a0sebelum guna. Takut\u00a0kecewa bila tak dapat desired result\u00a0yang korang nak.\n4. JANGAN GUNA SUDIP BESI DEKAT PAN ANTI LEKAT\n\nSudip besi boleh calarkan pan anti lekat korang. Tak cantik kan kalau dah calar-calar :(\u00a0\n5. JANGAN GOSOK MATA LEPAS PEGANG CILI\nCuci tangan dulu lepas pegang cili takut nanti mata pedih\u00a0macam korang potong bawang pula.\n6. KACA PANAS SAMA MACAM KACA SEJUK\nHati hati sebelum pegang barangan\u00a0kaca sebab kita tak tau sama ada ianya\u00a0panas atau\u00a0tak. Nanti melecur pula tangan korang.\n7. JANGAN GUNA PAPAN PEMOTONG YANG SAMA KALAU POTONG DAGING & SAYUR\n\nKalau korang guna papan pemotong yang sama, kemungkinan bakteria dari daging akan masuk dekat sayur. Nanti sakit perut pula.\u00a0Make sure\u00a0korang ada papan pemotong khas untuk sayur dan daging.\n8. JANGAN LETAK BENDA PANAS DALAM BEKAS KACA TAK TAHAN PANAS\nSama juga macam kalau korang letak benda panas dalam bekas kaca atas permukaan basah. Nanti kaca tu akan pecah.\u00a0\n9. JANGAN LETAK PERASA TERLAMPAU BANYAK\n\nTerlampau banyak perasa pun tak sedap juga nanti makanan korang.\n10. JANGAN BUKA PINTU OVEN KALAU TERBAKAR\n\nKalau oven korang terbakar dekat dalam, jangan buka pintu oven. Biar je sampai api dia mati sendiri sebab kalau korang buka, takut nanti merebak.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-hotspot-di-kampung-baru/", "title": "10 \u2018HotSpot\u2019 Di Kampung Baru \u2013 Kedai Makan Sedap", "body": "\nBila cerita tentang makan sedap kat Kuala Lumpur, tempat nombor satu yang ada dalam kepala orang Melayu mestilah Kampung Baru. Untuk anda yang datang dari luar KL, Kampung Baru ini syurga tempat makan tau, dari selera Melayu dan Siam sampailah Western. Jika anda rasa parking di sini susah, sebenarnya tak pun, di kampung baru sekarang ada menyediakan tempat parking berbayar, haa takde lah anda berebut parking nanti.\u00a0 Jom kita tengok 10 hotspot di Kampung Baru.\n1. Suraya Seafood\n\nIni antara kedai makan paling sedap kalau nak makan makanan Siam di Kampung Baru. Antara menu popular mereka adalah Tom yam, ikan 3 rasa, somtam dan pulut mangga. Menu ni memang antara yang selalu orang order bila datang ke kedai ni. Selain tu, kerabu maggi di kedai ni pun power! Kedai ini sangat lah laku sehinggakan owver kedai ini buka 2 lagi cawangan Suraya Seafood di area Masjid Jamek Kg. Baru. Anda boleh lah ke sana sebagai alternative lain jika kedai yang ini ramai orang.\nAlamat : Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru\nWaktu Operasi : Setiap Hari (3:30PM \u2013 1AM)\n2. Kak Som\n\nHaa, kalau anda terasa lapar tengah-tengah malam dan tak tahu nak cari makan di mana, anda jangan risau sebab anda boleh pergi terjah kedai Kak Som ni sebab kedai ni buka 24 jam tau. Best kan? Kedai ini bersebelahan dengan Kedai Suraya Seafood je. Bukan itu je, untuk makan tengahari pula, kedai ini ada menyajikan masakan Kelantan seperti laksam, nasi kerabu dan nasi dagang. Lauk jenis lain pun ada yang anda boleh pilih buat makan dengan nasi putih.\nAlamat : 19, 13, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru\nWaktu Operasi : Setiap Hari\u00a0 (24 jam)\n3. Nasi Lemak Wanjo\n\nKedai nasi lemak ini sudah beroperasi sejak tahun 1960an tau,\u00a0 dan dikatakan yang rasa nasi lemak di sini masih sedap macam dulu. Di sini bukan ada nasi lemak biasa je tau, mereka ada juga menyajikan lauk lain untuk seperti Paru, ayam goreng sampailah ke sambal sotong dan kerang. Harga nasi lemak biasa di sini bermula dari RM 3.50 sahaja.\nAlamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru\nWaktu Operasi : Setiap Hari (6:30AM\u2013 12AM)\n4. Rosdet Tomyam\n\nKedai Rodset Tomyam ini menyajikan makanan Siam dan Kelantan. Jadi kalau anda nak cari nasi air dengan lokching di KL, boleh lah try makan di Rosdet Tomyam. Antara menu popular di sini sudah semestinya lah tomyam dan pulut mangga mereka. Kedai ini beroperasi dari petang sehingga malam.\nAlamat: 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit\nWaktu Operasi : Selasa \u2013 Ahad (2:30PM\u2013 1:30AM)\n5. Selera Ramai Ikan Singgang\n\nAnda mengidam ikan singgang? Kedai ini ada menyajikan perbagai jenis ikan singgang. Kedai Selera Ramai ini sudah pun beroperasi sejak 2012 dan ikan singgang yang dimasak adalah mengunakan gaya masakan Kelantan. Lagi sedap jika anda makan singgang dengan budu, ulam dan ikan rebus goreng.\nAlamat : 46, 786, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru\nWaktu Operasi : Selasa \u2013 Ahad (6:30PM \u2013 3AM)\n6. Kedai Murah Meriah Nasi Campur\n\nJika anda nak makan makanan lauk campur dengan harga bajet, silalah datang ke kedai Murah Meriah Nasi Campur di sini. Lauk-lauk di sini pun besar besar memang berbaloilah dengan harga yang ditawarkan.\nAlamat: 58, Jalan Raja Alang, Kampung Baru\nWaktu Operasi : Isnin \u2013 Sabtu (5PM \u2013 12 AM)\n7. Restoran Gerak 23\n\nRestoran Gerak 23 ini menyajikan makanan masak lemak. Haa kalau anda teringin nak makan masak lemak, ini lah tempatnya!\u00a0Yang paling best di sini adalah itik salai masak lemak cili api. Sebut menu pun dah rasa terliur nak makan kat sini kan? Di sini juga ada 80 jenis lauk yang boleh dipilih selain daripada masak lemak.\nAlamat: Lot 2959, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru\nWaktu Operasi : Setiap Hari (10AM \u2013 8 PM)\n8. Restoran Nasi Padang Kg Baru\n\nKalau dah boring nak makan makanan melayu, anda boleh lah try makan di sini. Ramai peminat Nasi Minang datang ke sini untuk makan rendang gaya Padang. Memang ada beza dengan yang Malaysia punya. Sedapnya sangat. Selain tu, kalau anda datang pada tengahari Jumaat, anda boleh bayar RM10 untuk set makan sampai kenyang.\nAlamat : 123, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru\nWaktu Operasi : Setiap Hari (10 AM\u2013 10PM)\n9. Masakan Padang Asli Kampung Baru\n\nIni satu lagi kedai lauk Padang yang ada kat Kampung Baru. Kalau dah biasa dengan Dendeng Daging dan Rendang Paru, boleh cuba Gulai Lemak Urat mereka, memang power!\u00a0\nAlamat: Lorong Muda Abdul Aziz, Kampung Baru\nWaktu Operasi : Setiap Hari (10AM \u2013 9PM)\n10. Ayam Penyet Mak Maya\n\nUntuk peminat ayam penyet, silalah datang ke kedai Ayam Penyet Mak Maya ni sebab speciality kedai ini adalah ayam penyet mereka.\u00a0Ayam kat sini digoreng panas-panas. Sambal pun buat depan mata. Jadi memang fresh. Kalau tak mahu ayam, boleh minta ikan kembung atau keli.\nAlamat : 65, Jalan Raja Uda, Kampung Baru\nWaktu Operasi : Setiap Hari (10AM \u2013 9PM)\nSumber: JomJalan\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-juadah-yang-popular-di-bazar-ramadan-setiap-tahun/", "title": "10 Juadah Yang Popular Di Bazar Ramadhan", "body": "\nSetiap kali bulan puasa tiba, bazar Ramadan merupakan destinasi yang akan dikunjungi rakyat Malaysia. Ramai orang ke bazar ramadhan untuk mencari makanan yang mudah untuk makan dan ada juga yang ke bazar untuk mencuba sesuatu makanan yang lain daripada yang lain. Walaupun bazar ramadhan dipenuhi dengan seribu satu jenis makanan, tetapi ada 10 juadah yang akan dicari orang ramai dari dulu hingga kini. Ini adalah 10 juadah yang popular di bazar ramadhan setiap tahun:\n1. Tepung Pelita\n\nHaa, pergi la kemana-mana bazar ramadhan pun, pasti anda akan nampak ramai orang beratur untuk membeli kuih Tepung Pelita ini. Tapi, memang tak dapat dinafikan rasa Tepung Pelita yang sangat sedap dengan teksturnya yang lembut dan cair dalam mulut sebab itulah ia menjadi kuih paling digemari sepanjang Ramadan. Tepung Pelita dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.\n2. Popiah Basah\n\nPopiah basah adalah antara kuih popular dan dicari-cari pengunjung bazar Ramadan. Memang jaranglah kalau tak nampak gerainya orang tak beratur. Popiah basah sangat digemari ramai kerana rasanya yang pedas, lembut diluar, tetapi sayuran di dalam yang memberikan kerangupan. Memang favourite ramai la.\n3. Murtabak\n\nMurtabak daging dan ayam adalah antara makanan yang sangat popular semasa bulan Ramadan. Murtabak selalunya kita akan makan dengan kuah bawang cuka dan kuah kari yang pekat memikat. Tambah pula, murtabak zaman sekarang ini diberikan banyak rasa tambahan, contohnya tambah cheese\u00a0 fuhh lagi bertambah sedap untuk dimakan!\n4. Roti John\n\nWalaupun Roti John senang dan boleh dibuat dirumah, tapi ramai yang suka untuk membeli roti john di bazar Ramadhan kerana ia boleh didapati dalam roti yang bersaiz panjang. Bukan tu je, Roti John juga akan disediakan dalam beberapa ramuan berbeza dan yang paling menjadi kegemaran ramai semestinya lah roti john ayam yang ditambah cheese! Memang nikmat inti ayam bersalut telur, mayonis, sos cili dan sos blackpepper ini terasa selepas mengigitnya!\n5. Ayam Percik\n\nTak sah kalau tak nampak asap berkepul-kepul di bazar kan? Haa, itulah tempat orang menjual Ayam Percik! Ayam percik ni memang ramai yang beratur untuk beli. Mana tidaknya, dia punya bau sahaja pun dah cukup membuatkan kita terliur dan tak sabar untuk berbuka.\n6. Sate\n\nSate juga merupakan juadah yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Masuk je bazar ramadhan memang dah dapat bau sate ini. Ia dihidangkan dengan kuah kacang, timun dan bawang. Hidangan tradisional ini pastinya menjadi pembuka selera ketika berbuka puasa.\n7. \u00a0Kebab\n\nKebab kebiasaanya akan menjadi juadah yang dibeli bagi merekayang rambang mata, tak tahu juadah yang mana nak dibeli di bazar Ramadhan. Ia biasanya diapit dalam roti pita bersama sayuran, sos cili dan mayonis.\n8. Ikan Bakar\n\nHidangan ikan bakar ini selalunya akan dihidangkan dengan air asam atau pun sos pencicah yang sangat sedap dan pasti akan membuka selera anda jika dimakan bersama nasi putih sewaktu berbuka. Selalunya ikan bakar yang paling diminati ramai adalah terubok, pari, sembilang, keli, kembong, siakap dan cencaru.\n9. Nasi Tomato\n\nDi pasar Ramadhan, memang tak sah kalau tiada Nasi Tomato ini. Nasi Tomato adalah antara juadah yang simple\u00a0tapi diminati ramai orang.\n10. Air Mangga\n\nAir Jus sejak beberapa tahun lalu telah mencipta populariti tersendiri dan menjadi menu minuman yang sangat dicari di bazar Ramadan kini. Tetapi, Air Manga lah antara air yang pasti akan dicari orang ramai kerana rasa manis dan kesegarannya.\nSumber: Buzzkini\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-kedai-makan-famous-di-ipoh/", "title": "10 Kedai Makan Famous Di Ipoh Yang Wajib Anda Cuba", "body": "\nAnda bercadang untuk bercuti ke Ipoh tapi tak tahu kedai makan famous di Ipoh? Anda datang ke tempat yang betul! Jom kita explore 10 kedai makan famous di Ipoh.\nSeperti yang kita tahu, Ipoh merupakan sebuah bandar yang popular dengan keunikan bangunan dan tarikan pelancongannya seperti Gua Kek Lok Tong dan Kellie\u2019s Castle. Di sini juga terdapat banyak tempat makan yang sedap yang patut anda semua cuba jika ke Ipoh.\nDi bawah terdapat senarai kedai makan yang famous di Ipoh yang pastinya tidak akan mengecewakan anda. Jadi kalau anda ada plan nak ke Ipoh, boleh makan di kedai dalam senarai dibawah ini.\n1. Restoran New Hollywood\u00a0\n\nRestoran ni memang popular sejak dari dulu lagi. Kalau anda ke Ipoh tapi tak datang ke Restoran ini anda memang rugi lah. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan tetapi kebanyakkannya berasaskan makanan cina dan makanan yang paling popular di restoran ini mestilah Chee Chong Fun! memang beratur orang nak beli. Harga makanan di restoran ini pun amatlah murah dan berpatutan. Anda wajib cuba makan di sini.\nAlamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak\nWaktu Operasi: Setiap hari (7 am \u2013 10 pm)\nAntara menu popular di Restoran Hollywood\n2.\u00a0Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan @ Ipoh\n\nRestoran ini merupakan antara restoran yang paling selalu orang datang untuk merasai menu terkenal mereka iaitu Nasi Ganja. Bukan itu sahaja, sesiapa saja yang datang makan di sini pasti pinggan mereka penuh dengan berbagai lauk-pauk dek kerana rambang mata untuk memilih. Kalau makan di sini memang akan kenyang seharian!\nAlamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak\nWaktu Operasi: Setiap hari (9am \u2013 4pm)\nNasi ganja adalah antara menu utama di restoran ini\n3. Miker Food\n\n\u00a0\nRestoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan barat. Menu popular mereka adalah Tom Yam dan Pizza. Dengan kuantitinya yang besar dan harganya yang berpatutan, memang sangat berbaloi jika anda datang makan di sini. Selain itu, restoran ini juga terletak bersebelahan dengan sungai Riverfront,\u00a0permandangannya sangat cantik dan amat sesuai untuk berkumpul makan bersama keluarga dan rakan-rakan.\nAlamat: Lot 10 Riverwalk Kinta Riverfront, 30000 Ipoh, Perak\nWaktu Operasi: Setiap hari (4pm \u2013 11pm)\nAntara menu famous di restoran ini\n4. Suhaimi Cafe\n\nRamai orang kalau ke kafe ini pasti akan order Roti Benggali yang dicicah bersama kari ayam yang pekat. Dan untuk minuman pula, ramai orang menggemari air Kopi Vietnam yang pekat likat cukup rasanya. Kafe ini memang sangat terkenal dengan hidangan sarapan pagi mereka.\nAlamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Negeri Perak\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (7.45 am \u2013 12 pm)\nMenu terkenal di Suhaimi Cafe\n5. Green Town Dimsum Caf\u00e9\n\nRestoran ini menyajikan makanan cina dan menu terkenal mereka mestilah Dimsum! tetapi selain dimsum, restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis mee dan nasi. Antara dimsum yang boleh anda cuba ialah Fried Prawn Dumplings yang disyorkan oleh ramai orang dan Fried Radish Cake juga wajib anda cuba, dijamin sedap! Walau bagaimanapun, kepada umat Islam, jangan risau dengan makanan cina yang dihidangkan di sini kerana restoran ini memiliki sijil halal.\nAlamat: 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Perak\nWaktu Operasi: Rabu \u2013 Isnin (8am \u2013 9pm), ditutup pada hari Selasa\nAntara menu utama mereka\n6. Ipoh Hainan Chicken Rice\n\nTeringin nak makan nasi ayam? Jom la singgah Ipoh Hainan Chicken Rice. Keistimewaan Nasi Ayam Hainan di sini adalah ayam panggangnya yang\u00a0 manis serta juicy\u00a0isinya. Tidak dapat dinafikan nasi ayam disini memang disukai ramai orang kerana rasanya yang lebih asli dan sedap.\nAlamat: 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak\nWaktu Operasi: Setiap hari (10.30am \u2013 10pm)\nNasi ayam adalah menu terkenal mereka\n7.\u00a0 Konda Kondi Cafe & Bistro\n\nHaa kalau teringin nak makan makanan barat tengah malam, ini lah tempatnya. Antara menu yang anda patut cuba di sini ialah Beef Spaghetti, Chicken Chop, Brownies with Ice Cream, Nachos dan banyak lagi. Harganya berpatutan, berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan. Suasana kafe ini juga amatlah sesuai untuk orang muda yang nak lepak bersama rakan-rakan.\nAlamat: 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak\nWaktu Operasi: Rabu \u2013 Isnin (6pm \u2013 12am), tutup pada hari Selasa\nMenu terkenal di cafe ini\n8. Moss Eatery @Jalan Besar, Tambun\n\nMoss Eatery menyajikan makanan melayu tempatan seperti Nasi Kukus dan Cucur Udang yang ranggup dan lembut di dalam. Restoran ini juga sangat sesuai untuk dijadikan port lepak bersama rakan-rakan dan keluarga kerana suasana kedainya yang sangat cantik, aesthetic dan luas.\nAlamat: NO.11 & NO.13 Jalan Besar Tambun, 31400 Ipoh, Perak\nWaktu Operasi: Selasa \u2013 Ahad (3pm \u2013 11 pm), tutup pada hari selasa\nAntara makanan famous di Moss Eatery\n9. Gerai Nasi Goreng Udang Ipoh, Perak\n\nGerai ini dari luaran kelihatan seperti gerai biasa sahaja tapi ramai yang tidak tahu bahawa gerai ini ada satu hidangan yang menjadi kegilaan ramai iaitu nasi goreng udang. Sudah tentulah ianya bukan nasi goreng udang yang biasa kerana kuantiti udangnya yang sangat banyak dan rasanya juga sedap. Memang berbaloilah kalau anda makan disini.\nAlamat:\u00a030100 Ipoh, Perak\nWaktu Operasi: Setiap hari (4 pm \u2013 12.15 am)\nNasi goreng udang yang famous di kedai ini\n10. Restoran M. Salim\n\nRestoran M.Salim legend yang sudah beroperasi selama 50 tahun ini menyajikan kari kepala ikan yang sangat pekat dan likat memang akan buat orang terpikat selepas mencuba kari mereka.\nAlamat: 75, Jalan Tokong, Taman Hoover, 31650 Ipoh, Perak\nWaktu Operasi: Sabtu \u2013 Khamis (630am \u2013 10pm) Jumaat (630am \u2013 1pm, 2pm \u2013 10pm)\nnasi kandar antara menu famous di kedai M.salim\nSumber: @teallyfe\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-kedai-makan-thai-sedap-untuk-berbuka/", "title": "10 Kedai Makan Thai Sedap Untuk Berbuka Puasa Di Selangor", "body": "\nBulan puasa dah nak dekat ni, mesti korang terfikir dekat mana kedai makan Thai untuk berbuka puasa di Selangor kan? Kedai makan Thai memang senang sangat nak didapati di mana mana kedai sekarang ni. Tapi, kedai yang mana satu yang menawarkan kualiti makanan Thai yang sedap dengan harga berpatutan? Haa jom kita explore 10 kedai makan thai untuk berbuka puasa di Selangor yang popular dan menjadi pilihan ramai.\n1. Restoran Orkid Thai\n\nRestoran ini terletak berdekatan dengan pusat membeli belah dan juga berada di tengah bandar. Bukan sahaja\u00a0 lokasinya strategik, malah lauk di sini juga sangatlah segar dan dapat pujian dari ramai orang.\nRestoran Orkid Thai ini menghidangkan masakan Thai asli dengan menu terkenal mereka iaitu Tomyam. Antara menu Tomyam yang cukup diminati ramai orang semestinya lah Tom Yam Seafood, Tom Yam Chicken dan Tom Yam Prawn in Coconut. Memang dijamin sedap hingga menjilat jari!\nAlamat: No, 17, 17A, 15A Jalan Tengku Ampuan Zabedah, F9/F Section 9,, 40100, Shah Alam, Selangor\nWaktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 10:30 malam\nAntara menu utama di restoran ini\n2. Streat Thai\n\nJika dilihat dengan suasana restoran ini, ia berkonsepkan \u2018street food\u2019 yang boleh didapati di Thailand, mereka menyajikan masakan Thai asli yang halal.\nMenu-menu yang mendapat tempat yang cukup istimewa di hati para pelanggan ialah Pad Krapow, Thai Fried Chicken Wings dan Pineapple Fried Rice. Tak cukup dengan itu, untuk pencuci mulut, ramai orang amat menggemari Mango Sticky Rice mereka. Anda patut cuba untuk berbuka puasa di sini bersama keluarga dan rakan-rakan.\nAlamat: 100-G.001, The School, No., 72, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11:30 pagi hingga 10 malam (Jumaat dan Sabtu dibuka bermula dari jam 11:30 pagi hingga 11 malam)\nAntara menu popular di kedai ini\n3. Restoran Serai Thai\n\nRestoran ini tidak asing lagi buat peminat makanan Thai, terutamanya yang menetap di Shah Alam dan Setia Alam. Restoran ini bukan sahaja terkenal kerana keenakan makanan Thai di sini, malah susana restoran ini juga sangat cantik dan selesa!\nAntara masakan Thai yang menjadi kegemaran ramai ialah Siakap Stim Limau, Pineapple Fried Rice dan Tomyam Seafood dan untuk pencuci mulut pula, ramai yang mencadangkan unutk mencuba Tab Tim Grob atau Red Rubies mereka.\nAlamat: 5, Jalan Sena 3/13A, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor\nWaktu operasi: Setiap hari (11 pagi hingga 3 petang, dan dibuka semula pada jam 6 petang hingga 10 malam)\nAntara tarikan utama di restoran ini\n4. Restoran Thai Nyonya\n\nRestoran Thai Nyonya ini sangatlah unik kerana mereka menghidangkan masakan asli Thai dan masakan asli Baba Nonya, sangat luar biasa. Restoran ini juga menawarkan makanan kualiti yang sangat bagus dan yang sangat penting ianya Halal. Antara masakan Thai yang digemari ramai ialah Thai Curry Prawn, Thai Prawn Cake dan Steamed Fish With Ginger Soya Sauce. Hidangannya juga bersaiz besar dengan\u00a0 harga yang berbaloi. Anda wajib mencubanya!\nAlamat: Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam\nMenu popular di restoran ini\n5. Soi 55 Thai Kitchen, Mont Kiara\n\nRestoran yang juga menyediakan banyak lauk-pauk Thailand yang pasti akan membuatkan anda terliur. Harganya juga sangatlah murah jadi bolehlah anda order banyak-banyak! Tengah lapar kan lepas seharia berpuasa confirm tak menyesal la.\nAlamat: Solaris 16 Jalan Solaris 5, Mont Kiara ,Solaris, 50480, KL.\nWaktu operasi: Setiap hari (11am-11pm)\nMenu pilihan ramai\n6. Mr. Tuk Tuk, Shah Alam\n\nAnda nak cuba makan makanan Thailand berlauk? Haaa Mr. Tuk Tuk lah tempatnya! Lauk-pauk Thailand yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Sesuai sangat kalau makan bersama keluarga dan rakan-rakan. \u00a0\nAlamat: LG-69, Setia City Mall, No 7, Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, 40170, Shah Alam, Selangor.\nWaktu operasi: Setiap hari (10am-10pm)\nMenu yang menjadi pilihan ramai\n7.Restoran Bangkok House\n\nAnda pernah rasa tak makanan dari kota Bangkok? Kalau tak pernah, Bangkok House la tempat yang sesuai. Mereka menyajikan makanan street Bangkok yang sedap dan semestinya halal. Restoran ini terletak di Petaling Jaya. Antara masakan Thai yang terkenal di sini ialah Pineapple Fried Rice. Yang lagi unik, Pineapple Fried Rice di sini dihidangkan di dalam kulit nanas itu sendiri, memang best!\nAlamat: Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu operasi: Setiap hari, (11 pagi hingga 11 malam)\nTarikan utama di restoran ini\n8. My Elephant Thai\n\nRestoran My Elephant ini cukup terkenal di Selangor. Mereka ada juga beberapa cawangan di Sri Hartamas di KL, Ampang dan Subang Jaya, restoran ini juga selalu menjadi buruan peminat makanan Thai kerana keenakan masakan thainya!\nAntara masakan Thai yang memang popular di sini ialah Phad Thai, Grapow Noodles dan Green Curry. Green Curry di sini juga menjadi kegemaran ramai kerana rasa pedas dan berempah yang cukup memikat. Baunya sahaja dah boleh buat anda terliur. Anda wajib cuba restoran ini.\nAlamat: CG-4, Jalan 17/13, Happy Mansion, 46400 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu operasi: Setiap hari, (11:30 pagi hingga 2:30 petang, dibuka semula pda jam 6 petang hingga 10 malam)\nAntara makanan restoran ini yang pasti akan mengliurkan anda\n9. Khunthai Authentic Thai Restaurant\n\nNamanya pun \u2018Authentic\u2019, sudah tentulah keaslian masakan Thai di restoran ini terjamin. Ramai peminat masakan Thai datang menerjah restoran ini terutamanya pada waktu malam.\nAntara menu yang mendapat tempat yang istimewa di hati pelanggan di sini ialah Pandan Chicken, hidangan Tomyam dan Thai Style Salted Eegg Prawn. Harganya juga sangatlah berpatutan dengan kualiti makanan yang desediakan.\nAlamat: No.6, Jalan 5/44 & Off Jalan Gasing, Petaling Garden, 46000 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu operasi: Setiap hari, (10 pagi hingga 12 tengah malam)\nAntara menu di restoran ini\n10. Pak Sawadee\n\nOrang Shah Alam mesti familiar\u00a0dengan restoran ini. Restoran ini selalu dipenuhi dengan pelanggan terutamanya pada waktu malam. Masakkan thai mereka sangat lah pekat dan rasa keasliannya memang terasa. Suasana restoran ini sangat sesuai untuk mereka yang nak berbuka bersama keluarga. Dengan harga yang berpatutan, memang berbaloi sangatlah jika anda makan di sini.\nAlamat: 21-G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor\nWaktu operasi: Setiap hari, (12 hingga 3.30 petang dan dibuka semula hingga 12 tengah malam)\nMenu tarikan utama para pelanggan jika mereka ke restoran ini\nSumber: Mai Singgah\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-khasiat-bawang-putih-untuk-kesihatan/", "title": "Bukan Saja Penyedap Masakan, Ini 10 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan", "body": "\nBawang putih boleh dikatakan bahan yang wajib ada ketika memasak. Bukan saja dapat memberikan aroma terhadap sesuatu masakan, namun ada 10 khasiat bawang putih yang anda perlu tahu.\n\n\nBagi anda yang ingin mengetahui apakah khasiat bawang putih, jom baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui apa manfaatnya.\n\n\n10 KHASIAT BAWANG PUTIH\n1. Merawat selsema\n\nSalah satu kebaikan bawang putih adalah meningkatkan sistem imun badan seseorang malah kajian juga mendapati kandungan asid amino di dalamnya mampu mengurangkan potensi untuk terkena selesema selain mempercepatkan proses pemulihan jika terkena jangkitan itu.\n2. Mengawal paras kolestrol\n\nAntara manfaat lain bawang putih adalah dapat mengurangkan kadar kolestrol jahat atau LDL dalam badan manusia sebanyak 10 ke 15 peratus.\n3. Mengawal tekanan darah tinggi\nSelain mengawal paras kolekstrol, bawang putih\u00a0mengandungi komponen yang dapat mengawal tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.\nTekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan salah satu faktor utama menyumbang kepada penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.\n4. Mencegah penyakit Alzheimer\nProses penuaan disebabkan oleh radikal bebas akan menyebabkan kerosakkan oksidatif. Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat melindungi badan daripada kerosakan oksidatif tersebut.\nKesan daripada gabungan pengurangan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksidan yang terdapat pada bawang putih dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saraf otak seperti Alzheimer dan demensia.\n5. Mengawal paras gula\n\nBukan sahaja \u00a0membantu untuk mengawal tekanan darah dan paras kolesterol, bawang putih juga terbukti dapat mengawal paras gula dalam darah, khususnya bagi pesakit kencing manis.\nBawang putih merupakan sumber vitamin B6 dan C. Vitamin B6 terlibat dalam proses metabolisma karbohidrat manakala vitamin C pula berperanan bagi mengekalkan paras gula dalam darah.\n6. Mencegah risiko kanser\nMenurut satu kajian yang dijalankan oleh Jiangsu Provincial Center for Disease Control and Prevention di China, mereka mendapati bahawa individu yang makan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu sepanjang tujuh tahun memiliki risiko 44 peratus lebih rendah untuk terkena kanser seperti paru-paru dan prostat.\n7. Menghalang keracunan logam\nSulfur dalam bawang putih juga didakwa mampu melindungi organ badan daripada rosak akibat keracunan logam seperti timah.\nBawang putih dipercayai dapat mengurangkan kadar keracunan timah dalam darah sebanyak 19 peratus terutamanya kepada pekerja dalam industri berkaitan.\n8. Merawat jerawat\n\nBawang putih mempunyai antioksida dan antibakteria yang boleh boleh membersihkan kulit anda dengan membunuh bakteria penyebab jerawat.\nSatu kajian menunjukkan bahawa, jika anda menggosok bawang putih mentah ke atas jerawat boleh membantu menghilangkannya.\nTetapi ia boleh menyebabkan rasa \u2018panas\u2019 terbakar pada kulit. Jadi, sila rujuk dengan pakar dermatologi anda terlebih dahulu sebelum menggunakan bawang putih pada kulit.\n9. Bagus untuk rambut dan kulit kepala\nBawang putih dapat membantu pertumbuhan rambut. Ia mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi seperti vitamin B6 dan C, manganese dan selenium. Kesemua vitamin dan mineral ini berperanan bagi mengekalkan kesihatan rambut.\nTambahan pula, sifat antibakteria dan antifungas yang terdapat dalam bawang putih juga menyumbang kepada kesihatan rambut kerana sifat-sifat ini membantu untuk membunuh kuman dan menjadikan kulit kepala lebih sihat.\n10. Mencegah keradangan sendi dan sakit otot\nMinyak bawang putih boleh berfungsi sebagai bahan antiradang. Jika sendi atau otot anda sakit dan meradang, sapu dan gosokkan dengan minyak bawang putih.\nKajian juga mendapati penggunaan minyak bawang putih membantu mencegah kerosakan tulang rawan akibat arthritis.\nSumber: Hello Doktor, Roof Of Science\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-khasiat-buah-tembikai-yang-anda-perlu-tahu/", "title": "Bukan Hanya Boleh Cegah Sembelit, Ini 10 Khasiat Buah Tembikai Yang Anda Perlu Tahu", "body": "\nBuah tembikai merupakan salah satu buah-buahan yang digemari ramai. Bukan sahaja bagus untuk mencegah sembelit, ada banyak lagi khasiat buah tembikai yang anda perlu tahu.\nBuah tembikai atau nama saintifiknya Citrullus lanatus adalah sejenis buah yang berasal dari keluarga Cucurbitaceae. Ianya berkulit licin dan tebal berwarna hijau belang dan kekuningan manakala isinya pula berwarna merah atau kuning. Buah tembikai juga mempunyai biji berwarna hitam yang banyak.\nPokok tembikai merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar di atas tanah dan mempunyai daun yang berlekuk di bahagian tepi. Buah ini antara buah-buahan yang kaya dengan kandungan air dan sering dikenali sebagai buah musim panas kerana rasanya yang menyegarkan dan sesuai untuk menghilangkan dahaga.\nSelain dijadikan makanan dan minuman, buah tembikai juga sering kali digunakan di dalam penghasilan produk-produk kosmetik seperti produk penjagaan kulit wajah dan penjagaan badan.\nKandungan Nutrisi Tembikai\nBerikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam 100 g buah tembikai\n\nKarbohidrat: 28kcal\nProtien: 6g\nLemak: 0.2g\nKalsium: 6mg\nZat besi: 0.2mg\nFosforus: 11mg\nKalium: 78mg\nNatrium: 4mg\nVitamin C: 5.5mg\nKarotin: 410mcg\n\n10 Khasiat Buah Tembikai\n1. Menghidrat tubuh badan\n\nUmum mengetahui bahawa buah tembikai merupakan sejenis buah yang kaya dengan kandungan air. Setiap 100 g buah tembikai mengandungi sebanyak 92.6 g air. Buah tembikai menjadi salah satu pilihan yang sering diambil pada musim musim dan cuaca panas kerana rasanya yang menyegarkan.\n2. Mencegah sembelit\n\nBuah tembikai turut mengandungi komponen serat di dalamnya di mana serat mempunyai pelbagai khasiat terhadap kesihatan. Serat adalah sejenis karbohidrat kompleks yang tidak dapat dicerna oleh tubuh badan. Antara kebaikan serat adalah dapat mencegah sembelit dan meransang peristalsis di bahagian usus besar.\nSelain itu, tembikai turut kaya dengan kandungan air yang tinggi di mana pengambilan air yang mencukupi juga dapat mencegah sembelit.\n\n3. Bersifat anti oksida\nKomponen yang bersifat anti oksida dapat mencegah kerosakkan sel yang diakibatkan oleh radikal bebas dan spesis oksigen reaktif. Tembikai mengandungi komponen likopena dan B-karotena yang bersifat anti oksida.\nPengambilan komponen-komponen ini dapat memberi kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan dan mencegah penyakit yang disebabkan oleh tekanan oksida.\n4. Bersifat anti inflamasi\nSatu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian serbuk tembikai ke atas profil lipid, kapasiti antioksida dan inflamasi. Kajian ini mendapati bahawa pemberian serbuk tembikai dapat mengurangkan paras tekanan oksida.\n5. Mengawal paras kolesterol di dalam darah\n\nTahukah anda bahawa di dalam tubuh badan kita terdapat dua jenis iaitu kolesterol baik seperti HDL dan kolesterol tidak baik seperti TG dan LDL. Kajian mendapati bahawa ekstrak tembikai dapat menurunkan paras jumlah kolesterol dan LDL dan tidak mengganggu paras kolesterol baik, HDL.\n6. Mengurangkan paras tekanan darah\n\n\n\n\n\n\n\nTekanan darah yang tinggi menunjukkan bahawa terdapat tekanan yang tinggi dikenakan terhadap salur darah. Kondisi ini sangat merbahaya di mana ianya dapat menyebabkan beberapa komplikasi seperti strok atau angin ahmar.\nBuah tembikai dapat mengurangkan tekanan darah melalui perkembangan salur darah yang dapat menurunkan paras tekanan di dalam darah. Kajian turut mendapati bahawa pemberian tembikai dapat membantu untuk menurunkan paras tekanan sistolik dan diastolik.\n7. Bersifat anti diabetik\nDiabetes adalah salah satu penyakit di mana paras gula di dalam darah melebihi paras normal kerana terdapatnya kekurangan atau rintangan insulin.\nKajian terhadap haiwan diabetic mendapati bahawa pemberian serbuk buah tembikai dapat mengurangkan paras gula di dalam darah dan meningkatkan paras insulin.\n8. Mencegah pereputan makular berkait dengan usia\nApakah itu macula? Macula adalah sejenis saraf mata yang berfungsi untuk penglihatan. Pereputan macular berkait dengan usia adalah keadaan di mana terdapat perubahan pada macular terutamanya bagi mereka yang berusia dan perubahan ini dapat mengganggu penglihatan mereka. \nLikopena di dalam buah tembikai dapat mencegah pereputan macular dan menjaga kesihatan.\n9. Membantu pemulihan tubuh badan\n\nDi dalam buah tembikai terdapat sejenis asid amino yang digelar l-Citrulline. Asid amino ini dikatakan dapat membantu untuk melegakan keletihan otot. \nKajian telah dijalankan di mana atlet telah diberi jus tembikai dan kajian ini mendapati bahawa pemberian jus tembikai dapat memulihkan kadar denyutan jantung dan melegakan keletihan otot selepas 24 jam.\n10. Menjaga kesihatan kulit\nSelain dimakan begitu sahaja, tembikai telah digunakan secara meluas di dalam produk penjagaan kulit seperti pelembap wajah. Kandungan vitamin C dan vitamin A di dalam buah tembikai dapat memberi manfaat kepada kesihatan kulit. Vitamin C dapat menghasilkan kolagen manakala vitamin A berupaya untuk membaiki sel kulit.\nKonklusinya buah tembikai dapat memberi pelbagai manfaat dan khasiat. Harus diambil bersama diet seimbang yang lain supaya dapat memberikan manfaat kepada kesihatan.\nNamun haruslah diingat pengambilannya haruslah secara bersederhana terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes untuk mengelakkan sebarang komplikasi terhadap kesihatan.\nSumber: Root Of Science\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-resipi-ayam-guna-air-fryer-paling-mudah-sedap/", "title": "10 Resipi Ayam Guna Air Fryer Paling Mudah, Sedap & Menyelerakan", "body": "\nIni dia 10 resipi ayam guna air fryer yang boleh anda cuba di rumah. Cara membuatnya bukan saja mudah namun lebih sihat kerana kurang penggunaan minyak. Hasilnya sama seperti digoreng menggunakan gas dapur.\nKalau tiada idea nak masak apa menggunakan ayam, bolehlah lihat idea resipi di bawah ini. Selamat mencuba!\n10 RESIPI AYAM GUNA AIR FRYER\n1) RESIPI AYAM PANDAN\n\nBahan-bahan:\n\n500gm dada ayam (potong ketul) \u2013 boleh dapat dalam 25 ketul\n2 bungkus perencah bihun goreng adabi\n2 sudu besar minyak\nDaun pandan\nToothpick/satay stick\n\nCara-cara:\n\nPerap ayam dengan perencah bihun goreng adabi dengan minyak.\nPotong daun pandan dan gulung ayam dengan daun pandan tadi. Cucuk dengan toothpick.\nSusun dalam air fryer dan masak menggunakan air fryer selama 20 minit pada suhu 180\u00b0C.\nSelepas 10 minit, balikkan ayam supaya masak sekata. Sambung masak lagi selama 10 minit. Siap untuk dihidang.\n\n\nKredit resipi: AdFie Sya\n2) RESIPI AYAM PANGGANG BERSAMA SAYUR\n\nBahan-bahan:\n\nSos tiram\nSos cili\nSos chicken stock\nSos blackpepper\nBlackpepper kasar\nGula perang\nSecubit garam\nSatu sudu besar minyak\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan dan perap bersama ayam.\nBakar pada suhu 200\u00b0C selama 25 minit.\nLagi 10 minit nak masak, masukkan semua sayur dan sambung masak.\nSelamat mencuba!\n\nKredit resipi: Rossa Fiza\n3) RESIPI AYAM MADU MERAH BBQ\n\nBahan-bahan:\n\n400g ayam tanpa tulang\n1 sudu besar madu\n1 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar sos kicap pekat\n1 sudu besar sos kicap\n2 sudu besar gula\n1/2 sudu kecil bawang putih\n1 sudu kecil halia\n1 sudu kecil lada putih\n1/2 sudu kecil serbuk lima rempah cina\n3 sudu besar sos merah\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara:\n\nCampurkan semua bahan dan perap bersama ayam.\nBakar menggunakan air fryer pada suhu 180\u00b0C selama 15minit. Pastikan ayam jangan bertindan atau berlipat supaya ayam masak dengan rata.\nPada 5 minit terakhir, balikkan ayam dan sambung masak.\nMasak lebihan sos perapan bersama sedikit air, kacau sampai pekat dan tutup api.\nSapu sos pada permukaan ayam. Biarkan sejuk seketika dan siap untuk dihidang.\n\n\nKredit resipi: Nj Nong\n4) RESIPI AYAM MASAK KICAP BUTTER\n\nBahan-bahan:\n\n4 ketul ayam\nBawang merah \u2013 potong 4\nBawang holland \u2013 potong kasar\n4 ulas bawang putih \u2013\u00a0 ketuk\nHalia \u2013 hiris kasar\nCili padi \u2013 ikut tahap kepedasan\nCili merah besar \u2013 hiris kasar\nKicap pedas Mahrusi 2tbs\nKicap soya cair 1tbs\n15-20g unsalted butter\nCarrot\nAir\n\nCara-cara:\n\nGaul semua bahan. Masuk dalam air fryer.\nBakar pada suhu 200\u00b0C selama 20 hingga 25 minit. Selepas 10 minit, kalau ayam dah garing, terbalikkan ayam supaya kedua-dua belah masak sekata. (suhu dan masa mengikut\u00a0 jenis air fryer masing-masing).\n\n\n3. Selamat mencuba!\nKredit resipi: Sha Rini\n5) RESIPI AYAM GRILL JUICY\n\nBahan-bahan:\n\nAyam / daging (ikut citarasa)\nSos lada hitam kimball (Dalam pack senang dan jimat)\nSerbuk rosemary herbs\nSerbuk tyhme herbs\nSerbuk lada hitam\nGaram\nGula (kena lebih)\nCampur air panas / air suam sedikit\n\nCara-cara:\n\nAmbil sos lada hitam letak dalam pekat. Kalau pekat tambah air panas. Kemudian kacau sebati.\nMasukkan perasa iaitu garam, serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam dan juga gula (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/daging tu).\nKemudian kacau sampai dah sebati semua, baru masukan ayam / daging. Perap semalam kalau nak sedap.\nBakar dalam oven atau air fryer. Suhu guna air fryer, 200\u00b0C selama 17 minit. Bila dah siap, boleh makan dengan apa-apa sahaja. Selamat mencuba!\n\n\nKredit resipi: Cik Merpati Putih\n6) RESIPI AYAM ALA PIZZA HUT\n\nBahan-bahan:\n\nSayap 10 ketul potong 2\nSerbuk cili 3 sudu\nMadu 3 sudu\nSos tiram 3 sudu\nKicap manis 3 sudu\nGula 2 sudu\nLimau kasturi kecil 1 biji\nGaram & aji (secukup rasa)\nSerbuk cili (kalau suka pedas)\nGula sedikit (kalau suka manis)\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan dan perap beberapa jam.\nBoleh bakar terus kalau tak nak tunggu lama.\nBakar dalam air fryer pada suhu 170-180\u00b0C selama 10-15 minit. Kemudian balikkan, bakar pada suhu dan masa yang sama.\n\n\nKredit resipi: Mihah Rosle\n7) RESIPI AYAM MADU LAZAT\n\nBahan-bahan:\n\nBawang putih (tumbuk)\nHalia (tumbuk)\nSerbuk cili\nSos tiram\nKicap manis\nMadu\nGula perang\nBlack Pepper/White Pepper (Ajisho)\n\nCara-cara:\n1. Gaul sebati semua bahan dan perap sekejap. Renjis sedikit minyak.\n2. Bakar dalam air dengan suhu 180\u00b0C selama 20 minit. Terbalikkan pada minit ke 10. Selamat mencuba!\nKredit resipi: Nuryusra Ibrahim Kutty\n8) RESIPI AYAM TIRAM THAI ALA KHAIRUL AMING\n\nBahan-bahan perapan:\n\n3 sudu besar sos tiram\n2 sudu besar kicap manis\nGaram/secukup rasa\n1 sudu besar minyak masak\n\nCara-cara:\n\nPerap semua bahan seketika. Bakar dalam air fryer pada suhu 180-200\u00b0C selama 20 minit.\n\nBahan sos:\n\n5 ulas bawabg putih\n4 biji cili padi merah\n3 batang akar ketumbar\n1 sudu besar sos tiram\n3 sudu kecil kicap cair\n2 sudu besar gula\n1 biji perahan limau nipis/lemon\nDaun ketumba dipotong halus\n\nCara-cara:\n\nTumbuk lumat bawang putih, cili padu merah dan akar ketumbar.\nGaul sebati bersama bahan-bahan lain. Curah atas ayam yang sudah dimasak. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi: Raja Siti Afiqah Azmi\n9) RESIPI AYAM MAYONIS\n\nBahan-bahan:\n\nAyam\nKicap manis\nSos cili\nSos tiram\nMayonis (botol warna merah)\nKewpie Dressing roasted sesame\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan-bahan dan gaul bersama dengan ayam. Sukatan agak-agak mengikut kuantiti ayam.\nGaul sebati dan perap sekejap.\nBakar dalam air fryer pada suhu 200\u00b0C selama 30 minit. Siap!\n\n\nKredit resipi: Fairuz Abu Hassan\n10) RESIPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 ekor ayam\n1 biji bawang besar*\n2 ulas bawang putih*\n1 sudu kecil lada hitam (taknak letak pun takpe)*\nSedikit halia (kira hujung jari je)*\n1 sudu sos cili\n1 sudu sos tomato\n2 sudu sos tiram\n2 sudu kicap pekat\n2 sudu kicap manis\n2 sudu madu ( nak letak extra pun boleh)\nSedikit garam\n1 sudu minyak masak\n\nCara-cara:\n\nTumbuk lumat bahan bertanda (*). Campurkan bersama bahan lain dan gaul pada ayam. Perap selama 2 jam.\nKemudian bakar dalam air fryer pada suhu 180\u00b0C selama 20 minit. Lapik aluminium foil untuk dapakat kuahnya.\n10 minit terakhir, terbalikkan ayam dan turunkan suhu kepada 160\u00b0C. Siram kuah atas ayam. Selamat mencuba!\n\n\nKredit resipi: Nurul Shafinaz\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-resipi-sahur-yang-ringkas-tapi-sedap/", "title": "10 Resipi Sahur Yang Ringkas Tapi Sedap, Anak-Anak Pasti Berselera!", "body": "\nBila tiba bulan\u00a0puasa, pasti ibu-ibu buntu memikirkan menu untuk sahur\u00a0dan\u00a0berbuka. Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak kecil yang baru nak belajar berpuasa. Menu yang dimasak haruslah menambat selera mereka.\nKhas untuk anda, kami kongsikan 10 resipi sahur yang ringkas sesuai disajikan sewaktu sahur sepanjang bulan puasa nanti. Paling penting, sedap dan mudah dimasak.\n10 RESIPI SAHUR YANG RINGKAS\n1. RESIPI NASI GORENG CINA TAK PEDAS\n\nBahan-bahan:\n\nNasi\n5 ulas besar bawang putih (cincang halus)\n2 @ 3 sb serbuk maggi cukup rasa\n1 @ 2 sb minyak bijan\nUdang\n4 @ 5 biji telur\n1 mangkuk sayur campur\n\nInfo: Jumlah bahan bergantung pada kuantiti nasi yang diguna.\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan sedikit garing.\nMasukkan udang, biarkan masak sekejap.\nKetepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak elok, kemudian kacau telur sehingga hancur.\nMasukkan nasi dan sayur campur. Gaul rata.\nKemudian taburkan maggi cukup rasa, gaul sekejap.\nTuangkan minyak bijan dan gaul lagi.\nBoleh tambah serbuk perasa mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!\n\nKredit: Har Ryea\n2. RESIPI SUP TAUHU TELUR SIMPLE\n\nBahan-bahan:\n\n3 pek tahu telur\n1 pokok brokoli\n1 biji bawang besar\n2 ulas bawang putih\n1 biji cili merah\n2 sdb lada sulah\n2 sdb sos tiram\n1 sdb tepung jagung + 1 sdb air\n\nCara-cara:\n\nMula-mula potong tauhu telur, kemudian bedakkan dia dengan tepung jagung. Gorengkan sampai kekuningan.\nDah nampak garing, angkat dan ketepikan.\nBaki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.\nMasukkan sos tiram dan air sesuai dengan citarasa. Kalau suka berkuah, lebihkan air.\nBila kuah dah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak letak sayur lain pun boleh.\nMasukkan tahu telur goreng tadi.\nMasukkan serbuk lada sulah, cili hiris serta bancuhan air tepung jagung.\nBiarkan mendidih terus tutup api. Siap!\n\nKredit: Umi Watie\n3. RESIPI SUP TELUR\n\nBahan-bahan:\n\n4 biji telur ayam\n7 biji fishball (belah dua)\nSetengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)\n3 ulas bawang putih(dicincang)\nKiub pati ayam(guna separuh je)\nLada sulah\nGaram\n2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)\nMinyak masak\n\nCara-cara:\n\nPanaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan sedikit garing. Kemudian masukkan carrot.\nTambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.\nPecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan tuang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar sekejap sampai telur masak, jangan kacau)\nBila dah nampak telur masak elok seketul-seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.\n\nKredit: Nora Azni\n4. RESIPI TELUR PECAH SAMBAL 3 RASA\n\nBahan-bahan:\n\n1 biji bawang besar\n2 ulas bawang putih\n3 biji telur ayam\n3 sudu cili kering\n1 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar sos cili\n1 sudu besar sos tomato\n1 cawan air\nSedikit daun bawang jika ada\n\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.\nBila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.\nMasukkan sos tiram, tomato dan cili. Kacau rata.\nPastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barula masakan jadi sedap.\nMasuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.\nKalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.\nBila kuah dah secukup rasa, pecahkan telur.\nTaburkan daun sup. Jangan kacau supaya telur tidak hancur.\nTerbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Tutup api, dah siap.\n\nKredit: Liza Idris\n5. RESIPI TELUR BISTIK\n\nBahan-bahan:\n\n2 biji telur\n1/2 dada ayam (dipotong dadu)\n1/2 cawan sayur campur\n2 sudu besar sos tiram\n2 sudu besar sos cili\n2 sudu besar sos tomato\n1/4 biji bawang holland\n3 ulas bawang putih (dicincang)\nSedikit minyak\nSerbuk\u00a0perasa\nAir secukupnya\n\nCara-cara:\n\nPecahkan telur, masukkan sedikit garam dan goreng bagi masak. Angkat dan biarkan.\nTumis bawang putih dan bawang holland, masukkan ayam. Bila dah nampak ayam hampir masak, masukkan segala sos yang ada.\nTambahkan sedikit air. Masukkan bahan perasa dan akhir sekali, masukkan sayur campur. Dah siap!\nCurahkan atas telur tadi, sedia untuk dimakan.\n\nKredit: Cheyah Saripuddin\n6. RESIPI UDANG BUTTERMILK\n\nBahan-bahan:\n\nUdang galah\nButtercup (lagi banyak lagi sedap)\nSusu cair setengah tin (nak berkuah letak lebih)\nBawang putih 7 ulas (kisar halus)\nCili api (tumbuk atau kisar halus bersama bawang putih)\n\nCara-cara:\n\u00a0\n\nCairkan mentega. Goreng udang sehingga agak garing. Angkat dan asingkan.\nGuna mentega bekas udang tadi, tumis bawang putih dan cili api yang sudah dikisar halus.\nBila dah agak garing, masukkan susu dan garam.\nKacau sebati. Masukkan pula udang.\nMasak sehingga pekat dan siap!\n\nKredit:\u00a0Fairuz Abu Hassan\n7. RESIPI AYAM MASAK HALIA\n\nBahan-bahan:\n\nAyam (lumur garam dan kunyit, goreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing)\nBawang merah\nBawang putih\nHalia (kena banyak sikit sebab perlu diksiar dan dihiris)\nCendawan shitake kering\nLada kering\nDaun bawang\n\nCara-cara:\n\nKisar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian, tumis sehingga naik bau.\nMasukkan sos tiram.\nTambah sedikit air. Kemudian, masukkan ayam. Gaul bagi mesra. Tambah lagi air ikut kesesuaian kuantiti ayam. Boleh masukkan kicap masin untuk dapatkan warna yang lebih menarik. Masakan ini tidak memerlukan kuah yang banyak.\nMasukkan cendawan dan lada kering, garam. Biarkan masakan mereneh sekejap.\nSempurnakan rasa dan kepekatan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Akhir sekali, masukkan daun bawang. Tutup api.\n\nKredit:\u00a0Fie Safiah\n8. RESIPI SUP ABC\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\nAyam(bahagian dada)\nJagung\nTomato\nBawang besar\nLobak merah\nUbi kentang\nBuah merah/kurma merah\nGoji/gei ji\nGaram\n\nCara-cara:\n\nCampur semua bahan, kemudian rebus dalam 1:15 -1:30 minit. Siap!\n\nKredit: Naomy Chow\n9. RESIPI UDANG MASAK SOS\n\nBahan-bahan:\n\n500g udang\n1 biji bawang merah**\n2 ulas bawang putih**\n\u00bc inci halia**\n10 tangkai cili kering**\n2 sdb sos tiram\n1 sdb sos tomato\n3 sdb sos cili\n\nCara-cara:\n\nKisar halus bahan bertanda (**).\nTumiskan bahan yang dikisar halus tadi. Tumis sampai pecah minyak.\nBila dah pecah minyak, masukkan air lebih kurang 1/4 cawan.\nMasukkan segala aneka sos tadi ya. Biarkan kuah sedikit memekat.\nMasukkan udang.\nKalau suka boleh masukkan bawang hiris.\nPerasakan dengan garam dan gula secukupnya. Gaulkan semua sampai udang Masak. Matikan api.\n\nKredit: Umi Watie\n10. RESIPI AYAM MASAM MANIS\n\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam\nTepung jagung\nTelur\nBahan tumisan ( capsicum, cili merah/capsicum merah, carrot, bawang merah, bawang putih, dan halia)\nKicap cair\nSos cili\nSos tomato\nSos ikan\nLada sulah\nGaram\n\nCara-cara:\n\nUntuk bancuhan ayam. Bancuh dengan tepung jagung, sebiji telur yang dipukul dan secubit soda bikarbonat. Goreng sehingga masak dan keperangan.\nTumis sekejap bahan-bahan tumisan yang sudah dihiris kecil.\nKemudian masukkan sesudu kicap cair. Gaul sebati, angkat dan ketepikan.\nUntuk kuah. Masukkan sos cili dan sos tomato.\n\u00a0Masukkan sedikit air, satu sudu kecil sos ikan, bancuhan tepung jagung, sedikit lada sulah dan sedikit garam. Rasa sedikit supaya secukup rasa dan tambah apa yang terkurang.\n\u00a0Kemudian masukkan isi ayam yang digoreng tadi serta\u00a0sayur-sayuran. kuatkan api dan gaul sekejap bagi rata kesemuanya.\nSiap!\n\nKredit: Wan Luqman\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-secret-menu-starbucks-yang-anda-boleh-cuba/", "title": "Tak Tahu Nak Order Apa Di Starbucks? Ini Dia 10 \u2018Secret Menu\u2019 Yang Anda Boleh Cuba!", "body": "\nKalau anda jarang-jarang pergi ke Starbucks, past akan keliru setiap kali nak pesan minuman di sana kan.\nBuat yang belum tahu, rupanya kita boleh \u2018reka\u2019 sendiri minuman kita. Sebab itulah banyak menu-menu rahsia yang dicipta oleh orang ramai.\nUntuk mengetahui menu-menu rahsia tersebut, jom lihat 10 \u2018secret menu\u2019 dari Starbucks di bawah yang anda boleh cuba sendiri dan mungkin boleh dijadikan ilham.\n10 \u2018Secret Menu\u2019 Starbucks Wajib Cuba\n1. Upgraded Java Chip Frappuccino\nGambar: @FoodieMy\n\nPesan 1 Java Chip Frappuccino\nSirap Hazelnut\nDark Mocha\nBaked Almonds (topping)\n\n2. Butterbeer Frappuccino\nPeminat Harry Potter mesti pernah dengar tentang Butterbeer. Tak, jangan risau, diorang tak letak bir pun dalam menu ni. Tapi yang penting minuman ni sedap sangat! Lemak berkrim macam tu.\nGambar: @starbuckssecretmenu.net\n\nPesan 1 Creme Frappucino dengan whole milk\nSirap Toffee Nut (4 pam untuk venti, 3 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)\nSirap Caramel (4 pam untuk venti, 3 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)\nTambah Whipped Cream (jika suka)\nCaramel drizzle\n\n3. Ferrero Rocher Frappucino\nKalau anda tergolong dalam kalangan orang yang suka gabungan coklat dan hazelnut, anda boleh cuba menu rahsia ni. Lagi best kalau anda bawa siap-siap coklat Ferrero Rocher supaya boleh hiaskan di atasnya.\nGambar: @totallythebomb\n\nPesan 1 Double Chocolate Chip Frappucino (Kalau anda nak kafien pilih Java Chip)\nSirap Hazenut (2 pam untuk venti, 1.5 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)\nSirap Mocha (3\u00a0pam untuk venti, 2.5 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)\nHazelnut drizzel sebagai hiasan (Tak semua cawangan ada jadi tak bubuh pun boleh)\nMasukkan apa-apa snek coklat yang anda ada.\nBoleh tambah whipped cream mengikut citarasa masing-masing.\n\n4. Chocolate Chip Cookie Dough Frappucino\nKalau ada yang suka makan doh biskut bolehlah cuba menu ni. Rasanya memang sama!\nGambar: @StarbucksRecipes\n\nPesan 1 Chai Creme Frappuccino\nDibancuh dengan susu soya\nKisar dengan whipped cream dan Java Chips\nCinnamon Dolce syrup (3\u00a0pam untuk venti, 2.5 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)\nHias dengan Chocolate Whipped Cream dan Mocha Drizzle\n\n5. Toffee Nut Frappuccino\nToffee Nut Frappe ini lebih mudah untuk didapati pada musim perayaan Krismas. Tetapi alang-alang nak cuba tu, apa salahnya kita tambah baik sedikit menunya kan?\nGambar: @Burpple\n\nPesan 1 Toffee Nut (Lebih mudah untuk didapati pada musim perayaan Krismas)\nFrappuccino chips\nChocolate Drizzle\nCaramel Drizzle\nTambah 1 skop aiskrim\n\n6. Caramel Almond Macchiato\nMenu rahsia ini tidaklah susah seperti yang lain. Tetapi kadang-kadang, perubahan yang sedikit pun boleh mengubah segalanya!\nGambar: @themacrobarista\n\nPesan 1 Caramel Macchiato\nPilih susu Almond\nCaramel Drizzle sekeliling cawan\n\n7. Red Velvet Frappuccino\nJarang sekali ya nak cari minuman yang betul-betul dikisar dengan kek. Peminat tegar kek berperisa Red Velvet perlu cuba menu rahsia ni. Satu dalam sejuta!\nGambar: @ketotbae (Twitter)\n\nPesan 1 Cream Frap\nTambah sepotong kek red velvet (kisar separuh)\nWhipped Cream\nTaburkan lagi separuh kek ke atas Whipped Cream sebagai hiasan.\n\n8. Snickers Frappuccino\nSnek Snickers memang terkenal dengan inti karamelnya yang liat dan likat. Sekiranya anda nak rasa minuman yang kaya dengan rasa karamel, anda kena cuba menu rahsia ni.\nGambar: @Pinterest\n\nPesan 1 Java Chip Frapp\nSirap Toffee nut / sirap Peppermint (3\u00a0pam untuk venti, 2 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)\nHazelnut Drizzle di sekeliling cawan\nWhipped Cream\nMocha Drizzle\n\n9. Nutella Frappuccino\nGambar: @totallythebomb\n\nCoffee Frappuccino\nHazelnut syrup\u00a0(1.5 pam untuk venti, 1 pam untuk grande, 1/2 pam untuk tall)\nMocha syrup\u00a0(3 pam untuk venti, 2 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)\nKisar sekali dengan Whipped Cream\nHias dengan Whipped Cream dan sirap Caramel (jika suka)\n\n10. Green Tea Frappuccino Chips\nTeh hijau pernah menjadi satu kegilaan di Malaysia beberapa tahun yang lalu. Tapi memang tak dinafikan, rasanya sangat unik dan enak. Lebih-lebih lagi bila ditambah perisa pudina. Cubalah sendiri1\nGambar: @huffpost\n\nPesan 1 Green Tea Frap\nSusu rendah lemak\nSirap Caramel / lebih digalakkan sirap Peppermint\u00a0(3\u00a0pam untuk venti, 2 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)\nWhipped Cream\nChocolate Drizzle\nTambah Mocha Chips\n\nKredit: Halal Foodie\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-tarikan-menarik-lain-di-setiu-terengganu/", "title": "Makan Celup Tepung Sambil Layan Pantai Cantik, Ini 10 Tarikan Menarik Lain Di Setiu, Terengganu!", "body": "\nNegeri Terengganu memang cukup terkenal dengan keindahan pesisiran pantai yang cantik. Memang sangat\u00a0best\u00a0kalau dapat jalan-jalan ke sana. Kalau nak makan sedap sambil layan\u00a0view,\u00a0boleh datang ke Setiu.\nSelain dari keindahan pantai putih yang indah serta aneka celup tepung yang sedap, ada banyak lagi tarikan menarik lain yang anda boleh pergi di Setiu. Ini antara 10 tarikan yang telah dikongsikan oleh Hang Dhamin di Facebook.\n10 Tarikan Menarik Yang Boleh Explore Di Setiu, Terengganu!\n\nMinggu lepas berkesempatan melawat Kawasan Setiu Bersama rakan \u2013 rakan blogger untuk melihat sendiri tarikan \u2013 tarikan yang menarik di Setiu Terengganu. Disini aku list down tarikan yang sempat diterjah untuk trip 3 Hari 2 Malam ini.\n\nDESTINASI 1 \u2013 TERRAPURI HERITAGE VILLAGE\nKami menginap disini. Penginapan yang menerapkan Konsep yang cukup unik iaitu konsep traditional lama. Setiap detail pembuatan ada cerita unik tersendiri. Mendengar sendiri Pemilik resort itu bercerita membuatkan kami kagum dengan niat murni untuk mengekalkan khazanah dan tradisi lama di zaman moden ini. One in a lifetime experience. Kena cuba.\n\n\nDESTINASI 2 \u2013 PANTAI/KAMPUNG MANGKUK\nKampung ini lah terletaknya Terrapuri. Kawasan sini dan pantainya diliputi pokok Kelapa yang merimbun dan pantai yang sangat bersih. Instaworthy sangat.\n\n\nDESTINASI 3 \u2013 RUMAH BOTOL\nSejak 2005 Pemilik rumah botol Tengku Mohd Ali telah mengumpul botol botol di persisiran pantai . Bermula dari rasa untuk menjaga kebersihan pantai sehingga menjadi Hobi untuk mengumpul botol \u2013 botol yang ada. Yang menariknya pelbagai jenis botol dari pelbagai negara yang hanyut ke pantai terdapat dalam lokasi beliau.\n\n\nDESTINASI 4 \u2013 PANTAI PENARIK\u00a0 (RHU SEPULUH)\nSelain Pantai Mangkuk pantai penarik juga tak tergambar cantiknya. Dipersekitaran pantai ini terdapat pelbagai jenis restoran celup tepung yang korang boleh cuba mengikut selera masing \u2013 masing\n\n\nDESTINASI 5 \u2013 RIVER BOAT AT LAGUNA SETIU\nInginkan kelainan, korang boleh cuba menyusuri laguna setiu dan korang boleh pergi melihat Kawasan \u2013 Kawasan seperti dibawah ini.\n\nMELIHAT BUAH SARANG SEMUT\nMELIHAT BERUS MATA BUAYA\nCLAM DIGGING (KEPAH)\nSANGKAR IKAN (OYSTER,FISHING)\n\nDESTINASI 6 \u2013 SETIU BOARDWALK\nKorang boleh datang kesini dan menyusuri Boardwalk Setiu sepanjang 500 meter menuju ke sungai. Sepanjang lalu akan dihidangkan keindahan paya bakau yang terjaga kebersihannya. Di hujungnya ada Kawasan rehat yang dilengkapi meja. Boleh makan \u2013 makan disitu.\n\nDESTINASI 7 \u2013 IKAN CELOP TEPONG (ICT) at MR CELUP TEPUNG STATION\nBerkesempatan merasai sendiri ICT di sini yang terletak di Pantai Penarik. Disini boleh mencuba pelbagai masakan celup tepung termasuk ikan,sotong,ketam dan juga Udang Viral. Boleh juga mencuba sata dan nasi Air yang bapak sedap rasa die. I like. Keropok lekor dan ABC Aiskrim pun ada. Bestnya ianya terletak di tepi pantai dan ada meja2 ditepi pantai. View cantik.\n\n\nDESTINASI 8 \u2013 SETIU WETLANDS SAVANNAH (PENGKALAN GELAP SETIU)\nTeringin nak bergamba ala \u2013 ala di Afrika? Korang boleh kesini kerana landskap dan rumputnya seaakan \u2013 akan berada di Afrika. Ianya terletak ditepi jalan besar dari Penarik ke Kuala besut. Boleh singgah ke Bazaar hasil laut dan Kraf Pengkalan Gelap sekali. Hasil kraf bermula dari RM 5 \u2013 Rm 10 sahaja. Memang murah.\n\nDESTINASI 9 \u2013 PEMBUATAN BOAT TRADITIONAL \u2013 PANTAI TELAGA PAPAN SETIU\nKalau korang berminat untuk melihat bagaimana boat2 besar di Setiu dibuat. Korang boleh melawat Kawasan ni.\n\n\nDESTINASI 10 \u2013 KAMPUNG FIKRI\nSuasana kampung nelayan yang sangat Ohsem. Rasa macam Remy Ishak dalam filem pulang hahaha.\n\nSo apa tunggu lagi. Boleh dah start Road To Setiu. Setiu menanti anda. Aku pun tak sabar nak repeat lagi.\nKredit: Hang Dhamin\nBaca juga: 5 Port Makan Sedap Di Johor Bahru, Rugi Kalau Tak Cuba\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-tempat-makan-menarik-jika-anda-bercuti-di-port-dickson/", "title": "Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson", "body": "\nAnda ada plan nak bercuti di Port Dickson tapi tak tahu nak cari kedai makan yang sedap? Haa sekarang anda tak perlu risau lagi.\nSeperti yang kita tahu, Port Dickson memang sudah terkenal sebagai tempat percutian. Pantai di sini sering dipenuhi dengan pengunjung daripada luar. Jadi apabila berada di sini, jangan lepaskan peluang untuk mecuba makan di tempat makan di sekitar Port Dickson.\n10 Tempat Makan MENARIK Jika Anda Bercuti Di Port Dickson:\n1. Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood\n\n\u00a0\nMemang tak sah la kan kalau pergi ke pantai tapi tak singgah di restoran ikan bakar. Haa kalau anda inginkan ikan bakar yang fresh dan sedap anda wajib datang ke Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood ini.\nAda berbagai jenis makanan laut yang segar yang disediakan. Kualitinya juga turut dipuji ramai orang. Antara menu yang ada ialah udang, sotong, ketam, lala dan banyak jenis ikan.\nAlamat: Jalan Pantai, Teluk Kemang Square, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan\n2. King\u2019s Char Kuey Teow\n\nKedai ini bukanlah kedai yang menjual Char Kuey Teow yang biasa tau. Keistimewaan kedai ini adalah mereka ada menyajikan banyak jenis lauk seperti kambing, sotong dan daging yang dihidangkan bersama Char Kuey Teow.\nAda juga mencadangkan untuk mencuba nasi goreng kampungnya. Ikan bakar dan makanan barat mereka juga sedap! Anda patut cuba makan di sini tau.\nAlamat:\u00a0402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan\n3. Warung Salai\n\nKalau anda teringinkan masakan daging salai. Anda wajib serbu ke tempat makan ini. Restoran ini memang terkenal dengan lauk salai yang sangat sedap. Antara yang boleh anda cuba ialah gulai ayam kampung salai, gulai daging salai, gulai perut salai, gulai keli salai dan banyak lagi. Dijamin sedaplah!\nAlamat:\u00a0Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan\n4. Restoran Deen Kari Kepala Ikan\n\nUntuk peminat masakan rempah, Restoran Deen Kari Kepala Ikan mungkin menjadi tempat favourite anda. Restoran ini terletak di Jalan Lama Port Dickson.\nRamai yang datang ke sini untuk makan kari kepala ikan mereka ini. Lagi sedap jika dimakan dengan nasi kandar memang layan. Selain itu, di sini juga ada menjual banyak jenis roti canai.\nAlamat: Jln Dato\u2019 K. Pathmanaban, Bandar Port Dickson, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan\n5. PD \u201cFamous\u201d Cendol \u201cCoconut Shake\u201d \u201cPower\u201d RM2\n\nJika anda sedang mencari tempat makan untuk duduk lepak pada waktu petang di PD, restoran PD \u201cFamous\u201d Cendol \u201cCoconut Shake\u201d \u201cPower\u201d RM2 ini lah tempatnya. Di sini memang terkenal dengan cendol dan coconut shake mereka.\u00a0Selain itu, kedai ini juga menjual laksa, mee bandung, nasi ayam dan masak lemak.\nAlamat:\u00a0Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan\n6. Ayam Bakar Station Port Dickson\n\nDi sini memang terkenal dengan ayam bakar mereka yang sedan dan cukup rasa. Selain itu, mereka juga ada menyajikan kambing bakar tau fuhh meman terliur. Tapi anda jangan risau, kerana harga di kedai ini memang sangat berpatutan dan berbaloi lah untuk anda makan.\nAlamat: 5, Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Si Rusa\n7. Mient\u2019s Burger\n\nInilah burger dan roti John versi Malaysia. Di sini ada dua pilihan iaitu ayam dan kambing. Tapi ramai yang menyarankan untuk anda cuba untuk merasai kedua-duanya kerana ianya sangat sedap. Harganya pula murah. Layanan di sini amat memuaskan dengan suasana restoran yang bersih dan selesa.\nAlamat: 258, KM 1, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson\nSumber: saji.my\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-tempat-makan-viral-paling-top-di-kelantan/", "title": "10 Tempat Makan Viral & Paling \u2018TOP\u2019 Di Kelantan", "body": "\nSebut je Kelantan mesti korang terfikir tentang budu mereka yang popular tu kan? Tak lupa juga dengan nasi dan ulam-ulaman dorang yang memang sedap tambah pula dengan nasi kerabu fuhh memang lazat. Haa, korang kalau berkunjung ke Kelantan tak sah la kalau korang tak singgah makan di tempat makan viral dan TOP di sini. Jom kita tengok senarai kedai makan yang menarik di Kelantan.\n10 Tempat Makan Viral Dan TOP Di Kelantan\n1.Restoran Kelantan Thai\n\nRestoran ini memang menarik di Kelantan ini dan selesa juga sebab mejanya dan ruangnya yang luas. Anda boleh menikmati makanan masakan Kelantan dan Thailand di Restoran Kelantan Thailand ini.\nAlamat: Jalan Meranti, Kampung Kubang Terap, 17000 Pasir Mas, Kelantan\nWaktu Operasi:\u00a0 12 pm \u2013 11 pm\n2. Restoran Shan Dewi\n\nRestoran Shan Dewi ada menayajikan nasi putih dengan pelbagai aneka lauk dan nasi briyani pun ada tau. Menariknya, lauk-pauknya amat menyelerakan dan pasti boleh membuatkan anda terliur.\u00a0 Walaupun restoran ini kelihatan biasa-biasa sahaja, tetapi masakannya sangat sedap!\nAlamat:\u00a0\u00a0No. 4213F, 15350, Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu, Kelantan\nWaktu Operasi:\u00a0 7 am \u2013 9 pm\n3. Four Seasons Restaurant\n\nRestoran ini menyajikan makanan ala-ala chinese food tetapi anda jangan risau sebab kedai ini halal tau, selain daripada lauk-pauk, makanan western turut terdapat di kedai ini.\u00a0 Restoran ini juga sangat cantik, selesa dan kelihatan eksklusif.\nAlamat:\u00a0\u00a0No. 5670 B/1, B/2 & B/3, Jalan Sri Cemerlang, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan\nWaktu Operasi:\u00a0 12 pm \u2013 10 pm\n4. Restoran Nasi Ulam Cikgu Kg. Kraftangan\n\nRestoran ini memang cukup terkenal dengan nasi ulam, nasi putih, ulam-ulaman, gulai ikan dan ikan bakar mereka.\u00a0 Pada waktu tengahari, Restoran Nasi Ulam Cikgu Kg Kraftangan ini memang akan penuh dengan orang\u00a0 yang berehat dari bekerja dan juga mereka yang ingin tapau atau bungkus untuk makan di rumah.\nAlamat:\u00a0\u00a0Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan\nWaktu Operasi:\u00a0 11 am \u2013 5 pm\n5. Restaurant Little Switzerland\n\nDi restoran ini, mereka menyajikan makanan western, seafood, pizza dan dessert. Ramai orang yang berkunjung ke sini akan makan spaghetti, pizza dan lasagna mereka kerana rasanya yang sedap memang cukup memikat.\nAlamat:\u00a0 Lot 3949, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan\n\n\n\n\n\nWaktu Operasi:\u00a0 1 pm \u2013 10 pm\n6. Restoran Ikhwan Manisnya Madu\n\n\n\n\n\n\nRamai orang singgah menikmati makanan tengahari di Restoran Ikhwan Manisnya Madu. Apa yang menariknya di sini, mereka punya Ikan stim halia, udang goreng dan makanan seafood memang menjadi tarikan orang ramai tau. Restoran ini selalunya akan penuh pada waktu tengah hari. Jadi kalau anda nak ke sini pastikan anda datang awal tau!\nAlamat: Taman Uda Murni, 15400 Kota Bharu, Kelantan\n\n\n\n\n\nWaktu Operasi:\u00a0 7.30 am \u2013 11 pm\n7. FZ Cafe\n\nFZ Cafe ini dikenali sebagai syurga makanan buat penduduk Kota Bharu Kelantan. Banyak makanan sedap yang wajib anda rasa contohnya nasi briyani, chicken chop, lamb chop, kambing bakar, sup tulang dan banyak lagi. Anda boleh tempah meja dan makanan awal-awal sebelum datang ke sini.\nAlamat:\u00a0\u00a0Lot 488/489, Rumah Kedai Lembah Sireh, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan\nWaktu Operasi:\u00a0 12 pm \u2013 11 pm\n8. Restoran Sri Chengmai\n\nNak makan ikan besar dan sedap-sedap, Restoran Sri Chengmai lah tempatnya. Antara menu sedap di sini adalah ikan siakap tiga rasa, ikan patin masak tempoyak, tomyam seafood dan lain-lain lagi. Restoran Sri Chengmai ini amat selesa dan mempunyai penghawa dingin tau!\nAlamat:\u00a0\u00a0Jalan Dusun Raja, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan\nWaktu Operasi:\u00a0 6 pm \u2013 10 pm\n9. New Horizon Garden Restaurant\n\nRestoran ini boleh dikatakan mewah tetapi anda jangan risau sebab harganya amat berpatutan dan lengkap dengan makanan sedap.\u00a0 Pendek kata, apa sahaja makanan dan minuman yang anda inginkan, anda boleh dapatkan di sini. Selain tu, makanan yang dihidangkan di sini boleh didapatkan dalam kuantiti yang banyak untuk semua pelanggan. Memang berbaloi.\nAlamat:\u00a0\u00a0\u00a0Lot 891, Jalan Pasir Mas \u2013 Salor, Batu 4, 15100 Kota Bharu, Kelantan\nWaktu Operasi:\u00a0 12 pm \u2013 11 pm\n10. Restoran Kampung Kulim\n\nRamai orang yang datang ke restoran ini semata-mata untuk makan nasi ayamnya yang sedap ini. Selain nasi ayam, pelbagai lauk-pauk boleh anda pilih sendiri. Masakan panas juga menarik dan menyelerakan. Sambil menikmati makanan di sini, anda boleh mengambil angin segar kerana restoran ini terletak berdekatan dengan pokok-pokok hijau.\nAlamat:\u00a0\u00a017030 Wakaf Bharu, Kelantan\nWaktu Operasi:\u00a0 6 pm \u2013 10 pm\nSumber: ammboi.my\u00a0\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/10-tips-untuk-mengawal-paras-gula-dalam-darah/", "title": "10 Tips Untuk Mengawal Paras Gula Dalam Darah, Elak Penyakit Kronik & Awet Muda", "body": "\n\nDiabetes merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang dan setiap pesakit kencing manis wajib tahu tips untuk mengawal paras gula dalam darah supaya tiada sebarang komplikasi serius akan berlaku.\n\nKandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.\n10 TIPS UNTUK MENGAWAL GULA DALAM DARAH\n1. MELAKUKAN SENAMAN DENGAN LEBIH KERAP\n\nMelakukan senaman bukan sahaja membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Namun ia juga membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.\nAntara bentuk senaman yang boleh dilakukan adalah seperti angkat berat, berjalan kaki, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu,\n2. KAWAL PENGAMBILAN KARBOHIDRAT\n\nBadan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.\nApabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah.\nOleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.\n3. SERAT MELAMBATKAN PENCERNAAN KARBOHIDRAT DAN PENYERAPAN GULA\n\nAtas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.\n4. MINUM AIR DENGAN CUKUP\n\nMinum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.\n5. KAWAL KALORI\n\nPaling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil. Makan kerap bukan makan banyak.\n6. PILIH MAKANAN KURANG GLYCEMIX INDEX\n\nGlycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang.\nContohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.\n7. KAWAL STRES DAN TIDUR DENGAN CUKUP\n\nTekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.Jadi,adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.\n8. PANTAU TAHAP GULA DALAM DARAH\n\nSentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.\n9.AMALKAN MAKANAN TINGGI MAGNESIUM\n\nDiabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang dan kekacang.\n10. TURUNKAN BERAT BADAN\n\nUntuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.\n\nOleh itu, pesakit diabetes perlu mengelekakkan makanan seperti semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya, kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.\nNamun, pesakit diabetes boleh mengambil makanan ini mengikut sukatan. Makanan tersebut adalah bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.\nUntuk mengawal paras gula dalam darah, pesakit boleh mengambil makanan ini secara bebas. Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.\nKredit: Dr Samhan\n"} {"url": "https://myresipi.com/11-jenis-gula/", "title": "Ini 11 Jenis Gula Yang Korang Kena Tahu & Cara Kegunaannya", "body": "\nHah, ada 11 jenis gula? Mesti ada yang baru tahu kan. Tapi jangan risau, min akan kongsikan informasi ini untuk memudahkan korang.\nMacam yang kita tahu, gula merupakan sejenis karbohidrat ringkas yang diambil untuk memberikan sumber tenaga ringkas.\nIa boleh diambil secara semulajadi melalui makanan harian atau diambil melalui gula tambahan.\nBaca juga: Tips & Petua Mudah Halau Semut Dalam Gula, Hanya Letak \u20181 Bahan\u2019 Dapur Ini\nPemanis yang lebih dikenali sebagai glukosa itu terdapat dalam majoriti makanan, minuman, serta kuih-muih.\nJadi, jom kita tengok apakah jenis-jenis gula serta kegunaannya untuk masakan serta bakeri.\n\n1, Gula Pasir Halus\n\nGula pasir halus kadang-kadang juga dikenali sebagai gula putih, atau gula \u201cbiasa\u201d. Teksturnya halus, membuatkan ia sesuai untuk tujuan baking.\nDisebabkan teksturnya yang halus, gula jenis ini mudah cair. Jadi, ia seharusnya disimpan pada suhu bilik dan dijauhi dari api.\nKristal halus dalam gula pasir jenis ini tidak melekat sesama sendiri, jadi ia juga sesuai untuk ditaburkan atas makanan atau dilarutkan dalam minuman.\n\n2. Gula Pasir Kasar\nGula pasir kasar ini digunakan secara meluas oleh kebanyakan orang. Ianya sesuai digunakan dalam masakan atau minuman.\nSaiz kristal yang lebih besar (kira-kira ukuran garam pretzel) menjadikan gula lebih kuat dan lebih tahan panas.\nGula jenis ini juga membantu memberi sedikit tekstur pada hidangan yang dibakar atau gula-gula. Ia turut digunakan semasa membancuh minuman.\n\n3. Gula Aising\nGula aising mempunyai tekstur yang sangat halus berbanding gula putih yang lain. Teksturnya yang halus diperoleh darpada campurannya dengan tepung jagung.\nKebanyakan orang menggunakannya untuk membuat aising atau frosting dan hiasan kek lain.\nIa juga turut ditaburkan di atas kek atau roti sebagai hiasan dan perasa tambahan untuk pencuci mulut tersebut.\n\n4. Gula Kastor\nTekstur gula kastor ini juga sangat halus, membuatkan ianya sesuai dijadikan bahan utama untuk membuat kek dan roti yang gebu.\nDisebabkan itu juga, gula kastor ini sesuai digunakan untuk membuat sirap kerana ia akan larut dengan baik dalam minuman sejuk.\n\n5. Gula Tebu\nGula tebu ini diproses menggunakan tangkai tebu yang akan dituai dan dihancurkan. Ia akan dijadikan sirap dan dicampurkan dengan kristal gula.\nGula tebu ini rasanya manis dan warnanya perang. Jika anda pilih jenis yang organik, ianya didatangkan dengan manfaat kesihatan dan kualiti yang lebih baik.\n\n6. Gula Melaka\nGula melaka atau gula kabung \u2013 kedua-dua ini merupakan jenis gula yang sama iaitu jenis palm sugar.\nGula melaka ini mempunyai tekstur yang kasar dan ianya keras. Untuk membahagikannya, anda perlu menggunakan pisau kerana ia juga tebal.\nGula melaka boleh digunakan dalam masakan khususnya sambal untuk menyeimbangkan kepedasan dan kemanisan sambal.\nIa juga turut ditambah dalam kuih tradisional seperti onde-onde atau buah melaka sebagai intinya, memang sedap!\n\n7. Gula Perang\nSatu lagi alternatif untuk membuat kek atau biskut ialah gula perang. Berbanding gula putih, gula perang ini menggunakan mempunyai warna coklat yang khas.\nHal ini disebabkan oleh adanya sirap perang yang dicampurkan dengan kristal gula. Dari situlah gula perang terhasil.\nGula perang ini memang lembap secara semulajadi. Disebabkan itu, ia sesuai digunakan untuk membuat kek atau roti yang lembap teksturnya.\nIa juga sesuai digunakan untuk membuat minuman seperti teh, kopi dan coklat untuk rasa gula yang lebih pekat.\n\n8. Gula Nisan\nSekali imbas, gula nisan ini kelihatan hampir sama dengan gula melaka. Namun, perbezannya terletak kepada jenis pokok yang dipilih.\nGula nisan ini diproses daripada pokok kelapa, manakala gula kabung atau gula melaka diproses dari pokok kelapa sawit.\nRasa gula nisan ini manis dan berlemak. Disebabkan itu, ia juga turut digunakan untuk mebuat kuih tradisional tempatan.\nBerbanding gula melaka, gula nisan ini lembut dan mudah dipatahkan. Jadi, ianya juga mudah cair.\n\n9. Gula Hitam\nIa mempunyai rasa gula yang kuat, sedikit pahit, dan warnanya lebih pekat dan gelap berbanding sirap gula yang lain.\nGula hitam digunakan sebagai pemanis dalam kek, roti, biskut, sos manis dan juga casserole. Ia juga boleh disapukan pada daging untuk perapan.\n\n10. Sirap Gula\nSirap gula merupakan cairan pekat yang terdiri daripada larutan gula di dalam air. Ia mengandungi sejumlah besar gula terlarut.\nAntara jenis sirap gula yang digunakan ialah sirap jagung dan sirap emas. Kedua-duanya mempunyai beza dari segi warna dan cara pemprosesan.\nSirap emas ini berwarna keemasan manakala sirap jagung berwarna jernih. Sirap emas mempunyai rasa seperti gula karamel manakala sirap jagung mempunyai rasa manis yang biasa.\n\n11. Stevia\nStevia merupakan gula alternatif yang didatangkan dalam bentuk cecair atau serbuk.\nIa adalah pengganti gula yang dibuat dari daun tanaman stevia. Berbanding gula biasa, ia tidak mengandungi karbohidrat, kalori, atau bahan buatan.\nIa juga dikaitkan dengan beberapa faedah kesihatan seperti mengurangkan kadar gula dalam darah dan mencegah kaviti pada gigi.\n\nSumber: eatthis.com\n"} {"url": "https://myresipi.com/11-jenis-limau-mandarin-cara-pilih-buah-yang-manis/", "title": "11 Jenis Limau Mandarin Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Beli Dan Cara Pilih Buah Yang Manis", "body": "\nTahun Baru Cina semakin menjelang tiba. Masa ni lah, buah limau mandarin antara barang \u201cmust have\u201d ketika ini.\nTerdapat pelbagai pilihan limau mandarin di pasaran bergantung kepada saiz, kualiti dan jenisnya. Setiap jenis mempunyai rasanya yang berbeza walaupun kelihatan fizikal nya hampir sama.\nPernah tak, bila makan limau mandarin mesti ada yang masam. Kalau dapat yang masam memang tak sentuh dah. Tekak tak boleh nak telan. Nak yang manis sahaja.\nArtikel berkaitan: Batuk Teruk Lepas Makan Limau Mandarin? Pakar Ini Kongsi Cara Elak & Tips Pilih Limau\nMenurut The Straits Times, ada 11 jenis limau mandarin di pasaran. Kalau korang perasan, mesti ada harga murah dan mahal. Saiz pula ada pelbagai jenis.\nNak tahu jenis mandarin yang manis, meh simpan dahulu artikel ini untuk mudahkan pembelian korang setiap kali Tahun Baru Cina.\n\n1. Ponkan\n\nAsal: Taiwan\nRasa: Kebiasaanya ponkan berasa manis dengan sedikit cetusan masan dihujung-hujung lidah. Tetapi ia tidak mempunyai jus yang tinggi seperti lukan.\nCiri-ciri: Saiz sebiji Pokan lebih kurang saiz tapak tangan dewasa. Ini bermakna ia agak besar dengan kulitnya yang licin. Pilihan paling popular di pasaraya.\n2. Lukan\n\n\nAsal: China\nRasa: Lebih manis dan berjus jika dibandingkan dengan Ponkan. Mandarin jenis ini amat sesuai untuk digunakan sebagai ramuan di dalam masakan kerana ia tahan kepada panas dan tidak mudah benyek.\nCiri-ciri: Lukan bersaiz lebih kecil dari Ponkan. Namun, kulitnya lebih nipis dan sedikit menggerutu. Adakalanya, terdapat tompok hitam pada kulit.\n3. Swatow\n\nAsal: China\nRasa: Rasanya lebih masam\nCiri-ciri: Swatow lebih besar dari saiz limau Ponkan dan Lukan. Kulitnya juga lebih tebal berbanding dua di atas dengan teksturnya yang kasar dan sedikit sukar untuk dikupas. Namun, ia mampu bertahan untuk tempuh 6 bulan berbanding limau mandarin lain yang hanya tahan 3 bulan selepas masak ranum.\n4. Kinno\n\nAsal: Pakistan\nRasa: Rasanya sangat manis\nCiri-ciri: Berkulit licin dan banyak biji. Berukuran 7 hingga 8cm. Sesuai dijadikan minuman koktel, bahan masakan dan bakar.\n5. Mikan\n\nAsal: China\nRasa: Mikan antara buah limau manderin yang paling masam tetapi ia mempunyai aroma citrus sangat kuat.\nCiri-ciri: Ia merupakan buah limau mandarin yang paling kecil berbanding jenis lain dan mempunyai kulit nipis berwarna kekuningan. Namun, limau jenis ini hanya mampu bertahan 2 minggu selepas masak ranum. Tiada biji.\u00a0\n6. Clementine\n\nAsal: Mediterranean\nRasa: Rasanya sangat masam.\nCiri-ciri: Mudah dikupas, agak berair dan tiada biji. Memandangkan ia sering diimport dari Eropah, harganya boleh tahan mahal.\n7. Mandelo\n\nAsal: Amerika Syarikat\nRasa: Sangat manis dan berair, mempunyai rasa seakan campuran buah pomelo dan limau gedang, dan sedikit pahit tetapi menyedapkan.\nCiri-ciri: Sebesar limau gedang (grape fruit) mempunyai kulit kuning-hijau nipis dan banyak biji.\n8. Dekopon\n\nAsal: Jepun\nRasa: Limau manderin jenis ini tidak berbiji dan mempunyai rawa manis serta segar. Ia mempunyai aroma limau yang lebih kuat berbanding yang lain. Disamping itu juga, kulit setiap ulas dan sacs limaunya lebih lembut dan berkualiti.\nCiri-ciri: Warna kulitnya sedikit cerah dan permukaanya kasar. Terdapat benjolan pada bahagian atas limau atau kulit yang berhampiran tangkai. Senang dikupas.\n9. Honey Murcott\n\nAsal: Amerika Syarikat\nRasa: Sederhana manis, sedikir berair, rendah asid dan kadang-kadang tawar.\nCiri-ciri: Kira-kira 9cm lebar, agak gemuk, dengan kulit yang melekat tetapi nipis dan beberapa biji.\n10. Sour Orange\n\n\nAsal: Jepun.\nRasa: Tekstur masam, tak sesuai dimakan mentah.\nCiri-ciri: Kira-kira 7cm, warna agak kekuningan oren. Digunakan secara tradisional untuk membuat marmalade, kuih-muih, minuman keras, ekstrak dan minyak wangi.\n11. Tangerine\n\nAsal: China\nRasa: Jenis limau manderin yang paling digemari kerana rasa dan aromanya yang sejati. Namun rasa manisnya tidak bertahan lama. Setalah seminggu dipetik, rasa enaknya semakin berkurangan.\nCiri-ciri: Saiznya hanya 1/3 daripada saiz Ponkan. Kulitnya nipis namun sangat mudah untuk dikupas.\n\nCara Pilih Limau Mandarin Yang Manis\n1. Tengok fizikal buah limau tersebut. Biasanya kalau nak tahu yang manis ni, limau tak bulat cantik, nampak menggerutu sikit. Kalau yang masam buahnya bulat cantik.\n2. Warna buah limau yang manis, nampak ke oren tua sikit.\n3. Cuba picit bahagian bawah limau, kalau kulit limau tu nampak lekuk, maknanya kulit limau itu dah mudah lekang dari isi. Yang ni mudah sangat nak cam.\n4. Biasanya kalau kulit limau yang mudah lekang ni antara dua samaada manis atau tawar, sebab kalau ikut pengalaman, tak pernah lagi jumpa yang masam. Tawar tu dah biasa.\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/12-khasiat-buah-oren-patut-tahu/", "title": "Masam Masam Manis Buah Oren Rupanya Ada 12 Khasiat Ini, No. 5 Itu Paling Ramai Suka!", "body": "\nRupanya ada banyak khasiat buah oren yang anda perlu tahu. Buah oren boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan makanan dan minuman.\nAntara perkara yang terkenal mengenai buah oren adalah buah ini mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi.\nSebiji buah oren mengandungi 73 kcal kalori, 16.5 g karbohidrat, 2.8 g serat, 0g protein dan 0 g lemak. Namun begitu, apakah kebaikan buah ini terhadap kesihatan? Jom sama-sama baca artikel ini sehingga habis.\n10 KHASIAT BUAH OREN PATUT ANDA TAHU\n1. Baik untuk kesihatan jantung\nKandungan vitamin C di dalam oren boleh mencegah penyakit jantung kerana paras kolestrol yang rendah.\nVitamin C dalam buah oren ini juga boleh menghalang darah dari membeku sekaligus menghalang risiko terkena serangan jantung.\nKalium (potassium) dalam buah oren juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.\n2. Melambatkan proses penuaan kulit\nBuah oren tinggi dengan kandungan vitamin C yang boleh\u00a0membantu mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV. Buah ini juga membantu menjaga kesihatan kulit dengan mencegah tanda-tanda penuaan dan mengalakkan penghasilan kolagen.\n3. Mengawal tekanan darah tinggi\n\nPigmen utama dalam oren adalah hesperidin yang boleh membantu megawal tekanan darah tinggi.\n4. Boleh menurunkan paras kolesterol\n\nVitamin C, asid folik dan pigmen di dalam jus membantu untuk mengurangkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat.\nIa juga meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL seterusnya mengurangkan nisbah LDL-HDL\n5. Membantu menurunkan berat badan\nMakan buah oren pun boleh kurus? Hal ini kerana memakan buah oren sebelum menjamah hidangan utama boleh membuatkan anda merasa kenyang. Jadi anda akan makan dalam kuantiti yang lebih sedikit.\nJika anda suka makan pencuci mulut yang manis-manis, jom gantikan dengan buah yang rendah kalori ini. Ianya lebih baik dan sihat untuk kesihatan.\n6. Baik untuk pesakit diabetes\nBuah oren selamat dimakan oleh pesakit yang menghidap diabetes kerana ia mempunyai nilai GI yang rendah. Tapi hati-hati, ia masih boleh meningkatkan paras gula\u00a0dalam darah jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.\nOleh itu, anda masih perlu mengawal jumlah atau bahagian buah yang ingin anda makan dengan mengambil satu hidangan buah setiap kali waktu makan.\nUntuk buah oren, satu hidangan bersamaan dengan 1 potong buah oren.\n7. Boleh mencegah batu karang\nTahap sitrat yang rendah di dalam air kencing berisiko untuk membentuk batu karang. Buah oren dan jusnya boleh membantu meningkatkan paras sitrat dalam air kencing sekaligus mengurangkan risiko batu karang.\nBuah oren dan jusnya juga mengandungi kalsium yang boleh mengurangkan risiko batu karang.\n8. Membantu merawat anemia\nPenyakit anemia ialah penyakit akibat kekurangan sel darah merah serta mengurangkan keupayaannya untuk membawa oksigen. Penyakit ini kebiasaannya akibat kekurangan zat besi.\nWalaupun buah oren bukan sumber yang zat besi yang baik, namun kandungan vitamin C dan asid sitrik yang tinggi dalam buah oren dapat membantu badan untuk menyerap zat iron dalam sistem penghadaman.\n9. Meningkatkan imuniti\nBuah-buahan sitrus seperti oren kaya dengan Vitamin C yang dipercayai membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Sel darah putih amat penting dalam membantu tubuh melawan jangkitan virus dan bakteria.\nIa juga mengandungi antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Mesti diambil secara mentah atau begitu sahaja kerana suhu yang tinggi boleh memusnahkan kandungan Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus.\n10. Melancarkan buang air besar & merawat sembelit\n\nSerat dari buah ini bukan sahaja melambatkan rasa lapar, tetapi baik juga untuk pencernaan.\nBuah oren kaya dengan pektin dan mengandungi antioksidan naringenin.\u00a0Antioksidan ini dapat meningkatkan rembesan cecair ke dalam usus, sehingga najis menjadi lebih lembut.\nOren juga mengandungi flavonol yang disebut naringenin. Ia berfungsi seperti julap untuk membantu merawat sembelit.\n11. Baik untuk kesihatan mata\nSemua sudah sedia maklum bahawa buah oren ini kaya dengan vitamin C. Seperti vitamin E, vitamin C ini adalah antioksidan yang berupaya melawan kerosakan mata yang mana berkaitan dengan usia. Selain buah oren, lemon dan grapefruits juga merupakan buahan yang elok untuk mata.\n12. Membantu merawat\u00a0Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)\nUntuk mereka yang mempunyai PCOS, mereka perlu mengamalkan makanan yang mengandungi\u00a0nilai GI yang rendah seperti oren. Ia juga untuk meningkatkan ketahanan insulin yang dipercayai menjadi punca kepada PCOS.\nKredit: STYLECRAZE\n"} {"url": "https://myresipi.com/12-khasiat-kurma/", "title": "Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu", "body": "\nAda banyak khasiat kurma untuk kesihatan tubuh badan manusia yang ramai tidak tahu. Buah ini bukan saja sedap tapi mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri.\nBuah kurma biasanya banyak dijual ketika menjelang bulan Ramadan. Tidak sah jika tidak mengambil buah kurma ketika berbuka puasa atau bersahur.\n12 Khasiat Buah Kurma Untuk Kesihatan\nBerikut merupakan beberapa khasiat kurma yang anda perlu tahu:\n1. Mengelakkan sembelit\n\nKurma mampu mengelakkan masalah berkaitan sistem penghadaman terutamanya sembelit. Hal ini kerana kurma mengandungi serat sebanyak 3.57-10.9g serat di dalam 100g kurma.\nKurma mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang mampu meningkatkan saiz najis dan melembutkannya. Kadar pergerakan usus juga meningkat dan melancarkan lagi sistem penghadaman makanan.\nKajian mendapati bahawa pengambilan kurma sebanyak tujuh biji (kira-kira 50g) oleh 21 orang dewasa selama 21 hari telah meningkatkan pergerakan usus dan meningkatkan kekerapan najis.\n2. Tinggi tenaga\nKurma boleh membekalkan sumber tenaga yang bagus dan cepat. Buah kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa.\nKarbohidrat ringkas yang terdapat dalam buah kurma adalah mudah terurai dan bertukar menjadi sumber tenaga yang mampu membekalkan dan mengembalikan tenaga dengan cepat.\nOleh itu, tidak hairanlah ia sesuai untuk diambil semasa bulan Ramadhan sama ada pada waktu sahur dan juga waktu berbuka. Ianya dapat membekalkan tenaga yang secukupnya walaupun sedang menjalani ibadah puasa.\n3. Mencegah kanser\n\nKurma juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser. Satu kajian menggunakan ekstrak kurma Ajwa pada kadar 100\u00b5g/mL mendapati bahawa ianya dapat menghalang pembentukan sel kanser/tidak normal di perut, payu dara, paru-paru dan usus yang boleh menyebabkan kanser.\n4. Meningkatkan kesihatan otak\nKajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.\n5. Memudahkan proses melahirkan anak\nKurma juga membantu proses bersalin bagi para wanita mengandung. Kajian mendapati bahawa pengambilan kurma pada akhir trimester adalah efektif untuk mengurangkan jangka masa proses bersalin sehingga 4 jam kurang daripada wanita yang tidak mengambil kurma.\nHal ini kerana kurma mendorong pembukaan serviks yang memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan (induce labour) berbanding tidak mengambil kurma.\n6. Mengawal paras kolestrol\n\nSelain itu, kurma juga boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Kajian mendapati biji kurma ajwa dan sukkari mempunyai aktiviti hypolipidimik yang membantu menurnkan kadar kolestrol di dalam tikus yang mempunyai masalah diabetes atau kolestrol tinggi.\n7. Kaya antioksidan\nKurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.\nAntioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.\n8. Bagus untuk tulang\n\nBukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma. Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.\n9. Mengurangkan keradangan\nBuah kurma juga mengandungi pelbagai komponen fitokimia seperti polifenol, flavonoid, proanthocyanidins, \u03b2-carotene dan mineral seperti selenium yang mempunyai sifat antiradang.\nOleh itu, kurma dapat menghalang keradangan yang terhasil daripada luka terbakar, jangkitan kuman, alergen, bahan kimia toksik dan rangsangan.\n10. Bagus untuk jantung\n\nKurma juga dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular seperti jantung. Jantung merupakan organ penting bagi manusia kerana ia berfungsi untuk mengepam dan membekalkan darah ke seluruh badan.\nKajian mendapati kurma boleh mengelakkan penyumbatan plak di ateri dan menghindarkan risiko serangan jantung.\n11. Mengatasi masalah seksual\nKurma juga baik untuk kesihatan seksual \u2013 kadar estradiol dan flavonoid pada kurma meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki.\n12. Mengawal gula dalam darah\nKurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.\nKandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.\nSumber: Root Of Science\n"} {"url": "https://myresipi.com/12-manfaat-meminum-air-kelapa/", "title": "Bukan Hanya Penyejuk Tekak, Tapi Ada 12 Kebaikan Minum Air Kelapa Ni Tau!", "body": "\nAda banyak manfaat minum air kelapa untuk tubuh badan anda. Buat anda yang masih mencari-cari penawar kesihatan, air kelapa adalah yang terbaik. Namun begitu, ia perlu diminum secara konsisten dan tidak berlebihan.\nMinuman ini bukan sahaja sedap bahkan juga rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan.\n12 MANFAAT MINUM AIR KELAPA\n\nNak tahu lebih lanjut apa khasiat air kelapa? Jom sama-sama baca perkongsian di bawah.\n1. Menghindari penyakit jantung\nAir kelapa mengandungi kalium dan kalsium yang dipercayai dapat menurunkan kadar kolestrol dan mengawal degupan jantung yang normal.\n2. Rendah karbohidrat\nMinuman ini juga bagus untuk anda yang sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat. Hal ini kerana 1 cawan air kelapa hanya mengandungi 8 gram karbo.\n3. Baik untuk penghidap diabetes\n\nAir kelapa mempunyai indeks glisemik yang sangat rendah iaitu sebanyak -3. Sekaligus menjadikan ia minuman yang sihat untuk penghidap diabetes.\nNamun begitu, anda masih perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya dalam diet harian.\n4. Menurunkan berat badan\nSecawan air kelapa (200ml) hanya mengandungi 48 kalori dan 0 lemak, menjadikan ia minuman yang mampu menurunkan berat badan anda.\nJika mengambil segelas air kelapa sebelum makan, ia juga dapat mengelakkan anda makan secara berlebihan.\n5. Bagus untuk pesakit darah tinggi\n\nAir kelapa memgandungi jumlah kalium yang tinggi dan ianya bagus untuk pesakit hipertensi dalam mengimbangi nisbah elektrolit dan mengawal tekanan darah tinggi.\nMengambil makanan yang kaya kalium berupaya mengeluarkan lebih banyak natrium daripada tubuh badan melalui air kencing. Tetapi harus diingatkan, jangan mengambil secara berlebihan kerana berisiko mengalami tekanan darah rendah.\n6. Menyembuhkan jangkitan air kencing\nAir kelapa boleh membantu mengeluarkan toksin melalui air kencing. Anda akan kerap membuang air kecil selepas meminum air kelapa kerana ia merupakan kaedah semula jadi yang membantu merawat jangkitan air kencing.\n7. Sesuai untuk batu karang\nMereka yang mempunyai batu karang digalakkan untuk mengambil air kelapa disamping 12 gelas air setiap hari.\n8. Mencantikkan kulit\n\nAir kelapa juga bersifat antimikrobnya yang berfungsi merawat jerawat.\nMenerusi kajian, pengambilan air kelapa membantu sistem antioksidan dengan menerutralkan kesan radikal bebas.\n9. Menghilangkan tekanan dan keletihan\nAnda digalakkan untuk mengambil air kelapa jika berasa sangat lemah, letih, lesu dan hilang selera makan.\nIa akan membuatkan fikiran anda lebih tenang dan menghilangkan tekanan.\n10. Bebas lemak dan kolestrol\nAir kelapa adalah 94% air dan bebas lemak serta kolestrol.\n11. Menghidrasi tubuh\nMinuman ini mampu membuatkan tubuh terhidrat sekaligus menyebabkan badan berfungsi dengan baik. Tidur anda juga akan menjadi lebih berkualiti.\n12. Nyahtoksik badan\nJika sering mengambil\u00a0junk food, toksin makanan akan terkumpul dalam badan. Pencemaran dan hasil biologi tubuh juga salah satu punca.\nOleh itu, pengambilan air kelapa mampu membekalkan penghidratan dan elektrolit untuk nyahtoksik badan.\nSegelas air kelapa mampu mendetoks dan membersihkan toksik serta menghidratkan badan supaya berasa lebih segar.\nKredit: Hello Doktor\n"} {"url": "https://myresipi.com/12-sayur-buah-bahaya-untuk-ekzema/", "title": "Jangan Ambil Mudah, Ini Dia 12 Sayur & Buah Yang Bahaya Untuk Ekzema", "body": "\nSayur dan buahan sangat elok dimakan, namun sangat bahaya untuk ekzema. Bukan semua sayuran dan buahan boleh dimakan oleh penderima ekzema ini.\nAda 13 sayur dan buah yang wajib dielak buat penderita ekzema. Namun, bukan \u2018selamanya\u2019 penderima ekzema harus menjauhi sayur dan buahan ini. Mereka perlu pantang dari memakannya buat sementara waktu selagi ekzema belum baik.\nPasti anda juga sudah berhabis duit membeli krim dan tak tidur malam apabila lihat anak bergaru setiap malam.\nMari kita lihat apakah sayur dan buah itu yang suka membuat onar pada ekzema di bawah.\n1. Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi bukan penderita ekzema kerana ia sangat tinggi histamine dan menyebabkan gatal.\n\n2. Jagung antara makanan yang sangat digemari semua orang. Malang sekali jagung boleh menjadi pencetus ekzema selagi tidak pulih.\n\n3. Brokoli yang menyihatkan ini harus dihindari sepenuhnya kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif buat usus penderita ekzema. Jika tetap dimakan, ekzema akan semakin teruk atau lambat pulih.\n\n4. Cendawan merupakan sayuran yang wajib hindari kalau sakit kulit. Ibu-ibu yang ada anak ekzema, hindarkan dari beri makan kepada anak. Cendawan tinggi histamine yang menyebabkan gatal.\n\n5. Bell peppers sayur yang enak namun ia tinggi GMO, tinggi alkaloid dan solanine yang menyebabkan keradangan kulit bertambah parah (kalau radang ekzema dah pulih tak ada masalah nak makan sayur ni).\n\n6. Pineapple atau nenas ni antara buah-buahan citrus yang wajib elak. Boleh menyebabkan ekzema susah nak pulih kerana citrus boleh menjadi pencetus\u00a0(trigger) eczema.\n\n7. Kubis antara sayur yang tinggi histamine dan menyebabkan gatal.\n\n8. Anggur wajib dielak selagi ada ekzema. Anggur ini sangat bahaya untuk ekzema.\n\n9. Buah mata kucing kena elak juga walaupun ia enak namun akan mengakibatkan ekzema lambat sembuh.\n\n10. Kiwi sama macam anggur. Kiwi juga buah yang bahaya untuk kulit ekzema.\n\n11. Berries tak kisah sama ada strawberry, blueberry atau raspberry adalah tinggi histamine yang boleh menyebabkan gatal.\n\n12. Buah kering seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma walaupun bagus untuk kesihatan tapi bila ada ekzema adalah BIG NO sebab ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah buahan kering ni boleh sebabkan ekzema gatal dan radang.\n\nKredit: Mizhana Padzi\n"} {"url": "https://myresipi.com/13-jenis-makanan-rendah-kalori/", "title": "13 Jenis Makanan Rendah Kalori, Boleh Makan Tanpa Risau Gemuk!", "body": "\nWalaupun anda sedang berusaha untuk menguruskan badan, jangan risau kerana masih ada makanan rendah kalori yang boleh anda makan tanpa risau gemuk.\nMakanan yang dikongsikan ini kaya dengan serat dan juga mempunyai kalori rendah. Jadi, ia tidak akan mengemukkan anda jika diambil dalam kuantiti yang banyak.\nMari kita lihat apa 13 jenis makanan tersebut yang anda boleh makan tanpa perlu risau tentang berat badan.\n13 Makanan Rendah Kalori, Makan Tanpa Risau Gemuk\n1. Popcorn\n\nJika menggoreng popcorn dengan sedikit garam tanpa mentega dan gula, anda boleh menikmati popcorn tersebut tanpa was-was. Secawan popcorn hanya mengandungi 32 kcal (kalori).\n2. Daun saderi\n\nBatang saderi mengandungi 95 peratus air. Ia bertindak sebagai detoks dalam badan dan mampu membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan.\n3. Terung\n\nTerung bakar atau panggang tanpa minyak hanya mengandungi 24 kcal. Oleh itu, anda boleh mengambil sayuran ini tanpa perlu mengehadkan jumlah pengambilannya.\n4. Buah oren\n\nJika anda mahu menurunkan berat badan, tidak digalakkan untuk mengambil buah-buahan dalam kadar yang banyak.\nNamun berbeza dengan buah-buahan citrus. Contohnya buah oren, kaya dengan bahan-bahan serat, flavonoid dan vitamin C yang membantu penghadaman, mengenyangkan dan mencantikkan kulit secara semula jadi.\n5. Alga\n\nTumbuhan alga seperti Laminaria adalah sumber terbaik iodin. Iodin merupakan bahan mineral yang terdapat dalam makanan laut. Ia merupakan bahan penting untuk menghasilkan hormon tiroid, iaitu hormon penting untuk mengawal tumbesaran, memperbaiki sel yang rosak dan mengawal metabolisma.\n6. Zucchini\n\nSebiji zucchini hanya mengandungi kira-kira 42 kcal. Ia dapat meneutralkan nisbah kandungan garam dalam badan dan juga memperbaiki fungsi usus.\n7. Timun\n\nTimun merupakan sayuran yang sangat sesuai buat mereka yang ingin menurunkan berat badan. Sesuai letakkan di dalam sup dan juga. Ia juga sesuai dijadikan \u2018snack\u2019 atau dicicah dengan yogurt rendah lemak.\n8. Ubi bit\n\nUbi bit adalah sumber protein yang membantu membakar lemak, menguatkan otot dan megawal gula dalam darah. Sebiji ubi bit hanya mengandungi 40 kcal.\n9. Telur\n\nAnda boleh menikmati telur tidak kira berapa kali sehari. Namun sebaiknya kuning telur dibuang kerana ia mengandungi kadar kolestrol yang tinggi. Pastikan telur rebus ya, bukan telur goreng.\n10. Epal dan plum\n\nSebiji epal mengandungi kira-kira 50 kcal bergantung pada saiz. Buah ini mampu membuatkan anda berasa kenyang dan boleh mengawal sistem pencernaan. Plum pula kaya dengan vitamin C dan kalium yang baik untuk jantung.\n11. Salad\n\nAnda boleh menikmati sayuran ini sebanyak mana yang anda mahu kerana sehelai daun salad hanya mengandungi 3 kcal. Salad juga kaya dengan asid folic.\n12. Beri: Kramberi, strawberi\n\nBuah-buahan beri kaya dengan vitamin C dan membantu menyingkirkan air yang berlebihan. Strawberi hanya mengandungi 33 kcal yang membantu dari segi penghadaman, meningkatkan penghasilan dua hormon yang membantu membakar lemak serta meningkatkan metabolisme tubuh.\n13. Kubis, bunga kubis, brokoli\n\nSayuran ini merupakan pilihan yang tepat buat anda yang mahu menjaga berat badan kerana kubis yang dipotong dadu hanya mengandungi 7 kcal. Kubis juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, C, E dan B.\nKredit: Remaja\nBaca juga: Cara Buat Salad Buah Yang Mengenyangkan, Sesuai Untuk Diet!\n"} {"url": "https://myresipi.com/13-kedai-sedap-kelantan/", "title": "Jom Food Hunting Ke 13 Kedai Makan Famous Di Kelantan Ini, Sedap-Sedap \u2018Belako\u2019!", "body": "\nTercari-cari kedai sedap di Kelantan?\nKelantan merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan makanan yang sedap dan kini telah digemari oleh kebanyakan orang di seluruh negara. Namun keasliannya hanya boleh didapati di Kelantan, tidak ada di negeri lain.\nMungkin kita sudah biasa mendengar nasi kerabu, kuih tahi itik, akok, cek mek dan sebagainya, bukan? Semua ini berasal dari Kelantan. Boleh dikatakan semua makanan di Kelantan kebanyakkannya sedap-sedap belaka!\nOleh itu, di sini kami senaraikan 35 tempat makan best di Kelantan untuk rujukan anda. Jangan lupa terjah kalau anda bakal bercuti ke negeri \u2018serambi Mekah\u2019 ini.\nBaca juga: 10 Tempat Makan Viral & Paling \u2018TOP\u2019 Di Kelantan\n35 KEDAI SEDAP DI KELANTAN\n1) Suwarin Jinda Cafe\n\nSebelum ini, restoran ini lebih dikenali dengan Kafe Hospital Pantai. Kedai yang terletak di Kota Bharu ini terkenal dengan makanan Thai yang sedap.\nAntara makanan yang pasti membuatkan anda jatuh cinta semestinya Daging Harimau Menangis, Set Siakap Bakar, Shellout Thai Suwarin dan Perut Bulat Bakar yang menjadi menu terlaris di kedai ini. Ada juga set muk bang, set miang, set suwarin, aneka kerabu dan banyak lagi menu yang perlu anda cuba jika ke Kelantan.\n\nAlamat: Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu Kelantan.\nWaktu operasi: Rabu-Isnin (3.30 pm-11.30 pm)\n\n2) Warung Acu Tera\n\nKedai ini cukup terkenal dengan aneka celup tepung yang sedap, rangup dan segar, ramai yang sanggup beratur lama untuk merasai keenakannya terutama sewaktu cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.\nSatu keunikan makan aneka celup tepung di sini adalah lokasinya sangat cantik. Hal ini kerana kedai ini terletak di tepi pantai. Sambil makan, dapatlah pengunjung menikmati suasana yang sangat cantik dan mendamaikan.\n\nAlamat: Jalan Pantai Sabak, 16100 Kota Bharu, Kelantan\nWaktu operasi: Khamis-Selasa (3.00 pm-10.00 pm)\n\n3) Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan\n\nRestoran Cikgu Nasi Ulam terkenal dengan masakan melayunya. Untuk para wanita, tempat ini pasti menjadi tarikan kerana tersedianya juadah ulam pelbagai jenis.\nRestoran Cikgu Nasi Ulam ini berkonsepkan layan diri. Jadi kenalah ambil makanan anda sendiri. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan menu pelbagai jenis yang disediakan dengan harga yang sangat berbaloi.\n\nAlamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota (15300), Kota Bharu\nWaktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 am-10.00 pm)\n\n4) Kedai sedap di Kelantan \u2013 Kopitiam Kita\n\nRoti Titab merupakan menu \u2018signature\u2019 kafe Kopitiam\u00a0dan perlu dicuba. Selain itu, daripada Nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin sehinggalah kepada Nasi Tumpang Kubang Pasu, semuanya boleh didapati di kafe ini.\nMalahan lebih membanggakan adalah kunjungan daripada selebriti dan juga pemimpin-pemimpin politik yang sering menjamu selera di kafe ini.\n\nAlamat: 4357-A, Taman Desa Jaya,\u00a0\u00a0Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu\nWaktu operasi: Isnin-Ahad (6.00 am-2.00 pm)\n\n5) Sabye Sabye Cafe\n\nSabye Sabye Caf\u00e9 yang menyajikan masakan panas, masakan Thai, makanan barat, makanan Korea, dessert dan makanan viral! Sesuailah buat mereka yang ingin datang dalam kelompok yang ramai tetapi mempunyai citarasa berlainan.\nAntara menu yang perlu anda cuba adalah daging harimau menangis, sotong pecah perut, mantou dan buttermilk dan lain-lain. Tengok menu pasti rambang mata untuk memilih.\n\nAlamat: PT 647/3 (Bawah), Kampung Paloh, 16040 Wakaf Bharu, Kelantan\nWaktu operasi: Khamis-Selasa (3.00 pm-12.00 am)\n\n6) Kedai sedap di Kelantan \u2013 Rumah Singgora\u00a0\n\nIni tempat yang perlu anda kunjungi dan rasai masakan yang padu. Berada dikelilingi tumbuhan menghijau ala-ala di perkampungan, menambahkan lagi kesedapan makanan tersebut.\nBukan sekadar menawarkan makanan yang mempu mengimbau nostalgia, malah di sini pengunjung dapat belajar tentang adat dan budaya setempat.\nNak sebut kesemua menu memang tak terkira. Ada ikan bakar, udang masak petai, siput sedut, ulam-ulaman, buah-buahan dan lain-lain. Malah kuih tradisional juga ada buat pengunjung.\n\nAlamat: Singgora, Lot 860 Kg Air Deras, Jalan Tengku Maasum Mukim Padang Enggang Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan\nWaktu operasi: Khamis-Selasa (11.30 am-5.00 pm)\n\n7) Warung Pak Mat Pulau Pisang\n\nSebut sahaja teh tarik madu, Warung Pak Mat Pulau Pisang inilah yang paling terkenal dengan menu itu.\u00a0 Boleh dikatakanteh tarik madu di sini boleh bikin sesiapa sahaja terliur melihat buih air teh tarik\u00a0 ini berjurai keluar.\nSelain itu, menu lain yang dicadangkan adalah sup ikan. Warung Pak Mat Pulau Pisang ni tidak perlukan menu yang bermuka-muka surat.\n\nAlamat: Medan Ikan Bakar Kuala Besar 15350 Kota Bharu, Kelantan\nWaktu operasi: Rabu-Isnin (7.30 am-4.30 pm)\n\n8) KB Patin Haus\n\nTak perlu bersusah payah ke Kuantan semata-mata ingin merasai gulai tempoyak ikan patin kerana di Kota Bharu sudah ada kedai yang pasti memenuhi citarasa anda.\nDatang je ke sini kerana terdapat banyak lauk-pauk dan gulai yang pasti membuat anda menjilat jari. Makan Sotong Pecoh Perut, Gulai Patin Tempoyak bersama nasi panas dan cicah pula ulam dengan budu, pasti terangkat!\n\nAlamat: Berhadapan AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan\nWaktu operasi: Sabtu-Khamis (11.00 am-5.30 pm)\n\n9) SIAM \u2013 Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food\n\nHidangan Thai di sini dikatakan enak dan persis\u00a0street food\u00a0di Bangkok. Antara yang boleh dicuba ialah Daging Bakar Thai, Pulut Sua Rong Hai dan Phad Kra Pao.\n\nAlamat: 78 No, Seksyen 26 Lot, 4830, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Khamis, 3 \u2013 10.30 pm manakala Jumaat \u2013 Ahad 3 \u2013 11.30 pm\n\n10) Kedai sedap di Kelantan \u2013 Yati Ayam Percik\n\nSelain nasi kerabu, Kelantan turut terkenal dengan makanan percik yang amat popular. Tambahan pula dimakan dengan nasi kerabu. Tidak hairanlah jika Restoran Yati Ayam Percik ini amat popular dan mendapat perhatian ramai.\nKeistimewaan restoran ini adalah ayam, daging serta ikannya dipanggang di atas arang kayu yang menghasilkan aroma serta rasa yang berbeza. Pastinya rasa yang unik ini turut disumbang oleh adunan rempah ratus yang unik serta rahsia.\nBegitu juga sos perciknya yang dikatakan lemak berkrim dan digemari oleh penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar.\n\nAlamat: 847 Jalan Long Yunus (Jalan Pekeliling), Kota Bharu\n\n11) Nasi Kerabu Azma, Pasir Pekan\n\nKelantan dan nasi kerabu tidak akan boleh dipisahkan sampai bila-bila. Malah anak-anak Kelantan akan terus mencari nasi kerabu walau ke mana pun mereka merantau. Jadi tidak hairanlah jika nasi kerabu boleh didapati di mana-mana saja di Malaysia.\nTidak sah kalau ke Kelantan tidak makan nasi kerabu. Jadi di sini kami kongsikan restoran yang menghidangkan nasi kerabu yang enak dan boleh anda cuba jika berada di sini.\n\nAlamat:\u00a0Kampung Baharu, 16210 Tumpat, Kelantan\nWaktu operasi: Sabtu-Khamis (3.00 pm-8.00 pm)\n\n12) Satay Razak Wakaf Bharu\n\n\nAlamat: Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor 16200 Tumpat\nWaktu operasi: Sabtu-Khamis (4.00 pm-9.00 pm)\n\n13) Kedai sedap di Kelantan \u2013 Restoran Pohon Nako\n\nRestoran ini pernah dianugerahkan Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) pada tahun 2016 kerana mereka menawarkan harga yang amat berpatutan untuk makanan mereka. Jadi buat sesiapa yang ingin jimat, singgah saja di restoran ini!\nHarga yang murah tidak bermaksud kualiti dan kuantiti makanannya terjejas ya! Saiz hidangan untuk setiap makanan memang besar. Antara menu yang sering dipesan ialah nasi kuah kari berlaukkan ayam kampung atau ikan keli.\n\nAlamat: No. Lot 1057, Tingkat Bawah, Jalan Che Su, 15050, Kota Bharu, Kelantan, 15000\nWaktu operasi: Sabtu-Khamis (11.15 am-4.30 pm)\n\nNantikan update selanjutnya dari kami mengenai senarai kedai makan best di Kelantan.\nKredit: Saji\n"} {"url": "https://myresipi.com/15-idea-menu-makanan-bayi/", "title": "Lebih 3.1K Shares, Ibu Ini Kongsikan 15 Idea Menu Makanan Bayi 6 Bulan Ke Atas", "body": "\nBila anak dah masuk usia 6 bulan, para ibu mesti dah mula \u2018explore\u2019 menu makanan bayi apa yang sesuai supaya mereka dapat khasiat yang betul.\nPaling penting, pastikan bahan-bahan untuk makanan si manja bebas dari perasa tiruan, garam serta gula.\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi \u2018Hacks\u2019 Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi, Kreatif Sangat!\nUntuk korang yang masih mencari-cari idea untuk menu bayi, boleh tengok idea dari perkongsian Siti Fatimah Emma di Facebook dan mendapat 3.1 shares.\nBeliau telah berkongsi \u2018food journey\u2019 anaknya yang ketika meniti usia 6 bulan dan menu-menunya juga nampak menarik dan berkhasiat untuk si comel.\n\nIDEA MENU MAKANAN BAYI\u00a0\n1. Tiga Kuib Beras Frozen + 1 Sudu Olive Oil\n\n\n2. Tiga Kiub Beras Frozen + Sayur Park Choy + Olive Oil\n\n\n3. Tiga Kiub Beras Frozen + Carrot + Olive Oil\n\n\n4. Tiga Kiub Beras Frozen + Brokoli + Olive Oil\n\n\n5. Tiga Kiub Beras Frozen + Labu + Olive Oil\n\n\n6. Tiga Kiub Beras Frozen + Dua Kiub Ayam Frozen + Olive Oil\n\n\n7. Tiga Kiub Beras Frozen + Dua Kiub Ayam Frozen + Sawi + Olive Oil\n\n\n8. Tiga Kiub Beras Frozen + Dua Kiub Ayam Frozen + Carrot + Olive Oil\n\n\n9. Oats + Kiwi (Breakfast atau Snack)\n\n\n10. Oats + Mangga (Breakfast atau Snack)\n\n\n11. Oats + Epal (Breakfast atau Snack)\n\n\n12. Oats + Pear (Breakfast atau Snack)\n\n\n13. Oats + Buah Lai (Breakfast atau Snack)\n\n\n14. Oats+ Buah Naga (Breakfast atau Snack)\n\n\n15. Oats + Betik (Breakfast atau Snack)\n\n\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/150000-premis-menu-rahmah/", "title": "Lebih 15,0000 Premis Dah Lancar Menu Rahmah, Ini 15 Info Yang Korang Patut Tahu", "body": "\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) baru-baru ini telah perkenalkan Menu Rahmah pada 31 Januari lalu iaitu menawarkan makanan tengah hari dan malam serendah harga RM5 dan lebih 15,000 premis menyahut kempen ini.\nBaca juga: 36 Barang Dapur \u2018Wajib\u2019 Ada Untuk Stok Sebulan, Boleh Berjimat Guna Cara Ini\nBerikutan zaman sekarang ini harga barang mentah makin meninggi, ramai premis makanan menyahut kempen ini untuk menyediakan makanan kepada golongan B40.\n\nBagi yang kurang pasti apa itu Menu Rahmah, ini 15 info yang korang boleh baca;\n1. Menu Rahmah adalah satu sajian makan tengah hari atau malam yang merangkumi nasi, satu pilihan protein (ayam/daging/ikan) dan sayuran yang ditawarkan dengan harga serendah RM5 sepinggan.\n2. KPDNKSH mengharapkan dengan tawaran harga menu yang berpatutan dan mampu beli untuk bantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup kini.\n3. Menu Rahmah merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan di seluruh Malaysia.\n4. Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Menu Rahmah di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor.\n5. Menu Rahmah stau inisiatif baru untuk kurangkan kos sara hidup rakyat. Ia melibatkan urus industri bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Rsetoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffe Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputera Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).\n6. Kempen ini melibatkan 15,000 premis makanan di seluruh Malaysia.\n7. Salahuddin berkata daripada pemerhatian terdapat peniaga yang prihatin dengan mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, Roti John, dan Shawarma.\n8. Bagi memudahkan rakyat, KPDNKSH akan meletakkan pelekat atau simbol Menu Rahmah di premis makanan yang terlibat.\n9. Salahuddin membuat kenyataan kempen ini akan sentiasa dijalankan selagi premis memberi kerjasama untuk berikan perkhidmatan.\n10. Sekiranya pengusaha premis tak dapat mengekalkan harga menu, boleh beritahu KPDN supaya perbincangan boleh dibuat dari masa ke masa. Menurut Salahuddin, mereka boleh laksanakan harga menu RM5 itu.\u00a0\n11. Salahuddin juga tidak fikir ada golongan (selain miskin tegar dan golongan memerlukan) yang akan mengambil kesempatan terhadap perlaksaan Menu Rahmah ini kerana mereka mempunyai pilihan makanan lain.\n12. \u201cTetapi jika golongan selain B40 yang juga ingin berjimat kerana poket kosong di tengah bulan, mereka juga boleh memilih menu rahmah kerana mereka juga ada selera untuk mengambil menu ini,\u201d katanya.\n13. Selain Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah akan KPDNKSH cuba selesaikan selewat-lewatnya Mac ini.\n14. Bakul Rahmah disasarkan untuk beri kepada golongan keluarga miskin tegar dan memerlukan setiap bulan manakala Pakej Harga Barang Rahmah bakal meliputi 12 barang keperluan asas yang boleh dibeli pada harga yang ditetapkan.\n15. Inisiatif Kafe Rahmah pula akan dibuat di universiti tempatan bermula di Kuala Lumpur merangkumi sarapan dan\u00a0 makan tengah hari sementara makan malam akan ditawarkan dengan diskaun sehingga 50%.\nSumber: KPDNKSH, Bernama\n"} {"url": "https://myresipi.com/21-petua-masakan-orang-lama/", "title": "Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!", "body": "\nNenek moyang kita kalau masuk dapur untuk memasak memang banyak pantang larang dan ada saja petua masakan yang mereka gunakan,\nTiidak dinafikan, sehingga sekarang masih ramai yang menggunakan petua-petua tersebut kerana ia sangat membantu sepanjang proses memasak di dapur.\nJom baca senarai petua orang lama yang MyResipi kongsikan di bawah. Mungkin ada petua yang boleh menyelesaikan masalah anda.\nBaca juga: Elak Minyak Merecik Semasa Menggoreng, Mak-Mak Selalu Guna PETUA Ini\n21 PETUA MASAKAN ORANG DULU-DULU\n1. Santan Pecah Minyak\n\nSuka guna santan dalam masakan? Anda pasti pernah mengalami pengalaman di mana santan menjadi pecah minyak dan berketul. Ia menyebabkan masakan anda kelihatan tidak menarik.\nUntuk mengelakkannya berlaku, anda boleh cuba meletakkan senduk kayu di dalam periuk dengan menggunakan api perlahan. Cara ini dikatakan berkesan untuk mengelakkan daripada santan pecah minyak.\n2. Tips Cekodok Lebih Rangup\nSemasa sedang membancuh cekodok, letakkan segenggam nasi yang sudah dimasak ke dalam bancuhan tepung.\nIanya dapat melembutkan cekodok dan mengelakkan cekodok anda menjadi liat.\n3.Cara Kekalkan Warna Hijau Sayur\nMasukkan sedikit gula apabila sedang memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain untuk mengekalkan warna hijau sayur.\n4. Hilangkan Bau Hangit Nasi\nUntuk menghilang bau hangit nasi, letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit.\n5. Petua Hilangkan Hanyir Ikan Dan Makanan Laut\n\nPeram ikan yang telah dipotong dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh badan ikan tadi dibaluti tepung gandum.\n6. Tips Acar Timun Rangup\nRebus hirisan timun dalam air garam selama hampir setengah jam sebelum dicampur dengan bahan lain seperti lobak, bawang dan campura air gula dan cuka secukup rasa.\n7. Tauge Kekal Segar Selepas Beberapa Hari\nUntuk memastikan tauge segar walaupun telah disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam sebelum disimpan di dalam peti ais. Tauge akan segar dan tidak masam.\n8. Petua Hilangkan Pahit Pada Sayur Peria\n\nPotong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 \u2013 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.\n9. Cara Hilangkan Gatal Bila Makan Sayur Keladi\nPotong keladi dan bersihkan. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Kemudian baru boleh dimasak.\n10. Telur Tahan Lebih Lama\u00a0\nBersihkan semua telur dan lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut.\n11. Cara Empukkan Daging\nCara melembutkan daging dalam masa yang singkat adalah dengan memasukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.\n12. Peti Sejuk Berbau\nUntuk menghilangkan bau yang kurang enak dari peti sejuk,\u00a0 letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya pasti akan hilang dalam beberapa hari.\n13. Cara Buat Coklat Ganache Lebih Berkilat\n\nKetika sedang \u2018double boiler\u2019 coklat untuk membuat coklat ganache, letakkan sesudu mentega untuk menjadikannya lebih berkilat sebelum disapukan ke atas kek.\n14. Memekatkan sup/kuah\nKadang-kadang kita terletak banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.\n15. Cara Hilangkan Tanda Hitam Pada Periuk\nMasukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.\n16. Hilangkan Bendi Lendir\nUntuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. Lendir pada bendi akan hilang serta-merta.\n17. Cara Hilangkan Bau Cili Semasa Memasak\nBau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari.\u00a0\n\n18. Masakan Melekat Pada Kuali\n\nKuali yang baru dibeli selalunya akan melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Selain daripada itu, kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.\n19. Minyak Masak Berbau Tengik\nMinyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.\n20. Pisang Cepat Busuk\nAmbil secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, pisang tidak cepat busuk.\n21. Petua Masakan Lebih Sedap\nPetua orang tua-tua jika mahu masakan jadi lebih sedap, tuangkan air ke dalam lesung yang digunakan untuk menumbuk cili, kemudian masukkan air tersebut\u00a0 ke dalam masakan kita, pasti masakan akan jadi lebih sedap.\nKredit: Rasa, Murai\nBaca juga: 6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah\n"} {"url": "https://myresipi.com/22-2-22-kfc-tawar-2-set-zinger-chop-hanya-rm22/", "title": "Promosi Istimewa 22.2.22, KFC Tawar 2 Set Zinger Chop Hanya RM22 Sahaja!", "body": "\n22 Februari 2022 adalah salah satu tarikh yang menarik pada tahun ini. Seperti biasa, jika ada tarikh cantik seperti ini, banyak promosi menarik yang muncul.\nSalah satunya adalah promosi dari KFC Malaysia! Mereka menawarkan 2 set Zinger Chop dengan harga hanya RM22.\nTak perlu pening kepala nak fikir makan apa esok. Boleh ajak kawan sekali untuk kongsi, satu kepala RM11 je.\n2 SET ZINGER CHOP RM22 SAHAJA\n\nSemasa memesan di kaunter, jangan lupa tunjuk gambar di atas ya! Boleh juga pesan secara atas talian di aplikasi dan laman web KFC.\n\nJadi jangan lupa serbu KFC berdekatan anda esok!\nTerma & Syarat:\n\nTarikh promosi: 22 Februari 2022\nMasa: 10 pagi \u2013 10 malam\nLokasi: Di semua cawangan KFC, KFC Self-Collect, kecuali Genting Highlands, Mall of Medini dan outlet Lapangan Terbang\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/23-bufet-ramadhan-yang-best-di-selangor-dan-kl-2022/", "title": "23 Bufet Ramadhan Yang Best Di Selangor Dan KL 2022", "body": "\nSalam Ramadan Mubarak! Di dalam bulan ramadhan ini, pasti anda akan merancang dimanakah tempat untuk berbuka puasa di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur kan? Masa berbuka amatlah sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan anda sambil menjamu selera hidangan berbuka kegemaran anda. Selepas seharian penat berpuasa sudah pastilah anda mahu makan makanan yang sedap dan berbaloi dengan kualiti makanan yang best kan?\n\nHaa, seorang pengguna Twitter @TweetRasmiSaya ada berkongsikan senarai bufet ramadhan beserta harganya sekali di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dan anda boleh la terjah untuk berbuka puasa di sana nanti!\nRAMADHAN BUFFET 2022\n1.E0 RM168\n2. GRAND HYATT RM168\n3. MAYA RM94\n4. CONCORDE RM138\n5. DOUBLETREE RM188\n6. INTERCONTINENTAL RM209.90\n7. IMPIANA RM178++\n8. TRADERS RM98\n9. HILTON KL SENTRAL RM124.80\n10. SUNWAY PUTRA RM129+\n11. LE MERIDIEN RM138NETT\n12. MAJESTIC HOTEL RM148\n13. ALOF RM128\n14. MANDARIN ORIENTAL RM228 20%0FF CIMB\n15. W HOTEL 190NETT\n16. ST REGIS RM262.90NETT\n17. FOUR SEASON 198+\n18. PULLMAN RM128\n19. DORSETT KL RM108\n20. IBIS HOTEL KLCV RM69\n21. MERCURE HOTEL SELAYANG RM80\n22. PWTC RM128\n23. CHASEMAN HOTEL RM77\n\nAda banyak kan destinasi bufet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor untuk tahun ni? Harga pun sangatlah berpatutan dan kurang RM250.\nKepada anda yang bercadang untuk berbuka di lokasi di atas, anda dinasihatkan supaya membuat tempahan awal untuk mendapat harga promosi yang jauh lebih murah tau. Anda digalakkan membuat tempahan secara dalam talian kerana ada tempat yang memberikan harga yang lebih murah berbanding walk-in.\nJangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda. Selamat berpuasa dan selamat berbuka!\nSumber: @TweetRasmiSaya\n"} {"url": "https://myresipi.com/25-lokasi-di-melaka-yang-perkenal-menu-rahmah/", "title": "Restoran Asam Pedas Antara 25 Lokasi Di Melaka Yang Perkenal Menu Rahmah", "body": "\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri mengesahkan bahawa sebanyak 25 buah restoran dan gerai makan di Melaka telah bersetuju untuk menawarkan Menu Rahmah.\u00a0Antara yang turut serta adalah Restoran Asam Pedas Selera Kampung di Banda Hilir.\nBaca juga: Lebih 15,0000 Premis Dah Lancar Menu Rahmah, Ini 15 Info Yang Korang Patut Tahu\nPengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, pihaknya sedang berurusan dengan persatuan-persatuan peniaga, susulan wujud kekeliruan mengenai mekanisme pelaksanaan Menu Rahmah mengikut kemampuan masing-masing.\n\u201cSetakat ini 25 peniaga makanan bersetuju, namun kita menyasarkan untuk satu-satu kawasan penempatan itu mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kedai makanan menawarkan Menu Rahmah, kita dalam proses ke arah itu.\n\u201cKita sedang berurusan dengan persatuan-persatuan peniaga, setakat ini ramai yang berminat namun keliru dengan pelaksanaan termasuk tanggapan menu ini perlu diadakan setiap hari, tetapi sebenarnya ia bergantung kepada kemampuan mereka,\u201d katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung.\nSumber gambar: Utusan\nSementara itu, pemilik Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Saharudin Mohd. Nor, 56, mengakui berdepan cabaran untuk menyediakan hidangan sepinggan lengkap pada harga RM5.\nKatanya, Menu Rahmah yang ditawarkan setakat ini melibatkan tiga jenis hidangan iaitu set asam pedas ikan, ayam dan daging tetel.\nJelasnya, ia hanya ditawarkan kepada 100 pelanggan pertama pada setiap Isnin dan Khamis.\n\u201cSaya anggap ini adalah kebajikan kepada masyarakat, walaupun murah namun kualiti hidangan adalah setanding menu biasa, cuma kita sesuaikan saiz hidangan sahaja dengan harga RM5 itu,\u201d katanya.\nSumber: Utusan\n"} {"url": "https://myresipi.com/3-hidangan-pencuci-mulut-berasaskan-durian-yang-wajib-anda-cuba/", "title": "3 Hidangan Pencuci Mulut Berasaskan Durian Yang Wajib Anda Cuba", "body": "\nPencuci mulut durian sangat terkenal terutamanya bila musim durian telah tiba. Buat penggemar raja buah itu, pasti anda telah memborong dan kadang-kala sampai berlebih yang boleh menyebabkan anda membazir.\nBanyak juga menu yang menggunakan durian, jadi apa kata anda cuba satu per satu bagi mengelakkan ia rosak begitu sahaja.\nResipi Pencuci Mulut Menggunakan Durian\nSeri Muka Durian\n\nKalau nak buat seri muka pandan, hanya perlu tukar durian kepada pandan. Bahan yang lain sama seperti biasa.\nBahan A (bahagian bawah):\n\n2 cawan pulut (rendam dulu selama 1 @ 2 jam)\n1 cawan santan kara\n1 cawan air\n1 tsp garam\n\nBahan B (bahagian atas):\n\n2 cawan santan kara\n3/4 cawan gula\n1 cawan tepung gandum\n1 tbsp tepung jagung\n1/2 cawan air + 1/4 air lagi\n1 tsp garam\n4 tsp perisa durian/durian\n7/8 titis pewarna kuning\n2 biji telur (gred B)\n\nCara memasak:\n\nSapu minyak pada talam.\nTuang semua bahan A dalam talam, kukus selama 20 minit.\nSiap 20 minit tekan pulut bagi padat, cucuk sikit guna garpu.\nSatukan bahan B, tapis terus tuang atas pulut yang kita dah padatkan tadi.\nKukus 40 minit. Rajin-rajin buka penutup pengukus untuk buang wap air.\n10 \u2013 15 minit yang last tu buka penutup terus kukus sampai habis masa.\n\nKalau nak buat pandan tukar pewarna, air tu blend 8 helai daun pandan. Kalau jadi gelembung, jangan risau, ambil sudu dan air bagi lawa balik.\nKredit: Nooridah Harun\nWajik Durian\n\nBahan-bahan:\n\n500g pulut susu\n500ml santan pekat\nSedikit santan cair\n250g gula merah\n150g gula melaka\n200g gula putih\n200g durian\n1 sudu kecil garam\n3 helai daun pandan\n1 cawan air\n\nCara-cara:\n\n\n\u00a0Kukus pulut dengan sedikit santan cair selama 25 minit. Pastikan santan sama paras dengan pulut.\nMasak gula merah dan gula melaka dgn secawan air sampai gula larut. Tapiskan.\nMasukkan santan pekat, larutan gula merah dan gula melaka, gula putih, garam, durian dan daun pandan. Masak sampai pekat berminyak.\nMasukkan pulut susu dan kacau sampai pekat. Sedia dihidang. Tunggu sejuk kemudian boleh potong.\n\nKredit: Cik Puan Hasanah Nassan\nKuih Ketayap Durian\n\nBahan-bahan inti:\n\n2/3 cawan air\n2 keping nisan kerek/gula melaka\n1/2 sudu kecil garam\n1 helai daun pandan\n5-6 ulas isi durian\n2 1/2 cawan kelapa muda parut\n2 sudu besar tepung gandum\n\nBahan-bahan kulit:\n\n2 1/2 cawan air\n2 cawan tepung gandum\n1 biji telur\n1 sudu kecil garam\n2 sudu besar minyak masak/marjerin\n1 sudu kecil pewarna kuning\n\nCara-cara:\n\nCampur semua bahan inti. Inti basah-basah harum bau durian.\nBelender bahan kulit sehingga sebati kemudian tapiskan.\nTuang 1 senduk adunan. Kalau dah merekah dekat tepi pan tu maknanya dah boleh angkat.\nSudukan inti & lipat.\nDapat la 10 biji. Kuantiti bergantung ketebalan size pan kita guna.\n\nKredit: Nurul Huda Sulaiman\nBanyak menu yang boleh kita cuba ni, jangan terlepas peluang. Selamat mencuba!\nBaca juga:\nHarga Bukan Main Mahal, Lelaki Kecewa Durian \u2018Black Thorn\u2019 RM117 Tak Ada Isi\nWanita Ini Kongsi Resipi \u2018Durian Crepe Gebu\u2019, Pertama Kali Buat Pun Menjadi & Sedap!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/3-layer-green-tea/", "title": "3 Layer Green Tea Macam Dekat Cafe, Jom Buat Di Rumah, 15 Minit Dah Siap!", "body": "\nPernah cuba rasa air 3 Layer Green Tea ini? Selalu yang kita jumpa 3 Layer Tea sahaja dan hanya ada di kedai-kedai mamak. Hah! Jom kita tengok apa bahan-bahannya.\nKalau nak tahu, green tea dan matcha merupakan hasil tumbuhan yang cukup popular bukan sahaja di Asia, malah di seluruh dunia. Cara hidangannya juga bervariasi \u2013 dari minuman ke kek, semuanya ada.\nPenggemar green tea mesti suka variasi baru ini kerana ia mengabungkan green tea, susu cair, dan juga air gula merah. Teksturnya memang pekat, likat dan lemak berkrim gitu!\nBaca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya\nBila cuaca panas, memang terangkat bila pekena segelas, memang tak boleh nak tolak. Tak adalah bosan bila selalu sangat asyik buat bancuhan cara yang biasa je. Juadah air berbuka hari ini boleh cuba bancuhan style baru.\u00a0\nJom ikuti resipi bancuhan dari perkongsian Cik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli di laman Facebook. Memang unik, dan hasilnya juga sedap! Kita lihat cara-caranya di bawah.\n\nRESIPI 3 LAYER GREEN TEA\u00a0\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nAir gula melaka\nSusu cair\nAir panas\n2 sudu serbuk teh hijau thai\nAis secukupnya\nAir sejuk secukupnya\n\nCara-cara bancuhan air:\n1. Rendam green tea bersama dengan air panas selama 20 hingga 30 minit. \n2. Tapis dgn penapis teh kain. \n3. Tambah sedikit air sejuk. Kacau.\n4. Letak air gula melaka dalam gelas. Tambah ais. Letak susu cair.\n5. Masukkan air green tea. Dah siap!\n\nNota: Teh hijau Thai ini dijual oleh ramai stokis seluruh Malaysia, boleh rujuk di Google untuk stokis terdekat.\n\nTerima kasih kepada Cik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli kerana sudi berkongsi resipi air bancuhan green tea yang sedap ini. Nak buat untuk berniaga pun tiada masalah. Tapi kena bereksperimen dulu menjadi ke tidak. Nanti rugi pula. Hiks!\u00a0\u00a0\n Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!\u00a0\nBaca juga: Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!\n"} {"url": "https://myresipi.com/3-menu-berasaskan-ayam/", "title": "3 Menu Berasaskan Ayam Ini Wajib Cuba Sepanjang Puasa, Mudah & Sedap!", "body": "\nBulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Ibu-ibu pasti sudah mula memikirkan menu untuk dijadikan hidangan bersahur dan berbuka. Oleh itu, 3 menu berasaskan ayam ini boleh dijadikan panduan buat anda untuk dicuba nanti. Menu ini pasti menambat selera seisi keluarga. Dijamin berselera!\nBaca juga: 4 Resipi Mudah Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Ibu-Ibu Boleh Cuba!\n3 MENU BERASASKAN AYAM\n1) RESIPI AYAM PAPRIK\n\nBahan-bahan tumis:\n\n1 labu bawang besar\n4 ulas bawang putih\n1 inci halia\nSerai sebatang diketuk\n\nBahan lain:\n\n3 sdm cili kisar\nIsi ayam (potong kecil)\nAir panas setengah mangkuk\nSayur pilihan\n6 biji cili padi (diketuk)\nDaun limau purut\n\nBahan sos:\n\n2 sdm sos cili\n2 sdm sos cili thai\n1 sdm sos tiram\n1 sdm sos ikan\n1/2 sdm kicap manis\n\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak banyak sikit sebab nanti nak tumis cili kisar. Mula-mula tumiskan dulu bahan-bahan tumis.\nBila bahan tadi dah garing, masukkan cili kisar. Masak sampai garing dan pecah minyak.\nKemudian masukkan ayam yang sudah dipotong kecil. Masak sampai ayam masak.\nMasukkan pula bahan sos dan air panas setengah mangkuk. Kacau rata.\nBiarkan mendidih sekejap. \nMasuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh. Masukkan sekali 6biji cili padi yang diketuk.\nAkhir sekali masukkan daun limau purut (buang tulang tengah daun).\nAgak-agak bila sayur dah lembut boleh tutup api. Selamat mencuba!\n\n\nKredit:\u00a0Khas Fena\n2) RESIPI AYAM HALIA\n\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam\nSos tiram\nSerbuk lada hitam\nTepung jagung\nCili kering\nBawang merah\nBawang putih\nHalia\nDaun bawang\n\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan cili, bawang dan halia, tumis sehingga sedikit layu.\nMasukkan ayam dan kacau rata.\nMasukkan air dan serbuk lada hitam.\nMasukkan pula sos tiram.\nLetakkan air dan biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya. Bila semua dah secukup rasa, masukkan bancuhan air tepung jagung mengikut kepekatan yang diingini.\nAkhir sekali masukkan daun bawang yang sudah dihiris. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Fdlah Ila\n3) RESIPI AYAM TIRAM THAILAND\n\nBahan-bahan perapan ayam:\n\n10 ketul ayam\n3 sudu besar sos tiram\n2 sudu besar kicap manis\nGaram/secukup rasa\n1 sudu besar minyak masak\n\nCara-cara penyediaan perapan ayam:\n\nSatukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.\nBakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200\u00b0C selama 20 minit.\n\nBahan sos:\n\n5 ulas bawang putih\n4 biji cili padi merah\n1 sudu besar sos tiram\n3 sudu kecil kicap cair\n2 sudu besar gula\n1 biji perahan limau nipis/lemon\nDaun ketumbar yang dipotong halus\n\nCara-cara penyediaan sos:\n\nSatukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.\nMasukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.\nAkhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.\nSelamat mencuba!\n\nKredit:\u00a0Raja Siti Afiqah Azmi\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/3-resepi-air-berbuka-refreshing/", "title": "3 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Sangat \u2018Refreshing\u2019, Lega Tekak!", "body": "\nJom cuba 3 resepi air berbuka puasa yang\u00a0refreshing\u00a0ini, sejuk tekak dibuatnya. Maklumlah cuaca di Malaysia bukan main panas lagi. \nBila tiba waktu berbuka, tak lain tak bukan memang air yang dicari dulu. Nikmat dia lain macam bila dapat minum selepas seharian menahan dahaga.\nBukan hanya pada bulan puasa, anda boleh buat minuman ini bila-bila saja tak kira masa. Sesuai diminum seisi keluarga.\nBaca juga: Resipi Mangga Smoothie Guna 3 Bahan, Buat Sendiri Boleh Minum Satu Keluarga!\n3 RESEPI AIR BERBUKA PUASA YANG REFRESHING\n1. Barley Lime\n\nBahan-bahan:\n\nBarli\nJus limau nipis\nAir gula\nAis\nAir\n\nCara-cara:\n1. Rebus barli sehingga lembut. Kemudian satukan barli dengan air, jus limau nipis, air gula dan ais. Kacau rata.\n2. Resepi air berbuka puasa \u2013\u00a0Orange Sprite Mint\n\nBahan-bahan:\n\nJus orange\nSprite\nAis\nMint\n\nCara-cara:\n1. Satukan jus oren pilihan anda bersama sprite, ais dan mint.\nBaca juga: Jom Buat Air Vanilla Blue Yang Padu, Rasa Sama Macam Air Balang Di Bazar!\n3. Sparkling Yakult Lemon Juice\n\nBahan-bahan:\n\nJus lemon\nYakult\nAis\nSoda/air sparkling\u00a0\n\nCara-cara:\n1. Campurkan jus lemon, yakult, ais, soda atau air sparkling. Tak perlu letak gula sebab yakult sudah manis.\n2. Jika tak cukup manis, boleh tambahkan gula supaya lebih manis.\nKredit resipi dan gambar: chedacheyu\n"} {"url": "https://myresipi.com/3-tips-pilih-ketam-isi-penuh-banyak-telur/", "title": "3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur, Baru Puas Hati Makan", "body": "\nKetam merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Pelbagai masakan enak boleh dibuat menggunakan ketam. Tapi paling spoil mood bila isi ketam sedikit, beli punyalah mahal. Memang tak puas makan la jawabnya. Nak tahu tips pilih ketam?\nAda tips untuk pilih ketam sebelum membeli yang ramai tak tahu. Barulah puas bila makan bila isi penuh. Seorang pengguna Facebook, Siti Aminah ada berkongsikan tips untuk memilih ketam yang mempunyai isi penuh dan banyak telur. Ikuti perkongsiannya di bawah.\n3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur\n1. Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecik takpe yang penting berat.\n\n2. Kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina bentuk 3 seginya besar, ketam jantan 3 seginya kecil.\n\n3. Lihat pada tempat bertanda, pastikan tempat itu berwarna kuning ke arah warna oren.\n\nNampak tak telur ketam tu, memang tak mengecewakan.\n\nSetelah dicuci dan dibersihkan, ini hasilnya. Isi padu dan telur memang banyak.\n\nIni hasilnya, keempat-empat ketam saya pilih memang padu isinya. Kalau rasa tips saya berguna, boleh la cuba nanti.\n\nKredit: Siti Amina Yousoff\nBaca juga: Susah Nak Siang Ketam? Jom Cuba Cara Siang Ketam Ni, Mudah Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/36-barang-dapur-wajib-ada-untuk-stok-sebulan/", "title": "36 Barang Dapur \u2018Wajib\u2019 Ada Untuk Stok Sebulan, Boleh Berjimat Guna Cara Ini", "body": "\nRamai yang sedia maklum yang masyarakat memerlukan stok makanan dan simpanan barang dapur untuk teruskan kehidupan.\u00a0\nSama ada hidup bujang mahupun berkeluarga, memasak di rumah memang lebih jimat berbanding beli makanan di luar. Lagi-lagi kos sara yang hidup yang semakin meninggi hari ini.\nJadi, bagi mengelakkan pembaziran pada kos makanan, artikel ini akan membantu korang yang ingin berjimat supaya kewangan lebih efisien dan tidak boros.\nBaca juga: Pertama Kali Nak Beli Barang Dapur \u2018Online\u2019? Ikut Cara Ni Kalau Nak Lagi Jimat\nNak pula zaman digital, pembelian barang-barang dapur pula lebih mudah didapati dengan dua cara iaitu, pergi sendiri secara fizikal ke pasaraya ataupun membeli di dalam talian.\nSenaraikan barang dapur kepada 2 bahagian:\n1. Barang dapur kering \u2013 merujuk kepada bahan yang boleh disimpan lama.\n\n\nDapur gas\nMinyak masak\nTin Sardin\nRempah kari\nGaram\nGula \nTepung\nAjinamoto\nBawang\nLada hitam\nSusu pekat manis\nSup bunjut\nMi segera\nTelur\nBiskut\nSerbuk coklat\nSos cili\nSos tomato\nKicap\nSos tiram\nKulit kayu manis\nBuah pelaga\nBihun\nBeras\nCili kering\nSerbuk teh\nSerbuk kopi\nBunga cengkih\n\n2. Barang dapur basah \u2013 merujuk kepada bahan yang tak boleh disimpan lama, cepat rosak, atau perlu disimpan di dalam peti sejuk/ais.\n\n\nAyam\nIkan\u00a0\nDaging\nSotong\nNugget\nSayur-sayuran\nBuah-buahan\nUdang\n\nIni contoh 36 senarai barang-barang dapur yang perlu ditambah setiap bulan. Tapi, bergantung dengan bilangan isi rumah korang. Kalau awal bulan barang masih lagi banyak, maka boleh tangguh dulu untuk topup barang-barang ini.\u00a0\nKorang juga boleh menyimpan senarai barang dapur ini di dalam bentuk Excel beserta harga setiap satu barang untuk tahu kos bulanan harga barang dapur.\nSemoga tip-tip ini membantu korang untuk uruskan barang-barang dapur dengan lebih tersusun dan sistematik dan selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/4-beranak-cedera-dapur-gas-steamboat-meletup/", "title": "Makan Malam Bertukar Tragedi, 4 Beranak Cedera Dapur Gas Steamboat Meletup!", "body": "\nMakan malam empat beranak termasuk dua kanak-kanak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak steamboat meletup dalam kejadian di sebuah restoran di Alam Mesra pada malam Ahad lepas.\nArtikel berkaitan: Netizen Tergamam Tengok Tempat Memasak Meletup Masa Tengah Berkelah\n4 Beranak Cedera Dapur Gas Steamboat Meletup!\nDalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Roberto Antoni, 28 dan isterinya, Wujon Maria Mae serta dua anak mereka cedera akibat terkena air panas dan letupan berkenaan.\nKetua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 malam.\nMenurutnya, seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 11 kilometer dari BBP Lintas.\n\u201cTerdapat empat mangsa dilaporkan melecur terkena air panas dan ada juga yang terkena api.\n\nMangsa Dikejar Ke Hospital & Diberi Rawatan Awal\n\u201cDua mangsa kanak-kanak dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian manakala dua lagi diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,\u201d katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.\nBeliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan lanjut bagi mengelak sebarang bahaya lain di lokasi kejadian.\n\u201cOperasi terkawal pada jam 9.35 malam dan ditamatkan selepas semuanya berada dalam keadaan selamat,\u201d katanya.\nSumber: Sinar Harian\n"} {"url": "https://myresipi.com/4-cara-elakkan-santan-dari-cepat-rosak-barulah-makanan-bersantan-tahan-lebih-lama/", "title": "4 Cara Elakkan Santan Dari Cepat Rosak, Barulah Makanan Bersantan Tahan Lebih Lama!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-08 06:41:17\n\n\nSeperti yang kita sedia maklum, makanan yang berasaskan santan ini mudah basi jika ia dibiarkan lama di atas meja makan. Sebaiknya adalah dengan menghabiskan makanan tersebut atau menyimpan lebihan makanan di dalam peti sejuk. Namun, masalah santan mudah basi ini sebenarnya disebabkan oleh kualiti santan yang digunakan kurang baik, tidak segar dan diproses dengan cara tidak bersih. Jadi, ini ada beberapa tips mudah dikongsikan oleh Rasa yang mampu mengekalkan kesegaran santan dan tidak cepat basi.\n\nKredit: Izliyah Kitchen\n\nTIPS ELAK SANTAN CEPAT BASI\n\u00a0\n\nPEMILIHAN KELAPA\n \nKredit: Rasa\n Bagi memastikan masakan bersantan lambat basi, sebaiknya pilihlah kelapa tua yang baru dikupas dari sabut. betul-betul tua dan isinya putih. Pastikan juga kelapa tersebut tidak berbau masam atau busuk. Sekiranya anda membeli kelapa di kedai, anda boleh meminta penjual untuk membelah kelapa baru bagi memastikan anda tidak terbeli kelapa yang kurang elok.\n \u00a0\nGUNAKAN JENIS KELAPA YANG SESUAI\n \nKredit: Klikdokter\n Di samping itu, jenis-jenis kelapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengelakkan sesuatu masakan untuk cepat basi. Seperti contoh, kelapa tua sesuai digunakan untuk masakan seperti rendang, kari dan gulai. Ini kerana kelapa tua mampu mengeluarkan santan yang bagus untuk masakan serta mempunyai kandungan minyak yang banyak. Manakala, kelapa muda pula sesuai digunakan untuk membuat inti makanan kerana rasanya lebih sedap serta lembut.\n \u00a0\nTEKNIK MEMERAH SANTAN\n \nKredit: Keluarga\n Selain itu, teknik memerah yang salah juga menjadi salah satu punca santan cepat basi. Teknik perah santan ini sebenarnya memainkan peranan penting bagi memastikan kesegaran santal kekal lama. Sekiranya anda menggunakan cara tradisional, cara yang betul adalah dengan memarut kelapa mengikut arah melintang. Namun jika anda membeli kelapa yang sudah siap diparut, pastikan ia diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama.\n \u00a0\nPENYIMPANAN SANTAN\u00a0\u00a0\n Sekiranya anda membeli santan segar dari kedai, sebaiknya santan tersebut perlu segera disimpan di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Jika anda belum lagi ingin menggunakan santan untuk beberapa hari, simpankan santan tersebut di dlam peti ais beku supaya ia kekak segar. Dengan cara ini, ia dapat disimpan lama sehingga tiga bulan lamanya di dalam peti asi beku yang bertutup rapat. \n\n\n\nKredit: MakanLena\n\u00a0\nKonklusinya, santan ini sifatnya memang agak sensitif dan cara penyimpanannya perlulah lebih teliti. Kini, anda tidak perlu risau lagi memikirkan makanan bersantan cepat basi kerana sudah ada solusinya. Masakan anda selepas ini juga pasti terasa lebih sedap dan menyelerakan, Semoga bermanfaat!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/4-idea-resipi-air-berbuka-puasa/", "title": "4 Idea Resipi Air Berbuka, Menu Macam Di Kafe Hipster Tapi Guna Bahan Mudah", "body": "\nSekali sekala hidangkan air berbuka puasa yang\u00a0special\u00a0untuk suami tidak ada salahnya kan? Barulah sejuk hati suami anda.\nJom MyResipi kongsikan 4 minuman berbuka yang sedap dan cantik dari segi presentation\u00a0sama macam di kafe hipster.\nHanya menggunakan bahan mudah, anda boleh menghasilkan air yang menyejukkan tekak selepas seharian berpuasa. Jom kita cuba!\nBaca juga: Resipi Air Jagung Bikin Ketagih, Sedapnya Buat Untuk Berbuka!\n4 IDEA RESIPI AIR BERBUKA PUASA\n1. Longan Asam Boi\n\nBahan-bahan:\n\n3 biji asam boi\nPotongan lemon\nDaun mint\nAir longan\nAir panas\nAis\n\nCara-cara:\n\nMasukkan biji asam boi ke dalam cawan. Tuangkan sedikit air panas.\nKemudian masukkan juga potongan lemon, daun mint dan air longan.\nTambahkan ais.\nLetakkan potongan lemon dan buah longan sebagai hiasan.\u00a0Siap, selamat mencuba!\n\n2. Cincau Thai Green Tea\n\nBahan-bahan:\n\n3 sudu thai green tea (jenama ChaTraMue)\nAis\nSusu pekat\nSusu cair\nSusu segar\nCincau\n\nCara-cara:\n\nRendam 3 sudu thai green tea di dalam air panas.\nDalam gelas lain, penuhkan gelas dengan ais.\nMasukkan susu pekat, susu cair dan susu segar.\nTuangkan rendaman thai green tea yang sudah ditapis.\nLetakkan cincau sebagai hiasan. Siap, selamat mencuba!\n\n3. Air berbuka puasa \u2013 Supermilo\n\nBahan-bahan:\n\n3 sudu serbuk milo\nAir panas\nAis\nSusu segar\nMilo nugget\nMilo cereal\n\nCara-cara:\n\nMasukkan 3 sudu serbuk milo beserta sedikit air panas ke dalam cawan.\nKacau sebati dan tambahkan ais.\nTuangkan susu segar sehingga hampir memenuhi cawan.\nLetakkan hiasan serbuk milo, milo nugget dan milo cereal. Siap, selamat mencuba!\n\n4. Sunset Drink\n\nBahan-bahan:\n\nBuah oren\nAis\nKordial rose sirap\nBiji selasih\n\nCara-cara:\n\nPerahkan setengah biji jus buah oren ke dalam cawan.\nIsikan gelas dengan ais kemudian tuangkan kordial rose sirap.\nTambahkan biji selasihyang telah direndam. \nHiaskan dengan hirisan oren. Siap, selamat menncuba!\n\nKredit reesipi dan gambar: Nurainnatasya\nBaca juga: Bestnya Minum Air Soda Herbs Untuk Berbuka! Segar Satu Badan Dibuatnya..\n"} {"url": "https://myresipi.com/4-langkah-buat-telur-separuh-masak-yang-perfect/", "title": "Ikut 4 Langkah Ini Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang \u2018Perfect\u2019", "body": "\nNak buat telur separuh masak nampak macam senang kan? Tapi sebenarnya ramai yang tak reti dan gagal setiap kali buat.\nKalau terkurang masa, telur akan jadi kurang masak. Kalau terlebih masa pula, akan jadi telur rebus. Susah betul ya nak buat telur setengah masak yang sempurna.\nSeorang pengguna laman sosial Facebook ada berkongsikan 4 langkah mudah untuk buat telur separuh masak yang perfect\u00a0dan pasti jadi! Baca perkongsian oleh Wani Mustafa di bawah.\n4 Langkah Mudah Buat Telur Separuh Masak \u2018Confirm\u2019 Jadi\n\nWani faham antara benda paling susah nak buat, telur setengah masak. Betul kan?\nWani pun mengalami masalah yang sama dulu laa. Sebab selalu terlebih masak jadi lah telur rebus. Hahahaha!\nLepas ikut step ni, setiap kali buat je confirm jadi! So korang boleh guna je 4 langkah ni confirm jadi punya lah telur setengah masak ni. Wani yakinn! Insyallah.\nSebelum tuh make sure telur dalam ROOM TEMPERATURE tau. yang mana simpan dalam peti ais keluarkan dulu bagi suhu bilik baru masukkan dalam periuk.\nCara-caranya:\n1. Masak air sampai mendidih (air dalam periuk kena banyak sampai telur betul-betul tenggelam).\n2. Tutup api.\n3. Masukkan telur dalam air mendidih tadi (periuk jangan tutup tau).\n4. Set timer phone selama 6 minit.\n\n5. Siap!\nPagi pagi tak tahu nak breakfast apa boleh buat telur setengah masak, alahai buat ni tak sampai 10 minit pun, lepas tuh letak lada sikit, kicap sikit ya allah sedap tahu tak rasa dia. Hahaha!\n\nKredit: Wani Mustafa\n"} {"url": "https://myresipi.com/4-resepi-raya-bersama-planta-mudah-colourful-untuk-meriahkan-lagi-hari-raya-tahun-ini/", "title": "4 Resepi Raya Bersama PLANTA, Mudah & \u2018Colourful\u2019 Untuk Meriahkan Lagi Hari Raya Tahun Ini", "body": "\n\n\nBila sebut je hari raya, benda pertama yang kita fikir mesti kuih atau kek apa yang kita nak hidangkan kepada tetamu. Betul tak\n\n\n\n\n\n\n\u00a0GIPHY\n\n\n\n\n\nSekarang ni, kita boleh je buat biskut raya atau kek sendiri di rumah. Selain dapat menjimatkan kos, kita juga boleh mengeratkan lagi hubungan dengan family tersayang!\nNak lagi best? Gunakanlah PLANTA. Confirm satu rumah bau wangi. Rasa jangan cakaplah, guna PLANTA, mestilah sedap.\n\n\n\n\n\n\nJom kita tengok video 4 Resepi Hari Raya menggunakan PLANTA!\n\n\n\n\n\n\nBiskut Aiskrim\n\n\n\n\n\n\nKredit foto\u00a0Seismik Makan\n\n\n\n\n\nBahan-bahan:\nBahan A:\n\n250g Planta\n1 Cawan Gula Aising\n1 Biji Kuning Telur\n\nBahan B:\n\n2 Sudu Susu Tepung\n3 Cawan Tepung Gandum\n3 Sudu Besar Tepung Jagung\n2 Sudu Besar Tepung Kastad\n\nBahan C:\n\n1 Biji Telur\n2 Sudu Besar Planta\n500g Coklat Masakan\n\nCara-cara:\n\nSebatikan Planta, gula aising dan kuning telur di dalam mangkuk. Masukkan susu tepung, tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.\nGaulkan semua bahan sehingga menjadi doh. Canaikan doh mengikut ketebalan yang sesuai (0.5cm). Terap menggunakan acuan berbentuk ais krim.\nSusunkan di dalam dulang pembakar dan sapukan dengan telur. Bakar selama 15 minit pada suhu 170?.\nSejukkan biskut selama 30 minit.\nCairkan coklat masakan bersama planta di dalam microwave selama 40 saat. Celupkan bahagian atas biskut ke dalam coklat tadi dan taburkan dengan taburan coklat.\n\nKek Pelangi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKredit foto\u00a0Seismik Makan\n\n\n\n\n\nBahan-bahan:\nBahan A:\n\n370g Planta\n380g Gula Kastor\n\nBahan B:\n\n8 Biji Telur\n2 Sudu Kecil Esen Vanila\n\nBahan C:\n\n500g Tepung Gandum\n2 Sudu Kecil Serbuk Penaik\nPewarna Makanan (Merah, Hijau & Kuning)\n\nCara-cara:\n\nPutarkan Planta dan gula kastor sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan telur sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati.\nTambahkan serbuk penaik dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Pastikan adunan sebati dan tiada ketulan tepung.\nBahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap satu dengan pewarna merah, hijau dan kuning.\nAlaskan loyang dengan kertas minyak. Letakkan adunan secara berselang-seli ke dalam loyang. Ambil lidi dan buatkan corak.\nBakar adunan dalam ketuhar pada suhu 170? selama 45 minit. Sejukkan kek sebelum dihidang.\n\nKek Lapis Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKredit foto\u00a0Seismik Makan\n\n\n\n\n\nBahan-bahan:\nBahan A:\n\n230g Planta\n190g Gula Kastor\n\nBahan B:\n\n5 Biji Telur\n1 Sudu Kecil Esen Vanila\n260g Susu Pekat\n\nBahan C:\n\n310g Tepung Gandum\n1 Sudu Kecil Serbuk Penaik\nPewarna Makanan (Merah, Kuning, Coklat, Hijau, Biru & Ungu)\n\nCara-cara:\n\nPutarkan Planta dan gula kastor sehingga sebati. Masukkan telur dan putar sehingga adunan sebati.\nTambahkan esen vanila dan susu pekat dan putar sekali lagi. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan adun.\nTambahkan serbuk penaik dan putar sekali lagi sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap satu dengan pewarna makanan merah, kuning, coklat, hijau, biru dan ungu.\nPanaskan pengukus.\nLetakkan adunan warna pertama ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit, diikuti dengan adunan warna yang lain. Kukus 5 minit setiap lapisan. Ulang sehingga adunan habis.\nKukus keseluruhan kek selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.\n\nBiskut Roll\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKrddit foto\u00a0Seismik Makan\n\n\n\n\n\nBahan-bahan:\nBahan A:\n\n192g Planta\n220g Gula Perang\n\nBahan B:\n\n1 Biji Telur\n\u00bd Sudu Kecil Esen Vanila\n\nBahan C:\n\n384g Tepung Gandum\n\u00bd Sudu Kecil Serbuk Penaik\n\u00bd Sudu Kecil Krim Tartar\n\u00bd Sudu Kecil Garam Halus\n1 Sudu Besar Serbuk Koko\n\nCara-cara:\n\nSebatikan Planta dan gula perang di dalam mangkuk. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau rata.\nTambahan serbuk penaik, krim tartar, garam halus dan tepung gandum dan gaul sebati. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Tambahkan serbuk koko pada satu bahagian dan sebatikan.\nCanai kedua-dua doh mengikut ketebalan yang sesuai (0.5cm). Letakkan doh vanilla di atas doh coklat. Gulungkan doh dan pastikan tiada lubang di tengah.\nSejukkan doh selama 30 minit atau sehingga doh sedikit keras. Potong menggunakan pisau sebesar 0.5cm. Susunkan di atas dulang pembakar.\nBakar selama 15 minit pada suhu 170?. Sejukkan biskut sebelum dihidangkan.\n\nPLANTA bukan sahaja boleh digunakan untuk biskut dan kek sahaja tau. Banyak lagi resepi lain yang boleh kita buat dengan menggunakan PLANTA!\n\n\n\n\nDengar cerita bermula daripada 1 April 2022 sehingga 31 Mei 2022\u00a0PLANTA akan menganjurkan pertandingan.\nHanya beli dan menang! Mudah bukan? Hadiah utama berupa Thermomix TM6 Bernilai RM 6988. Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini!\n\n\n\n\n\n\nKredit foto\u00a0Planta\n\n\n\n\n\n\n\nKredit foto\u00a0Planta\n\n\n\n\nButiran pertandingan ada di bawah:\n\n\n\n\n\n\nKredit foto\u00a0Planta\n\n\n\n\nDapatkan info tambahan mengenai Planta di sini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/4-resipi-mudah-untuk-anak-yang-susah-makan-sahur/", "title": "4 Resipi Mudah Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Ibu-Ibu Boleh Cuba!", "body": "\nKebanyakan ibu pasti pening kepala memikirkan menu sahur\u00a0simple untuk anak-anak yang baru belajar berpuasa kan? Jangan gusar! Ini dia 4 resipi mudah untuk anak-anak yang tak berselera setiap kali sahur.\nSelain itu, menu mudah ini mampu menarik minat mereka untuk makan sahur dan juga mengalakkan mereka untuk berpuasa. Resipi ini telah dikongsikan oleh Afzal Sukasuki di laman sosial Facebook. Semoga bermanfaat ya!\n4 RESIPI MUDAH UNTUK ANAK YANG SUSAH MAKAN SAHUR\n1. PAI CARBONARA\nBahan-bahan:\n\nRoyale Paratha Fatihah\nBawang holland dipotong dadu\nDaging cincang dicuci bersih (400g)\nSos Carbonara\nKuning telur\nSayur campur (optional)\n\nCara-cara:\n\nGoreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika.\nTumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.\nKemudian masukkan sayur campur (optional).\nMasukkan 1 tin sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.\nPotong roti paratha kepada 2 bahagian\nLetak bahan2-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.\nKlim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu.\n\nSapu kuning telur pada atas doh carbonara.\nMasukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180\u00b0C. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.\n\n2. ROTI SOSEJ COMEL\nBahan-bahan:\n\nRoyale Paratha Fatihah\nSosej ayam\nKuning telur\n\nCara-cara:\n\nPotong Roti Paratha Fatihah tu kepada 12 bahagian kecil seperti pizza.\nPotong sosej menjadi 3 bahagian.\nGulung sosej tersebut dengan potongan-potongan kecil roti paratha tadi.\nSapu setiap gulungan sosej dengan kuning telur.\nMasak di dalam air friyer pada suhu 180\u00b0C selama 5 minit\nSiap dan boleh dihidang kepada anak-anak.\n\n3. PIZZARIA\nBahan-bahan:\n\nRoyale Paratha Fatihah\nSos Bolognaisse\nBeacon Ayam/Daging\nLada Benggala/Nenas\nKeju Mozarella\n\nCara-cara:\n\nRoyale Paratha Fatihah dibiarkan lembut pada suhu bilik.\nSapu rata sos bolognaisse.\nSusun beacon ayam/daging.\nTabur lada benggala/nenas.\nTabur keju Mozarella.\nBakar di dalam air fryer pada suhu 180\u00b0C selama 15 minit.\nSiap dan boleh dihidang kepada anak-anak.\n\n\n4. SOSEJ WRAP DENGAN BACON AYAM/DAGING\nBahan-bahan:\n\nRoyale Paratha Fatihah\nSalad\nBeacon Ayam/Daging\nMoyonnaise dan sos\nSosej ayam\n\nCara-cara:\n\nMasak doh di dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 180\u00b0C.\nSusun salad, beacon dan sosej di atas roti paratha tadi.\nLetak sos dan mayonnaise.\nSiap dan boleh dihidang kepada anak-anak.\n\nKredit resipi: Afzal Sukasuki\nBaca juga: 10 Resipi Ayam Guna Air Fryer Paling Mudah, Sedap & Menyelerakan\n"} {"url": "https://myresipi.com/4-restoran-fast-food-yang-dah-tutup/", "title": "Ini 4 Restoran Fast Food Yang Pernah \u2018Femes\u2019 Satu Masa Dulu Tapi Dah Tutup", "body": "\nPernah tak korang teringat-ingat restoran fast food yang pernah menjadi kegemaran sewaktu masih kecil?\nKadang-kadang bila terfikir balik memang akan rindu dengan menu yang dijual, lagi-lagi kalau tak ada penggantinya.\nMenerusi laporan The Outlook, kebiasaannya restoran-restoran ini ditutup kerana tak dapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.\nBaca juga: Restoran KFC, Pizza Hut ganti minuman Pepsi kepada Coca-Cola\nSituasi ini boleh jadi sangat mengecewakan buat para penggemarnya kerana tak lagi dapat menikmati hidangan yang sentiasa menjadi pilihan.\nUntuk mengembalikan nostalgia lama, berikut merupakan senarai empat restoran makanan segera yang pernah popular di negara ini suatu ketika dahulu.\n\n1. Papa John\u2019s\n\n\nPada tahun 2009, Papa John\u2019s telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia dibawah Berjaya Group.\nNamun disebabkan pada ketika itu Pizza Hut dan Domino\u2019s kekal menjadi pilihan utama para pelanggan, secara tidak langsung mereka tidak mampu untuk bertahan lama.\nDifahamkan cadangan penutupan kesemua cawangan Papa John\u2019s di negara ini diputuskan oleh pihak atasan restoran makanan segera berasal dari Amerika Syarikat ini.\n\n2. Shakey\u2019s Pizza\n\n\nRasanya rata-rata rakyat Malaysia pasti sangat familiar dengan restoran ini. Malah rasa hidangan pizzanya yang begitu enak juga masih terasa-rasa di lidah.\nNamun apakan daya, restoran ini turut tidak dapat dijumpai lagi di mana-mana tempat di negara ini.\nTetapi mengikut laporan The Star, 21 cawangan Shakey\u2019s Pizza telah ditukar menjadi Domino\u2019s Pizza atas perjanjian kerjasama antara kedua-dua pemilik.\nAgak-agak Domino\u2019s Pizza yang selalu kita makan selama ni rasa sama macam Shakey\u2019s tak?\n\n3. Wendy\u2019s\n\n\nRestoran ini pertama kali dibuka di Malaysia pada tahun 2008 dan mendapat sambutan yang cukup hangat. Kalau nak diikutkan, sebenarnya ia pernah dibuka pada sekitar tahun 1980 tetapi tidak bertahan lama.\nCawangan yang dibuka pada tahun 2008 ini bertempat di Berjaya Times Square dan beberapa tempat lain sebelum setiap cawangan menghentikan operasinya secara berperingkat pada tahun 2019.\nDifahamkan, Berjaya tidak memperbaharui lesen francaisnya dan setakat ini tiada cawangan Wendy\u2019s lagi di Malaysia.\n\n4. Tutti Fruti\n\n\nRangkaian pencuci mulut yogurt ini adalah cukup terkenal suatu ketika dahulu sebelum adanya Llaollao.\nBagi korang yang peminat lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, mesti akan teringat video klipnya yang memaparkan percintaan zaman remaja di Tutti Frutti ni. Boleh search balik dekat youtube. Hiks!\nWalaupun harganya agak mahal kerana dikira mengikut berat sehingga ada yang takut untuk mencuba, namun jumlah francaisnya telah berkembang dengan cukup hebat.\nSebelum setiap cawangannya ditutup sepenuhnya, difahamkan jumlah keseluruhan Tutti Frutti di negara ini adalah sebanyak 85 outlet.\nTerbukti pencuci mulut ini memang sangat famous sebelum ini tapi sayang sekali popularitinya merudum dan tidak mampu dikawal lagi.\n\nSo, bagi korang yang dah baca ni, yang mana pernah korang sempat merasa sebelum tutup? Kongsi di ruangan komen okey!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/4-tips-hilangkan-kutu-beras-dengan-cepat-memang-terbukti-berkesan/", "title": "4 Tips Hilangkan Kutu Beras Dengan Cepat, Memang Terbukti Berkesan!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-08 04:43:15\n\n\nApabila hendak memasak nasi, pasti ada di antara ibu-ibu yang\u00a0pening memikirkan cara untuk membuang kutu beras. Walaupun sudah menjemur beras di bawah matahari, namun kutu-kutu ini tetap juga membiak. Tambahan lagi, kutu beras ini bukannya sedikit dan ianya\u00a0memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membuangnya satu per satu. Jangan risau, ini ada beberapa tips yang ibu-ibu boleh ikuti. Jom baca!\n\nKredit: Original Sabahan\n\nKredit: Grid\u00a0 Frame\n\u00a0\n4 TIPS HILANGKAN KUTU BERAS DENGAN CEPAT\n\nCili Kering\n \nKredit: Sirap Limau\n Cili kering ini memang sifatnya panas dan pedih apabila disentuh. Jadi, dengan menggunakan cili kering, ia akan memberikan rasa tidak selesa pada kutu-kutu beras kerana terkena cili kering. Caranya, potongkan cili kering kepada dua dan letakkan ke dalam bekas beras. Namun, jangan lupa untuk menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.\n\u00a0\nDaun Pandan & Daun Limau Purut\n \nKredit: Sirap Limau\n Selain mengeluarkan bau-bau harum dan menghilangkan bau hapak beras, kedua-dua daun ini sebenarnya turut memberikan aroma yang tidak menyenangkan pada kutu beras. Caranya, keringkan dahulu daun pandan ini dan kemudian masukkan ke dalam beras anda. Letakkan pada atas permukaan beras dan juga dibawah beras supaya kutu tidak akan mengerumuni beras lagi.\n\u00a0\nKulit Kayu Manis\n \nKredit: Hello Doktor\nWalaupun kulit kayu manis ini memberikan rasa yang kuat pada makanan, ia tidak akan menjejaskan rasa beras. Sebaliknya, ia akan mewangikan lagi beras anda. Paling penting adalah ia akan menyahkan lagi kutu daripada membiak di dalam beras anda. Caranya adalah dengan meletakkan beberapa kulit kayu manis ke dalam beras dan lihat sendiri hasilnya.\n\u00a0\nAsam Keping\n \nKredit: Mingguan Wanita\n Kutu beras juga cukup tidak suka dengan bau asam keping. Ini bermakna kutu beras akan menjauhi beras sekiranya asam keping diletakkan di dalam bekas beras anda. Letakkan sahaja beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak nyaman. \n\n\u00a0\nMudah saja kan? Selepas ini, ibu-ibu di rumah sudah tidak perlu pening lagi memikirkan kutu beras ini. Semoga bermanfaat!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-bahan-je-ini-resepi-kuih-siput-lemak-manis-rangup-memang-sedap/", "title": "5 Bahan Je? Ini Resepi Kuih Siput Lemak Manis, Rangup & Memang Sedap!", "body": "Kalau korang dah start berfikir nak jamu kerepek atau kuih apa untuk tetamu masa raya nanti, boleh cuba kuih siput lemak manis. Hanya guna lime bahan sahaja dah boleh buat kuih ni, rasanya rangup dan sedap sekali makan mesti nak lagi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nurul Syifa di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKUIH SIPUT LEMAK MANISKalau korang dah start berfikir nak jamu kerepek atau kuih apa untuk tetamu masa raya nanti, boleh cuba kuih siput lemak manis. Hanya guna lime bahan sahaja dah boleh buat kuih ni, rasanya rangup dan sedap sekali makan mesti nak lagi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nurul Syifa di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n2 cawan tepung gandum\n\n2 1/2 sdb gula kastor\n\n1 sdk garam halus\n\n3 sdb marjerin\n\nAir sejuk secukupnya\n\nKredit : Nurul SyifaCARA PENYEDIAAN\nCampurkan tepung gandum, gula, garam dan marjerin. Gaul-gaul hingga sebati semuanya.\n\nCampurkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dlm campuran tadi.\n\n\nBila doh sudah sebati,\u00a0 gentel-gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.\n\nBila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-cafe-aesthetic-yang-wajib-anda-cuba-di-shah-alam/", "title": "5 Cafe Aesthetic Yang Wajib Anda Cuba Di Shah Alam", "body": "\nBila sebut je Cafe Aesthetic, mesti anda terfikir cafe di sekitar Kuala Lumpur kan? Sebab Kuala Lumpur mempunyai berbagai-bagai variasi cafe aesthethic yang cantik dan memang diketahui oleh ramai orang. Tetapi, tahukah anda bahawa di Shah Alam juga mempunyai banyak cafe yang menarik dan sesuai untuk dijadikan port lepak anda. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut 5 Cafe Aesthetic\u00a0yang wajib anda cuba di Shah Alam.\n1. Bukku Caf\u00e9\n\nBukku Caf\u00e9, adalah kata pinjaman dari Jepun bagi book, kafe ini dinamakan bersempena dengan suasana dalaman kafe ini yang dipenuhi dengan buku-buku untuk pelanggan di sini baca sambil menikmati kopi mereka. Bukan itu je, kafe ini juga ada menawarkan makanan berat dalam menu mereka.\nSalah satu makanan yang paling digemari di kafe ini tentulah\u00a0croissant\u00a0inti telur masin mereka bersama sepotong kek tiramisu dan secawan air the hijau. Dengar namanya je dah boleh membuatkan anda lapar dan tidak sabar untuk mencuba makanan dan minuman di kafe ini!\nAntara menu popular di kafe ini\nAlamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (10AM \u2013 5PM)\n2. Kedai Makan Fei & Ali\n\nKedai Makan Fei & Ali adalah salah satu restoran yang paling banyak dikunjungi di Seksyen 9, Shah Alam. Fei & Ali ialah kafe halal yang menyajikan pelbagai jenis makanan budaya di Malaysia. Kafe ini terletak betul-betul di sebelah Foodsbury kafe pertama di Seksyen 9. Yang paling best di kafe ini adalah jika anda seorang pelajar, anda akan diberi diskaun sebanyak 10% haa best kan? Jom kita sama sama terjah kafe ni!\nAntara menu mereka\nAlamat: 22, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor\nWaktu Beroperasi: Jumaat \u2013 Rabu (12PM \u2013 10PM)\n3. The Third Letter\n\nThe Third Letter bukan sahaja menawarkan makanan yang sangat sedap, tapi ia juga kerana suasana restorannya yang memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Sekiranya anda merancang untuk cuba makan di kafe ini, pastikan anda memesan sup tomato mereka. Pasti ia akan membuatkan anda ketagih!\nMenu kegemaran ramai\nAlamat: No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur, 40150 Shah Alam, Selangor\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (12PM \u2013 9PM)\n4. Tea And Toast\n\n\u00a0\nKafe ini menyajikan pelbagai hidangan di Malaysia seperti Nasi Lemak, Mee Siam, Yee Mee dan tidak lupa juga minuman tempatan kegemaran sepanjang masa! Salah satu keistimewaan mereka ialah Kopi cham (campuran Milo dan kopi). Rasanya lebih sedap jika dimakan dengan roti bakar! Tea and Toast juga ada menghidangkan telur rebus lembut dan anda boleh mencampurkannya dengan kicap dan lada. Anda wajib cuba kafe ini.\nAntara menu sarapan pagi mereka\nAlamat: 38, Jalan Jurureka U1/40, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor\nWaktu Beroperasi: Isnin \u2013 Sabtu\u00a0 (7AM \u2013 4PM)\n5. Iggo\n\n\u201cIGGO\u201d adalah sebutan abjad tahun \u201c1990\u201d yang merupakan tahun kelahiran rakan kongsi kafe ini. Dua rakan kongsi ini juga ada menghasilkan beberapa idea dan resipi yang cukup kreatif, antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah Aglio Olio dengan telur. Selain itu, kepada peminat kambing, anda harus mencuba Shank Risotto memang dijamin sedap! Kafe ini juga merupakan tempat yang sangat tenang untuk anda makan bersama rakan-rakan atau kelurga.\nMenu barat mereka\nAlamat: 3, Jalan Setia Prima H U13/H, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari\u00a0 (11AM \u2013 8.30PM)\nHaa, best kan kafe di sekitar Shah Alam ni? Rugi tau kalau korang ke Shah Alam tapi tak singgah ke kafe-kafe ni. Selamat mencuba!\nSumber: FoodAdvisor\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-cara-hilangkan-bau-busuk-dalam-peti-sejuk/", "title": "5 Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Sejuk, Guna Bahan Semula Jadi!", "body": "\nPasti ramai yang mengalami masalah bau busuk dalam peti sejuk kan? Ada yang menyangka bau busuk berpunca dari sisa-sisa makanan yang disimpan dan makanan-makanan lain. Namun bila sudah dicuci, peti tetap berbau.\nRupanya ada cara mudah dan murah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya menggunakan bahan semula jadi, segala masalah bau peti sejuk boleh dihilangkan. Ikut saja cara di bawah.\nBaca juga: Api Dapur Gas Menyala Kecil? Ini Cara Servis & Selamatkan Dapur Gas Kesayangan\n5 Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Sejuk\n1. Daun Pandan\n\nGunakan khazanah semulajadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.\n2. Roti\n\nRoti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.\n3. Serbuk Penaik / Baking Soda\n\nTabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.\nSelepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.\n4. Cuka Putih\n\nMasukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.\nUntuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.\n5. Oat\n\nSiapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk. Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.\nKalian boleh pilih mana-mana cara untuk menghilangkan bau busuk peti ais. Semoga bermanfaat!\nKredit: Leha Yusuf\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-cara-menyimpan-durian-agar-tahan-lama-dan-tetap-sedap/", "title": "5 Cara Menyimpan Durian Agar Tahan Lama Dan Tetap Sedap", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-09-03 04:32:10\n\n\nSiapa je tak kenal buah durian ni? \"King of fruits\" kata orang putih.\u00a0buah durian ni yang kalau bawak balik, satu rumah boleh bau. So persoalan dia sekarang, macam mana kita nak simpan buah durian ni so dia tahan lama and still rasa sedap? Haa jom kita baca tips ni!\n1. Simpan Di\u00a0Kawasan \"Room Temperature\"\nPhoto Credit: scmp.com\nNi untuk durian yang belum dibuka tau! Haa, jangan silap pulak. Nanti kang dah busuk salahkan Admin. Durian yang dah matang tu seelok-eloknya simpan tak melebihi dua hari sebab kalau lebih takut jadi terlalu matang. So rasa dia pun nanti tak sama lah. So kena alert lah. Jangan terlupa pulak. Bukan senang pun nak lupa. Bau durian tu punya lah kuat, takkan tak perasan.\n2. Pisahkan Isi Dengan Biji\nPhoto Credit: yearofthedurian.com\nDurian yang dah dibuka pulak, kalau korang rasa nak makan nanti, pisahkan isi dengan biji dulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dan seterusnya dimasukkan ke dalam freezer. Bukan sahaja kualiti durian itu terjaga, tapi ia juga akan pastikan aroma durian tu tak tersebar ke makanan lain.\n3. Awasi Durian Yang Telah Dibuka\nPhoto Credit: thejakartapost.com\nApabila korang dah bukak durian dan dipisahkan biji dia dengan isi, pastikan korang tak biarkan durian tu di luar lebih dari satu jam. Ini akan memberi kesan kepada rasa dia. Bukan sahaja akan jadi busuk, udara luar pun boleh memberi kesan kepada rasa dan kualiti dia. Mungkin durian itu ada rasa lain atau masam setelah di luar lebih dari satu jam.\n4. Jaga Suhu Freezer\nPhoto Credit: chron.com\nKorang ingat dah campak dalam freezer dah settle? Suhu freezer tu macam mana pulak? Suhu ideal untuk durian ialah -15 hingga -20 darjah celcius. Tujuannya adalah untuk pastikan kualiti isi durian itu terjaga walaupun tanpa kulit tebal dan tajamnya. Dia mungkin takkan busuk tapi rasa dia akan lain. Tak sedap lah kiranya.\n5. Tips Bawa Durian Ke Luar\nPhoto Credit: flickr.com\nMungkin korang nak bagi durian waktu melawat kawan-kawan atau keluarga tapi tak tahu macam mana nak membawanya? Korang boleh guna cooler box atau styrofoam box. Jangan lupa juga untuk balut durian itu menggunakan plastik wrapping yang tebal so bau atau aroma durian tidak terjejas apabila dalam kereta atau tengah panas.\nSusah kan nak jaga durian ni? Tak pe admin dah cuba tolong sedikit sebanyak. Mungkin kalau nak buka durian tu pastikan mampu habis lah. Kalau tak, simpan dulu tunggu orang lain juga yang nak makan. Harap-harap durian korang selamat dan tahan lama!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-cara-simpan-susu-cair/", "title": "5 Cara Simpan Susu Cair Setelah Dibuka, Tak Cepat Rosak & Tahan 3 Bulan!", "body": "\nSusu cair jika tidak habis diguna, kita akan simpan begitu saja dalam peti sejuk kan? Rupanya ini cara simpan susu cair yang sudah dibuka supaya tahan lama.\nBukan itu saja, jika anda praktikkan cara ini, susu cair boleh bertahan sehingga 6 bulan. Baru tak membazir kan?\nMaklumlah, kadang-kadang kita mahu guna sedikit saja susu cair dalam masakan. Jika tak habis diguna, takkan nak buang pula.\nBaca juga: Tips Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Elok Lagi\nCARA SIMPAN SUSU CAIR YANG BETUL\nBerikut merupakan 5 cara yang boleh kita lakukan untuk menyimpan susu cair yang telah dibuka:\n1. Tukar bekas kedap udara\nSusu cair yang sudah dibuka jika tidak habis diguna, tukarkan ke dalam bekas kedap udara sebelum disimpan di dalam peti sejuk.\nJika mahu digunakan dalam masa terdekat, simpan di bahagian\u00a0chiller.\u00a0Jika sebaliknya, simpan di bahagian sejuk beku.\n2. Pastikan guna suhu betul\nPasti ramai sudah mengetahui cara ini. Pastikan peti sejuk berada pada suhu 4 darjah celcius atau lebih sejuk.\n3. Cara simpan dalam peti sejuk ruang pembeku\nJika anda menyimpan susu cair di bahagian sejuk beku, susu cair boleh bertahan lebih lama.\nBila mahu diguna kembali, biarkan pada suhu bilik sehingga mencair.\n4. Cara simpan susu cair \u2013 Letakkan di bahagian belakang\u00a0\nSebolehnya simpan di bahagian belakang peti sejuk kerana bahagian tersebut adalah yang paling sejuk dan jauh dari makanan yang tak dimasak.\nSumber: Cara Resepi, Bobo\nBaca juga: Cara Betul Simpan Baki Santan Kotak, Tahan Lama & Tak Berketul\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-jenis-lemang/", "title": "5 Jenis Lemang Yang Popular & Unik, Kalau Pernah Cuba Semua Memang Foodie Lah!", "body": "\nSelain lemang yang biasa kita lihat di pasaran, banyak rupanya jenis lemang yang wujud di Malaysia ini.\u00a0\nLemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. \nDi Malaysia, lemang telah pun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. \nOrang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan \u201cKota Lemang\u201d.\nBaca juga: Lemang Sebenarnya \u2018Fast Food\u2019 Orang Melayu Lama?\nLemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.\nTak lengkap rasanya hari raya tanpa hidangan lemang, tapi bagi pencinta dan hantu lemang, pastinya akan tahu jenis lemang yang \u2018rare\u2019 di Malaysia ini.\nTapi dah jarang orang buat lemang \u2018rare\u2019 ni. Kalau jumpa hidangan ini di rumah yang korang kunjung tu memang bertuah la.\n\n1. Lemang Pulut Hitam\n\nKalau biasa korang dengar bubur pulut hitam, tapi jangan tak tahu yang terdapat juga lemang pulut hitam.\nLemang pulut hitam mempunyai resepi yang sama dengan lemang biasa, cuma perbezaannya ialah jenis beras pulut yang digunakan ialah beras pulut hitam.\nApabila dimasak, warna lemang akan menjadi hitam tetapi rasanya tidak lah begitu ketara dengan rasa lemang yang biasa.\n\n2. Lemang Tepung\n\nPernah dengar mengenai lemang tepung? Buat mereka yang terpinga-pinga dan tidak pernah dengar tentangnya, lemang tepung adalah makanan tradisi orang perak. \nIa seakan bengkang atau bingka tetapi cara masak adalah hampir sama dengan lemang pulut dengan menggunakan buluh cuma bahan untuk memasak sahaja yang lain.\nLemang tepung sangat mudah basi menyebabkan ia tidak boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak kerana tidak boleh disimpan lama. Kalau korang beraya kat Perak, boleh la try cari lemang tepung ni.\n\n3. Lemang Durian\n\nKalau diikutkan siapa saja yang tidak menggemari durian. Disebabkan itu, pengusaha lemang mengambil langkah yang sangat bijak dengan mengolah resipi lemang. Lemang durian ni tidak begitu mendapat permintaan yang tinggi disebabkan ianya tidak boleh disimpan lama.\nSelain itu juga, lemang durian mempunyai harga yang sedikit tinggi dari jenis-jenis lemang yang lain kerana isi durian itu sendiri yang mahal. Tapi kalau dapat makan lemang durian ni memang tak tinggal untuk orang lain punya lah!\n\n4. Lemang Periuk Kera\n\nApabila sebut pasal lemang, pasti kita akan terfikir sejenis makanan diperbuat daripada pulut dan santan, dibakar dalam buluh, serta menjadi buruan menjelang Aidilfitri serta Aidiladha. \nNamun, apabila disebut akan lemang periuk kera, pasti ramai yang berasa pelik dan tertanya-tanya rupa bentuk serta rasa lemang berkenaan.\nPerbezaan Lemang Periuk Kera ini dari lemang biasa adalah dari segi rasanya yang sangat enak. Pada bahagian dalam lemang ini ianya ada rasa sedikit manis dan berlemak. \nBerbeza dengan Lemang Buluh, Lemang Periuk Kera seolah-olah dimasak sempurna dan mempunyai rasa yang sekata kerana faktor saiz pokoknya.\n\n5. Lemang Jagung\n\nLemang jagung juga lebih kurang sama macam lemang pulut hitam dan lemang jangung juga menggunakan bahan yang sama seperti lemang biasa. \nTapi terdapat perbezaan dari segi rasa, kerana apabila ditambah jagung ianya secara tidak langsung menambahkan rasa manis di dalam lemang.\nWarna dan tekstur lemang juga akan kelihatan sedikit berbeza kerana beras pulut dicampur dengan jagung. Selain jagung, anda juga boleh menggantikan jagung dengan bahan lain mengikut kesukaan anda.\nBaca juga: Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Rasanya Tetap Asli Walaupun Moden\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-jenis-makanan-jimat-orang-bujang/", "title": "5 Jenis Makanan Jimat Orang Bujang", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-08-21 04:58:54\n\n\nSebagai student atau orang bujang, mesti lah ada hari yang mungkin kita tak de duit nak makan, malas nak keluar rumah atau bilik kolej. So biasanya kita akan stock up bilik dengan makanan. Korang mesti pernah makan atleast satu makanan dalam list ni. Jom kita explore!\n1. Nasi Bujang\nPicture Credit: ecomall.my\nHidangan nasi yang paling simple dan mungkin paling popular bagi students yang nak makanan murah tapi kenyang. Dengan hanya nasi putih, telur dadar, timun, sambal belacan dan sup, nasi bujang merupakan hidangan terbaik kalau korang ada hari yang tak berapa ada duit tapi perlu makan nasi. Biasanya nasi bujang ni dijual dengan harga RM2 ke RM3 je!\n2. Roti Kaya\nPicture Credit: njajan.com\nRoti dengan sapuan kaya adalah lagi satu makanan kebiasaan orang bujang atau student. Biasanya roti dengan kaya tak de pun nak bagi kita kenyang. Cuma nak pastikan kita tak lapar. Tapi tak semestinya sebab tak de duit. Mungkin student yang malas nak keluar bilik akan makan ni je. Kita tak boleh nak judge eh!\n3. Nasi, Sardin Dengan Telur\nPicture Credit: pinterest.com\nNi perlukan effort lebih kalau nak makan tapi orang bujang memang banyak makan ni sebab guarantee kenyang. Murah je nak beli semua bahan, mungkin dalam RM4 atau RM5 total dan\u00a0senang dimasak. Kalau dekat rumah dan kalau pandai buat actually sedap. Tapi kalau dah student biasalah, asalkan boleh ditelan dan kenyang!\n4. Biskut dan Air Milo\nPicture Credit: smilesgram.com\nHidangan \"tea-time\" ni admin pun biasa buat masa dekat kolej dulu. Eh, sekarang pun kadang-kadang buat. Bukannya sebab tak de duit pun, tapi sedap dibuat jajan atau sebab nak kunyah something. Tapi biasa bukan makan waktu tea-time pun. Biskut cream crackers dengan air milo, teh, atau apa-apa air panas pun sedap makan waktu malam bila sejuk. Hidangan simple ni cukup nak pastikan korang tak lapar sebelum tidur kalau tetiba craving nak kunyah something lepas makan dinner.\n5. Nasi Lemak\nPicture Credit: nyonyacooking.com\nAdmin tau korang cari nasi jugak waktu breakfast kalau bukan roti canai. Tak salah pun sebab nasi memang buat kita kenyang. Nasi lemak waktu breakfast memang padu. Not to mention dia murah jugak. Biasanya kalau nak betul-betul jimat tu waktu breakfast dah beli lebih untuk lunch sekali. Haa, kan dan save kat situ!\nTak terkejut Admin kalau korang dah pernah makan semua makanan dalam list ni. Biasalah, kita sebagai student atau orang bujang kalau tak de duit atau just malas nak keluar rumah. Mungkin korang sekarang dah makan mewah.\u00a0Atau mungkin still amalkan makanan di atas.\u00a0Bukan sebab tak mampu tapi sebenarnya sedap. Haa, itu terpulang kepada diri masing-masing. Yang penting, kita semua tak berlapar.\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-jenis-makanan-mahal-untuk-orang-kaya/", "title": "5 Jenis Makanan Mahal Untuk Orang Kaya", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-11-22 07:09:40\n\n\n\u00a0\nBanyak jenis makanan berharga puluhan ribu Ringgit terdapat di dunia. Makanan yang menggunakan bahan-bahan yang sangat susah untuk diperoleh menjadikannya mahal dan tak ramai mampu untuk merasai nikmatnya. Meskipun begitu, hidangan-hidangan untuk bangsawan ini tetap mendapat sambutan meriah. Inilah antara hidangan yang termahal di dunia.\n1. Caviar Almas\nPicture Credit: luxatic.com\nKaviar merupakan telur ikan sturgeon yang dikenali sebagai makanan mewah. Hanya beberapa spesis ikan ini sahaja yang dapat menghasilkan caviar iaitu Sevruga, Ossetra dan Beluga. Biasanya kaviar akan dijual pada harga USD 25,000 atau RM104,200.00 per 2.484kg. Bukan itu sahaja, kaviar putih Iran ini hanya boleh dibeli di Caviar & Prunier House, London.\n2. Daging Kobe\nPicture Credit: debragga.com\nDaging sini mempunyai kelembutan dalam setiap potongan. Ada sesetengah restoran melabelkan Kobe sebagai Wagyu tapi kedua-dua jenis daging ini tak sama. Daging ini dijual pada harga USD 1,475 atau RM6,150.00 per 2.26kg.\n3. Trifola d'Alba Madonna\nPicture Credit: pinterest.com\nWhite truffle ini hanya dapat tumbuh dalam kondisi tanah dan udara tertentu. Rasa dan aroma unikya dikatakan tidak boleh dijumpai di mana-mana tempat lain. Truffle ini ditanam di Piedmon, Itali Utara dan dijual dengan harga USD 4320 atau RM18,006.00 per 453 gram.\n4. Kopi Black Ivory\nPicture Credit: thenational.ae\nSama konsep kopi luwak, kalau korang pernah dengar. Kopi Black Ivory ini dihasilkan daripada kekotoran gajah. Selama proses pencernaan gajah, enzim memecahkan bahan kimia yang menyebabkan rasa pahit biji kopi hilang. Harganya dianggarkan USD 1,000 atau RM4169.50.\n5.\u00a0Tembikai Hitam Densuke\n\nPhoto Credit: geewi.com\nIa merupakan isi yang lebih berair, lebih manis dan renyah daripada tembikai\u00a0biasa. Kandungan biji yang kurang daripada biasa dan renyah membuatkannya mempunyai tekstur dan rasa yang luar biasa. Tembikai ini dijual pada harga USD 6,100 atau RM25,452.25 per tembikai.\nKaum orang kaya memang taste luar biasa kan? Ingatlah, mahal mana sekali pun, makanan-makanan ini tetap popular. Admin pun pening kepala tengok. Tapi itulah selera bangsawan.\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-jenis-makanan-perlu-elak-sebelum-bernikah/", "title": "5 Jenis Makanan Perlu ELAK Sebelum Bernikah, Doktor Ini Kongsi Sebabnya", "body": "\n5 Jenis Makanan Perlu ELAK Sebelum Bernikah, Doktor Ini Kongsi Sebabnya.\nBagi yang bergelar pengantin tidak lama lagi pasti pelbagai perkara sedang disiapkan termasuklah membuat persediaan diri untuk menjadi suami atau isteri nanti.\nBaca juga: 7 Makanan Ini Mampu \u2018Boost\u2019kan Syahwat Lelaki Dan Wanita, Baru Rumahtangga Makin Berseri\nNamun tahukah anda selain tip kecantikan sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang patut dielakkan oleh pasangan yang akan bergelar raja sehari.\n\n5 Jenis Makanan Perlu Dielakkan Raja Sehari Sebelum Bernikah\nPerkara ini turut dikongsikan oleh Doktor Raihana Ismail yang sering berkongsi tips kehamilan, keluarga, bayi serta banyak lagi.\n1. Elakkan makanan di dalam tin\nMakanan di dalam tin semangnya sedap, malah ia sering menjadi makanan pilihan terutama apabila anda kesuntukkan masa untuk memasak.\nTetapi cuba elakkan makanan di dalam tin seperti sardin, susu pekat manis, koktail buah dan banyak lagi sebelum bergelar raja sehari.\nIni kerana keradangan aluminium di dalam darah secara tidak langsung boleh menggangu hormon dalam badan.\n2. Elakkan makanan atau minuman yang dibungkus\nAdakalanya kita mungkin lebih gemar untuk membungkus sesuatu makanan dan menikmatinya ketika dimahukan terutama ketika banyak urusan perlu diuruskan.\nNamun cuba untuk elakkan daripada membungkus makanan atau minuman di dalam plastik BPA. Ini kerana keadaan ini boleh menyebabkan mimik estrogen kepada wanita.\n3. Kurangkan makanan manis\nKurangkan makanan manis sebagai contoh pencuci mulut, kek, air berkarbonat, air berwarna warni dan sebagainya kerana ia mimik estrogen.\nSekiranya estrogen wanita berlebihan ia boleh menyebabkan ovum atau kilang telur keliru di mana ia tidak menghasilkan hormon estrogen sebaliknya mengeluarkan hormon lelaki iaitu entrogen.\nMaka keadaan ini akan menyebabkan keluarnya bulu di muka seperti bermisai atau janggut. Bagi lelaki pula akan mengalami masalah perut buncit dan pengumpulan lemak di bahagian payu udara.\n4. Cakna ubat-ubatan yang diambil\nPantau sebarang ubat-ubatan yang diambil tiga bulan sebelum bernikah. Ini kerana terdapat beberapa jenis ubat mempunyai kesan seperti kilang telur kecut dan tidak dapat menghasilkan sperma yang baharu manakala wanita pula akan mempunyai masalah susah untuk mengeluarkan telur.\n5. Kurangkan makanan berasa tepung putih atau gluten\nKurangkan makanan bersumber tepung putih atau gluten sebagai contoh cekodok, kuih dan sebagainya.\nSumber tepung putih yang bergluten ini akan menyebabkan usus menipis dan sistem penghadaman akan menjadi tidak cantik, alami malnutrisi iaitu kekurangan makanan seimbang, hormon terganggu dan tidak subur.\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Profesor Ini Beri Pilihan Makanan Untuk Kurangkan Risiko Hidap Kanser Ovari\n\nVideo Penuh:\n\n\n @dr.raihana.ismail\nReplying to @Shahir18 5 jenis makanan dan minuman dilarang ambil sebelum nikah . Ada yang nak tau makanan subur ? Kalau cukup 100org nak tau, nanti saya post. Share pasangan anda. #inspirasiraya #tiktokguru #subur #efferty #drraihanaismailofficial \n \u266c original sound \u2013 Dr Raihana Ismail | Efferty \u2013 Dr Raihana Ismail | Efferty \n\n \n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-jenis-makanan-yang-tidak-boleh-dimasak-menggunakan-air-fryer/", "title": "5 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer", "body": "\nAir fryer kini boleh dikatakan sudah menjadi perkakas wajib ada di dapur. Bukan sahaja praktikal, ia juga membuat makanan menjadi lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak.\nMeskipun pelbagai jenis makanan boleh dimasak, tetapi ada juga makanan yang tidak boleh dimasak menggunakan air fryer yang perlu anda tahu.\nBerikut adalah lima jenis makanan yang tidak boleh dimasak dalam air fryer.\nBaca juga: \u2018Deep Clean\u2019 Air Fryer, Wanita Ini Kongsi Kaedah Betul Cuci Agar Tak Mudah Rosak\nMakanan Yang Perlu Elak Dimasak Guna Air Fryer\n1. Bahan adunan, perasa kering\n\nAdunan basah seperti adunan tempura biasanya perlu menggunakan minyak panas untuk mendapatkan kerangupan dengan cepat.\nMemandangkan air fryer berfungsi mengedarkan udara panas, ia tidak mempunyai keupayaan untuk memasak makanan rangup seperti yang sepatutnya dimasak menggunakan cara tradisional.\nPenggunakan juga akan menghadapi masalah sebahagian daripada adunan itu akan menitis semasa proses memasak.\n2. Masak nasi\n\nSama seperti adunan basah yang memerlukan minyak yang banyak untuk memasaknya dengan sempurna. Begitu juga beras mentah, ia pula memerlukan air untuk memasak dan air fryer tidak direka untuk jenis makanan ini.\nSebaiknya anda memasak nasi menggunakan cara biasa di dalam periuk nasi elektik atau di atas dapur gas kerana ia lebih mudah.\n3. Sayur\n\nSayuran-sayuran hijau seperti bayam, kangkung, sayur sawi dan brokoli sememangya sangat sihat.\nNamun begitu, sayur-sayuran hijau segar tidak boleh dimasak dalam air fryer kerana sayur-sayuran ini akan menjadi lembut dan hancur sehingga mampu menyebabkan kandungan nutrinya hilang.\n4. Burger\n\nJangan sesekali memasak burger dan dagingnya dalam air fryer kerana ia akan masak dengan cepat. Keju pun akan cair, bentuk akan menjadi tidak menentu. Pasti tak berselera bila nak makan.\nPenyelesaiannya, anda boleh memasak burger di atas kuali tidak melekat. Sebenarnya cara ini lebih mudah dan cepat.\n5. Bertih jagung\n\nBertih jagung juga akan mengembang dan isinya akan meletup ketika panas. Jika dimasak menggunakan air fryer, bertih jagung akan melekat dan tersangkut pada bahagian dalam air fryer. Sebab itu bertih jagung tidak sesuai dimasak dalam air fryer.\nKredit: Says\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-kedai-ni-korang-wajib-try-dekat-sekitar-lembah-klang-semua-sedap-sedap-tau/", "title": "5 Kedai Ni Korang Wajib Try Dekat Sekitar Lembah Klang. Semua Sedap-Sedap Tau!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-07-17 10:41:49\n\n\nShah Alam bukan saja terkenal dengan Jakel dan kedai baju online je tau. Tapi, famous juga dengan kedai-kedai makan hipster! Banyak sangat kedai yang ada sampai korang tak tahu nak makan yang mana.\u00a0\nTak payah pening nak try yang mana dulu. Apa kata korang decide berdasarkan list dekat bawah ni. Semua kedai ni kami dah rasa tau!\u00a0Jadi jangan risau sebab memang recommended.\u00a0\n1- Rumah Ketupat\n\nTerletak di Seksyen 13, Shah Alam,\u00a0Rumah Ketupat\u00a0ni antara yang wajib korang cuba. Macam hari-hari, hari rayalah. Menu utama dekat sini ialah ketupat! Ha, rare kan? Yang paling best bukan ada ketupat je.\u00a0Mereka\u00a0juga ada burasak, lemang periuk kera, lemang biasa dan macam-macam lagi! Ada juga asam pedas yang korang boleh cuba! Antaranya asam pedas ikan parang, ikan jenahak, asam pedas tetel pun juga!\n\nLOKASI:\u00a0No G9, Jalan Polo 13/51, Off, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor\nWaktu Operasi : 11.00am \u2013 7.00pm\nWaze : Rumah Ketupat\n\n2- Dominik Cafe\n\nKorang tercari-cari cafe untuk buat event? Boleh cuba Dominik Cafe ni! Bukan saja cafe tapi boleh disewa sebagai event space juga. Yang paling best, dekat sini ada banyak buku-buku lejen press, buku Fixi dan juga buku-buku lain yang korang boleh baca sambil layan coffee. Lagu-lagu dekat sini pun best tau. Rasa tenang je.\n\nLokasi:\u00a0No 18 Blok 3A Jalan Pegaga U12/F Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor\nWaktu beroperasi: 12.30pm-11pm\nWaze: Dominik Cafe\n\n3- Hot Bawal Top\u00a0\n\nKorang mesti suka makan makanan yang fresh dan panas-panas kan? Korang boleh singgah di kedai Bawal Top yang terletak di Foodcourt Anjung 7, Shah Alam. Ada ayam goreng, keli goreng, sotong bakar dan yang paling best ikan bawal goreng panas-panas dari kuali tau. Memang tak menghampakan. Makan pulak\u00a0dengan ulam-ulaman dan sambal belacan. Fuhhh! Memang terbaik!\n\nLokasi: Foodcourt Anjung 7, Shah Alam\nWaktu operasi: 10am-6pm\nWaze:\u00a0 Foodcourt Anjung 7, Shah Alam\n\n4- Shugatori Cafe\n\nKalau taknak makanan berat boleh pergi ke Shugatori untuk nikmati pencuci mulut! Kalau yang suka ambil gambar food tu ha memang seronoklah korang datang sini. Ada dessert mermaid weh cantik betul!\n\nLokasi: Damansara Utama\nWaze : Shugatori Dessert Cafe\nWaktu Operasi : Isnin: Closed\nSelasa \u2013 Jumaat: 2pm-11.30pm\nSabtu: 12pm-12am\nAhad: 12pm-11.30pm\n\n5- Sweet Escape Ice Cream\n\nSweet Escape Ice Cream ni menyediakan ice cream kurang manis! Sesuai untuk orang yang tak suka manis sangat dan tak boleh makan makanan manis. Yang paling best, cone dia vegan tau! Rasanya masih sama dan sedap! Ice cream durian dan cempedak dia buat admin\u00a0termimpi-mimpi. Memang umphh! Korang juga wajib cuba waffle dia. Crispy tapi lembut.\n\nLokasi:\u00a016G, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nWaze: Sweet Escape TTDI\nWaktu beroperasi: 1pm-11pm\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-lauk-kukus-jimat-minyak/", "title": "5 Jenis Lauk Kukus Mudah & Jimat Minyak yang Korang Boleh Cuba", "body": "\nDisebabkan harga minyak masak semakin naik, kemungkinan gaya hidup kita juga akan berubah jika semakin sikit menggunakan minyak.\nIni min hendak kongsikan sedikit idea bagi anda yang ingin kurangkan penggunaan minyak masak. Jimat masa, duit dan kacang jer.\nIni kerana, memasak lauk jenis kukus dan stim adalah yang paling senang sekali untuk dibuat lagi-lagi bagi orang yang bekerjaya dan sudah berkeluarga.\nMesti berselera je nanti nak makan plus, dapatlah kurangkan kalori makanan pada masa yang sama.\nMeh kita scroll sikit 5 jenis lauk kukus yang anda boleh cuba.\n\n1. Ikan Asam Rebus\n\n\nBahan A:\nIkan selar kuning ( 6-8 ekor)\nTomato / kacang bendi / batang keladi\nSerai \u2013 1 batang (di ketuk)\nAsam keping (3-4 keping)\nSedikit serbuk ikan bilis\nGaram secukup rasa\nBahan B : Dikisar / Tumbuk\nLada kering (8-10 batang)\nBawang merah besar \u2013 1 labu\nBawang putih \u2013 2 ulas\nBelacan \u2013 setengah inci\nKunyit \u2013 setengah inci\nCaranya:\n1. Didihkan air di dalam periuk\n2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.\n3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.\n4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)\nsehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.\n\n2. Sotong Sumbat Masam Manis\n\nBahan A:\n500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos\n2 sudu makan sos cili Thai\n1 sudu makan sos cili\n1 sudu makan sos plum\n1/2 sudu makan minyak masak\n1 biji bawang besar | cincang\n2 ulas bawang putih | cincang\n2cm halia muda | hiris halus\n2 biji cili merah | cincang halus\nGaram secukup rasa\nBahan B: Untuk Disumbat Dalam Sotong\n1 biji tauhu putih | kisar kasar\n1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar\n1 biji telur\nSedikit hirisan daun bawang\nSedikit hirisan daun ketumbar\n1 sudu teh garam\n1 sudu teh serbuk lada sulah\nCaranya:\n1. Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.\n2. Panaskan pengukus.\n3. Sumbat sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .\n4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.\n5. Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.\n6. Sementara itu sediakan sos.\n7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.\n8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.\n9. Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.\n10. Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.\n11. Sotong sedia dihidangkan.\n\n3. Siakap Kukus Limau\n\nBahan:\n1 ekor siakap\n3 sudu besar jus lemon\n1 batang serai dititik\nDaun bawang\n2 sudu besar sos ikan\n1 sudu besar tepung jagung\n1/2 biji tomato, hiris nipis\n1 biji cili merah, hiris nipis\nBahan hiris halus:\n2 inci halia\n3 ulas bawang putih\n1 biji bawang merah\nCara memasaknya:\n1. Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.\n2. Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.\n3. Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.\n4. Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.\n5. Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.\n6. Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon.\n7. Kukus kembali selama 5 minit.\n8. Angkat dan hidangkan.\n\nBaca Juga: Resipi Ikan Siakap Stim Limau Yang Lembut & Wangi, Nak Lagi Sedap Kena Lebihkan \u20181 Bahan\u2019 Ini \n\n4. Ayam Kukus Taucu\n\nBahan A:\n2 paha ayam | bersih, kelar dan toskan\n3 sudu makan tauchu | kisar \n4 ulas bawang merah | cincang halus\n3 ulas bawang putih | cincang halus\nSedikit daun bawang | hiris memanjang\n2 biji cili merah | cincang halus\nSedikit hirisan lobak merah\nSedikit hirisan daun ketumbar\n1 sudu teh jus limau nipis\n1 sudu teh minyak bijan\nSedikit garam | jika perlu\nGula secukup rasa\n1/2 sudu makan minyak masak\nBahan B: Untuk Dikisar\n3cm halia muda\n2 ulas bawang putih\nCara masak:\n1. Panaskan pengukus.\n2. Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.\n3. Kukus lebih kurang 15-20 minit.\n4. Sementara itu sediakan sos.\n5. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.\n5. Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.\n6. Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.\n7. Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.\n8. Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.\n\n5. Bawal Stim Halia\n\nBahan A:\n1 ekor ikan bawal hitam | siang, bersih dan tos\n1 sudu makan sos tiram\n1 sudu makan sos ikan\n1 sudu teh minyak bijan\n1 sudu the lada sulah\n4cm halia muda | hiris memanjang\n1/2 biji bawang merah | hiris\n2 ulas bawang putih | hiris\n5 biji cili padi | titik\n1 batang serai | titik\n1 biji limau nipis | ambil jus sahaja\nGaram dan gula secukup rasa\n1/2 sudu makan minyak\nBahan Hiasan:\u00a0\nSedikit hirisan daun bawang\nSedikit hirisan daun ketumbar\nSedikit hirisan cili merah\nSedikit hirisan limau nipis\nBahan Kisar:\n2cm halia muda\n1 ulas bawang putih\nCara-caranya:\n1. Panaskan pengukus.\n2. Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan sedikit minyak bijan.\n3. Kukus lebih kurang 10-15 minit.\n4. Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.\n5. Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.\n6. Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.\n7. Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.\n8. Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yang telah dikukus tadi.\n9. Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.\n10. Ikan kukus sedia dihidangkan.\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-lokasi-lemang-paling-top-yang-wajib-anda-singgah-di-kl-selangor/", "title": "5 Lokasi Lemang Paling \u2018Top\u2019 Yang Wajib Anda Singgah Di KL & Selangor", "body": "\nSetiap tahun, seminggu sebelum raya, rakyat Malaysia pasti akan mula mencari lemang. Tapi, pasti anda pening kan dekat mana nak cari gerai yang jual lemang yang sedap dengan kualiti yang bagus? Haa anda tidak perlu risau lagi. Berikut ialah senarai sehenti penjual lemang yang sedap di sekitar KL dan Selangor.\nLemang Terbaik Yang Wajib Anda Beli Di di KL dan Selangor:\n1. Lemang Daun Lerek Greenwood\n\nTerletak di Jalan Batu Caves, Lemang Daun Lerek Greenwood merupakan pilihan utama bagi penduduk di kawasan ini kerana nasi dan bau lemangnya yang lembut dan wangi. Gerai ini selalunya akan dibuka setiap tahun, harga untuk lemangnya pula adalah diantara RM16 dan RM20. Selain lemang, gerai ini juga ada menjual Lemang pulut hitam dan dua jenis rendang yang sangat sedap iaitu rendang basah dan rendang kering.\nAlamat: Jalan Batu Caves, Kampung Tengah Lembah Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor\nWaktu operasi: Dibuka setiap hari. 8 PAGI \u2013 10 MALAM\nHubungi: 012-615-8852\n2. Lemang Bonda Subang\n\nKeistimewaan Lemang Bonda Subang ini adalah anda hanya boleh dapatkan lemang mereka semasa Ramadan dan Hari Raya je tau. Haa, jadi bila gerai ni bukak je memang ramai orang beli la sebab rasa lemang mereka memang dijamin sedap. Lemang mereka juga dijual diantara RM12 dan RM15 je.\u00a0 Untuk menu lain pun ada tau, mereka ada menjual lemang jagung dan pulut hitam iaitu menu popular mereka.\nAlamat: Lot 3674, Jalan Bukit Badak, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor\nWaktu operasi: Dibuka setiap hari. 10 PAGI \u2013 11 MALAM\nHubungi: 017-237-6156\n3. Pak Ali Lemang Asli\n\nPak Ali Lemang Asli adalah salah satu tempat kegemaran orang ramai untuk beli lemang. Gerai ini terletak di lebuh raya MRR2. Apa yang istimewanya lemang mereka ni adalah kerana nasinya yang lembut. Selain tu, rendang daging mereka yang lembut dan sedap ni memang dijamin sedap lah. Haa, kalau anda nak ke gerai ni, pastikan anda datang awal tau kalau tak anda kena beratur panjang pulak!\nAlamat: Jalan MRR2, Batus, 68000 Ulu Klang, Selangor\nWaktu operasi: 9 pagi \u2013 10 malam\nHubungi: 012-254-0969\n4. No.1 Lan Lomang Al Azim\n\nTiada sesiapa pun akan berani menolak lemang dengan serunding Lan Lomang Al Azim ni tau sebab rasa dia memang power! Dengan harga dari RM14 hingga RM20, anda boleh mendapatkan lemang yang pelbagai saiz tau. Lauk-pauk lain seperti serunding daging, serunding ayam dan rendang ayam pun ada dijual di sini. Anda memang wajib datang ke gerai ini!\nAlamat: Jalan Dato Senu 3, Taman Dato Senu, 51000 Kuala Lumpur, Malaysia\nWaktu operasi: Selasa hingga Ahad, 8 pagi \u2013 8 malam.\nHubungi: 016-318-7014\n5. Lemang\u00a012\u00a0\n\nBagi mereka yang tinggal di Petaling Jaya, adan wajib pergi ke Lemang 12. Menu kat sini terdiri daripada lemang istimewa mereka iaitu lemang pulut hitam dan lemang jagung. Ramai orang suka dengan lemang mereka ni sebab nasinya yang wangi dan anda juga boleh beli lemang mengukit size kerana mereka ada menyediakan empat jenis saiz iaitu kecil, sederhana, besar dan lebih besar.\nAlamat: PJCC ,Jalan PJS 2, Petaling Jaya,Selangor, Jalan PJS 2, 46000 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu operasi: Dibuka setiap hari. 10 PAGI \u2013 8 MALAM\nHubungi: 012-334-4007 (Ira) / 013-246-8007 (HJ Jan)\nRaya dah nak dekat ni kan? Ini lah masanya untuk and serbu gerai lemang di atas! Selamat mencuba semua.\nSumber: lifestyleasia\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-makanan-buat-lelaki-lebih-penyayang/", "title": "Buat Lelaki Jadi Lebih Penyayang Dengan 5 Makanan Ini, Mesti Korang Tak Percaya", "body": "\nLelaki buncit itu penyayang dan setia. Dan ini lima makanan tempatan yang boleh buat anda buncit. Heh.\nMenerusi laporan The Food Explorer, Malaysia berada di tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai masakan paling sedap di dunia.\nMalaysia berada di belakang dua negara Asia Tenggara iaitu Singapura dan Thailand.\nBaca Juga: Pertama Kali Makan Sushi, Ramai Yang Boleh \u2018Relate\u2019 Lihat Reaksi Lelaki Ini\nBanyak masakan Malaysia memenangi pertandingan masakan antarabangsa, seperti Catherine Chin Wan Ping yang muncul juara Master Chef UK musim ke-10 dengan hidangan Nasi Lemak.\nJika rakyat Malaysia pergi keluar negara sekalipun, mereka pasti akan mencari restoran yang menyajikan masakan Malaysia.\nJadi, MyResipi nak kongsi sedikit antara 5 makanan tersebut yang boleh dimasak untuk suami. Mungkin selepas anda baca artikel ini, anda akan tahu kenapa ramai rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti atau perut buncit.\n\n5. Sate\n\n\n4. Mi Goreng\n\n\n3. Nasi Lemak\n\n\n2. Laksa\n\n\n1. Char Kuey Taw\n\n\nTapikan, obesiti dan berperut buncit merupakan satu kesalahan undang-undang di Negara Jepun, tetapi tidak di Malaysia.\nJangan masak makanan-makanan ini sampai suami jadi obesiti pula tau. Kawal sikit rasa nak masak banyak tu. Hiks!\nAnda perlulah beringat-ingat ketika menjamah makanan. Janganlah makan sehingga menjejaskan kesihatan sehingga menyebabkan obesiti dan perut buncit.\nBaca juga: 7 Makanan Ini Mampu \u2018Boost\u2019kan Syahwat Lelaki Dan Wanita, Baru Rumahtangga Makin Berseri\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-makanan-yang-korang-perlu-elak-sebelum-tidur/", "title": "5 Makanan yang Korang Perlu Elak Sebelum Tidur", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-20 03:30:27\n\n\n\nBila malam-malam ni biasanya mesti kita akan rasa lapar dan makan je apa yang ada kat dapur tu. Tanpa menghiraukan kesannya, kadang-kadang makanan tu memudaratkan kesihatan kita.\nJadi, lepas ni kita kena lebih berhati-hati memilih makanan supaya badan lebih sihat dan terhindar dari penyakit.\nJom tengok makanan-makanan yang tak elok untuk dimakan pada waktu malam\n\u00a0\n1. COKLAT\n\nCoklat ni makanan paling berkesan untuk kita hilangkan stress, tapi hakikatnya coklat bukanlah makanan terbaik untuk dimakan sebelum tidur. Kandungan gula dalam coklat akan cepat naik dan gula dalam darah turun yang menyebabkan rasa lapar.\n2. MAKANAN PEDAS\n\nPengambilan cili padi atau makanan pedas sebelum tidur mungkin boleh menyebabkan pedih ulu hati. Lebih memudaratkan\u00a0 kalau terus tidur selepas makan makanan pedas sebab ia akan menyebabkan gastrik.\u00a0\n3. BURGER\n\nMakanan ini akan menambahkan kalori dan lemak terutama di bahagian perut anda. Sebabtu bila bangun pagi, buncit akan nampak lagi ketara dan badan pun akan rasa lebih lesu.\n4. KENTANG GORENG\n\nMakanan yang paling tak sihat diambil sebelum tidur sebab minyak dan lemaknya akan berkumpul dalam perut korang. Kalau dibiarkan berterusan, kentang goreng ni akan menjadi punca obesiti dan kolesterol yang tinggi!\n5. KEK DAN AISKRIM\n\nKita pun dah sedia maklum yang kandungan gula dalam makanan ni sangat tinggi. Tak elok untuk dimakan waktu malam sebab kandungan gula darah meningkat dan menambah tenaga. Inilah punca korang jadi sukar untuk tidur\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-masakan-tradisi-jawa-yang-korang-kena-try/", "title": "5 Masakan Tradisi Jawa Yang Korang Kena Try!", "body": "\n\nPenghijrahan masyarakat Indonesia ke tanah air kita telah membawa pelbagai jenis budaya dan antaranya adalah budaya masyarakat Jawa. Masyarakat Jawa sangat terkenal dengan makanan tradisionalnya yang enak. Jadi, tak hairanlah kalau juadah ini sering mendapat sambutan masyarakat negara kita. Untuk korang yang masih belum merasa makanan jawa, jom kita tengok menu-menu masakan Jawa yang korang kena cuba!\n\n1. Nasi Ambeng\n\nNasi putih akan dihidang di atas dulang dikelilingi bermacam jenis lauk-pauk. Antaranya termasuklah sambal goreng, bergedil, ikan goreng,\u00a0telur rebus, tempe goreng, bihun goreng, urap, serunding kelapa dan opor ayam. Nasi Ambeng ni biasanya\u00a0dimakan beramai-ramai antara empat hingga lima orang dewasa. Bagi menikmati hidangan ini, nasi dimakan menggunakan tangan sahaja tanpa menggunakan sudu garpu. Hidangan ini sering disajikan di majlis-majlis kenduri sebagai tanda kesyukuran dan juga mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.\n\n2. Pecal\n\nBagi yang sukakan sayur-sayuran, wajib untuk mencuba makanan tradisi ni! Pecal dihidang dengan beraneka sayuran dan dimakan bersama sambal pecal atau sambal kacang. Bahan yang dimakan bersama sambal ini terdiri dari tauhu, taugeh, kacang panjang, timun, kangkung dan tempe. Sesuai dengan selera makan orang kita. Confirm tak cukup satu pinggan, mesti nak tambah lagi!\n\n3. Sambal Goreng Jawa\n\nKalau dari nama sahaja, orang akan fikir ianya sama seperti sambal tumis biasa. Hakikatnya, sambal goreng jawa ni menggunakan suhun, fucuk, kentang dan tempe sebagai bahan asas untuk masakan. Rasanya pedas-pedas manis dan mampu membangkitkan selera makan kita.. fuh! Masakan tradisi ni antara yang popular di kalangan masyarakat Jawa malah sering dijadikan lauk hidangan semasa majlis-majlis kenduri masyarakat Jawa.\n\n4. Ungkep\n\nMasakan Ungkep ini juga merupakan antara hidangan tradisional masyarakat Jawa yang begitu popular. Rasa lemak, manis, pedas serta wangi serai inilah yang membuatkan masakan ungkep ni betul-betul istimewa. \nUntuk pengetahuan korang, ungkep ni bermaksud \u2018tutup di mana\u2019. Semasa kita masak ayam, ianya perlu ditutup ketika mendidih. Masakan ini menggunakan ayam sama ada ayam kampung\u00a0mahupun ayam biasa. Bezanya, kalau menggunakan ayam kampung, isinya akan rasa lebih manis dan teksturnya juga berbeza berbanding ayam biasa. Selain itu, ayam ungkep ini sifatnya kering dan boleh disimpan beberapa hari. Dia takkan cepat basi kerana sudah dimasak dalam tempoh yang agak lama.\n\n5. \u00a0Punten Nasi Bersama Sambal Bilis\n\nMasakan Punten ini seakan-akan nasi impit. Cuma bezanya punten mengandungi santan dan juga garam. Ada juga yang mencampurkan daun pandan semasa merebus beras bagi tujuan membangkitkan lagi aroma.\nPunten biasanya dimakan bersama sambal cili padi dan bawang, sambal bilis.\u00a0Biasanya makanan tradisi ni lebih enak dimakan pada waktu pagi dan petang sambal dihidang bersama air panas. Fuhhh, sedapnya!\n\nSelamat mencuba!\n\n\n\n\n\n\n\n\nG\n\n\nM\n\n\nT\n\n\nY\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDetect languageAfrikaansAlbanianAmharicArabicArmenianAzerbaijaniBasqueBelarusianBengaliBosnianBulgarianCatalanCebuanoChichewaChinese (Simplified)Chinese (Traditional)CorsicanCroatianCzechDanishDutchEnglishEsperantoEstonianFilipinoFinnishFrenchFrisianGalicianGeorgianGermanGreekGujaratiHaitian CreoleHausaHawaiianHebrewHindiHmongHungarianIcelandicIgboIndonesianIrishItalianJapaneseJavaneseKannadaKazakhKhmerKoreanKurdishKyrgyzLaoLatinLatvianLithuanianLuxembourgishMacedonianMalagasyMalayMalayalamMalteseMaoriMarathiMongolianMyanmar (Burmese)NepaliNorwegianPashtoPersianPolishPortuguesePunjabiRomanianRussianSamoanScots GaelicSerbianSesothoShonaSindhiSinhalaSlovakSlovenianSomaliSpanishSundaneseSwahiliSwedishTajikTamilTeluguThaiTurkishUkrainianUrduUzbekVietnameseWelshXhosaYiddishYorubaZulu\n\n\n\nAfrikaansAlbanianAmharicArabicArmenianAzerbaijaniBasqueBelarusianBengaliBosnianBulgarianCatalanCebuanoChichewaChinese (Simplified)Chinese (Traditional)CorsicanCroatianCzechDanishDutchEnglishEsperantoEstonianFilipinoFinnishFrenchFrisianGalicianGeorgianGermanGreekGujaratiHaitian CreoleHausaHawaiianHebrewHindiHmongHungarianIcelandicIgboIndonesianIrishItalianJapaneseJavaneseKannadaKazakhKhmerKoreanKurdishKyrgyzLaoLatinLatvianLithuanianLuxembourgishMacedonianMalagasyMalayMalayalamMalteseMaoriMarathiMongolianMyanmar (Burmese)NepaliNorwegianPashtoPersianPolishPortuguesePunjabiRomanianRussianSamoanScots GaelicSerbianSesothoShonaSindhiSinhalaSlovakSlovenianSomaliSpanishSundaneseSwahiliSwedishTajikTamilTeluguThaiTurkishUkrainianUrduUzbekVietnameseWelshXhosaYiddishYorubaZulu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nText-to-speech function is limited to 200 characters\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOptions : History : Feedback : Donate\nClose\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-menu-boleh-dimasak-menggunakan-air-fryer-simple-sedap/", "title": "5 Menu Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer, Simple & Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-21 09:17:33\n\n\nDengan teknologi yang serba canggih sekarang ni, semua benda jadi lebih mudah dan ekspres. Termasuklah bila masuk bab-bab memasak. Dengan adanya Air Fryer ni, mommy-mommy tak perlu pening fikir dapur kotor bila nak masak. Sebelum itu, jom kita tengok dulu apa\u00a0fungsi\u00a0Air Fryer ni.\nApa Fungsi Air Fryer ni sebenarnya?\nKredit: Business Insider\nAir Fryer\u00a0adalah barang perkakas dapur untuk menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak, sekaligus menjadikan makanan kita\u00a0lebih sihat. Bagi korang yang tengah berusaha nak kurangkan makanan yang berminyak, Air Fryer sangatlah membantu korang!\n5 Makanan yang Boleh Dimasak\nKalau korang masih tak tahu hidangan apa yang boleh disediakan menggunakan Air Fryer ni, jangan risau! Cubalah masak 5 menu simple ni.\n1. Makanan Sejuk Beku\nKredit: Parker Feierbach\nSeperti yang kita sedia maklum bahawa menggoreng makanan sejuk beku seperti nugget, kentang goreng, fish n chip dan bebola daging memerlukan kuantiti minyak yang banyak. Jadi kalau nak kurangkan minyak, gunalah Air Fryer. Rangup pulak tu!\n2. Kerepek/Keropok\nKredit: ECKITCHENSG\nWaktu-waktu lapang dan masa\u00a0relax depan TV mesti korang terasa nak\u00a0kudap-kudap jugak kan? Haa,\u00a0kalau macam tu apa kata korang cuba\u00a0goreng keropok ikan atau kerepek pisang guna Air Fryer ni. Cuma tunggu je sampai dia betul-betul masak, lepas tu boleh la mengunyah sambil tengok TV!\n3. Pastri\n\nAir Fryer juga boleh digunakan\u00a0untuk membuat kek, roti dan biskut. Contoh macam tart cheese, roti sosej atau kek coklat cip. Apa yang\u00a0paling penting adalah ikut resepi yang betul dan sesuai dengan\u00a0air fryer korang.\n4. Sayur-Sayuran\n\nKredit: Emerils.com\nKhas untuk korang yang tengah nak diet, gunakan kemudahan ni untuk masak sayur-sayuran. Dah tak ada alasan untuk malas nak diet tau! hihi\n5. Makanan Protein\n\nKredit: Stay Snatched\nHaa ni paling best! Makanan\u00a0protein seperti ayam, ikan dan telur pun boleh dimasak menggunakan Air Fryer. Tak perlu risau terpercik minyak dah kan?\nHaa itulah antara\u00a0makanan\u00a0yang korang boleh masak guna Air Fryer yang canggih ni! Lepas ni boleh lah mulakan pemakanan\u00a0yang lebih sihat.\nSelamat mencuba dan beramal!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-petua-untuk-dapatkan-ikan-goreng-rangup-yang-korang-wajib-cuba-dijamin-tidak-meletup-dalam-kuali/", "title": "5 Petua Untuk Dapatkan Ikan Goreng Rangup Yang Korang Wajib Cuba. Dijamin Tidak Meletup dalam Kuali!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-22 17:48:54\n\n\nSelain ayam goreng, ikan goreng juga menjadi salah satu menu simple kegemaran semua. Tak kisahlah kanak-kanak atau dewasa, makan nasi panas berlaukkan ikan goreng memang nikmat! Lagi-lagi bila ikan goreng tu digoreng rangup.. fuhh syoknya!\n\nAda beberapa cara dah bahan yang boleh membuat ikan goreng lebih rangup. Haa jom kita ikuti tips ni!\n1. CUCI IKAN\u00a0DENGAN BETUL\nPunca ikan meletup-letup semasa\u00a0digoreng ni sebab keadaannya yang\u00a0masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, contohnya\u00a0ikan keli yang biasanya berlendir.\n\n2 cara untuk membersihkan lendir:\ni) Limau nipis\u00a0\u2013 Tabur\u00a0sedikit limau nipis dan sedikit garam halus.\nii) Tepung Gandum\u00a0\u2013 Cuci ikan dengan tepung gandum. Biarkan ikan diperap seketika dengan tepung gandum dalam\u00a015 minit.\nKedua-dua cara ni juga dapat bantu mengurangkan\u00a0bau hanyir ikan yang nak digoreng.\n\u00a0\n2. PERAP DENGAN ASAM JAWA\nMenggunakan asam jawa sebagai perapan juga sangat berkesan\u00a0untuk menjadikan\u00a0ikan goreng lebih enak dan tak melekat. Ia juga berfungsi untuk memejalkan isi ikan, so tak adalah isi ikan tu hancur berderai.\nCara ini biasanya digunakan\u00a0untuk ikan yang sudah kurang segar atau dah lama diletakkan dalam peti ais.\n\n\u00a0\n3. PANASKAN KUALI DAN MINYAK DENGAN SEMPURNA\nPanaskan kuali\u00a0terlebih dahulu,kemudian tuang minyak\u00a0dan biarkan dulu hingga minyaknya\u00a0cukup panas\u00a0Seeloknya letaklah minyak yang banyak, jangan cukup-cukup untuk ikan.\nTips nak tahu minyak dah panas ke belum, cuba uji dengan beberapa biji beras atau keropok.\u00a0Kalau mengembang dengan cepat, maksudnya ia dah cukup panas. Masaa ni lah yang sesuai untuk kita masukkan ikan ke dalam kuali supaya tidak melekat.\nTapi, jangan biarkan minyak terlalu panas! Sebab ni akan menyebabkan ikan akan melekat-lekat dalam kuali.\n\n\u00a0\n4. BAHAN SALUT SECUKUPNYA\nBiasanya kalau nak bagi\u00a0ikan goreng lebih rangup, ramai yang akan gunakan serbuk kunyit yang secukupnya\u00a0supaya membaluti ikan. Selain itu, boleh juga gunakan\u00a0sedikit tepung beras untuk salut ikan sbelum digoreng.\u00a0\nCelupan telur turut membantu memberi hasil gorengan yang lebih cantik. Selepas celup telur, salutkan ikan dengan tepung atau serbuk roti. Korang akan puas hati dengan hasil gorengan tu nanti!\n\n\u00a0\n5.\u00a0SEBELUM MENGGORENG\nAda beberapa bahan yang boleh digunakan untuk mengelakkan ikan daripada meletup. Antaranya:\n\ni) Asam Keping & Halia\u00a0\u2013 Gorengkan dahulu beberapa asam keping sebelum menggoreng ikan.\nii) Garam\u00a0\u2013 Taburkan sedikit garam dalam minyak\u00a0panas. Kemudian, baru boleh\u00a0goreng ikan seperti biasa.\niii) Kulit Bawang\u00a0\u2013 Kulit bawang\u00a0 dapat membantu ikan goreng kurang melekat pada kuali. Masukkan sekali kulit bawang bersama ikan semasa menggoreng.\n\u00a0\nSiap! Selamat mencuba! Dah boleh kurangkan makan kat luar ni, kita dah reti masak sendiri sedap-sedap!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-port-makan-sedap-di-johor-bahru-rugi-kalau-tak-cuba/", "title": "5 Port Makan Sedap Di Johor Bahru, Rugi Kalau Tak Cuba", "body": "\nSedang mencari port yang best di Johor Bahru? Rugi lah kalau anda ke Johor Bharu tapi tak cuba makan makanan Johor yang sedap ni kan. Haa jom baca senarai kedai makan yang menarik di JB memang confirm berbaloi! Anda sebut je nak makan apa, dekat kedai makan dibawah pasti ada dengan harga yang sangat berpatutan.\n5 Tempat Makan Sedap Di Johor Bahru, Rugi Kalau Tak Cuba:\n1. Kacang Pool Haji\n\nRugi kalau anda datang ke Johor tapi tidak cuba makanan tradisi dan popular di sini iaitu Kacang Pool. Kacang Pool ni selalunya orang akan makan untuk sarapan. Kacang Pool Haji adalah salah satu tempat makan di Johor Bahru yang wajib anda cuba kerana keunikan kacang pool yang jarang anda jumpa di KL.\nAlamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor\n2. Restoran Sayam\n\nJika anda ke Johor tapi tekak teringinkan masakan Thai, Restoran Sayam lah pilihan yang tepat untuk anda makan. Sekiranya anda berkunjung ke sini, semua jenis masakan Thai anda boleh jumpa tau. Antaranya menu yang terkenal kat sini ialah Siakap Stim Lemon haa memang TOP dan laku keras la.\nAlamat: No 19, Jln Stulang Laut, Taman Stulang, 80300 Johor Bahru\n3. Murtabak Majid Special Cheese No. 1\n\nKepada si pencinta murtabak, anda wajib cuba makan di Murtabak Majid ini kerana mereka menyediakan murtabak yang sangat sedap terutama sekali murtabak special cheese mereka. Ianya dikenali hampir ke semua rakyat negeri Johor. Keenakan murtabak ini membuatkan pelanggan datang lagi.\nAlamat: No. 38, Lot 5581, Jln Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru\n4. Bubur nasi istimewa No. 1\n\nSiapa je taktay kan yang Johor memang popular dengan bubur nasi berlauk mereka. Anda boleh mendapati bubur lauk di kedai ini kerana kedai ini memang sudah popular dengan orang tempatan di sini.\u00a0 Walaupun ianya hanya sekadar bubur, ianya menjadi sebutan ramai kerana keenakannya! Lauk yang anda akan dapat bersama bubur anda ialah telur masin, kangkung tumis serta sambal kicap istimewa mereka.\nAlamat: 91, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor\n5. Asma Rojak Larkin\n\nJika anda penggemar rojak, anda boleh datang ke Asma Rojak Larkin kerana di sini pelbagai jenis rojak yang mereka sediakan. Ianya pasti membuatkan anda rambang mata untuk membuat pilihan. Lagi best kalau anda datang ke sini bersama rakan-rakan anda tau!\nAlamat: Food Court Mara, bersebelahan terminal bas Larkin\nSumber: ammboi\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-resepi-ekspres-jamu-tetamu/", "title": "5 Resipi Ekspres Jamu Tetamu Datang Mengejut, Sekejap Dah Siap Masak!", "body": "\n5 resepi ekspres ini khas untuk anda. Sesuai dimasak jika ada tetamu yang datang rumah secara \u2018mengejut\u2019pada musim Hari Raya ni. Serba salah kalau nak hidangkan air saja kan, mesti wajib ada satu makanan berat. \nJom save\u00a0resipi ni siap-siap, mudah bila nak masak nanti. Selamat mencuba!\nBaca juga: Nasi Bukhari Dan Kuah Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk Jamu Orang Datang Beraya\n5 RESEPI EKSPRES HARI RAYA\n1. Laksa Express\n\nBahan-bahan:\n\n1 tin besar ikan sardin (saya guna mackerel)\nAsam keping\n3 sudu cili boh (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)\nDaun kesum\nBelacan (jika suka)\nSedikit sos ikan\nGaram secukup rasa\nLaksa basah\n\nCara-cara:\n1. Lenyekkan ikan sardin bersama sosnya (guna blender pun boleh).\n2. Tumis cili boh dan asam keping.\n3. Masukkan ikan sardin yang sudah dilenyek tadi bersama daun kesum.\n4. Sukat air menggunakan tin sardin, letak dalam 3 atau 4 tin sahaja jika nak kuah pekat.\n5. Masak atas api perlahan selama 20 hingga 25 minit sebab nak bagi rasa asam keping. Kalau guna api sederhana, masak selama 5 minit sahaja.\n6. Sedia untuk dihidangkan bersama telur rebus, potongan cili, bawang, timun dan limau kasturi. Selamat mencuba!\nKredit: Sha Sha\n2. Resepi Ekspres Nasi Daging Tin Adabi\n\nBahan menumis:\n\n2 sdb minyak sapi\n2 sdb minyak masak\u00a0\n2 biji bawang besar*\n6 ulas bawang putih*\n3 inci halia*\nKulit kayu manis\nBunga lawang\nBunga cengkih\nBuah pelaga\n2 sdb rempah kurma\n2 helai daun pandan\n2 biji tomato\n3/4 susu cair\u00a0\n3/4 sudu penuh garam\nGaram\nDaun Ketumbar\n\nMayang halus bahan-bahan bertanda (*).\nBahan nasi daging:\n\n1 tin kurma daging adabi\nBeras basmathi atau beras wangi\n\nCara-cara:\n1. Mula-mul,a tumis kesemua bahan menumis di atas.\u00a0\n2. Tumiskan 4 sekawan dan bahan * yang dimayang sehingga garing.\n3. Masukkan daun pandan dan rempah kurma.\n4. Masuk pula isi kurma daging adabi dan susu cair. Didihkan sekejap dan masukkan garam, cukup rasa dan tomato.\n5. Toskan beras basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan tadi.\n6. Akhirsekali bila nasi dah masak, baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan elok gebu dan wangi.\n7. Tips masa nak masak nasi ni, jangan kacau masa sedang masak untuk elakkan beras patah. Selamat mencuba!\nKredit: Hidayah Terbilang\n3. Nasi Goreng Cili Flakes\n\nBahan-bahan:\n\n2 hidangan nasi sejuk\n1 kiub ikan bilis / ayam\n2-3 sudu besar empingan cili (chili flakes)\n2 butir telur\n1 biji bawang merah besar\nGula secukup rasa\n\nCara-cara:\n1. Kalau bangun pagi, nak masak sarapan yang cepat siap, selalunya saya masak nasi goreng versi ni. Capai barang dalam peti ais dan pantri, terus buat. Syaratnya kena ada lebihan nasi semalamlah.\n2. Tumis bawang yang sudah dihiris.\n3. Bila bawang dah mula keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh.\n4. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya meriah macam ni. Bau dia memang menggiurkan. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.\n5. Masukkan nasi. Gaul hingga sebati.\n6.\u00a0 Perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Boleh gantikan dengan kicap cair. Kemudian kena letak 1 sudu kecil gula.\n7. Letak telur. Ada orang suka letak awal. Terpulang pada cara masing-masing. Cuma pastikan telur betul-betul masak supaya tak kena jangkitan salmonella (salmonellosis).\n8. Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.\n9. Nasi Goreng Cili Kering ni pedas, masin, dan sedikit manis. Manis dari bawang terkaramel dan secubit gula yang kita yang masukkan tadi.\nKredit:\u00a0Kamarul Ariffin Nor Sadan\n4. Resepi Ekspres Mee Rebus Terengganu\n\nBahan-bahan:\n\n3 ulas bawang putih\n\u00bd inci halia\nIsi ayam\nIsi daging\n2 liter air\nLobak merah\nSawi\nFish cake\nFish ball\nGaram\nSerbuk lada sulah\nTelur\nTomato\nChili oil\nGarlic oil\n\nCara-cara:\n1. Tumiskan 3 ulas bawang putih Dan \u00bd inci halia. Kisar halus semua bahan ni.\n2. Bila bahan tumisan dah wangi, masukkan sumber protein kita, isi ayam atau daging.\n3. Masukkan air secukupnya.\n4. Masukkan lobak merah, sawi, fishball dan fish cake.\n5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh.\n6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.\n7. Masukkan telur ayam ikut berapa orang nak makan.\n8. Akhir sekali, masukkan tomato. Siap untuk dihidangkan!\nKredit: Umi Watie\n5. Mi Goreng Stail Mamak\n\nBahan kisar:\n\nCili kering\n1 biji bawang besar\n3-4 ulas bawang putih\n1 sdb udang kering (jika ada)\n\nBahan A:\n\n2sdb sos tiram\n2sdb sos tomato\n3sdb sos cili\n2sdb kicap pekat manis\nKicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yang kita nak)\nGaram\n1sdb gula (jika tak pedas tak perlu letak)\nIsi ayam\nFish cake\n\nBahan B:\n\n4-5 biji telur (kalau mee 1kg, guna 9-10 biji telur)\nMee (untuk paket 1/2 kg)\nSawi\nTauge\nHirisan cili merah\n\nCara-cara:\n1. Kisar bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.\n2. Masukkan bahan B satu per satu. Masak sampai sebati dan cukup rasa.\n3. Kemudian baru masukkan telur. Kocak-kocak sekejap, baru masukkan mee. Gaulkan sampai semua bersalut rata.\n4. Akhir sekali baru masukkan sayur. Kacau lagi sehingga rata. Siap! Selamat mencuba.\nKredit:\u00a0Ziera Xiera\nBaca juga: Resipi Rendang Ayam Cili Hijau Pedas \u2018Menyengat\u2019, Sangat Membuka Selera!\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-resipi-air-untuk-berbuka-puasa-yang-menyegarkan/", "title": "5 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Menyegarkan & Mudah Dibuat, Wajib Cuba!", "body": "Setiap kali nak berbuka puasa, mesti nak minum air yang menyegarkan tekak kan? Setelah seharian menahan dahaga, nikmatnya kalau dapat minum air sejuk-sejuk! Jom cuba 5 resipi air untuk berbuka puasa yang sejuk, menyegarkan dan mudah untuk dibuat ini. Memang puas hati kalau dapat minum berbuka nanti.\n5 RESIPI AIR UNTUK BERBUKA PUASA\u00a0\n1. AIR NENAS SODA\n\nBahan-bahan:\n\n1 tin nenas Hosen\n1 1/2 cawan air soda Fn\n5 potongan kecil buah nenas\n\n#Tak perlu gula dah sebab air soda, air nenas dah cukup manis.\nCara-cara:\n\nKisar nenas dengan air soda, lepas tu tapiskan dalam penapis santan. Tujuan dia untuk hilangkan buih nenas. Kacau dengan sudu sambil tapis tu.\nIsi dalam jug cantik 1.6 liter ni, isi buah tin dan air sekali, isi ais. Ketuk ais kecil baru sedap.\nSiap!\n\n\n2. AIR TEMBIKAI LEMON LAICI\n\nBahan-bahan:\n\n1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )\n1 tin laici\n1 botol air lemon houseboom\n\nCara-cara:\n\nak gunakan gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.\nMasuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.\nTambah air laici tin dan boleh letak ais.\n\n\n3. AIR BANDUNG LAICI CzINCAU\n\nBahan-bahan:\n\nLaici 1 tin\n1 tin susu cair\n1 tin susu pekat\n3 sudu makan kacang tanah tumbuk\n3 1/2 sudu makan sirap cap rose\n1 sudu makan biji selasih\n5-6 biji kurma merah\n50-60 gram cincau hitam\n\nCara-cara:\n\nRendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.\nMasukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.\nTak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga letak.\n\n\n4. AIR KOPI AIS KAW\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 cawan air\n2 sudu makan serbuk kopi pilihan\n1 cawan susu cair\n1/2 tin susu pekat\nAis\n\nCara-cara:\n\nReneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api. Ben gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.\nIsi 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun. Fuhhh.\nSimpan dalam freezer. Sukatan untuk 1.6 liter.\n\n\n5. AIR LEMON SODA MIXED FRUITS HERBS\n\nBahan-bahan:\n\n6-8 biji kurma merah\n1 sudu makan selasih\n\nDua benda ni rendam awal dalam 2 jam. Lepas tu toskan dan potong halus memanjang kurma merah.\n\n1 biji lemon besar\n1 batang serai kecil diketuk ( boleh ganti dengan daun pudina )\n1/2 tin air laici dan laici tin\n1/2 tin air nenas dan potongan nenas tin\n500 ml air soda\n500 ml air sprite\n\nCara-cara:\n\nHirisan kan lemon lepas tu buang biji elak dari pahit. Tekan-tekan isi lemon agar jus dia turun.\nMasukkan ke dalam bekas air bersama hirisan kurma merah selasih,serai,buah dalam tin dan air soda serta sprite.\nTambahkan ais. Ais sedap diketuk kecil baru lagi bertambah rasa dia.\nKalau dah lepas 1 jam air tu dihidang, buang serai/pudina untuk elakkan terlebih rasa.\nBoleh tambah masuk asam boi/hirisan kurma/isi buah oren juga bergantung pada selera.\nKalau tak minum air soda,tambahkan 2 biji lagi lemon tetapi perah untuk dapatkan jus lemon dan kena tambah gula untuk seimbangkan rasa.\n\n\nKredit gambar & resipi: Ben Safwan\nBaca juga: Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur, Pasti \u2018Kenyang\u2019 Sampai Berbuka\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-resipi-donut-viral/", "title": "5 Resipi Donut Viral Yang Sedap & Menarik, Buat Jual Pasti Laku Keras", "body": "\nBaru-baru ini, pelbagai resipi donut viral dari pelbagai jenis warna dan perasa donut telah viral di media sosial.\nRamai netizen juga tidak ketinggalan untuk mencuba donut-donut tersebut.\nPada mulanya viral donut susu sahaja, selepas itu muncul pula pelbagai resipi donut lain yang unik.\nKalau ada yang masih belum cuba, jom lihat resipi-resipi donut \u2018viral\u2019 itu di bawah.\nANEKA RESIPI DONUT VIRAL\n1. RESIPI DONUT RED VELVET\n\nBahan-bahan:\n\n11g yis\n2 sdb gula\n180 ml air suam\n\n* Campur 3 bahan di atas, biarkan kembang dan berbuih.\n\n2 \u00bd cawan tepung high protien/tepung gandum*\n1 biji telur*\n3 sdb susu tepung*\n1 sdb\u00a0pelembut roti*\n2 sdb marjerin*\n1 sdb susu pekat (optional)*\nSecubit garam*\nRed velvet emulco*\n\nCara Penyediaan:\n1. Masukkan bahan bertanda (*). Untuk tepung, guna 2 cawan terlebih dahulu. Selebihnya, ketepikan. Gaul semuanya sehingga menjadi serbuk roti.\n2. Kemudian tuang air campuran yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung.\n3. Uli sehingga menjadi doh dan tak melekat pada tangan. Jika adunan masih lembik, masukkan lebihan tepung tadi sedikit demi sedikit. Jangan masukkan semua terus.\n4. Uli doh lebih kurang selama 15 hingga 20 minit sehingga doh menjadi licin dan elastik.\n5. Biarkan doh naik dua kali ganda dalam masa 1 jam dalam keadaan bertutup.\n6. Apabila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk sikit untuk buang angin. Kemudian boleh buat bentuk. Nak guna tangan pun boleh, guna acuan pun boleh.\n7. Biarkan lagi dalam 10 hingga 15 minit. Kemudian bolehlah goreng.\n8. Apabila dah siap goreng, gaulkan dengan gula halus.\n\nKredit: Siti Hadirah\n2. RESIPI DONUT SUSU MINION\n\nBahan uli:\n\n1 cawan tepung gandum\n8 sb tepung high protein jepun (tepung roti)\n1 biji telur gred A\n1/2 sk baking powder\n1/2 sk garam1sb gula kastor\n1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry kat oversea)\n1sb Majerin \u2013 guna cap pelangi je\n1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti \u2013 kat shopee @ kedai bahan kek ada jual)\nPewarna kuning \u2013 (kak guna pewarna gel base food colouring)\n\nCara membuat:\n1. Campurkan semua bahan dalam bread maker. Set kan pada \u2018Dough\u2019.\n2. Bila dah nampak doh terbentuk, titiskan pewarna. Kemudian selepas 1 jam 30 minit, stop dan keluarkan doh, masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.\n3. Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.\n4. Kemudian bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak).\n5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau tak ada guna la apa-apa janji ada lubang kat donut).\n6. Tutup kejap donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang. Kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan perlahan sangat, sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.\n7. Kemudian angkat, bila donut dah suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional). Macam resipi ni tak campur susu tepung sebab tak berapa suka, guna gula icing sahaja.\n\nKredit: Puan Fienaz Shafie\n3. RESIPI DONUT HITAM PERISA DARK CHOCOLATE CHARCHOAL\n\nBahan doh:\n\n1kg tepung high protein\n12g yis kering\n1 sdb gula kastor\n1 sdk garam\n1 sdb shortening\n1 sdk tepung K-fine\nSusu UHT \u2013 sukatan agak-agak\nPewarna hitam\n2sdb serbuk koko\n1 sdk serbuk arang\n1 sdk pes cappucino\n\nCara membuat:\n1. Masukkan semua bahan dalam mesin. Uli sehingga menjadi doh.\n2. Bila dah jadi doh, keluarkan.\n3. Gelek doh sehingga dapat ketebalan yang dikehendaki.\n4. Kemudian, terap dan rehatkan. Biarkan jadi kembang.\n5. Panaskan api. Goreng dengan api kecil sahaja.\n6. Goreng sampai masak tapi goreng jangan lama sangat, nanti donut jadi pahit.\n7. Angkat dan toskan. Tunggu suam sikit, baru salut dengan gula kator + susu tepung.\nKredit: Che Azawimie Che Zahari\n4. RESIPI DONUT PANDAN GEBU TANPA ULI\n\nBahan 1:\n\n1 paket yis kering\n2 sudu susu pekat manis\n2 sudu gula pasir\n1 cawan air suam+air pandan\nCampurkan bahan ini dan biarkan kembang\n\nBahan 2:\n\n4 cawan tepung gandum\n2 sudu (b) marjerin/butter\n2 sudu teh baking powder\n1 sudu teh garam\n\nCara-cara:\n1. Ramaskan bahan-bahan 2 ini hingga jadi macam serbuk roti, kemudian campurkan bahan 1 tadi dan gaul rata.\n2. Masukan dalam bekas dan tutup. Biarkan selama 1 jam.\n3. Adunan memang lembik, tak perlu tambah tepung. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin, kemudian canai dan terap menggunakan cetak donut.\n4.\u00a0Biarkan selama lebih kurang 15 minit, lepastu boleh goreng dan salut gula.\nKredit: Hajah Zainab Bt Mawan\n5. RESIPI DONUT PELANGI\n\nBahan-bahan:\n\n1kg Tepung gandum @ tepung roti\n1 paket kecik yis\n1 sudu besor shortening\n1 sudu teh gula\n1 sudu teh garam\n1 sudu teh k-fine @ pelembut roti.\nSusu uht secukupnya\nPerisa dan pewarna\n\nCara-cara:\n1. Campur kesemua bahan-bahan kering. Masukkan ke dalam mixer. Uli sampai menjadi doh.\n2. Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat pada tangan.\n3. Bahagian doh kepada 4 bahagian. Warnakan dan perisakan setiap bahagian.\n4. Kemudian gelekkan\u00a0(roll)\u00a0satu per satu bahagian. Susun semua bahagian mengikut warna pelangi.\n5. Gelekkan kesemuanya sehingga nipis anggaran 2 cm dan terap saja. Lepas terap, rehatkan doh sehingga ia kembang selama dalam anggaran 2 jam.\n\n6. Kemudian sedia untuk digoreng dalam minyak jangan terlalu panas.\n7. Gaul semasa donut masih panas dalam gula kastor. Selamat mencuba!\nKredit: Che Azawimie Che Zahari\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-resipi-pes-untuk-sahur-berbuka/", "title": "5 Resipi Pes Untuk Mudahkan Masak Sahur & Berbuka, 10 Minit Saja Dah Siap", "body": "\nBulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Pasti anda sedang mencari resipi mudah dan cepat untuk memasak ketika sahur dan berbuka kan? Apa kata jom sediakan 5 resipi pes ini untuk memudahkan anda memasak nanti.\nBila semua pes ini sudah tersedia, nak masak nanti tinggal cedok pes dan masukkan lauk pilihan masing-masing. Dalam masa 10 minit dah siap masak. Mudah kan? 5 pes tersebut adalah pes tomyam, pes sambal hijau, pes sambal, pes kari dan pes sup. Jom lihat resipinya di bawah.\n5 RESIPI PES UNTUK SAHUR DAN BERBUKA\n1. Pes Tomyam\n\nBahan-bahan:\n\nBawang merah\nBawang putih\nLengkuas\nSerai\nDaun limau purut\nCili besar merah\nCili api\nBelacan\nUdang kering\nIkan bilis\nSedikit garam & gula\n\nCara-cara:\n\nPotong semua bahan dan kisar.\nTumis bahan kisar tadi sehingga pekat dan pecah minyak.\nSejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.\nBila nak guna, cedokkan pes secukupnya dan didihkan dengan air, masukkan ikan, ayam, daging dan lain-lain.\n\n2. Resipi Pes Sambal Hijau\n\nBahan-bahan:\n\nCili hijau besar\nCili api hijau\nCili api merah (sedikit)\nBawang putih\nBawang merah (sedikit)\nDaun ketumbar\n\nCara-cara:\n\nKisar kasar kesemua cili dan bawang.\nTumis sehingga garing dan naik minyak.\nPotong kasar daun ketumbar dan tabur ke atas pes.\nSejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.\nBila nak guna, cedokkan pes secukupnya dan didihkan dengan air, masukkan ikan, ayam, daging dan lain-lain.\n\n3. Resipi Pes Sambal Homemade\n\nBahan-bahan:\n\nCili kering\nBawang besar @ Nawang merah\nAsam keping\nSedikit belacan\nGaram\nGula melaka\n\nCara-cara:\n\nRebus cili kering sehingga lembut.\nKemudian kisar cili kering dan bawang sehingga hancur.\nTumiskan cili dan bawang tadi sehingga pecah minyak,\nMasukkan asam keping, belacan, garam dan gula melaka.\nMasak lagi sehingga pes naik minyak dan pekat.\nSejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.\nBila nak guna, cedokkan pes secukupnya dan didihkan dengan air, masukkan ikan, ayam, daging dan lain-lain.\n\n4. Pes Kari\n\nBahan-bahan:\n\nBawang merah\nBawang putih\nHalia\nKulit kayu manis\nBunga lawang\nDaun kari\nSerbuk kari\nCili giling\n\nCara-cara:\n\nSeparuh bawang dan halia dimayang nipis. Separuh lagi dikisar menggunakan blender.\nPanaskan minyak, tumis bawang dan halia sehingga agak kekuningan.\nMasukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari. Tumis sehingga garing.\nMasukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.\nMasak sehingga naik minyak.\nMasukkan cili giling dan masak lagi sehingga naik minyak dan pekat.\nSejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.\nBila nak guna, cedokkan pes secukupnya dan didihkan dengan air, masukkan ikan, ayam, daging dan lain-lain.\n\n5. Pes Sup\n\nBahan-bahan:\n\nBawang merah\nBawang putih\nHalia\nKulit kayu manis\nBunga lawang\nSerbuk perencah sup\n\nCara-cara:\n\nSeparuh bawang dan halia dimayang nipis. Separuh lagi dikisar menggunakan blender.\nPanaskan minyak, tumis bawang dan halia sehingga agak kekuningan.\nMasukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga garing.\nMasukkan serbuk perencah sup yang telah dibancuh dengan air.\nMasak sehingga naik minyak dan pekat.\nSejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.\nBila nak guna, cedokkan pes secukupnya dan didihkan dengan air, masukkan ikan, ayam, daging dan lain-lain.\n\nKredit: Anna Naim\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-resipi-sambal-homemade-sedap-petua-tahan-lama-supaya-tidak-berkulat/", "title": "5 Resipi Sambal Homemade Sedap & Petua Tahan Lama Supaya Tidak Berkulat", "body": "\nKalau dah \u2018tekak\u2019 Melayu, memang wajib ada stok sambal belacan di dalam peti ais. Tak lengkap hidangan jika tidak makan bersama sambal. Bukan hanya sambal belacan, ada banyak lagi aneka sambal homemade yang wajib ada dalam peti ais.\nTak susah mana pun kalau nak buat sendiri aneka sambal di rumah. Ikut je resipi oleh cikgu Afy Al Habibi yang sangat mudah cara penyediaannya. Beliau siap berkongsikan petua sambal homemade tahan lebih lama dan tidak berkulat iaitu dengan menggunakan sudu kering dan bersih setiap kali mengambil sambal.\nANEKA RESIPI SAMBAL HOMEMADE SEDAP\n1. Resipi Ibu Sambal Kicap Mabeless\n\n1. Bahan-bahan yang diperlukan:\n\nDua genggam cili padi hijau\n8 ulas bawang putih\n\nTips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama:\n\nGoreng seketika dua bahan di atas.\nCili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.\n\n2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.\n3. Tambahkan kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.\n4. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.\n5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, Tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.\n6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.\n7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama adalah dengan memasukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.\n*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*\n2. Resipi Sambal Ayam Penyet Mengosek\n\n1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika\n\n20 batang cili merah\nSegenggam cili padi merah + hijau\n1/2 biji bawang holland\n2 biji bawang merah saiz bola pingpong\n4 ulas bawang putih\n2 biji tomato kecil\n2 genggam kecil ikan bilis\n1 sudu kecil udang kering\n1/2 inci belacan\n\n2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika. Goreng asing cili dengan bahan lain.\n3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan. *simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*\n4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.\n5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.\n6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.\nKuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.\n7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.\nCara simpan: Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer. Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller. Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.\n3. Resipi Air Asam Ketagih\n\n1. Sediakan bahan-bahan berikut.\n\n2 biji bawang merah saiz bola ping pong\n1 biji bawang besar Holland\n1 biji tomato\n3 ulas bawang putih\n1 inci belacan\n\nBelah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.\n2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan:\n\n5 biji limau kasturi (Perah jusnya, asingkan biji)\n2 biji limau nipis (perah jusnya, asingkan biji)\n5 tangkai cili padi hijau\n5 tangkai cili padi merah\n\n3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.\n4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa. (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)\n* Ikut kepekatan yang diingini*\n4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.\n5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.\n6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.\nAmbil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.\n4. Resipi Sambal Belacan Menyengat\n\n1. Sediakan bahan-bahan di bawah:\n\nDua genggam cili padi merah + hijau\n*2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)\n*1/4 bawang Holland\n*1 biji tomato saiz kecil\n*1 ulas bawang putih\n*2 inci belacan\n\n(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)\n2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan:\n\n3 sudu besar cuka\n1/2 sudu kecil garam\n2 sudu besar gula\nSecubit dua ajino\nSedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)\n\n* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*\n3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis. Siap!\n5. Resipi Sambal Jantan Power\n\n1. Sediakan bahan-bahan di bawah:\n\nDua genggam cili padi merah\n2 sudu besar gula\n3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit) Kuantiti rasa boleh [email\u00a0protected] mengikut citarasa sendiri.\n1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender (boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka)\n\n2. Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan. Makan dengan nasi bungkus ni\u00a0terbaik\u00a0sangat\nKredit gambar & resipi: Afy Al Habibi via Viral Muafakat\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-restoran-di-shah-alam-yang-korang-kena-try-confirm-puas-hati/", "title": "5 Restoran Di Shah Alam Yang Korang Kena Try, Confirm Puas Hati!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-05 10:30:21\n\n\nBandaraya Shah Alam sememangnya terkenal sebagai kawasan yang mempunyai pelbagai tarikan menarik. Selain menjadi tarikan utama para pelancong, Shah Alam juga turut dipenuhi dengan kafe dan restoran yang menjadikan ia sebagai lokasi paling sesuai buat para\u00a0\u2018food hunter\u2019. \nBagi anda yang belum pernah lagi mencuba menu-menu di restoran sekitar Shah Alam, senarai restoran ini mungkin dapat membantu anda untuk menerokai tempat-tempat makan menarik dengan lebih mudah. Ini beberapa senarai restoran pilihan\u00a0yang dikongsikan oleh LejenPress menerusi laman Twitter.\n1. Tiffany\u2019s Caf\u00e9 \n\nKredit: LejenPress\n\u00a0\nAlamat:\u00a03, Jalan Peniaga U1/34, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor\nWaktu operasi:\u00a0Selasa-Khamis (8 pagi-8 malam), Jumaat (8 pagi-10 malam) & Sabtu-Ahad (10 pagi-10 malam)\n\u00a0\nKafe ini berkonsepkan breakfast and brunch all-day menyediakan pelbagai menu untuk anda nikmati.\u00a0Dengan porsi makanan yang banyak dan penyediaan\u00a0\u2018tip top\u2019, ini sudah semestinya akan membuat para penggemar makanan puas hati untuk menjamu makanan yang dihidang. Tambahan pula, harga makanan-makanan di kafe ini juga sangatlah berpatutan! \n\nKredit: LejenPress\n\nKredit: LejenPress\n\nKredit: LejenPress\nBagi anda yang suka mengambil gambar makanan untuk dikongsikan di media sosial, kafe ini lah tempatnya kerana dekorasinya sangat estetik dan menjadikannya \u2018Instagram-worthy\u2019.\n\nKredit: LejenPress\nDi samping itu, anda perlu mencuba menu popular Tiffany\u2019s Cafe iaitu Tiramisu, khususnya buat para penggemar pencuci mulut!\u00a0Apa yang menjadikan menu ini sangat istimewa adalah Tiramisu di sini datang bersama sos karamel yang menyeimbangkan rasa pahit-pahit kopi. \u2018Just nice\u2019 ! \n\nKredit: LejenPress\n\u00a0\n2. Nasi Kukus Sotong Besar\n\nKredit: LejenPress\n\u00a0\nAlamat:\u00a01, Jalan Kemuning Prima B33/B, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor\nWaktu operasi:\u00a0Rabu-Isnin (12 tengah hari-11 malam)\n\u00a0\nNasi kukus kali ini bukan sekadar nasi kukus yang biasa kita boleh dapatkan di\u00a0restoran-restoran yang lain. Ianya lebih menarik dan istimewa kerana menu ini dihidangkan dengan lauk sotong besar. Di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar ini, Sotong Besar merupakan antara menu kegemaran ramai untuk dinikmati. Sesuai dengan namanya, semua sotong bersalut tepung yang dihidang ini bersaiz XXL dan juga datang bersama sos istimewa untuk dicicah. Fuhh, sudah semestinya memuaskan hati! \n\nKredit: LejenPress\n\u00a0\nSelain itu, menu Kambing Bakar di restoran ini juga merupakan antara menu yang popular untuk anda cuba. Menariknya, kambing yang diperap dan dibakar bersama sos hitam ini tiada bau hamis! Jadi, untuk sesetengah orang yang sebelum ini tidak gemar memakan daging kambing kerana bau hamisnya, anda tidak perlu risau lagi untuk mencuba menu ini dengan berselera. \n\nKredit: LejenPress\n\nKredit: LejenPress\nAnda boleh mendapatkan kesemua menu ini bersama set nasi mengikut pilihan anda sendiri iaitu sama ada nasi kukus, nasi lemak atau nasi kerabu. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal supaya dapat dihidangkan makanan lebih awal. \u00a0\n\u00a0\n3. Chicken Rice Guys (CRG)\n\nKredit: LejenPress\n\u00a0\nAlamat:\u00a040, Jalan Zirkon 7F/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor\nWaktu operasi:\u00a0Setiap hari (8 pagi-7 malam) *pesanan terakhir pada jam 6.30 petang\n\u00a0\nRestoran Chicken Rice Guys atau nama singkatan popularnya, CRG cukup terkenal dikalangan penduduk Shah Alam. Bagi pelajar UiTM Shah Alam, restoran ini dijadikan sebagai lokasi wajib untuk dikunjungi selepas sesi kuliah tamat kerana tempatnya yang sangat hampir dengan kampus.\u00a0Harga makanan di sini juga semuanya\u00a0sangat berpatutan. Sekiranya anda baru sahaja ingin mencuba menu-menu di restoran ini, set Roasted Chicken Rice adalah pilihan terbaik kerana ianya digelar sebagai \u201cthe best in town\u201d! \n\nKredit: LejenPress\nLebih menyeronokkan lagi, kesemua menu di restoran CRG ini berhagra RM10 kebawah, jimat betul!\n\nKredit: LejenPress\n\nKredit: LejenPress\n\nKredit: LejenPress\nJika anda berkesempatan untuk berkunjung ke CRG, jangan lupa untuk memesan Wantan mereka. Ini kerana ia adalah\u00a0home-made\u00a0dan bukannya wantan sejuk beku.\u00a0\n\nKredit: LejenPress\n\u00a0\n4. Bowl Cafe 1.90\n\nKredit:\u00a0LejenPress\n\u00a0\nAlamat:\u00a0C-3-G, Jalan Serai Wangi H 16/H, Alam Avenue, 40200 Shah Alam, Selangor\nWaktu operasi:\u00a0Isnin-Sabtu (10 pagi-10 malam)\n\u00a0\nSatu lagi tempat makan wajib anda kunjungi di sekitar Shah Alam ialah Bowl Cafe 1.90. Percaya atau tidak, kesemua menu yang ditawarkan di kafe ini hanya berharga RM1.90 sahaja! Sesuai dengan nama kedainya sendiri. Di kafe ini, terdapat bermacam-macam kategori menu pilihan yang anda boleh cuba. Antaranya seperti nasi, tom yam, sup, kari, menu istimewa, western, menu santai dan juga pencuci mulut.\n\nKredit: LejenPress\n\nKredit: LejenPress\n\nKredit: LejenPress\n\nKredit: LejenPress\n\nKredit: LejenPress\nSaiz mangkuk bagi setiap hidangan makanan di sini sebenarnya cukup besar meskipun harganya cuma RM1.90. Dengan hanya menjamu lima hidangan sahaja pun cukup membuat anda kekenyangan. Jimat pun jimat! \n\u00a0\n5. Selera Nasi Kak Wok\n\nKredit: LejenPress\n\u00a0\nAlamat:\u00a07, Jalan Plumbum 7/100, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor\nWaktu operasi:\u00a0Isnin-Ahad (10 pagi-10 malam)\n\u00a0\nMenu Nasi Kak Wok ini berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan sememangnya sudah menjadi kegemaran masyarakat kita. Hidangan ini datang dengan nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong dadu, kemudian dilengkapkan bersama gulai pekat serta sambal belacan. Fuhh, sedapnya!\n\nKredit: LejenPress\nApa yang membezakan Nasi Kak Wok di Selera Nasi Kak Wok dengan tempat makan\u00a0lain adalah keaslian rasa nasinya sendiri. Rasanya yang sangat dekat dengan versi asal nasi ini membuatkan para pengunjung menggemari restoran Selera Nasi Kak Wok. Jadi, jika anda ingin rasa Nasi Kak Wok yang asli, anda wajib untuk berkunjung ke restoran ini!\nBagi yang ingin mencuba menu yang lain, Nasi Kerutub Daging merupakan antara menu popular di Selera Nasi Kak Wok. Para penggemar daging wajib mencuba Nasi Kerutub Daging ini kerana kuahnya yang likat dan rasa rempah padu pasti akan membuka selera anda!\n\nKredit: LejenPress\nSelain itu, Roti Titab dan juga Lokching (sate ikan) juga merupakan antara menu yang sering mendapat perhatian orang ramai. Sambil-sambil menunggu nasi kak wok dihidang, bolehlah anda mencuba Roti Titab atau Lokching ini!\n\nKredit: LejenPress\nJadi, anda tidak perlu berkunjung ke Kelantan lagi semata-mata untuk makan Lokching kerana segalanya akan terasa seperti di Kelantan jika anda datang menjamu selera di Selera Nasi Kak Wok ini.\u00a0\n\u00a0\nJadi, tempat makanan makan manakah yang anda bercadang untuk kunjungi dahulu?\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-restoran-family-friendly-di-kuala-lumpur/", "title": "5 Restoran \u2018Family-Friendly\u2019 Di Kuala Lumpur, Sesuai Untuk Yang Ada Anak Kecil", "body": "\nTeringin nak bawa anak-anak makan diluar? Kadang-kadang tu mesti kita penat nak masak dan rasa nak makan luar bersama keluarga kan? Tapi timbul satu masalah bila kita mempunyai anak-anak yang kecil, dan agak susah untuk kita kawal pergerakan mereka apabila di restoran.\u00a0 Sekarang anda tidak lagi perlu risau kerana di dalam artikel ini kami akan menyenaraikan kafe yang \u2018Family-Friendly\u2019.\nRestoran ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah mereka juga ada menawarkan banyak menu kanak-kanak dengan kawasan permainan yang menyeronokkan. Jom kita tengok 5 Restoran \u2018Family-Friendly\u2019 Di Kuala Lumpur, Sesuai Untuk Yang Ada Anak Kecil!\n1. Marmalade\n\n\nDi dalam sebuah pusat membeli belah di Bangsar Village 2 ini ada sebuah kafe yang bernama Marmalade, kafe ini sangat popular terutamanya kepada mereka yang sudah bekeluarga. Kafe yang cantik ini telah menjadi tempat tumpuan kerana menunya yang sedap dan sesuai dengan kanak-kanak. Kawasan permainannya juga luas untuk menghiburkan anak-anak anda sementara menunggu makanan mereka.\nAlamat: F18, Level 1, Bangsar Village 2, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: Setiap Hari (10am \u2013 10pm)\n2. Yellow Brick Road\n\n\nTerletak di Plaza Batai, Yellow Brick Road ialah sebuah kafe yang dihiasi dengan Land of Oz yang digerami ramai. Tempat ini tidak asing lagi bagi orang tempatan, dengan pelbagai pilihan sarapan dan tengah hari, pasti anak-anak anda akan menggemari kafe ini!\nRamai orang mengesyorkan penkek mereka. Kanak-kanak juga boleh naik ke tingkat atas kerana di sana ada sudut yang cantik, lengkap dengan permainan dan buku untuk anak-anak anda.\nAlamat: 8-7, Plaza Batai, Jalan Batai, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: 9 pagi \u2013 6 petang (Isnin-Khamis), 9 pagi \u2013 10 malam (Jumaat-Ahad)\n3. Antipodean\n\n\nAntipodean ialah sebuah kafe yang terkenal di KL, kafe ini juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Lembah Klang. Setiap kedai, kecuali di Midvalley, mempunyai kawasan permainan khusus untuk anak-anak anda melepak, dengan mainan dan televisyen.\nOutlet: Bangsar, Menara Tan & Tan, Midvalley, Atria Shopping Gallery, Travelodge Bukit Bintang, Travelodge City Centre\nWaktu Operasi: Semak waktu buka setiap cawangan masing-masing di\n4. Kanteen\n\n\nNikmati hidangan berkhasiat bersama keluarga anda kafe ini. Kafe ini berkonsepkan seolah olah anda di kantin. Ruang ini menggabungkan reka bentuk moden dalam persekitaran yang santai, dengan susunan tempat duduk yang boleh memuatkan keluarga besar.\nRestoran ini menyajikan hidangan tempatan dan Barat, ada makanan untuk vegetarian juga tau! Kanak-kanak pasti akan menyukai makanan disini kerana makanan anda akan disajikan dalam tupperware haiwan yang comel.\nAlamat: Lot GF2, Mont Kiara Banyan, No 28, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur / No.12, Persiaran Tropicana, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu Operasi: 8 pagi \u2013 9 malam (Ahad-Khamis), 8 pagi \u2013 11 malam (Jumaat & Sabtu)\n5. Wondermilk\n\n\nWondermilk telah berada di kawasan Lembah Klang selama dua dekad, dan sehingga kini kafe ini masih menjadi tempat yang digemari ramai. Kafe ini sangat luas dan mereka mempunyai kawasan permainan kanak-kanak yang selesa!\nKafe ini menghidangkan makanan manis,seperti kek. Kanak-kanak juga boleh menikmati kuih-muih di kafe ini.\nAlamat: 37, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu Operasi: 10 pagi \u2013 5.30 petang\nSumber: Klook\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-restoran-korea-sedap-di-sekitar-kl-tak-perlu-was-was-sebab-dijamin-halal/", "title": "5 Restoran Korea Sedap Di Sekitar KL, Tak Perlu Was-Was Sebab Dijamin Halal", "body": "\nSelain daripada makanan Barat dan makanan Thai, tidak dinafikan orang kita juga ramai yang tergilakan makanan korea. Tambah pula dengan pengaruh K-pop dan K-drama yang popular di Malaysia kan. Kalau anda sedang tercari-cari mana restoran Korea yang sedap, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.\n5 Restoran Korea Sedap Di Sekitar KL, Tak Perlu Was-Was Sebab Dijamin Halal:\n1. K Street\n\nRestoran ini merupakan sebuah kedai Korea yang agak popular di SS15, Subang Jaya. Dan yang paling pentingnya, kedai ini halal dan sedap.\nAntara menu yang patut anda try di sini ialah kimchi, bibimbap, bulgogi, dakgalbi, jajangmyeon dan ramen. Hidangan-hidangan ini bersaiz besar tau jadi memang berbaloi lah kalau makan. Dah la sedap, kenyang pula.\nAlamat: 28, Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor\nWaktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi \u2013 11 malam\n2. Sweetree Restaurant\n\nKalau anda orang Ampang, anda pasti tahu kedai ini. Restoran ini adalah sebuah kedai korea yang agak popular di kawasan Ampang.\nDi sini ada berbagai jenis makanan Korea yang patut anda try. Sebut sahaja menunya pasti ada di sini. Antaranya ialah Gochujang Glazed Fried Chicken. Ayam dia pedas pedas manis dan makan pulak dengan cheese, fuh memang layan.\nSelain itu, menu lain juga boleh tahan sedapnya juga! Anda jangan lupa cuba tauu\nAlamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor\nWaktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi \u2013 11.30 malam\n3. Eid Authentic Korean Cuisine \u2013 Bangi\n\nKalau dah ada nama Authentic, mestilah keaslian makanan korea itu terjamin. Kat sini, bukan je banyak pilihan makanan, sedap pun sedap memang tak rugi kalau anda makan di sini.\nKeaslian hidangan di sini juga turut diakui oleh pelanggannya. \u201cRasa seperti makanan di negara Korea\u201d merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh salah seorang pengunjung restoran ini.\nAlamat: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor\nWaktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi \u2013 11.30 malam\n4. B. bap Korean Food\n\nKalau korang tertanya-tanya keistimewaan restoran korea ni kan haa kedai ini menjual bibimbap yang pastinya sedap dan halal. Ramai pelanggan di sini juga bersetuju yang bibimbap di sini sangatlah sedap dan sama rasa dengan bibimbap asli dari Korea.\nSelain bibimbap, kimchi juga merupakan antara menu yang wajib anda pesan. Kimchi-jigae, kimchi pancake dan kimchi\u00a0friend rice\u00a0merupakan antara menu yang tersedap.\nKalau anda sedap berjalan-jalan di Nu Sentral tu, jangan lupa singgah tau!\nAlamat: Lot GF08, Nu Sentral,, 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi \u2013 10 malam\n5. Kung Jung Korean Restaurant\n\nLepasni, anda dah tak perlu pergi ke Korea untuk merasai makanan mereka. Anda juga boleh menikmati hidangan Korea yang asli dan lazat di Kung Jung Korean Restaurant di Kl je tau.\nSet BBQ merupakan hidangan yang menjadi pilihan ramai kalau singgah makan di sini. Ada berbagai jenis lauk yang boleh diambil. Daging di sini juga mendapat sambutan hangat tau sebab kesegaran daging mereka tu.\nAlamat: Lot No 3.1 Level 3 PNB Perdana, Jln Binjai, 50450 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11.30 pagi \u2013 2 petang & 6 petang \u2013 10 malam\nMenarik kan senarai restoran korea ni? Haa kalau anda tiba-tiba craving nak makan makanan Korea, jangan lupa singgah kedai korea di atas tau!\nSumber: @Saji.My\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-restoran-murah-dan-sedap-di-damansara/", "title": "5 Restoran Murah Dan Sedap Di Damansara", "body": "\nJika anda ke Damansara, mesti anda rasa susah kan nak cari restoran murah dan sedap. Sebenarnya, ada banyak restoran menarik di Damansara yang patut anda cuba! Di laman sosial Twitter, seorang pengguna bernama @MimieYuzi telah berkongsi beberapa tempat makan yang murah, sedap dan berbaloi di kawasan ini. Antara restoran yang dikongsinya ialah:\n1. The Food Boss\n\nRestoran The Food Boss ini terletak bersebelahan The Soru. Restoran ini menyajikan makanan yang sedap dan murah. Antara menu yang disediakan oleh restoran ini adalah makanan local dan makanan western. Jadi di restoran ini, anda dapat merasai banyak jenis makanan dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.\nAlamat: The Strand, 37, Jalan PJU 5/20a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu Operasi: Rabu \u2013 Isnin (12PM \u2013 12AM)\nMakanan di restoran ini dijamin murah dan sedap\n2. Restoran Chili Crab\n\nRestoran ini terletak berhampiran Sunway Giza. Kalau anda suka makan makanan seafood, haaa, inilah tempat makan yang harus harus anda cuba. Antara makanan yang menjadi pilihan oranfg ramai adalah Chili crab\u00a0dan\u00a0butter chicken, memang padu rasanya.\nAlamat: 26-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu Operasi: Setiap Hari (12PM \u2013 10.20PM)\nAntara menu popular di restoran ini\n3. Mum\u2019s Place\n\nMum\u2019s Place adalah sebuah restoran yang meinspirasikan menunya dari masakan seorang Ibu. Restoran ini menghidangkan gabungan masakan Melayu, Portugis, Cina, Nyonya dan India. Suasana restoran ini sangat luas dan selesa, ia amat sesuai kepada anda yang mahu makan besar bersama rakan-rakan atau keluarga. Antara menu yang digemari pelanggan ialah sambal petai cencaru, sambal sotong, kari, pudding sago dan banyak lagi. Dan yang paling penting, kepada orang beragama Islam anda tidak perlu risau kerana restoran ini mempunyai status Halal.\nAlamat:\u00a0No. 31-1, 33-1 & 37-1, Jalan PJU 8/5A, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya\nWaktu Operasi: Setiap hari (11AM \u2013 3PM, 6PM \u2013 10.30PM)\nMakanan \u2018Ibu\u2019 yang disajikan di restoran ini\n4. H.H. Mee, Giant Kota Damansara\n\nKepada penggemar makanan cina, inilah tempat yang sedap dan murah yang patut anda cuba kerana anda juga akan dapat free flow air haa best kan. Malah, mee tarik mereka juga memang dijamin sedap!\nAlamat: H. M. Mee Muslim Mee Tarik 47810 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Khamis, Sabtu \u2013 Ahad (10AM \u2013 10PM)\nManu yang paling diminati ramai\n5. Makan Time\n\nRestoran Makan Time ini diinsparikan dari gaya retro. Sangat sesuai untuk anak-anak muda untuk melepak bersama rakan-rakan. Ramai juga yang sering datang untuk bersarapan di sini kerana di restoran ini ada banyak masakan tempatan yang terdiri daripada aneka mi seperti mi rebus dan aneka nasi seperti nasi lemak dan nasi kerabu.\nAlamat: G-63A-G, Jalan Teknologi 3/9, Bistari D\u2019Kota, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya\nWaktu Operasi: Isnin \u2013 Sabtu (8.30AM \u2013 4.30PM)\nNasi kerabu adalah menu yang diminati ramai untuk menu sarapan mereka\nSumber: @MimieYuzi\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-restoran-nasi-padang-yang-famous-dengan-pelbagai-jenis-lauk-di-kl/", "title": "5 Restoran Nasi Padang Yang Famous Dengan Pelbagai Jenis Lauk Di KL", "body": "\nNasi Padang sebenarnya berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Nasi ini ialah salah satu hidangan paling popular di negara jiran.Nasi padanga adalah nasi kukus yang disajikan dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti daging, ikan, sayur-sayuran, kari, dan sambal.\nKalau nak pergi Indonesia macam jauh sangat kan? Haa di dalam artikel ini kami akan berkongsikan senarai restoran yang menjual nasi padang yang sedap di sekitar Kuala Lumpur.\n1. Restoran Sederhana\n\nRestoran Sederhana ini adalah salah satu tempat popular untuk orang ramai makan tengah hari. Restoran ini terletak di Chow Kit di KL. Di restoran ini, mereka menawarkan pelbagai jenis hidangan daripada daging hingga lah ikan. Haa selain tu, sayur \u2013 sayur dan tempe pun ada tau. Apa yang menarik ialah Restoran Sederhana sendiri merupakan restoran popular di Indonesia yang menyajikan nasi padang yang sedap.\nAlamat: 373 & 385, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur\n2. Restoran Rose\n\nSatu lagi restoran popular untuk nasi padang ialah Restaurant Rose. Restoran ini menyajikan nasi padang dengan resipi asli dari Indonesia. Selain daripada nasi padang yang sedap di sini, Restaurant Rose juga terkenal dengan satenya yang sedap, lembut dan yang paling best, harganya sangat berpatutan.\nAlamat: 49a, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur\n3. Restoran Grand Garuda Baru\n\nGaruda ialah satu lagi restoran popular dari Indonesia dan ia juga telah membuka cawangannya di negara kita. Restoran Grand Garuda Baru menawarkan banyak hidangan untuk dipilih di samping harganya yang sangat berpatutan. Anda wajib makan ayam bakar dan ayam goreng mereka sebab rasanya fuhh memang sedap. Selain itu, di sini juga ada beberapa jenis rendang untuk makan bersama nasi padang.\nAlamat: 176, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur\n4. Restoran Nasi Kapau\n\nRestoran Nasi Kapau ini bukan sahaja popular dengan nasi padangnya, malah di sini juga ramai orang akan makan nasi kapau mereka. Restoran ini sudah pun gterkenal dengan rakyat kita, kerana harganya yang murah dengan kualiti makanan yang sangat sedap.\nAlamat: 379, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur\n5. Restaurant Nasi Padang Kg. Baru-Putra\n\nRestoran Nasi Padang Kg. Baru-Putra menawarkan pelbagai jenis daging kari, ikan dan sayur-sayuran. Selain itu, makanan bergoreng seperti ayam dan ikan juga tau. Apa yang menariknya restoran ni ialah, harganya sangatlah murah. Memang rugilah kalau anda tak datang ke sini.\nAlamat: Kampung Padang Balang, 51000 Kuala Lumpur\nKalau anda teringinkan makanan Indonesia, anda wajib datang ke restoran yang kami searaikan di atas. Memang dijamin sedaplah!\nSumber: Lifestyleasia\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-restoran-seafood-di-langkawi-yang-patut-anda-singgah-wajib-try/", "title": "5 Restoran Seafood Di Langkawi Yang Patut Anda Singgah, Wajib Try!", "body": "Kedah merupakan sebuah negeri Jelapang Padi dan sangat terkenal dengan sup utara, masakan gulai dan yang paling famous tentulah laksa utara mereka. Walaupun Langkawi merupakan tempat pelancongan yang sering dikunjungi orang ramai, tetapi ramai juga yang tidak tahu bahawa di sini terdapat banyak kedai makan yang best untuk anda cuba. Di dalam artikel ini kami sediakan 5 Restoran Seafood Di Langkawi Yang Patut Anda Cuba.\n1. Wonderland Food Store\n\nRestoran ini memang popular dan sentiasa penuh dengan pelanggan. Restoran ini terkenal kerana lokasinya yang menarik untuk makan seafood. Harganya pula sangatlah berpatutan dengan kuakiti makanan yang disajikan. Menurut review yang diberikan oleh pelanggan disini, makanan yang dihidangkan sangatlah sedap sampai ada yang sanggup datang berulang-kali. Antara menu yang mendapat temoat di hati pelanggan ialah Udang Kam Heong, Salted Egg Yolk Squid dan banyak lagi.\nMenu utama mereka\nAlamat:\u00a0180, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi\nWaktu Beroperasi: Setiap hari (6pm \u2013 11pm)\n2. Kuah Town Seafood\n\nRestoran ini menyediakan hidangan laut dengan campuran gaya masakan Cina. Tapi kepada orang Islam anda jangan risau sebab restoran ini dijamin halal dan anda akan mendapati ramai pelanggan muslim makan di sini. Kuah Town Seafood memang terkenal dengan masakan, harga, kebersihan, keselesaan dan layanan mesra pekerja-pekerjanya. Restoran ini sangat sesuai bagi mereka yang datang bersama rakan-rakan atau bersama-sama keluarga dan anak-anak.\nAntara menu terkenal mereka\nAlamat: \u00a033, Persiaran Dayang, Kuah, 07000 Langkawi\nWaktu Beroperasi: Setiap hari (12pm \u2013 3pm, 6pm \u2013 11pm)\n3. Tanjung Tirai View Caf\u00e9\n\nMasakan di restoran ini sangatlah sedap dan harganya juga murah. Itulah sebab kenapa orang ramai suka makan di Tanjung Tirai View Caf\u00e9 ini. Yang bestnya, kalau anda keliru nak makan apa, pelayan mereka boleh mengesyorkan hidangan terbaik untuk anda. Selain itu, restoran ini juga terletak di tepi laut. Jadi, pemandangannya sangat cantik terutamanya pada waktu senja. Tambahan pula ia dibuka lewat petang sehingga tengah malam. Jadi, ramai yang datang makan sambil melihat matahari terbenam.\nAntara menu mereka\nAlamat: GF11 & GF12, Kompleks Jeti Pelancongan Kuah, 07000 Langkawi\nWaktu Beroperasi: Setiap hari (5pm \u2013 12am)\n4. Medan Selera Nelayan Bukit Malut\n\nDi Medan Selera Nelayan Bukit Malut ini ada menyajikan berbagai jenis gerai yang menyediakan makanan laut yang segar-segar tau. Bukan sahaja segar, malah ada beraneka jenis yang boleh anda ambil. Cara masakan juga boleh dipilih, sangat menarik!\nAnda boleh membuat pilihan seafood sendiri\nAlamat: Bukit Malut, 07000 Langkawi, Kedah\nWaktu Beroperasi: Setiap hari (6pm \u2013 12am)\n5. Restoran Telaga Seafood\n\nHaa restoran ni memang popular sangat lah dekat Pantai Chenang. Makanan seafood di sini pun sangat fresh dan murah. Ramai pelancong luar akan cuba makan di sini kerana suasana restorannya yang selesa dan lokasinya yang strategik. Anda patut cuba makan di restoran ini tau!\u00a0\nRestoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan seafood\nAlamat: Telaga Seafood Restaurant, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah\nWaktu Beroperasi: Setiap hari (4pm \u2013 12am)\nSumber: Saji.my\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-sebab-makanan-cepat-rosak/", "title": "5 Sebab Makanan Cepat Rosak, No. 3 Itu Selalu Orang Kita Buat!", "body": "\nBayangkan jika anda sudah menyimpan makanan dan bercadang untuk makan kelak namun apa yang berlaku adalah makanan basi. Ini sudah pasti akan mengecewakan.\nKemudian, perkara ini mungkin akan membawa kepada soalan seperti \u201cadakah cara menyimpan itu ternyata salah?\u201d atau \u201cadakah tempoh menyimpan itu terlalu lama?\u201d.\nJusteru itu, kita semua perlu tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul!\nKenapa makanan atau minuman boleh basi?\nHakikatnya, tidak semua orang berpeluang untuk makan dan minum tepat pada waktunya angkara faktor bekerja, belajar dan sebagainya. Jadi, ia mungkin perlu untuk disimpan.\nApa yang menjadi kebimbangan adalah cara dan tempoh menyimpan yang kurang tepat akan jadi punca makanan basi. Kesannya, anda tidak boleh lagi untuk mengambilnya.\nPunca makanan basi adalah akibat pertumbuhan mikroorganisme seperti ragi, kulat dan bakteria yang akan membiak dan mengubah warna, tesktur, bau serta rasa sajian.\n\nSetiap jenis makanan dan minuman mempunyai daya tahan yang berbeza bergantung kepada jenisnya juga. Ada yang boleh tahan lama atau cepat basi dan perlu dimakan dengan segera.\nDalam kes yang tertentu, wujud antara lain faktor yang akan jadi punca makanan basi lebih cepat!\nApa faktor sajian basi dengan lebih cepat?\nSeperti mana yang kami telah nyatakan di atas, ada faktor makanan basi dengan lebih cepat yang lain:\n#1. Cara menyimpan yang ternyata salah\nPunca utama makanan basi dengan lebih cepat adalah individu yang tidak tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul. Ia adalah perkara yang paling penting.\nAnda perlu kenal makanan mana yang perlu disimpan pada suhu sejuk atau sederhana. Dalam pada itu juga, jangan sesekali simpan makanan di tempat yang terlalu panas.\nAntara tip penting lain dalam cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul adalah anda perlu mengasingkan makanan mengikut jenis seperti daging, buah atau sayur.\n#2. Tempoh menyimpan yang terlalu lama\nSelain daripada cara, tempoh menyimpan juga adalah sangat penting. Anda mungkin perlu untuk mengehadkan berapa lama ia boleh disimpan untuk dimakan sebelum ia menjadi basi.\nContohnya, anda mungkin boleh simpan sajian nasi dengan lauk dan ulam di dalam peti ais selama beberapa jam sahaja. Sila peka dengan waktu ia disimpan dan diambil.\nJika makanan itu telah basi, maka segera buang daripada simpanan anda agar ia tidak pula akan menjejaskan makanan-makanan lain yang disimpan di tempat sama dengannya.\n\n#3. Menyimpan makanan yang panas dan bertutup\nSatu kesilapan yang orang kita selalu buat adalah menyimpan makanan ketika ia masih panas dan bertutup. Sebenarnya, ia hanya akan buat wap air terperangkap.\nAkibatnya, ragi, kulat atau bakteria akan dapat habitat yang sangat sesuai untuk tinggal yakni lembap dan hangat. Jadi, sila hindari daripada melakukan kesilapan ini untuk elak makanan menjadi basi.\n#4. Paparan cahaya yang berlebihan\nSiapa yang sangka bahawa paparan cahaya berlebihan daripada matahari atau lampu juga boleh jadi punca sajian basi dengan lebih cepat angkara proses photodegradation.\nMeskipun lebih biasa berlaku pada bahan bukan makanan seperti hiasan atau lukisan, makanan juga ada risiko untuk mengalaminya lantas merosakkan ia dengan lebih cepat.\nDisebabkan itu juga, logik peti ais adalah ia akan gelap apabila ditutup dan hanya terang apabila dibuka. Jadi, sila elak makanan anda daripada terkena paparan daripada cahaya.\n#5. Suhu peti ais yang kurang sejuk\n\nTempat paling popular untuk menyimpan makanan adalah di dalam peti ais dengan alasan ia akan memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme dan buat ia lambat basi.\nYa, ia mungkin benar jika suhunya berada pada kadar 4 darjah selsius ke bawah. Namun, jika ia lebih tinggi daripada itu, maka mikrorganisme masih mampu untuk membiak.\nPun begitu, suhu ini mungkin berbeza bergantung jenis makanan. Contohnya, hanya sumber daging yang perlu untuk disejukbekukan dan bukannya sayur serta buah segar.\nCara menyimpan makanan agar ia tidak basi?\nSebenarnya, ia tidak begitu sukar dan anda hanya perlu elak daripada melakukan 5 perkara penting di atas ini. Apa yang paling utama, semak label pada makanan untuk tahu cara tepat penyimpanannya.\nKonklusinya, anda masih boleh menyimpan makanan dan minuman untuk diambil pada waktu akan datang. Cuma, anda kena tahu cara, tempoh, tempat dan suhu yang tepat.\nRujukan: Hello Doktor\nBaca juga: Ibu-Ibu Kena \u2018Alert\u2019, Cara Defrost Lauk Yang Betul Elak Anak Keracunan\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-tempat-makan-laksa-utara/", "title": "5 Tempat Makan Laksa Utara Padu Korang Kena Terjah (Updated 2022)", "body": "\nBagi pelancong domestik, sajian laksa utara antara menu tradisi dan ditawarkan dalam pelbagai variasi mengikut daerah atau negeri masing-masing.\nBukan sahaja rasa kuah malah tekstur juga berbeza termasuk jenis laksa digunakan dan perincian lain untuk menambah kelazatan hidangan masing-masing.\nArtikel berkaitan: Resipi Laksa Penang Ala-Ala Aeon, Pekat Padu Dan Confirm Puas Hati!\nMengenai hidangan laksa utara, rasa masam, kepedasan dan aroma menjadi intipati yang mampu menaikkan selera peminat hidangan itu.\nTidak hairanlah destinasi utara menjadi \u2018lubuk\u2019 bagi pemburu sajian tradisi itu sehingga setiap lokasi yang tular pasti dikunjungi untuk merasai sendiri kelainannya.\nBerikut beberapa lokasi yang mesti dikunjungi peminat hidangan menurut Harian Metro.\n\n1. Laksa Telur Sarang, Kuala Kangsar, Perak\n\n\nKuala Kangsar bukan sekadar dikenali sebagai bandar diraja di Perak, malah ia antara \u2018port\u2019 menarik bagi hidangan laksa utara.\nVersi laksa asli Kuala Kangsar adalah laksa tepung beras digabungkan dengan kuah yang lebih cair.\nBagi sajian ini medan selera yang terletak di Lembah Sungai Perak di bandar itu antara lokasi popular menyajikan sajian terbabit.\nSelain versi laksa terbabit terdapat juga beberapa lokasi sekitar bandar menyajikan sajian laksa dengan mengetengahkan idea tersendiri.\nIni termasuklah Laksa Lubuk dan Laksa Pokok Limau yang menyajikan laksa bersama telur goreng yang rangup.\nBoleh dikatakan apabila hujung minggu, lokasi ini menjadi perhatian peminat hidangan berkenaan dari negeri lain.\n\n2. Laksa Udang Kuala Sepetang, Taiping, Perak\n\n\nBagi peminat hidangan laksa utara, versi laksa dari Kuala Sepetang mesti dicuba kerana menampilkan udang sebagai hiasan.\nRasa manis, udang tidak tenggelam dek rasa ikan dalam hidangan itu. Sebaliknya udang memberi keseimbangan dan meningkatkan rasa manis sebaik dinikmati dalam laksa.\nAntara port tersohor untuk menikmati sajian itu adalah Restoran Mee Udang MakJah yang turut menyajikan sajian popular tempatan, mi udang.\nSambil menikmati panorama petang di Kuala Sepetang, sajian itu melengkapkan lagi percutian ke perkampungan nelayan berkenaan.\n\n3. Laksa Arang, Gurun, Kedah\n\n\nBagi yang tidak pernah merasai sajian dimasak menggunakan kaedah lama iaitu dapur kayu atau arang, di Gurun, Kedah terdapat satu lokasi menyediakan sajian terbabit.\nPenyediaan laksa menggunakan arang memberi kelainan terhadap aroma dan rasa masakan di restoran Maksu Laksa Dapur Arang.\nDifahamkan ada peminat sajian itu sanggup merentasi dari Selatan ke Utara bagi menikmati sajian terbabit.\nPengunjung boleh memilih untuk menikmati sajian bersama otak udang ataupun tidak. Jika hujung minggu dan musim cuti persekolahan, restoran terbabit sentiasa dipenuhi pengunjung.\nRestoran ini yang beroperasi setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 7 petang turut popular dengan sajian lain seperti mi rebus dan laici kang.\n\n4. Laksa Ikan Sekoq, Langkawi, Kedah\n\n\nPeminat sajian laksa pastinya tidak boleh lupa dengan hidangan laksa ikan sekoq sangat tersohor di Langkawi.\nKedudukan \u2018port\u2019 makan ini cukup strategik iaitu berhampiran dengan lapangan terbang.\nPerjalanan hanya mengambil kira-kira 10 minit dengan kenderaan sebaik keluar dari lapangan terbang. Malah jika menggunakan khidmat teksi atau e-hailing, tambangnya sekitar RM5 hingga RM8 sahaja.\nTidak perlu bimbang dengan pengunjung yang ramai atau menu terbabit habis kerana terdapat pelbagai pilihan gerai iaitu trak makanan yang menawarkan sajian berkenaan.\n\n5. Laksa Beras Kuala Perlis\n\n\nJika berada di Perlis, tidak lengkap sekiranya tidak menikmati laksa Kuala Perlis atau dikenali juga sebagai \u2018laksa kola\u2019.\nBagi penduduk tempatan, laksa kola restoran Kak Su Laksa yang terletak di Jalan Siakap Satu, Kuala Perlis adalah antara yang popular dan amat sinonim kerana kelainan proses pembuatan laksa berasnya.\nRamuan laksa beras Kak Su secara turun-temurun ialah tepung ubi kayu, tepung beras dan beras kisar.\nCampuran itu kemudiannya diuli dengan tangan sebelum dijadikan doh berbentuk bulat dan direbus sekitar dua hingga tiga minit sebelum dimasukkan ke dalam mesin khas untuk disebatikan semula dengan campuran tepung.\nUntuk menghasilkan uraian halus laksa, bahan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin laksa atau \u2018gebok\u2019. Proses terakhir ialah doh berkenaan akan ditekan dalam acuan mesin sebelum terus jatuh ke dalam kawah yang tersedia air rebusan sebelum ditos dan dihidangkan kepada pelanggan.\nBagi menghasilkan kuah laksa pula, ikan segar seperti ikan temenung (kembong) dan selayang dibeli setiap hari daripada nelayan dan peniaga di Jeti Kuala Perlis yang terletak berhampiran.\nApa yang lebih istimewa untuk menikmati laksa di restoran Kak Su Laksa ialah laksanya akan dihidangkan bersama-sama pulut udang dan kuih spera.\nKuih spera, bentuknya seperti karipap tetapi intinya berupa sambal kelapa, seperti kuih cucur badak.\nKombinasi laksa dan kuih spera ini benar-benar memberi rasa yang unik dan sedap bagi penggemar laksa utara.\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-tempat-makan-menarik-dan-sedap-di-manjung-perak/", "title": "5 Tempat Makan Menarik Dan Sedap Di Manjung, Perak", "body": "\nBila kita sebut je Negeri Perak mungkin ramai dari anda akan terfikirkan Ipoh atau Kuala Kangsar. Tapi ramai yang tak tau bahawa ada sebuah daerah di Perak iaitu Manjung juga merupakan tempat pelancongan yang terkenal dan mempunyai banyak kedai makan yang best tau.\nPulau Pangkor, Lumut dan Teluk Batik, ketiga-tiga tempat pelancongan ini berada di dalam daerah Manjung. Kalau dah namanya tempat pelancongan, pastinya tidak lengkap jika anda tidak mencuba makanan yang menarik di sini. Jom kita tengok senarai tempat makan yang best di Manjung.\n5 Tempat Makan Menarik Dan Sedap Di Manjung:\n1. Warong Manshor\n\nWarung ini memang sangat popular dengan pangunjung yang selalu ke Pangkor. Di sini mereka menyajikan makanan sarapan pagi dengan harga yang sangat murah haa best kan? Tapi yang lagi menarik dekat sini, warung ini bertentangan dengan pantai tau. Boleh la korang menghirup udara laut sambil makan sarapan pagi di sini.\nAlamat: Lot 4446, Teluk Nipah, 32300 Pangkor\n2. Restoran D\u2019 Warisan\n\nRestoran ini memang sudah terkenal dengan masyarakat tempatan dan juga pelancong asing, memang tak sah la kalau pelancong luar datang makan di restoran ni. D\u2019 Warisan menyediakan kira-kira 30 jenis lauk-pauk masakan Melayu yang lazat pada harga murah. Minuman pula boleh ditambah secara percuma. Restoran ini juga sangat luas dan boleh menempatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa.\nAlamat: 4240, 32200 Lumut\n3. Warisan Rojak Manjung\n\nDulu kedai ni dipanggil Rojak Manjung sebelum mereka menukarnya kepada Warisan Rojak Manjung. Warisan Rojak Manjung menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari. Antara menu mereka yang selalu mendapat pujian adalah nasi lemak, mi goreng, bihun goreng, dan semestinya rojak. Rojak boleh didapati dalam 4 jenis set iaitu set makan seorang, dua orang, tiga orang, dan set makan empat orang.\nAlamat: Hadapan Pasar Awam Sitiawan, Pekan Tuak\n4. Horizon Garden Seri Manjung\n\nRestoran ini memang selalu mendapat pujian daripada pelancong luar. Jaranglah nak dengar komen yang buruk tentang makanan mereka. Menu di Horizon Garden dipenuhi dengan pelbagai masakan tempatan. Hiasan dalamannya sangat kemas dan bersih. Suasananya kelihatan seperti anda sedang makan di hotel tau.\nAlamat: No. 7, Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seksyen 3, 32040 Seri Manjung\n5. Thainese Restaurant Manjung and Bistro\n\nKorang pernah cuba makanan Thai dan Cina? Haa unik kan? dekat restoran ni mereka menyediakan masakan Thai dengan Cina. Kebanyakan pelanggan di sini juga mengatakan yang makanan di sini semuanya sedap-sedap belaka. Jadi, jika anda ingin bertukar selera atau memang meminati masakan Thai atau Cina, jemput datang ke Thainese Restaurant untuk merasai sendiri hidangan mereka.\nAlamat: 6 \u2013 16, Persiaran PM 2/2, Pusat Bandar Seri Manjung, Seksyen 2, 32000 Sitiawan\nSumber: Saji.My\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-tempat-wajib-yang-patut-hantu-cheese-pergi/", "title": "5 Tempat Wajib Yang Patut Hantu Cheese Pergi", "body": "\nSiapa je yang tahan tengok cheese cair lagi lagi bila dia ditarik kan? Lagi sedap kalau makan ayam bersalut cheese macam yang pernah viral dulu tu.\nSekarang ni memang dah banyak makanan yang viral sebab letak cheese yang banyak. Haa kepada anda yang memang peminat tegar cheese, anda patut pergi cuba makan di tempat yang kami senaraikan ini!\n5 Tempat Wajib Yang Patut Hantu Cheese Pergi\n1. Nachoslah\n\nKalau korang pergi Godzilla Nachos ni kan, memang korang akan nampak lah cheese cair yang banyak giler dalam pinggan korang! Satu talam nachos ni boleh kongsi sampai lima orang tau. Haa banyak kan? Best sangat kalau dikongsi beramai-ramai.\nSelain itu, Nachos kat sini juga ada macam-macam perisa unik contohnya nachos rendang daging dan nachos ayam masak lemak cili padi. Memang lain daripada yang lain. Anda wajib datang ke sini!\nAlamat :\u00a0Jalan Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.\nWaktu Operasi : Isnin hingga Jumaat: 5.00petang hingga 1.00 pagi, Sabtu & Ahad: 5.00petang- 2.00 pagi.\n2. Outdark\n\nKalau korang pergi kedai makan korea mesti korang terfikir makan kimchi je kan? Haa tak ya, kalau korang ke Outdark, korang kenalah cuba makan \u2018cheese kingdom\u2019 yang dihidangkan panas-panas bersama nasi rumpai laut, kentang lenyek, nanas, ayam tanpa tulang serta limpahan keju mozarella dan cheddar. Lagi best, pelayan kat sini akan membuat demonstrasi cara untuk makan hidangan ini dengan betul, terutamanya bagi \u2018newbie\u2019.\nAlamat : Outdark, B-G-10 Bellamy, Plaza Arkadia, No. 3 Intisari Perdana, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur.\nWaktu Operasi : Setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 5 petang hingga 10 malam, manakala setiap Jumaat hingga Ahad dan cuti umum pula dari pukul 12 tengah hari hingga 11 malam.\n3. Restoran RSMY\n\nRestoran ini memang dah cukup viral dekat KL. Jaranglah kalau datang kat sini tak beratur. Tapi anda jangan risau sebab penantian anda tentunya berbaloi sebab cheese nan yang anda akan dapat nanti memang sedap dan semestinya penuh dengan keju. Lembut di dalam dan rangup di luar. Haa tambah pula dengan kuah dal dan kari yang cukup power kat restoran ni, memang confirm tambah lagi! Kalau korang nak sambut birthday korang pun boleh tau, request je kek birthday kat dorang nanti diorang akan sajikan anda dengan roti nan cheese yang menyerupai kek!\nAlamat : D-72A, Plaza Usahawan, Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.\nWaktu Operasi : Isnin hingga Khamis: 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Jumaat : 11.00 pagi hingga 1.00 pagi Sabtu : 4.00 petang hingga 1.00 pagi Ahad dan Cuti Umum : 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.\n4. Restoran Cheese Banjir Desa Pandan\n\nKalau dah nama pun chesse banjir kan, memang tak sah la kalau anda tak cuba makan cheese di sini. Ramai orang menggemari Lamb Grill The Hulk Cheese Banjir dorang. Cheese cair yang disiram di atasnya memang akan melangkapkan lagi rasa lazat Lamb Grill. Selain itu, cheese juga akan diletak di dalam daging supaya setiap gigitan tidak akan terlepas rasa lemak cheese tu. Memang sedap, anda patut cuba makan di sini!\nAlamat : Lot 19, G-Village, Jalan 1.76, Desa Pandan, Kuala Lumpur\nWaktu Operasi : Setiap Hari 10.00 pagi hingga 10.30 malam\n5. The Pisang Cheese\n\nPisang goreng panas-panas memang sedap kan tapi lagi sedap kalau di tambah dengan cheese parut. Perghh! Dekat sini bukan saja pisang cheese, topping lain pun ada. Boleh campur-campur. Antara yang bestseller termasuk salted caramel, coklat dan green tea.\nAlamat : Restaurant Jamal Mohamad, SS5A/9, Kelana Jaya,\u00a0 47301 Selangor\nWaktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 10.00 pagi hinga 5.30 petang, Sabtu dan Ahad : 9.00 pagi hingga 4.00 petang.\nKepada penggemar cheese, anda tunggu apa lagi? Jom la serbu kedai-kedai cheese yang sedap ni!\nSumber: Saji.my\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-tips-jimat-beli-barang-dapur-setiap-bulan/", "title": "5 Tips Jimat Beli Barang Dapur Setiap Bulan Agar Tak Lari Bajet", "body": "\nBila tibanya waktu gaji, pasti ramai yang berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah terutamanya barang dapur. Namun ada masa, terlebih bajet juga dibuatnya. Maklumlah, setiap lorong yang dilalui, pasti ada saja barang diskaun dan murah yang berkenan. Memang goyah iman!\nKadang kala, barangan yang tak perlu pun kita \u2018terbeli\u2019 dek terpengaruh dengan label \u2018berhantu\u2019 ni. Bila pulang ke rumah, datang pula rasa menyesal sebab dah terlebih gna duit untuk bulan ni.\nJadi untuk mengelakkan masalah ini terjadi, kami kongsikan 5 panduan yang boleh dicuba tatkala keluar membeli belah barang dapur anda. Moga bermanfaat!\n5 TIPS JIMAT BELI BARANG DAPUR\n1. Buat Anggaran Belanjawan Bulanan\nPertama, sebelum berbelanja barang dapur, tentukan anggaran belanjawan yang anda perlu keluarkan untuk bulan tersebut. Mungkin setiap bulan, jumlahnya berbeza bergantung kepada situasi.\nSebagai contoh, bulan November anda dan keluarga setiap masa berada di rumah. Jadi, perbelanjaan barang dapur yang perlu dibeli adalah RM300. Bulan DIsember pula, 2 minggu anda dan keluarga bakal pergi bercuti. Jadi, perbelanjaan boleh dikurangkan dan begitulah seterusnya. Lebihan duit tersebut boleh digunakan untuk menampung bahagaian-bahagian perbelanjaan lain atau disimpan.\n2. Bawa Duit Cukup-Cukup\nJika ke pasaraya dan bawa wang tunai dengan banyak, memang berba haya. Selain risau disa mun atau dirom pak, anda juga mempunyai potensi untuk berbelanja lebih dengan membeli barangan yang tidak sepatutnya. Biasanya, bila dah dapat gaji, anda akan mengasingkan siap-siap duit belanja dapur dan lain-lain. Jadi, bawa sahaja wang yang telah diperuntukkan itu. Barulah anda akan membeli belah dengan lebih berhati-hati.\n3. Kunjungi Kedai Yang Paling Banyak Beri Keuntungan\nTerdapat banyak tempat membeli barangan dapur yang anda boleh tuju dan setiap satu daripadanya pasti ada cara tertentu untuk menarik pelanggan datang. Pilihlah pasaraya yang paling banyak memberi manfaat pada anda seperti menawarkan harga barangan runcit pada harga borong, mata ganjaran dalam setiap pembelian dan sebagainya.\n\n4. Beli Barang Dapur Secara Online\nMembeli-belah di hujung jari. Kini ada banyak pasaraya yang menawarkan perkhidmatan belian secara online serta perkhidmatan penghantaran. Oleh itu, anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk membeli belah barangan keperluan dapur anda. Sangat sesuai digunakan oleh kaum-kaum ibu yang sibuk bekerja. Boleh jimat masa dan minyak kereta.\n5. Bawa senarai semak bercetak\nAmalkan kaedah membawa senarai semak setiap kali keluar membeli barangan dapur. Hanya beli barangan yang tertera sahaja supaya jumlahnya cukup-cukup dengan duit yang dibawa. Selain mengelakkan anda berbelanja lebih, ia juga membantu anda supaya tidak perlu ulang-alik ke pasaraya beberapa kali kerana ada barang yang terlupa dibeli.\nKaedah ini juga sangat bagus kerana ia juga boleh membantu anda merekod barangan apa yang telah dibeli. Kadang-kala kita lupa barangan yang ada kerana tersorok di dalam kabinet. Bila dah jumpa, rupanya dah tamat tempoh. Rugi tu.\n\nSelamat mencuba! Jika info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan anda juga.\n\n\nSumber: myinfomaya\nBaca juga: Cara Bersihkan Dapur Guna Tepung Gandum, Hasilnya Berkilat-Kilat Macam Baru!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-tips-kurangkan-gula-dalam-pengambilan-makanan-untuk-kekal-sihat/", "title": "5 Tips Kurangkan Gula Dalam Pengambilan Makanan Untuk Kekal Sihat", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-03 10:21:57\n\n\nIsu kandungan gula dalam makanan ini sejak dulu lagi sudah menjadi topik penting\u00a0untuk dibincangkan berkaitan pemakanan yang sihat. Dalam kehidupan seharian, secara lumrahnya kita akan terus menjamah hidangan tanpa mengambil berat tentang kuantiti gula dalam makanan tersebut sehinggalah berlakunya masalah kesihatan. Antaranya seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah obesiti.\nJika tidak diambil berat, bimbang masalah kesihatan akan bertambah teruk. Sebaiknya kita harus\u00a0mengambil langkah awal untuk mencegah masalah kesihatan ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, jom kita ikuti tips mengurangkan pengambilan gula\u00a0dalam pemakanan yang dikongsikan oleh Mios Kitchen menerusi laman Twitter.\n1. Berhenti dari minum air berkabonat\n\nKredit: Iluminasi\nUntuk menghasilkan air berkarbonat, ia memerlukan kuantiti gula yang sangat banyak. Antara perkataan yang perlu diberikan perhatian adalah \u2018High Fructose Corn Syrup\u2019\u00a0(HFCS), iaitu jenis gula yang\u00a0digunakan dan\u00a0tidak boleh dijadikan sumber tenaga dalam badan. Sebaliknya, ia ditukarkan menjadi lemak semata-mata. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa ia langsung tidak menyumbang kebaikan kepada kesihatan dan sangat memudaratkan.\n\nKredit: TCER\u00a0\nBagi anda yang sudah terbiasa meminum air berkarbonat, gantikan amalan ini dengan meminum air kosong. Cuba amalkan untuk menghabiskan satu liter botol air dalam sehari dan lama-lama anda akan lihat sendiri hasilnya.\n\u00a0\n2. Kurangkan pengambilan nasi\n\nKredit: MakanLena\u00a0\nNasi sememangnya makanan yang wajib untuk tekak orang Melayu. Tak sah kalau tak ada nasi untuk apa jua hidangan. Tapi, ada kalanya kita juga perlu memastikan jumlahnya perlulah dalam keadaan terkawal. Nasi putih mempunyai kadar glisemik yang tinggi yang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah naik. Cuba untuk kurangkan kekerapan pengambilan nasi kepada sekali sehari dengan kuantiti yang kurang. Elakkan makan nasi pada waktu malam bagi membantu proses pencernaan yang lebih baik.\n\u00a0\n3. Lebihkan buah-buahan\n\nKredit: Dairy Council of California\nMakanan seperti kek, kuih-muih dan biskut mengandungi kalori dan gula yang tinggi berbanding snek sihat seperti buah-buahan. Buah-buahan mengandungi glukos yang menghasilkan rasa manis secara semulajadi, dan ianya jauh lebih elok berbanding manisan buatan (tiruan). Seperti contoh, kuih lepat pisang mengandungi 13gram gula tambahan, sementara buah pisang emas tidak mempunyai gula tambahan. Namun, anda masih perlu berwaspada dengan pengambilan buah-buahan kerana ianya masih manis dan akan masih akan memberi kesan kepada dalaman kita.\n4. Baca label makanan\n\nKredit: Green Life\nSikap kurang peka untuk\u00a0memeriksa label makanan dalam kalangan masyarakat kita menyebabkan kita tidak tahu\u00a0kuantiti yang diambil dan bahan-bahan yang digunakan dalam makanan tersebut. Oleh itu, anda boleh mula biasakan dengan membaca label makanan supaya dapat mengetahui kandungan gula yang akan digunakan dalam makanan tersebut. Ini juga dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak semasa pembelian mahupun semasa mengawal jumlah makanan yang diambil. \nSelain itu, sekiranya\u00a0gula\u00a0tersenarai dibahagian awal senarai ramuan, ini bermaksud gula merupakan bahan utama makanan tersebut. Jadi, buatlah pilihan yang bijak sebelum membeli ya.\n\u00a0\n5. Ubah suai resipi jika perlu\n\nKredit: Well+Good\nSalah satu cara yang paling mudah untuk kurangkan pengambilan gula dalam makanan adalah dengan mengubah suai tahap gula dalam masakan. Contohnya makanan seperti kek atau biskut yang sememangnya banyak menggunakan gula. Kandungan gula untuk membuat coklat cip cupcake\u00a0sahaja sudah mencecah 100gram dan itu belum termasuk gula yang yang diperlukan untuk membuat hiasan yang manis di atas cupcake tersebut. Oleh itu, cuba kurangkan kuantiti gula kepada separuh daripada kuantiti asal kerana ia tidak akan menjejaskan rasa makanan tersebut.\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-tips-melembutkan-daging-dengan-cepat/", "title": "5 Tips Melembutkan Daging Dengan Cepat", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-29 05:22:34\n\n\nMemang tidak dapt dinafikan, menu masakan yang berasaskan daging memang sedap dan menyelerakan. Tetapi kalau tidak dimasak dengan cara yang betul, daging mungkin menjadi liat dan agak sukar untuk dikunyah. \n\nKredit: Keluarga\nOleh itu, terdapat petua yang boleh digunakan untuk menghasilkan daging yang empuk dan tidak liat. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti perkongsian daripada\u00a0Awatif Osman\n\u00a0\n1. Potong daging lawan urat\nSemasa memotong daging, kenal pasti dulu \u2018urat\u2019 daging. Kemudian, potongkan lawan arah supaya urat itu terputus. Ini dapat memudahkan daging menjadi empuk.\n\nKredit: Mommy's Diary of Life\n\u00a0\n2. Rendam bersama bikarbonat\nSapukan daging dengan soda bikarbonat supaya dapat mengurangkan masa untuk menunggu daging menjadi lembut. Bila daging sudah agak lembut, bilaskan dahulu sebelum memasak.\n\nKredit: Hijab & Heels\n\u00a0\n3. Rebus daging sambil tutup periuk.\nMenutup periuk semasa daging sedang dimasak ini membantu untuk mempercepat proses daging menjadi lembut. \u00a0Letakkan lesung batu atau apa saja yang berat untuk mengelakkan wap air terkeluar. \n\nKredit: The Healthy Post.com\n\u00a0\n4.\u00a0 Rebus bersama kurma\nBila kita masukkan buah kurma, sup daging akan rasa manis-manis buah dan secara automatik daging pun akan menjadi lembut. Masa memasak bergantung pada paras air dan juga api.\n\nKredit: Hellodoctor.com\n\u00a0\n5. Rebus bersama nanas\nNanas ini sifatnya memang tajam. Secara saintifiknya, fungsi nanas ini mampu melembutkan daging dan membuat rasa daging pun lebih enak. Bilangan hirisan nanas bergantung pada saiz periuk untuk memasak daging. Kalau guna periuk yang kecil, satu ke dua hirisan nanas pun sudah memadai. \n\n\u00a0\nKredit: Dailyrakyat\n\u00a0\nSemoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-tips-memilih-ayam-segar-di-supermarket-atau-pasar/", "title": "Nak Tahu Beza Ayam Lama & Baru? Ini 5 Tips Memilih Ayam Segar Di Supermarket Atau Pasar", "body": "\nWanita atau suri rumah kebanyakkan akan menguruskan perihal barangan dapur kerana mereka lagi arif berkaitan tersebut. Mencari barangan segar, seperti buah-buahan, sayur, mahu pun ikan, ayam, serta daging, kita pasti tidak ingin terambil makanan yang sudah lama, dan hampir busuk atau layu.\nUntuk mereka yang berniaga, mempunyai pusat asuhan, atau seorang ibu juga isteri, memberikan makanan yang sihat dan baik buat keluarga adalah satu kemestian.\nOleh itu, seorang dietitian di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, Cik RuQayyah Muhd telah kongsikan beberapa tip yang boleh diikuti dalam memilih ayam segar.\n\nMari kita ikuti perkongsian darinya.\nSejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesa kit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.\nSetiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.\nAyam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.\nMemastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.\nLima Tips Memilih Ayam Segar\n\n1. Warna Ayam\nAyam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.\n2. Tekstur Ayam\nAyam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.\nIsi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.\nAyam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.\n3. Darah Ayam\nApabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak dvrahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.\n4. Bau Ayam\nAyam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.\n5. Lalat\nSekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.\nSelamat membeli ayam segar.\nSumber: Rahsia Rumah Tangga\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-tips-pilih-ketam-banyak-isi/", "title": "5 TIPS PILIH KETAM BANYAK ISI", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-04-05 08:23:07\n\n\n\nBila ke pasar anda pasti teruja tengok makanan laut yang segar seperti\u00a0ketam. Tapi, tak dinafikan harganya boleh tahan mahal. Sudahlah mahal, boleh kecewa berganda bila beli dapat ketam yang tak banyak isi.\nHarini kami akan kongsikan tips untuk pilih ketam yang\u00a0banyak isi, banyak\u00a0telur dan segar untuk anda.\n1. Waktu pembelian\n\nAnda patut beli ketam\u00a0selepas bulan mengambang sebab kata orang\u00a0waktu\u00a0ini\u00a0isi ketam padat dan\u00a0banyak. Cubalah!\n2. Belakang ketam\n\nAnda cuba tengok di belakang ketam, ada bentuk segi tiga kan? Kalau masih terlekap\u00a0itu tandanya ketam anda masih segar!\n3. Beli ketam betina\n\nHanya ketam betina yang ada telur. Dari luar anda dah boleh nampak jika ketam itu ada telur atau tak. Kalau ketam betina\u00a0ada banyak telur,\u00a0isinya juga pasti banyak!\n4. Tengok belakang badan\n\nJika dari luar badan ketam anda boleh lihat telurnya banyak, terus beli! Gerenti puas hati makan.\n5. Beli ketam berat\n\nAnda cuba pegang dua ketam dan\u00a0bandingkan berat. Ketam yang berat\u00a0ada lebih banyak isi!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-tips-untuk-buat-kek-kegemaran-korang-mengembang/", "title": "5 Tips Untuk Buat Kek Kegemaran Korang Mengembang", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-09-10 04:02:10\n\n\nNak buat kek memang bukan mudah. Dah tentu kali pertama tu ada je yang tak kena. Mungkin tak cukup rasa atau texture tak betul. Salah satu masalah\u00a0yang juga kerap berlaku ialah kek tak mengembang. So macam mana nak solve masalah ni? Jom, kita cari solution!\n1. Pastikan Kesesuaian Bahan\nPicture Credit: thespruceeats.com\nMemang bahan ada pelbagai jenis dan mudah dicari. Tapi kena make sure kita beli apa yang diminta oleh resipi sedia ada. Kalau kita sesuka hati ubah bahan yang ditetapkan, mungkin kek korang takkan kembang. Sebagai contoh adalah penggunaan tepung. Tepung ada banyak jenis dan kalau korang tukar jenis tepung daripada tepung yang telah ditetapkan, kemungkinan hasilnya juga akan berubah.\n2. Guna Bahan Segar\nPicture Credit: thespruceeats.com\nSelain bahan tu sesuai ke tak, point yang penting juga ialah sama ada bahan itu segar atau tidak. Kalau guna bahan lama, mungkin performance bahan tu kurang. Korang kena check dulu bahan sebelum start buat kek. Nanti kang final product mengecewakan, sia-sia je usaha korang.\n3. Bahan-Bahan \"Room Temperature\"\nPicture Credit: nottesbonton.com\nSeterusnya, suhu bahan-bahan korang juga main peranan penting. Sebelum start apa-apa, keluarkan dulu semua bahan yang patut dari peti ais dan biarkan atas meja. Elak\u00a0gunakan bahan macam telur dan mentega betul-betul lepas keluar dari peti ais. Ini akan effect final product korang.\u00a0\n4. Gunakan Sukatan Yang Betul\nPicture Credit: bakerbettie.com\nSekali lagi pasal bahan (banyak pulak kan), satu lagi aspek yang perlu dijaga ialah sukatan. Tak boleh kurang dan tak boleh lebih. Apabila dah cedok tepung tu, buang lebihan di atas sebab tu dah menjadi lebihan. Ingat ye, tak boleh kurang atau lebih!\n5. Jangan Mengaduk Adunan Terlalu Lama\nPicture Credit: hirerush.com\nBiasanya kalau rujuk resipi, details-details kecil macam masa mengaduk dah ditulis. So pastikan korang ikut arahan tu. Kalau terlalu lama mengaduk, mixture korang akan jadi terlalu cair. Dia tak boleh terlalu cair. Dia ada texture yang tertentu yang orang kata \"just right\". Selain itu, masa korang mengaduk, mula dari paras rendah dan kemudian naik ke atas. Tujuannya adalah untuk ratakan mixture.\nSo itu lah dia sedikit sebanyak nasihat untuk korang buat kek mengembang dengan berjayanya. Andai kata tak berhasil? Tak apa, teruskan mencuba. Kita takkan berjaya tanpa gagal terlebih dahulu. Selamat mencuba dan semoga berjaya.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/5-top-kedai-nasi-lemak-popular-di-kl-2022-pecinta-nasi-lemak-wajib-cuba/", "title": "5 \u2018Top\u2019 Kedai Nasi Lemak Popular Di KL 2022, Pecinta Nasi Lemak Wajib Cuba!", "body": "\nSiapa je yang tak suka makan nasi lemak kan? Tambah lagi kalau makan pada waktu siang, memang layan. Nasi Lemak yang sedap selalunya terletak pada sambalnya yang manis manis masam dan pedas. Kalau sedap sambalnya memang boleh tambah berpinggan pinggan.\nDi Kuala Lumpur sebenarnya ada banyak kedai makan yang menyajikan nasi lemak yang sedap dan popular di kalangan orang KL. Haa mesti anda nak tahu kan? Jom baca artikel ni dengan lebih lanjut.\n5 \u2018Top\u2019 Kedai Nasi Lemak Popular Di KL 2022, Pecinta Nasi Lemak Wajib Cuba:\n1. Nasi Lemak Tangling @ Taman Tasik Perdana\n\nKalau sebut je Nasi Lemak Tangling ni, pasti semua orang familiar. Ini adalah kerana kedai ini memang sudah lama menjual nasi lemak yang sedao sejak dari tahun 1948 lagi. Antara hidangan lauk yang menjadi pilihan orang ramai adalah sambal sotong dan paru goreng. Anda memang wajib try makan nasi lemak di sini.\nAlamat: Nasi Lemak Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: 7.00 pagi \u2013 1.00 petang (setiap hari)\n2. Nasi Lemak Mali\u2019s Corner @ Taman Bunga Raya\n\nNasi Lemak Ayam Goreng di kedai ini memang cukup popular di KL. Kalau anda berada di Wangsa Maju anda wajib datang ke sini.\u00a0 Ayam Goreng mereka sangat rangup dan juicy tau dan yang bestnya mereka anda menggoreng ayam setiap 30 minit jadi bolehlah anda makan panas panas. Memang layan. Tapi pastikan anda datang awal tau sebab di sini memang ramai orang datang untuk makan nasi lemak dan char kuetiaw mereka.\nAlamat: Mali\u2019s Corner, Gerai Makan Radziah, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, 53300, Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: 5.30 petang \u2013 4.00 pagi (setiap hari)\n3. Nasi Lemak CT Garden @ Kampung Baru\n\nMana lagi nak dapat nasi lemak harga seringgit kan pada zaman sekarang ni. Haa Nasi Lemak CT Garden ni dikenali sebagai hidden gem di KL. Kedai ini terletak di Kampung Baru KL. Yang bestnya, nasi lemak di sini dibalut dengan daun pisang dan kertas surat khabar haa macam zaman zaman dulu kan?\u00a0 Selain itu anda juga boleh memilih lauk sampingan seperti Rendang Daging, Telur Puyuh Sambal, Bergedil, Tempeh goreng sambal ikan bilis, Sardin sambal dan pelbagai pilihan lain. Memang dijamin sedaplah!\nAlamat: Nasi Lemak CT Garden, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi:\n6.00 petang \u2013 4.00 pagi (Isnin \u2013 Jumaat)\n5.30 petang \u2013 4.00 pagi (Sabtu & Ahad)\n4. Nasi Lemak Wanjo @ Kampung Baru\n\nSelain kedai Nasi Lemat CT Garden, Nasi Lemak Wanjo juga memang sangat popular di Kampung Baru tau. Memang beratur la kalau nak makan nasi lemak di sini. Apa yang menariknya di sini, mereka menyediakan pelbagai jenis lauk sampingan yang anda boleh makan bersama nasi lemak di sini. Kedai ini dibuka pada awal pagi sehinggalah tengah malam. Sangat menarik!\nAlamat: Nasi Lemak Wanjo, 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: 6.30 pagi \u2013 12.00 tengah hari | 3.00 petang \u2013 1.00 pagi\n5. Nasi Lemak Antarabangsa @ Kampung Baru\n\nMesti anda oernah dengar pasal Nasi Lemak Antarabangsa ni kan? Haa ini adalah salah satu kedai nasi lemak yang memang dah famous dah di kampung baru KL ni. Kedai ini menghidangkan juadah nasi lemak dan juga lauk-pauk pelbagai variasi yang dijamin kena dengan tekak orang kita. Kedai ini punya lah popular sehingga anda boleh merasai nasi lemak popular ini di cawangan mereka di Bangsar, TTDI dan Kota Damansara.\nAlamat: Nasi Lemak Antarabangsa, 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi:\n6.00 petang \u2013 12.00 pagi (Isnin)\n12.00 tengah malam \u2013 12.00 tengah hari | 6.00 petang \u2013 12.00 tengah malam (Selasa \u2013 Ahad)\nSumber: Says.com\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/6-cara-masak-nasi-supaya-lambat-basi-tahan-sampai-2-hari/", "title": "6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari", "body": "\nKadang-kadang bila terlupa simpan lebihan nasi dalam peti sejuk, bangun pagi tengok-tengok nasi dah basi! Padahal baru dimasak tengahari semalam, tak sampai satu hari lagi pun. Adakah cara masak nasi yang salah?\nSelepas ini bila nak masak nasi, jom praktikkan 6 petua yang dijamin dapat mengatasi masalah tersebut. Nasi akan jadi lambat basi dan tahan 2 hari kalau \u2018terlupa\u2019 simpan dalam peti.\nBaca juga: Tips Masak Beras Basmathi Yang Lembut & Peroi, Nisbah Sukatan Air Sangat Penting!\n6 CARA MASAK NASI SUPAYA TAK CEPAT BASI\n1. Basuh beras sehingga bersih\n\nAda yang berpesan elakkan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar.\u00a0Walaubagaimanapun, jika\u00a0beras hanya dicuci sekali, ia berpotensi menjadikan nasi yang dimasak menjadi cepat basi.\u00a0Sebaiknya, apa yang anda boleh lakukan adalah\u00a0mencucinya dengan betul\u00a0dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.\nAnda juga boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air yang bertapis.\n2. Periuk dicuci dengan bersih\n\nSalah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan\u2002karat\u2002atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi\u00a0periuk dan juga kualiti nasi anda.\u00a0Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.\n3. Jus limau nipis\n\nSebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji\u00a0limau nipis\u00a0ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir,\u00a0rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah\u00a0dengan perahan limau ini.\u00a0Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.\n4. Lap wap nasi selepas dimasak\n\nApabila nasi dimasak dengan periuk nasi elektrik, buka penutup\u00a0periuk. Gemburkan nasi supaya ia masak secara rata\u00a0dan biarkan wap yang\u00a0terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.\u00a0Ia akan menjadikan nasi\u00a0tahan lama, lembut dan berderai dengan elok.\n5. Tambahkan garam\n\nSelepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.\u00a0Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang\u00a0masak lebih\u00a0tahan lama. Malah ia juga menjadikan nasi menjadi lebih sedap dan kenyal.\n6. Panaskan periuk nasi atas dapur\n\nJika anda terlupa dan nasi basi di dalam periuk, lakukan cara ini. Telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.\nPetua ini adalah perkongsian dari\u00a0Puan Suaida Salehudin.\u00a0Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini\u00a0memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.\nSemoga bermanfaat!\nKredit: Rencah Rasa\nBaca juga: Petua Halau Kutu Dalam Beras Hanya Guna \u2018Bawang Putih\u2019, Satu Pun Tak Tinggal\n"} {"url": "https://myresipi.com/6-jenis-makanan-minuman-cairkan-kahak/", "title": "6 Jenis Makanan Minuman Yang Boleh Cairkan Kahak & Bantu Sembuhkan Batuk", "body": "\nSeksa betul bila batuk kan? Tambah lagi jika batuk berkahak, susah tidur malam dibuatnya.\nKalau kita orang dewasa boleh tahan lagi sebab boleh keluarkan sendiri kahak tu.\nTapi lain pula buat anak-anak kecil, pasti sukar untuk mereka mengeluarkan kahak itu.\nOleh itu, ibu ayah perlu memainkan peranan untuk membantu anak mereka dari segi pemakanan yang boleh menyebabkan batuk menjadi semakin teruk.\nJenis makanan dan minuman yang cairkan kahak\nSeorang pengguna Facebook, Mazlina Mazlan ada berkongsikan 6 jenis makanan dan minuman yang boleh menjadi ejen pencair kahak.\nJom baca perkongsiaannya di bawah.\n\u201cMakanan boleh jadi ejen pencair kahak tau. Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak.\n\u201cYang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.\n\u201cSinggang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.\u201d\n\u201cMakanan, bukan ubat.\n\u201cTapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.\u201d\n1. OMEGA 3\nKandungan omega 3 dapat mengurangkan radang dalam badan anak.\n\n2. BAWANG\nAllium dalam bebawang berfungsi sebagai antiradang yang boleh mengurangkan penghasilan kahak.\n\n3. SAYURAN HIJAU\nSayuran hijau kaya dengan fiber. Ia boleh membantu mencairkan kahak.\n\n4. AIR KELAPA\nAir kelapa merupakan minuman wajib diamalkan semasa anak batuk. Ia dapat membantu kahak mencair dengan cepat.\n\n5. CAPSICUM\nCapsicum mempunyai unsur kimia capsaicin yang membantu mengurangkan kahak.\n\n6. MAKANAN ANTIRADANG\nMakanan bersup merupakan makanan utama ketika anak tidak sihat. Masukkan semua bahan antiradang ke dalam sup seperti halia, bebawang dan kunyit.\n\nKredit: Mazliana Mazlan\n"} {"url": "https://myresipi.com/6-petua-goreng-ayam-lembut-empuk-tak-berdarah/", "title": "6 Petua Goreng Ayam Lembut, Empuk & Tak Berdarah", "body": "\nMasak dah lama dah tapi bila makan, isi ayam itu masih ada darah lagi terutamanya di bahagian tulang.\u201d\nPernah tak korang alami situasi macam ini? Ayam yang berdarah dan masih mentah dapat menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya. Bukan itu saja, melihatnya saja boleh menjejaskan selera.\nMaka, ini 6 petua goreng ayam yang anda perlu cuba untuk mendapatkan hasil yang sempurna.\n1. Pastikan potongan tak terlalu besar\nPertamanya, anda perlu melihat saiz ayam yang ingin dimasak, terutamanya pada bahagian bertulang seperti peha (drumstick) dan kepak (wings).\nJadi, pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.\n2. Mengelar atau memotong terlebih dahulu\nJika anda lebih sukakan potongan ayam yang besar, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia masak dengan sempurna.\nSelain itu, anda boleh juga merebus atau mengukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.\n3. Defrost ayam beku terlebih dahulu\nJangan terus menggoreng ayam yang baru saja dikeluarkan dari bahagian \u2018freezer\u2019. Walaupun kelihatan tidak berais, suhu yang sejuk ini mengambil masa untuk mengembalikan ayam ke suhu bilik. Kalau terus digoreng, kebarangkaliannya untuk masak di bahagian luar saja adalah tinggi.\nMaka, pastikan anda keluarkan ayam yang hendak digoreng tadi awal-awal dan rendamkannya dalam air suam buat sehingga lembut atau \u2018defrost\u2019 terlebih dahulu dalam \u2018microwave\u2019.\n4. Guna minyak yang banyak\nUntuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna, pastikan anda mengisi minyak yang banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali.\nDengan cara ini, secara automatiknya proses pemanasan akan lebih merata sehingga daging ayam akan masak sempurna dan tidak berdarah.\n5. Guna api sederhana\nBagi memastikan ayam masak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, lebih baik memasak dalam suhu api yang kecil atau sederhana.\nJika api terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak atau mungkin hangus walaupun bahagian dalamnya masih belum masak sehabisnya.\nSumber: Siraplimau\n"} {"url": "https://myresipi.com/6-petua-goreng-ayam-masak-sempurna-tak-berdarah/", "title": "6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah", "body": "\nMesti ramai selalu goreng ayam kat rumah kan? Nampak macam mudah, sebenarnya ada petua goreng ayam yang perlu anda tahu supaya isinya benar-benar masak.\nKalau diangkat terlalu cepat, ayam boleh jadi mentah. Kalau terlalu lama, ayam akan menjadi sedikit keras dan kurang enak.\n\nJika ayam masih berdarah dan mentah, ia boleh menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya.\nOleh itu, ini dia 6 petua goreng ayam yang perlu anda tahu untuk mendapatkan hasil yang sempurna.\n6 PETUA GORENG AYAM SUPAYA MASAK SEMPURNA DAN TAK BERDARAH\nBerikut adalah enam petua goreng ayam yang sempurna supaya tak berdarah dan empuk bila dimakan.\n1. PASTIKAN POTONGAN TAK TERLALU BESAR\nPertama sekali, lihat dahulu bahagian ayam yang ingin dimasak terutamanya bahagian bertulang seperti peha dan kepak.\nPastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.\n\n2. MENGELAR ATAU MEREBUS TERLEBIH DAHULU\nJika anda lebih suka potongan ayam yang besar, anda boleh menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia masak dengan sempurna.\nSelain itu, anda juga boleh merebus atau mengukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.\n\n3. NYAHBEKU AYAM BEKU TERLEBIH DAHULU\nJika baru keluarkan ayam dari freezer, jangan terus goreng kerana ia akan menyebabkan ayam masak di bahagian luar sahaja tetapi di bahagian dalam masih mentah.\nJadi, pastikan anda keluarkan ayam yang beku awal-awal dan rendamkannya dalam air suam sehingga lembut atau defrost menggunakan microwave.\n\n4. GUNA MINYAK YANG BANYAK\nUntuk mendapatkan hasil ayam goreng yang sempurna, pastikan anda menggunakan minyak yang banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali.\nDengan menggunakan cara ini, secara automatik proses pemanasan akan lebih rata sehingga daging dan ayam masak dengan sempurna.\n\n5. GUNA API SEDERHANA\nKalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, pastikan guna suhu api yang kecil atau sederhana ketika menggoreng.\nJika guna api terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak dan mungkin hangus tetapi bahagian dalamnya masih belum masak sepenuhnya.\n\n6. MASUKKAN BAHAGIAN BERTULANG TERLEBIH DAHULU\nKetika mahu mula menggoreng, masukkan bahagian yang mempunyai\u00a0joints\u00a0atau tulang-tulang bersambung dan lebih cenderung mengeluarkan darah terlebih dahulu.\nKemudian, barulah diterbalikkan ke bahagian yang kurang berisiko agar ia masak dengan sempurna.\n\nDengan menggunakan petua-petua ini semasa menggoreng ayam, ayam akan masak sempurna dan rangup serta lebih menyelerakan untuk dimakan.\n"} {"url": "https://myresipi.com/6-resepi-bento-box-mudah-comel/", "title": "6 Resepi Bento Box Mudah & Comel!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2018-12-26 03:29:50\n\nHari-hari bekalkan bento yang sama untuk anak-anak mesti bosan kan? Anak-anak pun tak lalu nak makan sebab jemu dengan menu-menu yang sama.\nHaa..ibu-ibu, jom jadi kreatif dan cuba resepi-resepi bento ringkas, comel dan semestinya sedap dari MILO UHT ni. Confirm anak makan sampai licin!\n1. Burrito Telur Hancur\nVideo resipi\u00a0Burrito Telur Hancur\nBahan-bahan diperlukan:\u00a0\n\u2013 2 biji telur\n\u2013 2 sudu besar susu rendah lemak\n\u2013 1 sudu kecil daun ketumbar (dicincang)\n\u2013 1 sudu kecil minyak sayuran\n\u2013 4 sudu besar keju\u00a0cheddar\n\u2013 2 keping roti\u00a0tortilla whole wheat\n\u2013 Secubit garam\n\u2013 1/4 sudu kecil lada hitam\nCara menyediakan dan memasak:\n1. Untuk telur hancur, di dalam mangkuk, pukul telur bersama susu, daun ketumbar, garam dan lada hitam.\n2. Menggunakan\u00a0non-stick pan, panaskan minyak dan masukkan telur. Kemudian, hancurkan.\n3. Letakkan 2 helai daun salad di tengah roti\u00a0tortilla, kemudian, tabur 2 sudu besar keju\u00a0cheddar, letakkan separuh telur hancur dan 2 sudu sudu besar tomato.\n4. Gulung cara\u00a0burrito-style.\nSiapa yang tak suka burrito? Orang dewasa suka, kanak-kanak lagilah suka! Mesti anak-anak happy bila melihat burrito comel sebegini sudah tersedia untuk mereka makan.\u00a0Confirm\u00a0tak nak\u00a0share\u00a0dengan kawan-kawan.\n2. Nasi Goreng Labu\nVideo Resipi Nasi Goreng Labu\nBahan-bahan diperlukan:\n\u2013 1 sudu besar minyak bijan\n\u2013 1 ulas bawang putih (dicincang)\n\u2013 1 sudu kecil halia kisar\n\u2013 1/2 biji bawang merah\n\u2013 1/2 cawan labu (dipotong kiub kecil)\n\u2013 1 1/2 cawan nasi perang yang sudah dimasak\n\u2013 1/4 cawan kacang kuda (direbus)\n\u2013 2 sayur bok choy (dicincang kasar)\n\u2013 2 sudu kecil kicap masin\n\u2013 1 sudu besar sos tiram\n\u2013 1/4 sudu kecil lada putih\nToppings:\n\u2013 1 sudu besar daun bawang (dihiris)\n\u2013 1 sudu kecil bijan\nCara menyediakan:\n1. Menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dengan api sederhana.\n2. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau.\n3. Masukkan labu dan kacau hingga labu lembut selama 3 minit.\n4. Masukkan nasi perang dan kacang kuda. Kacau selama 1 minit.\n5. Masukkan kicap masin, sos tiram dan lada putih. Kacau selama 1 minit.\n6. Masukkan sayur bak choy dan kacau hingga lembut.\n7. Tabur daun bawang dan bijan. Hidangan ini sedia untuk dihidang.\nDengan hiasan ikan duyung comel dilengkapkan lagi dengan buah-buahan berkhasiat, hidangan ini sudah lengkap untuk menceriakan anak-anak.\n3. Salad Pasta Hawaii\nVideo Resipi Salad Pasta Hawaii\nBahan-bahan diperlukan:\n\u2013 1 cawan\u00a0wholemeal spiral pasta\u00a0yang sudah dimasak\n\u2013 1 cawan buah nanas (dipotong kiub kecil)\n\u2013 3 sudu besar lobak merah (dihiris nipis)\n\u2013 1 sudu besar daun bawang (dihiris)\n\u2013 4 sudu besar isi ikan tuna\nDekorasi:\n\u2013 1 sudu besar jus lemon\n\u2013 3 sudu besar sos\u00a0light\u00a0mayonis\n\u2013 1 sudu besar\u00a0greek yogurt\u00a0rendah lemak\nCara menyediakan:\n1. Di dalam mangkuk besar, masukkan pasta, buah nanas, isi ikan tuna, lobak merah dan daun bawang. Gaul dan ketepikan.\n2. Di dalam mangkuk kecil yang asing, gaul jus lemon, sos mayonis, greek yogurt dan garam. Kemudian, masukkan campuran pasta. Gaul.\nGabungan pasta dan salad ini juga merupakan satu kombinasi yang unik. Tak susah pun nak sediakan. Potong-potong dan campak-campak sikit dah siap!\n4. Tortilla Rangup & Labu Tuna Lecek\nVideo resipi Tortilla Rangup & Labu Tuna Lecek\nBahan-bahan diperlukan:\n\u2013 1/4 labu kecil (250g) dibuang biji dan dipotong kiub besar dengan kulitnya\n\u2013 1 sudu besar marjerin\n\u2013\u00a0 4 sudu besar isi ikan tuna\n\u2013 Secubit garam\n\u2013 1/4 sudu kecil lada hitam\n\u2013 1 sudu kecil daun bawang (dihiris)\n\u2013 1 keping roti\u00a0wholemeal tortilla\u00a0(potong bentuk\u00a0chips)\nCara menyediakan:\n1.\u00a0Microwave\u00a0labu selama 5 minit sehingga lembut dan masak.\n2. Gunakan sudu untuk keluarkan isi labu dan buan kulitnya.\n3. Di dalam mangkuk, masukkan marjerin, isi ikan tuna, labu, garam dan lada hitam. Gaul. Kemudian, tabur daun bawang.\n4. Lapikkan\u00a0baking sheet\u00a0di atas pinggan yang\u00a0microwaveable\u00a0dan leta sedikit minyak sayuran di atasnya.\n5. Susun tortilla wedges di atas\u00a0baking sheet.\n6.\u00a0Microwave\u00a0selama 4 minit sehingga keperenggan dan rangup.\n7. Biarkan tortilla chips di luar selama 5 minit dan hidangkan bersama Pumpkin Tuna Mash.\nKombinasi labu dan tuna ini mungkin nampak\u00a0simple\u00a0tapi anak-anak akan dapat khasiat dan protein yang secukupnya.\n5. Sandwich Mentega Kacang\nVideo resipi Sandwich Mentega Kacang\nBahan-bahan diperlukan:\n\u2013 2 keping roti wholemeal (dibakar)\n\u2013 2 sudu besar mentega kacang (unsalted\u00a0dan\u00a0unsweetened)\n\u2013 1 biji pisang (dihiris)\n\u2013 2 sudu kecil biji labu\n\u2013 1 sudu kecil madu\nCara menyediakan:\n1. Sapukan 1 sudu besar mentega kacang di atas roti.\n2. Letakkan hirisan pisang.\n3. Tabur biji labu dan madu.\n4. Ulang dengan menggunakan bahan lebihan.\nWalaupun nampak mudah, tetapi sandwich mentega kacang dengan dekorasi bento yang sangat comel ni mesti dapat membangkitkan selera anak. Kalau bawa bekal ini ke sekolah, kawan-kawan yang lain mesti akan\u00a0jealous.\n6. Wrap Ayam Daun Salad\nVideo resipi Wrap Ayam Daun Salad\nBahan-bahan diperlukan:\n\u2013 Ayam kisar\n\u2013 1 biji keledek kecil (dihiris)\n\u2013 6 helai daun sayur\u00a0romaine lettuce\n\u2013 2 sudu kecil minyak bijan\n\u2013 1 ulas bawang putih kisar\n\u2013 1/2 cawan\u00a0frozen mixed vegetables\n\u2013 1 sudu besar sos tiram\n\u2013 1/4 sudu kecil lada putih\n\u2013 1 sudu kecil sos ikan\n\u2013 1 sudu kecil kicap masin\nCara menyediakan:\n1. Untuk Sweet Potato Chips, lapikkan baking sheet di atas pinggan microwaveable dan letakkan sedikit minyak. Kemudian, susun keledek di atasnya.\n2. Microwave selama 3 minit sehingga rangup.\n3. Biarkan di luar selama 5 \u2013 10 minit. Kemudian, masukkan ke dalam kontenar. Anda juga boleh\n4. Untuk ayam, menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dengan api sederhana.\n5. Masukkan bawang putih dan masak hingga naik bau.\n6. Masukkan ayam kisar dan masak selama 3 minit sehingg separuh masak.\n7. Masukkan\u00a0mixed vegetables, kicap masin, sos ikan, garam dan lada putih. Masak selama 5 minit.\n8. Hidangkan dengan daun\u00a0romaine lettuce.\u00a0\nDan yang terakhir, boleh hasilkan resipi\u00a0wrap\u00a0ayam ini. Bukan setakat berkhasiat, resipi ini juga sangat enak dengan balutan ayam cincang di dalam daun salad segar. Ia menjadi lebih sempurna dengah satu pek MILO UHT. Nyum!\nUntuk dapatkan lebih banyak resipi\u00a0#MiloBentoBox\u00a0yang menarik dan comel serta maklumat lanjut mengenai produk MILO, klik\u00a0di sini.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/6-resipi-makanan-barat-yang-wajib-anda-cuba/", "title": "6 Resipi Makanan Barat Yang Wajib Anda Cuba", "body": "\nMakanan barat sudah menjadi kegilaan ramai terutamanya kepada rakyat Malaysia. Hal ini kerana, di dalam satu pinggan menu barat itu mempunyai pelbagai jenis juadah.\nKalau anda sudah bosan dengan menu yang sama, apa kata lepas ni anda cuba menu yang akan dikongsikan pada ruangan bawah ini.\n6 Resipi Makanan Barat Yang Lazat\nMacaroni Cheese Yang Super Sedap\n\nBahan-bahan:\n\n3 cawan macaroni\nAir secukupnya untuk rebus macaroni\nSedikit minyak untuk rebus macaroni\n3 keping cheese\n1 cawan cheese powder\n1 sudu parsley\n1 sudu basil\n1 sudu oregano\n3 cawan susu segar\n\nKalau nak lagi sedap, letak mozarella cheese baru lagi padu.\nCara memasak:\n\nRebus macaroni hingga hampir kembang sepenuhnya.\nApabila kembang, buang air rebusan tadi.\nMasukkan susu segar, oregano, cheese keping dan cheese powder.\nMasak semua hingga sebati dan melting.\n\nCarbonara Tanpa Sos Prego\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 biji bawang holland\nSedikit minyak\n1 sudu besar marjerin\n2 kiub ayam\n4 ulas bawang putih\n3 keping cheese\n1 sudu tepung gandum dan sedikit air\n1 kotak susu full cream\ncendawan (optional)\nItaly herbs\nGaram\n\nCara-cara:\n\nMasukkan marjerin.\nTumis bawang putih dan bawang holland.\nBila sudah kekuningan sikit, masukkan air bancuhan tepung.\nMasukkan kiub ayam, susu full cream, cheese dan italy herbs.\nApabila dah menggelegak sikit. Masukkan cendawan dan garam. Gaul hingga kepekatan yang kita nak.\n\nSos blackpaper\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 biji bawang holland\nSedikit minyak\n1 sudu besar marjerin\n2 kiub ayam\n4 ulas bawang putih\n3 keping cheese\n1 sudu tepung gandum dan sedikit air\n1 kotak susu full cream\nCendawan (optional)\nItaly herbs\nGaram\nKicap\n1 sudu kecil lada hitam\n\nCara-cara:\n\nMasukkan marjerin.\nTumis bawang putih dan bawang holland.\nBila sudah kekuningan sedikit, masukkan air bancuhan tepung.\nMasukkan kiub ayam, susu full cream, cheese dan italy herbs.\nApabila dah menggelegak sikit, masukkan garam dan cendawan. Gaul hingga kepekatan yang kita nak.\nMasukkan kicap 2 sudu besar dan lada hitam yang di tumbuk.\n\nChewy Coklat Chip\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 cawan mentega\n1/2 cawan gula perang\n1/2 cawan gula castor\n1 biji telur\n1 1/4 tepung gandum\n1 sudu besar tepung jagung\n1/2 sudu kecil soda bikarbonat\n1/2 sudu kecil garam\n1 cawan coklat chip\n\nCara-cara:\n\nSatukan mentega, gula perang, gula castor.\nGaul hingga sebati.\nKemudian masukkan telur dan gaul lagi.\nMasukkan campuran tepung gandum, garam, soda bikarbonat dan gaul.\nAkhir sekali, masukkan coklat chip dan gaul.\nApabila adunan dah siap. Masukkan adunan ke dalam peti ais selama 1 jam.\nSejam kemudian, keluarkan dari peti ais dan boleh bahagikan adunan ikut saiz yang diingini.\nBakar suhu 150 selama 15-20 minit.\n\nShepherd\u2019s Pie Cheese\nBahan-bahan:\n\n5 biji kentang\n1 sudu kecil lada sulah\nGaram secukup rasa\n1 cawan susu\n2 keping cheese\n3 sudu minyak\nDaging cincang\n6 sudu serbuk cheese\nAir panas\n\nCara-cara:\n\nRebus dulu kentang dengan garam hingga separuh masak.\nLenyekkan kentang dan masukkan cheese, lada sulah, susu full cream dan garam.\nKemudian masukkan kentang lenyek tadi ke dalam bekas loyang dan ratakan.\nMasak daging cincang hingga masak dan letak di atas kentang leyek yang kita ratakan tadi.\nBakar sekejap di oven dengan suhu 160 sehingga cheese mencair.\n\nAglio Olio Terangkat\n\nBahan-bahan:\n\n1 paket spaghetti\n8 ulas bawang putih\n1 setengah tomato\n1 slice keju\n1 ketul kiub ayam\n1 tin cendawan\n1/2 biji cili benggala\n1 sudu besar italy herbs\n1 sudu besar lada hitam\n2 paket cili flakes\nGaram secukup rasa\nUdang\n\nCara memasak:\n\nPanaskan minyak dan tumis bawang putih hingga keperangan sedikit.\nMasukkan tomato, cili benggala dan cendawan.\nGaul sedikit. Kemudian masukkan kiub ayam, cili flake, lada hitam, italy herbs, cheese dan garam.\nAkhir sekali, masukkan udang dan spaghetti. Gaul sebati.\n\nKredit: Noratiqah Nordin\nBaca juga:\nCARA | Membuat Tortilla Wrap\n"} {"url": "https://myresipi.com/6-senarai-kedai-yang-menjual-nasi-kerabu-sedap-di-sekitar-kl-dan-selangor/", "title": "6 Senarai Kedai Yang Menjual Nasi Kerabu Sedap Di Sekitar KL Dan Selangor", "body": "\nSiapa je tak suka Nasi Kerabu kan? Nasi kerabu adalah makanan yang sesuai untuk dijadikan makanan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga malam.\nNasi Kerabu didatangkan dengan nasi berwarna biru kerana ianya hasil daripada bunga kacang rama-rama yang digunakan dalam masakan. Nak lagi sedap, nasi kerabu selalunya dimakan dengan lauk pilihankegemaran anda seperti telur masin, sayur-sayuran, budu, sambal dan keropok. Nasi Kerabu juga disediakan dalam warna lain seperti kuning (kunyit) dan hijau (campuran pandan dan herba lain).\nNasi Kerabu juga adalah makanan kegemaran orang ramai dan ia datang dari Kelantan. Memang sedap sampai menjilat jari lah. Jadi kalau anda yang berada di KL dan Selangor dan mencari kedai Nasi Kerabu yang sedap, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.\n6 Senarai Kedai Yang Menjual Nasi Kerabu Sedap Di Sekitar KL & Selangor:\n1. Kelate Kitchen\n\nKelate Kitchen merupakan sebuah restoran yang paling popular yang pernah dibuka di Setapak, KL. Hampir setiap hari pasti akan ada orang yang menunggu dalam barisan yang panjang untuk makan tengah hari di sini. Selain daripada Nasi Kerabu mereka yang sedap, di sini juga ada menjual Nasi Kukus yang mendapat perhatian ramai juga. Dan tidak lengkap makanan anda kalau anda tak try Teh Ais Madu mereka yang kaw ni. Memang rugi kalau anda tak singgah ke sini.\nAlamat: Plaza Prima Setapak, B, 7 & 8, Jalan Prima Setapak 1, Taman Setapak, 53100 Kuala Lumpur\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (10AM \u2013 10PM)\n2. Warung Wok\n\nTersembunyi di antara bangunan sebenarnya ada sebuah kedai yang bernama Warung Wok yang menjual makanan Kelantan. Pemilik restoran ini berasal dari Kelantan tau haa sudah tentulah makanan Kelantan di sini dijamin ori dan sedap kan? Di sini juga ada menyediakan lauk yang boleh anda makan bersama Nasi Kerabu anda seperti ikan, daging dan ayam. Sambalnya juga memang cukup menyelerakan. Anda patut cuba makan di sini!\nAlamat: G \u2013 2, Jalan Kenari 12a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (8AM \u2013 9PM)\n3. Hayaki\n\nJika anda sering ke Uptown Damansara, anda mungkin pernah ternampak Kopitiam halal yang dibuka 24 jam ini. Kesistimewaan kedai ini adalah mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan Kelantan. Tapi antara makanan yang sering menjadi pilihan orang ramai semestinya lah Nasi Kerabu Ayam Percik mereka. Fuhh memang sedap tak terhingga.\nAlamat: Jalan SS 21/37 Uptown, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (24 Jam)\n4. Tempurung Kitchen\n\nKafe di Shah Alam ini menyajikan masakan asli Kelantan. Dan dengar cerita masakan di sini dimasak oleh chef yang sangat berpengalaman tau, haa confirm la sedap makanan di sini. Antara menu popular di sini adalah Nasi Kerabu Bedo\u2019oh iaitu makanan yang dihidangkan bersama nasi kukus kuning, lamb chop, keropok, sayur-sayuran, kuning telur masin dan budu. Wow menarik kan?\nAlamat: 10-1 Jalan Lengkuas D16/D Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (11.30AM \u201310.30PM)\n5. Restoran Patatimo\n\nBagi mereka yang tinggal di KL dan mengidamkan Nasi Kerabu pada pukul 3 pagi, Patatimo adalah tempat yang boleh anda kunjungi. Restoran ini dibuka sehingga 5 pagi dan Nasi Kerabu mereka dilengkapi dengan ayam goreng fresh dimasak.\nAlamat: D\u2019Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (7.3AM \u2013 5AM)\n6. Warung Ambo\n\nBagi mereka yang tinggal di Shah Alam, anda boleh mendapatkan Nasi Kerabu yang sedap dan murah di sini. Nasi Kerabu Biasa (tanpa daging) mereka hanya lah berharga RM3.50,dan kalau anda tambah ayam atau daging, satu pinggan Nasi Kerabu hanyalah berharga RM7.50. Murah sangat kan? Memang tak peliklah kenapa orang ramai sanggup beratur panjang di kedai ini. Dah la sedap murah pula tu!\nAlamat: 38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (8.30AM \u2013 4PM)\nHaa menarik kan senarai kedai Nasi Kerabu di atas? Lepas ni jika anda teringinkan Nasi Kerabu dah tak perlu susah-susah cari kedai yang jauh! Selamat mencuba.\nSumber: funntaste.com\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/7-cara-berkesan-untuk-hilangkan-kutu-beras/", "title": "7 CARA BERKESAN UNTUK HILANGKAN KUTU BERAS", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-04-17 05:43:35\n\n\n\nAnda baru je beli beras tapi dah jadi sarang kutu beras? Bila beras\u00a0dah ada kutu beras, nasi yang kita tanak nanti jadi tidak berapa sedap dan\u00a0mudah\u00a0basi. Jadi, kami akan kongsikan cara untuk hindarkan\u00a0kutu beras dari menyerang.\n1. Guna Asam Keping\n\nKutu beras memang tak suka asam keping. Jadi, anda hanya perlu letakkan beberapa keping asam keping ke dalam\u00a0tempat simpan beras\u00a0untuk menghalau\u00a0kutu beras.\u00a0\n2. Daun Limau Purut\n\n\u00a0\nAnda juga boleh gunakan daun limau purut kerana kutu beras tak suka\u00a0bau daun limau purut. Letakkan di bahagian atas, tengah dan bawah tempat simpan beras anda.\u00a0\n3. Jemur Bawah Matahari\n\nJika kutu beras anda terlalu banyak, anda hanya perlu jemur beras\u00a0di bawah cahaya matahari.\u00a0Masukkan beras dalam satu dulang dan\u00a0letakkan cili kering atas beras. Jemur beras tersebut.\u00a0\n4. Guna Kulit Kayu Manis\n\nAnda juga boleh letak\u00a0kulit kayu manis ke dalam tempat simpan beras. Aroma dari kulit kayu manis mampu halang kutu beras daripada membiak dalam beras anda.\n5. Guna Daun Pandan\n\nDaun pandan bukan saja boleh mewangikan beras, tapi ia juga boleh menghalau kutu beras.\n6. Guna Cili Kering\n\nAnda hanya perlu gunting dua cili kering\u00a0dan\u00a0letakkan dalam tempat simpanan beras. Bau pedas dari cili kering akan menghalau kutu beras.\n7. Letakkan Dalam Freezer\n\nLetakkan beras anda dalam freezer selama 3 hari. Cara ini akan mematikan kutu beras dan\u00a0telurnya.\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/7-eleven-dakwa-produk-nutrimalt/", "title": "7-Eleven Dakwa Produk Nutrimalt Tiada Alkohol Seperti yang Ditular", "body": "\nMenurut 7-Eleven pihaknya tidak akan mengambil ringan tentang proses kelulusan sesuatu produk yang dijual di bawah rangkaiannya.\nBaru-baru ini media sosial kecoh dengan penularan satu video yang dikongsikan oleh seorang pendakwah, Ustaz Syah tentang minuman jenama Nutrimalt yang tidak halal.\nKetiadaan sijil halal yang disahkan Jakim selain dikilangkan di bawah syarikat pengeluar minuman beralkohol, Carlsberg membuatkan ramai mula was-was hingga timbul dakwaan bahawa minuman berkenaan yang dijual di 7-Eleven mengandungi alkohol.\nArtikel berkaitan: 7E Berubah Ke Konsep Baru, Banyak Makanan Menarik Yang Patut Anda Cuba\nMengambil kira kebimbangan para pelanggan, 7-Eleven Malaysia segera menghubungi pengeluar Nutrimalt, bagi mengenal pasti status minuman berkenaan.\n\n\u201cPihak pengeluar telah memberikan respon secara rasmi dan menekankan bahawa produk ini tidak mengandungi alkohol dan kami berkongsikan maklumat ini kepada pihak umum dan juga pelanggan setia 7-Eleven,\u201d kata rangkaian kedai serbaneka itu dalam satu kenyataan.\nMenurut kenyataan itu lagi, 7-Eleven menegaskan pihaknya tidak akan mengambil ringan tentang proses kelulusan sesuatu produk yang dijual di bawah rangkaiannya.\n\u201cIngin ditekankan bahawa komitmen 7-Eleven adalah berterusan dalam memastikan setiap kebimbangan para pelanggan didengari dan diuruskan dengan baik supaya kami dapat memberikan perkhidmatan terbaik.\n\u201cDi 7-Eleven, semua produk kami melalui proses kelulusan yang ketat untuk memastikan keselamatan penggunaan yang terjamin bagi semua pelanggan.\n\u201cKami sentiasa mengamalkan kerjasama yang rapat dengan para pembekal dalam memastikan pembekalan rantaian yang cekap dan jaminan bahawa setiap produk kami adalah menepati kualiti yang ditetapkan,\u201d kata 7-Eleven lagi.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/7-jenis-kurma/", "title": "Kenali 7 Jenis Kurma Yang \u2018Famous\u2019 Dekat Malaysia, Anda Suka Yang Mana?", "body": "\nJom kenali jenis-jenis kurma yang popular di Malaysia. Seperti yang semua tahu, buah ini memang banyak khasiatnya.\u00a0\nApabila masuk musim puasa, memang kurma ini antara buah wajib untuk dimakan ketika sahur dan berbuka puasa. Hendak pula ia adalah makanan sunnah Nabi.\u00a0\nBaca juga: Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu\u00a0\nAntara khasiatnya, buah kurma bagus untuk sistem penghadaman dan melancarkan sistem peredaran darah dalam badan.\nKalau sebelum ini kita hanya tahu makan, apa kata kita kenali pula jenis kurma yang popular dekat Malaysia ni. Nampak serupa tapi sebenarnya berbeza tau.\n\n1. Kurma Medjool\u00a0\u00a0\n\nAsal-usul: Jenis kurma ini antara yang tertua sekali yang berasal dari Timur Tengah dan Afrika Timur. Kurma Medjool ini ditanam di Maghribi, Palestin, Jordan, serta Arab Saudi.\u00a0\nRasa & Tekstur: Manis dan mempunyai tekstur yang lembut dan berserat.\nWarna & saiz: Berwarna coklat kemerahan dan saiznya agak besar.\n\n2. Kurma Piarom\n\nAsal-usul: Kurma Piatrom ini berasal dari Teluk Parsi dan Timur Tengah sejak zaman purba Mesopotamia iaitu 6,000 Sebelum Masihi.\nRasa & tekstur: Mempunyai kulit gelap nipis yang melekat sepenuhnya dengan isi. Rasa manis yang unik seakan-akan campuran toffee dan karamel.\u00a0\nWarna & saiz: Separa kering, panjang kira-kira 2 hingga 5 cm, nipis dan bujur dengan warna kulitnya yang coklat gelap hingga hitam.\n\n3. Kurma Ajwa\n\nAsal-usul: Berasal dari Madinah, Arab Saudi dan sangat laris dijual di Malaysia.\u00a0\nRasa & tekstur: Mempunyai rasa yang manis danteksturnya sangat licin bila dimakan. Boleh rasa \u2018premium\u2019 kelazatan jenis kurma Ajwa ini.\nWarna & saiz: Bersaiz kecil, warnanya gelap, isinya tebal.\n\n4. Kurma Safawi\n\nAsal-usul: Berasal dari Madinah, Arab Saudi.\u00a0\nRasa & tekstur: Sangat manis dan teksturnya boleh menjadi \u2018chewy\u2019 mengikut kekeringan kurma.\u00a0\nWarna & saiz: Jenis kurma lembut dan kering yang mempunyai warna hitam pekat, panjang bentuknya dan bersaiz sederhana.\n\n5. Kurma Thoory\n\nAsal-usul: Berasal dan ditanam di Algeria, lebih dikenali sebagai Kurma Roti kerana sesuai dinikmati bersama roti.\u00a0\nRasa & tekstur: Isinya agak kenyal dan melekit dan mempunyai campuran rasa nutty dan sangat manis.\u00a0\nWarna & saiz: Buahnya bersaiz sederhana hingga besar memanjang. Warnya coklat keemasan dan matang pada akhir musim.\u00a0\n\n6. Kurma Sayer\n\nAsal-usul: Berasal dari Timur Tengah dan ditanam di sekitar Teluk Parsi.\nRasa & tekstur: Jenis kurma separuh kering dengan tekstur lembut yang unik dan rasa manis.\nWarna & saiz: Berbentuk bujur dan panjangnya kira-kira 2.5 hingga 4 cm. Tumbuh dengan warna kuning dan apabila buah matang, warna bertukar menjadi coklat kemerahan.\n\n7. Kurma Zahidi\n\nAsal-usul: Zahidi bermaksud \u2018kuantiti kecil\u2019 atau \u2018bangsawan\u2019 yang ditanam di Iraq Utara sekitar tahun 1900-an.\u00a0\nRasa & tekstur: Kaya dengan rasa kekacang seakan-akan peanut butter dan jeruk buah aprikot.\u00a0\nWarna & saiz: Bersaiz sederhana dan berbentuk bujur dengan warna keemasan atau perang.\u00a0\n\nSumber: Ratinkhosh, Northern Nester\n"} {"url": "https://myresipi.com/7-promo-makanan-minuman-sempena-hari-merdeka-2022/", "title": "7 Promo Makanan & Minuman Sempena Hari Merdeka 2022, Jimat Habis!", "body": "\nHari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 bakal tiba tak lama lagi!\nSeperti biasa, apabila tiba sambutan hari yang cukup istimewa ini, pelbagai promosi dan diskaun menarik sudah dijangka akan ditawarkan termasuklah di premis makanan dan minuman.\nBerikut merupakan beberapa promosi menarik yang tidak patut anda lepaskan:\n1. Tealive\n\nDapatkan diskaun sebanyak 31% dengan setiap pembelian\u00a0signature coffee\u00a0dari Tealive.\nPromosi bermula dari 17 hingga 31 Ogos 2022 sahaja. Promosi sah untuk pembelian\u00a0walk-in\u00a0dan\u00a0self-pickup\u00a0sahaja.\n2. MyKori\n\nNikmati tawaran istimewa RM31 untuk 2 set Kenko Kakigori dan percuma 2 sudu Gelato.\nPromosi sah dari 15 hingga 30 Ogos 2022 dan sah untuk\u00a0dine-in\u00a0sahaja.\nPromosi ini juga tidak boleh digunakan pada hujung minggu dan cuti umum.\n3. Boat Noodle\n\nKhas untuk peminat Sangkaya Boat Noodle, promosi \u2018Merdeka Special\u2019 akan berlangsung pada 29 hingga 31 Ogos 2022 di semua cawangan dengan harga hanya RM6.50 sahaja!\nPromosi ini adalah tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan.\n4. Subway\n\n\n\n\n\nPromosi Subway \u2018Merdeka Lagi Onz\u2019 menawarkan 6 cookies\u00a0dengan harga hanya RM10 dari 24 Ogos 2022 hingga 6 September 2022.\nJangan lepaskan peluang untuk menikmati soft-dough cookies paling sedap ini!\n5. Secret Recipe\n\n\n\n\n\nSecret Recipe kembali dengan tawaran hebat untuk anda pada Merdeka ini. Nikmati potongan kek kedua anda dengan hanya RM6.50.\nPromosi hanya sah pada 31 Ogos 2022 sahaja bermula dari 12PM hingga 5PM. Jom serbu Secret Recipe nanti!\n\n\n\n\n6. J.Co Donuts\n\n\n\n\n\nTawaran yang paling ditunggu-tunggu dari J.CO kembali lagi tahun ini!\nDapatkan 2 dozen donut anda dengan hanya RM39 dan RM11 untuk sebarang minuman.\nPromosi sah dari 29 hingga 30 Ogos 2022.\n\n\n\n\n\n\n\n\n7. Ayamas\n\n\n\n\n\nSempena Hari Kemerdekaan ke-65 ini, Ayamas menawarkan harga promosi untuk seekor ayam panggang berharga RM31.80 sahaja. Promosi ini hanya sah pada 31 Ogos 2022 untuk take-away\u00a0sahaja.\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/7-rahsia-rebus-jagung-sedap/", "title": "Jagung Liat & Kecut? Ini 7 \u2018Rahsia\u2019 Rebus Sedap Yang Penjual Selalu Pakai", "body": "\nPernah tak terfikir, macam mana orang yang berniaga tu rebus jagung elok, gebu, sedap je walaupun jagung tu dah sejuk?\nIngatkan rebus jagung ni simple je. Jerang air, bubuh jagung dan tunggu sampai masak. Tapi mesti ramai antara kita yang pernah jadi macam ni bila rebus jagung dekat rumah kan?\nSebenarnya ada beberapa cara rebus jagung dan tips yang boleh kita praktikkan supaya hasilnya empuk, sedap dan tak keras walaupun dah sejuk.\nBaca juga: Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Ala Pasar Malam Tanpa Kukus\nIni 7 Petua Rebus Jagung Korang Kena Tahu\n\n1. Pilih Jagung Segar\nMula-mula sekali masa nak membeli jagung, kenalah pilih jagung yang elok. Sedikit tips untuk memilih jagung adalah berdasarkan kelembapan dari daun dan batang jagung tersebut.\nDaun jagung dengan kualiti baik biasanya memiliki daun yang berwarna kehijauan, segar dan tidak kering manakala warna batang bawahnya juga kelihatan segar dan tidak berwarna coklat tua.\nJagung segar yang dah dibeli jangan biarkan diluar sebab ia akan kehilangan kemanisan semulajadi jagung. Kalau belum nak masak lagi, terus simpan di peti sejuk.\n2. Rebus sekali dengan kulit\nSebelum merebus, selalunya kita buangkan kulitnya dulu kan? Tapi tahukah anda, kalau nak dapatkan hasil rebusan jagung yang segar dan tak mudah mengecut, jangan tanggalkan semua atau botakkan jagung tu tau!\nSebaliknya, kerat hujung dan pangkal jagung dan cuma buang kulit yang tua saja. Tinggalkan sedikit kulit yang muda untuk melindungi isi jagung tersebut. Hasilnya jagung jadi lebih empuk dan lemak!\n3. Cara rebus jagung supaya empuk\n\nCara rebus jagung ni mungkin ada banyak versinya. Yang paling mudah, masukkan ke dalam periuk dan isikan air lebih kurang separas dengan jagung.\nKemudian biarkan air mendidih dan barulah masukkan jagung. Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) sekitar 5-10 minit sudah mencukupi.\n4. Jangan letak garam terlalu awal\nJangan tambah garam semasa terlalu awal semasa merebus jagung sebab ia akan menyebabkan isi jagung menjadi keras, liat dan kecut bila dah sejuk. Seeloknya lepas jagung dah masak nanti baru taburkan sedikit garam halus.\n5. Tambah sedikit gula\nSemasa rebus jagung, boleh juga tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang lebih manis.\n6. Elak rebus jagung terlalu lama\nRamai yang leka masa rebus jagung sebab ia takkan hangus. Tapi elakkan rebus jagung terlalu lama tau. Bila air rebusan dah nampak kuning, terus matikan api. Jika rebus jagung terlalu lama akan mengakibatkan jagung mengecut dan tak rangup.\n7. Sapukan butter selepas masak\nSelepas jagung masak, bolehlah sapukan butter dan taburkan sedikit garam atau sedikit serbuk lada putih. Barulah rasanya bertambah lemak dan bau pun wangi! Ni lah selalu cara rebus jagung orang jual di pasar malam tu.\n\nOk mudah je kan? Siapa suka jagung rebus lain kali bolehlah cuba rebus sendiri di rumah. Lepas tu cuba ikut tips yang disenaraikan ni. Insha Allah jagung rebus lebih empuk dan sedap.\nSemoga bermanfaat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/7e-berubah-ke-konsep-baru-banyak-makanan-menarik-yang-patut-anda-cuba/", "title": "7E Berubah Ke Konsep Baru, Banyak Makanan Menarik Yang Patut Anda Cuba", "body": "\n7-Eleven atau 7E yang kita kenali dahulu kini sudah bertukar konsep dan mula memperkenalkan konsep cafe. Selain itu, banyak juga benda yang sudah ditambah baik serta makanan yang dijual di sini juga amatlah sedap dan beraneka pilihan.\nSebuah akaun Twitter milik @sofearozaidi_, ada berkongsi tentang pengalamanya pergi ke 7E Cafe. Katanya di 7E Cafe ini mereka menggunakan sistem kad, haa macam mana tu? macam canggih je kan? Kalau korang nak tahu jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!\n7E Berubah Ke Konsep Baru, Banyak Makanan Menarik Yang Patut Anda Cuba:\n\u201d Best nya sistem 7E CAFE ni. Pilih pilih kad pastu pass kat kaunter je. Tau tau siap! \u201d\n\u201d I sekarang hari hari nak pergi 7E CAFE ni sebab makanan air & aiskrim dia semua sedap \u201d\n\n\u201d Special dekat sini ada pau ayam masak lemak! Pedas dan sedap. Meh i share list lain i pernah try \u201d\nFinger chicken\n\nFinger Chicken yang dijual di sini adalah antara makanan yang mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. Anda boleh meminta 2 jenis sos daripada staff di sini iaitu thai sweet chili dan spicy mango. Kedua-duanya sedap tau!\n\u201d Kalau beli fingger chicken ni please mintak sos ni pedas i lupa nama dia either thai sweet chili or spicy mango! Korang tunjuk jelah video ni tapi serious sos ni tak pernah rasa kat mana mana sedap. RM7.90 if tak silap \u201d\nIce latte\n\nJika anda ke 7E Cafe ni, bersiap sedia lah untuk menjadi rambang mata. Haa sebab di sini ada pelbagai jenis menu kopi seperti Iced Latte, Hot Cappucino dan Americano. Bukan itu je, pilihan minuman lain pun cukup banyak!\n\u201c Ice latte kat sini memang best! Dah lah murah untuk cup besar ni. RM5.90 boleh request syrup.\u201d\u00a0\nSoftserve\n\nMesti nikmat bila dapat makan soft serve di 7 Caf\u00e9! Anda boleh pilih perisa Thai Milk Tea atau Gula Melaka. Nak perisa campur pun boleh! Tapi antara perisa yang sering menjadi pilihan ramai adalah Thai Milk Tea. Memang sedap sangat dan anda patut cuba.\n\u201d Soft serve thai milk tea kat sini i recommended gila! Go try. Rasa dia tak pelik langsung & balance! I dah try yang cup tu share 2 orang pun boleh serving portion dia. RM5.90 \u201d\nSebenarnya ada banyak lagi jenis makanan yang anda boleh dapati di 7E Cafe ni tau. Sebut je nak apa mesti ada di sini. Harganya juga sangatlah murah jadi anda boleh la borong semua makanan di sini.\n\u201c So far tu je i pernah try yang lain dari lain. Macam hotdog semua tu typical je cuma SOS dia tu lah yang EXTRAAAA \u201d\n\u201c Ni antara menu dorang. Rambang mata kan? beli jelah semua.\u00a0Next i nak try croffle tu. Mesti best gilaaaa \u201d\n \nCara Beli Makanan di Kaunter:\n@sofearozaidi_ juga ada berkongsi cara untuk membeli makanan di 7E Cafe ini kerana mereka menggunakan sistem kad. Anda jangan risau sebab cara nak order, mudah je.\n\u201c Ni haaa dorang siap ada direction kat tempat pilih kad tu. Kalau korang dah try share lahhh review kat sini \u201d\n\u201d I suka sebab harga affordable plus setiap kali i datang & nak apa i nak tu ada \u201d\u00a0\n\n\n\nSetakat ini, 7E Cafe hanya beroperasi di beberapa lokasi sahaja. Antara lokasinya adalah:\n\n7-Eleven Menara TA One \u2013\u00a0 Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur\n7-Eleven Desa Sri Hartamas \u2013 No 16 (GF) Jalan 23/70 A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur\n7-Eleven Tun H.S. Lee \u2013 Jalan Tun H. S. Lee, 50000 Kuala Lumpur\n7-Eleven Bukit Antarabangsa \u2013\u00a0 Jalan Wangsa 2, Bukit Antarabangsa, 68100 Ampang, Selangor\n7-Eleven Saujana KLIA \u2013 No 60 (GF), Jalan Saujana KLIA 1/A, Taman Saujana KLIA, 43900 Sepang, Selangor\n7-Eleven Eco Ardence \u2013 No 7 (GF), Jalan Eco Ardence D, U12/36D, Eco Ardence, Seksyen U12, 40170, Shah Alam, Selangor\n7-Eleven Jalan Kristal \u2013 No. 10 (GF), Jalan Kristal J7/J, Sek 7, 40000 Shah Alam, Selangor\n7-Eleven Jalan Warisan \u2013 No 5 (GF), Jalan Warisan, Sentral 1, 43900 Sepang Selangor\n7-Eleven TTDI Helmi \u2013 No 96, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur\n7-Eleven Bukit Damansara KL \u2013 No. 73 Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur\n7-Eleven Damansara Utama 2 \u2013 No 31 (GF), Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor\n7-Eleven Bandar Bukit Tinggi Klang \u2013 No 36 (GF), Lorong Batu Nilam 4B, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor\n7-Eleven Taman Danau Desa \u2013 No. 15 (GF), Plaza Danau 2, Jalan 2/109F, Taman Danau Desa, 58100 Kuala Lumpur\n7-Eleven Ampang Point \u2013 No. 55, Jalan Mamanda 9, Taman Dato\u2019 Ahmad Razali, 68000 Selangor\n7-Eleven Jalan Setia Utama \u2013 No 32, Jalan Setia Utama As U13/AS, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor\n7-Eleven Taman Segar KL \u2013 No. 47 Jalan Manis 4, Taman Segar, 56100 Kuala Lumpur\n7-Eleven KL Traders Square \u2013 Lot 7-G, KLTS Traders Square, No. 99, Jalan Gombak 53000 Setapak Kuala Lumpur\n7- Eleven IPC Shopping Centre \u2013 LG1.40, Lower Ground, IPC Shopping Centre, No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor\n7-Eleven SJMC Subang Jaya \u2013 No. 7 (GF), Jalan SS 12/1B, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor\n7-Eleven Taman Melawati \u2013 9180, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur\n7-Eleven Commerce Off Jln Klang Lama \u2013 Lot 6-0 (GF), Commerce One, Lorong 2/137C, Off Jalan Kelang Lama, 58200 Kuala Lumpur\n\nSumber: @sofearozaidi_\u00a0\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/8-kafe-aesthetic-untuk-korang-ootd-di-ipoh-memang-wajib-pergi/", "title": "8 Kafe Aesthetic Untuk Korang OOTD Di Ipoh, Memang Wajib Pergi", "body": "\nBila kita ke Ipoh je, confirm orang ramai akan sebut Concubine Lane kan? Pastu tangkap gambar di dinding yang penuh dengan lukisan. Tapi tahukah anda di Ipoh terdapat banyak sangat kafe yang menarik dan hipster? Memang banyak tau! Haa boleh la korang ber OOTD di kafe-kafe di Ipoh pulak. Jom kita tengok senarai kafe aesthetic yang boleh korang kunjungi kalau korang ke Ipoh.\nSenarai Kafe Aesthetic Untuk Korang OOTD Di Ipoh:\n1. Happy 8 Retreat Cafe\n\nKafe ini berdekatan dengan Concubine Lane tau haa so kalau korang dah alang-alang dekat sini, korang wajib tau datang ke kafe ini. Di Happy 8 Retreat Cafe ni mereka bertemakan konsep ala-ala rimba. Jadi, bagi anda yang inginkan ketenangan atau ingin buat assignment/kerja boleh la datang ke sini sambil menghirup coffee latte panas. Nyums!\nAlamat: 46 Jalan Market, 3000 Ipoh, Perak\n2. Shake & Bake Cafe\n\nShake & Bake Cafe ialah sebuah kafe yang menyajikan roti, pastri dan kek yang dibuat fresh untuk anda. Dekat sini, anda boleh pilih nak duduk luar atau nak duduk di dalam tau sebab ruang di kafe ini memang sangat luas. Seain itu, kopi ni kafe ini semuanya sedap dengan harga yang sangat berpatutan.\nAlamat: 14, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, 30250\n3. Platf9rm Coffee Caf\u00e9\n\nPeminat Harry Potter, anda pasti seronok kalau datang ke kafe ini. Kafe ini pun terletak di Concubine Lane tau, Platf9rm Coffee Cafe ni memang dah popular sangat walaupun baru je buka, ini adalah kerana dekorasi kedai ini yang ala-ala Harry Potter. Haa best giler! Dekat bahagian bawah kafe ini ada satu ruang untuk korang ber OOTD!\nAlamat: 2, Lorong Panglima, Concubine Ln, 30000 Ipoh, Negeri Perak\n4. Fujiwara Tofa Shop\n\nFujiwara Tofa Shop merupakan kafe yang mendapat sambutan hangat ketika pembukaannya. Kafe ini bertemakan siri manga pelumba kereta Jepun Initial-D yang terkenal, Fujiwara Tofa Shop ini menyajikan pencuci mulut tau fu fah. Haa sambil-sambil tu korang boleh la ter OOTD di depan kafe ini.\nAlamat: Palo 101 Lot 189-E, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak\n5. Chakori\n\nChakori ialah kafe Ipoh yang terkenal di Internet kerana dekorasi kedainya yang dipanggil \u2018Instagramable\u2018. Selain itu, ramai orang juga menggemari wafel mereka yang sedap dengan pelbagai pilihan perisa yang menarik.\nAlamat: 35, Jalan Market Ipoh, 30000 Perak\n6. Asow Eatery Station\n\nDapatkan ketenangan dan kedamaian di Stesen Asow Eatery, kafe rumah kaca pertama di Ipoh. Kafe ini kelihatan seperti sebuah kedai bunga di bahagian luar kerana kafe ini dipenuhi dengan bunga-bunga yang sangat cantik. Selain itu, makanan di sini juga boleh tahan sedap tau!\nAlamat: PT 188913 Jalan Tambun Baru, Ampang Baru 6, Ampang Baru New Village, Ipoh, Perak\n7. Jln Theatre Coffee\n\nKopi Teater Jln ialah kedai kopi yang khusus untuk pecinta kopi yang tegar. Kopi mereka ini memang pure rasanya sangat pekat. Selain itu, suasana kafe ini sangat tenang dan cantik untuk anda bergambar.\nAlamat: 76 Jln Theatre 30300 Ipoh, Perak\n8. PBUY & DRINK\u00c4 Store\n\nLihat saja lampu neon yang berbentuk gajah haa itulah kafe PBUY & DRINK\u00c4! Kafe ini mempunyai dalaman minimalis gaya Korea dengan dinding putih dan ton kayu, Sangat cantik kalau anda nak bergambar di sini. Latte raspberi istimewa mereka juga memang sangat sedap dan dipadankan dengan sepotong kek keju hangus berkrim, fuhh memang layan.\nAlamat: 146, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh\nSumber: Klook.com\u00a0\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/8-makanan-cegah-risiko-menghidap-kanser-ovari/", "title": "Cegah Risiko Menghidap Kanser Ovari Dengan \u20188 Makanan\u2019 Ini", "body": "\nBaru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian selebriti, Allahyarhamah\u00a0Adibah Noor\u00a0pada Sabtu lalu akibat menghidap kanser ovari tahap empat.\nBerita duka tersebut turut mengejutkan semua rakyat Malaysia kerana beliau seorang selebriti tanah air yang berbakat dan disegani ramai.\nMenurut\u00a0Kementerian Kesihatan Malaysia, gejala kanser ovari ini tidak dapat dikesan di peringkat awal hingga kini dan kebanyakan pesakit yang menghidapnya sering mengalami gejala seperti di bawah:\n\nCegah Risiko Menghidap Kanser Ovari Dengan \u20188 Makanan\u2019 Ini\nBagi mengurangkan risiko penyakit kanser ini, ada 8 pilihan makanan yang boleh anda amalkan bagi mengurangkan risiko terkena kanser ovari.\n1. Blueberry\n\nBlueberry mengandungi antioksidan yang membantu mencegah perkembangan pelbagai bentuk kanser. Ia juga salah satu daripada beberapa jenis beri yang boleh memberi impak yang sangat positif terhadap kesihatan individu.\nJadi, apa yang membuat blueberries seperti pejuang kanser yang berkesan? Ini kerana mereka mengandungi fitokimia kuat yang dikenali sebagai antosianin, komponen yang sebenarnya memberikan mereka warna yang unik.\n\n\nSecara ringkasnya, blueberry dipenuhi dengan agen kanser, dari vitamin yang sihat seperti vitamin C dan K, khususnya kepada mangan dan serat makanan. Paling baik adalah blueberry menjadi tambahan hebat untuk apa-apa makanan, dari bijirin sarapan hingga salad waktu makan siang.\n2. Bayam\n\nSayur bayam juga elok untuk mencegah kanser ovari. Bayam mengandungi agen kaempferol yang melawan kanser, yang mempunyai potensi untuk membunuh sel-sel kanser.\nBayam juga kaya dengan antioksidan yang kuat, vitamin dan mineral yang berkesan untuk memerangi dan mencegah kanser.\nBoleh dikatakan, bayam lebih fleksibel daripada kale atau endive. Kerana rasa yang agak ringan kerana kedua-dua kale dan endive mempunyai rasa yang lebih pahit.\nBayam mudah ditambahkan kepada hampir mana-mana hidangan. Sebenarnya, bayam mempunyai rasa yang baik dan lembut yang menjadikannya tambahan yang baik untuk pelbagai makanan.\n3. Endive\n\nSalah satu pejuang kanser baru yang paling hangat adalah sayur-sayuran, sayuran yang anda mungkin tidak pernah dengar. Endive sering dijumpai dalam salad, ia mempunyai rasa dan tekstur kubis ringan dan sedikit pahit.\nSesetengah kajian menunjukkan bahawa memakannya dengan kerap dapat mengurangkan peluang wanita untuk mendapat kanser ovari. Hal ini kerana ia mengandungi agen kanser semula jadi yang dikenali sebagai kaempferol, yang sebenarnya mampu membunuh sel-sel kanser.\nSelepas ini anda boleh pertimbangkan untuk menambahkan endive dalam hidangan anda.\n4. Kale\n\nSama seperti endive, kale juga mengandungi kaempferol ejen yang dapat melawan kanser.\nRamai pakar percaya ia berkesan membunuh sel-sel kanser dan menjadi salah satu cara mencegah kanser ovari. Kale juga dimuatkan dengan antioksidan kuat, vitamin, dan besi.\n5. Bawang\n\nBawang adalah salah satu makanan paling tidak diinginkan untuk dimakan. Mengapa? Kerana ia boleh menyebabkan nafas mulut dan bau yang kurang menyenangkan.\nNamun begitu, bawang dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, termasuk kanser ovari. Secara khusus, bawang mengandungi pelbagai agen kanser, dari apigenin, anthocyanin, dan myricetin untuk quercetin.\nJika anda tertanya-tanya jenis bawang yang mana satu, bawang merah secara teknikalnya mempunyai lebih banyak agen kanser. Bawang yang dimasak atau mentah, ia tetap mempunyai keupayaan untuk mengurangkan risiko mendapat kanser ovari.\n6. Ikan\n\nIkan adalah salah satu makanan paling sihat yang anda boleh makan. Bukan sahaja ia dipenuhi dengan protein, tetapi ia sangat rendah lemak dan kalori.\u00a0 Walau bagaimanapun, ia bergantung pada jenis ikan yang anda makan.\nWalaupun ikan yang agak tinggi lemak seperti salmon, ia tetap boleh dimakan kerana mengandungi asid lemak omega-3, yang bagus untuk meningkatkan kesihatan otak dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta penyakit lain yang serius.\nIkan yang mengandungi asid lemak omega-3 turut membantu menghalang perkembangan kanser dengan mengehadkan bekalan darah ke sel-sel kanser.\nNamun ada satu perkara yang anda perlu tahu iaitu banyak jenis ikan yang tinggi asid lemak omega-3 \u00a0seperti ikan salmon, sardin, makarel, dan herring mempunyai merkuri yang tinggi, yang mana boleh jadi beracun jika dimakan jumlah yang tinggi.\nNamun, itu tidak bermakna anda harus mengelakkan jenis ikan ini. Sebaliknya, hanya hadkan makan mereka untuk beberapa kali setiap minggu.\n7. Tomato\n\nTomato juga sebenarnya sangat berkesan dalam mencegah perkembangan kanser ovari. Itu kerana tomato mengandungi lycopene anti-angiogenik, pigmen yang memberikan buah-buahan dan sayur-sayuran merah warna tersendiri.\nIa juga mempunyai antioksidan yang melawan radikal bebas yang boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan kanser seperti kanser ovari. Tomato boleh didapati secara meluas di mana sahaja dengan harga yang berpatutan.\n8. Garam buluh\n\nGaram buluh telah terbukti dari segi saintifik dapat mencegah kanser dan juga penyakit-penyakit kronik yang lain. Amalan pengambilan garam buluh dalam kehidupan seharian dapat membantu wanita mencegah kanser ovari lebih awal.\nKalia amat disyorkan untuk mengambil garam buluh kerana sumber mineral yang terkandung didalamnya diperlukan oleh tubuh badan anda. Ini secara tidak langsung merawat anda dari dalam badan. Garam buluh juga telah diamalkan oleh penduduk korea yang juga menjadi rahsia rawatan tradisional mereka sejak beribu tahun dulu hingga kini.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/9-minyak-zaitun/", "title": "9 Perbezaan Minyak Zaitun Yang Anda Patut Tahu, Lain Cara Masaknya", "body": "\nTercari-cari jenis minyak zaitun yang ada di pasaran?\nMinyak zaitun adalah sejenis minyak yang diperoleh dari buah zaitun. Ianya merupakan pokok tradisional dari lembah Mediterranean, jadi ianya sudah digunakan sejak berkurun dahulu.\nVariasi minyak zaitun juga ada beraneka. Tertanya-tanya apakah jenisnya?\nArtikel berkaitan: Bukan Semua Minyak Zaitun Sesuai Untuk Masak, Ini Cara Membezakannya\nBerikut min senaraikan 9 jenis minyak zaitun untuk anda ketahui. Teruskan membaca!\n\n1. Jenis Asli\n\n\nPure olive oil atau minyak zaitun asli ini merupakan variasi minyak zaitun yang agak murah berbanding yang lain.\nWalaupun ianya tulen, minyak zaitun jenis ini kualitinya lebih rendah daripada minyak zaitun extra-virgin atau virgin.\nWarnanya lebih cerah, rasanya lebih neutral, dan kandungan asid oleik berukuran antara 3-4% sahaja.\nAntara kegunaan minyak zaitun asli ialah ianya boleh menjadi minyak serbaguna untuk menyediakan pelbagai jenis masakan. Contohnya sos, pasta dan kebanyakan jenis masakan.\n\n2. Jenis Virgin\nKami yakin anda pasti biasa terdengar nama virgin olive oil ini, bukan? Ianya merupakan antara minyak zaitun yang terawal yang didapati, jadi versi ini boleh dikatakan agak lama.\nVirgin olive oil ini merupakan minyak yang lebih rendah kualitinya, dengan keasidan bebas hingga 2.0% dan warnanya kuning kehijauan.\nPenggunaan jenis minyak ini terhad kepada makanan sahaja, misalnya ianya boleh dijadikan spread untuk roti. Ianya tidak sesuai untuk dimasak menggunakan haba yang tinggi.\nDisebabkan kualitinya yang tidak dijamin baik, lebih ramai orang menggemari jenis yang extra virgin oil kerana ianya versi yang ditambah baik dari segi kualiti dan khasiat.\n\n3. Jenis Extra Virgin\n\n\nInilah jenis minyak yang sentiasa diburu orang ramai di pasar raya -minyak zaitun extra virgin.\nJenis ini merupakan jenis minyak yang berkualiti tinggi kerana ianya tidak melibatkan penambahan bahan-bahan kimia yang menjejaskan kualiti minyak zaitun.\nMinyak zaitun extra virgin diperoleh dengan pengekstrakan mekanikal sejuk tanpa menggunakan pelarut atau kaedah penapisan.\nDisebabkan kualitinya yang tinggi, minyak zaitun ini juga kaya dengan khasiat. Ianya berfungsi sebagai anti-radang, meningkatkan kesihatan rambut dan kulit serta melindungi daripada diabetes dan penyakit jantung.\nMinyak ini juga selamat untuk diminum begitu sahaja dan boleh dijadikan rutin setiap hari. Jika anda ingin memanfaatkan khasiatnya, amalkanlah rutin ini!\n\n4. Jenis Refined\n\n\nMinyak zaitun refined ialah minyak yang diperoleh dari minyak zaitun dara dengan kaedah penyulingan yang tidak menyebabkan perubahan struktur gliseridik awal.\nMinyak zaitun halus mempunyai keasidan bebas, dinyatakan sebagai asid oleik, tidak lebih dari 0.3%. Disebabkan ini, rasa minyak jenis ini tidak terlalu kuat.\nAnda boleh mencampurkan minyak zaitun jenis refined ini dengan minyak zaitun yang lebih kuat rasanya bagi menjaga kualiti masakan supaya ianya tidak terasa tawar.\nUntuk penggunaanya, minyak ini dapat digunakan untuk memanggang, menumis, memanggang, dan menggoreng.\n\n5. Jenis Pomace\n\n\nMinyak zaitun pomace mendapat nama dari \u201cpomace\u201d zaitun \u2013 ini adalah sisa kering buah zaitun, kulit dan lubang, setelah minyak zaitun dara dihasilkan.\nJenis ini mempunyai komposisi lemak yang sama dengan minyak zaitun biasa, jadi ianya memberikan manfaat kesihatan yang sama.\nIa juga mempunyai smoke point yang tinggi. Ini bermaksud bahawa tahap haba yang digunakan dalam memasak dan proses umum untuk membuat makanan tidak akan merosakkan kualiti minyak, termasuk rasa atau bau.\n\n6. Jenis Ringan (Light)\n\n\nLight olive oil atau minyak zaitun ringan dihasilkan menggunakan haba setelah penekanan minyak zaitun virgin yang pertama. Berbanding hijau tua, minyak zaitun ringan mempunyai warna kuning keemasan.\nDisebabkan kualitinya yang rendah, minyak ini memiliki aroma yang tidak sekuat minyak zaitun yang lain. Jadi, ia lebih bagus digunakan untuk menggoreng atau memanggang.\n\n7. Jenis Extra Light\n\n\nMinyak zaitun extra light ini kelihatan hampir sama dengan minyak zaitun ringan, namun ia semestinya mempunyai perbezaan yang tersendiri.\nIanya berbeza dari segi kadar pengekstrakan minyak zaitun yang jauh lebih tinggi berbanding minyak zaitun yang jenis ringan.\nDisebabkan smoke point yang lebih tinggi dari jenis minyak zaitun yang lain, minyak jenis ini boleh digunakan untuk memasak, memanggang dan deep frying.\n\n8. Jenis Classico\n\n\nSelain minyak zaitun extra virgin, minyak zaitun classico ini juga menyihatkan dan sesuai digunakan untuk yang berdiet.\nIni kerana ianya sendiri adalah campuran minyak zaitun refined yang telah ditambah dengan minyak zaitun extra virgin yang berkualiti tinggi.\nDengan warna kuning keemasan yang jelas, ianya dapat meningkatkan aroma makanan dan menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam masakan Itali.\nMinyak ini boleh digunakan untuk mengurut, memasak, disapu pada rambut, kulit dan juga boleh dimakan.\n\n9. Jenis Cold-Pressed\n\n\nCold-pressed adalah cara untuk membuat minyak zaitun tanpa penggunaan haba atau bahan kimia.\nIa melibatkan proses menghancurkan biji zaitun menjadi pes dan kemudiannya, menggunakan mesin tekan untuk memisahkan minyak dari pulpa.\nRasa minyak zaitun ini lebih kuat dan kualitinya juga merupakan antara yang terbaik. Disebabkan itu, harganya agak mahal di pasaran.\n\nSumber: HealthifyMe\n"} {"url": "https://myresipi.com/9-petua-elak-biskut-cepat-lemau/", "title": "Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap", "body": "\nPenat-penat buat biskut raya, akhirnya biskut cepat lemau dan menjadi tengik. Mesti\u00a0frust\u00a0kan bila jadi macam ni?\nBila tersalah cara simpan, biskut akan menjadi lemau dan tidak tahan lama. Jangan risau, ada petua untuk mengelakkan masalah ini berlaku.\nJom sama-sama praktikkan 9 tips ini supaya kuih raya kekal sedap dan\u00a0rangup.\nBaca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala \u2018Famous Amos\u2019, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!\nPETUA ELAK BISKUT CEPAT LEMAU\n1. Simpan dalam bekas kedap udara\nBagi memastikan biskut raya tahan lama, simpan dalam bekas kedap udara dan jangan dibuka terlalu kerap. Biskut menjadi lemau disebabkan udara yang masuk ke dalam bekas.\n2. Jemur tepung dan gula\nIni merupakan petua orang tua zaman dahulu supaya biskut yang dihasilkan sedap dan rangup. Tepung dan gula perlu dijemur terlebih dahulu supaya biskut lebih ringan. Selain jemur, tepung boleh disangai di dalam kuali sebelum digunakan.\n3. Jangan campurkan biskut berlainan dalam satu bekas\n\nElakkan mencampur biskur yang berlainan jenis dalam bekas yang sama. Hal ini kerana, ia akan menyebabkan biskut cepat lemau kerana setiap jenis biskut diadun dengan bahan yang berbeza.\n4. Sejukkan sebelum disimpan\n\nSelepas keluarkan biskut dari oven, jangan terus disimpan ke dalam balang. Hal ini kerana wap panas akan terkumpul di dalam balang seterusya melembabkan biskut.\n5. Guna bekas yang kering\nPastikan bekas yang digunakan untuk menyimpan biskut benar-benar kering. Ianya untuk mengelakkan biskut cepat rosak apabila disimpan dalam keadaan lembab.\n6. Taburkan gula\nUntuk mengelakkan biskut menjadi cepat tengik dan hapak, taburkan sedikit gula ke dalam balang atau bekas yang mengandungi biskut.\n7. Alas dengan kertas minyak\n\nJika membuat kuih yang berminyak seperti biskut mentega atau biskut tart, pastikan setiap lapisan biskut di dalam balang dialas dengan kertas minyak. Ianya bertujuan untuk menyerap lebihan minyak dan memastikan biskut sentiasa kering.\n8. Guna bunjut garam\nMasukkan uncang berisi garam ke dalam biskut untuk memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh masa yang lama.\nLetakkan satu atau dua sudu teh garam dalam setiap uncang, kemudian masukkan ke dalam balang. Garam berfungsi untuk menyerap kelembapan yang ada di dalam balang.\n9. Panggang kacang terlebih dahulu\nKekacang yang tidak tidak dipanggang sebelum dimasukkan ke dalam adunan biskut akan menyebabkan biskut menjadi cepat lemau dan tengik.\nOleh itu, jika anda membuat biskut berasaskan kacang, panggang kacang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan biskut.\u00a0Elakkan juga menggoreng kacang kerana ia akan membuatkan biskut lebih berminyak.\nKredit: Rasa\nBaca juga:\u00a0Cara Buat Biskut Semperit Tanpa Oven, Bakar Atas Dapur Gas Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/abang-ini-dedah-rahsia-resipi-tepung-pisang-goreng-hasil-jualannya/", "title": "Sudah Niaga Hampir 15 Tahun, Abang Ini Dedah Resipi Rahsia Tepung Pisang Goreng Hasil Jualannya", "body": "\nPernah tak anda tertanya-tanya macam mana peniaga\u00a0pisang\u00a0goreng membuat bancuhan tepung pisang goreng rangup dan berserdak?\nSerius sedap kalau dapat ratah serdak pisang goreng ini. Makan petang-petang kat laman rumah dengan secawan teh bersama keluarga tercinta.\nSeorang peniaga pisang goreng dedah resipi pisang goreng hasil jualan hariannya hampir 15 tahun. Jom lihat resipi perkongsian olehnya di bawah.\nRESIPI RAHSIA TEPUNG PISANG GORENG HASIL JUALAN 15 TAHUN\nBahan-bahan:\n\nTepung beras 2 cawan\nTepung gandum suku cawan\nSerbuk kunyit setengah sudu\nKapur makan sedikit\nGulu 1 sudu besar\nGaram 1 sudu\nTelur 1 biji\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan sehingga sebati.\nBoleh guna pisang abu, pisang nangka, mahupun pisang tanduk dan jenis pisang lain.\nPisang dibelah dua. Celup dalam bancuhan tepung tadi dan sedia untuk digoreng. Goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.\nKalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan. Selamat mencuba!\n\nSumber: Yayar B. Awang Noh\n"} {"url": "https://myresipi.com/abang-subway-ini-kongsi-cara-order-salad-bowl-yang-sedap/", "title": "Bosan Asyik Makan Sandwich? Abang Subway Ini Kongsi Cara Order Salad Bowl Yang Sedap", "body": "\nMesti ramai dah biasa makan sandwich di Subway kan? Kadang-kadang muncul rasa bosan juga asyik makan sandwich.\u00a0Haa,\u00a0kali ini apa kata jom cuba pesan Salad Bowl pula.\nMenu ini sangat sesuai untuk korang yang tengah diet. Tak diet pun boleh makan, sebab sedap!\u00a0Anda boleh ubahsuai kandungan salad ikut citarasa anda sendiri.\nBagi yang pertama kali nak cuba pesan Salad Bowl di Subway, jom kita tengok cara yang dikongsikan oleh\u00a0@syafiqunil98\u00a0di TikTok!\nCara Order Salad Bowl Yang Sedap\n1. Pilih protein\nPertama sekali, pergi ke kaunter Subway dan pesan 1 Salad Bowl dan beritahu pekerja Subway yang anda nak\u00a0customize.\nAnda boleh pilih sejenis protein kegemaran anda di Subway. Kalau nak\u00a0add-on\u00a0daging atau ayam pun boleh. Menurut Abang Subway, harganya sekitar RM 2.50 hingga RM 5.00.\n2. Pilih sayur\nMacam\u00a0order\u00a0sandwic, anda boleh pilih mana-mana sayur yang anda suka. Nak pilih semua pun tak ada masalah!\n\n3. Pilih add-on\nAbang Subway juga sarankan orang ramai untuk lengkapkan pesanan salad dengan\u00a0add-on\u00a0yang ditawarkan seperti mushroom, seafood sensation, avocado atau corn. Gerenti bertambah sedap jadinya! Setiap\u00a0scoop add-on\u00a0berharga RM 2.50 sahaja, rugi tak letak!\n4. Pilih sos\nAbang Subway cadangkan untuk letak tak terlalu banyak sos supaya rasa sayur dan protein dalam salad lebih nikmat dan tak terlalu muak. Dalam video TikToknya, dia menyarankan untuk letak mayonnaise dan Thousand Island.\nSelain dua sos ni, anda juga boleh pesan sos lain yang sesuai dengan salad iaitu honey mustard dan sweet onion. Kata pekerja Subway ni, kalau nak combine sekali 4 sos ni pun sedap!\nUntuk seimbangkan rasa, boleh request untuk tambahkan sedikit garam dan lada hitam.\n\nMenu Salad Bowl \u2018Recommended\u2019\nBagi yang belum tahu, semua menu dekat Subway boleh dijadikan Salad Bowl!\nMenu salad bowl yang dicadangkan oleh Abang Subway dan beberapa netizen di ruangan komen ni adalah :\n\nSalad Chicken Slice + Seafood + Corn\nSalad Steak & Cheese\nSalad BBQ Chicken + Chicken Slice + Corn\nSalad Chicken Teriyaki + Cheese + Sos Cili + Mustard + Thousand Island\n\n\nNak Jadikan Set Meal? Boleh!\nSeperti pesanan sandwic, anda juga boleh jadikan Salad Bowl sebagai Set Meal. Di Subway, ada dua option yang anda boleh pilih sama ada :\n\nSmall Meal \u00a0(RM 3.50) \u2013 Boleh dapat 1 cawan minuman saiz kecil dan 1 cookies pilihan.\nRegular Meal (tambah RM 5.00) \u2013 Boleh dapat 1 cawan minuman saiz besar dan 2 cookies ATAU sebungkus Potato Chips.\n\nBerbaloi sangat kalau nak jadikan set!\nBerbaloi sangat cuba Salad Bowl ni. Harga tak sampai RM 20, tapi boleh buatkan orang kenyang sampai ke malam! Isi penuh pula tu! Selamat mencuba.\nSumber: TikTok @syafiqunil98, Daily Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/acar-timun-jepun/", "title": "Acar Timun Jepun Guna Sprite Ikut Resipi Chef Dave, Rangup Krup Krap Nak Meratah", "body": "\nResipi Acar Timun Jepun dari Chef Dave ini memang trending dan tular di media sosial lagi-lagi TikTok. Min pun terliur dibuatnya sebab nampak macam sedap.\nSiapa yang tak kenal Chef Dave, seorang tukang masak yang popular dengan masakan vegan dan sihat dan beliau tak lokek ilmu untuk berkongsi di laman TikTok, Instagram serta Facebook.\nBaca juga: Cara Buat \u2018Gejang\u2019, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce\nTetapi disebabkan resipi acar timun jepun ini popular di TikTok, ramai pengguna merasa teruja dan ada yang sudah mencuba katanya sedap dan boleh \u2018repeat\u2019 banyak kali.\nBahan untuk membuatnya pun ringkas dan mudah untuk membuatnya. Nak makan ratah begitu pun tiada masalah. Jom kita lihat resipi dari perkongsian chef ini.\nRESIPI ACAR TIMUN JEPUN GUNA SPRITE\nResipi ini asalnya viral dari China, jadi saya kongsikan semula ikut tekak Malaysian.\nPortion hidangan: Seorang makan\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 batang timun jepun \u2013 dihiris panjang\n1 biji lemon \u2013 dipotong\u00a0\n2-3 batang cili padi \u2013 boleh tambah ikut selera masing-masing\n1 tin Sprite\nGula\nGaram\n\nCara membuatnya:\n\nBasuh bersih timun tersebut dan kemudian potong sedikit kedua-dua hujung timun agar mudah untuk menghiris panjang.\nSelepas siap dihiris, potong pula buah lemon untuk diperapkan bersama timun.\nSusun cantik-cantik timun dan lemon yang sudah dihiris tadi ke dalam bekas kaca.\u00a0\nMasukkan cili yang sudah dipotong dan taburkan di atasnya.\nMasukkan pula air Sprite. Tutup bekas tadi dan kemudian simpan di dalam peti sejuk. Perapkan ia kira-kira 3-4 jam untuk tempoh matang.\nBila sudah diperap, sudah siap dan boleh dihidang!\n\nMudah saja kan! Susun dalam bekas, perap beberapa jam dan boleh dimakan ratah macam tu. Terasa tekstur sedapnya yang pedas, manis, masam dan rangup timun tu. Fuhh!\nSelamat mencuba!\nVideo Penuh:\n\n\n @chefdaveveganjourney\nAcar Timun Sprite Viral \u2013 Chef Dave. Full resipi ada dekat INSTAGRAM dan FB PAGES saya.. ChefDave VeganJourney. nak resipi lain? jgn lupa follow saya rapat2.. jangan lupa LIKE,FOLLOW dan SHARE. #chefdaveveganjourney #veganstyle #foodlover #lokal #resipimudah #viral #viralfoodtrend #sprite #acartimun\n \u266c original sound \u2013 ChefDave VeganJourney \u2013 ChefDave VeganJourney \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/adam-corrie-ayam-masak-kicap-cendawan/", "title": "Adam Corrie Kongsi Resipi Masakan Cina, Ayam Masak Kicap Cendawan Sedap!", "body": "\nPelakon, Adam Corrie ada berkongsikan resipi masakan cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan yang sedap.\u00a0Masakan Cina merupakan salah satu masakan yang cukup terkenal di Malaysia.\nBukan sahaja dinikmati oleh bangsa Cina, malah bangsa-bangsa lain juga turut menikmati masakan Cina dengan penuh selera.\u00a0Jom lihat perkongsiannya oleh Adam Corrie di bawah.\nResipi Ayam Masak Kicap Cendawan\nCara-caranya:\n1. Daging ayam dipotong sederhana besar. Kaki ayam jangan lupa potong kukunya. Potongan ayam tersebut diperap dengan sos tiram, sos pekat dan kicap cair. Perap semalaman.\n\n2. Tumis halia, cili kering dan cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing)\n\n3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu.\n4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali.\n5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula dimasukkan ke dalam kuali. Tambah air bagi ia berkuah. Masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali.\n\n6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa.\n7. Kemudian masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat kuahnya, boleh makan dengan mee sizzling. Kalau tak pekat makan dengan nasi.\n\nIni resipi ringkas dari bujang. Mungkin orang lain resipinya lebih grand. Saya bukan Cef, bukan pandai masak pon.. tapi masak untuk diri sendiri dan keluarga ok la..\n\nKredit: Adam Corrie\nBaca juga: Rahsia Fish Noodles Sedap Macam Di Restoran Cina, Kena Tambah 1 Bahan Ini!\n"} {"url": "https://myresipi.com/adik-ini-dipuji-kecil-kecil-dah-pandai-masak/", "title": "Adik Ini Dipuji Kecil-Kecil Dah Pandai Masak, Siap Ambil Order Nak Makan Apa", "body": "\nPemilik akaun TikTok Atira Hawa berkongsikan satu video yang memaparkan anaknya sedang memasak yang telah meraih perhatian ramai.\nVideo yang berdurasi 29 saat itu menunjukkan anak lelakinya sedang memasak kuetiau goreng.\nSebelum mula memasak, dia juga kelihatan sedang memotong bahan-bahan yang diperlukan tanpa bantuan ibu bapanya.\n\nPerkongsian ini turut meraih pujian daripada netizen kerana anak kecil ini dilihat sudah biasa melakukan kerja memasak.\nDia dilihat tidak sedikit pun takut dengan api dan minyak yang merecik ketika menggoreng.\n\n\n @syatirahabdullah\nTengok buku resepi..\ud83e\udd70\ud83e\udd70 #practicallifeskills \n \u266c suara asli \u2013 hierapsz. \u2013 hierapsz. \n\n \nPerkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen. Antara komen yang diberikan oleh netizen:\n\u201cWahh dik, goreng cucur pon kadang tak jadi.\u201d\n\u201cPro la adik, pecah telur macam tu je. Kalau aku pecah telur letak dalam mangkuk dulu. Good boy.. Senang ibu ayah, anak suka menolong buat kerja rumah..\u201d\n\u201cAcik dah besar baru pandai goreng mee. Bagus awak mudahkan urusan parents.\u201d\n\u201cPandainya diaaaa. Moga jadi anak soleh untuk mama baba awak.\u201d\nKredit: TikTok syatirahabdullah\n"} {"url": "https://myresipi.com/aeon-big-menu-rahmah-lauk-sotong/", "title": "Aeon Big Buat Menu Rahmah Harga RM4.95, Siap Ada Lauk Sotong Lagi!", "body": "\nAeon Big baru-baru ini telah menyahut sokongan selepas Mydin melancarkan program Menu Rahmah bagi membantu golongan yang memerlukan untuk mengharungi kos sara hidup yang tinggi.\nAntara hidangan yang ditawarkan dalam Menu Rahmah Aeon Big berharga RM4.95 ialah:\n\nMenu Rahmah Sotong\nMenu Rahmah Ayam Hitam\nMenu Rahmah Ayam Masak Merah\nMenu Rahmah Ikan\u00a0\nMenu Rahmah Ikan Lemak\n\n\u00a0\n\n\nPergh! Dah boleh menikmati lauk sotong dengan harga yang murah. Memang menariklah!\nBukan itu sahaja tau, Aeon Big juga telah melancarkan Program Rahmah yang lain iaitu;\n\nJualan Rahmah \u2013 konsep jualan murah dengan menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30% lebih rendah.\u00a0\nBakul Rahmah \u2013 sumbangan kepada 180 keluarga dari kumpulan B40 dan miskin tegar di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak, dan Pahang.\nPakej Rahmah \u2013 menyediakan pakej barangan keperluan harian bernilai RM50 di seluruh cawangan.\n\nMenerusi Jualan Rahmah, Aeon Big menawarkan 100 produk terpilih yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan.\u00a0\nBaca juga: Lebih 15,0000 Premis Dah Lancar Menu Rahmah, Ini 15 Info Yang Korang Patut Tahu\nBaca juga: Ini Senarai Lokasi Kedai Tomyam Yang Tawarkan Menu Rahmah RM5\nBaca juga: Restoran Asam Pedas Antara 25 Lokasi Di Melaka Yang Perkenal Menu Rahmah\u00a0\nAntara barangan terpilih yang dijual melalui Jualan Rahmah, termasuk beras, minyak masak, makanan proses, peralatan mandian dan banyak lagi keperluan asas lain.\nTambahan lagi, majlis pelancaran Program Rahmah Aeon Big ini telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub di Aeon Big Wangsa Maju semalam.\n\nPengarah Urusan Aeon Big, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, pihaknya sentiasa menyokong hasrat kerajaan di dalam misi membantu golongan memerlukan dan menyambut baik insiatif Payung Rahmah ini.\u00a0\nBeliau berkata, pihaknya bersyukur kerana melalui program ini, Aeon Big dapat melaksanakan hasrat kerajaan sekaligus membantu golongan B40 dan miskin tegar dalam meneruskan kehidupan harian.\n\u201cWalau dalam apa juapun situasi, kami sentiasa bersedia untuk bergerak bersama bagi memastikan kelangsungan hidup dan keadaan ekonomi dan sosial sentiasa seimbang.\u00a0\n\u201cGolongan B40 dan miskin tegar ini juga merupakan sebahagian dari ekosistem kami dan menjadi tanggungjawab Aeon Big untuk sentiasa berada dekat di hati mereka,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\nSumber: Harian Metro\n"} {"url": "https://myresipi.com/agar-agar-kelapa/", "title": "Agar-agar Kelapa, Sedapnya Kalau Makan Sejuk-Sejuk, Jom Cuba Buat Hari Ini!", "body": "\nJom buat Agar-agar Kelapa dari resipi Mr. Ali\u2019s ini. Nampak mengiurkan untuk dimakan ketika berbuka puasa nanti. Memang tak cukup sebekas kalau beli di bazar, jadi kita buat seloyang terus. Baru puas hati.\nMudah je caranya nak buat agar-agar kelapa dan semua orang boleh buat. Yang penting wajib ada buah kelapa. Sebab kita nak gunakan isi kelapa tersebut sebagai bahan utama.\nBaca juga: Kuih Cakoi Goreng Cara Mudah, Cicah Dengan Kaya Pandan, Fuh Memang Padu!\u00a0\nKalau ada stok kelapa muda, memang sedap untuk buat agar-agar. Nak pula cuaca tengah panas bulan Ramadan ini, memang sedap dapat makan agar-agar ini sejuk-sejuk. Fuhh! nikmatnya.\nResipi ini mendapat lebih dari 4.1K shares di laman Facebook, jom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI AGAR-AGAR KELAPA MR. ALI\u2019S\n\nSaiz loyang: 10 inci\nBahan-bahan lapisan pertama:\n\n1 setengah cawan air\u00a0\n1 cawan air kelapa\n70g gula\n5g agar-agar serbuk\n60g santan kotak\n1 sdk garam\n\nBahan-bahan lapisan kedua:\n\n2 cawan air\n3 cawan air kelapa\n150g gula\n5g agar-agar serbuk\n\n\nCara-cara buat lapisan pertama:\n1. Mula-mula, dalam keadaan api tertutup, masukkan kesemua bahan lapisan pertama.\n2. Kemudian, kacau sebati. Dah sebati, baru buka api perlahan. Kacau kira-kira 2 hingga 3 minit.\n3. Lepas dah kacau, baru masukkan 60gram santan kotak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih.\n4. Bila dah mendidih, jangan kacau selama 2-3 minit, baru tutup api.\n5. Tuangkan ke dalam loyang. Biarkan ia menggeras pada suhu bilik sahaja.\nCara buat lapisan kedua:\n1. Masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua dalam periuk pula.\n2. Kacau sebati kemudian baru hidupkan api. Kacau perlahan hingga naik wap. Tapiskan.\n3. Ambil agar-agar yang dah keras tadi, cucuk sebanyak mungkin. Langkah ini PENTING supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak-banyak supaya lapisan melekat dengan kuat.\n4. Tuang sedikit demi sedikit. Dah habis adunan, masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti masa nak letak isi kelapa ini.\n5. Biarkan diluar selama 40 minit, kemudian baru sejukkan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.\n6. Dah siap dan boleh dihidang!\n\n\nMudah je nak buat agar-agar kelapa ini. Ada buah kelapa muda, memang boleh lah terus buat pencuci mulut yang lazat dan bergizai ini.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/agar-agar-lumut-santan-gula-merah/", "title": "Agar-agar Lumut Santan Gula Merah, Nikmatnya Dapat Makan Sejuk-sejuk!", "body": "\nAda tak penggemar agar-agar kat sini? Kalau ada apa kata korang cuba resipi Agar-agar Lumut Santan Gula Merah. Bulan puasa ni, memang seronok dapat berbuka dengan hidangan manis sejuk macam ini.\nAgar-agar ni boleh dibuat dengan menggunakan 2 jenis agar-agar iaitu agar-agar tali dan agar-agar serbuk. Kuih ni juga boleh dibuat dengan pelbagai perisa seperti, agar-agar pandan, gula merah, agar-agar buah dan macam-macam lagi.\nBaca juga: Agar-agar Kelapa, Sedapnya Kalau Makan Sejuk-Sejuk, Jom Cuba Buat Hari Ini!\u00a0\nUntuk resipi ini, kita akan menggunakan agar-agar tali dan gula merah sebagai bahan utamanya. Kuih agar-agar ni sangat sedap di makan sejuk-sejuk. Tapi, ada juga sesetengah orang yang suka makan agar-agar tapi hanya di makan di bahagian atasnya sahaja.\nKuih ni juga sesuai di jadikan pemanis mulut untuk majlis-majlis terbuka seperti majlis berbuka puasa, kenduri kendara dan majlis-majlis rasmi. Memandangkan agar-agar ini dah manis, korang boleh kurangkan kuantiti gula putih. Takut manis sangat pula jadinya.\nAgar-agar lumut santan gula merah ini kita akan kongsikan resipi dari Cik Puan Norul Ashikin Osman yang telah dikongsikan menerusi laman Facebook. Memang ramai yang menggemarinya, jom tengok cara-caranya.\n\nRESIPI AGAR-AGAR LUMUT SANTAN GULA MERAH\n\nBahan-bahan:\n\nAgar-agar tali 20g\nGula melaka 1 cawan\nGula pasir 3/4 cawan\nSantan 1 kotak kecik\nTelur sebiji\nAir 5 cawan\nDaun pandan\nEsen vanila 1 sudu\n\nCara-caranya:\n1. Mula-mula, masukkan bahan air, gula melaka, gula putih dan pandan. Masak sehingga gulanya cair. Kemudian, tapiskan.\n2. Selepas itu, potong agar-agar tali secara pendek dan masukkan ke dalam gula yang telah dicairkan tadi. Panaskan semula.\n3. Dalam bekas lain satukan santan dan telur. Kemudian, kacau-kacau lepas tu tuang dalam periuk.\n4. Masak kira-kira dalam 5 minit dengan api perlahan.\n5. Lepas tu kuatkan api supaya masakannaik buih dan terus tutup api.\n6. Tuang dalam loyang dan sejukkan. Kemudian, boleh dipotong.\n\n\nSiap untuk dihidang! Sebelum nak hidang atau nak makan, agar-agar ni lebih sedap kalau di biarkan sejuk dahulu di dalam peti. \nConfirm laju je habis nanti. Resipi ni mudah nak jadi, yang penting follow betul-betul! Nampak menarikkan hasilnya. Nampak ala-ala lumut je bahagian atas tu.\nSelamat mencuba.\nBaca juga: \u201cTak Sempat Tengah Hari Dah Licin\u201d \u2013 Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak\n"} {"url": "https://myresipi.com/agar-agar-santan-isi-kelapa-muda-sedap-menyegarkan/", "title": "Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, Jarang Dibuat Orang Tapi Sangat Sedap & Menyegarkan", "body": "\nMusim panas sekarang ini, tekak asyik nak benda yang menyegarkan sahaja, betul tak? Sedapnya kalau dapat makan pencuci mulut yang manis dan sejuk seperti Agar-Agar Santan.\nPencuci mulut ini bukan biasa-biasa, dalam dia siap ada isi kelapa muda. Agar-agar pun dah sedap, kemudian dicampur dengan kelapa ini bertambah sedap!\u00a0 Tapi, pastikan disejukkan semalaman sebelum makan.\nBaca juga: Resipi Puding Mangga Yang Buat Kecur Air Licur, Memang Sedap Punyalah!\nResipi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda\nBahan Untuk Lapisan Bawah:\n\n1/2 pek agar-agar tali ( 6 gram )\n6 sudu makan gula\n1/2 sudu teh garam\n300 ml santan pekat\n300 ml air\n\n\nCara Buat Lapisan Bawah Agar Agar:\n\nDalam periuk, masukkan air dan didihkan. Bila dah mendidih, baru letak agar agar tali. Kacau dan biarkan hingga betul-betul hancur. Baru tambah masuk gula bersama garam. Tutup api bila sebati dan suamkan.\nKemudian, baru tambahkan santan dan kacau manja.Tuang dalam bekas adunan lapisan bawah dan biar membeku sekitar 30 minit. Kita teruskan membuat lapisan atas.\n\n\u201cPernah tak anda buat resepi agar agar santan yang mengandungi dua lapisan sedap. Lapisan bawah daripada santan pekat dan lapisan atas isi kelapa muda.\u201d\nBahan Untuk Lapisan Atas:\n\n10 helai daun panda dikisar bersama 1/2 cawan air dan ditapis.Ambil jusnya.\n2 biji isi kelapa muda\n4-6 sudu makan gula\n1/2 agar agar tali ( 6 gram )\n350 ml air\n\nCara Buat Lapisan Atas:\n\nDidihkan air dalam periuk hingga berbuih. Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga betul-betul sebati. Baru tambahkan jus pandan,gula dan kacau sebati. Tutup api dan suamkan.\nLorek dengan garpu permukaan lapisan bawah yang mulai membeku tadi. Tujuan dilorek untuk membolehkan dua lapisan bercantum elok dan tidak pecah bila diangkat.\nSusun isi kelapa muda di atas permukaan lapisan bawah.Baru tuangkan adunan lapisan atas yang suam tadi.\n\nBiarkan di luar sekitar 30 minit dan masukkan dalam peti untuk mengeras dalam anggaran masa 2-3 jam. Jadi kalau anda nak makan agar agar santan ini pada waktu berbuka puasa, seeloknya buat pada tengahari.\nSiap! Anda jangan lupa untuk cuba buat di rumah, okay!\n\n\nKredit resipi: Anisah Connie\n"} {"url": "https://myresipi.com/ahsia-warna-sambal-nasi-lemak-gelap/", "title": "Wanita Kongsi Rahsia Warna Sambal Nasi Lemak Gelap & Tak Cair, Boleh \u2018Cubit\u2019 Bila Makan", "body": "\nSeorang wanita yang dikenali sebagai Farhah Azman berkongsikan resipi sambal nasi lemak gelap dan tak cair kegemaran suaminya.\nPerkongsian menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) itu telah mendapat perkongsian hampir 3.4 ribu.\nMenurutnya, suami beliau sangat suka sambal nasi lemak seperti ini kerana tidak cair. Boleh cubit-cubit sambal bila tengah makan.\nResipi Sambal Nasi Lemak Berwarna Gelap & Tak Cair\nBuat sambal ni tak pakai bawang putih, tak pakai belacan, tapi rasa dia tu sampai suami mintak buat sambal ni untuk makan dengan lauk lain jugak, terutama kuah masak lemak.\nBahan-bahan kisar:\n\nLada kering 1 genggam (rebus dahulu)\nLada besar meran 2 genggam\nBawang merah besar 3 biji (bawang kena banyak, rasa manis bawang tu penting)\nSegenggam ikan bilis\n\nBahan-bahan lain:\n\nPerasa\nGula merah\nGaram\nAsam jawa\n\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan-bahan kisar.\nBila dah siap kisar, panaskan api dan letakkan minyak dalam kuantiti yang banyak.\nMasukkan bahan kisar, kemudian terus masukkan gula merah. Inilah rahsia warna sambal gelap, kena masuk gula awal.\nKemudian biar sehingga pecah minyak, masukkan air dan biarkan pecah minyak. Ulang selama 3 kali pecah minyak. Masukkan juga bersama asam jawa dan garam.\nAnggaran masa memasak adalah selama 2-3 jam untuk jadikan sambal pekat.\nJangan lupa masak menggunakan api sederhana.\nTengah masak tu, boleh taburkan lagi ikan bilis.\n\n\nSedap buat versi ini. Sambal tak cair, boleh cubit-cubit sambal bila makan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Farhah Azman\nBaca juga:\u00a0Rahsia Kari Ikan Sedap, Kena Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Membuatnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-asam-cabai-picit-ni-simple-tapi-pasti-bertambah/", "title": "Meleleh Tengok \u2018Air Asam Cabai Picit\u2019 Ni, Simple Tapi Pasti Makan Nasi Bertambah!", "body": "\nKadang-kadang terasa malas masak banyak lauk kan? Nak masak sesuatu yang mudah-mudah saja. Anda boleh cuba buat Air Asam Cabai Picit ni.\nNampak je\u00a0simple\u00a0macam ni, tapi rasa dia sangat mengancam! Pasti bertambah nasi punyalah.\nRESIPI AIR ASAM CABAI PICIT\nBahan-bahan:\n\nCili padi\nBelacan (dibakar terlebih dahulu)\nAir asam jawa\nGaram\nAir perahan limau nipis/limau kasturi (untuk bagi wangi)\nIkan rebus (ikan temenung lemak)\n\nCara-caranya:\n\nMasukkan cili padi bersama belacan dan air asam jawa dalam satu bekas.\nPicitkan atau patahkan cili padi.\nTenyeh belacan sehingga hancur dan sebati dalam air asam jawa.\nMasukkan garam.\nPerahkan air limau nipis atau limau kasturi.\nKalau nak lagi berkuah, tambahkan air masak sejuk/air rebusan ikan/air mineral.\nAkhir sekali masukkan ikan rebus. Kalau tiada ikan rebus, guna ikan goreng atau ikan bakar pun sedap.\n\nKuantiti bahan mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!\n\nKredit: Aida Akashahfitri\nBaca juga: Cara Buat \u2018Sambal Ikan Bilis Rangup\u2019 Yang Bikin Ketagih, Satu Lauk Ni Dah Cukup!\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-bandung-laici-cincau-sedap-kaw-kaw/", "title": "Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw Untuk Berbuka, Memang Padu!", "body": "\nSedapnya kalau berbuka nanti dapat minum air sejuk yang menyegarkan tekak seperti Air Bandung Laici Cincau. Setelah seharian menahan dahaga, tambah lagi dalam cuaca Malaysia yang panas.\nMudah saja nak buat air ni, anda semua wajib cuba untuk berbuka nanti! Resipi di bawah merupakan hasil perkongsian oleh saudara Ben Safwan di laman sosial Facebook miliknya. Selamat mencuba!\nRESIPI AIR BANDUNG LAICI CINCAU\nBahan-bahan:\n\nLaici 1 tin l\n1 tin susu cair\n1 tin susu pekat\n3 sudu makan kacang tanah tumbuk\n3 1/2 sudu makan sirap cap rose\n1 sudu makan biji selasih\n5-6 biji kurma merah\n50-60 gram cincau hitam\n\nCara-cara:\n1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.\n\n2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.\n\n3. Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh tambahkan juga.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Ben Safwan\nBaca juga: 5 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Menyegarkan & Mudah Dibuat, Wajib Cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-blue-lemonade/", "title": "Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini", "body": "\nSegarnya tekak bila dapat teguk air Blue Lemonade ini ketika berbuka puasa. Memang hilang dahaga tu sekali dapat sejukkan tekak dan badan.\nSekali tengok air bancuhan ini, mesti teringat lautan biru yang luas terbentang. Memang feeling\u00a0habis sambil menikmati juadah berbuka puasa.\u00a0\nBaca juga: Dahaga Giler Musim Panas Ini? 5 Resipi Air Untuk Sejukkan Badan\u00a0\nAda tekniknya untuk buat Blue Lemonade ini. Walaupun nampak premium, bahan-bahannya ringkas dan mudah sangat! tak sampai 10 minit dah siap bancuh sebelum azan maghrib berkumandang.\nHanya guna kordial \u2018blue rose\u2019 yang boleh didapati di kedai acheh atau pasaraya, korang dah boleh buat bancuhan air ini. Ini kalau buat berniaga air balang pun laku tau!\nContoh kordial air blue rose\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Cik Ning Haniey melalui laman Facebook dan membuatkan penulis pun terliur nak bancuh sendiri di rumah. Jom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI AIR BLUE LEMONADE\n\nSaiz: 1 Jug Air\u00a0\nBahan-bahan:\u00a0\nKordial Blue Rose\n2 biji lemon \u2013 dihiris bulat\n4 biji limau nipis \u2013 dibelah dua\nDaun pudina\n1 batang serai \u2013 diketuk\nBiji selasih \u2013 optional\n6-7sdb gula\n1 jug air\nAis ketul\nCara-caranya:\u00a0\n1. Mula-mula, hiris bulat-bulat lemon yang hendak digunakan sebagai hiasan. Kemudian yang selebihnya, perah lemon untuk keluarkan jusnya.\n2. Buat bancuhan gula menggunakan air panas.\u00a0\n3. Selepas buat bancuhan air gula, masukkan kordial blue rose kira-kira 3 sudu besar dan masukkan air dalam setengah jug.\u00a0\n4. Kemudian, masukkan pula jus perahan lemon, daun pudina, serai dan biji selasih.\n5. Kacau hingga sebati. Kira-kira lagi 15 minit dah nak masuk waktu berbuka, baru masukkan ais untuk sejukkan air bancuhan tadi.\u00a0\n6. Air sedia untuk dinikmati!\n\n\nSelamat mencuba! Tapi jangan cuba rasa masa puasa pula, hiks.\nBaca juga: Bekas Pekerja Starbucks Ini Kongsi Rahsia Bancuh Air Nescafe Padu, \u2018Konfirm\u2019 Terangkat lah!\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-buah-naga-laici/", "title": "Air Buah Naga Laici, Sekejap Je dah Habis Licin, Boleh Sejukkan Badan Sekali", "body": "\nJom buat Air Buah Naga Laici untuk juadah air berbuka hari ini. Memang sedap dan sekejap je dah licin nanti. Boleh dapat sejukkan badan juga.\nKalau memang rasa nak minum jus buah naga, memang selalu pilih untuk buat sendiri je. Lebih sedap dan terjamin bahan-bahannya. Hiks! Confirm licin yang penting.\nBaca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini\nSelain sedap dibuat air, banyak lagi kelebihan dan khasiat buah naga untuk kesihatan dan kecantikan yang pastinya ramai tak tahu.\nIa kaya dengan nutrisi, penuh serat, mempunyai sumber kalium yang tinggi, rendah kolestrol, kaya dengan antioksidan dan Vitamin C.\nDicampur pula dengan buah laici bersama airnya, memang banyak khasiat dengan kombinasi dua buah ini. Tak perlu dah masukkan gula. Tetap manis dengan rasa kedua-dua buah ini.\nResipi air ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Siti Aminah Khalid menerusi laman Facebook. Gambarnya pula dari Aymaa Mushrie. Memang sedap bancuh jus ini masa tengah musim panas. Sejuk tekak dan badan. Jom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI AIR BUAH NAGA LAICI\n\nBahan-bahan:\n\n2 biji buah naga\n1 tin Laici (air sahaja) Buah laici untuk dihidang.\nAis secukupnya\n\nCara-cara:\n1. Ambil 2 biji buah naga yang dah dibuang kulitnya dan masukkan ke dalam mixing bowl.\n2.Tuang air laici tin ke dalam mixing bowl dan kisar 15 saat | speed 8. / Jika guna blender biasa boleh kisar sehingga halus.\n3.Dalam gelas, masukkan kiub ais dan laici.\n4. Tuangkan minuman yang sudah di kisar tadi.\nTips tambahan:\u00a0\n1. Guna buah naga isi merah.\n2. Kalau suka manis boleh tambahkan gula 20-30g semasa kisar dalam mixing bowl.\n3. Hidang air 5-10 minit sebelum berbuka.\n\n\nWow! Mudah sangat nak hasilkan air buah naga laici yang sedap, segar, dan manis macam ni kan. Bahan-bahan pun mudah je nak dapat semuanya. Paling simple nak buat dan rasa yang marvellous.\nDiharapkan perkongsian nak buat air buah naga laici ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Save dulu mana tahu kot-kot nak buat untuk buka puasa atau hari raya nanti. Fuuh, jauh fikir kan? \nSelamat mencuba!\nBaca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-cocktail-bandung-buah-buahan/", "title": "Air Cocktail Bandung Buah-Buahan, Nikmatnya Dapat Minum Untuk Berbuka!", "body": "\n\u201cFuhh terliurnya tengok orang share air cocktail bandung buah-buahan untuk berbuka. Guna bahan mudah pula tu..\u201d\nSetiap kali nak berbuka puasa, mesti nak minum air yang menyegarkan tekak kan? Tapi malas pula nak ke bazar semata-mata untuk membeli air.\nTidak mengapa, anda boleh cuba buat sendiri air berbuka puasa yang sejuk tekak seperti air koktail bandung buah-buahan ini di rumah.\nBahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di mana-mana pasar raya. Cara penyediaannya juga sangatlah mudah!\nBaca juga: Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!\nResipi Air Cocktail Bandung Buah-Buahan\nBahan-bahan:\n\n1 tin laici\n1 tin buah-buahan campur\n1 tin susu pekat\n1 tin susu cair\nPerasa sirap\nAis\n\nCara-cara:\n1. Campurkan semua bahan-bahan di atas iaitu 1 tin laici, 1 tin buah-buahan campur, 1 tin susu pekat, 1 tin susu cair dan perasa sirap. Tambah sedikit air jika nak kurangkan manis. Kemudian tambah ais secukupnya.\n2. Jika guna jug kecil, kurangkan kuantiti bahan kepada separuh bahagian saja.\n\n3. Kacau sebati dan sedia untuk diminum. Sesuai dijadikan minum berbuka puasa mahupun hidangan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.\n\nKredit resipi dan gambar: Ira Idris\nBaca juga: Resipi Buko Pandan Yang Sedap, Ikut Teknik Ini Kalau Nak Lebih Berkrim\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-detox-kempis-perut/", "title": "Cara Buat Air Detox Untuk Kempis Perut, Guna Uncang Green Tea Je", "body": "\nAir detox masih menjadi amalan kebanyakan orang yang mahu menurunkan berat badan. Lebih lagi buat mereka yang mempunyai perut buncit.\nMasalah perut buncit ini sering berlaku tak kira pada lelaki atau wanita. Perut buncit bukan saja membuatkan kita menjadi \u2018malas\u2019, malah proses memilih pakaian juga menjadi susah kerana pasti akan \u2018sangkut\u2019 pada bahagian perut.\nRupanya mudah saja cara menyediakan air detox untuk kempiskan perut ini. Hanya memerlukan beberapa bahan dapur yang sudah ada di dapur rumah.\nKalau nak tahu cara penyediaannya yang lengkap, ikuti perkongsian oleh Mas Aura di bawah. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Petua Hilangkan Batuk Guna 2 Bahan, Hanya Guna Limau Kasturi & Kicap\nRESEPI AIR DETOX UNTUK KEMPISKAN PERUT\nBahan-bahan:\n\nGreen tea cap Boh 1 uncang\n1 sudu besar halba\nHalia (boleh letak banyak mana yang mahu, lagi banyak lagi bagus)\n2 cawan air masak\n\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Satukan semua bahan iaitu uncang green tea, 1 sudu besar halba, halia dan 2 cawan air masak di dalam periuk. Rebus sehingga mendidih.\n\n2. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan suam sebelum sedia untuk diminum.\u00a0Boleh tambah sedikit madu jika suka. Selamat mencuba!\n\nInfo tambahan:\n\nLebih bagus jika diminum sebelum makan semasa perut kosong\nMinum secara konsisten untuk menampakkan hasil\nBoleh tambah manjakani atau kunyit untuk kaum hawa, tetapi kunyit jangan minum hari-hari. 1 atau 2 kali seminggu saja\nJika mahu wangi, letakkan 1 atau 2 batang serai semasa merebus\n\nKredit: Mas Aura\nBaca juga: Cara Buat Pati Lemon Madu, Elok Untuk Kurangkan Batuk & Turunkan Paras Kolestrol\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-fryer-kaedah-betul-cuci/", "title": "\u2018Deep Clean\u2019 Air Fryer, Wanita Ini Kongsi Kaedah Betul Cuci Agar Tak Mudah Rosak", "body": "\nSejak viralnya menu yang boleh dimasak menggunakan air fryer, ramai mak-mak yang sudah mula beli air fryer.\nBila dah digunakan untuk masak, pasti kita perlu mencuci peralatan selepas sahaja digunakan bukan?\nKata orang, kalau nak basuh air fryer ini ada caranya yang tertentu, kalau tidak mudah rosak.\nBaca juga: 10 Resipi Ayam Guna Air Fryer Paling Mudah, Sedap & Menyelerakan\nOleh itu, salah seorang pengguna ini berkongsikan cara dan teknik yang betul untuk korang basuh air fryer tanpa merosakkan peralatan tersebut.\nIni Kaedah Betul Cuci Air Fryer Agar Tak Mudah Rosak\n\n\nPeralatan Yang Diperlukan:\nCuka Buatan\nSoda Bikarbonat\nSpan Lembut\nSabun Cuci Pinggan\nKain Bersih\nBerus Plastik\nCara cuci bahagian dalam:\n1. Pastikan air fryer betul-betul sejuk dan dah ditutup suis.\n\n\n2. Keluarkan bakul jaring dan letak di tepi.\n\n\n3.Ambil tisu dan lap sisa-sisa makanan di sekeliling kawasan dalam supaya memudahkan proses korang mencuci nanti. Kemudian, masukkan kembali jaring ke dalam bakul.\n\n4. Didihkan air dan gunakan air panas ini dituang ke dalam bakul air fryer. Ini bagi memudahkan sisa makanan tertanggal, rendam selama 3 minit. Jangan guna span besi basuh pinggan kerana akan mengeluarkan \u2018coating\u2019 jaring bakul.\n\n\n5. Masukkan satu penutup cuka dan suku sudu soda bikarbonat. Kemudian, goncangkan seketika bakul air fryer korang untuk mengeluarkan lagi sisa makanan.\n\n\n6. Sementara menunggu sisa makanan tertanggal, korang boleh menggunakan senduk kayu atau berus untuk cuci bahagian jaring.\n\n\n7. Tuang air rendaman tadi kemudian cuci air fryer seperti biasa. Pastikan korang cuci bahagian dalam menggunakan tangan untuk mengelakkan ia dari terhakis. Bilas dan siap!\n\n\nCara cuci bahagian luar:\n1. Simpan wayar dengan menolak ke bahagian dalam.\n\n\n2. Baringkan air fryer. Kemudian, basahkan kain dengan air tanpa menggunakan sabun. Bersihkan elemen pemanas dan lapkan ia secara membulat.\n\n\n3. Lapkan juga bahagian badan air fryer supaya nampak bersih dan kemas!\n\n\n\nSumber: Amanda Tan\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-katira-versi-simple/", "title": "Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!", "body": "\nMasuk je bulan Ramadan, tak sah kalau tiada Air Katira ini dan menjadi air pilihan semua orang untuk menghilangkan dahaga.\nBukan itu sahaja, asal usul perkataan \u2018katira\u2019 itu sahaja adalah istilah pinjaman bahasa Sanskrit iaitu sejenis tumbuhan yang lendir getahnya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.\u00a0\nTeknik membuat minuman menggunakan gam katira ini merupakan resipi yang telah lama diamalkan masyarakat luar dan dikatakan mampu menyejukkan badan.\nBaca juga: Limau Kasturi Asam Boi, Sedap Basah Tekak Ikut Resipi Mudah Ini\u00a0\nBila air minuman ini sampai di Malaysia, kita mevariasikan lagi dengan gabungan susu, biji selasih, pandan, kekacang, cincau, cendol, dan lain-lain. Disebabkan itulah air katira Malaysia berwarna hijau kerana gabungan pandan atau tebu dalam resipi bancuhan.\nUntuk resipi versi mudah ini, jom kita ikuti perkongsian dari Cik Puan Sheila Fendy yang menraih lebih 1.8k shares ini. Memang mudah dan sedap! Yang baru belajar pun boleh buat.\n\nRESIPI AIR KATIRA VERSI SIMPLE\u00a0\n\nSaiz air: 1 jug\nBahan-bahan:\u00a0\nKordial berperisa tebu brand Double Lion\nSusu pekat manis\nChia seed / biji selasih\nAir cincau\nAir\u00a0\nAis\n*Sukatan mengikut sesedap mata memandang dan sesedap rasa.\nCara-cara:\u00a0\n1. Mula-mula, masukkan 1 senduk air kordial perisa tebu dan air cincau.\n2. Kemudian, masukkan pula sesudu chia seed atau biji selasih.\u00a0\n3. Selepas itu, masukkan setengah tin susu pekat manis dan air secukupnya.\u00a0\n4. Akhir sekali, masukkan ais. Siap untuk dihidang!\n\n\nMudah dan ringkas! Semoga perkongsian resipi Air Katira ini memberi manfaat kepada semua. Sangat sesuai untuk dibuat pada bulan Ramadan ini. \nPastinya lebih berpuas hati jika dibuat sendiri berbanding membeli di kedai. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.\nBaca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-kosong-ada-tarikh-luput-ini-jawapan-kepada-persoalan-anda/", "title": "Air Kosong Ada Tarikh Luput? Ini Jawapan Kepada Persoalan Anda", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-18 11:20:39\n\n\nSeperti yang kita sedia maklum, semua produk makanan dan minuman perlu menyatakan tarikh luput bagi memastikan keseragaman pembungkusan makanan termasuklah air kosong. Jika tarikh luput sudah sampai ke tarikh yang dinyatakan, makanan atau minuman tersebut harus dibuang.\n\nKredit: The Berkey\n\u00a0\nAir mineral juga mempunyai tarikh luput tertera pada setiap botolnya. Walaupun terdapat tarikh luput pada botol air minuman atau mineral, namun hakikatnya air minuman ini sebenarnya tidak mempunyai tarikh luput. Pasti anda turut tertanya-tanya mengapa air mineral juga perlu mempunyai tarikh luput. Oleh itu, jom ikuti perkongsian Dr. Fatimah Salim dan Dr Musfiroh yang menjelaskan sebab air mineral ada tarikh luput.\n\u00a0\nKENAPA AIR KOSONG MEMPUNYAI TARIKH LUPUT?\n\nKredit: Daily Makan\n\u00a0\nPeraturan menyatakan tarikh luput pada semua makan dan minuman, termasuklah air kosong sebenarnya telah digunapakai dari New Jersey, Amerika Syarikat pada tahun 1987. Ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menyeragamkan pembungkusan air. Sesetengah air minuman hanya diberikan tarikh luput \u2018baik sebelum\u2019 atau \u2018best by\u2019 dalam tempoh dua tahun atau kurang dari tarikh pembungkusan. \n\u00a0\nBagi yang tertanya tentang jenis bahan plastik yang digunakan sebagai botol air, anda tidak perlu risau kerana kebanyakan botol untuk membungkus air minuman ini diperbuat dari plastik berjenis Polyethylene Terephthalate dan High-density Polyethylene. Walaupun berlakunya kebocoran, namun kedua jenis plastik ini adalah antara plastic yang paling selamat dan tidak akan membahayakan kesihatan.\n\n\nKredit: Omnexus\n\u00a0\n\nKredit: Byju's\n\u00a0\nMenurut Dr Musfiroh, dari Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan, plastik kategori Polythylene ini kadangkala menyerap bau serta rasa daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalamnya. Jenis plastik PETE ini tidak dicadangkan untuk digunakan lebih daripada sekali. \n\u00a0\nManakala untuk jenis High Density Polythylene pula, jenis ini paling banyak dikitar semula. Ia disebabkan sifatnya yang keras, kuat, tahan pada suhu tinggi dan suhu rendah. Jadi, ianya sesuai untuk digunakan sebagai pembungkus air minuman. Tarikh ini sebenarnya boleh membantu dalam mengenalpasti berapa lama air minuman itu telah dibungkus dalam bekasnya. Ini kerana bergantung kepada beberapa faktor penyimpanan iaitu;\n\u00a0\n\nTahap pendedahan kepada cahaya dan suhu\n \nKredit: Freepik\n\u00a0\nSuhu dan cahaya berupaya mengganggu keutuhan bahan binaan bekas bungkusan plastik. Ini yang menyebabkan komponen plastik bocor ke dalam air minuman, menjadikan air itu tidak selamat untuk diminum. Sebagai contoh, botol air yang ditinggalkan dalam kereta atau terdedah dengan cahaya matahari secara terus.\n\u00a0\nJenis bahan botol bungkusan\n \nKredit: Botol Anggun\n Bahan bungkusan terutamanya plastik, boleh mengubah rasa air minuman ini. Hal ini kerana air di dalam botol plastik berpotensi untuk menyerap bahan kimia gas lain daripada persekitaran menyebabkan rasa air berubah.\n\u00a0\nPenyimpanan dalam tempoh masa yang lama \n \nKredit: blogmazeer.com\n Faktor ini juga boleh menyebabkan bahan penstabil iaitu antioksida pada bekas kurang berfungsi. Ini juga menyebabkan potensi kontaminasi bakteria pada botol air tersebut meningkat.\n\n\u00a0\nOleh itu, penting untuk setiap botol air mempunyai label tarikh luput walaupun air minuman tidak mempunyai tarikh luput. Ini untuk menjamin keselamatan orang ramai ketika meminumnya. Semoga bermanfaat untuk semua! \n\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-kunyit-asam-jawa/", "title": "Haid Tak Lawas & Tak Menentu? Jom Amalkan Minum Air Kunyit Asam Jawa Ini", "body": "\nAda hadapi masalah haid tidak teratur? Jom amalkan air kunyit asam jawa ini. Bukan sahaja bagus untuk melancarkan haid, malah ada banyak kelebihan lain jika mengamalkan minuman ini.\nWajah akan lebih bersih, memberikan tenaga, awet muda dan banyak lagi. Tetapi jangan amal minum setiap hari \u00a0kunyit bersifat mengeringkn darah haid, jadi boleh mempercepatkan pra menopause.\nJadi tidak ada salahnya jika kita amalkan cara tradisional selain dari berjumpa doktor untuk mengesan punca haid tidak teratur. Kalau nak tahu cara membuat air kunyit asam jawa ini, jom baca perkongsian oleh Lyndah Abraham\u00a0di bawah.\n\n\nAir Kunyit Asam Jawa\nNak period lawas..nak period lancar? Amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari-hari seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya. Selain dari jamu boleh amalkan, Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita.\nBahan-bahan:\n\nKunyit hidup 1 inci\nHalia 1 inci\nAsam jawa 1 sudu makan\nGaram secubit\nAir suam 1 cawan\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.\n\n2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.\n\n3. Tapis air kunyit asam kedalam cawan tadi.\n4. Sedia untuk di minum. Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid).\n5.\u00a0Tak perlu rebus, kalau nak rebus boleh je. Tapi mak kita cakap khasiat tak sama.\n\nAMARAN:\u00a0Dinasihatkan supaya tidak di amalankn setiap hari kerana kunyit bersifat mengeringkn darah haid, jadi boleh mempercepatkan pra menopause.\nKhasiat air kunyit asam jawa:\n\nMelancarkan darah haid atau nifas.\nMelawaskan pembuangan bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit. Bagi berpantang boleh amalkan selama 3 hari berturut-turut.\nMenaikkan seri wajah.\nMencantikkn tubuh.\nMenyihatkan tubuh.\nMemberi tenaga.\nAwet muda jika diamalkan.\n\nKredit: Lyndah Abraham\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-laici-kang/", "title": "Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya", "body": "\nNikmatnya kalau dapat minum air Laici Kang masa berbuka puasa nanti. Memang auto sejukkan tekak dan badan bila dah seharian menahan lapar dan dahaga.\nBagi penggemar air ini, jom ikuti cara mudah buat Laici Kang ini. Yang baru nak mencuba, sekali rasa mesti ketagih punya!\nLaici kang ini banyak khasiatnya lagi-lagi untuk wanita. Antaranya ialah ia membantu memperbanyakkan susu badan kaum wanita. Jadi ibu muda yang ada masalah susu badan yang sikit boleh la amalkan minuman ini.\nBaca juga: Brazilian Lemonade, Guna 4 Bahan Je, Memang Segar Tekak Ikut Resipi Viral Ini\nBukan itu sahaja, ia juga berkhasiat untuk mencegah osteoporosis dan anemia, membantutkan sel kanser, meningkatkan imun badan dan sebagainya. Ehh kalau nak cerita satu- satu tentang kebaikan air ni sampai esok pun tak habis.\u00a0\nResipi air ini telah dikongsikan sendiri oleh Encik Ariff Budiman Zainal Abidin di laman Facebook. Perkongsian beliau ini telah meraih sehingga 2.8K shares tau. Jom kita tengok cara-caranya.\n\nRESIPI AIR LAICI KANG\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nBarli \u2013 direbus\nGetah Anggur\u00a0\nKundur\nBiji Selasih\nKulat Kering\nKismis\nLongan kering \u2013 rendam 5 minit\u00a0\nKembang semangkuk -rendam 3 jam\nKurma merah\nGula batu\nGula kabung\n\n*kuantiti hanya agak-agak untuk sukatan seorang minum atau satu jug\nCara-cara penyediaan:\n1. Panaskan periuk. Masukkan air secukupnya. Kemudian, masukkan gula kabung, gula batu, longan kering, getah anggur dan kulat kering. Biarkan seketika biar gula melaka cair.\n\n2. Kemudian masukkan semua bahan dalam paket kecuali kacang shandong dan kismis. Dan masukkan daun pandan (jika suka).\n3. Bila semua bahan mendidih, tutup api dan taburkan kacang semangkuk dan kismis.\n4. Angkat dan tuangkan ke dalam gelas atau mangkuk.\n5. Jika ingin dihidangkan sejuk, tuang laici kang ke dalam ais dan masukkan hiasan tambahan seperti laici, nata de coco dan puding berperisa buah. \n6. Dan jika ingin diminum ketika panas tuangkan ke dalam cawan dan hirup perlahan.\n\n\nMudah dan ringkas! Dah boleh nikmati laici kang ini ketika panas atau sejuk mengikut kesukaan korang. \nSelamat mencuba!\u00a0\nBaca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-lychee-lemonade-cara-khairul-aming/", "title": "Air Lychee Lemonade Cara Khairul Aming, Tak Kering Tekak Bila Berbuka Nanti!", "body": "\nAir berbuka hari ini jom bancuh Lychee Lemonade cara Khairul Aming ini. Resipi ini pernah viral beberapa tahun lepas. Memang sejuk tekak lepas minum air ini tau.\nBahan-bahan pun mudah nak dapat. Tinggal terus bancuh dan masukkan ais je nanti. Bagi penggemar laici dan juga lemonade, mesti taknak lepaskan peluang untuk mencuba resipi bancuhan ini.\u00a0\nBaca juga: Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!\nUntuk pengetahuan korang, buah laici ini berasal dari dari China dan beberapa bahagian di rantau Asia Tenggara.\nIa adalah buah bulat kecil dengan kulit merah jambu yang nipis dan kasar. Di bawah kulitnya terdapat isi laici manis berwarna putih dan pada inti buahnya terdapat biji coklat yang panjang. Kedua-dua kulit dan biji tidak boleh dimakan. \nIsinya berair dan manis dengan sedikit rasa sitrus dan mempunyai wangian bunga yang indah. Fuhh terliur tau bila baca ini. Tanpa membuang masa, jom kita tengok cara-caranya\n\nRESIPI AIR LYCHEE LEMONADE\n\nBahan-bahan:\n\n1 tin laici\n2 biji lemon \u2013 untuk perah dan hiris sebagai hiasan\n1 mangkuk kecil madu\nAir secukupnya\nAis secukupnya\nDaun pudina \u2013 optional\n\nCara-cara membancuh:\n1. Dalam satu jug, masukkan satu tin laici bersama buahnya.\n2. Selepas itu, perah buah lemon untuk dapatkan jusnya.\u00a0 Selebihnya hiris2 atau 3 keping lemon sebagai hiasan.\n3. Kemudian, masukkan semangkuk madu. Campur dengan sedikit air hingga separuh jug.\u00a0\n4. Kacau bagi sebati. Kemudian boleh masukkan ais dan daun pudina.\n5. Siap untuk dihidang!\n\nSiap untuk dinikmati! Air lychee lemonade ini paling baik dihidangkan dalam keadaan sejuk, kalau tak nak dihidangkan segera, boleh simpan ia sejuk di dalam peti sejuk.\nMinuman ini boleh bertahan selama 3 hingga 4 hari di dalam peti sejuk.\nHanya masukkan ketulan ais sejurus sebelum dihidangkan untuk mengelakkan air limau laici menjadi cair. Selain itu, tambahkan laici sahaja sebelum dihidangkan.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-rebusan-herba-ringankan-badan/", "title": "Amal Air Rebusan 4 Rempah Ini, Boleh Turunkan Berat & Ringankan Badan", "body": "\nJom amalkan air rebusan herba ini untuk cergaskan badan anda. Maklumlah, selepas seharian bekerja badan akan berasa lesu apabila tiba di rumah. \nKadangkala sehingga tidak sempat untuk mengemas rumah kerana terlalu letih.\u00a0Namun begitu, kerja tetap perlu diteruskan.\u00a0\nOleh itu, anda boleh cuba amalkan air rebusan herba bersama lemon dan madu ini untuk mencergaskan badan.\nBaca juga: Bukan Saja Penyedap Masakan, Ini 10 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan\nAir rebusan herba ini juga dikatakan boleh menjadikan badan lebih ringan, membuang angin dalam badan dan memberikan tenaga.\nSelain itu, air ini juga sesuai diambil oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan dan mengempiskan perut.\nBahan-bahan yang digunakan dalam air rebusan ini juga berasaskan herba dan rempah yang ada banyak khasiatnya.\nAIR REBUSAN HERBA UNTUK CERGASKAN BADAN\n\nBahan-bahan:\n\n1 liter air\n2 batang serai\n7 biji cengkih\n1 batang kayu manis ceylon\n3 hiris halia di ketuk\n1 biji lemon\nMadu\n\nCara-cara:\n1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15 hingga 20 minit. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu.\n\n2. Minum ketika masih suam sebelum makan.\n3. Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. perah lemon dan tambah madu. Minum ketika suam.\nKHASIAT BAHAN-BAHANNYA\n\nKayu manis ceylon\n\nKayu manis sebenar (true cinanmon)\nMengandungi kandungan coumarin yg amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg)\nMengurangkan kolesterol\nMembantu melambatkan proses penuaan\nMerawat nafas berbau\nKurangkan kadar gula dalam darah\nMampu kuruskan badan\n\nHalia\n\nBuang angin dalam badan\nKurangkan bau hamis darah ketika haid\nBuang angin dalam badan\nTingkatkan tenaga batin\nMerawat pengaliran darah yang ada masalah\nPanaskan tubuh\n\nBunga cengkih\n\nRawat masalah pernafasan\nBantu sistem pencernaan\nPanaskan tubuh\nMengandungi euganol yang berfungsi untuk cegah darah beku dan cegah sakit jantung dan stroke\nSumber antioksidan yang jaga kesihatan kulit dan wajah\n\nMadu asli\n\nTingkatkan antibodi badan\nTambah stamina\nCantik kan kulit\nPerangi bakteria dalam badan\nMencegah penuaan\nMeingkatkan penyerapan nutrisi dalam badan\n\nLemon\n\nMelancarkan pencernaan\nBersihkan darah\nPecahkan lemak di badan\nBantu tingkatkan stamina\n\nKredit: Habibah Badar Bajrai\nBaca juga: Bukan Hanya Boleh Cegah Sembelit, Ini 10 Khasiat Buah Tembikai Yang Anda Perlu Tahu\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-sirap-kenduri/", "title": "Patutlah Air Sirap Kenduri Sedap Lain Macam, Rupanya Ini Resipi Rahsianya", "body": "\nBila kita buat air sirap di rumah, rasanya pasti tidak sama seperti air sirap kenduri yang kita biasa minum ni majlis kahwin.\nAir sirap sudah sinonim dengan majlis kenduri kahwin dalam kalangan masyarakat kita.\nMinum waktu cuaca panas memang sedap, sejuk tekak dibuatnya! Nak tahu rahsianya? Jom perkongsian resipi oleh Puan Azizah Zainudin di bawah.\nResipi Rahsia Air Sirap Kenduri\nResipi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang.\nAir sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu.\u00a0Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini.\nAir sirap je pun!\u00a0Sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi.\nBahan-bahannya seperti berikut:\n\nGula pasir 1 kg\nJintan manis 1 sudu besar\nBuah pelaga\u00a01 sudu besar\nDaun pandan 2 helai\nSirap 2 sudu\nAir secukupnya\n\nCara-cara:\n1. Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.\n\n2. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap.\n3. Ditambah pula dengan wangian daun pandan.\n4. Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan.\n5. Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!\nKredit: Azizah Zainudin\n"} {"url": "https://myresipi.com/air-teh-kundur/", "title": "Air Teh Kundur, Nikmatnya Minum Air Ini Sejukkan Badan, Jom Buat!", "body": "\nJom buat Air Teh Kundur untuk juadah air berbuka puasa kejap lagi. Memang sedap nak sejukkan badan masa tengah musim gelombang haba sekarang.\u00a0\nIngat tak Raya dulu-dulu mesti ada yang hidang air kotak kundur untuk tetamu, kan?\nIni kerana, air kotak mudah dan tak perlu dibancuh lagi, malah ada pelbagai perisa dan salah satunya adalah air teh kundur ini.\nKalau nak tahu, air teh kundur ini juga dikenali dengan nama winter melon. Bahkan, rasanya sedap dan ada semacam bau gula melaka.\nMalah bukan sebab rasanya sahaja orang suka minum air teh kundur ni, dikatakan buah kundur mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan dan bagus untuk menyejukkan badan.\n\nBaca juga: Brazilian Lemonade, Guna 4 Bahan Je, Memang Segar Tekak Ikut Resipi Viral Ini\nAntara khasiatnya ialah dapat menjaga keseimbangan degup jantung, otot serta saraf tetap aktif, serta melancarkan pencernaan serta membantu turunkan berat badan.\nJadi elok juga kiranya bulan puasa ini kita sajikan air teh kundur untuk keluarga tapi bukan versi air minuman yang dijual dalam kotak, tapi kita buat sendiri. Itu lagi terbaik!\nNak tahu resipi boleh ikut apa yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Aida Md Zainuddin dan menurutnya juga minuman ini sedap di minum panas atau campur ais untuk diminum sejuk.\n\nRESIPI AIR TEH KUNDUR\n\nBahan-bahan:\n\nBuah kundur\nSerbuk teh\nGula Melaka\nGula putih\nDaun pandan\nAir\nAis\u00a0\n\nCara bancuhan:\n1. Potong kundur ikut cara kita nak. Boleh potong panjang-panjang.\n2. Panaskan gula melaka beserta gula dan tambah daun pandan.\n3. Masukkan buah kundur dan reneh biar lama sehingga lembut dengan api perlahan.\n4. Dah pekat, dah lembut buahnya siap tutup api.\n5. Sedia dihidang sejuk atau panas.\nKhasiat Buah Kundur:\u00a0\n\nMembantu pencernaan\nMenjaga kadar cecair dlm tubuh, sejukkan badan\nMelindungi sel dalam tubuh\nMenjaga kesihatan tulang & gigi\nMenambah tenaga\nMencegah selsema dan utk imun tubuh\nMencegah sakit jantung dan keradangan\n\n\nMemang puas hati bancuh sendiri teh kundur ini. Yang penting beli buahnya dan bancuh ia seperti cara-cara di atas. Nikmat sangat untuk buat juadah air berbuka kejap lagi.\u00a0\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/airasia-perkenal-airasia-food-perkhidmatan-tempahan-makanan-antara-bandar/", "title": "AirAsia Perkenal AirAsia Food, Perkhidmatan Tempahan Makanan Antara Bandar", "body": "\nSelepas merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan e-hailing perjalanan udara menggunakan pesawat elektric vertical take-off and landing (eVTOL), kini nampaknya AirAsia melancarkan terlebih dahulu khidmat tempahan makanan menerusi AirAsia Food.\u00a0\nPlatform penghantaran makanan AirAsia Super App dikatakan bakal memulakan perkhidmatan unik untuk kawasan terpilih di Lembah Klang yang membolehkan pengguna menikmati makanan terkenal dari Pulau Pinang diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu rumah korang.\nBaca juga: COOLBLOG Perkenal Air Baru Bertema \u2018Love Coconut\u2019, Ada Tiga Perisa Menarik!\nAntara pilihan makanan yang ditawarkan termasuklah menu halal daripada Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, jeruk campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih Nyonya daripada Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe.\n \n\nMenerusi laporan Berita Harian, semua pesanan makanan akan dimasak dan disediakan terus dari kedai sebelum diterbangkan mengikut protokol kebersihan yang ketat dari Pulau Pinang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minngu.\nCaj penghantaran dikenakan sebanyak RM5.99 bagi setiap pesanan. Memang berbaloi!\nKorang mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan kegemaran sehingga 30 hari lebih awal.\nNah, selepas ini kalau teringin nak makan nasi kandar, mi goreng sotong atau pasemboq korang dah tak perlu nak buat plan ke Pulau Pinang, buat tempahan sahaja menerusi AirAsia Food ini.\nSumber: Berita Harian\n"} {"url": "https://myresipi.com/aiskrim-jeruk-pauh/", "title": "Aiskrim Jeruk Pauh, Buat Sendiri Lagi Puas! Lama Tak Nampak Orang Jual Ini", "body": "\nDah lama tak nampak orang menjual Aiskrim Jeruk Pauh ini. Jom buat sendiri di rumah!\nSelalu kalau sebut pasal buah mangga, memang selalu terbayang sedapnya kalau dapat cicah! Kalau bukan dengan kuah rojak, paling pun cicah dengan garam pun dah sedap.\nBaca juga: Daging Jeruk Cara MUDAH, Hilang Diet Bila Masak Lauk Ini\nTapi, kalau dah asyik menyicah pun bosan juga kan? Mahu kembung perut makan benda masam je sentiasa.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Syidah Saiful ni. Mudah je caranya! Yang pasti bila nak makan je, buka tepi terus ambil makan. haaa best kan? Jom cuba!\n\nRESIPI AISKRIM JERUK PAUH\n\nBahan-bahan:\n\nMangga\nAir\nGaram\nGula\nPlastik aiskrim\n\nCara-cara membuat:\u00a0\n1. Potong mangga muda, rendam air garam semalaman. Nanti lihat perubahan warna dari kulit warna hijau sampai jadi warna coklat.\n2. Basuh dan toskan lebih kurang 1 -2 jam bagi air betul-betul tersejat keluar kalau tak nanti jeruk akan jadi lembik, tak rapuh.\n\n3. Bancuh air gula. Air gula itu biar manis 2 kali ganda dari buat air biasa. Kacau sebati dan biar betul-betul sejuk. \n4. Kalau tak mangga akan jadi lembik. Kemudian barulah masukkan dalam bekas yang berisi mangga yang ditoskan tadi.\n5. Perap selama 2 hari, hasilnya memang akan rapuh rangup sedap.\n6. Selepas dah matang, proses untuk jadikan aiskrim pula. Masukkan buah mangga jeruk, Lepas tu masukkan pula air jeruk ke dalam plastik aiskrim.\n7. Dah siap, masukkan semua aiskrim ke dalam freezer. Bila dah keras sedia untuk makan!\n\n\nSelamat mencuba resipi ini\nBaca juga: Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap, Sedap Dia Boleh Buat Ketagih!\n"} {"url": "https://myresipi.com/aiskrim-kacang-merah/", "title": "Rahsia Buat \u2018Aiskrim Kacang Merah\u2019 Yang Terlajak Sedap, Memang Terbaik!", "body": "\nSedapnya\u00a0Aiskrim\u00a0Kacang Merah\u00a0ni.\u00a0Kalau makan dikala musim panas, memang best dan boleh sejukkan badan.\nKalau beli di kedai, haih, sekejap je dah habis lebih-lebih lagi kalau keluarga ramai kan.\nJadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudara Zaky Mat Ali. Pasti puas hati makan.\nBaca juga: Cara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri\nCARA BUAT AISKRIM KACANG MERAH\nBahan-bahan:\n\n350 gram Kacang Merah\n2.5 liter air masak\n1 cawan Gula\n1/2 tin susu pekat\n1 kotak Santan (kecil)\n1 tin susu cair\n3 sudu tepung jagung\n3 sudu sirap\n1 sudu kecil garam\n\nCara-cara:\n1. Rendam kacang semalaman.\n\n2. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.\n\n3. Didihkan air, masukkan gula.\n4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.\n5. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.\n6. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.\n\n7. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.\n\n8. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Zaky Mat Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/aiskrim-petai/", "title": "Fuh, Tak Sangka Petai Pun Boleh Jadi Aiskrim, Ini Resipi Untuk Dicuba!", "body": "\nAda yang berani nak mencuba resipi Aiskrim Petai? Pelik tapi benar, tapi wanita ini kreatif menghasilkan pencuci mulut yang tidak pernah dibuat orang.\nKebiasaannya, jika hendak membuat aiskrim, perisa coklat atau vanila yang selalu menjadi pilihan utama, namun lain pula perkongsian dari @zamaiskrim ini yang unik dan nampak \u2018rare\u2019 ini.\nBaca juga: 4 Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru Yang Korang Boleh Cuba, Anak-anak Mesti Suka!\nPastinya menu aiskrim ini buatkan para peminatnya tak senang duduk. Bayangkan ulam yang sering dinikmati bersama nasi panas kini hadir dalam menu sejuk iaitu aiskrim.\nJom kita lihar resipi unik ini di bawah.\n\nRESIPI AISKRIM PETAI HOMEMADE\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n300 ml air\n300 ml susu segar\n60 gram gula\n2 sudu tepung jagung\n1/2 sudu pewarna hijau\n10 biji petai\n1 sudu ovellete\n\nCara-caranya:\n1. Masukkan air 300 ml dan masukkan 2 sudu tepung jagung ke dalam kuali atau periuk.\n2. Buka api, kacau dan masak hingga jernih. Masukkan susu 300 ml, 60 gram gula, 1/2 sudu pewarna hijau. Kacau semua hingga sebati.\n3. Ambil 10 biji petai dan blend bersama campuran yang dimasak tadi.\n4. Selepas blend, masukkan ke dalam bekas, lalu masukkan ke dalam freezer selama 5 jam. Keluarkan dan hancurkan aiskrim, masukkan ovellete 1 sudu.\n5. Kacau aiskrim dengan ovellete sampai kembang. Setelah kembang bekukan selama 5 jam.\n6. Keluarkan aiskrim dan cedok. Aiskrim sedia untuk dinikmati!\n\nVideo Penuh:\n\n\n @zamaiskrim\nJom kita buat Aiskrim Petai hari ni\ud83d\ude0d #aiskrim #carabuataiskrim #aiskrimviral #aiskrimmalaysia\n \u266c Dj Cere Bebek \u2013 Eang Selan \n\n \n\nAntara reaksi netizen:\n\n\n\n\nPenggemar petai, ada yang berani nak mencuba resipi aiskrim yang unik ini?\n"} {"url": "https://myresipi.com/aiskrim-vanilla-homemade/", "title": "Aiskrim Vanilla Homemade Ala Sundae McD, Guna 3 BAHAN Ikut Resipi Ini", "body": "\nAnak-anak selalunya memang minat betul dengan aiskrim vanilla. Kadang-kadang beli sekotak kecil pun dah berapa Ringgit kan?\n\u201cMusim panas ni memang terasa nak makan aiskrim je. Kalau beli sorang satu mesti tak cukup kalau dapat kat budak-budak ni.\u201d\nSebenarnya mudah sangat nak buat aiskrim vanilla ni. Tak perlu peralatan canggih, cuma menggunakan mixer atau blender tapi tetap menghasilkan tekstur aiskrim yang lembut dan lazat macam yang dibeli dekat McD.\nBaca juga: 4 Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru Yang Korang Boleh Cuba, Anak-anak Mesti Suka!\nMalah bukan budak-budak saja yang gemarkan aiskrim, kita yang dewasa pun mesti sama-sama teruja bila dapat menikmati aiskrim yang dingin, lemak berkrim dan lembut teksturnya.\nJom tengok resipi aiskrim vanila homemade yang dikongsikan oleh Cik Puan Jaja Noriza ini.\n\nRESIPI AISKRIM VANILLA HOMEMADE\n\nBahan-bahan:\n\n1 mug Non dairy whipping cream\n1/2 cawan susu pekat\nEsen creamy vanilla\n\nCara-cara membuat:\n1. Mix whip cream sampai kembang. \n2. Kemudian, masukkan susu pekat dan esen vanilla. Mix lagi sekejap dan siap.\n3. Masuk dalam bekas dan simpan dalam peti ais.\n\n4. Jika nak ada perisa, boleh tambah je dalam bancuhan sebelum siap mixer.\n5. Nak makan hias la dengan hiasan ikut citarasa masing-masing. Sedia dinikmati.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Aiskrim Viral Ala Magnum, Sedap Macam Beli Kedai\n"} {"url": "https://myresipi.com/akok-kedut-hanya-guna-pembakar-roti/", "title": "Cara Buat Akok Kedut Hanya Guna Pembakar Roti, Mudah & Cepat!", "body": "\nTeringin nak makan kuih akok kedut tapi susah nak cari orang jual? Jom kita cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi di bawah.\nJika tak ada acuan untuk kuih khas untuk kuih akok, boleh guna pembakar roti saja. Rasa tetap sedap walaupun rupa sedikit lain.\nYang paling penting, ia tidak berbau hanyir telur dan juga sedap dimakan semasa panas-panas atau sudah sejuk.\nSesuai dijadikan menu sarapan pagi ataupun minum petang bersama seisi keluarga tercinta. Semoga bermanfaat ya!\nBaca juga: Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang\nResipi Akok Kedut Homemade\nBahan-bahan yang diperlukan:\n\n1 cawan air + gula pasir + daun pandan (Sukatan ikut kemanisan masing-masing. Jadikan sebagai air gula)\n5 biji telur ayam*\nSedikit perisa pandan*\nSecubit garam*\nSantan 1/2 kotak (saiz kecil)*\nTepung gandum 3 sudu makan*\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Kisarkan semua bahan bertanda (*) di atas selama 2 minit sehingga sebati.\n2. Kemudian, masukkan 2 sudu minyak masak untuk effect golden brown.\n3. Masukkan air gula yang sudah sejuk tadi dan kisarkan sekejap.\n\n4. Kemudian, sedia untuk dibakar. Tuangkan adunan kuih akok ke dalam pembakar roti.\n\n5. Bakar sehingga warna bertukar kepada perang keemasan.\n\n6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Halimatun AsSaadiah Ismail\nBaca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman\n"} {"url": "https://myresipi.com/amal-air-rebusan-ini-badan-akan-rasa-lebih-ringan-segar-bila-bangun-pagi/", "title": "Amal Air Rebusan Ini, Badan Akan Rasa Lebih Ringan & Segar Bila Bangun Pagi", "body": "\nUmum sudah tahu, banyak khasiat yang boleh kita perolehi daripada tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang elok untuk tubuh badan manusia.\nTidak salah jika kita mahu menggunakan cara tradisional dan petua orang lama untuk merawat kesihatan diri selagi mana ia tidak memudaratkan badan.\nSeorang wanita bernama Rosmah Rasidi\u00a0berkongsikan petua air rebusan untuk membuatkan badan rasa lebih ringan. Menurutnya lagi, air rebusan ini juga mampu mengurangkan bacaan diabetes.\u00a0\nJom sama-sama baca perkongsian olehnya\u00a0 di bawah:\nMalam ni saya nak share petua untuk..\nRingankan badan, kurangkan bacaan diabetis, pulihkan barah usus.\nDengan hanya minum air rebusan daun durian Belanda\u2026Petua ni saya dapat dari seorang cikgu bila saya jumpa beliau semasa saya buat cod barang niaga saya..\u00a0\nAlhamdulillah saya minum, bila bangun pagi badan memang rasa ringan\u2026angin keluar berdesup\u2026\nSuami saya pulak mengidap diabetis, tapak kaki selalu kebas, saya rebus dan suami amalkan, Alhamdulillah sekarang kaki dh x kebas..\nMak sedara saya mengidap barah usus, dah operate tpi masih ada sel barah tu.. Cuma amalkan air rebusan ni saja beliau sembuh.\u00a0\nAlhamdulillah Tapi semua tu dengan izin Allah, kita di suruh berusaha. Cara nya ada pada gambar ya, moga dapat memberi manfaat kepada sahabat semua.\nAmbil daun belanda dalam jumlah yang ganjil contoh yang saya buat tu 33 helai.\n\nBersihkan sambil ramaskan daun itu dan masukkan 2 jug air. Saya guna saiz 2.2 liter.\n\nRebus sampai air tinggal separuh sahaja, boleh tengok garisan tu masa mula-mula rebus hingga kering banyak mana.\n\nNi air yang dah siap rebus.\n\nSaya minum satu gelas tu sehari minum 2 atau 3 kali.\n\nKredit: Rosmah Rasidi\n"} {"url": "https://myresipi.com/anak-anak-tak-makan-sayur-cuba-resipi-mudah-makaroni-salad-ini-pasti-nak-tambah-lagi/", "title": "Anak-Anak Tak Makan Sayur? Cuba Resipi Mudah Makaroni Salad Ini, Pasti Nak Tambah Lagi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-08 06:22:16\n\n\nSetiap kali fikir tentang pemakanan anak-anak, pasti ibu-ibu sudah faham kerenah mereka yang tidak sukakan sayuran. Bermacam-macam alasan yang mereka buat semata-mata untuk mengelak dari memakan sayuran. Betul tak? Haa apa kata ibu-ibu cuba resipi Makaroni Salad yang dikongsikan daripada Wan Muhammad Hafiz Satar daripada laman Facebook. Memang sedap! Pasti anak-anak akan sukakan menu ini. Jom cuba!\n\nKredit: Wan Muhammad Hafiz Satar\nBahan-bahan:\n\nSepaket Macaroni\n4-5 Biji Kentang (Potong dadu)\n1-2 Biji Lobak Merah (Potong dadu)\n4-5 Ketul Sosej (potong)\n1 Biji Bawang Holland (potong dadu)\nBroccoli \n1 tin susu cair atau fresh milk\nMayonis secukupnya\nGaram\nMixed herbs\nChili flake\n\nCara-caranya:\n\nRebuskan macaroni bersama kentang, lobak merah dan sosej yang telah disediakan terlebih dahulu kemudian toskan.\n \nKredit: WikiHow\n\u00a0\nAmbil beberapa sudu mayonis dan letakkan ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan sedikit susu cair lalu gaulkan. Sekiranya terlalu pekat, tambahkan sedikit susu cair.\n\u00a0\nSelepas itu, masukkan garam lalu gaulkan bersama makaroni, sosej, kentang yang telah direbus tadi.\n \nKredit: Wan Muhammad Hafiz Satar\n\u00a0\nKemudian, masuk brokoli, bawang holland dan lobak merah. Gaul semua bahan sehingga sebati.\n\u00a0\nAkhir sekali, taburkan mixed herbs dan cili flakes untuk menambahkan lagi rasa yang enak.\n \nKredit: Wan Muhammad Hafiz Satar\n\nSiap! Mudah saja kan? Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/anak-nak-makanan-luar-ibu-gigih-masak-bungkus-macam-kedai/", "title": "Bila Anak Nak Makanan Luar Je, Ibu Gigih Masak & Bungkus Sama Macam Kedai", "body": "\nSetiap anak pasti mempunyai kerenah dan ragam mereka yang tersendiri. Dalam melayan perangai mereka ini, ibu bapa selalunya akan mencuba yang terbaik untuk memastikan kemahuan dan keinginan anak tercapai walaupun terpaksa bersusah payah.\nSeperti video yang dikongsikan wanita ini di akaun TikTok @m4kberuang tentang percubaannya memastikan si anak makan meskipun terpaksa melakukan sesuatu di luar jangkaan.\nMenurut wanita itu, anaknya hanya mahu makan makanan yang dibeli di kedai menyebabkan dia buntu memikirkan cara untuk melayan kerenahnya itu.\nNamun wanita itu tampil dengan idea kreatif di mana dia dilihat memasak dan membungkus makanan yang sudah siap dimasak itu seperti dibeli dari kedai. Malah dia juga turut meletakkan makanan yang siap dimasak itu di dalam beg kertas menampakkan ia seperti makanan yang dibeli.\n\n\n @m4kberuang\nArissa oh Arissa\ud83e\udd23\ud83e\udd23\ud83e\udd23 #fyp\n \u266c Funny Song \u2013 Cavendish Music \n\n \nPercubaannya itu berhasil memperdayakan anaknya yang kemudian dilihat menikmati makanan yang \u2018dibeli\u2019 di kedai itu.\nPerkongsian wanita\u00a0ini turut menarik perhatian ramai yang teruja melihat idea yang boleh digunakan sekiranya mereka berada dalam situasi yang sama.\nMalah ada yang berkongsikan pengalaman \u2018ditipu\u2019 oleh ibu mereka sendiri semasa kecil dahulu gara-gara terlalu kerap meminta membeli makanan di kedai.\nSusulan video yang tular dikongsikan ini, netizen turut memuji kegigihan wanita itu membungkus makanan setiap kali ingin diberikan kepada anaknya itu. Tidak kurang juga yang mengaku menggunakan kaedah yang sama untuk memperdayakan anak mereka.\n\u201cIbu scammer paling bijak..\u201d\n\n\u201cMak kerja runner Grab demi anak makan.\u201d\n\n\u00a0\nBaca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:\n\nNangis Nak \u2018Donut Petak\u2019 Tiap Kali Lalu Starbucks, Gelagat Budak Kecil Ini Buat Netizen Terhibur\n\nPeniaga Redha Tanggung Rugi Hampir RM300, Tak Perasan Serbuk Coklat Dah Tamat Tempoh\n\n\nDitipu Rakan & Dibuang Keluarga, Kisah Peniaga Cendol Ini Raih Simpati Netizen\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/angah-raja-lawak-kongsi-resipi-sotong-garam-lada/", "title": "Raih Lebih 2.1 Juta View, Angah Raja Lawak Kongsi Resipi Sotong Garam Lada", "body": "\nAngah Raja Lawak tidak asing dalam arena hiburan tanah air. Selain menceburi diri dalam bidang lakonan dan komedi, dia juga minat dalam dunia masakan.\nJika ada yang belum tahu, Angah dinobat sebagai Naib Juara dalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia 2012! Kini, dia juga aktif berkongsi pelbagai resipi menarik d laman TikTok miliknya.\nSalah satu resipinya yang telah \u2018viral iaitu Resipi Sotong Garam Lada. Raih jumlah tontonan hampir 2.1 Juta! Kalau ada yang nak cuba, jom\u00a0follow\u00a0resipi di bawah.\n\n\nCara Masak Sotong Garam Lada Versi Angah Raja Lawak\n\n\nBahan-bahan:\n\nSotong\nLada hitam\nGaram\nTepung gandum\nTepung beras\nSerbuk pati ayam\nMinyak masak\nButter\nHalia\nLada merah\nDaun bawang\nGula perang\nLemon\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih sotong. Hiris mengikut kreativiti anda. Ketepikan.\n2. Dalam kuali, satukan garam dan lada hitam. Sangai seketika, kemudian tuangkan ke dalam lesung dan tumbuk sehingga menjadi serbuk halus.\n3. Gaulkan sotong tadi bersama sedikit serbuk garam dan lada yang sudah ditumbuk tadi.\n3. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk garam dan lada (secukupnya sahaja) serta serbuk pati ayam. Gaul sebati.\n4. Kemudian salutkan sotong dengan bancuhan tepung kering tadi.\n5. Goreng dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan toskan.\n6. Dalam kuali lain, tuangkan sedikit minyak masak. Masukkan sedikit butter, halia, lada merah dan daun bawang (hiris halus). Perasakan juga dengan serbuk garam dan lada. Masukkan sotong.\n8. Tambahkan gula perang sesuai selera serta sedikit perahan lemon. Gaul rata.\n9. Akhir sekali, taburkan daun bawang yang dihiris kasar. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.\nVideo penuh:\n\n\n @angahchef\nYang ini utk peminat makanan simple tapi rasa dia kayaaaaaaaa #fyp #foryoupage #fyp\u30b7 #resepisotong #education #shooting #cookingshow #alongcham #halia #taikunsos \n \u266c Dj Yang Lagi Viral \u2013 FADLI AZ \n\n \nKredit: TikTok angahchef\nBaca juga: Dipuji Sering Kongsi Menu Diet, Kali Ini Atikah Suhaimi Cipta Resipi Baru \u2018Singgang Mat Salleh\u2019\n"} {"url": "https://myresipi.com/apa-beza-lodeh-lontong-ramai-ingat-sama/", "title": "Apa Beza Lodeh & Lontong? Ramai Ingat Sama, Wanita Ini Jelaskan Bezanya", "body": "\nApa beza lodeh dan lontong? Nampak macam sama, rupanya berbeza. Dua hidangan ini sering dihidangkan sebagai juadah utama di pagi Hari Raya.\nSelain dari lemang, rendang dan juga ketupat, lontong dan lodeh juga menu yang wajib di Hari Raya. Tetapi mungkin ada yang masih lagi keliru apa perbezaan antara dua makanan yang berasal dari Negeri Sembilan ini.\nMenerjah akaun Tiktok milik seorang guru Bahasa Melayu,\u00a0Zackkirana, dia ada menjelaskan perbezaan antara lontong dan juga lodeh yang kerap kali rakyat Malaysia tersilap dan terlepas pandang.\n\u201cLONTONG atau LODEH? Tak sama sebenarnya ya kawan-kawan. Siapa masak lodeh untuk rumah terbuka?\u201d\u00a0\nMenerusi video yang telah dikongsikan, rupa-rupanya lodeh itu adalah kuah yang bewarna kuning seakan-akan masak lemak cili api yang dimasak menggunakan santan sebagai bahan utamanya.\nManakala lontong pula adalah makanan menyerupai nasi himpit yang dibalut menggunakan daun pisang. Lontong juga merupakan makanan tradisi dari Indonesia yang juga terdapat di Malaysia selain nasi himpit.\nJom lihat video dari Zackkirana di bawah untuk tontonan semua.\n\n\n @zackkirana27\nLONTONG atau LODEH? Tak sama sebenarnya ya kawan-kawan. Siapa masak lodeh untuk rumah terbuka? Saya nak!!! #fyp #fyp\u30b7 #cikguzackkirana #cikgubm #raya2022\n \u266c original sound \u2013 zack kirana \u2013 zack kirana \n\n \nSumber: @zackkirana27\n"} {"url": "https://myresipi.com/apa-maksud-halal-yang-sebenar/", "title": "Lelaki Ini Jelaskan Apa Maksud \u2018Halal\u2019 Yang Sebenar, Disebalik Isu Makanan Luar Negara", "body": "\nBaru-baru ini tular isu halal makanan luar negara apabila Khairul Aming, seorang pempengaruh berkongsi kisahnya ketika mengembara di Paris dengan berkongsi videonya sedang menikmati croissant dan air coklat panas.\nPerkara tersebut secara tak langsung telah menimbulkan persoalan segelintir netizen yang menyoal adakah makanan tersebut halal atau tidak.\nArtikel berkaitan: Netizen Pertikai \u2018Isu Halal\u2019 Selepas Khairulaming Kongsi Video Makan Croissant Di Paris\nLelaki Tampil Jelaskan Maksud Halal\nSusulan dari isu tersebut, seorang pengguna Twitter, Ezzar Ezzudin yang juga mempunyai pendidikan dalam bidang tulen syariah telah menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan halal supaya mudah difahami oleh netizen yang keliru.\n\n\nMenurut Ezzat, memang ada betulnya bagi seseorang yang bergelar muslim dituntut untuk mendapatkan makanan dari sumber yang halal dan selari dengan dalil yang ditulis dalam Al-Quran dan hadith (riwayat Al-Bukhari: ayat 52)\nFahami Maksud Halal Yang Sebenar\n\n\n\nLelaki Ini Harap Dapat Bantu Jawab Kekeliruan Netizen\n\nJelasnya isu seperti ini sebenarnya sudah seringkali berlaku dan berharap apa yang dikongsikan olehnya ini dapat membantu segelintir masyarakat yang keliru atau sangsi.\nDia turut menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu risau dengan apa yang dijelaskan kerana dia seorang yang berpendidikan tulen dan rasmi dalam aliran Syariah Muamalat dan bekerja dalam bidang yang sama.\n\u201cSaya sangat gembira jika ada peluang untuk berbincang secara ilmiah berkaitan fiqh dan syariah ini.\n\u201cSatu lagi, tak salah kalau nak tanya halal ke haram ke atau sebagainya, tapi tanyalah dengan penuh adab. Tiada tuntutan sebarang kos untuk seseorang menjadi beradab.\u201d\n"} {"url": "https://myresipi.com/apam-balik-gebu-macam-pasar-malam/", "title": "Apam Balik Gebu Macam Pasar Malam, Sedap Makan Panas-panas", "body": "\nSiapa je yang tak suka makan apam balik kan? Kalau kat pasar malam tu, kuih apam balik ni lah antara kuih yang paling ramai orang beli.\nSo, apa kata hari ni kita buat apam balik gebu ala pasar malam di rumah. Confirm nak lagi dibuatnya!\nKuih ni sedap di makan panas-panas plus ada extra inti kacang dan jagung di dalamnya. Kekadang ada juga peniaga yang kedekut sikit nak letak ini.\nBaca juga: Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap\nKalau buat sendiri kat rumah mesti lagi puas hati nak makan nanti kan. Nak letak banyak mana inti pun boleh.\nApam balik sekarang ni dah ada macam-macam perisa. Ada yang letak coklat, cheese dan macam-macam perisa lagi didalamnya.\nRupanya takde acuan pun korang boleh buat ye. Guna je kuali non stick yang ada kat dapur korang tu. Confirm menjadi.\nNak lebih detail, korang follow resepi yang di kongsikan oleh Roslan Rusly ni. Memang sedap ala-ala pasar malam.\nResipi Apam Balik Gebu Ala Pasar Malam\n\n\nBahan-bahan:\n1 cawan tepung gandum\n1 sudu kecil baking powder\n1/2 sudu kecil soda bikarbonat\nTelur\nGaram\nGula \nKacang\nSweet Corn\nMarjerin\nPewarna Kuning\nAir\nEsen Vanila\nCara membuatnya:\n1. Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Adunan ni boleh dapat dalam 4 keping apam balik saiz kecil.\n2. Masukkan air dan kacau adunan. Lepastu masukkan mentega dan telur. Adunan jangan cair sangat. Pukul adunan biar sebati.\n3. Masukkan beberapa titik pewarna kuning telur. Sikit je ye nak bagi comel sikit warnanya. Masukkan juga esen vanilla.\n4. Pukul sampai adunan jadi gebu macam ni. Tak cair tak pekat.Sambil tu masukkan garam biar rasa lemak-lemak sikit.\n5. Dah siap pukul adunan, masa untuk membuat apam balik. Boleh guna kuali leper.\n6. Panaskan kuali, ratakan mentega, kecilkan api dan letak adunan tepung tadi. Lepas letakkan adunan atas kuali terus taburkan dulu gula.\n7. Bila adunan dah nampak masak, taburkan kacang, jagung, mentega. Kalau nak letak choc chop ke, choc rice ke, choc cair ke, iutkan selera masing-masing.\n8. Settle semua, lipat apam balik macam ni. Siap! Selamat menjamu selera.\n\n\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/apam-balik-pandan/", "title": "Apam Balik Pandan Cara SIMPLE, Anak Anak Mesti Suka Makan", "body": "\nPernah cuba apam balik pandan? Makan panas-panas memang layan. Bagi anda yang nak cuba buat secara homemade, resipi mudah perkongsian Seminit Resipi ini antara yang boleh dicuba. \nNak buat nipis ke, tebal ke, kacang lebih ke, semua boleh. Satu adunan ini boleh dapat dalam empat keping Apam Balik. Memang puas hati.\nKalau nak tahu cara orang dulu-dulu, bancuhannya diperbuat dari tepung gandum, soda penaik, telur ayam, santan, air dan ragi atau ibu roti.\nBaca juga: Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je\nApam Balik ialah sejenis lempeng dan merupakan makanan \u2018street food\u2019 yang popular di Malaysia. Ia juga dipanggil dengan pelbagai nama lain, seperti Martabak Manis dan Terang Bulan.\nIsi apam balik boleh berbeza daripada yang tradisional seperti kacang kisar, gula, dan jagung manis berkrim \u2013 kepada coklat dan juga keju. Ketebalan apam balik juga boleh berbeza. Ada yang bertekstur gebu dan tebal, dan ada juga yang lebih jenis crispy dan nipis.\nJom lihat bahan-bahannya.\u00a0\n\nRESIPI APAM BALIK PANDAN\n\nBahan apam:\n\n1 biji telur\n3/4 cawan gula\n1 1/4 cawan air\n1 tspn baking powder\n1 tspn soda\n2 cawan tepung gandum\nPandan paste\n\nBahan filling:\n\nCheddar cheese\nChoc rice\nKacang\n\nCara-cara penyediaan:\u00a0\n1. Satukan kesemua bahan apam, kacau hingga halus. \n2. Rehatkan adunan selama 15 minit.\n3. Kemudian, ambil not stick pan, panaskan dengan api sederhana. Sapukan dengan sedikit butter.\n4. Tuangkan adunan apam dan biarkan hingga masak.\n5. Kemudian, taburkan choc rice, cheddar cheese dan jugak kacang yang telah disangai.\n6. Apam sedia dihidang bersama teh panas.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap\n"} {"url": "https://myresipi.com/apam-pisang-gebu/", "title": "Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je", "body": "\nKalau ada banyak pisang lebih dekat rumah, memang wajib cuba resepi apam pisang ni. Maklumlah, kalau asyik buat cekodok pisang pun bosan juga kan?\nDi Malaysia, kek atau apam pisang telah menjadi kegemaran semua golongan kerana rasanya yang lemak, lembut, dan tidak terlalu manis.\nKalau mahu hasilnya lebih sedap, lebihkan kuantiti pisang semasa dalam proses penyediaannya.\nBaca juga: Kuih Cara Berlauk Inti Daging, Buat Guna Acuan Kuih Tradisional\nBentuk apam pisang yang kecil dan comel juga sangat sesuai untuk dihidangkan kepada anak-anak.\u00a0\nKalau buat sendiri dah tentulah lebih berbaloi, dapat dimakan panas-panas bersama teh atau kopi. Memang terbaik!\nJadi, jom kita cuba resepi apam pisang oleh Cik Puan Lisa Aisha yang sangat mudah untuk dicuba.\n\nRESIPI APAM PISANG GEBU\n\nBahan A:\n\n2 cawan tepung gandum\n1 sdt baking powder\n2 sdt soda bikarbonat\n\nNota: ayak semua bahan\nBahan B:\n\n1 1/2 cawan pisang emas yang dilenyek\n1 cawan minyak jagung\u00a0 (apam lebih gebu guna minyak ini)\n1 cawan gula pasir\n3 biji telur\n1 sdt esen pisang\u00a0\n1 sdt perahan limau nipis\n\nNota: blend semua bahan kecuali pisang sehingga sebati.\u00a0\nCara-cara penyediaan:\n1. Satukan bahan A dan bahan B. Gaul hingga sebati.\n2. Tuang ke dalam bekas dan kaup balikkan adunan supaya semua bahan sebati.\n3. Sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu dan tuang adunan tadi. Jika tiada acuan, boleh juga gunakan cawan kertas atau loyang.\n4. Kukus selama 20 minit atau hingga apam masak. Jika guna acuan lebih besar atau loyang, waktu memasak perlu ditambah.\n5. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur\n"} {"url": "https://myresipi.com/aplikasi-menu-rahmah/", "title": "Berita Baik! Aplikasi Menu Rahmah Bakal Dibangunkan Kerajaan", "body": "\nAplikasi Menu Rahmah bakal dibuat oleh kerajaan di mana ia akan menyenaraikan senarai restoran atau kedai makan yang menawarkan hidangan Menu Rahmah, kata YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub.\nWah! Berita baik ini!\u00a0\nBaca juga: Lebih 15,0000 Premis Dah Lancar Menu Rahmah, Ini 15 Info Yang Korang Patut Tahu\nBuat masa ini, beberapa restoran sedia menawarkannya, termasuk MYDIN. Namun, bagi kebanyakkan pengguna, ia mungkin agak sukar untuk mengenal pasti lokasi berhampiran yang menjual \u201cMenu Rahmah\u201d.\n\nDengan penawaran aplikasi ini, ia dijangka akan memudahkan orang ramai mencari lokasi premis makanan dengan \u201cMenu Rahmah\u201d, disamping pada masa yang sama membantu pemilik restoran mempromosikan kedai makan mereka.\nMenu Rahmah merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mengalakkan pengusaha restoran menawarkan menu makanan pada harga RM5 \u2013 sekaligus membantu mengurangkan kos sara hidup bagi golongan B40.\n\nSumber: Berita Harian\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/asam-pedas-daging-tetel/", "title": "Asam Pedas Daging Tetel \u2018Gerenti\u2019 Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!", "body": "\nBiasanya masak asam pedas mesti ikan pari lah ikan kembung lah. Tapi kali ni kena cuba buat masak asam pedas daging tetel pulak. Bukan biasa-biasa rasanya. Gerenti jilat jari walaupun baru pertama kali rasa.\nKalau tak percaya, boleh cuba dulu. Walaupun bunyinya unik dan risau pelik rasa dia, jangan risau sebab lama kelamaan mesti jadi salah satu masakan kegemaran dekat rumah kita.\nNak buat asam pedas daging tetel ni sama je dengan asam pedas ikan. Bezanya Cuma gunakan daging dalam masakan asam pedas ni. Bila makan dengan lemak daging tu, memang padu sebab kuah asam pedas menyerap masuk ke dalam daging kita.\nBaca juga: Cara Buat Pes Ibu Sambal & Pes Asam Pedas, Buat Sekuali Terus!\nTetel ini ialah daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang, lemak biasa, dan lemak harimau menangis. Nak beli daging tetel ni kena pandai pilih, kadang-kadang terpilih urat yang keras yakmat tu, ke bakul sampah jer lah jawabnya.\nRESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL\n\n\nKalau sekali buat pun boleh terus menjadi sedap dan family suka, confirm lepas ni tak yah cari asam pedas di Melaka dah. Buat dari dapur kita sendiri pun dah padu.\nPortion hidangan: 3-4 orang makan\nBahan-bahan:\n\n1/2 kg tetel & 1/2 kg daging (direbus utk bg lembut)\nCili blend 3 senduk kecil\nBawang besar 2 biji\nBawang putih 4-5ulas\n2 inci lengkuas\n1 inci halia\n1 inci belacan\n1 sudu kecil lada hitam\n1 sudu besar jintan manis\n1 sudu kecil halba\nAsam keping\nDaun limau purut\nKerisik\nGaram bukit & serbuk maggie secukup rasa\n\nCara Memasak:\n1) Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, belacan, lada hitam dan jintan manis.\n2) Panaskan minyak dan masukkan halba.\n3) Tumis kan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.\n4) Masuk kan cili kering.\n5) Masukkan asam keping, garam dan maggi secukup rasa.\n6) Kacau sehingga naik minyak.\n7) Bila cili dah garing, masukkan air rebusan daging beserta daging tetel yang telah direbus.\n8- Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau hingga sebati.\n9) Siap untuk dihidang!\nMakan lauk ni, hidangkan dengan nasi panas-panas. Barulah ngam nak makan. Ada yang suka masukkan tomato atau bendi sebagai bahan tambahan. Memang ramai yang sukalah terutama mak ayah kita.\nBiasanya nak cari asam pedas pior ni dekat Melaka je kan. Kata orang memang tempatnya. Tapi insyaAllah lepas ni di mana pun kita berada kita boleh hasilkan rasa asam pedas yang marvellous. Sesuai dengan tekak kita.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/asam-pedas-ikan-sembilang/", "title": "Asam Pedas Ikan Sembilang, Kuah Pekat Dan Merah Menawan Dibuatnya", "body": "\nResipi Asam Pedas Ikan Sembilang memang ada ramai penggemarnya. Pelbagai resepi asam pedas yang kita ada, masing-masing mempunyai keenakannya dan penggemarnya yang tersendiri.\nTapi masih ramai lagi yang tak dapat beza ikan sembilang dan ikan keli kerana rupanya yang hampir sama. Senang je nak tahu perbezaannya.\nIkan sembilang hidup di laut manakala ikan keli hidup dalam air tawar seperti sungai, kolam dan sawah. Saiznya juga lebih besar dari ikan keli.\nArtikel berkaitan: Resipi Asam Pedas Melaka Asli. Ada \u2018Rahsia\u2019 Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu\nWarna ikan keli juga lebih gelap berbanding dengan ikan sembilang. Ikan sembilang ada macam sirip atau duri di belakang badan tetapi ikan keli tiada.\nTapi jangan risau, bila dah dimasak, rasa kedua-dua ikan ini memang sama sebab masih lagi dari spesis keluarga ikan yang bermisai.\nWalaupun rasanya agak sama, tapi min lagi suka ikan sembilang kerana rasa isinya cukup manis mungkin disebabkan ia tinggal di laut. Kebiasaannya, asam pedas akan dihidangkan dengan ikan masin bulu ayam, sambal belacan dan ulam ulaman. Sedap sangat!\nResepi asam pedas ikan sembilang ini telah dikongsikan oleh Hasrunizah Hassan. Step by step resipinya telah dikongsikan beliau untuk semua penggemar asam pedas.\nAsam pedas yang sedap bila mempunyai kuah yang pekat dan merah likat. Lebih sedap bila dihidangkan juga dengan tomato dan juga sayur bendi. Boleh juga dicampurkan sayur terung jika korang suka.\nResipi Asam Pedas Ikan Sembilang\nBahan A\n\n\n\n\nCili kering\nBawang merah\nBawang putih\nHalia\nKunyit\nGula melaka\n\nBahan B\n\nIkan sembilang\nAir asam jawa\nHalba\nGaram\nDaun kesom\nBelacan goreng\n\nCara memasak\n1. Kisar & tumis bahan A. Tumis bersama halba dan belacan goreng. Dah garing masukkan air asam jawa.\n2. Bila sudah mendidih baru masukkan ikan sembilang, daun kesom dan garam. Masak hingga mendidih sehingga ikan masak.\n3. Bila ikan dah masak, kuah pun dah sedap iaitu cukup semua rasanya, masukkan sayur yang g anda suka. Masukkan tomato dengan bendi dan terus tutup api. Siap!\n\n\nTip tambahan:\n\ud83c\udf74Ikan sembilang dah disiang dan dibasuhkena rendam bersama air asam jawa pekat untuk buang lendir dan hanyir laut. Rendam dalam 30 minit.\n\ud83c\udf74Bahan menumis kena tumis sehingga garing.\n\ud83c\udf74Nak pedas \u2018kick\u2019 boleh letakkan lada hitam yg ditumbuk.\n\ud83c\udf74Nak variety letak sayur bendi.\nDengan adanya perkongsian resipi asam pedas ikan sembilang ini, korang boleh mencubanya secara homemade. Lebih puas hati dan lebih jimat. Nak dapatkan yang power adalah dari air tangan sendiri. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/atikah-suhaimi-cipta-resipi-baru-singgang-mat-salleh/", "title": "Dipuji Sering Kongsi Menu Diet, Kali Ini Atikah Suhaimi Cipta Resipi Baru \u2018Singgang Mat Salleh\u2019", "body": "\nKebelakangan ini, pelakon Atikah Suhaime kelihatan kerap berkongsi resepi dan menu untuk menurunkan berat badan atau \u2018diet\u2019 di TikToknya.\nTerbaharu, Atikah telah memuat naik videonya yang berkongsi resipi baru yang dinamakan \u2018Singgang Mat Salleh\u2019.\nResipi ini terhasil apabila dia hanya menggunakan barang yang sedia ada di dapur sahaja. Jom lihat resipi perkongsiannya di bawah!\nRESIPI SINGGANG MAT SALLEH ATIKAH SUHAIMI\n\n\u201cKorang kena cuba singgang mat salleh ni, memang sedap. Malas nak pergi supermarket hari ini, i pakai apa saja yang ada kat rumah ni.\nBahan-bahan:\n\nMinyak zaitun\nBawang merah\nBawang putih\nSedikit air\nTomato\nIkan merah\nHirisan lemon dan perahannya\nSedikit garam\nTelur\n\nCara-cara memasak:\n\nMasukkan minyak zaitun. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah.\nGaulkan seketika namun jangan biarkan bawang tersebut terlampau masak.\nTambahkan sedikit air dan masukkan pula tomato.\nSeterusnya baru masukkan ikan merah dan hirisan lemon serta air perahannya.\nMasukkan garam dan kemudian tutup. Biarkan ia masak.\nSiap untuk dimakan.\n\nVideo penuh:\n\n\n @atikahsuhaimeeee\nRecipe diet baru \u201cSinggang Matsalleh\u201d. Selamat mencuba \ud83d\ude05\u2764\ufe0f #fyp\u30b7\u309aviral #tiktokmalaysia\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #singaporetrending \n \u266c original sound \u2013 TikaMe \u2013 TikaMe \n\n \n\u00a0\nMenjengah ke ruangan komen, Atika Suhaimi menerima pujian kerana resipi yang dikongsi dikatakan sangat sedap. Ada individu turut mengatakan telah berjaya menurunkan berat sebanyak 3 kilogram selama 12 hari selepas mencuba resipi diet perkongsiannya.\n\nRata-rata peminatnya turut terinspirasi untuk mengikuti jejak pelakon itu dalam menjaga pemakanan yang sihat bahkan menggalakkannya berkongsi lebih banyak \u2018content\u2019 seperti itu.\n\nSumber: TikTok @atikahsuhaimeee\n"} {"url": "https://myresipi.com/author/bieha/", "title": "Sorry, you have been blocked", "body": null} {"url": "https://myresipi.com/author/shuhada/", "title": "Sorry, you have been blocked", "body": null} {"url": "https://myresipi.com/ayam-bakar-blackpepper-ala-daves-deli/", "title": "Ayam Bakar Blackpepper Ala Dave\u2019s Deli, Keluarga \u2018Sure\u2019 Makan Bertambah Punya!", "body": "\nAda tak penggemar ayam bakar blackpepper dekat sini? Ha, hari ini penulis nak ajak korang semua untuk cuba resipi ala-ala Dave\u2019s Deli punya. Sekali buat mesti repeat satu keluarga nak makan.\nResipi ini pun mudah dan ringkas sahaja nak buat. Hanya gunakan 9 bahan sahaja kemudian perap dan bakar. Sekali sekala makan western di rumah apa salahnya. Lagi berselera mereka nak makan.\nBaca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!\nJom ikut resipi dari perkongsian Fifi Rahmat dari Facebook ini. Perkongsian beliau telah mendapat banyak shares dari pengguna yang lain.\n\nRESIPI AYAM BAKAR BLACKPEPPER ALA DAVE\u2019S DELI\n\nBahan perap:\n\n1 ekor ayam \u2013 sudah dibersihkan\nSos tiram\nKicap lemak manis\nLada hitam\nBawang putih\nHalia\nKiub pati\u00a0 ayam\nGaram\nGula\u00a0\nOregano\n\nBahan sos blackpepper:\n\nSos lada hitam\nSusu segar\nGaram\nGula\n\nCara penyediaannya:\n1. Perap kesemua bahan diatas kira-kira 2 hingga 3 jam. Nak perap semalaman pun tiada masalah, lagi sedap.\u00a0\n2. Selepas perap, kukuskan ayam tersebut kira-kira 1 jam 3 minit. Kukus dengan api perlahan supaya daging ayam tersebut lembut.\n3. Dah siap kukus, angkat dan ketepikan.\u00a0\n4. Untuk sos blackpepper pula, campurkan sos lada hitam bersama susu segar.\n5. Masak sos tersebut hingga sebati. Perasakan ia dengan gula dan garam.\n6. Selepas siap, sapukan sos blackpepper tersebut ke atas ayam. Siap untuk dihidang!\n\nMudah je kan! Tak susah mana pun. Anak-anak pun bertambah nak makan sebab tak pedas. Yang penting juicy sangat rasa ayam tu.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-bakar-mayonis/", "title": "Ayam Bakar Mayonis Cara Mudah, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je", "body": "\nDah lama tak buat ayam bakar, jom buat Ayam Bakar Mayonis. Tinggal perap lepastu bakar je dalam oven atau air fryer. Mudah dan ringkas.\nAsyik menggoreng ayam je, kita buat bakar-bakar je. Memang semerbak bau kalau bakar dekat dapur.\nBaca juga: Ayam Bakar Blackpepper Ala Dave\u2019s Deli, Keluarga \u2018Sure\u2019 Makan Bertambah Punya!\nResipi dari Cik Puan Dani J Tang ini memang nampak menyelerakan betul. Cara penyediaan dan bahan-bahannya pun memang simple.\nAda pula kentang yang disadur dengan mentega, cili flakes dan serbuk oregano. Memang bertambahlah sedapnya itu. Anak-anak pun mesti laju je nak meratah ayah sampai menjilat jari.\nJom kita tengok cara-caranya.\n\nRESIPI AYAM BAKAR MAYONIS\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 ekor ayam \u2013 cuci bersih dan toskan\n\nBahan A: Tumbuk Halus\n\n1 biji bawang merah besar\n4 ulas bawang putih\n\nBahan B:\u00a0\n\n2 sudu sos cili\n2 sudu sos tomato\n2 sudu sos tiram\nMadu\nChili flakse\n3 sudu mayonis\nGaram\nMinyak bijan\n\nBahan sampingan:\n\nUbi kentang\nMentega\nChilli flakes\nOregano\n\nCara-cara memasak:\n1. Sediakan bekas. Campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian, perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Semalaman pun elok.\n2. Bakar ayam dalam oven pada suhu 200C guna api atas bawah selama 20 minit. Kemudian, turunkan suhu kepada 180C dan bakar sehingga masak.\n3. Untuk kentang, kupaskan ia kemudian potong dan rebus.\n4. Bila sudah empuk kentangnya, toskan dan ambil sedikit mentega, chili flakes dan oregano. Gaul rata. Gaul secara berhati-hati untuk elak kentangnya hancur.\n5. Hidangkan ayam bakar bersama kentang yang sudah digaulkan tadi.\n6. Siap untuk dihidang!\n\nNOTA:\n\nSuhu dan masa memasak mungkin berbeza. Pastikan anda kenal suhu oven masing-masing supaya ayam tidak hangus.\nNak guna Air Fryer pun tidak ada masalah, boleh pastikan untuk guna suhu yang bersesuaian supaya ayam bakar kekal masak dan juicy.\u00a0\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Ayam Bakar Thai Ala Resipi Khairul Aming, Cicah Dengan Sos Pedas Padu Gais!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-bakar-thai-ala-resipi-khairul-aming/", "title": "Ayam Bakar Thai Ala Resipi Khairul Aming, Cicah Dengan Sos Pedas Padu Gais!", "body": "\nSiapa pernah cuba resipi viral Khairul Aming iaitu Ayam Bakar Thai ini? Memang sedap tau cicah dengan sos pedas. Bertambah-tambah dibuatnya.\nSama dengan resepi ayam bakar yang lain, ayam bakar Khairulaming juga perlu diperap dengan beberapa bahan perapan. Dibiarkan seketika supaya bahan perapan masuk ke dalam ayam. Ada juga yang perap ayam ni semalaman.\nLagi sedap dan terasa tau!\nBaca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!\nAyam bakar ni korang boleh masak guna arang. Tapi, zaman dah makin modern. Orang buat cara mudah, bakar guna air fryer atau oven je. Nak bakar atas kuali non-stick pun boleh.\nIkut kesenangan dan peralatan yang ada di rumah. Tapi, kalau nak bakar tepi pantai, kena juga lah guna arang kan.\nResepi ayam bakar Thai ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Izz Aishah. Boleh kecur liur tengok sos pedas Thai nya. Cara penyediaannya pun mudah.\nKorang yang suka makan ayam bakar wajib cuba resepi ni. Confirm nak lagi!\nResipi Ayam Bakar Thai Ala Khairul Aming\n\nBahan perapan ayam:\n\nAyam\n5 sudu sos tiram\n2 sudu kicap pedas Mahsuri\nSedikit garam\nSetengah cawan minyak masak\n\nBahan sos pedas Thai:\n\n5 ulas bawang putih\n6 biji cili merah pedas\n3 biji limau nipis (diperah)\n2 sudu kicap ikan\n1 sudu sos tiram\n3 atau 4 sudu gula\nSedikit daun ketumbar (dihiris nipis)\n\nCara membakar ayam:\n1. Gaulkan kesemua bahan di atas dengan ayam dan perap minimum 30 minit.\n2. Kemudian, bakar ayam ke dalam air fryer atau oven. Nak masak atas kuali non-stick pun boleh. Bakar sehingga betul-betul masak.\nCara membuat sos pedas Thai:\n1. Tumbuk atau blend kasar bawang putih dan cili merah.\n2. Kemudian, masukkan kicap ikan, sos tiram, gula, air perahan limau nipis dan gaul bersama dengan daun ketumbar. Kacau sampai semua bahan sebati.\n3. Akhir sekali, tuang je atas ayam yang dah siap dibakar tadi siap!\n\nDah siap. Bakar kat kuali non stick pun boleh tau! Takde masalah. Ayam bakar masak elok dan sedap.\nDicurah pula dengan sos pedas Thai. Yang masam dan pedas. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Selamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-geprek-berempah-extra-spicy/", "title": "Ayam Geprek Berempah Extra Spicy, Memang Terangkat Dibuatnya!", "body": "\nSiapa je tak suka makanan yang berasal dari Indonesia ini iaitu Ayam Geprek. Memandangkan resipi ini \u2018feveret\u2019 ramai orang, jom kita buat sendiri di rumah.\nAyam merupakan bahan utama dalam penyediaan menu sedap ini. Yang mana ayam akan diperap dengan beberapa bahan rempah dan digoreng garing dengan salutan tepung gandum dan tepung jagung.\nAyam geprek biasanya akan dihidang dengan nasi putih panas. Dimana hidangan ayam geprek dan nasi putih ini tidak akan sempurna tanpa sambal geprek yang pedas.\nBaca juga: Sambal Geprek Padu dari Jogjakarta, Pedas-Pedas Nikmat!\nSambal geprek yang sedap boleh ditumis atau dicampur dengan minyak panas.\nDan semakin lama sambal ditumis, maka semakin pedas dan menyengatlah rasanya.\nAyam yang siap digoreng nanti akan diketuk sama seperti ayam penyek. Cuma cara penyediaan ayam geprek lebih mudah dari ayam penyek.\nTak nak buang masa lagi, apa kata kita ikuti perkongsian resipi ayam geprek dari Puteri Hana Sofia ini.\nResipi Ayam Geprek Berempah Extra Spicy\nBahan sambal geprek:\n\n\n\n15 btg Cili padi\n2 btg Cili besar\n3 biji Bawang putih\n6 biji Kacang gajus (ikut selera masing-masing)\nOlive oil\nTauhu\nGula\nGaram\nTimun\n\n*Grill cili padi, cili besar, bawang putih dan kacang gajus terlebih dahulu dan ketepikan.\nBahan ayam berempah:\n\n\n\n1 sudu kecil ketumbar\n1 sudu kecil gula\nsecubit garam\n1/2 inci halia\n3 helai cili kering\n1 sudu kecil jintan\n1 sudu kecil serbuk kunyit\n1 sudu kecil tepung jagung*\n1 sudu kecil tepung gandum*\n\nCara memasak ayam berempah:\n1. Blend semua bahan diatas kecuali tepung gandum dan tepung jagung.\n2. Campurkan bahan kisar dengan tepung dan perap ayam dalam 30 minit sebelum digoreng.\n3. Goreng ayam dengan minyak yang panas sehingga betul-betul masak dan kekuningan.\nCara membuat sambal geprek:\n1. Dalam batu lesung, masukkan cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih.\n2. Tumbuk lumat semua bahan.\n3. Masukkan cili besar, gula dan garam secukup rasa.\n4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takde lah mentah sangat. Perut pun tak pedih. Kemudian, gaul rata.\n5. Masukkan ayam berempah yang dah digoreng tadi. Geprek kan ayam tersebut bersama dengan sambal. Siap!\nBoleh dimakan bersama nasi putih panas-panas, timun dan tauhu goreng. Timun dan tauhu goreng hanya bahan tambahan jika anda suka.\nWah! Merah menyala sambal geprek ni. Memang extra spicy rasanya!\nSelamat mencuba.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-geprek/", "title": "Pembeli Bengang Beli Ayam Geprek Tapi Dapat Ayam Hitam, Kena Tambah Duit Untuk Tukar", "body": "\n\nAntara perniagaan yang memang perlu berhati-hati untuk dijual kepada pelanggan adalah makanan kerana kebersihan dan kesegaran bahan mentah memainkan peranan penting, bukan hanya kaut untung tanpa memikirkan mutu kualiti.\nBaca juga: Masak Sendiri 340Kg Sotong Nak Sedekah Masjid, Influencer Ini Ikhlas Raih Pujian Netizen\nJika tidak titik beratkan hal ini, ia boleh menjejaskan reputasi perniagaan dan paling penting lagi boleh memudaratkan kesihatan pembeli. Seperti apa yang berlaku baru-baru ini, rasa kembang tekak pelanggan ini apabila ayam geprek yang dibelinya dah berubah kehitaman.\n\n\u201cDah terang-terang ayam tu nak makan pun tak boleh. Nak muntah\u201d\nMenurut @NIAIZZAH_ di Twitter, ketika dia maklumkan kepada orang kedai mengenai ayam hitam itu untuk tukar, pihak kedai tidak membenarkan dan sebaliknya kena tambah lagi wang untuk dapat ayam baru.\n\nDalam masa 20 jam, tweet ini telah meraih lebih daripada 2,000 jumlah perkongsian, dan ramai berharap agar ia sampai ke pengetahuan pihak kedai untuk bagi layanan kepada pelanggan dengan betul.\n\u201cDah minta tukar tu tau la memang tak boleh makan. Bukan ckp dgn i \u2018eh saya bau elok je, nak tukar kena tambah RM5\u2019!! Allahu.\u201d\nMenjengah ke ruangan komen, ramai juga yang kembang tekak apabila melihat keadaan ayam tersebut. Ada juga yang mendakwa keadaan ayam itu menghitam terjadi akibat ayam itu dah lama sangat dibekukan sebelum basuh sampai tak perasan dah jadi hitam dan menurut netizen lagi, jika keadaan itu terjadi sepatutnya dah tak boleh disajikan lagi.\nMaybe dah lama sangat \u2013 Netizen\n\n\nHarap lepasni dapat lah kita jaga kualiti makanan sebab kalau kena keracunan naya nanti.\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-goreng-cili-halia-masam-manis/", "title": "Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis, Simple Sangat Cara Buatnya!", "body": "\nAyam Goreng Cili Halia Masam Manis, Simple Sangat Cara Buatnya!\u00a0\nPernah tak sesekali rasa blur nak masak apa? Lama termenung dekat dapur fikirkan apa yang ada, dan apa boleh dibuat. Masakan macam mana nak buat, dan akhir sekali pilih yang paling simple macam Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis ini.\nBaca juga: Cara Potong Ayam Step By Step, Barulah Jadi Menantu Pilihan!\nBila buat lauk ini, kena lah pandai supaya lengkap dengan sumber protein makanan seperti sayur, bawangnya serta ayam yang digunakan. Semuanya ada tugas tersendiri tau.\nMungkin bagi sesetengah orang nampak biasa, tapi bila dah hidangkan kepada anak-anak kena fikirkan tumbesaran mereka tidak diganggu.\u00a0\nResipi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Ryna Kharysta ini. Lengkap dan mudah je nak faham.\n\nRESIPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS\n\nBahan-bahan:\n\n1/4 ekor ayam -potong garam kunyit & goreng\u00a0\n3 biji bawang merah \u2013 sederhana besar\n2 biji bawang putih \n1 inci halia\n1/2 inci belacan\n4 biji cili merah\n6 biji cili padi\n1 atau 2 keping asam keping \n1 sudu teh sos tiram\n1 sudu teh cuka\n1 sudu teh sos ikan \n1 batang serai \u2013 di ketuk\nHirisan bawang besar\nMinyak\u00a0\nGaram dan gula secukupnya\n\nCara memasak:\n1. Kupas & blend bawang merah/ putih, halia, cili padi, cili merah dan belacan.\n2. Masukkan dalam minyak yang dipanaskan guna api sederhana dan goreng hingga naik bau.\n3. Masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam.\n4. Kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu teh saja serta sedikit gula.\n5. Masukkan pula sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi. Goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.\n6. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.\n7. Siap untuk dihidang!\n\nSimple dan mudah sahaja nak buat hidangan ini. Sekali buat, confirm habis licin sebab ramai yang suka dekat rumah ni.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: 5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-goreng-gunung-kinabalu/", "title": "Dah Tak Perlu \u2018Craving\u2019 Ayam Goreng Lagi, Restoran Ini Tawar Servis Penghantaran ke Gunung Kinabalu", "body": "\nSejarah tercipta buat peminat ayam goreng dan juga Borenos Fried Chicken apabila syarikat restoran yang popular di Sabah ini sedia menawarkan servis penghantaran ayam goreng terus ke puncak Gunung Kinabalu buat para pelanggan.\nDifahamkan idea untuk menghantar ayam goreng ke puncak Gunung Kinabalu ini bermula apabila restoran mereka mulai disukai ramai yang sekaligus membolehkan mereka memperluas penawaran ayam goreng ke serata Sabah termasuk mereka yang mahukan hidangan yang enak di puncak Gunung Kinabalu.\n\nSebagai usaha untuk menjayakan servis penghantaran ayam goreng, mereka telah menggunakan maskot Borenos iaitu ayam untuk mendaki Gunung Kinabalu.\nArtikel berkaitan: \u2018Cancel Order\u2019 Lepas Dapat Pesanan Arak, Tindakan Rider Foodpanda Ini Dipuji Netizen\nMeskipun diuji dengan cuaca hujan, pasukan Borenos masih berjaya mendakinya sekaligus merasmikan penghantaran ayam goreng pertama restoran tersebut di puncak Gunung Kinabalu.\nPerkongsian pihak Borenos Fried Chicken di TikTok dalam memaparkan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu turut meraih perhatian peminat serta netizen.\n\n\n @borenosfriedchicken\nWe\u2019re planning to deliver to Mount Kinabalu! \ud83e\udd29 Our team recently went up the iconic mountain to see if we could deliver our signature fried chicken there, and what a challenging journey that was! (A huge shoutout to @Jvy weterproof_AOLM for helping us carry our mascot! \ud83e\udd73) We\u2019re still in the planning stage for the delivery service, so keep an eye on our social media for announcements from us! . #borenos #mountkinabalu #fyp #sabahancrew_fams #sabah #friedchicken #greattasteanytime\n \u266c Made You Look \u2013 Meghan Trainor \n\n \nBerdasarkan respon netizen, rata-ratanya mahukan Borenos Fried Chicken dibuka di sekitar Sabah. Tidak kurang juga yang berpendapat individu yang tular di TikTok sebagai malim Gunung Kinabalu diangkat sebagai duta Borenos Fried Chicken.\n\n\n\nUntuk pengetahuan, restoran ini sudah beroperasi bermula tahun 2015 dan mempunyai beberapa cawangan sekitar Sabah. Sekiranya anda ke puncak Gunung Kinabalu kelak, mungkin ayam goreng daripada Borenos Fried Chicken antara yang boleh anda dapatkan.\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-goreng-hatyai/", "title": "Resipi Viral Ayam Goreng Hatyai, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je", "body": "\nAyam Goreng Hatyai ini memang viral sungguh dekat media sosial nih. Min pun terliur rasanya bila tengok gambar di atas.\u00a0\nNak pula bila dapat meratah macam tu, memang terbuai-buai dibuatnya. Apa yang membezakan ayam goreng ini dengan yang lain?\nRamai yang menggemari ayam goreng Hatyai ini kerana teksturnya yang garing di luar dan juicy di dalam. Perapannya pun ringkas dan bukan \u2018beshe-beshe\u2019 tau!\nBaca juga: Resipi Ayam Goreng Vietnam, Bila Makan Pasti Susah Nak \u2018Stop\u2019\nResipi ini menggunakan rempah perapan Hatyai yang tengah meletup-letup jualannya di Shopee. Tapi berbaloi beli sebab hanya guna 4 bahan sahaja bila guna rempah ini.\n\nRESIPI AYAM GORENG HATYAI\nUntuk resipi ini, sesuai dibuat untuk anak-anak yang suka makan ayam di rumah.\n\nBahan-bahan:\n1kg ketul ayam\n1 paket rempah ayam goreng hatyai\n1-5 ulas bawang putih\n100ml air\nCara membuatnya:\n1. Campurkan rempah dengan dengan sekata\n2. Gunakan ayam 1kg\n3. Perap dalam peti sejuk selama 2 hingga 4 jam\n4. Goreng deep fry dengan suhu medium. Ketepikan.\n5. Goreng boleh bawang putih hingga rangup. Kemudian taburkan di atas ayam goreng. Siap!\nApa lagi, jom cuba resipi ayam goreng ni untuk hidangan sekeluarga. Cara penyediaan tak susah pun sebenarnya, tapi kalau dah makan sekali mesti buatkan kita tak boleh lupa rasanya.\nKalau kena dengan tekak, nanti bolehlah cuba hidangkan dengan nasi berperisa seperti nasi ayam, nasi lemak dan sebagainya. Mana tau lagi padu rasa dia. Jangan lupa mencubanya!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-goreng-rangup-ala-kfc/", "title": "Ayam Goreng Rangup, Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk \u2018Crispy\u2019 Ala KFC", "body": "\nAyam goreng rangup, memang anak-anak suka makan. Tka perlu lauk lain, ini pun dah cukup.\nTapi, selalunya kalau buat mesti tak sama dengan yang kita selalu beli.\nFikir juga, apa petua yang selalu orang gunakan untuk dapatkan ayam goreng crispy.\nBaca juga: Cara Buat Ayam Goreng Ala \u2018Mekdi\u2019, Guna 3 Tepung Ini Sebagai Bancuhan\nSebab buat mesti selalu tak jadi. Bukan setakat tak ranggup tapi kalau tak kena cara, mahunya tak masak ayam bahagian dalamnya.\nKali ini kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Nasi Lemak Bunian HQ dalam video TikToknya.\nCara buat ayam goreng crispy ala KFC. Menariknya, mak-mak boleh buat niaga lagi untuk ayam goreng ini.\nResipi Ayam Goreng Crispy Guna 2 Bahan Ini\n\nBahan-bahan:\n\nAis batu\nTelur\nTepung Bestari\nAyam yang sudah potong dan dibersihkan\nCara-caranya:\n1. Masukkan ais ketul dalam bekas.\n2. Campurkan bersama dua biji telur.\n3. Selepas itu. celup ayam dalam ais dan tepung.\n4. Buat dua kali untuk celup dan salutkan dalam tepung.\n5. Kemuidan, goreng dengan suhu minyak yang panas. Api janganlah terlalu besar.\n6. Bila dah kekuningan dan mask, angkat dan sedia dihidangkan.\nSiap untuk dihidang dan selamat mencuba!\n\nVideo TikTok:\n\n\n @nasilemakbunianhq\nselamat mencuba\u2026.ayam crispy..tepung Bistari paling elok guna\u2026..#myfoodie #nasilemakbunianjb #tqsupport\u2764\ufe0f #fyp\u30b7 #fyp\u30b7 #fyp\u30b7\n \u266c OJO DIBANDINKE AFRO VERSION \u2013 Kenza Trona \n\n \n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-goreng-rangup-guna-satu-jenis-tepung-ini-saja/", "title": "Cara Buat Ayam Goreng Rangup & Berkerinting, Guna Satu Jenis Tepung Ini Saja", "body": "\nMudah sangat rupanya nak buat ayam goreng rangup dan berkerinting macam kat kedai tu. Hanya guna satu jenis tepung saja untuk menghasilkan ayam goreng yang seperti ini.\nTapi ada teknik dia yang perlu diikuti. Kalau tak ikut teknik tersebut, ayam goreng takkan menjadi elok.\nJika anda nak tahu cara dan tekniknya, lihat perkongsian resipi oleh Nurul Intan Syafinas di bawah. Semoga bermanfaat!\nCara Buat Ayam Goreng Rangup & Berkerinting Guna Satu Jenis Tepung\nBahan utama:\n\nAyam\nTepung bestari original (nak guna spicy pun boleh)\nMinyak\n\nCara-cara:\n1. Bancuh tepung bestari dengan air. Kuantiti mengikut jumlah ayam. Perap tepung bersama ayam selama setengah jam (lagi lama perap, lagi juicy).\n\n2. Letak tepung bestari\u00a0original\u00a0(kering) ke dalam bekas besar sebab senang nak gaul dengan ayam nanti.\n\n3. Ambil ayam yang diperap tadi, masukkan ke dalam tepung kering dan gaul rata. Tekap ayam dengan tepung supaya tepung bersalut rata dengan ayam.\n\n\n4. Dalam bekas lain, isi air sejuk dalam bekas tersebut dan letak penapis. Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam air dan rendam sekejap (dalam 2 saat).\n\n5. Angkat ayam yang direndam tadi dan toskan.\n\n6. Kemudian masukkan semula ke dalam tepung kering dan gaul rata (pastikan tepung banyak, jangan sikit).\n\n7. Goreng ayam dalam periuk menggunakan minyak yang banyak untuk hasilkan ayam goreng yang cantik.\n\n8. Dan ini hasilnya. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nrl Intan Syafinas\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-goreng-serai-thai/", "title": "Jom Buat Ayam Goreng Serai Thai, Tinggal Gaul Bahan Dan Goreng Je", "body": "\nSiapa penggemar ayam goreng dekat sini? Jom cuba buat Ayam Goreng Serai Thai pula. Resipi ini memang ringkas, mudah, dan sedap! Sesuai dimakan untuk anak-anak yang berhantu makan ayam goreng macam Upin Ipin tu.\nWalaupun bahan-bahannya agak banyak, namun hanya tinggal kisar dan gaulkan pada ayam sebelum digoreng.\u00a0\nBaca juga: Resipi Viral Ayam Goreng Hatyai, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je\nLagi nikmat bila guna bahagian kepak dan drummettes ayam. Memang licin pinggan dibuatnya. Lepastu perap ayam pun tak perlu lama, dalam 10 minit bila dah sebatikan boleh terus panaskan minyak dan menggoreng.\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Khadijah Jaafar di laman Facebook dan telah meraih sehingga 2.7k shares! Wow, mesti ramai ibu-ibu yang hendak mencubanya.\n\nRESIPI AYAM GORENG SERAI THAI\n\nTak perlu buang masa lagi, jom kita lihat satu persatu bahan=bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ayam goreng ini.\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1/2 ekor ayam \u2013 dipotong sederhana kecil\n3 batang serai\n5 ulas bawang putih\u00a0\n2 akar ketumbar\n2 sdk lada hitam\n2 sdb sos tiram\n1 sdb sos ikan\n1 sdk gula\n2 sdb tepung jagung\nDaun limau purut \u2013 dihiris halus\nMinyak masak\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula -mula, potong serai panjang lebih kurang 4cm. Supaya bila serai ditumbuk, ia jadi cantik panjang-panjang. Bila menggoreng pun jadi rangup dan wangi.\n2. Bahan untuk perapan pula, tumbuk atau kisar bawang putih, akar daun ketumbar serta lada hitam.\n3. Tumbuk bahan perapan jangan terlalu hancur, kasar sedikit pun tak apa.\n4. Selepas itu, campurkan ke semua bahan dalam satu bekas kecuali daun limau purut. Gaulkan kesemua bahan dengan ayam biar sebati.\n5. Panaskan minyak dan gorengkan ayam tersebut sehingga nampak agak garing. Angkat dan toskan. Siap untuk makan!\n\nMemang harum semerbak tau bau ayam goreng ini. Perut anak-anak auto berbunyi bila tengok korang menggoreng di dapur. Hiks!\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-goreng-upin-ipin/", "title": "Ayam Goreng Ala Upin Ipin, Ini RAHSIA Buat Bancuhan Tepung Menggoreng", "body": "\nJom buat ayam goreng ala Upin Ipin. Anak-anak mesti teruja nak makan sebab dapat makan hidangan yang sama macam itu.\nAda rahsia bancuhan tepung rupanya untuk dapatkan tekstur kulit ayam yang rangup dan isinya yang juicy di dalam.\nBaca juga: Kepak Ayam Lemon Pepper, Resipi Viral Lebih 400K Views, Guna SEASONING Ini\nIkuti resipi dari perkongsian Encik Jimmy Aisy dari laman Facebook ini.\u00a0\n\nRESIPI AYAM GORENG ALA UPIN IPIN\n\nBahan-bahan:\n6-7 ketul paha ayam\u00a0\n4 ulas bawang putih di tumbuk halus \n1/2 inci halia di tumbuk halus \n*gaul ayam dengan dua bahan ini dan letak tepi dulu\nBahan bancuhan tepung:\n3 sudu makan tepung gandum \n2 Sudu makan tepung beras \n1 sudu makan tepung ubi \n1 sudu kecil baking powder \n1 sudu kecil white pepper \n1 sudu kecil black peppercorns \n1 sudu kecil ketumbar * \n1 sudu kecil jintan manis *\n2 sudu kecil jintan putih *\nPink Salt Himalayan secukup rasa\u00a0\nPerasa secukup rasa\nCara-cara penyediaan:\n1. Masukkan kesemua tepung dalam satu bekas dan gaulkan sehingga rata,, sangai bahan yg bertanda * dan kisar halus .\n2. Masukkan kedalam tepung dan gaul rata, kemudian masukkan baking powder, garam, perasa, white pepper dan black peppercorns. Gaul rata.\n3. Jika nak pedas boleh tambah chilli powder. Tak perlu salut dengan telur sebab dah ada tepung ubi dan baking powder jadi tepung tak akan gugur. Ikut je arahan ini.\n4. Ambil sesudu makan tepung yang dah di bancuh dengan bumbu kemudian gaul dengan paha ayam. Biar basah sedikit, lepas itu baru gaul dengan tepung yang banyak dan salut rata.\n5. Pastikan guna minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam. Minyak kena betul-betul panas, baru tepung terus lekat, api kena perlahan supaya bahagian dalam ayam masak, kemudian goreng dalam 8 ke 10 minit, jadi 4 minit satu side dan 4 minit lagi satu side.\n6. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Sup Ayam Tumis Darat 15 Minit Siap! Cara Paling SIMPLE Dan Senang Buat\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-kukus-halia-chinese-style/", "title": "Ayam Kukus Halia Chinese Style, Resipi Viral Untuk Juadah Berbuka", "body": "\nJuadah berbuka hari ini, jom buat Ayam Kukus Halia Chinese Style. Masakan berasaskan ayam memang selalu digemari ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.\nHampir semua keluarga sangat menyukai ayam dan menjadikannya lauk-pauk harian. Bila sebut menu ayam, memang terliur rasa pula bila terbayangkan Ayam Kukus Halia yang sangat menyelerakan.\u00a0\nBaca juga: Cara Buat Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Halal, Tinggal Gaul & Kukus Je\u00a0\nMakan pula bersama nasi panas dan ulam-ulaman membuatkan sesiapa yang menikmatinya tak toleh kiri dan kanan!\nUntuk menu ini, MyResipi ingin kongsikan resipi dari perkongsian Encik Mohd Rozmie di laman Facebook. Beliau tunjukkan langkah demi langkah supaya anda juga akan dapat result yang sama bila siap memasak nanti.\nJom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI AYAM KUKUS HALIA CHINESE STYLE\n\nMenu ini selalunya mak mertua abang suka buat masa isteri abang dalam pantang dulu. Tapi abang yang makan lebih. Kah!\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 ekor ayam\n3 inci halia\n3 ulas bawang putih\n2 sudu besar kicap pekat manis\n2 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar minyak bijan\n1 mangkuk kecil cendawan shitake\n1 biji cili merah\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Halia potong halus macam mancis. Tapi kalau kau tak suka makan halia boleh jer potong kasar. Cendawan shitake perlu direndam dahulu supaya ia lembut dan potong dua jika besar.\n2. Ayam yang telah dibersihkan masukkan ke dalam mangkuk besar. Taburkan bawang putih yang telah dipotong halus.\n3. Kemudian, taburkan pula halia. Masukkan pula 2 sudu besar kicap pekat manis.\n4. Masukkan 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar minyak bijan, garam serta cili merah dan cendawan shitake yang telah dipotong tadi.\n5. Perap dahulu kesemua bahan ini dalam 30 minit. Tak perlu dimasukkan air sebab masa kukus nanti ayam akan keluarkan airnya.\n6. Selepas perap, panaskan air dalam periuk kukus. Bila air dah mula panas, letakkan mangkuk bersama bahan perapan ayam tadi dalam periuk kukus.\u00a0\n\n7. Tutup tudung periuk dan kukus dalam anggaran 15 hingga 20 minit. Siap dikukus!\u00a0\n8. Taburkan sedikit daun sup atau daun bawang jika ada (ini pun pilihan) dan dihidang bersama nasi panas.\n\nSelamat mencuba dan selamat berbuka puasa!\nBaca juga: Ayam Kukus Sos Plum Lada Hitam, Sesuai Untuk Menu Berpantang dan Berdiet\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-kukus-masak-taucu-pedas/", "title": "Cara Buat Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Halal, Tinggal Gaul & Kukus Je", "body": "\nPernah makan Ayam Kukus Masak Taucu Pedas? Kalau dihidangkan makanan taucu, memang dalam kepala ikan masak taucu sahaja lah bermain di fikiran.\nTak tahu menahu pun bahawa masakan taucu ni boleh buat pelbagai lagi menu masakan yang sedap!\nUntuk pengetahuan korang, lauk ayam kukus masak taucu pedas ini berasal dari etnik Teochew di China.\nBaca juga: Cara Buat Chinese Congee, Enak Dimakan Bersama Ayam Kukus Halia & Cakoi\nTapi bila dah masuk Malaysia ini, lauk ini sudah banyak sajian di rumah kerana rasanya yang sedap itu.\nAlang-alang tauchu ada banyak dekat rumah, dan pening fikir nak buat masakan apa. Boleh follow je resipi dari perkongsian Mary Teo Lee Na ini.\n\nResipi Ayam Kukus Masak Taucu Pedas\nLauk ini tak guna garam sebab dah guna kicap cair dan pati ayam. Tapi kalau nak letak pun tak apa.\n\nBahan-bahan:\n\nAyam\n1 biji bawang holland \u2013 cincang\n1 labu bawang putih \u2013 cincang\n6 cili merah \u2013 cincang\n1 sdb taucu \n1sdb kicap cair\n1sdb minyak bijan\n1sdb sos tiram\n2 sdk serbuk pati ayam\nSedikit lada sulah\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Gaulkan ke semua bahan tadi dengan ayam.\n2. Selepas semua bahan dah serap dalam ayam, masukkan ke dalam dulang dan kukus selama 40 minit.\n3. Sudah 40 minit, boleh angkat dan siap untuk dihidang.\n\nSiap! Mudah je kan nak buat lauk ini, sesuai untuk korang yang nak diet dan kurangkan kalori dalam makanan.\nLagi sedap kalau makan time tengah panas-panas bersama nasi fuhh nikmat betul.\nSelamat mencuba semua.\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-kukus-sos-plum-lada-hitam/", "title": "Ayam Kukus Sos Plum Lada Hitam, Sesuai Untuk Menu Berpantang dan Berdiet", "body": "\nSiapa pernah makan Ayam Kukus Sos Plum Lada Hitam? Katanya sedap sangat dan sesuai dijadikan menu untuk orang berpantang atau yang sedang berdiet sebab rendah kalori.\nWalaupun lauk nampak macam biasa saja, warna pucat, tidak garing, tidak pedas namun ia sangat sedap. Sihat pula dari sudut kesihatan.\nBerbicara tentang sihat, ayam kukus sos plum lada hitam ini memang antara hidangan yang cukup sihat. Ia tidak berminyak, tidak berkolesterol tinggi.\nArtikel berkaitan: Cara Buat Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Halal, Tinggal Gaul & Kukus Je\nMasakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak ini telah dikongsikan oleh NurHashimah Adnan. Cukup makan dengan nasi putih dan kalau hendak rasa pedas makan bersama cili potong. \nUntuk lengkapkan hidangan boleh makan bersama sayur pak choy sos tiram dan taugeh celur. Satu keluarga termasuk anak-anak pasti menyukai resipi ini.\nResipi Ayam Kukus Sos Plum Lada Hitam\n\n\nBahan A:\n\n1/2 ekor ayam \u2013 dibelah dan dibersihkan\n2 inci halia muda \u2013 dihiris\n1 sdk serbuk pati ayam\n2 sudu makan sos plum\nGaram secukup rasa\n\nBahan B: Ditumbuk/ Dikisar\n\n5 ulas bawang putih\n2 biji bawang merah\n2 sdk lada hitam\n1 inci halia\n\nCara membuatnya:\n1. Panaskan air kukusan.\n2. Di dalam mangkuk, satukan bahan B dengan sos plum, pati ayam, halia muda dan garam. Gaul rata dan lumur pada ayam.\n3. Letakkan ke dalam loyan dan kukus sehingga masak selama 25 minit.\n\n\n4. Kemudian boleh diangkat dan makan bersama nasi lembik yang masih panas.\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-kung-pao-dengan-kacang-gajus/", "title": "Ayam Kung Pao Kacang Gajus, Masakan Chinese Yang Super SEDAP!", "body": "\nPernah merasa Ayam Kung Pao Kacang Gajus? Selalunya kalau masakan cina mesti terbiasa dengan style Kam Heong je kan. Apa kata kita cuba resipi ini pula.\u00a0\nWalaupun hidangan nampak lebih kurang seperti masak kicap, tapi rasanya berbeza tau. Tekstur hidangan ini ada rasa kekacang dan pedas-pedas manis kerana ia menggunakan kacang gajus serta cili kering.\nBaca juga: Resipi Sotong Kung Pao, Ala-Ala Masakan Cina Yang Mudah & Lazat\nDisebalik hidangan Kung Pao ini, rupa-rupanya ada sejarahnya yang tersendiri. Ia dicipta secara tak sengaja oleh Ding Baozhen pada Dinasti Qing kerana dia suka makan ayam dan kacang. Maka, terhasillah resipi yang sedap ini.\nNak lagi kick, jangan ratah terus, makan dengan nasi panas memang ngam habis. Anak-anak pun boleh makan.\u00a0\nResipi Ayam Kung Pao Kacang Gajus ini telah dikongsikan oleh Mastura Mukhtar menerusi laman Facebook. Menurut beliau, makan dengan nasi panas memang sedap.\n\nRESIPI AYAM KUNG PAO KACANG GAJUS\n\nBahan Perap:\n\n500g dada ayam \u2013 dipotong dadu\n1 biji telur\n5 sdb tepung jagung\n1 sdk lada hitam\nPaprika\n1 sdk kicap cair\nSedikit garam\n\nBahan menumis:\n\n2 ulas bawang putih \u2013 cincang\n1 biji bawang besar \u2013 dihiris\nCili benggala \u2013 optional\nDaun bawang\nKacang gajus\n5 tangkai cili kering \u2013 ikut tahap kepedasan masing-masing\n\nBahan sos:\n\n1 sdk minyak bijan\n4 sdb kicap manis\n3 sdb sos hoisin\u00a0\n2 sdb sos tiram\n1 sdb kicap cair\n1 sdb kicap pekat\n1 sdb tepung jagung \u2013 bancuh dengan 1/2 cawan air\n\n\nCara memasak:\n1. Perap ayam kira-kira 2 atau 3 jam sebelum waktu makan di dalam peti sejuk.\n2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak masak, bila sudah panas, masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan juga cili kering. Goreng separuh masak.\n3. Seterusnya, masukkan bahan-bahan menumis dan gaul hingga sebati.\n4. Bila dah naik bau, masukkan pula bahan-bahan sos tadi.\n5. Gaulkan semua bahan biar sebati. Pastikan semuanya rasa seimbang dan pastikan ayam betul-betul masak.\n6. Tutup kuali supaya ayam menjadi lebih cepat masak. Jika nak kuah, boleh masukkan lagi sedikit air.\n7. Siap untuk dihidang.\n\nResipi ayam kung pao kacang gajus ini memang ringkas untuk dibuat, tinggal campak sahaja dalam kuali. Sesuai untuk korang yang nak jimat masa untuk memasak.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-lemon-ala-chinese-style/", "title": "Cara Buat Ayam Lemon Ala Chinese Style, Anak-anak Mesti Makan Bertambah!", "body": "\nSiapa dekat sini penggemar masakan Cina? Apa kata kita cuba resipi Ayam Lemon yang sedap ini.\nHidangan ini menggunakan buah lemon dan ayam sebagai bahan utama. Memang sesuai digandingkan dengan sayur salad dan sup kosong.\nBaca juga: Ayam Goreng Rangup, Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk \u2018Crispy\u2019 Ala KFC\nKebiasaanya untuk lauk ini, ayam akan digoreng menggunakan tepung gandum dan telur sebelum disiram dengan kuah sos lemon. Barulah kerangupan ayam tu masih ada.\nApa kata kita tengok dulu resipi dari perkongsian Noor Syakilla Hassan ini. Sekali sekala tukar selera apa salahnya. Anak-anak pun suka kalau kita bereksperimen dengan makanan.\n\nResipi Ayam Lemon\n\n\nBahan Perap:\n\n2 dada ayam \u2013 bersih dan keringkan\n3 sudu besar tepung jagung\n1/2 sdk garam\n1/2 sdk minyak bijan\n1 biji telur\nSedikit lada hitam\n\nBahan Salut:\n\n5 sdb tepung\n5 sdb breadcrumbs\n\nBahan Sos Lemon:\n\n1 sdb sos plum\n3 1/2 sdb jus lemon\n2 sdb cuka\n4 sdb gula\n2 sdk tepung jagung\nMinyak secukupnya\n\n\nCara memasak:\n1. Perap ayam selama minimun 2 jam atau semalaman.\n2. Kemudian, salutkan ayam perap dengan bahan salut dan goreng hingga kekuningan dan garing. Angkat dan ketepikan.\n3. Potongkan ayam dan letak di atas pinggan hidangan.\n4. Untuk sos lemon pula, buka api sederhan dan campur ke semua bahan sos dan biarkan ia mendidih hingga pekat.\n5. Selepas itu, tutup api dan boleh curah ke atas ayam tadi dan sudah boleh dihidang.\n\nKekadang bosan juga makan masakan yang hampir sama setiap hari. Anak-anak nak makan pun mudah sebab lauk dihidang tidak bertulang.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-madu-bakar-pasar-malam/", "title": "Craving Ayam Madu Bakar Pasar Malam? Hanya Guna 4 Bahan Je Resipi Ini", "body": "\nDah lama tak jejak kaki ke pasar malam sejak pandemik dua tahun lalu. Min pun dah lama craving nak makan ayam madu bakar.\nTapi nak jejak kaki ke pasar malam leceh pula nak bersesak dengan orang ramai kan.\nJadi min nak kongsikan resipi ayam madu bakar yang mungkin korang dah rindu nak beli di pasar malam. Jom buat~\nResipi Ayam Madu Bakar Ala Pasar Malam\n\nBahan-bahan:\nSerbuk cili Babas\nGaram\nGula atau madu (bagi yang kemampuan boleh guna madu)\nAjinomoto (jika mahu)\nCara-cara penyediaannya:\n1. Campurkan kesemua bahan bersama sedikit air (agak-agak) untuk dijadikan pes.\n2. Gaul ayam bersama pes yang dibuat tadi.\n3. Kemudian, bakar separa masak celupkan semula dalam perapan tadi untuk ayam kelihatan berkilat dan tidak kering.\n\nSenang je kan? Budak-budak pun mesti bertambah nak makan.\nSemoga bermanfaat!\n\nSumber: Nurul Alieya\n\nBaca juga: Cara Buat Ayam Percik Pasar Malam, Bersalut Kuah Merah Pekat & Lazat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-mahal-arnab-sebagai-gantian-daging-putih/", "title": "Ayam Mahal? Arnab Sebagai Gantian Daging Putih, Lebih Sihat & Murah", "body": "\nAyam adalah sumber daging putih yang paling popular di dunia kini. Bukan sahaja diguna meluas di isi rumah, daging ayam juga menjadi menu utama francais makanan segera gergasi dunia seperti KFC, Texas Chicken dan McDonald\u2019s.\nAkan tetapi, sebelum populariti ayam mendominasi dunia, sebenarnya sebilangan besar manusia di dunia menikmati daging putih daripada sumber berlainan. Sumber ini adalah daging arnab.\n\nArnab digunakan dan dibiak meluas di beberapa negara di dunia seperti Amerika Syarilkat, Itali, Sepanyol dan China. Pada zaman dahulu juga, arnab dibiak di negara-negara besar sebagai sumber makanan di Greek, Rom dan kepulauan Mediterranean.\nPada tahun 70an, arnab juga digunakan secara meluas di Amerika Syarikat sebagai sumber industri pelbagai. Selain daripada sumber daging, arnab telah digunakan sebagai sumber lemak, makanan haiwan, bulu, binatang makmal dan juga sumber kulit Arnab dibiak secara meluas dan bersistem sebelum digantikan dengan penternakan haiwan lain seperti lembu dan ayam sebagai sumber gantian.\nArnab alternatif bagi daging ayam\nKini, dengan peningkatan mendadak harga lembu dan ayam, arnab dilihat sebagai sumber alternatif bagi daging ayam. Di Malaysia juga, banyak usaha telah dimulakan oleh individu dan syarikat dalam memasarkan dan mengindustrikan arnab sebagai alternatif daging. Pelbagai produk juga sudah boleh didapatkan secara meluas seperti daging burger, daging perap dan juga menu makanan segera.\nPembiakan dan penjagaan arnab lebih mudah\nPembiakan dan penjagaan arnab juga lebih mudah dan kurang pencemaran berbanding dengan penternakan ayam dan lembu yang sinonim dengan masalah penyakit, pencemaran sisa dan bau.\nHarga daging arnab kini sudah hampir menyamai harga daging daging ayam. Jika perindustrian arnab dirancakkan lagi, tidak mustahil ia mampu jadi lebih murah daripada ayam.\nArnab juga senang dijaga dan secara semulajadi memilih untuk tinggal di kawasan sempit. Menerusi beberapa siri kajian, arnab akan memilih untuk berada di ruangan yang lebih sempit berbanding dengan ruangan lain yang lebih luas walaupun ruangan sempit itu sudahpun padat dengan arnab lain.\n\nBerbanding ayam yang tidak selesa dan banyak yang mati apabila dikurung beramai-ramai di dalam satu reban. Sistem sangkar berasingan juga memudahkan pembersihan tinja dan proses memberi makan. Arnab akan diberi makan dalam bekas makanan sendiri dan tidak perlu berebut dengan arnab lain.\nBerbeza dengan penternakan lembu dan ayam yang dikumpulkan dalam satu sangkar dan reban yang sara beramai-ramai, penternakan arnab dilihat lebih berperikeranusiaan dan teratur. Arnab juga tidak berkokok, mengembek mahupun melenguh. Oleh itu, pencemaran bunyi juga dapat dilurangkan dengan penternakan arnab.\nIni membuka peluang bagi petani bandar yang dahulunya sukar untuk membuat penternakan di kawasan padat kerana bimbang dengan aduan bunyi.\nKandungan protein arnab lebih tinggi\nMungkin ramai yang tidak tahu, arnab hanya mengandung selama 30-32 hari sahaja. Arnab juga boleh mengawan semula sebaik sahaja ia melahirkan anak. Sekali melahirkan anak, arnab berupaya melahirkan sehingga 8-12 ekor anak arnab. Dalam amalan industri, arnab jantan dan betina akan diletakkan berasingan dan hanya dibenarkan mengawan semula dalam kitaran subur seterusnya. Ini bagi membolehkan arnab betina berehat selama lebih kurang 14-18 hari sebelum mengawan semula bagi memastikan hasil yang lebih baik.\nSeekor arnab betina berupaya menghasilkan sehingga 40-60 anak arnab dalam setahun dalam kitaran & 12 kelahiran setahun. Arnab akan disembelih setelah cukup umur dalam lingkungan 9-13 minggu. Seekor arnab yang sihat boleh mencapai berat sehingga 2-2.8kg. Daging arnab juga lebih shat berbanding daging ayam dengan kandungan lemak dalam daging yang lebih rendah. la juga mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi secara purata.\n\nDaging arnab juga diterima secara universal bagi setiap pelosok penduduk di dunia. Penganut agama yang memakan daging juga tidak melarang pemakanan daging arnab. Bagi penganut agama Islam, daging arnab adalah halal dan tidak dilarang pemakanannya. Ada pelbagai baka arnab di dunia dan antara yang popular adalah arnab putih New Zealand dan arnab daging California.\nSaya juga secara peribadi sudah mula menukar menu saya kepada daging arnab memandangkan kini sudah mula senang diperolehi. Daging arnab juga boleh dijadikan sebagai ganti bagi menu ayam dengan mudah kerana sifatnya sebagai daging putih yang menyamai daging ayam. Rendang arnab dan daging arnab bakar antara kegemaran saya.\nSumber: OMG Hackers\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-masak-cendawan-shitake/", "title": "Ayam Masak Cendawan Shitake, Masakan Cina SIMPLE Dan Sedap", "body": "\nJom buat hidangan Ayam Masak Cendawan Shitake. Antara masakan Cina yang simple dan mudah dibuat. Yang penting, sedap!\nKalau nak makan sedap tapi tak guna bahan yang banyak atau cara masakan yang rumit, anda kena cuba masak braised chicken cara orang cina. Braised ni maksudnya reneh atau kukus.\nBaca juga: Daging Masak Kicap Ala Cina, Sedap Tau Makan Dengan Nasi Panas Panas!\nMasakan ini mirip dengan ayam masak kicap, tapi lebih mudah dari segi penyediaan kerana menggunakan cendawan shitake. Rasa dia tak terlalu asing, dan pastinya disukai oleh anak-anak.\nShitake memberikan \u2018flavour\u2019 cendawan yang sedap lagi menyihatkan. Ikuti resipi dari perkongsian @_onlyfiey dari TikTok ini. Perkongsian beliau meraih sehingga 600k tontonan.\n\nRESIPI AYAM MASAK CENDAWAN SHITAKE\n\nBahan-bahan:\n\nAyam \nCendawan shitake \nRed dates \nGoji berry\nHalia\nDaun bawang \u2013 kuantiti ikut korang nak letak berapa banyak)\nMinyak masak\nGaram\nGula\nKicap cair\nSos tiram (secukup rasa)\n1 sudu tepung jagung\n\nCara memasak:\n1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali minyak masak dan gaul rata bersama ayam.\n2. Perap ayam kira-kira 20 minit.\n3. Selepas perap, masukkan sesudu minyak masak dan kukus ayam kira-kira 15 minit.\n4. Selepas siap kukus, dah sedia untuk dihidang.\nVideo penuh:\u00a0\n\n\n @_onlyfiey\nReplying to @someone special \ud83d\udda4H\ud83d\udda4 Next resepi, ayam masak cendawan shitake. Cara masak mudah sahaja, hanya perlu kukus je. Bahan-bahan : Ayam, Cendawan shitake, Red dates , Goji berry, Halia, Daun bawang (Kuantiti ikut korang nak letak berapa banyak) Minyak masak, garam, gula, kicap cair, sos tiram (secukup rasa) #foodtiktok #foodie #masaktiktok #Masakansimple #masakcepatmudah #jommasak #resipimudah #makanmakan #foodies #resepimakanan #creditvideototheowner \n \u266c girls like me don\u2019t cry (sped up) \u2013 thuy \n\n \n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Garlic Green Beans, Resipi Viral Dari US Dan China, Sedap Macam Style Restoran Cina!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-masak-kicap-lebih-sedap-letak-sikit-perencah-ini/", "title": "Kalau Nak Ayam Masak Kicap Lebih Sedap, Kena Letak Sikit \u2018Perencah\u2019 Ini", "body": "\nAyam masak kicap salah satu menu yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah cara membuatnya juga sangat senang dan cepat untuk disediakan.\nRupanya ada rahsia nak buat ayam kicap rasa lebih sedap kaw kaw.\u00a0Hanya perlu letakkan sedikit \u2018perencah\u2019 ini untuk membuatnya lebih lazat.\nNak tahu apa perencah itu? Jom baca resipi perkongsian oleh Ida Radzi di bawah beserta bahan perencah rahsia tersebut. Semoga bermanfaat!\nResipi Ayam Masak Kicap Sedap, Letak Sikit Perencah Sup\n\nBahan-bahan:\n\nBawang besar dihiris\nBawang putih ditumbuk kasar\nHalia ditumbuk pecah je\nSerai sebatang dititik (pilihan, letak lagi sedap)\n1/2 sudu kecil serbuk sup (saya suka letak sikit je untuk aroma dan rasa yang ringan)\n\nCara-cara:\n\nTumis semua bahan hingga naik bau. Kemudian masukkan kicap lemak manis dan sedikit air.\nBila dah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. (ayam digaul garam dan kunyit sebelum digoreng)\nTak perlu letak garam sebab masa goreng ayam dan letak garam, kicap pun sudah ada masinnya. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Ida Radzi\nBaca juga: Suka Masak Lemak Telur? Ikut Petua Ini Supaya Telur Elok Tak Pecah\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-masak-kicap-pekat-pedas/", "title": "Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Ayam Masak Kicap Pekat Dan Pedas", "body": "\nKalau ada menu ayam di rumah, memang wajib ada lauk Ayam Masak Kicap dalam hidangan harian.\nResipi yang mudah dan sedap ini memang akan menjadi pilihan keluarga terutama sekali anak-anak yang hendak membesar.\nBaca juga: Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Sedap Macam Restoran Thai T20\nBanyak sebenarnya resipi yang kita boleh buat menggunakan ayam. Resipi dari perkongsian Nurul Ateekah ini nampak senang dan mudah untuk dibuat.\nKalau masak lauk ini memang susah nak tolak. Silap haribulan, bertambah nasi dibuatnya.\nJom kita tengok bahan-bahan yang digunakan di bawah.\n\nResipi Ayam Masak Kicap Pekat Dan Pedas\n\nBahan-bahan:\n\nAyam \u2013 cuci bersih\n8 sdb cili kisar\n1 biji ubi kentang \u2013 dibelah\n1 batang serai \u2013 dikatok\n1 sdk rempah sup\n1 biji tomato \u2013 dibelah\n1 biji bawang merah \u2013 potong bulat\n1 batang cili merah \u2013 potong serong\n1 batang cili hijau \u2013 potong serong\n1 cawan air asam jawa \n1/2 cawan kicap manis \u2013 saya guna cap kipas udang\nGula \n1 kiub pati ayam \u2013 optional\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak , masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.\n2. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.\n3. Keluarkan sedikit minyak ,Dan Gunakan minyak yg sama untuk menumis. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau.\n4. Masukkan cili kisar dan masakkan sehingga pecah minyak.\n5. Masukkan rempah sup , kicap , gula dan air asam jawa . Gaulkan dan biarkan masak seketika.\n6. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi , bawang merah, cili merah dan cili hijau serta tomato. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.\n7. Angkat dan siap untuk dihidang.\n\n\nSedapnya bila dapat makan ayam masak kicap pedas likat ni. Makan dengan nasi putih panas-panas pun dah okay sangat. Paling sedap!\nLebih-lebih lagi, bila hidangkan dengan sambal gesek, atau sambal penyet.\nNak buat masakan ni, boleh buat untuk makan tengah hari atau makan malam. Resepi simple senang nak buat dan rasa dia pun terbaik!\nBaca juga: Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-masak-kurma-resipi-abah-ada-letak-bahan-rahsia/", "title": "Ayam Masak Kurma Resipi Abah. Ada Letak \u2018Bahan Rahsia\u2019, Patutlah Sedap & Kuah Pekat", "body": "\nSeorang pengguna Facebook, Umie Watie\u00a0berkongsikan resipi ayam masak kurma yang dimasak oleh abahnya.\nMenurut Umie Watie lagi, bila abah masak memang licin sampai ke kuah. Rupanya ada kena letak bahan rahsia kalau nak kuahnya menjadi pekat dan sedap.\nSelain dimakan bersama nasi, sedap juga bila dicicah dengan roti atau lempeng. Kalau nak tahu apa \u2018rahsia\u2019 abah, jom lihat resipi lengkap di bawah.\nResipi Ayam Masak Kurma Pekat & Sedap\nLangkah-langkah membuat ayam masak kurma:\n1. Bahan-bahan tumisan. Kisarkan bawang merah, bawang putih Dan halia. 4 sekawan tu jangan dilupakan. Dan paling penting serbuk kurma.\n\n2. Tumiskan dalam kuali semua bahan tadi.\n\n3. Bila bahan tumis dah wangi dan garing. Masukkan serbuk kurma pilihan hati. Guna 1 \u00bd peket kecil serbuk Kurma.\n\n4. Ini bahan rahsianya. Kisarkan daun bawang, daun ketumbar dan kacang badam. Barulah kurma kita wangi, pekat melekat dan mantap.\n\n5. Bila bahan tumisan dah naik minyak bubuh bahan rahsia tadi.\n\n6. Gaul rata, biar bahan tadi dah pecah minyak sekali lagi. Letakkan ayam \u00bd ekor.\n\n7. Kacau-kacaukan. Biarkan ayam sekejap biar air ayam tadi kering, barulah masukkan air. Letakkan lebih kurang 2 cawan air.\n\n8. Masukkan pes asam jawa supaya kuah kita rasa masam-masam manja.\n\n9. Masukkan kentang dan juga lobak merah.\n\n10. Bila ayam, kentang dan lobak dah empuk, masukkan \u00bc cawan santan.\n\n11. Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.\n\n12. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.\n\n13. Dah siap. Hidangkan untuk anak dan suami. Jangan lupa masak nasi siap-siap.\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Umi Watie\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-masak-lemak-cili-api-negeri-sembilan/", "title": "Teknik Betul Masak Ayam Masak Lemak Cili Api \u2018Negeri Sembilan\u2019", "body": "\nRupanya tak susah pun nak cara buat ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan.\nWalaupun ada yang kata, \u201csaya masak macam ni. Saya lagi suka masak macam ni.\u201d Tidak mengapa, cara masakan setiap orang adalah berbeza.\nKalau ada yang nak cuba cara masakan seperti di bawah, ikut saja resipi di bawah. Semoga bermanfaat!\nAyam Masak Lemak Cili Api \u2018Negeri Sembilan\u2019\nBahan utama:\n\nAyam\nCili api\nSerai\nKunyit\nSantan\nAsam keping\nGaram kasar\n\nCara-cara:\n\nDalam kuali, masukkan ayam. Keringkan air ayam terlebih dahulu.\nKisar halus cili api, kunyit dan sedikit air. Letakkan juga serai yang diketuk.\nTuangkan ke dalam kuali yang berisi ayam tadi. Keringkan air cili api dan kunyit yang telah dikisar tadi.\nTuangkan air secukupnya. Kalau letak kentang, kena letak air banyak sikit.\nLetakkan santan mengikut selera. Jika suka pekat, lebihkan santan.\nJika suka, boleh masukkan kentang. Jika suka boleh juga tambahkan rebung atau belimbing.\nBesarkan api sampai kuah menggelegak. Kemudian baru perlahan api sehingga kentang empuk.\nLetakkan garam secukupnya.\nKacau sesekali, jangan sampai berkepul-kepul atas permukaan.\nBila kentang dah empuk, masukkan asam keping. Tunggu 5 sehingga 10 minit baru tutup api.\nSelamat mencuba!\n\nVideo penuh:\n\n\n @sherazulkifly\nLepas ni jgn lah ada lg yg melawan resipi asli org NEGERI SEMBILAN \ud83d\ude11 #SheraZulkifly #hello2023 #ayamcilipadi \n \u266c I Love You So \u2013 The Walters \n\n \nKredit: Tiktok sherazulkifly\nBaca juga: Cara Masak Tempoyak Ikan Patin \u2018Original\u2019 Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-masak-lemak-cili-api/", "title": "Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang", "body": "\nAyam Masak Lemak Cili Api cara Negeri Sembilan ini memang lain dari yang lain. Apa yang lainnya? Resipi ini di masak tanpa menggunakan bawang. Ada juga yang kata, kalau nak rasa masak lemak cili api yang paling sedap, korang kena masak dalam kuali dan bukanya dalam periuk.\nPenulis selalunya masak lemak cili api letak bawang. Belajar cara negeri sembilan, mesti korang terkejut tengok bahan-bahan memasak yang di sediakan. Tak guna bawang langsung tau!\u00a0\nBaca juga: Peniaga Ini Ajar Step By Step Cara Potong Ayam, Barulah Jadi Menantu Pilihan!\u00a0\nBahan nak masak pun tak banyak ye. Korang cuma perlukan sediakan 7-8 bahan je macam tu. Yang banyaknya hanya cili api. Kalau nak rasa lagi sedap dan menyengat, korang letaklah cili api dalam 20-30 biji. Fuhh! Padu.\nAda je resepi masak cili api yang menggunakan bawang. Tapi, rasa tanpa bawang ni memang tak kurang sedapnya ye. Fisrt time try resepi ni terus terpikat dengan rasa sedap masak lemak cili api pure Negeri Sembilan.\nJom kita tengok resipi dari perkongsian Norlailanazira Mohd Agos ini yang meraih 3.3 shares dan 639 likes di Facebook. Kalau bakal mentua rasa, terus approve!\n\nRESIPI AYAM MASAK LEMAK CILI API CARA NEGERI SEMBILAN\n\nBahan-bahan:\n\nAyam \u2013 dibersih\n2 batang serai \u2013 diketuk\nSantan\nKentang\nDaun limau purut\nAsam keping\n\nBahan kisar:\n\n20 hingga 30 biji Cili api\nKunyit hidup\n\nCara memasak:\n1. Letak ayam yang sudah dibersihkan dalam kuali atau periuk.\n2. Ketuk serai dan masukkan sekali dengan ayam.\n3. Seterusnya, masukkan pula bahan kisar iaitu cili padi dan kunyit hidup tadi.\n4. Letak pada ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api. Ni lah rahsia kesedapan masak lemak.\n5. Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar.\n6. Kemudian, masukkan kentang.\u00a0Bila kentang dah empuk, masukkan pula daun limau purut dan asam keping. Jangan lupa perasakan dengan garam.\n7. Ayam masak lemak cili api dah siap!\n\nKalau tak banyak cili, bukan namanya masak lemak cili api Negeri Sembilan lah kan. Tips kalau nak lauk ni lagi sedap, korang wajib guna santan segar. Barulah rasa nya lebih sedap dari guna santan kotak.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-masak-merah-ala-pakistan-jom-cuba-resepi-ayam-karahi-mudah-ringkas/", "title": "Ayam Masak Merah Ala Pakistan, Jom Cuba Resepi Ayam Karahi Mudah & Ringkas!", "body": "Ayam Karahi ini merupakan salah satu menu yang sangat popular di kalangan warga Pakistan. Kalau di negara kita, ayam karahi boleh dikatakan lebih kurang seperti ayam masak merah cuma rempah ratus yang digunakannya agak berbeza. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nAYAM KARAHIAyam Karahi ini merupakan salah satu menu yang sangat popular di kalangan warga Pakistan. Kalau di negara kita, ayam karahi boleh dikatakan lebih kurang seperti ayam masak merah cuma rempah ratus yang digunakannya agak berbeza. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n\u00bd ekor ayam\n\n1 biji tomato\n\n2 ulas bawang putih\n\n3 inci halia\n\n1 tangkai cili hijau\n\n1 sudu kecil serbuk paprika\n\n1 sudu kecil serbuk ketumbar\n\n1 sudu kecil serbuk jintan manis\n\n1 sudu kecil garam masala\n\n1 sudu kecil kunyit\n\n1 tangkai daun ketumbar\n\nGaram dan gula secukup rasa\n\nKredit: Kamarul AriffinCARA PENYEDIAAN\nGoreng ayam yang telah di perasakan dengan garam. Goreng separuh masak sahaja, sampai kulit dia kuning.\n\nKemudian masukkan tomato. Goreng tomato sehingga isi dia lembut, dan kulitnya tertanggal.\n\nMasukkan bawang putih dan halia yang dicincang atau disagat.\n\nMasukkan serbuk rempah ratus. Tambah sedikit air jika terlalu kering, kemudian masak sehingga rempah masak, dan kering. Letak garam dan gula secukup rasa.\n\nMasukkan cili hijau dan hirisan halia yang dipotong memanjang. Masak sebentar dan dah boleh dihidang.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-masak-padang/", "title": "Ayam Masak Padang, Resipi MUDAH Bagi Baru Nak Belajar Masak", "body": "\nJom cuba resipi ayam masak padang ini. Kuahnya sangat sedap dan ada rasanya yang tersendiri. \nMenu ini tidak sama seperti gulai lemak yang biasa kita makan.\u00a0Jika lihat pada senarai bahan yang digunakan, pasti anda akan nampak perbezaannya. \nRasa kuah masak padang ini lebih wangi dan beraroma. Hal itu kerana adanya penggunaan rempah, daun kunyit dan daun limau. Berbeza dengan masak lemak biasa yang hanya menggunakan kunyit dan cili api .\nBaca juga: Ayam Goreng Ala Upin Ipin, Ini RAHSIA Buat Bancuhan Tepung Menggoreng\nSemakin lama direneh, kuah akan semakin sedap. Resipi ini juga menggunakan kerisik yang menjadikan kuah lebih pekat dan menyengat.\nIkuti saja resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Suffiyah Ramadhani\u00a0di bawah. Mudah saja caranya, setengah jam dah siap!\n\nRESIPI AYAM MASAK PADANG\n\n\nBahan-bahan:\n\n\u00bd ekor ayam (cuci bersih)\n\nBahan kisar:\u00a0\n\n3 ulas bawang putih\n\u00bd biji bawang besar\n2 hiris halia\n1 inci lengkuas\n2 batang serai\n8 tangkai cili kering (ikut kepedasan)\n\nBahan lain:\n\nBuah pelaga\nBunga lawang\nDaun kunyit\nDaun limau\nKunyit serbuk\nKerisik\nGaram kasar\nGula\n1 kotal kecil santan (atau nak ganti \u00bc cawan susu cair pun boleh)\n\nCara-cara memasak:\n1. Kisar semua bahan sehingga lumat dan tuangkan terus ke dalam kuali/periuk masakan. (tak perlu tumis/tk guna minyak)\n2.Masukkan kesemua bahagian ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih. Masukkan semangkuk air dan hidupkan api dapur.\n3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali SANTAN. Air boleh ditambah lagi sedikit demi sedikit sekiranya kering untuk menunggu isi ayam empuk.\n4. Akhir sekali bila ayam dah empuk, masukkan santan, sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diinginkan.\n5. Renehkan seketika dan siap!\u00a0\n6. Sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Kepak Ayam Lemon Pepper, Resipi Viral Lebih 400K Views, Guna SEASONING Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-masak-rose/", "title": "Ayam Masak Rose Pedas-pedas Kering, Lagi Sedap Dari Ayam Masak Merah!", "body": "\n\nFuhh lauk ayam masak rose ini kalau buat kat rumah, memang bertambah makan nasi. Lagi-lagi hidangannya warna kemerah-merahan dan penuh dengan selupat sambal.\nPernah tak korang cuba masak resipi ayam masak rose sedap dan pedas kering ni? Kalau sekali cuba pasti jatuh hati.\nResepi ayam masak rose ni terkenal kat sesetengah tempat je terutama belah utara. Selalu dihidang waktu kenduri. Sekali pandang macam ayam masak merah.\nBaca juga: Resipi Ayam Goreng Kunyit Super Lembut\nTapi sebenarnya berbeza. Ayam masak rose ni ada campuran serai, daun kari malah serbuk kari juga yang ditumis bersama dengan cili kisar untuk beri aroma yang lazat dalam masakan.\nNamun untuk perkongsian resipi ayam masak rose sedap dari Tengku RoseElyza Raja Muhammad ni, bahan-bahan dan cara masaknya simple je.\nCukup rasa masam, manis dan pedas yang membangkitkan selera. Jom lihat resipi beliau.\n\nResipi Ayam Masak Rose\n\n\nBahan-bahan:\n\nBawang putih\nBawang merah\nHalia\nDaun kari\nSerai\nCili kisar\nSerbuk kari\nSos tomato\nSos tiram\nKerisik\nGula nise\nTomato dibelah 4\nCili besar merah\nGaram secukupnya\nAyam\n\nUntuk semua bahan-bahan ni, boleh agak-agak sukatannya bergantung pada berapa banyak kuah sambal yang ingin dimasak ikut kuantiti ayam.\nCara memasak:\n1. Sebelum masak kuah sambalnya, gorengkan ayam dulu. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam sedikit, dan goreng \u00be masak (goreng juicy). Kemudian angkat dan ketepikan.\n2. Selepas tu kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus. Ketepikan juga.\n3. Kemudian panaskan minyak sedikit di dalam kuali.\n4. Masukkan serai yang dah dititik bersama daun kari. Dan tumis sehingga naik bau.\n5. Kemudian masukkan bahan yang dah dikisar tadi dan tumis sehingga garing.\n6. Selepas bahan tumis dah kekuningan, masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau sehingga sebati.\n7. Masukkan sikit-sikit air ke dalam tumisan untuk elakkan terlalu kering dan hangit. Kemudian tumis sehingga terbit minyak.\n8. Seterusnya masukkan sos tomato dan sos tiram.\n9. Boleh agak-agak kuantitinya.\n10. Kemudian masukkan kerisik sedikit dan gula nise. Kacau sehingga sebati.\n11. Dan akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi, bersama dengan tomato dan cili besar merah.\n12. Jangan lupa perasakan dengan garam secukup rasa.\n13. Biarkan kuah sedikit pekat, dan boleh padamkan api.\n\n\n\nHidangkan dengan nasi panas untuk hidangan sekeluarga. Lihat je pun lauk ni dan cukup membangkitkan selera. Apatah lagi bila dah rasa.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-masak-sambal-hijau/", "title": "Ayam Masak Sambal Hijau Cara Sedap, Memang Terangkat Dibuatnya!", "body": "\nTak tahu nak masak apa hari ini? Pernah tak cuba resipi Ayam Masak Sambal Hijau? Masakan ala Padang yang padu pedasnya. Selain dimasak dengan ayam, resipi ini juga boleh dihidang dengan lauk lain seperti daging dan juga seafood.\nAyam yang akan dimasak dengan sambal hijau ini akan digoreng garing terlebih dahulu menggunakan serbuk kunyit dan juga garam. Cara penyediaan resipi ini juga sedikit berbeza dengan lauk tumis yang lain.\nBaca juga: Ayam Rebus Chilli Oil Cara Mudah, Makan Dengan Kuey Tiaw Sup Memang Onz!\u00a0\nKebiasaannya bahan tumisan akan dikisar terlebih dahulu sebelum ditumis. Tapi untuk resepi ayam goreng cabe ijo ini pula, kita perlulah menumis dahulu Bahan tumis sebelum dikisar kasar. Di situlah kelainan dalam hidangan ini.\nApabila bahan tumis layu dimasak, ia akan dimasukkan ke dalam pengisar. Dikisar kasar barulah dimasak semua sehingga pecah minyak. Menu ini juga menggunakan serbuk belacan untuk menaikkan lagi rasa masakan.\nTanpa membuang masa lagi, apa kata kita ikuti perkongsian resipi dari Cik Puan Nurul Ateekah. Confirm terangkat dibuatnya. Syok giler layan lauk ni dengan nasi putih panas-panas.\n\nRESIPI AYAM MASAK SAMBAL HIJAU\u00a0\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nAyam (9 ketul)\n4 batang Cili hijau\n12 batang Cili padi hijau\n1 biji Bawang besar\n5 ulas Bawang putih\n1 biji Tomato (dibelah 4)\nDaun limau purut\n1 sudu kecil Serbuk belacan\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan minyak. Lumurkan ayam dengan sedikit kunyit dan juga garam. Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.\n2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi hijau, cili hijau dan tomato. Masak sehingga sedikit layu.\n3. Setelah itu kisar kasar bahan-bahan yang telah ditumis tadi. \n4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi kedalam kuali. Masukkan juga daun limau purut. Masak sehingga pecah minyak dan sedikit kering.\n5. Kemudian, masukkan serbuk belacan dan serbuk perasa. Gaul rata masakan.\n6. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan kesemuanya sehingga rata.\n7. Angkat dan siap untuk dihidang!\n\n\nMudahkan resipi ni! Campak-campak dah siap! Memang padu sangat rasa ayam masak sambal hijau ini. \nMana tak nya, banyak juga cili yang digunakan. Cili yang dimasak dulu dan kemudiannya dikisar memang pedasnya lain macam tau.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-percik-pasar-malam-bersalut-kuah-merah/", "title": "Cara Buat Ayam Percik Pasar Malam, Bersalut Kuah Merah Pekat & Lazat!", "body": "\nKalau mengidam nak makan ayam percik, mula-mula pasti akan teringat ayam percik pasar malam punya.\nNak buat sendiri pun tak susah mana kalau ada yang nak cuba. Lagi puas hati, boleh makan puas satu keluarga.\nKalau nak cuba, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha di bawah. Menurutnya, ini resipi beliau buat niaga yang laku keras. Memang\u00a0confirm\u00a0sedap la kan!\nRESIPI AYAM PERCIK PASAR MALAM\nBahan-bahan:\n\nAyam (cuci bersih)\nCili kering\nBawang putih\nBaawang besar\nHalia\nKunyit hidup\nSerai\nKetumbar\nJintan manis\nGaram dan gula secukupnya\n\nCara penyediaan:\n\nMula-mula kisar bawang putih, bawang besar, halia, kunyit hidup dan serai. Ketepikan.\nKemudian kisar halus jintan manis dan ketumbar pula.\nPanaskan kuali (tanpa minyak).\nMasukkan bahan-bahan dan tumis. Masukkan garam dan gula secukup rasa.\nKemudian masukkan ayam dan masak sehingga separuh masak. Padamkan api.\nLetakkan ayam atas stand stand dan renjiskan oluve oil. Guna minyak masak pun boleh.\nBakar dalam air fryer pada suhu 200\u2103 selama 15 minit atau sampai masak. Boleh tambah masa jika ayam belum masak.\nKalau guna oven, bakar pada suhu 180\u2103 selama 20 minit.\n\n\nBahan untuk kuah:\n\nCili kering\nBawang putih\nSos cili\nGula pasir\nGula merah\n1 sudu besar tepung jagung\n\nCara masak kuah:\n\nKisar cili kering dan bawang putih.\nPanaskan minyak dalam kuali.\nKemudian masukkan bahan kisar tadi dan tumis. Masukkan air sedikit dan kacau.\nReneh sampai cili masak.\nSeterusnya masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung untuk pekatkan kuah.\nKacau sehingga kuah pekat.\nBoleh rasa, dan pastikan garam dan gula cukup berasa.\nKalau ada biji bijan, boleh masukkan sekali dalam kuah. Dah masak, tutup api.\n\n\nKredit: SuiSan Aliezsha\nBaca juga: 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-rebus-chilli-oil/", "title": "Ayam Rebus Chilli Oil Cara Mudah, Makan Dengan Kuey Tiaw Sup Memang Onz!", "body": "\nKecur air liur tengok gambar Ayam Rebus Chilli Oil ini. Jom kita buat! Nak buat untuk menu sahur pun boleh, menu berbuka pun boleh. Memang ringkas dan jimat masa memasak lauk ini.\nKebiasaannya chilli oil ini dimakan bersama dengan dumpling, tapi boleh juga diletakkan dengan ayam. Memang kena sangat rasanya tu.\nBaca juga: Ayam Kukus Halia Chinese Style, Resipi Viral Untuk Juadah Berbuka\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Linda Safar ini yang meraih sehingga 4.6k shares di laman Facebook. Memang ramai penggemar menu cuisine cina ini ya.\u00a0\nMari lihat cara-caranya.\n\nRESIPI AYAM REBUS CHILLI OIL\nSelalu duk makan dumpling dengan chili oil, kalini rasa nak try ayam rebus herba dengan chilli oil ni. Ya Allah sedap sangat! Meh nak share resipi.\n\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nAyam\nHalia\nBawang putih\nLada hitam\nDaun bawang\nKiub ayam\nBay leaves atau daun salam\n\nBahan-bahan chilli oil:\u00a0\n\n4 ulas bawang putih\n3 sudu besar chili flakes\n1 sudu bijan\nGula, garam & secukup rasa\nMinyak\nDaun bawang\nBay leaves / daun salam\u00a0\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Rebus ayam bersama semua bahan di atas lalu ketepikan.\n2. Letak dalam mangkuk 4 ulas bawang putih yang dicincang, 3 sudu besar chili flakes, satu sudu bijan, gula, garam dan secukup rasa.\n3. Panaskan minyak, masukkan daun bawang, bawang & bay leaves. Ambil minyak tu masukkan dalam mangkuk tadi. Siap!\n4. Sediakan mangkuk letak cendawan enoki dulu, lalu susun ayam yang dipotong, hirisan lada dan chili oil.\n5. Boleh makan dengan kuey tiaw sup Chinese style pun sedap! Siap!\n\n\nSemudah ABC je menu ini kan? Yang baru nak belajar masak pun boleh cuba. Tapi kalau nak lagi sedap, ambil isi ayam bahagian paha dan thigh, memang sedap berlemak lagi rasanya itu.\nEmak-emak juga boleh mencuba resipi ini kerana ia memang antara menu yang sihat dan rendah kalori kerana kurang penggunaan minyak.\nTerima kasih kepada Cik Puan Linda Safar kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ini sehingga viral di media sosial. Tak rugi hendak membuatnya.\nSelamat mencuba semua!\nBaca juga: Cara Potong Ayam Step By Step, Barulah Jadi Menantu Pilihan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-serai-ala-restoran-thai-mudah-sedap/", "title": "Ayam Serai Ala Restoran Thai. Cara Buat Sangat Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan", "body": "\nDah selalu masak ayam goreng kunyit kan? Kali ini apa kata jom cuba ayam serai ala restoran Thai pula.\nRasa rempahnya yang cukup rasa memang menaikkan selera, lagi-lagi bila digoreng garing dan makan dengan nasi panas! Anda pasti suka akan rasanya. Tak pedas pula tu, anak-anak mesti suka.\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Nurul Ateekah di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Ayam Pandan Thai Mudah, Sedap Setanding Makan Di Kedai!\nRESEPI AYAM SERAI ALA RESTORAN THAI\nBahan-bahan:\n\n500 gram isi ayam dipotong kecil (dicuci bersih)\n2 batang serai (dipotong 2 cm dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu )\n2 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar sos ikan\n1 sudu kecil gula\n2 sudu besar tepung jagung\n5 helai daun limau purut dihiris\n\nBahan ditumbuk @ dikisar halus tanpa air:\n\n2 pokok akar ketumbar\n2 sudu besar lada hitam\n5 ulas bawang putih\n\nCara penyediaan & memasak:\n1. Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (KECUALI DAUN LIMAU PURUT), serta bahan yang dikisar halus.\n\n2. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.\n\n3. Panaskan minyak, agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.\n\n4. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas.\n\n5. Taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut.\n\nSiap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Ateekah\nBaca juga: Resipi Ayam Tiram Thai Versi Khairul Aming, Nampak Menyelerakan Betul!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-tumis-serai/", "title": "Ayam Tumis Serai Yang Mudah, Ringkas Dan Sedap, Ikut Resipi Ini", "body": "\n\nKorang pernah try tak masak ayam tumis serai? Sedap tau! Cara penyediaannya pun sangatlah mudah. Yang penting tak menggunakan bahan memasak yang banyak dan renyah.\nLauk ni sesuai di jadikan lauk makan tengahari atau malam. Di hidangan dengan telur dadar, sayur dan nasi putih panas-panas boleh terangkat di buatnya!\nLauk ni juga boleh di pedaskan ikut cita rasa masing-masing. Korang nak pedas, korang letak je cili lebih. Tak nak pun, korang boleh kurangkan.\nBaca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!\nResepi ni memang kena pedas, barulah sedap nak makan nanti. Korang boleh tengok cara masak yang ada kat dalam gambar. Cili padi tu kalau nak sedap, korang kisar guna chopper je.\nSo, tak terlalu hancur. Kalau tumbuk lagi pedas kan. Ha, boleh copper je mudah. Jiran pun tak dengar korang ketuk batu lesung.\nKorang follow je resepi yang di kongsikan oleh Noratiqah Nordin ni. Confirm menjadi! Tapi korang boleh juga adjust nak berkuah ke tak. Kalau nak berkuah korang letar je air nanti. Jangan banjir sangat pula ye.\nResipi Ayam Tumis Serai\nBahan-bahan:\n\n\n\n\nCili padi ikut kuantiti kepedasan yang nak*\n2 biji bawang merah*\n2 ulas bawang putih*\n2 batang serai di ketuk\n2 helai daun limau purut\n2 sudu sos tiram\n1/2 ekor ayam\nGaram secukup rasa\nGula sedikit saja\nAir sedikit (nak letak boleh , tak nak letak pun boleh)\n\nCara memasak:\n1. Kisar atau bahan bertanda * sehingga halus dan menjadi bumbuk.\n\n\n2. Kemudian, panaskan kuali dan goreng ayam hingga separuh masak. Jangan garing kerana isi ayam akan jadi keras.\n3. Pakai minyak yang sama, kurangkan jika minyak terlampau masak. Tumis bahan yang dikisar atau tumbuk tadi.\n3. Masukkan serai yang sudah diketuk. Kemudian masukkan daun limau purut.\n4. Masukkan pula ayam yang sudah dimasak separuh.\n5. Selepas itu, masukkan sos tiram dan garam secukupnya. Letak sedikit gula untuk bagi rasa lauk sebati.\n6. Jika ingin berkuah, boleh letakkan sedikit air. Siap untuk dihidang.\n\n\nKorang yang duduk bujang tu dah boleh try masak lauk ni. Bagi pedas sikit, barulah syok nak makan.\nDuduk sorang bolehlah bagi pedas kan. Kalau ada anak-anak kena control pedas tu, tak pun kena masak lauk lain pula.\nSelamat mencuba dan menjamu selera.\n\nSumber: Noratiqah Nordin\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-tyson/", "title": "Jom Goreng Ayam Tyson Untuk Berbuka Puasa Hari Ini, Macam-macam Perisa Ada", "body": "\nBaru sahaja balik kerja, badan pun letih setelah seharian bekerja tetapi sudah hampir waktu berbuka. Jom goreng Ayam Tyson ini.\u00a0\nTinggal keluar dari peti sejuk lepastu terus goreng. Tyson ada pelbagai pilihan ayam beku yang siap dimasak serta 100% Halal. Ini dapat memudahkan korang untuk memasak makanan yang enak dan cepat untuk memudahkan waktu berbuka puasa di rumah. \nDari peti ais boleh terus dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro atau air fryer, ambil masa 15 sahaja minit untuk anda menikmati juadah berbuka yang lazat ini!\nBaca juga: Jom Buat Ayam Goreng Serai Thai, Tinggal Gaul Bahan Dan Goreng Je\n\nTambahan pula, produk ayam ini siap dimasak dan tidak perlu dinyah beku selepas dikeluarkan daripada peti ais \u2013 letak sahaja di dalam ketuhar gelombangan mikro!\u00a0\nAntara perisa ayam goreng Tyson ialah:\n\nBuffalo Wing Stick \nBBQ Roasted Drumstick\u00a0\nBBQ Roasted Chicken Drumstick\u00a0\nChicken Karaage\u00a0\n\nBoleh Beli Tyson Di Bazaar Ramadan Shah Alam\n\nTyson buka tapak Bazar Ramadan di kawasan Lembah Klang iaitu di:\n\nPerkarangan MATRADE, Mont Kiara (3pm \u2013 12am)\nStadium Shah Alam (2pm \u2013 8pm)\n\nProduk Tyson boleh didapati di semua pasar raya besar serta hypermarket. Malah ia juga boleh didapati secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut, ikuti Tyson di Instagram @tysonbrandmy dan Facebook.\nBaca juga: Ayam Goreng Rangup, Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk \u2018Crispy\u2019 Ala KFC\n"} {"url": "https://myresipi.com/ayam-ungkep/", "title": "Ayam Ungkep Resipi Masyarakat Jawa, Lauk Ini Buat Makan Bertambah!", "body": "\nAyam Ungkep Resipi Masyarakat Jawa, Dapat Lebih 3.3K Shares!\nJom buat ayam masak ungkep. Hidangan ini antara yang popular bagi masyarakat Jawa tau. Memang sedap sangat!\nBaca juga: Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis, Simple Sangat Cara Buatnya!\nBahan utama ayam ungkep ini adalah menggunakan cili padi dan sememangnya sedap jika dimakan dengan nasi yang panas.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Noor Baini Ali ini yang mendapat lebih dari 3.3k shares di laman Facebook tau! Memang ada penggemarnya hidangan masyarakat Jawa ini.\n\nRESIPI AYAM UNGKEP\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nAyam 1/2 ekor\nSerai 2 Batang \u2013 Titik\n3 ulas bawang merah \u2013 tumbuk\n3 ulas bawang putih \u2013 tumbuk\nKunyit Hidup (Besar Ibu Jari) \u2013 tumbuk\nCili padi (Ikut Nak Letak Berapa) \u2013 tumbuk\nKetumbar Peket Kecik \u2013 rendam dulu kemudian tumbuk\u00a0\nKunyit Serbuk 1 Sudu\u00a0\nAsam Jawa 1 Sudu Makan\nGula dan garam secukup rasa\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.\n2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.\n3. Tutup Periuk hingga ayam masak.\n4. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.\n5. Dah pekat, boleh tutup api dan tuang dalam pinggan lauk. Sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/baby-kailan-goreng/", "title": "Baby Kailan Goreng Bersama Bawang Putih Dan Udang, Bertambah Nasi Dibuatnya!", "body": "\n\nNampak je Baby Kailan depan mata, mesti terus rasa nak ceduk dalam pinggan makan dengan nasi panas. Apa kata kita cuba pula resipi Baby Kailan Goreng dengan bawang putih dan udang.\nSedap tau aroma tumisan bawang putih ini. Bahan sosnya pun bikan biasa-biasa. Ada beberapa jenis sos dimasukkan yang buatkan hidangan ini cukup berasa.\nBila disebatikan masakan sayur ini nanti akan berkuah dan kelihatan berkilat lagi warna hijau sayur kailan ini.\nBaca juga: Sayur Cepat Rosak? Ketahui Tips Simpan Sayur Tahan Lebih Seminggu\nDalam hidangan ini ni, bukan je baby kailan semata-mata, boleh juga masukkan sayuran lain seperti lobak merah dan juga cili merah sebagai penambah rasa dan pedas.\nKalau makan ratah macam tu je tanpa nasi pun cukup sedap. Nasi tak ada masih boleh lagi hirup kuahnya tanpa rasa muak. Ada sesetengah orang mungkin fikir rasa baby kailan dalam masakan ni rasa pahit.\nNamun tak perlu risau. Dalam resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ni, rasa kailannya tak pahit pun, malah rasa manis-manis masin yang sedap. Jom lihat resipinya.\n\nResipi Baby Kailan Goreng Bawang Putih Dan Udang\nBahan-bahan:\n\n\n\n4-5 pokok baby kailan- cuci bersih\n\u00bd biji lobak merah \u2013 dipotong\n6 ulas bawang putih \u2013 dicincang\n\u00bc biji bawang besar \u2013 dihiris\n13-15 ekor udang \u2013 saiz sederhana\n1 batang cili merah \u2013 dipotong\nMinyak masak\n\nBahan sos:\n\n1sdb sos tiram\n1sdb kicap cair\n1sdb sos ikan\n1sdb gula\n1sdb serbuk perasa/MSG\n\n* Campurkan kesemua sos ini dalam satu mangkuk\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga warna keperangan. Asingkan ketepi.\n2. Kemudian tumiskan bawang merah pula bersama dengan udang. Masakkan kedua-duanya sekejap.\n3. Selepas tu masukkan baby kailan, lobak merah, cili merah dan campuran bahan sos tadi.\n4. Kacau sehingga sebati dan biarkan sayur layu dan lobak merah lembut sedikit. Tak perlu lama sangat sebab lobak merah lagi sedap kalau ada rasa crunchy sikit.\n5. Dah masak tu, boleh padamkan api.\n6. Angkat ke dalam pinggan dan taburkan bawang putih yang ditumis tadi. Sedia untuk dihidang.\n\n\n\nSekejap je masak sayuran ni rupanya. Tak sampai 15 minit pun dah siap. Sebab sayuran dan udang ni sebenarnya benda yang tak perlu dimasak lama-lama pun. Itu yang buatkan sedap.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bahagian-lembu-dan-cara-memasak/", "title": "Ini 9 Bahagian Lembu Yang Korang Perlu Tahu Dan Cara Memasak", "body": "\nKorang mesti tak dapat kenal pasti bahagian lembu apa yang diterima dan masakan apa yang sesuai dengan bahagian tersebut.\nMin nak kongsikan dengan anda nama-nama bahagian lembu dalam bahasa Melayu yang selalunya disebut dalam Bahasa Inggeris.\nJom ketahui 9 potongan daging ini:\n\n1. Chuck \u2013 Bahu\n\nChuck, daging dari bahagian bahu lembu mempunyai tekstur yang lembuttetapi tidak selembut daging batang pinang kerana mempunyai jumlah tisu penghubung (connective tissues) yang tinggi. Namun begitu, bahagian bahu ini mempunyai rasa daging yang mantap.\nArtikel Berkaitan: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!\nPotongan daging ini sesuai sekali jika dimasak mengguna method \u2018low-and-slow\u2018 yang menggunakan suhu api yang rendah pada jangka masa yang lama. Antara masakan yang sesuai ialah stew, kari dan gulai.\n\n2. Rib \u2013 Tulang Rusuk\n\nRib, iaitu tulang rusuk terletak pada separuh bahagian atas lembu. Ia merupakan daging premium yang paling disukai ramai kerana tidak memerlukan masa memasak yang lama untuk mendapatkan hasil daging yang lembut. Selain itu, rasa daging ini juga menjadi lebih menyerlah apabila diperap dengan rempah ratus.\nDi potongan daging ini, terdapat potongan stik seperti rib eye (mata rusuk), short ribs (rusuk pendek) dan prime ribs. Bahagian daging ini memang sangat sesuai apabila dimasak sup tulang ataupun sup daging kerana tulang daging mempunyai banyak rasa daging.\n\n3. Short Loin \u2013 Loin Pendek\n\nShort loin, dikenali sebagai loin pendek merujuk kepada bahagian belakang lembu yang ditengah. Bahagian ini merupakan potongan yang paling lembut kerana ia mempunyai jumlah otot yang paling tinggi tetapi tidak mendapat banyak pergerakan.\nDi bahagian inilah terdapatnya beberapa potongan stik yang premium seperti stik Porterhouse, stik T-bone dan stik New York Strip. Bahagian ini memang sesuai dipanggang di atas api yang kuat pada jangka masa yang singkat untuk mendapatkan isi yang sangat juicy.\n\n4. Tenderloin \u2013 Daging Batang Pinang\n\n\nDaging batang pinang ataupun tenderloin merupakan sebahagian kecil daripada potongan loin pendek. Bahagian daging batang pinang ini memang popular sekali kerana teksturnya yang sangat lembut. Antara potongan stik yang terdapat pada bahagian ini ialah filet mignon dan chateaubriand.\nBahagian ini bersesuaian dengan pelbagai cara memasak tetapi dalam masakan Melayu, daging batang ini selalunya digunakan dalam rendang, gulai, kari dan juga untuk daging salai.\n\n5. Sirloin \u2013 Daging Batang Pinang\n\n\nWalaupun daging sirloin dan tenderloin mempunyai nama yang sama iaitu daging batang pinang, sebenarnya mereka adalah potongan daging yang berbeza. Bahagian sirloin terletak di antara bahagian pinggang lembu. Bahagian ini mempunyai kandungan lemak yang tinggi yang membuatkan daging ini lembut dan begitu juicy sekali.\nAntara potongan stik yang terdapat di bahagian ini ialah tri-tip stik dan top sirloin stik. Bahagian ini sesuai sekali dimasak hidangan \u2018harimau menangis\u2019 iaitu daging bakar yang dihiris dan dibakar.\n\n6. Round \u2013 Daging Sepaha\n\n\nBahagian round iaitu daging sepaha yang terletak di bahagian kaki belakang hingga ke punggung lembu. Bahagian ini mempunyai tekstur yang pejal dan agak liatkerana mempunyai banyak pergerakan berbanding dengan potongan lain.\nNamun begitu, bahagian ini memang sedap jka dimasak daging masak lada hitam mahupun daging salai. Sangat menyelerakan!\n\n7. Flank \u2013 Daging Lambung\n\n\nBahagian flank yang dikenali sebagai daging lambung terletak berdekatan dengan otot perut lembu. Bahagian ini mempunyai ira yang lebih tebal berbanding potongan lain yang memberikan rasa daging yang sangat mantap.\nBahagian ini sesuai dihiris dan digunakan dalam stir-fry kerana teksturnya yang agak pejal berbanding potongan daging yang lain.\n\n8. Brisket \u2013 Dada\n\n\nBrisket iaitu daging bahagian dada lembu merupakan bahagian yang agak liat kerana mempunyai jumlah tisu penghubung yang tinggi. Namun begitu, bahagian ini menjadi sangat lembut seperti apabila dimasak secara perlahan.\nBahagian ini memang sesuai dijadikan daging salai kerana bahagian ini akan menjadi sangat tender disamping mempunyai rasa daging yang padu.\n\n9. Hanger \u2013 Daging Penggantung\n\n\nStik hanger iaitu daging penggantung merupakan otot diafragma lembu yang terletak di bahagian perut. Daging penggantung ini merupakan sebahagian daripada potongan plate. Di bahagian ini juga terdapat stik skirt. Tekstur dan rasa daging penggantung ini juga sama seperti stik skirt.\nBahagian daging ini memang sedap jika diperap dengan rempah ratus kerana rasanya akan meresap secara menyeluruh ke dalam daging. Antara masakan yang sesuai dengan potongan daging ini ialah stir-fry ataupun daging barbeku.\n"} {"url": "https://myresipi.com/bahaya-cheese-leleh-kepada-kesihatan/", "title": "Bahaya Cheese Leleh Kepada Kesihatan, Risiko Obesiti & Kencing Manis", "body": "\nSehingga kini, sos cheese leleh masih menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat kita. Aneka\u00a0makanan telah dicipta bersama pilihan keju. Perkongsian ini mungkin akan membuatkan \u2018cheese lover\u2019 berfikir dua kali untuk memakannya.\nSebelum ini, rakyat Malaysia mungkin sudah biasa dengan keju dicampur dengan makanan popular kita. Namun pernahkah anda terfikir untuk mencampurkan keju dengan makanan-makanan yang lain.\nCheese leleh banyak keburukan untuk kesihatan\nSatu perkongsian daripada Public Health Malaysia\u00a0menyatakan sos keju \u2018leleh\u2019 ini sebenarnya mempunyai pelbagai keburukan dan ia menyumbang kepada masalah kesihatan.\n\nJika diikutkan, keju sebenarnya mempunyai banyak kebaikan kerana ia merupakan sumber protein yang baik dan mengandungi kalsium yang tinggi.\nSebaliknya, sos keju ini sebenarnya mengandungi bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa tiruan, garam, gula dan Maltodextrin.\nApa itu Maltodextrin?\nMaltodextrin ialah serbuk putih yang tidak berperisa dan larut dalam air. Ia adalah bahan tambahan dalam pelbagai jenis makanan, kerana ia boleh meningkatkan tekstur, rasa dan jangka hayat sesuatu bahan makanan.\nMaltodextrin ini biasanya dibuat daripada bahan makanan berkanji, termasuk jagung, kentang, gandum, ubi kayu atau beras. Walaupun serbuk itu berasal dari produk semulajadi, ia kemudiannya menjalani pemprosesan sehingga boleh menghilangkan kebaikan semulajadi bahan tersebut.\nBahan ini juga menjadi pemekat dalam makanan berkuah ataupun sos.\nBahaya untuk mereka yang berpenyakit\nBahan ini mengandungi glycemic index (GI) yang cukup tinggi, selepas anda makan makanan yang mengandungi bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.\nUntuk kanak-kanak pula, sos keju ini juga boleh menyebabkan kegemukan serta obesiti dan ia akan menganggu pembesaran serta kecergasan kanak-kanak. Mereka akan menjadi lebih cepat letih dan lesu.\nOleh itu pada penggemarnya, selepas ini kena berhati-hati ya. Nak makan boleh, tapi kena berpada-pada ya!\nBaca juga: Sukar \u2018Membuang\u2019? Ini Petua Atasi Sembelit Secara Semula Jadi Tanpa Guna Ubat\n"} {"url": "https://myresipi.com/bahaya-guna-minyak-masak-banyak-kali/", "title": "Doktor Beri Amaran Bahaya Guna Minyak Masak Banyak Kali, Ini 5 Risiko Penyakit", "body": "\nKalau tanya kaum ibu ini mesti ramai yang guna balik minyak masak terpakai.\nNamun hakikatnya, ramai yang tahu, tindakan sebegini sebenarnya amat membahayakan kesihatan seisi rumah korang. Alamak!\n\nBaca Juga: 5 Jenis Lauk Kukus Mudah & Jimat Minyak yang Korang Boleh Cuba\n\nMenerusi perkongsian Dr. Samhan di media sosial, minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko seperti:\n\nAtherosclerosis (salur darah tersumbat akibat jadi keras & tebal)\nPenyakit hati\nPenyakit jantung\nAlzheimer\nParkinson\nBarah\n\nUish bahayanya!\n\nBukan itu sahaja, Dr. Samhan juga menerangkan, semasa mengoreng, minyak masak sudah melepaskan sisa toksi yang dipanggil aldehydes yang tertinggal dalam minyak.\nMakanan yang digoreng menggunakan minyak terpakai akan menyerap kembalik toksik ini.\nJadi, jika ingin menggunakan minyak masak terpakai, sebenarnya masih lagi boleh jika korang ikut nasihat di bawah:\n\n\n\n\n\n\nSumber: Twitter Dr. Samhan\n"} {"url": "https://myresipi.com/bahaya-letak-tong-gas-dalam-kabinet-bertutup/", "title": "Awas, Boleh \u2018Meletup\u2019! Ramai Tak Tahu Bahaya Letak Tong Gas Dalam Kabinet Bertutup", "body": "\nLebih 80% penduduk Malaysia memilih penggunaan gas LPG di dapur untuk kegunaan memasak. Tapi, ramai yang tak tahu tentang bahaya dan kesalahan dalam cara penyimpanan tong gas.\nPengurus Jualan Kawasan Wilayah LPG Petronas Khalil Fairy Baharim berkata, sifat asas gas LPG iaitu butane dan propane, tidak berbau, tidak berwarna serta lebih berat daripada udara dan ringan berbanding air.\nTambahnya lagi, sejenis bahan kimia khas yang bertindak balas secara positif dengan komponen LPG dimasukkan menyebabkan apabila berlaku kebocoran gas, ia mengeluarkan bau busuk agar senang dikesan jika berlaku kebocoran.\n\n\u201cDi rumah, kebanyakannya menggunakan hos gas plastik lut sinar yang mudah didapati namun ia tidak disyorkan kerana hos jenis itu akan mengeras dan patah jika digunakan agak lama.\n\u201cMalah ia akan mengembang dan longgar jika terdedah kepada keadaan panas, selain mudah terbakar bukan untuk diguna pakai bagi memasak menggunakan gas LPG.\n\u201cSebaliknya disyorkan menggunakan hos getah yang mempunyai ketahanan tinggi yang biasanya diperbuat daripada getah lebih tebal dan berwarna hitam. Pastikan ia mempunyai tanda pengesahan SIRIM,\u201d katanya lagi.\nBerikut adalah panduan keselamatan lain di dapur yang disyorkan Petronas\n\nPastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.\nJangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.\nBau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.\nGuna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.\nNyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.\nSentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.\nTutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.\n\n\nApa yang perlu dan tidak perlu dilakukan:\n\nPastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.\nBuka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.\nJangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.\nJauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.\nJangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.\nJika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.\nPastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.\nSebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.\n\nCara Mengesan Kebocoran Gas\n\nJika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.\nSesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.\nDalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.\nCara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.\n\nSumber: Harian Metro\n"} {"url": "https://myresipi.com/bancuh-teh-ais-kaw/", "title": "Cara Bancuh Teh Ais Kaw Paling Sedap, Memang \u2018Repeat\u2019 Nak Buat Sendiri Lepas Ini", "body": "\nTeringat pula teh ais kaw yang sedap yang kita selalu beli dekat mamak. Manis dan wangi tehnya. Rupanya senang je cara nak buat teh ais kaw ni. Kali ni nak buat teh panas atau teh sejuk semua boleh ikut selera masing-masing.\nBuat satu periuk puas minum sekeluarga. Teh ni sebenarnya nak sedap bukan sekadar ada susu yang memaniskannya je. Mesti nak ada wangi baru sedap dan nikmat. Kena ada rasa kaw dari bau teh tu sendiri. Biasanya kalau korang perasan teh yang sedap dan kaw ialah kat kedai mamak.\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi \u20181 Bahan\u2019 Rahsia Buat Teh Tarik Berlemak Padu\nSebab tehnya tu pekat dan likat. Ada sesetengah resipi tu masak atau didihkan teh uncang dalam periuk untuk hasil yang lebih pekat.\nResipi teh ais kaw yang dikongsikan oleh Miz Juejue ni lebih menarik untuk dicuba sebab ada satu bahan yang beliau guna untuk mewangikan lagi aroma teh.\nJom kita tengok.\n\nRESIPI BANCUH TEH AIS KAW SEDAP\n\nNak buat teh kaw ni perukan 5 bahan ringkas je. Kita masak atau didihkan atas dapur. Biasanya kalau nak sedap boleh buat dengan teh uncang kaw. Kalau ada teh uncang biasa je, letaklah uncangnya lebih sikit. Lagi banyak barulah kaw rasanya.\nBahan-bahan yang diperlukan:\n\n500 ml air\n4-5 uncang teh Lipton (lagi banyak lagi kaw)\nSusu pekat (ikut masing-masing nak manis tahap mana)\n\u00bd tin susu cair (untuk rasa lemak. Kalau anda nak rasa lemak lagi boleh masukkan lebih)\n1 sudu kecil esen vanilla \u2013 wangikan teh\n\nCara buat:\n1. Rebus 3 cawan air dalam periuk smpai mendidih,\n2. Letak 4 hingga 5 uncang teh, biar mengelegak seminit dua, lepas tu tutup api, tapis teh.\n3. Masukkan susu pekat agak-agak nak manis mana. Kemudian, masukkan susu cair dan esen vanilla nak lemak-lemak lebihkan lagi.\n4. Tambahkan secubit garam untuk lemakkan lagi teh ais.\n5. Biarkan mendidih untuk naikkan lagi aroma. Dah cukup kepekatan, boleh padamkan api.\n6. Boleh dah letak ais. Dah siap!\n\nTapi ingat, cara nak buat teh ais kaw ni kena pastikan kuantiti teh uncang tu lebih dan mencukupi. Jangan tak berpadanan dengan air. Nanti tak cukup kaw pula. \nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/bancuhan-tepung-idli-tosai/", "title": "Bancuhan Tepung Idli Dan Tosai Guna 4 Bahan, Dengan Resipi Chutney Sekali", "body": "\nJom buat sendiri bancuhan tepung untuk buat idli dan tosai. Memang sedap dimakan bersama kuah kari, chutney atau kacang dhal.\nKalau anda suka makan idli dan tosei, dan nak cuba buat sendiri kan. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Visalakshi Suparamaiam ini. Serius senang je walaupun kita tak ada acuan idli.\nBaca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis\nSesekali nak rasa air tangan sendiri ini bolehlah cuba. Boleh simpan dahulu dan jadikan bahan rujukan jika nak buat nanti.\nJom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI BANCUHAN TEPUNG UNTUK IDLI DAN TOSAI\n\n\nBahan bancuhan:\n\n1 cawan beras \u2013 beras biasa\n1/2 cawan kacang ulunthu\n1 sudu makan halba \n1/2 genggam nasi\u00a0\n\nCara membuat:\n1. Rendam campuran ni dengan air biasa selama kurang-kurang 6 jam. Selepas direndam 6 jam, blend campuran ini.\u00a0\n2. Kemudiannya, masukkan bancuhan dah blend dalam satu periuk yang besar. Pastikan\u00a0 bancuhan itu isinya separuh periuk sebab bila batter ini \u201cferment\u201d , ia akan kembang dan melimpah ke atas.\n3. Bancuhan ini pun ada mood juga. Bila cuaca sejuk sangat, batter ferment lambat. Tapi cuaca Malaysia sejuk nyaman. So, kebanyakan masa akan menjadi.\u00a0\n4. Sebelum guna untuk buat tosei atau idli, campur sedikit garam. Batter untuk tosei kena cair sikit berbanding batter untuk idli.\nCara Buat Chutney Kelapa:\n1. Sangai dulu kelapa parut dengan api kecil hingga naik harum. \n2. Kemudiannya dalam kuali, tumis cili hijau dan bawang merah dan sedikit halia. Masukkan kelapa yang dah disangai . Kacau rata dan tutup api. Bagi campuran ini sejuk sikit dan kemudiannya kisar halus.\n3. Ambil kuali, tumis sedikit biji sawi, daun kari dan cili kering. Guna api kecil agar daun kari dan cili kering tak jadi hangit. Bila dah naik harum, masukkan campuran yang dah kisar dan kacau hingga sebati. Tambah garam secukup rasa. Siap.\nCara buat Chutney Tomato:\n1. Tumis bawang merah, cili kering atau cili merah, bawang putih dan tomato. \n2. Bila tomato dah jadi lembut, tutup api. Bagi sejuk sikit, blend campuran ni. \n3. Ambil kuali, tumis biji sawi dan daun kari. Bila naik harum, masukkan bahan yangg dah blend tu. \n4. Tambah garam secukup rasa. Siap. \n5. Masa tumis tomato, boleh juga masukkan sedikit daun ketumbar. Sedap rasa dan wangi.\n\nSelamat mencuba resipi ini\nBaca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bandingkan-harga-udang-thailand-langkawi/", "title": "Netizen Bandingkan Harga Udang Thailand Dengan Langkawi, Ramai Sokong Lagi Murah!", "body": "\nHarga udang dekat Thailand lagi murah dari Langkawi? Biar betul?\nBaru-baru ini satu kenyataan dari pakar ekonomi yang mengatakan keadaan mata wang Malaysia boleh jadi tidak sihat jika rakyat terus memilih untuk melancong ke negara jiran berbanding di lokasi tempatan.\nDisebabkan kenyataan itu, ramai yang mendedahkan kenapa mereka memilih untuk ke luar negara dari di dalam Malaysia.\nBaca juga: Laksa Sarawak Kalahkan Sushi Dalam Ranking Makanan Tradisional di Asia\nKebanyakannya mengatakan kos menjadi punca utama mengapa mereka lebih memilih untuk ke luar negara seperti Thailand. Malah baru-baru ini satu rakaman dengan paparan yang bezakan harga udang Thailand dan Langkawi telah mencuri perhatian ramai.\nDalam video berkenaan dipaparkan harga udang yang dijual di dalam pinggan di pasar. Harganya dikatakan sangat murah jika nak dibandingkan di pulau peranginan tempatan berkenaan.\nSekali tengok memang boleh terliur! Saiznya juga boleh tahan. Berikut adalah perkongsian rakaman individu bezakan harga udang Thailand dan Langkawi ini.\nVideo Penuh:\n\n\n @ezs2929\nlangkawi xde lam list stakat ni\ud83d\ude05\n \u266c Bum Bum Tam Tam \u2013 TikTok Remix \u2013 Eduardo Luzqui\u00f1os \n\n \nSelain dari itu, satu lagi perkongsian rakaman dengan paparan longgokan udang galah sepit biru yang turut membuat perbezaan harga telah menjadi perhatian ramai.\nDalam rakaman itu, individu berkenaan memberitahu udang galah sepit biru tersebut baru RM12. Tapi jika dibandingkan dengan yang di Langkawi memang lain sangat harganya!\n\n\n @nat.zura\nMoh le kita ke Hatyai lagi \ud83e\udd23\ud83e\udd23 #hatyai #hatyaifood #klfoodie \n \u266c original sound \u2013 KRAKEN \u2013 KRAKEN \n\n \nPerkongsian mengenai perbezaan harga tersebut telah membuatkan ramai yang bersetuju. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video berkenaan.\n\n\n\n\n\n\nApa komen korang? \n"} {"url": "https://myresipi.com/banduan-ini-buka-tiktok-masakan-dari-penjara/", "title": "Bosan Makanan Tak Sedap, Banduan Ini Buka TikTok Masakan Dari Penjara", "body": "\nSeorang banduan yang disabitkan kesalahan membunuh dari California telah memulakan \u2018karier\u2019 baru dari dalam penjara.\nWalaupun terasing daripada dunia luar, namun dia tetap membukan channel memasak menerusi TikTok.\nDan dia melakukannya ketika menjalani hukuman di penjara. Ia telah membuatkan netizen terkejut. Ada dua perkara yang membuatkan mereka terkejut.\nPertamanya, seorang banduan membuka akaun TikTok dari dalam penjara yang ketat kawalan keselamatannya.\nBaca juga: TikToker British \u2018Claim\u2019 Nasi Lemak Singapura Lagi Sedap Dari Malaysia\nDan kedua, kemahiran banduan tersebut memasak yang dianggap luar biasa.\nAntaranya, dia telah menunjukkan cara memanggang burrito dan bahkan membuat kuih muih lengkap dengan aising yang ditaburkan di atasnya.\nLelaki berusia 31 tahun bernama Jeron Comb, menjalani hukuman 70 tahun penjara kerana pembunuhan tahap pertama dan cubaan membunuh.\nDia telah berada di sebalik tirai besi sejak berusia 18 tahun. Semasa menghabiskan hidupnya di dalam penjara, Jeron belajar memasak daripada tukang masa di penjara.\nDan dia sekarang telah menggunakan TikTok untuk menunjukkan kepada dunia karya agungnya.\nMasak sebab nak makan sedap\nMenurut laporan Metro UK, banduan tersebut menggunakan periuk pecah \u2013 yang dijumpainya di dapur penjara untuk memasak dari katilnya.\n\u201cSaya memutuskan untuk memasak kerana ianya lebih baik daripada apa [makanan] yang mereka [warden] berikan saya makan.\u201d\n\u201cKami mendapat bungkusan makanan dari kantin, jadi kami boleh memesan makanan yang dibungkus. Saya buat dapur hot plate dan memasak di atasnya.\u201d\nSeterusnya, Jeron juga menjelaskan bahawa makanan yang dimasaknya bukan hanya dimakan olehnya sendiri, tetapi juga diberikan kepada rakan-rakannya lain di penjara.\n\n\n @562money\n \u266c It\u2019s Your Birthday \u2013 R. Kelly \n\n \nDia menegaskan dia akan cuba memasak menggunakan bahan terbaik yang dia ada pada ketika itu.\n\u201cSaya memiliki hobi memasak. Saya berada di penjara ini sejak 18 tahun yang lalu dan di sinilah saya belajar semua memasak,\u201d katanya.\nDari hasil video masakannya di TikTok, Jeron menjadi viral dan dikenali oleh netizen sebagai banduan yang pandai memasak.\nSebenarnya, dia sudah mempunyai banyak pengikut. Jeron juga tidak menyangka sama sekali akan menjadi ikutan ramai.\n\u201cPada mulanya saya memutuskan untuk menyiarkan video di Tiktok untuk suka suka saja, tetapi saya tidak pernah menyangka seluruh dunia akan melihat saya,\u201d kata Jeron.\nJeron berharap video memasaknya di TikTok akan membuat orang berfikir bahawa kehidupan penjara sebenarnya tidak seperti yang digambarkan di media dan di rancangan TV.\nSaya tidak mahu orang memandang rendah kepada kita hanya kerana kesalahan yang kita buat.\u201d\n\u201cDan saya mahu orang di luar melihat penjara adalah tempat yang berbeza bagi sesetengah orang gambarkan,\u201d katanya.\nRamai netizen juga komen di video memasaknya.\n\u201cAnda boleh menjadi cookies. Kemampuan kamu untuk menyesuaikan diri sangat memberi inspirasi,\u201d tulis netizen.\n\u201cTidak sabar untuk melihat apa yang akan anda masak masakan seterusnya. Sejujurnya ini menenangkan saya apabila saya bosan,\u201d tulis netizen lain.\nAda yang memuji tahap kebersihan Jeron ketika memasak dan menanggap banduan itu memang ada bakat untuk menjadi chef.\n"} {"url": "https://myresipi.com/bangga-tayang-salted-peanut/", "title": "Influencer Azfar Heri Bangga Tayang \u2018Salted Peanut\u2019 MAS, Undang Pertikaian Netizen", "body": "\nSiapa yang pernah menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS), mesti terngiang-ngiang rasa salted peanut yang diberikan ketika dalam penerbangan kan?\nIa merupakan salah satu keunikan ketika anda menggunakan perkhidmatan MAS itu.\nBaca juga: \u201cCairnya Oppa Cakap Melayu\u201d \u2013 Ramai \u2018Excited\u2019 Park Seo Jun Jadi Duta Milo\nBaru-baru ini, kecoh di media sosial seorang influencer yang terkenal iaitu Azfarheri mendapat sekampit kacang ketika menaiki pesawat MAS.\n\n\nTadi dalam flight time otw balik MY, kita nya tidur la, lepas tu bangun bangun tetiba ada kacang banyak depan mata, terkejut la kita lalu tanya la pramugari itu, rupanya dia kasi, amikkau satu bag yee. Thank you pramugari MAS yang cantik, love youuu and kacang and air jus\u2764\ufe0f\u2708\ufe0f pic.twitter.com/M0zuacQ0EG\n\u2014 Azfar Heri \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe (@Azfarheri) August 29, 2022\n\n\nWalaupun ramai yang menganggap itu rezeki influencer tersebut, tetapi masih ramai yang merasakan perkara itu seakan tidak adil, malah ada juga yang merasakan mungkin kerana Azfarheri itu seorang yang terkenal dan disebabkan itu dia mendapat layanan sedemikian.\nMenerusi perkongsian tersebut, Azfar mengatakan dirinya yang baru bangun tidur terkejut apabila mendapati pramugari dalam penerbangan terbabit memberikannya satu beg plastik berisi beberapa pek kacang.\n\nPerkongsian Azfar Heri tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut serta mempersoalkan bagaimana Azfar boleh mendapat satu plastik berisi pek kacang.\n\n\nMalah, ada juga netizen yang berkongsi bahawa pernah juga menerima pek kacang tambahan ketika penerbangan mereka bersama Malaysia Airlines tetapi tidaklah sebanyak yang diterima oleh Azfar.\nBukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan bahawa perkhidmatan Malaysia Airlines memang terbaik dan pramugara serta pramugari syarikat penerbangan tersebut sangat mesra.\n"} {"url": "https://myresipi.com/bangla-makan-nasi-lauk-bawang-cili/", "title": "Bangla Makan Nasi Lauk Bawang & Cili Raih Perhatian Netizen, Rupanya Ini Sebabnya..", "body": "\nPada zaman ekonomi yang kian mencabar kini, sesetengah orang sanggup mengikat perut dan berjimat dari pelbagai segi untuk menyimpan duit demi masa depan yang makin mencabar.\nMalaysia merupakan antara destinasi negara pilihan kebanyakan warga luar seperti Indonesia, Bangladesh, Nepal lain-lain kerana kemakmuran dan mudahnya mencari rezeki di sini.\nMakan nasi berlauk bawang dan cili, berjaya kumpul RM800, 000\nSeperti yang dilakukan oleh seorang warga Bangladesh ini apabila dia hanya memakan nasi berlauk bawang dan cili. Namun, dia kelihatan makan dengan sangat berselera.\nDia berjaya mengumpul RM800, 000 di kampung. Tindakan itu rupanya demi memberikan kesenangan buat ahli keluarganya di kampung.\nMenerusi akaun TikTok milik pokchek906,\u00a0difahamkan rata-rata mengakui duit gaji yang diterima setiap bulan, 3/4 darinya telah dihantar ke kampung untuk kegunaan ahli keluarga.\n\n\n @pokchek906\nNmpak kesian tapi duit kat kg mcm gunung #fyp #bangladesh #tiktokmalaysia #makan \n \u266c original sound \u2013 @awe \u2013 @awe \n\n \nPerkongsian itu telah membuatkan netizen berfikir betapa kerasnya hidup ini dan tabik dengan mereka yang gigih mencari rezeki kerana tidak ramai yang mampu berbuat seperti itu.\nBila ditanya sedap atau tidak, katanya sangat sedap. Asal perut kenyang saja katanya.\nMelihat ke ruangan komen, netizen turut berseloroh akan meniru lauk tersebut bagi mendapatkan simpanan sebanyak itu juga.\n\nNamun bila difikir semula, tidak logik dia berjaya mengumpul RM800, 000 kerana ia bukan hal yang mudah. Mungkin dia melakukan kerja leboh masa (OT) yang boleh mencecah pendapatan sebanyak RM7000-RM8000 sebulan.\nAda juga yang berkata, mungkin lelaki Bangla ini keliru dengan RM80, 000 dengan RM800, 000.\nSumber: TikTok pokchek906\n"} {"url": "https://myresipi.com/banoffee-pie-in-jar/", "title": "Banoffee Pie In Jar", "body": "Korang kalau ada pisang lebih dekat rumah dan bosan asyik buat cekodok je apa kata cuba buat dessert yang famous ni. Mesti sedap makan sejuk-sejuk!\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n20 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n3 orang\nHIDANGAN\n\n\nBANOFFEE PIE IN JARKorang kalau ada pisang lebih dekat rumah dan bosan asyik buat cekodok je apa kata cuba buat dessert yang famous ni. Mesti sedap makan sejuk-sejuk!\nBAHAN-BAHANBAHAN A (CRUST)\n200g biskut digestive\n\n40g gula kastor\n\n80g butter\n\n3-4 biji pisang berangan\nBAHAN B (CREAM)\n200g dairy whipping cream\n\n1/4 tsp esen vanilla\nBAHAN C (DULDE DE LECHE SAUCE)\n250g susu pekat\n\n40g butter\n\n50g gula perang\nCARA PENYEDIAAN\nMasukkan biskut digestive, butter yang dicairkan dan gula perang kedalam blender kering kemudian hancurkan sehingga sebati.\n\nUntuk cream, pukul whipping cream dan esen vanilla kedalam mixer (jangan terlalu lama pukul)\n\nUntuk Dulde De Leche Sauce, panaskan kuali kemudian cairkan butter, masukkan susu pekat dan brown sugar. Kacau sehingga cair dan warna keperang-perangan.\n\nUntuk dihidangkan, masukkan crust tadi ke dalam cawan, layerkan dengan sauce tadi kemudian pipe whipping cream dan hiaskan dengan pisang yang dipotong kecil-kecil.\n\nSedia dihidangkan lagi sedap kalau disejukkan seketika dalam peti.\nTIPSUntuk sauce jangan masak terlalu lama sebab bila sejuk sauce akan menjadi keras. Cukup sekadar cair dan warna bertukar keperangan\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/banyak-risiko-makan-telur-rosak-kenali-7-tanda-ini-yang-wajib-alert/", "title": "Banyak Risiko Makan Telur Rosak, Kenali 7 Tanda Ini Yang Wajib \u2018Alert\u2019", "body": "\nKes mengenai telur rosak kini sedang tersebar meluas di platform media sosial, apatah lagi pihak berkuasa dan pakar kesihatan juga telah menegah orang ramai agar berhati-hati tidak memakan telur yang sudah rosak.\nBanyak kesannya jika memakan telur rosak atau yang sudah tamat tempoh ini, disebabkan itulah pakar kesihatan menegah sekeras-kerasnya agar orang ramai tidak memandang remeh terhadap isu ini.\nJika tidak mengambil serius d\nKesan Makan Telur Rosak Dan Tamat Tempoh\nKesan memakan telur yang sudah rosak dan tamat tempoh akan memberi mudarat pada kesihatan diri dan keluarga, ianya perlu di pandang serius apatah lagi memakan telur rosak ini akan membuatkan diri mengalami perkara di bawah:\n\nMengalami cirit-birit\nSakit perut berpanjangan\nDeman\nMuntah dan loya\nSerta boleh menyebabkan kematian\n\nTelur yang sudah rosak biasanya tercemar dengan pelbagai jenis bakteria khususnya bakteria salmonella, yang boleh menjejaskan kesihatan dalaman.\n\nKenali Tanda-Tanda Telur Rosak\n\nMenerusi perkongsian di laman Facebok\u00a0Public Health Malaysia, terdapat tujuh tanda yang boleh orang ramai kenalpasti telur yang sudah rosak dan tamat tempoh.\n\nKulit telur berdebu, menunjukan pembentukan kulat\nKeluar bau hanyir dan busuk\nLihat di bekas telur sudah melebihi tarikh tamat tempoh\nApabila pecahkan telur, warna putih telur berubah\nKulit telur berlendir, menunjukkan terdapat kuman dan bakteria\nTelur terapung di atas air, menunjukan telur tersebut telah lama\nKulit telur menjadi retak\n\n\nKredit: Public Health Malaysia\nBaca juga: Tips Pilih Ketam Berisi & Penuh Telur, Baru Berbaloi Beli!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/barang-dapur-mahal-jom-ikuti-tips-ni-untuk-lebih-penjimatan-sempena-bulan-ramadan-ini/", "title": "Barang Dapur Mahal? Jom Ikuti Tips Ni Untuk Lebih Penjimatan Sempena Bulan Ramadan Ini!", "body": "\nMemandangkan harga barangan dapur dah semakin meningkat, sedikit sebanyak kita pun rasa terbeban juga. Tambah-tambah kalau yang dah berkeluarga dan anak ramai tu. Nak tak nak kena jugalah memasak, jimatlah sikit dari makan luar. Betul tak?\nTapi, kadang-kadang nak keluar tu rasa malas jugak kan, tambah-tambah tengah berpuasa ni. Haa..jangan risau, kenapa korang nak kena susah-susah keluar kalau korang boleh pesan je di HeroMarket melalui GrabMart. Siap ada penghantaran percuma. Bestnya!\nSebelum tu, jom kami kongsikan tips untuk beli barang dapur supaya korang tak terlebih bajet sambil berjimat dengan lebih banyak promosi di GrabMart!\n\nBuat anggaran perbelanjaan bulanan\n\nKorang mesti ada bajet setiap bulan untuk membeli barang dapur dan keperluan harian kan? Mungkin setiap bulan anggarannya tak sama tapi anggaran ni penting supaya korang tak terlebih bajet.\nContohnya, kalau bukan bulan puasa, bajet korang mungkin lebih sedikit kerana korang perlu memasak 2 hingga 3 juadah setiap hari untuk keluarga.\nTapi di bulan Ramadan, mungkin anggaran perbelanjaan dapur akan berkurangan sedikit kerana korang hanya perlu masak untuk waktu berbuka dan kebiasaannya panaskan sahaja juadah berbuka untuk sahur.\nPastikan buat list siap-siap!\n\nHaa..yang ni penting! Min kalau pergi beli barang dapur, memang kena ada list siap-siap. Selain nak mengelakkan kita ulang alik ke kedai sebab tertinggal barang yang nak dibeli, ia juga penting untuk memastikan kita tak ambil barangan yang tak perlu.\nYelah, bila dah sampai groceries store tu, mulalah rambang mata nak beli macam-macam. Jadi, pastikan korang stick kepada list yang korang dah buat tu untuk elakkan terlebih bajet ya!\nBeli apa yang perlu sahaja\n\nKita ni kadang-kadang dah berjanji dengan diri sendiri, bila pergi beli barang dapur, tak akan ambil barang yang tak perlu. Yelah, tiba-tiba teringin coklat, biskut, aiskrim, buah lah.\nLepastu dengan macam-macam promo dan diskaun yang ada confirm akan terpengaruh! Lepastu pejam mata beli dan bila balik rumah barulah menyesal sebab dah terlebih bajet untuk bulan ni.\nJadi, untuk mengelakkan perkara ni dari terjadi, korang kena tahan diri dan pilih 1 atau 2 barang sahaja yang korang perlu tambah.\nBeli barang dapur secara online\n\nZaman teknologi sekarang ni, scroll phone je terus dah boleh beli barang dapur. Tak payah susah-susah\u00a0nak drive, lepastu cari parking, nak beratur lagi. Tambah-tambah dalam puasa ni, penatnya jangan cakaplah!\nBukan je korang dapat jimat masa dan tenaga, malah dapat jimat duit juga sebab selalunya bila beli barang dapur secara online ni, ada banyak promosi dan diskaun yang ditawarkan. Yang lagi best tu, siap ada penghantaran percuma. Tahu-tahu barang sampai depan pintu rumah je!\nNak lagi jimat, pesanlah di HeroMarket dengan GrabMart!\nKalau korang nak tahu, apa yang best bila korang berbelanja di HeroMarket melalui GrabMart ni adalah adalah banyak sangat diskaun menarik dan promosi hebat yang ditawarkan seperti di bawah ni:\nDiskaun sehingga 30% bagi produk terpilih\n\nDi HeroMarket, terdapat lebih dari 15 kategori barangan yang korang boleh pesan termasuklah, barangan segar, snek, minuman, makanan sejuk beku, barangan keperluan rumah, produk penjagaan diri dan banyak lagi!\nMenariknya, korang boleh dapatkan barangan terpilih ni dengan diskaun yang hebat!\nKalau korang nak tengok barangan apa yang tengah promosi, korang boleh klik pada kategori \u201cDiscounted items\u201d dan dapatkan barangan yang korang ingin pesan dengan potongan harga menarik seperti di bawah ni..\n\u00a0\n\nMemandangkan barangan dapur sekarang ni semuanya dah naik harga, sekali shopping tu tak sah kalau tak cecah RM100 atau RM200. Tapi, dengan diskaun dari GrabMart ni, korang dah dapat jimat lebih dari RM10 tau, siap dapat penghantaran percuma. Best kan?\nHaa..korang tengoklah kat bawah ni, berapa banyak yang min dapat jimat. Berbaloi betul!\u00a0\n\nDiskaun untuk pembelian pukal\n\nBila anak ramai ni, mana boleh beli barang sikit-sikit. Mesti kena beli banyak untuk buat stok bulanan. Haa..melalui GrabMart ni, korang dah tak payah runsing, sebab ada potongan harga bagi barangan terpilih untuk pembelian pukal.\nContohnya, beli 2 aiskrim Magnolia dan dapat diskaun sehingga 20%. Jumlah asal yang korang kena bayar adalah RM22.60 tetapi dengan diskaun yang ditawarkan, korang hanya perlu bayar RM18.08 je. Kan jimat tu!\nPenghantaran percuma dengan GrabUnlimited\nBukan saja diskaun dan promosi, malah GrabMart juga turut menyediakan penghantaran percuma GrabUnlimited!\nTapi, untuk mengaktifkannya, korang perlu mendaftar sebagai pengguna GrabUnlimited dulu dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ni:\n\nYang bestnya, korang juga boleh cuba dulu guna GrabUnlimited ni sebab untuk pengguna baru, korang akan dapat 2 bulan langganan percubaan secara PERCUMA.\nLepas tu, kalau korang rasa GrabUnlimited ni memang best dan nak sambung langganan, korang boleh memperbaharui langganan dengan hanya RM4.90 sebulan.\nJadi, apa lagi yang korang tunggu? Nak nikmati penjimatan yang berganda setiap hari? Pesanlah di HeroMarket melalui GrabMart hari ini juga!\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/barang-makin-mahal-5-perkara-perlu-lakukan-untung-kelangsungan-hidup/", "title": "Barang Makin Mahal, Ini 5 Perkara Rakyat Malaysia Perlu Lakukan Untung Kelangsungan Hidup", "body": "\nHari ini rakyat berdepan inflasi yang berpunca daripada kenaikan harga barang sehingga mengurangkan kuasa membeli.\nKesan penurunan kuasa membeli ini akan mengecilkan nilai ringgit sehingga gaji yang diterima tidak cukup untuk menampung keperluan harian.\nKos perbelanjaan satu isi rumah atau satu keluarga yang kebiasaannya pada kadar RM300 sehingga RM500 di pasaraya dahulu kini telah meningkat kepada sekitar RM450 sehingga RM700.\nKadar inflasi negara mencatat 3.2 peratus pada bulan Disember 2021, disebabkan terutamanya oleh peningkatan indeks harga bagi komponen pengangkutan yang mencatat 9.5 peratus dan komponen makanan dan minuman bukan alkohol yang mencatat 3.2 peratus. Bagi tahun 2021, kadar inflasi tahunan ialah 2.5 peratus berbanding -1.2 peratus pada tahun 2020.\nApa Yang Boleh Kita Lakukan Untung Kelangsungan Hidup?\u00a0\n1. Jangan Berhenti Kerja\nJumlah mereka yang tidak bekerja semakin bertambah akibat banyak syarikat memberhentikan pekerja berikutan tidak mampu menampung kos gaji.\nJika anda masih lagi bekerja, bersyukurlah kerana ramai yang telah menganggur di luar sana sejak PKP tahun 2020 lagi. Gunakan peluang ini untuk menjaga asas ekonomi keluarga dan kebajikan.\n\n2. Beli Barang Masa SALE\nBeli barang yang diperlukan saja dan jika anda bijak, belilah ketika ada jualan murah atau sale.\nContohnya seperti susu bayi, pampers, makanan sejuk beku, peralatan dapur juga diberikan diskaun besar-besaran. Daripada kita shopping ikut nafsu tak tentu hala, lebih baik manfaatkan ia kepada barangan keperluan harian kita!\n\n3. Bawa Bekal ke Pejabat\nSarapan pagi je dah mencecah RM5 hingga RM7! Belum kira makan tengahari boleh cecah RM10 ke atas.\nAnda boleh berjimat dengan membawa bekal ke tempat kerja.\n\n4. Tambah kemahiran jana pendapatan\nWalaupun ada kerja tetap sekiranya ada masa terluang dan tidak menganggu pekerjaan anda, asah kemahiran yang boleh menjana pendapatan.\nContohnya mengambil upah menulis, memasak, membuat roti atau biskut untuk dijual secara atas talian.\n5. Berniaga Part-Time\nBerniaga secara part-time juga salah satu alternatif terbaik untuk menambah pendapatan ketika kita sedang tertekan dengan keadaan kos sara hidup kini.\nBerniaga secara sambilan ini anda boleh fokus kepada menjadi agen dropship, agen kosmetik dan sebagainya.\n\n\n\nTerdapat pelbagai inisiatif kerajaan yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia sejak pandemik ini berlaku. Antara\u00a0 yang diberikan seperti bantuan pemberian tunai seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Geran Khas Prihatin (GKP), pengeluaran i-Citra &\u00a0 i-Lestari di KWSP dan moratorium pinjaman bank selama satu tahun.\nMelalui inisiatif ini ia turut sama membantu dan mampu menambahkan jumlah simpanan kita daripada tiga ke empat angka kepada lima angka. Kalau tak simpan, maka tiada 1 angka sekali pun lah.\nPastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda. Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.\nSumber: Niaga Kini\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/barangan-dapur-yang-wajib-ada-kalau-nak-kurus/", "title": "Barangan Dapur Yang Wajib Ada Kalau Nak Kurus", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-10-01 05:30:03\n\n\nKadang-kadang kita cuba untuk diet. Betul-betul kawal diri sewaktu nak makan dan mendisiplinkan diri untuk bersenam. Walaupun begitu, still ramai yang kecewa dengan hasil usaha mereka. Korang mesti tertanya-tanya, \"apa yang aku buat salah?\". Mungkin ia terletak pada jenis makanan yang korang ambil. Ini antara langkah dan barangan dapur yang diperlukan\u00a0kalau nak kurus dengan cepat.\n1. Utamakan \"Real Food\"\nPhoto Credit: sarahharringtonre.com\nMasa shopping tu, elakkan pilih makanan dalam tin. Memang betul makanan tin lagi murah tapi kalau korang punya aim nak turunkan berat, seelok-eloknya pilih makanan segar. Makanan jenis \"real food\" kalau makan dalam kuantiti yang betul, membuahkan hasil yang cukup memuaskan.\n2. Baca \"Nutrition Facts\"\nPhoto Credit: gomacro.com\nSemak semua info yang diberi kat bahagian ni. Memang banyak nak baca tapi ini untuk pastikan apa yang korang beli sesuai dengan diet. Bandingkan dulu lemak, gula dan sodium dengan produk lain. Kemudian pilihlah yang paling sesuai dengan korang.\n3. Minyak Zaitun\nPhoto Credit: oliviaevoo.com\nMinyak zaitan ni semua serba boleh. Nak jadi dressing, untuk goreng atau untuk cicah pun okay. Tapi kalau nak goreng tu, ada tahap dia lah yang dia boleh panas. Kalau terlebih pulak, akan merosot kualiti dan khasiat dia. So waktu nak panaskan dan goreng, kena alert!\n4. Garam\nPhoto Credit: gourmetfoodstore.com\nSebaiknya guna garam bukit daripada garam biasa. Garam bukit mengandungi lebih banyak mineral. Tapi jangan letak banyak pula. Garam tu stlll masin. So guna dalam secubit je. Hanya untuk menambah rasa.\n5. Dressing Salad\nPhoto Credit: barefeetinthekitchen.com\nRamai yang tak suka salad mungkin sebab rasa dia agar \"hambar\" atau tawar. So dressing ni sangat lah penting dalam menambah perisa kepada salad korang. Ia akan menggalakkan korang untuk makan lebih. Tapi tak boleh tamak lah penggunaan tu. Letak dalam satu sudu sahaja untuk satu hidangan.\nHarap-harap korang dapat manfaat daripada list ni. Ingat, nak dapat body goals tu bukan senang. So usaha tu sangatlah penting. Bak kata orang, \"beauty is pain\".\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/barli-boleh-gantikan-nasi-jom-tengok-apa-manfaat-yang-ada-pada-barli/", "title": "Barli Boleh Gantikan Nasi? Jom Tengok Apa Manfaat Yang Ada Pada Barli", "body": "\nBarli boleh menggantikan nasi. Betul ke? Rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu pastinya akan menjadikan nasi sebagai makanan ruji mereka. Kadang-kadang ada yang makan nasi sebagai menu pertama dalam hariannya sebagai sarapan pagi.\n\nDalam ceramah yang disampaikan oleh Dr Zubaidi Haji Ahmad, beliau telah mencadangkan kepada pesakit metabolik sebagai contoh pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi supaya menukarkan nasi dari beras putih ke beras perang atau beras rebus. Hal ini kerana, nilai GI beras putih terlalu tinggi berbanding dengan beras yang dinyatakan tadi.\nJadi anda boleh menggantikan nasi beras putih tersebut kepada beras rebus iaitu barli. Untuk dijadikan contoh, anda boleh campurkan barli yang direbus dengan kurma, kismis, buah tin dan madu sebagai menu sarapan pagi.\n\nManfaat Barli Yang Perlu Kita Ketahui:\n\nMerawat kencing kotor:\n\nAir barli bersifat alkali dan anti-keradangan yang dapat membantu masalah penyakit ginjal kerana ia dapat menurunkan tahap asid urik dan kreatinine.\nMinum 2-3 gelas air barli sehari sehingga masalah tersebut berkurangan dan kemudiannya sembuh.\n\nMembantu menurunkan berat badan:\n\nBarli dapat membuatkan kita kenyang kerana ia kaya dengan serat. Ia juga baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma.\n\nMerendahkan tahap kolestrol:\n\nSerat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.\n\nMenjadikan jantung lebih sihat:\n\nApabila kita menggantikan beras putih kepada barli ia dapat merendahkan tahap kolestrol dalam darah, mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidaan yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah.\n\nMembantu sistem penghadaman:\n\nBarli bagus untuk pesakit gastrik kerana ia mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik.\n\nMengawal tahap gula pada diabetes:\n\nDua faktor yang terdapat dalam barli adalah kandungan fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang melambatkan penyerapan gula dari makanan.\n\nKulit yang lebih sihat dan cerah:\n\nAir barli dapat menggalakkan perkumuhan dan mengeluarkan toksin dari badan. Ini menjadikan kulit yang lebih sihat dan cerah.\n\nMenyejukkan tubuh:\n\nCampurkan sedikit perahan limau dalam air barli dan gantikan minuman air berkabonat anda dengan air barli ini.\n\nMembekalkan nutrisi penting kepada ibu hamil:\n\nIa membantu mempercepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan masalah diabetes semasa hamil.\n\nMenguatkan sistem imuniti badan:\n\nBarli juga mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin B,\u00a0 zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium. Barli juga mengandungi zat besi yang bagus untuk mencegah daripada anemia dan keletihan\n\n\nBanyak bukan manfaat barli ni. Jadi lepas ni kita boleh gantikan beras putih dengan barli sebagai makanan harian kita. Semoga bermanfaat.\nKredit: Siti Haziana\nBaca juga:\nPeniaga Ini Ajar Step By Step Cara Potong Ayam, Barulah Jadi Menantu Pilihan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/basuh-sayur-dan-buah/", "title": "Cara Betul Basuh Sayur Dan Buah, Guna 3 Bahan Ini Untuk Hilangkan Sisa Kotoran", "body": "\nBila basuh sayur dan buah ini, mesti tak berapa yakin dah betul-betul bersih atau tak. Nak pula ada banyak bahan kimia seperti racun serangga yang masih lagi melekat dekat sayur dan buah.\nMemang jenuh nak membersihkannya.\nBaca juga: 7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru \u2018Balance\u2019 Diet Harian!\nTak perlu dah nak risau, ada cara nak basuh sayur dan buah dengan betul yang telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Mazliana Mazlan menerusi laman Facebook. Perkongsian beliau telah meraih sehingga 958 shares tau.\nAda masalah kesihatan datang dari bahan kimia berbahaya, yang ada pada sisa racun serangga dari buah dan sayur.\n Jom tengok macam mana kita nak kurangkan semua ini dalam sayur dan buah yang kita nak makan setiap hari.\u00a0\n\nCARA BASUH SAYUR DAN BUAH DENGAN BETUL\n\n Bahan untuk basuh:\u00a0\n\nGaram.\nCuka.\nSoda bikarbonat.\n\nCara-caranya:\u00a0\n1. Campur salah satu, dengan larutan air. Kemudian rendam sekejap sayur dan buah. Biar dalam 12 minit macam tu, kemudian bilas.\n2. Bila sayur dan buah dilalukan dengan air, 9 daripada 12 jenis sisa racun serangga yang ada boleh tersingkir. Kajian lain ada yang kata, kalau kita rendam sayur dan buah dalam air soda bikarbonat selama 2 minit, ia dapat singkirkan lebih banyak sisa racun serangga berbanding hanya dengan lalukan air pada buah dan sayur dalam jangka masa yang sama.\n3. Rendam 12 \u2013 15 minit, dapat singkirkan terus semua sisa yang ada pada sayur dan buah. Ada kajian lain pada 196 sampel kubis, strawberi dan tomato. \n4. Kalau gosok permukaan buah dan sayur macam ni, akan dapat singkirkan keseluruhan sisa radun serangga yang ada, berbanding hanya lalukan air.\nCARI SAYUR & BUAH ORGANIK\n\nSayur dan buah organik, bukan saja bermaksud ia tak gunakan racun serangga. Tapi banyak yang diambil kira, bermula dengan biji benih non GMO, kawasan tanah yang tak dicemari, baja organik yang tak ada bahan kimia berbahaya dan banyak lagi kriteria yang perlu disahkan oleh badan berkuasa seperti United State Department of Agriculture (USDA).\nBoleh buat, yang mana sesuai dengan keadaan keluarga korang. Tak semestinya kena cari yang organik. Tapi kalau sayur yang bukan organik, pastikan betul-betul kita bersihkan sayur tu, dengan salah satu dari tiga bahan yang saya kongsi.\nKalau yang organik sekalipun, ada baiknya cuci bersih jugak. Kita bukan je nak anak makan sayur dan buah yang sihat, tapi kita nak kurangkan jugak pendedahan pada saki baki racun serangga yang ada.\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun\n"} {"url": "https://myresipi.com/batuk-dan-sakit-tekak/", "title": "Doktor Ini Kongsikan 9 Petua Hilangkan Batuk Dan Sakit Tekak", "body": "\nKeadaan cuaca dan suhu yang tidak menentu di Malaysia menjadi salah satu punca batuk dan sakit tekak bagi kalangan rakyat Malaysia.\nSecara ringkasnya, gejala batuk merupakan tindakbalas semula jadi bagi menyingkirkan bendasing dan kuman yang mampu menjadi punca radang paru-paru (pneumonia) selain jangkitan kuman pada saluran pernafasan.\nArtikel berkaitan: Sukar \u2018Membuang\u2019? Ini Petua Atasi Sembelit Secara Semula Jadi Tanpa Guna Ubat\nManakala gejala sakit tekak yang merangkumi perasaan kesakitan, kekeringan ataupun kegatalan pada tekak pula biasanya berlaku akibat jangkitan, alahan, lebih teruk teruk lagi akibat barah.\nNamun tahukah anda, terdapat 9 petua hanya dengan menggunakan sumber alam yang bagus untuk menghilangkan gejala tersebut.\nDi bawah ini Dr Suri Rowi kongsikan semua tips tersebut:\n1. Minum air serbuk halia\nApabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. Shogaol adalah dua kali lebih pedas berbanding gingerol. Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.\n2. Makan nanas\nNanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini dapat membantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.\n3. Minum madu asli\nMadu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.\n4. Makan yogurt\nLactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak terkandung dalam yoghurt.\n5. Minum air limau nipis bersama madu\nLimau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus.\nCaranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.\n6. Hidu bawang merah\nKaedah ini merupakan antara yang termudah untuk dilakukan kerana bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.\n7. Minum air kunyit\nKunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.\n8. Minum air kayu manis\nSelain bawang merah, kayu manis juga merupakan salah satu herba yang senang didapati di dabur rumah. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah kencing manis.\n9. Kumur dengan air garam\nGaram mampu membunuh segala bakteria yang berada di tekak yang menjadi punca kepada batuk dan sakit tekak. Caranya adalah dengan larutkan sesudu dua garam dalam secawan air suam dan kumur.\n"} {"url": "https://myresipi.com/batuk-selsema-jom-amal-minum-peraman-madu-lemon/", "title": "Batuk & Selsema? Jom Amal Minum Peraman Madu & Lemon Ini, Guna 2 Bahan Saja", "body": "\nBila musim selsema dan batuk tiba, badan akan rasa tidak selesa dan ada saja yang tidak kena. Untuk melegakannya, apa kata jom amalkan minuman peraman madu dan lemon.\nTidak salah jika kita ikhtiar cara tradisional untuk melegakan selsema dan batuk menggunakan bahan semula jadi. Jom baca cara-cara membuatkan air peraman madu dan lemon di bawah.\nRESIPI PERAMAN MADU & LEMON\nBahan-bahan:\n\nLemon\nMadu\n\n\nCara cuci lemon:\n1. Cuci dulu lemon untuk bersihkan dan buangkan kotoran serta wax.\n2. Rendam sekejap dengan garam dan cuci.\n\n3. Potong hujung dan gosok seluruh lemon untuk pastikan lemon benar-benar bersih untuk kita buat peraman lemon.\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Hiris nipis lemon dan buangkan bijinya.\n\n2. Ambil bekas kaca, pada lapisan pertama, letakkan madu.\n\n3. Kemudian susun hirisan lemon dan tekan sedikit untuk keluarkan jus.\n\n4. Selang seli madu dan lemon, ulang langkah sehingga bahan habis.\n\n5. Siap! Peram 2 hari dalam peti sejuk dan sedia untuk digunakan.\n\nAmbil sedikit peraman yang kita buat, masukkan ke dalam air suam dan kacau rata. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nur Aida Md Zainuddin\nBaca juga: Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai Untuk Kempiskan Perut & Ringankan Badan\n"} {"url": "https://myresipi.com/bawa-bahan-masakan-rindu-lauk-isteri/", "title": "Pakcik Ini Sanggup Bawa Bahan Masakan Dekat Anak Sebab Rindu Lauk Isteri", "body": "\nBaru-baru ini tular satu video di mana seorang bapa membuat permintaan kepada anaknya untuk memasak kerana rindu pada lauk arwah isterinya.\nBila kita kehilangan seseorang insan, pastinya banyak memberi kesan dalam kehidupan seharian.\nBerikutan video yang tular itu, wanita itu memberitahu bapanya datang ke rumah untuk menziarahinya.\nBaca juga: Cara Buat Sambal Udang Dengan Petai\nApa yang mengejut dan membuatkan dia rasa sebak apabila bapanya juga datang sambil membawa bahan masakan dan meminta tolong untuk memasak lauk seperti arwah ibunya.\nOleh kerana dia rindukan masakan dari arwah isterinya, lelaki itu meminta anaknya untuk memasak hidangan udang sambal petai menggunakan bahan-bahan yang dibawa.\nKedatangan bapanya itu turut membuatkan wanita itu berasa sebak dan terharu melihat kesungguhannya datang kerana rindukan masakan tersebut.\nVideo Penuh:\n\n\n @stapagonjeng\n \u266c Ayah \u2013 Aeman \n\n \nSelepas wanita itu selesai memasak, kelihatan bapanya yang menikmati masakan tersebut sebelum wanita itu turut membungkus lebihan lauk untuk dibawa pulang.\nPerkongsian dari wanita ini turut membuatkan rata-rata netizen berasa sebak melihat keadaan bapanya itu.\nTidak kurang juga yang berasa simpati melihat keadaan bapa wanita itu yang kini menjalani kehidupan tanpa isteri tercinta. Pastinya bukan mudah untuk membiasakan diri hidup tanpa kehadiran insan tersayang yang selama ini ada menemaninya ke mana-mana sahaja.\nMeninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama dapat merasai kesedihan yang dirasai oleh lelaki itu yang merindui masakan isteri tercinta.\n\n\n\n\n\nDalam masa yang sama, netizen turut mendoakan kesihatan yang terbaik untuk warga emas itu dan berharap dia akan kekal kuat menghadapi dugaan tersebut.\n\nHargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. Mereka juga hanya manusia biasa.\n"} {"url": "https://myresipi.com/bawa-mcdonalds-kena-denda-rm8000/", "title": "Bahana Bawa McDonalds Ke Australia, Pelancong Ini Kena Denda RM8,000", "body": "\nBayangkan kau bawa bungkus Mcdonalds sebab mungkin nanti nak alas perut tapi tak pasal-pasal kena denda atas alasan tak declare? Seram gais.\nSelalunya kalau kita nak melancong ke sesebuah negara, sudah pasti akan ada banyak barangan larangan yang tidak boleh dibawa masuk macam makanan, barangan berunsurkan cecair dan sebagainya.\nSekiranya gagal mengikut peraturan yang ditetapkan, kita pasti dikenakan tindakan yang serius seperti dilarang masuk ke dalam negara atau mungkin akan dipenjara!\nSituasi ini boleh dikatakan sama oleh seorang pelancong yang cuba membawa masuk \u2018sesuatu\u2019 semasa penerbangannya ke Australia.\nBaca juga: Dilarang Jual Air Zamzam, Penjara Kurang 2 Tahun Atau Denda RM10,000\nKena Denda RM8,000 Sebab Bawa McDonalds!\nPada akhir julai yang lalu menurut Mashable, seorang pelancong yang berasal dari Indonesia telah didenda sebanyak AU$2,664 (RM8,000) hanya kerana membawa masuk hidangan McDonald\u2019s yang telah dibawanya dari Bali tanpa membuat declaration barang.\nPihak imigresen menemui beberapa hidangan McDonald\u2019s yang antaranya adalah McMuffins dan Ham Croissant di dalam bagasi pelancong tersebut.\n\nAustralia Nak Cegah Wabak Penyakit, Tak Ada Budi Bicara\nDenda yang boleh dikatakan sangat tinggi itu memang sewajarnya dikenakan tanpa rayuan dan budi bicara kerana Australia mengamalkan \u2018sifar toleransi\u2019 kepada mana-mana pelancong yang melanggar peraturan keperluan penerbangan.\nHal ini kerana Australia mengambil serius terhadap usaha mereka untuk mencegah penularan wabak penyakit seperti food-and-mouth-disease daripada menular ke wilayah kanggaru tersebut.\n\nTambahan pula pelancong tersebut baru pulang dari Bali yang dimana baru-baru ini penyakit tersebut sedang rancak menular di kepulauan itu.\nAntara inisiatif yang dilakukan oleh Australia untuk mencegah penyakit tersebut adalah seperti menyediakan stesen sanitasi di kawasan awam, anjing pengesan di lapangan terbang dan mengemaskini sistem keselamatan bio di lapangan terbang.\nHidangan Mekdi Paling \u2018Mahal\u2019 Gais Setakat Ni\n\nMenurut Murray Watt, Menteri Agrikultur Australia, perkara tersebut pada awalnya telah dikesan oleh anjing pengesan di pusat kawalan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Darwin, Australia.\nBeliau juga membuat kenyataan sinis bahawa hidangan McDonald\u2019s itu adalah paling \u2018mahal\u2019 setakat ini yang pernah dibayar oleh pelancong.\n\u201cJumlah denda itu boleh dikatakan dua kali ganda dari harga tiket penerbangan dari Bali, tetapi saya tidak bersimpati atas pelancong ataupun penduduk setempat yang melanggar undang-undang di Australia.\u201d\nDi akhir cerita, pelancong tersebut itu telah dikenakan denda atas kesalahan gagal membuat deklarasi terhadap barangan yang dibawa lebih-lebih lagi barangan tersebut adalah barangan risiko tinggi.\n\nKesian juga dengan pelancong tu, tak pasal-pasal kena bayar denda sebanyak itu. Korang kalau nak melancong ke mana-mana, pastikan korang fahami dulu peraturan-peraturan di sesebuah negara sebelum korang travel!\n\nSumber: Mashable\n"} {"url": "https://myresipi.com/bawal-emas-masak-sos/", "title": "Bawal Emas Masak Sos SUPER Sedap, Rugi Sangat Tak Cuba!", "body": "\nBawal Emas Masak Sos SUPER Sedap, Rugi Sangat Tak Cuba!\u00a0\nResipi ini sangat mudah dibuat. Senang kata, masak ikan bawal masak sos ini boleh campak-campak je dah siap. Sesuai dijadikan lauk makan malam dan makan tengahari anda sekeluarga. Sehingga menjilat jari dibuatnya!\nIkan bawal perlu dilumur dengan tepung jagung, garam dan serbuk kunyit sebelum digoreng. Tekstur ikan selepas digoreng sangat garing. Siap menggoreng barulah mula menumis kuahnya.\nBaca juga: Gulai Betik Muda Dengan Ikan Kering, Lauk Tradisi Orang \u2018Nismilan\u2019\nHidangan resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ina Nisa. Anda boleh ikuti resipi perkongsian beliau kalau dah tiada idea nak masak apa hari ni.\nMasak Sos ini juga boleh dipedaskan jika anda suka. Tetapi resepi asal ini hanya menggunakan 1 biji tangkai cili merah sahaja. Sebab hidangan ini telah dicampurkan dengan sos cili. Cukup untuk menaikkan rasa dalam masakan je.\n\nRESIPI BAWAL EMAS MASAK SOS\n\nBahan-bahan:\n\nIkan bawal \u2013 lumur garam kunyit kemudian goreng\nBawang merah \u2013 ditumbuk\nBawang putih \u2013 ditumbuk\nHalia \u2013 ditumbuk\nSerai\u00a0 \u2013 diketuk\nCili kering \u2013 diblend\nSos cili\nSos tomato\nGula \nGaram\nSerbuk perasa\n\nBahan hiasan:\u00a0\n\nBawang besar \u2013 dipotong bulat\u00a0\nTomato\nDaun bawang\nDaun sup\n\nCara memasak:\u00a0\n1. Tumis bahan bahan yg ditumbuk. \n2. Kemudian masukkan serai yg diketuk. Dah naik bau baru masukkan cili mesin.\n3. Tunggu hingga cili garing sedikit. Masukkan air agak agak nak kuah banyak mana.\n4. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, gula, garam, dan serbuk perasa. \n5. Dah mendidih masukkan ikan. \n6. Agak dah sebati akhir skali masukkan bahan hiasan. Tutup api dan sedia untuk diletakkan ke dalam pinggan lauk.\n7. Sedia untuk dihidang!\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus, Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bayam-brazil-celup-tepung/", "title": "Jom Buat Bayam Brazil Celup Tepung, Sedap Dan Rangup Krup Krap", "body": "\nPernah makan Bayam Brazil Celup Tepung? Sedap tau lagi-lagi buat makan sebagai keropok.\nSelain bayam brazil, daun pegaga juga boleh digunakan. Tapi resipi ini, daun bayam tak perlu dilap atau dikeringkan terlebih dahulu.\nBaca juga: Cara Buat Keropok Lekor Homemade, Ringkas & Tak Guna Banyak Bahan\nHidangan ini sedap tau untuk dibuat kudapan atau lauk dimakan bersama nasi. Sesuai juga untuk kanak-kanak makan sebagai keropok sihat.\nJom kita ikuti perkongsian resipi dari Siti Khadijah Binti Mohammad ini. Sedap dan rangup krup krap katanya.\nResipi Bayam Brazil Celup Tepung\n\nBahan-bahan:\n\n5 sudu tepung bestari original\n1 sudu tepung bestari pedas\n2 sudu tepung jagung\n2 sudu tepung beras\n1 sudu rempah kari\n\nCara penyediaan:\n1. Gaul sebati kesemua bahan di atas.\n2. Cuci bersih daun bayam dan ambil daunnya sahaja. Toskan\n3. Taburkan campuran tepung tadi di atas daun bayam hingga sekata.\n4. Boleh goreng bila minyak dah panas.\n5. Goreng hingga garing dan boleh siap di angkat.\n\nBayam Brazil celup tepung ni best makan macam tu je. Nak cicah sos keropok pun boleh. Makan sambil layan drama atau membawang pun boleh jugak.\nTapi tak boleh goreng banyak untuk buat stok beberapa hari. Sebab bayam mudah lemau bila masuk angin. Cara terbaik, goreng bila nak makan je.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bebola-bergedil-ayam/", "title": "Bebola Bergedil Ayam Yang Paling Mudah, Makan Macam Tu Je Pun Sedap!", "body": "\nSuka makan bebola bergedil ayam? Biasanya bergedil ni akan di hidang bersama soto dan kuah kicap.\nTapi, resepi bebola bergedil ayam yang ni boleh di makan macam tu je. Sedap sangat rasanya. Cara penyediaannya pun simple dan mudah.\nBahan a\u0219as nak masak bergedil ni sudah tentu lah kentang. Kentang tu korang kena potong dadu dan goreng terlebih dahulu.\nBaca juga: Tips Goreng Tauhu Begedil Supaya Minyak Lambat Berbuih & Tak Cepat Kotor\nDah siap goreng korang kena lenyekkan dan campur dengan bahan lain termasuk tepung. Kemudian, bulat-bulat ikut saiz yang korang nak dan goreng.\nBergedil ni memang sesuai di matchkan dengan soto dan kuah kicap. Tapi resepi yang dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah boleh di makan begitu je.\nKorang nak gantikan dengan daging pun boleh ye. Maklumlah ayam kan dah mahal sekarang ni.\nHujung-hujung minggu macam ni mesti ada yang nak buat minum petang dengan keluarga kan?\nApa kata korang buat je bebola bergedil ayam ni. Buat lebih pun takpe, boleh frozenkan dan bila nak makan tinggal goreng je. Senang!\nResipi Begedil Ayam\n\n\nBahan-bahan:\n\n6-7 biji kentang (dipotong dadu)\nGaram\nLada sulah\nIsi ayam kisar\nHirisan daun sup\nHirisan lada merah\nHirisan bawang merah\nSebiji telur\nBawang goreng\n\nCara membuatnya:\n1. Goreng 6-7 biji kentang yg dah dipotong dadu.\n2. Lenyek-lenyekkan dalam mangkuk.\n3. Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam kisar, hirisan daun sup, hirisan lada merah, hirisan bawang merah, sebiji telur dan bawang goreng. Gaul rata semua bahan.\n4. Kemudian, bulat-bulatkan macam meatball. Simpan dalam bekas & masukkan dalam peti sejuk sekejap (1/2jam) sebelum digoreng.\n5. Pukul 2 biji telur dalam mangkuk. Panaskan minyak, celupkan bergedil tadi lepastu boleh mula goreng. Siap untuk dihidang.\n\nWow! Dah siap pun bebola bergedil ayam kita. Bebola ni tak sama dengan tauhu bergedil tau. Korang suka yang mana?\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/bebola-fishball-homemade/", "title": "Cara Buat Bebola Fishball Homemade, Diyakini Halal Tanpa Rasa Was-Was", "body": "\nApa kata jom cuba buat fishball homemade. Jika masak mi goreng atau mihun goreng, wajib letak fishball ni. Anak-anak suka. Kadang-kadang sampai minta nak buat ratah. Tak salah sekali sekala kita jamu anak dengan makanan sebegini, tapi lebih elok jika kita pastikan status halal fishball tersebut.\nKalau buat sendiri, dijamin lebih bersih tanpa rasa was-was. Kita juga boleh kawal kuantiti gula atau garam yang digunakan supaya sesuai untuk anak kecil. Jom lihat cara-caranya di bawah.\nBebola Fishball Homemade\nCara-caranya:\n1. Asingkan isi ikan.\nPertama sekali, asingkan tulang menggunakan sudu untuk keruk isi ikan dari tulangnya.\nBoleh simpan bahagian ekor dan kepala buat masak asam pedas. Tulang ikan boleh direbus. Air rebusan tersebut boleh buat rebus fishball nanti.\n\n2. Hancurkan isi ikan.\nGuna food processor untuk hancurkan isi ikan. Buka kejap dan kaupkan sisa ikan yang tak hancur dekat tepi food processor. Buat full speed untuk pastikan semua isinya hancur lebur. Kalau tak ada food processor, boleh juga gunakan blender kering (yang kecil).\nBeginilah hasilnya bila dah siap dihancurkan isi ikan tadi. Isi ikan akan melekit pada spatula. Jangan jadikan bebola dulu sebab ia perlu dikenyalkan. Kalau tak, fishball yang terhasil tidak kenyal dan seakan berderai.\n\n3. Kenyalkan isi ikan\nProses ini penting sebab ia akan menjadikan protein ikan berubah menjadi kenyal dan melekat sesama sendiri. Isi ikan akan jadi berkilat dan membentuk seperti doh. Ada 3 cara untuk kenyalkan isi ikan ni:\nCara manual \u2013 Guna tangan dan kepalkan isi ikan. Baling ke dalam mangkuk sampai jadi kenyal, berkilat dan menjadi doh.\nGuna mixer \u2013 Guna mixer dan putar sampai isi ikan jadi seperti dalam gambar. Ambil masa dalam 10 minit bergantung pada kelajuan mixer anda.\nGuna disc doh roti \u2013 Kalau guna food precessor SFP yang saya guna, ia diberi sekali. Beberapa kali saya kaup balikkan isi ikan yang melekat di bahagian atasnya. Ulang langkah dalam masa 10 minit.\n\n4. Masukkan bahan lain:\nBila dah siap doh ikan tersebut, barulah letak tepung jagung, garam dan lada sulah. Kalau nak letak carrot cincang pun boleh masa ni. Suka hati kalian la nak letak apa ya.\n\n5. Bentukkan Bulat-bulat & Rebus\nPanaskan air rebusan ikan dan tunggu mendidih. Basahkan tangan dengan air supaya fishball tak melekat di tangan kalian.\nCubit sikit doh tadi dan bulatkan jadi fishball. Masuk dalam air mendidih. Bila dah terapung baru angkat dan toskan.\nJangan rebus terlebih lama nanti fishball kalian jadi super kenyal. Patah gigi nanti, saya tak tanggungjawab tau.\n\n6. Siap!\nOk dah siap bolehlah gunakan dalam apa-apa hidangan kegemaran anda dan anak-anak.\nAir rebusannya pula boleh simpan jadi stok ikan. Atau terus buat sup fishball makan dengan mee kuning, bee hoon atau dimakan begitu saja. Gandingkan pula dengan sambal kicap pedas. Oh, indahnya makan sup di masa hujan macam ni!\n\nKredit: Fatimah Naamat\n"} {"url": "https://myresipi.com/bebola-kentang-keju-mozarella/", "title": "Bebola Kentang Keju Mozarella, Hanya Guna 7 Bahan Ini Je, Anak-anak Tentu Suka!", "body": "\nPernah merasa Bebola Kentang Keju Mozarella? Memang sedap tau! Lagi-lagi kalau anak hantu cheese, memang kena cuba resipi ini.\nMakan kudapan ini memang anak-anak akan makan bertambah. Kentang yang rangup di luah, dengan lelehan keju mozarella di dalam, memang craving dibuatnya.\nBaca juga: Roti Telur Cheese Bakar, Menu Sarapan Simple Dan Kenyang!\nCara penyediaan dan bahan pun ringkas saja. Hanya guna 7 bahan dan bentukkan seperti bola. Kemudian tinggal goreng ke dalam minyak yang panas. Ibarat macam menggoreng nugget gitu.\nResipi ini telah mendapat perhatian ramai dan mendapat sebanyak 576 tanda suka dan 817 perkongsian di laman Facebook. Terima kasih kepada Rasidah Razif kerana sudi berkongsi resipi Bebola Kentang Keju Mozarella ini.\nRESIPI BEBOLA KENTANG KEJU MOZARELLA\nTips untuk buat hidangan ini sedap adalah, jangan kedekut letak inti keju! Nanti takdapatlah nak \u2018create\u2019 keju leleh.\nPortion hidangan: 3-4 orang\n\nBahan-bahan:\n3 biji kentang sederhana besar\u00a0\n4 sudu besar tepung gandum\n1 sudu besar serbuk lada sulah\nGaram secukupnya\nMozzarella block cheese \u2013 dipotong dadu\u00a0\nSerbuk roti secukupnya \u2013 untuk salutan\n3 biji putih telur \u2013 untuk salutan\nCara-caranya:\n1. Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian, lenyekkan ia semasa panas dan campurkan lada sulah dan garam. Perasakan dengan sekata.\n2. Tambahkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sebati. Kemudian, biarkan ia sejuk.\n3. Sudukan kentang yang telah dilenyek tadi dan bulat-bulatkan ia serta masukkan ketulan mozarella di dalamnya. Pastikan keju tersebut tutup sepenuhnya dengan kentang.\n4. Untuk bahan salutan di atas kentang pula, kocakkan putih telur hingga berbuih. Celupkan bebola tadi kedalamnya.\n\n5. Kemudian, golekkan ke atas serbuk roti. Biar sekata. Ulang semula hingga kentang dan mozarella habis.\n6. Proses celupan dan golek ini perlu dibuat sebanyak\u00a0 2 kali untuk dapatkan salutan yang tebal dan extra rangup.\u00a0\n7. Selepas itu, simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. Habis 2 jam, dah boleh bawa keluar untuk menggoreng.\n8. Goreng dengan api yang perlahan, pastikan minyak panas betul. Jika tak, cheese tak mencair dan luaran akan cepat rentung. Siap untuk dihidang!\nPuas hati tau makan hidangan ini untuk dijadikan kudapan santai di rumah. Nak pula tengah cuti sekolah ini, memang berselera anak-anak nak makan.\u00a0\n\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/bebola-nasi-ala-korea/", "title": "Bebola Nasi Atau Jumeok-Bap Ala Korea, Laku Habis Anak Anak Makan!", "body": "\nBebola Nasi Atau Jumeok-Bap Ala Korea, Laku Habis Anak Anak Makan!\nResipi ni guna 100% barang-barang Malaysia. Tak ada barang Korea. Nak buat untuk sahur pun boleh, untuk bekal pun boleh. Guna nasi leftover je.\nWah! Kepada mereka yang tengah diet mesti seronok ada reseii yang simple, sedap dan mengenyangkan ini. \nBaca juga: Cara Buat Rabokki (Ramen + Tteokbokki), Pedas, Manis & Mudah\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Hanim Desa di laman Facebook ini. Anak-anak pun mesti suka!\n\nRESIPI BEBOLA NASI ATAU JUMEOK-BAP\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan nasi panas\u00a0\n1/2 cawan mayonis\n1 sudu minyak bijan\nGaram & serbuk perasa secukup rasa\n2 keping besar seaweed big bang \u2013 ramas hancur\n2 sudu bijan sangai\nSosej yang digoreng dan dipotong kecil secukupnya \u2013 boleh ganti dengan nugget goreng/meatball/crabstick\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Gaul nasi dengan mayonis, minyak bijan, garam, serbuk perasa, seaweed hancur dan bijan sangai. Gaul rata.\n2. Ambil nasi tadi, kepalkan ia, buat lubang ditengah & letakkan sosej. Kepalkan bulat-bulat.\n3. Tabur sikit bijan. Siap!\n\nMemang sedap dimakan bersama ramen atau rabokki sambil layan K-Drama~ \nJadi yang dah dapat idea nak masak apa waktu malam tengah lapar tu, boleh buat resipi ni. Semoga resipi bebola nasi ini bermanfaat buat anda semua. Anak-anak juga pasti suka. \nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Tteokbokki Halal Homemade, Lagi \u2018Feel\u2019 Sambil Layan Kdrama\n"} {"url": "https://myresipi.com/beef-stroganoff/", "title": "Beef Stroganoff Masakan Rusia, Ini Cara MUDAH Yang Boleh Dicuba", "body": "\nPernah cuba makanan Rusia iaitu Beef Stroganoff ini? Jom cuba buat sendiri di rumah kalau inginkan kelainan dalam masakan. Dijamin sedap kerana hidangan ini memang popular dengan pelbagai variasi.\nBaca juga: Cara Buat Beef Wellington Versi Mudah Dan Halal, Lagi Puas Hati!\nIa dibuat dari daging lembu yang ditumis dengan sos mustard atau sour cream. Beef Stroganoff atau beef stroganov ini asalnya di Rusia pada pertengahan abad ke-19, hidangan ini telah menjadi popular di seluruh dunia dengan variasi yang signifikan dari resepi asalnya.\nHidangan ini juga boleh dimakan begitu saja atau boleh dijadikan kuah untuk pasta. Memang sedap!\u00a0\nYang mana sukakan kelainan, boleh lah cuba resipi beef stroganoff yang dikongsikan oleh Cik Puan Nor Fazilah Abd Mohd ini.\n\nRESIPI BEEF STROGANOFF MASAKAN RUSIA\n\nBahan-bahan:\n\n500g daging cincang\n2 sudu besar minyak masak\n2 sudu besar butter\n250g cendawan butang \u2013 dihiris\n1 biji bawang holland \u2013 dihiris\n1 ulas bawang putih \u2013 dihiris\nStok rebusan daging\nSour cream\nDaun parsley \u2013 cincang\nGaram secukup rasa\nSerbuk kasar lada hitam\u00a0\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Panaskan kuali dengan api sederhana hingga panas.\n2. Tambahkan 2 sudu besar minyak. Masukkan cendawan dan biarkan masak selama 2 minit (atau sehingga brownish. kemudian balikkan, masak selama 1 1/2 minit lagi.\n3. Ketepikan cendawan dan tambahkan 1 sudu besar butter yang tinggal di tengah kuali bersama dengan bawang, tumis hingga lembut. Keluarkan cendawan dan bawang dari kuali.\n4. Masak daging lembu cincang dalam kuali hingga masak sepenuhnya. Tambahkan stok rebusan daging jika perlu.\n5. Masukkan bawang dan cendawan dan gaul sebati bersama daging.\n6. Tambahkan sour Crean dan biarkan mendidih perlahan hingga pekat. \n7.Akhir sekali masukkan parsley, garam dan lada secukupnya mengikut citarasa.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Sandwich Cheesy Beef Slice Air Fryer, Hanya Guna 4 Bahan Je, Jimat Masa!\n"} {"url": "https://myresipi.com/beef-wellington-halal/", "title": "Cara Buat Beef Wellington Versi Mudah Dan Halal, Lagi Puas Hati!", "body": "\nBila min dengar yang esok Chef Ramsay nak buka restoran dia dekat Sunway, terus terasa nak buat sendiri di rumah.\nAlang-alang esok pun dah weekend, sekali sekala treat yourself dengan makan western pun apa salahnya, Gitew!\nUntuk pengetahuan korang, Beef Wellington ini merupakan makanan mewah di UK terutamanya di England kerana bahan-bahan yang digunakan agak mahal seperti filet daging dan p\u00e2t\u00e9 de foie gras (sejenis produk berasaskan daging itik).\nBaca juga: Restoran Gordon Ramsay Bakal Buka Esok di Sunway Resort, Tapi Halal Ke?\nTapi jangan risau, resipi ini sudah diubahsuaikan supaya sesuai untuk semua yang ingin mencubanya.\nKebanyakan resipi daging Wellington juga tidak halal kerana terdapat daging ham.\nJom kita cuba!\n\nBahan-Bahan:\n\n2 daging batang pinang\n1 doh pastri paf, suhu bilik\n200g cendawan chestnut\n2 sudu besar kicap pekat\n1 \u00bd sudu besar mentega\n3 tangkai daun taim, batang dibuang dan daun dipotong\nMinyak zaitun\nGaram dan lada hitam secukup rasa\n\nCara-cara masak daging:\n1. Lapkan daging sehingga kering dan taburkan garam dan lada hitam pada kedua-dua belah daging.\n2. Panaskan kuali tidak melekat pada api yang sederhana dan masukkan minyak zaitun.\n3. Masukkan daging ke dalam kuali yang panas dan masak sehingga bertukar menjadi warna perang selama 2-3 minit untuk setiap belah.\n4. Setelah masak, angkat daging dan pindahkan ke dalam pinggan untuk dibiarkan rehat.\n5. Menggunakan kuali yang sama, masukkan minyak zaitun ke dalam kuali yang dipanaskan pada api yang sederhana.\n6. Masukkan cendawan dan biarkan masak selama 4-6 minit , hanya menggaul sekali sekala supaya menjadi perang.\n7. Tambahkan lada hitam dan garam secukupnya.\nCara buat pastri:\n1. Dengan menggunakan belakang pisau, lukiskan garisan diagonal pada pastri puff yang berbentuk petak, \u00bd\u201d luas. Lukiskan lagi garisan mengikut arah bertentangan untuk membentukkan bentung silang yang menetas.\n2. Separuhkan pastri puff dan masukkan ke dalam peti sejuk sekali lagi.\n\n\nCara panggang daging:\n1. Letakkan daging ke atas dulang pembakar. Letakkan \u00be jumlah cendawan yang dimasak ke atas daging. Tinggalkan lebihan cendawan untuk sos.\n2. Balutkan daging dan cendawan dengan pastri puff. Jangan takut untuk menarik pastri puff untuk membalut bahagian bawah daging sepenuhnya.\n3. Letakkan daging dan pastri puff ke dalam ketuhar di rak atas dan panggang sehingga pastri puff menjadi perang keemasan dan daging tampak berwarna coklat. Proses ini selalunya mengambil masa selama 10-12 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan rehat selamat 2 minit. Apabila daging sedang berehat, siapkan sos.\nPenyediaan sos:\n1. Di dalam kuali, masukkan baki cendawan yang telah dimasak.\n2. Tambahkan kicap pekat dan sedikit air. Masak pada api yang besar dan didihkan sehingga sos menjadi pekat. Apabila sos menjadi, jumlahnya akan berkurang kepada separuh.\n3. Tutupkan api dan masukkan mentega dan tambahkan baki daun kering thyme.\n\nJangan lupa kongsikan pengalaman memasak Beef Wellington korang dengan min nanti ya!\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/begini-cara-masak-ayam-paprik-yang-lagi-padu/", "title": "Begini Cara Masak Ayam Paprik Yang Lagi Padu, Confirm Tak Order Kat Kedai Dah", "body": "\nKalau pergi kedai makan masakan Thai mesti wajib order ayam masak paprik kan? Rupanya mudah sangat cara masak ayam paprik yang lagi padu dari kat kedai.\nDijamin kalau dah cuba masak ikut cara ni, takkan order lagi lagi lauk ni bila kat kedai makan. Jom cuba!\nCara Masak Ayam Paprik\nBahan-bahan tumis:\n\n1 labu bawang besar\n4 ulas bawang putih\n1 inci halia\nSerai sebatang diketuk\n\nBahan lain:\n\n3 sdm cili kisar\nIsi ayam (potong kecil)\nAir panas setengah mangkuk\nSayur pilihan\n6 biji cili padi (diketuk)\nDaun limau purut\n\nBahan sos:\n\n2 sdm sos cili\n2 sdm sos cili thai\n1 sdm sos tiram\n1 sdm sos ikan\n1/2 sdm kicap manis\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak banyak sikit sebab nanti nak tumis cili kisar. Mula-mula tumiskan dulu bahan-bahan tumis.\n\n2. Bila bahan tadi dah garing, masukkan cili kisar. Masak sampai garing dan pecah minyak.\n\n3. Kemudian masukkan ayam yang sudah dipotong kecil. Masak sampai ayam masak.\n\n4. Masukkan pula bahan sos dan air panas setengah mangkuk. Kacau rata.\n\n5. Biarkan mendidih sekejap.\n\n6. Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh. Masukkan sekali 6biji cili padi yang diketuk.\n\n7. Akhir sekali masukkan daun limau purut. (buang tulang tengah daun)\n\n8. Agak-agak bila sayur dah lembut boleh tutup api. Selamat mencuba!\n\nKredit: Khas Fena\nBaca juga: Resipi Udang Belon Thai Guna 4 Bahan Sahaja, Cicah Dengan Sos Lagi \u2018Umphh\u2019!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bekas-kecil-dalam-plastik-merah-hadiah-dari-murid-paling-bermakna/", "title": "Guru Sebak, Anggap \u2018Bekas Kecil Dalam Plastik Merah\u2019 Hadiah Dari Murid Paling Bermakna", "body": "\nSetiap kali sambutan Hari Guru pada 16 Mei, guru akan dihujani pelbagai hadiah daripada para pelajar sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru mereka.\nNamun, di sebalik keterujaan menyambut hari istimewa itu, seorang guru menerima satu hadiah yang tidak disangka-sangka daripada seorang pelajarnya,.\n\u201cHari ni sekolah saya ada buat sambutan Hari Guru. Bila dah sampai rumah, buka-buka hadiah, ternampak satu beg plastik merah.\n\u201cBila buka, ada semangkuk nasi goreng telur,\u201d tulis seorang guru menerusi satu video yang dikongsikannya di laman sosial TikTok miliknya pada Selasa.\nMenerusi video berdurasi 19 saat, guru tersebut mengeluarkan sebuah bekas kecil yang mengandungi nasi goreng bersalut telur.\nTiada kad ucapan mahupun riben sebagai hiasan, hadiah yang diberikan kepada guru tersebut cukup ringkas tetapi bermakna.\n\nDi sebalik hadiah di dalam bungkusan plastik merah itu, ternyata mengundang sebak guru berkenaan yang mengenangkan kepayahan ibu kepada pelajarnya demi sambutan Hari Guru.\n\u201cBila nampak nasi goreng tu, tiba-tiba rasa sebak. Betapa berusahanya mak dia bangun packing\u00a0makanan untuk cikgu, hadiah daripada anak dia.\n\u201cSimple\u00a0tapi sangat bermakna bagi aku. Terima kasih anak muridku,\u201d ujarnya ringkas.\nSimple\u00a0tapi sangat bermakna bagi aku. Terima kasih anak muridku.\nDi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sayu mereka terhadap pengorbanan murid dan keluarganya dalam menggembirakan guru.\nMereka menyifatkan pemberian itu dilakukan dari hati yang ikhlas dengan membayangkan pelajar berkenaan dibesarkan dari keluarga yang bukan senang.\n\u201cKeikhlasan itu penting.\n\u201cBila dapat hadiah-hadiah biasa rasa lagi luar biasa terharunya kan. Selamat Hari Guru.\n\u201cAllahu\u2026 sungguh kadang-kadang kita tak sangka pemberian yang sebegini sangat dalam isi tersiratnya. Sebolehnya si ibu tetap nak anak dia ada sesuatu,\u201d demikian antara komen netizen.\n\nAntara komen-komen netizen\nMalah, ada yang menyifatkan guru tersebut begitu disenangi ramai sehingga ada murid yang sanggup bersusah-payah untuk menghadiahkan sesuatu meskipun sebekas kecil nasi goreng.\n\u201cWalaupun dia kekurangan, tapi dia tetap nak bagi sesuatu dengan cikgu.\n\u201cSaya menangis. Betapa ibu itu menghargai cikgu. Mesti cikgu seorang guru yang hebat,\u201d tambah netizen.\nVideo yang dikongsikan di akaun TikTok @zsickseeksix pada Selasa meraih hampir 100,000 tontonan dalam tempoh kurang 12 jam.\nLihat video asal di bawah:\n\n\n @zsickseeksix\nTerima Kasih \ud83d\udda4 #selamathariguru2022 #fyp #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe\n \u266c Menghitung Hari (Piano Version) \u2013 Gaius Yeong \n\n \nSumber: Sinar Viral\n"} {"url": "https://myresipi.com/bekas-pekerja-starbucks-ini-kongsi-rahsia-bancuh-air-nescafe-padu-konfirm-terangkat-lah/", "title": "Bekas Pekerja Starbucks Ini Kongsi Rahsia Bancuh Air Nescafe Padu, \u2018Konfirm\u2019 Terangkat lah!", "body": "\u00a0\n\nSeorang bekas pekerja Starbucks telah berkongsikan rahsia bancuh air Nescafe padu ala kafe mahal hasil pengalamannya bekerja.\nTak dinafikan ramai antara kita yang suka minum jenama ini.\nBaca juga: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!\nNamun meskipun ramai yang suka, tidak ramai yang pandai menyediakannya sendiri di rumah.\nSelalunya rasanya macam tak sampai di tekak seperti yang biasa diminum di luar.\nJom kita tengok apa rahsia resipi bagi bancuhan Nescafe beliau.\n\nCARA BANCUH AIR NESCAFE PADU\n1. Ambil sesudu teh serbuk Nescafe. Tak perlu penuh sangat okay.\n\n2. Kemudian, ambil 2 hingga 4 sudu kecil susu cair mengikut kapasiti mug atau cawan korang.\n3. Selepas itu, susu manis 1 setengah sudu atau 2 sudu teh.\n\n4. Campurkan dan kacau ke semuanya sekali.\n\n5. Bila dah kacau semua, bau kopi memang automatik akan sama macam dalam Starbucks. Just nice dan tak manis sangat. Cukup pahitnya, cukup manisnya dan rasa berlemaknya.\n6. Lepas dah kacau tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih.\n\n7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, korang boleh letak sesudu minyak kelapa dara.\n\n\nBuat penggemar Nescafe memang korang wajib cuba. Bukan mata je terbuka luas, minda kau pun akan aktif je sepanjang masa.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/beli-ayam-goreng-kfc-dapat-saiz-kecil-langkah-tukar-ayam-baru/", "title": "Beli Ayam Goreng KFC Dapat Saiz Kecil? Jangan Risau, Ikut Saja Langkah Ini Untuk \u2018Tukar\u2019 Ayam Baru", "body": "\nBila sebut ayam goreng, pasti akan terus teringat ayam goreng KFC. Bukan sekadar ayam goreng biasa, KFC sentiasa menjadi pilihan kita semua setiap kali sambutan hari jadi, ulang tahun, perayaan dan juga bila-bila masa sahaja. Tak kira tua atau muda, ayam KFC tiada tandingannya!\nTapi apa yang boleh buat\u00a0spoil mood adalah apabila beli ayam di KFC, dapat ayam yang bersaiz kecil. Memang tak puas hati kan.\nKFC Perkenal Polisi \u201cRasa Berkualiti Terjamin\u201d\nUntuk memastikan semua pelanggan sentiasa mendapat ayam goreng yang berkualiti tinggi, KFC telah melancarkan polisi \u201cRasa Berkualiti Terjamin\u201d.\u00a0\n\nPolisi ini membenarkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti. Pelanggan cuma perlu melakukan langkah-langkah di bawah:\n\nImbas kod QR unik yang disediakan di restoran.\nIsi dan\u00a0\u2018submit\u201d\u00a0borang penukaran.\nTunjuk halaman\u00a0\u2018thank you\u2019\u00a0di kaunter untuk mendapatkan gantian.\n\nMudah saja kan?\u00a0Next time kalau korang dapat ayam goreng yang bersaiz kecil, ikut je langkah-langkah di atas untuk mendapatkan ayam goreng yang baru secara percuma!\n"} {"url": "https://myresipi.com/beli-kuali-baru/", "title": "Bila Beli Kuali Baru, Kena Buat SATU Petua Ini DuIu. Baru Tak Melekat Bila Menggoreng!", "body": "\nAda beli kuali baru? Jangan terus guna kalau tak mahu makanan terlekat terus pada kuali. Kuali besi merupakan perkakasan memasak yang wajib dibeli. Jika tiada, tak berasap lah dapur nanti.\nMasalah makanan yang digoreng melekat pada kuali memang buat kita geram. Kadang-kadang habis hancur ikan gara-gara melekat.\nRupanya untuk elak kuali dari melekat ini caranya mesti dimulakan sejak awal beli kuali lagi. Kita kena bakar dulu kuali barulah kuali takkan melekat sampai sudah!\nBaca juga: Jangan Curah Air Sejuk Dalam Kuali Panas Sebelum Cuci, Ini Kesan Yang Akan Berlaku!\u00a0\nTip ini dikongsi oleh Wan LuQman di laman Facebook dan telah meraih sehingga 26k shares!\nTerdapat beberapa langkah yang perlu diikuti seperti di bawah di mana keseluruhan proses hanya memakan masa selama 30 minit. Hasilnya, kuali yang dibeli akan tahan lama dan menjadikan proses memasak anda lebih mudah. Selamat mencuba!\n\nPETUA BAKAR KUALI BARU\n\nMy third kuali. Baru-baru ni jumpa kuali saiz 13\u2033 terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13\u2033\u2026 Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.\u00a0\nBaru-baru ini jumpa kuali saiz 13,\u00a0 terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.\nOrang putih cakap \u201cseason the wok\u201d. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna (untuk yang baru dibeli) dan selepas guna dia.\nProses semua makan masa lebih kurang 30 hingga 45minit bergantung kepada power api dapur anda. Saya punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner.\nLangkah-langkah:\n1. Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak atau greasy. Itu adalah minyak dari kilang. Kita kena cuci dulu. Tenyeh gos0k dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang kita gonyoh semua.\n2. Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan tu. Biarkan saja.\n3. Setkan api dapur dan mula bakar kuali.\n4. Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. Tak perlu lama sangat. Bila dah mula biru, terus alih ke permukaan yang lain. Kalau tidak, ia akan menjadi merah dan akan berkarat di kemudian hari.\u00a0\n5. Lepas dah siap bakar keseluruhan permukaan. Biarkan dahulu kuali selama 10 minit.\u00a0\n6. Selepas 10 minit, kita test season. Letak minyak sikit. Guna tisu dapur untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali.\n7. Test run. Goreng lah apa pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. Seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing atau hangus.\n8. Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun.\n9. Lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali.\u00a0\n10. Bila kita gosok guna tisu sambil api menyaIa, kuali akan mula berasap. Tutup api, siap!\n\n\nKemudian hari kalau nak pakai, panasskan dulu kuali, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.\nBuat 2-3 kali pre season, insyaAllah selepas itu kuali akan hitam gelap macam kat restoran tu, itulah yang kita mahu. \u2018Confirm\u2019 meIekat sampai sudah.\nSemoga bermanfaat.\n"} {"url": "https://myresipi.com/beli-peti-sejuk-baru/", "title": "Tip Beli Peti Sejuk Baru, Ini Benda Penting Yang Anda Kena Tahu", "body": "\nBagi yang bercadang untuk beli peti sejuk baru, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sejurus alatan itu sampai ke rumah anda.\nMencari peti sejuk yang baik adalah sangat penting. Ini kerana ia adalah tempat menyimpan barang-barang yang lembap dan segar untuk memenuhi keperluan makanan keluarga agar kehidupan dapat diteruskan.\nBaca juga: Runsing Peti Sejuk Bersepah? Ini Ada 4 Cara Nak Susun Barang, Baru Bersih & Teratur!\nBiasanya barang asas pertama yang selalunya dicari selepas berkahwin ialah peti sejuk, mesin basuh dan dapur.\nJom ikuti tip perkongsian dari Saku Digital untuk ketahui panduan dan pengetahuan tentang peti sejuk yang ditawarkan.\n\nTIP BELI PETI SEJUK BARU\n\nSebelum membeli ada beberapa perkara yang perlu pengguna ambil tahu iaitu saiz peti sejuk yang dapat muat di dapur.\n1. Tinggalkan ruang seinci antara ukuran kerana peti ais perlu ada ruang untuk membebaskan haba. Jangan terlalu rapat ke dinding kerana apabila haba tidak dapat dibebaskan peti sejuk akan cepat rosak.\n2. Bukaan pintu peti sejuk juga perlu diukur kerana peti sejuk yang single door memerlukan sudut bukaan yang lebih besar daripada peti sejuk yang pintunya side by side.\nSelepas Beli Peti Sejuk\nPeti sejuk yang dibeli daripada kedai elektronik biasanya akan menggunakan lori untuk dihantar ke rumah pelanggan.\nKetika dalam perjalanan, ada kemungkinan peti sejuk akan bergoyang dan bergoncang dan akibatnya minyak yang terdapat dalam kompresor mungkin boleh mengalami kebocoran dan masuk ke dalam sistem penyejukan alatan itu.\nMinyak yang bocor ke dalam sistem penyejukan boleh membuatkan peredaran gas freon menjadi tersumbat akibat gegaran yang berlaku.\nJadi sekiranya peti sejuk terus dinyalakan sebelum minyak dalam kompresor kembali ke tempat asalnya, ia boleh menyebabkan alatan itu rosak disebabkan masalah tersumbat.\nAtas sebab itu, peti sejuk yang baru sampai ke rumah perlu dibiarkan terlebih dahulu dalam posisi menegak sebelum dinyalakan.\nTempoh yang paling baik sebelum suis dinyalakan adalah 24 jam bagi memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Makanan Dalam Peti Sejuk Pun Boleh Basi? \u2018Check\u2019 Balik 5 Kesilapan Ini Masa Simpan\n"} {"url": "https://myresipi.com/beli-sayur-banyak-banyak-hajat-nak-simpan-lama-inilah-cara-dia/", "title": "Beli Sayur Banyak-Banyak Hajat Nak Simpan Lama? Inilah Cara Dia!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-09-04 05:36:03\n\n\nBiasanya kalau hujung minggu mesti ramai-ramai serbu pasar hajat nak beli barang dapur macam sayur untuk masak kat rumah. Beli pulak sekali so mestilah dalam kuantiti yang banyak. So macam mana nak simpan sayur so boleh tahan lebih lama? Meh sini, Admin share serba sedikit tips so korang tak rugi beli banyak-banyak.\n1. Dahulukan Sayur Berdaun\nPicture Credit: thedailymeal.com\nKena plan nak masak apa waktu beli sayur tu. Kalau boleh, pastikan korang masak sayur berdaun dulu. Tak boleh simpan lama-lama sebab daun\u00a0cepat menguning kalau tak simpan elok-elok. So sayur berdaun sebaik-baiknya dimasak selepas satu atau dua hari saja lepas dibeli. Nanti dah kuning tak segar macam masa dibeli!\n2. Elakkan Basuh Sebelum Simpan\nPhoto Credit: modernfarmer.com\nSayur kalau basah lagi cepat rosak. Lepas beli tu terus simpan. Basuh sebelum nak masak je. Kalau nak juga basuh, kena make sure sebelum simpan dia betul-betul kering. Kalau tak kemungkinan untuk rosak tu sangat besar. So alert ye korang. Bab basuh ni sangat penting untuk tentukan berapa lama sayur tahan.\n3. Sediakan Bahan Untuk Menyimpan\nPicture Credit: avidarmor.com\nNak simpan pun bukan simply campak semua sayur dalam peti ais ye guys. Haa, korang kena bungkus elok-elok sayur-sayur kalau nak tahan lama. Antara barang keperluan yang digalakkan ialah tisu dapur, beg Ziplock dan banyak tupperware. Satu bonus jugak kalau korang ada aluminium foil dengan wrap plastik.\nJenis Sayur Dan Cara Penyimpan\n1. Cili (padi, merah dan hijau besar)\nPhoto Credit: dissolve.com\nMasukkan cili dalam bekas tertutup, dilapikkan tisu kering dan letak bawang putih. Cili tu boleh tahan dalam 1 hingga 3 minggu.\n2. Sayur Berdaun\nPhoto Credit: gofooddy.com\nLapik tisu kering dalam beg Ziplock dan masukkan sayur-sayur berdaun. Ketahanan semua sayur mungkin dalam 1 hingga 5 hari bergantung kepada jenis sayur.\n3. Kacang Buncis, Kacang Panjang\nPhoto Credit: simplerecipes.com\nLapik tisu kering dalam beg Ziplock dan masukkan. Dijangka boleh tahan hingga 7 hari.\n4. Tomato\nPhoto Credit: healthline.com\nSimpan dalam bekas terbuka berlapikkan tisu dapur kering. Jangan tutup bekas tu sebab tomato keluarkan gas jenis ethylene yang boleh cepatkan proses ripening tomato. Ketahanan tomato yang belum masak dalam 1 hingga 2 minggu dan tomato yang dah masak pula hingga 7 hari.\nHarap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang simpan sayur dan berjimat dari segi pembelian dan makan. Effort tu kena ada. Takut cepat sangat sayur-sayur korang busuk. Jangan sampai terlambat!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/bendi-goreng-tumis-belacan-udang-ini-tips-supaya-tak-berlendir-rangup/", "title": "Bendi Goreng Tumis Belacan Udang, Ini Tips Supaya Tak Berlendir & Rangup", "body": "\nBendi goreng sentiasa menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi kalau dibuat bendi goreng tumis belacan bersama udang macam ni, memang mengiurkan!\nSedap dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja. Sekelip mata habis licin satu pinggan.\nKalau ada yang tak suka bendi berair, boleh ikut resipi ini dijamin bendi tidak akan berair lagi. Selamat mencuba!\nResipi Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang\nBahan-bahan:\n\nBendi (cara untuk bendi tidak berlendir, cuci dan toskan bendi. Kemudian barulah dipotong.)\nUdang\nSerbuk belacan 1 sudu besar\nSerbuk perasa 1 sudu kecil\nKunyit serbuk \u00bd sudu kecil\nMinyak masak secukupnya\nBawang putih 4 ulas**\nBawang merah 1 biji**\nCili padi merah 4 biji**\nCili merah 1 biji**\nTomato 1 biji**\n\nCara masak:\n1. Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda (**).\n2. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.\n\n3. Kemudian masukkan udang dan masakkan ia seketika.\n\n4. Masukkan serbuk belacan, serbuk perasa dan serbuk kunyit kemudian gaulkan.\n\n5. Masukkan bendi, goreng dan gaulkan sehingga sebati.\n\n6. Angkat dan siap untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Ateekah\nBaca juga: Petua Buat Sayur Lemak Putih Yang Padu. Kena Tumbuk Bahan Ini, Jangan Kisar!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bendi-tumis-ikan-bilis/", "title": "Bendi Tumis Ikan Bilis, Tinggal Kacau Dalam Kuali Dah Siap!", "body": "\nApa kata cuba resipi Sayur Bendi Tumis Ikan Bilis ini. Pastinya tiada hidangan yang lengkap tanpa sayur-sayuran, bukan? Mesti anda\u00a0suka walaupun baru pertama kali rasa.\nBaca juga: Tip Sayur Cantik Berkilat Macam Kat Restoran, Buat INI Dulu Sebelum Goreng\nResipi ini sangat mudah dibuat kerana tidak perlu menyediakan banyak bahan. Biasanya semua akan ada je dalam peti ais rumah kita.\nHanya guna enam bahan saja dan tinggal campak dalam kuali untuk dijadikan lauk makanan harian. Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Naomy Chow ini.\u00a0\n\nRESIPI SAYUR BENDI TUMIS IKAN BILIS\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nBendi\nIkan bilis \u2013 1 genggam\n6 ulas bawang putih\n1 biji cili merah besar\nGaram\nKiub pati ikan bilis \u2013 optional\n\nCara memasak:\n1. Basuh bendi dan toskan seketika.\u00a0\n2. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis yang sudah dicuci. Goreng sehingga ia bertukar keperangan.\n3. Ikan bilis dah perang, masukkan bawang putih. Tumis sekejap sampai bahan-bahan ni kekuningan.\n4. Perasakan dengan sedikit garam dan kiub pati ikan bilis jika belum cukup masin. Ikan bilis dah memasinkan masakan kita tau.\n5. Kemudian, masukkan bendi yang sudah dipotong bersam acili merah. Besarkan api, dan kacau supaya bahan-bahan masak.\n6. Siap dan sedia untuk dihidangkan!\n\nTip Goreng Bendi Supaya Tak Berlendir:\u00a0\n1. Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi, masukkan garam 1 sudu dan rendam sekejap\n2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, keringkan dengan menggunakan tisu dapur. Jangan potong lagi ye bendi tu\n3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir\n4. Bila dah nak masukkan bendi dalam kuali, baru mula potong. Jangan biarkan ia terdedah dengan dipotong terlebih awal\n5. Masa masukkan bendi dalam kuali, terus besarkan api. Masak sekejap sahaja untuk makan pun rasa bendi masih segar\n6. Jangan masukkan air ketika goreng bendi. Sebab ia akan menambah lagi cairan dari lender yang sedia ada.\n\nSelamat mencuba resipi Sayur Bendi Tumis Ikan Bilis ini\nBaca juga: 7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru \u2018Balance\u2019 Diet Harian!\n"} {"url": "https://myresipi.com/beras-sebagai-kudapan/", "title": "Gadis Ini Selamba Jadikan Beras Sebagai Kudapan, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama!", "body": "\nSeringkali kita lihat di media sosial dimana ada segelintir manusia yang berperangai aneh dimana gemar untuk makan makanan pelik.\nSebelum ini, pernah tular di laman TikTok dimana seorang wanita santai makan fishball yang belum dimasak seperti makan keropok semasa sedang \u2018lepak\u2019 dengan \u2018roommate\u2019 nya.\nArtikel berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Sebab Ada Kutu Beras Walaupun Tak Buka Lagi, Bukan Salah Periuk Nasi\nNamun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis kelihatan sedang seronok menjadikan beras sebagai kudapan telah mencuri tumpuan ramai.\n\nMenerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @minnyyya, kelihatan seorang gadis lengkap berbaju kurung sedang duduk bersimpuh sambil disebelahnya terdapat sepeket beras.\n\n\n @minnyyya\nmelawan hukum beras #viral #kptm \n \u266c original sound \u2013 \ud83e\uddfe \u2013 rizzjack \n\n \nNamun apa yang menarik perhatian adalah gadis seakan kusyuk makan sebutir demi sebutir beras seperti sedang \u2018layan\u2019 kudapan.\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan dengan cara gadis tersebut namun ada yang akui turut melakukan perkara yang sama.\nNetizen juga menyamakan makan beras seperti makan kacang atau kuaci di depan televisyen. Memang layan!\n\u201cWeh, aku pun suka makan beras macam ni. Sedap gila\u201d \u2013 Netizen\nBukan itu sahaja, netizen sempat berseloroh mengatakan tindakan berkenaan dapat menjimatkan bil elektrik kerana tak perlu masak nasi.\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/bestnya-jalan-jalan-cari-makan-di-hat-yai/", "title": "Bestnya Jalan-Jalan Cari Makan Di Hat Yai, Wajib Tahu Beberapa Perkara Ini Sebelum Pergi Ke Sana", "body": "\nMakin hari makin banyak kelonggaran yang diberikan kepada pengembara, tak terkecuali juga Thailand yang turut memberikan kelonggaran kepada pelancong yang ingin bercuti ke Thailand. Mudah la buat orang Malaysia yang tinggal di sempadan seperti Kelantan, Perak dan Perlis nak pergi jalan-jalan ke Thailand.\nYang guna pas sempadan lagi mudah nak ke Thailand, pasti terubat rindu nak jalan-jalan cari makan di Hat Yai, Sungai Golok, Phuket, Krabi dan beberapa tempat tumpuan pelancong yang lain.\n\nMacam Mana Cara Nak Masuk Thailand 2022?\nSeorang pengguna laman sosial Facebook, Khairul Azlan Abd Majid ada berkongsikan cara-cara untuk masuk ke Thailand beserta beberapa perkara penting yang orang ramai perlu tahu sebelum ke sana. Jom sama-sama baca perkongsiannya di bawah.\n\nRamai yang PM aku macam mana cara nak masuk Thailand sekarang ni selepas Kerajaan kita dan diorang dah buka pintu sempadan ni. Jadi sini aku kongsi sikit macam mana cara dia.\nBagi pemegang Pas Sempadan \u201d Border Pass\u201d korang boleh masuk macam biasa korang duk masuk sebelum-sebelum ini.\nKalau korang bawak kenderaan sendiri korang kena beli insurance untuk transport korang tu. Macam aku bawak kereta sendiri jadi aku beli insurance kereta untuk 5 hari berharga Rm 28. Kemudian korang kena isi white card tu 1 nama Rm 2, kalau 5 beranak Rm 10 lah.\n\nAku masuk ikut pintu sempadan Padang Besar, sebab tak sibuk sangat macam pintu Bukit Kayu Hitam. Sampai di imigresen kita dia tanya nak pergi mana je, kemudian dia cop macam biasa. Maximum untuk \u201cBorder Pass\u201d 3 hari dan sampai Hatyai sahaja.\n\nPERINGATAN !!!! Pastikan korang buat line telefon korang roaming atau beli sim kad Thailand. Sebab selepas check point malaysia korang akan lalu check point Thailand pulak. Dekat sini perlukan internet yang kuat untuk korang scan QRcode yang diorang sediakan untuk korang register dengan Health Declaration Thailand. Selesai Health Declaration baru korang akan cop \u201cBorder Pass\u201d untuk side sebelah Thailand.\n\nSettle bab \u201cBorder Pass\u201d, lepas tu sambung plak untuk transport declaration. Bagi sesiapa kenderaan atas nama sendiri korang just bawak geran asal/salinan jer. Kalau kenderaan atas nama orang lain kena ada surat authorization dari owner kenderaan. Then selesai, selamat bercuti.\nInfo: Kelayakkan memohon border pass adalah untuk warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis, Kedah,Kelantan dan Hulu Perak sahaja.\n\nSumber: Khairul Azlan Abd Majid\nBaca juga: Top 5 Nasi Kandar Terbaik di Pulau Pinang Yang Wajib Anda Pergi\n"} {"url": "https://myresipi.com/betul-ke-telur-perlu-dibasuh-sebelum-disimpan-ini-penjelasannya/", "title": "Betul Ke Telur Perlu Dibasuh Sebelum Disimpan? Ini Penjelasannya", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-26 13:12:04\n\n\nSeperti yang kita sedia maklum, telur ayam ini dikira sebagai barangan masak yang wajib ada di rumah kita. Tak kira lah sebagai penyedap lauk mahupun sebagai makanan utama. Dapat makan nasi panas berlaukkan telur goreng dan kicap pun sudah cukup menyelerakan! Namun begitu, ramai yang masih keliru sama ada perlu atau tidak untuk kita membasuh telur sebelum meyimpannya ke dalam bekas atau peti ais. Ini ada penjelasan dari seorang pakar kimia, Dr. Fatimah Salim.\n\n\nKredit: Alodokter\n\u00a0\nTELUR MEMPUNYAI LAPISAN PELINDUNG & FUNGSINYA\n\nKredit: guidefreak.com\nSecara semulajadi, telur ini diselaputi oleh lapisan \u201cbloom\u201d atau \u201ccuticle\u201d yang dihasilkan daripada faraj ayam semasa bertelur. Fungsinya adalah untuk untuk melindungi isi telur daripada dicemari. Kulit telur ini sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang menyerap kuman dan bahan kimia meruap dari persekitaran.\n\u00a0\nIni lah sebabnya kadang-kadang telur boleh berbau bawang jika diletakkan bersama dengan bawang kerana gas dari bawang diserap ke dalam kulit telur. Selain itu, selaput ini juga berfungsi mengekalkan kelembapan dalam telur dengan cara mencegah air meruap keluar melalui kulit telur. \n\u00a0\nDi Amerika Syarikat, terdapat peraturan yang mengharuskan pencucian setiap telur sebelum dijual secara komersial di pasaraya. Ini bermakna proses mencuci ini akan membuang bersama selaput perlindungan semulajadi tadi. Jadi, sebagai ganti pihak pengeluaran telur menggantikannya dengan selaput buatan yang biasanya mengandungi mineral berminyak untuk permukaan telur. \u00a0Namun begitu, peraturan mencuci telur ini tidak digunapakai di Malaysia. Maka, telur-telur yang kita beli di pasaraya masih mempunyai lapisan pelindung semulajadi.\n\u00a0\nCARA PENYIMPANAN YANG SEBAIKNYA?\nSebenarnya, kedua-dua cara juga boleh diguna pakai. Namun begitu, ada kebaikan dan kekurangan bagi setiap cara ini dan anda harus lebih peka dan teliti dalam penyimpanan telur ini supaya tidak berlakunya kemudaratan ketika memakan telur. Terdapat beberapa perbezaan dalam kedua-dua cara penyimpanan telur.\n\u00a0\n\nTIDAK BASUH SEBELUM SIMPAN\n \nKredit: Eat This, Not That\n Sekiranya anda hanya ingin menyimpan telur di dalam karton yang sudah tersedia, anda tidak perlu membasuhnya terlebih dahulu. Seperti penjelasan tadi, kulit telur mempunyai selaput yang bertindak sebagai pelindung daripada tercemar kepada kuman dan bahan kimia lain. Jadi, anda tidak perlu risaukan tentang kondisi dalam telur tersebut. Anda cuma perlu membasuh telur ini apabila ingin menggunakannya untuk dimasak. Di samping itu, menyimpan telur dalam karton yang tersedia dapat melindungi telur daripada mudah pecah serta mengekalkan kesegaran telur sehingga 45 hari daripada tarikh pembungkusan.\n \u00a0\nBASUH SEBELUM SIMPAN\n \nKredit: Reader's Digest Asia\n Sekiranya anda memilih untuk menyimpan telur dalam peti sejuk, maka anda perlu membasuh terlebih dahulu telur-telur yang sudah dibeli sebelum disimpan. Ini kerana kulit telur juga mengandungi najis yang boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella. Jadi, ia akan membawa kemudaratan kepada makanan yang lain sekiranya telur ini disimpan dalam peti sejuk tanpa dicuci. Kuman ini akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.\n\n\u00a0\nKESIMPULANNYA\n\nKredit: RASA\nKedua-dua cara penyimpanan telur ini dibenarkan kerana ada kebaikan dan kekurangannya sendiri. Pilihan sama ada ingin membasuh telur atau tidak bergantung kepada cara penyimpanan telur itu. Apa pun, jangan lupa membasuh telur terlebih dahulu sebelum dimasak ya! \n\n"} {"url": "https://myresipi.com/beza-baking-powder-dan-baking-soda/", "title": "Beza Baking Powder & Baking Soda, Jangan Tertukar Nanti Kek Atau Biskut \u2018Failed\u2019", "body": "\nApa beza baking powder dan baking soda? Kedua-duanya merupakan agen penaik. Jika kedua-dua bahan ini ditambah ke dalam bahan-bahan untuk dibakar, karbon dioksida akan terhasil yang menyebabkan doh naik.\nDalam baking powder juga mengandungi baking soda, namun kedua-dua bahan ini digunakan dalam keadaan yang berbeza.\nApa itu baking soda?\nBaking soda juga dikenali sebagai sodium bikarbonat. Jika bahan ini dicampur dengan kelembapan dan bahan berasid, akan berlaku tindak balas kimia yang menghasilkan buih-buih karboh dioksida yang akan mengembang dalam suhu oven yang menyebabkan hasil pastri anda mengembang atau naik.\nContoh bahan berasid adalah yogurt, coklat, buttermilk, madu dan sebagainya. Tindak balas kimia berlaku sebaik sahaja baking soda dan bahan-bahan lain bersatu, jadi anda perlu membakarnya pastri anda dengan serta merta.\n\nApa itu baking powder?\nBaking powder mengandungi sodium bikarbonat dan bahan-bahan lain seperti agen pengasid (krim tartar) dan agaen pengering (kanji). Baking powder mempunyai 2 jenis iaitu single-acting dan double-acting.\u00a0\nSingle-acting\u00a0diaktifkan menerusi kelembapan. Jadi resipi yang menggunakan bahan ini perlu dibakar sebaik sahaja ia bercampur. Double-acting\u00a0pula mempunyai tindak balas kimia dalam 2 fasa, jadi ia dibiarkan sebelum dibakar.\nBaking powder jenis double-acting\u00a0akan membebaskan gas pada suhu bilik, namun sebahagian besar gas akan terbebas selepas suhu doh di dalam oven meningkat.\nBeza Baking Powder Dan Baking Soda, Nak Guna Mana Satu?\nJika anda lihat resipi-resipi di laman sosial, ada sesetengah resipi menggunakan baking soda, ada sesetengah resipi pula menggunakan baking powder.\nYang mana satu perlu guna bergantung kepada bahan-bahan lain yang digunakan dalam resipi.\nBaking soda adalah sejenis alkali, jika anda menggunakan bahan ini resipi biskut atau kek, ia akan sedikit pahit kecuali terdapat bahan berasid lain yang digunakan. Baking soda biasanya digunakan dalam resipi biskut.\nTidak sama seperti baking soda, baking powder mengandungi kedua-dua bahan berasid dan beralkali. Atas sebab ini, rasa hasil bakar secara keseluruhan adalah lebih neutral.\nBaking powder adalah bahan asas dalam pembuatan kek dan biskut. Resipi yang menggunakan baking powder biasanya memerlukan bahan yang neutral seperti susu.\n\nSebenarnya baking soda boleh menggantikan baking powder. Tetapi jika digunakan dalam kuantiti yang banyak akan memberi kesan terhadap rasa. Sebaliknya, baking powder tidak boleh digantikan dengan baking soda.\nNamun begitu, baking soda kurang dari segi tahap asidnya untuk membuatkan sebiji kek mengembang. Anda boleh membuat baking powder sendiri menggunakan campuran baking soda dan krim tartar.\nCaranya, campurkan 2 bahagian krim tartar untuk setiap bahagian baking soda (2:1 untuk krim tartar:baking soda)\nHaa, jangan tertukar lagi antara dua bahan penaik ini okay!\nSumber: Iluminasi.com\n"} {"url": "https://myresipi.com/beza-gula-perang-dan-gula-putih/", "title": "Perbezaan Gula Perang Dan Gula Putih, Mana Satu Lebih Baik?", "body": "\nApa beza gula perang dan gula putih? Ada orang kata gula perang jauh lebih bagus berbanding gula putih dari segi kesihatan. Betul ke?\nBagi menjawab persoalan tersebut, mari kita baca perkongsian daripada doktor ini yang berasaskan dari fakta. Jom baca perkongsiannya.\nGula Perang Dan Gula Putih, Apa Bezanya?\nGula adalah bahan yang biasa digunakan oleh masyarakat kita hari ini. Tanpa gula kita akan rasa segala makanan dan minuman tidak sedap dan menyelerakan.\nTetapi kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula berlebihan adalah merbahaya kepada kesihatan.\nOleh kerana itu, kita sering mendengar pendapat yang menyatakan bahawa gula perang adalah lebih baik daripada gula putih. Adakah pendapat ini benar dan berlandaskan bukti kajian sains yang betul.\nPerbezaan Dari Segi Nutrisi\nSebenarnya kedua-dua gula ini dibuat daripada tebu atau daripada lobak bit. Kebanyakan gula perang terhasil dari campuran gula putih dengan molasses iaitu sejenia gula perang cecair.\nMolasses ini menyebabkan warna gula menjadi perang dan menambahkan sedikit kandungan nutrisinya. Penambahan ini akan menambahkan kandungan kalsium, zat besi dan potassium di dalamnya. Data menunjukkan, jumlah penambahan nutrisi ini adalah sangat sedikit dan tidaklah menjadikan ianya sumber terbaik kepada nutrisi tersebut.\nGula perang juga mempunyai nilai kalori yang kurang sedikit iaitu 15kcal berbanding gula putih 16.3kcal, tetapi perbezaan tersebut sangat minimal dan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada gula perang. Perbezaan utama adalah dari segi warna dan rasa sahaja.\nPerbezaan Dari Segi Penghasilan\nGula dihasilkan sam ada daripada tebu atau lobak bit, walaubagaimanapun terdapat perbezaan di antara penghasilan gula perang dan gula putih. Langkah pertama adalah jus daripada tebu atau lobak bit diekstrak, dipekatkan dan dipanaskan untuk membentuk pekatan perang yang dipanggil \u2018molasses\u2019.\n\nKemudiannya molasses perang bergula ini diputar dengan mesin \u2018centrifuge\u2019 untuk mengasingkan kristal gula dengan molasses. Kristal gula putih diproses seterusnya untuk mengasingkan lebihan molasses dan menjadikan kristal gula lebih kecil. Seterusnya, kristal gula ditapis melalui sistem penapisan untuk menjadikannya gula putih yang biasa kita lihat.\nGula perang halus (refine) adalah gula putih halus yang dicampurkan semula dengan molasses. Manakala, gula perang yang kasar (unrefined) melalui proses yang kurang berbanding proses menghasilkan kristal gula putih yang menjadikan ia mempunyai kandungan molasses yang lebih tinggi serta warna perang yang asli.\nPenggunaan Dalam Masakan\nGula putih dan gula perang digunakan dengan cara berbeza dalam seni masakan serta pembuatan kek. Ia juga digunakan secara bersama untuk mengolah warna, tekstur dan rasa masakan dan makanan.\nMolasses dalam gula perang lebih kuat mengekalkan lembapan (moisture), oleh penggunaannya dalam pembuatan kek akan menjadikan kek tersebut lembut tetapi lebih pejal.\nBiskut yang dibuat menggunakan gula perang akan menjadi lebih \u2018moist\u2019 (lembab) dan biskut yang menggunakan gula putih akan menjadikan ianya lebih kembang dan rapuh serta lebih kering.\nOleh kerana perbezaan sifat ini maka kedua-dua gula ini digunakan untuk tujuan berbeza dalam pembuatan kek dan biskut untuk tekstur, rasa dan kerapuhannya. Gula perang juga digunakan sebagai sapuan untuk mengilatkan makanan dan juga sebagai sos gula seperti dalam sos barbeque dan sebagainya.\nPerbezaan Gula Perang Dan Gula Putih\nPerbezaan utama diantara dua gula ini adalah kerana \u2018rasa\u2019 dan \u2018warna\u2019 serta kesan tekstur kepada makanan yang disediakan. Ia bukanlah kerana perbezaan kepada kesannya kepada kesihatan atau kesannya kepada indeks glisemik (GI). Oleh itu pendapat yang menyatakan gula perang lebih sihat daripada gula putih adalah tidak tepat kerana kedua-duanya mempunyai indeks glisemik (GI) yang sama serta nilai nutrisi yang hampir sama iaitu kedua-duanya mempunyai kandungan glukosa dan fruktosa didalamnya.\n\nMenukar gula putih kepada gula perang hanya akan mengubah warna dan rasanya sahaja dan tidak menjadikan makanan atau minuman tersebut lebih sihat.\nMenggunakan gula perang dalam pembuatan kek coklat atau kek buah adalah lebih sesuai daripada segi rasanya dan warnanya berbanding dengan gula putih. Manakala gula putih lebih sesuai untuk kek atau biskut yang berwarna cerah dan juga produk makanan yang memerlukan rasa yang lebih manis seperti kek span dan pastri manis.\nYang Mana Satu Lebih Baik?\nSamada anda menggunakan gula putih atau gula perang, kesannya kepada kesihatan adalah serupa. Oleh itu pemilihan hanyalah berdasarkan rasa, warna dan tekstur makanan yang ingin dibuat.\nWalaupun gula perang mempunyai kandungan mineral yang lebih berbanding gula putih, tetapi jumlah kandungan mineral didalamnya terlalu kecil sehinggakan ia tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada kesihatan.\n\nGula adalah faktor risiko utama yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang berlaku sekarang seperti obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya.\nOleh kerana itu pengambilan gula perlu dikawal dan di kurangkan seminimum yang boleh iaitu kurang daripada 5 sudu teh sehari iaitu dalam anggaran kurang daripada 5% gula tambahan daripada jumlah kalori keseluruhan pemakanan seharian kita.\nPengambilan sekali sekala makanan manis bergula masih boleh diterima, tetapi penggunaan secara berterusan setiap hari akan menjadikan seseorang ketagih kepada rasa manis gula dan untuk jangkamasa panjang memudaratkan kesihatan.\nMenggunakan alternatif gula perang menggantikan gula putih bukanlah satu alternatif yang sihat kerana kedua-duanya sebenarnya sama tentang kesan negatifnya kepada kesihatan. Penggunaan pemanis gantian seperti stevia atau lakanto adalah lebih baik dan lebih sihat.\nKesimpulan\nKedua-dua jenis gula ini sangat mudah diperolehi di pasaran. Walaupun terdapat perbezaan sedikit diantara keduanya dari aspek warna dan rasanya, tetapi kesannya kepada kesihatan adalah sama kerana kandungan nutrisi yang sama.\nPengambilan gula sama da gula perang atau gula putih masih perlu kita hadkan dalam pengambilan makanan setiap hari untuk mengurangkan risiko jangka masa panjang kepada kesihatan umumnya.\nKredit: Dr Norman Norawi\n"} {"url": "https://myresipi.com/beza-guna-sebelum-baik-sebelum-pada-produk/", "title": "Beza \u2018Guna Sebelum\u2019 & \u2018Baik Sebelum\u2019 Pada Label Produk Makanan & Minuman", "body": "\nPerasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat \u201cBaik Sebelum\u201d (Best before) dan \u201cGuna Sebelum\u201d (Use by)?\nLabel tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan focus kepada makanan dan minuman sahaja.\nPerbezaan \u2018Baik Sebelum\u2019 & \u2018Guna Sebelum\u2019\nSebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.\nGuna Sebelum (Use by)\n\nTarikh yang tertera sebagai \u201cGuna Sebelum\u201d ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.\nBaik Sebelum (Best Before)\n\nTarikh untuk label \u201cBaik Sebelum\u201d menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.\nTetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada:\n\nPerubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair)\nWarna (berubah dari yang asal)\nBau (tengit disebabkan oksidasi)\nRasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.\n\nSekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.\n\nTips untuk memanjangkan jangka hayat produk\nSimpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.\nSumber: Fatimah Salim\nBaca juga: Jangan Ikut \u2018Trend\u2019 Beli Perkakas Dapur Murah & Viral, Ahli Kimia Kongsi Kesannya\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/beza-jenis-butter/", "title": "Masih Tak Tahu Jenis Butter? Ini Kegunaan Jenis \u2018Salted\u2019 dan \u2018Unsalted\u2019 Butter", "body": "\nMasih keliru dengan jenis butter? Susah nak kenal mana satu salted & mana satu unsalted? Jom kita mempelajari tentang beza butter tersebut.\n\nApa beza salted dan unsalted?\n\nSalted butter adalah mentega yang mengandungi garam. Ia juga tahan lama dari unsalted butter.\nUnsalted butter pulak adalah mentega fresh tanpa garam. Rasa butter tu lebih kuat dan jangka hayat lebih cepat luput.\n\nApa beza untuk setiap resipi?\nSesiapa yang nak buat biskut anda disyorkan untuk menggunakan salted butter. Tapi kalau nak buat kek pun tiada masalah.\nYang paling berkesan untuk buat kek adalah unsalted butter. Contoh macam cheese cake atau kek yang bertekstur ala puding korang kena guna butter ni sebab kita nak rasa mentega yang kuat segar dan wangi.\nPerbandingan harga bagaimana pula?\nHarga untuk salted butter lebih murah berbanding unsalted butter.\nSelalunya berat salted butter lebih berat iaitu sebanyak 250gm manakala unsalted butter selalunya sekitar [email\u00a0protected] gram.\nIni disebabkan salted butter mengandungi garam manakala unsalted pula adalah pure butter sebab itu salted lebih berat.\n\nMacam mana pulak dengan jenama buttercup?\nButtercup tu bukan mentega (butter) tetapi merupakan gabungan butter dan marjerin. Kira tu bukan mentega tulen la. Tapi tiada masalah pon kalau nak guna. Jika nak ganti sesuatu resipi yang guna butter dengan marjerin pon tiada masalah.\nCuma jika guna marjerin tekstur akan jadi lembap dan berminyak. Masak jangan takut untuk mencuba dan jangan malu untuk bertanya.\nSemoga perkongsian ini dapat memberi anda manfaat pada masa hadapan.\n\nSumber: Hadid Al Has\nBaca juga:\nTips Pilih Butter Yang Sesuai Untuk \u2018Membaking\u2019, Bukan Tengok Harga Mahal Atau Murah\n"} {"url": "https://myresipi.com/beza-tarikh-luput/", "title": "Beza Tarikh Luput \u2018Guna Sebelum\u2019 Dengan \u2018Baik Sebelum\u2019 Pada Label Makanan", "body": "\nRupa-rupanya ada beza tarikh luput untuk\u2019 Baik Sebelum\u2019 dengan \u2018Guna Sebelum\u2019 pada label makanan untuk minuman yang wajib anda ketahui.\nKebiasaannya, apabila membeli barangan makanan di kedai, memang akan menyemak dahulu tarikh luput supaya tidak rugi membeli yang sudah rosak.\nBaca juga: Jangan Terikut \u2018Trend\u2019 Beli Perkakas Dapur Murah & Viral, Bahaya! Ini Kesan Buruknya\nUntuk menjadi pengguna yang bijak, jom ketahui perbezaan kedua-dua jenis label tarikh luput ini. Menerusi hantaran Facebook dari KPDN Laman Rasmi, label ini digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan, minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri, dan macam-macam lagi.\n\nBEZA TARIKH LUPUT PADA LABEL MAKANAN\n\n1. Guna Sebelum (Use by)\n\nTarikh yang tertera sebagai \u2018Guna Sebelum\u2019 ialah akhir sesuatu produk itu selamat untuk dimakan.\nKebiasaannya, ia\u00a0 digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur, dan sebagainya.\nBagi produk makanan yang dilabel sebegini, haruslah dibuang serta merta\u00a0selepas tarikh yang dinyatakan.\n\n2. Baik Sebelum (Best before)\n\nTarikh untuk label \u2018Baik Sebelum\u2019 menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan.\nSelepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah tidak boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.\nTetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan.\nKita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.\nSekiranya terdapat perubahan-perubahan tersebut, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.\n\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: 7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru \u2018Balance\u2019 Diet Harian!\n"} {"url": "https://myresipi.com/beza-yogurt-greek-yogurt-biasa/", "title": "Beza Yogurt Greek & Yogurt Biasa, Pilih Yang \u2018Jenis\u2019 Ini Baru Lagi Sihat", "body": "\nYogurt merupakan produk tenusu yang diperbuat melalui proses fermentasi. Bakteria yang digunakan untuk membuat yogurt dipanggil \u201ckultur,\u201d yang menghasilkan asid laktik-bahan menyumbang kepada rasa dan tekstur unik yogurt.\nYogurt boleh dibuat dari pelbagai jenis susu. Variasi yang diperbuat daripada susu dianggap kurang lemak, manakala yang diperbuat daripada susu biasa dianggap penuh lemak.\nMalah, yogurt biasa dan Yogurt Greek diperbuat daripada bahan-bahan utama yang sama iaitu susu segar, ditambah dengan bakteria jenis Streptococcus dan Lactobacillus bulgaricus.\nApa Beza Yogurt Greek & Yogurt Biasa?\n\nYogurt Greek mempunyai tekstur pekat dan rasa yang lebih masam berbanding dengan yogurt biasa yang lebih cair dan lebih manis.\nSelain itu, Yogurt Greek lebih mengengkan disebabkan oleh kandungan proteinnya yang tinggi. Ianya juga amat sesuai untuk ditambah di dalam smootie, buah-buahan dan bijiran untuk sarapan pagi (overnight oats).\u00a0\nYogurt Greek juga boleh digunakan dalam masakan sebagai pengganti santan kelapa dalam masakan harian!\nMana Yang Lebih Elok?\nSecara amnya (bergantung kepada jenama), yogurt Greek asli lebih RENDAH kalori, kandungan gula, karbohidrat dan lemak manakala TINGGI dalam kandungan protein dan kalsium berbanding dengan yogurt asli biasa. Namun, kedua-dua yogurt (Greek dan biasa) merupakan sumber magnesium, vitamin B12, dan iodin yang baik.\nJadi, mana yang harus anda pilih? Terpulang pada citarasa masing-masing, tetapi pilihlah yang asli, bukan yang berperisa.\nSumber: Magaret Sivapragasam\n"} {"url": "https://myresipi.com/biasalah-tu-lalat-gadis-bengang-dapat-ikan-berulat-tapi-pekerja-buat-selamber/", "title": "\u2018Biasalah Tu Lalat\u2019- Gadis Bengang Dapat Ikan Berulat Tapi Pekerja Buat Selamber", "body": "\nSetiap kali kita nak pergi makan di kedai, pasti kita akan mencari kedai yang bersih dan sedap kan?\nAkan tetapi lain pula yang berlaku kepada seorang gadis ini apabila ikan yang dibeli mempunyai ulat.\nMenerusi video yang dikongsi oleh @udediba di TikTok, apabila sedang mejamu selera di sebuah kedai, dia mendapati ikan yang sedang dijamah mempunyai ulat.\nKerana tidak mahu menimbulkan kekecohan, dia terus membawa ikan tersebut ke dapur untuk ditunjukkan kepada tukang masak di dapur.\n\nNamun, apa yang mengejutkan adalah reaksi pekerja itu yang tidak meminta maaf atau tidak berasa serba salah sedangkan ia bukan hal remeh kerana melibatkan kebersihan.\nKetika dia memberitahu ikan itu berulat, pekerja tersebut hanya membalas ia adalah perkara biasa disebabkan oleh lalat.\n\u201cKenapa yang lain makan lagi..\u201d\nPerkongsian itu turut mendapat perhatian netizen. Ada yang pelik kenapa masih ada yang sambung makan walaupun mendapati lauk di kedai tersebut tidak bersih.\n\n\u201cKalau aku dah tak boleh sambung makan..\u201d\n\n\u201cMacam ikan lama..\u201d\n\n\nApa pendapat anda? Betul ke salah lalat atau ikan lama.\n"} {"url": "https://myresipi.com/bibir-berminyak-makan-sup-4-tips-buang-lemaknya/", "title": "Risau Bibir Berminyak Makan Sup Daging Korban? Ini 4 Tips Mudah Buang Lemaknya", "body": "\nBila tiba musim Hari Raya Korban, pasti ramai yang akan memasak daging korban hasil diperolehi hasil daripada bahagian korban yang dilakukan sendiri mahupun sedekah daripada jiran tetangga.\nSup daging sentiasa menjadi pilihan ramai bila dapat daging korban. Tapi bila buat sup ni pasti akan buat bibir jadi \u2018berminyak\u2019. Kadang-kadang rasa takut nak makan bila tengok banyak sangat lemak dalam sup.\nJangan risau, ada beberapa tips untuk membuang lemak-lemak daripada rebusan daging dengan mudah dan dijamin berkesan.\nBaca juga: Cara Cuci Perut Lembu, \u2018Confirm\u2019 Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni\nBIBIR BERMINYAK MAKAN SUP DAGING? 4 TIPS MUDAH BUANG LEMAKNYA\n1. Buang air rebusan pertama\nAda petuanya kalau nak dapatkan sup yang bersih dan kurang berminyak, salah satunya adalah dengan membuang air rebusan daging yang pertama. Dalam rebusan pertama inilah terhasilnya lemak paling banyak.\nBila dah buang, boleh rebus semula macam biasa dan tambahkan bahan-bahan lain seperti kentang, daun sup serta perasa.\nPasti ada yang kata sayang nak buang lemak ini sebab itu yang buat sup rasa sedap. Apapun, kalau nak ikutkan, hasil rebusan kedua pun tak kurang sedapnya juga.\n\n2. Sejukkan rebusan dalam peti ais.\nCara kedua yang boleh anda cuba adalah dengan menyejukkan air rebusan daging tadi dalam peti ais. Setelah beberapa jam, air rebusan daging akan membentuk satu lapisan lemak yang membeku. Bila dah beku, mudah untuk kita buang lemak-lemaknya.\nAir rebusan yang di bahagian bawahnya bolehlah dimasak dan ditambah bahan lain untuk dibuat sup atau masakan lain. Barulah berkurang minyak dan lemaknya.\n\n3. Kaup buih/minyak semasa memasak\nSelain itu, anda mungkin akan dapat perhatikan buih-buih kehitaman / keperangan ketika sup sedang menggelegak. Tapi kalau yang guna\u00a0pressure cooker\u00a0mungkin tak nampak.\nBagi yang guna periuk biasa, bolehlah kaupkan buih-buih ini supaya lemak-lemaknya berkurang. Minyak atau lemak yang timbul masa panas ini juga boleh disingkirkan sekali.\n\n4. Guna senduk atau mangkuk berisi ais\nAkhir sekali, anda boleh cuba gunakan cara mengisi senduk atau mangkuk lain dengan ais. Lalukan senduk atau periuk ini di atas permukaan sup yang telah dimasak.\nKemudian, anda akan mendapati lemak-lemak akan terlekat pada bahagian bawah senduk atau mangkuk yang sejuk.\nBagi siapa yang guna mangkuk, boleh juga balutkan terus mangkuk tadi dengan\u00a0plastic wrap.\u00a0jadi, tak payah susah-susah nak basuh sebab boleh tanggalkan dan terus buang. Bukan mudah nak cuci lemak \u2018degil\u2019 tu nanti tau!\n\nGuna saja salah satu cara di atas ini untuk buang lemak-lemak yang akan timbul bila sup menyejuk nanti. Dapatlah anda menikmati sup yang lebih \u2018bersih\u2019, tapi tetap enak dan kurang berminyak.\nSumber: Sirap Limau\n"} {"url": "https://myresipi.com/bihun-cakar-madu/", "title": "Bihun Cakar Madu Guna 4 Bahan Ini Je, Rasa Rangup Dan Manis-manis Buah Sedap!", "body": "\nBest juga kalau dapat buat bihun cakar madu ni untuk anak-anak. Mesti diaorang suka. Bihun cakar madu ni lebih kurang sama macam cakar ayam. Bezanya cakar ayam menggunakan ubi keledek, sebaliknya kuih ni menggunakan bihun.\nBiasanya kuih ni dihidang di majlis kenduri kendara di kampung. Teksturnya rangup dan mempunyai rasa manis-manis buah. Pasti ramai yang suka dengan kuih ni. Korang boleh simpan di tempat kedap udara. So, kuih akan tahan lama.\nResipi berkaitan: Jom Belajar Cara Buat Kuih Tradisional Kedah Kuih Bunga Pudak\nAda yang kata, bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan bihun cakar madu ni sikit je. Tapi cara penyediaannya agak renyah. Kalau mak-mak nak sediakan untuk anak-anak, apa salahnya buat sendiri kat rumah kan.\nKuih ni juga biasanya kita akan jumpa di jual di kedai-kedai yang menjual kerepek. Tertanya-tanya juga macam mana orang buat kuih ni. Rasa nak try buat sendiri pula. Esok-esok bolehlah share kat anak cucu. Takde lah kuih-kuih orang Melayu kita ni lapuk dek zaman.\nMacam mana nak buat kuih ni? Ha, korang follow je resepi yang dikongsikan oleh Ida Zaida ni. Resepi ni dah viral 2.4k share dan 2k like tau! Memang ramai yang share. Ada yang jual RM15 sebekas. Buat sendiri lagi puas hati. Nak buat untuk hidangan tetamu raya haji ni pun boleh.\n\nResipi Bihun Cakar Madu\n\n\nBahan-bahan:\n\n1 cawan air\n1 cawan gula\n1 plastik bihun\n1 tutup pewarna\n\nCara membuat:\n1. Masukkan air dan gula dalam kuali. Kacau sampai air gula menggelegak.\n2. Masukkan pewarna pilihan. Kacau sekejap agak-agak warna dah sebati, masukkan bihun.\n3. Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.\n4. Bila dah bersalut elok, boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.\n5. Panaskan minyak dalam 1kg. Bila minyak dah panas, ambil sedikit bihun dan goreng sekejap dan masukkan dalam apa-apa bekas.\n6. Masukkan dalam gelas plastik dan tekap. Part menekap ni kena cepat-cepat sebab dia tak kan melekat kalau dah sejuk.\n7. Siap! Boleh masukkan dalam bekas kedap udara.\n\n\n\nRasa seronok juga buat kuih ni. Macam tengah main masak-masak gitu. Kuih-kuih macam ni seronok buat reramai.\nSorang goreng bihun, sorang lagi tekap kat cawan. Takde lah kelam kabut nak goreng bihun dan menekap nanti.\nKalau bedua ni lebih cepat. Sebab proses nak bentukkan kuih ni kena cepat. Kalau tak bihun tak akan melekat bila dah sejuk.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bihun-goreng-12-sudu-gula-viral/", "title": "Bihun Goreng 12 Sudu Gula \u2018Viral\u2019, Resipi Pelik Tapi Ramai Kata Sedap!", "body": "\nBaru-baru ini ini tular di laman sosial Facebook, Resipi Bihun Goreng 12 sudu gula\u00a0yang lain dari lain kerana resipi ini dimasukkan 12 sudu teh gula.\nTak manis ke? Sedap ke? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan. Ramai yang sudah mencubanya dan rata-rata daripada mereka mengatakan rasanya boleh tahan sedap!\nKalau anda nak tahu bagaimana rasa bihun goreng ini, jom cuba buat sendiri nanti dengan menggunakan resipi di bawah.\nResipi Bihun Goreng 12 Sudu Gula \u2018Viral\u2019\nBahan-bahan:\n\n1 paket bihun (rendam air biasa)\nUdang kering satu paket kecil\nBawang rose 3 biji*\nBawang putih 2 ulas*\nCili kering 4 biji*\nBelacan bakar (sikit sahaja)\nAsam jawa (agak-agak besar duit 20 sen)*\nGula 12 sudu teh (kfc)\nMSG 2 sudu teh\nGaram 1/2 sudu teh (x7)\nSerbuk kunyit 1/2 sudu teh*\n\nCara-cara:\n\nBakar belacan.\nKisar bahan yang bertanda (*) sampai hancur. Air jangan terlalu banyak.\nGoreng udang kering dalam minyak. Bila dah agak masak, masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau.\nMasukkan perasa dan tumis seketika lagi. Bila dah nampak pecah minyak baru masukkan bihun.\nKacau sebati bihun dengan menggunakan api perlahan untuk mendapatkan hasil bihun yang tidak hancur dan lembut. Hanya masukkan air bila perlu,\nCara nak tahu jika bihun masak elok, akan nampak asap pada permukaan atas bihun.\n\n\nKredit: Mohd Shukur Mohd Shukur\nKredit gambar: Noraini Rose, Shida Bedullah\n"} {"url": "https://myresipi.com/bihun-goreng-kicap-seafood/", "title": "Bihun Goreng Kicap Seafood, Sedap Dan Pastinya Korang Puas Hati!", "body": "\nJom kita cuba resepi\u00a0bihun goreng kicap seafood\u00a0yang istimewa ini. Sedap sangat resepi\u00a0bihun goreng ini dan pastinya korang akan puas hati.\nBila masak menu yang berasakan seafood, pastinya seafood yang freash sangat diperlukan. Bila tak fresh, hilang pula stim nak makan nantikan. Menu ini pastinya boleh dihidang bila-bila masa sahaja.\nBihun goreng juga boleh dihidang bila ada masjlis dirumah anda. Contohnya rumah terbuka.\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi \u20181 Bahan\u2019 Rahsia Buat Teh Tarik Berlemak Padu\nJadi, bolehlah tetamu membuat pilihan untuk makan nasi ataupun bihun. Seperti biasa, cara memasak bihun ini ada pelbagai cara.\nBihun boleh dimasak ala masakan bihun singapore, bihun sup, bihun goreng ayam dan macam-macam lagi. \nApa saja masakan yang berasaskan bihun pastinya mempunyai keenakannya yang tersendiri.\nResepi bihun goreng kicap seafood ini telah dikongsian oleh seorang pengguna facebook iaitu Nurul Ateekah. \nBoleh je guna resepi istimewa ini untuk hidangan jamuan disekolah atau ditempat kerja. Sedap dan mewah rupanya.\nResipi Bihun Goreng Kicap Seafood\n\n\nBahan-bahan:\n\n400 gram bihun kering\nTaugeh\nLobak merah (dihiris)\n1 biji Bawang besar\u00a0(dihiris)\n6 ulas Bawang putih (dikatok)\n3 biji Telur ayam\nSotong\nUdang\nSerbuk perasa\nGaram (jika perlu)\nMinyak masak secukupnya\n\nBahan sos:\n\n8 sudu besar Kicap Manis (cap kipas udang)\n3 sudu besar Kicap pekat ABC\n3 sudu besar Sos tiram\n3 sudu besar Sos tomato\n3 sudu besar Sos cili\n2 sudu besar Sos ikan\n\n*Anggarkan saja ikut citarasa masing-masing. Boleh tambah cili kisar jika mahu.\n\n\nCara memasak:\n1. Rendam bihun sehingga agak lembut. Apabila lembut, toskan bihun dan ketepikan dahulu.\n2. Panaskan minyak masak secukupnya. Goreng telur dan masak telur sampai hancur. Apabila dah sedikit garing, angkat dan ketepikan.\n3. Mengunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.\n4. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan sos, serbuk perasa dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati.\n5. Seterusnya,masukkan udang dan sotong. Masak seketika.\n6. Akhir sekali,masukkan bihun yang telah direndam tadi, lobak merah dan juga taugeh. Gaul sehingga rata dan tutup api.\n\n\nSiap untuk dihidang. Nampak menyelerakan sangat. Confirm tak cukup sepinggan dibuatnya! \nResipi ni boleh di panggil sebagai bihun goreng seafood special. Sebab mewah dengan bahan-bahan.\n"} {"url": "https://myresipi.com/bihun-soto-simple/", "title": "Bihun Soto Ayam SIMPLE & Senang Buat, Makan Dengan Cili Kicap Lagi Sedap!", "body": "\nBihun Soto Ayam SIMPLE Dan Senang Nak Buat, Makan Dengan Cili Kicap Lagi Sedap!\nResipi ni bukan biasa-biasa ye. Kuah soto ni memang letops! Kuah bukan macam kuah sup biasa. \nIni soto kuah pekat rasa rempah. Boleh tambah begedil dan buat cili kicap dia sekali. Baru makan tak cukup sepinggan nanti. Hidang panas-panas lagi sedap weh!\nBaca juga: Mee Kangkung Ala Masakan Betawi, Menu Berkuah Sedap dan Manis Wajib Cuba!\nHidangan ni memang sangat popular di negara seberang, sampaikan ramai orang Malaysia yang tergila-gilakan menu ni. Kalau ada majlis rumah terbuka, lagi-lagi di Hari Raya ni, hidangan soto ni lah antara menu yang paling ramai orang buat.\nKorang kena cuba soto ayam yang di kongsikan oleh Cik Puan Ruby Aretull ni. Super sedap!\n\nRESIPI BIHUN SOTO AYAM\u00a0\n\n\nBahan rempah (4 sekawan)\n\nKulit kayu Manis\nBunga lawang\nBuah pelaga\nBunga cengkih\n\nBahan tumis \u2013 kisar halus\n\n3 biji bawang besar\n5 ulas putih\nHalia\nKunyit\nBuah keras\n\nBahan rempah:\n\nRempah kurma 2 sudu besar\nRempah sup 1 sudu besar\nLada hitam 1 sudu kecil\nLada putih 1 sudu besar\n\nBahan lain:\n\nSerai ketuk\nLengkuas ketuk\nMinyak 1 cawan \nAir bajet 3liter air\n\nCara-cara kuah soto:\n1. Tumis 4 sekawan,serai dan lengkuas, masuk bahan dikisar. \n2. Tumis sampai wangi dan pecah minyak masukkan rempah, tumis sampai masak baru letak air kemudian baru masukkan ayam. \n3. Perasakan dengan garam atau kiub ayam ikut citarasa.\n4. Dah mendidih,ayam pun dah masak angkat. Kita goreng kejap ayam, kalau carik-carik anak tak makan.\u00a0\n5, Sedia untuk dimakan!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Tip Masak Mee Goreng Sedap, Kena Tuang Sedikit BAHAN Ini\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/bimbang-makan-petai-mulut-berbau-ini-tips-mudah-hilangkan-bau-dalam-masa-seminit-jom-cuba/", "title": "Bimbang Makan Petai Mulut Berbau? Ini Tips Mudah Hilangkan Bau Dalam Masa Seminit. Jom Cuba!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-03 09:32:53\n\n\nTidak dinafikan, petai sememangnya menjadi antara ulam kegemaran ramai orang. Petai ini boleh dimakan bersama lauk-lauk seperti sambal udang petai, sambal goreng jawa dan juga boleh dimakan begitu saja. Namun, apa yang menjadikan masalah ialah mulut akan berbau busuk apabila memakannya. Walaupun sudah mencuba bermacam-macam cara untuk menghilangkan bau mulut, namun masih gagal untuk mengatasinya. \n\u00a0\n\nKredit: Mama Aimi\nJangan risau, ini ada cara yang terbaik dan berkesan untuk menghilangkan bau petai di mulut. Menariknya, bahan yang diperlukan hanya menggunakan terung sahaja! Petua ini terbukti berkesan di mana bau mulut akan hilang dalam masa seminit sahaja. Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada\u00a0Bee Keng menerusi laman Facebook.\n\nKredit: tvsarawak\n\u00a0\n\u00a0\nSayur Terung\n\nKredit: maukerja\n\u00a0\nTerung ini berasal dari benua India dan ditaman di India dan China sejak 1500 tahun dahulu. Ramai yang masih belum tahu bahawa terung ini sebenarnya mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan diri kita. Sebagai contoh, sayur ini sangat kaya dengan vitamin dan antioksidan yang mampu menjauhkan kita daripada penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung. Bukan itu sahaja, sayur terung ini juga mempunyai elemen yang boleh bantu menghilangkan bau mulut.\n\u00a0\nCaranya sangat mudah dan ringkas! Anda cuma perlu potongkan sahaja terung mentah kira-kira dalam 1 ke 2 cm dan terus kunyah selama seminit. Selepas kunyah anda boleh telan terung tersebut atau dibuang ikut keselesaan masing-masing. Ada yang mengatakan terung mentah ini rasanya manis dan sangat sedap jika dimakan. \u00a0Bagi yang sukakan ulaman terung, anda juga boleh merebus dahulu terung sebelum memakannya pada akhir juadah sebagai penghilang bau. Anda akan lihat hasilnya yang sangat bagus selepas memakan terung tersebut.\n\nKredit: muraiMY \n\nAda satu lagi cara yang berkesan untuk menghilangkan bau tandas yang disebabkan oleh petai. Caranya adalah dengan meletak sebiji terung yang sudah tidak mahu dipakai. Kemudian, tinggalkan di atas lantai tandas semalaman dan bau akan hilang dengan secepat mungkin.\n\u00a0 \u00a0\u00a0\nMudah saja kan? Selepas ini anda tidak perlu lagi risau atau malu untuk bersemuka dengan orang kerana bau mulut kerana memakan petai.. Hanya kunyah terung selama seminit sudah cukup untuk mengatasi masalah bau busuk. Semoga petua ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/bingka-roti-kukus/", "title": "Bingka Roti Kukus, Roti Dah Nak Tamat Tempoh Boleh Buat Ini, Memang Licin!", "body": "\nMakan Bingka Roti Kukus ketika waktu sarapan atau minum petang memang \u2018layan\u2019 juga.\nLebihan roti gardenia dah nak tamat tempoh. Tak tahu nak buat apa? Ini salah satu menu yang boleh cuba untuk buat makan-makan bersama family.\nBingka atau bengkang adalah kuih yang diperbuat daripada campuran tepung beras, tepung gandum atau ubi kayu, santan, gula dan lain-lain ini memang sedap dinikmati sebagai pemanis mulut.\nBaca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!\nKadang-kadang ia juga mengenyangkan. Cara penyediaannya pun agak mudah dan ringkas.\u00a0\nMenurut Cik Puan Noriza Awang Hamat yang berkongsi resipi ini, jika tengok roti dah nak habis tempoh tu boleh la cuba buat bingka roti kukus ini.\u00a0\nYang baru nak belajar buat pun mesti menjadi ikut cara beliau ini.\u00a0\n\nRESIPI BINGKA ROTI KUKUS\n\nBahan-bahan:\n\n7 keping roti\u00a0\n3 biji telur\n1 cawan gula\n1 cawan tepung gandum\n1 cawan susu segar\n3 cawan santan\nSedikit garam dan sedikit pewarna kuning telur\n\nCara membuat bingka roti:\n1. Kisar ke semua bahan di atas mengunakan blender.\u00a0\n2. Tepi roti tu potong kecil-kecil, tabur di atas adunan. Sapu loyang terlebih dahulu dengan sedikit marjerin.\n3. Kukus selama 45 minit. Siap!\n4. Sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini\nBaca juga: Kuih Masalodeh Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam, Buat Kat Rumah Lagi Puas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bingka-ubi-kayu-lembut-berlemak-hanya-menggunakan-air-fryer-sahaja/", "title": "Bingka Ubi Kayu Lembut & Berlemak, Hanya Menggunakan Air Fryer Sahaja!", "body": "Bingka ubi kayu ini merupakan salah satu kuih tradisional tetapi zaman sekarang dah jarang nampak orang jual kuih bingka ubi, mungkin tak ramai tahu cara nak buatnya. Tetapi sebenarnya cara nak buat bingka ubi mudah sahaja korang kena ikut je cara yang telah disediakan dalam resepi kali ini. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Linda James Haris di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nBINGKA UBI KAYUBingka ubi kayu ini merupakan salah satu kuih tradisional tetapi zaman sekarang dah jarang nampak orang jual kuih bingka ubi, mungkin tak ramai tahu cara nak buatnya. Tetapi sebenarnya cara nak buat bingka ubi mudah sahaja korang kena ikut je cara yang telah disediakan dalam resepi kali ini. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Linda James Haris di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n2 cawan ubi parut (kisar dengan sedikit air)\n\n1/2 cawan gula pasir\n\n1/2 cawan santan pekat\n\nSedikit esen kuning\n\nKredit: Linda James HarisCARA PENYEDIAAN\nMasuk semua bahan ke dalam bekas silikon.\n\nBakar bahagian dalam dan bawah pada suhu 140C selama 30 minit.\n\nSiap dan boleh dimakan begitu sahaja.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/biscoff-cheese-cake/", "title": "Biscoff Cheese Cake, Resipi SUPER Sedap, Lemak Berkrim Dan Gebu Tanpa Oven!", "body": "\nMemang sedap sangat Biscoff Cheese Cake ini! Wajib cuba buat di rumah. Sekali makan, mesti teringat-ingat punya aroma dan tekstur cream cheese yang sejuk tu.\nKek ini sesuai dihidangkan jika buat kenduri, sambut hari jadi, atau rumah terbuka. tetamu akan puji melambung lah lepastu \u2018repeat\u2019 lagi.\u00a0\nBahan utama yang wajib ada dalam resipi ini adalah biskut lotus biscoff. Mana-mana pasaraya ada je jual biskut ni.\nBaca juga: Cara Buat Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Elok Kejadiannya\nKat Lotus memang ada juallah. Bahagian tapak kek ini akan menggunakan gabungan biskut lotus yang dikisar halus dan butter yang dicairkan.\nUntuk bahagian cream pula iaitu bahagian tengah adalah gabungan bahan seperti cheese, whipping cream, gula aising dan sapuan lotus biscoff. Manakalah bahagian topping pula juga menggunakan sapuan lotus bicoff dan tambahan kisaran biskut.\nSapuan lotus biscoff digunakan untuk mendapatkan rasa crunchy pada tekstur cream cheese. Rasanya tak akan muak. Dengan itu mari kita ikuti perkongsian lengkap dari Aisyah Humaira.\n\nRESIPI BISCOFF CHEESE CAKE\n\nMasyaAllah super sedap lemak berkrim dan gebu. Sekali suap rasa macam kek New York Cheese di kedai \u2018femes\u2019 tu. Korang mesti cuba tau cara buat pun mudah.\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 paket biskut lotus biscoff\n1 botol spread lotus biscoff\n\nBahan kisar:\n\n500g cream cheese\n1 kotak kecil cooking / whipping cream\n3 biji telur gred B\n3 sdb gula\n2 sdb susu pekat manis\n2 sdb tepung jagung\n\nCara-caranya:\n1. Masukkan bahan kisar dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil\n2. Dengan menggunakan instant pot, masukkan 1 cawan air.\u00a0\n3. Masukkan adunan kek dan set masa memasak kira-kira 28 minit menggunakan pressure cooker.\n4. Jika menggunakan oven, guna teknik water bath.\u00a0\n5. Setelah kek masak, bolehlah tuangkan biscoff spread yang telah dicairkan dan tabur biskut biscoff.\u00a0\n6. Sejukkan selama satu jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Siap!\n\nAnak-anak antara penggemar kek. Apa saja jenis kek, mesti mereka suka. Lebih-lebih lagi coklat dan cheese. Untuk sapuan pula boleh gunakan satu jenis sapuan lotus biscoff tapi untuk digunakan di bahagian cream cheese, hasilnya tak akan crunchy.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/biskut-bangkit-nyonya/", "title": "Biskut Bangkit Nyonya, Kuih Raya Tradisional Kesukaan Ramai", "body": "\nBiskut Bangkit Nyonya merupakan kuih raya tradisional yang sangat disukai ramai. Ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan cair bila dikunyah.\nKebiasaannya, biskut bangkit akan dibuat bila tiba hari raya. Ianya akan dihidangkan kepada tetamu yang datang. Biskut ini sering menjadi perhatian ramai dan ramai yang menjualnya secara online.\nBaca juga: Biskut Sampan Kuih Raya \u2018Lejen\u2019, Wanita Ini Kongsi Resipi Orang Lama Di Sini\nWalaupun tidak menyambut hari raya, tetapi kuih ini memang menjadi kesukaan anak-anak. Dan sering menjadi kudapan mereka dirumah. Rasanya yang manis ini memang cukup menarik hati peminat biskut ini.\nResipi kuih raya ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mawar Wilsa. Sudah pasti ramai yang ingin mencuba biskut ini dirumahkan. Buat sendiri dirumah lebih puas hati tau. Buat banyak mana pun boleh.\n\nRESIPI BISKUT BANGKIT NYONYA\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n350 gm tepung ubi (disangai dulu)\n150 gm icing gula\n20 gm butter \u2013 2 sudu kecil\n1 biji kuning telur\n130 gm santan pekat\u00a0\n1/8 baking powder\n50 gm santan pekat \u2013 untuk kegunaan sekiranya doh agak keras\n\nCara-cara membuatnya:\u00a0\n1. Satukan icing + butter + kuning telur dan kacau bahan-bahan ini guna whisker atau mixer.\n2. Masukkan santan dan gaul sebati.\n3. Masukkan tepung yang dicampur dengan baking powder tadi.biskut bangkit nyonyabiskut bangkit nyonya\n4. Masukkan sikit demi sikit hingga menjadi doh.\n5. Terap dan bakar suhu 160\u00b0c 20-25 minit atau hingga masak. Mengikut oven masing-masing.\n6. Sejukkan biskut selepas dibakar dan boleh disimpan didalam balang kuih raya!\n\nNota:\u00a0\n\n\nBoleh juga gunakan sagu rumbia.\n\n\nSangai tepung ubi dlm kuali api perlahan selama 10 minit..saya panaskan dlm oven suhu 150\u00b0c 30 minit. Sejukkan dan ayak baru timbang bersama baking powder.\n\n\nJika diuli doh agak keras, boleh tambah 1 camca teh santan pekat (dari 50 g yang diasingkan tadi).\n\n\nJangan dedah doh pd udara kerana mudah kering.\n\n\nJika tak pasti dah masak ke belum lihat bawahnya keperangan sikit dan tandanya dah cukup masak.\n\n\n\nSiap! Dah siap nanti rasanya tak sempat nak masuk balang kot, mesti masuk mulut dulu. Kalau jual time raya memang laku keras biskut ni.\nLagi rangup, lagi sedap biskut ni. Bila kunyah sekali memang tak sedar boleh habis sebalang. Memang ramai peminat biskut ni sehinggakan ada je yang sanggup beli berbalang-balang di luar sana.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Resipi Cara Orang Lama, Jom Buat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/biskut-cornflakes-susu-rangup-di-luar-cair-di-mulut/", "title": "Biskut Cornflakes Susu, Rangup Luar & Cair Di Mulut, Tanpa Guna Oven & Mixer!", "body": "\nTeringin nak buat biskut raya, tapi tiada kelengkapan yang lengkap? Ibu-ibu jangan risau, boleh cuba resipi biskut cornflakes susu\u00a0ini kerana tidak perlu menggunakan pemutar\u00a0(mixer)\u00a0ataupun oven sama sekali.\nBiskut ini bukan saja mudah untuk dibuat, rasanya juga sedap kerana rangup di luar dan cair di mulut. Sesuai juga dimakan oleh anak-anak kecil. Bolehlah ibu-ibu cuba buat untuk hidangan di pagi hari raya nanti.\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Rahsia Semperit Legend \u2018Mak\u2019, Hasil Jualan Lebih 13 Tahun\nRESIPI BISKUT CORNFLAKES SUSU TANPA OVEN & MIVER\nBahan-bahan:\n\n4 cawan tepung gandum (digoreng/disangai)\n1 cawan minyak sapi + 1 sdb\n1 cawan gula kastor\n2 cawan cornflakes (diramas)\nSusu tepung untuk salut\n\nCara-cara:\n1. Cairkan minyak sapi. Ketepikan dalam sebuah bekas.\n\n2. Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum selama lebih kurang 5 minit. Bila tepung dan menjadi ringan, dah boleh angkat.\n\n3. Tak perlu tunggu tepung sejuk, terus masukkan ke dalam campuran gula kastor dan cornflakes. Gaulkan sehingga semua bahan kering sehingga sebati.\n\n4. Seterusnya masukkan minyak sapi yang telah dicairkan tadi. Gaulkan sehingga sebati.\n\n\n5. Sekarang dah boleh bentukkan adunan kepada bulat-bulat kecil.\n\n6. Akhir sekali, salutkan dengan susu tepung sehingga bersalut rata.\n\nSiap, selamat mencuba!\n\nKredit: Siti Nailah AlFarafisha Roslan\nBaca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/biskut-florentine-rangup-confirm-sedap-sesuai-untuk-hidangan-di-aidilfitri/", "title": "Biskut Florentine Rangup & Confirm Sedap, Sesuai Untuk Hidangan Di Aidilfitri", "body": "Cara nak buat biskut florentine ini sangat mudah, korang hanya perlu mengikut cara yang betul sahaja. Nak buat untuk dihidang semasa raya sangat sesuai, sekali makan mesti nak lagi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Izatti Hamid di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nBISKUT FLORENTINECara nak buat biskut florentine ini sangat mudah, korang hanya perlu mengikut cara yang betul sahaja. Nak buat untuk dihidang semasa raya sangat sesuai, sekali makan mesti nak lagi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Izatti Hamid di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n500 gram golden florentina\n\n250 gram kacang almond\n\n250 gram biji labu hijau\n\n250 gram biji bunga matahari\n\n100 gram biji bijan hitam\n\nKredit : Izzati HamidCARA PENYEDIAAN\nGoreng kekacang atas dapur atau bakar dahulu kekacang selama 5 minit.\n\nCampur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.\n\nMasukkan dalam cup muffin. Buat tebal-tebal sikit.\n\nBakar 130\u00b0 selama 15 minit sehingga keperangan.\n\nSiap dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/biskut-kacang-mazola/", "title": "Biskut Kacang Mazola Yang Rangup Dan Sedap, Biskut \u2018Lejen\u2019 Kesukaan Ramai!", "body": "\nResipi biskut mazola merupakan kuih tradisi yang sering dijadikan menu bila tiba hari raya. Sudah tentu kuih raya ini menjadi kegemaran para tetamu yang datang.\nBahan utama yang digunakan dalam biskut ini adalah kacang tanah. Yang mana ia akan disangai terlebih dahulu dan dibuang kulitnya sebelum dikisar halus dan dicampur dengan bahan lain.\nBaca juga: Biskut Sampan Kuih Raya \u2018Lejen\u2019, Wanita Ini Kongsi Resipi Orang Lama Di Sini\nRasanya yang rangup cukup disukai ramai. Selain hidangan ketupat dan rendang pastinya kuih muih seperti biskut mazola akan dihidangkan diatas meja. Tak lengkap hidangan pagi raya bila tidak dihidangkan biskut raya.\nCara penyediaanya sangatlah mudah. Sudah pasti sesiapa sahaja mampu membuatnya. Perkongsian resipi biskut mazola ini adalah dari seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Yati Yati.\nPasti ramai penggemar biskut ini yang akan mencubanya dirumah. bila buat kuih raya teringat pula bila pulang ke kampung beramai-ramai. Sempat je malam raya tu buat biskut raya. Yang penting tengah happy dengan ibu ayah dan adik beradik.\n\nRESIPI BISKUT KACANG MAZOLA\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan kacang tanah\n2 1/4 cawan tepung MFM paling halus/ guna tepung gandum + 1 sk baking powder\n2 sb minyak sapi atau butter\n1/2 cawan gula yang telah diblender halus\nSedikit garam\nSedikit esen vanilla\n1/2 cawan minyak jagung/ mazola\n\nCara-cara membuat:\n1. Mula-mula sangaikan kacang tanah, buangkan kulit dan kisar sehingga halus.\n2. Kemudian gaul rata semua bahan yang diperlukan termasuk kacang tanah yang sudah di kisar tadi kecuali minyak jagung atau mazola.\n3. Tuangkan minyak jagung atau mazola sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh hingga tidak melekat pada tangan.\n4. Canaikan dan terap ikut acuan kesukaan anda dan susun biskut atas tray yang telah disapu butter.\n5. Sapukan kuning telur dengan sedikit pewarna kuning dibahagian atas.\n6. Kemudian, letakkan almond slice atau kacang sebagai hiasan.\n7. Panaskan oven pada suhu 170C selama 5 minit.\n8. Bakar biskut pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga kekuningan. Siap! dan boleh masuk dalam balang.\n\n\nSimple je kan. Kalau tak suka nak banyak kerja, malas nak sangai kacang, buang kulit tu semua. Anda boleh je beli kacang tanah yang dah siap kisar. Pasti lebih mudah dan lebih express.\nBiskut mazola ni ada pelbagai bentuk tapi rasanya tetap sama tau. Kalau yang asli bulat je, tapi ikutkan kreativiti dan nak nampak cantik boleh je guna acuan berbunga-bunga.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kuih Pulut Wajik @ Wajid Ikut Sukatan Cawan, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/biskut-mini-pretzel/", "title": "Biskut Mini Pretzel Cara Simple, Tinggal Celup Dan Tabur Je", "body": "\nBiskut Mini Pretzel Cara Simple, Tinggal Celup Dan Tabur Je. Boleh buat biskut raya cara senang guna resipi ini.\nBaca juga: Chewy Chocolate Chip Cookies Untuk Kudapan Raya, Sedap Sangat Hasilnya!\nJom ikuti cara buat dari perkongsian Cik Puan Gee Sulaiman di laman Facebook ini. Bahan yang digunakan pun tak renyah! Budak-budak pun boleh buat. Jim cuba!\n\nRESIPI BISKUT MINI PRETZEL\n\n\nBahan-bahan:\n\nMini pretzel \u2013 jenis unsalted\nDark chocolate\nMilk chocolate\nCardbury\n\nBahan topping:\n\nBiscoff \nOreo\u00a0\nCoklat rice\nAlmond nib\u00a0\nCoklat rice color\n\nCara penyediaan:\n1. Mini pretzel, beli siap di kedai bakery atau di online. Sebungkus dalam rm16, isinya anggaran 200 keping. Tapi kalau beli baca betul-betul kalau ada tulis salt atau sea salt. Yang ini rasa masin tau biskutnya. Beli yang tak masin.\n2. Bahan untuk celup, campurkan dark coklat + milk coklat + cardbury dan masak secara double boil hingga cair dan campurkan dengan minyak jagung.\n3. Dah siap, boleh celupkan mini pretzel dengan coklat yang sudah dicairkan.\n4. Lepas celup, letak atas loyang, tabur topping dan simpan dalam peti ais anggaran 2-3 minit untuk coklat mengeras.\n5. Siap untuk disimpan dalam balang.\n\n\nMudah dan ringkas! Boleh buat aktiviti ini bersama dengan anak-anak. Dapat juga luangkan masa bersama mereka sambil buat biskut raya yang super senang ini.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Biskut Sampan Kuih Raya \u2018Lejen\u2019, Wanita Ini Kongsi Resipi Orang Lama Di Sini\n"} {"url": "https://myresipi.com/biskut-sampan-kuih-raya-lejen/", "title": "Biskut Sampan Kuih Raya \u2018Lejen\u2019, Wanita Ini Kongsi Resipi Orang Lama Di Sini", "body": "\nJom buat Biskut Sampan untuk kuih raya tahun ini. Awal 1970-an, kuih raya ini antara yang popular dan hanya orang kampung moden sahaja yang tahu membuatnya. Dulu payah orang nak kongsi resipi tau.\nKenapa namanya biskut sampan? Sebabnya kerana bentuk fizikalnya sama seperti itu. Bukan itu sahaja, kuih ini juga memerlukan acuan bentuk sampan yang dapat dibeli di kedai menjual barangan kek dan kuih-muih sahaja.\nAda pelbagai perisa dan versi biskut sampan ini. Antaranya nestum, kelapa kering, badam, butter, dan bermacam lagi.\nBaca juga: Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya\nTapi zaman 70-an belum ada lagi perisa nestum untuk dijadikan inti. Hanya guna buah ceri berwarna merah dan hijau sahaja sebagai penyeri.\nJom kita ikut resipi dari perkongsian Cik Puan Mashitah Amin di laman Facebook ini. Perkongsian beliau juga telah meraih sehingga 1k shares tau! Memang resipi cara orang lama punya kerana guna inti kelapa kering.\u00a0\nJom kita lihat cara membuatnya.\n\nRESIPI BISKUT SAMPAN CARA ORANG LAMA\n\nBahan-bahan doh sampan:\n\n250g pure butter\n100g gula aising\n1 biji telur gred A\n1 sudu esen vanila\n30g susu tepung\n500g tepung gandum\n\nCara-cara buat doh sampan:\n1. Satukan butter dan gula aising. Gaul hingga sebati guna mixer. Nak guna senduk pun tiada masalah.\n2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanila. Gaul rata.\n3. Selepas sudah sebati, masukkan pula susu tepung dan tepung gandum sedikit demi sedikt sehingga habis.\n4. Apabila bahan-bahan sudah sebati dan menjadi doh, uli kan ia sehingga doh menjadi lembut.\nBahan-bahan inti:\n\n12og pure butter\n150g kelapa kering\n30g gula aising\n50g kacang badam \u2013 bakar dahulu\n50g ceri merah dan hijau \u2013 cincang\u00a0\n20g kismis \u2013 cincang\n\nCara-cara membuat inti:\n1. Campurkan butter dan gula aising, gaul hingga sebati guna mixer.\n2. Kemudian, tambah bahan-bahan inti lain dan gaul rata sahaja.\nCara buat biskut sampan:\n1. Ambil doh sampan, tekap pada acuan berbentuk sampan.\u00a0\n2. Keluarkan elok-elok dan jangan buat terlalu tebal.\n3. Masukkan pula bahan inti tadi. Ulang sehingga doh dan isi habis.\n4. Semasa buat step ini, panaskan oven dahulu kira-kira 15 minit.\n5. Dah panaskan oven, bakar biskut ini dengan suhu 170C kira-kira 20 hingga 25 minit.\n\n\nSudah siap kuih raya kita ini. Bagi yang baru nak merasa biskut sampan ini, memang akan menjadi kuih raya kegemaran korang sampai bila-bila.\nNanti bila dah \u2018pro\u2019, bolehlah buat untuk menjual untuk kuih orang lama-lama ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Cik Puan Mashitah Amin kerana sudi berkongsi resipi kuih ini.\nSemoga bermanfaat!\u00a0\nBaca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/biskut-snow-nestum/", "title": "Biskut Snow Nestum, Tak Perlu Bakar Tapi Tetap \u2018Crunchy\u2019 & Tak Muak!", "body": "\nPejam celik Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Jika anda belum mula buat biskut raya, ada satu resipi biskut mudah yang anda boleh cuba iaitu resipi biskut snow nestum!\nResipi ini tidak menggunakan oven, jadi sesiapa yang tiada oven pun boleh cuba buat! Cara membuatnya juga sangat mudah,\u00a0last minute\u00a0pun sempat buat lagi.\nKalau nak tahu macam mana cara penyediaannya, jom ikuti resipi hasil perkongsian dari Saudari Farrah Emylia di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Kuih Batang Buruk Versi Ekspres, Guna Kulit Popia Je!\nRESEPI BISKUT SNOW NESTUM\nBahan-bahan:\n\n500g milk coin (apa-apa jenama pun boleh)\n500g dark coin (apa-apa jenama pun boleh)\n500g nestum\n\nBahan-bahan hiasan/salutan:\n\nChocolate compound 1kg\nCoco butter 50g\nSerbuk roti\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Cairkan dulu coklat milk coin dan dark coin.\n2. Kemudian, masukkan nestum. Tutup api dan kacau sebati.\n3. Tuang ke dalam loyang dan padatkannya. Boleh terus potong mengikut kreativiti anda.\n4. Masukkan loyang ke dalam peti selama 30 minit.\n5. Keluarkan loyang selepas 30 minit. Kemudian patah-patahkan mengikut garis potongan tadi.\n6. Cairkan chocolate compund dan coco butter menggunakan kaedah double boil. Bila dah cair, celup biskut tadi ke dalam coklat.\n7. Angkat dan salutkan pula dengan serbuk roti.\n8. Bila dah siap salut, biarkan sejuk selama 30 minit dan baru simpan di dalam balang kedap udara. Siap! Selamat mencuba.\n\nKredit resipi dan gambar: Farrah Amylia\nBaca juga: Resipi Biskut Nutella Pods Mudah & Tak Perlu Bakar, Sedap & Jimat Masa!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bisnes-jatuh-kerana-berita-palsu-sos-aminah-hassan-kembali-bangun-semula/", "title": "Bisnes Pernah Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Bangun Semula", "body": "\nPernah guna sos jenama Aminah Hassan ? Kepada peminat sos cili jenama Aminah Hassan, difahamkan kini, sos ini telah mula dijual semula di beberapa lokasi sahaja dan anda boleh dapatkan sos cili ini untuk nikmati rasa sos cili \u2018legend\u2019 ini.\nKisah Jatuh Bangun Sos Aminah Hassan\nJenama Aminah Hassan di asaskan oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Bermula daripada sos cili kemudian tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam. Perniagaan ini telah bermula secara kecil-kecilan sejak tahun 1966 lagi.\nBermula di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos. Sehinggalah perniagaan ini semakin maju dan berkembang dengan jenama Sos Aminah Hassan.\nSetelah pengasas produk ini meninggal dunia, perniagaan ini disambung dan diteruskan oleh anak arwah Hajjah Aminah bersama Haji Hassan.\nSelain mengeluarkan produk sos cili, jenama Aminah Hassan ini berkembang dengan mengeluarkan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.\nKemana Perginya Sos Aminah Hassan\n\nBagi peminat-peminat Sos Aminah Hassan, pasti perasan jenama ini pernah hilang di pasaran buat beberapa ketika sehingga sukar untuk menemukan jenama sos ini lagi.\nInilah sejarah hitam yang telah mencetuskan kejatuhan kepada jenama yang telah di asaskan oleh arwah Hajjah Aminah.\nIanya bermula selepas pengasasnya meninggal dunia. Kemudian khabar angin kononya sos tersebut telah di jual dan dimiliki oleh syarikat bangsa asing.\nEkoran berita palsu tersebut, produk sos Aminah Hassan tidak lagi mendapat sambutan yang rata-ratanya adalah dari kaum bumiputera melayu dan akibatnya operasi terpaksa ditutup akibat mengalami kerugian.\nRahsia Resepi Sos Aminah Hassan\nSetiap produk yang mempunyai peminat tersendiri, sudah pasti mempunyai ramuan rahsia yang menjadikan sesuatu makanan itu mempunyai rasa unik dan tersendiri.\nBegitu juga dengan Sos Aminah Hassan. Ianya mempunyai ramuan dan bahan tersendiri.\nBayangkan sos ini telah berusia 55 tahun. Pasti ada ramuan rahsia yang menyebabkan ianya mempunyai peminat yang tersendiri.\nSumber: Harian Post\n"} {"url": "https://myresipi.com/boba-kampung/", "title": "Boba Kampung Ikut Resipi Thai Dessert, Warna-warni Cantik Kejadiannya", "body": "\nPernah cuba buat Boba Kampung? Selalu yang kita nampak boba milk tea yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu. Apa kata cuba boba jenis ini pula. Nampak cantik warna-warni dalam pencuci mulut.\nMemang tengok dari gambar pun dah buat kita terliur, apatah lagi kalau ngap dalam mulut sejuk-sejuk. Memang nikmat time cuaca tengah panas.\nResipi ni sangat mudah dibuat. Boleh dijadikan pemanis mulut semasa berbuka puasa atau bila ada majlis terbuka di rumah. Boba Kampung ni sejenis bubur yang boleh dihidang panas-panas atau di campur dengan ais dan dimakan sejuk.\nBaca juga: Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia, Gebu dan Sedap\nAsalnya ia adalah Thai Dessert yang popular di negara jiran. Memang tak sah lah kalau ke sana tak mencuba Thai Dessert ini. Tapi nak lagi mudah, kita bawakan ke rumah dan nikmatinya dengan lebih puas.\nResipi Boba Kampung ini telah dikongsikan sendiri oleh EasyBakeLab menerusi laman Facebook dan telah meraih sebanyak 204 shares! Memang ramai yang nak mencuba Boba Kampung ini. Jom kita tengok.\n\nRESIPI BOBA KAMPUNG\n\nBahan-bahan boba:\u00a0\n\n1 cawan tepung ubi kayu\nAir panas mendidih\n1 sudu besar gula\nSedikit garam\nPewarna\n\nBahan-bahan kuah:\n\nSantan\nGula\nGaram\nDaun pandan\nSagu\nJagung\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Sediakan air panas yang menggelegak. Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam bahan boba yang telah disatukan. Uli hingga menjadi doh.\n**Tips: masukkan air panas sikit selepas itu uli, kemudian masukkan lagi sedikit selang seli macam itu. Kalau air banyak sekaligus doh akan jadi melekit macam gam.\u00a0\n2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput. Rebus dalam air menggelegak. Dah terapung tos dan masukkan dalam ais supaya tidak melekat-lekat. Ketepikan.\n3. Dalam periuk, masukkan air, gula, garam, dan daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak, masukkan sagu dan jagung.\n4. Toskan doh biji boba tadi dan masukkan dalam kuah santan. Siap untuk dihidang!\n\n\nSedia untuk dimakan masa panas-panas atau tambahkan ais! Sedap tau pencuci mulut boba kampung ni. Rugi sangat la kalau tak cuba. Kalau nak tambah jagung, keledek atau nangka, sila masukkan sebelum santan tau.\nRibuan terima kasih diucapkan kepada EasyBakeLab kerana sudi berkongsi resipi ini di Facebook. Semoga ia bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/boleh-makan-unlimited-daging-bakar-untuk-1-jam-di-restoran-jepun-halal-di-bangi/", "title": "Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi", "body": "\nViral di TikTok baru baru ini sebuah restoran Jepun yang menyajikan daging bakar dengan harga yang murah! Tapi yang lagi bestnya mesti lah dagingnya yang sedap dan anda juga boleh mendapatkan unlimited daging bakar untuk satu jam hanya dengan harga RM 25 je seorang tau. Menarik kan?\nNama restoran ini adalah Samurai Yakiniku dan terletak di Bangi Gateway. Kedai ini masih baru lagi dan memang banyak lah pilihan daging dan sos yang anda boleh makan. Kalau anda yang berada di Bangi tu, memang rugi lah kalau anda tak singgah makan di sini.\n\nBoleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi:\nSebuah akaun di Tiktok @Nora.tqh ada berkongsi video di akaun miliknya dan pengalamanya makan di restoran itu. Menurutnya, anda boleh makan daging bakar sebanyak yang boleh selama satu jam.\nDan dalam package yang disertakan untuk anda adalah anda akan mendapat nasi, sup, salad, soy sauce dan air masak. Dan semuanya boleh tambah tau! Haa menarik kan?\nSelain itu, daging yang anda boleh tambah dalam package ini adalah, shabu-shabu, yakiniku dan yakitori.\u00a0\n\n\u201d Berbaloi dengan harga and daging dia sedap sangat \u201d\nAnda tak perlu risau, sebab di restoran ini ada juga menyediakan menu lain seperti daging wagyu, ayam dan donburi. Jadi anda boleh lah merasai makanan Jepun yang lain.\n\n\n\u201d Ada je menu lain, so korang jangan risau yang paling penting kosongkan perut siap-siap \u201d\nRata-rata orang yang comment di Tiktok @Nora.tqh juga bersetuju dan mengatakan yang daging di restoran ini memang sedap dan berbaloi dengan harganya yang murah tu.\n\u00a0 \u00a0 \nJadi, kepada anda yang teringinkan nak makan daging bakar yang banyak dan murah anda jangan lepaskan peluang ini untuk makan di Restoran Samurai Yakiniku\u00a0di Bangi ni okay!\nhttp://www.tiktok.com/@nora_tqh/video/7104817159666175259?_t=8SqIbr8ZVIY&_r=1\nAlamat: C-11-G Bangi Gateway Shopping Complex Persiaran Pekeliling Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (11.30 AM \u2013 10 PM)\nSumber: @Nora.tqh\n"} {"url": "https://myresipi.com/bomboloni-lembut-gebu-ikut-je-resepi-ni-confirm-jadi-2/", "title": "Bomboloni Lembut & Gebu, Ikut Je Resepi Ni Confirm Jadi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-24 03:26:39\n\n\nBomboloni adalah donat Itali yang dipenuhi dengan inti yang pelbagai. Ia dimakan sebagai makanan ringan atau pencuci mulut. Resepi ni menjadi viral sejak kebelakangan ni. Tetapi sebenarnya kuih viral ini sangat mudah untuk disediakan di rumah kerana cara pembuatannya lebih kurang\u00a0sama dengan cara pembuatan donut cuma ianya\u00a0ditambah dengan inti di dalam. Jadi mari kita cuba resepi Bomboloni yang dikongsikan oleh Nurah di kumpulan Resepi Masakan Semudah Abc.\n\nKredit: Nurah\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku)\n2 sudu besar gula\n1 sudu besar yis\n1sudu besar baking powder\n2 cawan tepung gandum\n1/2 sudu kecil garam\n1 sudu kecil esen vanila\n1 biji telur\n2 sudu besar mentega (sejuk\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit.\nCampurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.\nMasukkan susu tadi kedalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati.\nMasukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.\nRehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.\nSetelah kembang, leperkan. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat.\nBiarkan doh kembang seketika.\nPanaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.\nTerbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.\nAngkat dan biarkan ia sejuk seketika.\nBila donut dah suam boleh golek golekkan atas gula castor dan cinnamon. Kemudian cucuk lubang dengan straw\u00a0 dan picit nutella dalam tu.\n\n\u00a0\n\nKredit: Nurah\n\u00a0\n\nKredit: Nurah\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Nurah\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/bomboloni-lembut-gebu-ikut-je-resepi-ni-confirm-jadi/", "title": "Bomboloni Lembut & Gebu, Ikut Je Resepi Ni Confirm Jadi!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-24 03:26:39\nBomboloni adalah donat Itali yang dipenuhi dengan inti yang pelbagai. Ia dimakan sebagai makanan ringan atau pencuci mulut. Resepi ni menjadi viral sejak kebelakangan ni. Tetapi sebenarnya kuih viral ini sangat mudah untuk disediakan di rumah kerana cara pembuatannya lebih kurang\u00a0sama dengan cara pembuatan donut cuma ianya\u00a0ditambah dengan inti di dalam. Jadi mari kita cuba resepi Bomboloni yang dikongsikan oleh Nurah di kumpulan Resepi Masakan Semudah Abc.\n\nKredit: Nurah\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku)\n2 sudu besar gula\n1 sudu besar yis\n1sudu besar baking powder\n2 cawan tepung gandum\n1/2 sudu kecil garam\n1 sudu kecil esen vanila\n1 biji telur\n2 sudu besar mentega (sejuk\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit.\nCampurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.\nMasukkan susu tadi kedalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati.\nMasukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.\nRehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.\nSetelah kembang, leperkan. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat.\nBiarkan doh kembang seketika.\nPanaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.\nTerbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.\nAngkat dan biarkan ia sejuk seketika.\nBila donut dah suam boleh golek golekkan atas gula castor dan cinnamon. Kemudian cucuk lubang dengan straw\u00a0 dan picit nutella dalam tu.\n\n\u00a0\n\nKredit: Nurah\n\u00a0\n\nKredit: Nurah\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Nurah\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/bosan-asyik-makan-siakap-stim-je-jom-cuba-resepi-siakap-tom-yam-pula-memang-padu-weh/", "title": "Bosan Asyik Makan Siakap Stim Je? Jom Cuba Resepi Siakap Tom Yam Pula, Memang Padu Weh!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-10 03:46:59\nKalau sebut je ikan siakap, pasti korang dah terbayangkan hidangan siakap 3 rasa dan siakap stim, betul tak? Itu antara hidangan yang menjadi pilihan ramai. Selain itu, ikan siakap juga boleh dimasak dengan masakan\u00a0goreng bercili,\u00a0bakar dan sebagainya. \nMalah di kebanyakan restoran ternama banyak yang menyajikan ikan ini dalam pelbagai menu yang sedap. Tapi makan di restoran agak mahal, jadi apa kata korang buat sendiri di rumah dengan mencuba resepi Siakap Tomyam yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad di laman Facebooknya. Lebih jimat tau!\n\nKredit: Noor Hafiza Mohamad\nBahan-bahan: \n\nSerai 4 batang hiris (separuh sumbat dalam ikan)\nLengkuas 1/2 inci hiris\nBawang putih 4 ulas hiris \n1 akar ketumbar diketuk\nPes Tomyam\nSos Ikan\n2 kiub ayam\n1 sudu gula perang\nBawang Holland\nTomato\nBunga kubis\nKubis\nDaun limau purut\nCili\n\n\nKredit: Noor Hafiza Mohamad\nCara-cara:\n\nMasukkan air dan didihkan.\nMasukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau dan tutup periuk dalam 5 minit.\nMasukkan sos ikan sedikit (optional). \nMasukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. (Guna gula perang / nisan.\u00a0Barulah original Thai)\nDah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)\nAkhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.\nSiap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.\n\n\nKredit: Noor Hafiza Mohamad\n\nKredit: Noor Hafiza Mohamad\n\nKredit: Noor Hafiza Mohamad\nSelamat Mencuba\nKredit: Noor Hafiza Mohamad\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/bosan-dengan-menu-berpantang-yang-sama-jom-cuba-5-resipi-istimewa-ini/", "title": "Bosan Dengan Menu Berpantang Yang Sama? Jom Cuba 5 Resipi Istimewa Ini!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-26 15:49:07\n\n\nTempoh berpantang adalah tempoh yang sangat penting untuk penjagaan diri ibu-ibu\u00a0selepas bersalin. Hal ini supaya dapat mengelakkan kesan sampingan selepas bersalin seperti bentan dan sebagainya.\u00a0Kebiasaannya, ibu bersalin\u00a0perlu\u00a0mengambil masa sekitar 40 ke 100 hari \u00a0berpantang bagi mendapatkan kembali tenaga badan.\nAntara penjagaan yang diutamakan ialah penjagaan makan. Hal ini supaya dapat mempercepat proses pemulihan ibu-ibu selepas bersalin, terutamanya di bahagian rahim. Oleh itu, jom kita lihat menu-menu berpantang yang dikongsikan oleh Nor Sofiah Hussin menerusi laman Facebook. \n\u00a0\n5 MENU BERPANTANG YANG BOLEH DIAMALKAN\n1. SIAKAP STIM\n\nBahan-bahan: \n\nIkan\nBawang putih (dihiris)\nBawang merah (dihiris)\nHalia (dihiris)\nSerai (dihiris)\nLada hitam\nAir limau nipis (bagi yang tak tahan boleh digantikam dengan air asam jawa)\nDaun ketumbar\nGaram\nGula\n\nCara-cara:\n1. Letak semua bahan atas ikan. Kemudian kukus ikan sehingga masak.\n\u00a0\n2. IKAN BAKAR BEREMPAH\n\nBahan-bahan:\n\nIkan\nBawang putih (ditumbuk)\nBawang merah (ditumbuk)\nHalia (ditumbuk)\nKunyit (ditumbuk) / serbuk kunyit\nSerbuk kari\nGaram\nLada hitam\n\nCara-cara:\n1. Lumurkan semua bahan pada ikan. Kemudian, bakar ikan sehingga masak.\n\u00a0\n3.\u00a0SUP IKAN\n\nUntuk menu ini, ikan yang sesuai untuk ibu berpantang ialah Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Tenggiri dan Ikan siakap .\nBahan-bahan:\n\nBawang putih (dikisar)\nbwang merah (dikisar)\nhalia (dikisar)\nSup bunjut ikan\nAir\nLobak & bunga kubis\nLada hitam\nDaun sup\n\nCara-cara:\n1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk\n2. Kemudian, masukkan sayur lobak & bunga kobis.\n3. Tunggu sehingga sayur hampir lembut, kemudian masukkan ikan.\n4. Masukkan garam dan lada hitam. Tunggu sehingga kuah mendidih kemudian tutup api.\n*Taburkan daun sup sebelum hidang.\n\u00a0\n4.\u00a0\u00a0AYAM BAKAR BEREMPAH\n\nBahan-bahan:\n\nAyam\nBawang putih (ditumbuk)\nBawang merah\u00a0(ditumbuk)\nHalia\u00a0(ditumbuk)\nKunyit\u00a0(ditumbuk)\nSerai\u00a0(ditumbuk)\nLengkuas\u00a0(ditumbuk)\nSerbuk kari\nLada hitam\nGaram\nGula \n\nCara-cara:\n1. Gaulkan semua bahan bersama ayam. Kemudian biarkan ia diperap seketika.\n2. Bakar sehingga ayam masak.\n\u00a0\n5. IKAN SINGGANG\n\nBahan-bahan:\n\nIkan\nBawang putih (dikisar)\nBawang merah (dikisar)\nHalia (dikisar)\nKunyit (dikisar)\nSerai (dititik)\nAir\nSedikit air asam jawa\nLada hitam\nGaram\n\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Masukkan sume bahan dalam periuk. Bila dah agak mendidih, masukkan ikan dan tungggu sehingga masak. \n\u00a0\nSiap! Nampak simple tapi masih dapat membangkitkan selera makan. Selamat mencuba dan selamat berpantang kepada ibu-ibu!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/bosan-dengan-nasi-biasa-jom-cuba-resepi-nasi-tomato-mudah-sedap-makan-sekali-pasti-nak-lagi-2/", "title": "Bosan Dengan Nasi Biasa? Jom Cuba Resepi Nasi Tomato Mudah & Sedap, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-01 17:49:18\n\n\nAsyik makan nasi biasa je, sesekali teringin juga tekak ni nak makan nasi tomato kan? Tapi kalau bukan dekat pasar malam atau rumah kenduri, susah juga nak cari orang jual nasi tomato pada hari-hari biasa.\nApa kata kita cuba buat sendiri nasi tomato di rumah. Jadi jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali di kumpulan Menu Citarasaku.\n\u00a0\n\nKredit: Tahrunnisah Jali\n\u00a0\nResepi Nasi Tomato\nBahan-bahan:\n\n2 cawan beras basmathi\n2 1/2 cawan air\nSedikit halia\n1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu\n2 ulas bawang putih potong dadu\nBahan tumis (kayu manis, cengkih dan bunga lawang)\n3 sudu besar pes tomato\n1 kiub pati ayam\nSebatang serai diketuk\n1/2 cawan susu cair\n1 sudu besar minyak sapi\nSedikit minyak untuk menumis\nGaram\nHiasan daun pudina dan bawang goreng\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nBersihkan beras basmathi dan rendam sekejap.\nDalam Kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan tumis.\nTumis sehingga naik bau dan masukkan pes tomato dan serai kemudian kacau sebati.\nKemudian toskan beras dan masukkan dalam rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air dan garam. Tanak seperti tanak nasi\nDah masak baru kacau perlahan supaya nasi tak patah.\nSukatan air bergantung pada beras yg digunakan. Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan.\n\n\u00a0\n\nKredit: Tahrunnisah Jali\n\u00a0\nResepi Ayam Masak Merah\nBahan-bahan:\n\n1/2 ekor ayam dipotong kecil\n2 biji bawang besar saiz sederhana*\n3 ulas bawang putih*\nSedikit halia*\n2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar\n2 sudu besar pes tomato\n2 sudu besar sos cili/sos tomato\nGaram\nGula\nMinyak untuk menumis\nBawang besar dipotong bulat untuk hiasan\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nAyam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.\nKisar bawang besar, bawang putih dan halia\nTumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak. Tumis biar agak lama dengan api perlahan\nMasukkan pes tomato, sos cili/sos tomato\nDah agak-agak kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan dengan garam\nMasukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.\n\n\u00a0\n\nKredit: Tahrunnisah Jali\n\u00a0\nResepi Dalca daging, hati, paru lembu dan sayur\n\n300 gram daging lembu dipotong kecil\nHati lembu dipotong kecil\nParu lembu (dipotong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)\n2 biji bawang besar sederhana saiz\n3 ulas bawang putih\n3 sudu rempah dalca\n1 mangkuk santan\nSedikit halia\nSedikit air asam jawa\nBahan penumis\n\n\u00a0\n\nKredit: Tahrunnisah Jali\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Tahrunnisah Jali\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/bosan-dengan-nasi-biasa-jom-cuba-resepi-nasi-tomato-mudah-sedap-makan-sekali-pasti-nak-lagi/", "title": "Bosan Dengan Nasi Biasa? Jom Cuba Resepi Nasi Tomato Mudah & Sedap, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-01 17:49:18\n\n\nAsyik makan nasi biasa je, sesekali teringin juga tekak ni nak makan nasi tomato kan? Tapi kalau bukan dekat pasar malam atau rumah kenduri, susah juga nak cari orang jual nasi tomato pada hari-hari biasa.\nApa kata kita cuba buat sendiri nasi tomato di rumah. Jadi jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali di kumpulan Menu Citarasaku.\n\u00a0\n\nKredit: Tahrunnisah Jali\n\u00a0\nResepi Nasi Tomato\nBahan-bahan:\n\n2 cawan beras basmathi\n2 1/2 cawan air\nSedikit halia\n1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu\n2 ulas bawang putih potong dadu\nBahan tumis (kayu manis, cengkih dan bunga lawang)\n3 sudu besar pes tomato\n1 kiub pati ayam\nSebatang serai diketuk\n1/2 cawan susu cair\n1 sudu besar minyak sapi\nSedikit minyak untuk menumis\nGaram\nHiasan daun pudina dan bawang goreng\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nBersihkan beras basmathi dan rendam sekejap.\nDalam Kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan tumis.\nTumis sehingga naik bau dan masukkan pes tomato dan serai kemudian kacau sebati.\nKemudian toskan beras dan masukkan dalam rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air dan garam. Tanak seperti tanak nasi\nDah masak baru kacau perlahan supaya nasi tak patah.\nSukatan air bergantung pada beras yg digunakan. Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan.\n\n\u00a0\n\nKredit: Tahrunnisah Jali\n\u00a0\nResepi Ayam Masak Merah\nBahan-bahan:\n\n1/2 ekor ayam dipotong kecil\n2 biji bawang besar saiz sederhana*\n3 ulas bawang putih*\nSedikit halia*\n2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar\n2 sudu besar pes tomato\n2 sudu besar sos cili/sos tomato\nGaram\nGula\nMinyak untuk menumis\nBawang besar dipotong bulat untuk hiasan\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nAyam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.\nKisar bawang besar, bawang putih dan halia\nTumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak. Tumis biar agak lama dengan api perlahan\nMasukkan pes tomato, sos cili/sos tomato\nDah agak-agak kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan dengan garam\nMasukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.\n\n\u00a0\n\nKredit: Tahrunnisah Jali\n\u00a0\nResepi Dalca daging, hati, paru lembu dan sayur\n\n300 gram daging lembu dipotong kecil\nHati lembu dipotong kecil\nParu lembu (dipotong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)\n2 biji bawang besar sederhana saiz\n3 ulas bawang putih\n3 sudu rempah dalca\n1 mangkuk santan\nSedikit halia\nSedikit air asam jawa\nBahan penumis\n\n\u00a0\n\nKredit: Tahrunnisah Jali\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Tahrunnisah Jali\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/brazilian-lemonade/", "title": "Brazilian Lemonade, Guna 4 Bahan Je, Memang Segar Tekak Ikut Resipi Viral Ini", "body": "\nSelalu buat lemonade je, jom cuba buat air Brazilian Lemonade pula untuk minuman berbuka puasa. Tapi jangan pelik tau, nama je lemonade, tapi resipi air ini menggunakan limau nipis.\nRasanya yang menyegarkan memang sesuai untuk dijadikan penyejuk tekak setelah seharian menahan dahaga dan kering tekak itu.\u00a0Yang uniknya, air brazilian lemonade ini juga menggunakan susu pekat manis sebagai salah satu bahan untuk air ini.\nBaca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini\nDisebabkan resipi viral di laman TikTok, ramai yang telah mencubanya dan memberi review air ini sangat sedap!\nPerkongsian resipi lengkap air ini, MyResipi ingin kongsikan resipi dari Sweet Tea Sprinkles yang memberitahu langkah demi langkah yang betul untuk dapatkan rasa yang sebijik macam dalam gambar ini. Jom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI AIR BRAZILIAN LEMONADE\n\nPortion air: 1 jug air\nBahan-bahan:\n\n4 biji limau nipis \u2013 dibelah empat\nSusu pekat manis\nAir secukupnya\nAis batu\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Basuh bersih limau nipis dan belahkan ia menjadi empat. Tak perlu kupas kulit dan terus masukkan ke dalam blender, dan tambah 3 cawan air sejuk. Kisar selama kira-kira 30 saat atau sehingga rata. (Jangan campur terlalu banyak atau jus akan menjadi agak pahit).\n\n2. Tapis jus limau nipis, keluarkan semua sisa limau, kemudian masukkan semula jus limau ke dalam blender.\n3. Masukkan setengah tin susu pekat manis dan 1 cawan ais dan kacau hingga sebati.\n\n4. Rasa air limau dan jika kalau lagi suka manis, tambah lagi susu pekat manis secara sehingga semua rasa sebati dan tiada rasa pahit.\n5. Siap untuk dihidang!\n\nMudah dan ringkas! Tapi kalau rasa agak pahit sebab kulit limau tu, korang boleh saja buang kulit sebelum kisarkan ia. Rasanya tetap sedap dan kena dengan tekak melayu kita ni.\nDisebabkan ia jus yang bercampur dengan susu, digalakkan untuk habiskan air selepas membuatnya kerana tekstur berkrim air ini akan cepat terpisah dari jus limau nipis ini dan akan jadi nampak tak menarik bila dibiarkan lama.\nKalau ada lebihan air ini, boleh dibuat airskrim batang untuk dijadikan sajian kepada anak-anak. Selamat mencuba!\nAntara Video Brazilian Lemonade yang Viral:\n\n\n @itsmiasyafiyah\nCreamy Brazilian Lemonade, so love. One of my favourite refreshing drink! Recommend. Siapa yg suka masam2 tu ni resepi minuman utk anda\u2764\ufe0f. Tangy, creamy, and refreshing! #miadahcuba #mungkinkorangakansuka #lemonade #brazilian #refreshingdrink #fyp \n \u266c original sound \u2013 Mia Syafiyah \u2013 Mia Syafiyah \n\n \nBaca juga: Cuba Minum Air Milo Buat Kali Pertama, Reaksi Wanita & Ibunya Dari Scotland Ini Raih Perhatian Netizen\n"} {"url": "https://myresipi.com/brownies-kedut-gerenti-jadi-ada-5-bahan-ni-dah-boleh-buat/", "title": "Brownies Kedut Gerenti Jadi, Ada 5 Bahan Ni Dah Boleh Buat!", "body": "\nBrownies kedut merupakan salah satu kek yang sentiasa menjadi pilihan ramai disaat rasa \u2018mengidam\u2019 nak makan sesuatu yang manis.\nMungkin ramai yang sudah pandai membuat brownies sendiri di rumah. Namun mungkin ada juga yang tidak pernah berjaya mendapatkan \u2018kedut\u2019 di atas brownies walaupun pelbagai resipi sudah dicuba.\nApa kata kali ini jom cuba buat brownies kedut dengan menggunakan resipi perkongsian oleh \u2018mak\u2019 Azlina Ina yang sudah dikenali ramai ini.\u00a0Confirm\u00a0menjadi kalau ikut resipi ini. Selamat mencuba!\nResipi Brownies Kedut 5 Bahan\nBahan-bahan:\n\n150g butter\n350g dark chocolate beryls\n3 biji telur\n1 cawan gula perang (170g)\n1 cawan tepung naik sendiri (100g)\n\nCara-cara:\n\nSatukan butter dan dark coklat. Cairkan dua bahan ini dengan menggunakan ketukar atau teknik\u00a0double boil.\nDalam mangkuk lain, satukan telur dan gula perang. Kacau sekejap tak perlu lama.\nMasukkan coklat dan butter yang sudah dicairkan semasa panas-panas. Kacau semua bahan sehingga sebati.\nKemudian, masukkan tepung naik sendiri dan kacau sehingga sebati.\nPanaskan oven. Lapik loyang saiz 8 inci dengan baking paper dan tuangkan adunan tadi.\nBakar dalam oven pada suhu 140-150 selama 45 minit mengikut oven masing-masing. Bila dah masak, biarkan seketika dalam brownies selama 10 minit.\nTunggu sejuk dahulu dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Azlina Ina\nBaca juga: Hanya Guna Kulit Paratha Segera, Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart!\n"} {"url": "https://myresipi.com/buah-kurma-campur-butter/", "title": "Buah Kurma Campur Butter Viral, Memang Tak Berhenti Makan Dibuatnya!", "body": "\nPernah cuba buah kurma campur butter? Tip ini sesuai untuk korang yang sukar untuk makan kurma atas sebab-sebab tertentu. \nMenerusi perkongsian Aqilah Nor, cara yang diamalkan ini memudahkannya untuk makan kurma sementelah tidak tahan dengan rasanya yang manis.\nBaca juga: Kenali 7 Jenis Kurma Yang \u2018Famous\u2019 Dekat Malaysia, Anda Suka Yang Mana?\nCaranya cukup mudah, ambil sebiji kurma, buang biji dan letakkan butter di tengahnya. Walau bagaimanapun jelas Aqilah, menu ini hanya sesuai dengan butter atau ghee dan elakkan marjerin.\n\nIkuti perkongsian beliau di bawah:\n\u201cTak pernah teringin nak mencuba idea menu yang satu ni. Bertahun lalu lalang cerita tentang dia.\nAkhirnya, 1 Ramadhan tahun ini berani mencuba. Saya ni kalau nak bagi telan 3 biji kurma tu boleh, Cuma rasa \u2018berat\u2019 sikit nak habiskan.\nTapi, bila saya ambil kurma, buang biji, letak Unsalted Butter di tengahnya, lepastu makan,\nAllahuakbar! 3 biji tu mudah je nak makan. Sampai rasa nak naikkan ke angka ganjil bilangan 7 biji kurma. Suami saya pun baru berjinak sama. Dia pun nak makan kurma, cari butter.\n\nButter asli ni lemak yang baik. Jangan guna marjerin, ButterCup, Sama sekali JANGAN! Yang tu tidak sihat untuk badan.\nAda yang kata, kurma dengan Ghee pun lagi bagus. Hat ni belum cuba. Nanti kita buat eksperimen. Antara Butter dengan kurma Ajwa vs Mariani, saya rasa ia LEBIH sedap makan dengan kurma Ajwa,\nNi ikut tekak saya lah.\n\nSaya cuba mencari, dari mana asal usul menu TAMAR dan MENTEGA ni. Siapalah yang bagi idea yang luar biasa ni. Sesuai untuk orang yang rasa \u2018berat\u2019 nak makan kurma sebab manisnya itu.\nDan saya terjumpa satu artikel yang menyatakan ia telah wujud idea menu ini sejak dari zaman Rasulullah SAW.\nHadis Nabi saw :\nMaksudnya: Disabitkan daripada Baginda : \u201cBahawa Baginda saw memakan tamar dengan mentega, memakan tamar dengan roti dan memakan tamar sahaja\u201d. (Hadis dikeluarkan oleh Abu Daud 3259, dan oleh Ibnu Majah 3434.\nSaya ingatkan ia benda baru, rupanya dah berkurun lama.\nCuma zaman Rasulullah tu, takdelah butter jenama Lurpak, SCS, Westgold, Anchor. Mereka buat sendiri je. Mentega ni asal usulnya dari lemak tenusu. Boleh jadi lemak tenusu unta atau kambing. Wallahualam.\n\nNota kaki: Mentega dan Marjerin adalah dua benda berbeza. Pilihlah yang terbaik dan bersederhana.\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu\n"} {"url": "https://myresipi.com/buah-sawit-minyak-masak/", "title": "Buat Sendiri Minyak Masak Guna Buah Sawit Di Rumah, Jimat Dan Mudah Sangat!", "body": "\nPernah cuba buat sendiri minyak masak di rumah? Boleh cuba buat guna buah sawit tau. Semakin hari, kos sara hidup semakin tinggi. \nSemenjak dua menjak ini tular di media sosial apabila warganet yang berkongsi harga minyak botol 5 kg yang didakwa mengalami kenaikan harga mendadak, ada yang sehingga RM 50 sebotol.\nBaca juga: Asyik Pakai Minyak Masak Sama, Cuba 10 Jenis Ini Pula, Memang Padu Masakan Anda!\nBaca juga: Jangan Buang Minyak Masak Terpakai, Boleh Jual Semula RM 3 Sekilo\u00a0\nBerdepan dengan tekanan sebegini, selagi boleh berjimat-cermat, kita akan cuba sedaya upaya untuk berjimat cermat bagi mengurangkan kos sara hidup yang kini semakin melonjak tinggi sama ada di bandar mahupun luar bandar.\nOleh itu, bagi yang mempunyai kelapa sawit, apa kata buat minyak masak sendiri di rumah. Caranya ada dikongsikan menerusi laman TikT0k milik @hamba_kayangan hingga meraih sebanyak 1.8M tontonan dan 111k likes. Wow!\nApa yang diperlukan dalam pembuatan minyak masak adalah buah kelapa sawit yang telah matang. Jom kita tengok.\n\nVideo Penuh:\n\n\n @hamba_kayangan\nberas mahal..kita tanam padi sndri..cili mahal..kita tanam cili sndri..minyak msak mhal..kita try buat sndiri..\ud83d\ude0c\n \u266c Nan Ko Paham \u2013 Kkz D BLG \n\n \n\nCARA BUAT MINYAK MASAK SENDIRI GUNA BUAH SAWIT\n1. Mula-mula, korang perlu membersihkan terlebih dahulu buah kelapa sawit. Amik kira-kira dalam 50 biji buah kelapa sawit letak dalam bekas.\n2. Cuci bersih, kemudian kukus sekejap. Tunggu sejuk dahulu, lepas tu kopek kulit.. dan kukus balik kulitnya.\n3. Pakai kain bersih dan perah, untuk dapatkan minyaknya. Kemudian tapiskan minyaknya.\n4. Selepas itu, panaskan minyak balik, biar kasi halus lagi minyak, dan tapis lagi sekali.\n\nMudah dan ringkas juga cara pembuatannya untuk minyak masak sawit di rumah. Namun ada pelbagai reaksi dari netizen menerusi perkongsian Hamba Kayangan ini di media sosial.\u00a0\nAntara reaksi netizen:\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-1-adunan-dapat-2-jenis-cookies/", "title": "Buat 1 Adunan Dapat 2 Jenis Cookies, Jimat Masa & Confirm Sedap!", "body": "\nJom buat biskut menggunakan resipi ini. 1 bancuhan untuk 2 jenis cookies yang berbeza iaitu Double Callebaut Choc Chips Cookies\u00a0dan\u00a0Coffee Chips Cookies.\n\n\n\n\nTak perlu susah-susah nak cuci bekas dan timbang bahan banyak kali untuk buat pelbagai jenis biskut. Yang penting dapat menjimatkan masa anda dan rasanya juga serius sedap. Makan sambil tengok tv confirm cepat je habis satu balang.\nResipi 1 Adunan Dapat 2 Jenis Cookies\n\n\n\n\nBahan A:\n\n250 gm butter\n1 cup brown sugar\n1 tsp esen vanilla\n1 biji telur\n\nBahan B:\n\n2 1/2 cawan tepung gandum\n1/2 cawan tepung jagung\n1 tsp soda bikarbonat\n1 tsp baking powder\n5 sudu besar minyak\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan A. Gaul manja sehingga sebati.\n2. Kemudian masukkan semua bahan B ke dalam campuran bahan A tadi. Gaul sebati. Tak perlu guna mixer. Kalau lembik, tambah sahaja tepung.\n3. Asingkan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan letak choc chip dan coffee chip, gaul sebati. Satu adunan lagi letakkan choc powder dan choc callebaut, gaul sebati.\n\n4. Letak kedua-dua adunan dalam peti ais selama 1 jam. Scoop ke atas loyang yang sudah dilapik baking paper. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 celcius.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Ikaa Rejab\nBaca juga: Resipi Donut Gebu Hanya Guna 5 Bahan, Tak Perlu Rehatkan Doh\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-1-adunan-dapat-3-jenis-kuih-menjimatkan-masa/", "title": "Buat 1 Adunan Dapat \u20183 Jenis Kuih\u2019, Memang Menjimatkan Masa! Ikut Je Cara Ini", "body": "\nSiapa suka buat kuih wajib cuba resipi ini. 1 resipi adunan doh boleh buat 3 jenis kuih sekaligus yang sedap, mudah dan membuka selera anak-anak.\nMenerusi perkongsian saudari\u00a0Nitaharry, beliau telah menunjukkan cara-cara menghasilkan doh yang boleh digunakan untuk menghasilkan donut, cakoi dan pau yang sangat sedap.\nBerbaloi kan? Jimat masa dan tenaga. Nak tahu resipinya? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.\nRESIPI DOH HOMEMADE UNTUK BUAT 3 JENIS KUIH\nBahan-bahan:\n\n400g tepung gandum\n1 cawan air\nMarjerin 1 sudu besar\n1 sudu kecik garam\n2 sudu besar gula\n2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung\nYis mauripan 2 sudu kecik\n1/2 sudu kecik soda bikarbonat\nBaking powder 1 sudu kecil\n1 biji telur\n\nCara-cara:\n\nKalau guna breadmaker, masukkan sahaja semua bahan.\nJika uli guna tangan, macam biasa satukan air, gula, yis dan susu pekat. Kemudian baru masukkan bahan-bahan lain.\nBancuh dan biarkan kembang. Kemudian boleh uli macam biasa.\nBahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut jenis kuih yang mahu dibuat seperti donut, cakoi atau pau.\n\nUntuk kuih donut, ambil doh mengikut saiz donut yang disukai. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah menggunakan jari.\n\n\nUntuk kuih cakoi, uli doh kemudian gelek sampai jadi leper. Potongkan memanjang. Letak lidi di tengah dan tekankan.\n\n\nUntuk kuih pau, leperkan doh dan letak inti yang disukai. Bulat-bulatkan. Biarkan kembang sedikit sebelum dikukus.\n\n\nKredit: Nitaharry\nBaca juga: Buat 1 Adunan Dapat 2 Jenis Cookies, Jimat Masa & Confirm Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-doh-roti-canai-sendiri/", "title": "Buat Doh Roti Canai Sendiri, Kekal Lembut Dan Sedap Sampai Petang", "body": "\nJom buat sendiri doh roti canai di rumah. Resipi ni cukup mudah dibuat. Dengan tekstur yang gebu, pasti anak-anak suka.\nIyelah, kalau kempunan, tak ada lah asyik ke mamak je order roti canai. Bila dah reti buat roti canai sendiri ni, pagi petang siang malam tak kisah layan roti canai.\nBaca juga: Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!\nCicah dengan kuah kari, dhal, sambal, gula atau apa sahaja pun layan. Lagi pun dijamin sikit kebersihan berbanding beli roti canai di kedai. Kalau anda nak cuba, boleh ikut perkongsian resepi dari Cik Puan MA Mia ni.\nBila nak buat roti canai ni yang penting ialah cara anda kendalikan doh. Dari situ nak dapatkan roti yang rangup, sedap dan kekal lembut sampai ke petang.\n\nRESIPI DOH ROTI CANAI\nNak buat roti canai ni bukan masa tu nak makan, masa tu juga baru nak uli tepung. Biasanya anda perlu buat doh adunan tepung dulu, kemudian biarkan semalaman atau 2-3 jam. Esok baru goreng. Simpan di luar je. Tak perlu simpan dalam peti ais.\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nTepung gandung 1 kg\nGula dan garam\nAir suam\nPlanta 2 sudu\nMinyak masak 3 sudu\nKuning telur sebiji sahaja\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Larutkan garam, gula bersama air suam.\n2. Planta, telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung tadi.\n3. Masukkan air tadi sedikit demi sedikit dan uli sampai doh tak melekat di tangan. Jika lembik tambahkan tepung. Kalau keras renjiskan air dan uli semula.\n4. Siap diuli biarkan dalam 10 minit kemudian boleh buat doh bulat.\n5. Doh tadi sapu dengan Planta biar semalaman esok pagi baru tebar.\n\n\nPuas hati kalau dapat buat roti canai sendiri kan? Untung juga sebab dapat simpan dan frozenkan. 3 bulan boleh tahan. Kalau simpan dekat bahagian chiller pun boleh tahan sampai seminggu.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Kari Kambing Style Mamak Tanpa Santan, Lagi Padu!\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-sendiri-di-rumah-ayam-gunting/", "title": "Buat Sendiri Di Rumah, Ayam Gunting Ala Uncle Bob Confirm Jadi!", "body": "\nKalau pergi pasar malam memang akan singgah beli ayam gunting Uncle Bob tu. Rasanya yang special membuatkan anak-anak mengemarinya.\nRasa rangup-rangup pedas gitu. Biasanya kalau beli satu mesti tak cukup.\nAsyik beli je, apa kata buat sendiri di rumah, puas hati dapat hidangkan buat keluarga. Nak tahu cara membuatnya, ikuti perkongsian resipi oleh Salimah Olie ini.\nArtikel berkaitan: Craving Ayam Madu Bakar Pasar Malam? Hanya Guna 4 Bahan Je Resipi Ini\nMemang rasa samalah! Anak-anak memang akan suka!\n\nResipi Ayam Gunting Ala Uncle Bob\n\n\nDah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.\nSebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.\nBahan-bahan:\n\u2022 Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang) \u2013 Basuh bersih dan potong nipis\nBahan perap:\n\u2022 4 sudu sos tiram\n\u2022 4 sudu serbuk BBQ / sos black pepper\nKimball\n\u2022 Sedikit perahan limau / lemon \u2013 Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam\n\n\nBahan saduran:\n\u2022 Tepung Bestari pedas / original (ikut suka)\n\u2022 Tepung ubi / tepung beras\n\u2022 Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)\nLain-lain:\n\u2022 Serbuk cili / serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti\nCara memasak:\n1. Salutkan ayam dengan bahan saduran.\nSelepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.\nTumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.\n2. Goreng ayam seperti biasa.\nKemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.\n3. Tabur serbuk cili atau lada putih\nAkhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya. Baru \u2018kick\u2019!\nLepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-sendiri-je-sos-carbonara-tak-perlu-beli-sos-segera/", "title": "Buat Sendiri Je Sos Carbonara, Jimat Tak Perlu Beli Sos Segera. Sekali Masak Dapat Sekuali!", "body": "\nSpaghetti carbonara sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Tapi setiap kali nak masak spaghetti carbonara ni kena beli sos segera dalam kuantiti yang banyak. Kalau beli sikit, risau tak cukup pula.\nJadi apa kata jom buat sendiri sos carbonara ni, sekali buat dapat sekuali. Baru puas hati dapat makan. Lihat saja resipi hasil perkongsian oleh Arieza Rieza di bawah. Boleh cuba nanti ya!\nCara Buat Sos Carbonara, Tak Perlu Beli Sos Segera Dah\nBahan-bahan:\n\nSpaghetti\nButter\nBawang holland \u2013 potong dadu\nTepung gandum 3 sudu makan\nAir 3 cawan\nSusu full cream 4 cawan\nTatura cream cheese yang kecil (dibelah dua, ambil separuh saja. Kisar dahulu dengan sedikit air)\nGaram\nLada hitam\nOregani\nDaging cincang (boleh letak kalau nak lagi sedap)\nSosej dipotong kasar\nLada benggala\n\nCara memasak:\n1. Panaskan butter. Kemudian masukkan bawang holland dan biarkan sehingga keperangan.\n\n2. Masukkan daging cincang, kacau sehingga masak. (kalau tak guna daging, boleh abaikan langkah ini)\n3. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga keperangan sedikit.\n\n4. Jika sudah agak kering, masukkan air dan kacau jangan sampai berketul.\n\n5. Masukkan susu full cream. Kalau pekat, lebihkan susu.\n\n6. Masukkan pula kesemua bahan lain. Pastikan cream cheese dikisar bersama sedikit air terlebih dahulu supaya kuah tidak berketul.\n\n7. Kalau rasa sudah sedap mengikut selera, boleh tutup api.\n\n8. Sedia untuk dihidang bersama spaghetti. Selamat mencuba!\n\nKredit: Arieza Rieza\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-sendiri-je-sos-spaghetti-bolognese/", "title": "Tak Perlu Beli Lagi, Buat Sendiri Je Sos Spaghetti Bolognese. Rasa Lebih Segar & Sedap!", "body": "\nTeringin nak makan spaghetti bolognese tapi tak mahu guna sos segera dalam tin? Apa kata jom buat sendiri je sos spaghetti bolognese.\nYang penting rasa lebih\u00a0fresh sebab menggunakan tomato segar. Rasanya juga sedap setanding dengan sos dalam tin.\u00a0Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Zurina Zulkefli di bawah.\nBaca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu\nCara Buat Sos Spaghetti Bolognese Homemade\nBahan-bahan:\n\nLima biji tomato segar\nGaram\nGula\nBawang holland\nBawang putih\nIsi ayam\nHerba oregano\nSpaghetti (rebus sehingga lembut)\n\nCara-cara:\n1. Lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.\n\n2. Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.\n\n3. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.\n\n4. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.\n\n5. Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.\n\n6. Ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.\n\n7. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.\n\n8. Akhir sekali boleh masukkan spaghetti yang telah direbus. Kacau sebati.\n\n9. Siap, selamat mencuba!\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-sendiri-maruku-guna-mi-kuning/", "title": "Buat Sendiri Maruku Guna Mi Kuning, Tak Perlu Susah-Susah Nak Uli", "body": "\nBuat maruku guna mi kuning? Ya betul, kalian boleh buat maruku menggunakan mi kuning.\nJadi kalau ada mi kuning lebih dan hampir tamat tempoh, jangan buang mi tu.\nWalaupun rasa tak sama macam yang guna tepung, sekurangnya rasa dia boleh tahan sedap juga.\nJom lihat resipi yang dikongsi oleh Ariff Budiman Zainal Abidin di bawah. Semoga bermanfaat!\nRESIPI MARUKU GUNA MI KUNING\nCara-caranya:\n1. Basuh mee kuning dan toskan hingga kering.\n2. Gaul dengan tepung bestari dan panaskan minyak.\n\n3. Goreng mee dan taburkan daun kari.\n\n4. Bila buih yang digoreng kurang, baru angkat dan biar sehingga sejuk. Sedap walaupun tak sama macam guna tepung muruku.\n\nKredit: Ariff Budiman Zainal Abidin\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-sendiri-mee-kuning-guna-4-bahan-je-lebih-selamat-tanpa-pengawet/", "title": "Buat Sendiri Mee Kuning Guna 4 Bahan Je, Lebih Selamat Tanpa Pengawet!", "body": "\nRupanya senang sangat kalau mak-mak nak buat sendiri mee kuning di rumah. Yang paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan.\nHanya perlu menggunakan 4 bahan utama yang mudah untuk didapati iaitu tepung gandum, garam, telur dan serbuk kunyit.\nCara membuatnya juga sangat mudah dan dijamin lebih bersih, selamat dan suci bila buat sendiri. Jom lihat cara membuat mee kuning hasil perkongsian oleh Puan Nafsiah di bawah ini.\nCara Buat Sendiri Mee Kuning Guna 4 Bahan\nBahan-bahan:\n\n300gram/1 mangkuk tepung gandum\n1 biji telur\nSedikit garam\nSerbuk kunyit untuk pewarna\n\nCara-cara membuat mee kuning:\n\nSatukan semua bahan-bahan. Kemudian bancuh dengan air suam.\nUli sehingga menjadi doh dan bahagikan doh kepada 5 atau 6 biji.\nSelepas itu, canai dengan menggunakan mesin mee. Naf beli mesin kecil sahaja harga pun murah RM40, beli 5 tahun lepas.\nGelek-gelekkan sebiji demi sebiji doh tadi ke dalam mesin mee. Kalau koyak, taburkan tepung dan buat sampai tidak koyak.\nSelepas itu, gelekkan pula bentuk mee.\nBila dah siap semua, rebus mee dengan air panas. Jika sudah timbul, maknanya mee sudah masak. Boleh angkat dan toskan.\nBasuh dengan air supaya kanji dekat mee itu hilang. Kemudian boleh goreng mengikut citarasa masing-masing.\n\nInfo tambahan:\n\nSukatan tepung gandum mengikut berapa banyak yang mahu dibuat. Satu mangkuk ini boleh dapat hampir 1 kilogram.\nResipi ini tidak menggunakan air abu atau air kapur.\nBasuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.\nJika tiada mesin mee, boleh potong dengan pisau.\n\nSemoga bermanfaat!\nSumber: Nafsiah Sakmad\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-sendiri-scone-guna-3-bahan-je/", "title": "Buat Sendiri Scone Guna 3 Bahan Je, Tak Perlu Ke Cameron Highland Semata Nak Makan Ni", "body": "\nResipi scone guna 3 bahan, mudah saja nak buat rupanya. Tak perlu susah-susah pergi Cameron Highlands semata untuk makan ni.\nKatanya pengunjung sekarang boleh tahan ramai dan sesak. Orang ramai mengambil peluang untuk melancong setelah sekian lama pergerakan rentas negeri disekat.\nSementara tunggu masa sesuai untuk ke sana, bolehlah cuba buat sendiri dulu kat rumah ya. Selamat mencuba!\nResipi Scone Guna 3 Bahan\nBahan-bahan:\n\n2 1/2 cawan tepung naik sendiri\n1 cawan susu segar\n1/2 cawan butter (lebih kurang 130g)\n\nCara-cara:\n1. Ayakkan tepung untuk dapatkan tekstur gebu. Masukkan butter dan gaul kedua-dua bahan ini sehingga menjadi seperti serbuk roti.\n\n2. Tuangkan secawan susu segar. Gaul perlahan-lahan, tak perlu uli. Kalau suka manis boleh tambahkan gula, esen vanilla dan garam.\n\n3. Bila dah sebati, penyek-penyekkan sedikit menggunakan tangan.\n\n4. Rehatkan doh selama 10 minit.\n\n5. Alaskan baking paper atas dulang pembakar. (kalau tak ada, sapu saja guna butter sikit)\n\n6. Leperkan doh (tak perlu guna roller) dan tekup bulat-bulat.\n\n7. Susun atas dulang pembakar.\n\n8. Kalau nak permukaan scone nampak garing, satukan telur dengan sedikit air dan sapu atas scone.\n\n\n9. Bakar dalam oven pada 250\u00b0C selama 15 minit bergantung pada oven masing-masing. Kalau tak suka garing, kurangkan sikit suhu dan masa.\n\n10. Bila dah masak, sejukkan dahulu.\n\n11. Belah dua.\n\n12. Sapu dengan strawberry jem, dengan whipped cream pun boleh. Sedia untuk dimakan, selamat mencuba!\n\nKredit: Mell Abdul Rahman\nBaca juga: Resipi Roti Pisang Rangup Untuk Sarapan, Memang Sedap Yang Amat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-sendiri-solok-lada-tak-susah-mana/", "title": "Buat Sendiri Solok Lada, Tak Susah Mana Pun. Baru Puas Hati Makan!", "body": "\nSolok lada merupakan makanan orang kelantan tapi disukai oleh orang ramai tak kira negeri. Biasanya dimakan bersama nasi kerabu atau dimakan begitu sahaja.\nCuma bila di kedai, tak ramai yang jual. Tak puas makan dibuatnya. Jadi apa kata jim buat sendiri saja di rumah dengan menggunakan resipi perkongsian oleh El Musliha Katiman di bawah.\nRESIPI SOLOK LADA\nBahan-bahan:\n\n15 biji cili besar\n1/3 biji kelapa ditumbuk\n2 cawan santan separa pekat\n3 ekor ikan rebus, buang tulang (tumbuk)\n4 biji bawang merah (tumbuk)\n3 biji bawang Putih (tumbuk)\n1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)\nSedikit halia ditumbuk\n3 helai daun pandan\nGula dan garam\n\n\nCara-cara:\n1. Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.\n\n2. Gaul kelapa, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata.\n\n3. Sumbat kelapa yang sudah digaul kedalam cili.\n\n4. Lapik periuk dengan daun pandan & susun solok lada yang telah ada inti diatasnya. Tutup dengan daun pandan.\n5. Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada. Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok kelihatan dah masak.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: El Musliha Katiman\nBaca juga: Malas Masak Banyak Lauk? Jom Buat Sambal Padang Ni, Nak Makan Tinggal Senduk Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/buat-telur-separuh-masak-air-fryer/", "title": "Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!", "body": "\nSelalunya, bila buat telur separuh masak atas dapur mesti tak berapa nak menjadi macam selera kita. Kalau guna bekas macam di kedai, nak kena masak air panas dahulu baru rebus.\nSesiapa yang ada air fryer di rumah, jom buat telur separuh masa guna peralatan ini. Memang menjadi dan jimat air.\u00a0\nNak buat telur rebus setengah masak yang terbaik ini, kena tahu dulu telur separuh masak kena rebus berapa minit.\nBaca juga: Tips Beli Telur Yang Betul Untuk Menghindari Risiko Keracunan\nBila terlebih masa ketika merebus, telur akan masak sepenuhnya. Bukan lagi jadi telur separuh masak macam kopitiam punya menu. Hati teringin nak makan telur rebus separuh masak tapi yang jadi telur rebus sepenuh masak.\nBangun pagi tak tahu nak sarapan apa, boleh buat telur separuh masak ni.\nMakan pula dengan sedikit kicap masin dan lada sulah, memang umph! Memang terangkat bila makan bersama roti bakar dan kopi o panas.\u00a0\nMenerusi perkongsian dari Arina Rashid di laman Facebook, wanita ini telah kongsikan \u2018hacks\u2019 untuk buat dalam kuantiti yang banyak. Jom kita lihat.\n\nCARA BUAT TELUR SEPARUH MASAK GUNA AIR FRYER\n\nAda peminat telur separuh masak kat sini?\nIni kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah. Meh rina nak share cara paling senang. \nTakyah guna air atau bekas macam kat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer. Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perhati apa beza dia.\u00a0\n\n1. Basuh dulu telur bersih-bersih. Tak perlu lap, masuk je terus dalam bekas air fryer. Telur memang terus ambil dari counter (room temperature) bukan dari peti ais.\n2. Set kan suhu Air Fryer 100\u00b0C, masa 10 minit.\n3. Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas Air Fryer stop.\n4. Tapi kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu. Biarkan dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas Air Fryer berbunyi \u2018titt titt\u2019.\n5. Siap untuk dimakan!\n\nSetting ni banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.\nKorang try and error dulu eh. Rina lagi suka jenis A. Ini letak lada hitam, makan dengan roti sapu marjerin then bakar atas pan, fuhhhh..ke bintang pergi dia.\u00a0\nBaca juga: Ikut 4 Langkah Ini Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang \u2018Perfect\u2019\n"} {"url": "https://myresipi.com/bubur-bunga-setaman-ini-resepi-pemanis-mulut-yang-unik-lazat-tak-terkata/", "title": "Bubur Bunga Setaman, Ini Resepi Pemanis Mulut Yang Unik & Lazat Tak Terkata!", "body": "Siapa yang lepas makan je wajib ada pemanis mulut? Nak buat pemanis mulut sebenarnya mudah sahaja cuma kena ada kerajinan la. Jom cuba buat bubur bunga setaman yang dikongsikan oleh Azanizan Assaini di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nBUBUR BUNGA SETAMANSiapa yang lepas makan je wajib ada pemanis mulut? Nak buat pemanis mulut sebenarnya mudah sahaja cuma kena ada kerajinan la. Jom cuba buat bubur bunga setaman yang dikongsikan oleh Azanizan Assaini di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A (BUNGA)\n2 sdb tepung pulut\n\nGaram\n\nAir\n\nPerwarna (ikut kesukaan korang)\nBAHAN B (KUAH)\nSantan kotak\n\nGaram\n\nAir\n\nGula\n\nDaun pandan\n\n2 sdb tepung gandum (untuk pekatkan kuah)\n\nKredit: Azanizan AssainiCARA PENYEDIAAN\nMasukkan tepung pulut kemudian masukkan sedikit garam.\n\nMasukkan air guna sudu sedikit demi sedikit untuk buat doh kelopak warna putih.\n\nUlang semula untuk buat doh yang di tengah tetapi hanya guna sesudu sahaja tepung pulut, masukkan sedikit garam dan titiskan sedikit pewarna serta sedikit air.\n\nSetelah siap doh.Buat doh tadi menjadi biji-biji\u00a0 kecil. Lekatkan menjadi sekuntum bunga.\n\nSetelah siap doh bunga tadi, rebus dahulu sekejap seperti rebus buah melaka.\n\nDah terapung masukkan dalam mangkuk yang berisi air sejuk.\n\nSatukan semua bahan B dan gaul sehingga sebati.\n\nKemudian masukkan doh yang sudah direbus tadi. Apabila sudah mendidih, matikan api masukkan air tepung gandum dan kacau cepat-cepat supaya tidak berketul-ketul.\n\nSiap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/bubur-gandum/", "title": "Bubur Gandum Paling SIMPLE, Sedap Dimakan Begitu Atau Bersama Roti", "body": "\nBubur gandum merupakan pencuci mulut yang ringkas, dimasak bersama gula perang dan santan. Mempunyai rasa yang lemak manis, ia menjadi kegemaran orang dahulu.\nKini, manisan itu agak sukar ditemui di mana-mana kedai atau gerai. Dari puas dicari, apa kata anda belajar sendiri cara untuk menyediakan bubur gandum di dapur?\nBaca juga: Bubur Kacang Hijau Orang Kahwin, Campur Dengan Durian Lagi Bertambah Nikmatnya!\nMudah sahaja, ikuti resipi ini yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Suriea Mohd Noor dari laman Facebook ini.\u00a0\n\nRESIPI BUBUR GANDUM\n\nBahan-bahan:\n\n300gm biji gandum \u2013 cuci dan rebus hingga kembang\n1 ketul gula melaka anggaran 200gm (dihiris)\n1 cawan gula pasir\n2 cawan santan pekat +\u00a02 cawan air masak\n1000ml air masak suhu bilik\n1/3 cawan sagu \u2013 cuci dan toskan\n3 helai daun pandan disimpul\nSedikit garam\n\nCara penyediaan:\n1. Toskan biji gandum yang telah kembang dan masukkan ke dalam periuk lain.\n2. Kemudian tambahkan bersama-sama biji gandum, daun pandan, sagu, gula melaka, gula pasir dan garam.\n3. Tuang santan dan air. Boleh tambah air ikut kepekatan citarasa masing-masing. Saya guna 1000ml air.\n4. Masak hingga mendidih dan dikacau sekali sekala. Saya masak anggaran 25minit, hingga kuah pekat sedikit.\n5. Siap untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Bubur Sagu Sum Sum, Sedap Lalu Kat Tekak, Lemak-lemak Manis Gitu\n"} {"url": "https://myresipi.com/bubur-jagung-creamy-guna-jagung-tin-je/", "title": "Mudahnya Nak Buat Bubur Jagung \u2018Creamy\u2019, Guna Jagung Tin Je!", "body": "\nSedapnya kalau dapat makan bubur jagung untuk minum petang nanti. Ada cara mudah nak buat bubur jagung dengan hanya menggunakan jagung dalam tin.\nLepasni tak perlu susah-susah nak parut jagung dah. Ibu-ibu bolehlah cuba buat untuk minum petang nanti. Dijamin habis licin satu periuk satu keluarga makan. Sedap dan berselera!\nJom lihat resipi hasil perkongsian oleh Norhafizan Ezan Sulaiman di bawah.\nResip Bubur Jagung \u2018Creamy\u2019 Guna Jagung Tin\nBahan-bahan:\n\n1 tin Cream Styled Corn (jenama hosen)\n1 tin Sweet Corn (jenama hosen)\nSusu cair 1 tin (nak kurang manis kurangkan. Kalau letak sagu kena letak 1 tin sebab nanti pekat)\nSehelai daun pandan\n2 sudu besar gula perang\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan kedua-dua jagung dalam tin.\n2. Tuangkan susu cair. Kemudian letakkan juga daun pandan dan gula perang.\n\n3. Panaskan semua bahan dalam periuk sampai mendidih.\n4. Bila dah mendidih, tutup api dan sejukkan.\n\n5. Boleh juga letakkan sagu mengikut citarasa masing-masing.\n6. Nak lagi sedap boleh masukkan biskut wheat cracker yang sudah dihancurkan.\n\nKredit: Norhafizan Ezan Sulaiman\nBaca juga: Cara Buat Waffle Yang Sedap & Garing, Ikut Je Sukatan Mudah Ini!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bubur-kacang-hijau-orang-kahwin/", "title": "Bubur Kacang Hijau Orang Kahwin, Campur Dengan Durian Lagi Bertambah Nikmatnya!", "body": "\nPergi kenduri, tak sah kalau tidak merasa Bubur Kacang Hijau orang kahwin ini. Jom kita buat hari ini. Nak lagi padu, boleh tambah buah durian sekali.\nRasa bubur kacang hijau ini manis-manis sebab ada campuran gula Melaka di dalamnya. Kalau campur dengan durian, lagi bertambah-tambah dibuatnya. Rasa lemak-lemak manis gitu. Nak lagi sedap, jangan kedekut nak letak santan. Kalau kurang santan, tekstur bubur pun jadi tak cantik dan tawar.\nBaca juga: Petua Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Perlu Rendam & Rebus Lama. Ikut Je Cara Ni!\u00a0\nResipi bubur kacang hijau orang kahwin ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Aisyah Humaira. Korang boleh hidang untuk minum petang sekeluarga. Sesuai juga di makan semasa panas dan sejuk. Makan sejuk-sejuk baru keluar peti pun sedap!\nBubur ini memang ramai penggemarnya. Kalau banyak dan tak habis, korang boleh masukkan dalam plastik ais krim dan buat ais krim satu Malaysia. So, bila-bila nak makan ais krim korang boleh je ambil. Jarang jumpa ais krim kacang satu Malaysia sekarang ni. So, baik buat sendiri.\n\nRESIPI BUBUR KACANG HIJAU ORANG KAHWIN\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan teh kacang hijau\n1 \u00bd ketul gula melaka\n5 sudu besar gula putih atau mengikut manis disukai\n\u00bd sudu kecil garam\n2 kotak kecil santan\n2 helai daun pandan disimpul\n4 keping hirisan halia\nAir secukupnya\n\nCara-cara memasak:\n1. Kacau hijau cuci macam basuh beras dan rendam semalaman.\n2. Rebus kacang hijau sehingga empuk setelah kacang lembut tapis buang airnya.\n3. Dalam periuk masukkan semua bahan-bahan di atas termasuk kacang yang telah direbus.\n4. Kacau rata dan reneh dengan api sedang. Kacau sekali sekala setelah semua sebati siap.\n5. Siap untuk dihidang!\n\nSiap untuk dihidang! Korang boleh juga guna resipi ini untuk masak bubur kacang orang kahwin. Tak perlu letak durian je nanti. Rasanya juga sedap. Yang penting semua bahan-bahan tak termasuk durian pun dah cukup.\u00a0\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/bubur-sagu-sum-sum/", "title": "Bubur Sagu Sum Sum, Sedap Lalu Kat Tekak, Lemak-lemak Manis Gitu", "body": "\nJom cuba resipi Bubur Sagu Sum Sum ini. Sesuai untuk korang yang sukakan pencuci mulut berlapis-lapis dan rasa lemak-lemak manis.\nTengok je pun dah nampak sedap dan menggiurkan. Lagi bertambah enak makan sejuk-sejuk atau buat makan santai.\nKadang-kadang tekak ni mencari benda manis-manis. Makan kek atau dessert lain kurang lalu kat tekak.\nBaca juga: Arwah Tok Kongsi Resipi Bubur Gandum, Mudah & Sedap Rasanya\nTapi kalau makan pencuci mulut yang ada lemak santan dan manis air gula ni sedapnya lain macam. Bila mengalir kat tekak terasa nikmatnya.\nBubur sagu sum-sum ni lebih menarik sebab ada lapisan sagu tu sendiri. Kalau korang jenis suka makan dessert yang ada sagu, tahulah kesedepan rasa dan teksturnya yang kenyal-kenyal tu.\nPencuci mulut akan terasa lengkap dengan adanya lapisan sagu, santan dan air gula melaka. Nak buat bubur sagu sum sum ni mudah je.\nIkut resipi yang dikongsikan oleh Nur Balqis. Mudah nak faham langkah-langkahnya.\nBahan yang diperlukan pun tak banyak, dan kesemuanya masak atas dapur je.\n\nResipi Bubur Sagu Sum Sum\nBahan lapisan sagu:\n\n1 cawan sagu\n3 cawan air\n2 titik esen pandan\nSedikit pewarna hijau\n\nBahan lapisan bubur sum sum:\n\n4 cawan santan\n\u00bd cawan tepung beras\nGaram secukupnya\n\nBahan sirap gula:\n\n1 keping gula melaka\n4 sudu besar gula pasir\n\u00bd cawan air\n1 titik esen pandan\n\n\nCara buat lapisan sagu:\n\n1. Masak air bersama sagu dalam periuk sehingga mendidih.\n2. Kemudian masukkan esen pandan dan pewarna hijau. Bajet-bajet warna hijaunya. Kacau sehingga jernih.\n3. Kalau ikut resepi asalnya, lepas masak, sambung pula kukus sampai sagu jernih.\n4. Tapi untuk resepi ni, nak mudah masak terus sampai jernih. Kena rajin kacau.\n5. Sediakan bekas sesuai.\n6. Lepas tu sendukkan sagu dan masukkan dalam bekas. Sejukkan.\nCara buat lapisan bubur sum sum:\n\n1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.\n2. Kacau sehingga sebati dan masak atas dapur sehingga pekat dan meletup-letup.\n3. Kena pastikan sentiasa kacau dengan api sederhana untuk elakkan berketul-ketul.\n4. Lepas masak elok, terus tutup api.\n5. Tuangkan adunan ni atas sagu tadi. Sejukkan.\nCara buat sirap gula:\n\n1. Satukan kesemua bahan dalam kuali dan kacau sehingga bahan semua larut sebati.\n2. Lepas dah elok cair, tutup api.\n3. Tapiskan ke dalam bekas sesuai. Sejukkan.\n\nBila nak hidangkan je, tuang sirap gula melaka anda ikut tahap manis anda suka.\nGabungan sagu, bubur sum sum yang lemak masin dan sirap gula ni memang padu rasanya.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/budu-anti-kanser-cergaskan-otak/", "title": "Budu Anti Kanser & Mampu Cergaskan Otak Manusia?", "body": "\nSebut je pasal budu, mesti terngiang baunya yang agak kuat dan menyengat.\nBagi orang pantai timur, budu selalunya digunakan sebagai pencicah makanan seperti sambal belacan.\nMakanan tradisi di Kelantan dan Terengganu ini juga telah di isytiharkan sebagai \u2018Makanan Warisan\u2019 oleh Jabatan Warisan Negara.\nJadi, apa kena mengena tajuk di atas dengan kita?\n\nUntuk pengetahuan korang, ada satu kajian menyatakan yang budu ini sangat berkhasiat dan membantu cegah kanser dan mencerdaskan otak.\nIni kerana, ia mengandungi kuman baik probiotik yang sangat baik untuk kesihatan usus.\nBudu terhasil daripada proses hidrolisis ikan dan kuman mikrobial proteases, rasa dan aroma budu adalah di kerana tindakan mikroorganisma atau kuman proteolitik yang hidup dalam proses pemeraman budu.\nBiasanya gula melaka dan asam jawa di tambah untuk menjadikan warnanya coklat gelap.\nNisbah diantara ikan dan garam adalah rahsia produk masing-masing dari segi rasa dan bau.\nKepekatan garam mempengaruhi jenis bakteria dan aktiviti enzimatik yang menyebabkan rasa yang berbeza diantara pelbagai jenama.\nKuman bakteria atau mikroorganisma yang ada didalam budu adalah secara umumnya diklasifikasi sebagai \u2018halofilik\u2019.\nBaca Juga: Cara Buat Nasi Air Pantai Timur, Semangkuk Confirm Tak Cukup!\nKuman atau mikroorganisma ini memainkan peranan utama dalam proses degradasi atau pemecahan protin, rasa dan aroma budu ini. Kuman di dalam budu adalah kuman baik atau probiotik yang kita perlukan dalam usus kita.\nKajian menunjukkan kuman bakteria baik di dalam budu adalah micrococcus sp. (yang dominan di permulaan proses fermentasi), staphylococcus sp. \u2013 adalah kuman halofilik yang sentiasa ada sepanjang proses fermentasi yang mana kedua-duanya mempunyai aktiviti proteolitik dan lipolitik yang baik.\nBakteria baik yang di kaji yang ada didalam budu adalah:\n\nMicrococcus luteus\nLactobacillus plantarum LP1 & LP2\nStaphylococcus arlettae SA1\nSaccharomycescerevisiae SC3\nCandida glabrata CG2\n\nIni jelas menunjukkan budu mempunyai campuran pelbagai jenis bakteria baik probiotik yang berfungsi dalam proses fermentasi dan menjadi bakteria probiotik dalam usus yang baik selepas dimakan.\nTidak di nafikan bahawa budu mempunyai kandungan garam yang tinggi, oleh itu pengambilannya sebagai bahan pencicah yang sedikit tidaklah memudaratkan berbanding khasiat kuman baik probiotiknya yang sangat baik untuk kesihatan.\nAda juga sesetengah orang akan mendapat masalah alahan atau gatal-gatal apabila makan budu, maka mereka di nasihatkan tidak mengambil budu.\n\nSumber: Dr Norman Mohd Norawi\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/buffet-ramadhan-di-cafe-puffy-buffy-cyberjaya-harga-murah-banyak-makanan/", "title": "Buffet Ramadhan di Cafe Puffy Buffy Cyberjaya \u2013 Harga Terlajak Murah & Banyak Pilihan Makanan", "body": "\nKepada anda yang masih mencari lagi buffet ramadhan untuk berbuka dengan harga yang mampu milik, haa anda jangan risau, ada sebuah akaun di Twitter @Twt_Cyberjaya ada berkongsi satu kafe di Cyberjaya yang menawarkan buffet ramadhan dengan harga yang sangat murah dan mempunya banyak pilihan makanan untuk anda makan. Jom kita tengok apa yang best di kafe ini!\nHarga untuk buffet ramadhan di kafe ini adalah untuk dewasa hanya RM38 dan kanak-kanak RM22. Murah kan?\u00a0\n\nYang menarik di sini, setiap hari anda akan dihidangkan kambing dan ayam bakar tau. Selain tu, buffet kali ini ada 6 set menu sepanjang Ramadhan. Craving station akan bertukar setiap hari. Ada juga kerang dan kembung bakar, sotong dan cencaru bakar, roasted chicken dan roasted beef. Best kan?\n\n\n\n\n\n\u201cUntuk noodles station, ada bolognese, aglio olio, marinara, mee mamak dan kuey teow goreng (ikut hari). Tahun lepas, bolognese dekat buffet ni sedap, dua kali min tambah\u201d\n\n\n\n\n\u201cRambang mata bila tengok dessert ni. Macam-macam ada; kek, puding, cooktail, kuih-muih dan apam balik!\u201d\n\n\n\n\n\n\u201cOwner adalah Melayu Muslim. Surau ada disediakan untuk solat semasa buffet.\u201d\n\n\n\n\u201cKalau nak booking untuk buffet Ramadhan ni, boleh WhatsApp Kak Long http://bit.ly/buffet-puffy. Buffet Ramadhan bermula pada 8 April 2022 (Jumaat)\u201d\n\n\n\nMenarik kan? Jadi tunggu apa lagi rugi kalau anda tak terjah ke kafe ni!\n\nSumber: @Twt_Cyberjaya\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/bukan-orang-kl-kalau-tak-pernah-cuba-sup-lagenda/", "title": "Bukan Orang KL Kalau Tak Pernah Cuba \u2018Sup Lagenda\u2019 Ni, Semangkuk RM10 Je!", "body": "\nKalau tekak teringin nak makan sup, tak perlu fikir panjang sebab tak ada kedai yang boleh lawan sup kat kedai ni. \u2018Sup lagenda\u2019 katanya!\nMenurut Jalan-Jalan Cuti Santai di laman Twitter, tak sah datang Kuala Lumpur kalau tak pernah cuba makan sup di kedai tersebut.\nBaca juga: \u2018Rating 10000/10!\u2019 \u2013 Lelaki Ini Kongsi Kedai Makan \u2018Wajib\u2019 Pergi Bila Datang Shah Alam\nBukan Orang KL Kalau Tak Pernah Cuba \u2018Sup Lagenda\u2019 Ni\n\n\u201cBukan orang KL kalau tak pernah cuba Sup Lagenda Semangkuk RM10 jer. Ini lah dia sup paling power kat KL. Dekat sini memang terkenal dengan sup daging, tulang, gear box, kuetiew sup dll. Korang wajib try.\u201d\n\nRestoran Sururi ni berniaga sejak 1986. Dah 36 tahun! Memang legend.\n\nDatang KL, wajib singgah sini..\n\nLokasi: Restoran Sururi, Berdekatan Masjid Jamek Alam Shah, Jln Tun Razak, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nWaktu operasi\n\nIsnin \u2013 Jumaat (Sabtu -Ahad tutup)\n9.00 pagi \u2013 4.00 Petang\n\n\nSumber: Twitter @JalanCutiSantai\n"} {"url": "https://myresipi.com/bukan-semua-minyak-zaitun-sesuai-untuk-masak/", "title": "Bukan Semua Minyak Zaitun Sesuai Untuk Masak, Ini Cara Membezakannya", "body": "\nMinyak zaitun terhasil dari perahan buah Zaitun. Buah ini kebanyakannya terdapat di kawasan Mediterranean seperti negara Sepanyol, Tunisia, Morocco, Itali dan Turki.\nPasti ramai yang sudah tahu, minyak ini mempunyai banyak khasiatnya dan sering digunakan dalam perubatan, sabun, kosmetik dan juga masakan.\nTerdapat banyak jenis minyak zaitun yang ada di pasaran. Namun, bukan semua sesuai digunakan dalam masakan. Setiap jenis itu mempunyai kegunaannya yang tersendiri.\nPERBEZAAN MINYAK ZAITUN YANG WAJIB TAHU\n1. Extra Virgin Olive Oil\n\nExtra Virgin Olive Oil ini merupakan hasil pertama dari buah zaitun. Ia memiliki kualiti yang paling bagus jika dibandingkan dengan jenis yang lain. Minyak ini tidak sesuai digunakan untuk masakan kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.\n2. Original Virgin Olive Oil\n\nManakala Minyak Zaitun jenis ini pula diperolehi daripada proses memerah buah zaitun. Sebab itulah harganya lebih murah dari Extra Virgin. Jenis ini sesuai digunakan untuk menumis.\n3. Light/Extra Light Olive Oil\n\nJenis Light/Extra Light ini pula sesuai digunakan untuk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupun ianya melalui proses penyulingan lebih dari sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan dengan minyak goreng biasa.\n\nSekarang dah tahu kan perbezaan dan kegunaan setiap minyak zaitun yang ada di pasaran? Selepas ini jangan salah pilih lagi ya. Semoga bermanfaat!\nKredit: Kurus Tanpa Lapar\nBaca juga: Jangan Ambil Mudah, Pesakit Tiroid \u2018Wajib\u2019 Elak 4 Jenis Makanan Ini Supaya Tak Melarat\n"} {"url": "https://myresipi.com/bunga-durian-goreng-belacan/", "title": "Bunga Durian Goreng Belacan, Sajian Sayur Orang Sarawak Dan Indonesia", "body": "\nBunga durian, sayur alami yang hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun. Dalam dunia masakan ia bukanlah sesuatu yang baharu.\u00a0\nMenurut orang Sarawak dan Indonesia, rasanya garing dan manis. Tetapi awas, jangan silap cara penyediaannya. Sayur ini mempunyai getah atau lendir pada setiap putik debunga atau biji bunga durian.\nBaca juga: Cara Betul Basuh Sayur Dan Buah, Guna 3 Bahan Ini Untuk Hilangkan Sisa Kotoran\nKalau nak tahu, \u2018fresh\u2019 dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan. Kalau dah berwarna perang bila dimakan tidak garing sebaliknya akan menjadi lembik dan berair pula bila dimasak.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Dapor Hitam di laman TikTok ini. Memang ramai yang teruja dan ingin mencubanya kerana taktahu ia boleh dimakan.\n\nRESIPI BUNGA DURIAN GORENG BELACAN\n\nBahan-bahan:\n\n1 Mangkuk Bunga Durian\n3 Ulas Bawang Merah Dihiris\n2 Ulas Bawang Putih Dihiris\n1 Biji Cili Merah Dihiris\nSedikit Belacan Dibancuh Dgn Sedikit Air\nIkan Bilis Goreng\nMinyak\nGaram\nSerbuk Perasa\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah.\n2. Masukkan pula bancuhan belacan. Biar ia mendidih sehingga sedikit kering.\n3. Kemudian, barulah masukkan bunga durian yang sudah dibersihkan dan tumis sehingga layu.\n4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.\n5. Siap dan sedia untuk dihidang!\n\n\n @daporhitam_\nBunga Durian Masak Belacan. Bahan: 1 Mangkuk Bunga Durian 3 Ulas Bawang Merah Dihiris 2 Ulas Bawang Putih Dihiris 1 Biji Cili Merah Dihiris Sedikit Belacan Dibancuh Dgn Sedikit Air Ikan Bilis Goreng Minyak Garam Serbuk Perasa #dapurhitam #resepimudah #bungadurian #masakbelacan #durian\n \u266c Obituary \u2013 Alexandre Desplat \n\n \n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop, Mudah Dan Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/burger-terbesar-dari-texas-chicken-kembali-lagi/", "title": "Burger TERBESAR Dari Texas Chicken Kembali Lagi, Saiz Dia Memang Tak Mengecewakan!", "body": "\nPeminat Texas Chicken munculkan diri anda! Burger terbesar dari Texas Chicken kembali lagi. Menu yang paling dinanti-nantikan oleh peminat burger iaitu Burger Fire Dragon Monster.\nSiapa yang suka pedas jom cabar diri anda dengan Burger Fire Dragon Monster\u00a0yang mengandungi 2 ketul tenders dan isi paha yang ditambah dengan sos pedas. Memang luar biasa!\nKredit gambar: Halal Foodie\nSelain\u00a0Fire Dragon Monster Burger,\u00a0anda juga boleh dapatkan Fire Dragon Burger\u00a0serta\u00a0Fire Dragon Wrap yang hanya ditawarkan untuk masa yang terhad.\n\nTunggu apa lagi? Jom serbu cawangan Texas Chicken berdekatan anda sekarang. Hanya ditawarkan untuk masa yang terhad tau!\nKredit gambar: Halal Foodie\nBaca juga: 5 Restoran Korea Sedap Di Sekitar KL, Tak Perlu Was-Was Sebab Dijamin Halal\n"} {"url": "https://myresipi.com/burnt-cheesecake-guna-air-fryer/", "title": "Cara Buat Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Elok Kejadiannya", "body": "\nPernah cuba buat kek guna Air Fryer? Jom cuba baut Burnt Cheese Cake. Inilah masanya untuk kita mencungkil bakat dan salah satunya adalah dengan baking. \nRamai orang cakap baking atau membuat kek ini agak sukar dan rumit tetapi tidak dengan resipi burnt cheese cake ini. Mudah dan elok kejadiannya!\nBaca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Sarah dan sesuai digunakan untuk yang baru belajar nak buat kek. Mudah dan ringkas.\nRESIPI BURNT CHEESE CAKE GUNA AIR FRYER\n\n\nBahan-bahan:\n\n250g cream cheese\n1/2 cawan gula\n200ml whipping cream\n2 biji telur\n1sdb esen vanila\n2sdb tepung gandum\nGaram\n\nCara-cara\n1. Sediakan mesin blender, masukkan kesemua bahan-bahan di atas. Garam pula hanya letak secubit sahaja.\n2. Kisar kesemua bahan di atas. Kemudian, letak di atas loyang yang sudah dilapik kertas. Loyang ikut saiz air fryer masing-masing.\n3. Bakar suhu 160c 40minit. Buat 160c dulu sebab nak bagi masak bahagian bawah.\n4. Sudah 40 minit baru tambah 5 minit lagi dan suhu tukar ke 180c. Nak bagi yang belah atas burn. Siap dibakar, sudah boleh siap hidang!\nMudah dan ringkas je kan nak buat burnt cheese cake guna air fryer. Yang penting kek tak bantat dan boleh dimakan bersama keluarga.\nAnak-anak tentu suka! Terima kasih kepada Cik Puan Sarah kerana sudi berkongsi resipi kek yang mudah. Selamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/butter-potato-grilled/", "title": "Butter Potato Grilled, Sesuai Untuk Anak Yang Tak Nak Makan Nasi", "body": "\nPernah dengar tak resipi Butter Potato Grilled atau Kentang Bakar Butter? Sekali pandang macam wedges KFC tapi yang ini lagi sedap!\nPenyediaannya pun sangat mudah. Sesuai untuk anak-anak yang tak nak makan nasi hari ini. Jadi tak renyah nak buat. Makanan western pula tu.\nArtikel berkaitan: Cottage Pie Dengan Sos Bolognese Daging & Kentang Lenyek, Sedap Tau!\nRasanya yang padu dengan butter memang memikat hati betul! Nak tahu cara penyediaanya, jom ikuti resipi dari perkongsian Elle Izani Ellanie ini.\nResipi Butter Potato Grilled\n\n\nBahan-bahan:\n\n10 biji kentang Holland/India \u2013 Saiz kecik comel je tau, potong 4\n5 ulas bwg putih \u2013 cincang halus\n3-4 sudu besar butter\n1 sudu besar serbuk cukup rasa \n1 sudu besar gula\n2 sudu besar chili flakes \n1 sudu besar daun parsley/dry rosemary\n\nCara-cara:\n1. Gaul semua bahan\n2. Susun dalam dulang\n3. Bakar suhu 180c (25 \u2013 30 minit) \u2013 lagi garing lagi sedap. Siap!\nKami makan sekali dengan kulit, tak buang pun \ud83d\ude0b\nKepada ibu-ibu yang nak jimat masa, boleh sangat cuba resipi ni. Manalah tahu ada rasa nak cuba resepi ni buat niaga, apa salahnya kan. Berkat perkongsian resipi ini, dapat juga bantu orang ramai.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/buttermilk-chicken-simple/", "title": "Buttermilk Chicken Simple Guna Tepung Bestari, Padu Beb!", "body": "\nTak tahu nak masak apa tengahari ni? Apa kata kita cuba masak buttermilk chicken pula.\nSelalunya, menu sebegini ada di restoran-restoran mahal je, Tapi sekarang, kedai makan biasa pun dah mula membuatnya termasuklah kedai Thai.\nLagipun, resipi ini tak menggunakan banyak bahan pun nak memasak. Simple sangat.\nBaca juga: Cara Buat Ayam Goreng Rangup & Berkerinting, Guna Satu Jenis Tepung Ini Saja\nKali ini dia istimewa sikit sebab masak menggunakan tepung bestari. Siapa je yang tak suka goreng ayam guna tepung ini kan. Terasa kerangupan nya dengan rasa pedas-pedas sikit.\nTepung Bestari ini ada perisa original dan spicy. Korang boleh pilih ikut citarasa tersendiri. Untuk menghilangkan rasa muak buttermilk, korang boleh guna tepung yang spicy.\nJom kita ikuti resipi perkongsian dari Nasriah Ramli ini. Resipi beliau viral tau di Facebook. Rugi tak cuba.\nResipi Buttermilk Chicken Guna Tepung Bestari\n\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam\nTepung Bestari\n2 sudu besar butter atau margerin\n1/2 tin susu cair\n2 sudu mkn susu pekat\n1/2 cwn air\nDaun kari\nBawang putih\nCili padi\n1 sudu mkn tepung jagung (Optional)\nGaram\nSikit gula putih\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Mula-mula, gaul isi ayam dengan garam, sedikit gula dan tepung Bestari. Kemudian, goreng dan ketepikan.\n2. Panaskan 2 sudu besar butter atau margerin dan tumiskan hirisan bawang putih dan daun kari.\n3. Bila dah naik bau, masukkan hirisan cili padi dan gaul lagi. Kemudian, masukkan 2 sudu susu pekat.\n4. Diikuti dengan 1/2 cawan air. Jika suka pekat, boleh tambah 1 sudu makan tepung jagung.\n5. Bila dah mendidih, masukkan garam dan sedikit gula putih.\n6. Akhir sekali, masukkan isi ayam yang digoreng tepung tadi. Tutup api. Siap!\nSiap untuk dihidang! Lagi jimat dari makan kat luar. Mudah je kan nak masak lauk butter milk chicken ni.\nAyam yang digoreng tu tak sama dengan cara saya masak sebelum ni. Patutlah ramai yang share resepi ni. Guna tepung Bestari rupanya lagi sedap.\n"} {"url": "https://myresipi.com/cabai-picit-sambal-ringkas-tapi-padu/", "title": "Cabai Picit, Sambal Ringkas Tapi Padu. Pekena Dengan Ikan Bakar & Ulam Lagi \u2018Umphh\u2019!", "body": "\nKalau dah tiada idea nak masak apa untuk makan tengahari, boleh cuba buat cabai picit ni. Makan dengan ikan bakar dan ulam, memang sedap sungguh.\nBukan itu saja, menu ini juga sangat sihat dan sesuai untuk orang diet. Boleh ikuti cara membuatnya yang dikongsikan oleh Putri Inas di bawah.\nRESIPI CABAI PICIT, SAMBAL RINGKAS TAPI SEDAP\nBahan-bahan:\n\n12 biji cabai merah\n12 biji cabai hijau\n1 sudu besar asam jawa (asam jawa asli)\n2 ketul belacan bakar (sebesar ibu jari)\nSetengah biji asam limau\n1/2 cawan air kosong (ikut kepekatan yang disukai\nGaram\nSedikit gula\nSerbuk perasa\n\n\nCara-cara:\n1. Picit saja semua bahan di atas. Bukan tumbuk, bukan blend.\n\n2. Makan dengan ikan bakar kosong dan ulam. Selamat mencuba!\n\nKredit: Putri Inas\nBaca juga: Resipi Ikan Rebus Goreng Yang Laku Keras, Bau Ikan Masa Goreng Pun Dah Mengiurkan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cairkan-daging-beku-cara-betul/", "title": "Cairkan Daging Beku Cara BETUL, Elak Risiko Keracunan Makanan", "body": "\nBiasanya orang akan guna cara cairkan daging beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk cair dan boleh dimasak.\nRamai yang merasakan kerja memasak ini boleh jadi lambat masak disebabkan menunggu bahan basah beku macam daging, ayam dan ikan cair selepas keluarkan dari dalam peti ais.\nBaca juga: Simpan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost Rupanya!\nBetul tak? Tak semena-mena boleh jadi timbul sifat kemalasan sebab malas nak menunggu.\nMenurut Public Health Malaysia (PHM), kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah, jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria.\nIni 4 cara yang betul yang dikongsikan oleh PHM dengan cara mudah sekaligus elakkan risiko keracunan.\n\nCAIRKAN DAGING BEKU CARA BETUL\n\n1. Letakkan di bahagian chiller peti sejuk\nJika ingin masa untuk lauk tengah hari pada esok hari, letakkan bahan basah beku di dalam chiller peti sejuk sekurang-kurangnya 12 jam. Kaedah ini yang paling mudah dan selamat.\u00a0\u00a0\n2. Rendam dalam air pili bersih\nKeluarkan bahan mentah, buka penutup bekas dan masukkan air dan biarkan terendam. Tukarkan air rendaman selepas 30 minit. Cara defrost rendam air ambil masa kurang lebih 1 jam. \n3. Guna fungsi \u2018defrost\u2019 dari microwave\nKeluarkan daging beku yang ingin dicairkan, buka penutup bekas dan masukkan dalam microwave. Pilih menu defrost dan defrost selama 5-10 minit.\u00a0\n4. Guna periuk tekanan tinggi\nMasukkan daging beku ke dalam pressure cooker. Kemudian, masukkan satu cawan air ke dalam dan setkan masa kira-kira 6 minit untuk defrost.\u00a0\nElak Defrost Daging Dengan Cara Ini\n\nLetak untuk cair di luar seharian\nRendam dalam air panas\nMasak dalam slow cooker\n\n\nSemoga bermanfaat.\nBaca juga: Makanan Dalam Peti Sejuk Pun Boleh Basi? \u2018Check\u2019 Balik 5 Kesilapan Ini Masa Simpan\n"} {"url": "https://myresipi.com/caj-harga-makanan-macam-zaman-90-an/", "title": "\u201cGila kedai ni meniaga\u201d \u2013 Peniaga Caj Harga Makanan Macam Zaman 90-an, Netizen Kagum", "body": "\n\nKenaikan harga barangan pada masa kini sememang kian terasa apatah lagi buat peniaga sehinggakan perlu menaikkan harga jualan demi meraih keuntungan.\nTidak cukup dengan itu, mereka juga perlu mengambil kira kos-kos lain seperti gaji pekerja, bil elektrik, bil air dan banyak lagi.\nArtikel berkaitan: Pembeli Bengang Beli Ayam Geprek Tapi Dapat Ayam Hitam, Kena Tambah Duit Untuk Tukar\nNamun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga nasi campur masih mengekalkan harga makanan dengan harga yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya mencuri perhatian ramai.\nMenerusi video yang dimuat naik oleh @muhammadabdulsal16 di TikTok, ramai yang mendakwa harga yang diletakkan adalah murah ibarat harga makanan seperti zaman 90-an.\nDifahamkan, kedai makan tersebut berlokasi di Medan Selera Puchong Perdana, Puchong, Petaling Jaya.\nMenurutnya, harga makanan untuk tiga orang makan hanyalah RM13 dan harga tersebut tidak pernah berubah walaupun sudah setahun dia makan di kedai berkenaan.\nVideo Penuh:\n\ndownload\n\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terkejut melihat jumlah harga tersebut yang hanya RM13 sedangkan tiga pelanggan yang memakan nasi campur itu masing-masing mempunyai lauk ayam dan ikan yang bersaiz besar.\nBukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan sikap tuan kedai dan mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki.\nAntara komen netizen:\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cakap-korea-niaga-ayam-bakar/", "title": "Selamba Cakap Korea Sambil Niaga Ayam Bakar, Gelagat Akak Ini Buat Ramai Kagum!", "body": "\nSelalu kita tengok orang cakap korea dalam Kdrama je, baru-baru ini tular seorang peniaga tempatan yang fasih berbahasa hangul hingga membuatkan netizen kagum.\nMacam yang kita tahu, Malaysia ini terdiri dengan pelbagai jenis bangsa, agama, kaum, adat dan tidak hairan lah jika terdapat pelbagai bahasa dan loghat yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian.\nMalah ada juga diantara kita yang fasih bertutur lebih daripada satu bahasa seperti mandarin, tamil, Arabic dan banyak lagi bagi memudahkan kita untuk senang bersembang dengang bangsa yang lain.\nBaca juga: Selalu Tengok K-Drama? Ini 7 Makanan Korea yang Korang Patut Cuba\u00a0\nNamun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang akak jual ayam bakar fasih cakap bahasa Korea telah mencuri tumpuan.\nMenerusi video berkenaan, kelihatan suasana yang memaparkan seorang wanita menjual ayam bakar di Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah.\nNamun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila akak itu selamba bercakap bahasa Korea dengan pelancong dari negara tersebut. Dia siap mempromosikan ayam bakarnya dengan fasih. Percakapannya itu kedengaran seperti orang asli Korea.\nVideo Penuh:\n\n\n @myweekendplan\nWhen your customer is Korean be like.. #Korean #foodie #SabahFoodie #chickenwing #foodie #pasarpilipinkk \n \u266c Funny Song \u2013 Cavendish Music \n\n \nDapat kita lihat, pelangga itu juga langsung tidak kekok untuk berbual dengannya malah berasa teruja dengan kemahiran bahasa yang dimiliki .\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat kelebihan yang dimiliki oleh wanita tersebut malah sempat berseloroh mengatakan antara kelebihan lain yang dia miliki adalah dapat menonton K-Drama tanpa membuka subtitle.\n\u201cRata-rata yang berniaga di pasar malam KK champion speaking Korea guys. That\u2019s how competitive they are\u201d \u2013 Netizen\nBukan itu sahaja, netizen juga akui rata-rata peniaga yang berniaga di Pasar Filipina ini dapat bertutur lebih daripada satu bahasa jadi tidak hairanlah jika wanita tersebut dapat berbahasa Korea dengan lancar.\nAntara komen netizen:\n\n\n\n\nPasar Filipina \u2013 terletak di Kota Kinabalu ini merupakan tarikan pelancong jika berkunjung ke Sabah. Rata-rata peniaga berasal daripada Filipina. \nTerdapat pelabagai barangan kraftangan, perhiasan, hasil laut dan juga buah-buahan serta yang paling laris dan sangat dicari disana adalah Mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang.\nRamai pelancong datang ke sana juga membeli hasil laut seperti ikan bilis, sotong kering dan makanan tempatan. \nPada sebelah petang pula terdapat gerai-gerai yang menjual makanan laut. Anda boleh memilih makanan laut seperti udang, ketam, ikan dan banyak lagi. Harga disini murah dan anda perlu tawar menawar.\n"} {"url": "https://myresipi.com/cancel-order-lepas-dapat-pesanan-arak-rider-ini-dipuji/", "title": "\u2018Cancel Order\u2019 Lepas Dapat Pesanan Arak, Tindakan Rider Foodpanda Ini Dipuji Netizen", "body": "\nPada masa kini, khidmat pesanan dan penghantaran makanan secara dalam talian bukan sahaja menjadi trend, tetapi juga seakan-akan satu keperluan pula.\nMasakan tidak, ia menjimatkan masa kita tanpa perlu keluar membeli makanan dan bersesak-sesak selepas seharian penat bekerja.\nMalah, ramai yang menjadikan tugas sebagai penghantar makanan dalam talian itu sebagai kerja sampingan mereka untuk menambah pendapatan keluarga.\nYa, itulah realiti kehidupan sekarang yang memerlukan kemudahan untuk melicinkan rutin harian kita.\nMeskipun sudah ada kemudahan sebegitu, sebagai orang Islam, bolehkah kita menghantar makanan yang tidak halal daripada kedai yang tidak mendapat status halal? Apakah hukumnya jika barang makanan tidak halal yang dihantar itu bukan arak?\nSebelum menjawab persoalan berkenaan, perlu kita fahami bahawa rezeki yang halal datangnya daripada jalan yang halal dan tidak syubhah\nWalaupun tidak menjual makanan yang tidak halal itu, namun secara tidak langsung seseorang itu terlibat dalam penghantaran makanan yang rata-ratanya adalah haram dan syubhah.\n\u2018Cancel Order\u2019 Lepas Dapat Pesanan Arak\nSeperti yang berlaku pada seorang\u00a0rider\u00a0foodpanda ini. Menerusi perkongsian di TikTok @irfansafw4n_, dia berkongsikan telah menerima satu pesanan arak.\nNamun demi pegangan teguh kepada agama sebagai seorang Islam, beliau telah membatalkan pesanan tersebut demi mendapatkan rezeki yang halal.\n\nMeninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan tindakan rider tersebut. Mereka berpendapat, pesanan arak yang ditolak oleh rider itu merupakan perbuatan yang betul dan tepat.\n\n\n\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @irfansafw4n_\ntakpa rezeki Allah itu luas \ud83d\ude01 #foodpanda\n \u266c original sound \u2013 masterg530 \u2013 masterg530 \n\n \nSumber: TikTok @irfansafw4n_\n"} {"url": "https://myresipi.com/cantik-tapi-bahaya-ini-tips-untuk-elak-dapur-kaca-pecah-berderai/", "title": "Cantik Tapi Bahaya! Ini Tips Untuk Elak Dapur Kaca Pecah Berderai", "body": "\nKejadian dapur jenis kaca (tempered glass)\u00a0pecai berderai bukan sesuatu yang baru berlaku. Kemalangan kecil ini sering kita baca di media sosial seperti yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook di bawah.\n\nSedikit sebanyak perkara itu menimbulkan rasa gerun dan takut dalam kalangan mereka yang mempunyai dapur jenis ini mahupun buat mereka yang mahu membelinya.\nTidak dinafikan, dapur kaca ini mampu membuatkan dapur anda kelihatan lebih elegan dan moden. Namun hakikatnya, yang cantik tidak semestinya tahan lasak. Lebih-lebih lagi jika tidak dikendalikan dengan betul.\nSeorang wanita berkongsikan tips dalam menggunakan dapur kaca jenis\u00a0tempered glass\u00a0ini untuk menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Jom sama-sama baca perkongsian oleh Dr. Fatimah Salim di bawah.\n\nTips Untuk Elak Dapur Kaca Pecah Berderai\nTerdapat banyak jenis bahan binaan (aka material) yang digunakan untuk membuat dapur memasak seperti kaca, kaca berplumbum (lead glass), seramik dan borosilikat.\nDisebabkan banyak kemalangan sewaktu memasak yang berlaku, di sini kita hanya akan bincangkan dapur kaca tempered (tempered glass). Ambil tahu cara pengendalian bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini seperti letupan dan kebakaran. Tambah lagi jika kejadian berlaku sewaktu ada anak kecil bersama.\nDapur kaca tempered digunakan mengantikan dapur borosilikat kerana ianya lebih cantik disamping lebih tahan haba, tidak bertindakbalas (inert), tidak mengalirkan elektrik juga kalis air dan gas.\nNamun, ianya mudah pecah jika tidak dijaga dengan baik dan betul. Tips dalam menggunakan dapur kaca tempered ialah:\n\nJangan tutup permukaan kaca -setengah dari kita sayangkan dapur, takut tumpahan minyak atau kotoran pada permukaan. Namun dengan menutup dapur, haba akan terperangkap lalu membuatnya mudah retak.\nJangan guna kuali dan periuk yang terlalu besar- penggunaan periuk dan kuali yang besar terutamanya yang diperbuat daripada logam akan memerangkap haba lalu memindahkannya kepada dapur. Ini boleh menyebabkan dapur ini mudah retak.\nJangan letak kuali atau periuk di atas permukaan kaca kerana beban yang berat.\nMaksimumkan penggunaan secara berterusan selama 2 jam sahaja. Ini kerana, penggunaan yang lama akan meningkatkan pengumpulan haba.\nJangan sesekali mengelap atau membersihkan dengan kain basah tunggu sehingga dapur sejuk supaya tidak berlaku \u201ckejutan \u201c atas perubahan suhu yang drastik. Lalu menyebabkannya retak.\n\nKredit: Dr. Fatimah Salim, Suriani Yusuf\n"} {"url": "https://myresipi.com/cantik-unik-jom-cuba-resepi-kek-batik-versi-biskut-jejari/", "title": "Cantik & Unik, Jom Cuba Resepi Kek Batik Versi Biskut Jejari!", "body": "Masa kecil dulu korang mesti selalu makan biskut jejari ini kan? Tetapi zaman sekarang ini, mereka variasikan pulak biskut jejari menjadi kek batik. Sangat cantik dan unik kejadian kek batik versi biskut jejari, yang penting mestilah sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan Alia Cheeszif di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKEK BATIK VERSI BISKUT JEJARIMasa kecil dulu korang mesti selalu makan biskut jejari ini kan? Tetapi zaman sekarang ini, mereka variasikan pulak biskut jejari menjadi kek batik. Sangat cantik dan unik kejadian kek batik versi biskut jejari, yang penting mestilah sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan Alia Cheeszif di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n2 cawan Milo\n\n1/2 tin susu pekat\n\n1 sudu besar serbuk koko\n\n1 buku Buttercup\n\n1 paket biskut jejari\n\n1 sudu esen vanila\n\nKredit: Alia CheeszifCARA PENYEDIAAN\nCairkan mentega dalam periuk. Bila dah cair masukkan susu pekat, gaul sebati dengan api sederhana.\n\nMasukkan Milo, serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai sebati. Pastikan tiada Milo berketul-ketul.\n\nMasukkan esen vanila kacau dan tutup api. Susun biskut jejari ke dalam bekas.\n\nTuang adunan Milo tadi. Susun lagi dan tuang adunan. Buat sampai habis.\n\nSudah habis, simpan dalam peti ais selama 4 jam. Untuk memudahkan potong, keluarkan 30 min sebelum potong. Siap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-asah-pisau-paling-mudah-dan-berkesan/", "title": "Cara Asah Pisau Paling Mudah Dan Berkesan", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2021-03-23\nBayangkan bila korang tengah semangat nak masak, masa tu juga pisau tumpul. Nak potong daging, ayam, sayur terus jadi tak best. Nak asah pisau pula tak tahu teknik yang betul, asah banyak kali pun pisau tak tajam jugak. Jadi dekat sini kami akan kongsikan cara paling bekesan dan mudah untuk korang asah pisau supaya boleh jadi tajam seperti baru beli.\nNak asah pisau ni kena ada teknik yang betul, bukan hanya sekadar menggesek dan mengasah pada batu asah tu.\u00a0 Jom kita tengok cara asah pisau yang mudah yang korang boleh cuba terus kat rumah tu.\nBAHAN-BAHAN\nBatu asah\nPisau\nSebesen air\n\nCARA-CARA\nRendam batu asah di dalam air selama 15 minit\nPastikan mata pisau berada dalam kedudukan 30 darjah dari permukaan batu asah\nTolak dan tarik mata pisau ulang sehingga 10 kali\nMulakan menggesek pisau pada permukaan batu asah yang kasar\nSambung menggesek pada permukaan batu asah yang lembut\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-balut-ketupat-palas/", "title": "Cara Balut Ketupat Palas, Yang Tak Tahu Kena Belajar Buat!", "body": "\nTak ramai anak muda sekarang yang pandai membuat ketupat palas, apatah lagi membalutnya. Oleh itu, jom kita belajar cara balut ketupat palas. Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar kan?\nPerkongsian oleh Puan Rusmani Hamzah ini khas untuk mereka yang sudah lama mahu belajar teknik menganyam ketupat palas yang makin ditelan zaman ini.\nBaca juga: Cara Buat Ketupat Guna Daun Pisang, Lagi Mudah Nak Bungkus!\nCARA BALUT KETUPAT PALAS\nVersi Pantai Timur\nPart 1\n\nPart 2\n\nCara balut ketupat palas versi orang utara\n\nRESIPI KETUPAT MANIS\n\nBahan-bahan:\n\nDaun palas\n1 kg beras pulut\u00a0\n400 ml santan pekat\n1\u00bd sudu besar garam halus\n1 sudu besar gula\n\nCara-cara:\n1. Beras pulut dibasuh dan rendam selama 1 \u00bd jam atau 2 jam. Kemudian toskan.\n2. Sebelum kukus pastikan pengukus dilapik dengan jaring. Bila masukkan beras pulut, buat lubang ditengah-tengah beras untuk wap naik dalam pulut.\n3. Masak air untuk mengukus hingga mendidih. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.\n4. Setelah selesai mengukus, tuang ia ke dalam besen. Pulut yang masih panas boleh masukkan santan yang sudah digaul dengan garam dan gula. Gaul hingga sebati dan makan masa lebih kurang 3 minit. Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut.\n5. Kukus pula untuk kali kedua selama 20 minit.\n6. Tuang pulut dalam besen dan digaul rata selama 3 minit. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dengan daun palas.\n7. Lepas ia siap dibungkus boleh difrozenkan atau pun nak kukus terus untuk dimakan.\nRESIPI KETUPAT SERUNDING\n\nBahan-bahan:\n\nDaun palas\nSerunding daging\n1 kg beras pulut\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n400 ml santan pekat\n1\u00bd sudu besar garam halus\n200 gram gula\n\nBahan-bahan:\n1. Ulang langkah 1 hingga 5 seperti di resepi ketupat lemak di atas.\n2. Tuang pulut dalam besen. Pulut yang masih panas, masukkan gula dan gaul rata selama 3 minit. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh dibungkus bersama serunding.\n3. Selepas siap dibungkus, boleh difrozenkan di dalam peti beku atau pun kukus terus untuk dimakan. Jika nak makan terus selepas ia dibungkus, kena kukus selama 20 minit.\nSelamat mencuba!\nKredit: Rusmani Hamzah\nBaca juga:\u00a0Jenis Anyaman Ketupat Yang Boleh Belajar Untuk Raya Ini, Jom Cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-bancuh-foam-kopi/", "title": "Wanita Ini Tunjuk Cara Bancuh Foam Kopi Yang Sedap Berlemak, Mesti \u2018Repeat\u2019 Nak Buat!", "body": "\nKorang jenis yang suka habiskan duit beli kopi di cafe? Jom belajar cara bancuh sendiri foam kopi yang tebal dan sedap berlemak di rumah. Memang setanding macam barista buat tau.\nDekat rumah nak buat style latte pun boleh, cappucino pun boleh. Tips nya juga ringkas dan mudah kerana hanya menggunakan tiga bahan sahaja.\nBaca juga: Bekas Pekerja Starbucks Ini Kongsi Rahsia Bancuh Air Nescafe Padu, \u2018Konfirm\u2019 Terangkat lah!\nWanita yang bernama Safillah Alivi ini sudah mencubanya dan sudi berkongsi langkah demi langkah cara hendak membuatnya dan memang teksturnya tebal dan lemak berkrim Jom kita lihat.\n\nCARA BANCUH FOAM KOPI LEMAK BERKRIM\n\nTerima kasih pada yang pernah kongsikan coffee viral tu. Memang sedap amat. Saya suka minum versi panas (cappucino). Smooth tekstur kopi ini seakan dibuat barista di kafe ternama. Saya buat esktra untuk simpan seminggu di dalam peti sejuk.\nBahan-bahan foam kopi:\nKopi instant \u2013 tak kisah brand apa\nGula perang\nAir panas\nBahan-bahan cappucino:\nKopi instant\nSusu segar\nAir panas\nCara-caranya:\n1. Masukkan 4 sudu serbuk kopi instant bersama 4 sudu gula perang dalam cawan.\n\n2. Masukkan pula 4 sudu air panas.\n3. Kacau atau sebatikan ia menggunakan mixer kopi. Kalau nak naikkan muscle tangan, boleh juga guna whisker. Kacau ia sehingga 5 minit, bergantung kepada kuantiti kopi dan gula.\n4. Kacau sehingga ia gebu dan berbuih. Nanti tinggal ceduk sahaja foam itu.\n5. Kemudian, untuk membuat secawan cappucino, panaskan susu segar. Kemudian, ambil sesudu serbuk kopi instant dan campur dengan air panas. Bancuh hingga sebati. Dan letakkan foam kopi tadi di atas cappucino. Siap!\n\n\nMudah dan ringkas! Lebihan foam kopi yang kita buat tadi boleh simpan di dalam peti sejuk dan tahan seminggu tau. Tinggal kacau balik je jika buihnya tak gebu balik.\nSemoga perkongsian dari Safillah Alivi ini memberi manfaat kepada semua dan dapat menjimatkan kewangan korang yang kerap beli kopi di luar.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-beli-lllaollao-tips-pilih-yang-mana-sedap/", "title": "Pertama Kali Nak Beli? Ini Cara Beli Lllaollao & Tips Pilih Yang Mana Sedap", "body": "\nJika anda pertama kali nak mencuba sesuatu makanan, pasti akan berasa sedikit \u2018berdebar\u2019 sehingga ada sesetengah orang yang terkena panic attact\u00a0atau\u00a0anxiety.\nUntuk mengelakkan masalah itu, anda perlu menyelidik terlebih dahulu mengenai menu-menu yang dijual supaya tidak cemas semasa memesannya.\nSeperti yang dimuatnaik oleh Siti Jamil di twitter, dia berkongsikan cara untuk memesan llaollao (disebut: yaoyao) buat orang ramai yang pertama kali ingin mencuba makanan tersebut.\n\nJom baca perkongsiannya di bawah, pasti nanti anda tidak akan kekok lagi untuk cuba\u00a0frozen yogurt\u00a0tersebut.\n\n1. Saiz\n\n2) Sauce\n\n3) Crunch\n\n4) Fruit\n\n\nPetitllao\n\nSanum\n\nContoh:\n\nInfo tambahan\n\nSumber: Siti Jamil\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-bersih-siang-ketam/", "title": "Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini", "body": "\nTak tahu nak siang ketam? Jangan risau boleh ikuti langkah demi langkah disini. Bagi penggemar ketam, tak sah rasanya kalau tak masak sendiri di rumah.\nIni kerana, ia antara makanan laut yang paling sedap dan amat digemari ramai. Dengan isinya yang manis dan segar. Antara hidangan popular yang dimasak ialah Kam Heong, Ketam Masak Telur Masin, Kari Ketam, Ketam Berlada, Sup Ketam dan banyak lagi.\nBaca juga: 3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur, Baru Puas Hati Makan\u00a0\nMemang licin pinggan dibuatnya kalau buat hidangan-hidangan itu dirumah. Tapi sementara itu, MyResipi ingin kongsikan cara mudah untuk bersih dan siang dengan betul.\nBukannya apa, kalau tak bersih betul-betul, lauk utama untuk masakan nanti tak berapa nak \u2018kick\u2019 dan kurang sedap isinya.\u00a0\nMemang tak seronok rasanya nak menikmati keenakan isi ketam kalau kakinya tak dipotong dengan kemas.\nCara siang ini telah dikongsikan sendiri oleh M9 Daily Kitchen menerusi laman Youtube dan telah tontonan sehingga 27k tau! Jom kita tengok cara-caranya.\n\nCARA BERSIH DAN SIANG KETAM\n\nJadi, dalam perkongsiaan kali ini, ada 10 cara untuk siang ketam dengan betul dan mudah.\u00a0\n1. Mula-mula, potong hujung sepit ketam dengan gunting.\n2. Kemudian, potongkan pula ke semua hujung kaki ketam. Di bahagian ini, memang biasa tidak ada isi lah.\n3. Dah siap, perlahan-lahan buangkan cengkerang atas ketam itu.\n4. Bila dah tertanggal, akan ada lebihan cangkerang, jadi potongkan supaya nampak lebih kemas.\n5. Bila dah potong, buangkan pula dengan jari insang ketam yang berada di kedua-dua belah kiri dan kanan badan ketam.\n6. Sekarang, bolehlah korang potong bahagian tengah badan ketam.\n7. Bila dah potong, akan ada lendir-lendir atau sisa kotoran yang keluar. Bersihkan.\n8. Dah selesai badan ketam ini, jangan lupa untuk periksa cangkerang kalau ada ketam. Rugi tau kalau orang buang.\n9. Sekarang, bila dah buang bahagian ketam yang tak perlu, bolehlah basuhkan ketam tadi dengan bersih.\u00a0\n10. Bila dah bersih, ketukkan sedikit di bahagian sepit ketam supaya lebih mudah dan untuk kuah atau rempah masakan dan meresap ke dalam isi ketam nanti.\n\nMudah je kan nak siang ketam ini. Pakai gunting je dah siap! Tinggal nak masak je. Selamat mencuba semua!\nVideo Penuh:\u00a0\n\n\u00a0\nBaca juga: Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai, Menu Tak Ada Jual Di Kedai, Boleh Cuba Di Rumah\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-bersihkan-dapur-guna-tepung-gandum-berkilat-kilat/", "title": "Cara Bersihkan Dapur Guna Tepung Gandum, Hasilnya Berkilat-Kilat Macam Baru!", "body": "\nPasti ramai yang nak tahu rahsia cara bersihkan dapur gas supaya nampak berkilat-kilat macam baru kan?\nTak perlu guna sabun mahal, hanya perlu menggunakan bahan dapur saja iaitu tepung gandum. Paling penting tak perlu guna air pun, baru dapur selamat tak pecah dan retak.\nNak tahu macam mana caranya? Jom baca perkongsian oleh Idel Hayarnulis di bawah. Semoga bermanfaat!\nCara Bersihkan Dapur Sampai Berkilat-Kilat Macam Baru\nTips cara cuci dapur tanpa guna air, selamat tak pecah dan retak. Lepas guna pun boleh buat macam ni.\nGuna tepung je. Tabur kat cermin dapur.\n\nKemudian gosok dengan tangan sampai bersih berkilat macam ni.\n\nKemudian lap dengan kain bersih. Cubala berguna untuk kita semua. Selamat mencuba ya.\n\nKredit: Idel Hayarnulis\nBaca juga: Kuali Baru Jangan Terus Guna. Kena \u2018Bakar\u2019 Dulu, Elak Berkarat & Masakan Tak Melekat\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-bersihkan-ikan-keli/", "title": "CARA | Bersihkan Ikan Keli", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-08-12 08:23:53\n\nTahukah anda? Ikan keli adalah ikan yang banyak terdapat di negara-negara Asean sahaja termasuklah negara kita. Bagi penggemar ikan keli, pasti anda inginkan keenakan rasanya ketika dimakan. Namun, penting untuk kita memastikan ikan ini dibersihkan dengan cara yang betul sebelum dimasak supaya tiada rasa hanyir ketika dimakan. Oleh itu, jom kita ikuti cara-cara yang betul membersihkan ikan keli ini.\n\nCara-cara:\n\nPotong duri ikan keli yang terletak di bahagian sirip kiri dan kanannya. Jangan lupa untuk memotong ekornya sekali.\nPotongkan muncung ikan tersebut untuk membuang sesungut dan mulutnya.\nKemudian, belah perut ikan keli ini secara menegak dari garisan bawah mulut ke salur najisnya.\nBuang segala organ dalaman ikan keli sebersih mungkin\nTekan bahagian belakang untuk membuang darah beku yang hanyir.\nKemudian, sapukan tepung gandum ke seluruh\u00a0 badan ikan dan biarkan selama 10 ke 15 minit untuk menghilangkan bau hanyir ikan ini.\u00a0\nSelepas itu, bilas air hingga bersih.\n\nSiap untuk dimasak! Macam-macam lauk boleh dimasak dengan ikan keli ini. Sesuai untuk hidangan tengahari untuk dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-bersikan-udang/", "title": "CARA | Bersikan Udang", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-08-27 04:29:42\n\nTAHUKAH ANDA? Undang mengandungi Asam Omega 3 yang bagus untuk tubuh badan manusia. Tidak boleh dinafikan\u00a0Udang Masak Sambal merupakan menu kegemaran ramai. Fuhh, sedapnya! Tapi sebelum tu, kita tengok dulu cara-cara yang betul nak bersihkan udang ni. Jom!\n3 ALAT YANG DIPERLUKAN:\n1. Garfu\n2. Gunting\n3. Tangan\nCARA-CARA:\n1. Buang bahagian kepala dan kaki udang bagi membuang segala kotoran-kotorannya\n2. Potong duri di bahagian ekor dengan menggunakan gunting\n3. Keluarkan usus udang dan caranya,\u00a0cucukkan garpu pada bahagian tengah badannya. kemudian, keluarkan usus udang secara perlahan-lahan\nDah siap! mudahkan? lepasni boleh anda semua masak lauk kegemaran\u00a0anda dengan menggunakan udang. Ermmmm\u2026mesti sedap!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-betul-makan-limau-mandarin-elak-batuk-sakit-tekak/", "title": "Doktor Kongsi Cara Betul Makan Limau Mandarin, Elak Batuk & Sakit Tekak", "body": "\nRamai yang suka makan buah limau mandarin ni kan? Lagipun buah ini kaya dengan vitamin C.\nSempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, limau Mandarin memang mudah diperolehi di mana-mana pasaraya dan kedai buah.\nTambah lagi, ada juga yang dapat secara percuma daripada kenalan berbangsa Cina kan.\nMakan limau mandarin mengakibatkan batuk?\nNamun rata-rata penggemarnya mengatakan makan limau Mandarin ini boleh mengakibatkan batuk, ada juga yang terkena sakit tekak. Betul ke?\nIni kata Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, ChM Dr Fatimah Salim mengenai perkara itu.\n\u201cJawapannya adalah ya. Kulit limau Mandarin (juga sesetengah buah segar lain juga) mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2).\n\u201cBahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan menghalang pertumbuhan kulat pada buah.\n\u201cSebenarnya dalam kuantiti yang sedikit, ianya tidak mendatangkan bahaya kerana badan kita boleh bertoleransi dan mampu untuk detox secara semulajadi.\n\u201cSebab itu FDA membenarkan ianya sebagai pengawet pada makanan. Untuk sistem badan normal, ianya tidak akan terkumpul dalam badan ya. Tiada istilah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit,\u201d tulisnya dalam grup Facebook\u00a0 Makmal Makanan(MaMa).\nMenurutnya, pengawet SO2 juga digunakan dalam makanan buah kering.\n\n\u201cSelain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam makanan buah kering seperti kismis, prune dan sebagainya serta minuman (minuman berkarbonat dan beralkohol).\n\u201cJika tidak, mudah saja buah kering ini ditumbuhi kulat dan tidak tahan lama,\u201d ujarnya.\nTambahnya lagi, untuk membuang bahan pengawet ini eloklah direndam seketika dan dibasuh beberapa kali dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan.\n\u201cIni kerana bahan kimia SO2 mudah larut air membentuk bahan kimia asid sulfurik (yang cair).\nCara betul makan limau mandarin\n\u201cMerendam seketika dengan air garam atau baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.\n\nAdakah semua individu akan terkesan dengan SO2 sebagai pengawet ini?\nJawapannya adalah tidak. Hanya sesetengah individu sensitif kepada bahan kimia ini yang mana boleh menyebabkan gejala seperti sakit tekak dan batuk. Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit asthma pula berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.\n\u201cUntuk saya dan anak-anak, yang tidak mempunyai masalah kesihatan, kami kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini.\n\u201cTidak semestinya jika kita terkesan, orang lain terkesan sama. Maka, seperti yang saya selalu pesan, ambil tahu tahap kesihatan dan fahami badan sendiri.\n\u201cBeringatlah\u2026 jika badan sudah mula menunjukkan tindakbalas (gejala), maka sedarlah dan berhentilah.\n\u201cIngat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!\u201d pesannya.\nTahap toleransi ini boleh berubah dengan peningkatan usia. Maka tidak hairanlah jika dulu kita tiada masalah dengan pengawet SO2, kini boleh terkesan pula.\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-betul-petik-cili/", "title": "Cara BETUL Petik Cili Supaya Tahan Lama Dan Cepat Berbuah Semula", "body": "\nCara Betul Petik Cili Supaya Tahan Lama Dan Cepat Berbuah Semula.\nMemang senang tapi sebenarnya ini cara salah tuai cili. Untuk petik cili dari pokok ada tekniknya. Ia penting dipraktikkan supaya pokok cili mudah berbunga dan berbuah kembali dan juga untuk pastikan buah cili tahan lama.\nBaca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA\nRamai yang tanam pokok cili di rumah dan bila nak petik, ambil gunting dan potong separuh tangkai.\n\nCARA BETUL PETIK CILI DARI POKOK\n\nCaranya dikongsi oleh Encik Salleh Mohammad yang juga pengusaha kebun pelbagai jenis sayuran.\n1. Jangan potong separuh tangkai guna gunting untuk ambil cili. Cara petik cili yang betul adalah dengan memetik sekali tangkainya supaya tapak tangkai tadi akan berbunga semula.\n\n2. Jika potong di tengah tangkai, tapak tadi akan ambil masa untuk berbunga kerana perlu menunggu tangkai cili yang tertinggal luruh. Petik sekali tangkainya seperti gambar.\n\n3. Teknik mudah untuk petik cili guna jari, pegang pangkal tangkai cili kemudian lipat ke bawah. Memang mudah tanggal.\n4. Selain itu jangan petik cili ketika waktu hujan atau di awal pagi. Ini kerana cili yang basah akan mudah busuk dan tak tahan lama. Petik ketika buah cili dan tangkainya dalam keadaan kering.\n\n\u00a0\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Cara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-betul-simpan-baki-santan-kotak-tahan-lama-tak-berketul/", "title": "Cara Betul Simpan Baki Santan Kotak, Tahan Lama & Tak Berketul", "body": "\nNak simpan baki santan kotak pun ada caranya, bukan main simpan saja dalam peti ais. Kalau hanya membiarkan santan kotak yang sudah dibuka dalam peti ais, ia akan cepat rosak.\nMaklumlah, harga santan kotak saiz besar biasanya lebih murah dan jimat berbanding santan kotak kecil. Namun jika nak masak dalam jumlah yang sedikit, pastinya akan ada lebihan.\nJika disimpan begitu sahaja dalam peti sejuk dan tidak dihabiskan dalam masa 3 hari pastinya akan basi. Oleh itu boleh cuba petua menyimpan santan di bawah.\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi \u2018Hacks\u2019 Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi, Kreatif Sangat!\nTIPS SIMPAN BAKI SANTAN KOTAK SUPAYA TAHAN LAMA\nAda dua cara yang boleh anda praktikkan untuk menyimpan lebihan santan:\n1. CARA PERTAMA\n\nBahan yang diperlukan:\n\nPlastik kecil\nGetah\n\nCara-caranya:\n\nTuangkan baki santan ke dalam plastik dan ikat dengan ketat dengan kemas menggunakan getah.\nKemudian letakkan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais.\n\n2. CARA KEDUA\n\nBahan yang diperlukan:\n\nZiplock\n\nCara-caranya:\n\nLetakkan santan kotak yang sudah dibuka ke dalam ziplock.\nPastikan ziplock ditutup dengan rapi dan tidak terdedah pada udara.\n\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @cikrey_ana32\nSantan kotak paling renyah! Pakai sikit esok dah tak okay kan? #gengdapur mesti selalu dah ni. Jom try tips ni! Kita dah siap seminggu simpan pon elok tak ketul \ud83d\udcaa\ud83c\udffb #fyp #fyp\u30b7 #santan #kotak #gengdapur #kitchen #kitchenhacks #tipsandtricks #freesiabox #freesiabox_barangdapurmurah \n \u266c Dj Jalan Pargoy X Goyang Jaypong \u2013 DJ MIFTAH \n\n \nSumber: TikTok cikrey_ana32\nBaca juga: Cara Simpan Petai Tahan Berbulan-Bulan, Rasa Pun Tak Berubah\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-betul-simpan-daging-korban/", "title": "Cara Betul Simpan Daging Korban, Tahan Lama & Kekal Segar", "body": "\nBanyak dapat daging korban, kemudian masuk je dalam freezer untuk tahan lama. Eh salah tu!\nMasuk dalam freezer dah betul tapi caranya yang salah. Mak-mak atau akan-akak kena baca tip min nak kongsikan ini supaya daging yang ada simpan tahan lama dan tetap segar di dalam freezer.\nBaca juga: Tak Boleh Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari? Ini Penjelasan Agamawan\nDengan tip ini bukan hanya daging korban yang korang perolehi tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer. Ini cara-cara yang boleh diikuti.\n1. Asingkan Daging\n\n\nAsingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa, paru) dan daging cincang.\nApabila ingin membuat sup, anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.\n2. Jangan Terus Cuci Daging Korban\nJika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.\n3. Jangan Simpan Semua Daging Dalam Satu Bekas\n\n\nJika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.\nJika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.\n4. Jangan Terus Simpan Dalam Freezer\nSebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk beku/freezer.\n\n5. Jangan Defrost Daging Guna Air Panas\nJika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.\nCara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).\nSetelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.\n\n6. Simpan Daging Dengan Bahan Perapan\n\n\nMenyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit.\nIa kerana bahan perapan bersifat antibakteria dan agen pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.\nTips Tambahan\nJangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal.\nSemoga bermanfaat.\n\nSumber: Art Of Butchery Inovasi Evolusi\n\nBaca juga: Ini 5 Idea Menu Daging Wajib \u2018Coba\u2019 Hari Raya Aidiladha Nanti \u2013 Part 1\nBaca juga: Ini 5 Idea Menu Daging Wajib \u2018Coba\u2019 Hari Raya Aidiladha Nanti \u2013 Part 2\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-betul-simpan-ikan-supaya-kekal-segar/", "title": "Cara Betul Simpan Ikan Supaya Kekal Segar, Tahan Lama Macam Baru Beli", "body": "\nRupanya ada cara betul simpan ikan supaya kekal segar dan tahan lama macam baru dibeli.\nJika salah cara simpan, barang basah seperti ikan ini menjadi tidak sedap apabila digoreng kerana sudah \u2018hilang\u2019 kesegarannya.\nNormah Bahari ada berkongsikan cara sebenar simpan ikan yang boleh dipraktikkan oleh anda semua. Jom baca perkongsiannya di bawah.\nCara Betul Simpan Ikan Supaya Kekal Segar Macam Baru Beli\nCara menyimpan ikan yang betul di dalam freezer.\n\nSusun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian frozenkan.\n\nBila nk masak, keluarkan dan biarkan ia cair. Kalau nk masak pagi, keluar dari malam dan bila nk masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In Sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.\n\nKredit: Normah Bahari\nBaca juga: Resipi Ikan Rebus Goreng Yang Laku Keras, Bau Ikan Masa Goreng Pun Dah Mengiurkan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-bezakan-bendi-muda-atau-tua-tanpa-perlu-patahkan-hujung-buah/", "title": "Cara Bezakan Bendi Muda Atau Tua Tanpa Perlu Patahkan Hujung Buah", "body": "\nKorang tahu tak sebenarnya kita boleh sahaja pilih bendi tanpa perlu patahkan hujung buahnya. Risau pula sekiranya korang patahkan hujung buahnya takut tauke\u00a0kedai marah pula rosakkan bendi mereka.\nSenang sahaja nak kenal bendi ini sekiranya anda risau terbeli yang tua, jom cuba tips ini.\n1. Sangat Muda\nBuah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur dan rasa manis bendi itu ada. Cicah dengan budu atau tempoyak bersama nasi panas-panas, pasti tidak cukup nasi satu pinggan.\nBuah tahap ini tidak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik.\n2. Muda\nBuah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang itu besar jarum sahaja.\n3. Tua\nBuah tua ini akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya agak keras.\n4. Sangat Tua\n\nBuah sangat tua ini lubang di tangkainya sudah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya sudah rasa keras dan mula berkayu. Tidak boleh dimakan sebab buah sudah tidak rasa apa-apa.\n\n\n5. Tua Bangka\nBuah tua bangka ini 100% buah sudah bertukar warna menjadi coklat dan kering. Buah tahap ini la kita simpan untuk buat benih.\nSumber: Azuan Abdullah\n\u00a0\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-air-detox-sihat-dan-mudah/", "title": "Cara Buat Air Detox, Sihat Dan Mudah!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nPasti ramai yang hadapi masalah sukar kurangkan berat badan. Kalau turun pun, hanya beberapa kilogram sahaja tapi baru makan lebih, senang sahaja\u00a0badan menambah berat. Resepi air detox ini memudahkan anda untuk meningkatkan pengambilan air, menurunkan berat badan, dan menyokong sistem imunisasi anda.\nResepi air detox ini hanya mengambil masa beberapa minit untuk disediakan. Yang pastinya ianya segar dan sedap diminum, ia sangat sesuai dijadikan minuman harian.\nBahan-bahan\nLemon\nBiji Selasih\nDaun Peppermint\nAsam boi\nLongan\nAir Sprite\n\nCara-cara\nMasukkan daun peppermint dan lemon ke dalam balang.\nHancurkan bahan-bahan di dalam balang.\nMasukkan asam boi, ais batu.\nMasukkan air dan buah longan.\nMasukkan air sprite.\nMasukkan biji selasih.\nKacau air detox hingga sebati.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-air-katira-asli-johor-yang-paling-sedap/", "title": "Cara Buat Air Katira Asli Johor Yang Paling Sedap, Segelas Confirm Tak Cukup!", "body": "\nBila tiba bulan Ramadan, air katira sentiasa menjadi pilihan ramai di Bazar Ramadan. Namun, ada juga sesetengah peniaga yang menjual air ini dengan menggunakan resipi tangkap muat saja, bukan air katira asli Johor.\nDibawah ini adalah\u00a0katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ini lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.\nKatira ni boleh di beli di pasaraya (kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Boleh juga didapati secara atas talian di\u00a0 Shopee atau Lazada.\n\nMinuman ni berasal dari timur tengah dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan. Tetapi, orang Johor ada membuat sedikit perubahan dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.\nKalau anda nak rasa Air Katira yang sedap dan semestinya resipi asli, jom cuba resipi air katira asli johor\u00a0perkongsian dari\u00a0Kamarul Ariffin Nor Sadan di bawah.\nRESIPI AIR KATIRA ASLI JOHOR\nBahan-bahan:\n\n1 sudu besar katira\n1 sudu besar biji selasih\n3 biji kurma\n3 biji kembang semangkuk\n4 biji badam\n4 helai daun pandan\n4 sudu besar gula\n1 liter susu segar\n\n*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml\nCara-cara:\n1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.\n\n2. Sekitar 4-6 jam, semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, dah boleh angkat dan toskan.\n\n3. Sementara itu, potongkan badam. Cincang pun boleh. Carik halus daun pandan, sekadar untuk hiasan.\n\n4. Rebus daun pandan tadi dengan air dan gula untuk dapatkan aroma serta warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.\n\n5. Apabila bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik, Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya. Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.\n\n6. Sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos dahulu. Jangan terus tuang dalam susu tu. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat.\n\n7. Air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.\n\nLihat warnanya. Hijau lembut sahaja kan? Selamat mencuba ya.\n\nKredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan\nBaca juga: 5 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Menyegarkan & Mudah Dibuat, Wajib Cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-air-nabeez/", "title": "Cara Buat Air Nabeez, Minuman Kegemaran Rasulullah Yang Banyak Khasiatnya", "body": "\nKurma sering menjadi pilihan masyarakat sebagai makanan tambahan yang diambil ketika berbuka atau bersahur. Makanan sunnah ini juga boleh diambil dalam bentuk berbeza iaitu air rendaman kurma atau dikenali sebagai air nabeez. Jom kita belajar cara buat air nabeez.\nRamai tidak tahu sebenarnya minuman ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Air nabeez ini juga merupakan minuman kegemaran Rasulullah SAW.\nCara membuat minuman ini juga sangat mudah, kurma (dalam bilangan ganjil) direndam di dalam segelas air masak pada waktu malam dan diminum ketika bersahur.\nRasa minuman ini bergantung kepada jenis kurma. Jika kurma tersebut manis, maka manislah air nabeez.\u00a0Untuk mengetahui cara membuatnya, jom baca perkongsian oleh Leha Yusuf di bawah.\nCara buat air nabeez\n1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carikkan isi kurma. Anggaran air dalam 1 gelas.\n\n2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa pada waktu malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan biarkan terbuka.\n\n3. Kalau yang berpuasa sahur esok, air tu dah boleh diminum.\n4. Air ini juga boleh diamalkan sebelum sarapan pagi. Minum semasa perut kosong.\nKhasiat air nabeez:\n\nPemberi dan pemulih tenaga.\nTinggi kandungan fiber \u2013\u00a0menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).\nPemberi zat besi yang sangat bagus.\nKaya akan pottassium \u2013 penting dalam menjaga jantung\u00a0dan menstabilkan tekanan darah.\n\nAir nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang lebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.\nMinuman ini juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox.\nAir nabeez juga tinggi dengan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa.\nKredit: Leha Yusuf\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-air-oren-rasa-ala-vitagen/", "title": "Cara Buat Air Oren Rasa Ala Vitagen, Guna 2 Bahan Je!", "body": "\nAir oren rasa ala vitagen ini wajib anda cuba di rumah nanti! Hanya perlu menggunakan 2 bahan yang mudah. Dapat minum dalam cuaca panas macam sekarang syok jugak kan?\nSiapa yang suka beli vitagen kat kedai tu dijamin akan suka sebab rasanya memang sama! Boleh minum puas-puas sebab kalau tak cukup boleh buat banyak kali. Kalau yang jual di kedai, kecil-kecil je botolnya kan.\nPerkongsian resipi air oren ala vitagen yang dikongsikan oleh Nur Haziqah ini telah menjadi tular di laman sosial Facebook yang telah mendapat hampir 9.4 ribu\u00a0shares. Jom lihat perkongsian olehnya di bawah.\nResipi Air Oren Rasa Ala-Ala Vitagen\nBahan-bahan:\n\n4sb oren sunquick\n4sb susu pekat\n200 ml air panas\n\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Campurkan oren sunquick dan susu pekat. Kuantiti boleh mengikut kemanisan dan kuantiti yang diingini.\n\n2. Kemudian tambahkan air panas dan ais.\nTips: Bancuh dengan air panas, kacau laju-laju dan lama sikit supaya air tak berkeladak.\n\nKredit: Nur Haziqah\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-air-rebusan-epal-hijau-serai-untuk-kempiskan-perut/", "title": "Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai Untuk Kempiskan Perut & Ringankan Badan", "body": "\nJom amalkan air rebusan epal hijau dan serai ini setiap pagi untuk membantu mengempiskan perut yang buncit.\nBila berat badan semakin bertambah, secara automatik perut juga akan membuncit dan banyak penyakit lain yang datang seperti sakit lutut, sakit tumit, sakit urat dan banyak lagi.\nIkut cara-cara di bawah untuk membuat air rebusan tersebut.\nCara Membuat Air Rebusan Epal Hijau & Serai\nBahan-bahan:\n\n3 biji epal hijau (potong 6)\n5 batang serai (diketuk)\n1.5 liter air\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan juga epal hijau dan serai.\n\n2. Masak sehingga epal lembut dan tutup api.\n3. Lenyekkan epal yang telah direbus.\n\n4. Tapis air tersebut kemudian boleh diminum semasa suam. Sesuai diminum pada waktu pagi semasa perut kosong.\n\nAntara khasiatnya:\n\nMembuang angin dalam badan\nMengempiskan perut\nMenurunkan berat badan\nMenghilangkan sakit urat /sakit badan\nSesuai untuk orang sakit lutut\nMenghilangkan sakit tumit\nMeringankan tubuh badan\n\nKredit: Ani Zam\nBaca juga: Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-air-soya-homemade-modal-rm1-50/", "title": "Mudah Sangat Buat Air Soya Homemade, Modal RM1.50 Je Tapi Boleh Dapat 2 Liter Air", "body": "\nAir soya di antara air yang selalu kita beli untuk menghilangkan dahaga. Paling famous\u00a0pada bulan Ramadhan untuk dijadikan minuman berbuka. Tapi kalau dapat air soya homemade lagi nikmat!\nBiasa beli saja kan, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri. Bukan sahaja mudah tapi lebih berkhasiat kerana tanpa menggunakan bahan pengawet, rasa juga lebih segar.\nBuat sendiri juga lagi jimat, modal RM 1.50 saja tapi boleh dapat 2 liter air soya. Menarik kan? Jom cuba buat nanti! Ikut saja resipi perkongsikan oleh Asrinna Bakri di bawah.\nBUAT SENDIRI AIR SOYA HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\nKacang soya\nGula\nDaun pandan\n\nCara-cara:\n1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau hingga kembang. Boleh juga rendam sebelum tidur untuk masak keesokkan harinya.\n\n2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Toskan.\n3. Langkah ini PENTING. Kisar kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sikit-sikit.\n\n4. Tapis guna penapis kain.\n\n5. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana je. Masak sampai nak mula mendidih, boleh tutup api.\n\n6. Masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Kacau sampai gula larut. Siap.\n\nUntuk 250g kacang soya, dapat 2 liter air soya. Semoga bermanfaat.\n\nBaca juga: Resipi Air Jagung Bikin Ketagih, Sedapnya Buat Untuk Berbuka!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-aiskrim-asam-boi-sedap-ais-jadi-lebih-halus/", "title": "Cara Buat Aiskrim Asam Boi Lagi Sedap, Ais Jadi Lebih Halus Jika Tambah 2 Bahan Ini", "body": "\nJom cuba satu pencuci yang boleh sejukkan tekak anda iaitu Aiskrim Asam Boi Limau Kasturi ini. Tak susah pun nak buat, mudah je.\nSesuai sangat dengan musim sekarang ini yang tidak menentu kan. Lagi-lagi ketika cuaca bertambah panas. Bila dah panas, tekak ni sudah pasti mencari sesuatu yang sejuk sahaja.\nRESIPI AISKRIM ASAM BOI LIMAU KASTURI\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jumlahnya)\nAir 2 liter\n2 sudu makan tepung jagung (campur dengan sedikit air dari sukatan 2 liter)\n3-4 sudu makan kordial asam masin Double Lion\n24-30 biji asam boi\n4-5 biji limau kasturi\nSedikit garam\nPlastik aiskrim secukupnya\n\nCara-caranya:\n1. Masukkan air, air campuran tepung jagung, gula dan asam boi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.\n2. Masukkan kordial. Rasa terlebih dahulu dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kacau sebati dan sejukkan.\n3. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau Kasturi ke dalam bancuhan air asam boi tadi. Kacau.\n4. Tapiskan air dan ketepikan asam boi.\n5. Masukkan asam boi ke dalam plastik. Jumlahnya dalam 1 biji untuk satu plastik aiskrim.\n6. Letak air asam boi. Ikat ketat dan bekukan semalaman sebelum dinikmati.\n\nKredit: Ummu Ashraf\nBaca juga: Cara Buat Aiskrim Viral Ala Magnum, Sedap Macam Beli Kedai\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-aiskrim-cawan-side-income/", "title": "Cara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri", "body": "\nJom kita belajar buat aiskrim cawan pula. Ibu-ibu suri rumah juga boleh buat\u00a0side income\u00a0dengan aiskrim ini. Duduk rumah pun duit masuk,\u00a0best\u00a0kan?\nKalau nak buat untuk makan sendiri pun boleh. Bila tekak terasa kering akibat cuaca panas,\u00a0ngap\u00a0je aiskrim dalam peti ais.\nResipi aiskrim ini merupakan hasil perkongsian oleh Nurul Ashikin. Jom cuba!\nBaca juga: Resipi Kek Coklat Moist, Guna Bekas Kecil Comel Macam Ni Sesuai Untuk Niaga\nRESIPI AISKRIM CAWAN MUDAH\nBahan-bahan:\n\n1 tin susu pekat\n1 tin susu cair\n3 tin air\n2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)\n2 sudu makan ovalatte\n1 sudu makan esen vanilla/serbuk vanilla\n2 cawan fresh cream/whipping cream non-dairy (saya guna jenama vivo)\n\nCara penyediaan:\n1. Masak base susu (susu pekat, susu cair dan 3 tin air) sehingga mendidih. Selepas mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati. Tutup api.\n2. Sejukkah dahulu bancuhan base, lebih elok jika bekukan semalaman. Fungsi supaya aiskrim lebih gebu.\n3. Campurkan base susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream bersama ovallate dan esen vanilla. Putar menggunakan kelajuan perlahan. Bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan nombor 4 atau 5. Putar lagi dalam 15 hingga 20 minit. Dah siap aiskrim\n4. Akhir sekali isi filling dalam cawan dan masukkan aiskrim tadi. Boleh lorekkan filling di atas aiskrim menggunakan lidi. (filling boleh beli di kedai bakeri)\n\n5. Bila dah siap, masukkan dalam freezer semalaman dan boleh makan. Aiskrim ini boleh tahan sehingga 2 bulan jika disimpan dengan betul.\n\nInfo: Kuantiti aiskrim boleh dapat dalam 35-40 cawan untuk resipi ini.\nKredit: Nurul Ashikin\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-aiskrim-viral-ala-magnum/", "title": "Cara Buat Aiskrim Viral Ala Magnum, Sedap Macam Beli Kedai", "body": "\n\nSedapnya kalau dapat makan aiskrim Magnum hari-hari. Tapi, berangan je lah kan. Harga aiskrim Magnum tu bukannya murah, boleh kopak kalau hari-hari nak beli. Baik buat sendiri kat rumah.\nSebenarnya aiskrim ni mudah sangat nak buat. Cuma perlu masukkan adunan aiskrim ke dalam plastik aiskrim 1 Malaysia je.\nKalau nak tahu macam mana cara nak buat coklat kat bahagian luarnya tu, korang kena follow resepi ni sampai habis.\nBaca juga: Resepi Mudah Aiskrim Mochi, Memang Nikmat Cair Di Dalam Mulut!\nKalau tak reti nak ikat aiskrim 1 Malaysia tu, korang boleh guna bekas plastik yang jenis zipper tu. Banyak jual kat shopee.\nHarganya pun murah. Mudah korang nak tutup aiskrim yang dah masukkan dalam plastik. Guna zip je, tak perlu nak ikat-ikat bagai.\nJom ikuti resipi perkongsian dari Raja Amanina ini yang mendapat lebih 8.8k share tau di Facebook.\nResipi Aiskrim Ala Magnum\n\n\nBahan adunan aiskrim:\n\n2 cawan whipping krim (dairy)\n1/2cawan susu pekat\n1sudu kecil ovellate\nSedikit esen vanila\n\nBahan coklat:\n\n350gm coklat masakanatau dark chocolate\n\nCara membuatnya:\n1. Campurkan kesemua bahan adunan aiskrim dan mix atau blender hingga adunan kembang gebu 2 kali ganda.\n2. Double boilkan pula coklat masakan atau dark coklat hingga cair.\n3. Bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan.\n\n\n4. Agak-agak je tak nipis sangat dan tak tebal sangat.\n5. Tuang adunan aiskrim dan bekukan 5-6 jam atau semalaman.\n6. Siap untuk dimakan!\n\nSalutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim. Nak lagi senang buat pendek-pendek je.\nBoleh potong sikit plastik ais tu kalau nak lebih mudah korang buat aiskrim ni. Adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh jangan risau.\nKalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je.\nCoklat tu pekat bila ratakan dalam plastik, coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah-tengah tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah.\nSelamat mencuba.\n\n\nSumber: Raja Amanina\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-apam-puri-inti-kastard-jagung/", "title": "Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap", "body": "\nApam Puri ni mesti korang tertanya-tanya macam mana rupanya. Kalau nak tahu, jom follow resepi apam puri inti kastard jagung kat sini.\nConfirm korang suka!\nKuih ni memang sebijik bentuk karipap, tapi teksturnya lembut macam apam yang kita biasa makan. Yang lagi seronok inti kuih ni menggunakan inti kastard jagung yang ramai penggemarnya.\nBaca juga: Lebihan Nasi Jangan Dibuang, Boleh Buat Apam Nasi Yang Lembut!\nNak hidang dengan kastard perisa lain pun boleh. Sesuai dihidang untuk majis-majlis. Kuih ni boleh diwarnakan dengan apa saja jenis warna yang korang suka. Boleh letak warna pink, kuning, hijau dan macam-macam lagi.\nCantik kejadiannya! Anak-anak pun mesti tertarik dengan warnanya. Kuih ni juga sesuai di jadikan hidangan minum petang sekeluarga.\nYang nak try buat kuih apam puri ni boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Pn Habsah Ngah ini.\n\nRESIPI APAM PURI INTI KASTARD JAGUNG\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan Tepung gandum\nTelur sebiji\nYis setengah peket\n4 sudu besar Gula\nGaram sikit\n2 cawan Air\nPewarna ikut suka\n\nBahan inti kastard jagung:\n\n\n1 cawan Air\n1/2 cawan Tepung gandum\n1/2 cawan Tepung kastard\n4 sudu besar Gula\n2 sudu besar perisa jagung\n\n** Nak rase lemak boleh guna susu pekat ganti gula\nCara penyediaan apam:\n1. Satukan semua bahan untuk apam dan kacau sebati. Perap dalam 15 minit.\n2. Panaskan fry pan. Masak adunan macam buat lempeng tapi tak payah terbalikkan dan tak payah letak minyak.\n\n3. Guna api paling slow ye. Siap dan ketepikan.\nCara penyediaan inti:\n1. Satukan semua bahan untuk kastard dalam periuk.\n2. Kacau rata, masak guna api slow. Kacau sampai pekat likat.\n3. Tutup api dan sejukkan.\nCara bentukkan apam puri: Guna je acuan karipap. Letak inti dan ketip. Siap untuk dihidang.\n\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Kuih Masalodeh Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam, Buat Kat Rumah Lagi Puas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ayam-bakar-guna-perencah-nasi-goreng/", "title": "Cara Buat Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng, Sedap Rupanya!", "body": "\nBuat ibu-ibu yang bekerja, pasti jarang masak kat rumah sebab tak sempat. Bila balik kerja, mesti penat nak masak tambahan lagi jika ada anak kecil untuk diuruskan.\nTapi kadang-kadang bosan juga asyik beli makanan di kedai, sekali-sekala mesti kena\u00a0 masak juga. Jangan risau, sebenarnya ada banyak resipi mudah yang boleh ibu-ibu cuba seperti resipi ayam bakar ini.\nHanya guna perencah nasi goreng, dah boleh buat ayam bakar yang sedap!\u00a0Nak tahu caranya? Jom lihat perkongsian oleh Liyaw Ah Seng di bawah.\nRESIPI AYAM BAKAR GUNA PERENCAH NASI GORENG\nBahan-bahan:\n\nAyam\nPerencah nasi goreng\n\nCara-cara:\n\nCuci bersih ayam dan potong mengikut saiz yang disukai.\nPerap ayam dengan perencah nasi goreng. Lagi banyak lagi sedap.\nNak sedap perap semalaman sebelum dibakar.\nSusun ayam atas loyang. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 200-250\u00b0C.\n\nMudah kan? Ibu-ibu boleh cuba buat nanti. Boleh perap awal dua atau tiga hari, bila nak makan tinggal bakar je!\nKredit: Liyaw Ah Seng\nBaca juga: \u2018First Time\u2019 Makan Sedap Sangat, Wanita Kongsi Resipi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ayam-goreng-ala-mamak-rangup-krup-krap/", "title": "Cara Buat Ayam Goreng Mamak, Rangup Krup Krap Tak Boleh \u2018Stop\u2019 Makan", "body": "\nResipi Ayam Goreng Mamak ini telah dikongsi oleh Puan Har Ryea di laman sosial Facebook.\nMenurutnya, ayam goreng ini dimasak oleh anaknya dan hasil ayam goreng ini sangat rangup sehingga kedua-dua ibu dan anak susah nak berhenti makan.\nKalau ada yang nak cuba buat, ikut saja cara-cara lengkapnya di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Ayam Bakar Thai Ala Resipi Khairul Aming, Cicah Dengan Sos Pedas Padu Gais!\nRESIPI AYAM GORENG MAMAK\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ayam (bersihkan)\n2 cawan tepung jagung*\n3 sdb tepung beras*\n1 sdb serbuk kari daging*\n1 sdb jintan manis*\n1 sdb jintan putih*\n1 sdb maggi cukup rasa*\n2 biji telur*\n2 inci halia \u2013 dikisar\n5\u00a0ulas bawang putih \u2013 dikisar\nGaram & ajinomoto*\nSedikit air *\nPewarna oren & merah (agak-agak ya)*\nBeberapa helai daun kari\n\nCara-cara:\n\nDalam mangkuk, masukkan semua bahan-bahan bertanda (*) dan bahan-bahan kisar. Gaulkan sebati dengan air sedikit demi sedikit sehingga seerdahana pekat. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.\nMasukkan ayam dan gaul rata. Perap lebih kurang 10 hingga 15 minit.\nPanaskan minyak, kemudian boleh mula menggoreng ayam. Masukkan juga 6 helai daun kari. Goreng sehingga garing dan wangi.\nAngkat ayam bersama daun kari.\nUlang menggoreng sehingga ayam habis.\nSiap, selamat mencuba!\n\nKredit: Har Ryea\nBaca juga: Cara Masak Chicken Peratal Yang Mudah Tapi Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ayam-goreng-ala-mekdi/", "title": "Cara Buat Ayam Goreng Ala \u2018Mekdi\u2019, Guna 3 Tepung Ini Sebagai Bancuhan", "body": "\u00a0\n\nAyam goreng \u2018Mekdi\u2019 (McDonalds) sentiasa menjadi pilihan para pelanggan untuk dijamah pada bila-bila masa. Rasanya yang enak dan menyelerakan memang susah untuk ditolak.\nTapi harganya tidaklah terlalu murah dan mungkin ada yang tak mampu untuk mengeluarkan wang lebih untuk memesan menu ini setiap kali teringin nak makan.\nJangan risau, korang pun boleh buat sendiri dekat rumah tau. Paling penting memang jimat sebab boleh dapat dalam kuantiti yang banyak, boleh lah jamah puas-puas!\nBaca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Kesukaan Anak-Anak, Isi \u2018Juicy\u2019 Kalah Kedai Mamak\nJom kita tengok dahulu 3 tepung untuk bancuhan tepung yang sempurna.\n\nResipi Ayam Goreng Ala Mekdi\n\nBahan-bahan:\n\nAyam\nTepung jenama BESTARI\nTepung Gandum\nTepung Beras\nSerbuk Cili (jika perlu)\nMinyak Masak\n\n\nNota: Resipi ini tidakk memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin. Tepung bestari ni pedas tau. Makan dengan risiko sendiri. Tapi sedap!\nCara-caranya:\n1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh sehingga menjadi sederhana pekat (ikut pada kuantiti ayam yang anda gunakan)\n2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi dan perap. Semakin lama perap semakin lembut isi ayam dan rasa pedas akan serap ke dalam isi ayam. Lagi sedap la. (Beliau perap selama 5 jam)\n\n3. Sediakan tepung untuk salutan pula.\n4. Campurkan tepung bestari yang belum di bancuh dengan air bersama tepung gandum dan tepung beras. (Anggaran 1 senduk tepung bestari, 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras)\n5. Kemudian ambil ayam yang sudah diperap tadi masuk ke dalam campuran tepung kering dan salutkan serata. Buat seketul-seketul, ini kerana kalau buat banyak-banyak dia jadi tidak cantik dan tidak bersalut. Jadi anda kene sabar semasa bedak kan ayam tersebut.\n\n\u00a0\n6. Kemudian masukkan ayam yang sudah di salut tadi ke dalam minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata dan ayam terendam (tak perlu gaul-gaul banyak kali. Biakan dia masak dengan tenang)\n\n7. Lepas tu dah masak kan agak-agak kekuningan. Angkat dan boleh makan ayam goreng ala Mekdi.\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Noraslina Harun\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ayam-goreng-kunyit-sedap/", "title": "Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Sedap, Sama Macam Dekat Kedai Thai", "body": "\nMudah saja nak buat ayam goreng kunyit sedap macam dekat kedai masakan Thailand. Satu hidangan ini pun sudah cukup sebab lengkap dengan sayur sekali.\nAnak-anak pun dijamin akan suka lauk begini. Nak lagi sedap, hidangkan bersama kicap, sambal belacan dan telur dadar. Jom lihat resipinya di bawah.\nBaca juga: Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu, Sebijik Sama Macam Di Kedai!\nRESIPI AYAM GORENG KUNYIT SEDAP\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam\nGaram\nSerbuk kunyit\nTepung jagung\nCili giling\nMinyak masak secukupnya\nKacang panjang \u2013 dipotong\nBawang holland \u2013 dihiris\nCili merah \u2013 dihiris\nMinyak masak untuk menggoreng\n\nCara-cara:\n\nPotong kecil isi ayam mengikut saiz yang dikehendaki.\nGaul isi ayam bersama garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan cili giling. Jumlahnya bergantung pada kuantiti isi ayam yang digunakan. Perap sekurang-kurangnya selama 1/2 jam.\n\nPanakan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya. Lebih elok jika guna kuali yang besar dan minyak yang banyak.\n\nMasukkan hirisan ayam yang telah diperap tadi. Goreng sehingga garing dan berwarna keemasan.\n\nKemudian masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan juga bawang holland. Goreng selama 2-3 minit.\n\nSiap! Ayam goreng kunyit ala kedai Tomyam sedia untuk dinikmati.\n\n\nKredit: Wan Iskandar\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ayam-masak-kicap-dan-sambal-gesek-ala-tiga-budak-gemok/", "title": "Cara Buat Ayam Masak Kicap Dan Sambal Gesek Ala Tiga Budak Gemok", "body": "\nHidangan Ayam Masak Kicap ala Tiga Budak Gemok ni memang popular. Enak dan kena dengan selera orang Malaysia.\nAda pula Sambal Gesek, aneka ulam dan telur dadar, Pergh\u2026Sedap tak terkata. Padu beb!\nMenerusi perkongsian saudari Rozmaliza Omar, beliau telah berkongsi resipi Ayam Masak Kicap Dan Sambal Gesek Ala Tiga Budak Gemok yang boleh anda cuba.\nBaca juga: Nasi Terjelantah? Wanita Ini Kongsi Petua \u2018Repair\u2019 Balik, Jangan Buang Terus!\nBerikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.\n\nResipi Ayam Masak Kicap\n\nBahan A:\n1/2 ekor ayam \u2013 dibersihkan, potong kecil dan gaul dengan garam serta serbuk kunyit. Goreng hingga garing.\nBahan B: Tumbuk / Kisar Kasar\n1 biji bawang besar \n3 ulas bawang putih \n3 biji cili api merah \n5 biji cili api hijau\n1/2 inci halia \u2013 hiris nipis dulu\nBahan C:\n4 sudu makan sos tiram \n7 sudu makan kicap lemak manis \n2 sudu makan kicap cair \n1 sudu makan karamel masakan\n1 sudu makan gula melaka \n1 sudu makan pes asam jawa\n3 tangkai daun kari\nGaram (bubuh jika perlu sahaja)\nAjinomoto \u2013 optional\nCara-cara memasaknya:\n1. Gorengkan ayam hingga garing. Ketepikan seketika.\n2. Tumbuk atau kisar sedikit kasar bahan-bahan B.\n3. Gunakan minyak lebihan goreng ayam tadi dan tumis bahan-bahan tumbuk/kisar hingga kuning.\n4. Masukkan bahan-bahan C. Garam letak bila perlu. Kacau 2-3 minit. Sesuaikan rasa. Sekiranya suka agak berkuah masukkan sedikit air.\n5. Bila sudah cukup rasa, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata. Siap.\n\nResipi Sambal Gesek\n\n\n\u00a0\nBahan-bahan:\n15 biji cili api hijau (*)\n15 biji cili api merah (*)\n1 biji bawang holland size kecil (*) \u2013 potong kasar \n3 ulas bawang putih (*) \u2013 potong kasar\nGaram dan gula secukup rasa\n1 biji perahan limau nipis\nMinyak masak untuk menggoreng\nCara-cara memasaknya:\n1. Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan-bahan yang bertanda (*).\n2. Gorengkan hingga layu dan bawang sedikit kekuningan.\n3. Bila sudah layu, angkat dan tumbuk/ kisar semuanya hingga 90% lumat..\n4. Perasakan dengan garam, gula & jus perahan limau nipis. Sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Rozmaliza Omar\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ayam-masak-lemak-cili-api-stail-negeri-sembilan/", "title": "Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan, Memang Padu!", "body": "\nCara buat ayam masak lemak cili api style\u00a0Negeri Sembilan ini tak sama macam negeri lain. Paling mudah dan senang, tapi rasa dia memang marvellous!\nKalau ada yang nak belajar cara membuatnya, ikut saja resipi perkongsian oleh Norlailanazira Mohd Agos di bawah.\nResipi Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan\nBahan-bahan:\n\nAyam\nSerai\n20-30 biji cili api\nKunyit hidup\nSantan kotak\nKentang\nDaun limau purut\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Cuci ayam dengan bersih. Letak dalam periuk bersama serai yang diketuk.\n\n2. Kisar cili api dan kunyit hidup. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Biarkan ayam kecut bersama cili api, ini lah rahsia kesedapannya.\n\n3. Bila ayam dah sebati dengan cili api, baru masukkan santan. Nak lagi sedap guna santan segar.\n\n4. Masukkan kentang.\n\n5. Bila kentang dah empuk, masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.\n\n6. Siap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ayam-masak-rose/", "title": "Cara Buat Ayam Masak Rose, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri. Pasti Sedap & Menjadi!", "body": "\u00a0\n\nOrang dulu-dulu bila buat majlis kenduri, biasanya akan gotong royong masak bersama-sama. Menu yang wajib ada biasanya adalah ayam masak rose.\nSeorang pengguna Facebook, Mariana Abd Majid ada berkongsikan resipi ayam masak rose yang didapati dari tukang masak kenduri sendiri.\nKalau dari tukang masak sendiri, memang\u00a0confirm\u00a0sedap la kan. Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi di bawah.\nRESIPI AYAM MASAK ROSE\nBahan-bahan:\n\nAyam\n4 sekawan\nSerai 2batang (diketuk)\nDaun pandan 2helai (disimpul)\nCili kering (direbus dahulu)*\nCarrot (sebatang )*\nTomato(sebiji)*\nBawang besar 3 biji*\nBawang putih5 @6 ulas*\nHalia (hiris)*\nSerbuk kas kas\nSerbuk badam (badam biji tu kisar halus)\nSerbuk jintan manis\nSerbuk jintan putih\nSerbuk cili\nSusu cair (setengah tin)\nSusu pekat (1camca)\nTomato pure\nDaun bawang\nDaun sup\nGaram kasar\nGula\nPerasa (jika suka)\n\nCara-cara:\n\nBasuh bersih ayam. Gaul dengan kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.\nKisar halus bahan bertanda (*).\nTumis bawang besar yang dihiris, 4 sekawan, serai dan daun pandan sehingga sedikit layu.\nMasukkan pula bahan kisar yang pertama dulu (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sekejap.\nKemudian masukkan pula bahan kisar yang kedua (cili kering, carrot, tomato). Tumis sehingga pecah minyak.\nBila dah pecah minyak, masukkan pula serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk kas kas (satukan semua bahan ini dan jadikan pes).\nMasukkan susu cair setengah tin, 1 sudu susu pekat, tomato pure dan tambahkan air. Biarkan sehingga mendidih.\nMasukkan ayam, serbuk badam, garam, gula dan perasa.\nMasak sehingga kepekatan kuah yang kita nak. Tutup api, tabur daun bawang dan daun sup. Siap!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Mariana Abd Majid\nBaca juga: Cara Mudah Simpan Ayam Yang Ramai Tak Terfikir, Tak Perlu Rendam Lagi Bila Nak Masak\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ayam-roasted-ala-dominos-sedap-menjilat-jari/", "title": "Cara Buat Ayam Roasted Ala Dominos, Sedap Menjilat Jari!", "body": "\nPasti ramai peminat\u00a0ayam roasted di restoran Dominos dan Pizza Hut kan? Ayam yang sangat empuk dan sedap, ditambah pula dengan sos perapannya yang enak. Memang tak jemu makan!\nTapi kalau ada keluarga besar, harga dia boleh tahan mahal juga kalau beli banyak. Beli sikit, risau tak cukup pula.\nJadi apa kata jom masak sendiri je kat rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Nadia Ahmad Zubir ini. Selamat mencuba!\nRESIPI AYAM ROASTED ALA DOMINOS\nBahan-bahan:\n\n120g sos tomato\n120g sos cili\n1sb serbuk cili\n2sb gula\n1sb garam\n60g butter\n2sb lada hitam\n2 ulas bawang putih ditumbuk\n\nCara-cara:\n1. Masak semua bahan sampai butter cair.\n\n2. Biarkan sejuk. Kemudian salut rata pada ayam dan perapkan.\n\n3. Susun atas loyang, letakkan minyak sikit dan tuang lebihan sos atas ayam. Bakar dalam oven pada suhu 170\u00b0 selama 30 minit.\n\n4. Siap ayam roasted yang lazat. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nadia Ahmad Zubir\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-bak-kwa-versi-halal/", "title": "Cara Buat \u2018Bak-Kwa\u2019 Versi Halal, Snek Daging Kering Popular Semasa Tahun Baru Cina", "body": "\n\nBak-kwa, ataupun dikenali sebagai dendeng dan daging salai dalam Bahasa Melayu, sering dimakan sewaktu Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun, bak kwa selalunya diperbuat dari daging khinzir dan mengandungi alkohol.\nSaudara Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebook miliknya ada berkongsikan resipi bak-kwa versi halal yang dinamakan cik-kwa.\n\nKalau teringin nak rasa makanan popular semasa tahun baru cina, jom cuba resipi bak kwa \u2018ayam\u2019 yang lazat dan dijamin halal di bawah ini.\nResipi \u2018Bak-Kwa\u2019 Versi Halal\n\n\nBahan-bahan:\n\n300g isi ayam kisar\n2 ulas bawang putih\n1 sudu besar serbuk smoked paprika /cili\n1 sudu kecil serbuk ketumbar\n1 sudu kecil serbuk jintan manis\n1 sudu kecil serbuk kayu manis\n3 sudu besar sos merah @ kicap masin\n3 susu besar madu\n\nCara-cara:\n1. Campurkan rempah dan bawang putih pada ayam kisar. Gaul sebati.\n\n2. Letak sos merah, atau kicap masin. Nak letak apa-apa perencah lain pun silakan. Resepi ni saya tak gunakan garam sebab sos dah masin.\nBahan sos merah:\n\n4 sudu besar taucu manis (masin pun boleh)\n8 sudu besar gula Melaka\n2 sudu besar minyak bijan\n\u00bd sudu kecil cili boh\n\u00bd sudu kecil pes asam jawa\n2 sudu kecil tepung jagung\n\nCara penyediaan:\n\nKisar semua bahan kecuali tepung jagung ke dalam pengisar. Letak sedikit air, kisar sampai halus.\nMasa saya kisar ni saya ada letak pewarna merah sedikit. Kalau resepi asli, taucu tu sepatutnya yang ditapaikan dengan beras yis merah. Tapi susah nak cari taucu tu.\nBila dah siap kisar, tuangkan dalam periuk. \u00a0Renehkan dia sampai cili boh tadi masak. Kalau tak masak cili tu, pahit jadinya.\nKalau masin, tambah sedikit madu.\nBila dah masak, gunakan air bancuhan tepung jagung sebagai ejen pemekat.\nBila sejuk, dia akan makin kental.\n\n\n3. Masukkan madu dan gaul sebati lagi.\n\n4. Perapkan selama beberapa jam atau semalaman.\n\n5. Lepas dah perap, ambil isi ayam dan ratakan ke atas kertas minyak. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.\n\n6. Lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan. Masak dengam suhu 170-200\u00b0C untuk 10-15 minit. Suhu dan masa masak ni sebenarnya ikut saiz dan ketebalan.\n\n7. Ni dah masak separuh. Keluarkan dan asingkan air dan minyak yang terhasil.\n\n8. Ini minyak dan air yang terhasil.\n\n9. Letak sikit sos merah dalam minyak tu. Gaul sebati.\n\n10. Sapu rata campuran minyak dan sos merah pada chi-kwa. Kemudian masukkan semula dalam oven.\n\n11. Masak lagi 10 minit. Keluarkan, terbalikkan chi-kwa, sapu lagi minyak sos merah. Masak lagi 10 minit. Ulang masak sampai chick-kwa jadi kering dan berkilat. Renyah sikit prosesnya. Secara tradisi, mereka salai atas bara api.\n\n12. Macam ni! Yang ni saya dah potong petak. Chick-kwa ni rasanya kenyal, masin, dan manis, serta sedikit berempah. Boleh makan begitu sahaja sebagai snek, atau dipotong kecil dan tabur atas bubur atau nasi goreng.\n\nKredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan\nBaca juga: Resipi Ayam Halia & Daun Bawang, Masakan Cina Yang Ringkas & Sihat\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-bakso-resipi-asli-daripada-orang-indonesia/", "title": "Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!", "body": "\nTak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Kadang-kadang muncul rasa bosan asyik makan nasi saja kan. Apa kata harini masak special\u00a0sikit iaitu bakso resipi asli daripada indonesia.\nResipi di bawah telah dikongsikan orang warganegara Indonesia sendiri, Indiri Alvirra Alvisya di laman sosial Facebook.\nKalau nak tahu macam mana rasa bakso seperti di Indonesia, jom cuba masak nanti menggunakan resipi ini. Semoga bermanfaat!\nCARA MASAK BAKSO RESIPI ASLI INDONESIA\n1) RESIPI BAKSO (BEBOLA DAGING)\nBahan-bahan:\n\n500 gram daging lembu kisar\n1sdk baking powder\n2 sdk garam\n90ml air sejuk (air peti ye)\n1 biji putih telur\n5 sdb tepung ubi\n2 ulas bawang putih titumbuk\n\nCara-cara:\n\nGunakan mangkuk besar, satukan tepung ubi dan baking powder. Ketepikan.\nKisar halus daging lembu kisar bersama sedikit air.\nDaging halus tadi letakkan bawang putih, putih telur, serbuk lada putih dan garam. Uli sehingga sebati.\nBila dah siap uli, campurkan dengan bahan tepung ubi dan baking powder tadi. Uli lagi sampai sebati.\nSimpan dalam bekas dan tutup dengan plastik, masukkan dalam peti ais selama 3o minit.\nBila doh dah sejuk sikit, cubit sedikit dan bentukkan bulat bakso. Kemudian rebus seketika.\nBila bakso dah terapung, maknya bakso dah masak.\n\n2) RESIPI KUAH BAKSO\nBahan-bahan:\n\n6 ulas bawang putih\n1/2 sdk serbuk lada putih\n3 sdb garam\n2 liter air\n2 batang daun bawang\n500 grm tulang daging lembu\n\nCara-cara:\n\nRebus air sehingga mendidih dan masukkan tulang lembu. Biar dalam 30 minit.\nKemudian masukkan bawang putih yang sudah dihaluskan.\nMasukkan daun bawang, garam dan serbuk lada putih.\n\n\n3) RESIPI SAMBAL BAKSO\nBahan-bahan:\n\n1 paket cili padi\nLada kering\n2 ulas bawang putih\nGaram\nAjinamoto\nGula\n\nCara-cara:\n\nCili padi direbus bersama lada kering. Kemudian kisar bersama bawang putih.\nRebus bahan kisar tadi, masukkan garam, ajinamoto dan gula secukup rasa.\nTunggu sehingga mendidih dan siap!\nSedia untuk dimakan bersama mee kuning atau mihun. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Indri Alvirra Alvisya\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-bawang-goreng-garing-gerenti-sedap/", "title": "Cara Buat Bawang Goreng Garing Gerenti Sedap, Letak \u20181 Bahan\u2019 Ini Supaya Lagi Rangup", "body": "Jika sebelum ini kita asyik beli je. Kali ini apa kata jom kita cuba buat sendiri bawang goreng. Rupanya tak susah mana pun nak buat sendiri bawang goreng garing di rumah.\n Tapi pastikan letak 1 bahan yang dikongsikan di bawah supaya bawang goreng menajdi lebih rangup. Kalau tiada bahan ini, bawang goreng akan menjadi tidak sedap.\nSaurdari Nur Aida Md Zainuddin ada berkongsikan cara-cara membuat bawang goreng yang sama sedap macam kita beli di kedai.\u00a0\nKalau dah pandai buat, boleh dibuat jualan pula. Boleh dijadikan pendapatan sampingan. Jom cuba!\nBaca juga: Tips Buat Stok Bawang Kisar Supaya Tahan Lama, Tahan 2 Bulan Tak Bertukar Ungu\nRESIPI BAWANG GORENG GARING\nBahan-bahan:\n\nBawang merah kecil\nSedikit garam\nTepung beras\nMinyak untuk menggoreng\n\nCara-cara:\n1. Kupas bawang, basuh bersih dan toskan. Kemudian hiris nipis bawang merah kecil. Boleh lihat contoh seperti gambar di bawah.\n\n2. Panaskan minyak dalam kuali, sambil itu masukkan sedikit garam dan tepung beras dalam bawang tadi. Nipis-nipis saja supaya rangup (tepung beras jangan banyak).\n\n3. Goreng bawang sehingga menjadi keperang-perangan.\n\n4. Angkat dan toskan buang minyak supaya garing.\n\n5. Simpan dalam bekas tertutup, siap!\n\nKredit: Nur Aida Md Zainuddin\nBaca juga: Cara Mudah Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-bebola-ikan-salut-tepung-macam-dulu-dulu/", "title": "Imbau Nostalgia Zaman Sekolah, Ini Cara Buat Bebola Ikan Salut Tepung Macam Dulu-Dulu", "body": "\nBanyak makanan\u00a0legend yang mengimbau nostalgia zaman sekolah rendah pada sekitar tahun 80-an. Salah satu makanan tersebut adalah bebola ikan salut tepung.\nSelepas balik sekolah sambil menunggu bas sekolah tiba, wajib beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah.\nSekarang dah susah jumpa orang jual macam ni. Jadi apa kata jom buat sendiri saja di rumah dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Nur Masri di bawah.\nCARA BUAT BEBOLA IKAN SALUT TEPUNG\nBahan-bahan:\n\nBebola ikan\nTepung berempah (tepung bestari)\nTepung goreng pisang rangup\n\nCara-cara:\n1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, masukkan air dan gaul sebati.\n2. Masukkan bebola ikan dan gaul rata.\n\n4. Hidangkan bersama sos pencicah.\n\nKredit: Nur Masri\nBaca juga: Kacang Botak, Kudapan Raya Paling Mudah & Sedap. Modal Pun Murah Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-bihun-ala-pama-homemade-puas-hati-makan-licin-satu-periuk/", "title": "Cara Buat Bihun Ala Pama Homemade, Puas Hati Makan Licin Satu Periuk!", "body": "\nPasti ramai penggemar bihun segera jenama PAMA tu kan? Sedap sangat dapat makan lagi-lagi selepas cuaca hujan atau makan lewat malam. Rupanya tak susah mana kalau ada yang nak cuba buat sendiri bihun ala pama di rumah.\nBuat sendiri lagi puas hati sebab sekali buat boleh dapat satu periuk! Dijamin puas hati satu keluarga makan sampai licin. Yang penting, cara membuatnya sangat mudah, ringkas dan mengenyangkan!\nJom lihat resipi perkongsian oleh Cik Pooja di bawah. Perkongsiannya itu telah mendapat hampir 7.5 ribu perkongsian di laman sosial Facebook. Semoga bermanfaat!\nResipi Bihun Ala Pama Homemade\nBahan-bahan (untuk 2 orang makan):\n\n5 ulas bawang putih (ditumbuk)\n2 ketul kiun pati ayam maggi\n1 sk lada sulah putih\nSedikit daun sup dan daun bawang (dipotong)\n1 liter air (agak-agak 1 jug kecil)\nSecubit garam (jika perlu)\nBihun (secekak)\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan keemasan.\n2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sudah, daun sup dan daun bawang.\n\n3. Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan bihun dan reneh sehingga bihun masak dengan elok.\n\n4. Kalau tak cukup masin, masukkan secubit garam mengikut citarasa.\n5. Siap! Sedia untuk dihidang.\n\n6. Kalau suka pedas, taburkan juga serbuk cili.\n\nKredit: Cik Pooja\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-biskut-florentine-tanpa-guna-tepung-florenta/", "title": "Cara Buat Biskut Florentine Tanpa GunaTepung Florenta, Makan Sekali Pasti Tak Henti!", "body": "\u00a0\n\nAnda pasti pernah makan biskut florentine kan? Bahan-bahan yang digunakan agak mahal, sebab itu kalau beli di kedai harganya boleh tahan juga. Nak jimat, apa kata jom cuba buat sendiri biskut florentine tanpa guna tepung florenta.\nKita gantikan tepung florenta dengan menggunakan telur putih, tapi rasa tetap sama macam guna tepung florenta tau! Kalau nak cuba, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Chaiya Jarunee di bawah.\nBaca juga: Cara Buat Biskut Semperit Tanpa Oven, Bakar Atas Dapur Gas Je!\nRESIPI BISKUT FLORENTINE TANPA GUNA TEPUNG FLORENTA\nBahan-bahan:\n\n800g campuran kacang-kacang (jenisnya mengikut kesukaan masing-masing)\nSedikit garam\n80g telur putih gred A\n50g madu\n\nCara-cara:\n1. Bakar atau goreng kacang tanpa minyak selama 15 hingga 20 minit. Ketepikan.\n\n2. Satukan garam, telur putih dan madu di dalam mangkuk.\n3. Kemudian masukkan kacang, gaul rata sehingga semua kacang disaluti dengan telur putih.\n4. Lapikkan loyang dengan kertas minyak. Ambil bekas cup kek atau acuan bakar, sudukan kacang dan masukkan ke dalam acuan. Tekan dengan kuat menggunakan sudu supaya kacang melekat dan tidak hancur.\n\n5. Bakar dalam oven selama 20 hingga 25 minit pada suhu 140\u2103-150\u2103.\n\n6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan tunggu sehingga biskut betul-betul sejuk. Kemudian sambung bakar selama 10 minit supaya menjadi lebih rangup.\n7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!\n\nKredit: Chaiya Jarunee\nBaca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resipi Mudah Tanpa Guna Oven & Mixer!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-biskut-semperit/", "title": "Cara Buat Biskut Semperit Tanpa Oven, Bakar Atas Dapur Gas Je!", "body": "\nBila masuk saja bulan Ramadan, anda semua pasti sudah mula memikirkan kuih raya apa mahu dibuat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kan? Antara kuih raya yang terkenal adalah biskut semperit.\nJika ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat ini, anda hanya perlu menggunakan 3 bahan untuk menghasilkannya.\nResipi ini juga tidak perlu menggunakan oven. Jadi, jika anda tiada oven pun boleh buat biskut ini. Jom cuba!\nBaca juga: Resipi Coklat Almond Cluster Guna 3 Bahan, Tak Perlu Bakar Dalam Oven\nResipi Biskut Semperit Tanpa Oven\n\nBahan-bahan semperit:\n\n1 paket tepung jagung 350 gram\n1/2 cawan susu pekat manis\n1 cawan planta\n\nCara-cara membuat adunan semperit:\n1. Kacau planta dengan susu pekat. Kemudian masukkan tepung jagung dan uli manja menggunakan tangan sahaja.\n2. Jika adunan masih lembik, tambah tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak keras dan tidak terlalu lembik.\nCara bakar guna dapur gas:\n1. Ambil kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Pastikan penutup kuali ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan masak sekata.\n\n2. Tak perlu letak air dalam kuali kerana sudah ada pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.\n\n3. Sebelum mula membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit. Kemudian barulah letak dulang untuk membakar biskut.\n4. Tidak perlu sapu minyak pada dulang biskut. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.\n5. Masa membakar mengikut jenis biskut. Contohnya biskut semperit ambil masa 15 minit sehingga kekuningan.\n\nKredit: Noriza Awang Hamat\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-bubur-ayam-tersedap-yang-paling-mudah/", "title": "Cara Buat Bubur Ayam Tersedap Yang Paling Mudah & Jimat", "body": "\nCuaca di Malaysia yang tidak menentu sekarang ini menyebabkan ramai yang tidak sihat badan dan sakit tekak. Pada waktu ini, makanan lembut seperti bubur ayam saja yang mampu ditelan.\nKalau nak mnaikkan lagi selera, boleh cuba resipi bubur ayam homemade yang memang sedap ini. Bila buat sendiri, boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai.\nBukan saja kosnya yang jauh lagi murah dari beli, cara memasak juga tidak begitu renyah. Jom cuba buat dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Ana Mariana Ismail ini.\nRESIPI BUBUR AYAM TERSEDAP\nBahan-bahan:\n\nBeras 2 pot (masak dulu nasi, lagi cepat masak)\nCarrot sebatang (potong dadu)\nIsi ayam 2 ketul (rebus dan carikkan)\nKiub ayam\nBawang putih (cincang halus)\nLada hitam + lada sulah + garam\nHalia seinci (diketuk)\n\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering, tambahkan lagi air.\n\n2. Kemudian masukkan carrot dan isi ayam. Isi ayam simpan sikit untuk tabur atas bubur masa nak makan.\n\n3. Taburkan lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.\n\n4. Kemudian panaskan minyak, goreng bawang putih yang dicincang halus untuk buat minyak bawang putih. Goreng sampai garing, jangan hangit.\n\n5. Kemudian tuang minyak bawang putih ke dalam bubur tadi.\n\n6. Kacau sebati.\n\n7. Kemudian sedia untuk dihidang. Boleh letak hiasan bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih sikit dan taburkan sedikit lada hitam.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Ana Mariana Ismail\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-bubur-nasi-berlauk/", "title": "Cara Buat Bubur Nasi Berlauk Paling Mudah, Resipi Guna 2 Cawan Beras", "body": "\nBubur nasi berlauk merupakan sajian yang enak dinikmati pada bila-bila masa sahaja tak kira pada waktu sarapan atau semasa makan tengahari.\nSama seperti nasi putih, bubur nasi juga enak dimakan bersama dengan pelbagai jenis hidangan sampingan seperti ikan bilis goreng, kangkung goreng belacan, telur masin, kacang goreng dan sebagainya.\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Mak Su menerusi grup Facebook, Masak Apa Hari Ni (MAHN) di bawah.\nRESIPI BUBUR NASI BERLAUK\nBahan-bahan bubur:\n\n2 cawan beras (dikisar)\n6 cawan air\n\nCara penyediaan bubur:\n\nMasak bubur sepeti biasa. Apabila makin pekat, boleh tambah sedikit air.\n\n\nBahan-bahan kangkung goreng belacan:\n\nBawang putih\nSambal belacan\nKangkung\nBawang holland\nCabai besar merah\n\nCara penyediaan kangkung goreng belacan:\n\nPanaskan minyak, tumis bawang putih sehingga garing. Masukan sambal belacan kemudian tumis sehingga naik bau.\nMasukkan kangkung dan tambahkan air sedikit.\nGoreng dengan api yang besar. Kemudian masukan bahan perisa, cabai besar yang dihiris, kemudian masukan bawang holland. Siap untuk dihidangkan.\n\n\nBahan untuk hidangan:\n\nKacang tanah (digoreng)\nIkan bilis (digoreng)\nTelur masin (direbus)\nBawang goreng\nLimau\nDaun bawang\nKangkung goreng belacan\n\n**Boleh juga dihidangkan bersama isi dada ayam.\n\nKredit: Mak Su\nBaca juga: Resipi Bubur Ayam Chinese Style, \u2018Comfort Food\u2019 Untuk Anak-Anak Demam\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-burger-prosperity-ala-mcd/", "title": "Cara Buat Burger Prosperity Ala McD, Buat Sendiri Lagi Puas Makan!", "body": "\nJom buat sendiri burger prosperity ala Mcd. Siapa yang pernah makan burger itu pasti tahu betapa lazat rasanya! Sedap yang amat.\nRupanya tak susah mana pun kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah. Kalau buat sendiri, lagi puas makan dan lebih jimat.\nJom ikuti resipinya yang dikongsi oleh Hasbullah Ahmad di bawah.\nRESIPI BURGER PROSPERITY ALA MCD HOMEMADE\n1. Buat patty daging sendiri, guna daging kisar pun boleh. Kalau beli yang dah siap, pastikan isi daging dia banyak atau lagi bagus, 100% isi daging.\n\n2. Patty daging tak perlu garing sangat, takut kering. Dia kena ada \u2018juicy\u2019 sikit baru sedap.\n\n3. Kisar sederhana halus lada hitam.\n\n4. Bahan-bahan lain untuk sos: bawang putih, bawang besar, stok daging, tepung gandum, air dan garam/msg.\n\n5. Cara-caranya, tumis bawang dengan minyak, masukkan tepung dan gaul. Masukkan bancuhan stok dan sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Boleh letak gula, kicap dan sebagainya.\nPastikan pekat likat.\n\n5. Burger daging sos lada hitam siap! Yang bawah tu isi ayam goreng, menu tambahan.\n\nKredit: Hasbullah Ahmad\nBaca juga: Sedap \u2018Giler\u2019 Macam Kat Hotel, Ini Rahsia Buat Ayam Roasted Guna Air Fryer Je\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Mini Pancake Lain Dari Biasa, Anak Pun Teruja Nak Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-cekodok-pisang/", "title": "Resipi Cekodok Pisang Bulat-Bulat, Ini Rahsia Kalau Nak Cantik Kejadiannya", "body": "\nDah ramai pandai buat cekodok pisang kan? Tapi tak ramai yang tahu rahsia cara buat cekodok pisang yang bulat elok.\nRupanya ada rahsianya untuk hasilkan bentuk cekodok pisang bulat-bulat comel macam ini.\nJom ikuti perkongsian oleh Puan Norlela Abdul sahak yang berkongsikan caranya di bawah. Jom kita cuba nanti ya!\nBaca juga: Cara Buat Rempeyek Yang Rangup, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan\nCARA BUAT CEKODOK PISANG BULAT-BULAT\nBahan-bahan:\n\n1 kg tepung gandum\n1 kg pisang masak ranum*\n3 cawan gula*(boleh kurangkan)\n2 sb soda bikarbonat\n1 sb garam*\nAir secukupnya.\nMinyak masak untuk menggoreng\n\nCara-cara:\n1. Masukkan soda dalam tepung dan gaul rata, ketepikan.\n2. Kisar bahan yang bertanda bintang (*).\n3. Kemudian masukkan bahan blend tadi ke dalam tepung dan gaul sebati. Bancuhan macam buat cokodok biasa.\n4. Pastikan adunan jangan terlalu cair.\n5. Masak dalam minyak yang betul-betul panas. Guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali. \u00a0Goreng dengan menggunakan api yang sederhana.\n6. Masak sehingga cekdok menjadi keperangan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan.\n\nKredit resipi dan gambar: Norlela Abdul Lahak\nBaca juga: Cara Buat Apam Nasi Pandan Guna Sukatan Cawan, Gebu Gebas!\nBaca juga: Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-cendol-homemade-resipi-dari-penjual-cendol/", "title": "Cara Buat Cendol Homemade, Resipi Dari Penjual Cendol Memang Confirm Sedap!", "body": "\nSetiap kali makan cendol kat kedai, semangkuk memang takkan puas makan. Lagi-lagi dalam cuaca panas macam sekarang. Haa, apa kata jom buat cendol homemade di rumah.\nBahan-bahan yang digunakan juga memang sudah ada di rumah, tinggal nak beli cendol saja. Mudah sangat!\nJom lihat cara membuat cendol homemade perkongsian oleh Shida Ambok di bawah. Menurutnya resipi ini hasil perkongsian oleh pekerja di kedai yang menjual cendol.\nResipi Cendol Homemade Mudah & Sedap!\u2019\nBahan-bahan:\n\n1.5 kg Cendol segera\n1 tin susu sejat\n1 tin santan pekat\nSecubit garam\nGula melaka /Gula merah\nAis\n\nCara-cara:\n1. Campurkan 1 tin susu sejat bersama santan kotak. (Nisbah 1:1)\n\n2. Masukkan secubit garam untuk naikkan rasa. Nak lagi sedap, guna santan segar bagi menggantikan santan kotak.\n\n3. Cairkann gula melaka/gula merah di atas api dengan sedikit air. Apabila gula sudah larut, boleh tutup api dan tapiskan.\n\n4. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti dengan santan mengikut selera. Lebih sedap jika ditambahkan ais.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Shida Ambok\nBaca juga: Cara Buat Garlic Spread Homemade, Modal Tak Sampai RM10 Boleh Dapat Satu Botol\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-cheesekut-viral-dengan-mudah-jom-cuba/", "title": "Cara Buat Cheesekut Viral Dengan Mudah, Jom Cuba!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nSesekali memang teringin nak makan pencuci mulut yang enak. Nak beli malas, tapi bila nak buat macam tak rajin pulak. Yalah, bukannya senang nak baking kalau tak ada skill.\u00a0Nanti dah penat buat tak jadi pula. Tapi lepas tahu cara buat cheesekut ni, mesti ramai yang nak cuba buat sebab ia sangatlah mudah.\nTapi, mesti ramai dah reti buat kek batik sebab tak perlu sukatan yang tepat dan sangat mudah sama seperti cheesekut. Kalau nak kelainan sikit, jom cuba cheesekut viral ni, sangat mudah dan cepat untuk siap!\nBahan-bahan\n250g cheese tatura\n1 mangkuk susu segar\n1/2 tin susu pekat\nSerbuk milo\n1/4 cawan susu segar\n1 bungkus biskut kering\n\nCara-cara\nMasukkan cream cheese ke dalam pengisar.\nMasukkan susu pekat ke dalam pengisar.\nMasukkan susu segar ke dalam pengisar.\nKisar ketiga-tiga bahan sehingga sebati.\nCelupkan biskut kering ke dalam 1 mangkuk susu segar.\nSusun biskut yang sudah dicelup ke dalam bekas.\nLapiskan biskut dengan cream cheese yang sudah dikisar.\nUlang langkah yang sama sehingga bekas penuh.\nTaburkan serbuk milo di permukaan cheesekut.\nSimpan di dalam peti sejuk semalaman.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-chinese-congee/", "title": "Cara Buat Chinese Congee, Enak Dimakan Bersama Ayam Kukus Halia & Cakoi", "body": "\nChinese Congee atau Bubur Cina perkongsian saudari Noraini Noor Mohamed ni nampak sangat sedap dan membuka selera.\nBerbeza dengan Bubur Nasi biasa, bubur nasi ini dihidangkan bersama Ayam Kukus Halia & Youtiao (Cakoi).\nDaebak, Unik kan? Jom cuba. Korang mesti akan sukakannya.\nBaca juga: Cara Buat Bubur Ayam Tersedap Yang Paling Mudah & Jimat\nResipi Chinese Congee\nBahan Minyak Bawang Putih (Garlic Oil):\n\n5 ulas bawang putih \nMinyak masak secukupnya\nCara-caranya:\n1.Cincang halus bawang putih.\n2. Panaskan minyak masak dan goreng guna api yang kecil sehingga keperangan.\n3. Bau semerbak harum. Minyak bawang ni akan digunakan untuk Bubur Nasi & Ayam Kukus Halia.\nBahan Ayam Kukus Halia:\n\nAyam secukupnya \u2013 potong kecil\nHalia \u2013 tumbuk/sagat\nKicap cair \nMinyak bijan\nLada sulah \n2 sudu makan minyak bawang putih\nCara-caranya:\n1.Gaul rata ayam yang sudah dipotong kecil bersama halia tumbuk/sagat, kicap cair, minyak bijan dan lada sulah. Perap selama 30 minit.\n2. Selepas 30 minit ayam diperap, letakkan minyak bawang putih di atas perapan.\n3. Kukus ayam sehingga 20 minit. Siap.\nBahan Bubur Nasi:\n\n1 cawan beras \n8 cawan air\nAyam bahagian tulang\nHalia \u2013 dihiris\nLada sulah\nGaram secukup rasa\nStok ayam \n2 sudu makan minyak bawang putih\nCara-caranya:\n1. Basuh bersih beras. Masukkan ayam bahagian tulang, halia yang dihiris, lada sulah, garam secukup rasa, stok ayam dan minyak bawang putih.\n2. Masukkan air ke dalam periuk. Gaul rata. Sukatan air adalah 1 cawan beras akan guna 8 cawan air.\n3. Masak hingga bubur sedia. (boleh guna pressure cooker, pilih congee-seal)\n4. Kalau masak bubur guna periuk nasi elektrik atau masak di atas dapur. Boleh masak bubur macam biasa.\n5. Setelah siap bubur dan Ayam Kukus Halia, hiaskan dengan daun bawang & Cakoi.\n6. Bubur dimakan bersama Ayam Kukus Halia. Tuang sedikit minyak bawang putih di atas bubur untuk tambah aroma & kesedapan pada bubur.\n\nNota: Cakoi tu empunya resipi beli cakoi yang sudah siap.\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Noraini Noor Mohamed\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-choco-jar-guna-3-bahan-ini/", "title": "Cara Buat Choco Jar Guna 3 Bahan Ini, Penggemar Coklat Wajib Try", "body": "\n\nBagi hantu coklat pastinya tidak mahu lepaskan menikmati produk coklat yang lazat dan menyelerakan bukan, ini antara choco jar yang semakin mendapat tempat di hati kaki hantu coklat.\nSiapa sini hantu coklat kita geng!\nSekarang ini banyak betul produk-produk berasaskan coklat mendapat tempat di hati peminat coklat, tidak kiralah tua atau muda, lelaki atau wanita semuanya meminati rasa yang sama.\nBaca juga: Cara Buat Chocolate Truffle Ala Royce \u2018Viral\u2019, Hanya Guna 3 Bahan\nTahu tak sebenarnya jika korang buat sendiri di rumah, kosnya adalah jauh lebih murah dan berbaloi. Jangan kata sebalang, berbalang-balang pun korang boleh dapat dengan modal yang tidak terlalu besar. Hehe\nSeperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syida Nara, pada mulanya dia mengidam dan beli di tepi jalan, botol kecil sahaja tapi orang menjualnya dengan harga yang mahal.\nJadi, dia berusaha untuk buat sendiri, beli bahan tak sampai RM20, tapi boleh dapat satu balang besar.\nResipi Choco Jar\n\n\nBahan-bahan:\n500gm coco crunch bersaiz kecil\n500gm coklat beryl\u2019s\nSetengah cawan minyak masak atau minyak jagung\nCara-cara membuatnya:\n1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil.\n2. Letakkan sedikit minyak supaya coklat tidak beku jika sejuk.\n3. Gaulkan coklat sehingga rata dan siap untuk dimakan. Korang juga boleh menggunakan apa-apa jenis coklat sahaja mengikut citarasa masing-masing.\n\n\nMemang tak rugi cuba choco jar yang padat dan padu macam ini, kalau tak percaya kenalah cuba dulu!\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Syida Nara\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-chocolate-truffle-ala-royce-viral/", "title": "Cara Buat Chocolate Truffle Ala Royce \u2018Viral\u2019, Hanya Guna 3 Bahan", "body": "\nPasti ramai yang tahu Chocolate Truffle keluaran satu jenama popular yang sedang digilai ramai pada saat ini. Walaupun harganya agak mahal, orang ramai tetap berlumba-lumba untuk mencubanya.\nRupanya tak susah mana kalau nak buat sendiri Chocolate Truffle ala Royce di rumah. Hanya perlu menggunakan 3 bahan mudah. Buat sendiri puas hati, boleh makan puas-puas! Jom lihat cara-cara di bawah.\nBaca juga: Cara Buat Kek Milo 3 Bahan, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Gebu & Lembut!\nResipi Chocolate Truffle Ala Royce \u2018Viral\u2019\nBahan-bahan:\n\n400gm Milk Chocolate (cincang)\n200ml heavy cream\nSerbuk coco secukupnya (untuk taburan)\n\nCara-cara:\n\nSiapkan acuan size 20x20cm alas baking paper, Ketepikan.\nTuang heavy cream kedalam kuali dan masak hingga ada gelembung kecil,\u00a0 cukup terus matikan api. Pastikan guna api kecil.\nMasukkan coklat cincang tadi kedalam heavy cream yang masih panas dan gaul hingga cair dan kental. Tak perlu pasang api.\nTuang dalam acuan lalu hentak sikit loyang tu supaya gelembung udara keluar. Ratakan permukaan dengan spatula\nLetak dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras.\nDah pejal potong dadu dan tabur dengan serbuk cocoa tadi.\n\n\nSiap untuk dinikmati!\n\nKredit resipi: sumber\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-cili-lebih-tahan-lama/", "title": "CARA BUAT CILI LEBIH TAHAN LAMA", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-03-22 04:14:36\n\n\nAnda seorang yang\u00a0suka beli banyak cili\u00a0dan\u00a0simpan dalam peti? Tapi cili anda tak tahan\nlama dan cepat sangat rosak? Macam-macam cara dah cuba\u00a0tapi cili tetap tak tahan lama? Anda boleh cuba ikut tips viral dari Norizah Karim, insyaAllah lepasni cili anda boleh tahan lama.\n\n1. Buang tangkai cili dan\u00a0basuh bersih.\n2. Toskan dan keringkan guna tisu dapur.\n3. Simpan cili tersebut di dalam bekas yang tertutup ataupun Tupperware.\n4. Simpan cili dalam peti sejuk.\n5. Cili yang nak guna tu biarkan sekejap dekat luar dalam seminit dua. Tak perlu basuh\ndah.\n\nTips yang ni pula untuk simpan cili supaya cili boleh tahan sampai sebulan. Biasanya tips ni\nberguna untuk orang yang selalu beli cili dalam kuantiti yang banyak.\n1. Buang tangkai.\n2. Masukkan dalam Tupperware dan\u00a0alas dengan tisu.\n3. Kupas bawang putih dan\u00a0letak dalam bekas Tupperware tadi.\n*Cili boleh tahan sampai sebulan dan\u00a0tak rosak.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-cinnamon-roll-ekspres-guna-roti-paratha-air-fryer-je/", "title": "Cara Buat Cinnamon Roll Ekspres, Guna Roti Paratha & Air Fryer Je", "body": "\nPagi-pagi ini kalau sarapan Cinnamon Roll dengan kopi pergh nikmat betul. Anak-anak pun mesti start suka.\nMemang nampak menyelerakan dan mudah resepi cinnamon roll yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ni.\nMenurut perkongsian Wan Ramlah Wan Rahimi, beliau hanya menggunakan beberapa bahan mudah tap perlu uli-uli tepung patut la namanya ekpress.\nBaca juga: Resepi Roti Paratha Sosej Cheese Gulung Guna Air Fryer, Semudah ABC!\nBuat je sendiri cinnamon roll yang gebu dan lazat seperti di kedai roti atau bakery.\nBahan utama yang digunakan untuk buat cinnamon ekspres ialah Roti Paratha.\nResipi Cinnamon Roll Ekspres\n\nBahan-bahan:\n4 kpg paratha\n3 sudu butter\n2 sudu nestum\n2 sudu susu tepung\n1 sudu cinnamon powder\n1/2 cwn gula perang\nCara-cara membuatnya:\n1. Mula-mula kita gaul sebati butter + nestum + susu tepung + gula perang + serbuk cinnamon.\n\n2. Kemudian susun 2 keping paratha. Pastikan bertindan sikit kat tengah-tengah tu supaya kita boleh gulung jadi bentuk silinder dan dapat potong dengan mudah.\n\n3. Seterusnya sapu campuran cinnamon tadi pada bahagian atas paratha nipis-nipis.\n\n4. Gulung perlahan-lahan dengan kemas. Lebih kurang macam ni bentuknya.\n\n5. Bahagikan kepada 8 bahagian. Kemudian potong 8 bahagian gulungan tadi.\n\n6. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah digris dengan butter.\n\n7. Sedia untuk dibakar. Panaskan AF 200/5min.\n\n8. Bakar cinnamon rolls pada suhu 200/10min. Saya guna air fryer.\n\n\n(Nak guna oven pun boleh, terpulang pada suhu oven masing-masing.) Inilah hasilnya!\n\nMudah sangat kan? Tak payah nak uli-uli dah. Memang best kalau ada stok paratha instant dekat rumah. Macam-macam boleh buat sebenarnya.\n\nSumber: Wan Ramlah Wan Rahimi\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-cucur-jagung-untuk-minum-petang/", "title": "Cara Buat Cucur Jagung Untuk Minum Petang. Luar Rangup, Dalam Lembut!", "body": "\nBiasanya cucur akan diberi nama dengan apa bahan yang dimasukkan dalam adunan.\u00a0 Sebagai contoh untuk membuat cucur jagung, perlu ada jagung untuk dimasukkan ke dalam adunan.\nPasti ramai yang tak pernah rasa cucur jagung ni kan? Rasa dia tersangatlah sedap, lagi-lagi bila cicah dengan sos cili.\nBoleh cuba buat nanti untuk minum petang dengan menggunakan resipi yang telah dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di bawah. Selamat mencuba!\nRESIPI CUCUR JAGUNG UNTUK MINUM PETANG\nBahan-bahan:\n\nIsi jagung yang dihiris\nTepung gandum\nCili blend\nUdang kecik @ ikan bilis tumbuk kasar\nBawang besar dihiris\nSerbuk kunyit+serbuk ikan bilis\nGaram+gula secukup rasa\nTelur sebiji\nAir suam\n\nCara-cara:\n1. Masukkan tepung gandum (agak-agak kuantiti sesuai dengan bahan lain), isi jagung, bawang besar dihiris, udang, serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis sedikit dan cili kisar. Gaul sebati.\n\n2. Masukkan juga telur sebiji. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair.\n\n3. Masukkan air sedikit demi sedikit (biar senang nak kaup guna tangan).\n\n4. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api sederha. Sedap dicicah dengan sos cili.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Ana Mariana Ismail\nBaca juga: Cara Rebus Jagung Supaya Tak Kecut & Cantik Elok, Macam Beli Kat Pasar Malam\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-dadih-homemade/", "title": "Cara Buat Dadih Homemade Tanpa Guna Dadih Segera, Mudahnya!", "body": "\nRupanya ada cara buat dadih tanpa menggunakan serbuk dadih segera yang dijual di pasaran.\nSiapa je yang tak suka makan dadih kan? Teksturnya yang lembut menjadikan pencuci mulut ini digemari ramai tidak kira peringkat umur.\nSalah satu bahan utama yang diperlukan adalah agar-agar tali. Biasanya agar-agar tali tersebut sudah ada di rumah. \nJadi, tak perlu susah-susah untuk keluar membeli serbuk dadih segera. Jom kita lihat resipi dan cara-cara lengkap untuk membuatnya di bawah.\nBaca juga: Resipi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!\nCARA BUAT DADIH HOMEMADE TANPA SERBUK SEGERA\nBahan-bahan:\n\n20gm agar-agar tali\n4 liter air\n1 tin susu pekat manis\n1 tin susu cair\n400gm krimer coffeemate\n4 sudu makan gula\nSedikit garam\n\nCara-cara:\n1. Masak agar-agar bersama air hingga larut dan mendidih.\n2. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair diikuti krimer, gula dan garam. Kacau hingga semuanya sebati dan mendidih.\n3. Setelah bancuhan betul-betul mendidih, padamkan api, tapis dan tuang ke dalam acuan.\n\n4. Sejukkan semalaman sebelum dimakan. Selamat mencuba!\n\nInfo chef:\u00a0Jika inginkan dadih yang berwarna-warni, tapis adunan ke dalam bekas dan masukkan pewarna kegemaran anda. Kacau hingga sebati dan barulah dimasukkan ke dalam acuan serta disejukkan.\n\nKredit resipi dan gambar: Jafahana Sulaiman\nBaca juga: Mudahnya Resipi Puding Karamel Ni, Tanpa Guna Telur & Tak Perlu Kukus Pun\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-daging-bakar-harimau-menangis-sos-ala-thai/", "title": "Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis & Sos Ala Thai", "body": "\nMenu Daging Bakar Harimau Menangis antara salah satu menu yang digemari ramai dan wajib cuba. Alang-alang Raya Haji bakal tiba tak lama lagi, kalian boleh cuba resipi ini nanti.\nCara-caranya mudah saja. Cicah pula dengan sos ala Thai, memang sedap sungguh! Jom kita cuba buat nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Lina Thomas di bawah.\nBaca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!\nRESIPI DAGING HARIMAU MENANGIS & SOS ALA THAI\nBahan untuk Perapan Daging:\n\n500g (2 keping) daging (Ribeye) bahagian yang ada lemak\n4 ulas bawang putih ditumbuk lumat\n1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat\n1 sudu besar kecil garam\n4 sudu besar sos tiram\n3 sudu besar sos ikan\n3 sudu besar kicap manis\n4 sudu besar brown sugar\n\nCara-cara buat Perapan Daging:\n\nCampur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perap.\nKalau ikut tuan punya resepi, dia perap selama 4 hingga 5 jam tapi ibu perap dari malam sebelumnya.\nKemudian salai diatas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam oven. Paling mudah guna Periuk Pemanggang Ajaib je.\n\n\nBahan untuk membuat Sos Ala Thai:\n\n6 ulas bawang putih ditumbuk\n10 biji cili api ditumbuk\n3 sudu sos tiram\n2 sudu sos ikan nampla\n3 sudu brown sugar\n1 bawang merah hiris nipis\n2 biji cili api dihiris\n1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka\nSedikit daun ketumbar dihiris halus\n\nCara-cara membuat Sos Ala Thai:\n\nCaranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaiakan kesemua rasa dengan selera anda.\nSelamat mencuba.\n\n\nKredit: Lina Thomas\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-daging-masak-merah-ala-thai-guna-3-sos-ini/", "title": "Cara Buat Daging Masak Merah Ala Thai, Guna 3 Sos Ini", "body": "\nAda lebihan daging korban lagi di rumah? Apa kata kita cuba buat lauk Daging Masak Merah ala Thai pula.\nMesti lagi berselera anak-anak tambah nasi. Jangan risau, nampak je merah tapi tak semestinya pedas.\nSilap haribulan, mesti taknak makan dekat kedai kalau korang dah pandai masak lauk ini.\nBaca juga: Cara Betul Simpan Daging Korban, Tahan Lama & Kekal Segar\nJom kita ikuti perkongsian resipi dari Siti Zanzuriyanti Zidi ini. Tak renyah dan mudah untuk dimasak.\nResipi Daging Masak Merah Ala Thai\nBahan-bahan:\n\n\n\nDaging \u2013 direbus dulu dengan pewarna merah\n2 ulas bawang putih \u2013 diketuk/ kisar\n3 biji cili padi/ cili besar \u2013 dipotong\n1 sudu cili kisar\n1 sudu sos cili\n1/2 sudu sos tomato\n1 sudu sos tiram\n1 sudu sos ikan\nAir rebusan daging\nTomato\nBawang Holland\nGaram/ gula/ perasa\n\nCara-cara memasaknya:\n1. Rebus daging hingga masak. Kemudian angkat dan ketepikan. Ambil sedikit air rebusan daging untuk stok.\n2. Panaskan sedikit minyak. Goreng daging yang direbus tadi. Angkat dan ketepikan.\n3. Menggunakan minyak yang sama. Tumis bawang putih, cili kisar, sos tomato, sos tiram dan sos ikan hingga pecah minyak.\n4. Masukkan daging dan air rebusan daging.\n5. Masukkan bawang holland.\n6. Siap dimasak dan sedia untuk dihidang.\nKalau nak letak carrot, saderi dan kacang panjang pun boleh. Takde lah korang kena masak sayur lagi nanti.\nTinggal dadar telur je dah siap! Lengkap lauk kita dengan sayur dan daging.\nBarulah syok nak makan kan. Dalam resepi ni tak letak sayur ye, nak letak pun takde hal. Lagi bagus.\n\n\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Siti Zanzuriyanti Zidi\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-dalgona-candy-macam-dalam-squid-game/", "title": "Cara Buat Dalgona Candy Macam Dalam \u2018Squid Game\u2019", "body": "\nMesti ramai dah tengok siri TV terbaru \u2018Squid Game\u2019 yang sedang tular sekarang ini kan? Ada satu babak dalam siri ini yang menggunakan Dalgona Candy dalam game\u00a0yang kedua.\nDalgona Candy merupakan sejenis gula-gula yang berasal dariKorea Selatan. Rasanya juga boleh tahan sedap! Cara membuatnya juga amat mudah. Ada yang nak cuba buat tak? Jom lihat cara-caranya di bawah.\nCara Buat Dalgona Candy\nBahan-bahan:\n\n1.5 sudu makan gula\nSecubit baking soda\n\nCara-cara:\n1. Ambil senduk besar. Masukkan gula dan kacau atas api guna chopstick.\n\n\n2. Bila dah mula cair, tutupkan api. Letakkan baking soda dan kacau laju-laju.\n\n3. Kacau sehingga baking soda larut sepenuhnya dan bertukar\u00a0fluffy serta\u00a0warna karamel muda.\n\n4. Tuangkan ke atas baking paper menggunakan rubber spatula. Biarkan sejuk seketika selama 15 saat.\n\n5. Ambil pinggan atau apa-apa yang sesuai untul tekap supaya nipis sikit.\n\n6. Tekap dengan acuan bentuk pilihan masing-masing.\n\nSumber: Korea Bapsang\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-donat-pandan-gebu-dan-wangi-rugi-tak-try/", "title": "Cara Buat Donat Pandan Gebu Dan Wangi, Rugi Tak Try", "body": "\nJom buat donat. Tapi kali ni kita buat donat pandan pula. Beza sikit dari donat biasa.\nDonat pun gebu dan wangi je. Yang paling penting, proses nak buat sangatlah mudah.\nBahan yang digunakan juga tak renyah. kita akan menggunakan warna hijau yang ada pada daun pandan.\nBaca juga: Cara Buat Donut Kampung Yang Gebu, Tak Perlu Guna Serbuk Penaik & Ovalette\nKisar dan ambil saja patinya. Tak perlu guna pewarna makanan. Guna je bahan semula jadi. Aromanya pun memikat hati!\nUntuk kali ni, kita akan hidangkan keluarga kita dengan donat tradisional yang cuma ditambah 1 bahan iaitu pewarna air pandan didalamnya.\nTertarik anak-anak kita melihat warnanya. Sudah tentu kuih donat pula antara kegemaran mereka.\nResepi donat pandan ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Noriza Awang Hamat.\nResipi Donut Pandan\n\nBahan-bahan:\n\n1 peket setengah yis mauripan\n2 cawan air suam\n3 sudu besar gula\n1 penutup pes pandan\n\n*Satukan semua bahan dan biar yis naik.\nBahan lain:\n\n1 kilo tepung gandum\n2 sudu besar susu tepung\n3 sudu besar susu pekat manis\n4 sudu besar majerin pelangi/ apa-apa je\nGaram\n\nCara membuat:\n1. Satukan semua bahan. Gulkan sehingga menjadi serbuk.\n2. Kemudian, masukkan air yis tadi.\n3. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Ketepikan.\n4. Biarkan doh mengembang dan naik sekali ganda.\n5. Tumbukkan doh bagi doh turun. Kemudian, bentukkan doh menjadi bulat dan tekap bahagian tengahnya.\n6. Habis bulatkan, biarkan doh mengembang sekali lagi baru digoreng dengan api perlahan.\n7. Angkat, toskan dan boleh gulungkan dengan gula halus.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Noriza Awang Hamat\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-donut-kampung-gebu-tak-guna-serbuk-penaik/", "title": "Cara Buat Donut Kampung Yang Gebu, Tak Perlu Guna Serbuk Penaik & Ovalette", "body": "\nSedang mencari resipi donut kampung yang gebu, mudah dan sedap? Resipi ini khas untuk anda.\nTak perlu guna serbuk penaik, tak guna ovalette dan paling penting, tak guna banyak bahan. Tapi hasilnya donut tetap gebu elok!\nKalau nak tahu cara-caranya, jom lihat resipi hasil perkongsian oleh Saudari Norhidayah di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Donut Kampung Gebu\nBahan-bahan:\n\n1 paket yis 11g\n3 sudu besar susu pekat\n2 sudu besar gula\n1 sudu kecil garam\nSegelas air suam\nTepung gandum 850g (saya guna Tepung Rose, masuk sepaket)\n4 sudu besar Planta\n\nCara-cara:\n1. Dalam mangkuk satukan yis, susu pekat, gula, garam dan air suam. Kacau rata, ketepikan dan biarkan sehingga naik buih.\n\n2. Campurkan tepung gandum dan planta. Gaul sampai jadi macam serbuk roti.\n3. Tuangkan air yis yang sudah berbuih. Uli dan tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.\n4. Sapu minyak pada bekas doh supaya tak melekat. Letakkan doh dan tutup. Ketepikan sehingga kembang dalam anggaran 30 minit.\n\n5. Bila doh dah kembang, tumbuk manja. Kemudian ambil sedikit doh dan bulatkan. Timbangkan doh jika nak bentuk sama.\nLapik dengan kertas supaya doh tak melekat. Kalau tak guna kertas, tabur tepung pada bahagian bawah.\n\n6. Doh mengembang, tekan sikit dan lebuk lubang menggunakan nozel saiz paling kecil.\n\n\n7. Biarkan doh rehat sekejap dan sedia untuk digoreng.\n\n8. Gaulkan dengan gula aising dan sedia untuk dihidang!\n\nKredit: Norhidayah Mohd Aripin\nBaca juga: Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Ala Pasar Malam Tanpa Kukus\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-donut-susu-tanpa-telur-viral-tapi-tetap-lembut-gebu/", "title": "Cara Buat Donut Susu Tanpa Telur \u2018Viral\u2019, Tapi Tetap Lembut & Gebu", "body": "\nRupanya mudah saja nak buat donut susu tanpa telur macam yang tengah\u00a0viral\u00a0tu.\nWalaupun tanpa telur, hasilnya tetap lembut dan gebu.\nLepasni tak perlu beratur panjang dah, buat sendiri lagi puas!\nRESIPI DONUT SUSU TANPA TELUR\nBahan-bahan:\n\nAir sejuk 285g\nTepung high protein/tepung roti 500g\nGula 50g\nBread improver 5g\nBread softener 5g\nYis 8-10g\nMarjerin 50g\n\nCara-cara:\n1. Masukkan semua bahan dalam bread maker.\n2. Selepas 5 minit uli, baru masukkan marjerin.\n3. Kalau uli guna tangan, uli dalam 1 jam.\n4. Bentukkan bulat seperti donut dan goreng sehingga masak.\n5. Kemudian salut dengan salutan susu.\nUntuk salutan boleh guna susu fernleaf full cream: gula kastor: dusting sugar (nisbah 1.5: 1:1)\n\n6. Kalau nak lambat cair boleh guna susu full cream : dusting sugar sahaja (nisbah 1.5: 2)\nKredit: Ain Kamarudin\nBaca juga: Creamy Cheesy Popia Carbonara Homemade, Luar Rangup Inti Dalam Likat Padu!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-dumpling-homemade-sedap/", "title": "Cara Buat Dumpling Homemade Sedap, Lagi Puas Makan Dari Kat Kedai", "body": "\nMudah je nak buat Dumpling Homemade macam kat kedai tu rupanya. Dumpling merupakan salah satu sajian masyarakat Cina yang tidak asing lagi dalam kalandan rakyat Malaysia.\nEnak dimakan panas-panas bila dibeli. Tapi kalau beli harganya boleh tahan mahal juga. Beli siti tak puas makan.\nJadi kalas anda suka makan dumpling ni, boleh juga buat sendiri di rumah dennen menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Fauziah Gee di bawah.\nResipi Dumpling Homemade Sedap\nBahan-bahan:\n\n413g isi ayam yang telah dikisar halus\n60g tomato yang telah dicincang\n35g bawang besar yang telah dicincang\n10g bawang putih yang telah dicincang\n2 sdt sos tiram\n2 sdt minyak bijan\n2 sdb daun bawang yang telah dihiris-hiris\n2 cubit serbuk lada hitam\n1/2 kiub pati ikan bilis atau pati ayam Maggie dihancurkan\n1/2 sdt garam halus\n1 biji telur gred B\n\nCara-cara buat inti:\n\nSatukan semua bahan-bahan dan sebatikan.\nTutup bekas menggunakan wrap. Rehatkan dalam peti sejuk selama 30 minit.\nBalut dengan kulit dumpling.\n\nSedia untuk dikukus.\n\n\nBahan-bahan untuk sos dumpling:\n\n2 sdb kicap pekat ABC\n2 sdb cuka\n2 sdb air suhu bilik\n2 sdt minyak bijan\n1 sdb minyak cili bawang putih\nSedikit daun bawang yang telah dihiris\nSedikit bijan putih\n\nCara-cara buat sos dumpling:\n\nSatukan semua bahan-bahan dan kacau sebati. Siap.\n\n\nBahan-bahan minyak cili bawang putih:\n\n7 ulas bawang putih dicincang\n3 sdm chili flakes\n2 cawan teh minyak masak\n1 sdt Maggie cukup rasa\n\nCara-cara buat minyak cili bawang putih:\n\nPanaskan minyak. Bila minyak dah betul-betul panas, tutup api.\nMasukkan bawang putih, kacau sehingga keperangan dan masukkan chili flakes.\nKacau skate dan sejukkan.\nBila dah sejuk, masukkan dalam botol.\n\n\nKredit: Fauziah Gee\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-fucuk-guna-air-soya/", "title": "Cara Buat Fucuk Guna Air Soya, Guna Teknik \u2018Ini\u2019 Baru Lagi Cantik!", "body": "\nTak susah pun rupanya cara buat fucuk sendiri di rumah. Hanya perlu menggunakan air soya segar tanpa gula.\nJika buat sendiri, fucuk dijamin lebih bersih dan tidak was-was dari segi cara pemprosesannya.\u00a0Tapi ada caranya supaya hasil kejadian fucuk menjadi lebih cantik.\nBaca juga:Cara Buat Mayonis Homemade Guna 5 Bahan, Lagi SEDAP Dari Beli!\nFucuk soya ni memang sedap dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Letak dalam lontong boleh, sambal goreng jawa, sup sayur dan macam-macam lagi.\nBerikut merupakan cara membuat fucuk\u00a0homemade yang telah dikongsikan oleh Puan Siti Zara untuk rujukan anda semua.\nCara Buat Fucuk Homemade\n1. Rendam kacang soya semalaman dan buang kulit (tak dapat buang semua tak apa, yang penting 50% dapat buang kulit). Kemudian kisar soya, nisbah air 1:2. Tapis airnya.\n2. Rebus air soya. Boleh guna apa-apa bekas periuk. Saya guna bekas makanan buffet. Guna teknik double boil hasilnya akan menjadi lebih cantik.\n\n3. Air soya yang telah direbus masak. Pastikan api sentiasa terpasang, guna api sederhana.\n\n3. Apabila permukaan soya jadi mengeras, boleh angkat menggunakan lidi.\n\n4. Kemudian jemurkan. Biar sehingga betul-betul kering. Ulang proses tadi sehingga dapat dalam kuantiti yang banyak.\n\nKredit: Siti Zara\u2019s\nBaca juga: Cara Buat \u2018Mushroom Seasoning Homemade\u2019, Lebih Jimat Dari Beli\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-garlic-spread-homemade/", "title": "Cara Buat Garlic Spread Homemade, Modal Tak Sampai RM10 Boleh Dapat Satu Botol", "body": "\nTidak dinafikan, pasti ramai penggemar garlic bread kan? Rupanya tak susah mana pun cara buat garlic spread homemade, hanya perlu menggunakan 3 bahan sahaja.\nModal yang digunakan juga tak sampai RM10! Jimat sangat berbanding beli. Bakar roti, sapukan garlic spead ini dan dicicah pula dengan sup cendawan yang berkrim. Sedap yang amat!\nRasa roti yang tawar pun akan menjadi sedap apabila ditambah\u00a0garlic spread ini. Bila dah siap buat, simpan dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.\u00a0 Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Jom lihat cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Aida Md Tahir.\nBaca juga: Cara Buat Roti Mini Burger Yang Gebu Dan Sedap, Cantik Sangat Kejadiannya\nCara Buat Garlic Spread Homemade\nBahan-bahan:\n\nSebuku butter\nBawang putih (cincang halus dalam 2 genggam)\n\nCara-cara:\n1. Dalam mangkuk, satukan butter yang sudah lembut dan bawang putih yang sudah dicincang. Gaulkan sebati. Masukkan juga parsey flakes dan gaul rata.\n\n2. Simpan dalam bekas tertutup dan letak dalam peti ais.\n\n3. Sapu garlic spread pada roti dan bakar dalam oven atau atas kuali.\n\nKredit: Aida Md Tahir\nBaca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!\nBaca juga: Cara Buat Korean Garlic Bread Versi CEPAT! Mudah Guna Roti Keping Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-gejang-ketam-bertelur-mentah-perap-soy-sauce/", "title": "Cara Buat \u2018Gejang\u2019, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce", "body": "\nBuat peminat makanan Korea, mesti kenal dengan Gejang (\uac8c\uc7a5), makanan mukbang viral Korea ini, Jeruk Ketam Bertelur Mentah.\nRasanya sedap dan tak hanyir. Namun kena perap dua hari dalam peti sejuk bahagian biasa, baru boleh dimakan.\nMenurut wanita yang berkongsi resipi ini, Fienaz Shafie, dia mengolah sedikit resipi asal supaya kena dengan tekak Melayu kita.\nBaca juga: Cara Buat Rabokki (Ramen + Tteokbokki), Pedas, Manis & Mudah\n\u201cSaya tuang kuah soy sauce tu masa panas-panas, jadi ketam ni akan jadi setengah masak. Bakteria dah mati ye sebab dalam perapan tu ada acidity itu yang punca \u2018masak\u2019 ketam tu secara perapan.\nLagipun, saya tuang sos tu panas-panas dekat situ pun dah masakkan ketam tu.\u201d\nResipi Gejang\nBahan-bahan:\nKetam\nCili padi | potong kecil\nBiji bijan\nBahan Sos Perapan:\n200ml kicap\nAir\n4 sudu besar cuka\n1 sudu besar garam\n1/2 cawan gula\nMinyak bijan\n1 biji bawang holland \u2013 dihiris\nHalia (dalam 2 hiris)\nBawang putih\nCili kering\nDaun bawang\n1/2 biji epal \u2013 optional\nCara-cara membuatnya:\n1. Mula-mula, potong semua kaki ketam. Basuh bersih-bersih dan toskan.\n2. Masukkan ketam ke dalam bekas. Tuang air soda dan garam, gaul-gaul dan bersihkan. Tos dan ketepikan.\n3. Potong bawang holland, halia dan daun bawang. Untuk daun bawang ni, ambil bahagian yang putih sahaja ye.\n4. Kemudian, masukkan air dalam periuk. Masukkan kicap, cuka, gula, garam, sedikit minyak bijan.\n5. Masukkan bahan-bahan yang sudah dipotong tadi iaitu epal, bawang, halia dan daun bawang.\n6. Saya masukkan sedikit saja cili kering untuk bagi ada rasa pedas-pedas sos ni.\n7. Hidupkan api dan masaklah hingga sos pekat. Boleh tengok airnya menjadi sedikit dan warnanya bertukar gelap (kehitaman). Tutup api.\n8. Susun ketam di dalam bekas. Tuang sos ketika masih panas-panas. Tuang sehingga ketam tenggelam.\n9. Kemudian, tabur bawang putih, cili padi yang sudah dipotong-potong.\n10. Akhir sekali, tabur biji bijan. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk (bahagian biasa) selama dua hari.\n11. Selepas dua hari, barulah boleh dimakan. Selamat mencuba!\n\n\n\nSumber: Fienaz Shafie\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ginger-beef-macam-di-restoran-cina-muslim/", "title": "Cara Buat \u2018Ginger Beef\u2019 Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!", "body": "\nKalau pergi Restoran Cina Muslim, mesti wajib\u00a0order menu Ginger Beef ini. Siapa penggemar makanan cina pasti pernah cuba kan?\nHarga pun boleh tahan mahal untuk satu hidangan kecil. Nak lagi puas, apa kata kita cuba buat sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Wan Luqman di bawah.\nBaca juga: Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit Yang Sedap, Tetap Lembut & Berjus Walaupun Bukan Batang Pinang!\nResipi Ginger Beef Ala Restoran Cina Muslim\n1. Buat segi empat tepat dulu, lepas tu hiris nipis mengiring macam abang kachak kita ni potong.\n\n2. Kemudian perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jagung. (bahan agak-agak mengikut kuantiti daging)\n\n3. Gaul rata dan rehatkan seketika.\n\n4. Sediakan bahan untuk kuah. Air bancuhan tepung jagung, air bancuhan sos tiram (5 sb sos tiram campur dengan 6 sb air), hirisan halia, bawang merah dan daun bawang.\n\n5. Sebelum mula menggoreng, biarkan kuali panas berasap baru letakkan minyak. Kemudian alihkan minyak dan tinggalkan sedikit saja. Ini bertujuan untuk mengelakkan daging tu melekat di kuali.\n\n6. Masukkan daging dan goreng. Jangan goreng lama sampai garing.\n\n7. Angkat dan rehatkan seketika.\n\n8. Kemudian masukkan bawang, halia dan daun bawang.\n\n9. Seterusnya masukkan daging.\n\n10. Masukkan pula air bancuhan sos tiram tadi.\n\n11. Secubit blackpepper.\n\n12.Masukkan daun bawang, gaul rata. Tengok kuah dia, kalau tak pekat baru tambah air bancuhan tepung jagung tadi. Kalau dah pekat, tak perlu tambah.\n\n13. Gaul sekejap dengan api kuat dan siap!\n\nHasilnya, nampak sedap kan?\n\nSumber: Wan Luqman\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-gulai-daging-macam-bekwoh-di-terengganu/", "title": "Cara Buat Gulai Daging Macam \u2018Bekwoh\u2019 Di Terengganu, Resipi Dari Tukang Masak Kenduri", "body": "\nSetiap kali ke kenduri kahwin di Terengganu, gulai daging memang wajib dicari. Mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri.\nSeorang pengguna laman sosial Facebook berkongsikan resipi gulai daging kenduri yang dipelajari dari arwah ayahnya yang merupakan tukang masak kenduri.\nJom lihat perkongsiannya di bawah. Kalau teringin nak makan, boleh cuba buat nanti ya. Semoga bermanfaat!\nResipi Gulai Daging Macam Kenduri Di Terengganu\nBahan-bahan:\n\n1 kg daging lembu\n1 biji kelapa (jadikan santan sederhana pekat)\n1 biji bawang besar (mayang)\n2 batang kulit kayu manis\n3 kuntum bunga lawang\n5 kuntum bunga cengkih\n4 biji buah pelaga\n3 sudu besar cili boh\n3 sudu besar rempah gulai daging\nNisan @ gula melaka\nGaram\n1 asam keping\n1 sudu besar kerisik\n3 biji ubi kentang\n*7-10 biji bawang merah\n*2 ulas bawang putih\n*1 inci halia\n*1 inci lengkuas\n*1 inci kunyit hidup\n\nKisar bahan bertanda (*).\nCara-cara:\n1. Tumis bawang besar dengan rempah 4 beradik.\n\n2. Masukkan cili boh.\n\n3. Masak sampai cili boh bau masak.\n\n4. Masukkan pula bahan kisar.\n\n5. Masukkan rempah gulai.\n\n6. Gaul sebati.\n\n7. Masukkan daging.\n\n8. Kacau sebati.\n\n9. Masukkan air.\n\n10. Pindahkan ke periuk noxxa kalau nak cepat masak. Masak dalam 40 minit supaya daging betul-betul empuk.\n\n11. Selepas keluarkan dari periuk noxxa, masukkan asam keping dan kerisik. Masak sehingga air sedikit kering.\n\n12. Akhir sekali masukkan santan, kentang, garam dan gula melaka. Perasakan secukupnya. Bila kentang dah empuk, boleh tutup api. Sedia untuk dihidang!\n\n12. Ini rempah yang digunakan. Beli di pasar Chabang 3, Terengganu.\n\n13. Kalau tiada rempah daging, boleh guna rempah ini yang dibeli di shopee. Campur 2 jenis rempah tersebut dengan nisbah, rempah gulai : rempah masak 2:1.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Siti Noor Hidayah Samah\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-gulai-udang-dengan-tempe-buncis/", "title": "Sedapnya Gulai Udang Dengan Tempe & Buncis, Ini Cara Membuatnya", "body": "\nGulai udang atau masak lemak cili padi ini memang sudah menjadi kegemaran ramai. Makan dengan nasi panas,\u00a0confirm\u00a0menambah!\nAda yang suka buat gulai udang simple tanpa terlalu banyak sayuran. Tapi kalau ada yang suka tempe, kacang buncis ataupun fucuk boleh masukkan sekali.\nNak cuba masak? Ikut saja resipi lengkap di bawah.\nBahan-bahan kisar halus:\n\n25 biji cili padu hijau dan merah (campur)\n10 biji bawang merah\n5 ulas bawang putih\n3 biji buah keras\n2 ruas jari kunyit hidup\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 kg udang\n2 batang serai (ketuk)\n2 ruas jari lengkuas (ketuk)\n3 helai\u00a0 daun salam\n2 helai daun kunyit\nAir\nAsam keping\nKacang buncis\nSatu kotak kecil santan\nGaram\nTempe (goreng)\nPetai\n\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak. Tumis serai dan lengkuas yang sudah diketuk. Kemudiah masukkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar halus.\nGaul sebati dalam 10 hingga 15 minit.\nMasukkan daun salam, daun kunyit dan air secukupnya.\nBila dah mendidih, masukkan asam keping dan kacang buncis. Biarkan sehingga setengah masak, kemudian masukkan udang dan kacau rata.\nMasukkan santan kotak. Perasakan dengan garam secukupnya.\nBila dah mendidih, masukkan petai dan tempe yang sudah digoreng. Siap!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Makcik Ratu\nBaca juga: Resipi Udang Masak Berempah, Sangat Lazat & Menyelerakan\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ibu-sambal-yang-wajib-ada/", "title": "Cara Buat Ibu Sambal Yang Wajib Ada, Mudah Kerja Bila Nak Masak", "body": "\nSetiap rumah wajib ada ibu sambal ini. Tak perlu susah-susah nak potong bawang, gunting cili kering setiap kali nak masak. Cara buat ibu sambal ini pun tak susah mana.\nKalau nak buat masak sambal, bihun goreng atau mee goreng tak perlu lama-lama kat dapur. Cedok saja ibu sambal, mudah kerja!\nNoor Azlina ada berkongsikan resipi ibu sambal yang mudah. Jom lihat perkongsiannya di bawah.\nCara Buat Ibu Sambal, Mudah Kerja Bila Nak Masak\nBahan-bahan:\n\nBawang besar\nHalia\nBawang putih\nBelacan\nCili kering\nAsam keping\nGaram gula\n\n**Kuantiti bahan macam nak buat sambal. Lebihkan bawang besar, belacan dan halia.\nCara-cara:\n1. Kisar halus bawang besar, halia, bawang putih, belacan dan cili kering.\n2. Kemudia tumis dengan minyak sehingga cili betul-betul masak.\n3. Tambahkan asam keping, garam dan gula. Masak selama 3 jam menggunakan api perlahan.\n\n4. Sejukkan sebelum masuk ke dalam botol. Boleh tahan berbulan-bulan dalam peti ais. Senang bila nak masak sambal, bihun, mee goreng dan lain-lain.\n\nKredit: Noor Azlina Abd Razak\nBaca juga: Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ikan-rebus-homemade-tahan-berbulan-bulan/", "title": "Cara Buat Ikan Rebus Homemade, Simpan Dalam Freezer Boleh Tahan Berbulan-Bulan!", "body": "\nSebaiknya ikan rebus homemade kita buat sendiri kat rumah. Bukan apa, ikan rebus yang dibeli boleh diragui tahap kebersihan dan halalnya. Buat sendiri lagi puas hati.\nNak lagi mudah, buat banyak-banyak simpan dalam freezer. Tapi ada caranya kalau nak tahan berbulan-bulan! Jom lihat cara yang dikongsikan\u00a0Puan Nor Azua Amlan\u00a0di bawah.\nIkan Rebus Frozen, Simpan Dalam Freezer Tahan Berbulan-Bulan\nBerikut perkongsikan tersebut:\nKalau boleh elakkan dan jangan beli yang ada jual dalam raga rotan dekat pasar-pasar tu, sebab tempat dia kotor dan menjijikkan. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram je dengan air.\nLagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezzer. Tahan berminggu-minggu, bila nak makan/goreng ambil je.\nCara penyediaan:\n\nCuci bersih ikan kembong.\nGaul bersama 3 sudu garam dan perap selama 45 minit.\nKukus selama 1 jam atau mengikut jumlah ikan.\nWalaupun nama ikan rebus tetapi cara penyediaan harulsh dikukus.\nSiap!\n\nCara simpan ikan rebus:\n\nDalam bekas, alas dengan plastik.\nSusun ikan rebus dan alas lagi dengan plastik.\nSusun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer..\nSimpan ikan rebus ni dalam freezer, kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.\nLembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.\n\n* Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, jangan. direndam, bila dah lembut, terus goreng. Jangan gaul bersama serbuk kunyit. Tak perlu!\n\nTak perlu basuh ikan tersebut sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.\n\nNota:\n\nKalau buat banyak, asingkan siap-siap Ikan Rebus ni dalam plastik.\nKeluarkan Ikan Rebus mana yang perlu sahaja. Selebihnya simpan semula dalam frezer.\nSebelum nak goreng, kalau Ikan Rebus tu masih keras beku, lembutkan dahulu pada suhu bilik. (JANGAN direndam Ikan Rebus dengan air)\nBila Ikan Rebus dah lembut, buang kepala dan ekor dan terus goreng. JANGAN gaul dengan serbuk kunyit pulak tau.\n\nKredit: Nor Azua Amlan\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-inti-kacang-merah/", "title": "Cara Buat Inti Kacang Merah, Buat Sendiri Tak Manis Macam Beli", "body": "\nRupanya tak susah pun nak hasilkan inti kacang merah secara homemade. Hanya menggunakan beberapa bahan yang mudah untuk didapati di kedai atau pasar raya.\nBuat banyak terus, senang bila nak buat pau, roti goreng, roti bun, kuih bom dan bermacam-macam lagi kuih lain yang menggunakan inti kacang merah ini.\nBila dah pandai buat sendiri, tak perlu beli dah.\u00a0 Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Marlia Lia ini boleh dicuba.\nResipi Inti Kacang Merah Homemade\n\nBahan-bahan:\n\n400g kacang merah.\nAir secukupnya untuk merebus\n2 sudu besar marjerin/butter (untuk bagi rasa lemak. Nak gantikan dengan minyak pun boleh. Seeloknya guna minyak jagung. Tak ada minyak jagung, boleh ganti dengan minyak masak)\n4 sudu besar shortening (lemak sayur) \u2013 Ini pula untuk jadikan inti kelihatan berkilat cantik\n1 keping gula nisang\nGula pasir (ikut manis masing-masing. saya guna 1 cawan lebih sikit)\nSedikit garam\n2 helai daun pandan disimpul\n\nCara penyediaannya:\n1. Guna kacang merah biji kecil macam ni, bukan yang besar lonjong.\n\n2. Basuh bersih kacang. Rendam semalam. Bila dah siap rendam, basuh dan bilas.\n3. Rebus kacang merah bersama daun pandan sehingga betul-betul empuk dan lembut.\n4. Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus di dalam mesin pengisar.\n5. Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat.\n6. Guna nisan kerek sebab kurang manis berbanding gula kabung berbentu bulu itu. Gula kerek juga senang larut berbanding gula pasir.\n\n7. Sejukkan sebelum disimpan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Marlia Lia\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-jagung-cawan-lemak-manis-ala-pasar-malam/", "title": "Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Ala Pasar Malam Tanpa Kukus", "body": "\nTiba-tiba pula teringat jagung cawan lemak manis pasar malam. Rasa berlemak dia sedap sungguh!\nMudah saja kalau nak buat sendiri kat rumah. Kalau malas parut jagung, boleh guna jagung\u00a0frozen\u00a0yang ada dijual di pasaraya.\nKalau nak cuba buat, ikut saja cara-caranya di bawah. Yang paling penting resipi ini tanpa kukus, tak perlu susah-susah keluarkan pengukus dari kabinet. Selamat mencuba!\nResipi Jagung Cawan Lemak Manis Ala Pasar Malam\nBahan-bahan:\n\n1 paket jagung\u00a0frozen jenama Daily Fresh\n1 tin krimer pekat manis\n3 sudu besar marjerin (lebihkan kalau nak lagi sedap)\nSedikit air\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara:\n1. Masukkan jagung dalam kuali dan masukkan sedikit air sukatan anggaran setengah dari jagung.\n\n2. Tutup kuali dan biarkan sehingga jagung empuk dan masak. Jika air kering, boleh tambahkan lagi air.\n3. Masukkan pula susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai. Tambahkan juga garam dan marjerin secukup rasa.\n\n4. Parutkan juga cheese di atas jagung jika suka.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Aisyah Humaira\nBaca juga: Jom Buat Sendiri Onion Ring, Kos Pun Murah. Confirm Anak-Anak Makan Berebut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-jajangmyeon-guna-mi-segera-ala-bujang-style-jimat-kenyang/", "title": "Cara Buat Jajangmyeon Guna Mi Segera Ala Bujang Style, Jimat & Kenyang", "body": "\nBagi peminat k-drama, pastinya korang terliur melihat adegan makan seperti jajangmyeon yang sering dipaparkan di kebanyakan babak dalam drama produksi mereka.\nAntara yang selalu dilihat adalah makanan-makanan seperti tteokbokki, kimchi, dan banyak lagi. \nTidak dinafikan setiap kali melihat mereka makan, timbul rasa mengidam dan ingin cuba makanan yang mereka makan.\nBaca juga: Tak Perlu Ke Korea, Ini Dia Resipi Bibimbap Nasi Campur Korea Yang Mudah & Sedap\nTapi, sekarang dah tak susah lagi kerana terdapat banyak restoran makanan Korea yang ada di Malaysia. \nSelain itu, makanan segera juga turut dijual di pasar raya, tetapi korang hendaklah memastikan sama ada ia halal atau tidak.\nBagi menikmati makanan Korea tanpa was-was, korang juga boleh melakukannya sendiri di rumah.\nBerikut merupakan resipi jajangmyeon yang telah dikongsi oleh Encik Syaf Kun dengan hanya menggunakan mi segera.\n\nRESIPI JAJANGMYEON GUNA MI SEGERA\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\n4-5 ekor udang yang sudah dibersihkan\n1 bungkus mi segera, nak guna mi dia sahaja\n2-3 inci lobak merah dipotong dadu\n2-3 inci lobak putih dipotong dadu\n1-2 ulas bawang putih\n2-3 sudu besar sos hoisin\n1-2 sudu besar air tepung jagung\n1-2 sudu besar kicap manis\nGula secukupnya\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.\n\n2. Masukkan kicap manis, lobak putih dan lobak merah, masak sekejap.\n\n3. Masukkan sos housin (biasanya dijual di pasaraya dalam botol kaca), gula dan air tepung jagung sikit untuk bagi pekat.\n\n4. Kemudian, masukkan udang dan angkat bila masak.\n\n5. Rebus mi segera, perencah tak perlu.\n\n6. Tuang kuah jjangmyeon di atas mi Maggie tadi dan gaulkan sekata. Siap!\n\n\nMudah sahaja kan? Rasanya masin, masam manis-manis sikit. Memang sedap. Selamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Maggi Kari Tumis, Berebut Nak Makan Musim Hujan Ni!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-jejari-ayam-homemade-isi-padat-lagi-sihat/", "title": "Cara Buat Jejari Ayam Homemade \u2018Isi Padat\u2019, Lagi Sihat Tanpa Bahan Pengawet", "body": "\nJom buat jejari ayam homemade ini. Kalau buat sendiri lagi dijamin selamat tanpa bahan pengawet. Tak perlu beli lagi selepas ini, jimat pun jimat!\nNak bagi dekat anak makan pun tak was-was sebab dijamin bersih. Lihat saja cara membuatnya di bawah. Semoga bermanfaat!\nResipi Jejari Ayam Homemade\n\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam (lagi banyak lagi sedap)\nRoti gardenia 5 keping\nBawang putih 2 ulas\nTelur 2 biji\nSedikit lada sulah\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan sampai lumat.\n\n2. Ratakan dalam loyang dan kukus selama 30 minit.\n\n3. Biarkan sejuk baru dipotong.\n\n4. Celup dalam telur.\n\n5. Kemudian gaul dalam serbuk roti.\n\n6. Panaskan minyak sebelum digoreng, goreng menggunakan api sederhana sehingga garing. Selamat mencuba!\n\nKredit: Mleisya Scarf\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kacang-goreng-crispy-spicy-semudah-abc/", "title": "Cara Buat Kacang Goreng Crispy Spicy, Semudah ABC!", "body": "Biasanya kita makan kacang tanah goreng macam tu je kan? Kalau korang nak rasa lain sikit tidak terlalu kosong, korang boleh cuba buat resepi kacang goreng crispy spicy. Kalau jual dekat luar harganya agak mahal sedikit, jadi kalau korang nak jimat boleh la cuba buat di rumah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zita Samat di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKACANG GORENG CRISPY SPICYBiasanya kita makan kacang tanah goreng macam tu je kan? Kalau korang nak rasa lain sikit tidak terlalu kosong, korang boleh cuba buat resepi kacang goreng crispy spicy. Kalau jual dekat luar harganya agak mahal sedikit, jadi kalau korang nak jimat boleh la cuba buat di rumah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zita Samat di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nKacang tanah (basuh dan keringkan)\n\nTelur sebiji\n\nTepung Bestari pedas\n\nKredit: Zita SamatCARA PENYEDIAAN\nGaulkan kacang dengan telur hingga rata.\n\nMasukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata.\n\nPanaskan minyak. Goreng dalam minyak yang panas dan api sederhana.\n\nRajin-rajin kacau supaya masak sekata dan tidak hangus.\n\nAngkat dan toskan minyak.\n\nBiarkan sejuk dahulu dan toskan minyak supaya rangup. Selepas sejuk baru makan dan simpan di dalam bekas kedap udara.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kailan-ikan-masin-macam-kat-kedai-siam/", "title": "Mudah Je Nak Buat \u2018Kailan Ikan Masin\u2019 Macam Kat Kedai Siam, Ini Caranya!", "body": "\nSetiap kali pergi kedai masakan Thai, wajib order kailan ikan masin. Tak lengkap kalau tak ada satu lauk ni.\nRupanya mudah sangat kalau nak buat sendiri kat rumah. Rasa sama macam makan kat kedai! Ikut saja resipinya hasil perkongsian oleh Ameera di bawah.\nResipi Kailan Ikan Masin Macam Kedai Siam\nBahan-bahan:\n\nIkan masin\n1 biji bawang besar\n3 ulas bawang putih\n1 sudu makan sos tiram\nSayur kailan\nCili padi\nCili besar merah 1 biji\n\n\nCara-cara:\n1. Goreng ikan masin terlebih dahulu sehingga garing.\n\n2. Kemudian masukkan 1 biji bawang besar.\n\n3. Bawang putih 3 ulas.\n\n4. Masukkan sos tiram 1 sudu makan.\n\n5. Kemudian masukkan sayur kailan.\n\n5. Masukkan cili padi.\n\n6. Cili merah 1 biji.\n\n7. Siap. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ameera\nBaca juga: Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kari-terung-ikan-masin-kurau/", "title": "Cara Buat Kari Terung Ikan Masin Kurau, Mesti Naik Selera!", "body": "\n\nMenu kari terung ikan masin kurau ini sememangnya enak dan sesuai dijadikan sajian makan tengahari.\nHanya satu lauk ini sahaja sudah boleh membuat makan nasi bertambah-tambah.\nMudah sahaja bahkan satu lauk ini sahaja sudah cukup kerana lengkap dengan sayuran.\nNak cuba?\nBaca juga: Patutlah \u2018Viral\u2019 Resipi Terung Goreng Crispy Ni, Serius Sedap!\nJom ikuti perkongsian resipi dari Nurul Ateekah ini Selamat mencuba semua.\nResipi Kari Terung Dengan Ikan Masin Kurau\n\nBahan-bahan:\n9 biji terung bulat\n7 keping ikan masin kurau\n4 sudu besar rempah kari ikan\n2 cawan perahan santan\n1 cawan air masak\n2 tangkai daun kari\nBawang merah \u2013 dihiris\n3 ulas bawang putih \u2013 diketuk\nSerai \u2013 diketuk\n1 helai daun pandan \u2013 disimpul\n1 inci halia\nSerbuk perasa\nGaram \nGula\nMinyak masak\nTip tambahan: Rempah kari perlu dibancuh dengan air untuk dijadikan pes.\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan masin sehingga garing. Angkat dan ketepikan.\n\n2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun kari, daun pandan dan halia sehingga naik bau dan sedikit keperangan.\n\n3. Masukkan pes rempah kari dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak (pastikan masak guna api perlahan) supaya rempahnya betul-betul masak.\n\n4. Kemudian masukkan terung dan ikan masin. Gaul rata.\n\n5. Seterusnya masukkan santan dan juga serbuk perasa, garam dan juga gula mengikut cita rasa. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak dengan sempurna.\n\n6. Angkat dan Kari Terung Ikan Masin Kurau siap untuk dihidang.\n\n\nSumber: Nurul Ateekah\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kari-udang/", "title": "Cara Buat Kari Udang yang Simple, Serius Makan Bertambah!", "body": "\nSesiapa yang tak tau nak masak apa dengan udang, boleh lah cuba.\nSelalunya kari udang akan dipadankan bersama kentang dan sayur bendi, tapi boleh juga kalau nak letak bahan lain ikut citarasa masing-masing.\n\nBahan-Bahan:\nUdang 1 atau 2kg\nBawang merah 5 biji \u2013 dikisar\nBawang putih 4biji \u2013 dikisar\nHalia 1/2 inci \u2013 dikisar\n2/3 sudu cili boh\nDaun kari \nSantan 1/2 biji atau 1/2 kotak\n1 sudu asam jawa paste adabi\nSerbuk Kari ikan 1 paket kecik bancuh dengan air\nGula garam serbuk perasa secukup rasa\nBahan-bahan (Optional):\nUbi kentang\nBendi\nKacang panjang\nLobak merah\n\nCara-cara untuk memasak:\n1. Tumis kesemua bahan yang sudah dikisar bersama daun kari sehingga wangi. \n2. Kemudian masukkan cili boh.\n3. Serbuk kari tumis sehingga pecah minyak. Letak air sedikit kalau pekat sangat.\n4. Masukkan asam jawa.\n5.. Masukkan udang sehingga berubah warna. Selepas itu boleh masukkan santan. \n6. Perisakan gula garam secukup rasa.\nNota: Udang jangan direbus terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras dan tidak enak.\n\nKredit resepi: Husna Ralfaet\nBaca juga: Tips Simpan Udang Supaya Tahan Lama & Kekal Segar, Isi Pun Tak Lembik & Lembut\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-karipap-kulit-paratha-guna-air-fryer/", "title": "Cara Buat Karipap Kulit Paratha Guna Air Fryer, Mudah Je!", "body": "\nNak masak sarapan yang cepat dan mudah? Jom cuba buat karipap kulit paratha ni. Yang ada air fryer boleh cuba nanti, nak guna oven pun boleh.\nBukan saja mudah nak buat, rasa dia pun boleh tahan sedap. Buat sendiri karipap ni lagi puas hati sebab boleh letak inti banyak-banyak.\nIkut saja resipi oleh Sally Aqua di bawah. Selamat mencuba!\nKaripap Kulit Paratha Guna Air Fryer\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam\nBawang besar (potong dadu)\nSedikit serbuk kari\nGula\nGaram\nParatha\n\nCara-cara:\n1. Cincang isi ayam, tumis bersama bawang besar yang dipotong dadu kecil. Letak sedikit serbuk kari, gula dan garam sikit. Kacau sebati sehingga ayam masak.\n2. Belah dua kulit paratha, letakkan inti yang sudah siap dibuat tadi di tengah-tengah paratha.\n\n3. Tekan guna garpu pada keliling kulit paratha.\n\n4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180\u00b0C-200\u00b0C selama 8 hingga 10 minit.\n\n5. Kemudian boleh balikkan kedua2 bahagian supaya garing, tambah sedikit masa.\n\n6. Selamat mencuba!\n\nKredit: Sally Aqua\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-karipap-pusing-yang-sangat-mudah/", "title": "Cara Buat Karipap Pusing Yang Sangat Mudah, Serius Sedap & Confirm Jadi!", "body": "\nKaripap pusing sentiasa menjadi kegemaran ramai. Kalau makan panas-panas lagi nikmat. Rupanya tak susah mana cara buat karipap pusing ni, asalkan ikut langkah-langkahnya yang betul pasti menjadi.\nOpah Mas Cotek ada berkongsikan resipi karipap buat langkah demi langkah buat anda yang mahu mencuba. Jom lihat resipi di bawah. Semoga bermanfaat!\nCara Buat Karipap Pusing\nBahan doh minyak:\n\n2 \u00bd cawan tepung gandum\n1/4 cawan minyak masak \u2013 dipanaskan\nSecubit garam\nAir secukupnya (air suhu biasa)\n\nBahan doh marjerin:\n\n1 \u00bd cawan tepung gandum\n2 sudu makan shortening\n1/2 cawan marjerin atau lebih\n\nCara memasak:\n1. DOH MINYAK:\u00a0Satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.\n\n2. DOH MARJERIN:\u00a0Satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.\n\n3. Rupa doh minyak dan doh marjerin yang telah siap diuli.\n\n4. Bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.\n\n5. Ambil satu doh minyak. Leperkan. Kemudian masukkan doh marjerin di dalamnya.\n\n6. Tutup doh. Bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatan doh seperti dalam gambar di bawah. Kemudian rehatkan doh 5 minit.\n\n\n7. Ambil 1 doh dan canaikan.\n\n8. Kemudian sapu sedikit air di permukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit-calitkan sahaja.\n\n9. Gulung doh tadi dan letak memanjang seperti dalam gambar.\n\n10. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.\n\n\n11. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini.\n\n12. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.\n\n13. Rupa kepingan doh yang telah dipotong.\n\n14. Ambil sekeping doh dan canaikan. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.\n\n15. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi. (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut cita rasa masing-masing.\n\n16. Karipap pusing yang sudah siap di kelim.\n\n\n17. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.\n\n18. Siap untuk dinikmati.\n\nKredit: Mas Cotek (Facebook)\nBaca juga: Cara Buat Kek Milo 3 Bahan, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Gebu & Lembut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kek-batik-gulung/", "title": "Kek Batik Gulung Mudah Dipotong, Jimat Ruang Simpan Dalam Peti", "body": "\nMudah saja cara buat kek batik macam yang kita biasa beli. Tapi biasanya kek batik dijual dalam bentuk \u2018petak\u2019 kan? Kali ini jom cuba kek batik versi gulung ini pula.\nCara penyediaannya sama saja seperti kek batik biasa. Tapi cara penyimpanannya yang berbeza. Kek batik gulung dibalut menggunakan plastik, manakala kek batik biasa menggunakan loyang.\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Azura Mohd Sadli di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Kek Carrot Tanpa Guna Penimbang, Tapi Gerenti Jadi!\nCARA BUAT KEK BATIK GULUNG\nBahan-bahan:\n\n600g biskut marie (patah-patahkan) \n200g butter\n1 cawan milo\n1 cawan susu pekat\n1/2 cawan serbuk koko\n1/2 gula\n1/2 cawan air masak\nAlmond\n\n\nCara-cara:\n1. Cairkan butter. Kemudian masukkan gula, susu pekat, milo dan serbuk koko. Kacau sebati sehingga tidak berketul.\n2. Kemudian, masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan. Gaul sehingga adunan coklat tersalut pada semua biskut.\n\n3. Ambil plastik, apa-apa plastik pun boleh contohnya plastik yang digunakan untuk bingkus bihun goreng.\n4. Letakkan adunan biskut marie tadi secukupnya di atas platik.\n\n5. Tekan supaya padat dan bentukkan seperti dalam gambar ini.\n\n6. Uli sehingga jadi bulat memanjang seperti ini.\n\n7. Balut dan ikat hujung kedua-dua belah menggunakan getah.\n\n8. Sejukkan di dalam peti ais. Bila sudah keras, sedia untuk dipotong dan dihidangkan.\n\nSelamat mencuba!\nKredit resipi dan gambar: Azura Mohd Sadli\nBaca juga: Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kek-milo-3-bahan-tak-guna-tepung/", "title": "Cara Buat Kek Milo 3 Bahan, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Gebu & Lembut!", "body": "\nHujung minggu nanti jom buat Kek Milo 3 bahan ini untuk anak-anak. Mudah sangat nak buat, hanya guna 3 bahan pula tu!\nYang penting, tak perlu guna tepung pun. Tapi hasil kejadiannya tetap gebu dan lembut. Jom buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Noriza Awang Hamat di bawah.\nResipi Kek Milo 3 Bahan\nBahan-bahan:\n\n2 cawan milo\n4 biji telur\n2 sb susu pekat\n\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan, tuangkan ke dalam mangkuk kaca. Kukus selama 1 jam.\n2. Tutup dengan penutup mangkuk kaca sebelum tutup bekas pengukus. Supaya air tidak menitik atas kek yang akan menyebabkan kek bantat dan tak naik. (tak perlu balut dengan kain)\n\n3. Selamat mencuba!\n\nHiaskan dengan topping pilihan masing-masing.\n\nKredit: Noriza Awang Hamat\nBaca juga: Cara Buat Waffle Yang Sedap & Garing, Ikut Je Sukatan Mudah Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kek-pandan-kampung-tanpa-oven/", "title": "Cara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven, Masak Guna Dapur Gas Je", "body": "\nRumah tiada oven, tapi teringin nak buat kek sendiri? Jangan risau, anda boleh cuba buat kek pandan kampung yang dibakar menggunakan dapur gas saja.\nHasilnya tetap sama macam menggunakan oven. Lihat cara-caranya yang telah dikongsikan oleh Azrina Rina di bawah. Semoga bermanfaat!\nCara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven\nBahan A:\n\n5 biji telur gred B\n1/2 cawan gula halus (kalau suka manis blh tambah)\n1sb ovelate\n1/2 cawan santan pekat kara\nSedikit pewarn hijau epal\nSedikit perisa pandan\n*1 1/2 cawan gandum\n*1 sk baking powder\n*1/2 cawan tepung jagung\n\nBahan B:\n\n200G unsalted butter lurpark dicairkan (atau guna buttercup)\n\nCara-cara:\n1. Masukkan semua bahan A. Aduk menggunakan mixer sampai gebu.\n2. Kemudian masukkan butter suam yang sudah dicairkan. Kacau sebati menggunakan senduk sahaja. Tuangkan ke dalam loyang kek.\n3. Letakkan pelapik besi atau loyang kek yang diterbalikkan dalam periuk. Kemudian letakkan loyang yang berisi adunan kek tadi ke atas pelapik atau loyang kek.\n\n4. Bakar menggunakan api kecil selama 45 minit. (jangan letak air nanti jadi kek kukus pula)\n\n5. Siap! Selamat mencuba.\n\n\nKredit: Azrina Rina\nBaca juga: Resipi Premium Royal Thai Buttercake \u2018Viral\u2019 Yang Gebu, Licin & Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kek-tapak-kuda-gebu-lembut-berinti-nutella/", "title": "Cara Buat Kek Tapak Kuda, Kek Yang Gebu & Lembut Berinti Nutella!", "body": "\nPasti ramai yang belum pernah dengar Kek Tapak Kuda atau Kek Tapak Kaki Kuda ini kan? Sudah ramai yang menjualnya sekarang dan telah mendapat sambutan yang hangat.\nKek yang gebu dan lembut diisi dengan coklat Nutella ini sangat sesuai dimakan pada waktu petang bersama secawan teh kosong.\nPenggemar coklat\u00a0confirm suka kek tapak kuda ni sebab ianya berinti Nutella. Kalau nak cuba buat sendiri boleh ikut resipi di bawah. Buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan!\nResipi Kek Tapak Kuda Nutella\nBahan-bahan:\n\n\n3 biji telur\n\n\n\n3 biji kuning telur sahaja\n\n\n\n108 g gula kastor\n\n\n\n66 g tepung kek\n\n\n\n1 sudu besar susu tepung\n\n\n\n81 g butter (dicairkan)\n\n\n\n1 sudu besar ovallete\n\n\n\nEsen vanila\n\n\n\n1 sudu besar coklat emulco\n\n\n\nnutella\n\n\nCara-cara:\n1. Putarkan telur, gula dan ovallet sehingga separuh kembang.\n2. Masukkan tepung kek, susu tepung dan putar sehingga betul-betul kembang.\n3. Masukkan butter cair dan esen vanilla, guna teknik kaup balik sehingga sebati.\n4. Bahagi adunan kepada dua bahagian, satu bahagian dibiarkan kosong dan satu adunan lagi ditambah coklat emulco.\n5. Alas baking paper pada tray 9\u00d79 , letak adunan coklat dahulu dan ratakan pada tray. Lepas ratakan, hentak sikit tray.\n6. Adunan kosong dimasukan ke dalam piping bag, piping di atas adunan coklat tadi perlahan-lahan sehingga habis.\n7. Bakar ikut suhu oven anda sehingga masak.\n8. Selepas bakar, terbalikkan kek tadi ke atas baking paper perlahan-lahan kemudian potong kepada dua bahagian.\n\n9. Pipingkan nutella pada permukaan kek tadi dan lipat perlahan-lahan kemudian alihkan ke plastik wrap dan wrap dengan ketat.\n\n10. Masukkan ke dalam peti ais. Ulang pada bahagian kedua juga. Satu adunan dapat 2 roll tapak kuda. *lepas 30 min macam tu letak dalam peti ais, boleh potong dan makan.\n\nKredit resipi: Noorsila Abdul Rahim\nKredit gambar: Da Lina\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kentang-goreng-homemade-untuk-anak/", "title": "Cara Buat Kentang Goreng Homemade Untuk Anak, Lagi Sihat & Selamat Tanpa Bahan Pengawet", "body": "\nSuka makan kentang goreng?\u00a0Apa kata jom cuba buat kentang goreng\u00a0homemade.\u00a0Kalau buat sendiri lagi dijamin selamat tanpa bahan pengawet.\nNak bagi dekat anak makan pun tak was-was sebab dijamin bersih. Lihat saja cara membuatnya di bawah. Semoga bermanfaat!\nResipi Kentang Goreng\u00a0Homemade\nBahan-bahan:\n\n5-6 biji kentang\nGaram\nPenyedap rasa\nSerbuk lada hitam\nTepung jagung\n\nCara-cara:\n1. Rebus kentang sehingga separa empuk.\n2. Lenyekkan kentang. Kemudian letakkan garam, penyedap rasa dan serbuk lada hitam.\n3. Masukkan 1 hingga 2 sudu tepung jagung. Gaul rata.\n\n4. Leperkan adunan dan potong memanjang atau tekap mengikut kreativiti anda.\n\n5. Kemudian goreng dengan api sederhana sehingga garing dan keperangan.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Farah Afendy\nBaca juga: Jom Buat Sendiri Onion Ring, Kos Pun Murah. Confirm Anak-Anak Makan Berebut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kerabu-pucuk-paku-tauge-kerang/", "title": "Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Tauge & Kerang, Pasti Terangkat Tak Cukup Sepinggan!", "body": "\nSedap sungguh kerabu pucuk paku tauge dan kerang ni. Ratah satu besen pun pasti habis, memang tak pandang kiri kanan.\nNak buat dia sedikit renyah, tapi puas hati bila dah makan. Yang penting kena campur aduk semua bahan sehingga sebati dan secukup rasa.\nJom lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Nor Haida di bawah. Selamat mencuba!\nRESIPI KERABU PUCUK PAKU TAUGE & KERANG\nBahan-bahan:\n\n1 mangkuk kerang (rebus & ambil isi)\nRM1 @ RM2 seikat pucu paku (celur & tos)\n[email\u00a0protected] genggam tauge (celur & tos. Kalau nak rangup & tak suka lembik, tak perlu celur, cuci bersih saja)\n1 biji bawang besar hiris nipis (tak perlu letak jika tak suka)\n4 sudu santan pekat\n3 sudu besar kerisik\n2 sudu air limau nipis\nGaram secukupnya (boleh ganti guna sedikit sos ikan)\nGula secukupnya\n\nBahan kisar:\n\n3 batang serai\n\u00bd inci lengkuas\nCili api 5 biji \u2013 8 biji (ikut tahap kepedasan yang disukai)\nBelacan sebesar ibu jari\n\n\nCara-cara:\n1. Kisar bahan kisar, letak air sedikit saja. Tuangkan ke dalam besen.\n2. Kemudian masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam dan gula. Gaul sehingga sebati.\n3. Seterusnya masukkan isi kerang, pucuk paku dan tauge. Gaul rata.\n\n4. Tambah apa yang rasa tak cukup, yang penting rasa kena pedas, masam, masin dan manis. Lemak santan, kerisik, serai dan lengkuas sebati mesra.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit resipi & gambar: Nor Haida\nBaca juga: Cara Buat \u2018Sambal Ikan Bilis Rangup\u2019 Yang Bikin Ketagih, Satu Lauk Ni Dah Cukup!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kerepek-pisang-rangup-sedap/", "title": "Mudah Sangat Nak Buat Kerepek Pisang Rangup & Sedap, Boleh Buat Niaga!", "body": "\nSiapa suka makan kerepek pisang rangup? \u2018Ralit\u2019 makan sampai tak sedar dah hampir habis sebalang. Lagi-lagi makan sambil menonton televisyen, laju je mulut mengunyah.\nJika sebelum ini asyik beli je, apa kata kita cuba buat sendiri pula kerepek pisang yang rangup ini. Caranya mudah sangat, tak guna banyak bahan pula tu!\nNak cuba? Jom ikut resipi perkongsian oleh Riyani Rupat Riau di bawah. Mana tahu boleh dibuat niaga bila dah pandai buat kan? Selamat mencuba!\nRESIPI KEREPEK PISANG RANGUP & SANGAT SEDAP\nBahan-bahan:\n\n2 sisir pisang mentah\n1 sudu kecil garam\n1 sudu kecil serbuk kunyit\nSedikit ajinamoto\nSetengah cawan air\n\nCara-cara:\n1. Cuci pisang, kupas buang kulit. Cuci lagi pisang yang sudah dikupas dan kemudian toskan.\n\n2. Ambil setengah cawan air. Letakkan garam, serbuk kunyit, ajinamoto dan larutkan.\n\n3. Panaskan minyak dan sagat pisang dalam kuali yang berisi minyak panas. Boleh juga sagat dalam bekas lain siap-siap.\n4. Goreng menggunakan api perlahan supaya kerepak garing merata. Setelah bahagian bawang garing, terbalikkan dan siram air perasa dalam 2 sudu.\n\n5. Tunggu sehingga minyak tiada percikan dan buih minyak berkurang. Ia bermakna kerepek sudah garing sepenuhnya, dah boleh angkat dan toskan.\n\n6. Kerepek yang dah siap boleh disimpan dalam balang atau bekas kedap udara. Selamat mencuba!\n\nKredit: Riyani Rupat Riau\nBaca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kerepek-terung-rangup-untuk-kudapan-anak/", "title": "Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!", "body": "\nKalau anak-anak susah nak makan sayur, boleh mula ajar mereka makan sayur dengan membuat kerepek terung rangup ini.\nBukan setakat budak, orang dewasa pun suka kalau sayur digoreng tepung macam ni. Cepat je habis sepinggan. Sesuai dibuat untuk kudapan makan petang.\nJom lihat cara membuat kerepek terung di bawah. Semoga bermanfaat!\nResipi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak\nBahan-bahan:\n\nTerung\nTepung bestari\n\nCara-cara:\n1. Guna terung yang masih keras. Cuci bersih dan potong nipis.\n2. Taburkan tepung bestari secukupnya. Gaul sehingga tepung bersalut rata dengan terung. Tepung tak perlu bancuh dengan air.\n3. Sedia untuk digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing.\n\nKalau tiada tepung bestari, taburkan garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan gaul rata. Taburkan serbuk cili jika mahu pedas.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Syahirah Adnan\nBaca juga: Cara Buat Kentang Goreng Homemade Untuk Anak, Lagi Sihat & Selamat Tanpa Bahan Pengawet\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kerisik-homemade/", "title": "Cara Buat Kerisik Homemade, Tak Berbau Hapak Macam Beli", "body": "\nKerisik merupakan salah satu ramuan penting untuk menghasilkan rendang. Rupanya mudah saja cara buat kerisik sendiri di rumah, kalau beli kadang-kadang ada yang berbau \u2018hapak\u2019.\nHanya perlu menggunakan kelapa parut, kemudian goreng tanpa minyak dan dan tumbuk. Hasilnya, kerisik tidak berbau tengik dan lebih fresh.\nKalau nak tahu cara-cara penyediaan kerisik yang lengkap, jom kita sama-sama baca perkongsian oleh Nanie Sulong di bawah. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama\nCARA BUAT KERISIK HOMEMADE\n Hari ni Kak Nani nak share cara buat kerisik. Mesti ada yang nak buat rendang tapi nak guna kerisik sikit je boleh buat sendiri. In sha Allah tak ada rasa hapak. Kerisik fresh minyak yang terhasil adalah dari kelapa itu sendiri.\nMula-mula dapatkan kelapa parut. Goreng tanpa minyak sampai jadi perang. Guna api sederhana supaya kelapa tak cepat hangus. Nanti pahit pula kerisik tu.\n\nSetelah perang, tumbuk dengan lesung. Tumbuk sampai keluar minyak. Tak perlu tumbuk beria-ia sangat. Cukup sekadar tenyeh/lenyek sampai keluar minyak.\n\nDah siap kerisik. Boleh la buat rendang sedap-sedap walaupun tak dapat beraya kat kampung.\n\nKredit resipi dan gambar: Nanie Sulong\nBaca juga: Lebih 50K Shares, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Rendang Ayam Style Orang Perak\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-keropok-lekor-homemade/", "title": "Cara Buat Keropok Lekor Homemade, Ringkas & Tak Guna Banyak Bahan", "body": "\nMudah saja rupanya cara membuat keropok lekor homemade.\u00a0Baru lagi best dapat makan yang buat sendiri sebab fresh dibuat dari dapur.\nTak susah mana pun cara membuatnya. Tidak menggunakan banyak bahan dan cara-caranya juga sangat ringkas.\nKalau ada yang nak cuba buat sendiri keropok lekor di rumah, jom baca resipi perkongsian oleh Zalina Mustafa di bawah.\u00a0Confirm\u00a0jadi!\nKeropok Lekor Homemade\nBahan-bahan:\n\nIkan kembung 1 kg (ambil isi ikan, tak perlu rebus)*\n2 sudu teh garam *\n2 sudu teh maggi secukup rasa*\nSedikit lada sulah*\n2 cawan tepung ubi\n1 cawan tepung gandum\nSedikit minyak masak\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan bertanda (*).\n2. Satukan bahan kisar bersama tepung ubi dan tepung gandum.\n3. Uli sampai tidak melekat pada tangan.\n4. Bila dah sebati, bentuk mengikut saiz kesukaan masing-masing.\n\n5. Panaskan air dalam periuk dan rebus. Pastikan keropok yang direbus dah timbul baru diangkat dan gaul dengan minyak masak.\n\n6. Sejukkan dan sedia untuk digoreng.\n\nKredit: Zalina Mustafa\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kopi-latte-ala-kampung/", "title": "Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!", "body": "\nPeminat kopi wajib cuba buat kopi latte ala kampung ini. Sekali sekala tukar selera minum kopi macam ni sedap juga.\nMenurunya empunya resipi, Madihah Hamid memberitahu air kopi ini telah membuat seisi keluarganya menjadi \u2018ketagih\u2019 sebab rasa dia sedap sangat!\nKalau ada yang berminat nak cuba, ikut saja resipi di bawah ini ya. Selamat mencuba!\nResipi Kopi Latte Ala Kampung\nBahan-bahan:\n\nSerbuk kopi 2 sudu\nGula 3 sudu (option) (gula [email\u00a0protected] [email\u00a0protected] [email\u00a0protected] merah)\nAir 400ml\nSusu 600ml\n\n\nCara-cara:\n1. Satukan air dan kopi. Hidupkan api dan biarkan sehingga menggelegak (berbuih).\n\n2. Biarkan dalam seminit (semasa menggelegak).\n\n3. Tutup api, tuangkan ke dalam jug sambil tapis serbuk kopi. Masukkan gula dalam jug.\n\n4. Panaskan susu sehingga sedikit berbuih.\n\n6. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug tadi. Kacau sebati. Tuangkan secawan untuk diminum.\n\n6. Selebihnya simpan dalam peti. Lagi lama dalam peti lagi sedap. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.\n\nKredit: Madihah Hamid\nBaca juga: Mudahnya Nak Buat Bubur Jagung \u2018Creamy\u2019, Guna Jagung Tin Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-korean-garlic-bread-versi-cepat/", "title": "Cara Buat Korean Garlic Bread Versi CEPAT! Mudah Guna Roti Keping Je", "body": "\nJom cuba buat korean garlic bread versi cepat\u00a0ini. Biasanya orang jual yang bentuk bulat tu.\nTapi kita buat guna roti keping yang ada kat rumah je, tak perlu susah-susah beli roti burger atau uli doh.\nSesuai untuk bekal atau dijadikan hidangan menu petang untuk anak-anak. Tak sampai 20 minit dah siap! Selamat mencuba!\nResipi Korean Garlic Bread Versi CEPAT!\nAdunan Cream Cheese untuk letak dalam roti\n\nCream cheese \u2013 150g\nSusu cair \u2013 3 sb\nSusu pekat \u2013 2 sb\n\nAdunan Butter untuk celup roti:\n\nButter \u2013 100 g\nGarlic \u2013 5 ulas (cincang halus)\nTelur \u2013 1 biji\nMadu \u2013 2b\nDaur parsley yang kering \u2013 sikit (tak ada pun boleh)\n\nCara-cara:\n1. Campur semua adunan cream cheese, kacau sampai rata. Ketepikan.\n\n2. Untuk membuat adunan butter, panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan garlic dan tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.\n\n3.\u00a0Letakkan adunan cream cheese di atas roti.\n\n4. Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.\n\n5.\u00a0Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.\n\n6. Bakar dengan suhu 180\u00b0C selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.\n\n7. Sesuai untuk bekal anak atau pergi kerja.\n\nKredit: Haya Yahya\nBaca juga: Korean Cheesy Garlic Bread Guna Roti Buku, Tak Membazir Kalau Dah Nak Expired\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-krim-putar-homemade-jimat-tak-perlu-beli-dah/", "title": "Cara Buat Krim Putar \u2018Homemade\u2019, Jimat Tak Perlu Beli Dah", "body": "Krim putar (whipping cream) merupakan satu bahan yang wajib ada dalam proses membuat kek untuk dijadikan inti mahupun dalam melepa kek.\nIa boleh didapati di kedai kek dan juga hampir semua pasaraya ada menjualnya. Harganya juga boleh tahan mahal untuk digunakan hanya \u2018sekali\u2019 buat mereka yang jarang-jarang membuat kek.\nRupanya tak susah mana pun kalau nak buat sendiri\u00a0whipping cream\u00a0ni. Tak perlu susah-susah nak keluar rumah. Jimat pun jimat kan? Ikuti perkongsian oleh Soleh Fattah yang berkongsikan cara-cara membuat krim putar.\nCara Buat Krim Putar \u2018Homemade\u2019\nBahan-bahan:\n\n1 sdb ovalette\n5 sdb susu pekat\n4 sdb susu powder (tak kisah brand apa, sis pakai fernleaf family)\n3 sdb gula (boleh kurangkan klu tak suka manis)\n1 bekas ais batu (pastikan dlm ketulan kecil-kecil, senang nak mix)\nMixer\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar ya, jangan pakai bekas kecil.\n\n2. Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati dulu. Kemudian baru mix, pakai mixer. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah. Alasannya, nanti ais batu terkeluar dari bekas korang, habis bersepah nanti.\n\n3. Minit ke-2, boleh tingkat kan kelajuan, sederhana dlm 3 minit. Mix je sampai tak nampak ais batu tu. Masa ni korang akan nampak adunan ni dah berupa cream yang kembang semangkuk.\n4. Bila ais batu dah takde (boleh dengar bunyi ais masa tengah mix tu) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum, mix dalam 2 minit sahaja, jangan overbeat ya. Then, siap la whipping cream korang.\n\nMasa penyediaan: 5-6 minit sahaja\nKredit: Soleh Fattah\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kuah-kacang-paling-mudah-tanpa-santan/", "title": "Cara Buat Kuah Kacang Paling Mudah, Tanpa Santan Pun Tetap Sedap & Berlemak", "body": "\nHidangan kuah kacang ni memang wajib ada bila Hari Raya. Tahun ni pasti ramai yang pulang beraya di Kampung selepas 2 tahun tidak dapat beraya. Apa kata jom kita belajar buat sendiri kuah kacang paling mudah ni.\nMaklumlah selepas 2 tahun tidak dapat beraya, pasti orang ramai bersemangat untuk ziarah saudara-mara di kampung. Jadi ibu-ibu bolehlah buat menu mudah ini untuk dimakan dengan nasi impit untuk dihidangkan kepada tetamu.\nJom ikut resipi yang dikongsikan oleh Nur Hafizah di bawah. Paling menarik, tak perlu guna belacan dan santan tapi rasa kuah kacang ini tetap sedap dan berlemak.\nRESIPI KUAH KACANG PALING MUDAH\nBahan-bahan:\n\n500g kacang tanah\n13 tangkai cili kering\n2 biji bawang besar\n3 ulas bawang putih\n3 biji buah keras (saya letak dua biji)\nSejemput air asam jawa (saya guna satu sudu asam jawa paste adabi)\n2 keping asam gelugor (saya guna 3 keping)\n5 sudu gula (boleh guna gula merah, tapi tak ada, saya letak 5 sudu gula perang, tiga sudu gula biasa)\nGaram\nPerasa (resepi asal ada, tapi saya tak letak)\n2 batang serai\n\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.\nMasukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.\n\nKemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.\nKisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.\nMasukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.\n\nMasukkan gula, air asam jawa,asam gelugor, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya api yang kecil.\nBila dah nampak dah pecah minyak, kuah kacang dah siap.\n\n\nKredit: Cr Nur Hafizah\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Satay Hasil Jualan Turun-Temurun Keluarga\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kuah-oden-guna-perencah-segera/", "title": "Cara Buat Kuah Oden Guna Perencah Segera, Punyalah Sedap Kalah Family Mart", "body": "\nPasti ramai yang suka makan oden kan? Rupanya mudah sangat nak buat sendiri kuah oden guna perencah segera je.\nMemang puas hati buat sendiri, boleh letak macam-macam bahan dalam kuah oden mengikut cita rasa masing-masing.\nBaca juga: Jom Buat Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci & Halal\nRESIPI KUAH ODEN GUNA PERENCAH SEGERA\n\nBahan-bahan:\n\n2 paket kecil perencah pes asam pedas (jenama adabi)\n4 sudu makan perencah tomyam (jenama adabi)\nSedikit serbuk perasa\nAir secukupnya\nBahan-bahan Oden (fish tofu, seafood tofu, dan sebagainya.)\n\nCara-cara:\n\nPanaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air.\nSeterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.\nTambah sedikit perasa jika perlu.\nCucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.\nBiarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.\nSedia untuk dinikmati.\n\nInfo:\n\nJika nak kuah oden yang cair dan tak terlalu pedas, guna 1 paket sahaja perencah asam pedas.\nElakkan letak garam kerana perencah sudah memberikan rasa.\nSebelum letak perasa, rasa dulu kuah dan tambah jika perlu sahaja.\n\nKredit: Ain Aziz\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kubis-masak-lemak-putih/", "title": "Cara Buat Kubis Masak Lemak Putih Guna Resipi Opah, Ratah Dengan Sambal Belacan Padu Woo", "body": "\nSyok juga kalau buat Kubis Masak Lemak Putih. Mudah sangat cara penyediaannya.\nSesuai makan dengan lauk ikan goreng dan sambal belacan. Bosan juga kan asyik makan sayur tumis kan. Sekali sekala masak santan macam ni barulah syok.\nAla-ala hidangan kampung gitu.\nBaca juga: Resipi Ajaran Mertua. Wanita Kongsi Selama 35 Tahun Hidup, Pertama Kali Makan Ikan Goreng \u2018Sesedap\u2019 Ini\nResipi kali ini min akan kongsikan cara opah min memasak dan tentunya akan buat korang bertambah nasi.\nTak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sayur kubis masak lemak putih ni. Follow je sebijik-sebijik, confirm menjadi!\nResipi Kubis Masak Lemak Putih\nBahan-bahan:\n\n1 biji bawang besar (dihiris nipis)\n3 biji bawang putih (diketuk)\n1 biji cili merah (dihiris)\n1 biji tomato (dipotong lapan)\n1 batang lobak merah (dipotong panjang)\n1 genggam ikan bilis (ditumbuk)\n1/2 biji kobis bulat (dihiris kasar)\n1/2 biji bunga kobis (dihiris kasar)\n1 kotak santan\n1 peket fucuk dan suhun (direndam dalam air)\nAir masak secukupnya\nGaram secukupnya\n\nCara-cara memasak ikut style opah:\n1. Cairkan santan bersama air. Panaskan di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis.\n2. Masukkan kubis, bunga kubis dan lobak merah.\n3. Tutup sekejap dan biarkan lembut.\n4. Bila dah mendidih, masukkan pula tomato, fucuk dan suhun. Tabur garam secukupnya.\n5. Dah siap!\n\u00a0\nGambar hiasan\nSiap untuk dihidang! Simple, mudah dan cepat. Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya!\nKorang boleh adjust nak banyak atau pun sikit kuah sayur ni. Control je kuantiti air yang korang campur dengan santan kat awal-awal step tu nanti.\nSelamat mencuba resipi dari opah min.\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kuey-teow-celup-versi-sihat/", "title": "Cara Buat Kuey Teow Celup Versi Sihat, Sesuai Untuk Anda Yang Nak Diet", "body": "\nSeorang pengguna Facebook berkongsikan cara buat kuey teow celup versi sihat yang mudah dan yang penting sedap! Sesuai untuk anda yang sedang berdiet.\nSiapa kata kalau nak diet perlu makan buah dan sayur sahaja? Rupanya boleh juga makan pelbagai makanan tapi perlu mengawal kuantiti makanan diambil.\nTidak dinafikan juga, mungkin ramai yang dalam proses menurunkan berat badan tapi teringin nak makan makanan yang sedap. Haa resipi ini khas untuk anda!\nCara Buat Kuey Teow Celup Versi Sihat\nBahan-bahan kuah sup:\n\nSeulas bawang putih\nAir\nAyam dada\nKaki ayam\nSecukup rasa\nGaram\nGula\nKicap manis\nKacang goreng tanpa minyak (ditumbuk)\n2 sudu sos ikan\nAkar daun ketumbar\nAkar daun sup\n\nCara-cara membuat kuah sup:\n\nTumis bawang putih. Kemudian masukkan air.\nSeterusnya masukkan bahan-bahan lain.\nDidihkan seketika.\n\nCara hidangan:\n\nBilas kuey teow dengan sedikit air suam dan letak dalam mangkuk.\nTaburkan kacang tumbuk, serbuk cili, cili jeruk, kangkung, taugeh, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, limau nipis dan isi ayam dada yang telah diracik.\nMasukkan juga minyak bawang putih. (tumbuk bawang putih sehingga hancur, kemudian goreng dalam minyak panas sampai garing).\nSelamat mencuba!\n\nKredit resipi: Leeya Bridal Melaka\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kuih-ketayap-guna-sukatan-cawan/", "title": "Cara Buat Kuih Ketayap Guna Sukatan Cawan, Inti Kena Sedikit Basah Baru Sedap", "body": "\nKuih ketayap merupakan salah satu kuih yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ia juga merupakan kuih tradisional yang sering menjadi pilihan sebagai pembuka selera setiap kali bulan Ramadan. Cara membuatnya juga sangat mudah dan ringkas. Jom ikuti cara buat kuih ketayap yang dikongsikan oleh Nor Sahida Abdul Kadzir di bawah ini. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Resipi Kuih Onde-Onde Sedap & Lembut, Ada Tips Supaya Kuih Tahan Lama & Tak Cepat Basi\nCARA BUAT KUIH KETAYAP GUNA SUKATAN CAWAN\nBahan-bahan inti kuih ketayap:\n\n2 1\u20442 cawan kelapa mesin\n1 1\u20442\u00a0 cawan gula melaka/merah\n2 sudu besar gula pasir\nSedikit garam\n1 cawan air\n\nCara-cara buat inti:\n\nMasak air sampai mendidih. Kemudian masukkan gula melaka dan gula pasir, kacaukan sehingga larut dan gula hancur.\nKemudian baru masukkan kelapa dan masak sampai hampir kering, tapi jangan terlalu kering kena sedikit basah.\nSiap, ketepikan.\n\nBahan-bahan kulit:\n\n2 atau 3 helai daun pandan (kisar dengan 1 cawan air, tapiskan untuk ambil air pandan)\n3 cawan tepung gandum\n1 biji telur\nSedikit garam\n1 cawan air biasa\nSedikit pewarna hijau\n2 sudu besar minyak masak\n\nCara-cara buat kulit:\n\nCampur semua bahan. Bancuhan jangan terlalu likat dan terlalu cair. Kalau likat, tambah air sedikit demi sedikit. Kalau cair, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.\n\u00a0Tapiskan bancuhan tepung tadi sebelum dimasak.\nUntuk membuat kulit ketayap, oleskan minyak masak pada kuali dan tuangkan adunan tepung tadi dan ratakan pada kuali. Angkat bila sudah masak.\nUlang sehingga bancuhan tepung habis.\nLetakkan inti kelapa pada tengah-tengah kulit ketayap. Gulung sehingga kemas. Siap!\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Nor Sahida Abdul Kadzir\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kuih-lopes-guna-rice-cooker/", "title": "Cara Buat Kuih Lopes Guna Rice Cooker. Senang, Cepat & Menyelerakan", "body": "\nMengidam nak makan kuih lopes tapi tercari-cari resipi yang paling mudah untuk dibuat?\u00a0Haa,\u00a0ini dia cara buat kuih lopes yang paling senang untuk dicuba.\nKalau ikut cara ini, tak perlu susah-susah kukus pulut dan tak perlu gulung dalam daun pisang. Sekejap je dah siap buat!\nIkut saja resipi perkongsikan oleh saudari Shahera Ilani di bawah. Pasti puas hati!\nCARA BUAT KUIH LOPES PALING MUDAH\nBahan-bahan untuk pulut:\n\n2 cawan beras pulut\n1 cawan santan cair\n1 cawan air\n1 cawan air daun pandan\nSedikit garam\nSedikit pewarna hijau (jika perlu)\nKelapa parut secukupnya\n\nBahan air gula melaka:\n\n1 keping gula melaka\n1 cawan gula perang\n5 cawan air\n1 helai daun pandan\n\n\nCara memasak:\n1. Basuh beras pulut (tak perlu rendam), masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.\n\n2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dan sejuk, gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.\n\n3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas yang sesuai. Kemudian bentukkan bulat (boleh guna cawan).\n\n4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.\n\n5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.\n\n6. Sedia untuk dinikmati bersama pulut tadi.\nKredit: Shahera Ilani\nBaca juga: Resipi Kuih Ketayap, Kuih Nostalgia Yang Sesuai Untuk Minum Petang\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kuih-manja/", "title": "Cara Buat Kuih Manja Macam Kat Pasar Malam, Sekali Ngap Gerenti Nak Lagi!", "body": "\nKuih manja ini saiznya cukup comel bila disuap ke mulut. Rasanya cukup unik dan sedap. Kuih Manja juga dikenali dengan nama Kuih Tokyo.\nAdunan kuihini lembut macam pancake dan biasanya dimakan dengan inti kaya atau kastard, boleh juga masukkan inti kegemaran anda contohnya inti kelapa ataupun coklat.\nComel dan kecil je, biasanya dibuat nipis-nipis, bila dah siap masak akan naik gebu diatas kuali! Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Saya Lieynda di bawah.\nRESIPI KUIH MANJA\n\nBahan-bahan:\n\n1 \u00bd cawan tepung gandum\n1 sk baking powder\n3 sdb gula\nEsen vanilla\n\u00bc cawan susu cair/susu segar\n\u00bd air\n1 biji telur\nPewarna pilihan\n1 sb marjerin pelangin\n\nCara-cara:\n\nMasukkan semua bahan ke dalam pengisar.\nKisar sehingga semuanya menjadi sebati.\nPanaskan kuali leper, tuangkan sesudu adunan dan biarkan masak.\nLetakkan inti kaya di tengahnya. Dan lipat dua.\nSedia untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Saya Lieynda\nBaca juga: Apam Balik Gebu Macam Pasar Malam, Sedap Makan Panas-panas\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kuih-pukis/", "title": "Cara Buat Kuih Pukis, Boleh Masuk Pelbagai Perisa Ala Pasar Malam", "body": "\nAda yang pernah makan kuih pukis tak? Mesti korang pernah beli kat pasar malam kan. Orang sekarang buat kuih ni dah dengan pelbagai perisa. Cuba korang follow resepi kuih pukis ni kat sini.\nBolehlah buat di rumah dan makan panas-panas nanti.\nRasa pelik je nama kuih ni. Nampak macam mencarut pun ada. Tapi ada yang kata nama lainnya ialah kuih Apam.\nYang penting kuih ni memang sedap. Lagi-lagi kalau di taburkan coklat rice diatasnya.\nBaca juga: Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap\nAnak-anak pun tak henti-henti makan. Boleh dijadikan sarapan pagi dan minum petang sekeluarga.\nKuih ni di masak dengan cara bakar menggunakan acuannya. Teksturnya lembut dan bentuknya separuh bulat.\nBoleh di pelbagaikan rasa dan warnanya. Contoh rasa pandan dan di tambah sedikit dengan pewarna. Semua terpulang ikut cara masing-masing.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Lydia Na Kitchen. First time saya nampak kuih ni terus terasa nak share kat korang.\nBolehlah korang buat bila-bila masa free di rumah. Mudah dan simple je cara penyediaannya. Adunan di buat ala-ala waffle gitu.\nResipi Kuih Pukis @ Kuih Apam\n\nBahan-bahan:\n\n1 1/2cwn santan kotak\n1 1/2cwn air\n1 1/2cwn gula\n3 biji telur\n4 cwn tepung gandum\n1/2sudu teh baking powder\n1 1/2sudu teh yis\n2 sudu mkn majerin cair\n1/2sudu teh garam halus\n\nCara membuatnya:\n1. Satukan yis dengan air suam 1/2 cwn dan kacau-kacau bagi yis larut. Kemudian, biarkan.\n2. Masukkkan santan,air, gula, garam ke dalam periuk masak atas api hingga panas.\n3. Kacau hingga gula larut, jangansampai mendidih ye. Agak-agak dah panas je tutup api. Biarkan suam-suam baru masukkkan telur dan kacau sebati.\n4. Kemudian, masukkkan tepung gandum+baking powder. Kacau lagi sampai takde ketulan-ketulan tepung.\n5. Dah sebati masukkkan yis tadi. Diikuti dengan majerin cair. Kacau lagi dan tutup dalam 30 minit.\n6. Nak perasa pandan boleh letak paste Pandan coconut dan pewarna hijau.\n7. Panaskan acuan sapu majerin baru tuang adunan tadi. Dan taburkan coklat rice. Terpulang nak letak topping apa-apa boleh, tak kisah.\n\n8. Tutup dan bakar dengan api kecil dalam 5-6 minit. Siap untuk di hidang.\n\nWah! Korang rasa susah ke senang. Senang je kan! Nak bakar dalam satu acuan tu pun tak lama. Dalam 5-6 minit je kuih dah siap di masak.\nAda juga yang buat kuih ni untuk hidangan tetamu di majlis-majlis kenduri, aqiqah dan open house. Mesti laju je habis nanti.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Lydia Na Kitchen\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kuih-tepung-bunga-guna-4-bahan/", "title": "Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai", "body": "\nKuih tepung bunga merupakan kuih tradisi orang Kelantan dan Terengganu yang sangat sedap.\nCara membuatnya juga sangat mudah dan cepat siap. Yang paling penting, hanya guna 4 bahan sahaja untuk membuatnya.\nKuih ini biasanya sangat terkenal pada bulan puasa. Tapi bila teringin nak makan, bolehlah cuba buat sendiri. Ikut saja resipi lengkap di bawah.\nResipi Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung pulut\n3/4 cawan air\n1 biji telur (dipukul)\nGula secukupnya\n\nCara-cara:\n1. Campur air bersama tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.\n2. Ambil sedikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari.\n\n3. Kemudian celupkan ke dalam telur. Goreng dalam minyak yang panas sehingga merekah dan berbunga-bunga.\n\n4. Angkat dan toskan. Salut dengan gula dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nor Al Fatihah\nBaca juga: Buat Sendiri Scone Guna 3 Bahan Je, Tak Perlu Ke Cameron Highland Semata Nak Makan Ni\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-kulit-ayam-kfc-tanpa-guna-kulit-ayam/", "title": "Cara Buat Kulit Ayam KFC Tanpa Guna Kulit Ayam, Serius Sedap!", "body": "\nPasti ramai yang suka makan kulit ayam rangup yang sering dijual di pasar malam kan? Baru-baru ini juga tular di media sosial berkenaan kulit ayam KFC yang merupakan menu baru keluaran restoran tersebut.\nMungkin ramai yang anggap tidak berapa sihat dan tidak elok jika sering memakan kulit ayam. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri kulit ayam rangup di rumah tanpa menggunakan kulit ayam, tapi rasanya tetap sama!\nKalau tak guna kulit ayam, guna apa?\u00a0Haa,\u00a0kalau nak tahu jom sama-sama lihat resipi perkongsian oleh Puan Siti Zalikha di bawah.\nCara Buat Kulit Ayam KFC Tanpa Guna Kulit Ayam\nBahan-bahan:\n\n2 biji telur\nSedikit secukup rasa\nSedikit cili flakes\nTepung bestari\n\nCara-cara:\n1. Satukan telur, secukup rasa dan cili flakes di dalam mangkuk. Kacau-kacau macam nak buat telur dadar.\n\n2. Guna pan seperti ini untuk gorengkan telur ini. Lagi nipis lagi bagus.\n\n3. Celupkan telur yang sudah digoreng tadi dengan tepung bistari dan celupkan dengan air kemudian celupkan semula dengan tepung bistari.\n\n4. Goreng dengan minyak menggunakan api sederhana.\n\n5. Siap! Rupa macam kulit ayam kan? Rasa sedap sangat!\n\nKredit resipi & gambar: Puan Siti Zalikha, @AffiqKimiLer\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-laba-garlic-macam-dalam-mukbang-cina/", "title": "Cara Buat \u2018Laba Garlic\u2019 Macam Dalam Mukbang Cina, Nampak Macam Petai Rupanya Bawang", "body": "\nSiapa yang selalu tengok mukbang viral China, pasti pernah tengok mereka makan benda kecil rangup-rangup rupa macam petai. Rupanya ia adalah bawang putih jeruk (Laba Suan).\nBawang Putih Laba (Laba Suan) dibuat pada hari ke-8 (LaBa) dalam bulan ke-12 dalam Kalender Lunar Cina, yang dianggap sebagai hari paling sejuk di China Utara. Makanan tradisional Cina ini selalu dihidangkan bersama daging atau makanan berminyak.\nLaba Garlic ini dipercayai boleh memperbaiki sistem penghadaman, anti penuaan serta anti-kanser. Oleh sebab itu, bawang putih jeruk ini sudah menjadi sebahagian daripada pemakanan seharian mereka.\nKalau ada yang nak cuba, boleh ikut cara-cara membuat bawang putih jeruk ini di bawah. Resipi tersebut telah dikongsikan oleh AJ Idris di laman sosial Facebook. Semoga bermanfaat!\nRESIPI LABA GARLIC MACAM DALAM MUKBANG CINA\nBahan-bahan:\n\n3 labu bawang putih (dikupas kulit dan dibuang pangkalnya, dicuci bersih dan toskan)\n1 cawan cuka beras (warna coklat atau putih) atau gantikan dengan cuka makan\n1 sudu besar gula batu\n\nCara-cara penyediaannya:\n\nMasukkan bawang putih yang dikupas ke dalam balang.\nMasukkan gula batu tuang cuka hingga menutupi bawang.\nTutup balang dan biarkan (pada suhu bilik) hingga warna hijau emerald terhasil (ambil masa lima hari atau lebih). Lagi lama lagi cantik hijaunya.\nSekali dah buka, kena simpan dalam peti sejuk ya.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: AJ Idris\nBaca juga: Wanita Kongsi Resipi Mi Sup Pedas Cina, Masakan Terhasil Bila Suami \u2018Terliur\u2019 Tengok Mukbang Cina\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-labu-masak-lemak/", "title": "Cara Buat Labu Masak Lemak, Tetap Sedap Walaupun Tak Guna Cili & Bawang", "body": "\nResipi labu masak lemak yang mudah untuk dimasak. Dipadankan dengan ikan goreng atau belacan memang lagi umphh. Rasa manis labu menambah rasa sedap.\nJika ada yang rindu masakan kampung, bolehlah cuba resipi ini. Sangat menyelerakan!\nBaca juga:\u00a0Cara Buat Sira Labu Berkilat, Manisan Wajib Kenduri Kahwin Kelantan\nRESIPI LABU MASAK LEMAK\n\nBahan-bahan:\n\nLabu\nDaun kunyit\nKelapa parut (perah santan, jangan kedekut)\n\nCara-cara memasaknya:\n1. Buang kulit labu dan potong kecil.\n2. Sediakan kuali, masukkan labu, daun kunyit dan santan.\n\n3. Kacau sehingga masak.\n4. Letakkan garam secukup rasa.\n\n4. Siap! selamat mencuba.\nKredit: Suisan Aliezsha\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-laksa-kedah-padu/", "title": "Cara Buat Laksa Kedah Padu, Sedap & Likat. Memang Kaw Punyalah!", "body": "\nResipi Laksa Kedah ini sangat mudah untuk dicuba. Dengan perahan limau nipis dan cili padi yang pasti memecah selera. Hanya ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. Kuahnya juga perlu tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman segar digunakan untuk taburan di atas Laksa ini.\nMakanan tradisi ini biasanya menjadi hidangan istimewa semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaan sajian istimewa ini ialah laksa beras, ikan kembung, belacan, asam keping, cili, garam dan telur.\nBaca juga: Resipi \u2018Laksa Express\u2019 Guna Sardin Tin, Sekejap Je Dah Siap Masak\nRESIPI LAKSA KEDAH PADU\nBahan-bahan kuah:\n\n2kg ikan temenung (rebus ambil isi, simpan air rebusannya)\n2 genggam cili kering (rebus buang biji)\n3 biji bawang besar saiz sederhana\nBelacan saiz ibu jari\nAsam keping \u2013 10 hingga 14 keping (tak nak masam ya)\nGaram\nAjinamoto jika suka\nDaum kesum segenggam\nBunga kantan (ambil sekali batang, ketuk)\n\nCara-cara:\n1. Kisar cili, bawang dan belacan. Tuangkan ke dalam periuk. Kisarkan juga isi kan.\n2. Satukan semua bahan dalam periuk. Isi ikan, cili, daun kesum, garam, ajinamoto, bunga kantan dan asam keping. Tambah air rebusan ikan dan air jika perlu (ikut kepekatan kuah).\n3. Didihkan. Rasa sedikit biar secukup rasa. Jika guna cili lebih, kuah akan jadi merah. Kalau tak nak pedas, pilih cili yang kurang pedas atau boleh kurangkan cili.\n4. Sewaktu masak kuah ni, kena selalu kacau supaya tidak meruap.\n\nBahan-bahan lain:\n\nLaksa (rebus sampai lembut)\n\n\nBahan-bahan hiasan:\n\nTimun\nDaun selom\nBawang besar\nLimau nipis\nCili\nOtak udang\n\n\nSedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!\n\nKredit: Bulan Indah\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-lasagna-simple-guna-roti-buku-buat-penggemar-makanan-western/", "title": "Cara Buat Lasagna \u2018Simple\u2019 Guna Roti Buku Buat Penggemar Makanan Western", "body": "\nApa menu untuk makan tengah hari nanti? Setiap hari, pastinya para ibu tidak pernah gagal untuk menyediakan makanan yang sedap dan berkhasiat untuk keluarga.\nApa kata hari ini kita cuba makanan barat pula jika jemu makan nasi.\nSeorang pengguna Facebook Sha Farina telah berkongsi resipi lasagna yang pastinya sedap dengan menggunakan roti.\nJom kita cuba buat.\nRoti Lasagna Simple\n\n\nBahan-bahan:\nRoti Buku (tak kisah apa brand sekali pun)\nSusu\nTelur,\nButter\nKeju\nSos Preggo\nDaging\nCendawan\nCara-cara membuatnya:\n1. Pertama sekali, buat bancuhan susu dan telur.\n2. Kemudian, sediakan kuah spagetti mengikut selera masing-masing.\n3. Lengserkan loyang dengan butter.\n4. Selepas itu, celup roti dalam bancuhan susu dan telur, kemudian layerkan dalam loyang.\n5. Kemudian, letak kuah spagetti dan ratakan.\n6. Letak pula kepingan keju.\n7. Ulang langkah 4-6 sampai 3 lapisan.\n8. Kemudian, taburkan parutan keju.\n9. Tuang lebihan susu dan telur itu kalau ada.\n10. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c, tetapi ikut oven masing-masing dan siap.\n\n\nMudah je nak buat resepi lasagna ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang.\nSelamat mencuba!\n\nKredit resepi: Sha Farina\nBaca juga: Pernah Tak Makan Lasagna Terung? Teringin Nak Rasa? Jom Cuba Resepi Mudah Ini!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-lemang-guna-air-fryer-rasanya-tetap-asli-walaupun-moden/", "title": "Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Rasanya Tetap Asli Walaupun Moden", "body": "\nLemang merupakan salah satu simbolik hari raya. Walaupun cara pembuatan lemang agak merumitkan tetapi menu ini menjadi kegilaan ramai.\nBuluh yang diisi dengan beras pulut dan santan yang dilapikkan dengan daun pisang perlu dibakar sehingga masak untuk menghasilkan lemang.\nKorang jangan risau kalau tak tahu nak buat lemang, zaman sekarang dah moden. Korang duduk dalam rumah tanpa perlu bakar di luar rumah pun lemang boleh siap.\nSo, nah try cara masak lemang paling mudah abad ini perkongsian Nor Nisrin ini.\nResipi Lemang Air Fryer\n\n1. Siang-siang kena potong buluh berpeluh husband kata. Air fryer saya 2.4 liter muat untuk 10 batang buluh saiz sederhana.\nTinggi dia 4 1/2 inci tanpa guna basket. Jadi ukur 1/2inci untuk tapak 4 inci untuk bahagian atas. Bersihkan buluh pakai kain bersih.\n\n2. Pulut tu saya guna 1/2kg rendam 6 jam dengan air biasa. Lepas basuh bersih tos kan dan mula bancuh santan.\nLetak juga garam dan ajinamoto. Ayah saya cakap rasa santan tu mesti mcm air laut baru masuk pulut. Kemudian, rendamkan 1 jam lagi.\n\n3. Cukup 1 jam, boleh masukkan pulut 3/4 ke dalam buluh (jangan lupa hentakkan bagi mampat sikit).\nSelebihnya masukkan santan sampai penuh. Tengah air fryer tu saya letakkan mangkuk supaya buluh tak jatuh.\n\n4. Ini first batch masa masak. Saya guna suhu 150\u2032 25 minit. Jika nak check masak ke tidak, guna \u2018cake tester\u2019.\nAda rasa berderap masa cucuk maksudnya tak full masak hanya tambah lagi 10 minit. Alhamdulillah cun je masak pulut tu.\n\n5. Alhamdulillah, pulut dah masak cun dan berminyak, x melekat senang je keluarkan dari buluh.\nJadi buluh bole repeat guna lagi. Yang penting balut dengan kain basah bagi tahan lama hayat buluh tu.\n\n6. Pulut lembut, lemak dan cukup rasa. Dah boleh makan bersama rendang dan jamu tetamu.\n\nBaca juga: Resepi Rendang Daging Minang, Lembut & Memang Padu!\n\nMudahnya buat lemang guna air fryer ni. Jadi, sebelum korang buat lemang nanti, pastikan guna bahan yang sewajarnya dan bukannya tin.\nPaling penting, utamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Jangan sebab nak makan lemang, kesihatan korang tergadai.\n\nSumber : Nor Nisrin\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-lontong-yang-sedap-padu/", "title": "Cara Buat Lontong Yang Sedap \u2018Padu\u2019, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!", "body": "\nSiapa suka makan lontong? Mudah saja rupanya nak buat lontong yang sedap.\u00a0Confirm tak puas makan kalau ikut resipi yang dikongsi oleh Fatimah Saari di bawah.\nSesuai masak untuk dimakan pada pagi hari raya. Satu keluarga pasti suka, selamat mencuba ya!\nArtikel berkaitan: Cara Masak Nasi Impit Paling Mudah. Masak & Tinggal Je, Hasil Seketul Cantik Macam Ni\nRESIPI LONTONG YANG SEDAP\n\nBahan-bahan A:\n\nBawang merah 7 ulas\nSerai 2 batang\nLengkuas 2 hiris nipis\nHalia 2 hiris nipis\nUdang kering 2 sb\nIkan bilis segenggam\nBuah keras 1 biji\nKunyit hidup besar ibu jari\n\nBahan-bahan lain:\n\nUdang segar\nKubis\nKacang panjang\nCarrot\nKentang\nSoohun & fucuk\nBahan perasa\nSantan kotak\n\nCara-cara penyediaannya:\n\nKisar hancur semua bahan-bahan A. Satukan dalam periuk bersama santan dan air.\nMasak sehingga mendidih dan masukkan sayuran yang keras terlebih dahulu seperti kentang dan carrot.\nPerasakan dengan garam dan gula secukupnya.\nMasukkan baki sayuran yang lain beserta udang.\nBila sayur dah agak lembut, boleh tutup api.\n\nRESIPI SAMBAL IKAN BILIS\nBahan-bahan:\n\nBawang besar 3 biji\nBawang besar 1 biji dimayang\nCili kering siap kisar 3 senduk nasi\nDaun pandan\nIkan bilis 2 genggam\nAir asam jawa sedikit\nGaram\nGula\n\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak. Tumis bawang yang sudah siap dikisar dan mayang bersaman daun pandan.\nBila warna dah agak kekuningan, masukkan cili kisar serta gula dan air asam.\nTumis sehingga sambal bertukar warna sedikit gelap.\nMasukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam serta gula.\n\nSiap untuk dihidangkan bersama nasi impit dan telur rebus.\n\nKredit: Fatimah Saari\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-maggi-kari-tumis-berebut-nak-makan-musim-hujan-ni/", "title": "Cara Buat Maggi Kari Tumis, Berebut Nak Makan Musim Hujan Ni!", "body": "\nMusim hujan ni, kalau dapat hirup kuah memang nikmat habis. Lagi-lagi kalau buat Maggi Kari Tumis, mesti lagi berebut.\nMemang maggi ni favourite semua orang lah senang kata. Siapa je yang boleh tolak kalau dioffer.\nNak masak maggi kari ni, kena pandai tau. Silap cara memang boleh spoil mood nak makan lah jawabnya. Dan paling penting nak masak maggi kari tu tak boleh nak masak banyak-banyak sekali gus. Nanti boleh lari rasanya.\nResipi Lain: Nak Buat Maggi Chili Oil Viral? Guna 3 Bahan Ini Je\nMaggi kari ni semua orang pandai buat. Asal magginya lembut, letak prencah, bubuh telur, masukkan sayur dah siap. Tapi nak yang super sedap mestilah ada caranya.\nIkuti resipi dari perkongsian Adie Ryhan ni. Tengok gambar pun dah boleh buat kita terliur tau.\nNak masukkan bahan apa, terpulang kepada kita. Ada yang suka masukkan ayam, sosej, dan nak mewah sikit boleh masukkan udang dan ketam. Memang hirup kuah sampai licin lah kita nanti.\nResipi Maggi Kari Tumis\nBuat masa ni, min pernah buat maggi kari sahaja tau. Untuk maggi tomyam dan maggi lain belum pernah cuba. Boleh lah korang cuba jika tak suka yang kari.\n\nBahan-bahan:\n\n1 pek Maggi Kari\nBawang putih\nBawang Holland\nCili Padi\n1 biji telur \n1 sudu air limau\nSayur Sawi \nIsi ayam / Udang / Sotong\n\nCara memasak:\n1) Tumiskan bawang putih + bawang holland + cili padi.\n\n\n2) Masukkan udang atau apa\u00b2 lauk pilihan.\n3) Masukkan sambal. Gaul sehingga rata.\n4) Masukkan air, kemudian masukkan perencah megi kari.\n5) Sedikit air limau.\n6) Masukkan megi dan sayur pilihan. Besarkan api.\n\n\n7) Sebelum megi lembut, slow kan api, pecahkan sebiji telur. Lepas tu kuat kan api balik.\n\n\nNak pedas, boleh racikkan cili padi dan tumis sekali pada awal tadi. baru lah ngam!\nSebelum ni pernah juga min tengok beberapa versi buat maggi kari tumis ni. Termasuklah yang dikongsikan oleh Kak Lina Pom Pom tu. Haa beliau masukkan sedikit serbuk kari untuk sedapkan lagi rasa.\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-mee-goreng-basah-paling-sedap/", "title": "Cara Buat Mee Goreng Basah Paling Sedap, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri!", "body": "\nMalam-malam tak tahu nak makan apa? Sedap juga kalau dapat makan mee goreng basah macam di kedai. Jangan risau kalau tak pandai buat, ikut je resipi mee goreng basah paling sedap yang telah dikongsikan oleh Suhasnida Ismail.\nMenurutnya, resipi itu dipelajari daripada mak mertua dan birasnya yang meniaga sebelum ini. Jom lihat cara-caranya di bawah. Resipi yang lengkap bersama tips supaya mee goreng anda lebih sedap. Semoga bermanfaat!\nResipi Mee Goreng Basah Paling Sedap\n\nBahan-bahan:\n\n1 peket mee kuning\nMinyak untuk menumis\n8 ulas bawang putih\n1/2 biji bawang holland\n2 tbsp cili kering kisar\n\nBahan lauk (mengikut citara):\n\nAyam cincang\nUdang\nDaging\n\nBahan sayur:\n\nTelur\nSawi\nTomato\n\nBahan sos & perasa:\n\n5 tbsp sos cili\n1 tbsp sos tomato\n2 tbsp sos tiram\n1 tbsp kicap manis\n2 tbsp kicap pekat\n1 tbsp sos ikan\n1/2 tsp garam halus\n1 tbsp gula atau secukup rasa\n1/2tsp ajinomoto jika suka\n1/2 cawan air\n\nCara penyediaan:\n1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.\n\n2. Masukkan bawang holland, cili kering kisar.\n\n3. Masukkan lauk pauk kecuali udang dan tumis lagi.\n\n4. Letak sedikit air dan semua sos.\n\n5. Masukkan udang.\n\n6. Pecahkan telur dan masukkan mee.\n\n7. Masukkan sayur dan kacau sebati.\n\n8. Siap!\n\nTips supaya mee goreng lebih sedap:\n\n\nGuna sos sos mencukupi,jangan kedekut bahan\n\n\n\nKalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap giler.\n\n\n\nBawang putih kena banyak, tumbuk kasar kasar.\n\n\nMasukkan sedikit cuka makan bila goreng mee. Lagi membangkitkan rasa.\n\n\nKredit: Suhasnida Ismail\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-mee-kari-padu/", "title": "Cara Buat Mee Kari Padu, Bertambah Kuah Dibuatnya, Sedap Sangat!", "body": "\nAda yang terasa nak makan mee kari tak? Ha! Apa kata korang tengok resepi lengkap masak mee kari padu kat sini.\nMemang korang puas hati dengan hasil dan rasanya. Sedap sangat! Lauk penuh dengan seafood. Kuah karinya pun pekat. Boleh licin mangkuk dibuatnya!\nMee kari ni orang tak buat hari-hari. Biasanya akan dijadikan menu untuk open house atau jamuan. Kalau nak buat mee kari ni hujung minggu sesuai lah.\nBaca juga: Resipi Mee Kuah Udang Pikat Hati Mentua, Simple Tapi Lazat & Menyelerakan\nSebab bahan nak masak mee kari yang sedap macam ni boleh tahan banyak juga. Kalau guna bahan yang banyak, mesti renyah sikit kerja nak masak nanti.\nKat tempat saya memang takde jual mee kari yang padu macam ni. Semua kuah cair je. Susah nak jumpa mee kari kuah padu. So, cara paling mudah kena buat sendiri.\nRasa sakit hati beli mee kari yang tak ngam dengan tekak. Boleh spoil mood nak makan nanti.\nResepi mee kari padu ni telah di kongsikan oleh Norhidayah Mohd Aripin. Tengok gambar pun dah kecur liur dibuatnya!\n\nResipi Mee Kari\n\nBahan-bahan Tumis:\n\n5 biji bunga lawang\n2 batang kulit kayu manis\n10 biji buah pelaga\n1/2 sudu teh halba\n1 sudu teh serbuk jintan manis dan putih\n2 biji bawang merah\n3 ulas bawang putih\n7 tangkai cili kering kisar \n1 sudu besar serbuk cili\n1 sudu kecil pes asam jawa\n\nBahan Rempah:\n\n3 sudu besar serbuk kari ikan & udang\n3 sudu besar kari ikan pedas\n2 sudu besar rempah sup\n2 sudu besar serbuk kurma\n\nBahan hiasan:\n\nTelur rebus\nDaun Sup\nCili api\nTaugeh celur\nBawang goreng\nLimau kasturi\nSayur park choy celur\n\nBahan lain:\n\nMee 4 bungkus. Sukatan ini sesuai utnuk 15 orang makan.\nPati bilis dan pati ayam \u2013 optional\n6 biji ubi kentang saiz sebesar tapak tangan \u2013 direbus\n2500ml + 2500ml air\nGaram\n1 kotak santan\n\n\nCara penyediaan:\n1. Masukkan serai dan kacau hingga naik bau.\n2. Bila bahan tumis sedikit garing, masukkan rempah. Jika tak nak masuk santan, lebihkan rempah.\n3. Perlahankan api, gaul sebati hingga rempah naik bau dan garing.\n4. Masukkan pati bilis dan pati ayam. Jika tak nak guna pati bilis boleh kisar bilis dengan bawang dan pati ayam gantikan dengan stok air rebusan ayam sedikit. Tak perlu banyak. Hanya sebagai penambah rasa.\n5. Masukkan air sedikit dan biarkan rempah masak lama untuk lebih ummphh.\n6. Sementara tu, kisar 6 biji ubi kentang saiz sebesar tapak tangan yang dah direbus. Jika suka pekat tanpa santan, boleh lebihkan ubi kentang.\n7. Rempah dah pecah minyak boleh masukkan kentang kisar tadi.\n8. Tambah 2500ml air lebih kurang, masuk garam. Biar mendidih. Tambah lagi air lebih kurang 2500ml.\n9. Tak perlu tunggu menggelegak, boleh masuk terus fishball, fishcake dan tauhu goreng yang dah siap potong.\n10. Masukkan santan 1 kotak, supaya rasa balance berlemak. Tak nak boleh abaikan. 1 kotak dah cukup. Suka lagi lemak tambah lagi satu kotak. 1 kotak lebih kurang 1 cawan santan pekat\n11. Bila dah mendidih, menggelegak lama. Ulang sekali lagi. Bila mendidih, menggelegak lama. Baru masukkan bahan seafood. Bila masuk time menggelegak dah lama, cepat masak bahan seafood. Sotong bila tak overcook, isinya besar dan tak mengecut.\n12. Udang pulak bila masak just nice, tak overcook bentuknya C bukan O. Ok, udang ni pastikan bersih dibuang najis kat atas belakang tu ya.\n13. Masukkan pula kerang. Godak godak sikit, rasa dulu.\n14. Dah cukup masin, masam, pedas dan lemak semua tu, tak perlu lama lama dah boleh tutup api.\nSiap untuk dihidang dan selamat mencuba.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-mee-kuah-versi-kelantan-sedap/", "title": "Cara Buat Mee Kuah Versi Kelantan, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!", "body": "\nKalau ada daging banyak kat rumah tapi tak tahu nak masak apa, jom buat mee kuah versi Kelantan ni. Sedap kalau buat mee kuah guna daging sebab air daging tu akan jadi rasa manis.\nSesuai juga dihidangkan pada tetamu yang datang ke rumah. Pasti mereka akan hirup kuah sampai licin sebab terlampau sedap! Jom lihat resipi di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa.\nRESIPI MEE KUAH VERSI KELANTAN\nBahan-bahan:\n\n1 bungkus mee\nDaging \u2013 hiris nipis (Boleh tambah lauk-lauk lain)\n7 ulas bawang putih\u00a0 \u2013 tumbuk\n1 sudu kecik lada hitam-\u00a0 tumbuk\n1 ketul kiub daging @ ayam (jika ada)\nSayur \u2013 kubis, sawi, carrot, tomato\nCili merah besar\nTelur\nGaran\nGula\nKicap sotong (jika ada)\n\nCara-cara:\n\nTumiskan bawang putih dan lada hitam yang sudah ditumbuk sehingga wangi/perang.\nKemudian masukkan daging. Tunggu sehingga air daging keluar, baru masukkan air. Biarkan mendidih.\nMasukkan pula kiub ayam @ daging.\nPecahkan telur sebiji-sebiji. Biarkan separuh masak.\nKemudian masukkan sayur-sayuran.\nAkhir sekalo, masukkan garam dan gula secukupnya serta kicap sotong secukup rasa. Siap kuah.\nCelur mee asing atau boleh masukkan terus mee ke dalam kuah.\n\nSiap untuk dihidangkan bersama cili jeruk dan serbuk lada sulah. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi: Tuan Adriana Arissa\nBaca juga: Resipi Bihun Sup Chinese Style Yang Sedap, Senang Je Nak Masak\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-mee-kuning-homemade/", "title": "Mee Kuning Buat Sendiri, Lagi Kenyal Dan Jimat Guna 5 BAHAN Ini", "body": "\nKadang-kadang tekak ni teringin nak makan mee kuning, tapi bila beli, ada pula yang tak habiskan, tamat tempoh pula.\nJadi apa kata kita buat mee sendiri di rumah, dengan resipi daripada Siti Aisyah, yang hanya gunakan empat bahan ini sahaja.\nBaca juga: Cara Buat Mee Kari Padu, Bertambah Kuah Dibuatnya, Sedap Sangat!\nKalau ada yang suka tekstur lembik-lembik, boleh rebus lama sikit.\n\nResipi Mee Kuning Homemade\nBahan-bahan:\n\n\u00bd kg tepung gandum\n2 cawan air\nPewarna kuning/kunyit\n1 biji telur\n2 cubit garam\n\nCara membuatnya:\n\n1. Masukkan semua bahan di dalam bekas. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga doh sebati dan licin.\n2. Setelah siap diuli, bulatkan doh dan taburkan tepung banyak-banyak.\n3. Canaikan doh dengan kayu pencanai hingga menjadi nipis.\n4. Lipat doh (seperti dalam gambar) dan potong kecil-kecil.\n\n5. Dah siap potong, leraikannya tabur tepung lagi elak dari melekat.\n6. Didihkan air dalam periuk kemudian celurkan mee yang sudah dileraikan tadi. Celur dalam 3 minit.\n7. Lepas celur, letak dalam bekas, gaul dgn minyak sikit supaya mee tidak melekat.\nSiap!\nNota:\u00a0\n\nSukatan tepung gandum, ikut berapa banyak yang kita nak. Semangkuk ni pun boleh dapat berat sekilo.\nResipi ini tidak menggunakan tak gunakan air abu atau air kapur.\nBasuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.\nJika tiada mesin mee, potong dengan pisau pun boleh.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Mee Tepung Chinese Style, Uli Sendiri Guna 4 BAHAN Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-mee-rebus-terengganu-stail/", "title": "Cara Buat Mee Rebus Terengganu Stail, 5 Minit Dah Siap Masak", "body": "\nSiapa yang bakal berkunjung ke negeri Terengganu, wajib cuba mee rebus bila tiba di sana. Kalau nak cuba buat sendiri kat rumah mudah je. Tak perlu susah-susah ke Terengganu kalau tiba-tiba mengidam nak makan.\nTak sampai 10 minit dah siap masak. Kalau tak tahu nak makan malam apa boleh cuba resipi mee rebus Terengganu yang merupakan hasil perkongsian oleh Umi Watie di bawah. Memang confirm sedap!\nBaca juga: Buat Sendiri Mee Kuning Guna 4 Bahan Je, Lebih Selamat Tanpa Pengawet!\nRESIPI MEE REBUS TERENGGANU STYLE\nBahan-bahan:\n\n3 ulas bawang putih\n\u00bd inci halia\nIsi ayam\nIsi daging\n2 liter air\nLobak merah\nSawi\nFish cake\nFish ball\nGaram\nSerbuk lada sulah\nTelur\nTomato\nChili oil\nGarlic oil\n\nCara-cara:\n\nTumiskan 3 ulas bawang putih Dan \u00bd inci halia. Kisar halus semua bahan ni.\n\nBila bahan tumisan dah wangi, masukkan sumber protein kita, isi ayam atau daging.\n\nMasukkan air secukupnya.\n\nMasukkan lobak merah, sawi, fishball dan fish cake.\n\nBila kuah dah menggelegak, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh.\n\nPerasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.\n\nMasukkan telur ayam ikut berapa orang nak makan.\n\nAkhir sekali, masukkan tomato.\nSiap untuk dimakan! Hidangkan dengan chili oil dan garlic oil.\n\n\nKredit: Umi Watie\nBaca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan \u20181 Bahan\u2019 Ini Saja\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-mi-wantan-kicap/", "title": "Cara Buat Mi Wantan Kicap Dengan Dumpling Ayam, Lagi Puas Repeat Makan di Rumah", "body": "\nSiapa je yang tak suka makan Mi Wantan kalau tengah mencari chinese cuisine. Mesti ramai penggemar resipi ini kan?\nPernah tak korang mencuba resepi mee wantan kicap bersama dumpling ayam? Tak pernah? Ini memang resipi yang korang patut simpan siap-siap.\nMi wantan yang akan dikongsikan hari ini digabungkan dengan hidangan dumpling ayam yang diperbuat dari kulit wantan frozen.\nBaca juga: Resipi Mi Kicap Sedap Yang Amat. Lagi Padu Bila Ada Ayam Goreng Perap\nCara penyediaannya sangatlah mudah dan boleh dipelbagaikan cara masaknya.\nTapi, kali ini mari kita ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puteri Hana Sofia melalui laman facebooknya.\nRasa tak sabar nak mencubanya. Sebab dilihat pada gambar saja sudah cukup menyelerakan.\nKepada yang tak gemar makan nasi waktu malam, apa kata anda cuba resipi ini. Sedap tau!\nResipi Mi Wantan Kicap Dengan Dumpling Ayam\n\n\nBahan Mi Wantan Kicap:\n\nMi wantan \u2013 dicelur\nSayur sawi \u2013 dicelur\nIsi ayam bahagian dada \u2013 digoreng\nUdang \u2013 digoreng\nHalia -dihiris\nLobak merah \u2013 dicincang\nBawang putih \u2013 dihiris\nBawang holland \u2013 dicincang\nCili padi / lada hitam \u2013 ikut selera masing-masing\n1 sudu sos seafood/tiram\n1 sudu minyak bijan\n1 sudu kecil kicap pekat\n1 sudu serbuk pati ayam\nBancuhan air tepung jagung \u2013 untuk pekatkan kuah\n\nBahan dumpling ayam:\n\nKulit wantan frozen\nIsi ayam \u2013 dicincang\nLobak merah \u2013 dihiris\nCili padi/lada hitam \u2013 ikut selera masing-masing\n1 sudu sos seafood\n1 sudu serbuk paprika\n1 sudu oregano\nHalia \u2013 dicincang\n1 sudu serbuk pati ayam\n1 sudu serbuk kayu manis \u2013 ikut selera masing-masing\nSecubit garam\n\nCara penyediaan kuah kicap:\n1. Tumis bawang putih, bawang holland sehingga kekuningan dan titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, cili padi, kicap manis dan kicap pekat.\n2. Kemudian, perasakan garam dalam kuah kicap dengan secukup rasa.\n3. Masukkan air bancuhan tepung jagung, kuahnya biar agak pekat sikit, Masak sehingga kuah mendidih dan ketepikan.\nCara penyediaan dumpling ayam:\n1. Satukan ke semua bahan dumpling ayam kecuali kulit wantan. Gaul sampai rata dan ketepikan.\n2. Masukkan inti dumpling ayam atas kulit wantan dan kemaskan ikut creativity masing-masing.\n3. Panaskan minyak dan goreng sampai warna keemasan. Tos dan ketepikan.\nCara penyediaan mi wantan kicap:\n1. Masukkan mee wantan yang telah ditos tadi ke dalam mangkuk.\n2. Gaulkan dengan sedikit kuah kicap. Kemudian tuang dalam mangkuk.\n3. Ayam yang digoreng tadi, dihiris nipis susun di atas mee bersama sayur dan udang.\n4. Akhir sekali, tuang sedikit kuah kicap tadi. Hiaskan hidangan dah siap!\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-muruku-cheese/", "title": "Cara Buat Muruku Cheese, Kudapan Kegemaran Semua, Wajib Cuba Sempena Deepavali", "body": "\nSiapa dekat sini peminat muruku cheese? Sempena Deepavali nanti, jom kita buat sendiri di rumah versi yang ada cheese ini. Sedap tau buat kunyah-kunyah!\n\nMacam yang kita semua tahu muruku merupakan sejenis makanan yang berasal dari India. Perkataan muruku ini berasal dari bahasa Tamil yang bermaksud \u2018berpusar\u2019.\nSamalah macam tekstur muruku yang berbentuk pusaran dan sangat rangup apabila masuk ke dalam mulut.\nBaca juga: Teringin Nak Rasa \u2018Pani Puri\u2019? Ini Cara Membuatnya\nMuruku boleh dimasak dengan perisa asli atau menggunakan cheese. Dan bahan-bahan yang digunakan juga tak renyah. Jadi memang mudah.\nResipi Muruku Cheese ini telah dikongsikan oleh Nazri Ahmad menerusi Facebook. Beliau mengadun ke semua bahan mengunakan mesin falcon dan terus membentuk muruku kemudian menggoreng dengan kuantiti minyak yang banyak.\nJom kita ikuti satu persatu bahan dan cara-cara di bawah.\n\nResipi Muruku Cheese\n\n\nBahan-bahan:\n\n500g tepung pulut\n100g cheddar parut\n100g gula aising\n2 biji telur\n180ml air\n2 sdb maggi secukup rasa\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Menggunakan mesin falcon, masukkan semua bahan ke dalamnya. Boleh juga diuli guna tangan hingga sebati.\n\n\n2. Bila dah sebati, tekan butang acuan pada mesin untuk mengeluarkan adunan muruku sambil dibentuk berpusar di atas tapak tangan. Buat sehingga semua adunan habis.\n\n\n3. Panaskan minyak yang banyak dan goreng muruk cheese.\n4. Angkat bila muruku kelihatan kekuningan dan toskan. Siap!\n\n\nBila dah siap, boleh letak muruku cheese tersebut dalam balang atau seal dalam plastik supaya tak masuk angin.\nKebiasaanya muruku akan dijadikan juadah kuih ketika perayaan Deepavali untuk dihidangkan kepada tetamu.\nSemoga resipi ini bermanfaat pada yang ingin mencubanya di rumah.\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-mushroom-seasoning-homemade/", "title": "Cara Buat \u2018Mushroom Seasoning Homemade\u2019, Lebih Jimat Dari Beli", "body": "\nSeorang wanita berkongsikan cara-cara membuat Mushroom Seasoning Homemade\u00a0yang mudah dan jimat.\nBanyak kegunaannya yang ramai tak tahu salah satunya adalah pengganti untuk sesiapa yang sering menggunakan MSG sebagai perasa tambahan pada masakan.\nKalau masak apa-apa bila letak Mushroom Seasoming ni auto masakan jadi sedap dan cukup rasa. Jom lihat cara-cara membuatnya di bawah.\nRESIPI MUSHROOM SEASONING HOMEMADE\nBahan-bahan yang digunakan:\n\n100g dried mushroom\n50g garam\n50g gula\n\nCara-cara:\n1. Bakar semua bahan dalam oven atau air fryer selama 20 minit.\n\n2. Kemudian kisar selama 1 minit menggunakan TM6, terus menjadi serbuk halus.\n\n3. Jika tiada TM6, boleh guna blender kering tapi perlu kisar sikit demi sikit.\n\n4. Simpan dalam botol dan siap!\n\nKredit: Nawal Yasmin Mat Noh\nBaca juga: Doktor Kongsi Resipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat & Tanpa MSG\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-nasi-air-pantai-timur/", "title": "Cara Buat Nasi Air Pantai Timur, Semangkuk Confirm Tak Cukup!", "body": "\nSedapnya kalau dapat makan nasi air pantai timur ni. Kalau rentas negeri, boleh tahan jauh juga semata-mata untuk makan nasi air.\nApa kata jom buat sendiri kat rumah. Senang je, tak susah mana pun. Boleh makan puas-puas! Ikut saja resipi perkongsian oleh Noremah Ahmad di bawah.\nBaca juga: Resipi Kuetiau Sup Chinese Style Paling Mudah, Anak-Anak Pasti Suka\nResipi Nasi Air Pantai Timur\nBahan sup/kuah:\n\nSedikit minyak masak\n10 ulas bawang putih (ketuk)\n3 inci halia muda (ketuk)\nAkar daun sup\nKicap\nDaging/ayam\nMeatball\n1 kiub pati ayam\n2 sudu sos ikan\n1 batang serai (ketuk)\nAir secukupnya\n\nCara-cara buat sup/kuah:\n\nTumis bahan ketuk sampai naik bau. Masukkan air, akar daun sup, serai, daging, meatball, kiub ayam, sos ikan dan kicap.\nReneh sehingga daging empuk.\nPerasakan dengan garam, siap!\n\nBahan-bahan lain:\n\nNasi (kisar sekejap, masak atas dapur macam buat bubur nasi anak)\nAir cili (kisar cili burung merah, sedikit gula, sedikit air, sedikit cuka, 1 sudu besar garam dan gula)\nMinyak bawang putih (10 ulas bawang putih potong dadu, tumis dengan minyak banyak sampai bawang kekuningan)\nLada jeruk (hiris cili besar, letak sedikit air, cuka, gula, garam ikut citarasa)\nHirisan limau nipis\nIkan bilis goreng\nSayur yang dicelur (kangkung/sawi)\nDaun sup\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Noremah Ahmad II\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-nasi-lemak-guna-beras-basmathi/", "title": "Cara Buat Nasi Lemak Guna Beras Basmathi, Nasi Cantik Berderai & Tahan Lama", "body": "\nRamai tak tahu jika buat nasi lemak guna beras basmathi, nasi akan menjadi lebih tahan lama. Bukan saja rasa menjadi lebih sedap, nasi juga lebih cantik berderai.\nKalau nak tahu cara buat nasi lemak menggunakan beras basmathi, boleh ikut resipi perkongsian oleh Emy\u2019s Bootiqs di bawah. Semoga bermanfaat!\nResipi Nasi Lemak Guna Beras Basmathi\nRahsia nasi lemak sedap dan tahan lama, sambal kick sampai jilat pinggan. Resipi arwah mak.\nBahan-bahan nasi lemak:\n\nBeras 4 pot kecil\nSantan kotak 1 kotak / santan asli\nBawang besar hiris\nSedikit halba (supaya nasi tahan lama tak basi keesokan hari)\nHalia (jika suka)\nGaram secubit\n\nCara-cara masak nasi lemak:\n1. Cuci dan rendam beras basmathi dengan air garam selama 30 minit. (kalau nak guna beras biasa pun sama je sukatan air + santan)\n2. Masukkan beras basmathi dalam periuk tadi bersama santan, air secukupnya dan dengan hirisan bawang serta daun pandan. (Air saya masukkan macam biasa, masukkan santan sekotak & letak jari atas beras ikut ukuran jari telunjuk. 1 pot 1 garis jari, 2 pot 2 garis jari).\n\n3. Tabur sedikit halba supaya nasi lemak tahan lama sehingga keesokan harinya tetap tak basi. Tanak nasi lemak seperti biasa.\n\nResipi Sambal Berkilat Pedas Manis\nBahan-bahan:\n\n1 biji bawang besar *\n4 ulas bawang putih*\n3 biji bawang kecil*\nUdang kering secubit*\nCili Kering / cili giling instant puteri\nDaun pandan\nGula Melaka hiris\nAsam keping / air asam jawa\n\nCara-cara:\n1. Kisar bahan bertanda (*). Tumis bahan kisar sehingga naik bau.\n2. Kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak menggunakan api kecil. Masukkan juga daun pandan untuk bau lebih wangi.\n3. Masukkan air asam jawa atau asam keping bersama secubit garam, gula melaka dan sedikit air sampai berkilat.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Emy\u2019s Bootiqs\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-pai-daging-carbonara-baru-kelas-kau-jah/", "title": "Cara Buat Pai Daging Carbonara, Baru Kelas Kau Jah", "body": "\n\nPernah cuba buat sendiri Pai Daging Carbonara? Kalau tak pernah, apa kata korang cuba ikut resipinya di sini.\nPai merupakan makanan Inggeris Style yang sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang.\nCara memasaknya pun tak renyah. Teknik anyaman doh juga tak susah macam anyam tikar.\nBaca juga: Donut Pintal Gebu & Lembut, Resipi Viral Sampai 151k Shares di Facebook\nResipi pai ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Nor Al Fatihah. Lihat pada gambar yang dikongsikan, nampak mewah betul pai beliau.\nMacam kek berlauk pun ada. Jom kita ikut step by step resipi tersebut.\n\nResipi Pai Carbonara\n\n\nBahan inti:\n\n2 sudu besar butter/ marjerin\n1 labu bawang holland (dipotong dadu)\n400 gm daging kisar\n5 batang sosej (dihiris nipis)\n1 tin cendawan butang (dihiris nipis)\n1 sudu teh serbuk lada hitam\n350 gm sos pasta prego carbonara mushroom\n2 keping cheese\n2 sudu besar tepung gandum\n1 sudu besar gula\n\nBahan kulit pai:\n\n250 gm butter\n5 sudu besar gula aising\n1 sudu teh esen vanila (Optional)\n3 cawan tepung gandum\n1 sudu teh garam halus\n3 sudu besar air ais\n1 biji kuning telur + pewarna kuning (untuk disapu atas pai)\nSedikit bijan hitam sebagai hiasan (optional)\n\nCara Membuat inti:\n1. Cairkan butter atau marjerin. Tumis bawang hingga layu.\n2. Masukkan daging kisar. Kacau sampai daging separuh masak.\n3. Masukkan sosej, cendawan dan serbuk lada hitam. Kacau hingga masak. Masukkan pula sos pasta carbonara mushroom dan kacau sebati.\n4. Masukkan cheese. Kacau lagi hingga larut dan campurkan tepung gandum sebagai pemekat. Kacau sehingga rata.\n5. Perasakan dengan gula untuk balancekan rasa masin dan sedikit manis pada inti. Kacau lagi hingga agak kering. Tutup api dan sejukkan.\nCara buat kulit pai:\n1. Gaul tepung gandum, gula aising dan garam. Campur butter dan esen vanila. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.\n2. Campur air ais dan gaul sebati hingga menjadi doh. Balut dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti ais selama 1 jam sebelum di gunakan.\n3. Untuk loyang, boleh guna loyang tart saiz 9 x 2 inci dan sapukan sedikit butter.\n4. Canai separuh doh hingga agak nipis. Kemudian, terbalikkan ke atas loyang perlahan-lahan. Kemas dan ratakan.\n5. Tuang inti dan buang bahagian tepi kulit yang tidak digunakan. Biar kulit sama rata dengan paras inti.\n6. Separuh doh lagi di canai dan dipotong memanjang menggunakan pemotong agar-agar. Kalau tak ada, boleh potong lurus dengan pisau saja.\n7. Susun memanjang doh yang dipotong tadi ke atas pai. Kemudian, anyam menjadi seperti bentuk tikar.\n8. Lebihan doh di potong memanjang lagi. Ambil 2 keping doh dan pintal bersama.\n9. Hias pintalan tadi di sekeliling pai dan sapu dengan kuning telur.\n10. Baki doh pula ditekap dengan acuan yang disukai dan hias diatas pai. Sapu kuning telur dan taburkan bijan.\n11. Bakar pada suhu 160-170C selama 1 jam, api bawah dulu 50 minit di rak tengah. Kemudian, tukar api atas saja 10 minit pada suhu 140C di rak paling bawah. Bakar hingga keperangan atau bergantung pada oven masing-masing.\n12. Potong dan sedia dihidangkan panas-panas.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-pancake-paling-gebu-lembut-walaupun-dah-sejuk/", "title": "Cara Buat Pancake Paling Gebu & Lembut Walaupun Dah Sejuk", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-10-29 08:52:46\n\n\nBangun pagi-pagi tiba-tiba mengidam pulak pancake McDonalds. Agak-agak macam mana nak buat pancake macam tu eh? Sini nak bagitau korang yang pancake macam ni sebenarnya senang je nak buat. Makan kosong pun sedap, apatah lagi kalau dengan maple syrup atau nutella, atau dua-dua sekali. Tapi Admin tak menggalakkan korang buat macam tu lah. Nanti kencing manis. So jom kita ketahui cara buat pancake gebu dan lembut!\n1. Asingkan Antara Bahan Kering & Basah\nPhoto Credit: altonbrown.com\nMulakan proses dengan menyatukan bahan-bahan kering iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam satu bekas. Gaul sehingga semua dicampur rata. Selepas itu ketepikan dulu.\nKemudian, buat benda yang sama untuk bahan basah iaitu susu, butter yang dah dicairkan, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga semua bahan sebati.\u00a0\n2. Campurkan Semua\nPhoto Credit: inspiredtaste.com\nTuangkan bahan basah ke dalam bahan kering kemudian gaul semua tapi JANGAN OVERMIX. Kalau ada sedikit ketul-ketulan yang tertinggal tak apa. Kalau overmix nanti pancake takkan jadi gebu.\n3. Biarkan Adunan\nPhoto Credit: simplyscratch.com\nRehatkan adunan itu dalam bekas selama 15 minit sebelum mula masak. Biarkan semua bahan dalam adunan sebati.\n4. Mula Masak\nPhoto Credit: rd.com\nPanaskan satu non-stick pan atas dapur. Kalau guna pan biasa nanti susah nak masak. Pancake tu akan melekat dan pan akan jadi kotor. Dengan non-stick pan, bukan sahaja pancake takkan melekat tapi korang tak perlu letak minyak pun. Tuang adunan dan biarkan pancake sampai jadi gebu dan tukar warna keperangan. Bila nampak permukaan pancake jadi berbuih, boleh terbalikkan dan ulang proses.\n5. Siap!\nPhoto Credit: onceuponachef.com\nApabila kedua-dua belah dah tukar keperangan, boleh angkat dan dihidang. Nak tambah rasa boleh letak maple syrup, Nutella ataupun juga buah. Ikut citarasa sendiri.\nSedap dan mudah. Tak sampai sejam pun semua proses. Bagi korang yang dah terliur, boleh cuba pagi-pagi. Semoga berjaya!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-pasta-carbonara-asli-setanding-kafe-mewah/", "title": "Cara Buat \u2018Pasta Carbonara Asli\u2019 Setanding Macam Di Kafe Mewah", "body": "\nHidangan pasta carbonara yang asli sebenarnya tidak berkuah seperti yang kita selalu makan di kedai, kadang-kadang ada yang buat kuah sampai banjir.\nPasta carbonara yang asli hanya sedikit basah tapi tidak sampai berkuah banjir. Teksturnya pekat seolah-olah hampir tidak berkuah.\nSaudara Wan Luqman ada berkongsikan cara buat pasta carbonara asli ala kafe mewah. Jom sama-sama baca perkongsiannya di bawah.\nResipi Pasta Carbonara\nIkut resepi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye.\nOk, resepi ni buat sos dia from scratch. Tak guna instant sauce (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung! I kenot brain betul dengan resepi buat carbonara guna tepung jagung\nBukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah (butter + tepung gandum).\nElemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas.\u00a0\nBahan-bahan:\n\n60gm spaghetti (kander guna saiz vermicelli)\n3 biji kuning telur\n3 biji cendawan swiss brown\n2-3sb parmesan cheese\nSedikit lada hitam\nBeef lean / beef streaky\n\nCara-cara:\n1. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ni. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua untuk 2 orang makan.\n\n2. Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti.\nGuna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak-lemak. Ni untuk menggantikan bacon.\n\n3. Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih tu akan keluar di celah\u00b2 dari.\n\n4. Masukkan 2sb parmesan cheese dan 1sb lada hitam.\n\n5. Pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker, tak jadi kalau guna garpu. Lambat.\n\n6. Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.\n\n7. Tumis bawang putih, cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak hotdog ke pun boleh. Kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris tau.\n\n8. Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus tu. Pastikan spaghetti tu hampir nak masak tau. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.\nCeduk air rebusan spaghetti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.\n\n9. Bile air rebusan spaghetti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spaghetti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah ye.\n\n10. Tutupkan api dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Ambik 4-5sb macam tu.\n\n11. Kacau bagi rata. Ingat tutup api ye. Sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pula.\nKalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spaghetti tu sampai korang rasa kena citarasa.\nDah siap. Takde guna garam tambahan atau gula ye. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin\u00b2 berlemak.\n\n12. Hancurkan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing mula-mula tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ni.\n\n13. Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley.\n\n14. Jadi, korang juga boleh buat 5 star carbonara macam kat resoran mewah tu di rumah. Selamat mencuba!\n\nKredit: Wan Luqman\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-pati-lemon-madu-untuk-batuk-kolestrol/", "title": "Cara Buat Pati Lemon Madu, Elok Untuk Kurangkan Batuk & Turunkan Paras Kolestrol", "body": "\nJom buat pati lemon madu ini. Sangat mudah nak buat! Sesuai dicampur ke dalam teh atau untuk dijadikan teh lemon. Pati lemon madu ini juga boleh meredakan batuk dan mengurangkan paras kolestrol.\nBila nak minum, cuma perlu tambahkan air sebab pati ini sangat pekat. Boleh dimakan bersama buahnya sekali kerana tidak ada rasa pahit sama sekali. Lagi lama simpan, rasa jadi lagi sedap!\nJom lihat cara membuatnya yang merupakan hasil perkongsian oleh Siti Hasnah AR\u00a0 di bawah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!\nCara Membuat Pati Lemon Madu\nBahan-bahan:\n\n6 biji lemon\nGaram\nHalia\n1 senduk gula perang\n300ml madu asli\nSecubit garam\n\nCara-cara:\n1. Rendam lemon sekejap dengan air garam dalam 10 minit.\n2. Kemudian bilas dan basuh bersih. Potong nipis, buang biji.\u00a0 Tambahkan halia, kalau tak suka tak perlu letak.\n3. Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli dan secubit garam. Tak perlu tambah air. Gaul sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar.\n\n4. Bila dah sebati, masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Selepas sehari dah boleh guna.\n\nKredit: Siti Hasnah AR\nBaca juga: Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai Untuk Kempiskan Perut & Ringankan Badan\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-peanut-butter-homemade-guna-1-bahan/", "title": "Cara Buat Peanut Butter Homemade Guna \u20181 Bahan\u2019. Lagi Sihat Tanpa Gula, Garam & Minyak", "body": "\nJom cuba buat peanut butter\u00a0homemade @ mentega kacang tanpa gula ni. Jika beli di kedai,\u00a0mentega\u00a0kacang versi sihat ini memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Sebalang kecil harganya boleh mencecah belas dan puluhan ringgit. Malah kebanyakan darinya diimport dari luar negara.\nTapi usah risau kerana sekarang anda boleh hasilkan sendiri. Kalau buat sendiri, lagi jimat berganda dari beli. Cara membuatnya juga tidak susah, hanya perlu menggunakan1 bahan saja iaitu kacang. Tak perlu letak minyak, air, gula dan garam.\nYang paling penting, anda perlu kisar kacang menggunakan pengisar kering baru menjadi. Jom lihat resipi perkongsian saudari Nurul Zhafaruba dan bahan-bahan yang diperlukan di bawah.\nBaca juga: Doktor Kongsi Resipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat & Tanpa MSG\nResipi Peanut Butter Homemade\nPeanut butter sihat homemade. Tak ada GULA, GARAM & MINYAK.\nBahan-bahan:\n\nKacang\n\nCara-cara:\n1. Sangai kacang dalam air fryer pada suhu 18\u2103 selama 15 hingga 18 minit.\n\n2. Kemudian, sejukkan kacang.\n\n3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering. Kisar sampai keluar minyak kacang itu sendiri. Tak perlu letak minyak atau air.\n\n4. Siap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Nurul Zhafarina\nBaca juga: Tortilla Wrap Homemade. Guna 3 Bahan Je, Sedap & Jimat!\nBaca juga: Jom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-pes-ibu-sambal-pes-asam-pedas/", "title": "Cara Buat Pes Ibu Sambal & Pes Asam Pedas, Buat Sekuali Terus!", "body": "\nBila ada pes ibu sambal ni, makin cepat la kerja mak-mak kat dapur. Lagi-lagi ketika masak sahur pada bulan Ramadan.\nApa yang lebih menarik, boleh buat pes asam pedas juga. Bila nak masak, ambil je sesudu dua atau secukupnya.\nResipi menarik oleh\u00a0Mardhiyyah Mohd\u00a0ini boleh anda cuba. Buat sekuali terus, tahan lama dalam peti ais.\nPES IBU SAMBAL\nBahan-bahan:\n\nBawang besar\nBawang putih\nCili kering\n\nCara-cara:\n1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Kemudian tumis terlebih dahulu dengan minyak masak.\n2. Bila bawang dah setengah masak, masukkan cili kering yang sudah direbus dan dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.\n3. Bila dah sejuk, tuangkan ke bekas dan simpan dalam freezer untuk tahan lebih lama.\nPes ini boleh guna untuk buat rencah mee goreng, kuey teow, ayam masak merah, sambal nasi lemak, sambal sotong/udang dan pelbagai lagi menu lain.\n\nPES ASAM PEDAS\nBahan-bahan:\n\nBawang besar\nBawang putih\nCili kering\nHalia\nKunyit hidup\nHalba\n\nCara-cara:\n1. Cara buat pes asam pedas sama macam ibu sambal. Cuma bezanya ada penambahan halia, kunyit hidup dan halba. Halba masuk sebiji ya, jangan kisar.\n\nCara menggunakannya, ambil 2-3 senduk pes (ikut tahap kepekatan yang diinginkan), panaskan sekejap pes.\nLepastu masukkan air asam jawa, masukkan air. Bila dah agak-agak mendidih masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun kesum dan bendi, siap.\nKredit: Mardhiyyah Mohd\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-pes-shellout-homemade/", "title": "Cara Buat Pes Shellout Homemade, Bila Nak Masak Pes Dah Ready!", "body": "\nSenangnya nak buat Shellout kalau dah ada pes Shellout ni. Bila nak masak, tinggal cedok sahaja pes mengikut kuantiti makanan laut yang ada.\nRupanya tak susah mana pun kalau anda nak cuba buat sendiri pes Shellout di rumah. Bila teringin, senang bila nak masak hanya perlu guna pes ni je!\nNak tahu bagaimana caranya? Jom lihat perkongsian resipi oleh Puan Siti Nor Yuwana Zulkifli di bawah. Pes perlu disimpan di dalam peti sejuk beku supaya tahan lebih lama.\nResipi Pes Shellout Homemade\nBahan-bahan kisar:\n\n20 tangkai cili kering\n2 labu bawang besar\n15 ulas bawang merah kecil\n10 ulas bawang putih\n1 inci halia\n1 inci belacan\n3 sucu udang kering\n\nBahan-bahan perasa:\n\nButter untuk menumis\nDaun kari\nRempah kari ikan\nSos tiram\nSos ikan\nGaram\nGula\nSerbuk knorr secukup rasa\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan di atas.\n2. Panaskan butter dalam kuali dan masukkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar dan juga daun kari. Tumis sehingga garing.\n3. Kemudian masukkan rempah kari ikan, sos tiram, sos ikan, garam, gula dan serbuk knorr secukup rasa.\n4. Simpan dalam peti sejuk beku supaya pes tahan lebih lama.\n\n5. Bila nak masak shellout, ambil pes secukupnya mengikut kuantiti lauk. Tambahkan air jika pes pekat. Masukkan makanan laut seperti ketam, udang, kepah, sotong yang sudah direbus terlebih dahulu.\n6. Sedia untuk dimakan bersama jagung, brokoli, kentang yang direbus terlebih dahulu.\n\n\u00a0\nSemoga bermanfaat!\nKredit: Siti Nor Yuwana Zulkifli\nBaca juga: Petua Buat Stok Cili Kisar Supaya Tahan Lama, 3 Bulan Pun Tak Berkulat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-pie-tee-confirm-lagi-puas-makan/", "title": "Cara Buat Pie Tee Macam Di Chicken Rice Shop, Confirm Lagi Puas Makan!", "body": "\nKalau pergi Chicken Rice Shop, mesti selalu\u00a0order Pie Tee kan? Tapi tak puas makan bila beli 1 pinggan je, harga pun boleh tahan mahal kalau nak beli banyak. Rupanya kita boleh buat sendiri kat rumah, senang je rupanya. Buat sendiri boleh makan puas-puas!\nRESIPI PIE TEE HOMEMADE\nUntuk kulit, korang boleh pilih sama ada nak buat sendiri ataupun beli kulit pie tee segera. Kalau nak buat sendiri kulit tersebut, boleh ikut cara-cara di bawah.\nBahan-bahan:\n\n1 cawan tepung beras\n2 sudu besar tepung gandum\n2 sudu besar tepung jagung\n1 cawan air\nSecubit garam\nSebiji telur\n\nCara-cara:\n\nCampurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak berketul menggunakan\u00a0whisk.\nPanaskan minyak. C\nCelup acuan dalam adunan.\n\nSedia untuk digoreng.\n\n\nBahan-bahan inti:\n\nTimun\nSengkuang\nCarrot \u2013 disagat / hiris halus\nTauge\nIsi udang\nBawang putih & bawang merah \u2013 tumbuk\nMinyak\nGaram\n\nCara-cara:\n\nTumis bawang. Masukkan isi udang.\nMasukkan pula sayur-sayuran. Gaul dan masak sekejap saja.\nPerasakan dengan garam, gaul rata.\nSiap!\n\n\nCara membuat sos:\n\nKisar 8 tangkai cili merah, 2 ulas bawang putih, 1/4 cawan air, 1/4 cawan cuka, 4 sudu besar sos ikan, 1 cawan gula perang/gula melaka.\nSelepas siap dikisar, tuangkan ke dalam kuali dan masukkan gula secukupnya. Kacau rata. (jangan masak terlalu pekat, apabila sejuk sos semakin pekat).\n\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Twitter @iNerd__\nBaca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Dumpling Ayam Homemade, Berbaloi Buat Sendiri Sebab Boleh Dapat Banyak!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-pisang-penyet/", "title": "Cara Buat Pisang Penyet, Siapa Pernah Rasa Je Tahu Kesedapannya", "body": "\nPisang goreng boleh dikatakan makanan harian rakyat Malaysia. Ada orang, setiap hari mesti akan cari pisang goreng ni.\nTapi siapa yang pernah makan Pisang Penyet atau dikenali sebagai Sanggar Pappek ini? Ia merupakan makanan tradisi kaum Bugis.\nSanggar bermaksud \u2018pisang\u2019 manakala Pappek bermaksud \u2018penyet\u2019. Sedap dimakan bersama sambal.\nKalau ada yang tertanya-tanya macam mana rasa dia, jom lihat resipi lengkap di bawah.\nRESIPI PISANG PENYET AKA SANGGAR PAPPEK\nBahan-bahan:\n\nPisang muda yang belum masak\nAir\n1 sudu besar garam\nBawang putih 2-3 ulas\n\nCara-cara:\n1. Kupas pisang. Tips kupas supaya tak kena getahnya, kupas dibawah air yang sedang mengalir dari paip.\n\n2. Sediakan setengah besen sederhana besar air paip. Letakkan 1 sudu besar garam.\n\n3. Masukkan bawang putih yang sudah dipenyek dan ditumbuk ke dalam air.\n\n4. Masukkan pisang yang sudah dikupas, biarkan selama 15-20 minit supaya bawang putih dan garam meresap ke dalam pisang. Ia akan memberi rasa dan aroma yang harum pada pisang.\n\n5. Kemudian toskan.\n\n6. Goreng pisang tadi tanpa dipotong atau dibelah.\n\n7. Bila pisang dah separuh masak, terus angkat.\n\n8. Sediakan kantung plastik seperti dalam gambar, gunting sedikit kedua sudut kiri dan kanan.\n\n9. Masukan pisang 2 biji seperti dalam gambar ini, kemudian di penyek perlahan-lahan. Pastikan pisang di penyek semasa masih panas agar ia tak pecah-pecah.\n\n10. Ini hasilnya.\n\n11. Goreng semula di atas minyak yang panas. Goreng sehingga garing.\n\n12. Rupa sanggarak pappek setelah digoreng kali kedua. Siap untuk dihidang bersama sambal.\n\nKredit: Teratai Putih\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-popia-sira-krupp-krapp-rangup-sampai-petang/", "title": "Cara Buat Popia Sira \u2018Krupp Krapp\u2019 Rangup Sampai Petang, Ada Rahsia Penting Kena Ikut!", "body": "\nAda rahsianya kalau nak buat popia sira yang rangup walaupun dah sejuk. Popia tetap tak jadi lembik walaupun ditambah air ke dalam sambal.\nNak tahu bagaimana caranya? Ikut saja resipi dan cara penyediaan yang telah dikongsikan oleh Zurr Izaty Zolkepli di bawah.\nBaca juga: Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus\nRahsia Popia Sira \u2018Krupp Krapp\u2019 Sampai Petang\nBahan A:\n\n1 plastik kulit popia (50 keping)\n\nBahan B (inti):\n\nRM2 taugeh\n2 batang lobak (hiris panjang dan tapis air)\n\nInti tak perlu masak, cukup basuh dan toskan.\nBahan C:\n\nSegenggam cili kering 668(pedas)\nATAU segenggam cili kering kelantan(warna merah cantik)\n\nGunting cili kering dan kisar dengan air.\nCara-cara penyediaan:\n\nBalut popia dengan inti sayur. Lipat macam biasa. Guna air atau bancuhan 1 sudu besar tepung gandum untuk lekatkan popia.\nGoreng popia menggunakan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.\nUntuk buat sambal pula, masak cili kisar tadi dengan minyak sampai betul-betul pecah minyak.\nKemudian masukkan 3 sudu besar gula batu dan 6 sudu besar gula pasir. (INI LAH RAHSIANYA, WAJIB ADA GULA BATU)\nKacau sehingga berbuih-buih. Boleh tambah garam atau cuka setitik dua untuk seimbangkan rasa sos sira. (Kalau sambal mengeras, tambah sedikit air dan akan lihat semula)\nBila dah berbuih, tutup api dan terus masukkan popia. Jangan masuk waktu sos sira sejuk sebab sos akan mengeras dan susah bersalut dengan popia.\nSelepas dah siap gaul, taburkan bijan. Masukkan dalam bekas dan tunggu sehingga sejuk sebelum ditutup sebab nanti berwap dan popia jadi lembik.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Zurr Izaty Zolkepli\nBaca juga: Resipi Kulit Popia Basah Untuk Niaga, Perap Semalaman Tekstur Jadi Lebih Cantik & Licin!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-puding-buah-kastard-sedap/", "title": "Cara Buat Puding Buah Kastard SEDAP, Resipi Mudah & Tak Guna Banyak Bahan", "body": "\nResipi puding buah kastard ini sangat sedap dan mudah untuk dicuba.\nHanya guna 5 bahan utama, mak-mak dah boleh buat pencuci mulut untuk minum petang.\nLagi sedap dinikmati sejuk-sejuk dengan buah pilihan anda. Berbaloi-baloi buat sendiri!\nPuding Buah Kastard Sedap & Mudah\nBahan-bahan puding:\n\n2 setengah cawan air\n4 sudu makan tepung kastard\n4 sudu makan gula\n1 tin susu cair\n\nCara buat puding:\n1. Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu, bila dah sebati baru hidupkan api perlahan.\n2. Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih tutup api.\n\n3. Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti.\n\nInfo: Texture puding ni bukan mcm agar-agar tau, dia lembik sebab saya suka blend dgn sos kastard nanti. Kalau nak keras sedikit. tambahkan 5 gram agar agar serbuk. Gaul dengan bahan diatas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar.\nBahan-bahan kuah kastard:\n\n2 cawan air\n1 tin susu cair\n2 sudu makan tepung kastard\n4 sudu makan gula\nSecubit garam\n\nCara buat kuah kastard:\n1. Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru hidupkan api.\n\n2. Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.\n3. Tutup api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.\n\nBila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.\n\nMakan sejuk2 insyaAllah sedap. Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.\n\nKredit: Muhammad Ali\nBaca juga: Ada Roti Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Karamel Yang Lembut Elok\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-puding-karamel-yang-sedap-tak-berongga/", "title": "Cara Buat Puding Karamel Yang Sedap & Tak Berongga", "body": "\nPenggemar puding gula hangus atau puding karamel wajib cuba resipi perkongsian oleh saudari Khairun Nisa ini kerana sangat cara penyediaannya sangat ringkas dan senang untuk dicuba.\nTip paling penting adalah jangan kacau dengan berlebihan untuk mendapatkan tekstur yang tidak berongga. Selain itu, selepas puding masak perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan supaya puding tidak hancur.\nMakan petang-petang kat luar rumah bersama seisi keluarga pasti membuatkan rasanya lebih sempurna. Yang penting, kena makan sejuk-sejuk baru lebih nikmat! Lihat resipi lengkap di bawah.\nResipi Puding Karamel\n\nBahan A:\n\n1/2 cawan gula pasir\n\nBahan B:\n\n5 biji telur gred A\nSusu cair 1 cawan\n1 cawan susu pekat (taknak manis boleh kurangkan)\n1 cawan air\nSedikit esen vanilla\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan 1/2 cawan gula ke dalam kuali. Masak sehingga gula bertukar keperangan, jangan sampai hangus pula nanti rasa hangit.\n\n2. Masukkan ke dalam loyang 7 inci.\n\n3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan letakkan juga esen vanilla.\n\n4. Masukkan pula air, susu cair, susu pekat dan kacau sebati. Jangan terlalu lama nanti puding jadi berongga.\n\n5. Tapiskan adunan semasa tuang ke dalam loyang.\n\n6. Kukus selama 25 hingga 30 minit atau sehingg masak.\n\n7. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan atas pinggan supaya tidak hancur. Selamat mencuba!\n\nKredit: Khairun Nisa\nBaca juga: Hanya Guna Kulit Paratha Segera, Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-puding-strawberry/", "title": "Cara Buat Puding Strawberry Yang Kurang Manis, Tak Muak Bila Makan!", "body": "\nBulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Pasti anda akan tercari-cari resipi pencuci mulut untuk berbuka puasa. Salah satu resipi yang boleh anda cuba adalah resipi puding strawberry.\nSedap makan sejuk-sejuk, nikmat dia memang lain macam lebih lagi jika dimakan semasa berbuka puasa.\nBahan dan cara penyenyediaannya juga tidak susah mana. Ikut saja cara-cara yang dikongsikan oleh Encik Muhammad Ali di bawah.\nRESIPI PUDING STRAWBERRY\nBahan-bahan lapisan pertama:\n\n1 paket serbuk agar-agar (10 gram)\n3 cawan air (1 cawan = 250ml)\n1 cawan dairy whipping cream\n220 gram gula\nSirap\nSecubit garam\nStrawberry dipotong dadu\n\nBahan-bahan lapisan kedua:\n\n5 gram serbuk agar-agar\n2 cawan air (1 cawan = 250ml)\nSatu titik pewarna sirap\n60 gram gula\nStrawberry yang dihiris\n\nCara-cara:\n1. Untuk lapisan pertama, dalam periuk masukkan 3 cawan air, 1 paket agar-agar dan 220g gula. Kacau sebati, bila dah sebati baru hidupkan api perlahan sahaja.\n2. Kacau dalam seminit, kemudian masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair.\u00a0Kacau lagi sehingga mendidih dan biarkan mendidih selama lebih kurang seminit.\n\n3. Tutup api, masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan.\u00a0Tuangkan ke dalam loyang 8 inci.\n4. Seterusnya masukkan strawberry yang dipotong dadu. Masukkan perlahan-lahan.\n\n5. Biarkan di luar selama 10 minit, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.\n6. Untuk lapisan kedua, masukkan 2 cawan air, 5 gram serbuk agar-agar dan 60 gram gula. Kacau sebati, bila dah sebati baru hidupkan api perlahan sahaja.\n7. Kacau lagi sehingga mendidih dan biarkan mendidih selama lebih kurang seminit.\n8. Tutup api, masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan.\n9. Tapis dan sejukkan dulu selama 5 minit.\n\n10. Ambil lapisan pertama tadi, cucuk atau lorek atasnya. Kemudian baru tuangkan lapisan kedua.\n\n11. Tuang separuh dulu, kemudian letakkan strawberry yang telah dihiris. Tuangkan kembali lebihan adunan lapisan kedua sehingga strawberry tenggelam.\n\n12. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum dimakan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Muhammad Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-puding-trifle-yang-cantik-sedap/", "title": "Cara Buat Puding Trifle Yang Cantik & Sedap, Best Makan Sejuk-Sejuk!", "body": "\nMacam-macam resipi puding ada sekarang ni. Tapi kalian pernah cuba tak buat puding trifle? Rasa puding ini sangat sedap, rupa dia pun sangat cantik sebab ada campuran kek gulung, kastard dan campuran buah.\nResipi ini juga sangat mudah untuk dibuat. Hanya menggunakan beberapa jenis bahan sahaja. Nak lagi sedap, kena makan sejuk-sejuk. Buat pencuci mulut untuk rumah terbuka pun boleh juga.\nRamai dah cuba resipi ni, memang puas hati! Kalian pun boleh cuba buat nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Khairul Izhar di bawah.\nRESIPI PUDING TRIFLE MUDAH & SEDAP\nBahan-bahan:\n\nKek gulung\n1 tin susu cair\n1 tin mix fruit\n1 kotak jelly cristal\n3 sudu tepung castard\n4 sudu gula\n\nCara-cara:\n\nPotong kek gulung. Kemudian susun dalam bekas dan tekan sedikit sehingga mampat.\nAsingkan buah-buahan dalam tin dari airnya.\nDalam periuk, masukkan 1 tin susu cair dan 1 tin air.\nKemudian masukkan gula dan tepung kastard.\nKacau sampai sebati sehingga tepung kastard tidak berketul-ketul.\nKemudian baru masakkan atas api kecil sambil kacau sehingga ada letup-letup kecil tu baru tutup api.\nTuangkan kastard ke atas kek gulung tadi dan ratakan.\nAgak-agak bila kastard sudah hampir mengeras, susun buah-buahan atas kastard. Tekan-tekan sikit\u00a0buah koktel guna sudu biar separuh tenggelam masuk ke lapisan kastard.\n\nKemudian tuangkan jelly. Cara nak masak jelly macam ni,\u00a0campurkan serbuk jelly\u00a0dengan\u00a0400ml air.\u00a0Masak sehingga larut dan mendidih. Kalau guna dua kotak, hanya\u00a0gandakan kuantiti air.\n\nTutup bekas dengan penutup. Simpan dalam\u00a0chiller. Lagi sejuk lagi sedap. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Khairul Izhar\nBaca juga: Cara Buat Puding Karamel Yang Sedap & Tak Berongga\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-puff-sardin-ala-stesen-minyak-shell-guna-pastri-segera-jer/", "title": "Cara Buat Puff Sardin Ala Stesen Minyak Shell, Guna Pastri Segera Jer", "body": "\nSeronok juga kalau dapat makan puff sardin kan. Cara nak buat pun mudah. Korang follow je resepi puff sardin kat sini.\nSimple dan tak guna bahan yang banyak pun dalam penyediaannya. Guna pastry segera lagi mudah! Terus rasa macam makan puff kat bakery.\nMin kalau setiap kali pergi stesen minyak Shell, wajib beli puff sardin untuk dipadankan dengan costa coffee.\nBaca juga: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!\nTapi, bila tahu ada cara paling mudah nak buat. Rasa rugi pula kalau tak cuba kan.\nMakan panas-panas baru syok! Korang nak tukar apa jenis inti yang korang suka pun boleh.\nResepi puff sardin ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna iaitu Mastura Razali.\nMudah sangat untuk korang follow sebab resepi ni jelas dan mudah nak faham. First time baking pun boleh buat.\nJom kita cuba!\nResipi Puff Sardin Ala Stesen Minyak Shell\nBahan-bahan:\n\n\nKulit pastry (Guna kulit pastry yang kecil je dalam 10 keping)\nSardin\nBawang putih\nBawangholland\nCili\nGaram\nGula\nKuning telur\n\nCara-cara penyediaannya:\nInti Sardin:\n\n\n1. Mula-mula hancurkan sardin.\n2. Kemudian, tumis bwang putih, bawang holland dan cili sampai garing.\n3. Seterusnya, masukkan sardin dan masak sampai agak kering.\n4. Perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk inti sardin!\n\nPuff Sardin:\n\n\n1. Ambil pastry dan potong macam gambar di atas. Dan masukkan inti.\n\n\n2. Lipat segi tiga pastry dan tekan dengan garfu.\n\n\n3. Sediakan kuning telur dan sapu atas pastry.\n\n\n4. Tabur pasley, kalau takde abaikan je.\n5. Sedia untuk di bakar. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit. Siap!\n\n\nSedia untuk di nikmati panas-panas! Wah nikmatnya. Kalau beli kat kedai biasanya dah tak dapat yang panas macam ni.\nBeli kat kedai, sampai rumah dah sejuk. Buat sendiri lagi puas hati kan. Nak buat banyak mana pun boleh. Puas nak makan nanti.\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Mastura Razali\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-rabokki-ramen-tteokbokki-pedas-manis-mudah/", "title": "Cara Buat Rabokki (Ramen + Tteokbokki), Pedas, Manis & Mudah", "body": "\nPeminat drama Korea atau mereka yang selalu berkunjung ke Korea mesti kenal dan familiar dengan Rabokki ni.\nRabokki atau kombinasi tteobokki dan ramen ini sangat sesuai dijadikan snek minum petang.\nTerliur je tengok diorang makan, so kalau kita masak sendiri dapat makan panas-panas. Nak makan kat kedai, entah nya bila dapat!\nBaca juga: Resipi Tteokbokki Macam Dalam K-Drama, Rasa Pedas Manis Yang Sedap!\nNampak sedap kan?\nJom kita tengok resepinya yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli melalui Facebook beliau ini.\nResipi Rabokki (Ramen + Tteokbokki)\n\n\nBahan-bahan:\nKiub pati ikan bilis\nKek beras Korea\nPes cili Korea (campuran pes Gochujang, serbuk Gochugaru, gula dan kicap)\nMi segera\nSosej\nSeaweed / keju (jika suka)\nCampuran pes cili\nUntuk membuat pes cili Korea, campurkan saja bahan-bahan ini dan kacau sebati.\n2 sudu makan pes Gochujang (Cili peram Korea)\n1 sudu makan serbuk Gochugaru (Kepingan halus cili kering Korea)\n1 sudu besar gula putih atau madu\n3 sudu besar kicap cair\nCara-cara memasaknya:\n1. Rebus air bersama kiub pati ikan bilis sehingga mendidih.\n\n2. Masukkan beberapa ketul kek beras korea, biarkan seketika.\n\n3. Kemudian tuang semangkuk kecil campuran pes cili korea.\n4. Kacau masakan sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.\n5. Apabila kuah menjadi sedikit pekat, boleh masukkan mi segera 1 paket. Saya belah dua supaya cepat masak.\nTambahkan sosej jika suka.\n\n6. Boleh hidangkan dengan telur rebus dan kepingan rumpai laut. Sekiranya anda peminat keju, boleh tambah keju ke atas masakan.\nSedia dihidang.\n\nSesuai untuk orang bujang yang mahukkan makanan simple ketika tengah hari atau makan malam.\nSambil-sambil tu bolehlah layan kdrama~\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-roti-boy-guna-roti-keping/", "title": "Cara Buat Roti Boy Guna Roti Keping, Tak Perlu Uli Doh", "body": "\nBau roti boy memang menusuk kalbu. Tiap lalu depan kedai roti ini mesti akan berhenti dan beli.\nSelain beli, kita pun boleh buat sendiri roti boy ni kat rumah. Tak perlu buah doh roti, guna roti keping pun boleh.\nKalau ada banyak lebihan roti kat rumah, boleh cuba resipi di bawah.\u00a0Confirm laku keras, sekejap dah lesap.\nRESIPI ROTI BOY GUNA ROTI KEPING\nBahan-bahan topping:\n\n4 tsp instant coffee\n2 tsp air panas\n1 biji telur\n70 gram gula aising\n80 gram tepung gandum\n80 gram butter\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan-bahan topping kecuali butter.\n2. Bila dah sebati, baru masukkan butter dan adun sebati.\n\n3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.\n4. Paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di atas loyang pembakar.\n\n5. Bakar pada suhu 100 darjah celsius menggunakan api atas sahaja selama 20-30 minit (bergantung kepada oven masing-massing) supaya topping masak dengan sempurna dan roti masih lembut.\n6. Dah siap, makan panas-panas sedap!\n\nLihat video penuh:\n\n\n @yayaamirul\nsemalam nak makan rotiboy tapi dah petang jadi takdanya nak uli doh, kita buat rotiboy express! \ud83e\udd0d #rotiboy #cookingtiktok #minivlogs \n \u266c One Way Ticket (To The Blues) \u2013 Tanja Thomas \n\n \nKredit: TikTok @yayaamirul\nBaca juga: Cara Buat Donut Susu Tanpa Telur \u2018Viral\u2019, Tapi Tetap Lembut & Gebu\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-roti-butut-bakar-yang-rare/", "title": "Cara Buat Roti Butut Bakar Yang \u2018Rare\u2019, Sajian Tradisi Yang Kian Dilupai", "body": "\nRoti Butut Bakar merupakan gelaran yang dipanggil oleh orang Kelantan, setiap negeri memanggil dengan gelaran yang berbeza-beza.\nOrang Terengganu pula memanggil Roti Butut ini dengan gelaran Roti Paung manakala negeri-negeri lain memanggil roti ini dengan gelaran Roti Benggali.\nRoti butut ini sangat sedap jika dicicah gulai, sup, air dan makan begitu sahaja pun cukup sedap.\nLagi sedap jika ia dibakar seperti yang dikongsi dibawah oleh Puan Afy Al Habibi\u00a0atau lebih mesra dipanggil \u2018cikgu\u2019.\nMenurutnya, resipi roti butut bakar seperti ini merupakan makanan orang lama termasuklah arwah \u2018mok\u2019 dan moyang beliau.\n\nCikgu kongsi resepi dari kampung ini yang pertama ya. Sebab ramai betul terpana dengan cerita yang cikgu tulis masa balik kampung sebelumnya di sini;\nTiada apa yang lebih istimewa melainkan menghargai sajian tradisi yang kian dilupai.\nCikgu berusaha memanjangkan resepi sebegini untuk mengagung kembali budaya makanan orang lama meskipun banyak variasi yang muncul selepasnya.\nSemoga keunikan citarasa selera Mok dan nenek moyang cikgu dari Kelantan terus diminati selamanya.\nResipi Roti Butut Bakar Yang \u2018Rare\u2019\n1. Guna satu plastik tu. Nama sebelah luarnya roti benggali. Kalau guna yang segi empat tu rasanya kurang kick. \nBetul. Cikgu dah cuba. Okeh potong saiznya setebal satu jari dengan pisau pemotong roti ya. Baru cantik.\n\n2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Wajib guna marjerin jenama nih Mok pesan. Kalau guna yang lain atau butter rasa klasiknya takkan timbul. Marjerin Seri Pelangi boleh buat roti kita bau wangi berganda.\nDulu harganya murah sikit dari yang lain. Sekarang dah naik. Tengok Mok simpan dalam bekas tu je. Jangan dikemas buang. Siaplah kena bebel. Sapu marjerin tu kat kedua belah roti ya.\nKemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa masin.\n\n3. Haa Mok sapu-sapu juga marjerin atas pan begini. Barulah roti dibakar garing cantik. Extra berlemak gituh. Habislah diet cikgu. Padahal tak fikir dah pun.\u00a0\n\n4. Mok kata; \u2018Kalu celup pelung so roti gitu parok telur. Tepek-tepek dengan garpu ginih baru jimat.\u2019 Haa faham ke? Buat kedua belah ya.\nIngat tu Mok cikgu pesan. Kalau cikgu sendiri buat memang celup-celup. Tak cukup dua biji telur untuk seketul besar roti butut tu. Baik ikut cara Mok cikgu ni. Sederhana dalam semua perkara kan bagus.\n\n5. Barulah dibakar atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi.\n\n6. Siap semua bolehlah disusun dalam dulang ke pinggan.\n\n7. Haa ini je pilihan sapuan yang ada. Kalau nak letak kaya ke jem terpulang. Tapi percaya kata cikgu, letak susu paling sedap!\n\n8. Aduhai. Melting rasanya. Makan panas-panas dengan kesayangan. Syok betul.\n\nKredit: Afy Al Habibi\nBaca juga: Cara Buat Roti Boy Guna Roti Keping, Tak Perlu Uli Doh\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-roti-diet-homemade-hanya-70-kcal-sekeping/", "title": "Cara Buat Roti Diet Homemade Hanya 70 Kcal Sekeping, Mudah Dibuat, Lembut & Sedap", "body": "\nRupanya mudah sangat nak buat roti diet homemade. Hanya 70 Kcal sekeping, sesuai untuk mereka yang dalam proses menurunkan berat badan.\nBukan itu saja, roti ini juga sangat sedap dan lembut. Ngam dicicah dengan kari atau kuah asam pedas. Nak buat sandwich pun boleh.\nKalau ada yang nak cuba buat, ikut saja cara-caranya hasil perkongsian oleh Asrinna Bakri di bawah.\nResipi Roti Diet Homemade Hanya 70 Kcal Sekeping\nBahan-bahan:\nDalam gambar buat 2 adunan menghasilkan 16 keping roti.\n\n2 cawan tepung gandum\n2 susu kecil yis kering\n2 sudu besar susu tepung\n2 sudu besar minyak makan\n3 sudu besar gula halus\n1 sudu kecil garam\n\u00be cawan air suam\n\nCara-cara:\n1. Satukan air suam, susu tepung, gula dan yis. Kacau sebati. Biarkan sehingga yis mengembang dan berbuih halus.\n\n2. Dalam mangkuk adunan, satukan tepung, garam dan minyak. Tuangkan campuran yis tadi sikit demi sikit. Gunakan senduk atau spatula. Adunan memang akan sedikit melekit.\n\n3. Setelah menjadi doh, tutup dan diamkan adunan selama 1 jam atau hingga kembang 2 kali ganda.\n\n4. Bahagikan kepada 16 bahagian. Tabur skit tepung jika adunan melekat di tangan. Anggaran 35g \u2013 40g sebiji.\n\n5. Bulat-bulatkan dan diamkan sebentar.\n\n6. Canaikan dan rehatkan selama 10 minit. Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat.\n\n7. Panaskan kuali leper dengan api perlahan. Masak sebelah bahagian anggaran 1-2 minit sebelum diterbalikkan.\n\n8. Roti sihat ni sesuai dimakan cicah dengan kuah atau dijadikan poket isi dengan protein dan sayuran kegemaran korang. Kalori sekeping roti diet kosong tanpa kuah atau isi : 70 kcal.\n\nAnak-anak pula suka dibuatkan sandwich. Tebuk poket pada roti. Sapu mayonis dan butter. Sumbatkan scrambled egg, cheese dan salad. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.\n\nKredit: Asrinna Bakri\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-roti-gula-crunchy/", "title": "Cara Buat Roti Gula \u2018Crunchy\u2019, Kudapan Sedap Payah Nak Berhenti Makan", "body": "\nPetang-petang macam ni sedapnya makan roti gula rangup cicah kopi \u2018o\u2019 atau teh \u2018o\u2019 kan. Bila dah makan satu, memang susah nak berhenti makan.\nSebenarnya mudah saja kalau mak-mak nak buat sendiri di rumah. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.\nBoleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Jauharatuddini Taib di bawah ini sebagai panduan. Semoga bermanfaat!\nRESIPI ROTI GULA RANGUP\nBahan-bahan:\n\nRoti\nButtercup\nMarjerin\nGula pasir\n\nCara membuat:\n1. Potong roti kepada empat bahagian.\n\n2. Sapu buttercup, nak guna margerin pun boleh terpulang ikut citarasa.\n\n3. Bila dah siap sapu butter, taburkan pula sedikit gula pasir.\n\n4. Bakar guna air fryer, guna oven pun boleh. Bakar selama 10 minit pada suhu 180\u2103 terlebih dahulu, jika belum garing boleh tambah sedikit lagi masa. Tengok pada warna roti tu nanti.\n5. Rupa bila dah siap bakar.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Jauharatuddini Taib\nBaca juga: Guna Air Fryer Je, Jom Buat Roti Bakar Telur Goyang Cheese!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-roti-guna-kaedah-kukus/", "title": "Cara Buat Roti Guna Kaedah KUKUS, Hasilnya Jadi Lebih Lembut & Gebu!", "body": "\nKebiasaannya bila buat roti, kita akan bakar menggunakan ketuhar kan? Jarang-jarang dengar resipi roti guna kaedah kukus.\nKalau guna teknik kukus ini, roti akan menjadi lebih lembut dan gebu. Memang sedap dimakan panas-panas.\nSesuai dijadikan hidangan menu petang ataupun buat sarapan untuk seisi keluarga. Jom lihat caranya di bawah.\nResipi Roti Guna Kaedah Kukus\nBahan-bahan:\n\n150g tepung gandum\n2 biji telur\nGula 1 sudu besar\n1 sudu kecil yis\n1 sudu kecil esen vanila\nSecubit garam\n1 sudu besar minyak masak\nGula dan butter yang dicairkan untuk topping\n\nCara-cara:\n1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata. (memang tak pakai air, telur tu la cecair dia)\n2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin.\n3. Perap sampai doh naik 2 kali ganda. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.\n4. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci.\n5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.\n\n6. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit.\n7. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.\n\n8. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.\n\nNOTA KAKI:\n*Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus.\n*Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi.\n*Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.\nKredit: Khairunnisa Mohammad\nBaca juga: Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-roti-jala/", "title": "Cara Buat Roti Jala Guna Sukatan Cawan, Boleh Dapat 85 Keping!", "body": "\nCara buat roti jala ini tidak susah mana, namun ada teknik dan petua yang perlu diikuti untuk mendapatkan tekstur roti jala yang lembut dan tidak cepat rosak.\nRoti jala merupakan salah satu sajian popular yang dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri, biasanya digandingkan dengan kari ayam atau daging. \nJom cuba buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh pengguna Facebook, Nur Nabilah Jailani\u00a0ini. Roti jala bukan sahaja boleh bertahan lama, bahkan ia kekal lembut walaupun sudah semalaman.\nBaca juga: Jenis Anyaman Ketupat Yang Boleh Belajar Untuk Raya Ini, Jom Cuba!\nCARA BUAT ROTI JALA SUKATAN CAWAN\nBahan-bahan:\n\n1 kg tepung gandum\n1.8 liter air\n2 biji telur\n1/2 cawan minyak masak\n1 sudu besar garam\n1 sudu besar gula\n1/4 sudu kecik pewarna kuning lemon\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan kecuali tepung. Kacau sebati sehingga gula dan garam cair. Kemudian baru masukkan tepung gandum, kacau sebati menggunakan\u00a0whisk.\n2. Bila dah dikacau sebati, rehatkan adunan selama 15 hingga 30 minit. Dalam tempoh itu, kacau-kacau manja selang 5 minit untuk pastikan tepung tidak berketul.\n3. Sedia untuk dijala di atas kuali. Bila dah masak, angkat dan terus digulung. Ulang langkah sehingga adunan habis.\n4. Guna kuali non stick supaya adunan tidak melekat. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nur Nabilah Jailani\nBaca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-roti-sisir/", "title": "Cara Buat Roti Sisir Atau Roti Balok, Gebu Dan Sedap", "body": "\nBarang dah naik harga, roti pun naik sekali. Zaman pun dah maju, jadi masing-masing mampu nak beli breadmaker di talian untuk buat sendiri roti sisir ala gardenia.\nBila semua barang naik, ramai yang belajar buat roti secara homemade. Rasanya dah boleh guna resipi ini untuk asah skill buat roti dirumah.\nBaca juga: Hilang 32KG, Wanita Kongsi 8 Idea Menu Diet Yang Berasaskan Roti\nMudah dan tak renyah cara penyediaanya. Roti yang dimasak sendiri ni lebih baik dari beli diluar. Terjamin kebersihannya dan boleh dikawal bahan pengawet yang digunakan. Roti sisir ini juga boleh dimakan dengan apa saja jenis manisan.\nJom ikuti perkongsian resipi dari Neny Lai Han ini. Untuk mendapatkan tekstur yang lembut pada roti, ada tekniknya. Antaranya ialah adunan roti mestilah diperap lama dan diperap beberapa kali selepas dibuang anginnya.\n\nResipi Roti Sisir / Roti Balok Homemade\n\n\nBahan A:\n\n1 paket yis kering\n2 sudu susu pekat\n1 cawan air suam\n2 sudu gula\n\nBahan B\n\n4 cawan tepung gandum\n2 sudu marjerin\n2 sudu teh baking powder\n1 sudu teh garam\n1 sudu teh dough softener\n1 biji telur dari peti*\n\nCara penyediaan:\n1. Campurkan bahan A dan biarkan kembang seketika.\n2. Satukan bahan B kecuali telur. Ramas sehingga jadi macam serbuk roti.\n3. Kemudian, campurkan yis tadi dan pecahkan sebiji telur. Gaul rata.\n4. Rehatkan doh sehingga kembang. Kemudian, tumbuk bagi keluarkan angin biar kejap untuk kembang kali kedua dan tumbuk lagi keluarkan anginnya.\n5. Seterusnya, uli sekadar tak melekat pada tangan.\n6. Bulatkan doh besar ikut suka atau boleh timbang. Gelek ketebalan ikut suka lipat dua dan susun rapat-rapat dalam loyang roti. Ulang buat hingga loyang penuh.\n7. Rehatkan doh sehingga kembang. Sementara tu panaskan oven guna suhu 170C selama 10 minit atau ikut oven masing-masing.\n8. Sapukan permukaan doh roti dengan campuran sebiji kuning telur yang dicampurkan dengan 2 tbsp fresh milk yang dikacau rata.\n9. Kemudian, bakar menggunakan api atas bawah guna suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.\n10. Rehatkan kejap roti dalam oven baru keluarkan. Terbalikkan sekejap kemudian griskan dengan marjerin bagi roti cantik glowing.\n11. Dah boleh potong sedikit nipis ala roti gardenia.\nSelamat mencuba dan semoga bermanfaat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-salad-buah-yang-mengenyangkan/", "title": "Cara Buat Salad Buah Yang Mengenyangkan, Sesuai Untuk Diet!", "body": "\nJika sebelum ini kita selalu menonton tv sambil mengunyah jajan kan? Apa kata selepas ini jom tukar kepada salad buah yang mengeyangkan ini pula bagi menggantikan jajan.\nSalah buah bukan sahaja sedap dan menyegarkan, tetapi baik untuk kesihatan tubuh badan lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.\nResipi Salad Buah Yang Menyenyangkan\nBahan-bahan:\n\nSebiji epal, sebiji lai, sebiji pir, sebiji oren (Apa-apa buah pun boleh, ikut selera masing-masing)\nSetengah tin susu cair\nSatu botol yogurt (130g)\n5 sudu besar mayonis\n\n\nCara-cara:\n1. Potong dadu semua buah-buahan.\n\n2. Masukkan ke dalam mangkuk.\n3. Masukkan susu cair, yogurt dan mayonis. Gaul hingga mesra kemudian bolehlah masukkan ke dalam peti ais. Nyaman bila di makan dalam keadaan dingin.\n\nKredit: Ani Zam\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sambal-belacan-tomyam/", "title": "Cara Buat Sambal Belacan Tomyam Padu, Resipi Ori Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!", "body": "\nBanyak resepi sambal yang boleh kita cuba, salah satunya adalah sambal belacan tomyam ini.\nMakan nasi kalau tiada sambal belacan memang tak cukup\u00a0umphh bak kata orang. Memang wajib ada!\nKalau nak sambal belacan rasa padu macam kat kedai Thai, boleh ikut resipi perkongsian oleh Ummu Naim di bawah. Menurutnya resipi ini dipelajari dari isteri tokey kedai tomyam. Selamat mencuba!\nResipi Sambal Belacan Tomyam Padu\nBahan-bahan:\n\n10 biji cili api\n3 biji cili merah\n3 ulas bawang putih yang besar (kalau kecil guna 5 biji)\nBelacan (hitam campur putih, goreng atau bakar dahulu)\nGula\nGaram\nAjinamoto\nAsam kasturi (agak banyak biar masam, ambil jus saja. Masukkan cuba sedikit jika perut tiada masalah)\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan menggunakan butang pause.\u00a0Tak nak halus sangat, biar kasar macam biasa makan kat kedai Thailand.\n\n2. Masukkan perasa secukupnya. Siap, selamat mencuba!\n\nInfo: Belacan hitam tu belacan sebelah utara, sedap belacan ni.\nKredit: Ummu Naim Qalaq\nBaca juga: Rahsia Buat Tomyam Pekat Ala Thai Yang Mudah & Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sambal-ikan-bilis-rangup/", "title": "Cara Buat \u2018Sambal Ikan Bilis Rangup\u2019 Yang Bikin Ketagih, Satu Lauk Ni Dah Cukup!", "body": "\nBila dah tiada idea nak masak apa, jom cuba Resipi Sambal Ikan Bilis Rangup ini pasti dapat menaikkan selera.\nSatu lauk ini pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas. Tak perlu banyak lauk pun!\nNak cuba? Jom ikuti resipi hasil perkongsian oleh Puan Liza Idris. Semoga bermanfaat!\nRESIPI SAMBAL IKAN BILIS RANGUP\nBahan-bahan:\n\n1 mangkuk cili kering\n2 biji bawang besar\n7 ulas bawang putih\n2 biji limau kasturi\n1 kiub ayam\n1 mangkuk ikan bilis digoreng garing\n1 mangkuk bawang goreng\n1 gelas air\n\nCara-cara:\n1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.\n\n2. Panaskan minyak, masukkan cili yang sudah dikisar dengan bawang tadi.\n\n3. Bila dah pecah minyak, masukkan 1 sudu gula. Lebihkan kalau suka manis.\n\n4. Letakkan 1 kiub ayam, hancurkan dahulu. Kacau dan biar sehingga pecah minyak.\n\n5. Masukkan 1 gelas air dan kacau rata. Perahkan juga sebiji limau, kalau kurang masam boleh perahkan lagi sebiji.\n\n6. Letakkan 2 sudu kicap. Biarkan sambal seakan hampir kering. Boleh tutup api.\n\n7. Masukkan ikan bilis dan bawang goreng. Kacau rata.\n\nSiap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Liza Idris\nBaca juga: Resipi Sambal Ikan Padu, Warna Kena Merah Macam Ni Baru Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sambal-kicap-power-makan-dengan-apa-saja-pun-pasti-sedap/", "title": "Cara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!", "body": "\nResipi sambal kicap power hasil perkongsian oleh\u00a0Ida Hassan\u00a0ini nampak biasa je, tapi sebenarnya ada ramuan istimewa yang membuat ia jadi lebih sedap dan rasa \u2018luar biasa\u2019. Siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, bolehlah cuba resipi di bawah ini.\nSesuai dimakan dengan apa saja seperti pisang goreng, soto, mihun sup dan sebagainya. Malah jika disimpan dalam peti sejuk, sambal ni boleh tahan hingga sebulan. Memang berbaloi kan?\nBaca juga: Cara Buat Sambal Belacan Tomyam Padu, Resipi Ori Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!\nRESIPI SAMBAL KICAP POWER\nBahan-bahan:\n\n1 genggam cili padi\n1 ulas bawang putih\n3 biji limau kasturi ( pilih buah yang masak)\n1 cawan kicap manis\n2 sudu gula pasir\n\nCara memasak:\n\nAmbil limau kasturi, belah dua dan buang bijinya bagi mengelakkan sambal menjadi pahit.\nMasukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat. Untuk limau kasturi, masukkan 2 biji sahaja. Satu biji lagi hanya perah jusnya sahaja dan kulit dihiris halus.\n\nBila siap dikisar, masukkan kulit limau yang dihiris tadi ke dalam campuran sambal kicap.\n\nLetak sambal kicap dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dinikmati.\n\n\nKredit resipi: Ida Hassan\nBaca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sandwich-sushi-guna-roti/", "title": "Sandwich Sushi Guna Roti Buku, Sesuai Untuk Yang Tak Nak Makan Nasi", "body": "\nPernah cuba buat Sandwich Sushi? Menu kreatif tapi sangat mudah penyediaannya, jom kita tengok cara-cara nak buat.\u00a0\nMesti bosan bila lauk masa tengah diet hambar je kan? Boleh kreatif dengan menghasilkan menu makanan sihat yang boleh naikkan selera dan kenyang.\nBukan sahaja hidangan ini berkhasiat, tapi rasanya juga pasti dapat meningkatkan selera sesiapa sahaja. Memang best kalau diet macam ni!\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Shahrul Bieha menerusi laman Facebook sehingga meraih 2.1k shares! Menariknya, resepi sandwich sushi ini diolah dengan menggunakan roti sandwich dan sangat mudah dibuat.\nBaca juga: \u201cNak Makan Macam T20\u201d \u2013 Sushi RM1 Jadi Isu Hangat Netizen, Bandingkan Dengan Restoran Jepun\nBukan saja diminati di Malaysia malahan ia merupakan antara makanan wajib ada di seluruh dunia.\u00a0\n\nRESIPI ROTI SANDWICH SUSHI\n\nBahan-bahan:\n\nSeaweed roasted potong 2 (beli yang khas untuk buat sushi)\nRoti Gardenia\nSalad secukupnya\nMayonis\nCarrot yang telah dipotong memanjang\nSosej / crabstick dicelur dan dipotong-potong\n\nNota: Ramai yang tanya nak beli seaweed dekat mana yang halal. Biasanya boleh beli dekat Aeon atau Shopee mudah nak dapat.\nBahan Topping:\n\nSos cili\nMayonis\nSos thousand island / sos keju\nBijan\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Sapu dahulu mayonis pada roti di bahagian depan dan belakang.\n2. Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua dan lenyekkan roti tersebut untuk memudahkan rolling seperti sushi.\n3. Kemudian, susun carrot, sosej dan daun salad seperti nak buat sandwich.\n\n4. Gulungkan sandwich sushi dan boleh potong kepada 5 bahagian.\n5. Boleh hiaskan dengan bahan topping mengikut kreativiti masing-masing.\nDah siap, korang dah boleh menjamu selera dan sesuai juga untuk bawa bekal.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Sushi Ikut Tekak Melayu, Ini Cara MUDAH Bagi Anak Suka Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sausage-puff-sedap-sesuai-untuk-sarapan-bekal-untuk-anak/", "title": "Cara Buat Sausage Puff Sedap, Sesuai Untuk Sarapan & Bekal Untuk Anak", "body": "\nApa kata cuba resipi Sausage Puff paling mudah ni. Memang mudah dan sedap. Anak-anak pun suka.\nJadi jika hari-hari menu yang sama tentu bosan juga. Ibu pun pening kepala tak ada idea anak masak apa lagi.\nAda para ibu-ibu lebih suka menyediakan sarapan pagi sendiri daripada membeli di kedai.\nBaca juga: Resipi Coney Sausage Ala A&W, Isi Padat & Lagi Puas Makan!\nAda juga anak yang cerewet tidak suka membeli makanan di kantin.\nJom lihat cara buat Sausage puff untuk sarapan dan bekalan anak ke sekolah.\nNak buat menu potluck pun boleh! Jom lihat resipi yang dikongsi oleh Azie Surip.\nResipi Sausage Puff\nBahan-bahan:\nSosej\nPuff pastri\nBiji bijan untuk hiasan\nCara-cara penyediaannya:\n1. Satu sosej di letakkan di atas pastry puff yang telah di potong.\n\u00a0\n2. Kemudian lipat secara bersilang. Rujuk gambar untuk membuat lipatan begitu.\n\n3. Lakukan lipatan secara bersilang sehingga menutupi sosej. Kemudian bakar suhu 180\u2019c selama 30 minit. Letak biji bijan untuk hiasan.\n\nSiap!\n\nSesuai sekali untuk jamuah potluck anak sekolah. Pasti licin satu kelas. Apa lagi jom buat menu yang paling mudah ni.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Azie Surip\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-scrambled-egg-macam-dekat-hotel-ikut-tips-ini/", "title": "Cara Buat Scrambled Egg Macam Dekat Hotel, Ikut Tips Ini", "body": "\nSarapan yang ringkas dan sihat, scrambled egg antara menu jadi pilihan ramai yang dipadankan dengan roti.\nJika korang kreatif, boleh pelbagaikan variasikan scrambled egg yang korang sediakan untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama setiap pagi.\nJom ikut tips ini jika nak dapatkan scrambled egg sedap macam dekat hotel.\n\nAntara bahan-bahan asas yang diperlukan selain telur adalah serbuk lada sulah dan lada hitam, garam halus dan mentega.\n\nBaca juga: Cara Buat Tortilla Chips Cicah Telur Hancur, \u2018Breakfast Dip\u2019 Gitu\n\n\nSusu dan butter adalah dua bahan wajib ada untuk menghasilkan scrambled egg yang moist dan sedap seperti korang makan di hotel.\nKenapa scramblend egg yang disediakan di hotel itu nampak sedap dan menggoda, tapi bila buat sendiri tak semengah hasil kejadiannya, kadang menjadi, kadang -kadang tak seperti diharapkan. Nak tak nak kenalah makan juga.\nSentiasa gunakan kuali non stick agar telur tidak lekat atau mudah hangus.\nJika ingin warna kuning cerah pada scrambled egg, masak sekejap je dan masa kacau telur tu jangan sampai berbuih ye. Bila mengeras dan masak terus angkat, jangan biar lama di atas kuali. Bimbag terlur akan keras dan kering kerana kuali masih panas.\n\nVariasikan Scrambled Egg\n\nUntuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama, korang boleh campurkan di dalam telur bawang Holland, cili benggala, cendawan cincang, keju, daging atau sosej.\nBerikut resipi ringkas scrambled egg yang mudah.\nBahan-bahan:\n4 biji telur\n1/4 cangkir susu\n1 sudu salted butter\nCara-caranya:\n1. Campurkan telur bersama bahan lain, kacau rata.\n2. Panaskan mentega dalam kuali menggunakan api sederhana.\n3. Tuangkan adunan telur dalam kuali kemudian kecilkan api.\n4. Apabila telur mula keras, terus kacau supaya telur tidak berketul dan masak sekata.\n5. Tutup api dan scrambled egg sedia dihidangkan.\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sendiri-apple-cider-di-rumah-banyak/", "title": "Cara Buat Sendiri Apple Cider Di Rumah, Banyak Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu", "body": "\nPernah dengar tentang cuka epal? Cuka epal atau\u00a0apple cider vinegar\u00a0(ACV) sebenarnya ialah jus epal yang telah melalui proses penapaian.\nProses ini menukarkan jus epal kepada asid asetik. Sebab itulah rasa cuka epal agak masam dan tajam.\nBukan sekadar cuka biasa, cuka epal memiliki banyak nutrien yang baik untuk badan.\nPuan Siti Hazneza\u00a0ada berkongsikan cara membuat apple cider homemade. Ada epal banyak kat rumah tu boleh cuba buat!\nCARA BUAT APPLE CIDER HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\nEpal\nGula (jika mahu)\nKulit kayu manis\nBunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)\nAir\n\nCara-cara:\n1. Epal Granny Smith dan Royal Gala yang sudah mula lesu. Tujuh biji semuanya.\n\n2. Kupas semua epal.\n\n3. Dadukan epal dan masukkan dalam blender. Tambah air secukupnya dan kisar.\n\n4. Anda boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.\n\n5. Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).\nSaranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat.\nMasukkan 2 sudu makan gula, 2 inci kulit kayu manis dan 3-5 kuntum bunga cengkih.\n\n6. Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak. Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.\nSaya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu).\n\n7. Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.\n\nJom kita semak khasiat cuka epal untuk kesihatan tubuh!\n8 KHASIAT CUKA EPAL UNTUK TUBUH\n\nMengawal paras gula dalam darah.\nMencegah penyakit jantung.\nMembantu dalam menurunkan berat badan\nKaya dengan antioksida\nBaik untuk sistem penghadaman\nPenawar bagi psoriasis kulit kepala\nBersifat antibakteria\nMeningkatkan ketahanan badan dalam aktiviti bersukan\n\nKredit: Siti Hazneza Abdul Hamid\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-serawa-durian-yang-bau-harum-semerbak/", "title": "Cara Buat Serawa Durian Yang Bau Harum Semerbak, Sedap Cicah Roti!", "body": "\nMusim durian dah tiba kan? Selain dari pulut durian, serawa durian pun orang akan wajib buat. Cicah roti makan petang-petang sedapnya.\nKalau ada yang tak pernah buat menu pencuci mulut ni, jom ikut resipi\u00a0step by step\u00a0di bawah. Mudah je cara nak buat, jom sama-sama cuba buat nanti ya!\nBaca juga: Cara Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama, Ada Petua Kalau Tak Nak Masam\nRESIPI SERAWA DURIAN\nBahan-bahan:\n\nDurian\nSantan\nGula melaka\nDaun pandan\nGaram\n\nCara-cara:\n\nMasukkan air. Letak gula melaka dan daun pandan.\n\nBiarkan sehingga air mendidih dan gula melaka cair.\n\nKemudian masukkan santan.\n\nKacau-kacau sedikit sehingga rata.\n\nKemudian terus masukkan durian. Api jangan kuat. Kacau sekejap-sekejap supaya tidak berketul. Masak perlahan sehingga rasa durian meresap bersama kepekatan kuah.\n\nMasak sehingga mencapai kepekatan yang anda suka. Masukkan garam secukup rasa.\n\nSiap! Selaamt mencuba.\n\n\nKredit: Ruqayyah Farhani\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-serbuk-kunyit-homemade/", "title": "Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade. Bau Lagi Wangi & Asli Tanpa Pengawet", "body": "\nKalau ada yang tanam pokok kunyit di rumah, boleh hasilkan sendiri serbuk kunyit homemade.\nBoleh ikut cara yang dikongsikan oleh Sue Tiez di bawah untuk membuat serbuk kunyit.\nYang penting kalau buat sendiri, lebih bersih dan bebas bahan pewarna serta bahan pengawet.\nSerbuk Kunyit Homemade\nBeberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan share di sini cuba buat serbuk kunyit sendiri. Ini lah hasilnya. Dapat la 1 botol serbuk kunyit dari isi kunyi yang tak seberapa banyak tu.\n\nWarna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan orginal.\nCara buat:\n1. Cuci sebersih-bersihnya kunyit tu guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus pasti bersih.\n2. Potong nipis dan jemur/keringkan (saya ambil masa 2 hari saja untuk keringkan sebab panas terik dari pagi sampai petang). Nak cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh. Ada kawan-kawan kata boleh. Saya lebih suka cara semulajadi.\n\n3. Selepas kunyit dah betul-betul kering, gunakan pengisar untuk bahan-bahan kering dan blanderkan kunyit tu sampai halus. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang berkali2 proses2 ni sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.\n\nIni hasilnya. Sekian.\n\nKredit: Suez Tiez\nBaca juga: Jom Buat Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci & Halal\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-singgang-daging-sedap-lazat/", "title": "Cara Buat Singgang Daging Sedap & Lazat, Raya Haji Nanti Boleh Cuba Masak!", "body": "\nHari Raya Korban bakal tiba tidak lama lagi. Pasti ramai yang sudah mula mencari resipi daging untuk dimasak nanti kan?\u00a0Haa,\u00a0resipi singgang daging ni wajib kalian cuba.\nHidangan ini terkenal di Kelantan dan Terengganu. Pasti ramai yang tak pernah merasa hidangan.\nBoleh simpan siap-siap resipi ini, nanti bolehlah masak untuk seisi keluaga. Gandingkan dengan telur dadar, ulam dan budu pasti memikat selera!\nBaca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak \u2018Satu Bahan\u2019 Ini\nRESIPI SINGGANG DAGING SEDAP & LAZAT\nBahan-bahan:\n\nDaging\nBawang putih\nBawang merah\nLengkuas\nBelacan\nCili api\nSerai yang dititik\nAsam keping\nDaging\n\nCara-cara:\n\nKetuk semua bahan-bahan terlebih dahulu. Hiris nipis daging.\n\nMasukkan air sehingga menddih. Kemudian baru masukkan semua bahan kecuali asam keping.\n\nBila bahan tadi dah masak atau air dah mendidih, baru masukkan daging.\n\nTunggu daging separuh masak, masukkan pula asam keping.\n\nKemudian perasakan dengan garam dan gula (atau guna gula melaka).\n\nRenehkan daging sehingga empuk. Siap untuk dimakan.\n\n\nNampak sedap kan hindangan daging singgang ni? Anda semua boleh cuba masak nanti ya. Selamat mencuba!\nKredit: Shareena Nana\nBaca juga: Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis & Sos Ala Thai\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-singgang-pedas-pantai-timur/", "title": "Cara Buat Singgang Pedas \u2018Pantai Timur\u2019, Guna Ikan Kerisi Kalau Nak Lagi Sedap", "body": "\nRupanya asam pedas ada banyak versi. Salah satunya adalah versi pantai timur yang dipanggil singgang pedas.\nCara penyediaanya juga sangat senang sebab tak perlu tumis, cuma rebus saja. Menu ini juga sangat sesuai untuk yang sedang diet.\nNak cuba? Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst di bawah.\nRESIPI SINGGANG PEDAS CARA PANTAI TIMUR\nBahan-bahan:\n\nIkan kerisi saiz sedang 4 ekor\nBawang besar 1biji*\nBawang putih 2 ulas*\nKunyit 1/2 inci (boleh ganti serbuk kunyit)*\nLengkuas 1/4 inci*\n3 tangkai lada kering yang direbus (cili kisar pun boleh)*\n5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)\nDaun kesum\nBunga kantan belah 2\nBendi (tadi takde)\nGaram & serbuk perasa\n\nCara-cara:\n1. Kisar bahan bertanda (*) dengan air.\n2. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.\n3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita nak.\n\n4. Masukkan garam dan serbuk perasa, bila ikan dah masak boleh tambah bendi. Siap! Sedap dan serious mudahh\n\n\u00a0\nMakan dengan sambal pauh, ada pulak ikan keringg. Selamat mencuba!\nKredit: Nurul Afidah Catalyst\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sira-labu/", "title": "Sira Labu Berkilat Cara Mudah, Manisan Wajib Kenduri Kahwin Kelantan", "body": "\nSira Labu manisan yang sangat sinonim dengan rakyat Kelantan. Tatkala masjid kenduri kahwin, ia merupakan salah satu manisan yang disajikan kepada tetamu.\nBegitu juga di majlis-majlis kenduri kendara dahulu kala. Sira Labu adalah salah satu manisan wajib ada. Namun kini, agak jarang menjumpai manisan ini.\nBaca juga: Resipi Cek Mek Kelantan Guna 4 Bahan, Sangat Mudah & Sedap\nAlang-alang tengah cerita bab labu, kat sini daku kongsikan sekali apakah khasiat labu ni pada tubuh badan kita sehinggakan Rasulullah SAW sendiri suka makan labu ini.\nAntara kebaikan Labu ialah amat berkhasiat dan boleh di makan daripada daun, buah sehinggalah kepada bijinya. Jika isi labu bagus untuk jantung dan usus, daun untuk ubati luka maka biji pula bagus di kalangan wanita terutama yang telah berada di dalam golongan menopause.\u00a0\nIa juga kaya dengan vitamin A dan C. Makan labu baik untuk jantung dan mengandung serat, kalium dan vitamin C yang sangat baik untuk jantung. Aisyah (ra) juga pun pernah diperintahkan oleh Rasulullah SAW ketika memasak untuk menambahkan labu yang lebih banyak karena dapat memperkuatkan jantung.\nBagi anda yang teringin nak rasa atau rindu nak makan dessert ini, Nor Azneyani Zakaria ada kongsikan resipinya. Lembut berkilat hasilnya! Persis air tangan orang tua dulu-dulu. Pasti sedap. Jom cuba!\n\nResipi Sira Labu\n\nBahan-bahan:\n\n1 biji labu\n5 keping gula melaka \n2 sudu makan gula \n2 helai daun pandan\nKapur makan secukupnya\n\nCara memasak:\n1. Bersihkan labu dan potong menjadi kepingan \u2018wedges\u2019 sederhana tebal. Kulit labu terpulang. Boleh dikupas atau dibiarkan sahaja.\n2. Lumur kepingan labu tadi dengan kapur makan dan biarkan selama 3 jam. Selain dilumur, anda juga boleh merendamnya dengan air kapur. Tujuan kapur digunakan adalah supaya labu tidak lembik dan hancur apabila disira.\n3. Cukup masa, bersihkan sisa kapur pada kepingan labu dan basuh bersih. Toskan.\n4. Masukkan labu, daun pandan, gula dan gula melaka ke dalam periuk. Tidak perlu tambah air.\n5. Masak guna api perlahan sehingga labu masak dan meresap bahan sira.\n6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.\n\nMemang mudah saja kan? Tinggal sejukkan kemudian sedia untuk dinikmati.\u00a0\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Jom Buat Lepat Labu Inti Kelapa Yang Lembut Dan Sedap, Guna Cara Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sira-roti-resipi-legend-turun-temurun/", "title": "Cara Buat Sira Roti, Resipi Legend Turun-Temurun. Makan Sejuk-Sejuk Sedap Sangat!", "body": "\nCara buat sira roti ini merupakan hasil perkongsian oleh Mleisya. Menurutnya, resipi ini merupakan resipi turun-temurun dari neneknya.\nJarang jumpa orang buat sira roti ni kan? Rasa dia sangat sedap, lagi-lagi kalau makan sejuk-sejuk baru lepas keluar dari peti ais.\nBaca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!\nResipi Sira Roti\nBahan-bahan:\n\nRoti\nSantan\nTelur\nDaun pandan\nEsen vanilla\n[email\u00a0protected]\n\nCara-cara:\n1. Belah roti kepada 2. Telur 3 biji.\n\n2. Mula-mula salut roti dengan telur, kemudian gorengkan. Angkat dan toskan.\n\n3. Masak santan bersama 3 cawan air sampai mendidih. Masukkan sebiji telur, 1 sudu kecil esen vanilla, daun pandan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sampai kuah menjadi sedikit pekat dan tak cair sangat.\n\n4. Kemudian baru masukkan roti yang sudah siap digoreng tadi. Biarkan kuah meresap ke dalam roti dalam 15 minit baru tutup api.\n5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti ais, jangan simpan panas-panas. Selamat mencuba!\n\nKredit: Mleisya Scarf\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sos-ayam-mangga-homemade-buat-jual-pun-pasti-laku-keras/", "title": "Cara Buat Sos Ayam Mangga Homemade, Buat Jual Pun Pasti \u2018Laku Keras\u2019", "body": "\nSiapa yang suka makan ayam mangga? Nak buat ayam goreng senang saja, mangga pula tinggal parut je. Tinggal satu lagi bahan yang sos ayam mangga.\nRupanya mudah sangat cara nak buat sos ayam mangga homemade macam kat kedai tu. Bila dah pandai buat sendiri, boleh buat jual pula.\nResipi hasil perkongsian oleh Cikgu Afy AL Habibi ini telah mendapat ribuan\u00a0shares di laman sosial Facebook. Jom cuba!\nRESIPI SOS AYAM MANGGA HOMEMADE\nBahan-bahan untuk membuat kuah sos thai:\n\nSos Cili Thai\n\nWajib guna jenama seperti yang cikgu tunjukkan untuk rasa yang menyengat.\n\nKicap pekat\nAir kosong\nCili Merah\nLemon\nBawang putih jeruk\nBijan disangai (untuk ditabur dalam sos colek pada akhirnya)\n\n\nPerhatian: Garam, gula @ nisse tidak diperlukan seperti bahan yang tersedia dalam gambar.\nCara-cara penyediaan:\n1. 8 tangkai cili padi dikisar bersama 2 labu bawang putih jeruk (dibuang kulit dan tangkainya).\n2. Kisar bersama air dalam bawang jeruk. Kisaran sedikit halus.\n\n3. Dalam periuk, masukkan 5 senduk sos Thai.\u00a0 (tak perlu buka api lagi)\n\n4. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.\n\n5. Tuang segelas air.\n\n6. Perahkan sebiji lemon tanpa biji. Pasang api dapur paling perlahan.\n\n7. Kemudian masukkan satu sudu besar kicap pekat (tak penuh). Nanti agak-agak sebab kita tak nak kuahnya terlalu gelap warnanya.\n\n8. Untuk memekatkan kuah, masukkan campuran 1/2 sudu besar tepung jagung dan 1/3 cawan air kosong.\n\n9. Kacau sehingga kuah mendidih sebelum ditutup api. Jika terlalu pekat, bolehlah ditambahkan lagi sedikit air.\n*tak perlu tambah garam gula sebab sos pencicah tu memang secukup rasa dengan kuantiti yang cikgu gunakan*\n\n10. Bahan-bahan lengkap untuk menyediakan colek ayam.\n\n11. Hidangan colek ayam kita.\n\nKredit: Afy AL Habibi\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sos-black-pepper-rasa-premium/", "title": "Cara Buat Sos Black Pepper Rasa \u2018Premium\u2019 Tapi Guna Bahan Mudah", "body": "\nBukan sahaja sos cili dan sos tomato, sos black pepper juga sering menjadi pilihan ramai untuk dinikmati bersama meatball, chicken chop dan pelbagai lagi. Ada yang nak tahu cara buat sos black pepper di rumah?\nKalau ada yang berminat nak buat, jom lihat perkongsian oleh saudara Ahmad Ilmi Ghazali di bawah. Resipi sos black pepper ini sememangnya setaraf restoran 5 bintang kerana rasanya yang \u2018premium\u2019.\nLihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!\nCara Buat Sos Black Pepper\nBahan-bahan:\n\n2 sudu besar butter\n1 biji bawang holand (potong dadu)\n2 sudu besar tepung gandum\n2~3 cawan air\n5 sudu besar kicap manis\nSos tiram 1 sudu besar\nBlack pepper 1 sudu besar\n1 kiub pati ayam\n500ml susu full cream\nGaram & gula (secukupnya\nMeatball & fries\n\nCara-cara:\n1. Cairkan butter. Kemudian masukkan bawang holland dan tumis sehingga wangi dan warna bertukar keperangan.\n\n2. Kemudian masukkan pula tepung dan tumis sebentar.\n\n3. Masukkan 2 cawan air, kacau sehingga sebati dan masukkan kiub pati ayam, black pepper, sos tiram dan kicap manis. Kacau lagi sehingga sebati dan tutup api.\n\n4. Masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kemudian kisar sehingga semua bahan hancur untuk dapatkan tekstur yang smooth semasa dimakan nanti.\n\n5. Bila dah siap kisar, tapis dan masukkan semula ke dalam kuali. Biarkan sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat.\n\n6. Kemudian masukkan susu full cream dan kacau sebati.\n\n7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kalau kuah dah sempurna, boleh tutup api dan siap kuah premium sos black pepper untuk dimakan bersama meatball atau mengikut selera anda.\n\nKredit: Ahmad Ilmi Ghazali\nBaca juga: Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sos-bolognese-tanpa-sos-segera-tak-cukup-satu-pinggan/", "title": "Cara Buat Sos Bolognese Tanpa Sos Segera, Tak Cukup Satu Pinggan!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-17 04:24:44\n\n\nSpaghetti Bolognese sememangnya merupakan makanan Itali yang cukup digemari oleh ramai orang, tidak hairanlah kalau pergi ke pasaraya pasti sos segera Bolognese ini akan laku terjual. Sebenarnya, korang masih boleh buat sos Bolognese ini tanpa memerlukan sos segera pun! Jom ikuti perkongsian dari Wanie Dazar menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Wanie Dazar\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n400gm Spaghetti/Macaroni (untuk resipi ini, saya gunakan macaroni)\nOlive oil (untuk menumis)\n400gm daging cincang\n1 labu bawang holland (dipotong dadu)\n1 tin tomato puri (nak pedas tambah cili kering kisar sikit kalau nak ikut tekak sendiri yang suka pedas la)\n1 tin hirisan cendawan butang (optional)\n1 sudu besar Oregano Flakes\n1/2 sudu Serbuk Blackpepper (nak lebih pun boleh)\n1 kiub pati ayam knorr (optional)\nGaram & gula secukup rasa\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nCelurkan macaroni yang telah disediakan sehingga lembut dan masak. Kemudian, biarkan ia sejuk seketika.\n\u00a0\nTumis bawang holland yang sudah dipotong dadu tadi dengan sedikit minyak. Tumis sehingga naik bau. Kalau inginkan rasa-rasa pedas, boleh masukkan sedikit cili kisar.\n \nKredit: Wanie Dazar\n\u00a0\nKemudian, masukkan daging kisar yang sudah dibasuh dan dibuang darahnya.\n \nKredit: Wanie Dazar\n\u00a0\nKerap gaulkan sehingga air daging semakin kering dan agak garing.\n \nKredit: Wanie Dazar\n\u00a0\nKemudian, masukkan tomato puri dan kacaukan bahan tumis sehingga rata dan sebati. Biarkan ia masak seketika.\n \nKredit: Wanie Dazar\n\u00a0\nSetelah cukup masak, tambahkan air rebusan daging ataupun 1 cawan air.\n \nKredit: Wanie Dazar\n\u00a0\nMasukkan blackpepper, oregano, garam dan gula dan gaulkan sehingga rata dan sebati.\n \nKredit: Wanie Dazar\n\u00a0\nApabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan cendawan butang.\n \nKredit: Wanie Dazar\n\nSiap untuk dimakan bersama spaghetti atau macaroni! Selamat mencuba!\n\nKredit: Wanie Dazar\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nG\n\n\nM\n\n\nT\n\n\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\n\nDetect languageAfrikaansAlbanianAmharicArabicArmenianAzerbaijaniBasqueBelarusianBengaliBosnianBulgarianCatalanCebuanoChichewaChinese (Simplified)Chinese (Traditional)CorsicanCroatianCzechDanishDutchEnglishEsperantoEstonianFilipinoFinnishFrenchFrisianGalicianGeorgianGermanGreekGujaratiHaitian CreoleHausaHawaiianHebrewHindiHmongHungarianIcelandicIgboIndonesianIrishItalianJapaneseJavaneseKannadaKazakhKhmerKoreanKurdishKyrgyzLaoLatinLatvianLithuanianLuxembourgishMacedonianMalagasyMalayMalayalamMalteseMaoriMarathiMongolianMyanmar (Burmese)NepaliNorwegianPashtoPersianPolishPortuguesePunjabiRomanianRussianSamoanScots GaelicSerbianSesothoShonaSindhiSinhalaSlovakSlovenianSomaliSpanishSundaneseSwahiliSwedishTajikTamilTeluguThaiTurkishUkrainianUrduUzbekVietnameseWelshXhosaYiddishYorubaZulu\n\n\u00a0\n\nAfrikaansAlbanianAmharicArabicArmenianAzerbaijaniBasqueBelarusianBengaliBosnianBulgarianCatalanCebuanoChichewaChinese (Simplified)Chinese (Traditional)CorsicanCroatianCzechDanishDutchEnglishEsperantoEstonianFilipinoFinnishFrenchFrisianGalicianGeorgianGermanGreekGujaratiHaitian CreoleHausaHawaiianHebrewHindiHmongHungarianIcelandicIgboIndonesianIrishItalianJapaneseJavaneseKannadaKazakhKhmerKoreanKurdishKyrgyzLaoLatinLatvianLithuanianLuxembourgishMacedonianMalagasyMalayMalayalamMalteseMaoriMarathiMongolianMyanmar (Burmese)NepaliNorwegianPashtoPersianPolishPortuguesePunjabiRomanianRussianSamoanScots GaelicSerbianSesothoShonaSindhiSinhalaSlovakSlovenianSomaliSpanishSundaneseSwahiliSwedishTajikTamilTeluguThaiTurkishUkrainianUrduUzbekVietnameseWelshXhosaYiddishYorubaZulu\n\u00a0\n\n\u00a0\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nText-to-speech function is limited to 200 characters\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\nOptions : History : Feedback : Donate\nClose\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sos-thai-homemade/", "title": "Cara Buat Sos Thai Homemade, Cicah Dengan Apa Pun Sedap!", "body": "\nMudah saja cara buat sos thai homemade. Kalau makan keropok keping, jemput-jemput atau ayam bakar wajib cicah sos thai ni.\nJika sebelum ini kita biasa beli saja, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri pula di rumah. Selepas ini tak perlu beli di kedai dah, jimat!\nKalau nak tahu cara membuatnya, ikut saja resipi lengkap yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika\u00a0di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!\nCARA BUAT SOS THAI HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\n10 biji cili api merah\n5 biji cili padi hijau\n2 biji cili besar merah\n3 ulas bawang putih\n1 cawan air masak\n1 cawan gula\n1/2 cawan cuka\n1 sudu kecil garam\n1/4 cawan sos cili\nSedikit ajinamoto\n1 sudu kecil tepung ubi (bancuh dengan sedikit air)\nBijan \u2013 disangai\n\nCara-cara:\n1. Kisar kasar cili api merah, cili padi hijau, cili besar merah dan bawang putih.\n2. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan-bahan lain ke dalam periuk kecuali tepung ubi dan bijan.\n3. Masak kesemuanya sehingga menggelegak. Kemudian kecilkan api dan masukkan tepung ubi, biarkan mereneh.\n4. Apabila kuah dah pekat dan cantik, taburkan bijan. Tapi pastikan jangan terlalu pekat kan.\n5. Tambah apa yang perlu. Pastikan rasa cukup masam, manis dan masin.\n\nKredit resipi dan gambar: Tg Khuzanika\nBaca juga: Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Sekejap Je Dah Siap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sotong-sumbat-bakar-dalam-daun-pisang-terangkat-dibuatnya/", "title": "Cara Buat Sotong Sumbat Bakar Dalam Daun Pisang, Terangkat Dibuatnya!", "body": "\nAda yang rasa nak makan sotong sumbat bakar tak? Apa kata korang follow resipinya di sini.\nMudah sangat cara penyediaannya. Buat sambal macam biasa dan sediakan bahan untuk sumbat sotong.\nMemang sedap sangat. Makan dengan nasi putih panas je pun, boleh terangkat dibuatnya!\nBaca juga: Cara Cuci Sotong Supaya Kekal Pejal & Tak Berair, Tak Perlu Rebus Lagi Sebelum Masak\nKalau nak makan kat luar boleh tahan mahal juga harganya. Apa kata korang masak sendiri kat rumah. Follow je perkongsian resipi dari Nor Seri Azlina Bustani ni.\nConfirm puas hati dengan hasilnya. Lagi sedap dari makan kat kedai ikan bakar tu tau. Duit poket pun jimat!\nNak lagi sedap, korang bakar sotong ni atas daun pisang.\nFuh! Bau wangi ala-ala makan ikan bakar kat kedai. Hari ni masak, esok mesti terbayang nak makan lagi tau.\nKalau korang nak sotong bakar tu lagi pedas, korang boleh masukkan potongan cili api di dalamnya. Barulah nikmat nak makan nanti.\nResipi Sotong Sumbat Bakar\n\n\nBahan untuk sumbat sotong:\nBawang merah\nBawang putih\nLada sulah\nTelur\n2 sudu besar mayonis\nBahan untuk sambal:\nCili kering\nBawang merah\nBelacan\nSerai sebatang\n5 biji buah keras\nAir asam jawa\nGula melaka\n2 sudu besar santan kotak\nGaram\nCara sumbat sotong:\n\n\n1. Tumis bawang merah dan bawang putih.\n2. Bila bawang dah separa masak, masukkan telur dan lada sulah.\n3. Perasakan dengan garam. Nak letak cili api pun boleh kalau nak pedas.\n4. Lepas masak letak 2 sudu besar mayonis.\n5. Kemudian, sumbat ke dalam sotong yang dah dibersihkan tadi.\n6. Kepala dan badan cucukkan dengan lidi.\n7. Kemudian, bakar sotong dalam pan.\n8. Ketepikan bila dah masak dan gunting tengah-tengah badannya.\nCara masak sambal:\n\n\n1. Tumis sambal seperti biasa.\n2. Bila sambal dah masak, salutkan sotong dengan sambal.\n3. Bakar atas pan sehingga masak. Siap!\nNota tambahan: Sotong ni kena cucuk guna lidi ye. Supaya tak putus-putus bila di gunting-gunting nanti. Sotong akan tercantum sampai lah siap di bakar. Mudah kerja membakar nanti. Telur yang dah sumbat dalam sotong pun tak berterabur. Sotong ni kena gunting. Senang korang nak makan nanti.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Nor Seri Azlina Bustani\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-stok-bahan-kisar/", "title": "Cara Buat Stok Bahan Kisar Supaya Tahan Lama, Mudah Bila Nak Masak!", "body": "\nBulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Bagi memudahkan ibu-ibu yang bekerja, jom buat stok bahan kisar ini untuk masak sahur dan berbuka dengan cepat.\nBila dah ada stok cili kisar dan bawang kisar ni, tak perlu susah-susah nak kupas bawang setiap kali masak.\nTapi ada petua yang perlu diikuti supaya bahan kisar tersebut tahan lama dan tidak rosak. Jom baca resipi lengkap di bawah.\nBaca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap\nPETUA STOK BAHAN KISAR TAHAN LAMA\n\nRESIPI CILI KISAR\nBahan-bahan:\n\nCili kering\nGaram\n3 biji bawang besar\n1 labu bawang putih (8 @9 ulas)\n\nCara-cara:\n\nGunting cili kering dalam 1 inci.\nMasukkan ke dalam penapis yang berlubang untuk membuang biji cili.\nKemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili sehingga mendidih.\nLetakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.\nBila dah mendidih, tutup api.\nBasuh cili di bawah aliran air paip untuk mengeluarkan saki baki biji cili.\nMasukkan cili yang sudah dibasuh ke dalam pengisar.\n100gm cili kering kisar bersama 3 biji bawang besar dan 1 abu bawang putih.\nKisar menggunakan air tapis. Bila dah siap kisar, masukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.\nCili kisar boleh tahan sehingga sebulan.\n\nRESIPI BAWANG MERAH KISAR\nBahan-bahan:\n\n6 biji bawang besar\n10 biji bawang kecil\nMinyak masak\nGaram\n\nCara-cara:\n\nKupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.\nKisar bawang bersama minyak masak.\nAnggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.\nJika bilangan bawang penuh satu pengisar, gunakan minyak anggaran setengah pengisar.\nBila dah siap kisar, masukkan ke dalam bekas.\nLetakkan sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum disimpan ke dalam peti ais.\nBoleh tahan selama seminggu atau 2 minggu.\n\nRESIPI BAWANG PUTIH KISAR\nBahan-bahan:\n\n5 labu bawang putih\nMinyak masak\nGaram\n\nCara-cara:\n\nKupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.\nKisar bawang bersama minyak masak.\u00a0\nAnggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.\nJika bilangan bawang penuh satu pengisar, gunakan minyak anggaran setengah pengisar.\nBila dah siap kisar, masukkan ke dalam bekas.\nLetakkan sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum disimpan ke dalam peti ais.\nBoleh tahan selama seminggu atau 2 minggu.\n\nKredit: Ani Zam\nBaca juga: Tips Simpan Lauk Frozen Tahan Sepanjang Ramadan, Nak Sahur Tinggal Panaskan Saja\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-stok-pati-kurma-untuk-sahur/", "title": "Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur, Pasti \u2018Kenyang\u2019 Sampai Berbuka", "body": "\nJika anda jenis yang suka sahur ringan-ringan\u00a0saja, boleh cuba buat pati kurma homemade ini. Sangat memudahkan anda untuk bersahur.\nCuma tinggal campur pati kurma dengan susu dan boleh terus minum. Nampak simple\u00a0kan tapi minuman ini boleh membuatkan perut anda kenyang dan bertahan sampai waktu berbuka.\nNak cuba? Jom buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Nadia Latfi di bawah.\nRESIPI PATI KURMA HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\nKurma\n\nCara-cara:\n1. Buang biji dan basuh bersih kurma.\n2. Kukus kurma selama 20 minit.\n3. Kisar kurma menggunakan pengisar sehingga hancur.\n4. Simpan dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk.\n\n5. Bila nak minumm, campurkan 2 sudu pati bersama susu. Sedia untuk diminum! Boleh campur madu, badam, kismis dan apa-apa yang sesuai.\n\nKredit: Nadiah Latfi\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sup-ayam-siam-masam-masam-pedas/", "title": "Cara Buat Sup Ayam Siam Masam-Masam Pedas, Punya Rasa & Aroma Tersendiri", "body": "\nJom cuba Resipi Sup Ayam Siam ini. Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam yang beri rasa dan aroma sebegitu. Unik bukan?\nMudah saja cara penyediaannya yang telah dikongsikan oleh saudara Khairul Abdullah di laman sosial Facebook beliau. Jom lihat cara membuatnya di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Sup Ayam Siam\nBahan-bahan:\n\n\u00bd ekor ayam dipotong ikut saiz kesukaan\n3 ulas bawang putih ditumbuk\n1 inci halia ditumbuk\n\u00bd biji bawang besar dimayang halus\n1 sudu lemak/kulit ayam\n1-2 batang serai diketuk\n1-2 helai daun limau purut\n\u00bd biji tomato dipotong 4\n\u00bd batang carrot dipotong baji\n1 sup bunjut\n1 ketul kiub pati ayam\n3 sudu sos ikan/kicap sotong\n1-2 biji limau nipis\nGaram secukup rasa\n\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumiskan lemak/kulit ayam agak garing dan masukkan bawang putih, halia, bawang besar dan serai.\n\n2. Tumis sampai harum dan layu, kemudian masukkan air.\n\n3. Bila dah menggelegak, masukkan ayam dan kentang serta sup bunjut dan juga kiub ayam dan kacau sebati.\n\n4. Bila ayam dah masak elok lalu masukkan sos ikan, tomato dan daun limau purut serta cili padi.\n\n5. Perahkan limau nipis ikut kadar kemasama yang disukai. Perasakan dengan garam dan ajinamoto jika suka. Seterusnya taburkan hirisan daun ketumbar. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Khairul Abdullah\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sup-ayam-tanpa-minyak-mudah-sihat/", "title": "Cara Buat Sup Ayam Tanpa Minyak, Mudah & Lebih Sihat Untuk Satu Keluarga", "body": "\nSelalu kita ingat kalau buat sup ayam kena tumis dulu baru sedap sebab ada aroma dia, tapi sebenarnya kalau tanpa minyak dan tumis pun sedap sebab minyak dari ayam akan keluar sendiri dan beri cukup rasa. Sup ayam tanpa minyak macam ni sangat sesuai untuk anda yang tengah diet.\nYang penting, kalau buat sup ayam ikut cara ini lebih mudah dan sihat untuk seisi keluarga. Dapat jimat minyak juga alang-alang minyak sekarang tengah mahal.\nBaca juga: Cara Buat Sup Ayam Siam Masam-Masam Pedas, Punya Rasa & Aroma Tersendiri\nRESIPI SUP AYAM TANPA MINYAK\nBahan-bahan:\n\nAyam setengah ekor\nBawang merah 6 ulas\nBawang putih 6 ulas\nSehiris halia\nEmpat sekawan (atau sup bunjut)\nUbi kentang (potong besar supaya tak cepat hancur)\nBawang goreng\nDaun sup\n\nCara-cara:\n\nTumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian satukan dalam periuk bersama ayam,\nIsi air sehingga ayam tenggelam. Buka api perlahan dan tutup periuk.\n\nDi pertengahan tu boleh letak ubi kentang. Kalau berbuih buih macam ni, belum masak lagi sup dan ayamnya.\n\nBila terbit minyak asli dari ayam tu, tandanya sup dah masak.\n\nBoleh letak daun sup dan bawang goreng.\n\nBoleh letak garam untuk perasakan serta gula jika suka.\nSiap untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit: Nik Nur Adilin\nBaca juga: Resipi \u2018Nasi Goreng\u2019 Tanpa Nasi, Sesuai Untuk Korang Yang Tengah Diet\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sup-ikan-gerenti-tak-hanyir/", "title": "Cara Buat Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir, Hirup Panas-Panas Sedapnya!", "body": "\nBuat anda yang suka menghirup sup wajib cuba cara buat sup ikan gerenti tak hanyir ni. Lagi sedap bila dapat hirup panas-panas. Terasa segar di tekak dengan aroma rempahnya yang wangi.\nJom cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Umi Watie di bawah. Selamat mencuba!\nCara Buat Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir\nBahan-bahan:\n\n3 keping ikan\n1 biji bawang merah\n2 ulas bawang putih\n\u00bd inci halia\n1 sdt jintan manis\n1 sdt lada hitam\n1 sdt jintan putih\n1 sdb ketumbar\n1 batang kayu manis\n1 kuntum bunga lawang\n2 biji buah pelaga\n4 helai daun salam (bay leaf)\n2 biji tomato\nKentang\nLobak merah\nDaun sup\nGaram\n\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula tumiskan segala jenis bawang dan halia yang dihiris nipis. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau.\n\n2. Bila bahan tumis dah wangi dan kekuningan masukkan rempah lain macam lada hitam, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Daun salam jangan dilupakan. Kakchik guna daun segar. Daun salam ni kalau omputih panggil bay leaf. Sama je tu.\nRempah macam lada hitam, jintan dan ketumbar tu buat aroma sup ikan kita wangi dan tidak hanyir. Daun salam tu pula buat rasa ikan kita rasa segar. Sedap uiii. Ini rahsia sup ikan sedap tau.\n\n4. Masukkan air dalam 5 cawan. Biarkan dia mendidih.\n\n5. Masukkan kentang dan lobak yang dah dikukus sekejap.\n\n6. Masukkan juga tomato.\n\n7. Bila dah mendidih, masukkan ikan pilihan. Ikan siakap boleh, ikan jenahak boleh, ikan merah pun boleh. Kakchik guna ikan siakap.\n\n8. Bila nampak ikan dah masak, masukkan garam secukup rasa. Matikan api. Siap untuk dihidangkan.\n\n9. Tapis sup supaya segala rempah tak masuk sekali. Barulah makan nanti tak tergigit buah pelaga.\u00a0Selamat mencuba!\n\nKredit: Umi Watie\nBaca juga: Cara Buat Sup Telur Chinese Style Ala Menu Hotel\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sup-telur-chinese-style-ala-menu-hotel/", "title": "Cara Buat Sup Telur Chinese Style Ala Menu Hotel", "body": "\nSedapnya Sup Telur Chinese Style ini. Mungkin ada yang pernah mencubanya kan? Biasanya menu ini hanya dihidangkan di hotel.\nBuat yang belum pernah merasa, anda boleh cuba membuat sendiri di rumah. Tak perlu tunggu ke hotel atau pergi ke kedai makan lagi.\nJom lihat resipi lengkap cara membuat sup telur ini di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Zurina Zulkefli ini.\nResipi Sup Telur Chinese Style\nBahan-bahan:\n\nBawang putih (cincang halus)\nHalia (cincang halus)\nKiub pati ayam (tiada MSG)\nFilamen ketam (dihiris nipis)\nTelur ayam (dibancuh)\nTepung jagung (dibancuh)\n\n\nCara memasak:\n1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.\n2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.\n\n3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.\n4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.\n\n5. Tambahan perasa;\u00a0secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.\n6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Zurina Zulkefli\nBaca juga: Resipi Sup Telur Mama Paling Sedap, Anak-Anak Semua Puji!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-sup-tulang-tanpa-rempah-sup-sup-bunjut/", "title": "Cara Mudah Buat Sup Tulang Tanpa Guna Rempah Sup & Sup Bunjut", "body": "\nResipi sup tulang ini mudah sangat nak buat sebab tak perlu guna rempah sup ataupun sup bunjut tapi rasa tetap sedap\u00a0kaw kaw!\nSiapa yang suka menu\u00a0simple\u00a0macam ni bolehlah cuba masak nanti. Ikut je resipi hasil perkongsian oleh Hajar Mohd di bawah.\nResipi Sup Tulang Tanpa Rempah Sup & Sup Bunjut\nBahan utama:\nAnggaran 2 kg tulang lembu. Boleh gunakan bahagian apa pun yang anda gemari samaada ekor, rusuk atau daging.\n\nKisar hancur 9 biji bawang kecil dan 25 ulas bawang putih. Jika tiada bawang kecil, boleh guna 300g bawang besar.\n\nBahan menumis hiris halus:\n\n3 biji bawang putih\n3 biji bawang merah\n3 cm halia\n\n\nBahan rempah:\n\n20 biji bunga cengkih\n15 biji buah pelaga\n4 batang kulit kayu manis\n1 kuntum bunga lawang\n1 helai daun salam\n\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan menumis iaitu bawang putih dan bawang merah dan halia.\n\n2. Masukkan bahan rempah.\n\n3. Masukkan bahan kisar. Masak sampai betul betul masak. Kalau kurang masak, nanti kuah dia rasa tak best.\n\n4. Bila bahan kisar dah garing, masukkan tulang. Reneh dengan api perlahan \u00bd jam. Kemudian masukkkan [email\u00a0protected] air, kuatkan api. Bolehlah tambah air sehingga tulang tenggelam.\nMasukkan 1 daun salam, reneh 1 jam atas api dapur biasa.\n\n5. Apabila cukup 1 jam reneh. Masukkan lobak merah, carrot, gula, garam dan perasa.\n\n6. Tumbuk biji lada hitam dan lada putih. Masing-masing sukatan satu sudu makan saja. Kalau tulang masih keras. Tambah sikit air dan reneh lagi 30 minit.\n\n7. Lagi beberapa minit nak matikan api dapur, boleh masukkan tomato, daun sup, bawang goreng dan perahan limau. Hidangkan bersama sambal kicap.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Hajar Mohd\nBaca juga: Cara Buat Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir, Hirup Panas-Panas Sedapnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-tapai-pulut/", "title": "Jom Buat Sendiri Tapai Pulut Untuk Hari Raya, Manis \u2018Leting\u2019 Kejadiannya!", "body": "\nSiapa suka makan tapai? Ramai yang suka makan, tapi tak ramai yang tahu cara buat tapai pulut homemade. \nKalau ada yang nak belajar, jom ikuti resepi tapai pulut yang dikongsikan oleh Rozie Mnor di bawah. \nRupanya ada petua supaya tapai supaya betul-betul menjadi dan elok kejadiannya.\nBaca juga: Pulut Kuning Tanpa Santan Lagi Tahan Lama, Ini Cara Membuatnya!\nCARA BUAT TAPAI PULUT HOMEMADE\n\nBahan-bahan:\n\n1 kg beras pulut (basuh bersih-bersih sehingga jernih airnya. Rendam selama 2 jam)\nSebiji ragi\n1 sudu gula\nDaun pisang\n\nCara-cara:\n1. Kukus pulut sehingga betul-betul masak.\n2. Kalau pulut keras lagi, renjis-renjiskan air dan balik-balikkan pulut. Kukus lagi sehingga masak.\n3. Bila pulut dah masak, sejukkan pulut dalam dulang dan ratakan.\n4. Tumbuk sebiji ragi dan satu sudu gula (ini petua buat tapai manis dan tidak masam).\n5. Tabur ragi atas pulut yang disejuk tadi dengan penapis teh.\n6. Kacau-kacau pulut supaya ragi mesra dalam pulut.\n7. Bungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan dalam bekas kecil-kecil.\n8. Simpan tapai yang dah siap dibungkus dalam tempat gelap contohnya kabinet dapur.\n9. Buka selepas 2 hari, tapai dah masak dan boleh dimakan.\n10. Kalau ragi cepat bertindak, tak sampai 2 hari tapai dah masak.\n\nKredit resipi dan gambar: Rozie Mnor\nBaca juga: Menu Hari Raya \u2018Popular\u2019 Di Pagi Aidilfitri, Setiap Negeri Berbeza Juadah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-tart-cadbury-coklat-tak-cair-lepas-bakar/", "title": "Cara Buat Tart Cadbury, Coklat Tak Cair Lepas Bakar. Ada Tips Supaya Warna Jadi Purple Menyala", "body": "\nBiskut Tart Cadbury sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali Hari Raya Adilfitri. Ramai yang memilih untuk beli yang sudah siap dan tak kurang juga ramai yang membuat sendiri kuih raya.\nTapi pasti ramai yang kecewa setiap kali buat kuih ni, sebab warna ungu menjadi pudar selepas bakar. Rupanya ada tips supaya warna menjadi cantik pekat.\nJom lihat resipi yang dikongsikan oleh Nabila Farhana di bawah. Boleh cuba buat untuk kudapan seharian. Selamat mencuba!\nRESIPI TART CADBURY, COKLAT TAK CAIR & WARNA JADI CANTIK\nBahan-bahan:\n\n250gm buttercup (Nak lagi sedap guna pure butter)\n2 tbsp gula Aising\n1 telur kuning\n1/2 tsp esen vanila\n300gm tepung gandum\n2 tbsp tepung kastard\n2 tbsp tepung jagung (supaya tart rapuh, tak keras kejung bila sejuk)\nCoklat Cadbury (minipack)\nPewarna ungu violet (kalau nak warna cantik pekat tak pudar lepas bakar, guna oilbased food colouring)\n\nCara-cara:\n\nPukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati. Gaul guna senduk saja.\nAyakkan kesemua tepung dan campurkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga menjadi doh. (boleh tambah atau kurangkan tepung sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan senang dibentuk)\nKalau keras boleh tambah mentega sikit demi sedikit.\nTerap doh ke atas loyang dengan menggunakan acuan tart.\nLetakkan coklat cadbury sebagai inti dan gulungkan. Susun atas loyang.\nPanaskan oven 170\u00b0c selama 5 minit.\nBakar selama 15-20 minit pada suhu 160\u00b0c (bergantung oven masing2) sehingga masak atau sehingga biskut tak melekat dekat loyang.\n\n\nKredit: Nabila Farhana\nBaca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala \u2018Famous Amos\u2019, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-tart-telur-homemade/", "title": "Cara Buat Tart Telur Homemade, Mesti Gebu Dan Sedap", "body": "\nKat kedai roti, kuih tart telur ini memang selalu je habis. Laku ye! Dapat pula tart telur yang crunchy di luar dan lembut di dalam.\nMemang sedap. Jom kita follow resepi tart telur gebus dan sedap di sini. Boleh la buat di rumah masing-masing nanti.\nNak buat tart telur ni ada macam-macam cara juga. Kalau malas nak buat shell, ada je yang guna puff pastry segera yang jual kat kedai tu.\nBaca juga: Jom Belajar Buat Kulit Tart, Tak Susah Mana Pun & Boleh Buat Niaga Juga!\nTapi, teksturnya dan rasanya agak berbeza dari tart telur asli. Kalau nak lebih puas hati, baik buat shell tart/crust sendiri.\nJom ikuti resipi perkongsian dari Nor Al Fatihah ini. Min tengok pun macam menarik.\nResipi Tart Telur Homemade\n\nBahan kulit tart:\n50 gm butter\n1/2 cawan gula aising\n1 biji kuning telur A\n1 sudu teh esen vanila -optional\n2 cawan tepung gandum*\n2 sudu besar tepung jagung*\nNota: Ayak bahan-bahan yang bertanda *\nBahan untuk filling telur:\n6 biji telur A\n1 cawan gula kastor\n1 sudu teh esen vanila\n1 tin susu cair\n1 cawan air panas\nPewarna kuning (Optional)\nCara membuat tart telur:\nPenyediaan kulit tart:\n1. Kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.\n2. Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.\n3. Masukkan tepung gandum & tepung jagung.\n4. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. Masukkan doh ke dalam plastik wrap.\n5. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit\nPenyediaan filling telur:\n1. Sementara doh di rehatkan, kita buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair dan pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.\n2. Tuang air panas sambil di kacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapiskan.\n3. Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh.\n4. Bakar di dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 150C selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing.\n5. Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan. Siap untuk dihidang.\nHa! Mudah ke susah? Mudah je kan. Kalau nak buat kuih ni mood kena on. Kalau tak, susah juga kan. Rasa crunchy je luarnya. Dalam pun lembut sangat!\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Nor Al Fatihah\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-teh-pakistan-original/", "title": "Wanita Ini Kongsi Cara Buat Teh Pakistan \u2018Original\u2019 Dari Pakistan, Rasa Memang Sedap Kaw Kaw!", "body": "\nTeh Pakistan Mashyur ini memang wajib dicuba sebab rasa dia tak sama dengan teh tarik biasa. Cara membuat teh ini juga berbeza kerana ada teknik penyediaannya yang tersendiri.\nResipi Teh Pakistan dikongsi oleh Cikgu Afy AL Habibi. Menurutnya, resipi ini diperoleh dari tauke karpet Pakistan.\nBoleh cuba buat untuk minum petang nanti. Rasa dia memang padu. Selamat mencuba!\nCara Buat Teh Pakistan \u2018Original\u2019 Dari Pakistan\n\nBahan-bahan:\n\n7 uncang teh wangi ros (koyakkan setiap uncang) \u2013 kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je\nAir satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)\n50 ml susu segar (tiada dalam gambar) \u2013 nak sedap guna susu full cream goodday\nSusu 1/5 tin (tambah @ kurangkan ikut kuantiti air)\nSecubit dua garam (untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa)\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang. Kacau sesekali.\n\n2. Tutup api selepas teh betul-betul mendidih. Cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.\n\n3. Tapis dengan penapis teh kain.\n\n4. Rahsia penting seterusnya. Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.\n\n5. Siap! Teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya tanpa dicampur gula secara langsung. Selamat mencuba!\n\nKredit: Cikgu Afy AL Habibi\nBaca juga: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-telur-masin-homemade/", "title": "Cara Buat Telur Masin Homemade, Tak Sangka Mudah Je Rupanya!", "body": "\nSiapa suka makan telur masin, anda wajib cuba cara buat telur masin homemade di bawah ini.\nKalau buat sendiri, boleh ubah suai rasa \u2018masin\u2019 mengikut selera masing-masing.\nAda yang tidak suka bahagian putih yang terlalu masin, tak sedap katanya. Lain orang lain cita rasa.\nJadi, mari kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Liana Ana di bawah.\nBaca juga: Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Rasa Pun Lagi Sedap!\nCARA BUAT TELUR MASIN HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\nTelur itik 10-12 biji\n1/2 cawan garam kasar\n2 sudu besar cuka\nAir 2 cawan (ikut sukatan yang sukat garam)\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Satukan garam kasar, cuka dan air dalam periuk.\n2. Masak atas api sehingga garam larut.\n3. Bila semuanya dah larut, tutup api dan biarkan sehingga betul-betul sejuk.\n4. Kemudian barulah susun telur itik dalam bekas dan tuangkan air rebusan yang sudah disejukkan tadi.\n\n5. Jerukkan dalam tempoh masa seminggu, tak perlu tukar air. Boleh simpan di luar atau simpan dalam peti sejuk.\n\nKredit resipi dan gambar: Liana Ana\nBaca juga: Cara Masak Telur Masin Guna Air Fryer Tanpa Guna Air, Cantik & Elok Hasilnya\nBaca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-telur-sarang-macam-kat-kedai/", "title": "Cara Buat Telur Sarang Macam Kat Kedai, Senang Je!", "body": "\nSiapa yang setiap kali makan laksa penang wajib ada telur sarang ni? Senang je rupanya cara buat telur sarang macam yang biasa beli tu.\nTapi kena pastikan ada acuan roti jala seperti dalam gambar di bawah baru menjadi telur sarang macam di kedai. Ikut je cara-cara membuatnya di bawah. Simple sangat!\nCara Buat Telur Sarang\nBahan-bahan:\n\n4 biji telur\n2 sudu air\n1 sudu penuh tepung beras\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Pukul semua bahan di atas dan tapis.\n2. Kemudian masukkan ke dalam acuan roti jala 3 muncung. Seterusnya jala dalam kuali, pastikan minyak betul-betul panas.\n3. Goreng sehingga telur garing dan siap!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Puspa Hanim\nBaca juga: Suka Masak Lemak Telur? Ikut Petua Ini Supaya Telur Elok Tak Pecah\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-tempe-homemade-guna-3-bahan/", "title": "Cara Buat Tempe Homemade, Hanya Guna 3 Bahan", "body": "\nTidak dinafikan memang ramai penggemar tempe ni kan? Apa kata jom belajar cara buat tempe sendiri di rumah. Mungkin ada yang kata, nak senang beli je. Tapi kalau cuba buat sendiri di rumah, sekurangnya dapat tahu bagaimana cara membuatnya malah dapat diceritakan kepada anak cucu kelak.\nBanyak manfaat tempe ini selain dari rasanya yang sedap. Ianya juga bagus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan untuk dapatkan kulit yang cantik. Tempe juga sesuai untuk mereka yang bukan penggemar susu.\nCara membuat tempe juga sangat mudah dan tidak terlalu renyah. Jika ada yang mahu mencuba, jom lihat cara-cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Hidayah Mokhtar di laman sosial Facebook. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Kena Rendam Dulu, Baru Tempe Jadi Garing Di Luar & Lembut Di Dalam\nCara Buat Tempe Homemade Guna 3 Bahan\nBahan-bahan:\n\n1 kilogram kacang soya\n2 gram ragi tempe\n8 keping beg plastik sandwich\n\n\nCara-cara:\n\nRendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin.\nRebus selama 45minit ke 1 jam. Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal\nTos kacang soya dan keringkan. Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau menggunakan kipas angin.\nCampurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe.\nBungkus menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Boleh guna daun pisang atau daun rambai untuk rasa yang lebih enak.\nTekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata.\nLetak di tempat yang panas- letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam. Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.\n\n\n\nKredit: Hidayah Mokhtar\nBaca juga: Tip Penting Buat Bawang Goreng Rangup Supaya Tak Hitam, Hangus & Tak Pahit!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-tempoyak-tak-berkulat-tahan-lama-tak-masam/", "title": "Cara Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama, Ada Petua Kalau Tak Nak Masam", "body": "\nSekarang musim durian kan?\u00a0Haa,\u00a0eloklah buat stok tempoyak. Senang bila nak masak patin tempoyak, sambal udang tempoyak atau apa-apa masakan yang berasaskan tempoyak.\nTempoyak ni sebenarnya masam, tapi ada lebih suka rasa durian yang tak masam. Durian yang digunakan untuk membuat tempoyak juga biasanya guna durian murah atau yang isi tak sedap dimakan tapi bukan yang berulat atau dah berkulat.\nKalau kalian suka tempoyak yang tak masam, boleh ikut cara membuat tempoyak di bawah serta petua supaya tak berkulat dan tahan lama.\nBaca juga: Resepi Mudah Ikan Patin Masak Tempoyak Asli Dari Temerloh, Memang Power!\nCARA BUAT TEMPOYAK TAK MASAM, TAHAN LAMA & TAK BERKULAT\nBahan-bahan:\n\nDurian\nGaram\n\nCara-cara:\n\nAsingkan durian dengan bijinya. Yang ini tempoyak masam tau. Kalau tak nak masam, selepas asingkan biji dengan isi terus simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk.\n\nMasukkan di dalam penapis.\n\nToskan dan biarkan 2 malam. Letak di luar peti ais.\n\nMasukkan garam secukupnya jangan terlalu masin. Gaul rata.\n\nAkhir sekali simpan dalam balang. Boleh letak penuh sebab gas dia dah keluar. Sebelum tutup bekas, tabur sedikit gula.\n\nBoleh simpan dalam peti ais atau kat luar. Selamat mencuba!\nSumber: Mayang Suri\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-tepung-gomak-inti-kelapa-manis/", "title": "Cara Buat Tepung Gomak Inti Kelapa Manis, Kuih \u2018Legend\u2019 Yang Masih Digemari Ramai", "body": "\nBanyak kuih\u00a0legend\u00a0yang masih menjadi kegemaran rakyat Malaysia sehingga sekarang. Salah satu kuih tersebut adalah kuih tepung gomak inti kelapa manis.\nAda sesetengah tempat sangat susah nak jumpa orang jual kuih ini, akhirnya terpaksa buat sendiri saja.\nKalau ada yang nak cuba buat, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Marlia Lia di bawah. Menurut beliau, resipi tersebut digunakan sebagai sumber pendapatan ibunya dahulu.\nRESIPI KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS\n\nBahan-bahan buat inti:\n\n\u00bd biji kelapa parut muda\n3 sdm gula merah / gula melaka\n3 sdm gula pasir\n2-3 helai daun pandan disimpul\n1 cawan air\n1-2 sdm tepung gandum\nTepung kacau hijau\n\nSukatan gula boleh ditukar mengikut selera masing-masing.\nCara-cara buat inti:\n\nLarutkan garam bersama air.\nCampurkan kedua-dua tepung dalam bekas.\nTuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas.\nTambah lagi sedikit air jika doh masih keras.\nMasukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan.\nDidihkan air dalam periuk.\nRebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau.\n\n\nCara buat tepung kacau hijau:\n\nSangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan.\nBuang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang.\nMasukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak & blend lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung.\nSangai tepung kacang hijau lagi sekali.\nSejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.\nAtau cara paling termudah, beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai\u00b2. Pastikan ada tertulis ROASTED.\n\n\nSelain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih KOLE KACANG, BATANG BURUK & PUTU KACANG.\nKredit: Marlia Lia\nBaca juga:\u00a0 Jom Belajar Buat Kulit Tart, Tak Susah Mana Pun & Boleh Buat Niaga Juga!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-tepung-pelita-sedap-lembut-bergedik/", "title": "Cara Buat Tepung Pelita Sedap & Lembut Bergedik! Bahan Sukat Guna Cawan Je", "body": "\nSedapnya kuih tepung pelita ni. Rasanya yang lemak manis memang menjadi kegemaran ramai. Buat anda yang suka kuih ini, boleh cuba buat sendiri dengan menggunakan resipi tepung pelita sedap yang dikongsikan oleh Shakinah Zainal di bawah.\nBaca juga: Resipi Kuih Onde-Onde Sedap & Lembut, Ada Tips Supaya Kuih Tahan Lama & Tak Cepat Basi\nRESIPI TEPUNG PELITA SEDAP\n\nBahan-bahan lapisan bawah (hijau):\n\n1 cawan tepung beras\n1 cawan gula pasir\n2 cawan air pandan\n3 cawan air putih\n1/2 sdk garam halus\n1/2 sdk pewarna hijau\nSedikit air kapur (tak letak pun tak apa)\n\nCara-cara buat lapisan bawah (hijau):\n\nCampurkan semua dan kacau sebati. Kemudian buka api, kacau sampai masak. Kalau dah masak tepung akan pekat berkilat. Masukkan dalam bekas dan ketepikan dahulu untuk membuat lapisan atas (putih) pula.\n\nBahan-bahan lapisan atas (putih):\n\n4 sudu besar (jangan membukit) tepung beras\n4 cawan santan (nak buat 2 cawan santan pekat, 2 cawan air pun boleh tapi atas tu kena lemak-lemak baru sedap)\n2 sdk garam\n1 sdk gula\n\nCara-cara buat lapisan atas (putih):\n\nCampurkan semua dan kacau sebati. Kemudian buka api, kacau sampai masak. Kalau dah masak tepung akan pekat berkilat. Masukkan dalam bekas yang dilapiskan adunan hijau tadi. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Shakinah Zainal\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-tteokbokki-halal-homemade/", "title": "Cara Buat Tteokbokki Halal Homemade, Lagi \u2018Feel\u2019 Sambil Layan Kdrama", "body": "\nPernah merasa Tteokbokki? Memang sedap rasa pedas-pedas manis dan kenyalnya seperti kuih mochi ini.\u00a0\nKalau tengok Kdrama mesti selalu jumpa babak pelakon makan Tteokbokki kan? Yang minat atau yang nak cuba tu korang boleh buat sendiri jer lepas ni.\nTteokbokki ialah kek beras kenyal yang dimasak dalam kuah merah dan pedas. Ia adalah\u2019street food\u2019 Korea yang popular. Yang pernah melancong ke sana, memang agak sukar sedikit untuk cari versi yang halal.\nBaca juga: Cara Buat Rabokki (Ramen + Tteokbokki), Pedas, Manis & Mudah\nJadi, dekat Malaysia ini, kita boleh buat versi halal di rumah!\nResipi Tteokbokki versi Halal ini telah dikongsikan sendiri oleh Ilmu Percuma di laman Instagram. Hasilnya memang lembut dan kenyal. Rasa sos yang pedas-pedas manis.\n\nRESIPI TTEOKBOKKI HALAL HOMEMADE\n\nBahan Tteokbokki:\n\n1 cawan membukit tepung beras pulut\n1/2 sudu kecil garam \nAir secukupnya\n\nCara penyediaan Tteokbokki:\n1. Dalam mangkuk satukan bahan di atas.\n2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.\n3. Tabur tepung beras pulut di atas pelapik, kemudian ambil sedikit doh, bulatkan dan gulung memanjang lalu potong ikut saiz yang disukai.\n4. Didihkan air dalam periuk, masukkan doh yang siap di bentuk lalu rebus. \n5. Bila Tteokbokki hampir timbul terus angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk/ais.\nBahan Sos:\u00a0\n\n3 biji bawang merah kecil \n3 ulas bawang putih \n1 sudu kecil lada hitam* Tumbuk semua bahan ni hingga hancur lumat\n2 sudu besar sos cili\n1 sudu besar sos tiram \n4 sudu besar cili pes Gochujang Halal.\u00a0\n1 sudu besar serbuk cili\n1 sudu kecil serbuk lada putih \n1 sudu kecil minyak bijan\n1 sudu kecil penuh bijan putih\n1 sudu besar cuka\n1 sudu besar serbuk pati ayam atau kiub pati ayam. Garam, gula secukup rasa \nAir secukupnya \n1 keping cheese (optional) \nSedikit daun bawang\n\nCara buat sos:\n1. Panaskan minyak.\n2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan semua bahan sos satu persatu kecuali air dan cuka. Kacau hingga semua sebati.\n3. Kemudian masukkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai dan yang terakhir masukkan cuka serta Tteokbokki yang telah siap dibuat awal tadi.\n4. Kacau semua sebati. Jika suka berkuah lebihkan air. Siap.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat \u2018Gejang\u2019, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-ubi-kayu-goreng-rangup-lembut/", "title": "Cara Buat Ubi Kayu Goreng Rangup & Lembut, \u2018Ngam\u2019 Betul Makan Sambil Hirup Kopi", "body": "\nPetang-petang dapat makan Ubi Kayu Goreng memang mengasyikkan. Minum pula kopi \u2018O\u2019 panas, memang layan habis!\nUbi kayu selain direbus, sedap juga jika digoreng seperti ini. Tapi ada cara-caranya supaya ubi jadi lembut dan sangat empuk.\nKalau anda ada ubi kayu di rumah, bolehlah cuba buat untuk minum petang nanti ya. Jom sama-sama cuba resipi yang dikongsi oleh Samsinar Bustami di bawah.\nResipi Ubi Kayu Goreng Rangup\nBahan-bahan:\n\nBawang putih\nBawang merah\nSedikit halia\nGaram\nKunyit serbuk\nSedikit rempah kari\nTepung ayam goreng KFC\n\nCara-cara:\n\nKisar bawang putih, bawang merah dan sedikit halia.\nSatukan bahan kisar bersama garam, kunyit dan sedikit rempah kari.\nKemudian lumurkan pada ubi kayu yang sudah dipotong.\nMasukkan juga tepung ayam goreng KFC supaya rempah melekat pada ubi tadi.\nGaul sebati dan sedia untuk digoreng dalam minyak yang panas.\n\nGoreng sehingga garing dan keperangan seperti dalam gambar di bawah. Selamat mencuba!\n\nKredit: Samsinar Bustami\nBaca juga: Resipi Bakwan Yang Mudah, Kena Ikut Teknik Ini Baru Lagi Super Rangup\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-vietnamese-spring-rolls-bersama-sos-pencicah-thai-memang-power-weh/", "title": "Cara Buat Vietnamese Spring Rolls Bersama Sos Pencicah Thai, Memang Power Weh!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-20 04:25:37\nKalau pergi Vietnam, tak sah kalau tak makan spring rolls kan? Sekarang ni korang boleh cuba buat sendiri.Tak perlu ke Vietnam semata nak rasa spring roll. Vietnamese spring roll atau Goi Cuon merupakan salah satu appetizer (pembuka selera) yang semakin popular di Malaysia. Apa yang membezakannya dengan popia yang biasa kita makan di sini adalah bahan-bahannya seperti udang, ketam dan sayuran semuanya dihidang segar dan kemudian digulung menggunakan rice paper.\nSeolah-olah memakan salad, anda pasti tak sangka betapa sedapnya spring roll ini. Bahkan, orang yang tak suka sayur pun boleh terpikat. Tambahan pula apabila dicicah dengan sosnya yang power! Jom cuba resepi Vietnamese Fresh Spring Rolls (G\u1ecfi cu\u1ed1n)\u00a0dari Eddy Rusdi Abdullah yang dikongsikan di kumpulan Resipi Viral di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Eddy Rusdi Abdullah\n\u00a0\nBahan-bahan\n\nRice paper\nSoohoon\nSalad\nIsi ketam\nUdang\nCarrot\nTimun\n\n\nKredit:\u00a0Eddy Rusdi Abdullah\n\u00a0\nBahan untuk Sos Pencicah sos cili thai\n\nBawang Putih (potong dadu) *4 ulasCili api\u00a0 *6 tangkai tumbuk atau kisar\nSos plum\nGula dan garam secukup rasa\nDaun ketumbar\nSos ikan sikit\n\n\u00a0\n\nKredit:\u00a0Eddy Rusdi Abdullah\n\u00a0\nCara membuat Spring Roll:\n1. Celup rice paper\u00a0ke dalam air kemudian lap dengan tuala bersih.\n2. Susun serba sedikit bahan-bahan lain ke atas kulit rice paper\u00a0kemudian gulung rapi.\n\u00a0\n\nKredit:\u00a0Eddy Rusdi Abdullah\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit:\u00a0Eddy Rusdi Abdullah\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-buat-waffle-yang-sedap-garing/", "title": "Cara Buat Waffle Yang Sedap & Garing, Ikut Je Sukatan Mudah Ini!", "body": "\nAnda baru beli mesin waffle? Jom baca resipi ini untuk tahu cara buat waffle yang sedap dan garing. Confirm tak cari resipi lain dah! Kalau ada yang belum miliki mesin waffle ni, boleh membelinya di atas talian dengan harga yang murah dan mampu milik.\nResipi waffle ini telah dikongsikan oleh Nor Asiah. Adunan ini dijamin dapat menghasilkan tekstur waffle yang garing di luar dan lembut di dalam.\nMemang puas hati buat sendiri sebab boleh letak inti yang disukai, letak banyak-banyak pun takpe!\u00a0Boleh buat untuk sarapan atau minum petang. Sekali cuba pasti akan buat berkali-kali.\nCara Buat Waffle Yang Sedap & Garing\nBahan-bahan:\n\n3 cawan tepung gandum\n2 \u00bd\u00a0 cawan air @ 1 cawan susu & 1 \u00bd\u00a0 cawan air full cream\n3/4 cawan minyak masak/butter cair\n2 biji telur\nSedikit esen vanilla\n2 sudu makan susu tepung\n3 sudu gula kastor\n\u00bd sudu teh garam\n1 sudu makan baking powder\n1/4 sudu teh baking soda\n\nCara-cara:\n1. Masuk semua bahan dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati.\n2. Biarkan adunan selama 10-15 minit.\n3. Tuangkan adunan secukupnya menggunakan senduk ke dalam mesin waffle.\n\n4. Letak inti pilihan anda.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Nor Asiah\nBaca juga: Resipi Donut Gebu Hanya Guna 5 Bahan, Tak Perlu Rehatkan Doh!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-bungkus-nasi-lemak-daun-pisang/", "title": "[VIDEO] Cara Bungkus Nasi Lemak Daun Pisang, Mudah Dan Kemas", "body": "\nJom belajar cara bungkus nasi lemak daun pisang. Yang baru berjinak nak meniaga nasi lemak. Memang inilah peluangnya!\nNasi lemak merupakan salah satu menu tradisi kegemaran rakyat Malaysia. Tak kira di waktu pagi, tengah hari dan malam, ia tetap menjadi makanan pilihan ramai.\nSehingga kini, banyak restoran atau kedai-kedai makan yang menjual hidangan nasi lemak dengan pelbagai \u2018inovasi\u2019 yang menarik. Pun begitu, nasi lemak yang dijual di tepi jalan juga tetap tidak dilupakan.\nBaca juga: Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata\nMalah, ia mungkin lebih enak kerana dibungkus dengan daun pisang atau kertas pembalut.\nBercakap mengenainya, mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membungkus nasi lemak dengan kemas tanpa menjejaskan nasi di dalamnya.\nMungkin kelihatan mudah namun ia sememangnya memerlukan ketelitian yang tinggi untuk mendapatkan hasil bungkusan yang terbaik.\nJangan risau, perkongsian Cik Puan Nurshafaroziah Ibrahim ini boleh bantu anda untuk mempelajari membungkus nasi lemak dengan baik. Nak tahu caranya? Jom tengok video di bawah ini.\n\nCARA BUNGKUS NASI LEMAK DAUN PISANG\n\nHari ni rajin sikit buat nasi lemak daun pisang. Jadi, saya share langkah-langkah utk bungkus nasi lemak. Dulu, tolong mak meniaga dari sekolah menengah sampai la masa menganggur tunggu posting.\n\nDaun pisang saya tak layur, cuma lap dgn kain bersih. \nKedudukan : kertas menegak, daun pisang melintang. \nKertas tu surat khabar saiz Harian Metro yang dipotong dua (untuk 1 muka surat).\n\n\ncara bungkus nasi lemak daun pisang\n\u00a0\n\nMudahkan? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua terutama bagi yang ingin memulakan bisnes menjual nasi lemak. \nSelamat mencuba!\nBaca juga: Sambal Sotong Kembang, Makan Dengan Nasi, Nasi Lemak, Lempeng Sodap Beb!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cara-buat-coklat-ganache-mudah-jimat-confirm-sedap/", "title": "Cara-Cara Buat Coklat Ganache, Mudah, Jimat & Confirm Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-05 07:43:49\n\n\nKek Coklat Ganache sememangnya antara kek yang menjadi pilihan ramai. Lebih-lebih lagi jika dibuat sebagai pencuci mulut. Apa kata kali ini korang cuba sendiri buat coklat ganache di rumah menggunakan resepi daripada Norlailanazira Mohd Agos.\u00a0 Jimat pun jimat!\nBahan-bahan:\n\n400g dark compound\n1 sudu besar Buttercup\n200ml susu full cream\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\n\nCara-caranya:\n\nDidihkan air di dalam periuk lalu letakkan mangkuk yang berisi coklat dan buttercup. Pastikan mangkuk tersebut bersaiz lebih besar dari periuk. Ini supaya coklat dicairkan menggguna wap dari air yang mendidih tadi.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nKacaukan sehingga bahan-bahan cair seperti dalam gambar.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nKemudian, masukkan susu full cream dan kacau perlahan sehingga sebati dan rata.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nApabila sudah masak, tapiskan ke dalam sebekas jug supaya dapat mengasingkan ketulan-ketulan yang tidak cair.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nSelepas itu, teruskan mencurah ke atas kek yang telah siap seperti di dalam gambar. Biarkakan ganache set selama 1 jam sebelum menghias kek.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\n\nSiap! Selamat mencuba!\n\nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cara-masak-rendang-kerang-pedas-versi-paling-simple-tapi-sedap/", "title": "Cara-Cara Masak Rendang Kerang Pedas Versi Paling Simple Tapi Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-17 06:11:05\n\n\nSeperti yang kita tahu\u00a0selalunya kerang akan dimasak dengan sambal atau dimakan rebus dan dicicah sos. Tetapi pada hari ini kami ingin sajikan kepada anda resepi yang istimewa iaitu resepi\u00a0rendang kerang pedas yang cukup menggiurkan. Boleh dibuat makan dengan nasi lemak atau pun dicicah pulut dan ketupat.\n\u00a0\nResepi ini dikongsikan oleh Aezach Ar di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook. Memang berbaloi untuk anda cuba resepi\u00a0\u00a0rendang\u00a0\u00a0kerang ni. Cara masak nya yang mengikut versi kampung dan pekat serta sedikit kering melekat pada isi kerang memang cukup sedap untuk mengenyangkan dan memuaskan perut sesiapa saja.\n\u00a0\n\nKredit: Aezach Ar\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n3kg kerang (gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas dan tutup 10 minit dan ambil isi)\nSantan 1 biji kelapa\n3 sudu makan kerisik\n2 keping asam\n3 helai daun kunyit (hiris halus)\n1/2 cawan minyak\nGaram secukup rasa\nGula secukup rasa\n\n\u00a0\nBahan kisar:\n\n5 biji bawang merah ros\n2 biji bawang merah besar\n5 ulas bawang putih\n2 inci halia\n1 inci lengkuas\n1 inci kunyit hidup\n5 batang serai \u2013 tambah bahagian dalam putih sahaja\n10 biji cili api kampung\n10 tangkai cili kering \u2013 buang biji, rebus dan kisar halus\n\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Aezach Ar\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak.\n2.\u00a0Masukkan santan, biarkan merenih dengan api perlahan.\n3. Masukkan kerisik dan asam keping\u00a0\u00a0dan reneh sampai pekat.\n4. Masukkan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan kemudian perasakan garam dan gula.\n5. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Aezach Ar\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Aezach Ar\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cara-untuk-turunkan-berat-badan-hanya-dalam-seminggu/", "title": "Cara-Cara Untuk Turunkan Berat Badan Hanya Dalam Seminggu!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-08-19 08:27:41\n\n\nSiapa je yang tak nak hasil maksimum dalam waktu yang singkat? Kita semua impikan badan yang fit dan seksi. Jadi, sini ada list 5 cara untuk turunkan berat dalam hanya seminggu!\n1. Mulakan Hari Dengan Air Lemon\n\nPicture Credit: standardmedia.co.ke\nAir lemon tau, bukan limau ais macam dekat mamak tu. Buah lemon ni mengandungi potasium yang berguna untuk meningkatkan massa otot kita. Jangan pulak perah air lemon tu direct masuk mulut. Cara paling senang minum nak jadikan dia tak masam sangat is campur dengan air suam. Haa, baru lah selesa and sedap minum!\n2. Luangkan Masa Untuk Bersenam\n\nPicture Credit: blogs.discovermagazine.com\nTak berguna jugak jaga pemakanan tapi tak bersenam. Luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam sehari untuk bersenam. Kalau tak tau macam mana nak start, boleh lah rujuk Youtube cari video yang mengajar bersenam secara simple. Nak turunkan berat, effort tu kena ada. Cmon guys, NO EXCUSE!\n3. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat\n\nPicture Credit: verywellfit.com\nMemang bukan kejutan dah yang karbohidrat ni merupakan sumber lemak yang paling utama. Jadinya, kalau korang ubah diet dengan menggantikan karbohidrat dengan sayur ataupun buah. Takkan sia-sia gantikan daily snacks korang dengan buah-buahan. Admin janji, bukan setakat melihat, malah korang dapat merasa perbezaan dia!\n4. Mulakan Hari Dengan Pisang\n\nPicture Credit: cosmosmagazine.com\nPengambilan pisang pada waktu pagi bukan sahaja sihat, tetapi juga lebih mudah untuk rasa kenyang. Point dia kat sini, korang tak perlu makan banyak kalau dah makan pisang. Bukan itu je tau benefit dia.\u00a0Pisang ni juga boleh digunakan sebagai face mask!\n5. Jangan Lewat Ambil Sarapan!\nPicture Credit: eggs.ca\nRamai yang ingat kalau kurang makan\u00a0ataupun skip meals, boleh turunkan badan dengan cepat. Korang mungkin tak tahu yang sarapan pagi ialah sarapan paling penting. Tanpa sarapan pagi, kita takkan dapat tenaga yang kita perlukan untuk mulakan hari. Ini akan menyebabkan kita makan banyak untuk makan tengahari. Jadi, untuk mengelakkan hal ini berlaku, korang perlu makan sarapan pagi dengan secukupnya.\nAdmin harap sangat tips-tips ni dapat membantu korang untuk menurunkan berat. Ingat, tanpa jaga makan dan bersenam, takkan ada hasil. Effort yang secukupnya diperlukan. Good luck!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cepat-cuci-mixer/", "title": "Cara Cepat Cuci Mixer, Tak Perlu Susah-Susah Sental Setiap Jaring", "body": "\n\u201cOh begini cara cepat cuci mixer tanpa perlu menyental setiap jaring. Jimat masa\u2026\u201d\nStand mixer dan\u00a0hand mixer\u00a0merupakan satu alat yang biasanya digunakan untuk membuat kek.\nKedua-dua pengadun\u00a0ini mempunyai fungsi yang sama tapi\u00a0stand mixer\u00a0lebih mudah dan menjimatkan tenaga kerana kita tidak perlu memegangnya semasa sedang mengadun adunan.\nNamun begitu, disebabkan oleh bentuk pengaduk alat ini yang bulat dan berjaring membuatkan kita sukar untuk membersihkannya selepas diguna.\nLebih lagi jika ada sisa kotoran yang sudah mengeras di sudut yang susah untuk dicapai. Ianya bukan saja membazir tenaga, malah mengambil masa yang lama untuk mencucinya.\nOleh itu, jom MyResipi kongsikan trik dan cara cepat untuk membersihkan\u00a0mixer tanpa bersusah payah mencuci di setiap jaring dan sudut.\nBaca juga: Mr. Ali Kongsi Tips Buat Whipping Cream Jadi Kental & Coklat Ganache Berkilat Elok\nCARA CEPAT CUCI MIXER\nTrik tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna tiktok yang bernama Syah & Syida. Berikut merupakan perkongsiannya:\n1. Selepas siap menggunakan pengadun, masukkan sedikit air dan sabun ke dalam bekas pengadun.\n\n2. Kemudian jangan lupa\u00a0lock\u00a0pengadun anda. Putar menggunakan kelajuan sederhana.\n\n3. Hasilnya, pengandun bersih tanpa bersusah payah untuk mencucinya. Selamat mencuba!\n\nBaca juga: Krim Putar Rosak Sebab \u2018Overbeat\u2019? Jangan Buang! Boleh Dibuat Butter & Buttermilk\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cuci-air-fryer-yang-betul/", "title": "Cara Cuci Air Fryer Yang Betul. Baru Dijamin Bersih, Bebas Kuman & Tahan Lama", "body": "\nTidak dinafikan bahawa air fryer ini sangat memudahkan kita semua untuk memasak. Bukan itu saja, hidangan juga lebih sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak dan jika terpaksa guna, hanya dalam kuantiti yang sedikit. Dapur juga akan lebih kemas dan tidak bersepah kerana tiada percikan minyak seperti menggoreng dalam kuali biasa.\nNamun, anda jangan tahu guna saja tapi tak tahu cara betul nak cuci air fryer. Rupanya ada cara yang betul untuk mencuci air fryer supaya ia betul-betul bersih agar tiada sisa makanan yang melekat pada jaring bakul air fryer.\nNak tahu caranya yang betul? Jom ikuti perkongsian oleh Amanda Tan di bawah. Semoga bermanfaat buat anda semua.\nCARA CUCI AIR FRYER YANG BETUL\nPeralatan yang diperlukan:\n\nCuka buatan\nSoda bikarbonat\nSpan lembut\nSabun cuci pinggan\nKain bersih\nBerus plastik\n\n\nLangkah-langkah:\n1. Pastikan air fryer betul-betul sejuk dan telah ditutup suis.\n\n2. Keluarkan bakul jaring dan letak tepi.\n3. Ambil tisu dan lap sisa-sisa minyak atau makanan yang ada di dalam bakul. Ia bertujuan untuk memudahkan anda untuk mencucinya. Kemudian, masukkan semula bakul jaring ke dalam bakul.\n4. Kemudian, didihkan air di dalam periuk lain. Bila air dan menggelegak, tuangkan air panas ke dalam bakul air fryer. Ia untuk memudahkan sisa makanan yang melekat pada bakul jaring dapat tertanggal dengan lebih mudah.\nJangan gosok menggunakan span basuh pinggan untuk mengelakkan coating pada bakul jaring tertanggal. Rendam dalam 3 minit.\n\n5. Masukkan 1 penutup cuka dan soda bikarbonat dalam suku daripada sudu. Kemudian, goncangkan seketika bakul air fryer anda. Cara ini untuk memudahkan sisa makanan pada jaring tertanggal. Rendam lagi dalam beberapa minit.\n\n6. Sementara tunggu sisa makanan tertanggal, anda juga boleh menggunakan senduk kayu atau berus untuk membersihkan bahagian bakul jaring.\n\n\n7. Selepas itu, buang air rendaman tadi. Elakkan daripada memegang bahagian handle air fryer anda, sebaiknya pegang pada sisi bakul ssahaja. Ambil sedikit sabun dan cuci bersih.\n8. Cuci bakul air fryer seperti biasa. Cuci pada bahagian luar dan dalam. Bahagian hadapan cukup sekadar gosok dengan tangan untuk mengelakkan ia daripada tercalar.\n\n9. Bilas bersih dengan air. Siap!\nCARA CUCI BADAN AIR FRYER\n1. Simpan wayar dengan menolak ke dalam seperti di dalam gambar.\n\n2. Baringkan air fryer dengan perlahan-lahan. Kemudian basahkan kain dengan air tanpa sabun. Pastikan kain dalam keadaan lembap dan tidak berair. Bersihkan elemen pemanas dan lapkan ia secara membulat.\n\n4. Kemudian bersihkan semua bahagian dengan lembut. Lapkan juga pada bahagian luar. Barulah nampak cantik dan berkilat.\n5. Siap!\n\nSumber: Amanda Tan\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cuci-brokoli-dengan-betul/", "title": "Cara Cuci Brokoli Dengan Betul, Rupanya Penuh Dengan Ulat!", "body": "\nSayur brokoli merupakan salah satu sayur yang menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak pun suka. Tapi ramai yang tak tahu cara cuci brokoli dengan betul sebelum dimasak kerana ia mengandungi banyak ulat halus yang tersembunyi. Jom lihat cara yang berkesan untuk membuang ulat pada brokoli di bawah.\nBaca juga: 3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur, Baru Puas Hati Makan\nCara Cuci Brokoli Dengan Betul\n\n1. Potong brokoli dan sediakan campuran air dan juga cuka. Rendam brokoli ke dalam air ini selama 15 minit.\nSelepas itu anda akan dapat melihat ulat-ulat halus akan terapung di permukaan air. Bilas dan barulah dimasak.\n2. Satu lagi cara adalah dengan merendam sayur brokoli dengan air garam selama 30 minit hingga satu jam. Kemudian bilas.\u00a0Selepas membersihkan brokoli dengan cara ini \u00a0barulah sayur ini boleh dimasak.\n\n\nCuba bayangkan sekiranya kita tidak membasuh bersih sayur ini sebaliknya terus menyajikannya pada anak kecil.\nKredit: sumber, Sakura Hanami\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cuci-cawan-berkerak/", "title": "Cara Cuci Cawan \u2018Berkerak\u2019 Tanpa Guna Peluntur, Terus Nampak Macam Baru!", "body": "\n\u201cAduh.. Macam mana cara cuci cawan yang berkerak ni ya? Nak buang, sayang pula..\u201d\nCawan kaca mahupun seramik, jika kerap digunakan pasti akan menyebabkan munculnya lapisan kerak yang sukar untuk dicuci. Jika dibiarkan begitu saja, lama kelamaan permukaan cawan akan menjadi semakin hitam.\nLapisan tersebut terhasil disebabkan oleh pewarna di dalam minuman yang dibancuh seperti kopi dan teh.\u00a0Ia sangat sukar ditanggalkan jika hanya menggunakan sabun pencuci pinggan biasa.\u00a0\nRupanya ada petua yang boleh dipraktikkan untuk menghilangkan kotoran tersebut tanpa menggunakan peluntur. Hasilnya memang bersih, tapi tanpa anda sedar ia memberikan kesan yang tidak baik untuk kesihatan.\nBaca juga: Cara Cuci Kain Lap Dapur, Confirm Hilang Semua Kotoran. Tak Perlu Sental!\nCARA CUCI CAWAN \u2018BERKERAK\u2019 TANPA PELUNTUR\nSebenarnya ada cara mudah tanpa menggunakan bahan kimia untuk mencuci kerak di dalam cawan. Apa yang anda perlukan hanyalah \u2018garam\u2019.\nBerikut merupakan cara-caranya:\n1. Ambil cawan atau mug yang mempunyai kesan hitam.\n2. Basahkan sedikit pada permukaan yang kotor itu.\n3. Taburkan garam secukupnya ke dalam cawan.\n4. Kemudian gosok permukaan yang kotor menggunakan jari sehingga kotoran tertanggal.\nUntuk mengetahui cara-cara lengkap, tonton video di bawah.\n\nKredit: Youtube Amanda Shiloh Emerson\nBaca juga: Cara Bersihkan Dapur Guna Tepung Gandum, Hasilnya Berkilat-Kilat Macam Baru!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cuci-kain-lap-dapur/", "title": "Cara Cuci Kain Lap Dapur, Confirm Hilang Semua Kotoran. Tak Perlu Sental!", "body": "\nSetiap rumah pasti wajib ada kain lap dapur ni. Maklumlah, ada saja nak mengelap tumpahan makanan, kotoran serta sisa makanan di dapur.\nKain ini jika dibiarkan berhari-hari tanpa dibasuh akan menyebabkan kotoran melekat dan berbau masam yang susah nak cuci. Dah sental dengan sabun pun belum tentu hilang.\nSebab itu nak basuh kain lap dapur pun kena ada caranya barulah kotoran hilang. Ini cara mudahnya yang dikongsi oleh\u00a0Ellie Haji Darus\u00a0yang juga seorang guru kelas masakan.\nKeaedah yang diajarkan ini tanpa perlu merendam atau memberus kain kotor itu tapi hasilnya kain bersih dan bau pun hilang.\nTeknik Mudah Cuci Kain Lap Dapur\nSetiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap, yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!\nBiasa bila kain dah kotor kita masuk balik dalam baldi, buh sabun dan air. Biar rendam semalaman. Kadang-kadang jadi bermalam-malam sampai berbau dan berlendir.\nNi cara Ellie. Cuci setiap hari tau. Tiap petang wajib cuci\u2026\n1. Sedia kan sebiji periuk khas. Beli kat kedai Eco pun boleh je.\n2. Masukkan air dan sabun pencuci. Ellie suka pakai sabun serbuk kain. Kemudian tambah sedikit soda. Kacau-kacau sebatikan.\n3. Rebus air\u00a0atas dapur. Masukkan kain lap tadi tu dan rebus selama 10 minit.\n\n4. Selepas 10 minit, tutup api dan curah air dalam singki.\n\n5. Bilas kain dengan air paip. Sambil itu boleh berus manja-manja saja cukup.\n6. Bilas dan perah air kemudian boleh jemur. Bila dah kering kain memang bersih dan wangi.\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nView this post on Instagram\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nA post shared by Kekcawan.com.my Official (@kekcawan.com.my)\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cuci-kulat-sisir/", "title": "Cara Cuci Cendawan Sisir Yang Betul, Baru Tak Rasa Hapak Kayu!", "body": "\nCendawan kulat sisir atau turut dikenali dengan nama lain seperti cendawan tapak tiung atau jamur gerigit, lazimnya ditemui pada batang pokok kayu mati atau hidup.\nSelain itu, cendawan ini hanya tumbuh meliar dan mula hidup selepas hujan. Tidak hairanlah, cendawan tersebut sukar didapati kerana boleh ditemui pada musim tertentu sahaja.\u00a0\nBiasanya cendawan sisir ini digunakan untuk masakan seperti cendawan sisir goreng cili api, cendawan sisir goreng kunyit, cendawan sisir masak lemak dan banyak lagi.\n\nNamun begitu, masakan yang menggunakan cendawan sisir akan terasa hapak kayu jika tidak dibersihkan dengan betul.\nOleh itu, mari kita pelajari cara mencucinya dengan betul yang telah dikongsikan oleh Saudari Nurul Shima yang ada di bawah.\nBaca juga: Resipi Sup Cendawan Sihat Tanpa Gula & MSG, Kenyang Pulak Tu!\nCARA CUCI KULAT SISIR UNTUK ELAK RASA HAPAK\nBerikut merupakan cara-caranya:\n1. Rendam kulat sisir di dalam air garam selama 20 minit.\n2. Kemudian, toskan air garam tadi dan rendam sekali lagi menggunakan air biasa selama 20 minit.\n3. Kaut cendawan tadi menggunakan tangan. Hal tersebut untuk mengelakkan sisa kotoran melekat semula pada cendawan.\n4. Cendawan sisir sedia untuk digunakan dalam apa jua masakan.\u00a0Semoga bermanfaat!\nKredit: Twitter Nurul Shima\nBaca juga: Resipi Cendawan Celup Tepung Rangup, Memang Ketagih Dibuatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cuci-microwave/", "title": "Tolong Jangan Biar Microwave Berkeladak! Ini Tips Cuci Paling Mudah, Baru Nampak Macam Baru!", "body": "\nRamai tak tahu cara cuci microwave kan? Bukan sekadar lap-lap saja. Boleh dikatakan kebanyakan rumah mempunyai microwave. Senang bila nak panaskan makanan.\nTapi paling renyah bila nak bersihkan kotoran yang melekat tu. Bukan senang nak sental kerak-kerak dan sisa minyak. Bila tak cuci dengan betul, bau yang tidak menyenangkan akan muncul.\nRupanya anda hanya perlu menggunakan beberapa bahan dapur yang mudah untuk membersihkan microwave. Bau pun akan lebih harum dan segar.\nJom ikuti tips bersihkan microwave yang dikongsikan oleh Aina Syafiqka di bawah.\nCara Cuci Microwave, Bau Lebih Segar & Wangi\n\u201cThis is how I deep clean the microwave. Please excuse the inside my microwave okay. \nI still guna cara ni everytime nak bersihkan microwave. Suka! Sebab nanti bau segar and fresh je. I tak de sukatan, main letak je.\u201d\nBahan-bahan yang diperlukan:\n\nSebiji lemon\nCuka makan\nSabun cuci pinggan\nAir secukupnya\nKain lap\n\nCara-cara:\n1. Potong lemon dah perahkan jusnya. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk kaca.\n\n2. Masukkaan juga air dan cuka secukupnya.\n3. Titiskan beberapa titik sabun cuci pinggan.\n\n4. Kemudian masukkan mangkuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.\n5. Bila dah cukup 3 minit, jangan terus buka microwave. Tunggu seketika supaya wap dia merebak.\n\n6. Kemudian baru boleh buka dan lap menggunakan kain.\n\nSiap! Selamat mencuba.\nKredit: Instagram @ainasyafiqka\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cuci-perut-lembu-confirm-putih-bersih/", "title": "Cara Cuci Perut Lembu, \u2018Confirm\u2019 Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni", "body": "\nMenu berasaskan perut lembut mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri. Tapi ramai tak tahu, proses cuci perut lembu bukan semudah yang disangka.\nProses membersihkan perut lembu adalah bahagian yang paling susah nak buat. Maka sebab itulah tidak ramai yang mahir menyediakan menu yang menggunakan perut lembu ini.\nJadi sesiapa yang nak belajar cara bersihkan perut lembu supaya putih bersih, jom baca perkongsian oleh Adfie Sya di bawah.\n\nTadi saya tengok ada yang post..tanya macam mana nak cuci perut lembut segar kan. Perut lembu yang baru disembelih.\nJommm saya share cara saya..kongsi ilmu..\nCara Cuci Perut Lembu:\n\nRendam air kapur selama 20 minit. (kapur makan sirih tu)\nKemudian cuci dan kikis berulang kali dengan pisau secara perlahan-lahan.\nSelawat jangan lupa.\nDah bersih, rebus cicah air asam atau kerabu. Sedap!\n\n\nLihat video penuh di bawah:\n\n282437153_268988115384956_7130300970142860309_n\nKredit: Adfie Sya\nBaca juga: Tak Boleh Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari? Ini Penjelasan Agamawan\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cuci-sotong-supaya-kekal-pejal-tak-berair/", "title": "Cara Cuci Sotong Supaya Kekal Pejal & Tak Berair, Tak Perlu Rebus Lagi Sebelum Masak", "body": "\nSetiap kali nak masak sotong, pasti ramai yang merebusnya terlebih dahulu kan? Kalau anda ikut cara cuci sotong ini, hasilnya sotong akan jadi pejal dan tak berair tanpa perlu merebus sotong sebelum dimasak.\nTeknik ini merupakan hasil perkongsian oleh Noris Nora di laman sosial Facebook. Menurutnya, teknik ini dipelajari daripada nelayan Korea dalam satu video dokumentari.\nJom baca perkongsian oleh beliau di bawah. Semoga bermanfaat buat semua.\nTeknik Cuci Sotong Supaya Selepas Masak Jadi Pejal & Tak Berair\nSekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan korea.\nDepa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak. Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak.\nCara-caranya:\n1. Potong sotong mengikut saiz yang diingini.\n\n2. Taburkan garam kasar dalam sesudu dua ke dalam bekas berisi sotong. (garam halus pun boleh, tapi lebih baik garam kasar)\n\n3. Gaul dan ramas sotong bersama garam tersebut.\n\n4. Ramas sampai keluar buih macam sabun.\n\n5. Sotong akan keluarkan buih seperti sabun. Rabas dalam 5 minit atau sampai rasa sotong menjadi pejal.\n\n5. Kemudian basuh bersih sehingga air buih/air garam hilang. Sotong tidak akan masin jika dibasuh bersih-bersih.\n\n6. Tapi sotong untuk sejat airnya.\n\n7. Bolehlah masak seperti biasa. Sotong tidak akan keluarkan banyak air lagi.\n\nKredit: Noris Nora\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-cuci-taugeh-dengan-cepat/", "title": "Cara Cuci Tauge Dengan Cepat, Tak Perlu Kutip Bahagian Kepala Satu-Satu!", "body": "\n\u201cMudah je cara cuci taugeh rupanya, tak perlu susah-susah nak bersih satu-satu!\u201d\nTauge merupakan salah satu jenis sayuran yang sering digunakan dalam masakan.\nSayuran yang berasal dari kacang hijau ini berbentuk kecil dan berakar, maka tidak hairanlah jika cara membersihkannya bukan perkara yang mudah.\nSama seperti sayur-sayuran lain, tauge juga perlu dibersihkan sebelum diproses menjadi makanan.\nSebenarnya cara membersihkan taugeh agak mudah. Disebabkan oleh saiz tauge yang kecil dan mempunyai kulit serta akar di hujungnya, membersihkan tauge sangat mengambil masa. Lebih-lebih lagi jika tauge dibeli agak banyak. \nJadi mari MyResipi kongsikan cara cepat membersihkan dan mencuci taugeh.\nBaca juga: Petua Simpan Taugeh Supaya Tahan Lama, Dah Berminggu Pun Kekal Segar & Tak Hitam\nCARA CUCI TAUGEH DENGAN CEPAT\n \n1. Masukkan tauge ke dalam besen yang bersaiz besar.\n2. Kemudian isikan air sehingga tauge tenggelam.\n3. Kacau-kacau tauge supaya kulit kepalanya (bahagian hitam) terpisah.\n4. Biarkan sekejap selama beberapa saat supaya kulit kepalanya terapung.\n5. Kemudian ambil besen yang berjaring besar, tekan sedikit ke atas permukaan air sehingga kulit kepala taugeh muncul.\n6. Kemudian, kaup bahagian hitam tersebut menggunakan penapis yang berjaring kecil.\n7. Ulang sehingga semua bahagian hitam tersebut sudah dikaup.\nLihat video penuh:\n\n\n @xom0070\n \u266c \u0e21\u0e2d\u0e07\u0e19\u0e32\u0e19\u0e46 \u2013 FLI:P \n\n \nKredit: Tiktok xom0070\nBaca juga: Petua Simpan Lengkuas Supaya Tahan Lama, Berbulan Pun Tak Rosak\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-defrost-lauk-yang-betul-elak-anak-keracunan/", "title": "Ibu-Ibu Kena \u2018Alert\u2019, Cara Defrost Lauk Yang Betul Elak Anak Keracunan", "body": "\nPelbagai kaedah yang digunakan oleh ibu bapa untuk mencairkan atau \u2018defrost\u2019 bahan basah yang beku seperti daging atau ayam sebelum ianya dimasak. Antaranya adalah dengan meletakkan ianya diluar seharian melebihi 4 jam untuk mencairkannya.\nNamun, melalui perkongsian dari Puan Shahida Zahira, kaedah ini sebenarnya dapat memberi risiko keracunan. Justeru itu, mari lihat beberapa kaedah lain yang kurang betul dan kaedah sebenar untuk mencairkan ayam/daging yang beku.\nCara Defrost Lauk Yang Betul Elak Anak Keracunan\nMungkin ada dalam kalangan mommies yang meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk lembut dan boleh dimasak.\nYelah sementara nak tunggu defrost tu elok lah kita buat kerja lain kan.\u00a0Tapi sebenarnya kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan.\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia, daging dan ayam mentah jika dibiar lama di luar adalah syurga buat kuman dan bakteria berkumpul sekali gus akibatkan keracunan.\n\n\n @shahidahazira\nMungkin ada dlm kalangan mommies yang meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk lembut dan boleh dimasak. Yelah sementara nak tunggu defrost tu elok lah kita buat kerja lain kan. Tapi sebenarnya aedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, daging dan ayam mentah , jika dibiar lama di luar adalah syurga buat kuman dan bakteria berkumpul sekali gus akibatkan keracunanSo apa yg mommies boleh buat?1. Letakkan daging atau ayam beku di ruangan peti sejuk (bukan beku), \u2018chiller\u2019 seharian.2. Rendamkan dalam air pili yang bersih.3. Guna fungsi \u2018defrost\u2019 ketuhar gelombang mikro.4. Guna periuk tekanan tinggi\n \u266c original sound \u2013 Zira share tips baby makan \u2013 Zira share tips baby makan \n\n \nMenerusi perkongsian video tersebut, terdapat beberapa kaedah yang kurang baik digunakan untuk mencairkan daging atau ayam yang beku. Antaranya ialah:\n\nLetak diluar seharian untuk cairkan ayam yang beku.\nCurahkan air panas untuk cepat cair\nMasak dalam slow cooker\n\nSo apa yang mommies boleh buat?\n\nLetakkan daging atau ayam beku di ruangan peti sejuk (bukan beku), \u2018chiller\u2019 seharian.\nRendamkan dalam air pili yang bersih.\u00a0\nGuna fungsi \u2018defrost\u2019 ketuhar gelombang mikro.\nGuna periuk tekanan tinggi.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-express-buat-sambal-hitam-30-minit-siap/", "title": "Cara Express Buat Sambal Hitam, 30 Minit Siap! Tak Perlu Rebus Berjam-Jam Lamanya", "body": "\nSambal hitam cukup sedap jika dimakan dengan nasi putih panas-panas. Tapi seperti yang anda tahu, nak membuatnya agak renyah kerana perlu direbus selama beberapa jam.\nRupanya ada cara mudah untuk memasaknya. Dalam masa 30 minit dah siap masak, tak perlu susah-susah nak rebus. Ianya lebih tahan lama dan semestinya rasa sangat sedap!\nJom cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Habib Izzah ini.\n\n\u201cMasak sambal hitam simple 30 minit tapi rasa dia marvellous. Mummy share resipi dekat setiap gambar. Sambal hitam ni makan dengan nasi panas memang marvellous. Mak mertua lalu sebelah pun tak perasan.\u201d\n\nRESIPI SAMBAL HITAM MUDAH TANPA REBUS LAMA\nBahan-bahan:\n\nCili api\nCili besar\nBelimbing\nBawang besar\nIkan bilis\n\n**Sukatan agak-agak je.\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak terlebih dahulu.\n\n2. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang besar dan ikan bilis yang sudah dikisar kasar. Tumis sehingga agak kekeringan.\n\n3. Kemudian kisar cili dan belimbing, campur air sedikit saja sebab air belimbing akan keluar sendiri. Jangan kisar terlalu halus.\n\n4. Bila bawang dan ikan bilis dah hampir kering, masukkan cili dan belimbing kisar tadi.\n\n5. Kacau rata.\n6. Bila nampak sambal hampir kering, tambahkan perisa garam sedikit.\n\n7. Dah siap! Buat macam ni mudah je. Kalau kita rebus dulu belimbing tu, biasanya kuali kita akan rosak.\n\nKredit: Habib Izzah\nBaca juga: Resipi Sambal Jawa Asli, Sekali Cuba Pasti Akan Nak Lagi & Lagi\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-goreng-ikan-masin/", "title": "Petua Goreng Ikan Masin Supaya Tak Hancur, Rangup & Elok Sempurna", "body": "\nSetiap kali menggoreng ikan masin, bila dibalikkan pasti kepalanya terpisah dari badan. Siapa yang selalu mengalami masalah ini? Jangan risau, mari MyResipi kongsikan cara goreng ikan masin yang betul.\u00a0\nJika untuk makan sendiri, tak apa jika rupa ikan masin tidak berapa cantik apabila dihidangkan di atas pinggan. Namun, tidak sesuai jika dihidangkan kepada tetamu kerana ikan sudah menjadi hancur dan tidak sempurna.\u00a0\nSebenarnya ada petua untuk menggoreng ikan masin supaya rupa dan bentuk ikan sempurna ketika menggoreng. Teknik ini merupakan petua turun-temurun yang telah dikongsikan oleh Norlaili Hashim. Jom baca perkongsiannya di bawah!\nBaca juga: Cara Goreng Ikan Macam Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam\nCARA GORENG IKAN MASIN SUPAYA TAK HANCUR\nPETUA 1\n\nBahan-bahan:\n\nIkan gelama masin\nTepung gandum\n\nCara-cara:\n1. Bersihkan ikan dan buang siripnya.\n2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.\n3. Ratakan sapuan pada ekor.\n4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng hingga garing.\nPETUA 2\n\nBahan-bahan:\n\nIkan masin\n\nCara-cara:\n1. Setelah dibuang siripnya, basuh ikan masin pada air mengalir.\n2. Elakkan merendam ikan masin. Cara ini akan membuatkan ikan masin jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.\n3. Cara ini buat ikan jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.\nSumber: Norlaili Hashim via Keluarga\nBaca juga: Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-goreng-ikan-style-orang-dulu/", "title": "Cara Goreng Ikan Macam Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam", "body": "\nSebelum ini jika menggoreng ikan, kita cuma lumur garam dan kunyit saja kan? Itu pun dah cukup sedap. Kalau kita jom cuba cara goreng ikan stail orang dulu-dulu ini pasti bertambah-tambah sedapnya.\nZaman sekarang dah jarang jumpa orang goreng ikan macam ini. Sedap dia memang lain macam, bukan biasa-biasa! Nak tahu macam mana caranya? Jom baca perkongsian oleh Ummi Hana di bawah.\nBaca juga: Petua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali, Hanya Guna Satu Bahan Ini\nCara Goreng Ikan Stail Orang Dulu-Dulu\nBahan-bahan:\n\n5 ulas bawang merah\n4 ulas bawang putih\n2 inci kunyit hidup\n5 sudu besar cili kisar\n3 sudu besar garam halus\nBelacan sedikit (jika suka)\n\nCara-cara:\n\nAmbil lesung, tumbuk kunyit hidup, belacan dan garam sehingga hancur. Kemudian tumbuk bawang merah dan bawang putih. Pastikan jangan terlalu lumat sangat.\nMasukkan pula cili kisar dan gaul rata. Simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais.\nAmbil sedikit bila nak guna, lumur sehingga rata pada ikan dan perap sekejap. Kemudian boleh digoreng.\nSisa minyak goreng ikan tadi sedap jika dibuat goreng sayur atau buat nasi goreng ikan.\n\n\nKredit: Ummi Hana\nBaca juga: Mudahnya Buat \u2018Cencaru Sumbat Sambal\u2019 Guna Air Fryer, Kalau Goreng Minyak Jadi Kotor!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-goreng-popia-rangup/", "title": "Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!", "body": "\nNak tahu tak cara goreng popia supaya kekal rangup dan tidak berminyak selepas siap digoreng? Masih ramai yang \u2018failed\u2019 ketika menggoreng popia ini. Hasil popia yang digorengnya tidak rangup dan sangat berminyak.\nPelbagai resipi yang kita boleh buat dengan menggunakan kulit popia ini.\u00a0 Contohnya popia cheese, popia goreng inti sayur, popia sira, popia inti carbonara dan sebagainya.\nOleh itu, jom kita praktikkan tips untuk menggoreng popia di bawah. Supaya hasil gorengan anda rangup dan garing!\nBaca juga: Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Semula, Nombor 7 Paling Ramai Buat!\nCARA GORENG POPIA SUPAYA KEKAL RANGUP & TIDAK BERMINYAK\n\n1) Tos inti\nInti popia yang telah digoreng perlu ditos terlebih dahulu supaya tidak berair sebelum diisikan ke dalam kulit popia. Contohnya inti sayur, inti kentang, inti ayam, inti sardin dan sebagainya.\n2) Jangan goreng inti\nSelain tos inti yang sudah digoreng, ada cara yang lebih mudah. Jangan menggoreng inti yang mahu diletak di dalam kulit popia. Semasa menggoreng nanti, inti akan masak.\n3) Teknik menggoreng\nSebelum mula menggoreng popia, minyak perlu dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan api yang kuat. \nApabila minyak kelihatan sudah panas, perlahankan atau sederhanakan api. Gorengan popia mesti tenggelam dan perlu terbalikkan popia dengan kerap supaya ia tidak hangus. Popia juga akan masak dengan sempurna dan rangup.\n4) Guna bekas kedap udara\nUntuk mengelakkan popia kita menjadi lemau, lembik dan masuk angin, cara yang terbaik adalah dengan meletakkan popia ke dalam bekas kedap udara.\nSumber: Hanee Othman, Crispy & Crunchy\nBaca juga: 3 Cara Supaya Makanan Bergoreng Kurang Berminyak, Macam Ini Baru Sihat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-goreng-telur-mata-kerbau-yang-cantik-elok/", "title": "Cara Goreng Telur Mata Kerbau Yang Cantik Elok, Kena Ikut 3 Tips Ini", "body": "\nBila tengah lapar, pekena telur goreng dengan nasi pun dah cukup sedap. Tapi sebenarnya nak goreng telur mata kerbau ada caranya, barulah boleh dapat kuningnya yang cantik dan sempurna.\nSeorang lelaki bernama\u00a0Wan Luqman ini kerjanya sebagai tukang goreng telur berkongsikan tip dan cara yang betul untuk menghasilkan telur mata kerbau yang elok rupanya.\nJom sama-sama baca perkongsiannya di bawah..\nTips Goreng Telur Mata Kerbau\n\n1. Guna kuali kecil dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu tak merebak ikut saiz kuali.\n2. Minyak kena lebih supaya dia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan terus pecahkan ke dalam kuali. Jangan risau, kita toss dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih dah mula garing sedikit, kemudian boleh di angkat.\n\n3. Guna telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Selalu kita order kat kedai, bila mintak telur mata, dibaginya telur mata jin mata satu, telur mata buta sebelah dan paling teruk telur mata dajal, musibah namanya tu.\n\nBila telur macam ini. Kuning-kuning tu samada cair atau separa cair. Baru berselera.\nKredit: Wan Luqman\nBaca juga:\n\n\nTips Beli Telur Yang Betul Untuk Menghindari Risiko Keracunan\n\n\nIkut 4 Langkah Ini Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang \u2018Perfect\u2019\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-guna-air-fryer-yang-betul/", "title": "Jangan Sampai \u2018Overcook\u2019, Doktor Kongsi Cara Betul Guna Air Fryer Supaya Lebih Sihat", "body": "\nSeorang doktor berkongsikan cara guna air fryer dengan betul supaya lebih sihat dan selamat untuk dimakan. Menurut Dr. Izzar Anwari di laman Instagramnya, beliau memuat naik satu perkongsian yang berkenaan risiko menggunakan air fryer.\nJika salah cara menggunakannya, ia boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian olehnya di bawah.\nBaca juga: 5 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer\nCARA GUNA AIR FRYER SUPAYA LEBIH SIHAT & SELAMAT\nBoleh kata ramai dah sekarang ada air fryer di rumah sebab nak amalkan gaya hidup sihat kan? Tapi air fryer tu betul-betul menyihatkan ke?\nGuna Air fryer sememangnya lebih sihat berbanding dengan menggoreng makanan. Ia mengurangkan kalori sehingga 70-80% dan lemak pun sikit je. Kita juga dapat mengurangkan risiko merbahaya kesan dari menggoreng menggunakan minyak masak.\nContohnya bila kita menggoreng makanan berkanji (starch) seperti French fries dengan suhu tinggi, bahan kimia acrylamide akan terhasil. Dan acrylamide ni berkemungkinan dapat meningkatkan risiko mendapat kanser.\nBaca juga: Cara Cuci Air Fryer Yang Betul. Baru Dijamin Bersih, Bebas Kuman & Tahan Lama\nDengan air fryer, kita dapat mengurangkan risiko terhasilnya acrylamide ni. Dengan bertukar kepada masakan air fryer, sudah tentu akan mengurangkan makanan berminyak/berlemak, barulah kolesterol dalam darah berkurangan serta kalori pun tak tinggi nanti. Takdela overweight atau obes. Barulah sihat kan.\nTapi ada satu kajian dari Korea Consumer Agency mengatakan bahawa acrylamide juga boleh terjadi jika memasak dengan air fryer sekiranya kita masak makanan dalam TEMPOH YANG LAMA dan SUHU TINGGI (dia buat kajian dengan masak kentang).\n\nKalau nak elak terjadinya acrylamide ni, elakkan memasak terlalu lama dengan suhu tinggi sehingga makanan overcook. Macam masak French fries, kita nak dia masak jadi warna golden yellow. \nKalau jadi warna brown, dah ada la acrylamide tu. Lagi gelap makanan berkanji yang telah dimasak tu, lagi tinggilah kandungan acrylamide.\nKesimpulannya, gunalah air fryer dan jangan overcook makanan ye. Saya pun guna airfryer hari2. Apa2 pun, amalkan pemakanan seimbang dan takyahla minum air2 manis. Baru betul haa\nSumber: Instagram Dr Izzar Anwar\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-hidang-salad-dengan-sedap/", "title": "Cara Hidang Salad Dengan Sedap", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-11-04 08:18:12\n\n\nMungkin tak ramai yang suka salad. Alasan biasanya sebab tak sedap dan tawar. Orang beranggapan bahawa salad ni makanan untuk turunkan berat. Jaranglah orang makan salad sebab saja nak makan. So macam mana kita nak hidang salad supaya sedap dan orang suka makan? Ikuti tips ini.\n1. Pemilihan Sayur\nPhoto Credit: foodandstyle.com\nIni komponen paling penting dalam hidangan salad. Warna utama yang akan kelihatan dalam mangkuk atau pinggan korang ialah warna sayur. So make sure korang pandai pilih sayur. Selain salad, korang boleh letakkan kubis, bayam dan sawi.\n2. Kerangupan\nPhoto Credit: yoffielife.com\nKombinasi elemen kerangupan ini melengkapkan semangkuk salad. Korang boleh cuba masukkan lobak merah, timun, tauge atau zuchini. Kalau nak letak buah macam epal pun boleh. Ia dapat memberi rasa manis kepada salad \"tawar\" korang.\u00a0\n3. Bahan \"Rahsia\"\nPhoto Credit: ruralmessenger.com\nIni khas untuk mereka yang memilih bab makan salad. Untuk orang macam ni, perlu ada elemen unik yang akan menyebabkan hidangan menjadi menarik seperti tembikai, avokado dan tomato. Tapi kena lah make sure tak diletakkan terlalu banyak. Kalau tidak, akan mengganggu khasiat salad korang.\n4. Protein\nPhoto Credit: goya.com\nApa-apa yang kita makan, mestilah seimbang. So salad pun perlulah ada protein. Letak lah tuna, ayam atau daging dalam salad korang. Sama ada nak memanggang atau merebus tu terpulanglah. Yang penting mesti ada.\n5. Sos\nPhoto Credit: cabotcheese.coop\nSetiap salad memerlukan penambah rasa untuk menyempurnakan hidangan tersebut. So korang boleh letak jus buah-buahan sebagai pemanis kepada salad tersebut. Kalau nak masam-masam sikit, gaulkan cuka, lemon dan mustard. Ini semua dapat menyedapkan hidangan korang.\nJelas sekali salad bukan hidangan yang membosankan. Banyak cara untuk upgrade makanan \"diet\" ni. Nak makan saja-saja pun tak de masalah. Yang penting, seimbang dan sedap.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-hilangkan-cirit-birit/", "title": "Penat Ulang-Alik Tandas? Ambil Makanan Ini Untuk Hentikan Cirit Birit", "body": "\nAnda sedang mengalami cirit-birit? Penat berulang-alik ke bilik air? Sampaikan badan pun dah lembik. Jom kami kongsikan cara hilangkan cirit-birit yang paling cepat dan berkesan.\nApa penyebab cirit birit?\nSecara amnya, cirit-birit berlaku kerana pengambilan makanan dan minuman yang tercemar, makan dengan tangan yang kotor atau menyentuh najis. Pelbagai jenis virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan gastroenteritis dan seterusnya cirit-birit. Antara kuman yang biasa adalah:\n\nBakteria. Cth: Salmonella atau Escherichia (E. coli)\nVirus. Cth: Norovirus atau rotavirus\nParasit. Cth: Giardia intestinalis\n\nTanda-tanda cirit birit:\n\nNajis cair\nSakit atau kejang perut\nKerap ingin menggunakan tandas\nMual dan muntah-muntah\nDemam\nHilang selera\nDehidrasi\n\n\nCARA HILANGKAN CIRIT BIRIT\n1. Air kelapa\n\nAir kelapa mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi bagi menggantikan elektrolit yang hilang dari badan. Jadi, minuman ini merupakan satu rawatan tradisional yang boleh merawat cirit birit.\n2. Makanan rendah lemak\nPengambilan makanan rendah lemak juga baik utuk mengatasi cirit birit. Contoh makanan yang rendah lemak adalah ikan, isi ayam tanpa kulit dan protein sumber tumbuhan seperti tauhu, tempe, cendawan, kacang kuda, kacang edamame dan sebagainya.\n3. Minuman elektrolit\nMinuman elektrolit mengandungi kandungan elektrolit seperti natrium, kalium dan lain-lain yang baik untuk mengatasi mengalami masalah cirit birit. Jadi selain dari air kelapa, pengambilan air elektrolit juga bagus untuk cirit birit.\n4. Cara Hilangkan Cirit Birit \u2013 Diet BRAT\n\nDiet BRAT adalah singkatan daripada pisang (banana), nasi (rice), sos epal (applesauce) dan roti bakar (toast). Makanan ini merupakan rendah serat dan sekaligus dapat mengurangkan simptom semasa cirit birit. Tetapi diet ini tidak boleh diamalkan dalam tempoh masa yang lama kekurangan sumber serat, protein dan lemak.\n5. Yogurt\nYogurt adalah produk tenusu yang diperbuat melalui proses fermentasi. Bakteria yang digunakan untuk membuat yogurt dipanggil \u201ckultur\u201d dan ianya mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan.\nHasil daripada kajian yang dijalankan ke atas pesakit yang mengalami cirit birit, didapati bahawa yogurt dapat mengurangkan simptom cirit birit.\n6. Sayur-sayuran yang dimasak\nMereka yang mengalami cirit birit digalakkan mengambil sayur-sayuran yang telah dimasak dan dibuang kulitnya (jika ada) untuk mengurangkan beban sistem pencernaan. Pemilihan sayur yang tidak berangin juga digalakkan untuk mengelakkan ketidakselesaan perut.\n7. Minuman kultur\nPelbagai jenis minuman kultur yang kita boleh dapati di pasaran. Kebaikan minuman kultur ini adalah ianya mengandungi probiotik, iaitu sejenis bakteria baik yang dapat menjaga keseimbangan di dalam sistem pencernaan.\n8. Makanan bland\n\nMakanan\u00a0bland atau nama mudahnya makanan yang rendah serat adalah sejenis makanan yang boleh diambil bagi mereka yang mengalami cirit birit. Elakkan diri daripada mengambil makanan yang pedas dan kompleks yang boleh membuatkan cirit birit menjadi lebih teruk. Contoh makanan bland adalah bubur nasi, kentang rebus dan roti putih.\n9. Ais pop\n\nPengambilan ais pop merupakan salah satu alternatif lain yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pengambilan air. Anda boleh membekukan jus buah ataupun air kosong bersama hirisan buah untuk menambahkan rasa.\n10. Air Kosong\nRawatan utama yang paling penting bagi masalah cirit birit adalah mengambil air kosong yang cukup. Hal ini kerana cirit birit menyebabkan badan kehilangan banyak air melalui najis. Kesannya akan menyebabkan hidrasi pada tubuh badan. Selain itu, elakkan juga mengambil minuman yang berkafein kerana ianya bersifat diuretik yang akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan daripada badan.\nKesimpulannya, ada banyak makanan dan minumam yang boleh diambil oleh pesakit cirit birit. Namun begitu, rawatan utama yang perlu didahulukan adalah perlu mendapatkan rawatan di klinik atau hospotal dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi.\nKredit: Root Of Science\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-hilangkan-hanyir-ikan-patin/", "title": "Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin, Kena Cari & Buang \u2018Urat\u2019 Ini Sebelum Dimasak", "body": "\nRamai yang suka makan ikan patin, tapi tak ramai yang pandai memasaknya. Lebih-lebih lagi dalam bab menyiangnya, ramai yang tak tahu petua hilangkan hanyir ikan patin ini.\nJika salah cara siang, ikan patin yang sudah dimasak akan berbau hanyir. Memang tak selera bila nak makan dan akhirnya ke \u2018tong sampah\u2019 juga.\nSelain dari membasuh ikan dengan asam jawa dan tepung gandum, ada cara lain yang anda boleh praktikkan untuk menghilangkan rasa hanyir ini.\nBaca juga: Cara Masak Tempoyak Ikan Patin \u2018Original\u2019 Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je\nMungkin ramai yang tidak tahu cara yang dikongsikan oleh Rozniza Hussin. Menurutnya, kita perlu mencari \u2018urat\u2019 dalam ikan patin untuk mengelakkan bau hanyir.\nUrat tersebut berwarna putih seakan benang, 4 urat ini terlebih dahulu perlu dibuang semasa membasuh ikan patin atau ikan duri.\nCara Hilangkan Hanyir Ikan Patin\n1. Semasa membersihkan ikan patin yang dipotong, cari urat di celah-celah isi ikan. Bila sudah jumpa, tarik dan buang menggunakan pisau.\n\n2. Bila dah jumpa, senang saja untuk keluarkannya, cuma tarik sahaja urat tersebut.\n\n3. Ini dia urat yang membuatkan ikan patin kita berbau hanyir.\n\nSelain ikan patin, perkara yang sama boleh dipraktikkan untuk ikan duri atau ikan sembilang.\nSumber: Rozniza Hussin via Vanilla Kismis\nBaca juga: Cara Masak Tempoyak Ikan Patin \u2018Original\u2019 Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-kilatkan-dapur/", "title": "Cara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini", "body": "\nCara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini .\nDah nak masuk musim raya ini, mestilah nak dapur kita cantik dan nampak seperti baru walaupun dah bermacam lauk sudah dimasak.\u00a0\nSebab biasanya dapur di rumah jarang bersih begini, pasti akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.\nBaca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA\nMelihat perkongsian lelaki ini yang dapurnya berkilat macam baru, ramai yang tertanya-tanya apa tip yang digunakan.\nSupaya dapur di rumah kita pun bersih begini, ini tip yang dikongsi oleh Dapur Pak San.\n\nCARA KILATKAN DAPUR SEPERTI BARU\n\nRamai bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Guna cara ini supaya dapur bersih, berkilat macam baru;\n1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.\n2. Kemudian sabun cecair cuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena semua tempat.\n3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur.\n4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.\nMudah je rupanya, tak perlu dah nak upah tukang cuci, kita pun boleh buat sendiri guna bahan-bahan yang di dekat dapur.\nNak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.\nSemoga bermanfaat!\u00a0\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-kupas-buah-mangga-mudah-dan-cantik/", "title": "Cara Kupas Buah Mangga, Mudah Dan Cantik!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nMungkin ramai yang sudah tahu cara kupas buah mangga, tetapi tips ini boleh memudahkan kerja untuk kita mengupas buah mangga dan pada masa yang sama dapat hasilkan potongan mangga yang cantik dan \u2018presentable\u2019! Yang paling penting, sediakan pisau yang sesuai supaya lebih memudahkan kerja mengupas buah mangga ini.\nApa lagi? Jom cuba cara kupas buah mangga yang mudah dan dapat hasilkan potongan mangga yang cantik ni.\nBahan-bahan\nPisau\nPengupas buah\nMangga\n\nCara-caraTeknik 1\n\nKupas kulit mangga\nHiris memanjang\nHiris melintang\nPotong mendatar\n\nTeknik 2\n\nPotong mangga melintang kepada dua bahagian\nKerat isi mangga secara menegak\nBuat sehingga 3 bahagian\nKeratkan isi mangga secara melintang\nTolak bahagian kulit mangga ke atas untuk keluarkan isi\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-kurangkan-masin-ikan-masin/", "title": "Petua Kurangkan Masin Pada Ikan Masin, Ikut 5 Cara Ini", "body": "\n\u201cOh begini cara kurangkan \u2018masin\u2019 ikan masin yang keterlaluan. Barulah lagi sedap dimakan\u2026\u201d\nIkan masin merupakan lauk yang pembuka selera. Tapi jika terlalu masin, tidak elok untuk kesihatan.\nBagi mengatasi masalah ikan masin yang terlampau \u2018masin\u2019, berikut merupakan petua mudah yang boleh membantu mengurangkan rasa masin yang melampau.\nAnda juga boleh menikmati ikan masin dengan lebih sihat dan sedap. Jom cuba satu dari lima tip di bawah.\nBaca juga: Petua Goreng Ikan Masin Supaya Tak Hancur, Rangup & Elok Sempurna\nCARA KURANGKAN \u2018MASIN\u2019 IKAN MASIN\n\n1. Rendam air garam\nRendam ikan masin dalam dua liter air yang ditambah dengan satu sudu garam. Biarkan selama lima hingga 10 minit. \nCara ini akan menjadikan rasa masin akan berkurangan dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. \nJika masih lagi masin, boleh ulang sekali lagi proses rendaman. Selepas direndam toskan.\n2. Rendam air biasa\nRendam ikan masin dengan air biasa selama 12 hingga 24 jam, dengan cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. \nSyaratnya, anda perlu menukar air rendaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali sepanjang proses rendaman. \nLecehnya cara ini ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak, toskan airnya.\n3. Rendam air panas\nCara ini juga mudah dan cepat untuk mengurangkan rasa masin ikan masin, namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. \nJadi jangan rendam lebih daripada 10 minit ya! Tos sehingga ia betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.\n4. Surat khabar\nBungkus ikan masin dengan surat khabar kemudian rendamkan di dalam air selama lima minit.\n5. Air beras\nRendam ikan kering itu dalam air beras, kemudian basuh dengan air biasa sebelum dimasak.\nTeknik ini juga dipercayai dapat mengurangkan masin pada ikan masin yang \u2018keterlaluan\u2019.\nMelalui 5 cara ini bukan sahaja anda dapat menikmati ikan masin dengan kadar garam yang rendah, malah dapat mengelakkan rasa masin melampau!\nKredit: Rasa, Xtra\nBaca juga: Hati-hati, Jangan Panaskan 9 Makanan Ini Dalam Microwave!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-ayam-goreng-kari/", "title": "Cara Masak Ayam Goreng Kari, Sedap Dia Tak Boleh Bawa Bincang", "body": "\nJika anda suka makanan yang berempah, wajib cuba resipi ayam goreng kari ini.\nSekali cuba pasti akan teringat-ingat. Sangat sedap dan membuka selera.\nSatu lauk ini pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas memang\u00a0umphh!\nSaudari Noreen Elaine ada berkongsikan resipinya di bawah. Selamat mencuba.\nRESIPI AYAM GORENG KARI\nBahan-bahan:\n\nAyam secukupnya \u2013 dipotong dadu\n1-2 biji bawang merah \u2013 potong dadu/cincang\n2 sudu makan sos tiram\nHirisan cili hijau secukupnya\n\nBahan perapan:\n\n5 sudu makan serbuk cili\n3 sudu makan serbuk kari\n1 sudu makan tepung jagung\nCili hijau secukupnya\nBawang putih secukupnya\nHalia secukupnya\nSerbuk perasa secukupnya\nGaram secukup rasa\n\n\nCara memasak:\n1. Bersihkan ayam, potong kecil dan gaulkan bersama bahan-bahan perapan sehingga rata. Biarkan selama \u00bd jam.\n\n2. Dalam kuali, panaskan minyak masak sedikit banyak. Masukkan bawang merah yang dicincang. Tumis hingga kekuningan.\n3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaulkan supaya ayam masak dengan sekata.\n4. Bila ayam kelihatan masak, masukkan sos tiram dan hirisan cili hijau. Gaul lagi sehingga semua bahan sempurna dan cukup rasa.\n\n5. Sedia untuk dinikmati.\nKredit: Noreen Elaine\nBaca juga:\u00a0Ini Cara Nak Ayam Rangup Tanpa Minyak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!\n\nBaca juga: Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Sedap, Sama Macam Dekat Kedai Thai\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-bihun-goreng-kampung/", "title": "Cara Masak Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak-Mak Kita Buat", "body": "\nCara memasak bihun goreng kampung ini sangatlah mudah. Resipi ini tidak menggunakan banyak bahan, sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan ia juga pasti digemari ramai.\nResipi perkongsian oleh Puan Adila Razak ini memang terbaik dan sedap, rasa sama seperti mak-mak kita sediakan. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya di bawah.\nBaca juga: Resipi Suun Goreng Ala Thai, Orang Kata Makan Ini Lagi Sedap Dari Bihun!\nResipi Bihun Goreng Kampung\nBahan-Bahan untuk ditumbuk:\n\n3 biji bawang merah\n3 biji bawang putih\n1 sudu besar ikan bilis\n\nBahan-bahan lain:\n\n1/2 bungkus bihun direndam hingga lembut & toskan\n1/2 labu bawang besar holland dihiris dadu\n10 ekor udang\nCarrot dihiris (optional)\nKubis dihiris (optional)\n1 sudu besar sos ikan\n3 sudu besar cili kisar\n3 sudu besar sos tiram\n2 sudu besar sos tomato\n4 tangkai cili merah biji dihiris\n\nBahan-bahan hias:\n\nDaun bawang dihiris\nBawang goreng\n\nCara-caranya:\n1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan sambung tumis.\n2. Masukkan pula cili kisar & udang. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air. Kacaukan hingga sebati kemudian sos tiram, sos ikan & sos tomato.\n3. Perisakan terlebih dahulu & barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan. Kacau sebati kemudian masukkan pula sayur. Apabila bihun sudah kering dan masak bolehlah dimasukkan hirisan cili.\n4. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng dan daun bawang.\n5. Siap!\n\nKredit: Adilah Razak\nBaca juga: Resipi Bihun Soto Yang Mengiurkan, Sup Cukup Rasa Rempah. Wajib Menambah 2, 3 Kali!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-chicken-peratal-yang-mudah-tapi-sedap/", "title": "Cara Masak Chicken Peratal Yang Mudah Tapi Sedap", "body": "\nRingkas tetapi sedap! Itulah gambaran bagi resipi chicken peratal yang dikongsi oleh Sheena Supramaniam. Tengok warna masakan itu sahaja sudah dapat merasai keenakan rasanya.\nResipi yang patut dicuba kerana ia cepat dan mudah. Boleh buat menu Chicken Perattal untuk makan tengah hari nanti.\nResipi Chicken Peratal\nBahan-bahan:\n\nAyam \u2013 dipotong kecil\nSebiji tomato\nDaun kari sikit\nDaun ketumbar (pilihan, tiada pun takpa)\n5 biji bawang kecil\n5 ulas bawang putih\n2 halia saiz ibu jari\n1 batang kayu manis\n5 buah pelaga\n2 bunga lawang\n\u00bd sudu besar jintan manis\n2 \u00bd sudu besar serbuk cili\n2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging\n1 \u00bd sudu kecil serbuk kunyit\nGaram\n\nCara penyediaan:\n1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.\n\n2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.\n\n3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.\n\n4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.\n\n5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.\n\n6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.\n\n7. Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging.\n\n8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.\n\n9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.\n\n10.Siap! Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh.\n\nKredit resipi & foto:\u00a0Sheena Perattal\u00a0Via\u00a0Rasa\nBaca juga: Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Kelantan, Sedap Tak Terkata\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-mee-kicap-paling-simple/", "title": "Cara Masak Mee Kicap Paling Simple, Sesuai Untuk Makan Malam", "body": "\nMalam-malam selalu tak tahu nak makan apa? Apa kata jom buat mee kicap. Cara masak mee kicap ini pun sangat mudah dan sedap.\u00a0Ikut je resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Julieta di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan\nCara Masak Mee Kicap Paling Mudah\nBahan-bahan:\n\nMee wantan, sya guna Mee Kering @ \u221a Dried Noodles\nBawang putih tumbuk halus\nLada sulah\nSos tiram\nMinyak bijan\nKicap pekat\nGaram / Gula\nTepung jagung\nMee kering & sayur sawi (celur sekejap)\nAyam (diperap dengan kicap masin, kicap manis & lada sulah, kemudian goreng)\nDaun bawang sebagai hiasan\n\nCara-cara:\n1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah & kicap pekat.\n2. Kemudian perasakan garam, gula dan secukup rasa.Akhir sekali masukkan tepung jagung, kuahnya biar agak-agak pekat. Masak sehingga kuah mendidih dan boleh padam api.\n\nCara penyediaan:\n1. Masukkan mee yang telah ditos tadi ke dalam bekas, gaul-gaulkan dengan sedikit kuah kicap kemudian tuang dalam mangkuk.\n2. Potong nipis ayam yang sudah digoreng tad, susun atas mee bersama sayur. Akhir sekali tuang sedikit kuah kicap tadi. Hias dengan sedikit daun bawang, siap!\n\nKredit: Cik Puan Juelita\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-nasi-ayam-briyani/", "title": "Cara Masak Nasi Ayam Briyani Yang Sempoi Tapi Sedap, Lain Dari Lain", "body": "\nBila dah tiada idea nak masak apa, jom cuba Nasi Ayam Briyani yang lazat ini.\nCara membuatnya juga sangat mudah tapi sangat sedap dan membangkitkan selera.\nJom lihat resipinya di bawah yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira. Selamat mencuba!\nResipi Nasi Ayam Briyani\nBahan-bahan:\n\n6 cawan beras basmati sukatan zie guna cawan kecil kaca ikea\n1 paket kecil rempah empat sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga)\n\u00bd sudu kecil lada hitam\n3 sudu besar besar minyak sapi adela vanaspati\n3 biji bawang kecil dipotong 2\n4 biji bawang putih tanpa hiris\n2 helai daun pandan disimpul\n6 sudu besar sos tomato del (saya guna sos cili SAJI\n2 biji tomato dihiris\n2 senduk kuah ayam beriani (resipinya)\n\u2153 suku tin susu cair Saji\n3-4 tangkai daun ketumbar sekali batangnya\n1 kiub pati ayam, gula secukup rasa dan air secukupnya\n\nCara-cara memasak:\n1. Cairkan minyak sapi adela dan masukkan rempah 4 sekawan, lada hitam dan kacau.\n\n2. Masukkan pula bawang kecil, bawang putih, buah tomato dan daun pandan. Kacau rata sehingga bawang-bawang layu.\n\n3. Masukkan sos, kuah ayam beriani, kiub pati ayam dan gula kacau sebati. Kemudian masukkan beras, susu cair serta air. Sukatan air sama seperti masak nasi biasa cuma lebihkan sedikit sahaja kacau perlahan sebatikan, masuk daun ketumbar. Tutup periuk.\n\n4. Bila nasi separuh masak, masukkan 2-3 ketul lauk ayam beriani. Tutup periuk tunggu hingga nasi masak. Setelah nasi masak terus gemburkan perlahan-lahan untuk cantikkan nasi.\n\n5. Siap untuk dihidang.\n\nKredit: Aisyah Humaira\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-nasi-guna-teknik-double-boil/", "title": "Cara Masak Nasi Guna Teknik Double Boil, Confirm Tak Berkerak", "body": "\nKadang-kadang\u00a0stress tiap kali nak basuh kerak nasi dalam periuk. Kena rendam dulu baru senang nak basuh.\nTapi bila nampak kerak tu jadi nasi rasa membazir pula. Tapi apa boleh buat, tak semua suka makan kerak tu.\nJadi apa kata kita masak nasi menggunakan teknik\u00a0\u2018double boil\u2019\u00a0pula.\u00a0Confirm tak berkerak dan tak membazir.\nCara Masak Nasi Guna Teknik Double Boil\nJom baca perkongsian oleh Nabilah Hannan di bawah:\nKadang malas nak layan kerak nasi dalam periuk. Bila dah rendam dlm sink, nampak kerak tu jadi nasi rasa membaziar pulak.\nSo, jom kita masak nasi teknik double boil. Selalunya orang buat chocolate topping je yang guna teknik ni. Sekarang kita apply kat nasi pulak.\nSTEP LAST TU PALING UTAMA, kalau ambil master dalam bidang masakan nasi putih tapi tak reti yang tu, tetap disqualified.\nCara-caranya:\n1. Basuh beras macam biasa. Dan sukat air macam biasa. Saya pakai mangkuk yang jenis stainless steel tu.\n\n2. Kemudian, periuk nasi tu letak air jugak. Biar terendam separuh dari mangkuk tadi.\n\n3. Rice cooker + periuk nasi taruk air + mangkuk stainless steel (beras dibasuh +air).\n\n4. Langkah paling penting. Pastikan lampu dekat COOK menyala.\n\n5. Kejadian nasi yang telah masak.\nButton cook tadi takkan naik warm selagi air yang kita taruk dalam periuk nasi ada lagi. Nak tunggu kering lama lagi la kot nak makan nasinya. Jadi, dalam 20-30 minit lepas on switch tu, boleh check kalau-kalau nasi dah siap masak.\n\nKredit: Nabilah Hannan\nBaca juga: 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-nasi-impit-paling-mudah-masak-tinggal-je/", "title": "Cara Masak Nasi Impit Paling Mudah. Masak & Tinggal Je, Hasil Seketul Cantik Macam Ni", "body": "\nBila dah nak dekat raya, pasti ramai yang tercari-cari cara masak nasi impit paling mudah. Maklumlah, biasanya ketupat segera akan laku keras sampai kehabisan stok di kebanyakan kedai.\nJangan risau, jom buat sendiri je nasi impit mengunakan cara yang dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina di bawah. Tips ini menggunakan pressure cooker, tapi buat yang tak ada boleh guna rice cooker je.\nCara Masak Nasi Impit Guna Pressure Cooker/Rice Cooker\n\nCara-caranya:\n\nBeras 1 cawan + air 3 cawan (beras biasa bukan basmathi)\nBasuh beras bersih-bersih dan masukkan air (saya masak 3 cawan beras + 9 cawan air)\nMasukkan ke dalam\u00a0pressure cooker.\u00a0(saya guna jenama Primada)\nTekan butang congee/soup. Kemudian dah boleh tinggalkan. Boleh buat kerja lain.\nJangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang nak terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar cantik tak melekat.\nBila dah masak, satu tip untuk keselamatan, jangan lepaskan wap tapi biarkan wap keluar sendiri.\nSelepas beberapa minit, dah nampak macam ok baru buka penutup\u00a0pressure cooker.\nAngkat periuk kemudian tekan nasi sehingga padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.\nKemudian biarkan nasi impit sejuk, tak perlu salin ke bekas lain.\nBila dah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah potong.\nKalau masih panas/suam, jangan keluarkan lagi dan jangan potong. Biar dulu beberapa jam.\n\nSiap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan.\n\nSumber: Wan Ros Ina Lina\nBaca juga: Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Rasanya Tetap Asli Walaupun Moden\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-nasi-sihat-tanpa-kanji-elok-untuk-diabetes/", "title": "Cara Masak Nasi Sihat Tanpa Kanji, Elok Untuk Diabetes & Banyak Lagi Kelebihan Lain", "body": "\nNasi merupakan makanan ruji di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia. Dari sarapan hingga ke makan malam, nasi memang wajib ada atas meja hampir semua rakyat Malaysia.\nNasi juga merupakan sumber karbohidrat utama dalam diet seharian kita. Namun begitu, nasi mengandungi kandungan kanji yang agak tinggi.\nJika pengambilan makanan berkanji tidak terkawal boleh menyebabkan risiko terkena diabetes, penyakit jantung dan peningkatan berat badan.\u00a0\nSebelum semua ini berlaku, maka lebih elok jika kita mencegahnya dari awal dengan mengamalkan cara masak nasi sihat tanpa kanji ini.\nCara tersebut telah dikongsikan oleh Zinnirah Muthalif di laman sosial Facebook. Jom sama-sama baca perkongsiannya di bawah.\nCara Masak Nasi Sihat Tanpa Kanji\n1. Jerang air dan didihkan. Sukatan air (3/4) atau agak-agak saja sampai penuh. Jangan penuh sangat, takut melimpah bila masuk beras nanti.\n\n2. Basuh beras sebanyak 3 kali. Bila air dah mendidih, masukkan beras. Beras apa-apa pun boleh menggunakan cara ini.\n\n3. Masukkan daun pandan jika suka, nasi akan bau lebih harum tapi tidak menjejaskan rasa nasi.\n\n4. Biarkan mendidih selama 5 hingga 8 minit. Kalau nak tahu nasi dah lembut macam nasi atau tidak, picit beras sedikit. Bila dah lembut, boleh tutup api.\n\n5. Bila dah angkat dari dapur, kanji akan mula kelihatan.\n\n6. Tapis dan biarkan seketika. Kemudian masukkan semula dalam periuk dan tutup.\n\n7. Kalau nak panaskan, letak atas api paling kecil dalam 2 minit.\n\nSelepas dah ikut semua langkah ni, nasi sihat tanpa kanji sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!\nKelebihan nasi yang dibuang kanji:\n\nTidak mudah basi\nRendah kanji dan gula\nSesuai dimakan untuk orang yang ada diabetes, orang tua dan orang yang nak diet\nTak leceh, 8 minit dah siap\nAir kanji boleh guna untuk siram pokok, bagi minum kucing dan dijadikan\u00a0masker\u00a0muka.\n\nKredit: Zinnirah Muthalif\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-nasi-untuk-sorang-makan/", "title": "Cara Masak Nasi Untuk Sorang Makan, Baru Tak Membazir & Nasi Tak Berkerak", "body": "\nRupanya ada cara mudah untuk masak nasi dalam kuantiti yang sedikit. Barulah tak membazir, ngam-ngam nasi untuk sorang makan.\nJika masak nasi guna cara biasa tapi menggunakan beras yang sedikit, nasi akan jadi berkerak. Susah bila nak cuci nanti.\nIkut saja cara yang dikongsikan oleh Amalina Aziz di bawah. Sangat praktikal untuk orang bujang dan buat mereka yang mempunyai ahli keluarga yang tidak ramai.\nTips Masak Nasi Untuk Sorang Makan\n1. Ambil beras setengah cawan dan basuh seperti biasa.\n2. Isikan air hampir penuh cawan yang dah dimasukkan beras tadi. Pastikan gunakan cawan yang tahan panas.\n3. Masukkan cawan tadi dalam rice cooker dan isi rice cooker dengan air separuh penuh.\n\n4. Kemudian masak seperti biasa.\n\nSiap dan boleh dimakan macam biasa! Selamat mencuba.\n\nKredit: Amalina Aziz\nBaca juga: Cara Masak Nasi Sihat Tanpa Kanji, Elok Untuk Diabetes & Banyak Lagi Kelebihan Lain\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-sagu-supaya-tak-berketul-tahan-2-minggu/", "title": "Cara Masak Sagu Supaya Tak Berketul, Ikut Cara Ni Boleh Tahan 2 Minggu Dalam Peti", "body": "\nTak semua tahu cara masak sagu dengan betul. Kalau tak sengaja masuk air lebih, hasilnya akan masih ada biji-biji sagu dan melekat-lekat.\nBuat anda yang masing gagal setiap kali buat sagu, ada cara mudah yang boleh membantu.\nKatanya bukan saja sagu nampak cantik sebijik-sebijik, tapi mampu tahan lama dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 minggu.\nBaca juga: Petua Masak Nasi Basmathi Elok & Berderai, Rendam Guna 1 Bahan Ini\nCara Masak Sagu Cantik Sebiji-Biji\nMenerusi perkongsian dari Aisya Humaira, beliau bekongsikan tips masak sagu berbintik cantik dan tak melekat dengan cara ini.\nCaranya:\n1. Didihkan air sehingga betul-betul menggelegak baru masukkan sagu dalam periuk. Air mesti lebih dari sagu. Sesekali kacau untuk elak dari sagu berketul.\n\n2. Setelah sagu bertukar jernih iaitu warna putihnya dan dah hilang angkat periuk, tuang sagu dalam bakul lalu bilas dengan air biasa untuk buang kanjinya. Pastikan guna bakul jaring halus supaya sagu tidak terkeluar dari bakul.\n\n3. Simpan sagu dalam bekas dan tuang air sejuk hingga menutupi sagu. Lalu tutup kemas dan simpan dalam peti, boleh tahan 1-2minggu.\n\nKredit: Aisyah Humaira\nBaca juga: Tips Simpan Cili Supaya Tahan Lama, 8 Bulan Pun Masih Segar\nJom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-sotong-kam-heong/", "title": "Cara Masak Sotong Kam Heong. Nak Ganti Dengan Ayam, Lala, Udang Pun Boleh", "body": "\nAda sotong dalam peti tapi tak tahu nak masak apa? Jom cuba Resipi Sotong Kam Heong yang mudah dan sedap ini.\nKalau tak ada sotong, ganti dengan ayam, lala atau udang pun boleh. Rasa sedap tetap sama. Ikut saja resipi di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Sotong Kam Heong\nBahan-bahan:\n\n1 sudu besar udang kering \u2013 cincang halus\n3 ulas bawang putih ( dalam gambar 6 sebab kecil) \u2013 cincang halus\n1 biji bawang besar/holland \u2013 cincang halus\n2 inci halia \u2013 cincang halus\n6 biji cili padi\n2 tangkai daun kari\nSedikit daun sup untuk hiasan\nSedikit garam dan serbuk perasa\n3 ekor sotong\n\n\nBahan-bahan pes:\n\n2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)\n2 sudu besar sos tiram\n3 sudu besar kicap\n\nCampur je semua bahan dalam satu mangkuk\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak masak anggaran 5 ke 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicincang halus.\nDah kekuningan, masuk daun kari. Oh ya, lebih sedap jika guna bawang holland.\n\n2. Masukkan cili api.\n\n3. Bila dah naik bau harum semerbak, tuangkan campuran bahan pes. Kacau rata.\n\n4. Masak sampai pecah minyak.\n\n5. Masukkan 1 cawan air. Kacau lagi.\n\n6. Masukkan sotong. Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat.\n\n7. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut selera.\n\n8. Akhir sekali taburkan daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa.\n\n9. Dah siap, selamat mencuba!\n\nKredit: Liza Idris\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-sup-kaki-lembu/", "title": "Resipi Sup Kaki Lembu, Orang Lama Kongsi Cara Proses & Bersihkannya", "body": "\nSup kaki lembu merupakan salah satu menu\u00a0popular\u00a0yang ada penggemarnya tersendiri. Cara masak sup kaki lembu tidak susah mana, namun cara bersihkannya agak renyah.\nWalaupun proses mencuci kaki lembu agak leceh, tapi hasilnya sangat berbaloi kerana anda akan menikmati sup yang enak!\nJom lihat cara-cara membersihkan kaki lembu perkongsian daripada saudara Abdul Muhaimin Mahfuz.\nBaca juga: Cara Cuci Perut Lembu, \u2018Confirm\u2019 Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni\nCARA MASAK SUP KAKI LEMBU\n1. Kaki lembu yang belum diproses. Bahagian ini paling sedap jika dimasak sup.\n\n2. Pertama sekali, bakar kaki lembu sehingga bulu dan \u2018kasut\u2019nya hangus. Pastikan dibakar \u2018direct\u2019 dengan seperti dalam gambar atau boleh guna kayu api.\n\n3. Bakar hingga betul-betul rentung seperti ini. Cara untuk tahu kaki lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.\n\n\n4. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang \u2018kasut\u2019 nya. Proses ini agak renyah dan agak susah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas. Boleh guna tukul, pisau dan sebagainya untuk memudahkan kerja.\n\n5. Kaki lembu yang telah siap dibersihkan.\n\n6. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil supaya senang dimasak, mudah lembut dan senang dimakan. Hanya potong guna pisau kerana bahagian ni lembut.\n\n7. Bersihkan kaki lembu dengan membuang kesan-kesan arang. Kemudian bolehlah direbus dengan api sederhana selama 4 jam. Boleh juga guna periuk tekanan untuk mempercepatkan proses memasak.\n\n8. Tutup dengan penutup periuk.\n\n9. Masak hingga kaki dan urat menjadi lembut.\n\n10. Kemudian bolehlah masukkan aneka bahan-bahan sup yang lain mengikut resipi kegemaran anda.\u00a0\n\n11. Mudah saja kan? Selamat mencuba!\n\nKredit: Abdul Muhaimin Mahfuz\nBaca juga: Cara Masak Paru Goreng, Ini Petua Rangup & Tak Hanyir\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-telur-masin-guna-air-fryer/", "title": "Cara Masak Telur Masin Guna Air Fryer Tanpa Guna Air, Cantik & Elok Hasilnya", "body": "\nTelur masin merupakan lauk yang menjadi kegemaran ramai. Kalau makan nasi kerabu, tak ada telur masin ni memang tak lengkap hidangan.\nBiasanya bila nak masak telur masin, kita rebus telur tersebut kan? Selain dari rebus, rupanya boleh juga masak telur masin guna air fryer.\nMemang dijamin lagi senang kalau guna air fryer, tak perlu elak air pun. Tinggal letak saja telur dalam bekas yang sedia ada dalam air fryer itu.\nNak cuba? Jom ikut cara-cara yang dikongsikan oleh Fatimah Salim di bawah.\nCARA MASAK TELUR MASIN GUNA AIR FRYER\nTelur masin masak dalam penggoreng elektronik (airfryer). Cantik kan kejadiannya?\nMudah saja tetapannya:\n\nSuhu: 110 degree Celsius\nMasa: 15 minit\n\n\nTips tambahan:\n\nMasak tanpa air (saya masukkan dalam loyang tersedia)\nElakkan suhu tinggi, kerana telur boleh pecah dan meletup\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Fatimah Salim\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-masak-tempoyak-ikan-patin-original-dari-pahang/", "title": "Cara Masak Tempoyak Ikan Patin \u2018Original\u2019 Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je", "body": "\nMakanan yang menggunakan tempoyak memang banyak, tapi antara yang paling disukai ramai adalah Tempoyak Ikan Patin. Banyak cara untuk memasaknya tapi yang ini adalah resipi asli dari Pahang.\nResipi asal dari negeri ini telah dikongsikan oleh Ieda Ida. Cara memasaknya tidaknya sukar mana, hanya guna 4 bahan saja iaitu kunyit, cili, tempoyak dan daun kesum. Tapi \u2018rasa\u2019 dia memang padu!\nBaca juga: Resipi Asam Pedas Melaka Asli. Ada \u2018Rahsia\u2019 Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu\nResipi Tempoyak Ikan Patin \u2018Original\u2019 Pahang\nCara masak tempoyak ikan patin original ni dari pahang:\nTak letak bawang, tak letak serai, tak letak bunga kantan, tak letak bawang putih.\nBahan-bahan:\n\nCili\nKunyit\nDaun kesum\nTempoyak\nIkan (memang wajib ada)\n\nCara masak:\n\nTumbuk cili dan kunyit mengikut tahap kepedasan yang disukai.\nKemudian masukkan daun kesum dan tempoyak mengikut kepekatan yang diingini. (boleh letak timun tua jika suka)\nMasukkan cili dan kunyit yang sudah ditumbuk lumat.\nMasukkan air dan masak sehingga mendidih. Perasakan secukup rasa dengan garam dan gula.\nAkhir sekali, masukkan ikan yang bersesuaian (patin, talapia, kembung, kerisi, tenggiri). Ayam, tulang pun boleh ya.\nBiarkan menggelak dan tunggu sehingga ikan masak. Selamat mencuba!\n\nHaa,\u00a0mudah je kan rupanya? Lepasni tak perlu jauh ke Pahang kalau mengidam, buat sendiri kat rumah pun boleh!\nKredit: Ieda Ida\nBaca juga: Cara Buat Ayam Goreng Ala \u2018Mekdi\u2019, Guna 3 Tepung Ini Sebagai Bancuhan\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-membuat-cendol-paling-mudah-hanya-perlu-bekukan-santan-susu/", "title": "Cara Membuat Cendol Paling Mudah, Hanya Perlu Bekukan Santan & Susu!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-12 23:16:50\n\n\nMemandangkan cuaca\u00a0di negara\u00a0kita\u00a0kini agak\u00a0panas,\u00a0ini yang akan\u00a0menyebabkan\u00a0kita\u00a0cepat\u00a0haus.\u00a0Jadi,\u00a0sudah\u00a0pasti\u00a0orang\u00a0ramai\u00a0ingin\u00a0melegakan\u00a0tekak\u00a0dengan\u00a0sesuatu\u00a0yang\u00a0sejuk.\u00a0Contohnya\u00a0seperti\u00a0cendol,\u00a0fuhhh\u00a0kalau\u00a0dapat\u00a0waktu\u00a0panas-panas\u00a0ini\u00a0mesti\u00a0nikmat\u00a0tak\u00a0terkata!\u00a0Namun,\u00a0disebabkan\u00a0COVID-19\u00a0ini\u00a0masih\u00a0lagi\u00a0berleluasa,\u00a0kebanyakan\u00a0gerai\u00a0cendol\u00a0tidak\u00a0beroperasi\u00a0sebagai\u00a0langkah\u00a0berjaga-jaga.\u00a0\nJangan\u00a0risau,\u00a0anda\u00a0masih\u00a0boleh\u00a0cuba\u00a0membuat\u00a0cendol di\u00a0rumah\u00a0sendiri\u00a0dengan\u00a0cara\u00a0yang\u00a0lebih\u00a0mudah. Tidak\u00a0perlu\u00a0menggunakan\u00a0mesin\u00a0parut\u00a0ais kerana\u00a0anda\u00a0cuma\u00a0perlu\u00a0bekukan\u00a0sahaja\u00a0santan\u00a0dan susu! Oleh\u00a0itu,\u00a0jom\u00a0ikuti\u00a0perkongsian\u00a0resipi\u00a0daripada\u00a0Rena\u00a0Masni\u00a0Hamdan\u00a0dari\u00a0laman\u00a0Facebook.\u00a0\n\nKredit: Mashable SEA\nBahan-bahan:\u00a0\n\n\n1\u00a0paket\u00a0kecil\u00a0santan\u00a0kelapa\u00a0sawit\u00a0\n\n\n\u00bc tin susu\u00a0cair\u00a0\u00a0\n\n\n1\u00a0paket\u00a0susu\u00a0cair\u00a0\u00a0\n\n\n1\u00a0sudu\u00a0kecil\u00a0garam\u00a0halus\u00a0\n\n\n2\u00a0sudu\u00a0jagung\u00a0cream\u00a0dalam\u00a0tin\u00a0\n\n\nAir gula\u00a0\n\n\n\u00a0\nCara-cara:\u00a0\n\n\nBancuh\u00a0santan\u00a0dan susu\u00a0cair\u00a0bersama\u00a01\u00a0liter\u00a0air\u00a0masak\u00a0dan garam.\u00a0Kemudian,\u00a0kacaukan\u00a0hingga\u00a0sebati.\u00a0\n \nKredit: Cikguzim\n\n\n\n\nSimpan\u00a0santan\u00a0sehingga\u00a0tahap\u00a0sejuk\u00a0bekunya\u00a0menampakkan\u00a0seperti\u00a0ais\u00a0kristal.\u00a0Elakkan\u00a0santan\u00a0menjadi\u00a0terlalu\u00a0beku\u00a0kerana\u00a0ia\u00a0akan\u00a0mengambil\u00a0masa\u00a0untuk\u00a0pecahkan\u00a0ais\u00a0itu\u00a0semula.\u00a0\n \nKredit: Mingguan Wanita\n\n\nSetelah ais sudah cukup dibekukan, campurkan\u00a0bersama\u00a0bahan-bahan cendol lain\u00a0dalam\u00a0bekas dan adukkan.\u00a0\n \nKredit: Mingguan Wanita\n\n\nSiap!\u00a0Resipi\u00a0ini\u00a0sememangnya\u00a0sangat\u00a0mudah\u00a0dan\u00a0cepat!\u00a0Boleh\u00a0dimakan\u00a0sambil\u00a0menonton\u00a0televisyen\u00a0waktu\u00a0petang\u00a0bersama keluarga.\u00a0Selamat\u00a0mencuba!\u00a0\n\nKredit: Mingguan Wanita\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-membuat-chocolate-mousse-trifle-guna-3-bahan-je/", "title": "Cara Membuat Chocolate Mousse Trifle, Guna 3 Bahan Je!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nSiapa penggemar dessert coklat memang sesuai sangat la untuk cuba buat dessert ni. Chocolate mousse ni sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut untuk di hidangkan di majlis istimewa seperti majlis kahwin, harijadi dan sebagainya. \u00a0Ianya boleh dimakan terus selepas dibuat atau semasa sejuk. Rasanya seperti aiskrim yang sangat lembut dan sangat sedap!\n\nChocolate mousse trifle ni hanya menggunakan 3 bahan dan sangat mudah untuk menyediakannya. Apa lagi, penggemar coklat di luar sana, jom cuba!\nBahan-bahan\n10 keping oreo\u00a0\n100 gram coklat\n300 gram whipped heavy cream\n\nCara-cara\nHancurkan oreo di dalam zip lock bag\nPindahkan biskut oreo yang telah hancur didalam mangkuk\nPotong semi sweet chocolate secara halus\nCairkan coklat dan tuang whipped cream sebanyak 50ml. Gaul hingga sebati.\nTuangkan lebihan whipped cream kedalam mangkuk dan kacau menggunakan mixer\nPastikan whipped cream digaul sehingga lembut.\nCampurkan whipped cream dengan coklat yang telah cair\nGaulkan coklat dengan whipped cream sehingga sebati\nMasukkan whipped cream dan chocolate kedalam filling bag\nLetakkan oreo didalam gelas bersama coklat dan whipped cream secara lapisan\nChocolate mousse trifle sedia dihidang atau chill kan untuk 2-3 jam sebelum di hidang\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-membuat-kepak-ayam-madu-menggunakan-air-fryer/", "title": "Cara Membuat Kepak Ayam Madu Menggunakan Air Fryer", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nSesekali memang teringin nak makan ayam madu. Nak beli malas, tapi bila nak buat macam tak rajin pulak. Yalah, bukannya senang nak buat kan.\u00a0\u00a0Tapi lepas ni boleh buat ayam kepak madu dengan lebih mudah, iaitu dengan menggunakan air fryer! Mudah dan sedap ya!\nCara masak mudah, bahannya pun tak banyak, sedap pulak tu! Jadi boleh cuba untuk membuat sebagai juadah makan malam bersama nasi.\nBahan-bahan\n8 pcs Kepak Ayam\n\u00bd tsp Lada Hitam\n1 \u00bd Serbuk Paprika\n\u00be tsp Garam\n2 tsp Gula\n30g Madu\n20 g Butter\n\nCara-cara\nCampur semua bahan perap ayam\nPerap ayam selama 5 jam atau semalaman\nGaulkan madu & marjerin untuk salutkan ayam\nMasak ayam selama 8 minit menggunakan suhu 180 celcius menggunakan air fryer\nSalutkan ayam dengan campuran madu dan marjerin\nBalikkan ayam dan sambung masak untuk lagi 8 minit menggunakan suhu 180 celcius dalam air fryer\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-membuat-kuih-lepat-labu-makanan-tradisi-orang-kita/", "title": "Cara Membuat Kuih Lepat Labu, Makanan Tradisi Orang Kita", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-06 14:30:37\n\n\nKuih Lepat Labu merupakan antara kuih tradisional Malaysia yang sentiasa menjadi kegemaran orang kita. Rasa lemak-lemak manisnya memang sangat sesuai dijadikan sebagai sajian utama minum petang. Pasti anak-anak dan suami turut berselera menjamah kuih ini. Bagi anda yang ingin membuat kuih lepat labu, ini cara-cara mudah yang anda boleh contohi dari Asma Mohamed menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Asma Mohamed\nBahan-bahan:\n\n1 cawan labu (direbus sehingga lembut kemudian disukat)\n1 cawan tepung gandum\n2 sudu makan tepung ubi kayu\n3 \u00bd sudu makan gula\nSecubit garam\nSantan pekat secukupnya\nDaun pisang secukupnya (bersihkan dan layurkan)\n\nBahan inti:\n\nKelapa parut\nManisan atau gula melaka secukupnya\nSedikit air\nSecubit garam\n1-2 helai daun pandan\n\nCara-cara:\n\nBagi penyediaan inti, satukan semua bahan inti dan masak sehingga manisan atau gula melaka larut. Untuk menjadikan inti lebih sedap, pastikan teksturnya agak lembap dan tidak kering. Apabila sudah siap, ketepikan seketika.\n\u00a0\nUntuk membuat adunan lepat pula, satukan semua bahan dan adunkan sehingga sebati.\n\u00a0\nKemudian, mulakan\u00a0membungkus lepat. Caranya, ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur. Kemudian, letakkan 2 sudu makan adunan lepat di atas permukaan daun pisang.\n\u00a0\nSeterusnya, ambil 1 sudu inti dan kemudian balut daun sekemas-kemasnya. Lakukan hingga habis adunan.\n\u00a0\nSetelah selesai membalut, panaskan periuk kukusan dan susun kuih lepat yang sudah siap dibalut tadi. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.\n\nSiap untuk dihidang. Selamat mencuba dan menjamu selera!\n\nKredit: Asma Mohamed\n\nKredit: Asma Mohamed\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-membuat-nasi-lemak-kukus-mudah-je-yang-pasti-lebih-sedap/", "title": "Cara Membuat Nasi Lemak Kukus, Mudah je! Yang Pasti Lebih Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-25 04:27:18\n\n\nRakyat Malaysia sememangnya sangat suka memulakan juadah harian mereka dengan menu Nasi Lemak. Bagi yang suka memasaknya sendiri di rumah, biasanya mereka akan menggunakan periuk nasi. Apa kata kali ini korang cuba pula dengan cara kukus. Kalau korang nak tahu, sebenarnya nasi lemak kukus ini rasanya lebih enak! Jom kita ikuti perkongsian daripada Nina Salleh ini.\n\n\nKredit: Nina Salleh\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nTiga cawan beras\n200ml santan kotak \nAir sekotak\n3 helai daun pandan \nHalia (dihiris)\nBawang merah (dihiris)\nSedikit garam\n1 sudu besar minyak masak\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMula-mula, campurkan semua bahan ke dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.\n \nKredit: Nina Salleh\n\u00a0\nKemudian, tuangkan bahan yang sudah dikacau tadi ke dalam kuali.\n \nKredit: Nina Salleh\n\u00a0\nPanaskan kuali dan tunggu sehingga kesemua tadi mula kering.\n \nKredit: Nina Salleh\n\u00a0\nSetelah bahan-bahan tadi kering, masukkan ke dalam pengukus dan kukuskan selama 30 ke 45 minit atau sehingga masak.\n \nKredit: Nina Salleh\n\u00a0\n\nDah siap! Mudah saja kan? Sedap dihidang dengan sambal, ikan bilis dan ayam berempah. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nina Salleh\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-membuat-oreo-ball-hanya-menggunakan-3-bahan/", "title": "Cara Membuat Oreo Ball Hanya Menggunakan 3 Bahan", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nSebut je biskut oreo, memang ramai suka kan? Kalau orang yang suka sangat, bukan setakat biskut tapi air\u00a0pun kalau boleh nak perisa oreo. Pendek cerita, kalau boleh semua benda nak perisa oreo lah!\nJadi, kalau korang suka kan oreo, jom cuba buat pencuci mulut Oreo Ball dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja! Mudah dan sedap!\nBahan-bahan\n2 bungkus oreo\nDua tbs susu pekat\n150 gram coklat batang\n\nCara-cara\nLangkah pertama pisahkan krim dari biskut oreo\nKisar biskut sehingga halus\nTuang susu pekat pada biskut yang telah dikisar dan gaulkan sehingga rata\nGaulkan krim oreo dan buat bentuk bebola. Selepas itu masukkan kedalam freezer selama 15 minit.\nAmbil biskut yang telah diadun dengan susu pekat tadi masukkan krim oreo dan buat bentuk bebola\nCairkan coklat bar menggunakan microwave.\nCelup bebola oreo di dalam coklat yang telah cair dan letakkan di atas kertas roti\nBiarkan bebola chocolate mengeras dan hiaskan krim putih diatas bebola tersebut.\u00a0\nLettakkan oreo ball yang telah siap di dalam case kuih\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-membuat-susu-kurma-cincau/", "title": "Cara Membuat Susu Kurma Cincau", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nSeperti yang kita tahu, kurma memang mengandungi terlalu banyak khasiatnya. Ia dapat meningkatkan tenaga dalam 30 minit selepas memakannya. Sebab itulah umat Islam amat dinasihatkan memakan buah kurma terlebih dahulu semasa berbuka puasa.\nNak lagi sedap, boleh cuba buat susu kurma cincau, cara membuatnya juga sangat mudah dan cepat! Jom cuba!\nBahan-bahan\nSusu segar\nWhipped cream\nHirisan kurma yang telah direndam semalaman\nCincau \n\n\u00a0\nCara-cara\nMasukkan bahan bahan untuk dikisar, susu segar dan kurma. Kisar sehingga halus.\nTuangkan susu kurma yang telah dikisar dan masukkan cincau. \nLetakkan whipped cream dan hias dengan hirisan kurma\nSiap!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-membuat-tortilla-wrap/", "title": "CARA | Membuat Tortilla Wrap", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-09-28 04:06:03\n\nTiap kali tiba waktu hi-tea, pasti anda akan dijamukan dengan pelbagai jenis kuih-muih ataupun pastri yang pelbagai. Apa kata kali ini, anda cuba hidang menu yang sedikit berlainan iaitu Tortilla Wrap, hanya memerlukan tiga bahan dan langkah yang mudah, pasti anda tak terkejar-kejar nak siapkan juadah untuk makan petang anda!\nBahan-bahan :\n\u2013 Tortilla\n\u2013 Tomato Puree\n\u2013 Chicken Ham/Sosej/Daging Burger\n\u2013 Mozarella Cheese\nCara-cara :\n1. Potong tortilla kepada dua bahagian.\n2. Sapu\u00a0rata\u00a0tomato puree di atas permukaan tortilla.\n3. Masukkan chicken ham/sosej/daging burger.\n4. Tabur mozarella cheese di atas permukaan tortilla.\n5. Gulung tortilla mengikut saiz yang anda inginkan.\n6. Bakar tortilla disuhu 180c dalam 10 hingga ke 15 minit.\nTortilla siap untuk dihidang dan dimakan!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-membuat-whipping-ceam-hanya-guna-5-bahan-sahaja/", "title": "Cara Membuat \u2018Whipping Ceam\u2019, Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-27 05:51:33\n\n\nBagi ibu-ibu yang suka membuat kek, \u2018Whipping Cream\u2019 ini pastinya menjadi salah satu bahan utama untuk\u00a0hiasan kek. Namun, untuk mendapatkan \u2018Whipping Cream\u2019 di kedai-kedai kek, ibu-ibu perlu berbelanja lebih kerana harganya yang agak mahal. Oleh itu, ini ada cara yang lebih jimat dan mudah untuk membuat whipping cream. Hanya gunakan 5 bahan sahaja! Jom ikuti perkongsian daripada Soleh Fattah menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Soleh Fattah\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1 sudu besar ovalette\n5 sudu besar susu pekat\n4 sudu besar susu powder\n3 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang diingini)\n1 bekas ais batu (ketulan-ketulan kecil)\nMesin pengadun\n\n\nKredit: Soleh Fattah\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMasukkan semua bahan ke dalam satu bekas besar. Ini kerana whipping cream akan mengembang.\n \nKredit: Soleh Fattah\n\u00a0\nGaul rata kesemua bahan sehingga sebati. Kemudian, adunkan bahan-bahan ini menggunakan mesin pengadun. Gunakan kelajuan yang paling rendah semasa minit pertama mengadun. Ini supaya dapat mengelak ais batu terkeluar dari bekas ketika mengadun.\n \nKredit: Soleh Fattah\n\u00a0\nPada minit kedua, naikan kelajuan kepada sederhana dan adunkan selama 3 minit. Tunggu sehingga ais batu sudah larut. Pastikan adunan pun sudah menampakkan teksturnya yang kembang semangkuk.\n\u00a0\nApabila ais sudah betul-betul larut, naikkan lagi kelajuan pengadun ke tahap maksimum dan adunkan selama 2 minit sahaja.\n \nKredit: Soleh Fattah\n\u00a0\n\nDah siap! Sekarang ibu-ibu sudah tidak perlu bersusah payah ke kedai kek untuk membeli whipping cream. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-memotong-daging/", "title": "CARA | Memotong Daging", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-09-13 06:36:26\n\nTahukah anda? Daging merupakan sumber protein tinggi yang penting untuk tubuh badan manusia. Daging juga mengandungi zinc & zat besi yang boleh meningkatkan imunisasi tubuh manusia. Ramai juga penggemar daging tidak kira daging dibuat untuk menjadikan sup, dibakar atau dijadikan lauk kegemaran. Namun, kita perlu mengetahui cara yang betul untuk memotong daging supaya ianya liat untuk dimakan. Oleh itu, jom kita ikuti cara-cara yang betul untuk memotong daging ini. \u00a0\nCara-cara:\n1. Pastikan dimana terletaknya arah urat daging.\n2. Pastikan daging dipotong mengikut arah berlawanan dari urat.\n3. Potong daging mengikut saiz yang anda inginkan.\n4. Buang lemak-lemak yang berada di bahagian daging sehingga bersih.\n5. Letakkan tepung gandum kedalam bekas yang ada daging.\n6. Tuangkan air masak kedalam bekas tersebut.\n7. Letakkan 3 hingga ke 5 asam keeping didalam bekas tadi.\n8. Gaulkan air rendaman tepung & asam keeping selama 10 minit.\n9. Bilas daging sehingga bersih.\n\nSiap untuk dimasak! Macam-macam lauk boleh dimasak dengan daging ni. Sesuai juga untuk hidangan tengahari untuk dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mengelak-dari-terkena-minyak-semasa-menggoreng/", "title": "CARA MENGELAK DARI TERKENA MINYAK SEMASA MENGGORENG", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-04-17 07:30:00\n\n\n\nBila kita menggoreng\u00a0terutama sekali\u00a0ayam ataupun ikan, minyak akan\u00a0terpercik. Kadang-kala sampai\u00a0boleh melecur bahagian yang terkena minyak panas tu. Sebab itu, ada antara kita\u00a0berdiri\u00a0jauh dari dapur bila menggoreng sebab takut terkena minyak.\u00a0\nIni antara cara yang anda boleh aplikasi semasa menggoreng supaya tidak terkena percikan minyak panas.\n1. Guna Tepung\n\nAnda boleh masukkan sedikit tepung ke dalam minyak yang panas semasa menggoreng ikan untuk menggelakkan minyak dari meletup. Anda boleh cuba teknik ini untuk apa jenis ikan yang anda mahu goreng.\u00a0\n2. Masukkan Garam\n\nMasukkan sedikit garam ke dalam minyak panas. Ini dapat menggelakkan dari minyak terpercik dan\u00a0mampu menghalang makanan dari melekat pada kuali anda.\n3. Masukkan Halia\n\nAnda hanya perlu hiriskan sedikit halia dan\u00a0masukkan ke dalam minyak sebelum\u00a0menggoreng. Selain menghalang minyak terpercik, halia juga dapat mewangikan makanan anda.\u00a0\n4. Lembutkan Makanan Sebelum Menggoreng\n\nAnda perlu elakkan\u00a0daripada menggoreng makanan\u00a0sebelum ianya betul-betul cair. Ini kerana ais ataupun air daripada makanan tersebut akan membuatkan minyak meletup.\n5. Masukkan Asam Gelugur\n\nSebelum anda menggoreng, masukkan asam gelugur ke dalam kuali yang berisi minyak panas dan\u00a0keluarkannya ketika anda mahu mula menggoreng.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-menggoreng-guna-air-fryer-hasil-sama-macam-pakai-kuali/", "title": "Cara Menggoreng Guna Air Fryer Tapi Hasil Sama Macam Pakai Kuali, Tak Kering & Keras!", "body": "\nSeperti\u00a0yang kita\u00a0semua\u00a0sedia\u00a0maklum, harga minyak sekarang sudah semakin mahal.\u00a0Oleh sebab itu, orang ramai sudah mula berjimat-cermat dalam penggunaan minyak ketika memasak.\nBanyak tips yang boleh digunakan untuk jimat minyak, salah satunya adalah dengan menggunakan air fryer. Namun, ada yang kurang menikmati masakan yang dimasak menggunakan air fryer.\nSeorang pengguna Facebook, Lia Suriati ada berkongsikan satu tips menggoreng dengan air fryer supaya hasilnya sama seperti menggunakan kuali.\nNak menggoreng tapi nak jimat minyak?\nRahsia dia pakai air fryer jeeerr. Tapi ada yang kata tak suka nanti tekstur dia too dry. Jadi kerass kering tak best. Goreng dalam kuali jugak best.\nOkey lia share tips macam mana. Korang boleh menggoreng pakai air fryer. Boleh jimat minyak tapi hasil sama macam goreng dalam kuali.\n\n\nLia masukkan dalam bekas stainless steel takut mencair pulak dalam air fryer tu, nak letak gitu aje ghisaauu basket dia ada lubang-lubang kang jatuh ke bawah.\n\nCara-caranya:\n\nLetak sikit minyak\nLepas tu gaul-gaulkan pada bahan yang korang nak goreng tu\n\n\nSemasa menggoreng ikan bilis\nDalam post ni lia tunjuk goreng bilis\n\n\nGaul minyak tu dekat bilis\nPakai 1-2 sudu minyak pon dah cukup\nGaul rata-rata lepas tu on la air fryer macam biasa\n\nBerapa minit bergantung pada kuantiti bilis tu. Nak pastikan bilis masak sekata. Korang bukak la air fryer tu check.\nBalik-balik kan la bilis tu pakai garpu pastu masuk balik. Goreng lagi sampai dapat tahap kegaringan yang korang nak. Lepas tu siaaaapppp.\nHaaaa tips ni boleh digunapakai jugak kalau nak goreng ayam dan ikan. Musim sekarang ni minyak masak mahal. Boleh la berjimat.\n\nSumber: Lia Suriati\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-bersihkan-kerang-guna-air-sejuk-garam/", "title": "Cara Mudah Bersihkan Kerang Guna Air Sejuk & Garam Saja, Lagi Bersih Dari Guna Berus!", "body": "\nSiapa suka makan kerang? Tapi bila fikir bab nak cuci kerang ni, tak jadi nak buat dan akhirnya beli saja. Rupanya ada cara mudah bersihkan kerang yang ramai tak tahu.\nBiasanya ramai yang cuci menggunakan berus gigi kan? Tapi lenguh dia boleh tahan juga kalau nak cuci satu-satu. Kalau ikut cara mudah ini dijamin lagi bersih dari menggunakan berus gigi tersebut.\nHanya menggunakan 2 bahan iaitu air sejuk dan garam kasar, kerang akan jadi lebih bersih! Nak tahu bagaimana caranya? Jom baca perkongsian oleh Puan Norhilyani Harun di bawah.\nBaca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam\nCara Mudah Bersihkan Kerang Guna Air Sejuk & Garam\nBaru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa bijik dah lenguh jari. Jenuh nak berus sekilo kerang.\nLepastu terus google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) + garam kasar. \nBuat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul2 bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja.\n\nKorang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang? Boleh kongsikan di ruangan komen.\nKredit: Norhilyani Harun\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-bersihkan-minyak-goreng/", "title": "\u201cBaru Pakai Sekali, Sayang Nak Buang!\u201d Chef Ini Kongsi Cara Mudah Bersihkan Minyak Goreng", "body": "\nBiasanya kalau selepas guna minyak untuk menggoreng ayam, ikan atau udang, kita akan buang minyak tu kalau minyak dah terlampau kotor kan?\nRupanya ada cara mudah untuk \u2018cuci\u2019 minyak tersebut supaya boleh digunakan semula. Lagi-lagi kalau baru guna sekali saja, sayang nak buang minyak tu.\nSeorang pengguna laman sosial TikTok, Richard ada berkongsikan cara mudah untuk bersihkan minyak tersebut. Jom lihat caranya di bawah.\nCara Mudah Bersihkan Minyak Goreng\n\nDalam video tersebut, Richard ada mengajarkan cara mudah untuk membersihkan minyak goreng. Sayang nak buang, lagi-lagi kalau baru guna sekali saja.\nCaranya mudah, anda hanya perlu menggunakan dua bahan ini saja iaitu:\n\n100gm tepung jagung\n150ml air\n\n\nCampur tepung jagung dengan air dan kacau sebati. Kemudian masukkan adunan tepung jagung tadi ke dalam minyak panas, kemudian baru tutup api.\n\nBiarkan selama 15 minit, kemudian dah boleh angkat campuran tepung jagung tadi. Hasilnya, ia telah menyerap semua sisa kotoran dalam minyak.\nLagi kotor minyak tu, lagi gelaplah warna campuran tepung itu. Tengok hasilnya, dah bersih berkilat, minyak macam baru beli.\n\nJadi, selepas ini jangan buang minyak tu ya. Ikut saja cara ni, jimat! Jom lihat video penuh di bawah.\n\n\n @richard_is_cooking\nMinyak goreng sudah kotor,boleh guna lagi?#tiktokguru #minyakgoreng #tiktokchef #myfoodie #masakdirumah\n \u266c I LOVE YOU \u2013 Kevin Rater \n\n \nSumber: @richard_is_cooking\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-buang-biji-cili-kering/", "title": "Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Potong Satu-Satu. Tangan Pun Tak Pijar!", "body": "\nMungkin ramai yang sudah tahu cara mudah buang biji cili kering ini. Namun, buat yang belum tahu jangan lupa baca sampai habis ya.\nTeknik ini sangat sesuai untuk orang berniaga mahupun untuk masak sendiri di rumah. Tak perlu potong cili kering satu-satu, ikut saja teknik ini. Tangan pun takkan jadi pijar!\nJom baca perkongsian oleh Ziela Mazlan di bawah. Semoga bermanfaat!\nCara Mudah Buang Biji Cili Kering\nLangkah pertama\nMesin cili kering menggunakan chopper. Jangan basuh dulu cili kering tu, nanti basah susah nak asingkan biji cili. Saya guna yang saiz L supaya boleh mesin sekali jalan.\n\nHasil kejadiannya. Semua biji cili terkeluar.\n\nAsingkan sisa biji cili menggunakan penapis. Sekejap je dah settle. Cuci bersih baru rebus.\n\nBiji cili.\n\nKejadian selepas direbus, langsung tak ada biji cili. Selepas direbus boleh kisar macam biasa bersama beberapa ulas bawang putih supaya cili tahan lebih lama.\n\nCili kering yang sudah siap dikisar.\n\nKredit: Ziela Mazlan\nBaca juga: Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-buat-bawang-putih-goreng-yang-crunchy/", "title": "Cara Mudah Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit", "body": "\nResipi bawang putih goreng ini sangat sedap dan rangup. Bukan itu saja, ianya sangat bagus untuk membuang angin dalam badan.\nTapi jika salah teknik menggoreng, bawang putih akan menjadi pahit dan tidak enak dimakan.\nAda caranya kalau nak buat bawang goreng yang rangup, cantik elok dan tidak pahit. Ikut cara cara yang dikongsikan oleh Masfaliza Ab Jaafer di bawah.\nTips Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit\nBahan-bahan:\n\nBawang putih\n\nCara-cara:\n1. Kopek bawang putih. Nak mudah kopek, leraikan seulas-ulas bawang kemudian rendamkan dengan air selama 15 minit.\n\n2. Sagat menggunakan sagat jenama tupperware.\n\n3. Rendam dengan air dan garam selama 15 minit. Selepas itu bilas sebanyak 3 kali menggunakan air biasa.\n\n4. Goreng dengan menggunakan minyak yang banyak. Api jangan terlalu perlahan nanti akan jadi lembik dan lemau. Guna api sederhana besar.\nBila warna dah agak-agak bertukar keperangan, terus angkat. Jangan biar sampai warna coklat nanti jadi pahit.\n\nTips nak dapatkan bawang goreng yang cantik:\n\nMasak dengan menggunakan api yang besar.\nMasa mula letak bawang, minyak jangan panas nanti terus masak layu.\nSemasa bawang dalam proses nak masak, balik-balikkan bawang dan kecilkan sedikit api.\n\n\nKredit: Masfaliza Ab Jaafer\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-buat-cendol-lagi-puas-makan-sendiri/", "title": "Cara Mudah Buat Cendol, Lagi Puas Makan Sendiri", "body": "Bila musim lockdown, nak keluar cari cendol mesti susah dan lebih baik korang jaga diri dan buat di rumah sahaja. Mudah sahaja nak buat cendol, bahan-bahannya mudah didapati yang penting puas makan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Shida Ambok di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nCENDOL HOMEMADEBila musim lockdown, nak keluar cari cendol mesti susah dan lebih baik korang jaga diri dan buat di rumah sahaja. Mudah sahaja nak buat cendol, bahan-bahannya mudah didapati yang penting puas makan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Shida Ambok di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1.5 kg cendol segera\n\n1 tin susu sejat\n\n1 tin santan pekat\n\nSecubit garam\n\nGula merah\n\nAis\n\nKredit: Shida AmbokCARA PENYEDIAAN\nAmbil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1 tin. (Nisbah 1:1)\n\nKacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.\n\nCairkan gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.\n\nUntuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-buat-cornflakes-madu-hanya-5-minit-je/", "title": "Cara Mudah Buat Cornflakes Madu, Hanya 5 Minit Je!", "body": "Musim raya nanti memang tak sah kalau tak ada cornflakes madu kan? Setiap rumah memang wajib ada sebab ini adalah antara kuih raya yang menjadi kegemaran orang ramai. Korang tahu tak sebenarnya nak buat cornflakes madu mudah sangat, gaul je semua bahan dan masuk dalam oven 5 minit dah siap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Irene Lee di Facebook.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nCORNFLAKES MADUMusim raya nanti memang tak sah kalau tak ada cornflakes madu kan? Setiap rumah memang wajib ada sebab ini adalah antara kuih raya yang menjadi kegemaran orang ramai. Korang tahu tak sebenarnya nak buat cornflakes madu mudah sangat, gaul je semua bahan dan masuk dalam oven 5 minit dah siap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Irene Lee di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n250 g mentega\n\n3 sudu besar gula pasir\n\n7 sudu besar madu\n\n3 sudu besar susu pekat\n\nchocolate rice / bijan\u00a0 /kacang tanah hiasan sprinkle\n\n500 g cornflakes\n\nKredit: Irene LeeCARA PENYEDIAAN\nPanaskan mentega ,gula, madu dan susu sehingga berbuih dalam kuali. Rehatkan dahulu sehingga suam.\n\nCurah ke dalam cornflakes dan gaul rata.\n\nIsikan dalam mangkuk kertas menggunakan sudu dan tabur hiasan. Bakar selama 5 minit dah sejuk baru simpan dalam balang kedap udara.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-buat-sate-goreng-versi-masakan-jawa/", "title": "Cara Mudah Buat Sate Goreng Versi Masakan Jawa", "body": "\nPernah tak cuba Sate Goreng? Jika belum pernah, memang korang kena cuba. Mudah, sedap dan membuka selera.\nSama enaknya seperti sate yang dibakar dengan arang cuma versi ini hanya perlu masak dalam kuali sahaja.\nHendak pula nak dekat Raya Haji ini, mesti terfikir nak buat menu daging apa untuk disimpan dalam tempoh lama. Resipi ini sesuai untuk itu.\nSesuai dinikmati bersama nasi imput, ketupat dan juga lemang. Nais!\nResipi Sate Goreng Versi Masakan Jawa\n\n\nBahan-bahan:\n1kg daging\n5 sudu gula\nGaram secukup rasa\nSerbuk pati ayam\nAjinomoto\nBahan untuk dikisar:\n2 biji bawang merah\n6 ulas bawang putih \n3 inci lengkuas\n3 inci halia\n2 batang serai\n1 genggam biji ketumbar\n1 genggam jintan putih\nCara-cara penyediaannya:\n1. Potong kecil daging dan basuh sehingga bersih. Toskan.\n\n\n\n2. Perap daging dengan gula, biar gula tersebut meresap ke dalam daging anggaran 10-15 minit.\n\n\n\n3. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masa kisar, jangan letak terlalu banyak air.\n\n\n4. Lumurkan bahan kisar bersama daging dan ratakan.\n\n\n5. Tambahkan garam, pati ayam dan ajinomoto jika perlu dan sebatikan.\n6. Hasil setelah digaul sebati. Boleh rasa di hujung lidah untuk tahu mana terkurang rasa manis ke masin. Perap semalaman. Jika tidak berani cuba rasa ketika masih mentah, boleh juga cuba bila daging sudah separuh masak nanti.\n7. Setelah perap semalaman, masak perapan daging dalam kuali. Tak perlu guna minyak sebab daging tersebutkan keluar minyak secara semulajadi.\n8. Masak daging hingga kering dan empuk. Bila sudah sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.\nNota: Daging perlu diperap lama supaya rasanya sebati dan daging cepat empuk apabila dimasak.\nSelamat mencuba!\n\nBaca juga: Viral Sate Cheese Isi Besar-Besar Di Ipoh, Memang Puas Makan\n\nSumber: Wana Zainal\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-buat-serunding-kelapa-guna-air-fryer-mudah-ringkas-jimat-masa/", "title": "Cara Mudah Buat Serunding Kelapa Guna Air Fryer, Mudah, Ringkas & Jimat Masa!", "body": "Siapa yang suka makan serunding kelapa ni mesti tahu yang serunding kelapa ini boleh dikatakan pelengkap untuk makanan. Memang tak sah kalau makan nasi ambeng atau lontong tanpa serunding kelapa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Laelatul Amaroh di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nSERUNDING KELAPASiapa yang suka makan serunding kelapa ni mesti tahu yang serunding kelapa ini boleh dikatakan pelengkap untuk makanan. Memang tak sah kalau makan nasi ambeng atau lontong tanpa serunding kelapa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Laelatul Amaroh di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nBawang merah\n\nBawang putih\n\nHalia\n\nLengkuas\n\nCili merah yang sudah dikisar\n\nDaun limau purut\n\nGula Melaka\n\nAsam jawa\n\nGaram\n\nKredit: Laelatul AmarohCARA PENYEDIAAN\nTumiskan semua bahan-bahan sehingga naik bau.\n\nGaulkan bersama kelapa dan masukkan di dalam air fryer selama 25 minit dan suhu 150C.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-buat-sos-cheese-leleh-sedap-tak-muak-gerenti-jadi/", "title": "Cara Mudah Buat Sos Cheese Leleh Sedap & Tak Muak, Gerenti Jadi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-29 09:21:58\n\n\nBila bercakap tentang Kek Cheese Leleh ini, pasti ramai teringatkan sos cheese lelehnya yang sedap. Namun, pasti ramai tidak pernah mencuba membuatnya sendiri kerana bimbang ianya tak 'menjadi. Jangan risau, apa kata korang cuba resepi dari Shafiqah Muhamad. Rasanya confirm sedap macam di bakeri. Nampak macam mudah je!\n\nKredit: Shafiqah Muhamad\nBahan-bahan: \n\n1 mangkuk cream cheese\n2 kotak whipping cream\n2 tin susu cair/segar\n6 sudu besa susu pekat (optional)\n\n\nCara-caranya:\n\nMula-mula, masukkan cream cheese ke dalam bekas adun bersama susu pekat.\n \nKredit: Shafiqah Muhamad\n\u00a0\nSelepas itu, adukkan kedua-dua bahan menggunakan mixer sehingga sebati.\n Kredit: Shafiqah Muhamad\n\u00a0\nKemudian, masukkan whipping cream dan teruskan mengaduk sehingga ia kembang dan pekat.\n \nKredit: Shafiqah Muhamad\n\u00a0\nMasukkan susu cair/segar dan adukkan sehingga sebati. Pastikan ia menjadi lemak berkrim dan kemudian tuangkan ke atas kek.\n \nKredit: Shafiqah Muhamad\n \nKredit: Shafiqah Muhamad\n\u00a0\nKalau rasa nak leleh lagi, tambahkan lagi susu cair/segar.\n \nKredit: Shafiqah Muhamad\n\u00a0\nLetakkan juga cheese parut apa-apa jenama mengikut citarasa masing-masing.\n \nKredit: Shafiqah Muhamad\n\n\u00a0\nDah siap! Mudah saja kan? Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-membersihkan-kesan-lilin-pada-buah-anggur/", "title": "Cara Mudah Membersihkan Kesan Lilin Pada Buah Anggur", "body": "\nBuah-buahan seperti anggur yang diimport dari luar negara kebiasaannya disalut dengan lilin pada buah bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar dan tahan lama.\nLilin tersebut berfungsi menjadikan kulit luar buah-buahan kelihatan segar serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan buah busuk.\nOleh sebab itu, anda harus mencuci buah-buahan dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Ada cara mudah untuk menghilangkan kesan lilin yang boleh anda cuba. Baru dijamin lagi bersih sebelum dimakan.\nCara Mudah Membersihkan Kesan Lilin Pada Buah Anggur\nBahan-bahan:\n\nAnggur\nTepung gandum\nBekas\n\nCara-cara:\n1. Masukkan buah anggur dalam bekas, gunting tangkai anggur supaya lebih senang nak cuci.\n\n2. Masukkan tepung gandum, tambahkan sedikit air sambil gaul dan gosokkan tepung pada buah. Biarkan sekejap dalam 5 minit, kemudian boleh dibilas bersih.\n\nKredit: Rohimatul Mat Yussuf\nBaca juga: Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-siang-ikan-guna-chopstick-berus-gigi/", "title": "Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Siang Ikan Guna Chopstick & Berus Gigi", "body": "\nBanyak cara mudah untuk siang ikan. Antaranya adalah dengan membelah perut ikan menggunakan pisau atau guna gunting saja.\nTapi buat anda yang \u2018jarang-jarang\u2019 menyiang ikan, risau tangan terluka jika guna peralatan tajam boleh ikut cara siang ikan yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok ini.\nHanya perlu menggunakan chopstick dan berus gigi saja tanpa perlu membelah perut ikan tersebut. Mudah sangat!\n\nCara Mudah Siang Ikan Guna Chopstick & Berus Gigi\nMenerusi video tersebut, Syifa Jamil turut berkongsikan cara mengenal ikan segar. Kena lihat pada mata ikan, kalau tak merah dan tak kotor bermakna ikan tersebut masih segar.\nKalau ikan masih segar, baru senang bila nak cuci sebab tak lembik dan isi perut tak terkeluar. Untuk cara menyiangnya pula, jom lihat video di bawah.\n\n\n @syifajamill\nReply to @aaishahayuni #TahukahAnda Cara nak kenal ikan segar? Okay now you know! #CifaCooks #SiangIkan #MYFoodie\n \u266c original sound \u2013 Cifa Masak Kalut Kalut \u2013 Cifa Masak Kalut Kalut \n\n \nMudah kan? Selepas ini jom praktikkan cara ini setiap kali menyiang ikan. Sesuai untuk\u00a0beginner yang baru berjinak-jinak di dapur. Semoga bermanfaat!\nKredit: TikTok Syifa Jamil\nBaca juga: Petua Buang \u2018Bisa\u2019 Dalam Ikan Tongkol, Untuk Elak Alahan & Gatal\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-mudah-simpan-ayam/", "title": "Cara Mudah Simpan Ayam Yang Ramai Tak Terfikir, Tak Perlu Rendam Lagi Bila Nak Masak", "body": "\nBiasanya lepas cuci ayam yang dibeli, kita akan simpan ayam semua sekaligus dalam bekas atau plastik kan? Bila nak masak, kena rendam dalam air terlebih dahulu untuk leraikan ayam.\nBukan saja membazir masa, ayam bila dah direndam macam tu rasa tidak akan rasa fresh\u00a0lagi. Nak tak nak, memang kena masak semua ayam tersebut.\nKalau nak cepat dan jimat masa, ikut saja cara simpan ayam yang jarang dibuat orang ini. Cara tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Rose Afifi.\nCara Simpan Ayam Yang Mudah, Tak Perlu Rendam Bila Nak Masak\nMenerusi video yang dikongsikan di laman sosial TikTok, Rose Afifi berkongsikan cara simpan ayam yang mudah bagi mereka yang bekerja.\nCara-caranya:\n1. Cuci ayam dengan bersih dan toskan.\n2.\u00a0 Ambil kertas pembalut makanan, lipat dua. Pastikan bahagian luar yang ada lapisan plastik.\n3. Letakkan pembalut ketas dalam bekas. Susun atas di atas kertas pembalut tersebut.\n\n4. Lapikkan lagi kertas pembalut makanan jika masih ada ruang untuk letak ayam.\n\n5. Tutup bekas yang berisi ayam dan sedia untuk disimpan di dalam peti ais.\n\n6. Hasilnya, ayam mudah untuk dikeluarkan. Tak perlu rendam air. Selamat mencuba!\n\nVideo penuh 1\n\n\n @roseaffi\nharap dapat membantu #fyp\u30b7\n \u266c Syukur Alhamdulillah \u2013 Wafiq Azizah \n\n \nVideo penuh 2\n\n\n @roseaffi\nni hasilnya#fyp\u30b7\n \u266c BILA NANTI \u2013 NABILA MAHARANI \n\n \nSumber: Rose Affi\nBaca juga: \u201cBaru Pakai Sekali, Sayang Nak Buang!\u201d Chef Ini Kongsi Cara Mudah Bersihkan Minyak Goreng\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-nak-bagi-sayur-tahan-lama/", "title": "CARA NAK BAGI SAYUR TAHAN LAMA", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-04-19 04:49:48\n\n\n\nPerasan tak sayur yang anda baru beli dalam dua tiga hari mesti akan layu? Renyah kan bila nak\u00a0kena selalu ke\u00a0pasar tapi beli dalam kuantiti sikit je sebab takut nanti sayur tak sempat masak dah layu. Kami ada beberapa tips untuk bagi sayur anda tahan lebih lama.\u00a0Teruskan\u00a0membaca!\n\nRENDAM SAYUR\nAnda perlu rendam sayur selama 5 ke 10 minit dan biarkan ianya betul-betul tenggelam. Anda tidak perlu potong tangkainya. Hanya potong\u00a0semasa anda mahu memasak\u00a0sahaja.\u00a0\n\nLETAK GARAM\nSayur yang kita beli dipasar sudah semestinya telah disembur dengan bahan kimia supaya kekal lama dan\u00a0segar. Untuk membuang sisa bahan kimia yang ada pada sayur, anda perlu rendamkan sayur\u00a0di dalam air yang berisi garam selama 10 minit sebelum\u00a0memasak. Selepas itu, basuh sayur\u00a0seperti biasa.\n\nSIMPAN DALAM BEKAS YANG SESUAI\nUntuk mengekalkan kesegaran sayur, simpan\u00a0dalam bekas yang kedap udara seperti Tupperware atau\u00a0plastik ziplock. Selepas itu, anda boleh simpan di ruangan simpanan sayur di dalam peti sejuk anda. Insha Allah, sayur anda\u00a0akan kekal segar selama seminggu!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-nak-bezakan-madu-asli-madu-tiruan/", "title": "Jangan Tertipu! Wajib Tahu Cara Nak Bezakan Madu Asli & Madu Tiruan", "body": "\nUmum mengetahui bahawa madu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Madu juga sangat mudah untuk didapati sekarang lagi-lagi di pasar raya. Namun begitu, tidak semua yang dijual adalah 100% madu asli.\nMenerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @darlina2020, wanita ini telah berkongsikan cara nak bezakan madu yang dibeli itu asli ataupun madu palsu.\nCara Bezakan Madu Asli & Madu Tiruan\nCaranya mudah saja, tuangkan sedikit madu ke atas pinggan yang rata. Campurkan dengan sedikit air.\n\nKemudian pusingkan pinggan mengikut arah jam atau lawan jam. Jika madu tersebut asli, ia akan tenggelam dalam air dan berbentuk seakan menyerupai sarang lebah. Jika sebaliknya, madu tersebut mungkin madu tiruan yang telah dicampur dengan air dan gula.\n\nMenerjah ke ruangan komen, ada beberapa orang netizen yang turut berkongsikan cara lain untuk membezakan yang asli dan palsu.\n\u201cGuna lilin..\u201d\nTuangkan madu ke atas sudu. Kemudian bakar sudu dibawah api lilin. Jika madu menjadi keras bermakna madu tersebut adalah madu campuran.\n\n\u201cLetak dalam peti ais beku..\u201d\nSalah satu cara lain adalah dengan meletakkan madu di dalam peti ais beku. Jika madu tidak mengeras bermakna ia adalah asli. Jika sebaliknya, ia merupakan madu palsu.\n\nUntuk lebih mudah faham, lihat video di bawah.\n\n\n @darlina2020\n#maduasli #sunnahnabi #amalan #tips #nasrundarlinateam\n \u266c original sound \u2013 Ladyana Aziz \u2013 ladyanaaziz\ud83d\udd18 \n\n \nKredit: TikTok @darlina2020\nBaca juga: Nak Beli Buah Wajib Baca Label Dulu, Penting Elak Buah Dari \u20182 Negara\u2019 Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-order-subway/", "title": "Cara Order Subway Sedap Dan Berbaloi, Bekas Pekerja Ini Kongsi TIP", "body": "\n\u201cPeningnya tengok menu ni\u2026 Banyak betul pilihan. Macam mana cara beli Subway yang sedap ye?\u201d\nSubway merupakan antara restoran \u2018fast food\u2019 yang tak kurang popular di Malaysia. Biasanya orang akan pergi Subway bila dah bosan dengan pizza, burger atau ayam goreng.\nSubway juga sesuai untuk dimakan oleh mereka yang sedang berdiet kerana di sini juga ada menjual salad.\nBaca juga: Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan\nTapi cara memesan sandwich di Subway agak rumit kerana pelanggan perlu memilih sendiri dari jenis roti, inti, sayur dan sos yang mempunyai banyak jenis.\nKalau tersilap pilih \u2018kombinasi\u2019, mungkin akan dapat yang tak kena dengan citarasa.\nIkuti perkongsian dari bekas pekerjanya untuk dapatkan sandwich yang sedap dan berbaloi.\n\nCARA BELI SUBWAY SANDWICH LEBIH SEDAP\n\nAda 5 langkah bila memesan sandwich di subway :\n\nPilih menu\nPilih jenis roti\nPilih isi sandwich\nPilih sayur\nPilih sos\n\n1. Pilih Menu\nDi Subway, bukan sahaja ada sandwich, malah anda juga boleh pilih wrap atau salad.\nSalad pula ada 6 inch untuk saiz sandwich biasa atau \u2018footlong\u2019 untuk sandwich panjang.\n2. Pilih Jenis Roti\nDi Subway ada 2 jenis roti putih dan 3 jenis roti wholemeal.\nRoti Putih:\n\nItalian Bread \u2013 Roti putih biasa.\nParmesan Oregano \u2013 Roti putih dengan parmesan.\nHeart Italian \u2013 Roti putih tetapi rasa lebih keras dan rangup berbanding semua roti di Subway.\n\nRoti Wholemeal :\n\nWheat \u2013 Roti wholemeal biasa .\nHoney Oat \u2013 Roti Wholemeal dengan topping oat.\n\nRoti akan dibakar dahulu sementara anda pilih isi sandwich. Kalau nak roti dibakar lama sedikit, boleh pesan dengan sandwich artist untuk buat \u201cdouble toast\u201d.\n\n3. Gabungan Sos\nGabungan sos yang paling sedap adalah Ranch (minta extra), Thousand (minta extra), Sweet Onion, Mayonnaise, Olive Oil, Chili, Chipotle Southwest dan BBQ. Gabungan sos-sos ini sesuai untuk semua jenis menu termasuklah salad dan wrap.\n4. Sayur-sayuran\nKalau anda penggemar sayur, minta je extra. Tak dikenakan cas tambahan pun. Sos pun tak dikenakan cas. Yang ada cas tambahan adalah daging sahaja.\n5.\u00a0Order Sup Cendawan\nTak semua orang tahu yang Subway sebenarnya ada sup cendawan. Kalau anda order wrap, boleh cuba makan dengan sup cendawan. Sedap!\n6. Jangan Ambil Sos Ketchup\nSos ketchup adalah sos yang paling tak sedap. Jadi jangan sesekali anda letak sos ketchup dekat sandwich/wrap/salad anda. Nanti anda tak rasa kesedapan sanwich tu sebab dia rasa masam-masam sikit. Lagi-lagi kalau makan dengan meatball marinara memang spoil habis.\n\nSemoga anda berjaya mendapatkan sandwich yang sedap dan padu! \nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Sandwich Sushi Guna Roti, Sesuai Untuk Yang Tak Nak Makan Nasi\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-pack-beras-untuk-kegunaan-waktu-kecemasan/", "title": "Setiap Rumah Wajib Buat! Cara \u2018Pack\u2019 Beras Untuk Kegunaan Waktu Kecemasan", "body": "\nBencana alam boleh datang tiba-tiba tanpa kita duga. Banjir secara tiba-tiba, ribut petir dan sebagainya yang kita tidak boleh kawal.\nKekurangan stok bekalan makanan yang melanda makanan dunia sekarang ini juga membuatkan kita perlu sentiasa bersedia dengan stok makanan.\nBeras yang menjadi makanan ruji kita perlu sentiasa ada namun bagaimana nak simpan beras pada tempoh yang lama?\nJom baca tips simpan beras pada saiz yang kecil seperti yang dikongsi oleh Mardziatul Irqan, jom sama-sama kita praktikkan.\nCara \u2018Pack\u2019 Beras Untuk Kegunaan Waktu Kecemasan\n\nRamai yang inbox dan komen macam mana nak prep beras, ni sharing dari beberapa cara dan tips yang korang boleh guna. Moga sharing memberi manfaat dan dapat bantu sikit-sikit. Selamat mencuba.\nJangan stop prep, please prep!!! Demi sesuap makanan.\u00a0Kawalan infestation beras ni ada beberapa faktor, antaranya adalah udara (oxygen), suhu dan kelembapan. Kalau boleh cari cara untuk kawal faktor ni insyaAllah tahan lama.\nKutu beras ni boleh menyebabkan kerosakkan pada beras, after effect dari pembiakan dia boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.\nKena elak kutu beras\n\nKutu beras tak tahan suhu sejuk kurang dari -18\u00b0C dalam 3 hari dan tak tahan panas 55\u00b0C lebih dari 2 jam (ini berdasarkan maklumat pembacaan saya kaji tentang kutu beras).\nSebab tu ramai yang suggest masuk beras dalam peti sejuk dulu, then jemur supaya hilang moist, kemudian baru seal dalam apa-apa bekas yang tidak mudah berlubang.\nBeras di vacuum seal, dimasukkan OA (oxygen absorber) dan disimpan di tempat yang rapi dan kurang fluctuation suhu, untuk kawal faktor tadi.\nKehadiran oksigen dan perubahan suhu boleh memberikan environment yang condusive untuk pembiakan kutu tadi, kalau masih ada larvae kutu yang survive semasa food preservation process.\n\nBoleh simpan dalam botol mineral\nTest run saya buat dr tahun 2016, guna botol mineral 500ml, compact kan, dan tutup ketat, tanpa additional OA. Setakat hingga tahun ni, tiada kutu beras langsung.\nSetiap tahun sy cuba masak satu botol untuk rasa, beras boleh dimakan, tiada toxication, cuma rasa kurang fresh. Warna beras juga jadi sedikit kekuningan over the year.\nTips kedua:\n1. Cari tapis, letakkan atas periuk/ bekas dan masukkan beras secukupnya. Pastikan semuanya KERING.\n2. Gaul, ramas atau ayak. Kutu dan habuk-habuk akan jatuh ke takung. Beras yang dah diramas tu asingkan ke dalam bekas bersih lain.\n3. Kutu dan habuk terkumpul. Beras yang terjatuh tu boleh diayak sekali lagi.\n4. Makhluk perosak yang telah diasingkan.\n5. Beras yang bersih boleh di repack. (Mylar dan O2 absorber, vacuum, botol mineral, freezer 3 hari etc).\n6. Kalau nak guna pon tak perlukan banyak air untuk basuh sebab habuk dah buang siap-siap. Menjimatkan air sangat penting ketika bencana.\n7. Petua orang tua dulu-dulu yang sangat berkesan nak matikan bubuk adalah dengan menggunakan cili kering dan asam keping.\n\nPetua orang tua dulu-dulu yang sangat berkesan nak matikan bubuk antaranya cili kering dan asam keping.\u00a0\nTips ketiga:\n\nPaling mudah boleh pakai plastik grainpro. Harga mahai sikit Rm35/sehelai.\u00a0 Ada 2 jenis RZ30 (ziplock \u2013 tapi boleh isi sikit je) dan RT69 (kena ikat). Boleh contact 01156290366 untuk beli)\nVacum sealer (ada macam-macam lagi jenis/brand, saya advice beli yang mahal sikit untuk kegunaan lasak, apa-apa pun ikut kemampuan kita kalau tak dapat beli yang mahal)\nSumber: Mardziatul Irqin\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-paling-mudah-buat-stok-cili-kisar/", "title": "Cara Paling Mudah Buat Stok Cili Kisar. Tak Perlu Potong, Buang Biji Atau Rebus!", "body": "\nPasti ramai yang setiap minggu wajib buat stok cili kisar kan? Mudah kerja bila nak masak jika ada stok cili kisar ni.\nTapi ramai yang tak berapa rajin nak buat sebab caranya agak renyah. Kena potong, buang biji, kemudian kena rebus dan kisar pula.\nTapi rupanya ada cara yang mudah untuk buat cili kisar tanpa susah payah buat semua tu. Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Nur Atiqah Othman di bawah.\nCara Mudah Buat Stok Cili Kisar Cara Orang \u2018Malas\u2019\nHari ini saya nak share cara membuat cili kisar. Ini cara mak saya yang memang saya praktikkan. Sesuai untuk orang yang kurang masa campur \u2018kurang rajin\u2019.\u00a0\nBila buat cili sendiri lagi sedap masakan kita. Cuma nak buat cili ini ramai yang guna macam-macam cara. Boleh share cara mudah ini supaya ramai orang tahu. Okay jom tengok cara mak saya di bawah.\n1. Pilih cili kering. Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua, letak air dan mesin.\n\n2. Gambar mesin cili tak sempat tangkap. Dah mesin ambil tapis macam gambar di atas. Tapis biji dari cili.\n\n3. Taadaa. Haa dah ada cili sahaja. Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.\n\n4. Lepas dari itu, keringkan cili di dalam periuk. Pasang api perlahan sahaja. Tunggu sampai air kering. Nanti sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Bila nak guna, ambil sahaja. Jimat masa. Mudahkan.\n\nKredit: Nur Atiqah Othman\nBaca juga: Tips Masak Sambal Nasi Lemak Supaya Tak Terpecik Satu Dapur, Rasa Pun Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-panaskan-lemang/", "title": "Cara Panaskan Lemang Yang Betul Agar Lembut & Tak Keras Walaupun Dah Berhari", "body": "\n\u201cOhh begini rupanya cara panaskan lemang yang betul. Lembut macam baru siap dimasak!\u201d\nSetiap kali Hari Raya, sudah tentu antara makanan yang wajib ada adalah ketupat, lemang, rendang dan sebagainya. Kalau tak ada memang tak \u2018sah\u2019 bak kata orang.\nKetupat selalunya ramai yang buat sendiri. Berbeza dengan lemang, biasanya ramai yang beli kerana sukar untuk mencari buluh dan renyah untuk bakar sendiri.\n\nBila dah terbeli banyak, kadang-kadang tak sempat nak makan sampai habis. Akhirnya terpaksa simpan dalam peti sejuk untuk dimakan kemudian.\nLemang dapat disimpan sehingga berhari-hari. Tetapi, jika disimpan terlalu lama, rasanya sudah tidak sama dengan lemang yang baru siap.\u00a0\nRupanya ada cara yang betul untuk memanaskan semula lemang supaya tidak menjadi keras dan terburai.\nBaca juga: Resipi Lemang Kukus Guna Cawan, Tak Perlu Susah-Susah Guna Buluh!\nCARA PANASKAN LEMANG YANG BETUL\nBerikut merupakan cara betul untuk memanaskan lemang bagi mengekalkan tekstur dan rasa lemang tersebut:\n1. Panaskan air dalam periuk pengukus.\n2. Setelah air mendidih, letakkan lemang di dalam pengukus.\n3. Biarkan selama 15 minit.\n4. Lemang anda sedia untuk dihidangkan.\nSelepas dikukus, hasilnya lemang tidak menjadi keras dan lembut elok. Boleh hidangkan kepada tetamu yang datang beraya.\u00a0\nJadi kalau ada lemang tidak habis dimakan, jangan buang ya! Simpan dalam peti ais dan panaskan semula mengikut teknik yang telah dikongsikan di atas.\nSemoga bermanfaat!\n\nKredit: Bawang Rangers\nBaca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-panaskan-makanan-guna-microwave/", "title": "Hati-hati, Jangan Panaskan 9 Makanan Ini Dalam Microwave!", "body": "\n\u201cOhh baru tahu, nak panaskan makanan guna microwave pun ada caranya\u2026\u201d\nMicrowave atau ketuhar gelombang mikro merupakan salah satu perkakasan dapur versatil yang sering digunakan untuk memanaskan lauk atau memasak sesuatu makanan.\nNamun begitu, tahukah anda bukan semua makanan boleh dimasukkan ke dalam microwave?\u00a0\nJom kita semak senarai makanan yang perlu kita elak dari dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro di bawah.\nBaca juga: Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Semula, Nombor 7 Paling Ramai Buat!\nPanaskan Makanan Guna Microwave, Awas Jangan Letak Makanan Ini!\n1. Telur rebus\n\nJika memanaskan telur rebus dalam microwave, telur rebus boleh meledak dan menyebabkan ruangan dapur menjadi kotor.\nHal ini disebabkan oleh keberadaan wap dalam telur rebus yang tidak boleh dilepaskan menerusi putih telur sehingga menjadi satu bentuk tekanan.\n2. Daging beku\nJika terlupa untuk keluarkan daging dari peti ais untuk dimasak, cara mudah untuk cairkannya adalah dengan menggunakan microwave.\nNamun begitu, cara ini bukanlah yang terbaik kerana hanya bahagian luar yang masak manakala bahagian dalamnya masih beku.\nIa juga akan menyebabkan bakteria mudah membiak pada daging. Tetapi jika tetap mahu menggunakan microwave kerana kesuntukan masak, pastikan daging terus dimasak sebaik saja selepas siap \u2018defrost\u2019.\nCara yang paling terbaik dan selamat untuk \u2018defrost\u2019 adalah dengan mengeluarkan daging beku dan membiarkan daging mencair pada suhu bilik selama beberapa jam.\nSelepas daging sudah mencair, elakkan dari menyimpan semula ke dalam peti sejuk. Sebaiknya, selepas anda membeli daging, asingkan ia dalam kuantiti yang secukupnya untuk sekali masak.\n3. Susu badan\n\nMemanaskan susu badan dalam microwave bukan saja membuatkan tahap nutrisi semulajadinya berkurang, malah ia juga membuatkan suhu tidak panas dengan sekata.\nCara paling selamat untuk panaskan susu badan adalah dengan melekkannya di dalam bekas yang berisi air suam. Biarkan sehingga susu mencapai suhu yang sesuai.\nAnda juga boleh membeli\u00a0warmer yang dikhususkan untuk botol susu.\n4. Sosej & daging berproses\nSeperti yang kita sudah tahu, daging diproses seperti sosej, burger dan seumpanya tidak elok untuk kesihatan.\nKajian mendapati, kualitinya akan lebih teruk jika dipanaskan semula di dalam microwave setelah dimasak.\nBukan itu saja, melalui proses dimasak, disimpan dan dipanaskan semula akan menyebabkan kolestrol tidak baik akan bertambah dalam daging tersebut.\nKaedah ini juga seterusnya akan memudaratkan salur darah dan boleh menyebabkan sakit jantung.\n5. Lauk ayam\nMemanaskan ayam di dalam microwave juga akan mengubah komponen proteinnya dan seterusnya boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak lancar.\nCara terbaik adalah dengan memanaskan lauk di atas dapur gas supaya keseluruhan ayam panas dengan rata dan selamat untuk dimakan.\n6. Kuah yang pekat\n\nKuah pekat seperti kuah pasta, sambal atau kuah kacang tidak sesuai dipanaskan di dalam microwave. Hal itu kerana kuahnya yang pekat menyebabkan haba terkumpul dan sukar untuk tersebar.\nAkibatnya, anda akan mendengar bunyi meletup-letup dalam microwave semasa sedang memanaskan kuah yang pekat.\u00a0Microwave anda juga akan kotor kerana kuah terpercik-percik.\nTeknik terbaik adalah dengan memanaskan di atas api gas. Pastikan kacau supaya panas dengan sekata.\n7. Makanan dalam bekas\nSeringkali kita membeli makanan yang dijual di dalam bekas seperti styrofoam,\u00a0kotak,\u00a0bekas plastik dan sebagainya. Sebelum memanaskannya di dalam microwave, pastikan bekas tersebut dilabel dengan \u2018microwavable product\u2019.\nJika bekas tidak mempunyai label tersebut, boleh menyebabkan bekas mencair, terbakar dan membebaskan bahan yang beracun ke dalam makanan anda.\n8. Cendawan, bayam dan saderi\nJika memasak lauk yang mengandungi sayur cendawan, pastikan makan dengan segera selepas siap dimasak. Jika disimpan dan dipanaskan kemudian, kualiti proteinnya akan berkurang.\nSelain cendawan, sayur bayam dan saderi juga tidak elok dipanaskan di dalam microwave. Hal itu kerana, kandungannya akan menjadi toksik dan seterusnya boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan.\n9. Kentang\n\nJika membiarkan kentang yang sudah dimasak pada suhu bilik sehingga sejuk, ia akan mengalakkann pertumbuhan bakteria botulism.\nMemanaskan kentang di dalam microwave juga tidak akan boleh membunuh bakteria itu.\u00a0\nOleh itu, pastikan anda memakan kentang yang dimasak dengan kadar yang segera sebelum ianya sejuk.\nSumber rujukan: SirapLimau\nBaca juga: Orang Lama Kongsi 3 Bahan Wajib Letak Supaya Masakan Lebih Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-penghasilan-air-sarsi-dari-akar/", "title": "Tak Ramai Tahu Air Sarsi Diperbuat Dari \u2018Akar\u2019, Wanita Ini Kongsi Cara Membuatnya", "body": "\nPasti ramai yang tak sangka rupanya ini cara penghasilan air sarsi. Air ini diperbuat daripada teras akar sarsi. Sebab itu\u00a0mat salleh memanggil air ini sebagai\u00a0\u2018rootbeer\u2019.\nJika ada yang berminat nak cuba buat sendiri di rumah, ikut saja perkongsian dari Nour Hafizatunisa\u00a0di bawah ini.\nAir rootbeer homemade\u00a0dijamin lebih sihat dan berkhasiat tanpa gas. Jika menggunakan teras akar sarsi yang bermutu tinggi, baunya akan lebih semerbak.\nCara Membuat Air Sarsi\nBahan-bahan:\n\nDaun pandan\nTeras akar sarsi\nGula melaka/kabung\nAir\n\nCara-cara:\n1. Masak air dan teras akar sarsi di dalam periuk menggunakan api perlahan\u00a0kerana ianya lebih baik, supaya khasiat tidak hilang.\n2. Biarkan sehingga mendidih. Selepas mendidih, biarkan dalam 10 hingga 15 minit lagi. Kemudian tutup api dan tapis air sarsi.\n3. Kayu sarsi yang sudah digunakan boleh dibiarkan kering dan simpan. Boleh guna semula sehingga baunya hilang.\n4. Masukkan semula air sarsi yang ditapis tadi ke dalam periuk bersama gula melaka dan daun pandan.\n5. Masak sehingga gula larut dan air sedikit kering supaya kordial agak pekat. Tapi bergantung pada anda jika suka cair, tapi pastikan gula larut sepenuhnya.\n6. Tutup api. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dituang ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais.\nKredit: Nour Hafizatunisa & Pembekal kayu sarsi\nBaca juga: Netizen Terpegun Lihat Pembungkusan Air Kelapa Ini, Lagi Terkejut Bila Tahu Harganya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-pilih-ayam/", "title": "5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam", "body": "\nPernah tak tengok cara pilih ayam, kebanyakkan orang akan selalu belek-belek ayam kemudian, terus minta potong dan bayar. Namun tak ramai yang tahu cara yang betul untuk memilih ayam yang segar dan baik.\nAda beberapa kriteria ayam yang dijual. Kalau tengok kondisi ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul-betul mengikut hukum syarak atau tidak.\nBaca juga: Cara Potong Ayam Step By Step, Barulah Jadi Menantu Pilihan!\nMenurut tips dari penjual ayam, katanya kalau nak pilih ayam, pastikan buntut ayam tersebut masih lagi berwarna putih. Ini kerana ayam yang berbuntut putih diproses selepas ayam tersebut benar-benar telah mati. \nManakala ayam berbuntut merah adalah dipercayai ayam tersebut diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa ayam tersebut masih hidup. Bagi ayam yang bebontot biru dipercayai ayam teesebut sudah mati baru sembelih (bangkai).\nUntuk elak situasi seperti ini dari berlaku, MyResipi ingin berkongsi cara untuk pilih ayam yang segar. Bayangkan jika masak banyak-banyak untuk jamuan atau kenduri, tak pasal-pasal jadi bahan umpatan.\n\n5 CARA PILIH AYAM YANG SEGAR\n\nKalau pilih ayam yang telah siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian-bahagian ayam tidak mempunyai tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.\nAntara ciri-ciri yang lain adalah seperti berikut, namun ini hanyalah panduan dan terpulang kepada anda untuk menentukan pemilihan ayam anda sendiri.\nWarna ayam\nAyam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu berwarna pucat atau kebiru-biruan. Biasanya ayam itu telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.\nTekstur ayam\nAyam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu. Isi ayam yang segar apabila ditekan dengan jari akan terasa empuk dan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan dan tenggelam, ayam itu dipercayai ayam stok lama. Ayam yang kenyal dipercaya telah diletakkan formalin.\nDarah ayam\nApabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.\nBau ayam\nAyam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yg berbau hanyir.\nTekan Isi Ayam\nIsi ayam perlu ditekan perlahan. Apabila ia memantul semula, ia menunjukkan isinya anjal dan pejal. Jangan beli ayam yang lembik sehingga bila isinya ditekan ia akan masuk ke dalam. Jika terlalu keras pula menandakan ayam tu diletakkan bahan pengawet.\n\nSelain faktor kesegaran, kebersihan juga penting. Ia dapat mengelakkan kita dari mendapat penyakit jika termakan ayam yang sudah busuk. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Guna 5 \u2018Tricks\u2019 Ini Bagi Pokok Kacang Botor Berbuah Banyak, Baru Ada Hasil!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-pilih-cempedak/", "title": "7 Tips Pilih Cempedak Yang Manis & Isi Meriah, Baru Tak \u2018Frust\u2019 Beli Mahal-Mahal", "body": "\nJom MyResipi kongsikan petua dan cara pilih cempedak yang manis, isi banyak dan tebal serta masak elok. Barulah tak kecewa bila membukanya.\u00a0\nSetiap kali tiba musim buah ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membeli. Buah ini paling sedap kalau digoreng, nikmat sungguh! \nKalau beli yang sudah siap digoreng, harganya boleh tahan mahal juga.\u00a0 Jadi, apa kata kita beli sendiri buah cempedak dan goreng di rumah. Baru lagi puas hati!\nBaca juga: Peniaga Kongsi Rahsia Bancuhan Cempedak Rangup, Resipi Niaga Keluarga Selama 20 Tahun\nCARA PILIH CEMPEDAK BANYAK ISI & MANIS\n1. Pilih Kulit Sempurna\n\nSemasa memilih buah cempedak, lihat pada kulit luarnya terlebih dahulu. Pastikan kulitnya sempurna elok tanpa cacat cela seperti lebam atau kehitaman.\nTanda kehitaman serta lebam itu biasanya menunjukkan bahagian tersebut sudah rosak atau dimakan oleh ulat.\n2. Warna Kekuningan\n\nUntuk memastikan buah cempedak sudah masak elok, pilih warna buah yang kuning atau warna kuning lebih menyerlah dari warna hijau.\nJika warna hijau lebih banyak, kemungkinan besar bahagian isi buah cempedak belum masak dengan sempurna. Rasanya juga akan kurang manis.\n3. Tangkai Buah\n\nSelain dari 2 tips di atas, pilih cempedak yang mempunyai tangkai berwarna coklat. Ia menunjukkan isi buah sudah masak sempurna di pokok dan bukannya diperam.\nJadi, elakkan membeli cempedak yang tangkainya masih berwarna hijau. Ini\u00a0juga salah satu cara untuk cari buah cempedak berkualiti terbaik.\n4. Lihat Mata/Duri Kulit Cempedak\n\nSentuh bahagian permukaan kulit buah cempedak. Buah cempedak yang masak elok memiliki duri yang tumbuk dan coraknya melebar. Jadi, jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat.\nSelain itu, tekan sedikit permukaan kulit. Biasanya buah cempedak yang masak mempunyai kulit yang lebih lembut dan mudah ditekan.\n5. Bau Wangi\n\nTips paling mudah untuk memilih buah cempedak adalah dengan mencium baunya. Buah cempedak yang masak akan berbau wangi yang sangat kuat.\n6. Pilih Yang Berat\n\nLebih selamat memilih buah yang berat kerana lebih banyak isi. Buah yang berat juga menunjukkan ulas buah yang banyak dan isinya tebal.\n7. Bentuk Buah Lonjong\n\nBuah cempedak yang berbentuk lonjong dipercayai mempunyai ulas buah lebih banyak. Isi buah juga mempunyai ulas yang tebal dan sekata. \nKalau pilih buah cempedak yang banyak lekuk, kemungkinan isi di dalamnya tidak penuh dan mungkin tak cukup masak.\nSumber: Vanilla Kismis\nBaca juga: Top 5 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia, Nombor 3 Paling Ramai Peminat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-potong-ayam/", "title": "Cara Potong Ayam Step By Step, Barulah Jadi Menantu Pilihan!", "body": "\nSetiap hari kalau masak menu ayam tapi tak tahu cara potong ayam secara asas, malu beb. Nak pula kalau potong ayam dekat pasar raya tapi kena tunggu beratur dan tunggu lama.\nBaca juga: Kari Ayam Bangladesh, Resipi Viral TikTok, Makan Dengan Nasi Panas Padu Gais!\nUntuk jimatkan masa korang beli barang dekat pasar raya, jom kita belajar step by step cara potong ayam menerusi perkongsian dari peniaga ini yang dikenali sebagai Krbooyy Asnizam II.\nJadi, tak payah risau dah kalau lepas ini tak pandai potong ayam. Ikut je langkah-langkah dalam ini, mesti boleh terus ada skill dah. Mak mertua pun tak fening-fening dah. Hiks!\n\nCara potong ayam secara asas, potong 14\nPastikan sebelum potong, kena semak dulu:\n\nAyam dah disembelih secara sah dan halal\nPisau kena tajam. Lagi besar dan berat, lagi bagus.\n\n\n1. Potong bahagian belakang ayam, antara tulang belakang dan paha.\n\n2. Bila dah potong, tarik ayam hingga menjadi dua bahagian. Ambil bahagian kaki seperti dalam gambar dan potong kepada dua.\n\n3. Ini hasilnya.\n\n4. Potong antara bahagian paha dan atas paha (tight) di bahagian sendi.\n\n5. Potong dua bahagian atas paha (tight).\n\n6. Ambil ayam bahagian atas pula dan tarik keluar isi dan kosongkan badan ayam.\n\n7. Potong menjadi dua bahagian.\n\n8. Ambil bahagian kepak pula dan potong. Bahagian ini ada banyak isi. Mudah untuk korang potong. Kelar dahulu ikut saiz yang diingini kemudian kelar sampai tulang dalam. Dah kelar, baru hentak sedikit supaya ayam mudah putus. Ulang proses ini untuk bahagian kepak lagi sebelah.\n\n\nTip Tambahan\nNak elakkan hempedu pecah, tarik dari bahagian paling dalam. Pastikan jari telunjuk masuk ke dalam sekali. Ibu jari kepit dari atas dan tarik.\nInsyaAllah hempedu tadi takkan pecah. Belajar potong jangan sampai terpotong jari pula ye~\nSemoga perkongsian ini mendapat manfaat semua dan selamat belajar!\u00a0\nBaca juga: Kenali 17 Jenis Ikan Yang Selalu Kita Jumpa Di Pasar, Baru Nampak \u2018Pro\u2019!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-potong-bawang-yang-mudah-dan-cepat/", "title": "Cara Potong Bawang Yang Mudah Dan Cepat!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nHampir setiap masakan perlukan bawang, jadi secara tidak langsung perkara asas dalam memasak adalah memotong bawang. Nak potong bawang juga perlukan teknik yang betul, jika tidak mungkin bawang anda tidak akan kelihatan cantik. Jadi, dekat sini kami nak kongsi sedikit tips dan cara potong bawang dengan mudah dan cepat.\nPotongan bawang ada banyak jenis dan setiap potongan harus dipotong dengan teknik atau cara yang betul. Yang penting, guna pisau yang tajam ya!\nBAHAN-BAHAN\nPisau\nPapan Pemotong\nBawang\n\nCARA-CARATEKNIK 1\n\nPotong bawang dari tengah kepada 2 bahagian\nTerlangkupkan bawang tersebut dah hiris bawang secara lurus potong sehingga hampir ke akar\nSelepas itu potong secara melintang\n\nTEKNIK 2\n\nPotong bawang dari tengah kepada dua bahagian\nHiris bahagian yang telah dipotong secara lurus\n\nTEKNIK 3\n\nTidak perlu potong kepada dua bahagian\nHiris secara lurus dari kanan atau kanan mengikut keselesaan anda\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-potong-tembikai-jamu-tetamu/", "title": "Pemuda Ini Ajar Cara Potong Tembikai Jamu Tetamu, Lebih Bersih & Mudah", "body": "\n\nKalau kita buat nak jamu tetamu datang rumah, buah-buahan sudah menjadi kemestian untuk dijamu lagi-lagi tembikai.\nBiasanya kalau kita beli buah, mestilah kita potong sendiri kat rumah kan. Kalau kita memang ada ilmu untuk potong buah tak jadi masalah lah, cuma kalau kita tak cukup skill, buah boleh jadi tak rupa buah dah.\nBagi korang yang baru berjinak nak belajar potong tembikai tu, boleh tengok perkongsian brader ini.\nTutorial potong tembikai yang lebih bersih dan mudah untuk tetamu.\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @bobbyreview95\nEasy way to cut watermelon #fyp #fyp\u30b7 #bobbyreview #tiktokmalaysia\n \u266c A heartwarming background music inspired by food \u2013 MATSU \n\n \nRata-rata ramai warganet menyukai perkongsian lelaki tersebut kerana slicenya yang tebal.\nNamun, ada juga yang berseloroh katanya mak-mak akan mengamuk jika potong sebegini.\nKomen warganet:\n\n\n\n\nBaca juga: Cara Potong Bawang Yang Mudah Dan Cepat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-rebus-ayam-kampung/", "title": "Cara Rebus Ayam Kampung Supaya Cepat Lembut, Baru Jimat Gas!", "body": "\nTak ramai yang tahu cara rebus ayam kampung supaya menjadi cepat empuk. Bukan saja jimat masa dan tenaga, malah boleh menjimatkan gas.\nBuat sesetengah orang, ada yang lebih suka ayam kampung berbanding ayam biasa. Walaupun teksturnya lebih keras, namun ayam kampung memiliki rasa yang jauh lebih sedap.\nDaging\u00a0ayam kampung juga didapati kurang berlemak dan lebih sihat\u00a0berbanding\u00a0ayam\u00a0yang diternak secara komersial.\nBaca juga: 5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam\nCARA REBUS AYAM KAMPUNG\n\nTambahkan Halia\nCara pertama yang boleh dilakukan ialah dengan menambah potongan halia semasa merebus ayam kampung. Selain dapat mengurangkan bau hanyir ayam, halia juga boleh membuatkan daging ayam menjadi lebih lembut.\nPotong Ayam Sebelum Direbus\nSebelum merebus ayam kampung yang ingin dimasak, sebaiknya ayam dipotong-potong terlebih dahulu. Pastikan juga ayam betul-betul tenggelam dalam air semasa mendidih. Jangan lupa masukkan ayam ke dalam air rebusan semasa air mendidih. Ini akan menjadikan ayam lebih empuk.\nTambahkan Garam\nCara seterusnya ialah masukkan garam ke dalam air masak. Garam bukan saja berguna untuk menjadikan rasa daging ayam lebih enak, malah turut membuatkan teksturnya lebih lembut. Garam yang ditambah ke dalam rebusan ayam juga boleh mengurangkan bau hanyir ayam.\nGuna Kaedah 30-30-7\nGunakan kaedah 30 \u2013 30 \u2013 7 untuk merebus ayam iaitu rebus ayam dalam air mendidih selama 30 minit, kemudian tutup api dan tutup periuk selama 30 minit. Selepas itu, rebus ayam selama 7 minit lagi dengan periuk masih tertutup. Kaedah ini akan membantu menghasilkan daging ayam kampung yang lembut dan lembut.\nTambahkan Potongan Buah Nanas\nSemakin tua usia ayam kampung, maka dagingnya juga akan semakin keras. Ia juga memerlukan masa mendidih yang lebih lama untuk ayam. \nJika anda ingin merebus ayam dalam masa yang singkat dan hasilnya lembut, anda boleh masukkan kepingan buah nenas ke dalam ayam yang telah direbus.\n Sama seperti semasa merebus daging merah, kaedah ini juga menjadikan daging ayam lebih lembut.\nSumber: Fimela\nBaca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-rebus-jagung-supaya-tak-kecut-cantik-elok/", "title": "Cara Rebus Jagung Supaya Tak Kecut & Liat Walaupun Dah Sejuk", "body": "\nRupanya ada cara rebus jagung supaya tak kecut dan cantik elok macam kita beli kat pasar malam. Kalau salah cara, jagung akan jadi keras, kecut dan tak sedap.\nJadi macam mana cara betul untuk rebus jagung? Jom baca tips dan cara yang dikongsikan oleh Puan Wan Ros Ina Lina di bawah.\nBaca juga: Cara Buat Puding Jagung Yang Lembut Elok, Letak Agar-Agar Elak Tekstur Jadi Kasar\nCara Rebus Jagung Macam Beli Kat Pasar Malam\nSebelum ni masak asyik tak jadi je jagung ni. Selalunya dah siap rebus dia jadi keras, kecut dan tak sedap. Tak macam yang kita beli kat pasar malam kan?\nSekarang kakak dah pandai dah rebus jagung. Happy sangat sebab menjadi dah sebijik macam yang beli kat pasar malam.\nTengok lah isinya tu cantik kan? Sedap pun sedap. Gebu gebas isi dia.\nBaca juga: Resipi Kepak Ayam Madu Ala Pasar Malam, Guna Bahan Mudah Je\n\nCara-caranya:\n1. Basuh jagung sehingga bersih. Jangan potong jagung, biarkan sebiji macam tu. Buang kulit tapi jangan buang semua, tinggalkan satu atau dua lapis sahaja kulitnya.\n2. Rebus air dalam periuk yang besar (agak-agak muat letak jagung).\n3. Bila air dah mendidih, baru masukkan jagung satu persatu.\n\n4. Masukkan sedikit gula. Jangan rebus lama, lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit sahaja.\n5. Bila dah masak baru masukkan garam. Ikut cara ni jagung tak akan kecut sampai esok.\nKredit: Wan Ros Ina Lina\nBaca juga: Resipi Nasi Jagung Special & Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-rebus-kerang-tanpa-air/", "title": "Tak Perlu Guna Air, Ikut Cara Rebus Kerang Ini Supaya Isi Lembut & Tak Berair", "body": "\nBiasa kita rebus kerang menggunakan air kan? Rupanya ada cara rebus kerang tanpa guna air setitik pun.\nJika kerang direbus menggunakan teknik ini, isinya akan jadi lebih sedap. Isi kerang juga tidak jadi berair dan tidak liat sama sekali.\nKalau nak tahu bagaimana caranya, jom ikuti perkongsian oleh Syah Musafir di bawah.\nBaca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut\nCara Rebus Kerang Tanpa Guna Air\nUntuk merebus kerang, ikut tips isteri saya Rahimah AR Zawjah, tak perlu guna air pun. Pelik kan, rebus tak guna air?\nTak guna air sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan. \nSaya kongsi caranya di setiap gambar ya. Saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. \nCara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut, tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah! Alhamdulillah.\nCara-caranya:\n1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik, tak perlu letak air. Guna api kecil.\n\n2. Apabila air kuali kering, masukkan kerang.\n\n3. Jangan risau bila nampak berasap macam ni, ianya kerana tiada penggunakan air.\n\n4. Beberapa ketika kemudian, air dari kerang mulai keluar dan mendidih.\n\n5. Air akan makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.\n\n6. Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ya. Setelah lebih kurang 10 minit. kerang sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit petua dan gambar: Syahr Musafir\nBaca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-rebus-laksa-kering/", "title": "Cara Lembutkan Laksa Dengan Cepat, Rebus 10 Minit Je Tak Perlu Lama", "body": "\nTercari-cari cara rebus laksa supaya ia cepat lembut? Maklumlah, nak rebus laksa kering memang memakan masa yang agak lama.\nRupa-rupanya ada petua merebus laksa untuk melembutkannya dengan cepat dalam masa 10 minit saja. Tak ramai tahu tips ini selain dari orang Utara!\nKalau nak tahu apa petuanya, jom baca perkongsian yang telah dikongsi oleh Suzana Saad yang merupakan seorang tauke laksa.\nBaca juga: Resipi Laksa Lemak Siam, Menu \u2018Rare\u2019 Untuk Rumah Terbuka\nCARA REBUS LAKSA SUPAYA CEPAT LEMBUT\nDulu saya kalau nak buat laksa, malas bab nak rebus laksa sbb kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari toUKE laksa, bila-bila terasa nk makan laksa, terus pergi cari ikan.\nCara penyediaan:\nRendam laksa kering selama semalaman atau selama 2 jam pun ok dah.\n\nDengan menggunakan air rendaman laksa tadi, rebus sehingga mendidih dalam tempoh masa 10 minit.\n\nTutup api dan tutup periuk menggunakan penutup periuk.\n\n\u00a0Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan dibasuh. Biarkan dalam penapis macam tu saja. Kemudian dah boleh dimakan.\n\nKredit petua dan gambar: Suzana Saad\nBaca juga: Cara Buat Laksa Kedah Padu, Sedap & Likat. Memang Kaw Punyalah!\nBaca juga: Resipi \u2018Laksa Express\u2019 Guna Sardin Tin, Sekejap Je Dah Siap Masak\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-rebus-pucuk-ubi-elak-badan-berangin/", "title": "Cara Rebus Pucuk Ubi Sebelum Dimakan, Elak Badan Berangin & Sakit Kepala", "body": "\nCara rebus pucuk ubi pun ada tekniknya yang tersendiri kerana sayur ini mempunyai \u2018bisa\u2019 yang boleh menyebabkan seseorang mudah diserang sakit kepala atau mudah diserang angin sampai berasa sebu.\nSebenarnya ada petua yang perlu dilakukan semasa merebus pucuk ubi untuk mengelakkan tidak sedap badan, badan berangin, berat kepala dan pelbagai lagi kesan daripada makan pucuk ubi.\nJom praktikkan petua yang telah dikongsi oleh Puan Saleha Maarof. Menurutnya, petua ini telah diamalkan oleh ibunya setiap kali merebus pucuk ubi. Ibunya yang dulu alahan dengan pucuk ubi, kini boleh makan tanpa kesan sampingan.\nCara Rebus Pucuk Ubi Untuk Elak Badan Berangin & Sakit Kepala\nNak tahu bagaimana caranya? Jom baca perkongsiannya di bawah.\n1. Masukkan sedikit beras semasa nak rebus pucuk ubi itu.\n\n2. Rebus sampai empuk lembut.\u00a0Nak rebus sekali dengan batang pun boleh, tak nak pun tak apa ikut selera masing-masing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama.\nTips ni pun boleh buat untuk nak masak apa-apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu, boleh cuba petua yang sama.\nJadi sesiapa yang hadapi masalah yang sama tu boleh cuba petua ini, dah tak ada masalah untuk kita nak menikmati sayur kampung ini untuk dibuat ulam kan.\nKredit: Mamaa Sal\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-rebus-telur-agar-tak-pecah-atau-melekat/", "title": "Cara Rebus Telur Agar Tak Pecah Atau Melekat", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-09-17 04:33:23\n\n\nIa antara jenis makanan yang paling basic bagi kita. Tak kira lah umur berapa, kalau cakap pasal breakfast di restoran atau di rumah, kita mesti terfikir pasal telur separuh masak. Tapi kalau nak rebus sendiri, mesti susah kan? Ye lah, semua orang boleh rebus telur tapi berapa ramai je yang boleh buat dengan sempurna tanpa kulit telur tu retak, pecah atau melekat?\u00a0\nKenapa Telur Rebus Mudah Retak?\nPicture Credit: myrecipes.com\nSebelum kita tengok langkah-langkah nak rebus telur so dia tak retak, kita kena faham kenapa dia retak. Apabila, telur yang sejuk dimasukkan ke dalam air yang sangat panas, kulitnya berpotensi untuk retak atau mungkin juga pecah. Memang korang kena banyak bersabar bila rebus telur, so ikutilah langkah-langkah berikut.\n1. Pastikan Telur Berada Dalam \"Room Temperature\"\nPicture\u00a0Credit: tastingtable.com\nKeluarkan dulu telur dari peti ais kalau situ tempat korang simpannya. Gas dalam telur akan meningkat bila terkena haba. Perkara ini yang menyebabkan keretakkan kulit. Sebelum korang start rebus, keluarkan dulu telur itu dan letakkan atas meja. Kurangkan sejuknya.\n2. Cucuk Telur\nPhoto Credit: eggs.ca\nCucuk bukan maksud inject hormon ke apa ye. Cucuk dengan sebab nak keluarkan sikit gas dalam telur tu. So kalau korang ada safety pin ke apa-apa pun benda tajam yang boleh digunakan, boleh cucuk dulu sebelum start rebus. Ini akan kurangkan kemungkinan telur korang retak.\n3. Jaga Susunan Telur\nPhoto Credit: tasteofhome.com\nSusunan telur dalam periuk penting untuk pastikan semua telur ada ruangan yang cukup. Tidak digalakkan untuk letak banyak-banyak telur sekali dalam bentuk layer sebab ini akan memberi tekanan berat pada telur di bawah.\u00a0\n4. Isi Periuk Dengan Air Sejuk\nPhoto Credit: simplyscratch.com\nAdmin tau, korang nak masak telur tu dengan cepat, tapi untuk kualiti telur rebus yang bagus, korang kena isi periuk dengan air sejuk dulu. Kalau isi direct dengan air panas, nanti retak juga. Also, bila dah letak semua telur dalam periuk, isilah airnya dari tepi. Jangan direct ke atas telur. Nanti ia akan memberi tekanan pada isi dalamnya.\n5. Masukkan Garam\nPhoto Credit: today.tamu.edu\nGaram sangat membantu dalam proses merebus telur. Selain membantu menutup sebarang keretakan, ia juga boleh membantu menanggalkan kulit telur dengan cepat tanpa melekat. Sebelum start merebus, masukkan setengah sudu garam ke dalam periuk.\n6. Sebaik Air Menggelegak, Tutup Api\nPhoto Credit: tastingtable.com\nTutup api tapi jangan keluarkan telur terus. Keluarkan telur itu mengikut apa yang korang nak. Kalau soft boiled, lepas 3 minit dah boleh keluarkan dari periuk. Untuk medium-boiled, keluarkan dalam masa 5-7 minit dan untuk hard-boiled pula, keluarkan selepas 9-12 minit.\u00a0\nAdmin harap tips ni membantu korang untuk dapat telur rebus yang perfect untuk mulakan hari korang. And kalau tak perfect pun, still dapat telur rebus, cuma mungkin tak indah dilihat. Apa-apa pun, selamat memasak!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-senang-masak-pulut-tanpa-sukat-air/", "title": "Cara Senang Masak Pulut Tanpa Sukat Air, Pulut Takkan Lembik & Mentah Lagi", "body": "\nMasih gagal setiap kali masak pulut? Jom ikut cara mudah untuk masak pulut di bawah ini. Tak perlu sukat air pun, tapi pulut tidak akan jadi lembik atau mentah. Cara senang masak pulut ini merupakan hasil perkongsian oleh Jang Muhamad. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan\nCara Senang Masak Pulut Tanpa Sukat Air\n1. Cuci beras pulut, letak air. Lebih banyak dari aras beras. Tak perlu ukur dengan jari dah.\n\n2. Letak atas dapur, biar mendidih dalam 2 hingga 3 minit.\n\n3. Buang air lebihan.\n\n4. Tanak semula dalam rice cooker. Waktu ini boleh letak garam dan gula secukupnya.\n\n5. Siap! Tak tunggu lama.\n\nPulut sedap dimakan bersama sambal atau cicah kelapa muda. Selamat mencuba!\nKredit: Jang Muhamad\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-servis-selamatkan-dapur-gas-api-menyala-kecil/", "title": "Api Dapur Gas Menyala Kecil? Ini Cara Servis & Selamatkan Dapur Gas Kesayangan", "body": "\nKebanyakan rumah masih lagi menggunakan dapur gas sehingga sekarang. Tapi selepas bertahun-tahun guna, api dapur gas akan mulai mengecil.\nBila dapur mulai berlaku begini, solusinya hanya dengan membeli dapur yang baru. Sebenarnya masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya servis dapur anda sendiri di rumah.\nTapi amai tak tahu cara servis dapur sendiri kan? Rupanya tak susah mana pun. Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Abdul Ghopar Zakaria Ansari di bawah. Jom selamatkan dapur kesayangan anda!\nCara Servis Dapur Gas\nSebelum di servis apinya biru tetapi perlahan.\n\nSelepas diservis apinya ya ampun. Membara kebiruan.\n\nAlatan yang diperlukan.\n\nPlayar\nPemutar skru bunga dan philips\nKlip kertas.\nSpray anti karat WD40\nKertas surat khabar lama\n\n\nTanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.\n\nSelesai tanggalkan tungku dari injap gas. Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.\nDalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.\nBagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini.Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.\n\nInjap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.\n\nAmbil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas. Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.\n\nKesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.\nBersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.\n\nIni contoh retakan pada bahagian fire starter.Pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau external fire starter untuk hidupkan dapur gas.\nUsah khuatir, ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.\n\nSelepas diservis apinya membara kebiruan.\n\nJika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.\nSemoga bermanfaat!\nKredit: Abdul Ghopar Zakaria Ansari\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-short-cut-buat-kek-coklat-moist-gebu/", "title": "Peniaga Kongsi Cara \u2018Short Cut\u2019 Buat Kek Coklat Moist Gebu, Beratus Ribu Bekas Dah Terjual!", "body": "\nKek coklat moist gebu ni bukan setakat mak-mak, anak pun suka makan.\u00a0Kalau sebelum ni asyik beli je, apa kata kali ini jom cuba buat sendiri di rumah.\nIkut saja resipi yang dikongsi oleh Azlina Ina di bawah. Beliau merupakan seorang usahawan yang cukup dikenali ramai kerana menjual kek-kek yang sedap dan viral.\nBeliau juga tak lokek ilmu turut berkongsikan pelbagai resipi kek yang dijual di kedainya termasuklah resipi kek coklat moist ini.\nJadi sesiapa yang tak pandai buat kek coklat, wajib cuba resipi di bawah yang gerenti jadi. Katanya dah beratus ribu bekas terjual!\nResipi Kek Coklat Moist Gebu\n\u201cSesiapa yang tak pandai buat kek coklat moist selama ini dan tak pernah gebu, boleh cuba resipi ini.\nSudah beratus bekas terjual\n dan buat. Bestnya semua kek ini jadi gebu walaupun dengan menggunakan step \u2018short cut\u2019. Rasanya tetap mantap dan sedap.\u201d\nBahan-bahan:\n\n5 biji telur\n1 cawan gula halus\n3 sudu bekas emolco coklat\n1 cawan serbuk koko\n2 cawan tepung gandum \u2013 2 kali ayak dengan 1/2 sudu besar serbuk penaik\n1 sudu besar ovalate\n\nCara membuat:\n1. Campurkan semua bahan dan adun sehingga kembang gebu.\n\n\n2. Kemudian masukkan 1/2 cawan susu full krim.\n\n3. Adun sehingga naik dua kali ganda dan adunan menjadi gebu likat.\n4. Perlahankan mixer, masukkan 1 cawan minyak.\n\n5. Adun sekali lagi sehingga sebati dan siap.\n\n6. Masukkan dalam bekas dan balut dengan wrapping.\n\n7. Kukus selama 20 minit.\n\n8. Siap untuk dicurahkan coklat ganache.\u00a0Selamat mencuba!\n\nKredit: Azlina Ina Fans\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-siang-sotong-kembang/", "title": "Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya", "body": "\nJom ikut cara betul siang sotong kembang supaya isinya tak liat dan lembut bila nak masak. Buat penggemar sotong kembang ini, memang wajib beli di pasar basah.\nLagi-lagi buat lauk sambal tumis yang cukup rasa pedas, manis dan sedikit masam.\nBaca juga: Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!\nMenerusi perkongsian tips dari Cik Puan Siti Adawiah di laman Facebook, beliau telah memberitahu cara-cara yang betul untuk siang sotong kembang agar tak berbau hanyir dan liat.\n\nCARA SIANG SOTONG KEMBANG\n\n1. Pilih sotong yang agak segar, cuci bersih.\n2. Siapkan bahan untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong. Antaranya 4 batang serai, 2 inci halia, 1 labu bawang besar, 1 inci lengkuas, 5 ulas bawang putih. Kesemua bahan tadi dipotong-potong. Letak sedikit garam.\n3. Didihkan air hingga naik bau dah boleh masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak. Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.\n4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang di bahagian atas si sotong.\n5. Kemudian tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.\n6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.\n7. Seterusnya potong mengikut saiz yg anda suka. Kemudian cuci bersih. Toskan.\n\nBUAT SOTONG KEMBANG HOMEMADE\n\nNak buat sotong kembang tak susah sebenarnya, kita hanya memerlukan beberapa jenis peralatan:\n\nBaldi atau besen (kalau boleh stainlessteel lebih baik ) kalau takde plastik pun ok, guna dulu apa yang ada.\nPenimbang (Guna masa nak timbang berat dah siap nanti).\nSudu dan senduk\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nSotong kering yang bersaiz besar\nAir abu @ abu jang (boleh didapati di kedai runcit)\nAir bersih\n\nCara-Caranya:\u00a0\n1. Cara nak menyediakan sotong kembang bermula dengan membasuh dahulu sotong kering dengan air yang bersih, yang terbaik di basuh 3 kali.\n2. Kemudian kita sediakan air untuk merendam sotong tersebut dengan nisbah 1 air abu dan 10 air bersih (1:10). Jika menggunakan abu jang, sukatannya 1-2 ketul abu jang dengan air 10 liter.\n3. Seterusnya kita rendam sahaja sotong kering tadi kedalam air abu yang telah kita sediakan tadi. Masa yang diperlukan untuk merendam sotong adalah antara 5 hingga 6 jam.\n4. Selepas 6 jam sotong tersebut dikeluarkan, dan direndam pula kedalam air panas selama 1 jam untuk hasil yang terbaik.\n\nNah! Dah siap sotong kembang kita. Mudahkan je kan? Terima kasih kepada Cik Puan Siti Adawiah kerana sudi berkongsi tips dan cara menyiang dan membuat sotong kembang ini.\u00a0\nSemoga bermanfaat untuk semua!\nBaca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-siang-udang-galah/", "title": "Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran", "body": "\nAda orang ingat cara siang udang galah memadai sekadar di buang \u2018janggut\u2019 udang atau dibelah bahagian belakang udang. Bagi yang tak biasa, memang agak susah juga sebenarnya nak siang udang galah ni sebab ia mempunyai penyepit yang keras dan panjang.\nTapi sebenarnya masih belum selesai proses membersihkan udang galah, kalau tak membuang bahagian yang mengandungi kantung najis udang galah tersebut.\nBaca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya\nUdang tersebut perlulah disiang dan dibersihkan dengan betul terutama bila masak udang galah yang bersaiz besar. Jangan ambil sambil lewa untuk mengetahui lanjut cara bagaimana untuk membuangkan kantung najis tersebut.\nJom ikuti perkongsian daripada Cik Puan Mama Rizza ini. Semoga ia bermanfaat dan dapatlah kita bersihkan udang dengan cara yang betul.\n\nCARA SIANG UDANG GALAH\n\n1. Mulakan dengan memotong bahagian mata. Potong bahagian macam tanduk atas kepala dekat dengan mata tadi.\n2. Potong benda-benda panjang, macam janggut, sepit, tangan dll tu. Untuk memudahkan kerja.\n\n3. Potong bahagian macam pipi udang galah. Ada kiri dan kanan.\n4. Istimewanya udang galah ni, sebab ada gigi. Kena buang gigi. Ada kiri dan ada gigi kanan. Buang kedua-duanya.\n5. Atas bahagian gigi ada kantung najis. Kan najis udang ada di bahagian kepala. Keluarkan kantung ni. Warna hitam. Bahagian kepala siap.\n6. Bahagian ekor macam ada 3 bahagian, potong ekor yang tajam di tengah.\n7. Tarik tali najis dari situ. Tali najis ini bersambung hingga ke kepala udang. Tarik sampai habis.\n8. Bilas dan alirkan air. Sebab dah buang kantung najis di kepala dan tali najis melalui ekor, maka bersihlah udang galah kita.\nSiap!\n\n\nSemoga bermanfaat!\u00a0\nBaca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-siang-udang-lipan-baru-puas-makan-dapat-isi-seketul-seketul/", "title": "Cara Siang Udang Lipan, Baru Puas Makan Dapat Isi Seketul-seketul", "body": "\nBuat penggemar udang lipan atau juga dikenali dengan nama udang ketak tentu teruja untuk mengetahui cara untuk mendapatkan isi udang yang sempurna untuk dimakan.\nKebiasanya udang lipan ini, min akan buat lauk masak lemak cili api.\nTapi bila digoreng, memang kita akan berdepan dengan masalah isinya yang melekat dikulit.\nJadi, isi udang itu mesti dapat makan sikit saja. Kadang macam rugi pun sebab keenakan rasa udang lipan ini terletak pada isinya yang manis.\nTapi jangan risau, perkongsian dari pengguna media sosial ini ada cara nak dapatkan isi udang seketul-seketul tu.\nJom kita scroll.\nCara Siang Udang Lipan\n\n\nLangkah 1: Gunting bahagian sisi kiri dan kanan udang lipan seperti di dalam gambar. Ini bertujuan untuk memudahkan isi dikeluarkan untuk proses seterusnya nanti.\n\n\nLangkah 2: Bersihkan udang seperti ini.\n\n\nLangkah 3: Rendam di dalam ketulan ais selama 2 jam.\n\n\nLangkah 4: Kopek kulit udang lipan dan asingkan.\n\n\nLangkah 5: Macam inilah rupa isi udang yang telah dikopek kulitnya. Memang puas makan dapat isi seketul-seketul macam ini.\n\n\nSemoga bermanfaat!\n\nSumber: Fauziah Gee Mard\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-siat-jaket-ikan-cencaru-dengan-mudah/", "title": "Cara Siat \u2018Jaket\u2019 Ikan Cencaru Dengan Mudah, Isi Pun Tak Tercarik!", "body": "\nAda cara mudah untuk siat \u2018jaket\u2019 ikan cencaru yang ramai tak tahu dengan hanya menggunakan tuala, tisu atau kertas.\nKalau ikut cara ini, isi ikan takkan tercarik. Jari pun tak terluka, maklumlah kulit ikan ni keras dan tajam.\nJom cuba teknik yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismail.\u00a0Dirfahamkan cara ini diperolehi daripada tauke ikan sendiri.\nBaca juga: Petua Goreng Ikan Cencaru Sumbat Supaya Isi Tak Keluar, Minyak Pun Tak Kotor!\nCara Siat Jaket Ikan Cencaru\n\nMasalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi.\n\nIkan ni tak selalu dibeli kerana anak2 tak berminat nak makan. Dek kerana mereka semua pernah duduk di asrama, makanya ikan ini dilarang untuk dimasak semasa mereka pulang bercuti. (Cencaru antara menu wajib kat asrama masing2)\nHari ini saya cuba buka jaketnya. Ada yang berjaya dan ada yang carik isinya.\nCara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket tenggiri. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Lama tapi tak pernah cuba.\n1. Buang sirip tepi ikan.\n\n2. Cungkil kulit tepi sirip.\n\n3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.\n\n4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.\n\n5. Rentap atau tarik kulit sampai ke dalam bahagian ekornya.\n\n6. Hasilnya.\n\nSemoga bermanfaat!\nKredit: Mazlina Hajl Ismail\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-simpan-biskut-raya-agar-sentiasa-sedap-tidak-lemau-tahan-lama/", "title": "Cara Simpan Biskut Raya Agar Sentiasa Sedap, Tidak Lemau & Tahan Lama", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-06-11 08:32:26\n\n\nSelalu time\u00a0raya kita akan beli atau dapat biskut-biskut raya dalam kuantiti yang banyak. Yelah, raya kan sebulan? Tapi kadang-kadang tu, tak sampai sebulan dah lemau dan tak ranggup! Frust betul! Nak buang dan beli baru rasa macam rugi.\nJadi apa solusinya? Ha, korang kena pandai simpan agar kuih tu tahan lama! Korang boleh ikut petua kat bawah ni!\u00a0\nPetua Elak Biskut Raya Menjadi Lemau\nSimpan Dalam Bekas Kedap Udara\nFoto kredit: Carousell\n\u00a0\nPastikan bekas tersebut kedap udara dan ditutup dengan betul! Kalau bekas tu bukan bekas kedap udara, korang tak buka bekas tu pun boleh lemau tau kuih-kuih tu semua.\n\u00a0\nBalang Mesti Betul-Betul Kering\n\n\u00a0\nSebelum korang letak biskut-biskut dalam balang, pastikan bekas tersebut betul-betul kering. Biskut akan lebih cepat rosak jika ada kelembapan dalam bekasnya.\nAsingkan Setiap Jenis Biskut! Jangan Campur Aduk!\n\n\u00a0\nSetiap jenis biskut diadun dengan bahan yang berbeza.Jadi, korang tak boleh campurkan semua biskut dalam satu bekas! Asingkan setiap kuih raya dalam bekas yang berbeza. Jika dicampur, biskut akan lebih\u00a0cepat lemau.\nSimpan dalam freezer!\n\u00a0\u00a0\u00a0\nMungkin korang tidak tahu pasal teknik ini tapi kalau simpan biskut-biskut raya dalam freezer, ia akan tahan untuk masa yang sangat lama.\nCara Selamatkan Biskut Raya Yang Lemau\n\nFoto kredit: VanillaKismis.com\nBila hari raya, memang kita sukar untuk mengawal tetamu yang hadir kan? Jadi, walau macam mana kita jaga pun, bekas dah lap, guna bekas kedap udara tapi kadang-kadang lemau juga. Jangan risau, korang masih boleh selamatkan kuih raya korang tu!\u00a0\nHanya perlu\u00a0bakar semula biskut yang lemau tadi dengann suhu 180C selama lima minit. Biskut korang yang lemau itu akan kembali rangup dan sedap!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-simpan-daun-bawang-frozen/", "title": "Tips Simpan Daun Bawang Frozen Supaya Berderai & Tak Berketul Macam Ais", "body": "\nNak tahu cara simpan daun bawang yang betul? Biasa bila tak habis guna, kita simpan saja dalam peti ais. Lama-kelamaan daun akan layu dan membusuk.\nOleh itu, ramai yang bekukan sayur hijau ini supaya tidak cepat rosak dan tahan lama. Tapi bila nak guna, daun bawang jadi keras dan berketul macam ais.\nMaka, apa caranya yang betul supaya daun bawang tetap berderai walaupun disejuk bekukan?\u00a0Seorang pengguna Tiktok ada berkongsikan tips simpan daun bawang yang betul. Jom sama-sama baca.\nBaca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu\nCara Simpan Daun Bawang Frozen\n1. Bersihkan daun bawang. Kemudian potong mengikut saiz kesukaan yang disukai.\n2. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Biasanya kita terus simpan dalam peti sejuk kan? Ada satu lagi langkah yang perlu dibuat.\n3. Tuangkan sedikit minyak masak ke dalam bekas yang mengandungi daun bawang tadi. Gaul atau goncangkan bekas supaya minyak tersalut rata pada daun bawang.\n\n4. Kemudian baru boleh disejuk bekukan di dalam peti ais bahagian beku.\n5. Bila nak tabur atas masakan, daun bawang tidak keras dan berderai elok.\n\nLihat video penuh:\n\n\n @nj_share\nTips daun bawang frozen berderai #tipsandtricks #kitchenhacks #kerjadapurjadimudah #kerjadapur #njshareresepi \n \u266c original sound \u2013 nj anje \u2013 nj anje \n\n \nSumber: TikTok nj_share\nBaca juga: Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-simpan-daun-kesum-lebih-2-minggu-masih-segar/", "title": "Cara Simpan Daun Kesum Guna Bekas Plastik, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Bugar!", "body": "\nDaun kesum selalunya kita beli dalam jumlah yang banyak walaupun guna sedikit saja dalam masakan.\nSelebihnya kita simpan dalam peti sejuk. Tapi kalau tak simpan dengan cara yang betul, daun kesum akan jadi kering dan akhirnya layu dalam beberapa hari.\nSeorang pengguna Facebook, Effa Latifah Hashim ada berkongsikan kaedah menyimpan daun kesum supaya kekal segar sehingga 2 minggu.\nBaca juga: Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun\nTips Simpan Daun Kesum\nKalau buat macam ni tahan lama. Ni dah masuk 2 minggu lebih, masih segar bugar.\n\nCaranya:\n1. Sediakan bekas berpenutup, boleh guna bekas plastik minuman begini.\n2. Letak air yang ditapis dalam separuh bekas, kemudian masukkan daun kesum bersama tangkainya.\n\n3. Tutup penutup minuman dan simpan dalam peti sejuk bahagian rak biasa. Bila nak guna baru buka dan ambil.\nNota: Tukar air bila nampak keruh.\nSumber: Effa Latifah Hashim\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-simpan-daun-salam/", "title": "Cara Betul Simpan Daun Salam, Tak Cepat Lebam & Busuk", "body": "\nSiapa sangka sebenarnya banyak khasiat di sebalik daun salam atau daun bay ini. Daun ini terbukti mampu memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan.\nDaun bay dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi, kolesterol, merawat cirit-birit, mengatasi ulser, diabetes dan membantu menurunkan berat badan.\nBaca juga: Ini Cara Simpan Bunga Kantan Supaya Tahan Lama, 3 Bulan Pun Masih \u2018Fresh\u2019!\n\nSelain itu, daun ini berfungsi sebagai penyedap dalam masakan kerana aromanya yang wangi. Ia akan membuat rasa masakan anda lebih sedap.\nBiasanya daun bay hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit ketika memasak, bakinya akan disimpan di dalam peti ais.\nNamun begitu, jika tidak disimpan dengan betul. ia akan bertukar menjadi lebam dan busuk.\nJadi, mari MyResipi kongsikan cara menyimpan daun salam supaya tahan lama dan masih segar ketika digunakan.\n\nCARA SIMPAN DAUN SALAM SUPAYA KEKAL SEGAR\nCara-caranya:\n1. Letakkan 2-3 helai daun salam dalam plastik kecil bersama air.\n\n2. Apabila mahu digunakan, cairkan air yang membeku terlebih dahulu. Hasilnya, daun masih \u2018fresh\u2019 macam baru dibeli.\n\n3. Apa-apa jenis daun boleh digunakan dengan cara ini. Contohnya daun limau purut, daun kunyit, bunga kantan dan lain-lain.\n\nSumber: Nana Sabrina Sarsan via Masak Apa Hari Ini (MAHN)\nBaca juga: Tips & Cara Simpan Limau Kasturi. Baru Tahan Lama, Mudah Guna & Tak Membazir\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-simpan-ikan-supaya-tahan-lama/", "title": "CARA SIMPAN IKAN SUPAYA TAHAN LAMA", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-04-19 08:08:04\n\n\n\nBuat anda yang berkerjaya,\u00a0pastinya masa\u00a0agak terhad dan\u00a0susah untuk anda\u00a0ke pasar\u00a0membeli barang basah secara harian. Hujung minggulah masa paling sesuai untuk anda\u00a0ke pasar. Dan pastinya anda akan beli barang basah dengan kuantiti yang\u00a0banyak. Kadang risau pula jika barang basah tidak tahan lama dan kurang segar. Jadi, kami akan kongsikan cara supaya barang basah seperti ikan, udang dan\u00a0ayam tetap kekal segar setelah seminggu.\nKEKALKAN KESEGARAN\u00a0IKAN\n\n1. Jangan terus simpan ikan di dalam peti sejuk tanpa mencuci dan\u00a0buang kotoran ikan. Ini akan memudahkan kerja\u00a0jika anda terus mencuci ikan sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.\u00a0\n2.\u00a0Cuci ikan dan buangkan segala kotoran & isi perut ikan.\n3. Buang air yang ada setelah anda basuh\u00a0ikan.\n4. Masukkan ikan ke dalam beg plastik, ikat ketat dan simpan dalam peti sejuk.\n5. Anda juga boleh letakkan ikan di dalam bekas kedap udara seperti Tupperware untuk kekalkan kesegaran ikan.\u00a0\n6. Anda juga boleh balut ikan anda dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk.\n7. Ikan anda akan kekal segar dalam masa beberapa hari.\n*Boleh juga balut ikan dengan surat khabar lama dan simpan dalam peti sejuk.\n*Cara ini juga boleh digunakan untuk sotong dan\u00a0udang.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-simpan-lauk-lebihan/", "title": "Cara Betul Simpan Lebihan Lauk Bersantan, Baru Tahan Lama & Tak Basi", "body": "\nRupanya ada cara simpan lauk lebihan yang bersantan supaya tidak rosak dan tahan lama.\nJika salah cara simpan, ianya akan menjadi cepat basi dan akhirnya terpaksa dibuang begitu saja.\nJika anda ikuti cara yang MyResipi kongsikan di bawah, lauk tersebut boleh dipanas dan dimakan semula.\nBaca juga: Cara Simpan Telur Dalam Peti Ais Supaya Tahan Lama, Jangan Letak Pada \u2018Bahagian\u2019 Ini\nCARA SIMPAN LAUK LEBIHAN YANG BERSANTAN\n1. Guna kelapa parut atau santan yang segar dan baru\nPastikan anda menggunakan santan segar yang baru dibeli di kedai. Kelapa parut pula, pastikan kelapa baru diparut dan diperah menggunakan air suam.\nJika menggunakan santan kotak, pastikan kuantiti santan mengikut kesesuaian atau keperluan dalam masakan.\nSemasa dalam proses penyediaannya pula, pastikan makanan yang dimasak itu benar-benar masak supaya ia tahan lama bila disimpan.\n2. Simpan dengan cara yang betul\nJika ada lebihan masakan yang bersantan, sebelum simpan, panaskan ia tanpa guna penutup.\u00a0Sejukkan terlebih dahulu sehingga wap panasnya hilang, kemudian baru masukkan dalam bekas tertutup sebelum disimpan dalam peti tejuk.\n3. Simpan di bahagian frozen\nSekirannya mahu menyimpan makanan tersebut untuk tempoh yang lama, sebaiknya frozenkan saja kerana ia merupakan kaedah penyimpanan yang terbaik dan tahan lama.\nCara ini sesuai untuk lauk pauk seperti rendang, kari atau gulai yang mengandungi santan.\nJika hendak digunakan, keluarkan makanan dari peti dan biarkan ia pada suhu bilik sebelum dipanaskan.\nCara tersebut boleh memastikan makanan bersantan dapat bertahan dalam tempoh yang lama.\nKredit: Rasa\nBaca juga: Cara Simpan Daun Kesum Guna Bekas Plastik, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Bugar!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-simpan-lengkuas-halia-kunyit-supaya-kekal-segar/", "title": "Cara Simpan Lengkuas, Halia & Kunyit Supaya Tak Kecut, Kering & Kekal Segar", "body": "\nPasti ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana cara simpan lengkuas, halia dan kunyit supaya kekal segar dan tahan lama.\nMaklumlah bahan-bahan ini jika disimpan lama akan cepat kecut dan kering. Akhirnya terbuang begitu sahaja, membazir bukan.\nJadi apa kata jom cuba petua untuk mengekalkan kesegaran lengkuas, halia dan kunyit yang telah dikongsikan oleh Fatin Nursyafawani di bawah.\nCara Simpan Lengkuas, Halia & Kunyit Supaya Kekal Segar\nLangkah 1\nBasuh bersih semua lengkuas, halia dan kunyit.\nLangkah 2\nMasukkan ke dalam bekas bersih. Isikan air sehingga tenggelam bahan-bahan tersebut.\n\nLangkah 3\nTukar air setiap 3 hari atau bila dah nampak mula keluar lendir.\n\nKredit: Fatin Nursyafawani\nBaca juga: Ini Cara Simpan Bunga Kantan Supaya Tahan Lama, 3 Bulan Pun Masih \u2018Fresh\u2019!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-simpan-petai-tahan-berbulan-bulan/", "title": "Cara Simpan Petai Tahan Berbulan-Bulan, Rasa Pun Tak Berubah", "body": "\nRamai tak antara kita yang \u2018hantu petai\u2019 kat sini?\nKalau anda salah seorang peminat petai, anda perlu tahu cara simpan petai paling mudah agar ia kekal segar\u00a0 \u00a0dan tahan lama dalam peti sejuk.\nMaklumlah, petai ni ada musimnya, kalau beli di luar musim memang lebih mahal harganya.\n\n\nJadi kalau teringin nak makan, apa kata ikut cara simpan petai yang dikongsikan oleh Hasifah Che Mat\u00a0ini.\n\n\nBoleh jimat dan masak bila-bila masa je yang kita nak.\nCara Simpan Petai Tahan Berbulan-Bulan, Rasa Pun Tak Berubah\n\n\n\n\nMacam mana nak buat?\n1. Beli petai segar masa masih tengah murah ni kan. Kat Kelantan range harga RM60-80 untuk 100 papan petai.\n\n2. Kupas kulit petai dan buang selaput putih tu. Tinggal petai tu hijau je ye.\n\n3. Peketkan petai dalam plastik ikut kuantiti nak makan. (Tak perlu basuh)\n\n4. Frozen kan petai tu. insyaAllah tahan berbulan-bulan dan petai tahan lama serta rasanya tak kan berubah. Ingat tau, frozen. Bukan letak dalam peti biasa tu. Kat tempat beku ya.\n\n5. Nak guna nanti, korang rendam je petai frozen tu dalam air biasa dan bilas bersih.\n\nNak lagi tahan lama, boleh guna vakum pack. Tapi mama guna plastik ziplock je.\nKredit: Hasifah Che Mat\nBaca juga: Resipi Sambal Tempoyak Udang Petai, Memang \u2018Confirm\u2019 Bertambah Nasi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-simpan-pisang-agar-tidak-cepat-masak/", "title": "Cara Simpan Pisang Agar Tidak Cepat Masak", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-12-05 04:00:19\n\n\nBagi penggemar pisang, korang dah tak perlu risau pasal pisang korang cepat sangat rosak. Ada cara untuk memastikan pisang lebih tahan lama apabila disimpan. Membazir kan kalau beli banyak dan tak sempat makan dah rosak? Sini ada caranya untuk pastikan ia tahan lebih lama.\n1. Elakkan Peti Sejuk\nPhoto Credit: htgetrid.com\nKesejukkannya akan menyebabkan pisang cepat lebam dan busuk. Ramai orang ingatkan apabila meletakkan makanan dalam peti boleh buatkannya tahan lebih lama. Malangnya bukan semua makanan macam tu. Jadi ingatlah, pisang tak seharusnya ada.\n2. Jauhi Sinaran Matahari\nPhoto Credit: freepik.com\nBukannya untuk jauhi cahayanya, tapi lebih kepada kepanasan matahari itu. Ia akan memanaskan pisang. Pisang akan menjadi lembut dan manis apabila masak dan kepanasan matahari akan mencepatkan proses ini menyebabkan pisang lama-lama lembik.\n3. Keluarkan Dari Bungkusannya\nPhoto Credit: thebarenecessities.blogspot.com\nPisang akan mengeluarkan gas etlien ketika proses memasak. Untuk mengelakkan gas itu terperangkap dalam pisang, keluarkannya dari bungkusan. Gas ini menyebabkan pisang cepat busuk.\n4. Asingkan Daripada Buah Lain\nPhoto Credit: brooklynfarmgirl.com\nRamai juga suka meletakkan semua buah dalam satu bakul. Memang menjimatkan ruang tapi menyebabkan semua buah cepat rosak. Jadi asingkanlah pisang korang untuk memastikan ia terlindung daripada gas itu.\n5. Gantungkan Sahaja\nPhoto Credit: flickr.com\nNak senang? Gantungkan je dalam ruangan suhu bilik. Bukan nak kata boleh tahan selama-lamanya tapi lebih lama lah daripada biasa\nMudah kan nak simpan pisang? Bagi korang yang rasa pisang korang cepat sangat rosak, boleh lah cuba. Tak perlu dah cara lain yang kompleks atau memerlukan bahan kimia.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-simpan-telur-yang-betul/", "title": "Cara Simpan Telur Dalam Peti Ais Supaya Tahan Lama, Jangan Letak Pada \u2018Bahagian\u2019 Ini", "body": "\nTidak ramai yang ambil cakna berkenaan cara simpan telur supaya tahan lebih lama dan tidak cepat rosak.\nSimpan di dalam peti sejuk atau di luar peti sejuk? Isu ini masih menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyat malaysia sehingga sekarang.\nUntuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian oleh MyResipi yang bersumberkan Public Health Malaysia \u00a0di bawah.\nBaca juga: Banyak Risiko Makan Telur Rosak, Kenali 7 Tanda Ini Yang Wajib \u2018Alert\u2019\nCARA SIMPAN TELUR YANG BETUL\n1. Simpan di dalam peti ais\n\nUntuk pengetahuan anda, kuning telur mempunyai bakteria yang dikenali dengan nama Salmonella.\u00a0\nJika menyimpan telur di dalam peti ais oada suhu 4\u00b0C, bakteria ini dapat dibunuh. Telur juga akan tahan lama untuk tempoh sehingga 4 hingga 5 minggu.\n2. Jangan letak di pintu peti sejuk\n\nPerkara ini yang paling ramai buat, simpan telur di bahagian pintu peti ais.\nSebenarnya cara ini salah kerana pada suhu pada pintu paling dekat dengan suhu luar. Pintu ais sering dibuka dan ditutup akan menyebabkan suhu berubah-ubah dan tidak stabil, sekaligus memendekkan jangka hayat telur.\n3. Guna bekas asal telur\n\nSelain dari 2 cara di atas, cara yang ketiga ini juga dijamin berkesan untuk memastikan telur supaya tidak cepat rosak. Caranya adalah dengan menggunakan bekas asal telur.\nBekas tersebut bukan sahaja boleh melindungi telur dari pecah, malah boleh mencegah telur dari menyerap bau dan rasa bahan yang yang ada dalam peti ais.\nKita juga masih boleh melihat tarikh luput yang terpapat di bekas tersebut. Cara ini juga akan memastikan telur kuning sentiasa berada di tengah.\nSumber: Public Health Malaysia\nBaca juga: Cara Goreng Telur Mata Kerbau Yang Cantik Elok, Kena Ikut 3 Tips Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-supaya-makanan-bergoreng-kurang-berminyak/", "title": "3 Cara Supaya Makanan Bergoreng Kurang Berminyak, Macam Ini Baru Sihat!", "body": "\nMakanan bergoreng sememangnya sangat sedap kerana teksturnya yang rangup. Tapi sebenarnya ia mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.\nSudah tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama buat mereka yang ada masalah jantung dan tekanan darah tinggi.\nNamun begitu, jika anda sukar \u2018meninggalkan\u2019 masakan bergoreng, ada 3 cara menggoreng untuk mengurangkan minyak sekaligus menurunkan kadar kolestrolnya.\nBaca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!\n3 CARA SUPAYA MAKANAN BERGORENG KURANG BERMINYAK\n1. Guna Minyak Bersih\nElak menggunakan minyak yang sama berulang kali untuk menggoreng. Sebaliknya gunakan minyak yang bersih supaya makanan bergoreng selamat untuk dimakan kerana kadar kolestrolnya yang rendah dan tidak terlalu tinggi.\n2. Pastikan Minyak Betul-Betul Panas\nSebelum mula menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas supaya lebih cepat garing dan masak.\nPada masa yang sama, makanan tidak akan menyerap terlalu banyak kolestrol dari minyak gorengan.\n3. Tapis Makanan\nGunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan menjadikan makanan tak berminyak.\nKemudian letakkan makanan tersebut di atas pinggan yang dilapik tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia untuk dihidangkan.\nKredit petua: Laziz Kuih\nBaca juga: Cara Rebus Ayam Kampung Supaya Cepat Lembut, Baru Jimat Gas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-taknak-ikan-bilis-liat/", "title": "CARA TAKNAK IKAN BILIS LIAT", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-06-03 14:49:15\n\n\n\u00a0\n\n\nSiapa je tak suka sambal bilis kan? Makan pula dengan nasi panas dan telur mata kerbau, fuhh memang cukup dah lauk, sampai bertambah nasinya. Lauk simple je tapi memang boleh mengenyangkan.\u00a0\nTapi tak bestlah kalau bila kunyah, ikan bilis kita tu liat kan? Sakit gigi nak gigit. Nak juga bila makan ikan bilis yang bila kunyah tu sedap je rasa rangup dia, krup krap orang kata. So harini kami akan kongsikan dekat korang cara supaya ikan bilis korang tu tak liat!\n\nSenang je sebenarnya kalau taknak ikan bilis ni liat. Biasanya kita basuh ikan bilis tapi tak tos betul-betul kan? Kiranya ikan bilis tu still basah-basah tapi kita dah campak dalam kuali dah. Sebenarnya salah cara tu. Seeloknya, kita basuh dan toskan sampai kering airnya. Barulah boleh goreng. Dengan cara ini, baru ikan bilis kita tak rasa liat! Tak percaya? Cubalah cara ni! Gerenti ikan bilis korang tak liat dah!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cara-yatie-kitchen-buat-cekodok-pisang/", "title": "Cara Yatie Kitchen Buat Cekodok Pisang Yang Tak Keras & Tak Lembik, Guna Sukatan Cawan!", "body": "\nCekodok pisang sentiasa menjadi pilihan untuk hidangan minum petang seisi keluarga.\nWalaupun nampak macam mudah nak buat, jika sukatannya salah, adunan akan jadi keras mahupun terlembik.\nCekodok yang sedap mestilah kena manis rasa pisang, lembut, lembik dan sedikit garing pada luarnya.\nSiapa yang buat selalu tak jadi, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Selebriti Media Sosial dalam bidang masakan yang terkenal, Yatie Kitchen.\u00a0Confirm\u00a0jadi!\nRESIPI CEKODOK PISANG CARA YATIE KITCHEN\nBahan-bahan:\n\n1 cawan pisang berangan (dilenyek)\nSetengah cawan tepung gandum\n3 sudu kecil gula perang\n1 sudu kecil tepung beras\nSecubit garam\n\n\nCara-caranya:\n1. Kupas kulit pisang dan lenyekkan.\n2. Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.\n\n3. Panaskan kuali berisi minyak. Cedok adunan sedikit demi sedikit menggunkan sudu atau tangan. Goreng dengan menggunakan api yang sederhana.\n4. Masak sehingga keperangan dan angkat. Sedia untuk dimakan.\n\nBaca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak\n"} {"url": "https://myresipi.com/carrot-dah-lembik-jangan-buang-rendam-je-dalam-air/", "title": "\u2018Carrot Lembik\u2019 Rendam Dalam Air Begini, Jadi Keras & Segar Semula", "body": "\n\u201cCarrot lembik? Aduhai tak sempat guna lagi\u2026\u201d\nPetua-petua dan tip di dapur bukan saja memudahkan urusan harian kita, malah ia juga berkesan untuk melanjutkan jangka hayat makanan.\nSalah satu petua dapur yang ramai tak tahu adalah cara mengeraskan semula\u00a0lobak merah yang sudah menjadi lembut dan layu.\nBila hal ini terjadi, biasanya kita terus buang saja lobak merah tu kan? Nak guna untuk masak pun sudah tidak berapa elok dan semestinya tidak sedap untuk dimakan.\n\u00a0\nRupanya ada cara supaya carrot menjadi keras dan segar semula seperti baru dibeli. Barulah tak membazir! Masih boleh diguna untuk memasak.\nIkut saja tips yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Munirah Jamaludin di bawah.\nBaca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut\nCara Keraskan Semula Carrot Lembik\nCara-caranya:\n1. Kupas dan buang kulit lobak merah yang sudah menjadi lembut.\n\n2. Potong kecil carrot tersebut dan rendam dalam semangkuk air. Biarkan seketika.\n\n3. Hasilnya carrot akan jadi segar dan keras semula. Boleh digunakan untuk masak seperti biasa.\n\nSemoga bermanfaat! Lihat video penuh di bawah.\n\n\n @munirahjamaludin_\ncarrot dah lembik? Haaa.. jangan buang. Ni cara dia nak bagi fresh balik.. #tipsdapur #greatestmakanhits #fyp\u30b7\n \u266c Just the Two of Us LUVRS Remix \u2013 LUVRS \n\n \nSumber: TikTok @munirahjamaludin_\nBaca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan \u20181 Bahan\u2019 Ini Saja\nBaca juga: Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun\n"} {"url": "https://myresipi.com/cekodok-pisang-makanan-kegemaran-datuk-seri-anwar-ibrahim/", "title": "Cekodok Pisang, Makanan Kegemaran Datuk Seri Anwar Ibrahim", "body": "\nPuteri keempat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Iman mendedahkan makanan kegemaran papanya.\nMemetik laporan Nona, papanya suka makan cekodok, walau ada banyak hidangan yang lain, Iman mengatakan papanya tetap akan memilih hidangan itu untuk mengalas perut.\nSudah pasti cekodok antara kuih lagend yang ramai penggemarnya. Cara memasaknya juga ada pelbagai cara. Selain menggunakan pisang, cekodok juga boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan yang lain seperti udang, bawang dan macam-macam lagi.\nArtikel berkaitan: Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar\nSeperti yang kita tahu, cekodok biasanya akan dimasak menggunakan tepung gandum. Tetapi untuk resepi yang dikongsikan hari ini, cekodok akan dicampurkan dengan tepung beras untuk mendapatkan tekstur cekodok yang rangup diluar.\nBahan memasak yang digunakan dalam penyediaan cekodok ini juga hanyalah memerlukan 5 bahan sahaja. Yang mana dua antara bahannya adalah gabungan antara tepung gandum dan juga tepung beras.\nJadi jom kita tengok resipi cekodok pisang yang disukai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.\n\nResipi Cekodok Pisang\n\n\nBahan memasak yang digunakan dalam penyediaan cekodok ini juga hanyalah memerlukan 5 bahan sahaja. Yang mana dua antara bahannya adalah gabungan antara tepung gandum dan juga tepung beras.\nBahan-bahan:\n\n500 gram pisang\n80 gram tepung gandum\n80 gram tepung beras\n1/4sudu soda bikarbonat\n1 sudu besar gula\n\nCara membuatnya:\n1. Lenyekkan pisang sehingga hancur.\n2. Masukkan semua bahan.\n3. Kacau hingga semuanya sebati.\n4. Panaskan kuali. Untuk dapatkan saiz cekodok yang bulat dan comel, boleh gunakan tangan sahaja.\n5. Kemudian, balik-balikkan cekodok sehingga masak sekata. Guna kuali legend lagi power masaknya.\n6. Siap untuk dihidangkan panas-panas dengan minuman kegemaran.\nMudahkan nak buat cekodok ni. Dah siap nanti bolehlah hidang dengan kopi atau teh panas! Petang-petang makan cekodok pisang dah menjadi kebiasaan orang ramai. Daripada membelinya diluar, lebih baik buat sendiri.\nSelamat mencuba!\n\nSumber: 1,2\n"} {"url": "https://myresipi.com/cendawan-enoki-butter/", "title": "Cara Buat Cendawan Enoki Butter Ala Anju, Buat Makan Ratah Petang-petang", "body": "\n\nDah pernah rasa Enoki Butter? Hari-hari selalu naik dekat fyp min dekat media sosial. Memang nampak sedap sangat!\nBila buat tinjauan dekat mana-mana komen, semua kata sedap bila dah cuba buat sendiri dekat rumah termasuklah min. Hiks!\nCendawan Enoki adalah cendawan yang tidak beracun yang boleh dimakan.\nBaca juga: Inginkan Hidangan Minum Petang Yang Istimewa? Jom Cuba Resepi Enoki Poket Crispy, Memang Padu!\nCiri-ciri cendawan berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge. Sesetengah orang gemar menjadikan cendawan ini sebagai salah satu bahan masakan di dalam sup dan tomyam.\nDisebabkan makanan ini diinspirasikan daripada Anju, jom kita ikuti perkongsian Shariffah Shafinar Syed Zain yang turut sama mencuba resipi viral ini.\nKatanya, sesuai juga untuk korang yang nak buat keto diet iaitu diet rendah karbohidrat. Dengan rasa yang buttery juicy tu, memamg sedap buat ratah macam tu je!\n\nResipi Cendawan Enoki Butter Ala Anju\n\n\nBahan-bahan:\n\nCendawan Enoki\nButter\n2 ulas bawang putih \u2013 potong dadu\nChili flakes\nPerahan lemon \nKiub pati ayam / mushroom seasoning \u2013 boleh guna mana-mana\n\nCara memasak:\n1. Tumis dahulu bawang putih dengan butter. Masak dengan api sederhana sebab nanti cepat hangus bawangnya nanti.\n2. Kemudian, masukkan cendawan enoki.\n3. Letakkan sedikit air, sedikit kiub pati ayam dan chilli flakes. Nak letak akhir sekali pun okau sebagai hiasan atas pinggan.\n4. Perahkan lemon masa memasak atau semasa nak makan.\n5. Masa dah nak tutup api, letak sekali lagi potongan butter, kemudian boleh terus hidang. Butter itu akan mencair sendiri atas cendawan enoki.\n\nSiap untuk dinikmati!\nAda sesetengah cendawan enoki yang digoreng tanpa menggunakan bawang putih atau chilli flakes.\nTetapi, kebanyakkannya resipi ini menggunakan butter yang banyak untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap bila dimakan nanti.\n"} {"url": "https://myresipi.com/cha-bang-ang-ala-thai/", "title": "Cha Bang Ang Ala Thai Yang Viral, Guna Bahan Ni Jer Confirm Jadi!", "body": "\nCha Bang Ang Ala Thai Yang Viral, Guna Bahan Ni Jer Confirm Jadi! Minuman yang viral dari negara Thailand ni rasa dia ngam-ngam saja. Tidak terlalu manis dan tidak terlalu cair atau tawar.\nKos nak buat pun jimat, sebab setiap kalau buat boleh hidangkan anggaran untuk 10 orang dewasa. Hanya gunakan bahan-bahan apa yang kita suka. Kombinasi gabungan rasa 3 susu nanti membuatkan rasa susu kita berlemak elok sahaja.\nBaca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini\nResipi asal yang dikongsikan oleh Cik Puan Maya Miera ni memang wajib untuk cuba! Jangan lupa masak dulu untuk hasilkan rasa yang extra creamy.\nLepas ini tak perlu nak berbuka puasa kalau nak buat untuk minum air Cha Bang Ang ni, sebab nak buat untuk waktu makan tengah hari di rumah kita pun boleh. Nak beli dekat mana? Boleh buat sendiri follow resipi simple ni.\n\nRESIPI CHA BANG ANG ALA THAI\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 cawan susu kotak full cream\n1 tin susu cair\n1 tin susu pekat\n\u00bd paket biji selasih\n1 tiub cincau\n2 sudu besar air gula merah\n1 sudu kecil esen vanilla\nSecubit garam\nAis kiub seckupunya\n\nCara bancuhan:\n1. Mula-mula sekali, satukan susu segar, susu cair, susu pekat, esen anilla dan secubit garam.\n2. Kacau sampai sebati di atas api yang perlahan sahaja.\n3. Sementara tu, rendam biji selasih sehingga kembang. Bila dah kembang, toskan seketika.\n4. Cincang pula dipotong hancur atau ikut saiz yang kita suka.\n5. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar dan sejukkan seketika.\n6.\u00a0 Nak lebih sedap, minum waktu ianya betul-betul sejuk. Jika suka bahan-bahan boleh lebihkan ikut suka.\n7. Siap dan sedia untuk dihidangkan!\n\n\nMinuman sebegini sesuai lah untuk orang yang suka minum susu dan suka manis. Namun, boleh kurangkan penggunaan susu pekat jika ianya terlalu manis. Adjust ikut kesedapan tekak kita.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!\n"} {"url": "https://myresipi.com/char-kuetiau-kerang/", "title": "Wanita Ini Kongsi Resipi Char Kuetiau Kerang, Sedap Macam Dekat Kedai", "body": "\n\nKalau malam tak rasa nak makan nasi, boleh cuba buat char kuetiau yang sedap dan awesome ni!\nBahan-bahan yang digunakan untuk buat Char Kuetiau ni memang yang ada dekat dapur je. Jadi mudah bila nak buat.\nSebenarnya nak buat char kuetiau ni susah tau. Kalau makan di kedai pun jarang nak boleh jumpa yang sedap.\nBaca juga: Resipi Char Kuey Teow Penang Sedap & Mudah\nAda yang cair sangat lah, ada yang rasa payau lah, ada yang bau hanyur telur lah. Boleh buat kita hilang selera tau!\nSebab tu, bila dah jumpa satu tempat kedai yang sedap memang akan repeat je lah kedai yang sama.\nPerkongsian resepi daripada Suisan Aliezasha ni berjaya buat penggemar char kuetiau untuk merasai air tangan sendiri.\nBila ramai nak makan, buat lah sendiri. Tapi bila yang rasa nak makan tu kita je, lebih baik dekat kedai favourite tu. Lagi sedap!\nResipi Char Kuetiau Kerang\n\nBahan kisar:\n\nBawang besar\nCili Kering\n\n\n\n\nBahan memasak:\n\n1 paket Kuetiau\n1 ulas bawang putih\n1 sudu Cili sos\n5 sudu Kicap manis\n1 sudu Kicap pekat\n1 sudu Sos tiram\nTaugeh dan kucai\nTelur\nKerang\nUdang (rebus dan airnya disimpan)\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula, bersihkan kerang dan rebus sehingga masak. Tos dan ketepikan.\n2. Rebus pula udang sekejap dan air udang disimpan untuk guna masak char kuetiau.\n3. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Minyak lebih pun tak apa untuk elak mi nya jadi kembang.\n4. Seterusnya, tumis bawang putih, masukkan udang, cili kisar, sos cili, sos tiram kicap pekat, dan juga kicap manis.\n5. Kacau seketika, masukkan air rebusan udang. Pecahkan telur dan kacau laju-laju. Akhir sekali masukkan kuetiau, taugeh kucai, dan kerang. Kacau dalam 10 saat macam tu, boleh terus tutup api.\n\nTip tambahan:\n\nNak masak char kuetiau ni kena gunakan api yang besar tau. Dan masak dia sangat sekejap. Jika barang semua dah sedia, tinggal campak-campakkan sahaja. Kerja lebih mudah dan lebih sedap rasanya!\nPaling sedap, buat char kuetiau ni tak boleh buat banyak-banyak sekali gus. Syarat dia buat satu persatu. Baru menjadi!\n\n\nDah siap, hidangkan dalam pinggan bujur atau pinggan besar macam dekat kedai. Perghh! Memang layanz!\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/cheesy-wedges-ala-kfc/", "title": "Cara Buat Cheesy Wedges Ala KFC, Guna 5 Bahan Ini Je", "body": "\nAyam mahal, minyak mahal, maka kita makan kentang aje lah dulu, Tapi kita cuba buat sendiri Cheesy Wedges ala KFC dekat rumah. Dapat repeat makan banyak kali dengan sos cheese. Fuhh!\nNak pula dah masuk cuti sekolah ini, anak-anak memang berhantu punya nak makan. Tak perlu beli mahal-mahal di luar.\u00a0\nResipi asal\u00a0 Cheesy Wedges ini dikongsikan oleh Salimah Olie namun seorang pengguna di Facebook telah berkongsi semula hingga hantarannya meraih sebanyak 1k shares!\nBaca juga: Ayam Goreng Rangup, Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk \u2018Crispy\u2019 Ala KFC\nBaca juga: Resipi Loaded Potato Bowl Ala KFC, Lagi Puas Dapat Makan Banyak!\u00a0\nKalau nak kata rasanya sebiji macam KFC tu tidaklah. Bak kata orang ini versi simple atau \u2018homemade\u2019 yang lebih mudah untuk disediakan. Tak mungkin dapat rasa sebiji seperti KFC yang dah tentu resepinya lebih eksklusif.\nTapi hidangannya masih sedap untuk anak-anak nikmati ketika waktu santai di rumah. Kalau rasa sekali mereka jatuh hati, silap-silap dimintanya ulang resipi yang sama esok-esoknya. Hiks!\nJom kita lihat cara penyediaannya di bawah.\n\nRESIPI CHEESY WEDGES ALA KFC\n\nRangup di luar, lembut di dalam. Fuh! Ada rahsianya nak buat macam itu. Wajib kukus dulu ubi kentangnya.\nBahan-bahan:\n\n4 biji kentang\u00a0\nLada sulah\nGaram\nTepung\n\nBahan sos:\n\n3 sudu besar serbuk cheese nacho \u2013 bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga jadi sos.\n\nCara membuatnya:\n1. Kentang dipotong wedges. Kukus agak-agak lembut dalam 5-7 minit.\n \n2. Letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Goncang biar sebati.\n\n3. Taburkan pulak tepung jagung, gaul sebati.\n4. Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing.\n5. Hidangkan bersama cheezy sauce. Tambah mayonis pun sedap. Siap untuk dimakan!\n\nRingkas dan mudah! Memang layan dan sesuai buat hidangan hujung minggu. Boleh juga digadingkan sekali dengan ayam kentucky.\u00a0\nBukan itu sahaja, jika anak-anak korang jenis tak nak makan nasi, boleh gantikan dengan hidangan ini supaya diet harian mereka tak kurang.\u00a0\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/chef-kongsi-cara-potong-ayam-10-bahagian-besar-menarik/", "title": "Niaga Sambil Sedekah, Chef Kongsi Cara Potong Ayam 10 Bahagian Tapi Nampak Besar & Menarik", "body": "\nMungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya niaga sambil sedekah juga mampu memberikan keuntungan di samping darjat kita diangkat oleh Yang Maha Esa.\nDalam ekonomi yang kian mencabar, sudah semestinya ramai peniaga yang ingin menyelamatkan perniagaan yang diusahakan selama ini.\nBerniaga merupakan salah satu cabang mencari rezeki halal, namun ia juga mempunyai banyak cabaran termasuklah bergantung kepada keadaan semasa seperti kos barangan.\nHal ini kerana, sekiranya kos barangan semakin meningkat, para peniaga juga terpaksa ikut sama meningkatkan harga jualan demi kelangsungan bisnes dan pulangan modal.\nBagaimanapun, ada juga sesetengah peniaga yang berniaga sambil niat bersedekah kepada pelanggan mereka.\nSeperti yang dilakukan oleh seorang peniaga nasi ayam,\u00a0rusdhidarikah,\u00a0dalam video di TikTok yang berdurasi 2 minit 17 saat, beliau baru-baru ini berkongsikan tips dalam berniaga.\nRamai peniaga potong ayam 14 bahagian\nKebanyakan peniaga biasanya gemar memotong ayam kepada 14 atau 15 bahagian bagi menjimatkan kuantiti. Sebaliknya, chef ini menjelaskan bahawa dia lebih gemar untuk memotong ayam kepada 10 bahagian.\nWalaupun dianggap jauh lebih merugikan berbanding cara peniaga lain, beliau menyifatkan ia suatu perkara biasa baginya dengan memotong 10 bahagian ayam.\n\n\n @rusdhidarikah\nMoga semua peniaga kedai makan dapat sale banyak. aminberandafyp fypage foryourpage deenasiayamjengka deenasiayamkajang deenasiayampandanindah\n \u266c Pieces (Solo Piano Version) \u2013 Danilo Stankovic \n\n \nBerdasarkan video tersebut, rusdhidarikah berkongsikan cara memotong ayam yang bermula dengan potong kepada dua bahagian.\nTambahan lagi, bagi menampakkan ayam itu lebih besar dan menarik, beliau turut meletakkan sayuran di atas ayam sebagai hiasan.\nSehubungan itu, barulah ramai pelanggan yang tertarik dan berselera dengan hidangan ayam yang disediakan.\nSementara itu, rusdhidarikah juga menjelaskan bahawa dia berniaga sambil bersedekah.\n\u201cDalam berniaga, rezeki bukan di tangan kita, sebaliknya Allah SWT yang memberikan rezeki,\u201d jelasnya.\nSumber: TikTok @rusdhidarikah\n"} {"url": "https://myresipi.com/chewy-chocolate-chip-cookies/", "title": "Chewy Chocolate Chip Cookies Untuk Kudapan Raya, Sedap Sangat Hasilnya!", "body": "\nChewy Chocolate Chip Cookies Untuk Kudapan Raya, Sedap Sangat Hasilnya! Jom buat untuk kudapan raya ini. Anak-anak mesti suka nak makan.\nPasti seronok anak-anak dapat kudapan manis seperti biskut ini. Anak-anak gembira, ibu ayah turut gembira. Cookies sejenis makanan ringan yang boleh dipelbagaikan rasanya seperti berperisa coklat, red velvet dan macam-macam lagi.\nBaca juga: Biskut Kacang Mazola Yang Rangup Dan Sedap, Biskut \u2018Lejen\u2019 Kesukaan Ramai!\nAntara cookies yang terkenal dan disukai ramai iaiah cookies jenama Famous Amos. Harganya juga agak mahal. Tak dapat nak beli selalu. Lebih berbaloi kalau kita mencuba pelbagai resepi cookies yang ada dan buat secara homemade.\nJom ikuti resipi Biskut Chewy Chocolate Chip dari perkongsian Cik Puan Keroroyz Royz di laman Facebook ini. Yang mana rasa biskut ini tidak kurang sedap dan mewahnya seakan cookies jenama Famous Amos.\n\nRESIPI BISKUT CHEWY CHOCOLATE CHIP\n\nJumlah cookies yang dapat: 28 cookies\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1/2 cup butter (125g) suhu bilik\n3/4 cup gula perang\n1 biji telur\n1 tsp esen vanila\n1/2 tsp garam\n1 1/2 cup tepung gandum (ayak)\n1/2 tsp baking soda (ayak)\n1 1/2 cup semi sweet choc chips\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Ayak tepung bersama baking soda dan ketepikan. \n2. Guna senduk kayu pukul butter bersama gula perang sekadar sebati. Masukkn telur, vanila, garam & kacau lagi hingga sebati.\n3. Masukkan tepung dan baking soda, chocolate chips dan kaup balik hingga tidak melekat di mangkuk pengadun. Sejukkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.\n4. Panaskan oven 170C, bentukkan adunan sebesar 2 tsp menjadi drop cookies. Jarakkan adunan sebab doh akan mengembang. Bakar dengann api bawah sahaja selama 12-15min atau ikut oven memasing.\n5. Sejukkan biskut dan boleh simpan di dalam balang. Siap!\n\n\nSiap untuk dihidang! Saiz cookies terpulang pada anda. Lebih sesuai saiz sebelum dimasak adalah sebesar guli. Sebab cookies akan mengembang semasa dibakar. Untuk dijadikan kudapan anak-anak saiz ini sudah memadai.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Biskut Sampan Kuih Raya \u2018Lejen\u2019, Wanita Ini Kongsi Resipi Orang Lama Di Sini\n"} {"url": "https://myresipi.com/chicken-chop-homemade-guna-tepung-gandum/", "title": "Cara Buat Chicken Chop Homemade Guna Tepung Gandum, Hasilnya Kerak Cantik & Rangup", "body": "\nPelbagai aneka resipi chicken chop homemade yang anda boleh cuba. Tetapi resipi ini lain sedikit kerana anda hanya perlu menggunakan tepung gandum untuk mendapatkan kerak yang rangup dan cantik.\nNamun begitu, ada teknik yang anda perlu ikut untuk mendapatkan chicken chop yang rangup dan menjadi elok. Nak tahu apa caranya? Jom kita lihat cara yang telah dikongsi oleh Nur Nadzirah Shahrul Nizam\u00a0di bawah.\nRESIPI CHICKEN CHOP HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam\nBawang putih\nHalia\nTepung gandum\nWhite pepper\nGarlic Powder\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Hiris ayam, buangkan tulang dan leperkan isi.\n2. Kemudian perapkan ayam di dalam air yang mengandungi bawang putih dan halia yang telah dihancurkan.\n3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum, white pepper, garlic powder dan garam.\n4. Selepas itu, bedakkan ayam dengan campuran tepung tadi sehingga bersalut sebati.\n5. Goncangkan ayam untuk membuang lepihan tepung. Kemudian rendamkan ayam ke dalam air sejuk selama 1 saat sahaja.\n\n6. Kemudian angkat ayam dan masukkan semula ke dalam tepung kering tadi. Pastikan ayam bersalut penuh dengan tepung untuk dapatkan kerak yang cantik dan rangup. Goncangkan ayam untuk membuang lepihan tepung.\n\n7. Kemudian goreng ayam dalam minyak yang banyak atau menggunakan konsep\u00a0deep fry.\n\n8. Bila ayam dah masak elok dan keperangan, sedia untuk dihidangkan bersama sos blackpepper, coleslaw dan kentang putar.\n\nCHICKEN CHOP HOMEMADE \u2013 RESIPI COLESLAW\nBahan-bahan:\n\nKubis \u2013 potong dadu\nLobak merah \u2013 potong dadu\nSedikit bawang holland \u2013 potong dadu\nMayonis\nSusu pekat\nLemon\nSedikit garam\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan. Gaul sebati dan masukkan dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.\n\nRESIPI KENTANG PUTAR\nBahan-bahan:\n\nKentang\nButter\nThickened cream\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Rebus kentang sehingga lembut.\n2. Buang kulit dan lenyek sehingga hancur.\n3. Panaskan butter dalam kuali, tambahkan thickened cream, garam dan gaul rata.\nKredit: Nur Nadzirah Shahrul Nizam\n"} {"url": "https://myresipi.com/chicken-egg-wrap/", "title": "Menu Sarapan Simple \u2018Chicken Egg Wrap\u2019, Ringkas Tapi Sedap", "body": "\nGantikan hidangan sarapan pagi dengan chicken egg wrap. Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di pasar raya.\nMudah disediakan dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dihidangkan.\nBoleh juga dijadikan sebagai menu diet kepada pengemar makanan sihat.\nResipi chicken egg wrap yang mudah\n\nBahan-bahan:\n\nWhole wheat wrap\nDada ayam\nBlack paper\nGaram\nTelur 2 biji\nButter\nMayonnaise\nLettuce\nBawang merah\n\nCara penyediaan:\n\n\u00a0\n\nPotong ayam seperti ini dan gaulkan dengan garam dan lada hitam.\nPanaskan sedikit butter dan gorengkan ayam.\nDada ayam selepas digoreng.\nAmbil telur 2 biji dan buat egg omelet.\nKemudian, panaskan wrap sebelum anda meletakkan bahan-bahan.\nLetakkan egg omelet, ayam, sayur dan mayonnaise.\n\n\nChicken egg wrap siap untuk dihidangkan.\nSemoga resipi ini dapat membantu anda menyediakan sarapan yang enak dan sangat mudah.\nKredit: Agnes Anderson\nBaca juga:\nWanita Kongsi Cara Buat Singgang Ayam Thai, Resipi Asli Mak Mertua Orang Thai\nSedap Rupanya! Pertama Kali Makan \u2018Telur Goreng Kelapa\u2019 Resipi Mentua\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/chicken-wrap-tortilla-macam-di-kfc-wajib-cuba-resipi-ini/", "title": "Chicken Wrap \u2018Tortilla\u2019 Macam Di KFC, Wajib Cuba Resipi ini!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-19 03:45:19\n\n\nKadang-kadang bila makan Roti Tortilla di KFC, pastinya akan terfikir bagaimana cara-cara membuatnya. Lagi-lagi bila kombinasi ayam, salad dan bahan lain sangat sesuai menjadikan menu ini enak untuk dimakan. Teringin rasanya untuk mencuba resipi ini di rumah untuk makan bersama keluarga. Oleh itu, jom ikuti perkongsian resipi ini daripada Cik Vespa menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Cik Vespa\n\nBahan-bahan:\n\nRoti tortilla (Mission Wrap)\nIsi ayam (Bahagian dada & potong kecik)\nTepung Crispy\n2 biji telur (dipukul)\nSalad\nTomato\nLobak (dihiris halus)\nTimun (dihiris halus)\nCheese\nMayonis\nSos thousand island\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\u00a0\n\nBakar roti Mission Wrap di dalam ketuhar selama 2\u00a0ke 3 minit.\n \nKredit: Rasa\n\u00a0\nCelupkan potongan kecil ayam ke dalam bekas telur yang telah dipukul. Ini supaya tepung crispy tersebut melekat pada isi ayam. Kemudian, salutkan ayam dengan tepung crispy.\n \nKredit: Ann Noura\n\u00a0\nSapu rata mayonis di atas roti wrap. Kemudian, letakkan ayam, salad, lobak, timun dan akhir sekali sos thousand island.\n \nKredit: Rasa\n\u00a0\nSelepas itu, gulung roti dengan kemas supaya bahan-bahan tadi tidak terkeluar.\n \nKredit: Rasa\n\nSiap! Sekejap saja buat Chicken Wrap ini kan? Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/chili-flakes-homemade/", "title": "Cara Buat Chili Flakes Homemade, Lebih Jimat & Bersih", "body": "\nJom cuba buat chili flakes homemade. Lebih jimat sebenarnya jika buat sendiri chili flakes ini di rumah dan anda juga boleh \u2018adjust\u2019 tahap kepedasan mengikut cita rasa.\nChili flakes atau serbuk kasar cili kering ini merupakan salah satu bahan yang diperlukan untuk memasak makanan Barat. Tidak kira pasta atau makaroni, chili flakes akan memberikan rasa yang lebih sedap dan menambah warna dalam masakan.\nNamun, harga chili flakes di pasaran boleh tahan mahal juga. Kalau nak lebih jimat, apa kata jom cuba buat sendiri di rumah. Chili flakes yang dibuat sendiri juga dijamin lebih bersih kalau buat sendiri.\nBaca juga: Cara Buat Mayonis Homemade Guna 5 Bahan, Lagi SEDAP Dari Beli!\nChili Flakes Homemade\nCara-cara:\n1. Potong cili kering.\n\n2. Basuh cili kering sehingga bersih.\n3. Kemudia toskan sehingga benar-benar kering. Lebih bagus jika jemur di bawah matahari sehingga kering.\n4. Kemudian, sangai cili kering di dalam kuali. Sangai tanpa minyak.\n\n5. Bila dah siap sangai, sejukkan terlebih dahulu.\n6. Bila dah sejuk, kisar cili kering menggunakan pengisar kering.\n7. Kalau cili masih lembap, sangai semula cili kering yang sudah dikisar itu.\n\nKredit: Norhaida Mohd Amin\nBaca juga: Nak Cepat? Cuba Nasi Goreng Chili Flakes Ini, Tak Perlu Tumbuk Apa Tapi Hasil Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/churros-yang-rangup-di-luar-gebu-di-dalam/", "title": "Resipi Churros Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam. \u2018Confirm\u2019 Lembut Sampai Esok!", "body": "\nPetang-petang kalau rasa nak mengunyah sesuatu, apa kata jom cuba resipi churros yang rangup di luar dan gebu di dalam ini.\nKalau terbuat banyak jangan risau, boleh makan untuk sarapan pula. Teksturnya tetap akan lembut sampai esok.\nYang paling penting, kena guna acuan yang besar. Kalau guna acuan yang \u2018kurus\u2019, churros akan jadi keras.\nResipi Churros Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam\nBahan-bahan:\n\nAir 1 cawan\nTepung gandum 1 cawan\nButter\u00a01 sudu besar\nGula 1 sudu besar\nGaram 1 sudu kecil\n1 sudu kecil esen vanila\n1 biji telur gred A\n\nCara-caranya:\n1. Didihkan air, masukkan buter, gula, garam dan esen vanilla. Tutup api.\n2. Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.\n3. Masukkan telur, kacau sampai sebati.\n4. Letakkan nozzle bunga terlebih dahulu ke dalam piping bag, Potong muncung piping bag, tolak nozzle keluar dan pastikan ia ketat sebelum memasukkan acuan.\n5. Kemudian baru kaupkan adunan ke dalam piping bag.\n6. Paipkan terus ke dalam minyak atau boleh juga paip terlebih dahulu atas dulang untuk dapatkan saiz yang sama.\n\nResipi Dip Coklat\nBahan-bahan:\n\nCoklat Beryl\u2019s\nSusu cair/susu fullcream\n\nCara-caranya:\n1. Satukan kedua-dua bahan dan cairkan dengan menggunakan teknik double boiler.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Myra Abdul\nBaca juga: Cucur Kembang Gebu Dan Lemak Manis, Anak-anak Pun Suka!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cili-jeruk-rangup/", "title": "Cara Buat Cili Jeruk Rangup Dan Tahan Lama, Penambah Selera Makanan", "body": "\nRasanya tidak lengkap tiada cili jeruk rangup bila nak makan mi sup, kuew tiaw goreng atau masakan panas lain, ini yang menambahkan selera sampai habis satu mangkuk pun tak sedar.\nBiasanya, kalau nak makan cili jeruk ini, hanya ada di kedai-kedai makan sahaja. Nak buat sendiri, bimbang tak kena cara atau tak jadi.\nBaca juga: 5 Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasannya, Baru Senang Nak Mencili!\nSebenarnya, boleh sangat kalau nak buat cili padi jeruk di rumah. Rajin atau tidak. Kalau buat, dapatlah banyak dan boleh simpan buat stok.\nBuat penggemar cili jeruk ini, Wan Sabariyah Wan Amit ada berkongsi resipi dan cara nak buat. Tak adalah susah sangat pun. Nanti boleh cuba kat rumah. Jom kita lihat.\n\nRESIPI CILI JERUK RANGUP KRUP KRAP\n\nBahan-bahan:\n\n30 batang cili padi\nKapur sireh\nCuka makan\nGula\nGaram\n\nCara-caranya:\n1. Buang dahulu semua tangkai cili supaya tak berselerak bila nak dijadikan jeruk dan cuci bersih.\n2. Kemudian, rendam sebentar dengan air kapur kira-kira dalam 30 minit. Lepas rendam air kapur tersebut kita buang dan bilas bersih cilinya. Kapur yag kita guna ini adalah agen untuk merangupkan cili kita tadi.\n3. Celur cili dalam air yang mendidih sehingga layu. Toskan cili dan ketepikan seketika.\u00a0\n4. Didihkan air, cuka, gula dan garam. Sejukkan sebentar. Kena didihkan dan masak dulu air cuka supaya cili jeruk kita tahan lama dan tidak berkulat.\n5. Bila cuka tadi kita dah sejukkan, masukkan air cuka dan cili padi yang telah sejuk ke dalam botol dan boleh la disimpan dalam peti sejuk. Dah capai tempoh matang jeruk bila dah seharian, boleh dimakan bersama mi sup atau kuew tiaw.\n\nSiap untuk dimakan! Terkelip-kelip mata kesedapan makan bersama cili jeruk ini. Yang duduk kampung lagi seronok. Pergi je kebun, pergi je belakang rumah dah dapat petik cili padi ini. Siap boleh bagi jiran sebelah. Hiks!\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cinnamon-roll-ada-cicak/", "title": "Baru Nak Makan Cinnamon Roll Tapi Terbantut, Ada Cicak Pula Dalam Tu", "body": "\nBaru jer lepas makan satu cinnamon roll, baru perasan ada cicak tengah \u2018baring\u2019 dalam tu. Aiya, terbantut nak sambung makan woo.\nBila membeli makanan di luar dan kemudian membawa pulang ke rumah, antara perkara yang paling perlu dititikberatkan adalah kebersihan.\nBanyak peniaga yang mungkin terlepas pandang berkenaan perkara tersebut dan sebagai pelanggan tidak ada salahnya jika kita melakukan pemeriksaan terlebih dahulu. Jangan terus ngap je!\nBaca juga: \u201cHalal Ke?\u201d \u2013 Nora Danish Makan Kat Restoran Gordon Ramsay Undang Was-was Netizen\nItulah yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok @sayakaunani0 apabila dia terjumpa seekor cicak di dalam bungkusan makanan yang dibelinya.\nVideo Penuh:\n\n\nSnaptik_7123694007481371931_auniinini\n\u00a0\nVideo pendek yang telah mendapat tontonan lebih 100k itu menunjukkan beberapa biji cinnamon rolls pelbagai jenis yang diletakkan dalam sebuah kotak bungkusan makanan, sekali imbas memang tidak nampak kewujudan reptilia kecil itu.\nSelepas diperhatikan, barulah nampak seekor cicak berada di bahagian tepi kotak tersebut, lebih menyedihkan pengguna TikTok itu memberitahu dia hanya menyedari kewujudan cicak tersebut selepas sudah makan manisan tersebut.\n\u201cAda terambik add on \u201ccicak\u201d ke?\u201d\n\n\n\n\nSudah pastinya, video pendek itu menarik perhatian ramai netizen. Rata-rata terkejut dengan kemunculan haiwan kecil itu dan tidak kurang juga yang kembang tekak selepas menonton video tersebut.\nMasalahnya dah makan baru perasan tu, aduh..\n\nSumber: Tiktok @sayakaunani0\n"} {"url": "https://myresipi.com/cinnamon-rolls/", "title": "Cinnamon Rolls @ Roti Gulung Kayu Manis Cara Mudah, Lembut Dan Gebu!", "body": "\nCinnamon Rolls @ Roti Gulung Kayu Manis Cara Mudah, Lembut Dan Gebu! \nJom buat dessert ini untuk juadah minum petang atau bila tetamu datang ke rumah. Memang nampak \u2018kerlass kau jahh\u2019 !\nPaling senangnya, resipi ini tak perlu gunakan mixer pun, tinggal uli doh kemudian gulung dan bakar je dalam oven.\nBaca juga: Roti Jala Jelita Sukatan Cawan Cara Mudah, Memang Lembut Sampai Ke Malam!\nLepas itu, boleh hidangkan semasa ia tengah panas panas. Memang ummph!\nKita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Farisha Sofea ini dari laman Facebook. Memang gebu dan lembut!\n\nRESIPI CINNAMON ROLLS @ ROTI GULUNG KAYU MANIS\n\nBahan Untuk Doh\nBahan A:\n100g susu segar suam\n50g gula halus\n2 sk yis segera\n1 biji telur\nBahan B:\n300g tepung protein tinggi\n1 sk garam halus\n40g mentega / marjerin\nBahan Topping:\n35g mentega / marjerin\n25g gula perang\n25g gula halus\n1 \u2013 2 sb serbuk kayu manis\nBahan Untuk Glaze\u00a0\n( 1 )\n1 cawan gula aising\n2 \u2013 3 sb susu segar\n1/2 sk esen vanilla\n( 2 )\n1/2 cawan krim keju\n1 sb mentega\n1 1/2 cawan gula aising\n1/4 cawan susu segar\nCara membuatnya:\n1. Satukan ke semua bahan A dan kacau sebati. Biarkan sehingga yis mengembang.\n2. Di dalam bekas lain, satukan pula Bahan B. Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.\n3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh. Uli doh sehingga lembut dan elastik.\n4. Bulatkan doh dan sapukan keliling doh dengan minyak. Tutupkan permukaan doh dengan plastik / kain lembap.\n5. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Kemudian tumbuk tumbukkan doh tersebut.\n6. Taburkan papan pencanai dengan sedikit tepung. Canaikan doh menjadi segi empat.\n7. Sapukan serbuk kayu manis pada permukaan doh yang telah dicanai tadi sehingga rata dan gulungkan doh tersebut.\n8. Potongkan doh kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang diinginkan. Susunkan di dalam loyang pembakar yang telah dioles dengan sedikit mentega dan tutupkan permukaan loyang dengan kain.\n9. Rehatkan doh selama 30 \u2013 45 minit atau sehingga doh mengembang. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.\u00a0\n10. Sementara itu, sediakan pula bahan Glaze. Satukan ke semua bahan dan kacau sebati.\n11. Setelah masak, letakkan Glaze di atas roti gulung tadi. Siap dan sedia dihidang!\n\n\nSelamat mencuba.\nBaca juga: Roti Puding Kayangan, Guna 3 Bahan Je, Makan Dengan Sos Creamy Memang Sedap!\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/coffee-low-budget-rendah-kalori-lelaki-ini-kongsi-resipi-air-kopi-untuk-turunkan-berat-badan/", "title": "\u2018Coffee Low Budget & Rendah Kalori\u2019- Lelaki Ini Kongsi Resipi Air Kopi Untuk Turunkan Berat Badan", "body": "\nMasuk tahun baru pasti ada yang berazam untuk turunkan berat badan mereka pada tahun ini. Buat penggemar kopi, anda perlu mencuba resipi kopi rendah kalori ini.\nSebut pasal diet je mesti perlukan bajet yang banyak. Tapi lain pula untuk resipi ini. Anda dapat berjimat dan pada masa yang sama berat badan anda pun boleh berkurang.\nCara Buat Kopi Rendah Kalori Yang Murah\nBahan-bahan:\n\n2 sudu serbuk kopi Wonda Premium Glass @ Wonda Gold Glass \nAir panas\n250 ml susu low fat\n\nCara-cara:\n\nLetakkan 2 sudu serbuk kopi itu di dalam cawan.\nKalau nak manis boleh letak Equal ke dalam serbuk kopi tersebut.\nTuangkan sedikit air panas ke dalam cawan tersebut.\nAkhir sekali, tuang 250 ml susu low fat dan kacau sehingga sebati.\nNak tambah ais pun boleh. Lagi sedap sebenarnya kalau letak ais ni.\n\nKalau anda nak lebih jimat boleh gunakan nescafe sahaja. Cuma kalau nescafe gold dia agak pricey sedikit. Jadi ikut bajet masing-masing.\nKredit: akmaltw\nBaca juga:\nKorang Pecinta Kopi? Kajian Mengatakan Kopi Dapat Kurangkan Risiko Kematian\nDipuji Sering Kongsi Menu Diet, Kali Ini Atikah Suhaimi Cipta Resipi Baru \u2018Singgang Mat Salleh\u2019\n"} {"url": "https://myresipi.com/coklat-bar-bubble-rice/", "title": "Cara Buat Coklat Bar Bubble Rice Ala KitKat, Guna 3 Bahan Ini Saja", "body": "\nJom buat Coklat Bar Bubble Rice ala KitKat. Anak-anak \u2018konfirm\u2019 tak beli dapat jajan dekat kedai lepas ini. Sekali sekala melayan selera mereka pun okay juga. Resipi ini sangat mudah untuk korang buat.\nHanya menggunakan tiga bahan sahaja, dah dapat beli jiwa anak-anak ini. Kalau hari-hari beli coklat bar pun beratus ringgit juga tu. Jimat banyak kalau buat sendiri. Stok pun banyak dapat. Nak buat niaga pun tiada masalah.\nBaca juga: Cara Buat Choco Jar Guna 3 Bahan Ini, Penggemar Coklat Wajib Try\nBukan itu sahaja tau, korang juga boleh pelbagai perisa atau bentuk coklat bar ikut citarasa masing-masing. Dapat juga buat aktiviti bersama anak-anak sementara tengah cuti sekolah ini.\nNak tambah kekacang, buah-buahan kering atau topping pun tiada masalah. Janji kena lah dengan coklat tu.\nResipi menarik ini telah dikongsikan sendiri oleh Nenie Suehoney melalui laman Facebook dan entrinya itu telah meraih sehingga 5.8k shares dan 4.1k likes! Wow!\nJom kita tengok cara-caranya.\n\nRESIPI COKLAT BAR BUBBLE RICE ALA KITKAT\n\nBahan-bahan:\n\n500g coklat masakan\n25ml minyak masak\nBubble rice\n\nTips: Nak letak bahan optional lain seperti kismis, kekacang atau buah-buahan kering pun tiada masalah. Ikut selera masing-masing.\nCara-cara penyediaannya:\n1. Bakar bubble rice dalam oven pada suhu 120\u00b0c selama 10 minit lebih kurang/sehingga rangup. Ketepikan.\u00a0\n2. Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya. Masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.\n3. Masukkan sedikit coklat ke dalam bekas acuan atau mold.\n4. Tabur bubble rice ke atasnya. Jangan tekan.\u00a0\n5. Tuang coklat yang dicairkan tadi ke atas bubble rice sehingga menutupi keseluruhan permukaan dan hentak-hentak sedikit mould untuk keluarkan udara yang terperangkap.\nEkstra tip: Pastikan coklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan lemau.\n6. Boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika. Dah sejuk/beku\u2026boleh keluarkan dari bekas acuan dan sedia untuk dimakan!\n\nSelamat mencuba dan beli jiwa anak-anak!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/confirm-sedap-sihat-ini-resipi-chicken-grill-hanya-guna-air-fryer/", "title": "Confirm Sedap & Sihat, Ini Resipi Chicken Grill Hanya Guna Air Fryer!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-02 03:54:24\n\n\nKebiasaannya apabila kita makan di restoran Western, pastinya menu Chicken Chop atau Chicken Grill menjadi salah satu hidangan kegemaran ramaiorang. Ada juga yang mencuba\u00a0sendiri di rumah namun\u00a0rasanya mungkin tidak akan sama seperti apa yang kita makan di restoran. Jangan risau, ikami kongsikan resipi Chicken Grill yang rasanya seakan sama seperti di restoran. Apa yang menariknya resipi dari Cik Merpati Putih\u00a0 ini hanya menggunakan Air Fryer sahaja! Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Cik Merpati Putih menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Cik Merpati Putih\n\u00a0\nBahan \u2013 bahan:\n\nAyam \nSos lada hitam jenama Kimball (Dalam pack senang dan jimat)\nSerbuk Rosemary Herbs\nSerbuk Tyhme Herbs\nSerbuk lada hitam\nGaram\nGula (lebihkan sedikit)\nCampur air panas / air suam sikit je\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nBasuhkan ayam yang sudah disediakan terlebih dahulu sebersih-bersihnya. Kemudian, biarkan ia kering seketika.\n \nKredit: Q Costa Rica\n\u00a0\nSetelah ayam sudah kering, masukkan sos lada hitam ke dalam sebuah bekas. Tambahkan sedikit air panas atau air suam sekiranya sos kelihatan terlalu pekat.\n \nKredit: Rasa\n\u00a0\nKacaukan sehingga air yang ditambah tadi dengan sos tersebut sebati \u00a0dan masukkan garam, serbuk thyme herbs, rosemary serta serbuk lada hitam.\n\u00a0\nKemudian masukkan gula. Untuk ini, gula perlu diletak lebih supya dapat diserap ke dalam isi ayam semasa diperap.\n\u00a0\nKacaukan kesemua bahan tadi hingga sebati lalu masukkan ayam dan perap semalaman untuk mendapatkan hasil yang lebih enak.\n \nKredit: Cik Merpati Putih\n\u00a0\nApabila sudah cukup masa memerap, bakar perapan ayam tadi ke dalam air fryer pada suhu 200\u00b0c selama 17 minit.\n \nKredit: Cik Merpati Putih\n\u00a0\n\nSiap untuk dihidang! Mudah saja penyediaannya kan? Menu ini sangat sesuai dimakan bersama seisi keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Cik Merpati Putih\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cookies-ala-famous-amos/", "title": "Cookies Ala Famous Amos, Tak Sangka Cara Buatnya Semudah Ini, Boleh Cuba Untuk Raya!", "body": "\nSiapa je yang tak pernah merasa Cookies Famous Amos kan? Wajib merasa setiap kali singgah ke pusat beli belah. Musim raya pun dah nak dekat, tentu pening nak buat biskut raya apa di rumah. Jom simpan perkongsiaan ini dulu.\nResipi cookies ala famous amos ini memang ringkas dan mudah je. Tapi rasanya pula terasa premium gitu.\u00a0\nBaca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa\nBila menjelang je hari raya, macam-macam jenis biskut kita akan jumpa kan. Tapi yang ni mungkin tak semua rumah dah pernah buat. Nak buat aktiviti bersama anak-anak pun boleh jadi lebih meriah!\nKorang pun mesti tertarik tengok cookies ni kan. Bila baca komen di Facebook, ada juga yang kata pernah jumpa biskut ni kat rumah kengkawan. Dan memang sedap sangat rasanya. Nampak kelasss ye! Sampai ada yang dah save resepi ni untuk buat raya haji nanti.\nTak perlu tunggu raya haji pun, biskut ni sangat mudah nak buat. Korang nak buat open house nanti, bolehlah buat biskut ni sekali. Mudah sangat.\nLebih 2.3k shares di Facebook, resipi asal oleh Baizura Muhammad ini telah dikongsikan semula oleh Eiya Eiliya di laman Facebook. Memang cantik naik gebu cookies nya. Jom kita cuba!\n\nRESIPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS\n\nBahan-bahan:\n\n250 gram Butter \n1 1/4 cawan Brown Sugar\n1 sudu kecil Essence Vanila\n1 biji Telur Gred A\n2 1/2 cawan\u00a0\n1/2 cawan Tepung Jagung\n1 sudu kecil\u00a0\n1 sudu kecil Soda Bikarbonat\n6 sudu besar Minyak Masak\n2 cawan Coklat Cip\nAlmond nips / almond flakes \u2013 optional\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Masukkan butter 250gm, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecil dan telur sebiji. Kacau bagi sebati. Tak perlu guna mixer. Kacau secara perlahan.\n\n2. Masukkan tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecil, baking powder 1 sudu kecil dan minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati secara perlahan-lahan.\n3. Bila dah sebati, masukkan 2 cawan chocolate chip. Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu.\n4. Kalau rasa nak tambah badam nips ke almond flakes ke cornflakes ke or nestum ke tambah je ikut citarasa masing-masing.\n5. Adunan yang dah siap tu masukkan dalam fridge 30 minit. Pastikan adunan itu jadi keras sikit dari sebelum itu.\n6. Sapu tray dengan butter, cubit sikit letak jarak-jarak dalam tray supaya cookies tak melekat antara satu sama lain.\n\n7. Sebelum tu panaskan oven suhu 150\u2019 , guna api atas bawah dan kipas on. Bila oven dah panas bakar selama 20 minit. Tengok adunan tu betul-betul tak perlu tekan adunan bagi penyek, just cubit sikit letak je dalam tray.\n8. Masa keluar biskut ni lembut sikit tau, dah sejuk nanti baru crunchy. Boleh lah ngap!\n\nRaya kan sebulan, nak buat bila-bila pun boleh biskut ni. Seronok buat biskut ni ramai-ramai. Selamat mencuba!\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/coolblog-ada-air-baru-biscoff-cheese-mousse/", "title": "Viral Kat TikTok! Coolblog Ada Air Baru Murah & Sedap, Wajib Cuba Biscoff Cheese Mousse Ni!", "body": "\nSiapa yang dah lama tak minum Coolblog? Haa\u00a0sini min nak share, Coolblog ada keluarkan minuman baru yang ramai tak tahu iaitu edisi Biscoff Cheese Mousse.\u00a0\nMinuman ini sekarang tengah viral di TikTok sehingga orang ramai beratur panjang di Kiosk Coolblog. Hebat kan penangan\u00a0viral?\n\nPenggemar biscoff dan cheese mesti akan teringin nak cuba minuman baru ni. Edisi Biscoff Cheese Mousse mempunyai 3 perisa iaitu:\n\nChoctiramisu Biscoff Cheese\nLattecino Biscoff Cheese\nTriple Coffee Biscoff Cheese\n\n\nTunggu apa lagi? Jom serbu kiosk Coolblog berdekatan anda sekarang!\nBaca juga: Beli Ayam Goreng KFC Dapat Saiz Kecil? Jangan Risau, Ikut Saja Langkah Ini Untuk \u2018Tukar\u2019 Ayam Baru\n"} {"url": "https://myresipi.com/coolblog-perkenal-air-baru-bertema-love-coconut-ada-tiga-perisa-menarik/", "title": "COOLBLOG Perkenal Air Baru Bertema \u2018Love Coconut\u2019, Ada Tiga Perisa Menarik!", "body": "\nBagi yang menyukai rasa kelapa, jangan lepaskan peluang untuk menikmati minuman baharu COOLBLOG \u2013 \u201cLove COCONUT\u2019 dengan 3 perisa berbeza.\nSmoothie \u2018Love Coconut\u2019 ini boleh didapati dalam perisa vanilla, pandan dan keladi yang ditaburi kelapa parut panggang. Rasanya yang enak dan menyegarkan pasti menghilangkan dahaga dengan sekelip mata terutamanya dalam keadaan cuaca yang panas.\n\nPerisa Love Coconut Launch:\n\n\nCoco Loco \u2013 gabungan kelapa dan vanilla\nCoco Yammy \u2013 gabungan kelapa dan keladi\nCoco Delight \u2013 gabungan kelapa dan pandan\n\nPerisa minuman terbaharu ini dikeluarkan khas bagi penggemar kelapa. Perisa baru yang dikeluarkan oleh Coolblog ini menjadi salah satu minuman unik dan lain daripada yang lain.\nJadi, bagi pelanggan tetap Coolblog, anda wajib cuba minuman ini secepat yang mungkin ya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cottage-pie-dengan-sos-bolognese/", "title": "Cottage Pie Dengan Sos Bolognese Daging & Kentang Lenyek, Sedap Tau!", "body": "\n\nAda yang terasa nak try buat sendiri cottage pie kat rumah tak? Ha! Korang follow resipinya di sini.\nResipi cottage pie ni merupakan menu klasik orang British yang sangat sedap. Dibuat menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan juga kentang.\nSebenarnya nak buat menu ini boleh je nak pelbagaikan rasanya. Dibahagian atasnya pula akan di tabur dengan keju cheddar blok.\nBaca juga: Pie Tee Macam Di Chicken Rice Shop, Confirm Lagi Puas Makan!\nMemang sedap dan puas hati bila nak makan nanti. Kalau beli kat luar sebijik je cottage pie ni boleh tahan mahal juga. Lagi best kalau buat sendiri.\nAda tak yang first time nak buat cottage pie ni. Kalau ada, resepi yang di kongsikan oleh Nurha Muhammad ini. Tak sampai sehari share dah viral! Mesti ramai peminat menu ni. Ala-ala makanan mat salleh gitu!\nDua bahan kentang dan daging perlu di buat berasingan terlebih dahulu sebelum di masukkan kedalam bekas yang bersesuaian. Di mulakan dengan sos bolognese dan di ikuti dengan kentang lenyek.\nKemudian, boleh letak ceri dan cheese diatasnya. Barulah di bakar. Mudahkan!\nResipi Cottage Pie\n\nBahan untuk kentang lenyek:\n\n4 biji kentang Russet\n2 sudu besar mentega\n3 sudu besar susu penuh krim\n1/3 cawan keju cheddar blok (sagat)\nLada sulah & serbuk lada hitam secukupnya\n\nBahan untuk sos bolognese:\n\n2 sudu besar minyak zaitun\n1/2 biji bawang holland (dicincang dadu)\n400g daging kisar\n4 biji cendawan butang (dihiris nipis)\n1/2 tin tomato puri\n1 biji tomato (dipotong dadu)\nLada hitam kasar\nGaram, gula secukupnya\n1 sudu besar mixed herb/ italian seasoning\n1/2 cawan air\n\nCara membuatnya:\n1. Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.\n2. Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.\n3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland hingga keperangan.\n4. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.\n5. Masukkan cendawan butang. Kacau rata.\n6. Masukkan tomato, tomato puri dan air.\n7. Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.\n8. Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.\n9. Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.\n10. Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah & serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.\n11. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.\n12. Bakar selama 30 minit atau sehingga keperangan. Sedia untuk dihidang.\n\nSedap dimakan panas-panas. Kalau kat negara orang putih, cottage pie ni di kategorikan sebagai dessert bila hi tea.\nKalau kita orang Melayu ni mesti rasa cottage pie ni macam kuih kan. Tak kira apa pun kategori menu ni, yang penting sedap dan anak-anak pun suka.\nKalau anak-anak korang tak makan daging, korang boleh gantikkan daging tu kepada ayam.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/craving-taco-bell-kacang-je-buat-sendiri/", "title": "Craving Taco Bell? Kacang Je Buat Sendiri Dekat Rumah", "body": "\nTaco Bell secara rasminya dah mula dibuka pada 2 April 2021 di cawangan pertama di Cyberjaya.\nManakala cawangan kedua pula bakal dibuka di Bandar Sunway dan juga Cheras tapi masih lagi tidak diumumkan bilakah tarikh pembukaannya.\n\nBaca Juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Order Subway. Beserta Tips Pilih Roti, Isi, Sayur & Sos Yang Sedap\n\nBagi anda yang mengidamkan makanan Mexico ini, tentunya terasa jauh hendak ke Cyberjaya.\nJadi, min nak share sedikit resepi yang anda boleh buat dibuat. Jimat dan boleh dapat dalam kuantiti yang banyak.\n\nBahan-bahan:\nAyam potong dadu (isi je tau)\n3 sudu besar taco seasoning (kalau nak buat sendiri, resepi min ada sertakan di bawah)\n1 bawang kuning (cincang)\n1 cili benggala, dicincang (jalapeno jika ada)\n1 biji tomato (potong dadu)\n2 sudu teh minyak/mentega\nCara membuatnya:\n1. Masukkan minyak di dalam kuali di atas api sederhana, setelah panas, masukkan bawang. Masak bawang hingga menjadi lembut. Masukkan cili benggala/jalapeno dan masak lebih kurang 3 minit.\n2. Setelah itu, masukkan ayam dan masak hingga cecair di serap oleh ayam (masak sehingga kering). Masukkan taco seasoning. Masak lebih kurang seminit, angkat dan sedia untuk dimakan bersama tortilla. Anda boleh beli tortilla di pasaraya yang menjual makanan Mexico atau di pasaraya.\n\nCara Buat Taco Seasoning\nBahan-bahan:\n1 sudu besar serbuk cili\n1/4 sudu teh serbuk bawang putih\n1/4 sudu teh serbuk bawang merah\n1/4 sudu teh serbuk cili atau cayenne pepper\n1/4 sudu teh serbuk oregano\n1/2 sudu teh paprika\n1 1/2 sudu teh serbuk jintan putih\n1 sudu teh garam\n1 sudu teh serbuk lada hitam\np/s: Anda juga boleh guna daging ayam atau lembu yang tak cincang dan sapukan perasa taco di atas daging dan bakar dalam oven atau air fryer.\nRehatkan daging lebih kurang 15 minit sebelum dipotong dan dihidangkan.\nDaging taco boleh dimakan bersama salad, avocado, sour cream, bawang besar yang dipotong dadu, potongan tomato atau salsa, dan shredded cheese.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cream-puff-inti-whipping-cream/", "title": "Cream Puff Inti Whipping Cream Yang Gebu Dan Gemuk, Terliur Dibuatnya!", "body": "\nAda penggemar Cream Puff dekat sini? Jom buat guna resipi ini. Tapi inti popular selalunya kastard tapi kali ini guna cuba buat inti whipping cream. Memang sedap tau!\nPencuci mulut ini kebiasaannya boleh didapati di mana-mana kedai bakery ataupun cafe-cafe hipster. Ia juga mempunyai tekstur yang gebu dan gemuk.\nMeleleh air liur dibuatnya. Fuhh!\nBaca juga: Cara Buat Puff Sardin Ala Stesen Minyak Shell, Guna Pastri Segera Jer\nSelalunya, cream puff sangat sesuai dimakan waktu sejuk dan disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan keenakannya.\nBahan yang diperlukan juga sangat mudah diperolehi. Dengan menggunakan 4 bahan sahaja, anda dapat hasilkan cream puff yang sangat sedap. \nNak beli kat luar rasa tak berbaloi, apa kata buat secara homemade. Buat banyak mana pun boleh.\nResipi Cream Puff Inti Whipping Cream ini telah dikongsikan sendiri oleh Nadia Sukiman dan mendapat sehingga 1.1k shares dan 824 likes!\u00a0\nJom kita tengok cara membuatnya.\n\nRESIPI CREAM PUFF INTI WHIPPING CREAM\n\nPortion: 60 biji cream puff\nBahan-bahan Puff:\n110gram butter\n1 cawan air\n1/2 sdk garam\n2gram gula\n1 cawan tepung gandum\n4 biji telur Gred A\nBahan Inti:\n100gram non-dairy whipping cream\nPewarna hijau\n*Kacau hingga kenyal. Boleh letak pewarna makanan lain ikut selera masing-masing.\nCara membuatnya:\n1. Masukkan air+butter+gula+garam kacau sebati hingga mendidih.\n2. Perlahankan api masukkan tepung kacau sehingga tidak melekat. Tutup api.\u00a0\n3. Kacau sehingga adunan suam kemudian masukkan telur\u00a0 satu persatu hingga habis.\n4. Pipekan guna nozel 1M bakar dgn kepanasan suhu 180C selama 30 minit (bergantung pada oven masing-masing).\u00a0 Sebelum bakar renjis sedikit air pada permukaan puff.\n5. Sejukkan, potong atau gunting kulit puff dan masukkan inti kastard didalamnya dan ayakkan snow powder dibahagian atasnya.\n\n\nDah musim jamuan sekolah akhir tahun dan nak masuk cuti pula, mesti ibu-ibu dah buntu nak masak apa untuk kudapan anak-anak. Hampir setiap hari nak kena fikir. Masak benda yang sama nanti anak-anak pula bosan.\nSemoga resipi ini bermanfaat buat korang semua. Sekali cuba pasti nak lagi, ala-ala cream puff kat cafe hipster tau. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/creamy-cheesy-popia-carbonara/", "title": "Creamy Cheesy Popia Carbonara Homemade, Luar Rangup Inti Dalam Likat Padu!", "body": "\nKalau petang, tak tahu nak buat makanan apa boleh cuba buat popia carbonara. Bukan macam popia biasa, tapi inti dia yang creamy dengan cheese memang padu rasa dia!\nKalau sebelum ni, kita pernah makan popia biasa dengan spaghetti carbonara tapi kali ni boleh cuba ubah selera untuk try resepi combine yang viral ni.\nCreamy cheesy popia carbonara! Rasa yang sedap dan paling penting bahan yang digunakan pun senang nak dapat dekat pasaraya sebelah rumah.\nBaca juga: Mat Saleh Ini Jual Langos Di Bota, Makanan Tradisi Hungary, Ramai Kata Sedap!\nResipi yang Nasuha Saiful ni kongsikan di ruangan facebook beliau, betul- betul kita rasa tak sabar nak buat dan rasa sendiri kesedapannya!\n\nResipi Creamy Cheese Popia Carbonara\n\n\nBahan-bahan:\n\nSedikit butter atau marjerin\n1 tin sos carbonara prego atau brand apa-apa pun boleh\n6 batang sosej ( dipotong dadu )\nIsi ayam ( Boleh juga guna ayam cincang atau daging cincang )\n3 keping cheese ( kalau ada mozarella cheese pun boleh )\n2 sudu besar tepung gandum yg dibancuh dgn air\nSedikit susu segar ( kalau tak ada guna 2 sudu besar susu tepung fullcream nespray atau everyday\nSedikit serbuk lada hitam ajishio atau serbuk lada putih\nGaram dan serbuk perasa secukupnya\nOregano kering atau Parsley kering\n\nBahan kisar:\n\n\u00bd bawang holland\n3 ulas bawang putih\n\u00bd batang carrot\n\nCara buat inti:\n1. Blend bahan kisar sehingga hancur. Ni kita akan gunakan untuk pekatkan kuah nanti.\n2. Mula-mula, panaskan marjerin dan masukkan sosej yang dipotong dadu dan daging cincang. Gaul sampai masak sekata.\n3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi tumis sampai naik bau. Biarkan sampai kekuningan.\n4. Seterusnya, masukkan bancuhan tepung gandum, susu segar dan sos carbonara.\n5. Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk lada putih. Gaul sekata supaya bahan semua sebati.\n7. Masukkan cheese dan masak sehingga kuah menjadi pekat\n8. Akhir sekali, taburkan oregano dan parsley\n9. Biarkan sejuk sekejap sebelum kita nak balut dengan kulit popia\n10. Dah siap kuahnya atau ini popia carbonara ni. Sekarang jom kita balut menggunakan kulit popia.\nCara balut popia:\n1. Letakkan sedikit inti di bahagian tengah kulit popia.\n2. Gunakan kulit popia bersaiz kecil, jika guna yang bersaiz besar potong dulu ye.\n3. Lipat kulit popia kemas -kemas dan padat.\n4. Buat sampai habis bancuhan inti. Panaskan minyak, dah goreng dalam minyak yang panas.\n5. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam freezer. Bila nak makan, gorengkan je.\n\n\n\nFuyoo! Sedap betul kalau dapat makan creamy cheesy popia carbonara ni. Saya rasa klau makan panas-panas memang berebut ramai yang suka.\nSelain buat makan minum petang, resepi creamy cheesy popia carbonara macam ni, nak buat untuk kita berkelah ke, nak buat jualan pun boleh laku tau. Sebab cheesy ni ramai yang baru nak merasa. Boleh lah cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/cuba-minum-air-milo-buat-kali-pertama/", "title": "Cuba Minum Air Milo Buat Kali Pertama, Reaksi Wanita & Ibunya Dari Scotland Ini Raih Perhatian Netizen", "body": "\nSiapa sahaja yang tidak tahu air Milo yang sememangnya popular sejak dari dulu lagi dalam kalangan rakyat Malaysia bukan?\nRasa koko yang dicampurkan dengan susu, cukup bagus dibuat sebagai sarapan untuk memulakan haarian masing-masing.\nBaru-baru ini, tular satu video di laman TikTok mengenai seorang gadis yang berasal dari Scotland memperkenalkan air Milo kepada ibunya yang menetap di Malaysia.\nArtikel berkaitan: \u201cCairnya Oppa Cakap Melayu\u201d \u2013 Ramai \u2018Excited\u2019 Park Seo Jun Jadi Duta Milo\nDifahamkan, dia bersama ibunya popular dengan aktiviti menjelajah makanan dan minuman unik di negara kita ini dan memberikan pendapat mereka mengenai rasa dan persembahan makanan yang dijamah oleh mereka.\n\n\n @alanadunsmore\nMilo ais is a BIG thumbs up from mom \ud83d\ude0d\ud83e\udef6\ud83c\udffc\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #malaysia #malaysiantiktok #malaysiatiktok #fypmalaysia #kualalumpur #kl #fypkl #miloais #milo #mamakdrinks \n \u266c Monkeys Spinning Monkeys \u2013 Kevin MacLeod & Kevin The Monkey \n\n \nMenerusi video yang dimuat naik oleh @alanadunsmore, ibunya itu pertama kali mencuba air Milo itu dalam hidupnya.\nBagi ibunya, rasa air Milo itu seperti rasa air coklat milkshake akan tetapi dengan kepekatan yang kurang berbanding milkshake.\nDan bagi ibunya, dia lebih menyukai air Milo kerana rasanya yang sebati berbanding dengan coklat milkshake yang terlaku pekat di negara mereka.\nDengan air Milo Ais di Malaysia inilah yang membuatkan dia lebih menggemari minuman coklat yang selama ini tidak digemarinya.\n\u201cMak saya mencuba minum milo ais buat pertama kali. Katanya sedap dan memang padan dengan rasa tekaknya,\u201d terang Alana yang merupakan perakam video tersebut.\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat dia bersama ibunya serta memberikan pendapat masing-masing.\nMalah ada netizen yang memberikan idea untuk mereka mencuba versi milo ais Malaysia, iaitu Milo Tabur ataupun Neslo.\nAntara komen netizen:\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/cucur-badak-paling-mudah-dan-sedap-nak-frozenkan-pun-tiada-masalah/", "title": "Cucur Badak Paling Mudah Dan Sedap, Nak Frozenkan Pun Tiada Masalah", "body": "\nSedapnya petang-petang ni kalau makan Cucur Badak. Lama betul tak merasa kuih \u2018lejen\u2019 nih.\nNak buat banyak simpan untuk frozenkan pun boleh. Siapa je tak suka kuih ini.\nBentuknya yang bulat dan diintikan dengan serunding kelapa di dalamnya. Teksturnya pula lembut dan semestinya sedap dihidang panas-panas sambil hirup teh atau kopi.\nBaca juga: Rahsia Kejelitaan Kuih Cek Mek, Kuih Tak Buncit & Tak Keluar Air Gulanya Bila Digoreng\nPerkongsian resipi dari Noor Ain Umairahariz Baba telah memudahkan korang untuk mencuba di rumah.\nJom kita lihat resipinya di bawah.\nResipi Cucur Badak\n\n\nBahan-bahan:\n500 gm keledek oren\n180 gm tepung gandum\n1 tbsp butter\nSedikit garam\n\n\nBahan Inti:\n1 biji kelapa parut putih \n5 tangkai cili kering rebus\n5 biji bawang merah kecil\n2 ulas bawang putih\nSedikit Halia\n1 batang serai\nSemangkuk/ segenggam ikan bilis\nCara penyediaan inti:\n1. Kisar kesemua bahan kecuali kelapa. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi bersama kelapa, sedikit air asam jawa, garam, dan gula secukup rasa.\n2. Letak 2 atau 3 helai daun limau purut. Kacau dengan perlahan sehingga serunding kelapa ini kering.\nCara penyediaan cucur badak:\n1. Rebus keledek hingga empuk. Kemudian, lenyek ketika panas. Biarkan suam-suam baru tambah butter garam dan gaul sebati.\n2. Masuk tepung sedikit demi sedikit hingga sebati.\n3. Sapu sedikit minyak pada tangan bagi adunan tidak melekat.\n4. Timbang 40gm dan isi inti serunding didalamnya. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.\n5. Buat hingga habis adunan. Goreng hingga keemasan dengan minyak panas menggunakan api sederhana\n6. Siap untuk dihidang.\n\n\nDah boleh makan cucur badak dengan kopi atau teh panas!\nSelamat mencuba~\n"} {"url": "https://myresipi.com/cucur-crabstick/", "title": "Cucur Crabstick Guna 3 BAHAN Je, Anak Anak Mesti Berhantu Nak Makan!", "body": "\nJom buat cucur crabstick untuk anak-anak! Sesuai dimakan ketika minum petang atau sarapan. Rasanya seperti cucur ketam yang lazat dan tersangatlah mudah disediakan!\nTerdapat pelbagai jenis cucur yang sesuai dijadikan hidangan keluarga seperti gandum, jagung, udang, telur mahupun ikan bilis dan banyak lagi.\nNamun kali ini apa kata ibu-ibu cuba membuat cucur crabstick guna tiga bahan mudah ini. Rasanya seperti cucur ketam yang lazat dan tersangatlah mudah disediakan!\nIkuti perkongsian resipi ini dari Cik Puan Faez sangat menarik perhatian ramai. Ada yang mengatakan rasanya sangat sedap walaupun hanya guna tiga bahan.\nBaca juga: Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar\nMakan pula dengan sos cili Thai atau kuah kacang, fuhhh memang menjadi. Jom cuba!\n\nRESIPI CUCUR CRABSTICK\n\nBahan-bahan:\n\nTepung bestari + tepung gandum\nSebiji telur\nCrabstick\n\nCara penyediaan:\n1. Bancuh semua bahan sehingga pekat seperti aduanan cucur. \n2. Masukkan crabstick ke dalam adunan (celup seperti goreng pisang) dan goreng dengan api yang sederhana.\n3. Dah nampak emas keperangan, boleh angkat dan toskan minyak.\n4. Siap untuk dihidang!\n\n\nPetang-petang kalau dapat makan cucur yang lembut, gebu dan garing dekat luar memang sedap.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cucur Badak Paling Mudah Dan Sedap, Nak Frozenkan Pun Tiada Masalah\n"} {"url": "https://myresipi.com/cucur-kembung-gebu-dan-lemak-manis/", "title": "Cucur Kembang Gebu Dan Lemak Manis, Anak-anak Pun Suka!", "body": "\nOrang kita ni memang gemar dengan cucur. Termasuklah cucur kembang yang gebu dan sedap ini.\nApa saja jenis cucur atau cekodok pasti ada penggemarnya yang tersendiri. Sangat mudah dibuat dan pastinya tidak menggunakan bahan yang renyah.\nBahan utama dalam penyediaan cucur adalah tepung. Boleh dipelbagaikan rasanya ikut cita rasa masing-masing. Contohnya cucur bawang, cucur lemak manis, cucur sayur, cucur udang dan macam-macam lagi.\nBaca juga: Cucur Badak Paling Mudah Dan Sedap, Nak Frozenkan Pun Tiada Masalah\nKebiasaanya cucur akan dihidang waktu petang bersama minuman panas. Kalau duduk kampung, mak kita mesti buat cucur petang-petang.\nBila ada tetamu yang datang kerumah, cucur juga antara kuih muih yang biasanya dihidangkan.\nResepi cucur kembang ini telah dikongsikan oleh Umi Watie. Pelbagai resipi yang beliau kongsikan buat rakan-rakan Facebook.\n\nResipi Cucur Kembang\n\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung gandum\n5 sdb gula\n4 sdb susu manis\n3/4 cawan air\n2 sdb yis\nSecubit garam\nAir sejuk biasa\n\nCara penyediaan:\n1. Campurkan semua bahan dan kacau rata.\n2. Kacau menggunakan whisk. Perapkan dalam sejam. Tutup dengan tuala.\n3. Lepas perap elok menggebu, panaskan minyak. Basahkan tangan supaya mudah nak jemputkan adunan.\n4. Jemputkan dalam minyak yang panas. Guna tangan lagi mudah.\n5. Gorengkan sampai kekuningan kedua-dua bahagian.\n6. Dah elok masaknya, bolehlah diangkat. Siap untuk dihidang.\n\nCucur ni sedap sangat dimakan panas-panas. Nak layan sambil tengok citer Korea pun boleh.\nAdunan tepung yang sudah diperap seakan adunan donat. Tapi sedikit lembut dari doh donat.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/cucur-ketam-crispy-sedap-makan-panas-panas-cicah-sos/", "title": "Cucur Ketam Crispy Guna Bahan Mudah, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos!", "body": "\u00a0\n\nKadang-kadang bosan juga asyik buat cucur pisang atau cucur udang kan? Kali ini apa kata jom cuba buat cucur ketam crispy ni pula.\nBahan utama yang perlu ada adalah isi ketam atau crab stick.\u00a0Cicah dengan sos serius sedap! Makan panas-panas lagi\u00a0umphh.\nBahan-bahan lain yang digunakan juga mudah saja. Boleh jadi juadah minum petang sambil pekena teh\u2019o panas.\nBaca juga: Resipi Kuih Kaswi \u2018Legend\u2019, Harum Semerbak & Lembut Elok Bila Dimakan\nRESIPI CUCUR KETAM CRISPY\n\nBahan-bahan:\n\n500g tepung gandum\n250g/1 paket fillet ketam (dipotong lebih kurang 1inci)\n1 biji bawang besar (dihiris nipis)\n100g taugeh\n100g karrot (disagat)\n50g daun kucai\n2 cawan air\n1 1\u20442 tsp baking powder\nGaram\nGula\nSecukup rasa\nMinyak secukupnya\n\nCara-cara:\n1. Satukan kesemua bahan diatas dan kacau rata.\n\n2. Kemudian masukkan air dan kacau sehingga adunan sebati. Adunan mesti lah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau pekat boleh tambahkan air.\n3. Perapkan adunan sekejap lebih kurang 20 minit.\n\n4. Panaskan minyak. Gorengkan cucur sehingga keperangan dan masak dengan menggunakan api yang sederhana.\n\n\n5. Sedia untuk dihidang. Rangup diluar. Lembut di dalam.\n\nKredit: Cik Dayang Zulaikha\nBaca juga: \u00a0Cara Buat Cucur Jagung Untuk Minum Petang. Luar Rangup, Dalam Lembut!\nBaca juga: Tips Buat Roti Goreng Sardin Yang \u2018Rangup\u2019, Kena Perah Sedikit Asam Limau\n"} {"url": "https://myresipi.com/cucur-kucai-rangup/", "title": "Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Sekejap Je Dah Siap!", "body": "\nUntuk juadah minum petang, sedapnya kalau dapat makan cucur kucai\u00a0rangup di luar lembut di dalam.\nLagi-lagi bila di dapur ada banyak lagi sayur kucai, bolehlah masukkan daun kucai secukup. Jom kita buat cucur kucai dengan resipi mudah oleh\u00a0Umi Watie.\nBaca juga: Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar\nRESIPI CUCUR KUCAI RANGUP\nBahan-bahan:\n\n\u00bc cawan tepung gandum\n\u00be cawan air panas yang mendidih\n2 cawan tepung gandum\nDaun kucai secukupnya | dihiris\nUdang (ikut suka nak banyak mana)\nLobak merah | diparut\nBawang merah | dihiris\nGaram\n1 cawan air\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula kita buat bahan asas dulu. Bancuhan Tang Zhong kalau untuk buat roti tu. Nanti roti kita lembut tanpa bahan pelembut.\n\n2. Campurkan 1/4 cawan tepung gandum dan 3/4 cawan air panas menggelegak. Air panas tadi jangan masuk semua sekali. Tuangkan sedikit demi sedikit. Adunan akan jadi bergentel selepas dimasukkan air panas. Kiranya kita masak tepung gandum tu.\n\n3. Bila dah siap bahan asas, masukkan tepung gandum, daun kucai, udang, lobak merah ikut selera, bawang merah dan garam untuk perasa.\n\n4. Masukkan juga air biasa dalam 1 cawan.\n\n5. Gaulkan sehingga semuanya sebati, dah siap. Rehatkan sekejap selama 5 minit.\n\n6. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan.\n\nKredit: Umi Watie\nBaca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak\n"} {"url": "https://myresipi.com/cucur-manis/", "title": "Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar", "body": "\nLama tak buat cucur manis petang-petang ini. Comel je bila lepas angkat dari minyak sebab bulat-bulat elok gitu.\nViral tau resipi cucur ini. Sebab ramai kanak-kanak suka makan. Mesti berebut-rebut nak ngap dalam mulut.\nBukan itu saja, nak frozenkan pun tak ada masalah. Bila-bila nak makan, tinggal keluarkan je dari peti sejuk dan goreng!\nBaca juga: Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!\nOh ya, ada satu bahan rahsia yang mengekalkan cucur manis jadi bulat elok.\nYang bestnya, tak perlu basahkan tangan dengan air atau minyak sebab adunan juga tak melekat pada tangan.\nJom ikut perkongsian resipi viral dari Reha Rahma yang mendapat 4.6k tanda suka, 471 komen serta 5.2k perkongsian di Facebook.\n\nRESIPI CUCUR MANIS\nUntuk buat cucur manis itu rangup di luar dan manis di dalam, tambahkan sedikit serbuk soda. Jom tengok bahan-bahan di bawah untuk sukatan adunan.\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung gandum\n5 sdb gula\n1 sdk garam\n1 sdk soda bikarbonat\n2 cawan air panas\n\nCara penyediaan:\n1. Gaul sebati ke semua bahan di atas.\n2. Tunggu adunan menjadi suam dan boleh bulat-bulatkan ia. Saya guna tangan, jadi basahkan sedikit tangan guna air supaya adunan tak melekat.\n3. Buka api sederhana. Jika tidak, cucur akan jadi hancur.\n4. Apabila minyak sudah panas, goreng hingga garing.\n5. Siap untuk dihidang.\n\nRingkas, mudah dan sedap! Waktu petang makan panas-panas memang syok sangat.\nSambil-sambil hirup kopi atau teh baru layan. Semoga bermanfaat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/daging-goreng-ala-thai/", "title": "Daging Goreng Ala Thai, Campak-campak dalam Kuali Terus Siap!", "body": "\nMalas nak masak renyah-renyah? Apa kata cuba masak Daging Goreng Ala Thai yang simple dan sedap ini.\nTinggal campak semua bahan dalam kuali terus siap! Makan dengan nasi putih pana-panas pun dah cukup.\nBahan memasak pun semua dah ada di dapur, tinggal beli daging je. Hidangan ini boleh dimasak bila-bila masa je.\nArtikel berkaitan: Ini 9 Bahagian Lembu Yang Korang Perlu Tahu Dan Cara Memasak\nKalau nak tambah kick pedas, boleh campur sedikit cili padi. Ikut cita rasa masing-masing. Kita boleh adjust nak pedas atau pun tak. Tapi kalau nak bagi anak-anak makan, blackpapper yang ada tu dah cukup. Tak perlu letak cili lagi.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Mad Pi ini. Nak follow beliau guna daging bahagian topside pun boleh. Hiris nipis-nipis kalau nak daging lembut masa di makan nanti. Boleh juga kalau nak rebus dulu.\nResipi Daging Goreng Ala Thai\n\n\n1/2kg daging (hiris nipis)\nBersihkan,toskan air, masukkan dalam kuali dan rebus sehingga lembut. Kemudian ketepikan.\nBahan A:\n\n3 ulas bawang putih (cincang halus)\n4 biji bawang merah (hiris nipis)\n1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk halus)\n1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)\n\nBahan B:\n\n2 sudu besar sos ikan\n3 sudu besar kicap manis\n2 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar serbuk cili (boleh tmbah jika nak pedas)\n\nBahan C:\n\nGula dan garam secukup rasa\n1 sudu besar lime jus atau air limau nipis\n1 sudu besar beras ( di sangai atau goreng tanpa minyak dan di tumbuk halus)\n1 biji bawang besar (hiris halus )\nDaun ketumbar di hiris\n\nCara memasak:\n\nPanas kan minyak. Tumis bahan-bahan A sehingga naik bau.\nMasukkan daging yang dah siap rebus tadi.\nMasukkan bahan-bahan B dan gaul sebati.\nAkhir sekali masukkan bahan-bahan C.\n\nDah boleh hidang dan selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/daging-jeruk/", "title": "Daging Jeruk Cara MUDAH, Hilang Diet Bila Masak Lauk Ini", "body": "\nDaging jeruk goreng tentunya membuka selera dan untuk menikmatinya tak perlu masak terlalu lama. Anda hanya perlu panaskan sedikit minyak dan goreng daging bersama hirisan bawang serta cili.\u00a0\nSebelum itu, mesti anda pernah dengar dan makan daging pekasam, kan? Kalau nak tahu,\u00a0daging pekasam dan daging jeruk adalah dua masakan yang berbeza.\u00a0\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\nKesedapannya pula atas selera masing-masing. Ada yang kata daging jeruk lebih sedap berbanding daging pekasam dan sebaliknya. Tapi kalau nak tahu mana yang lebih sedap, jom cuba buat.\u00a0\nKeenakan dan haruman bau hidangan ini memang membuka selera. Jom cuba resipi mudah perkongsian Cik Puan Fatimah Hashim ini. Sangat berbaloi.\n\nCARA BUAT DAGING JERUK\n\nBahan-bahan:\n\n500g daging potong nipis (basuh bersih toskn keringkan air)\n20-30 biji limau kasturi @ lemon\nGaram kasar/halus\n\nCara penyediaan:\n1. Letak daging dalam bekas kedap udara susun tabur garam.\n2. Akhir sekali, letak kulit limau atas daging. Tutup.\n3. Letak dalam peti ais bahagian bawah/chiller\n4. Ia tahan lama, jadi tak perlu simpan kat peti sejuk beku.\n\nCara menggoreng:\n1. Goreng dlm minyak yang sedikit.\n2. Bila daging dah masak, letak hirisan bawang besar/holland&hirisan cili padi atau cili merah besar dan kacang panjang.\n3. Taburkan garam dan gaul sebati. Siap!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga:\u00a0 Daging Goreng Ala Thai, Campak-campak dalam Kuali Terus Siap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/daging-masak-asam/", "title": "Daging Masak Asam Cara Mudah, Guna BAHAN Ini Untuk Bagi Sedap", "body": "\nJom cuba masak Daging Masak Asam ini. Bagi penggemar masak asam, memang kena cuba merasa hidangan yang sedap ini.\nBaca juga: Daging Jeruk Cara MUDAH, Hilang Diet Bila Masak Lauk Ini\nSelain rasanya yang masam dan pedas, ia sedap dimakan bersama nasi panas-panas. Nak pula nikmatinya bersama sambal belacan mangga muda, pastinya akan bertambah-tambah nasi dibuatnya.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Min Meena Manjalara dari Facebook. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara masakan.\n\nRESIPI DAGING MASAK ASAM\n\nBahan-bahan:\n\n500g daging \u2013 hiris kecil\nBawang merah \u2013 kisar halus\nCili merah 3 tangkai \u2013 kisar halus\nBawang putih \u2013 kisar halus\nHalia \u2013 kisar halus\nKunyit \u2013 kisar halus\n3 sudu besar Kicap lemak manis\n1 sudu besar cuka hitam atau asam jawa\nGaram\nAir secukupnya\nBawang besar potong empat\nDaun bawang \u2013 untuk hiasan\n\nCara memasak:\n1. Tumis bahan bertanda hingga naik bau. \n2. Masukkan daging, kicap, cuka atau asam jawa dan air. \n3. Tutup dgn penutup hingga daging empuk. Lebih kurang 20minit, daging akan empuk elok. \n4. Kalau kering boleh tambah air lagi. \n5. Masukkan perasa dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan tabur dengan daun bawang.\u00a0\n6. Sedia untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba resipi Daging Masak Asam ini.\nBaca juga: Sambal Tumis Daging, MUDAH Dan Sedap Ikut Cara Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/daging-masak-kicap-ala-cina/", "title": "Daging Masak Kicap Ala Cina, Sedap Tau Makan Dengan Nasi Panas Panas!", "body": "\nDaging Masak Kicap Ala Cina, Sedap Tau Makan Dengan Nasi Panas Panas!\nResipi macam ni simple je sebenarnya nak buat dan semua orang wajib cuba rasa. Sebab rasa dia serius sedap. Cukup rasa rempah dan rencahnya.\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\nAda yang follow resipi ni untuk buat lauk masakan kenduri, ada yang buat untuk makan bersama keluarga je dan ada juga yang buat salah satu dalam jualan mereka. Yang penting, memang ramai yang suka.\nTengok resipi yang dikongsikan oleh Encik Wan LuQman ini nampak mudah dan senang je nak follow. Jom lihat bahan-bahan yang digunakan.\u00a0\n\nRESIPI DAGING MASAK KICAP ALA CINA\n\nBahan-bahan:\n\n500g daging \u2013 hiris lawan urat\n2 inci halia \u2013 hiris\n2 ulas bawang putih \u2013 dititik\n1 bawang merah \u2013 belah empat\n1 cili benggala \u2013 potong kecil\n3 cili kering \u2013 potong kecil\n3 sudu besar kicap cair\n3 sudu besar kicap karamel\n3 sudu kicap pekat\n1 sudu cecair stok ayam\nSecubit lada hitam kasar\nMinyak masak secukupnya\n\nCara memasaknya:\n1. Dengan api yang besar, tumis bawang putih dan hirisan halia. Kemudian masukkan daging, kacau hingga daging masak sedikit.\n2. Masukkan kicap cair. Lebih kurang 2-3sudu besar. Kicap karamel pun lebih kurang macam kicap cair. Cuma untuk coloring dan rasa lemak sahaja.\n3. Kemudian, masukkan juga kicap manis, stok ayam dan segala bahan yang dipotong tadi. Gaul sebati.\n\n4. Lepas gaul, masukkan secubit lada hitam kasar. Hiris cili kering. Bertujuan untuk rasa sedikit pedas. Pedas lada hitam dan cili kering adalah berbeza. Lada hitam itu untuk heat.\n5. Bila kuah dah nak memekat dan kering. Boleh tutup api dan letak dalam pinggan lauk.\n6. Sedia untuk dihidang.\u00a0\n\n\nKalau dah siap masakan daging kicap ala cina ini, makan dengan nasi panas je pun dah cukup untuk buat kita bertambah nasi!\nNak makan lauk daging kicap ni, dengan nasi putih boleh, nasi berperisa boleh, dengan pulut atau ketupat palas pun marvellous!\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Nasi Daging Adabi, Resipi Ekspres Jimat Masa, Lebih 5.1K Perkongsian\n"} {"url": "https://myresipi.com/daging-masak-kicap-pedas/", "title": "Daging Masak Kicap Pedas Cara SIMPLE, Memang Sedap Makan Bersama Keluarga", "body": "\nPernah tak rasa masakan daging masak kicap pedas? Berbeza dengan masak kicap biasa, hidangan ini ditambah dengan bahan rempah yang membuatkannya lagi sedap terutama bila dinikmati bersama nasi minyak, nasi arab atau nasi putih.\u00a0\nResipi ini memang ringkas sebab rasa lauknya memang sedap kerana cukup rasa rempah.\u00a0\nBaca juga: Cairkan Daging Beku Cara BETUL, Elak Risiko Keracunan Makanan\nAda yang ikut resipi ini untuk buat lauk masakan kenduri, ada yang buat untuk makan bersama keluarga dan tak kurang juga yang masak lauk ini untuk jualan setiap hari. Yang pasti ramai suka!\u00a0\nTengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad ini nampak mudah dan senang saja nak ikut.\u00a0\n\nRESIPI DAGING MASAK KICAP PEDAS\n\nBahan-bahan:\n\n1kg daging batang pinang\u00a0\n2 biji bawang merah besar\n5 ulas bawang putih\n2 senduk cili kisar\n1 biji bawang holland\nDaun limau purut\nBunga lawang/kayu manis/buah pelaga\nKicap manis\nSos cili\n1 batang serai \u2013 diketuk\n1 tangkai cili merah \u2013 potong serong untuk buat hiasan\n\nCara memasak:\n1. Tumis bawang kisar sampai garing dan kekuningan.\n2. Masukkan cili kisar,tumis sampai pecah minyak.\n3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga.\u00a0\n4. Masukkan daging batang pinang,serai, daun limau purut . Gaul rata sampai mendidih.\n5. Masukkan kicap, sos cili dan biarkan sekejap. Bila dah peka,\u00a0 tambah lagi air sedikit demi sedikit, tambah lagi kicap.\n6. Daging batang pinang ini cepat lembut, jadi tak perlu direbus dulu. Bila dah mendidih, masukkan bawang holland, cili merah hiris, cili padi. Gaul rata, masak sampai dia jadi agak pekat. Dah siap masak, boleh tutup api.\n7. Sedia untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba resipi Daging Masak Kicap Pedas ini.\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\n"} {"url": "https://myresipi.com/daging-masak-rempah/", "title": "Cara Buat Daging Masak Rempah Wangi Beraroma, Rugi Tak Cuba", "body": "\nJom cuba resipi daging masak rempah pula. Kalau lauk daging ni, buat masak apa pun sedap. Dari gulai, sampailah ke masak kicap, masak merah dan masak lauk kenduri.\nSedap dan wangi beraroma. Tak kira makan dengan nasi, lemang, nasi himpit semuanya sedap dan menyelerakan.\nBila masak berempah ni bak kata orang tu jangan kedekut minyak. Kena tumis sampai pecah minyak dan naik cantik kuahnya. Dari kuah itulah datangnya perisa. Bahan-bahannya simple dan tak perlukan banyak pun.\nBaca juga: Cara Buat Daging Masak Merah Ala Thai, Guna 3 Sos Ini\nApa yang buatkan menarik resipi ni ialah dagingnya bukanlah direbus. Tapi dikecutkan dengan bahan kisar dan rempah sampai kecut. Kiranya tumis berulang kali sampai lembut. Air daging tu akan membantu menaikkan lagi rasa. Serius sedap.\nResipi ni dikongsikan oleh Masni Bahari. Lauk simple tapi tengok rupanya cukup menyelerakan dan nampak mewah. Sesuai buat hidangan dengan nasi berperisa juga seperti nasi briyani dan nasi minyak.\nKalau dapat lauk ni terhidang atas meja, memang tak pandang lauk lain lagi dah. Manakan mungkin nak campur lauk lain kan.\n\nResipi Daging Masak Rempah\n\n\nBahan-bahan:\n\nDaging (dipotong tebal sikit dan lebar)\nRempah kari daging\nSerai (diketuk)\n4 sekawan\nDaun kari\nKicap\nAir asam jawa\nGaram dan serbuk perasa\nGula\nMinyak menumis\n\nBahan Kisar:\n\nBawang putih\nBawang besar\nHalia\n\nBahan Hiasan:\n\nTomato (dibelah 4)\nCili hijau\nBawang besar (dihiris tebal)\n\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.\n2. Masukkan daging, bahan kisar, rempah daging, serai, daun kari dan 4 sekawan. Masukkan air sikit dan tumis.\n3. Masak sampai daging empuk. Kalau daging tak empuk lagi, masukkan lagi sikit air dan terus tumis lagi sampai empuk.\n4. Selepas dah empuk, baru masukkan kicap, air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula secukupnya.\n5. Reneh sampai kuah pekat.\n6. Dah naik minyak cantik, masukkan bahan hiasan.\n7. Kacau sebati, dah siap.\n8. Boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.\n\nResipi ni tak pedas. Hanya rasa bahang-bahang rempah je, itupun tak kuat. Biasanya kalau nak pedas, masukkan cili besar sebagai hiasan. Bila terasa nak pedas, masa makan boleh gigit. Itu yang orang selalu buat.\nKalau rancang nak masak nasi berperisa, bolehlah buat resipi daging masak rempah ni sebagai salah satu lauk hidangan. Jangan lupa mencubanya.\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/daging-masak-ungkep/", "title": "Daging Masak Ungkep, Masakan Jawa Yang Sedap Rasa Berempah", "body": "\nDaging Masak Ungkep mungkin asing bagi segelintir orang kita tetapi begitu popular dalam kalangan masyarakat Jawa. Rasanya cukup menarik dan boleh diratah begitu saja.\nJuadah daging ungkep dimasak dengan rempah ratus yang menjadikan hidangan lebih menyelerakan.\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\nCara memasaknya ringkas dan cepat, hanya seperti membuat daging goreng biasa.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurasykin Ali dari laman Facebook yang nampak menarik untuk dicuba.\n\nRESIPI DAGING MASAK UNGKEP\nKalau nak tahu, menu daging ungkep ini ibu dalam pantang pun boleh makan tau. Disebabkan hidangan ini sedikit berminyak, jadi pastikan dah 2 ke 3 minggu berpantang baru boleh makan.\n\nBahan-bahan:\n\nDaging yang dah direbus\n2 biji bawang besar*\n3 biji bawang putih*\n1 batang serai\n2 sudu ketumbar* ( dah direndam )\nSedikit halia*\nSedikit kunyit*\nSedikit air rebusan daging*\nSedikit air asam jawa\n\nCara memasak:\n1. Blender yang bertanda * dan tinggalkan serai, sebiji bawang besar dan air asam jawa. Panaskan minyak dan masukkan serai. Kemudian masukkan bahan yang di blend tadi.\n2. Tumis hingga sedikit kering dan masukkan daging.\n3. Dah nampak kering tu kan, masukkan air asam jawa.\n4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.\n5. Masak lagi sampai betul-betul kering. Lepas tu, hiris nipis sebiji bawang besar yang tinggal tadi. Kemudian taburkan atas dia. Siap masak.\n6. Sedia untuk dihidang.\n\n\nIbu berpantang tak ada lah buntu nak masak apa kan lepas ni. Tapi ingat pesan Kak Ekin tadi tau. Pastikan selepas minggu ke 2 atau ke 3 baru boleh makan lauk macam ni.\nOkey, selamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Daging Jeruk Cara MUDAH, Hilang Diet Bila Masak Lauk Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/daging-taugeh-ikut-resipi-angah/", "title": "Daging Taugeh Ikut Resipi Angah, Kecur Air Liur Dibuatnya!", "body": "\nPernah cuba hidangan Daging Taugeh? Kalau belum, jom ikuti resipi dari perkongsian TikTok Angah ini.\nSetiap hidangan baik tengah hari atau malam, wajib ada masakan sayur tau.\nTak kiralah sayur apa, dan buat masakan apa pun tak kisah. Sebab yang pentingnya ada!\nBaca juga: Resipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop, Mudah Dan Sedap\nSelalunya lauk sayur yang biasa kita buat adalah goreng sayur campur, kalian ikan masin, kangkung goreng belacan, atau sup sayur. Satu lagi masakan yang wajib kita guna adalah taugeh!\nBanyak masakan kita boleh buat dengan menggunakan taugeh ni. Yang seronoknya, taugeh ni memang ramai yang suka. Bila kita masak, habis licin dimakannya memang puas hati betul lah rasa.\nJom kita cuba resipi taugeh yang ini.\nResipi Daging Taugeh Cara Angah\nBahan-bahan:\n\n500gram daging \u2013 potong nipis*\nTepung Jagung*\nLada Sulah*\nSos Tiram*\nHalia\nBawang Putih\nCili merah\nJeruk Cili\nKicap Manis\nTauge jenis Pea Sprout\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula campurkan kesemua bahan bertanda * dan goreng hingga separuh masak dan ketepikan.\n2. Kemudian, tumiskan halia, bawang putih, jeruk cili dan cili merah hingga naik bau.\n3. Bila dah naik bau, masukkan daging yang dah masak tadi dan gaul kasi rata.\n4. Masukkan sos tiram, kicap manis untuk perasakan hidangan ini.\n5. Akhir sekali, baru masukkan taugeh jenis pea sprout dan kacau rata dalam 2 minit sahaja. tauge jenis ini cepat masak.\nSiap untuk dihidang.\nBoleh tengok tutorial TikTok Angah di bawah:\n\n\n @angahchef\nJahat Menu Ni\ud83d\udd25\ud83d\udd25\ud83d\ude01 #fyp #fyp\u30b7 #fypage #fyp\u30b7\u309aviral #fypp #fyppppppppppppppppppppppp \n \u266c DJ Money Tiktok Reborn Maya FYZ Viral Lofi \u2013 Cristeron \n\n \n\nFuhh! memang jahat sangat menu ni sampai min pun terliur nak makan sekali.\nDengan nasi panas, suap pula pakai chopstick, feeling makan depan k-drama, memang lentok habis lauk ini. Selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/dah-bosan-asyik-makan-kari-ayam-je-nah-cuba-resipi-kari-ikan-tongkol-pula-confirm-sedap/", "title": "Dah Bosan Asyik Makan Kari Ayam Je? Nah, Cuba Resipi Kari Ikan Tongkol Pula, Confirm Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-28 04:46:37\n\n\nDah masak tengah hari ke belum tu? Untuk yang suka makan kari tu boleh cuba resepi enak yang dikongsikan oleh Farah Syuhada di laman Facebooknya.\nBahan-bahanya :\n\u25cf 1 ekor ikan tongkol \u2013 bersihkan dan dipotong-potong.\n\nKredit: Farah Syuhada\n\u25cf 5 biji bendi \u2013 dipotong pangkal dan hujung\n\u25cf 1 biji terung bulat \u2013 potong baji\n\u25cf 1 biji tomato \u2013 potong baji\n\u25cf 2 biji bawang merah \u2013 tumbuk\n\u25cf 1 ulas bawang putih \u2013 tumbuk\n\u25cf 1 cm halia \u2013 tumbuk\n\nKredit: Farah Syuhada\n\u25cf 2 sudu makan cili giling\n\u25cf 1 paket kecil serbuk kari\n\u25cf 1/2 cawan air asam jawa\n\u25cf 1 cawan air\n\u25cf 2 cawan santan pekat\n\u25cf minyak secukupnya\n\u25cf gula dan garam secukup rasa\n\u25cf sedikit daun kari\n\u00a0\nCara memasaknya :\n1. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan-bahan\u00a0sampai garing.\n2. Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih.\n3. Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.\n\nKredit: Farah Syuhada\n\u00a0\nSelamat mencuba!!\u00a0\n\u00a0\nKredit: Farah Syuhada\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/dah-bosan-dengan-menu-dinner-yang-sama-ini-resipi-sup-bebola-inti-ayam-memang-sedap/", "title": "Dah Bosan Dengan Menu\u2019 \u2018Dinner\u2019 Yang Sama? Ini Resipi Sup Bebola Inti Ayam. Memang Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-05 13:05:08\n\n\nBagi yang sudah kebosanan dengan menu yang sama untuk makan malam, apa kata korang cuba pula Sup Bebola Inti ayam ini. Penyediaannya pun sangat mudah, sedap pula tu! Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli menerusi Facebook.\n\nKredit: Zurina Zulkefli\nBahan inti:\n\n2 ketul ayam saiz potongan sup (dicincang)\nSeparuh lobak merah (dipotong dadu)\n2 tangkai daun bawang (dipotong halus)\n1 sudu teh serbuk lada sulah\nBoleh tambah cendawan butang\n\nBahan tepung:\n\n1 cawan tepung pulut\n2 sudu besar tepung gandum\nSecubit garam\n\nCara-caranya:\n\nSatukan semua bahan inti dan gaul sehingga sebati. Biarkan seketika.\n \nKredit: Zurina Zulkefli\n\u00a0\nUntuk membuat doh, satukan kesemua bahan tepung dan tuangkan sedikit air. Uli sehingga menjadi doh.\n\u00a0\nSetelah siap kedua-duanya, letakkan sesudu kecil inti ayam ke atas doh tepung dan bulatkan menjadi bebola seperti dalam gambar.\n \nKredit: Zurina Zulkefli\n\u00a0\nSelepas itu, rebus bebola di dalam air yg sedang mendidih dan biarkan sehingga ia timbul. Ini menandakan bebola tepung pulut sudah masak luar dan dalam.\n \u00a0\nKemudian, perisakan sup dengan perencah samada kiub ayam atau ikan bilis dan titiskan minyak bijan/ minyak bawang putih ke atas sup.\n \nKredit: Zurina Zulkefli\n\u00a0\nSiap untuk dihidang! Korang boleh juga makan bebola ni dengan chili oil untuk rasa pedas.\n \nKredit: Zurina Zulkefli\n\u00a0\n\nBahan-bahan Chili Oil:\n\nMinyak masak/minyak sayuran\nDua sudu besar chili flakes, cili yg dikisar kasar (bukan chili powder)\nTiga ulas bawang putih yg dicincang\nGaram secukupnya\n\nCara-caranya:\n\nCampurkan bawang putih bersama chili flakes dan kemudian taburkan dua cubit garam.\nSelepas itu, panaskan minyak masak di atas kuali sehingga pecah minyak dan tuangkan minyak panas tersebut ke atas campuran bawang tadi.\n\nSiap! Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/dah-jemu-makan-roti-kosong-jom-cuba-resepi-cucur-roti-gardenia-rangup-di-luar-tapi-lembut-di-dalam/", "title": "Dah Jemu Makan Roti Kosong? Jom Cuba Resepi Cucur Roti Gardenia, Rangup Di Luar Tapi Lembut Di Dalam", "body": "\nMusim pandemik ini mesti korang rajin beli roti kan? Memang cepat je lah habis roti dekat kedai-kedai runcit itu. Bila dah banyak beli roti, mesti lah nanti rasa jemu pulak nak makan roti macam itu sahaja. Kalau dibiarkan lama nanti roti itu boleh berkulat pula nanti korang sendiri yang rugi.\nKalau korang ada banyak lebihan roti di rumah, korang boleh cuba resepi ini. Sedap tak terkata, di luarnya memang rangup dan sangat lembut di bahagian dalam. Kalau tak ada idea nak makan apa minum petang hari ini, jom cuba resepi cucur roti ini.\nBahan-bahan\n\n5 keping roti\n2 cawan tepung gandum\n1 biji bawang besar dihiris\nDaun bawang, cili merah, kucai, lobak merah dihiris halus\nTaugeh\nUdang / ikan bilis / isi ayam / sosej\nGaram dan Maggi cukup rasa secukupnya\nSerbuk kunyit sedikit\n\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nLetak semua bahan kecuali air di dalam mangkuk kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkannya sehingga menjadi adunan yang pekat seperti di dalam gambar.\n\n\n2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan. Goreng sehingga garing dan toskan. Sedia dinikmati.\n\nSumber: Noriza Jaja\n"} {"url": "https://myresipi.com/dalca-ayam-dan-sayuran/", "title": "Dalca Ayam Dan Sayuran Cara MUDAH, Masakan India Kegemaran Ramai", "body": "\nAda penggemar masakan India iaitu Dalca Ayam Dan Sayuran? Mari kita cuba resipi yang mudah dan sedap ini.\u00a0\nIa juga dihidang dengan campuran sayuran seperti terung, tomato dan juga kacang panjang. Dalca memang sangat sesuai dihidang bersama nasi bukhari, nasi beriani ataupun nasi minyak.\nBaca juga: Nasi Bukhari Dan Kuah Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk Jamu Orang Datang Beraya\nBiasanya, bila pergi kenduri kendara, mesti lauk ini ada dihidangkan bersama 3 jenis nasi yang disebut tadi. Kalau di India, dalca biasanya akan digabung dengan nasi yang dipanggil sebagai Bagara Khana.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Hana A Razak yang mudah dan sedap ini. Kalau tak nak makan dengan nasi pun tak apa, boleh cicah dengan roti kosong atau roti telur macam kat kedai mamak tu. Fuhh padu!\n\nRESIPI DALCA AYAM DAN SAYURAN\n\nBahan-bahan:\n\n3 biji bawang merah\n2 biji bawang putih\n1/2 inci halia\n2-3 biji bunga lawang\n1 batang kulit kayu manis\n1/2 peket serbuk kari ayam daging\nAsam keping\nAyam\nKacang panjang\nTerung\nCarrot\nGaram\nSantan\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan halia yang dihiris. Masukkan sekali bunga lawang dan juga kulit kayu manis.\n2. Masukkan rempah kari. Bancuh siap dengan sedikit air dulu, buat macam pes. Terus masukkan air semangkuk guna mangkuk yang sama buat pes tadi.\n3. Tutupkan periuk, biarkan pes tu betul-betul masak sampai naik minyak. Kacau selalu supaya tak hangit dekat bahagian bawah.\n4. Masukkan ayam. Nak bagi rasa lagi sedap masukkan juga sedikit ayam bahagian tulang. Biarkan air ayam keluar sekejap.\n5. Bila air ayam dah keluar, masukkan air dan santan. Boleh agaklah santan tu nak pekat atau cair.\n6. Kemudian, masukkan pula asam keping dalam 2 keping macam tu. Basuh dulu tau asam keping tu. Dah mendidih boleh masukkan sayuran. Masukkan terung dulu. Nak potong macam mana pun terung tu tak kisah.\n7. Seterusnya, masukkan carrot. Bila terung dan carrot dah hampir lembut, masukkan sayur kacang panjang.\n8. Perasakan dengan garam secukupnya. Bila dah nampak sayur kacang berubah warna, dah boleh tutup api. Siap!\n\nSelamat mencuba resipi Dalca Ayam dan Sayuran ini.\nBaca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/dapur-tempur-cabaran-telur/", "title": "Peserta Dapur Tempur Terkejut Cabaran Masak Telur, Nampak Senang Tapi Awal-Awal Juri Dah Bagi \u2018Warning\u2019", "body": "\nCabaran minggu keempat menyaksikan para peserta Dapur Tempur perlu menyediakan hidangan berasaskan telur dan hidangan #PedasBerapiNona. Harap-harap dua cabaran ini dapat menambat hati Sheila Rusly dan Chef Adu Amran!\nBoleh dikatakan, telur adalah makanan harian yang akan diambil oleh kebanyakan individu di seluruh dunia selain daging ayam itu sendiri.\u00a0\nBukan mudah untuk masak hidangan telur \u2013 Chef Adu\n\nMenurut juri tetap Dapur Tempur, Chef Adu Amran mengatakan cabaran ini nampak senang tapi sebenarnya agak \u2018tricky\u2019 jika dikira dari sudut suhu api, berapa lama untuk memasak dan juga cara persembahan telur itu sendiri.\n\u201cBila penonton fikir cabaran telur ini mudah, sebenarnya tidak. Cabaran telur ini adalah cabaran paling susah sekali dalam ke semua rancangan pertandingan memasak yang saya pernah terlibat.\n\u201cKalau bekerja di hotel, Chef pasti akan menyuruh kita memasak telur dahulu untuk tahu \u2018benchmark\u2019 seseorang tukang masak itu,\u201d kata Chef Adu Amran dalam Dapur Tempur minggu ini.\u00a0\nSeperti biasa, antara kriteria yang dicari oleh para juri adalah kreatIviti persembahan juadah, teknik memasak dan juga rasa hidangan itu sendiri.\nMinggu lepas dalam Dapur Tempur, pasangan suami isteri, Selerak Selegho, telah tersingkir dan tidak dapat mengekalkan kedudukan mereka untuk ke peringkat seterusnya.\nPenyingkiran pertama ini dapat dilihat beberapa keluarga yang lain mula \u2018panas\u2019 dalam pertandingan Dapur Tempur ini.\nArtikel berkaitan: Peserta Dapur Tempur Terkedu, Tiba-Tiba Kena Paksa Rela Tukar \u2018Bakul Bahan Masak\u2019 Dengan Meja Sebelah\nArtikel berkaitan: Episod Kedua Makin Panas! Kali Ni Peserta Dapur Tempur Terhidang Bekas \u2018Kotor\u2019 Dekat Juri?\nSiapakah di antara mereka yang akan menjadi juara mingguan dan akan berentap ke minggu seterusnya?\nEmpat pasangan Dapur Tempur yang akan berentap pada minggu keempat ini adalah;\n1. AA \u2013 pasangan biras (Mariani & Ayu)\n2. Seketul Rasa \u2013 kakak dan adik (Shima & Hanis)\n3. Zest \u2013 abang dan adik (Haiza & Hafzy)\n4. Masam Manis \u2013 suami isteri (Muiz & Arieni)\nSelebriti dengan lagu popularnya Sumpah, Naim Daniel telah dijemput sebagai juri jemputan untuk minggu ini dan menilai masakan ke semua pasangan Dapur Tempur.\nJangan lupa untuk tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.\n\nJuara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.\nPemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.\n#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy\n"} {"url": "https://myresipi.com/dapur-tempur-program-lawan-masak-terbaru-di-tv9/", "title": "Dapur Tempur, Program Lawan Masak Terbaru Di TV9!", "body": "\nDapur Tempur, sebuah program realiti masakan terbaharu di TV9 ini telah membawakan 8 pasangan keluarga yang minat memasak untuk berentap menjadi juara.\nBagi anda yang sudah lama tertunggu program realiti masakan, boleh tonton rancangan Dapur Tempur yang bakal bersiaran bermula 3 November 2022 ini, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9.\nProgram yang bersiaran sebanyak 8 episod ini juga boleh ditonton melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.\nBaca juga: OHSEM ADS 2022 Sasar Untuk Bantu 3,000 Pengusaha SME\nMenurut Pengurus Besar Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Puan Khairunnisa Kamarulzaman, program Dapur Tempur adalah program realiti masakan pertama yang akan bersiaran di TV9 setelah penjenamaan semula stesen tv ini pada tahun lepas.\n\n\u201cSudah pastinya kami amat teruja untuk menyajikan program realiti terbaharu kepada penonton setia kami kerana ia bakal menghiburkan seisi keluarga setiap malam Khamis dengan pelbagai gelagat peserta yang bertanding serta mereka juga bakal mendapat tips-tips masakan yang boleh dimanfaatkan.\n\u201cSeiring dengan imej Janji Happy di TV9 yang menjadi destinasi keluarga yang menghidangkan barisan program untuk tontonan keluarga, kami juga berharap agar program Dapur Tempur ini bakal menjadi rancangan pilihan keluarga di Malaysia.\n\u201cKami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja bersama Panasonic dan NONA yang turut sama memeriahkan lagi program Dapur Tempur,\u201d katanya dalam sidang media semalam.\nSudah Buat Uji Bakat Februari Lepas\n\n8 pasangan peserta yang berlawan dalam program Dapur Tempur.\nSesi uji bakat telah diadakan seawal Februari 2022 untuk mencari pasangan keluarga yang mahir memasak kerana kumpulan peserta terpilih perlu menyediakan dua hidangan menarik mengikut tema yang telah ditetapkan setiap minggu.\n8 pasangan keluarga yang terpilih sebagai peserta adalah:\n\nPasangan bapa & anak saudara \u201cPendekar Malaya\u201d (Irfan Hariz S Miswandi, 20 & Mohd Haizal Ismail, 47)\nPasangan biras \u201cAA\u201d (Rahayu Jani, 48 & Mariani Mustafa, 45)\nPasangan ibu & anak \u201cSudap Sudip\u201d (Halifah Jaafar, 59 & Muhammad Ariff Haron, 37)\nPasangan kakak & adik \u201cSeketul Rasa\u201d (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin, 32)\nPasangan suami isteri \u201cSelerak Selegho\u201d (Muzhaffar Mohamed, 32 & Shaidhatul Aqmalis Zainul Akmal, 29)\nPasangan abang & adik \u201cZest\u201d (Mohd Hafzy Mohd Yusof Senusi, 45 & Norhaiza Mohd Yusof Senusi, 36)\nPasangan kakak & adik \u201c9Siblings\u201d (Nusaybah Che Anuwa, 38 & Tasnim Che Anuwa, 29)\nPasangan suami isteri \u201cMasam Manis\u201d (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 & Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31).\n\nJuara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.\nPemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.\nDapur Tempur dibawakan oleh penaja bersama Panasonic, \u201cHidup sihat setiap hari bersama Panasonic\u201d dan NONA, \u201cJom #NONAKanHarimu, Pelbagai Rasa, Semudah Rasa dan Seenak Rasa\u201d, manakala MyResipi selaku rakan digital rasmi.\n\nProgram ini menampilkan Yasmin Hani sebagai hos manakala juri tetap pula digalas oleh Sheila Rusly serta Chef Adu Amran.\nSetiap episod juga menampilkan juri-juri jemputan yang akan sama-sama menilai aneka hidangan oleh peserta Dapur Tempur.\nAntara juri jemputan Dapur Tempur adalah Nana Mahazan, Ayda Jebat, Afifah Nasir, Naim Daniel, Ropie, Sissy Imann, Bell Ngasri, dan Michael Ang.\n\n#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy\n"} {"url": "https://myresipi.com/demam-badan-panas-amal-minum-air-barli-halia-ini-berkesan-sejukkan-badan/", "title": "Demam & Badan Panas? Amal Minum Air Barli Halia Ini, Berkesan Sejukkan Badan", "body": "\nBila demam, badan pun akan jadi panas lain macam. Selain dari makan ubat untuk kurangkan panas badan, kita juga boleh cuba menggunakan petua orang lama seperti minum air barli halia.\nPetua ini dikatakan berkesan untuk sejukkan badan dan kurangkan demam. Seisi keluarga pun boleh amal minum air ini. Jom lihat cara membuatnya di bawah!\nCARA BUAT AIR BARLI HALIA\nBahan-bahan:\n\nBarli\nHalia\nAir\nGula batu\n\nCara penyediaan:\n1. Cuci bersih barli dan halia sebelum dimasukkan ke dalam periuk.\n\n2. Masukkan air dalam periuk. Sukatan agak-agak, asalkan tak kering semasa rebus barli tadi. Biasa saya guna 4 sudu barli dan 4 cawan air.\n\n3. Rebus sampai biji barli kembang. Kemudian baru letak gula batu dan biarkan sampai gula larut. Guna api kecil saja. Kacau selalu untuk cepatkan gula larut.\n\n4. Bila barli dah kembang, boleh tutup api. Masukkan air sikit dalam cawan. Sejukkan. Agak dah suam, bolehlah minum.\n\nTips:\n\nKalau masa rebus tak guna gula batu, boleh campur madu sikit masa nak minum. Kalau tak campur apa pun tak apa. Macam air suam saja rasa dia.\nNi anak kecil pun boleh minum. Bila badan anak panas, elok bagi minum. Insya-Allah sejuk badan anak nanti.\n\nKredit petua & gambar: Effy Sueffy\nBaca juga: Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai Untuk Kempiskan Perut & Ringankan Badan\n"} {"url": "https://myresipi.com/derita-tumor-chef-burak-titip-pesanan/", "title": "Di Sebalik Senyuman Rupanya Derita Tumor, Chef Burak Titip Pesanan \u2013 \u2018Andai Anda Kehilangan Saya Suatu Hari Nanti..\u2019", "body": "\nSiapa saja yang tidak kenal chef selebriti berasal dari Turkey, Chef Burak \u00d6zdemir atau lebih dikenali sebagai CZN Burak yang popular di media sosial kerana gemar memasak hidangan bersaiz besar sambil tersenyum di hadapan kamera.\nChef Burak Derita Tumor Otak\nBaru-baru ini, Chef Burak telah mengejutkan ramai peminatnya apabila dia dikhabarkan menghidap tumor otak. Chef terkenal ini juga ada memuat naik video di TikTok yang memperlihatkan dirinya sedang baring sambil menggunakan alat bantuan pernafasan.\nDi dalam video tersebut turut kelihatan berat badan Chef Burak semakin susut dan wajahnnya cengkung. Namun apa yang lebih merisaukan peminat adalah kapsyen yang ditulisnya itu seolah-olah dia menitipkan pesanan terakhir.\nAndai anda kehilangan saya suatu hati nanti, ingat lah saya dengan melihat semua kebaikan, kerja kebajikan serta video-video memasak yang pernah saya buat sebelum ini.\n\u2018Andai Anda Kehilangan Saya Suatu Hari Nanti..\u2019\n\n\n @cznburak\n\u2764\ufe0f\u2764\ufe0f\ud83e\udd32\ud83e\udd32\n \u266c orijinal ses \u2013 \u5369\u5342\u4e43\u3125\u3116 \n\n \n\n\n @cznburak\n\u2764\ufe0f\u2764\ufe0f\u2764\ufe0f\ud83e\udd32\ud83e\udd32\ud83e\udd32\n \u266c follow me \u2013 paidaly.zat \n\n \nDalam pada itu, ramai yang menitipkan doa buat Chef Burak supaya cepat sembuh. Netizen dari serata dunia sempat memberikan kata-kata semangat dan berharap agar Chef Burak dapat kembali tersenyum seperti sedia kala.\nSumber: cznburak\n"} {"url": "https://myresipi.com/dia-ambil-rm5-je-pura-pura-hilang-dompet-peniaga-air-tebu-suami-isteri-ini-buat-netizen-tersentuh/", "title": "\u201cDia Ambil RM5 Je\u201d Pura-pura Hilang Dompet, Peniaga Air Tebu Suami Isteri Ini Buat Netizen Tersentuh", "body": "\nBaru-baru ini tular satu kisah di laman TikTok, seorang lelaki telah berkongsikan kisah kebaikan dan kejujuran peniaga air tebu yang merupakan sepasang suami isteri berjaya menyentuh hati warga netizen.\nSetiap manusia yang dilahirkan di dunia ini diberikan pelbagai ujian dan cabaran dalam menempuh kehidupan mereka. Ada yang dilahirkan dengan kehidupan mewah, malah ada yang sebaliknya.\nArtikel berkaitan: \u201cGila kedai ni meniaga\u201d \u2013 Peniaga Caj Harga Makanan Macam Zaman 90-an, Netizen Kagum\nBagaimanapun setiap apa yang tertulis, pasti akan ada hikmah disebaliknya.\nMaka dengan itu, kebaikan antara setiap insan amatlah penting bagi menguatkan diri kita agar terus kuat menempuh hidup yang serba cedera ini.\n\nBerdasarkan video yang telah dimuat naik di akaun @kitasama4111, dia bertindak pergi ke gerai air tebu tersebut dan memberitahu sepasang suami isteri itu bahawa dompetnya tercicir dan meminta izin mereka untuk memberikan secawan air secara percuma.\nTanpa berfikir panjang, mereka terus mengambil cawan kosong dan bertindak mengisi air cawan itu dengan air tebu yang dijualnya.\n\nLantas, lelaki tersebut terus menyatakan perkara sebenar bahawa dompetnya tidak hilang dan dia hanya menjalankan eksperimen sosial sahaja.\nDisebabkan kebaikan peniaga itu, lelaki itu menghulurkan beberapa keping not RM10 dan RM5 kepada peniaga tersebut sebagai hadiah kebaikan mereka.\nApa yang membuatkan orang ramai lebih tersentuh hati apabila peniaga itu hanya menarik sekeping sahaja RM5 daripada kesemua not wang yang diberikan kepadanya.\n\nMenjengah di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa simpati dan terharu melihat kebaikan dan keikhlasan yang ditonjolkan oleh peniaga itu.\nWalaupun di saat dalam kesusahan mencari rezeki, namun dia masih tetap membantu orang lain dengan ikhlas.\nAntara komen netizen:\n\n\n\nVideo Penuh:\n\n\n @kitasama4111\nSedikit pemberian kita mungkin besar nilainya pada orang lain #kitasama #jafnyelias #kindness #charity #socialexperiment\n \u266c Glimpse of Us \u2013 Joji \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/dicabar-rakan-makan-sushi-salmon-reaksi-lelaki-ini-buat-ramai-terbahak/", "title": "\u2018Sampai Terkeluar Urat Tekak\u2019- Dicabar Rakan Makan Sushi Salmon, Reaksi Lelaki Ini Buat Ramai Terbahak", "body": "\nSushi merupakan salah satu makanan tradisi negara Jepun yang kini makin terkenal di serata dunia termasuk Malaysia. Sushi diperbuat daripada nasi yang dicampur dengan cuka, rumpah laut dan makanan laut (mentah/dimasak), kemudian dimakan bersama wasabi serta kicap cair.\nNamun, tidak semua orang boleh menerima hidangan ini lagi-lagi jika sushi salmon kerana salmon tersebut mentah.\nJika tak pernah makan sushi salmon, mungkin reaksi anda akan sama dengan lelaki dalam video yang dikongsikan\u00a0oleh seorang pengguna TikTok, @helensua9098.\nRakan cabar makan sushi\nDifahamkan, dia telah dicabar oleh kawan-kawan untuk mencuba sushi salmon di Sushi King tanpa membuat apa-apa reaksi muka.\nMenyahut cabaran rakannya, dia lalu menyuap seketul sushi namun apabila cuba untuk mengunyah sushi tersebut, dia kelihatan tidak dapat menahan diri dari membuat \u2018muka\u2019.\n\nDilihat seperti ingin muntah kerana tidak suka dengan rasa dan tekstur sushi tersebut. Jelaslah bahawa makanan itu tidak menepati selera tekaknya.\nLebih lucu lagi, rakan-rakannya hanya mampu tergelak apabila melihat reaksi lucu rakan mereka.\nNetizen terhibur, kongsi pengalaman sama\nMenerjah ke ruangan komen, netizen turut berasa terhibur dengan gelagat lelaki tersebut. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama.\n\nLihat video penuh:\n\n\n @helensua9098\n#makansushi #fyp #malaysiatiktok #sabahantiktok #sarawaktiktok #Semenanjung \n \u266c Funny \u2013 Gold-Tiger \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/dilarang-jual-air-zamzam/", "title": "Dilarang Jual Air Zamzam, Penjara Kurang 2 Tahun Atau Denda RM10,000", "body": "\nUmum mengetahui yang air zamzam berasal dari telaga di kawasan Masjidil Haram, Mekah.\nKebiasaannya, bagi umat Islam yang menunaikan Haji dan Umrah akan berkunjung ke telaga zamzam dan bawa pulang ke tanah air untuk disedekahkan atau disimpan sebagai bekalan.\nBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengeluarkan satu posting di Facebook tentang larangan jualan air zamzam.\nBaca juga: Pelanggan Nekad Tembak Mati Pekerja Subway, Berang Dapat Sandwich Mayonis \u2018Lebih\u2019\nIni kerana, ada yang mengambil kesempatan dengan membuat perniagaan air Zamzam disebabkan permintaan yang tinggi kerana banyak khasiatnya.\n\nMelalui posting tersebut, BKKM menegaskan bahawa penjualan air zamzam dilarang dan pihak yang terlibat boleh dikenakan penjara tidak lebih 2 tahun atau denda sebanyak RM10,000.\nIni disebabkan banyak laporan yang diterima setiap kali musim haji, beberapa pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan buat keuntungan mudah dengan mengimport, menjual, mengedar secara haram.\n\nUntuk pengetahuan, air zamzam ini termasuk dalam kategori air mineral semula jadi yang telah termaktub di bawah Peraturan360A, Peraturan-peraturan Makanan 1985.\nBagi yang mempunyai maklumat tentang kegiatan haram ini, diminta menyalurkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.\nSebarang pertanyaan dan aduan juga korang boleh lakukan secara atas talian di laman web rasmi dan laman Facebook KKM.\n\nSumber: Facebook BKKM\n"} {"url": "https://myresipi.com/dimsum/", "title": "Resepi Dim Sum Ekpress & Dicicah Pula Dengan Sos Pedas, Memang Terbaik!", "body": "Dim Sum merupakan sejenis kuih-muih yang berasaskan doh kenyal dan berintikan sayur-sayuran atau makanan laut. Biasanya Dim Sum dimasak dengan cara mengukus. Dim Sum juga memiliki pelbagai jenis perisa seperti siew mai, dumpling, vege ball dan sebagainya. Walaupun ianya merupakan makanan masyarakat Cina tetapi kini sudah menjadi kegemaran pelbagai kaum termasuk Melayu dan India. Jadi jom kita cuba resepi Dim Sum Ayam Dan Sos Pedas yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANResepi Mudah\nTAHAP KESUKARANMedium\nResepi Dim Sum Ekpress & Dicicah Pula Dengan Sos Pedas, Memang Terbaik!Dim Sum merupakan sejenis kuih-muih yang berasaskan doh kenyal dan berintikan sayur-sayuran atau makanan laut. Biasanya Dim Sum dimasak dengan cara mengukus. Dim Sum juga memiliki pelbagai jenis perisa seperti siew mai, dumpling, vege ball dan sebagainya. Walaupun ianya merupakan makanan masyarakat Cina tetapi kini sudah menjadi kegemaran pelbagai kaum termasuk Melayu dan India. Jadi jom kita cuba resepi Dim Sum Ayam Dan Sos Pedas yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\nBAHAN-BAHANUntuk Inti:\n\n3 keping dada ayam \u2013 cincang isi ayam\n1/2 batang lobak merah\n1 pokok daun bawang\n1 pokok daun sup\n1 sudu makan serbuk hilal\n1/2 biji bawang holland\n1 biji telur\n2 sudu makan tepung jagung\n1 sudu makan minyak masak \u2013 jika suka guna minyak bijan 1 sudu kecil\nUntuk Kulit:\n\n2 cawan tepung gandum\n1 cawan tepung ubi\n1 sudu kecil serbuk hilal\n1 cawan air\n\nUntuk Sos Pedas:\n\n1-2 sudu makan taucu\n1 biji cabai besar merah\n5 biji cili ap\n1 sudu makan cili kisar\n1 ulas bawang putih\n3 sudu makan gula\n1 cawan air\nsedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos\nCARA PENYEDIAAN\nUntuk Inti:\n\nSatukan semua bahan, kisar halus ketepikan.\n\n\nUntuk Kulit:\n\nSatukan bahan, masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh lembut.\nGelek tepung nipis-nipis ambil acuan berbentuk bulat tekapkan buat hingga habis.\nAmbil sekeping letak inti lebih kurang satu sudu kecil, klim ikut kreativiti yang anda rasa mudah.\nSusun dalam kukus, pastikan air kukusan telah mendidih dan panas, kukus selama 10 ke 15 minit.\n\n\nUntuk Sos Pedas:\n\nSatukan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung.\nTuang dalam periuk/kuali masak hingga mendidih.\nMasukkan gula kacau dan rasa mesti ada manis-manis pedas baru sedap. Letak bancuhan tepung jagung kacau, siap.\n\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/dodol-durian/", "title": "Dodol Durian Guna Breadmaker, Hanya Guna 6 BAHAN Ini Je", "body": "\nDodol Durian Guna Breadmaker, Hanya Guna 6 Bahan Ini Je.\nBila musim raya ini, tentulah terasa nak makan dodol. Tapi mana nak cari dodol fresh kan?\u00a0 Masalah itu dapat diselesaikan dengan adanya peralatan dapaur elektronik seperti bread maker ni.\u00a0\nBaca juga: Kuih Pulut Wajik @ Wajid Ikut Sukatan Cawan, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je\nJom belajar buat dodol guna bread maker. Senang je awak. Lebur je dalam bread maker. Tau-tau dah siap dodol kite. \nKita ikuti resipi mudah dari perkongsian Cik Puan Suwaibah Hussin ini. Jom lihat bahan-bahan dan tutorial dibawah.\n\n\nRESIPI DODOL DURIAN GUNA BREADMAKER\n\nBahan-bahan:\n\nTepung pulut cap gajah 3 415gm\nTepung beras 3 sudu besar\nGula merah 450gm\nGula pasir 150 gm\nSantan 700gm (boleh guna santan kotak campur santan segar) \nGaram 1\u00bd sudu kecil\nAir 350 ml (masak dgn gula, sejukkan)\n\nCara membuatnya:\n1. Campur tepung, garam, santan dgn air gula yang dah sejuk, lepas itu tapis masuk dalam breadmaker.\n2. Guna mode jem. Masak 2 kali. Satu pusingan 1 jam 20 minit.\n3. Letak 8-10 ulas isi durian pada ulian kedua.\n4. Satu adunan ni dapat 1 kilo lebih dodol durian. Siap!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Halwa Maskat, Manisan Orang Dulu Dulu Yang Kian Dilupakan\n"} {"url": "https://myresipi.com/doktor-ini-kongsi-cara-betul-hilangkan-tangan-pijar/", "title": "Doktor Ini Kongsi Cara Betul Hilangkan Tangan Pijar, Guna Air Saja Tak Cukup", "body": "\nTangan pijar sememangnya perkara biasa yang berlaku di dapur jika kita baru lepas menyambal.\nBiasanya jika tangan pijar, kita akan terus rendam atau cuci tangan dengan air kan? Tapi rupanya tak cukup jika guna air saja untuk hilangkan pijar.\nAda lagi perkara lain yang perlu dilakukan untuk atas pijar itu. Jom baca perkongsian yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin di bawah.\nCara Hilangkan Tangan Pijar, Guna Air Saja Tak Cukup\n\u201cDoktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!\u201d\nKadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.\n\nTangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.\n\nCapsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:\n1. Susu\nSusu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.\n\n2. Minyak\nJika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.\n\n3. Cuka\nCapsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.\n4. Alkohol\nCapsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.\n5. Losyen\nGunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.\n\nSelain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.\nSemoga bermanfaat!\nKredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan\n"} {"url": "https://myresipi.com/doktor-kongsi-khasiat-ketam/", "title": "Doktor Ini Kongsi Khasiat Ketam Supaya Mak Mak Tahu, Bantu Kuatkan Otak", "body": "\nBagi peminat ketam, mestinya ingin tahu khasiat ketam yang dapat memberi banyak manfaat untuk tubuh badan.\u00a0\nMemang jenuh menahan perasaan bila melihat pelbagai menu berasaskan ketam yang berkeliaran di media sosial kan. Selain rasanya yang sedap, ada banyak khasiat ketam yang baik untuk tubuh.\nBaca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini\nSalah satunya ia antara makanan untuk kuatkan otak anak-anak. Ketam juga tinggi kandungan omega 3 yang mana penting untuk pertumbuhan otak anak yang optimum.\nMenerusi perkongsian dari Doktor Mazliana Mazlan, apabila makan makanan laut seperti ketam sekali seminggu, ia boleh kurangkan risiko penyakit pelupa seperti Dementia dan Alzheimer\u2019s disease. Menarik betul kan?\nKita cubalah seminggu sekali atau sebulan sekali pun tak apa. Kalau anak umur setahun ke atas, kita dah boleh start kenalkan ketam ini.\n\nKHASIAT KETAM UNTUK KANAK-KANAK\n\n1. Untuk kesihatan jantung.\n2. Kurangkan risiko anemia, ketam ada kandungan folate dan vitamin B12, penting untuk sel darah merah anak.\n3. Penting untuk pertumbuhan otot anak, ketam padat dengan kandungan protein.\n4. Bagus untuk sistem imun anak, ketam juga tinggi kandungan zink.\n5. Baik untuk sistem saraf, dengan kandungan vitamin B12, selenium dan copper dalam ketam.\n\nSemua ni, penting untuk anak kita dan ia ada dalam real food ketam.\nBukan jejari ketam yang tinggi pengawet, MSG, pewarna dan perasa. Ini bukan ketam sebenar. Elakkan dari anak kita ya, seboleh mungkin.\nBila kita banyak ambil real food sebagai makanan utama anak-anak, mereka tidak lagi perlukan supplement tinggi gula untuk otak mudah belajar, fokus dan cepat ingat.\nSebenarnya bila kita sediakan makanan untuk perut anak, kita juga tengah sediakan makanan untuk otak dan hati anak, dalam masa yang sama.\nApa yang baik di perut anak, baik juga di otak dan hati anak kita. Begitu juga sebaliknya.\nKita cuba sama-sama ya, berikan yang terbaik semampu kita, untuk perut, otak dan hati anak-anak.\u00a0\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Cara Buat \u2018Gejang\u2019, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce\n"} {"url": "https://myresipi.com/doktor-kongsi-petua-untuk-legakan-bersin/", "title": "Doktor Kongsi Petua Untuk Legakan Bersin Guna \u2018Bawang Putih\u2019, Terus Hilang Masalah!", "body": "\nKerap bersin pada waktu pagi menyebabkan ramai kurang selesa. Hidung tersumbat, berair, meleleh, bersin, batuk, ini semua antara reaksi alergi menjengkelkan. Rupanya ada petua untuk legakan bersin, hanya menggunakan bawang putih dan air.\nBaca juga: Doktor Ini Kongsikan 9 Petua Hilangkan Batuk Dan Sakit Tekak\n\nGejala alahan kadang kala berlaku disebabkan oleh\u00a0allergic rhinitis\u00a0atau dikenali sebagai\u00a0resdung. Pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi tip yang boleh dilakukan untuk melegakannya.\n\u201cSaya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita, sana sini dengar.\nSaya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin. Tiada lagi resdung,\u201d katanya.\nMenurut Dr Rizal, bahan utama yang digunakan ialah bawang putih dan air. Berikut langkah penyediaannya.\n1. Ambil tiga hingga empat ulas bawang putih dan kupas kulitnya, hancurkan.\n\n2. Masukkan dua cawan air dalam periuk.\n3. Panaskan lebih kurang empat minit atau sehingga naik wap.\n4. Masukkan bawang putih yang dihancurkan.\n5. Ambil tuala kecil, letak atas kepala atau litupi kepala. Halakan wajah di atas air rebusan bawang putih yang berwap.\n\n6. Sedut bau yang keluar dari wap tersebut yang mengeluarkan bahan yang melegakan. Antaranya allicin.\nMenurut Dr Rizal, dia sendiri berasa lega selepas menyedut wap bawang putih.\n\u201cPaling best lendir akan keluar, boleh bernafas dengan lapang. Kepada yang alami sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega, power bawang putih ni,\u201d katanya.\nMenurut webmd, bawang putih diiktiraf secara meluas kerana keupayaannya untuk melawan bakteria, virus, kulat, dan parasit.\nSatu kajian mendapati\u00a0allicin, iaitu komponen aktif bawang putih yang baru dihancurkan mempunyai ciri antivirus. Ia juga berkesan terhadap pelbagai jenis bakteria termasuk strain E.coli yang kebal terhadap ubat-ubatan.\nJusteru, wanita yang menghadapi resdung, manfaatkan bawang putih. Ia bukan sahaja ramuan memasak di dapur, malah boleh melegakan sengsara bersin pagi.\nSumber:\u00a0Instagram Rizal Abu Bakar\n"} {"url": "https://myresipi.com/donut-hitam-dark-chocolate-charchoal/", "title": "Viral Pula Donut Hitam Perisa Dark Chocolate Charchoal, Kreatif Betul Resipi Ini", "body": "\nBaru-baru ini viral donut red velvet dan minion, apa kata kita cuba pula donut hitam perisa koko dan arang yang dikongsikan sendiri oleh Che Azawimie Che Zahari ini, nampak menarik min tengok.\nResipi berkaitan: Resipi Donut Red Velvet \u2018Viral\u2019 Yang Gebu & Lembut, Satu Adunan Dapat 12 Biji\nResipi berkaitan: Jom Buat Donut Susu Minion Ni Pulak, Lembut & Gebu Macam Kapas!\nDi mana-mana platform media sosial, rata-rata netizen berkongsi donut yang dikatakan rasanya cukup enak dan tentu sekali digemari anak-anak.\nBahan yang menjadikan Donut Dark Chocolate Charchoal berwarna hitam ialah serbuk arang (charcoal powder), serbuk koko dan pes cappucino.\nKelainan yang ada pada Donat Dark Chocolate Charchoal ini menjadikan menu ini kini menjadi buruan ramai.\nMulanya kata wanita ini, beliau hanya membuat sedikit sahaja untuk sekadar \u2018rasa-rasa,\u2019 Tidak sangka sedap pula rasanya.\n\nResipi Donut Dark Chocolate Charchoal\n\n\nBahan doh:\n\n1kg tepung high protein\n12g yis kering\n1 sdb gula kastor\n1 sdk garam\n1 sdb shortening\n1 sdk tepung K-fine\nSusu UHT \u2013 sukatan agak-agak\nPewarna hitam\n2sdb serbuk koko\n1 sdk serbuk arang\n1 sdk pes cappucino\n\nCara membuat:\n1. Masukkan semua bahan dalam mesin. Uli sehingga menjadi doh.\n2. Bila dah jadi doh, keluarkan.\n3. Gelek doh sehingga dapat ketebalan yang dikehendaki.\n4. Kemudian, terap dan rehatkan. Biarkan jadi kembang.\n5. Panaskan api. Goreng dengan api kecil sahaja.\n6. Goreng sampai masak tapi goreng jangan lama sangat, nanti donut jadi pahit.\n7. Angkat dan toskan. Tunggu suam sikit, baru salut dengan gula kator + susu tepung.\nSelamat mencuba.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/donut-pintal-gebu-lembut/", "title": "Donut Pintal Gebu & Lembut, Resipi Viral Sampai 151k Shares di Facebook", "body": "\nAda tak penggemar donat kat sini? Kalau ada, bolehlah korang cuba buat donat pintal yang lembut dan gebu ni.\nNak buat banyak untuk frozenkan pun boleh ye. So, senang! Bila-bila nak makan korang tinggal goreng je nanti.\nBiasanya kita jumpa donat bentuk bulat je. Tapi kali ni nak bagi korang makan donat bentuk lain pula.\nBaca juga: Cara Buat Donat Pandan Gebu Dan Wangi, Rugi Tak Try\nWalaupun bentuknya berpintal. Tapi rasanya tetap sama dengan donat bentuk bulat tu. Bentuk je yang membezakannya.\nDonat antara kuih yang sangat popular dari dulu sampai sekarang. Luarnya manis. Selain digulung dengan gula.\nDonat juga boleh di perisakan bahagian atasnya dengan pelbagai. Contoh coklat, strawberry, cheese dan macam-macam lagi.\nResepi dari Wan Anisa pasti tak akan mengecewakan. Sebab tu viral 151k di Facebook.\nResipi Donut Pintal\n\nBahan-bahan:\n\n3 sudu besar susu pekat\n1/2 cawan air suam\nYis sebungkus\nSebijik telur\n1 sudu kecil gula\n1 kg tepung gandum\n1 sudu kecil serbuk penaik\n1 sudu kecil garam\n2 sudu besar gula\n2 sudu besar marjerin\n\nCara membuatnya:\n1. Bancuh 3 sudu besar susu pekat dalam 1/2 cawan air suam.\n2. Masukkan yis sebungkus dan diikuti dengan sebiji telur.\n3. Tambah 1 sudu kecil gula. Kemudian, kacau sedikit. Tutup bekas yis tu, biar sampai kembang.\n4. Ayakkan 1 kg tepung gandum + 1 sudu kecil serbuk penaik.\n5. Masukkan 1 sudu kecil garam & 2 sudu besar gula.\n6. Masukkan pula 2 sudu besar marjerin. Gaul sampai kembang. Tuang masuk ke dalam adunan tepung tadi.\n7. Lepastu masukkan air suam. Agak-agak boleh uli je.\n8. Kemudian, uli sampai jadi licin. Sampai lembut & ringan.\n9. Ambil masa lebih kurang 20 minit macam tu. Kalau tak cukup uli, nanti masa goreng tu donat ni akan lari bentuk. Takut jadi kedut sebelah.\n10. Kemudian, uli balik sampai jadi licin lagi.\n11. Cara nak bentukkan donat pintal, buat jadi lengkung.\n12. Cantumkan di hujung bagi kemas. Takut terbuka bila donat tu kembang nanti.\n13. Tunggu sampai kembang lebih kurang 15 minit. Dah kembang, bolehlah di goreng.\n14. Boleh juga kalau nak frozenkan. Siap!\nLayan dengan kopi atau tea panas pun sedap weh! Boleh di jadikan hidangan minum petang dan juga sarapan pagi.\nKorang boleh buat kuih ni hujung minggu. Buat banyak dan frozenkan. Kalau tak sempat sedia sarapan, goreng je donat ni.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/dry-chilli-pan-mee/", "title": "Dry Chilli Pan Mee, Lelaki Ini Kongsi Cara Sedap Masak, Ikut Resipi Di Sini", "body": "\nLamanya tak makan Dry Chilli Pan Mee ini. Selalunya kalau singgah kopitiam atau restoran cuisine cina baru dapat makan. Jom buat sendiri di rumah.\nMungkin ada yang tak pernah dengar atau rasa masakan ini. Agak susah juga nak jumpa kerana sesetengah tempat je ada, kebanyakannye kopitiam style restaurant dan foodcourt tapi tak semua foodcourt ada penjual pan mee ni.\nBaca juga: Cara Buat Mee Kuning \u2018Homemade\u2019, Lagi Kenyal Dan Jimat!\nJika hendak merasai kelazatan dan kesedapan Dry Chilli Pan Mee, boleh masak sendiri dirumah. Mudah dan ringkas sahaja. \nBahan-bahan pun mudah dapat dan tak mahal. Buat sendiri mesti sedap dan puas hati. Ikut sahaja resipi perkongsian Wan LuQman ini. Gerenti sedap dan menjadi.\n\nRESIPI DRY CHILLI PAN MEE\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nPan Mee\nAyam Kicap\nChilli oil\nIkan Bilis\nSayur Pak Choi atau Kailan\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula, goreng ikan bilis dahulu. Angkat dan ketepikan.\n2. Kemudian, untuk oyster chicken, sediakan isi dada ayam dan cendawan. Tumiskan dua bahan ini.\n3. Selepas tumis, masukkan kicap, kicap karamel, sos tiram, kicap cair. Perasakan ia dengan gula dan garam. Last sekali, letak sedikit minyak bijan.\n4. Untuk pan mee pula, rebuskan ia kira-kiran dalam 10 minit. Toskan ia dan bilas dengan air sejuk.\u00a0\n5. Sayur pak choy pula, celurkan ia seketika kira-kira 3 minit dan kemudian angkat.\n6. Susun kesemuanya di dalam mangkuk dan sedia untuk dimakan.\n\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/dumpling-goreng/", "title": "Dumpling Goreng Guna Air Fryer, Rangup Di Luar, Inti Juicy Di Dalam", "body": "\nJom buat dumpling goreng guna air fryer, memang jimat minyak tapi masih dapat result rangup yang sama!\nKalau ada isi ayam lebih dalam peti sejuk beku sebab tak tahu nak buat apakan?\u00a0 Memang sesuai buat inti dumpling goreng.\u00a0\nBila layan mukbang di Youtube, tengok makan dumpling. Seronok betul tengok mereka makan, nikmat lain macam sangat. Kita memang tergoda dan terliur lihat mereka makan.\nBaca juga: Buat Dumpling Guna Daging Kisar Ramly Je, Cicah Dengan Chili Oil Sedap Gila!\nTapi serius dumpling sedap dimakan panas-panas, sama ada dicicah sos atau makan dengan sup. Nikmat sangat!\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mellisa Mullen di laman Facebook ini. Perkongsian beliau memang menarik dan senang untuk dicuba.\n\nRESIPI DUMPLING GORENG GUNA AIR FRYER\n\nBahan:\n\nKulit dumpling readymade (30pcs)\n\nBahan inti:\n\n1 mangkuk kecil ayam cincang\n1 ikat chives ( potong kecil)\n1 biji telur\n2 ulas bawang putih (cincang halus)\n3 biji cendawan shiitake (potong dadu)\n1sk secukup rasa\n1 sk serbuk lada\n\nCara penyediaan:\n1. Tumiskan bahan inti sampai masak. Biarkan sejuk kira-kira 10 hingga 15 minit. \n2. Masukkan 1 sudu inti tersebut di tengah kulit dumpling dan sapu sedikit air di sekeliling kulit.\n3. Lipat seperti karipap atau kepit guna tangan.\n4. Bakar dumpling dalam air fryer dengan suhu 200 Celcius kira-kira 5 minit. Siap!\n\n\n\nSelamat mencuba di rumah.\nBaca juga: Ayam Rebus Chilli Oil Cara Mudah, Makan Dengan Kuey Tiaw Sup Memang Onz!\n"} {"url": "https://myresipi.com/dumpling-guna-daging-kisar-ramly/", "title": "Buat Dumpling Guna Daging Kisar Ramly Je, Cicah Dengan Chili Oil Sedap Gila!", "body": "\nSesiapa yang sudah pernah memakan dumpling bersama dengan pencicahnya chili oil, memang akan terimbau-imbau kesedapannya.\nBeli di kedai macam tak cukup, kadang pencicahnya pula terasa pahit. Apa lagi, jom buat sendiri. Tak sukar mana pun.\nBaca juga: Pelbagai resipi dumpling di sini\nResipi dari perkongsian Mori Said Kitchen ini pun telah meraih tontonan sehingga 1.5 juta tau! Memang ramai yang terliur nak mencubanya.\n\nRESIPI DUMPLING GUNA DAGING KISAR RAMLY\nSedap giler, puas makan. Selalu beli macam tak cukup je. Kekadang chili nya terasa hangit. Buat sendiri, makan puas-puas.\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\n1 pek daging kisar jenama Ramly (nak guna ayam pun boleh)\ngaram\nperasa\nlada hitam\nlada sulah\n1 cawan daun bawang dan\n1/2 biji bawang holand cincang.\n1 pek kulit dumpling\u00a0\nSedikit air\n\nCara buat dumpling:\n1. Satukan kesemua bahan di atas. Gaulkan hingga sebati. Biarkan sebentar.\n2. Sudukan ke atas kulit dumpling.\n3. Sapukan sedikit air di hujung keliling kulit dumpling.\n4. Lipat dua dan kelimkan. Kelim ikut kreativiti sendiri asalkan tertutup elok isi dumpling tadi.\n5. Masukkan kesemua dumpling yang sudah siap dikelim ke dalam air mendidih.\n6. Bila dah timbul tanda dah masak. Angkat dan toskan.\n\nResipi Chili Oil\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 labu bawang putih dicincang\n1 sudu makan udang kering kisar\n1/2 cawan chili flakes\nSedikit daun bawang\n1/3 sudu kecil garam\nPerasa\n\nCara membuatnya:\n1. Tumis bawang putih cincang hingga naik bau.\n2. Masukkan udang kering kisar, kacau-kacau hingga keperangan.\n3. Kecilkan api paling minimal dan masukkan cili flakes, daun bawang, perasa dan garam.\n4. Gaul-gaul dan matikan segera api. Tuangkan segera ke dalam bekas untuk mengelakkan hangit. Siap! Selamat menjamu selera.\n\nMudah dan ringkas je kan? Inti hanya guna daging kisar ramly lepas itu kulit segera pula boleh didapati di kedai bakeri atau pasaraya.\u00a0\nSelain kukus, nak buat cara menggoreng pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Anak-anak pun tentu suka sebab tak pedas.\u00a0\nSelamat mencuba!\nVideo Penuh:\n\n328622523_1884060738595096_5421759014648245286_n\n"} {"url": "https://myresipi.com/durian-musang-king-ori/", "title": "Kenal Pasti Durian Musang King \u2018Ori\u2019, Ini 4 TIP Kena Ambil Tahu", "body": "\nDurian Musang king adalah raja buah durian. Buah durian sendiri adalah raja buah, tetapi musang king boleh dianggap maharaja buah.\nRasa manis yang sedikit pahit dan isi yang tebal merupakan ciri utama musang king ini. Sebagai penggemar durian, pastinya tidak lengkap tanpa mencuba durian jenis ini.\nBaca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!\nSelepas mencuba, mungkin anda akan lebih menyukainya daripada buah yang lain. Namun, anda perlu memahami ciri-ciri Musang King yang asli supaya tidak ditipu oleh penjual.\nJom tengok tip dari perkongsian Benih Durian Global di laman Facebook untuk kenal pasti buah yang ori.\n\nTIP NAK TAHU DURIAN MUSANG KING ASLI\n\nTerdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti buah yang asli bagi mengelak daripada ditipu oleh penjual.\nDi bawah adalah ciri-ciri yang boleh anda kenali.\n1. Tangkai Buah\nPerhatikan bahagian tangkainya terlebih dulu. Biasanya, tangkai ia berukuran lebih besar dibanding jenis durian lainnya.\u00a0\nTangkai berbentuk seperti mahkota. Tidak berduri dan agak botak serta berwarna coklat.\u00a0\n2. Bentuk Duri\nDurinya berbentuk seperti piramid yang bersegi.\n3. Bahagian Pangkal Buah\nKelihatan seakan tapak sulaiman yang mempunyai 5 atau 6 bucu pada pangkal durian.\n4. Ciri Fizikal\u00a0\nBerbentuk bujur seakan bola ragbi dan ada juga berbentuk seakan buah pinggang.\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu, Lelaki Ini Kongsi TIP\n"} {"url": "https://myresipi.com/eat-clean-8-makanan-yang-boleh-beli/", "title": "Nak \u2018Eat Clean\u2019? Wanita Ini Kongsi 8 Makanan Yang Korang Boleh Beli", "body": "\nMin pasti ramai yang mengimpikan berat badan ideal dan sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dengan eat clean.\nSelain bersenam, penjagaan makanan adalah paling utama kerana jika korang bersenam sekuat mana pun tetapi tidak menjaga makan, ia hanyalah sekadar usaha yang sia-sia.\nBila ingin menjaga pemakanan, perkara pertama yang korang perlu ambil kira adalah memilih bahan makanan atau barang dapur yang sesuai dengan misi penurunan berat badan itu.\nKalau setakat kawal makan tetapi makan sahaja jenis yang berminyak dan berkolesterol tinggi, maka lambatlah lagi korang nak lihat hasilnya nanti.\nBaca juga: Elak Beli 6 Makanan Ini Ketika Berada di Lapangan Terbang\nUntuk memastikan misi eat clean korang berjaya, jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh Adyla Rose tentang barangan dapur yang sesuai untuk korang beli.\nPertama sekali, kalau nak membeli barang dapur, rancang dahulu pelan makanan untuk satu minggu, kemudian senaraikan barang-barang yang akan dibeli.\nRancang menu yang pelbagai, supaya diet korang tidak membosankan dan seterusnya ke laut. Hiks!\nPilih real food. Pilih makanan yang tidak mengalami pengolahan seminima mungkin. Elakkan memilih makanan yang mempunyai lebih daripada lima bahan kandungan, mengandungi artificial ingredients dan bahan-bahan kandungan yang korang tak reti sebut.\nWajib baca nutrition facts dan bandingkan dengan produk lain.\n\u2022 Semak serving size dan kalori\n\u2022 Semak total fat, sodium dan gula\n\u2022 Semak kandungan bahan\n\u2022 Semak allergen warning\nBerikut adalah produk yang korang boleh pilih sewaktu berbelanja barangan dapur di pasaraya.\n1. Minyak masak\nGuna minyak zaitun untuk menggoreng. Nak lebih murah, boleh pakai minyak kelapa.\n2. Susu\n\nPilih susu jenis fresh milk. Ataupun susu almond kerana paling rendah kalori: 100ml = 39cal.\n3. Uncang teh\n\nTukar kepada teh hijau.\n4. Kopi\n\nKalau suka instant kopi, boleh tukar kepada Essenso kerana berkalori rendah dan pastikan minum tanpa gula.\n5. Dressing salad\n\nKalau nak dressing salad, boleh pakai brand kewpie dan hadkan satu sudu saja.\n6. Kekacang\n\nPilih jenis kekacang yang tidak masin. Lagi original lagi bagus.\n7. Oat\n\nPilih rolled oat sebab membantu untuk stabilkan kandungan gula dalam darah dan buat korang lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.\n8. Roti\n\nKalau bosan makan roti boleh beli wrap, pilih jenis wholegrain dan 6 grains.\nTapi dah terbiasa dengan roti putih, apa kata tukar kepada roti Canadian purple wheat yang GI lebih rendah (46), if susah nk cari boleh beli roti wholemeal, GI index 55.\nIni antara yang dikongsi dan selepas ini, korang boleh baca sendiri kandungan nutrisi pada label produk sebelum membeli okay?\nSemoga usaha untuk turunkan berat badan kali ini berhasil ya. Hiks!\n\nSumber: Adyla Rose\n"} {"url": "https://myresipi.com/elak-beli-6-makanan-ini-ketika-berada-di-lapangan-terbang/", "title": "Elak Beli 6 Makanan Ini Ketika Berada di Lapangan Terbang", "body": "\nSekiranya korang nak \u2018fly\u2019 sama ada untuk pergi bercuti atau bekerja seeloknya elak beli makanan ini ketika di lapangan terbang.\nIni adalah tips terutama sekali jika melalui tempoh penerbangan yang lama.\n1.Kopi\n\nSambil menunggu kita selalunya terjebak nak membeli minuman ini. Tapi anda mungkin menyesal bila dah masuk dalam kapal terbang.\nKopi mengandungi kafein dan merangsang saraf hingga boleh menyebabkan korang tak akan berasa rehat atau selesa selama dalam penerbangan. Lagi satu korang juga mungkin akan berulang alik ke tandas.\n2. Air mineral\n\nBukan sebab harganya yang mahal tapi ia akan buat korang kerap ke tandas.\nSemua maklum yang tandas dalam kapal terbang bukanlah selesa mana, kecil dan perlu bersusah payah untuk keluar dari tempat duduk. Kalau dah selalu berulang alik segan kan.\nBaca juga: Ini 5 Makanan Yang Boleh Buat Lelaki Jadi Lebih Penyayang, Mesti Korang Tak Percaya\n3. Sandwich \u2018meriah\u2019\n\nPerut lapar tapi tak sempat nak makan jadi pilihannya anda makan sandwic yang dilapisi daging dengan roti bertingkat, bersama sos.\nIni antara makanan yang tidak sihat, tinggi karbohidrat dan lemak. Tanpa melakukan aktiviti selepas menikmatinya ia meningkatkan risiko pertambahan berat badan.\n4. Apa jua makanan yang perut tak biasa\n\nSebelum menaiki kapal terbang bukan masanya untuk anda mencuba menu-menu baru yang tidak biasa korang makan.\nMana tahu ia menyebabkan perut tak selesa. Malah kentang goreng dan burger juga bukanlah makanan yang sesuai untuk dimakan.\n5. Pretzel\n\nMakanan ini memang banyak dijual di lapangan terbang tapi ini juga antara makanan tinggi karbohidrat.\nMengambil makanan jenis ini terutama sebelum penerbangan yang panjang boleh membuatkan perut tak selesa.\n6. Makanan pedas\n\nTak mahu lapar dalam kapal terbang, makan pula hidangan nasi dengan lauk yang pedas di premis yang ada di airport.\nPuas hati kerana perut kenyang tapi mungkin akan berdepan dengan perut yang bermasalah. Jadi elakkan ya.\n\nSumber: Times Food\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/elak-minyak-merecik/", "title": "Elak Minyak Merecik Semasa Menggoreng, Mak-Mak Selalu Guna PETUA Ini", "body": "\nTakut nak menggoreng sebab nak elak minyak merecik dekat badan? Mesti ramai orang takut nak goreng ayam atau ikan sebab tak nak kena minyak panas, betul tak? Selalu masak je mesti minyak akan mercik dekat tangan atau muka.\u00a0\nMak-mak yang dah biasa masak, buat tak kisah je. Tapi kalau terkena percikkan minyak, ya ampun sakitnya, walaupun sikit tapi pedihkan.\nBaca juga: Bila Beli Kuali Baru, Kena Buat SATU Petua Ini Dulu. Baru Tak Melekat Bila Menggoreng!\nJadi untuk selesaikan masalah ini semua, MyResipi nak kongsikan enam petua dari Haji Halim untuk kurangkan minyak merecik semasa menggoreng yang anda semua boleh cuba. Senang je.\n\n6 PETUA ELAK MINYAK MERECIK KETIKA MENGGORENG\u00a0\n\n1. Pastikan Kuali Kering\nSemasa nak menggoreng perhatikan kuali yang lepas dicuci perlu dikeringkan airnya. Caranya senang je, hidupkan api dapur dan biarkan kuali kering baru masukkan minyak. Jika masih ada air walau sedikit ia akan meletup-letup kecil kerana minyak tidak boleh bercampur dengan air.\n2. Tentukan Keperluan Minyak Untuk Menggoreng\nMinyak yang terlalu banyak atau sedikit boleh membuatkan minyak mercik. Oleh itu sesuaikan minyak untuk keperluan menggoreng. Paling bagus adalah menggunakan minyak 1/3 kuali, tetapi kalau hanya untuk menggoreng telur guna sedikit sahaja dan gunakan kuali yang non stick leper.\n3. Periksa Bahan Perapan Dalam Makan Yang Digoreng\nPastikan bahan perapan yang digunakan pada makanan yang mahu digoreng tidak mengandungi air, Jika terpaksa atau memang berair, tapis dahulu hingga air perapan tos. Cara ini boleh mengurangkan percikan minyak.\n4. Elak Guna Minyak Terlalu Panas\nKerana nak cepat masak bahan yang digoreng, korang panaskan minyak hingga tahap terlalu panas, tindakan ini mengundang percikkan minyak yang kuat dan suhu yang terlalu tinggi juga mengurangkan kualiti minyak. Malah ia boleh membentuk radikal bebas. Ia tidak elok untuk kesihatan manusia.\n5. Taburkan Sedikit Garam Dalam Minyak\nPetua ini dikatakan mampu mengurangkan percikan minyak semasa menggoreng, caranya semasa minyak mulai panas, taburkan satu sudu teh serbuk garam di dalamnya. Bila anda gunakan cara ini, pastikan kurangkan jumlah garam dalam makanan yang digoreng,\n6. Guna Kuali Berpenutup\nAkhir sekali, cara terbaik dan mudah, korang boleh guna kuali berpenutut untuk mengelakkan dari terkena percikan minyak semasa menggoreng. Tapi jangan sampai terlupa membalikkan makanan yang digoreng, bimbang ia masak atau hangus sebelah.\nBoleh cuba tip ini untuk mengelakkan rasa takut bila menggoreng.\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\n"} {"url": "https://myresipi.com/empat-pasangan-keluarga-bakal-berlawan-di-semi-final-dapur-tempur/", "title": "Empat Pasangan Keluarga Bakal Berlawan Di \u2018Semi Final\u2019 Dapur Tempur", "body": "\nProgram realiti, Dapur Tempur memasuki pusingan separuh akhir membabitkan empat pasangan mara untuk menawan hati dua juri, Cef Adu dan Sheila Rusly dengan keenakan masakan mereka.\nMereka ialah kumpulan Pendekar Malaya diwakili Mohd Haizal Ismail, 47 dan anak saudaranya, Irfan Hariz S Miswandi, 20; kumpulan Masam Manis iaitu Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 dan isterinya, Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31.\nTurut bersaing kumpulan Seketul Rasa dianggotai Idziatul Shima Samarudin, 42, dan adiknya, Muhammad Hanis Samarudin, 32; dan kumpulan Sudap Sudip iaitu Halifah Jaafar, 59 bersama anaknya, Muhammad Arif Haron, 37.\nArtikel berkaitan: Kalau Masak Tak Sedap, Saya Tak Akan Bagi \u2018Can\u2019 Punya \u2013 Ropie\nArtikel berkaitan: Kena Masak Itik Untuk Minggu Kelima, Juri Bagi Cabaran Seorang Sahaja Dibenarkan Memasak\nPengurus Besar Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman berkata, peranan Cef Adu dan Sheila Rusly sangat mustahak untuk memberi komen dan hala tuju sebenar kepada peserta agar mereka sentiasa berada di tahap yang tertinggi sepanjang persaingan.\n\u201cSetiap nasihat atau teguran apa yang disampaikan juri adalah peringatan dan ilmu yang penting untuk mengingatkan peserta supaya kekal fokus dan tidak melakukan kesilapan berulang.\n\u201cIni adalah rancangan realiti dan tentunya akan ada saat-saat dramatik dan emosional bukan saja kepada peserta, namun penonton dapat memberi tumpuan terhadap senario yang diketengahkan dalam program,\u201d katanya.\nKhairunnisa berkata, setiap pasangan dipilih menyertai program ini adalah mereka yang mempunyai pengalaman memasak, berpengetahuan dan mahir menggunakan setiap bahan masakan.\n\u201cBagi pihak TV9, kami ingin peluang ini digunakan oleh peserta sebaiknya untuk mereka menonjolkan bakat dalam bidang masakan. Ini juga antara masa terbaik untuk mereka merapatkan lagi silaturahim sesama ahli keluarga seperti suami isteri, ibu dan anak, biras, bapa saudara dan anak saudara serta adik-beradik.\n\u201cPeserta perlu menunjukkan komitmen tinggi kerana setiap kumpulan pasangan dipilih ini terdiri daripada mereka yang sering memasak untuk hidangan seisi keluarga,\u201d katanya.\nJuara Dapur Tempur akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM6,000 serta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk Nona selama setahun.\nNaib juara pula menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.\nPemenang empat ketiga memenangi mesin pembuat roti Panasonic dan tempat keempat bakal membawa pulang pemerah jus perlahan Panasonic.\u00a0\nPemenang mingguan pula berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM500 tajaan Nona dan pemenang cabaran Nona membawa pulang hamper produk Nona bernilai RM1,000.\nProgram Dapur Tempur ditayangkan setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV9. Ia juga boleh distrim secara langsung di platform digital www.tonton.com.my dan saluran YouTube TV9 Malaysia.\n"} {"url": "https://myresipi.com/fazley-yakoob-terharu/", "title": "Fazley Yakoob Terharu Pekerja Bangladesh Sediakan Makanan Mahal, Siap Komen Sedap Pula Tu", "body": "\nBerbeza agama, budaya dan kaum bukanlah satu halangan untuk kita tidak menghormati antara satu sama lain.\nWalau bagaimanapun, masih ada individu yang memandang rendah dan hina terutamannya terhadap warga asing seperti Bangladesh.\nBaca juga: Elak Makanan Syubhah, Lelaki Ini Kongsi Lokasi Kedai Sedap Di Penang Yang Halal & Suci\nPun begitu, lain pula ceritanya dengan seorang pelakon dan chef selebriti terkenal Fazley Yaakob yang telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnya ini.\nMenerusi hantaran tersebut, Fazley Yaakob atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob ini meluahkan rasa terharu dan sebak sewaktu diundang ke sebuah kedai pekerja Bangladesh untuk makan bersama mereka.\nDifahamkan, dia telah diundang oleh seorang kawan lama Yunus ke rumahnya kerana mahu menyediakan sajian makanan asli Bangladesh.\n\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Fazley yang sangat merendah diri apabila diundang untuk menjamu selera bersama mereka.\nMalah ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama dan mengatakan rakyat Bangladesh sememangnya pandai memasak.\nAntara komen netizen:\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/festival-makanan-thai-kembali-lagi-rugi-kalau-anda-tak-singgah/", "title": "Festival Makanan Thai Kembali Lagi! Rugi Kalau Anda Tak Singgah", "body": "\nMacam tahun-tahun sebelum ni, \u201cMalaysia Thailand Halal Food Festival\u201d (MATHAF) mesti akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor. Jadi pencinta makanan thai di luar sana dapat lah merasai makanan thai dengan suasana ala-ala dekat Hatyai di festival ini.\nTapi, apa yang specialnya festival makanan thai tahun 2022 ini adalah kerana, di Malaysia sudah 2 tahun festival ini tidak dibuka kerana ketika itu kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan. Jadi ramai yang exicted menunggu MATHAF 2022 pada tahun ini.\nFestival Makanan Thai Kembali Lagi! Rugi Kalau Anda Tak Singgah:\nSebuah akaun di Twitter @MalaysianFoods ada berkongsikan pelbagai jenis makanan yang dijual di MATHAF 2022 yang terletak di Star Avenue Lifestyle Mall, Bandar Pinggiran Subang.\n\u201d FESTIVAL MAKANAN THAILAND. Yang rindu makanan thailand, boleh singgah ke sini ada Malaysia Thailand Halal Food Festival. \u201d\u00a0\nAda pelbagai jenis makanan-makanan thai dekat sini, kerabu maggi dia superb Rindu vibes ala2 dekat hatyai, boleh ke sini. \u201d\u00a0\n\n\n\n\nBagi penggemar kerabu maggi, anda jangan lepaskan peluang untuk mencuba kerabu maggi yang dijual di sini kerana ramai yang mengatakan kerabu maggi di sini sangatlah sedap.\n\u201d Yg paling penting kerabu maggi dia memang padu punya \u201d\n\n\nSelain daripada itu, di MATHAF 2022 juga ada menjuak pelbagai jenis makanan dan minuma seperti yang popular di sini Tomyam, makanan seafood, air mango, buah-buahan, sotong kurita dan banyak lagi. Dijamin anda pasti akan rambang mata!\n\n\n\n\n\n\nHaa best kan festival makanan thai ni? Anda tunggu apa lagi? Jom la serbu ke sini sementara mereka masih beroperasi.\nAlamat: Star Avenue Lifestyle Mall, Bandar Pinggiran Subang\nWaktu Beroperasi: 11 pagi hingga 12 tgh malam\nTarikh Beroperasi: 13 Mei hingga 22 Mei 2022\nSumber: @MalaysianFoods\n"} {"url": "https://myresipi.com/fettuccine-carbonara/", "title": "Fettuccine Carbonara Ikut Tekak Melayu, Resipi Ini Raih 6.1K Shares!", "body": "\nFettuccine Carbonara Ikut Tekak Melayu, Resipi Ini Raih 6.1K Shares!\u00a0\nKalau sebut nak makan pasta, biasa makan spaghetti sahaja. tak pernah cuba yang lain. Tapi sesekali boleh cuba buat resipi Fettucine Carbonara ini.\nMemang makan bertambahlah dibuatnya!\nBaca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul\nBoleh je nak gunakan spaghetti kalau dah biasa makan spaghetti sahaja. Cuma nak merasa pasta yang lain tu waktu ini lah kan. Ada juga pasta jenis spiral, macaroni dan pelbagai lagi yang boleh kita cuba.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Qasih Jue Aisya ini. Katanya beliau tak menggunakan sos carbonara instant. Jom tengok cara-cara beliau!\n\nRESIPI FETTUCCINE CARBONARA\n\nBahan-bahan:\n\nFettucine \u2013 rebus dan toskan\nSusu full cream\nSusu sejat\nTepung bestari \u2013 untuk ayam\n2 sudu besar tepung gandum\nCili hijau \u2013 cincang halus\nCili merah \u2013 cincang halus\nBawang putih \u2013 cincang halus\nBawang holland \u2013 cincang halus\nCendawan butang \u2013 potong nipis\n4 sudu besar butter\n2 keping cheese\n1 biji kuning telur\nSerbuk oregano\nSerbuk basil leaves\nChilli flakes\nSerbuk lada hitam\nGaram secukupnya\n1 kiub pati ayam\n1 sudu besar jus limau nipis\n\nCara memasak:\n1. Rebus fettucine sehingga lembut. Kemudian tos dan ketepikan.\n2. Kemudian, untuk ayam pula, potong kecil kemudian salut dengan tepung bestari. Masa nak goreng celup semula dalam tepung bestari baru.\n3. Goreng hingga ayam agak-agak keemasan. Angkat dan toskan.\u00a0\n4. Untuk kuah carbonara pula, masukkan 4 sudu besar butter,tumis bawang putih dan bawang holland sehingga layu. \u00a0Kemudian, masukkan cili merah, cili hijau dan cendawan butang.\n5. Bila bawang, cendawan cili semua dah layu, masukkan susu cair dan susu full cream. Letak juga serbuk lada hitam, oregano ,cili flakes, telur kuning, secubit garam, cheese, 1 ketul pati kiub ayam dan bancuhan tepung gandum.\n\n6. Kacau sehingga sebati. Jika kuah pekat tambah air sedikit demi sedikit.\u00a0Tambah sedikit jus limau nipis dalam 1 sdb, untuk potong rasa lemak susu.\n7. Kemudian masukkan ayam goreng tadi. Gaul sebati. Tutup api.\n8. Sedia untuk dicampurkan dengan fettucine dan hias cili flakes di atas. Siap!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/garlic-green-beans/", "title": "Garlic Green Beans, Resipi Viral Dari US Dan China, Sedap Macam Style Restoran Cina!", "body": "\nJom cuba masak Garlic Green Beans atau Kacang Buncis tumis bawang putih. Memang viral sekarang ini resipi di TikTok. Hanya guna satu bahan sahaja.\nBila menumis bawang putih tu, menusuk betul aroma yang dikeluarkan sampai berkeroncong perut dibuatnya. Hanya 10 minit sahaja masa untuk memasak green beans atau kacang buncis ini.\u00a0\nBaca juga:\u00a0 7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru \u2018Balance\u2019 Diet Harian!\nHidangan ini sesuai untuk korang yang mahukan hidangan sayur yang ringkas, sihat dan jimat masa. Nak buat ratah macam itu pun tiada masalah. Memang sedap macam tumis sayur asparagus.\u00a0\nMenerusi perkongsian dari @dinsimlim di laman TikTok, resipinya itu telah meraih tontonan sehingga 2.2 juta! Pergh! Ringkas cara memasak dan padu untuk dicuba tau! Jom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI GARLIC GREEN BEANS\n\nBahan-bahan:\n\nGreen Beans @ Kacang Buncis \u2013 di trim\nBawang Putih \u2013 dicincang\nGaram secukupnya\nMinyak Masak\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula, cincangkan bawang putih. Kuantiti bawang putih ikut selera masing-masing.\u00a0\n2. Kemudian, trim ke semua green beans @ kacang buncis dan potong kepada dua untuk mudah kita makan nanti. Basuh bersih.\n3. Panaskan kuali dengan api yang kuat. Selepas 3 minit, masukkan minyak masak.\n4. Apabila minyak sudah panas, sederhanakan api dan masukkan kacang buncis yang sudah di trim dan goreng kira-kira 5 minit sehingga layu. Angkat, tos, dan ketepikan.\n5. Selepas itu, menggunakan minyak yang sama, tumiskan pula bawang putih yang sudah dicincang tadi. Biarkan ia ditumis sehingga naik bau. Jangan terlalu lama nanti cepat bawang putih cepat hangus.\u00a0\n6. Kemudian masukkan kembali kacang buncis yang sudah layu dan gaul biar sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.\n7. Garlic green beans siap untuk dihidang!\n\nMudah dan ringkas je kan. Hidangan sampingan ini sangat sesuai makan bersama nasi, stik ataupun salmon. Selamat mencuba!\nVideo Penuh:\u00a0\n\n\n @dimsimlim\nGarlic Green Beans Chinese Restaurant Style Cleaver from @eBay Australia, making cooking easy! ad #eBayAU #eBayAUPartner #WinWitheBay #YumYum #easyrecipes #GarlicGreenBeans\n \u266c original sound \u2013 dimsimlim \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/gaul-ayam-tak-pakai-sarung-tangan/", "title": "\u201cEkstra Seasoning..\u201d Tular Video Gaul Ayam Tak Pakai Sarung Tangan, Netizen Geli", "body": "\nBaru-baru ini tular satu perkongsian menerusi satu akaun Instagram ini dipaparkan cara penyediaan ayam goreng di sebuah gerai.\nBiarpun niat pemilik akaun media sosial tersebut adalah untuk mempromosikan gerai jualan tersebut, namun rakaman cara penyediaan ayam goreng tanpa sarung tangan ini membuatkan ramai menegurnya.\nBaca juga: \u2018Biasalah Tu Lalat\u2019- Gadis Bengang Dapat Ikan Berulat Tapi Pekerja Buat Selamber\nKebersihan dan cara penyediaan memang harus ambil berat lagi-lagi melibatkan makanan. Nak bagi orang makan bukan boleh buat main.\nKalau pelanggan dapat keracunan makanan ke, kesan sampingan ke dah satu hal juga.\nDalam satu perkongsian tersebut, boleh dilihat seorang lelaki sedang menggaul ayam yang sudah diperap sebelum nak menggoreng.\nLelaki tersebut dilihat tidak memakai sarung tangan dan fokus dalam mengaul ayam tersebut.\nLihat video penuh di sini:\n\nSnapinsta_10000000_768125981294030_8480876383406405222_n\n\nUish nampak bersungguh betul dia menggaul tu. Tapi \u2018lebih cantik\u2019 kalau pakai sarung tangan kan?\nApa-apa pun perkongsian rakaman lelaki gaul ayam tanpa sarung tangan ini telah mencuri perhatian ramai.\nDi ruangan komen, rata-rata netizen menegur perbuatan tersebut seperti berikut:\n\u201cExtra Seasoning\u201d\n\n\n\n\nMin kalau nampak macam ni pun terus reject nak makan sebab kurang pula kebersihan penyediaan makanan.\n"} {"url": "https://myresipi.com/gebu-lemak-manis-ini-resepi-burnt-cheesecake-yang-patut-korang-cuba/", "title": "Gebu & Lemak Manis, Ini Resepi Burnt Cheesecake Yang Patut Korang Cuba!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-05 03:44:43\n\n\nMemang tak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sangat suka dengan hidangan berunsurkan keju atau cheese, betul tak?\u00a0Rasanya yang berlemak dan cair di mulut memang mampu membuka selera para\u00a0penggermarnya.\nHaaa, jadi pada kali ini kami ingin kongsikan satu resepi\u00a0Burnt Cheesecake\u00a0yang sangat mudah khas untuk\u00a0korang yang 'hantu' cheese tu. Jangan risau, untuk yang tiada pengalaman buat cheesecake pun boleh jadi tau!\u00a0Cuma ikut je resepi mudah yang dikongsikan oleh Puan Siti Zalikha di laman Facebooknya.\n\nKredit: Puan Siti Zalikha\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n4 biji telur\n150gram gula halus\n15gram tepung gandum (ayakkan dulu) \n500gram cream cheese\n250gram whipping cream \n\n\nKredit: Puan Siti Zalikha\n\u00a0\nCara-cara: \u2013\n1. Panaskan dahulu oven dalam suhu 200\u00b0c selama 10 minit. \n2. Pukul cream cheese bersama gula halus sehingga kembang.\n3. Masukkan telur satu demi satu. campurkan sehingga sebati. \n5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Campurkan sebati. \n6. Masukkan whipping cream dan kacau dengan spatula.\n7. Dah rata. Masukkan dalam loyang.\n8. Bakar dalam suhu 200\u00b0c selama 1 jam. Dah sejuk baru potong.\n\nKredit: Puan Siti Zalikha\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Puan Siti Zalikha\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/gelagat-wanita-content-masakan/", "title": "\u201cDah Macam Pengacara 999\u201d \u2013 Netizen Terhibur Gelagat Wanita Ini Buat Content Masakan di TikTok", "body": "\nSejak popularnya TikTok ini PKP dua tahun lepas, banyak content-content kreatif yang dihasilkan oleh orang kita.\nBaru-baru ini, tular pula satu video kreatif yang memaparkan wanita ini membuat content masakan tetapi seperti narrator TV.\nJika sebelum-sebelum ini, content makanan seperti mukbang, ASMR, masakan memang menjadi perhatian dan mendapat tempat dihati penonton.\nBaca juga: Wanita Ini Marah Rider Tak Hantar Makanan Depan Pintu, Netizen Kecam\nKali ini, giliran wanita ini pula yang dikenali sebagai Atikah Che Wan di TikTok yang menjadi tumpuan dan bahan hiburan netizen untuk tonton video masakan.\nSuka pelbagaikan suara latar\nJika kita lihat content Khairul Aming yang berbeza dengan suka berceloteh dan lawak bersahaja, namun Atikah pula memberi kelainan apabila dia mengajuk cara program TV membuat narrator atau voice-over.\nVideo Penuh:\n\n\n @atikah_chewan\nReplying to @Ieyza Dzul Kita try 999 pula ye. Hehe.. p/s: singgang daging kalau tambah budu lagi umpphhh.. Tapi Adib tak makan budu sebab tu tak bubuh\ud83d\ude05 #acwcook \n \u266c original sound \u2013 Atikah Che Wan \u2013 Atikah Che Wan \n\n \nTinjauan ke ruangan komen, kebanyakkan warganet terhibur dengan content yang dihasilkan wanita ini hingga sanggup tonton sehingga habis.\n\n\nBaru tiga hari posting, dah dapat tontonan sebanyak 2.2 juta, 203.9k like serta 9171 komen dari netizen.\n\nMin pun auto follow sebab suka sangat dengan kreativiti Atikah Che Wan ni. Semoga teruskan dengan idea-idea kreatif ya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/gerai-soto-murah-rm7-dengan-portion-besar-di-gombak/", "title": "Ramai Tak Tahu, Ada Gerai Soto Murah RM 7 Dengan \u201cPortion\u201d Besar Di Gombak", "body": "\u00a0\n\nViral di Twitter, sebuah gerai yang menjual soto dengan harga RM 7 sahaja tetapi dengan portion yang besar dan sedap pasti akan membuatkan anda terliur lagi-lagi pada bulan puasa ni.\nSeorang pengguna Twitter, @AfifahNoviani2 ada berkongsi di akaunnya dan berkata gerai ini hanya mendapat 3 orang pelanggan sahaja.\nSeperti yang kita tahu kan Gombak memang selalu menjadi tumpuan orang ramai kerana kawasannya yang dikenali sebagai \u2018syurga\u2019 makanan. Jadi memang rugi lah kalau anda tidak try\u00a0untuk beli soto murah dan sedap di gerai ini.\n\u201cGerai soto sedap RM7 tapi tak laku..\u201d\nGuys, this kedai soto in Gombak sumpah sedap soto dia. Very generous portions too for only RM7 with the nicest lady selling it. Tapi tak laku, semalam they had only three customers.\nSerious kesian. If you\u2019re in Taman Melati give her soto a try okay? Her gado2 looks good too..\u00a0\n\n\u00a0\nTelur rebus dia bagi sebiji. Her bergedil is the best I have ever had. When that aunty told me semalam laku tiga saja, my heart melt.\nJom support small businesses. Kalau nak order awal bolehlah contact aunty ini dulu ya.\n\u00a0\nLokasi gerai ini\nSumber: @AfifahNoviani2\n"} {"url": "https://myresipi.com/grillchickenpasta/", "title": "Resepi Grill Chicken Pasta Ditambah Dengan Rasa Black Pepper Gravy, Memang Padu!", "body": "Bosan dengan masakan biasa setiap hari? Apa kata sesekali kita ubah selera dengan masakan barat yang lengkap dengan protein makanan yang seimbang. Hidangan seperti pasta dengan tambahan grill chicken bersama black pepper gravy fuh memang sedap. Jadi mari kita cuba resepi grill chicken pasta homemade yang dikongsikan oleh Mastura Burhanuddin di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANWestern\nTAHAP KESUKARANMedium\nResepi Grill Chicken Pasta HomemadeBosan dengan masakan biasa setiap hari? Apa kata sesekali kita ubah selera dengan masakan barat yang lengkap dengan protein makanan yang seimbang. Hidangan seperti pasta dengan tambahan grill chicken bersama black pepper gravy fuh memang sedap. Jadi mari kita cuba resepi grill chicken pasta homemade yang dikongsikan oleh Mastura Burhanuddin di Facebook.\n\nKredit: Mastura Burhanuddin\nPERAPAN AYAMBAHAN-BAHAN\nSerbuk lada hitam kasar\n\nMinyak zaitun\n\nRosemary\n\nKicap manis\n\nSos tiram\nCARA PENYEDIAAN\nCampurkan semua bahan dalam satu bekas.\n\nLepastu lumur pada ayam yang dah dibersihkan. Perapkan seketika.\n\nMasak guna air fryer suhu 180, selama 35minit .\nBLACK PEPPER GRAVY (untuk dua orang makan)BAHAN-BAHAN\nSalted butter\n\nBawang holland potong dadu\n\nDua helai daun bay\n\nSerbuk lada hitam kasar\n\nSusu full cream (setengah cawan)\n\nKicap masin\n\nTepung jagung untuk pekatkan gravy (larutkan dengan air baru masukkan dalam periuk)\n\nSerbuk demi-glace jenama Knoor (letak dua sudu dan larutkan dengan air dalam cawan)\n\nSedikit gula perang\nCARA PENYEDIAAN\nPanaskan periuk dan masukkan salted butter lepastu bawang holland.\n\nKemudian masukkan daun bay dan serbuk lada hitam kasar dan tumis sampai naik bau.\n\nKemudian masukkan pula bancuhan demi-glace. Kacau diikuti susu full cream untuk bagi rasa lemak-lemak.\n\nMasukkan kicap masin kemudian seimbangkan rasa dengan sedikit gula perang.\n\nLast sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Jangan terlalu banyak. Kacau dan boleh perlahankan api. Rasa dulu sebelum matikan api.\n\nKredit: Mastura Burhanuddin\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/gsc-didenda-rm45-ribu-jual-air-mineral-mister-potato/", "title": "GSC Didenda RM45 Ribu, Jual Air Mineral & Mister Potato Dengan Harga Cekik Darah", "body": "\nSetiap kali ke panggung wayang, mesti wajib beli air dan makanan ringan yang dijual di kaunter kan? Tak lengkaplah kalau tak ada popcorn bila sedang menonton filem.\nSudah sedia maklum, harga makanan dan minuman yang dijual sememangnya agak sedikit mahal daripada luar pawagam. Mungkin ada beberapa kos juga harus diambil kira.\nTetapi, jika harga yang dikenakan tinggi melampau. Ia merupakan satu kesalahan besar kerana dikira mengambil kesempatan terhadap pengguna.\nGSC Didenda RM45 Ribu, Jual Air Mineral & Mister Potato Dengan Harga Cekik Darah\n\nSeperti yang berlaku pada sebuah syarikat pawagam, Golden Screen Cinema Sdn. Bhd. (GSC) yang telah dijatuhkan hukuman denda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen atas kesalahan mencatut.\nPengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan air mineral 600 mililiter (ml) jenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram (gm) jenama Mister Potato.\nKatanya lagi, GSC didapati melakukan kesalahan tersebut setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.\n\n\u201cHakim Nariman Badruddin telah membuat keputusan bahawa suatu kes melampaui keraguan yang munasabah atau\u00a0beyond reasonable doubt\u00a0terhadap pertuduhan utama gagal dibuktikan oleh pihak pembelaan.\n\u201cSetelah mahkamah mendengar rayuan pengurangan hukuman daripada peguam bela bagi orang kena saman (OKS) serta hujahan imbangan pemberat dari pihak pendakwaan, maka hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM45,000 bagi pertuduhan berkenaan,\u201d katanya dalam kenyataan pada 14 Jun lepas.\nTambah Norena, mengikut pertuduhan, GSC didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir di sini.\nJelasnya lagi, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan kali pertama dan kesalahan dilakukan lebih kepada faktor teknikal serta kenaikan margin keuntungan dalam kadar yang sedikit.\nSumber: Utusan Malaysia\n"} {"url": "https://myresipi.com/gulai-ayam-style-terengganu/", "title": "Gulai Ayam Style Terengganu, Rupanya Guna REMPAH Ini Bagi Penyedap Rasa", "body": "\nMesti ramai penggemar Gulai Ayam Style Terengganu kan? Resipi ini memang berbeza dengan gulai ayam yang biasa kita makan. Ia dimasak dengan menggunakan rempah gulainya yang tersendiri iaitu rempah cap bunga rose.\nBaca juga: Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan\nDulunya, rempah ini hanya ada di Terengganu sahaja. Tetapi di sebabkan permintaannya yang tinggi, rempah ini juga boleh didapati di sesetengah tempat di luar dari Terengganu.\nHanya mereka yang sudah pernah mencubanya sahaja yang pastinya telah jatuh cinta dengan hidangan ini. Gulai ayam Terengganu ini juga cukup dengan rasa lemak, manis dan pedas. Tak puas nak makan sepinggan dibuatnya!\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Siti Noor Hidayah Samah ini.\u00a0\n\n\nRESIPI GULAI AYAM STYLE TERENGGANU\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1/2 ekor ayam\n1 mangkuk santan sederhana pekat\nRempah cap bunga rose (ikut nisbah 2:1)\n2 sudu makan rempah gulai\n1 sudu makan rempah masak\n3 sudu makan cili boh\n2 biji kentang\nNise kerek @ gula melaka secukupnya\n1 keping asam gelugur\n1 sudu makan kerisik\nGaram secukup rasa\n\nBahan kisar:\u00a0\n\nBawang Merah\nBawang Putih\n1 inci kunyit hidup\n1 inci halia\n1 inci lengkuas\n\nCara memasak:\u00a0\n1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga wangi.\n2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.\n3. Masukkan rempah dan kacau sebati.\n4. Masukkan ayam dan kacau rata.\n5. Masukkan air dalam 1 cawan (boleh masuk air bilasan blender).\n6. Masukkan nise @ gula melaka dan asam keping kemudian gaul rata.\n7. Tutup periuk dan biarkan dalam lebih kurang 5 minit.\n8. Buka penutup periuk dan masukkan santan. Kacau dan jangan tutup periuk sampai siap menggulai.\n9. Bila sudah mendidih masukkan kentang, kerisik dan garam kemudian masak hingga kentang empuk.\n10. Perlahankan api dapur dan renehkan gulai dalam 7-8 minit.\n11. Bila kuah gulai sudah terbit minyak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.\n\nNota tambahan:\u00a0\nUntuk dapatkan warna gulai yang cantik ialah guna api perlahan utk mereneh gulai semasa proses akhir. Selain itu, cili boh juga memainkan peranan yang penting. Guna cili boh yang merah menyala supaya hasil gulai nanti juga kelihatan merah.\n\nSelamat mencuba resipi dan tip untuk masak Gulai Ayam Style Terengganu ini\nBaca juga: Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/gulai-betik-muda/", "title": "Gulai Betik Muda Dengan Ikan Kering, Lauk Tradisi Orang \u2018Nismilan\u2019", "body": "\nNak cuba resipi Gulai Betik Muda dengan ikan masin? Salah satu hidangan yang sangat simple dan pastinya enak. Mungkin ada antara anda yang tak pernah mencubanya. Dan mungkin juga ada antara kita yang tak tahu buah betik ini boleh dimasak gulai.\nAntara makanan tradisi masyarakat Negeri Sembilan atau bahasa pasarnya Nismilan, memang wajib ada hidangan ini di rumah. Kebiasaannya ia dicampur dengan ikan bilis. Tapi tambah ikan masin pun tetap rasanya padu. Memang kecur air liur dibuatnya.\nBaca juga: Resipi Masak Lemak Siput Sedut, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi\nLauk ini boleh dimasak bila-bila masa sahaja. Dimakan dengan nasi putih, telur dadar dan juga petai seronok sangat. Dah tak perlu lauk lain lagi. Mari kita lihat memasak untuk juadah berbuka hari ini.\nUntuk resipi ini, anda boleh ikuti perkongsian resipinya dari Cik Puan Zalina Yahaya. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resipi ini untuk dicuba.\n\nRESIPI GULAI BETIK MUDA DENGAN IKAN MASIN\nOrang nimslan panggil gulai kepayo. Kalau jumpa betik muda boleh cuba buat gulai betik muda ni. Antara lauk tradisi orang nismilan. Ini arwah mak mertua saya yang ajar. Dia selalu buat dengan ikan bilis jer. Ada juga yang buat dengan ayam atau udang. Terserah pada selera anda.\n\nBahan-bahan:\n\n1 biji betik muda \u2013 dihiris halus\nSegenggam ikan masin \u2013 basuh bersih\n4 batang serai \u2013 dititik\n1 kotak santan pekat\nGaram secukupnya\nAjinomoto secukupnya\n\nBahan tumbuk:\n\nSegengam cili api kampung\nKunyit hidup sebesar ibu jari\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama 1/2 cawan air. Biarkan ia menggelegak seketika. Untuk hilangkan bau cili.\n2. Masukkan pula 1 kotak santan ke dalam periuk. Kalau tak suka pekat, boleh tambah sedikit air.\n3. Kemudian, masukkan pula betik muda yang sudah dihiris halus. Hiris guna pisau sebabnya kalau guna penyagat tak berapa halus sangat.\u00a0\n4. Biarkan ia mengelegak dengan api perlahan.\n5. Akhir sekali, baru masukkan ikan kering. Boleh masukkan apa jua jenis ikan masin. Kalau kurang masin, boleh perasakan dengan garam dan ajinomoto.\n6. Tutup api. Hidang dalam mangkuk lauk dan sedia untuk dihidang.\n\n\n\nWow inilah hasilnya! Sekali sekala bosan makan betik macam biasa, apa kata ubah style macam ni pula.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Ikan Bilis Dan Tempoyak, Menu Orang Dulu-dulu\n"} {"url": "https://myresipi.com/gulai-daging-kawah/", "title": "Gulai Daging Kawah SAMA Macam Lauk Kenduri, Memang Terubat Rindu Tengok Menu Ini", "body": "\nAlangkah indahnya kalau boleh makan Gulai Daging Kawah. Tapi susah betul nak cari, biasanya bila majlis kenduri saja baru boleh jumpa lauk istimewa ini. Apa kata anda cuba sediakan lauk gulai daging ni di rumah untuk hidangan lauk tengah hari atau makan malam?\nBaca juga: Gulai Ayam Style Terengganu, Rupanya Guna REMPAH Ini Bagi Penyedap Rasa\nBarulah puas bila masak sendiri, boleh tambah banyak-banyak! Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh Encik Nahar Efendy Noordin ini.\n\n\nRESIPI GULAI DAGING KAWAH\nBila ada musim kenduri, menu yang paling dirindui ialah gulai daging kawah. Kalau kena pula dengan segala cukup rasa, boleh bertambah-tambah makan nasi. Dengan resipi yang dikongsi ini, diharapkan dapat mengubati rasa masakan gulai daging seperti di majlis kenduri. Boleh makan beramai-ramai di rumah bersama keluarga.\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 kg daging lembu\n1 biji kelapa (jadikan santan sederhana pekat)\n1 biji bawang besar |dimayang)\n2 kulit kayu manis\n3 kuntum bunga lawang\n5 kuntum bunga cengkih\n4 biji buah pelaga\n3 sudu besar cili boh\n3 sudu besar rempah gulai Cap Orang Terbang\nGaram\n1 asam keping\n1 sudu besar kerisik\n3 biji ubi kentang\n*7-10 biji bawang merah\n*2 ulas bawang putih\n*1 inci halia\n*1 inci lengkuas\n*1 inci kunyit hidup\n\nKisar bahan bertanda *\u00a0\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah 4 beradik.\n2. Kemudian, masukkan cili boh. Masak kejap sampai bau cili boh tu masak.\n3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan masak sampai pecah minyak.\n4. Masukkan rempah gulai daging. Kacau sebati.\n5. Kemudian masukkan daging. Gaul rata daging dengan rempah.\n6. Masukkan air dan masak hingga daging empuk. Masa ni, pindahkan daging ke pressure cooker. \n7. Masuk pressure cooker set menu daging 30 minit dan tunggu sampai siap. Kalau tak ada pressure cooker, masak je atas dapur sampai daging empuk.\n8. Dah siap, pindah semula ke kuali tadi dan masukkan kerisik dan asam keping. Keringkan sikit air.\n9. Kemudian masukkan santan, ubi kentang, garam, dan gula melaka. Bila kentang dah empuk, perlahankan api dapur dan reneh sekejap dalam 5 minit bagi pecah minyak. Dah siap!\n\n\nSelamat mencuba resipi Gulai Daging Kawah ini.\nBaca juga: Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan\n"} {"url": "https://myresipi.com/gulai-ikan-masin-tumis-darat/", "title": "Makanan Orang Dulu-dulu, Gulai Ikan Masin Tumis Darat", "body": "\nGulai Ikan Masin Tumis Darat, menu tradisi mudah yang jadi kegemaran ramai. Lauk ini sangat enak dimasak menggunakan Ikan Talang.\nTerasa nikmat dalam setiap suapan. Bagi anda yang suka, pasti tahu beratap nikmatnya. Makin diperangat, makin enak kuahnya.\nBaca juga: Mudahnya Nak Buat Gulai Darat Daging, Tak Perlu Tumis Pun\nJom cuba resipi perkongsian dari Mariana Zainal ni. Sesuai dijadikan menu makan tengahari.\nResipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat\n\nBahan-bahan:\n\n2-3 ekor ikan duri masin @ikan talang masin lagi sedap \u2013 potong ikut suka\n4 sudu makan rempah kari ikan cap \u2018O\u2019 (jenama lain pun boleh)\u00a0\n1/2 sudu besar serbuk cili\u00a0\n3 1/2 cawan santan daripada sebiji kelapa (jika guna santan kotak, guna 1 kotak kecil dan masukan air 3 cawan)\u00a0\n2 cubit gula\nSedikit bahan perasa jika suka\n1 sudu teh garam\n1 1/2 keping asam gelugur (boleh gantikan 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair)\u00a0\nTerung bulat \u2013 potong 4 (boleh juga guna terung panjang)\nKacang panjang secukupnya\n\nBahan Kisar:\n\n1 1/2 biji bawang besar\u00a0\n3 ulas bawang putih\u00a0\nSedikit halia\nSedikit air\n\nBahan Tumis Darat:\n\n1 biji bawang besar @ bawang ros \u2013 hiris nipis\n3 ulas bawang putih \u2013 hiris\n3 tangkai daun kari\u00a0\n1 sudu teh halba campur\u00a0\n5 tangkai cili kering \u2013 potong serong\u00a0\n2 senduk minyak masak untuk menumis\n\nCara memasak:\n1.Rendam potongan ikan masin dalam air panas untuk kurangkan rasa masin. Kemudian basuh dan toskan.\n2. Satukan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula dan sedikit perasa dalam periuk atau kuali. Masak selama 5 minit untuk bagi rempah masak elok.\n3. Kemudian masukkan santan. Apabila santan mula mendidih, masukkan terung bulat.\n4. Bila terung bulat sudah mula lembut, masukkan ikan masin. Masak guna api sederhana dan kena kacau selalu untuk elakkan santan pecah minyak.\n5. Apabila kuah gulai mula mendidih ganas, masukkan kacang panjang. Tunggu sayur lembut.\n6. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Tambah garam jika perlu tapi harus rasa terlebih dahulu. Tutup api. Ketepikan.\n7. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat hingga agak garing.\n8. Kemudian tuang bahan tumis darat dalam kuah gulai tadi sekali dengan minyaknya sekali.\n9. Gulai Ikan Tumis Darat siap untuk dinikmati.\nNota tambahan: Gulai ini sedap jika diletak nanas. Tetapi jika tambah nanas, jangan letak air asam hawa atau asam keping.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/gulai-ikan-talang-kering-nenas-tumis-darat/", "title": "Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!", "body": "\nJom buat Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat. Anak-anak mesti suka kalau kali pertama baru merasa. Bagi yang duduk di utara, ini antara hidangan yang popular dan wajib masak di rumah.\u00a0\nBila makan dengan nasi putih panas-panas, memang bertambah-tambah pinggan dibuatnya. Makan dengan nasi lemak pun sedap tau!\u00a0\nBaca juga: Gulai Udang Dengan Tempe Dan Buncis, Mudah Dan Sedap!\u00a0\nKalau kenduri kahwin, ia juga antara menu wajib untuk disajikan kepada tetamu dan juga lauk pengantin.\u00a0\nResipi gulai ikan talang kering dan nenas tumis darat ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Mdm Kelly menerusi laman Facebook. Memang mudah perkongsian beliau dan korang boleh ikut langkah demi langkah di bawah.\n\nRESIPI GULAI IKAN TALANG KERING DAN NENAS TUMIS DARAT\n\nPortion hidangan: 3-4 orang makan\nBahan-bahan:\n\n1-2 labu bawang besar*\n3-4 ulas bawang putih*\nSerbuk kari ikan kering atau serbuk kari ikan pun ok.\n2 cawan santan\n1-2 cawan air\nIkan masin yg ada tulang lagi sedap \u2013 rendam dulu\nNenas \u2013 potong kecil\n\nBahan tumis darat:\n\nBawang merah\nBawang putih \nDaun Kari\n5-6 tangkai cili kering\nHalba campur\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Kisar bahan bertanda * ini dan gaul dengan serbuk kari masak dengan api perlahan. \n2. Jika kering tambah air sikit. Anggaran 10-15 minit.\n3. Masukkan santan, air biar hingga mendidih. Kemudian masukkan nenas dan ikan, masak hingga sebati. \n4. Untuk garam jgn letak banyak sebab ikan dah masin. \n5. Dah cukup rasa boleh tutup api.\n6. Kemudian dalam kuali lain masukkan minyak dan tumis bahan tumisan hingga garing. Kemudian gaul dengan gulai tadi.\n7. Siap untuk dihidang!\n\nMudah saja kan? Nak pula bila menumis itu, bau-baunya sahaja pun dah buat perut kita berkeroncong. Kalau kahwin dengan orang utara, jangan lupa pikat pasangan atau mertua dengan hidangan ini.\nMesti terus jadi menantu kesayangan bila ikut resipi ini. Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mdm Kelly kerana sudi berkongsi resipi ini kepada semua.\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Makanan Orang Dulu-dulu, Gulai Ikan Masin Tumis Darat\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/gulai-kuning-lengkuas-ikan-aya-pekat/", "title": "Petua Masak Gulai Kuning Lengkuas Ikan Aya Pekat & Sedap, Ikut Cara Orang Tua Dulu", "body": "\nTengok gulai kuning lengkuas ikan aya ini pun dah tahu sedap. Terliur dibuatnya! Buat orang Kelantan, ini memang lauk biasa untuk makan pagi dan kadang membawa ke tengah hari.\nMakan satu lauk ini dengan sambal belacan dah cukup. Tapi bila kita teringin dan cuba buat sendiri rasanya selalu tak sama dengan yang kita selalu makan. Tak jadi pekat dan kurang \u2018kick\u2019.\nKalau ada yang rindu nak makan gulai kuning lengkuas ikan aya stail Kelantan ni, perkongsian dari Afy Al Habibi boleh dijadikan panduan untuk masak sendiri.\nMesta dipanggil \u2018cikgu\u2019, cara masak yang dikongsi ini adalah dari mok atau ibunya, cara orang tua dulu. Hasilnya memang dijamin sedap teruk!\nCARA BUAT GULAI KUNING LENGKUAS IKAN AYO RESIPI \u2018MOK\u2019\n\nTak mahu menghampakan harapan ramai kawan yang berminat dengan gulai ini, cikgu tulis dulu resepi penuh begini ya. Cikgu salin yang Mok bagitahu. Jangan lupa baca tip sekali. Dijamin sedap terukk.\nBahan kisar:\n\n7 biji bawang merah saiz syiling 20 sen\n3 ulas bawang putih\n7 hiris bulat nipis lengkuas\n3 inci kunyit hidup\n1/2 sudu teh serbuk kunyit\n3 sudu besar cili kering kisar\n\nIkan Ayo (1kg) saiz besar, rebus bersama bahan di bawah:\n\n3 sudu besar garam\n1 keping nisse (gula kerek/gula nisan)\n4-5 hiris nipis lengkuas\n3 hiris nipis halia\n6 keping asam gelugur\n\nCara memasak:\n1. Masuk ikan dalam periuk, tambah air separuh dari sukatan ikan. Rebus sehingga masak. Jangan terlalu lama takut isi hancur. Dah masak ketepikan dulu.\n2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan santan pekat asli 1/2 kg. Masukkan air. (Sukat ikut kuantiti santan; contoh Mok guna santan dari dalam plastik. Mok sukat ikut kuantiti santan tadi).\n3. Masukkan juga air rebusan ikan 2 senduk.\n4. Masak atas api dapur. Perasakan dengan garam gula dan perisa ikut citarasa. Yang ni Mok lupa nak sebut banyak mana; Mok kira agak-agak kena dengan tekak. Seimbang rasa masin manis sahaja.\n5. Selepas kuah mendidih, susun ikan tadi dalam periuk gulai.\n6. Ambil juga 2 kepingan asam keping dari rebusan ikan tadi masukkan dalam periuk.\n7. Tambah potongan timun batang, kacang panjang dan 3 tangkai lada solok Siam.\n8. Tutup api selepas 10 minit.\n\nTIP GULAI KUNING IKAN AYO MAKIN SEDAP DAN PEKAT\n\nOrang Kelantan biasa guna ikan Ayo putih atau tongkol kayu untuk isi lebih sedap dan pejal.\nRebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang.\nTambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.\nNak kuah pekat dan sedap, buat gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.\nBungkus nasi panas bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka.\nPadankan dengan ayam goreng, sambal dan timun batang sebagai pelengkap hidangan.\n\n\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/gulai-udang-dengan-tempe-dan-buncis/", "title": "Gulai Udang Dengan Tempe Dan Buncis, Mudah Dan Sedap!", "body": "\nAda yang suka makan gulai udang? Kebiasaannya gulai udang macam ni, sedap dicampurkan dengan nenas atau dengan pucuk ubi. Makan dengan nasi panas, confirm bertambah nasi!\nGulai Udang atau Masak lemak Cili padi ni memang menjadi makanan kegemaran ramai orang. Suka makan pedas-pedas boleh lebihkan cili padi yang digunakan.\nResipi yang dikongsikan Makcik Ratu ni, memang lengkap dan senang kita nak follow. Step by step yang disharekan pun mudah nak faham. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang digunakan.\nBaca juga: Peniaga Ini Kongsi Cara Buat Sambal Belacan Super Simple, Resipi Hasil Jualan Hampir 10 Tahun\nDalam gulai ni, kita yang tentukan nak masukkan apa-apa jenis sayuran yang kita suka. Jika ada yang suka tempe, kacang buncis, fucuk boleh masukkan sekali.\nResipi Gulai Udang\n\n\nBahan-bahan:\n\n\u00bd kilo udang\n3 helai daun salam\n2 helai daun kunyit\nAsam keping\nKacang buncis\n1 kotak kecil santan\nGaram\nTempe\nPetai\n\nBahan Tumis:\n\n2 Batang serai ( diketuk)\n2 ruas jari lengkuas\n\nBahan Kisar:\n\n25 biji cili padi hijau dan merah\n10 ubiji bawang merah\n5 ulas bawang putih\n3 biji buah keras\n2 ruas jari kunyit hidup\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula sekali, potong tempe kecil dan memanjang. Kemudian gorengkan seketika.\n2. Seterusnya, panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Tumis gunakan sedikit minyak sahaja ye.\n3. Bila dah naik wangi, masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai cili padi betul-betul masak. Anggaran dalam 10 hingga 15 minit kacau bahan-bahan tersebut.\n4. Seterusnya, masukkan daun salam, daun kunyit yang dirajik kasar serta air. Masak sekejap sampailah mendidih kuahnya.\n5. Kemudian, masukkan asam keping dan kacang buncis. Masak sekejap dan masukkan udang.\n6. Jangan tinggalkan tetapi balik-balikkan udang depan dan belakang. Nampak dah masak, terus masukkan santan. Kacau supaya santan sebati dengan kuahnya.\n7. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam. Biarkan mendidih dengan api yang perlahan\n8. Sebelum tutup api, masukkan tempe yang digoreng awal tadi dan juga petai. Sedia dihidang.\n\nBila dah siap nampak menarik betul gulai udang ni. Bolehlah hidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam. Nak makan dengan nasi boleh, hidangkan dengan nasi impit pun sesuai.\n"} {"url": "https://myresipi.com/guna-10-biji-kentang-dapat-40-biji-bergedil/", "title": "Guna 10 Biji Kentang Dapat 40 Biji Bergedil, Ikut Saja Resipi Ini", "body": "\nBergedil merupakan pelengkap hidangan. Selalunya bergedil menjadi hidangan sampingan dalam soto. Memang bertambah sedap makan soto jika ada bergedil ni apatah lagi jika makan bersama sambal kicap.\nKalau ada nak cuba buat, ikut saja resipi di bawah. Siap ada sukatan untuk 40 biji bergedil, mudah nak agak-agak untuk berapa orang makan.\nResipi Bergedil\nBAHAN-BAHAN:\n\n10 biji kentang saiz besar (kupas dan potong setebal 1/2 inci)\n20 biji bawang merah (dimayang)\n1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)\n3 tangkai daun sup (ambil daunnya sahaja dan hiris nipis)\nGaram secukup rasa\n500 gram daging (dikisar atau cencang halus)\nMinyak masak untuk menggoreng\nTelur ayam untuk mencelup adunan\n\nCARA MEMBUAT:\n1. Goreng kentang sehingga masak. Angkat dan toskan. Kemudian kentang ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.\n2. Tumbuk bawang merah yang telah dimayang. Masukkan ke dalam bekas berisi kentang.\n3. Masukkan lada hitam, daun sup dan garam.\n4. Masukkan daging.\n5. Gaul adunan ini sehingga sebati.\n6. Ambil sejemput adunan. Bentukkan menjadi bulat dan sedikit leper. Ulang sehingga adunan habis.\n\n7. Panaskan minyak masak dalam kuali. Dalam bekas lain, pukul telur ayam.\n\n8. Celupkan adunan ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sedia dihidang.\n\nKREDIT: Facebook Izwahani Zainal\n"} {"url": "https://myresipi.com/guna-5-bahan-je-nak-buat-ayam-teriyaki/", "title": "Guna 5 Bahan Je Nak Buat \u2018Ayam Teriyaki\u2019, Lauk Paling Cepat Siap!", "body": "\nPasti ramai ibu-ibu yang dah biasa bangun awal pagi untuk siapkan bekal anak ke sekolah ataupun bekal ke pejabat. Kalau dah ketandusan idea nak masak menu apa, boleh cuba masak ayam teriyaki ni pula.\nResipi perkongsian oleh Siti Hazneza ini merupakan makanan yang berasal daripada Jepun. Cara penyediaannya bukan sahaja cepat dan mudah, rasa dia juga sangat sedap!\nKalau ada yang nak cuba buat, ikut saja resipi di bawah ini. Selamat mencuba!\nRESIPI AYAM TERIYAKI JEPUN\nBahan-bahan sos teriyaki:\n\nHalia kisar 2 sudu makan\nMadu 2 sudu makan (boleh guna gula perang jika mahu)\n2 sudu makan kicap cair\n4 sudu makan kicap lemak manis (jika guna kicap pekat hitam cukup 2 sudu)\nGaram secukup rasa (jika perlu)\n\nCara-cara:\n\nAmbil ayam setengah ekor, gunting jadi sepuluh ketul comel-comel supaya cepat masak dan masak sekata.\nSatukan semua bahan-bahan sos teriyaki dan gaul sebati. Lumur pada ayam.\n\nPanaskan minyak dalam periuk, masukkan ayam dengan perapan, tambah cendawan dan bawang Holand jika mahu. Tutup periuk dan biarkan sampai masak atas api sederhana.\n\nSiap. Jika mahu kuah lebih pekat, boleh tambah bancuhan air dan tepung jagung.\n\nBoleh buat bekal bekal untuk anak atau ke tempat kerja.\n\n\nKredit: Siti Hazneza Abdul Hamid\nBaca juga: Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Sedap, Sama Macam Dekat Kedai Thai\n"} {"url": "https://myresipi.com/guna-5-bahan-je-nak-buat-biskut-arab/", "title": "Guna 5 Bahan Je Nak Buat Biskut Arab Ni, \u2018Legend\u2019 Tapi Ada Peminatnya", "body": "\nBiskut Arab ni memang sedap sangat. Biskut\u00a0legend tetapi tetap ada peminatnya. Kalau ada yang suka, boleh lah cuba resipi yang tersangat mudah ini. Resipi ini merupakan hasil perkongsian oleh Cik Anis Awani di laman sosial Facebook. Hanya guna 5 bahan mudah. 1 adunan ini boleh dapat lebih kurang dalam 106 biji.\nBaca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resipi Mudah Tanpa Guna Oven & Mixer!\nRESIPI BISKUT ARAB TERPALING MUDAH\nBahan-bahan:\n\n550 gm tepung gandum\n190 gm minyak sapi tulen\n65 gm butter/ marjerin\n40 gm gula icing\nSedikit gula kastor\n\nCara-cara:\n\nSebatikan minyak sapi dengan butter.\nKemudian masukkan gula icing. Kacau rata.\nMasukkan pula tepung gandum yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan, uli sehingga adunan tak melekit pada tangan. Adunan biskut arab ini jangan terlalu keras atau lembik. Kalau adunan lembut, boleh tambahkan lagi tepung.\nBila dah siap uli, cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menggunakan tangan.\nBakar pada suhu 150\u2103 selama 30minit. (bergantung pada oven anda)\nBila dah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum digaul dengan gula kastor atau gula pasir halus.\nBoleh letak dalam papercup jika suka, susun dalam bekas tertutup.\n\nSiap, selamat mencuba ya.\n\nKredit: Anis Awanis\n"} {"url": "https://myresipi.com/guna-oat-ganti-beras-ini-cara-buat-bubur-yang-sihat/", "title": "Guna \u2018Oat\u2019 Ganti Beras. Ini Cara Buat Bubur Yang Sihat, Mudah & Sedap", "body": "\nJom cuba buat bubur sihat\u00a0atau Oat Gurih (Savoury) yang mudah dan lagi sihat ini. Bubur ini menggunakan oat bagi menggantikan beras.\nBiasanya orang makan oat dengan buah atau madu kan? Kali ini jom tukar selera pula. Rasanya juga sangat sedap! Sesuai juga untuk anda yang mahu menurunkan berat badan.\nJom lihat resipi hasil perkongsian oleh Kamarul Ariffin di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Bubur Yang Sihat & Mudah\n\nBahan-bahan: (2 orang makan)\n\n10-15 sudu \u201coat cepat masak\u201d\n2 butir telur\n1 tangkai daun bawang\n2 ulas bawang putih\n\u00bd inci halia\n4 biji cendawan\n2 sudu besar kicap cair\n2 sudu besar minyak bijan\n1 sudu besar emping cili\n\u00bd kiub pati ayam\n\n\nCara-cara:\n1. Tumis bawang putih dan halia yang telah dicincang.\n\n2. Masukkan cendawan shitake yang sudah dicuci dan dihiris nipis. Tumis sehingga ia layu sedikit. Kalau kering sangat, letak sesudu air. Shiitake segar ni, bau dia tak kuat macam shiitake kering. Yang kering tu, orang kata bau petai.\n\n3. Letak sedikit kicap cair, atau kicap perasa(seasoning). Kicap ni masin, jadi berpada-pada bila gunakannya. Nak gantikan denga kicap lemak masin pun boleh sahaja.\n\n4. Kalau cendawan dah macam ni, boleh angkat dan ketepikan.\n\n5. Panaskan air sehingga menggelegak, kecilkan sikit api, dan masukkan oat kita. Kemudian reneh sampai dia kembang. Saya guna secawan air, tapi kalau kaluan suka bubur yang lebih cair, maka lebihkan air.\n\n6. Ini oat yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh, tapi pilih oat yang \u201cquick cook\u201d sebab ia lebih cepat dimasak berbanding oat biasa. Yang ini, 2 minit dah kembang.\n\n7. Masukkan kiub perasa ayam atau ikan bilis. Nak lebih sihat, gunakan air rebusan ayam. Kalau tak mahu letak apa-apa perasa tambahan, boleh langkau. Cuma kena tambah garam sedikit.\n\n8. Bila oat dah jadi bubur, letak dalam mangkuk dan sedia untuk dihiris bersama lauk sampingan.\n\n9. Bila dah letak dalam mangkuk, dah letak telur, dah letak cendawan, dah tabur cili emping dan daun bawang, maka kita boleh renjiskan sedikit minyak bijan dan kicap cair untuk menaikkan selera!\n\n10. Cara buat telur \u2018poach\u2019. Keluarkan isinya dari cengkerang dan masak di dalam air yang mereneh. Poach selama 2-3 minit dan tos.\n\n11. Sedap! Masin, pedas, dan berlemak (kuning telur). Sesuai dimakan sewaktu sarapan atau waktu tak sihat. Lauk iringan tu boleh tukar ikut selera dan kreativiti kalian. Selamat mencuba!\n\nKredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan\nBaca juga: Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Potong Satu-Satu. Tangan Pun Tak Pijar\n"} {"url": "https://myresipi.com/guna-robot-untuk-masak-nasi-goreng-tarik-perhatian-warganet/", "title": "Guna Robot Untuk Masak Nasi Goreng, Gerai Tepi Jalan Ini Tarik Perhatian Warganet", "body": "\nBaru-baru ini viral di media sosial Indonesia tentang seorang penjual nasi goreng yang menggunakan alat seakan robot untuk memasak menu di gerainya.\nSebenarnya peniaga yang dikenali sebagai Dastardi ini merupakan golongan kelainan upaya.\nNamun, kekurangan itu tidak menghalangnya untuk menyediakan nasi goreng yang lazat dan digemari pelanggannya.\nKekurangan bukan halangan\nBagi mengatasi kekurangan itu, Dastardi menghasilkan sejenis mesin yang berfungsi sebagai \u2018tangan\u2019 untuk membantunya menggoreng nasi.\nMenurut\u00a0Tribunnews, penjual itu mula mendapat perhatian netizen setelah videonya memasak menggunakan alatan tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai\u00a0revan.z22.\nDartadi merupakan pemilik sebuah gerai di Malang, Jawa Timur, Indonesia. Alat yang digunakan olehnya pula difahamkan telah diperbuat daripada sejenis logam yang tidak berkarat.\n\nAlat tersebut akan membantunya mengacau rempah ketika memasak nasi goreng kerana tangan kiri penjual itu sukar digerakkan akibat kemalangan beberapa tahun lalu.\nApa yang lebih mengagumkan, alat itu telah dibuat sendiri oleh Dartadi. Pemilik video pula berkongsi dengan Tribunnews bahawa dia sering membeli nasi goreng di gerai itu.\n\nMenurut pelanggan di situ juga, rasa nasi goreng itu tak ada bezanya dengan yang dimasak dengan tangan sebab memang sedap.\nRata-rata netizen juga memuji usaha peniaga makanan itu yang tidak menjadikannya kekurangannya sebagai halangan untuk bekerja seperti orang lain.\nLihat video penuh:\n\n\n @revan.z22\nUdah pernah nyoba belom?\ud83e\udd23#kulinermalang #kuliner #nasigorengrobot #fyp\n \u266c DJ What You Come X Teki Gan Pargoy Santuy \u2013 Kelud Music \n\n \nKredit: TikTok @revan.z22\n"} {"url": "https://myresipi.com/guna-sudu-mainan-anak-untuk-cedok-lauk-masa-picnic-jelingan-mautnya-buat-netizen-terhibur/", "title": "Guna \u2018Sudu Mainan\u2019 Anak Untuk Cedok Lauk Masa Picnic, Jelingan Mautnya Buat Netizen Terhibur", "body": "\nHujung minggu bakal tiba, nak buat aktiviti apa ya bersama keluarga? Takkan nak duduk rumah tengok televisyen sahaja kan, mestilah kena ada aktiviti barulah tak bosan.\nMungkin ada yang nak pergi berkelah, mandi sungai, bercuci mata di shopping mall dan sebagainya aktiviti lain.\nKalau ada yang sudah rancang nak pergi berkelah di sungai hujung minggu ini, jangan lupa bawa pinggan, cawan plastik dan sudu.\nJangan hanya bawa makanan saja, kalau terlupa benda penting ini macam mana nak makan agaknya.\nLupa bawa sudu waktu\u00a0picnic\nSeperti yang berlaku kepada sebuah keluarga ini apabila mereka lupa membawa sudu untuk mencedok lauk.\nMenerusi video yang dikongsi oleh @fanieshaa di TikTok, kelihatan bebrapa orang lelaki sedang mencedok lauk ke dalam pinggan berisi nasi.\nNamun, sudu yang digunakan kelihatan agak lain dari lain. Rupanya mereka lupa untuk membawa sudu cedok lauk.\nOleh sebab itu, mereka terpaksa menggunakan \u2018sudu mainan\u2019 milik budak kecil yang dipercayai milik anak kepada salah seorang ahli keluarga tersebut.\n\nPada akhir video tersebut, kelihatan dua orang budak kecil yang hanya memandang sudu mainan milik mereka digunakan untuk mencedok lauk.\nEmpunya video juga turut berseloroh mengatakan budak kecil itu memberi jelingan maut kepada mereka yang memegang sudu tersebut.\n\nVideo penuh:\n\n\n @fanieshaa\npakat lupa bawa camca \ud83d\ude06\ud83d\ude06 budak tu qeling jaa pakai dia punya menan cedok lauk \ud83d\ude06\ud83d\ude02\ud83d\ude02\ud83d\ude02 hentam saja laa labuu \ud83d\ude02\ud83d\ude02 #fyp #tiktokmalay\n \u266c original sound \u2013 masterg530 \u2013 Tik Toker \n\n \nMenjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut rasa terhibur dengan kejadian itu dan turut berpendapat ada guna juga mainan yang dibelikan itu.\n\n\u201cMesti budak kecil tu rasa bangga mainan dia sangat berguna..\u201d\n\n\u201cMuka redho je..\u201d\n\nKredit: TikTok @fanieshaa\n"} {"url": "https://myresipi.com/hacks-simpan-santan-segar/", "title": "Wanita Ini Kongsi \u2018Hacks\u2019 Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi, Kreatif Sangat!", "body": "\nBerbanding santan kotak, santan segar selalu menjadi pilihan kita untuk memasak. Bagi menyediakan makanan bayi, adalah lebih baik untuk turut menggunakan santan segar.\nIni kerana ia tidak melibatkan sebarang proses pembuatan dan penambahan bahan pengawet yang tidak sesuai untuk bayi. Namun menyimpan santan segar perlu disimpan dengan cara betul. Bimbang tidak tahan lama.\nArtikel berkaitan: Jangan Buang \u2018Santan Masam\u2019, Boleh Buat Minyak Kelapa Homemade. Ikut Cara Ini\nPerkongsian pengguna Tik Tok, @nraffhinsyrh yang menyimpan dalam icu cube ini anda kena cuba. Simple tapi lebih senang untuk memasak.\nUntuk bayi, sebolehnya gunakan santan segar dalam masakan. Santan kotak kebiasaannya mengandungi bahan pengawet. Simpan cara macam ni memang memudahkan para ibu untuk memasak.\nVideo Penuh:\n\ndownload\n\nSemoga bermanfaat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/hacks-untuk-bagi-dapur-selalu-nampak-bersih/", "title": "\u201cHacks\u201d Untuk Bagi Dapur Selalu Nampak Bersih", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-09-26 05:30:40\n\n\nBagi para ibu-ibu, hasrat untuk memiliki dapur yang selalu nampak\u00a0bersih dan kemas merupakan satu kebanggaan untuk diri mereka. Walaupun begitu, tiap-tiap hari mesti ada bahan dapur yang berselerak di atas meja. Ye lah, masak tu hari-hari, bukannya kadang-kadang. Jadi bukan kejutan lah kalau bersih dan kemas tu sementara je. So macam mana nak pastikan dapur ni selalu nampak bersih? Ini dia, life hacks!\n1. Kumpulkan Peralatan Yang Sekumpulan\nPhoto Credit: cutleryandmore.com\nKalau korang ada peralatan yang memang dalam set macam sudu, garpu atau senduk, sebaiknya letak peralatan itu dalam setempat. Jadinya, satu tempat tu memang untuk alat-alat macam tu je. Cara menyusun tu pun kena pastikan nampak kemas lah. Kalau campak je semua letak setempat pun tak nampak kemas. So take note!\n2. Gunakan Bakul\u00a0\nPhoto Credit: amazon.com\nBakul ni sesuai untuk letak barang-barang kecil atau halus. Kalau lah tak de tempat lain. So atleast tak de nampak berselerak kalau dalam bakul. Perbanyakkan ada bakul-bakul rotan atau apa-apa bakul lah. Tak kisah asalkan boleh simpan banyak-banyak barang kecil. Ia mampu mengubah rupa dapur.\n3. Lebihkan Penggunaan\u00a0Ruangan Bawah\u00a0Sink\nPhoto Credit: housebeautiful.com\nSelain ada paip sink tu, banyak ruang kat bawah tu yang boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang kering macam sponge atau periuk. Tempat tu memang sesuai sebab bila dah tutup pintu ruangan tu, dah tak nampak apa-apa. So lebihkan menggunakan ruang tu.\n4. Pilihan Tong Sampah\nPhoto Credit: bhg.com\nMemang lah hanya tong sampah, tapi rupanya pun main peranan nak bagi nampak dapur bersih dan kemas. Pastikan rupa tong sampah tu nampak elok dan letakkannya di area yang tak pelik atau ganggu area pemandangan.\n5. Jangan Tangguh Bersihkan Peralatan\nPhoto Credit: rd.com\nKonsistensi adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup. Begitu juga dalam dapur. Lepas dah guna mana-mana peralatan, konsistensi untuk membersihkannya adalah penting. Bukannya nanti, tapi betul-betul lepas gunakannya. Kalau cakap nanti, memang sah lepas tu akan lupa. Bila lupa je, waktu tu lah akan bertambah peralatan kotor.\nNak dapur bersih dan kemas, perlukan disiplin. Jadinya, nak rupa dapur bersih untuk dipandang, kena lah rajin kemas hari-hari. Ia satu usaha berterusan daripada korang.\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/halwa-maskat/", "title": "Halwa Maskat, Manisan Orang Dulu Dulu Yang Kian Dilupakan", "body": "\nJom buat Halwa Maskat, manisan orang dulu-dulu yang semakin dilupakan ini. Zaman 80an dan 90an, memang popular manisan ini dulu kerana teksturnya yang sama seperti dodol.\nIa merupakan sejenis hidangan manis tradisi yang dihidangkan hanya pada hari perayaan dan antara hidangan istimewa Pulau Pinang.\nHalwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung, dan gula.\nBaca juga: Kuih Pulut Wajik @ Wajid Ikut Sukatan Cawan, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je\nMungkin kerana cara penyediaannya yang rumit dan memakan masa dari persediaan sehingga proses mengacau adunan secara berterusan membuatkan manisan ini semakin dilupai.\u00a0\nIni kerana, manisan ini perlu diperam selama tiga hari tiga malam sebelum dikacau pada api yang perlahan selama lima jam tanpa henti. Sekiranya tidak, campuran tersebut mungkin berkerak dan hangit.\nBagi yang merindui kenangan raya dulu-dulu, MyResipi ingin kongsikan resipi ini agar ia tidak akan hilang ditelan zaman. Kalau berminat nak buat, boleh saja ikuti resipinya di sini.\u00a0\n\nRESIPI HALWA MASKAT\n\nBahan-bahan:\n\n1 kg tepung gandum\n1 kg gula pasir\n1 kg gula batu\n5 sudu tepung sagu \n1 tin sedang minyak sapi (500gm)\nSedikit buah pelaga\nBadam dan Gajus\nSedikit air mawar\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Tepung gandum diuli menjadi sebuku doh, kemudian ambil doh tadi dan letak dalam satu besen atau bekas untuk mulakan proses membasuh tepung. Basuhkan doh tadi dengan cara tuangkan sedikit demi sedikit air anggaran 1/2 mug air, basuh doh ratakan dengan tangan pada doh dan airnya di simpan dalam bekas2 yang disediakan. Ulangi proses hingga tinggal getah sahaja pada doh tepung tadi. Ini bermakna air yang kita ketepikan dalam bekas dalam 3-4 bekas. Proses untuk basuh tepung makan masa anggaran 3 hingga 4 jam.\n2. Air yang diketepikan dalam bekas tadi dibiarkan sehingga mendap tepungnya, buangkan air perlahan-lahan bila masuk hari pertama dan nampak jernih airnya iaitu keesokkan harinya dan tinggalkan kanji tepung sahaja. Tak boleh guna tapisan perlahan-lahan buangkan airnya. Lakukan proses yang sama sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari jangan lebih nanti masam pula kanji tepung yang dimendapkan. Setiap kali air dibuang gantikan dengan air bersih yang baru, kacau sedikit dengan senduk kayu serta biarkan mendap untuk hari yang berikutnya.\n3. Bagi proses untuk mengacau kueh ini pula, sediakan kuali atau genseng tembaga kalau ada lagi bagus yang agak besar untuk mengacaunya.\n\n4. Mula-mula, ambil gula pasir anggaran 2 cawan di goreng untuk jadikan berwarna perang keemasan jangan sampai hangus, masukkan air anggaran 4-5 cawan dan masukkan pula baki gula pasir yang sekilo tadi bersama gula batu. Masakkan sehingga gula mencair dan air gula mendidih baru di masukkan kanji mendapan tepung yang dicampurkan dengan sekali ganda air. Masak adunan ini hingga sebati dan memekat seperti mengacau dodol perlu di kacau selalu.\n5. Sambil adunan di kacau masukkan bancuhan tepung sagu bersama sedikit air dan kacau lagi sambil dimasukkan ghee atau minyak sapi sedikit demi sedikit. Kacau sekurang-kurangnya 4 jam. Masukkan juga sedikit air mawar dan sedikit buah pelaga yang dibuangkan kulitnya serta ditumbuk sedikit isinya.\u00a0\n6. Bila halwa maskat dah masak elok akhir sekali masukkan badam dan gajus yang telah digoreng. Masukkan kuih halwa maskat ini ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian semasa ia masih panas untuk senang ditetal atau di ratakan. Hidangkan bila dah sejuk dengan potongkan kecil. Hias ia dengan badam, ceri, kismis atau yang bersesuaian.\n\n\nSiap untuk dihidang! Manisan ini kurang sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana cara penghasilannya yang rumit. Ia juga tidak dihasilkan secara harian dan hanya bagi acara istimewa seperti hari perayaan sahaja. \nOleh itu ia kurang popular dikalangan golongan muda. Sungguhpun begitu ia tahan lama, dan rasanya juga sedap.\nSelamat mencuba!\nSumber: [1],[2]\nBaca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur\n"} {"url": "https://myresipi.com/hanya-3-langkah-mudah-ini-resepi-original-sos-chicken-mango-dari-thailand/", "title": "Hanya 3 Langkah Mudah, Ini Resepi Original Sos Chicken Mango Dari Thailand!", "body": "\n\nKalau korang pernah makan chicken mango, fuh rasa dia memang tak lengkap lah kalau tak ada sos khasnya. Rasa masam, manis dan pedas gabungan chicken mango dan sos cili ala Thai ini memang padu, nak buatnya pun sangat mudah.\nJom cuba masak sos chicken mango ini resepi sebiji seperti di Thailand\n\nBahan-bahan\n\n3 senduk cili sos Thai Siam\n3 senduk gula\n1 senduk air\n3 biji limau nipis besar (ambil jusnya)\n7 titik kicap manis nak bagi warnanya gelap sedikit\n2 ulas bawang putih*\n6 biji cili api*\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nKisar bahan yang bertanda *.\nCampurkan kesemua bahan di atas, dan masak sehingga gulanya larut.\nSiap dan boleh dimakan bersama chicken mango.\n\nSumber: Fariza Mohd Ghazali\n"} {"url": "https://myresipi.com/hanya-guna-3-bahan-je-ini-resepi-popiah-nestum-bersalut-coklat/", "title": "Hanya Guna 3 Bahan Je! Ini Resepi Popiah Nestum Bersalut Coklat", "body": "Kalau nak buat kuih raya di rumah tetapi tiada oven, boleh la cuba buat popiah nestum bersalut coklat. Korang hanya memerlukan guna 3 bahan sahaja dah dapat kuih raya yang sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nur Rabiatul Fatein di Facebok.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nPOPIAH NESTUM BERSALUT COKLATKalau nak buat kuih raya di rumah tetapi tiada oven, boleh la cuba buat popiah nestum bersalut coklat. Korang hanya memerlukan guna 3 bahan sahaja dah dapat kuih raya yang sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nur Rabiatul Fatein di Facebok.\nBAHAN-BAHAN\nKulit popiah\n\nNestum\n\nCoklat Beryls\n\nKredit: Nur RabiatulCARA PENYEDIAAN\nGulung kulit popiah menggunakan straw dan untuk lekat dihujung ambil sedikit tepung gandum yang sudah dicampur bersama air.\n\u00a0\n\nSelepas siap gunting, gorengkan kulit popiah menggunakan api sederhana.\n\nGunakan kaedah double boil untuk mencairkan coklat. Letak separuh air di dalam periuk, dan letak mangkuk di atasnya.\n\nApabila sudah digoreng toskan dahulu, tunggu ia sejuk sekejap dan masukkan dalam cairan coklat. Gaulkan bersama Nestum. Masukkan di dalam peti ais untuk sebatikan coklat dan Nestum tersebut.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/hanya-guna-4-bahan-ini-resepi-roti-hamlet-kegemaran-anak-anak/", "title": "Hanya Guna 4 Bahan, Ini Resepi Roti Hamlet Kegemaran Anak-Anak", "body": "Mungkin ramai tak familiar dengan nama Roti Hamlet ni. Roti Hamlet ini adalah salah satu menu sarapan pagi yang terkenal di Kelantan. Kalau anda berada di Kelantan, Roti Hamlet ini mudah dijumpai lagi-lagi di bazaar Ramadhan. Boleh dijadikan hidangan untuk menaikkan selera makan anak-anak, mesti mereka suka. Ini resepi yang dikongsikan oleh Noor Azira di Facebook. Selamat mencuba!\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n2 orang\nHIDANGAN\n\n\nROTI HAMLETMungkin ramai tak familiar dengan nama Roti Hamlet ni. Roti Hamlet ini adalah salah satu menu sarapan pagi yang terkenal di Kelantan. Kalau anda berada di Kelantan, Roti Hamlet ini mudah dijumpai lagi-lagi di bazaar Ramadhan. Boleh dijadikan hidangan untuk menaikkan selera makan anak-anak, mesti mereka suka. Ini resepi yang dikongsikan oleh Noor Azira di Facebook. Selamat mencuba!\nBAHAN-BAHANBAHAN A\nTelur\n\nRoti\nBAHAN B\nKaya\n\nMajerin\nCARA PENYEDIAAN\nMasak telur dalam kuali leper.\n\nLetak roti yang dibelah tengah di atas telur.\n\nAngkat roti. Selepas itu, sapu kaya dan marjerin.\n\nLipat roti dan siap. Sedap di makan panas-panas.\nTIPS1 Biji telur untuk 1 roti.\nGuna kuali leper supaya terbentuk lawa.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/hanya-guna-asam-keping-elak-sotong-jadi-kecut-hanyir/", "title": "Hanya Guna Asam Keping, Elak Sotong Jadi Kecut & Hanyir Bila Dimasak", "body": "\nSotong merupakan antara makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi bila ke pasar, geram tengok sotong yang segar dan besar. Tapi paling bila dimasak, sotong jadi kecut dan mengecil.\nRupanya ada petua mudah untuk elak sotong kecut dan tak berbau hanyir bila dimasak. Saiz sotong pun kekal tak berubah selepas dimasak.\nPetua ini dikongsikan oleh Zin Rose di laman sosial Facebook. Selepas ini boleh ikut cara ini sebelum mula masak. Semoga bermanfaat!\nPetua Elak Sotong Jadi Kecut & Hanyir Bila Dimasak\nMula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu supaya senang nanti badan tak ke lain, kepala ke lain.\nRebus sotong selama 5 hingga 8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping, hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut. Tak la bila beli sotong besar, bila masak jadi kecil.\nCara-caranya:\n1. Masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong. Letakkan 4 atau 5 asam keping.\n\n2. Rebuskan selama 5 hingga 8 minit. Tutup api.\n\n3. Kemudian toskan dan boleh dimasak. Hasilnya sotong tak hanyir, saiz maintain tak mengecut bila dimasak. Dan paling penting, sotong melekat elok pada badan sotong.\n\nKredit: Zin Rose\nBaca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur\n"} {"url": "https://myresipi.com/hanya-guna-kulit-paratha-segera-mudahnya-nak-buat-portuguese-egg-tart/", "title": "Hanya Guna Kulit Paratha Segera, Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart!", "body": "\nRamai penggemar Portuguese Egg Tart ni kan? Makan 1 biji memang tak puas. Tapi harganya boleh tahan juga kalau beli di kedai, lagi-lagi kalau nak beli setiap hari.\nRupanya tak susah mana pun kalau nak buat sendiri di rumah. Bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapati. Yang penting jimat duit dan boleh makan puas-puas.\nApa yang lagi menarik, hanya perlu menggunakan kulit paratha segera untuk membuat kulit Portuguese Egg Tart ni. Tak perlu susah-susah nak uli tepung. Jom lihat resipi di bawah!\nResipi Portuguese Egg Tart Guna Kulit Paratha\nBahan-bahan:\n\nKulit pratha Brand KAWAN (8 keping dapat buat 12 biji)\nWhipping cream 75 g\n2 biji telur\nGula pasir 50 g\nAir panas 110 ml\n\nCara-cara:\n1. Masukkan air panas dan gula halus dalam bekas. Kacau dan sejukkan.\n2. Masukkan telur dan whipping cream, kacau rata dan ketepikan seketika. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sejuk selama setengah jam.\n3. Keluarkan Pastry dari peti sejuk dan biarkan sejuk selama 5 minit. Ratakan menjadi empat segi Pastry seperti gambar satu dan gulung seperti gambar 1.\n4. Setelah gulungan pertama digulung, gulung sekali lagi Pastry menjadi seperti dalam gambar 2.\n5. Potong pastri yang digulung menjadi tiga bahagian seperti dalam gambar 3.\n6. Masukan dalam bekas acuan pastri puff, tekan mengikut acuan seperti dalam gambar 4.\n7. Cucuk beberapa lubang dengan garpu pada bagian bawah pastri tadi seperti dalam gambar 5. (untuk mengelakkan kuning telur mengelembung semasa dibakar)\n8. Akhir sekali tutup permukaan pastri seperti gambar 6.\n\n8. Panaskan Air fryer pada suhu 160c selama 5 minit. Kemudian masukkan Tart Portuguese dan bakar selama 15 minit. Selepas 15 minit, sesuaikan suhu hingga 180c-bakar selama 5 minit tambahan, dan biarkan Tart Portuguese berwarna kegaringan. (Perbezaan suhu setiap oven berbeza, anda boleh menyesuaikannya sendiri)\nSedap dimakan panas-panas. Selamat mencuba.\n\nKredit: Zaihanififie Abu Bakar\n"} {"url": "https://myresipi.com/hanya-guna-puff-pastri-ini-resepi-tat-telur-portugis-ala-bakers-cottage/", "title": "Hanya Guna Puff Pastri, Ini Resepi Tat Telur Portugis Ala Bakers Cottage!", "body": "\nBagi penggemar tat telur Portugis, korang mesti pernah rasa betapa sedapnya tat telur Portugis yang dijual di Bakers Cottage. Kebiasaannya tat telur Portugis ini kurang muak dan kurang berbau telur berbanding tat telur yang biasa.\nBiasanya harga tat telur Portugis yang dijual di kedai agak sedikit mahal, tetapi korang tidak perlu risau lagi kerana boleh buat dirumah sahaja dan yang paling mudah ialah korang boleh buat tat tersebut dengan menggunakan puff pastry sahaja. Jom cuba resepi tat telur Portugis yang mudah ini.\nBahan-bahan\n\n20 gram telur penuh (telur sebiji maksudnya)\n2 biji telur kuning\n75 ml susu full cream\u00a0\n45 gram gula kastor\nSedikit esen vanila\n150ml whipping cream\n\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nCampurkan semua bahan di dalam 1 bekas, selepas itu kacau dengan senduk sampai sebati.\nTekapkan puff pastry dengan menggunakan cawan, selepas itu masukkan kedalam acuannya dan tekan-tekan sedikit.\n\n\n3.Masukkan filling tadi agak-agak dan jangan sampai terlalu penuh.\n\n4. Bakar di dalam oven suhu 170c selama 25 minit. Kalau pakai air fryer suhu 180c selama 20 minit.\n\n5. Sudah siap dan boleh dimakan panas-panas atau sejukkan di dalam chiller.\nSumber: Izz Aishah\n"} {"url": "https://myresipi.com/hanya-menggunakan-beberapa-bahan-sahaja-ini-resepi-ayam-reneh-kicap/", "title": "Hanya Menggunakan Beberapa Bahan Sahaja, Ini Resepi Ayam Reneh Kicap!", "body": "Bulan puasa selalunya kita nak makanan yang senang dan mudah di masak sahaja untuk berbuka, janji perut kenyang. Kalau korang nak makan makanan yang sedap tapi menggunakan beberapa bahan sahaja, boleh cuba resepi ayam reneh kicap ini ala masakan kaum Cina. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n30 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nAYAM RENEH KICAPBulan puasa selalunya kita nak makanan yang senang dan mudah di masak sahaja untuk berbuka, janji perut kenyang. Kalau korang nak makan makanan yang sedap tapi menggunakan beberapa bahan sahaja, boleh cuba resepi ayam reneh kicap ini ala masakan kaum Cina. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n\u00bd ekor ayam\n\n6 ulas bawang putih\n\n2-3 tangkai daun bawang\n\n3 inci halia\n\n10 tangkai cendawan shitake\n\n2-3 sudu besar sos tiram\n\n3 sudu besar kicap manis\n\n1 kuntum bunga lawang\n\n1 sudu minyak bijan\n\nGaram secukup rasa\n\nKredit : Kamarul Ariffin Nor SadanCARA PENYEDIAAN\nGoreng ayam sehingga lemaknya cair, dan luaran dia perang.\n\nKemudian, masukkan bawang putih cincang, halia hiris, dan daun bawang.\n\nLetak sos tiram. Masukkan semangkuk air dan kemudian masukkan kicap manis.\n\nMasukkan cendawan shitake, tutup periuk dan reneh selama 20-30 minit.\u00a0 Periksa sekali sekala jika air kering, tambahkan air lagi.\n\nSelepas itu, masukkan\u00a0bunga lawang, cili kering, dan lada hitam.\n\nPekatkan dengan bancuhan air tepung jagung, titiskan minyak bijan. Tutup api dan sedia dihidang.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/hanya-menggunakan-sukatan-cawan-ini-resepi-biskut-bunga-seroja-yang-unik-lazat/", "title": "Hanya Menggunakan Sukatan Cawan, Ini Resepi Biskut Bunga Seroja Yang Unik & Lazat!", "body": "Kalau korang tengok bentuk biskut ini pun dah tahu ianya sangat unik. Kalau korang minat peanut butter biskut seroja ini bakal menjadi biskut favourite korang, biskut ini sangat lembut dan berlemak. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ibu Resepi di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nBISKUT SEROJAKalau korang tengok bentuk biskut ini pun dah tahu ianya sangat unik. Kalau korang minat peanut butter biskut seroja ini bakal menjadi biskut favourite korang, biskut ini sangat lembut dan berlemak. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ibu Resepi di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n2 cawan mentega\n\n1/2 cawan gula halus\n\n3 cawan tepung gandum\n\n1 sdk esen vanila\n\n1/2 cawan kastard\n\n2 biji kuning telur\n\nSedikit pewarna kuning\n\nSedikit pewarna hijau (untuk tapuk bunga)\n\nsedikit peanut butter (untuk isi/inti bunga)\n\nKredit: Ibu ResepiCARA PENYEDIAAN\nPukul mentega dengan gula sampai kembang, kuning telur, masukkan esen vanila, tepung kastard, tepung gandum dan gaulkannya menjadi doh.\n\nAsingkan sedikit adunan untuk membuat tapuk. (warnakan hijau)\n\nAdunan tadi tambahkan warna kuning, terap acuan bunga 5/6 kelopak, bentukkan bunga seperti dalam gambar.\n\nBuat tapuk bunga warna hijau, bakar 12-18 minit. Setelah selesai, letakkan inti peanut butter ikut suka anda dan hias tabur manik halus. Siap dan boleh dimakan.\nTIPSTiada\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/hanya-perlukan-minyak-masak-sahaja-ini-tips-simpan-daun-kari-agar-terus-segar/", "title": "Hanya Perlukan Minyak Masak Sahaja, Ini Tips Simpan Daun Kari Agar Terus Segar!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-17 05:01:59\n\n\nDaun kari ini merupakan antara bahan asas untuk masakan di dapur. Bagi para ibu, tak lengkaplah dapur tu kalau tiada daun kari. Inilah sebabnya ramai yang menanam pokok daun kari di halaman rumah mereka, tinggal petik sahaja bila perlu. Bagi yang tiada pokok daun kari di rumah, ini ada cara mudah untuk korang simpan daun kari lebih lama di rumah. Jom cuba tips yang dikongsikan oleh Mosba Imus ini, hanya perlukan minyak masak dan balang sahaja!\n\u00a0\n\nAsingkan pelepeh terpilih dari semut dan ulat.\n \nKredit: Mosba Imus\n\u00a0\nMasukkan ke dalam balang dengan susunan pucuk dibawah dan tangkai di atas seperti dalam gambar.\n \nKredit: Mosba Imus\n\u00a0\nTuangkan minyak ke dalam balang supaya dapat menjaga kesegaran daun kari tersebut.\n \nKredit: Mosba Imus\n\u00a0\nSiap! Tutupkan balang dengan rapat. Tarik sahaja tangkainya keluar apabila ingin menggunakannya.\n \nKredit: Mosba Imu\n\nMudah saja kan caranya? Lepas ni korang boleh lah buat untuk masak ayam buttermilk dan kari ikan! Semoga bermanfaat untuk semua!\n\nKredit: Mosba Imus\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/harga-barang-keperluan-dijangka-naik-hingga-60-mulai-bulan-depan/", "title": "Harga Barang Keperluan Dijangka Naik Hingga 60% Mulai Bulan Depan", "body": "\nUtusan Malaysia melaporkan bahawa harga semua barang keperluan dijangka me\u00adlonjak sekitar 50 hing\u00adga 60 peratus mulai bulan de\u00adpan susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,500.\nMalah beberapa harga bara\u00adngan keperluan asas seperti ayam, daging dan hampir semua sayur-sayuran telah me\u00adnyaksikan peningkatan sebelum Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.\nLonjakan harga barang semakin dirasai apabila rangkaian Eco Shop yang popular dengan harga setiap barangnya hanya RM2.10 turut mengumumkan kenaikan harga di semua rangkaiannya kepada RM2.40 mulai 1 Jun ini.\n\nDalam kenyataan terdahulu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin telah menjangkakan bahawa barang-barang kering akan naik harga pada tahun ini.\n\u201cKita telah diberitahu oleh ramai pengilang bahawa barang akan naik sebab tertentu (seperti) harga bahan mentah dan kos logistik telah naik,\u201d jelas beliau.\nBagi pakaian seperti baju, Ameer Ali berkata, beliau menjangkakan ia akan naik 10 hingga 15 peratus kerana sebelum ini penjual menjual barang-barang sedia ada.\n\n\n\u201cDengan kemasukan barang baharu, baru (harganya) akan naik. Baju sekolah dan kasut sekolah pun sudah naik harga,\u201d tambahnya.\nMenurutnya, kenaikan barang makanan kering dan pakaian ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan dan tidak boleh berbuat apa-apa.\n\u201cKita ini (terlibat dengan) perdagangan antarabangsa. Jangan kita salahkan kerajaan. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Apa yang penting adalah kerajaan membantu,\u201d ujarnya.\nOrang Ramai Perlu Membuat Pilihan Dalam Membeli Barang\n\nUntuk menangani perkara seperti ini, beliau turut memberikan beberapa panduan kepada orang ramai, antaranya seperti membuat pilihan dalam membeli barang.\n\u201cKita ada pilihan. Daripada kita beli barang yang mahal sikit, kita cari barang yang murah. Contohnya, biasa kita beli baju jenama A yang mahal, sekarang kena beli jenama B yang tidak berjenama.\n\u201cKita kena pandai, bijak cari barang yang kita mampu. Kerana anda tidak ada pilihan. Barang itu akan naik, gaji anda tidak naik. Kalau gaji anda naik pun, ia tiga hingga lima peratus tetapi barang naik 10 peratus,\u201d kata beliau lagi.\nBeliau berkata, orang ramai juga disaran untuk kurang membeli-belah, contohnya jika sebelum ini membeli dua helai baju, sekarang hanya perlu membeli sehelai baju.\n\n\u201cSaya rasa ini yang kita kena buat, malah kena kerja kuat supaya kita boleh dapat gaji lebih,\u201d katanya.\nSumber: Utusan Malaysia\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/harga-barang-naik-peniaga-tekad-kekalkan-harga-roti-canai-50-sen/", "title": "\u2018Selagi Bernafas, Harga 50 Sen Akan Terus Kekal\u2019 \u2013 Harga Barang Naik, Tapi Peniaga Ini Tekad Kekalkan Harga Roti Canai", "body": "\n\u201cSelagi saya bernafas harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga gila,\u201d itu kata peniaga roti canai Mustafa Abd Latif.\nMustafa 58, berkata, walaupun berdepan situasi sukar dengan kenaikan harga barangan susulan kekurangan bekalan di pasaran namun dia nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya.\nDia yang berniaga sejak 11 tahun lalu berkata, harga yang ditawarkan di gerainya bagi roti canai kosong RM0.50 manakala roti telur serta roti planta masing-masing RM1 sekeping masih kekal sejak dulu.\nTak nafi untung sikit, tapi niat sedekah kepada arwah ibu bapa\n\u201cTidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat saya ini semua sedekah buat kedua arwah ibu bapa.\n\u201cNiat saya berniaga bukan mahu kaya asalkan senang kami sekeluarga belanja sudah memadai. Insyaallah apabila kita yakin akan ada rezeki,\u201d katanya ketika ditemui di warungnya di Bukit Pulau, Bukit Katil.\n\nBapa kepada empat anak itu berkata, ramai dalam kalangan pelanggan tetapnya meminta untuk menaikkan harga jualan roti canai kerana bimbang dia tidak mampu menanggung kos.\n\u201cBagi saya susah bagaimana kena harung kerana itu sudah nekad malah saya sendiri pernah lalui tempoh yang sukar suatu masa dulu sehingga hendak makan pun payah.\n\u201cSebagai peniaga, saya tersentuh apabila ada pelanggan yang tidak mampu untuk menjamu keluarga mereka jadi dengan harga sebegini mereka yang tidak berkemampuan boleh sama-sama nikmati,\u201d katanya.\nDia yang turut dikenali dengan panggilan Abang Roti Canai 50 sen berkata, sepanjang dia berniaga juga ini pertama kali berdepan cabaran yang mencabar untuk dapatkan bekalan tepung gandum di pasaran.\n\n\u201cKalau dulu hanya perlu ke satu kedai sahaja tetapi kini untuk dapatkan bekalan tepung gandum kena merayau ke beberapa lokasi kalau tidak tiada tepung.\n\u201cSelain itu kos tepung gandum juga amat tinggi sekiranya dulu hanya bermodalkan kira-kira RM1.40 kini mencecah hampir RM3 sekilogram kerana untuk roti canai hanya dua jenama sahaja digunakannya untuk rasa dan doh yang lembut,\u201d katanya.\nMengulas lanjut, dia berkata, pihak berkaitan perlu mengambil langkah untuk menyelesaikan isu ini kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga malah pengguna turut terkesan apabila berlaku kenaikan harga.\nSumber: Harian Metro\n"} {"url": "https://myresipi.com/harga-maksimum-minyak-masak-botol-5kg-dijual-rm34-70/", "title": "Harga Maksimum Minyak Masak Botol 5KG Dijual RM34.70 Bulan Ini \u2013 Annuar Musa", "body": "\nKUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) \u2014\u00a0Minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (5kg) akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula dari 8 Ogos, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani\u00a0Inflasi Tan Sri Annuar Musa.\nAnnuar berkata harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan\u00a0secara bulanan berdasarkan harga bagi satu\u00a0tan metrik minyak sawit mentah (CPO)\u00a0diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi bulan Ogos.\n\u201cBerdasarkan penentuan harga ini mulai hari ini, penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian, bermakna 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg\u00a0yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum\u00a0RM34.70,\u201d katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani\u00a0Inflasi di sini hari ini.\nBagaimanapun, Annuar berkata harga berkenaan hanya berkuat kuasa untuk Semenanjung Malaysia.\nSementara itu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata dengan pengumuman itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil langkah-langkah berikutnya untuk mewartakan harga berkenaan.\nKatanya kaedah sama akan dikekalkan pada bulan-bulan akan datang, dengan\u00a0harga maksimum berkenaan\u00a0akan berubah setiap bulan berdasarkan harga semasa CPO yang diumumkan oleh MPOB setiap awal bulan.\n\u201cBagi\u00a0peniaga yang gagal mematuhi penetapan harga maksimum ini, KPDNHEP boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ada,\u201d katanya sambil menyatakan jadual harga maksimum\u00a0bagi minyak masak botol 1kg hingga 3kg akan dikeluarkan oleh KPDNHEP.\nMinggu lalu kerajaan memutuskan untuk\u00a0mewartakan harga maksimum minyak masak dalam botol, bagi memastikan produk itu mempunyai harga maksimum dari semasa ke semasa dan\u00a0bagi membantu\u00a0rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.\n\nSumber: Bernama\n"} {"url": "https://myresipi.com/harga-siling-ayam-minyak-masak-telur-bakal-dihapuskan/", "title": "\u201cNazak Nak Survive Lagi\u201d \u2013 Netizen Bengang Harga Siling Ayam, Minyak Masak & Telur Bakal Dihapuskan", "body": "\n\nSelasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan bahawa harga siling bagi ayam, telur dan minyak masak dalam botol akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.\nMenurut Dato Sri Alexander Nanta Linggi, keputusan ini dibuat bagi memastikan bekalan makanan di pasaran mencukupi serta dapat menstabilkan harga untuk jangka masa panjang.\nBaca juga: Kos Pengangkutan Naik, Harga Ayam Segar Di Johor Melonjak Kepada RM12 Sekilogram\nPun begitu, subsidi minyak masak di dalam paket tidak akan terkesan dengan perlaksanaan ini dan akan kekal dijual pada harga RM2.50 sepeket.\n\u00a0\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Penggunna (KPDNHEP), Dato Sri Alexander Nanta Linggi.\nJelasnya, sebelum ini kerajaan telah menetapkan harga siling untuk ayam dan telur sebelum ini bagi mengawal kenaikan harga namun ia telah menyebabkan harga tidak seimbang dalam pasaran.\n\n\u201cKerajaan sangat bimbang dengan situasi semasa dan akan sentiasa komited untuk menangani isu harga dan bekalan.\nKementerian juga akan terus meningkatkan usaha bagi mengurangkan beban rakyat dan tak akan teragak-agak untuk melaksanakan undang-undang sedia ada di bawah bidang kuasa kementerian seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutuan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961, bagi memastikan isu harga dan bekalan terkawal.\u201d\nUntuk pengetahuan korang, sekarang harga ayam telah ditetapkan pada RM8.90 per kg di Semenanjung Malaysia dan dijangka akan meningkat ke RM10 dan RM12 per kg apabila harga siling dihapuskan nanti.\n\u201cPerternak memberitahu saya yang harga ayam memang akan naik sedikit selepas subsidi dimansuhkan. Ia akan menjadi RM10 per kg tapi tak akan jadi setinggi RM12.50 per kg.\u201d\nEkoran pengumuman ini, di media sosial ramai netizen yang kecewa dan mengeluh dengan peningkatan harga ini. Lebih-lebih lagi sekarang banyak benda yang dah naik harga\n\n\nMin harapkan peniaga tak adalah letak harga yang terlampau mahal, kalau tak hari-hari makan maggi kerat 4 je lah\u2026\n\nSumber: The Malaysian Reserve\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/harga-telur-naik-bekalan-disorok-anak-ayam-dibakar/", "title": "Harga Telur Naik, Bekalan Disorok, Anak Ayam Dibakar?", "body": "\nBaru-baru ini kecoh dengan isu yang mendakwa harga telur semakin naik ekoran kawalan kartel.\nMenurut laporan Kosmo, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) gesa kerajaan untuk ambil serius tentang isu bekalan makanan.\nKetua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kemungkinan bekalan itu disorok dan disimpan selama ini ada, kerana mereka ini adalah \u2018gergasi\u2019 dalam industri dan boleh berbuat apa sahaja yang mereka inginkan.\nArtikel berkaitan: Banyak Risiko Makan Telur Rosak, Kenali 7 Tanda Ini Yang Wajib \u2018Alert\u2019\n\u201cBekalan itu memang sudah ada, tetapi kena sorok, simpan atau jual dekat orang lain. Ada satu kes, anak ayam terlampau banyak, jadi mereka bakar sebab takut harga jatuh. Tiada siapa ambil tindakan atas perbuatan zalim ini,\u201d katanya.\n\nJelasnya, Malaysia sudah terlalu lama terpengaruh dengan kartel yang mengawal dan memainkan peranan berterusan membuatkan bekalan makanan seperti telur, ayam dan minyak paket tidak stabil.\n\u201cBekalan makanan pun bukan boleh disimpan dalam masa yang lama, jadi pihak yang \u2018menyimpan\u2019 barang-barang tersebut, lepaskan dalam pasaran untuk buat duit,\u201d katanya.\nSementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, masalah sorok bekalan itu mungkin ada tetapi tidak semua.\n\u201cSemua pihak harus memainkan peranan penting dan bukannya mencari kesalahan satu pihak sahaja.\n\u201cKita menyeru kerajaan untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menangani dan memantau isu ini,\u201d katanya.\nTambahan lagi, gesaan itu juga turut disuarakan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ambil tindakan tegas ke atas peniaga atau pembekal yang terbabit.\nKenaikan harga itu juga didakwa berpunca daripada pembekal yang mengenakan caj tambahan, iaitu dua sen untuk setiap biji telur sehingga memaksa harga jualan runcit turut dinaikkan untuk semua jenis gred.\nSumber: 1,2\n"} {"url": "https://myresipi.com/hari-jadi-dah-nak-dekat-ini-12-kedai-yang-korang-boleh-claim-makanan-percuma/", "title": "Hari Jadi Dah Nak Dekat? Ini 12 Kedai yang Korang Boleh \u2018Claim\u2019 Makanan Percuma", "body": "\nSiapa je tak suka kalau masa hari jadi dapat hadiah atau pemberian istimewa dari pasangan, keluarga atau rakan-rakan kan?\nWalaupun pemberian yang kecil, terasa dihargai atau diingati pun sudah membuatkan hati kita gembira.\nUntuk pengetahuan korang, sebenar korang boleh reward diri korang dengan tebua ganjaran atau hadiah dari 12 kedai ini.\nBaca juga: Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual\nNak tahu senarai kedai yang korang boleh claim sempenan hari jadi? Jom kita tengok.\n1. Baskin Robbins\n\n\nBaskin Robbins selalunya akan belanja aiskrim percuma sempena hari jadi pembelinya.\nTapi sebelum itu, jangan lupa daftar sebagai ahli Club 31 menerusi aplikasi BR. Bukan setakat dapat aiskrim percuma je setiap kali hari jadi, Tapi banyak juga tawaran diskaun serta baucar percuma untuk ahli.\n2. Llao llao\n\n\nDengan gunakan aplikasi myllaollaoclub, korang boleh dapatkan 1 Petitllao secara percuma.\nUntuk redeem, e-baucar yang dimasukkan sah sehingga 10 hari dari tarikh hari jadi korang.\n3. Starbucks\n\n\nSiapa je tak suka minum air Starbucks kan? Ini antara claim hari jadi yang paling ramai suka redeem.\nStarbucks kebiasaannya akan beri satu slice kek percuma kepada ahlinya.\n4. FamilyMart\n\n\nUntuk dapatkan Sofuto percuma daripada FamilyMart sempena birthday, boleh pergi ke cawangan terdekat.\nHanya tunjukkan Birthday Rewards yang akan ditambah secara automatik pada bulan hari lahir korang.\n5. ZUS Coffee\n\n\nDi ZUS Coffee pula, korang boleh tebus 1 kek percuma. Cara untuk dapatkannya juga menerusi aplikasi.\nHanya add to cart mana-mana minuman yang korang dan untuk dapatkan kek percuma. E-baucar tersebut hanya valid satu bulan sahaja selepas hari jadi.\n6. Tealive\n\n\nUntuk penggemar Tealive, memang rugi kalau anda tak muat turun aplikasi mereka. Bukan saja dapat ganjaran Beli 1 Percuma 1, malah korang juga bakal nikmati minuman percuma sempena Hari Jadi!\n7. Gong Cha\n\n\nAda lagi satu bubble tea yang korang boleh tebus secara percuma. Hanya perlu jadi ahli Royalty di Gong Cha dan dapatkan Baucar minuman percuma bernilai sehingga RM8.50.\n8. KFC\n\n\nBosan asyik redeem pencuci mulut je kan, tapi kalau di KFC, korang boleh redeem 2 ketul Combo percuma.\nUntuk tebus, muatnaik aplikasi KFC Malaysia.\n9. Juice Works\n\n\nDapatkan minuman percuma pada Hari Jadi dan rebat istimewa sepanjang bulan yang sama.\nTawaran ini hanya sah pada tarikh Hari Jadi anda saja, tau. Jadi, jangan lupa singgah ke Juice Works untuk tebus ganjaran ini.\n10. The Coffee Bean & Tea Leaf\n\n\nWah, ni dah temasuk kek percuma ketiga yang korang boleh dapatkan sempena Hari Jadi!\nUntuk tebus ganjaran ini, anda hanya perlu beli mana-mana handcrafted beverages.\nKalau tak nak kek percuma, korang juga boleh tebus 20% diskaun daripada bil (kecuali aksesori, mesin kopi, kapsil serta produk pihak ketiga)\n11. Sushi King\n\n\nBuat peminat Sushi King, jangan lupa daftar dulu sebagai ahli untuk dapatkan ganjaran Birthday Exclusive \u2013 200 Smile Points (bernilai RM10) dan dessert percuma.\n12. Boost\n\n\nBagi korang yang sukakan jus segar, enak dan berkhasiat, jangan lupa untuk daftar sebagai ahli CLUB Boost Juice! Ada ganjaran smoothie atau jus percuma sempena Hari Jadi.\nTapi jangan lupa, semak dahulu senarai terma dan syarat kesemua senarai kedai di atas supaya dapat redeem dengan mudah sempena hari jadi.\nSemoga bermanfaat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/hashbrown-ala-mcd/", "title": "Hashbrown Ala McD, Buat Sendiri Tambah Cheese, Lagi Best!", "body": "\nJom buat sendiri Hashbrown ala McD tapi boleh tambah cheese di dalamnya. Anak-anak mesti suka nak makan untuk sarapan, minum petang atau dinner nanti!\nKalau dah bosan makan jemput-jemput, kali ni tukar sikit makanan ala kentang, bukan kentang goreng tetapi kentang yang diparut halus.\nBaca juga: Tortilla Wraps Ala Chicken Foldover Mcd, Guna Roti Gardenia & Daging Burger Je\nMakan kentang pun bagus tau, cepat kenyang dan boleh bertahan lama dari rasa lapar. So, marilah sama-sama belajar buat Hash Brown versi melayu.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan AJ Idris ini di laman Facebook. Memang nampak mengiurkan bila mozarella cair keluar ketika tengah panas!\u00a0\n\nRESIPI HASHBROWN ALA MCD\n\nBahan-bahan:\n\n 2 biji kentang saiz sederhana besar \u2013 diparut, dicuci dan diperah sampai kering.\n1 biji bawang merah dicincang halus.\n\u00bc cawan tepung gandum.\n1 biji telur\n1 blok keju mozarella\nSerbuk lada hitam\nGaram secukupnya\n\nCara-cara membuat:\n1. Campurkan kesemua bahan.\n2. Kemudian, masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa serta gaul sampai sebati atau melekat.\nNota penting: kentang parut wajib betul-betul diperah hingga kering. Kalau tidak, dia akan berair dan tepung jangan banyak, nanti dia tidak jadi hashbrown.\n3. Selepas itu, potong mozzarella kecil-kecil.\n4. Kemudian, letakkan campuran bahan diatas telapak tangan dan letakkan mozzarella pada bahagian atas serta tutupkan dengan campuran bahan tadi.\n5. Goreng selama 10 minit atau goreng sehingga warna keperangan. Sedia untuk dihidang!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Ayam Goreng Ala \u2018Mekdi\u2019, Guna 3 Tepung Ini Sebagai Bancuhan\n"} {"url": "https://myresipi.com/hati-hati-pilih-belacan/", "title": "[VIDEO] Hati-hati Pilih Belacan! Peniaga Ini Jumpa \u2018Benda\u2019 Lepas Rasa Sambalnya Ada Tekstur Pasir", "body": "\nSeorang peniaga meluahkan rasa marah apabila belacan yang sering digunakan dalam masakan mempunyai tekstur berpasir.\nTidak berpuas hati dengan kualiti sambal belacan yang dihasilkan, lelaki tersebut mencairkan satu paket belacan dan akhirnya menjumpai punca utama rasa pelik itu.\nVideo tersebut dimuat naik di akaun TikTok @nasibanimelayu sudah mendapat tontonan 1.3 juta dan 57,100 tanda suka.\nArtikel berkaitan: \u2018Loya Tekak,\u2019 \u2013 Ingatkan Daging, Rupanya Kain Basuh Pinggan Dalam Steamboat\n\u201cHari ini aku betul-betul marah, aku nak tunjuk belacan paling kotor dan tak boleh digunakan.\n\u201cAku buat sambal belacan dah lama tapi akhir-akhir ini rasanya makin pelik, kenapa rasa berpasir walaupun kami basuh semua bahan.\n\u201cLepas belacan sudah cair dan ditapis, munculah kulit kerang. Benda inilah yang penyebab rasa sambal itu berpasir,\u201d katanya dalam video tersebut.\nSelepas dibasuh dua tiga kali, makin jelas kelihatan kulit kerang yang sudah hancur dalam tapisan tersebut.\n\n\n @nasibanimelayu\nAMARAN KERAS JANGAN BELI SEBARANG PRODUK ATAU BARANGAN DARI SYARIKAT JENAMA SAJIKU !! LIHAT VIDEO SAMPAI HABIS !!#fyp\u30b7 #viraltiktok #viral #kl #AikenPrebioticCNY #CapCut #jalanjalancarimakan #tomyam #perak #makananviral #nasibanimelayu #fyp #siakap #taiping #sambal #belacan #sambalbelacan \n \u266c original sound \u2013 Nasi Bani Melayu \u2013 Nasi Bani Melayu \n\n \nVideo tersebut juga dikongsi oleh pemilik Facebook Mukhzanee Muhamad dan mendapat reaksi warganet yang tidak terkejut dengan isi belacan tersebut.\n\u201cEhh baru tahu ke, aku kalau beli barang dan nampak made in Pulau Pinang, memang tak akan beli dan akan lihat dulu kawasan tempat buat.\n\u201cKalau kawasan dekat Pulau Ketam, memang awal lagi tak akan beli,\u201d komen Zakhwan Ikhwan di Facebook.\n\u201cLagi satu kalau beli udang kering, kalau yang dah siap dibungkus dari Kuala Gula, mohon berhati-hati.\n\u201cSebab sebelum ini pernah nampak udang dijemur di tepi jalan dan hanya lapik dengan menggunakan guni sahaja. Pernah Juga nampak anjing jilat serta duduk atas udang kering,\u201d tambah Muhamad Fuad.\nBuat Laporan Pihak Berkaitan\nDalam video lain, lelaki berkenaan turut memaklumkan sudah membuat laporan kepada pihak yang berkaitan supaya tindakan tegas diambil oleh pengilang belacan tersebut.\n\n\n @nasibanimelayu\nReplying to @meen67dee \n \u266c original sound \u2013 Nasi Bani Melayu \u2013 Nasi Bani Melayu \n\n \nJika ada yang sudah membeli produk ini, diminta untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (Sispaa), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).\n\nKena hati-hati. Ini baru belacan, kita tak tahu ada bahan mentah untuk masakan lain yang tidak pasti kebersihannya. Bahaya dalam diam ni.\n"} {"url": "https://myresipi.com/hati-lembu-masak-lada-hitam/", "title": "Cara Buat Hati Lembu Masak Lada Hitam, Menu Lauk Pengantin Orang Dulu-Dulu", "body": "\nPernah cuba masak Hati Lembu Masak Lada Hitam? Kebiasaannya, kalau kenduri kahwin orang dulu-dulu, menu ini wajib ada dalam hidangan lauk pengantin. Memang sedap dan nostalgia bila teringat balik.\nWalaupun penggemar hati lembu ini tidak ramai, namun bila dimasak, teksturnya agak unik dan sedap dimakan bersama nasi. Mesti makan berulang punya!\nBaca juga: Resipi Daging Masak Hitam Kenduri Style, Rasa Memang Padu & Lazat\u00a0\nNak pula dibuat lauk lada hitam, memang tak pandang dah lauk lain. Kalau ada nak buat persiapan lauk pengantin, boleh cuba guna resipi ini.\nBukan itu sahaja, hati lembu juga mempunyai khasiat untuk tubuh badan tau. Antaranya ia mengandungi kalori rendah, zat tembaga, riboflavin, dan vitamin A dan B12.\u00a0\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Juma Natull menerusi laman Facebook dan telah meraih sebanyak lebih 700 tanda suka dari warganet. Jom kita lihat cara-caranya\n\nRESIPI HATI LEMBU MASAK LADA HITAM\n\nBahan-bahan:\n\nHati lembu\nMinyak masak\nAir asam jawa\nGaram dan gula secukup rasa\nBawang besar \u2013 dihiris besar\nCili merah besar \u2013 dihiris\nCili padi\n\nBahan kisar:\n\nLada hitam\nBawang merah\nBawang putih\nHalia\nBawang besar \nKunyit hidup\nCili merah besar\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula, hiris lebar hati lembu. Cuci dan kemudian gaul dengan 1 camca besar penuh tepung gandum, Gaul rata dan biar 10 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan.\n2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang dikisar tadi.\n3. Masukkan hati lembu dan biar hingga mendidih.\n4. Lepas itu, masukkan air asam jawa, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biarkan seketika hingga pecah minyak.\n5. Masukkan cili padi. Berapa tangkai cili padi boleh letak ikut citarasa masing-masing.\n6. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah besar kacau bagi sebati. Rasa dan jika dah sebati boleh matikan api. Sedia untuk dihidang.\n\nKalau tak ada idea nak buat hidangan lauk pengantin apa, boleh cuba menu ini. Mesti mak ayah kita akan teringat kembali nostalgia kenduri kahwin macam dulu-dulu.\u00a0\nWalaupun hidangan simple, tetap boleh orang berselera nak makan. Silap hari bulan, pengantin pun makan bertambah. Hiks! Selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/hidangan-puding-triffle-yang-simple-dan-pasti-membuatkan-anda-terliur/", "title": "Hidangan Puding Triffle Yang Simple dan Pasti Membuatkan Anda Terliur", "body": "\nPuding ni dikenali sebagai puding triffle kerana dia ada 3 lapisan yang menarik. Tiap lapisan tu tidak sama dan yang paling membuatkan ia menarik adalah warna yang dipamerkan dalam tiap lapis itu.\nAnda boleh cuba resipi ini kerana ia merupakan resipi yang simple dan mudah untuk dilakukan di rumah. Resipi ini dapat menghasilkan 6 cawan puding secara keseluruhan.\nResipi Puding Triffle Yang Menarik\nLapisan kek:\n\n1 tin buah-buahan campuran\n1 lof kek gulung pandan\n\n\nAsingkan air dan buah campuran. Kek gulung dipotong bulat setebal lebih kurang 1/2 inchi.\nMasukkan dalam cawan. Nak susun dalam loyang pun boleh.\nTuangkan sedikit air buahan campuran tadi ke atas kek. Cukup sekadar melembabkan kek.\n\n\nLapisan puding:\n\n300 ml susu segar (atau 200 ml susu cair + 100ml air)\n2 sudu besar gula\n2 sudu besar tepung kastard\n\n\nKacau semua bahan hingga sebati.\nKemudian baru masak atas dapur.\nMasak hingga adunan meletup-letup, pekat dan berkilat.\nAngkat dan lapiskan atas kek gulung tadi.\nKemudian taburkan buah-buahan campuran.\n\nLapisan agar-agar:\n\n2 3/4 cawan air\n1/2 cawan air buah campuran\n1/4 cawan mini kordial ros\n2 sudu besar gula\n5 gram/ 1 sudu besar serbuk agar-agar\n\n\nMasak semua hingga larut.\nTuang atas adunan lapisan puding tadi.\nBiarkan sejuk seketika baru dimasukkan dalam peti ais.\nSedia dihidang selepas disejukkan.\n\nMudah saja untuk membuat puding triffle ini. Boleh cuba lagi-lagi untuk penggemar buah-buahan campuran.\n\nKredit : thesisters_cookingproject\nBaca juga:\nCara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri\nCara Buat Kek Coklat Moist Leleh Tanpa Ovallete, Masih Lembut dan Gebu!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/hidden-cafe-di-kl-makan-dan-lepak-di-tepi-kolam-renang/", "title": "\u201cHidden Cafe\u201d Di KL, Makan Dan Lepak Di Tepi Kolam Renang", "body": "\nKorang yang berada di KL mesti tercari-cari kafe yang best untuk lepak chill dengan kawan-kawan korang kan? Tidak dinafikan di KL ni dah terlalu banyak sangat kafe aesthetic dan mesti anda dah bosan kan? Haa kali ini, kami nak share kepada anda sebuah hidden kafe di KL siap ada swimming pool tau. Menarik kan?\nRata-rata review daripada pelanggan di sini juga mengatakan yang makanan di sini memang sedap-sedap belaka. Harga pun takde lah mahal sangat. Sambil makan dan lepak chill sebelah swimming pool kan, memang layan. Nama kafe ini adalah Kleptokrat dan terletak di Jalan Tun H S Lee.\n\u201cHidden Cafe\u201d Di KL, Makan Dan Lepak Di Tepi Kolam Renang:\nSebuah akaun di Twitter @jomroundsydxtyo, ada berkongsi pengalamanya makan di kafe ini. Katanya memang rugilah kalau anda yang berada di KL tapi tak singgah kafe ini.\n\u201d Wajib try cafe ni kalau datang KL \u201d\n\nKredit \u2013 fb Siti Amimah\n\u201d Cantik kan hidden cafe ni? Korang boleh makan dan chill di tepi pool. Cafe ni ada vintage vibes dan menyediakan menu yang pelbagai dari Australian dishes sampai ke local dishes \u201d\nHaa cantik kan kafe ni? Rasa macam bukan di Malaysia pulak, memang best la kalau lepak dan makan di sini. Nak bergambar pun boleh, mesti cantik!\nKredit \u2013 fb Siti Amimah\n\u201d Bergambar kat sini pun confirm cantik \u201d\n\nBukan setakat tempat je cantik tau, makanan di sini juga enak. Dan ada banyak pilihan makanan. Daripada makanan barat hingga ke makanan lokal.\n\n\u201d Tengok pun tahu sedap! \u201d\nMenarik kan hidden kafe ni? Haa rugi tau kalau korang tak try pergi ke kafe ni. Dan untuk anda yang ada plan nak ke KL tu, jangan lupa singgah kafe Kleptokrat ni tau!\nAlamat: Kafe Kleptokrat, 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (10AM \u2013 10PM)\nSumber: @jomroundsydxtyo\n"} {"url": "https://myresipi.com/hilang-32kg-wanita-kongsi-8-idea-menu-diet-yang-berasaskan-roti/", "title": "Hilang 32KG, Wanita Kongsi 8 Idea Menu Diet Yang Berasaskan Roti", "body": "\u00a0\n\n\u201cTak sedapnya menu diet, asyik makan sayur je..\u201d\nItulah ungkapan sering kita luahkan apabila sedang diet. Hal ini kerana kita sudah \u2018dimomokkan\u2019 dengan kesemua makanan diet tidak sedap dan hanya perlu mengambil sayur-sayuran sebagai makanan harian.\nSebenarnya salah. Semua makanan boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang bersesuai dan kalori harian setiap individu. Jadi, tak salah pun nak makan makanan sedap seperti yang dilakukan oleh Nurul Ain Arbaai. Jom kita tengok 8 resepi berasaskan roti untuk anda cuba.\n8 IDEA MENU DIET YANG BERASAKAN ROTI\nSaya share kan antara idea menu beserta resepi yang boleh dibuat daripada roti.\nPelbagaikan menu sihat supaya tak bosan & diet happy-happy.\n1. ROTI JOHN SIHAT\n\nBahan-bahan:\n\nAyam kisar \u2013 1 cawan\nTelur \u2013 2 biji\nBawang merah \u2013 1/2 biji sederhana\nBawang putih \u2013 1 ulas\nCili \u2013 2 biji\nSerbuk cili \u2013 1 sk\nSerbuk kari \u2013 1 sk\nGaram bukit sedikit\nRoti wholemeal\nCheese slice (beqa super slim)\nSalad\nKubis\nTimun\nSos cili (sedikit sahaja)\nMayonis (kewpie pink)\n\nCara-cara:\n1. Masak ayam kisar dengan sedikit olive oil atau minyak biasa sehingga masak. Ketepikan.\n2. Untuk filling, campurkan telur, bawang merah (dadu), bawang putih (dadu halus), cili, serbuk cili, serbuk kari, & garam bukit sedikit.\n3. Tuang filling ke atas non stick pan seperti dalam video dan letakkan roti wholemeal. Ain celup dulu roti wholemeal dengan filling.\n4. Terbalikkan dan tunggu sehingga keperangan.\n5. Letak cheese, salad, kubis, timun. Boleh tukar dengan apa2 sayur kegemaran.\n6. Letak sedikit sos cili & mayonis kewpie pink atau dressing kesukaaan. Siap!\n2. PUDING ROTI COKLAT SIHAT\n\nBahan-bahan:\n\nRoti wholemeal \u2013 2 keping\nCocoa Peanut Butter @nutasty.my \u2013 1 tbsp\nTelur \u2013 1 biji\nSusu segar \u2013 3/4 cup\nUnsalted butter (melted) \u2013 1 tbsp\nCinnamon powder \u2013 1/2 tsp\nPure honey \u2013 1 tbsp\nKismis secukupnya\n\nCara-cara:\n1. Sapu cocoa peanut butter\u00a0@nutasty.my antara roti dan potong roti saiz kecil.\n2. Campur semua bahan (3-7).\n3. Masukkan roti tadi ke dalam bancuhan 2. Biarkan dalam 20 minit sehingga roti kembang.\n4. Masukkan kedalam bekas kecil (ramekin/aluminium, cupcake) dan tabur kismis sebagai topping.\n5. Bakar menggunakan air fryer (suhu 180\u2103 selama 10 minit). Siap!\n3. BANANA YOGURT TOAST\n\nBahan-bahan:\n\nRoti wholemeal \u2013 1 keping\nNatural yogurt \u2013 1 sb\nPure honey \u2013 1 sb\nPisang \u2013 1 biji (sederhana)\n\nCara-cara:\n1. Sapukan natural yogurt ke atas roti.\n2. Susun pisang yang sudah dipotong. Letak pure honey.\n3. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180\u2103 selama 4 minit atau sehingga crunchy dan pisang caramelized. Siap!\n4. CUSTARD TOAST\n\nBahan-bahan:\n\nNatural yogurt \u2013 3 tbsp\nTelur \u2013 1 biji\nPure honey \u2013 2 tbsp\nKurma \u2013 3 biji\nCashew (optional)\nRoti Canadian Purple Wheat\n\nCara-cara:\n1. Untuk custard. Mix natural yogurt, telur & pure honey.\n2. Tekan bahagian tengah roti dan tuang custard.\n3. Letak kurma paste yang sudah dibuang biji dan direndam dengan sedikit air.\n4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 160\u2103 selama 7 minit.\n5. Untuk campuran custard ni, boleh dapat untuk 3 keping roti. Selamat mencuba!\n5. BREAD EGG TART\n\nBahan-bahan:\n\nRoti wholemeal \u2013 2 keping\nTelur \u2013 1 biji\nSusu segar \u2013 50ml\nPure honey \u2013 1 tbsp\nEsen vanilla \u2013 1sk\n\nCara-cara:\n1. Campur sebati bahan (2-5).\n2. Masukkan roti wholemeal dalam bekas ramekin sebagai pastry.\n3. Tuang bancuhan (1) ke dalam ramekin tadi.\n4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180\u2103 selama 15 minit. Siap!\n6. CUCUR ROTI SIHAT\n\nBahan-bahan:\n\nRoti purple canadian \u2013 1 keping (potong kecil)\nRoti seeded multigrain Massimo \u2013 1 keping (potong kecil)\nTelur \u2013 2 biji\nTaugeh \u2013 segenggam\nSalad \u2013 2 helai\nCarrot \u2013 1/4 cawan\nDaun kucai \u2013 4 helai\nBawang merah (dadu) \u2013 1/2 biji kecil\nChili flakes \u2013 1/2 sk\nMixed herbs \u2013 1/2 sk\nGaram pink \u2013 1/2 sk\n\nCara-cara:\n1. Campur semua bahan. Tekan-tekan sikit supaya roti kembang (mudah dibentuk).\n2. Bentukkan bulat seperti cucur. Masak menggunakan air fryer pada suhu 180\u2103 selama 10 minit.\n7. BREAD APPLE PIE\n\nBahan-bahan:\n\nApple merah \u2013 1 biji\nCinnamon powder \u2013 1 tbsp\nPure honey \u2013 1 tbsp\nRoti purple canadian\u00a0\u2013 2 keping\n\nCara-cara:\n1. Untuk filling, buang kulit apple merah dan potong dadu.\n2. Masukkan cinnamon powder & pure honey. Kacau sebati.\n3. Masukkan filling ke dalam roti yang sudah dilenyekkan. Kelim roti menggunakan garpu. Boleh sapu sedikit telur kuning di atas roti.\n4. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180\u2103 selama 5 minit atau sehingga crunchy. Siap!\n8. EGG & CHEESE SANDWICH\n\nBahan-bahan:\n\nRoti Massimo Barley \u2013 2 keping\nLectuce\nCarrot\nSlice cheese Beqa Superslim \u2013 1 slice\nTelur \u2013 2 biji\nFresh milk \u2013 -1/3 cup\nGaram bukit sedikit\nChili flakes sedikit\nDressing : Sos cili & thousand island\n\nCara-cara:\n1. Untuk scrambled egg, campur telur, fresh milk & sedikit garam bukit & chili flakes.\n2. Masak menggunakan non stick pan tanpa minyak.\n3. Susun roti dan bahan lain seperti dalam video atau ikut kreativiti masing-masing.\nKredit: Nurul Ain Arbaai\n"} {"url": "https://myresipi.com/hilangkan-bau-hamis-daging/", "title": "Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup", "body": "\nSusah nak hilangkan bau hamis daging setiap kali nak buat juadah? Bukan itu sahaja, masakan pula akan sedikit berbau kurang enak jika tidak dibersihkan dengan betul. Lebih-lebih lagi jika membeli daging lembu segar.\u00a0\nSetiap kali ada aktiviti kenduri atau perayaan, mesti akan memasak juadah seperti barbeque, rendang atau sup. Memang terputus selera kalau termakan daging yang masih berbau hamis.\nBaca juga: Cara Betul Simpan Daging Korban, Tahan Lama & Kekal Segar\u00a0\nSekarang tak perlu risau, MyResipi ingin kongsikan rahsia dan petua dari Encik Roslan Mamak Haji untuk hilangkan bau hamis daging dalam masakan.\u00a0\nAnda boleh mencubanya nanti.\n\nCARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING SEGAR\n\nBahan-bahan:\n\nDaging\n3 sdb tepung gandum\n2-3 helai daun nangka\n\nCara-caranya:\n1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.\n2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga 1 jam.\n3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam juadah anda.\n4. Hasilnya, daging tidak akan berbau malah lebih cepat empuk bila ingin memasak juadah yang diinginkan.\n\nCARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING KAMBING\n\nBau hamis daging kambing pula biasanya dihasilkan oleh lemak dan juga myoglobin \u2013 sejenis cecair merah yang selalu dianggap darah.\nCara untuk hilangkannya:\n1. Peram semalam dengan pes halia, bawang putih, yogurt dan rempah kari daging. Simpan dalam peti sejuk.\n2. Cara yang lain, ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu dan ramas dengan sedikit air. Kemudian toskan. Curahkan air yang ditos tadi diatas daging dan ramaskan. Biarkan sekejap dan bilas beberapa kali. Tumbukkan sedikit halia dengan bawang putih dan perapkan pada daging seketika. Kemudian cuci bersih dan masak seperti biasa.\n\nMudah saja kan? Hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur sahaja. Ada juga orang guna air kelapa untuk rendaman daging dalam masa setengah jam sebelum dibilas dengan air.\nDaging pun mudah masak dan lembut. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!\nBaca juga: Asam Pedas Daging Tetel \u2018Gerenti\u2019 Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/https-myresipi-com-mat-salleh-jual-nasi-lemak-rm3-ini-kongsi-petua-masak-sambal-sedap/", "title": "Mat Salleh Jual Nasi Lemak RM3 Ini Kongsi Petua Masak Sambal Sedap", "body": "\nIngat lagi tak dua tahun lepas viral Mat Salleh jual nasi lemak RM3 dan sold out selepas 2 jam jualan? Hah, kali ini beliau tak kedekut ilmu untuk kongsi petua cara nak masak sambal tu lagi sedap tau!\nMacam yang kita tahu, nasi lemak merupakan hidangan yang sangat ikonik dari Malaysia.\nTurut menjadi kegilaan pelancong yang datang ke Malaysia termasuk jejaka dari US ini sehingga sanggup belajar buat nasi lemak dan menjual di sini.\nKongsi Tips Masak Sambal Supaya Lebih Sedap Lepas Laku Keras Jual Kat Sekolah\n\nDikenali sebagai Michael White, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita Malaysia, dia telah berhijrah ke sini sambil membuka sebuah restoran.\nWhite mula mendapat idea untuk menjual Nasi Lemak ketika restorannya sedang diubah suai. Memakan waktu beberapa bulan dan ingin mengisi waktu yang lapang, dia telah tergerak untuk menjual hidangan popular itu dengan membuka sebuah gerai kecil di hadapan pintu masuk TTDI Park, Kuala Lumpur.\nBaca juga: Sambal Sotong Kembang, Makan Dengan Nasi, Nasi Lemak, Lempeng Sodap Beb!\nIni Teknik Masak Sambal Sedap\nWhite tidak keberatan untuk kongsi rahsia menyediakan sambal nasi lemak yang cukup enak. Menurutnya, selain ramuan yang digunakan, teknik juga memainkan peranan yang penting.\n\u00a0\n\n1\n\u00a0\nMenggunakan air panas untuk merendam cili kering, White kemudian menasihatkan untuk simpankan air tersebut untuk diguna kemudian.\u00a0\nSelalunya orang ramai akan membuang air itu tapi ia boleh digunakan bagi menyedapkan lagi sambal.\nSelepas itu, dia juga turut kongsikan bahawa dia turut menambahkan dua rempah ekstra tapi hal itu dirahsiakan.\nNasi Lemak ini sungguh unik dan sedap. Tak sangka Mat Salleh pun dapat menjualnya sehingga laku keras sebegitu. Dua jam pun terus habis, agaknya memang sedap dan mempunyai rasa yang autentik.\nAgak-agak apa lagi 2 bahan esktra yang dia kata rahsia tu? Jeng jeng jeng\n\nBaca juga: Wanita Kongsi Rahsia Warna Sambal Nasi Lemak Gelap & Tak Cair, Boleh \u2018Cubit\u2019 Bila Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/ibu-ini-kongsi-resipi-dumpling-ayam-homemade/", "title": "Ibu Ini Kongsi Resipi Dumpling Ayam Homemade, Berbaloi Buat Sendiri Sebab Boleh Dapat Banyak!", "body": "\nPernah makan dumpling ayam homemade? Dumpling merupakan antara makanan tradisi masyarakat Cina yang sangat terkenal.\u00a0Terdapat pelbagai jenis dumpling, antaranya adalah dumpling daging, dumpling ayam, dumpling kambing dan sebagainya. Dumpling ini juga berintikan dengan sayur-sayuran dan juga isi daging.\nKalau makan di kedai, harganya boleh tahan mahal juga untuk beberapa biji dumpling. Kalau nak makan puas-puas, anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah. Sangat berbaloi buat sendiri sebab boleh dapat banyak! Jom cuba.\nBaca juga: Cara Buat Kentang Goreng Homemade Untuk Anak, Lagi Sihat & Selamat Tanpa Bahan Pengawet\nCARA BUAT DUMPLING AYAM HOMEMADE\nBahan-bahan yang perlu disediakan:\n\n5 ketul isi ayam & seketul isi daging lembu (cincang lumat, boleh guna mesin pengisar)\nLobak merah (cincang halus, nak elak kulit dumpling terkoyak)\nBawang merah cincang\nDaun bawang\nSebiji telur\nDua sudu besar tepung jagung\nSerbuk lada sulah dan lada hitam (saya guna jenama Ajishio yang dah sedia ada rasa masin, kuantiti agak-agak mengikut citarasa)\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk yang besar.\n\n2. Gaul semua bahan sehingga sebati. Pastikan inti dunpling tidak berair ya sebab kita tak nak kulit dumpling nanti basah dan bocor.\n\n3. Sebelum gunakan kulit dumpling segera. Saya sarankan tabur tepung gandum di atas atas. Tujuannya untuk meletakkan kulit dumpling dan dumpling yang telah siap.\n\n4. Ini dia kulit dumpling segera yang dapatkan di pasaraya terdekat.\n\n5. Keluarkan kepingan kulit dumpling satu persatu dan letak di atas taburan tepung tadi. Ambil setiap satu dan isikan inti dengan lembut. Tak boleh kasar sebab kulit dumpling segera ni mudah terkoyak.\n\n6. Tutup inti dan lipat satu persatu. Tekniknya, picit di bahagian tengah kemudian tolak lipatan pertama ke arah tengah. (Boleh tengok tutorial di Youtube untuk lebih jelas)\n\n7. Bila dah siap lipat, terus letak di atas dulang ya kemudian simpan dalam peti sejuk. Tak boleh biar lama-lama macam ni, nanti dumpling lembik.\n\n7. Macam ni ha, terus simpan dalam peti sejuk. Nak berbuka nanti, kukuskan je.\n\nCara saya masak dumpling:\n1. Panaskan sesudu besar minyak masak. Kemudian gorengkan dumpling, tak perlu golek-golekkan ya. Biar je dia tegak macam tu. Kemudian masukkan air dan tutup kuali. Kita biarkan dumpling masak dengan proses pengewapan. Tunggu sampai air dah kering, kita isi lagi air dan tutup periuk. Kiranya dua kali proses pengewapan.\n\n2. Biarkan sehingga air kering dan siap untuk dimakan.\n\n3. Rangup pada bahagian bawah.\n\n4. Berjus pada bahagian dalam inti. Kebiasaan saya makan dumpling ni dengan kicap cair.\n\nSelamat mencuba ya!\nKredit: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/ibu-ini-kongsi-resipi-nasi-butter-ala-kfc-buat-sendiri-puas-hati-anak-anak-makan/", "title": "Ibu Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati Anak-Anak Makan", "body": "\nPasti ramai yang dah pernah makan nasi butter di KFC kan? Bukan sahaja digemari oleh golongan dewasa, anak-anak pun suka sebab rasa dan aroma dia memang memikat selera!\nKalau nak beli dalam kuantiti yang banyak, harganya boleh tahan mahal juga. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri di rumah.\u00a0Simple je cara untuk membuatnya.\nSekali sekala cuba tak salah kan? Kadang-kadang bosan juga asyik makan nasi putih biasa. Jom lihat resipi nasi mentega ala KFC perkongsian oleh Sharmynn Hazwan di bawah, selamat mencuba!\nResipi Nasi Butter Ala KFC\nBahan-bahan:\n\nBawang merah\nHalia\nPlanta/margerine pelangi\nKiub pati ayam\nSedikit garam\nSedikit minyak bijan\n\nCara-cara:\n\nTumis bawang merah dan halia dengan planta/margerine pelangi.\nMasukkan bahan tumisan ke dalam beras yang sudah dibasuh bersih.\nMasukkan kiub pati ayam dan sedikit garam.\nRenjis sedikit minyak bijan. (bahan penting)\nSukat air macam biasa untuk masak nasi.\n\nNota: Memang tak letak daun pandan atau geng sekawan, tapi rasa dia tetap mantap!\n\nKredit: Sharmynn Hazman\n"} {"url": "https://myresipi.com/ibu-kongsi-cara-buat-kek-batik-versi-lembut-chewy/", "title": "Ibu Kongsi Cara Buat Kek Batik Versi Lembut & Chewy, Anak-Anak Pasti Suka!", "body": "\nSiapa yang gagal setiap kali buat kek batik? Kek batik jadi keras dan sukar untuk digigit. Niatnya nak buat untuk anak, tapi terpaksa dibuang. Ibu-ibu jangan risau, boleh cuba resipi kek batik versi lembut dan kenyal\u00a0hasil perkongsian oleh Mawar Wilsa ini.\nAnak-anak dijamin akak suka sebab lembut bila digigit! Pasti laku keras kalau buat. Bahan-bahan dan cara membuatnya juga tidak susah mana. Kalau dah pandai buat, boleh buat untuk niaga pula.\nCARA BUAT KEK BATIK VERSI LEMBUT & CHEWY\nBahan-bahan:\n\n700 gm biskut marie\n250 gm buttercup\n1 tin susu pekat (500 gm)\n\u00bd cawan serbuk koko + 1 tin susu air panas untuk melarutkan serbuk koko\n2 cawan vico @ milo\n3 biji telur (dipukul sedikit)\nSedikit esen vanilla\n\nCara-cara membuatnya:\n\nMasukkan buter, susu, vico/milo dan serbuk koko yang telah dilarutkan ke dalam kuali. Kacau sehingga semua bahan sebati.\nKemudian masukkan telur dan kacau laju-laju untuk elakkan adunan berketul.\nTitikkan esen vanilla, kacau sehingga adunan hampir pekat.\nMasukkan biskut marie dan gaulkan adunan dengan api perlahan sehingga semua biskut marie bersalut dengan adunan coklat. Kacau perlahan supaya biskut tak pecah.\nBila semuanya dah bersalut coklat, masukkan ke dalam loyang yang telah dialas plastik. (guna loyang persegi saiz 9 inci)\nTekan dan padatkan. Biarkan sejuk dahulu baru letakkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong menggunakan pisau yang tajam.\n\n\nKek batik versi lembut dan\u00a0chewy\u00a0ni memang sangat sesuai untuk anak-anak. Ibu-ibu bolehlah cuba buat nanti ya! Selamat mencuba.\nKredit: Mawar Wilsa\nBaca juga: Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak\n"} {"url": "https://myresipi.com/ibu-kongsi-resipi-nasi-lemak-asli-pandan/", "title": "Ibu Kongsi Resipi Nasi Lemak Asli Pandan, Rasa Berlemak & Bau Wangi Tambat Selera Sekeluarga", "body": "\nMungkin sudah ramai yang tahu cara nak masak nasi lemak kan, tapi pernahkan anda cuba nasi lemak asli pandan?\u00a0\nJom cuba resipi hasil perkongsian oleh Aisyah Humaira. Salah satu bahan yang digunakan air daun pandan yang dikisar dan ditapis.\nKata beliau, anak-anak \u2018ratah\u2019 nasi saja dah separuh pinggan. Rasa lemak, masin wangi nasi pasti dapat menambat hati keluarga.\nCARA BUAT NASI LEMAK ASLI PANDAN\n\nBahan-bahan:\n\n3 cawan teh beras Beras Wangi Malaysia Aroma SAJI\n2 biji bawang merah dihiris\n2 sudu besar minyak kelapa\n1 kotak kecil santan SAJI\n2 cubit garam\n4 keping hirisan halia\n15 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya sahaja\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Basuh beras sebanyak 3 kali.\n2. Kemudian masukkan santan, garam, bawang, halia, minyak dan air pandan lalu kacau sehingga sebati.\n\n3. Sukatan air seperti masak nasi biasa.\n\n4. Siap!\n\nBahan kisar sambal nasi lemak:\n\n5 biji bawang besar**\n5 biji bawang merah**\n3 ulas bawang putih**\n1 inci halia**\n15 ekor ikan bilis dibasuh dahulu**\n2 inci gula melaka\n1 sudu belacan\n5 sudu besar cili kisar atau ikut pedas disukai\n1 keping asam gelugur\nGaram dan gula secukup rasa\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan bertanda (**) diatas.\n2. Tumis bahan kisar tadi bersama cili kisar menggunakan api perlahan sehingga pecah minyak.\n3. Masukkan semua bahan yang berbaki serta 1 gelas air. Reneh dengan api perlahan sehingga kuah memekat dan bewarna merah gelap.\n4. Siap!\n\nKredit: Aisyah Humaira\nBaca juga: Cara Buat Nasi Lemak Guna Beras Basmathi, Nasi Cantik Berderai & Tahan Lama\n"} {"url": "https://myresipi.com/ibu-terkesima-anak-mandi-telur/", "title": "Ibu Terkesima Anak Mandi Telur, Netizen Cakap Dah Boleh Goreng Celup Tepung Budak Ni", "body": "\nAnak-anak ini memang kita tak dapat jangka apa yang mereka akan buat. Kalau tiba-tiba \u2018senyap\u2019, mesti ada sesuatu yang mereka sedang buat.\nKadang-kadang sesetengah ibu bapa lagi rela anak mereka berbuat \u2018bising\u2019 daripada diam tiba-tiba.\nSeperti kejadian yang dikongsi oleh seorang ibu ini apabila dia menemukan anaknya yang sedang bermandi telur.\nLebih mengejutkan yang jatuh tu bukan sebiji dua, malah boleh dilihat lebih daripada sepapan telur yang jatuh. Namun terlihat riak wajah gembira kanak-kanak tersebut bermain dengan telur.\n\u201cBertuah sungguh anak, sabar,\u201d tulis wanita tersebut pada kapsyen video tersebut.\n\n\n @anisalwaniey\nbertuah sungguh anak.. sabarrr \ud83d\ude0c #CapCut #fyp\n \u266c original sound \u2013 \u00e6lya \u2013 \u00e6lya \n\n \nRata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat anak kecil itu. Ada yang turut berkongsi kisah terpecahkan telur ibu dan dimarahi tapi adik ini hanya tersenyum sahaja.\n\nDifahamkan wanita tersebut mempunyai kedai menjual roti canai dan murtabak, tidak syak lagi telur tersebut adalah untuk jualan. Si ibu hanya mampu pasrah melihat telur untuk niaga di badan anak.\nSumber: TikTok anisalwaniey\n"} {"url": "https://myresipi.com/idea-breakfast-ringkas-mudah-korang-boleh-cuba-di-rumah/", "title": "Idea Breakfast Ringkas & Mudah Korang Boleh Cuba Di Rumah", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-10-24 04:21:31\n\n\nSarapan pagi merupakan hidangan paling penting bagi kita. Ia pastikan kita kekal bertenaga dan cerdas memulakan hari kita yang pastinya sibuk. So apa yang kita sempat masak pagi-pagi yang tak makan banyak masa? Sini ada sedikit cadangan.\n1. Telur Kukus\nPhoto Credit: futuredish.com\nHidangan yang sesuai kalau nak breakfast yang sihat. Dengan kandungan telur, daun bawang, bawang dan udang khas untuk korang. Gaul je semua bahan dan kukus. Senang kan?\n2. Pancake\nPhoto Credit: kingarthurflour.com\nHidangan yang ala Western sikit. Kalau korang suka pancake fluffy yang manis, idea breakfast ini sesuai. Lagi sedap kalau letak maple syrup.\u00a0\n3. Sosej Roll\nPhoto Credit: realfood.tesco.com\nNi kalau dekat kolej atau sekolah memang jadi pilihan orang sebab ia sangat senang dimakan dan mengenyangkan. Cuma sosej yang dibalut roti yang disalut dengan telur. Complete jugak kan? Begitulah sedap ia menjadi pilihan brekkie to go.\n4. French Toast\nPhoto Credit: realsimple.com\nSekali lagi sweet breakfast! French toast ni sesuai dimakan denga maple syrup atau juga chocolate syrup. Lagi senang nak masak berbanding pancake sebenarnya. Cuma perlu roti dengan telur.\n5. Salad Telur Hancur\nPhoto Credit: happyfoodstube.com\nIni kombinasi lobak merah, tomato, bawang, cili merah dengan telur. Boleh ditaburi dengan sos mayonis. Sangat sedap dan mengenyangkan. Boleh juga dimakan dengan roti.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/idea-juadah-open-house-raya/", "title": "10 Idea Juadah Untuk Open House Raya, Tetamu Puji Melambung Punyalah!", "body": "\nAlamak! Dah masuk musim raya tapi tak ada idea nak buat menu apa untuk open house atau rumah terbuka nanti.\nBiasalah bila dah masuk minggu kedua ini, memang dah bermulalah aktiviti untuk menjemput keluarga dan sahabat handai untuk datang beraya ke rumah.\nJadi, untuk artikel ini, korang dah tak perlu risau dah sebab MyResipi akan sarankan 10 idea menu untuk open house korang. Mesti tetamu yang hadir puji melambung sebab sedap sangat!\nArtikel berkaitan: Koleksi 4 Resepi Pencuci Mulut Warna Warni Yang Sedap Sempena Raya Nanti!\nJom kita lihat di bawah.\n1. Idea Open House \u2013 Kambing Golek\n\nMenu ni memang menu yang paling disukai bila tetamu datang beraya ke rumah. Mesti beratur panjang punyalah!\nIyelah, nak dapatkan daging kambing bukan senang, lagi-lagi nak tumbangkan satu ekor kambing terus.\nJadi, ini lah peluang tetamu nak makan puas-puas. Tapi janganlah paksa diri kalau bajet tak mengizinkan banyak lagi menu lain yang korang boleh tengok.\n2. Ayam Ungkep\n\nSelain rendang, Ayam Ungkep ini juga merupakan juadah popular yang disajikan pada hari perayaan.\nBagi masyarakat Jawa, kebiasaanya menu wajib dihidangkan. Penyediaan ayam ungkep ini pun tidak susah dan bahan-bahannya juga mudah didapati.\n3. Kelupis\n\nKelupis ini sangat popular bagi masyarakat Sarawak dan antara hidangan yang wajib ada masa hari Raya. Kebiasaannya dimakan bersama rendang, daging hitam dan macam-macam lagi.\nMenggunakan beras pulut yang dibungkus dalam daun palas untuk membuat kelupis ini. Ia direbus dan boleh simpan sehingga tiga atau empat hari tanpa jejaskan rasa di dalamnya.\n4. Idea Open House \u2013 Rendang Padang\n\nRendang Padang ternyata berbeza dengan rendang tempatan. Kuahnya tidak terlalu pekat, malah ada yang mencampurkannya dengan paru bagi menjadikan hidangan ini lebih enak untuk dinikmati bersama para tetamu.\n5. Burasak\n\nBurasak merupakan hidangan wajib bagi masyarakat Bugis yang berada di Johor dan Sabah. Biasanya ia dimakan bersama rendang dan juga kuah asam.\nIa dimasak menggunakan beras dan santan, ia kemudiannya dibungkus menggunakan daun pisang, diikat serta direbus sehingga empat jam lamanya.\n6. Nasi Minyak\n\nAntara hidangan popular untuk majlis perkahwinan, Nasi Minyak juga boleh disajikan untuk open house raya.\nSesuai dengan bajet B40, tak perlu nak berbelanja lebih tapi masih nampak mewah untuk disajikan kepada tetamu.\n7. Nasi Hujan Panas\n\nRamai yang menganggap nasi hujan panas ini seperti nasi minyak, namun sebenarnya nasi ini lain dari segi warna dan rupa, tidaklah sama. Nasi hujan panas ini juga sedap dimakan bersama ayam merah, daging kurma dan lauk kenduri yang lain.\n8. Nasi Bukhari Ayam\n\nAntara Nasi Arab yang popular di Malaysia sebab ada aroma yang membangkitkan selera. Kalau pandang nasi arab ni, nampak hidangannya mewah.\nDalam banyak-banyak waktunya, memang sesuai kalau nasi arab ni dihidangkan masa hari raya atau untuk hidangan istimewa tetamu. Biasa kalau makan kat restoran arab boleh rasa masakan ni eksklusif. Lagi-lagi nasi arab Bukhari yang berasal dari Arab Saudi.\n9. Sambal Goreng Pengantin\n\nMenu ini agak sukar ditemui lagi. Namun, masih ada yang meneruskan legasi sambal goreng pengantin ini. Terdapat di sesetengah tempat yang masih menyediakannya. Sambal goreng pengantin ini biasanya disajikan semasa majlis \u2013 majlis perkahwinan serta keraian di sekitar Johor dan Singapura.\nBahan \u2013 bahan yang diperlukan untuk memasak sambal goreng pengantin ini agak banyak dan pelbagai. Malah tempoh memasak yang agak lama membuatkan ianya jarang disajikan lagi.\n10. Idea Open House \u2013 Lemang Kelamai\n\nBagi masyarakat berketurunan Rawa, lemang ini merupakan salah satu hidangan semasa musim perayaan. Lemang ini biasanya dihidangkan bersama kelapa parut dan dimakan bersama.\nLemang kelamai berwarna coklat kehitaman seperti dodol ini hanya boleh ditemui di sekitar daerah Batang Padang, Perak sahaja.\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\n"} {"url": "https://myresipi.com/idea-menu-daging-hari-raya-aidiladha-p1/", "title": "Ini 5 Idea Menu Daging Wajib \u2018Coba\u2019 Hari Raya Aidiladha Nanti \u2013 Part 1", "body": "\nMesti pening kan nak buat menu daging apa bila hari Raya Aidiladha nantikan?\nNak pula dah dekat 2 tahun tak menyambut bersama keluarga untuk perayaan kedua ini.\nBagi yang tidak tahu hendak masak menu apa, min berikan 5 idea sajian berasaskan daging yang pastinya menggamit selera tetatmu yang datang berkunjung ke rumah pada Raya Haji nanti.\n\nIDEA MENU DAGING UNTUK RAYA AIDILADHA\nIdea 1: Gulai Daging Utara\n\nBahan-bahan:\n250gram daging \u2013 dihiris\nKentang \u2013 belah 4\n1/2 batang kayu manis\n2 kuntum bunga lawang\n2 kuntumbunga cengkih\n1/2 biji bawang besar \u2013 dimayang\n2 ulas bawang putih \u2013 dicincang\n1 inci halia \u2013 dimayang\n2 tangkai daun kari\n1 sudu besar pes asam jawa\n3 cawan air\nGaram secukup rasa\nCara-cara memasak:\n\nMasukkan air sehingga 1/2 periuk dan letakkan periuk atas api sederhana besar.\nMasukkan daging dan halia yang sudah diketuk, Rebus sehingga empuk.\nKemudian, masukkan kentang dan biar masak sehingga empuk. Tutup api dan ketepikan.\nMasukkan minyak dalam kuali panas dan panas dengan api sederhana. Apabila sudah panas, tumiskan kayu manis, bunga lawang, dan bunga cengkih sehingga wangi.\nMasukkan bawang besar, bawang putih, halia yang sudah dimayang. Tumis sampai layu. Kemudian, masukkan daun kari dan biarkan selama 2 minit.\nMasukkan bancuhan serbuk kari. Kacau sehingga kari masak.\nMasukkan daging, kentang, dam 1/2 cawan rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan 1/4 cawan air jika ingikan lebih banyak kuah.\nApabila kuah sudah mendidih, masukkan garam dan pes asam jawa secukup rasa. Siap untuk dihidang.\n\n\nIdea 2: Nasi Daging Utara\n\nBahan-bahan:\n2 cawan beras Basmathi, dicuci dan tus\n2 1/2 cawan air rebusan daging atau air biasa\n150g daging, dihiris nipis\n1/2 cawan susu cair\n1 1/2 sudu besar mentega\n1 sudu besar serbuk sup\n3 ulas bawang putih, dicincang halus\n1/2 biji bawang besar, dicincang halus\n2cm halia, dimayang halus\n1 helai daun bay\n1 helai dau pandan, disimpul\n1 cawan stok ayam\n1/2 batang kayu manis\n2 kuntum bunga cengkih\n1 kuntum bunga lawang\n2 biji buah pelaga\nCara-cara memasak:\n\nPanaskan periuk atas api sederhana besar. Apabila sudah panas, masukkan mentega.\n\u00a0Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, bawang besar, daun bay dan daun pandan sehingga wangi.\n\u00a0Masukkan rempah sup dan tumis hingga pecah minyak.\n\u00a0Masukkan daging dan kacau agar disalut sebati dengan rempah. \nMasak hingga daging mengecut.\nMasukkan air, susu cair dan stok ayam. Biar sehingga mendidih.\nMasukkan beras dan kacau sebentar. Pastikan nasi dikacau sesekali agar tidak berkerak.\nApabila nasi sudah kering, kecilkan api dan masak nasi seperti biasa. Gemburkan nasi setelah masak. Anda boleh hiaskan nasi dengan daun pudina, kismis atau gajus.\n\n\nIdea 3: Daging Masak Asam\n\nBahan-bahan:\n300g daging, direbus empuk\n1 biji cili merah, dihiris\n1 biji cili merah, dihiris\n1/2 sudu besar pes asam jawa\nBahan untuk ditumbuk:\n1/2 inci halia\n1/4 inci kunyit\n3 ulas bawang putih\n3 biji bawang merah\nCara-cara penyediaannya:\n\n Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana. Apabila sudah panas, tumis bahan tumbuk sehingga wangi.\nMasukkan daging yang telah siap direbus dan kacau rata.\nMasukkan garam secukup rasa.\nMasukkan 1/2 cawan air rebusan daging. Jika ada atau 1/2 cawan air, Biar merenah sehingga daging empuk.\nMasukkan hirisan cili merah dan hijau.\nMasukkan asam jawa dan kacau rata.\n\n\nIdea 4: Asam Pedas Daging\n\nBahan-Bahan:\n300g daging, dihiris nipis\n1 batang serai, dititik\n1/2 kuntum bunga kantan, dibelah dua\n1 genggam daun kesom\n1/2 sudu lada hitam\n6 sudu besar cili kisar\n1/2 sudu teh serbuk kunyit\n1/2 sudu teh pes asam jawa\nGaram dan gula secukup rasa\nAir secukupnya\nBahan Kisar:\n4 biji bawang merah\n2 ulas bawang putih\n1/2 inci halia\n1/4 inci lengkuas\nBaca juga: Cara Buat Asam Pedas Daging Daun Pudina\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak di dalam periuk atas api sederhana besar. Apabila minyak sudah panas, tumis serai dan bahan kisar halus hingga wangi. \n\u00a0Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.\nMasukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak. \nKecilkan api dan kacau rata.\nMasukkan daging dan daun kesom. Kacau hingga daging mengecut.\nMasukkan air secukupnya dan biar mendidih. Masak hingga daging empuk.\nMasukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.\n\n\nIdea 5: Sup Daging Kelantan\n\nBahan-Bahan:\n500g tulang dan daging\n1 inci kulit kayu manis\n2 kuntum bunga lawang\nakar daun sup\ngaram\ndaun sup & daun bawang\nbawang goreng\nBahan untuk ditumbuk:\n4 ulas bawang merah\n3 ulas bawang putih\n1 inci halia\nCara-cara memasak:\n\nPanaskan periuk atas api sederhana besar. Apabila periuk sudah panas, masukkan bahan tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang dan akar daun sup. Tumis sehingga menjadi wangi.\nKemudian, masukkan air sehingga 3/4 periuk dan masukkan daging.\nKecilkan api, dan biar daging dan tulang merebus sehingga empuk serta kuah memekat.\nApabila kuah sup sudah memekat, perasa dengan garam dan lada hitam secukup rasa.\nPadamkan api dan tuang sup ke dalam mangkuk. Hias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/idea-menu-daging-hari-raya-aidiladha-p2/", "title": "Ini 5 Idea Menu Daging Wajib \u2018Coba\u2019 Hari Raya Aidiladha Nanti \u2013 Part 2", "body": "\n\nPart 1 semalam min ada bagi 5 idea untuk menu daging korban untuk Raya Haji nanti.\nJadi pada sambungan ini pula, min akan kongsikan lagi 5 idea menu daging untuk rujukan.\nBaca juga: Ini 5 Idea Menu Daging Wajib \u2018Coba\u2019 Hari Raya Aidiladha Nanti \u2013 Part 1\nSelamat mencuba dan selamat hari raya Aidiladha bersama keluarga!\n\nIDEA MENU DAGING HARI RAYA HAJI \u2013 PART 2\nIdea 1: Daging Masak Paprik\n\nBahan-bahan:\n300g daging, dipotong menjadi ketulan\n2 batang serai, dititik\n5 helai daun limau purut\n4 sudu besar cili kisar\n3 sudu besar sos cili\n2 sudu besar kicap manis\n2 sudu besar sos tiram\n2 sudu besar pes tomyam\ngaram secukup rasa\n1/2 cawan air\n1/2 cawan minyak\nBahan untuk ditumbuk:\n4 biji bawang merah\n4 ulas bawang putih\n2cm halia\nBahan perapan:\n2 sudu teh serbuk kunyit\n1 sudu teh garam halus\nBahan sayuran:\n4 batang kacang panjang, dipotong empat\n1 biji bawang besar\n2 biji cili, dihiris serong\n2 cawan kobis bunga, dipotong menjadi kuntuman kecil\nCara-cara memasak:\n1. Hiris daging nipis dan lumur dengan kunyit dan garam.\n2. Panaskan minyak dan goreng sehingga separuh masak. Ketepikan daging.\n3. Masukkan sedikit minyak lagi dan kecilkan api. Tumis bahan tumbuk, cili kisar, serai yang dititk dan daun limau purut. Tumi sehingga pecah minyak.\n4. Tambahkan air dan masukkan sos cili, sos tiram, pes tomyam dan kicap manis. Kacau rata.\n5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.\n6. Biar kuah masak sehingga pecah minyak.\n7. Masukkan daging yang digoreng dan sayur. Masak sehingga sayur lembut dan hidangkan.\n\nIdea 2: Beriyani Daging\n\nBahan-bahan:\n2 cawan beras Basmathi, basuh dan tus\n300g daging batang pinang\n1 batang kulit kayu manis\n2 kuntum bunga lawang\n1 kuntum bunga cengkih\n2 biji buah pelaga\n2 sudu besar rempah beriani\n1 sudu besar cili kisar\n3 ulas bawang putih, ditumbuk halus\n2 inci halia, ditumbuk halus\n2 biji bawang merah, dihiris\n2 biji cili hijau, dihiris\n1/2 cawan susu cair\n1 tangkai daun ketumbar\n1 sudu minyak sapi\n1 sudu mentega\n1 sudu minyak zaitun\n1/4 cawan campuran kacang gajus dan kismis\nCara-cara masak daging beriyani:\n1. anaskan periuk di atas api sederhana besar. Kemudian, masukkan minyak sapi, mentega dan minyak zaitun.\n2. Setelah mentega cair, masukkan halia, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus lalu tumis.\n3. Setelah wangi, masukkan rempah briyani dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.\n4. Masukkan daging dan susu cair lalu biar masak sehingga daging empuk. Jangan letakkan air kerana daging tersebut akan keluarkan air.\n5. Apabila daging sudah empuk, masukkan garam.\nCara-cara masak nasi beriyani:\n1. Masukkan beras yang dibasuh ke dalam periuk nasi. Masukkan 2 cawan air. Masak sehingga nasi 3/4 masak.\n2. Apabila nasi sudah masak, masukkan nasi ke dalam periuk lain. Isi semula periuk nasi dengan daging berempah yang dimasak tadi berselang-seli.\n3. Taburkan kismis dan kacang gajus.\n4. Masak semula nasi hingga betul-betul masak.\n5. Apabila nasi sudah siap, gemburkan nasi perlahan-lahan agar kesemua nasi bercampur denga kuah daging tadi.\n6. Biar nasi masak selama 5 minit lagi. Taburkan bawang goreng di atas nasi sebagai hiasan.\n\nIdea 3: Daging Masak Merah\n\nBahan-bahan:\n250g daging, direbus sehingga empuk\n2 ulas bawang putih, diketuk\n1 biji bawang besar, dihiris\n1 sudu besar cili kisar\n1 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar sos ikan\n1/4 cawan sos tomato\n3 batang kacang panjang, dipotong empat\nGaram dan gula secukup rasa\nCara-caranya:\n1. Masukkan air sehingga separuh periuk dan masukkan setitik pewarna merah. Masukkan daging dan rebus sehingga empuk. Selepas daging empuk, keluarkan dan hiris nipis.\n2. Letakkan minyak di dalam kuali dan panaskan atas api sederhana besar. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging dan goreng sehingga kekuningan.\n3. Keluarkan daging dan masukkan pula bawang putih. Tumis sehingga wangi.\n4. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau dan masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan.\n5. Masukkan daging semula dan kacau rata. Masukkan hirisan bawang besar. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika anda ingin sedikit kuah, masukkan 1/4 cawan air dan 1 sudu besar sos tomato.\n\nIdea 4: Daging Masak Halia\n\nBahan-bahan:\n1/2 biji bawang besar, dihiris\n2 ulas bawang putih, dihiris\n1 helai daun bawang, dihiris\n1/2 cili merah, dihiris\nBahan perapan:\n200g daging, direbus sehingga empuk\n1 1/2 sudu sudu besar sos tiram\n2 titik minyak bijan\n1/2 sudu besar kicap masin\n1/2 sudu besar lada sulah\nCara-caranya:\n1. Perap daging dengan bahan perapan dan biarkan selama 30 minit.\n2. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan atas suhu sederhana panas.\n3. Apabila sudah panas, tumis hirisan halia, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.\n4. Masukkan daging yang diperap dan masukkan sedikit air. Biar mereneh sehingga daging masak.\n5. Bila daging sudah masak, masukkan hirisan daun bawang dan cili.\n\nIdea 5: Daging Masak Lada Hitam\n\nBahan-bahan:\n250gm daging batang pinang, separa masak\n1 1/2 sudu besar kicap manis\n1/2 sudu besar kicap masin\n1 1/2 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar\n2 ulas bawang putih, diracik\n2 biji cili hijau, dihiris serong\n2 sudu besar cili kisar\n2 sudu besar jus limau nipis\n1 biji lada benggala dipotong dadu.\n1 helai daun limau purut\nBahan kisar:\n1 biji bawang besar \n1 inci halia\n1 biji bawang besar\nCara-caranya:\n1. Sediakan bahan kisar. dan ketepikan.\n2. Masukkan minyak dan panaskan kuali pada suhu sederhana panas.\n3. Apabila minyak sudah panas, tumis cili kisar, bahan kisar dan lada hitam sehingga wangi.\n4. Kemudian, masukkan kicap, jus limau nipis dan daun limau. Biar bahan menumis sehingga menjadi sedikit kering.\n5. Masukkan air dan daging. Kacau rata.\n6. Masukkan lada hitam, lada benggala yang dipotong dadu dan masukkan sedikit air lagi.\n7. Perasa dengan garam dan gula secukup rasa sehingga daging betul-betul masak.\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-bakar-sumbat-rempah-ratus/", "title": "Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus, Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!", "body": "\nIni dia resipi Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus yang paling mudah dan semestinya sedap! Kalau tengah cari resipi ikan bakar inilah salah satu yang patut anda cuba. Cuma perlu bakar ikan dalam oven sahaja. Tak sampai 20 minit dah siap!\nCuma perlu tumbuk semua bahan yang diperlukan, sumbat dan lumur pada ikan. Kemudian, balut dan bakar ikan sehingga masak.\nBaca juga: Percik Ikan Kembung Sedap \u2018Dooh\u2019, Buat Kuah Percik Sedap Guna Resipi Tradisi\nDicicah pula dengan cili kicap yang ada perahan limau, memang menaikkan lagi selera makan anda. Nak ratah macam tu je pun sedap. Nak makan dengan nasi putih pun tak jadi masalah. \nCara memasak ikan bakar juga ada pelbagai versi dari segi penggunaan bahan perapannya. Dan masing-masing mempunyai keenakannnya yang tersendiri.\nKepada mereka penggemar ikan bakar yang disumbat dengan rempah ratus, bolehlah follow resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Fannil Nadzirah ini. Perkongsian beliau telah meraih sehingga 2.3K shares di Facebook tau!\n\nRESIPI IKAN BAKAR SUMBAT REMPAH RATUS\nMenu rare keluarga saya, ikan bakar sumbat rempah ratus resipi Madura. Ramai yang bertanya resepi ni, jadi saya kongsikan kepada semua untuk mencuba.\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\n7 ekor ikan cencaru \u2013 dibersihkan dan dikelar belakang ikan\u00a0\nDaun limau purut\nDaun kunyit \u2013 untuk balut ikan\n\nBahan-bahan tumbuk:\n\n3 ulas bawang putih\n7 biji bawang merah\n5 biji buah keras\n9 biji lada putih\nAsam jawa\n3 biji cili merah\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Tumbuk ke semua bahan-bahan untuk menumbuk di atas. Kemudian, tumis di atas dapur hingga masak.\u00a0\n2. Masukkan daun limau purut dan carik-carikkan semasa bahan sedang ditumis.\n3. Angkat dan sejukkan. Selepas itu, sumbatkan ke dalam ikan cencaru yang sudah dibersihkan. Bagi penuh dalam perut ikan. Kalau ada lebih, boleh lumur dibahagian luar ikan.\n4. Lepas dah sumbat bahan dalam ikan, rehatkan seketika dan biarkan meresap kedalam isi ikan.\n5. Kemudian, balut ikan dalam daun kunyit dan letakkan juga sedikit minyak supaya tak melekat. Dan bakar sehingga masak menggunakan oven.\n\n\n\nSiap untuk dihidang! Ikan bakar ni makan panas-panas memang seronok. Anda wajib cuba resepi ini, manalah tahu sesuai dengan tekak. Boleh buat selalu. Cara penyediaannya juga terbukti mudah.\nBahan memasak yang digunakan juga cuma memerlukan bahan asas memasak yang mesti ada didapur anda.\nSelamat mencuba!\u00a0\nBaca juga: Nak Anak Bijak? Biasakan Bagi Makan Ikan 2 Kali Seminggu Berbanding Ayam\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-bawal-bakar-berempah/", "title": "Buat Ikan Bawal Bakar Berempah Macam Ini, \u2018Konfirm\u2019 Suami Puji Berbakul!", "body": "\nIni dia resipi Ikan Bawal Bakar Berempah yang paling mudah dan confirm sedap! Kalau tengah cari resipi ikan bakar inilah salah satu yang patut korang cuba. Mesti suami puji berbakul sebab sedap sangat. Tak sampai 20 minit dah siap!\nSebenarnya sambal berempah ini bukan je boleh digunakan untuk ikan bakar sahaja. Ia boleh juga hasilkan sotong bakar, udang bakar, kerang bakar serta ayam bakar.\nBaca juga: Ini Rahsia Buat Sambal Ikan Bakar Sedap, Rugi Tak Cuba\nWalau bagaimanapun, terima kasih kepada Mohd Faisel Ab Halim ni sebab sudi kongsikan kepada kita macam mana nak hasilkan ikan bawal bakar berempah yang sedap dan marvellous.\nTengok daripada gambar pun dah nampak menarik dan buat kita rasa tak sabar nak makan. Warna merah sambalnya nampak menyelerakan bila dihidangkan dengan nasi putih.\n\nRESIPI IKAN BAWAL BAKAR BEREMPAH\n\n\nBahan-bahan:\n\nIkan bawal\nDaun pisang\n1 inci lengkuas\n1 inci halia\n2 batang serai\n3-4 ulas bawang putih\nSerbuk kunyit\n1 labu kecil bawang besar atau bawang merah\n2 senduk cili kering kisar\nLada hitam \u2013 optional\nBelacan \u2013 optional\n\n\n\nCara-cara:\n\n1. Kisar semua bahan hingga sebati \u2013 kecuali ikan dan daun pisang.\n2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.\n3. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masak hingga garing dan ketepikan.\n4. Letakkan ikan di atas daun pisang.\n5. Lumurkan pes pada ikan dan balut ikan.\n6. Panaskan kuali leper atau non-stick.\n7. Bakar sebelah bahagian dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar hingga masak.\n8. Kemudian boleh hias mengikut kesukaan.\n\n\n\nMudah je kan nak buat ikan bakar ini sebenarnya. Buat banyak-banyak stok sambal dan simpan dalam peti. Bila nak guna, ada binatang nak dibakar, salutkan aje.\u00a0\nSesetengah orang ada yang suka kisar serai separa hancur. Bila dibakar dan masak, bau serai nya akan lebih wangi dan sedap.\nNak lebih menarik, bakar binatang kesukaan kita tu dengan beralaskan daun pisang. Barulah feeling macam kedai kan. Makan dengan nasi, confirm bertambah-tambah dibuatnya.\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-bawal-sweet-sour-rangup/", "title": "Cara Masak Ikan Bawal Sweet Sour Rangup, Tengok Gambar Pun Dah Meleleh!", "body": "\nResipi ikan bawal sweet sour ini sangat mudah untuk dimasak. Sesuai dijadikan lauk makan malam atau makan tengah hari.\nMula-mula kita akan goreng ikan sehingga rangup. Bila dah siap goreng ikan, kita akan buat kuah masam manisnya pula.\nKuah yang siap dimasak akan disiram ke atas ikan yang sudah digoreng sehingga garing tadi. Memang sangat mengiurkan!\nNampak mudah saja cara penyediaannya kan? Jom kita cuba masak menggunakan resipi oleh Ratna Sari Zain di bawah.\nResipi Ikan Bawal Sweet Sour Rangup\nBahan perap ikan:\n\nIkan bawal saiz biasa 3 ekor\nSedikit halia dalam setengah inci\nBawang putih 4 ulas\nGaram dan kunyit\n\nBahan-bahan kuah:\n\nSos tomato semangkuk\nSos cili semangkuk\nBawang merah 3 ulas dimayang\nBawang putih 2 ulas dimayang\nBawang besar sebiji potong dadu\nNenas\nLada besar\nCarrot\nBunga kubis\nLimau kasturi 10 biji\nCili merah/hijau diketuk\nBuah tomato\nGaram dan gula\n\nUntuk sayuran boleh guna sayur campuran.\nCara-cara:\n1. Tumbuk bahan perap ikan. Lumurkan pada ikan bawal yang sudah dicuci bersih dan dikelar. Perapkan.\n\n2. Bila dah siap perap ikan tadi, celup dalam sebiji telur sebelum digoreng supaya ikan lebih garing dan rangup.\n3. Angkat ikan dan ketepikan. Buang sedikit minyak menggoreng tadi untuk menumis kuah pula.\n\n4. Tumis bawang merah dan putih yang dimayang.\n5. Masukkan sos cili dan tomato. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hirisan dadu dan lada besar.\n\n6. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi.\n\n7. Masukkan garam dan gula. Akhir sekali baru masukkan nenas dan perah limau kasturi.\u00a0\nKredit: Ratna Sari Zain\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-keli-goreng-berlada/", "title": "Ikan Keli Goreng Berlada, Ratah Lauk Saja Pun Dah Sedap!", "body": "\nIkan Keli Goreng Berlada, Ratah Lauk Saja Pun Dah Sedap!\nNak masak pun tak perlukan bahan memasak yang banyak. Tapi, nak rasa lagi power, lebihkan je penggunaan cili tu. Barulah berasapkan nak makan nanti!\nBaca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini\u00a0\nKorang yang suka makan lauk yang pedas, memang tak rugi cuba resipi ni. Lagi-lagi dapat ikan keli yang di goreng garing. \nLagi sedap nak makan. Sebelum goreng ikan keli tu, korang kena make sure basuh ikan bersih-bersih sampai hilang bau hanyir tau.\nJom ikuti resipi yang telah di kongsikan oleh Cik Puan Cheyah Saripuddin di Facebook. Boleh follow step by step cara yang beliau kongsikan ni. Mesti menjadi!\n\nRESIPI IKAN KELI GORENG BERLADA\n\nBahan-bahan:\n\n6 ekor ikan keli\n4 biji cili merah besar\n10-12 biji cili hijau\n5 biji bawang merah\n4 ulas bawang putih\n\nBahan tambahan:\n\nGaram\nGula\nSerbuk kunyit\nMinyak untuk menggoreng\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula basuh bersih ikan keli. Tips dia basuh guna limau nipis. Bebas bau hanyir dan lendir.\n2. Kemudian, gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit.\n3. Bawang dan cili ni potong je kecil-kecil nak bagi mudah untuk tumbuk.\n4. Tumbuk bagi hancur kasar-kasar. Kalau malas boleh je guna blander tapi tak best sebab kita nak textur dia kasar sikit. Nak guna chopper lagi okey.\n5. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Masa menggoreng tu tak nak dia merecik korang tutuplah periuk atau kuali tu.\n6. Seterusnya, panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang kita tumbuk tadi. Goreng hingga naik bau.\n7. Kacau bagi sekata semua bahan tumbuk.\n8. Kemudian, masukkan sedikit gula dan garam. Dah nampak hampir garing boleh tutup api. Last sekali, curahkan atas ikan tadi.\n9. Siap untuk dimakan!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-kengsom-masakan-thai/", "title": "Cara Mudah Buat Ikan Kengsom Masakan Thai, Sedap Menjilat Jari!", "body": "\nPernah merasa lauk Ikan Kengsom masakan Thailand? Memang sedap sangat sebab ada rasa masam manis dan juga pedas yang boleh buka kembali selera makan.\nHidangan ini tak kisah guna apa-apa ikan seperti, ikan siakap, merah, kembung, parang, tenggiri dan sebagainya.\nRamai yang kata rasanya seakan asam pedas, tapi ia menggunakan bahan yang lain dari kebiasaannnya.\nArtikel berkaitan: Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Sedap Macam Restoran Thai T20\nUntuk masakan Thai ini, memang ia mementingkan rasa pedas dan masam. Sayurnya pula, boleh guna sayur kangkung pun dah cukup.\nKalau dekat kedai ni, satu hidangan ini boleh mencecah sehingga RM45 hingga RM80 bergantung kepada saiz ikan.\nBaik kita masak sendiri di rumah, lagi berbaloi ikut kuantiti keluarga.\nUntuk lauk Ikan Kengsom ini, kita boleh tengok resipi dari perkongsian Mia Ilham ini. Katanya sedap betul hirup kuahnya kalau masa hujan ini.\n\nResipi Ikan Kengsom Masakan Thai\n\n\nBahan-bahan\n\n1 ekor ikan besar \u2013 dipotong kecil\n1/2 biji nenas kecil\n1/2 ikat kangkung\n2 batang serai sederhana diketuk\n1 biji limau nipis\nGaram dan gula secukup rasa\n1-1.2 liter air\n\nBahan kisar:\n\n2 tangkai cili merah besar\n8 tangkai cili padi \u2013 nak pedas masukkan lagi\n1 biji bawang merah besar saiz bola pingpong\n6 ulas bawang putih kecil\n1/2 inci belacan\n1 inci kunyit hidup\n\nCara memasak:\n1: Kisar semua bahan kisar dengan air cukup sehingga halus. Masukkan bahan kisar,serai dan air secukupnya ke dalam periuk.\n2. Masak hingga mendidih. Tambahkan nenas dan biarkan air nenas turun sebelum dimasukkan ikan.\n3. Masak 5-8 minit sahaja ikan siakap bergantung pada saiz.Jangan masak lama nanti isi ikan hancur. Perasakan dengan garam dan gula ikut tekak anda.\n4. Tutup api selepas semua menjadi sedap, barulah masukkan kangkung supaya tidak terlebih masuk dan perahkan asam limau nipis ikut tahap masam anda suka.\n\nDah siap dah resepi ikan kengsom masakan thai ini. Tak rugi untuk anda cuba kan.\nNak lagi masam, boleh perah asam limau. Mesti lagi kick rasanya. Jangan lupa untuk basuh ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-masin-duri-masak-asam/", "title": "Ikan Masin Duri Masak Asam, Kecur Air Liur Dibuatnya", "body": "\nKecur air liur min bila ternampak resepi ikan masin duri masak asam. Fuh! Rasa nak buat je untuk lauk makan tengahari atau malam nanti.\nTak perlu nak banyak-banyak lauk lagi. Cukup makan lauk ikan masin ni dengan nasi putih dan telur dadar dah cukup.\nSimple sangat cara masak lauk ni. Tak perlukan banyak bahan pun, korang hanya perlukan ikan masin duri, bawang, 3 jenis cili, air asam dan perasa.\nBaca juga: Cara Buat Kari Terung Ikan Masin Kurau, Mesti Naik Selera!\nCampak-campak dah siap! Nak mudah, korang kena goreng ikan masin separuh masak terlebih dahulu sebelum dimasak asam.\nMakan kat kedai pun tak sesedap lauk ni tau! Korang dah boleh hidang dengan nasi putih dan telur dadar. Fuh! Mantap. Lauk kampung lah katakan. \nSiapa je yang tak suka makan lauk kampung macam ni kan. Lagi-lagi korang penggemar ikan masin.\nResepi ikan masin duri masak asam ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Muhamad Ismail Mohd Ali.\nSimple, mudah dan semestinya sedap. Korang yang suka makan ikan masin, wajib try resepi ni. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya!\nResipi Ikan Masin Duri Masak Asam\n\n\nBahan-bahan :\nIkan duri masin\nBawang besar\nBawang putih\nCili kering\nCili hidup\nCili melaka\nAir asam jawa\nGula\nGaram\nCara memasak:\n1. Goreng ikan masin setengah masak dulu.\n2. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih, cili kering, cili hidup dan cili Melaka.\n3. Masukkan air asam jawa sikit dulu. Kalau nak berkuah, boleh tambah lagi.\n4. Perasakan dengan sedikit dan garam.\n5. Akhir sekali, masukkan ikan masin yang di masak setengah masak tadi.\nSiap untuk dihidang.\n\n\nKalau korang suka lauk yang berkuah, lebihkan je air asam tu. Boleh gaul kuah tu dengan nasi nanti.\nTakde lah makan kering-kering kan. Pastikan goreng separuh masak dulu ikan masin tu sebelum nak masak asam. Barulah dapat ikan masin yang garing nanti.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-merah-masak-lemak-cili-api/", "title": "Ikan Merah Masak Lemak Cili Api, Penggemar Ikan Ini Wajib Cuba Masak", "body": "\nTak kira apa saja jenis masakan yang menggunakan ikan merah pasti disukai ramai. Seperti lauk ikan merah masak lemak cili api ini juga ada penggemarnya yang tersendiri.\nMakan dengan nasi putih panas, memang terangkat dibuatnya!\nKebiasaannya kepala ikan merah akan dimasak sup untuk melegakan badan. Tapi untuk dimasak lemak cili api pula, ikan merah akan digoreng telebih dahulu sebelum dimasak dengan lemak cili api.\nBaca juga: Ikan Merah Goreng Rangup dengan Sup\nIkutkan resepi asal negeri sembilan masak lemak cili api tidak menggunakan bawang dalam masakan.\nTetapi untuk resepi kali ini, bahan asas dalam masakan seperti bawang amat diperlukan dalam penyediaannya.\nResepi ikan merah masak lemak cili api ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Junainah Borhan.\nKepada mereka yang terasa nak masak ikan merah masak cili api yang padu boleh follow resepi ini. Confirm puas hati!\nResipi Ikan Merah Masak Lemak Cili Api\nBahan-bahan:\n\n\n3 ketul ikan merah (digoreng)\n2 batang serai (diketuk)\n3 biji cili besar *\n5-6 biji cili padi *\n5 biji bawang merah *\n5 ulas bawang putih *\n1/2 inci lengkuas &\n1 kotak santan\n2 sudu kicap\n2 sudu sos tiram\n2 sudu sos cili\n1 biji tomato (dipotong)\n5 batang bendi (dipotong ikut citarasa)\n\nCara membuatnya:\n1. Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat, tos dan ketepikan dahulu.\n2. Kisar kesemua bahan bertanda * dan tumis ke dalam kuali tanpa minyak hingga kering. Masukkan serai, sedikit air dan santan.\n3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau hingga sebati. Perasakan ia dengan garam secukupnya.\n4. Masukkan bendi dan biarkan seketika. Kemudian, masukkkan ikan yang digoreng tadi. Akhir sekali, masukkan tomato. Siap untuk di makan.\nSelamat mencuba.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-pari-bakar/", "title": "Ikan Pari Bakar Simple, Makan Dengan Nasi Putih Panas Sodap Beb!", "body": "\nSedap betul kalau dapat makan ikan pari bakar ni dengan nasi panas kan. Nyum nyum!\nAntara lauk yang sesuai dimakan bersama dengan ikan pari ni, biasanya sayur kalian ikan masin, atau kangkung belacan.\nHidangkan ikan bakar dnegan sambal kicap pedas dengan daun kesum dan bawang. Memang layanz! Jangan lupa buat juga sotong dan udang goreng tepung.\nBaca juga: Cabai Picit, Sambal Ringkas Tapi Padu. Pekena Dengan Ikan Bakar & Ulam Lagi \u2018Umphh\u2019!\nMakan rangup-rangup masukkan dalam setiap suapan bersama ikan pari bakar kita. Marvellous!\nJom ikuti perkongsian resipi dari Erma Azizie ini.\nResipi Ikan Pari Bakar\n\n\nBahan-bahan:\n\n3 ekor ikan pari sedang (potong 2)\n2 biji bawang besar\n3 ulas bawang putih\n10 batang cili kering (buang biji dan rebus)\n3 batang cili besar\n4 batang cili padi\ngaram\ngula\nserbuk perasa\nasam keping\ndaun limau purut (mayang halus)\ndaun kunyit (mayang halus) (buang urat tengah ye)\ndaun pisang\naluminium foil\n\nCara perap ikan pari:\n1. Mula-mula sekali, cuci bersih ikan pari. Potong kepada dua bahagian je. Jangan terlalu kecil.\n2. Kemudian kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar dan juga cili padi. Kisar bahan-bahan ni sambai hancur.\n3. Seterusnya, panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis semua bahan tadi sehingga wangi dan sedikit garing.\n\n\n4. Dah naik bau tu, boleh masukkan asam keping, garam, gula dan juga serbuk perasa. Gaulkan seketika.\n5. Masukkan pula daun limau purut dan juga daun kunyit. Gaulkan sebati supaya semua bahan masak sekata.\n6. Rasa semua dah okay, padamkan api.\nCara bakar:\n1. Sediakan aluminium foil dan lapikkan dengan daun pisang.\n2. Ambil sambal sikit letakkan atas daun pisang. Kemudian letakkan ikan.\n3. Ambil sambal lagi dan letakkan di bahagian atas ikan pula.\n4. Balut kemas-kemas dan boleh bakar sampai ikan masak. Boleh bakar guna oven, air fryer dan pemanggang ajaib pun boleh.\n5. Bila ikan dah masak, sedia untuk dihidang.\nSelamat mencuba~\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-pekasam-homemade/", "title": "Ikan Pekasam Homemade, Peram 2 Minggu Dah Boleh Goreng Terus!", "body": "\nAda yang suka makan ikan pekasam? Pekasam ni sebenarnya terkenal di utara dan pantai timur. Tapi paling dikenali di negeri Perak. Cara membuatnya lebih kepada peram ikan seberapa lama dan kemudian goreng. Ini salah satu resepinya yang terkenal iaitu ikan gelama pekasam homemade.\nBahan-bahan perapannya sikit je. Lagi lama diperap sebenarnya lagi sedap. Tapi kalau dah perap dua minggu sebenarnya dah boleh goreng. Rasa ikan pekasam ni lebih kepada masin dan masam. Sebab diperam dengan garam.\nBaca juga: Nelayan Ini Kongsi Tip Pilih Ikan Gelama Yang Sedap Buat Lauk\nSebab tu ikan pekasam ni tahan lama sampai bertahun pun boleh tahan. Biasanya cara goreng ialah dengan bawang besar hiris dan cili padi dalam minyak yang banyak. Aromanya memang mengancam. Sekali kalau korang cuba memang confirm repeat.\nDi kedai-kedai runcit melayu memang dah banyak jual ikan pekasam. Kebanyakannya menggunakan ikan sungai. Tapi tak semua pengusaha kadang-kadang tu sedap dan dijamin bersih pekasamnya.\nKalau buat sendiri ni lebih puas hati kan. Resipi kali ni dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadilah Sari. Dia menggunakan ikan laut iaitu ikan gelama. Nampak menarik untuk dicuba.\nRESIPI IKAN GELAMA PEKASAM\n\n\n\nBahan utama:\n\nIkan gelama (ikan laut). Kalau nak buat ikan sungai boleh buat dengan ikan puyu, sepat dan lain-lain lagi.\n\nBahan cuci ikan:\n\nTepung gandum\nAsam jawa\nGaram\nCuka makan\n\nCara cuci ikan:\n1. Siang dulu ikan, kemudian cuci bersih.\n2. Selepas tu lumurkan dengan tepung dan air asam jawa. Perap sekejap dalam 10 minit.\n3. Kemudian cuci sekali lagi dan toskan.\nBahan-bahan perap:\n\nGaram kasar secukupnya (agak-agak kuantitinya, janji jangan terlampau masin sangat)\nBeras (dicuci bersih, kemudian disangai sampai kekuningan. Lepas tu kisar lumat)\n\nCara buat ikan pekasam:\n1. Sediakan balang dan taburkan sedikit garam kasar di dasar balang.\n2. Ikan yang telah ditoskan digolek-golekkan dalam garam kasar dan juga beras yang telah dikisar lumat tadi.\n3. Sumbat juga garam dan beras dalam perut ikan.\n4. Lepas tu masukkan dalam balang dan susun satu persatu ikan.\n5. Tutup rapat-rapat dan peram sekurang-kurangnya 2 minggu. Tapi kalau lagi lama lagi sedap.\n6. Lepas 2 minggu tu bolehlah goreng ikut resepi masing-masing.\n7. Sebaiknya simpan ikan pekasam ni dalam peti ais supaya lebih tahan lama.\nCara goreng ikan pekasam ni ikut resipi apa yang korang suka. Tapi sebenarnya lebih sedap kalau goreng hirisan bawang dan cili sehingga garing dulu. Lepas dah garing baru masukkan ikan pekasam.\nCara goreng pun perlu gunakan api yang kecil je supaya masak sekata. Mudah je kan. Tapi rasanya cukup mengancam bila makan dengan nasi panas-panas.\nMasa hidang tu, nak perahkan sikit limau atas ikan pun boleh juga sebagai penambah rasa. Bolehlah nanti anda cuba buat sendiri ikan gelama pekasam homemade ni. Rasai sendiri kenikmatannya.\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-sembilang-masak-cuka/", "title": "Ikan Sembilang Masak Cuka, Cukup Rasa Masam Pedasnya!", "body": "\nPernah cuba Ikan Sembilang Masak Cuka? Selalunya hidangan ini menggunakan ikan air masin iaitu tenggiri dan kembong. Kita cuba kelainan sikit. Sedap juga tau!\nSelain penyediaannya yang ringkas, lauk ini juga sesuai untuk dijadikan menu bawa bekal ke sekolah dan tempat kerja. Memang jimat sangat macam Menu Rahmah. Nak lagi senang, masak siap-siap waktu malam kemudian esoknya tinggal panaskan saja.\nLauk ini boleh dimasak pedas, lebih asam dan berkuah ikut selera masing-masing. Kalau tak mahu pedas pun tak apa, boleh masukkan cili besar supaya ada warna sikit dalam hidangan.\nBaca juga: Asam Pedas Ikan Sembilang, Kuah Pekat Dan Merah Menawan Dibuatnya\nResipi ikan sembilang masak cuka ini telah dikongsikan sendiri oleh Azizah Salleh menerusi laman Facebook. Postingnya itu mendapat perhatian netizen sebanyak 907 tanda suka dan 406 perkongsiaan.\nRESIPI IKAN SEMBILANG MASAK CUKA\nKorang yang duduk bujang jangan malas sangat nak masak. Lagi-lagi orang perempuan, kalau tak reti masak susahlah laki nak makan nanti. Apa tunggu lagi, meh tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni.\n\nBahan-bahan:\n2-3 ekor ikan sembilang \u2013 dipotong kecil\n20 batang serai \u2013 dihiris nipis\n2-4 biji bawang merah kecil\n3 ulas bawang putih\u00a0\n4 cm halia \u2013 dimayang \n2 paket halba campur\n7 batang cili api \u2013 boleh adjust ikut selera masing-masing\n1 1/2 cawan cuka makan\n1 cawan air\n2 batang cili merah/hijau \u2013 optional\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak secukupnya, goreng dahulu ikan sembilang yang sudah dilumurkan dengan kunyit. Dah habis goreng semua, ketepikan.\n2. Guna minyak yang sama, tumis ke semua bawang dan cili api.\n3. Bila bahan menumis dah wangi, masukkan pula halba campur.\u00a0\n4. Seterusnya masukkan cuka makan. Jika kurang masam, baru masukkan cuka makan lagi.\n5. Masukkan pula air dan cili besar. Boleh adjust jika suka kuah banyak.\n6. Masukkan ikan sembilang yang sudah siap digoreng nanti.\n7. Siap untuk dihidang!\nMemang lengkap lauk ini dengan rasa manis, masam,masin dan pedasnya. Nak pula cuaca sejuk-sejuk nyaman ini, memang lagi padu makan dengan nasi panas.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-siakap-sambal-kicap-pedas-thai/", "title": "Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Sedap Macam Restoran Thai T20", "body": "\nAsyik masak siakap tiga rasa aje, apa kata cuba resipi lain pula tapi berasaskan ikan siakap.\nApa kata cuba resipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai yang dikongsikan oleh Liza Idris ini.\nBaca juga: Resipi Ikan Siakap Bakar Ala Kuala Perlis, Sekali Cuba Pasti Akan Teringat-Ingat Kesedapannya!\nResipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai\nNah resipi \u201cIkan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai\u201d. Sedap tau. Simple sangat. Bahan pun mudah.\nKorang cuba la masak ni. Lain macam sedap tu. Makan je terasa seperti berada di Restoran Thai Kayangan. Cara masak ada pada caption setiap gambar.\n\n\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ikan siakap \u2013 kelar serong\nKunyit\n1 biji bawang merah*\n3 ulas bawang putih*\n5 cili api * \u2013 nak lebih pun boleh, ikut tahap kepedasan masing-masing\nSedikit sayur bunga kubis, dan lobak merah \n2 sudu cili kisar\n2 sudu cuka\n5 sudu kicap biasa\n1 sudu maggi secukup rasa\nDaun bawang dan daun ketumbar \u2013 dipotong\n\nCara penyediaan:\n1. Kisarkan dahulu bahan yang bertanda * dan ketepikan.\n2.Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.\n\n\n3. Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu. Bukan disisihkan.\n4. Untuk kuah,panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.\n5. Masuk 5 sudu besar kicap. Ikutla nak lebih pun takpa. Tak dosa pun.\n6. Letak 2 sudu besar cuka. Kacau dan kacau.\n7. Masuk 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.\n8. Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.\n9. Perasakan dengan maggie cukup rasa.\n10. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi dan boleh tutup api. siap.\n11. Simbah atas ikan siakap tadi. Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri di kala sunyi.\n\n\nSedia untuk dihidang. Selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-talapia-goreng/", "title": "Sedap Rupanya Ikan Talapia Goreng Macam Ni! Tak Hanyir, Garing Di Luar & Lembut Di Dalam", "body": "\nJika ada ikan talapia dalam peti ais, boleh cuba buat ikan talapia goreng seperti yang dikongsikan ini. Bukan sekadar lumur garam dan kunyit, ada bahan lain yang anda perlu gunakan supaya ikan talapia goreng menjadi lebih sedap, lazat dan wangi.\nIkan goreng ini memang sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Cukup satu lauk ini, tak perlu lauk lain dah.\nSelepas ini, jom cuba goreng ikan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Cik Ning Haniey di bawah.\u00a0Confirm\u00a0masak berulang punyalah!\nResipi Ikan Talapia Goreng\nBahan-bahan:\n\nIkan talapia\nKunyit hidup\nHalia\nSerai\nBawang putih\nCili\nGaram\nAjinamoto\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk kunyit hidup, halia, serai, bawang putih, cili, garam dan sedikit ajinamoto di dalam lesung.\n\n2. Lumurkan bahan tumbuk tadi pada ikan dengan sekata.\n\n3. Bila dah siap lumur rempah tumbuk pada ikan, perapkan terlebih dahulu supaya meresap ke dalam ikan.\n\n4. Selepas siap diperap, goreng ikan sehingga masak dan garing.\n5. Semasa dalam proses menggoreng ikan, anda akan menghidu bau ikan yang sangat wangi hasil dari rempah yang ditumbuk tadi.\n\n6. Hasilnya selepas ikan siap digoreng. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!\n\nKredit: Cik Ning Haniey\nBaca juga: Petua Masak Gulai Kuning Lengkuas Ikan Aya Pekat & Sedap, Ikut Cara Orang Tua Dulu\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-tempatan-yang-berlemak-kaya-omega-3/", "title": "Ikan Tempatan Yang Berlemak Kaya Omega-3, Bukan Salmon Je Yang Ada", "body": "\nSiapa sangka, ikan tempatan di Malaysia pun kaya dengan Omega-3. Ikan tempatan yang terdiri daripada ikan laut dan ikan sungai adalah antara ikan yang kaya dengan Omega-3. Ikan-ikan ini juga mudah untuk didapati di mana-mana pasar atau pasaraya.\nBila bercakap tentang Omega-3, kebanyakan orang akan segera memikirkan salmon, kan?\u00a0\nBaca juga: Kenali 17 Jenis Ikan Yang Selalu Kita Jumpa Di Pasar, Baru Nampak \u2018Pro\u2019!\nMenurut Nutritionistkkm, Omega-3 juga dalam kumpulan asid lemak tak tepu, memberikan beberapa manfaat untuk kesihatan mental, visual dan fizikal, termasuk kesihatan jantung.\nIni beberapa ikan yang didapati mempunyai kandungan omega-3 yang agak tinggi.\n\n6 JENIS IKAN TEMPATAN YANG KAYA DENGAN OMEGA-3\nIkan Kembung\n\nIkan Cencaru\n\nIkan Patin\n\nIkan Tongkol\u00a0\n\nIkan Keli\n\nIkan Siakap\n\n\nBanyak Khasiat Omega-3 Ini\nAsid lemak Omega-3 atau Omega-3 adalah kategori lemak yang mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan badan dan otak.\nTerdapat 3 jenis utama asid lemak Omega-3 iaitu alpha-linolenic acid (ALA), eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). ALA biasanya dijumpai dalam minyak tumbuhan manakala EPA dan DHA boleh dijumpai dalam makanan laut dan ikan.\nAntara khasiat Omega-3 ialah:\n\nMenurunkan tekanan darah\nMenurunkan paras trigliserida\nMengurangkan risiko strok dan kegagalan jantung\nBaik untuk perkembangan otak bayi\nBaik untuk kesihatan mata\nMencegah kanser\nBaik untuk kulit\nMengurangkan risiko gangguan mental\nMeningkatkan kualiti tidur\n\n\nSebenarnya negara kita juga kaya dengan sumber ikan berlemak. Mungkin sebelum ini kita tidak menyedari bahawa ikan air masin dan ikan air tawar di negara ini turut mengandungi asid lemak Omega-3 setanding dengan negara luar.\nSecara tidak langsung, kita dapat menjimatkan kos untuk mendapatkan akses kepada ikan berlemak dan mendapatkan bekalan Omega-3 melalui diet yang sihat.\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-tilan/", "title": "Ikan Tilan Masak Lemak? Lain Macam Rupa Ikan Ni, Katanya Lagi Sedap Dari Rasa Ayam", "body": "\nBagi orang Pahang mungkin rupa Ikan Tilan ini tidak pelik, tapi bagi mereka yang tidak pernah tahu kewujudan spesis ikan ini pasti akan cakap kenapa rupa dia macam ular sawa batik?\nMenariknya di Pahang, sungai-sungainya bukan sahaja kaya dengan buaya malah bermacam-macam lagi hidupan ada di sana.\nBaca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!\u00a0\nUntuk pengetahuan korang, selain ikan patin sejenis ikan lagi yang menjadi kegemaran masyarakat Pahang ialah ikan Tilan. Ikan ini merupakan ikan air tawar yang hidup di dalam sungai di kawasan tropika.\nCiri-ciri Ikan jenis ini\n\nIkan ini mempunyai ciri-ciri seakan belut, cuma ia mempunyai sirip seperti duri yang berbaris dan ikan ini juga mempunyai tubuh yang agak pipih.\nBaca juga: Kenali 17 Jenis Ikan Yang Selalu Kita Jumpa Di Pasar, Baru Nampak \u2018Pro\u2019!\nIkan Tilan ini sangat sesuai untuk dibuat masak gulai asam dan juga asam pedas. Ikan Tilan ini juga mempunyai isi yang sangat lembut seakan-akan ikan salmon.\n\nJadi, korang mengidam ikan yang mempunyai rasa bak kayangan secara percuma? Datanglah ke negeri Pahang, terutamanya Kuala Lipis oleh kerana ikan ini kebiasaannya dijumpai di sini. Bagi mereka yang minat mengail, korang boleh mengisi masa dengan hobi, di samping mendapat habuan!\n\n\n @mnhafizjb\nikan tilan bara..first time nak try ni..#fyp #mancingsungaimawai #ikantilan #foryoupage #ikanpancing\n \u266c Bloody Mary (Cover) \u2013 Mohamad FA \n\n \n\nAmacam? Ada yang nak cuba rasa ikan ini?\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikan-tongkol-rebus-goreng-rasa-lemak-masin-manis/", "title": "Ikan Tongkol Rebus Goreng, Dia Punya Rasa Lemak Masin Manis Memang Menyelerakan Sungguh!", "body": "\nResipi ikan tongkol rebus goreng ini nampak\u00a0simple tapi sebenarnya ada petua supaya ikan tidak hanyir dan rasa lebih sedap.\nKalau makan dengan budu lenyek cili api, sambal belacan atau jering mudah, memang bertambah nasi la jawabnya.\nKalau ada yang tak pernah makan lauk ini, jom cuba buat dengan menggunakan resipi di bawah.\nResipi Ikan Tongkol Rebus Goreng\nBahan-bahan:\n\n3 keping ikan tongkol (boleh juga guna ikan selayang, ikan kembung)\nAir agak-agak tenggelam ikan\nAsam 5/6 keping\nBawang putih ketuk\nHalia hiris\nLengkuas hiris\nGaram kasar 3 sudu besar\n\nCara-cara:\n1. Rebus ikan dengan semua bahan di atas. Penyedap yang buat ikan rasa manis dan cantik bila digoreng ialah letak sedikit gula kabung/gula melaka.\n\nPetua supaya ikan tidak hanyir ialah letakkan satu sudu teh beras.\n\n2. Biarkan semua bahan menggelegak dalam 15 minit. Masak sehingga kuah tinggal sedikit sahaja.\nSekiranya nak simpan ikan ni buang dulu air rebusan sebab ikan akan menyerap masin.\n\n3. Goreng ikan tadi bersama semua bahan-bahan yang dalam periuk tu. Bahan tu la yang buat bau harum macam minyak wangi avon.\nCara empunya resipi makan, ambil minyak goreng letak dalam nasi letak budu sikit kemudian gaul-gaul.\n\nKredit: Faizah Husain\nBaca juga: Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikonik-kod-hijau-dalam-filem-the-matrix-sebenarnya-resipi-sushi/", "title": "Ikonik Kod Hijau Dalam Filem The Matrix Sebenarnya Resipi Sushi?", "body": "\nPada minit-minit awal babak filem The Matrix (1999) lakonan Keanu Reeves telah diisi dengan barisan kod berwarna hijau yang muncul secara perlahan-lahan dan akhirnya memenuhi skrin. Dari jauh ia dilihat seperti sebuah kod komputer yang susah difahami.\nDua saudara Wachowski telah menjadikan kod komputer bewarna hijau itu sebagai opening scene dan dianggap sebagai simbol ikonik bagi filem The Matrix.\nArtikel berkaitan: Nak Pergi Jepun? Ini 10 Restoran Halal Yang Korang Boleh Cari\nNamun kod berwarna hijau itu jika diteliti dengan betul, kita akan menemui tiga jenis karakter Jepun di dalamnya iaitu hiragana, katakana dan kanji. Bagi mereka yang menyangka itu adalah barisan kod komputer dengan maksud yang tersembunyi, anda sebenarnya telah tertipu.\n\nIndividu yang bertanggungjawab ke atas visual ikonik tersebut adalah Simon Whiteley, beliau adalah designer untuk filem The Matrix. Dalam satu temuramah dengan CNet pada Khamis lalu, Whiteley berkongsi rahsia ; kod misteri dalam filem The Matrix adalah resepi sushi milik isterinya.\n\n\u00a0\n\u201cSaya mahu semua orang tahu bahawa kod-kod hijau dalam The Matrix sebenarnya cuma resepi sushi dalam bahasa Jepun,\u201d kata Whiteley, yang turut bekerjasama di dalam filem Babe (1995) dan The Lego Movie (2014). \u201cTanpa kod-kod tersebut, The Matrix mungkin tidak pernah ada.\u201d\nMaksudnya, kod rahsia di pembukaan filem The Matrix yang selama ini disangka mempunyai makna tersembunyi sebenarnya hanyalah halaman dari buku resepi sushi.\nSumber: Wired\n"} {"url": "https://myresipi.com/ikut-tips-ni-supaya-daun-lemuni-anda-tahan-lama/", "title": "Ikut Tips Ni Supaya Daun Lemuni Anda Tahan Lama", "body": "\nSiapa-siapa yang 07,02 dan 09 mesti kenal daun lemuni ni kan. Daun ni banyak betul khasiat dia dan boleh mengekalkan awek muda lagi.\nSelain itu, daun ni jugak boleh digunakan untuk buat menu nasi lemuni. Orang-orang utagha mesti tahu punya la.\nMesti tiap kali hampa balik kampung dapat bekal daun lemuni ni dari rumah kan. Kalau boleh nak bawa banyak balik rumah tapi tu lah macam mana nak simpan daun ni biar kekal segar seperti baru dipetik. Meh min ajar tips nak simpan daun ni menggunakan kaedah dehydration.\n\nTips Untuk Pastikan Daun Lemuni Tahan Lama Menggunakan Dehydrator.\nMula-mula lurut semua daun dan cuci sehingga bersih.\n\nKemudian masukkan ke dalam dehydrator dan keringkan pada suhu 70\u00b0C selama lebih kurang 16 jam.\n\nBagi sesiapa yang tidak mempunyai dehydrator, boleh guna cara jemur di luar rumah bawah cahaya matahari.\nSelepas itu, daun yang sudah kering akan kelihatan seakan rapuh dan boleh dipatah-patahkan.\n\nSeterusnya, masukkan ke dalam blender dan blend sehingga halus seperti serbuk.\n\nMasukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk supaya dapat disimpan dalam masa yang lama.\nBila nak menggunakannya, larutkan beberapa sudu serbuk itu dengan air.\nBiar seketika dan kemudian tapis larutan tersebut lalu masukkan ke dalam campuran beras untuk menghasilkan menu nasi lemuni.\nMoga tips ini bermanfaat dan selamat mencuba.\nKredit: Liza Sharif\nBaca juga:\nMinyak Tertumpah Jangan Terus Mop! Ikut Cara Ni, Kesan Minyak Hilang Macam \u2018Magic\u2019\n5 Sebab Makanan Cepat Rosak, No. 3 Itu Selalu Orang Kita Buat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/imbau-kenangan-lama-jom-buat-biskut-bangkit-kelapa-confirm-mak-mak-suka/", "title": "Imbau Kenangan Lama, Jom Buat Biskut Bangkit Kelapa, Confirm Mak Mak Suka!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-09 05:10:42\n\n\nSebut sahaja tentang Biskut Bangkit Kelapa, pasti nostalgia di kampung mula terlintas di fikiran. Kuih tradisional ini cukup popular dan menjadi kegemaran ramai sehingga kini. Apa kata kali ini korang cuba sendiri resipi biskut bangkit kelapa yang dikongsi oleh\u00a0Shanasz Aisy menerusi Facebook. Nampak macam sedap dan mudah!\n\nKredit: Shanasz Aisy\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 \u00bd cawan tepung ubi\n1 \u00bd cawan tepung gandum cap ros\n1 biji telur\n1 buku mentega atau boleh ganti marjerin 250g\n1 cawan gula\n1 penutup esen vanilla\n2 cawan kelapa parut di sangai tanpa minyak\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMasukkan mentega, gula, esen vanilla dan telur ke dalam bekas. Kemudian, pukul sehingga kembang dan sebati. Sambil memukul adunan, masukkan tepung sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.\n \nKredit: Shanasz Aisy\n\u00a0\nKemudian, masukkan kelapa, gaul rata uli sampai tak melekat di tangan. Selepas itu, masukkannya ke dalam acuan biskut sperti dalam gambar atau terpulang mengikut citarasa masing-masing.\n \nKredit: Shanasz Aisy\n\u00a0\nTerap bakar selama 20 minit atau keperangan. Pastikan anda memanaskan dahulu ketuhar dengan suhu 160 darjah celcius.\n\u00a0\nApabila sudah cukup masak, biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, masukkan dalam bekas kedap udara.\n \nKredit: Shanasz Aisy\n\n\u00a0\nSiap! Kini anda boleh menikmatinya di rumah sambil menonton rancangan kesukaan bersama keluarga. Selamat mencuba!\n\nKredit: Shanasz Aisy\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/impak-terlalu-banyak-minum-air-soda/", "title": "Impak Terlalu Banyak Minum Air Soda", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-10-03 08:21:43\n\n\nSiapa je tak suka minum air soda?\u00a0 Kalau pergi kafe atau kedai makan, air soda mesti menjadi pilihan sesetengah orang. Rasa manis dengan perisa citarasa masing-masing menjadi ketagihan orang ramai. Sekali-sekala ok je nak minum air soda, tapi kalau kerap sangat, tahu tak boleh datangkan pelbagai masalah kesihatan? Antaranya\u2026\n1. Masalah Gigi\nPhoto Credit: haughtondentist.com\nKandungan gula dalam air soda yang sangat banyak boleh menyebabkan gigi berlubang atau erosi. Lebihan gula dan kekurangan kalsium dan vitamin akan menyebabkan gigi busuk di dalam dan luar.\u00a0\n2. Obesiti\nPhoto Credit: verywellfamily.com\nKalau terlalu banyak minum air soda tanpa minum air masak atau bersenam, boleh mengundang penyakit obesiti. Bila dah sampai tahap ini, agak susah nak kembali fit sebab berat badan tu akan menyebabkan korang malas nak bergerak, termasuklah bersenam. Janganlah korang sampai tahap ini. Nanti korang susah.\n3. Masalah Kulit\nPhoto Credit: corefitinc.com\nKorang tahu tak kalau minum air soda hari-hari, effect dia kat kulit sama macam merokok. Mengambil air soda secara banyak menyebabkan inflamasi pada kulit kita. Ini seterusnya akan menyebabkan kulit kita menjadi kulit. So kalau korang kejar clear skin, avoid terus air soda!\n4. Kekurangan Vitamin\nPhoto Credit: health.harvard.edu\nAir soda mempunyai elemen yang mencuci nutrisi dan vitamin dari tubuh korang 60 minit selepas korang minum. Bayang kalau korang minum air soda setiap hari. Badan korang akan hilang benteng pertahanan yang menjaga korang dari kecederaan dan penyakit.\n5. Masalah Jantung Dan Darah\nPhoto Credit: hindustantimes.com\nAir soda meningkatkan kadar kolesterol dalam badan dan seterusnya akan meningkatkan kadar penyakit jantung. Dengan satu tin air soda, korang dah mempunyai risiko hidap penyakit darah tinggi.\nSo jaga-jaga lah. Bukan nak kata tak boleh minum langsung tapi harus berpada-pada. Kita cuma nak avoid ada penyakit. Semoga korang semua sihat selalu!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ingatkan-aiskrim-rupanya-apam-ini-cara-mudah-buat-apam-cornetto-menarik-menyelerakan/", "title": "Ingatkan Aiskrim, Rupanya Apam! Ini Cara Mudah Buat Apam Cornetto Menarik & Menyelerakan", "body": "\nNama apam ini diberi nama apam cornetto\u00a0adalah disebabkan bentuk apam yang menyerupai aiskrim cornetto.\u00a0Apam ini berwarna-warni, kalau tengok dari bentuknya orang mesti tidak percaya itu adalah apam kerana ia sangat cantik dan menarik perhatian.\nApa yang menarik tentang apam cornetto ini adalah bahagian atas apam tersebut disaluti coklat dan berbentuk kon. Jom cuba resepi apam cornetto yang gebu ini, mesti anak suka.\nBahan-bahan\n\n3 cawan tepung gandum diayak\n4 biji telur\n1 cawan gula kastor\n200 ml air aiskrim soda\n1sudu makan ovalet\n1 sudu teh esen rose\nPewarna\nCoklat masakan\nKekacang / coklat cip\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nPukul telur, ovalet dan gula sehingga putih kembang, gebu dan ringan. Anggaran dalam 5-7 minit.\nMasukkan air aiskrim soda separuh dahulu. Putar high speed, masukkan separuh tepung gandum, aiskrim soda dan hbiskan tepung. Putar skejap, berhenti dan masukkan esen rose. Putar sekejap dan berhenti\nBahagikan adunan kepada 3 bahagian di dalam mangkuk yang\u00a0 berasingan. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. Gaul sehingga adunan, pewarna dan perasa digaul sebati.\nSusun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang, pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a05. Adunan tersebut tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli.\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Untuk lebih mudah masukkan adunan di dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.\n\u00a0 \u00a0 6. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.\n\n\u00a0 \u00a0 7. Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak. Selepas masak, sejukkan apam seketika.\n\n\n\n\n\u00a0 \u00a0 8.Cairkan coklat, tuang di atas apam tadi. Tabur kekacang atau coklat cip.\n\n\n\n\u00a0 \u00a0 9. Masuk ke dalam peti ais untuk beku kan coklat. Apam ini sedap di makan sejuk-sejuk semasam baru keluar\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0daripada peti ais.\n\n\u00a0\n\nSumber: Nora Syikin Azmi\n"} {"url": "https://myresipi.com/ingatkan-taugeh-loya-tekak-terjumpa-ulat-berenang-dalam-kuah-laksa/", "title": "\u201cIngatkan Taugeh\u201d \u2013 Loya Tekak Terjumpa Ulat \u2018Berenang\u2019 Dalam Kuah Laksa", "body": "\nPernah tak korang terjumpa ulat dalam makanan korang? Euww~\nWalaupun bukan selalu, min pasti pernah sekali seumur hidup ni korang akan berdepan situasi yang mana korang terjumpa bendasing dalam makanan macam contoh dawai kokot, rambut dan lain-lain.\nBegitulah kisah yang \u2018kurang enak\u2019 berlaku kepada seorang wanita yang menemukan seekor ulat hidup dalam kuah laksa yang dibeli dari sebuah \u2018outlet\u2019 laksa yang terkenal di Kajang, Selangor.\nBaca juga: Bisnes Pernah Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Bangun Semula\nMenerusi perkongsian pengadu di TikTok, dia yang dikenali sebagai Lya Dhanea tersebut sedang menikmati makanan kegemarannya itu sebelum mendapati haiwan tersebut \u2018berenang\u2019 dalam kuah laksa berkenaan.\n\n\n @lyadhanea\nDulu D\u2019laksa ni quality tiptop, now hancurrr \u274e used to be my fav but no more..tu taugeh ke apoo?\n \u266c Kecewa Dalam Setia \u2013 Vita Alvia \n\n \nTanpa berfikir panjang, dia yang loya dengan kejadian tersebut terus membuang laksa itu serta satu lagi hidangan lain yang turut dibeli dari kedai yang sama.\nMenurut Dhanea, dia turut membuat aduan kepada pihak berkenaan mengenai kejadian tersebut namun tidak menerima sebarang respon daripada kedai makan yang popular dengan hidangan laksa tersebut.\n\n\n\nTambahnya lagi, tujuan beliau membuat aduan adalah bagi mendapatkan penjelasan lanjut selain meminta pihak pengurusan melakukan siasatan keatas kedai yang dimaksudkan selain ingin mereka meningkatkan kualiti serta kebersihan.\nSelain itu, menurut pengadu, dia berkongsi video berkenaan untuk tujuan kesedaran kepada orang ramai kerana ianya melibatkan kesihatan dan makanan.\nDalam masa yang sama, ada juga beberapa individu yang lain di ruangan komen turut berkongsi pengalaman yang sama dan kurang baik berkenaan kedai yang sama.\n\nSumber: Mstar, TikTok @lyadhanea\n"} {"url": "https://myresipi.com/ingin-kekal-sihat-amalkan-memakan-timun-untuk-kekuatan-tubuh-badan/", "title": "Ingin Kekal Sihat? Amalkan Memakan Timun Untuk Kekuatan Tubuh Badan", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-28 02:38:28\n\n\nTimun biasanya boleh dimakan mentah-mentah atau dijadikan sebagai ulam untuk menyeimbangkan makanan. Rasanya yang segar ketika dimakan sememangnya boleh menaikkan lagi selera makan kita. Tahukah anda? Sebenarnya, timun mempunyai banyak lagi kelebihan selain daripada menjadi makanan yang melengkapi sesuatu hidangan. Antaranya adalah dengan memberi kesan baik dari segi kesihatan tubuh badan kita. Oleh itu, ikuti perkongsian daripada Julie Roshana\u00a0tentang kebaikan timun ini.\n\nKredit: Donna\nKHASIAT SAYUR TIMUN\n\u00a0\n\nMerendahkan Gula Dalam Darah\n \nKredit: Baituljannah\n Timun secara alaminya sangat membantu mencegah penyakit diabetes atau kencing manis. Ianya juga sekaligus dapat membolehkan para pesakit diabetes mengawal kadar gula mereka. Timun mengandungi cucurbitacin mampu menyekat glukos dalam darah dari naik terlalu tinggi dengan bertindak mengawal pelepasan insulin. Tambahan lagi, timun juga mengandungi yang dan metabolism glikogen hepatik, iaitu sejenis dalam pemprosesan gula dalam darah.\n\n\u00a0\n\nMenurunkan Berat Badan\n \nKredit: Profhariz.com\n\u00a0\nBerita baik buat sesiapa yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, timun adalah solusi yang baik anda perlu pilih. Ini kerana timun mengandungi kuantiti air yang banyak dan juga kalori yang rendah. Kedua-dua ini sangat penting bagi merek yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Amalkan memakan timun beserta kulitnya kerana ia mengandungi serat yang boleh mengenyangkan parut. Ambil sekurang-kurangnya 30 gram serat setiap hari dan lama kelamaan anda sudah boleh menggantikan nasi kepada timun ini.\n\u00a0\nMengekalkan Hidrasi\n \nKredit: lonox\n Timun mengandungi air yang tinggi iaitu sebanyak 90 peratus. Ini dapat memanfaat kita sebaik mungkin jika kita sering memakan timun kerana khasiat timun akan membantu tubuh badan kita kekal terhidrat. Bagi yang kurang tahu, hidrasi ini sangat penting untuk tubuh badan manusia. Ianya dapat membantu pergerakan usus lebih baik dan mencegah sembelit daripada berlaku kepada seseorang. Selain itu, dengan mendapatkan hidrasi yang cukup, seseorang dapat mengelakkan diri dari terkena batu karang.\n\u00a0\nMengurangkan Risiko Kanser\n \nKredit: Message Magazine\n Selain menajdi pelengkap hidangan makanan, timun juga dikatakan mempunyai khasiat yang mampu mengurangkan risiko kanser kepada seseorang. Terdapat tiga elemen yang terkandung dalam sayur timun ini iaitu secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga elemen ini sangat membantu dalam mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti ovari, kanser payudara dan kanser prostat. Tambahan lagi, timun juga mengandungi antioksidan yang berfungsi menghalang oksidasi daripada menghasilkan radikal bebas. Jika radikal bebas terkumpul di dalam badan risiko untuk terkena penyakit kronik akan meningkat. Jadi, dengan adanya antioksidan, ia dapat menjauhkan seseorang daripada \u00a0risiko kanser.\n\u00a0\n\u00a0Mengatasi Sakit Migrain\n \nKredit: Keluarga\n Bagi yang sering mengalami pening kepala yang teruk atau migrain, anda boleh mula mengamalkan pemakanan timun ini kerana ianya sangat membantu. Timun menganduni vitamin B, gula dan ektrolit yang bertindak menambahkan\u00a0 nutrisi dalam badan kita sekaligus mengurangkan rasa sakit kepala mahupun mabuk. Dengan mengamalkan pemakanan timun, migrain mungkin akan lebih terkawal dan anda boleh menjalani aktiviti harian dengan selesa. Caranya adalah dengan membiasakan memakan hirisan timun sebelum tidur supaya dapat mengelakkan pening kepala di pagi hari.\n\n\u00a0\nKonklusinya, timun sememangnya sangat berguna dari bermacam-macam aspek. Banyak lagi manfaat sayur timun yang kita tidak ketahui. Oleh itu, jom sama-sama menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan timun sebagai makanan kesihatan kita! Semoga bermanfaat untuk semua!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ingin-tahu-kualiti-telur-ayam-dalam-simpanan-korang-masih-elok-ataupun-tidak-jom-ikuti-tips-ini/", "title": "Ingin Tahu Kualiti Telur Ayam Dalam Simpanan Korang Masih Elok Ataupun Tidak? Jom Ikuti Tips Ini", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nPernah tak korang membeli sepapan telur, tetapi terlupa untuk menggunakannya? Bukan itu sahaja, kadangkala kita tak mampu nak habiskan kesemua 30 biji telur tu dalam tempoh yang singkat. Tapi bila tiba masa untuk digunakan, mulalah rasa was-was sama ada ianya masih elok atau tidak. Jangan risau. Hari ini kami ingin kongsikan tips bagaimana untuk memastikan telur di dalam simpanan masih selamat untuk dimakan atau sudah tiba masanya untuk korang membuang telur berkenaan. Kaedah yang mudah dan selalu diguna pakai adalah dengan menenggelamkan telur di dalam sebuah bekas yang mengandungi air. Ini merupakan cara paling mudah untuk mengetahui kualiti telur. Jom kita ikuti perkongsian daripada Aneka Resepi Pilihan di kumpulan Masak Cincai Cincai Je di Facebook.\n\nKredit: Aneka Resepi PilihanRendamkan telur ke dalam air seperti dalam gambar di dalam gambar.\n\nTelur terbaring di dasar bekas bererti telur itu berat dan masih baru.\n\nTelur sedikit miring di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.\n\nTelur berdiri di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.\n\nTelur terapung bereti telur sudah lama dan berkemungkinan busuk.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/inginkan-hidangan-minum-petang-yang-istimewa-jom-cuba-resepi-enoki-poket-crispy-memang-padu/", "title": "Inginkan Hidangan Minum Petang Yang Istimewa? Jom Cuba Resepi Enoki Poket Crispy, Memang Padu!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-14 07:19:35\n\n\nMemang tak dapat dinafikan, para ibu di luar sana pasti dah buntu nak sediakan hidangan minum petang untuk seisi keluarga kan? Yelah, kalau asyik sediakan menu yang sama je kadang-kadang bosan juga.\u00a0Untuk sedikit kelainan, apa kata korang cuba resepi\u00a0Enoki Poket Crispy yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook. Confirm anak-anak suka!\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 paket cendawan enoki\n6 keping kulit popia\n1 cawan tepung bestari spicy\n3 sudu makan tepung gandum bancuh dengan air sebagai gam\n1/3 cawan tepung bestari bancuh dengan air\n\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Potong bahagian pangkal akar cendawan, pisahkan cendawan yang bergumpal, basuh bersih dan ketepikan.\n2. Kulit popia potong 4 bahagian.\n3. Ambil 1 bahagian kulit popia, letak sedikit enoki, lipat seperti poket, guna tepung gam untuk lekatkan kulit popia, buat sampai habis.\n4. Ambil 1 poket enoki, celup pada bancuhan tepung bestari, kemudian golekkan pula ke dalam tepung bestari, buat sampai habis.\n5. Panaskan minyak yang banyak, goreng hingga garing guna api perlahan.\n6. Sedia dihidang bersama dengan cili sos ikut citarasa.\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-19-khasiat-bunga-telang-yang-ramai-tak-tahu-elok-untuk-kecantikan-kesihatan/", "title": "Ini 19 Khasiat Bunga Telang Yang Ramai Tak Tahu, Elok Untuk Kecantikan & Kesihatan", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nBunga telang memang sudah dikenali ramai di dalam penyediaan makanan dan kuih-muih. Ianya lebih popular di Pantai Timur. Kaum Cina juga banyak menggunakan bunga telang dalam makanan terutamanya dalam penyediaan manisan dan kuih-muih.\nSelain digunakan untuk makanan, bunga telang ni juga banyak khasiatnya yang ramai antara kita tidak tahu. Jadi mari kita kenali khasiat bunga telang yang dikongsikan oleh Marshita Hj Md Zukhi di Facebook.\n\nKredit: Marshita Hj Md Zukhi\n Penjagaan dalaman wanita.\n\nResepi teh bunga telang :-\nBahan-Bahan:\n\nSegenggam Bunga Telang\nSegelas Air Panas\nGula secukup rasa\n1/2 biji limau nipis\n\nCara Membuat:\n\nMasukkan segenggam bunga telang didalam gelas.\nKemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit.\nSetelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut.\nAkhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.\n\n\n Mengecutkan jerawat\n\nAmbil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.\n\n Melebat dan menghitamkan rambut\n\nKacang telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.\n\n Sebagai detox\n\nTeh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.\n\n Mengurangkan sakit kepala\n\nSelain melebat dan menhitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.\n6.\u00a0 Mencuci Darah\nDarah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan Air bunga telang sangat baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.\n\n Mengatasi cirit-birit\n\nAir rebusan bunga telang boleh merawat cirit-birit.\n\n Mengatasi sembelit\n\nBiji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila anda sembelit.\n\n Membuka selera makan\n\nJika anda mempunyai masalah kurang selera makan, jadikan bunga telang sebagai ulam untuk makan bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.\n\n Merawat ulser mulut\n\nJika anda mengalami ulser mulut, rendam bunga dan kacang telang\u00a0 air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.\n\n Insomnia\n\nAir rendaman bunga telang juga dikatakan mampu merawat insomnia.\n\n Mengubati bisul\n\nDaun pokok bunga telang yang dihancurkan boleh ditampal pada bisul untuk mengubatinya.\n\n Mengubati sakit mata\n\nBunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih boleh digunakan untuk mencuci mata yang dijangkiti sakit mata atau keradangan. Caranya dengan merendam bunga telang\u00a0 dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata.\n\n Merangsang memori dan kebijaksanaan\n\nDi India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.\n\n Mengurangkan gejala asma\n\nAkar bunga telang yang direbus dan dijadikan sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.\n\n Mengubati batuk\n\nAkar bunga telang dapat ubati batuk.\n\n Mengubati bronkitis\n\nRebus 30-60 gram akar bunga telang dengan 4 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan malam.\n\n Mengubati sakit telinga\n\nJika anda mengalami sakit telinga, bunga telang boleh membantu. Caranya ambil daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang sakit.\n\n Mengatasi stress\n\nKandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress.\n\nKredit: Marshita Hj Md Zukhi\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-5-fakta-menarik-tentang-sepinggan-nasi-kandar-yang-mungkin-korang-tidak-tahu/", "title": "Ini 5 Fakta Menarik Tentang Sepinggan Nasi Kandar Yang Mungkin Korang Tidak Tahu", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nSebut sahaja nasi kandar pasti ramai terbayang keenakan makanan yang cukup popular di Malaysia ini. Mana tidaknya, nasi yang dicampur bersama pelbagai jenis kuah kari kemudian dapat pula ayam goreng yang rangup dan panas fuh memang terangkat. Kebiasaannya ia disajikan dengan pelbagai jenis lauk dan hidangan sampingan. Walaupun nampak kurang sihat tetapi ada fakta menarik tentang nasi kandar yang mungkin anda tidak tahu. Jadi mari kita kenali dengan lebih lanjut tentang fakta nasi kandar yang dikongsikan oleh Penang Kini di Facebook.\n\nKredit: Penang Kini\nNasi kandar lebih bagus daripada nasi putih yang dimasak di rumah sebab nasi kandar tiada kanji. Masa nasi dimasak, kanji dibuang jadi kandungan gula sangat kurang dalam nasi kandar berbanding nasi yang biasa dimasak di rumah.\n\nGulai nasi kandar biasanya ceroi dan kurang berminyak. Malah yang lebih penting, gulai nasi kandar tak guna santan. Kalau gulai yang dimasak di rumah, kebanyakkan kita guna santan dan berminyak. Maka kebaikan gulai nasi kandar ialah kurang kolestrol berbanding gulai yang dimasak di rumah.\n\nKandungan rempah yang lebih di dalam gulai nasi kandar membantu melancarkan darah, antioksidan, membakar lemak dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.\n\nBiasanya sayur paling terkenal dalam nasi kandar adalah bendi. Bendi mampu mengekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mempunyai vitamin C, baik untuk otot dan otak, serta mengurangkan kolestrol dalam badan. Malah ikut petua orang tua-tua, bendi dapat membantu memudahkan proses kelahiran bagi perempuan yang bersalin secara normal.\n\nNasi kandar tidak seperti makanan Thai yang kaya dengan kandungan monosodium glutamat\n(msg atau bahasa mudahnya ajinomoto) atau masakan Melayu yang kaya dengan santan dan minyak. Jadi nasi kandar tidak memberikan kesan buruk serta memudaratkan tubuh badan kita berbanding masakan Thai atau masakan Melayu\n\nKredit: Penang Kini\n\nKredit: Penang Kini\n\nKredit: Penang Kini\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-5-petua-dapur-yang-mungkin-anda-tidak-tahu/", "title": "Ini 5 Petua Dapur Yang Mungkin Anda Tidak Tahu", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nDalam bidang masakan ada banyak petua atau tips di dapur yang boleh dicuba. Petua ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan agar anda rasa tidak berasa susah, cepat siap serta mengelakkan dari pembaziran. Jadi mari kita cuba petua yang dikongsikan oleh Arie Lazim di Facebook.\u00a0\nSenduk Kayu Elak Santan Pecah Minyak\nBagi anda yang suka menggunakan santan dalam masakan pasti pernah mengalami pengalaman dimana santan yang anda masak pecah minyak dah berketul di permukaan masakan anda. Ini sekaligus memberikan kesan kepada masakan yang akan kelihatan tidak menarik. Percaya atau tidak, dengan meletakkan senduk kayu di dalam periuk dalam keadaan api yang perlahan, ini dapat mengelakkan daripada santan anda pecah minyak.\n\nKredit: ShopeeNasi Mengekalkan Kelembutan Cekodok\n\nRamai yang tidak tahu bahawa dengan meletakkan segengam nasi didalam bancuhan tepung dapat membantu melembutkan cekodok anda. Caranya mudah! Ambil segenggam nasi yang sudah dimasak, kisarkan nasi tersebut dengan sedikit air dan campurkan dengan tepung bancuhan cekodok anda dan goreng seperti biasa. Ini dapat mengelakkan cekodok anda menjadi liat dan dapat mengekalkan kelembutan cekodok walaupun sudah lama digoreng.\n\nKredit: Maskulin.comGula Mengekalkan Warna Hijau Sayur\n\nSayur yang dimasak terlalu lama akan menjadi layu dan akan berubah warna seakan gelap. Ini akan menjejaskan rupa persembahan masakan sayur anda sekiranya anda ingin menyajikan kepada orang luar atau anda di dalam pertandingan memasak. Jadi untuk mengekalkan warna hijau sayur, laman rasa mencadangkan anda memasukkan sedikit gula di dalam setiap masakan hijau seperti sawi, bayam, kailan dan sebagainya.\n\nKredit: Portal MyHealthAsam Gelugor Elak Gatal Batang Sayur Keladi\n\nBatang sayur keladi mempunyai peminatnya sendiri. Ada yang mencampurkannya bersama ikan untuk dijadikan asam pedas, ada yang memasak asam sayur keladi dan ada yang menjadikan batang sayur keladi sebahagian daripada masakan dalam masakan gulai udang mereka. Yang pasti sayur keladi tidaklah asing lagi dalam kalangan kita.\nSekiranya batang sayur keladi ini tidak diproses dengan sebetulnya, ia akan menyebabkan kegatalan lidah pada si pemakan. Untuk mengelak daripada lidah menjadi gatal, masukkan batang keladi yang dicuci bersih kedalam air panas yang berisi beberapa keping asam gelugor dan toskan airnya setelah beberapa minit.\n\nKredit: Health Benefits TimesCuka Membantu Mengempukkan Daging\n\nAntara perkara yang dirisaukan tukang masak adalah memasak daging sehingga empuk. Bukan sahaja mengambil masa yang lama, kadangkala daging yang direbus ini akan menjadi lebih liat sehingga sukar untuk dimakan.\nJadi untuk memudahkan daging menjadi empuk dalam masa singkat, halaman rasa mencadangkan menggunakan cuka masakan yang dimasukkan sedikit kedalam periuk yang merebus daging. Ini membolehkan daging yang direbus menjadi empuk dalam masa yang singkat.\n\nKredit: Daily Groceries and Meals\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-baru-roti-canai-banjir-pelanggan-tetap-tenang-beli-roti-canai-dalam-keadaan-banjir/", "title": "\u201cIni Baru Roti Canai Banjir\u201d- Pelanggan Tetap Tenang Beli Roti Canai Dalam Keadaan Banjir", "body": "\nRoti canai banjir sangat signifikan dengan rakyat Malaysia. Ia sering dijadikan menu sarapan pagi bahkan ada juga yang suka lepak di kedai yang menjual roti itu.\nMusim tengkujuh yang telah melanda negeri Pantai Timur tidak menghalang seorang peniaga ini untuk meneruskan perniagaan beliau.\nApa Yang Berlaku Kepada Kedai Roti Canai Itu?\nMenerusi video yang dikongsi oleh Nurlyanaaaaa di laman tiktok beliau, walaupun air sudah mencapai paras lutut pelanggan kedai itu tetap berkunjung untuk membeli sarapan mereka.\nKelihatan juga sekumpulan pelanggan yang hanya berlepak seperti tiada bencana banjir yang berlaku di sana. Pemilik kedai juga kelihatan gembira menyediakan pesanan yang banyak itu.\nWarganet juga mengagumi peniaga itu kerana tetap mencari rezeki dalam keadaan begitu.\n\u201cDefinisi sebenar roti canai banjir\u201d\n\n\u201cRezeki kena cari juga walaupun banjir atau tidak\u201d\n\nBaca juga:\nResipi Roti Canai Kegemaran Anak-Anak, Satu Adunan Dapat 18 Keping\nKorang Kena Cuba Nasi Lemak Wrap Roti Canai, Serius Padu!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-cara-mudah-buat-lontong-homemade-tidak-perlu-beli-di-kedai-dah/", "title": "Ini Cara Mudah Buat Lontong Homemade, Tidak Perlu Beli Di Kedai Dah!", "body": "Kalau nak lebih sedap, lontong perlu dimasak di dalam daun pisang, barulah ada aroma yang wangi. Paling sedap apabila makan bersama kuah lodeh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rosnita Mat Ali di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nLONTONG HOMEMADEKalau nak lebih sedap, lontong perlu dimasak di dalam daun pisang, barulah ada aroma yang wangi. Paling sedap apabila makan bersama kuah lodeh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rosnita Mat Ali di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nDaun pisang\n\nBeras\n\nAir\n\nKredit: Rosnita Mat AliCARA PENYEDIAAN\nLayur daun pisang.\n\nGulung dan cucuk lidi pada hujungya.\n\nMasukkan beras yang telah direndam selama satu jam. Masuk separuh kelonsong.\n\nSemat lidi untuk tutup bahagian atas. Cara cucuk atas dan bawah sama sahaja.\n\nMasukkan dan tindan di dalam periuk Noxxa.\n\nMasuk air sehingga tenggelam, dan masak dalam mod high pressure selama 60 minit.\n\n\nSelepas sudah masak sejukkan hingga betul-betul sejuk baru potong. Hidangkan bersama kuah lodeh dan sambal.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-cara-nak-ayam-rangup-tanpa-minyak-guna-air-fryer-memang-menjadi/", "title": "Ini Cara Nak Ayam Rangup Tanpa Minyak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!", "body": "\nBagi yang ada air fryer di rumah, apa kata cuba teknik rahsia seperti perkongsian dari Tsu Feh Sufiah ini. Walaupun tak guna setitik minyak masak, ayam tetap rangup dan sedap!\nCara Buat Ayam Rangup Guna Air Fryer\nAyam goreng tak guna minyak tetap garing. Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Akhirnya, misi berjaya! Ayam goreng sedap dan rangup.\nTengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Korang try la buat. Serius, tak payah masuk setitik minyak pun.\n\n\nCaranya senang sahaja:\n1. Basuh bersih ayam.\n2. Lumurkan ayam dengan:\n\nbawang putih (tumbuk lumat)\nsedikit halia (tumbuk lumat)\nsedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)\nsedikit kunyit serbuk\ngaram\n\n3. Gaul sebati dan masukkan dalam bakul air fryer.\n\nsuhu 180 darjah\nmasa 15 mini\u00a0\n\nSaya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.\n5. Siap dan boleh dihidangkan.\n\n\nLebih jimat masa dan juga minyak masak. Sekali sekala cuba cara ni apa salahnya. Rasanya tetap sama seperti goreng menggunakan minyak masak.\nArtikel berkaitan: Kentang Bakar Berempah Crunchy Guna Air Fryer, Sesuai Buat Snacks Sihat\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-cara-simpan-bunga-kantan-supaya-tahan-lama/", "title": "Ini Cara Simpan Bunga Kantan Supaya Tahan Lama, 3 Bulan Pun Masih \u2018Fresh\u2019!", "body": "\nBunga kantan susah nak jumpa. Kalau ada pun, harganya mahal dan tak boleh beli sikit sebab sudah dibungkus dengan kuantiti yang ditetapkan. Nak tak nak, memang kena tahu cara simpan bunga kantan supaya tahan lama.\nKalau tidak disimpan dengan betul, bunga kantan akan cepat rosak. Membazir pula kan? Harga punyalah mahal.\nSeorang pengguna Facebook, Pn Qiha Fareesya\u00a0berkongsikan cara simpan bunga kantan supaya tahan lama sehingga 3 bulan ke atas! Ikut cara ni baru tak membazir.\nCara Simpan Daun Kantan Supaya Tahan Lama\nCara-caranya:\n1. Kalau bunga kantan bersaiz besar, belah 4. Kalau kecil, belah 2. Kira muat masuk dalam plastik aiskrim tu dalam keadaan bersilang untuk jimatkan plastik,\n2. Isi air dalam plastik yang sudah diisi bunga kantan tadi. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu.\n3. Simpul dengan kemas.\n4. Bekukan macam nak buat aiskrim tu. Bau dan rasa tetap segar macam baru beli.\n\nDah 3 bulan, bunga kantan masih cantik\n\nKredit: Pn Qiha Fareesya\nBaca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-cara-simpan-cili-padi-supaya-tahan-lama-tidak-mudah-rosak/", "title": "Ini Cara Simpan Cili Padi Supaya Tahan Lama & Tidak Mudah Rosak", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nCili padi adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Disebabkan itu, ramai yang suka membeli cili dalam kuantiti yang banyak. Tetapi nak buat macam mana, beli banyak pun akan guna sikit je disebabkan cili cepat rosak, berkulat dan busuk\u00a0walaupun di letak di dalam peti sejuk. Namun ada petua berguna yang ramai boleh cuba. Jadi mari kita cuba petua yang dikongsikan oleh Anissa Ismail di Facebook.\n\nKredit: Anissa Ismail\nBuang tangkai dari badan cili.\n\nBersihkan cili padi dengan air bersih dan tapis.\n\nMasukkan dalam satu bekas dan alas dengan tisu.\n\nLetak seulas bawang putih yang dah siap di kupas.\n\nSimpan di dalam bekas bertutup dan masuk dalam peti.\nBoleh tahan sampai sebulan dan lebih malah siap cantik dan tak rosak pun\nKredit: Anissa Ismail\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-rahsia-buat-laksa-sarawak-yang-sedap/", "title": "Ini Rahsia Buat Laksa Sarawak Yang Sedap, Semerbak Bau Satu Rumah!", "body": "\nLaksa Penang, Laksa Utara mahupun Laksa Johor sudah biasa dimakan bukan? Kali ini jom cuba kelainan pula dengan membuat Laksa Sarawak yang sedap ini di rumah.\nKebiasaannya, kuah laksa menggunakan ikan sebagai bahan utama, laksa beras dan spaghetti. Tapi apa yang istimewanya Laksa Sarawak ini adalah menggunakan isi ayam dan mee hoon.\nNak cuba buat sendiri Laksa Sarawak di rumah? Ikut sahaja resipi dan cara penyediaannya yang telah dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin di bawah. Aromanya juga semerbak bau satu rumah!\nResipi Laksa Sarawak Yang Sedap\nBerikut adalah perkongsian oleh Uwan Nolly Epin:\nSelepas hujan, cuaca sejuk2 gitcheww. Makan pulak Laksa Sarawak panas2. Memang marvellous.\nMakan petang hari nih. Kenyang sampai ke malam lah nampaknya. 1 rumah semerbak bau rumah.\nBahan-bahan untuk membuat sup laksa Sarawak:\n\n2 belah dada ayam/isi ayam\n200 gram udang\n2 liter air\n300 ml santan\n2 batang serai\n1 kiub ayam\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara untuk membuat kuah laksa Sarawak:\n\nBasuh dada ayam sehingga bersih. Kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut.\nSetelah masak, keluarkan dan toskan dada ayam (dah sejuk boleh la dicarik-carik)\nDengan menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang ke dalam rebusan ayam tadi.\nRebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskn udang.\nDengan menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan pula serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak.\nMasukkan pes rempah laksa Sarawak dan kiub ayam. Masak atas api sederhana sehingga mendidih.\nSetelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.\nReneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.\nKemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untuk Sarawak laksa adalah sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain.\n\n\nBahan-bahan untuk mee:\n\n1 pek vermicelli\nAir secukupnya\n\nCara-cara merebus mee:\n\nPanaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.\nJika ia mendidih, masukkan mi vermicelli dan rebus sehingga sedikit lembut.\nVermicelli biasanya cepat lembut dalam air panas.\u00a0Jadi jangan rebus terlalu lama. Jika mi terlalu direbus, vermicelli boleh musnah dan hancur.\n\nBagaimana untuk membuat sambal belacan:\n\n\nsediakan Cili padi, cili merah dan belacan.\n\n\n\nKisar bersama-sama sehingga lumat\n\n\nTambah garam dan sedikit gula secukup rasa\n\n\nTambah jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga sebati.\n\n\n\nBahan-bahan hiasan laksa Sarawak:\n\n\nAyam yg telah direbus air tadi disiat2\n\n\n\nUdang\n\n\nTelur dadar dipotong nipis\n\n\n\nTaugeh dicelur\n\n\n\nDaun ketumbar\n\n\n\nLimau\n\n\n\nSambal belacan\n\n\n\nCara menyediakan Laksa Sarawak:\n\nMasukkn meehoon dalam mangkuk.\nHiaskan dengan ayam yang dicarik-carik tadi.\nSusun udang.\nMasukkan taugeh dan daun ketumbar.\nMakan bersama sambal belacan dan perasan asam limau.\n\nSedia untuk dihidang.\n\nKredit: Uwan Nolly Epin\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-rahsia-buat-sambal-belacan-kedai-siam-sebijik-sama/", "title": "5 Minit Dah Siap! Ini Rahsia Buat Sambal Belacan Kedai Siam Yang \u2018Sebijik Sama\u2019", "body": "\nSetiap kali makan kat kedai Thai, pasti ada set lengkap dengan sambal belacan dan sup kosong. Makan tomyam dengan telur dadar pun memang wajib ada sambal belacan kedai siam ni.\nCikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan resipinya yang anda boleh cuba di rumah. Kalau rajin, boleh buat banyak-banyak simpan stok dalam peti ais. Jom baca perkongsiaannya di bawah.\nRESIPI SAMBAL BELACAN KEDAI SIAM\n1. Sediakan bahan-bahan di bawah:\n\nSegenggam cili padi merah + hijau\n1/2 biji bawang merah (saiz besar)\n1/4 keping kecil nisse / gula melaka\n1 labu bawang putih jeruk\n2 inci belacan\n\n\n2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan:\n\n2 sudu besar cuka\n2 sudu kecil garam\n1/2 sudu besar gula\nSecubit dua ajinomoto\nSedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat)\n\n* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*\n\n3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.\n\nRahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti di kedai Siam, bawang dan belacan tak bakar macam sebelum ini.\nBetul-betul sedap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Cikgu Afy Al Habibi\nBaca juga: Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu, Sebijik Sama Macam Di Kedai!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-rahsia-nak-buat-sos-pencicah-thai-sedap-guna-resipi-ini/", "title": "Ini Rahsia Nak Buat Sos Pencicah Thai Sedap! Guna Resipi Ini", "body": "\nResipi Sos Pencicah Thai ini sangat viral di media sosial. Dan ramai yang ingin mencuba resipi ini. Dengarnya resipi ini asalnya adalah dari sebelah thailand.\nKalau dah sos thai, pasti ramai penggemarnya. Jom kita lihat perkongsian resipi dari Nur Haslifalina melalui laman facebooknya. Pasti ramai yang tak sabar nak mencubanya kan.\nBaca juga: Resipi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah, Confirm Bertambah Nasi\nSos pencicah Thai ini juga sangat sesuai dibuat bersama daging harimau menangis, kerang rebus atau bakar, lokcheng, dan macam-macam yang untuk hidangan rebus dan bakar.\nRESIPI SOS PENCICAH THAI SEDAP\n\n\nBahan-bahan:\n\nBawang putih: 7-8 ulas\nCili : bergantung tahap kepedasan masing-masing\nAkar pakchi @ketumbar\nLimau nipis 6-7 biji\n2 sudu sos ikan\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Boleh guna chopper, kalau malas nak tumbuk.\n2. Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali.\n3. Perah limau nipis, letak gula, garam sikit je dan perasa.\n4. Daun ketumbar dipotong dan gaulkan sahaja. Kalau tak nak potong dan nak lagi senang korang chopper kan sekali daun ketumbar tu.\nNota: kalau pencicah tu pekat sangat boleh tmbah sedikit air suam.\nSiap untuk dihidang kedua-duanya! Mudah je kan. Nak lagi pedas boleh letak cili padi yang banyak perah pula limau lebih sikit.\nSelamat mencuba!\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-resipi-karipap-pusing-rangup-dia-lain-macam-jom-cuba/", "title": "Ini Resipi Karipap Pusing, Rangup Dia Lain Macam! Jom Cuba!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-18 10:37:15\n\n\nKuih karipap sering menjadi menu wajib untuk juadah waktu petang bersama teh o panas. Kita seringkali dihidangkang dengan karipap biasa, apa kata kali ini, kita tukar sikit bentuk karipap kepada karipap pusing. Pasti menarik! Jom kita ikuti perkongsian resipi ini daripada Mas Cotek menerusi Facebook.\n\nKredit: Mas Cotek\nBahan doh minyak:\n\n2 \u00bd cawan tepung gandum\n\u00bc cawan minyak masak (dipanaskan)\nSecubit garam\nAir secukupnya ( air suhu biasa )\n\u00a0\n\nBahan doh marjerin:\n\n1 \u00bd cawan tepung gandum\n2 sudu makan shortening\n\u00bd cawan marjerin atau lebih\n\n\u00a0\nCara memasak:\n\nUntuk membuat doh minyak, satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.\n \nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nUntuk membuat doh marjerin pula, satukan semua bahan dan sebatikan sehingga ia menjadi doh.\n \nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nKemudian, bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.\n \nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nAmbil satu doh minyak dan leperkan. Selepas itu masukkan doh marjerin di dalamnya seperti dalam gambar.\n \nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nTutupkan doh dengan menarik doh minyak sehingga menutupi doh marjerin tadi. Bulatkan dengan sempurna sehingga menjadi bulatan doh dan rehatkan selama 5 minit.\n \nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nAmbil 1 doh dan canaikan. Selepas itu, sapukan sedikir air di atas permukaan doh. Elakkan meletak terlalu banyak supaya ia tidak lembik. Cukup sekadar calit-calitkan sahaja.\n \nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nGulungkan doh tadi dan letak memanjang seperti dalam gambar.\n \nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nKemudian canai memanjang doh yang digulung tadi\n \nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nGulung doh sekali lagi seperti di bawah ini dan potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.\n \nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nKemudian, ambil seketul dan canaikan doh itu untuk membuat lapisan karipap. Buat langkah-langkah membuat karipap dan gorengkan seperti biasa sehingga rangup.\n\n\nKredit: Mas Cotek\n \nKredit: Mas Cotek\n \nKredit: Mas Cotek\n \nKredit: Mas Cotek\n\nDah siap! Fuhhh, memang rangup! Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-sebab-kenapa-perlu-tapis-tepung-gandum/", "title": "(Video) Ini Sebab Kenapa Perlu Tapis \u2018Tepung Gandum\u2019 Sebelum Guna", "body": "\nUmum mengetahui bahawa banyak kegunaan tepung gandum dalam kehidupan seharian. Jika mahu membuat lempeng, roti, kek dan pelbagai lagi sememangnya perlu menggunakan gandum ini.\nSetiap kali digunakan juga, tepung gandum perlu diayak terlebih dahulu supaya teksturnya lebih lembut, mudah diadun, tidak kental dan hasilnya enak.\nKenapa perlu tapis tepung?\nSelain daripada itu, mengayak tepung juga bertujuan untuk membuang segala kotoran yang mungkin ada di dalam tepung sama ada dilihat secara kasar atau tidak.\nSeorang pengguna laman sosial TikTok, @cerokdapodotcom ada berkongsikan satu kejadian di mana di menemui banyak ulat halus dan kecil selepas menapis tepung.\n\nUlat kecil yang masih lagi bergerak itu dapat dilihat dengan jelas menerusi video yang telah dikongsikan itu.\n\nMenurut pengguna akaun TikTok ini, penemuan tersebut antara sebab kenapa tepung gandum perlu ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan. Biasanya tepung tersebut perlu dibuang saja jika terjumpa ulat seperti ini.\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @cerokdapodotcom\n#cerokdapodotcom #homemadebakers #bakerskajang #masukberanda #fypdongggggggg\n \u266c \u0e2d\u0e22\u0e48\u0e32\u0e07\u0e19\u0e49\u0e2d\u0e22\u0e40\u0e23\u0e32\u0e40\u0e04\u0e22\u0e23\u0e31\u0e01\u0e01\u0e31\u0e19 \u2013 AnAn (\u0e2d\u0e31\u0e19\u0e2d\u0e31\u0e19) \n\n \nSumber: @cerokdapodotcom (TikTok)\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-sebabnya-tak-boleh-bercakap-masa-makan/", "title": "Ini Sebabnya Tak Boleh Bercakap Masa Makan Atau Minum, Doktor Bagi Penerangan Secara Saintifik", "body": "\nKetika kecil kita sering dilarang oleh ibu bapa untuk bercakap ketika makan mahupun minum, apatah lagi ketika mulut dipenuhi dengan makanan.\nMalah, perkara ini turut ada di dalam salah satu adab ketika makan dan minum. Namun, pasti ada sahaja di antara kita yang sering melakukan hal tersebut.\nBukan itu sahaja, adakalanya ada di kalangan rakan mahupun keluarga yang berseloroh ketika sedang makan sehingga membuatkan seseorang itu tersedak akibat menahan ketawa.\nBaca juga: \u2018Lah Baru Tahu!\u2019- Pelajar Ini Kongsi Cara Betul Makan Guna Bekas Makanan\nSesak nafas ketika minum air kerana cuba menahan ketawa\nBaru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan keadaan seorang wanita yang sesak nafas kerana cuba menahan ketawanya selepas meminum air kosong.\nVideo tersebut bagaimanapun, telah membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah yang sudah terjadi kepada individu tersebut.\nDoktor tampil perjelaskan situasi sebenar, air masuk dalam paru-paru\nOleh itu, seorang pengamal perubatan iaitu @drwanshare telah tampil menjelaskan keadaan wanita tersebut dan apakah yang berlaku kepada dirinya.\nMenerusi video tersebut dia menjelaskan air yang diminum oleh wanita itu telah masuk ke dalam paru-parunya dan bukan langsung ke saluran usus atau perut.\nKatanya, hal itu berlaku kerana manusia berkongsi saluran pernafasan dan saluran makanan yang sama pada permulaannya sebelum ia dipisahkan oleh \u2018epiglottis\u2019 iaitu salah satu benda di dalam badan yang akan memisahkan antara makanan dengan udara.\nIni kerana, saluran makanan (esophagus) dan saluran udara (trachea) mempunyai kedudukan yang bersebelahan dan sangat dekat.\n\n\n @drwanshare\nNi padah kalau bercakap sambil minum or makan\u2026#doktortiktok #dr1share #tiktokguru \n \u266c original sound \u2013 DR1 SHARE \u2013 DR1 SHARE \n\n \nEpiglottis berfungsi untuk asingkan makanan\nMaka ketika makanan dimasukkan epiglottis akan berfungsi untuk mengasingkan makanan tersebut dan akan menutup saluran trachea.\nIni kerana epiglottis akan terbuka sewaktu seseorang itu sedang bercakap, dan boleh menyebabkan makanan atau minuman termasuk ke dalam saluran pernafasan dan langsung ke paru-paru.\nJelasnya apa yang terjadi kepada wanita itu adalah disebabkan epiglottis miliknya tidak ditutup dengan baik dan menyebabkan dia terbatuk-batuk sehingga berlaku sesak nafas.\nBernasib baik kerana air yang diminum adalah air kosong\nKatanya, wanita itu bernasib baik kerana air yang diminumnya merupakan air kosong di mana paru-paru sememangnya dijadikan berada dalam keadaan lembab disebabkan air maka ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah.\nIni kerana air tersebut akan diserap semula ke dalam saluran darah.\nBoleh berlaku jangkitan paru-paru jika air tersebut adalah air berperisa\nNamun, situasi ini berbeza sekiranya dia meminum air berperisa di mana ini boleh menyebabkan wanita itu mengalami jangkitan paru-paru yang dikenali sebagai \u2018aspiration pneumonia\u2019.\nMelihat di ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan ilmu yang dikongsikan oleh doktor tersebut. Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi yang sama.\n"} {"url": "https://myresipi.com/ini-tips-masak-pulut-cantik-guna-periuk-elektrik-je/", "title": "Ini Tips Masak Pulut Cantik, Guna Periuk Elektrik Je!", "body": "\nSiapa yang sebelum ini setiap kali masak pulut pasti akan direndam terlebih dahulu? Rupanya ada tips masak pulut cantik tanpa perlu merendamnya.\nYang lagi\u00a0best,\u00a0kalau ikut tips ini anda hanya perlu memasak pulut dengan menggunakan periuk elektrik! Tak perlu susah-susah masak atas dapur. Kalau guna periuk elektrik, tak perlu risau pulut hangus.\nKalau ada yang nak belajar cara masak pulut dengan elok, jom baca perkongsian oleh Kak Long Mil Wawa di bawah. Semoga bermanfaat!\nTips Masak Pulut Cantik Guna Periuk Elektrik\n\nTips untuk kaklong yang baru kawin untuk suami suka makan pulut durian.\nBanyak tengok kawan2 yang baru nak belajar masak tak tau nak masak pulut dengan elok.\nTips dari saya guna rice cooker lagi mudah\n\nJangan rendam pulut nanti bila masak lagi lembik\nCuci beras pulut macam nak masak nasi, lebihkan sedikit air dari paras pulut.\nSaya letak sikit je garam nak bagi lemak-lemak sikit. Tak banyak ya sikit sangat.\nLetak sedikit minyak masak. 2 cawan beras pulut, saya letak 2 sudu besar minyak matahari. Kacau dan terus on suis dan biarkan dia masak.\nLepas tu boleh la sendukkan. Periuk pun tak melekat.\n\n\nTips kalau pulut dah masak tu terlebih air / lembik\nJangan risau. Akak-akak letakkan sekeping roti kosong dan on suis balik.\nAmaran keras! Jangan letak roti coklat ke kismis ke kang jadi pulut coklat pula. Lepas tu tengok keajaiban dia. Pulut tadi jadi normal balik.\n\nKredit: Mil Wawa\n"} {"url": "https://myresipi.com/isi-ayam-asyik-tak-laku-masak-begini-confirm-habis-anak-beranak-makan/", "title": "Isi Ayam Asyik Tak Laku? Masak Begini \u2018Confirm\u2019 Habis Anak Beranak Makan", "body": "\nKebiasaannya kalau beli ayam seekor, bahagian dada atau isi ayam selalu paling tak laku kan? Sudahnya, koleksi ayam dada menjadi semakin banyak dalam peti sejuk beku sebab tak tahu nak masak apa.\nSeorang pengguna laman sosial Facebook berkongsikan resipi mudah dengan menggunakan isi bahagian dada iaitu Ayam Halia. Menurutnya, dijamin akan habis licin satu keluarga makan jika dimasak dengan cara ini.\nBahan-bahan yang digunakan juga tak banyak dan mudah untuk disediakan. Selepas ini, ibu-ibu tak perlu risau kalau isi bahagian dada ini asyik tak laku. Follow\u00a0je resipi perkongsian oleh Puan Fdlah Ila di bawah. Selamat mencuba!\nISI AYAM TAK LAKU, BILA MASAK BEGINI LICIN HABIS ANAK BERANAK MAKAN\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam\nSos tiram\nSerbuk lada hitam\nTepung jagung\nCili kering\nBawang merah\nBawang putih\nHalia\nDaun bawang\n\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan cili, bawang dan halia, tumis sehingga sedikit layu.\n\n2. Masukkan ayam dan kacau rata.\n\n3. Masukkan air dan serbuk lada hitam.\n\n4. Masukkan pula sos tiram.\n\n5. Letakkan air dan biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya. Bila semua dah secukup rasa, masukkan bancuhan air tepung jagung mengikut kepekatan yang diingini.\n\n6. Akhir sekali masukkan daun bawang yang sudah dihiris. Siap untuk dihidang!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Fdlah Ila\n"} {"url": "https://myresipi.com/isi-ayam-banyak-jom-buat-sosej-homemade/", "title": "Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!", "body": "\nAnak-anak suka sangat makan sosej. Sebelum ni asyik beli je kan? Kali ini apa kata jom buat sendiri sosej homemade untuk mereka.\nTak perlu risau dah kalau anak-anak nak makan hari-hari sebab kalau buat sendiri sosej, dijamin lebih sihat dan selamat dari bahan pengawet yang merbahaya.\nLihat cara-cara membuat sosej di bawah. Senang sangat! Buat banyak terus, simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak makan,\u00a0defrost sekejap dan dah boleh goreng. Selamat mencuba!\nCara Buat Sosej Homemade\nBahan-bahan:\n\n400gm isi ayam*\n1/2 bawang besar*\n1 biji cili kering*\n[email\u00a0protected] biji cili api* (Nak pedas lebihkan)\n2 ulas bawang putih*\n1/2 sudu pati [email\u00a0protected]/4 kiub ayam\n2 biji telur gred C\nGaram secukup rasa\n[email\u00a0protected] biji lada hitam (nak pedas boleh lebihkan)\n4 sudu besar tepung ubi\nSawi (terpulang nak letak atau tak)\nCarrot (terpulang nak letak atau tak)\nPlastik ais krim\n\nCara-cara:\n1. Blend isi ayam dan semua bertanda (*).\n\n2. Campur semua bahan\u00b2 dan gaul sebati.\n3. Piping adunan kedalam plastik aiskrim. Ikat kedua2 hujung plastik aiskrim, ketat dan kemaskan.\n\n4. Kukus Selama [email\u00a0protected] minit dengan api sederhana besar. Tapi kalau rasa adunan masih lembik, tambahkan masa mengukus.\n5. Sejukkan sosej, potong hujung plastik dan keluarkan sosej.\n6. Panggang sehingga warna keemasan dengan api. Letak sedikit minyak untuk elakkan sosej melekat.\n\nKredit: Izatul Shiela II\n"} {"url": "https://myresipi.com/isi-durian-hitam-kekuningan/", "title": "Isi Durian Hitam Kekuningan, Peniaga Ini Suka Jika Pelanggan Anggap Durian Rosak", "body": "\nIsi durian lebam yang dianggap rosak itu sebenarnya digelar sebagai Tupai King dan kebanyakan peminatnya terdiri daripada bangsa Cina.\nNamun, antara jenis durian yang selalu mendapat tempat di hati peminat adalah Musang King dan Durian Kampung.\nBila sebut sahaja tentang durian, pasti sudah terbayang isinya yang lazat dan baunya yang menyengat.\nBaca juga: Top 5 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia, Nombor 3 Paling Ramai Peminat!\nKebiasaannya, isi durian berwarna kekuningan atau krim. Namun, lain pula dengan durian yang dijual oleh seorang peniaga di Raub, Pahang.\n\nPeniaga Dakwa Isi Durian Itu \u2018Rare\u2019, Susah Nak Jumpa\nMelalui satu hantaran yang dibuat oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai Rizky Durian, isi durian di dalam gambar yang dimuat naik itu kelihatan berwarna hitam kekuningan.\nMenurutnya, rata-rata pelanggan akan menolak dan menganggap durian itu telah rosak kerana warna isinya tidak seperti buah durian yang biasa.\n\nNamun, dia menolak dakwaan itu, sebaliknya menjelaskan durian itu adalah buah yang unik dan \u2018rare\u2019 kerana sukar didapati.\n\u201cDurian ini barang rare. Susah nak jumpa. Yang tahu sahaja akan menghargai,\u201d tulisnya di Facebook.\nTidak marah dan berkecil hati dengan reaksi kebanyakan pelanggan, dia yakin durian jenis ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana rasa dan teksturnya yang unik.\nMenurutnya lagi, buah durian itu digelar sebagai Tupai King dan kebanyakan peminatnya terdiri daripada bangsa Cina.\nRata-rata warganet menganggap peniaga itu menipu malah ada di antara mereka yang menyatakan isi durian itu kehitaman kerana telah rosak akibat ditanam berhampiran kubur.\nNamun ada juga yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh peniaga berkenaan dan kebanyakan warganet mahu mencuba buah yang unik ini.\n\n\nTupai King atau Tupai 226 mula mendapat tempat di kalangan peminta durian tegar di Pulau Pinang. Bentuknya juga menyamai durian Duri Hitam (D200) namun rasanya dikatakan seperti durian Musang Queen atau Tekka (D160).\nApa yang membuat Tupai King lebih unik kerana pokoknya hanya ada di Pulau Pinang sahaja.\n\nBaca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!\n"} {"url": "https://myresipi.com/isteri-bekal-lauk-dalam-periuk-lelaki-hanya-tersengih-disakat-member/", "title": "\u2018Mak Ai Ikan Siakap\u2019- Isteri Bekal Lauk Dalam Periuk, Lelaki Ini Hanya Tersengih Bila \u2018Disakat\u2019 Member", "body": "\nBagi individu sudah berkahwin, mereka mempunyai kelebihan apabila tiba waktu makan. Berbeza dengan golongan bujang, segelintir suami membawa bekal yang disediakan oleh pasangan.\nBiasanya isteri akan meletakkan lauk bekal kepada suami dalam bekas lunch box.\u00a0Namun lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila isterinya menyediakan bekal dalam \u2018misteri box\u2019.\nMenerusi aplikasi TikTok, @bosshukex atau Mohd Shukrie Rahim memuat naik video yang dirakam salah seorang rakan memaparkan dirinya \u2018dibahan\u2019 kerana bekal yang dibawanya \u2018besar\u2019 lain macam.\nAda apa dalam \u2018misteri box\u2019?\nDifahamkan, pemilik bekal itu sendiri tidak tahu apa isi bekal dalam beg tersebut. Oleh kerana\u00a0tidak dapat menahan rasa ingin tahu isi dalam beg tersebut, rakannya menolong empunya bekal membuka beg tersebut.\nApa yang mengejutkan, bekal yang disediakan oleh isteri pemilik TikTok tersebut bukan biasa-biasa. Sebaik sahaja beg dibuka, kelihatan periuk besar yang berisi lauk ikan siakap.\nMember tolong buka bekal untuk hilangkan segan\nMeneroka ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka dan ada juga yang memuji rakan yang menyakat itu kerana ia boleh mengurangkan rasa segan pemilik bekal.\n\nNetizen juga memuji isterinya kerana rajin membuat bekal untuk suami.\n\n\nVideo penuh:\n\n\n @bosshukex\nKadang kadang malu juga bawa bekal. \ud83d\ude1b #bekalsuami \n \u266c Doaku Untukmu Sayang \u2013 Xeptemper \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/isteri-kena-gelak-sebab-beli-ketam-seekor/", "title": "Isteri Kena Gelak Sebab Beli Ketam Seekor, Tak Sangka Ini Reaksi Suami", "body": "\nSiapa je yang tak sayang isteri kan? Pasti remuk hati seorang suami kalau seseorang mengapa-apakan isterinya.\nSeperti yang berlaku kepada sepasang suami isteri ini apabila isterinya diketawakan di tempat awam.\nIsteri Kena Gelak Dengan Pekerja Supermarket\nMenerusi perkongsian oleh pengguna @m.rafisan, dia berkongsikan kisah memalukan yang menimpa isterinya ketika membeli di pasaraya.\nSebaik pulang dari pasaraya, isterinya memberitahu telah diketawakan oleh \u2018abang timbang\u2019 gara-gara membeli ketam dengan kuantiti seekor sahaja.\nNak beli banyak tapi risau tak habis, nak tak nak terpaksa membeli seekor sahaja.\n\nNiat isteri berkongsi cerita untuk meraih simpati suami, namun lain pula jadinya apabila si suami turut mengelakkan telatah isterinya itu.\n\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @m.rafisan\nNasiblah dapat wife suka makan ketam. \ud83d\ude0c #fyp #fyp\u30b7 #fypage #ketam #wife #tiktok #marriage\n \u266c bunyi asal \u2013 Aiman Sidek \u2013 Aiman Sidek \n\n \nMenjengah ke ruangan komen, warganet turut terhibur dengan kisah itu dan rupanya ramai yang boleh relate\u00a0dengan situasi tersebut.\n\n\u201cBeli banyak buat apa\u2026\u201d\n\n\u201cBeli banyak tak habis pulak..\u201d\n\n\u201cSatu pun dah membahagiakan..\u201d\n\nSumber: TikTok @m.rafisan\n"} {"url": "https://myresipi.com/isteri-terkilan-suami-terlalu-berkira/", "title": "\u201cSelalu Tunggu Sisa Anak Je\u201d \u2013 Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira, Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan", "body": "\nBiarpun sudah diketahui rezeki seorang suami itu juga adalah sebahagian daripada berkat isteri dan anak-anak, namun masih ramai suami yang berkira dan ia bukanlah satu perkata pelik untuk zaman ini.\nMalah, ada saja yang sanggup melaburkan duit dengan banyak untuk hobi mereka, tetapi bersikap kedekut apabila memberi nafkah kepada isteri.\nSeperti yang dilalui oleh seorang wanita ini, dia berasa amat terkilan apabila suami mula pertikaikan ketika dia meminta duit belanja.\nArtikel berkaitan: Cuba Minum Air Milo Buat Kali Pertama, Reaksi Wanita & Ibunya Dari Scotland Ini Raih Perhatian Netizen\nKerana sudah tidak dapat tahan lagi, wanita berkenaan mengambil keputusan menangis dan meluahkan rasa sedih melalui platform TikTok.\n\n\n @kartikasaripelawii\nHuhu sedih \ud83d\ude2d#fyp #suamiistri #viral \n \u266c shalala lala \u2013 \ud83c\udf3a \n\n \nSegalanya bermula bila si suami berasa terkejut melihat beras terlalu cepat habis serta menasihati isteri untuk tidak menambah nasi sewaktu makan.\nPadahal, wanita tersebut memberitahu dirinya tidak makan nasi dalam kuantiti yang banyak dan kadang-kala memakan sisa nasi daripada makanan anaknya saja.\n\n\n\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan melihat luahan video wanita terbabit dan ada juga yang memahami \u2018akak\u2019 itu kerana turut mempunyai suami yang mempunyai sifat berkira.\nSehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih lebih 345,000 tanda suka dan sebanyak 16,100 komen yang diterima daripada para pengguna platform tersebut.\n"} {"url": "https://myresipi.com/isu-kemas-meja-di-restoran-fast-food/", "title": "\u201cBayar Service Tax Kot\u201d \u2013 Isu Kemas Meja di Restoran \u2018Fast Food\u2019 Buat Netizen Berdebat", "body": "\nRestoran fast food tak lain tak bukan telah menjadi pilihan utama oleh masyarakat kita untuk makan dan nikmati hidangan seperti ayam goreng dan kentang putar.\nBaru-baru ini hangat diperdebatkan oleh netizen apabila ramai yang melontarkan pandangan mengenai isu di restoran \u2018fast food\u2019.\nTak ada common sense langsung!\nPerdebatan bermula apabila ada seorang pengguna Twitter yang telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir pengguna kita yang tidak ada common sense hanya kerana tidak membersihkan meja selepas makan di restoran \u2018fast food\u2019.\n\n\nDia macamni tau. FnB sekarang ni dahlah ada masalah kekurangan pekerja. Kat kaunter sorang, kitchen ada la dua orang. \nTambah pulak pengguna tak reti nak kemas lepas makan.\nSedih betul tengok orang sekarang.\nCommon sense mana oi. pic.twitter.com/LBXk0Bn1sC\n\u2014 Muhammad Eilham (@MuhammadEilham) July 17, 2022\n\nKekurangan pekerja yang ingin berkerja dalam sektor makanan dan minuman juga menjadi alasan bahawa mereka yang tidak kemaskan meja selepas makan dianggap tidak berhati manusia.\nBaca juga: TikToker British \u2018Claim\u2019 Nasi Lemak Singapura Lagi Sedap Dari Malaysia\nMalah, perkara ini dapat menyusahkan orang lain yang datang untuk menjamu selera kerana terpaksa menunggu meja untuk dibersihkan.\nPerspektif orang yang menyokong\nPerkara ini tersebut dapat perhatian oleh ramai netizen dan mereka juga mempunyai perspektif yang berbeza dalam menilai perkara ini.\nAda pihak yang menyokong luahan tersebut dan mengajak semua untuk melakukan sedemikian dengan bantu mengemas meja selepas menjamu selera.\n\nTidak dapat beza cas servis dan cukai servis\nMalah perdebatan lebih hangat apabila ada antara mereka yang tidak dapat membezakan cas servis dengan cukai servis.\n\nAda juga yang tak setuju\nNamun tidak semua cadangan dan luahan dapat diterima semua, tetap ada juga yang tidak bersetuju untuk mengemas meja kerana menganggap kerja mengemas adalah tanggungjawab pekerja bukannya pelanggan.\nAda antara mereka juga turut menyalahkan majikan yang tiada inisiatif untuk menaikkan gaji kepada pekerja dan mencari pekerja baru yang terlihat menjadi isu mengapa tiada orang yang nak bekerja dalam sektor makanan dan minuman.\n\n\u201cGolongan kapitalis yang sepatutnya dipersalahkan dalam isu ini.\u201d\n\u201cKami bayar cukai, buat apa nak kemas?\u201d\n\nHanya korang sahaja yang boleh menilai mana yang betul dan mana yang salah. Apa korang rasa?\n"} {"url": "https://myresipi.com/jadikan-hari-raya-ini-lebih-istimewa-dengan-juadah-enak-dari-planta/", "title": "Jadikan Hari Raya Ini Lebih Istimewa Dengan Juadah Enak Dari Planta!", "body": "MyResipimyResipi\nKATEGORIPOSTED ON2020-11-25\nPlanta jenama pilihan para ibu semenjak tahun 1930-an!Di Malaysia ni, sebut je marjerin, dalam kepala dah terbayang Planta. Bukan hanya biskut raya, malah Planta juga sentiasa membantu para ibu untuk menghasilkan sarapan bernutrisi serta\u00a0bertenaga tinggi untuk bekalan harian anak-anak, sekaligus menjadikan hidangan seperti kek, masakan tengah hari serta juadah Hari Raya enak dinikmati oleh seisi keluarga.\nYang paling penting, Planta juga diperkaya dengan 9 vitamin penting iaitu Vitamin A, D, E, B1, B2, B6, B12, Asid Folik dan Niasin serta merupakan alternatif baik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dengan tidak mengambil minyak berlebihan kerana ia kurang lemak dan garam.\n\nSelain menjadikan aroma masakan lebih harum, rasa masin Planta juga sudah cukup untuk membuatkan makanan yang dimasak lengkap dengan perasa. Tak perlu dah nak tambah pelbagai perasa tambahan yang lain!\nSempena Hari Raya yang bakal tiba ni, jom kami kongsikan antara resepi biskut raya yang semestinya enak dengan menggunakan Planta!\nPolka Dot Strawberi Swiss Roll\nKredit: Scrumdiddlyumptious\nBahan-bahan:\nBater\n\u2013 70 gram tepung serba guna\n\u2013 18 gram susu tepung\n\u2013 60 gram gula kastor\n\u2013 3 biji telur bersaiz besar\n\u2013 ovalette 12 gram\n\u2013 60 ml Planta (dicairkan)\n\u2013 1 sudu teh ekstrak vanila\n\u2013 Pewarna gel\nInti & topping\n\u2013 200ml whipping cream\n\u2013 30 gram gula aising\n\u2013 Strawberi\nCara-cara penyediaan:\n1. Buat inti whipped cream dengan pukul whipping cream dan gula aising sehingga putih dan gebu. Biarkan seketika di dalam peti sejuk.\n2. Untuk membuat adunan kek, satukan tepung serba guna, susu tepung, gula kastor, telur, ovalette dan ekstrak vanila. Pukul dengan kelajuan sederhana tinggi sehingga adunan sebati.\n3. Masukkan perlahan-lahan Planta yang telah dicairkan sambil pukul adunan dengan kelajuan rendah.\n4. Pisahkan adunan menjadi 3 mangkuk. Campurkan 2 dari 3 adunan dengan warna yang diinginkan. Kemudian, masukkan adunan ke dalam piping bag.\n5. Sediakan loyang 8 X 11 dengan baking paper. Pipe kan adunan mengikut bentuk daun dan strawberi\n6. Isi dulang dengan adunan yang tidak berwarna.\n7. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180\u00baC selama 15 minit sehingga permukaan kek bertukar menjadi perang keemasan.\n8. Keluarkan kek dari oven. Letakkan baking paper di permukaan kek, lalu terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata.\n9. Ratakan lapisan whipped cream ke atas kek. Tambahkan strawberi dan whipped cream.\n10. Gulungkan kek perlahan-lahan dan letakkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sebelum potong.\n11. Hidangkan dengan topping whipped cream dan strawberi.\nRainbow German Cookies\nKredit: Nyonya Cooking\nBahan-bahan:\n130 gram Planta\n60 gram gula aising\n80 gram tepung serba guna\n100 gram tepung kentang/potato starch\n1 sudu teh ekstrak vanila\nCara-cara penyediaan:\n1. Panaskan oven hingga suhu 160\u00ba C. Satukan Planta, gula aising dan ekstrak vanila. Putar adunan sehingga sebati dan warnanya menjadi sedikit pucat.\n2. Tuangkan tepung yang telah diayak dan tepung kentang ke dalam mangkuk dan teruskan mengadun adunan dengan spatula silikon sehingga doh menjadi lembut.\n3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama. Warnakan doh dengan warna yang diingini. Sejukkan doh selama 10 minit.\n4. Bentuk doh menjadi bebola (8 gram). Letakkannya di atas dulang yang dilapisi dengan baking paper. Tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper menggunakan garpu.\n5. Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit. Sejukkan biskut mengikut suhu bilik dahulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.\nRaya bersama keluarga, Raya bersama Planta!\nJadi, sempena\u00a0musim perayaan ni, jom jadikan Planta sebagai pilihan utama dalam menyediakan juadah isitimewa raya untuk dinikmati seisi keluarga.\nOh ya, untuk pelbagai lagi resepi biskut, kek serta juadah raya yang lazat dan menarik, jangan lupa lawati laman Facebook Planta.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jagung-cheese-susu/", "title": "Jagung Cheese Susu Viral, Buat Versi Mudah Ikut Cara Ini", "body": "\nPernah cuba Jagung Cheese Susu? Kalau bagi anak-naak makan, confirm terus jadi snek kegemaran baru.\nBiasanya jika beli di luar, penjual akan letakkan dalam cup. Untuk buat resipi ini, anda kena guna susu pekat manis dan susu cair dan keju slice.\nJagung pulak, kena guna jagung tongkol, barulah ia empuk dan serasi dengan bahan lain nanti.\nBaca juga: Jagung Liat & Kecut? Ini 7 \u2018Rahsia\u2019 Rebus Sedap Yang Penjual Selalu Pakai\nResipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Nadzirah Ismail.\nJom kita cuba buat.\nResipi Jagung Cheese Susu Viral\nBahan-bahan:\n\n\nJagung\n1 sudu marjerin/ planta\n1 tin susu cair\n1 mangkuk kecil susu pekat\n1 sudu teh garam\n1 cawan air masak\nCheese slice (ikut suka lagi banyak lagi sedap)\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Cairkan majerin atau planta dan masukkan susu cair.\n2. Perasakan dengan garam dan letak sedikit susu pekat yang dicampur dengan air masak.\n3. Biar mendidih dan masukkan jagung. Masak sampai jagung empuk.\n4. Tutup api dan letak cheese atas jagung.\n\n5. Siap untuk dihidang kepada semua.\n\nMudah je kan! Tak renyah pun. Korang kena letak air dalam susu pekat tu. Takut teksture kuah cheese nanti terlalu pekat.\nBiarkan sampai jagung empuk baru korang letak cheese. Cheese ni cepat cair. So, kena letak akhir sekali.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Nadzirah Ismail\n"} {"url": "https://myresipi.com/jakim-jelas-isu-soft-candy/", "title": "\u2018Tampal\u2019 Logo Halal Tapi Ada Gelatin Babi? JAKIM Jelas Isu \u2018Soft Candy\u2019", "body": "\nKalau korang banyak habiskan masa di aplikasi TikTok, pasti ada ternampak individu yang menjual soft candy atau gula-gula gummy yang ada pelbagai perisa.\nGula-gula viral itu juga mendapat perhatian ramai dek kerana rupanya yang comel dan rasanya yang sedap.\nPun begitu, baru-baru ini tular beberapa keping gambar yang menunjukkan produk itu ada kandungan gelatin babi tetapi dalam masa yang sama di labelnya itu tertera logo halal.\nBaca juga: Syarikat Nafi \u2018Sotong Ring\u2019 Diperbuat Dari Usus & Dubur B*b* Seperti Yang Didakwa\nPerkara itu sememangnya menimbulkan kerisauan netizen, mana taknya makanan yang tengah viral kan?\nMalah ramai juga netizen yang tertanya-tanya, bagaimanakah gula-gula tersebut boleh dijual di pasaran dan lebih membimbangkan, gummy itu juga dijual secara terang-terangan di media sosial serta platform jual beli online.\nTidak diiktiraf \u2013 JAKIM\n\nDalam tinjauan laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebuah kenyataan berkenaan jajan viral itu telah dikeluarkan.\nDifahamkan, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM dan penggunaan logo halal itu adalah salah mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan perundangan.\n\n\n\nSelain itu, pihak JAKIM juga memberitahu pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.\n\nApa-apa hal periksa dulu sebelum beli ya, jangan terus ngap je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jamu-kunyit-untuk-kesihatan-dalaman-wanita-hanya-guna-3-bahan-sahaja/", "title": "Jamu Kunyit Untuk Kesihatan Dalaman Wanita, Hanya Guna 3 Bahan Sahaja!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-02 05:49:06\n\n\nAir minuman jamu ini biasanya diamalkan oleh orang dulu-dulu bagi menjaga kesihatan. Namun, zaman sekarang ramai yang lebih memilih untuk mengambil suplemen-suplemen kesihatan yang sudah banyak dijual di pasaran. Sebenarnya jamu ini sangat baik khasiatnya kerana ia menggunakan bahan semulajadi. Seperti contoh, air jamu kunyit ini sangat elok untuk kesihatan dalaman wanita. Tambahan pula, ia cuma memerlukan 3 bahan sahaja! Jom ikuti perkongsian daripada\u00a0Hamizah Jamian menerusi laman Facebook.\n\nKredit: bukanaku\nBahan-bahan:\n\nKredit: Hamizah Jamian \n\nIbu kunyit hidup\nAsam Jawa\nGula perang\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nBersihkan kunyit terdahulu sebersih-bersihnya dan biarkannya kering untuk seketika.\n \nKredit: Keluarga\n\u00a0\nKemudian, masukkan kunyit yang sudah dibersihkan tadi ke dalam pengisar dan kisarkan bersama sedikit air masak.\n\n\nKredit: Butterkicap\n\u00a0\nBerhenti mengisar seketika dan masukkan gula perang ke dalam pengisar. Kemudian teruskan mengisar sehingga semua bahan sebati dan rata.\n \nKredit: Maya La Cottage\n\u00a0\nSelepas sudah siap mengisar, masukkan campuran kunyit dan gula perang yang sudah dikisar tadi ke dalam periuk. Kemudian, masukkan asam jawa dan masak sehingga mendidih.\n \nKredit: Hamizah Jamian \n\u00a0\nRasa sedikit air jamu tersebut kemudian tambahkan atau kurangkan rasa manis masam mengikut citarasa sendiri.\n\u00a0\n\nSiap! Sangat cepat dan mudah. Selepas ini, para wanita boleh lah mengamalkan meminum jamu kunyit ini supaya kesihatan dalaman lebih sihat dan terjaga. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk semua!\n\nKredit: Hamizah Jamian \n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jamuan-akhir-tahun-sekolah-anak/", "title": "Ibu Ini Kongsi Idea Jamuan Akhir Tahun Anak, Resipi Mac & Cheese Untuk 40 Pek Kecil", "body": "\nIbu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan akhir tahun sekolah anak?\u00a0Haa,\u00a0apa kata jom masak Mac & Cheese.\nResipi yang dikongsi oleh Siti Hajrah Sulaiman\u00a0ini sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, pejabat ataupun untuk jualan.\nJika ikut resipi ini anda akan dapat 40 pek kecil, ngam-ngam untuk satu kelas. Jom cuba!\nResipi Mac & Cheese Untuk Jamuan Akhir Tahun\n\nBahan-bahan:\n\n2 peket macaroni kimball (1 peket 400gm)\n5 keping sosej ayamas\n2 sudu besar bawang kisar\n4 tin sos mac & cheese prego\n2-3 cawan susu segar (ikut kepekatan kuah yang diingini)\n1 sudu besar serbuk cili (ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya buat light2 je sebab budak tak suka pedas sgt)\n1 sudu besar lada sulah (yang ni ikut pedas yang nak ye)\n5 keping cheese slice\nOregano\nSedikit garam\n\nCara-cara:\n1. Didihkan air dalam periuk. Rebus makaroni sehingga lembut mengikut masa yang ditulis pada paket. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.\n2. Tumis bawang yang sudah dikisar dengan sedikit minyak.\n3. Masukkan sosej yang sudah dihiris kecil.\n4. Tuangkan sos mac & cheese prego. Kacau sebati.\n5. Kemudian, tuangkan susu segar. Kuantiti mengikut kepekatan kuah yang diingini.\n6. Seterusnya, masukkan lada sulah. Kuantiti mengikut tahap kepedasan yang disukai. Kacau sebati.\n7. Letakkan cheese slice. Gaul sehingga cheese tidak berketul.\n8. Akhir sekali, taburkan oregano untuk menaikkan bau dan sedikit garam jika perlu untuk seimbangkan rasa. Selamat mencuba!\n\nKredit: Siti Hajrah Sulaiman\n"} {"url": "https://myresipi.com/jangan-buang-kulit-kepala-udang-boleh-buat-stok-udang/", "title": "Jangan Buang Kulit & Kepala Udang, Boleh Buat Stok Udang Untuk Penyedap Masakan", "body": "\nJangan buang kulit dan kepala udang, boleh dibuat stok udang sebagai penyedap masakan!\nStok udang ini sesuai digunakan untuk membuat laksa sarawak, mee/mihun sup atau goreng, sayur goreng, keutiau basah dan lain-lain.\nMemang dijamin masakan kalian menjadi betambah-tambah sedap! Bolehlah cuba buat nanti ya.\nBaca juga: Petua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali, Hanya Guna Satu Bahan Ini\nCara Buat Stok Udang\nCara-cara:\n1. Basuh kulit dan kepala udang dengan garam kasar. Kemudian bilas bersih dan toskan.\n2. Goreng tanpa minyak sehingga kering dan bertukar warna kemerahan.\n\n3. Kemudian masukkan air sehingga menutupi kulit dan kepala udang.\n4. Reneh selama 1 jam atau lebih. Tambah air jika perlu.\n5. Sejukkan dahulu. Kisar dan tapis.\n6. Masukkan ke dalam bekas dan bekukan.\n\nSesuai digunakan untuk laksa sarawak, mee/mihun sup atau goreng, sayur goreng, keutiau basah dan lain-lain. Memang rasa jadi bertambah sedap! Selamat mencuba.\nKredit: Abd Rahman Tayun\n"} {"url": "https://myresipi.com/jangan-buang-kulit-telur-boleh-buat-baja-organik-untuk-suburkan-tanaman/", "title": "Jangan Buang Kulit Telur! Boleh Buat Baja Organik Untuk Suburkan Tanaman", "body": "\nSeperti yang kita tahu, kulit telur ni banyak khasiatnya. Sebelum ni kita selalu dengar pasal osmocotekan.\nSekarang, baja kulit telur pon sangat baik untuk tanaman. Sesuai untuk wanita-wanita yang suka bercucuk-tanam ni.\nAntara kebaikan kulit telur:\n\nKulit telur kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman.\nKalsium penting untuk membina \u2018tulang\u2019 yang sihat pada dinding sel tumbuhan.\nKajian menunjukkan bahawa kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.\nKalsium tambahan dapat membantu mencegah blossom-end rot\nBaja kulit telur sangat sesuai untuk tanaman kerana ia adalah salah satu bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan berbahaya kepada alam sekitar seperti sesetengah baja kimia.\n\nCara-cara membuat baja menggunakan kulit telur:\n\nKulit telur dikeringkan.\nHancurkan. Boleh pecah-pecah guna tangan. Tak sakit pun.\nSangai sampai kekuningan.\nTumbuk sampai hancur boleh juga guna blender. Lisha suka tumbuk guna batu tumbuk ala-ala perempuan melayu terakhir.\nFinal result. Nak hancur lagi pun takde masalah kalau blend lagi halus. Mana-mana you all senang dan selesa.\nTabur atas medium atau gaul dalam medium pon boleh.\nIni contoh diblend ye.\n\nKredit : Dalisha Xavier\nBaca juga:\nTips Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak. Guna 2 Bahan Je, Periuk Kembali Berkilat!\nCara Cuci Brokoli Dengan Betul, Rupanya Penuh Dengan Ulat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jangan-buang-minyak-terpakai-rupanya-boleh-buat-sabun-basuh-pinggan/", "title": "Jangan Buang Minyak Terpakai, Rupanya Boleh Buat Sabun Basuh Pinggan", "body": "\nSiapa sangka minyak terpakai boleh dibuat sabun basuh pinggan kan?\nPerkongsian dari Suhaili Baharudin ini mendapat perhatian banyak dari pengguna Facebook yang lain.\nMin pun teruja bila dapat ilmu baru dari petua ini dan akan kongsikan kepada semua juga.\nBagi kita yang dah biasa terus buang minyak apabila sudah pakai, jangan buang terus ke dalam tong sampah.\nBaca juga: Doktor Beri Amaran Bahaya Guna Minyak Masak Banyak Kali, Ini 5 Risiko Penyakit\nNak elak membazir, jom ikut tips ini. Bila tengah darurat atau keperluan mendesak, sekurang-kurangnya korang sudah ada pengetahuan ini.\nMinyak Terpakai Boleh Dijadikan Sabun\nSecara teknikal nya, lemak (segala jenis minyak) yang tidak bercampur dengan jenis lemak yang lain (minyak kelapa dan minyak zaitun mempunyai elemen berbeza) dapat diproses menjadi sabun dengan syarat;\n\nMinyak yang dipakai hendaklah sejenis dan tidak bercampur.\nMinyak yang telah digunakan tidak melebihi 3 kali masakan.\nPenyimpanan yang rapi supaya tidak dirosakkan oleh binatang perosak.\nMinyak yang telah dipakai haruslah ditapis menggunakan cheese-cloth/muslin clothuntuk memastikan minyak adalah bersih dari sisa makanan yang tertinggal.\nAsingkan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng daging/ikan dengan bahan \u2018hijau\u2019. Contoh, minyak menggoreng ikan perlu diasingkan dari minyak menggoreng cendawan celup tepung/kentang goreng.\n\n\nResipi sabun minyak terpakai:\n190 gram air \u2013 Boleh guna air suling atau air tapis\n500 gram minyak terpakai\n70 gram lye \u2013 caustic soda, juga dikenali sebagai 100% sodium hydroxide dan boleh dibeli di kedai hardware.\nCara-cara membuatnya:\n\n1. Pastikan korang menggenakan sarung tangan dan juga penutup mata sebelum memulakan langkah mengendalikan lye.\u00a0\n2. Pastikan juga korang tidak menyedut wap yang terhasil. Kacau perlahan-lahan sehingga larutan menjadi jernih. Biarkan seketika sementara menyediakan bahan-bahan yang lain. Biarkan suhu bancuhan hingga menjadi suhu bilik.\n\n3. Pada suhu yang sesuai, campurkan bancuhan lye ke dalam minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga anggaran 5 minit. Kedua-dua bahan perlu bercampur rata sebelum anda perlu terus memukul larutan seperti membuat adunan kek (boleh juga gunakan pemukul telur atau whisk). Larutan dikira sempurna apabila ia menjadi likat dan meninggalkan kesan apabila ia ja tuh ke atas permukaan larutan tersebut.\n4. Kacau dan kacau menggunakan whisk. Kalau kita gunakan minyak lebihan menggoreng memang bancuhan kita ni jadi oren pekat. Doesn\u2019t matter. Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.\n\n5. Sebati sebegini bermaksud semua bahan tadi dah bersatu dan sekata.\n6. Sekarang boleh masukkan dalam acuan ikut kesukaan masing-masing. Dalam projek kitar semula, biasanya kotak susu & santan UHT digunakan. Cawan kertas terpakai juga sesuai. Jangan guna bekas logam.\n\n7. Sabun perlu disimpan selama 4 minggu untuk matang. Pada masa yang sama, ia perlu dibalikkan untuk mendedahkan setipa bahagian dengan angin.\n\n8. Apabila sabun sudah matang, boleh dibalut dengan kertas minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.\n\n\nPerhatian: Lye boleh dineutralkan menggunakan cuka putih dan anda perlu membersihkan kesan lye selepas selesai kerja-kerja dilakukan. Sekiranya terdapat saki baki tertinggal, biarkan beberapa hari dan cucilah kemudiannya menggunakan air panas (kerana ia telah bertukar menjadi sabun).\nNota: Tidak boleh cuba buat sendiri dirumah tanpa belajar terlebih dahulu kerana untuk buat sabun ini ada proses ki mia yang perlu dilalui.\n\nSumber: Suhaili Baharudin\n"} {"url": "https://myresipi.com/jangan-buang-santan-masam-boleh-buat-minyak-kelapa-homemade/", "title": "Jangan Buang \u2018Santan Masam\u2019, Boleh Buat Minyak Kelapa Homemade. Ikut Cara Ini", "body": "\nTak dinafikan setiap kali masak lagi sedap guna santan segar berbanding dari santan kotak. Tapi kadang-kadang bila nak masak, tak perasan santan dah jadi masam.\nPasti ramai yang pernah terkena kan? Selepas ini kalau santan dah rosak, jangan terus buang sebab boleh guna untuk buat minyak kelapa.\nMinyak kelapa elok digunakan untuk rambut, kulit kering atau untuk dijadikan minyak untuk urutan. Lihat cara membuatnya yang dikongsikan oleh Yatie Rahim di bawah.\nMinyak Kelapa Homemade Guna Santan Masam\n\nSiap dah santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Dah hampir nak buang santan tu. Elok kejadian minyak bersih tiada bau. Boleh letak kat rambut. Siapa kena macam saya boleh la buat cara ini.\n1. Panaskan santan guna api perlahan.\n2. Masak santan sampai pecah minyak (kena tunggu lama sikit).\n\n3. Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.\n4. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak sahaja. Minyak jadi elok bersih dan tak bau masam.\n\nTips: Sebelum masak, boleh letak santan masam dalam peti sejuk dulu. Bila kepala santan timbul, kaup dan guna ini sahaja untuk dipanaskan. Tak perlu guna airnya, cara ini lebih cepat.\nBaca juga: Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Potong Satu-Satu. Tangan Pun Tak Pijar!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jangan-curah-air-sejuk-dalam-kuali-panas/", "title": "Jangan Curah Air Sejuk Dalam Kuali Panas Sebelum Cuci, Ini Kesan Yang Akan Berlaku!", "body": "\nBiasanya lepas siap masak, kita akan terus menyiram air sejuk ke dalam kuali panas kan? Kononya bagi mengelakkan sisa makanan melekat sebelum dicuci dengan sabun.\nTapi sebenarnya tindakan ini tidak sepatutnya dilakukan kerana kuali yang masih panas perlu dibiarkan sejuk sebelum dicuci.\nMenyiram air sejuk ke dalam kuali yang panas dipanggil\u00a0thermal shock. Ia boleh merosakkan permukaan dalam kuali, meskipun ia berjenama mahal.\nBasuh kuali panas boleh terkena \u2018thermal shock\u2019\nApa itu\u00a0thermal shock?\u00a0Secara dasarnya, logam mengembang ketika ia dalam keadaan panas. Sebahagian besar periuk dan kuali diperbuat daripada beberapa lapisan logam tahan karat dan mungkin memiliki beberapa lapisan enamel atau anti melekat.\nBahan tersebut akan mengembang dan menyusut pada suhu berbeza, yang tidak kita sedari.\n\nKuali boleh berubah bentuk\nApabila air sejuk tiba-tiba dicurahkan ke dalam kuali panas, ia boleh menyebabkan kuali melengkung, retak atau pecah. Atas sebab itu, jika kita lihat, ada kuali kita yang berubah bentuk.\nKalau nak cuci terus, buat macam ni\nCara terbaik untuk mengelak kerosakan ini adalah dengan membiarkan kuali sejuk dahulu sebelum dicuci. Jika ingin mencurah air ke dalamnya, gunakan air suam atau panas bagi mengelakkan kotoran melekat.\nKredit: Mstar\nBaca juga: Kuali Baru Jangan Terus Guna. Kena \u2018Bakar\u2019 Dulu, Elak Berkarat & Masakan Tak Melekat\n"} {"url": "https://myresipi.com/jangan-ikut-trend-beli-perkakas-dapur-murah-viral-ahli-kimia-kongsi-kesannya/", "title": "Jangan Ikut \u2018Trend\u2019 Beli Perkakas Dapur Murah & Viral, Ahli Kimia Kongsi Kesannya", "body": "\nTrend sekarang ini, banyak perkakas dapur yang cantik dan murah dijual di pasaran. Boleh rambang mata dibuatnya. Kadang beli tak ada kepentingan pun, tapi sebab cantik.\nDalam hal ini, pengguna perlu lebih peka tentang bahan asas yang digunakan. Menurut seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim, komponen perkakas yang bercampur dengan komponen makanan berpotensi menghasilkan tindak balas kimia. Berikut antara perkongsiannya.\nKOMPILASI SOAL JAWAB PERKAKAS DAPUR\nMengapakah set perkakas viral bahaya digunakan?\nSesetengah orang tidak kisah, asalkan cantik, murah dan mudah digunakan. Kerana ada potensi tindak balas kimia antara komponen perkakas itu dengan komponen makanan kita. Terutamanya makanan yang panas, berminyak dan bersifat asidik (atau masam).\nAda yang mungkin kurang faham tentang penggunaan kuali non-stick \u2013 selamatkah kuali non-stick digunakan jika terdapat calar?\nSelamat. Cuma fungsi non-stick nya akan berkurangan dan mungkin lebih melekatkan makanan pada bahagian yang calar. Selaput non-stick ini diperbuat daripada bahan kimia polimer yang dikenali dengan polytetrafluoroethylene (PTFE). Ia adalah molekul yang besar, tiada tindakbalas kimia dalam sistem penghadaman yang mampu menguraikannya. Maka badan tidak akan serap dan hanya dibuang bersama dengan najis.\nAda juga yang mengaitkan selaput ini dengan kanser. Sebenarnya bahan kimia yang dimaksudkan ialah perfluorooctanoic acid (PFOA) yang digunakan dalam pembuatan selaput ini. Namun hasil rawatan suhu akhir terhadap selaput non-stick ini memastikan bahan kimia PFOA ini telah termusnah dek haba.\n\nIsu PFOA adalah lebih kepada keselamatan pekerja dalam industri ini yang terdedah secara terus dan bukan di dalam non-stick layer ini. Atas desakan, maka, sejak tahun 2015 ia tidak lagi digunakan dalam pembuatan selaput non-stick.\nSelain daripada selaput PTFE, terdapat juga pilihan peralatan memasak non-stick lain seperti seramik, enamel, silicon dan graniteware (porcelain enamel).\nPaling penting ambil tahu penjagaan peralatan memasak non-stick:\n\nElakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini \u2018sedap\u2019 didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.\nElakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ia akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.\n\nCuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!\n\n\nTips membersihkan perkakas dapur terutamanya kuali dan papan pemotong\nPeralatan yang diperbuat daripada aluminium tanpa selaput jangan scrub. Ini kerana ia mempunyai selaput penghalang leaking secara semulajadi yang dikenali sebagai aluminium oksida. Walaupun rupanya tidak cantik, selaput ini adalah penyelamat terutamanya apabila komponen masakan itu berasid (contoh asam pedas).\nAluminium dikaitkan dengan masalah kesihatan berkaitan saraf, tulang dan otak (terutamanya autisma dikalangan kanak-kanak and Alzheimer). Walaupun tiada kaitan yang konklusif, namun sesetengah individu yang sensetif atau mempunyai masalah dalam mengumuhkan aluminium berpotensi menghadapi masalah ini.\n\nBagi yang sudah scrub, boleh bentuk semula selaput ini dengan merebus air kosong beberapa kali dalam bekas memasak ini sehingga lingkaran terbentuk di dalam.\nPapan pemotong boleh dibersihkan dengan larutan peluntur (Clorox). Namun berhati-hati semasa pengendalian. Pastikan pengudaraan baik (tempat terbuka atau ada tingkap) agar gas klorin yang terhasil tidak mengurangkan kualiti udara disekeliling kita. Ada yang risau saki baki cecair peluntur tertinggal pada papan pemotong.\nPastikan cuci, bahan kimia aktif dalam cecair peluntur Clorox ini mudah larut air dan meruap. Cara untuk pastikan kesemua cecair peluntur telah tiada pada permukaan papan pemotong ialah tiada lagi bau klorin yang dapat dihidu.\nApakah kandungan yang terdapat dalam pinggan mangkuk bercorak viral yang menyebabkan ia bahaya untuk digunakan?\nPinggan mangkuk bercorak dan berwarna-warni ini dikaitkan dengan bahan kimia plumbum (a.k.a lead). Ia digunakan pada perkakasan seramik sebagai hiasan (pewarna terang) dan selaput lutsinar supaya pinggan nampak cantik. Bahan kimia ini ada potensi leak jika dimasukkan makanan panas, makanan disimpan lama atau makanan berasid (yang masam).\nRisiko kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu.\n\nApakah peralatan memasak yang selamat disarankan oleh tuan/puan untuk digunakan \u2013 kuali, pinggan mangkuk?\nKesemuanya peralatan memasak selamat digunakan. Cuma pastikan cara pengunaan dan penjagaan yang betul. Pastikan juga beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing.\nUntuk pinggan mangkuk pula pilih bekas seramik tanpa corak berwarna putih atau jika bercorak pilih yang corak diluar ruang makanan atau beli daripada pengeluar yang ada reputasi.\n\nBenarkah penggunaan perkakas kayu adalah yang paling selamat digunakan untuk memasak?\nSebagai senduk ya. Sebab ia tidak bertindakbalas (inert) dan tahan haba tinggi jika dibandingkan dengan senduk plastik. Cuma perlu berhati-hati jika terdapat rekahan, ia perlu dibersihkan untuk mengelakkan pembiakan kuman yang ada potensi bercampur dengan makanan kita.\n\n\n\nSenduk plastik yang berwarna hitam diperbuat daripada plastik bahan kimia polyamide (PA). Namun isunya timbul apabila barangan plastik hitam ini dikitar semula, sukar diasingkan kerana warna yang hitam. Maka, dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya, terutamanya daripada pengeluar yang tidak bertanggungjawab. Ini boleh guna untuk senduk makanan yang tidak melebihi 70 degree Celsius panasnya.\nAda juga yang diperbuat daripada silikon. Bergantung kepada komponen binaan ia boleh tahan haba 160 \u2013 260 degree Celcius. Namun sentuhan terus kepada kuali akan yang membuatkan integriti bahan binaannya terganggu.\nTips dalam memilih perkakas dapur yang diyakini kualitinya?\nPilih daripada pengeluar, pengedar dan penjual yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Gunakan peralatan ini dengan cara betul sesuai dengan tujuan dan fungsinya. Jangan jadi terlalu kreatif contoh plastik yang digunakan untuk tahan suhu rendah dijadikan bekas memasak lemang pula. Selebihnya bergantung kepada keperluan, tujuan dan kemampuan poket masing-masing.\nSesetengah orang tidak mengetahui kesan atas penggunaan perkakas dapur dan membelinya atas sebab cantik dan murah \u2013 bagaimana cara untuk mendidik golongan ini supaya selidik terlebih dahulu bahan perkakas.\nRajinkan membaca dan mengambil tahu tentang perkakas dapur ini. Jangan ikut trend viral saja. Ini adalah benda yang penting kerana segala masakan akan masuk dalam badan kita, anak-anak. Dan makan itu adalah asas kepada pembentukan badan dan minda yang sihat.\nKredit: Dr Fatimah Salim via Makmal Makanan\n"} {"url": "https://myresipi.com/jangan-mudah-tertipu-ini-5-tips-penting-untuk-pilih-ayam-yang-segar-di-pasar/", "title": "Jangan Mudah Tertipu! Ini 5 Tips Penting Untuk Pilih Ayam Yang Segar Di Pasar", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nAyam sememangnya merupakan pilihan yang paling popular di Malaysia kerana cara masakannya yang mudah dan rasanya yang bersesuaian dengan cita rasa orang ramai termasuklah kanak-kanak. Tetapi masih ramai dalam kalangan kita yang cara memilih ayam yang segar, elok dan berkualiti. Jadi apa kata kita cuba tips memilih ayam segar yang dikongsikan oleh Zamila Najila di Facebook.\nKredit: Zamila Najila\n\nWarna Ayam\n\n\nAyam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.\n\n\n\nTekstur Ayam\n\n\n\nAyam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu.\n\nIsi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.\n\n\nAyam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.\n\n\n\n\n\nDarah Ayam\n\n\nApabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.\n\n\n\nBau Ayam\n\n\nAyam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.\n\n\n\nLalat\n\n\nSekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jangan-panik-jika-kepala-gas-berbunyi-berbau/", "title": "Jangan Panik Jika Kepala Gas Berbunyi & Berbau, Hanya Perlu Terbalikkan \u2018Getah\u2019 & Masukkan Semula", "body": "\nPasti ramai kaum wanita yang berdebar-debar setiap kali memasang kepala gas kan? Lagi-lagi buat mereka yang baru berjinak-jinak di dapur.\nLagi mendebarkan apabila kepala tong gas tiba-tiba berbunyi dan berbau. Tetapi jangan panik ya! Ikut saja cara di bawah untuk atasi masalah tersebut.\nCARA ATASI KEPALA GAS BERBUNYI & BERBAU\nLangkah 1:\u00a0Getah hitam dekat kepala gas tu.\n\nLangkah 2:\u00a0Keluarkan getah hitam tersebut menggunakan pisau atau apa-apa yang tirus, cungkil keluar getah hitam dari kepala gas tersebut.\n\nLangkah 3:\u00a0Bila dah keluarkan, terbalikkan getah hitam itu. Kemudian masukkan semula.\n\nLangkah 4:\u00a0Tekan rapat menggunakan jari supaya masuk ke dalam.\n\nCara ini sangat berkesan dan mudah sahaja untuk dipraktikkan. Tapi jika sudah ikut cara ini tetapi kepala gas tetap berbunyi dan berbau, cari saja orang yang \u2018pakar\u2019 untuk membaikinya.\nSumber: Iman Sulaiman\nBaca juga: 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari\n"} {"url": "https://myresipi.com/janji-tak-serupa-bikin-usahawan-rempah-oden-viral-kecewa-kek-bernilai-rm10k-buruk-kejadiannya/", "title": "Janji Tak Serupa Bikin! Usahawan Rempah Oden Viral Kecewa Kek Bernilai RM10K Buruk Kejadiannya!", "body": "\nKorang tahu tak, baru-baru ni ada satu usahawan rempah oden viral dekat aplikasi TikTok? Katanya usahawan tersebut belanja RM10K untuk kek sempena majlis gender reveal anaknya yang ke-4. Tapi hasilnya, alahai\u2026 Kesian tengok.\nHa! Usahawan yang dimaksudkan, tak lain tak bukan, Cek Yana, pengasas kepada Masak-Masak CekYana. Ala, pemilik kepada rempah oden viral yang banyak youtuber dan tiktokers buat review \u201cmukbang\u201d tu.\n\nMajlis gender reveal bertukar tragedi!\n\nBakal menimang cahaya mata perempuan yang pertama, ibu mana yang tak teruja nak sambut kelahiran bayi perempuan sulung dalam keluarga yang dah ditunggu-tunggu sekian lama.\nMaka tidak hairanlah, ibu kepada 3 cahaya mata lelaki ini sanggup berbelanja besar untuk sambutan majlis gender reveal\u00a0tersebut.\n\n\n @cekyanaofficial\nReply to @masdianaamin Tak sabarnya .. Tahniah sis dapat RM500 untuk shopping barang baby dgn cekyana \ud83d\ude0d #fyp #fypmalaysia\n \u266c bunyi asal \u2013 jaja \u2013 Tik Toker \n\n \nBetul la kata orang, malang tak berbau. Majlis istimewa yang diharapkan menjadi kenangan manis dan terindah buat usahawan tersebut bertukar menjadi satu tragedi apabila dirinya terkejut besar kerana kek yang ditempah, indah khabar daripada rupa.\nSiapa je yang tak terkilan dan kecewa apabila kek yang diterima lain benar hasilnya.\u00a0Tak sama langsung dengan lakaran. Kalau min pun confirm melenting. Ye la! Harga kek bukan murah, RM10K you alls!\nMerasakan dirinya ditipu dan kek yang diterima tidak setimpal dengan wang yang telah dibelanjakan, CekYana berkongsi moment tersebut dengan pengikutnya di aplikasi TikTok untuk mengelakkan situasi tersebut berulang kembali.\nKek macam budak form 1 pun boleh buat-Netizen\n\n\n\nRata-rata netizen juga tidak berpuas hati melihat kek yang dihasilkan. Bukan apa, hasilnya lain sangat berbanding dengan apa yang dijanjikan.\nSepatutnya kek yang dihasilkan menyerupai Istana Melayu dan Istana Korea tapi boleh pulak baker main tampal je gambar Istana Melayu dan Istana Korea tu. Dah la tu, kek rapuh bila dipotong. Tak moist langsung.\nTetap teruskan upacara gender reveal\u2026\nWalaupun kecewa, majlis tetap diteruskan dan CekYana mengumumkan jantina anaknya secara live di Facebook dan Tiktok. Bukan itu je, dalam masa yang sama CekYana juga telah bernazar untuk menaja dua orang pengikutnya untuk bersalin di hospital\u00a0 swasta Andorra jika mereka turut mendapat anak perempuan.\nSelain itu, lima ibu hamil bertuah turut dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500.\nLancarkan produk baru\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nView this post on Instagram\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nA post shared by Resepi MMC OFFICIAL HQ (@masakmasakcekyana)\n\n\n\u00a0\nDalam majlis tersebut, CekYana turut melancarkan produk terbaharu keluaran Masak Masak CekYana, iaitu rempah Odeen Kimchi dan Sup Steamboat. Jika sebelum ini, rempah odeen hanya ada 2 perisa iaitu rempah Odeen Original dan Extra Hot Spicy, sekarang CekYana tambah 2 lagi variasi rasa baru untuk korang semua.\nMenurut CekYana, dia berharap dengan adanya empat jenis rempah kuah odeen, korang boleh pilih mana satu rempah yang betul-betul kena dengan tekak korang. Jadi, bila korang makan, korang puas hati dan rasa nak repeat lagi.\n\nLebih istimewa, sempena majlis ini juga CekYana share butiran Peraduan Happy Hour Sale dimana pelanggan setia rempah odeen viral yang membuat pembelian minima RM29 berpeluang memenangi pelbagai hadiah awesome\u00a0termasuklah iPhone 13, dishwasher Toshiba dan banyak lagi..\nNak tahu butiran lanjut mengenai peraduan ini, korang boleh klik link dibawah. Bagi anda yang teringin nak cuba produk keluaran CekYana, korang boleh dapatkan produk-produk keluaran Masak-Masak CekYana melalui ejen sah dan HQ Masak-Masak CekYana.\nFacebook: Masak Masak Cekyana\nInstagram: masakmasakcekyana\nTiktok: cekyanaofficial\n"} {"url": "https://myresipi.com/jantung-pisang-masak-lemak-cili-api/", "title": "Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Ubi, Menu Orang Dulu-dulu", "body": "\nNak cuba menu orang dulu-dulu, jom cuba masak Jantung Pisang Masak Cili Api ini. Selalunya akan digandingkan bersama pucuk ubi dan ikan goreng. Memang sedapnya, tekak je yang tahu.\nNak pula makan dengan nasi panas-panas, memang syahdu feeling tu. Kebiasaanya, ia dibuat untuk kerabu atau ulam-ulaman. Tapi buat masak lemak cili api pun sedap juga tau.\nBaca juga: Pelbagai Resipi Masak Lemak Cili Api Ada Di Sini\nBukan itu sahaja, banyak khasiat rupanya. Antaranya ialah ia mempunyai sifat antioksidan, tinggi kandungan mineral, serat, protein, karbohidrat selain rendah dengan lemak dan kalori untuk tubuh badan manusia.\nNak pula masak lemak cili api ini antara masakan yang paling mudah untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang diperlukan tidak renyah dan sangat ringkas.\u00a0\nIkuti perkongsian resipi dari SuiSan Aliezsha ini. Beliau menggunakan jenis jantung pisang nipah kerana tidak pahit dan kelat dan memang sedap dimakan. Jom ikuti resipi di bawah.\n\nRESIPI JANTUNG PISANG MASAK LEMAK CILI API\nTanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni.\nPortion hidangan: 3 \u2013 4 Orang Makan\n\nBahan-bahan:\n\nJantung Pisang\nPucuk Ubi Kayu\nCili Padi \u2013 ditumbuk\nKunyit Hidup \u2013 ditumbuk\nIkan Bilis\nAsam Keping\n1 \u00bd Biji Kelapa Parut \u2013 pati santan sahaja\nGaram\n\nCara-cara memasak:\n1. Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih.\n2. Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.\n3. Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.\n4. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.\n\n\nWah! Resipi ringkas tapi menyengat ye. Patutlah resipi ni banyak like dan share. \nSekali sekala makan jantung pisang macam ni pun syok juga. Lepas rindu makanan kampung. Korang boleh matchkan lauk ni dengan ikan goreng. Barulah letops!\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/japchae-ikut-tekak-melayu/", "title": "Japchae Ikut Tekak Melayu, Korea Glass Noodle Yang Sedap Dan Rugi Tak Cuba!", "body": "\nPernah cuba Japchae makanan Korea? Ia merupakan masakan yang berasal daripada Korea yang menggunakan mi kaca dan dihidang bersama pelbagai jenis sayuran dan bahan masakan yang lain seperti telur dadar, daging dan sos hitam.\nSelalu je orang keliru antara mi kaca dengan suhun. Mi kaca diperbuat daripada tepung keledek manakala suhun pula diperbuat daripada pati kacang hijau. Secara fizikalnya, mi kaca dan suhun lebih kurang sama tapi diperbuat daripada bahan yang berbeza.\nBaca juga: Selalu Tengok K-Drama? Ini 7 Makanan Korea yang Korang Patut Cuba\nTekstur mi kaca ini pula lebih kenyal berbanding suhun yang sedikit halus. Ha! nak lagi jelas, boleh google dan tengok kedua-dua teksturnya yang berbeza antara satu sama lain. Japchae juga antara hidangan Korea yang dimasak halal dan boleh dimakan.\nResipi japchae Korea ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Dijamin halal bila buat sendiri di rumah.\n\nRESIPI JAPCHAE TEKAK MELAYU\n\nBahan utama:\n\nMi kaca\n\nBahan 5 warna:\n\n\nHijau \u2013 Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan.\nKuning \u2013 Telur ayam dimasak dadar.\nJingga \u2013 Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.\nPutih \u2013 Bawang Holland, dihiris dan disangai.\nHitam \u2013 Cendawan shitake /kulat hitam / daging perap kicap. Hiris memanjang masak.\n\nBahan sos:\n\n3 sudu besar kicap cair/masin\n3 sudu besar kicap pekat\n2 sudu besar sos tiram\n2 sudu besar minyak bijan\n1 sudu besar gula/gula perang\n1 sudu kecil garam\n\nBahan hiasan:\n\nBiji bijan \u2013 sudah disangai\n\nCara penyediaan:\n1. Mi kaca ambil separuh dari paket, rebus selama 5 minit. Sehingga lembut, angkat dan toskan. Letak tepi.\n2. Untuk bahan sos pula, campurkan kesemua sekali dan masak di atas kuali sehingga sebati.\n3. Tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang direbus tadi. Gaul sebati.\n4. Masukkan campuran sayur tadi dan gaul rata\n5. Tambah biji bijan yang telah disangai.\n6. Sedia untuk dimakan.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Bebola Nasi Atau Jumeok-Bap Ala Korea, Laku Habis Anak Anak Makan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jarang-dibuat-orang-ini-dia-resipi-creamy-butter-tuscan-salmon-yang-lazat/", "title": "Jarang Dibuat Orang, Ini Dia Resipi \u2018Creamy Butter Tuscan Salmon\u2019 Yang Lazat", "body": "\nPKP lama sangat sampai dah kering idea nak masak apa kan? Apa kata jom cuba masak Creamy Butter Tuscan Salmon yang nampak lazat dan menyelerakan ini.\nResipi perkongsian oleh Zalina Zainal\u00a0ini telah meraih perhatian ramai kerana menu ini jarang dibuat orang kerana menggunakan ikan salmon.\nKalau anda nak tukar selera, bolehlah cuba masak menu yang mudah untuk dimasak ini. Sekali-sekala tukar selera tak salah kan? Selamat mencuba!\nResipi Creamy Butter Tuscan Salmon\nBahan-bahan:\n\n\n\u00bd biji lemon\n\n\n\nSerbuk lada hitam\n\n\n\nMinyak zaitun utk panggang ikan salmon\n\n\n\n3 sudu mentega\n\n\n\n6 ulas bawang putih diracik\n\n\n\n1 ulas bawang merah diracik\n\n\n\n1 kotak cooking cream\n\n\n\n4 sudu keju parmesan\n\n\n\n20 keping daun bayam\n\n\n\n8 biji tomato cherry\n\n\n\nGaram dan gula secukup rasa\n\n\nCara-cara:\n1. Tabur lada hitam dan perah lemon di atas kepingan salmon. Perap dalam 2-3 minit.\n2. Panaskan pan dengan minyak zaitun untuk panggang ikan salmon. Setelah masak, ketepikan.\n\n3. Panaskan pan dengan mentega dan tumis bawang putih dan bawang merah yang diracik.\n4. Kemudian, masukkan cooking cream diikuti dengan parmesan. Kalau nak kuah lebih, tambahkan air. Jangan banyak sangat, nanti cair pulak. Kemudian tambah garam secukup rasa.\n\n5. Bila dah mendidih, masukkan bayam, tomato dan ikan salmon yang telah siap grill tadi. Boleh hias dengan tabur daun rosemary atau parsley.\n\n6. Dah siap! Boleh makan dengan nasi putih panas-panas.\nKredit: Zalina Zainal\n"} {"url": "https://myresipi.com/jejari-roti-bersalut-tepung/", "title": "Jejari Roti Bersalut Tepung, Guna 2 Bahan Ini Je Dan Memang Sedap!", "body": "\nJom cuba jejari roti bersalut tepung ni. Sekali pandang nampak macam kentang, tapi guna roti buku je! Kalau sayang roti dah nak tamat tempoh tapi banyak lagi, boleh cuba resipi ini pula.\nTeksturnya yang rangup memang enak betul untuk dijadikan minum petang bersama anak-anak. Nak buat jadi sarapan pun tiada masalah sebab hanya guna dua bahan sahaja kemudian digoreng rangup.\nSangat sedap dicicah bersama sos cili dan hirup milo atau teh panas. Fuhh!\u00a0\nBaca juga: Jom Buat Bayam Brazil Celup Tepung, Sedap Dan Rangup Krup Krap\nMungkin ada yang pelik dan tak pernah rasa. Tapi sekali korang cuba mesti suka. Sebab rangup macam makan keropok je rasanya. Bila guna tepung bestari ni rangup dia memang lain macam.\nResipi ini masih lagi trending walaupun zaman PKP dah lama berlalu. Jom ikuti resipi dari perkongsian Yusreena Said Yusz.\n\nRESIPI JEJARI ROTI BERSALUT TEPUNG\nNak buat untuk menjual pun tiada masalah sebab min belum jumpa lagi ada yang buat jualan jejari roti ni. mungkin sebab ia mudah untuk dibuat, jadi sesiapa sahaja boleh buat di rumah masing-masing. Buat aktiviti dengan anak-anak pun sesuai.\nPortion hidangan: 2-3 orang makan\n\nBahan-bahan:\n\nRoti Buku (nak guna roti apa pun boleh)\nTepung bestari (nak guna spicy atau original pun boleh)\n\nCara-caranya:\n\nMula-mula sekali, potong roti kepada bentuk jejari. Ikut kita nak saiz Panjang mana. Buat sedang-sedang supaya mudah anak-anak nak makan.\nSeterusnya, masukkan sedikit tepung bestari ke dalam mangkuk. Tuang sedikit air dan bancuh sampai sebati.\nJangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.\nAmbil pinggan dan tuang sedikit tepung bestari yang kering.\nPanaskan minyak dalam kuali. Ambil roti, celupkan dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam pinggang. Pastikan setiap sudut bersalut.\n Masukkan dalam kuali dan goreng sampai kekuningan. Buat sampai habis roti .\nDah nampak bertukar warna gold tu, angkat dan toskan.\nHidangkan bersama sos cili dan mayonis jika suka.\n\n\n\nSesekali nak buat untuk berkelah, atau kumpul dengan family makan ramai-ramai boleh lah jimat sikit. Buat\u00a0jejari roti bersalut tepung ni je bagi menggantikan kentang goreng. Apa yang penting semua orang suka.\n"} {"url": "https://myresipi.com/jeli-sagu-mangga/", "title": "Lebih 63K Shares, Ini Cara Buat Jeli Sagu Mangga, Sedap Makan Sejuk-sejuk!", "body": "\nBayangkan waktu tengah hari yang panas, kita dapat makan Jeli Sagu Mangga yang sejuk. Fuh! Memang tak cukup sebekas kalau buat. Sedap dia hanya tekak je yang tahu.\nMudah sangat nak buat pencuci mulut ini. Semua orang boleh buat. Cuma kenalah ada bahan utamanya iaitu buah mangga. Sebab kita akan gunakan isi mangga tersebut.\nBaca juga: Cara Masak Sagu Supaya Tak Berketul, Ikut Cara Ni Boleh Tahan 2 Minggu Dalam Peti\nKalau dekat rumah korang ada tanam pokok mangga, lagi senang tinggal petik je bila dah masak. Tapi yang tak ada boleh je beli di pasaraya atau kedai Acheh berdekatan.\u00a0\nPenulis cadangkan korang guna isi mangga yang manis, sebab kalau masam, rasa jelinya akan jadi masam. Dah tak \u2018feel\u2019 nak makan sejuk-sejuk. Macam makan jeli jeruk pula. Hiks!\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Food Kraft di Facebook dan meraih sebanyak 63K shares! Mesti ramai tak sabar nak mencubanya. Jom kita tengok.\n\nRESIPI JELI SAGU MANGGA\n\nAntara pencuci mulut yang paling sedap dimakan. Selain nak makan waktu tengah musim panas, boleh juga buat sebagai snacks waktu malam. Gantikan agar-agar kepada yogurt.\nBahan-bahan:\u00a0\n\u00a0\n\n\n2 biji mangga masak \u2013 potong dadu\n3/4 tin susu pekat manis\n1/2 tin susu pekat Jersey Mango \u2013 untuk agar-agar\n1 paket agar-agar Mr. Gulaman\n1 cawan sagu\n1 paket krim serba guna\n\nCara membuatnya:\n1. Dalam periuk masukkan air, susu pekat Jersey Mango dan agar-agar Mr. Gulaman. Kacau berterusan. Potong dadu mangga dan agar-agar.\n\n2. Masukkan krim serba guna yang telah disejukkan ke dalam mangkuk adunan. Gaulkan sekurang-kurangnya 5 minit.\n3. Kemudian, tambah susu pekat manis.\n4. Masukkan sagu, agar dan mangga ke dalam adunan. Gaul sebati. Simpan sedikit untuk topping.\n5. Sejukkan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam kemudian dah boleh makan!\n\nMudahnya nak buat Jeli Sagu Mangga ni. Selamat mencuba dan menjamu selera!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-anyaman-ketupat/", "title": "Jenis Anyaman Ketupat Yang Boleh Belajar Untuk Raya Ini, Jom Cuba!", "body": "\nAda yang dah pandai buat anyaman ketupat? Ini jenis anyaman ketupat yang anda boleh cuba belajar. Silap hari bulan, bakal mak mertua pun approve anda untuk jadi menantu. Baik lelaki atau wanita.\nBila terbayangkan kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri, mesti akan teringat hidangan ketupat dimakan pula dengan kuah rendang. Alamak terliur pula.\nDalam hikayat dahulu kala seperti Hikayat Indaputra ada mencatatkan mengenai hidangan ketupat dalam masyarakat terdahulu pada sekitar abad ke-17. Ianya juga telah lama tersebar meluas dalam bentuk lisan sebelum ia dibukukan dalam hikayat-hikayat lama.\nBaca juga: 5 Jenis Lemang Yang Popular & Unik, Kalau Pernah Cuba Semua Memang Foodie Lah!\u00a0\nWalaupun kita berada dalam peredaran masa yang semakin canggih, namun makanan tradisional masih menjadi kegemaran ramai. Tak lengkap rasanya nak menyambut perayaan Aidilfitri kalau tak ada menu ketupat dan rendang disajikan di atas meja sebagai juadah kan?\nBukan setakat untuk dimakan, cara anyaman ketupat pun masih ada yang sudi untuk belajar walaupun zaman sekarang sudah banyak ketupat instant dijual di pasaran.\nSebenarnya terdapat pelbagai jenis anyaman ketupat yang boleh anda lakukan dan mempelajari bagaimana cara untuk menghasilkan anyaman ketupat yang unik ini! \nJom ikuti beberapa jenis anyaman ketupat yang unik di bawah! Bila dah tahu buat ketupat bawang bolehlah belajar jenis lain pula jadi pelbagai ketupat di hari raya nanti. Mesti meriah!\n1. Anyaman Ketupat Jantung\n\n2. Anyaman Ketupat Ikan\n\n3. Anyaman Ketupat Bantal\n\n4. Anyaman Ketupat Guling\n\n5. Anyaman Ketupat Burung Tekukur\n\n6. Anyaman Ketupat Bawang\n\n7. Anyaman Ketupat Tanduk\u00a0\n\nBanyak rupanya jenis ketupat yang ada. Selama ini ingatkan ketupat cuma ada sejenis je. Sebenarnya, ada terlalu banyak ketupat yang ada di Malaysia tetapi perbezaannya terlalu halus untuk dimasukkan ke dalam senarai ini.\nBolehlah tunjuk sikit skill anda tentang ketupat kalau terjumpa dengan mana-mana jenis ketupat di atas ketika menziarahi keluarga di musim perayaan. \nSambil-sambil makan, boleh bertukar maklumat dengan saudara-mara tentang menu tradisional ini. Dapat juga tambah ilmu sikit-sikit, betul tak?\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-beras/", "title": "Ketahui 3 Jenis Beras Yang Ada Di Pasaran, Nombor 3 Ini Paling Ramai Peminat!", "body": "\nSekiranya anda tertanya-tanya, kenapa ada banyak jenis beras di seluruh dunia dan berbeza bentuk dan saiz, dari panjang dan kurus kepada gemuk dan pendek.\nDi pasaran dunia, gred dan kualiti beras yang paling penting ialah panjang dan keputihan beras. Bunyinya rasis, tetapi itulah hakikatnya.\nBaca juga: Kutu Beras Tetap Ada Walaupun Tak Buka Lagi? Lelaki Ini Kongsi Sebabnya\nSelain itu, faktor seperti bentuk, ketumpatan, kelembutan, dan rasa nasi juga akan mempengaruhi kualiti sesuatu jenis beras.\nDi Malaysia terdapat beberapa jenis beras seperti beras perang, beras basmati, beras wangi, dan beras pulut. Jom tengok jenis-jenis beras dari perkongsian Farmera di laman Facebook ini.\u00a0\n\nJENIS JENIS BERAS\u00a0\n\n1. Beras Pendek (saiz <5.2mm panjang)\nBeras ini berbentuk bulat dan pendek. Apabila dimasak, ia melekat kerana kandungan kanji yang tinggi.\nContoh:\na. Beras sushi (mutiara)\nBeras ini mempunyai tekstur berkanji, sesuai untuk dibuat sushi yang terkenal di Jepun. Beras jenis ini juga digemari di Korea dan China.\nb. Beras Arborio\nBeras ini ditanam di Itali. Setelah dimasak, nasinya melekat antara satu sama lain. Beras ini memerlukan air yang banyak untuk dimasak kerana ia mengandungi kanji yang berlebihan.\nc. Beras pulut\nBeras ini berwarna susu. Sesuai untuk dibuat pulut, lemang, kuih-muih, dan lain-lain.\n\n3. Beras Sederhana Panjang (saiz 5.2 \u2013 6.0mm panjang)\nBeras ini lebih lebar daripada beras panjang dan nasi yang dihasilkan adalah lembut. Kebanyakan nasi putih yang kita makan hari-hari adalah jenis ini.\nContoh:\n\nBeras Calrose\nBeras Risotto\nBeras tempatan\n\n\n3. Beras Panjang (Saiz >6.0mm panjang)\u00a0\u00a0\nPanjangnya 4 kali ganda daripada lebarnya. Apabila dimasak nasinya menjadi berderai, ringan dan lembut. Sangat sesuai untuk dibuat nasi beriani, nasi minyak, nasi bukhari, nasi Arab dan nasi tomato.\nContoh:\na. Beras Basmati\nBeras Basmati ini ditanam di Pakistan dan India serta Amerika Syarikat. Ia mempunyai aroma yang enak. Setelah dimasak, nasinya tidak melekat, berderai dan tidak mudah patah. Sangat sesuai untuk dibuat nasi beriani, nasi minyak dan nasi bukhari.\nb. Beras Jasmine\nAda varietinya yang dikenali sebagai beras wangi. Banyak ditanam di Thailand dan Amerika Syarikat. Berasnya panjang dan lembut setelah dimasak. Beras ini hampir menyerupai beras basmati.\nc. Beras organik\nBeras organik adalah jenis beras panjang yang bermutu tinggi dan sangat berkhasiat dengan kandungan karbohidrat yang rendah.\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Gadis Ini Selamba Jadikan Beras Sebagai Kudapan, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-cili-kering/", "title": "5 Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasannya, Baru Senang Nak Mencili!", "body": "\nKebiasaanya kalau tersalah beli cili kering, mesti berpijau lidah ini dibuatnya. Jom ketahui jenis cili kering serta tahap kepedasannya di sini.\nMesti ramai orang bersangka semua cili kering ni sama saja. Tapi hakikatnya tidak. Ada beberapa jenis cili kering serta nama yang mereka yang tersendiri.\nBaca juga: Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Potong Satu-Satu. Tangan Pun Tak Pijar!\u00a0\nJika ke pasar, dah tak perlu risau tersalah pilih nanti, sebab senang nak pilih cili kering untuk dibuat sambal kepada anak-anak.\nJangan risau, jom kita tengok 5 jenis cili kering dan ketahui apa yang sesuai untuk masakan jenis apa.\n\n1. Cili Kering Berempah\n\nBentuk fizikal: lurus, licin, pendek-pendek, banyak biji, dan lebih kecil.\nTahap kepedasan: Sangat pedas\nHarus digunakan dengan berhati-hati dalam masakan. Korang yang mempunyai perut sensitif atau mempunyai masalah gastrik perlu elak cili kering jenis ini. Tapi, kalau nak cuba atas risiko sendiri tau.\n\n2. Cili Kering Biasa\n\nBentuk fizikal: banyak kecut, kedut dan panjang serta mempunyai warna merah yang pekat.\nTahap kepedasan: Sederhana pedas\nBagus digunakan untuk menambah rasa ke dalam hidangan. Kalau korang tidak boleh makan banyak makanan pedas, ini sebenarnya sudah dianggap agak pedas untuk korang.\n\n3. Cili Kering Salem\n\nBentuk fizikal: berbentuk seperti buah ceri.\nTahap kepedasan: Sederhana pedas\nCili kering ini berasal dari Salem, India. Ia sesuai digunakan dalam masakan India. Mempunyai haruman dan rasa yang agak sedap.\n\n4. Cili Kering Yidu\n\nBentuk fizikal: Gemuk, kurang biji, licin, pendek-pendek, dan besar.\u00a0\nTahap kepedasan: Tak pedas\nIa bagus digunakan untuk membuat sambal iaitu pes cili atau cili boh. Tapi harga cili kering ini boleh tahan mahal.\n\n5. Cili Kering Kashmir\n\nBentuk fizikal: Warna merah pekat, banyak kedutan, tiada tangkai.\nTahap kepedasan: Sederhana pedas\nBerasal dari Kashmir, India dan tidak dijual dalam Malaysia. Jangan risau,korang boleh memesannya secara dalam talian. Hebat untuk digunakan dalam tandoori, hidangan daun pisang dan hidangan India yang lain.\n\nSumber: My Weekend Plan\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-durian/", "title": "Top 5 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia, Nombor 3 Paling Ramai Peminat!", "body": "\nMusim durian sudah tiba! Terdapat pelbagai jenis durian\u00a0yang boleh didapati di Malaysia. Tetapi harga yang dijual berbeza mengikut jenisnya. Rupanya ada sebab kenapa ada yang mahal, ada yang murah.\u00a0\nJom kenali 5\u00a0 jenis durian terbaik yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia menurut Durian Bear ini. \nKami kongsikan juga tip yang boleh anda praktikkan untuk elak ditipu penjual buah durian yang tidak bertanggungjawab.\nBaca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!\nMaklumlah, harga buah durian sekarang boleh tahan juga. Jadi, kena pilih yang setanding dengan harga! Barulah berbaloi.\n\nTOP 5 JENIS DURIAN POPULAR DI MALAYSIA\n1. Durian Musang King (D197)\n\nInilah durian idaman pencinta \u2018raja buah\u2019 iaitu Musang King.\nDurian asli Musang King mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan tekstur yang lembut dan berkrim. Isi durian ini juga lebih tebal, berkilat dan berbiji kecil berbanding durian lain.\nRasa: Lemak manis, sedikit pahit, buttery, aroma yang kuat\nTips: Mempunyai bentuk lebih bujur seperti bola ragbi, kulit hijau muda, duri berbentuk seperti piramid kecil, bahagian bawah buah mempunyai corak garisan seakan-akan bintang yang ketara.\n2. Durian Udang Merah (D175)\n\nBerasal dari Balik Pulau, durian baka kahwin ini menghasilkan isi berulas halus, berwarna kuning jingga kemerahan dan setiap biji mempunyai lapisan krim yang sangat menyelerakan. Jenis durian ini yang berkualiti tinggi agak sukar ditemui, menyebabkan harganya kadangkala lebih mahal daripada Musang King.\nDurian ini juga ditanam di negeri Pahang dan Johor, tetapi rasanya tidak sama seperti Udang Merah Pulau Pinang yang asli. Kebiasaannya berkulit coklat perang, durian ini berbentuk bujur, berduri pendek, dan agak susah dikupas kerana berkulit tebal dan keras.\nRasa: Berlemak manis, melekit, halus dan lembik, aroma yang menyelerakan\nTips: Kulit Udang Merah yang berwarna hijau keperangan dikatakan ditanam di luar Pulau Pinang. Untuk memilih Udang Merah yang terbaik, pastikan beratnya dalam 1 kg sebiji.\n3. Durian Kampung (888)\n\nDalam lautan pelbagai jenis durian hibrid yang mencuri perhatian, masih ramai yang setia menikmati durian ini kerana ia paling mudah dijumpai dengan harga termurah.\nDurian paling original ini terhasil dari pokok tunggal yang berusia ratusan tahun. Walaupun isinya agak padat, rasa durian kampung yang asli tidak konsisten sama sekali \u2014 ada yang pahit, ada yang manis. Senang cerita, ikut nasib.\nRasa: Manis (seperti vanilla), pahit atau tawar, tidak konsisten dan berbeza\nTips: Durian kampung Gred A mempunyai berat lebih dari 1.5 kg sebiji (RM15 \u2013 RM18 per kg), Gred B kurang 1 kg (RM 10 per kg), dan Gred C untuk membuat tempoyak (3 biji RM10).\n4. Durian Duri Hitam / Black Thorn (D200)\n\nDikatakan jauh lebih enak daripada Musang King yang overrated, durian premium dari Sungai Bakap, Pulau Pinang ini semakin menjadi buruan \u201chantu durian\u201d. \nBergantung kepada usia pokok tersebut, isinya yang lebih bulat berbanding durian lain juga mempunyai variasi warna berbeza, daripada jingga pastel seakan-akan merah jambu, hingga jingga terang.\nWalaupun isi tidak setebal Musang King, keunikan rasa lemak manis Black Thorn yang menyelerakan pasti membuat setiap penggemar durian termimpi-mimpi! Sekarang, harga Black Thorn yang berkualiti bermula sekitar RM60 per kg dan boleh mencecah RM105 per kg.\nRasa: Sangat berkrim, berlemak manis dengan aftertaste pahit, aroma kurang tajam\nTips: Juga digelar Ochee, Duri Hitam atau Hei Tze, bentuk durian ini berbeza mengikut musim dan kawasan tanaman. Kebiasaannya, ia berbentuk bulat, bertapak rata, bertangkai kecil (kira-kira sebesar ibu jari), dan bahagian bawahnya mempunyai lingkaran hitam dengan titik kecil tanpa duri.\n5. Durian Sultan (D24)\n\nD24 atau durian Sultan mudah untuk dikenalpasti dan ditemui. Ia berbentuk bulat, mempunyai duri yang lebih tirus dan tajam, dengan susunan duri-duri halus yang rapat di keliling tangkai. Di bahagian bawah buah ini terdapat bulatan berwarna coklat seperti serpihan dari bunga.\nBerwarna kuning pucat, isinya mempunyai tekstur tebal dan lembut. Dengan harga berpatutan (dari RM19 per kg), ia juga selalu dihidang dalam bufet durian. D24 mampu memberi kepuasan setanding durian premium jika anda pandai memilih.\nRasa: Sangat berlemak, sederhana manis dan pahit, aroma sederhana kuat\nTips: Kulit durian Sultan D24 berwarna hijau muda, nipis dan mudah dikupas. Biasanya, satu pangsa beris dua atau tiga ulas.\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Woody Harrelson \u2018Selamba\u2019 Je Buat Durian Goreng Untuk Sarapan, Netizen Ternganga Kejap\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-jenis-cili-kering-yang-patut-anda-tahu/", "title": "JENIS-JENIS CILI KERING YANG PATUT ANDA TAHU!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-03-22 03:56:25\n\n\nMesti ramai antara kita rasa semua cili kering sama je.\u00a0Padahal\u00a0cili kering ada beberapa jenis dan\u00a0nama yang tersendiri. Jadi hari ini kami\u00a0nak kongsikan jenis-jenis cili kering dan sesuai untuk masakan jenis apa.\u00a0\n1. CILI KERING BERKILAT\n\nSenang je nak tahu sifat cili kering jenis berkilat ni. Dia lurus, berkilat, banyak biji, berwarna merah\nmenyala dan\u00a0tak bertangkai. Cili kering jenis ini sangat pedas dan\u00a0senang untuk dapat di mana-mana sebab harganya\u00a0agak murah. Cili kering jenis berkilat\u00a0tak sesuai untuk masakan panas.\n2. CILI KERING BERKERINTING\n\nCili kering ini\u00a0berkedut dan\u00a0kecut, bertangkai, banyak biji dan\u00a0warnanya merah gelap. Cili kering ini sering kita guna. Ia\u00a0senang untuk didapati kerana\u00a0murah. Cili ini kurang pedas\u00a0berbanding dengan cili kering berkilat\u00a0memang sesuai untuk semua jenis masakan.\u00a0\n3. CILI KERING GEMUK\n\nCili kering jenis ini pula sifatnya gemuk, kurang biji dan berwarna merah-merah kehitaman. Cili jenis ini sedikit mahal\u00a0dan\u00a0sesuai untuk masak sambal nasi lemak. Cili ini biasanya kita akan jumpa di bahagian\u00a0Pantai Timur.\n4. CILI KERING PAPRIKA\n\nYang terakhir, cili kering paprika. Ianya\u00a0lurus, banyak biji, bertangkai, berkilat dan\u00a0berwarna\nmerah menyala. Kebiasaannya kita akan jumpa cili ini dalam bentuk serbuk dan\u00a0amat sesuai\ndigunakan untuk masak kari dan\u00a0tomyam.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-jenis-susu-tepung-yang-baik-untuk-orang-dewasa/", "title": "Jenis-Jenis Susu Tepung Yang Baik Untuk Orang Dewasa, Setiap Jenama Berbeza Fungsinya", "body": "\nKebiasaannya hanya golongan kanak-kanak yang digalakkan untuk minum susu untuk pembentukan tulang lebih kuat dan tumbesaran sempurna.\nTapi sebenarnya golongan dewasa juga memerlukan minuman susu untuk mengelakkan sakit-sakit sendi pada usia tua nanti.\nMalangnya, ada diantara kita yang terlepas pandang untuk pengambilan susu dalam minuman harian mereka pada lewat 30 an sehingga pada usia tua mereka sudah berasa sakit tulang dan sendi.\nJadi, anda berada dalam artikel yang tepat kerana kami akan senaraikan susu untuk orang tua dan dewasa.\nSenarai Susu Tepung Yang Baik Untuk Orang Dewasa\n\n1. Abbott Glucerna Vanilla\n\nBebas kolestrol\nKurangkan berat badan\n\n2. Nestle Omega Plus Plain Milk Powder\n\nTinggi kalsium dan kurang lemak\nMenurunkan kolesterol\nBoleh mendapatkan jumlah kalsium yang diperlukan dengan meminum 2 gelas setiap hari\n\n3. Nestle Everyday Milk Powder\n\nMeningkatkan pertumbuhan tisu otot\nMembina sel darah merah\n\n\n4. Nestle Omega Plus Dark Chocolate Milk Powder\n\nProtein tinggi\nMenurunkan kolesterol\nMenguatkan tulang dan gigi\nBerperisa coklat\n\n5. Anlene Gold Actifit 5X\u2122 Plain Adult Milk Powder\n\nProtein tinggi\nMampu memperbaiki sendi\n\n6. Fernleaf Family Milk\n\nKaya dengan zat besi\nMenguatkan tulang\n\nHaa,\u00a0jadi kalian dah tahu jenis-jenis tepung untuk orang dewasa. Pilih saja mana yang sesuai untuk anda ya?\nSumber: Chia KY\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-makanan-elak-simpan-peti-sejuk/", "title": "Jangan Simpan 21 Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, No. 5 Paling Ramai Buat!", "body": "\nPeti sejuk merupakan tempat yang paling selamat untuk menyimpan makanan. Namun begitu, bukan semua jenis makanan boleh diletakkan di dalam peti sejuk.\nSuhu peti sejuk boleh menyebabkan sesetengah makanan menjadi rosak dengan lebih cepat, lebih-lebih lagi sayur-sayuran dan buah-buahan.\nBukan itu saja, ia juga boleh memberi kesan kepada kadar nutrisi yang ada dalam makanan tersebut.\u00a0Oleh itu, mari kita ikuti 21 jenis makanan yang tidak seharusnya disimpan di dalam peti sejuk di bawah.\nBaca juga: Hati-hati, Jangan Panaskan 9 Makanan Ini Dalam Microwave!\n21 JENIS MAKANAN TAK BOLEH SIMPAN DALAM PETI SEJUK\n1. Bawang besar & bawang putih\n\nJika bawang besar disimpan di dalam peti sejuk, ia akan menjadi lembut dan berkulat disebabkan oleh kelembapan.\nNamun begitu, anda boleh simpan lebihan bawang yang sudah dipotong dalam bekas tertutup selama dua hingga tiga hari.\nJika bawang belum digunakan, simpan di tempat terbuka dan kering. Tetapi bukan di dalam plastik dan simpan jauh dari kentang.\nSama juga dengan bawang putih, simpan ia di tempat kering dan terbuka. Jika simpan di dalam peti, akan menyebabkan\u00a0tumbuh pucuk hijau dan\u00a0jadi bergetah.\n2. Daun basil (daun selasih)\nJika disimpan di dalam peti sejuk, daun akan menjadi basah dan bertukar menjadi warna coklat.\nCara betul menyimpan daun selasih adalah dengan merendam akar di dalam air dan disimpan pada suhu bilik.\n3. Kentang\nKentang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan ia menjadi lebih manis. Selain itu, kentang juga akan berwarna kehitaman semasa dimasak kerana gula dalam kentang dikaramelkan.\n4. Avacado mentah (belum masak)\nAvacado akan lambat matang jika disimpan di dalam peti sejuk.\u00a0Jika disimpan pada suhu bilik, ia akan matang dengan lebih cepat.\n5. Timun\n\nSekiranya simpan di dalam peti, timun akan menjadi kekuningan serta timbul bintik-bintik pada permukaan kulit. Seterusnya timun akan kecut selepas 3 hari.\nSekiranya anda tetap memilih untuk menyimpannya di dalam peti sejuk, bungkus dengan pembalut plastik untuk meminimumkan kelembapan.\nSebaiknya, gunakan timun tersebut dalam tempoh segera untuk mengelakkan ia rosak.\n6. Tomato\nSebaiknya simpan tomato pada suhu bilik untuk mengekalkan rasa dan teksturnya.\n7. Minyak zaitun\nJika disimpan di dalam peti, minyak zaitun akan memjadi butiran kristal dan juga boleh menjejaskan rasa.\nCara yang terbaik untuk menyimpannya adalah dengan menyimpan di pantri, namun jauh dari cahaya dan haba oven.\n8. Tembikai belum masak\n\nTembikai perlu disimpan pada suhu bilik untuk memastikan ia masak.\u00a0Namun begitu, tembikai yang sudah dibelah perlu disimpan di dalam peti sejuk. \nIa perlu dimakan dalam tempoh masa 3 hingga 4 hari sebelum ia menjadi lembik dan berlendir.\n9. Pisang belum masak\nPisang memerlukan suhu yang suam supaya ia matang. Jadi, peti sejuk bukan tempat yang sesuai.\nNamun begitu, pastikan pisang tidak terkena cahaya matahari secara langsung.\n\n10. Hot sauce\nCuka yang terkandung dalam\u00a0hot sauce untuk memastikan ia dapat bertahan selama 6 bulan. Jadi,\u00a0hot sauce\u00a0ini tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.\n11. Sos tomato & sos cili\n\nJenis makanan ini sering disimpan di dalam peti sejuk oleh kebanyakan orang.\nIa hanya perlu disimpan di dalam almari dan boleh digunakan sepanjang tempoh 6 bulan.\nNamun begitu, anda masih boleh memilih untuk meletakkan sos tomato dan sos cili di dalam peti sejuk.\n12. Soy sos\nSoy sos boleh disimpan di dalam kabinet dapur anda sahaja.\nNamun begitu, kesegaran rasa dapat dikekalkan jika disimpan di dalam peti sejuk.\n13. Kacang\nKacang yang tidak dibakar boleh disimpan di luar peti sejuk selama 2 hingga 9 bulan selepas dibuka.\nTetapi, jika disimpan di dalam peti, ia akan mengelakkan kacang menjadi tengik.\nSebaiknya, jangan beli kacang dalam jumlah yang banyak. Pastikan ia disimpan di dalam bekas kedap udara, simpan di pantri dan dimakan dalam tempoh beberapa bulan.\n14. Butter\nButter merupakan produk tenusu yang perlu disimpan di dalam peti sejuk.\u00a0Namun begitu, ia akan menjadi keras dan sukar untuk ratakannya di atas roti.\nAnda boleh menyimpannya di luar peti selama 2 hari pada suhu yang tidak terlalu panas.\n15. Madu\n\nMadu yang disimpan di dalam peti sejuk akan merubahnya menjadi butiran kristal dan akhirnya menjadi keras seperti batu.\nOleh itu, simpan madu di tempat yang tidak terlalu panas pada suhu bilik, bersih dan kering bagi mengekalkan khasiat madu.\n16. Sapuan roti\nSapuan pada roti contohnya nutella dan peanut butter, sebaiknya disimpan di luar peti sejuk.\nJika diletakkan di dalam peti, akan membuatkan sapuan roti ini menjadi keras dan sukar untuk disapu di atas roti.\nCara terbaik adalah disimpan di ruang bersuhu bilik.\n17. Makanan dalam tin\nMakanan di dalam tin tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kecuali sekiranya ia telah dibuka.\n18. Coklat\nJika anda perasan, coklat yang disimpan di dalam peti akan muncul warna putih pada permukaannya.\u00a0Ia bukan kulat, tetapi lemak semula jadi yang terpisah dari coklat.\u00a0\nJadi, lebih baik jika simpan di tempat kering yang terhindar dari cahaya matahari.\n19. Kopi (beans atau grounds)\nSerbuk kopi akan menjadi keras dan sukar untuk diambil apabila mahu digunakan.\nJadi, lebih bagus jika simpan kopi dalam bekas yang tertutup rapat pada suhu bilik.\n20. Buah epal\nBuah epal boleh bertahan sehingga tiga minggu di luar peti sejuk.\nJika disimpan di dalam peti, ia akan mempercepatkan proses pematangan buah. Sebab itu buah akan cepat rosak, inti menjadi lembik dan tidak rangup.\n21. Terung\n\nSuhu peti sejuk akan merosakkan rasa dan tekstur terung.\u00a0Namun, jika disimpan pada suhu bilik, ia akan dapat bertahan selama beberapa hari sahaja.\u00a0Cara yang terbaik adalah dengan terus menggunakannya setelah dibeli.\nSumber: Delish\nBaca juga: Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Semula, Nombor 7 Paling Ramai Buat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-minyak-masak-dan-kegunaannya/", "title": "Asyik Pakai Minyak Masak Sama, Cuba 10 Jenis Ini Pula, Memang Padu Masakan Anda!", "body": "\nCakap pasal minyak masak, mesti ingat semua minyak masak sama je kegunaannya. Tapi bila dah masak, lain pula rasa dan hasil hidangan.\nUntuk pengetahuan korang, minyak masak ada banyak jenis dan cara kegunaannya. Tak semua minyak masak yang sesuai untuk sesuatu jenis masakan. Silap haribulan, boleh \u2018fail\u2019 masakan kita tau!\nBaca juga: Bukan Semua Minyak Zaitun Sesuai Untuk Masak, Ini Cara Membezakannya\nAda 10 jenis minyak masak yang ada di pasaran dan cara nak mengunakannya ikut kesesuaian masakan. Jom kita tengok.\n\n1. Minyak Sawit\n\nKelebihan: Antara minyak yang mempunyai komposisi lemak yang baik. Ia juga mengandungi antioksida semula jadi, mampu mengawal peratusan hormon tromboksana dan prostasilin dalam darah, yang mana ia dapat mengelak daripada kecenderungan darah beku.\nKegunaan: Memasak dan menggoreng semua jenis masakan.\n\n2. Minyak Kelapa\n\nKelebihan: Lemak yang berasal dari minyak kelapa boleh membantu meningkatkan metabolisme, mengurangkan selera makan, dan membantu penurunan berat badan.\nKegunaan: Sesuai untuk menumis dan memanggang. Boleh juga ditambah ke dalam kopi untuk rasa tambahan.\n\n3. Minyak Avokado\n\nKelebihan: Menyihatkan jantung ini kerana mempunyai sifat anti-radang yang membantu mencegah kerosakan arteri, penyakit jantung, dan tekanan darah.\nKegunaan: Menumis, menggoreng, dan membuat mayonis homemade.\u00a0\n\n4. Ghee\n\nKelebihan: Sesuai untuk orang yang tidak tolenrasi dengan tenusu. Mempunyai sumber vitamin larut lemak yang hebat dengan rasa kacang yang lebih kuat daripada mentega.\nKegunaan: Sesuai untuk buat nasi Arab, hidangan makanan India, pengganti mentega, dan menumis.\n\n5. Minyak Biji Pumpkin\n\nKelebihan: minyak yang kaya dengan vitamin A, K, E, serta asid lemak omega-3 dan omega-6.\nKegunaan: Sesuai untuk hiasan salad, celup atau pengasam salad, dan juga berpasangan dengan ais krim.\n\n6. Minyak Walnut\n\nKelebihan: Mengandungi asid lemak omega-3, sumber zat besi, zink, kalsium, dan magnesium. Ia juga dapat mengekalkan tahap tekanan darah diastolik.\nKegunaan: Boleh dimasak dengan suhu sederhana (suhu tinggi makanan jadi pahit), salad dressing, pasta, dan coklat hazelnut homemade.\n\n7. Minyak Bijan\n\nKelebihan: Melambatkan pertumbuhan dan replikasi sel, dapat turunkan tekanan darag, gula darah dan memperbaiki kulit. Selain itu, ia juga dapat berikan 17% vitamin K yang beri sokongan tulang dan cegah pembekuan darah.\nKegunaan: Sesuai untuk menumis dan memasak masakan Asia, bahan perapan, serta salad dressing.\n\n8. Minyak Biji Bunga Matahari\n\nKelebihan: Minyak ini pula dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung, membantu melawan kanser, turunkan kolestrol jahat serta meningkatkan tenaga.\nKegunaan: Sesuai untuk membakar ayam, ikan, atau tauhu.\n\n9. Minyak Canola\n\nKelebihan: Kaya dengan lemak omega-6 hingga omega-3. Ia juga melawan kanser, artritis, dan asma. Minyak ini juga mempunyai asid alpha-linolenat (ALA) yang berperanan menjaga berat badan.\u00a0\nKegunaan: Boleh dijadikan minyak masak harian, tahan tahap panas tertinggi dan tidak merosakkan rasa makanan yang dimasak bersama.\n\n10. Minyak Biji Rami\n\nKelebihan: Boleh membantu sistem percernaan secara semulajadi untuk mengatasi sembelit. Ia juga dapat menguragkan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.\nKegunaan: Sesuai digunakan sebagai salad dressing, topping makanan dan juga smoothie.\n\nSumber: Eatthis, Restaurantcliks\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-potongan-bawang/", "title": "16 Jenis Potongan Bawang Ikut Hidangan, Lulus Ini \u2018Confirm\u2019 Mertua Suka!", "body": "\nPernah tak anda terfikir, kenapa ya setiap hidangan memerlukan potongan bawang yang berbeza? Masak sambal potongannya lain, masak sup pula lain.\nMacam mana nak tahu beza potongan bawang ni bila mak mertua sebut? Mujur ada perkongsian daripada Faeez Harith tentang jenis potongan bawang yang kita wajib tahu!\nPerkongsian beliau tentang pemotongan bawang ini dikongsi di Twitter dan menjadi tular untuk rujukan orang ramai.\nBaca juga: Ini 11 Jenis Gula Yang Korang Kena Tahu & Cara Kegunaannya\nKatanya sesetengah potongan tidak sesuai untuk sesetengah resipi. Jadi, dia telah menerangkan 16 jenis potongan bawang yang betul mengikut jenis hidangan.\n\n9 JENIS POTONGAN BAWANG MERAH\n\n1. Potong \u2013 Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.\n2. Gegelung \u2013 Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.\n3. Mayang \u2013 Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.\n4. Belah \u2013 Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.\n5. Baji \u2013 Juga disebut \u2018wedges\u2019 dalam bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga untuk kebab.\n6. Hiris \u2013 Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam/rencah sambal/budu/cencaluk dan sebagainya.\n7. Dadu \u2013 Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.\n8. Dadu kecil / cincang kasar \u2013 Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.\n9. Cincang \u2013 Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.\nPenting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak. Jadi kena teliti resepinya sebelum mula memotong.\nKalau kisar bawang, seboleh-bolehnya jangan tambah air kalau nak simpan bawang tu atau masak resepi yang tak terlalu berkuah.\nLetak minyak masak je sikit. Nanti tumis pun tak perlu pakai minyak banyak dah. Bawang pun boleh simpan lama dalam sebulan dua.\n\n9 JENIS POTONGAN BAWANG PUTIH\n\nBawang putih ada beza juga ke cara potong? Ada tapi tak ketara sangat pun dan kebanyakan masa tak payah susah hati sangat.\nCuma kena ingat bawang putih lagi cepat hangit, kena jaga-jaga. Pertama kena kenal dulu banyak mana bawang putih nak diguna.\nIni dipanggil satu labu/selabu. Dalam satu labu ada 1-15 ulas bawang putih, tengok keadaan. Dalam B.Inggeris kita panggil ni \u2018bulb\u2019.\u2019\n1. Ulas \u2013 Bahagian dari selabu. Dalam B.I kita sebut \u2018cloves\u2019\n2. Ketuk \u2013 Yang ini paling senang, hampir semua masakan boleh guna gaya ni.\n3. Mayang \u2013 Potongan melintang. Biasa untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis.\n4. Hiris \u2013 Lebih kurang je dengan mayang, cuma dia menegak.\n5. Racik kasar/mancis \u2013 Ini biasa untuk buat sos, masak stim/kukus, goreng, dan lain-lain.\n6. Racik halus \u2013 Pun tak jauh beza dengan racik kasar. Tak banyak resepi pun guna potongan ni.\n7. Dadu \u2013 Untuk sos, tumis, nasi goreng dan lain-lain.\n8. Cincang \u2013 Untuk sos, tumis dan lain-lain.\nSemoga bermanfaat dan selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-rendang-di-malaysia/", "title": "Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Mengikut Negeri, Banyak Variasi Rupanya!", "body": "\nRendang memang sangat sinonim dengan sambutan Hari Raya. Pelbagai jenis rendang yang tak akan dilupakan dan sentiasa menjadi bayangan. \nTak kiralah sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha, rendang pasti akan menjadi antara menu utama selain dari ketupat dan nasi impit.\nBaca juga: Jenis Anyaman Ketupat Yang Boleh Belajar Untuk Raya Ini, Jom Cuba!\nRendang bukan sahaja menjadi sajian untuk sambutan perayaan malahan rendang juga kebiasaannya akan dihidangkan di majlis-majlis keramaian, kenduri kahwin dan sebagai hidangan makan tengahari.\nTapi tahukah anda, sajian ini ada pelbagai jenis dan biasanya ia dimasak dengan cara masing-masing dan mengikut negeri yang berkenaan. Jom kita tengok antara sembilan jenis rendang yang popular bagi setiap negeri.\n\n1. Rendang Tok \u2013 Perak\n\nRendang Tok yang dikatakan berasal dari Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak bukan sahaja digemari dan dikenali di sana, malahan ia juga amat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana rasanya yang sangat sedap.\nNama rendang tok diambil bersempena dengan orang dulu-dulu yang memasak rendang ini dan digelar dengan nama panggilan \u2018Tok\u2019 dan juga bagi memperingati jasa orang-orang lama dan mereka sangat arif memasak rendang tok dengan cara tradisional dan menggunakan dapur kayu.\nRendang Tok asalnya ialah dengan menggunakan daging kerbau yang lebih berurat dan manis. Tapi ia juga boleh divariasikan dengan menggunakan daging lembu malahan daging lembu juga lebih senang dicari. Rendang Tok adalah menu wajib bagi orang Perak. Setiap perayaan, rendang toklah yang akan menjadi menu utama hidangan.\n\n2. Rendang Cili Padi \u2013 Negeri Sembilan\n\nRendang cili padi ini berasal dari Negeri Sembilan, negeri yang sememangnya sudah popular dengan makanan pedas. Bahan-bahan utamanya hampir sama seperti rendang, namun ianya menggunakan cili padi berbanding cili kering.\nSemestinya rasa rendang ini pedas dan secukup rasa. Ianya boleh dinikmati dengan lemang dan ketupat yang pasti menggamit selera.\n\n3. Rendang Daging Hitam \u2013 Sarawak\u00a0\n\nBagi masyarakat Sarawak, rendang daging hitam adalah antara menu wajib setiap kali sambutan perayaan, kenduri dan majlis keraian. Rendang ini sesuai dimakan bersama nasi kuning, nasi putih, lemang dan kelupis. \nRendang daging hitam sentiasa meniti di bibir penggemar dan resipi rendang daging hitam kini amat popular bukan sahaja di Sarawak malahan diseluruh negara. Rendang ini dimasak tanpa menggunakan santan dan rasanya sangat sedap!\n\n4. Rendang Opor \u2013 Pahang\n\nSatu lagi rendang negeri Pantai Timur yang patut anda kenali ialah Opor, sejenis rendang yang sangat terkenal di Pahang. Opor ini bukan sahaja dinikmati semasa Hari Raya, malah ia juga sesuai dijadikan juadah harian dan disajikan di kenduri-kendara.\nKelazatan hidangan ini terletak kepada tempoh memasaknya yang lama dan juga rempah ratus yang digunakan. Antara bahan utama Opor ialah belacan, air asam jawa, rempah Opor, serai, halia, kerisik, santan, lengkuas, gula nise dan cili kering.\n\n5. Rendang Maman \u2013 Negeri Sembilan\n\n\u00a0\nBagi yang tidak tahu, maman merupakan sejenis sayuran yang kaya dengan khasiat dan sedikit pahit rasanya. Maman ini juga sesuai dibuat rendang. Bahan-bahannya juga cukup ringkas dan cara penyediaannya juga mudah.\nAntara bahan asasnya ialah santan, asam keping, kunyit hidup, cili api dan perasa seperti garam.\n\n6. Rendang Ayam Lengkuas \u2013 Sabah\n\nMenu ini adalah warisan turun temurun dan salah satu hidangan tradisi masyarakat Bugis dan dari nenek moyang bagi penduduk di Sabah. \nRendang ini sentiasa menjadi hidangan yang popular dan enak dimakan bersama nasi, pulut, lemang, ketupat nasi, buras malah roti. Rendang ini juga sesuai disajikan pada majlis-majlis kenduri, perkahwinan, doa selamat, perayaan dan sebagainya.\nTerdapat 2 jenis rendang ayam lengkuas iaitu versi basah dan kering. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk makan yang basah atau yang kering. Rendang ini juga biasanya dimasak dengan menggunakan ayam kampung. Tapi boleh juga gunakan ayam pencen atau ayam daging biasa. Rendang ini banyak menggunakan lengkuas dan tidak pedas.\n\n7. Rendang Dendeng \u2013 Perak\n\nPerbezaan utama rendang ini dengan rendang negeri lain terletak kepada cara penyediaannya. Untuk menyediakannya, anda perlu mengetuk setiap potongan daging dan mencampurkannya dengan bahan-bahan lain.\nRendang Dendeng ini sesuai dinikmati bersama nasi putih, ketupat dan nasi impit. Ianya juga sering dihidangkan semasa sambutan hari raya.\n\n8. Rendang Hati \u2013 Johor\n\nRendang Johor ni lain sikit dari negeri lain kerana ia biasanya menggunakan hati lembu yang dimasak dengan menggunakan kicap dan hati lembu juga tidak perlu dimasak terlalu lama kerana ia akan menjadi keras. \nHati lembu yang dipilih juga mestilah masih kemerahan bagi mengelakkan bau yang kurang enak. Namun, bagi yang kurang menggemari hati lembu, ia boleh juga digantikan dengan daging atau ayam.\nRendang hati adalah resipi turun temurun bagi masyarakat Johor. Setiap kali perayaan, rumah terbuka atau majlis keramaian, rendang hati kerap menjadi hidangan utama. Rendang hati sesuai dimakan dengan nasi, ketupat, lemang dan juga nasi impit.\n\n9. Rendang Ayam \u2013 Kelantan\n\nTeringin untuk mencuba rendang versi negeri Pantai Timur? Anda wajib cuba Rendang Ayam Kelantan ini. Sama seperti kebanyakan rendang di negeri-negeri lain, rendang ini juga tidak menggunakan kerisik.\nAntara bahan utama hidangan ini yang membezakannya dengan rendang negeri lain ialah asam gelugor. Tekstur rendang ini berkuah, jadi ianya sesuai dinikmati bersama pulut kuning, lemang dan ketupat.\n\nTerdapat lebih banyak lagi variasi rendang dan mengikut rekod, ada lebih 200 jenis rendang jika dicampurkan bersama Indonesia, Brunei dan Singapura.\nMemang rambang mata kalau belajar masakan rendang dan resipinya ini. Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. \nSelamat mencuba!\nBaca juga: 5 Jenis Lemang Yang Popular & Unik, Kalau Pernah Cuba Semua Memang Foodie Lah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-sayur-paling-banyak-khasiat/", "title": "7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru \u2018Balance\u2019 Diet Harian!", "body": "\nUmum mengetahui makan sayur dapat bantu kita kekal sihat. Tetapi jenis sayur manakah yang paling tinggi khasiatnya?\nTubuh badan manusia amat memerlukan nutrien-nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, serat dan air untuk terus kekal sihat.\nTapi macam mana nak dapatkan nutrien-nutrien tersebut? Sebenarnya, kebanyakkan nutrien di atas wujud di dalam sayur-sayuran. Jadi, setiap orang digalakkan untuk mula makan sayur sejak dari kecil lagi.\nBaca juga: Tips Memasak Sayur-Sayuran Dengan Betul Supaya Tidak Hilang Khasiatnya!\nMenurut pakar, sekurang-kurangnya separuh daripada pinggan hidangan perlu diisi dengan manfaat dan khasiat sayur-sayuran. Persoalannya, sayur apa yang terbaik untuk dimakan?\nMyResipi ingin kongsikan kepada anda 7 jenis sayur paling berkhasiat yang terbaik untuk dimakan.\n\nCENDAWAN\n\nCendawan adalah pembekal utama vitamin B seperti thiamine, niacin dan riboflavin yang berguna untuk ibu dan bayi.\nJenis sayur ini membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, melegakan keletihan dan meningkatkan tenaga. Manakala, Riboflavin membantu mengekalkan kesihatan kulit, meningkatkan penglihatan dan mengembangkan tulang, otot dan saraf yang kuat.\nAntara cendawan yang menjadi kegemaran setiap lapisan umur adalah cendawan Shiitake dan Enoki.\n\u00a0\n\nBAYAM\n\nMempunyai pelbagai jenis vitamin seperti A,B, dan K. Dipercayai satu mangkuk sayur ini dengan berat 30g mampu untuk memenuhi lebih separuh keperluan vitamin di atas.\n\u00a0\nBayam juga dikatakan sangat bagus untuk ibu hamil kerana kandungan folat tinggi yang mampu menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin.\n\nBROKOLI\n\nSayur hijau ini kaya dengan pelbagai nutrien dalam bentuk Vitamin A,C dan Folat. Pemakanan brokoli amat bagus untuk kesihatan mata, kulit, tulang dan sistem saraf.\nTekstur dan rasa yang menarik yang dimiliki oleh Brokoli mencuri perhatian golongan anak kecil. Oleh itu, ibu bapa boleh jadikan memberikan Brokoli sebagai sayur pertama anak anda.\n\u00a0\n\nKAILAN\n\nKailan dikatakan sebagai sayur yang paling sihat di dunia. Ini kerana sayur ini bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral bahkan juga sifat antioksidan berupa lutein dan betakorentan yang mampu melindungi sel dari radikal bebas.\nOleh itu, tubuh badan individu mungkin akan kurang risiko untuk mengalami masalah keradangan sekaligus menurunkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, barah dan lain-lain.\n\nKUBIS\n\nSayur jenis ini sangat sinonim dengan semua lapisan umur. Walaupun mempunyai rasa yang pahit disebabkan mempunyai zat glukosionlat, kubis mampu membantu mencegah kanser. Tambahan pula, sayuran ini mempunyai tinggi dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral.\nBerdasarkan kajian, kubis yang telah difermentasikan seperti hidangan kimchi mampu menguatkan sistem imun, penghadaman serta pencernaan. Dalam erti kata lebih mudah, ia bagus untuk tubuh badan khususnya perut.\n\u00a0\n\nJAGUNG\n\nJagung merupakan sejenis bijirin yang tidak asing lagi di negara kita malah ia turut dijadikan sebagai makanan ruji bagi sesetengah negara lain. Di Malaysia, jagung sering digunakan di dalam industri pembuatan makanan seperti penghasilan bijirin, minuman, snek ringan dan pelbagai lagi.\nJagung dipercayai mampu membekalkan sumber tenaga yang sangat banyak untuk tubuh badan. Ini adalah disebabkan kandungan karbohidrat dan protein yang amat tinggi. Antara lain manfaat sayur ini adalah ia mampu menguatkan tulang, membina otot, menambah antibodi dan lain-lain.\n\u00a0\n\nPAK CHOI / SAWI PUTIH\n\nSayur pak choi atau lebih popular dengan nama sawi putih di dalam kalangan orang kita ini kaya dengan vitamin K, zat besi, kalsium dan fosforus yang kesemuanya bagus untuk tulang yang sihat.\nDalam pada itu, ia juga kaya dengan mineral selenium jika mahu dibandingkan dengan sayur lain. Selenium mampu meningkatkan daya tahan tubuh badan dan mengurangkan risiko kanser.\n\nSumber: My Food Data\n"} {"url": "https://myresipi.com/jenis-susu-formula-bayi/", "title": "Banyak Sangat Jenis Susu Formula Bayi, Jangan Sampai Tersalah Pilih", "body": "\nIbu-ibu yang nak bagi susu formula bayi perlu tahu tentang jenis-jenis susu yang ada. Selepas baca, anda akan tahu mana satu susu yang terbaik untuk anak kecil anda.\nKalau tak yakin bayi anda akan suka susu itu atau tidak, anda boleh beli yang paket kecil sebagai percubaan supaya tidak membazir. Lagi bagus kalau anda baca review daripada pengguna-pengguna yang lain.\nJenis-jenis Susu Formula Terbaik Untuk Bayi 0-6 Bulan\n\n1. Enfalac A+\nSusu ini disyorkan untuk newborn kerana mengandungi DHD, Kalsium ARA & asid folik yang tinggi.\n2. Frisolac\n\nMengandungi Kolina dan kalsium tertinggi.\nNutrisi semulajadi dari susu lembu Holland.\n\n\n3. Anmum Infacare\nMempunyai khasiat penuh untuk membantu ketidakhadaman dan masalah sembelit/cirit-birit.\n4. Isomil\n\nBayi yang alah pada susu lembu boleh mencuba susu soya ini.\nMempunyai kalsium yang tinggi tanpa laktosa.\n\n\n5. Dumex Mamex Cherish\nMengandungi DHA, AA, kalsium protein, zink dan zat besi.\n6. NAN Pro\n\nMengandungi bacterium yang dapat meningkatkan kesihatan usus bayi dan mengurangkan cirit-birit.\nJuga ada protein, DHA, ARA dan pribiotik.\n\n\n7. Similac 1\n\nSering ada di hospital swasta.\nMengandungi DHA, Lutein, Vitamin E, Protein, Zink, Kalsium & Vitamin D.\n\n8. S-26 Gold SMA\nMengandungi kolina dan zink yang tinggi, DHA, Lutein dan nutrien Choline tambahan dengan Oligofructose.\n\n9. Dutch Lady\nMengandungi 5 kali DHA, Protein, Zat besi, Kalsium, Magnesium, Iodin, Vitamin A, B, D dan Selenium.\n10. Lactogen 1\n\nMengandungi DHA, Omega 3 & 6.\nMeningkatkan imunisasi badan dan perkembangan minda bayi.\nSesetengah bersetuju bahawa Lactogen 1 ini dapat mengurangkan kuning bayi.\n\nBanyak betul susu yang boleh dijadikan pilihan untuk anda. Jadi buat pilihan bijak.\nKredit: Adzmal Abdul Aziz\nBaca juga:\nJenis-Jenis Susu Tepung Yang Baik Untuk Orang Dewasa, Setiap Jenama Berbeza Fungsinya\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/jeruk-ikan-masin-tenggiri/", "title": "Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini", "body": "\nJeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini.\nBila teringin nak makan ramai yang pilih untuk beli jeruk ikan masin ini tapi ada rasa ragu ragu sama ada produk buatan muslim atau tidak, selain was-was dengan tahap kebersihan semasa pembuatannya. \nAda juga yang dah beli tapi terlalu masin pula.\nBaca juga: Ikan Masin Duri Masak Asam, Kecur Air Liur Dibuatnya\nJeruk ikan masin tenggiri yang digoreng bersama dengan hirisan bawang dan cili padi memang sedap. Makan dengan nasi panas atau lauk kari memang layan.\nSupaya tak ragu-ragu dan jeruk ikan masin tenggiri ini kena dengan selera kita boleh saja buat sendiri. Caranya dikongsi oleh pengusaha jeruk ikan masin sendiri iaitu Cik Puan Suria Abdullah.\nJom tengok cara-caranya.\n\nCARA BUAT JERUK IKAN MASIN TENGGIRI\n\nBahan perapan:\n\nGaram kasar\nBekas kedap udara\nCuka makan\nAsam keping\n\nBahan-bahan:\n\nIkan tenggiri\u00a0\n\nCara membuat:\n1. Cuci bersih ikan, korek darah yang ada pada tulang tengah sekali.\n2. Toskan ikan, keringkan dengan cara lap guna tisu makan.\n3. Jemur sekejap (kurang setengah jam) dalam cuaca yang panas. Tapi jangan jemur terlalu lama nanti isi ikan akan kecut dan keras.\n4. Dah siap dikeringkan, rendam sekejap dalam cuka makan. Rendam kurang seminit.\n5. Tabur garam kasar dalam bekas kedap udara. Kemudian, letak ikan, tabur lagi garam kasar. Letak asam keping (jangan banyak sangat nanti masam dan tak sedap). Ulang hingga ikan habis.\n6. Tutup rapat bekas berisi ikan. Biarkan selama 7 hari. Jika nak sedap, simpan dalam tempayan.\n7. Cukup 7 hari buang air perapan kemudian bilas ikan. Bilas sedikit saja jangan cuci nanti isi ikan hancur.\nNota tambahan: Ikan ini boleh simpan di luar terendam minyak tahan lebih 2 bulan. Jika simpan peti sejuk tahan lebih 6 bulan. Jika simpan dalam peti sejuk minyak akan beku, kena keluarkan awal jika nak makan.\n8. Masukkan ikan dalam bekas lain kemudian tuang minyak masak yang baru. Biarkan ikan terendam lebih kurang sejam dah boleh goreng.\nCara goreng:\nSebelum goreng golek-golekkan ikan dalam tepung gandum supaya ikan tak hancur. Tak perlu letak air kemudian barulah digoreng.\n\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Cara Buat Sambal Ikan Masin Sengelo, Sambal Tradisi Orang Sarawak\n"} {"url": "https://myresipi.com/jeruk-mangga-asam-boi/", "title": "Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap, Sedap Dia Boleh Buat Ketagih!", "body": "\nJeruk Mangga Asam Boi antara jajan (snek) yang amakt sinonim dengan rakyat Malaysia. Rasanya yang pelbagai seperti masamnya, pedasnya, manisnya membuatkan ia sangat digemari. Jadi tak pelik pun snek ini dijual di gerai-gerai atau di lampu trafik.\nNak membuatnya pun sangat mudah, lebih jimat dan boleh dapat dalam kuantiti yang banyak. Boleh adjust rasanya ikut selera maing-masing. Berbaloi sungguh makan hasil air tangan sendiri sambil menonton TV.\nArtikel berkaitan: Resepi Mangga Milk Cheese, Pencuci Mulut Yang Kini Viral Di Indonesia!\nJom kita tengok resipi dari perkongsian Sham Sabri ini yang menghasilkan Jeruk Mangga Asam Boi yang sedap. Tengok gambarnya saja dah buat min terliur.\nResipi Jeruk Mangga Asam Boi\n\n\nBahan-bahan:\n\n2 biji mangga\n5-6 biji cili api \u2013 boleh kurang/tambah\n3-4 sudu besar gula pasir\n5 biji asam boi\n1/4 cawan aiskrim soda\n\nCara menyediakannya:\n1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan\n2. Masukkan ke dalam balang\n3. Campurkan semua bahan-bahan lain iaitu gula, cili api, asam boi dan aiskrim soda.\n4. Simpan dalam peti ais semalaman bagi pemprosesan jeruk berjalan. Lepastu siap dan boleh dimakan.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/jika-anda-pecinta-nasi-arab-anda-wajib-try-nasi-pakistan-punjab-pula/", "title": "Jika Anda Pecinta Nasi Arab, Anda Wajib Try Nasi Pakistan/Punjab Pula", "body": "\nRamai di kalangan kita memang menggemari nasi arab, tapi tahukah anda yang nasi pakistan dan punjab pun tak kurangnya sedap sama macam nasi arab tau! Memang jarang sangat orang kita tahu tentang kewujudan nasi pakistan dan punjab ni.\nDi lawan Twitter, ada seorang pengguna yang dikenali sebagai @magmalaya telah berkongsi sebuah restoran yang menghidangkan nasi pakistan dan punjab. Boleh dikatakan ini adalah salah satu restoran yang sering dikunjungi oleh dia dan keluarganya.\nJika Anda Pecinta Nasi Arab, Anda Wajib Try Nasi Pakistan/Punjab Pula:\n\u201d Korang kalau gemar makan Nasi Kandar atau makanan Arab, aku sarankan try masakan Pakistan/Punjab pula. Dekat KL ada satu kedai ni aku dan family sering pergi \u201d\n\u201d Ni kedai dia. Dekat KL. Have a try \u201d\n\n\nAntara menu yang sering menjadi pilihan orang ramai adalah daging kambing mereka.\n\u201d Lamb karahi, Daging kambing yang lembut. Terasa rempah dia punyalah pekat. Pedas, tpai boleh tahan dihabiskan \u201d\n\n\u201d Nasi dia padu. Makan banyak tapi tak muak. Tak tawar \u201d\n\n\u201d Kebab dia, daging lembut, sampai ke dalam dia punya lembut \u201d\n\n\u201d Sama juga Ayam Tandoori dia. Mungkin sebab dia panggang pakai besi, bahagian dalam daging ayam tu memang lembut. Padu \u201d\n\n\u201d Nan cheese, tak kedekut cheese dia. Sedap \u201d\n\n\u201d Manisan barfi. Ni anak aku suka makan \u201d\n\nSelain itu, minuman di restoran ini juga sangatlah sedap! Rugi kalau anda tak rasa tau\n\u201d Datang sini order tiga jenis air: Mango lassi Lassi biasa Chai masala Padu \u201d\n\nHaanampak menarik kan? Anda memang wajib cuba makan di sini. Restoran ini terletak berdekatan di Jalan Ipoh dan agak susah untuk cari parking jadi anda kena datang awal sikit supaya anda tak berebut parking ya.\nSumber: magmalaya\n"} {"url": "https://myresipi.com/jimat-masa-beli-bahan-masakan-ini-tips-mudah-tanam-daun-kesum/", "title": "Jimat Masa Beli Bahan Masakan, Ini Tips Mudah Tanam Daun Kesum", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-04 09:13:34\n\n\nKebiasaannya, daun kesum ini sering digunakan sebagai penambah aroma dan rasa pada masakan seperti Laksa, Asam Pedas, dan Kengsom. Bagi yang mempunyai halaman rumah, menanam daun kesum sangat digalakkan kerana ianya sangat untung dan menjimatkan dari segi perbelanjaan dapur.\n\n\nKredit: Rosnah Ramli \nNamun, menanam daun kesum bukanlah perkara yang mudah kerana ianya mudah kering layu dan mati sbelum naik pucuk mudanya. Ia memerlukan cara yang betul untuk memastikan daun kesum ini betul-betul menjadi tanamannya. Ini ada tips menanam daun kesum dengan cara paling mudah yang anda patut cuba. Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Rosnah Ramli menerusi laman Facebook.\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nBekas bertutup\nAir secukupnya\nBaja AB\nBatang Kesum\nPisau\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMula-mula, tebukkan penutup bekas yang membolehkan batang kesum boleh menembusi lubang tersebut.\n \nKredit: Rosnah Ramli \n\u00a0\nKemudian, cucukkan batang-batang kayu kesum pada penutup bekas.\n\u00a0\nSelepas siap mencucuk, campurkan air yang sudah disediakan tadi dengan baja AB dan masukkan ke dalam bekas.\n\u00a0\nKemudian, tutupkan bekas dan simpankan di kawasan yang redup.\n \nKredit: Rosnah Ramli \n\n\u00a0\nDah siap! Mudah saja kan caranya? Selepas ini anda cuma perlu memetik sahaja daun kesum dari tanaman yang sudah menjadi. Tidak perlu susah-susah lagi ke kedai untuk membelinya. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jollibee-buka-cawangan-pertama-di-lembah-klang/", "title": "Penantian Berakhir! Jollibee Buka Cawangan Pertama Di Lembah Klang Bermula Hari Ini", "body": "\nPada Disember 2018, Jollibee telah membuka cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu, Sabah. Rakan-rakan kita yang berada di sana lebih awal merasai keenakan rasa ayam goreng popular dari Filipina ini.\nPenantian hampir 3 tahun penduduk di Semenanjung berakhir apabila Jollibee Malaysia telah membuka secara rasmi cawangan pertama mereka di Lembah Klang iaitu di Sunway Pyramid.\nJadi bagaimana rasa ayam goreng Jollibee ini jika dibandingkan dengan ayam goreng daripada jenama lain yang sudah lama bertapak di Malaysia? Kami kongsi sedikit tentang rasa dan menu apa yang patut anda cuba di sini nanti.\nGandingan Ikonik Chickenjoy Dan Jolly Spaghetti\n\nJika ke Jollibee, tidak sah\u00a0 jika tidak memesan menu ayam goreng signature mereka, Chickenjoy bersama Jolly Spaghetti ini.\nGigitan pertama ayam goreng Chickenjoy ini sudah cukup untuk membuktikan kesedapannya sehingga terkenal di seluruh dunia.\nAntara sebab mengapa jenama ayam goreng popular antarabangsa lain tidak dapat bersaing dengan Jollibee di Filipina ini ialah setiap set ayam goreng Chickenjoy didatangkan bersama satu sos gravy\u00a0untuk dicicah dengan ayam. Padanan sos\u00a0gravy\u00a0ini dengan ayam goreng Chickenjoy original memang mantap.\nSetiap set hadir dengan mashed potato, coleslaw, sos gravy dan air.\n\nJolly Spaghetti juga boleh tahan sedap katanya! Menu ini sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya tidak pedas dan saiz hidangannya yang sederhana.\nHarga Berbaloi Ke?\nHarganya tidak mahal dan boleh dikatakan hampir sama dengan harga menu di cawangan restoran fast food\u00a0yang lain.\nRujuk gambar di bawah untuk melihat senarai harga menu yang ditawarkan di Jollibee Malaysia.\nHarga untuk burger, air dan side dish. (Gambar: @thevocket)\nHarga untuk nugget dan jolly spaghetti. (Gambar: @thevocket)\nHarga untuk set chickenjoy original & spicy. (Gambar: @thevocket)\nJollibee Sunway Piramid telah mula beroperasi kepada umum bermula hari ini (8 Februari 2022) bersebelahan Seoul Garden. Selamat mencuba!\nBaca juga: Pertama Kali Nak Beli? Ini Cara Beli Lllaollao & Tips Pilih Yang Mana Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-belajar-buat-kulit-tart-boleh-buat-niaga-juga/", "title": "Jom Belajar Buat Kulit Tart, Tak Susah Mana Pun & Boleh Buat Niaga Juga!", "body": "\nNak buat inti cheese tart, blueberry tart, fruit tart dan sebagainya memang senang. Yang renyah sikit bila nak buat kulit tart tu. Sebab itu ramai penjual tart membeli kulit tart yang sudah siap di kedai. Tinggal nak buat inti saja, mudah kerja.\nOleh sebab itu, ramai juga yang sudah mula menjual kulit tart sebagai sumber pendapatan kerana mendapat permintaan yang tinggi.\nKalau anda masih mencari idea untuk niaga, mungkin boleh cuba buat kulit tart ini. Ikut saja caranya yang telah dikongsikan oleh Hlinda di bawah.\nCARA BUAT KULIT TART\nBahan-bahan kulit tart:\n\n250g marjerin\n100g gula kastor\n1 biji telur\n1 sk esen vanilla\n500g tepung gandum\n\nCara-cara:\n1. Satukan marjerin, gula kastor, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sekadar sebati, jangan sampai kembang.\n2. Selepas adunan no 1 dah sebati, boleh masukkan tepung gandum. Gaul lagi sehingga sebati. Jika lembik dan melekat pada jari, boleh masukkan sedikit lagi tepung.\n3. Bila adunan dah elok, boleh masukkan sedikit adunan dalam acuan untuk bentuk kulit tart.\n\n4. Saya guna acuan saiz 4.5 cm. Alat warna pink tu presser tart, boleh cari di shopee.\n\n5. Bakar dalam oven suhu 170 darjah selama 20 minit. Gunakan api atas bawah. (suhu bergantung pada oven masing-masing)\n6. Jika nak tahu kulit tart dah masak atau belum, terbalikkan acuan. Jika tart tak boleh keluar dari acuan bermakna belum masak. Boleh tambah sedikit masa lagi.\n\n# Adunan ini boleh dapat 110 \u2013 115 pcs\n# Kulit tart boleh tahan selama 1 bulan lebih. Tapi jangan sampai berbulan-bulan, nanti rasa tak sedap dan tak\u00a0fresh.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Hlinda Hlinda\nBaca juga: Tak Perlu Peram, Ini Dia Resipi Kek Gula Hangus \u2018Confirm\u2019 Jadi Guna Sukatan Cawan\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-bebola-cheese-tak-perlu-bakar-pun/", "title": "Jom Buat Bebola Cheese, Tak Perlu Bakar Pun. Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul & Sejukkan", "body": "\nResipi bebola cheese ini merupakan hasil perkongsian oleh Iedaa Jahaya. Nampak macam coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, tapi ini versi jimat!\nBahan utamanya cuma biskut marie, coklat masakan dan cream cheese. Cara membuatnya juga sangat mudah. Hanya perlu kisar, gaul dan sejukkan tanpa bakar.\nNak cuba? Lihat cara membuatnya di bawah.\nCARA BUAT BEBOLA CHEESE GUNA BISKUT MARIE\nBahan-bahan:\n\n1 paket biskut marie (perisa coklat atau asli)\n250g cheese tatura\nGula ising (letak jika nak lebih manis)\nCoklat masakan\nBadam (panggang sekejap)\n\nCara-cara:\n1. Kisar halus biskut marie.\n\n2. Gaul bersama cheese tatura sehingga rata.\n\n3. Kemudian bulat-bulatkan.\n\n4. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil.\n\n5. Golek-golekkan bebola dalam coklat yang sudah dicairkan. Taburkan juga badam panggang.\n\n6. Sejukkan dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Iedaaa Jahaya\nBaca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-cheesy-egg-toast-ringkas-mudah/", "title": "Jom Buat Cheesy Egg Toast. Ringkas, Mudah & Senang Yakmat!", "body": "\nMudahnya nak buat Cheesy Egg Toast ni. Sesuai untuk sarapan atau minum petang bersama secawan teh panas.\nBahan yang digunakan juga ringkas sahaja, cara membuatnya juga mudah yang amat. Paling penting, rasa dia sedap!\nJom lihat cara-cara yang dikongsi oleh Encik Khairul Abdullah di bawah.\nRESIPI CHEESY EGG TOAST\nBahan-bahan:\n\n1 keping roti\n1 biji telur gred C\nSedikit cheese apa sahaja yang ada\nMentega/marjerin\nSedikit garam dan lada hitam secukup rasa\n\nCara-cara:\n1. Tekan bahagian tengah roti biar tenggelam dan membentuk kawah dan sapukan butter/marjerin/spread tadi di sekeliling permukaan roti.\n\n2. Pecahkan telur di tengah-tengah roti danmasuk ke dalam kawah tadi kemudian taburkan garam, lada hitam dan juga cheese di atas dia.\n\n3. Masukkan ke dalam air fryer pada suhu 180 degree selama 10 minit.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Khairul Abdullah\nBaca juga:\u00a0Resipi Baby Cakoi & Baby Donut Yang Lembut Sampai Ke Malam\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-cocktail-buah-viral/", "title": "Jom Buat Cocktail Buah Viral, Wajib Letak \u20181 Bahan\u2019 Ini Baru Lagi Mantap!", "body": "\nSekarang tengah viral orang jual cocktail buah ni kan? Tapi kedai yang jual tu semua jauh dengan rumah.\nRupanya mudah je nak buat sendiri dekat rumah. Lagi puas hati boleh letak bahan dan ubahsuai kemanisan mengikut citarasa masing-masing.\nHasilnya memang berlemak dan berkrim, sedap! Jom lihat resipi cocktail rasa mantap macam dekat kedai di bawah.\nCARA BUAT COCKTAIL BUAH SEDAP BERKRIM\nBahan-bahan:\n\n1 biji buah naga\n1 biji epal merah\n1 biji epal hijau\n1 biji mangga kuning\nAnggur\n1 tin laici\n1 \u00bd tin susu cair\nYogurt campuran (jika suka, lagi sedap kalau letak)\nSusu pekat (kuantiti ikut manis yang disukai)\nSagu yang telah dimasak\nAis\n\nCara-caranya:\n1. Potong dadu buah naga, epal merah, epal hijau, mangga kuning serta belah dua buah anggur.\n\n2. Satukan kesemuanya dalam mangkuk yang besar.\n3. Tuankan 1 tin laici, susu cair, yogurt dan susu pekat. Kacau sehingga sebati.\n\n4. Masukkan sagu yang telah dimasak. Gaul rata.\nBaca juga: Tips Masak Sagu Dengan Sukatan Air Yang Betul, Baru Lah Biji Sagu Jernih & Tidak Hancur\n5. Akhir sekali masukkan ais. Siap untuk dinikmati.\n\nLihat video penuh:\n\n\n @kyraamiraa\nNak pergi kedai kieda crepe kat penang jauh sangat , kita buat sendiri jela #MYFoodie #foodreview #fyp #mekmiramasak \n \u266c Every Second \u2013 Mina Okabe \n\n \nKredit: TikTok @kyraamiraa\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-donut-susu-minion-ni-pula/", "title": "Jom Buat Donut Susu Minion Ni Pulak, Lembut & Gebu Macam Kapas!", "body": "\nBelum habis demam Donut Red Velvet, muncul pula resipi Donut Susu Minion\u00a0yang gebu dan lembut sampai malam!\nDiinspirasikan dari karakter watak dalam animasi filem minions yang sangat comel. Cara nak buat pun mudah je.\nJom sama-sama cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fienaz Shafie di bawah ini. Semoga bermanfaat!\nRESIPI DONUT SUSU MINION\nDonut Minion viral by FienazShafie \u2013 nama ni anak-anak kak yang bagi. Ni Donut Susu Kuning. Hampa tau dia punya tekstur gebu macam kapas! Lembut dan bukan gebu donut angin tau memang terasa isi.\nMacam tu lah semenjak musim donut viral ni kan. Makan pula time hujan-hujan fuh memamg layanzzz je. Nak buat tak susah kak guna breadmaker je campak semua bahan tinggal bentukkan je dah siap!\nBahan uli:\n\n1 cawan tepung gandum\n8 sb tepung high protein jepun (tepung roti)\n1 biji telur gred A\n1/2 sk baking powder\n1/2 sk garam1sb gula kastor\n1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry kat oversea)\n1sb Majerin \u2013 guna cap pelangi je\n1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti \u2013 kat shopee @ kedai bahan kek ada jual)\nPewarna kuning \u2013 (kak guna pewarna gel base food colouring)\n\nCara membuat:\n1. Campurkan semua bahan dalam bread maker. Set kan pada \u2018Dough\u2019.\n2. Bila dah nampak doh terbentuk, titiskan pewarna. Kemudian selepas 1 jam 30 minit, stop dan keluarkan doh, masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.\n\n3. Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.\n4. Kemudian bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak).\n\n5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau tak ada guna la apa-apa janji ada lubang kat donut).\n\n6. Tutup kejap donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang. Kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan perlahan sangat, sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.\n\n7. Kemudian angkat, bila donut dah suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional). Macam resipi ni tak campur susu tepung sebab tak berapa suka, guna gula icing sahaja.\n\nNOTA PENTING: Kalau adunan lembik, tambah tepung kalau keras tambah susu. Pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-fish-cake-homemade-dijamin-bersih-suci-halal/", "title": "Jom Buat Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci & Halal", "body": "\nRupanya mudah saja cara nak buat\u00a0fish cake homemade. Kualitinya juga dijamin bersih, suci, halal dan bebas tanpa bahan pengawet.\nKalau buat sendiri, ibu-ibu pun tak risau nak bagi makan dekat anak. Letak banyak-banyak dalam masakan pun tak apa.\nBahan yang digunakan juga mudah untuk didapati dan cara membuatnya juga tidak leceh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan di bawah.\nCara Buat Fish Cake Homemade\n\nBahan-bahan:\n\n500gm isi ikan tenggiri segar\n3 sudu teh tepung jagung | membukit\n1 sudu teh garam | nanti masa dah siap blend rasa lagi sebab bila sejuk lebih masin\nsedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)\n1 sudu teh serbuk lada sulah\n1 cawan air sejuk (dari ais)\n\n**Anda boleh menggantikan isi ikan dengan fish fillet tapi jangan letak air sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air.\nCara-cara:\n1. Ambil isi ikan tenggiri, buang kulitnya. Blend halus menggunakan food processor.\n2. Kemudian masukkan sedikit air sejuk, kisar lagi. Masukkan juga garam serta serbuk lada putih.\n3. Masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.\n4. Sambil itu, panaskan periuk kukusan. Letakkan loyang 4 segi ke dalam periuk kukusan atau jika tida boleh guna tupperware yang tahan panas.\n5. Kemudian masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang telah diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya. (macam buat serimuka). Ratakan ia serta padatkannya. Sapu minyak pada jari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi.\n6. Kukus hingga masak selama 15 minit atau sehingga masak.\n7. Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi, potong sepertimana bentuk fishcake.\n\n8. Panaskan minyak dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak, siap!\n\nKredit: Tahrunnisah Jali\nBaca juga: Resipi Bebola Ayam Homemade. Mudah, Sihat & Dijamin Bersih\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-kerepek-kentang-homemade/", "title": "Jom Buat Kerepek Kentang Homemade Yang Nipis, Rangup & Tak Hangit!", "body": "\nKerepek kentang sangat sedap dijadikan kudapan ketika sedang menonton tv. Sedar-sedar dah habis sebalang! Nak lagi puas makan, apa kata jom buat sendiri kerepek kentang homemade.\nKalau sebelum ni asyik beli je, kalini jom cuba buat sendiri pula. Tak susah mana pun. Hasilnya juga sangat rangup, nipis dan tidak hangit.\nBoleh cuba buat sendiri kerepek kentang di rumah menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Mar Dhiah di bawah. Selamat mencuba!\nCara Buat Kerepek Kentang Homemade\nBahan-bahan:\n\n3 biji kentang\n2 sudu cuka\n500ml air\nSerbuk perasa (seasoning)\nMinyak secukupnya\n\nCara-cara:\n1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis menggunakan pisau buah. Kalau nk guna penyagat (slicer) pun boleh.\n\n2. Panaskan air bersama cuka. Dah mendidih baru masukkan hirisan kentang tadi dan biarkan dalam 3 minit.\n\n3. Angkat dan bilas kentang tersebut. Kemudian toskan sebelum menggoreng.\n\n4. Panaskan minyak dan goreng sampai kentang garing.\n\n5. Dah nampak garing boleh lah angkat kemudian tabur serbuk perasa kesukaan anda. Macam saya guna serbuk perasa jenama Bon Chef, beli kat kedai eco.\n\n6. Nipis dan rangup.\n\nKredit: Mar Dhiah\nBaca juga: Brownies Kedut Gerenti Jadi, Ada 5 Bahan Ni Dah Boleh Buat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-kuih-beko-kelapa-resepi-asli-dari-kelantan-garing-di-luar-lembut-di-dalam/", "title": "Jom Buat Kuih Beko Kelapa Resepi Asli Dari Kelantan, Garing Di Luar Lembut Di Dalam!", "body": "Korang pernah tak makan kuih beko? Dalam kuih beko ini berisi kelapa, kalau korang makan luarnya rangup dan dalamnya lembut dan berlemak. Sedap dimakan panas-panas kerana inti kelapa itu cair dalam mulut. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n30 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKUIH BEKO KELAPAKorang pernah tak makan kuih beko? Dalam kuih beko ini berisi kelapa, kalau korang makan luarnya rangup dan dalamnya lembut dan berlemak. Sedap dimakan panas-panas kerana inti kelapa itu cair dalam mulut. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n3 cawan kelapa muda parut\n\n2 cawan tepung pulut\n\n1/2 cawan gula\n\n1 biji telur\n\n1 cawan air\n\nSecubit garam\n\nSedikit minyak masak ( untuk sapuan pada acuan)\n\nKredit: Nur Azliza MohamedCARA PENYEDIAAN\nCampurkan semua bahan kecuali minyak.\n\nKacau sehingga sebati bancuhan tersebut.\n\nTuang air sedikit demi sedikit.\n\nPanaskan oven 200\u00b0. Oles minyak ke dalam acuan dan sudukan adunan. Bakar dalam 20 hingga 25 minit sehingga sedikit keperangan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-mini-vietnamese-roll-tak-muak-senang-ngap/", "title": "Jom Buat Mini Vietnamese Roll, Buat Kecil Macam Ni Tak Muak & Senang nak \u2018Ngap\u2019", "body": "\nPasti ramai yang dah biasa makan Vietnamese Roll kan? Kali ini jom cuba buat Mini Vietnamese Roll pula.\nKalau buat yang versi kecil ini, lambat sikit muak. Nak makan pun senang, sekali ngap je. Jom cuba!\nCara Buat Mini Vietnamese Roll\nBahan-bahan:\n\nPembalut popia Vietnam atau Vietnam Rice Paper (saya beli bersaiz kecil di Lotus)\n\nBahan-bahan inti:\n\nSuhun yang direbus dan tos\nSeberapa tangkai pucuk daun ketumbar\nTimun Jepun potong sederhana\nLobak Merah potong sederhana\nDaun salad dicuci bersih dan tos\nFilamen ketam (potong dua. Nak guna udang boleh atau isi ayam pun sedap)\n\nCara-cara:\n\nCelup kulit popia Vietnam ke dalam air. Kemudian tebar di atas pinggan untuk isi satu persatu inti.\nSusun serba sedikit bahan-bahan ke atas kulit kulit popia Vietnam. Kemudian gulung rapi.\n\n\nBahan-bahan sos:\n\nSos Thai jenama Kimball\n4 sudu besar sos Thai\n2 sudu air panas\n2 sudu sos ikan\nHirisan daun ketumbar\nBiji bijan\n\nCara-cara membuat sos:\n\nSos saya guna sos Thai sedia ada jenama Kimball. Kemudiam tambahkan bahan-bahan lain.\nKacau sebati dan sedia untuk dihidang.\n\nSediah dimakan dengan vietnam roll yang sudah digulung tadi.\n\n\nKredit: Zurina Zulkefli\nBaca juga:\n\n\nKulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus\n\n\nKek Pisang Kukus Gebu Gebas, Rugi Tak Ikut Cara Mudah Dekat Sini\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-popia-gulung-serunding/", "title": "Jom Buat Popia Gulung Serunding, Lipat Ikut Cara Ni Kalau Nak Mudah & Cepat Siap", "body": "\nSetiap kali Syawal pasti wajib beli popia gulung serunding ni. Sekali makan pasti akan \u2018ketagih\u2019 sampai tak sedar dah hampir habis sebalang. Rupanya mudah je kalau nak buat sendiri popia gulung ni. Kalau korang ada serunding lebih, boleh lah cuba buat.\nTetapi cara membuat popia gulung ini memakan masa dan ketelitian untuk menggulung. Tapi jangan risau, jika kita guna teknik yang dikongsi oleh\u00a0Hasifah Che Mat ini,\u00a0mudah dan cepat cara menggulungnya. Jom lihat perkongsian di bawah.\nBaca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resipi Mudah Tanpa Guna Oven & Mixer!\nCARA BUAT POPIA GULUNG SERUNDING\nBahan-bahan:\n\nSepeket kulit popia 40pcs (jenama KG @ Spring Roll \u2013 tak cepat kering dan mudah dikendalikan)\n250gm sambal ikan @ serunding ikan\nAir biasa \u2013 untuk melekatkan popia\n\nCara-cara:\n1. Popia dipotong empat.\n\n2. Kemudian potong segitiga.\n\n3. Susun dari atas ke bawah.\n\n4. Letakkan sambal ikan secukupnya.\n\n5. Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.\n\n6. Tips untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan lekatan kuat.\n\n7. Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.\n\n8. Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan. Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.\n\nKredit: Hasifah Che Mat\nBaca juga: Resipi Biskut Makmur Susu \u2018Gebu\u2019 Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-roti-bakar-kaya-butter-ala-kopitiam-guna-3-bahan-je/", "title": "Jom Buat Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Guna 3 Bahan Je!", "body": "\nKalau korang biasa bersarapan di kopitiam, menu roti bakar butter sekaya ini merupakan salah satu menu yang popular dan wajib cuba. Kebiasaannya orang akan makan roti bakar ini bersama kopi panas memang sedap. Tetapi memandangkan sekarang kita tidak boleh keluar kemana-mana, boleh lah cuba buat di rumah hanya guna 3 bahan sahaja.\nResepi ini mudah dan juga mengenyangkan perut, sesuai untuk bersarapan bersama keluarga. Jom cuba resepi roti bakar butter kaya yang mudah ini.\nBahan-bahan\n\nRoti\nSekaya\nMentega Buttercup\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nPotong bahagian tepi roti.\n\n\n2. Sapukan sekaya (lebihkan untuk lebih lazat).\n\n3. Potong mentega kepada kepingan besar, kemudian potong kepada 3 bahagian kecil (pastikan mentega keras).\n\n4. Susun mentega di atas roti.\n\n5. Bakar pada suhu 200C selama 10-15 minit (Bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan).\n\nSedia untuk dinikmati, selamat mencuba!\nSumber: Ziera Xiera\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-roti-pita-kebab-guna-daging-burger-saja/", "title": "Rindu Roti Pita Kebab Pasar Malam? Jom Buat Sendiri Guna Daging Burger Saja", "body": "\nSiapa yang setiap kali ke pasar malam wajib beli roti pita kebab? Sedap sangat, makan satu kadang-kadang tak puas. Kalau ada yang nak buat sendiri pun mudah saja rupanya. Nak guna daging burger pun boleh, tak perlu beli daging kisar.\nMemang puas hati kalau buat sendiri, boleh letak inti banyak-banyak. Jom lihat resipi perkongsian oleh Roslan Rusly di bawah.\nResipi Roti Pita Kebab Pasar Malam\nBahan-bahan:\n\nRoti pita\nDaging burger(sebab daging berger ade rasa sedap)\nTimun Jepun\nSos cili\nSalad\nMayonis\nSerbuk perasa\nLada sulah\nMarjerin\n\n\nCara-cara:\n1. Tuang biji timun supaya tak berair.\n\n2. Timun potong dadu.\n\n3. Sapu marjerin pada luar roti pita dan panggang sekejap.\n\n4. Masak daging dan hancurkan.\n\n5. Masukkan lada sulah dan perasa.\n\n6. Masukkan sos cili dan timun dan gaul sebati.\n\n7. Potong salad kecil-kecil dan masukkan ke dalam roti pita secukupnya. Masukkan juga mayonis.\n\n8. Masukkan daging yang sudah siap masak.\n\n9. Selamat mencuba!\n\nKredit: Roslan Rusly\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-salad-ayam-rangup-lazat-mengenyangkan/", "title": "Nak Diet? Jom Buat Salad Ayam Rangup Yang Lazat & Mengenyangkan Ini", "body": "\nResipi salad ayam rangup ini sangat sesuai untuk anda yang mahu berdiet. Rasanya juga sangat sedap sampai hari-hari makan pun tak akan rasa muak. Confirm kurus kalau makan hari-hari.\nCara membuatnya juga sangat mudah dan tidak rumit. Ikut sahaja resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!\nRESIPI SALAD AYAM RANGUP\nBahan-bahan:\n\n5-7 keping dada ayam (digoreng/grill)\nBaby Lettuce/Yaw mak tam\nRed Cabbage/Kobis purple\nCherry Tomato\nKobis biasa\nKewpie Dressing-Roasted Sesame (WAJIB)\nMayonaise\nCili Mayo\n\n\nCara-cara:\n1. Susun ayam dan semua sayur dalam pinggan.\n\n2. Letakkan semua sos secukupnya. Siap!\n\nKredit: Faidhi Badri\nBaca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-sendiri-ice-blended-guna-3-bahan-je/", "title": "Jom Buat Sendiri \u2018Ice Blended\u2019 Guna 3 Bahan Je, Jimat Duit Tak Perlu Beli Air Mahal", "body": "\nSejak akhir-akhir ini, cuaca panas di negara kita semakin menjadi-jadi. Sedapnya kalau dapat minum air yang menyejukkan tekak seperti ice blended.\nLagi-lagi kalau dapat minum air frappuccino di Starbucks. Kalau beli sekali sekala tak apa, reward\u00a0buat diri sendiri bak kata orang.\nTapi kalau setiap minggu nak beli, boleh tahan mahal juga. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri kat rumah. Guna 3 bahan saja dah boleh minum air \u2018mahal\u2019 macam selalu beli tu.\nCARA BUAT ICE BLENDED GUNA 3 BAHAN\nBahan-bahan:\n\n4 cawan ais batu\n2 1/2 cawan air coklat\n2 cawan aiskrim coklat\n\nBoleh tukar perisa lain mengikut selera masing-masing.\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan dalam pengisar. Kisar semuanya sehingga ais hancur.\n\n2. Tuangkan ke dalam cawan dan letakkan aiskrim pada bahagian atas.\n\n3. Selamat mencuba!\n\nKredit: Anna Yusof\nBaca juga: Resipi Buko Pandan Filipina, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-sendiri-je-roti-john-rasa-sama-sedap-macam-beli/", "title": "Jom Buat Sendiri Je Roti John, Rasa Sama Sedap Macam Beli. Tak Perlu Beratur Panjang Di Bazar", "body": "\nBazar Ramadan di Malaysia kembali meriah dengan kehadiran pengunjung bersempena hari pertama Ramadan selepas 2 tahun tidak dibenarkan beroperasi.\u00a0Antara kedai yang mendapat sambutan luar biasa adalah aneka kuih muih, murtabak dan roti john.\nRoti John ini sememangnya antara menu yang wajib dicari setiap kali bulan puasa. Tapi ramai juga yang masih takut untuk bersesak di Bazar Ramadan kerana masih risau akan penularan Covid-19.\nJadi, apa kata jom buat sendiri saja di rumah. Caranya mudah dan rasa sama sedap macam beli. Yang penting tak perlu susah-susah cari roti sama macam digunakan oleh peniaga, guna roti frankfurter saja!\nCARA BUAT ROTI JOHN HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\nBawang merah \u2013 potong dadu\nBawang putih \u2013 potong dadu\nRempah kari (campur air)\nDaging atau ayam cincang atau daging burger\nSosej \u2013 potong\nGaram\nLada sulah\nDaun sup/bawang \u2013 hiris\nTelur\nRoti frankfurter\nMentega\n\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Untuk membuat inti roti John, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan rempah kari, daging cincang dan sosej beserta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan agak-agak saja. Kalau rata sehingga masak dan ketepikan.\n\n2. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan juga daun sup atau daun bawang. Kacau.\n\n3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.\n\n4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega dan terus tekap atas kuali. Biarkan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.\n\n5. Dalam kuali/pen yang sama, cairkan sedikit mentega kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.\n\n6. Tekap roti ke atas telur.\n\n7. Agak-agak telur dah masak, terbalikkan.\n\n8. Ini hasilnya bila dah siap tekap dengan inti tadi.\n\n9. Letakkan mayonis dan sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.\n\n10. Lipat roti dan potong.\n\nSiap. Selamat mencuba!\n\nKredit gambar & resipi: Chinta Eyja\nBaca juga: 5 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Menyegarkan & Mudah Dibuat, Wajib Cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-sendiri-onion-ring-kos-pun-murah/", "title": "Jom Buat Sendiri Onion Ring, Kos Pun Murah. Confirm Anak-Anak Makan Berebut!", "body": "\nSedapnya onion ring. Bukan setakat budak, orang dewasa pun suka makan. Walapun asasnya guna bawang, tapi tak terasa bila dah digoreng macam ni.\nGuna 1 biji bawang pun dah cukup kalau tak makan ramai, memang jimat! Buat kudapan minum petang sambil menonton tv,\u00a0confirm laju je habis sepinggan.\nNak cuba buat? Jom lihat cara-caranya di bawah.\nCara Buat Onion Ring Yang Sedap & Rangup\n\nBahan-bahan:\n\n2 sudu tepung gandum\n2 sudu tepung beras\nSedikit lada hitam\nSedikit garam (jika suka)\nBawang holland\nSerbuk roti\nTelur\nCheddar cheese\n\n\nCara-cara:\n1. Campurkan semua tepung. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 adunan bancuh dengan sedikit air untuk salutan basah, 1 adunan lagi untuk salutan kering.\n2. Potong bawang holland, leraikan.\n3. Hiris cheddar cheese, kemudian balutkan ditengah-tengah antara 2 bawang (rujuk gambar).\n\n4.\u00a0Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung basah, celupkan pula kedalam bahagian tepung yang kering.\n5. Celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.\n6. Masak dalam air fryer selama 15minit pada suhu 180\u00b0C.\n\nSelamat mencuba!\n\n*Boleh dibuat tanpa menggunakan cheese dan digoreng dengan minyak seperti biasa.\nKredit: Noor Atikah Mahmood\nBaca juga: Resipi Brownies Paling Mudah. Sesuai Untuk Yang Tak Suka Manis, Rasa Ngam Dengan Tekak\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-sendiri-tauhu-telur-homemade/", "title": "Jom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal", "body": "\nMudah je nak buat tauhu telur homemade.\u00a0Pelbagai menu boleh dimasak dengan menggunakan tauhu telur ni. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap.\nTauhu ini sangat mudah didapati di pasaraya, namun ia juga sangat mudah untuk disediakan sendiri di rumah. Malah rasanya juga lebih sedap dan dijamin bersih serta halal. Saudari Zaimah Zakaria ada berkongsikan cara-caranya di bawah, jom cuba!\nCara Buat Tauhu Telur Homemade\nBahan-bahan:\n\n5 biji telur gred A\n225 ml air soya\n1/2 sudu kecil garam\nPlastik aiskrim\n\n\nCara-cara:\n1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam.\n\n2. Kemudian tuangkan air soya dan kacau sebati.\n\n3. Kemudian tapiskan ke dalam mangkuk lain untuk mengasingkan buih-buihnya.\n\n4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.\n\n5. Panaskan air dalam periuk, jangan sampai mendidih.\n\n6. Masukkan tauhu tadi, masak selama 30 minit menggunakan api perlahan.\n\n7. Bila dah bertukar warna, tandanya dah masak. Angkat tauhu dan sejukkan.\n\n8. Sejukkan dulu baru sedia untuk dipotong.\n\n9. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.\n\n10. Goreng dalam minyak sehingga keperangan.\n\n11. Sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis hidangan.\n\nKredit: Zaimah Zakaria\nBaca juga: Resipi Sup Tauhu Telur Chinese Style, Anak-Anak Pasti Suka Masakan Begini\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-steamboat-homemade/", "title": "Jom Buat Steamboat Homemade, Siap Dengan Resipi Sos Pencicah Ala Johnny\u2019s", "body": "\nRamai yang pulang ke kampung setelah sekian lama tidak boleh merentas negeri kan? Sedap juga kalau buat steamboat homemade untuk dimakan beramai-ramai di kampung.\nMaklumlah, sudah lama tidak dapat berkumpul bersama keluarga tercinta. Seronok juga kalau dapat makan sambil berbual-bual.\nKalau ada yang nak cuba buat steamboat ini, boleh lihat resipi di bawah. Lengkap dengan sos pencicah ala restoran Johnny\u2019s. Selamat mencuba!\nRESIPI STEAMBOAT HOMEMADE\nResipi sos ala Johnny\u2019s\nBahan A:\n\n10 ke 15 biji cili merah\n6 ke 10 biji bawang putih\nCili padi ikut tahap kepedasan masing-masing\n\nBahan B:\n\n5 sb minyak bijan\n5 sb sos ikan\n5 sb cuka\n2 sb kicap\n2 sb sos tiram\nGaram dan gula secukupnya\nDaun ketumbar\nBijan yang telah disangai terlebih dahulu\nBancuhan tepung jagung\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan A. Kemudian masak atas api perlahan.\n2. Masukkan bahan B kecuali daun ketumbar dan bijan. Kacau dan biarkan lagi ia masak dengan api perlahan.\n3. Bila cili dah masak, masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung. Kacau lagi dan tutup api.\n\n4. Letakkan sos dalam mangkuk, taburkan daun ketumbar dan bijan.\n\nResipi sup ayam\nBahan-bahan:\n\nBawang putih\nIsi Ayam\nKiub pati ayam\nDaun Ketumbar\n\nCara-cara:\n1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.\n2. Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga masak.\n3. Masukkan air secukunya, letakkan juga kiub pati ayam dan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih.\n\n4. Akhir sekali boleh masukkan makanan frozen pilihan, daging dan sayur-sayuran kegemaran masing-masing.\n\nKredit: Amy Nur Hidayah Abdullah\nBaca juga: Cara Buat Bihun Ala Pama Homemade, Puas Hati Makan Licin Satu Periuk!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-buat-sup-dumpling-modal-rm10-dapat-40-biji/", "title": "Jom Buat Sup Dumpling, Modal RM10 Je Tapi Boleh Dapat 40 biji", "body": "\nBestnya cuaca sejuk selepas hujan dapat makan sesuatu yang bersup seperti Sup Dumpling, sesuai sangat untuk menghangatkan badan. Tapi kalau makan kat kedai harganya boleh tahan juga.\nApa kata jom buat sendiri Sup Dumpling kat rumah. Yang penting kalau buat sendiri dijamin bersih dan halal. Modalnya juga hanya RM10, boleh dapat dalam 40 biji sekali buat.\nResipi Sup Dumpling\nBahan inti dumpling:\n\nIsi ayam\u00a0300g (fillet dicincang)\nCarrot (setengah batang sagat)\nBawang besar (1 biji cincang halus)\nBawang putih (4 ulas cincang halus)\nDaun sup & Daun bawang (potong halus)\nSerbuk lada sulah (2 sudu)\nMinyak bijan (3 sudu)\nSerbuk maggi cukup rasa (2 sudu)\nGaram & gula (1 sudu kecil)\nDumpling pastry (Instant)\n\n\nCara-cara buat inti:\n1. Campur semua bahan-bahan kecuali dumpling pastry.\n2. Gaul sebati dan perap sekejap selama 10 minit.\n\n3. Masuk inti dalam pastry kemudian kelim pastry ikut kreativiti. Boleh cuba google @ tengok youtube cara lipat dumpling.\n\n4. Susun dumpling kat atas pinggan, letak dalam pengukus. Kukus dumpling selama 10 minit.\n\n4. Bila dah siap kukus, boleh makan dengan sos kicap atau goreng dumpling.\nBahan-bahan sup dumpling:\n\nBawang putih (6 ulas ketuk & cincang)\nHalia (1 inci ketuk & cincang)\nMinyak bijan (1 sudu kecil)\nSerbuk lada sulah sikit\nKiub ayam maggi (half of cube)\nGaram & gula\n\nCara-cara buat sup dumpling:\n1. Tumis bawang putih & halia sampai naik bau.\n2. Letak 1 mangkuk air dalam periuk. Masuk bahan-bahan lain sampai mendidih.\n3. Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.\n4. Kemudian tabur sikit daun bawang.\n5. Akhir sekali, buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup. Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasanya.\n\nJumlah kos bahan:\n\nFillet ayam 500g \u2013 RM5.20\nDumpling pastry \u2013 RM1.80\nCarrot 6 batang \u2013 RM1.00\nDaun sup & Daun bawang \u2013 RM1.00\nBahan yang lain dah sedia ada kat rumah\n\nTotal = RM9.00\nKredit: Wany Lifa\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-8-resipi-kuih-raya-menggunakan-coklat-cadbury-mudah-disediakan-dan-sedap/", "title": "Jom Cuba 8 Resipi Kuih Raya Menggunakan Coklat Cadbury, Mudah Disediakan dan Sedap!", "body": "\nTak lengkaplah hari raya kita semua tanpa pelbagai hidangan kuih raya di atas meja. Sebab tulah selalunya masuk minggu pertama Ramadan je dah ada yang mula sibuk nak order macam-macam kuih raya. Korang pun sama, betul tak?\nTapi apa kata tahun ini korang cuba buat sendiri kuih raya dengan resipi mudah menggunakan coklat Cadbury! Resipi yang kami kongsikan di bawah ini bukan je ringkas dan senang untuk dicuba tapi hasilnya juga confirm sedap dan bakal memikat selera para tetamu nanti!\n\n8 resipi kuih raya anti gagal yang boleh korang cuba!\n1. ALMOND LONDON COKLAT CADBURY\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\nBahan-bahan A:\n300gram tepung kek\n170gram mentega\n60gram gula kastor\n20gram serbuk badam kisar\nCincangan badam panggang \u2013 untuk hiasan\nBahan-bahan B:\n2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)\nBahan-bahan C:\n1 bar CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT atau CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT \u2013 dipotong kecil\nCara-cara:\n\nPukul mentega bersama gula kastor hingga sebati.\nMasukkan tepung kek dan serbuk badam kisar. Gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.\nAmbil sedikit doh, leperkan lalu letakkan potongan CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT atau CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT ke dalam doh tadi. Kemaskan doh dan bentukkan menjadi lonjong.\nBakar doh dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170\u00b0C selama 20 minit.\u00a0 Sejukkan biskut.\nSementara itu, cairkan bahan-bahan B menggunakan kaedah \u2018double boil\u2019 hingga licin dan berkilat.\nCelup biskut yang telah disejukkan tadi ke dalam coklat lalu buang lebihan coklat dan letakkan biskut ke dalam cawan kertas. Hias dengan cincangan badam panggang.\n\nHidangan : 4-6 orang\nMasa penyediaan : 35 minit\nMasa memasak/membakar : 20 minit\n2. TART COKLAT CADBURY\n\nBahan-bahan:\n250gram mentega\n250gram tepung gandum\n50gram gula aising\n100gram tepung jagung\n1 sudu teh esen vanilla\n25 biji CADBURY DAIRY MILK NEAPS 4.5G\nKuning telur + sedikit pewarna oren/kuning \u2013 untuk disapu atas doh\nCara-cara:\n\nDi dalam mangkuk pengadun, menggunakan spatula, pukul mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati.\nAyak semua jenis tepung lalu masukkan ke dalam adunan tadi.\u00a0 Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika doh terlalu lembik, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum.\nTerap doh ke dalam loyang menggunakan acuan tart gulung.\nLetakkan CADBURY DAIRY MILK NEAPS ke dalam doh lalu gulung dengan kemas.\nLetakkan tart coklat CADBURY dalam dulang pembakar yang telah disapukan dengan mentaga atau alas dengan parchment paper.\nSapu campuran kuning telur dan pewarna oren/kuning di atas doh.\nBakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170\u00b0C selama 15-20 minit atau hingga biskut kekuningan.\n\nHidangan : 4-6 orang\nMasa penyediaan : 30 minit\nMasa memasak/membakar : 15-20 minit\n\u00a0\n3.BISKUT CHEESE CADBURY\n\nBahan-bahan A:\n200gram mentega\n80gram shortening\u00a0\n100gram PHILADELPHIA cream cheese\n90gram gula aising\n1 biji kuning telur \u2013 gred A\n1 sudu teh esen vanila\nBahan-bahan B:\n280gram tepung gandum\n180gram tepung jagung\nBahan-bahan C:\n75 biji CADBURY DAIRY MILK NEAPS 4.5G\n1 biji putih telur \u2013 untuk disapu atas doh\nCara-cara:\n\n\n\nDi dalam mangkuk pengadun, satukan bahan-bahan A lalu pukul hingga semua bahan lembut dan sebati.\nAyak bahan-bahan B kemudian masukkan dalam mangkuk pengadun, gaul sebati menjadi doh yang lembut.\nBalut doh dengan plastik cling dan sejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.\nKeluarkan doh dan uli. Terap mengikut saiz CADBURY DAIRY MILK NEAPS dan susun di dalam dulang pembakar yang telah disapukan dengan mentega atau dialas dengan parchment paper.\nBakar biskut dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150-160\u00b0C selama 20-25 minit. Letak dulang pembakar di rak tengah.\nKeluarkan biskut dari ketuhar, sapu sedikit putih telur di atas biskut kemudian susun coklat CADBURY di atas biskut dan bakar semula selama 10 minit dengan suhu 140\u00b0C.\n\n\n\nHidangan : 6-8 orang\nMasa penyediaan : 25 minit\nMasa memasak/membakar : 30-35 minit\n4.COOKIE COKLAT CADBURY\n\nBahan-bahan:\n250gram mentega\n3 \u00bd\u00a0 cawan tepung gandum\n\u00be\u00a0 cawan gula perang\n1 cawan minyak sayur\n\u00bd cawan serbuk koko\n\u00bd cawan serbuk badam kisar\n2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT atau CADBURY DAIRY MILK ROAST ALMOND\u00a0 \u2013 cincang kasar\n1 biji telur \u2013 gred A\n1 sudu makan susu segar\n1 sudu teh baking powder\n1 sudu teh soda bikarbonat\n1 sudu teh cream of tartar\n1 sudu teh esen vanila\nCincangan badam (untuk hiasan)\nCara-cara:\n\nAyak tepung gandum, serbuk koko, cream of tartar, soda bicarbonate dan baking powder, ketepikan.\nDalam mangkuk pengadun, pukul gula perang bersama mentega hingga sebati.\nMasukkan telur bersama esen vanila. Masukkan minyak. Pukul sederhana.\nMasukkan campuran tepung dan serbuk badam kisar. Gaul sebati.\nMasukkan CADBURY DAIRY MILK\u00a0 HAZELNUT atau CADBURY DAIRY MILK ROAST ALMOND lalu gaul rata.\nBalut adunan yang dah siap dengan plastic wrap, sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.\nKeluarkan doh, sudukan doh ke dalam loyang pembakar yang telah dialas dengan parchment paper dan hias dengan cincangan badam.\nBakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180\u00b0C selama 15-20 minit atau hingga biskut masak.\nSejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.\n\nHidangan : 4-6 orang\nMasa menyediakan :\u00a0 25 minit dan 1 jam penyejukan\nMasa membakar : 15-20 minit\n5. KEK CHEESE LELEH COKLAT CADBURY\n\nBahan-bahan:\n1 \u00bd cawan tepung naik sendiri \u2013 ayak\n\u00bd cawan air panas\n\u00bd cawan minyak sayur\n2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)\n2 sudu makan susu pekat manis\n2 sudu makan gula kastor\n2 sudu makan serbuk koko\n2 biji telur\u00a0 \u2013 gred A\n1 sudu makan mentega\n1 sudu teh esen vanilla\nKeju cheddar KRAFT secukupnya\u00a0 \u2013 untuk hiasan\n1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK BLACK FOREST\u00a0 \u2013 untuk hiasan & cincang\n250gram PHILADELPHIA cream cheese\n\u00bd cawan susu pekat manis\n\u00bc cawan susu segar\n1 sudu makan jus lemon\nCara-cara:\n\nSatukan CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) bersama mentega lalu cairkan dengan kaedah \u2018double boil\u2019.\u00a0\nPukul telur bersama gula dan susu pekat manis hingga kembang dan lembut.\nMasukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan minyak.\u00a0 Gaul sebati.\nMasukkan coklat CADBURY yang telah dicairkan, serbuk koko, air panas dan esen vanilla lalu gaul sebati.\nTuang adunan ke dalam bekas tahan panas.\u00a0\nKukus kek selama 25-30 minit atau hingga masak dan sejukkan.\nSementara itu, pukul\u00a0 PHILADELPHIA cream cheese bersama susu pekat manis hingga agak lembut dan kembang.\u00a0 Tuang susu segar dan jus lemon lalu pukul lagi hingga sebati.\nTuang adunan cream cheese ke atas kek yang dah sejuk tadi. Tabur parutan keju cheddar KRAFT dan cincangan CADBURY DAIRY MILK BLACK FOREST.\u00a0 Sejukkan.\n\nHidangan : 4-6 orang\nMasa penyediaan : 30 minit\nMasa memasak/mengukus : 25-30 minit\n\u00a0\n6.\u00a0KEK BATIK COKLAT CADBURY\n\nBahan-bahan A (kek):\n400gram biskut McVitie\u2019s Digestive \u2013 patah-patahkan\n250gram biskut OREO Cookies Original \u2013 buang krim & patah-patahkan\n200gram mentega\n1 \u00bd cawan serbuk koko\n\u00bd cawan susu pekat manis\n\u00bd cawan air panas\n1 biji telur \u2013 gred A\n1 sudu teh esen vanilla\nBahan-bahan B (ganache):\n200gram krim putar\n2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)\n1 sudu makan mentega\n1 sudu teh esen vanilla\nBahan-bahan C (hiasan):\n1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT \u2013 potong kasar\nCara-cara:\n\nDi dalam kuali, satukan susu pekat manis, serbuk koko dan mentega.\u00a0 Cairkan hingga semua bahan sebati.\nMasukkan air panas, telur dan esen vanilla.\u00a0 Kacau hingga bancuhan berkilat.\nMasukkan biskut McVitie\u2019s Digestive dan OREO sedikit demi sedikit dan gaul rata.\nTuang adunan ke dalam loyang yang telah di alas dengan parchment paper lalu mampatkan.\nSejukkan dalam peti sejuk selama sejam.\nSementara itu, untuk membuat ganache (topping); Panaskan krim putar dalam microwave selama 1 minit. Masukkan cincangan coklat CADBURY, mentega dan esen vanilla. Kacau hingga semua bahan sebati.\nKeluarkan kek dari peti sejuk, buang parchment paper. Tuang ganache tadi dan ratakan atas kek. Hias kek dengan CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT yang di potong kasar.\n\nHidangan : 4-6 orang\nMasa penyediaan (termasuk penyejukan) : 1 jam 35 minit\nMasa memasak (ganache) : 10 minit\n\u00a0\n7.\u00a0CORN FLAKES CRUNCHY COKLAT CADBURY\u00a0\n\nBahan-bahan:\n300gram mentega\n250gram tepung gandum\n100gram KELLOGG\u2019S\u00ae CORN FLAKES \u2013 ramas kasar\n50gram cincangan badam\n150gram gula perang\n1 sudu teh esen vanilla\n1 biji telur \u2013 gred A\n2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK HAZELNUTS \u2013 cincang kasar\nCara-cara:\n\nDi dalam mangkuk, pukul mentega bersama gula perang, telur dan esen vanilla menggunakan spatula kayu, kacau sebati.\nMasukkan tepung gandum yang telah diayak diikuti KELLOGG\u2019S\u00ae CORN FLAKES, cincangan badam dan CADBURY DAIRY MILK HAZELNUTS\u00a0 Gaul sebati.\nAmbil sedikit adunan tadi, bulat-bulatkan lalu golekkan atas lebihan corn flakes yang telah diramas kasar dan susun di dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.\nBakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180\u00b0C selama 15-20 minit atau hingga biskut perang.\u00a0 Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.\n\nHidangan\u00a0 : 4-6 orang\nMasa penyediaan : 15 minit\nMasa memasak/membakar : 15-20 minit\n\u00a0\n8.\u00a0SEMPERIT COKLAT CADBURY\n\nBahan-bahan:\n250gram mentega\n400gram tepung jagung\n1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) \u2013 cairkan\u00a0\n\u00bd cawan susu pekat manis\n3 sudu makan serbuk koko\n2 sudu makan tepung kastard\n\u00bd sudu makan tepung beras\n1 biji kuning telur \u2013 gred A\n1 sudu teh esen vanilla\nManik gula \u2013 untuk hiasan\nCara-cara:\n\nDi dalam mangkuk pengadun, dengan menggunakan spatula, pukul mentega, susu pekat manis dan esen vanilla hingga sebati (jangan terlebih pukul).\nMasukkan CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) yang telah dicairkan. Kacau sebati.\nMasukkan serbuk koko, tepung jagung, tepung kastard dan tepung beras yang kesemuanya telah diayak terlebih dahulu.\u00a0 Gaul sebati.\nTerap doh mengikut acuan membentuk bunga dahlia. Hias dengan manik gula.\nBakar doh di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160\u00b0C selama 20-25 minit.\n\nHidangan : 4-6 orang\nMasa penyediaan : 30 minit\nMasa memasak/membakar : 25 minit\nKuih Raya Dari Hati, bantu golongan memerlukan\n\nBersempena dengan bulan yang mulia ini Cadbury nak ajak korang bersama-sama buat kuih raya dan beramal dengan membantu golongan kurang bernasib baik.\n\n\nGuna resipi yang kami senaraikan atau lawati\u00a0resipiraya.cadburyoreo.com.my\u00a0\u00a0untuk lebih banyak resipi ringkas yang boleh dicuba.\nMuat naik hasil kuih raya korang ke laman sosial media dan gunakan tanda pagar\u00a0#KuihRayaDariHati dan\u00a0tag@Cadbury_MY\u00a0(Tertakluk kepada paparan awam di Instagram sahaja, program akan tamat pada 12hb Mei 2021)\nBagi setiap penyertaan, Cadbury bakal menghantar bungkusan khas untuk keluarga yang memerlukan. Setiap bungkusan mengandungi barang-barang keperluan asas, duit raya dan juga kuih raya Cadbury.\n\n\nHaa senang kan? Korang buat kuih bersama keluarga tersayang tapi bakal ada keluarga lain juga yang dapat manfaatnya. So, jomlah guys kita buat kuih sambil beramal!\nKalau korang memerlukan maklumat lanjut mengenai kempen #KuihRayaDariHati, korang boleh ke laman Facebook rasmi Cadbury di SINI.\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-ayam-meraung-bakar-thai-ini/", "title": "Tak Suka Makan Daging? Jom Cuba Ayam Meraung Bakar Thai Ini!", "body": "\nDaging harimau meraung masih menjadi kegilaan ramai sehingga sekarang. Namun tidak bagi bukan penggemar daging. Tapi jangan risau, anda boleh cuba buat ayam meraung ini bagi menggantikan daging.\nNak cuba buat? Jom lihat resipi ayam meraung berinspirasikan daging bakar Thai yang dikongsikan oleh Mas Salleh. Selamat mencuba!\nResipi Ayam Meraung Bakar Thai\nBahan-bahan:\n\n2 keping dada ayam (perap dengan sedikit kicap pekat)\nSos tiram\nSos ikan\nSecukup rasa\nSedikit minyak\nSedikit gula\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan.\nBakar dalam non stik pan hingga masak dan potong ikut suka.\n\n\nBahan sos:\n\nCili merah besar*\nCili padi hijau*\nBawang putih*\nBawang merah*\nDaun ketumbar beserta akar*\nGula kabung\nSos ikan\nSedikit beras pulut sangai dan tumbuk halus\nSedikit cili flakes\n\nCara-cara buat sos:\n\nCincang kasar semua bahan bertanda (*).\nGaul semua bahan dan perahkan asam limau.\n\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Mas Salleh\nBaca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak \u2018Satu Bahan\u2019 Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-baked-potato-skin-sedap-mengenyangkan/", "title": "Kentang Banyak Tak Tahu Nak Buat Apa? Jom Cuba \u2018Baked Potato Skin\u2019 Yang Sedap & Mengenyangkan Ini", "body": "\nAda kentang banyak tak tahu nak masak apa? Jom cuba buat\u00a0Baked Potato Skin\u00a0yang merupakan inspirasi dari resipi \u2018mat saleh\u2019 ini.\nSesuai dijadikan menu sarapan ataupun sebagai bekal anak-anak ke sekolah. Caranya juga sangat mudah dan tidak rumit.\nKalau nak mudah, boleh buat banyak siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara kemudian tinggal bakar dalam air fryer saja.\nRESIPI BAKED POTATO SKIN\nBahan-bahan:\n\n4 biji kentang saiz besar\u00a0(russet potato)\n200g sosej/isi ayam/daging panggang dicincang\n4 sdm\u00a0cream of mushroom soup/sos carbonara\n1 cawan parutan keju chedder untuk ditabur\nGaram secukup rasa\n\n\nCara-cara:\n\nBersihkan kentang dengan berus di bawah aliran air, kemudian keringkan dengan tuala dan cucuk-cucuk dengan pisau/garfu pada kulit kentang.\nLumurkan sedikit garam dan minyak, bakar dalam air fryer pada suhu 200\u2103 selama 45 minit. Jika rebus tak perlu lumurkan minyak dan garam. Rebus selama 45 minit juga.\nSetelah kentang sejuk, potong separuh dan ceduk keluar isinya sehingga menjadi seperti sampan, tinggalkan setebal 1/4 isi kentang, ketepikan isi kentang.\nUntuk inti, di dalam mangkuk yang sesuai, lecek isi ubi kentang hingga halus. Tambahkan sup cendawan/sos carbonara, cendawan cincang, sosej/isi ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.\nMasukkan inti ke dalam setiap sampan/kulit kentang. Jika ada lebihan sosej/inti ayam taburkan ke atas kentang. Akhir sekali taburkan parutan keju cheddar.\nPanaskan AF pada suhu 170\u2103 dan bakar selama 5-6 minit sahaja atau hingga keju cair keperangan. Hidangkan bersama sour cream.\n\n\nTips: Russet potato lembut sikit dari kentang biasa. Jadi masa memasak lebih singkat dari guna kentang biasa. Boleh olah inti ikut selera memasing. Jika nk buat bekal anak-anak, simpan dalam bekas kedap udara & frozenkan. Bangun pagi, masul saja dalam air fryer.\nKredit resipi: Keroroyz Royz\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-buat-biskut-raya-2-bahan/", "title": "Jom Cuba Buat Biskut Raya 2 Bahan, Rasa Macam Coklat Kit Kat. Tak Perlu Guna Oven!", "body": "\nMasih tercari-cari biskut raya yang mudah untuk dibuat?\u00a0Haa,\u00a0apa kata jom cuba buat biskut raya 2 bahan ini. Tak perlu bakar guna oven, hanya perlu sejukkan dalam peti saja.\nBahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapati. Ada dua bahan ni dah boleh buat biskut raya yang sedap, rasa macam coklat kit kat pula tu! Kalau ada yang nak cuba, boleh ikut resipi perkongsian oleh Naira Azlin di bawah.\nBaca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala \u2018Famous Amos\u2019, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!\nRESIPI BISKUT RAYA 2 BAHAN\nBahan-bahan yang diperlukan:\n\nCoklat\u00a0dark compound\nNestum\n\n\u00a0\nCara-cara penyediaannya:\n\nCairkan coklat secara teknik\u00a0double boil.\u00a0\nBila coklat dah cair, masukkan nestum. Kemudian gaul sebati kedua-dua bahan ini.\nMasukkan dalam loyang dan ratakan.\nPotong mengikut saiz yang disukai sebelum disejukkan di dalam peti ais.\nBila dah mengeras, boleh leraikan biskut satu per satu dan simpan dalam bekas kedap udara.\n\nSemoga resipi bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!\nKredit: Naira Azlin\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-buat-kentang-goreng-berlada-dengan-ikan-bilis/", "title": "Lauk Simple Tapi Padu Habis! Jom Cuba Buat Kentang Goreng Berlada Dengan Ikan Bilis", "body": "\nRamai yang sudah mula\u00a0work from office setelah sekian lama\u00a0work from home kan? Bila balik rumah pasti dah tak larat nak masak. Tapi nak tak nak, tetap kena masak untuk keluarga. Jadi apa kata jom masak menu yang mudah dan cepat seperti kentang goreng berlada dengan ikan bilis ini. Ringkas tapi sangat menyelerakan.\nBaca juga: Resipi \u2018Laksa Express\u2019 Guna Sardin Tin, Sekejap Je Dah Siap Masak\nRESIPI KENTANG GORENG BERLADA DENGAN IKAN BILIS\nBahan-bahan:\n\nBawang merah*\nBawang putih*\nCili api merah*\nCili api hijau*\nLimau kasturi (jika suka)\nGaram\nGula\nAjinamoto\nKentang\nIkan bilis\n\nCara-cara:\n\nPotong kentang secara membulat. Tapi jangan terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Kemudian goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.\nGoreng juga ilkan bilis, angkat dan ketepikan.\nKisar kasar bahan bertanda (*). Kemudian tumis semua bahan yang sudah dikisar kasar sehingga garing.\nMasukkan garam, sedikit gula, ajinamoto dan juga perahan asam limau untuk dapatkan aroma wangi (jika suka).\nApaila sambal sudah garing, masukkan kentang dan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.\n\nSatu lauk ini pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya! Selamat mencuba.\n\nKredit: Nurul Ain Alaui\nBaca juga: Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Sedap, Sama Macam Dekat Kedai Thai\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-buat-sos-thai-hijau-padu-berlemak/", "title": "Asyik Sos Merah Thai Je, Jom Cuba Buat \u2018Sos Thai Hijau\u2019 Padu Berlemak Ni Pula", "body": "\nDah biasa makan keropok atau apa saja cicah sos merah Thai kan? Tapi jarang orang buat Sos Thai Hijau ni. Di restoran Thai, biasanya akan makan dengan Miang Pla Pao (ikan bakar thai).\nSelain ikan, boleh juga menggunakan aneka makanan laut seperti sotong, udang, kerang dan bermacam-macam lagi.\nSos Hijau ini juga sesuai dicicah dengan pelbagai kudapan. Rasanya yang pedas dan masam-masam sedikit pasti akan membuatkan kita tak boleh stop\u00a0cicah.\nResipi Sos Thai Hijau\nBahan-bahan:\n\nDaun ketumbar\nBawang putih\nCili\nAir limau\nMayonis\nSos ikan\nAir masak\nGula batu atau gula putih atau gula perang\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan dalam pengisar.\n\nKisar semuanya sehingga halus.\nSiap! Mudah kan.\n\n\nKredit: Puan Nurul Izzati Rahmat\nBaca juga: Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis & Sos Ala Thai\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-laksa-terengganu-kuah-merah-simple-sangat-sedap/", "title": "Jom Cuba Laksa Terengganu Kuah Merah, Simple & Sangat Sedap!", "body": "Laksa Terengganu merupakan salah satu menu mi berkuah yang popular di sana. Laksa Terengganu ada dua jenis iaitu satu kuah lemak dan juga kuah merah. Kali ini kita akan kongsikan pada anda laksa Terengganu kuah merah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nLAKSA TERENGGANU KUAH MERAHLaksa Terengganu merupakan salah satu menu mi berkuah yang popular di sana. Laksa Terengganu ada dua jenis iaitu satu kuah lemak dan juga kuah merah. Kali ini kita akan kongsikan pada anda laksa Terengganu kuah merah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A (KUAH)\n1 kilo ikan selayang segar direbus bersama garam dan asam keping dan diambil isinya. Isi ikan dikisar.\nBAHAN B (KISAR)\n2 ulas bawang besar merah\n\n3 ulas bawang putih\n\n4 hiris lengkuas\n\n4 hiris kunyit\n\n1 inci halia\nBAHAN C\n2 sudu rempah masak cap bunga Ros\n\n2 sudu rempah gulai cap bunga Ros\n\n5-6 sudu cili kisar\n\nSetengah sudu asam jawa\n\nSetengah sudu belacan\n\n700 gram santan\n\nMinyak untuk menumis\n\n1 keping nisan ( gula Melaka)\n\nGaram dan gula secukup rasa\n\nKredit: Zaky Mat AliCARA PENYEDIAAN\nSatukan bahan kisar bersama rempah dan cili kisar.\n\nTumis hingga naik minyak.\n\nMasukkan air asam jawa dan belacan.\n\nMasukkan santan, ikan, nisan, garam dan gula.\n\nMasak hingga pecah minyak. Siap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-lemang-cawan-kukus-sangat-mudah-tak-perlu-susah-susah-nak-bakar/", "title": "Jom Cuba Lemang Cawan Kukus Sangat Mudah, Tak Perlu Susah-Susah Nak Bakar!", "body": "Setiap kali raya mesti wajib ada lemang, kalau tak ada memang rasa tak lengkap lah. Tapi bila beli dekat luar pulak ada yang terlebih kering dan keras. Jadi, untuk mengelakkan benda seperti itu berlaku, korang boleh cuba buat lemang kukus cawan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Ct di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nLEMANG CAWAN KUKUSSetiap kali raya mesti wajib ada lemang, kalau tak ada memang rasa tak lengkap lah. Tapi bila beli dekat luar pulak ada yang terlebih kering dan keras. Jadi, untuk mengelakkan benda seperti itu berlaku, korang boleh cuba buat lemang kukus cawan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Ct di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1/2 kilo beras pulut di rendam selama 1 1/2 jam (tos air rendaman)\n\n1/2 kg santan campur bersama\u00a0 1/2 cawan air\n\n1/2 sudu besar gula\n\nGaram secukup rasa\n\nDaun pisang\n\nCawan kertas\n\nKredit: Siti CTCARA PENYEDIAAN\nMasukkan daun pisang ke dalam cawan kertas. Kemudian isikan 3/4 pulut ke dalam cawan kertas tersebut.\n\nBancuhkan santan, garam dan gula.\n\nApabila sudah sebati masukkan santan ke dalam pulut tadi biarkan tenggelam sedikit pulut itu.\n\nKukus selama 45 minit hingga ke 1 jam.\n\nPastikan air di dalam pengukus sudah mendidih baru letakkan pulut. Siap dan boleh dihidang.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-puding-roti-menggunakan-air-fryer-mudah-je/", "title": "Jom Cuba Puding Roti Menggunakan Air Fryer, Mudah Je!", "body": "Siapa kata air fryer boleh buat bakar ayam je, air fryer banyak tau kegunaannya. Salah satunya boleh buat puding roti, korang masukkan je dalam air fryer lepas 10 minit dah siap. Jimat masa dan jimat tenaga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ceah Caera di Facebook.\n\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nPUDING ROTISiapa kata air fryer boleh buat bakar ayam je, air fryer banyak tau kegunaannya. Salah satunya boleh buat puding roti, korang masukkan je dalam air fryer lepas 10 minit dah siap. Jimat masa dan jimat tenaga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ceah Caera di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n6-7 keping roti Gardenia\n\n2 cawan susu segar\n\n4 sudu besar gula halus *\n\n1 sudu teh esen vanila*\n\n2 biji telur*\n\nKismis/ badam/ chocolate chip sebagai hiasan\n\nKredit: Ceah CaeiraCARA PENYEDIAAN\nCarik-carikkan roti. Susun dalam loyang dan tabur chocolate chip. Kemudian susun roti lapis kedua. Tabur lagi chocolate chip. Seterusnya susun roti dan tabur badam pada bahagian atas sekali.\n\nSatukan semua bahan bertanda (*).\n\nTuang dalam loyang roti yang dah disusun.\n\nBakar dengan suhu 180 C selama 10-15 minit dan siap boleh dimakan bersama sos kastard.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-apam-balik-homemade-rasanya-yang-lembut-pasti-menyelerakan/", "title": "Jom Cuba Resepi Apam Balik Homemade, Rasanya Yang Lembut & Pasti Menyelerakan!", "body": "Kalau dulu kita hanya membeli, kini dah ramai dalam kalangan para ibu yang cuba membuat sendiri menu ini di rumah. Sebenarnya tak susah pun nak menyediakan hidangan ini dan bahan-bahan yang digunakan pun sangat mudah didapati di kedai runcit. Jadi mari kita cuba resepi Apam Balik Terlajak Sedap yang dikongsikan oleh Azie Kitchen di kumpulan Resepi Siti Nurhaliza Fans di Facebook.\nResepi ini bukan hanya disukai oleh orang dewasa, tetapi kanak-anak pun turut suka makanan yang satu ini kerana rasanya yang ditambah dengan jagung dan kacang mampu menaikkan selera. Jom cuba menu ini untuk minum petang.\nPENULISMyResipi\nMASAKANResepi Mudah\nTAHAP KESUKARANEasy\nJom Cuba Resepi Apam Balik Homemade, Rasanya Yang Lembut & Pasti Menyelerakan!BAHAN-BAHAN\n2 cawan tepung gandum\n\n\u00bd cawan gula\n\n1 sudu teh soda bicarbonate\n\n1 sudu teh baking powder\n\nSedikit pewarna kuning\n\n1 biji telur\n\n1\u00bd cawan air\n\nSedikit mentega atau planta untuk mengoles\n\nKredit: Azie Kitchen\nBAHAN TABURAN\nKacang tanah \u2013 goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.\n\nJagung manis dalam tin\n\nGula halus\n\nMarjerin\n\nKredit: Azie Kitchen\nCARA-CARA\nGunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.\n\nPukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.\n\nOleskan mentega atau marjerin di permukaan kuali. Sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non-stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.\n\nBiarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.\n\nKredit: Azie Kitchen\nKongsi Resepi IniSelamat Mencuba\nKredit: Azie Kitchen\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-ayam-goreng-cheese-ala-korea-pedas-sangat-menyelerakan/", "title": "Jom Cuba Resepi Ayam Goreng Cheese Ala Korea, Pedas & Sangat Menyelerakan!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-13 04:26:16\nSebut saja pasal ayam goreng, mesti semua orang suka. Tak kiralah anak kecil atau pun yang dewasa. Sebenarnya ada macam-macam cara nak goreng ayam ni selain menggoreng dengan kunyit, kita juga boleh variasikan dengan pelbagai jenis makanan yang lain. Salah satu resepi ayam goreng yang semakin mendapat perhatian di Malaysia sudah tentulah ayam goreng pedas Korea. Jadi apa kata kita cuba resepi Ayam Goreng Korean Hot Spicy Cheese yang dikongsikan oleh Shacha Munieyra di laman Facebooknya.\n\n\nKredit: Shacha Munieyra\n\nBahan-bahan: \n\nAyam\n1 cawan tepung gandum\n1 cawan tepung jagung\nSerbuk cili Babas (nak pedas lagi boleh tambah ikut citarasa sendiri)\nBawang putih\nMinyak jagung\nLada kering (kisar)\nGaram\n2 sudu madu\n2 sudu gula perang\n2 sudu sos tomato\n3 sudu sos cili \n2 sudu bijan \n1 paket cheese (Guna cheese leleh atau mayonis)\n\n\u00a0\n\nKredit: Shacha Munieyra\n\u00a0\nCara-cara:\n\nGaul ayam dengan bawang putih, lada hitam dan sedikit halia. Semua ni ditumbuk.\nPerapkan selama 30 minit.\nBila dah siap perap, masukkan sebiji telur.\nMasukkan tepung gandum dan tepung jagung.\nKemudian, masukkan sedikit serbuk cili. (nak pedas lagi boleh tambah ikut suka hati).\nKemudian goreng ayam tadi.\n\n\nKredit: Shacha Munieyra\n\nSambil goreng ayam, kita sediakan sos untuk ayam tadi.\n\nTumis 4 ulas bawang putih dengan sedikit minyak jagung di kuali lain.\nMasukkan lada kering yang dah dikisar.\nMasukkan sedikit garam, 2 sudu madu, 2 sudu brown sugar, 1 sudu serbuk cili Babas2 sudu sos tomato dan 3 sudu sos cili.\nKemudian masukkan 2 sudu bijan dan campurkan ayam yang digoreng tadi ke dalam sos tersebut.\nKemudian tuangkan cheese atau mayonis dan siap untuk dihidang.\n\nKredit: Shacha Munieyra\n\n\nKredit: Shacha Munieyra\n\n\nKredit: Shacha Munieyra\n\nSelamat Mencuba\nKredit: Shacha Munieyra\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-ayam-pandan-homemade-ala-ala-thai-simple-tapi-rasa-memang-power/", "title": "Jom Cuba Resepi Ayam Pandan Homemade Ala-Ala Thai, Simple Tapi Rasa Memang Power!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-09 02:33:51\n\n\nBiasanya kalau ke kedai Thailand, sajian Ayam Pandan ni memang antara menu popular yang biasa dipesan. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu yang menu ini sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahannya juga ringkas dan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Bila goreng, harum wangi semerbak. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Resepi Ringkas Dan Mudah di laman Facebooknya. Selamat mencuba!\n\nKredit: Resepi Ringkas Dan Mudah\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1/3 ekor ayam atau 400gram ayam\n1/2 biji bawang besar\n5 biji bawang \nSetengah labu bawang putih \n1 sudu kecil jintan putih \n1 sudu kecil jintan manis \n1 sudu kecil ketumbar \n1 sudu besar gula \n1 sudu besar gula perang \n2 batang serai \nSedikit minyak masak \nSedikit air \nBeberapa helai daun pandan \nPencungkil gigi \n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Kredit: Resepi Ringkas Dan Mudah\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan kecuali ayam. \nPerap ayam dengan bahan-bahan tadi. Paling kurang sejam. Lagi lama lagi bagus. \nSebelum goreng. Balut ayam dengan daun pandan \u00a0\nCucuk dengan mencungkil gigi. Elak daun pandan tercabut. Goreng macam biasa. Siap. \n\n\nKredit: Resepi Ringkas Dan Mudah\n\u00a0\n\nKredit: Resepi Ringkas Dan Mudah\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Resepi Ringkas Dan Mudah\n\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-ayam-percik-paling-power-terlajak-sedap-tengok-pun-dah-terliur/", "title": "Jom Cuba Resepi Ayam Percik Paling Power & Terlajak Sedap, Tengok Pun Dah Terliur", "body": "Seperti yang kita tahu, rahsia kesedapan ayam percik adalah terletak pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang atau grill. Malah ada juga yang lebih suka dengan cara menggoreng. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri.\nWalaupun begitu, bahan asasnya adalah lebih kurang sama dan anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menyesuaikannya dengan citarasa masing-masing. Jadi mari kita cuba Resepi Ayam Percik Paling Simple & Sedap yang dikongsikan oleh Puan Juliana Jue di kumpulan Resepi Masakan Ringkas di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANResepi Tradisional\nTAHAP KESUKARANMedium\nJom Cuba Resepi Ayam Percik Paling Power & Terlajak Sedap, Tengok Pun Dah TerliurSeperti yang kita tahu, rahsia kesedapan ayam percik adalah terletak pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang atau grill. Malah ada juga yang lebih suka dengan cara menggoreng. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri.\nWalaupun begitu, bahan asasnya adalah lebih kurang sama dan anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menyesuaikannya dengan citarasa masing-masing. Jadi mari kita cuba Resepi Ayam Percik Paling Simple & Sedap yang dikongsikan oleh Puan Juliana Jue di kumpulan Resepi Masakan Ringkas di Facebook.\n\nKredit: Puan Juliana Jue\nBAHAN-BAHANBahan Perapan:\n\nAyam seekor dipotong 4 (saya guna bahagian dada sahaja)\n5 ulas bawang merah*\n5 ulas bawang putih*\nHalia sebesar ibu jari*\nSedikit garam\n\nBahan Untuk Kuah:\n\n1 cawan santan cair*\nSerai 4 batang*\nHalia besar ibu jari*\nLengkuas besar ibu jari*\n20 tangkai cili kering* (rendam air panas dulu)\n1 cawan air*\nGula 5 sudu makan\nGaram sedikit\n1 sudu makan bahan perasa (guna Maggi Cukup Rasa untuk rasa manis-manis)\n2-3 butir asam keping\nSantan pekat (masukkan kemudian)\nCARA PENYEDIAAN\n\nSediakan Bahan Perapan\n\nPertama sekali, tumbukkan semua bahan perapan bertanda * seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.\n\n\nPerapkan 1 Jam\n\nKelarkan sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.\n\n\nSediakan Kuah\n\nSementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda * dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali, atau periuk masakan anda.\nTambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.\n\n\nMasakkan Ayam Yang Diperap\n\nSeterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.\n\n\nAngkat Ayam Dan Perap Sekali Lagi\n\nSelepas ayam agak-agak kecut sedikit atau separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.\nSementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api.\n\n\nBakar / Goreng / Panggang Ayam\n\nAkhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Tak kisahlah nak bakar dalam oven, panggang atas api, atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.\n\n\nSedia Dihidangkan\n\nBila ayam dah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah yang dibuat tadi. Nampak menyelerakan!\n\nKredit: Puan Juliana Jue\n\nKredit: Puan Juliana Jue\n\nKredit: Puan Juliana Jue\n\nKredit: Puan Juliana Jue\n\nKredit: Puan Juliana Jue\nSelamat Mencuba\nKredit: Puan Juliana Jue\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-baked-cheese-carbonara-meatball-anak-anak-mesti-suka/", "title": "Jom Cuba Resepi Baked Cheese Carbonara Meatball, Anak-Anak Mesti Suka!", "body": "Kalau nak keluar makan bersama anak-anak kan tak boleh memandangkan sekarang tengah musim PKP. Kalau tak ada idea nak masak apa, boleh cuba masak baked carbonara cheesy meatball. Sesekali boleh la cuba resepi yang lain daripada lain iaitu makanan dari negara barat. Rasa berlemak daripada kejunya pasti membuatkan anak-anak anda suka. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zai Harwani di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nBAKED CARBONARA CHEESE MEATBALLKalau nak keluar makan bersama anak-anak kan tak boleh memandangkan sekarang tengah musim PKP. Kalau tak ada idea nak masak apa, boleh cuba masak baked carbonara cheesy meatball. Sesekali boleh la cuba resepi yang lain daripada lain iaitu makanan dari negara barat. Rasa berlemak daripada kejunya pasti membuatkan anak-anak anda suka. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zai Harwani di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nBebola daging\n\nLada benggala\n\nBawang Holland\n\nMinyak untuk menumis\n\n1 tin sos carbonara\n\nSusu segar\n\nKeju mozzarella\n\nKredit: Zai HarwaniCARA PENYEDIAAN\nBebola daging digoreng terlebih dahulu. Selepas itu tumis lada benggala dan bawang bersama sedikit minyak.\n\nTuang sos carbonara. Masukkan satu tin sos carbonara di dalam kuali. Masak sampai mendidih, dan masuk susu segar lebih kurang setengah cawan dan lada hitam hancur.\n\nTuangkan sos cabonara ke atas bebola daging. Letakkan\u00a0 keju mozarella di atasnya.\n\nMasukkan dalam oven, suhu 170 darjah selama 10-15 minit. Selamat mencuba.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-dodol-homemade-hanya-guna-4-bahan-dah-siap/", "title": "Jom Cuba Resepi Dodol Homemade, Hanya Guna 4 Bahan Dah Siap!", "body": "Di Johor dan Melaka, dodol amat popular sebagai manisan. Kebiasaannya proses nak buat dodol ini agak rumit dan memerlukan masa yang lama untuk memasaknya. Tetapi kalau korang teringin nak makan dodol di rumah boleh cuba ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Suzana Nurin di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nDODOL HOMEMADEDi Johor dan Melaka, dodol amat popular sebagai manisan. Kebiasaannya proses nak buat dodol ini agak rumit dan memerlukan masa yang lama untuk memasaknya. Tetapi kalau korang teringin nak makan dodol di rumah boleh cuba ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Suzana Nurin di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1 kg gula merah bersama 5 cawan air\n\n1 kg santan\n\n500gm tepung pulut\n\n4 sdb tepung beras\n\nSecubit garam\n\nKredit: Suzana NurinCARA PENYEDIAAN\nSatukan semua bahan, tapis di dalam periuk dan kacau selama 1 jam 1/2 kalau menggunakan periuk non-stick.\n\nKalau guna periuk Noxxa steam selama 10 minit dan tekan stir fry kacau sampai masak.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-donut-kentang-gebu-lembut-makan-sekali-pasti-nak-lagi/", "title": "Jom Cuba Resepi Donut Kentang Gebu & Lembut, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!", "body": "Kalau orang yang minat donut, mesti mereka sukakan donut yang gebu dan tidak serap minyak yang berlebihan. Korang pernah cuba donut kentang tak? Donut ini pernah popular satu masa dahulu dan tak dinafikan, sampai sekarang menu ini masih menjadi kesukaan ramai. Jadi korang boleh lah cuba buat sendiri di rumah dan jadikan hidangan untuk minum petang. Anak-anak mesti suka! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ibu Resepi\u00a0 di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nDONUT KENTANG GEBUKalau orang yang minat donut, mesti mereka sukakan donut yang gebu dan tidak serap minyak yang berlebihan. Korang pernah cuba donut kentang tak? Donut ini pernah popular satu masa dahulu dan tak dinafikan, sampai sekarang menu ini masih menjadi kesukaan ramai. Jadi korang boleh lah cuba buat sendiri di rumah dan jadikan hidangan untuk minum petang. Anak-anak mesti suka! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ibu Resepi\u00a0 di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1 kg tepung gandum\n\n3 biji ubi kentang\u00a0 \u00a0(rebus dan lenyek)\n\n3 sdb marjerin\n\n1 bungkus mauripan\n\n3 sdb gula\n\n1 cawan air suam\n\nAir\nCARA PENYEDIAAN\nCampurkan air suam, mauripan dan gula.\n\nBiarkan ia sehingga kembang.\n\nDalam bekas lain lenyekkan ubi bersama marjerin. Masukkan tepung dan gaul sebati.\n\nSelepas mauripan sudah kembang terus masukkan dalam adunan tepung sambil diuli.\n\nSelepas itu, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tadi betul-betul sempurna.\n\nAmbil doh tadi tekan dengan acuan donat. Selamat mencuba.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-ikan-bawal-3-rasa-homemade-rasa-masam-masam-manis-memang-ngam-lah/", "title": "Jom Cuba Resepi Ikan Bawal 3 Rasa Homemade, Rasa Masam-Masam Manis Memang Ngam Lah!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-18 04:24:10\nMenu wajib setiap kali ke restoran untuk makan besar bersama keluarga ialah ikan siakap 3 rasa. Pastinya menu ni menjadi kegemaran sekeluarga. Rasanya ramai lagi yang memang sukakan masakan 3 rasa ni kan? Memang sedap. Selain masak ikan siakap apa kata guna ikan bawal pula. Jika makan di restoran harganya pulak boleh tahan mahal. Apa kata kita cuba masak sendiri di rumah dengan resepi ikan bawal masak 3 rasa yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha di kumpulan Resepi Ibu di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Suisan Aliezsha\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nIkan bawal (goreng dan letak tepi dulu)\nCili kering dikisar (2 sudu besar)\nSos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, jus limau ( semua tiada sukatan. Agak-agak je)\nBawang putih (ketuk)\nBawang besar atau bawang holand (potong dadu)\nNenas dan tomato (dipotong)\nCili api (dipotong)\nSerai (dihiris)\nDaun ketumbar (hiasan)\n\n\nKredit: Suisan Aliezsha\n\u00a0\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak. Pastikan minyak tak terlalu banyak. \nMasukkan bawang putih, cili kering dan segala sos.\nMasukkan sedikit air kemudian masukkan jus limau. (Pastikan gula dan garam terasa)\nTambahkan sedikit serbuk perasa.\nKemudian, masukkan bawang besar, nenas, cili api dan tuangkan kuah ke atas ikan bawal yang digoreng tadi.\nAkhir sekali, hiaskan dengan daun ketumbar dan sedia untuk dimakan.\n\n\u00a0\n\nKredit: Suisan Aliezsha\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Suisan Aliezsha\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-ikan-kerutuk-sumbat-sangat-sedap-confirm-tak-jemu-2/", "title": "Jom Cuba Resepi Ikan Kerutuk Sumbat, Sangat Sedap & \u2018Confirm\u2019 Tak Jemu!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-23 03:59:39\n\n\nResepi Ikan Kerutuk\u00a0Sumbat atau dipanggil juga Ikan Sumbat adalah antara lauk kegemaran kebanyakan orang. Tak kiralah sumbat sambal atau sumbat kelapa pasti ramai yang menggemarinya kerana\u00a0rasa ikan yang disulami dengan rasa 'inti' di dalamnya. Memang ngam lah!\u00a0Resepi ini juga sangat sesuai untuk masakan tengah hari. Untuk yang minat dekat resepi masakan ikan bolehlah cuba resepi Ikan Kerutuk yang dikongsikan oleh Ayuhak Makanan di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nBawang besar 1 biji\nBawang kecik 8 biji\nKunyit hidup 2 ketul\nBawang putih setengah labu\nBuah keras 5 biji\nCili padi 20 biji\nCili besar hijau atau merah 3 biji\nGaram\nGula\nSerbuk perasa\n\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Ikan cencaru saiz sedang-sedang\u00a0dibelah belakang. Tabur garam sikit-sikit\u00a0je. Ketepikan sekejap.\n2. Tumbuk semua bahan hingga lumat. Sumbat dalam ikan depan dan belakang. Lumur sikit kat badan ikan.\n3. Goreng sampai garing. Lagi garing lagi sedap. Tapi jangan sampai hangit ye. Makan panas-panas.\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\nSelamat mencuba.\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-ikan-kerutuk-sumbat-sangat-sedap-confirm-tak-jemu/", "title": "Jom Cuba Resepi Ikan Kerutuk Sumbat, Sangat Sedap & \u2018Confirm\u2019 Tak Jemu!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-23 03:59:39\nResepi Ikan Kerutuk\u00a0Sumbat atau dipanggil juga Ikan Sumbat adalah antara lauk kegemaran kebanyakan orang. Tak kiralah sumbat sambal atau sumbat kelapa pasti ramai yang menggemarinya kerana\u00a0rasa ikan yang disulami dengan rasa \u2018inti\u2019 di dalamnya. Memang ngam lah!\u00a0Resepi ini juga sangat sesuai untuk masakan tengah hari. Untuk yang minat dekat resepi masakan ikan bolehlah cuba resepi Ikan Kerutuk yang dikongsikan oleh Ayuhak Makanan di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nBawang besar 1 biji\nBawang kecik 8 biji\nKunyit hidup 2 ketul\nBawang putih setengah labu\nBuah keras 5 biji\nCili padi 20 biji\nCili besar hijau atau merah 3 biji\nGaram\nGula\nSerbuk perasa\n\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Ikan cencaru saiz sedang-sedang\u00a0dibelah belakang. Tabur garam sikit-sikit\u00a0je. Ketepikan sekejap.\n2. Tumbuk semua bahan hingga lumat. Sumbat dalam ikan depan dan belakang. Lumur sikit kat badan ikan.\n3. Goreng sampai garing. Lagi garing lagi sedap. Tapi jangan sampai hangit ye. Makan panas-panas.\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\nSelamat mencuba.\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-kari-kukkra-dari-negara-nepal-unik-rasanya-sedap-hingga-menjilat-jari/", "title": "Jom Cuba Resepi Kari Kukkra Dari Negara Nepal, Unik & Rasanya Sedap Hingga Menjilat Jari!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-05 04:01:50\n\n\nResepi kari hari ini agak lain daripada yang lain kerana resepi ini dibawa khas dari Nepal. Kari ini agak unik kerana ianya tidak menggunakan santan. Sangat simple dan sedap. Boleh dimakan bukan dengan nasi je malahan dengan roti arab pun boleh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Resepi Viral Terbaik di laman facebooknya.\n\u00a0\n\nKredit: \u200e Resepi Viral Terbaik\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nAyam seekor\nBawang merah 5 biji *\nBawang putih 3 biji *\nHalia 1 inci *\n\n(Kisar bahan yang bertanda*)\n\nTomato 4 biji (potong dadu)\nUbi kentang (optional)\nDaun ketumbar 1 pokok (letak lebih lagi sedap)\nYogurt original 5 sudu (yang tiada perisa)\nSerbuk kari 6 sudu penuh\n\n\u00a0\n\nKredit: \u200e Resepi Viral Terbaik\n\u00a0\nCara-cara\n1. Tumis semua bahan kisar.\n2. Masukkan tomato, masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.\n3. Kemudian masukkan ayam dan kentang dan masukkan sedikit air.\n4. Biarkan mendidih hingga ayam masak.\n5. Kemudian masukkan yogurt.\n6. Akhir skali, masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-potong dan siap!\n\u00a0\n\nKredit: \u200e Resepi Viral Terbaik\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: \u200e Resepi Viral Terbaik\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-kimchi-homemade-yang-mampu-memikat-hati-si-penggemar-sayur/", "title": "Jom Cuba Resepi Kimchi Homemade Yang Mampu Memikat Hati Si Penggemar Sayur", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-01 02:41:02\n\n\nKimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah. Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Jadi, kepada sesiapa yang minat makan sayur dan inginkan sesuatu yang lain bolehlah cuba resepi Kimchi yang dikongsikan oleh Maria Achak di kumpulan Dapur Chef Wan Dapur Berasap di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit : Maria Achak\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nKubis putih\nLobak Merah\nLobak Putih\nDaun Bawang\nHalia\nBawang Putih\nSos Ikan\nGula\nGochugaru\u00a0Fine powder/ Flakes powder\n\n\u00a0\n\nKredit : Maria Achak\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara penyediaan:\n\u00a0\n\nPotong kubis memanjang. Setiap helaian sapu garam. Rendam dalam air garam. Biarkan selama 2 jam atau lebih. Kalau tengok dah layu tu boleh dah cuci bersih dan potong. Jangan potong halus. Biar sederhana besar.\nSambil tunggu 2 jam, boleh sediakan bahan lain. Potong lobak dan daun bawang memanjang sederhana. Tak halus dan tak kasar sangat. Sedang sedang.\nHalia, bawang putih dan sos ikan kisarkan sekali. Sos ikan letak dalam setengah mangkuk kecil.\nTerakhir sekali, gaul semua bahan sehingga sebati. Guna sarung tangan sebab\u00a0fine powder\u00a0yang digunakan itu pedas. Kena rasa juga. Jangan main gaul tapi tak rasa. Kimchi sepatutnya ada rasa masin manis dan pedas. Okay dah siap! Boleh letak dalam bekas.\n\n\u00a0\n\nKredit : Maria Achak\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit : Maria Achak\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit : Maria Achak\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit : Maria Achak\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-korean-cream-cheese-garlic-bread-hanya-guna-roti-burger-je/", "title": "Jom Cuba Resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread, Hanya Guna Roti Burger Je!", "body": "\nResepi kali ini boleh dikatakan resepi yang sedang hangat di media sosial kerana ia meraih lebih 13 ribu perkongsian di Facebook. Ramai yang sudah mencuba resepi ini dan mengatakan ia sangat mudah dan sedap.\nBagi yang teringin rasa Korean cream cheese garlic bread ini, korang boleh cuba mengikut resepi ini\u00a0 hanya dengan menggunakan roti burger sahaja korang dapat menikmatinya.\nBahan-bahan Sos Bawang Putih\n\nBawang putih \u2013 cincang\n100 g mentega\n2 sdb mayonis\n1 biji telur\n\n\nParsley\n\n\n\n\nBahan Inti\n\n250 g cream cheese\u00a0\n2 sudu makan susu pekat\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nUntuk membuat garlic sauce,\u00a0cairkan mentega dan biarkan sedikit sejuk dan baru campurkannya bersama semua bahan-bahan untuk membuat garlic sauce.\n\n\n2. Bagi intinya pula, campurkan cream cheese dengan susu pekat sampai sebati dan masukkan di dalam piping bag.\n\n3. Selepas itu, untuk memasukkan inti kedalam roti burger, bahagikan roti tersebut kepada 6 bahagian pastikan ia tidak terputus.\n\n4. Pipekan kan celah-celah roti yang sudah dibelah dengan inti yang sudah disediakan tadi.\n5. Sapukan garlic sauce itu pada atas roti.\n6. Bakar pada suhu 150-160 darjah selama 10-15 minit mengikut oven masing-masing.\nSumber: Tyra Manan\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-kukkra-curry-kari-ayam-original-dari-nepal/", "title": "Jom Cuba Resepi Kukkra Curry, Kari Ayam Original Dari Nepal", "body": "\nMenu kali ini ialah kukkra curry, resepi ini lebih kurang seperti kari ayam di negara kita cuma cara masakan dan bahan-bahannya agak berbeza kerana ia resepi asal daripada Nepal.\nKalau korang teringin nak tahu macam mana rasanya masakan orang Nepal, jom cuba resepi yang dikongsikan ini.\nBahan-bahan\n\nSeekor ayam\n5 biji bawang merah*\n3 biji bawang putih*\n1 inci halia*\n4 biji tomato dipotong dadu\nUbi kentang\n1 pokok daun ketumbar\n5 sdb yogurt asli\n6 sdb serbuk kari\n\nKisar bahan bertanda (*)\nCARA PENYEDIAAN\n\nTumis semua bahan yang sudah dikisar sehingga naik bau.\nMasukkan tomato dan serbuk kari lalu kacau sehingga naik minyak.\nKemudian masukkan ayam, kentang dan sedikit air.\nBiarkan sehingga air mendidih dan ayam sudah mulai masak.\nMasukkan\u00a0yogurt\u00a0dan daun ketumbar yang sudah dipotong.\n\nSiap dan selamat mencuba!\nSumber: Aslyna Nor Hassan\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-laksa-siam-versi-paling-mudah-memang-padu/", "title": "Jom Cuba Resepi Laksa Siam Versi Paling Mudah, Memang Padu!", "body": "Kepada peminat laksa di luar sana, jom cuba resepi laksa yang lain daripada yang lain. Resepi laksa ni dikenali sebagai Laksa Siam tetapi yang ini versi senang. Tapi rasanya tetap sedap! Jadi apa kata kita cuba resepi Laksa Siam yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nResepi Laksa SiamKepada peminat laksa di luar sana, jom cuba resepi laksa yang lain daripada yang lain. Resepi laksa ni dikenali sebagai Laksa Siam tetapi yang ini versi senang. Tapi rasanya tetap sedap! Jadi apa kata kita cuba resepi Laksa Siam yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1-2 kg laksa halus\n\n1 kg ikan selayang direbus dan dikisar\n\n5-6 ulas bawang merah*\n\n4 ulas bawang putih*\n\n10 biji cili padi merah atau hijau\n\n4 biji lada kering*\n\n2 cawan santan pekat dan campur sedikit air untuk kuah.\n\n1 inci lengkuas*\n\n1 inci kunyit hidup*\n\n1 inci halia*\n\n2 batang serai*\n\nSedikit belacan*\n\n2-3 helai daun limau purut\n\n2-3 helai daun selasih\n\nAsam keping\n\nGaram, gula dan perasa\n\nBuah terung hijau atau terung pipit\n\n2 tangkai daun selasih\u00a0\n\n\u2153 ekor ayam dipotong kecil (optional)\n\nTimun batang\u00a0\n\nDaun selasih \u00a0\n\nUlam raja\n\nBayam brazil\n\nKredit: Rosmaliza Omar\nCARA PENYEDIAAN\nBahan-bahan bertanda * dikisar lumat. Masak santan sampai naik wap dan masukkan bahan kisar dan juga ikan yang dimesin lumat.\u00a0\n\nMasukkan ayam, masak sampai ayam empuk. Masuk asam keping. Kuah hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.\n\nMasukkan terung. Kalau guna terung ulam mesti belah dua kalau terung pipit letak sebiji-sebiji, daun limu purut dan setangkai daun selasih.\n\nMasukkan garam, secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga kuah mendidih dan secukup rasa masam-masam manis pedas. Siap untuk dihidang.\n\nKredit: Rosmaliza Omar\n\nKredit: Rosmaliza Omar\n\nKredit: Rosmaliza Omar\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-legend-lempeng-naik-cicah-dengan-kuah-kari-memang-sedap/", "title": "Jom Cuba Resepi Legend Lempeng Naik, Cicah Dengan Kuah Kari Memang Sedap!", "body": "Kadang-kadang bila dah setiap hari makan nasi berlauk pun bosan jugak kan? Apa kata korang cuba buat lempeng naik untuk berbuka. Makan lempeng ni dengan kuah kari mamak memang terus jadi pembuka selera mesti tambah banyak kali. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Nornaim Keng di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n20 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nLEMPENG NAIKKadang-kadang bila dah setiap hari makan nasi berlauk pun bosan jugak kan? Apa kata korang cuba buat lempeng naik untuk berbuka. Makan lempeng ni dengan kuah kari mamak memang terus jadi pembuka selera mesti tambah banyak kali. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Nornaim Keng di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n4 cawan tepung gandum\n\n1 paket yis Mauripan\n\n4 sdb gula\n\nGaram\n\n2 biji telur\n\nAir suam\n\nKredit: Siti Nornaim KengCARA PENYEDIAAN\nSatukan semua bahan di dalam bekas dan masukkan air sedikit demi sedikit.\n\nBancuhkan adunan sedikit pekat.\n\nBiarkan selama 20 minit.\n\nLetak sedikit minyak di dalam kuali.\n\nAmbil sesenduk adunan masuk ke dalam kuali, lebarkan sedikit adunan menggunakan senduk.\n\nJika bawahnya sudah garing terus terbalikkan dan buat sampai habis.\nTIPSJangan tekan-tekan adunan apabila terbalikkan lempeng.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-mee-bandung-johor-meletop-confirm-terangkat/", "title": "Jom Cuba Resepi Mee Bandung Johor Meletop, Confirm Terangkat!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-08 05:24:38\n\n\nMee Bandung adalah salah satu makanan warisan yang digemari ramai seandainya berkunjung ke Johor terutamanya di Muar.\u00a0Keenakan mee bandung yang asli memang tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi jika dihidangkan\u00a0bersama daging dan udang.\u00a0Yang pasti akan membuatkan rasa mee bandung lagi meletop dan terangkat. Kepada semua peminat mee bandung boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Ayuhak Makanan di Facebook.\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nMee kuning sebungkus\nDaging setengah kilo (rebus sampai empuk, potong daging kecil-kecil. Airnya disimpan untuk buat kuah)\nUdang\nSotong\nTelur 3 ke 4 biji\nSawi\nKubis\nBuah tomato\nFish ball\nFish cake\nCili kering dlm 15 tangkai* (boleh tambah atau kurangkan ikut tahap pedas)\nBawang kecil 8 biji*\nBawang besar 1 biji*\nBawang putih 8 biji*\nUdang kering segenggam*\nKacang tanah segenggam. Kalau nak lebih terpulang. (digoreng dan kisar kering macam nak buat kuah kacang tu)\nGaram\nGula\nPerasa (kalau suka)\nTepung jagung 1 sudu besar\nMinyak untuk menumis lebih kurang 5-6 sudu besar\n\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\nCara-cara:\n\nBahan yang bertanda * dikisar sampai halus.\u00a0\nTumis sampai masak/pecah minyak.\u00a0\nMasukkan air rebusan daging. Boleh tambah air kalau pekat sangat.\u00a0\nDah mendidih masukkan daging, udang, sotong, fish ball, fish cake, sawi dan kubis.\u00a0\nMasukkan kacang tanah goreng yang dah dikisar tadi. Masukkan garam serta gula secukup rasa.\u00a0\nMasukkan buah tomato yang dipotong-potong. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kacau sebati dan pecah telur sebiji demi sebiji. Jangan kacau nanti telur hancur tak cantik, biar sekejap sampai mendidih dan siap.\n\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\nTips:\n\nMee boleh masuk terus dalam kuah sebelum masukkan telur atau celur asing.\nBoleh dihidang dengan hiasan daun sup dan bawang goreng.\n\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\n\nKredit: Ayuhak Makanan\n\u00a0\nSelamat mencuba.\nKredit: Ayuhak Makanan\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-mi-calong-legend-dari-pantai-timur-makan-sekali-pasti-nak-lagi/", "title": "Jom Cuba Resepi Mi Calong Legend Dari Pantai Timur, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!", "body": "Sekiranya anda dari Pantai Timur sudah pasti menu ini menjadi makanan kegemaran semua. Kini, buat anda yang menetap di luar kawasan Pantai Timur juga boleh mencubanya sendiri di rumah dengan resepi turun-temurun yang mudah ini. Boleh dijadikan hidangan untuk dimakan bersama keluarga tercinta. Jom cuba resepi Mi Calong yang dikongsikan oleh Aziah Abu Hanifah di Facebook.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nMI CALONGSekiranya anda dari Pantai Timur sudah pasti menu ini menjadi makanan kegemaran semua. Kini, buat anda yang menetap di luar kawasan Pantai Timur juga boleh mencubanya sendiri di rumah dengan resepi turun-temurun yang mudah ini. Boleh dijadikan hidangan untuk dimakan bersama keluarga tercinta. Jom cuba resepi Mi Calong yang dikongsikan oleh Aziah Abu Hanifah di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n3 Ulas bawang putih\n\n5 Ulas bawang merah\n\nBebola ikan yang dibuat sendiri\n\nKeropok keping\n\nSebungkus mee lidi\n\nSawi\n\nIkan selayang\n\n1 sudu lada hitam\n\nKicap\n\nAir secukupnya\n\nGaram secukup rasa\nCARA PENYEDIAAN\nAmbil isi ikan selayang. Buang tulang.\n\nKisar isi ikan selayang hingga lumat.\n\nBentukkan isi ikan tadi menjadi bebola kecil.\n\nRebus bebola ikan dalam air mendidih.\n\nApabila bebola ikan timbul angkat dan toskan.\n\nKisar hingga lumat bawang putih, bawang merah dan lada hitam.\n\nTumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.\n\nMasukkan air separuh periuk. Ini untuk kuah supnya. Jadi terpulang banyak mana ikut suka.\n\nMasukkan satu senduk kicap. Biarkan sehingga mendidih.\n\nMasukkan mi lidi dan keropok keping yang telah dipatahkan. Biarkan sehingga mendidih. Apabila mi lidi telah lembut perasakan dengan garam.\n\nMasukkan bebola ikan yang dibuat tadi. Biarkan seketika.\n\nAkhir sekali masukkan sawi. Kacau rata dan siap.\n\nSiap untuk dimakan. Pasti puas hati.\nTIPSTiada\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-mudah-pak-choy-pedas-tumis-sos-tiram/", "title": "Jom Cuba Resepi Mudah Pak Choy Pedas Tumis Sos Tiram", "body": "Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram yang mudah dan cepat disediakan. Hanya perlu celur sayur, tuang kuah dan siap untuk dihidangkan. Tips untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itulah \u2018rahsia\u2019 yang membuatkan masakan sayur ini sedap dan unik. Jadi apa kata kita cuba resepi Pak Choy Pedas Tumis Sos Tiram yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nResepi Pak Choy Pedas Tumis Sos TiramResepi Pak Choy Tumis Sos Tiram yang mudah dan cepat disediakan. Hanya perlu celur sayur, tuang kuah dan siap untuk dihidangkan. Tips untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itulah \u2018rahsia\u2019 yang membuatkan masakan sayur ini sedap dan unik. Jadi apa kata kita cuba resepi Pak Choy Pedas Tumis Sos Tiram yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n20 pokok pak choy \u2013 dibelah dua\n\n4 ulas bawang putih \u2013 diracik halus\n\n5 biji cili api \u2013 dipotong kecil\n\n4 sudu besar sos tiram\n\n1 sudu kecil cukup rasa maggi\n\n1/2 cawan air panas\n\n2 sudu makan bancuhan tepung jagung\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\nCARA PENYEDIAAN\nBersihkan sayur pak choy, didihkan air kemudian rebus sekejap sahaja.\n\nAngkat dan terus masukkan ke dalam ais untuk kekalkan kesegaran dan warna sayur.\n\nPanaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili api hingga kekuningan dan angkat. Tinggalkan sedikit di dalam kuali untuk masak kuahnya.\n\nMasukkan air panas, kemudian letak sos tiram diikuti dengan secukup rasa maggi, masak sekejap dan akhir sekali letak bancuhan tepung jagung. Kacau-kacau siap.\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-nasi-ayam-simple-tapi-power-confirm-anak-anak-suka/", "title": "Jom Cuba Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Power, Confirm Anak-Anak Suka!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-06 07:58:47\n\n\nMesti ramai yang suka makan nasi ayam kan. Tak kiralah hari-hari biasa atau hari istimewa, nasi ayam ni memang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Lagipun, semua peringkat umur boleh makan, daripada kanak-kanak hinggalah ke warga emas.\u00a0Sebab itulah ibu-ibu kena\u00a0standby\u00a0siap-siap at least satu resepi nasi ayam special untuk dimasak buat\u00a0keluarga ataupun tetamu yang hadir. Jadi apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di laman Facebooknya.\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nBAHAN-BAHAN (A) (bahagian luar)\n\n1 ekor ayam (tidak dipotong)\n1 sudu kecil lada hitam\n1 sudu kecil serbuk jintan manis\n1 sudu kecil serbuk bunga lawang\n1 sudu kecil serbuk kayu manis\n1 sudu kecil serbuk cengkih\n\n*Kalau tak ada serbuk,boleh juga kisar sekali semua rempah di atas.\n\n3 sudu besar madu\n3 sudu besar kicap soya manis\n1 sudu kecil garam\n2 sudu besar bawang putih yang dikisar\n1 tin susu atau cangkuk kalau ada\n\n\u00a0\nBAHAN-BAHAN (bahagian dalam)\n\n1 sudu kecillada hitam\n1 sudu kecil serbuk jintan manis\n1 sudu kecil serbuk bunga lawang\n1 sudu kecil serbuk kayu manis\n1 sudu kecil serbuk cengkih\nSecubit garam \n2 simpul daun pandan\n\n\u00a0\nCara-cara:\n1.Toskan ayam.Gunakan sebilah pisau yang sesuai untuk mengopek sebahagian kulit ayam (*bahagian atas dan kiri kanan badan ayam,dari bahagian bawah). Sila lihat gambar. Tak perlu ke dalam sangat, cukup sejengkal.\n2. Masukkan tin kosong ke dalam badan ayam dan dirikan di atas sebuah pinggan seperti dalam gambar. Keringkan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam.\n3. Keluarkan ayam dari peti sejuk. Sapukan rata bahan perap B ke bahagian dalam ayam. Masukkan juga simpulan daun pandan.\n4. Campur kesemua bahan A dan gaulkan ke seluruh bahagian ayam. Masukkan sekali lagi ke dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4 atau 5 jam.\n5. Sapukan minyak ke atas seluruh permukaan ayam dan bakar sehingga perang selama 20 minit.\n6. Setelah ayam berwarna perang/sedikit perang, keluarkan dan terbalikkan ayam. Sapukan sedikit minyak sekali lagi.Bakar lagi untuk selama 90 minit.\n7. Pada 20 minit terakhir boleh terbalikkan ayam sekali lagi kembali pada kedudukan asal (tak perlu letak minyak). Bakar sehingga ayam betul-betul masak dan kelihatan keseluruhan kulit ayam berwarna perang gelap/garing. Siap.\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nNasi ayam basmathi\nBahan-bahan:\n\n4 cawan beras Basmathi (ikut sukatan atau cara penyediaan beras Basmathi yang dipilih) Yang saya pakai ini tak perlu direndam, sukatan 1 : 1.1 cawan air/sup\n5 cawan kuah sup ayam\n1 ketul kiub ayam\n1 tangkai daun sup\n3 simpul daun pandan\n5 biji bawang putih dan 2 inci halia dikisar bersama\n3 atau 4 sudu marjerin \n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nTumis semua bahan sehingga sebati dan naik bau.\nMasukkan beras dan air,\nGaul rata dan masak di atas gas atau rice cooker seperti biasa.\n\n\u00a0\nSos Kicap\n\nLebihan bahan perap ayam,campurkan dengan kuah sup, panaskan siap.\n\n\u00a0\nSos Cili\n\nPakai sos Thai dalam botol saja.\n\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\nSelamat Mencuba!!\u00a0\n\u00a0\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-nugget-ayam-homemade-yang-mudah-anak-anak-mesti-suka/", "title": "Jom Cuba Resepi Nugget Ayam Homemade Yang Mudah, Anak-Anak Mesti Suka!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-20 03:04:08\nNugget menjadi snek kegemaran tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Tidak hairanlah makanan ini turut menjadi salah satu menu pelbagai rangkaian restoran makanan segera seluruh dunia.\nCara pembuatan nugget ayam sebenarnya sangat mudah! Malah ia jauh lebih sihat jika dibuat sendiri berbanding dibeli dari pasaraya kerana ia telah mengalami proses sejuk beku.\u00a0Selain itu, harganya juga lebih jimat berbanding beli di kedai dan kita boleh tambah sendiri isi nugget untuk jadi lebih sedap. Jadi mari kita cuba resepi nugget homemade\u00a0yang dikongsikan oleh Che Ros di kumpulan Resepi Insider di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Che Ros\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nIsi Ayam*\nBawang Besar*\nBawang Putih*\nTelur*\nSerbuk Hilal*\nSerbuk Maggi Cukup Rasa*\nSedikit Garam*\nSerbuk Lada Hitam*\nSedikit Air*\nTepung Jagung*\nTepung serbaguna (beli kedai ECO aje)\n\n\u00a0\n\nKredit: Che Ros\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Blend semua yang bertanda *\n2. Loyang terlebih dahulu sapukan minyak/butter\n3. Masukkan bahan yang diblend ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit\n4. Siap kukus, angkat & potong mengikut citarasa masing-masing.\n5. Bancuh tepung serbaguna dengan air & jangan terlalu likat/cair\n6. Celup dan goreng dalam minyak yang panas\n\u00a0\n\nKredit: Che Ros\n\u00a0\n\nKredit: Che Ros\n\u00a0\n\nKredit: Che Ros\n\u00a0\n\nKredit: Che Ros\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Che Ros\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-peria-goreng-telur-masin-empuk-menyelerakan/", "title": "Jom Cuba Resepi Peria Goreng Telur Masin, Empuk & Menyelerakan!", "body": "\nPeria merupakan salah satu sayuran yang agak pahit dan tidak ramai gemar untuk memakannya. Tetapi kalau korang masak dengan cara yang betul pahit daripada peria itu dapat dikurangkan dan ia akan menjadi lebih sedap.\nKali ini kita akan kongsikan resepi peria goreng telur masin yang mudah dan enak. Jom cuba resepi ini.\nBahan-bahan\n\nSebatang peria\n3 biji bawang merah\n2 ulas bawang putih\n1/2 kiub ayam\nSebiji telur masin\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nRebus peria sehingga layu dan jangan rabus sehingga ia overcooked.\nPukul telur masin sehingga ia hancur, sementara itu boleh hiriskan bawang merah dan bawang putih.\nTumis bahan yang sudah dihiris sehingga naik bau dan masukkan peria yang sudah direbus tadi.\nMasukkan pula telur masin yang sudah dihancurkan tadi lalu perasakan bersama gula dan garam.\nKacau rata sehingga peria disaluti telur masin.\n\nSiap dan selamat mencuba!\nSumber: Fyza Shah\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-pisang-salai-kastard-hidangan-dessert-kegemaran-ramai/", "title": "Jom Cuba Resepi Pisang Salai Kastard, Hidangan Dessert Kegemaran Ramai!", "body": "Kalau korang teringin nak makan manis-manis dan nak buat pencuci mulut yang sangat mudah dan menjimatkan masa, korang boleh cuba pisang salai sos kastard. Resepi ini sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Yuni Kamaruddin di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nPISANG SALAI SOS KASTARDKalau korang teringin nak makan manis-manis dan nak buat pencuci mulut yang sangat mudah dan menjimatkan masa, korang boleh cuba pisang salai sos kastard. Resepi ini sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Yuni Kamaruddin di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nPisang berangan\n\nSusu cair\n\nSusu pekat\n\nTepung kastard\n\nKismis\n\nMarjerin\n\nKredit: Yuni KamaruddinCARA PENYEDIAAN\nPisang dibelah dua dan dibakar atas pan dengan marjerin.\n\nGoreng sehingga sedikit keperangan. Kemudian susun pisang yang sudah siap dibakar dalam pinggan dan letak dalam peti ais.\n\n\n\nCara masak sos kastard pula. Campurkan 1/2 susu cair, 3 sudu susu pekat jika nak manis boleh tambah lagi susu pekat dan tepung kastard 2 sudu dan sedikit air. Kacau rata dulu baru buka api perlahan. Jangan bagi pekat. Sejukkan dalam peti ais. Lagi sedap kalau letak daun pandan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNak makan baru curahkan sos kastard atas pisang tadi. Siap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-popia-cheese-rangup-jimat-hanya-dengan-3-langkah-mudah-2/", "title": "Jom Cuba Resepi Popia Cheese Rangup & Jimat, Hanya Dengan 3 Langkah Mudah!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-23 03:21:42\n\n\nKalau ada masa terluang di rumah, mak-mak bolehlah cuba resepi popia cheese ini sebab ramai sangat yang kata sedap! Cara pembuatannya pun sangat mudah. Hanya dengan 3 langkah mudah dan siap! \nAda yang kata popia ni kalau beli dekat luar boleh mencecah sehingga RM25. Jadi apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Farah Subhi di kumpulan Resepi Mama di Facebook. Sememangnya resepi ini lebih jimat berbanding beli di luar. Buatlah banyak-banyak terus dan simpan supaya boleh dijadikan snek ketika menonton television atau untuk minum-minum petang.\n\nKredit: Farah Subhi\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nKulit popia 1 paket ( gunting ikut kreativiti anda ) \n4 sudu gula halus \n1 cawan serbuk cheese\n1 sudu kecil garam\n1 sudu besar serbuk cili\n\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Gunting kulit Popia , jemurkan sekejap dan goreng kekuningan \n2. Kisarkan serbuk cheese , serbuk cili , garam dan gula . \n3. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi dan sedia untuk dimakan.\n\u00a0\n\nKredit: Farah Subhi\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Farah Subhi\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-popia-cheese-rangup-jimat-hanya-dengan-3-langkah-mudah/", "title": "Jom Cuba Resepi Popia Cheese Rangup & Jimat, Hanya Dengan 3 Langkah Mudah!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-23 03:21:42\nKalau ada masa terluang di rumah, mak-mak bolehlah cuba resepi popia cheese ini sebab ramai sangat yang kata sedap! Cara pembuatannya pun sangat mudah. Hanya dengan 3 langkah mudah dan siap! \nAda yang kata popia ni kalau beli dekat luar boleh mencecah sehingga RM25. Jadi apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Farah Subhi di kumpulan Resepi Mama di Facebook. Sememangnya resepi ini lebih jimat berbanding beli di luar. Buatlah banyak-banyak terus dan simpan supaya boleh dijadikan snek ketika menonton television atau untuk minum-minum petang.\n\nKredit: Farah Subhi\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nKulit popia 1 paket ( gunting ikut kreativiti anda ) \n4 sudu gula halus \n1 cawan serbuk cheese\n1 sudu kecil garam\n1 sudu besar serbuk cili\n\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Gunting kulit Popia , jemurkan sekejap dan goreng kekuningan \n2. Kisarkan serbuk cheese , serbuk cili , garam dan gula . \n3. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi dan sedia untuk dimakan.\n\u00a0\n\nKredit: Farah Subhi\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Farah Subhi\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-puding-oreo-milo-lemak-manis-sesuai-buat-hidangan-minum-petang/", "title": "Jom Cuba Resepi Puding Oreo Milo Lemak Manis, Sesuai Buat Hidangan Minum Petang", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-10 04:03:46\n\n\nDuduk dirumah ketika pkp ni memang mencabar! Mencabar sebab kita semua bosan duduk rumah tidak tahu nak buat apa. Jadi kepada sesiapa yang bosan tu bolehlah cuba resepi mudah pencuci mulut ini iaitu Puding Oreo Milo Lemak Manis. Puding ini hanya mengambil masa satu jam untuk disiapkan. Puding ini juga sesuai dibuat minum-minum petang. Jadi apa tunggu lagi? Mari kita cuba resepi Puding Oreo Milo Lemak Manis yang dikongsikan oleh Mala Mansor di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Mala Mansor\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nAir 500 ml\u00a0\nAgar-agar tali 5gm\u00a0\nSusu pekat 3 sudu\nOreo 10 keping\nMilo 4 sudu\n\n\u00a0\n\nKredit: Mala Mansor\n\u00a0\nCara-cara:\n\nRebus agar-agar dan air hingga hilang tali.\nMasukkan susu pekat. Biar mendidih sekejap. Tutup api.\u00a0\nMasukkan oreo. Gaul rata.\u00a0\nMasukkan separuh ke dalam bekas dan sejukkan.\nSeparuh lagi tadi gaul dengan milo.\nNo (4) tadi dah keras, masukkan no (5). Sejukkan dan siap!\u00a0\n\n\u00a0\n\nKredit: Mala Mansor\n\u00a0\n\nKredit: Mala Mansor\n\u00a0\n\nKredit: Mala Mansor\n\u00a0\n\nKredit: Mala Mansor\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Mala Mansor\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-salad-makaroni-buah-ala-ala-di-filipina-memang-lazat/", "title": "Jom Cuba Resepi Salad Makaroni Buah Ala-Ala Di Filipina, Memang Lazat!", "body": "Menu Salad Makaroni Buah ini sebenarnya berasal daripada Filipina, tetapi baru-baru ini viral di TikTok bahawa menu ini rupanya sangat popular di kalangan orang Sabah. Jarang sekali kita akan masak makaroni dengan bahan-bahan yang manis. Jadi jom tukar selera dengan menu Makaroni Buah, sesuai untuk dimakan bersama keluarga yang telah dikongsikan oleh Cik Midah di Facebook.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n20 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nSALAD MAKARONI BUAHMenu Salad Makaroni Buah ini sebenarnya berasal daripada Filipina, tetapi baru-baru ini viral di TikTok bahawa menu ini rupanya sangat popular di kalangan orang Sabah. Jarang sekali kita akan masak makaroni dengan bahan-bahan yang manis. Jadi jom tukar selera dengan menu Makaroni Buah, sesuai untuk dimakan bersama keluarga yang telah dikongsikan oleh Cik Midah di Facebook.\n\nKredit : Cik MidahBAHAN-BAHAN\nMakaroni berbentuk \u2018C\u2019\n\nMayonis\n\nSusu pekat\n\nSusu cair (sedikit sahaja)\n\nBuah-buahan dalam tin\nCARA PENYEDIAAN\nRebus makaroni sehingga masak.\n\nRendamkan makaroni yang sudah di masak di dalam air yang sejuk.\n\nCampurkan makaroni dengan mayonis secukupnya.\n\nGaulkan bersama susu pekat, susu cair dan buah-buahan.\n\nGaulkan sehingga sebati dan siap untuk dimakan.\nTIPSLetakkan di dalam peti ais dahulu sebelum dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-sambal-belacan-ala-siam-rasanya-yang-masam-pedas-bikin-terliur/", "title": "Jom Cuba Resepi Sambal Belacan Ala Siam, Rasanya Yang Masam & Pedas Bikin Terliur", "body": "Orang Malaysia memang tak sah kalau makan tak ada sambal belacan. Kalau di restoran, memang wajib minta sambal lebih kan? Jom cuba resepi sambal belacan ala kedai Siam yang telah dikongsikan oleh Nurul Aini di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n10 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nSAMBAL BELACANOrang Malaysia memang tak sah kalau makan tak ada sambal belacan. Kalau di restoran, memang wajib minta sambal lebih kan? Jom cuba resepi sambal belacan ala kedai Siam yang telah dikongsikan oleh Nurul Aini di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nBawang besar\n\nBawang putih\n\nBelacan\n\nCili merah\n\nCili padi merah dan hijau\n\nTomato\n\nNanas\n\nGaram\n\nGula\n\nJus limau nipis\n\nKredit : Nurul AiniCARA PENYEDIAAN\nKisar kesemua bahan dan siap boleh dihidang. Makan bersama ikan goreng dan nasi panas memang sedap.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-sambal-ikan-tongkol-memang-cukup-rasa-warna-sambal-pun-cantik/", "title": "Jom Cuba Resepi Sambal Ikan Tongkol, Memang Cukup Rasa & Warna Sambal Pun Cantik!", "body": "\nRakyat Malaysia dan makanan yang pedas memang berpisah tiada. Siapa sahaja yang tidak suka makanan pedas kan? Lagi-lagi kalau sambal tumis makan bersama nasi putih sama-sama.\nTetapi macam biasa tidak ramai yang tahu membuat sambal yang betul-betul sedap dan cukup rasa. Jom cuba resepi sambal ikan tongkol ini.\nBahan-bahan\n\n1 genggam cili kering \u2013 rendam air panas,basuh dan toskan.\n2 ulas bawang putih ( 1 ulas dikisar, 1 ulas dihiris nipis)\n2 biji bawang besar\n1 asam keping\nGula\nGaram\nAji\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nKisarkan cili kering, bawang putih, dan bawang merah bersama setengah cawan air.\nGorengkan ikan tongkol sehingga masak dan garing.\nTumiskan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dikisar menggunakan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan.\nMasukkan 3 sudu kecil gula dan asam keping. Masak sehingga sambal menggelegak.\nSekiranya sambal sudah pecah minyak, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.\nMasukkan sedikit air sekiranya sambal kering dan gaul sehingga sebati.\n\nSiap dan selamat mencuba!\nSumber: Aieda Sheema\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-shellout-homemade-ala-ala-cafe-guna-bahan-simple-je-jimat/", "title": "Jom Cuba Resepi Shellout Homemade Ala-Ala Cafe, Guna Bahan Simple Je & Jimat!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-30 04:05:06\n\n\nRata-rata daripada mereka yang mempunyai keluarga yang besar pasti\u00a0sukakan makanan yang ringkas dan boleh dimakan beramai-ramai. Best apa kalau dapat duduk semeja dan makan bersama-sama, betul tak?\u00a0Jadi korang juga\u00a0berpeluang merasai\u00a0pengalaman 'bershellout'\u00a0di rumah! Sangat simple dan boleh buat sendiri je tau! Jom kita tengok resepi yang\u00a0dikongsikan oleh Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda\u00a0di laman Facebooknya.\n\nKredit: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda\n\u00a0\nBahan-bahan kisar: \u2013\n\nBawang besar 2 biji\nCili kering (satu genggam)\nBawang putih 3 ulas\n\n\u00a0\nCara-cara: \u2013\n\nPanaskan minyak sedikit dan masukkan bahan yang dikisar tadi.\nTunggu sambal naik minyak, masukkan rempah kari daging (2 sudu) sehingga betul-betul pekat. Masukkan gula, garam dan perisa secukupnya\nMasukkan ketam. Gaul rata ketam\nMasukkan sotong. Gaul rata sotong\nTunggu 5 minit dan masukkan lala. Gaul rata lala\nLast sekali masukkan udang, bunga kobis dan brokoli dan gaul rata (jangan letak air dulu)\n(Optional) Kalau ada jagung rebus boleh potong dan masukkan sekali.\n\n\nKredit: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda\n\u00a0\n\nKredit: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda\n\u00a0\n\nKredit: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda\n\u00a0\n\nKredit: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda\n\u00a0\nTips: Air tak payah letak sebab nanti udang dan sotong akan keluarkan air.\nSelamat Mencuba\n\u00a0\nKredit: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-spring-roll-buah-buahan-sesuai-untuk-korang-yang-tengah-diet/", "title": "Jom Cuba Resepi Spring Roll Buah-Buahan, Sesuai Untuk Korang Yang Tengah Diet!", "body": "\nMusim PKP ini mungkin ada sesetengah di antara kita yang ingin menjaga badan kerana telah duduk di rumah yang terlalu lama risau nanti lepas PKP berat naik mendadak. Memandangkan ramai yang kata makanan diet tidak sedap dan membosankan, jom cuba resepi fruit spring roll ini.\nMungkin korang sudah biasa makan vietnamese spring roll, tetapi di dalamnya isi ayam, ketam atau udang. Tetapi fruity spring roll ini mempunyai buah-buahan di dalamnya. Sesiapa yang suka sangat makan buah, boleh cuba resepi ini.\nBahan-bahan\n\nSuhun\nBunga telang\nJus buah naga\nJus lemon\nBuah-buahan pilihan\n2sdb tepung kastard\n1/2 tin susu cair\n2 sdb gula\nSecubit garam\nRice paper\n\n\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nUntuk membuat suhun menjadi warna biru, korang perlu merendamkannya di dalam air bunga telang selama beberapa minit sehingga ia bertukar warna.\nRendamkan suhun di dalam air jus buah naga supaya suhun menjadi warna buah jambu, dan rendamkannya di dalam air bunga telang dan juga jus perahan lemon supaya suhun berwarna ungu.\nRendamkan\u00a0rice paper\u00a0 ke dalam air suam sehingga ia menjadi lembut sedikit, letak suhun dan buah di atasnya lalu gulungkan ia.\nUntuk sos cicahan pula, masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan garam. Gaulkannya sehingga ia menjadi sebati dan mendidih. Tutup api dan boleh dinikmati bersama\u00a0fruity spring roll.\n\nSiap dan selamat mencuba!\nSumber: Emma Villa\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-sup-ayam-ala-thai-rasa-pedas-masam-memang-menyelerakan-2/", "title": "Jom Cuba Resepi Sup Ayam Ala Thai, Rasa Pedas & Masam Memang Menyelerakan!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-17 04:08:13\n\n\nKepada yang pernah atau selalu ke Thailand mesti anda pernah rasa dan nikmati sup ayam di sana? Rasanya memang lain sangat berbanding dengan versi Malaysia punya. Apa-apa makanan di negeri sana semuanya sedap belaka. Kerana ia dilengkapi dengan semua rasa. Rasa masam, rasa manis, rasa masin semua ada. Memang sedap! Jadi mari kita cuba resepi \u00a0Sup Ayam Thai dari Tini Joe yang dikongsikan di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Tini Joe\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nAyam\nMinyak Masak\nCelery\nLobak Merah\nKiub Ayam \nSup Bunjut Adabi\nGaram\nGula\nMaggi cukup rasa\nThai Fish sauce\nDaun Ketumbar / Coriander\nHirisan bawang besar (wedges)\nCili potong\nTomato\nDaun limau purut \nPerahan asam limau nipis\nBawang putih \nHalia\nBawang merah\nBawang besar\nSerai \n\n(Berapa biji kuantiti bahan tumis terpulang kepada kuantiti ayam dan kuah sup)\n\u00a0\n\nKredit: Tini Joe\n\u00a0\nCara-cara:\n\nTumbuk: Bawang putih + Halia\nPotong: Bawang merah + Bawang besar + Serai \nKetuk: Cili \nMinyak sikit. Tumis semua sekali. \nCampur hirisan lemak ayam. \n\n(Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh) \n\nTumis sampai layu/garing/wangi. \u00a0Api medium.\nBasuh dan potong ayam, celery dan lobak merah.\nTunggu bau naik baru masukkan bahan dalam periuk.\nBila air dah menggelegak, masuk ayam dulu. Lepastu baru masukkan celery dan lobak merah.\nTutup periuk dan biarkan.\nKemudian masukkan kiub ayam, sup bunjut Adabi, garam, gula, Maggi cukup rasa dan thai fish sauce.\n\n\u00a0\n\nKredit: Tini Joe\n\u00a0\nAkhir sekali masukkan bahan dibawah:\n\nDaun Ketumbar / Coriander\nHirisan bawang besar (wedges)\nCili potong\nTomato\nDaun limau purut \nPerahan asam limau nipis\n\n\u00a0\n\nKredit: Tini Joe\n\u00a0\n\nKredit: Tini Joe\n\u00a0\nSelamat Mencuba \nKredit: Tini Joe\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-sup-ayam-ala-thai-rasa-pedas-masam-memang-menyelerakan/", "title": "Jom Cuba Resepi Sup Ayam Ala Thai, Rasa Pedas & Masam Memang Menyelerakan!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-17 04:08:13\nKepada yang pernah atau selalu ke Thailand mesti anda pernah rasa dan nikmati sup ayam di sana? Rasanya memang lain sangat berbanding dengan versi Malaysia punya. Apa-apa makanan di negeri sana semuanya sedap belaka. Kerana ia dilengkapi dengan semua rasa. Rasa masam, rasa manis, rasa masin semua ada. Memang sedap! Jadi mari kita cuba resepi \u00a0Sup Ayam Thai dari Tini Joe yang dikongsikan di Facebook.\n\n\nKredit: Tini Joe\n\nBahan-bahan:\n\nAyam\nMinyak Masak\nCelery\nLobak Merah\nKiub Ayam \nSup Bunjut Adabi\nGaram\nGula\nMaggi cukup rasa\nThai Fish sauce\nDaun Ketumbar / Coriander\nHirisan bawang besar (wedges)\nCili potong\nTomato\nDaun limau purut \nPerahan asam limau nipis\nBawang putih \nHalia\nBawang merah\nBawang besar\nSerai \n\n(Berapa biji kuantiti bahan tumis terpulang kepada kuantiti ayam dan kuah sup)\n\n\nKredit: Tini Joe\n\nCara-cara:\n\nTumbuk: Bawang putih + Halia\nPotong: Bawang merah + Bawang besar + Serai \nKetuk: Cili \nMinyak sikit. Tumis semua sekali. \nCampur hirisan lemak ayam. \n\n(Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh) \n\nTumis sampai layu/garing/wangi. \u00a0Api medium.\nBasuh dan potong ayam, celery dan lobak merah.\nTunggu bau naik baru masukkan bahan dalam periuk.\nBila air dah menggelegak, masuk ayam dulu. Lepastu baru masukkan celery dan lobak merah.\nTutup periuk dan biarkan.\nKemudian masukkan kiub ayam, sup bunjut Adabi, garam, gula, Maggi cukup rasa dan thai fish sauce.\n\n\n\nKredit: Tini Joe\n\nAkhir sekali masukkan bahan dibawah:\n\nDaun Ketumbar / Coriander\nHirisan bawang besar (wedges)\nCili potong\nTomato\nDaun limau purut \nPerahan asam limau nipis\n\n\n\nKredit: Tini Joe\n\n\nKredit: Tini Joe\n\nSelamat Mencuba \nKredit: Tini Joe\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-tauhu-ayam-di-rumah-hanya-4-langkah-je-dah-siap/", "title": "Jom Cuba Resepi Tauhu Ayam Di Rumah, Hanya 4 Langkah Je, Dah Siap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-04 07:18:53\n\n\nTidak tahu mahu masak apa dengan tauhu anda di rumah? Jom cuba resipi tauhu ayam yang dikongsikan oleh Nick Ryzal di laman Facebooknya. Resepi yang mudah dan sedap. Walaupun lembik namun tauhu ini\u00a0sangat berkhasiat memandangkan ia kaya dengan sumber protein dan kalsium.\u00a0\n\nKredit: Nick Ryzal\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nDada Ayam\nTofu telur\nTauhu dadu\nTelur\nBawang besar\nPati ayam\nDaun sup\n\n\nKredit: Nick Ryzal\n\u00a0\nCara-cara:\n\n\u00a0Kisar bahan-bahan seperti ayam, tofu telur, tauhu dadu, dan telur\n\u00a0Masukkan daun sup, pati ayam, garam, lada putih, dan ajinomoto. (kalau nak tambah lobak or sayur- sayur pun boleh)\n\u00a0Kemudian kukus mengikut acuan dengan citarasa sendiri\n\u00a0Terakhir sekali, bolehlah goreng dengan telur dan siap untuk di jamah.\n\n\nKredit: Nick Ryzal\n\u00a0\n\nKredit: Nick Ryzal\n\u00a0\nSelamat Mencuba!\nKredit: Nick Ryzal\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-turun-temurun-biskut-buah-pinggang-sangat-mudah-sedap/", "title": "Jom Cuba Resepi Turun Temurun Biskut Buah Pinggang, Sangat Mudah & Sedap!", "body": "Kalau korang nak tahu, biskut buah pinggang ini merupakan salah satu biskut yang wajib ada semasa raya pada zaman dahulu. Boleh dikatakan biskut legend lah. Tapi, zaman sekarang jarang dah kita nampak biskut buah pinggang ini semasa hari raya. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Noorzaiton Nordin di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nBISKUT BUAH PINGGANGKalau korang nak tahu, biskut buah pinggang ini merupakan salah satu biskut yang wajib ada semasa raya pada zaman dahulu. Boleh dikatakan biskut legend lah. Tapi, zaman sekarang jarang dah kita nampak biskut buah pinggang ini semasa hari raya. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Noorzaiton Nordin di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n250 gram mentega\n\n3/4 cawan gula halus\n\n1 biji kuning telur\n\n1 cawan biskut Marie yang sudah dikisar halus\n\n1 cawan cornflake dikisar halus\n\n1 cawan tepung jagung\n\n1 cawan tepugng naik sendiri\n\n1/2 cawan tepung gandum\n\nKredit: Noorzaiton NordinCARA PENYEDIAAN\nPukul mentega bersama gula sampai kembang sedikit selepas itu masukkan kuning telur dan esen vanila.\n\nMasukkan biskut Marie dan cornflakes yang sudah dikisar, gaul sebati dan masukkan tepung jagung.\n\nMasukkan tepung kek, gaul sampai menjadi doh boleh canai. Kalau lembut sangat baru masuukkan tepung gandum tu sedikit demi sedikit.\n\nCanaikan, terap dan tabur cornflakes yang sudah dikisar halus tu baru bakar pada suhu 160-180C selama 10minit mengikut oven masing-masing.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resepi-unik-lemang-periuk-kera-rasa-yang-berlemak-lembut-memang-sedap/", "title": "Jom Cuba Resepi Unik Lemang Periuk Kera, Rasa Yang Berlemak, Lembut & Memang Sedap!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-16 03:38:11\nKebiasaanya Lemang Periuk Kera ni akan dimasak ketika musim hari raya Aidilfitri. Peminat lemang pasti akan sukakan resepi ini kerana rasanya yang lebih sedap serta cara pembuatannya yang mudah. Kalau diikutkan, cara untuk membakar lemang memang agak leceh kerana perlu menunggu untuk beberapa jam tetapi Lemang Periuk Kera ni hanya perlu kukus untuk beberapa minit sahaja. Jadi tak perlu bersepah dapur semata nak makan lemang. Jadi mari kita cuba resepi dari Halizar Mohamed Salleh yang dikongsikan oleh page Resepi MAMA di Facebook.\n\nKredit: Halizar Mohamed Salleh\n\nBahan-bahan:\n\nPeriuk kera\nBeras pulut\nSantan sederhana pekat\nGaram secukup rasa\nGula secukupnya \n\n\n\nKredit: Halizar Mohamed Salleh\n\nCara-cara:\n1. Gunting tebing di bahagian mulut periuk kera.\n2. Bersihkan periuk kera dengan air di bahagian luar dan daam hingga bersih. Boleh guna berus gigi (baru) untuk bersihkannya. Berus perlahan-lahan. Boleh juga guna sebarang berus lain yang bersesuaian.\n3. Basuh beras pulut hingga bersih dan toskan. Jumlahnya ikut jumlah periuk kera yang ada.\n4. Santan pula dicampur dengan garam dan gula sebagai penambah rasa. Kacau hingga bahan perasa larut.\n5. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kera hingga memenuhi 2/3 bahagian.\n6. Kemudian tuangkan santan ke dalam periuk kera tadi.\n7. Kukus selama 30-40 minit hingga masak.\n8. Angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.\n\n\nKredit: Halizar Mohamed Salleh\n\nSelamat Mencuba\nKredit: Halizar Mohamed Salleh\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-cuba-resipi-nasi-goreng-dari-tiktok/", "title": "Jom Cuba Resipi Nasi Goreng Dari TikTok, Takkan Menyesal Sebab Sedap!", "body": "\nJika anda merupakan pengguna TikTok, pasti banyak terjumpa pelbagai resipi mudah yang dikongsikan oleh pengguna lain. Salah satu resipi viral\u00a0iaitu resipi nasi goreng tanpa nama\u00a0yang telah dikongsikan semula oleh saudari Har Ryea di laman sosial Facebook.\nMenurutnya, resipi tersebut diperoleh dari TikTok yang tidak tahu namanya. Siap\u00a0add on sotong, rupanya rasa jadi makin sedap! Jom lah cuba, mana tahu kena dengan selera.\nResipi Nasi Goreng Tanpa Nama Dari TikTok\nBahan-bahan:\n\nBawang merah\nBawang putih\nLada merah\nSedikit cili padi hijau\nIkan bilis\nTelur\nGaram\nAjinamoto\nSerbuk kunyit\nSotong\nNasi\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau.\n2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan,\n\n3. Guna minyak tadi, masukkan telur. Bila dah masak sikit, hancurkan telur tu. Ketepikan.\n\n4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk. Tumis sehingga wangi dan sedikit garing.\n\n5. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit serbuk kunyit.\n\n6. Masukkan sotong yang sudah dikeringkan airnya. Gaul rata semua bahan.\n\n7. Akhir sekali masukkan nasi, kacau rata sehingga ianya berwap. Siap.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Har Ryea\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-food-hunting-di-7-tempat-makan-popular-di-melaka/", "title": "Jom Food Hunting Di 7 Tempat Makan Popular Di Melaka", "body": "\nBila sebut je Melaka mesti anda akan terfikir tentang bandar bersejarah dengan bangunan-bangunan yang penuh dengan sejarah yang tersendiri kan? Haa dekat Melaka, sebenarnya ada banyak makanan popular yang patut pelancong datang dan cuba confirm akan teringat-ingat dengan makanan di sini! Jom kita food hunting di 7 tempat makan popular di Melaka.\n1. Pak Putra Tandoori & Naan (Restoran Pak Putra)\n\nKalau korang ke Melaka tapi tak singgah ke restoran ni memang rugi sangat lah! Restoran Pak Putra ni memang sangat popular dengan Naan Cheese dan Ayam Tandoori mereka. Selain itu, ramai juga yang menggemari buttermilk mereka sebab rasa pedas dan berlemak manis yang memang cukup sedap dan memikat. Anda memang patut cuba!\nAntara menu popular mereka\nAlamat: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka\nWaktu Beroperasi: Selasa \u2013 Ahad (5.30PM \u2013 1AM)\n2. Mango Float Royale\n\nHaa, anda jangan terkejut kalau ke sini anda nampak orang ramai beratur nak beli Mango Float Royale yang viral ni. Harganya sangat la murah dengan kualiti air mango float\u00a0yang anda akan terima. Buah mango yang sangatlah besar dan fresh ini pasti akan buat anda segar lagi-lagi kalau diminum ketika panas fuhhh\u2026\nAir mago float viral\nAlamat: Kampung Sungai Putat, 75350 Melaka\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (11AM \u2013 5.30PM)\n3. Cendol Kampung Hulu\n\nAda perbezaan sebenarnya antara cendol di Melaka dan cendol di tempat lain. Rasa cendol di sini lebih pekat berlemak santan daripada cendol yang lain kerana cara penyediaannya yang lain. Kalau anda nak tahu, untuk menghasilkan cendol ini, mereka tidak menggunakan teknik biasa dengan santan dan ais, tapi menggunakan santan yang dibekukan yang kemudiannya dikisar. Wow.. anda dapat bayangkan kepekatan rasa lemaknya haa memang dijamin sedap lah!\nAntara menu yang diminati ramai\nAlamat: 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (4PM \u2013 12AM)\n4. Big Food Kitchen\n\nKalau ke restoran ni anda digalakkan untuk datang bersama keluarga atau rakan-rakan sebab kalau anda datang sorang memang takkan habis makanan ni kerana portionnya yang sangat besar! Kalau anda nak cari port makan yang sedap, selesa, luas dan harga berpatutan.. jom singgah di Big Food Kitchen.\nHaa, besarkan portion dia? makan sorang tak habis ni\nAlamat: No. 1, Kampung Duyong, 75460, Melaka\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (4PM \u2013 12AM)\n5. Nasi Beriani Haji Tamby\n\nKedai Nasi Beriani Haji Tamby ni dah wujud sejak tahun 1969 lagi, haa kedai makan ni memang legend lah dan rugi sangat kalau anda ke Melaka tetapi tidak singgah makan nasi beriani di sini.\u00a0Yang uniknya di kedai makan ini ialah anda akan dapat menikmati nasi secara percuma, anda hanya perlu bayar harga lauk-pauknya sahaja. Tapi kenapa? Ini sebab pemilik Nasi Beriani Haji Tamby percaya dengan janji Allah yang kita tak akan miskin dengan bersedekah. Haa, tak percaya? anda patut cuba sendiri.\nNasi Beriani daging yang diminati ramai\nAlamat: 73 55, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka\nWaktu Beroperasi: Khamis \u2013 Selasa (7AM \u2013 4PM)\n6. Restoran Selera Ibuku\n\nSekiranya korang nak makan masakan Melaka seperti asam pedas, meh cuba makan di Restoran Selera Ibuku. Di restoran ini ada juga menyajikan lauk gulai tempoyak, masak lemak cili padi salai, claypot asam pedas dan banyak lagi! Tapi yang paling diminati ramai, menu special mereka iaitu \u2018Nasi Goreng Seafood Berkembur\u2019! Dalam nasi ni ada isi ketam, udang galah, kupang dan sotong. Nasi goreng dibungkus dengan telur dan dikembur dgn kuah seafood yang istimewa dan aromanya pasti akan memikat selera anda. Anda wajib cuba makan di restoran ini.\nIkan patin masak asam pedas adlah menu popular mereka\nAlamat: 30G, Jalan pm 9 Plaza mahkota, Bandar Hilir, 75000, Melaka\nWaktu Beroperasi: Rabu \u2013 Isnin (12PM \u2013 12AM)\n7. Deli Muara Ikan Bakar\n\nRamai orang jika ke Melaka memang tak sah kalau tak makan ikan bakar di Deli Muara Ikan Bakar. Restoran ini merupakan salah satu daripada restoran ikan bakar yang popular di Melaka. Ramai orang akan datang terutama dihujung minggu dan cuti umum. Selain itu, suasana di restoran ini sangat menarik. Anda akan menikmati juadah berhadapan dengan muara Sungai Punggor Laut yang dipenuhi dengan bot-bot nelayan. Sudah tentu makanan laut di sini segar semuanya.\nAntara menu mereka\nAlamat: Restoran Deli Muara Ikan Bakar KM10, Muara Sungai Punggor, 75460, Melaka\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (5.30PM \u2013 12AM)\nSumber: MaiSinggah\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-ketahui-perbezaan-5-jenis-sos-tiram-ini/", "title": "Nampak Sama Tapi Rupanya Tak Serupa, Jom Ketahui Perbezaan 5 Jenis Sos Tiram Ini", "body": "\nMungkin sebelum ini ramai yang anggap semua jenis sos tiram yang ada dipasaran itu semuanya sama sahaja.\nSebenarnya, sos tiram mempunyai beberapa jenis mengikut kepada peratusan atau kepekatan ekstrak tiram itu sendiri dan kandungan bahannya.\nSelain itu,\u00a0ia juga mempunyai pelbagai fungsi mengikut tujuan masakan masing-masing.\nMenerusi perkongsian oleh Chef Amer, terdapat lima jenis sos tiram di pasaran Malaysia. Jom sama-sama baca!\n5 Jenis Sos Tiram Yang Perlu Anda Tahu\n1. Sos Tiram\n\n\nKandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram\nRasa tiram yang sebenar\nJenama Panda Lee Kum Kee\n\n2. Sos Perisa Tiram\n\n\nKandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.\nRasa tiram yang \u2018mild\u2019\nJenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me\n\n3. Sos Tiram Premium\n\n\nKandungan ekstrak tiram 40%\nRasa tiram yang sangat padu\nJenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)\n\n4. Sos Tiram Tiruan Sayuran\n\n\nTiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja\nSebab tu sesuai untuk Vegetarian\nJenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me\n\n5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi\n\nKandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja\nHarga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg\nJenama Puteri, Emos, HTH\n\nSekarang dah tahu nak beli sos tiram yang mana satu kan? Jika kandungan berbeza, harga juga berbeza. Jadi belilah mengikut citarasa, budget dan tujuan masakan masing-masing.\nSumber: Chef Amer\nBaca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-masak-ayam-ungkep-yang-mudah-lazat/", "title": "Jom Masak Ayam Ungkep Yang Mudah, Lazat & Menyelerakan Ini", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan ayam? Apa kata jom cuba masak ayam ungkep yang mudah dan sedap ini.\nAyam ungkep merupakan salah satu masakan orang Jawa yang terkenal. Sedap makan dengan nasi putih,\u00a0confirm\u00a0bertambah!\nKalau ada yang tertanya-tanya rasa ayam ungkep ini, jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Ayam Ungkep Yang Mudah & Sedap\nBahan-bahan:\n\nSerai 2 batang \u2013 titik\n3 ulas bawang merah \u2013 tumbuk\n3 ulas bawang putih \u2013 tumbuk\nKunyit hidup (besar ibu jari)\nCili padi (kuantiti ikut tahap kepedasan) \u2013 tumbuk\nKetumbar paket kecik (rendam dulu supaya senang tumbuk)\u00a0 \u2013 tumbuk\nKunyit serbuk 1 sudu\nAsam jawa 1 sudu makan\nGula dan garam secukup rasa\n\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai sehingga bau.\n2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tutup periuk sehingga ayam masak.\n\n3. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat.\n4. Selamat mencuba!\n\nKredit: Noor Baini Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-masak-maggi-goreng-malas-tanpa-perencah/", "title": "Jom Masak Maggi Goreng Malas Tanpa Perencah, Simple Tapi Padu!", "body": "\nMalam-malam lapar tapi tiada idea nak masak apa? Apa kata jom cuba masak Maggi Goreng Malas tanpa menggunakan perencah ini.\nWaktu malam kalau boleh nak masak sesuatu yang\u00a0simple\u00a0je kan. Sesuai sangat kalau buat meggi goreng malas ni.\nAyuh lihat cara-cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Nohafizul Noor di laman sosial Facebook.\nResipi Maggi Goreng Malas Tanpa Perencah\nBahan-bahan:\n\nBawang sebiji\nCili 3 biji\n2 ulas bawang putih\n2 biji telur\nMeggi 3 keping\nSos cili\nKicap\nTelur\nSayur pilihan\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Tumis bawang dan cili.\n\n2. Masukkan sayur yang jenis keras terlebih dahulu.\n\n3. Masukkan air segelas, sos cili, kicap dan sebiji telur.\n\n4. Masukkan sawi dan kacau supaya maggi masak sekata.\n\n5. Kacau dan masukkan sebiji telur lagi. Tambahkan garam, kicap dan sos cili secukup rasa.\n\n6. Bila air dah kering dan secukup rasa, dah boleh hidang dan makan.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Nohafizul Noor\nBaca juga: Rupanya Ini Tips Goreng Kuey Toew Supaya Tak Kembang, Lembik Atau Hancur\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-masak-singgang-daging-ala-thai-rasa-masam-manis-memang-padu-lah/", "title": "Jom Masak Singgang Daging Ala Thai, Rasa Masam Manis Memang Padu Lah!", "body": "Kalau korang dah biasa masak masakan gulai Melayu, hari ini korang boleh cuba masak singgang daging ala Thai. Rasanya seperti sup yang masam manis, memang cukup rasa yang pasti hidangan yang bakal menaikkan selera makan anda. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Maryam Salleh di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nSINGGANG DAGING ALA THAIKalau korang dah biasa masak masakan gulai Melayu, hari ini korang boleh cuba masak singgang daging ala Thai. Rasanya seperti sup yang masam manis, memang cukup rasa yang pasti hidangan yang bakal menaikkan selera makan anda. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Maryam Salleh di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nDaging dihiris halus\n\nHalia\n\nLengkuas\n\nBiji ketumbar\n\nSerai\n\nBawang putih\n\nBawang merah\n\nBawang besar\n\nGaram\n\nGula\n\nAjinomoto\n\nBudu\n\nAsam keping\n\nKredit: Maryam SallehCARA PENYEDIAAN\nRebus daging bersama serai, asam keping dan bawang putih.\n\nMasukkan halia serta lengkuas.\n\nApabila kuah dah mendidih masukkan biji ketumbar yang sudah ditumbuk kasar.\n\nMasukkan satu sudu kecil budu.\n\nMasukkan sedikit aijinomoto.\n\nKalau daging dah empuk, masukkan bawang.\n\nRenehkan sekejap masukkan sedikit cili padi supaya pedas sedikit dan siap boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-masak-spicy-spaghetti-carbonara-tomyam/", "title": "Jom Masak Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam, Rasanya Memang Creamy & Tak Muak!", "body": "\nSpaghetti Carbonara tidak asing lagi dalam kalangan peminat makanan\u00a0western.\u00a0Apa kata kali ini jom cuba kelainan pula dengan membuat Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam.\nRasanya yang berkrim dan masam-masam pedas pasti dapat memikat hati anda! Dijamin anda akan suka kerana tidak muak kerana ada sedikit rasa pedas.\u00a0Confirm\u00a0licin sepinggan makan sorang-sorang!\nJom cuba masak menggunakan resipi perkongsian oleh Aien Mohamad di bawah. Boleh buat untuk makan tengahari atau makan malam nanti. Semoga bermanfaat!\nResipi Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam\n\nBahan-bahan (untuk 3 orang makan):\n\n2 sudu besar buttercup\n5 ulas bawang putih (cincang halus)\nCendawan butang\nCili padi (kalau nak pedas)\n2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml\n2 sudu besar pes tomyam\nUdang\nDaun limau purut\nSpaghetti (rebus dulu selama 10 minit)\n\nCara penyediaan:\n\nCairkan buttercup. Tumis bawang putih sampai naik bau.\nMasukkan cendawan butang.\nMasukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh kalau tak ada cooking cream. Dan kalau nak lebih kuah, boleh lebihkan ya cooking cream/susu cair.\nMasukkan 2 sudu besar pes tomyam.\nMasukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.\nMasukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.\nMasukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!\n\n\nNota: Saya tak letak garam/gula sebab pes tomyam dan susu pekat tadi dah cukupkan rasa. Tapi anda boleh season to taste ikut selera ya.\nUntuk ayam grilled pula: Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk + 2 sudu besar sos tiram + serbuk lada hitam + mixed herbs. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.\n\nBaca juga: Resipi Mac & Cheese Paling Mudah, Guna 4 Bahan Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-sarapan-dengan-volcano-eggs-resepi-sangat-senang-confirm-menjadi-2/", "title": "Jom Sarapan Dengan Volcano Eggs, Resepi Sangat Senang & Confirm Menjadi", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-07 06:08:03\n\n\nSetiap hari, mesti pening kepala fikir nak masak apa untuk sarapan. Pasti ramai yang mengalami masalah yang sama kan? Tak kira suri rumah, ibu yang bekerja atau si bujang. Memang pening kepala nak fikir menu apa nak masak sampaikan keluarga sendiri komen sebab masak menu yang sama je.\n\u00a0\nOleh sebab mesti ramai yang sedang mencari menu yang lain daripada lain. Disini saya kongsikan resepi sarapan pagi unik yang akan buatkan seisi keluarga terkejut. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan :\n2 biji telur pastikan dibersihkan dahulu kulitnya\n2 plastik tahan panas\n3 cawan air\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\u00a0\n1. Didihkan air hingga menggelegak.\n2. Sambil menunggu air mendidih, sapu sedikit minyak di dalam plastik.\n3. Pecahkan telur di dalam bekas lain dahulu, kemudian baru masukkan ke dalam plastik dan ikat kemas.\n4. Masukkan telur ke dalam air panas di dalam periuk tadi, boleh guna api perlahan biarkan putih telur menyeliputi kuning telur. Masak ikut citarasa, terkstur lembut (4 ke 5 minit), setengah masak (6 ke 7 minit), keras (8 minit).\u00a0\n5. Angkat dan gunting plastik. Sedia dinikmati bersama dengan kicap, lada sulah dan roti.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nNota :\u00a0\nBoleh guna plastik bungkusan makanan seperti di kedai makan.\nBoleh guna cling plastic wrap\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jom-sarapan-dengan-volcano-eggs-resepi-sangat-senang-confirm-menjadi/", "title": "Jom Sarapan Dengan Volcano Eggs, Resepi Sangat Senang & Confirm Menjadi", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-07 06:08:03\n\n\nSetiap hari, mesti pening kepala fikir nak masak apa untuk sarapan. Pasti ramai yang mengalami masalah yang sama kan? Tak kira suri rumah, ibu yang bekerja atau si bujang. Memang pening kepala nak fikir menu apa nak masak sampaikan keluarga sendiri komen sebab masak menu yang sama je.\n\u00a0\nOleh sebab mesti ramai yang sedang mencari menu yang lain daripada lain. Disini saya kongsikan resepi sarapan pagi unik yang akan buatkan seisi keluarga terkejut. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan :\n2 biji telur pastikan dibersihkan dahulu kulitnya\n2 plastik tahan panas\n3 cawan air\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\u00a0\n1. Didihkan air hingga menggelegak.\n2. Sambil menunggu air mendidih, sapu sedikit minyak di dalam plastik.\n3. Pecahkan telur di dalam bekas lain dahulu, kemudian baru masukkan ke dalam plastik dan ikat kemas.\n4. Masukkan telur ke dalam air panas di dalam periuk tadi, boleh guna api perlahan biarkan putih telur menyeliputi kuning telur. Masak ikut citarasa, terkstur lembut (4 ke 5 minit), setengah masak (6 ke 7 minit), keras (8 minit).\u00a0\n5. Angkat dan gunting plastik. Sedia dinikmati bersama dengan kicap, lada sulah dan roti.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nNota :\u00a0\nBoleh guna plastik bungkusan makanan seperti di kedai makan.\nBoleh guna cling plastic wrap\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/jual-sarapan-rm1-00-abang-motor-ini-raih-perhatian-netizen/", "title": "Jual Sarapan RM1.00, Abang Motor Ini Raih Perhatian Netizen & Dapat Pujian Ramai", "body": "\nBaru-baru ini, viral berkenaan seorang lelaki yang melakukan perniagaan bergerak dengan menunggang motosikal. Semua makanan dan minuman sarapan yang dijualnya berharga RM1.00 sahaja.\nMenerusi video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok fadhil.zainall, katanya setiap pagi sudah menjadi rutin untuk membeli sarapan di gerai abang motor itu.\nTambahnya lagi, abang motor ini akan mula berniaga pada jam 7.20 pagi di sekitar Petaling Jaya, berdekatan First Avenue.\nDifahamkan, abang motor tersebut akan bergerak setempat ke setempat, bukan hanya berniaga di tempat yang sama.\n\n\n @fadhil.zainall\nSemua makanan dan minuman sarapan hanya RM1.00 je\n \u266c original sound \u2013 fadhil.zainall \u2013 fadhil.zainall \n\n \n\u00a0\nMenerusi video di bawah, kelihatan pemilik akaun ini telah membeli nasi lemak, karipap, cekodok dan air dengan\u00a0 jumlah harga semuanya hanya RM4.\n\n\n @fadhil.zainall\nReplying to @depeonies91 . Semua harga makanan dan minuman breakfast RM1.00\n \u266c original sound \u2013 fadhil.zainall \u2013 fadhil.zainall \n\n \nMenerjah ke ruangan komen, netizen juga tidak menyangka masih ada orang menjual makanan dengan harga yang begitu murah.\nRamai turut mendoakan semoga abang motor itu dimurahkan rezeki.\n\u201cHarga ni kat kampung pun tak dapat..\u201d\n\n\u201cSemoga abang ni dimurahkan rezeki..\u201d\n\nSumber: TikTok fadhil.zainall\n"} {"url": "https://myresipi.com/jualan-kiddocare-meningkat-5x-kali-ganda-raih-pelanggan-baru-dengan-platform-ini/", "title": "Jualan Kiddocare Meningkat 5x Kali Ganda, Raih Pelanggan Baru Dengan Platform Ini", "body": "\nMENJAGA dan membesarkan anak-anak bukanlah satu tanggungjawab yang mudah terutama bagi ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian penuh.\nIni kerana tanggungjawab ibu bapa tidak hanya terhad kepada menjaga anak, tetapi termasuk tugasan lain yang perlu dilaksanakan dan mereka perlu bijak dalam membahagikan masa dengan kehidupan di rumah.\n\nOleh itu, bagi memudahkan urusan menjaga anak, terdapat segelintir ibu bapa yang menggunakan khidmat pengasuh bayi seperti Kiddocare, sebuah platform dalam talian yang menghubungkan ibu bapa dengan pengasuh terlatih.\nMenerusi kerjasama Kiddocare dan REV Ad Manager (RAM), ibu bapa tidak perlu runsing lagi kerana kini mereka boleh mendapatkan pengasuh, pada bila-bila masa di mana sahaja.\n\nPengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusoff berkata objektif mereka untuk mendapatkan pelanggan baharu bagi perkhidmatan mengasuh bayi berjaya dicapai setelah menjalankan kempen bersama RAM.\n\n\u201cRAM membantu untuk mengenal pasti profil audiens keluarga yang betul dan cadangan saluran tepat untuk iklan kami, dan hasilnya Kiddocare berjaya meraih lima kali ganda peningkatan dalam jualan,\u201d tambah Nadira.\n\nSelain itu, akses kepada RAM juga membolehkan syarikat berkembang lebih dari iklan media sosial bagi memastikan capaian jenama pada harga yang berpatutan.\nRAM adalah satu bentuk penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi yang menyasarkan audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.\n\nTujuan utama RAM adalah untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran.\nDengan hanya menjalankan sebuah kempen menggunakan jenis iklan Prestasi (Mobile Sticky Bottom), CTR (click-through rate) Kiddocare telah berjaya meningkat kepada lima peratus (melebihi tanda aras).\nBagi perniagaan dan usahawan yang menggunakan khidmat RAM untuk pengiklanan akan menikmati manfaat rangkaian penonton, cadangan khidmat dan saluran yang tepat serta penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.\n\n\nMemperkenalkan jenama anda kini tidak lagi perlu menjadi suatu hal yang merumitkan dan tidak akan menghabiskan bajet anda. Paling penting, anda dapat hasil yang anda inginkan dengan 5 langkah mudah ini:\n\nCipta kempen\nCipta audiens\nCipta reka bentuk\nBayr dan terbitkan iklan\nLaporan prestasi\n\n\nRAM bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran. Dapatkan khidmat REV Ad Manager di laman sesawang REV Ad Manager.\n"} {"url": "https://myresipi.com/jurutera-ini-berjaya-hasilkan-tepung-guna-ulat-mopane-boleh-buat-jajan/", "title": "Jurutera Ini Berjaya Hasilkan Tepung Guna Ulat Mopane, Boleh Buat \u2018Jajan\u2019", "body": "\nSeorang jurutera kimia di Afrika Selatan menemui cara baru untuk menghasilkan tepung untuk kegunaan dalam pembuatan makanan dengan menggunakan ulat bulu sebagai sumber utama yang mengandungi protein dan juga zat besi.\nMenurut Vesela, dia telah menemukan sejenis ulat bulu yang berwarna hijau dan hitam atau \u2018cacing mopane\u2019 yang boleh ditukarkan kepada sumber protein dan zat besi untuk dijadikan bahan makanan seperti biskut, bar coklat berprotein, bijirin dan juga minuman smoothie.\nSelain itu, apabila dikukus dan potong dengan potongan yang nipis, serangga ini boleh dijadikan sebagai topping di atas hidangan pizza. Bagi kebanyakkan orang terutama di kawasan barat Eropah, idea makan ulat adalah hal yang menakutkan.\nBaca juga: Ini Sebab Kenapa Perlu Tapis \u2018Tepung Gandum\u2019 Sebelum Guna, Terkejut Ada Ulat!\nWalau bagaimanapun, penternakan cacing mopane tidak akan merosakkan alam sekitar selain mempunyai sumber nutrisi yang sangat baik dan berharga. Vasela juga telah berjaya mendapatkan beberapa pelanggan domestik untuk mencuba produk oraganik yang telah dihasilkan.\n\nBoleh hasilkan coklat bar, jajan dan kek.\nDalam pada itu, ahli antropologi makanan, Anna Trapido berkata makanan itu tidak lagi boleh dilihat sebagai trend makanan yang biasa. Sebaliknya, mereka yang memilih untuk memakannya perlu diberikan pengiktirafan.\n\u201cCacing Mopane perlu dipelihara dengan sangat teliti dan penuh rasa hormat kerana merupakan sebahagian daripada emosi, rohani dan kulinari orang ramai.\nVasela sedaya upaya untuk meyakinkan pelanggan yang pada awalnya menolak untuk mencuba biskut dan bar protein diperbuat daripada tepung dihasilkan dari ulat di pesta makanan baru-baru ini di daerah Sandton kelas atasan Johannesburg.\n\u201cSaya tidak akan makan cacing, saya minta maaf kerana ia menjijikan. Tetapi jika kamu berikan dalam bentuk coklat, ia memang sedap,\u201d kata Gail Odendaal, salah seorang pelanggan, lapor Wion.\nMopane juga merupakan sejenis cacing yang mesra alam yang tidak memerlukan air atau tanah tambahan kerana membiak dengan cara memakan pokok mopane yang tumbuh di kawasan yang panas dan kering di selatan Afrika.\nSerangga ini merupakan sumber protein yang lebih baik daripada banyak makanan lain di pasaran, kata pakar diet, Mpho Tshukudu.\n\nSumber: Info Tourism\n"} {"url": "https://myresipi.com/jus-nanas/", "title": "Jus Nanas Cara Mudah, Sesuai Hilangkan Batuk Musim Panas Ini", "body": "\nJuadah air untuk buka puasa hari ini, jom buat jus nanas. Memang segar serta dapat legakan batuk tengah musim panas membahang ini.\nBukan itu sahaja, banyak khasiat dan kelebihan buah nanas ini. Antaranya ialah mengandungi vitamin C yang tinggi, membantu sistem percernaan, meningkatkan sistem imunisasi, meredakan cirit-birit dan banyak lagi.\u00a0\nAnda nak tahu info menarik di sebalik buah nanas ini?\nBuah nanas dibawa ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan Sepanyol pada abad ke-16. Pada awalnya, buah nanas ditanam secara komersial di Pekan Nanas, Johor dan bertindak sebagai pokok yang menghalang musuh di Bukit Nanas, Selangor.\nKini, negara kita telah menjadikan penanaman nanas sebagai salah satu tanaman komoditi dan merupakan penanaman ketiga tertinggi selepas buah pisang dan buah oren. \nPenanaman nanas mendapat permintaan yang tinggi kerana nanas mempunyai sebatian aroma yang menarik perhatian dan nilai nutrisi yang tinggi juga harga yang berpatutan. Wow!\nBaca juga: Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!\nAnak-anak yang berusia dari 5 tahun ke atas memang bagus untuk konsum jus ini dalam diet minuman harian selain air masak.\u00a0\nCara-cara penyediaannya juga tak renyah, tinggal masukkan dalam pengisar dan perah jusnya. Kemudian, nak lagi segar, boleh letak ais.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurul Ateekah di laman Facebook. Memang mudah nak faham dengan perkongsiaan beliau ini.\n\nRESIPI JUS NANAS CARA MUDAH\n\nBahan-bahan\n\n5 buah nanas saiz sederhana \u2013 untuk 2 liter jus\nMesin pengisar\nKain napkin\nAis\n\nCara-caranya:\u00a0\n1. Mula-mula, kopek kulit nanas dan buang hitam-hitamnya. Kemudian, potong keci untuk memudahkan pengisaran.\n2. Masukkan kedalam mesin pengisar dan kisar sehingga buah keluarkan jus. Ambil kain napkin dan tapis jusnya sampai kering dan tinggal hampas. \n3. Masakkan air jus tadi sehingga mendidih dan sejukkan. Dah sejukkan, boleh masukkan ke dalam bekas air.\n4. Letak ais dalam cawan, siap diminum sejuk-sejuk!\n\nTak perlu letak gula dah. Memang dah manis isi buah nanas ini. Pastikan pilih buah nanas yang manis dan tak masam sangat. Kalau jusnya masam sangat, boleh campurkan dengan sedikit gula.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/kacang-botak-kudapan-raya-paling-mudah-sedap/", "title": "Kacang Botak, Kudapan Raya Paling Mudah & Sedap. Modal Pun Murah Je", "body": "\nSelain dari biskut semperit, tart, cornflakes madu dan sebagainya, kacang botak ini juga merupakan salah satu \u2018kuih raya\u2019 yang wajib ada pada hari raya.\nRasanya yang rangup, pedas dan berlemak pasti akan membuatkan kita tak sedar dah kunyah habis satu balang.\nBagi yang tak suka biskut manis-manis, kuih ini sangat sesuai untuk dicuba waktu hari raya nanti. Yang penting cara buat sangat senang dan modal pun murah!\nCARA BUAT KACANG BOTAK\nBahan-bahan yang diperlukan:\n\n400g kacang tanah\n5 ulas bawang putih (ditumbuk)\n1 sb serbuk cili\n2 sb gula\n3 sk garam\n2 biji telur\n1 sk ajinamoto\n1 kiub ikan bilis (kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)\n5 sb tepung gandum\n1 sb tepung beras\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Bersihkan kacang tanah tapi jangan basuh terlalu lama. Kemudian terus keringkan dan jemur bawah matahari sehingga kering (boleh ganti keringkan dalam oven sahaja).\n2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati.\n\n3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati.\n\n4. Panaskan minyak dan goreng hasil sebatian tadi menggunakan api sederhana.\n5. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.\n6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terhasil. Selepas masukkan kacang, terus kacau jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat.\n7. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan minyak. Selamat mencuba!\n\nKredit: Are Peace\nBaca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala \u2018Famous Amos\u2019, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kacang-goreng-pedas/", "title": "Kacang Goreng Pedas Cara Mudah, Guna 4 BAHAN Ini, Laku Keras Kudapan Raya Nanti", "body": "\nAsyik beli kacang goreng pedas kat kedai je. Baik buat sendiri! Follow je resipi mudah yang rangup dan berlemak ni. Kunyah-kunyah masa beraya, boleh tak sedar habis sebalang tau! Simple sangat cara penyediaannya. Jom try!\nKorang yang suka makan kacang goreng pedas kena cuba resipi ni. Kacang goreng yang ada kat luar tu, mungkin berbeza sikit dengan resipi ni. Hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur je.\nBaca juga: Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Resipi Cara Orang Lama, Jom Buat!\nRasa kacang ni memang berlemak sebab telah digoreng dengan tepung bestari. Korang tak akan muak nak makan. Kacang ni juga sesuai di hidangkan buat tetamu di majlis kenduri kendara. Letak je atas meja, memang laku keras.\nJom kita lihat step by step cara penyediaan kacang goreng yang di kongsikan oleh Cik Puan Azie Surip ni. Confirm puas hati dengan hasilnya.\n\nRESIPI KACANG GORENG PEDAS\u00a0\nKacang goreng pedas 4 bahan je. Boleh buat untuk kudapan raya nanti. Yang penting lebih mesra poket!\n\nBahan-bahan:\n\n300g kacang tanah.\n1 biji telur gred A.\n1 cawan tepung bestari pedas (anggaran je, kalau kurang tambah la lagi sikit).\nMinyak untuk menggoreng secukupnya\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Pecahkan telur, gaul dengan kacang sampai rata.\n2. Masukkan tepung sikit-sikit sambil gaul kacang sampai semuanya bersalut elok & kering. (tepung mesti melekat kering pada kacang).\n3. Panaskan minyak, goreng kacang sampai masak. Sambil goreng tu pisahkan kacang jangan bagi dia melekat.\n4. Sejukkan kacang sebelum simpan dalam balang.\n\n\nSiap! Korang boleh masukkan dalam balang yang kedap udara. Buat banyak pun takpe! Memang korang akan ketagih nak makan kacang ni nanti. Lepas ni tak payah beli kat luar lagi. Dah tahu cara buat kacang goreng pedas yang sedap, rangup dan berlemak kat sini.\nSave resepi ni siap-siap! Nak buat nanti boleh letak kat meja terus untuk kudapan. Time menyembang panjang, boleh ngunyah kacang tanpa perlu buka kulit. Raya puasa pun bukan main meriah lagi, mesti tak puas nak raya kan. Kita sambung raya haji ni pula.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Guna 5 \u2018Tricks\u2019 Ini Bagi Pokok Kacang Botor Berbuah Banyak, Baru Ada Hasil!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kafe-aesthetic-baru-di-penang-anda-patut-cuba-lemon-cake-mereka/", "title": "Kafe Aesthetic Baru Di Penang, Anda Patut Cuba Lemon Cake Mereka", "body": "\nPenang memang dah famous sangat dengan kafe-kafe cantik untuk anda lepak. Tapi kalau anda ke Penang anda wajib try satu kafe aesthetic yang baru di buka ni. Yang bestnya kafe ni adalah suasana kafe ini yang tenang dan cantik. Memang sesuai sangat kalau anda nak berootd ni di sini.\nSelain itu, ramai orang yang datang ke kafe ini mengatakan bahawa makanan di sini sedap-sedap belaka dan air kopi mereka memang pekat. Fuhh layan.\nKafe Aesthetic Baru Di Penang, Anda Patut Cuba Lemon Cake Mereka:\nSebuah akaun di Twitter @najihahshahrel ada berkongsi pengalamanya lepak dan makan di kafe yang bernama Brown Sugar Eatery\u00a0dan terletak di Pulau Pinang ini.\n\n\u201d Siapa duduk Penang tu, try la singgah cafe ni. Cake dia yang lemon tu sedap sangat! Yang tak makan dessert pun boleh habiskan cake ni. \u201d\nApa yang menariknya di kafe ni, mereka ada menjual pelbagai jenis kopi tau. Haa anda sebut je nak kopi apa semua ada. Latte, americano, mocha semua lah ada. Dan kopi di sini juga sedap tau. Rugi kalau anda tak cuba.\n\nTak sah la lepak kalau takde pencuci mulut kan? Kat kafe ni juga ada menjual pencuci mulut seperti kek jugak tau. Menurut @najihahshahrel juga, kek lemon kat sini sedap dan tak muak. Kalau anda tak minat dengan kek manis, kek lemon ni memang sesuai sangat untuk anda!\n\n\u201c Harga? Standard \u201d\nUntuk harganya pula memang berbaloi lah dengan kualiti makanan dan minuman yang disediakan di kafe ini. Takdelah mahal sangat dan anda pun boleh lah lepak dengan tenang hati.\n\u201d Finally, cafe aesthetic yang actually serves good cakes & drinks \u201d\nJadi kalau anda yang ada plan nak cafe hunting di Penang tu, anda wajib cuba makan dan lepak di kafe ni tau! Memang confirm best lah.\nAlamat: Brown Sugar Eatery Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang\nWaktu Beroperasi: Selasa \u2013 Ahad (3PM \u2013 10PM)\nSumber: @najihahshahrel\n"} {"url": "https://myresipi.com/kafe-cantik-sesuai-untuk-family-gathering-di-cyberjaya-makanan-pun-sedap/", "title": "Kafe Cantik Sesuai Untuk \u2018Family Gathering\u2019 Di Cyberjaya, Makanan Pun Sedap", "body": "\nKadang-kadang tu mesti korang tercari kafe cantik yang menyajikan makanan sedap dan yang paling penting sesuai untuk bawa family berkumpul dan makan sama-sama kan? Selalunya bila kafe tu dah cantik tapi tak sesuai pula untuk berkumpul bersama keluarga sebab susana restoran yang kurang sesuai. Dan ada pulak yang menyajikan makanan yang kurang memuaskan.\nHaa sekarang anda dah tak perlu risau tau sebab ada sebuah kafe di Cyberjaya yang sesuai sangat untuk anda makan bersama ahli keluarga anda. Dan sudah tentulah makanan di sini juga sedap belaka!\nKafe Cantik Sesuai Untuk \u2018Family Gathering\u2019 Di Cyberjaya, Makanan Pun Sedap:\nSebuah akaun di Twitter @juannebae ada berkongsi sebuah kafe yang cantik dan fancy tau. Confirm anda akan berpuas hati lah kalau makan kat sini. Nama kafe ini ialah Giggles & Geek dan terketak di Cyberjaya.\n\n\u201d Instagrammable, pretty and super cosy!\u00a0 \u201d\nRuangan kafe ini besar tau! Dan ada dua ruang iaitu di dalam dan di luar. Kedua-duanya sesuai untuk anda lepak makan bersama keluarga anda.\n\nSelain dari keluarga, kalau anda nak datang bersama pasangan anda pun sesuai sangatlah.\n\u201d Bawa family sesuai, gathering with friends boleh, nak makan sambil meeting pun orait, and datingggg pun letop wak \u201d\n\nSelain daripada tempat nya yang cantik, makanan di sini juga mendapat pujian dari orang ramai kerana makananya yang sedap dan harganya juga berbaloi dengan kualiti makanan yang disediakan.\n\u201d Fancy dan sedap. Kalau korang ragu ragu boleh tengok Google review. Aku kalau nak gi makan je mesti tengok Google Review, kalau onzzzz rate macam Giggles & Geeks ni terus pergi \u201d\n\n\n\n\nNampak menarik kan makanan mereka? Yaa, makanan di sini kesemuanya sedap tau. Kalau anda ada plan nak makan bersama keluarga anda, anda wajib datang dan cuba makan di kafe ini. Confirm puas hatilah!\nAlamat: Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (11AM \u2013 11PM)\nSumber: @juannebae\n"} {"url": "https://myresipi.com/kafe-kucing-yang-comel-di-kuala-lumpur-selangor/", "title": "Kafe Kucing Yang Comel Di Kuala Lumpur & Selangor, Peminat Si Bulus Wajib Pergi!", "body": "\nPencinta kucing, sudah tiba masanya untuk pergi ke kafe kucing yang kami senaraikan di bawah!\nKafe kucing sebenarnya direka untuk menyatukan pencinta kucing dengan haiwan kesayangan mereka. Di KL dan Selangor, anda akan terkejut apabila mendapati beberapa kafe kucing yang bukan sahaja menyajikan makanan dan minuman yang lazat tetapi menawarkan pengalaman yang unik bersama kucing comel di kedai mereka. Best kan? Jom kita tengok 5 kafe kucing yang comel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.\n1. Purradise Cat Caf\u00e9\n\nKafe ini terletak di tingkat atas di Taman Tun Dr Ismail, Purradise Cat Caf\u00e9 ialah rumah kepada 18 kucing \u2018adoption\u2019, setiap kucing dikatakan mempunyai ciri dan personaliti mereka tersendiri. Walaubagaimana pun, sebelum anda masuk ke kafe ini, anda perlu membayar RM18 untuk sejam, dan RM49 untuk akses kucing sehari penuh.\u00a0 Apa yang best dekat sini iaalah smoothie mereka iaitu Kitty on a Tree (Pisang, Susu, Oat & Madu) dan Purr by the Beach (Nanas, Mangga & Madu). Kucing-kucing di sini juga amatlah peramah dan manja.\n\nAlamat: 24A (Tingkat Pertama), Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur\nMasa Beroperasi: 2:00 PM \u2013 9:00 PM (Isnin \u2013 Jumaat), 2:00 PM \u2013 10:00 PM (Sabtu)\nPembayaran Masuk: RM18 Sejam (Termaruk air), RM48 Satu Hari (Termasuk air)\n2. Good Meowning Caf\u00e9\n\nGood Meowning Caf\u00e9 diasaskan oleh Nor Aziyah yang juga seorang pecinta kucing. Menurutnya, ini adalah caranya mewujudkan kebajikan untuk kucing. Kafe ini dibuka pada 2016 dan telah pun mempunyai 35 kucing daripada 16 spesies berbeza, beberapa daripadanya susah nak jumpa kat Malaysia tau. Antaranya adalah Munchkin, Siamese, Cornish Rex, Oriental, Abyssinian dan Sphynx Cats.\u00a0Selain itu, kafe ini juga ada menyajikan masakan tempatan. Antara menu yang paling diggemari ramai adalah Nasi Goreng Sambal Hitam sebab rasa pedas yang rasa ala-ala makanan Pahang.\n\nAlamat: 1, Jalan Suasana 2/7a, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor\nMasa Beroperasi: 10:00 AM \u2013 9:00 PM (Selasa \u2013 Jumaat), 10:00 AM \u2013 10:00 PM (Sabtu \u2013 Ahad),\nPembayaran Masuk: RM 7 untuk 30 Minit\n3. Seri Talam Cat Caf\u00e9\n\nKafe ini terdapat dua bahagian: galeri kucing dan pusat penjagaan kucing. Ia juga menempatkan kira-kira 120 ekor kucing yang diselamatkan, termasuk Kucing Hutan Norway. Di sebelahnya, anda boleh makan di kafe mereka, mereka manwarkan hidangan Melayu tempatan seperti Mee Jawa, Mee Sup Ayam, Laksa Johor ,Murtabak, Lontong, Soto dan Lempeng.\n\nAlamat: No. 13, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nMasa Beroperasi: 7:30 AM \u2013 6:30 PM (Setiap Hari)\nPembayaran Masuk: \u00a0RM10 Untuk Sejam\n4. Coo & Riku\n\nTerletak di Pusat Bandar LaLaport Bukit Bintang, Coo & Riku membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada 20 Februari 2022. Coo & Riku adalah sebuah kedai haiwan peliharaan terbesar di Jepun.\nBukan itu sahaja, kafe ini mempunyai 50 baka kucing yang comel untuk anda main. Haa yang paling best, anda boleh bawak kucing anda sendiri ke kafe ini tau!\n\nAlamat: Lot L4-05 & 06, Level 4, Mitsui Shopping Park Lalaport Bukit Bintang City Centre, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur\nMasa Beroperasi: 10.00 AM \u2013 10.30 PM (Setiap Hari)\nHaa menarik kan kafe-kafe kat atas? Kalau anda nak rasa kelainan makan sambil main dengan kucing, anda wajib try kafe-kafe ni!\nSumber: Lokal.com\n"} {"url": "https://myresipi.com/kalau-masak-tak-sedap-saya-tak-akan-bagi-can-punya-ropie/", "title": "Kalau Masak Tak Sedap, Saya Tak Akan Bagi \u2018Can\u2019 Punya \u2013 Ropie", "body": "\nMalam ini Ropie pula akan muncul sebagai juri Jemputan dalam program Dapur Tempur dan akan membantu Chef Adu Amran serta Sheila Rusly untuk menilai masakan dari 3 pasangan keluarga yang masih kekal.\nPelawak tanah air yang lebih dikenali dengan Pak Kodi ini mengatakan dia sendiri tidak ada masalah bagi markah tinggi kalau hidangan itu sedap. Namun, disebabkan ini program realiti, kalau tak sedap, memang tidak akan beri markah.\n\u201cSaya tak kisah bab makan, janji sedap. Kalau saya jadi juri, saya habaq mai, memang tegas. Takkan bagi \u2018can\u2019 punya walaupun depa dah kenyit-kenyit mata minta markah lebih,\u201d kata Ropie dalam Dapur Tempur minggu keenam.\n\nArtikel berkaitan: Kena Masak Itik Untuk Minggu Kelima, Juri Bagi Cabaran Seorang Sahaja Dibenarkan Memasak\nMinggu ini kita dapat menyaksikan 3 buah pasangan keluarga iaitu;\n1. Pendekar Malaya \u2013 Pakcik & Anak Saudara (Haizal & Irfan)\n2. 9Siblings \u2013 Kakak & Adik (Nusaybah & Tasnim)\n3. Sudap Sudip \u2013 Ibu & Anak (Halifah & Arif)\n\nApa pula cabarannya kali ini sampai salah satu peserta tutup mata dan telinga tu? Sampai juri jemputan pun naik \u2018taring\u2019 kalau masak tak sedap?\nJangan lupa tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.\nDapur Tempur dibawakan oleh Panasonic, hidup sihat setiap hari bersama Panasonic. dan juga Nona, Jom #NonaKanHarimu, Pelbagai Rasa, Semudah Cara & Seenak Rasa.\nJuara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.\nPemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.\n#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy\n"} {"url": "https://myresipi.com/kambing-khadai/", "title": "Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!", "body": "\nKambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!\nHidangan ini sangat popular di Pakistan dan lebih dikenali sebagai Lamb Karahi. Jom cuba untuk juadah raya ataupun lauk cicah bersama roti naan dan capati. Makan bersama nasi panas pun memang berselera dibuatnya!\u00a0\nKambing khadai ini dimasak secara tradisional dengan pilihan daging bersama bawang putih, halia, yogurt, dan pes kari berasaskan tomato. Memang tak guna santan tau.\u00a0\nBaca juga: Jom Buat Kambing Peratal, Sedap Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti\nMemang banyak khasiatnya guna buah tomato ini dalam masakan tau. Antaranya ialah boleh membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan vitamin C dalam badan. \nSelain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting untuk sistem imun, kulit dan penglihatan.\u00a0\nJom ikuti resipi dari Cik Puan Zainab Idar ini yang dikongsikan di laman Facebooknya ini. Beliau merupakan penggemar tegar masakkan yang berasaskan kari.\nHidangan yang berasaskan rempah dan cili merupakan hidangan yang boleh tahan lama. Begitu juga dengan resipi kambing khadai ini. Semakin dipanaskan esoknya, semakin sedap tau.\u00a0\n\nRESIPI KAMBING KHADAI\nGambar sekadar hiasan\nBahan-bahan:\n\n500 g daging kambing\n3 sudu besar minyak masak\n2 biji buah pelaga\n3 batang bunga cengkih\n1 batang kayu manis\n2 sudu kecik serbuk cili\n1 sudu kecil serbuk ketumbar\n1/4 sudu kecil jintan manis (jintan besar)\n1/4 sudu kecil serbuk kunyit\n2 biji tomato besar (potong dadu)\n1 batang cili hijau\n2 labu bawang besar (diblend)\n1/2 sudu besar blended bawang putih\n1/2 sudu besar blended halia\n3 sudu besar yogurt\n1 sudu kecil garam masala\nGaram\n\nCara-cara memasak:\n1. Cuci bersih daging kambing dan toskan. Perap daging kambing bersama blended bawang besar, yogurt, blended bawang putih, blended halia, yogurt, garam masala dan garam. Perap dia dalam tupperware yg bertutup selama 4 jam or semalaman dalam fridge.\n2. Pastikan daging kambing yg diperap berada dalam suhu bilik sebelum dimasak.\n3. Panaskan minyak dalam kuali/pressure cooker, dan tumis rempah ratus buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis hingga naik bau.\n4. Masukkan daging yg diperap dan masak gunakan api sedang selama 10 minit. Gaul kerap dengan senduk supaya daging masak sebati.\n5. Masukkan serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, jintan besar, cili hijau dan tomato. Gaul selama 8-10 minit hinga tomato hancur dan kuah pekat.\n6. Masukkan 3/4 cawan air, gaul sebati dan masak hingga daging empuk.\n7. Jika menggunakan periuk biasa, tambah air jika perlu sehinga daging empuk. Bagi yang mengunakan pressure cooker, tutup lid dan masak guna api sedang hingga 4 whistles.\n8. Bukak lid, masukkan garam dan masak sehingga kuah pekat. Jika kuah terlalu pekat masukkan air sedikit.\n9. Boleh di hias bersama hirisan daun ketumbar. Siap untuk dihidang!\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Udang Kalio Cara Senang, Bahan-bahan Pun Mudah Nak Dapat\n"} {"url": "https://myresipi.com/kambing-peratal/", "title": "Jom Buat Kambing Peratal, Sedap Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti", "body": "\nRindunya nak makan Kambing Peratal. Jom masak lauk ini pula di rumah! Selalunya jumpa lauk ini di kedai mamak atau di kenduri kendara je.\nResipi original dari kaum india ni pasti buatkan korang rasa teruja nak cuba.\nKambing peratal ni selalu dianggap hidangan istimewa sebab tak semua tempat ada hidangannya. Cara masaknya pun kena tengok gaya juga. Sebab tu kadang-kadang ramai yang tak makan kambing melainkan dimasak dengan cara yang betul dan kena dengan selera.\nBaca juga: Nasi Kari Kambing/Daging Versi Ekspres Senang & Cepat\nHidangan ini antara yang sedap dan menyelerakan, lebih-lebih lagi kaya dengan bahan rempah. Makan dengan nasi putih pun dah cukup sedap apatah lagi dihidangkan dengan nasi berperisa seperti nasi briyani dan nasi minyak.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Michelle Shelle yang dikongsi melalui laman Facebook hingga meraih 2K shares ini. Memang mengiurkan tengok dari gambar.\nCumanya korang kena gigih sikit menyediakan bahan sebab nak dapatkan hasil kari kambing yang padu, bahannya memang agak banyak.\n\nRESIPI KAMBING PERATAL\u00a0\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 kg Daging Kambing \u2013 potong kecil\n2 Bawang merah \u2013 dihiris\n7 biji Bawang putih\n7 cm Halia\n5 biji Ubi Kentang \u2013 potong dadu\n1 biji Tomato \u2013 potong dadu\n2 sudu kecil Jintan manis\n1 batang Kayu manis\n5 biji bunga lawang\n3 biji Cengkih\n5 tangkai daun Kari\n4 sudu besar serbuk Kari Daging\n5 sudu besar serbuk Cili biasa\n2 sudu besar sos Tomato\n1 sudu besar Kicap pekat\nAir\nGaram\nGula\n\nCara-cara memasak:\n1. Guna Periuk tekanan/didih di atas periuk biasa, rebus daging kambing (isi & tulang) bersama 2 cm halia (tumbuk) masukkan ke dalam dan masak sampai 3/4 masak untuk lembutkan daging dan kurangkan bau.\n2. Tumbuk jintan manis, bawang putih dan halia. Ketepikan.\u00a0\n3. Panaskan kuali, tuang minyak, lebihkan minyak untuk kacau bahan-bahan.\u00a0 Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, \nbawang merah tumis sampai keperangan dan masukkan daun kari.\n4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk, tumis sehingga keperangan. Masukkan daging kambing yang 3/4 sudah\nmasak ke dalam kuali dan kacau seketika.\n5. Bubuh serbuk kari daging dan cili biasa ke dalam dan kacau sampai sebati. Tuang air secukupnya, cukup untuk tutup daging kambing saja kemudian masukkan ubi kentang ke dalam dan kacau.\n6. Biar ubi kentang masak, kacau sekali sekala. Bubuh garam dan gula secukupnya. Bila ubi kentang dah masak, pastikan untuk\ncucuk daging kambing, guna garpu untuk check dah lembut ke belum. \n7. Tuang sos tomato dan kicap pekat. Kacau daging kambing sampai air surut ke tahap kuahnya menjadi pekat.\n8. Masukkan tomato dan daun kari ke dalam, kacau seketika dan tutup api. Sedia untuk dihidang!\n\nSedap kalau hidangkan dengan nasi putih panas atau roti. Kalau nak buat hidangan istimewa hari raya bersama lemang dan pulut kuning lagi bertambah sedap.\nWalaupun bahannya agak banyak, tapi cara penyediaannya tidaklah sesukar mana. Kuahnya pula cukup sedap bila penuh dengan aroma rempah.\nSelamat mencuba!\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/kari-ayam-bangladesh/", "title": "Kari Ayam Bangladesh, Resipi Viral TikTok, Makan Dengan Nasi Panas Padu Gais!", "body": "\n\nSyok juga kalau dapat masak kari ayam Bangladesh hari ni. Kalau tak nak makan dengan nasi putih, korang boleh makan dengan roti puri.\nFuh! Sedap weh. Resepi viral di TikTok ini di masak tanpa santan. Kuahnya pekat dan cantik. Lebih tahan dari masak kari guna santan tau.\nCara masak kari ni pun ada pelbagai versi. Lain cara, lain rasa enaknya. Masing-masing resepi pun ada tips dan rasa sedapnya tersendiri.\nBaca juga: Cara Paling Mudah Buat Stok Cili Kisar. Tak Perlu Potong, Buang Biji Atau Rebus!\nKorang boleh try resepi yang di kongsikan oleh @adikfoods ni. Memang menjadi. Syaratnya follow sebijik-sebijik cara penyediaannya di sini.\nSelain daripada menggunakan ayam, resepi ni boleh di masak menggunakan daging.\nKuantiti bahan pula boleh adjust ikut kuantiti ayam atau daging yang korang nak masak tu nanti. Untuk rasa lagi pedas, korang boleh tambah cili kisar dalam tumisan.\nResipi Kari Bangladesh\nBahan-bahan:\n\n1/2 ekor ayam\n2 sudu makan rempah kari ayam/daging\n1/2 sudu makan serbuk kunyit\n2 sudu makan minyak masak\n1 batang kulit kayu manis\n4 biji buah pelaga\n1 biji bawang besar\n2 biji ubi kentang\n1 biji bawang kecil\n4 ulas bawang putih\n1 sudu teh jintan putih\n1/2 \u2013 1 inci halia\n1 biji cili merah\nbendi\ntomato\n300 \u2013 400ml air\n2 sudu yogurt asli/santan\n1 sudu teh garam\n\nCara memasak:\n\n\n @adikfoods\nMoh le buat Kari Ayam Ala Bangladesh yang saya ikut resipi @femmes_introverties thank you ya. Sedap dan mudah nak masak. Gedebok semua dalam poyok! #adikfoods #adikfoodsrecipe #recipe #MakanLokal #tiktokmy #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #myfoodie #tiktokchef #tiktokfood #curry #yummy #homecooking #foryou #fyp #food\n \u266c original sound \u2013 AdikFoods \u2013 AdikFoods \n\n \n\nSiap untuk dihidang! Masak kari dah siap, korang nak makan dengan nasi je ke atau nak makan dengan roti puri.\nRoti puri instant, roti canai instant pun dah ada jual. Boleh beli yang dah siap kalau nak. Kalau rajin nak nguli, lagi better buat sendiri.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kari-ayam-versi-nepal-santan-ganti-yogurt/", "title": "Cara Masak \u2018Kari Ayam Versi Nepal\u2019 Tanpa Guna Santan, Ganti Yogurt Lagi Sedap Berlemak", "body": "\nBiasanya kalau kita masak kari ayam, mesti akan guna santan dan daun kari kan? Namun jika mahukan kelainan, boleh cuba resipi kari ayam versi Nepal yang dikongsi oleh Aslyna Nor Hassan ini.\nMenurutnya, menu yang juga dikenali sebagai \u201cKukkra Curry\u201d atau kari ayam ini telah diajar oleh abang iparnya yang berasal dari negara Nepal. Berbeza dengan kari ayam kita, ia tidak menggunakan santan dan daun kari malah digantikan dengan yogurt asli dan daun ketumbar.\nBerikut perkongsian resipi tersebut:\n\u201cAbang ipar saya orang Nepal. Dia ada ajar saya masak kari yang berasal dari negaranya. Nama masakan itu Kukkra Curry atau kita paggil kari ayam. Memang sedap, sebab kari diorang ni lain dari yang lain dan tak pakai santan. Kari ni bukan makan dengan nasi je sedap, makan dengan roti arab pun sedap.\u201d\n\nRESIPI KUKKRA CURRY ATAU KARI AYAM VERSI NEPAL\nBahan-bahan:\n\nSeekor ayam\n5 biji bawang merah*\n3 biji bawang putih*\n1 inci halia*\n4 biji tomato \u2013 potong dadu\nUbi kentang \u2013 terpulang\n1 pokok ketumbar \u2013 letak lebih lagi sedap\n5 sudu yogurt asli \u2013 yang tiada perisa\n6 sudu penuh serbuk kari.\n\nCara-cara memasak:\n1. Kisar bahan bertanda (*).\n2. Tumis bahan kisar, masukkan tomato, serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.\n3. Kemudian masukkan ayam dan kentang serta tuangkan sedikit air.\n4. Biarkan mendidih sehingga ayam masak. Kemudian masukkan yogurt.\n5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-potong.\nSiap, selamat mencuba!\nKredit: Aslyna Nor Hassan\n"} {"url": "https://myresipi.com/kari-berlauk-mata-kail-peniaga-beri-diskaun-60-sen-tanda-ganti-rugi/", "title": "Kari \u2018Berlauk\u2019 Mata Kail, Peniaga Beri Diskaun 60 Sen Tanda \u2018Ganti Rugi\u2019", "body": "\nSeorang pelanggan wanita berdepan detik cemas apabila dia menemui mata kail dalam hidangan kari yang dipesan di salah sebuah restoran di ibu kota.\nMenerusi hantaran yang dikongsikan pelanggan tersebut di Facebook baru-baru ini, dia turut meluahkan rasa lega kerana tidak berlaku apa-apa kemalangan mahupun kecederaan kepada ahli keluarganya semasa menikmati hidangan tersebut.\nBagaimanapun, dimaklumkan juga wanita berkenaan telah membuat aduan kepada pengurus restoran tersebut namun pihak terbabit tidak mahu bertanggungjawab.\n\u201cMula-mula kata salah pekerja dapur, selepas itu kata salah pengedar pula, nasib ayah saya tak tercekik makan mata kail itu, tapi macam mana kalau hidangkan kepada pelanggan lain?\u201d luahnya.\n\nLebih terkejut, setelah didesak, akhirnya pengurus restoran terbabit tampil meminta maaf dan hanya memberikan diskaun sebanyak 60 sen kepada pelanggan itu.\n\nMenjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai juga terkejut dengan tindakan balas pihak restoran terbabit kerana kejadian tersebut berlaku kerana kecuaian mereka sendiri.\n\u201c60 sen sahaja diskaun dia bagi? Kalau tertelan tak mati pelanggan dekat restoran dia, 60 sen sahaja ke untuk nyawa manusia,\u201d soal seorang pengguna.\n\u201cSaman sahaja pihak restoran yang tidak jaga kebersihan dan keselamatan pelanggan, kita kena berkeras biar mereka lebih jujur dalam berniaga,\u201d kata pengguna lain.\nSumber: Kosmo Online\n"} {"url": "https://myresipi.com/kari-kambing-style-mamak/", "title": "Cara Buat Kari Kambing Style Mamak Tanpa Santan, Lagi Padu!", "body": "\nKari kambing mamak style ini menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia termasuklah min. Boleh dikatakan setiap kali pergi kedai mamak, pasti akan mencari kari kambing.\nKari kambing mamak style ini tidak menggunakan santan. Tetapi tetap pekat melikat.\nNak makan kat kedai mamak pula boleh tahan mahal harga kari kambing ni. Baik buat sendiri di rumah.\nBaca juga: Mencari Resepi Nasi Beriani Gam Yang Sedap & Mudah? Jom Cuba Resepi Ini, Confirm Jadi!\nKari kambing memang sangat sesuai dimakan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak. Ianya juga sedap dicicah bersama roti jala, roti kosong, kodok, lempeng dan macam-macam lagi.\nResipi kari kambing mamak style kali ini adalah perkongsian dari seorang anak jati sarawak iaitu Fazreen Saini. Beliau merupakan penggemar tegar masakkan yang berasaskan kari.\nHidangan yang berasaskan rempah dan cili merupakan hidangan yang boleh tahan lama.\nBegitu juga dengan lauk ini. Semakin dipanaskan esoknya, semakin sedap tau. Siap boleh cicah dengan roti lagi lebihan lauk ini.\n\nResipi Kari Kambing Style Mamak\n\n\nBahan-bahan:\n\n2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki umphh)\n4 biji kentang(kupas kulit dan potong dadu besar)\n2 biji tomato (potong 4)\n6 sudu besar serbuk rempah kari daging\n2 sudu besar serbuk rempah kari ikan\n2 keping asam gelugor atau air asam jawa\nGaram secukup rasa\n1 senduk minyak (untuk menumis)\n\nBahan bancuh dengan air:\n\n1 sudu besar serbuk ciliatau cili kisar 3 sudu besar (pedas ikut suka)\n2 sudu besar serbuk kurma daging(untuk rasa lagi sedap)\n2 sudu besar sos tiram\nAir rebusan daging kambing\n\nBahan kisar:\n\n1 biji bawang besar\n5 biji bawang merah\n5-6 ulas bawang putih\n2 inci halia\n1 inci lengkuas\n\nBahan rempah tumis:\n\n2 batang kayu manis\n5 biji buah pelaga\n2 kuntum bunga lawang\n5 batang cengkih\n\n\nCara-cara memasak:\n1. Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sampai bersih dan toskan.(Untuk buang hanyir).\n2. Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus daging sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa, masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah hingga 3 jam. Kalau menggunakan pressure cooker, anggaran masa 30 minit hingga 45 minit sahaja.\n3. Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus atau hiris tadi.\n4. Masuk rempah yang dah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Pastikan rempah betul-betul masak, baru letak kambing. Baru terangkat rasanya.\n5. Masuk daging kambing yang telah direbus. Masak hingga rempah meresap ke dalam daging.\n6. Masuk air rebusan daging, bancuhan sos tiram, asam gelugor atau asam jawa dan juga kentang. Masak sampai mendidih dan sedikit kering.\n7. Masukkan garam dan secukup rasa.\n8. Sebelum angkat masukkan tomato, tutup api dan siap untuk dihidangkan.\nSemoga bermanfaat!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kari-kepala-ikan-style-mamak/", "title": "Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!", "body": "\nPenggemar lauk Kari Kepala Ikan sila hadir. Jom kita buat menu ini tapi style mamak punya. Memang tak pakai santan tapi kuah masih padu!\nKari kepala ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara. Sama ada menggunakan santan ataupun tidak. Untuk resipi kali ini, kita akan ikut follow sebiji-sebiji resipi dari kedai mamak yang ada di Malaysia ini.\u00a0\nBaca juga: Resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style, Ikut Sukatan Ni Pasti Menjadi\u00a0\nKari ini merupakan masakan yang cukup terkenal di negara India. Hidangan ini telah menjadi salah satu masakan yang sangat digemari rakyat Malaysia mahupun Singapura.\nSeperti yang kita tahu, resipi ini sangat popular menggunakan kepala ikan merah. Tetapi korang boleh saja mempelbagaikannya mengikut cita rasa masing-masing.\nResipi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Munirah Mun melalui laman facebooknya. Nampak cantik gambar kuah kari kepala ikan yang dikongsikan beliau.\n\nRESIPI KARI KEPALA IKAN STYLE MAMAK\nHari ini rajin sikit kita masak kari kepala ikan mamak style tanpa santan. Suami request nak makan kari ni. Nanti boleh cuba. \u00a0\n\n\n\nBahan-bahan:\n\nKepala ikan merah\nBawang merah 6 biji \u2013 dimayang\nBawang putih 10 ulas \u2013 dimayang\nTomato 2 biji \u2013 potong dadu\nDaun kari 3 tangkai\n2 sdb Halba campur\n1 sdb jintan manis\u00a0\n3 sdb serbu kari ikan\u00a0\n1 sdb serbuk cili\u00a0\n1 sdk pes asam jawa\u00a0\nBendi\nCili besar\nGaram\nPerasa\nGula \u2013 optional\n\nCara-cara memasak:\n1. Tumis halba campur, jintan manis, bawang merah, bawang putih sampai naik wangi.\n2. Masukkan daun kari, cili merah dengan tomato yang dipotong dadu. Masak sampai tomato jadi hancur sedikit.\n3. Bila tomato dah hancur, masukkan rempah kari dan serbuk cili.\n4. Masukkan air, kemudian kepala ikan merah yang sudah dibersihkan\n5. Masukkan bendi dan letak garam, perasa, gula sedikit.\n6 . Tunggu sehingga ikan masak dan apabila kuah dah mendidih, siap! Kuantiti kuah ikut selera masing-masing.\n\n\nKuah kari tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sedang-sedang je. Nampak merah kuahnya, minyak pula elok je berlinangan. Ini baru dia kari kepala ikan style mamak. Rugi tak cuba tau!\nMakan dengan nasi putih panas-panas memang seronok. Tak toleh kiri kanan, pasti bertambah nasi dibuatnya. Hidangan yang lengkap dengan ikan dan sayur-sayuran seperti bendi dan tomato. Rasanya nak masukkan terung pun tak salah kan.\nSelamat mencuba!\u00a0\nBaca juga: Rahsia Kari Sotong Pekat Tanpa Guna Santan, Ini Cara Memasaknya\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/kari-sotong-tumis-darat/", "title": "Kari Sotong Tumis Darat, Memang Sedap Menjilat Jari Guna Resipi Ini", "body": "\nAda yang suka makan kari sotong tumis darat? Sedapnya makan dengan nasi putih panas-panas tu kan. \nTumis darat ialah cara masakan ramuannya ditumis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bahan lain seperti sayur-sayuran dan bahan-bahan lain direbus dahulu dengan santan tanpa ditumis.\nBaca juga: Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!\nCara \u2018tumis darat\u2019 ini hanya dibuat kepada masakan sayur yang menggunakan santan dan rempah-rempah.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mazliza Ahmad dari laman Facebook ini. Tengok dari gambar saja pun memang dah nampak mengiurkan lauk kari ini.\u00a0\n\nRESIPI KARI SOTONG TUMIS DARAT\nAlhamdulillah, semua sotong akak bertelur hari ini. Ini resipinya yang boleh dicuba.\n\nBahan-bahan:\n\nSotong \u2013 bersihkan\u00a0\n2 paket kecil rempah kari ikan \u2013 bancuh dengan sedikit air\n3 biji kentang- belah dua\n1 biji bawang besar \u2013 hiris nipis\n4 ulas bawang putih \u2013 hiris\n1 inci halia \u2013 hiris\n2 tangkai daun kari\n1/2 kotak santan @100 ml \u2013 kotak kecik\n2 keping asam keping\nGaram, perasa dan gula\n1 biji tomato \u2013 belah 4\n2 biji cili muda -belah dua\n5-6\u00a0 tangkai cili padi\n\nBahan tumis darat:\n\n1 biji bwng besar \u2013 belah dua dan hiris nipis\n3 ulas bwng putih-hiris\n1 tangkai daun kari\n4- 5 tangkai cili kering \u2013 potong pendek\n1 sudu mkn halba campur\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Tumis semua bahan hiris dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan\n2. Masukkan rempah dan tumis hingga garing.\n3. Masukkan 2 gelas air.\u00a0\n4. Masukkan kentang dan biar hingga kentang empuk. Kalau belum empuk, boleh tambahkan air lagi.\n5. Masukkan garam,perasa, gula dan asam keping.\n7. Masukkan sotong dan santan. Bila dah nampak sotong masak, Baru masukkan tomato dan cili belah. Tutup api\n8. Sedia untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya\n"} {"url": "https://myresipi.com/karipap-transparent/", "title": "Karipap Transparent, Terang Lagi Bersuluh Nampak Isi Dalam, Resipi Viral Wajib Cuba!", "body": "\nSerius lawa sangat Karipap Transparent ni! Nampak sedap pula tu. Tak rugi kalau nak cuba resipi ini. Siap boleh buat hantaran lagi. Campur dengan fresh fruit yang warna terang-terang lagi lawa.\nKalau korang ada banyak stok agar-agar, boleh cuba buat pencuci mulut ini. Nak lagi sedap, sejukkan dulu lepas itu baru ngap! Memang repeat nak makan.\nBaca juga: Lembut & Berlemak, Ini Cara Buat Agar-Agar Susu Kotak Viral, Senang Je!\u00a0\nMenyelerakan betul. Bila makan ni rasa segar, masam manis buah yang fresh. Ni confirm anak-anak suka sangat tau! Bahan dan cara nak buat pun senang je!\nAgar-agar ni juga memerlukan 2 jenis adunan iaitu agar-agar putih dan agar-agar jenis kristal. Sesuai sangat dihidangkan buat tetamu bila ada majlis di rumah. Confirm laju je habis nanti.\nKaripap transparent yang dibuat oleh Sheena ini dah mula jadi trending di Facebook dan diposting semula oleh Eiliyah Qamara hingga meraih 520 shares! \n\nRESIPI KARIPAP TRANSPARENT\nTanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan dan cara penyediaan karipap transparent ni. Kalau dah lengkap semua bahan, boleh la terus buat kan.\n\nBahan-bahan inti:\n\nStrawberi\nKiwi\nBlueberi\nOren\nBuah naga*Potong dadu ke semua buah di atas.\n\nBahan kulit:\n\nSerbuk agar-agar transparent\nAir\n\nCara membuatnya:\n1. Masukkan air dan serbuk agar-agar dalam periuk. \n2. Rasa dah gaul dan sebati, tutup api, tuang kat bekas dan pastikan dalam 0.3cm je tebal/tinggi dia. \n3. Kemudian, masukkan dalam peti sejuk selama sejam.\n4. Keluarkan bahan tadi dari peti sejuk. Gunakan cup bulat untuk bentukkan base dia.\n\n5. Masukkan buah yang dah siap dipotong, lipat separuh. Siap! Sedia untuk di hidang.\n\n\n\nWow! Memang cantik hasilnya! Hidang sejuk-sejuk seyes ohsem! Actually, agar-agar ni boleh dibuat dengan pelbagai warna. Ada yang campur dengan sirap ros, warna pandan asli dan juga pewarna. Kalau nak menarik, boleh je letak warna pilihan korang.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/karnival-jom-heboh-kembali-lagi-banyak-aktiviti-ohsem/", "title": "Karnival Jom Heboh Kembali Lagi, Banyak Aktiviti \u2018Ohsem\u2019 Menanti Korang!", "body": "\n\u201cJOM.. JOM.. JOM.. JOM.. JOM HEBOH HEBOH!\u201d\nKarnival tahunan kegemaran ramai Karnival Jom Heboh (KJH) kini kembali lagi! KJH kali ini dibawakan oleh DuitNow, dan bakal berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Jun (Sabtu dan Ahad) di Anjung Floria, Putrajaya bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya. Jumpa anda semua di sana seawal 8.00 pagi kerana banyak aktiviti menarik menanti anda!\nAcara padang tahunan anjuran Media Prima Berhad (MPB)\nAcara padang tahunan anjuran Media Prima Berhad (MPB) dimeriahkan dengan pelbagai booth dari TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP dan tonton yang menyediakan aktiviti-aktiviti menarik serta penampilan istimewa daripada barisan selebriti tanah air popular. Selain itu, belon udara panas juga disediakan khas buat pengunjung yang ingin melihat suasana sekeliling Putrajaya dengan harga yang murah, hanya dengan menggunakan aplikasi DuitNow.\nBanyak promosi-promosi hebat menanti anda!\nKemeriahan di KJH diteruskan dengan promosi-promosi hebat pada harga yang tiada tandingan. Jangan melepaskan peluang untuk menjadi pengunjung terawal kerana anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah istimewa dari KJH!\nBeramah mesra dengan barisan pelakon Melur Untuk Firdaus\n\nLebih istimewa lagi, pengunjung bakal berpeluang untuk beramah mesra dengan artis suka ramai di booth Media Prima Berhad tersedia seperti barisan pelakon Melur Untuk Firdaus dan Risik Pada Hati, Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera, Sophia Albarakbah dan ramai lagi.\nPengunjung berpeluang untuk menghabiskan hujung minggu bersama ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti santai seperti Karaoke Muzik-Muzik, bergambar dan bermesra dengan maskot Alif & Sofia dan Hang Omar Timor.\nTidak ketinggalan juga siaran langsung program Borak Kopitiam, Wanita Hari Ini dan Melodi yang juga membawakan kemeriahan KJH kepada semua penonton TV3. Bagi peminat muzik pula, KJH mempersembahkan konsert legenda Konsert Jom Heboh yang pasti akan memeriahkan malam minggu anda.\nKonsert Jom Heboh dua malam berturut-turut\nPara pengunjung juga akan dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh yang akan diadakan pada pukul 9.00 malam selama dua malam berturut-turut. Konsert ini akan dihoskan oleh penyampai radio terkenal dari Hot FM dan Buletin FM seperti AG, Ally Iskandar, Haiza, Ayu, Riena Diana, Muaz, Hawa Rizwana dan Imran Aqil.\nPersembahan barisan artis terkenal\nAntara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Ara Johari, Ashtin, kumpulan Masdo, Insomniacks, Xpose, Amsyar Lee, Ezad Lazim dan ramai lagi.\nBagi menyemarakkan suasana di KJH, raikan Hari Rekreasi Putrajaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan acara-acara menarik seperti zoo peliharaan di Festival Pencinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, Desa Kopi, Pertandingan Memancing dan Flying Fox.\nBanyak lagi aktiviti menarik menanti anda!\nAktiviti-aktiviti lain termasuk senamrobik, mini penalti dan bola bowling. Karnival Jom Heboh Acara Padang Paling Lama di Malaysia yang diiktirafkan oleh Malaysia Book of Records ini pasti mengujakan hujung minggu anda sekeluarga.\nSebarkan keseronokan dengan menggunakan tag #KarnivalJomHeboh dan #KJH. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.\n"} {"url": "https://myresipi.com/kaya-pandan-homemade/", "title": "Kaya Pandan Homemade Ala Boat Noodle, Wangi Dan Sedap Rasa Pandannya", "body": "\nJom buat Kaya Pandan Homemade di rumah. Setiap kali singgah ke Boat Noodle, memang wajib buat pesanan roti kukus kaya pandan. Mana taknya, keunikkan rasa pandan dan berlemak kaya itu menyebabkan kita nak \u2018repeat\u2019 banyak kali.\nJangan risau dah! kaya pandan ala restoran ini kita pun boleh olah dan buatnya di rumah. Memang boleh buat stok banyak. Nak bagi jiran sikit pun tak apa. Boleh merapatkan silaturrahim sekali.\nBaca juga: Resipi Roti Bakar Ala Old Town Coffee, Guna 3 Bahan Ini\nRasa autentik sebenarnya terletak pada kaya pandan itu sendiri. Memang tak akan sama dengan kaya yang biasa dibeli di kedai runcit.\nCicah pula bersama roti kukus, memang berebut-rebut keluarga nak makan.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Fazelina Isa ini untuk dijadikan panduan. Perkongsian beliau ini telah meraih sehingga 1.6k shares di laman Facebook! Ramai rupanya yang berminat untuk menucba.\nJom kita lihat resipinya.\n\nRESIPI KAYA PANDAN ALA BOAT NOODLE\n\nBahan-bahan kaya pandan homemade:\n\n1 cawan air pandan \u2013 5 helai daun yang dikisar\n1 cawan susu cair\n1 cawan gula\n1 kotak santan \u2013 200gram\n2 sdb susu pekat manis\n3 sdb tepung jagung\n1 biji telur gred A\nSedikit garam\nPewarna Makanan\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecil.\n2. Masak menggunakan api perlahan dan kacay sehingga adunan menjadi berkilat.\n3. Bila adunan sudah berkilat, tandanya kaya suda masak. Dah boleh diangkat dan bahagikan ke dalam bekas yang lebih kecil.\n4. Sedia untuk dinikmati!\n\n\nNak lagi autentik, boleh simpan ke dalam bekas kaca kedap udara. Simpan ia ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.\nMemang sedap dinikmati bersama roti kukus atau roti bakar ala kopitiam. Nak pula sambil hiru[ teh. Fuhh syahdu!\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kebaikan-madu-yang-korang-mungkin-tak-tahu/", "title": "Kebaikan Madu Yang Korang Mungkin Tak Tahu", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-08-26 08:35:42\n\n\nMadu merupakan antara makanan yang terbaik di dunia. Nasib juga dia manis! Sebab tu ramai yang suka guna madu sebagai pengganti gula. Satu sudu madu pun dah ada 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium. So jom lah kita explore lagi fakta tentang madu yang korang mungkin tak tahu lagi!\n1. Kaya Dengan Vitamin Dan Mineral\nPicture Credit: healthline.com\nOf course ada banyak jenis madu di pasaran dan semua mungkin rasa lain-lain. Tapi semua jenis madu ni still ada kandungan madu yang asli, dan madu yang asli mengandungi Vitamin C yang sangatlah berkhasiat untuk badan kita. Madu juga mempunyai kalsium yang tinggi untuk menguatkan tulang kita dan zat besi untuk membantu sistem peredaran darah.\n2. Pengganti Gula\u00a0\nPhoto Credit: chinimandi.com\nHaa dah banyak kali cakap ni. Madu adalah pengganti gula. Tapi jangan pula samakan gula putih tu dengan madu sebab banyak perbezaannya. Gula melalui banyak proses sebelum menjadi gula. Hal ini menyebabkan gula menjadi satu jenis pemanis yang tidak asli berbanding madu. Tambahan pula, madu dapat mengawal kadar gula dalam badan seseorang dengan dextrin, iaitu campuran gula biasa dengan madu.\n3. Pelembab Kulit\nPhoto Credit: health.com\nKorang ada masalah kulit kepala macam kelemumur? Sapu je madu di area yang bermasalah dan ia pasti akan pulih dengan segera. Ramai yang menggunakan madu sebagai perawat masalah kulit. Ada masalah keguguran rambut? Haa, madu juga penyelesaian! Tak perlu terpedaya dengan produk mahal-mahal, madu mampu menyelamatkan kecantikan yang ada pada diri korang.\n4. Penawar Batuk\nPhoto Credit: blog.nemeurs.org\nNi especially untuk budak-budak. Jarang kita jumpa budak-budak yang suka rasa ubat batuk. Tapi kan madu pun ada? Rasa manis pula tu. Madu juga akan pastikan si pesakit tu tidur lena tanpa gangguan batuk. Easy kan? Sedap dan senang.\n5. Pemberi Tenaga\nPhoto Credit: menshealth.com\nMacam dah cakap tadi, madu membantu dalam pengedaran darah. So secara logiknya kalau ambil madu, kita juga akan lebih bertenaga. Jangan terkejut kalau ada atlet sukan cakap dia makan madu untuk membantu dirinya bertenaga. Keadaan pening biasanya disebabkan oleh kekurangan darah dalam badan, Madu berfungsi untuk menambah sel darah merah dan kadar oksigen dalam badan.\u00a0\nItu lah dia serba sedikit yang Admin dapat kongsikan. Banyak lagi khasiat madu sebenarnya. Kalau nak tahu lebih boleh explore sendiri. Tak rugi makan madu hari-hari. Pasti ada perubahan dari segi kesihatan.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-bakso-di-cyberjaya-yang-anda-boleh/", "title": "Kedai Bakso Di Cyberjaya Yang Anda Boleh Cuba, Sambal Dia Padu!", "body": "\n\nSetiap kali kalau nak keluar dengan kawan mesti pening nak\u00a0decide makan mana bukan?\nKalau tekak teringin nak makan bakso panas-panas,\u00a0haa pergi serbu kedai bakso di Cyberjaya ni.\nPenduduk Cyberjaya tak perlu pergi jauh dah kalau nak makan bakso.\n\nKedai makan ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @shezzlahhhhh.\nHujan, sejuk. Tekak mengada nak makan bakso panas-panas. \nFinally Cyberjaya ada kedai jual bakso. Stall baru buka katanya.\n\nYang penting guna suhun! Bebola bakso & tauhu tu lembut, sambal dia padu \n\nLokasi: Depan Erfan Tomyam, Domain Neo.\nTunggu apa lagi? Kalau teringin nak makan bakso, jangan lupa singgah di kedai ini okay.\nBaca juga: Kedai Chinese Muslim Di Semenyih Yang Anda Boleh Cuba, Semua Sedap-Sedap Belaka!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-chinese-muslim-di-semenyih-yang-anda-boleh-cuba/", "title": "Kedai Chinese Muslim Di Semenyih Yang Anda Boleh Cuba, Semua Sedap-Sedap Belaka!", "body": "\n\n\nSetiap kali kalau nak keluar dengan kawan mesti pening nak\u00a0decide makan mana bukan?\n\nAsyik makan benda yang sama bosan juga kan kadang-kadang? Apa kata kita tukar selera makan masakan Cina pula.\nBukan setakat ada Dim Sum, banyak lagi makanan yang boleh buatkan anda terliur!\nKedai Chinese Muslim Di Semenyih Yang Anda Boleh Cuba\nSeorang pengguna Twitter, @amyranadyaa berkongsikan sebuah kedai chinese muslim di Semenyih yang ramai tak tahu. Nama kedai tersebut adalah Luthfi Tang Kopitiam.\n\nBaru tau kat semenyih ada kedai chinese muslim sedap. buka start pukul 7:30 pagi pulak tu. dimsum pun ada.\n\nNi kedai dia. menu dia tak banyak pun tapi okay la ada roti bakar, mee, dimsum.\n\nSiapa yang ada area berdekatan Semenyih tu jangan lupa singgah kedai ini okay?\nSumber: @amyranadyaa\nBaca juga:\n\n\nTak Sangka Di Nilai Ada Kedai \u2018Terlajak\u2019 Murah Begini, 9 Lauk RM69 Je!\n\n\n\n\n\nBukan Orang KL Kalau Tak Pernah Cuba \u2018Sup Lagenda\u2019 Ni, Semangkuk RM10 Je!\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-hidden-gem-yang-ramai-tak-tahu-di-johor/", "title": "Kedai \u2018Hidden Gem\u2019 Yang Ramai Tak Tahu Di Johor \u2013 Sedap Dan Murah!", "body": "\nBila datang kat Johor je mesti kita pening nak makan kat mana yang best kan? Haa rupanya ada sebuah kedai makan yang dipanggil \u2018Hidden Gem\u2018 oleh orang-orang johor sendiri sebab tak ramai yang tahu tentng kewujudan kedai yang sedap dan murah ini.\u00a0 Sebuah akaun di Twitter @visitjohor_ ada berkongsikan tentang tempat makan ini.\nKedai \u2018Hidden Gem\u2019 Di Johor Yang Ramai Tak Tahu\n\n\u2018Orang Gelang Patah! Ni min nak share kan dengan korang satu kedai boat noodle yang boleh dikatakan \u2018hidden gem\u2018 sebab tak ramai tahu kedai ni tapi dia serious sedap iaitu dekat Teh O Ice 50 Cent & Boat Noodle, Taman Nusantara!\u2019\n\n\n\nSelain tu, dekat sini pun ada menyediakan makanan untuk berbuka tau! Antara menu special sepanjang Ramadhan\u00a0 yang korang boleh cuba ialah Ayam Percik Putih dengan Miang Pla Tod (deep fried tilapia with thai laksa dipped in green chili sauce).\n\n\u2018Favourite min of course dia punya boat noodle, awal-awal order sikit-sikit je tahu-tahu nanti bermangkuk-mangkuk yer order\u2019\n\n\u2018Korang serious kena try menu Daging Harimau Menangis makan dengan pulut (boleh jugak request Nasi Putih), betul-betul rare tauu takde jumpa dekat kedai lain. Tak lupa jugak, signature menu dekat sini iaitu Nasi Kerabu, Nasi Kukus dan Tomyam\u2018\nAnda juga boleh cuba makan desserts popular mereka iaitu pulut mangga dan banana caramel. Anda juga disarankan untuk membuat tempahan meja dengan lebih awal ok?\n\n\n\nYang penting owner kedai makan ini adalah Melayu muslim, jadi anda tidak perlu risau, semestinya halal. Enjoy your boat noddles ya!\nAlamat: No. 58-01, Jalan Nusaria 11/4, Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor \u00a0\nWaktu Operasi: 3.00 Petang \u2013 10.00 Malam (Setiap Hari) \nNo Telefon:\u00a0 07 570 1797 / 018 760 4149 (Whatsapp) *Waktu operasi adalah sepanjang bulan Ramadhan sahaja\nSumber: Visitjohor_\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-kek-pak-tam-viral-di-brinchang-pelbagai-jenis-kek-ada-dijual/", "title": "Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual", "body": "\nSiapa je tak suka kek kan? Dah la manis dan lembut, memang sedaplah kalau makan. Haa kalau anda pecinta kek, ini adalah berita baik untuk anda. Di Cameron Highland, ada sebuah kedai kek viral yang menjual pelbagai jenis kek tau. Sebut je nak kek apa semua ada. Nama kedai ini adalah Kedai Kek Pak Tam.\nKedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual:\nSebuah akaun di Twitter @syeerayahaya, ada berkongsi sebuah kedai yang bernama Kedai Kek Pak Tam. Kedai ini sudah pun viral di Twitter dan mendapat sambutan yang hangat.\n\u201d Wehhh sebenarnya mesti ramai kan yang dah tahu kewujudan Kedai Kek Pak Tam, Brinchang ni! Aku datang pun sebab dah viral \u201d\n\n\n\u201c Memang patut ler viral sebab memang sedap pungggg. So ni yg aku dah bedal dan sempat jugaklah repeat \u201d\nKek yang dijual di sini diletakkan di dalam sebuah bekas plastik yang agak besar. Dan yang bestnya, harga kek di sini sangatlah murah tau! 1 bekas berharga RM13 dann kalau anda beli 5 untuk RM60 sahaja. Memang berbaloi.\nAntara jenis kek yang dikongsi oleh @syeerayahaya:\n1. Parmesan Cheesecake\n\n\u201d 100% ecommended. Dia lebih moist and bila kunyah dia macam berlemak di mulut lepastu terus turun bawah pergi beli lagi dua bekas (kedai dia dekat bawah apartment yg kitorg sewa je) \u201c\n2. Japanese Cheesecake\n\n\u201d Yang ni lah yg aku order first sekali. Sebab ingatkan rasa dia macam yang hanjuku yg dekat Family Mart tu. tapi rupanya dia kurang moist dari Parmesan. Bila kunyah dia light light je \u201d\n3. Chocolate Indulgence\n\n\u201d Siapa je yang tak suka signature Secret Recipe ni haha. Tapi jangan expect tinggi la. Yang layer tengah tu instead of creamy ice cream macam kat SR, yang ni memang fully cream cheese dia letal kat tengah tengah \u201d\n4. Pandan Cheese\n\n\u201d Sedap! Moist moist gittew. Tak kering. Just nice. Wajib ambil kalau nak beli combo 5 pack tu. recommended. Ni aku repeat kali kedua before balik rumah \u201d\n5. Carrot cake\n\n\u201d Aku beli ni sebab aku mmg suka giler kek lobak. Tapi\u2026.. biasalah langit tak selamanya cerah. Biasa biasa je. Aku beri 4/10 \u201d\nNampak menarik kan kek yang dijual di sini? Haa jadi kalau anda yang berminat dengan kek, jangan lepaskan peluang ini untuk borong semua jenis kek! Memang dijamin berbaloi.\nAlamat: Pak Tam Kek Cameron Highland, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (9.30AM \u2013 11.45PM)\nSumber: @syeerayahaya\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-makan-cyberjaya-set-nasi-itik-panggang-rm9/", "title": "Kedai Makan Baru Di Cyberjaya, Set Nasi Itik Panggang RM9 Je!", "body": "\n\nSetiap kali kalau nak keluar dengan kawan mesti pening nak\u00a0decide makan mana bukan?\nDah biasa makan nasi ayam kan, kali ini apa kata jom kita pergi cuba makan nasi itik panggang pula.\nPasti ramai yang belum pernah makan \u2018itik\u2019 kan?\u00a0Haa,\u00a0inilah peluang korang untuk cuba kedai makan baru di Cyberjaya ni.\nSekarang mereka ada buat promo sempena merdeka.\n\nSet nasi ayam panggang & air (RM8)\nSet nasi itik panggang & air (RM9)\n\n\nMakanan di restoran ini pun sedap-sedap belaka. Bukan saja ayam, itik pun boleh tahan sedap tau\n\nNama restoran ini adalah Halal Duck Co.,\u00a0Crystalville (belakang Shell).\n\nAlamat: F-G-03, Jalan Vita 1, Plaza Crystalville, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor\nMasa operasi: 10 pagi \u2013 6 petang (buka setiap hari)\nSumber gambar: Twitter @skinnyondinie\nBaca juga: Kedai Chinese Muslim Di Semenyih Yang Anda Boleh Cuba, Semua Sedap-Sedap Belaka!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-makan-yang-menyajikan-rendang-paling-top-di-malaysia/", "title": "Kedai Makan Yang Menyajikan Rendang Paling \u2018TOP\u2019 Di Malaysia", "body": "\nBila kita dah masuk musim raya ni kan, mesti kita teringin makan rendang yang sedap dengan gabungan nasi impit, ketupat dan lemang pulak fuh memang layan. Tapi, nak cari kedai makan yang menyajikan rendang yang sedap ni agak susah kan? Haa sekarang anda tidak perlu risau lagi sebab di dalam artikel ini kami akan menyenaraikan kedai makan yang menyajikan rendang paling TOP di Malaysia.\nKedai Makan Yang Menyajikan Rendang Paling TOP Di Malaysia\n1. Opium KL\n\nOpium KL telah ditubuhkan pada 12 Julai 2014 dan merupakan cawangan menarik kerana mereka menyajikan makanan orang Asia, antara menu mereka yang unik adalah Phoenix Dumplings, Beef Brisket & Tendon Stew, Fern Leaf Salad and Crispy Duck Noodles, haa ni baru sikit je tau.\nHidangan rendang di sini menampilkan kelainan yang menarik.\u00a0 Ia disediakan dengan Daging Wagyu dalam periuk hitam dan sepinggan nasi putih, teksturnya lebih pekat berbanding kebanyakan hidangan rendang yang lain.\nTema restoran ini diilhamkan oleh sejarah Candu di timur, ia penuh dengan artifak seperti katil candu dan paip, periuk wain Cina yang besar dan kawasan komunal gaya 1930-an.\n2. Old China Caf\u00e9, KL\n\nOld China Caf\u00e9 terletak di Petaling Street dan ia merupakan salah satu restoran yang famous dengan hidangan rendang yang legend di KL.\nKafe ini dihiasi dengan perhiasan dari zaman dahulu. Ia dilengkapi dengan sisa-sisa pesona dunia lama yang asli dan ia menunjukkan pesona sejarah dan kemewahan budaya Cina. Rendang daging mereka memang cukup terkenal dan tidak pernah mengecewakan pelanggan di sini, ia dihidangkan bersama nasi putih. Ramai pelanggan yang datang kat sini mengatakan bahawa tidak ada restoran lain yang dapat menandingi rendang di Old China Cafe ini.\n3. Madam Kwan\u2019s, KL\n\nMadam Kwan\u2019s ni memang dah cukup terkenal di Malaysia, terdapat banyak cawanga restoran ini ni kebanyakkan pusat membeli belah di KL.\nDi sini,\u00a0 hidangan mereka adalah menggunakan gaya Nyonya.Haa menu rendang daging mereka memang cukup TOP la di sini kerana rasanya yang pekat dan pedas pasti akan memikat cita rasa anda. Rendang di sini biasanya dihidangkan bersama sepinggan nasi putih panas yang dikukus, timun, separuh telur rebus dan tambahan lain yang anda mahu.\u00a0\n4. Pia\u2019s the Padi, Langkawi\n\nJauh dari kesibukan bandar Kuala Lumpur, ada sebuah restoran yang dinamakan Pia\u2019s the Padi di Langkawi, memang cukup terkenal dengan pelancong luar.\nApa yang menariknya di sini, anda akan makan di sebelah sawah padi yang tenang tau. Ramai pelanggan di sini mengatakan memang tenang jika makan di sini kerana suasana dan konsep restoran ini dengan gaya traditional dihidangkan pula dengan makanan yang sedap di sini.\nRendang daging mereka adalah salah satu menu terkenal di restoran ini kerana rasanya yang agak unik daripada di KL kerana mereka mencampurkan sayur-sayuran di dalam rendang ini.\n5. Aunty Aini\u2019s Garden Caf\u00e9, Negeri Sembilan\n\nSiapa je tak kenal Aunty Aini ni kan? Haa kat sini memang dah terkenal dengan mereka punya rendang dan Masak Lemak Cili Api tau!\nRendang daging kat sini memang sangat lembut, pedas dan dengan tekstur yang memang perfect lah. Bagi anda yang tidak tahu, pakar makanan terkenal Anthony Bourdain juga pernah mengunjungi Aunty Aini\u2019s Garden Caf\u00e9. Haa jadi restoran ni memang dijamin sedaplah!\n6. Ivy\u2019s Nyonya Cuisine, Penang Island\n\nTersembunyi di kedalaman Pulau Pinang, anda akan menemui sebuah kedai makan kecil yang menarik ini. Walau bagaimanapun, anda jangan tertipu dengan kedai mereka ni sebab Ivy\u2019s Nyonya Cuisine ni ada menyediakan hidangan yang sangat sedap.\nRendang daging lembu di sini dikenali sebagai salah satu pilihan menu yang paling popular dan ramai pelanggan akan mengesyorkannya. Rendang mereka memang sangat pekat dan berperisa.\nSumber: TripZilla\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-nasi-berlauk-sejak-tahun-90-an-lagi-di-parit-buntar-murah-dan-terlajak-sedap/", "title": "Kedai Nasi Berlauk Sejak Tahun 90-an Lagi Di Parit Buntar, Murah Dan Terlajak Sedap", "body": "\nSiapa sangka yang rupanya masih ada kedai yang menjual lauk-pauk yang murah dan terlajak sedap kan? Tambahan lagi bila sekarang ni makanan pun dah naik harga. Tapi anda tidak perlu risau lagi kerana ini adalah berita baik untuk orang Perak terutamanya. Ada sebuah kedai makan yang menjual nasi berlauk dan sudah beroperasi sejak 90-an lagi tau.\nKedai yang sebenarnya sudah dikenali oleh penduduk tempatan ini bernama Kedai Pak Ngah yang terletak di Parit Buntar Perak. Mereka menyajikan pelbagai jenis lauk-pauk yang sedap. Sebut sahaja nak apa, mesti ada. Dan rata-rata penduduk di sini juga mengatakan yang makanan di sini semua sedap belaka dan yang paling penting mestilah murah!\n\nKedai Nasi Berlauk Sejak Tahun 90-an Lagi Di Parit Buntar, Murah Dan Terlajak Sedap:\n\nSebuah akaun di Twitter @JJCMPERAK ada berkongsi tentang Kedai Pak Ngah ini. Tengok pada lauk-pauk yang dijual di kedai ini, memang terliur.\n\n\u201c Sedap dan Murah \u201d\n\nKalau anda ada plan nak singgah makan di sini, pastikan anda datang awal tau. Sebab kalau tengah hari je memang laju je lauk-pauk akan habis. Maklumlah makanan sedap kan mestilah orang suka.\n\u201d Kedai Pak Ngah yang terletak di Pekan Parit Buntar, Perak. Ni antara port beli lauk tengahari orang sekitar Parit Buntar dari tahun 90 an lagi. \u201d\n\n\u201d Lauk pauk nya tengok pun SEDAP \u201d\n\nNampak menarik kan lauk-pauk yang dijual di sini? Haa kalau anda ada plan nak makan tengah hari sedap anda wajib datang cuba makan di Kedai Pak Ngah tau. Memang confirm terbaik lah!\nAlamat: Kedai Pak Ngah, Lot 135, Jalan Syarikat, Parit Buntar Perak. (Waze: LHDN Parit Buntar)\nWaktu Beroperasi: Isnin \u2013 Jumaat (10.30AM \u2013 3.30PM)\nSumber: @JJCMPERAK\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-nasi-padang-sedap-di-klang/", "title": "Ramai Tak Tahu Ada Kedai Nasi Padang Sedap Di Klang, Memang Puas Hati!", "body": "\nSukakan Nasi Padang? Jika ya, ada satu restoran di Klang yang dikatakan ada menyediakan Nasi Padang yang sedap rasanya dan asli resepinya.\nNasi Padang sebenarnya berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Nasi ini ialah salah satu hidangan paling popular di negara jiran.\nKalau nak pergi\u00a0Indonesia macam jauh sangat kan? Haa tak perlu pergi jauh, sebuah kedai makan di Klang ada menyajikan nasi padang yang enak dan berbaloi cuba. Hasil perkongsian dari @shezzlahhhhh di laman twitter miliknya. Jom sama-sama baca.\nNasi Padang Sedap Di Klang\n\n\u201cKedai Nasi Padang sedap di Klang. Untuk peminat jering macam aku, memang puas hati lah makan kat sini. Ada jering berlado, gulai jering, rendang jering (jering ftw \u2018for the win\u2019!\u201d\n\n\nBagi yang tidak tahu tentang menu ini, Nasi Padang merupakan hidangan Indonesia yang menyajikan nasi putih bersama lauk pauk Indonesia. Nampak sama seperti nasi campur, namun ada bezanya dari segi lauk.\nAneka Jenis Lauk Pauk, Bikin Rambang Mata!\nAda berbagai jenis lauk-pauk yang boleh anda makan bersama menu ini. Sebut sahaja lauk apa yang anda teringin, pasti ada disediakan di ruang lauk-pauknya.\n\nLokasi: Nasi Padang Asli Minang Kabau, Taman Andalas, Klang\n\nTerliur kan tengok menu-menu di kedai ni? Jangan lupa serbu okay! Rugi kalau tak datang.\nBaca juga: 5 Restoran Nasi Padang Yang Famous Dengan Pelbagai Jenis Lauk Di KL\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-pizza-sedap-dekat-bukit-jelutong/", "title": "Kedai Pizza Sedap Dekat Bukit Jelutong, Rasa Berbaloi Dengan Harga!", "body": "\n\nSetiap kali kalau nak keluar dengan kawan mesti pening nak\u00a0decide makan mana bukan?\n\nAsyik makan benda yang sama bosan juga kan kadang-kadang? Apa kata kita tukar selera makan makanan\u00a0western\u00a0pula.\nSeorang pengguna twitter, @nisaafaizal ada berkongsikan sebuah kedai pizza yang sedap di Bukit Jelutong.\n\nJom ikuti perkongsiannya di bawah:\nOkay I baru jumpa kedai pizza yang sedap gila dekat Bukit Jelutong!\nIf you\u2019re staying around Shah Alam, you MUST try this pizza parlor! The price doesn\u2019t do justice to the taste.\n\n\nThey\u2019re open from 5.30pm to 9.30 pm (Sat-Thurs). But the owner told me the truck always move here and there so kena pusing2 sikit area Bukit jelutong near big pharmacy ni.\n\nAnyways look at the price! The garlic bread pun tak kosong tau, ada sour cream & basil!\nFollow their IG cause they update their location dekat sini je!\n\nKalau dah makan pizza kat kedai sama, jom singgah makan kat sini pula ok!\nKredit: @nisaafaizal\nBaca juga: Kedai Chinese Muslim Di Semenyih Yang Anda Boleh Cuba, Semua Sedap-Sedap Belaka!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-tomyam-menu-rahmah/", "title": "Ini Senarai Lokasi Kedai Tomyam Yang Tawarkan Menu Rahmah RM5", "body": "\nSejak beberapa minggu pelancarannya, dilihat semakin ramai peniaga mula tawarkan Menu Rahmah kepada pelanggan di seluruh Malaysia.\nTerbaharu, pengusaha kedai Tomyam pula antara yang mula menawarkan Menu Rahmah tersebut. Wow!\nMenerusi hantaran Facebook Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub miliknya berkata, perkenalan kepada Program Menu Rahmah telah mendapat perhatian ramai peniaga.\nBaca juga: Restoran Asam Pedas Antara 25 Lokasi Di Melaka Yang Perkenal Menu Rahmah\nBaca juga: Lebih 15,0000 Premis Dah Lancar Menu Rahmah, Ini 15 Info Yang Korang Patut Tahu\nBaca juga: Berita Baik! Aplikasi Menu Rahmah Bakal Dibangunkan Kerajaan\nMalah, usaha itu turut mendapat perhatian daripada pengusaha-pengusaha kedai tomyam. Beberapa kedai tomyam sudah mula menawarkan Menu Rahmah.\n\u201cSelepas ini, kalau ada yang pergi kedai tomyam, bolehlah merasa keenakan Menu RAHMAH.\n\u201cBoleh beli untuk diri sendiri. Boleh juga beli untuk diberi pada yang memerlukan,\u201d tulis beliau di hantaran Facebook miliknya.\nKedai-kedai tomyam di beberapa negeri telah mula menawarkan Menu Rahmah mereka. Jom kita tengok senara lokasi di bawah;\n\nSumber: Facebook\nBeberapa negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak antara yang terawal mula perkenalkan menu tersebut.\nInisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah turut menarik minat sektor lain.\nIni termasuk sektor perubatan yang menyediakan harga murah kepada golongan memerlukan terutama B40.\nJelas Datuk Seri Salahuddin Ayub, terdapat dalam kalangan doktor perubatan yang mempunyai klinik persendirian berhasrat menyediakan Klinik Rahmah menawarkan pakej keluarga bagi golongan B40 dengan harga berpatutan.\n\u201cBagi menjalankan idea ini, pihak kami perlu adakan kolaborasi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk berbincang dan menjayakan (Klinik Rahmah) sekiranya benar ada doktor ingin klinik mereka memberi Perubatan Rahmah,\u201d katanya.\nSelain itu, beliau berkata pihaknya juga mengadakan pertemuan dengan beberapa pengusaha restoran makanan segera susulan permintaan keluarga yang ingin menyantuni anak mereka dengan makanan itu.\n\nWah! dah makin ramai peniaga tomyam sahut program ini, min suka!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kedai-tutup-minyak-masak-habis-pelanggan-beri-minyak-baru/", "title": "Kedai Tutup Sebab Minyak Masak Habis, Pelanggan Beri Minyak Baru Sebab Tetap Nak Makan Situ", "body": "\nJika kita memang sudah selesa dan teringin makan di sesebuah gerai, pasti kita akan berusaha semampunya untuk memastikan agar kita dapat juga makan makanan di tempat tersebut.\nHal tersebut sama seperti perkongsian seorang pemuda apabila memuat naik video \u2018usaha\u2019 ibunya di satu gerai makan di food court\u00a0hanya untuk memastikan dia dapat merasai menu di gerai tersebut.\nGuna Minyak Masak Sendiri\nPengguna TikTok dikenali sebagai @iskandarzamuel telah menunjukkan kelakuan lucu ibunya yang gigih mengambil minyak masak yang mereka beli di pasaraya untuk diberikan kepada kedai makanan tersebut memandangkan kedai itu sudah mahu tutup kerana kehabisan minyak untuk memasak.\n\n\n @iskandarzamuel\nKita pulak yang malu aih, mmg no excuse ye dengan mak mak \ud83d\ude06\n \u266c Monkeys Spinning Monkeys \u2013 Kevin MacLeod & Kevin The Monkey \n\n \nDalam kapsyen yang disertakan dia akui malu dengan telatah tersebut namun tetap berasa terhibur kerana faham dengan perangai \u2018mak mak\u2019.\n\n\u201cSama je harga hahaha..\u201d\nWalau bagaimanapun, menerusi ruangan komen, pengguna Tiktok itu memaklumkan harga makanan masih sama dan tiada diskaun yang diberikan.\n\nAsalkan dapat nasi yang dia nak\nPerkongsian yang dibuat oleh Iskandar Zamuel itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata terhibur dengan kerenah ibunya.\nMereka juga sudah cukup faham dengan perangai \u2018mak-mak sempoi\u2019 seperti itu kerana ia tidak menjadi kesalahanpun memandangkan makanan tersebut dimasak untuknya makan.\n\nMak2 habis shopping\u00a0pun penat\n\n\u201cIngat jual minyak tadi..\u201d\n\nSumber: TikTok @iskandarzamuel\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-batik-kegemaran-keluarga-diraja-british/", "title": "Kek Batik, Dessert Kegemaran Mendiang Ratu Elizabeth II dan Keluarga Diraja British", "body": "\nKek batik adalah salah satu kek yang cukup popular di negara kita bukan sahaja kerana rasanya yang sedap tetapi juga kerana cara membuatnya yang cukup cepat dan mudah kerana tidak perlu dibakar.\nNamun ramai yang terkejut untuk mengetahui bahawa kek yang digelar sebagai \u2018kek malas\u2019 oleh orang Arab itu turut merupakan kek kegemaran mendiang Queen Elizabeth selama baginda hidup.\nBaca juga: Resepi Kek Batik Indulgence Viral Tanpa Guna Oven, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!\nMenurut seorang bekas tukang masak diraja Britain, Queen Elizabeth gemar dihidangkan pemanis mulut itu ketika waktu minum petang.\n\n\nKita orang Malaysia ni relaks je makan kek favorite Queen of England and called it Kek Batik \ud83e\udd74\nFun fact: It was inspired by the colonial recipe pic.twitter.com/G06Oo3ylXQ\n\u2014 Eli Rahman \ud83c\udff4 (@redrun_) June 13, 2021\n\n\nJika di kalangan orang Malaysia, cara membuat kek batik adalah dengan menggunakan biskut Marie serta serbuk Milo, sebuah video yang tular menunjukkan cara membuat kek Diraja itu yang menggunakan coklat berbanding Milo tetapi dengan cara yang sama.\nPendedahan itu membuat netizen tidak sangka kek yang mereka makan tiap-tiap hari itu adalah salah satu tinggalan jajahan British dan ada juga yang teruja kerana berkongsi taste yang sama dengan Ratu England itu.\n\nWalaupun nama kek ini dalam bahasa Inggeris ialah Chocolate Biscuit Cake, namun rupa dan bahan yang digunakan adalah hampir sama dengan kek batik resipi tempatan.\nKek kesukaan mendiang Ratu Elizabeth ini tidak perlu dibakar dan hanya perlu disejukkan dalam peti ais, sama seperti kek batik Malaysia.\n\nRupa-rupanya, mendiang baginda akan membawa kek \u2018feveret\u2019nya ini ke mana sahaja. Setiap hari akan memakan sekeping potongan kecil sehingga keseluruhan kek itu habis dimakan.\nSelain dari mendiang Ratu, Putera William dan Putera Harry juga amat sukakan kek batik ini.\n\nKek Kahwin Belah Pengantin Lelaki, Putera William\nMereka sering memakannya sepanjang zaman kanak-kanak. Putera William amat menggemari kek disaluti coklat ini sehingga kek yang sama diminta untuk dijadikan kek pengantin lelaki semasa perkahwinan dengan Kate Middleton.\n\nPutera William \u2018rilek\u2019 je order kek batik masa dia kahwin..Kau hado? Gitew~\n\nSumber: Daily Mail, Twitter Eli Rahman\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-batik-milo-psj/", "title": "Jom Buat Kek Batik Milo Park Seo Jun, Hanya Guna 6 Bahan Ini Saja", "body": "\nJom kita cuba buat Kek Batik Milo PSJ. Tapi kali ini kita cuba guna Milo instant 3 in 1 yang ada gambar Park Seo Jun tu. Memang sedap sangat!\nBaru-baru ini Milo ada buat peraduan dan bagi mereka yag menang bakal berjumpa dengan selebriti Korea Selatan iaitu Park Seo Joon pada 25 Februari ini. Wah!\nBaca juga: Kek Batik, Dessert Kegemaran Mendiang Ratu Elizabeth II dan Keluarga Diraja British\nBaca juga: \u201cCairnya Oppa Cakap Melayu\u201d \u2013 Ramai \u2018Excited\u2019 Park Seo Jun Jadi Duta Milo\nBaca juga: \u201cTak Sempat Tengah Hari Dah Licin\u201d \u2013 Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak\n\nJadi, peminat-peminat PSJ ini sudah membuat persiapan untuk beri hadiah dan kata-kata ucapan kepada beliau apabila datang ke Malaysia. Ada satu yang menarik minat penulis iaitu resipi Kek Batik Milo PSJ ini. Memang kreatif sungguh!\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh @syazshi di TikTok dan penulis pun rasa macam nak cuba dekat rumah nanti. Al-maklumlah banyak sangat stok milo muka PSJ ini dekat rumah. Hiks!\u00a0\nSudah tentu ramai yang gemar makan kek batik. Dimana, kek batik telah menjadi kegilaan ramai di kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan kudapan atau manisan yang sedap dan paling mudah dibuat.\nPeralatan yang digunakan untuk peyediaan kek batik ini tidak perlu peralatan khusus seperti mixer ataupun blender. ia juga tidak memerlukan penggunaan ketuhar.\nJom kita tengok resipinya di bawah.\u00a0\n\nRESIPI KEK BATIK MILO PSJ\nGambar sekadar hiasan\nBahan-bahan:\n\n3 sachets Milo 3 in 1\u00a0\n1 bar coklat\n50g butter \n1 tea spoon coffee \n1 cup water \n300g biskut Marie\n\nCara membuatnya:\n1. Satukan semua bahan dalam satu periuk dan masak sehingga pekat.\n2. Selepas coklatnya sudah pekat. Tutup api. \n3. Masukkan biskut Marie yang sudah dipecah-pecahkan.\u00a0Kacau biskut tersebut biar sekata.\n4. Kemudian, bahagikan ia ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk kira-kira satu jam.\n5. Dah sejukkan, boleh potong comel-comel dan siap untuk dihidang!\n\nWah! Senangkan resepi kek batik milo PSJ ni. Kalau penjual kek batik bolehlah mencuba resipi ni. Nampak ada kelainan sikit. Selamat mencuba!\nVideo penuh:\n\n\n @syazshi\nkek batik oppa mailo\u2026 PSJ chocolate cake. #milo #milomalaysia #parkseojoon #\ubc15\uc11c\uc900 \n \u266c \uc2dc\uc791 \u2013 \uac00\ud638 \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-butter-cheese-mita/", "title": "Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai, Tapau Sampai Berkotak-Kotak", "body": "\nSelain daripada Kek Lapis, Ikan Terubok serta Pes Laksa Sarawak, tahukah korang terdapat satu lagi makanan sensasi dari Bumi Kenyalang ini yang ramai minati iaitu Kek Butter Cheese Mita.\nIa telah menjadi kegilaan ramai sehinggakan berkotak-kotak beli kalau datang ke Sarawak. Untuk pengetahuan, Mita CakeHouse merupakan salah satu bakeri legend yang terkenal di Sarawak dan telah beroperasi dari tahun 1987 lagi.\nBaca juga: Laksa Sarawak Kalahkan Sushi Dalam Ranking Makanan Tradisional di Asia\nCawangan pertamanya terletak di Jalan Ban Hock Kuching dan sejak itu ia telah menjadi bakeri kegemaran penduduk tempatan di Sarawak.\nKini sudah menjadi trend jika pengunjung atau pelancong luar Sarawak terutamanya dari Semenanjung untuk membawa balik kek Butter Cheese dari Mita CakeHouse ini sebagai buah tangan.\n\nAda yang sampai bawa balik 10 kotak kek ini kerana katanya 1 sahaja itu tak cukup. Kek ini bukan sahaja digemari pengunjung serta pelancong luar, penduduk tempatan di Kuching ini sendiri juga memang gemar akan kek \u2018lejen\u2019 ini.\nKombinasi kek Butter Cheese Mita dengan Kopi O panas atau Teh O panas\nKombinasi mantap kek ini dihidangkan bersama Kopi O panas atau Teh O panas pasti akan membuat hari korang lebih baik!\n\nBaru-baru ini di TikTok, terdapat sebuah video yang tular dengan tontonan lebih 300k di mana seorang pengguna media sosial tersebut berkongsi rakaman berkotak-kotak kek ini ditapau dalam pesawat penerbangan.\nPerkara biasa tapau balik kek Mita berkotak-kotak\n\n\n @syafhumilde\nIt\u2019s normal. Don\u2019t judge!!! #buttercheesecake #mita #fyp\u30b7 #tiktoksarawak \n \u266c original sound \u2013 El Humilde \u2013 El Humilde \n\n \nDalam video berkenaan, pengguna TikTok tersebut berkata bahawa ini adalah perkara biasa kalau balik dari Kuching, Sarawak. \nKek Butter Cheese Mita ini wajib dibawa balik kek ini, satu kotak memang tak cukup, tambahnya lagi.\nKalau korang belum lagi pernah menikmati keenakan kek ini, nanti singgah ke Sarawak bolehlah cuba tau~\nAtau, kalau rasa macam tak sempat-sempat nak ke sana, nanti penulis akan cuba cari resipi seakan-akan kek ini untuk mengubat kerinduan korang ya. Tapi bagi penulis merasa dulu lah ye, Hiks!\u00a0\n\nKredit: iloveborneo.my\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-coklat-moist-leleh-tanpa-ovallete/", "title": "Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Tanpa Ovallete, Masih Lembut dan Gebu!", "body": "\u00a0\n\nAda yang nak lepas hajat makan kek coklat moist ke? Jom follow resipinya di sini.\nMesti korang nak tahu apa tips cara kukus kek tanpa guna ovalette kan. Tapi masih lagi lembut dan gebu dengan coklat dekat atas meleleh.\nRamai yang berniaga kek ni. Mungkin rata-rata antara kita menggunakan kaedah kukus.\nBaca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak\nTerima kasih di ucapkan kepada Ezatul Azura kerana sudi memberi petua buat kek coklat moist kukus ini di Facebook. Semoga tip ini berguna untuk kami semua serta mereka yang berniaga di luar sana.\nLepas ni nak buat kek coklat moist boleh terus masuk juga dalam bekas plastik ikut saiz yang korang nak.\nLebih mudah dihidang atau untuk dijadikan jualan. Setiap saiz bekas juga akan ada masa mengukus yang betul.\nIkut je resipi ni sampai habis, untuk korang kenal pasti masa yang diperlukan mengikut saiz bekas.\n\nRESIPI KEK COKLAT MOIST LELEH TANPA OVALETTE\n\nBahan-bahan:\n\n3 biji telur Gred B\n2 cawan tepung gandum\n1 sudu teh baking powder\n1 sudu teh soda bikarbonat\n3/4 cawan serbuk koko\n3/4 cawan gula\n3/4 cawan susu pekat\n1 sudu teh serbuk vanilla\n1 cawan minyak jagung\n1 cawan air panas\n\nBahan coklat ganache/ toping:\n\n300 gram coklat masakan\n2 sudu besar butter\n1/2 cawan fresh milk\n\n\nCara-caranya:\n1. Pukul telur + gula sehingga kembang\n2.Masukkan serbuk/esen vanilla + susu pekat. Pukul dgn kelajuan sederhana.\n3.Masukkan tepung gandum yg diayak+serbuk koko+baking powder+soda bikarbonat. Kacau sehingga sebati.\n4.Masukkan minyak jagung. Kacau hingga sebati\n5.Masukkan air panas. Kacau lagi sehingga sebati.\n6.Masukkan adunan ke dalam loyang yang disapu mentega.\n7.Tutup loyang guna aluminium foil utk elakkan air menitis atas adunan.\n8.Selepas air pengukus dah menggelegak, masukkan loyang tadi.\n9.Kukus selama 1 jam dengan api sederhana.\n\nCara buat coklat ganache/toping:\nMasukkan coklat masakan + fresh milk+ butter ke dalam kuali. Kacau perlahan sehingga larut. Setelah cairan coklat mula mendidih dan kelihatan berkilat, angkat. Sejukkan sebentar dan tuang ke atas kek.\n\n\nWah! Sedapnya bayangkan ada kek coklat moist macam ni dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan dan sedia untuk dimakan.\nBoleh juga buat untuk hidangan petang atau nak buat jualan pun sangat okay! Selamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-durian-crepe/", "title": "Kek Durian Crepe, Sedap Lemak Berkrim Guna RESIPI Ini", "body": "\nMasa durian masih ada musim ni, bolehlah pakat cuba belajar buat Kek Durian Crepe ni. Makan sejuk-sejuk memang layan. \nGuna resipi yang sama juga, anda boleh hasilkan Mille Crepe. Tak perlu susah-susah guna 4-5 jenis tepung. Hanya pakai tepung gandum sahaja.\nBaca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Fazz LiaNa ini, memang mudah dan ringkas untuk dicuba.\u00a0Hasilnya sama macam yang dijual. Lembut dan nipis. Anda pasti suka.\n\nRESIPI KEK DURIAN CREPE\n\nBahan-bahan:\n\n120 g tepung gandum\n60 g tepung ubi\n30 g tepung kastard\n30 g tepung jagung\n3 biji telur gred B\n3 sudu besar minyak masak\n3 sudu besar gula halus\n120 ml susu cair / susu segar\n450 ml air biasa\nPewarna kuning\n\nBahan filling:\n\nIsi durian\nWhipping cream non dairy\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Satukan semua bahan, kacau bagi sebati. Kemudian, blend sekejap.\n2. Tapis dan buang buih dalam bancuhan sebab ia akan buat kulit crepe berlubang.\n3. Ambil 1 senduk tuang dalam kuali non-stick. bila permukaan gelembung boleh angkat. Ulang hingga bancuhan crepe ini habis.\n5. Bagi membuat bentuk seperti kek, ambil 1 keping kulit crepe sapu whipping cream dan ratakan letak isi durian. Ulang dan buang sehingga habis.\n6. Kemudian, buat hiasan di atas kek ikut citarasa masing-masing. Sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Bubur Kacang Hijau Orang Kahwin, Campur Dengan Durian Lagi Bertambah Nikmatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-gulung-batik-nutella/", "title": "Kek Gulung Batik Nutella, Ini RAHSIA Untuk Gebu Dan Cantik", "body": "\nSedapnya petang-petang ini kalau dapat menikmati sepotong Kek Gulung Batik Nutella ini. Sambil-sambil itu, dapat hirup secawan teh. Nikmat sangat!\nMemang ramai penggemar kek gulung ini kerana keunikkannya yang bercorak batik dan boleh letak inti kesukaaan mengikut citarasa masing-masing. Tapi untuk resipi ini, ia menggunakan inti nutella.\nBaca juga: Kek Durian Crepe, Sedap Lemak Berkrim Guna RESIPI Ini\nCara penyediaan kek ni juga sangatlah mudah. Dan tak memerlukan bahan memasak yang banyak. Semua bahan kecuali jem dan hiasan perlu di satukan dan dipukul hingga kembang untuk mendapatkan tekstur yang lembut pada kek. Bila dah kembang adunan, barulah masukkan dalam acuan.\nIkuti resipi kek dari perkongsian Cik Puan Iedaa Jahaya ini.\u00a0\n\n\n\u00a0\nRESIPI KEK GULUNG BATIK NUTELLA\n\nBahan untuk mixer:\n\n3 biji telur A\n2 biji kuning telur\n1 sdt ovelet\n1 sdk tepung jagung (ayak)\n1 cawan tepung gandum (ayak)\n90g gula castor\n\nBahan untuk cairkan:\u00a0\n\n90g butter (cairkan)\n1 sdb serbuk koko\n1/2sdk coklet emulco\n\nCara-cara penyediaan:\u00a0\n1. Dalam satu mangkuk besar, mix semua bahan mixer sehingga gebu dan bertanduk. Ambil 1 senduk adunan msuk ke dalam piping beg. Ketepikan dulu.\n2. Kemudian cairkn 90g butter dlm microvawe. Boleh guna butter yang halus. butter anchor atau mana pun.\n3. Kacaukan ia kemudian masuk 1 sdb serbuk koko, dan 1/2sdk coklet emulco. Kacau semua dalam butter cair.\n4. Selepas itu, boleh buat corak batik mengikut citarasa masing-masing. \n5. Panaskn oven 170C dan\u00a0 bakar kira-kira\u00a0 15 minit atausehingga masak.\n6. Bila dah siap sejukkan dulu sebelum nak sapu inti nutella.\u00a0 Dah siap sapu boleh terus gulong dan biarkn sekejap.\n7. Buka perlahan-lahan supaya corak batik tidak melekat pada paper.\u00a0 \n8. Potong lawa-lawa dan siap untuk dinikmati.\n\n\nSelamat mencuba resipi Kek Gulung Batik Nutella ini.\nBaca juga: Kek Yogurt SIMPLE Guna Airfryer, Memang Gebu Dan Cair Di Mulut\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-lapis-milo-horlick/", "title": "Kek Lapis Milo Horlick Sukatan Cawan, Memang Sedap Dibuatnya Untuk Juadah Raya", "body": "\nJom buat Kek Lapis Milo Horlick untuk juadah raya nanti. Tak adalah bosan nak buat kek yang sama je bila tiba hari raya.\u00a0\nKek seperti ini pasti digilai anak-anak anda. Untuk pengetahuan anda, kek lapis sarawak ini memerlukan kemahiran dan teknik yang betul supaya kek lapis kelihatan cantik.\nKek Lapis Sarawak merupakan ikon pelancongan Bumi Kenyalang dan ia sering kali menjadi hidangan istimewa untuk dijadikan sebagai buah tangan.\nBaca juga: Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai, Tapau Sampai Berkotak-Kotak\nIa mula popular sekitar hujung tahun 90-an apabila seorang chef Sarawak, Rabiah Amit telah menerbitkan beberapa edisi resepi Kek Lapis Sarawak yang menghimpunkan puluhan resepi dan teknik pembuatan kek yang rumit seperti kek lapis gulung dan kek lapis dengan corak geometri.\nApa saja jenis kek yang menggunakan bahan utamanya ialah coklat pasti menjadi kesukaan ramai. Kek lapis ini juga boleh dijadikan hidangan bila adanya majlis rumah terbuka selain menyambut hari raya.\nBiasanya ia akan dipotong kecil dan hidang di dalam balang kuih raya atau pinggan. Sekali pandang boleh terpikat dibuatnya kerana warnanya yang cantik, menarik perhatian dan mempunyai tekstur yang lembut.\nMari kita ikuti perkongsian resipi kek lapis milo horlick yang dikongsikan oleh Cik Puan AyunawitaAida Ja\u2019afar. Bila dah pandai buat kek ni bolehlah gunakan skill yang ada untuk berniaga kek lapis pula.\n\nRESIPI KEK LAPIS MILO HORLICK\n\nSaiz Loyang: 8\u00d78\nBahan-bahan:\u00a0\n\nButter 450g\nGula kastor 1 cawan\nTelor gred A 10 biji\nSusu pekat 1/2cawan\nHorlick 1\u00bdcawan\nMilo 1\u00bd cawan\nEsen vanila 1 sudu teh\nSusu cair \u00bd cawan\n*Tepung gandum 3cawan (ayak)\n*Baking powder 1sudu teh (ayak)\n*Biskut kraker \u00bdcawan (kisar halus & ayak)\n\nNota: Bahan bertanda * disatukan lepas ayak\nCara membuatnya:\n1. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.\n2. Masukkan telur satu persatu.\n3. Masukkan esen vanila & susu pekat, putarkan hingga sebati.\n4. Masukkan tepung sedikit\u00b2 diselangi susu cair. Putar hingga sebati.\n5. Bahagi 2 adunan untuk horlick & milo.\n6. Sediakan pengukus. Biar panas dulu.\n7. Kukus setiap lapis selama 7 minit.\n8. Lapisan akhir dikukus 45 minit. Sejukkan dan siap untuk dihidang!\n\n\nKek ini boleh disimpan dalam balang kuih atau diletakkan dalam bekas yang tak mudah semut masuk.\nCuba anda lihat pada gambar yang dikongsikan, memang terliur dibuatnya dan memang patut cuba!\nNak lagi best buat sendiri dari beli di luar kerana terjamin bersih dan lebih menjimatkan.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Laksa Sarawak Mudah Dan Ringkas Guna Pes Segera, Memang Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-marble-cara-klasik/", "title": "Kek Marble Cara Klasik, Memang SAMA Resipi Macam Mak Kita Dulu-dulu", "body": "\nSemua orang suka makan kek. Nak-nak lagi, dapat makan kek marble yang sedap ni. Kalau nak beli, memang ada yang jualkan. Jika nak makan sekadar hilangkan rasa teringin boleh lah.\nBaca juga: Kek Gulung Batik Nutella, Ini RAHSIA Untuk Gebu Dan Cantik\nTapi yang suka nak cuba sendiri, nak sedekah pada jiran-jiran, nak makan beramai-ramai dengan keluarg lebih baik buat sendiri. Mudah je!\nNak buat kek marble ni mudah je dan rasa ia memang sedap bila makan panas-panas. Jangan sampai berebut pula dengan orang lain.\nIkuti resipi cara orang dulu dulu ini dari Cik Puan Haslinda Hamid ini.\n\n\nRESIPI KEK MARBLE CARA KLASIK\nMasa posting tentang kek marble klasik semalam, saya fikir resipi yang saya guna macam tak betul sebab tak menggunakan susu. Bila baca komen memang betul, resepi mak kita dulu-dulu memang sangat simple, bakar pun atas api dapur je. Tapi sekarang memang pelbagai resipi kek marble yang bagus juga sebenarnya, banyak variasi terpulang yg mana sesuai selera.\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n2 cawan marjerin\n2 cawan gula kastor\u00a0\n6 biji telur, masuk sebiji2\n3 cawan tepung naik sendiri\n2 sudu kecil esen vanilla\n\nCara-cara penyediaan:\u00a0\n1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali marjerin dan pewarna.\n2. Mix sehingga kembang.\n3. Kemudian masukkan majerin yang kita cairkan tadi kacau biar sebati guna spatula je.\n4. Kemudian bahagikan kepada 3 warna. Warnakan dengan pewarna yang kita ada\n5. Tompok-tompokkan adunan berwarna dengan senduk. Lorek kan bahagian atas dengan lidi.\n6. Bakar dengan 150 darjah celcius selama 60 minit. Menggunakan api atas bawah.\n7. Siap.\n\n\nSelamat mencuba resipi kek cara klasik ini.\nBaca juga: Kek Yogurt SIMPLE Guna Airfryer, Memang Gebu Dan Cair Di Mulut\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-pisang-kukus-gebu-gebas/", "title": "Kek Pisang Kukus Gebu Gebas, Rugi Tak Ikut Cara Mudah Dekat Sini", "body": "\nAda banyak resepi kek pisang kita boleh jumpa sekarang ni kan? Ada kek pisang kukus, ada juga kek pisang yang di bakar.\nUntuk perkongsian hari ni, apa kata korang try cara mudah buat kek pisang kukus yang gebu dan sedap. Lembut je hasilnya! Anak-anak pun mesti suka.\nKek pisang kukus ni sangat mudah di buat. Ia juga tidak memerlukan bahan memasak yang banyak. Korang boleh gunakan pisang emas dan lenyek sebelum di campur dengan bahan memasak yang lain.\nBaca juga: Resepi Pisang Caramel & Nutella Toast, Coklatnya Yang Cair Di Mulut Pasti Ramai Terliur\nDan untuk hasilkan kek pisang yang cantik, korang juga boleh hiris pisang dan hias di bahagian atasnya.\nFollow je resepi yang di kongsikan oleh Qasih Jue Aisya ni. Confirm menjadi! Cantik je kejadiannya nanti. Nak Buat niaga pun boleh tau!\nResipi Kek Pisang Gebu\n\nBahan A:\n\n2 cawan tepung gandum\n1 sudu teh baking powder\n2 sudu teh soda bikarbonat\n\n* Ayak semua bahan diatas *\nBahan B:\n\n1 1/2 cawan pisang emas yang dilenyek\n1 cawan minyak jagung\n1 cawan gula pasir\n3 biji telur\n1 sudu teh esen pisang\n2 sudu besar susu pekat\n1sudu teh garam\n1 sudu teh perahan limau nipis\n2 sudu besar serbuk koko (Optional)\n\nCara membuatnya:\n1. Kisar semua bahan kecuali pisang sehingga sebati (nak kisar sekali pun boleh)\n2. Satukan bahan A dan bahan B, gaul hingga sebati.\n3. Masukkan pula 3/4 adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak.\n4. Kukus selama 20 minit, sukatan ni dapat menghasilkan 40 biji apam pisang.\n5. Kalau guna acuan besar kukus dalam sejam macam tu.\nSiap untuk dihidang. Mudah, cepat dan sedap.\nKorang nak hidang kek ni untuk raya haji pun boleh tau! Kek ni kena buat guna kek pisang emas sebab lembut dan manis rasanya. Kalau guna pisang lain, mungkin sedikit berbeza rasa dan teksturnya.\nSelamat mencuba~\n\nSumber: Qasih Jue Aisya\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-rm1/", "title": "Kek RM1, Macam-macam Perisa Ada, Ramai Serbu Gerai Wanita Ini Dek Harga Tak Masuk Akal!", "body": "\nPernah jumpa Kek RM1? Selalu jumpa sushi rm1 je. Seperti yang kita sedia maklum, tiada kek yang berharga RM 1 dan kebiasaannya harga yang diletakkan RM 5 ke atas bergantung pada \u2018portion\u2019 kek tersebut.\nTidak kiralah sama ada peralatan rumah, bahan memasak ataupun makanan yang dijual oleh para peniaga, turut terkesan sama dengan kos sara hidup yang semakin meninggi tahun demi tahun.\nBaca juga: Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai, Tapau Sampai Berkotak-Kotak\nBaca juga: Jom Buat Kek Batik Milo Park Seo Jun, Hanya Guna 6 Bahan Ini Saja\nWalau bagaimanapun, berbeza pula dengan seorang peniaga wanita ini yang menjual kek dengan harga RM 1 sahaja telah membuatkan orang ramai terkejut dan berebut untuk membelinya.\nMenerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @afizahbakery.sp itu, tuan kedai mendapat pujian daripada orang ramai kerana menjual kek yang dibuatnya itu dengan harga yang sangat murah.\nVideo Penuh:\u00a0\n\n\n @afizabakery.sp\nReplying to @Lee Tee Kah\ud83d\udc9c Projek Kek RM 1 buka hari ni, 12 Februari 2023. Waze Afiza Bakery, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah \ud83d\ude09\ud83d\ude09 #kekrm1 #sungaipetani #kek #kekkedah #kedah \n \u266c original sound \u2013 Kak Fiza | Bakery \u2013 Kak Fiza | Bakery \n\n \nKatanya, sampaikan tidak sempat nak susun kek terus dah ramai mahu serbu gerainya.\nDifahamkan, sebanyak 1,500 kek habis dijual walaupun gerainya hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.\n\u2018Of course\u2019 habis cepat! Siapa sahaja yang tak mahu kek harga RM 1 bukan? Boleh borong macam-macam perisa!\nSudah pasti pemilik gerai kek ini bijak mengatur wang dan strategi untuk mempromosikan keknya itu agar terjual habis bak \u2018goreng pisang panas\u2019.\nWarga netizen juga suka membeli dan meninggalkan \u2018review\u2019 makanan viral, secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pembeli untuk datang ke gerainya.\nBarangkali, trend ini akan diikuti oleh para peniaga lain seperti \u2018trend Menu Rahmah\u2019 yang diperkenalkan oleh kerajaan yang menawarkan harga murah dan mampu milik bagi sesiapa sahaja.\nIni merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.\nApabila melihat ke ruangan komen, rata-rata warga maya bertanyakan lokasi gerai kek RM1 tersebut.\nMalah, ada juga yang kecewa kerana gerai itu berada jauh dengan kawasan mereka.\nAntara reaksi netizen:\n\n\n\n\nKalau ada buka area Selangor, roger-roger penulis tau! Nak serbu dulu hiks!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-teh-macam-di-cameron-highlands/", "title": "Kek Teh Macam di Cameron Highlands, Memang Sedap Dan Wangi!", "body": "\u00a0\n\nJom buat Kek Teh macam di Cameron Highland. Memang sedap, wangi dan ada rasanya yang tersendiri kek yang berasal dari England ini.\nDi tempat-tempat sejuk macam Cameron Highland dan Fraser Hill memang terkenal dengan kek teh ni. Boleh dikatakan menu wajib untuk hi-tea di sana.\nAntara dessert yang sedap dinikmati sebab aromanya. Selalunya kalau makan kek simple yang ada aroma wangi ni ialah kek butter je.\nBaca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Tanpa Ovallete, Masih Lembut dan Gebu!\nTeh ni ada macam-macam jenis dan perasa. Kalau nak buat kek teh, macam-macam pilihan boleh dibuat.\nKalau dah cuba perisa pertama tak kena dengan tekak, boleh try perisa kedua. Tak rugi sebenarnya buat kek ni. Dapat merasa pelbagai jenis kek teh.\nMacam nak buat kek yang lain, bahan nak buat kek teh yang dikongsikan oleh Puteri A Aziz ni juga mudah dan ringkas je. Hasilnya juga sama iaitu kek yang lembut dan gebu.\n\nRESIPI KEK TEH\n\nKalau di Cameron dan Fraser Hill tu, memang ada bermacam-macam jenis teh yang ada.\nKadang-kadang kat kawasan kita ni tak senang nak dapatkan stoknya. Tapi kalau anda pergi ke pasaraya Cold Storage, Jaya Grozer dan Village Grozer, banyak jenis teh yang dijual di sana.\n\nBahan A:\n\n4 uncang teh Earl Grey (atau The Tarik, Green Tea dan sebagainya)\n120 ml (1/2 cawan air panas)\n80 ml (1/3 cawan) susu penuh krim\n\nBahan B:\n\n4 biji telus gred A\n\nBahan C:\n\n200g mentega dicairkan dan sejukkan\n\nBahan D:\n\n320 gram (1 1/3 cawan) gula caster\n380 gram (2 1/2 cawan) tepung naik sendiri\n\nBahan E:\n\n50g creme fraiche (tak letak pun tak apa, nak bagi lagi moist)\nParutan kulit oren \u2013 sebiji oren (kalau suka lemon, grapefruit pun boleh)\n1 uncang teh Earl Grey ditumbuk halus\n\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Panaskan oven pada suhu 180\u2019c.\n2. Sediakan loyang 8\u00d78 atau 9\u00d79 dan kemudian griskan loyang dengan mentega yang dicairkan.\n3. Keluarkan 4 uncang teh dan tumbukkan menggunakan batu lesung supaya teh jadi agak halus.\n4. Masukkan teh ke dalam cawan dan tuangkan air mendidih.\n5. Biarkan seketika dalam 5 minit.\n6. Lepas tu masukkan susu segar dan kacau. Dah siap sebatikan bahan A. Ketepikan.\n7. Kemudian ayakkan bahan D.\n8. Satukan bahan D ni bersama bahan A dan bahan B dalam mangkuk mixer.\n9. Gunakan hand mixer pun boleh.\n10. Putarkan dengan kelajuan yang rendah sampai sebati.\n11. Seterusnya, masukkan bahan C.\n12. Pukul dengan kelajuan sederhana sampai sebati.\n13. Masukkan bahan E iaitu cr\u00e8me fraiche, parutan oren dan serbuk teh yang ditumbuk halus.\n14. Creme fraiche ni untuk moistkan kek.\n15. Pukul pada kelajuan sederhana hingga kelajuan tinggi. Hentikan bila adunan dah kembang dan sebati.\n16. Masukkan adunan dalam loyang yang digris dengan mentega cair nipis je.\n17. Ratakan permukaannya. Kemudian bakar kira-kira 30-35 minit.\n18. Dah bakar, keluarkan dari oven dan sapukan mentega atas permukaan kek sementara kek masih panas.\n19. Biarkan sejuk selama 2-3 minit atas redai, lepas tu baru boleh dipotong.\n\nJangan tak tahu, kek ni pun boleh di\u2019upgrade\u2019 dengan tambahkan butter cream atau cream cheese frosting kalau nak buat kek yang lebih istimewa.\nKemudian letakkan caramel atau butterscotch di permukaannya sebagai hiasan menjadi kek hari jadi atau kek hadiah.\nDah lah baunya semerbak. Rasa pula lembut, gebu dan terlajak sedap. Kek teh ni memang wajib anda cuba! Semoga bermanfaat.\n"} {"url": "https://myresipi.com/kek-yogurt/", "title": "Kek Yogurt SIMPLE Guna Airfryer, Memang Gebu Dan Cair Di Mulut", "body": "\nJom buat Kek Yogurt. Hidangan ini antara kek simple yang paling mudah anda boleh buat ialah kek butter. Jarang tak jadi kalau buat kek ni sebab stepnya mudah dan ringkas. \nRamai tau, kek yogurt ini ada haruman yang wangi dan sering dibuat dengan pelbagai corak dan warna. Cara buat kek dan bahan masih sama. Cuma ditambah sedikit perisa dan warna.\nBaca juga: Kek Teh Macam di Cameron Highlands, Memang Sedap Dan Wangi!\nUntuk resipi kek yang sedap dan gebu ini telah dikongsikan oleh @masakrumahlawa di laman TikTok. Jom kita tengok cara-caranya yang ringkas dan mudah untuk dibuat.\nYogurt ni nak gunakan jenama apa-apa pun boleh. Sebab tekstur yogurt ni sama je walaupun berlainan jenama. Tetap berikan rasa moist, lembut dan wangi.\n\nRESIPI KEK YOGURT\nBahan-bahan:\n\n2 biji telur\n60g yogurt\n1 sudu tepung jagung\nGula\u00a0\nStrawberi \u2013 untuk topping\n\nCara-cara membuat:\n1. Kacau sebati ke semua bahan di atas kecuali strawberi.\u00a0\n2. Kemudian, masukkan ke dalam bekas loyang yang boleh dimuatkan dalam airfryer.\n3. Hias strawberi di atas mengikut kreativiti masing-masing.\n3. Bakar dalam airfryer dengan suhu 150C kira-kira 35 minit.\n4. Dah siap bakar, sejukkan dengan suhu bilik dan sedia dihidang!\n\n\n @masakrumahlawa\nMudahnya resepi kek yogurt ni \ud83d\ude0d #masakdirumah #resepitiktok #resepisimple #foodiemy #kek #kekyogurt \n \u266c original sound \u2013 Fasha_Ariana_Official \u2013 Fasha_Ariana_Official \n\n \n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kek Pisang Kukus Gebu Gebas, Rugi Tak Ikut Cara Mudah Dekat Sini\n"} {"url": "https://myresipi.com/kekal-lama-tak-cepat-rosak-ini-cara-mudah-buat-pes-bawang-putih/", "title": "Kekal Lama & Tak Cepat Rosak. Ini Cara Mudah Buat Pes Bawang Putih", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-19 07:08:16\n\n\nBagi ibu-ibu yang bekerja, pengurusan masa sangatlah penting. Ini kerana mereka perlu memikirkan persiapan makan di rumah, dan pada waktu yang sama perlu mengekalkan prestasi pekerjaan di pejabat. Ada masanya di mana ibu-ibu tidak sempat untuk masuk dapur, menyebabkan mereka sering berhadapan dengan dilema sama ada untuk meneruskan karier ataupun berhenti demi menjaga kebajikan keluarga.\n\nKredit: What Woman Needs \nAda sesetengah ibu bekerjaya memilih untuk membuat bekalan bahan masak seawal mungkin supaya nanti para ibu tidak perlu lagi mengambil masa untuk memasak. Sebagai contoh ialah\u00a0bawang putih. Namun seperti yang kita sedia maklum, bawang akan cepat rosak jika tidak diguna. Jika disimpan dalam peti sejuk, bawang juga akan cepat busuk. Oleh itu, cara yang paling berkesan adalah dengan membuat pes bawang putih. Pes bawang putih dapat kekal segar lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ikuti perkongsian daripada Khabib Jamalludin menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Daily Makan\nCara-cara:\n\nKupas semua bawang putih yang ingin dikisar dan kemudian basuh sebersih-bersihnya. \nSetelah siap mencuci semua bawang tersebut, kisarkan bawang. Nisbah air : bawang adalah 1:3\nKemudian, tumiskan dalam minyak banyak. Agak-agak tenggelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak ini fungsinya sebagai pengawet supaya pes bawang putih akan tahan lebih lama. Ini juga untuk memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.\nUntuk 10 saat pertama menumis, guna api yang kuat. Kemudia, kecilkan api kepada sederhana kuat. \nPastikan untuk mengacau bawang putih sekerapnya supaya tidak hangus. Ini juga supaya dapat mengeluarkan air dalam bawang supaya tahan lebih lama kalau disimpan. Tumis sehingga naik bau.\nAngkat pes bawang putih tadi dan biarkan seketika sehingga suam suam\nKemudian, masukkan pes tadi ke dalam bekas yang mudah dibuka dan simpankan dalam peti sejuk (tidak perlu dibeku)\n\n\nKredit: Daily Makan\nSiap! Gunakan sudu untuk mencedok pes bila-bila memasak. Mudah, kan? Selepas ini, ibu-ibu tidak perlu risau lagi untuk menyiapkan makanan untuk keluarga sebelum ke tempat kerja. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kekbatikindulgence/", "title": "Resepi Kek Batik Indulgence Viral Tanpa Guna Oven, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nBagi mak-mak yang suka makan dan buat kek, resepi Kek Batik Marie Indulgence ini antara yang wajib di cuba. Rasanya cukup sedap, lembut dan tak keras malah sangat mudah untuk dibuat.\nSelain untuk tujuan makan sendiri, mak-mak juga boleh ambil tempahan untuk memperoleh pendapatan sampingan. Mesti laku keras lah! Jadi mari kita cuba resepi Kek Batik Marie Indulgence yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar di kumpulan Sesedap Air Tangan Bonda di Facebook.\n\nKredit: Rosmaliza OmarBahan-bahan:\n\n2 bungkus 600 gram biskut marie\n250 gram buttercup\n200 gram milo\n2 sudu besar serbuk koko\n3 biji telur\n1 cawan susu pekat\n1 cawan susu segar\n\nCara-cara:\n\nPatah-patahkan biskut. Ketepikan.\nMasukkan milo, serbuk koko, telur, susu pekat dan susu segar ke dalam kuali dan masak dengan menggunakan api sederhana.\nKemudian masukkan buttercup. Masak sampai butter cair.\nGaul hingga pekat dan sekata. Masukkan biskut Marie dan gaul hingga bersalut.\nTekan-tekankan adunan yang telah siap ke dalam loyang bersaiz 9\u2033 yang telah dialas dengan kertas minyak.\nSejukkan sebentar kemudian masukkan dalam peti sejuk.\n\n\nKredit: Rosmaliza Omar\nCOKLAT GANACHE\nBahan-bahan:\n\n150 ml whipping cream anchor\n300 gram milk compound coin (beryls)\n2 sudu butter\n\nCara-cara:\n\nPanaskan whipping cream kemudian masukkan coklat masakan dan kacau sampai coklat larut. Masukkan butter kacau sampai butter cair dan nampak licin.\nTuangkan coklat ganache atas indulgence cream. Sejukkan selama selama 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.\nSiap. Sedap dimakan sejuk-sejuk.\n\n\nKredit: Rosmaliza Omar\nSelamat Mencuba\nKredit: Rosmaliza Omar\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kembung-masak-asam-rebus/", "title": "Ikan Kembung Masak Asam Rebus, Resipi Ikut Air Tangan Arwah Opah", "body": "\nNampak macam \u2018simple\u2019 je resipi ikan kembung masak asam rebus ini tapi bila kita sudah \u2018start\u2019 makan maka bertambah-tambahlah nasi di dalam pinggan.\nBaca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini\nPendek kata lauk ini ibarat menu pembuka selera. Apa lagi, jomlah kita cuba resipi ikan kembung masak asam rebus yang dikongsikan oleh Tuan Mahani ini.\u00a0\nMenurut beliau, disebabkan rindu dengan air tangan arwah opahnya, beliau cuba buat semula cara masakan untuk hilangkan kerinduan semasa zaman kanak-kanak.\n\nRESIPI IKAN KEMBUNG MASAK ASAM REBUS\nDiusia 31 Tahun, tiba-tiba teringat and rasa nak buat. First time buat, rasanya macam tak berapa sama. Second time buat, Alhamdulilah hampir sama. Mirip mirip la. Nak sama tu, tak mungkin la kan. Air tangan manusia, berbeza beza. But is okay, terubat juga rindu dibuatnya.\n\nBahan kisar:\n\n1 Ulas Bawang Merah\n3 Ulas Bawang Putih\n1 Inci Kunyit Hidup\nCili Merah\nBelacan\nAir\u00a0\n\nBahan lain:\n\n3 Ekor Ikan Kembung / Mabong\n5 \u2013 7 Helai Daun Kesum\n1 \u2013 3 Asam Keping\n1 Batang Serai \u2013 dititik\nAir 700 ML \u2013 1 liter Air\n\nCara memasak:\n1. Mula mula tumis bahan blend kira-kira 5 minit kemudian masukkan daun kesum + asam keping + Serai. Tambah lagi 5 minit kemudian baru masukkan ikan and air. \n2. Renehkan lagi lauk kira-kira 10 ke 15 minit. Ikan cepat masak jadi tak perlu reneh lama-lama.\n3. Siap dan boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus, Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kena-goreng-dulu-baru-sardin-lagi-sedap/", "title": "Kena Goreng Dulu Baru Sardin Lagi Sedap, Siap Dengan Tips Elak Ikan Meletup-Letup", "body": "\nSiapa suka makan sardin? Satu lauk ni pun dah cukup makan dengan nasi putih. Memang cukup berselera! Tapi ramai tak tahu, kena goreng dulu ikan sardin baru sardin lagi sedap!\nTapi risau ikan sardin meletup-letup bila digoreng? Jangan risau, ada tips untuk menggelak ia berlaku. Kalau nak tahu tipsnya, jom lihat resipi sardin di bawah.\nCara Masak Sardin Lagi Sedap\nBahan-bahan:\n\nIkan sardin\nCili kisar (optional)\nSetengah sudu gula\n\nBahan tumis:\n\nSebiji bawang besar dihiris nipis\n3 biji bawang putih dihiris nipis\nBeberapa ulas cili padi\n\nCara-cara:\n1. Asingkan sardin dengan kuah. (jangan buang kuah)\n2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali menggunakan api kecil. Masukkan ikan ketika minyak belum betul-betul panas supaya ikan tidak meletup-letup. Tutup dengan penutup kuali. Tak perlu terbalikkan dengan kerap, 1 kali sahaja cukup.\n\n3. Guna minyak sedikit sahaja.\n\n4. Angkat ikan ke dalam pinggan. Ketepikan.\n\n5. Dengan menggunakan minyak lebihan tadi, goreng bahan tumis sehingga naik bau.\n\n6. Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing. Masukkan juga setengah sudu gula.\n\n7. Masukkan kuah ikan sardin yang diasingkan tadi.\n\n8. Kemudian masukkan ikan sardin yang digoreng tadi.\n\n9. Siap ikan sadin marvellous. Selamat mencuba!\n\nKredit: Rafiza Idayu\nBaca juga: Patutlah \u2018Viral\u2019 Resipi Terung Goreng Crispy Ni, Serius Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kena-masak-itik-untuk-minggu-kelima-juri-bagi-cabaran-seorang-sahaja-dibenarkan-memasak/", "title": "Kena Masak Itik Untuk Minggu Kelima, Juri Bagi Cabaran Seorang Sahaja Dibenarkan Memasak", "body": "\nDapur Tempur minggu kelima menyaksikan para peserta perlu menyediakan hidangan berasaskan doh\u00a0dan hidangan\u00a0berasaskan itik.\nCabaran berasaskan doh mungkin tidak sukar, namun berbeza dengan cabaran memasak itik kerana ketiga-tiga peserta tidak pernah memasak itik sama sekali.\nBetul-Betul Panik, Hanya Seorang Dibenarkan Masak?\nApa mengejutkan di cabaran memasak menu itik, hanya salah seorang daripada pasangan dibenarkan memasak. Manakala seorang lagi perlu duduk dan membantu pasangan dengan cara memberi panduan sahaja.\nBerjayakah mereka menyahut cabaran tersebut dalam menghasilkan hidangan yang memuaskan hati para juri? Siapakah di antara mereka yang akan menjadi juara mingguan dan akan berentap ke minggu seterusnya?\n\nTiga pasangan Dapur Tempur yang akan berentap pada minggu kelima ini adalah Seketul Rasa \u2013 kakak dan adik (Shima & Hanis), Zest \u2013 abang dan adik (Haiza & Hafzy) dan Masam Manis \u2013 suami isteri (Muiz & Arieni).\nPelakon dan juga pelawak, Bell Ngasri telah dijemput sebagai juri jemputan untuk minggu ini bagi menilai masakan kesemua pasangan Dapur Tempur.\nBaca juga: Peserta Dapur Tempur Terkejut Cabaran Masak Telur, Nampak Senang Tapi Awal-Awal Juri Dah Bagi \u2018Warning\u2019\n\nJangan lupa tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com\u00a0selaku rakan digital rasmi.\nDapur Tempur dibawakan oleh Panasonic, hidup sihat setiap hari bersama Panasonic. dan juga Nona, Jom #NonaKanHarimu, Pelbagai Rasa, Semudah Cara & Seenak Rasa.\nJuara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.\nPemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.\n#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy\n"} {"url": "https://myresipi.com/kena-rebus-macam-ni-baru-ikan-tongkol-tak-hanyir/", "title": "Kena Rebus Macam Ni, Baru Ikan Tongkol Tak Hanyir & Isi Jadi Lebih Pejal", "body": "\nRamai yang tak tahu teknik dan rahsia supaya ikan tongkol rasa lebih sedap dan berbau wangi iaitu dengan merebus ikan terlebih dahulu. Barulah ikan tongkol tak hanyir. Kalau buat gulai ikan pun akan jadi lebih sedap!\nCikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan caranya. Kalau rebus ikan tongkol ikut cara ini, isi ikan juga akan menjadi lebih pejal. Jom lihat cara-caranya di bawah.\nCara Rebus Ikan Tongkol Tak Hanyir\n1. Bersihkan seekor ikan tongkol kayu/ ayo putih dari bau darah yang hanyir. Susun ikan dalam periuk atau guna kuali.\n2. Sediakan masukkan bahan rahsia terpenting:\n\n2 keping kecil nise\n3 hiris lengkuas\n2 hiris halia\nDaun pandan 2 helai\n2 keping asam keping\n\nKemudian tabur rata 2 sudu besar garam bukit.\n\n3. Masukkan 1 senduk kecil cuka untuk isi ikan menjadi pejal.\n\n4. Semasa merebus ikan, tutup kuali atau periuk dengan penutupnya. Gunakan api perlahan. Rebus selama lebih kurang 45 minit.\n5. Buka penutup tadi. Keringkan sedikit air ikan dengan membesarkan api selama 2 minit. Siap!\n\n6. Rupa isi ikan tongkol rebus yang pejal.\n\n7. Tips lain untuk rasa ikan rebus yang sedap adalah dengan membiarkan semalaman supaya rasanya lebih mesra.\nSedap buat gulai ikan untuk nasi dagang.\n\nKredit: Afy AL Habibi\n"} {"url": "https://myresipi.com/kenali-17-jenis-ikan-di-pasar/", "title": "Kenali 17 Jenis Ikan Yang Selalu Kita Jumpa Di Pasar, Baru Nampak \u2018Pro\u2019!", "body": "\nBagi yang jarang jejak kaki ke pasar, mesti tak tahu lagi nak bezakan jenis-jenis ikan bila dah bagi list nak beli barang.\nJenis ikan yang mungkin sudah biasa dilihat dan didengar namanya, dan mungkin juga baru pertama kali mengenali rupa bentuk dan namanya.\nInfo yang kena tahu, bila pasangan minta belikan ikan ikut jenis, korang dah nampak \u2018pro\u2019 sebab boleh bezakan.\nBaca juga: Nelayan Ini Kongsi Tip Pilih Ikan Gelama Yang Sedap Buat Lauk\nKebiasaannya, ikan yang dibeli di pasar memang selalu menjadi lauk harian kita. Tapi bila dah masak, memang tak nampak dah rupa ikan keran sudah bercampur dengan bahan-bahan yang lain. Isi ikan juga sudah berubah warna.\nJadi, kamus bergambar di bawah ini boleh membantu korang membezakan ke semua ikan-ikan.\nBila ditanya ikan kembung, tenggiri ataupun ikan bawal, tak ada lah kekok sangat, baik wanita ataupun lelaki. Khas buat korang yang tidak mengenali jenis ikan yang berada di pasar, jom tengok senarai di bawah.\u00a0\n\n1. Ikan Kembung\n\n\n2. Ikan Tongkol\n\n\n3. Ikan Tenggiri\n\n\n4. Ikan Terubok\n\n\n5. Ikan Bawal\u00a0\n\n\n6. Ikan Merah\n\n\n7. Ikan Keli\u00a0\n\n\n8. Belut\u00a0\n\n\n9. Ikan Parang\u00a0\n\n\n10. Ikan Kerapu\u00a0\n\n\n11. Ikan Jenahak\u00a0\n\n\n12. Ikan Siakap\n\n\n13. Ikan Patin\n\n\n14. Ikan Haruan\u00a0\n\n\n15. Pari\u00a0\n\n\n16. Ikan Aya Sirip Kuning\n\n\n17. Ikan Selar Kuning\n\n\nItulah jenis-jenis ikan yang dijual di pasar untuk rujukan bagi kita semua ketika membeli ikan. Semoga bermanfaat.\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/kenapa-restoran-mewah-suka-hidangkan-makanan-yang-sikit-atas-pinggan/", "title": "Kenapa Restoran Mewah Suka Hidangkan Makanan yang Sikit Atas Pinggan?", "body": "\nPernah tak terfikir jika ke restoran mewah, kenapa kuantiti makanan yang dihidangkan nampak sedikit di atas pinggan yang besar?\nMesti korang rasa macam tak berbaloi nak makan kan? Ataupun itulah kali terakhir korang akan jejak kaki ke restoran mewah.\nUntuk artikel kali ini, min akan terangkan kenapa restoran mewah menghidangkan makanan dalam kuantiti yang sedikit dan hiaskannya seperti seni.\nBaca juga: Cara Buat Beef Wellington Versi Mudah & Halal\nKorang mungkin terkejut dengan fakta di bawah.\n1. Setiap hidangan mengandungi bahan yang mahal dan sukar didapati\n\nHidangan dengan bahan berkualiti adalah perkara biasa boleh jumpa di restoran mewah.\nSatu paun daging lembu Wagyu boleh berharga RM800 dan sekilogram kaviar berharga kira-kira RM43,000.\nBayangkan mencipta hidangan penuh tambah truffle putih Itali (kira-kira RM32,000 setiap kg). Harganya boleh menjadi lebih tinggi!\n2. Hidangan nampak lebih elegan\n\nSelalunya hidangan yang lebih kecil akan mudah untuk digayakan dan nampak lebih elegan.\nPelanggan akan lebih mudah menikmati kerana sudah nampak cantik di mata dan akan memberi impak kepada perspektif rasa di mulut.\n3. Dapat merasai semua hidangan tanpa perlu risaukan perut\n\nRestoran mewah kebiasaanya menyajikan 3 hidangan \u2013 pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.\nNamun bagi santapan mewah, set makanan boleh mencecah kepada 12 hidangan.\n12 hidangan itu adalah;\n\nFingers food\nPembuka selera\nSup\nSalad\nIkan\nHidangan utama\nPencuci mulut\nHidangan utama kedua\nKeju\nPencuci mulut kedua\nMinuman/pastri\n\nDisebabkan itulah restoran mewah mengurangkan jumlah makanan dalam satu hidangan supaya pelanggan dapat merasai kesemua jenis hidangan tanpa perlu kosongkan perut.\n4. Setiap hidangan adalah hasil seni seseorang chef\n\nTerdapat satu makanan di Perancis yang dipannggil Gargoillou, iaitu sejenis hidangan dengan 16 sayur-sayuran yang berbeza, dimasak pula secara berasingan.\nPinggan akan disusun sebagai karya seni dan membuatkan pelanggan tertarik hati untuk lebih menikmati hidangan tersebut.\n5. Beri lebih kesan premium dan berkualiti untuk sesuatu hidangan\n\nMenjadi sebahagian daripada event eksklusif adalah sesuatu yang boleh banggakan diri sendiri.\nSiapa je yang tak kisah nak habiskan duit dekat makanan asalkan hati dan perut puas?\nJadi, tak peliklah kalau korang ada akses ke tempat dan makanan mewah membawa emosi yang sama, terutamanya apabila hidangan itu mengandungi sejumlah kecil bahan yang dianggap berkualiti.\n\nKorang ada pengalaman makan di restoran mewah? Jom kongsi di ruangan komen!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kentang-bakar-berempah-crunchy/", "title": "Kentang Bakar Berempah Crunchy Guna Air Fryer, Sesuai Buat Snacks Sihat", "body": "\nAyam mahal, minyak mahal. Maka kita makan kentang bakar je lah. Kita guna air-fryer atau oven untuk buat hidangan ni.\nMudah, tapi anak-anak mesti suka. Sesuai sangat buat kudapan sambil makan depan tv. Jom follow resepi kentang bakar berempah kat sini. Confirm sedap!\nKorang yang suka makan cheesy wedges kat KFC boleh sangat try citarasa korang makan kentang bakar berempah ni.\nBaca juga: Resipi Kentang Bakar Berkeju\nMesti korang suka punya lah. Nak Makan dengan sos, mayonis dan cheese pun boleh je. Semua terpulang ikut cirasa masing-masing.\nResepi kentang bakar berempah ni telah dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan melalui perkongsian di laman Facebooknya.\nResipi ni viral sampai 4.7k ye. Mesti ramai yang nak try kat rumah kan. Yang dah cuba pun mesti dah repeat buat lagi.\nResipi Kentang Bakar Berempah Crunchy\n\nSukatan bahan kat bawah ni adalah untuk 3-4 orang makan. Boleh adjust sukatan ikut bilangan orang yang nak makan nanti.\nBahan-bahan:\n\n1/2 kg kentang kecil\n1 sudu besar empingan cili\n1 sudu besar serbuk lada hitam\n1 sudu kecil daun parsli kering\n1 sudu kecil daun basil kering\n3 sudu besar minyak masak\n2 sudu serbuk keju parmesan\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Potong kentang kepada 2 atau 4 bahagian, basuh dan rebus. Terpulang pada kalian nak kupas kulitnya atau tidak, tapi kulit tu yang akan buat sedap nanti.\n2. Setelah kentang empuk, tos kentang dan masukkan dalam mangkuk. Taburkan rempah ratus kita tadi serta minyak masak ke atas kentang. Gunakan minyak rendaman tomato. (Auto sedap)\n\n3. Minyak rendaman tomato bakar tu akan menyedapkan lagi kentang kita ni.\n4. Susun kentang, kulit di bahagian bawah. Jangan letak banyak sangat tau, nanti tak garing luaran kentang tu.\n\n5. Set suhu sekitar 120-150C dan masa 15-20 minit. Sejujurnya, hasil gorengan air fry tak sesedap deep fry, tapi apa boleh buat, keadaan memaksa. Kena jimat minyak masak.\n6. Selepas 20 minit, kita terbalikkan kentang ni. Nak kulit dia pula garing. Biar luarnya rangup dan berempah dan dalamnya empuk-empuk manis.\n\n7. Kali ni kita set 200\u00b0C untuk 10 minit. Jika tak ada air-fryer atau oven, boleh goreng tohor (pan fry) guna kuali leper. Cuma kena rajin balik-balik kentang supaya tak geseng.\n8. Fuh itu dia hasilnya! Dah nampak menyelerakan. Kalau nak hidang dah boleh dah ni, tapi boleh terbalikkan semula dan tambah lagi 5-10 minit untuk dapatkan kerangupan yang kita nak.\n9. Letak atas pinggan, tabur keju parmesan sikit, hias dengan tomato ceri dan hidang dengan mayonis atau sos kegemaran korang. Siap!\n\nPedas, masin, manis dan berlemak! Fuh, confirm repeat kalau dah makan kentang ni.\nNampak simple tapi rasanya serious sedap. Patutlah viral! Kalau Nak Lagi garing korang follow step kedua untuk bakar kentang di atas.\nHasil kulit kentang lebih garing.\n"} {"url": "https://myresipi.com/kentangberiniti/", "title": "Bosan Makan Kentang Goreng? Jom Cuba Resepi Kentang Berinti Pula, Makan Satu Pun Dah Kenyang!", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nSiapa di sini penggemar kentang? Selain dibuat goreng, kentang juga boleh disajikan dengan hidangan seperti \u2018kentang berinti\u2019. Biasanya resepi kentang berinti dimasak dalam pelbagai cara mengikut kreativiti dan citarasa sendiri. Bukan itu sahaja, ianya juga sesuai untuk mereka yang tengah berdiet. Mesti korang tertanya-tanya kan macam mana nak sediakan menu ini? Jangan risau, jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh oleh Zainoor Aliza Ali di Facebook. Selamat mencuba!\n\nKredit: Zainoor Aliza AliResepi Doh Kentang\nBahan-bahan:\n\n1/2 kg kentang\n2 cawan tepung gandum\n1 biji telur\n1/2 sudu besar garam\n2 sudu besar butter\n\nCara-cara:\n\nKentang dibuang kulit dan dibelah enam. Rebus kentang bersama garam. Bila kentang dah lembut, angkat dan toskan.\nHancurkan kentang (macam nak buat mashed potato) dan uli\u00a0 bersama tepung gandum, butter dan telur. Bila dah siap uli, bulatkan doh kecil-kecil. Dohnya agak lembik. Masa nak isikan inti golekkan doh pada sedikit tepung gandum supaya tak melekat sangat pada tangan.\nIsikan inti ke dalam doh kemudian tekan doh supaya leper sedikit. Goreng di atas kuali dan balik-balikkan sehingga agak garing.\n\n\nKredit: Zainoor Aliza AliResepi Inti \nBahan-bahan:\n\n200g daging cincang\n1 labu bawang besar\n1 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar rempah kari ayam\n1 mangkuk sayur campur\nSerbuk lada hitam\nGaram\n\nCara-cara:\n\nPotong bawang besar dan tumiskan bersama sedikit minyak.\nMasukkan daging cincang dan biarkan seketika. Masukkan sos tiram,\u00a0 rempah kari dan sayur campur.\nAkhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan\u00a0 garam. Kacau rata bila dah masak angkat dan sejukkan.\n\nTips: Minyak untuk menggoreng kentang berinti tak perlu banyak. Cukup sekadar separuh tenggelam sahaja.\n\nKredit: Zainoor Aliza Ali\nKredit: Zainoor Aliza Ali\nKredit: Zainoor Aliza Ali\nKredit: Zainoor Aliza AliSelamat Mencuba\nKredit: Zainoor Aliza Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/kepak-ayam-crispy-garlic/", "title": "Kepak Ayam Crispy Garlic Bersama Sos Garlic, Resipi Viral Lebih 6.7K Shares Tau!", "body": "\nSiapa anak-anak suka sangat makan kepak ayam? Jom cuba buat kepak ayam crispy garlic ini, mesti berhantu nak makan nanti.\nBaca juga: Kepak Ayam Lemon Pepper, Resipi Viral Lebih 400K Views, Guna SEASONING Ini\nBukan setakat anak-anak, mak bapak budak pun suka. Kalau makan setiap minggu pun tak ada masalah sebab buat sendiri di rumah dan lebih jimat.\nIkuti resipi viral dari perkongsian Cik Puan Nor Fazilah Abd Mohd yang telah meraih sehingga 6.7K shares dari Facebook ini.\n\nRESIPI KEPAK AYAM CRISPY GARLIC\n\nBahan perap ayam:\n\n1kg kepak ayam \u2013 bersihkan\nButter \u2013 dicairkan\nBawang putih \u2013 tumbuk\nItalian seasoning\nSecubit garam\n\nBahan sos:\n\n1/2 cawan mayonis homemade\n1/4 cawan yogurt Greek\n2 ulas bawang putih dikisar atau tumbuk \n1 sudu teh jus lemon\n1 sudu teh daun bawang cincang halus\nLada hitam secukupnya\n\nCara penyediaan ayam:\n1. Sediakan 1 mangkuk kecil, cairkan butter dan gaul bersama bawang putih yang sudah ditumbuk.\n2. Dalam mangkuk lain perap ayam bersama Italian seasoning dan garam.\n3. Sapu rata butter yang sudah dicairkan di atas ayam dan sedia untuk di masak. Boleh gunakan oven atau air fryer. Nak goreng pun tak ada masalah.\n4. Akhir sekali tabur keju parmesan di atas ayam yang siap di masak.\nCara penyediaan sos:\n1. Dalam satu mangkuk kecil, campurkan mayonis dan yogurt Greek.\n2. Tambahkan bawang putih yang dikisar, jus lemon dan daun bawang cincang ke dalam mangkuk. Gaul ratakan semua bahan.\n3. Perasakan sos dengan lada hitam secukupnya. Rasa dan sesuaikan dengan selera anda.\n4. Biarkan sos Garlic Ranch dalam peti sejuk selama beberapa jam agar rasa dan kepekatan bahan-bahan dapat menyatu.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Cara Buat Kepak Ayam Manis-manis Pedas, Tinggal Bakar Dalam Oven Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kepak-ayam-lemon-pepper/", "title": "Kepak Ayam Lemon Pepper, Resipi Viral Lebih 400K Views, Guna SEASONING Ini", "body": "\nJom cuba buat Kepak Ayam Lemon Pepper ini. Resipi ini\u00a0fyp di laman Tiktok hingga mencecah lebih 400K tontonan tau!\nIni kalau makan panas- panas, berebut jugalah dengan anak-anak nanti. Tak cukup seorang satu, paling tidak mesti 3 hingga 5 ketul.\nBaca juga: Cara Buat Kepak Ayam Manis-manis Pedas, Tinggal Bakar Dalam Oven Je!\nPaling best, untuk cuba resipi ini, hanya gunakan bahagian kepak sahaja kesemuanya. Senang nak bahagikan dan rasa pun lebih sedap! Dan paling penting kita tak bakar, tapi kita goreng dalam kuali!\nIkuti resipi dari perkongsian @hazwancooks yang mudah dan simple ini. Senang je bahan yang digunakan untuk buat kepak ayam lemon pepper.\n\nRESIPI KEPAK AYAM LEMON PEPPER\n\nBahan-bahan:\n\nKepak ayam (400g \u2013 9 ketul)\n1/4 sudu kecil\n1 sudu serbuk cili\n1 sudu seasoning Lemon Pepper\n1 cawan tepung jagung\n\nBahan Sos:\n\n3 sudu mentega\n3/4 sudu perasa LP\n1/2 sudu jus lemon\n2 sudu madu (kalau tak cukup, adjust dengan gula)\nDaun Parsely \u2013 hiasan\n\nCara-cara penyediaan:\u00a0\n1. Mula-mula, perasakan kepak ayam dengan garam, serbuk cili, lemon pepper seasoning, tepung jagung, dan baking soda. Gaul sebati.\n2. Panaskan kuali. Kemudian, deep fry kepak ayam kira-kira 8 minit. Angkat dan rehatkan sekejap ayamnya\n3. Kemudian, deep fry sekali lagi selama 8 minit juga. Bila mengoreng dua kali, kulit ayam itu akan jadi lebih rangup tetapi masih juicy di dalam. Angkat dan toskan.\n4. Untuk bahan sos pula, cairkan butter dan tambah lemon pepper seasoning dan madu. Kacau sebati dan sosnya siap.\u00a0\n5. Gaul sos tadi bersama kepak ayam yang sudah digoreng. Hiaskan dengan daun parsley.\n6. Sedia untuk dihidang!\nVideo Penuh:\u00a0\n\n\n @hazwancooks\nEpisode 5 : Lemon Pepper Wings \ud83d\ude0b\ud83c\udf4b\ud83e\uddc2 Ingredients : Season ayam (400g \u2013 9 ketul) 1/4 sudu kecil 1 sudu serbuk cili 1 sudu LP seasoning 1 cup tepung jagung Sauce : 3 sudu butter 3/4 sudu LP seasoning 1/2 sudu jus lemon 2 sudu madu (kalau xcukup adjust dengan gula) Parsely to finish #hazwancooks #lemonpepperwings \n \u266c original sound \u2013 Hazwan Ramli \u2013 Hazwan Ramli \n\n \n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Kepak Ayam Teriyaki Air Fryer, Sedap Dimakan Bersama Nasi Butter Dan Coleslaw\n"} {"url": "https://myresipi.com/kepak-ayam-manis-manis-pedas/", "title": "Cara Buat Kepak Ayam Manis-manis Pedas, Tinggal Bakar Dalam Oven Je!", "body": "\nSuka makan kepak ayam manis-manis pedas? Paling seronok makan masa dia panas, boleh berebut dengan anak-anak kalau beli kepak madu di luar. Tak cukup seorang satu, paling tidak mesti 3 hingga 5 ketul.\nBila ada majlis atau apa-apa event, paling suka bila ada chicken wings tau. Nak buat sendiri rasa macam renyah, tapi senang je rupanya.\nIkut je resipi dari perkongsian Victoria Van Bennekum di Facebook ini. Nampak mudah dan sedap je. Boleh buat sendiri di rumah.\nBaca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!\nTinggal bakar dalam oven je. Senang nak bahagikan dekat keluarga sebab pakai kepak ayam je.\n\nRESIPI KEPAK AYAM MANIS-MANIS PEDAS\n\nBahan-bahan:\n\n1kg kepak ayam \u2013 Bersih dan tos kering\nMadu\n\nRempah-rempah:\n\n1sdk serbuk jintan\n1sdk serbuk ketumbar\n1sdk serbuk bawang putih\n2sdk serbuk bawang\n2sdk serbuk cili\n1sdk serbuk kunyit\n3sdb tepung jagung\n2sdb kicap manis\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara memasak:\n1. Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.\n2. Perap kepak-kepak ayam itu selama 30 minit dalam peti ais. Kalau dapat perap semalaman lagi sedap.\n3. Selepas perap, dah boleh keluarkan dan susun cantik-cantik dalam dulang ketuhar.\n4. Panaskan oven terlebih dahulu.\n5. Masukkan kepak ayam dalam oven yang sudah dipanaskan. bakar kira-kira 20 minit pada suhu 150 Celcius.\n6. Kemudian, terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit.\n7. Campurkan madu dnegan kepak ayam dan pada suhu 200 Celcius hingga nampak keperangan dan rangup.\n8. Bila dah rangup, keluarkan dari oven dan sudah boleh dihidang.\n\nTip nak jadikan ayam kita kekal juicy ialah dengan perap lebih lama.\nIsi ayam jadi lembut, dan bila masak pun cantik je hasilnya. Makan ayam ni cicah dengan sos Thai pedas memang terangkat!\nHidangan kepak ayam manis pedas ni sesuai juga kalau nk hidangkan kalau ada bbq ke kumpul ahli keluarga ramai-ramai dan sebagainya. Memang meriah lah jadinya.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kepak-ayam-teriyaki-air-fryer/", "title": "Kepak Ayam Teriyaki Air Fryer, Sedap Dimakan Bersama Nasi Butter Dan Coleslaw", "body": "\nJom buat Kepak Ayam Teriyaki Air Fryer. Tinggal perap dan bakar je lepas itu boleh terus makan!\nHidangan teriyaki ini asalnya dari Jepun dan memang sedap dimakan kerana tekstur sosnya yang pekat, manis dan wangi. Sesuai untuk anak-anak nak makan.\nBukan itu sahaja, sebenarnya teriyaki ni ada maksudnya dalam bahasa Jepun. Iaitu gabungan yaki bermaksud \u2018panggang/goreng\u2019 dan juga \u2018sos teri\u2019.\nBaca juga: Pistachio Crusted Salmon, Bakar 6 Minit Je Guna Air Fryer!\nSos teri ni ialah campuran dari sos soya dan sake iaitu sejenis wain Jepun. Tapi bila dah dikenali di Malaysia, sosnya tu diubah suai resepinya bersesuaian dengan masyarakat kita.\nSedap juga bancuhan sos teri \u2018versi Malaysia\u2019 ni. Jadi, bila gabungkan dengan gorengan daging, lagi bertambah padu rasanya.\nResipi kepak ayam teriyaki yang sedap dan mudah ni dikongsikan oleh Eqa Suhayl\u00a0menerusi laman Facebook. Hidangan ni memang nampak sangat menyelerakan dengan campuran beberapa jenis sayuran.\nKuah sosnya dimasak pekat dan rasa manis. Nanti dalam masakan akan dimasukkan sekali sedikit lada hitam untuk menambahkan rasa bahang dan pedas dalam masakan.\n\nRESIPI KEPAK AYAM TERIYAKI AIR FRYER\n\nBahan-Bahan :\n\n6 ketul kepak ayam\n3 ulas bawang putih \u2013 ditumbuk\n1 inci halia \u2013 ditumbuk\u00a04 sudu kicap manis\n2 sudu madu\n2 sudu gula\n1 sudu teh minyak bijan/zaitun\n1/2 sdt garam\n\nCara-Cara :\n1. Gaul semua bahan di atas.\n2. Perap kepak ayam sejam atau lebih.\n3. Bakar dengan suhu 180C selama 10 minit, terbalikkan ayam, kemudian sapu bahan perap dan tambah lagi 10 minit.\n4. Siap untuk dimakan!\nTip tambahan: Guna aluminium foil. Kuah perap yang bertakung boleh guna sebagai gravy tambahan dan buat ayam ala wet look gitu.\n\nYummy! Tengok je pun dah tergoda. Kalau hidangkan dengan nasi panas, memang berselera bila gaulkan kuah sos teri ni bersama nasi. Makan pula dengan kepak ayam yang memang sedap. Confirm makan bertambah-tambah punya.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kerabu-daging-goreng-sweet-sour/", "title": "Kerabu Daging Goreng Sweet Sour, Resipi Unik, Ringkas Dan SEDAP Untuk Dicuba", "body": "\nPernah cuba buat Kerabu Daging Goreng Sweet Sour ini? Menu unik ini dicipta sendiri oleh Encik Dapur dan dikongsikan di laman Facebook untuk dicuba.\nBaca juga: Daging Jeruk Cara MUDAH, Hilang Diet Bila Masak Lauk Ini\nMemang menarik, kerana selalunya, kerabu daging yang biasa dibuat menggunakan daging mentah. Untuk lauk ini, dagingnya digoreng terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan kerabu.\nJika ada banyak stok daging di rumah, bolehlah mencuba untuk dijadikan santapan harian.\u00a0Nak tahu macam mana rasa dan teksturnya, ikuti resipi dan cara penyediaan di bawah.\u00a0\n\n\nRESIPI KERABU DAGING GORENG SWEET SOUR\n\nBahan utama:\u00a0\n\nDaging lembu potong besar\nKunyit serbuk\nSedikit garam\u00a0\n\n\nBahan kerabu:\n\nKacang panjang\nCili padi\nTomato potong dadu\nSerai\nBunga kantan\nBawang besar\nDaun limau purut\nLimau nipis 2 biji \u2013 jus sahaja\n\nBahan perasa:\u00a0\n\nGula\nSedikit perasa\nSedikit garam\n\nCara penyediaan:\n1. Mula-mula, goreng dahulu daging yang sudah dicampur dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.\n2. Selepas itu, hiris kecil semua bahan-bahan kerabu.\n3. Lepas dah siap hiris, gaul daging dan bahan kerabu tadi dan perasakan ia dengan garam, gula dan perahan jus limau. Gaul sebati.\n4. Kerabu daging goreng sweet sour sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi mudah dan ringkas ini.\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\n"} {"url": "https://myresipi.com/kerabu-kerang-ala-thai/", "title": "Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!", "body": "\nAda tak penggemar kerabu kerang kat sini? Kerang ni banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita tau. Boleh di hidang dengan pelbagai cara.\nJom kita follow resepi kerabu kerang ala Thai yang paling sedap. Mudah sangat cara penyediaannya. Memang tak rugi korang cuba!\nSekali pandang gambar dah kecur liur dibuatnya! Nampak sedap sangat. Balance dengan semua rasa pedas, masam, manis dan masin.\nBaca juga: Cara Mudah Bersihkan Kerang Guna Air Sejuk & Garam Saja, Lagi Bersih Dari Guna Berus!\nSedap di makan ratah begitu je dan sesuai juga di makan dengan nasi. Bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan kerabu kerang ini juga tak terlalu banyak dan mudah di perolehi.\nResepi kerabu kerang Thai ni telah di kongsikan oleh Fia Sofia. Memang ramai penggemarnya sebab resepi ni mendapat 3.3k share di Facebook.\nResipi Kerabu Kerang Ala Thai\nBahan-bahan:\n\n1 kg kerang\n1 sudu kecil garam\n3 sudu besar gula kabung\n2 sudu besar sos ikan\n3 sudu besar air asam jawa\n4 biji limau nipis\n3 tomato (dipotong)\n1 btg carrot (di potong halus memanjang )\n2 ulas bawang merah (dihiris nipis)\n5 biji cili api (ditumbuk)\n1 sudu teh serbuk perasa\nCara-cara membuatnya:\n1. Basuh dan rebus kerang dengan 1 sudu kecil garam.\n2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais atau air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut. Itupun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.\n3. Satukan air asam jawa, cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung dalam bekas yang sesuai.\n4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.\n5. Akhir sekali perahkan limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau, bawang merah, carrot, daun ketumbar dan gaul hingga sebati.\n6. Siap dan sedia untuk dinikmati.\n\n\nAda yang kata, kerang ni juga membantu dalam proses penurunan berat badan tau. Sesuai untuk korang yang tengah amalkan diet.\nNak mudah makan kerang ni, korang buka si\u0105p-si\u0105p dan buang sebelah cengkerang yang tidak melekat isi. Takde lah gaduh nak membuka dan makan nanti.\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Fia Sofia\n"} {"url": "https://myresipi.com/kerabu-perut-campur-pucuk-paku-tauge/", "title": "Sedapnya Meratah Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge, Ini Resipinya!", "body": "\nBagi penggemar kerabu, kerabu perut campur pucuk paku dan tauge ini pasti akan sentiasa menjadi pilihan dan kegemaran anda.\nRasa kerabu perut ini sedikit kenyal, masam, pedas dan berperisa. Rasanya juga berlemak disebabkan santan. Bila makan, boleh licin sepingggan dibuatnya! Sedap sangat.\nJom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ctie Zubaidah di bawah. Semoga bermanfaat!\nResipi Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge\nBahan-bahan A:\n\nPerut (rebus)\nPucuk paku\u00a0 (celur)\nTauge (celur)\nAir limau\nBawang besar dihiris\n\nBahan-bahan B (kisar):\n\n10 biji cili padi\n5 batang serai\n2 biji bawang besar\n1 inci halia\nLengkuas (saya tak letak)\nSantan\nKerisik\nBelacan\nGaram\nPerasa\n\nCara-cara penyediaannya:\n\nPerut lembu direbus sampai masak dan dipotong kecil. Ketepikan terlebih dahulu.\nBersihkan pucuk paku dan ambil daunnya saja. Rebus air, celur pucuk paku dan taugeh sehingga masak kemudian ditos dan ketepikan.\nSediakan air limau secukupnya serta bawang besar yang dihiris.\nSatukan semua bahan-bahan B pengkisar. Kisar semua bahan.\nDalam mangkuk besar, tuangkan bahan kisar tadi. Masukkan perut lembut, pucuk paku, taugeh, air limau dan bawang besar hiris.\n\u00a0Gaul rata semuanya.\nSiap, sedia untuk dimakan! Selamat mencuba.\n\nKredit: Ctie Zubaidah\nBaca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kerabu-pucuk-paku-kampung/", "title": "Kerabu Pucuk Paku Kampung, Ratah Macam Itu Je Dah Sedap!", "body": "\u00a0\n\nAda tak penggemar kerabu pucuk paku kampung kat sini? Ha, kali ni apa kata kita cuba resipi kerabu pucuk paku kerang yang mudah dan sedap ni. Makan ratah macam tu je pun dah sedap wei. Rugi sangat kalau tak cuba sebab mudah je nak buat.\nKerabu ni antara hidangan yang ramai penggemarnya. Yang mana biasanya kerabu ni akan di jadikan sebagai pembuka selera dan mempunyai banyak khasiatnya.\nSelain daripada kerabu mangga, kerabu jantung pisang, kerabu pucuk paku kerabu juga antara yang paling sedap.\nBaca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!\nKerabu biasanya dibuat tanpa masak. Kecuali, mencelur beberapa bahan seperti sayur-sayuran. Semua bahan hanya perlu di gaul sebati dan di perasakan dengan perahan limau, belacan, cili, garam dan gula.\nMacam mana nak buat kerabu yang sedap? Korang follow je resipi simple perkongsian dari Noor Baini Bakar ni. Boleh kecur liur dibuatnya. Lagi pedas, lagi sedap ye. Korang boleh adjust tahap pedas kerabu tu ikut citarasa masing-masing.\n\nRESIPI KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG\n\nBahan-bahan:\n\n250gm taugeh\n500gm isi kerang \u2013 optional\nPucuk paku (dicelur)\nSedikit belacan (ditumbuk)\n2 biji cili merah (ditumbuk)\n10 biji cili padi \u2013 boleh tambahkan @kurangkan (ditumbuk)\n2 biji limau nipis\nGaram dan gula secukup rasa\n1 biji bawang besar (dihiris)\n2sb kerisik\n\nCara penyediaan:\n1. Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan hiris dan bahan tumbuk dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.\n2. Perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.\n3. Siap dan bolehlah dihidangkan.\n\nMudah sangat ye nak buat kerabu pucuk paku kerang ni. Boleh makan macam tu je kalau korang suka. Sayur dan kerang pun banyak khasiatnya. Kerang ni boleh mengurangkna masalah jantung. Itu adalah salah satu manfaatnya.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kerabu-taugeh-air/", "title": "Kerabu Taugeh Air, Macam Cara Orang Dulu Dulu Guna Resipi Ini", "body": "\nJom buat Kerabu Taugeh Air cara orang dulu-dulu. Memang makan bertambah kalau buat style macam ini.\nNak pula kerabu mempunyai peminatnya tersendiri. Sesekali jika bosan dengan masakan sayur yang biasa, bolehlah cuba membuat kerabu. Sedap dan ringkas, boleh diratah gitu je!\nBaca juga: Kerabu Pucuk Paku Kampung, Ratah Macam Itu Je Dah Sedap!\nKerabu tauge misalnya salah satu daripada kerabu yang popular. Dengan kosnya yang murah, cara menyediakannya pun ringkas.\nResipi dikongsi Cik Puan Siti Hazneza Abdul Hamid ini bolehlah dicuba. Resipi kerabu yang agak kering itu diwarisi daripada ibu dan neneknya.\n\nRESIPI KERABU TAUGEH AIR\n\nBahan-bahan:\n\n2 biji bawang besar \u2013 mayang nipis\n2 inci halia \u2013 potong jurai\n1 bunga kantan \u2013 cincang\n2 batang serai \u2013 ambil bahagian lembut dan hiris nipis\n\u00bd cawan beras \u2013 disangai dan tumbuk kasar\n2 cawan kerisik \u2013 tumbuk sekejap sahaja untuk kuatkan wangi dan rasa, tidak perlu sampai pecah minyak\n1 cawan sambal belacan/ secukup rasa\n\nCara-cara penyediaan:\n1. 200 g tauge dibuang ekor dan dicelur.\n2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.\n3. Seimbangkan perisa. Tambah air asam jawa, garam, gula dan sambal belacan jika perlu.\n4. Siap dan sedia untuk dihidang.\n\n\nMemang rangup dan kering. Jika suka versi yang basah, boleh letak dua hingga tiga sudu makan santan. Selamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/kerepek-peria-garing-rangup-takkan-rasa-pahit/", "title": "Kerepek Peria Garing Rangup, Ikut Cara Ni Takkan Rasa Pahit Sedikit Pun", "body": "\nPeria mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Namun, tak ramai yang suka makan peria kerana rasanya yang pahit.\nSelain dibuat ulam dan masakan berkuah, peria juga boleh dijadikan kerepek dan sedap digoreng garing.\nTapi kalau nak pastikan peria tak jadi pahit, ada caranya yang tertentu. Barulah kerepek peria garing elok dan sedap tak pahit.\nMak-mak yang nak cuba buat sendiri peria goreng rangup kat rangup kat rumah, boleh cuba resipi dan tips yang dikongsi oleh Zizah Mizie di bawah.\nResipi Kerepek Peria Garing Rangup\nBahan-bahan:\n\nPeria\nTepung bestari pedas\nTepung beras\nGaram\nMinyak masak\n\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Belah peria kepada dua bahagian. Buang bijinya.\n\n2. Hiris/sagat nipis dan rendam dalam air garam selama 10 hingga 15 minit.\n\n3. Kemudian toskan dan basuh beberapa kali.\n\n4. Perahkan peria dan letak dalam mangkuk. Gaulkan dengan tepung bestari dan tepung beras.\n\n5. Peria dah berbedak sempurna.\n\n6. Sedia untuk digoreng dalam minyak panas.\n\nDah siap goreng! Selamat mencuba.\n\nKredit: Zizah Mizie\nBaca juga: \n\nCara Buat Aiskrim Asam Boi Lagi Sedap, Ais Jadi Lebih Halus Jika Tambah 2 Bahan Ini\nKuah Yong Tau Foo HOMEMADE, Buat Sendiri Boleh Makan Puas-Puas!\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kerepek-pisang-mudah-guna-3-bahan/", "title": "Kerepek Pisang Mudah Guna 3 Bahan. Cukup Rasa Lemak, Masin & Rangup", "body": "\nJom cuba resipi kerepek pisang mudah menggunakan 3 bahan sahaja.\u00a0Snek ini merupakan jajan tradisional yang masih digermari sehingga kini.\nHarga sekarang boleh tahan mahal juga kalau beli di kedai. Jadi tak salah kalau nak lagi jimat kita buat sendiri di rumah.\nBerikut merupakan perkongsian dari Saudari Khaula Anis. Semoga bermanfaat!\nKerepek pisang mudah 3 bahan.. Cukup rasa lemak masin rangup. Warna pun cantik tak perlu guna air garam dan serbuk kunyit. \nNak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih masa menggoreng, rahsia dari peniaga kerepek.\nResipi Kerepek Pisang Rangup\nBahan-bahan:\n\nPisang 1 sikat\nMarjerin 1 cawan (200g)\nMinyak masak \u00bd kilo\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Kupas kulit pisang. (saya guna pisang berangan)\n\n2. Panaskan minyak dan masukkan marjerin. Biarkan ia mencair dan sebati.\n\n3. Sagat pisang dan terus goreng. Goreng sehingga benar-benar garing barulah diangkat (sampai minyak tak berbuih) dan toskan.\n\n4. Boleh masukkan hirsan bawang putih semasa menggoreng jika mahu aroma yang sedap.\nSesikat pisang boleh dapat 2 balang kerepek pisang bersaiz sederhana.\nKredit: Khaula Anis\nBaca juga: Kerepek Peria Garing Rangup, Ikut Cara Ni Takkan Rasa Pahit Sedikit Pun\n"} {"url": "https://myresipi.com/keropok-kentang-buat-sendiri/", "title": "Keropok Kentang Buat Sendiri Dekat Rumah, Lagi Puas Hati Ada Stok Banyak", "body": "\nKalau di rumah ada banyak stok kentang, boleh cuba buat sendiri potato chips atau keropok kentang ini. Selalu kita beli, kali ini buat sendiri.\nBaca juga: Bebola Kentang Keju Mozarella, Hanya Guna 7 Bahan Ini Je, Anak-anak Tentu Suka!\nHasilnya pula enak dan rangup. Kalau buat confirm sekejap saja dah licin. Cara membuatnya dikongsi oleh Cik Puan Nurhayati Maleq ini.\n\nRESIPI KEROPOK KENTANG HOMEMADE\n\nBahan-bahan:\n\nKentang 6 biji\u00a0\n2 sudu cuka makan\n1 sudu kecil blackpepper/ serbuk cheese\nSedikit garam\n1 sudu kecil gula halus\n\nCara-cara membuat:\n1. Kupas kulit kentang dan sagat nipis-nipis kentangnya.\n\n2. Kemudian, didihkan air bersama cuka dan garam. Masukkan kentang yang disagat tadi ke dalam air rebusan selama 3 minit.\n*Tips ini untuk pastikan kentang kekal rangup dan tak lembik apabila digoreng.\n3. Lepas itu basuh dan tos kan kentang, pastikan kentang kering. Nak senang boleh je gunakan oven pada suhu rendah untuk cepatkan pengeringan.\n4. Dah kering, bolehlah digoreng kentangnya sehingga kuning keemasan dan rangup.\n5. Angkat dan toskan minyak. Dah sejuk sedikit bolehlah masukkan ke dalam bekas. Masukkan lah garam, gula, blackpepper atau serbuk kari atau serbuk cheese. Ikutlah nak perisa apa pun.\n6. Tutup bekas dan goncang agar perasa sebati dengan kentang. Siap!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kentang Bakar Berempah Crunchy Guna Air Fryer, Sesuai Buat Snacks Sihat\n"} {"url": "https://myresipi.com/ketam-sweet-sour-chinese-style-resipi-terakhir-siti-sarah-buat-peminat/", "title": "Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Resipi Terakhir Siti Sarah Buat Peminat", "body": "\nRamai yang turut bersedih dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya akibat jangkitan Covid-19. Kehilangannya telah memberi kesan begitu dekat kepada semua orang.\nArwah Siti Sarah juga sering berkongsi resipi-resipi masakannya kepada para peminatnya di laman sosial Instagram. Perkongsiannya dalam loghat Terengganu itu pasti akan dirindui nanti.\nResipi \u2018Ketam Sweet & Sour Chinese Style\u2019 merupakan resipi terakhir yang sempat dikongsikan olehnya sehari sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU.\nBerikut merupakan resipinya yang telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Ameera.\u00a0Menurutnya, sedap sungguh resipi arwah Siti Sarah ini. Semoga bermanfaat buat semua.\nResipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah\nBahan-bahan:\n\n10 ekor ketam\n6 ulas bawang putih (cincang)\nHalia besar ibu jari (cincang)\n2 sudu makan cili kisar kering (atau cili boh)\n2 sudu makan sos cili\n1 sudu makan gula\n2 sudu makan sos tiram\n3 sudu kecil kicap cair\n1 mangkuk air\n1 sudu makan black vinegar\n1 sudu makan sos tomato\nGaram secukup rasa\n2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)\n\nCara-cara:\n1. Siang dan cuci bersih ketam.\n2. Panaskan minyak. Bawang putih 6 ulas, halia besar ibu jari. Cincang begini. Tumis sehingga naik bau.\n\n3. Masukkan 2 sudu makan cili kisar kering. Sukatan ini anak anak pun boleh makan sama. Nak pedas letak lebih. Tumis sehingga pecah minyak.\n\n4. Masukkan 2 sudu makan sos cili, 1 sudu makan gula, 2 sudu makan sos tiram, 3 sudu kecil kicap cair, 1 mangkuk air, 1 sudu makan black vinegar, 1 sudu makan sos tomato dan garam secukup rasa.\n\n5. Kemudian masukkan ketam. Gaul sehingga rata.\n\n6. Kemudian bila dah masak ketam tu, masukkan tepung jagung. Tepung jagung 2 sudu makan. Letak air sikit untuk larutkan. Masukkan dan gaul.\n\n7. Kemudian masukkan putih telur. Guna 2 biji telur ye. Telur kuning tak pakai.\n\n8. Gaul rata dan tutup sekejap. Masak dalam 5-6 minit begitu.\n\n9. Dah masak tutup api. Siap dah.\n\n10. Terima kasih arwag Siti Sarah. Perkongsian resipi juga salah satu saham kita di akhirat kelak. Selagi ada orang dimuka bumi ini menggunakan dan manfaatkan resipi, selagi itulah pahala kita terus mengalir.\n\nKredit: Ameera\n"} {"url": "https://myresipi.com/ketam-telur-masin/", "title": "Ketam Telur Masin Untuk Juadah Berbuka Puasa, Resipi \u2018Bikin\u2019 Terliur Dibuatnya", "body": "\nJom buat Ketam Telur Masin untuk menu berbuka puasa nanti. Memang sedap sangat sampai bertambah nasi dibuatnya! Tapi menu ini, korang wajib gunakan ketam yang fresh untuk mendapatkan masakan yang lebih sedap. \nHidangan ini selalunya akan jumpa di restoran yang menjual makanan laut. Yang mana ketam akan dimasak dengan salutan telur masin rebus yang telah dihancurkan.\nBaca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini\u00a0\nSelain disalut dengan telur masin, hidangan ini juga dilengkapkan dengan rasa manis daripada susu cair dan rasa pedas cili padi. Hidangan ini dimasak dengan menggunakan sedikit minyak kerana ada penggunaan butter dalam penyediaannya.\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zaimah Zakaria. Follow je sebiji-sebiji resipi yang beliau kongsikan untuk memudahkan korang masak sendiri di rumah.\nHidangan yang dimasak dengan telur masin ini boleh dipelbagaikan sebagai contoh udang masak telur masin, ayam masak telur masin dan macam-macam lagi. Termasuklah resipi ketam masak telur masin ini.\n\nRESIPI KETAM TELUR MASIN\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nKetam potong 2 \u2013 cuci bersih\n3 biji telur masin \u2013 rebus ambil kuning saja\n4 ke 5 ulas bawang putih \u2013 cincang halus\n8 tangkai cili padi \u2013 ikut tahap pedas masing-masing\n1 sudu besar butter \n2 tangkai daun kari\n4 sudu besar susu cair\n\nCara memasak:\n1. Tabur secubit garam atas ketam, kemudian goreng ketam sehingga masak. Tos dan ketepikan.\n2. Dalam kuali, cairkan butter. Selepas itu, masukkan bawang putih yang dah dicincang halus tadi bersama daun kari. Tumis sehingga naik bau.\n3. Selepas itu, masukkan pula susu cair, cili api dan telur masin yang telah dihancurkan. Gaul hingga sebati.\n4. Masukkan pula ketam yang telah digoreng dan gaul rata. Tutup api dan siap!\n\n\nSiap untuk dihidang! Pesanan untuk korang, jangan tumbuk bawang putih. Korang cuma perlu mencincang bawang putih untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. \nSemoga resipi ketam ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat \u2018Gejang\u2019, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce\n"} {"url": "https://myresipi.com/ketam-viral-perkenalkan-bufet-ramadan/", "title": "Ketam Viral, Perkenalkan Bufet Ramadan Lebih Dari 100 Hidangan, \u2018Sure\u2019 Teringat Kampung Punya!", "body": "\nBufet Ramadan Ketam Viral kali ini membawakan keistimewaan di mana, stesen masakan secara langsung oleh chef handalan akan memasak secara langsung untuk para pelanggan demi membawa kehebatan alam kulinari yang klasik dan mengagumkan.\nIni kerana, Ketam Viral telah melancarkan bufet Ramadan dengan temanya \u201cTak Lapuk Dek Zaman\u201d. Tema ini membawakan gabungan pelbagai hidangan tradisional yang jarang ditemui serta sajian kegemaran Malaysia untuk anda nikmati. Inspirasi untuk tema ini adalah melalui pengalaman menjamu selera yang mengembalikan nostalgia zaman dahulu.\nBaca juga: Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi\nTerdapat 5 Stesen Masakan yang berbeza dan setiap stesen menawarkan pelbagai pilihan menu menarik, termasuk stesen memanggang serta stesen masakan Malaysia yang jarang ditemui dengan aroma \u2018wok hei\u2019 dan \u2018kawah\u2019. Selain itu, terdapat juga Stesen Masakan hidangan goreng-gorengan juga pencuci mulut yang pastinya memukau selera anda.\n\n\u25cf Bakar Arang (Ikan, Udang, Ayam, Daging, Kambing, Menu Istimewa Hari Ini)\n\u25cf Dapur Panas (Nasi Goreng, Mee Goreng, Gulai Kawah)\n\u25cf Celup Goreng (Pisang, Keledek, Sayur-Sayuran, Udang Geragau, Anak Ketam, Sotong, Ulu Badai)\n\u25cf Tebar Jala (Roti Canai, Roti John, Roti Jala)\n\u25cf Pencuci Mulut Sejuk (Ais Kacang, Cendol, Laicikang)\n\nSelain itu, setiap hari di Bufet Ramadan ini akan turut disediakan aneka juadah yang menyelerakan di gerai pameran makanan dengan seleksi pilihan yang lebih berat seperti;\n\n\u25cf Bubur manis & Lemak berkrim\n\u25cf Hidangan berasaskan sup dan aneka mi\n\u25cf Rojak buah, Pasembur dan Gado-gado\n\u25cf Pelbagai jenis nasi (Nasi Putih, Arab, Biryani)\n\u25cf Makanan laut segar\n\u25cf Air Balang and air panas\nPembuka Selera\nPastikan anda bersedia untuk menaikkan selera iftar anda dengan pelbagai hidangan pembuka yang penuh dengan khasiat. Terokai pilihan salad, daripada hidangan istimewa Malaysia yang dibumbui sempurna dengan citarasa Asia dan Melayu/Nyonya \u2013 sesuai untuk memulakan makan malam yang mengagumkan!\n\u25cf Kerabu taugeh\n\u25cf Kerabu pucuk paku\n\u25cf Kerabu ayam nyonya\n\u25cf Kerabu daging\n\u25cf Ulam-ulaman kampung\n\u25cf Aneka salad\n\u25cf Arancini\n\u25cf Pelbagai jenis bruschetta/canape\n\u25cf Hummus bersama roti\n\u25cf Chawanmushi\nHidangan Utama\n\nSetelah anda merasai aneka menu pembuka selera, mari kita lihat Hidangan Utama. Menampilkan pelbagai pilihan protein darat, laut, karbohidrat dan sayur-sayuran, semuanya telah diperasa dengan sempurna dan diberi sentuhan olahan citarasa yang unik oleh Chef\nWan Rathnor. \nSet hidangan Ramadan yang amat istimewa ini akan berbeza untuk setiap hari bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati pilihan masakan yang enak. Tidak kira anda peminat makanan Melayu klasik yang sukar ditemui atau hidangan makanan laut yang lazat, Ketam Viral menyediakan hidangan yang sesuai untuk setiap pelanggan.\nUntuk menjadikan santapan bufet anda lebih menarik, pastikan anda menambah hidangan ketam istimewa ke dalam tempahan Bufet Ramadan anda agar dapat mencipta suatu pengalaman makanan yang tidak mudah dilupakan. Antara sajian ketam yang menjadi kegemaran setiap pelanggan adalah; Chilli Crabs, Salted Egg Crabs, Ketam Kam Heong, dan Ketam Buttermilk Lurpak pasti menambah selera iftar anda. \nPastikan anda membuat pesanan awal untuk sajian ketam istimewa ini bersama dengan tempahan meja, dan harga adalah berdasarkan harga pasaran harian. Saiz ketam yang disediakan adalah bermula dengan saiz Regular, M dan XXL.\nSantapan Utama A:\n\u25cf Ayam masak kicap\n\u25cf Daging rendang\n\u25cf Udang sambal\n\u25cf Siakap lemak kantan\n\u25cf Ketam masak lemak\n\u25cf Lasagna ketam\n\u25cf Ayam gajus cili kering\n\u25cf Sayur campur goreng\n\u25cf Petola masak air\nSantapan Utama B:\n\u25cf Ayam masak merah\n\u25cf Kurma kambing bersama kentang\n\u25cf Siakap lemak kantan\n\u25cf Udang masak lemak nogori\n\u25cf Daging si hitam manis\n\u25cf Mac & cheese udang\n\u25cf Mongolian lamb\n\u25cf Kangkung belacan\n\u25cf Kobis goreng\nSantapan Utama C:\n\u25cf Ayam kapitan\n\u25cf Daging kerutuk\n\u25cf Udang Nestum\n\u25cf Siakap lemak kantan\n\u25cf Mussel Kam Heong\n\u25cf Seafood pescatore\n\u25cf Honey lemon crispy fish bone\n\u25cf Fried pak choy\n\u25cf Pucuk paku lemak kuning\nSantapan Utama D:\n\u25cf Ayam goreng berempah\n\u25cf Lala black pepper\n\u25cf Udang galah diraja\n\u25cf Siakap lemak kantan\n\u25cf Mutton varuval\n\u25cf Mac & cheese mussels\n\u25cf Udang cili kering/glass noodle\n\u25cf Pajeri terung/nenas\n\u25cf Kailan ikan masin\nCondiments served:\n\u25cf Sambal belacan\n\u25cf Air asam kerisik\n\u25cf Sambal kicap\n\u25cf Sambal tempoyak\n\u25cf Sambal kelapa\n\u25cf Sambal belimbing buluh\n\u25cf Cocktail\n\u25cf Budu\n\u25cf Cincalok\n\u25cf Sambal kerisik\nPencuci mulut\nTidak ketinggalan, hidangan penutup yang enak adalah pencuci mulut yang wajib ada untuk anda. Nikmati kepelbagaian manisan memukau seperti:\n\u25cf Hirisan kek (3 jenis)\n\u25cf Kek penuh (2 jenis)\n\u25cf Puding (5 jenis)\n\u25cf Kuih Muih Melayu (10 -15 jenis)\n\u25cf Kurma (2 jenis)\n\u25cf Aiskrim Malaysia\nKetam Viral juga menawarkan suasana yang sempurna untuk tempahan Jamuan Ramadan Persendirian iaitu dengan menyediakan bilik VIP \u2013 \u2018Ketam Nipah\u2019 & \u2018Ketam Bunga\u2019 yang boleh memuatkan jumlah pax yang besar sehingga 12 orang di setiap bilik. Anda boleh menikmati suasana ruang makan yang luas, selesa, dan penuh dengan ciri artistik. \nKetam Viral menyediakan pengalaman yang sangat mewah ini di sepanjang Ramadan dengan bayaran bilik persendirian ini bermula dari RM200 untuk setiap bilik, tertakluk pada kekosongan.\nUntuk tempahan biasa, tempat duduk akan diatur dengan teliti bagi memastikan ruang yang mencukupi dan selesa di antara para pelanggan. Harga yang ditawarkan ini amat berbaloi dengan pengalaman makan dan suasana yang\nakan anda alami:\nEarly Bird Specials: RM142+ (Jimat RM20) \u2013 bermula 25 Februari hingga 16 Mac 2023.\nHarga Biasa RM162+\nHarga kanak-kanak pada RM85+ (antara 3-10 tahun)\nKanak-kanak (bawah 3 tahun) \u2013 Percuma\nBoleh WhatsApp atau hubungi Ketam Viral untuk tempahan atau anda boleh layari laman web untuk maklumat lanjut.\n\n\n @myresipi\nBuffet Ramadan @ketamviral_my. Lebih 100 sajian menarik, Tak Lapuk Dek Zaman\ud83d\ude0d #myresipi #buffetramadhan2023 #fyp #buffetramadhan \n \u266c Ramadhan Tiba \u2013 FADLI AZ \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/ketupat-sotong-kelantan/", "title": "Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan, Manis & Berlemak Sangat Sedap!", "body": "\nKetupat sotong merupakan salah satu manisan yang terkenal berasal dari negeri Pantai Timur. Namun ada perbezaan di antara ketupat sotong Kelantan dan Terengganu.\nVersi Kelantan berwarna coklat, pekat dan lebih manis, menggunakan gula melaka @ nise. Berbeza dengan Terengganu yang lebih bersantan dan kurang manis.\nSemuanya punya kelebihan dan keenakan yang tersendiri. Nak cuba rasa Ketupat Sotong versi Kelantan? Saudari\u00a0Zurila Ghani\u00a0ada kongsikan resipinya.\nResipi Ketupat Sotong Kelantan\nBahan-bahan:\n\n2 cawan beras pulut\n1 kotak santan\u00a0Sedikit garam\n1 kilo sotong segar\n2 keping nise atau gula melaka\n1 biji bawang merah | dihiris\nSedikit halia | dihiris\n3 helai daun pandan\nSedikit halba\nAir secukupnya\n\nCara memasak:\n1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.\n2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.\n3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.\n4. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.\n5. Buka api. Biar sehingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.\nSelamat mencuba!\nKredit: Zurila Ghani\n"} {"url": "https://myresipi.com/kfc-golden-egg-crunch-kembali-lagi-2023/", "title": "KFC Golden Egg Crunch Kembali Lagi! Tahun Lepas Memang Famous & Ramai Suka", "body": "\nGolden Egg Crunch, menu yang paling dinanti-nantikan di KFC kembali lagi!\nSempena Tahun Baharu Cina, KFC membuat \u2018comeback\u2019 sekali lagi untuk 2023. Perisa ini telah diperkenalkan beberapa tahun yang lalu.\nPenggemar ayam goreng \u2018Hot & Spicy\u2019 KFC pasti tahu kelazatannya. Bayangkan jika ayam goreng ini disaluti dengan rempah ratus, telur masin, daun kari dan selasih.\n\nRasa telur masin dan aroma rempah pada ayam tu pasti membuka selera dan keinginan kalian untuk menikmatinya sepanjang masak.\nTapi seperti biasa, menu istimewa ini hanya untuk waktu yang terhad sahaja. Jadi kalau tak nak melepas, dapatkannya segera di KFC berdekatan anda sekarang!\nBaca juga: Beli Ayam Goreng KFC Dapat Saiz Kecil? Jangan Risau, Ikut Saja Langkah Ini Untuk \u2018Tukar\u2019 Ayam Baru\n"} {"url": "https://myresipi.com/kfc-malaysia-paling-sedap/", "title": "Mat Salleh Ini \u2018Claim\u2019 KFC Malaysia Paling Sedap Lepas Cuba Semua Francais Seluruh Dunia, Pergh!", "body": "\nBagi pencinta ayam kentucky, korang sanggup travel serata dunia semata-mata nak merasa KFC? Bunyi macam gila kan, tapi tidak bagi seorang lelaki yang berasal dari UK ini.\nMenerusi laporan dari Daily Mail, mat salleh yang juga merupakan peminat tegar KFC ini telah mendapat tawaran hidangan ayam percuma selama setahun selepas dia mencuba pelbagai restoran francais lebih 50 negara.\nBaca juga: Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal, Jiran Cina Siap \u2018Order\u2019 KFC Sebagai Ganti\nDikenali sebagai Kamlesh Mistry, 37, yang berasal dari Watford ini menyatakan dia mula sukakan ayam goreng KFC ketika berusia 12 tahun lagi.\n\nSejak itu, Kamlesh mengembara ke seluruh pelosok dunia untuk mengetahui restoran KFC yang menyajikan hidangan terbaik.\nKamlesh yang bekerja sebagai pengarah teknikal sudah mencuba ayam goreng terkenal dunia itu di lebih 50 negara termasuk di Reykjavik di Iceland, Tallinn di Estonia dan Minsk di Belarus.\nSemua usaha itu membuahkan hasil apabila Kamlesh dinamakan sebagai KFC Super Fan yang pertama di dunia pada 2020 dan diberikan hidangan ayam percuma selama setahun.\n\n\u201cSetiap kali melancong bersama rakan dan keluarga, saya sentiasa menjamu selera di restoran KFC negara lain untuk membandingkan hidangannya dengan menu di UK.\n\u201cBegitulah saya sempat makan di restoran KFC di lebih 50 negara berlainan yang membantu saya memenangi pertandingan bagi KFC Super Fan pada tahun itu.\n\u201cSaya berasa amat gembira dengan gelaran KFC Super Fan kerana ia merupakan peluang hebat apabila bertemu dengan individu baharu di tempat kerja,\u201d katanya.\nSementara itu, Kamlesh berkata, restoran KFC di Malaysia menawarkan hidangan yang terbaik.\n\u201cRestoran KFC di Kuala Lumpur sememangnya mempunyai menu yang paling menarik.\n\u201cSaya suka makanan pedas dan restoran KFC di negara itu menawarkan banyak pilihan hidangan demikian.\n\u201cReykjavik pula adalah restoran KFC paling pelik yang pernah dikunjungi malah saya terkejut apabila melihatnya di sana,\u201d katanya.\nSelepas memenangi pertandingan itu, Kamlesh menerima bekalan hidangan ayam selama setahun dalam bentuk baucar elektronik yang bernilai 400 pound (RM1,987) serta baju, pelitup muka dan t-shirt KFC.\n\nFuhh, kaki foodie dia lain machiemm\nSumber: Utusan Malaysia\n"} {"url": "https://myresipi.com/kfc-tawar-3-snack-plate-pada-harga-rm33-sahaja-bermula-12-disember/", "title": "KFC Tawar 3 Snack Plate Pada Harga RM33 Sahaja Bermula 12 Disember", "body": "\nSebut je ayam goreng, pasti KFC yang muncul dahulu dalam kepala kan?\u00a0Ini saat terbaik untuk anda dapatkan ayam goreng KFC dengan harga yang murah dan bolehlah anda belanja keluarga dan rakan-rakan anda.\nKFC tampil dengan promosi cukup gempak iaitu 3 set Snack Plate\u00a0hanya berharga\u00a0RM33 sahaja. Betul ke ni? Ya anda tidak salah lihat kerana promosi ini memang betul-betul murah.\n\nIstimewanya promosi ini, ia akan berlangsung selama\u00a03 hari\u00a0iaitu bermula pada\u00a012 Disember 2022\u00a0dan akan berakhir pada\u00a014 Disember 2022. Anda boleh mula membuat pesanan bermula dari\u00a0jam 10 pagi hingga 10 malam.\nPromosi ini hanya sah untuk\u00a0self collect.\u00a0Maksudnya anda perlu memesan secara atas talian di laman web KFC dan mengambilnya di cawangan yang dipilih.\nPromosi ini tidak sah untuk delivery\u00a0dan\u00a0in-store order\u00a0(pesanan di kedai). Pembelian juga terhad kepada 2 set \u20183 Snack Plate For RM33\u2019 sahaja.\nBaca juga: Beli Ayam Goreng KFC Dapat Saiz Kecil? Jangan Risau, Ikut Saja Langkah Ini Untuk \u2018Tukar\u2019 Ayam Baru\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/khairul-aming-sambal-nyet/", "title": "Khairul Aming Beri Penjelasan Ekoran Pembungkusan Sambal Nyet \u2018Leaking\u2019", "body": "\nSebut je Khairul Aming, mesti semua orang terngiang-ngiang suara voive-over dia dalam content masakan.\nBaru-baru ini, tular satu video seorang pembeli mengkritik cara pembungkusan Sambal Nyet yang dikatakan kurang kemas di TikTok.\nVideo Penuh:\n\n\n @cikgusamm\nMmmm.. kena improve ni #cikgusamm #cikgusammtips #packaging #sambal #sambalpenyet #khairulaming #khairulamingrecipe @Khairulaming \n \u266c Feeling Happy ( Positive Upbeat ) \u2013 PIANissimO \n\n \nMenurut pembeli yang dikenali sebagai Cikgu Sammi itu, botol yang dia dapat bocor dan menyebabkan minyak produk tersebut banyak meleleh keluar dalam bungkusan.\nBaca juga: Ayam Bakar Thai Ala Resipi Khairul Aming, Cicah Dengan Sos Pedas Padu Gais!\nSusulan video yang tular itu, Khairul Aming menjawab isu tersebut menerusi rakaman tersebut:\n\n\n @khairulaming\nIni penjelasan kenapa kita tak pakai extra kotak untuk sambal nyet. Maaf di atas kebocoran sambal dan terima kasih @CikguSamm| Coach Biz & Produk for the feedback! \ud83d\ude0a #makanlokal #sambalnyet \n \u266c original sound \u2013 Khairulaming \u2013 Khairulaming \n\n \nMenerusi perkongsian di atas, dia menjelas apakah sebab beserta dengan data yang dikumpul.\nTak terkecuali, Khairul Aming juga akan menggantikan sambal baru kepada pembeli tersebut.\nYang buat min kagumnya adalah, cara dia jelaskan satu persatu dan uruskan isu ini macam kacang je. Bukan min je, tapi ramai netizen puji sebab senang nak faham.\nKita boleh lihat beberapa komen yang memuji tindakan Khairul Aming ini sebagai seorang yang matang dan profesional.\n\n\n\n\n\nNama Khairul Aming sebelum ini pernah menjadi bualan hangat selepas pengurusnya \u2018buat hal\u2019.\nNamun cara dia berhadapan dan selesaikan isu berkenaan telah dipuji ramai. Kipidap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/khasiat-3-jenis-buah-tembikai-yang-anda-perlu-tahu/", "title": "Khasiat 3 Jenis Buah Tembikai Yang Anda Perlu Tahu", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-14 03:42:34\n\n\nTahukah anda? Buah tembikai mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan. Kalau kita tahu tentang khasiat-khasiat yang ada dalam tembikai ini, pasti kita akan memakannya setiap hari. Buah tembikai ini bukan sahaja mengandungi rendah kalori dan lemak, tetapi juga mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat beberapa jenis buah tembikai yang sering menjadi kegemaran orang ramai. Antaranya adalah tembikai merah, tembikai susu dan tembikai wangi. Oleh itu, jom kita lihat khasiat-khasiat terdapat dalam ketiga-tiga buah tembikai ini yang dikongsikan oleh UPMC Health Beat.\u00a0\n\nKredit: Redaksi\n\u00a0\n1. TEMBIKAI MERAH (WATERMELON) \n\nKredit: Wanista\u00a0\nTembikai merah ini boleh dikenali dengan warna cerahnya, yang bukan hanya nampak menyelerakan tetapi juga turut menambah manfaat dari segi pemakanan. Antara khasiat yang terkandung dalam tembikai\u00a0merah ini termsuklah Likopen dan Fitonutrien. Manfaat Likopen ini mempunyai tahap antioksidan yang kuat. Ianya dapat membantu mencegah kerosakan sel, dan turut membantu mencegah beberapa jenis barah. Secara saintifiknya, semakin pekat warna tembikai, semakin banyak kandungan Likopen terdapat di dalamnya. Bagi khasiat Fitonutrien pula, manfaatnya adalah ianya mampu meningkatkan kekuatan kardiovaskular dalam diri seseorang. \n\u00a0\n2. TEMBIKAI SUSU (HONEYDEW) \n\u00a0\nKredit: USDA\nTembikai susu ini sangat terkenal dengan rasa manis-manis lemak yang kuat dan menyelerakan berbanding tembikai lain. Tahukah anda? Tembikai susu ini memberi gula semulajadi yang akan terus memberi tenaga kepada sel tubuh kita sepanjang hari. WaIaupun rasa lemak tembikai ini kuat, hakikatnya kandungan lemak buah ini juga rendah. Tembikai susu ini juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral utama seperti Vitamin C, Vitamin B, Kalium, dan Tembaga.\nKalium merupakan mineral penting yang terdapat dalam tembikai susu ini. Ianya berfungsi\u00a0 untuk mengekalkan kesihatan jantung dengan memastikan degupan jantung kita dalam kadar yang teratur. Selain itu, Tembaga pula membantu dalam pertumbuhan semula sel kulit, yang menjadi kunci utama kulit yang sihat. Vitamin B di dalam buah tembikai ini bertindak membuang toksin-toksin dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit. Manakala Vitamin C pula terbukti dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, seperti dengan menguatkan tisu serta meningkatkan fungsi otak yang sihat. \n\u00a0\n3. TEMBIKAI WANGI ( CANTELOUPE) \n\nKredit: MedicalNewsToday\nTembikai ini juga menjadi antara kegemaran orang ramai untuk memakannya. Antara khasiat yang terdapat dalam buah tembikai wangi ini termasuklah Karatenoid, Folat dan Vitamin A. Khasiat Karatenoid ini berfungsi sebagai antioksidan yang kuat untuk membantu mengekalkan fungsi mata yang sihat. Ini sangatb penting kerana penglihatan merupakan salah satu nikmat yang paling besar untuk kita gunakan dalam kehidupan. Oleh itu, penting untuk kita menjaga penglihatan kita dengan memakan buah-buah sihat seperti tembikai wangi ini. Selain itu, Folat pula berfungsi untuk memelihara sel-sel dalam badan kita. Ia juga menjadi elemen penting untuk pertumbuhan sel yang sihat. \n\u00a0\nSekiranya anda baru mula memakan buah-buahan untuk kesihatan, amalkan memakan buah tembikai ini kerana manfaatnya sangat banyak untuk tubuh badan kita. Semoga maklumat ini berguna untuk semua. Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk sentiasa berkonsultasi dengan doktor mengenai kesihatan diri.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/khasiat-garam-bukit/", "title": "Tak Sangka Garam Bukit Ada 7 Khasiat Ini, Modal Tak Sampai RM10 Kalau Nak Beli!", "body": "\nPernah tertanya tak mengapa ada banyak garam bukit bersepah jual di pasaraya, drugstore mahupun kedai runcit? Ada yang dibuat scrub untuk badan, produk pencuci muka, mandian, dan sebagainya.\nKalau dalam masakan, garam ini antara bahagian terpenting untuk menyedapkan makanan. Garam bukit adalah garam tulen yang di temui di kawasan berbukit dan gunung-ganang. Seperti garam biasa, ia tak ditapis dan hadir dalam bentuk kristal tulen.\u00a0\nBaca juga: Serbuk Seasoning Cendawan \u2018Homemade\u2019, Perasa Semulajadi Tanpa Garam Dan MSG\u00a0\nJadi, garam bukit bebas dari bahan kimia dan boleh digunakan dalam makanan tanpa perlu risau tentang kesan sampingan. Ia juga terbentuk secara semulajadi apabila air laut atau air tasik menyejat dan meninggalkan natrium klorida yang asli.\nJom kita lihat antara tujuh khasiat garam bukit yang baik untuk tubuh badan kita.\n\n\n1. Mengalakkan penghadaman\nBagi anda yang mempunyai masalah sembelit, pedih ulu hati, kembung perut dan masalah berkaitan perut yang lain, ia boleh dijadikan sebagai ubat di rumah untuk membantu penghadaman.\nDisebabkan garam ini mempunyai mineral dan vitamin semulajadi, ia dapat mengalakkan pergerakan usus dan bantu membersihkan toksik dalam usus. Apabila proses penghadaman berjalan dengan lancar, berat badan juga secara tak langsung akan menurun.\n\n2. Meningkatkan metabolisma\nIa dapat merangsangkan metabolisma untuk meningkatkan lagi fungsi badan. Disebabkan garam ini mudah menyerap mineral dan air, ia dapat membantu kekalkan keseimbangan elektrolit tanpa jejaskan tekanan darah.\n\n3. Meningkatkan sistem imun badan\nDisebabkan ia kaya dengan vitamin K, garam bukit ini dapat membantu untuk menguatkan tulang serta tingkatkan lagi imunisasi badan. Jadi, konsum garam ini dalam makanan dapat menhalang penyakit yang selalu menyerang imun badan kita.\n\n4. Mencantikkan kulit\n\nBukan sahaja banyak khasiat, tetapi ia juga boleh menjadi produk kecantikan. Kaum wanita memang tak dapat lari dari menjaga kejelitaan. Jika ia dibuat sebagai skrub wajah, kulit akan sentiasa lembap dan dapat menanggalkan sel kulit mati.\u00a0\nResipi skrub muka homemade:\n\nGaram bukit\nMinyak badam\nMinyak zaitun\n\n\n5. Dapat berikan kelegaan pada sengal otot\nKalau selalu lenguh atau sengal otot, bolehlah gunakan garam merah jambu ini. Disebabkan ia bahan pengelupasan dan bersifat anti keradangan, jadi ia dapat diserap oleh badan dan memberikan kelegaan.\u00a0\nCaranya, hanya rendam bahagian otot yang sengal ke dalam air yang dicampurkan dengan garam bukit ini.\n\n6. Melegakan stres badan\nKonsum garam ini dalam masakan atau mandian air suam dapat melegakan stres badan dan mengaktifkan otak. Bukan itu sahaja, ia dapat berikan kesan yang tenang dan perasaan gembira apabila sudah penat seharian bekerja atau belajar.\n\n7. Meningkatkan sistem pernafasan\nAmat baik digunakan untuk sesiapa yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, alergi dan jangkitan sistem pernafasan. Apabila kita bernafas dengan garam bukit yang dijadikan hiasan, partikel garam itu akan diserap ke dalam paru-paru dan dapat meluaskan saluran pernafasan yang sempit itu.\nBukan itu sahaja, ia dapat mebunuh anti virus, anti bakteria serta mikroorganisma yang tumbuh dalam paru-paru.\n\nBanyakkan khasiat dari garam merah jambu ini. Tapi jangan terlebih ambil pula tau. Kita harus mengikut saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 1 sudu teh (5g) garam dalam sehari.\nSemoga bermanfaat!\n\nSumber: Root Of Science, Pharmeasy\n"} {"url": "https://myresipi.com/khasiat-madu-untuk-kesihatan/", "title": "Khasiat Madu Yang Tiada Tandingan Lebih-Lebih Lagi Untuk Kesihatan", "body": "\u00a0\n\nAdakah anda sedar bahawa khasiat madu sangat banyak? Madu juga sesuai dijadikan petua dan amalan yang dapat memberi manfaat kepada penggunanya.\nDalam perkongsian ini, kita akan mempelajarai apa petua dan amalan yang boleh dilakukan menggunakan madu.\nAntara Petua Madu Yang Perlu Kita Tahu:\n\nPetua madu dengan lada putih untuk clearkan mukus dan kurangkan risiko darah tinggi.\nPetua madu dengan limau kasturi untuk burn belly fat.\nPetua madu dengan talbinah (barli) untuk merawat kegelisahan hati dan kesedihan.\nPetua madu dengan kayu manis untuk mengurangkan jeragat.\nPetua madu dengan bawang putih bakar untuk tingkatkan nikmat suami isteri.\nPetua madu untuk cirit birit.\n\nBanyak lagi petua yang ada dalam posting yang sebelum ini.\nHarini saya nak kongsikan amalan Rasulullah SAW.\nIbnu al-Qayyim menyatakan,\n\u201cNabi SAW biasa minum madu dicampur dengan air semasa perut kosong dan ini adalah rahsia mengekalkan kesihatan yang baik yang tiada siapa boleh faham kecuali seorang yang pintar dan diberkati.\u201d(Zaad al-Ma\u2019ad|34)\nAntara Khasiat Amalan Ini:\n\nDetoks badan dengan melancarkan fungsi hati, buah pinggang dan sistem penghadaman. Orang yang ada gastrik teruk, gerd elok amalkan ini.\nMengurangkan simptom alergi. Orang yang selalu flares teruk boleh cuba ya.\nMeningkat sistem imun badan. Bagus sangat untuk orang yang ada masalah low immune system terutama sekali yang ada penyakit kronik yang menganggu fungsi sistem badan.\nMembantu dalam penurunan berat badan. Boleh perah limau kasturi atau lemon cuma lepas minum acidic drink ni, eloklah kumur terus mulut dengan air supaya sisa asid dalam mulut tak merosakkan lapisan gigi.\nBuat kulit lebih bersih dan cantik. Saya suka sarankan orang yang ada masalah jerawat teruk, muka selalu breakout sana sini, bisul tumbuh sana sini cuba amalkan ini.\n\n\nBanyak sangat kegunaan madu ini. Semoga bermanfaat.\nSumber: Mastura Rashid\nBaca juga:\nCara Buat Pati Lemon Madu, Elok Untuk Kurangkan Batuk & Turunkan Paras Kolestrol\n"} {"url": "https://myresipi.com/khasiat-minum-air-rendaman-asam-keping/", "title": "Ramai Tak Tahu Khasiat Minum Air Rendaman Asam Keping, Sekelip Mata Migrain Hilang!", "body": "\nRamai yang tak tahu khasiat minum air rendaman asam keping yang boleh hilangkan pening migrain dan sakit kepala dalam sekelip mata, macam magik!\nTak salah kalau ada yang nak ikhtiar cara tradisional di samping makan ubat yang diberikan oleh doktor. Jom baca dan cuba amalkan petua yang dikongsikan oleh Puan Emma Wan Noordin di bawah.\nBaca juga: Petua Supaya Nasi Lambat Basi, Hanya Letak Satu \u2018Bahan\u2019 Ini Semasa Ditanak\nKhasiat Minum Air Rendaman Asam Keping\nDah seminggu sakit kepala teruk hari2 kena makan panadol. Tu pun kadang tak hilang.\nCall mak.. Dia cakap try minum air asam keping ni. Rendam je sekeping dalam air suam biasa, tunggu 10 minit.\u00a0\n\nLepas minum separuh gelas tu. Terus hilang pening migrain. Macam magik je. Terkezut gigirl. Ni tak yah makan ubat dah. Minum je air ni.\nNi untuk sakit kepala yang boleh rawat dgn panadol lah. Kalau teruk guna pain killer morfin apa tu tak pasti menjadi ke tak.\nMinum lepas makan ya. Bukan perut kosong.\nSumber: Emma Wan Nordin\n"} {"url": "https://myresipi.com/kicap-cap-kipas-udang/", "title": "Ini Sebenarnya Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu", "body": "\n\nSiapa je yang tak kenal Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL dekat Malaysia ini kan?\nSejak dari kecil, memang ini antara jenama yang mak-mak kita akan pakai untuk makan harian sampailah turun dekat kita pula.\nTapi. terdapat kekeliruan di sebalik sejarah sebenar lahirnya kicap tersohor itu.\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Ayam Masak Kicap Pekat & Pedas\nSelalunya kita dengar kejayaan Kicap Cap Kipas Udang dikaitkan dengan Haji Lambak bin Mohamed dari Johor yang dikatakan adalah pengasasnya.\nHaji Lambak menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Larkin Jaya (Johor) pagi 22 Jun 2020 dalam usia 100 tahun.\nNamun, sejarah yang tepat berkait isu siapakah pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang itu terletak pada jenamanya \u2013 HABHAL.\nHABHAL itu sendiri adalah pengasas sebenar kicap tersebut.\n\u00a0\nHaji Ahmad Bin Haji Abdul Latif\nHABHAL adalah ringkasan nama Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif. Beliau adalah satu-satunya saudagar kicap di Nusantara.\nBeliau adalah anak kepada Haji Abdul Latif bin Nurudin yang lebih dikenali sebagai Syeikh Abdul Latif Al-Malakawi.\nSyeikh Abdul Latif adalah seorang tokoh alim tersohor di Nusantara. Beliau banyak berdakwah di Singapura dan Melaka, dan mempunyai syarikat percetakan Latifiah Press di North Bridge Road yang beroperasi dari tahun 1920 hingga 1939.\nHaji Ahmad lahir di Tengkera (Melaka) pada tahun 1900 tetapi dibesarkan di Singapura.\nPada tahun 1945, beliau telah membeli sos soya dari seorang peniaga Cina. Beliau kemudiannya menambah bahan-bahan dan perisa tambahan kepada sos tersebut hingga terciptanya sos kicap yang ada sekarang.\n\nMaka sejak itulah beliau memulakan perniagaan menjual kicap ciptaannya itu di rumahnya di Jalan Mangga (Kampong Ubi).\nSelepas Haji Ahmad meninggal dunia, perniagaannya diteruskan oleh anaknya, Haji Zaini dan dilanjutkan pula oleh isteri Haji Zaini, Hajjah Sa\u2019adiah binte Buyong.\nPada tahun 1981, perniagaan kicap HABHAL berpindah operasinya ke Lorong Pemuda (Kampong Melayu Majidee, Johor) di bawah syarikat Jalil Enterprise.\nPada 25 November 1986 pula, Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd yang diasaskan oleh Haji Lambak telah mengambil-alih operasi perniagaan kicap HABHAL dari syarikat Jalil Enterprise dengan memulakan operasinya di Jalan Tahana (Johor) sehinggalah ke hari ini.\nBegitulah sekilas sejarah pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL yang juga merupakan bapa kepada pelawak tersohor awal tahun 1960 hingga 1980-an di Singapura, \u2018Mahmood Kicap\u2019.\n\nSumber: Facebook Kisah Sejarah Melayu\n"} {"url": "https://myresipi.com/kimbap-daging/", "title": "Kimbap Daging Guna Daging Korban, Memang Sedap Sambil Layan K-Drama", "body": "\nApa kata kita buat Kimbap Daging menggunakan daging korban yang disedekahkan oleh jiran tetangga atau pihak masjid. Kadang bila tak tahu nak masak apa, memang dilema juga perasaan ini.\nHidangan ini juga dikenali sebagai maki sushi atau nasi gulung korea. Kimbap adalah makanan ringan korea yang diperbuat daripada nasi putih dan ditambah dengan bermacam-macam bahan lain kemudiannya digulung dalam lapisan seaweed kering.\nBaca juga: Japchae Ikut Tekak Melayu, Korea Glass Noodle Yang Sedap Dan Rugi Tak Cuba!\nKalau dikorea dikenali sebagai kimbap, di Jepun pula dipanggil sebagai sushi. Yang membezakan kedua kudapan ini adalah penggunaan minyak bijan dan juga cuka.\nNak mencuba kimbap daging ini, jom kita lihat bagaimana cara penyediaannya dengan mengikuti perkongsian dari Cik Puan Nur Anny Sofia ini.\n\nRESIPI KIMBAP DAGING ALA KOREA\n\nBahan nasi dan perasa:\n\nBeras sumo dalam 2 cawan\u00a0\nSushi Vinegar \u2013 1 sudu makan\u00a0\n\nBahan-bahan lain:\n\nNori/seaweed\u00a0\nSosej \u2013 yang dah siap direbus\nFilamen stick- juga siap direbus\nDanmuji (Radish Pickles) \u2013 Potong Panjang\n1 batang timun jepun \u2013 potong panjang then goreng bersama minyak bijan\nTelur dadar dipotong panjang\nBayam \u2013 Celur dan buang air dan gaul bersama minyak bijan\nCarrot \u2013 potong halus dan goreng sekejap bersama minyak bijan\n\nBahan isi:\n\nSpicy fish cake yang dah dimasak \u2013 potong nipis kemudian gaul bersama gochugaru, gula, soy sauce, dan tumis\u00a0\nDaging goreng \u2013 Gaul daging terlebih dahulu dengan soy sauce, daun bawang, garlic and minyak bijan and baru goreng sampai masak\nHalal Chicken Luncheon Meat\u00a0\nKimchi \u2013 optional\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Mula-mula sediakan nasinya dahulu. Cuci beras bersih-bersih, dan masak dalam periuk nasi. Lebihkan air untuk dapatkan nasi yang lembik.\n2. Dalam bekas lain, satukan nasi bersama sushi vinegar. Kacau sebati sehingga larut.\n3. Selepas itu sedia untuk buat roll kimbap. Bentangkan bamboo mat.\n4. Letak nori/seaweed. Kemudian ambil nasi dan ratakan kat atas permukaan seaweed..nk cantik mcm saya punya kimbap..ratakan nasi nipis sahaja.\n5. Susun bahan-bahan isinya..jgn kedekut kalau nak isi banyak! filling boleh pilih diantara basic atau saya punya version.\n6. Gulung dengan ketat dan mampat.\n7. Selepas itu buka bamboo mat, dan keluarkan roll kimbap tadi. Potong ikut saiz yang tak terlalu nipis.\n8. Sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi Kimbap Daging ini.\nBaca juga: Bebola Nasi Atau Jumeok-Bap Ala Korea, Laku Habis Anak Anak Makan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kimchi-tekak-melayu/", "title": "Lebih 1.2K Shares, Resipi Kimchi Tekak Melayu Ini Raih Perhatian, Guna Saja Bahan Yang Ada!", "body": "\nJom buat kimchi tekak melayu! Barulah \u2018feel\u2019 nak makan jeruk lobak dengan apa juga hidangan sambil layan Kdrama.\u00a0\nMacam yang semua tahu, kimchi merupakan salah satu menu makan Korea yang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan negara ini. Malahan, sudah ada peniaga tempatan yang menghasilkan kimchi dijual di pasaraya-pasaraya.\nKhasiat kimchi sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kerana mengandungi nilai nutrisi yang mencukupi kerana sayuran mentah yang digunakan. Kaedah penapaian kimchi turut menghasilkan mikrob yang baik untuk tubuh kita.\nBaca juga: Selalu Tengok K-Drama? Ini 7 Makanan Korea yang Korang Patut Cuba\u00a0\nSelain itu ia turut mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi serta sangat disarankan untuk mereka yang sedang berdiet. Terdapat pelbagai lagi manfaat kimchi ini dan telah dibuktikan secara saintifik oleh para penyelidik.\nNamun, jangan sampai salah cara membuatnya, khasiat tak dapat, malahan dapat peny4kit pula. Sentiasa utamakan kebersihan setiap bahan yang digunakan.\nMenerusi laman Facebook, Ika Ezzati Kamal telah berkongsi cara mudah membuat kimchi tekak melayu hingga meraih sehingga 1.2k shares! Memang ramai rupanya suka \u2018adjust\u2019 ke arah kemelayuan walaupun suka ulam korea ini. Hiks! Jom kita tengok.\n\nRESIPI KIMCHI TEKAK MELAYU\n\nAl kisahnya, tadi pergi pasaraya. Tengok seksyen clearance barang basah terjumpa kobis panjang RM1.20 seikat besar. Nak layu-layu sikit kat bahagian luar tapi dalam elok lagi. Pulak ada jugak lobak putih tapi patah muncung dah 50sen. Carrot 3 batang 1 plastik 98 sen yang hitam satu. Kitanya teringin nak makan kimchi.\nAlang alang tu beli jelah. Merajinkan diri buat. Kadang kalau beli yang ready made selalunya acidity dia too much. Pastu pedas sangat. I kennot tahan. Sudahnya terhasil 4 botol untuk stok setahun. Kos semua, RM2.70. Garam, gula, bawang, halia, kicap, sotong, serbuk cabai, tepung beras memang ada kat rumah dah. Harini tidur peluk kimchi sebab rasa menang membeli.\nBahan-bahan potong:\n\nKobis panjang \u2013 rendam dengan garam 2 jam dan bilas 3x\nBawang holland\u00a0\nDaun bawang\u00a0\nLobak putih\nCarrot\n\nBahan kisar:\n\nBawang besar 1 biji\nBawang putih 1 labu\nHalia 1 inci\nSebiji buah lai atau epal merah \u2013 optional\nUdang kering 2 jemput\n\nBahan perisa:\n\nSerbuk cili \u2013 ikut tahap kepedasan masing-masing\nGaram\nGula\u00a0\nKicap ikan atau kicap sotong \u2013 secukup rasa\nTepung beras dimasak atas api sampai kental\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Gaul semua bahan di atas dengan sebati.\n2. Masukkan dalam bekas kegemaran.\n3. Tinggalkan sikit ruang udara sebab proses penapaian mengeluarkan gas. bimbang buka2 tuppaware meletup kena muka.\n4. Nak cepat makan, letak kat luar dan biarkan proses penapaian selama 2 hingga 3 hari. Lepastu boleh makan. Lepastu masuk peti sejuk.\n5. Ataupun lepas buat letak je dalam peti sejuk. Harini buat minggu depan makan. Siap!\n\nMemang puas nak makan kimchi tekak melayu ini dengan mi segera atau nasi sambil layan Kdrama. Selamat mencuba semua!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kkm-akan-laksana-pelabelan-kalori-makanan-di-restoran-kafeteria/", "title": "KKM Akan Laksana Pelabelan Kalori Makanan Di Restoran, Kafeteria", "body": "\nKementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Pemakanan akan melaksanakan sebuah projek rintis pelabelan kalori makanan di restoran dan kafeteria pada awal tahun depan, bagi menilai kebolehlaksanaan dasar pelabelan menu di Malaysia.\nMenteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, sebagai permulaan, ia akan dilaksanakan di restoran di Putrajaya selain kafeteria KKM dan kementerian lain serta rangkaian restoran makanan segera.\n\u201cSekarang ini kita (KKM) dalam peringkat perancangan untuk mengenal pasti kafeteria dan restoran yang ingin ambil bahagian dalam projek rintis ini yang bakal dilaksanakan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun.\n\u201cKKM akan sediakan maklumat (kalori) itu supaya mereka (pengusaha) tidak perlu membelanjakan duit untuk konsultan bagi melabelkan menu makanan mereka.\n\u201cCuma kita minta kerjasama daripada pihak pengurusan restoran supaya apabila sudah dibuat maklumat kalori itu, ia dapat diletakkan pada menu di kedai makanan mereka,\u201d katanya.\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Anti Obes-City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan Trim&Fit bagi pelaksanaan di semua kementerian dan jabatan di KKM di sini hari ini.\n\n\nDitanya sama ada projek rintis itu akan menjurus kepada dasar pelabelan menu pada masa akan datang, Khairy berkata, projek itu dibuat bagi melihat perubahan tingkah laku masyarakat.\n\u201cSelepas itu, KKM secara berdasarkan bukti akan tengok dari segi data, dari segi kejayaan projek rintis sebelum kita buat keputusan berkenaan dasar pelabelan wajib kerana ada negara yang sudah wajibkan dan kita akan lihat kesannya,\u201d katanya menambah projek rintis itu akan diperluas di seluruh negara sekiranya berjaya dilaksanakan.\nBeliau berkata, penentuan kalori di restoran akan dilakukan oleh pakar di Bahagian Pemakanan dengan melihat ramuan untuk menghasilkan sajian itu sebelum analisis dibuat.\nSementara itu, program pengurusan berat badan Trim & Fit adalah satu intervensi yang dijalankan mengikut persekitaran tempat kerja bagi memberi peluang kepada penjawat awam berlebihan berat badan dan obesiti menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.\n1 daripada 2 individu Malaysia hidap obesiti\nTinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mencatatkan prevalen obesiti dalam kalangan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas adalah 19.7 peratus manakala 30.4 peratus mengalami masalah lebihan berat badan.\nIa membawa maksud bahawa satu daripada setiap dua individu dewasa Malaysia (50.1 peratus) berlebihan berat badan dan obes.\n\n\nDaripada jumlah itu, masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di agensi dan jabatan kerajaan mencapai 41.4 peratus.\nSumber: Harian Metro\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kobis-goreng-ala-masakan-india-jom-cuba-resepi-gobi-manchurian-sedap-crispy/", "title": "Kobis Goreng Ala Masakan India, Jom Cuba Resepi Gobi Manchurian Sedap & \u2018Crispy\u2019", "body": "Nama masakan kali ini agak sedikit unik iaitu\u00a0 gobi manchurian. Kalau korang nak tahu gobi bermaksud kobis bunga. Manchuria adalah satu kawasan di negara China, tetapi masakan ini dikhabarkan dicipta oleh tukang masak restoren Cina di India.\u00a0Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nGOBI MANCHURIANNama masakan kali ini agak sedikit unik iaitu\u00a0 gobi manchurian. Kalau korang nak tahu gobi bermaksud kobis bunga. Manchuria adalah satu kawasan di negara China, tetapi masakan ini dikhabarkan dicipta oleh tukang masak restoren Cina di India.\u00a0Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n300 g kobis bunga\n\n3 sudu besar tepung jagung\n\n3 sudu besar tepung gandum\n\n2 sudu besar sos tomato\n\n2 sudu kicap soya\n\n1 sudu cili kisar\n\n1 tangkai daun bawang\n\n2 ulas bawang putih\n\n1 inci hirisan halia\n\n2 sudu kecil gula\n\n1 sudu kecil lada sulah\n\nGaram mengikut cita rasa\n\nKredit: Kamarul AriffinCARA PENYEDIAAN\nCuci bersih kobis dan rendam dalam air panas selama 2-3 minit. Tos airnya, dan tinggalkan sedikit air. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam, dan lada sulah.\n\nGaul kobis menggunakan tangan sehingga rata. Bancuh mengikut cita rasa masing-masing. Jangan terlalu tebal, kalau tebal sangat nanti, macam cucur pula.\n\nGoreng kobis sehingga keemasan. Api kena sederhana besar.\n\nTumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Kemudian tumis pula cili kisar sampai garing.\n\nMasukkan sos tomato, kicap manis, air \u00bd cawan, batang daun bawang, garam dan gula secukup rasa.\n\nKemudian letak air bancuhan tepung jagung untuk likatkan sos ini supaya boleh melekat pada kobis.\n\nMasukkan kobis, matikan api, dan gaul sehingga rata.\n\nTaburkan bawang dan siap boleh di makan begitu sahaja.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/koleksi-4-resepi-pencuci-mulut-warna-warni-yang-sedap-sempena-raya-nanti/", "title": "Koleksi 4 Resepi Pencuci Mulut Warna Warni Yang Sedap Sempena Raya Nanti!", "body": "MyResipimyResipi\nKATEGORIPOSTED ON2020-11-25\nJom kami kongsikan 4 resepi pencuci mulut warna-warni unik yang korang boleh cuba raya nanti!\n\n\u00a0\n\u00a0Kek Gulung Bercorak\n\n\n\n\n\nKredit:\u00a0Seismik Makan\n\n\n\n\n\nBahan-bahan:\n60ml Planta (dicairkan)\n70g tepung serbaguna\n18g tepung susu\n60g gula kastor\n3 biji telur (gred A)\n12g ovalet\n1 sudu kecil ektrak vanila\nPewarna gel\n200ml krim putar\n30g gula aising\nCara-cara:\n1. Dalam satu mangkuk, masukkan krim putar dan gula aising, pukul menggunakan mixer sehingga\u00a0stiff peak.\u00a0\n2. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung serbaguna, tepung susu, gula kastor, telur, ovalet dan ekstrak vanila. Pukul menggunakan\u00a0mixer\u00a0pada kelajuan tinggi selama 5 minit.\n3. Masukkan Planta yang telah dicairkan sikit demi sedikit sambil pukul pada kelajuan sederhana sehingga sebati.\n4. Asingkan adunan ke dalam 3 mangkuk yang berbeza dan warnakan 2 daripada adunan dengan warna yang dikehendaki.\n5. Masukkan adunan ke dalam piping bag.\n6. Mula lukis corak\u00a0polka dot ke atas loyang yang telah dilapitkan baking paper\u00a0menggunakan adunan yang telah diwarnakan tadi.\n7. Penuhkan loyang menggunakan adunan yang tidak diwarnakan.\n8. Ketuk loyang pada permukaan meja supaya gelembung udara dapat dikeluarkan.\n9. Bakar selama 15 minit pada suhu 180\u00baC sehingga permukaan kek menjadi perang.\n10. Keluarkan kek daripada ketuhar dan lapikkan permukaan kek dengan\u00a0baking paper.\n11. Terbalikkan kek ke atas permukaan leper.\n12. Sapukan krim putar secara sekata. Masukkan strawberi dan lapiskan dengan krim putar.\n13. Gulung kek dengan cepat menggunakan baking paper.\n14. Rehatkan kek dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum hidang.\n\n\n\n\nSemperit Rainbow\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKredit:\u00a0Seismik Makan\n\n\n\n\n\nBahan-bahan:\n\n250g Planta\n170g susu pekat\n30g tepung kastard\n400g tepung jagung\nPerwarna gel\n\nCara-cara:\n1. Masukkan Planta dan susu pekat ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.\n2. Masukkan tepung kastard dan ektrak vanila dan gaul sehingga sebati.\n3. Masukkan tepung jagung yang sudah diayak sikit demi sedikit dan gaulkan sehingga doh lembut terbentuk.\n4. Asungkan doh ke dalam 4 mangkuk berbeza. Warnakan doh dengan warna yang dikehendaki.\n5. Masukkan doh ke dalam acuan dan picit ke atas loyang\u00a0non-stick.\n6. Bakar biskut semperit selama 15-20 minit pada suhu 160\u00baC. Sejukkan biskut sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.\n\n\n\n\n\n\nKek Marble Jelita\n\n\n\n\n\n\nKredit:\u00a0Seismik Makan\n\n\n\n\n\nBahan-bahan:\n\n1 cawan Planta\n1 cawan gula kastor\n5 biji telur (gred A)\n1 sudu kecil ekstrak vanila\n1/4 cawan susu cair\n2 cawan tepung berserbuk penaik\n\nCara-cara:\n\n1. Dalam satu mangkuk, masukkan Planta dan gula kastor. Pukul menggunakan\u00a0mixer pada kelajuan tinggi selama 5-6 minit sehingga sebati dan kembang.\n2. Masukkan telur satu per satu dan pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan sebati.\n3. Masukkan ekstrak vanila dan susu cair. Pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan sebati.\n4. Masukkan tepung berserbuk penaik sikit demi sedikit dan gaul menggunakan\u00a0spatula\u00a0sehingga sebati.\n5. Asingkan adunan ke dalam 4 mangkuk berbeza. Warnakan adunan dengan warna yang dikehendaki.\n6. Masukkan adunan ke dalam\u00a0piping bag.\n7. Pipekan adunan secara bergilir-gilir ke dalam loyang 8X8 yang telah dilapitkan\u00a0baking paper.\u00a0\n8. Lorekkan corak pada permukaan adunan menggunakan\u00a0chopstick.\n9. Bakar selama 50 minit \u2013 1 jam pada suhu 150\u00baC-160\u00baC, ataupun sehingga kek telahpun masak.Nota: Tutup permukaan kek dengan aluminium foil pada minit ke 25 untuk mengelakkan permukaan kek dari menjadi warna perang.\n\n\n\n\n\n\nBiskut German Warna-Warni\n\n\n\n\n\n\nKredit:\u00a0Seismik Makan\n\n\n\n\n\nBahan-bahan:\n\n130g Planta\n60g gula aising\n100g tepung serbaguna\n100g kanji kentang\n1 sudu kecil ekstrak vanila\nPewarna gel\n\nCara-cara:\n1. Mulanya sekali, panaskan ketuhar pada suhu 160\u00baC.\n2. Dalam satu mangkuk, masukkan Planta, gula aising dan ekstrak vanila. Pukul menggunakan\u00a0mixer\u00a0sehingga sebati.\n3. Masukkan tepung serbaguna dan kanji kentang, dan gaul menggunakan\u00a0spatula\u00a0sehingga doh lembut terbentuk.\n4. Asingkan doh kepada 4 mangkuk yang berbeza dan warnakan dengan warna yang dikehendaki. Sejukkan doh di dalam peti sejuk selama 10 minit.\n5. Bulatkan doh menjadi bentuk bebola seberat 8 gram dan aturkan ke atas loyang\u00a0non-stick.\n6. Leperkan menggunakan garfu.\n7. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160\u00baC. Sejukkan sepenuhnya sebelum simpan dalam balang.\nPlanta boleh digunakan untuk menaikkan rasa dan aroma wangi pelbagai jenis masakan!\nSatu ramuan, tetapi boleh digunakan untuk pelbagai resepi. Sangat versatil!\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKredit:\u00a0Planta\n\n\n\n\n\nSelain menambah kenikmatan dalam masakan korang, marjerin Planta juga diperkayakan dengan 9 vitamin iaitu Vitamin \u00a0A, D, E, B1, B2, B6, B12, Asid Folik dan Niasin yang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak tersayang.\nUntuk info tambahan tentang Planta, klik\u00a0di sini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kombinasi-masam-manis-pedas-ini-resepi-kerabu-sotong-ala-thai/", "title": "Kombinasi Masam, Manis & Pedas, Ini Resepi Kerabu Sotong Ala Thai", "body": "Makanan yang berasal dari negara Thailand merupakan antara hidangan yang paling digemari ramai terutamanya rakyat Malaysia. Keistimewaan dan keunikan rasanya mampu membangkitkan selera. Selain daripada tomyam, menu kerabu dan somtam juga adalah antara yang menjadi pilihan ramai. Walaupun nampak simple, tapi rasanya yang masam masam manis boleh buat orang kecur air liur tau! Jadi, hari ini kami ingin kongsikan resepi kerabu sotong yang sangat sedap dan paling penting mudah untuk disediakan. Jom ikuti perkongsian daripada Khadijah Jaafar di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nResepi Kerabu Sotong Ala Thai\nKredit: Khadijah Jaafar\nBAHAN-BAHAN\n6 ekor sotong saiz sederhana\n\n2 biji buah pelam muda \u2013 diracik halus\n\n1 batang daun ketumbar \u2013 dihiris kasar\n\n1/2 biji bawang besar merah \u2013 dihiris nipis\n\n1/2 biji bawang besar holland \u2013 dihiris nipis\n\n1 biji cili merah atau 4 tangkai cili padi merah \u2013 dihiris\n\n1 biji cili hijau atau 4 tangkai cili padi hijau\n\n10 biji tomato ceri \u2013 dibelah dua\n\n1 paket kecil suhun\nBAHAN SOS\n3 sudu besar sos ikan\n\n1 1/2 sudu besar gula perang\n\n2 biji limau nipis \u2013 diambil jus\n\nKredit: Khadijah Jaafar\nCARA PENYEDIAAN\nPanaskan air sehingga mendidih dan celurkan sotong dalam 5 minit. Angkat dan toskan supaya sotong kering.\n\nDalam air rebusan yang sama, celurkan suhun sehingga lembut. Angkat dan toskan.\n\nKemudian, hiris pelam muda, batang daun ketumbar, bawang merah, bawang holland, cili padi dan cili besar.\n\nMasukkan semua bahan ke dalam bekas besar supaya mudah dikacau.\n\nSatukan bahan sos dan tuangkan ke dalam bekas.\n\nRasa dan sesuaikan mengikut selera anda.\u00a0Sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit: Khadijah Jaafar\n\nKredit: Khadijah Jaafar\nSelamat Mencuba\nKredit: Khadijah Jaafar\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/kongsi-resipi-guna-suara-lalat/", "title": "\u201cBaca Mantera Ke?\u201d, Lelaki Kongsi Resipi Guna Suara Lalat Buat Netizen Terhibur", "body": "\nTidak dapat dinafikan aplikasi Tiktok, kini semakin mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malahan serata dunia.\nJika dahulu ia hanya digunakan oleh mereka dari golongan generasi Z (Gen Z) namun kini penggunanya turut terdiri dari orang yang lebih dewasa dan berumur.\nBaca juga: \u201cDah Macam Pengacara 999\u201d \u2013 Netizen Terhibur Gelagat Wanita Ini Buat Content Masakan di TikTok\nDisebabkan penggunaannya semakin meluas, ramai yang telah menjadikannya sebagai platform pembelajaran, hiburan, bisnes malahan tempat berkongsi resipi.\nTerbaru satu video resipi yang dikongsikan seorang pemuda berjaya meraih perhatian orang ramai. Bukan setakat ditonton sebanyak 3 juta kali malahan ianya berjaya mendapat 414 ribu tanda suka dan 21 ribu komen.\nKongsi resipi guna suara \u2018lalat\u2019\nIanya gara-gara suara malas atau lebih tepat umpama bunyi lalat yang digunakan pemuda tersebut dalam menghasilkan video resepi makanan nya itu.\nMenggunakan caption \u2018resipi paling mudah\u2019, cara pemuda tersebut memasak turut menghiburkan orang ramai.\nSetelah beberapa kali mengamati hanya dua perkataaan sahaja yang kami fahami iaitu \u2018dah siap\u2019\n\n\n @sm0lril\nResepi paling easy #myfoodie #dbannedtroops #fypmalaysia\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #fyp\u30b7\n \u266c original sound \u2013 \ud835\udd6f\ud835\udd87\ud835\udd99 \ud835\udd97\ud835\udd8e\ud835\udd91\ud835\udd99\ud835\udd86\ud835\udd8b\ud835\udd86 \ud83d\udc09 \u2013 ril \n\n \nTinjauan min di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan perkongsiannya.\nAda yang berseloroh faham dengan apa yang dikongsikan dan ada juga bertanya sama ada dia mahu berkongsi tips memasak ataupun menangis.\n\n\n\n\n\n\nKalau macam gini kongsi resipi, lalat je lah yang dapat ilmu adoi\n"} {"url": "https://myresipi.com/kopi-dapat-kurangkan-risiko-kematian/", "title": "Korang Pecinta Kopi? Kajian Mengatakan Kopi Dapat Kurangkan Risiko Kematian", "body": "\nMesti tersengih-sengih pencinta kopi bila dah baca tajuk tu kan. Selain mempunyai rasa yang sedap, ia juga mempunyai kebaikan yang tersendiri tau.\nMenurut kajian, kopi dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2, masalah kardiovaskular serta risiko kematian serta banyak lagi.\nBaca juga: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!\nSecawan kopi tanpa gula dapat membuatkan hari seseorang menjadi lebih tenang dan aktif.\nTapi, betul ke kenyataan kat atas?\nBila min dah semak sendiri fakta tersebut, Malaysia Bersuara sudah pun kupas isu ini bagi membuktikan kebenaran perkara tersebut.\nMinum 2 atau 3 cawan kopi dapat panjangkan umur seseorang\nMenerusi laporan Sky News yang petik kajian yang dijalankan oleh Diabetes Research Institute, orang yang minum dua atau tiga cawan kopi sehari dapat panjangkan hayat seseorang.\nKopi serbuk dapat kurangkan risiko kematian paling tinggi\nKopi seperti serbuk, kopi segera atau tanpa kafein pula mempunyai kaitan dengan pengurangan penyakit jantung dan kematian menurut kajian berkenaan.\nRisiko kematian sebanyak 27% dapat dikurangkan jika minum kopi serbuk berbanding kopi segera dan kopi tanpa kafein.\n\n\n5 Kebaikan Minum Kopi\nSelain mempunyai rasa yang sedap kopi juga mempunyai manfaat yang tersendiri terhadap kesihatan kepada yang mengamalnya seperti:\n\nRisiko kematian awal yang rendah kerana kewujudan 1,000 kompaun aktif di dalam kopi.\nMeningkatkan metabolisme glukosa dan sentiviti kepada insulin yang boleh membantu badan bagi proses gula secara efektif.\nMinum enam cawan kopi dapat mengurangkan risiko kepada diabetes jenis 2.\nMiliki kompaun antioksidan di mana ia dapat bantu melindung dan panjangkan jangka hayat seseorang.\nDapat merendahkan risiko masalah kardiovaskular serta risiko kematian.\n\n\nKorang suka minum kopi apa?\n"} {"url": "https://myresipi.com/kopi-tenggek-pontian/", "title": "Korang Penggemar Kopi? Wajib Cuba Kopi Tenggek Jika Singgah ke Pontian", "body": "\nBagi anda yang mungkin bercuti ke Johor atau lebih tepat di Pontian dan ingin merasai keistimewaan kopi yang cukup unik iaitu \u201cKopi Tenggek\u201d \u2014 anda wajib mengunjungi Togez Cafe untuk menikmati rasa luar biasa minuman tersebut.\nNamanya sahaja sudah cukup unik dan mencuit hati, jangan terkejut sekiranya kopi tenggek ini dicari oleh peminat minuman kopi dari seluruh negara datang ke Benut Pontian selepas kisah kopi ini viral di media sosial.\n\nTogez Cafe sebuah gerai di kawasan pesisiran Sungai Pinggan Benut diusahakan oleh Ismail Abu Nawi, 46 tahun.\nArtikel berkaitan: Korang Pecinta Kopi? Kajian Mengatakan Kopi Dapat Kurangkan Risiko Kematian\nMinuman itu yang diberi nama kopi tenggek turut dipanggil sebagai kopi gantung kerana di atas cawan kopi terletaknya penapis.\nJelas Ismail, kaedah meletakkan penapis di atas cawan telah lama dilakukan oleh kedai-kedai kopitiam.\n\nIa dilakukan supaya rasa kopi sebenar dapat dinikmati tanpa bersama keladaknya.\nSetiap hari kopi tenggek dijual antara 50 hingga 200 cawan dan jumlah itu meningkat pada cuti hujung minggu dan cuti am.\n\u201cGerai mula dibuka pada jam 4 petang hingga 2 pagi. Ada pelbagai menu ditawarkan antaranya laksa penang, kacang pool, nasi goreng, mi sup dan mi rebus,\u201d katanya.\n"} {"url": "https://myresipi.com/korang-dah-pernah-cuba-mac-cheese-tealive/", "title": "Korang Dah Pernah Cuba Mac & Cheese Tealive? Beli Dengan Air Dapat Diskaun 20%", "body": "\nSiapa suka beli air dekat Tealive angkat tangan! Kita geng! Selain minuman, rupanya Tealive ada jual makanan jugak tau. Salah satu makanan yang kalian boleh cuba iaitu Mac & Cheese!\nMenerusi TikTok @_foodbabe, pengguna laman sosial tersebut berkongsikan beberapa menu Mac & Cheese yang wajib\u00a0try\u00a0di Tealive!\nTerdapat 3 jenis Mac & Cheese yang ditawarkan iaitu Meletop Aussie Beef, Tom Yam Prawn dan Creamy Chicken Slice.\n\nHarganya juga tidak terlalu mahal, RM14 je. Bukan itu saja, kalau beli dengan air, dapat diskaun 20%. Berbaloi kan?\n\nMenerjah ke ruangan komen, netizen juga bersetuju Mac & Cheese di Tealive sememangnya sangat sedap dan wajib cuba!\n\n \nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @_foodbabe\nkorang dah try mac & cheese dari tealive? kalau beli dengan air dapat 20% off! sedap gila makan panas panas\ud83d\ude0d\ud83e\udd24 #foryou #tealive #macandcheese\n \u266c Sunroof \u2013 Nicky Youre & dazy \n\n \nKredit: TikTok @_foodbabe\n"} {"url": "https://myresipi.com/korang-kena-cuba-nasi-lemak-wrap-roti-canai-serius-padu/", "title": "Korang Kena Cuba Nasi Lemak Wrap Roti Canai, Serius Padu!", "body": "\nBila waktu pagi je mesti pening nak pilih sarapan roti canai atau nasi lemak.\nTapi ada jalan penyelesaiannya, kedai makan ni dah gabungkan kedua-dua makanan autentik ini yang pastinya buat korang terliur nak cuba.\nTengah musim cuti sekolah ini, mesti teringin nak merasai ciptaan unik dari \u2018Abang Terbang\u2019 yang tengah viral di media sosial.\nMenerusi laporan mStar, Abang Terbang atau nama sebenar, Kamarul Rizal Kamarudin, 42, makanan tersebut tercipta disebabkan permintaan kawan di media sosial.\n\nBaca Juga: Cara Buat Nasi Lemak Guna Beras Basmathi, Nasi Cantik Berderai & Tahan Lama\n\nSejak mencuba sendiri resepi unik itu, dia juga tak sangka akan menjadi sedap.\nPaling padu, kalau korang makan dengan kari kambing, katanya sedap macam makan nasi kandar. Fuhh\nKorang boleh lihat sendiri cara pembuatan nasi lemak wrap roti canai ini di bawah.\n\n\n @abangterbang\nReply to @gunz1007 sedap jugak..dia mix dalam tekak..#makanlokal #myfoodie #wraps #xyzbca #roticanai #nasilemak #ditaja\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe\n \u266c bunyi asal \u2013 \ud835\udc7a\ud835\udc68\ud835\udc79\ud835\udc70\ud835\udc6d \ud835\udc69\ud835\udc70\ud835\udc75 \ud835\udc6b\ud835\udc76\ud835\udc73 \u00ae\ufe0e \u2013 \ud835\ude4e\ud835\ude56\ud835\ude67\ud835\ude5e\ud835\ude65\ud835\ude3d\ud835\ude5e\ud835\ude63\ud835\ude3f\ud835\ude64\ud835\ude61\ud835\ude61 \u00ae\ufe0e \n\n \n\n\n @abangterbang\nReply to @vityatravel bila tekak Kau kompius tak tau nak makan Nasi lemak atau roti canai? ini jawapan untuk anda!..\u2019Bulan depan start diet\u2019#nismilan #kolopilah #makanlokal #myfoodie #ditaja\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #xyzbca #roticanai #nasilemak #wraps\n \u266c bunyi asal \u2013 \ud835\udc7a\ud835\udc68\ud835\udc79\ud835\udc70\ud835\udc6d \ud835\udc69\ud835\udc70\ud835\udc75 \ud835\udc6b\ud835\udc76\ud835\udc73 \u00ae\ufe0e \u2013 \ud835\ude4e\ud835\ude56\ud835\ude67\ud835\ude5e\ud835\ude65\ud835\ude3d\ud835\ude5e\ud835\ude63\ud835\ude3f\ud835\ude64\ud835\ude61\ud835\ude61 \u00ae\ufe0e \n\n \nAbang Terbang juga terkejut apabila video penghasilan hidangan itu boleh tular sehingga ditonton lebih 800,000 pengguna media sosial.\nMenurutnya lagi, harga bagi hidangan istimewa itu adalah dalam lingkungan RM5 kerana gabungan roti telur dan nasi lemak.\nBagi korang yang ingin merasai makanan yang unik ini, boleh lah datang singgah ke kedai Abang Terbang yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.\nAlamat: Jalan Muar, Kampung Kuala Dioh, 72000 Kuala Lumpur, Negeri Sembilan\n\nSumber: mStar\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/korang-lactose-intolerant-lelaki-ini-bagi-tip-pilih-susu-yang-sesuai/", "title": "Korang Lactose Intolerant? Lelaki Ini Bagi Tip Pilih Susu Yang Sesuai", "body": "\nBagi peminat susu tetapi juga jenis lactose intolerant, mesti payah betul nak memilih minuman yang sesuai dengan perut.\nNak pula tengok member sebelah selamba je bedal semua jenis susu, mesti cemburu juga kan.\nBaca juga: Susu Ada Macam-Macam Jenis, Tapi Ada Satu Susu Yang Boleh Buat \u2018Potong Kaki\u2019!\nTak perlu risau dah, untuk korang yang ada masalah ini, sebenarnya ada banyak pilihan susu yang sesuai untuk lactose intolerant ini.\nSeorang lelaki ini telah berkongsi tip di media sosial untuk beli susu yang sesuai dan tak risau perut memulas dah.\n\n\n @malekladzim\nReply to @nhbinspiredbeauty nak minum susu tapi perut problem? boleh cuba yang ni pulak.. dah try ka? Cer share sikit \ud83d\ude01 #learnontiktok #jombelajar #infokesehatan #kembalisihat #susu #milk #caseina2milk #henryjones\n \u266c Jiggle Jiggle \u2013 Duke & Jones & Louis Theroux \n\n \nSebenarnya, min pun tergolong dalam orang yang tak tahan minum susu lembu. Jadi, nak cuba juga beli susu jenis ini dan tengok hasilnya nanti.\nHarap-harap tak berlari laju ke tandas lah selepas ini.\nSemoga tip ini bermanfaat untuk semua!\n\nSumber: TikTok @malekladzim\n"} {"url": "https://myresipi.com/korean-cheesy-garlic-bread-guna-roti-buku/", "title": "Korean Cheesy Garlic Bread Guna Roti Buku, Tak Ada Membazir Kalau Dah Nak Expired", "body": "\nDah pernah cuba Korean Garlic Bread? Jom kita cuba buat guna roti buku pula.\nUntuk info, Korean Cheesy Garlic Bread adalah makanan jalanan Korea yang sangat popular. Dengan adunan keju dan sos mentega, ia sangat enak dimakan bila bila masa sahaja.\nTak dapat pergi Korea, kita nikmati dulu resepi roti yang popular dari Korea ini.\nBaca juga: Resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread, Hanya Guna Roti Burger\nKalau dah nak tamat tempoh, resipi ini memang sesuai untuk korang yang taknak membazir makanan di rumah.\nJom ikuti resipi perkongsian dari Munierah Eyra ini.\nResipi Korean Cheesy Garlic Bread Guna Roti Buku\n\n\nBahan-bahan:\n\nRoti buku \u2013 tak kisah apa jenama\nSerbuk kacang badam / badam cincang\n\nBahan A:\n\n1 ketul butter\n1 biji telur\n3-5 ulas bawang putih\n1 sudu madu atau gula\nSerbuk parsley\n\nBahan B:\n\n250gram krim keju\n2 sudu susu pekat\n3 sudu susu cair/ susu segar\n\nCara Buat Bahan A:\n\n\n1. Mula-mula cairkan butter, kemudian masukkan bawang putih dan tumis seketika. Biarkan ia sejuk.\n2. Kemudian, masukkan sebiji telur kemudian kocak ke dalam butter garlic tadi.\n3. Selepas itu, masukkan satu sudu madu dan taburkan serbuk parsley dan kacau sebati.\nCara Buat Bahan B:\n\n\n1. Campurkan krim keju dengan susu pekat.\n2. Kemudian, masukkan susu cair atau susu segar dan gaul hingga sebati dan ketepikan.\nCara Buat Korean Garlic Bread:\n\n1. Ambil sekeping roti dan buang bahagian kulitnya.\n2. Letakkan krim keju tadi dan lipat kepada dua.\n3. Ketip pada tepi roti dengan garfu supaya roti tersebut tak terbuka ketika membakar.\n\n\n4. Celupkan roti ke dalam bahan A dan susun atas dulang pembakar.\n5. Bakar pada suhu 160c selama 10 minit atau masak sehingga crispy.\n\n\nDah boleh siap dihidang. Sedap tau sebab crispy kat luar tapi lemak berkrim di dalam.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Munierah Eyra\n"} {"url": "https://myresipi.com/kos-pengangkutan-naik-harga-ayam-segar-johor-melonjak/", "title": "Kos Pengangkutan Naik, Harga Ayam Segar Di Johor Melonjak Kepada RM12 Sekilogram", "body": "\nHarga ayam segar di Johor Bahru meningkat kepada RM12 sekilogram (kg) berikutan peningkatan kos pengangkutan kepada RM1.80 setiap kg bahan mentah berkenaan.\nKebanyakan peniaga ayam di pasar basah Pandan dan Kempas didapati menjual bahan mentah itu pada carga berkenaan berbanding hanya RM10.50 hingga RM11 setiap kg, dua minggu lalu.\nTinjauan mendapati bekalan ayam mesih belum pulih di kebanyakan lokasi bandar raya tersebut. Malah, ramai pengguna mengadu mereka terpaksa ke lokasi pasar yang lebih jauh berikutan ketiadaan bekalan ayam mentah di kawasan mereka.\nBaca juga: Ayam Habis & Peniaga Bakal Tutup Kedai? Tauke Ayam Ni Dedah Apa Sebenarnya Yang Terjadi\nSeorang peniaga ayam, Hafizul Mohamad, berkata beliau terkpaksa menaikkan harga ayam kepada RM12 kg berikutan terbeban dengan kenaikan kos pengangkutan sebanyak 20sen setiap kg.\nKatanya, sebelum ini kos pengangkutan ayam segar bagi setiap kg bermula hanya 50 sen sebelum ia mengalami kenaikan sehingga RM1.50 dan terbaharu dinaikkan kepada RM1.80 berkuatkuasa hari ini.\n\u201cHarga ayam segar sampai hari ini pun sudah RM9.40 setiap kg, macam manalah peniaga nak bertahan dengan kos sewa lot niaga, bil utiliti dan gaji pekerja lagi.\n\n\n\n\n\u201cItulah sebabnya harga ayam terpaksa dijual RM12 sekilogram walaupun harga siling bahan mentah RM8.90 berkuatkuasa sampai 5 Jun ini.\n\n\u201cIsu bekalan yang berkurangan pun masih belum selesai. Saya buat tempahan sebanyak 450 ekor ayam segar dan hanya dapat 200 ekor hari ini, walaupun bermula hari ini larangan eksport ayam segar ke luar negara sudah dikuatkuasakan.\n\u201cApabila tanya pada pembekal bila bekalan ayam segar akan pulih, mereka pun tidak dapat beri jawapan malah hanya memaklumkan bekalan tidak cukup sehingga terpaksa mencatu bekalan kepada peniaga,\u201d katanya ketika ditemui.\n\nPada 23 Mei lalu, kerajaan dilaporkan mengarahkan eksport sebanyak 3.6 juta ayam sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini, sebagai sebahagian daripada lima pendekatan bagi mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu diambil sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sebagai memberi keutamaan kepada rakyat negara ini.\nDalam pada itu, pengguna, Ah Peng, 40, berkata ayam segar semakin sukar dibeli berikutan bekalannya yang sering kehabisan awal di pasaran bandar raya ini.\n\u201cSaya sudah pergi ke beberapa pasar dan pasar raya namun ayam tiada. Nasib baik di Pasar Pandan masih ada bekalan. Anak saya hanya mahu makan ayam, jadi mahu tak mahu kena cari sampai jumpa,\u201d katanya.\nPeniaga makanan, Suyani Soffian, 36, pula berkata beliau turut menghadapi perkara sama berikutan terpaksa ke beberapa lokasi bagi mencari ayam segar.\n\u201cDi kawasan Desa Cemerlang memang tiada langsung bekalan ayam segar termasuk di pasar raya dan kedai runcit. Jika bekalan ayam segar terus sukar diperoleh, saya tidak boleh buka kedai makan kerana ia bahan utama yang disukai pelanggan,\u201d katanya.\nPeniaga ayam golek dari Tenggaroh, Mersing, Mohamad Akasyah Iman Masor, 26, turut berhadapan masalah sama sehingga terpaksa membeli ayam segar sehingga ke bandar raya ini serta Kluang.\n\u201cDi Mersing, ayam segar pun susah nak dapatkan sedangkan perniagaan saya memang 100 peratus menggunakan ayam segar tidak dipotong.\n\u201cOleh kerana susah nak cari ayam segar, saya terpaksa ke Johor Bahru kerana Kluang yang bersebelahan Mersing pun berhadapan isu bekalan ayam segar tidak cukup,\u201d katanya.\nKredit gambar: Berita Harian Online\nSumber: Berita Harian Online\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kotak-telur-pun-kena-caj-30-sen/", "title": "Kotak Telur Pun Kena Caj 30 Sen? Viral Gambar Notis di Kedai Borong", "body": "\nTular baru-baru ini apabila notis yang diletak di sebuah kedai menyatakan bayaran sebanyak RM0.30 sen akan dikenakan kepada pembeli yang mahu kotak sarang telur tambahan.\nMemang kita sedia maklum yang kenaikan harga barang sudah bermula sejak 1 Julai yang lalu dan ramai rakyat terkesan susulan dari realiti ini.\nNamun, ada juga yang seakan-akan mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain semata-mata keuntungan.\nBaca juga: \u201cNazak Nak Survive Lagi\u201d \u2013 Netizen Bengang Harga Siling Ayam, Minyak Masak & Telur Bakal Dihapuskan\nMenerusi laporan Kosmo, notis pemberitahuan tentang kotak telur tersebut dipercayai milik kedai borong di Kuala Lumpur.\n\n\n\u201cPerhatian, kotak telur kena bayar 30 sen setiap satu untuk kotak tutup atas,\u201d notis itu tertulis.\nNotis bayaran itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya kecewa dengan caj yang dikenakan.\nAda juga netizen yang berpendapat perlara ini terjadi kerana ada pihak yang mahu mengaut keuntungan yang lebih.\n\nNamun, ada juga netizen yang menyatakan bayaran tersebut logik dikenakan kerana banyak harga barang sudah naik.\n\nJadi, lepas-lepas ini dah kena mula simpan semua sarang kotak telur supaya dapat digunakan semula.\n\u2018Sakit\u2019 hidup pada zaman ini di Malaysia. Harap kerajaan dapat bertindak dengan cepat sebelum ramai lagi rakyat yang tersepit.\n\nSumber: Kosmo\n"} {"url": "https://myresipi.com/krim-marjerin-macam-macam-perisa/", "title": "Buat Sendiri Krim Marjerin Homemade Macam-Macam Perisa, Semua Boleh Rasa", "body": "\nKalau korang dapat buat macam ni punya banyak perisa marjerin, mahu hari-hari makan roti di rumah kan? Dapatlah merasa makan lain-lain perisa.\nAnak-anak mesti suka. Memang lepas ni tak pening dah cari sapuan roti di luar. Bila buat sendiri krim marjerin homemade ni, lebih jimat kata orang tu.\nNak rasa coklat, strawberi, vanilla, pandan, jagung dan sebagainya, memang tak ada hal lah. Resipi marjerin lain-lain perisa ni dikongsikan oleh Masni Bahari. Buatlah apa-apa perisa pun. Janji ada perisanya.\nArtikel berkaitan: Masih Tak Tahu Jenis Butter? Ini Kegunaan Jenis \u2018Salted\u2019 dan \u2018Unsalted\u2019 Butter\nPerisa ni kalau nak macam-macam jenis, carilah di kedai kek. Sebab tak semua kedai runcit ada. Kalau masuk kedai bahan-bahan kek ni, perisa yang jarang anda jumpa pun akan dapat di sana.\nNak buatnya sebenarnya mudah je. Asasnya, bahan yang diperlukan hanya marjerin dan gula je. Tapi kalau nak lebih rasa lemak, masukkan beberapa bahan tambahan lain.\nCara buatnya hanya putar dengan mixer sampai putih gebu, lepas tu campur dan gaulkan dengan apa-apa perisa yang disukai.\n\nRESIPI KRIM MARJERIN HOMEMADE\n\nBahan-bahan:\n\n1 cawan marjerin Pelangi\n1 cawan gula (kisar)\n\u00bd cawan susu cair\n4 sudu besar susu pekat\nSecubit garam (untuk bangkitkan lemak susu cair)\n\nPerisa (ikut perisa masing-masing):\n\nKoko untuk perisa coklat\nPutih untuk perisa vanilla\nPink untuk perisa strawberi\nHijau untuk perisa pandan\nKuning untuk perisa jagung\n\n\nCara membuat:\n1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk mixer kecuali perisa.\n2. Kemudian mix kan sampai putih gebu dan kembang.\n3. Lepas dah gebu tu, masukkan perisa dan gaul sebati.\n4. Dah boleh sapu pada roti.\n5. Kalau nak simpan, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.\n\nSelain sapu pada roti, nak sapu atas kek pun boleh tau. Serius sedap rasanya. Dengan creamy dan cukup lemak manis, tak cepat muak anda makan.\n\nSatu pantang larang yang korang perlu tahu ialah pastikan guna marjerin sebagai bahan asasnya. Jangan gunakan butter sebab butter ni cepat cair. Lepas dah siap, boleh simpan dalam peti sejuk.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kaya Pandan Homemade Ala Boat Noodle, Wangi Dan Sedap Rasa Pandannya\n"} {"url": "https://myresipi.com/krim-putar-rosak-overbeat/", "title": "Krim Putar Rosak Sebab \u2018Overbeat\u2019? Jangan Buang! Boleh Dibuat Butter & Buttermilk", "body": "\nApa nak buat jika krim putar rosak\u00a0(whipping cream) akibat\u00a0terlebih putar sehingga ianya menjadi cair semula dan terpisah (separate) lalu\u00a0terbentuk gumpalan berwarna kuning pucat yang merupakan butter dan cecair putih kekuningan yang merupakan buttermilk.\nJom kita baca perkongsian yang dikongsi oleh Mr. Ali jika anda terlebih pukul whipping cream di bawah.\nBaca juga: Mr. Ali Kongsi Tips Buat Whipping Cream Jadi Kental & Coklat Ganache Berkilat Elok\nCara Buat Butter & Buttermilk Guna Krim Putar Rosak\nHari ini Mr. Ali nak kongsi dengan kalian apa yang perlu dibuat jika kalian terlebih pukul whipping cream. Jangan boleh. Tapi boleh dijadikan butter dan buttermilk.\nIni cara paling senang, cara saya. Jadi bila pukul whipping cream, pastikan berhenti pukul bila dia dah kental dan bertanduk. Jika masih putar selepas ia kental dan bertanduk, whipping cream akan menjadi bentuk solid dan liquid.\nYang pepejal (solid) itu adalah butter, yang cecair (liquid) pula adalah buttermilk. Ini rupanya apabila whipping cream terlebih overbeat.\n\nAmbil yang butter, tapiskan dan perah untuk keluarkan lebih air buttermilk. Mampatkan butter tersebut menggunakan tangan atau letak dalam bekas.\n\nLetak garam sedikit untuk mampatkan lagi dan kemaskan dengan spatula, maka jadilah ia \u2018salted butter\u2019.\n\nYang air tadi adalah buttermilk, boleh digunakan dalam masakan atau kek red velvet. Butter pula letakkan dalam chiller untuk dimasak atau sapuan pada roti.\nSumber: Muhammad Ali\nBaca juga: Coklat Ganache Selalu Tak Menjadi, Apa Puncanya? Lelaki Ini Ada Solusinya\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuah-bakso-style-indonesia/", "title": "Kuah Bakso Style Indonesia, Ini Cara Buat Yang Simple Dan Tak Renyah", "body": "\nKuah Bakso Style Indonesia, Ini Cara Buat Yang Simple Dan Tak Renyah.\nJom buat Bakso untuk juadah raya. Memang sedap tetamu nak hirup kuah bila dah penat beraya.\nNak membuatnya pun mudah cara penyediaannya. Seperti yang kita tahu, bakso merupakan masakan yang berasal dari negara jiran Indonesia dan tersebar luas di Malaysia.\nBaca juga: Nasi Bukhari Dan Kuah Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk Jamu Orang Datang Beraya\nSangat ramai pengemar bakso ini. Bakso merupakan makanan yang berkuah yang menggunakan bebola daging didalam hidangannya. Bakso yang sedap adalah bakso yang dihidang panas-panas. Boleh terangkat dibuatnya.\nHirupan kuah bakso ditambah pula dengan campuran sambal kicap dan perahan limau pasti memikat hati anda. Bakso selalunya dicampur bihun didalamnya. Dan untuk mereka yang tak nak makan nasi waktu malam, boleh cuba resepi ni.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Ekynn Aziz di laman Facebook ini. Beliau sudi berkongsikan resipi original dari Indonesia ini.\n\nCARA BUAT KUAH BAKSO STYLE INDONESIA\n\nSaiz hidangan: 10 orang makan\nBahan-bahan:\u00a0\n\nTulang daging RM10\nBebola daging\n2 biji bawang merah dihiris\n2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)\n1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)\n1 1/2 kiub pati daging\nPerasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)\nGaram secukup rasa\n*2 biji bawang \n*6 ulas bawang putih\n*[email\u00a0protected] biji buah keras\n*1 inci halia\n*1 inci kunyit hidup\n*1 sb serbuk lada sulah\\\n\nNota: [email\u00a0protected] bahan bertanda *. Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun tak apa.\nCara-cara penyediaan:\n1. Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.\n2. Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan [email\u00a0protected], pandan dan serai titik.\n3. Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.\n4. Perasakan dengan garam dan [email\u00a0protected] cukup rasa.\n5. Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak. Siap untuk dihidang!\n\n\nBoleh makan bersama bihun, mee serta kuey teaw. Bakso yang sedap dan lengkap dengan semua rasa perlu masukkan cili sos, kicap manis dan sambal cili. \nSambal cili tu anda cuma perlu kisar cili padi merah, bawang putih, secukup rasa dan air asam jawa sahaja. Kisar sampai hancur. Siap!\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Nasi Tomato \u2018Simple\u2019 Untuk Juadah Raya, Sekali Dengan Resipi Ayam Masak Merah Dan Acar\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuah-lemak-lontong-cara-mudah/", "title": "Kuah Lemak Lontong Cara Mudah, Lagi Berlemak Lagi Sedap, Licin Mangkuk Dibuatnya!", "body": "\nResipi kuah lemak lontong dan sambal bilis sangat popular menjelang hari raya. Memandangkan raya dah nak dekat, ada tak yang plan nak buat ini , boleh sangat cuba resipi ni.\nSeperti biasa kuah lemak lontong akan dihidang set sekali dengan sambal bilis, telur rebus dan nasi impit. Dimakan panas-panas memang sedap sangat. Tak cukup semangkuk lah dibuatnya.\nBaca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA\nRasa tak lengkap kuah lemak lotong tanpa sambal bilis. Tips masak sambal sedap mestilah di masak semalaman lebih awal. Barulah rasanya padu bila dimakan dengan kuah lemak lontong.\nResipi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan \u0623\u062e\u062a\u064a \u0627\u0631\u0627\u0646\u064a. Rugi sangat kalau tak cuba. Boleh simpan dulu resipi ni, Dah nak raya boleh lah guna nanti.\n\nRESIPI KUAH LEMAK LONTONG\n\nBahan-bahan:\n\n15 biji bawang merah kecil\nSebesar ibu jari kunyit hidup\n2 genggam udang kering ( basuh bersih)\nSantan\nUdang / ayam\nSerbuk kunyit\nCili besar merah / hijau\nTauhu\nGaram\n\nBahan Sayur:\n\nKubis\nLobak merah\nKacang buncis\nFucuk\nSuun\n\nCara-cara penyediaan:\u00a0\n1.\u00a0 Mula-mula sekali didihkan air dalam 3 cawan.\n2. Sementara tu, kisar bawang merah, kunyit hidup dan udang kering. Kisar sampai hancur dan lumat. \u00a0Goreng tauhu dan potong dadu besar-besar.\n3. Seterusnya air dah mendidih, masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Kacau sampai sebati semua bahan sekata.\n4. Kemudian, masukkan sayur-sayuran keras yang sudah dipotong pendek dan dibersihkan. Seperti kobis, lobak merah dan kacang buncis.\n5. Masukkan pula santan kacau kuah lontong kita supaya sebati. Santan ni jangan terlalu pekat dan jangan terlau cair tau. Sedang-sedang elok sahaja untuk berlemak kuah kita. Tapi kuah lontong ni, lagi berlemak lagi sedap. Tapi nanti dah siap kena kerap panaskan sebab risau cepat basi nanti.\n6. Masukkan isi udang atau isi ayam dan serbuk kunyit ke dalam kuah. Biarkan dia masak dan kuah menggelegak.\n7. Bila kuah kita dah jadi warna kuning cantik je, masukkan fucuk dan suhun. Btutup kuali untuk masak sempurna.\n8. Sesekali buka masukkan cili masak, tauhu dan perasakan dengan garam.\n9. Rasa dah okay, boleh padamkan api. Siap dan sedia untuk dihidangkan!\n\n\nDah boleh masukkan nasi impit, telur rebus dalam mangkuk. Barulah tuangkan kuah lontong dan perasakan dengan sambal bilis. Fuh! Memang tak cukup semangkuk dibuatnya.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Masak Nasi Impit Paling Mudah. Masak & Tinggal Je, Hasil Seketul Cantik Macam Ni\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuah-pecal-resipi-asli-dari-indonesia/", "title": "Cara Buat Kuah Pecal Resipi Asli Dari Indonesia, Sedap Tak Menyesal Cuba", "body": "\nPecal merupakan salah satu sajian masyarakat Jawa yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia.\nBoleh nikmatinya bila-bila masak sama ada pada waktu sarapan, makan tengahari atau malam.\nRahsia keenakannya terletak pada kuah, kalau \u2018power\u2019 kuahnya maka sedaplah pecal anda.\nNak cuba masak? Jom guna resipi dari Nur Aida di bawah. Menurutnya resipi ini asli dari Banyuwangi, Indonesia.\nKuah Pecal Resipi Asli Dari Indonesia\n\u201cYa Allah enaknya!! Tambah pulak bawang goreng, keriuk2 bawang goreng tu gurih bangettt. Resepi ni asli buatan kenalan Indonesia, rasanya pedas, cukup rasa kencur, gurin & enak. Nak ambil buat meniaga memang tak menyesal dan sedap.\u201d\nCara buat:\n1. Kacang dicuci dan digoreng, lepas tu diblend halus masukkan dalam bekas.\n\n2. Kencur, cili, bawang putih, daun limau, gula melaka digoreng dan diblend kering.\n3. Masukkan campuran no 2 ke dalam campuran no 1. Masukkan garam secukup rasa.\n\n4. Simpan dalam bekas kering, bila nak makan, tambah je air panas.\n\n4. Bila kuah sudah siap, hidangkan bersama bayam, taugeh, kangkung dan kacang panjang yang sudah direbus serta tauhu dan tempe goreng.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Nur Aida Md Zainuddin\nBaca juga: Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!\nBaca juga: Cara Mudah Buat Sate Goreng Versi Masakan Jawa\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuah-rojak-bebas-belacan/", "title": "Kuah Rojak Bebas Belacan, Pekat Likat Dan Sedap Sampai Menjilat Jari!", "body": "\nMari buat sendiri kuah rojak yang pekat dan likat. Memang sedap nak cicah sampai menjilat jari dibuatnya. Bagi para penggemar rojak atau para penjual yang nak makan atau jual kuah rojak secara homemade ni, resipi ini sangat membantu. \nKalau makan dengan buah mangga atau jambu, memang sedap sangat!\nBaca juga: Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap, Sedap Dia Boleh Buat Ketagih!\nLebih fresh rasa kuahnya kerana dibuat terus dengan air tangan sendiri. Tak ada simpan dalam bekas. Tak perlu risau tarikh luput. Lebih berbaloi buat kuah rojak sendiri.\nIkuti resipi perkongsian Cik Puan Ae Jaa dari laman Facebook ini. Bukan main meriah lagi cara susunan mangga dan rojak dalam gambar, sampai kecur air liur dibuatnya.\n\nRESIPI KUAH ROJAK BEBAS BELACAN\nMusim buah pelam. Buat kuah rojak sendiri. Bebas belacan. Nanti gatal hidung.\u00a0 Tapi kalau letak belacan memang lagi sedap kan? Ini resipi saya.\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\nGula nissan \nCili boh\u00a0\nBawang merah\nGula\nAir\nKicap\nTepung jagung\u00a0\n\nCara-cara membuat:\u00a0\n1. Campur je semua, air jangan banyak sangat. Masak dalam kuali dengan api yang perlahan. Pastikan kacau sampai kuah mendidih ye.\n2. Lebih kurang dalam 10 minit, semua bahan pun dah sebati. Masukkan tepung jagung. Gaul sampai rata.\u00a0 Dan tidak berketul. Kacau lagi 5 minit.\n3.\u00a0 Sejukkan sekejap kemudian hidangkan dengan bahan yang kita nak makan sama ada rojak sayur atau rojak buah-buahan.\n\nResipi yang dikongsikan ini tidaklah terlalu banyak. Yang mana nak nak buat extra boleh gandakan kuantiti bahan yang kita gunakan. Bagi yang suka pedas, boleh picitkan cili padi.\nSelamat mencuba.\nBaca juga: Lebih 63K Shares, Ini Cara Buat Jeli Sagu Mangga, Sedap Makan Sejuk-sejuk!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuah-tomyam-tiba-tiba-jadi-pahit/", "title": "Kuah Tomyam Tiba-tiba Jadi Pahit, Peniaga Risau Ada Elemen Sihir & Bukan Salah Limau", "body": "\nJenuh \u2018alter\u2019 lauk dah tapi tomyam tetap rasa pahit. Apa yang tak kena ni?\nPersoalan itulah yang bermain di fikiran peniaga ini apabila tomyam yang dihasilkan tiba-tiba berubah menjadi pahit.\nIa merupakan kejadian aneh yang pertama sejak mengusahakan gerai tomyam di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu, awal tahun ini.\nMesra disapa Asma Mek Thai, dia turut berkongsi mengenai kejadian itu menerusi satu video di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 100,000 tontonan.\n\n\n @mek_thai\n#dapurmekthai #fyp\u30b7 #tomyamkelulut\n \u266c original sound \u2013 iswan ISHAK \u2013 iswan ISHAK \n\n \n\n\n @mek_thai\nSunguh tak ku sangka wrna tomyam boleh berubah wrna.,kenapa boleh bertukar wrna sedangkn buat setep same #fyp\u30b7 #dapurmekthai #tomyamkelulut\n \u266c Finger Dance TikTok \u2013 \u063a\u0632\u0644\u0627\u0646 \n\n \nDi sebalik kegusaran itu, beliau bersyukur kerana gerai yang diusahakannya mendapat sambutan baik, malah dia turut menerima pelanggan dari luar Terengganu yang mahu merasai tomyam asli hasil air tangannya.\nBaca juga: Resipi Tomyam Yang Pekat Likat, Letak Sedikit Susu Pekat Baru Lagi Perfect!\nMenurutnya, dia yang memiliki darah kacukan Thailand menggunakan resipi sendiri dan berharap perniagaan yang diusahakan akan lebih dikenali pada masa akan datang.\n\u201cBiasanya kalau pahit, daun limau purut atau kulit limau\u201d\nSelain bersimpati dengan apa yang berlaku, beberapa netizen turut mendakwa kejadian berkenaan ada kaitan dengan perbuatan sihir dan memohon agar Asma mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.\n\n\n\nMin pun harap tiada elemen sihir yang terkena pada peniaga ini dan hanya bahan-bahannya sahaja yang perlu diperbaiki lagi. Semoga bisnes semakin bercambah untuk sara anak-anak ya.\n\nSumber: TikTok @Mek_thai\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuah-yong-tau-foo-homemade/", "title": "Kuah Yong Tau Foo HOMEMADE, Buat Sendiri Boleh Makan Puas-Puas!", "body": "\nSetiap kali pergi pasar malam mesti wajib cari Yong Tau Foo ni. Rupanya tak susah mana pun nak buat kuah Yong Tau Foo homemade.\nKadang-kadang bila beli, tak puas makan sebab nak beli banyak harga boleh tahan mahal juga.\nKalau buat sendiri, boleh makan puas-puas.\u00a0Confirm\u00a0puas hati anak-anak makan. Jom cuba buat menggunakan resipi di bawah.\nRESIPI KUAH YONG TAU FOO HOMEMADE\nBahan A:\n\nCili giling 1 sudu makan\nBelacan 1 sudu teh\nSos tiram 1 sudu teh\nKicap 1 sudu makan\n1 ketul gula melaka (hitam)\n1 sudu makan tepung jagung \u2013 campur dan kacau dengan air sejuk\n1/2 cawan air masak\nGaram dan gula secukup rasa\n\nBahan B:\n\n1 sudu makan bijan \u2013 goreng tanpa minyak\n\nCara-cara:\n\n\nPanaskan periuk. Masukkan 1 sudu minyak masak kedalam periuk yang telah dipanaskan.\n\n\nMasukkan cili giling dan belacan. Kacau sehingga agak garing.\n\n\n\n\nMasukkan 1 ketul gula melaka. Biarkan ia cair.\n\n\n\nMasukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau sehingga semua sebati.\n\n\n\nMasukkan air masak dengan tepung jagung. Kacau semuanya sehingga mendidih dan sebati.\n\n\n\n\nTuang dalam bekas, taburkan bijan dan hidangkan bersama bahan-bahan Yong Tau Foo.\n\n\n\nKredit: Puan Faezah Rashid\nBaca juga:\n\n\nTortilla Wrap Homemade. Guna 3 Bahan Je, Sedap & Jimat!\n\n\nJom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuala-lumpur-destinasi-makanan-best-2023/", "title": "Fuyoo! Kuala Lumpur Tersenarai Sebagai Salah Satu Destinasi Makanan \u2018Best\u2019 2023", "body": "\nPergh! Kuala Lumpur telah dipilih sebagai salah satu destinasi terbaik 2023 untuk makananlah!\nSetiap orang memiliki alasan, pilihan serta selera tersendiri apabila melancong. Ada yang mengembara untuk destinasi cantik, ada pula yang mencari keunikan budaya serta makanan dan bermacam-macam lagi.\nSekiranya korang merupakan mereka yang travel untuk mencari kepuasan dan pengalaman gastronomi yang terbaik atau sedang merancang perjalanan untuk tahun 2023, buku panduan pelancongan terkenal Lonely Planet baru-baru ini telah menyenaraikan 5 destinasi terbaik untuk pengalaman tersebut.\nArtikel berkaitan: 5 Restoran \u2018Family-Friendly\u2019 Di Kuala Lumpur, Sesuai Untuk Yang Ada Anak Kecil\nSenarai yang dikeluarkan secara tahunan ini akan mengumpulkan destinasi terbaik untuk pelbagai kategori dan akan dijadikan panduan oleh para penggembara dan pemain industri pelancongan di seluruh dunia.\n\nMenariknya untuk tahun 2023, Kuala Lumpur telah tersenarai sebagai salah satu destinasi terbaik untuk kategori \u2018Makanan\u2019 yang membariskan 5 destinasi yang menawarkan pengalaman gastronomi yang berbaloi untuk dicuba.\nDestinasi lain yang disebutkan dalam senarai berkenaan termasuklah Lima di Peru, Umbria di Itali, Fukuoka di Jepun, Montevido di Uruguay dan negara Afrika Selatan.\nMenariknya, ulasan yang diberikan Lonely Planet untuk Kuala Lumpur menggambarkan ibu negara Malaysia ini kaya dengan pelbagai jenis makanan yang pastinya tidak mengecewakan.\n\n\n @lonelyplanet\nKuala Lumpur is one of our #BestInTravel picks for 2023. Perfect for waterfall hikes, markets, and late-night snacks \u2014 local chef, Darren shows us around.\n \u266c original sound \u2013 Lonely Planet \n\n \nAntara yang disebutkan adalah kepelbagaian \u2018makanan jalanan\u2019 atau street food yang ada di sini, pasar-pasar malam dengan pelbagai juadah ringan dan tidak dilupakan kehidupan malam yang meriah.\nSelain itu, dalam panduan yang sama, Lonely Planet telah memaparkan dua artikel berkaitan dengan Kuala Lumpur iaitu panduan untuk menikmati makanan di Kuala Lumpur dalam satu hari, yang mana artikel tersebut menyentuh pelbagai topik menarik tentang makanan-makanan tempatan yang disumbangkan oleh warga tempatan yang arif tentang Kuala Lumpur.\nDalam masa yang sama, penulis turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu orang ramai cuba kalau datang ke Kuala Lumpur seperti nasi lemak, kari ala Pulau Pinang dan juga Sup Perut Ikan Peranakan.\nUntuk pengetahuan, senarai \u2018Best in Travel\u2019 yang dikeluarkan oleh Lonely Planet ini telah dipilih oleh pakar pengembaraan dan juga pemain industri seluruh dunia serta melibatkan sumbangan orang tempatan untuk setiap destinasi.\nBudaya dan masakan Malaysia yang pelbagai pasti menjadikannya destinasi gastronomi yang menarik.\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuali-baru-jangan-terus-guna-kena-bakar-dulu/", "title": "Kuali Baru Jangan Terus Guna. Kena \u2018Bakar\u2019 Dulu, Elak Berkarat & Masakan Tak Melekat", "body": "\nKuali merupakan salah satu perkakasan dapur yang wajib ada setiap rumah. Ramai yang masih menggunakan kuali yang sama selama berbelas-belas tahun kerana masih elok tanpa perlu membeli kuali baru. Tapi kalau tak tahu jaga, kuali memang akan senang berkarat dan masakan mudah melekat.\nRupa-rupanya jika beli kuali baru kena \u2018bakar\u2019 dulu atau dikenali \u2018season the wok\u2019.\u00a0Proses ini penting bagi memastikan kuali tahan lebih lama, tak berkarat dan masakan juga tak melekat.\nMacam mana cara bakar kuali baru tu sebenarnya? Jom baca perkongsian oleh saudara Wan Luqman di bawah.\nCara Bakar Kuali Baru Supaya Tahan Lama\nBaru\u00b2 ni jumpa kuali saiz 13\u2033 terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13\u2033. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.\nOrang putih cakap \u201cseason the wok\u201d. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.\nSalah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat.\u00a0\nProses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda.\nCara-caranya:\nOk, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu, tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14\u2033 16\u2033. Saiz 13\u2033 susah sikit nak dapat.\n\nKuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang, kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.\n\nDah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan\u00b2 tu. Biarkan je, jangan sedih pulak kuali calar.\n\nSet kan api dapur yang terpadu dan start bakar!\n\nBakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.\n\n\nBakar seluruh permukaan kuali ye.\u00a0\n\nDah siap. Biarkan dalam 10 minit.\n\nLepas 10 minit, kite test season. Letak minyak sikit.\n\nGuna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak.\n\nTest Run, goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. Goreng je sampai garing ke hangus ke.\n\nBile dah garing kaw\u00b2, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.\n\nDah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Bagi dia cool down dulu.\u00a0\n\nKemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.\n\nLap\u00b2 bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali.\u00a0\n\nBila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api, siap.\nBesok\u00b2 nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.\nBuat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.\n\nNi kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu x season pun, malas. Bila x season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih\u00b2, bila dah kering dan simpan. Akan naik karat\u00b2 tu. Jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.\nKuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan.\n\nKredit: Wan Luqman\nBaca juga: Cara Masak Nasi Untuk Sorang Makan, Baru Tak Membazir & Nasi Tak Berkerak\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuali-hitam-legend-bahaya-sebabkan-kanser/", "title": "Kuali Hitam Legend BAHAYA? Jangan Ambil Mudah, Boleh Sebabkan Kanser! Ahli Kimia Ini Dedah Sebabnya..", "body": "\nPasti ramai yang masih menggunakan kuali hitam atau periuk yang hitam legam kerana ia dianggap kuali legend.\nNamun, tahukah anda peralatan memasak seperti ini berbahaya untuk kesihatan tubuh badan manusia? Jom ikuti perkongsian oleh seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim yang menerangkan sebab kenapa kuali hitam ini bahaya untuk digunakan.\nADA APA DENGAN KUALI HITAM LEGEND?\nRamai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang sudah menjadi hitam legam, legend katanya. Tahukah anda peralatan memasak sebegini amat merbahaya?\n\nYA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.\nLapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.\n\nMaka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.\nTips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:\n\nPanaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.\nBoleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.\nJika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping. Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.\n\nPemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.\nNota:\n\nDalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.\nPeralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.\n\nSemoga bermanfaat!\nKredit: Dr Fatimah Salim\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuantiti-makanan-rmt-di-sekolah-ini-dikecam-netizen/", "title": "Mi Goreng \u2018Terlampau Sikit\u2019, Kuantiti Makanan RMT Di Sekolah Ini Dikecam Netizen", "body": "\nRancangan Makanan Tambahan atau RMT diperkenalkan sebagai pemberian makanan tambahan kepada murid-murid di sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah. Makanan yang diberikan secara percuma ini banyak membantu\u00a0pelajar-pelajar\u00a0yang kurang bernasib baik.\nNamun baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila seorang individu berkongsikan keadaan makanan yang diberikan di dalam program RMT ini. Jumlah makanan yang diberikan kepada pelajar ini turut menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen.\n\nMenerusi gambar yang dikongsikan itu, dilihat kuantiti untuk sepinggan mi goreng itu sangatkan sedikit.\nMenurut individu yang berkongsikan hantaran tersebut, gambar itu merupakan makanan RMT di sebuah sekolah di Pahang.\n\nTidak pasti kenapa jumlah yang diberikan terlalu sedikit, ada yang mengandaikan kemungkinan kerana kenaikan harga barang sekarang ini.\nNamun netizen menganggap ianya agak keterlaluan untuk memberikan para pelajar menikmati makanan dalam kuantiti sedikit itu.\nBerdasarkan tinjauan di laman Kementerian Pendidikan, harga makanan yang ditetapkan bagi program RMT adalah RM2.50 bagi pelajar di Semenanjung manakala RM3.00 untuk di Sabah, Sarawak dan Labuan.\nDengan kenaikan harga barang kini, netizen berharap harga yang ditetapkan ini dapat dinaikkan supaya para pelajar dapat nikmati makanan yang lebih baik.\n\u201cUntuk RMT pihak KPM dah boleh naik harga kot RM3.50 or RM4 sorang\u2026\u201d\n\u201cDekat sekolah rendah tempat aku, nasi penuh ayam potongan dadu 2 ketul, sayur takde apa takdak\u2026\u201d\n\n\u201cMacam banyak sangat mi tu. Patut sorang sehelai mi cukup lah. Budak-budak je kan.\u201d\n\n\u201cKita yang parents kucing ni bagi makan pada kucing elok lagi daripada mereka yang bagi makan pada pelajar ni. Sampai hati sungguh.\u201d\n\nDifahamkan, Guru Besar (GB) dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sudah memberi amaran kepada pihak kantin tapi tetap tidak berubah.\n\nSumber: Twitter @izwarwahid\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-angku-versi-halal/", "title": "Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!", "body": "\nLamanya tak makan Kuih Angku! Kuih ini merupakan kuih tradisional cina yang digemari ramai orang. Terdapat pelbagai warna kuih angku cina ini dan setiap warnanya mempunyai inti yang berbeza.\nNak tahu cara penyediaannya? Jom ikuti perkongsiannya disini.\nKuih ini mempunyai acuannya yang tersendiri. Tapi boleh juga dibuat tanpa menggunakan acuannya. Kuih angku ini amat digemari ramai terutamanya masyarakat peranakan Baba dan Nyonya.\nBaca juga: Mooncake Atau Kuih Bulan Versi Halal, Baru Tahu Mudah Je Nak Buat!\nTeksturnya yang lembut dan kenyal adalah disebabkan penggunaan tepung pulut. Bahan memasak yang digunakan sangatlah mudah diperolehi dan tidak renyah. Anda juga boleh mempelbagaikan warna dan intinya.\nMari kita ikuti perkongsian resipi dari Juliana Jue Cullen. Beliau ada berkongsi tiga resipi berlainan inti beserta gambarnya.\nDalam perkongsian ini, inti yang digunakan adalah kacang hijau.\n\nRESIPI KUIH ANGKU VERSI HALAL\n\n\nBahan A:\n\n35 gram potato flakes\n170g-190g air panas mendidih\n\n\n\n\nBahan B:\n\n200 gram tepung pulut (jenama cap kambing/erawan)\n60g gula halus\n55 gram air panas mendidih\n55 gram minyak masak\nPewarna makanan pilihan mengikut inti\n\n\n\n\nBahan C:\n\nDaun pisang secukupnya. Potong daun pisang bg sama saiz.\n\n\n\nBahan inti kacang hijau:\n\n525gram kacang hijau tanpa kulit\n325 gram gula pasir-manis just nice\n105gram minyak masak\n\n\n\nCara Buat Inti:\n\n\n1. Kacang hijau tanpa kulit \u2013 cuci bersih-bersih sampai warna kuning air cuci tu jernih sikit. Dah cuci bersih, rendam dalam bekas isi air bagi penuh melepasi paras kacang hijau. Rendam dalam 1 jam macam itu.\n\n2. Siap rendam, toskan masukkan dlm loyang 10 inch. Sebelum masukkan dlm loyang masukkan daun pandan yg dipotong2 letak dlm loyang lepas tu masukkan kacang hijau dan letak lagi daun pandan atas kacang hijau kemudian kukus kira-kira 30 hingga 45 minit.\n\n3. Dah siap kukus, masukkan terus kacang hijau pengisar.\n\n4. Panaskan minyak dalam kuali non-stick. Guna api perlahan.\n\n5. Minyak dah panas, masukkan kacang hijau yang dah di kisar, gula pasir dan untuk wangi boleh masukkan daun pandan yg disimpul dlm bahan2 tadi. Gaul semua bahan supaya sebati dan kacang hijau tak hangit.\n\n6. Sejukkan inti sebelum masukkan dalam peti sejuk kalau belum nak gentel. Jangan bekukan inti yang belum digentel.\n\n7. Gentel inti dan timbang 15gram setiap biji masukkan dalam bekas yg bersih dan boleh dibekukan siap. Tahan sampai 6 bulan.\n\n\n\n\n\nCara Buat Kuih Angku:\n\n1. Bancuh bahan A, kacau sehingga menjadi seperti mashed potato. Ketepikan.\n\n2. Untuk bahan B, sebatikan trpung pulut dgn gula halus. Dah agak bercampur, masukkan Bahan A tadi ramas jadi mcm serbuk roti.\n\n3. Dah siap adun dgn bahan A, masukkan air panas kemudian masukkan minyak masak. Proses uli bahan B gunakan plastic glove. Adun sampai jadi mcm adunan tanah liat yg lembut. Kalau waktu adun rasa belum lembut, tambah dalam 1 sudu makan air panas. Pastikan sebelum tambah kena adun sampai tak lekat di bekas adun plastik. Kalau adunan keras baru boleh tambah air panas. Adunan jangan terlampau lembik.\n\n4. Siap adun, warnakan doh guna 1/2-1 sudu kecil dulu, ramas-ramas bagi sebati warna. Kalau warna belum nampak menarik lagi baru tambah sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak warna nanti pekat sangat kulit angku nya.\n\n5. Inti yang sudah digentel boleh disalut dgn kulit angku. Timbangan inti 15gram. Inti kena buat dan sejukkan/frozen awal sebelum nak proses kulit angku.\n\n6. Kukus kuih angku dalam 10 minit. Jangan biarkan dalam pengukus mcm itu sahaja. Tutup dan buka penutup setiap 3 hingga 5 minit untuk elakkan kuih angku leper dan kembang. Nanti hilang bentuk kura-kura.\n\n7. Siap masak buka tutup kukus dalam 2 minit macam tu baru angkat pengukus dan sejukkan kuih dalam 5 minit dan sapu minyak masak di permukaan kuih angku bagi nampak berkilat cantik. Siap untuk dihidang!\n\n\n\n\nKepada mereka yang terasa nak bertukar selera juadah minum petang. Apa kata cuba resipi\u00a0yang sedap ini. Semoga bermanfaat buat semua. \nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-bakar-pandan/", "title": "Kuih Bakar Pandan Guna Sukatan Mangkuk, Kuih Tradisi Melaka", "body": "\nRindunya nak makan kuih bakar pandan. Ada tak penggemar kuih tradisional dekat sini? Kalau ada, bolehlah anda ikuti resipinya disini. Memang sedap dan beraroma wangi daun pandan. Memang tak cari yang lain.\u00a0\nKuih bakar ini sesuai dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Ia juga sesuai dijadikan menu kuih-muih bila adanya majlis kenduri kendara. Sangat mudah dibuat masa kini kerana cuma perlu dibakar dalam oven sahaja.\nBaca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa\nBuat sendiri kat rumah, memang lagi puas hati dapat makan banyak. Tak guna banyak bahan pun. Sukatan yang digunakan juga cuma menggunakan sukatan cawan. Untuk mereka yang tak suka pada hanyir telur, boleh dituangkan esen vanila secukupnya dalam adunan.\nKalau nak dapatkan warna hijau yang cantik pula, memang kena guna daun pandan yang banyak. Jadi, bau kuih juga akan lebih beraroma bila dibakar. Sedap sangat!\nBersama dengan Puan Sharifah Abu Bakar yang sudi berkongsi resipi.\nSecara moden, warna kuih ini boleh ditambah dengan pewarna. Tapi kalau dah warna daun pandan tu dah cukup, tak perlu dah menggunakan pewarna makanan. Letak pewarna pun tak elok sangat untuk kesihatan. Lebih baik korang masak kuih bakar pandan ni dengan warna asli daun pandan je. Lagi bagus.\n\nUntuk yang baru nak mencuba buat kuih ni, jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Sharifah Abu Bakar yang mendapat kunjungan dari MyResipi semasa program Jom Balik Kampung anjuran Tourism Malaysia Wilayah Selatan baru-baru ini.\n\nRESIPI KUIH BAKAR / BAHULU KEMBOJA PANDAN \n\nBahan-bahan:\n\n1 mangkuk tepung gandum\n1 mangkuk telur gred A\n2 mangkuk gula\n1 mangkuk santan\n1 mangkuk air daun pandan \u2013 agak-agak berapa helai daun pandan\nSedikit halia \u2013 kisar halus\n1 bawang merah kecil \u2013 kisar halus (penghilang hanyir telur cara orang lama)\nBijan\nSedikit minyak \u2013 untuk sapu dalam acuan\n\nCara menyediakannya:\n1. Sebelum buat adunan di atas, panaskan dahulu oven pada suhu 170 celcius bersama dengan acuan bunga.\n2. Kisarkan 1 mangkuk air bersama daun pandan dan tapiskan.\n3. Masukkan semua bahan kecuali bijan di dalam pengisar. dan kisar hingga menjadi adunan.\n4. Tapis adunan tersebut di dalam jag.\n5. Keluarkan balik acuan dalam oven tadi dan sapukan minyak atau marjerin.\n6. Taburkan bijan di atas permukaan adunan.\n7. Bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200 celcius sehingga permukaan kuih tersebut kelihatan garing dan perang.\n8. Cucuk kuih bakat dengan lidi, jika lidi licin, kuih tersebut sudah masak. Siap untuk diangkat, dipotong serta dihidang.\n\nTutorial:\n\n\n @myresipi\nTengok je kuih bakar atau bahulu kemboja ni, mesti terus teringat kampung halaman lah. Singgah ke Masjid Tanah, jangan lupa ke kampung Paya Lebar untuk rasai sendiri keaslian kuih bakar ni \ud83d\ude0b #myresipi #resipitiktok #kuihbakar #kuihbahulukemboja #jombalikkampung #cuticutimalaysia #fyp #fyp\u30b7 \n \u266c Zapin Melayu \u2013 Kiki Taufik \n\n \n\nSiap untuk dihidang! Tak muak makan kuih ni. Lembut dan lemak manis rasanya. Ditambah pula sedikit kerangupan pada kerak kuih lagi bertambah keenakannya. Dah nak masuk musim raya ini, memang kena ambil banyak peluang mencuba pelbagai resipi.\nSelamat mencuba!\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-belimbing-atau-churros/", "title": "Cara Buat Kuih Belimbing atau Churros, Lembut Kat Dalam, Rangup Kat Luar", "body": "\nSiapa je yang tak suka kuih belimbing atau nama omputihnya Churros kan? Lagi-lagi kalau makan pada waktu petang, sedap tau!\nDi Terengganu, ia dipanggil sebagai kuih Belimbing. Mungkin disebabkan bentuknya yang seakan buah belimbing. Tapi zaman sekarang mungkin ramai yang lagi familiar dengan nama Churros.\nTeksturnya pula lembut di dalam dan rangup di luar. Ditabur pula dengan gula. Sedap sangat!\nBaca juga: Kuih Seri Muka Guna Sukatan Cawan, Mudah Untuk Yang Baru Berjinak Nak Buat\nJom kita ikuti perkongsian resipi dari Pn Habsah Ngah ini. Bila dah ngap, pasti nak lagi!\nResipi Kuih Belimbing / Churros\n\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 kg tepung gandum\nTambah 1 sudu kecil baking powder\n\n*Ayak dahulu dua-dua bahan ini\n\n4 cawan air\n3 sudu besar gula\n3 sudu besar marjerin\n3 biji telur gred A/B\n\n*Kalau guna gred telur C/D, boleh tambah lagi sebiji.\n\nSedikit garam\n1 sudu kecil esen vanilla\n\nCara penyediaan kuih:\n1. Panaskan air dan masukkan marjerin, gula, garam, esen vanila hingga mengelegak.\n2. Bila dah mengelegak. perlahankan api.\n3. Boleh perlahan-lahan masukkan tepung gandum. Kacau sampai tak ada ketulan tepung.\n4. Bila hilang ketulan, boleh tutup api. Curah adunan tadi dalam bekas.\n5. Pecahkan telur satu persatu dan kacau adunan tadi sampai sebati. Kemudian, bagi rest adunan dalam 20 minit. Barulah di goreng.\n6. Guna je acuan biskut semperit/bunga dahlia tu. Lagi senang! Tinggal picit je. Picit terus masuk dalam kuali dan gunting adunan.\n7. Goreng guna api sederhana ye dan rajin-rajin terbalikkan. Goreng hingga kekuningan.\n8. Angkat dan toskan minyak. Dah suam bolehlah tabur gula halus. Siap.\n\nDah boleh dihidang. Makan panas-panas pun sedap sangat!\nAdunan kuih ni memang lembut ye. Kena rajin basahkan tangan. Kalau tak, adunan akan melekat sangat masa nak picit masuk acuan tu.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-bengkang-tepung-beras/", "title": "Kuih Bengkang Tepung Beras Sukat Guna Cawan, Bakar Dalam Air Fryer Je", "body": "\nJom cuba buat Kuih Bengkang Tepung Beras. Hanya bakar dalam Air Fryer je, memang menjadi. Kalau yang tidak tahu, kuih ini adalah kuih tradisional yang sering menjadi idaman ramai, terutama sekali buat penggemar sajian melayu lama ini.\nBaca juga: Kuih Talam Pisang Sukatan Cawan, Lembut Bergedik Ikut Resipi Ini\nPada zaman dahulu, proses untuk membuat kuih bengkang atau kuih bingka ini mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa membakarnya menggunakan sabut kelapa.\nNamun pada zaman serba teknologi ini, kuih bengkang boleh siap dalam masa setengah jam sahaja! Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan yang paling menarik, hanya menggunakan 5 bahan sahaja.\nNak beli di luar pun macam dah susah nak jumpa kuih bengkang ini, buat sahaja dirumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Eniza M. Salim dari Facebook ini.\n\nRESIPI KUIH BENGKANG TEPUNG BERAS\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung beras\n3 sudu besar tepung jagung\n3 1/2 cawan santan (saya guna 1 kotak santan kara utk jadi kan 3 1/2 santan+ campur air)\n1/2 cwn gula pasir( saya guna gula perang)\n1/2 sudu kecil garam\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Campur semua bahan di atas. Masak atas api sampai likat, sambil kacau dalam api yang perlahan.\n2. Sapu loyang dgn minyak/ butter dan tuang adunan dalam loyang.\n3. Bakar guna Air Fryer dengan suhu 180C kira-kira 30 minit.\u00a0\n4. Sedia untuk dinikmati.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-bingka-ubi-kayu/", "title": "Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini", "body": "\nJom buat Kuih Bingka Ubi Kayu guna Air Fryer, tak perlu susah-susah nak bakar dalam oven. Memang mudah dan sedap!\nSajian kuih berasaskan ubi kayu memang menjadi kegemaran ramai. Rasa yang lemak manis dan tekstur lembut membuatkan ia selalu menjadi pilihan untuk santapan.\nBaca juga: Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!\nSalah satu kuih orang lama yang menjadi \u2018pujaan\u2019 ramai ialah bingka ubi kayu. Juadah klasik ini disediakan dengan kaedah bakar.\nSelain aroma wangi membangkitkan selera, permukaan garing, rasa lemak daripada ubi dan santan yang bergabung menjadikan juadah ini sangat enak.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Eniza M. Salim ini di laman Facebook. Hanya campurkan lima bahan dan bakar dengan air fryer.\n\nRESIPI KUIH BINGKA UBI KAYU\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n2 cawan ubi kayu (diparut, tapis dan ambil sekali mendapannya)\n1/2 cawan gula\n1 cawan santan\n2 sudu besar mentega (cairkan)\nSedikit pewarna kuning telur\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.\n2. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang sesuai. Jangan lupa sapu mentega terlebih dahulu.\n3. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit menggunakan air fryer.\n4. Anda boleh menambah masa selama lima minit untuk menggaringkan lagi permukaannya.\n5. Siap untuk dihidang!\nKhasiat Ubi Kayu:\u00a0\n\nUbi kaya dengan zat besi.\nSelain itu ia tinggi kandungan vitamin C yang sangat mustahak untuk sistem imun dan penghasilan kolagen.\nUbi kaya sumber energi dan sesuai sebagai santapan selepas buat senaman berintensiti tinggi.\nIa juga tinggi kalium yang membantu mengembangkan salur darah sekali gus mengelakkan tekanan darah tinggi.\nJika anda ingin membeli ubi kayu, cari isi yang putih kerana itu tanda ia masih segar.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-biskut-kelapa/", "title": "Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa", "body": "\nKuih biskut kelapa yang akan dikongsikan ini kelihatan sedikit berbeza dengan biskut kelapa yang biasa kita dapati di kedai. Ia merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu.\nRasanya amat lazat, cantik dan semestinya mudah untuk disediakan. Buat para amatur, resepi ini khas buat anda semua!\nKuih biskut kelapa ini mempunyai bentuk seakan love yang boleh dibuat dengan menggunakan acuan dan warnanya sedikit cerah.\nSelalunya jika dah termakan biskut kelapa ni mesti tidak boleh berhenti! Bahan \u2013 bahan untuk membuat biskut kelapa ini juga mudah untuk didapati.\nAntaranya termasuklah, tepung ubi, jagung dan gandum serta kelapa parut. Cara pembuatannya boleh dilihat dibawah!\nResipi ini telah dikongsikan oleh Puan Rohati bt Salim ketika menerima kunjungan dari min dalam program Jom Balik Kampung Melaka yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan.\nTanpa membuang masa lagi mari kita lihat bagaimana hendak menyediakan resepi biskut kelapa klasik ini!\nKerangupan biskut kepala memang kebanyakan menyukainya. Tambah pula sewaktu membakar harum semerbak bau kelapa.\nPasti leka menikmatinya, sedar-sedar dah separuh balang.\nResipi Kuih Biskut Kelapa\n\nBahan-bahan:\n\n1 cawan majerin \n1 cawan gula icing \n1 biji kuning telur\n1 sudu makan esen vanilla\n3 1/2 cawan tepung jagung\n1 cawan kelapa kering\n\nCara membuat:\n1. Adukkan majerin,gula icing dan kuning telur.\n2. Gaul sebati dengan menggunakan senduk (kayu).\n3. Bila dah sebati masukkan esen vanilla 1 sudu makan\n4. Kemudian masukkan kelapa kering dan masukkan tepung jagung. sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.\n5. Sapu majerin pada loyang dan terap doh dengan acuan sapu sedikit telur putih dan tabur sedikit kelapa kering yang diwarnakan (tidak ada rasa tapi boleh menjadikan biskut lebih rangup)\n6. Bakar pada suhu 150\u2019c selama 15-20 minit.\nTutorial:\n\n\n @myresipi\nBila tengok kuih kelapa ini, mesti semua teringat kampung halaman kan? Lagi-lagi bila musim perayaan. Kalau korang nak resipi kuih ini yang dibuat secara tradisional, boleh komen \u2018Kongsi Resipi Min!\u2019 #myresipi #resipitiktok #kuihkelapa #jombalikkampung #cuticutimalaysia @Tourism Malaysia \n \u266c Tanak Kampung (Versi Melayu) \u2013 Jimmy Palikat \n\n \n\nBaca juga: Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-cakoi-goreng/", "title": "Kuih Cakoi Goreng Cara Mudah, Cicah Dengan Kaya Pandan, Fuh Memang Padu!", "body": "\nJom buat Kuih Cakoi Goreng dan kebiasaannya kuih ini dihidangkan ketika minum petang atau berbuka puasa. Memang nikmat jika dinikmati bersama kopi atau teh panas.\u00a0\nSambil-sambil itu cicah pula dengan kaya pandan, fuhh penuh rasa tu dalam mulut.\nBaca juga: \u201cTrue Malaysian,\u201d \u2013 Makcik Jual Cakoi Ini Fasih \u2018Giler\u2019 Berbahasa Kantonis\u00a0\nSelain dimakan bersama-sama dengan kaya, ia juga boleh dicicah dengan kuah pandan atau kastard. Bagi gemar rasa manis boleh gandingkan bersama susu manis.\nBagi yang meminati kuih cakoi goreng ini, boleh ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Sophea Amri ini. Resipi perkongsiannya sangat simple, mudah dan lazat. Hanya guna 4 bahan ini sahaja.\nJom kita lihat cara membuatnya.\n\nRESIPI KUIH CAKOI GORENG\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n2 cawan tepung gandum\n3/4 cawan air suam\n1/2 sdk yis\n2 sdb gula\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Satukan air suam, yis dan gula. Kacau dan tunggu selama 15 minit sehingga naik buih (berbuih sikit je)\n2. Tuang campuran yis tadi ke dalam bekas berisi tepung. Uli selama 15 minit. Kemudian rehatkan doh selama 60 minit.\n3. Setelah doh kembang, bolehlah dipotong memanjang dan digelek.\u00a0\n4. Potong doh kecil-kecil dan cantumkan antara satu sama lain dengan sedikit air yang disapu pada permukaan.\u00a0\n5. Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga keemasan.\n6. Cakoi Goreng sedap dimakan bersama sangkaya pandan.\n\nNota tambahan: Saya suka buat kecil-kecil sebab layan makan satu mulut rangup gebu aje. Kalau nak buat besar-besar pun boleh, ikut selera masing-masing.\nTerima kasih kepada Cik Puan Sophea Amri kerana sudi berkongsi resipi mudah membuat cakoi ini. Semoga bermanfaat buat semua!\u00a0\nBaca juga: Cara Buat Chinese Congee, Enak Dimakan Bersama Ayam Kukus Halia & Cakoi\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-cara-berlauk-inti-daging/", "title": "Kuih Cara Berlauk Inti Daging, Buat Guna Acuan Kuih Tradisional", "body": "\nDah lama tak merasa Kuih Cara Berlauk ini. Antara kuih tradisi melayu yang semakin hilang ditelan zaman. Tapi tak adalah terus hilang, sebab masih ada lagi penggemar kuih ini yang akan mencari resipi untuk buat sendiri di rumah.\nTapi kalau nak buat jual pun tak ada masalah sebab penulis pun tengok jarang-jarang yang menjual kuih acar lauk inti daging ini. Kalau ada pun, rasanya macam \u2018kureng\u2019 sedikit.\u00a0\nBaca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa\nUntuk kuih acar berlauk ini, selain inti daging, ia juga boleh dibuat menggunakan inti ayam. Jadi ada kepelbagaian untuk membuatnya.\u00a0\nTapi kalau nak nampak lagi autentik kemenjadiannya, boleh guna acuan kuih tradisional macam gambar di atas. Memang nampak klasik dan sedap.\nYang penting, jangan kedekut nak letak isi di atas. Kuih ini juga biasanya kita jumpa ketika bulan ramadan, majlis keramaian atau kenduri kendara dan selalunya mendapat permintaan yang tinggi.\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Khairul Hafizi melalui laman Facebook. Korang pun boleh buat sendiri di rumah!\n\nRESIPI KUIH ACAR BERLAUK INTI DAGING\u00a0\nApa yang menarik tentang kuih ini ialah korang dapat rasakan sendiri tekstur lembut dan lemak-lemak kuih ini.\n\nBahan-bahan inti:\n\n300g daging kisar\n2 sdb serbuk kari\n1 biji bawang besar\n2 ulas bawang putih\n\nBahan-bahan hiasan:\n\n2 tangkai cili merah \u2013 hiris halus\n\nBahan-bahan adunan:\n\n2 cawan tepung gandum\n2 biji telur\n4 cawan santan cair\n1/2 sdk garam\n1/2 sdk pewarna kuning\n\n\nCara-cara membuat inti:\n1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.\n2. Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.\n3. Masukkan ayam kacau sehingga kering airnya.\n4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.\n\nCara membuat adunan kuih cara:\n1. Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Nak mudah bancuh di dalam blender saja.\n2. Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih.\n3. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.\n4. Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.\n5. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan. Kemudian sudah boleh diangkat.\n6. Siap untuk dihidang!\n\n\n\n\nLepas ini dah boleh buat sendiri kuih cara berlauk ini di rumah. Tak perlu dah beli diluar lagi. Selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-getas/", "title": "Kuih Getas Lembut Dan Manis Berlemak, Kuih Klasik Kesukaan Ramai", "body": "\nKuih getas adalah sejenis kuih tradisional yang agak unik kerana rasanya yang manis dan berlemak. Ada juga yang memanggilnya getas-getas atau gegetas. \nCara penyediaannya adalah antara yang paling mudah berbanding kuih tradisional yang lain. Gosok, ratakan, goreng. Siap dalam 10 minit!\nBaca juga: Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je\nRasanya yang lembut lagi kenyal menjadikannya sangat popular dan sering dihidangkan sebagai hidangan minum petang untuk seisi keluarga.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Rokiah Abdullah ini. Hanya guna tepung gandum, tepung pulut dan juga kelapa parut serta disira dengan gula selepas digoreng.\n\nRESIPI KUIH GETAS\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung pulut\n2 cawan tepung gandum\n1 biji kelapa parut putih\nSedikit air garam\nAir secukupnya untuk uli\n\nBahan sira gula:\n\n2 cawan air\n2 cawan gula\n\nCara penyediaan:\u00a0\n1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali air.\n2. Gaul sebati kering dengan tangan barulah tuang air sedikit demi sedikit sambil mengadun sehinggalah tepung tidak melekat di jari. \n3. Kalau terlebih air boleh tambah tepung sedikit ya.\n4. Ambil adunan sebesar bola pingpong dan gentel bulat sedikit sebelum ditekan leper bagi dapatkan bentuk kuih getas yang bulat.\n5. Kalau nak buat bujur memanjang pun boleh.Bila dah siap panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.\n6.\u00a0Untuk cara sira gula pula,\u00a0 masukkan air dan gula dalam kuali sehingga pekat dan menjadi seperti bertali sedikit dengan menggunakan api sederhana kecil.\n7. Baru masukkan kuih dan kecilkan sedikit api sehingga gula tadi kering dan berbentuk hablur, baru padamkan api. Memang cantik kejadian kuih getas bila disira seperti ini.\n\nMemang sedap lah untuk dijadikan hidangan minum petang. Selamat mencuba resepi kuih getas ini.\nBaca juga: Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-kaswi-gula-merah-kuih-lejen-yang-tak-jemu-dimakan/", "title": "Kuih Kaswi Gula Merah, Kuih \u2018Lejen\u2019 Yang Tak Jemu Dimakan", "body": "\nKuih kaswi gula merah atau juga dikenali sebagai kuih lompang merupakan kuih tradisional yang dikatakan \u2018lejen\u2019.\nTak pernah rasa jemu untuk memakannya. Kuih ini sejenis kuih talam yang lembut dan sesuai bagi semua peringkat umur.\nKuih kaswi gula merah ini akan ditaburkan kelapa parut yang telah diperasakan dengan garam.\nBaca juga: Kuih Onde-Onde Bunga Telang, Nampak \u2018Rare\u2019 Sikit Buat Di Rumah\nBila dimakan terasa lemak manis je kuih ni. Tak muak pun. Selalunya dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang bersama kopi.\nKuih ini juga sering kali dijual digerai tepi jalan diwaktu pagi. Yang pergi berkerja biasanya akan singgah membelinya untuk dibawa bekalan ketempat kerja. Laku keras kuih ni dijual.\nKepada mereka yang ingin menyediakannya secara homemade, boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat ini.\n\nResipi Kuih Kaswi Gula Melaka\n\nBahan A:\n1 cawan gula merah\n1/2 cawan gula pasir\n1 cawan air\nSedikit garam\nDaun pandan\nBahan B:\n2 cawan tepung gandum\n1 cawan tepung ubi\n3 cawan air biasa\n1 sudu besar air kapur\nBahan C:\nKelapa parut\nGaram\nCara membuatnya:\n1. Masak semua bahan A sehingga gula larut. Tapis dan ketepikan.\n2. Air gula yang dimasak tadi dijadikan 2 cawan.\n3. Satukan semua bahan B. Kemudian, masukkan kedalam blander.\n4. Campurkan sekali air gula merah tadi dalam blender. Dan blend sekali semua sehingga sebati.\n5. Sapu loyang 9 inci dengan sedikit minyak.\n6. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan kukuh sehingga masak. Kukus lebih kurang 45 minit.\n7. Dah siap kukus, sejukkan seketika baru potong.\n8. Satukan Bahan C dan gaul rata. Taburkan dan gulung kuih kaswi pada kelapa parut yang dah diperasakan dengan garam secukupnya. Siap!\n\nSangat mudah resepi kuih kaswi ni, cuma menggunakan blender untuk membuat adunan.\nLepas ni tak perlu beli diluar lagi, buat secara homemade lebih puas hati.\nSemoga resipi kuih kaswi gula merah ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!\nBaca juga: Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-koci-labu/", "title": "Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya", "body": "\nJom buat Kuih Koci Labu petang-petang ini. Ia antara kuih warisan Melayu yang sedap dan masih lagi menjadi kegemaran ramai.\nMemiliki tekstur yang lembut dan lembik. Rasanya juga sangat tradisional dengan rasa manis dan berlemak. Ia telah membuatkan kuih koci ini diminati dari dulu hingga sekarang.\nBaca juga: Kuih Getas Lembut Dan Manis Berlemak, Kuih Klasik Kesukaan Ramai\nDi Malaysia, ia popular terutama di kawasan pantai timur iaitu di Kelantan dan juga Terengganu. Di zaman moden ini, kuih koci akan disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dikukus.\nAda rahsia nak bagi kuih ini lagi sedap. Ikut sahaja resipi dari perkongsian Cik Puan Mas Cotek ini.\n\nRESIPI KUIH KOCI LABU\n\nBahan Doh:\n\n1 \u2013 2 biji labu kuning 400gram\n3 \u2013 4 cawan tepung pulut \u2013 boleh tambah untuk dapatkan doh yang lembut\n\n* Jika doh keras, boleh tambahkan santan pekat\nBahan Inti:\n\n3 cawan kelapa parut\n1 cawan gula merah\nGula pasir\n1-2 cawan air\n1 helai daun pandan \u2013 disimpul\n\n*Masak semua bahan sehingga kering dan sejukkan\nBahan Dadih:\n\n2 cawan santan pekat\n1 sudu teh tepung beras\nGaram secukup rasa\n\nBahan bungkus:\n\nDaun pisang secukupnya\n\nCara-cara penyediaan kuih:\n1. Labu yang sidap direbus dilenyek dan masukkan tepung pulut sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.\n2. Bentukkan doh dan masukkan inti.\n3. Didihkan air, rebus doh seperti buah melaka.\n4. Angkat dan toskan.\n5. Masukkan doh ke dalam dadih dan bungkus. Kukus kira-kira 10 hingga 15 minit sehingga masak.\n6. Dah siap untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-lopes/", "title": "Kuih Lopes Cara Mudah Dan Pantas, Sedap Buat Minum Petang", "body": "\nAda tak kat sini penggemar kuih lopes? Nama macam orang putih, tapi kuih ni merupakan kuih tradisional orang Melayu yang sangat ramai penggemarnya.\nApa kata hujung-hujung minggu ni kita try buat resepi kuih lopes untuk minum petang. Mesti best!\nKuih lopes juga merupakan kuih yang diperbuat daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan di warnakan dengan warna asli air pandan.\nBaca juga: Kuih Serabai Bersama Kuah Manis, Meh Ikut Resipi Disini\nIanya akan di gulung dengan parutan kelapa dan di makan manis dengan air gula.\nSesetengah orang beranggapan, kuih lopes ni agak renyah di buat. Sebab menggunakan daun pisang. Sebenarnya kuih ni boleh je di buat tanpa daun pisang.\nDah ada cara modern yang mudah dan cepat untuk korang follow. Cuma kukus dalam loyang je. Rasanya juga tak kurang sedapnya tau!\nResepi kuih lopes yang di kongsikan oleh Yati Rahim ni telah mendapat share yang banyak iaitu 4.2k.\nMungkin di sebabkan cara penyediaannya yang mudah, buat ramai yang tertarik untuk mencubanya sendiri di rumah.\nResipi Kuih Lopes\n\n\nBahan untuk pulut:\n2 cwn beras pulut susu\n2 cwn santan cair\n1/2 cwn air pandan\n1sk air kapur\nBeberapa titik pewarna hijau\nBahan untuk gula:\nGula melaka\nGula putih\nAir\nTepung jagung (1 sudu teh dan bancuh dengan air sikit)\n*Semua bahan di atas boleh anggarkan saja ikut keperluan.\n*Tujuannya tepung jagung di gunakan adalah untuk memekatkan air gula tersebut.\nBahan untuk kelapa parut:\n\nKelapa parut\nGaram\nCara membuat kuih lopes:\nPulut:\n1. Cuci beras pulut dan rendam selama 1/2jam dgn air kapur+pewarna hijau.\n2. Kisar daun pandan+air dan tapis (Guna 4 helai daun pandan)\n3. Toskan beras pulut tadi dan masukkan dalam loyang.\n4. Masukkan santan cair+gula dan kacau rata\n5. Kukus sampai masak.\nAir Gula dan Kelapa Parut:\n1. Campur semua bahan dalam periuk kecil dan masak sehingga mendidih. Pelahankn api kemudian masak sehingga gula menjadi likat.\n2. Kelapa parut+garam, gaul sebati dan kukus sekejap supaya kelapa tu tak mudah basi dan tahan lama.\nCara bentukkan pulut:\n1. Ok, bila pulut dah masak, ambil sudu dan penutup tudung botol nutella, takde penutup tu cari la penutup tudung yang lain.\n2. Padatkan pulut dalam penutup nutella dan tebalikkan penutup diatas dulang yang dilapik dengan plastik. Tak pun dengan kertas pembalut nasi lemak.\n3. Kemudian, golekkan pulut tadi dalam kelapa parut.\n4. Siram air gula tadi kemudian bolehlah dimakan.\nSelamat mencuba.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-masalodeh/", "title": "Kuih Masalodeh Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam, Buat Kat Rumah Lagi Puas!", "body": "\nMasalodeh bukan sahaja popular dalam kalangan kaum India tetapi ianya juga merupakan kudapan yang turut digemari oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia.\nMasalodeh atau nama lainnya iaitu vadai merupakan sejenis makanan orang India selatan.\nTerdapat dua jenis Vadai iaitu Masala Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Dan satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah.\nBaca juga: Senarai Kedai Makan Yang Menyajikan Masakan Sri Lankan Di Sekitar KL Yang Ramai Tak Tahu Sedap Rupanya\nTekstur masalodeh ini ranggup di luar dan lembut didalam. Keenakannya memang tidak dapat dinafikan. Ianya selalu menjadi pilihan minum petang. Kudapan ini juga kebanyakkan dijual di pasar malam, pasar tani dan juga dikaki jalan.\nTerima kasih diucapkan kepada Noor Aishah Razali kerana sudi berkongsi resipi kuih ini. Ia pasti memudahkan peminat masalodeh untuk mencubanya dirumah.\n\nResipi Kuih Masalodeh atau Vadai\n\n\nBahan-bahan:\n\nKacang dal\n1 biji bawang besar (dipotong dadu)\n1 Sudu jintan besar\nCili kering (dihiris)\nDaun kari (dihiris)\nGaram secukupnya\nGula secukupnya\n\nCara membuatnya:\n1. Rendam kacang dal dalam 4 jam. Kemudian tos dan keringkan.\n2. Bland kering kacang dal yang direndam tadi sehingga halus.\n3. Campurkan kesemua bahan (bawang besar, cili kering, daun kari dan juga jintan besar)ke dalam bekas kacang dal.\n4. Gaul sebati semua bahan, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.\n5. Bentukkan dan biarkan seketika sebelum digoreng.\n6. Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga nampak kekuningan. Toskan sebelum dihidang.\n\n\n\nMasalodeh memang sedap di makan panas-panas. Kacang dal yang telah direbus dan dikisar membuatnya gebu dibahagian dalam.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-nekbat-cara-marbitter/", "title": "Kuih Nekbat Cara Marbitter, Kuih Tradisi Pantai Timur Yang Popular Ketika Ramadan", "body": "\nJom buat Kuih Nekbat yang begitu popular di pantai timur ketika musim Ramadan ini. Memang susah nak jumpa orang menjual di sekitar KL dan Selangor ini, jadi kita buat sendiri di rumah. Lagi puas!\nKuih Nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur. Biasanya disediakan dalam dua fasa.\nBaca juga: Kuih Bakar Pandan Guna Sukatan Mangkuk, Kuih Tradisi Melaka\u00a0\nPada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.\nPopular ketika Ramadan di Pantai Timur\nPada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. \nApabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.\nKali ini, MyResipi ingin kongsikan resipi dari Marbitter, seorang pempengaruh yang suka menonjolkan masakan dan gaya hidup di kampung bersama ibunya.\nUniknya, masakan beliau sering menggunakan perkakas tradisional seperti\u00a0 barang tembaga, lesung batu, masak pakai dapur arang dan semuanya manual. Menarik tau! Jom kita lihat cara-cara beliau membuat kuih nekbat secara tradisional ini.\n\nRESIPI KUIH NEKBAT CARA MARBITTER\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\nKuih Nekbat kering \u2013 boleh beli yang dah siap\nGula pasir\u00a0\nDaun pandan\nBunga cengkih\nPewarna oren \u2013 optional\n4 cawan air\n\nCara-caranya:\n1. Masak air diatas dapur. Masukkan gula, bunga cengkih daun pandan dan pewarna oren.\n2. Bila air gula dah mendidih, masukkn nekbat kering.\n3. Jangan dikacau, risau kuih itu boleh hancur. Tutup api dan angkat ke dalam pinggan.\u00a0\n4. Siap untuk dihidang.\n\nJika teringin hendak membuat nekbat kering secara homemade, ini cara-caranya pula.\nBahan nekbat kering:\n\n1kg tepung beras\n12 biji telur ayam\n500g gula\n5 helai daun pandan\u00a0\n\nCara membuat nekbat kering:\n1. Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.\n2. Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.\n3. Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.\n4. Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.\n\nMudah saja kan jika ada nekbat kering di rumah, tinggal buat air gulanya sahaja untuk dihidangkan di rumah. Mesti ramai ingat rumit cara pembuataanya. Tak apa, boleh ikut cara mudah disini. \nSelamat mencuba dan selamat menjamu selera!\nBaca juga: Kuih Masalodeh Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam, Buat Kat Rumah Lagi Puas!\nVIDEO PENUH:\u00a0\n\n\n @marbitter\nPuasa day 10 #kongsiresepi kuih Nekbat, korang kalau teringin nak rasa nekbat boleh beli kat shopee. ada banyak kat situ Bahan-Bahan Nekbat yang belum disira gula daun pandan bunga cengkih air putih #inspirasiramadan \n \u266c original sound \u2013 Marbitter \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe \u2013 Marbitter \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-nona-manis-keladi/", "title": "Kuih Nona Manis Keladi Guna Sukatan Cawan, Memang Lembut Dan Sedap Hasilnya!", "body": "\nIni dia resipi Kuih Nona Manis Keladi, kuih tradisional yang di sukai ramai. Dengar nama pun dah sedap kan. Bila makan rasanya lemak-lemak santan manis gitu. \nApa kata hari ni kita follow resipi nona manis yang nampak licin dan cantik ni. Bolehlah buat menu juada berbuka nanti.\u00a0\nKalau bulan Ramadan, memang susah nak dapat kuih ni yang versi keladi. Selalu yang nona manis pandan itu je. Jadi, memang lagi syok kalau buat sendiri. Boleh belajar cara buat kuih tradisional.\nBaca juga: Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Resipi Cara Orang Lama, Jom Buat!\u00a0\nKuih ni juga sesuai dihidang buat tetamu yang dapat di majlis-majlis rumah terbuka dan kenduri kendara. Ramai yang suka dengan rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut. Mak ayah kita kalau jumpa kuih ni memang ni mesti suka. Nak makan pun senang!\nResipi kuih nona manis keladi ini telah di kongsikan oleh Cik Puan Zura Zul melalui laman Facebook. Korang kena cuba, sebab resepi kuih ni tak terlalu manis dan memang berlemak. Sedap sangat bila di makan.\n\nRESIPI KUIH NONA MANIS KELADI\n\nJumlah kuih: 25 biji kuih nona manis keladi\u00a0\nBahan A:\n\n1 cawan tepung gandum\n1 cawan santan\n1/2 cawan gula\n1 biji telur gred B\n\n*Masuk bahan di atas dalam bekas dan kacau guna whisk bagi sebati \nBahan B:\n\n1/4 cawan tepung jagung\n1/4 cawan gula\n1 cawan santan\n1 sudu kecil yam emulco (perasa keladi) \nSedikit pewarna ungu\n\nCara-cara membuat:\n1. Satukan semua bahan dalam periuk,\u00a0 kacau sebati. \n2. Kemudian masak atas api perlahan hingga pekat. Ketepikan dan biar suam.\n3. Bila sudah suam, campurkan bahan A dan B dalam blender. kisar sebati kemudian tapis.\n4. Acuan lompang saiz besar sudah boleh sapur dengan sedikit minyak.\n5. Tuang adunan yang sudah ditapis tadi ke dalam acuan lompang kira-kira 1/2 atau 3/4 acuan.\n\nBahan C:\u00a0\n\nSantan kotak 200ml \n1 cawan air\n4 \u2013 6 sudu besar tepung gandum\nSedikit gula\nGaram\n\nCara membuat bahan C:\n1. Campur ke semua bahan di atas dan kacau rata. Nak guna blender pun boleh tapi adunan akan rasa sedikit masin.\n2. Kemudian, masak di atas api perlahan hingga adunan putih meletup atau likat sedikit.\n3. Tuang terus ke dalam botol sos kecil.\n4. Botol sos tadi suakan di tengah-tengah adunan ungu. Paipkan ikut nak besar mana.\n5. Panaskan kukusan betul-betul mendidih. Kukus kira-kira 10 minit mengunakan api sederhana besar.\n6. Sejukkan dulu, baru keluarkan nona manis dari acuan.\n7. Siap untuk dihidang!\n\n\nUntuk dapatkan kuih yang cantik dan licin, korang kena wrapkan loyang. Ini tips memang kena ikut. Dah masak tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuan. \nKuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik. Sedap pulak tu! Rasa kuih ni memang tak terlalu manis. Just nice je. Nak hidang untuk tetamu pun senang.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-penyaram-perisa-pandan-horlicks/", "title": "Kuih Penyaram Perisa Pandan Horlicks, Nampak Unik Dan Sedap!", "body": "\nPernah cuba kuih penyaram perisa pandan horlick? Memang nampak unik dan cantik warnanya dari jauh. Teringat masa kecil-kecil dulu selalu beli kuih penyaram ini di pasar malam.\nKuih ini memang ada pelbagai nama. Ada yang panggil kuih penyaram, kuih topi ataupun cucur jawa.\nBaca juga: Jemu Dengan Kuih Jawa Yang Biasa, Wanita Ini Kongsi Resipi Kuih Jawa Red Velvet\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Ezraa Laa menerusi laman Facebook. Nampak mudah dan boleh dibuat sesiapa sahaja.\nTapi kalau silap bancuh dan silap cara goreng, memang tak menjadi. Jadi memang kena ikut betul-betul resipi yang dikongsikan ini.\n\nRESIPI KUIH PENYARAM PERISA PANDAN HORLICK\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung gandum\n1 cawan tepung beras\n1 cawan gula pasir\n1/2 cawan susu pekat manis\n1/2 cawan horlick\n1 1/2 cawan air\n2 sudu pes pandan\n\nCara penyediaan:\n1. Campurkan kesemua bahan sehingga bercampur rata dan sebati. Gaul menggunakan hand whisk atau senduk.\n2. Pastikan adunan betul-betul digaul sebati. Kemudian, perap kira-kira 4 jam. Tak perap pun tak apa, boleh terus goreng.\n3. Kalau perap lama, makin cantik topi kuih penyaram ini.\nCara-cara mengoreng:\n1. Gunakan kuali melengkung.\n2. Minyak jangan terlalu sedikit, jangan terlalu banyak. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah masukkan adunan.\n3. Gunakan api perlahan, dari awal menggoreng sehingga siap.\n\nMudah je kan! Senang nak faham resipi yang dikongsikan ini. Kalau tak dapat buat sekarang, simpan dahulu supaya senang untuk korang rujuk nanti~\nSelamat mencuba.\nBaca juga: Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-pulut-serunding-kelapa/", "title": "Kuih Pulut Serunding Kelapa: Lembut, Berlemak Manis Dan Pedas", "body": "\nKorang sempat merasa kuih pulut serunding kelapa? Kalau tengok je kuih ini terus terimbau zaman sekolah sebab setiap kali waktu rehat, wajib beli kuih ini. Cepat kenyang dan sedap!\nTapi sekarang, dah jarang nak tengok orang menjual kuih pulut serunding ini. Mungkin sebab ia melibatkan pulut dan juga kelapa parut untuk dibuat serunding.\nKalau terserempak dengan penjual kuih-muih pun mesti ada yang tak kena dengan tekak kita. Kadang dapat pulut yang tak berapa lembut atau serundingnya pula tawar.\nBaca juga: Cara Senang Masak Pulut Tanpa Sukat Air, Pulut Takkan Lembik & Mentah Lagi\nKuih ini kalau nak sedap pulutnya kena tanak dengan betul hingga lembut. Serunding kelapanya pula kena cukup rasa dengan aroma pedasnya. Barulah kombinasi tersebut menjadi lagi sedap.\nJom kita ikuti resipi dari perkongsian Facebook Azlynn\u2019s Kitchen yang katanya ikut cara ibunya iaitu Pn Hajjah Napsiah Hj Abd. Malek.\nKalau cuba sekali pulut serunding ni pasti lepas ni akan jadi kuih kegemaran korang juga.\n\nResipi Kuih Pulut Serunding Kelapa\n\nBahan Serunding Kelapa:\n\n2 biji kelapa parut (ambil betul-betul putihnya sahaja)\n1 mangkuk cili kering yang dah siap dikisar\n2 labu bawang besar\n4 ulas bawang putih \n6-8 batang serai \nSegenggam ikan bilis\n2 \u00bd cawan gula\n1 \u00bd sudu garam kasar \nSedikit perasa\n\nBahan Pulut:\n\n\u00bd kilo beras pulut \u2013 dibasuh bersih dan toskan\u2019\n3 \u00bd cawan air\n1 sudu kecil garam kasar \n4 sudu minyak masak\n\nUntuk pulut, nak masaknya tak perlu dimasukkan santan. Namun perlulah dimasak lembut supaya nanti sedap dimakan dengan serunding kelapa. Walaupun tak bersantan, rasa lemak manis kuih ni nanti datangnya dari kelapa parut serunding tu sendiri.\n\nCara buat inti serunding:\n1. Mula-mula kisar bawang besar, bawang putih, serai dan juga ikan bilis.\n2. Kemudian panaskan kuali, dan masukkan kesemua bahan ke dalam kuali. Biarkan sehingga inti serunding kelapa ni kering dan pedas.\n3. Dah siap, ketepikan.\nCara buat pulut:\n1. Sediakan periuk, kemudian masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak.\n2. Masak atas api. Selepas pulut dah kering, baru masukkan minyak masak. Kacau ia dan biarkan sampai pulut masak sepenuhnya.\n3. Selepas dah masak sepenuhnya, sendukkan pulut dan masukkan dalam mangkuk kecil. Padat-padatkan.\n4. Kalau anda suka yang bentuk membulat, boleh bentukkan.\n5. Kemudian letak atas serunding kelapa dan golek-golekkan sehingga sekata. Gaul-gaulkan kalau nak serunding kelapa tu bersalut lebih tebal.\n6. Dah siap, bolehlah dihidangkan!\n\n\n\nBuat hidangan minum petang memang betul-betul sedap ni. Hidangkan sekali dengan teh panas. Sambil makan pulut dan serunding pedas, sambil hirup air panas.\nKalau buat bentuk pulutnya tu saiz lebih kecil sikit, lagi sedap kalau dapat terus ngap masuk seketul dalam mulut. Baru puas makan kuih ni.\nSemoga bermanfaat.\nBaca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-pulut-wajik-wajid-ikut-sukatan-cawan-hanya-guna-4-bahan-ini-je/", "title": "Kuih Pulut Wajik @ Wajid Ikut Sukatan Cawan, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je", "body": "\nSiapa penggemar kuih pulut wajik atau wajid dekat sini? Selalu musim raya atau kenduri je baru dapat jumpa kuih pulut ini.\nTapi jarang betul nak jumpa orang jual wajik ini. Kebanyakan orang akan menjual dodol atau lemang je. Kalau balik kampung pun, baru dapat merasa wajik ini.\nBaca juga: Jom Cuba Resepi Dodol Homemade, Hanya Guna 4 Bahan Dah Siap!\nResipi wajik ini telah dikongsikan sendiri oleh Zailah Ismail menerusi laman Facebook. Memang nampak mudah tapi kena rajin mengacau macam dodol tau!\n\nRESIPI KUIH PULUT WAJIK @ WAJID\n\nBahan-bahan:\n\n4 cawan beras pulut\n5 cawan santan\n4 cawan gula merah\n1 cawan gula pasir\n\nCara-caranya:\n1. Rendam beras pulut kira-kira 3-4 jam. Kemudian, kukuskan ia kira-kira 25 hingga 30 minit dan ketepikan.\n2. Masak pula gula merah, apabila sudah cair boleh ditapis.\n3. Sediakan kauali yang besar sikit. Mudah untuk mengacau wajik.\n4. Letak balik gula merah yang sudah dicairkan tadi. Kemudian masukkan gula pasir, sedikit garam, dan santan.\n5. Kacau sampai mendidih. Bila sudah likat, boleh masukkan pulut yang sudah dikukus dan kacau rata. Dah siap!\n\nMudah je kan nak buat kuih pulut wajik ini ikut sukatan cawan. Sangat praktikal dan sesuai untuk makan sendiri di rumah.\nTerima kasih Zailah Ismail di atas perkongsian resipi ini. Tak perlu nak tunggu musim raya atau kenduri, dah boleh buat terus bila-bila teringin nak makan.\nPada masa yang sama, boleh kenalkan dekat anak-anak kuih tradisional melayu ini. Ye dok? Selamat mencuba!\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-putu-ayu-cheese/", "title": "Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya", "body": "\nJom buat kuih traditional putu ayu yang telah dimodenkan iaitu kuih putu ayu cheese. Kuih ni juga dikenali dengan nama kuih puteri ayu. \nResipi ini pernah viral di media sosial sebelum ini. Nampak menarik dan sedap. Jadi MyResipi ingin kongsikan cara membuat kuih putu ayu cheese ni.\nBaca juga: Kuih Nekbat Cara Marbitter, Kuih Tradisi Pantai Timur Yang Popular Ketika Ramadan\nKuih ni sama seperti kuih puteri traditional cuma kepala atasnya digantikan dengan adunan cream cheese yang lemak berkrim.\u00a0\nResipi untuk bahagian badan kuih ini boleh juga digunakan untuk membuat kuih puteri ayu traditional. Cuma perlu campurkan kelapa parut dengan sedikit garam dan juga tepung untuk menggantikan cheese.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mariyam Rivera Menado menerusi laman Facebook ini. Memang nampak menarik dan gebu.\n\nRESIPI KUIH PUTU AYU CHEESE\n\nBahan-bahan:\n\n2 biji telur ayam gred B\n1 cawan gula\n2 cawan tepung gandum\n2 sudu kecil baking powder\n1 cawan santan\n1 sudu besar penuh ovalette\n1 sudu kecil esen vanilla\nPewarna makanan\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Campurkan telur dengan gula hingga kembang, masukkan ovalette dan pukul seketika.\n2. Tuang esen vanilla kemudian santan separuh pukul lagi hingga rata.\n3. Masukkan tepung sikit demi sikit selang seli dgn santan sehingga sebati.\n4. Bahagikan adunan dan warna ikut suka.\nBahan-bahan bahagian cheese:\n\n250gm cheese\n1 biji telur gred B\n2 sudu besar gula\n1 setengah sudu besar tepung gandum\n2 sudu air\n1 sudu besar susu cair.\n1 sudu kecil esen vanilla\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Satukan semua bahan, gaul sampai sebati.\n2. Masukkan dalam botol sos, kalau ada piping pun boleh.\n3. Paipkan chesee agak-agak mana suka la banyaknya ke dalam acuan yang telah di sapu minyak.\n4. Kukus 5 minit. Selepas itu masukkan adunan berwarna tadi. Kukus kira-kira 7 minit.\n5. Tunggu suam sedikit kemudian dah boleh dikeluarkan dari acuan.\n6. Siap untuk dihidang!\n\nTIPS:\n\nSapu minyak pada acuan supaya mudah untuk ditanggalkan.\nPastikan air kukusan mendidih sebelum mengukus kuih puteri ayu cheese.\nUntuk mendapatkan kuih yang lembut, tepung tidak perlu dipukul lama dan kuat. Lebih elok jika hanya kuap balik tepung.\nGula, telur dan ovallet perlu di pukul sehingga betul-betul gebu.\n\nSelamat mencuba dan semoga bermanfaat!\u00a0\nBaca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-serabai-bersama-kuah-manis-meh-ikut-resipi-disini/", "title": "Kuih Serabai Bersama Kuah Manis, Meh Ikut Resipi Disini", "body": "\nPagi-pagi buat kuih serabai memang syok juga kan. Makan pula dengan kuah manis. Fuh! Bertambah-tambah di buatnya.\nKuah serabai ni dibuat menggunakan tepung beras. Teksturnya pula lembut dan gebu. Sesuai di makan bila-bila masa je.\nBila musim durian. Ada juga yang buat kuih ni dengan kuah manis durian. Sedap tau! Korang yang tak pernah try lagi, kena cuba buat kuih ni kat rumah.\nBaca juga: Cara Buat Serawa Durian Yang Bau Harum Semerbak, Sedap Cicah Roti!\nTak susah mana pun cara nak buatnya. Blend semua bahan, perap sekejap dah boleh masak dalam acuan.\nUntuk korang yang tak tahu, kuih serabai ni merupakan kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih ni akan di masak nipis sama seperti lempeng.\nJom ikuti resipi perkongsian dari Cik Puan Noor Rahim ini yang mendapat lebih dari 3.9k shares di laman Facebook ini.\n\nRESIPI KUIH SERABAI\n\nBahan untuk kuih serabai:\n\n1 cawan tepung beras\n1/2 cawan nasi\n1/2 cawan santan\n2 sudu besar gula\n1 sudu teh ragi @ yis\n1 sudu teh garam\n\nBahan untuk kuah serabai :\n\nAir 1 cawan\nGula melaka 2 ketul\nSantan 1/2 cawan\nGula biasa 2 sudu\nGaram secubit\n1 sudu tepung beras campur air\nDaun pandan untuk bau\n\nCara memasak kuih serabai:\n\n1. Mula-mula, kisar dan simpan adunan kurang 20 minit.\n2. Sapu sedikit minyak dan letak 1 senduk tepung dan bakar atas api lebih kurang 3 minit.\n3. Sampai semua gelembung masak dan balikkan sekejap.\n4. Siap dan ketepikan.\nCara memasak kuah serabai:\n\n1. Masak gula melaka sehingga cair. Masukkan pula daun pandan.\n2. Tambah garam, gula, santan dan air tepung beras. Kacau sampai pekat.\n3. Siap untuk dihidang!\n\nKuah kuih serabai ni di campur dengan santan dan gula melaka. Rasanya bukan je manis. Tapi, berlemak gitu. Kalau nak campur durian pun boleh ye. Lagi sedap! Kuih ni memang ramai penggemarnya. Lagi-lagi bila di campur durian.\nSelamat mencuba.\nBaca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-seri-muka-pandan/", "title": "Kuih Seri Muka Pandan Cara Orang Dulu-dulu, Buat Sendiri Lagi Puas", "body": "\nJom buat Kuih Seri Muka Pandan cara orang dulu-dulu, memang wangi, sedap dan rasa pandan tu memang terbaik. Tak payah tunggu sejuk sangat, suam-suam tu dah sedap makan.\nAda pelbagai nama untuk kuih ini iaitu kuih talam, talam pulut, dan lain-lain. Walaupun namanya pelbagai tapi tahu kuih apa yang dimaksudkan.\nBaca juga: Kuih Seri Muka Guna Sukatan Cawan, Mudah Untuk Yang Baru Berjinak Nak Buat\u00a0\nKalau penulis sendiri, panggil kuih seri muka. Sebab bagi penulis kuih talam tu bila kedua-duanya tepung dan tiada pulut.\nSedar tak sedar, kalau kita search di google sekali pun, ada yang panggil kuih talam ni untuk yang ada pulut di bahagian bawah. Jadi, untuk elakkan ia menjadi salah faham, kita sebut je nama sebagaimana yang kita faham dan biasa je.\nDalam perkongsian kali ni, kuih tradisional ini resipi asalnya dikongsikan oleh Mr Ali. Simple dan bahan-bahan yang digunakan semuanya ada dekat dapur je.\n\nRESIPI KUIH SERI MUKA PANDAN\n\nSaiz loyang: Jenis petak 8 inci (lapik plastik)\n\nBahan-bahan:\n\n4 cawan beras pulut\u00a0\n2 cawan santan cair\u00a0\n4 cawan santan pekat \n2 sudu teh garam\u00a0\n\nBahan-bahan topping:\n\n5-6 helai daun pandan\u00a0\n2 biji telur gred A\n1 cawan gula \n1 cawan tepung gandum\n\nCara buat bahagian bawah:\n1. Cuci pulut bersih dan toskan sekejap.\n2. Kemudian, masukkan santan dan garam. Kacau sampai sebati.\n3.\u00a0 Seterusnya, masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.\n4. Dah cukup masa, angkat dan penyet-penyetkan bagi padat.\nCara buat topping:\n1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar. Kisar sampai semua bahan halus dan sekata.\n2. Kemudian, masukkan dalam pulut yang telah dipadatkan tadi.\n3. Cakar-cakar sikit gunakan garfu supaya kedua-dua bahagian ini melekat elok.\n4. Kemudian, kukus lagi selama 30 minit.\n5. Dah cukup masa, biarkan suam. Potong dan sedia untuk dihidangkan!\n\nKuih seri muka pandan ini sesuai kalau nak buat makan petang atau makan pagi. Sedap juga kalau buat sebagai makanan tambahan atau dessert kalau ada event atau majlis-majlis kan.\nNak buat kuih ini kene pandai dan jangan sampai tersilap. Santannya kena betul, dan sebaiknya yang tak cukup daun pandan, jangan gunakan perasa pandan. Risau lari sikit rasanya. Hilang rasa keasliannya.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-seri-muka-talam-durian/", "title": "Kuih Seri Muka & Talam Durian, Boleh Buat Kalau Stok Durian Banyak Lagi", "body": "\nMusim buah durian sudah tiba! Apa lagi, pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah durian kan. Salah satunya adalah Kuih Seri Muka Durian.\nApa beza kuih talam dan kuih seri muka ? Yang ketara adalah pada lapisan bawahnya. Kalau kuih talam, ianya menggunakan tepung dan seri muka pula ianya menggunakan pulut yang dikukus sebagai lapisan bawah.\nBaca juga: Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya\nSelain daripada makan begitu saja, buah durian sering digunakan dalam pelbagai jenis menu masakan atau judah kuih. Kreatif orang Malaysia kita kan. Macam-macam menu masakan berasaskan durian \u00a0yang boleh dicuba. \nIkuti resipi kuih dari perkongsian Cik Puan Iedaa Jahaya dari laman Facebook ini. Memang sedap untuk dicuba.\n\nRESIPI KUIH SERI MUKA DURIAN\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n2 cawan beras pulut \u2013 cuci dan rendam selama 1jam\n2 cawan santan pekat \u2013 1 cawan santan pekat, 1 cawan santan cair\n1 sudu minyak masak\n1 cawan durian \u2013 Blend dahulu bgi halus\n1/2 cawan tepung gandum\n1/2 cawan tepung kastad\n1/2 cawan tepung beras\n2 biji telur\nEsen vanilla\nSikit garam\nPewarna makanan kuning\u00a0\n1 cawan gula halus\u00a0\n\nCara-cara penyediaan kuih seri muka:\n1. Campur semua bahan kecuali isi durian.\u00a0 Gaul sebati hingga tak berketul. \n2. Tapis masuk ke dalam periuk. Tuang isi durian yg di kisar tadi. Masak sekejap dengan api sederhana.\n3. Kacau sentiasa hingga sedikit pekat. Tutup api\n4. Tuang ke atas lapisan pulut tadi. Kukus 25 minit.\n5. Pastikan air kukusan tak menitik bahagian lapisan atas kuih. Dah masak sejukkan dahulu.\n6. Sedia untuk dipotong dan dihidang.\n\nRESIPI KUIH TALAM DURIAN\n\nBahan lapisan bawah:\n\n1 cawan tepung beras\n3 cawan santan \u2013 2 cawan santan pekat, 1 cawan santan cair\n1 biji telur\nEsen vanilla\nGaram secubit\n3 sudu besar tepung jagung\n\nCara buat lapisan bawah:\n1. Satukan semua bahan dan tapis masuk periuk.\n2. Masak atas api sederhana hingga sikit pekat. Tutup api.\n3. Tuang dalam loyang yang telah disapu minyak dan dilapik plastik.\n4. Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus kira-kira 25 minit.\n5. Dah masak, cakar-cakar kan sedikit kuih sebelum di tuang lapisan atas nanti.\nBahan lapisan atas:\u00a0\n\n1 cawan isi durian \u2013 Blend dahulu hingga halus\n1/2 cawan gula pasir halus\n1 cawan tepung beras\n2 sudu besar tepung kastard\n2 1/2 cwn santan \u2013 1 cawan pekat, 1 1/2 cawan santan cair\nTelur 1 biji\nEsen vanilla\nGaram sedikit\nPewarna makanan kuning\n\nCara buat lapisan atas:\n1. Sebatikan semua bahan. Kecuali isi durian. Tapis masuk periuk.\n2. Baru masukkan isi durian.\n3. Kacau atas api sederhana hingga naik wap.\u00a0 Tuang atas lapisan bawah\n4. Kukus kira-kira 25 minit.\u00a0\n5. Dah masak tunggu sejuk. Baru potong dan sedia untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba kedua-dua resipi ini\nBaca juga: Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-tako-jagung/", "title": "Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!", "body": "\nKuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!\nKuih tako atau juga dikenali sebagai kuih takup merupakan kuih tradisional orang melayu. Kuih ini sangat popular dan mempunyai rupa yang sama dengan kuih tepung pelita dan kuih limas.\nBaca juga: Kuih Nona Manis Keladi Guna Sukatan Cawan, Memang Lembut Dan Sedap Hasilnya!\nSesetengah orang yang cuma mengenali kuih tepung pelita, mesti beranggapan kuih tako juga adalah kuih tepung pelita. \nKuih tako menggunakan daun pandan sebagai kelonsongnya manakala tepung pelita dan kuih limas pula menggunakan daun pisang.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah ini.\n\nRESIPI KUIH TAKO JAGUNG\n\nBahan lapisan bawah:\n\n1 cawan jagung manis krim\n1 cawan air daun pandan\n1 1/2 cawan air\n1 cawan gula pasir\n1/2 cawan tepung jagung\nPewarna hijau\u00a0\n\nBahan lapisan atas:\n\n4 1/2 cawan santan sederhana pekat\n1/2 cawan tepung jagung\n1 sudu teh garam halus\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Untuk lapisan bawah, satukan semua bahan kecuali jagung. Kacau di atas api hingga pekat dan meletup letup.\n2. Masukkan jagung. Kacau lagi hingga meletup letup. Tutup api.\n3. Tuang terus ke dalam acuan hingga setengah dari aras acuan. Hentakkan sedikit supaya rata. Biarkan keras selama 30 minit.\n4. Untuk lapisan atas pula,\u00a0 satukan semua bahan iaitu santan, garam dan tepung jagung.\n5. Kacau di atas api hingga agak pekat.\u00a0\n6. Terus tuang ke atas lapisan bawah. Biarkan keras, boleh masukkan ke dalam peti ais. Kemudian, hias dengan jagung.\n7. Sedia untuk dihidang!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-talam-pisang/", "title": "Kuih Talam Pisang Sukatan Cawan, Lembut Bergedik Ikut Resipi Ini", "body": "\nJom buat Kuih Talam Pisang. Agak unik dan jarang dibuat orang kerana selalunya biasa kita dengar kuih talam pandan, talam ubi, dan talam gula merah.\nKalau ada pisang banyak di rumah dan tak tahu nak buat apa, boleh lah cuba resipi ini. Perkongsian dari Cik Puan Zaim Sarah ini sangat menarik dan nampak menyelerakan.\nBaca juga: Kuih Seri Muka & Talam Durian, Boleh Buat Kalau Stok Durian Banyak Lagi\nBahan-bahan yang digunakan pun adalah seperti mana kita buat kuih talam seperti biasa, cuma bahan utamanya ditukarkan kepada pisang. Jom tengok cara-cara penyediaannya.\u00a0\n\nRESIPI KUIH TALAM PISANG\nHari ini saya nak kongsi resipi cara saya buat kuih talam pisang. Orang Banjar panggil kuih ini Batil Pisang.\n\nBahan lapisan atas:\n\n1 cawan penuh pisang yang dh diramas kasar\n1 cawan tepung beras\n1/2 cawan gula\n2 cawan santan cair\nSedikit garam\n\nCara penyediaan lapisan atas:\n1. Gaul semua bahan kecuali pisang. Bila bancuhan tidak berketul barulah masukkan pisang.\n2. Panaskan pengukus, sapu sikit minyak pada loyang. Bila dah mendidih, masukkan loyang lapisan bawah. Kukus dalam 20 minit.\nBahan lapisan bawah:\u00a0\n\n3 cawan santan pekat\n1 1/2 cawan tepung beras\nSedikit garam\n\nCara penyediaan lapisan bawah:\n1. Panaskan sekejap 3 bahan diatas. Bila lapisan bawah dah masak, cucuk-cucuk dgn garpu kemudian barulah tuang lapisan atas. Kukus dalam 15 minit.\n2. Sejukkan dahulu barulah boleh dipotong. (Penutup pengukus balut kain supaya air wap tak kena pada kuih)\nNota tambahan:\n\nRamai yang tanya pisang apa boleh guna, apa-apa jenis pisang yang selalu buat untuk kuih macam pisang berangan, kapas, abu, awak, emas pun boleh asalkan pisangnya dah masak. \nKuih ini lepas siap kukus memang lembut, jangan potong masa panas. Bagi betul-betul sejuk dulu dan mengeras.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-tepung-pasung-atau-kuih-serunai/", "title": "Kuih Tepung Pasung Atau Kuih Serunai Untuk Minum Petang, Mudah Dan Memang Sedap!", "body": "\nKorang pernah makan tak kuih tepung pasung. Nama lainnya kuih serunai. Kuih ni antara kuih orang lama yang sangat sedap. Susah nak jumpa orang jual kuih ni.\nSo, kalau nak makan kita terpaksalah buat sendiri kat rumah. Kalau tak tahu cara nak buat, korang follow je resepi kuih tepung pasung ni kat sini. Confirm menjadi!\nKuih ni sudah pasti di gemari orang tua kita. Cara masaknya adalah menggunakan kaedah kukus. Sesuai juga dihidang dimajlis-majlis kenduri. Mesti ramai yang suka. Jarang ye orang buat kuih ni.\nBaca juga: Kuih Kaswi Gula Merah, Kuih \u2018Lejen\u2019 Yang Tak Jemu Dimakan\nSo yang nak cuba, korang boleh follow resepi yang di kongsikan oleh Pn Habsah Ngah ni. Confirm menjadi! Ikut je sebijik-sebijik resepinya di sini.\nResipi Tepung Pasung atau Kuih Serunai\n\n\nBahan Bahagian Bawah:\n\n2 sudu gula pasir\n1 keping setengah gula melaka\n1 setengah cawan air\n1 helai daun pandan wangi\n40 gm tepung beras\n20 gm tepung ubi\n1 sudu teh air kapur\n\nBahan Bahagian Atas:\n\n3 sudu besar tepung beras\n1 sudu tepung gandum\n1 setengah cawan santan sederhana pekat\n1 sudu teh garam halus\n1 sudu teh gula\n\nBahan lain:\n\nDaun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong\n\n\nCara membuatnya:\n1. Masak gula, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur. Kemudian, sejukkan.\n2. Tapis dan satukan dengan bahan-bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.\n3. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang-lubang pengukus.\n4. Seterusnya, kukus dalam 5 minit.\n5. Satukan pula semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.\n6. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telas di kukus 5 minit tadi.\n7. Teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Kalau api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih tu tumbang.\n8. Biar sejuk baru dihidangkan. Siap.\n\nSelamat mencuba.\nSekali sekala buat kuih-kuih traditional best juga. Boleh asah skill dan ajar anak-anak nanti.\n"} {"url": "https://myresipi.com/kuih-ulat-bulu/", "title": "Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Resipi Cara Orang Lama, Jom Buat!", "body": "\nJom buat Kuih Ulat Bulu yang popular di Pantai Timur ini. Namanya yang unik ini tidak selari dengan kesedapannya tau. Sekali imbas, kuih tersebut seperti onde-onde, namun bentuknya sedikit bujur.\nMesti ada yang berfikir bukan-bukan kerana nama sajian ini dinamakan sebagai kuih ulat bulu. Ada asal usul di sebaliknya tau.\nIa dinamakan kuih ulat bulu kerana taburan kelapa yang membaluti kuih berkenaan. Alasan itu nampak pelik tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima.\nBaca juga: Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya\nDi Terengganu, ada juga yang memanggil kuih ini dengan nama kuih kepompong kerana bentuknya seperti kelongsong rama-rama jika diwarnakan dengan ungu gelap. \nDi negeri Kelantan pula, kuih ulat bulu itu lazimnya kelihatan berwarna hijau, merah dan ungu hasil ekstrak bunga talang.\n\nInti kuihnya, orang dulu-dulu memang hanya letak inti kacang merah atau kelapa sahaja. Tapi zaman moden ini, dah boleh letak bermacam jenis inti mengikut selera masing-masing.\u00a0\nTanpa membuang masa, jom kita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Norfazida Gda di laman Facebook ini. Memang wajib mencuba cara membuat kuih warisan lama ini.\n\nRESIPI KUIH ULAT BULU INTI KACANG MERAH\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 1/2 cawan tepung pulut\n1 sudu besar tepung gandum\n1/2 sudu kecil air kapur\nAir secukupnya\nSedikit pewarna pilihan\nInti kacang merah\nKelapa parut/kelapa muda (putih sahaja)\nSedikit garam\n\nCara membuatnya:\n1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan air kapur dan kacau rata.\n2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil digaul menjadi adunan yang lembut dan tidak melekat di tangan.\n3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yang berlainan setiap satu bahagian. Uli hingga warna sebati.\n4. Ambil sedikit adunan, letakkan inti dan bulat-bulatkan. Kemudian, gelekan dengan kedua-dua tapak tangan sehingga menjadi bentuk bujur atau memanjang. Buat sehingga habis adunan.\n5. Dalam periuk/kuali panaskan air hingga mendidih. Masukkan adunan yang telah siap dibentuk tadi. Rebus sehingga timbul bermakna sudah masak.\n6. Angkat dan tapiskan airnya. Masukkan ke dalam bekas yang mengandungi kelapa parut yang telah di gaul dengan garam. Salut kuih dengan kelapa. Siap!\n\n\nTIPS: Kukus isi kelapa parut dengan secubit garam bagi mengelakkan kuih cepat basi.\nWah! Kalau tengok kepada cara pembuatan dia, tak lari jauh dari buat kuih buah melaka. Bezanya, kuih buah melaka menggunakan inti manisan atau gula kabung sedangkan kuih ulat bulu menggunakan inti kacang merah.\nUntuk galakkan anak-anak makan, boleh pelbagaikan lagi warna yang ada atau boleh juga tukarkan inti dengan manisan. \nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kuih Nekbat Cara Marbitter, Kuih Tradisi Pantai Timur Yang Popular Ketika Ramadan\n"} {"url": "https://myresipi.com/kulit-karipap-daun-sup/", "title": "Kulit Karipap Daun Sup, Memang Harum Dan Sedap Teksturnya", "body": "\nMesti ramai sangat dengan penggemar karipap kentang kan? Jom cuba buar Kulit Karipap Daun Sup pula. Nampak unik dan harum teskturnya.\nKaripap merupakan kuih tradisional Melayu yang sangat disukai ramai. Intinya boleh dipelbagaikan. Begitu juga dengan tekstur kulitnya.\nKaripap antara kuih yang sering kali kita temui dijual dimana-mana gerai tepi jalan. Tak kira waktu pagi ataupun petang. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja dan seringkali dihidangkan bila ada majlis kenduri atau rumah terbuka.\nBaca juga: Karipap Transparent, Terang Lagi Bersuluh Nampak Isi Dalam, Resipi Viral Wajib Cuba!\u00a0\nKaripap yang sedap sudah tentu mempunya tekstur kulit yang rangup dan inti yang padu dan secukup rasa.\nResipi Kulit Karipap Daun Sup ini telah dikongsikan sendiri oleh Tie Watiez menerusi laman Facebook dan meraih sebanyak 4.2k shares tau! Memang nampak menarik kejadiannya.\n\nRESIPI KULIT KARIPAP DAUN SUP\nKaripap cara saya, kulitnya kita letak daun sup. Inti kentang pula tak potong dadu dan direbus kentang sebiji-sebiji. Kemudian, lenyek pecah kasar, kemudian tumis rempah dan gaul\n\nBahan kulit karipap:\n\n3 cawan tepung gandum\u00a0\n1sdk garam\n1 senduk daun sup \u2013 dicincang\n2sdb marjerin\n2sdb minyak masak\nAir secukup nya\n\nCara membuat kulit karipap:\n1. Panaskan marjerin dan minyak dan tunggu ia suam.\n2. Gaul ke semua bahan dan ramas-ramaskan ia bagi berderai.\u00a0\n3. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga ia menjadi doh.\n4. Lepas jadi doh, perap ia sementara di dalam bekas bertutup kira-kira 10 minit dan boleh mula buat karipap.\n\n\nBahan inti karipap:\n\n7 biji kentang \u2013 direbus sebiji-sebiji\n1 biji bawang besar\n3 biji bawang putih \nSedikit halia \n2 tangkai daun kari\n4 sekawan rempah \u2013 buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis\n2sdb rempah kari\n1 biji kiub pati daging \u2013 optional\nGaram secukup rasa\n1/2 cawan air\n\nCara membuat inti karipap:\n1. Rebus kentang hingga empuk. Toskan, dan tumbuk secara kasar. Ketepikan.\n2. Kemudian, tumis pula 4 sekawan rempah, bawang merah, bawang putih, dan halia.\n3. Lepas dah naik bau, masukkan pula rempah kari dan air.\u00a0\n4. Tunggu sehingga ia pecah minyak kira-kira 5 minit. Perlahankan api.\n5. Selepas pecah minyak, masukkan garam dan kiub pati.\n6. Bila rempah dah masak, tutup api dan buang 4 sekawan sebab taknak tergigit.\n7. Masukkan kentang yang sudah ditumbuk kasar tadi dan gaul bagi sekata. Akhir sekali taburkan daun sup yang sudah dicincang.\u00a0\n8. Dah boleh membuat acuan karipap hingga habis. Boleh terus goreng atau simpan sebagai frozen. Siap!\n\nSiap pun kulit karipap daun sup kita. Tip tak nak karipap yang difrozenkan tu melekat lekat dalam peti, mesti digoreng separuh masak dulu atau dimasak dalam oven sekejap. Sejukkan barulah simpan dalam peti ais bahagian beku.\nTips untuk karipap tidak menjadi keras pula doh yang sudah diperap mestilah diletak didalam bekas yang bertutup supaya tidak masuk angin. Bila masuk angin doh tak mengembang dengan cantik, hasilnya karipap menjadi keras.\nSemoga bermanfaat!\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kulit-popia-jadi-keras-kejung-kering-ini-cara-lembutkan-semula/", "title": "Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus", "body": "\nBiasanya kulit popia yang kita simpan dalam freezer apabila tak habis guna akan jadi keras dan kering bila dikeluarkan jika simpan agak lama.\nBila dah jadi begitu, pasti kita anggap dah tak boleh guna dan kita akan buang begitu sahaja bukan? Membazir pula.\nSebenarnya kulit popia yang kering dan keras ini boleh dilembutkan semula dan boleh guna macam biasa. Jom baca cara-caranya yang dikongsi oleh Bee Keng di bawah.\nKulit Popia Jadi Keras? Ini Cara Lembutkan Semula\nCara nak lembutkan kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan menyebabkan ia kering.\nCara-caranya:\n1. Dalam kuali atau periuk stim, lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. (Saya masak dulu kain bersih saya untuk pastikan ia tiada kuman langsung)\n**Kain lembap bukan basah ya.. maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.\u00a0\n\n2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.\n\n3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih, basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15min.\n4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, di-stim sekejap lagi.\n\nNota:\n\nSemasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popiah habis dimakan. Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.\nSebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar). Namun demikian kadang2 kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.\n\nSelamat mencuba gais!\nKredit: Bee Keng\n"} {"url": "https://myresipi.com/kulit-popia-lembutkan-balik/", "title": "Kulit Popia Keras Dan Kering? Ini Petua Nak Lembutkan Balik", "body": "\nKulit popia bila simpan lama dalam peti sejuk atau terdedah dengan udara, memang akan kering dan keras. Bila nak asig kepingan akan jadi koyak.\nSayang pula nak dibuang lebih-lebih lagi bila kulit popia masih banyak lagi.\nArtikel berkaitan: Resipi Kulit Popia Basah Untuk Niaga, Perap Semalaman Tekstur Jadi Lebih Cantik & Licin!\nJom ikuti petua dari perkongsiaan Bee Keng ini. Boleh lembutkan kembali kulit popia macam baru dan elak dari membuang sia-sia.\nCara Lembutkan Kulit Popia\n\nKuali / periuk kukusan\nKain bersih\nKulit popia yang keras\n\nCara-cara:\n1. Dalam kuali atau periuk kukusan, lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. (empunya petua masak dulu kain bersih untuk pastikan ia tiada kuman)\n\n\n**Kain lembap bukan basah tau, maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.\n2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.\n\n\n3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau paras air jangan terlalu dekat dengan dulang pengukus, kalau tidak semasa air mendidih, ia akan membuatkan kulit popia jadi basah.\n4. Stim @ kukus kulit popia tadi selama 10-15 minit.\n\n\n5. Buka penutup periuk kukusan dan pastikan kulit popia betul-betul lembut. Jika masih belum lembut, stim kan lagi.\nTip tambahan:\n\nSemasa mahu diangkat, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas dan bawah ke dalam pinggan. Ia akan mengekalkan kelembapan sehingga kulit popia habis dimakan atau digunakan.\nNamun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi.\nKalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.\nSebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras, selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).\nNamun kadang-kadang kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/kulit-telur-boleh-buat-ubat-halau-segala-benda-merayap/", "title": "Jangan Buang Kulit Telur! Boleh Buat Ubat Halau Segala Benda Merayap Sekitar Rumah", "body": "\nBiasanya lepas guna telur, kulit dia akan terus buang kan? Selepas ini jangan buang lagi, kulit telur boleh dibuat ubat untuk menghalau segala benda merayap sekitar rumah seperti lipas, semut, lipat, anai-anai, tikus, ular dan seangkatannya.\nPetua ini telah dikongsikan oleh Abel Lione Karia di laman sosial Facebook. Menurutnya, selepas menggunakan petua ini, semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun sudah tiada.\nJom lihat perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat!\nPetua Halau Segala Benda Merayap Sekitar Rumah Guna Kulit Telur\nSyukur Alhamdulilah. Harini saya nak berkongsi petua untuk halau segala benda merayap sekitar rumah hanya mengunakan kulit telur. Kita banyak gunakan telur kan?? Tapi terus buang kulitnya. Ok sekarang jangan buang sebab ia sangat berguna untuk dijadikan ubat halau benda yang menjadi perosak contohnya lipas, semut, lipan, anai2, tikus dan ular serta yg sewaktu dengannya.\nSaya dah cuba buat Alhamdulilah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur dh tak ada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur. Silakn share jika bermanfaat. Saya dapat info ni pun dari google.\nCara-caranya:\n1. Cuci bersih telur yang sudah digunakan, kemudian jemur.\n\n2. Kemudian ditumbuk halus.\n\n3. Simpan dalam botol untuk djadikan stok racun kepada perosak di sekitar rumah nanti.\n\nKredit: Abel Lione Karia\n"} {"url": "https://myresipi.com/laksa-sarawak-kalahkan-sushi/", "title": "Laksa Sarawak Kalahkan Sushi Dalam Ranking Makanan Tradisional di Asia", "body": "\nTerbaik lah! Baru-baru ini ini min dapat tahu yang Laksa Sarawak telah mengalahkan Sushi dalam Ranking Makanan Tradisional di Asia.\nUntuk pengetahuan semua, setiap negara di Asia mempunyai pelbagai makanan tradisi untuk dijadikan sebagai identiti termasuklah Malaysia.\nBaca juga: Ini Rahsia Buat Laksa Sarawak Yang Sedap, Semerbak Bau Satu Rumah!\nJadi, setiap negara juga pastinya mempunyai makanan khas untuk gambaran tersebut kerana kebanyakan hidangan mempunyai maksud dan budayanya sendiri menggunakan bahan-bahan tempatan.\nLaksa Sarawak Dalam Ranking Teratas\nMenerusi tinjauan min dalam Instagram @thetasteatlas, mereka telah membuat satu posting tentang penilaian kepada makanan asia yang terbaik berdasarkan kajian maklum balas di kalangan umum.\nPosting yang berbentuk grafik tersebut telah menunjukkan senarai makanan tradisional asia yang mendapat rating terbaik.\nMacam menarik min tengok.\n\nIni adalah rating untuk setiap makanan yang telah dinilai berdasarkan infografik tersebut, makanan lokal Laksa Sarawak keluar di kedudukan teratas dengan penilaian dicatat 4.8 daripada maksimum 5, dan diikuti dengan makanan dari Iran iaitu Tahchin (4.7) dan makanan dari Jepun iaitu Nabemono (4.6) duduk di barisan \u201cTerbaik\u201d di Asia.\nPeringkat berikutnya, adalah makanan dari China iaitu Jiaozi (4.4), Jepun iaitu Sushi (4.3) dan Roti dari India (4.2) duduk di tangga kedua terbaik. Peringkat yang ketiga, makanan dari Lebanon iaitu Ma\u2019moul (3.9), Mochi dari Jepun (3.9) dan Spring Rolls dari China (3.8) yang dilabel sebagai tahap \u2018OK\u2019.\nManakala makanan yang dilabel sebagai \u2018paling teruk\u2019 ialah makanan dari India iaitu Baingan Bharta (2.4), Zenzai dari Jepun (2.4) dan Balut dari Filipina (2.7).\n\nRamai yang kecam infografik ranking makanan tersebut\nKita dapat lihat bahawa bagaimana senarai makanan budaya antarabangsa ini dikelaskan dalam berperingkat seperti dilabelkan sebagai yang \u2018Terbaik\u2019 dan \u2018Paling Teruk\u2019 boleh mengundang provokasi kepada umum.\nDi laman Instagram @thetasteatlas, kelihatan ramai yang kecewa dengan penilaian tersebut. Majoriti yang menyatakan bahawa pihak yang menjawab maklum balas ini tidak menghargai makanan-makanan budaya mereka.\n\n\n\n\nWalaupun dapat banyak kecaman dari netizen, tapi korang jangan teruja sangat sebab kedudukan ranking makanan setiap negara ini akan berubah setiap hari berdasarkan maklumbalas yang mereka terima.\n\nAmacam? korang rasa makanan tradisional Malaysia mana pula yang paling sedap di tekak korang?\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/laksa-sarawak-mudah/", "title": "Laksa Sarawak Mudah Dan Ringkas Guna Pes Segera, Memang Sedap!", "body": "\nJom buat Laksa Sarawak mudah guna pes segera. Memang sama sedapnya macam resipi original. Yang penting, jimat masa dan mudah!\nLaksa ini sangat berbeza dengan hidangan laksa yang lain seperti Laksa Utara dan Laksa Johor. Ciri-ciri laksa sarawak ini menggunakan perasa ayam atau udang beras dan mempunyai mi yang halus dan lembut.\u00a0\nBaca juga: Laksa Sarawak Kalahkan Sushi Dalam Ranking Makanan Tradisional di Asia\u00a0\nAsal usulnya pula tak diketahui dengan jelas, namun menurut Sarawak Kita, hidangan ini muncul ketika seorang lelaki bernama Goh Lik Teck mula menjual hidangan mi di Jalan Carpenter Kuching sekitar tahun 1945.\nDisebabkan pembuatan kuahnya memerlukan banyak bahan. Jadi, kita boleh gunakan pes segera tanpa menghilangkan keaslian resipi laksa ini.\nMenu resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Nor Khomariah Norrohman menerusi laman Facebook dan telah meraih sehingga 1.5k shares! Jom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI LAKSA SARAWAK MUDAH GUNA PES SEGERA\n\nBahan-bahan kuah:\n\nPes laksa sarawak\nIsi ayam\n1 kotak santan\u00a0\nUdang\nGaram secukup rasa\n1 ketul kiub ayam\nAir secukupnya\n\nBahan-bahan lain:\n\nBihun \u2013 celur hingga lembut\nTelur dadar\u00a0\u2013 gulung dan potong\nIsi ayam dicarik\nUdang yang direbus\nTauge\nDaun ketumbar\nLimau kasturi\nSambal udang kering\n\nCara buat kuah:\n1. Rebus isi ayam sehingga masak dan keluarkan isi ayam, nanti dah sejuk ayam tu carik carikkan. Kemudian Rebus udang sehingga udang bertukar warna dan angkat.\n2. Masukkan pes laksa Sarawak Dan kiub ayam ke dalam air rebusan ayam Dan udang tadi, seterusnya masukkan santan, kacau rata, sentiasa kacau kuahnya. Kalau nampak pekat, boleh tambah air.\n\n3. Masukkan perasa dan garam secukup rasa, bila kuahnya dah terbit minyak boleh lah tutup api.\u00a0\n\n\n\nRESIPI SAMBAL UDANG KERING\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nCili kering\nUdang kering\nBawang besar\nBawang putih\nBelacan\n\n*Kisarkan semua bahan di atas.\n\nGaram\nMinyak masak\n\nCara-cara memasak:\n\n1. Tumiskan ke semua bahan-bahan hingga naik bau dan pecah minyak. Perasakan dengan garam dan tutup api.\n\n2. Siap untuk dihidang.\u00a0\n\nCara menghidangkan:\n\nSusun bihun dalam mangkuk, kemudian tuang kuahnya, dan susun bahan-bahan lain dan sedia untuk dimakan.\n\n\n\nTak susah kan nak buat Laksa Sarawak guna pes segera ini. Bagi yang kurang gemar makan laksa sebab bau ikan, boleh lah mencuba laksa jenis ini pula.\n\n\nSelamat mencuba!\u00a0\n\nBaca juga: Cara Buat Laksa Terengganu Kuah Putih, Makan Dengan Laksam Pun Boleh\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/laksa-terengganu-kuah-putih/", "title": "Cara Buat Laksa Terengganu Kuah Putih, Makan Dengan Laksam Pun Boleh", "body": "\nAda tak penggemar laksa Terengganu kat sini? Apa kata hari ni korang follow resepi laksa Terengganu kuah putih kat sini.\nNak makan kuah putih tu dengan laksam pun boleh. Sedap sangat! Hujung-hujung minggu ni bolehlah buat untuk family nanti.\nLaksa Terengganu ni boleh di masak dengan dua cara. Samada kuah putih ataupun kuah merah.\nBaca juga: Laksa Terengganu Kuah Merah, Simple & Sangat Sedap!\nLaksa Terengganu kuah putih ni juga popular kat Terengganu. Terksur kuahnya pekat dan berlemak. Memang berbeza dengan kuah laksa Penang dan Johor.\nKorang yang suka makan ulam-ulam dan gemar makan laksa, wajib cuba laksa Terengganu kuah putih ni. Sesuai juga di jadikan hidangan untuk rumah terbuka atau majlis-majlis keramaian di rumah.\nMacam-macam jenis laksa ada kat Malaysia ni kan. Semua ada keenakannya yang tersendiri.\nUntuk laksa Terengganu kuah putih, korang boleh follow resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ni.\nResipi Laksa Terengganu Kuah Putih\n\n\nBahan kuah:\n\n1 kilo ikan selayang segar\n8 ulas bawang merah dikisar\n2 inci halia dikisar\nSatu sudu biji lada hitam dikisar\n500 gram Santan\nSedikit garam / gula\nSatu biji limau nipis\n\nBahan untuk ulam:\n\nKubis\nTimun\nTauge\nKacang panjang\nDaun kemangi\n\nCara penyediaannya:\n1. Ikan disiang dan direbus dengan sedikit garam dan 1 keping asam keping. Kemudian, kisar ikan dengan menggunakan air rebusan.\n2. Panaskan periuk. Tuang ikan yang telah dikisar serta semua bahan kisar beserta santan. Tambah air mengikut kesesuain. Kacau kuah dengan api perlahan dan perasakan dengan garam dan gula.\n3. Kuah perlu sentiasa di kacau agar tidak berkeladak dan pecah minyak.\n4. Bila kuah nampak agak pekat tutup api.\n5. Perah limau nipis. Siap!\nWah, makan dengan perahan limau nipis tu boleh kecur liur dibuatnya! Memang sedap sangat.\nNak buat pun mudah je. Buat kuah banyak-banyak pun takpe sebab boleh simpan dalam peti. Nanti korang boleh makan pula dengan laksam.\n"} {"url": "https://myresipi.com/laksa-tumis-resipi-rahsia-dari-anak-tokey-laksa-terkenal-di-kedah/", "title": "Cara Buat Laksa Tumis, Resipi Rahsia Dari Anak Tokey Laksa Terkenal Di Kedah", "body": "\nLaksa Tumis ini cukup popular di Negeri Kedah terutamanya di Kulim. Sekali cuba pasti nak lagi!\nSeorang pengguna Facebook, Atia Halim ada berkongsikan resipi Laksa Tumis yang didapat dari seorang anak taukey laksa terkenal di Kedah.\nSelepas ini, tak perlu susah-susah nak pergi jauh ke Kedah. Buat sendiri je kat rumah, mudah! Jom cuba.\nRESIPI LAKSA TUMIS\nBahan-bahan:\n\nIkan (guna beberapa jenis seperti ikan selayang & ikan tongkol)\nAsam keping\nBunga kantan\nDaun kesum\nAsam keping\n2 biji bawang merah\nSegenggam cili kering\nSedikit belacan (tak wajib)\n\nCara-cara:\n1. Rebus ikan bersama garam dan asam keping.\n\n2. Asingkan isi ikan yang telah direbus tadi. (tulang ikan jangan buang)\n\n3. Kisar tulang ikan. Kemudian tapiskan tulang.\n\n4. Air rebusan ikan.\n\n8. Isi ikan.\n\n5. Potong 4 bawang merah. Rebus segenggam cili kering.\n\n6. Kemudian kisar halus 2 bahan tadi bersama sedikit belacan jika suka.\n\n7. Tumis bahan kisar tadi.\n\n8. Kacau rata sehingga garing ataupun sekadar air cili mengering.\n\n9. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Kacau rata.\n\n10. Masukkan isi ikan dan gaul rata.\n\n11. Letak sedikit garam dan perasa untuk permulaan.\n\n12. Tuangkan air rebusan ikan.\n\n13. Kacau rata lagi.\n\n14. Biarkan mendidih dan\u00a0alter\u00a0rasanya.\n\n15. Bahan sampingan: bawang, timun, asam limau, cili padi dan telur rebus.\n\n16. Selamat mencuba!\n\nKredit: Atia Halim\nBaca juga: Resipi Laksa Sardin Tin, Sedap Dia Kalah Kedai Kopitiam Lain\n"} {"url": "https://myresipi.com/lamb-chop-homemade-perap-ikut-style-turki/", "title": "Lamb Chop Homemade, Resipi Perap Ikut Style Turki", "body": "\nLamb Chop Homemade, Resipi Perap Ikut Style Turki.\nAda tak penggemar western di sini? Jom cuba buat Lamb Chop pula hari ini. Ringkas dan tak perlu guna banyah bahan pun.\nMemang senang nak buat. Tak perlu nak makan di restoran nanti. Tapi perapan lamb chop kali ini kita ikut style Turki. Memang kecur air liur dibuatnya.\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Yana Owolabi dan katanya suaminya pun amat menggemari lamb chop perapan ini.\nBaca juga: Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC\nKebiasaannya perapan ini beliau biasa guna untuk ayam. Tapi rupanya sesuai juga untuk dipakai di atas daging kambing. Sambil repeat suaminya makan. Memang kena cuba ini.\nAnak-anak pula memang berhantu makan daging kambing. Jadi sekali sekala masak mewah sikit untuk mereka apa salahnya.\n\nRESIPI LAMB CHOP IKUT PERAPAN STYLE TURKI\n\nBahan-bahan:\n\nKepingan daging kambing \u2013 boleh beli di kedai frozen\n1 sdb yogurt\n1sdb pes tomato\nOregano\nLada sulah\nSerbuk jinta\nSedikit garam\n\n*Serbuk-serbuk herba saya campak ikut suka, jadi tiada sukatan. kemudian perap kira-kira 2 hingga 3 jam. Lagi lama perap lagi sedap.\nBahan untuk sos blackpepper:\n\n2 sdb marjerin \u2013 dicairkan\n1 biji bawang holland \u2013 dihiris\n2 sdb tepung gandum\nKiub pati ayam\nSerbuk blackpepper\nSedikit kicap\nSedikit air\n\n* kisar kesemua bahan ini dalam blender.\nCara penyediaan:\u00a0\n1. Panaskan pan grill dnegan api sederhana. Letak butter.\n2. Kemudian letakkan kepingan kambing yang sudah diperap dan grill kira-kira 3 minit.\n3. Kemudian, terbalikkan kepingan tadi dan grill juga sehingga 3 minit. Kalau nak masak habis, boleh tunggu sehingga 7 minit dan kacau-kacau butter di atas kepingan kambing agar tidak hangus.\n4. Dah boleh diangkat dan biarkan daging rehat kira-kira 2 minit untuk bagi air daging semua keluar.\n5. Untuk penyediaan sos blackpepper pula, masukkan kesemua yang sudah dikisar tadi ke dalam pan grill yang masih ada lebihan butter yang grill kambing tadi.\n6. Kacau sampai berkilat dan pastikan semuanya terasa. Nak pekat atau cair tambah air. Sudap siap!\n\n\nMakan panas-panas memang sedap sangat! Terima kasih Yana Owolabi diatas perkongsian resipi ini. Memang perkongsianya menjadi perhatian ramai dan ingin mencubanya.\nBaca juga: Ayam Bakar Mayonis Cara Mudah, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/langkah-demi-langkah-resipi-rendang/", "title": "Ikut Saja Langkah Demi Langkah Resipi Rendang Ini, \u2018Confirm\u2019 Jadi!", "body": "\nMudah sangat nak buat rendang sebenarnya. Kalau ada yang pertama kali nak buat rendang, ikut saja resipi rendang langkah demi langkah di bawah ini. Dijamin pasti menjadi!\nRendang enak dimakan bersama nasi, lemang atau dimakan bersama ketupat. Tak semestinya waktu raya saja boleh makan, bila-bila masa juga sesuai.\nKalau nak tunggu raya, lama lagi la boleh makan rendang. Apa kata jom masak nanti untuk hidangan seisi keluarga.\nResipi Rendang Langkah Demi Langkah\nBahan-bahan kisar:\n\nBawang merah\nBawang putih\nCili padi\nHalia\nLengkuas\nKunyit\nSerai\n\nBahan-bahan lain:\n\nCili boh (agak-agak)\nAyam 2 ekor (2 kg)\nGaram\nSantan kelapa segar/santan kotak\nAir\nGula melaka\nKerisik\nDaun limau, daun kunyit (hiris halus)\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan kisar. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.\n\n2. Tumis dalam beberapa minit. Kemudian masukkan cili boh (agak-agak) Sebab cili api yang dikisar pun tadi pun pedas.\n\n3. Kacau sebati. Akan jadi macam ni dan masak seketika.\n\n4. Kemudian masukkan ayam yang sudah siap cuci bersih.\n\n5. Gaul rata ayam dengan semua bahan.\n\n6. Kemudian perasakan dengan garam. Ikut selera masing-masing nk guna garam jenis kasar/halus.\n\n7. Kemudian masukkan santan kelapa/santan kotak segera.\n\n8. Tambahkan 1setengah air masak dalam kotak kara.\n\n9. Kerap-kerap kacau supaya rendang tidak hangus.\n\n10. Kemudian bila rendang agak kering sedikit, masukkan gula melaka.\n\n11. Diikuti dengan kerisik.\n\n12. Bila gula melaka dan kerisik sudah sebati. Masukkan daun limau dan daun kunyit.\n\n13. Masak sampai daun limau dn daun kunyit agak layu kemudian tutup api.\n\nSiap. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Jannah Zakariar\nBaca juga: Petua Buat Sayur Lemak Putih Yang Padu. Kena Tumbuk Bahan Ini, Jangan Kisar!\n"} {"url": "https://myresipi.com/lauk-kurma-ayam/", "title": "Lauk Kurma Ayam Guna Cara Ekspres, 30 Minit Dah Siap Masak!", "body": "\nJom masak lauk Kurma Ayam, anak-anak mesti suka sebab hidangan ini tak pedas dan sedap berlemak santan macam itu. Makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap sangat!\nNak jimat masa memasak untuk berbuka, boleh guna resipi express ini dari perkongsian Cik Puan Halimatun Nasuruddin ini. Hanya 30 minit sahaja lepastu dah siap untuk dihidangkan.\u00a0\nBaca juga: Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang\nKebiasaannya, lauk kurma ayam ini hidangan yang paling sesuai kalau dimakan dengan nasi berperisa. Seperti nasi tomato, atau nasi minyak. Ada yang suka makan dengan ayam masak merah dan ada juga yang suka makan dengan masakan kurma seperti ini.\nSelain ayam, masakan kurma ni biasa juga dibuat dengan daging atau telur. Kalau pandai buat, lauk kurma ni memang boleh jadi marvellous dan favourite! Cicah dengan roti pun sedap tau.\nJom kita lihat cara-caranya di bawah.\n\nRESIPI KURMA AYAM CARA EXPRESS\nKenapa ekspress sebab bahannya simple dan cepat dimasak. Jom try buat. Dalam 30 minit dah siap masak dah. Bahan bahan pun potong kejap je.\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nAyam 1/2\nKentang \u2013 dibelah empat\nLobak merah \u2013 potong ikur suka\nTomato 3 biji \u2013 dibelah empat\nBawang merah besar \u2013 dipotong enam\nBawang merah kecik 3 biji \u2013 tumbuk hancur\nBawang putih 4 ulas \u2013 ditumbuk hancur\nHalia 1/2 inci \u2013 ditumbuk hancur\nRempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)\nHalba 1 sudu besar\nRempah [email\u00a0protected] kurma\u00a0\nSantan\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula sekali, basuh bersih ayam dan toskan sekejap. Tumbuk hancur bawang merah, bawang putih dan juga halia. Tumbuk sampai betul-betul lumat\n2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan juga 4 sekawan beserta halba. Tumis sampai naik wangi.\n3. Kemudian, masukkan rempah kurma yang sudah dibancuh air. Jadikan pes dan tuangkan dalam kuali. Masak sampai pecah minyak.\n4. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Kecutkan ayam seketika dengan masukkan sedikit air. Nampak dah mendidih sikit, ayam dah sedikit lembut, masukkan kentang dan juga lobak merah.\n5.\u00a0 Masak sampai empuk kedua-duanya.\u00a0\n6. Masukkan santan dan biarkan masak sepenuhnya. Agak agak je kepekatan yang korang mahu.\n7.\u00a0 Masukkan tomato dan garam secukup rasa. Siap! Boleh dihidang dan ngapp dengan nasi panas.\n\nTerima kasih kepada Cik Puan Halimatun Nasuruddin kerana sudi berkongsi resipi mudah ini. Untuk yang baru nak mula belajar pun boleh ikut step by step yang saya kongsikan ni. \nSeronok tau bila apa yang kita masak tu jadi sedap dan semua orang suka. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Viral Ayam Goreng Hatyai, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/lebatkan-pokok-limau-purut/", "title": "Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu, Lelaki Ini Kongsi TIP", "body": "\nLebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu, Lelaki Ini Kongsi Tip.\nPokok limau purut antara tanaman yang ditanam di dalam pasu dan tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya di rumah.\u00a0\nDuduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu.\nBaca juga: Tip Tanam Sweet Basil Dengan Keratan Batang, Memang Lebat Tumbuhnya Nanti\nIkuti tip dan petua lebatkan pkok limau purut dari Encik Izham Alias ini. Banyak perkongsian dari beliau tentang tanaman yang boleh dimanfaatkan.\n\nTIP LEBATKAN POKOK LIMAU PURUT\n\nPokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.\nTapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.\n\nRahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.\nKadang saya nampak tahi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.\n\n\n\nSekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.\nTapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.\nKadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.\n\n\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA\n"} {"url": "https://myresipi.com/lebihan-nasi-jangan-dibuang-boleh-buat-apam-nasi/", "title": "Lebihan Nasi Jangan Dibuang, Boleh Buat Apam Nasi Yang Lembut!", "body": "\nKalau ada lebihan nasi, jangan dibuang! Sebab boleh buat apam nasi yang lembut untuk sarapan atau minum petang.\nKebiasaan orang makan apam nasi cicah dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam. Sedapnya! Jom cuba buat nanti, ikut je resipi di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!\nResipi Apam Nasi Yang Lembut\nBahan-bahan:\n\n1 cawan nasi\n1 \u00bd\u00a0 cawan air\n2 cawan tepung beras\n\u00bd\u00a0 cawan tepung gandum\n\u00bd\u00a0 cawan gula \u2013 boleh tambah jika suka\n3 sudu kecil mauripan\n1 \u2013 2 sudu kecil minyak masak\nSecubit garam\n\nCara-cara:\n1. Kisar nasi bersama 1 cawan air terlebih dahulu supaya nasi hancur halus. Kemudian baru tambahkan \u00bd\u00a0 cawan air dan kisar sekali lagi.\n2. Tuang bahan kisar ke dalam belas tepung-tepung, gula dan mauripan. Gaul sebati.\n3. Perap selama \u00bd\u00a0 jam atau sehingga naik. Kacau semua adunan. Masukkan pewarna yang disukai.\n4. Tuang 3/4 atau penuh acuan kecil yang sudah disapu sedikit minyak.\n\n5. Kukus selama 15 hingga 20 minit. Siap!\n\n6. Boleh dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan secubit garam. (kelapa dikukus dahulu)\n\nKredit: Zura Zul\nBaca juga: Resipi Donut Gebu Hanya Guna 5 Bahan, Tak Perlu Rehatkan Doh!\nBaca juga: Resipi Kuih Sagu Merah Paling Senang, Tak Perlu Masak Dulu Baru Kukus\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-bengang-jiran-tingkat-bawah-masak-di-beranda-apartment-sampai-lantai-rumah-berminyak/", "title": "Lelaki Bengang Jiran Tingkat Bawah Masak Di Beranda Apartment Sampai Lantai Rumah Berminyak", "body": "\nDuduk di apartment, persekitarannya takkan sama dengan rumah atas tanah, perlu lebih prihatin dengan jiran kerana ruang agak terhad, segala perkara yang dilakukan perlu lebih terhad atau ia akan mengganggu penghuni lain.\nBaru-baru ini, satu video tular di TikTok apabila seorang penghuni apartment yang dikenali sebagai @daddydos menzahirkan rasa bengang terhadap tingkah laku yang tidak prihatin oleh jirannya dari tingkat bawah.\nDalam video yang telah meraih lebih daripada 2 juta tontonan dalam masa 2 hari itu, dia bengang kerana lantai rumahnya berminyak sehinggakan baju yang baru dijemur itu berbau minyak dek kerana jiran tingkat bawah jadikan ruang beranda sebagai tempat memasak.\nBaca juga: \u2018Selamber\u2019 Makan Mata Lembu, Aksi Gadis Ini Buat Netizen Rasa Kembang Tekak\nMasalah jiran, masalah management\n\n\n @daddydos\nmasalah jiran \u2705 . masalah managment bodoh \u2705 \u2026. takut sgt nak ambil tindakkan. \ud83d\ude21 habis lantai rumah berminyak baru yg jemur baru minyak .. hadoii. korang penah ada kes camni tak \ud83d\ude23? masalah jiran tak prihatin\u2026 kang aku bakar satay baru tahu\u2026#fyp\u30b7 #fyp #thankyouforyoursupport #comment #viral #jirandarineraka\n \u266c original sound \u2013 Bubih \u2013 Bubih \n\n \nMemandangkan video ini tular, lelaki ini menjelaskan bahawa dia sudah laporkan perkara ini kepada pihak pengurusan residensi, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.\nKatanya, masalah ini berlaku hampir setahun dan bukan sahaja laporkan kepada pihak pengurusan, malah dia juga pernah bersemuka dengan jiran tersebut.\n\u201cSiapa je yang tak marah kan, balik kerja, nak angkat kain, tahu-tahu bau minyak, lantai berminyak, dia kata tu rumah dia, kita pelik juga asal management elak.\u201d\n\u201cKalau dia nak goreng dekat dalam rumah dia tak kisah, goreng kat dapur tak kisah ada bau pun, tapi kalau dah beranda tu, apartment kot, prihatin lah sikit.\u201d\nBagaimanapun, demi menjaga keharmonian rukun tetangga, lelaki ini cuba elak daripada membuat kecoh cuma adakalanya kesabaran diuji.\nMenjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dengan sikap positif lelaki ini dan ada juga yang meminta cadangan kepada lelaki ini agar mensarankan jiran tingkat bawah itu untuk pasang penghadang supaya asap gorengan itu tidak \u2018melekat\u2019 ke rumahnya.\n\n\n\n\nDisamping ramai yang memberikan cadangan untuk balas semula dengan pelbagai cara, ada juga yang menyarankan agar lelaki ini boleh buat laporan kepada majlis bandaraya yang berkaitan dengan lokasi dia menetap.\nLokasi kejadian tidak didedahkan, apapun diharap agar lelaki ini bersabar dan semoga dapat rumah baru yang lebih tenteram.\n\nSumber: TikTok @daddydos\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-ini-kongsi-1-bahan-rahsia-buat-teh-tarik-berlemak-padu/", "title": "Lelaki Ini Kongsi \u20181 Bahan\u2019 Rahsia Teh Tarik Sedap, Berlemak Padu", "body": "\nApa rahsia teh tarik sedap ya? Kalau buat sendiri, mesti tak berapa jadi macam dekat kedai buatkan? Bila order dekat kedai, mesti dah terngiang-ngiang buih yang penuh kat atas dan merasai keenakkan berlemak itu.\nDari kecil hinggalah dewasa, air teh tarik pasti menambat selera. Lebih-lebih lagi bila lepak di kedai mamak, boleh duduk berjam-jam lamanya sambil menghirup air ini.\nTapi kenapa teh tarik yang dibuat oleh kita tak sama dengan yang dihidangkan di kedai mamak atau dijual oleh penjaja.\nDapat pula hirup masa badan tengah sejuk. syahdu beb! Sebenarnya kan korang, ada \u2018rahsia\u201d di sebalik rasanya yang berlemak padu macam tu.\nBaca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Teh Pakistan \u2018Original\u2019 Dari Pakistan, Rasa Memang Sedap Kaw Kaw!\nPenulis pun terkejut juga bila dapat tahu satu bahan rahsia yang selalu digunakan oleh pembuat air.\u00a0\nLelaki ini kongsi videonya di TikTok cara membuat air ini untuk korang cuba buat juga di rumah. Confirm rasanya kaw-kaw bak ang!\nINI RAHSIA TEH TARIK SEDAP\n\n\n @danialalimin\nTEA TARIK BERLEMAK PADU\u2026apa anda dapat?? #danialalimin #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #makanan #minuman #tiktok #tiktokviral \n \u266c original sound \u2013 Muhammad Danial Alimin \u2013 Muhammad Danial Alimin \n\n \nEH TAMBAH GARAM?\nMacam tak percaya je ini satu bahan rahsia yang buat air ini padu.\nIngatkan mitos, rupanya betul. Rata-rata warganet juga setuju dengan perkongsian dari lelaki tersebut.\n\n\n\nApa lagi, boleh lah kita bereksperimen di dapur. Silap hari bulan, korang dah boleh buka kedai minuman pula. huhu\nSelamat mencuba!\n\nSumber: TikTok Muhammad Danial Alimin\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-ini-kongsi-cara-order-subway-beserta-tips/", "title": "Lelaki Ini Kongsi Cara Order Subway. Beserta Tips Pilih Roti, Isi, Sayur & Sos Yang Sedap", "body": "\nJika sebelum ini kami ada berkongsikan cara beli llao llao dan tips pilih topping yang sedap buat mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Kali ini pula, kami ingin mendedahkan cara order Subway beserta tips pilih roti, isi, sayur dan sos yang sedap.\nPerkara itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Twitter. Info ini sangat berguna buat anda yang baru pertama kali nak beli Subway. Ikuti perkongsian oleh @mdfitriaiman di bawah.\nCARA ORDER SUBWAY\nAda 2 cara untuk order\n\nPertama, pilih roti\n\nKedua, pilih isi\n\nKetiga, pilih sayuran\n\nKeempat, pilih sos\n\nPembayaran\n\nJangan pilih sos lebih 3 jenis\n\nCadangan sos\n\nInfo tambahan\n\nKredit: @mdfitriaiman\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-ini-kongsi-kedai-makan-wajib-pergi-shah-alam/", "title": "\u2018Rating 10000/10!\u2019 \u2013 Lelaki Ini Kongsi Kedai Makan \u2018Wajib\u2019 Pergi Bila Datang Shah Alam", "body": "\nAnda tercari-cari kedai makan sedap di Shah Alam? Haa, usah pening-pening kepala. Seorang pengguna Twitter, Aus Meshi ada berkongsikan sebuah restoran yang ramai tak tahu tentang kewujudannya.\nApa nama kedai, menu best dan lokasi sebenar kedai makan ini? Jom baca sampai habis!\nMenu paling best korang wajib cuba!\nKawan aku yang kenalkan kedai ini. Penyudahnya menjadi kedai wajib pergi bila datang Shah Alam.\n\nIni menu Wajib!\n\nMenu lain yang cuba.\n\nNama Dan Lokasi kedai\nNama kedai makan tersebut adaklah Restoran Orkid Thai, Seksyen 9, Shah Alam.\n\nAda juga beberapa orang netizen turut membeli maklum balas positif berkenaan kedai ini. Semua makanan sedap-sedap kata mereka!\n\n\nSumber: @AusMeshi\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-ini-kongsi-lokasi-kedai-sedap-di-penang-yang-halal-suci/", "title": "Elak Makanan Syubhah, Lelaki Ini Kongsi Lokasi Kedai Sedap Di Penang Yang Halal & Suci", "body": "\nTak semua kedai makan viral di media sosial kita kena cuba. Kadangkala kita perlu menitikberatkan kebersihan makanan ataupun status makanan terbabit halal atau tak untuk dimakan.\nSebut tentang status halal, baru-baru ini seorang \u2018influencer\u2019 di TikTok membuat review makanan di sebuah kedai cendol di Pulau Pinang yang dikatakan popular di negeri terbabit dan hal itu telah menjadi topik bualan netizen.\nOleh itu, buat seorang muslim wajib mencari lokasi makanan yang halal kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging.\nSeorang pengguna Facebook, Encik Azdy Mohd Arshad ada berkongsikan lokasi makanan halal yang sedap buat sesiapa yang bercuti ke Pulau Pinang.\nBerikut adalah perkongsiannya:\nKepada sahabat2 yg datang bercuti ke Penang, maaflah kalau saya nak tegur sikit dan bagi cadangan\u2026\nSaya perhatikan sebelum ini ada di kalangan sahabat2 yang datang Penang kemudian kongsikan dalam FB apa yang dimakan. Agak menyedihkan bila ada yang muat naik dalam FB dengan makan cendol dan laksa TeoChew di Jalan Penang, curry mee dan macam2 masakan yang dimasak oleh bukan Islam di Kedai Kopi Bee Hwa, makan bihun goreng di kedai Auntie Taman Tun Sardon, minum kopi ais, ais kepai, rojak buah di sekitar kawasan Heritage, makan nasi lemak di Projek Nasi Lemak dan beberapa lagi\u2026\nSangat menyedihkan bila saya tengok anak2 kecil, ibu mengandung, warga emas turut menjamu masakan2 ini tanpa rasa bersalah. Kesian kat anak2 yang tak tahu apa2 bila ibubapa meyuapkan makanan kepada anak2 ini dengan makanan yang status \u201chalal\u201d dan \u201csuci\u201d yang meragukan bila mana makanan tersebut disediakan oleh bukan Islam\u2026\nKedai cendol halal\nNak cendol sedap boleh je makan di Ais Tingkap chowrasta, Cendol Maklom di Pekan Darat Butterworth atau cendol durian di Sg Ara.\n\nKedai char kuey teow halal\nNak makan char kuey teow boleh ja makan di Sany Char Koay Teow di Bayan Baru dan Tokong Ular, Char Koay Teaw Telur Ayam dibasuh di Sg Dua, Key\u2019s Char Koay Teow di Bukit Mertajam, Sinar Bintang di Astaka Lorong Kulit (pagi) dan banyak lagi.\nKedai laksa halal\nKalau teringin makan laksa, boleh je makan Laksa Mamu Sg. Pinang (sebelah mee mamak Afasia), Laksa Janggus di Balik Pulau, laksa di Medan Selera Pdg. Kota, laksa tempurung di Gertak Sanggul dan banyak lagi.\nKedai nasi lemak, mee kari, kuey teow sup halal\nNak makan nasi lemak, boleh pi makan nasi Lemak Liverpool di Batu Lanchang.\nKalau suka makan curry mee, curry mee Kak Arah di Jalan Sungai Pinang (bertentang bangunan JKP) pun ok jugak.\nNakkuey teow sup atau koay teow th\u2019ng boleh makan kat Sg. Ara (coner tepi SMK Sg. Ara), depan TNB Lorong Kulit atau Sri Buana di astaka Taman Tun Sardon.\n\nElak makanan yang menimbulkan was-was\nTak payah la kot dok makan makanan atau masakan bukan Islam\u2026 Saya bukannya rasis tapi sekadar menasihati saudara seIslam untuk mencari makanan yang dijamin \u201chalal\u201d dan \u201csuci\u201d serta tanpa \u201cwas-was\u201d\u2026 Kesian saya kat sahabat2 yang datang dari jauh tiba2 makan makanan yang \u201cshubahah\u201d.\nKalau nak beli barang dgn penjual bukan Islam, silakan. Tak menjadi masalah kerana barang tersebut tak boleh jadi darah daging kita. Tapi dalam bab makanan berhati-hatilah.\nKepada sapa yang terima teguran dan pandangan saya, terima kasih saya ucapkan. Kepada yang kurang senang dengan tulisan saya ni, saya minta maaf. Jangan marah ye. Sekurang-kurangnya saya dah menasihati saudara seIslam dengan saya dalam hal ini.\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-ini-kongsi-resipi-rahsia-semperit-legend/", "title": "Lelaki Ini Kongsi Resipi Rahsia Semperit Legend \u2018Mak\u2019, Hasil Jualan Lebih 13 Tahun", "body": "\nBila masuk saja bulan Ramadan, kita pasti akan mula memikirkan kuih raya apa mahu dibuat sebagai juadah pada Hari Raya Aidilfiti nanti. Salah satu resipi kuih raya yang sering menjadi carian orang ramai setiap tahun adalah resipi semperit legend.\nSeorang pengguna laman sosial Facebook, Muhammad Ali ada berkongsikan cara buat kuih raya semperit yang merupakan resipi dari ibunya. Resipi ini juga telah digunakan untuk jualan selama lebih 13 tahun.\nJom lihat cara lengkap membuatnya di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap\nRESIPI SEMPERIT LEGEND LEBIH 14 TAHUN\nBahan-bahan:\n\n250gm buttercup\n400 gm tepung jagung\n1/2 cawan susu pekat manis\n1/4 cawan gula aising\n1/2 cawan tepung cap rose merah (kalau tiada, pakai tepung\u00a0 biasa)\n3 sudu besar tepung ubi\nSedikit esen vanilla\n\nCara-cara:\n1. Satukan susu dan butter, kacau dengan senduk atau whisk sehingga sebati sahaja, jangan terlalu lama.\n\n2. Masukkan semua tepung dan uli doh dengan sebati.\n\n3. Ambil sedikit doh, letakkan pewarna mengikut kesukaan masing-masing.\n\n4. Ambil sedikit doh warna asli dan yang ada warna, satukan dan uli seperti dalam gambar di bawah.\n\n5. Tekan dalam acuan dan hiaskan. (rujuk gambar di bawah)\n\n6. Biarkan setengah jam sebelum dibakar supaya bunga tak jatuh.\n\n7. Bakar dalam oven pada suhu 150\u2103 selama 30 minit. Satu adunan ini boleh dapat 100 biji.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Muhammad Ali\nBaca juga: Resipi Biskut Makmur Susu \u2018Gebu\u2019 Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-ini-kongsi-tip-nak-kurus/", "title": "Lelaki Ini Kongsi Tip Nak Kurus Dengan Elak 5 Jenis Makanan Yang Boleh Buat Gemuk", "body": "\nIndividu berbadan besar sudah tentu mempunyai impian untuk kurus, berat yang ideal dan langsing.\nMenguruskan badan ini bukanlah hanya tujuan untuk kecantikan semata-mata, tetapi ia juga perlu demi kesihatan yang lebih baik di masa akan datang.\nOleh itu, bermacam-macam perkara akan dilakukan dalam usaha mereka untuk mengurangkan berat badan seperti bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang.\nArtikel berkaitan: Wanita Ini Kongsi Resipi Sarapan Rendah Kalori \u2018Confirm\u2019 Kurus\nBaru-baru ini, seorang pengamal gaya hidup sihat, Hanif Loid telah berkongsi di TikTok tentang lima jenis makanan yang sering dihindari oleh seseorang dalam menurunkan berat badan seperti:\n\nMakanan mengandungi gula\nMakanan berminyak\n Makanan mengandungi garam dan tepung\nMakanan segera atau yang diproses\nHanya makan sayur dan buah-buahan sahaja\n\n\n\n @hanifloid\n5 jenis makanan buat kita gemuk #hanifloid #tiktoksports \n \u266c original sound \u2013 Hanif Loid \u2013 Hanif Loid \n\n \nBetul ke tak boleh makan semua tu untuk kurus?\nJelas Hanif, dahulu dia juga berfikir jika mahu menurunkan berat badan kita tidak boleh mengambil semua jenis makanan tersebut.\nKatanya, bagi seorang manusia biasa perkara itu boleh dilakukan tetapi tidak disarankan kerana dengan mengurangkan pengambilan makanan tersebut sebenarnya sudah cukup untuk membantu anda mengurangkan berat badan.\nBoleh buat jika ada tujuan lain seperti pertandingan\nNamun sekiranya anda mempunyai tujuan lain untuk menurunkan berat badan seperti pertandingan bina badan yang memerlukan masa yang pendek maka diet itu boleh dilakukan.\nMenurutnya, adakalanya mereka yang mengamalkan diet dengan menghindari gula dan makanan ini akan menjadi gemuk semula kerana mengalami situasi di mana ia sukar untuk dikawal dalam jangka masa yang lama.\nIni kerana ada masanya seseorang itu pasti akan mempunyai keinginan untuk memakan beberapa makanan seperti ais krim, makanan berminyak dan bergoreng.\nTak perlu hindari hanya kawal\nOleh itu, untuk memudahkan proses diet, anda tidak perlu hindari tetapi hanya jaga pengambilan kalori dan kualiti pengambilan makanan sahaja.\nMelihat di ruangan komen rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Hanif malah ada juga yang mengatakan tips untuk menurukan berat badan yang diberi olehnya mudah dan tidak membuatkan seseorang stress.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-jepun-ini-buka-kedai-nasi-kandar-pertama-di-tokyo-setiap-hari-sold-out/", "title": "Lelaki Jepun Ini Buka Kedai Nasi Kandar Pertama di Tokyo, Setiap Hari \u2018Sold Out\u2019!", "body": "\nNampaknya makanan kegilaan, nasi kandar Penang yang femes kat Malaysia kini dah bertapak di Jepun gais.\nSiapa je yang tak terliur kalau tengok nasi, kuah kari campur dan lauk-pauk yang penuh dalam pinggan kan. Mesti nak ngap punya.\nBaca juga: Ini 5 Fakta Menarik Tentang Sepinggan Nasi Kandar Yang Mungkin Korang Tidak Tahu\nMenerusi laporan Japanese Heart, kedai yang diberi nama \u2018Zero Two Nasi Kandar Tokyo\u2018 ini baru dibuka pada Januari lalu dan kedai pertama di sana yang menyajikan makanan authentic Malaysia-India.\nHidangan utama kedai ini ialah sepinggan nasi kandar yang dihidangkan bersama-sama enam pilihan kari yang berbeza dan lauk kegemaran orang kita seperti telur rebus, sayur bendi, ayam goreng, udang goreng, sotong, daging kambing, dan banyak lagi.\n\n\nYang bestnya, nasi kandar ini dihidangkan dalam daun pisang serta pinggan plastik klasik berwarna cerah sebijik macam kita boleh jumpa di kedai mamak atau gerai.\nMakanan yang dihidangkan halal\n\n\nSemua barangan di kedai itu dikatakan halal dan mereka juga mempunyai pilihan menu vegetarian.\nSayur-sayuran yang digunakan dalam hidangan restoran ini juga segar dan diperolehi secara organik direct daripada petani di Jepun.\nIdea datang ketika travel ke Malaysia\n\nRestoran ini dikendalikan oleh seorang lelaki bernama Tateda, yang jatuh cinta lepas makan nasi kandar semasa travel ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.\nKedai ini juga dilengkapi dengan nilai estetika dan mural Malaysia di dinding, memang menjadi tempat port \u2018instagrammable\u2019 kepada pengunjung yang datang makan ke situ.\nMelihat pula dari rupa halaman media sosial restoran itu, kedai ini juga agak popular di kalangan penduduk tempatan dengan pelanggan beratur untuk makan sepanjang hari.\n\n\nDikatakan sold out setiap hari dibuka.\nLepas ni dah tak ada istilah mengidam nasi kandar dah dekat Jepun. Jika berada di sana, kedai nasi kandar ini terletak berhampiran Otemachi dan Chiyoda di bandar Tokyo.\nps: Tiba-tiba min craving pula nasi kandar, nak food hunter duluan lah~\n\nSumber: Astro Awani, Japanese Heart\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-kecewa-durian-black-thorn-rm117-tak-ada-isi/", "title": "Harga Bukan Main Mahal, Lelaki Kecewa Durian \u2018Black Thorn\u2019 RM117 Tak Ada Isi", "body": "\nSeorang lelaki kecewa apa bila durian berkualiti premium yang dibeli dengan RM117 tidak mengandungi sebarang isi, lapor Mothership.sg.\nDifahamkan, lelaki tersebut telah membeli durian premium jenis\u00a0black thorn\u00a0seberat 1.8 kg dengan harga RM117 untuk sebiji pada 3 Julai lalu.\n\nLelaki itu turut berkongsi satu video di laman Facebook miliknya yang menunjukkah bahawa durian yang dibelinya tidak mengandungi sebarang isi.\nSetiap pangsa durian itu juga didapati kosong dan tidak memilik sebarang biji.\nPada awalnya, dia menyangka durian itu akan mengandungi isi yang besar dan banyak memandangkan berat durian tersebut hampir mencecah dua kilogram.\nNamun, sangkaannya meleset selepas lelaki itu membuka durian tersebut.\n\n292108222_810874860295407_573301723933110447_n\nVideo tersebut juga telah dihujani komen daripada netizen kerana berasa kagum dengan kewujukan durian yang tidak boleh mengeluarkan sebarang isi.\nAda juga yang memberi nasihat supaya membuka durian terlebih dahulu di gerai sebelum dibawa pulang.\nSumber: Siakap Keli\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-kecewa-peniaga-letak-meja-kerusi-di-laluan-pejalanan-kaki/", "title": "\u201cTerpaksa Redah Hujan\u201d- Lelaki Luah Rasa Kecewa Peniaga Letak Meja & Kerusi Di Laluan Pejalanan Kaki", "body": "\nSegelintir pengusaha restoran dan pemilik premis masih berdegil dengan meletakkan barang dagangan serta peralatan berniaga mereka di luar premis sehingga menghalang laluan pejalan kaki.\nSeperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @boyezal, lelaki ini luah rasa kecewa apabila terpaksa meredah hujan kerana tidak dapat menggunakan laluan pejalanan kaki yang sudah dipenuhi meja dan kerusi.\nDia turut berasa kesal dan menyifatkan tindakan itu adalah tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan ke atas kemudahan awam.\n\u201cKita pula kena redah hujan\u201d\n\u201cPatut ke macam ini? Kerajaan buat untuk pejalan kaki. Sekarang kita pula kena redah hujan,\u201d luahnya.\n\nPihak berkuasa juga boleh menyita kerusi dan meja kerana kesalahan halangan di tempat awam jika masih ada peniaga yang berdegil.\nPerkara ini juga bukan pertama kali\u00a0 berlaku, masih ramai peniaga di luar sana yang melakukan perkara yang sama. Oleh itu, semoga semua peniaga mengambil cakna\u00a0 untuk tidak mengambil kesempatan pada kemudahan awam.\nLihat video penuh:\n\n\n @boyezal\n#selfis\n \u266c Astaghfirullah (Robbal Baroya) \u2013 Islamic Qasidah \n\n \nBaca juga: \u201cUntung ke jual RM1?\u201d \u2013 Netizen Persoal Peniaga Jual Nasi Lemak Murah Tepi Jalan\nBaca juga: Hanya Minta Sedikit Air Panas Untuk Susu Anak, Pekerja Ini Dipuji Siap Tolong Basuh Botol\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-makan-mi-sup-lauk-lintah-geli-geleman-dibuatnya/", "title": "Lelaki Makan Mi Sup Lauk \u2018Lintah\u2019, Geli Geleman Dibuatnya!", "body": "\nSeorang pengguna TikTok berkongsi kejadian malang yang dialaminya apabila mi sup yang dinikmatinya di sebuah kedai makan mengandungi lintah yang masih hidup.\nKejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun @meayrolir di akaun TikTok yang sehingga kini mendapat hampir 600, 000 tontonan.\nMi Sup Lauk Lintah\nDalam video tersebut, pemuda itu menunjukkan juadah mi segeranya yang sudah habis dimakan dan hanya tinggal lintah yang masih hidup, \u2018berenang\u2019 dalam sisa kuah mi celup yang dinikmatinya.\n\nBagaimanapun pengguna berkenaan tidak mendedahkan lokasi kejadian.\nAda netizen yang berpendapat lintah tersebut mungkin datang dari dalam sayur kangkung seperti kes yang tular beberapa tahun lalu yang mengakibatkan seorang mangsa meninggal dunia kerana tidak menyedari telah termakan lintah dan telah membiak dalam ususnya.\n\u201cLintah dari dalam kangkung kot,\u201d ujar @juuuuuuuu33\n\u201cNasib baik tak masuk dalam perut,\u201d kata @farareyda\n\u201cAlahai kembang tekak kita,\u201d ujar @lilisurianisharif\n\nSementara itu, ramai juga berasa \u2018loya tekak\u2019 selepas melihat video tersebut dan bersyukur lelaki tersebut tidak memakannya kerana risau hal yang buruk bakal terjadi.\n\u201cKalau tertelan, memang masuk hospital,\u201d kata @mohd_ilham22\n\nVideo penuh:\n\n\n @_ichii21\nMagii sup pacat \ud83d\ude31 #pacat #maggipacat\n \u266c suara asli \u2013 INDOZONE \u2013 INDOZONE \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-oku-tebar-roti-canai/", "title": "Lelaki OKU Tebar Roti Canai Siap Terbang Lagi Guna Sebelah Tangan, Netizen Kagum", "body": "\nBaru-baru ini, tular rakaman di laman TikTok apabila kelibat seorang lelaki OKU sedang menebar roti canai dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan tunjukkan \u2018skill\u2019 terbangkan roti.\nRakaman video yang tular tersebut meraih perhatian netizen sehingga ramai kagum dengan kemahiran yang dimiliki oleh jejaka kurang upaya ini.\nBaca juga: Peniaga Ayam Goreng Ini Jadi \u2018Iphone Reviewer\u2019 Segera, Lepas Telefon Terjatuh Dalam Minyak Mengelegak\u00a0\nMenerusi video oleh @amyliarahman di TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Abang Ujang menebar roti canai dengan hanya menggunakan sebelah tangan.\nBukan itu sahaja, dia yang kehilangan sebelah tangannya turut menunjukkan skill dan tricks menerbangkan roti canai ke udara!\nMeskipun keadaan fizikalnya begitu, dia cekap menangkap semula roti canai yang terbang. Yang lebih menakjubkan, jari jemarinya lentik menguli tepung roti.\nVideo Penuh:\n\n\n @amyliarahman\nKagum betol tengok abang ni tebar dan terbangkan roti canai, smooth \ud83e\udd29\n \u266c Dj Tiba Tiba Aku Melayang Fyp Viral \u2013 Donny Fernanda \n\n \nIni kerana, setiap manusia pasti diberi ujian hidup dengan pelbagai cabaran. Dengan kekurangan yang ada itulah kekuatan lahir untuk diberikan kelebihan kepada diri kita sendiri.\nSebagai contoh, ramai golongan kelainan upaya tetap mencari rezeki, berdaya saing dengan mereka yang sempurna tubuh badan.\nSusulan tularnya video berkenaan, kini jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 73.6 ribu serta meraih sebanyak 3931 tanda suka setakat artikel ini ditulis.\nTinjauan MyResipi di ruangan komen, rata-ratanya kagum dengan kelebihan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada Abang Ujang.\nTambah netizen, mereka yang cukup sifat pun belum tentu mampu melakukan perkara yang sama seperti penebar roti canai berkenaan.\nAntara reaksi netizen:\n\n\n\n\nMemang smart woo siap freestyle lagi Abang Ujang tebar roti canai. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan selamat maju jaya!\nBaca juga: [VIDEO] \u2018Order\u2019 Pulut Kuning Hiasan Angsa Untuk Kenduri Kahwin, Bila Sampai\u2026\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-terkedu-order-nescafe-ais-bungkus-mangkuk-sekali-yang-sampai-macam-ni/", "title": "Lelaki Terkedu Order Nescafe Ais Bungkus Mangkuk, Sekali Yang Sampai Macam Ni", "body": "\nBiasanya bila kita ke kedai makan, sering kali kita memesan \u2018air mangkuk\u2019 untuk mendapatkan air yang lebih banyak berbanding dengan gelas biasa dan mudah untuk dibawa pulang jika tidak habis.\nAir mangkuk ini bermaksud air yang dimasukkan ke dalam plastik lalu diikat tepi dan seterusnya diletakkan ke dalam mangkuk.\nWalau bagaimanapun, masih ada sesetengah kedai atau gerai makan yang tidak menggunakan konsep \u2018air mangkuk\u2019 ini dan akhirnya boleh mencetuskan salah faham mengenai pesanan tersebut.\nSeperti yang menimpa sebuah keluarga ini, apabila mereka telah membuat pesanan air Nescafe ais mangkuk di sebuah kedai makan.\nNamun begitu menerusi video yang tular di laman TikTok tersebut, apa yang sampai di meja mereka bukanlah air mangkuk yang biasa kita dapat.\nRupa-rupanya hanya air Nescafe semata-mata yang diletakkan terus ke dalam mangkuk.\n\n\u201cAku order Nescafe ais mangkuk, kau tengok. Zoom sikit camera. Dia bagi betul-betul dalam mangkuk,\u201d katanya berseloroh mengenai situasi yang menimpa dia dan keluarganya itu.\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur melihat \u2018air mangkuk\u2019 yang diberikan pada mereka itu.\n\nVideo penuh:\n\n\n @ilithingz\nBenda dah order \ud83d\ude02 minum je lah \u2026 #fypdongggggggg #viralvideo \n \u266c Funny Song \u2013 Cavendish Music \n\n \nSumber: TikTok ilithingz\nBaca juga: Ibu Terkesima Anak Mandi Telur, Netizen Cakap Dah Boleh Goreng Celup Tepung Budak Ni\n"} {"url": "https://myresipi.com/lelaki-terkejut-makan-tengahari-cecah-rm70-untuk-dua-orang/", "title": "Lelaki Terkejut Makan Tengahari Cecah RM70 Untuk Dua Orang", "body": "\nSeorang individu terkejut apabila beliau dikenakan bayaran RM71.50 bagi makan tengah hari di sebuah gerai makan dipercayai di Desa Pandan, Ampang baru-baru ini.\nMenerusi posting yang dimuatnaik di akaun Facebook Warga Ampang, individu itu telah berkongsikan beberapa keping gambar menunjukkan resit harga serta makanan bagi dua orang yang dikatakan terlalu mahal\nDalam kapsyen di halaman Facebook berkenaan, individu itu mendakwa harga yang dikenakan iaitu RM28 dan RM32 sepinggan dengan beberapa lauk antaranya nasi, sotong, ikan serta ulam-ulaman.\n\u201cTerkejut Lunch Break (rehat tengah hari) kena RM28 dan RM37 (tidak termasuk air). Ambil sotong katanya kena caj RM2 seketul padahal sotong kecil-kecil. Dekat Desa Pandan,\u201d ciapnya.\n\nMenjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga menyatakan harga yang dikenakan oleh pengusaha gerai makanan itu memang terlalu mahal dan tidak masuk akal.\n\u201cSaya penjual nasi berlauk juga, tapi kalah dah macam tu harga. Memang barang mahal tapi masih dapat cover lagi dengan benda lain. Atas kedai sebenarnya. Betul cakap Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi), ada kedai guna alasan barang mahal untuk caj harga melampau,\u201d kata Hazgary.\n\u201cMahalnya, saya pernah beli sotong kecil-kecil macam ni, ambil banyak tambah sayur harga sekitar RM8 hingga RM9 sahaja dekat Kuala Lumpur juga,\u201d kata Amalia.\n\u201cDalam isu bagi saya, peniaga perlu sedia alternatif lain, contoh letak dalam satu mangkuk serta letak harga. Contoh semangkuk kecil RM5, jadi pelanggan bijak memilih ikut bajet dan peniaga boleh elak dari pelanggan ambil lauk banyak-banyak macam ini. Sebab nanti peniaga terpaksa bagi harga mahal dan pelanggan akan marah,\u201d ujar Asyraf.\nKredit: Kosmo\n"} {"url": "https://myresipi.com/lemak-juicy-ini-resepi-udang-panggang-garlic-butter/", "title": "Lemak & Juicy, Ini Resepi Udang Panggang Garlic Butter!", "body": "Kali ini jom cuba masak masakan ala barat. Kalau dah bosan asyik makan yang berkuah sahaja, korang boleh cuba udang panggang garlic butter. Rasa udang panggang tu sangat berlemak dan juicy je bila kita gigit. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cik Nuur di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nUDANG PANGGANG GARLIC BUTTERKali ini jom cuba masak masakan ala barat. Kalau dah bosan asyik makan yang berkuah sahaja, korang boleh cuba udang panggang garlic butter. Rasa udang panggang tu sangat berlemak dan juicy je bila kita gigit. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cik Nuur di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n30-40 udang segar cuci bersih\n\n3 sdb minyak zaitun @ mentega\n\n5 sdb sos plum gaul bersama udang\n\nSebalu bawang putih cincang\n\nBawang besar cincang\n\nNenas yang telah dicincang\n\nDaun bawang/daun sup\n\nKeju\n\nKredit : Cik NuurCARA PENYEDIAAN\nMasukkan mentega dan cairkan di atas kuali.\n\nSusun udang biar penuh di atas kuali atau pan.\u00a0Masak udang sehingga kulitnya menjadi kemerahan.\n\nTaburkan kesemua bawang, daun sup, daun bawang dan keju di atas udang tersebut.\n\nBiarkan sehingga keju cair dan siap boleh dihidang dan dimakan begitu sahaja.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/lemang-fast-food-orang-melayu-lama/", "title": "Lemang Sebenarnya \u2018Fast Food\u2019 Orang Melayu Lama?", "body": "\nMesti ramai yang tak sangka yang makanan lemang sebenarnya \u2018fast food\u2019 orang melayu pada zaman dahulu kan?\nSiapa sangka kita masih menikmatinya ketika perayaan untuk dijamu kepada keluarga mahupun tetamu yang datang bertandang.\nTapi macam mana lemang ini boleh jadi makanan segera?\nSebelum itu kita telusuri dulu bagaimana lemang boleh wujud dalam masyarakat kita.\nBaca juga: 5 Lokasi Lemang Paling \u2018Top\u2019 Yang Wajib Anda Singgah Di KL & Selangor\nLemang dikatakan telah wujud apabila orang Melayu-proto dan Melayu-deutro telah membawa amalan nasi yang dimasak dalam buluh ke Asia Tenggara.\nPerkara ini dapat dibuktikan lagi apabila amalan memasak nasi di dalam buluh turut wujud dalam kalangan orang asli di Semenanjung Tanah Melayu dan orang Dayak di Borneo.\n\u00a0\nBagi masyarakat Indonesia pula, lemang telah wujud apabila seorang ulama iaitu Sheikh Burhanuddin ingin menyebarkan Islam di tanah Minangkabau. Kunjungan dia ke sana telah dijamu dengan pelbagai jenis makanan.|\n\nMasalahnya dia sangat bimbang akan status halal makanan tersebut kerana penduduk di situ belum Islam. Jadi apa yang Sheikh Burhanuddin buat adalah perintahkan kepada penduduk untuk mencari buluh, daun pisang dan kelapa tua untuk hasilkan lemang.\nBermula dari peristiwa itu, lemang telah dijadikan sebagai makanan rasmi bagi perayaan besar Islam sebagai simbolik penghasilan makanan halal.\nWalau bagaimanapun, Sheikh Burhanuddin tidak boleh dijadikan sebagai orang pertama menghasilkan lemang. Hal ini kerana dia diketahui berasal daripada Guguak Sikaladi yang merupakan kerajaan terawal Melayu-deutro. Jadi berkemungkinan besar Sheikh Burhanuddin sudah biasa memasak nasi di dalam buluh.\nBertitik tolak dari situ, lemang terus menjadi makanan tradisi dalam masyarakat Minangkabau sehingga tersebar di seluruh Indonesia.\nApa-apapun rekod rasmi keberadaan lemang di Kepulauan Melayu adalah pada tahun 1852 di tanah Batak, 1864 di Semenanjung Tanah Melayu, 1873 di Minangkabau dan 1900 di Bangkahulu.\nKembali kepada persoalan asal iaitu macam mana lemang boleh dijadikan makanan segera oleh masyarakat Melayu silam?\nSuatu ketika dahulu leluhur orang Melayu menjadikan memungut hasil hutan sebagai antara sumber ekonomi utama.\nBermakna kalau nak cari makan untuk keluarga memang kena masuk hutan berhari-hari lamanya. Masuk hutan pula tidak boleh bawa tangan kosong sahaja dan mesti ada kelengkapan seperti makanan.\nTapi dulu masa ada maggi dan makanan dalam tin.\nMaka alternatif yang wujud adalah makanan seperti lemang kerana mudah dibawa dan tahan lama.\nSelain itu, penggunaan buluh untuk menghasilkan lemang dikaitkan dengan sifat kreatif leluhur kita. Apabila sudah berada di hutan, nak masak nasi memang susah sebab perlu ada periuk.\nSebagai gantinya leluhur kita telah menggunakan buluh yang diletakkan air dan daun pisang untuk dibakar agar menjadi nasi. Penggunaan daun pisang pula digunakan agar nasi tidak terlekat di dinding buluh.\nMungkin dari dua kombinasi ini lemang mula wujud sebagai makanan tradisi sejak abad ke-9 sehinggalah menjadi idaman wajib ketika menjelangnya raya.\n\nHari ini lemang sudah tidak boleh lagi dianggap sebagai makanan segera kerana penghasilannya agak renyah.\nTapi berterima kasihlah kepada nenek moyang kita kerana setiap kali perayaan, kita dapat nikmati \u2018fast food\u2019 zaman melayu dahulu.\n\nKredit: The Patriots\n"} {"url": "https://myresipi.com/lembu-sado-berat-lebih-satu-tan-dijual-rm25000-untuk-korban-tahun-ini/", "title": "Lembu \u2018Sado\u2019 Berat Lebih Satu Tan Dijual RM25,000 untuk Korban Tahun Ini", "body": "\nBaka hibrid atau lembu \u2018sado\u2019 jenis Charolais dan Limousine antara lembu paling mahal di pasaran tempatan sehingga ramai penternak sanggup mengeluarkan modal besar bagi memperoleh baka terbaik untuk dipelihara.\nKelantan merupakan negeri paling ramai penternak lembu hibrid berskala kecil, diikuti Terengganu, Johor, Perak, Selangor dan Kedah.\nWalaupun ketetapan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan ibadah korban belum ditetapkan di beberapa negeri, jualan lembu korban tetap laris seperti tahun sebelumnya.\nBaca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!\nSelain lembu baka kampung, lembu sado seperti charolais, limosin, blonde dan belgian blue turut terjual untuk ibadah korban.\nPenternak, Mohd Amirul Ibrahim, 35, dari Kampung Che Hem, Bukit Tunggal berkata, beliau menjual 70 ekor lembu kampung untuk ibadah korban pada tahun ini.\n\n\u201cTerbaru saya baru sahaja menjual lembu baka belgian blue seberat 1,200 kilogram (kg) pada harga RM25,000 seekor.\n\u201cSebelum itu dua ekor lembu baka charolais seberat 1,000 kg ke atas pada harga RM40,000 sudah dijual untuk tujuan sama,\u201d katanya ketika ditemui di kandang lembunya, di sini, hari ini.\nMenurutnya, lembu korban berharga RM4,000 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz dan dihantar ke beberapa negeri.\n\u201cSelepas Ramadan, lebih 30 lembu korban sudah dihantar ke Selangor dan Melaka.\n\u201cManakala 40 ekor lembu korban lagi dijual di seluruh daerah di negeri ini,\u201d katanya.\nBeliau berharap ibadah korban boleh dijalankan di negeri ini seperti tahun lalu.\n\n\u201cKami tidak kisah menjalankan ibadah korban itu walaupun perlu mengikuti SOP yang lebih ketat asalkan ibadah korban itu boleh dijalankan,\u201d katanya.\nBercerita mengenai lembu baka belgian blue yang dijual, katanya, lembu baka berusia tiga tahun empat bulan itu dibeli oleh seorang penternak di Selangor.\n\u201cLembu yang dipanggil Jimbo itu dianggarkan mempunyai jumlah daging sebanyak 500 kg apabila dikorbankan.\n\u201cRM3,000 ke atas harga untuk sebahagian lembu itu sekiranya ia dibuka kepada orang ramai,\u201d katanya.\n\nSumber: Harian Metro\n"} {"url": "https://myresipi.com/lembut-berlemak-ini-cara-buat-agar-agar-susu-kotak-viral-senang-je/", "title": "Lembut & Berlemak, Ini Cara Buat Agar-Agar Susu Kotak Viral, Senang Je!", "body": "\n\nAnak-anak suka makan agar-agar ni semasa sejuk, memang sedap\u201d\n\nBaru-baru ini viral agar-agar susu kotak di Facebook, sehingga ramai yang kongsi resepi tersebut. Uniknya agar-agar ini ia diletakkan di dalam kotak air tersebut, jadi ia nampak cantik dan menarik perhatian orang ramai.\nJom cuba buat agar-agar susu kotak ini mudah dan cepat, anak-anak pasti suka.\n\nBahan-bahan\n\n1 liter air kotak (coklat / strawberi)\n3 sudu gula\n1 pek serbuk agar-agar (ambil yang jernih)\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nMasukkan semua bahan, kacau sehingga mendidih.\nSelepas itu, gunting kotak susu tu comel-comel sedikit.\nMasukkan bancuhan agar-agar tersebut ke dalam susu kotak, biarkan sejuk dahulu baru masuk di dalam peti ais.\nBiarkan semalaman dan siap boleh dimakan.\n\nSumber: Ain\u2019nie Rahman\n"} {"url": "https://myresipi.com/lembut-di-luar-cair-di-dalam-jom-cuba-resepi-roti-cinnamon-coklat-guna-air-fryer-je/", "title": "Lembut Di Luar, Cair Di Dalam. Jom Cuba Resepi Roti Cinnamon Coklat, Guna Air Fryer Je!", "body": "Selalu kalau teringin nak makan Cinnamon Rolls mesti kita beli je kan? Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri resepi Roti Cinnamon Coklat di rumah. Kalau korang nak tahu, cara menyediakan hidangan ini tidak lah susah mana. Dalam 10 minit je dah siap! Lagi pun bahan-bahan yang diperlukan pun sangat mudah untuk didapati. Haa tunggu apa lagi, jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fatin Ria di Facebook.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n10 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nRoti Cinnamon CoklatSelalu kalau teringin nak makan Cinnamon Rolls mesti kita beli je kan? Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri resepi Roti Cinnamon Coklat di rumah. Kalau korang nak tahu, cara menyediakan hidangan ini tidak lah susah mana. Dalam 10 minit je dah siap! Lagi pun bahan-bahan yang diperlukan pun sangat mudah untuk didapati. Haa tunggu apa lagi, jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fatin Ria di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A\nRoti\n\nButter\nBAHAN B\nGula\n\nSerbuk Cinnamon\n\nChocolate rice/ chips\nCARA PENYEDIAAN\nSapukan butter di atas roti\n\nKemudian, taburkan gula, serbuk cinnamon dan chocolate rice/chips.\n\nSapukan butter di lapisan luar roti. Supaya roti lebih rangup.\n\nSet Air Fryer 140\u00b0 selama 10 minit.\nTIPSPanaskan dulu air fryer sebelum masukkan roti.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/lembut-gebu-ini-resepi-cupcake-pandan-gula-melaka-kegemaran-kanak-kanak-2/", "title": "Lembut & Gebu, Ini Resepi Cupcake Pandan Gula Melaka Kegemaran Kanak-Kanak!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-30 05:44:08\n\n\nResepi Cupcake Pandan Gula Melaka sedap dan lembut yang disusun di\u00a0dalam paper cup ini sangat menarik dan\u00a0comel sehingga mampu membangkitkan selera orang ramai.\u00a0Cupcake ini antara yang paling disukai orang ramai lebih-lebih lagi golongan\u00a0kanak-kanak.\n\u00a0\nCupcake Pandan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa iaitu pagi,\u00a0petang mahupun\u00a0makan malam.\u00a0Selain itu, cupcake ini sering\u00a0dijadikan hidangan majlis perayaan atau pun untuk sambutan ulang tahun kelahiran. Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina di kumpulan Sedapnya Resepi di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\n\u00a0\nCara pembuatan sirap gula melaka\n\n1 ketul gula melaka (pecah-pecahkan).\nSedikit gula merah.\nAir 1 cawan setiap seketul.\nMasak sampai larut dan pekat. Kemudian biarkan sejuk.\u00a0\n\n\u00a0\nCara pembuatan Cup Cake\u00a0\nBahan A\n\n3 biji telur ayam\n1/2 cawan gula kastor\n1 sudu besar ovalate\n1sudu besar emolco pandan coconut\n1/2 sudu besar pewarna hijau (dark green)\n1 cawan tepung gandum (+1 sudu kecil baking powder)\nKacau sampai kembang gebu\n\nBahan B\n\nMula-mula cairkan butter.\nDah kembang elok adunan A tadi, kemudian masukkan butter cair tadi (1/4 cawan).\nKacau sebati.\nIsi dalam cup \u00be, Suhu 170 api atas bawah .\nMasa 20 minit dan siap.\n\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\nCara pembuatan cream\n\n250g butter premium unsalted\n1/2 cawan gula ising\nMix sebati\nTambah 125g cream cheese\nDah elok sebati, tambah 1 cawan whipping non dairy\u00a0\nNak tambah sirap gula melaka ke dalam pun boleh atau parutan gula melaka\u00a0\nMasukkan cream dalam piping beg (guna nozel 1M atau 2M)\nBuat bulatan rosset\nRenjiskan sirap gula melaka tadi dan hias dengan coconut hawaian flakes letak daun pandan\n\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Azlina Ina\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/lembut-gebu-ini-resepi-cupcake-pandan-gula-melaka-kegemaran-kanak-kanak/", "title": "Lembut & Gebu, Ini Resepi Cupcake Pandan Gula Melaka Kegemaran Kanak-Kanak!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-30 05:44:08\n\n\nResepi Cupcake Pandan Gula Melaka sedap dan lembut yang disusun di\u00a0dalam paper cup ini sangat menarik dan\u00a0comel sehingga mampu membangkitkan selera orang ramai.\u00a0Cupcake ini antara yang paling disukai orang ramai lebih-lebih lagi golongan\u00a0kanak-kanak.\n\u00a0\nCupcake Pandan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa iaitu pagi,\u00a0petang mahupun\u00a0makan malam.\u00a0Selain itu, cupcake ini sering\u00a0dijadikan hidangan majlis perayaan atau pun untuk sambutan ulang tahun kelahiran. Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina di kumpulan Sedapnya Resepi di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\n\u00a0\nCara pembuatan sirap gula melaka\n\n1 ketul gula melaka (pecah-pecahkan).\nSedikit gula merah.\nAir 1 cawan setiap seketul.\nMasak sampai larut dan pekat. Kemudian biarkan sejuk.\u00a0\n\n\u00a0\nCara pembuatan Cup Cake\u00a0\nBahan A\n\n3 biji telur ayam\n1/2 cawan gula kastor\n1 sudu besar ovalate\n1sudu besar emolco pandan coconut\n1/2 sudu besar pewarna hijau (dark green)\n1 cawan tepung gandum (+1 sudu kecil baking powder)\nKacau sampai kembang gebu\n\nBahan B\n\nMula-mula cairkan butter.\nDah kembang elok adunan A tadi, kemudian masukkan butter cair tadi (1/4 cawan).\nKacau sebati.\nIsi dalam cup \u00be, Suhu 170 api atas bawah .\nMasa 20 minit dan siap.\n\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\nCara pembuatan cream\n\n250g butter premium unsalted\n1/2 cawan gula ising\nMix sebati\nTambah 125g cream cheese\nDah elok sebati, tambah 1 cawan whipping non dairy\u00a0\nNak tambah sirap gula melaka ke dalam pun boleh atau parutan gula melaka\u00a0\nMasukkan cream dalam piping beg (guna nozel 1M atau 2M)\nBuat bulatan rosset\nRenjiskan sirap gula melaka tadi dan hias dengan coconut hawaian flakes letak daun pandan\n\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Azlina Ina\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/lembut-gebu-ini-resepi-kek-pandan-bersantan/", "title": "Lembut & Gebu, Ini Resepi Kek Pandan Bersantan", "body": "Kebiasaannya orang jarang buat kek pandan letak santan. Tetapi sebenarnya santan itu lah yang menyebabkan kek tersebut menjadi gebu dah lebih berlemak.\u00a0 Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKEK PANDAN BERSANTANKebiasaannya orang jarang buat kek pandan letak santan. Tetapi sebenarnya santan itu lah yang menyebabkan kek tersebut menjadi gebu dah lebih berlemak.\u00a0 Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n5 biji telur gred A\n\n2 cawan tepung gandum\n\n1 cawan gula\n\n200 ml santan\n\n2 sdb susu pekat\n\n1 sdb serbuk penaik\n\n1 sdb ovalette\n\nEmulco pandan\n\nPewarna hijau\n\nKredit : SitiCARA PENYEDIAAN\nPutar telur dan gula sampai kembang.\n\nMasukkan susu, ovalette dan putar lagi sehingga adunan kembang dan menjadi gebu.\n\nMasukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik dan masuk sedikit demi sedikit. Kalau nak kaup balik pun boleh.\n\nAkhir sekali masukkan santan dan emulco pandan,\u00a0 pewarna hijau dan sebatikan.\n\nLetak adunan di dalam loyang size 8\u00d78. Panaskan oven 5-10 minit, bakar pada suhu 160 selama 40 minit bergantung pada oven masing-masing. Selamat mencuba.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/lembut-tanpa-menggunakan-minyak-ini-resepi-ayam-menangis-terisak-isak-padu-weh/", "title": "Lembut & Tanpa Menggunakan Minyak, Ini Resepi Ayam Menangis Terisak-Isak, Padu Weh!", "body": "Ingatkan ada daging harimau menangis je kan? Ha! Ayam menangis pun ada tau. Resepi kali ini sedap dan sesuai untuk orang yang tengah diet, kerana tidak menggunakan minyak langsung untuk memasak. Walaupun tidak menggunakan minyak, rasanya tetap juicy dan mengancam sesuai untuk makan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Dapur Yusfarisyia di Cookpad!\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nAYAM MENANGISIngatkan ada daging harimau menangis je kan? Ha! Ayam menangis pun ada tau. Resepi kali ini sedap dan sesuai untuk orang yang tengah diet, kerana tidak menggunakan minyak langsung untuk memasak. Walaupun tidak menggunakan minyak, rasanya tetap juicy dan mengancam sesuai untuk makan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Dapur Yusfarisyia di Cookpad!\nBAHAN-BAHAN AYAM\n1 dada ayam dipotong dua\n\n5 ulas bawang putih ditumbuk lumat\n\n2\u00a0sudu besar madu\n\n4\u00a0sudu besar sos tiram\n\n1\u00a0sudu besar jintan manis (disangai dan dikisar/ditumbuk halus)\n\n2\u00a0sudu kecil serbuk lada hitam\nBAHAN SOS PENCICAH\n21\u00a0biji cili padi (ikut suka kalau tak nak pedas boleh kurangkan)\n\n3 ulas\u00a0bawang putih\n\n2\u00a0sudu besar gula/madu\n\n3 tangkai daun ketumbar termasuk akarnya\n\n1\u00a0sudu besar chilli flakes\n\n2\u00a0biji limau nipis (ambil jus nya)\n\n1 1/2\u00a0sudu besar sos ikan\n\nKredit: Dapur YusfarisyiaCARA PENYEDIAAN\nCampurkan madu, bawang putih, jintan manis, sos tiram dan serbuk lada hitam.\n\nCucuk-cucuk isi ayam dengan garfu dan lumur bahan yang dicampur tadi ke seluruh isi ayam. Perapkan selama\u00a0 3 jam.\n\nPanaskan kuali non-stick. Apabila kuali sudah betul-betul panas, kecilkan api dan letakkan ayam di atas kuali dan panggang sehingga masak.\n\nSementara itu sediakan sos pencicahnya. Satukan kesemua bahan sos, tinggalkan batang dan daun ketumbar untuk diracik halus.\n\n\n\nKisarkan bahan sos. Taburkan daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan bersama potongan isi ayam tadi.\n\n\n\nTIPSPerapkan ayam semalam supaya lebih sedap.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/lempeng-kosong-kampung/", "title": "Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis", "body": "\nLamanya tak makan lempeng kosong macam ni kan. Kalau duduk kampung, memang opah min akan buat lempeng ni setiap pagi sebagai sarapan. Nak sedap lagi, makan dengan kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam. Fuhh!\nSenang je nak buat lempeng kosong sebenarnya. Kalau sekali belajar pun dah boleh pandai. Tapi kita kan kadang-kadang suka air tangan ibu atau opah. Ada berkat gitu.\nBaca juga: Sambal Sotong Kembang, Makan Dengan Nasi, Nasi Lemak, Lempeng Sodap Beb!\nUntuk perkongsian kali ni, MyResipi kongsikan resipi dari Qaseh Aisyah Linda yang sudi berkongsi di laman Facebook. Memang tengok gambar je dah teringat nostalgia lama masa kanak-kanak tau!\nNak betul- betul rasa macam kampung, kena digadingkan dengan sambal bilis. Memang makan bertambah lah dibuatnya!\n\nRESIPI LEMPENG KOSONG\n\nBahan-bahan lempeng:\n\n1 cawan tepung gandum\n1/2 santan\nGaram secubit rasa\n1 biji telur\u00a0\nAir secukupnya\n\nCara membuat lempeng:\n\nKisar atau gaulkan kesemua bahan-bahan diatas, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat adunan seperti membuat kulit kuih ketayap.\nPanaskan kuali, sapu minyak atau butter. Sendukkan adunan dan leperkan nipis.\nMasak guna api yang perlahan sahaja. Biar ada hangi-hangit garing sikit baru terbalikkan dan masak sebelah lagi.\nBuat sampai habis adunan. Siap dan ketepikan.\n\nBahan sambal bilis:\n\nIkan bilis\nCili kering kisar\nAir asam jawa\n1 biji bawang merah besar*\n3 ulas bawang putih*\n1 inci halia*\n\nCara membuat sambal bilis:\n\nTumis bahan2 bertanda* sehingga naik bau.\nMasukkan cili kering kisar, masak sehingga naik minyak.\nSelepas naik minyak, masukkan air asam jawa, gula, garam. Dah cukup rasa, sudah boleh masukkan ikan bilis. Siap untuk dihidang bersama lempeng tadi.\n\nWow! Terasa macam makan lempeng ibu dan opah kita buat kan. Kalau perasan kan, dulu-dulu punya versi, hidang atas pinggan bunga tau. Nampak klasik sangat!\nPaling sedap makan panas-panas di masa sarapan atau minum petang. Memang boleh buat kita berebut tau! Kalau yang mana nak cuba tu boleh follow je resipi yang min kongsikan ni. \nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/lepat-boko-ubi-kayu/", "title": "Lepat Boko Ubi Kayu Yang Sedap, Peniaga Ini Kongsi Resipinya", "body": "\u00a0\n\nSedapnya kalau dapat menikmati Lepat Boko Ubi Kayu ni. Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan.\nResipinya pun tak susah. Menerusi perkongsian saudari Qaisara Qistina, beliau berkongsi satu resipi Lepat Boko Ubi yang cukup mudah.\nAsalnya resipi ini beliau gunakan untuk berniaga semasa PKP dahulu. Memang laris! Memang dijamin menjadi. Jom lihat cara-cara \npembuatannya.\nBaca juga: Resipi Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan\nKebiasannya jika di kampung, baru dapat merasa kuih ini, dan agak sukar untuk jumpanya di bandar melainkan buat sendiri di rumah. Ini sudah ada resipinya, memang mudah lah!\n\nResipi Kuih Lepat Boko Ubi\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan parutan ubi kayu \n2 cawan gula merah \n2 cawan air\n1 sudu makan gula \nDaun pisang secukupnya\n\nBahan Bahagian Putih:\n\n200ml santan \n1 1/2 cawan air\n4 sudu tepung beras (1/2 cawan) \n1/2 sudu teh garam\n\nCara membuatnya:\n1. Satukan parutan ubi kayu, gula merah, air dan gula di dalam periuk. Masak hingga likat. Ketepikan.\n2. Untuk bahangian putih, satukan semua bahan dan masak hingga agak likat.\n3. Sudukan adunan parutan ubi di atas daun pisang.\n4. Kemudian letakkan bahagian putih diatasnya.\n5. Lipat daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.\n6. Kukus selama 20 minit.\n7. Angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.\n\nSelamat mencuba.\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/lepat-labu-inti-kelapa/", "title": "Jom Buat Lepat Labu Inti Kelapa Yang Lembut Dan Sedap, Guna Cara Ini", "body": "\nMemandangkan ramai pengemar kuih lepat labu sehingga hari ini, apa kata kita ikuti satu perkongsian resipi lepat labu inti kelapa disini.\nMesti korang teruja dengan hasilnya. Bolehlah dijadikan sajian minum petang anda sekeluarga.\nLepat labu merupakan kuih tradisional yang dibalut kemas menggunakan daun pisang. Ianya mempunyai pelbagai variasi dari segi bahan, rasa dan warna.\nBaca juga: Cara Buat Lepat Boko Ubi Kayu Yang Sedap, Peniaga Ini Kongsi Resipinya\nLepat labu yang dikongsikan hari ini akan menggunakan warna kuning asli dari labu kuning tanpa bahan pewarna.\nResipi lepat labu inti kelapa ini telah dikongsikan oleh Asma Mohamed melalui perkongsiannya di laman Facebook. Kalau dah bosan nak makan kuih bergoreng tu, bolehlah cuba kuih kukus pula.\n\nRESIPI KUIH LEPAT LABU INTI KELAPA\n\nBahan Lepat:\n\n1 cawan labu (rebus labu hingga lembut, kemudian baru disukat)\n1 cawan tepung gandum\n2 sudu makan tepung ubi kayu\n3 1/2 sudu makan gula\nSecubit garam\nSantan pekat (jumlah agak-agak supaya adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat)\nDaun pisang secukupnya (dibersihkan dan dilayur)\n\nBahan Inti:\n\nKelapa parut putih sahaja\nManisan/ gula melaka secukupnya\nSedikit air\nSecubit garam\n1-2 helai daun pandan\n\nCara penyediaan:\n1. Sediakan inti terlebih dahulu. Satukan semua bahan inti dan masak sehingga manisan atau gula melaka larut. Tekstur inti paling sedap ialah bila ia agak lembab dan tidak kering.\n2. Untuk adunan lepat pula, satukan semua bahan dan adun hingga sebati.\n3. Untuk membungkus lepat, ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur tadi. Masukkan 2 sudu makan adunan lepat dan letak atas daun pisang.\n4. Seterusnya, ambil 1 sudu teh inti. Balut daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis semua adunan.\n5. Panaskan periuk kukusan dan susun kuih lepat tadi. Kukus selama 25 minit atau hingga masak. Sedia untuk dimakan.\n\n\nKalau nak buat minum petang lepas ni, search je resipi kuih-muih kesukaan korang dekat portal ini.\nSemoga resepi kuih lepat labu inti kelapa ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!\nBaca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/limau-kasturi-asam-boi/", "title": "Limau Kasturi Asam Boi, Sedap Basah Tekak Ikut Resipi Mudah Ini", "body": "\nBagi idea air berbuka puasa hari ini, jom kita buat Limau Kasturi Asam Boi pula. Memang sedap dapat membasahkan tekak bila cuaca panas membahang bulan puasa ini.\nLimau kasturi ini memang banyak khasiatnya. Antaranya ialah ia mengandungi antioksida yang dinamakan Vitexin yang bagus untuk mencegah penyakit jantung dan kanser.\nBaca juga: Brazilian Lemonade, Guna 4 Bahan Je, Memang Segar Tekak Ikut Resipi Viral Ini\nBaca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya\nBukan itu sahaja, ia juga mengandungi Felurix Asid yang bagus untuk menghilangkan kedutan pada kulit dan perlahankan proses penuaan. Memang awet muda gitu!\nBagi penggemar asam boi, ikuti resipi air ini dari perkongsian Cik Puan Nadia Ismail menerusi laman Facebook.\u00a0 Memang sedap dan menyegarkan.\n\nRESIPI AIR LIMAU KASTURI ASAM BOI\n\nBahan-bahan:\n\n10 biji limau kasturi\u00a0\n2 sudu gula\n4 biji asam boi putih \n1 1/2 cawan air\nAis secukupnya\u00a0\n\nCara-cara membuatnya:\n\n1. Kisar 6 biji limau kasturi yg siap dibuang biji bersama gula dan air. Blend sekejap sahaja utk elakkan rasa pahit.\n\n2. Tapis hampas, masukkan air yang siap kisar ke dalam jug berisi ais.\n\n3. Masukkan asam boi putih dan limau kasturi dibelah dua sebagai hiasan.\n\n4. Siap dan sedia diminum.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nMudah dan ringkas! Jadi buat anda yang sentiasa amalkan pengambilan limau kasturi boleh teruskan. Tapi jangan ambil secara berlebihan pula. Risau mendatangkan kemudaratan nanti.\u00a0\n\nTerima kasih daun keladi kepada Cik Puan Nadia Ismail kerana sudi berkongsi resipi lengkap air ini. Selamat mencuba!\n\nBaca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/lime-curd-jam-keto-mottainai-ini-resepi-jem-limau-sesuai-untuk-orang-diet/", "title": "Lime Curd Jam Keto Mottainai, Ini Resepi Jem Limau Sesuai Untuk Orang Diet", "body": "Bila tengah diet je mesti teringin nak makan benda manis kan? Nak makan jem buah nanti takut berat naik sebab kebanyakkan jem buah yang jual di pasar raya banyak gula. Tapi jangan risau resepi jem buah hari ini sangat sesuai untuk orang yang tengah berazam nak turunkan berat badan. Kalau beli di kedai boleh cecah RM30 satu botol. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh MinSha di Cookpad!\n\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n20 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nLIME CURD JAM KETO MOTTAINAIBila tengah diet je mesti teringin nak makan benda manis kan? Nak makan jem buah nanti takut berat naik sebab kebanyakkan jem buah yang jual di pasar raya banyak gula. Tapi jangan risau resepi jem buah hari ini sangat sesuai untuk orang yang tengah berazam nak turunkan berat badan. Kalau beli di kedai boleh cecah RM30 satu botol. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh MinSha di Cookpad!\nBAHAN-BAHAN\n50-60 ml Jus Limau Nipis\n\n60g\u00a0Lakanto Sugar (boleh ganti dengan castor sugar kalau non-keto)\n\n30g salted butter\n\nSecubit garam himalaya\n\nLimau nipis (hiris halus buang biji)\n\n1 biji telur (kacau manja)\n\nKredit: MinShaCARA PENYEDIAAN\nMasukkan semua bahan kecuali telur dalam bekas kaca atau tahan panas.\n\nDidihkan air di dalam periuk.\n\nDouble boil di atas periuk sehingga semua gula cair.\n\nPukul manja telur sehingga putih dan kuning telur menjadi sebati.\n\nMasukkan ke dalam mangkuk dan kacau sentiasa sehingga menjadi likat dalam 10 hingga 20 minit.\n\nCalitkan pada belakang sudu dengan menggunakan jari, sekiranya garisan calit tidak bercantum semula, jem dah siap.\n\nBoleh makan dengan lempeng, roti, biskut atau makan begitu sahaja.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/loya-tekak-ingatkan-daging-rupanya-kain-basuh-pinggan-dalam-steamboat/", "title": "\u2018Loya Tekak,\u2019 \u2013 Ingatkan Daging, Rupanya Kain Basuh Pinggan Dalam Steamboat", "body": "\nIsu terjumpa benda asing dalam makanan di kedai makan ini bukanlah satu perkara yang baru malah ada juga yang menjumpai ulat, lipas, tali mop, helaian rambut dan bermacam lagi.\nIni sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai bagaimanakah tahap kebersihan sesetengah kedai makan? Apakah penyedia makanan langsung tidak menitik beratkan soal kebersihan?\nArtikel berkaitan: Tak Nak Bebankan Ibu Bapa, Pelajar Perubatan Ini Sanggup Makan Sisa Makanan Orang\nSeperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda dan rakannya berkongsi pengalaman pahit ketika makan steamboat mencuri perhatian ramai.\n\u00a0\nTangkapan layar dari Youtube South China Morning Post.\nMenerusi video tular dari South China Morning Post, difahamkan mereka sedang menjamu selera di sebuah kedai makan namun terkejut apabila menjumpai kain basuh pinggan dalam steamboat yang dipesan.\nPada awalnya, mereka mencari kedai makan kerana agak lapar setelah perlu bekerja lebih masa pada hari tersebut.\n\n\nMereka memesan steamboat untuk dua orang makan yang berjumlah CNY213 (RM339).\nSebaik saja makanan itu sampai, mereka pun membuka bekas makanan tersebut. Rakan Ning mengesyaki warna supnya kelihatan lain daripada sebelum ini. Dia kemudian menanyakan rakannya sama ada mereka tersalah pesan sup cili kepada sup tomato, namun rakannya menidakkan.\nSelepas itu, dia cuba minum sup itu. Kemudian, apabila dikacau supnya itu, dia mendapati adanya tekstur berat yang berbulu di dalam supnya itu.\nTidak mahu berfikiran negetif, mereka menganggap ianya daging lembu namun setelah di keluarkan, mereka terkejut rupa-rupanya itu adalah kain basuh pinggan!\nSekadar info, kini pekerja berumur 19 tahun yang membuat kesilapan itu telah dipecat. Pekerja itu dipercayai tidak sihat pada hari tersebut.\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui geli melihat perkara tersebut malah seakan tidak percaya perkara seperti itu berlaku\nAntara komen netizen:\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/mac-and-cheese/", "title": "Mac And Cheese Guna Prego Ini Dapat Lebih 1.7K Shares, Lemak Berkrim Gitu!", "body": "\nJom buat Mac and Cheese guna Prego, memang mudah sebab semua dah segera tinggal campakkan dalam kuali saja.\u00a0\nResipi yang menggabungkan macaroni dan keju ini memang banyak penggemarnya terutama sekali anak-anak kecil. Hendak pula tengah cuti sekolah ini, memang laju mereka nak makan.\nBaca juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini\nDisebabkan hidangan ini berasaskan cheese, jadi perut lagi senang kenyang dan tahan lama. Guna pula pasta jenis macaroni, bentuknya memang senang nak masuk dalam mulut menggunakan sudu.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Nazuhaina Azu dari laman Facebook yang meraih 1.7k perkongsian ini. Memang ramai pencinta macaroni keju ini ya. Jom kita lihat cara-caranya di bawah.\n\nRESIPI MAC AND CHEESE GUNA PREGO\nPortion hidangan: 3-4 orang makan\n\nBahan-bahan:\n\n1 pek macaroni\n1 kotak fresh milk\nKeju keping\u00a0\n1 tin sos prego mac & cheese\n1 tin sos prego cheese & herbs\nSosej\nGaram\nAir\n\nCara-cara membuat:\u00a0\n1. Basuh bersih macaroni. Kemudian, masukkan ia dalam periuk bersama susu fresh milk.\n2. Masukkan 1/2 cawan air dan mula hidupkan api.\n3. Lepas kuah mula menggelegak, masukkan pula satu tin sos prego cheese and herbs dan kacau rata.\n4. Kemudian, masukkan pula satu tin sos prego mac & cheese dan gaul sebati.\n5. Masukkan pula kepingan cheese. Boleh letak beberapa ikut selera masing-masing. Kacau lagi biar cheese cair dan sekata. Perasakan dengan garam. Tutup api dan ketepikan.\n6. Goreng sosej yang sudah dipotong kecil dan masak sekata. Kemudian angkat, toskan minyak dan taburkan sosej ke atas macaroni yang sudah masak tadi. Gaul bagi rata.\u00a0\n7. Siap untuk dihidang!\n\n\nRingkas dan mudahkan? Kalau nak kelainan sedikit atau nak sedikit rasa pedas, boleh taburkan chili flakes. Tapi kalau nak hidang untuk anak-anak, tak perlu pun tak apa.\nKalau nak lagi padu, boleh guna serbuk cheese yang ada dijual di kedai bakery. Selamat mencuba!\nBaca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul\n"} {"url": "https://myresipi.com/macam-mana-nak-tau-ikan-segar-ke-tidak/", "title": "MACAM MANA NAK TAU IKAN SEGAR KE TIDAK?", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-03-19 04:36:22\n\n\nKesegaran bahan masakan pun boleh memberi kesan pada rasa sesuatu hidangan tu. Masaklah lauk apa pun, kalau ikan tu asalnya dari ikan segar, lauk tu gerenti sedap. Ikan yang dah lama ataupun tak segar kebiasaannya isi dia akan rasa tawar dan\u00a0keras. Dah tak sedap nak\ndimakan.\nKadang kadang kalau pergi pasar ni, kita tak tau nak pilih yang mana, terutama sekali untuk\nsesiapa yang baru pertama kali pergi pasar, yang tak pernah kenal pun ikan segar dan\u00a0tak segar\nmacam mana. Kalau pandang sekali imbas, nampak sama je semua, tapi hakikatnya tidak. Jadi\nharini kitorang nak kongsikan beberapa tips untuk pilih ikan segar!\n1. BAU IKAN\n\nKalau korang nak tau, ikan yang dah tak segar akan berbau busuk dan\u00a0sedikit masam. Manakala\nikan segar akan berbau hanyir. Jadi, korang cubalah bau ikan tu samada dia bau busuk\nataupun hanyir.\n2. MATA IKAN\n\nNi cara paling senang nak kenal ikan tu segar lagi ke tak. Korang tengok mata dia. Kalau ikan\ndah tak segar, mata dia akan merah dan\u00a0masuk ke dalam. Ikan yang segar pula mata dia masih\nlagi berkilat dan cembung.\n3. TEKSTUR\n\nIkan yang segar ni bila dipicit isi dia, kita dapat rasa yang isi dia keras dan\u00a0pejal lagi. Kalau ikan\nyang tak segar dah\u00a0isi dia lembik.\n4. WARNA IKAN\n\nKita boleh kenal ikan segar ataupun tak daripada warna dia. Ikan yang segar kebiasannya berwarna cerah dan\u00a0berkilat. Ikan yang dah tak segar biasanya warna dia dah berubah pucat.\n5. PERUT\n\nIkan segar biasanya perut dia tak pecah lagi. Kalau dinding perut ikan lembik, tu tandanya dia\ndah tak segar, jadi jangan\u00a0beli ye.\nKREDIT: NUR\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/macaroni-bergedil-cheese-cili-colek-buat-minum-petang-seisi-keluarga-2/", "title": "Macaroni Bergedil Cheese & Cili Colek Buat Minum Petang Seisi Keluarga", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-07 05:44:45\n\n\nIbu-ibu mesti dah buntu nak buat apa untuk minum petang betul tak? Maklumlah anak-anak semua cuti jadi asyik nak makan je la bila duduk rumah. Kalau ikutkan hati nak buat cekodok je setiap petang tapi anak-anak pula cepat jemu. Jadi apa kata kita upgrade sikit minum petang anak-anak dengan mencuba resepi Makaroni Bergedi Cheese dan Cili Colek yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nBahan A:\n\n200gm macaroni direbus hingga lembut\n1 keping dada ayam dicincang halus\n3 biji kentang direbus empuk dan dilenyek halus\n1 pokok daun bawang diracik halus\n1 pokok daun sup diracik halus\n1 biji cabai besar diracik halus\n1/2 biji bawang holland diracik halus\n1 kiub ayam\n30gm cheddar cheese diparut\n\n\u00a0\nBahan B salutannya :\n\n2 biji telur\n5 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air (lebih kurang 4 sudu air)\n\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nCara-caranya :\n1. Satukan semua bahan A, aduk sebati.\n2. Kepalkan dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Buat hingga habis.\n3. Dalam bekas lain kacau telur, sediakan juga bancuhan tepung jagung.\n4. Pastikan minyak telah panas, ambil satu bergedil celup dalam bancuhan tepung jagung dahulu, kemudian celup ke dalam telur terus masukkan ke dalam kuali goreng hingga masak kekuningan.\n5. Angkat dan toskan minyak sedia dihidang.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nCili Colek\n\nBahan-bahan :\n1 cawan cili sos\n1 ulas bawang putih diketuk\n1/2 cawan air\n1 sudu makan gula merah\n2 sudu besar bijan yang telah dipanggang\n\n\u00a0\nCara-caranya :\n1. Satukan semua bahan dalam kuali kecuali bijan, masak likat.\n2. Letak bijan, sebatikan siap.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/macaroni-bergedil-cheese-cili-colek-buat-minum-petang-seisi-keluarga/", "title": "Macaroni Bergedil Cheese & Cili Colek Buat Minum Petang Seisi Keluarga", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-07 05:44:45\n\n\nIbu-ibu mesti dah buntu nak buat apa untuk minum petang betul tak? Maklumlah anak-anak semua cuti jadi asyik nak makan je la bila duduk rumah. Kalau ikutkan hati nak buat cekodok je setiap petang tapi anak-anak pula cepat jemu. Jadi apa kata kita upgrade sikit minum petang anak-anak dengan mencuba resepi Makaroni Bergedi Cheese dan Cili Colek yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nBahan A:\n\n200gm macaroni direbus hingga lembut\n1 keping dada ayam dicincang halus\n3 biji kentang direbus empuk dan dilenyek halus\n1 pokok daun bawang diracik halus\n1 pokok daun sup diracik halus\n1 biji cabai besar diracik halus\n1/2 biji bawang holland diracik halus\n1 kiub ayam\n30gm cheddar cheese diparut\n\n\u00a0\nBahan B salutannya :\n\n2 biji telur\n5 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air (lebih kurang 4 sudu air)\n\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nCara-caranya :\n1. Satukan semua bahan A, aduk sebati.\n2. Kepalkan dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Buat hingga habis.\n3. Dalam bekas lain kacau telur, sediakan juga bancuhan tepung jagung.\n4. Pastikan minyak telah panas, ambil satu bergedil celup dalam bancuhan tepung jagung dahulu, kemudian celup ke dalam telur terus masukkan ke dalam kuali goreng hingga masak kekuningan.\n5. Angkat dan toskan minyak sedia dihidang.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nCili Colek\n\nBahan-bahan :\n1 cawan cili sos\n1 ulas bawang putih diketuk\n1/2 cawan air\n1 sudu makan gula merah\n2 sudu besar bijan yang telah dipanggang\n\n\u00a0\nCara-caranya :\n1. Satukan semua bahan dalam kuali kecuali bijan, masak likat.\n2. Letak bijan, sebatikan siap.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/macaroni-goreng/", "title": "Macaroni Goreng Untuk Juadah Berbuka, Sedap Yakmat!", "body": "\nJom buat Macaroni Goreng untuk juadah berbuka hari ini. Resipi ini sesuai untuk anda yang jemu nak makan nasi dan inginkan hidangan yang ringkas dan mudah.\u00a0\nAnak-anak mesti suka makan macaroni goreng ini. Ibu-ibu pula mesti tercari-cari resipinya. Jom kita follow resipinya disini. Hanya guna 6 bahan sahaja. Hasilnya memang marvellous!\nBaca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul\nPelbagai versi macaroni goreng yang anda boleh buat sebenarnya. Jika dah tekak melayu mesti wajib bergoreng kan? Sesuai juga dijadikan hidangan makan malam anda bersama anak-anak.\u00a0\nMacaroni juga sejenis pasta kering seperti spaghetti. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara yang anda suka termasuklah resipi ini. Cik Puan Fatimah Saari telah berkongsi cara paling mudah menyediakannya.\n\nRESIPI MACARONI GORENG\n\nBahan-bahan:\n\n1 pek macaroni\n1 bawang holland \u2013 potong dadu\n3 ulas bawang putih \u2013 dicincang\nButter\n300g Daging kisar\nSos pasta cendawan\nGaram dan gula secukupnya\nCheddar Cheese \u2013 optional\nBrokoli \u2013 optional\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Rebus macaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan.\n2. Tumis bawang holland dan bawang putuh sehingga naik bau. Tumis guna butter.\n3. Kemudian, masuk daging kisar. Tumis hingga daging masak.\n4. Selepas itu, masukkan sos pasta cendawan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.\n5. Masukkan pasta macaroni yang sudah direbus tadi dan kacau hingga sebati kira-kira 5 hingga 7 minit.\n6. Masukkan brokoli dan cheddar cheese dan biar ia cair di dalam macaroni. Siap untuk dihidang!\n\n\nMudahkan! Kalau nak pedas boleh taburkan chilies flake. Lagi sedap! Tapi untuk anak-anak boleh taburkan sedikit sahaja. Untuk serbuk cheese boleh beli kat kedai bakery.\u00a0\nTengah masak, anak-anak mesti tanya \u201cbila nak siap ni ibu? \u201d Dalam kuali lagi dah teruja anak-anak kita. Mereka pasti tak sabar nak makan. Dari gambar pun dah cukup menyelerakan, apatah lagi bila dicuba. Confirm sekejap je habis!\nSelain daripada mudah, cepat dan enak, resepi ini juga cukup mengenyangkan. Semoga resipi ini bermanfaat buat kita semua. \nSelamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/maggi-goreng-basah/", "title": "Cara Buat Maggi Goreng Basah Paling Simple Dan Sedap, Campak-campak Siap!", "body": "\n\nJom cuba resipi maggi goreng basah paling simple dan sedap yang dikongsikan oleh Sarah Kamilla ni.\nBila balik kerja ni, selalunya nak masak yang simple-simple ja janji buat alas perut.\nTak perlu lebih-lebih sangat bahan. Apa yang ada kat dapur tu boleh campak-campak je.\nBaca juga: Nak Buat Maggi Chili Oil Viral? Guna 3 Bahan Ini Je\nKalau nak sedap sikit campurkan dada ayam atau pun udang sebagai bahan tambahan. Selebihnya hanya gunakan bahan sos dan telur.\nMasak macam ni kadang-kadang serius lebih sedap dari yang ada macam-macam bahan.\nSos yang biasa ada kat dapur tu sebenarnya dah cukup berikan rasa masam, manis dan masin. Dan perencah maggi tu sendiri dah rasa sedap.\nKalau tak nak buat maggi goreng basah, boleh je buat versi kering. Kurangkan sikit air masa goreng.\nTerpulang juga anda suka yang kembang atau biasa-biasa je. Resepi ni dibuat versi kembang dan kena dengan selera pemilik resepi. Ikut selera anda. Jom lihat cara membuatnya.\n\nResipi Maggi Goreng Basah\n\n\nBahan-bahan:\n\nMaggi\nSos tiram\nSos cili\nSos tomato\nTelur\nUdang/isi ayam\n\nMaggi goreng ni tak perlukan sebarang bawang. Terus tumis sos dan juga telur. Kalau anda jenis suka pedas, bolehlah campak sikit cili padi untuk beri rasa pedas. Tapi tak perlu banyak sangat sebab takut bau cili kuat sangat.\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula panaskan minyak sedikit dalam kuali. Gunakan api perlahan.\n2. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Masukkan sikit je. Kalau seorang makan dalam 1/2 sudu untuk setiap satu sos.\n3. Kacau sebati dan tumis.\n4. Lepas tu masukkan telur. Terus kacau laju untuk bagi telur jancur sepenuhnya. Kalau nampak macam kering, masukkan air sedikit.\n\n\n5. Kemudian masukkan udang atau isi ayam. Kalau masuk ayam dipotong dadu.\n6. Masukkan perencah Maggi. Jangan masukkan semua sebab takut masin. Sos tiram sebenarnya dah cukup rasa masin.\n\n\n7. Dan akhir sekali masukkan air sikit untuk tak bagi kering. Dah siap, boleh padamkan api.\n\nResipi ni memang paling simple kan. Sayur pun tak dimasukkan sekali. Kalau rasa macam nak tambah tu, bolehlah masukkan \u00bd biji tomato yang dipotong kecil-kecil. Ikut selera.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/maggi-kari-soya/", "title": "Bukan Biasa-Biasa, Boleh Tahan Sedap Juga \u2018Maggi Kari Soya\u2019 Ini", "body": "\nBiasanya kalau kita masak maggi letak telur je kan? Kali ini jom cuba Maggi Kari Soya ni pula.\nGuna \u2018soya\u2019? Ya, anda tak salah dengar. Resipi ini menggunakan soya untuk kuahnya.\nNak macam pelik, tapi rupanya sedap yang amat! Saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsikan resipinya di bawah.\n\u00a0Resipi Maggi Kari Soya\nBahan-bahan:\n\n1 bungkus mi segera\n1 kotak minuman soya (250ml)\n1 butir telur\n2 tangkai cendawan\n1 batang daun bawang\n1 sudu besar biji bijan\n1 sudu teh minyak bijan\n1 keping nori\n1 sudu besar chili oil\n\nCara-cara:\n1. Boleh guna apa-apa jenama mi segera, asalkan perencah berkuah. Saya suka guna mi Maggi perencah kari atau ayam. Selain tu, sila gunakan air soya tanpa gula atau kurang manis.\n\n2. Pertama sekali, masukkan mi segera dan cendawan ke dalam mangkuk. Isi dengan secawan air (250ml). Boleh guna cendawan shiitake segar atau kering, cendawan butang atau apa-apa jenis cendawan.\n\n3. Kemudian pecakan telur ke dalam cawan yang berisi 200ml air (bersuhu bilik).\n\n4. Masukkan mangkuk dan cawan tadi ke dalam microwave oven, dan letak pemasa selama 1\u00a0\u00bd minit hingga 2 minit. Bergantung pada jenis microwave.\n\n5. Bila mi dan kembang, tos dan buang airnya. Ketepikan mi.\n\n6. Dalam mangkuk tadi, campur air soya bersama perencah. Kemudian panaskan dalam microwave selama 1-2 mnit. Kalau lebih, mungkin air soya akan jadi berketul.\n\n7. Bila dah panas, keluarkan dari microwave dan campur sedikit minyak bijan. Jika tak suka, tak perlu letak. Minyak bijan menghasilkan aroma yang membangkitkan selera.\n\n8. Kemudian susun telur yang kita dah masak dalam cawan tadi. Taburkan daun bawang, cendawan dan kepingan nori. Letak sedikit minyak cili.\n\n9. Taburkan bijan yang sudah disangai. Boleh saja letak apa-apa yang anda suka seperti ayam, itik, sosej, bawang goreng dan sebagainya.\n\n10. Kuah ini berempah dan berlemak. Makan dengan chili oil memang sepadan.\n\nKredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan\n"} {"url": "https://myresipi.com/main-kutip-point-paling-banyak-ke-warganet-terhibur-melihat-pesanan-yang-dipesan-mencecah-rm17k/", "title": "\u201cMain Kutip Point Paling Banyak Ke?\u201d- Warganet Terhibur Melihat Pesanan Yang Dipesan Mencecah RM17k", "body": "\nKebanyakan restoran makanan segera pada masa kini telah menggunakan mesin layan diri termasuklah McDonald\u2019s.\nMusim cuti sekolah ini pasti ramai ibu bapa yang membawa anak-anak berjalan dan akan singgah sebentar di mana-mana restoran.\nApa Yang Berlaku Sehingga Pesanan Itu Mencecah Berbelas Ribu Ringgit\nMenerusi lantaran video yang dikongsi oleh rmdhn_._, kelihatan dua orang kanak-kanak sedang seronok memesan makanan menggunakan mesin layan diri di sebuah restoran makanan segera.\nMenjadi persoalan, di manakah ibu bapa kanak-kanak itu sehinggakan mereka boleh membuat pesanan mencecah 17 ribu ringgit?\n\nRata-rata warganet menantikan reaksi ibu mereka jika pesanan itu diteruskan.\n\nAda juga yang mengatakan pesanan sebanyak 17 ribu itu mampu sama seperti membelanja satu kampung atau satu sekolah.\n\nBaca juga:\nGadis Ini Selamba Jadikan Beras Sebagai Kudapan, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama!\nPesan \u2018Ice Water\u2019 Untuk Jimatkan Duit, Terkejut Tengok Pesanan Yang Datang\n"} {"url": "https://myresipi.com/mak-puji-tomyam-goong-anak-lagi-sedap-dari-kedai-thai-ini-resipi-rahsianya/", "title": "Mak Puji \u2018Tomyam Goong\u2019 Anak Lagi Sedap Dari Kedai Thai, Ini Resipi Rahsianya", "body": "\nSiapa yang tak bangga kalau satu keluarga puji masakan anda sedap kan? Lagi-lagi kalau mendapat pujian daripada ibu sendiri. Semakin semangat nak masak pelbagai menu setiap hari.\nSeperti perkongsian oleh seorang wanita ini, beliau telah memasak Tomyam Goong dan ibunya memuji tomyam itu lagi sedap dari kedai masakan Thailand sering mereka pergi.\nNak tahu apa rahsianya? Jom lihat resipi Tomyam Goong oleh perkongsian oleh saudari Atikah Rahman\u00a0di bawah. Dijamin satu keluarga makan licin sampai ke kuah! Selamat mencuba.\nResipi Tomyam Goong\nBahan kisar:\n\nBawang putih 2 ulas\nBawang merah 2 ulas besar\nSerai 2 batang kecil\n\nBahan-bahan lain:\n\n3 Cawan @ 750 ml air\n1 inci Lengkuas ketuk2\n2 Batang Serai hiris nipis panjang2\n3 Helai Daun Limau Purut\n4 Akar Daun Ketumbar\n4 Cili Padi Vietnam potong nipis panjang2\n5 Sudu Besar Susu Cair\n1 Cup Cendawan Tiram\n5 Sudu Besar Pes Tom Yum\n1 1/2 Sudu Besar Sos Ikan\nGaram\nGula kabung\nBawang Holland\n15 ekor Udang/sotong 5 ekor potong2\n2 Sudu Besar Jus Limau\nPutik Jagung 7 batang hiris nipis\nDaun Ketumbar hiris 2 inci\nCeri tomato 10 biji dibelah dua\n\nCara-cara untuk membuat tomyum goong:\n\nMasukkan minyak masak 2 sudu dan tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air.\nSeterusnya masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, akar daun ketumbar dan cili padi. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.\nTambahkan susu cair, putik jagung, cendawan dan biarkan sehingga cendawan masak.\nMasukkan pes tom yum, sos ikan, garam serta gula secukup rasa. Masak lagi sehingga mendidih.\nMasukkan hirisan bawang holland, ceri tomato dan udang/sotong. Kacau sebati dan tutup api.\nAkhir sekali, masukkan perahan jus limau dan daun ketumbar sebagai hiasan. Siap untuk dihidang. Makan dengan nasi panas-panas bersama telur dadar lagi sedap!\n\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Atikah Rahman\nBaca juga: Sedapnya Hujan-Hujan Dapat Makan Nasi Air Thai, Memang Nikmat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/makan-nasi-campur-dengan-maggi-video-ini-raih-simpati-warganet/", "title": "Makan Nasi Campur Dengan Maggi, Video Ini Raih Simpati Warganet", "body": "\nAnda pernah makan nasi dengan maggi? Sedap juga bila kita campur dua jenis menu ini dalam satu pinggan. Perkara ini sering berlaku apabila tiba musim awal bulan dimana kita mesti lebih berjimat berbanding selalu.\nApa Yang Berlaku Sehingga Menyebabkan Video Itu Viral Di Tiktok?\nVideo yang dimuat naik oleh lookingforsinar3 itu meraih simpati warganet apabila kawan-kawannya terpaksa makan nasi putih kosong bersama maggi disebabkan mahu berjimat menggunakan saki baki gaji sebelum yang ada.\nMaggi yang digunakan itu turut dikongsi oleh mereka berdua sebagai penambah perisa kepada nasi putih. Stok bahan mentah dalam peti ais juga tidak dapat ditambah dan menyebabkan mereka tiada lauk pauk untuk dimasak.\nWarganet juga turut bersimpati dengan keadaan mereka\nTetapi ada juga yang mengatakan lauk yang mereka makan itu sangat sedap dan boleh membuka selera.\n\n\n\u201cPaling sedap ni makan nasi berlaukan mee..\u201d\n\nBaca juga:\nWarganet Terpegun Lihat Pasar Ikan Di Qatar, Cantik Sampai Tertukar Dengan Hotel!\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/makan-nasi-sejuk/", "title": "Makan Nasi Sejuk Baik Untuk Kesihatan Rupanya, Lelaki Ini Beri Penjelasan Sebabnya", "body": "\nJarang-jarang\u00a0 yang akan makan nasi sejuk semalaman dan sering kali diketepikan. Kebanyakan daripada kita lebih suka menikmati nasi panas-panas kononnya lebih berselera.\u00a0\nKalau anda nak tahu, nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya berbanding dengan nasi panas? Macam mana pula tu?\u00a0\nBaca juga: 7 Makanan Yang Kurangkan Risiko Alzheimer Macam Filem Imaginur\nIkuti perkongsian dari seorang lelaki yang iaitu Encik Izni Idris ini. Menurut beliau di laman Facebook, dia pelik mengapa mak mertuanya suka makan nasi semalaman sebelum tahu kelebihan di sebaliknya.\n\nMAKAN NASI SEJUK ELOK UNTUK DIET, PESAKIT DIABETES\n\nMak mertua saya (arwah) suka makan nasi sejuk. Nasi semalam yang ada lebih.\nBila saya balik rumah dia di Ipoh, selalu saya tanya dalam hati, kenapalah mak suka makan nasi lama. Masak sajalah yang baru. Kan nasi panas baru masak tu lagi elok.\nIni tidak, masa kami makan nasi baru tanak masa makan bersama, dia keluarkan nasi sejuk.\nTetapi baru saya sedar, mungkin dia pun tak tahu kebaikan apa yang dia buat.\u00a0 Apabila kita makan nasi yang sudah sejuk, nasi tu bertukar menjadi \u2018resistant starch\u2019.\nNasi yang sudah sejuk ini apabila bertukar menjadi resistant starch tidak akan menyebabkan insulin spike di dalam badan. Ia diproses di dalam perut lebih perlahan dan ada juga kebaikan prebiotik kerana ia cuma dapat diproses di dalam usus besar dan bukan di dalam usus kecil.\nResistant starch lebih bagus untuk orang yang mengalami diabetes. Untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan lebih baik amalkan resistant starch sebab setiap gram kanji biasa ada 4 kalori kanji manakala resistant starch cuma ada 2 kalori kanji sahaja.\nMakanan tinggi karbohidrat yang boleh bertukar menjadi resistant starch adalah seperti nasi, kentang, keledek, pasta \u2013 jadi ingat kalau nak makan benda-benda ni masak itu tapi jangan makan panas-panas, biar sejuk dulu atau simpan dalam peti sejuk dan makan keesokan hari.\nGuna nasi sejuk buat nasi goreng esok pagi \u2013 itu pun bagus.\nArwah mak mertua saya mungkin inilah yang boleh dia kawal diabetesnya dan hidup sehingga umur yang lanjut (biiznillah).\nMungkin satu hari nanti bila ramai yang sedar, mungkin restoran nasi campur pun boleh berikan opsyen nasi resistant starch kepada pelanggan (demi kesihatan bersama).\nTip: Nasi resistant starch apabila dipanaskan semula akan tetap ada resistant starch jadi jangan risau kalau nak panaskan semula nasi sejuk.\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Doktor Ini Kongsi Khasiat Ketam Supaya Mak Mak Tahu, Bantu Kuatkan Otak\n"} {"url": "https://myresipi.com/makan-petai-kencing-berbau/", "title": "Kenapa Makan Petai, Kencing Dan Mulut Jadi Berbau? Ini Penjelasan Pakar", "body": "\nPernah tak terfikir, kenapa bila makan petai, mulut dan kencing kita akan berbau? Nak hilangkan bau itu pun ambil masa yang agak lama. Tapi bagi pencinta petai, risiko itu tak jadi masalah sebab dah memang suka. \nTapi kenapa berbau ya?\nIni Sebab Kenapa Kencing Dan Mulut Berbau Petai\n\nUntuk pengetahuan korang, biji petai memiliki pelbagai zat yang menyebabkan bau tak sedap seperti hexathionine, tetrathiane, trithiolane, pentathiopane, pentathiocane, dan tetrathiepane.\nBaca juga: 7 Makanan Ini Mampu \u2018Boost\u2019kan Syahwat Lelaki Dan Wanita, Baru Rumahtangga Makin Berseri\nSelain itu, petai juga mengandungi konsentrat asid amino yang tinggi dan menghasilkan gas metana (penghasil kentut) dalam tubuh. Korang jangan buat eksperimen pula letak api masa nak kentut lepas makan petai. \nTak pasal-pasal terbakar nanti.\u00a0Dah kena panggil abang bomba pula.\u00a0\nTapi jangan risau, zat-zat yang melepaskan bau tersebut tak berbahaya pun kalau dimakan. Banyak khasiat lagi ada untuk badan korang. Tetapi, jangan terlebih makan pula, nanti mudarat pula badan itu.\nAntara Khasiat Petai\nMenurut Public Health Malaysia, banyak kelebihan dan khasiatnya bila memakan petai ini. Antaranya;\n\nTinggi vitamin C \u2013 tingkatkan imun badan dan antioksida\nKalsium \u2013 baik untuk pembentukan tulang dan gigi\nVitamin A \u2013 baik untuk penjagaan mata, jantung, dan kecantikan kulit\u00a0\n\nCara Hilangkan Bau Petai\u00a0\nAda beberapa cara untuk menghilangkan aroma menyengat dan bau lepas makan petai. Mestilah risau kalau mulut dan kencing bau petai kuat sangatkan.\nCara ini mungkin tak sepenuhnya menghilangkan aromanya, tetapi dapat mengurangkan baunya yang terlalu menyengat.\n\nMinum dan kumur menggunakan kopi.\nMinum susu atau yogurt.\nGosok gigi dan bersihkan lidah.\nGuna ubat kumur penyegar nafas mulut.\nMakan buah citrus, untuk keluarkan lebih banyak air liur supaya dapat membilas bakteria penyebab bau mulut.\nKunyah gula-gula getah.\nMinum teh hijau.\n\nHarap terjawab persoalan kenapa makan petai nafas dan air kencing berbau. Semoga bermanfaat!\nSumber: My Portal Health, Hello Sehat\nBaca juga: 7 Makanan Yang Kurangkan Risiko Alzheimer Macam Filem Imaginur\n"} {"url": "https://myresipi.com/makan-sambil-ber-ootd-di-the-rome-garden-feeling-feeling-di-italy/", "title": "Makan Sambil Ber-OOTD Di The Rome Garden, Feeling-Feeling Di Italy", "body": "\nKalau anda bercadang untuk bercuti ke Johor dan anda tidak tahu kat mana tempat makan yang cantik, haa anda boleh ke The Rome Garden dekat Ulu Tiram tau. Apa yang bestnya di sini ialah, anda boleh makan makanan anda sambil ber-OOTD di outdoor garden mereka yang sangat cantik! Memang tak rugi lah kalau anda ke sini.\nSebuah akaun Twitter @visitjohor_ telah berkongsi sebuah restoran yang cantik dan jika anda ke sini, anda boleh feeling-feeling di Italy. Haa menarik kan? Selain itu, makanan di sini juga boleh tahan sedap tau.\nMakan Sambil Ber-OOTD Di The Rome Garden, Feeling-Feeling Di Italy:\n\u201d Cam best je The Rome Garden dekat Ulu Tiram ni! Mana taknya sambil makan korang siap boleh ber-ootd sekali tau bertemakan outdoor garden dan feeling-feeling tepi air terjun gitu dengan bunyi air mengalir yang menenangkan boleh laa weekend nanti bawak geng cafe hunt korang ke sini \u201d\n\n\n\n\nSelain daripada anda boleh menikmati permandangan yang cantik di kawasan ini, restoran ini juga ada menyajikan pelbagai jenis menu antaranya adalah English Breakfast hinggalah ke Italian Food. Makanan di sini juga amatlah sedap dan dihias cantik. Boleh la anda tangkap gambar dan post ke media sosial kan?\n\u201d The Rome Garden cafe menyediakan hidangan dari English Breakfast ke Italian Food dan bermacam pilihan menu yang lain. Pada masa yang sama, buat korang yang masih mencari ruang untuk buat event dah memang sesuai sangat la buat dekat The Rome Garden ni \u201d\n\n\nSelain daripada makan dan tangkap gambar, restoran ini juga ada menyediakan satu ruang untuk anda yang hendak membuat event seperti sambutan ulang tahun dan sebagainya. Anda hanya perlu menghubungi restoran ini sahaja.\n\n\n\u201d Korang yang datang masa weekend siap boleh layan persemabahn band secara live tau dan korang boleh request lagu fav korang jugak. Aaaa best betull. Enjoy your food nanti dan selamat ber-ootd! \u201d\nMenarik kan restoran ni? Dekat sini anda boleh la feeling-feeling macam di Italy sambil ber-OOTD. Haa anda tunggu apa lagi? Jangan lupa singgah di Johor tau!\nAlamat: PTD 97803, No 10, Jalan Gaya 1, Taman Gaya, Ulu Tiram, Johor\nWaktu Beroperasi: 8.30AM \u2013 4PM (Setiap Hari kecuali Selasa)\nHubungi: 016 910 4456 (Whatsapp)\nSumber: @visitjohor_\n"} {"url": "https://myresipi.com/makanan-alzheimer-imaginur/", "title": "7 Makanan Yang Kurangkan Risiko Alzheimer Macam Filem Imaginur", "body": "\nNak kurangkan risiko penyakit Alzheimer macam filem Imaginur yang dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle? Ada makanan yang korang boleh amalkan dalam diet harian.\nUmum mengetahui bahawa\u00a0 penyakit Alzheimer datang dari faktor keturunan, persekitaran dan gaya hidup termasuk diet dan pemakanan.\nKeadaan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes dan obesiti juga boleh menyumbang kepada penyakit ini.\nBaca juga: 7 Makanan Ini Mampu \u2018Boost\u2019kan Syahwat Lelaki Dan Wanita, Baru Rumahtangga Makin Berseri\u00a0\nBila korang amalkan pemakanan yang baik dan makan makanan yang sihat sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan risiko demensia dan penyakit Alzheimer apabila melewati fasa usia tua.\nBagi korang yang dah menonton Imaginur yang mengangkat tema tentang penyakit alzheimer ini, mesti ramai yang tidak dapat menahan air mata dan berkongsi tentang kisah-kisah mereka.\nJom kita lihat tujuh makanan yang sedap untuk kurangkan penyakit ini.\n\n1. Sayuran Hijau Daun\n\n Sayuran hijau yang kaya dengan vitamin B penting seperti folat dan B9 dapat membantu kurangkan kemurungan, sambil meningkatkan daya ingatan.\n\n2. Buah-buahan Beri\n\nMakan strawberi, blueberri, dan buah acai telah dikaitkan dengan pelbagai manfaat untuk otak kita, dengan kajian menunjukkan memori yang lebih baik pada kanak-kanak berumur 8 hingga 10 tahun dan sepanjang masa melalui dewasa yang lebih tua.\n\n3. Kopi\n\nKafein dapat membantu untuk tajamkan daya ingatan, termasuk kurangkan risiko alzheimer. Kajian juga telah menyatakan bahawa kopi dapat merangsang otak menjadi lebih peka dengan menyekat adenosina \u2013 bahan yang boleh membuat korang rasa mengantuk.\nDua komponen utama yang terkandung dalam biji kopi iaitu kafein and antioksidan boleh membantu anda mendapatkan otak yang cantik.\nSelain itu, ia juga boleh menambahkan fokus dan meningkatkan tumpuan korang. Satu kajian dijalankan mendapati bahawa individu yang mengambil kopi pada waktu pagi bekerja dengan lebih efektif apabila diberikan tugasan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi.\nBaca juga: Korang Pecinta Kopi? Kajian Mengatakan Kopi Dapat Kurangkan Risiko Kematian\u00a0\n\n4. Kekacang\n\nKekacang yang kaya dengan lemak sihat, magnesium, vitamin E, dan vitamin B ini dapat menggalakkan daya ingatan yang baik dan mengelakkan tanda-tanda demensia.\u00a0 \nWanita berumur lebih dari 70 tahun yang mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan kacang setiap minggu mempunyai kesihatan otak yang jauh lebih baik daripada wanita dalam kumpulan umur yang sama yang tidak makan kacang.\u00a0\n\n5. Omega-3\n\nMinyak zaitun, biji rami dan ikan berlemak seperti tuna, salmon dan makarel adalah contoh makanan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 dengan DHA yang membantu otak korang kekal sihat.\u00a0\u00a0\nIa mempunyai fungsi penting untuk membentuk membran disekeliling setiap sel dalam badan, termasuklah sel otak. Jadi, omega-3 dapat meningkatkan struktur sel otak yang dikenali sebagai neuron. \n\n6. Coklat\n\nCoklat terkenal dengan manfaatnya dalam membekalkan nutrien penting untuk perkembangan otak. Antaranya nutrien yang terdapat dalam coklat gelap termasuklah flavonoid, kafein dan juga antioksida.\nFlavonoid yang terdapat dalam coklat akan terkumpul di kawasan otak yang digunakan untuk proses pembelajaran dan proses mengingat. Terdapat kajian yang dijalankan mendapati bahawa bahan ini dapat meningkatkan memori dan membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkait rapat dengan kemerosotan mental.\n\n7. Rempah Ratus\n\nRempah ratus seperti jintan dan kulit kayu manis memang sedap apabila digunakan sebagai perasa makanan dan ia juga mengandungi banyak polifenol \u2014 sebatian yang menawarkan banyak manfaat untuk ingatan dan kesihatan otak. \nBukan itu sahaja, ia juga mempunyai keupayaan untuk memakan plak otak dan mengurangkan keradangan untuk mencegah gangguan kognitif dan Alzheimer.\u00a0\n\nSumber: Health Care Associates, Prime Health Denver\n"} {"url": "https://myresipi.com/makanan-dalam-peti-sejuk-basi/", "title": "Makanan Dalam Peti Sejuk Pun Boleh Basi? \u2018Check\u2019 Balik 5 Kesilapan Ini Masa Simpan", "body": "\nPernah tak simpan makanan dalam peti sejuk dengan harapan nak makan nanti, tapi bila dah keluarkan, lahh dah basi!\nRasanya macam dah simpan elok-elok, tapi kenapa cepat basi?\nPunca makanan basi adalah disebabkan tumbuhnya mikro-organisme seperti kulat, ragi dan bakteria yang akan membiak dan mengubah tekstur, warna, bau dan rasa.\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Simpan Makanan, Sure Tak Senang Basi Punyalah\nSetiap jenis makanan dan minuman mempunyai daya tahan yang berbeza bergantung kepada jenisnya juga.Jadi apa faktor-faktor yang menyebabkan makanan jadi basi walaupun simpan dalam peti sejuk? Jom kita lihat.\n\n1. Cara simpan makanan yang salah dalam peti sejuk\n\nPunca utama makanan basi dengan lebih cepat adalah individu yang tidak tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul. Ia adalah perkara yang paling penting.\nAnda perlu kenal makanan mana yang perlu disimpan pada suhu sejuk atau sederhana. Dalam pada itu juga, jangan sesekali simpan makanan di tempat yang terlalu panas.\nAntara tip penting lain dalam cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul adalah anda perlu mengasingkan makanan mengikut jenis seperti daging, buah atau sayur.2. Tempoh menyimpan terlalu lama\nSelain daripada cara, tempoh menyimpan juga adalah sangat penting. Anda mungkin perlu untuk mengehadkan berapa lama ia boleh disimpan untuk dimakan sebelum ia menjadi basi.\nContohnya, anda mungkin boleh simpan sajian nasi dengan lauk dan ulam di dalam peti ais selama beberapa jam sahaja. Sila peka dengan waktu ia disimpan dan diambil.\nJika makanan itu telah basi, maka segera buang daripada simpanan anda agar ia tidak pula akan menjejaskan makanan-makanan lain yang disimpan di tempat sama dengannya.\n\n3. Simpan makanan yang panas dan bertutup\n\nSatu kesilapan yang orang kita selalu buat adalah menyimpan makanan ketika ia masih panas dan bertutup. Sebenarnya, ia hanya akan buat wap air terperangkap.\nAkibatnya, ragi, kulat atau bakteria akan dapat habitat yang sangat sesuai untuk tinggal yakni lembap dan hangat. Jadi, sila hindari daripada melakukan kesilapan ini untuk elak makanan menjadi basi.\n\n4. Paparan cahaya yang berlebihan\n\nSiapa yang sangka bahawa paparan cahaya berlebihan daripada matahari atau lampu juga boleh jadi punca sajian basi dengan lebih cepat angkara proses photodegradation.\nMeskipun lebih biasa berlaku pada bahan bukan makanan seperti hiasan atau lukisan, makanan juga ada risiko untuk mengalaminya lantas merosakkan ia dengan lebih cepat.\nDisebabkan itu juga, logik peti ais adalah ia akan gelap apabila ditutup dan hanya terang apabila dibuka. Jadi, sila elak makanan anda daripada terkena paparan daripada cahaya.\n\n5. Suhu peti sejuk yang kurang sejuk\n\nTempat paling popular untuk menyimpan makanan adalah di dalam peti ais dengan alasan ia akan memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme dan buat ia lambat basi.\nYa, ia mungkin benar jika suhunya berada pada kadar 4 darjah selsius ke bawah. Namun, jika ia lebih tinggi daripada itu, maka mikrorganisme masih mampu untuk membiak.\nPun begitu, suhu ini mungkin berbeza bergantung jenis makanan. Contohnya, hanya sumber daging yang perlu untuk disejukbekukan dan bukannya sayur serta buah segar.\nSumber: Hello Doktor\nBaca juga: Simpan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost Rupanya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/makanan-kurangkan-risiko-kanser-ovari/", "title": "Profesor Ini Beri Pilihan Makanan Untuk Kurangkan Risiko Hidap Kanser Ovari", "body": "\nBaru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian selebriti, Allahyarhamah Adibah Noor pada Sabtu lalu akibat menghidap kanser ovari tahap empat.\nBerita duka tersebut mengejutkan semua rakyat Malaysia dan min juga turut belangsungkawa dengan pemergian seorang selebriti yang berbakat.\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia, gejala kanser ovari ini tidak dapat dikesan di peringkat awal hingga kini dan kebanyakan pesakit yang menghidapnya sering merasa;\nSumber: KKM\nBaca juga: Budu Anti Kanser & Mampu Cergaskan Otak Manusia?\nBukan itu saja, kanser ovari ini juga merupakan kanser ke-4 tertinggi di Malaysia yang menyerang golongan wanita.\nJadi, bagi mengurangkan risiko penyakit kanser ini, profesor ini telah berkongsi pilihan makanan yang boleh mengurangkan risiko terkena barah ovari.\n\n\n @neowellness\nReply to @gt_tempur makanan yang pesakit kanser boleh makan. Jom dgr apa kata @Aziz Al-Safi Ismail #kanser #cancer #neowellnesskb #fyp #profdrazizalsafi\n \u266c original sound \u2013 Neo Wellness Kota Bharu \u2013 Neo Wellness Kota Bharu \n\n \nSemoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.\n\nKredit: TikTok @neowellness\n"} {"url": "https://myresipi.com/makanan-syahwat-lelaki-dan-wanita/", "title": "7 Makanan Ini Mampu \u2018Boost\u2019kan Syahwat Lelaki Dan Wanita, Baru Rumahtangga Makin Berseri", "body": "\nAda makanan yang boleh naikkan nafsu syahwat lelaki dan wanita? Betul tu! Memang ada tau tapi perkongsian ini sesuai dibaca untuk orang yang dah berkahwin sahaja.\nKita selalu dengar tentang ungkapan kehidupan bagaikan roller coaster. Namun, kita tidak sedar keghairahan nafsu syahwat lelaki dan wanita juga seperti roller coaster, ada turun dan naiknya. Ada waktu cukup membara, tapi ada ketika, \u2018selera\u2019 pun tak ada.\nBaca juga: Profesor Ini Beri Pilihan Makanan Untuk Kurangkan Risiko Hidap Kanser Ovari\u00a0\nKebiasaannya, faktor hormon menjadi salah satu penyebab perubahan yang berlaku. Jika seseorang itu stress, hormon akan berkurangan dan membuatkan nafsu seks menurun. Selain itu kurang rangsangan, gangguan kepuasan, faktor cemas, trauma, letih serta penggunaan ubat-ubatan juga menjadi faktor yang mempengaruhi keghairahan nafsu seks seseorang wanita.\nMempunyai dorongan nafsu yang sihat dikaitkan dengan rasa sihat dari segi fizikal dan emosi, jadi tidak peliklah kalau makanan yang anda makan memainkan peranan dalam meningkatkan kehidupan seks anda.\nDiet yang berkhasiat boleh memberi manfaat kepada kehidupan seks antaranya ialah:\u00a0\n\nmeningkatkan tahap libido\u00a0\nmeningkatkan aliran darah dan kesihatan jantung\nmeningkatkan stamina\u00a0\n\nMakan diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan protein tanpa lemak \u2014 dan rendah dalam makanan yang mengandungi gula dan lemak tepu \u2014 juga boleh membantu mencegah gangguan yang menjejaskan nafsu seks seperti sindrom metabolik dan keadaan hormon.\nJom kita lihat antara 7 makanan terbaik untuk meningkatkan rasa syahwat, baru rumahtangga makin berseri.\n\n1. Tiram\n\nMakanan laut ini cukup terkenal sejak dahulu lagi sebagai makanan pembangkit ghairah seks. Bagi lelaki, kandungan zink tiram yang sangat tinggi mampu meningkatkan produksi testosteron serta jumlah sperma.\n\n2. Daging\u00a0\n\nMakan daging, atau makanan lain yang mengandungi asid amino tertentu, boleh membantu meningkatkan kehidupan seks anda.\nPelbagai makanan berprotein tinggi \u2014 termasuk daging lembu, ayam, dan daging kambing \u2014 mengandungi sebatian yang membantu meningkatkan aliran darah.\u00a0\nAliran darah yang lancar adalah penting untuk tindak balas seksual pada semua jantina.\n\n3. Ikan Salmon\n\nSalmon terkenal kerana mempunyai asid lemak omega-3 yang menyihatkan jantung. Ia dapat memastikan sistem peredaran darah berfungsi dengan lancar mengurangkan risiko penyakit tertentu yang menjejaskan fungsi seksual.\n\n4. Kekacang dan bijian\n\nDaripada makan gula-gula, anda boleh cuba snek seperti kekacang dan biji. Gajus dan badam penuh dengan zink, manakala pelbagai makanan ringan yang sihat mengandungi L-arginine untuk melancarkan darah anda.\nAntara kekacang dan bijian yang boleh dicuba:\n\nKacang walnut\nBiji labu\nBiji bunga matahari\nKacang pecan\nKacang hazel\nKacang tanah\n\n\n5. Epal\n\nEpal kaya dengan sebatian yang dipanggil quercetin. Antioksidan ini, sejenis flavonoid, mungkin menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Ada kajian yang melaporkan bahawa quercetin mampu menurunkan tekanan darah pada dos lebih daripada 500 mg sehari.\n\n6. Madu\n\nKandungan karbohidrat yang ada pada madu mampu menghasilkan tenaga serta bahan bakar untuk otot-otot yang akan bekerja keras. Madu juga kaya dengan vitamin B yang mampu membantu metabolisme tubuh sekali gus membolehkan anda \u2018beraksi\u2019 lebih hebat tanpa rasa penat.\n\n7. Pisang\u00a0\n\nPisang mengandungi alkaloid yang bekerja di otak untuk meningkatkan keyakinan diri dan rasa ghairah seksual. Pisang juga merupakan sumber potasium dan vitamin B seperti \u2018riboflavin\u2019 yang meningkatkan energi tubuh.\n Selain itu, ia juga memberikan nutrisi penting untuk kekuatan otot dan sebab itulah jika anda rajin menikmati pisang, tahap ransangan anda akan menjadi sungguh luar biasa!\nSemoga bermanfaat!\n\nSumber: Healthline, Medical News Today\n"} {"url": "https://myresipi.com/makanan-unik-masyarakat-johor-jom-cuba-resepi-donut-sambal-sira-gebu-gebas/", "title": "Makanan Unik Masyarakat Johor, Jom Cuba Resepi Donut Sambal Sira Gebu Gebas", "body": "\nOrang Johor pasti sudah kenal dengan donut sambal sira\u00a0 tetapi orang yang tinggal di luar negeri Johor, pasti tidak berapa familiar kerana ia jarang dijual di negeri lain. Donut ini sama seperti donut gula, kelainannya adalah ia disaluti dengan sambal sira.\nSambal sira ini ia tidak terlalu pedas kerana ia adalah sejenis sambal yang manis dan merupakan kombinasi yang sesuai untuk donut tersebut. Jom cuba resepi donut sambal sira.\nBahan-bahan donut\n\n1 paket tepung gandum unbleach (tepung Bunga Rose)\n1 paket yis Mauripan\n1 cawan air masak\n1sdt garam\n2 sdb susu pekat (guna gula pun boleh)\n2 sdb marjerin\n\nBahan-bahan sambal sira\n\n3 sdb cili boh\n2 ulas bawang putih\n1 labu bawang besar\n\u00bd ketul gula melaka yang disagat\n1 sdt garam\n3 senduk gula\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nCampurkan air masak, yis, garam dan susu pekat ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Selepas itu, biarkan seketika pada jemuran matahari tepi tingkap (atau bawah cahaya lampu terang) untuk memudahkan yis itu kembang dengan cepat dan berbuih halus. Rehatkan dalam 15 minit.\nBuat doh dengan memasukkan tepung gandum di dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah dan masukkan marjerin dan yis yang sudah kembang ke dalam lubang tepung. Kautkan tepung ke dalam lubang sehingga habis. Gaul rata doh dan uli sampai tidak melekat di tangan dan mangkuk.\nSiap doh dan rehatkan sekejap dengan ditutup bersama plastik bersih dan jernih untuk proses kembang dua kali ganda. Rehatkan dalam 45 min sehingga 1jam.\nTumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin, kemudian uli\u00a0 doh sehingga cantik.Buat bulat-bulat kecil dan letak di dalam pinggan.\n\nUntuk sambal sira pula, kisar halus bawang putih, bawang besar dan tumis bersama minyak yang sedkit. Masukkan cili kisar tumis, garam, gula dan gula Melaka.\nMasak hingga sambal menjadi pekat. Kecilkan api dan masukkan donut yang telah digoreng ke dalam sambal dan gaul sehingga sebat.\n\nSumber: Aienn Sam\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/makanan-untuk-tambah-susu-ibu/", "title": "Beli Makanan Ini Untuk Tambah Susu Ibu", "body": "\nSusu ibu amat penting terutamanya kepada bayi yang baru lahir. Adakah anda tahu terdapat makanan yang boleh menambahkan kuantiti susu itu.\nTips yang dikongsi oleh Qaseh Illahi ini mungkin boleh membantu anda untuk meningkatkan paras susu anda.\nAntara Makanan Untuk Tambah Susu Ibu\n\nSusu kotak longan kurma merah \nAir masak\nNasi & lobak putih\nKurma & roti jagung\nKopi O\nIkan kerisi, sawi, halba & bawang putih\n\nIbu yang menyusukan anak tak boleh stress dan kurang rehat. Ia akan sangat mempengaruhi kuantiti susu.\nBagi suami yang isterinya tengah menyusu, pastikan anda urut di bahagian urat belikat, bahu & pinggang isteri untuk bagi kelegaan akibat tegang lepas maintain position menyusu untuk kuantiti susu.\nBanyak sangat makanan yang boleh menambahkan susu ibu. Jadi anda boleh cuba satu per satu. Selamat mencuba!\nBaca juga:\nBanyak Sangat Jenis Susu Formula Bayi, Jangan Sampai Tersalah Pilih\n"} {"url": "https://myresipi.com/makanan-yang-tidak-boleh-dipanaskan/", "title": "Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Semula, Nombor 7 Paling Ramai Buat!", "body": "\n\u201cBaru tahu, rupanya ada makanan yang tidak boleh dipanaskan semula. Boleh jadi toksik!\u201d\nSudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat apabila makanan yang tidak habis dimakan, kita akan simpan dan dipanaskan semula kemudian.\nNamun begitu, tidak semua makanan boleh dipanaskan semula ya! Makanan yang berulang kali dipanaskan boleh menyebabkan perut meragam, cirit-birit atau paling teruk mengalami muntah.\nJadi berapa kali sepatutnya makanan termasuk jenis sejuk beku boleh dipanaskan semula? Apakah langkah dan penyediaan perlu diketahui bagi memastikan makanan yang dimakan itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan?\nJom MyResipi kongsikan 9 jenis makan yang tidak boleh dipanaskan semula.\nBaca juga: Orang Lama Kongsi 3 Bahan Wajib Letak Supaya Masakan Lebih Sedap\n9 MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIPANASKAN\n1. Telur\n\nJika dipanaskan semula telur, ia boleh menjadi toksik dan mendatangkan kesan buruk dalam sistem pencernaan anda. Seterusnya berpotensi untuk membuatkan anda jatuh sakit. \nLebih-lebih lagi jika ia dipanaskan berulang kali, kerana haba boleh menyebabkan toksin terhasil di dalam telur tersebut.\nDicadangkan bahawa, makanan perlu disimpan dalam peti sejuk dalam masa 2 hingga 4 jam dan makan di antara sehari atau dua hari. Jika disimpan lebih dari masa tersebut, anda mungkin boleh jatuh sakit.\n2. Bayam\nMemanaskan semula sayur bayam bukan saja menyebabkan kehilangan zat, malah boleh menyebabkan zat nitrat daripada sayur-sayuran ini mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya apabila ia dipanaskan untuk kali kedua. Oleh itu, sebaiknya keluarkan makanan ini dari senarai apa sahaja makanan yang ingin dipanaskan semula.\n3. Ubi Bit\nUbi bit mengandungi sejumlah besar\u00a0nitrat yang bermanfaat, terutama apabila dimakan mentah atau dibuat jus. Apabila dimasak dan dipanaskan semula, ianya akan bertukar menjadi toksik. Oleh itu, cuba untuk habiskam bit pada hari yang sama.\n4. Lobak Bulat\nSeperti ubi bit, lobak adalah\u00a0sayur berakar yang terdedah kepada nitrat di dalam tanah. Masak dan makan pada hari yang sama untuk mengelakkan risiko \u2018carcinogenic\u2019(potensi untuk menyebabkan kanser). Ataupun buang lebihan lobak putih dalam masakan anda sebelum memanaskannya semula\n5. Nasi\n\nBagaimana ia disimpan sebelum dipanaskan boleh menyebabkan masalah. Menurut Agensi Piawaian Makanan, \u201cBeras yang tidak dimasak boleh mengandungi spora bakteria yang dapat menyebabkan keracunan makanan.\nApabila beras dimasak, spora dapat bertahan, kemudian, jika beras ditinggalkan pada suhu bilik, spora akan berkembang dan boleh menghasilkan racun yang menyebabkan muntah atau cirit-birit. Pemanasan semula nasi tidak akan menghilangkan racun ini. \u201c\nPerkara terburuk yang mungkin anda sering lakukan adalah dengan\u00a0membiarkan pada suhu bilik, yang menyebabkan bakteria untuk terus membiak.\u00a0Cara terbaik adalah dengan\u00a0menyimpannya di dalam peti sejuk selama beberapa jam, sebelum boleh memanaskannnya semula.\n6. Kentang\nKentang sedikit rumit jika dibiarkan sejuk pada suhu bilik dan ia perlu disejukkan dengan segera kerana suhu panas boleh menggalakkan pertumbuhan botulisme, bakteria yang jarang berlaku.\nBotulisme tidak boleh dibunuh dengan cepat di dalam ketuhar gelombang mikro, jadi sebaiknya sejukkan dengan segera untuk elak sebarang masalah dengan pemanasan semula.\n7. Ayam\n\nJika ingin menikmati semula masakan ayam, anda perlu memilih sama ada memakannya secara sejuk atau memanaskan semula dengan suhu yang rendah dalam jangka masa yang panjang. \nProtein yang telah membeku setelah berada lama dalam peti sejuk, akan berubah setelah dipanaskan semula.\u00a0Ini akan menjadi\u00a0faktor utama sakit perut.\u00a0Mikrowave juga tidak membantu dalam proses yang betul.\n8. Cendawan\nSeperti juga ayam, cendawan mempunyai protein tertentu yang boleh menyebabkan masalah usus atau hati, jika ia dipanaskan semula selepas sehari disimpan. Mungkin anda harus memakannya pada hari yang sama. \nBagi lebihan makanan, sebaiknya makan ketika masih sejuk, kerana dapat menghalang dari permasalahan tersebut.\n9. Minyak\nMinyak boleh menjadi\u00a0tengik atau bertukar menjadi lemak apabila dikenakan haba yang tinggi. Ini termasuk juga kacang hazel, avokado, walnut, atau biji anggur. Gunakan mereka pada suhu bilik adalah lebih baik.\nSumber: Astro Awani, Beautiful Nara\nBaca juga: 3 Cara Supaya Makanan Bergoreng Kurang Berminyak, Macam Ini Baru Sihat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/makanan-zaman-mat-kilau/", "title": "Nak Tahu Makanan Zaman Mat Kilau? Ini 7 Makanan Tradisional Melayu yang Kian Hilang", "body": "\nBaru sahaja 4 hari tayangan di pawagam, filem Mat Kilau dah mencecah kutipan sebanyak RMM11 Juta. Min kagum betul!\nDengan perkembangan terbaru ini, kisah perjuangan pahlawan Melayu dapat diangkat dan generasi baru dapat mengenali pula \u2018hero-hero\u2019 sebenar di Tanah Melayu.\nBagi yang sudah menonton filem ini, tentu terfikir orang zaman dahulu punya makanan ketika British datang menjajah kan?\nBaca juga: Cara Membuat Kuih Lepat Labu, Makanan Tradisi Orang Kita\nUntuk pengetahuan korang, zaman Melayu lama dapatkan bahan asas makanan mereka di sekeliling mereka sahaja. Apa sahaja tanaman atau haiwan, akan dijadikan makanan harian mereka.\nSebab itulah, orang Melayu dulu-dulu akan tanam pelbagai tumbuhan seperti padi, jagung, pisang, ubi keledek, kacang tanah, cili, serai dan banyak lagi.\nJom kita tengok antara makanan tradisional Melayu yang semakin ditelan zaman ini.\n1. Lempeng Kelapa\n\nLempeng menjadi makanan masyarakat Melayu suatu tika dahulu. Ia merupakan makanan ringan yang boleh dimakan semasa sarapan pagi atau minum petang.\n2. Ubi Rebus\n\nKetika zaman penjajahan Jepun dahulu, makanan ruji utama masyarakat Melayu adalah ubi rebus kerana sukar mendapatkan beras untuk dimakan.\nUbi direbus dan dimakan begitu sahaja atau turut dicicah dengan kelapa parut. Malah, ia turut dimakan bersama kopi panas.\n3. Tapai\n\nAir tapai rasanya manis dan boleh diminum, malah ia juga turut dijadikan sebagai ubat tradisional.\nTerdapat pantang larang semasa hendak membuat tapai. Seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda yang berwarna merah semasa tapai ini sedang dibungkus.\nJika melanggar pantang, maka tapai tersebut akan bertukar warna menjadi merah dan rasanya pula tidak sedap.\nKetika membungkus, orang tersebut tidak boleh memakan benda \u2013 benda masam kerana tapai juga akan berubah menjadi masam.\nTapai yang telah masak perlu dihabiskan dalam tempoh 2 hari kerana rasanya akan menjadi semakin manis. Ia boleh dimakan bersama cendol, atau dicampurkan dengan santan kelapa serta sedikit ais.\n4. Botok-botok\n\nBotok- botok merupakan makanan tradisi masyarakat Johor. Ia seakan telur pindang yang hanya boleh disediakan oleh generasi lama di Johor sahaja bagi mendapatkan hasil yang terbaik.\nHidangan ini dibungkus menggunakan daun pisang dan apabila dibuka anda akan melihat beberapa kepingan ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus.\nIkan yang sering digunakan untuk hidangan ini adalah ikan tenggiri atau ikan merah.\n5. Rendang Pucuk Ubi\n\nRendang Pucuk Ubi ini merupakan salah satu hidangan yang berasal dari Negeri Sembilan. Ia menggunakan daun \u2013 daun kayu serta pucuk ubi yang dimasak kering sehingga daun bertukar menjadi kering dan gelap sebelum dihidangkan.\nMakanan ini juga sudah semakin sukar ditemui melainkan di Negeri Sembilan. Namun, tidak ramai yang membuatnya kerana proses penyediaannya mengambil masa yang agak lama.\n6. Kerabu Kaduk\n\nKerabu kaduk adalah sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Ia menggunakan pucuk daun kaduk yang lembut serta dicampur dengan bahan \u2013 bahan lain seperti cili, udang kering, kelapa dan sebagainya.\nBiasanya ia sangat popular menjelang bulan Ramadhan dan dikatakan agak susah ditemui lagi pada masa kini. Namun, ia boleh dijumpai di kawasan perkampungan kecil di pantai timur.\n7. Ikan Bakar Tanah Liat\n\nAdalah agak mustahil untuk melihat ikan dibakar menggunakan tanah liat pada masa kini. Namun, makanan ini masih dipraktikkan oleh masyarakat Melayu di negeri Perlis.\nPenduduk Perlis menggunakan tanah sawah atau tanah yang diambil dari telaga untuk membalut ikan.\nSetelah dibalut, ikan tersebut akan dibakar atas dan bawah sepertimana membakar kuih bahulu secara tradisional. Tanah yang membalut ikan akan merekah bagi menandakan ikan tersebut telah masak dan boleh dimakan.\n\nMakanan tradisi masyarakat Melayu masih diteruskan hingga ke hari ini kerana permintaan terhadapnya masih tinggi.\nMalah, ia sememangnya harus diteruskan supaya generasi akan datang dapat mengenali serta menikmati hidangan dari zaman nenek moyang yang kian hilang.\n"} {"url": "https://myresipi.com/makcik-jual-cakoi-fasih-kantonis/", "title": "\u201cTrue Malaysian,\u201d \u2013 Makcik Jual Cakoi Ini Fasih \u2018Giler\u2019 Berbahasa Kantonis", "body": "\nKita ini bertuah dilahirkan di Malaysia yang kaya dengan budaya, bahasa dan agama.\nJadi secara tak langsung, dapat belajar semua budaya dan cara bercakap kaum-kaum lain.\nBaca Juga: Cara Buat Cakoi Mudah & Sedap\nBaru-baru ini tular di TikTok, apabila seorang makcik yang menjual kuih Cakoi di Karak, fasih berbahasa Kantonis.\n\n\n @shinichikeesoon\n#karak #multiracial #1Malaysia #KeluargaMalaysia #foodie\n \u266c original sound \u2013 Shinichi Kee Soon \u2013 Shinichi Kee Soon \n\n \nBagi korang yang tak tahu, bahasa Kantois ini antara bahasa Cina yang paling banyak digunakan selain Mandarin.\nJika di Malaysia, kebanyakkan pula berbahasa Mandarin jadi bila jumpa orang kita yang berbahasa Kantonis, memang agak unik dan \u2018rare\u2019 lah.\nVideo yang tular itu raih sebanyak 298K tontonan, 17.8K tanda suka dan 633 komen di TikTok.\nTinjauan mendapati rata-rata warganet kagum dan teruja apabila mendengar makcik tersebut bersembang.\nJom tengok komen-komen menarik dari warganet:\n\n\n\n\u00a0\nAgak-agak ada tak kenalan korang yang fasih bahasa Kantonis juga?\n\nSumber: TikTok @shinichikeesoon\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/malas-masak-banyak-lauk-jom-buat-sambal-padang-ni/", "title": "Malas Masak Banyak Lauk? Jom Buat Sambal Padang Ni, Nak Makan Tinggal Senduk Je", "body": "\nAntara teknik supaya tidak perlu memasak banyak lauk adalah dengan menyediakan sambal segera seperti sambal padang ini.\nBila tiba waktu makan, anda hanya perlu menggoreng ayam atau lauk pilihan. Kemudian cedokkan sambal dan letak di atas lauk.\nNak cuba? Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Khabbab Jamalludin di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Stok Bahan Kisar Supaya Tahan Lama, Mudah Bila Nak Masak!\nRESIPI SAMBAL PADANG\nBahan kisar:\n\nBawang besar sikit\nBawang putih sikit\nCili merah\nCili hijau (lebih murah)\nCili api\n\nBahan lain:\n\nAsam keping\nGula\nGaram\nDaun limau purut\nSedikit ajinamoto\n\nCara-cara:\n1. Masukkan semua bahan-bahan kisar dalam pengisar. Kuantiti agak-agak sahaja. Tambahkan sedikit air dan kisar kasar.\n\n2. Kemudian tumis dalam minyak yang betul-betul panas. Guna minyak banyak dalam separuh lebih dari jumlah bahan kisar.\n3. Bila dah bertukar warna sikit, perlahan api. Tutup menggunakan tudung periuk dan kacau sekali sekala.\n4. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit-sikit dengan minyak, boleh masukkan asam keping, gula, garam, daun limau purut dan sedikit ajinamoto. Tutup sekejap dalam 5 minit, kemudian boleh tutup api.\n\n5. Sejukkan sambal, kemudian simpan dalam bekas kaca. Sambal sedikit berminyak kerana minyak itu yang buat sambal tahan lama. Simpan dalam peti sejuk (bukan beku). Bila nak makan, senduk dalam mangkuk dan panaskan dalam microwave selama 1 minit.\n\n6. Buat ayam goreng kunyit, tambah sambal ini terus jadi luar biasa.\n\n7. Terung goreng dalam sedikit minyak, tambah sedikit sambal atasnya.\n\nKredit: Khabbab Jamaluddin\nBaca juga: Resipi Sambal Ayam Penyet \u2018Berhantu\u2019, Sekali Cuba Pasti Teringat-Ingat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/manisan-turki-yang-berasaskan-keju-jom-cuba-resepi-kunafa-hanya-guna-air-fryer/", "title": "Manisan Turki Yang Berasaskan Keju, Jom Cuba Resepi Kunafa Hanya Guna Air Fryer!", "body": "\nKorang perasan tak sekarang, manisan daripada negara Turki ini semakin dikenali dan sudah ramai orang mula\u00a0 menjualnya. Ini kerana rasa kunafa ini memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.\nBahan utama kunafa ini adalah keju makan rasanya memang enak lagi-lagi dimakan semasa masih panas. Jom cuba resepi kunafa ini hanya dengan menggunakan air fryer.\nBahan-bahan\n\n1 cawan gula\n1/2 biji jus perahan lemon\n1 sudu air mawar\nVermicelli\u00a0atau pastri Kaitaify\n1/2 cawan mentega\n1 cawan susu\n2 sudu tepung jagung\n1 sdb esen vanila\n100gm\u00a0cream cheese\nKacang pistachio \u2013 dicincang kasar\nKeju mozzarella\u00a0atau keju Akkawi\n\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nSiapkan sirap terlebih dahulu dengan campurkan 1 cawan air, 1 cawan gula, 1/2 biji just perahan lemon dan 1 sudu air mawar. Renehkan sehingga ia menjadi pekat.\nKemudian, ramaskan vermicelli\u00a0menjadi pendek. Masukkan 1/2 cawan mentega dan gaulkannya bersama\u00a0vermicelli\u00a0sehingga ia menjadi lembab.\nSediakan sos krim pula dengan 1 cawan susu, 2 sudu tepung jagung, 1 sudu gula, esen vanila dan\u00a0cream cheese\u00a0renehkan sehingga menjadi pekat.\nSediakan loyang, masukkan\u00a0vermicelli\u00a0ratakan sehingga mampat lebih kurang tebal 1 inci.\nLetakkan sos krim di atasnya dan lapiskan bersama keju\u00a0mozzarella.\nLetakkan sos krim lagi di atas keju tersebut dan tutup bersama\u00a0vermicelli.\nBakar dalam\u00a0air fryer,\u00a0 suhu 140 darjah selama 20 minit.\n\nSiap dan selamat mencuba!\nSumber: Ena Mohd Arip\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/marah-rider-tak-hantar-makanan-depan-pintu/", "title": "Wanita Ini Marah Rider Tak Hantar Makanan Depan Pintu, Netizen Kecam", "body": "\nBaru-baru ini, luahan seorang wanita mencuri tumpuan ramai apabila dia meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan penghantaran makanan (rider).\nNamun luahannya tentang rider Foodpanda itu telah menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengkritik tindakan wanita itu yang dikatakan langsung tidak bertolak ansur.\nMenerusi video yang dikongsikan ini, wanita tersebut memberitahu dia berasa bengang apabila rider Foodpanda itu tidak menghantar pesanannya sehingga di hadapan pintu rumah.\nBaca juga: \u201cEkstra Seasoning..\u201d Tular Video Gaul Ayam Tak Pakai Sarung Tangan, Netizen Geli\nMenurutnya, sebelum ini dia tinggal di kondominium di mana rider tidak dapat menghantar pesanan hingga ke depan pintu rumah dan dia faham mengenai prosedur tersebut.\nNamun baru-baru ini, dia pulang menetap di sebuah pangsapuri di kampungnya dan berasa marah apabila rider tidak mahu naik ke atas untuk menghantar pesanan.\nDia kemudiannya mula bergaduh di ruangan mesej bersama rider tersebut dan mahu membatalkan pesanannya itu gara-gara rider tidak menghantar sehingga di depan pintu rumahnya.\nVideo Penuh:\n\n\n @qo_nita_tun\n \u266c original sound \u2013 QoNiTaTun \u2013 QoNiTaTun \n\n \nPerkongsian wanita itu turut menimbulkan kemarahan netizen di mana ramai yang menganggap dia tidak mahu bertolak ansur dengan rider tersebut dengan cara yang baik.\nAda juga yang memberitahu kebiasaannya memang pelanggan sendiri yang akan turun ke bawah dan mengambil pesanan kerana tidak mahu menyusahkan rider.\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berkongsikan pandangan mereka dengan situasi yang dikongsikan ini.\nNetizen turut menasihati wanita itu untuk lebih bertimbang rasa dengan para rider yang tidak mampu untuk naik ke rumah pelanggan di atas beberapa faktor seperti risau kecurian makananan yang ditinggalkan di dalam food box.\n\n\n\n\nApa pula pandangan korang?\n"} {"url": "https://myresipi.com/marshmallow-buat-sendiri/", "title": "Marshmallow Buat Sendiri, Guna 5 Bahan Ini Untuk Tekstur Gebu Dan Lembut", "body": "\nMarshmallow sedap dimakan dengan pelbagai cara sama ada dengan coklat, dibakar ataupun dijadikan topping hidangan yang lain. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga ramai yang sukakan kudapan manis, lembut dan kenyal ini.\nBaca juga: Takoyaki Versi Melayu Tanpa Acuan, Sekali Dengan Resipi Sos\nBagi anda yang gemarkan makanan yang dimasak sendiri, resipi ini mungkin berguna untuk anda hasilkan snek ini di rumah. Memang menjadi hanya guna 5 bahan je.\nTanpa membuang masa, mari kita belajar cara membuat marshmallow homemade menggunakan resipi dari Cik Puan Mazliana Mazlan.\n\nRESIPI MARSHMALLOW HOMEMADE\nMarshmallow paling tak sangka boleh buat sendiri. Takut betul nak try tau. Takut tak menjadi sebenarnya, dan takut memberi harapan palsu pada anak-anakku.\u00a0\nTapi buat jugaklah. Belum cuba belum tahu dan tak sangkanya menjadi dengan jayanya. Anak-anak pun terkejut ummi pandai buat marshmallow sendiri.\n\nBahan-bahan:\n\nRaw cane sugar\nAir\nGelatin halal\nVanila extract\nTepung jagung\n\nCara penyediaan:\n1. Mula-mula kisar tepung jagung dan gula 10 saat. Lalu ketepikan sebentar untuk salutan yang terakhir nanti.\n2. Kemudian masukkan gula, kisar pulak 5 saat je. Pastikan sehingga halus mulus tau hasil kisaran kalau tak halus tambah masa lagi. Tapi jangan terlalu lama.\n3. Selepas itu, tambah air, dan masak jap 15 minit. Tinggal je.\n4. Kemudian masukkan gelatin dan vanilla extract, dan masak lagi 2 minit. Pun tinggal je\n5. Akhir sekali, kentalkan adunan marshmallow selama 7 minit.\n6. Dah siap semua ni, masukkan dalam chiller, tunggu keras sikit. Siap sedia untuk dipotong dan bedakkan dengan gula dan tepung jagung yang telah dikisar tadi. Siap.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Resipi Bancuhan Waffle Rangup Dan Tak Lembik Macam Kedai\n"} {"url": "https://myresipi.com/masak-lemak-cili-padi-perut-lembu-dan-rebung/", "title": "Jom Buat Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu Dan Rebung", "body": "\nBagi peminat Masak Lemak Cili Padi ini, tentunya nak mencuba masak menggunakan rebung dan perut lembu juga.\nMenerusi perkongsian resipi dari CikPuan Julie Raja Iskandar ni, korang boleh cuba buat. Sangat mudah untuk memasaknya dan rasanya tentunya membuka selera.\nJika suka pedas, boleh lebihkan cilinya mengikut selera masing-masing. Nikmat tak terkata!\nResipi Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu Dan Rebung\nBahan-bahan:\n\nPerut lembu \nRebung \nSantan\n1 inci kunyit hidup \u2013 ditumbuk atau dikisar\n1 inci asam gelugur\n1 batang serai \u2013 dititik\n20-25 biji cili padi \u2013 ditumbuk atau dikisar\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara memasaknya:\n1. Perut lembu direbus hingga lembut dan empuk kemudian dipotong mengikut citarasa masing-masing.\n\n\nNota: Semasa merebus perut lembu, untuk hilangkan bau, masukkan halia.\n\nBaca juga: Cara Cuci Perut Lembu, \u2018Confirm\u2019 Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni\n2. Masukkan perut lembu yang sudah dipotong ke dalam periuk. Masukkan juga bahan-bahan yang sudah ditumbuk atau dikisar.\n3. Masukkan santan cair ke dalam periuk.\n4. Kemudian masukkan serai yang sudah dititik dan asam gelugor. Rebuskan lagi hingga mendidih.\n5. Masukkan hirisan rebung.\n\n6. Akhir sekali, masukkan santan pekat. Biarkan atas api yang perlahan, kacau kuah supaya tidak pecah minyak.\n7. Perasakan dengan secukupnya dan tunggu beberapa minit dan sudah siap untuk dihidang!\n\n\nSumber: CikPuan Julie Raja Iskandar\n"} {"url": "https://myresipi.com/masak-lemak-udang-nenas/", "title": "Masak Lemak Udang Nenas, Memang Menjilat Jari Dibuatnya!", "body": "\nTeringin pula nak makan Masak Lemak Udang Nenas ini. Memang makan bertambah dibuatnya sambil menjilat jari. Kalau nak buat rasa kuah yang pekat dan padu, boleh cuba resipi ini.\nDengan rasanya yang pedas-pedas lemak kuahnya, makan dengan nasi memang layan sangat. Lagi-lagi bila dicampurkan juga dengan daun kunyit.\nBaca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran\nDaun kunyit ni ada baunya yang tersendiri. Bertambah wangi aroma kuah lemak kalau masukkannya sekali. Tambah lagi kita masakkan dengan sebarang seafood contohnya udang, ketam dan sebagainya. Akan menambahkan lagi rasa.\nSebenarnya masak macam ni je pun dah cukup sedap. Bayangkan kalau masukkan pula nenas sebagai penambah bahan yang membangkitkan lagi selera. Pasti kalau tengok saja pun dah buatkan anda terliur!\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Cheyah Saripuddin ini. Memang bangkit selera dibuatnya!\n\nRESIPI MASAK LEMAK UDANG NENAS\n\nBahan-bahan:\n\n8-10 ekor udang harimau \n1/2 biji nenas\n1 biji bawang merah besar\n2 ulas bawang putih\n3 biji cili merah (nak pedas tambah lagi)\nSeinci kunyit hidup\nSeinci halia\n1 batang serai diketuk\nSeinci halia dibakar\nSekeping asam keping\n100ml santan (cheyah guna half kotak)\nGaram dan gula\nAir untuk pengisar\n\nCara memasak:\u00a0\n1. Kisarkan semua bahan kecuali asam keping, serai dan santan. Panaskan bersama serai. \n2. Sedikit mendidih, masukkan santan. Kacau sehingga ia cantik dan mesra sebati.\n3. Boleh masukkan udang, asam keping, gula dan garam. Kacau lagi hingga nak kuah yang pekat.\n\n4. Boleh masukkan nenas yang dibahagi dua tadi. Kacau hingga masak. \n5. Sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi Masak Lemak Udang Nenas ini.\nBaca juga: Udang Masak Diraja, Penuh Rasa Dan Lemak Lemak Manis, Sedap Sangat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/masak-mee-goreng/", "title": "Tip Masak Mee Goreng Sedap, Kena Tuang Sedikit BAHAN Ini", "body": "\nTip Masak Mee Goreng Sedap, Kena Tuang Sedikit BAHAN Ini.\nBagi yang selalu berdepan hasil masakan mee goreng seperti ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Cik Puan Suhasnida Ismail. \nBeliau berkongsi cara masak mee goreng yang sedap daripada mak mertua dan juga biras berniaga kedai makan.\nBaca juga: Dry Chilli Pan Mee, Lelaki Ini Kongsi Cara Sedap Masak, Ikut Resipi Di Sini\nHidangan mee goreng ini memang selalu dimakan tapi ada juga yang masak tapi tak menjadi. Tak sedap macam orang lain masak.\n\nTIP MASAK MEE GORENG SEDAP\n\nGuna sos mencukupi, jangan kedekut bahan\nJika nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap sangat.\nGuna banyak bawang putih, tumbuk kasar kasar.\nMasukkan sedikit cuka makan bila menggoreng mee untuk membangkitkan rasa.\n\nRESIPI MEE GORENG SEDAP\n\nBahan sos:\n\n5 tbsp sos cili\n1 tbsp sos tomato\n2 tbsp sos tiram\n1 tbsp kicap manis\n2 tbsp kicap pekat\n1 tbsp sos ikan\n1/2 tsp garam halus\n1 tbsp gula atau secukup rasa\n1/2 tsp ajinomoto jika suka\n1/2 cawan air\n\nBahan lauk:\n\nAyam cincang\nUdang\nDaging\nTelur\nSawi\nTomato\n\nBahan lain:\n\n1 paket mi kuning\nMinyak untuk menumis\n8 ulas bawang putih\n1/2 biji bawang holland\n2 tbsp cili kering kisar\u00a0\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak masak, dan tumis bawang putih.\n2. Masukkan bawang holand dan cili kering kisar.\n3. Masukkan lauk pauk, tumis lagi.\n4. Letak sedikit air dan semua sos.\n5. Kemudian, masukkan udang.\n6. Pecahkan telur dan masukkan mee.\n7. Masukkan sayur, kacau sebati. Siap!\n\n\nSemoga bermanfaat dan selamat mencuba!\u00a0\nBaca juga: Cara Buat Mee Kuning \u2018Homemade\u2019, Lagi Kenyal Dan Jimat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/masak-pulut-kuning-cara-malas-cepat/", "title": "Masak Pulut Kuning Cara Malas & Cepat. Tak Perlu Rendam Pulut, Santan Pun Beku Lagi", "body": "\nRupanya ada cara mudah dan cepat untuk masak pulut kuning. Kalau dah tak sabar-sabar nak makan dengan rendang, boleh ikut cara ini,\nTak perlu susah-susah rendam pulut, santan yang digunakan juga masih beku. Tapi pulut kuning tetap cantik dan menjadi.\nNak tahu caranya? Jom lihat perkongsian oleh Mulia Nis di bawah. Semoga bermanfaat!\nCara Masak Pulut Kuning Cara & Cepat\nBahan-bahan:\n\nPulut\nGaram\nKunyit\nSantan\n\nCara-cara:\n1. Cuci pulut. Masukkan air mengikut paras pulut.\n2. Masukkan santan. Tambah garam dan kunyit.\n\n3. Masukkan dalam pengukus dan kukus sampai masak.\n\n4. Kacau pulut biar santan sekata.\n\n5. Bila dah masak, siap untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Mulia Nis\n"} {"url": "https://myresipi.com/masak-sambal-tumis-dengan-lebih-sedap/", "title": "Masak Sambal Tumis Dengan Lebih Sedap", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-09-11 09:09:25\n\n\nSambal tumis merupakan masakan ikonik di mata dan hati rakyat Malaysia. Hidangan yang sesuai dimasak dengan macam-macam jenis bahan seperti ikan, daging, ayam dan banyak lagi. Walaupun masakan ini dah cukup sempurna dengan caranya sendiri, masih ada di antara pihak kita yang tercari-cari kaedah untuk menyedapkan lagi sambal tumis yang dah cukup ikonik. Mungkin pada lidah sesetengah orang, hidang ini belum lagi sampai kemuncaknya. So jom kita terokai caranya:\n1. Sambal Tumis Bilis\nPhoto Credit: cookpad.com\n\nMasa tengah masak sambal bilis, masukkan ikan bilis waktu mengisar cili. Ia akan menambah perisa pada sambal korang.\nAlso kena take note, bila korang nak tambah ikan bilis, dah tak perlu masukkan garam sebab bilis dah cukup rasa masin. Tambah lepas dah siap kalau masih tak cukup rasa.\n\n2. Sambal Tumis Sotong\nPhoto Credit: kuali.com\n\nKalau nak dapat sambal sotong yang sedap, kena elak menggunakan sotong berair yang akan mencemarkan sambal.\nCaranya mudah je. Lepas basuh sotong tu, perap sotong dengan garam. Masa masak, rasa dulu kuah tu sikit so rasa masin tu tak berlebihan.\nSotong tak perlu dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam sambal. Masa masak sambal tu, masukkan sotong dulu. Bagi kecut dulu baru masukkan air asam jawa.\n\n3. Sambal Tumis Udang\nPhoto Credit: kongsiresepi.com\n\nKulit dan kepala udang jangan dibuang. Bahagian-bahagian itu boleh dimasukkan dalam sambal. Ia akan menjadikan rasanya lebih sedap.\nUntuk memastikan isi udang tu lembut, masak udang hingga separuh masak terlebih dahulu. Lepas tu keluarkan. Bila sambal hampir masak, baru letak udang balik dalam sambal.\nUntuk tambah rasa, boleh kisar cili dan udang kering.\n\n4. Cili Boh\nPhoto Credit: butterkicap.com\n\nSebenarnya kalau boleh, cili boh perlu dielakkan sebab kandungan cukanya. Tapi jika perlu, make sure ia dimasak sampai betul-betul garing dan lebihkan penggunaan gula untuk hilangkan rasa cuka dia.\nBoleh tambah juga tomato dadu dan belacan masa menyediakan sambal.\n\n5. Saiz Api Masak\nPhoto Credit: sparqusa.com\n\nApi perlu dibiarkan kecil. Tumis rencah sampai naik minyak. Lepas minyak dah panas, baru masukkan gula. Gula itu akan jadi caramelized.\nSambal tumis akan nampak gelap dan cantik. Kemudian masukkanlah elemen lain macam air asam, garam dan air. Teruskan masak macam biasa sehingga siap.\n\nJadi itu lah cara nak tambah rasa pada sambal tumis ikonik rakyat Malaysia. Mungkin ia akan menjadi. Mungkin tidak? Yang penting korang cuba dulu. Entah-entah korang akan discovery resipi baru. Try je dulu!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/masak-sendiri-340kg-sotong/", "title": "Masak Sendiri 340Kg Sotong Nak Sedekah Masjid, Influencer Ini Ikhlas Raih Pujian Netizen", "body": "\nAleeya Zailan, seorang pempengaruh dan usahawan, dan suaminya, Azri Aziz atau Big Boss yang seikhlas hati memasak sendiri hidangan sotong untuk diagihkan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid As-Syakirin Gombak, Selangor baru-baru ini.\nMenerusi video dikongsikannya di media sosial, kelihatan Aleeya dan Azri serta beberapa pembantu bertungkus-lumus menyediakan masakan.\nBaca juga: Niaga Sambil Sedekah, Chef Kongsi Cara Potong Ayam 10 Bahagian Tapi Nampak Besar & Menarik\n\u201cSebanyak 340 kilogram sotong sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir.\n\u201cBahkan, kami turut menyajikan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng,\u201d celotehnya sambil sibuk menumis bahan.\n\n\ndownload\nMencecah ratusan ribu tontonan, rata-rata netizen menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu berstatus jutawan.\nMasakan tidak, mereka berpendapat bahawa Aleeya semestinya mampu mengupah katerer bagi memesan sebarang menu diingini, namun pasangan berkenaan berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari awal hingga akhir.\nBukan itu sahaja, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada para asnaf dalam kariah masjid tersebut.\nKomen Netizen:\n\u00a0\n\n\n\nRata-rata netizen menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu berstatus jutawan.\nSebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan bagi setiap hamba-Nya melakukan kebaikan sesama manusia.\nHal ini termasuklah amalan bersedekah kepada golongan yang memerlukan, sekali gus menjamin pahala berganda.\nApatah lagi jika sesuatu yang ingin disedekahkan itu disediakan sendiri oleh si penderma.\nMencecah ratusan ribu tontonan, rata-rata netizen menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu berstatus jutawan.\n"} {"url": "https://myresipi.com/masakan-autentik-indonesia-murah-sedap-di-jb-bakso-dia-paling-power/", "title": "Masakan Autentik Indonesia Murah & Sedap Di JB, Bakso Dia Paling \u2018Power\u2019", "body": "\nDi Johor Bahru memang sekarang memang jarang sangat nak jumpa kedai makan yang menyediakan masakan autentik Indonesia yang sedap dan yang paling penting murah kan? Haa sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana ada sebuah kedai yang bernama Warung Boyan.\u00a0\nWalaupun luaran kedai ini nampak kecil sahaja, tapi di dalam kedai ini sangat selesa tau! Makan pun sedap. dan murah. Confirm anda suka la kalau makan kat sini.\nMasakan Autentik Indonesia Murah & Sedap Di JB, Bakso Dia Paling \u2018Power\u2019:\n\nSebuah akaun di Twitter @foodie_wawa ada berkongsikan tentang kedai Warung Boyan ini. Katanya bakso di sini memang sedap sangat!\n\u201d Authentic Indonesian cuisine\u2026 Mmg sedap and super cheap. Bakso dia pon power. \u201d\nSelain daripada bakso, di sini juga ada menjual bermacam jenis makanan Indonesia yang lain seperti Nasi Ayam Penyet.\n\n\u201d Paling sedap is the sambal kicap.. Not too spicy but addictive. \u201d\n\nKalau anda yang teringinkan nak makan makanan Indonesia yang sedap dan murah di JB, anda wajib cuba makan di kedai ini tau! Memang makan hingga menjilat jari punyalah.\n\n\u201d Kedai dia kecik tapi siap aircond so mmg super selesa.. Love it \u201d\nAlamat: Jalan Dato Jaafar (sederet Restoran Kacang Pool Haji) 80350 Johor Bahru\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (10AM \u2013 8PM)\nSumber: @foodie_wawa\n"} {"url": "https://myresipi.com/masakan-termasin-terpahit-atau-terpedas-letak-saja-1-bahan-ini/", "title": "Masakan Termasin, Terpahit Atau Terpedas? Letak Saja \u20181 Bahan\u2019 Ini, Pasti Selesai Semua Masalah!", "body": "\nRupanya ada cara untuk memperbaiki masakan termasin, terpahit atau terpedas dengan hanya menggunakan 1 bahan iaitu kentang. Ia dapat mengurangkan semua rasa yang \u2018terlebih\u2019 itu. Biasalah kadang-kadang masakan yang kita masak akan terlebih masin, pedas mahupun pahit bila tersalah agak kuantiti bahan. \u2018\nJadi macam mana nak memperbaiki rasa tersebut? Jom ikut tips mudah yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen, seorang Instafamous handal dalam bidang masakan yang tidak asing lagi buat kita semua. Semoga bermanfaat!\nMesti baca: Bukan Semua Minyak Zaitun Sesuai Untuk Masak, Ini Cara Membezakannya\nTIPS JIKA MASAKAN TERMASIN, TERPAHIT ATAU TERPEDAS\nSaya nak share satu tips yang sangat2 berguna, banyak kali saya apply tips ni pada masakan saya.\nSejak akhir-akhir ini, saya beli cili kering dan cili kering yang saya beli tersangat2 pedas, nak buang cili kisar yang saya buat ni sayang pulak.\nSetiap kali saya masak menggunakan cili kisar ni saya kurangkan cili untuk kurangkan pedas.\nTapi kalau saya masak \u201csambal\u201d mana boleh kurang kan cili, ye dak? Jadi saya campak sebiji kentang (termasuk kulitnya) dalam masakan sambal saya.\nAlhamdullillah \u201ckepedasan\u201d sambal saya berjaya dikurangkan at least 50%, so tak dela buasir nanti!\n\nGambar atas tu setelah Sambal Kerang saya ditos minyak nya! Korang cubalah!\u00a0\nNota: Tips letak kentang jugak boleh digunakan jika masakan termasin, terpahitdan segala \u2018ter\u2019.\nSumber: Yatie Kitchen\n"} {"url": "https://myresipi.com/masam-manis-juara-pertama-dapur-tempur/", "title": "Masam Manis Juara Pertama Dapur Tempur", "body": "\nPasangan Masam Manis, iaitu Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 dan isterinya, Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31 berjaya menewaskan dua lagi pasangan keluarga dengan bergelar juara yang pertama pada pertandingan akhir program realiti masakan Dapur Tempur.\nKemenangan Masam Manis melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun.\nHidangan yang disediakan Masam Manis dalam cabaran Set Lauk Kenduri iaitu Rendang Daging, Nasi Minyak, Kek Oren bersama Ais Krim Kelapa, dan jus Tembikai Buah Naga.\nArtikel berkaitan: \u2018Presentation\u2019 Kurang Menyerlah, Juri Dapur Tempur Kritik Prestasi Peserta Minggu Separuh Akhir\nPasangan Masam Manis berkata, usaha mereka hingga ke peringkat akhir berbaloi kerana dapat bertanding bersama-sama pasangan dari cabaran episod pertama hinggalah ke peringkat akhir ini.\nDalam pada itu, juri tetap yang dibarisi oleh Chef Adu Amran mengatakan kedua-dua pasangan Masam Manis serta Seketul Rasa telah berjaya memikat hatinya dalam cabaran akhir iaitu Set Lauk Kenduri namun beza satu mata yang mengangkat pasangan Masam Manis menjadi juara.\n\u201cBagi saya, kedua-dua pasangan adalah pemenang. Kalau ada perbezaan pun dari markah penjurian saya, mungkin satu markah sahaja yang membezakan mereka berdua. Mana-mana menang pun saya gembira,\u201d kata Chef Adu Amran pada episod akhir.\nTempat kedua telah dimenangi oleh pasangan Seketul Rasa dan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.\nPusingan akhir itu telah diadili oleh tiga juri iaitu Chef Adu Amran, Sheila Rusly dan Michael Ong yang dijemput sebagai juri jemputan Dapur Tempur minggu terakhir.\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/masih-dalam-mood-raya-jom-cuba-red-pearl-cookies-mudah-lazat/", "title": "Masih Dalam Mood Raya? Jom Cuba Red Pearl Cookies, Mudah & Lazat!", "body": "Mesti ramai yang tak pernah dengan nama biskut ini. Kalau korang peminat\u00a0cornflakes, korang wajib buat biskut ini sebab memang sedap dan mudah sahaja nak buatnya. Dalam biskut ini ada campuran kacang badam, coklat cip dan juga\u00a0cornflakes.\u00a0Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Khomarriah Norrohman di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nRED PEARL COOKIESMesti ramai yang tak pernah dengan nama biskut ini. Kalau korang peminat\u00a0cornflakes, korang wajib buat biskut ini sebab memang sedap dan mudah sahaja nak buatnya. Dalam biskut ini ada campuran kacang badam, coklat cip dan juga\u00a0cornflakes.\u00a0Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Khomarriah Norrohman di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n150 gm nentega\n\n150 gm tepung gandum\n\n75 gm gula kastor\n\n60 gm cornflakes (ramas kasar)\n\n50 gm cip coklat\n\n25 gm kacang badam\n\n1 sudu teh sen vanila\n\n1/2 sudu teh emplex\n\nKredit: Nor KhomarriahCARA PENYEDIAAN\nKacau mentega, gula, dan esen vanila menggunakan sudip kayu hingga sebati.\n\nCampurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh.\n\nCubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari. Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu di bakar. Atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper. Tekan hirisan ceri merah ditengahnya.\n\nBakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing \u2013 masing.\n\nSejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/masin-petua-untuk-selamatkan-balik-masakan/", "title": "Alamak Lauk Masin? Jangan Risau, Ini 5 Petua Untuk \u2018Selamatkan\u2019 Balik Masakan Korang", "body": "\nBila kita nak mencuba sesuatu resipi baru, mesti belum pandai lagi nak mengagak perasa yang perlu dimasukkan. Lagi-lagi bila melibatkan garam.\nJadi, macam mana kalau lauk yang kita dah masak tu masin pula? Takkan nak terus buang pula. Kalau terlebih tambah air, tawar lanau pula lauk.\nBaca juga: Ibu-Ibu Kena \u2018Alert\u2019, Cara Defrost Lauk Yang Betul Elak Anak Keracunan\nKorang jangan risau, min akan kongsikan beberapa cara untuk \u2018selamatkan\u2019 kembali lauk korang. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di dapur.\n\n1. Pelepah pisang\n\nPelepah pisang merupakan salah satu bahan yang boleh seimbangkan semula rasa pada masakan yang terlebih masin.\nSediakan saiz kecil potongan pelepah ini, lalu masukkan ke dalam masakan anda dan biarkan hingga mendidih. Kemudian buang pelepah ini bila hendak menghidang.\n\n2. Kentang\n\nPotong ubi kentang dengan potongan dadu kemudian masukkan ke dalam masakan dan biarkan sehingga ubi kentang empuk. Selain dapat mengurangkan rasa masin, secara tidak langsung anda telah menambahkan lauk ke dalam masakan anda.\nJika tiada ubi kentang, boleh juga guna sayur-sayuran yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti timun dan terung.\n\n3. Imbangkan rasa manis dan masam\n\nBoleh gunakan perasa lain untuk meneutralkan kembali rasa makanan. Tambahkan sesudu gula, kacaukan dan kemudian tambahkan sesudu perasa masam seperti cuka atau perahan limau nipis.\nBoleh ulang beberapa kali sehingga mencapai rasa yang diinginkan. Boleh juga cuba untuk memekatkan kuah lagi dengan cara menambah santan sehingga cukup rasa.\n\n4. Beras\n\nSediakan sehelai kain nipis kemudian masukkan segenggam beras dan ikatkan seperti sup bunjut. Lalu anda bolehlah masukkan ke dalam masakan anda. Beras ini akan menyerap lebihan rasa masin dan bila rasa masakan itu sudah mula seimbang, bolehlah keluarkan bunjut beras tersebut.\n\n5. Hampas kelapa\n\nDengan teknik yang sama seperti membuat bunjut beras, anda boleh ambil sejemput hampas kelapa ikatkan supaya menjadi bunjut. Masukkan bunjut ke dalam lauk dan masak bersama dalam 15 ke 20 minit.\nBunjut hampas kelapa dapat membantu membuang rasa masin berlebihan dan turut memberi rasa lemak pada lauk. Kemudian, boleh keluarkan bunjut tadi dari lauk.\n\nJadi untuk mereka yang sering kurang yakin untuk mengagak bahan perasa yang perlu dimasukkan ke dalam masakan bolehlah cuba cara-cara ini.\nJangan mudah panik dan jangan putus asa bila masakan yang dimasak tidak jadi seperti yang diinginkan. Semoga bermanfaat.\nSumber: Masterclass\n"} {"url": "https://myresipi.com/mat-saleh-ini-jual-langos-di-bota/", "title": "Mat Saleh Ini Jual Langos Di Bota, Makanan Tradisi Hungary, Ramai Kata Sedap!", "body": "\nMalaysia adalah sebuah negara unik dan kaya dari segi kepelbagaian budayanya, makanannya dan masyarakatnya yang baik-baik membuatkan ramai orang luar suka pada negara ini.\nMaka tidak hairanlah buat seorang \u2018mat salleh\u2019 dari Hungary ini untuk membuat keputusan menetap di sebuah pekan kecil di Perak dan membina kehidupannya di situ.\nBagaimanapun, dia telah mencuri perhatian warga maya apabila tular di laman sosial kerana kelainan yang dibawanya buat masyarakat setempat.\nBaca juga: Pancake Jepun Yang Gebu Dan Sedap, Makan Macam Tu Pun Dah Sedap Sangat!\nNamun, kelibat \u2018orang putih\u2019 tersebut yang dikenali sebagai Adam Abdullah itu sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Kampung Gajah dan Bota.\nAdam berkahwin dengan seorang wanita tempatan Elsuraya Mohamed, dan kini menjalankan perniagaan menjual makanan tradisi Hungary iaitu \u2018Langos\u2019 untuk penduduk sekitar itu.\n\nUntuk pengetahuan korang, Langos merupakan sejenis roti garing dan ditaburkan keju di atasnya sebelum dimakan.\nManakala Langos versi Adam dan isterinta mengikut citarasa rakyat Malaysia.\nAntara perisa langos ciptaan pasangan suami isterini ini ialah kaya yang dimasak sendiri, coklat, sambal bilis rangup, bawang putih minyak zaitun serta keju krim masam.\n\nBerkongsi pengalamannya ketika mendekati masyarakat tempatan, Adam akui agak kekok pada mulanya, namun ramai yang dapat menerimanya selepas itu.\nKepetahannya bercakap menggunakan Bahasa Melayu dan loghat Bota menjadikan pemuda asal Eropah Timur yang berniaga di Bota ini, disenangi penduduk tempatan.\n\n\nUntuk korang yang mahu merasa Langos boleh ke rumah mereka di Jalan Teluk Intan, Kampung Telok Bakong Hulu, 32900 Lambor Kanan, Perak.\nWaktu beroperasi adalah pada jam 3 petang hingga 7 malam pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.\n\nNanti min pun nak datang singgah merasa sendiri~\n"} {"url": "https://myresipi.com/mat-salleh-cuba-menu-rahmah/", "title": "Mat Salleh Ini Cuba Menu Rahmah, Minta Perdana Menteri UK \u2018Follow\u2019 Malaysia", "body": "\nBaru-baru ini tular seorang Mat Salleh cuba Menu Rahmah yang menjadi bualan ramai sejak kempen ini dijalan 31 Januari lalu.\nLangkah yang dilakukan ini turut disambut baik oleh rakyat Malaysia yang menyifatkan ia berbaloi serta membantu mereka mendapatkan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan menerusi Menu Rahamah.\nPerkara ini turut menarik perhatian seorang pelancong dari United Kingdom (UK) iaitu iaitu @veggiesontour atau dikenali sebagai Pat yang kagum dengan inisiatif yang dilakukan oleh Malaysia memandangkan kos sara hidup di kebanyakan negara mula meningkat.\nBaca juga: Ini Senarai Lokasi Kedai Tomyam Yang Tawarkan Menu Rahmah RM5\nBaca juga: Restoran Asam Pedas Antara 25 Lokasi Di Melaka Yang Perkenal Menu Rahmah\nMenerusi video yang dikongsikan oleh Mat Salleh tersebut di TikTok, dia turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba Menu Rahmah apabila berjaya menemui sebuah restoran vegetarian di Skudai, Johor Bharu yang menawarkan inisiatif itu.\nVideo Penuh:\n\n\n @veggiesontour\nMenu Rahmah \u2013 have you tried it yet? \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #malaysia #makananviral #kualalumpur #anwaribrahim #malaysiatiktok #malaysiantiktok #johorbahru \n \u266c original sound \u2013 VeggiesOnTour \n\n \nJelas Pat, untuk mencari Menu Rahmah di restoran vegetarian agak sukar kerana hanya menjumpa menu yang ditawarkan dengan lauk ayam atau ikan.\n\u201cMenu itu kebiasaannya dihidangkan bersama ayam atau ikan mereka (restoran) namun mereka jarang untuk mempunyai menu vegetarian.\n\u201cTetapi semalam saya telah menemukan sebuah restoran vegetarian di Skudai yang menawarkan RM5 untuk sepinggan makanan,\u201d katanya.\nDi dalam video, individu itu turut menunjukkan dua jenis menu yang diberikan bermula dengan harga RM4 dan juga RM5 apa yang berbeza hanyalah jenis nasi yang diambil.\nPat juga menunjukkan hidangan yang dipesannya dipenuhi dengan sayuran yang banyak hingga hampir menutupi nasinya selain turut memuji makanan tersebut sedap.\nMinta Perdana Menteri UK contohi Malaysia\nDi akhir videonya, Pat turut meminta agar Perdana Menteri UK, Rishi Sunak untuk mencontohi inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat satu menu yang boleh dibeli oleh masyarakat yang mempunyai pendapatan rendah.\nAntara reaksi netizen:\n\n\n\n\nSumber: Tiktok @veggiesontour\n"} {"url": "https://myresipi.com/mat-salleh-ini-cuba-makanan-tentera-malaysia/", "title": "\u201cSedap Giler\u201d \u2013 Mat Salleh Ini Cuba Makanan Tentera Malaysia", "body": "\n\nSempena dengan bulan kemerdekaan ini, mesti di kalangan kita teringin sangat nak tahu apa yang Angkatan Tentera Malaysia makan ketika berperang dahulu.\nMat Saleh ini buat food review mengenai food ration (catuan makanan) yang diberikan kepada para tentera yang dipanggil MRE (Meals \u2013 Ready to Eat), atau Melayunya, Rangsum Tempur.\nWalaupun tak nampak muka, tapi kitorang tahu lah yang buat food review ni mat saleh sebab cara dia sebut \u2018beef rendang\u2019 tu memang jelas ke-mat saleh-annya.\nBaca juga: Bosan Makanan Tak Sedap, Banduan Ini Buka TikTok Masakan Dari Penjara\nApa yang menarik, dia nampaknya suka betul dengan makanan catuan tentera kita berdasarkan ulasan yang diberi:\n\u201cKari ni tak pedas, tapi ada rasa kari yang sedap\u2026 ayamnya juga ada tekstur yang baik\u2026 sangat bagus\u201d \u2013 ulasan tentang kari ayam\n\u201cIa lebih pedas dari kari. Pedas, tapi ada rasa manis juga, agak sedap sebenarnya\u2026 sangat sedap\u201d \u2013 ulasan pasal ikan masam manis\n\u201cSangat berperisa, dan tak begitu pedas. Sangat, sangat sedap\u201d \u2013 ulasan untuk rendang daging.\nMasa dia tuang makanan tu ke atas pinggan, takdelah teruk sangat rupanya. Yang Steve review tu adalah Menu A sampai Menu D, di mana nampaknya, ada empat kombinasi makanan yang ada.\n\n\nBiasanya, satu pek makanan catuan tentera mengandungi 10 pek kecil makanan termasuklah biskut, jem, kopi, teh, gula, mancis, suplemen vitamin, dan juga tuala kecil.\nBeras dan minyak untuk memasak pula didapati secara berasingan, dan nampaknya Steve tak dapat pulak nasi tu. Tapi nampaknya dalam video review untuk Menu B pulak dia dapat nasi.\n\n\n\nTak kisahlah pasal tu, sebab tanpa nasi pun nampaknya makanan tu nampak ok je. 10 pek makanan lain yang turut ada pula nampaknya semuanya seberat 120 gram setiap satu, yang mengandungi:\n\n2 kantung bungkusan hidangan sayur-sayuran,\n2 hidangan daging (daging lembu dan ayam),\n2 hidangan berasaskan makanan laut (biasanya ikan),\n2 jenis bubur, dan\n2 hidangan berasaskan buah\n\nJadi Steve nampaknya cuba tiga hidangan ni. Kalau korang belum tengok video tu, korang mesti nak tengok untuk dengar komen dia pasal kesemua makanan tu.\nDan nampaknya, semua makanan yang dicuba memang kena dengan seleranya, kecuali sambal bilis (tekstur yang pelik dan terlalu pedas).\n\nAda yang dah pernah cuba makanan tentera? Jom kongsi di ruangan komen.\n"} {"url": "https://myresipi.com/mata-pedih-potong-bawang-merah/", "title": "7 Cara Elak Mata Pedih Potong Bawang Merah, Memang Berkesan!", "body": "\nBiasanya ramai yang akan mengelat apabila disuruh mengupas bawang merah kerana ia memedihkan mata tapi kalau ajak \u2018membawang\u2019 memang laju!\nApa punca membuatkan mata berair ketika mengupasnya? Enzim yang terdapat di setiap lapisan bawang akan merembes ke udara ketika dikupas dan boleh menyebabkan pedih sampai mengalir air mata.\nArtikel berkaitan: 16 Jenis Potongan Bawang Ikut Hidangan, Lulus Ini \u2018Confirm\u2019 Mertua Suka!\nTapi sebenarnya ramai tak tahu bahawa terdapat pelbagai cara mengupas dengan betul dan ia bukan semata-mata memakai cermin mata renang.\n\n\n\n1. Kupas dalam air\nRendam ia di dalam bekas berisi air dan kupasnya di bawah permukaan air. Dengan cara ini enzim yang merembes tidak akan berterbangan di udara.\n2. Sapu pisau dengan jus lemon\nSebelum memotong, sapukan jus lemon pada pisau anda. Ia dapat membantu membunuh enzim yang dirembes memandangkan ia bersifat asid dan mempunyai bau kuat.\n3. Simpan dalam peti ais\nSebaik-baiknya simpan ia di dalam peti ais sebelum digunakan kerana suhu dingin dapat melambatkan proses enzim menjadi gas dan memedihkan mata saat dipotong.\n4. Potong di tempat terbuka\nJika kita lihat kenduri di kampung, makcik-makcik akan memotong bawang di tempat terbuka sambil rancak \u2018membawang\u2019. Sebenarnya cara ini lebih selamat kerana angin yang bertiup akan mengalihkan enzim yang dirembes ke tempat lain.\n5. Kunyah gula-gula getah\nPelik tapi memang menjadi petua ini. Kunyah gula-gula getah dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.\n6. Elak potong akar bawang\nMenurut The National Onion Association, bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih. Jadi, sebaiknya elakkan potng akar bawang.\n7. Letak cuka makan dekat papan pemotong\nSembur cuka makan di atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan pengeluaran air mata.\n\nMacam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga.\nPakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali \u2018menangis\u2019, bagus juga kan?\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/mayonis-homemade-guna-5-bahan/", "title": "Cara Buat Mayonis Homemade Guna 5 Bahan, Lagi SEDAP Dari Beli!", "body": "\nResipi mayonis homemade ada banyak versi. Ada yang kisar saja, ada yang perlu dimasak. Tetapi ramai kata mayonis yang dimasak lebih sedap dan tiada rasa hanyir.\nSiapa penggemar mayonis, kalau makan nugget atau sandwich memang wajib kena ada mayonis ni.\nMudah saja cara membuatnya, hanya perlu menggunakan beberapa bahan iaitu telur, minyak, gula, garam dan cuka atau jus lemon.\nMAYONIS HOMEMADE 5 BAHAN\nBahan-bahan:\n\n2 biji telur saiz sederhana\n1 \u00bd sudu besar gula\n2 sudu besar cuka makan (boleh tukar dengan air lemon)\n1 sudu kecil garam\n1 cawan minyak masak (boleh guna olive oil juga)\n\nCara-caranya:\n1. Dalam pengisar, satukan semua bahan-bahan di atas. Kisar sehingga semuanya sebati dan bertukar menjadi putih.\n2. Panaskan kuali menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan bahan yang sudah dikisar tadi.\n3. Masak seketika dan sentiasa gaul sehingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan guna api perlahan supaya tidak hangit.\n4. Tutup api. Masukkan semula ke dalam pengisar tadi dan kisar sehingga adunan menjadi benar-benar halus.\n5. Simpan di dalam bekas kaca atau bekas yang bersesuaian.\n\n6. Mayonis yang sudah diletakkan dalam bekas perlu disimpan di dalam peti ais. Selamat mencuba!\nKredit: Reen Sofee\nBaca juga: Resipi Ayam Kicap Mayonis Yang Lazat, Sedap Sampai Menjilat Jari!\n"} {"url": "https://myresipi.com/mcdonalds-ada-menu-baru-creamy-butter-chicken/", "title": "McDonald\u2019s Ada Menu Baru! Jom Cuba \u2018Creamy Butter Chicken\u2019 Dalam Burger Atau Nasi Lemak", "body": "\nBagi anda yang pernah merasai\u00a0buttermilk, mesti tahu betapa berkrim\u00a0rasanya. Apa-apa pun, jangan terkejut kerana rasanya memang padan dengan rasa ayam.\nSalah satu hidangan berkuahkan buttermilk ini adalah Buttermilk Fried Chicken yang dah lama popular. Serious sedap! Kini sudah ada banyak kedai makan yang memvariasikan buttermilk ini.\nMenu Baru McDonalds, Creamy Butter Chicken\nTerbaru, McDonald\u2019s telah melancarkan dua menu baru yang berasaskan Buttermilk Fried Chicken kegemaran ramai.\nMenu baru tersebut dikenali sebagai Creamy Butter Chicken.\u00a0Kalian boleh merasaikan keenakannya dalam burger ataupun dimakan bersama Nasi Lemak McD.\n\nBagi anda yang mahu mencuba menu ini, dapatkan segera di cawangan McDonald\u2019s terdekat anda atau beli sahaja menggunakan aplikasi penghantaran seperti FoodPanda, GrabFood atau ShopeeFood, sementara masih ada stok. Tunggu apa lagi?\n"} {"url": "https://myresipi.com/mcdonalds-bukit-bintang-password-tandas/", "title": "\u201cBukan Pelanggan, Jangan Guna\u201d \u2013 Mcdonald\u2019s Bukit Bintang Letak Password Untuk Masuk Tandas", "body": "\nJika korang berada di persimpangan empat penjuru Bukit Bintang dan terfikir untuk menggunakan tandas di restoran McDonald\u2019s di sana, lebih baik fikir dua kali!\nDengar cerita, cawangan McDonald\u2019s Bukit Bintang telah melakukan satu perubahan sempena tahun baru 2023 apabila ia mengekhaskan penggunaan tandas bagi pelanggan yang telahpun membuat penbayaran di kaunter.\nHanya pelanggan yang memesan makanan daripada McDonald\u2019s dan diberikan resit sahaja yang kini boleh menggunakan fasiliti tersebut.\nBaca juga: Sakan Order \u2018Mekdi\u2019 Sampai RM17000, Telatah Dua Budak Ini Buat Netizen Terhibur!\nSeorang pengguna di Twitter bernama @tekong, telah berkongsi sekiranya restoran lain memberikan kata laluan bagi perkhidmatan Wi-Fi kepada pelanggan, lain pula ceritanya dengan cawangan McDonald\u2019s yang satu ini apabila ia memberikan kata lalun untuk menggunakan tandas!\n\nJelas tertera di bawah resit kata laluan tandas untuk korang gunakan sebagai pelanggan. Jika tiada resit ini, jangan haraplah korang boleh buka pintu tandas itu.\nHantaran di Twitter tersebut menjadi tular susulan rasa terkejut yang dirasai netizen apabila mengetahui tentang peraturan baharu ini.\n\nTwitter @tekong\nDemi membuktikan bahawa kata laluan pada resit itu benar-benar legit, hantaran itu disertakan dengan foto yang menunjukkan kotak pin di sebelah pintu tandas agar pelanggan boleh memasukkan nombor kata laluan. Turut serta dalam foto tersebut adalah arahan penggunaan tandas tersebut.\nAntara komen netizen:\n \nJangan pula korang terkejut jika restoran dan kafe lain di sekitar Lembah Klang akan mengaplikasikan cara ini di cawangan mereka.\n"} {"url": "https://myresipi.com/meatball-stew/", "title": "Meatball Stew Cara Swedish, Viral Hingga 389K Tontonan Di Facebook, Jom Cuba!", "body": "\nJom kita ramai-ramai cuba resipi Meatball Stew cara orang Swedish. Hidangan ini menggabungkan kentang dan kuah gravy yang dimasak secara perlahan dalam periuk pressure cooker. \nCara penyediaannya ini sangatlah mudah. Cuma perlu menggunakan beberapa jenis bahan sahaja.\nBaca juga: Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!\u00a0\nUntuk versi halal, kita boleh guna daging kisar daging dan ayam. Jadi tak lari jauh dari resipi yang dikongsikan sendiri oleh Chef Selebriti iaitu Donal Skehan ini.\u00a0\nPerkongsian chef ini tular hingga meraih sehingga 12k likes, 429 komen dan 389k tontonan! Memang ramai yang ingin mencubanya.\u00a0\nMemang comfort food kalau buat untuk dinner atau tengah tak ada mood nak makan nasi. Hiks!\n\nRESIPI MEATBALL STEW CARA SWEDISH\n\nTengok dari perkongsian chef ini pun dah buat kita terliurkan! Jom kita buat sendiri di rumah. Ini penulis olah sikit untuk korang cuba versi halal.\u00a0\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 biji bawang besar \u2013\u00a0 potong dadu\n1 ulas bawang putih \u2013 dikisar\n350g daging kisar\n350g ayam kisar\nsecubit garam\nSecubit lada putih\n100g serbuk roti\n1 biji telur\u00a0\nSegenggam daun dill \u2013 dicincang halus\nSegenggam daun parsley \u2013 dicincang halus\nButter\n400g baby potato \u2013 dibelah dua\n\nBahan Sos:\n\n2 sudu besar mentega\n1 sudu besar tepung biasa\n500ml stok daging lembu\nkrim 200ml\n\nBahan Hiasan:\u00a0\n\nDill segar\nKrim fraiche\nKacang hijau\nJem Lingonberry \u2013 optional\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul hingga sebati dan bentukkanbentuk meatball kecil.\n2. Masukkan butter ke dalam kuali dengan api sederhana dan goreng meatball hingga keperangan tetapi belum masak sepenuhnya. Goreng sedikit-sedikit supaya kuali tak penuh.\n3. Pindahkan meatball ke dalam periuk pressure cooker dan masukkan jus sebanyak mungkin, sebelum dimasukkan ke dalam kentang.\n4. Untuk membuat sos pula, cairkan butter dengan api perlahan dan masukkan tepung perlahan-lahan. Bila sebati, masukkan stok dan perlahan-lahan biarkan mendidih sambil terus dikacau. Tuangkan krim, gaul dan pindahkan ke dalam periuk perlahan.\n5. Masukkan semua adunan ke dalam periuk pressure cooker kemudian biarkan ia masak selama 4 hingga 6 jam.\n6. Hidangkan dengan taburan dill atau parsley segar, sebiji krim fraiche, sesudu kacang peas dan jem lingonberry jika ada. Siap untuk dimakan!\n\nMenu ringkas dan sangat sesuai dihidang buat anak-anak. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah macam ni. Anak-anak bosan di rumah dan asyik nak makan je. Menu ini juga cukup mengenyangkan.\u00a0\nSelamat mencuba!\nVideo Penuh:\u00a0\n\n323342141_169425199137280_5657926895262439460_n\n"} {"url": "https://myresipi.com/media-prima-catat-peningkatan-untung-bersih-suku-pertama/", "title": "Media Prima Catat Peningkatan Untung Bersih 26 Peratus Pada Suku Pertama 2022", "body": "\nKUALA LUMPUR: Media Prima Bhd merekodkan keuntungan bersih RM5.2 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022, meningkat 26 peratus daripada RM4.2 juta pada suku sama tahun lalu (1QFY21).\nBagaimanapun, perolehan kumpulan menyusut sedikit sebanyak 3.0 peratus kepada RM247.5 juta berbanding RM254.5 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.\nMenurut syarikat media bersepadu itu dalam kenyataan hari ini, pendapatan Media Prima dibantu dengan peningkatan sebanyak 14 peratus dari perolehan pengiklanan, iaitu kepada RM174.4 juta bagi tempoh dikaji berbanding dengan RM152.3 juta pada 1QFY21.\nKatanya, perkhidmatan pengiklanan kumpulan dipacu oleh Media Prima Omnia (Omnia), dengan strategi bersepadu yang memanfaatkan jenama-jenama popular Media Prima dan capaian yang tinggi, yang merentas pelbagai platform media.\nPengerusi Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Rafiq Razali.\n\u201cPerolehan pengiklanan dari keseluruhan segmen perniagaan kumpulan bertambah baik hasil sumbangan yang tinggi dari perniagaan penyiaran kumpulan,\u201d katanya.\nPengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, berkata pihaknya amat berpuas hati dengan pencapaian bagi 1QFY22.\n\u201cPencapaian ini telah disokong oleh hasil sumbangan perolehan pengiklanan yang amat tinggi merentas semua segmen perniagaan, menunjukkan bahawa kita telah mewujudkan strategi dan pasukan jualan yang berdaya saing di bawah Omnia.\n\u201cKumpulan percaya dan yakin bahawa Omnia akan mendapat manfaat dari pembukaan semula ekonomi yang telah mendorong para pengiklan meningkatkan perbelanjaan pengiklanan mereka.\n\u201cKita juga amat gembira dengan prestasi segmen penyiaran dan digital yang telah menyumbang dengan ketara kepada pendapatan keseluruhan kumpulan ini. Semua ini memberikan kita keyakinan bahawa kita sedang berada di posisi yang lebih kuat untuk memberi lebih banyak lagi sebagai syarikat media bersepadu,\u201d katanya.\nTambah beliau, tanpa keadaan yang tidak dijangka, kumpulan kekal optimistik untuk prestasi pada suku-suku yang akan datang dan akan beriltizam untuk terus memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada semua pihak berkepentingan.\nSementara itu Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali, berkata kumpulan melangkah ke tahun 2022 dengan mencatatkan keuntungan pada suku pertama berikutan dengan prestasi positif pada tahun 2021, walaupun tempoh tinjauan ini merupakan tempoh yang secara amnya mencabar dari aspek kewangan.\n\u201cIni membuktikan bahawa kumpulan akan kekal berdaya tahan walaupun dengan landskap media yang sering berubah dengan pantas. Namun begitu, dengan peningkatan cabaran dan persaingan akan terus berkembang, kita akan terus menyesuaikan dan melakukan pembaharuan untuk memastikan Media\nPrima dapat memberikan yang terbaik kepada pengiklan, dan kepada 98 peratus isi rumah rakyat Malaysia yang kita santuni.\n\u201cIni termasuk memposisikan semula perniagaan perdagangan kita untuk memanfaatkan semua kekuatan kita sebagai syarikat media bersepadu. Kami akan terus memanfaatkan semua platform media dan semua data yang sedia ada merentas perniagaan kami untuk memberikan pengalaman yang lebih baik untuk tiga juta pelanggan WOWSHOP.\n\u201cSebagai pengeluar kandungan terbesar, kita akan terus menitikberatkan penciptaan kandungan, untuk memenuhi permintaan kandungan tempatan dari perkhidmatan penstriman global. Melangkah ke hadapan, matlamat kami adalah untuk mewujudkan\u00a0lebih banyak sinergi di seluruh perniagaan kami untuk menampilkan nilai kami sebagai kumpulan media bersepadu terkemuka di Malaysia,\u201d kataya.\n"} {"url": "https://myresipi.com/media-prima-kekal-prestasi-kukuh-catat-keuntungan-lebih-tinggi-rm20-8-juta/", "title": "Media Prima Kekal Prestasi Kukuh, Catat Keuntungan Lebih Tinggi RM20.8 Juta", "body": "\nMedia Prima Bhd, kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia mencatatkan keuntungan selepas cukai RM20.8 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2022, meningkat 24 peratus berbanding RM16.8 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.\nKeuntungan bersih bagi suku kedua tahun kewangan dikaji meningkat sebanyak 23 peratus kepada RM15.6 juta daripada RM12.7 juta pada suku perbandingan.\nHasil pengiklanan dan jualan kandungan Media Prima terus menjadi penyumbang utama kepada prestasi kewangan keseluruhan, dengan peningkatan bagi semua perniagaan kumpulan.\nPeningkatan hasil pengiklanan sebanyak sembilan peratus kepada RM370.5 juta pada enam bulan berakhir 30 Jun 2022 daripada RM341.1 juta pada tempoh sama 2021 dipacu oleh cabang penyelesaian media kumpulan, Media Prima Omnia.\nPengiklanan lumpulan diterajui oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen penyiaran yang diwakili oleh Rangkaian Televisyen Media Prima dan Media Prima Audio telah mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 15 peratus kepada RM243.8 juta pada separuh pertama 2022 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.\nHasil daripada perniagaan digital Media Prima, REV Media Group, meningkat 15 peratus kepada RM47.9 juta.\nPerniagaan pengiklanan luar rumah Media Prima, Big Tree, mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 13 peratus kepada RM56 juta, mencerminkan pulangan secara beransur dalam permintaan untuk pengiklanan luar rumah.\nHasil jualan kandungan meningkat 39 peratus dalam tempoh semasa berikutan peningkatan permintaan bagi kandungan tempatan daripada penyedia perkhidmatan penstriman sedia ada dan baharu.\nPengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, berkata kumpulan berbesar hati untuk mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan dalam pengiklanan merentasi perniagaan pada enam bulan berakhir 30 Jun 2022 walaupun menghadapi cabaran ekonomi.\n\u201cIni bukan sahaja menunjukkan pemulihan dalam perbelanjaan pengiklanan, ia juga mengesahkan bahawa Media Prima telah menjadi peneraju dalam industri media dan hiburan.\n\u201cSaluran televisyen kami kekal paling banyak ditonton di negara ini manakala jenama kami adalah sumber utama untuk kandungan berita dan hiburan dalam kalangan rakyat Malaysia. Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperkukuh kelebihan daya saing ini,\u201d katanya dalam satu kenyataan, semalam.\nPengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid\nPengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali, berkata prestasi sepanjang enam bulan menunjukkan keupayaan kumpulan untuk memanfaatkan kekuatannya.\n\u201cKami berbesar hati dengan sokongan yang berterusan daripada pelanggan dan kumpulan akan terus memperkukuh aliran pendapatan pengiklanan dan penciptaan kandungan kerana ini adalah pemacu strategik utama kami.\n\u201cKami berharap dapat memberi lebih nilai kepada pelanggan serta menyampaikan kandungan berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia.\nPengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali\n\u201cDengan ini, ditambah dengan pembaikan proses berterusan dan peningkatan kecekapan operasi akan menguatkan lagi kedudukan kumpulan daripada sebarang halangan pasaran bagi memasuki separuh kedua tahun kewangan,\u201d katanya.\n"} {"url": "https://myresipi.com/media-prima-raih-keuntungan-rm745-2-juta-bagi-tempoh-9-bulan/", "title": "Media Prima Raih Keuntungan RM745.2 Juta Bagi Tempoh 9 Bulan", "body": "\nMedia Prima Berhad kekal berdaya tahan dengan mencatatkan hasil RM745.2 juta dan\u00a0RM27.0 juta keuntungan untuk sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2022.\nMeda Prima Raih Peningkatan 15%\nSecara kesuluruhannya, Media Prima mencatatkan peningkatan sebanyak 15% berbanding tahun lepas (tempoh terakhir 30 September 2021).\nAnak syarikat penyelesaian pemasan, Media Prima Omnia pula catat peningkatan sebanyak 7%\u00a0berbanding tempoh sebelumnya.\n\nPenyiaran yang diwakili oleh Rangkaian Televisyen Media Prima dan Media Prima Audio turut\u00a0merekodkan pertumbuhan hasil sebanyak 9% kepada RM355.1 juta berbanding\u00a0RM326.0 juta pada tempoh sebelumnya.\nHasil jualan kandungan (content) juga meningkat 58% ke\u00a0RM45.8 juta berbanding RM29.1 juta pada tempoh sebelumnya.\nRev Media Group Turut Catat Peningkatan\nAnak syarikat digital kumpulan, REV Media Group turut mencatatkan\u00a0kenaikan hasil sebanyak 11% dari RM66.6 ke RM73.8 juta.\nHasil dari segmen pengiklanan luar rumah kumpulan, Big Tree juga meningkat sebanyak 23% dalam tempoh kini berbanding sebelumnya, menunjukkan kenaikan permintaan untuk\u00a0pengiklanan-luar-rumah.\nKumpulan juga melaporkan keputusannya untuk tiga bulan dalam tinjauan yang berakhir\npada 30 September 2022, merekodkan hasil RM237.2 juta dan Keuntungan Selepas Cukai\u00a0sebanyak RM6.1 juta.\nHasil pengiklanan kumpulan juga meningkat 4% dalam suku tahun kini\u00a0berbanding suku tahun sebelumnya yang berakhir pada 30 September 2021.\nRaih Jumlah Tontonan Paling Tinggi\nRangkaian Televisyen Media Prima kekal sebagai rangkaian televisyen yang paling tinggi jumlah tontonan, merangkum lebih daripada 39 peratus audiens televisyen Malaysia pada masa kini, menunjukkan peningkatan sebanyak tujuh peratus berbanding tempoh sebelumnya.\nTV3 terus menjadi saluran televisyen yang paling ditonton di Malaysia, dengan 25 peratus perkongsian audiens.\nKumpulan komited untuk membawa masuk program yang terbaik untuk penonton Malaysia, menerusi kolaborasi bersama Hunan Broadcasting System, salah satu rangkaian televisyen terkemuka di negara China, untuk bersama-sama menghasilkan dan menyiarkan kandungan yang dihasilkan oleh Hunan di 8TV.\nPada September 2022, REV Media Group telah memperoleh hak milik intelek Tantannews, portal berita sosial popular berbahasa Cina daripada Monster Scape Sdn Bhd, untuk mengembang dan menguatkan capaian dalam kalangan komuniti berbahasa Cina atas talian.\nIni akan memacu perkembangan rangkaian bahasa Cina REV Media Group, termasuk jenama popular seperti ViralCham, Rojaklah, 8TV dan 8FM.\n\nPengerusi Kumpulan, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, berkata prestasi kewangan Media Prima mencerminkan landskap operasi dinamik yang sedang dihadapi oleh kumpulan.\n\u201cNamun begitu, kami mencatatkan hasil yang memberangsangkan, merekodkan keuntungan suku tahunan yang berturut-turut sambil mengekalkan posisi teratas merentasi semua perniagaan.\n\u201cSebagai kumpulan media terkemuka, kami akan kekal optimistik bagi tempoh mencabar yang akan datang. Kami akan fokus untuk menambah baik kecekapan dalaman dan meneliti kos operasi kumpulan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\nPengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali, berkata: \u201cKami berpuas hati dengan sumbangan hasil pengiklanan yang terus mencatatkan pertumbuhan, justeru, mencerminkan\u00a0populariti jenama kami dalam kalangan pengiklan.\n\u201cNamun begitu, pemerhatian kami menunjukkan bahawa kumpulan sedang berhadapan dengan sentimen pengguna yang tidak menentu serta peningkatan persaingan tempatan dan global yang menjejaskan hasil bukan-pengiklanan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami akan menggunakan kemampuan kami untuk terus maju. Dengan kepelbagaian data di beberapa platform media, kami dapat memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk penilaian yang lebih baik, mendapatkan lebih banyak pendengar, pembaca serta meluaskan capaian digital di masa akan datang.\u201d\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/media-prima-terus-cemerlang-raih-tiga-anugerah-di-asian-academy-creative-awards-2022/", "title": "Media Prima Terus Cemerlang, Raih Tiga Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2022", "body": "\nRangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) mengungguli tiga anugerah pada peringkat nasional Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022 yang telah diumumkan baru-baru ini menerusi Tinta Syurga (TV3), 999 \u2018Jenayah Banjir\u2019 (TV3) dan \u2018My Dream, My Wish\u2019 (8TV).\u00a0\nTinta Syurga, Asian Academy Creative Award 2022\n\nDokumentari istimewa Nuzul Al-Quran yang bertajuk Tinta Syurga telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Asian Academy Creative Award 2022 di bawah kategori Best Documentary Programme (One-Off). Tinta Syurga juga telah tercalon dalam kategori Goddess of Creativity Award. Tinta Syurga adalah sebuah dokumentari menceritakan tentang misi menghasilkan mushaf (naskhah Al-quran bertulis tangan) untuk percetakan Al-Quran di Malaysia. Sebelum Al-Quran dicetak, kerja-kerja penyalinan Al-Quran dilakukan secara manual dengan tangan menulis di atas manuskrip bersaiz A1.\u00a0\n999, Best Current Affairs Programme\n\nProgram yang mengisahkan tentang jenayah, 999 telah memenangi anugerah Best Current Affairs Programme or Series di Asian Academy Creative Award 2022. Program 999 menerusi episod \u2018Jenayah Banjir\u2019 berjaya meraih perhatian ramai dengan paparan kejadian-kejadian jenayah yang berlaku ketika banjir besar melanda Taman Sri Muda, Shah Alam pada akhir tahun lalu. Beberapa premis telah dipecah masuk dan ada juga cubaan merompak mesin ATM sekaligus menyebabkan banyak kerosakan harta benda sekitar tempat kejadian. Di dalam kesempitan ini juga ada yang mengambil kesempatan atas mangsa-mangsa banjir dengan melarikan kereta yang terkandas dalam banjir di samping pelbagai kejadian lain yang berlaku ketika banjir teruk melanda di kawasan yang tidak dijangka ini.\n\u201cMy Dream, My Wish\u201d, Best Single Drama/Telemovie/Anthology Episode\n\nManakala, \u201cMy Dream, My Wish\u201d, terbitan 8TV turut meraih anugerah Best Single Drama/Telemovie/Anthology Episode. Telefilem ini mengisahkan tentang seorang graduan bernama Chang Yong yang menganggur ketika pandemik dan berazam untuk memenuhi hasrat terakhir bapanya dengan menceburi perniagaan membuat pau yang dimiliki oleh keluarganya. Sepanjang pengalaman dan perjalanan dengan mendiang ayahnya yang masih muncul dalam dunia realiti, Chang Yong belajar bagaimana untuk menjadi orang yang lebih bertanggungjawab dan mendekatkan diri dengan ibu dan kakaknya.\nTahniah kepada penerbitan krew Tinta Syurga (TV3), 999 \u2018Jenayah Banjir\u2019 (TV3) dan \u2018My Dream, My Wish\u2019 (8TV) yang berjaya mewakili Malaysia pada peringkat nasional Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022.\u00a0\nLayak bersaing dengan lebih 10 buah negara Asia Pasifik\nSecara tidak langsung, kemenangan ini terus melayakkan Rangkaian Televisyen Media Prima untuk bersaing dengan program-program dari lebih 10 buah negara Asia Pasifik pada malam Grand Awards and Gala Finals yang bakal diadakan pada 7 dan 8 Disember ini di Singapura.\n"} {"url": "https://myresipi.com/mee-celup-ala-ala-thai-di-johor-bharu-anda-wajib-cuba/", "title": "Mee Celup Ala-Ala Thai Di Johor Bahru, Anda Wajib Cuba", "body": "\nAnda yang kini berada di Johor Bahru teringinkan mee celup yang sedap? Haa anda telah datang ke tempat yang betul.\nSebuah akaun di Twitter @visitjohor_ ada berkongsi satu tempat makan yang menjual makanan thai yang sedap. Keistimewaan mereka sudah tentulah mee celup yang menjadi tarikan pelanggan di sini.\nSelain itu, mereka juga ada menyediakan beberapa jenis makanan lain yang boleh anda cuba. Memang tak rugilah kalau anda datang ke sini.\nMee Celup Ala-Ala Thai Di Johor Bahru, Anda Wajib Cuba:\n\u201d Siapa yang teringin nk layan Mee Celup ala Thai kat JB ni, korang wajib pergi Wani Mee Celup Kg Melayu Majidee \u201d\n\u201d Macam-macam mee korang boleh pilih mcm maggi, bihun, & kuetiau. Lepas tu level pedas pon boleh adjust sendiri ikut selera masing masing, tambah je topping yang atas meja tu \u201d\n\n\n\n\nNampak menarik kan? Haa untuk mee celup, anda boleh memilih jenis mee yang ada mahu. Mereka akan memberi pilihan sama ada mee, kuetiaw dan juga bihun. Untuk level kepedasa pula, anda boleh memilih level kepedasan yang anda mahu.\nSelain itu, ramai juga yang suka dengan Som Tam mereka tau. Dan yang bestnya keropok lekor di sini juga sangatlah sedap dan murah!\n\u201c Wow, mesti mantap lahhhh \u201c\n\u201c Tak lengkap lah menu ala Thai kalau takde Som Tam, nak lagi best order keropok lekor serendah RM3 pon ada. Sure balik rumah pon mesti terbayang. Apa lagi, malam ni menu mee celup lahhh! \u201d\n\n\n\n\nJadi orang Johor, anda tunggu lagi apa lagi? Jom la serbu kedai ni!\nAlamat: Jalan Bunga Ros, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru\nWaktu Beroperasi: 11:00 Pagi \u2013 12:00 Malam\nHubungi: 017-7167034\n"} {"url": "https://myresipi.com/mee-kangkung/", "title": "Mee Kangkung Ala Masakan Betawi, Menu Berkuah Sedap dan Manis Wajib Cuba!", "body": "\nMee Kangkung Ala Masakan Betawi, Menu Berkuah Sedap dan Manis Wajib Cuba!\nMee kangkung ialah mee sup sayur Indonesia dengan kangkung, biasanya dihidangkan bersama bebola daging dan cendawan. Ia adalah keistimewaan masakan Betawi, Indonesia.\nHidangan ini adalah sup pekat berwarna gelap, diperbuat daripada sup ayam atau daging lembu, yang pekat dengan ubi kayu, diperisakan dengan rempah ratus dan dicampur dengan bawang putih dan kicap manis.\nBaca juga: Tip Masak Mee Goreng Sedap, Kena Tuang Sedikit BAHAN Ini\u00a0\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Wita Lawin yang sudi berkongsi di laman Facebook. Memang nampak menyelerakan untuk dicuba.\u00a0\n\nRESIPI MEE KANGKUNG ALA MASAKAN BETAWI\n\nBahan rebusan udang:\n\n200g kepala dan kulit udang segar\n4 liter air\n\nBahan-bahan kuah:\n\n1kg isi ayam dipotong dadu\n500g cendawan butang\n1 keping halia dihiris nipis\n10 biji bawang merah, puri\n7 ulas bawang putih, ditumbuk\nGaram secukup rasa\n1 sudu kecil lada tanah\n5 sudu besar sos tiram\n7 sudu besar kicap manis\n2 sudu besar kicap\n2 sudu besar sos ikan\n2 sudu besar minyak bijan\n3 sudu besar bawang goreng\n5 ulas bawang hijau dihiris nipis\n5 sudu besar tepung jagung\nMinyak masak untuk menumis\n\nBahan isi:\n\nMee hokkien / Mee lidi\nKangkung \nTauge \n\nCara-cara penyediaan:\n1. Rebus air rebusan udang yang dipegang dengan api sederhana selama 1 jam, kemudian keluarkan kulit udang dan kepala udang yang digunakan untuk membuat air rebusannya.\n2. Panaskan kuali, tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihancurkan, masukkan ayam potong dadu dan halia yang dihiris.\n3. Masukkan cendawan setelah ayam bertukar keputihan, masukkan cendawan. Kacau hingga sebati.\n4. Masukkan lada sulah, garam, sos tiram, kicap, kicap dan sos ikan. kacau hingga sebati.\n5. Masukkan daun bawang, kacau rata. Setelah sekata masukkan adunan ke dalam rebusan udang yang telah dibuat.\n6. Masak dengan api perlahan selama 30-60 minit sehingga ayam dan cendawan mengeluarkan jusnya.\n7. Masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dalam air, kacau rata. Masukkan bawang goreng dan minyak bijan.\n8. Mee sup kangkung sedia untuk digunakan\nCara menghidangkan:\n\nSusun mee yang telah direbus dengan topping kangkung dan taugeh. siram dengan mee sup kangkung. Taburkan dengan bawang goreng.\n\n\nNota tambahan:\n\nMee kangkung sedap dimakan dengan titisan air limau purut.\nMasukkan sos cili api merah yang telah direbus kemudian ditumbuk atau dikisar.\nLebih bagus lagi jika ada telur puyuh yang selepas mendidih dikupas dan dimasukkan ke dalam kuah yang telah diproses.\nKalau nak kuah tanpa udang dan nak guna udang kering pun boleh, tapi kanak-kanak tak berapa suka udang kering sebab baunya agak kuat.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Mee Kuning \u2018Homemade\u2019, Lagi Kenyal Dan Jimat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/mee-sanggul-goreng-basah/", "title": "Mee Sanggul Goreng Basah, \u2018Auto\u2019 Bertambah-tambah Dibuatnya!", "body": "\u00a0\n\nPernah cuba Mee Sanggul? Memang sedap tau! Tapi agak sukar nak jumpa hidangan ini di kedai. Kalau ada jual, memang \u2018rare\u2019 lah!\u00a0\nHidangan ini agak popular di negeri belah utara iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Jadi memang agak susah nak jumpa bila duduk di tempat lain. Kena beli borong baru puas hati nak masak bila-bila.\u00a0\nKalau ada mi ini di rumah, kerja memasak pun jadi senang. Boleh disimpan lama kerana mi ini adalah jenis mi kering. Jadi bila-bila nak makan, tinggal masak je.\nBaca juga: Cara Buat Mee Kuning \u2018Homemade\u2019, Lagi Kenyal Dan Jimat!\nTeksturnya pula nipis dan lembut. Ramai yang suka mi sanggul kerana lebih sedap daripada mi kuning biasa. Sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan ataupun minum petang. Tapi kalau yang jenis bujang\u00a0\nJom cuba resipi dari perkongsian dari Nurul Ateekah di Facebook ini. Resipinya ini trending kerana mendapat 3k tanda suka, 384 komen serta 3.5 perkongsian. Fuhh! memang ada ramai penggemarnya termasuklah min. Hiks!\n\nRESIPI MEE SANGGUL GORENG BASAH\nPortion hidangan: 2-4 orang\n\nBahan-bahan:\n\n\n2\u00a0 paket mi sanggul (direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan )\n\n\n\nUdang (dicuci bersih)\n\n\n\n4 biji telur\n\n\n\n4 ulas bawang putih (dikatok)\n\n\n\n1 biji Tomato (belah 4)\n\n\n\nKucai\u00a0\n\n\n\nTaugeh\u00a0\n\n\n\n7 sudu besar cili kisar\u00a0\n\n\n\n4 sudu besar sos tiram\u00a0\n\n\n\n4 sudu besar sos cili\u00a0\n\n\n\n4 sudu besar sos tomato\u00a0\n\n\n\nKicap Manis\u00a0\n\nGaram\n\nCara-caranya:\n1. Panaskan minyak , tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.\n\n2 . Kemudian , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.\n\n3. Masukkan udang . Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.\n\n4. Masukkan sos tiram , sos cili , sos tomato , kicap manis dan serbuk perasa. Gaulkan sekata.\n\n5. Masukkan tomato, dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.\n\n6. Masukkan mi sanggul, taugeh dan kucai . Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika .\n\n7. Angkat dan siap untuk dihidang.\n\n\n\n\nMudah je kan! Cara memasaknya sama sahaja macam menggoreng mi kuning. Anak-anak mesti suka lah mi sanggul goreng basah ini. Tak pandang mi kuning dah lepas ni. Selamat mencuba!\n\nBaca juga: Tip Masak Mee Goreng Sedap, Kena Tuang Sedikit BAHAN Ini\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/mee-tepung/", "title": "Mee Tepung Chinese Style, Uli Sendiri Guna 4 BAHAN Ini", "body": "\nMee Tepung Chinese Style, Uli Sendiri Guna 4 BAHAN Ini.\nResipi mee tepung chinese style merupakan hidangan yang paling mudah dibuat. Sesuai buat mereka yang tidak sihat, orang tua dan juga kanak-kanak. Hidangan ini juga dikatakan berkhasiat, lembut, sedap dan cukup mengenyangkan.\nBaca juga: Mee Kangkung Ala Masakan Betawi, Menu Berkuah Sedap dan Manis Wajib Cuba!\nSesetengah orang mungkin menggenali resepi ini dengan nama pan mee. Yang mana meenya juga akan dibuat dan diuli sendiri menggunakan tepung gandum. Tepung gandum perlu diuli bersama bahan-bahan lain sehingga menjadi doh yang lembut.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Noniey Niey ini.\u00a0\n\nRESIPI MEE TEPUNG\n\nBahan mee:\n\n1 1/2 cawan tepung gandum\n1 biji telur\nGaram\nAir\n\nBahan kuah sup:\n\nSedikit ikan bilis/ 2 kiub ikan bilis\nSeparuh bawang holland\nBawang putih (ikut citarasa)\nIsi ayam\n\nBahan hiasan:\u00a0\n\nTofu ikan\nFishball\nDaun cekuk manis/ apa saja jenis sayur yang anda suka\nBawang goreng\nCili potong + kicap\nIkan bilis goreng\n\nCara-cara membuat:\n1. Rebus semua bahan kuah sup sehingga mendidih.\n2. Kemudian, sediakan mee. Satukan semua bahan untuk mee dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.\n3. Biarkan seketika dan carik-carikkan ikut saiz yang anda suka. Boleh dicanai dan dipotong-potong untuk mendapatkan tekstur yang cantik.\n4. Seterusnya, masukkan doh tepung yang telah dicarik-carik tadi ke dalam kuah sup. Rebus sehingga masak.\n5. Masukkan semua bahan hiasan satu persatu dan siap untuk dihidang!\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Dry Chilli Pan Mee, Lelaki Ini Kongsi Cara Sedap Masak, Ikut Resipi Di Sini\n"} {"url": "https://myresipi.com/mee-udang-penang-mari-ikut-resipi-mak/", "title": "Jom Masak \u2018Mee Udang Penang Mari\u2019 Ikut Resipi Mak, Sedap Tak Terkata!", "body": "\nTeringin nak makan Mee Udang yang sedap?\u00a0 Saudara Muhsein Muh ada kongsikan resipi Mee Udang Periuk dari Penang hasil resipi dari ibunya.\nResipi ringkas sahaja tapi lihatlah kuahnya, sangat membuka selera. Sesuai untuk sajian 6-8 orang. Jom cuba!\nResipi Mee Udang Periuk Penang\nBahan-bahan:\n\n1 genggam cili kering\n2 biji ubi keledek merah \u2013 rebus terlebih dahulu\n2 biji ubi kentang \u2013 rebus terlebih dahulu\n1/2 genggam kacang tanah\nUdang segar secukupnya \u2013 untuk kisar dan dimasukkan ke dalam kuah\n1 biji bawang merah besar \u2013 kisar halus\n3 ulas bawang putih \u2013 kisar halus\nSos tiram secukupnya\n1 tangkai daun sup\n1 biji tomato\nGaram, gula dan perasa secukupnya\n\nBahan-bahan lain:\n\n1 paket mi kuning\nTauhu \u2013 digoreng\nBawang goreng\nTauge dan telur rebus\nLimau kasturi\n\nCara memasak:\n\nKisar cili kering bersama isi udang dengan secukupnya. Jika mahu kisar udang bersama kulit dan kepalanya, kisar secara berasingan, tapis dan barulah dicampur bersama kisaran cili.\nSeterusnya kisar pula ubi keledek merah, ubi kentang dan juga kacang tanah.\nPanaskan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.\nMasukkan kesemua bahan-bahan kisar dan juga air. Sebatikan.\nBila kuah mula mendidih, masukkan sos tiram, daun sup dan hirisan tomato. Masak lagi hingga sekata.\nPerasakan dengan garam, gula dan juga perasa dengan secukupnya.\nAkhir sekali, masukkan udang. Biar hingga udang masak sepenuhnya.\n\nAngkat kuah dan hidangkan bersama mi dan juga bahan-bahan sampingan yang lain.\n\n\nKredit: Muhsien Muh\nBaca juga: Tips Buat Roti Goreng Sardin Yang \u2018Rangup\u2019, Kena Perah Sedikit Asam Limau\n"} {"url": "https://myresipi.com/meh-ikut-resepi-potato-chips-rangup-jimat-tak-payah-beli-dah/", "title": "Meh Ikut Resepi Potato Chips Rangup, Jimat Tak Payah Beli Dah", "body": "\nSambil layan Netflix mengunyah potato chips, memang heaven!\nSekarang anda dah tak perlu susah payah beli lagi potato chips, buat sendiri saja memang berbaloi.\nSeorang warganet baik hati telah berkongsi resepi kentang goreng paling rangup dan senang di media sosial dan menjadi tular.\nRata-rata berpuas hati dengan resepi yang dikongsikan dan rasanya memang macam produk kedai.\n\nBaca Juga: Resepi Loaded Potato Bowl Ala KFC, Lagi Puas Dapat Makan Banyak!\n\nJika dibeli di luar, sebungkus potato chip rasa sikit sangat dan rasa tak puas makan kan? Jadi, apa kata kita cuba resipi ini.\n\n\nKentang Goreng Rangup ( Potato Chip)\nBahan-bahan:\n3 biji kentang\n2 sudu makan cuka\n500ml air\nSedikit penrencah maggi kari\nSedikit penrencah pasti sedap Knorr\nMinyak untuk menggoreng\nCara nak buat potato chip:\n1. Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisah kupas buah.\n2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.\n3. Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.\n4. Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah sedap Knorr atau apa-apa yang anda suka ikut tekak sendiri. (sebagai perasa)\nKacang je kan. Selamat mencuba semua!\n\nSumber: Inspirasi Resepi\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/meja-makan-anda-mesti-lebih-berseri-dengan-4-resepi-kuih-warna-warni-planta-ni/", "title": "Meja Makan Anda Mesti Lebih Berseri Dengan 4 Resepi Kuih \u2018Warna-Warni\u2019 PLANTA Ni!", "body": "\nDah tiba masanya untuk kita semua menguli tepung dan membuat kuih raya di rumah bukan?\nAda saja pelbagai idea yang nak dibuat untuk dihidangkan masa hari raya Aidilfitri. Tentunya, ramai yang bersaing nak menyediakan kuih yang paling cantik dan sedap. Bukan setakat kena cantik dan warna-warni, kenalah sedap dan enak dimakan betul tak?\nNak hasilkan kuih raya yang menarik perhatian, kenalah guna bahan yang sesuai supaya kuih raya lebih beraroma dan sedap dimakan.\u00a0\nNak tau rahsianya, kenalah follow resepi ini. Yang penting, kita kena ada bahan utama iaitu PLANTA.\u00a0\u00a0\n\n\nResepi Biskut Lidah Kucing\n\nBahan-bahan:\n\n250g PLANTA\n175g Gula Kastor\n100ml Putih Telur\n200g Tepung Gandum\n50g Tepung Jagung\n\u00bc sudu kecil Emplex\n\u00a0Pewarna Makanan (Merah, oren, kuning, hijau & biru)\n\nCara-cara:\n1. Putarkan PLANTA bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan putih telur dan putarkan sekali lagi.\n2. Tambahkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Kacau sebati.\n3. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan mengikut pewarna yang anda suka.\n4. Paipkan adunan ke atas loyang dan bakar di dalam oven selama 20 minit pada suhu 160C.\n5. Dah siap dah kita punya Biskut Lidah Kucing. Selamat mencuba!\nResepi Rainbow Semperit\n\nBahan-bahan:\n\n\n350g PLANTA\n1 \u00bd cawan gula aising\n2 biji kuning telur\n1 \u00bd tsp esen vanila\n400g tepung jagung\n1 cawan tepung gandum\n1 cawan tepung kastad\nPewarna makanan (Merah, oren, kuning, hijau)\n\nCara-cara:\n1. Sebatikan PLANTA dan gula aising kemudian letakkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.\n2. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan tepung kastad. Sebatikan semua bahan sehingga menjadi doh.\n3. Warnakan doh mengikut warna pilihan anda.\n4. Ambil doh yang berlainan warna dan campurkan. Paipkan doh ke atas loyang pembakar dan bakar di dalam oven selama 15 minit pada suhu 170C.\n5. Rainbow semperit siap untuk dihidangkan!\nResepi Kek Buah\n\nBahan-bahan:\n\n\n150g PLANTA\n220g tepung gandum\n1tsp serbuk penaik\n\u00bd tsp garam\n3 biji telur\n250g buah campuran kering (direndam dan ditapis)\n65g gula kastor\n3 tbsp susu pekat\n1 biji kulit oren\n\nCara-cara:\n1. Ambil buah campuran kering, gaulkan dengan sedikit tepung gandum sehingga rata dan ketepikan.\n2. Masukkan PLANTA dan gula kastor di dalam pengadun dan putar sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga sebati. Tambahkan susu pekat dan kulit oren dan gaul rata.\n3. Tambahkan tepung gandum, garam dan serbuk penaik dan gaul rata.\n4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan buah campuran kering di atas kek.\n5. Bakar di dalam oven selama 60 minit pada suhu 160C.\n6. Kek buah sedia untuk dihidang!\nResepi Biskut Suji Kristal\n\nBahan-bahan:\n\n\n250g PLANTA\n110g gula aising\n\u00bd tsp garam\n50g badam kisar (disangai)\n125g tepung jagung\n300g tepung gandum\nPewarna makanan (Kuning, hijau & merah )\nGula kastor (untuk salutan biskut)\n\nCara-cara:\n1. Sebatikan PLANTA bersama gula aising. Masukkan badam kisar, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul kesemua bahan sehingga menjadi doh.\n2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.\n3. Ambil sedikit doh daripada setiap warna dan timbang 10g setiap satu.\n4. Susun di atas loyang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 170C.\nYang lagi best, anda mungkin layak menang hadiah dan baucar lumayan daripada PLANTA!\n\nAnda mungkin dapat hadiah Kitchen Aid yang bernilai RM2500 dan baucar habib bernilai RM200 tau. Nak tau caranya? Senang saja!\n\nLangkah 1: Beli produk PLANTA bernilai RM25 dan ke atas dalam satu resit. Tuliskan nama dan nombor kad pengenalan di atas resit. \n\nLangkah 2: Taip consentWA dan hantar ke 0182283803. \n\nLangkah 3: Tangkap gambar resit dengan jelas dan hantar ke nombor 0182283803. \n\nTunggu apa lagi? Jom sertai sekarang!\u00a0\nUntuk info lebih lanjut, boleh layari laman web atau media sosial di Facebook dan Instagram.\n"} {"url": "https://myresipi.com/mekdi-keluar-menu-baharu-burger-kam-heong-pedas-jom-cuba-gais/", "title": "\u2018Mekdi\u2019 Keluar Menu Baharu, Burger Kam Heong Pedas, Jom Cuba Gais!", "body": "\nBurger Kam Heong Pedas. Fuhh lain daripada yang lain Mekdi Malaysia keluarkan menu baru kali ini.\nNak dekat dengan citarasa tempatan, McDonald\u2019s memperkenalkan burger perisa baru yang boleh didapati hari ini berdekatan restoran mekdi terdekat korang.\nBaca juga: Resepi Ayam Masak Kam Heong Versi Simple Tapi Menyelerakan\nUntuk info korang, Kam Heong adalah makanan tradisional kaum Cina di Malaysia yang biasanya diperbuat dengan udang.\n\n\nPerisa Kam Heong ini sedikit sebanyak telah diterapkan di dalam burger Mekdi ini.\nKalau korang ngap sekali burger ini, akan dapat merasai rasa juicy dan rangup pati ikan atau ayam yang menaikkan selera korang.\nTunggu apa lagi gais? Cepat singgah di restoran berdekatan dan cuba set burger Kam Heong Pedas ini~\nMin pun nak cau dulu dan rasai sendiri keenakkannya. Nanti kita kasi review rasa ya.\n\nSumber: McDonald\u2019s Malaysia\n"} {"url": "https://myresipi.com/mencari-resepi-nasi-beriani-gam-yang-sedap-mudah-jom-cuba-resepi-ini-confirm-jadi-2/", "title": "Mencari Resepi Nasi Beriani Gam Yang Sedap & Mudah? Jom Cuba Resepi Ini, Confirm Jadi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-30 04:47:55\n\n\nNasi Beriani Gam merupakan satu variasi daripada nasi beriani yang merupakan masakan berasaskan nasi yang dicampur rempah. Biasanya nasi beriani menggunakan beras basmati dan ayam, daging kambing, ikan, telur atau sayur-sayuran.\u00a0\n\u00a0\nHidangan nasi beriani gam paling dicari masa kenduri kendara, hari raya mahupun majlis perkahwinan. Hidangan ini menjadi kesukaan ramai sebab senang dimasak dan sangat sedap. Anda yang teringin resepi Nasi Beriani Gam yang super sedap boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Esya Eisya di kumpulan Resepi Masakan di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\u00a0\nKredit: Esya Eisya\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n3 cawan beras moghul faiza.\nAyam separuh potong sedang-sedang.\n1 senduk rempah beriani mak siti.\n4 cawan air (guna cawan yang sama sukat beras).\nHiris bawang merah dan putih agak-agak.\nSedikit 4 sekawan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih.\nSedikit daun pudina.\n1 biji tomato di potong 4.\n1 sudu minyak sapi.\nSetengah senduk minyak masak.\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\u00a0\nKredit: Esya Eisya\n\u00a0\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak masak dengan minyak sapi.\nKemudian masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan tumis sampai naik bau.\nMasuk rempah beriani yang sudah dibancuh sedikit air. Tumis sampai naik minyak.\nBila rencah dah pecah minyak, masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masuk 1 cawan air.\nBila dah nak didih masuk ayam, kacau dan tutup biar ayam cepat masak. Agak-agak ayam dah masak masukkan daun pudina dan tomato diatas ayam tak perlu kacau.\u00a0\nTerus masukkan beras yang sudah dibasuh lalu masukkan air 3 cawan ratakan dan tutup biar didih sehingga kering.\nBila dah kering kecilkan api dan titikkan pewarna kuning di atas. Nasi jangan kacau terus, tutup biarkan nasi betul-betul kering dan masak. Dah kering baru gaulkan.\n\n\u00a0\nTips:\n\nKalau nak pakai daging kena masakkan daging tu sampai empuk atau rebus dulu daging .\nRempah Beriani mak siti boleh letak lebih kalau nak nasi tu rasa berempah.\n\n\u00a0\n\n\u00a0\nKredit: Esya Eisya\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Esya Eisya\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/mencari-resepi-nasi-beriani-gam-yang-sedap-mudah-jom-cuba-resepi-ini-confirm-jadi/", "title": "Mencari Resepi Nasi Beriani Gam Yang Sedap & Mudah? Jom Cuba Resepi Ini, Confirm Jadi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-30 04:47:55\n\n\nNasi Beriani Gam merupakan satu variasi daripada nasi beriani yang merupakan masakan berasaskan nasi yang dicampur rempah. Biasanya nasi beriani menggunakan beras basmati dan ayam, daging kambing, ikan, telur atau sayur-sayuran.\u00a0\n\u00a0\nHidangan nasi beriani gam paling dicari masa kenduri kendara, hari raya mahupun majlis perkahwinan. Hidangan ini menjadi kesukaan ramai sebab senang dimasak dan sangat sedap. Anda yang teringin resepi Nasi Beriani Gam yang super sedap boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Esya Eisya di kumpulan Resepi Masakan di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\u00a0\nKredit: Esya Eisya\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n3 cawan beras moghul faiza.\nAyam separuh potong sedang-sedang.\n1 senduk rempah beriani mak siti.\n4 cawan air (guna cawan yang sama sukat beras).\nHiris bawang merah dan putih agak-agak.\nSedikit 4 sekawan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih.\nSedikit daun pudina.\n1 biji tomato di potong 4.\n1 sudu minyak sapi.\nSetengah senduk minyak masak.\n\n\u00a0\n\u00a0\n\n\u00a0\nKredit: Esya Eisya\n\u00a0\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak masak dengan minyak sapi.\nKemudian masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan tumis sampai naik bau.\nMasuk rempah beriani yang sudah dibancuh sedikit air. Tumis sampai naik minyak.\nBila rencah dah pecah minyak, masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masuk 1 cawan air.\nBila dah nak didih masuk ayam, kacau dan tutup biar ayam cepat masak. Agak-agak ayam dah masak masukkan daun pudina dan tomato diatas ayam tak perlu kacau.\u00a0\nTerus masukkan beras yang sudah dibasuh lalu masukkan air 3 cawan ratakan dan tutup biar didih sehingga kering.\nBila dah kering kecilkan api dan titikkan pewarna kuning di atas. Nasi jangan kacau terus, tutup biarkan nasi betul-betul kering dan masak. Dah kering baru gaulkan.\n\n\u00a0\nTips:\n\nKalau nak pakai daging kena masakkan daging tu sampai empuk atau rebus dulu daging .\nRempah Beriani mak siti boleh letak lebih kalau nak nasi tu rasa berempah.\n\n\u00a0\n\n\u00a0\nKredit: Esya Eisya\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Esya Eisya\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/menu-asal-dari-timur-tengah-ini-resepi-nasi-bukhari-bau-rempah-ratusnya-sangat-menyelerakan/", "title": "Menu Asal Dari Timur Tengah, Ini Resepi Nasi Bukhari! Bau Rempah Ratusnya Sangat Menyelerakan", "body": "Nasi Bukhari merupakan salah satu masakan dari timur tengah, ia boleh dikatakan masakan yang lebih kurang dengan nasi Arab. Kalau korang suka makan nasi yang berempah korang boleh cuba resepi ni. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Maya Farm di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nNASI BUKHARI AYAMNasi Bukhari merupakan salah satu masakan dari timur tengah, ia boleh dikatakan masakan yang lebih kurang dengan nasi Arab. Kalau korang suka makan nasi yang berempah korang boleh cuba resepi ni. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Maya Farm di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A\n3 pot beras \u2013 basuh dan toskan air\n\n1/2 ekor ayam \u2013 dipotong sederhana besar\n\nsebiji terung bulat yang kecil \u2013 potong bulat\n\n1/2 biji ubi kentang \u2013 potong dadu\n\nbunga kobis \u2013 potong biasa\n\n2 inci lobak \u2013 di potong memanjang dan kurus-kurus\n\nGaram\nBAHAN B (BAHAN MENUMIS)\n5 ulas bawang merah\n\n1 ulas bawang putih\n\n1/2 inci halia\n\n1 sudu makan rempah campuran\n\nBunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih \u2013 anggaran sendiri\n\nKredit: Nur KasihCARA PENYEDIAAN\nTumis bawang, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih \u2013 hingga kekuningan dan masukkan rempah campuran.\n\nKemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam separuh masak, masukkan terung, ubi,\u00a0 bunga kobis dan garam.\n\nTambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.\n\nMasak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan lobak , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/menu-baru-kfc/", "title": "Menu Baru Dari Timur Tengah Dengan Rasa Eksotik, Jom Serbu KFC!", "body": "\nKFC telah menambah menu baru dengan hidangan sedap menjilat jari ala Timur Tengah sempena dengan bulan Ramadan dan Syawal lah!\nBuat penggemar KFC, mesti seronok nak menikmati KFC Arabian Spice Crunch BAHARU, menu terbaru yang menggunakan rempah ratus Arab yang pasti menyengat.\nBaca juga: Mat Salleh Ini \u2018Claim\u2019 KFC Malaysia Paling Sedap Lepas Cuba Semua Francais Seluruh Dunia, Pergh!\u00a0\nIa bukan saja mempunyai rasa eksotik Timur Tengah yang mempunyai gabungan aneka rempah ratus Arab, malah ada banyak lagi rasa yang akan menyaluti lidah korang dengan ayam goreng Hot & Spicy signature KFC.\nBukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati cetusan rasa tajam namun beraromatik yang pedas, manis, dan salai (smoky) yang pastinya memuaskan selera korang dengan setiap gigitan rangup.\nBermula dengan harga RM17.49, KFC Arabian Spice Crunch sudah boleh didapati untuk waktu terhad di restoran KFC seluruh negara sejak 16 Mac yang lalu.\n\nKorang juga boleh menikmati hidangan ini melalui 3 pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal.\nSelain itu, KFC Bucket Kongsi dengan Nuget Pedas baharu juga boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul. Bucket ini pasti memeriahkan suasana himpunan Ramadan & Raya korang.\nSempena Ramadan, hidangan sahur seawal 4 pagi bermula 23 Mac\u00a0\nDemi memudahkan orang ramai, bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023, hidangan sahur boleh didapati seawal 4 pagi di restoran KFC terpilih seluruh negara di mana anda boleh mendapatkan hidangan sarapan penarik selera seperti:\n\nNasi Lemak KFC\nBubur Zinger\nKFC Hot Teh Tarik\n\n\n\nDapatkan KFC Arabian Spice Crunch, Bucket Kongsi, dan Sarapan KFC di restoran KFC seluruh negara sama makan di restoran, pandu lalu, Penghantaran & Self Collect.\nHidangan sahur pula boleh didapati melalui khidmat makan di restoran dan pandu lalu di restoran KFC Breakfast (24-jam) seluruh negara ketika bulan Ramadan.\nUntuk maklumat lanjut tentang menu baru ini, korang boleh layari laman KFC di sini atau muat turun aplikasi KFC.\nBaca juga: Restoran KFC, Pizza Hut ganti minuman Pepsi kepada Coca-Cola\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/menu-berbuka-mudah-ringkas-ini-resepi-kengsom-ikan-siakap/", "title": "Menu Berbuka Mudah & Ringkas, Ini Resepi Kengsom Ikan Siakap!", "body": "Selalunya kalau ikan siakap orang makan masak sweet sour tak pun siakap stim limau kan. Tapi kali ini kita buat kelainan sedikit buat kengsom ikan siakap, rasa masam dan pedas dari kuahnya tersebut memang pembuka selera. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nuur Syuhada di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKENGSOM IKAN SIAKAPSelalunya kalau ikan siakap orang makan masak sweet sour tak pun siakap stim limau kan. Tapi kali ini kita buat kelainan sedikit buat kengsom ikan siakap, rasa masam dan pedas dari kuahnya tersebut memang pembuka selera. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nuur Syuhada di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A\n1 labu bawang besar\n\n4 ulas bawang putih\n\n2 biji cili hidup\n\n2 biji cili Melaka\n\n1 ketul belacan\n\n1 inci kunyit hidup\n\n*Kisar semua bahan di atas\nBAHAN B\n1 ekor ikan siakap\n\n2 batang serai\n\n1/2 ikat kangkung\n\n1/4 biji nenas\n\nAsam jawa/limau nipis\n\nGaram dan gula secukup rasa\n\nKredit: Nuur SyuhadaCARA PENYEDIAAN\nMasukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam periuk. Tunggu sehingga mendidih.\n\nMasukkan serai yang dititik dan juga nenas.\n\nMasukkan ikan siakap, garam dan gula secukupnya. Perahkan limau nipis.\n\nMasukkan kangkung dan tutup api. Siap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/menu-berpantang-frozen/", "title": "Wanita Ini Kongsi 4 Menu Berpantang Frozen, Senang Bila Nak Makan Baru Panaskan", "body": "\nWaktu berpantang adalah waktu ibu berehat kerana wanita terlalu kehilangan banyak darah ketika bersalin. Secara umum, tempoh berpantang bagi wanita adalah 40 hingga 55 hari.\nDalam tempoh ini, setiap ibu dan wanita yang baru bersalin wajib mengikut amalan berpantang kerana takut mengundang mudarat.\nSelain itu, makanan dan cara masakan pula harus dibuat mengikut ajaran betul.\nBaca juga: Bosan Dengan Menu Berpantang Yang Sama? Jom Cuba 5 Resipi Istimewa Ini!\nJadi, untuk ibu dan bakal ibu yang mahu berpantang, kami sediakan beberapa resepi dari Nor Azizan untuk memudahkan kerja suami isteri.\n\n\n\n\nYa lah badan dan mental mesti penat kan masa tempoh berpantang ni? Senang je nanti. Masakan frozen tu boleh panaskan je. Jom baca menu berpantang frozen ini!\n1. Resipi Ikan Masak Asam\n\n\nBahan-Bahan:\nTomato diblend dengan air\nTomato dipotong dadu\nGaram\nGula\nBawang besar hiris-hiris dadu\nBelacan kalau suka (saya tak letak)\nAsam jawa sikit bagi masam\nCara Penyediaan:\nCampur semua bahan, gaul sampaii sebati kemudian perasakan dengan garam dan gula untuk dapatkan rasa masam- manis. Masin sikit. Adjust ikut selera masing-masing. Siap!\n2. Resipi Ayam Stim Halia\n\n\nBahan-Bahan:\nBawang putih dicincang\nHalis hiris\nKicap manis\nMinyak bijan\nGula\nGaram\n\nCara Penyediaan:\nGaul kesemua bahan dengan ayam. Perap selama satu jam, kemudian sedia untuk masak cara stim. Siap!\n3. Resipi Ayam Ungkep:\n\n\nBahan-Bahan:\nBawang putih\nBawang merah\nHalia\nKunyit\nKetumbar\nJintan\nCara Penyediaan:\nKisar Semua Bahan Di Atas.\nKemudian masukkan ke dalam kuali. Masukkan juga ayam, garam dan serai yang telah diketuk.\nMasukkan sedikit air.\nMasak sehingga ayam empuk dan kering Siap!\n4. Resipi Ayam Perap Madu:\n\nBahan-Bahan:\nBawang putih ditumbuk\nHalia ditumbuk\nSerai ditumbuk\nSos tiram\nKicap manis\nMadu\nGaram\nLada kering / dikisar\nCara Penyediaan:\nGaul ayam dengan semua bahan di atas sehingga sebati.\nBiarkan chiller dalam dua hingga tiga hari supaya perapan menyerap pada ayam.\nKemudian, baru pindahkan ke tempat beku.\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Nor Azizan\n"} {"url": "https://myresipi.com/menu-hari-raya-popular-di-pagi-aidilfitri/", "title": "Menu Hari Raya \u2018Popular\u2019 Di Pagi Aidilfitri, Setiap Negeri Berbeza Juadah!", "body": "\nMenu Hari Raya bagi setiap negeri di Malaysia adalah tidak sama. Untung siapa yang dapat pasangan berbeza negeri, boleh rasai budaya yang berbeza!\nBagi sesiapa yang mahu mencuba sesuatu yang berlainan dari biasa untuk dihidangkan pada Hari Raya tahun ini, jom kita tinjau 13 hidangan utama Hari Raya Aidilfitri bagi setiap negeri di Malaysia.\nBaa juga: Resipi Kuetiau Thng Untuk Open House Raya, Mesti Tetamu Puji Sedap!\nMENU HARI RAYA POPULAR SETIAP NEGERI\n1. Kelantan \u2013 Nasi Kerabu\n\nSeperti yang ramai sudah tahu, nasi kerabu sangat popular di Kelantan sehingga turut dijadikan hidangan wajib sewaktu perayaan Aidilfitri di negeri itu.\n2. Terengganu \u2013 Nasi Dagang\n\nKalau yang beraya di Terengganu, nasi dagang merupakan menu yang wajib ada di pagi Hari Raya pertama. Nasi dagang biasanya dimakan bersama dengan gulai ikan tongkol.\nNasi dagang juga terkenal di Kelantan. Namun kedua-dua negeri ini mempunyai lauk nasi dagang yang berbeza. Nasi dagang Terengganu hanya dimakan dengan kari ikan tongkol. Manakala nasi dagang Kelantan biasanya digandingkan dengan gulai udang, gulai kari syam dan\u00a0gulai kerutuk itik serati.\u00a0\n3. Negeri Sembilan \u2013 Rendang Hitam Minang\n\nRendang hitam minang ini biasanya hanya dimasak ketika perayaan terutamanya ketika menyambut Hari Raya. Juadah yang mempunyai rasa rempah dan daging empuk ini selalunya dimakan bersama nasi, lemang dan lontong daun pisang. Pasti ada yang meratah begitu saja disebabkan oleh kesedapan juadah ini.\n4. Menu Hari Raya Melaka \u2013 Dodol\n\nDodol boleh dikataka salah satu menu manisan yang wajib ada dalam menu orang Melaka setiap kali Hari Raya. Memasak dodol bukanlah suatu yang mudah, memerlukan ketabahan dan kesabaran.\nMana tidaknya, proses membuat dodol boleh mencapai sehingga tujuh jam! Tetapi apa yang dilihat daripada aktiviti memasak dodol ini adalah memori meriah ketika bersama keluarga betul?\n5. Johor Baharu \u2013 Lontong\n\nBila tibanya Hari Raya, lontong salah satu makanan yang wajib ada di Johor atau pun di rumah orang yang berasal dari Johor. Namun begitum tidak semestinya Hari Raya baru ada Lontong di Johor.\nAntara ramuan yang wajib ada dalam lontong ialah tempe, tauhu, kacang panjang dan dimakan bersama kuah lodeh. Ada juga yang makan lontong bersama serunding, telur rebus, sambal tumis dan sambal kacang.\n6. Pulau Pinang \u2013 Laksa Penang\n\nLaksa penang ataupun laksa asam juga turut menjadi menu wajib ketika Hari Raya bagi orang Pulau Pinang. Walaupun laksa penang boleh didapati ketika hari biasa, tetapi jika dimakan ketika pagi raya, kenikmatanya lain sedikit dari hari biasa.\nPerbezaan laksa penang dengan laksa dari negeri lain adalah kuah laksa yang dibuat bersama dengan isi ikan dan dimakan bersama salad, nenas, timun, bawang dan petis.\n7. Menu Hari Raya Perlis \u2013 Ketupat palas\n\nPeniaga makanan tradisi ini sering mendapat tempahan yang banyak terutamanya pada musim perayaan. Uniknya, \u2018Ketupat Palas Peghelih\u2019 ini menggunakan beras pulut dan pati pantan segara.\n8. Menu Hari Raya Kedah \u2013 Lengat Pisang\n\nLengat Pisang merupakan juadah yang paling popular di Kedah ketika bulan puasa dan ketika sambutan Hari Raya. Dalam loghat Kedah, lengat bermaksud kukus. Jadi lengat pisang membawa maksud pisang yang dikukus bersama dengan tepung gandum dan juga santan.\n9. Perak \u2013 Rendang Tok\n\nPada asalnya, rendang tok menggunakan daging kerbau yang lebih berurat, manis dan dimasak bersama dengan ramuan rendang. Tetapi sekarang ramai yang masak rendang tok menggunakan daging lembu disebabkan daging ini lebih mudah untuk diperoleh.\nRendang tok mempunyai warna yang agak gelap kerana ia dimasak dalam tempoh masa yang agak lama sehingga daging lembut. Biasanya dimakan bersama ketupat dan lemang.\n10. Pahang \u2013 Puding Raja\n\nPada zaman dahulu, Puding Raja hanya disediakan sebagai pencuci mulut ketika majlis-majlis yang melibatkan pihak istana. Tetapi sekarang ini semua orang boleh merasa puding raja terutamanya ketika Hari Raya.\nAntara bahan-bahan yang ada dalam Puding Raja ialah pisang lemak manis, jala emas (kuning telur yang dimasak dengan gula), buah prun, buah ceri dan kacang gajus.\nJadi anda tidak perlu sedih sekiranya tidak dapat pulang ke kampung! Mungkin dengan menyediakan juadah negeri asal anda dapat mengubati kerinduan ketika menyambut raya bersama keluarga di kampung.\n11. Sabah & Sarawak \u2013 Kelupis\n\nKalau di Semenanjung Malaysia, ketupat dan lemang adalah makanan yang popular di pagi Hari Raya, tetapi di Sabah dan Sarawak agak berbeza kerana kelupis merupakan menu yang wajib ada.\nKelupis seakan-akan ketupat pulut, yang membezakannya adalah tekstur kelupis lebih lembut dan mempunyai rasa manis. Kelupis biasanya\u00a0dimakan bersama rendang ataupun kari ini.\nHaa,\u00a0sekarang dah tahu kan menu raya setiap Negeri di Malaysia adalah berbeza-beza. Mana satu yang menajadi favourite anda?\nKredit: Xtra\nBaca juga: 10 Idea Juadah Untuk Open House Raya, Tetamu Puji Melambung Punyalah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/menu-jamuan-raya-mi-bihun/", "title": "Resipi Mi & Bihun Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya, Ringkas Saja!", "body": "\nSedang mencari idea menu jamuan raya untuk dibawa ke majlis potluck raya di sekolah anak ataupun tempat kerja? Jom MyResipi kongsikan beberapa idea menu potluck raya yang boleh dipertimbangkan untuk dimasak.\n\n\nAcara makan-makan atau \u2018potluck\u2019 bukanlah perkara asing dalam kalangan masyarakat kita. Semestinya kita ingin membawa makanan yang menarik dan disukai ramai kan? Jadi mari kita ikuti resipi-resipi berikut di bawah.\nIDEA MENU JAMUAN RAYA\n\n\n1) Resipi Mi Goreng Basah\n\nBahan-bahan:\n\n1 peket mee kuning\nMinyak untuk menumis\n8 ulas bawang putih\n1/2 biji bawang holland\n2 tbsp cili kering kisar\n\nBahan lauk (mengikut cita rasa):\n\nAyam cincang\nUdang\nDaging\n\nBahan sayur:\n\nTelur\nSawi\nTomato\n\nBahan sos & perasa:\n\n5 tbsp sos cili\n1 tbsp sos tomato\n2 tbsp sos tiram\n1 tbsp kicap manis\n2 tbsp kicap pekat\n1 tbsp sos ikan\n1/2 tsp garam halus\n1 tbsp gula atau secukup rasa\n1/2tsp ajinomoto jika suka\n1/2 cawan air\n\nCara penyediaan:\n\nPanaskan minyak masak, tumis bawang putih.\nMasukkan bawang holland, cili kering kisar.\nMasukkan lauk pauk kecuali udang dan tumis lagi.\nLetak sedikit air dan semua sos.\nMasukkan udang.\nPecahkan telur dan masukkan mee.\nMasukkan sayur dan gaul sebati. Siap!\n\nTips supaya mee goreng lebih sedap:\n\nGuna sos sos mencukupi, jangan kedekut bahan.\nKalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap gila.\nBawang putih kena banyak, tumbuk kasar kasar.\nMasukkan sedikit cuka makan bila goreng mee. Lagi membangkitkan rasa.\n\nKredit: Suhasnida Ismail\n2) Menu Jamuan Raya \u2013 Resipi Bihun Goreng Kosong\n\nBahan-bahan:\n\n1 biji bawang besar*\n3 ulas bawang putih*\n1 sudu kecil udang kering*\n2 atau 3 sudu cili kisar\n2 sudu besar sos cili\n1 atau 2 sudu besar sos tiram\n3 sudu besar kicap\n1 sudu besar gula\nSedikit garam\nSerbuk perasa\n3 biji telur\n1 bungkus bihun\n\nCara-cara:\n\nKisar bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.\nMasukkan 2 atau 3 sudu cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.\nMasukkan 2 sudu besar sos cili, 1 atau 2 sudu besar sos tiram dan 3 sudu besar kicap. Kacau sehingga sebati.\nLetakkan 1 sudu besar gula.\nPerasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa.\nKetepikan sos tumisan, masukkan 3 biji telur.\nJangan kacau, biarkan sekejap.\nAkhir sekali masuk 1 bungkus bihun. Kacau hingga sebati.\nSiap, selamat mencuba!\n\nKredit: Liza Idris\n3) Resipi Bihun Goreng Singapore\n\nBahan kisar:\n\n3-4 biji bawang merah\n5-6 biji bawang putih\n1 sudu lada hitam\n2 sudu udang kering\n2 inchi halia\n\nBahan lain:\n\n400 gram bihun. Saya guna jenama Faiza, bihun lembut dan tak mudah hancur.\nUdang (dibuang kulit)\nIsi ayam\nFish Cake\nDaun kucai\nLobak merah\nCili\nGaram/ Gula\n\nCara memasak:\n\nPanaskan minyak. Masukkan bahan kisar yang sudah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.\nMasukkan isi ayam, fishcake dan udang. Gaul rata sehingga masak.\u00a0\nPerasakan dengan garam dan gula secukup rasa.\nKemudian, masukkan bihun yang sudah direndam dengan air sehingga lembut.\u00a0\nMasukkan lobak merah, kucai dan cili. Gaul sebati dan siap!\n\nBaca juga:\u00a0Tips Goreng Bihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam\nKredit: Zaky Mat Ali\n4) Resipi Maggi Goreng Special\n\nBahan-bahan:\n\n3 paket maggi kari (setengah masak)\n3 paket perencah maggi kari\nTelur 3 biji\nSawi\nTaugeh\nTomato 1 biji\nLobak merah\nBawang putih 7 ulas diketuk\nBawang merah 5 biji dihiris\nCili merah\nCili hijau\n3 sudu besar cili kisar\nFishball\nMeatball\n1 sudu kecil serbuk belacan\nSos cili 1\u00bd sudu besar\nSos tomato 1\u00bd sudu kecil\nSos tiram 1 sudu besar\nSos ikan 1 sudu kecil\nKicap Manis 1\u00bd sudu besar\nLight soy sauce 1 sudu kecil\nSerbuk lada putih\n\nCara memasak:\n\nTumis bawang putih sehingga garing.\nMasukkan bawang merah, masak sehingga keperangan.\nTumiskan cili, masak sehingga pecah minyak. Masukkan fishball dan meatball. Masak sebentar.\nPecahkan telur, masak seperti\u00a0scramble egg.\nMasukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk belacan, kicap manis dan perencah maggi. Gaul rata.\nMasukkan sawi, taugeh, lobak merah dan tomato. Gaul rata.\nMasukkan pula sos ikan dan light soy sauce (jika kurang masin).\nLetakkan serbuk lada putih dan sebiji telur lagi. Gaul sebati sehingga berasap.\nSedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Ateekah\n"} {"url": "https://myresipi.com/menu-popular-marrybrown-kembali-lagi-dengan-sos-telur-masin-meleleh/", "title": "Menu \u2018Popular\u2019 Marrybrown Kembali Lagi, Dengan Sos Telur Masin Meleleh Yang Paling Ditunggu-Tunggu!", "body": "Gambar: @eddyrush, @hantoomakan\nHidangan sos telur masin sering digunakan sebagai menu bermusim untuk banyak francais F&B semasa Tahun Baru Cina. Salah satu menu telur masin yang paling ditunggu-tunggu ialah dari Marrybrown!\nMarrybrown Bawa Kembali Menu Telur Masin, \u201cEggstra Ong Lagi Power\u201d\nYa, betul tekaan anda! Marrybrown mengembalikan semula menu telur masin dengan dengan set hidangan \u201cEggstra Ong Lagi Power\u201d!\n\u201cEggstra Ong Lagi Power\u201d dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan. Sinonim dengan slogan\u00a0\u2018something different\u2019.\u00a0Kali ini lagi power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin.\n\nKombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang pasti akan memberikan \u2018kejutan\u2019 tambahan kepada para penggemarnya!\nPenggemar boleh memilih sama ada dua atau tiga ketul ayam untuk Kombo Ayam Egg-stra Ong, disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan secawan Minute Maid\u00ae Refresh\u00ae Orange.\n\nSementara itu, Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong, dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid\u00ae Refresh\u00ae Orang.\n\nMarrybrown turut menawarkan Egg-stra Ong Big Box\u00a0yang terdiri dari burger Egg-stra Ong, dua keping ayam goreng Egg-stra Ong, bersama-sama. dengan kentang goreng dan secawan Minute Maid\u00ae Refresh\u00ae Orange. Sesuai untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga anda!\n\nJika anda mempunyai keluarga yang besar, beli sahaja Makan Keluarga Ong Telur! Dengan 2 burger, 8 ketul ayam, semangkuk besar kentang tumbuk dan 1.5 liter Coca-Cola, ia lebih sempurna untuk majlis perjumpaan Tahun Baru Cina ini.\n\nBukan itu saja, anda boleh membeli sos telur masin tambahan dengan harga yang berpatutan untuk kepuasan yang berganda!\nJadi, apa tunggu lagi? Jom pergi ke Marrybrown terdekat untuk mencuba hidangan telur masin Egg-stra Ong ini!\n"} {"url": "https://myresipi.com/menu-potluck-raya/", "title": "5 Idea Menu \u2018Potluck\u2019 Yang Menarik & Mudah Untuk Jamuan Raya", "body": "\nJika anda sedang mencari idea menu raya yang boleh dibawa ke majlis potluck raya di sekolah anak ataupun tempat kerja, mari MyResipi kongsikan beberapa idea menu potluck raya yang boleh dipertimbangkan untuk dimasak.\n\n\nAcara makan-makan atau \u2018potluck\u2019 bukanlah perkara asing dalam kalangan masyarakat kita. Semestinya kita ingin membawa makanan yang menarik dan disukai ramai kan? Jadi mari kita ikuti resipi-resipi berikut di bawah.\nBaca juga: 5 Resipi Ekspres Jamu Tetamu Datang Mengejut, Sekejap Dah Siap Masak!\n5 IDEA MENU POTLUCK RAYA\n\n\n1) Resipi Sandwich Chicken Crispy\n\nBahan-bahan perapan:\n\nIsi ayam\nTepung gandum\nTepung beras\nTepung ubi\nSerbuk paprika\nSerbuk lada hitam\nLada sulah\nGaram pink\nPes bawang putih\n\nBahan-bahan lain:\n\nRoti\nSos cheese\nDaun salad\nBuah tomato\nAyam goreng\nSos cili\nMayonis\n\nCara penyediaannya:\n\nPerap isi ayam dengan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, serbuk paprika, serbuk lada hitam, lada sulah, pink salt dan pes bawang putih.\nGoreng sehingga masak. Bila dah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.\nAmbil sekeping roti, sapu dengan sos cheese, lapikkan dengan daun salad, buah tomato dan ayam goreng.\nDrizzlekan dengan sos cili. Kemudian tutup dengan sekeping roti lagi yang sudah disapu dengan mayo.\nPotong secara menggergaji menggunakan pisau roti. Ambil sekeping yang sudah dipotong, lapikkan dengan Doyleys paper.\nSiap, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit:\u00a0Amy Marina Ahmad\n2) Resipi Mi Goreng Daging\n\nBahan-bahan:\n\n1 paket mee\nSayur sawi\nCili padi\nTomato\nDaging \u2013 pastikan hiris nipis\n3 ulas bawang putih \u2013 ketuk\n1 sb cili boh\n4 sb sos tomato\n5 sb kicap manis\n3/4 sb gula\n\nCara-cara:\n\nMula-mula, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.\nMasukkan cili boh 1 sudu besar, tumis lagi sehingga pecah minyak.\nMasukkan sos tomato 4 sudu besar, kicap manis dan gula.\nTumis sehingga pecah minyak.\nKemudian baru masukkan daging. Masak daging sekejap sehingga masak.\nMasukkan mee dan sayur serta sedikit air.\nKacau rata sehingga basah sedikit kering (mee berkilat).\nSiap untuk dihidangkan. Taburkan juga bawang goreng dan daun bawang serta perahkan juga asam limau.\n\nKredit: Niq Ain\n3) Menu Potluck Raya \u2013 Resipi Koktail Buah Campur\n\nBahan-bahan:\n\nSatu tin susu sejat\nSetengah tin susu pekat\nSatu tin buah laici\nSatu biji buah naga\nDua biji buah mangga\nCincau\nAis\n\nCara-cara:\n\nBancuh susu pekat bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi 2 cawan air.\nKemudian campurkan semua bahan dan kacau rata. Tambahkan ais dan sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit:\u00a0@MalaysianFoods\u00a0(Twitter)\n4) Resipi Puding Milo Kurang Manis\n\nBahan-bahan lapisan oreo:\n\n10 gram agar-agar tali\n4 cawan air\n50g gula\n120g susu cair\n1 biji telur gred A\n1 sudu kecil essen vanila\nOreo yang dipatahkan\n\nCara-cara buat lapisan oreo:\n\nDalam periuk, masukkan 10 gram agar2 tali dan 4 cawan air. Biarkan ia mendidih guna api perlahan sahaja. Dah mendidih baru masukkan 50g gula. Kacau sebati.\nTuangkan 120g susu cair yang sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A, kacau sebati. Biarkan mendidih selama 1 hingga 2 minit. Bila dah mendidih, tutup api.\nMasukkan 1 sudu kecil essen vanila.\nTunggu suam dalam 5 hingga 6 minit. Baru dituang ke dalam loyang.\nBila dah siap tuang, letakkan oreo yang sudah dipatahkan. Terpulang nak letak banyak mana.\nBiarkan pada suhu bilik selama 15 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.\n\nCara-cara buat lapisan milo:\n\nDalam periuk, masukkan 8g agar2 tali dan 3 cawan air. Biarkan mendidih.\nBila dah mendidih, masukkan 60g gula. Kacau sehingga larut. Masukkan pula 2 sudu makan susu pekat.\nSeterusnya masukkan 100g milo dan 100g susu cair. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1 hingga 2 minit.\nBila dah mendidih, tutup api dan tambah secubit garam. Kacau dan biarkan suam dalam 5 hingga 6 minit.\nKeluarkan lapisan oreo tadi, cucuk dengan garfu supaya lapisan melekat.\nTuangkan lapisan oreo tadi secara perlahan-lahan. Biarkan di luar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam.\nSelepas 4 jam, puding sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!\n\nKredit:\u00a0Muhammad Ali\n5) Menu Potluck Raya \u2013 Makaroni Goreng\n\nBahan-bahan:\n\nMakaroni\nBawang holland/bawang merah \u2013 potong dadu\nBawang putih \u2013 cincang halus\nButter\nDaging kisar/daging burger\nSos pasta kimball cendawan\nGaram\nGula\nBrokoli\nCheddar cheese\n\nCara-cara memasak:\n\nPanaskan air dalam periuk. Kemudiah rebus makaroni sehingga lembut atau ikut saja masa yang disediakan pada pembungkusan. Toskan.\nDalam kuali, cairkan butter. Kemudian tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.\nKemudian masukkan daging kisar atau daging burger. Gaul rata dan biarkan sehingga daging masak.\nSeterusnya masukkan sos pasta kimball cendawan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.\nMasukkan makaroni dan gaul rata dalam 5 hingga 6 minit sehingga semuanya menjadi sebati.\nAkhir sekali masukkan brokoli dan cheddar cheese. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Fatimah Saari\nBaca juga: 5 Jenis Lemang Yang Popular & Unik, Kalau Pernah Cuba Semua Memang Foodie Lah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/menu-wow4u-dengan-harga-serendah-9-90-je-signature-mix-pun-dah-kembali-di-4fingers/", "title": "Menu WOW4U Dengan Harga Serendah 9.90 Je! Signature Mix Pun Dah Kembali Di 4fingers", "body": "\nYes! Anda tak salah baca, 4Fingers memperkenalkan WOW4U, hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan!\nSesuai untuk anda yang enjoy makanan sedap dengan harga yang memang berbaloi! Bermula dari RM9.90 je\n\nPilih hidangan nasi atau wrap\n\n\nTak lengkap hidangan tanpa nasi kan?\u00a0Jangan risau sebab dalam menu WOW4U ada tiga hidangan nasi yang boleh anda pilih iaitu Chicc Rice Powket, Fiery Rice atau Hearty Chicc Wrap.\n\n\n\nChicc Rice Powket disajikan dalam bentuk sandwich, ianya lengkap dengan ayam bersama sos signature kemudian diapit bersama keju, nasi, sayur dan rumpai laut.\nSatu untuk RM9.90, dua untuk RM14.90 je! Baik beli dua kan? Lagi jimat! Kenyang pun kenyang!\n\nNak hidangan yang all in one? Nah, this Fiery Rice memang untuk korang. Ada isi ayam dan tauhu yang disalut dengan sos signature 4fingers, sayur sayuran segar yang dihidangkan dengan nasi. Hanya RM13.90 je\n\nSelain tu ada juga\u00a0Hearty Chicc Wrap. Dengan harga RM12.90 korang akan dapat wrap yang penuh dengan isi ayam, sayur dan nasi. Menu ni sesuai untuk anda yang always on the go sebab ianya mudah dimakan dan paling penting mestilah sedap guys!\nLengkapkan hidangan anda bersama minuman pilihan dengan tambahan RM2.50 je. Tak adalah tersedak makan tanpa air :\u2019)\nSignature Mix pun ada!\n\nBerita baik untuk peminat Signature Mix dari 4Fingers, sekarang mereka dah bawakan semula hidangan ni untuk korang nikmati bersama tersayang!\nSignature Mix yang popular dengan pilihan isi ayam, kepak atau peha ayam ni disajikan sebagai sebuah set yang dilengkapi nasi dan juga air.\n\nSet Signature Mix Regular boleh didapati dengan harga RM19.90 sementara set Signature Mix Extra berharga RM27.90.\n\nTak perlu beratur, pesan je secara online\nDi 4Fingers anda\u00a0tak perlu risau untuk berbaris panjang sebab anda boleh buat pesanan secara online terlebih dahulu untuk pick up atau dine in melalui laman web rasmi mereka di SINI.\nAnda juga boleh buat pesanan melalui aplikasi Grab, ShopeeFood dan foodpanda untuk penghantaran terus ke rumah. Haa.. lagi senang!\nUntuk sebarang maklumat lanjut atau promosi terkini, anda boleh layari laman web rasmi, Instagram atau Facebook4Fingers.\n"} {"url": "https://myresipi.com/mi-goreng-basah-pedas-mamak/", "title": "Mi Goreng Basah Pedas Style Mamak, Memang Sama Aroma & Rasanya", "body": "\nBagi penggemar mi goreng basah pedas style mamak ini pasti teringin mencuba masak sendiri di rumah kan?\u00a0 Tapi, bila cuba buat rasanya kurang menjadi, tesktur mi tak lembap dan warnanya kurang naik.\nBaca juga: Cara Buat Mee Kuning \u2018Homemade\u2019, Lagi Kenyal Dan Jimat!\u00a0\nTak perlu risau lagi dah, Cik Puan Shahmlah JD ini telah berkongsi rahsianya cara membuat mi goreng mamak yang pedas dan basah. \nResipi beliau ini telah meraih sehingga 3.5k perkongsian di Facebook tau. Jadi mari cuba buat di rumah!\n\nRESIPI MI GORENG BASAH PEDAS STYLE MAMAK\n\nBahan-bahan:\n\n600g mi kuning\n1 Bawang besar\n5 Ulas bawang putih dikupas dan dihancurkan\n1 Tomato dihiris\n3 biji telur saiz besar\n2 cili hijau dihiris\n2 tauhu dipotong kecil\n10 fish ball dipotong separuh\nSawi\n3 sudu besar sos tiram\n3 sudu besar kicap pekat\n3 sudu besar bawang goreng\n2 sudu besar kacang tanah goreng dan dikisar kasar\n2 cawan air (cawan pengukuran)\nGaram secukup rasa\n\nBahan kisar:\n\n8 Ulas bawang putih\n1 bawang saiz kecil\n15g ikan bilis\n5g udang kering\n5 cili kering\n\nCara-cara memasak:\n1. Dalam kuali masukkan minyak. Sebaik sahaja minyak panas tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga aromatik.\n2. Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.\n3. Masukkan tauhu dan bebola ikan. Boleh nak tambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong, mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.\n4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati.\n5. Masak sampai pecah minyak. Sebaik sahaja pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih.\n6. Sebaik sahaja ia mula mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.\n7. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam biar kurang sikit dari biasa sebab ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.\n8. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak.\n9. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati.\n10. Sedia untuk dihidangkan.\n\nRingkas dan mudah je kan? Boleh juga dijadikan idea untuk sarapan pagi, minum petang ataupun sahur.\u00a0\nTerima kasih kepada Cik Puan Shahmlah JD kerana sudi berkongsi resipi dan step by step supaya orang lain juga boleh mendapat mi goreng style mamak yang sedap.\nSelamat mencuba!\u00a0\nBaca juga: Dry Chilli Pan Mee, Lelaki Ini Kongsi Cara Sedap Masak, Ikut Resipi Di Sini\n"} {"url": "https://myresipi.com/mi-goreng-basah-stail-gerai-zaman-kanak-kanak/", "title": "Mi Goreng Basah Stail Gerai Zaman Kanak-Kanak, Mengimbau Kembali Detik Nostalgia", "body": "\nBila lihat Mi Goreng Basah ni automatik teringat masa zaman kecil-kecil dulu.\nNostalgia sungguh bila teringat gerai yang jual mi tu, dibungkus dengan surat khabar dan makan masa panas-panas.\nMi Goreng Basah Nostalgia\nBila makan mi ni, rasa dia pasti akan mengimbau tahun 80an sewaktu zaman kanak-kanak.\nCara membuatnya juga cukup ringkas. Jom sama-sama cuba buat dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Emee Sham di bawah.\n\u201cSape suka mee goreng basah. Menu abang masak untuk malam ni. Mee goreng basah nostalgia. Kita boh ayam, teloq, tauhu, sawi, tauge serta cabai jeruk dan limau nipis. \nKemudian kita bungkus dengan paper, aroma diaaaaaa. Agak payah nak jumpa mee goreng camni sekarang. Mengimbau tahun 80an, senyum mak andeh kita..\u201d\n\nResipi Mi Goreng Basah\nBahan-bahan:\n\nSepeket mee kuning(lalukan dengan air paip)\nIsi ayam\nAir rebusan ayam\nTelur\nSawi\nTauge\nBawang putih + bawang merah (Tumbuk halus)\nCili kisar\nSos tiram\nSos cili\nTauhu goreng yang dihiris\nKicap lemak manis\n\nCara-cara:\n\nPanaskan sedikit minyak. Gorengkan 2 biji telur, hancurkan kasar. Angkat dan ketepikan.\nTambah sedikit minyak lagi dalam kuali goreng telur tadi, tumiskan bawang. Kacau sehingga agak garing.\nKemudian masukkan cili kisar dan kacau rata. Tumis sampai cili masak.\nTerus masukkan air rebusan ayam, biarkan mereneh seketika. Kepekatan kuah mengikut sukatan masing-masing.\nLetakkan kicap manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biarkan mendidih.\nMasukkan tauhu dan telur. Akhir sekali masukkan mee. Kacau rata.\nMasukkan juga sawi dan taugeh. Kacau rata.\nKacau kurang warna, tambahkan kicap lemak manis.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Emee Sham\nBaca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan \u20181 Bahan\u2019 Ini Saja\n"} {"url": "https://myresipi.com/mi-sedaap-mengandungi-racun-perosak/", "title": "Mi Sedaap Mengandungi Racun Perosak?", "body": "\nMi Sedaap keluaran produk Indonesia didakwa mengandungi bahan kimia jenis etylene oxide iaitu sejenis bahan perosak menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\nKKM juga mengesahkan tiada lagi kemasukan dua produk Mi Sedaap ini iaitu;\n\nMi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles \u2013 tarikh luput 21 Mei 2023\nMi Sedaap Korean Spicy Soup Instant \u2013 tarikh luput 17 Mac 2023\n\nBaca juga: Persatuan Halal Jepun Tarik Balik Produk Mi Segera Ada Babi Tapi Letak Logo Halal\nMenurut kenyataan dari Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semakan data mengesahkan dua produk Mi Sedaap berkenaan ada diimport tetapi tak melibatkan produk yang bertarikh luput seperti didakwa.\nTangkapan layar kenyataan dari Twitter KKM\n\u201cKKM akan sentiasa buat pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji, dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.\n\u201cKami akan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang mengancam kesihatan pengguna,\u201d kata Dr Noor Hisham menerusi kenyataan tersebut.\nUntuk makluman korang, ethylene oxide merupakan racun perosak yang tak dibenarkan penggunaannya dalam makanan menurut Peraturan-peraturan Makanan 1985.\nIni kerana, bahan tersebut mempunyai sebatian kimia yang bersifat karsinogenuk dan selalu digunakan untuk membasmi serangga perosak.\n\nFuhh, nasib baik tak lepas masuk Malaysia tau, beruntung kita ada KKM ini sebagai \u2018gatekeeper\u2019 huhuhu\nSumber: KKM\n"} {"url": "https://myresipi.com/mi-segera-ada-babi-logo-halal/", "title": "Persatuan Halal Jepun Tarik Balik Produk Mi Segera Ada Babi Tapi Letak Logo Halal", "body": "\nBaru je panas isu logo halal pada \u2018soft candy\u2019, kini naik pula isu logo halal pada satu produk mi segera yang mempunyai kandungan babi.\nNampaknya bukan sahaja di Malaysia, tetapi di negara lain seperti Jepun juga ada berlaku isu produk makanan yang menggunakan logo halal tanpa sebarang pengesahan.\nBaca juga: \u2018Tampal\u2019 Logo Halal Tapi Ada Gelatin Babi? JAKIM Jelas Isu \u2018Soft Candy\u2019\nMengetahui akan isu ini, Nippon Asia Halal Association (NAHA) telah tampil dan memberi respon tentang produk babi yang mempunyai logo halal di pasaran.\u00a0\nLogo halal tapi ada perisa tulang babi\n\n\nTinjauan min di Facebook rasmi NAHA, mereka telah menarik semula produk ini dari pasaran dan meminta pengguna untuk laporkan terus jika masih terjumpa produk ini di kedai atau dalam talian.\nKenyataan ini walau bagaimanapun dibuat khas untuk umat Islam di Malaysia dan Singapura yang agak bimbang dengan kesahihan produk mi segera tersebut.\nTambahan lagi, NAHA adalah salah satu dari 6 badan yang terlibat dalam memberikan proses pensijilan halal kepada produk.\n\nTapikan, macam mana lah boleh terlepas pandang produk ini sampai dapat logo halal eh? Jeng jeng jeng\n"} {"url": "https://myresipi.com/miang-pla-pao/", "title": "Cara Masak Miang Pla Pao, Guna Resipi Ini Untuk Dapat Hasil Sedap Macam Kedai Thai", "body": "\nPernah cuba hidangan Miang Pla Pao? Sajian Thailand ini sangat popular dan wajib cuba jika melancong ke sana tau.\u00a0\nJika anda perasan, sesiapa yang melancong ke Thailand pasti akan berkongsikan gambar Miang Pla Pao ini di media sosial.\nSajian ini berasaskan ikan yang dihidangkan bersama aneka ulam, salad dan laksa siam/bihun yang dicicah bersama sos hijau istimewa.\nBaca juga: Buat Ikan Bawal Bakar Berempah Macam Ini, \u2018Konfirm\u2019 Suami Puji Berbakul!\nKadangkala ada juga yang hidang dengan aneka makanan laut panggang. Nampak sangat sedap kan? \nBagi yang nak rasa, resipi perkongsian dari Keroroyz Royz\u00a0ini korang boleh cuba. Mudah sangat rupanya. Tak payah susah-susah ke Thailand dah. Boleh buat sendiri di rumah. \nJom lihat bahan-bahan yang diperlukan.\n\nRESIPI MIANG PLA PAO\nPerghh sedap betul Miang Pla Pao ini. Korang boleh cuba resipi mudah ni. Kalau makan kat kedai ni mesti mahal untuk seekor ikan. Baik buat sendiri lagi puas hati dapat makan banyak!\nBahan-bahan:\u00a0\n\n\n1 ekor ikan siakap/bawal/tilapia saiz sederhana- cuci bersih, lumurkan dgn garam & lada putih\n1 batang serai diketuk \n3-4 helai daun limau purut- dikoyak-koyak sikit\n\nBahan sayuran:\u00a0\n\n7-8 helai daun salad dikoyak dua\n1/2 btg carrot \u2013 dipotong panjang\n1/2 btg timun jepun \u2013 dipotong panjang\nSedikit suun \u2013 dicelur\n1 pokok ketumbar \u2013 dihiris pjg mancis\n8 biji tomato cheri \u2013 dibelah 4\nKacang tanah sangai \u2013 optional \n\nBahan sos:\n\n\n10 biji cili padi siam \u2013 dicincang\n2 ulas bwg putih \u2013 diparut/cincang \n3 sdm sos ikan/nampla\n1/2 cwn sos manis Thai Maepranom\u00a0\n1 sdk jus limau nipis \n1/2 cawan air\n1 tgkai daun ketumbar bersama akarnya \u2013 dihiris halus \n1 sdk gula nisan jika perlu\n\nCara membuatnya:\u00a0\n\u00a01. Masukkan serai & daun limau purut ke dalam perut ikan. Bakar atau grill ikan hingga masak. Kalau tak rajin goreng deep fry hingga ikan masak garing.\n2. Kalau guna airfryer \u2013 panaskan dulu pada suhu 200c selama 2 hingga 3 minit. Kerat ikan menjadi dua. Airfry selama 15-20minit sehingga masak keperangan.\nCara membuat sos:\n1. Campurkan semua bahan kecuali daun ketumbar dan jus limau kedlm periuk. Didihkan sebentar. \n2. Tutup api n masukkn daun ketumbar dan jus limau. Balancekn rasa pedas, manis, masam & masin. \n3. Sos tidak perlukan garam sebab sos nampla dah masin & sos manis Thai memang sedia manis.\u00a0\n\n\nCara makan pula, ambil sekeping salad, letak suun, sayuran, cubit isi ikan, sos & bungkus masuk mulut. \nSiapa suka makan miang kham, Vietnamese rolls mesti akan berkenan dengan hidangan ni, bahan boleh tambah ikut citarasa masing-masing. Kalau di Thailand ikan itu mereka biarkan bersisik & salut breadcrumb & garam then bakar sahaja. Sos pencicah pula guna cili hijau, dikisar dan tak dimasak.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/mihun-goreng-kosong/", "title": "Mihun Goreng Kosong Macam Ni Pun Sedap! Tips Supaya Nampak Cantik & Berkilat", "body": "\nSiapa yang jenis suka \u2018kuis\u2019 sayur dalam mihun goreng ke tepi pinggan tu, angkat tangan cepat!\u00a0Yang jenis tak suka makan sayur, jom buat mihun goreng kosong macam\u00a0ni. \u2018Kosong\u2019 di sini bermaksud tidak menggunakan sebarang lauk mentah seperti ayam, udang atau sotong.\nWalaupun mihun kosong, mihun yang dimasak nampak cantik dan berkilat. Rahsianya adalah masukkan kicap dalam tumisan. Kicap yang dicampur dengan minyak, menjadikan mihun akan elok berkilat, jangan tuang kicap pada mihun di akhir sekali, nanti bila digaul mihun jadi tidak sekata warnanya.\nSelain itu untuk mengelakkan mihun tidak hancur, gaul mihun menggunakan pengepit. Sangat mudah disediakan, cepat dan sangat sedap. Jadi jom mencubanya sendiri.\nResipi Mihun Goreng Kosong\nBahan-bahan:\n\n1 pek mihun\n3 biji telur\n2 sudu sos tiram\n2 sudu sos cili\nSos tomato 2 sudu\nKicap manis secukupnya\nSedikit serbuk lada putih\n3 sudu cili kisar\nMinyak masak untuk menggoreng\nMushroom seasoning\nGaram secukup rasa\n\nBahan Tumbuk:\n\n5 biji bawang merah\n4 ulas bawang putih\nSegenggam udang kering\n\nCara Memasak:\n1. Panaskan minyak dan goreng telur separuh masak dan ketepikan di kuali.\n2. Dalam kuali sama, tumis bahan tumbuk hingga wangi.\n3. Masukkan cili kisar, masak hingga agak garing.\n4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato dan kacau rata.\n5. Kemudian masukkan kicap manis, mushroom seasoning dan garam secukup rasa. Gaul sebati.\n6. Masukkan mihun dan kacau rata bersama telur yang diketepikan tadi. Taburkan lada putih.Gunakan pengepit untuk ratakan mihun dan agar mihun tidak terputus. Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.\nKredit: Yatiekitchen\n"} {"url": "https://myresipi.com/minta-cheezy-wedges-sos-lebih/", "title": "Gadis Minta \u2018Cheese Lebih\u2019 Masa Order Cheezy Wedges, Sekali Yang Dapat Macam Ni\u2026", "body": "\nSetiap kali membeli cheezy wedges di KFC, pasti ramai yang sempat meninggalkan pesanan kepada pekerja di rangkaian makanan segera terkenal itu supaya tidak meletakkan sos keju dengan jumlah yang sedikit.\nMaklumlah, bila dapat sos yang sedikit pasti merasa tak puas bila makan. Tidak ada salahnya jika kita membuat permintaan seperti itu kerana kita mempunyai hak untuk mendapat makanan setimpal dengan apa yang diiklankan.\nBuat yang belum tahu, sebelum ini KFC juga telah melancarkan polisi \u201cRasa Berkualiti Terjamin\u201d yang membenarkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti.\u00a0\nBercakap mengenai sos keju, seorang pelanggan KFC berkongsi pengalamannya apabila dia meminta \u2018keju lebih\u2019 semasa membeli cheezy wedges. Tidak disangka-sangka, sos keju yang diterima sangat banyak sehingga melimpah ruah daripada bekas.\n\n\u201cTerpaling love staff mereka, kalau staff tu perli ke tak ikhlas macam ni, aku terima hahahahah,\u201d tulisnya dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok bernama aieynyong.\nVideo berkenaan telah tular di laman sosial tersebut dan mendapat lebih 364k ribu tontonan serta 26.5 ribu tanda suka.\nMenjengah ke ruangan komen, ada yang berseloroh mengatakan itu adalah satu perlian kerana sos keju yang diletakkan sangat berlebihan sehingga meleleh ke luar bekas.\nAda juga yang beranggapan kejadian itu merupakan satu rezeki buatnya, di mana lagi mahu dapat sos keju sebanyak itu?\n\nLihat video penuh:\n\n\n @aieynyong\nterpalinggg love staff diorang \ud83d\ude0d #fyp #kfcmetro \n \u266c dawet jembot ireng \u2013 al \n\n \n\u00a0\nSumber: TikTok aieyn\n"} {"url": "https://myresipi.com/minta-sedikit-air-panas-pekerja-dipuji-siap-tolong-basuh-botol/", "title": "Hanya Minta Sedikit Air Panas Untuk Susu Anak, Pekerja Ini Dipuji Siap Tolong Basuh Botol", "body": "\nSejak semalam, telah tular di media sosial satu posting berkenaan dengan seorang pekerja kedai minuman Starbucks yang melakukan kebaikan kepada pelanggannya.\nVideo yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai angahazie888 ini telah mendapat perhatian ramai sehingga memperoleh lebih daripada 160 ribu tanda suka di laman sosial itu.\nMenerusi video tersebut difahamkan pemilik akaun TikTok itu meminta seorang pekerja di kedai itu untuk mengisi sedikit air panas ke dalam botol untuk membacuh susu anaknya.\nApa yang mengharukan adalah apabila pekerja itu bukan sahaja mengisi air panas, namun dia juga turut membasuh botol itu sehingga bersih dan meletakkan air panas mengikut garis pada botol.\n\nTernyata perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian ramai pihak terutamanya warganet. Rata-rata mereka telah memuji tindakan pekerja itu yang disifatkan sebagai seorang pekerja yang dedikasi dan melayan pelanggannya dengan baik.\n\n\n\nLihat video penuh:\n\n\n @angahazie888\nterbaik brother ni tq bang siap bsh kan botol air anak den\u2026lokasi jalan pahang selepas bulatan pahang\u2026#stubucks\ud83e\udd17 \n \u266c PENANTIAN ARMADA \u2013 Sadvibes\ud83e\udd40 \n\n \nKredit: TikTok @angahazie888\n"} {"url": "https://myresipi.com/minum-air-barli-petua-jika-kencing-kotor-waktu-hamil/", "title": "Minum Air Barli, Petua Jika Kencing Kotor Waktu Hamil. Hilang Rasa Pedih & Kencing Jadi Puas!", "body": "\nSiapa sangka dengan minum air barli boleh membantu melancarkan semula kencing wanita yang mengalami kencing kotor ketika hamil.\nJika minum air ini setiap kali kencing kotor, akan hilang terus rasa pedih dan tidak puas kencing.\nMinuman ini juga boleh dijadikan pengalas perut jika ibu hamil mengalami \u2018morning sickness\u2019 yang teruk sehingga kurang selera makan dan minum.\nJom baca perkongsian oleh Puan Mastura Rashid di bawah. Semoga bermanfaat!\nPETUA HILANGKAN KENCING KOTOR DENGAN MINUM AIR BARLI\nWaktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.\nMinuman barli ini juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.\nDan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap saja kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecil juga.\n\nCara masak barli ni pun mudah.\n1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut. \n2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.\n3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan. \n4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah. \n5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.\nBarli juga bersifat anti-kanser\nSejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. \nSaya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan. Kakak ipar yang berbangsa Korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.\nCaranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.\u00a0\nUntuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. Insya Allah, ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.\nItu saja sharing pagi ni.\u00a0Semoga bermanfaat.\u00a0\nSumber: Mastura Rashid\nBaca juga: Petua Turunkan Koslestrol & Berat Badan, Amal Minum Air Barli Lemon Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/minuman-berbuka-puasa-ini-cara-buat-air-soda-bandung-laici/", "title": "Minuman Berbuka Puasa, Ini Cara Buat Air Soda Bandung Laici", "body": "Musim puasa pasti selalu teringin nak minum air manis, sejuk dan menyegarkan. Kalau korang dah bosan minum air sirap ais je, korang boleh cuba variasikan air sirap menjadi air soda bandung laici, rasa dia memang terlajak sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nordiana Ab Kadil di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n5 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nAIR SODA BANDUNG LAICIMusim puasa pasti selalu teringin nak minum air manis, sejuk dan menyegarkan. Kalau korang dah bosan minum air sirap ais je, korang boleh cuba variasikan air sirap menjadi air soda bandung laici, rasa dia memang terlajak sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nordiana Ab Kadil di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1 tin laici\n\n1/2 botol air soda F&N\n\n1/2 tin susu krimer sejat cair\n\n1 sudu pewarna merah ros\n\nAis\n\nKredit: Nordiana Ab KadilCARA PENYEDIAAN\nMasukkan pewarna ros dan susu sejat di dalam cawan.\n\nSelepas itu, masukkan air soda ikut tahap kesukaan anda.\n\nKacau sehingga sebati, masukka ais batu dan laici. Siap dan boleh diminum.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/minyak-bawang-putih/", "title": "Cara Buat Minyak Bawang Putih, Legakan Batuk Selesema Dalam Badan", "body": "\nJom buat Minyak Bawang putih untuk legakan batuk dan selesema. Nak pula tengah musim demam, lepas tu dah nak masuk bulan Ramadan lagi, tak tenang nak beribadat kalau badan tengah tak sihat.\nMacam yang semua tahu, bawang putih memang kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.\nBaca juga: Doktor Ini Kongsikan 9 Petua Hilangkan Batuk Dan Sakit Tekak\u00a0\nBukan itu sahaja, ia juga dapat membersihkan tubuh badan dari racun dan bantu menyelesaikan segala jenis penyakit yang dihidapi.\u00a0\nMenerusi perkongsian petua dan cara buat dari Cik Puan Umie Zulaiqah, beliau telah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minyak bawang putih ini sebagai salah satu ikhtiar untuk melegakan badan. \nBoleh juga digunakan kepada kanak-kanak dan bayi usia sebulan. Mari ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah.\n\nCARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH\nGambar sekadar hiasan\nSekadar perkongsian bagi yang belum tahu. Saya dah gunakan petua minyak bawang bawang putih ini selama 4 tahun.\u00a0\nMinyak bawang putih ini boleh membantu melegakan selsema dan batuk. Boleh digunakan juga pada bayi dari usia sebulan sampailah kanak-kanak 4 tahun. Bagi yang belum cuba, jom pakat buat di rumah.\nBahan-bahan:\u00a0\n\n2 ulas bawang putih\nMinyak Masak/Minyak Zaitun/Minyak Minyak Kelapa/Minyak Bijan \u2013 boleh pilih nak guna minyak yang mana\n\nCara-caranya:\u00a0\n1. Pertama sekali, ambil 1-2 ulas bawang putih. Buang kulitnya.\n2. Seterusnya, bakar di atas dapur gas sampai agak hitam.\n3. Lenyek bawang putih yang dah dibakar tadi dan masukkan ke dalam botol kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak.\u00a0\n4. Siap untuk disapukan!\nNota: Buat yang pertama kali menggunakannya, pastikan cuba dalam kuantiti sedikit dulu untuk melihat keserasiannya lebih-lebih lagi pada bayi. Kalau nampak tiada kesan sampingan, barulah teruskan penggunaannya seperti biasa. Sesetengah bayi mungkin sensitif dan tak tahan.\n\nTerima kasih kepada Cik Puan Umie Zulaiqah atau nama di Facebook dahulu dikenali sebagai Hanezfarjaz Zulaiqah yang sudi berkongsi petua yang berguna buat semua.\nBagi anda yang ingin berikhtiar cara lain, boleh juga gunakan petua ini. Semoga bermanfaat!\u00a0\nBaca juga: 7 Makanan Yang Kurangkan Risiko Alzheimer Macam Filem Imaginur\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/minyak-masak-subsidi-malaysia-banyak-dijual-di-thailand/", "title": "\u2018Sentiasa Ada & Jarang Habis Stok\u2019 \u2013 Minyak Masak Subsidi Malaysia Banyak Dijual Di Thailand", "body": "\nIsu kekurangan bekalan minyak masak di Kelantan khususnya minyak masak bersubsidi dalam peket satu kilogram ada kaitan dengan penyeludupan minyak masak ke negara jiran.\nDalam kegawatan minyak masak di Kelantan dengan pembelian di kedai runcit dihadkan kepada satu atau dua kilogram sahaja bagi setiap pembelian, lain pula di selatan Thailand.\nTiada had pembelian minyak paket\nKhususnya di Narathiwat, Sungai Golok, Weng dan Sungai Padi, tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.\nSeorang warga Thailand yang hanya mahu dikenali sebagai Abe Mat Sulaiman memaklumkan kepada Astro AWANI tentang penjualan minyak masak bersubsidi yang diseludup masuk dari Kelantan dan dijual di premis perniagaan di sana.\nMinyak masak diseludup dari Malaysia berlambak-lambak\n\n\u201cMinyak masak peket pelbagai jenama dari Malaysia mudah didapati disini, bahkan boleh dikatakan berlambak-lambak dijual di hampir banyak kedai runcit.\n\u201cPeniaga menjual dengan kadar harga 55 Bath (sekitar RM7) di pasar dan juga kedai runcit,\u201d katanya lagi.\n\u201cOrang sini (Thailand) tak ada masalah bekalan minyak masak dalam peket ini, sebab sentiasa ada dan jarang habis stok,\u201d katanya yang tinggal di sebuah kampung di Narathiwat.\nOrang Thailand suka beli minyak masak Malaysia sebab lagi murah\n\nMenurutnya lagi, harga minyak masak dari Malaysia lebih murah jika dibandingkan dengan minyak masak Thailand yang berharga 77 Bath (sekitar RM10.30).\n\u201cOrang Thailand suka beli minyak masak Malaysia kerana lebih murah iaitu antara 50 dan 55 Bath untuk peket satu kilogram, berbanding minyak masak keluaran Thailand yang djual dalam botol dengan harga 77 Bath.\n\u201cTiada had pembelian minyak masak Malaysia di sini, kalau nak beli 12 peket pun boleh, asal ada duit,\u201d jelasnya.\nBekalan minyak masak sentiasa mencukupi\n\nJelas Abe Mat lagi, rakyat Thailand tidak menghadapi masalah kekurangan minyak masak kerana bekalan sentiasa mencukupi.\nBahkan, menurutnya lagi, minyak masak dari satu hingga lima kilogram jenama terkenal dari Malaysia turut dijual di selatan Thailand.\nBagaimanapun, harganya agak tinggi serta kurang mendapat sambutan kerana bekalannya sukar diperolehi.\nUntuk rekod, minyak masak bersubsidi dalam peket satu kilogram dijual pada harga RM2.50 di Kelantan.\nNamun mutakhir ini bekalan minyak masak bersubsidi berdepan dengan kekurangan bekalan dengan kebanyakan peruncit hanya menjual satu atau dua peket sahaja kepada pelanggan mereka.\nSumber: Astro Awani\n"} {"url": "https://myresipi.com/minyak-masak-terpakai-boleh-jual-semula-rm3-sekilo/", "title": "Jangan Buang Minyak Masak Terpakai, Boleh Jual Semula RM 3 Sekilo", "body": "\nMinyak masak merupakan salah satu bahan yang wajib ada di dapur rumah anda untuk tujuan menggoreng atau\u00a0menumis bahan masakan. Biasanya, lepas kita menggunakan minyak untuk menggoreng, lebihan minyak tersebut pasti akan dibuang bukan?\nNamun, ramai yang tak tahu sebenarnya sisa minyak masak tersebut boleh dijual semula kepada Kitar Semula Minyak Terpakai (KISMAT) yang digerakkan oleh Majlis Perbandaran Sepang.\nMenerusi perkongsian MPS di laman Facebook miliknya, mereka sedia membeli minyak masak tersebut dengan harga RM3/KG. Minyak masak terpakai ini akan diproses untuk dijadikan BIODIESE.\nNamun anda perlu tapis terlebih dahulu minyak masak yang telah digunakan setelah selesai aktiviti memasak. Kemudian barulah boleh jual kepada mereka di Pusat Inovasi @ Sepang.\nPusat berkenaan dibuka dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.\n\nSumber: Majlis Perbandaran Sepang\n"} {"url": "https://myresipi.com/minyak-tertumpah-ikut-cara-ni-hilang-macam-magic/", "title": "Minyak Tertumpah Jangan Terus Mop! Ikut Cara Ni, Kesan Minyak Hilang Macam \u2018Magic\u2019", "body": "\nMemasak memang seronok. Bila tengah masak, kadang kala kita terlepas botol kicap atau minyak tertumpah atas lantai itu perkara biasa.\nTapi bab nak cuci tu yang pening kepala. Mop sampai 3 kali pun lantai masih berminyak.\nRupanya ada cara yang lagi mudah nak bersihkan minyak yang tertumpah. Sekali cuci je terus bersih, lantai pun\u00a0confirm\u00a0tak berminyak.\nNak tahu macam mana caranya, jom baca tips yang dikongsi oleh Julespitch di bawah.\nCara Bersihkan Minyak Tertumpah Dengan Mudah\n1. Ambil tepung gandum. Taburkan ke atas minyak masak yang tumpah di atas lantai itu.\n\n2. Ratakan tepung ke seluruh permukaan yang ditumpahi minyak. Tambah lagi tepung jika tidak mencukupi.\n\n3. Ulikan tepung sehingga menyerap semua minyak.\n4. Tepung akan meresap minyak dan menjadi bentuk seadakan doh.\n\n5. Bersihkan permukaan lantai dengan tisu serap minyak.\n\n6. Hasilnya permukaan lantai akan menjadi bersih dan bebas kesan minyak.\n\nLihat video penuh:\n\n\n @julespitch\nTips bersihkan minyak masak tertumpah. Jangan pakai mop terus nanti leceh nak bersihkan mop yang berminyak pula \ud83d\ude16 #fypdongggggggg #fyp\u30b7 #tipsdapur #tipsbersihrumah \n \u266c Shut Down \u2013 BLACKPINK \n\n \nKredit: TikTok @julespitch\nBaca juga: Cara Siat \u2018Jaket\u2019 Ikan Cencaru Dengan Mudah, Isi Pun Tak Tercarik!\nBaca juga: Tips Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak. Guna 2 Bahan Je, Periuk Kembali Berkilat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/mitos-buah-durian/", "title": "Tak Boleh Makan Durian Dengan Kopi? Ini 7 Mitos Tentang Durian Yang Ramai Percaya", "body": "\nSetiap kali nak makan durian bersama makanan lain, mesti anda akan terfikir berkenaan mitos buah durian yang masih hangat diperkatakan sehingga sekarang.\nNasihat-nasihat atau pantang larang berkaitan durian ini sudah menjadi buah mulut orang sejak dahulu lagi. Namun, sejauh manakah kebenaran disebalik pantang larang ini?\nKalau nak tahu pantang larang ini sebenarnya mitos semata atau benar, jom ikuti perkongsian oleh MyResipi di bawah.\nBaca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Berbaloi Beli!\n7 MITOS BUAH DURIAN YANG RAMAI PERCAYA\n1. Durian mengandungi kolestrol yang tinggi\n\nJika dilihat di dalam jadual fakta nutrisi buah durian jelas menunjukkan bahawa sebenarnya tidak ada kolesterol di dalam durian. Namun, durian mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.\u00a0\nJadi, individu yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung jangan makan terlalu banyak durian ya!\n2. Makan durian bersama buah sejuk seperti manggis\n\nTidak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden. Ianya tidak disokong oleh kajian saintifik.\nTabiat mengambil buah durian bersama dengan manggis mungkin disebabkan oleh kedua-dua pokok durian dan manggis mempunyai musim buah yang sama.\n3. Durian dan kopi tidak boleh diambil pada masa yang sama\n\nMitos bahawa durian tidak dapat dimakan bersama-sama kopi juga adalah tidak benar sama sekali.\nMakan durian bersama minuman apapun tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.\nSakit jantung merupakan satu penyakit yang berlaku akibat daripada tabiat pemakanan seseorang. Oleh itu, jika individu tersebut selalu mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, maka lebih mudahlah untuk dia menghidap sakit jantung.\nWalaupun ada banyak kebaikan makan durian yang kaya dengan vitamin dan mineral ini, anda tetap harus berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan\n4. Meningkatkan nafsu/tenaga seks (Libido)\nTidak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian meningkatkan tenaga seks.\n5. Makan durian bersama beer boleh membunuh\nTidak ada bukti kajian saintifik yang menyokong dakwaan. Meminum alkohol sudah sememangnya memudaratkan, tetapi mengambil alkohol bersama dengan buah durian tidak menambah kemudaratan alkohol jika durian tidak diambil berlebihan.\nPengambilan durian dan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kembung perut dan rasa tidak selesa di bahagian perut. Hal itu kerana organ hati perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolism ke atas lemak dan gula yang terkandung di dalam alkohol dan durian.\n6. Tak boleh makan durian dengan susu\n\nSama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi.\nMinum susu secara berlebihan pun boleh sebabkan kembung perut, apatah lagi minum susu sambil makan durian!\n7.\u00a0 Durian boleh akibatkan demam dan batuk\nTidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!\nMungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!\nSEBENARNYA ADA BANYAK KEBAIKAN MAKAN DURIAN!\n\nTidak dinafikan, durian mempunyai banyak khasiatnya.\u00a0Namun, itu bukan alasan untuk dimakan dalam kuanti yang banyak.\nDurian boleh meningkatkan berat badan kerana ia mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian yang purata beratnya 1 kg mempunyai jumlah kalori hampir 1400 kalori.\nSelain itu, durian mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buah ini memang tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes, kecuali jika diambil dalam kuantiti yang sedikit.\nDalam apa jua keadaan, beringatlah supaya mengambil makanan dalam keadaan sederhana ya!\nKredit: Rushdan Noor\nBaca juga: Tips Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Elok Lagi\n"} {"url": "https://myresipi.com/modal-rm5-resipi-roti-gebu/", "title": "Modal Hanya RM5, Resipi Roti Gebu \u2018Simple\u2019 dan Jimat Duit", "body": "\nBajet nak buat roti hanya RM5, dan boleh dapat 9 ban roti sekaligus. Jimat tak jimat?\nBaca perkongsian resipi oleh Azlina Ina di bawah ini.\nBahan-bahan membuat pelembut doh:\n1. Tepung gandum \u2013 2 sudu besar\n2. Secawan air\n\nCara-cara membuat doh:\n1. Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.\n2. Kemudian, masak sehingga menjadi likat dan siap.\nBaca juga: Cara Buat Roti Diet Homemade Hanya 70 Kcal Sekeping, Mudah Dibuat, Lembut & Sedap\n\n\nBahan-bahan membuat yis:\n1. Yis\n2. 1/2 cawan air suam\n3. 2 sudu besar gula\nCara-cara membuat yis:\n1. Tuangkan air suam ke dalam yis.\n2. Kemudian, masukkan gula dan tutup kesemua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.\n\nBahan-bahan adunan roti:\n1. 1kg tepung\n2. Sebiji telur\n3. 3 sudu besar majerin atau butter\n4. 3 sudu besar pelembut doh\n5. Sedikit garam halus\n6. 4 sudu besar susu tepung (jika suka)\n7. 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)\n8. 5 sudu besar gula\nCara-cara membuat adunan roti:\n1. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.\n2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi.\n3. Selepas itu, uli sikit-sikit.\n4. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga rasa doh lembik sedikit.\n\n\n5. Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit di tangan.\n6. Uli doh sehingga doh licin dalam 10 minit.\n7. Selepas itu, tutup adunan doh tu dengan tuala lembab untuk membuatkan ia kembang.\n\n\n\n8. kemudian, tumbuk dok tadi untuk buang angin dalam doh.\n9. Uli dan letakkan minyak pada tangan dan bekas untuk senang bentukkan doh.\n10. Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan oven 100 darjah selama 30 minit.\n11. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.\n\n\n\n\n12. Kemudian, sapukan majerin atau butter pada bahagian atas doh dan bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 45 minit api atas bawah, bergantung jenis oven anda.\n13. Jika roti sudah berwarna perang, maka ia sudh masak dan sapukan majerin atau butter untuk kilatkan ia dan siap.\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Azlina Ina\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/mooncake-atau-kuih-bulan-versi-halal/", "title": "Mooncake Atau Kuih Bulan Versi Halal, Baru Tahu Mudah Je Nak Buat!", "body": "\nDah masuk musim perayaan Tahun Baru Cina atau Mooncake ini memang wajib ada kuih bulan ini. Tapi nak dapat versi halal agak sukar dan memakan masa yang lama jika beli di talian. Jom buat sendiri di rumah.\nBukan itu sahaja, kuih bulan ini juga merupakan makanan tradisional yang biasanya dihidangkan dengan teh panas.\nTerdapat pelbagai perisa yang menjadikan kuih bulan ini unik iaitu kacang merah, lotus, kacang hijau, coklat, dan durian.\nBaca juga: Kuih Onde-Onde Bunga Telang, Nampak \u2018Rare\u2019 Sikit Buat Di Rumah\nTapi disebabkan mooncake atau kuih bulan di pasaran tak halal kerana mengandungi lemak babi, jadi lebih selamat jika membuatnya sendiri di rumah tanpa rasa was-was.\nResipi kuih bulan versi halal ini telah dikongsikan sendiri oleh Riliana Wee yang tak lokek membuat hantaran resipi di Facebook sehingga dua kali. Mesti kena cuba ni!\nResipi Kuih Bulan Telur Masin @ Mooncake Salted Eggyolk Halal\n\nBahan kulit:\n\n100g tepung berprotein rendah \u2013 ada di kedai baking\n60g sirap kencana \u2013 golden syrup\n30g minyak kacang tanah\n1/2 sudu teh air beralkalin/ air abu\n\nBahan inti:\n\nTelur kuning masin \u2013 salted eggyolk\n220 Lotus pes pandan\n1/2 cawan biji labu putih\n\nBahan lain:\n\nSusu segar\n\nCara penyediaan:\n1. Campurkan semua adunan kulit kecuali tepung berprotein rendah ke dalam bekas bersih. Kacau rata.\n2. Kemudian masukkan tepung kek. Kacau rata sahaja. Jangan terlebih kacau. Perap kira-kira 2 jam.\n3. Sangi biji labu putih. Kemudian satukan dengan lotus pes pandan. Bahagikan kepada 4.\n4. Bahagikan kulit do tadi kepada 4 dan leperkan. Masukkan kuning telur masin yang sudah dikukus.\n\n\n5. Balutkan lotus pes pandan dengan doh tadi.\n6. Tekapkan menggunakan acuan kuih bulan.\n\n\n7. Se,bur air untuk mengelakkan rekah. Bkaar dengan suhu 150C selamat 10 minit.\n8. Keluarkan dan sapukan dengan susu segar. Bakar lagi kira-kira 20 minit sehingga keperangan.\n9. Kuih bulan sedap dimakan selepas 2 hari penyediaan. Boleh dihidang!\nIni hasilnya apabila dihidang. Mudah dan ringkas sahaja. Selamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/mudah-je-nak-beza-ikan-tongkol-hitam-putih/", "title": "Mudah Je Nak Beza Ikan Tongkol Hitam & Putih, Hanya Perlu Tengok \u2018Sirip\u2019 Dia", "body": "\nIkan tongkol merupakan sumber protein yang digemari ramai. Ia juga dikenali sebagai ikan ayor di negeri pantai timur. Memang sedap jika dibuat singgang atau lauk untuk nasi dagang. Lumur garam, kunyit dan goreng begitu saja pun dah cukup sedap.\nNamun, ramai yang tak tahu ikan tongkol mempunyai dua jenis iaitu isi putih dan isi hitam. Agak sukar untuk membezakannya kerana rupa mereka hampir sama.\nSeorang pengguna laman sosial Facebook ada berkongsikan cara untuk mengenali dua jenis ikan tongkol tersebut. Ikuti perkongsiannya di bawah.\nCARA BEZA IKAN TONGKOL HITAM & PUTIH\n\nBuat kaum lelaki yang masih tersalah beli ikan. Balik isteri nak masak pun tak jadi. Hilang mood. Boleh bezakan dengan mudah sahaja.\nYang sirip panjang \u2013 Tongkol Hitam (Ayor Itam)\nYang sirip pendek \u2013 Tongkol Putih (Ayor Puteh)\nHitam lagi sedap dari putih.\nKebiasaannya beza harga RM1-2 sahaja mahal yang hitam. Bagi yang makan ikan ayor jadi gatal badan gatal hidung. Jangan makan yang ayor puteh. Makan yang ayor hitam. Badan tak gatal, isi dia manis dan lemak macam tenggiri.\nNak beli tenggiri mahal sangat, beli je ayor hitam. Rasa lebih kurang je.\nKredit: Nik Mohamad Khairi\n"} {"url": "https://myresipi.com/mudah-je-nak-buat-ayam-goreng-ala-mcd-ini-caranya/", "title": "Mudah Je Nak Buat Ayam Goreng Ala McD, Ini Caranya!", "body": "\nRamai tak yang suka makan ayam goreng di McD? Hari-hari makan pun takkan muak. Rupanya tak susah mana pun kalau ada yang nak cuba buat sendiri ayam goreng ala McD di rumah.\nWalaupun rasa tidak sama \u2018sebijik\u2019 macam di McD, sekurangnya dapat menghilangkan rasa mengidam dan menjimatkan duit poket anda. Kalau hari-hari beli, keringlah poket nanti!\u00a0Hehe.\nNak tahu bagaimana cara membuatnya? Jom sama-sama baca resipi hasil perkongsian oleh Ummi Syuhada di laman sosial Facebook di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Ayam Goreng Ala McD\nBahan-bahan:\n\nRempah kari daging\nTepung bestari pedas\nSerbuk cili babas\nTepung goreng cucur cap tangan\nTelur\n\nCara-cara:\n\nRebus ayam bersama rempah kari daging.\n\n\n\nBuang air rebusan. Bilas dengan air sejuk dan tambahkan sedikit ais supaya isi tak kecut.\n\n\n\nMasukkan tepung bestari pedas dan serbuk cili babas. Gaul sehingga sebati.\n\n\n\nTutup bekas dengan plastik dan masukkan ke dalam peti ais sekejap.\n\n\n\nSatukan tepung bestari, serbuk cili babas dan tepung goreng cucur cap tangan. Gaul rata terlebih dahulu sebelum dilumur pada ayam. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul rata bersama 1/2 sudu kfc maggi secukup rasa.\n\n\n\nLumurkan campuran tepung tadi pada ayam, kemudian celupkan ke dalam telur. Kemudian salutkan semula dengan tepung.\n\n\n\nGoreng ayam dalam minyak yang banyak. Tak perlu goreng lama, bila dah garing boleh terus angkat.\n\n\n\nSiap. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Ummi Syuhada\n"} {"url": "https://myresipi.com/mudah-sangat-cara-buat-kuetiau-sendiri/", "title": "Mudah Sangat Cara Buat Kuetiau Sendiri. Hanya Bancuh 2 Jenis Tepung Ini, Kukus & Siap!", "body": "\nTak perlu beli lagi, rupanya mudah sangat cara buat kuetiau sendiri di rumah. Baru lebih terjamin bersih dan tak was-was nak makan. Caranya juga tidak susah mana. Hanya menggunakan 2 jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung ubi saja.\nKalau ada yang nak cuba buat sendiri kuetiau, ikut saja cara-caranya yang dikongsikan oleh Fiza Mh di bawah. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Resipi Kuetiau Sup Chinese Style Paling Mudah, Anak-Anak Pasti Suka\nCara Buat Kuetiau Homemade\nBahan-bahan:\n\n1 cawan tepung beras\n1/2 cawan tepung ubi\n1 1/2 cawan air\n\nCara-cara:\n1. Sediakan kukusan. Guna kuali sahaja pun boleh.\n\n2. Satukan semua bahan-bahan. Kacau rata jangan sampai bergentel.\n\n3. Griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.\n4. Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi dengan adunan batter dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk tu)\n\n5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang dalam 7 hingga 10 minit.\n6. Biarkan sejuk sekejap, kemudian griskan permukaan kuetiau dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (ulang proses ini sehingga selesai)\n\n7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak, kemudian boleh dipotong mengikut saiz yang disukai. Siap!\n\nTips: Semasa nak potong, kalau pisau pendek boleh lipat dua lempeng kuetiau itu. Senang nak potong.\nKredit: Fia Mh\n"} {"url": "https://myresipi.com/mudahnya-buat-cencaru-sumbat-sambal-guna-air-fryer/", "title": "Mudahnya Buat \u2018Cencaru Sumbat Sambal\u2019 Guna Air Fryer, Kalau Goreng Minyak Jadi Kotor!", "body": "\nJom buat cencaru sumbat sambal guna air fryer. Guna air fryer ni lagi mudah sebab kalau goreng nanti akan kotorkan minyak dan membazir bila dah tak boleh guna minyak tu.\nKalau buat ikut cara ni, rempah dalam ikan pun tidak akan keluar. Jom lihat cara-caranya di bawah yang telah dikongsikan oleh Munira Ali. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Pantang Larang Air Fryer Yang \u2018Wajib\u2019 Tahu Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak\nResipi Cencaru Sumbat Sambal Guna Air Fryer\nBahan-bahan:\n\n1 \u00bdbiji bawang besar\n2 ulas bawang putih\n2 tangkai cili besar\n[email\u00a0protected] tangkai cili api\nBelacan sikit\nCukup rasa\nAsam jawa\nGula 1 sudu\n\nSukatan bahan di atas untuk 3 ekor ikan cencaru saiz sederhana. Kalau ikan banyak, boleh gandakan bahan. Kalau suka pedas boleh lebihkan cili.\nCara-cara:\n1. Sukatan bahan di atas untuk 3 ekor ikan cencaru saiz sederhana. Kalau ikan banyak, boleh gandakan bahan. Kalau suka pedas boleh tambah cili.\n2. Kisar semua bahan kecuali asam jawab. Letak air sedikit supaya senang nak kisar, jangan banyak. Kalau tumbuk lagi sedap.\n3. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar sekejap supaya sambal masak. Letakkan juga asam jawa semasa sedang menumis.\n4. Bila dan siap tumis. Sumbatkan ke dalam ikan yang sudah dibelah tengah.\n5. Kemudian masukkan ke dalam air fryer. Sembur sedikit minyak pada ikan supaya tak terlalu kering.\n\n6. Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 minit. Kemudian terbalikkan ikan dan bakar lagi selama 15 minit. Nak garing boleh tambah lagi 5 minit.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Munira Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/mudahnya-buat-sosej-ayam-homemade-lebih-berkhasiat-anak-anak-pasti-suka/", "title": "Mudahnya Buat Sosej Ayam Homemade, Lebih Berkhasiat & Anak-Anak Pasti Suka!", "body": "Anak-anak mesti suka makan sosej kan, kalau boleh setiap minggu mesti disuruh beli sosej. Tetapi kalau makan dalam kuantiti yang banyak akan menjejaskan kesihatan mereka pula. Jom cuba resepi sosej homemade yang dikongsikan oleh Noor Saficka di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nSOSEJ AYAM HOMEMADEAnak-anak mesti suka makan sosej kan, kalau boleh setiap minggu mesti disuruh beli sosej. Tetapi kalau makan dalam kuantiti yang banyak akan menjejaskan kesihatan mereka pula. Jom cuba resepi sosej homemade yang dikongsikan oleh Noor Saficka di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n2 kg isi ayam\n\n1 labu bawang putih\n\n4 biji telur\n\n6 sdb tepung ubi\n\nCukup rasa\n\nMixed herbs\n\nCendawan shitake kering (kisar kering)\n\nKredit: Noor SafickaCARA PENYEDIAAN\nKisar isi ayam dengan telur dan bawang putih.\n\nGaul dengan bahan yang lain.\n\nUntuk yang sosej biasa tidak perlu letak cendawan.\n\nSelepas itu masukkan di dalam piping bag. Masukkan dalam plastik aiskrim dan boleh rebus. Bagi air mendidih dahulu baru masukkan sosej.\n\n\nSudah masak, angkat, rendam di dalam air sejuk sekejap dan boleh keluarkan dari plastik.\n\n\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/mudahnya-buat-telur-masin-homemade-guna-telur-ayam/", "title": "Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Rasa Pun Lagi Sedap!", "body": "\nBiasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik kan? Ramai tak tahu,boleh guna telur ayam pun boleh juga rupanya. Hasilnya tetap sama macam telur itik.\nLagi satu, kalau beli yang dah siap harga boleh tahan mahal juga. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah.\nPaling\u00a0best kalau buat telur masin ikut cara ni, kita boleh guna telur ayam saja. Jimat pun jimat! Jom lihat cara-caranya di bawah.\nCARA BUAT TELUR MASIN GUNA TELUR AYAM\nBahan-bahan:\n\n10 biji telur ayam\n250g garam kasar\nAir secukupnya\n10 ulas bawang putih\nSedikit cili padi \u2013 ikut selera masing-masing\n\nCara penyediannya:\n\nBersihkan telur ayam tersebut.\nSementara itu, larutkan garam bersama air secukupnya.\nHiris halus bawang putih dan cili padi.\nSelepas itu, masukkan telur yang sudah dibersihkan tadi ke dalam bekas berisi air garam. Masukkan sekali hirisan bawang putih dan cili padi.\nKemudian tambahkan lagi air ke dalam bekas telur tadi sehingga melepasi paras telur.\nTutup bekas itu dan biarkan rendam selama 10 hingga 15 hari sahaja.\nSelepas tempoh masa itu, telur sedia untuk direbus menggunakan air rendamannya. Rebus selama 30 minit dan sedia untuk dijadikan.\n\n\nTelur masin homemade siap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Dapur Indonesia\nBaca juga: Petua Telur Rebus Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela\n"} {"url": "https://myresipi.com/mudahnya-nak-buat-gulai-darat-daging/", "title": "Mudahnya Nak Buat Gulai Darat Daging, Tak Perlu Tumis Pun", "body": "\nKalau kenduri di Kelantan, wajib masak gulai darat tak kira gulai darat daging atau ayam sebab masakan ini tidak perlu susah-susah nak menumis.\nHanya perlu satukan semua bahan dan renehkan sampai kuahnya pecah minyak dan daging empuk. Oleh kerana itu, gulai darat ataupun gulai kawah ini sentiasa menjadi pilihan setiap kali majlis kenduri.\nSeorang pengguna Facebook, Wan Muhammad Hafiz Satar\u00a0berkongsikan resipi gulai darat tak perlu tumis untuk rujukan ramai. Lihat resipi lengkap di bawah jika ada yang mahu mencuba. Semoga bermanfaat!\nResipi Gulai Darat Daging Tak Perlu Tumis\n\nBahan-bahan:\n\n1 kg daging\nSerbuk rempah gulai darat (kalau tiada, pakai rempah kari pun boleh)\n200ml santan (kotak kecil)\n1/2 keping gula melaka\nAsam keping\n1 sudu besar kerisik\nGaram\nSerbuk perisa (kalau suka)\n\nBahan-bahan kisar:\n\n4 ulas bawang merah\n1 sudu besar cili kering kisar\n2-3 hiris lengkuas\n1 inc kunyit hidup\n1 inci halia\n1/2 sudu ketumbar\n\nCara-cara:\n1. Satukan bahan kisar, rempah gulai darat dan daging. Masak atas dapur sehingga agak-agak daging kecut dan empuk boleh masukan asam keping.\n\n2. Setelah daging lembut, masukan santan dan kacau rata. Masak sehingga kuah sedikit terbit minyak.\n3. Masukan garam, gula melaka, kerisik dan serbuk perasa kalau suka.\n\n4. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Selamat mencuba!\n\nKredit: Wan Muhammad Hafiz Satar\nBaca juga: Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/murtabak-mini/", "title": "Murtabak Mini Ala-ala Bazar Ramadan, Balut Guna \u2018INI\u2019, Memang Sedap Dan Rangup!", "body": "\nAda tak kat sini yang plan nak buat sendiri murtabak mini ala-ala bazar ramadhan? Kalau ada, apa kata kita ikut resipinya di sini.\nRasa bosan juga beli kat bazar ni. Macam syok pula kalau makanan berbuka tu kita masak sendiri di rumah. Dijamain bersih dan yang penting jimat duit poket. Kalau pegi bazar, niat keluar rumah nak beli 1 jenis kuih je, tapi balik nanti confirm berkuih-kuih di belinya.\nBaca juga: Kulit Popia Keras Dan Kering? Ini Petua Nak Lembutkan Balik\nNafsu nak makan berbuka ni tak boleh nak ikut sangat. Nanti nak solat terawih pun dah tak larat, rasa ngantok dan rasa penuh je perut. Memandangkan dah ada resipi yang mudah untuk kita follow, apa kata kita cuba je buat sendiri murtabak mini ni kat rumah.\nResipi ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Yanie Mansor. Memang sangat mudah dibuat dan balut hanya menggunakan kulit popia sahaja.\nTak perlu nak menguli tepung lagi untuk buat doh murtabak. Kita pakai je kulit popia. Lagi senang! Tekstur murtabak nanti akan lebih garing dari biasa. Confirm ada yang bertambah-tambah lah di buatnya.\n\nRESIPI MURTABAK MINI\u00a0\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nKulit popia\nisi ayam/ daging di cincang\n3 biji kentang di potong dadu\n3 sudu makan rempah kari\n1 ulas bawang putih\n2 biji bawang besar di potong dadu\nDaun sup\nGaram\nGula\n\n\nCara-cara membuat inti:\n1. Tumis bawang yang dipotong dadu.\n2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.\n3. Masukkan isi ayam/ daging dan masukkan kentang.\n4. Seterusnya, masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti jadi lembik.\n5. Kemudian, masukkan gula, garam dan masak sehingga kering.\n\nCara membalut murtabak:\n1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam.\n2. Kemudian, masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.\n3. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.\n4. Balut dengan kulit popia. Sedia untuk di murtabakkan.\n\nSiap untuk dihidang! \nMudah je kan. Lepas ni kalau teringin nak buka puasa dengan murtabak mini ala-ala bazar ramadhan dah boleh buat sendiri je kat rumah. Boleh makan panas-panas dan banyak lagi.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/musim-doyan-dah-tiba-cuba-5-resepi-durian-yang-simple-ini/", "title": "Musim \u2018Doyan\u2019 Dah Tiba, Cuba 5 Resepi Durian Yang Simple Ini", "body": "\nMusim durian dah datang komer! Hari ini min nak kongsikan beberapa resepi yang korang boleh cuba.\nBagi penggemar raja buah ini, mesti kadang-kadang buntu sebab banyak sangat lebihan durian dan jemu nak buat tempoyak je kan?\nJom kita scroll beberapa idea untuk dibuat.\n\n1. Aiskrim Durian\n\nBahan-bahan:\n1/2 cawan Durian\n1 \u2013 2 Sudu besar Susu Pekat\n250 ml Krim Putar\n1/2 sudu kecil Ovalette\n1/2 sudu kecil Esen Vanila\nPewarna Makanan (Kuning)\nCara-cara:\n1. Kisarkan durian sehingga hancur. Masukkan susu dan kisar lagi.\n2. Pukul krim putar (whipping cream) sehingga sedikit kembang.\n3. Masukkan durian yang dikisar tadi, ovalette, esen vanila dan sedikit pewarna kuning dan pukul lagi sehingga adunan menjadi gebu.\n4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang bertutup dan bekukan.\nNota: Tak perlu kisar durian terlalu hancur jika nak ada rasa ketulan isi durian.\n\n2. Cucur Durian\n\nBahan-bahan:\n1 cawan tepung gandum\n3/4 cawan air\n1 sudu kecil garam\n3 ulas durian\n\nCara-cara:\n1. Tepung, garam dan air kacau hingga licin. Pastikan tepung tak terlalu cair dan tak terlalu keras. Celup ulasan durian masuk dalam tepung.\n2. Gorengkan hingga jadi keperangan.\n\n3. Pulut Durian\n\nBahan-bahan:\n0-15 ulas durian.Kami guna D24\n3 cawan beras pulut bukan tepung beras pulut ya\n3 cawan air kosong\n2 cawan santan pekat\n2 ketul gula melaka kerek\n1 helai daun pandan\nGaram gula secukupnya\nCara-cara:\n1. Rendam beras pulut 1-2 jam untuk melembutkannya. Cara tanak pulut ini pula, masukkan 3 cawan beras pulut tadi, 3 cawan air, sedikit garam dalam anggaran 1/2 sudu teh. Jika guna periuk biasa, buka api kecil dan masukkan semua bahan dan masak dengan api kecil. Tutup periuk. Setelah hampir masak baru dikacau sedikit. Jika anda tanak pulut dengan rice cooker, selepas butang COOK menjadi WARM, kacau pulut sekejap dan tekan sekali lagi butang COOK dan biarkan ianya masak sepenuhnya. Ketepikan pulut.\n2. Tambahkan 2 cawan santan pekat bersama 1 1/2 cawan air. Simpulkan sehelai daun pandan dan letak sedikit garam dalam anggaran 1/2 sudu teh untuk melemakkan kuah santan dalam pulut durian kita nanti. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan tutup api.\n3. Parut gula melaka dengan pemarut untuk dapatkan hasil yang cantik. Untuk menghidang pulut bagi elakkan dari melekat, alaskan plastik pembungkus nasi ke dalam bekas dan barulah dimasukkan pulut.\n4. Barulah tak menyusahkan kita sewaktu basuh nanti.\n5. Masukkan satu dua ulas durian, pulut sebanyak yang disukai, gula melaka parut dan tambah kuah santan tadi.\n\n4. Kuih Bingka Durian\n\nBahan-bahan:\n3 biji telur\n1 cawan santan pekat\n2 1/4 cawan air \n2 cawan tepung gandum\n3/4 cawan gula\n1/2 sudu kecil garam\n2 sudu besar mentega\n1 1/2 cawan isi durian\npewarna kuning\nsedikit bijan\nCara-cara:\n1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9\u00d79 inci dengan mentega. Ketepikan.\n2. Satukan bahan-bahan diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.\n3. Masukkan isi durian dalam adunan dan gaul rata. Blend semuanya. 4. Tuangkan dalam bekas dan gaul sebati.\n5. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.\n6. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.\nTips:\nNota: Sebelum tuang adunan dalam loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dengan butter dan panaskan terlebih dahulu dalam 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak. Boleh guna guna acuan bahulu pecah 8 utk adunan di atas dan dapat dalam 4 keping kuih.\n\n5. Durian Crepe Simple\n\nBahan untuk kulit:\nEmpat sudu besar tepung gandum\nEmpat sudu besar tepung ubi\nDua sudu besar tepung jagung\nDua sudu besar tepung kastard\nSatu biji telur ayam gred A/B ( jika gred c/d guna dua biji)\nSatu cawan susu segar/susu kotak kecil 250ml\nTiga sudu besar air\nDua sudu besar minyak masak\nGaram\nPewarna\nCara buat:\n1. Gaulkn semua bahan diatas. Kemudian, tapis kerna tak nak kasi nampk ketul-ketul. \n2. Pakai kuali yang non stick atau kuali yang tidak melekat.\nBahan untuk inti crepe\nBahan A: Whipping cream non dairy \u2013 puat sampai kembang dan berkilat.\nBahan B:\nSatu cawan susu segar\nSatu sudu besar tepung kastard\nSatu sudu besar gula (jika suka manis sila tambah )\nIsi durian (saya guna isi tiga biji durian.Tiga biji tau, bukan 3 ulas\n1. Masak bahan B durian crepe di atas hingga agak pekat.\n2. Dah siap, tutup api dan biarkan sejukkan seketika.\nPenyediaan Durian Crepe:\n1. Atas kulit durian crepe tadi, pipingkan dulu whipping cream non dairy yang telah kita putar.\n2. Kemudian baru letak isi durian.\n3. Piping sekali lagi whipping cream atas isi durian sebelum lipat.\n4. Step akhir, simpan dalam peti ais. Berdasarkan pengalaman, durian crepe tahan lama lebih kurang dalam dua bulan jika simpan pada bahagian sejuk beku. Cara nak buat durian crepe mudah je kan. Selamat mencuba semua.\n\nBaca Juga: Musim Durian Datang Lagi, Jom Cuba Petua Hilangkan Bau Durian & Kurangkan Panas Badan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/musim-durian-datang-lagi-jom-cuba-petua-hilangkan-bau-durian-kurangkan-panas-badan/", "title": "Musim Durian Datang Lagi, Jom Cuba Petua Hilangkan Bau Durian & Kurangkan Panas Badan!", "body": "\nMusim durian datang lagi di negara kita dan sudah pastinya mesti ramai di antara korang sudah mula beli durian banyak-banyak untuk simpan stok di rumah. Ada yang suka makan durian begitu sahaja dan ramai juga yang suka masaknya menjadi serawa durian. Makan dengan pulut bersama santan memang sedap.\nTetapi bila dah makan durian dalam kuantiti banyak badan kita akan mula rasa panas dari dalam dan semestinya tangan kita bau durian yang sangat kuat. Tetapi jangan risau ada petua nak hilangkan bau durian dan kurangkan panas badan selepas makan durian. Jom cuba petua ini.\n1. Petua elak panas badan selepas makan urian\n\nSelepas makan durian tuangkan air mineral di dalam pangsa durian dan minum airnya.\nMakan buah manggis selepas makan durian dikatakan dapat membantu mengeluarkan haba di dalam badan.\nMinum jus belimbing yang dikisar dengan seratnya sekali.\nMinum air kelapa selepas makan durian juga dapat mengurangkan panas badan. Air kelapa juga dikatakan dapat mengurangkan sendawa durian.\n\n\n2. Petua menghilangkan bau durian di tangan\n\nAlirkan air paip di kulit durian. Basuh tangan korang dari air yang mengalir dari kulit durian tersebut.\nIsi air di pangsa durian dan gunakan air tersebut untuk membasuh tangan.\nCuci tangan dengan menggunakan hirisan timun.\n\n\n3. Petua menghilangkan bau durian di mulut\n\nIsi air di pangsa durian. Gunakan air itu untuk berkumuh.\nSelepas makan durian, berkumuh dengan air berperisa limau.\n\n\nSumber: Amir Hassan\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/musim-durian-telah-tiba-jom-kita-serbu-kedai-yang-jual-durian-pelbagai-gred-confirm-sedap/", "title": "Musim Durian Telah Tiba, Jom Kita Serbu Kedai Yang Jual Durian Pelbagai Gred Confirm Sedap", "body": "\nBerita baik kepada penggemar durian! Anda tidak perlu susah susah untuk mencari kedai durian yang menjual pelbagai jenis gred. Sebuah akaun di Twitter @MalaysianFoods ada berkongsi sebuah kedai yang menjual raja buah ini. Dan yang paling bestnya, kedai ini ada menyediakan pelbagai jenis gred durian seperti IOI, Udang Merah, Musang King.\u00a0Haa menarik kan?\nBerita Baik Buat Pecinta Durian:\n\u201d Berita baik Penggemar Durian! \u201d\u00a0\n\u00a0\u201d Lagi 2 Minggu je Musim durian tiba! Korang yang nak makan durian Gred ( IOI, Udang Merah, Musang King) bukan jenis timbang, boleh ke sini Brother Durian\u00a0\u201d\u00a0\n\n\n\n\nDi kedai ini juga mereka tidak menggunakan sistem timbang tau haa, jadi memang tak rugi la kalau anda datang makan durian di sini.\n\u201d Berbaloi, murah dan puas hati, yang penting kalau busuk boleh ganti dengan yang baru. Tauke dia sporting ngam2 soi..\u201d\n\n\nBuat anda yang gilakan buah durian, anda tunggu apa lagi? Jom kita serbu kedai durian ini sebelum habis!!\nAlamat: Brother Durian Ss2, Petaling Jaya, Selangor\n\nSumber: @MalaysianFoods\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/myundi-bantu-rakyat-ketahui-keputusan-terkini-pru15-turut-perkenal-ciri-baharu-suara-kita/", "title": "MyUndi Bantu Rakyat Ketahui Keputusan Terkini PRU15, Turut Perkenal Ciri Baharu \u2018Suara Kita\u2019", "body": "\nPilihan Raya Umum Malaysia 2022 yang ke-15 (PRU15) dijadualkan akan berlangsung pada 19 November ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu.\nSebanyak 22 kerusi parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang, Perak, Perlis, dan Sabah akan dipertandingkan dalam PRU15.\nJusteru, orang awam boleh melayari portal sehenti, myundi yang dilancarkan syarikat media digital, REV Media Group (REV) pada 2018 yang menyalurkan berita-berita semasa, maklumat terkini berkaitan pilihan raya serta keputusan keseluruhan pilihan raya.\nPortal myundi adalah platform digital semua dalam satu yang menyediakan pembabitan interaktif dengan statistik pilihan raya yang tepat.\nPada edisi kali ini, myundi memperkenalkan ciri baharu iaitu Suara Kita, yang memberi peluang untuk seluruh rakyat menyuarakan pendapat dan idea berkenaan kerajaan baharu yang bakal dipilih.\n\nKetua Pegawai Operasi REV, Nicholas Sagau berkata, Suara Kita adalah ruang untuk rakyat berkongsi impian dan aspirasi mengenai Malaysia baharu dan kerajaan untuk masa hadapan.\nRakyat Malaysia boleh menyuarakan idea untuk masa depan seterusnya berkongsi idea di laman sosial selepas menjawab beberapa soalan ringkas di pautan\u00a0https://www.myundi.com.my/suara-kita.\nPautan yang boleh diakses secara langsung selama 24 jam itu bakal memberi manfaat dan kelebihan kepada pengguna myundi sepenuhnya untuk mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.\n\nPortal myundi boleh mula dilayari bermula 5 November untuk kemas kini penamaan calon dan pada malam 19 November untuk keputusan pilihan raya yang terpantas.\n\n\n\n\n\n\nPortal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar, dan tablet di\u00a0www.myundi.com.my di mana dan pada bila-bila masa sahaja.\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-anak-bijak-bagi-makan-ikan/", "title": "Nak Anak Bijak? Biasakan Bagi Makan Ikan 2 Kali Seminggu Berbanding Ayam", "body": "\n\nNak anak bijak? Selalunya ayam goreng memang menjadi kegemaran dan kesukaan anak. Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada hidangan ini. Goreng saja pun sudah cukup buat anak-anak.\nTak dinafikan ayam goreng mesti ada dalam setiap hidangan di rumah atau mungkin makanan laut lain.\nInilah makanan yang mesti ada. Malah, ada yang bandingkan ayam hanya untuk keluarga yang \u2018ada-ada\u2019 saja. Manakala ikan untuk orang biasa.\nBaca juga: Resipi Ajaran Mertua. Wanita Kongsi Selama 35 Tahun Hidup, Pertama Kali Makan Ikan Goreng \u2018Sesedap\u2019 Ini\nWalaupun anak suka makan ayam goreng, jangan sesekali tinggalkan lauk ikan kerana ia sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak.\nInilah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan tentang khasiat ikan yang bagus untuk perkembangan otak anak berbanding ayam goreng mahupun lauk lain.\nBiasakan Makan Ikan, Bukan Ayam Goreng, Baru Anak Bijak\n\nSebagai maka ayah, biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain.\nPastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.\n60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA.\nAnak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.\nSumber DHA Terbaik\n\nIkan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.\nBuat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.\nBagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.\nTak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.\nKita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.\nBaca juga: Nasi Goreng Sosej, Menu Ringkas Untuk Anak Yang Tak Nak Makan Sayur\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-bbq-bersama-keluarga-ini-cara-jimat-penyediaan-kambing-perap-yang-sedap-padu/", "title": "Nak BBQ Bersama Keluarga? Ini Cara Jimat Penyediaan Kambing Perap Yang Sedap & Padu!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-10 04:24:55\n\n\nBagi yang sukakan aktiviti barbeku, sudah pasti daging kambing ini menjadi antara kegemaran mereka. Namun, untuk membeli kambing perap yang \u2018ready made\u2019, kita memerlukan kos yang agak tinggi kerana harganya yang mahal di pasaraya. Oleh itu, apa kata kita cuba cara yang lebih berbaloi dengan memerap daging sendiri di rumah. Jimat pun jimat! \u00a0Jom ikuti perkongsian resipi ini daripada Farmiza Masur\u00a0menerusi Facebooknya.\n\nKredit: Farmiza Masur\n\u00a0\nBahan perapan:\n\n2kg kepingan kambing\n1 paket sos lada hitam\n1 labu bawang putih (dikupas)\n\n\u00a0\nCara memasak:\n\nBasuh daging kambing sebersihnya dan toskan bagi membuang air lebihan.\n \nKredit: Farmiza Masur\n\u00a0\nKemudian, potong dadu separuh labu bawang putih tadi manakala separuh lagi dikisar bersama sos lada hitam.\n \nKredit: Farmiza Masur\n\u00a0\nAmbil kepingan daging kambing tadi dan celupkan ke dalam sos hingga rata.\n \nKredit: Farmiza Masur\n\u00a0\nSelepas itu, letakkan daging kambing yang sudah disalut sos tadi ke dalam bekas dan perapkan selama 2 hari seeloknya. Ini supaya rasa perapan benar-benar menyerap ke dalam isi kambing.\n \nKredit: Farmiza Masur\n\u00a0\nSetelah cukup diperap, panggang daging kambing seperti biasa sehingga masak. Anda boleh menikmatinya dengan memakan bersama kentang putar dan sos lada hitam.\n \nKredit: Farmiza Masur\n\n\u00a0\nBahan sos lada hitam:\n\n1 tin sos carbonara berkrim\n2 biji ubi kentang rebus (dilenyek)\nSusu segar (sukatan 1 tin sos carbonara)\n\u00be sudu makan lada hitam (dikisar halus)\n3 ulas bawang putih (dipotong dadu)\n2 sudu makan mentega\nKicap manis secukupnya\nGaram secukupnya\n\n\n\nKredit: Farmiza Masur\n\u00a0\nCara memasak:\n\nPanaskan kuali lalu cairkan mentega dan tumis bawang putih sehingga naik bau.\nMasukkan sos carbonara, susu dan kentang yang dilenyek tadi. Pastikan anda sentiasa menggaulnya supaya tidak hangus.\nKemudian, masukkan serbuk lada hitam dan kicap. Sukatan kicap perlu diagak-agak sehingga mendapat warna yang dikehendaki. Selepas itu, tambahkan juga garam secukup rasa.\nKepekatan sos ini mengikut cita rasa masing-masing. Tambahkan air atau susu sehingga mendapat tekstur yang anda ingini.\n\n\n\nKredit: Farmiza Masur\n\u00a0\nSiap! Sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-beli-buah-wajib-baca-label-dulu/", "title": "Nak Beli Buah Wajib Baca Label Dulu, Penting Elak Buah Dari \u20182 Negara\u2019 Ini", "body": "\nBiasanya bila beli buah di pasaraya, main ambil sahaja tanpa periksa labelnya kan? Rupanya amat penting untuk baca label sebelum membeli buah untuk tahu dari negara mana buah itu datang.\nPerkara itu telah dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.\u00a0Menurutnya, kena cuba elak ambil buah dari dua negara iaitu China dan USA. Nak tahu sebabnya? Jom sama-sama baca perkongsian oleh beliau di bawah.\nSEBELUM BELI BUAH, WAJIB BACA LABEL DATANG DARI NEGARA MANA\nNak beli buah pun ada label yang kita nak kena baca.\nWalaupun tak ada bahan ramuan pada setiap jenis buah, tetap kena tengok buah tu datang dari negara mana.\n\nSaya biasanya cuba elakkan ambil buah dari negara China dan USA.\nNegara China, terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya.\n\nNegara USA pulak, terkenal dengan teknologi buah dan sayur GMO nya.\nDua negara ni, saya cuba elakkan.\nSaya suka sangat cari buah di Aeon. Sebab label dari negara mana terpampang jelas betul. Huruf paling besar, kedudukan paling teratas.\u00a0\n\nBagus sangat macam ni kan. Buat lebih ramai akan cakna dengan buah dari negara mana yang kita nak bagi keluarga makan.\nSama-sama kita cuba k, setiap hari tambah sedikit ilmu baru tentang tabiat pemakanan ke arah yang lebih sihat.\u00a0\n\nSumber: Dr Mazliana Mazlan\nBaca juga: Ramai Tak Tahu, Ini Beza \u2018Guna Sebelum\u2019 & \u2018Baik Sebelum\u2019 Pada Label Produk Makanan & Minuman\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-buat-maggi-chili-oil-viral-guna-3-bahan-ini-je/", "title": "Nak Buat Maggi Chili Oil Viral? Guna 3 Bahan Ini Je", "body": "\nMakin viral pula resepi ini dekat media sosial. Min pun dah terjebak sekali mencuba.\nSerius nikmat gais. Paling penting, bajet makan pun jimat sebab guna tiga bahan sahaja.\nBaca Juga: Resepi Maggi Kari Tumis, Simple je Tapi Rasa Padu!\nBagi korang yang sememangnya pencinta Maggi, sudah tentu bermacam jenis style masakan yang hendak dicuba kan?\nJadi, jom kita tengok cara-caranya di bawah.\n\n\u00a0\nMaggi Chili Oil\nBahan-bahan:\n1 pek mi maggi perisa kari (perencah akan digunakan sekali)\n1 ulas bawang putih (cincang)\n1 pek chilli flakes (min guna HEXA)\n3 sudu besar minyak masak\nCara-caranya:\n1. Rebus dahulu maggi seperti biasa, kemudian toskan.\n2. Dalam mangkuk lain \u2013 campurkan serbuk maggi kari, bawang putih. chilli flakes.\n3. Kemudian. panaskan minyak masak sekitar 5 minit dan tutup air.\n4. Selepas itu, tuangkan ke dalam mangkuk campuran 3 bahan tadi dan kacau rata.\n5. Akhir sekali, barulah campurkan chilli oil tadi ke dalam mi maggi.\nUntuk hiasan, korang juga boleh goreng telur mata kerbau atau letak potongan daun bawang dan bijan.\nBoleh tengok contoh video di bawah:\n\n\n @bangman30\nMaggi Chili Oil \ud83c\udf36Jom upgrade maggi tengah malam kita. Rasa pedas dan berminyak tu sangat memuaskan. Daun bawang jangan lupa! #fyp #lapaqtengahmalam\n \u266c original sound \u2013 Bangman \u2013 \n\n \nSelamat mencuba!\n\nSumber Video: TikTok Bangman\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-buat-spageti-bolognese-tapi-tak-tahu-guna-perasa-yang-mana-jom-baca-dulu-info-info-ini/", "title": "Nak Buat Spageti Bolognese Tapi Tak Tahu Guna Perasa Yang Mana? Jom Baca Dulu Info-Info Ini!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-07 06:14:11\n\n\nSelalunya bila ke pasaraya, mesti kita akan perasan satu lorong khas yang terletaknya bermacam jenis serbuk perasa yang boleh digunakan dalam masakan. Kadang-kadang sampai kita terfikir apa sebenarnya fungsi dan beza setiap serbuk perasa tu. Betul tak? Haa jadi, jom kita belajar serba sedikit info tentang serbuk perasa ini daripada Syida Dea Lurve\u2019A \u00a0yang dikongsikan dari Facebook. Jom baca!\n\nOregano Leaves Ground\n \nKredit: Syida Dea Lurve'A\n Biasanya sesuai untuk spagetti aglio olio. Tapi korang juga boleh letakkan untuk masakan seperti egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Memang lumayan hasil dan rasanya. Namun, elakkan meletak terlalu banyak untuk mengelak rasa pahit oregano.\n\u00a0\nPaprika Ground\n \nKredit: Syida Dea Lurve'A\n Sesuai untuk digaul bersama masakan seperti ayam bakar, kentang goreng atau bertindak sebagai pewarna merah untuk ayam goreng mamak. Gaulkan saja paprika ground ini. Sedap pun sedap!\n\u00a0\nMixed Herbs\n \nKredit: Syida Dea Lurve'A\n Bahan penting untuk buat sos bolognese kerana ia akan memberikan bau and rasa yang sama seperti sos prego. Kalau korang rasa ada yang kekurangan semasa memasak so Bolognese, taburkan mixed herbs ini. Mesti sedap! Selain itu, masakan seperti sup, pasta, baked potato, masak lemak pun boleh diletak mixed herbs untuk naikkan bau yang enak.\n\u00a0\nGarlic Powder\n \nKredit: Syida Dea Lurve'A\n Memberikan rasa sedikit masin semulajadi dalam masakan dan menaikkan keharuman bawang. Sesuai untuk digunakan untuk goreng-gorengan kunyit seperti ayam goreng kunyit dan sebagainya.\n\u00a0\nParsley Leaves\n \nKredit: Syida Dea Lurve'A\n Biasanya ditabur selepas masakan pasta sudah siap sebagai hiasan. Boleh juga ditabur atas telur dan kentang putar. Selain bertindak sebagai hiasan, ia juga memberi bau yang harum pada hidangan kita.\n\u00a0\nCinnamon Ground\n \nKredit: Syida Dea Lurve'A\n Khas untuk digunakan untuk makanan pastri. Mesti korang selalu jumpa apa-apa pastri\u00a0yang gunakan cinnamon ini kan? Sesuai juga untuk digunakan untuk apple pie madu, pancake, muffin, dan juga ditabur atas french toast. Contoh, gaulkan sahaja bersama adunan sebelum di \u2018bake\u2019 dan taburkan lagi selepas pastri sudah siap dimasak.\n\u00a0\nItalian Herbs\n \nKredit: Syida Dea Lurve'A\n Italian Herbs ini lebih tertumpu pada masakan Itali seperti pasta dan pizza. Bahan yang penting korang tak boleh lupa supaya bau-bau dan rasa masakan pasta dan pizza ini persis macam dimakan di restoran. Memang wangi dan menyelerakan!\n\nJadi, selepas ini korang tak perlu lagi pening memikirkan apa beza dan fungsi semua serbuk ni. Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-cuba-resepi-kari-ayam-pekat-ala-mamak-style-ini-rahsianya/", "title": "Nak Cuba Resepi Kari Ayam Pekat Ala Mamak Style? Ini Rahsianya!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-26 16:25:42\n\n\nHidangan ini sangat terkenal di Malaysia walaupun resepi ini berasal dari India. Resepi kari biasanya kaya dengan rempah ratusnya dan gabungan bersama santan menyebabkan ianya pekat berlemak pasti dapat menarik selera yang merasainya.\nTetapi lain pula dengan resepi kari untuk kali ini kerana terdapat satu resepi rahsia yang membuatkan kari akan lebih rasa pekat melikat. Jadi anda nak tah apa resepi rahsia tersebut? Jadi jom cuba resepi kari ayam mamak pekat melikat yang dikongsikan oleh Fazreen Saini di Facebook. Baca resepi di bawah untuk mengetahui resepi rahsia beliau.\n\u00a0\n\nKredit: Fazreen Saini\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nAyam 1/2 ekor\nKayu manis, bunga lawang dan buah pelaga\n3 ulas bawang putih (Tumbuk atau hiris halus)\n2 ulas bawang besar hiris halus\n5 pelepah daun kari 2 sudu besar cili kering blend/ cili serbuk\n125g atau anggaran 5 sudu besar kari ikan (Jangan pelik guna kari ikan. Ni rahsia kari lebih sedap dan padu)\nAir secukupnya (750-1000ml)\n1 ke 2 biji kentang\nGaram\nAir asam jawa sedikit\n2 sudu besar sos tiram (Ni la rahsia tu, bancuh dengan sedikit air agar tak berketul)\n\n\u00a0\n\nKredit: Fazreen Saini\n\u00a0\nCara-cara:\n1) Basuh ayam. Panaskan minyak, masukkan rempah 3 sekawan, bawang putih, bawang besar, daun kari.\n2) Naik bau, masukkan cili kering kisar. Naik minyak je, masuk kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air sikit dan tunggu lagi hingga pecah minyak. Biar kari betul-betul masak.\n3) Masukkan ayam, gaul rata. Masukkan air sikit. Kalau ada kentang masukkan kentang.\n4) Tunggu hingga kentang dan ayam masak. Tips dia, bila kentang dah empuk, ayam dah masak la tu. \n5) Perasakan dengan garam, air asam jawa dan bahan penting dalam resepi ni, sos tiram yang dah dibancuh dengan air. Kalau yang suka kari manis sikit tu boleh letak gula sedikit.\n6) Bila dah cukup rasa tu, tutup api dan siap untuk dihidangkan.\n\u00a0\n\nKredit: Fazreen Saini\n\u00a0\n\nKredit: Fazreen Saini\n\u00a0\n\nKredit: Fazreen Saini\n\u00a0\n\nKredit: Fazreen Saini\n\u00a0\n\nKredit: Fazreen Saini\n\u00a0\n\nKredit: Fazreen Saini\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Fazreen Saini\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-dapatkan-rasa-bbq-yang-super-duper-sedap-jom-cuba-tips-ini-sangat-mudah/", "title": "Nak Dapatkan Rasa Bbq Yang Super Duper Sedap? Jom Cuba Tips Ini, Sangat Mudah!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-11 03:07:55\nCara membuat barbeque (BBQ) atau makanan yang dipanggang sedap dan tidak melekat ketika dibakar atas bara api tidaklah sesukar mana. Paling penting kita tahu bagaimana cara hendak memanggang makanan tersebut dengan tepat dan betul. Jadi, mari kita cuba tips untuk dapatkan rasa bbq yang super-duper sedap dari awal hingga akhir yang dikongsikan oleh Ben Safwan di group resipi mudah di Facebook.\n\n\nKredit: Ben Safwan\n\nTips Penting:\n\nJangan terlalu rendah jarak bara api dengan pemanggang. Sejengkal dewasa ialah jarak elok untuk dapatkan rasa grill/salai dan kurang hangit.\nJangan letak air. Minimakan air. Air hanya diperolehi daripada baki yang melekat pada ayam/kambil hasil tos sahaja. Ianya untuk elakkan dari bahan perap tak melekat pada permukaan ayam/daging. Cecair datang dari minyak/madu.\n\n\n\nKredit: Ben Safwan\n\nResepi ini untuk 3 ekor ayam seberat 1.5 kg setiap satu,1 kg kambing,1 kg udang malah ada lebih sebekas kecil lagi untik kegunaan harian. \nJadi secara kasar resepi di bawah untuk 9-10 kg bahan perapan.\n\n800 gram madu jenama CED (di pasaraya ada jual dalam botol 500 gram setiap satu\n330 gram sos lada hitam Jalen (1 botol ni berat dia)\n200 ml minyak masak\n3 sudu makan serbuk cili Babas untuk bagi sedikit rasa pedas dan warna merah cantic\n3-4 sudu teh garam bukit\n2 sudu teh serbuk perasa \n1\u00a0sudu makan penuh setiap satu bahan untuk basil/parsley/rosemary/thyme kering.\n2 helai daun bayleaf diramas hancur \n\n\nKredit: Ben Safwan\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan-bahan di dalam bekas dan kacau. \nBaru ambil adunan ikut keperluan dan masukkan dalam ketulan ayam daging. Sapu sekata pada semua bahagian.\nDah siap, masukkan dalam plastik dan ikat. Boleh letak di freezer/chiller untuk perap semalaman minima. \nDah siap. Bila bakar seperti cara di atas,puas hati cukup terasa semua bahan dan melekat cantik.\n\n\nKredit: Ben Safwan\n\n\nSelamat Mencuba\nKredit: Ben Safwan\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-diet-ini-senarai-makanan-dan-bahan-yang-boleh-membantu-anda/", "title": "Nak Diet? Ini Senarai Makanan Dan Bahan Yang Boleh Membantu Anda", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-21 07:52:11\n\n\nIsu diet bukanlah perkara yang baru didengari dalam kalangan masyarakat kita. Masing-masing meletakkan azam untuk berusaha menjaga kesihatan badan dengan mengamalkan diet. Namun, ianya bukanlah mudah untuk kekal konsisten. Itu tidak termasuk dengan senaman dan cara serta kaedah melawan nafsu makan yang membuak-buak. Pastinya proses diet ini adalah proses yang ngeri bagi sesetengah individu. Jadi, ini ada beberapa senarai bahan dan makanan yang sangat sesuai diamalkan untuk rutin diet. Jom ikuti perkongsian daripada Dee Diana Haser ini.\n\u00a0\n\nBrokoli\n \nKredit: Donna\n Brokoli ini biasanya direbus, dikukus atau juga boleh dimakan secara mentah.\u00a0 Walaubagaimanapun, cara masak yang lebih baik adalah dengan cara dikukus. Sayur ini mengandungi kalori yang rendah, menjadikannya sangat sesuai diamalkan oleh orang-orang yang sedang berusaha untuk diet. Ianya juga mempunyai kuantiti yang tinggi dari segi tenaga, karbohidrat, vitamin, dan juga mineral yang sangat berguna untuk kesihatan badan kita\n\u00a0\nUbi Keledek\n \nKredit: VOX\n Biasanya, keledek ini digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk kuih-muih mahupun goreng-gorengan. Namun, ubi keledek ini juga bagus untuk dimakan sebagai tujuan kesihatan. Khasiat yang terkandung dalam ubi keledek ini adalah seperti Vitamin B, C dan E yang sememangnya dapat membantu mengekalkan kesihatan dalaman. Ianya juga mengandungi protein, jadi anda boleh menggantikan makanan-makanan lain dengan memakan ubi keledek\nLemon\n \nKredit: Healthline\n Buah ini dapat membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Anda boleh mengamalkan minum air lemon semasa tempoh diet. Caranya adalah dengan mengambil jus lemon dan campurkan dengan segelas air suam serta madu. Biasanya, air lemon ini elok diminum pada setiap pagi\nStevia\n \nKredit: Medical News Today\n Stevia adalah sejenis daun herba yang dikatakan mampu membantu meningkatkan kesihatan. Daun stevia ini menjadi komponen pemanis utama yang mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan juga antikulat. Jadi, bagi anda yng ingin berdiet, anda boleh mula menggantikan pengambilan gula putih dengan stevia dalam makanan dan minuman.\n\u00a0\nGaram bukit\n \nKredit: Rasa\n Garam bukit ini sifatnya kemerah-merahan dan ianya seratus-peratus asli kerana hampir tidak diproses. Garam bukit ini mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan tubuh manusia.Antaranya seperti potassium, kalsium dan zink. Garam bukit ini mampu meningkatkan kekuatan badan serta oksigen dalam badan. Ianya juga dapat menyerap vitamin dengan lebih sempurna ke dalam badan. Oleh itu, anda boleh menggantikan garam putih kepada garam bukit dalam masakan harian.\n\u00a0\nSalad\n\nKredit: dial2nature.com\n Pengambilan salad renyah dalam kehidupan seharian boleh membantu menurunkan dalam masa yang singkat. Ini kerana sayur ini kaya dengan serat. Salad mempunyai kesan positif kepada orang yang mempunyai masalah berat badan kerana ianya mampu meningkatkan proses pencernaan sekaligus mempercepat proses penurunan berat badan. Oleh itu, pengambilan salad ini sangat berkesan bagi orang yang sedang berusaha untuk diet.\n\nKonklusinya, kita perlulah mengambil berat tentang pengambilan makanan dan minuman dalam kehidupan seharian supaya kesihatan kita lebih terjaga. Banyak sumber alam yang dapat membantu mengekalkan kekuatan tubuh badan. Oleh itu, sama-samalah kita memanfaatkannya sebaik mungkin. \n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-diet-kempiskan-perut-jom-cuba-resepi-air-rebusan-epal-hijau-serai-ini-sangat-mudah/", "title": "Nak Diet & Kempiskan Perut? Jom Cuba Resepi Air Rebusan Epal Hijau & Serai Ini, Sangat Mudah!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-02 03:13:25\n\n\nMudah rupanya nak hilangkan berat badan. Terutamanya mereka yang terpaksa work from home, mesti kerap rasa\u00a0lapar dan berat badan selalu naik. Betul tak? Jadi korang cubalah resepi air rebusan epal hijau dan serai untuk membantu mengempiskan perut. Selain itu, air rebusan epal hijau dan serai juga mampu memberi pelbagai khasiat\u00a0lain yang sihat. Mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Jom kongsi masakan\u00a0di laman Facebooknya.\n\u00a0\n\nKredit: Jom kongsi masakan\nBahan bahan: \n\n3 biji Epal hijau \n5 batang serai\n1.5-liter Air \n\n\nKredit: Jom kongsi masakan\nCara cara:\n\nPotong epal kepada 6 bahagian \nSerai di ketuk\nMasukkan 1.5-liter air di dalam periuk, kemudian masukkan epal hijau dan serai\nMasak sehingga epal lembut\nTutup api \nLenyek-lenyekkan epal yang telah di rebus \nTapis air tersebut kemudian boleh di minum semasa suam\nSesuai di minum pada waktu pagi semasa perut kosong \n\n\nKredit: Jom kongsi masakan\n\u00a0\nAntara khasiatnya\n\nMembuang angin dalam badan\nMengempiskan perut\nMenurunkan berat badan\nMenghilangkan sakit urat /sakit badan\nSesuai untuk orang sakit lutut\nMenghilangkan sakit tumit\nMeringankan tubuh badan\n\n\nKredit: Jom kongsi masakan\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Jom kongsi masakan\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-diet-tapi-bosan-makan-oat-kosong-jom-cuba-bubur-oat-berlauk-sedap-sangat/", "title": "Nak Diet Tapi Bosan Makan Oat Kosong? Jom Cuba Bubur Oat Berlauk, Sedap Sangat!", "body": "Asal nak diet je kena makan oats kan? Mesti korang pun lama-lama akan bosan makan oats setiap hari, tapi korang boleh je variasikan oats tu ikut citarasa tekak korang sendiri. Salah satunya, boleh buat bubur oats berlauk. Sedap tau makan setiap hari pun tak ada hal. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nialurun_ di Twitter.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nBUBUR OATS BERLAUKAsal nak diet je kena makan oats kan? Mesti korang pun lama-lama akan bosan makan oats setiap hari, tapi korang boleh je variasikan oats tu ikut citarasa tekak korang sendiri. Salah satunya, boleh buat bubur oats berlauk. Sedap tau makan setiap hari pun tak ada hal. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nialurun_ di Twitter.\nBAHAN-BAHAN\nRolled oats (rendam 30 minit)\n\nDaging cincang\n\nBawang holland (dicincang)\n\nBawang putih (dicincang)\n\nTomato ceri (dibelah dua)\n\nLobak putih atau merah (dipotong kiub)\n\nMentega\n\nHalia (dihiris nipis)\n\nMinyak bijan\n\nLada hitam dan lada putih\n\nKredit : Nialurun_CARA PENYEDIAAN\nMasak rolled oat dan halia selama 1 jam. Sukatan air seperti buat bubur. Perasakan dengan minyak bijan, lada hitam dan lada putih.\n\nPanaskan kuali, masukkan mentega, bawang holland dan bawang putih masak sehingga garing.\n\nMasukkan daging cincang, masak sehingga air daging menjadi kering.\n\nMasukkan lobak merah dan tomato ceri. Perasakan dengan lada hitam.\n\nSiap dah boleh dihidang bersama cili merah dan telur separuh masak.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-gulung-popiah-mini-dengan-mudah-jom-cuba-tips-ini-sekejap-je-dah-siap/", "title": "Nak Gulung Popiah Mini Dengan Mudah? Jom Cuba Tips Ini, Sekejap Je Dah Siap!", "body": "\nSiapa yang biasa masak popiah tahu lah betapa susahnya nak gulung kulit popiah kerana kulitnya sangat lembut dan juga cepat kering, lagi-lagi kalau nak buat popiah mini. Lagi kecil kulit popiah itu lagi rumit semasa nak menggulungkannya.\nTetapi jangan risau korang boleh cuba tips mudah dan cepat untuk menggulung kulit popiah mini.\n\n1. Potong kulit popiah kepada beberapa bahagian.\nUntuk menggulung kulit popiah mini, korang perlu beli kulit popiah yang bersaiz besar dan potong kulit tersebut kepada 8 bahagian.\n2. Lipat dan gulung kulit popiah\nSelepas dipotong menjadi 8 bahagian, kulit popiah tersebut akan menjadi segi tiga, jadi anda perlu lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu menggulungnya dari bahagian bawah sehingga atas.\n3. Lekat menggunakan air\nSetelah selesai menggulung sehingga bahagian atas, bucu yang hujung sekali itu korang perlu meletakkan air supaya kulit popiah itu melekat dan bercantum untuk mengelakkan kulit popiah tersebut daripada terbuka.\n\u00a0\nSumber: Eida Qishh NJ\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-hilangkan-pahit-peria-dengan-mudah-jom-cuba-petua-ini-confirm-menjadi/", "title": "Nak Hilangkan Pahit Peria Dengan Mudah? Jom Cuba Petua Ini, Confirm Menjadi!", "body": "\nMesti ramai di antara kita yang tidak makan peria kerana peria mempunya rasa pahitnya yang tersendiri. Kebiasaannya orang tidak gemar sayur yang pahit kerana ia mengganggu deria rasa mereka.\nTetapi sebenarnya ada beberapa petua mudah yang dapat mengurangkan rasa pahit daripada peria. Jom cuba petua mudah ini.\n1. Garam kasar\nPeria yang telah dihiris boleh digaul atau direndam dengam garam kasar atau garam halus. Biarkan selama 5 minit kemudian cuci dengan air yang bersih.\n2. Air beras\nRendamkan hirisan peria di dalam air beras selama setengah jam untuk menghilangkan pahit peria kemudian basuh dengan air bersih.\n3. Rebus peria\nRebuskan peria separuh masak kemudian toskannya lalu basuh dengan air bersih. Cara ini dapat menghilangkan pahit peria.\nSumber: Shidatul Isma Rosedi\n\u00a0\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-kekal-awet-muda-ini-5-makanan-yang-korang-boleh-ambil/", "title": "Nak Kekal Awet Muda? Ini 5 Makanan yang Korang Boleh Ambil", "body": "\nSemua perempuan inginkan wajah yang cantik dan berseri tak kiralah dari semua peringkat umur.\nBukan itu je gais, ramai juga yang sanggup menghabiskan duit yang banyak semata-mata untuk beli produk kecantikan.\nBagi korang yang jenis otak geliga, dah tentunya tahu yang makanan dekat dapur saja pun dah boleh buat kita awet muda.\n\nBaca Juga: Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resepi Sardin Guna \u2018Pressure Cooker\u2019\n\nApa je makanan yang boleh kekalkan awet muda tu? Jom kita tengok.\n1. Tomato\n\nBuah tomato sangat kaya dengan vitamin C yang membantu untuk hasilkan kolagen.\nKolagen membantu kulit anda untuk kelihatan tegang bak kata laporan The Huffington Post.\nLycopene di dalam tomato juga boleh menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari dan membantu sistem peredaran darah korang.\n2. Sayur Bayam\n\n\nUntuk pengetahuan korang, bayam mempunyai sumber beta carotene dan lutein yang bagus.\nDua sumber ini bantu kulit korang untuk kekal tegang dan kurangkan kedutan di muka. Ia juga boleh lindungi kulit dari pancaran matahari.\n3. Oat\n\n\nOat mempunyai indeks glisemiks yang rendah. Maksudnya, jika korang makan makanan jenis ini, ia tak akan naikkan gula dalam darah.\nGula dalam darah inilah penyebabnya jerawat dan kedut mula timbul, menurut pakar dermatologi ini.\nIa juga boleh menghalang kerosakkan kulit dan membantu melegakan kulit yang radang.\n4. Terung\n\n\nTerung mendapat warnanya dari nasunin iaitu sejenis antioksidan, yang mempunyai unsur anti-penuaan.\nNasunin dapat menghalang sel kanser serta memastikan neuron korang sihat dan melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer atau penyakit orang tua.\n5. Madu\n\n\nMadu lebah asli mengandungi enzim, vitamin, mineral, air dan antioksidan yang membantu meningkatkan fungsi otak.\nMadu boleh diamalkan jika anda inginkan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda.\nSenang saja nak cari semua makanan untuk awet muda ini kan? Jom amalkan dari sekarang.\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-makan-lasagna-itali-tapi-jauh-jom-cuba-resepi-mudah-lasagna-ini-setanding-lasagna-dari-itali/", "title": "Nak Makan Lasagna Itali Tapi Jauh? Jom Cuba Resepi Mudah Lasagna Ini, Setanding Lasagna Dari Itali!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-14 04:09:07\n\n\nPKPB dah mula hari ini, so siapa siapa yang bosan kat rumah tu dan tak tahu nak buat apa, Jomlah\u00a0lah kita cuba resepi \"fancy\"\u00a0yang dikongsikan oleh\u00a0Liyza Eja menerusi laman facebooknya.\u00a0\nBahan-bahan;\n\n1 tin cendawan butang\n3 biji tomato segar\n2 biji bawang holand\n\nKredit : LIYZA EJA\nserbuk oregano\n1 botol sos spageti\n3 sudu sos cili\n \nKredit : LIYZA EJA\n1 kotak kepingan lasagna\n6 keping daging burger\n6 keping cheese\n1/2 kotak susu segar\n \nKredit : LIYZA EJA\n\nCara-cara;\n\nUntuk resepi lasagna ini, kita memerlukan dua sos iaitu sos merah dan sos putih. Apabila siap sos merah dan putih, barulah kita campurkan mengikut cara-cara yang disediakan\n\n\u00a0\n\nSos Merah\n\n\nCarikkan daging burger biar jadi macam ni.\n \nKredit : LIYZA EJA\nPotong dan tumis semua bawang holand yang disediakan.\nKemudian masukkan daging burger dan gaul sebati.\n \nKredit : LIYZA EJA\nBila daging dah agak-agak separuh masak,masukkan serbuk oregano mengikut citarasa sendiri.\nMasukkan 1 botol sos spageti dan separuh botol air.\nDah agak-agak macam ni, baru masukkan tomato segar.\n\nKredit : LIYZA EJA\nKemudian masukkan 3 sudu sos cili dan cendawan butang.\n\nKredit : LIYZA EJA\nAkhir sekali, tambah gula dan garam dan sos merah dah siap.\nKredit : LIYZA EJA\n\n\u00a0\n\nSos Putih\n\n\nSediakan 1/2 kotak susu segar dan 2 sudu butter.\nMasukkn 6 keping cheese dan 2 sudu tepung gandum (yang telah disebatikn dengan sedikit air).\nDah mendidih sos akan jadi macamni. Biarkan sehingga sedikit pekat dan Sos Putih sedia digunakan.\n\nKredit : LIYZA EJA\n\n\u00a0\n\nApabila siap kedua dua sos tersebut, Jadi kita dah bersedia untuk menyediakan lasagna.\n\n\nMula-mula, Kepingan lasagna tu rendam kejap dlm air panas (agak2 nak bagi lembik sikit).\n\nKredit : LIYZA EJA\nKemudian susun dlm loyang atau bekas yang tahan panas untuk masukkan dalam microwave atau oven.\nMasukkan sos merah yang telah dibuat tadi.\n\nKredit : LIYZA EJA\nLapisan ketiga tuangkan sos putih yang disediakan tadi.\n\nKredit : LIYZA EJA\nKemudian, tambah kepingan lasagna mengikut citarasa.\n\nKredit : LIYZA EJA\nAkhir sekali, hias mengikut kreativiti masing masing yang bersesuaian dengan lasagna seperti gambar di bawah.\n\nKredit : LIYZA EJA\n\nSelamat Mencuba\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-makan-lewat-malam/", "title": "Nak Makan Lewat Malam?", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-10-10 05:13:58\n\n\nBerapa lama korang bagi\u00a0antara waktu makan dan tidur?\u00a0 Perkara ini amat penting untuk memastikan korang tak lapar sebelum tidur. Ramai antara kita suka sangat makan lewat malam. Termasuklah Admin sendiri. Tak pe, kita belajar sama-sama. Inilah padah makan lewat malam.\n1. Menambah Berat\nPhoto Credit: medlife.com\nBadan kita perlukan sedikit masa untuk bakar kalori tambahan dalam badan selepas makan tetapi kalau kita tidur, ia akan gagal untuk melaksanakan tugas itu. Apabila proses itu gagal berlaku, Kalori berlebihan akan disimpan dan semakin bertambah menyebabkan perubahan pada hormon.\n2. Gangguan Tidur\nPhoto Credit: bbc.com\nMakanan atau minimum berkafein macam teh atau kopi boleh memberikan kesan negatif kepada kuantiti serta kualiti tidur kita. Bukan sahaja mengurangkan tidur kita pada malam tersebut, tetapi juga menambah tidur pada malam seterusnya. Ini menyebabkan badan kita tidak menerima tidur yang sekata.\n3. Meningkatkan Rasa Lapar Hari Seterusnya\nPhoto Credit: theconversation.com\nMakan makanan dalam kuantiti yang besar pada lewat malam tak bererti kita akan makan kurang pada hari berikutnya. Sebaliknya, ia akan menyebabkan kita makan lebih sebab insulin yang sepatutnya memberi respons terganggu. Korang kena berhati-hati sebab kegagalan aktiviti ini boleh menyebabkan penyakit yang sangat serius terhadap badan.\n4. Gangguan Respon Hormon\nPhoto Credit: freepik.com\nInsulin yang bertanggungjawab mengagihkan glukosa dari darah menjadi lemah bila korang makan lewat malam. Ini secara tidak langsung meningkatkan peratusan kejadian diabetes. Jadinya, banyak lagi penyebab kencing manis. Bukan makan dan minum manis je tau.\n5. Risiko Mati\nPhoto Credit: teepublic.com\nJadi, apabila kita berkumpul semua impak di atas, risiko mati juga lebih tinggi. Kadar penyakit jantung dan organ-organ lain dalam badan kian meningkat menyebabkan sistem saluran dalam badan kita terganggu dan lemah.\u00a0\nBukan main-main ye padah makan lewat malam. Jangan fikir sedap je makan. Sedap untuk waktu tu je. Kita perlu fikir masa depan dan masa depan tak cerah kalau asyik makan lewat!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-makan-macam-t20-sushi-rm1-jadi-isu-hangat/", "title": "\u201cNak Makan Macam T20\u201d \u2013 Sushi RM1 Jadi Isu Hangat Netizen, Bandingkan Dengan Restoran Jepun", "body": "\nBaru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang individu ini mempersoalkan tahap kesegaran sushi RM1 yang dijual di pasar malam atau gerai tepi jalan.\nMenurut pengguna terbabit, sushi yang dijual murah itu dan tak segar menjadikan rasanya tidak sedap untuk dimakan.\n\n\nUNPOPULAR OPINION \u2013 Sushi pasar malam tak sedap sebab tak fresh. Kau bayangkan terdedah pada bahang api gerai sate sebelah, manusia lalu-lalang, dengan lampu spotlight panas. Rasa tak payah ceritalah memang out. Asal dan jer kau jual seketul seringgit. Don\u2019t fight me. pic.twitter.com/thGxh9Wceu\n\u2014 MIMI ASMARA \ud83e\udeb2 (@WVGIF) June 15, 2022\n\nTinjauan di ruangan komen, beberapa netizen juga menyokong dengan pandangan tersebut, malah ada yang menggelarnya sushi RM1 itu sebagai nasi impit berlauk.\nBaca juga: Pertama Kali Makan Sushi, Ramai Yang Boleh \u2018Relate\u2019 Lihat Reaksi Lelaki Ini\nAda juga yang mengatakan yang sushi tidak patut dijual dan dihidang dalam keadaan cuaca panas kerana akan membuatkan makanan tersebut cepat basi dan berbau hanyir.\nPandangan netizen:\n\n\n\nDalam pada itu, ada juga netizen yang tidak menyokong kenyataan individu tersebut dan berpendapat sushi RM1 itulah dapat beri peluang kepada mereka yang tidak mampu untuk makan di restoran Jepun dan sekali-sekala dapat merasai sushi tersebut.\n\n\nBagi min, tak salah jika ingin menyatakan pendapat jika ingin buat penambahbaikan agar peniaga dapat menjaga kualiti makanan, tetapi jangan sampai menghina orang yang tidak berkemampuan.\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-masak-pulut-tapi-tak-ada-pengukus-jom-cuba-cara-ini-guna-rice-cooker-je/", "title": "Nak Masak Pulut Tapi Tak Ada Pengukus? Jom Cuba Cara Ini, Guna Rice Cooker Je!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-20 09:39:40\n\n\n\nBila kena duduk jauh dari mak ayah ni mula laa nak rindu masakan mak kat rumah kan? Lagi \u2013 lagi bila mak buat pulut, cecah pulak dengan rendang\u2026 fuhh rindunyaa!\nSekarang ni dah ada cara paling senang untuk masak pulut, guna rice cooker je! Cepat pulak tu. Haa jom tengok perkongsian dari Ya Norma untuk cara-caranya.\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n\n2 cawan pulut\n\n\n2 cawan air panas\n\n\n1 cawan santan\n\n\n1 sudu besar minyak masak\n\n\n1 sudu kecil garam\n\n\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Mula-mula, basuhkan beras pulut dengan teliti\n\nKredit: Sushi Maker\n2. Kemudian masukkan 2 cawan air panas tadi bersama santan, minyak masak dan garam ke dalam rice cooker. Jangan lupa tekan tombol untuk memasak\n\nKredit: Shutter Stock\n3. Buka\u00a0penutup rice cooker bila nampak wap panas keluar untuk elakkan pulut jadi berketul.\u00a0\u00a0\n\nKredit: Simply Katie\n4. Biarkan sampai pulut betul-betul masak\n\nKredit: Ya Norma\nSiaapp untuk dihidang!\u00a0\n\nKredit: Ya Norma\nSekejap je nak buat kan? Boleh la buat makan-makan dengan kawan-kawan kat rumah sewa!\u00a0Selamat mencuba!\u00a0\n*Tips ini dikongsikan oleh Ya Norma dari Facebook\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-masukkan-buah-pelaga-dalam-masakan-tapi-tak-tahu-cara-yang-betul-jom-cuba-tips-ini/", "title": "Nak Masukkan Buah Pelaga Dalam Masakan Tapi Tak Tahu Cara Yang Betul? Jom Cuba Tips Ini", "body": "\nBagi Masyarakat di negara kita, buah pelaga merupakan bahan yang penting di dalam masakan. Kebiasaannya orang akan memasukkan buah pelaga di dalam masakan seperti sup, kari, nasi tomato dan banyak lagi.\nBagi sesetengah orang pula buah pelaga\u00a0 merupakan salah satu bahan yang boleh menaikkan aroma sesuatu masakan. Tetapi masih ramai tidak tahu cara yang betul menggunakan buah pelaga di dalam masakan. Jom cuba petua dan ikut cara yang betul ini supaya masakan anda bertambah sedap.\n1. Pecahkan buah pelaga\nKalau anda memasak menggunakan buah pelaga, jangan main campak-campak sahaja buah pelaga tersebut di dalam kuali kerana cara tersebut adalah tidak berguna atau tidak bagus kerana ia akan menghilangkan rasa buah pelaga tersebut.\nAnda perlu memecahkan buah pelaga itu terlebih dahulu dan biarkan biji-biji di dalam buah pelaga itu keluar. Biji itulah yang akan menjadi penambah perasa di dalam masakan apabila ditumis dan bukan kulit tersebut.\n\n2. Elak masukkan biji yang sudah rosak\nApabila sudah dipecahkan, barulah anda boleh nampak yang mana satu buah dan biji yang elok. Kadangkala ada biji yang sudah dimakan bubuk, itu bermakna biji-biji itu sudah tengik. Jangan masukkan di dalam masakan.\nDicampak sebanyak mana pun di dalam kuah tidak akan menjadi apa-apa melainkan apabila anda tergigit, ia akan menjadi pahit sahaja.\nSumber: Norisham Yusof\u200e\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/nak-pergi-jepun-ini-10-restoran-halal-yang-korang-boleh-cari/", "title": "Nak Pergi Jepun? Ini 10 Restoran Halal Yang Korang Boleh Cari", "body": "\nSekitar tahun 90-an sehingga ke pertengahan 2010, khabarnya memang sukar untuk pelancong Malaysia mencari tempat makan halal di negara Jepun.\nNamun begitu, masalah ini nampak sudah selesai kerana berkat usaha pelbagai pihak seperti persatuan penduduk Muslim, serta pihak masjid di Jepun, keperluan restoran Halal telah mendapat perhatian oleh kerajaan dan masyarakat Jepun sendiri.\nKini, korang boleh mencari restoran halal hampir di semua lokasi utama di Jepun.\nBaca juga: Lelaki Jepun Ini Buka Kedai Nasi Kandar Pertama di Tokyo, Setiap Hari \u2018Sold Out\u2019!\nBerikut merupakan senarai restoran-restoran halal yang terdapat di Jepun menurut Sushi Travel-Trip Halal Jepun.\n\n1. Restoran Malaysia Boleh\n\n\nLokasi: Osaka\nMenu: Malaysian + Fusion food\nDimiliki sepenuhnya oleh seorang rakyat Jepun yang bernama Shingo. Individu ini sangat sukakan masakan Malaysia dan telah membuka restoran ini sejak 15 thaun yang lalu. Lokasinya terletak disebelah Umeda Sky Building di Osaka.\n\n2. PY Halal Kitchen\n\n\nLokasi: Nara\nMenu: Indian, Turkish, Japanese food\nTerletak di bandar yang terkenal dengan rusa liar, iaitu Nara. Lokasinya begitu dekat dengan Nara Deer Park dan Kintetsu Nara Station. Apa yang paling menarik, surau turut disediakan disini.\n\n3. Chicken Man\n\n\nLokasi: Ueno, Tokyo\nMenu: Pelbagai menu berasaskan ayam\nTerletak di Ameyoko market, Ueno. Ayat trademark kedai ini apabila orang Malaysia lalu ialan \u2018Zizan makan sini\u2019. Difahamkan ayam gorengnya memang sedap lebih-lebih lagi bila makan panas-panas waktu musim sejuk.\n\n4. Coco Ichibanya Curry House\n\n\nLokasi: Akihabara, Tokyo\nMenu: Japanese curry\nCoco Ichibanya adalah francais yang terkenal di Jepun. Untuk menarik pengunjung Muslim, mereka membuka cawangan di Akihabara yang 100% halal.\n\n5. La Toque\n\n\nLokasi: Narita Airport Terminal 2\nMenu: Jappenese curry\nBagi yg menaiki flight JAL/ Mas/ANA/cathay boleh lah cuba makan di sini sebelum berlepas. Kedai ini dibuka seawal jam 8 pagi. Restoran ini terletak di balai perlepasan Narita Airport Terminal 2.\n\n6. Ayam-Ya\n\n\nLokasi: Nihonbashi/Osaka/Ueno Tokyo/Kyoto\nMenu: Halal Ramen\nBerdekatan masjid As Salam Ueno, korang boleh rasa Ramen ala-ala Indonesia style yang pedas dan sedap.\n\n7. Yoshiya\n\n\nLokasi: Arashiyama, Kyoto\nMenu: Authentic Japanese food, Wagyu Beef, Tempura\nRestoran ini menyajikan hidangan washoku yang sedap dan original. Terletak berdekatan Bamboo forest di Kyoto.\n\n8. Malaychan\n\n\nLokasi: Ikebukuro, Tokyo\nMenu: Malaysian food\nDimiliki oleh seorang wanita yang pernah tinggal di Malaysia selama lebih 15 tahun, ramai pelajar Malaysia yang suka kerja part time disini. Lokasi di West Gate Ikebukuro dalam 10 minit jalan kaki dari stesen.\n\n9. Khazana\n\n\nLokasi: Odaiba, Tokyo/Minato Mirai, Yokohama\nMenu: Indian Buffet Lunch\nTerletak di dalam shopping mall Decks di Odaiba, korang boleh menikmati masakan India yang sedap sambil melihat pemandangan tepi laut Tokyo Bay dan Rainbow Bridge yang indah.\n\n10. Hanasaka Jiisan\n\n\nLokasi: Shibuya, Tokyo\nMenu: Halal Shabu Shabu (Japanese steamboat)\nAgak sukar untuk mencari restoran ini kerana lokasinya agak tersorok. Daging yang digunakan adalah berkualiti baik walaupun sedikit mahal tapi berbaloi.\n\nSemoga bermanfaat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/nangis-nak-donut-petak-budak-kecil-buat-netizen-terhibur/", "title": "Nangis Nak \u2018Donut Petak\u2019 Tiap Kali Lalu Starbucks, Gelagat Budak Kecil Ini Buat Netizen Terhibur", "body": "\nSetiap orang pasti mempunyai makanan kegemaran mereka yang tersendiri. Ada yang setiap minggu mahupun setiap hari pasti \u2018wajib\u2019 makan makanan kegemaran itu.\nSama seperti seorang anak kecil ini, dia akan menangis setiap kali kenderaan orang tuanya melalui di hadapan kedai Starbucks kerana menginginkan \u2018donut petak\u2019.\nLalu orang tuanya terpaksa membeli donut petak tersebut setiap kali melalui di hadapan kafe tersebut.\nMenerusi sebuah video yang dikongsikan oleh ibu anak kecil itu di TikTok,\u00a0azvdh\u00a0berkongsikan gelagat anaknya yang melucukan itu.\n\n\n @azvdh\nadik donut petak \ud83e\udd23\n \u266c Funny Song \u2013 Cavendish Music \n\n \nMenurut ibunya juga, pekerja di kafe tersebut juga sudah tahu apa yang mahu dibeli setiap kali pergi ke sana. Tak lain tak bukan, pasti mahu beli donut petak.\nMenjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur dengan gelagat anak kecil itu yang mempunyai\u00a0taste\u00a0tinggi walaupun masih kecil.\n\n\n\u201cKat rumah pun mintak..\u201d\n\nNetizen turut mendoakan semoga ibu dan ayahnya dimurahkan rezeki.\n\nSumber: TikTok @azvdh\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-bujang-dekat-rumah/", "title": "Nasi Bujang Untuk Poket Kering Hujung Bulan, Boleh Cuba Buat!", "body": "\nSebelum wujudnya nasi bajet menu rahmah, awal tahun 90-an kite dah ada menu \u2018lejen\u2019 iaitu set menu nasi bujang. Jadi bagi mengembalikan nostalgia, jom kita buat di rumah.\nCuma sup kosong itu boleh upgrade sikit. Kita buat sup ayam siam. Set nasi bujang ini dulu antara nasi bajet popular dikalangan perantau.\nSetiap kali kalau nak jimat duit, nasi bujang menjadi pilihan disebabkan makanannya murah jadi jimat duit untuk makan. Masakan ini juga sesuai untuk orang bujang sebab itu ia dinamakan sedemikian. \nNamun, walaupun ia kelihatan ringkas, nasi putih telur goreng dan sup kosong sudah memadai. Perut pun kenyang.\n Jom kita tengok resipi di bawah.\n\nRESIPI NASI BUJANG\n\nBahan Telur Dadar:\n\n1 biji telur\n1 sdk sos ikan\nAir limau\nSerbuk lada putih\nGaram\n1 biji bawang merah \u2013 dihiris\n\nCara Menggoreng Telur:\n\nPecahkan telur ke dalam bekas\nMasukkan titis sos ikan, sedikit air limau, secubit serbuk lada putih, secubit garam, dan sedikit bawang.\nKacau telur sehingga sekata\nPanaskan kuali dan masukkan minyak, goreng telur sehingga garing\nTelur dadar telah siap dimasak.\n\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi 8 \u2018Rahsia\u2019 Masak Telur Dadar Gebu Gebas, Anak-Anak Tentu Suka!\nBahan Sup Ayam Siam:\n\nHirisan lemak ayam*\nBawang putih \u2013 ditumbuk*\nHalia \u2013 ditumbuk*\nBawang Merah \u2013 dipotong*\nBawang besar \u2013 dipotong*\nSerai \u2013 dipotong*\nDaun limau purut*\nSup Bunjut Adabi\nGaram\nGula\nMaggi cukup rasa\nThai Fish sauce\n\nCara Memasak Sup Ayam Siam:\n\nMasukkan sedikit minyak masak, kemudian tumiskan bahan yang bertanda *. Masak sehingga bahan-bahan tersebut agak garing sedikit dan wangi.\nApabila sudah garing dan wangi, masukkan air dan sup bunjut. \nMasukkan 5-7 titis sos ikan dan maggi cukup rasa.\nMasukkan gula dan garam secukup rasa.\nTaburkan bawang goreng ke dalam sup. Siap untuk dimakan.\n\nBahan Sambal Belacan:\n\n6 biji limau kasturi (buang biji)\n50g belacan yang telah dibakar\n3 biji cili merah + 1biji cili hijau\n8 biji cili padi hijau\n25 biji cili padi merah\n100ml air asam jawa pekat\nMasukkan sedikit gula dan garam\n\nCara Buat Sambal Belacan:\nKisar atau tumbuk kesemua bahan diatas hingga sebati. Dah siap.\n\nMakanan yang paling sesuai untuk orang bujang dan mereka yang suka simple-simple je. Telur goreng memang sesuai dengan makanan berkuah seperti sup tulang dan tomyam. Itu sahaja resepi kali ini. Selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-bukhari-dan-kuah-dalca/", "title": "Nasi Bukhari Dan Kuah Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk Jamu Orang Datang Beraya", "body": "\nJom buat Nasi Bukhari dan Kuah Dalca untuk menu juadah orang datang beraya ke rumah nanti. Memang makan bertambah dibuatnya.\nMusim raya ini, pasti ada yang plan nak buat majlis berbuka di rumah kan. Apa kata selitkan sekali resipi ni. Mesti ramai yang bertambah-tambah nasi nanti. Nasi ni memang sesuai sangat untuk raikan tetamu.\nBaca juga: Sate Dan Kuah Kacang Cara Simple, Memang Sedap Untuk Juadah Raya\nNak resipi yang mudah? Jangan risau. Follow je resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad ini. Mudah sangat ye! Rasanya nak masak dalam rice cooker pun boleh sangat.\nKalau terasa tekak nak makan nasi bukhari, tak perlu lagi nak beli kat luar. Masak sendiri kat rumah lagi puas hati. Beli kat luar pun boleh tahan mahal juga. Lagi jimat masak sendiri. Kebersihannya pun terjamin.\n\nRESIPI NASI BUKHARI DAN KUAH DALCA\n\nCara Buat Nasi Bukhari:\u00a0\n\n\n\nBahan A \u2013 (tumis)\u00a0\n\n\n\n1 ulas bawang putih \u2013 dihiris\n2 ulas bawang merah \u2013 dihiris\n1 inci halia \u2013 dihiris\n3-5 biji buah pelaga\n3-5 biji bunga cengkih\n2-3 kuntum bunga lawang\n1 inci kulit kayu manis\n2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air\n2 sudu minyak sapi untuk menumis\n\n\n\nBahan B \u2013 (bahan-bahan lain)\n\n\n\n1/2 cawan susu cair\n1 biji tomato dipotong dadu\n1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air\n2 cawan beras basmathi/biasa \u2013 dibersihkan dan ditoskan\n1 batang daun ketumbar \u2013 dihiris halus\nSecubit garam\nSedikit gula\n\n\n\nCara memasak Nasi Bukahri:\n\n1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau (Gunakan periuk nasi kalau boleh).\n\n\n2. Masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak.\n\n\n3. Masukkan ayam bersama stoknya sekali serta masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar.\n\n\n4. Masukkan beras, perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.\n\n\n\n\nCara Buat Kuah Dalca\n\n\n\nBahan kuah dalca:\u00a0\n\nKacang dhal (rendam semalaman, lepas tu rebus sehingga empuk)\n1/2 peket rempah dal (cari di kedai india)\nBawang putih, merah, halia (siap dikisar)\nAsam keping\nRempah 4 sekawan\n2 sudu besar biji sawi\nCili kisar\n1/2 kg Daging(direbus)\nSantan (optional)\nTerung diptong bulat\nKentang dipotong 4\nLobak merah dipotong \nKacang panjang hiris memanjang\n\nCara penyediaan:\u00a0\n\n1. Tumis bahan kisar, rempah sekawan, biji sawi.\n2. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. \n3. Seterusnya masukkan bancuhan rempah kacang dhal ..tumis lagi sampai dia pecah minyak, tambah air jika perlu. Masukkan daging tumis lagi.\n4. Lepas tu masukkan kentang dan lobak merah, masak sehingga empuk. Bila dah empuk baru masukkan kacang dhal yang sudah direbus.\n5. Kacau rata masukkan terung, kacang panjang dan tomato. Bila pekat tambah lagi air dan letak garam secukup rasa.\n6. Masak sehingga siap dan boleh dihidang.\n\n\nSelamat mencuba!\n\nBaca juga: Kacang Goreng Pedas Cara Mudah, Guna 4 BAHAN Ini, Laku Keras Kudapan Raya Nanti\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-butter-ala-kfc/", "title": "Nasi Butter Ala KFC, Mesti Anak Terpikat Nak Makan Bertambah!", "body": "\nApa kata ibu-ibu cuba buat nasi butter ala KFC sebagai pengganti nasi putih? Di jamin menu ini dapat pikat selera anak-anak anda! Mereka pun mesti bosan makan nasi putih juga.\u00a0\nBaca juga: Cara Buat Cheesy Wedges Ala KFC, Guna 5 Bahan Ini Je\nNasi butter, sup dan ayam goreng yang dijual di KFC memang nampak simple tetapi serba serbi cukup rasanya. Satu hidangan lengkap yang disukai oleh semua golongan. \nJika anda teringin untuk menikmatinya, jom kita cuba buat sendiri di rumah mengikut resipi yang dikongsi oleh Cik Puan Syue Haida. Jom kita buat.\n\nRESIPI NASI BUTTER ALA KFC\n\nSaiz hidangan: 5 orang makan\nBahan-bahan:\n\n4 cawan beras\n4 biji bawang putih \u2013 ketuk dan potong halus\n1 biji bawang merah \u2013 hiris nipis\n125g butter\nHalia \u2013 ketuk\u00a0\n1 cawan susu full cream\n1 kiub pati ayam\u00a0\nGaram\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Panaskan kuali, masukkan butter, tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Kemudian masukkan halia.\n2. Masukkan susu full cream dan kacaukan sekejap dalam 2 minit.\n3. Masukkan beras yang dah dibasuh, lepas itu masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3 minit.\n4. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air, sukatan air di tambahkan dengan secawan susu tadi. \n5. Macam saya, beras 4 cawan air 4 cawan+1 cawan susu dan masukkan sedikit garam dan masak spt biasa (sukatan air bergantung pada jenis beras + dgn susu skali) sebab dah ada penggunaan susu, jadi kurangkan air.\n6. Siap.\nCARA BUAT AYAM GORENG ALA KFC\nBahan-bahan:\n\n10 ketul ayam\n1 cawan tepung bestari original\n1 cawan tepung bestari spicy\n\nCara penyediaan:\u00a0\n1. Ambik 5-6 sudu besar campuran tepung tadi dan gaul sekali bersama ayam. Biarkan sebati perap ayam dengan tepung kira-kira 2 jam.\n2. Dah siap perap panaskan kuali letak minyak dan ambil ayam perap tadi.\n3. Gaulkan dengan tepung campuran tadi dan salutkan tepung tebal-tebal dan masukkan dalam kuali. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Siap!\nCARA BUAT SUP CHICKEN MEATBALL\nBahan-bahan:\u00a0\n\n\nLeher / kaki ayam potong kecil-kecil\n\n\n\n10 biji chicken meatball\n\n\n\nDaun sup\n\n\n\n1 kiub pati ayam\n\n\n\nHalia \u2013 ketuk\n\n\n\nBawang putih\n\n\n\n3 cawan air\n\n\n\nGaram secukupnya\n\n\nCara memasak:\n1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam dan biarkan sekejap.\n2. Masukkan chicken meatball, kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak.\n3. Masukkan garam dan daun sup.\n4. Siap.\n\nSelamat mencuba set resipi ini.\nBaca juga: Ayam Goreng Rangup, Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk \u2018Crispy\u2019 Ala KFC\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-butter-ayam-rangup/", "title": "Bapa Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ayam Rangup, Anak Mesti Naik Selera!", "body": "\nAnak susah nak makan? Apa kata kita buat Nasi Butter Ayam Rangup. Mesti terbuka selera mereka nak makan.\nBosan dengan nasi ayam, nasi beriani dan beraneka nasi lain, apa kata kali ini anda cuba pula ayam goreng rangup kesukaan anak-anak dengan Nasi Butter.\nResipi simple tapi sedap dan mengenyangkan. Nak buat macam mana? Jom cuba perkongsian resipi Superdaddy, Khairul Abdullah.\nBaca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati Anak-Anak Makan\nResipi Nasi Butter Ayam Rangup\nNah resipi paling mudah yakmat ni. Nasi Butter Ayam Crunchy yang dimasak sekali harung dalam periuk letrik. Tak sampai 45 minit boleh siap ni. Bahan-bahan dia pun simple je.\n\nBahan-bahan:\n\n2 pot beras, cuci dan toskan.\n20gm butter, marjerin pun boleh aihh.\n\u00bd ekor ayam dipotong kecil dan letak garam.\n3 ulas bawang putih dihiris nipis\n1 inci halia diketuk\n1 helai daun pandan dicarik dan disimpul\n1 kiub pati ayam\n1 cawan susu segar/susu cair/susu kotak\n2 cawan air\n\nCara memasak:\n1. Cairkan butter dan tumis bawang putih, halia dan daun pandan sampai naik bau dan sedikit garing dan masukkan beras dan kacau sebati.\n2. Masukkan susu dan kacau sebati lepas tu masukkan air dan juga kiub pati ayam dan kacau sebati.\n3. Susunkan ayam di bahagian atas biar cun lalu tutup periuk dan tekan ON. Tunggu sampai nasi masak. Kalau ada sayur boleh masukkan di bahagian atas nasi dan tutup tudung biar sekitar 5-7 minit, siap dikukus.\n4. Dah siap, keluarkan sayur dan asingkan, keluarkan ayam, sapukan butter dan masukkan dalam air fryer pada suhu 200 degree selama 12 minit. Boleh juga digoreng dengan api yang kuat hingga golden brown.\n\nSiap dan hidangkan. Mudah kan?\nSup tu aku rebus je kaki ayam dan bahagian-bahagian tulang atau lemak yang tak digunakan tu. Biar berjasa sikit.\nSambal tu aku guna jer Sos Cili Thai Maggi, aku potong daun ketumbar dan perah limau sikit. Fuhhh berdesup pergi dia nanti.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-daging-adabi/", "title": "Nasi Daging Adabi, Resipi Ekspres Jimat Masa, Lebih 5.1K Perkongsian", "body": "\nJom cuba buat Nasi Daging Adabi. Mesti korang akan terus jatuh cinta sebab bukan sahaja sedap, tapi dagingnya juga empuk tau.\nNasi pula masak cantik elok, mesti akan \u2018repeat\u2019 nak makan punya. Hidang sekali dengan air asam kerisik bawang dan rendang telur lagi sedap. Bertambah-tambah nasi dibuatnya!\nResipi nasi daging adabi ini telah dikongsikan sendiri oleh Hidayah Terbilang di laman Facebook. Perkongsiannya itu telah menarik perhatian netizen hingga meraih sehingga 5.1K shares!\u00a0\nBaca juga: Lebih 50K Shares, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Rendang Ayam Style Orang Perak\u00a0\nRamai rupanya penggemar nasi daging ini. Resipi ni sangat simple. Dan boleh juga di hidang dengan rendang telur. \nKalau tak nak makan rendang ayam dan rendang daging, korang masak lah rendang telur ni pula. Jom kita lihat cara memasaknya.\n\nRESIPI NASI DAGING ADABI\n\nBahan menumis:\n\n2 sdb minyak sapi \n2 sdb minyak masak\u00a0\n2 biji bawang besar*\n6 ulas bawang putih*\n3 inci halia*\nKulit kayu Manis\nBunga Lawang\nBunga Cengkih\nBuah Pelaga\n2 sdb rempah kurma\n2 helai daun pandan\n2 biji tomato \n3/4 susu cair\u00a0\n3/4 sudu penuh garam\nGaram\nDaun Ketumbar\n\nMayang halus bahan-bahan bertanda *\nBahan nasi daging:\n\n1 tin kurma daging adabi\nBeras basmathi atau beras wangi\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula tumis ke semua bahan menumis di atas.\u00a0\n2. Tumiskan 4 sekawan dan bahan * yang dimayang sehingga garing.\n3. Masukkan daun pandan dan rempah kurma.\n4. Masuk pula isi kurma daging adabi dan susu cair. Didihkan sekejap dan masukkan garam, cukup rasa & tomato.\n5. Toskan beras basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan tadi.\n\n6. Last sekali bila nasi dah masak baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan helok gebu dan wangi.\n\n\nSiap untuk dihidang! Nasi tu kena guna Basmathi, barulah cantik jadinya, Tips masa nak masak nasi ni korang jangan kacau masa sedang masak untuk elakkan beras patah.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-goreng-butter-salmon/", "title": "Nasi Goreng Butter Salmon, SEDAP Rasa BerLemak Dan Pedas-pedas Manja", "body": "\nPernah cuba Nasi Goreng Butter Salmon? Memang sedap dengan rasa berlemak dari butter dan salmon serta pedas-pedas manja dari cili merah kisar ini.\nBaca juga: Pistachio Crusted Salmon, Bakar 6 Minit Je Guna Air Fryer!\nHidangan ini diinspirasikan dari nasi goreng ala jepun kerana menggunakan isi salmon sebagai bahan rencah. Cuma kita \u2018adjust\u2019 sedikit dengan meletakkan cili kisar supaya sesuai dengan tekak melayu.\nKaedah nak memasak pun mudah untuk diikuti. Tumis seperti nasi goreng yang biasa kita buat dan walla, siap!\nIkuti resipi dari perkongsian @adikfoods dari laman TikTok ini yang sudah meraih tontonan sehingga 300k ini. Memang menarik untuk dicuba!\u00a0\n\nRESIPI NASI GORENG BUTTER SALMON\nSedap dengan rasa lemak dari butter dan salmon serta rasa pedas-pedas manja dari cabai merah besor. Kome nak rasa pedas menyengat letak lebih cabai burung. Sayur boleh guna sayur Baby Spinach atau sayur hijau yang lain. Moh le buat!\n\nBahan-bahan:\n\nNasi putih semalaman\nSalmon \u2013 potong dadu sederhana\nButter\n2 biji telur\nSayur Baby Spinach\nSedikit lada hitam\nMinyak zaitun untuk menumis\n\nBahan kisar:\n\n3 tangkai cili merah\n1 biji bawang merah\n1 ulas bawang putih\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula, goreng dahulu isi ikan salmon dengan minyak zaitun. Tos dan ketepikan.\n2. Kemudian, cairkan butter dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.\u00a0\n3. Bila dah mula terbit minyak, masukkan telur dan scrambble kan ia.\n4. Masukkan nasi putih semalaman dan kacau bagi sebati. Boleh masukkan bahan perasa.\n5. Goreng sehingga nasi itu nampak berasap-asap. Masa ini dah boleh masukkan sayur rencah iaitu baby spinach.\n6. Akhir sekali, masukkan isi salmon yang sudah digoreng tadi. Gaul bagi sebati.\n7. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.\u00a0\nVideo penuh:\n\n\n @adikfoods\nAdik\u2019s Nasi Goreng Butter Salmon. Sedap dengan rasa lemak dari butter dan salmon serta rasa pedas-pedas manja dari cabai merah besor. Kome nak rasa pedas menyengat letak lebih cabai burung. Sayur boleh guna sayur Baby Spinach atau sayur hijau yang lain. Moh le buat! . \u23ef Kredit lagu : Giorno Di Mercato . \ud83c\udd71\ufe0fBahan-bahan 4 cawan nasi 2 keping ikan Salmon \u2013 potong dadu, buang tulang 250g Baby Spinach 3 biji telur Serbuk lada hitam / putih Garam dan Perasa kegemaran \u25aa\ufe0f Bahan Kisar 5 biji cili merah besar 5 biji cili padi 5 ulas bawang putih 1 biji bawang besar merah #FoodFestOnTikTok #friedrice #salmon #makanlokal #tiktokmy #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #tiktoksingapore #tiktokbrunei #fyp #fyp\u30b7 #foryourpage #foryou #masak #makan #resep #reseptiktok #adikfoods #adikfoodsrecipe \n \u266c original sound \u2013 AdikFoodS \u2013 AdikFoodS \n\n \n\nSelamat mencuba resipi Nasi Goreng Butter Salmon ini.\nBaca juga: Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-goreng-cili-kering/", "title": "Nasi Goreng Cili Kering, Teringat Terus Nostalgia Di Kampung Halaman", "body": "\nSebut je Nasi Goreng Cili Kering atau Cabai Kering, mesti terimbau kembali zaman dulu-dulu. Ramai yang kata ini nasi goreng \u2018lejen\u2019 kerana keenakkan rasanya yang menggamit memori.\nTapi min pun memang tak boleh lupa. Setiap kali kalau balik kampung je, memang akan selalu dapat makan nasi goreng ini waktu sarapan pagi.\nSedapnya dia susah nak gambarkan. Sebabnya, walaupun dah sejuk pun nasi goreng cili kering ini, masih lagi konsisten rasanya. Bayangkan kalau makan ketika panas-panas. Fuhh!\nBaca juga: Cara Goreng Telur Mata Kerbau Yang Cantik Elok, Kena Ikut 3 Tips Ini\nAlang-alang dah panjang lebar min berceloteh, jom kita tengok bahan-bahan simple yang boleh pakai kat dapur dengan resipi perkongsian dari Adilah Razak ini.\n\nResipi Nasi Goreng Cili Kering\n\nBahan tumbuk / kisar:\n\n4 ulas bawang putih\n3 biji bawang merah\n\nBahan lain:\n\nNasi sejuk\nSejemput belacan bakar\nSejemput ikan bilis\n5 tangkai cili kering \u2013 digunting kecil\nPetai \u2013 optional\n2 biji telur ayam \u2013 optional\n2 ekor ikan goreng yang telah dicarik isi \u2013 optional\nGaram\nAjinamoto\n\nCara memasak:\n1. Panaskan kuali & tumis bahan tumbuk\n2. Kacau sehingga naik bau, kemudian masukkan belacan bakar, ikan bilis dan cili kering. Biarkan cili kering sedikit garing.\n3. Masukkan pula telur ayam. Biarkan berketul sedikit baru dikacau\n4. Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati\n5. Perasakan dan masukkan isi ikan goreng\n6. Kacau sekata dan biarkan nasi sedikit kering \n7. Masukkan petai dan kacau & bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidang.\n\n\nNak lagi sedap, hidangkan sekali dengan ayam goreng atau telur mata. Memang marvellous tau rasa dia!\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-goreng-cina/", "title": "Nasi Goreng Cina Yang \u2018Simple\u2019 Dan Mudah, Anak-anak Mesti Makan Bertambah!", "body": "\nJom buat nasi goreng cina ala-ala kedai makan yang simple dan sedap. Tak pedas sangat, anak-anak pun suka sangat makan nasi goreng ni. Boleh buat untuk hidangan makan malam, tengah hari dan juga sarapan pagi.\nSesuai juga dijadikan bekalan untuk anak-anak ke sekolah.\nHidangan ini di masak hanya menggunakan bawang putih dan tidak menggunakan bahan memasak yang banyak dalam penyediaannya.\nBaca juga: Pelbagai Resipi Nasi Goreng Di Sini\nLetak udang fresh barulah sedap. Kalau ada nasi putih yang tak habis makan malam semalam, korang boleh masak hidangan ini waktu pagi! Takde lah nasi basi nanti.\nMasak sendiri je lagi best. Kalau makan kat luar, kekadang ngam dengan tekak dan citarasa kita. Kekadang tak juga. Kena tengok, kedai tu ramai orang datang makan atau tak. Kalau ramai yang datang, besar kemungkinan menu-menu kat kedai tu semua sedap-sedap belaka.\nResipi nasi goreng cina ini telah di kongsikan oleh Anez Awanis melalui laman Facebooknya. Mudah dan sedap sangat rasanya.\nKalau semua bahan memasak dah lengkap, 10 minit je dah siap! Guna kuali lagend baru syok. Puas hati masak sendiri dari makan kat luar kan. Jimat pun jimat!\n\nRESIPI NASI GORENG CINA\nResipi nasi goreng cina simple dan sedap. Boleh buat untuk sahur bulan ramadhan, kejap je nak siapkan. Kena simpan banyak stok perencah la untuk bulan puasa nanti.\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\nNasi semangkuk\nPerencah nasi goreng cina Seri Aji\n100g ayam\n200g Sayur campur\n2 biji Telur\n3 ulas Bawang putih \u2013 ditumbuk\n1sdk sos bijan\n\nBahan hiasan:\n\nDaun sup \nBawang goreng\nCili merah\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan minyak dan goreng telur hancur. Ketepikan.\n2. Tambah sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau.\n3. Masukkan ayam , masak sampai empuk kemudian masukkan sayur campur.\n4. Masukkan nasi dan telur hancur td, gaul semua hingga sebati.\n5. Masukkan perencah nasi goreng cina Seri Aji. Gaul sebati.\n6. Masukkan sos bijan. Kacau sekejap dan tutup api.\u00a0\n7. Hiaskan dengan daun sup,bawang goreng dan cili merah. Siap untuk dihidang!\n\nBahan-bahan kat atas tu bergantung pada berapa banyak kuantiti nasi. Kalau banyak nasinya, maka korang kena tambah juga bahan-bahannya. \nMudah je kan resipi ni! Kalau nak rasa asli masak nasi goreng ini, jangan lupa letak sikit minyak bijan. Barulah dapat rasa keasliannya itu.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-goreng-kampung/", "title": "Nasi Goreng Kampung Macam Resipi Mak, Sekali Rasa Mesti Nak Lagi", "body": "\n\nSuka makan Nasi Goreng Kampung? Sedap betul makan bersama telur mata goyang~\nSelalu mak-mak mesti akan guna lebihan nasi waktu malam untuk dijadikan nasi goreng pada waktu sarapan pagi.\nNasi goreng kampung sangat terkenal dihidang dengan campuran bahan seperti kangkung, ikan bilis, belacan dan juga cili api.\nBaca Juga: Resipi \u2018Nasi Goreng\u2019 Tanpa Nasi, Sesuai Untuk Korang Yang Tengah Diet\nRasanya juga sedikit pedas. Kalau tak pedas tak syok juga kan. Tapi tahap kepedasannya boleh dikawal dengan mengurangkan penggunaan cili. Nasi goreng kampung juga mudah dibuat dan sungguh enak dimakan.\nJom kita ikuti perkongsian resepi nasi goreng kampung yang dikongsikan oleh Hawa Aziz.\nResipi Nasi Goreng Kampung\n\nBahan tumbuk:\n\n2 biji Bawang besar\u00a0\n5 ulas Bawang putih\nBelacan\nSedikit ikan bilis\n10 tangkal Cili api (lagi pedas lagi sedap)\n\nBahan nasi:\n\n6 cawan Nasi\n5 biji telur\n1 ikat kangkung\nIkan bilis (digoreng)\nMinyak untuk menumis\n\nCara memasak:\n1. Tumbuk kesemua bahan iaitu bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.\n2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.\n3. Bila bahan tumbuk tadi dah naik bau, masukkan telur dan biarkan agak garing sebelum dikacau.\n4. Bila telur dah agak nak garing, kacaukan sehingga sebati. Masa ni kalau nak masukkan garam dah boleh ye.\n5. Kemudian, masukkan nasi dan gaul sebati.\n6. Masukkan kangkung dan gaulkan kesemua bahan.\n7. Tips nak nasi goreng sedap, gorengkan dengan api yang kuat.\n8. Untuk ikan bilis goreng pula, pastikan basuh bersih ikan bilis dan tos kan.\n9. Kemudian, goreng sehingga garing dan taburkan diatas nasi goreng kampung. Siap untuk dihidang.\n\nNota: Tips nak ikan bilis garing\u00a0adalah masa mula-mula nak goreng tu, pastikan minyak betul-betul panas.\u00a0Selepas tu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata.\n\nSeronoklah dapat makan nasi goreng kampung yang ada kangkung dan ikan bilis lebih ni. Puas hati nak makan! Makan dengan sambal belacan lagi power.\nSemoga resepi nasi goreng kampung ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!\n\n\nSumber: Hawa Aziz\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-goreng-ketam-viral-ala-thai/", "title": "Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai, Menu Tak Ada Jual Di Kedai, Boleh Cuba Di Rumah", "body": "\nKalau ada lebihan nasi sejuk, jom cuba buat Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai Ini. Dekat Malaysia tak ada yang menjual, jadi kita buat sendiri di rumah.\nResipi ini sangat mudah untuk dibuat, hanya campak sahaja bahan dalam kuali dan goreng. Yang dah pernah pergi Thailand mesti rindukan nasi goreng ini. Al-maklumlah, negara jiran punya style padu beb.\nBaca juga: Pelbagai Resipi Nasi Goreng Di Sini\nBahan wajib adalah nasi putih dan isi ketam. Bahan lain yang wajib ada dalam masakan Thai juga ialah penggunaan serbuk cili.\nDengan adanya serbuk cili, aroma masakkan akan lebih menyengat. Wajib juga menggunakan cili api. Dimana masakkan Thai cukup terkenal dengan rasa pedas dan masamnya. Begitu juga dengan resepi nasi goreng Thai ini.\nDengan mengikuti perkongsian resipi asal oleh Fizalgk, korang dapat menikmati nasi goreng ketam viral ala-ala kedai makan di Thailand yang tak kurang sedapnya. Hidangan ini juga lengkap dengan sayur-sayuran.\n\nRESIPI NASI GORENG ALA THAI\u00a0\n\nPortion hidangan: seorang makan\nBahan-bahan:\u00a0\n\n2 sudu besar minyak masak \u2800\n4 ulas bawang putih di cincang \u2800\n1 biji telur \u2800\n2 cawan nasi sejuk \u2013 di peroi \u2800\n1/2 cawan isi ketam yang di rebus\u2800\n2 sudu teh kicap cair \u2800\n1 sudu teh kicap sotong \u2800\n\u00bd sudu teh gula\u2800\n1/2 sudu teh lada sulah \u2800\n1 tangkai daun bawang di hiris nipis\u2800\nSedikit serbuk cili Thai \u2800\n\nCara-cara memasak:\n\n1. Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna, pecahkan pula telur sambil di kacau.\u2800\n\n2. Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.\u2800\n\n3. Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.\u2800\n\n4. Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur dan matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai, potongan limau dan cili padi.\u2800\n\n\n\n\n5.\u00a0 Untuk topping macam dalam gambar, goreng telur add-on secara berasingan dan tambahkan isi ketam. Dah siap!\n\n\n\n\n\n\nNak tunggu travel ke sana pun tak tahu bila. Jadi, baik masak sendiri dirumah. Lebih jimat. Nak masak banyak mana pun boleh. Nak tambah bila nasi dah habis sepinggan pun boleh.\nKat rumah takde siapa yang larang. Kalau ada lebihan nasi putih, pelbagai resipi nasi goreng yang ada boleh korang cuba. Termasuklah resipi enak ini.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-goreng-selambak-memang-kenyang-betul-kalau-makan-di-kedai-ni/", "title": "Nasi Goreng Selambak, Memang Kenyang Betul Kalau Makan Di Kedai Ni", "body": "\nZaman-zaman sekarang ni dekat mana lagi kita nak jumpa kedai makan yang menyajikan jumlah makanan yang banyak kan? Haa tapi sebenarnya masih ada tau kedai yang menyajikan pelanggan mereka makanan dalam kuantiti yang banyak! Dan yang paling bestnya, mestilah sedap makanan mereka ni. Nak tahu dekat mana? Jom kita baca lagi artikel ini.\nSebuah akaun di Twitter @AusMeshi ada berkongsi pengalamanya makan di sebuah kedai makan di Ipoh Perak yang bernama Nasi goreng itik salai Lespettua. Apa yang specialnya di kedai makan ini adalah nasi goreng itik salai mereka dan selain itu adalah nasi goreng kerang mereka.\nNasi Goreng Selambak Memang Kenyang Betul Kalau Makan Di Kedai Ni:\n\u201d Selamber je kedai ini letak nasi selambak macam ni \u2018Nasi Goreng Itik & Nasi Goreng Kerang\u2019 \u201d\n\n\nTidak semua orang sebenarnya dapat memasak itik salai dengan sempurna, tetapi kedai ini mampu menunjukkan kepada pelangganya bahawa mereka sangat mahir dalam memasak itik salai!\n\u201d Banyak kedai aku makan, itik mesti tak pandai masak (liat). Tapi yang ini lembut je bila gigit \u201d\n\n\nSelain daripada keistimewaan mereka iaitu itik salai, nasi goreng kerang mereka juga mendapat pujian dari orang ramai kerana rasanya yang sedap dan isi kerang yang sangat padat. Memang tak rugilah kalau anda makan di sini.\n\u201d Paling aku puji Nasi Goreng Kerang deme. Aku korek je nasi ada kerang. Korek je nasi ada kerang. Berapa banyak dia taruh entah lah \u201d\n\nSelain itu, pemilik akaun Twitter ini juga ada berkongsi beberapa tips untuk anda makan di sini.\n\u201d Sikit tips bila makan sini, minta sambal lebih. Nasi dia kena gaul dengan sambal baru sedap! Tahap pedas sambal? Pedas lah juga tapi masih boleh dinikmati \u201d\n\n\n\u201d Kedai ini di Botani, Ipoh. Waze sahaja Lespettua \u201d\n\n\n\nKepada anda yang memang sukakan itik salai, anda jangan lepaskan peluang ini untuk cuba makan di kedai makan ini tau.\nAlamat: 12 A, Lebuh Lapangan Siber 2, Taman Cyber, 31350 Ipoh, Perak\nWaktu Beroperasi: Selasa \u2013 Ahad ( 4 PM \u2013 10 PM )\nSumber: @AusMeshi\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-goreng-sosej/", "title": "Nasi Goreng Sosej, Menu Ringkas Untuk Anak Yang Tak Nak Makan Sayur", "body": "\nJika sesekali anak tak nak sayur, apa kata buat Nasi Goreng Sosej ini. Tak perlu dah nak runsing dan memaksa anak makan sayur.\nNak lagi bijak, boleh guna sosej vegetarian yang rasanya seakan ayam, jadi anak-anak tak tertinggal nutrien yang diperlukan. Hah, ayat pun dah macam iklan TV pula. Hiks!\nKebiasaannya, nasi goreng ini dipanggil nasi goreng bodoh kerana bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah untuk disediakan.\nBaca juga: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!\u00a0\nDah selalu sangat dah makan nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, nasi goreng tomyam, nasi goreng daging merah. Tapi menggunakan bahan yang simple dan mudah ni, maka terhasillah nasi goreng sosej.\nSimple sebab bahan yang digunakan ni banyak dijual di pasaraya atau kedai runcit. Tinggal campakkan je dalam kuali.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Jamaliiah Kamal ini di laman Facebook.\n\nRESIPI NASI GORENG SOSEJ\n\nBahan-bahan:\n\nNasi sejuk secukupnya\nUdang secukupnya\n1-2 batang sosej \u2013 hiris bulat\nSotong secukupnya \u2013 hiris bulat\n2 biji Telur\nGaram dan perasa secukupnya\nMinyak masak untuk menumis\n\nCara-cara menggoreng:\n1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan secukupnya.\n2. Masukkan hirisan sosej, udang dan juga sotong. Goreng seketika.\n3. Seterusnya masukkan telur. Biar seketika dalam kuali kemudian barulah dikacau. Ini supaya tekstur telur sedikit kasar dan tidak terlalu hancur.\n4. Tambahkan garam dan perasa Cukup Rasa dengan secukupnya.\n5. Akhir sekali, masukkan nasi. Empunya resipi guna lebihan nasi dingin yang telah dikukus terlebih dahulu. Ia menjadikan nasi berderai dan tidak berketul bila digoreng.\n6. Goreng nasi hingga semua bahan jadi sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.\n\n\nNasi goreng sosej ini, makan ketika masih panas-panas suam macam tu. Boleh juga sediakan telur mata atau ayam goreng sebagai lauk tambahan.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-goreng-sotong/", "title": "Lelaki Ini Order Nasi Goreng Sotong, Tapi Saiznya Buat Ramai Netizen Berdekah", "body": "\nNasi goreng merupakan salah satu pilihan popular di Nusantara dan tidak terkecuali juga di Malaysia. Antara hidangan yang popular ialah nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya, nasi goreng sotong, nasi goreng cili padi dan nasi goreng ikan masin.\nBagi penggemar makanan laut, semestinya nasi goreng sotong dan nasi goreng ABC menjadi pilihan popular untuk dijadikan santapan.\nBaca juga: \u201cBurger terbaik pernah dimakan\u201d \u2013 Youtuber UK Kagum Dengan Rasa \u2018Juicy\u2019 Burger Ramly\nNamun lain pula ceritanya di negara seberang, semenjak kos sara hidup makin meningkat, harga sotong juga makin meningkat.\nTular isu baru-baru ini mengisahkan seorang lelaki pergi ke kedai makan yang berhampiran dan telah memesan sepinggan nasi goreng sotong di situ.\nDengan rasa teruja tidak sabar untuk menikmati hidangan tersebut, dia terus mencapai garfu dan sudu untuk menjamahnya.\nAkan tetapi sebelum dia makan makanan tersebut, tiba-tiba dia tersedar ada sesuatu yang pelik di dalam nasi goreng itu.\nPuas dicari sotong yang telah dipesan bersama nasi gorengnya itu rupa-rupanya sotong mini pula yang digunakan!\n\n\n @050591nick\n#sudu besar ke sotong yang kecik\ud83d\ude02#for My Pages #for your Pages. #viraltiktok\n \u266c Bukan Kaleng Kaleng \u2013 Yolanda Jarly \n\n \nMenerusi video yang dimuat naik oleh @050591nick itu, kelihatan saiz sotong itu teramat kecil dan lebih kecil berbanding dengan saiz ikan bilis.\nWalaupun sebenarnya dia berasa agak kecewa, akan tetapi dia turut terhibur apabila ditimpa situasi sedemikian.\nKetika artikel ini sedang ditulis, video yang tular ini telah mencecah sebanyak 69.8K tontonan, 1995 tanda suka, dan 223 komen di laman TikTok tersebut.\nMenjengah di ruangan komen, warganet juga meluahkan bahawa mereka berasa terhibur melihat sotong \u2018gergasi\u2019 itu.\nAntara komen netizen:\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-impit-cara-orang-lama/", "title": "Jom Buat Nasi Impit Cara Orang Lama, Kena Tekan Nasi Lembik Panas-Panas!", "body": "\nMudah saja rupanya cara nak buat nasi impit cara orang lama. Tapi kena ikut sukatannya yang betul supaya nasi impit menjadi elok. Nasi impit biasanya dimakan dengan rendang, lontong, kuah kacang, kuah soto dan sebagainya.\nJika sebelum ini kita selalu beli nasi impit segera di pasar raya, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri nasi impit di rumah. Bukan apa, lebih jimat dan puas hati jika buat sendiri lebih lagi untuk rumah terbuka.\u00a0Jom\u00a0follow\u00a0perkongsikan oleh Nazia Suhaimi\u00a0di bawah. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna \u2018Pressure Cooker\u2019 Pun!\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Satay Hasil Jualan Turun-Temurun Keluarga, Lengkap Bersama Kuah Kacang Lazat\nResipi Nasi Impit Cara Orang Lama\nBahan-bahan:\n\n1 pot beras\n3 pot air\n\nCara-cara:\n1. Masak nasi macam biasa cuma sukatan 1 pot beras bersamaan 3 pot air.\n2. Masak atas api, bila dah masak kecilkan api. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan tak jelatah, baru matikan api.\n3. Cara nak impitkan nasi, mula-mula cedok nasi tadi ke dalam loyang. Kalau kalian tak nak nasi melekat pada loyang, boleh alis minyak sikit keliling loyang sebelum masukkan nasi.\n\n4. Lenyekkan nasi dengan senduk seperti dalam gambar.\n\n5. Lepas dah lenyek dengan senduk, atas tangan dengan kain dalam plastik. Kemudian ditekan-tekan banyak kali untuk impitkan lagi nasi.\n\n6. Kemudian, impit-impit lagi nasi sehingga cantik kejadian nasi impit.\n\n7. Inilah hasilnya. Tunggu sejuk baru dipotong. Kalau potong masa panas nanti tak berapa cantik. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nazia Suhaimi\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-kandar-yang-hangpa-kena-try-kat-penang/", "title": "Nasi Kandar Yang Hangpa Kena Try Kat Penang!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-06-28 05:00:54\n\n\nNasi kandar memang makanan ikonik di negeri Pulau Pinang. Pelancong yang datang pasti takkan pulang tanpa merasai makanan yang menjadi simbol keunikan Pulau Mutiara. Buat korang yang ada di\u00a0Pulau Pinang atau yang tengah plan nak ke sana, ini\u00a0antara lokasi nasi kandar yang padu korang kena cuba.\u00a0\n\n\u00a01. Ali Ameir Nasi Kandar\n\nFoto Kredit: hungryonion.org\nAli Ameir beroperasi seawal jam 6.30 pagi sehingga 11 pagi. Ali Ameir Nasi Kandar\u00a0akan ditutup untuk beberapa jam sebelum dibuka kembali pada jam 6:30 petang. Korang jangan pelik ye! Orang utara memang pagi pun makan nasi.\n\n2. Rahmat Berkat Nasi Kandar\n\nFoto Kredit: syilingperingatan.blogspot.com\nHaa..Rahmat Berkat boleh dikatakan sebelah-sebelah je dengan Ali Ameir. Cuma, dia bukannya bangunan jenis shoplot. Gerai kecil je. Tapi, pelanggannya tetap ramai. So,\u00a0kalau korang nak try nasi kandar Rahmat Berkat\u00a0kena cepat tau sebab dia dibuka dari jam 9 malam\u00a0sampailah makanan habis. Siapa cepat dia dapat!\n3. Nasi Kandar Kampong Melayu\n\nFoto Kredit: vkeong.com\nNasi kandar Kampong Melayu terkenal sebab dia paling havoc serve nasi kandar di waktu pagi. Mesti korang pelik kenapa makan nasi kandar waktu pagi kan? Haa, sebenarnya orang dulu-dulu\u00a0makan nasi kandar pagi-pagi supaya ada tenaga untuk kerja. And of course\u00a0nasi kandar kat Kampong Melayu ni admin jamin\u00a0sedap!\n4. Deen Maju, Jalan Gurdwara\n\nFoto Kredit: deenamik.com\nHaa.. Siapa je yang tak tahu Deen Maju.\u00a0Admin pun rasa tak perlu nak cerita lebih. Hari-hari orang ramai beratur panjang kat sini. Memang confirm sedap. Ini antara nasi kandar yang korang wajib\u00a0try\u00a0kalau sampai Pulau Pinang.\u00a0\n5. Shariff Nasi Kandar\n\nFoto Kredit: vkeong.com\nShariff Nasi Kandar ni\u00a0salah satu nasi kandar favourite admin. Sebenarnya, tak ramai yang tahu pasal Shariff Nasi Kandar kalau nak dibandingkan dengan Deen Maju atau Kampong Melayu. Dulu Shariff Nasi Kandar ni hanyalah gerai kecil tepi jalan tapi sekarang dah tukar jadi shoplot!\u00a0\nSo, hangpa yang kat Penang ataupun yang nak pergi Penang kena serbu tempat-tempat ni. Memang takkan menyesal lah!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-kapit-atau-impit-sambal-hitam/", "title": "Nasi Kapit Atau Impit Sambal Hitam, Buat Sarapan Pun Boleh, Sedap Sangat!", "body": "\nPernah dengar tak nasi kapit? Nama lainnya di panggil sebagai nasi impit.\nNasi ni bukan takat makan dengan sate, lontong dan kuah kacang ye. Makan dengan sambal hitam pun boleh. Sedap weh!\nBiasanya nasi kapit atau nasi impit ni di hidang bila Hari Raya. Tapi hari biasa nak makan pun boleh. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak buat sambal hitam ni kan?\nBaca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna \u2018Pressure Cooker\u2019 Pun!\nSebut pasal sambal, terbayang teksturnya yang basah. Tapi, kat sini tekstur sambal hitamnya kering.\nDitambah pula pedasnya dengan campuran cili padi kisar dan lada hitam.\nWarna sambal ni akan kemerahan. Sebab di campur dengan gula nisan. Cantik sangat teksturnya. Korang boleh makan sambal ni dengan nasi impit untuk sarapan pagi. Sedap ye! Nak campur dalam nasi pun boleh.\nResepi nasi impit sambal hitam ni telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli. Boleh simpan dalam bekas dan letak dalam peti supaya sambal tahan lama.\nBila-bila korang nak makan terus boleh ambil je dan campur dalam nasi impit atau nasi putih.\n\nResipi Nasi Kapit / Impit Sambal Hitam\n\n\nBahan A:\nNasi Impit Instant\nBahan B:\n8 ekor ikan selayang\n1 biji kelapa parut\nBahan kisar halus:\n5 biji bwg merah\n3 ulas bwg putih\n1 inci halia\n4 btg serai\n2 sb lada hitam\n5 biji cili padi (tak suka padas, tak payah letak)\n* Kisar halus semua bahan di atas\nBahan lain:\n1 kpg Nisang\nGaram\nPerasa\n\nCara membuatnya:\n1. Ikan selayang 8 ekor disiang bersih. Kemudian, direbus dengan asam keping dan garam. Diasingkan isi dari tulang.\n2. Kemudian, ditumbuk isi ikan. Guna lesung batu atau nak blender pun boleh dan ketepikan.\n3. 1 biji kelapa parut disanggai dengan api kecil dalam kuali hingga menjadi keperang- perangan atau hampir coklat gitu. Jaga-jaga jangan sampai hangus, nanti pahit sambal kita.\n4. Mesti selalu kacau dan dibalik- balikkan. Apabila kelapa sudah keperangan, keluarkan dari kuali dan sejukkan.\n5. Apabila dah sejuk, boleh dikisar atau tumbuk bagi kelapa jadi halus. Nanti keluarkan minyak dan ketepikan.\n6. Masukkan nisan dalam kuali. Tambah air rebusan ikan untuk cairkan nisan. Kemudian, masukkan bahan kisar halus tadi. Masak bagi mendidih!\n7. Masukkan isi ikan yang dah ditumbuk tadi, masak sampai hampir kering bahan tersebut. Kena kacau selalu untuk elak hangus.\n8. Boleh dah tambah garam dan perasa. Apabila dah kering, boleh masukkan kelapa yang kita dah kisar tadi.\n9. Masak sampai kering. Kalau yang suka lembab-lembab sikit, tak payah masak sampai kering. Gaul dan kacau elak hangus.\n\nOk siap! Boleh dihidangkan dengan nasi impit. Selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-kari-tin-ayam-yang-mudah-lazat-memang-jimat-masa-lah/", "title": "Nasi Kari Tin Ayam Yang Mudah & Lazat, Memang Jimat Masa Lah!", "body": "Kadangkala makan nasi putih berlauk pun boleh membuatkan kita bosan, bila ada resepi nasi kari ayam ini boleh la menaikkan selera semula. Makan panas-panas memang sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nNASI KARI AYAMKadangkala makan nasi putih berlauk pun boleh membuatkan kita bosan, bila ada resepi nasi kari ayam ini boleh la menaikkan selera semula. Makan panas-panas memang sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n2 pot beras, cuci dan toskan\n\n1 tin kari ayam/kambing/daging\n\n\u00bd biji bawang besar dimayang\n\n3 ulas bawang putih dimayang\n\n1 kulit kayu manis\n\n1 kuntum bunga lawang\n\n1 tangkai daun kari\n\n3-4 sudu minyak untuk menumis\nCARA PENYEDIAAN\nPanaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga naik bau dan bawang sedikit garing kemudian masukkan kari ayam. Kacau rata.\n\nMasukkan beras dan tambah sedikit garam lalu kacau rata. Masukkan air ikut sukatan beras.\n\nMasukkan dalam periuk nasi dan tunggu sehingga nasi masak. Siap da boleh dihidang.\nTIPSHanya letak air separuh sukatan sahaja untuk mengelakkan nasi menjadi lembik.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-lemak-tanpa-santan/", "title": "Nasi Lemak TANPA Santan, Peniaga Ini Dedahkan Rahsia Cara Buat Sedap", "body": "\nKebiasannya, nasi lemak sedap mesti dimasak dengan santan. Rupanya ada resipi nasi lemak tanpa santan dan menggunakan rempah-rempah yang biasa ada di dapur kita. Nak cari nasi lemak sedap bukan senang.\u00a0\nPeniaga nasi lemak ini, Cik Puan Siti Nor Fatin bukannya calang-calang wanita. Beliau memiliki Diploma Kejururawatan. Tapi disebabkan tak nak berjauhan dengan anak-anak, dia sanggup tidak memilih kerjaya jururawat.\nBaca juga: [VIDEO] Cara Bungkus Nasi Lemak Daun Pisang, Mudah Dan Kemas\nSebaliknya beliau menjadi suri rumah yang menjual nasi lemak di depan rumahnya. Resipi nasi lemak ini merupakan resipi turun temurun daripada emaknya.\nPercaya atau tidak, nasi lemak yang dijualnya itu hanya RM1 sebungkus. Baru berniaga empat hari, wanita ini sudah menjual kira-kira 40 ke 50 bungkus nasi lemak setiap hari. Itulah duit poket suri rumah ini.\n\nRESIPI NASI LEMAK TANPA SANTAN\n\nSebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya pilih jadi suri rumah sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak. Setiap kali saya masak nasi mesti bergenang air mata teringatkan masa kecil-kecil dulu.\u201d\nSekarang saya pula teruskan legasi tu. Specialnya nasi lemak ni saya tak pakai santan. Saya share resipinya. Mana tahu ada suri rumah nak buat meniaga juga.\nBahan nasi:\n\nBeras\nDaun pandan\nGaram\n\nBahan tumis darat:\n\nBawang Kecil\nHalia\nKulit kayu manis \nBunga lawang\nBuah pelaga \nBunga cengkih\n\nBahan sambal tumis:\u00a0\n\nBawang besar \u2013 kisar dengan minyak siap\nCili kisar\nAsam keping\nGula kabung\nGaram\nAir secukupnya\n\nBahan hiasan:\n\nTimun \u2013 potong serong\nKacang \u2013 goreng\nTelur rebus \u2013 belah dua\n\nCara penyediaan:\u00a0\n1. Beras basuh dan masak macam biasa. Masukkan daun pandan dan garam.\n2. Sementara itu, tumiskan ke semua bahan tumis darat dan masukkan dalam nasi. Bila nasi dah nak kering, kacau biar sekata.\n3. Untuk penyediaan sambal pula, tumis bawang besar yang dah dikisar. (kisar dengan minyak siap-siap)\n4. Bila dah wangi baru masukkan cili kisar. Biarkan sehingga pecah minyak.\n5. Masukkan air, asam keping, gula, garam. Saya guna gula kabung. Masak sehingga kering.\n6. Lepas itu, boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.\n7. Sedia untuk dihidang atau dijual.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-lubnan-dengan-pasta-rambut-menu-dari-benua-amerika-utara-yang-unik/", "title": "Nasi Lubnan Dengan Pasta Rambut, Menu Dari Benua Amerika Utara Yang Unik!", "body": "\nKorang pernah makan nasi lubnan dengan pasta rambut tak? Menu ni kalau di negara Lubnan dikenali sebagai Nasi Lubnan tapi dekat negara arab ia dikenali sebagai Riz bil syar`ayah atau maksudnya nasi dengan pasta rambut.\nSewaktu Siti tiba di UBC hidangan ini telah disediakan oleh rakannya Dina Badawy. Bila dihidangkan menu nasi Lubnan ni Siti tak sangka\u00a0 yang berjurai-jurai tu adalah pasta. Bila dah makan tu Siti tanya resipi nasi ni pada Dina.\nBeliau kata resipi ni hanya menggunakan beras,pasta,air dan stok ayam. Lepastu masukkan ke dalam ketuhar dan masak. Menu ni boleh dimakan begitu sahaja ataupun kita boleh makan dengan lauk macam selalu.\n\nResipi Nasi Lubnan Yang Unik Dan Mudah\nBahan-bahan:\n\n\nPasta angel hair agak-agak selingkar jari\n1 helai daun bay\n3 biji buah pelaga\n3 kelopak bunga lawang\n3 kuntum bunga cengkih\nMinyak sapi / Minyak biasa\n3 cawan beras\n1 sudu teh serbuk kayu manis\n3 sudu teh sebuk stok ayam\n3 sudu halia dan bawang mesin\n\nCara penyediaan:\n\nPatah-patahkan pasta supaya menjadi pendek.\nPanaskan minyak dan goreng pasta kering atas api perlahan.\nApabila pasta sudah berwarna keemasan, masukkan daun bay dan rempah-ratus tiga beradik tadi.\nTumis sehingga naik wangi.\nMasukkan bahan pasta dan tumis.\nTambah 4 \u00bd cawan air dan masak dalam periuk nasi elektrik seperti biasa.\nNasi siap.\n\n\nSekarang kita nak buat salad pulak. Guna 3 bahan je.\n\nBahan-bahan:\n\n2 biji tomato\n1 biji timun\n\u00bd labu bawang besar\n\nCara-cara:\n\nTimun dikupas belang-belang dan digaru dengan garfu.\nTimun belah empat dan dipotong dadu.\nTomato didadu kasar.\nBawang besar didadu kecil.\nTambah 1 sudu teh daun pudina kering, 1 sudu teh garam, 1 sudu makan jus limau,1 sudu makan minyak bawang putih.\nGaulkan rata.\nSedia untuk dihidang.\n\nKredit: Siti Hazneza Abdul Hamid\nBaca juga:\nResipi Nasi Dagang Guna Rice Cooker, Tak Perlu Rendam & Kukus Pun Menjadi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-popular-yang-rakyat-malaysia-pasti-tahu/", "title": "Nasi Popular Yang Rakyat Malaysia Pasti Tahu", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-11-14 04:34:36\n\n\nNasi adalah satu kewajiban untuk rakyat Malaysia. Tak complete sehari makan kalau tak makan nasi. Dari sarapan pagi, hinggalah makan malam, mesti ada nasi dalam hidangan. So sini dikongsi\u00a0beberapa jenis hidangan popular yang korang pasti dah makan.\n1. Nasi Goreng Kampung\nPhoto Credit: serembanmyexpress.com\nSiapa je tak suka nasi goreng kampung ni? Hidangan paling standard yang kita boleh makan walaupun tak de selera atau tak tahu nak makan apa. Jarang nak muak kalau bab nasi goreng kampung. Ada juga yang tambah rasa dengan letakkan sos tomato atau cili.\n2. Nasi Lemak\nPhoto Credit: thestar.com.my\nKalau Malaysia ada nasi rasmi, status itu mungkin diberi kepada nasi lemak. Hidangan nasi yang cukup ikonik untuk rakyat Malaysia. Mood tak kena kalau tak makan nasi lemak untuk sarapan pagi.\n3. Nasi Ayam\nPhoto Credit: friedchillies.com\nHidangan yang tak perlu hari istimewa untuk dihidang. Hidangan simple nasi, ayam, timun, tomato dan\u00a0salad yang cukup lazat. Tambahan sos kicap dan sup menambah lagi rasanya.\n4. Nasi Tomato\nPhoto Credit: lunch2u.com.my\nIa antara nasi favourite Admin juga. Rasa tomato dan herba nasi ini membuatkannya enak dimakan walaupun begitu sahaja tanpa lauk atau kuah. Bayangkan kalau ada lauk. Lagilah sedap!\n5. Nasi Minyak\nPhoto Credit: nyonyacooking.com\nIni dia, nasi rasmi kenduri. Tak jalan kenduri kalau tak de hidangan ni. Dihidangan dengan macam-macam jenis lauk sewaktu kenduri. Tak de masalah dari segi rasa!\nUntungnya kita sebagai rakyat Malaysia. Banyak pilihan untuk makan terutamanya bila pilih nasi. Takkan bosan selera makan. Hari-hari boleh makan nasi lain jenis!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-terjelantah-petua-repair-balik/", "title": "Nasi Terjelantah? Wanita Ini Kongsi Petua \u2018Repair\u2019 Balik, Jangan Buang Terus!", "body": "\nMesti ada satu hari tu korang pernah terkena nasi terjelantah (mentah & lembik).\nIni bakal mak mertua pun mesti pandang gerenti tak lulus untuk jadi menantu.\nTak apalah, asalkan tahu bagaimana nak atasi masalah tersebut.\nBaca juga: 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari\nWanita ini yang dikenali telah berkongsi petua untuk \u2018repair\u2019 balik nasi mentah itu, Jadi, tak perlu terus buang tau.\nJom kita lihat perkongsian wanita ini dibawah.\n\nAde tak kat dalam ni yang pernah masak nasi terjelantah atau tak cukup air?\nMasak nasi jelantah ini kadang-kdang ade banyak faktor. Bukan sebab tak pandai masak nasi. Kadang sebab ni je.\n1. Dah terbiasa masak nasi dalam portion yang sedikit tiba-tiba kena masak dalam portion yang banyak.\n2. Lupa paras sukatan air\nCaranya mudah saja:\n1. Keluarkan semua nasi yang jelantah itu dan masuk ke dalam pengukus.\n2. Jangan lupa masak air dalam pengukus dulu. Selepas itu kukus sahaja nasi seperti biasa kira-kira 10 minit.\n3. Nak lebih wangi, korang boleh tambah daun pandan. Nasi jelantah tadi dapat diselamatkan plus dapat nasi yang gebu dan lembut.\nSemoga bermanfaat!\n\nSumber: Cik Pn Prop\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasi-tomato-ayam-merah-acar/", "title": "Nasi Tomato \u2018Simple\u2019 Untuk Juadah Raya, Sekali Dengan Resipi Ayam Masak Merah Dan Acar", "body": "\nNasi Tomato \u2018Simple\u2019 Untuk Juadah Raya, Sekali Dengan Resipi Ayam Masak Merah Dan Acar.\nBila musim raya ini, selalu kekeringan idea nak masak apa untuk tetami yang datang kan? Haa, waktu ni lah kita nak tunjukkan skill masak dan luar biasa kita tu.\nBaca juga: Nasi Bukhari Dan Kuah Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk Jamu Orang Datang Beraya\nAntara makanan yang kita boleh buat adalah Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah. Confirm bukan suami je, tapi anak-anak pun akan bertambah nasi!.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Fatin Elina ini yang sudi berkongsi sekali resipi ayam masak merah dan acar timun nenas sekali. Resipi ringkas tetapi sangat sedap!\n\nRESIPI NASI TOMATO SIMPLE\n\nCara Buat Nasi Tomato\nBahan-bahan:\u00a0\n\n5 cawan beras biasa \n5 cawan air\n2 batang kulit kayu manis\n1/ 4 cawan minyak masak\n2 sudu besar mentega\n1/2 cawan susu cair\n1 sudu besar gula\n1/ 2 sudu besar garam\n3 sudu besar tomato puri\n4 biji tomato (kisar dengan sedikit air)\n2 biji bawang besar*\n8 ulas bawang putih*\n2 ketul halia sebesar ibu jari*\u00a0\n\nBahan bertanda * dikisar atau dihiris halus\nCara memasak:\n1. Rendam Beras\nMula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain.\nSaya guna beras biasa saja, rendam selama 15-20 minit.. Kemudian, basuh dan toskan.\n2. Tumis Bahan\nCairkan mentega dan minyak masak dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan kayu manis.\nSeterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.\n3. Masukkan Beras\nKecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.\nSeterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, gula dan garam secukup rasa.\n4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa\nLast sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.\nNak masak terus guna periuk atas api pun boleh. Sementara tu kita buat pula lauknya.\n\nCara Buat Ayam Masak Merah\n\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ayam \n3 biji bawang besar (saiz besar)*\n4-5 ulas bawang putih*\n1 1/2 inci halia*\n15-20 cili kering*\n5 sudu besar sos cili\n2 biji tomato\n2 batang serai \u2013 diketuk\n1 kulit kayu manis\nGaram dan gula secukupnya\n\nKisar semua bahan bertanda *\nCara-caranya:\n1. Tumis Rempah & Bahan Kisar. Kemudian tumis kulit kayu manis dan bawang sampai naik bau. Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.\n2. Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.Kalau nak buat kuah lebih boleh tambah air sedikit.\n3. Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali.\n4. Perasakan dengan garam pulak. Lepas itu bolehlah masukkan ayam. Kacau semua dan gaul sebati. Tunggu sehingga ayam masak dan mendidih boleh tutup api. Siap ayam masak merah.\n\nCara Buat Acar Timun Nenas\n\nBahan-bahan:\n\nLobak merah\nBawang merah\nTimun\nCili\nNenas\nGula & Cuka Secukupnya\n\nCara penyediaan:\u00a0\n1. Hiris\nBasuhkan semua bahan bersih-bersih dan hiris semua bagi memanjang.\n2. Perasakan\nKemudian perasakan dengan gula dan sedikit cuka dan air.\n\nSelamat mencuba dan selamat hari raya!\nBaca juga: Sate Dan Kuah Kacang Cara Simple, Memang Sedap Untuk Juadah Raya\n"} {"url": "https://myresipi.com/nasib-tak-tertelan-wanita-ini-terkejut-jumpa-benda-dalam-nugget/", "title": "\u201cNasib Tak Tertelan\u201d \u2013 Wanita Ini Terkejut Jumpa \u2018Benda\u2019 Dalam Nugget", "body": "\nKebersihan makanan adalah satu aspek yang harus kita titik beratkan tak kira di mana kita berada kerana hampir setiap hari kita mendengar kes mengenai penemuan bendasing dalam makanan.\nBaru-baru ini telah tular sebuah hantaran di grup Facebook \u2018Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official\u2019, seorang wanita berkongsi pengalaman buruknya apabila berhenti untuk makan di sebuah premis yang tidak dinyatakan lokasinya.\nBaca juga: [VIDEO] Hati-hati Pilih Belacan! Peniaga Ini Jumpa \u2018Benda\u2019 Lepas Rasa Sambalnya Ada Tekstur Pasir\nJumpa skru dalam nugget?\n\n\nApa yang menarik perhatian netizen adalah apabila wanita tersebut yang sedang asyik menikmati pesanan nugget dan ayam goreng itu mendakwa terjumpa sebuah objek bendasing di dalam makanannya.\nSetelah diteliti, wanita tersebut telah mengambil beberapa keping foto objek tersebut yang masih terlekat dengan isi nugget tersebut.\n\n\nPemilik akaun Facebook berkenaan yang dikenali sebagai Izwani itu, mendakwa bahawa dia menjumpai bendasing yang kelihatan seperti skru ataupun dawai besi berukuran kira-kira dua inci di dalam sebuah nugget.\nDifahamkan Izwani telah pun mengunyah nugget tersebut yang telah dicicah bersama sos cili, bagaimanapun dia berhenti mengunyah apabila terasa suatu benda yang keras di dalam mulutnya.\n\u201cBiasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi,\u201d tulisnya di hantaran tersebut.\nSusulan kejadian itu, Izwani telah membuat aduan kepada pekerja di kedai tersebut mengenai hal itu. Namun, dia menegaskan bahawa ia bukanlah salah kedai kerana nugget tersebut diambil dari bungkusan yang dikilangkan.\nNasib baik tak tertelan\u2026\nTinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan agar memilih jenama yang berkualiti walaupun mahal sedikit berbanding jenama lain dan ada juga netizen yang meluahkan rasa terkejut dengan peristiwa yang melanda Izwani itu.\n\n\n\n\nAllahhuakhbar, mujur lah jenis peka dan tak tertelan. Main dengan nyawa sungguh!\n"} {"url": "https://myresipi.com/netizen-kecam-wanita-kupas-kulit-bawang-masa-beli/", "title": "\u2018Pentingkan Diri Sendiri,\u2019 \u2013 Netizen Kecam Wanita Kupas Kulit Bawang Masa Beli", "body": "\nPembelian di pasar raya sering kali dengan konsep \u2018pilih dan timbang kemudian bayar\u2019.\nNamun, ada sesetengah individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengurangkan timbangkan barangan yang ingin dibeli.\nKupas Kulit Bawang Sebelum Masuk Plastik\nBegitulah perkongsian @milonurli_ di TikTok yang menerima kecaman orang ramai gara-gara sikapnya yang disifatkan mementingkan diri serta menganiaya pelanggan dan pekerja pasar raya.\n\nDalam video tersebut difahamkan wanita tersebut mengopek labu bawang putih sebelum dimasukkan ke dalam plastik. Tidak pasti apa niatnya yang sebenar, mungkin mahu mengurangkan timbangan berat atau mahu memilih bawang yang tidak rosak.\nSusulan sikapnya itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati, namun dibalas dengan jawapan agak kurang senang dari empunya video.\n\n\n @milonurli_\nMakcik bawang datang lagi \ud83d\ude16\n \u266c Spooky comedy-like pop \u2013 SOUND BANK \n\n \nMeninjau ruangan komen, ramai yang berpendapat sama bahawa tindakan dan sikap sebegini hanya menyusahkan ramai pihak selain dari mementingkan diri sendiri.\n\n\u201cKenapa tak beli yang dah siap kupas?\u201d\n\n\u201cHalal ke?\u201d\n\nApa pendapat korang?\n"} {"url": "https://myresipi.com/netizen-pertikai-isu-halal-selepas-khairulaming-kongsi-video-makan-croissant-di-paris/", "title": "Netizen Pertikai \u2018Isu Halal\u2019 Selepas Khairulaming Kongsi Video Makan Croissant Di Paris", "body": "\nSebut saja nama Khairul Aming, pasti ramai yang sudah mengenali ikon muda yang menjadi inspirasi ramai ini.\nBaru-baru ini, video yang dimuat naik di media sosial mengenai percutiannya di London dan Paris telah meraih perhatian netizen.\nSalah satu video yang menarik perhatian adalah berkenaan satu kafe terkemuka yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di sana.\nMenerusi video tersebut, beliau memesan roti croissant dan air coklat panas. Beliau juga sempat menikmati macaroon yang dijual di salah satu bakeri di sana.\nLihat video penuh di pautan ini.\nMenjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen mendakwa makanan yang dimakan oleh Khairul Aming tidak halal dan menasihati supaya lebih berhati-hati memilih tempat makan di sana.\n\n\n\nDalam pada itu, netizen yang lebih berpengalaman tentang selok-belok makanan di Eropah berkata makanan seperti roti biasanya tidak mengandungi bahan tidak halal atau bahan berasaskan daging. Jadi, makanan paling \u2018selamat\u2019 untuk dimakan adalah roti jika berada di luar negara.\n\n\n\nMengakhiri video tersebut, Khairulaming menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat Sambal Nyet yang sentiasa memberi sokongan kepada produknya itu kerana tanpa sokongan mereka, tidak mungkin beliau dapat menjejakkan kaki ke bandar Paris dan London.\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/netizen-stress-tengok-cara-peniaga-di-thailand-kupas-durian/", "title": "\u2018Melawan Hukum Buka Durian\u2019 \u2013 Netizen Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian", "body": "\n\nMusim durian adalah musim yang paling ditunggu ramai, lagi-lagi buat \u2018hantu durian\u2019.\nMengupas buah durian memang bukan sesuatu mudah, apatah lagi jika tidak terbiasa. Kulit durian yang tajam dapat membuat tangan terluka apabila tidak berhati-hati.\nSeperti yang semua tahu, kebiasaannya cara kupas durian adalah dengan membelah bahagian tengah durian menggunakan parang atau pisau sehinga sedikit terbuka. Kemudian kita membukanya dengan tangan sehingga terbuka sepenuhnya.\nBaca juga: Tips Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Elok Lagi\nCara Orang Thailand Kupas Durian\nNamun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang peniaga menunjukkan cara dia membuka durian yang lain dari lain. Difahamkan pengguna TikTok tersebut merupakan warga Thailand.\nLihat video penuh itu di bawah:\n\n\n @kawaleepu\n\u0e01\u0e23\u0e2d\u0e1a\u0e19\u0e2d\u0e01\u0e19\u0e38\u0e48\u0e21\u0e43\u0e19 #\u0e41\u0e21\u0e48\u0e04\u0e49\u0e32\u0e17\u0e38\u0e40\u0e23\u0e35\u0e22\u0e19\ud83e\udd70\ud83e\udd70\n \u266c \u0e40\u0e2a\u0e35\u0e22\u0e07\u0e15\u0e49\u0e19\u0e09\u0e1a\u0e31\u0e1a \u2013 \u0e08\u0e2d\u0e21 \u0e27\u0e07\u0e42\u0e2d\u0e17\u0e39 \u2013 \u0e08\u0e2d\u0e21 \u0e27\u0e07\u0e42\u0e2d\u0e17\u0e39 \n\n \nMenerusi video tersebut kelihatan seorang peniaga membuka durian dengan cara memotong kulit durian sehingga kelihatan isi, berbeza dengan cara kita di Malaysia.\n\n\u201cGeramnyaa tengok dia kupas durian..\u201d\nMenerjah ke ruangan komen, ternyata ada beberapa komen dari rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan cara pengguna TikTok tersebut membelah raja buah itu.\n\n\u201cNak mudahkan kerja kot..\u201d\nMungkin dengan cara tersebut mudah untuk pelanggan membeli tanpa was-was sekiranya buah rosak, lembik, keras atau sebagainya.\n\nSumber: TikTok @kawaleepu\nBaca juga: Musim \u2018Doyan\u2019 Dah Tiba, Cuba 5 Resepi Durian Yang Simple Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/netizen-tergamam-tengok-tempat-memasak-meletup-masa-tengah-berkelah/", "title": "Netizen Tergamam Tengok Tempat Memasak Meletup Masa Tengah Berkelah", "body": "\nSetiap kali keluar berkelah, memang tak sah lah jika tiada sesi masak memasak untuk mengisi perut kan? Namun baru-baru ini, seorang individu berkongsikan satu kejadian yang tidak dijangka telah berlaku semasa mereka sedang seronok berkelah.\nSemuanya gara-gara tempat memasak yang sedang digunakan untuk membakar daging ini meletup secara tiba-tiba. Malah kebanyakan netizen turut sama terkejut melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata ini.\n\n\n @huzaifahmiorbadri\nMeletop guysss\u203c\ufe0f\u203c\ufe0f\n \u266c original sound \u2013 Huzaifah Mior Badri \u2013 Huzaifah Mior Badri \n\n \nMenerusi\u00a0video\u00a0yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang memasak di kawasan air terjun itu. Pada awalnya, semua berjalan dengan baik sahaja malah mereka juga dilihat begitu seronok memasak dan meluangkan masa di situ.\nTidak lama kemudian, tempat memasak yang digunakan untuk membakar daging itu meletup secara tiba-tiba menyebabkan ianya tercampak. Letupan kecil itu juga turut membuatkan mereka terkejut dibuatnya ditambah pula dengan bunyi yang kuat itu.\n\nDifahamkan kejadian ini berlaku kerana tekanan udara di bahagian bawah tempat memasak itu menyebabkan batu atau simen itu meletup dibuatnya. Malah ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama dan menasihati orang ramai untuk berhati-hati.\n\u201cAtas batu takleh bakar, atas simen pun tak boleh. Batu akan pecah.\u201d\n \n\u201cMemang takleh bakar atas simen tu, saya pernah kena masa ramai-ramai buat bubur asyura\u2026\u201d\n\nSumber: TikTok @huzaifahmiorbadri\n"} {"url": "https://myresipi.com/netizen-terkejut-rupanya-uncang-teh-bertali-boleh-dipotong-dua/", "title": "\u2018Baru Aku Tahu..\u2019 \u2013 Netizen Terkejut Rupanya Uncang Teh Bertali Boleh Dipotong Dua", "body": "\nHampir setiap hari kita pasti akan membancuh teh menggunakan uncang. Satu uncang boleh buat untuk satu jug air. Kadang-kadang kalau nak buat secawan je, terpaksa guna satu uncang.\nKebiasaannya cara bancuh teh untuk secawan adalah rendam uncang teh sekejap saja kemudian terus buang sebab risau teh terlalu pekat. Membazir bukan?\nRupanya siapa yang guna uncang teh bertali tu, ada trick\u00a0yang ramai tak tahu iaitu oleh potong kepada dua bahagian, jimat kalau nak buat secawan teh.\nRupanya Uncang Teh Boleh Potong Dua?\nViral satu video di laman sosial TikTok berkenaan seorang wanita mendedahkan bahawa tuncang teh bertali boleh dipotong dua.\n\n\n @niaminoo\n \u266c suara asli \u2013 NAMA KOK FIKI \u2013 Fiki Goo 20k\ud83c\udf7b \n\n \n\nMenerusi video tersebut, difahamkan pemilik akaun TikTok itu mendedahkan fungsi sebenar uncang teh yang baru diketahui selepas 32 tahun hidup.\nCabut kertas yang terdapat pada uncang teh, kemudian koyakkan bahagian tengah dengan berhati-hati. Gunting di tengah-tengah uncang teh untuk dibahagi dua.\n\n\u201c32 tahun hidup baru tahu fungsi ni..\u201d\nMenjengah ke ruangan komen, para netizen juga terkejut dan turut mengakui tidak pernah tahu akan \u2018trick\u2019 itu.\n\n\n\nNamun, bukan semua jenis uncang teh boleh dipotong dua sebegini. Difahamkan, jenama uncang teh yang digunakan dalam video tersebut adalah jenama Lipton.\n\n\nSumber: TikTok @niaminoo\n"} {"url": "https://myresipi.com/netizen-terpegun-lihat-pembungkusan-air-kelapa-ini/", "title": "Netizen Terpegun Lihat Pembungkusan Air Kelapa Ini, Lagi Terkejut Bila Tahu Harganya!", "body": "\nPada zaman teknologi yang makin membangun kini, para peniaga perlu memikirkan cara yang lebih kreatif dan inovatif untuk mempromosikan produk mereka.\nHal ini kerana terlalu banyak persaingan di antara sesama peniaga. Jika produk anda kurang menarik, orang ramai akan lebih cenderung kepada produk yang lain.\nAir Kelapa Jalanan Lain Dari Lain\nSeperti yang berlaku kepada seorang peniaga ini apabila jualan air kelapanya telah menjadi perhatian ramai kerana cara bungkusannya yang kreatif dan inovatif.\nBiasanya, peniaga akan membelah air kelapa untuk medapatkan airnya. Tapi lain pula dengan air kelapa jalanan ini.\nMenerusi video yang dikongsikan oleh @MehmedAezad di Twitter, cara untuk minum air kelapa tersebut adalah dengan membuka safety pins, cucuk straw yang diberi dan sedia untuk diminum.\n\n\n\u201cHanya buka safety pins dan tekan lalu terus masuk straw dan boleh minum!\u201d\u00a0kata peniaga tersebut.\n\nMurah, 3 Biji RM10!\nApa yang lebih mengejutkan, peniaga itu menjual air kelapa tersebut dengan harga yang sangat murah! 3 biji kelapa dengan harga RM10 sahaja.\n\nDifahamkan produk tersebut merupakan produk import dari Thailand. Harga yang dijual juga sangat murah berbanding kelapa yang dipetik dari negara sendiri.\n\n\u201cBagus gila produk peniaga ini. Lokasi di Tesco Ampang. Kalau open sistem ejen confirm winning product. Aku nak tengok produk ini berjaya.\u201d\u00a0\n\nMenjenguk ke ruangan komen, netizen juga berasa terpegun melihat cara penyediaan air kelapa tersebut disamping harganya yang begitu murah.\nSumber:\u00a0@MehmedAezhad\n"} {"url": "https://myresipi.com/nikmati-keajaiban-rasa-asli-segar-setiap-hidangan-bersama-tersayang-dengan-coca-cola/", "title": "Nikmati Keajaiban Rasa Asli & Segar Setiap Hidangan Bersama Tersayang Dengan Coca-Cola!", "body": "\nMakan bersama keluarga atau yang tersayang sudah pasti akan menjadi lebih seronok\nTambahan lagi apabila ada gathering atau reunion keluarga yang ramai, confirm kecoh dan riuh jadinya apabila makan bersama di rumah atau di restoran. Suasana riuhnya pasti akan terasa lain.\nBegitu juga jika anda makan bersama kawan-kawan, sudah tentu moodnya akan menjadi lebih happening dan gembira. Dengan gelak tawa riangnya itu, memang akan jadikan memori dan momen terindah.\nTidak kiralah anda masak sendiri dan makan di rumah atau makan di restoran, semua momen memang amat berharga dan patut dikenang.\n\nLengkapkan hidangan anda dengan Coca-Cola, barulah dapat rasakan keajaiban sebenar!\nTidak kira dengan makanan apa pun atau di mana pun anda berada, Coca-Cola membolehkan anda untuk merasakan keajaiban sebenar. Jom terokai resepi-resepi unik untuk makan bersama keluarga.\n1. Stew Daging Mongolian\nThe Gingered Whisk\nBahan-bahan:\n\u2013 900g isi daging (dipanggang)\n\u2013 1/4 cawan tepung jagung\n\u2013 1 bawang besar (dihiris nipis)\n\u2013 1 lada benggala hijau (dihiris nipis)\n\u2013 1/4 cawan air\n\u2013 1/4 cawan kicap manis\n\u2013 1/8 cawan gula perang\n\u2013 1 sudu besar bawang putih (dicincang)\n\u2013 2 sudu besar minyak bijan\n\u2013 1 sudu besar halia (dicincang)\n\u2013 1 cawan lobak merah (dicincang)\n\u2013 1/2 cawan daun bawang\n\u2013 3 sudu besar bijan\nCara-cara:\n1. Mula-mula, hiriskan isi daging supaya menjadi hirisan kecil. Selepas itu, salutkan daging dengan air tepung jagung dengan sebati dan masukkan dalam beg ziplock.\n\n Masukkan daging, bawang besar dan lada putih ke dalam pressure cooker.\n Setelah separuh masak, masukkan air, gula perang, bawang putih, minyak bijan dan halia. Masak selama 4 hingga 5 jam dengan api kecil.\n Kemudian, masukkan lobak merah sejam sebelum hidangan selesai masak.\n Hiaskan hidangan dengan beberapa hirisan bawang hijau dan biji bijan. Siap!\n\n2. Shell Out\nSeismik Makan\nBahan-bahan:\n\u2013 1 batang lobak merah\n\u2013 1 biji brokoli\n\u2013 1 biji jagung\n\u2013 6 ekor udang\n\u2013 2 ekor ketam\n\u2013 500g lala\n\u2013 1 ekor sotong (bersaiz besar)\n\u2013 1 biji bawang merah (dihiris)\n\u2013 3 ulas bawang putih (dihiris)\n\u2013 3 tangkai daun kari\n\u2013 6 helai daun limau purut\n\u2013 3 sudu besar sos cili thai\n\u2013 3 sudu besar sos tiram\n\u2013 1/2 cawan air\n\u2013 1/2 sudu kecil garam\nCara-cara:\n1. Rebuskan lobak merah, brokoli dan jagung sehingga masak.\n\n Dalam periuk yang lain, rebuskan juga udang, ketam, lala dan sotong selama 3 minit.\n Letakkan bahan yang telah direbus di tepi dahulu.\n Untuk sos, tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan daun limau purut sehingga naik bawa.\n Masukkan sos cili thai dan sos tiram dan kacau rata.\n Tambahkan air sedikit demi sedikit dan pastikan kuah tidak terlalu cair.\n Perisakan dengan garam.\n Masukkan semula bahan yang telah direbus dan gaul rata.\n Shell Out dah ready untuk dihidangkan! Kena pula dengan nasi kosong. Memang kenyang habis.\n\nSumber: Seismik Makan\n3. Salted Egg Buttermilk Chicken\nSeismik Makan\nBahan-bahan:\n\u2013 6 biji telur masin (asingkan)\n\u2013 1 cawan tepung jagung\n\u2013 1/2 cawan tepung biasa\n\u2013 500 gram isi dada ayam\n\u2013 4 sudu besar mentega\n\u2013 2 biji cili padi\n\u2013 3 ulas bawang putih\n\u2013 1 cawan susu sejat\n\u2013 10 hingga 12 helai daun kari\n\u00a0Cara-cara:\n 1. Kukus 6 kuning telur masin sehingga masak.\n\n Dalam satu mangkuk, masukkan 1 cawan tepung jagung, 1/2 cawan tepung biasa dan 2 kuning telur masin yang telah dikukus. Gaul sehingga sebati.\n Salut isi dada ayam dengan campuran tepung. Kemudian, celup ke dalam putih telur masin dan salutkan dengan campurang tepung sekali lagi.\n Goreng ayam sehingga keperangan.\n Dalam satu kuali, masukkan 4 sudu besar mentega, 3 ulas bawang putih, 2 biji cili padi dan 10-12 helai daun kari. Tumis sehingga wangi.\n Masukkan 1 cawan susu sejat dan 4 kuning telur masin yang telah dihancurkan. Gaul sehingga sebati.\n Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga kuah rata.\n Salted egg buttermilk chicken pun sudah siap untuk dinikmati!\n\nSumber: Seismik Makan\n4. Kebab Daging\nMoribyan\nBahan-bahan:\n\u2013 500g daging lembu kisar\n\u2013 2 sudu besar bawang putih (dicincang)\n\u2013 2 sudu besar parsley (dicincang)\n\u2013 2 sudu besar daun ketumbar (dicincang)\n\u2013 2 sudu besar yogurt\n\u2013 2 sudu kecil sumac\n\u2013 2 sudu kecil serbuk lada sulah\n\u2013 2 sudu kecil serbuk paprika\n\u2013 1 sudu kecil serbuk ketumbar\n\u2013 1 sudu kecil serbuk jintan manis\n\u2013 1 sudu kecil garam\n\u2013 1/2 sudu kecil lada hitam\n\u2013 Butter atau minyak sapi\nCara-cara:\n1. Panaskan ketuhar pada suhu 230\u00b0C.\n\n Rendam lidi kayu dalam air selama 20 minit untuk elakkan daripada terbakar dalam ketuhar.\n Dalam mangkuk lain, campurkan daging cincang, bawang putih, parsley, daun ketumbar, yogurt dan lada sulah. Gaul sehingga sebati.\n Bentukkan isi daging menjadi bentuk kotak. Kemudian masukkan ke dalam lidi satu per satu. Salutkan dengan bahan-bahan rempah yang telah digaul tadi.\n Sapukan dengan butter atau minyak sapi di sekeliling daging. Masukkan ke dalam ketuhar selama 10 hingga 12 minit.\n\nSumber: Moribyan\n5. Terung Masak Merah\nSeismik Makan\nBahan-bahan:\nBahan-bahan kisar:\n\u2013 1 genggam cili kering\n\u2013 1 biji bawang merah\n\u2013 1 sudu udang kering\n\u2013 1 inci halia\n\u2013 4 ulas bawang putih\n\u2013 1/2 cawan air\nBahan-bahan lain:\n\u2013 Minyak masak\n\u2013 1 biji terung (saiz besar)\n\u2013 2 sudu besar sos tomato\n\u2013 2 sudu besar sos cili\n\u2013 2 biji bawang merah (dihiris)\n\u2013 1/4 cawan air asam jawa\n\u2013 Garam secukup rasa\n\u2013 Gula secukup rasa\n\u2013 Daun bawang (digunakan sebagai hiasan)\nCara-cara:\n1. Kisarkan cili kering, bawang merah, udang kering, halia, bawang putih dan air sehingga lumat.\u00a0\n\n Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan terung sehingga separuh masak dan berwarna keperangan. Ketepikan.\n Menggunakan kuali yang sama, masukkan bahan tumisan, sos tomato, sos cili, bawang merah, air asam jawa, garam dan gula. Gorengkan seketika sehingga naik bau.\n Masukkan terung goreng dan renehkan masakan selama 5 hingga 10 minit, sehingga semua terung sudah lembut.\n Terung Masak Merah sudahpun siap untuk dihidang bersama hirisan daun bawang untuk memberikan hidangan ini sedikit kesegaran.\n\nSumber: Seismik Makan\nSekarang giliran anda untuk rasakan keajaiban sebenar daripada Coca-Cola!\n\nJangan lupa untuk dapatkan Coca-Cola untuk dinikmati bersama dengan tersayang melalui Shopee atau Grab!\n\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/nora-danish-makan-kat-restoran-gordon-ramsay/", "title": "\u201cHalal Ke?\u201d \u2013 Nora Danish Makan Kat Restoran Gordon Ramsay Undang Was-was Netizen", "body": "\nTular baru-baru ini mengenai pembukaan restoran mewah milik chef terkenal dunia, Gordon Ramsay Bar & Grill di Lembah Klang yang menampilkan makanan unik berkonsepkan barat dan menu khasnya iaitu Beef Wellington.\nRamai antara kita yang mengambil peluang untuk merasai pengalaman menjamu selera di restoran terkemuka tersebut walaupun harga sepinggan hidangan yang boleh dikatakan agak mahal untuk sesetengah orang.\nBawa keluarga rasa sendiri hidangan viral\n\ninstagram nora danish\n\nIa termasuk jugalah selebriti tanah air kita seperti Nora Danish yang sangat teruja untuk merasai sendiri makanan viral dunia yang sebelum ini hanya mampu dilihat di media sosial sahaja.\nBaca juga: Cara Buat Beef Wellington Versi Mudah & Halal\nDia telah berkongsi pengalamannya bersama keluarga di laman Instagram rasmi yang menampilkan beberapa hidangan makanan seperti Steak Tartare, dan Beef Wellington. Min pun meleleh air liur fuhh!\nInstagram Nora Danish.\n\nStatus Halal Dipersoalkan Oleh Netizen\nNiat nak berkongsi keterujaan tapi lain pula jadinya. Posting tersebut telah menerima perhatian ramai netizen dimana ramai antara mereka telah mempersoalkan status halal restoran tersebut.\nSecara umumnya, restoran mewah tersebut jelas menghidangkan alkohol dan arak di dalam sesetengah makanan.\n\n\n\nBerdasarkan komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai yang meragui status halal restoran berkenaan terutama apabila menu daging dihidangkan bersama sos wain merah.\nNamun, ada juga daripada mereka yang menegaskan bahawa semua hidangan di restoran tersebut adalah pork-free dan kesemua jenis daging adalah daripada pembekal yang halal.\nSebelum ini, pihak JAKIM pernah menyatakan bahawa mana-mana gerai makan atau restoran tidak akan menerima sijil halal sekiranya menjual minuman beralkohol di premis mereka walaupun tidak dicampurkan ke dalam sesebuah hidangan.\n\nBak kata orang, kalau dah ragu-ragu baik kita elakkan, ye dok?\n"} {"url": "https://myresipi.com/not-my-level-baru-episod-1-sheila-rusly-dah-naik-angin-dengan-masakan-peserta-dapur-tempur/", "title": "\u2018Not My Level\u2019- Baru Episod 1, Sheila Rusly Dah \u2018Naik Angin\u2019 Dengan Masakan Peserta Dapur Tempur?", "body": "\nEpisod pertama program realiti masakan, Dapur Tempur yang bakal bersiaran sebanyak lapan episod itu bakal menemui penonton bermula 3 November ini, setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV9.\nArtikel berkaitan: Dapur Tempur, Program Lawan Masak Terbaru Di TV9!\nProgram ini membawakan 8 pasangan keluarga yang berentap untuk menjadi juara. Menampilkan Yasmin Hani sebagai hos manakala juri tetap pula adalah Sheila Rusly serta Chef Adu Amran.\n\nBercakap mengenai juri tetap iaitu Sheila Rusly, siapa je yang tak kenal dengan selebriti popular ini yang cukup sinonim dengan karakter yang tegas dan berterus-terang.\nEpisod pertama pun dah \u2018panas\u2019?\nKatanya episod pertama pun sudah \u2018panas\u2019 apabila masakan peserta Dapur Tempur dikatakan tidak menepati \u2018level\u2019 pertandingan masakan serta mendapat komen pedas daripada juri tetap, Sheila Rusly? Apa menu masakan peserta Dapur Tempur sampai juri \u2018naik angin\u2019 tu?\nApa yang terjadi sebenarnya? Dapatkah para peserta menyiapkan tugasan yang diberi? Apakah ada penyingkiran pada episod pertama? Jangan lupa tonton Dapur Tempur pada 3 November ini di saluran TV9.\n\nUntuk minggu pertama ini, hanya 4 pasangan keluarga sahaja yang bertempur iaitu pasangan bapa & anak saudara \u201cPendekar Malaya\u201d (Irfan Hariz S Miswandi, 20 & Mohd Haizal Ismail, 47), pasangan ibu & anak \u201cSudap Sudip\u201d (Halifah Jaafar, 59 & Muhammad Ariff Haron, 37), pasangan suami isteri \u201cSelerak Selegho\u201d (Muzhaffar Mohamed, 32 & Shaidhatul Aqmalis Zainul Akmal, 29) dan pasangan kakak & adik \u201c9Siblings\u201d (Nusaybah Che Anuwa, 38 & Tasnim Che Anuwa, 29).\n\nDapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di\u00a0Myresipi.com\u00a0selaku rakan digital rasmi.\nJuara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.\nPemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.\n#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/nugget-ayam-tempura-homemade/", "title": "Nugget Ayam Tempura Homemade, Anak-anak Mesti Berhantu Nak Makan!", "body": "\nKalau pergi pasaraya baik tesco atau Mydin ke, mesti ambik\u00a0nugget\u00a0tempura ayam. Tak kisah lah apa-apa brand sekali pun mesti akan laju je habis\u00a0 licin. Macam saya suka makan dua jenama je iaitu Ramly atau Lotus.\u00a0\nBukanlah tak suka jenama lain tapi belum pernah rasa. Mana tahu bila dah rasa akan suka kan. Macam baru-baru ni, tersuka pulak bila buat nugget tempura homemade ni. Memang dapat banyak walaupun guna ayam sikit je.\nArtikel berkaitan: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!\nUntuk yang ada anak-anak kecil memang akan seronok lah sebab biasanya anak-anak akan suka makan nugget tempura ni. Resepi yang dikongsikan oleh Nahar Efendy Noordin ini simple dan mudah yang boleh kita ikut.\nKalau ada isi ayam bahagian isi lebih mudah nak sediakan. Tapi kalau tidak ada bahagian isi, agak susah sikit lah sebab nak buat nugget tempura ni hanya gunakan ayam bahagian isi sahaja.\n\nResipi Nugget Ayam Tempura Homemade\nBahan-bahan:\n\n\nIsi Ayam\n\u00bd biji Bawang besar\n5 ulas Bawang putih\n2 Biji Telur\nSerbuk Hilal\nSerbuk Maggi Cukup rasa\nSedikit garam\nSerbuk lada hitam\nSedikit air\nTepung Jagung\nTepung serbaguna\n\nCara penyediaannya:\n1. Mula-mula sekali, kisar semua bahan di atas kecuali tepung serbaguna. Kisar sampai semua bahan hancur dan sebati. Kemudian,\u00a0 sapurkan minyak atau marjerin dalam loyang.\n\n2. Masukkan bahan kisar, tuang ke dalam loyang. Kukus semalam lebih kurang 30 minit atau sehingga masak sempurna.\n\n3. Dah siap kukus, angkat dan potongkan kepada potongan yang kecil. Terpulang kepada kita nak besar mana dan saiz berbentuk apa.\n\n4.\u00a0 Sementara tu, bancuh tepung serbaguna dengans edikit air. Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.\n\n5.\u00a0 Celupkan isi nugget tadi ke dalam tepung dan terus goreng dalam minyak yang panas.\n\n6. Bila dah bertukar warna keperangan, boleh angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan dengan sos cili.\n\nKalau buat nugget tempura ni memang berebut dengan anak-anak. Makan dengan nasi panas pun layan tau. Ada yang nak Tarik minat anak-anak boleh buat bentuk love, bentuk segi tiga atau ikut kreativiti masing-masing.\nSenang dan simple jugak lah nak buat nugget ayam tempura ni. Nak buat untuk berkelah atau majlis makan-makan sesuai buat sendiri nugget tempura ni. Disebabkan isi nya sudah dikukus, jadi time goreng tak perlu lama. Sekadar rangupkan bahagian luar sahaja.\n"} {"url": "https://myresipi.com/nutella-bites-2-bahan/", "title": "Jom Buat \u2018Nutella Bites\u2019 Guna 2 Bahan Ini Je, Pencuci Mulut Paling Mudah!", "body": "\nTak perlu pening kepala nak masak apa untuk dibawa ke\u00a0potluck\u00a0bersama rakan-rakan ataupun jamuan di pejabat. Jom kita buat pencuci mulut yang mudah seperti Nutella Bites ini.\nKalau nak makan tinggal ambil saja, tak perlu guna pinggan. Yang paling\u00a0best,\u00a0untuk membuat pencuci mulut ini hanya perlu menggunakan 2 bahan iaitu roti paratha dan nutella.\nDengan hanya 2 bahan mudah ini, anda sudah boleh menghasilkan manisan yang sedap dan lain dari lain. Jom cuba buat menggunakan resipi yang dikongsi oleh Hurun\u2019lin Malik di bawah.\nBaca juga: Hanya Guna Kulit Paratha Segera, Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart!\nCara Buat Nutella Bites Guna 2 Bahan\nBahan-bahan:\n\n1 paket roti paratha (5 keping)\nNutella\nAluminium round tin saiz 6\u2033\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan.\n\n2. Sudukan sedikit nutella di tengah-tengah.\n\n3. Picitkan paratha di bahagian yang lurus sampai tertutup. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi nutella.\n\n4. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi nutella membentuk seperti jambangan bunga.\n\n5. Bakar pada suhu 180\u00b0C menggunakan api atas bawah, letak pada rak oven bahagian paling bawah. Bakar selama 30 hingga 40 minit atau sehingga paratha masak.\n\nKredit resipi: Hurun\u2019Iin Malik\nBaca juga: Cara Buat Kek Tapak Kuda, Kek Yang Gebu & Lembut Berinti Nutella!\n"} {"url": "https://myresipi.com/nutella-crepe-viral-gebu-macam-bantal/", "title": "Mudah Je Nak Buat Nutella Crepe \u2018Viral\u2019 Tu, Gebu Macam Bantal!", "body": "\nPasti ramai yang perasan, sekarang tengah viral satu pencuci mulut yang dinamakan Nutella Crepe.\nDifahamkan ada satu kedai viral di Penang yang menjual aneka pencuci mulut termasuklah Crepe ini.\nAlamak kalau nak pergi Penang jauh pula kan, apa kata jom buat sendiri. Mudah je caranya!\nRESIPI NUTELLA CREPE\n\nBahan-bahan kulit crepe:\n\n250g susu\n2 biji telur\n35g gula\n80g tepung gandum\n2 sb tepung jagung\n2 sb minyak\n1 sk esen vanilla\nPewarna merah\n\nBahan inti:\n\nNon dairy whipping cream (putar sehingga kembang)\nNutella\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan-bahan kulit kecuali pewarna merah dan gaul sehingga sebati menggunakan whisk.\n\n2. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk.\n\n3. Titikkan 1 titik pewarna merah.\n\n4. Panaskan non-stick pan. Tuangkan 1 senduk adunan kulit crepe. Pusingkan pan sehingga adunan rata. Tuang semula baki adunan ke dalam mangkuk adunan tadi untuk hasilkan crepe yang nipis.\n\n5. Angkat crepe dan sejukkan. Bila dah sejuk, letakkan whipping cream dan nutella di tengah-tengah crepe.\n\n6. Lipat crepe dengan kemas (boleh rujuk video di bawah).\n7. Siap! Selamat mencuba.\n\nLihat video penuh:\n\n\n @bakewithhannan\nKalau buat sendiri boleh letak Nutella banyak2 opsss \ud83d\ude0b #ttsboleh #tiktokshop #resepiviral #crepe #fyp\n \u266c Pretty song that imaged a sleeping baby \u2013 Azuline \n\n \nKredit: TikTok @bakewithannan\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi \u2018Durian Crepe Gebu\u2019, Pertama Kali Buat Pun Menjadi & Sedap!\nResipi Portuguese Toast Ala Harold\u2019s Bread, Buat Sendiri Boleh \u2018Adjust\u2019 Rasa Manis\n"} {"url": "https://myresipi.com/ohsem-ads-2022-sasar-untuk-bantu-3000-pengusaha-sme/", "title": "OHSEM ADS 2022 Sasar Untuk Bantu 3,000 Pengusaha SME", "body": "\nKorang ada buat perniagaan secara kecil-kecilan tapi macam buntu sebab marketing agak \u2018kureng\u2019?\nJangan risau! ada jalan penyelesaian untuk korang. Apa kata korang ke acara khas iaitu OHSEM ADS 2022 di Mines 2, Seri Kembangan pada 3 November 2022 ini yang dianjurkan sendiri oleh REV Media Group (RMG) bersama Dattel Asia Group (Dattel).\nAcara ini memang khas untuk korang yang memang usahawan perniagaan kecil dan sederhana (SME) untuk terangkan dengan lebih lanjut kelebihan beriklan dengan Rangkaian Media REV dengan kuasa data gaya hidup pengguna media sosial.\nMemang akan meriah acara ini sebab dijangka seramai 3,000 usahawan dan ahli pemasaran dalam komuniti SME Malaysia yang akan datang.\nBukan itu je, memang ada antara pengusaha SME akui populariti portal digital seperti The New Straits Times, SAYS, dan Vocket tetapi tak ramai yang tahu yang portal-portal ini memang sebahagian dari Rangkaian Media REV yang mampu tarik jumlah pengunjung dalam talian yang tertinggi di Malaysia.\nBaca juga: Media Prima Terus Cemerlang, Raih Tiga Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2022\nRangkaian Media REV dikunjungi seramai 15.8 juta individu setiap bulan, iaitu lebih ramai berbanding pengguna bulana Facebook atau Google di Malaysia, menurut laporan Comscore.\nWalaupun ada panduan pemasaran digital yang korang boleh dapat macam optimumkan enjin carian, penggunaan integrasi media sosial, iklan Google dan lain lagi, tapi itu hanya dalam media sosial je sebagai platform untuk buat marketing dengan harga yang rendah.\n\nTiga Mitos Usahawan SME Fikir Bila Iklan Dengan REV Media\n1. Selalu anggap rangkaian penerbit kandungan premium terlalu mahal dan di luar kemampuan mereka.\n2. Keberkesanan rangkaian kandungan premium kurang jelas, walaupun selalu digunakan oleh jenama-jenama besar.\n3. Usahawan SME tak tahu bagaimana untuk berhubung dan mendapatkan maklumat lanjut sekiranya berminat.\n\nTapi jangan risau, itu semua mitos je, OHSEM ADS 2022 nanti akan bantu selesaikan masalah korang dan apa kelebihan yang boleh dapat nanti.\nAda beberapa contoh bila beriklan dengan Rangkaian Media REV yang akan ditonjolkan kepada korang di OHSEM ADS 2022 nanti.\n\nPada Mac lalu, RMG dan Dattel melancarkan kolaborasi pertama iaitu REV Ad Manager yang merupakan satu platform pengiklanan layan diri menggunakan kecerdasan buatan (AI).\nPlatform ini memanfaatkan pendekatan inovatif dalam pengiklanan dengan menggunakan data tabiat pengguna bagi menyarankan laman web REV yang terbaik untuk mendapatkan audiens pilihan SME.\nKini REV Ad Manager telah diakses oleh lebih dari 100 jenama, termasuklah SME dan juga jenama besar dalam sektor peruncitan, fesyen, dan kesihatan.\nMelalui OHSEM ADS 2022, RMG dan Dattel berhasrat bagi memberikan peluang kepada semua SME yang hadir untuk menggunakan REV Ad Manager.\nKetua Pegawai Eksekutif Dattel, Ashran Ghazi berkata, penyasaran audiens yang betul ialah sesuatu yang penting dalam mana-mana bisnes.\n\u201cDisebabkan itu kami mahu membantu dan memperkasa SME dengan data yang pragmatik dan yang paling utama dapat membuahkan hasil.\n\u201cKami dapat membuktikan bahawa keputusan ROI dari pengiklanan yang mengatasi tanda aras Kadar \u201cClick Thru\u201d dari iklan media sosial.\n\u201cIni sesuatu yang membanggakan dan sebab itu kami mahu kongsi pencapaian ini dengan peserta OHSEM ADS 2022,\u201d katanya.\nKetua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee pula berkata, usahawan SME tidak lagi perlu menggunakan kaedah tradisional bagi mendapatkan data dan menghasilkan persona untuk dipadankan dengan penyasaran audiens mereka.\n\u201cEnjin penyaran berpandukan AI kami akan menyarankan asset media yang optimum untuk audiens pilihan anda, seterusnya memudahkan usaha pemilik jenama,\u201d katanya.\nOHSEM ADS 2022 menjamin peningkatan keupayaan pemasaran dan pengiklanan usahawan SME melalui REV Ad Manager dengan menghasilkan persona pengguna berdasarkan data tabiat pengguna.\nIa juga termasuk pembahagian segmen pengguna mengikut 30 Arketaip Perilaku (Behaviour Archetypes) dan 12 Sifat Nilai Pengguna (Consumer Value Traits).\nPlatform ini telah menghasilkan sebanyak 103,000 persona pengguna yang berlainan, meliputi 174 kategori produk dan perkhidmatan.\nMereka yang hadir juga akan berpeluang untuk membuat tempahan iklan kadar OHSEM yang hanya ditawarkan di lokasi.\nKadar pengiklanan ini direka khas untuk usahawan SME bagi membolehkan mereka menguji sendiri keberkesanan rangkaian penerbitan kandungan premium.\nUsaha ini pada asasnya memberi pilihan kepada SME untuk menarik audiens yang diinginkan pada kadar mampu milik.\nOHSEM ADS 2022 turut disokong oleh Rakan Strategik Easystore dan unifi Business Club, Rakan Pembiayaan Myisco serta Dreamtalents Media selaku Agensi Digital Rasmi.\nUsahawan SME yang berminat untuk hadir ke OHSEM ADS 2022 dan menuntut akaun REV Ad Manager boleh mendaftar di laman web https://ohsem-ads-2022.eventbrite.com\nJumpa di sana!\n"} {"url": "https://myresipi.com/onde-onde-bunga-telang/", "title": "Kuih Onde-Onde Bunga Telang, Nampak \u2018Rare\u2019 Sikit Buat Di Rumah", "body": "\n\nBosan juga kalau selalu makan kuih onde-onde warna hijau. Bila jumpa onde-onde warna biru ni, teruja pula rasa nak buat. Jom la kita follow resepi onde-onde bunga telang ni di sini.\nKenapa panggil bunga telang? Ha! Warna onde-onde ni sebenarnya terhasil dari air rebusan bunga telang. Bunga telang ni sebenarnya banyak manfaatnya.\nAntara khasiat air rebusan bunga telang adalah meningkatkan kewanitaan, mengecutkan jerawat, ubat insomnia, batuk, sebagai detox dan macam-macam lagi.\nBaca juga: Resipi Kuih Onde-Onde Sedap & Lembut, Ada Tips Supaya Kuih Tahan Lama & Tak Cepat Basi\nWarna kuih ni menarik sangat! Bila dah siap nak uli dengan kelapa parut memang lagi cantik jadinya.\nRasa tak nak makan pun ada! Mudah je nak buat, sama macam onde-onde biasa yang korang letak pewarna atau air pandan tu.\nKalau nak tahu lebih lanjut macam mana kuih onde-onde bunga telang ni di buat, apa kata korang follow resepi yang dikongsikan oleh Siti Khairun Nur Akmal ni.\n\nResipi Kuih Obde-Onde Bunga Telang\nBahan-bahan:\n\n\n2 cawan tepung pulut\n4 sudu besar tepung beras\n30+ kuntum Bunga Telang (rebus bunga & tapis ambil air sahaja & sejukkan)\nGula melaka (dipotong kecil)\n1 biji kelapa muda parut (putih sahaja)\nSedikit garam (gaul dengan kelapa parut)\nSedikit air kapur\n3 helai daun pandan (disimpul)\n\nCara membuatnya:\n1. Kukus sebentar kelapa parut supaya tahan lebih lama. Kemudian, gaulkan sedikit garam.\n2. Bancuh tepung pulut, tepung beras dengan air bunga telang dan air kapur.\n3. Gaul sedikit demi sedikit hinga adunan tidak melekat di tangan.\n4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil di tengah adunan.\n5. Tutup adunan kemas dan bulatkan sehingga sekata.\n6. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih bersama dengan daun pandan yang sudah disimpul.\n7. Masukkan bebola tepung tadi, dan sederhanakan api.\n8. Apabila bebola sudah timbul di permukaan air, boleh angkat dan toskan.\n9. Gaul bersama kelapa parut ketika masih panas. Onde-onde bunga telang siap untuk dihidang.\nSelamat mencuba.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/orang-kata-sedap-giler-aiskrim-mochi-ada-perisa-baru/", "title": "\u2018Orang Kata Sedap Giler\u2019- Aiskrim Mochi Ada Perisa Baru Guys! Bila Gigit, Rasa Kenyal-Kenyal & Lembut", "body": "\nMochi mochi! Makan aiskrim mochi ni mesti tak cukup satu. Sedap! Dia punya luar tu kenyak-kenyal, bila gigit terus terasa nikmat dengan aiskrim yang\u00a0super sedap kat dalam.\nKorang dah pernah cuba aiskrim aiskrim viral Nestl\u00e9 Mochi Boba? Gabungan 2 kegemaran ramai iaitu mochi & boba memang sedap terhingga! Lapisan kulit Mochi yang lembut dan kenyal diluar bersama inti Boba gula perang yang meleleh!\n\nSebelum, ini, Wall\u2019s Malaysia juga ada mengeluarkan produk baru iaitu Mochi Ice Cream yang mempunyai 3 perisa iaitu durian, strawberi, dan durian matcha.\n\nBeberapa hari lepas, Wall\u2019s telah melancar aiskrim mochi perisa baru iaitu perisa coklat vanilla! Rasanya sungguh lembut dan berlemak berkrim disukai ramai.\n\n\nMesti\u00a0curious\u00a0rasa dia macam mana kan?\u00a0Haa, jom dapatkan di 7-eleven ataupun kedai runcit berhampiran anda.\nBaca juga: Beli Ayam Goreng KFC Dapat Saiz Kecil? Jangan Risau, Ikut Saja Langkah Ini Untuk \u2018Tukar\u2019 Ayam Baru\n"} {"url": "https://myresipi.com/pai-epal-sukatan-cawan/", "title": "Pai Epal Sukatan Cawan, Guna Cara MUDAH Dan Ringkas Ini", "body": "\nJom cuba buat pai epal di rumah. Intinya memang seakan sama macam di McD. \nKalau buat sendiri di rumah, boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai bentuk seperti gambar di atas ini. \nAnak-anak mesti lagi tertarik untuk makan. Cara penyediaannya juga sangat mudah kerana menggunakan sukatan cawan.\u00a0\nBaca juga: Cinnamon Rolls @ Roti Gulung Kayu Manis Cara Mudah, Lembut Dan Gebu!\nIkuti perkongsian resipi daripada Cik Puan Viviana Rose di bawah. Pai ini sesuai untuk dijadikan bekal anak-anak atau untuk berkelah. Boleh buat dalam saiz kecil-kecil.\n\nRESIPI PAI EPAL SUKATAN CAWAN\n\nApple pie seronok makan sambil tengok TV. Permintaan anak dara saya. Gigih mak dia susun bunga dan daun tu.\u00a0\nResipi doh ada dua yang biasa saya buat. Boleh pilih resepi doh yang sahabat suka. Inti boleh masak awal 2-3 hari pun tak apa yang penting simpan dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara.\nNota: bahagian atas pie tu terpulang nak buat lubang ke, cucuk garfu ke, anyam ke atau buat apa-apa corak yang anda suka.\n\nDoh Pai (pilihan 1)\nBahan-bahan: \n\n2 1/4 cup tepung kek and pastry\n2 TBS gula\n1/2 TSP garam\n1 cup butter sejuk (potong kecil)\n6 TBS air sejuk + 1 TBS jus lemon\n\nCara-cara:\n1- Ayak tepung dan canpurkan gula dan garam. Kacau\n2- Masukkan butter sejuk dan ramas-ramas dalam tepung.\n3- Masukkan campuran air sejuk dan jus lemon dan pukul sekejap. \n4- Bungkus doh dan rehatkan doh dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.\n5- Canai doh dan bentuk dalam acuan.\n6- Isikan inti, tutup bahagian atas dengan baki doh dan buatkan lubang di bahagian atas dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit.\n7- Sapukan telur di permukaan atas pie. Bakar 170\u00b0-180\u00b0 selama 35-40 minit atau hingga masak.\n\nDoh Pai (Pilihan 2)\nBahan-bahan:\u00a0\n\n3/4 cup butter/marjerin\n1/2 cup gula aising\n1 biji telur\n1 TSP esen vanila\n2 1/4 cup tepung gandum\n\nCara-cara:\u00a0\n1- Pukul gula dan marjerin sekejap hingga gula dam marjerin sebati.\n2- Masukkan telur dan esen vanila dan pukul sekejap\n3- Masukkan tepung dan uli.\n4- Rehatkan doh dalam peti sejuk 1-2 jam\n5-\u00a0 Canai dan bentuk dalam acuan\n6- Isikan inti, tutup dengan baki doh dan buat lubang di bahagian atas. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit.\n7-\u00a0 Sapukan telur di bahagian atas pie dan bakar 170\u00b0-180\u00b0 selama 35-40 minit atau hingga masak.\n\nBahan Inti:\u00a0\n\n3-4 cup epal (dadu atau hiris)\n2 TBS jus lemon\n1/4 cup gula perang (boleh kurang atau tambah ikut manis yg disukai)\n2 TSP serbuk kayu manis\n1/4 TSP serbuk buah pala (tak nak pun tak apa)\n1/2 TSP garam\n1/4 air\n1 1/2 TBS tepung jagung + 2TBS air\n\nCara-cara:\u00a0\n1- Gaulkan epal dengan jus lemon dan masukkan gula perang,serbuk kayu manis,serbuk buah pala,air dan garam. Gaul sebati.\n2- Masak dalam periuk hingga mendidih 4-5 minit.\n3- Tambahkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga tepung jagung masak dan tutup api.\n4- Sejukkan sebelum digunakan.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Puding Oren Karamel Saiz Cawan, Guna Kordial F&N Je, Memang Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/pais-tempoyak-ikan-patin-bakar/", "title": "Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!", "body": "\nFuhh! Tengok gambar je pun dah terliur dibuatnya! Jom buat Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Memang sedap makan panas-panas.\nKalau sesiapa yang tinggal di kampung, memang selalu dapat merasa pais ikan ini. Kebanyakan ada dijual di pasar tani dan pasar malam.\u00a0\nBaca juga: Cara Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama, Ada Petua Kalau Tak Nak Masam\nPais ikan ini sebenarnya boleh dibuat dengan pelbagai jenis ikan sebenarnya. Tapi buat dengan ikan patin, memang lagi layan dibuatnya.\nMujurlah MyResipi terjumpa perkongsian resipi dari Aisyah Humaira ini. Perkongsiaan gambar beliau pun dah buat kita terliur nak makan dan buat sendiri di rumah. Jom tengok cara buat di bawah.\n\nRESIPI PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN BAKAR\n\nBahan-bahan:\n\n1 ekor patin saiz sederhana \u2013 potong dua dan rendam dalam air tepung gandum selama 15 minit untuk hilangkan bau hanyir.\n\nBahan-bahan pes:\n\n6 sudu besar tempoyak asli\n1/3 inci kunyit hidup\n15 biji cili padi merah\n4 tangkai daun kesum\n1/2 batang bunga kantan \u2013 dihiris\n1 sdt garam\n1 sdt gula\n\nBahan balut:\n\nDaun pisang \u2013 dilap bersih\u00a0\nAluminium foil\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Dalam bekas, masukkan semua bahan-bahan pes. Kacau bahan pes hingga sebati. Rasa sedikit untuk tahu cukup rasa pedas, masin dan manisnya.\n2. Kemudian, letak ikan patin atas daun pisang yang dilapik dengan aluminium foil. Sapu rata adunan tempoyak.\u00a0\n\n3. Perap kira-kira dua jam agar tempoyak meresap ke dalam isi ikan.\n4. Selepas perap, bakar pada suhu 160C selama 10 hingga 15 minit sehingga ikan masak. Boleh bakar atas kuali dengan tutup penuh aluminium foil dan balikkan setiap 5 minit supaya ikan masak sekata. Siap untuk dihidang.\n\nPetua tambahan:\n\nSebolehnya, jangan pakai blender tapi guna lesung batu untuk tumbuk asam keping dan cili padu. Sebab kita nak rasa yang pekat dan bau yang penuh aroma.\nGuna lesung batu rasanya lebih pekat dan padu berbanding guna mesin pengisar!\n\n\nDah siap resipi pais tempoyak kita ni. Bukan susah nak buat pais ni. Senang nak buat, sedap dimakan! Jika kita suka tempoyak, boleh extrakan. Jika suka terlebih pedas boleh juga lebihkan cili padi. Mudah nak adjust ikut citarasa kita.\nSekali dah rasa, memang korang akan suka! Untuk yang baru nak belajar masak dan pasangan suka makanan kampung, boleh cuba buat ikan pais ni. Guna ikan apa yang ada pun boleh tak ada masalah!\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/pajeri-nenas-pekat-sedap/", "title": "Pajeri Nanas Pekat & Sedap, Ikut Resipi Simple Ini Tanpa Guna Santan", "body": "\nLauk pajeri nenas mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Tapi tak ramai yang yang tahu cara memasak menu ini.\nSebelum ini kita biasa makan di restoran saja kan? Kali ini jom kita cuba masak sendiri pula di rumah.\nResipi pajeri nanas ini tidak menggunakan santan, namun hasilnya kuah tetap menjadi pekat dan sedap!\nRESIPI PAJERI NENAS TANPA SANTAN\n\nBahan A (menumis):\n\nBawang besar 1/2 biji\nBawang putih 2 ulas\nBunga lawang 2\nKulit kayu manis 1 batang\n\nBahan B (dikisar):\n\nBawang besar 2 biji\nBawang putih 3 ulas\nIkan bilis\n\nBahan C:\n\nRempah kari daging 2 sudu makan\n\nBahan D:\n\nKerisik 2 sudu makan\nGaram 1 sudu kecil\nSerbuk perasa 1 sudu kecil\nGula putih 2 sudu makan\n\nBahan E:\n\nBuah nenas yang sudah dipotong\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minak, kemudian masukkan bahan A. Tumis sehingga garing.\n2. Bila dah garing, masukkan pula bahan B. Kacau dan biarkan dalam 3 minit baru masukkan bahan C. Biar sehingga betul-betul pecah minyak.\n3. Bila rempah dah masak, masukkan 1/2 cawan air.\n4. Kemudian masukkan bahan D dan E. Kacau dan biarkan seketika sehingga semua bahan sebati.\n5. Jika rasa pajeri nanas sudah sesuai rasa, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangakan bersama nasi panas.\n6. Selamat mencuba!\nKredit: Norfadilah Ibrahim\n"} {"url": "https://myresipi.com/pajeri-terung-kuah-pekat/", "title": "Pajeri Terung Kuah Pekat, Padu Sangat Bila Gaul Dengan Nasi", "body": "\n\nResipi Pajeri Terung ni sesuai untuk terung panjang 4-5 biji saiz besar dan sederhana. Nanti jangan lupa belah 2 terung jangan sampai putus. Kalau anda nak masak lebih atau kurang, boleh adjust bahan-bahannya.\nHidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng, fuhh itu dah cukup memadai. Mau makan tak toleh kiri kanan.\nKeenakan masakan ni bukan je pada terung tu, tapi kuahnya juga. Tak tahulah nak cakap macam mana. Bila gaul banyak dalam nasi lagi bertambah berselera.\nBaca juga: Cara Buat Kari Terung Ikan Masin Kurau, Mesti Naik Selera!\nResipi pajeri terung yang dikongsikan oleh Cempaka Iris Yaya ni mudah je nak buat. Bahan-bahannya ringkas.\nCukup dengan rasa lemaknya. Cuma resipi ni tak pedas. Kalau nak pedas mungkin boleh masukkan sikit cili kisar ikut selera anda.\nTerung tu tak perlu bakar sikit atau goreng dulu. Masukkan je terus dalam kuah dan biarkan masak sehingga lembut.\nSambil reneh tu kuah pun jadi pekat dan pecah minyak. Itu yang buatkan sedap bila kuah meresap ke dalam terung. Jom lihat cara memasaknya.\n\nResipi Pajeri Terung\nBahan-bahan:\n\n4-5 biji terung\n2 paket kecil rempah kari daging (faiza)\n1 mangkuk kecil santan (atau 1 plastik kecil yang dijual tu)\n1 paket kecil kerisik\n2 sudu teh garam atau secukup rasa\n3 sudu besar gula atau secukup rasa\nSerbuk perasa (jika perlu)\n\nBahan kisar:\n\n2 ulas bawang putih\n6 ulas bawang merah\nHalia 1 ibu jari\nSegenggam udang kering\n\n\nCara memasak:\n1. Belah 2 terung jangan sampai putus. Ketepikan.\n2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi.\n3. Kemudian masukkan terus rempah kari (tak perlu bancuh dengan air). Kacau cepat-cepat sehingga sekata.\n4. Untuk elakkan hangit, masukkan santan sikit dan kacau sebati.\n5. Selepas tumis sekejap, baru masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa dan kerisik. Semua ni dimasukkan sekali supaya masak dengan mesra.\n6. Dan akhir sekali masukkan terung yang dah siap dibelah tadi.\n\n7. Masukkanlah sikit air agak-agak paras terung tenggelam.\n8. Biarkan reneh dan masak sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Gunakan api sederhana je.\n9. Dah siap boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.\n\n\nKalau ada sambal ikan bilis kering sebenarnya lagi sedap makan dengan pajeri terung ni. Tak perlu lauk lain lagi dah. Tak percaya anda cubalah.\nSemoga bermanfaat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/pak-mat-western-nasi-lemak-90-sen/", "title": "Pak Mat Western Viral Tawar Nasi Lemak 90 Sen, Raih Perhatian Netizen", "body": "\nPak Mat Western yang terkenal dengan produk kambing perap ini telah tawarkan menu nasi lemak dengan harga 90 sen je!\nBila pihak kerajaan melancarkan inisiatif Menu Rahmah, Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang juga menyahut sokongan dengan menawarkan menu nasi lemak dengan harga serendah 90 sen.\n\nTawaran tak masuk akal itu viral sehingga meraih perhatian netizen kerana angka sen tersebut tidak padan dengan saiz hidangan yang mereka sediakan.\nBaca juga: \u201cUntung ke jual RM1?\u201d \u2013 Netizen Persoal Peniaga Jual Nasi Lemak Murah Tepi Jalan\nMenurut Nurina Izz Zayani, Ketua Pegawai Strategi PMW Group berkata, dengan harga 90 sen itu, pengunjung boleh menikmati bahagian nasi yang banyak, separuh biji telur rebus, ikan bilis, dan sambal.\nPromosi Sejak Dua Bulan Lalu\n\nNurina juga mnegatakan bahawa promosi tersebut bukan gimik semata-mata, malah sambutan juga amat mengalakkan dan pelanggan juga datang dari pelbagai kaum.\n\u201cIni antara usaha dan ihsan kami meraikan semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menikmati rezeki menerusi nasi lemak. Ia juga lebih kepada cara kami bersedekah dengan berkongsi rezeki menerusi tawaran harga semurah ini.\n\u201cLagipun kelompok masyarakat yang datang ke premis makanan kami berbeza latar belakang. Ada golongan pelajar yang mungkin selama ini mengikat perut tumpang gembira dengan tawaran harga itu.\n\u201cAda juga golongan bekerja yang kesempitan atau kekurangan wang masih boleh menikmati menu ini dengan harga bajet. Kita tahu ekonomi sekarang, ada yang tengah bulan sudah sangkut nak bayar itu ini. Uruskan persekolahan anak lagi. Termasuklah golongan seperti \u2018rider\u2019 atau penghantar makanan,\u201d katanya.\nAda Set Sarapan RM2\n\nBukan itu sahaja, kafe ini juga menawarkan set sarapan pagi berharga RM2 yang boleh dinikmati tanpa perlu mengikat perut.\nSelain nasi lemak promosi ditawarkan, premis itu selama ini menawarkan Nasi Lemak Lamb, Nasi Lemak Chicken Chop dan Nasi Lemak Meatball yang turut menjadi kegemaran.\n\nPat Mat, nanti buka cawangan dalam Selangor pula tau, jenuh nak ke Penang semata nak merasa nasi lemak 90 sen tu..huhuhu\n\nSumber: Berita Harian\n"} {"url": "https://myresipi.com/pakar-dedah-khasiat-gula-kelapa/", "title": "Mampu Ganti Gula Putih, Pakar Dedah Khasiat GULA KELAPA Yang Ramai Tak Tahu", "body": "\nMAMPU gantikan gula putih, khasiat gula kelapa\u00a0(palm sugar) tidak dinafikan sangat bagus untuk pengambilan seharian.\nGula kelapa adalah manisan semula jadi yang terhasil dari pokok kelapa. Ia mempunyai pelbagai nama, mengikut jenis pokok yang dihasilkan.\nAntaranya gula Melaka,\u00a0gula kabong, manise, gula nipah, gula merah dan sebagainya.\nTambah lagi, gula kelapa lebih sesuai untuk pesakit diabetes\u00a0kerana mempunyai Indek GIisemik yang lebih rendah berbanding gula pasir dan madu.\nBaca juga: 10 Tips Untuk Mengawal Paras Gula Dalam Darah, Elak Penyakit Kronik & Awet Muda\nGula kelapa juga mengandungi lebih banyak mineral seperti kalsium, potassium dan zat besi berbanding dengan\u00a0gula pasir\u00a0yang hampir tiada mineral.\nAmbil dalam kuantiti yang sederhana untuk mengelakkan rasa pahit\u00a0kopi atau teh\u00a0sahaja bukan untuk mendapat rasa manis.\n\nKEHEBATAN DAN KHASIAT GULA KELAPA\n1. Jumlah elektrolit\nApa contoh elektrolit? Potassium, magnesium dan sodium. Penting untuk fungsi otot, saraf, organ dan sel sel.\n2. Rendah GI\nHampir sama dengan GI gula yang ditemui dalam buah.\n3. Anti oksida asli\nTidak diletak bahan kimia atau bahan tambahan lain. Nutrien dikekalkan dalam bentuk asal.\n4. Ada inulin\nTiada dalam gula lain. Pastikan usus sihat. Gula dalam darah dikawal. Halang penyakit bahaya seperti kanser.\n5. 100% bebas \u2018bone-char\u2019\nPernah dengar? Bone-char adalah sebatian tulang haiwan yang sering digunakan. Untuk putihkan gula dan kekalkan kehalusannya. Ni ramai tak tahu.\n6. Non-GMO\nGula kelapa adalah 100 organik. Produk GMO banyak dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan.\n7. Kaya vitamin dan mineral\nTiada pada gula putih. Seperti asid amino, vitamin C, vitamin B. Gula kelapa senang ditukarkan kepada nisbah 1:1.\nSumber:\u00a0Dr Rizal Abu Bakar\n"} {"url": "https://myresipi.com/pakar-ini-kongsi-cara-elak-batuk-tips-pilih-limau-mandarin/", "title": "Batuk Teruk Lepas Makan Limau Mandarin? Pakar Ini Kongsi Cara Elak & Tips Pilih Limau", "body": "\nMenjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, limau mandarin merupakan makanan yang cukup popular untuk disaji dan diberikan kepada rakan-rakan mahupun jiran tetangga.\nSiapa je tak suka makan limau mandarin kan? Rasanya yang masam-masam manis dan berjus menjadikannya makanan yang digemari ramai.\nNamun ada satu perkara yang perlu diambil berat oleh semua. Menurut seorang ahli teknologis makanan iaitu Sazlu Tulih, ada sebahagian buah limau mandarin telah disalut dengan sulfur dioksida yang menyebabkan batuk.\nAdakah salutan itu mengikut piawaian pemakanan negara kita? Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah beserta tips makan limau mandaratin supaya tidak batuk.\nLimau Mandarin, Batuk dan Sulfur Dioksida\nSambutan Tahun Baru Cina dah semakin hampir, mesti anda semua dah dapat hadiah limau mandarin yang dihadiahkan oleh rakan-rakan berbangsa Cina atau beli sendiri di kedai buah atau pasaraya.\n\nBuahnya manis dan sedapkan.. Tapi pernah tak anda makan buah limau manderin ni dan batuk teruk? Saya pernah mengalaminya, tapi dah lama laaa, 15 tahun yang lepas. Tapi tahukah anda apa puncanya??\nHasil siasatan yang dibuat, saya dapati limau mandarin yang saya makan telah disalut dengan sulfur dioksida. Buah limau mamderin direndam dengan bahan kimia ini bertujuan sebagai bahan pengawet bagi memanjangkan jangka hayat buah tersebut sebelum dipasarkan.\nHasil siasatan yang dibuat, saya dapati limau mandarin yang saya makan telah disalut dengan sulfur dioksida. Buah limau mamderin direndam dengan bahan kimia ini bertujuan sebagai bahan pengawet bagi memanjangkan jangka hayat buah tersebut sebelum dipasarkan.\nSebenarnya di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan penggunaan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin namun pada kadar tidak melebihi 30mg/kg.\nSulfur dioksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada kadar tertentu oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA).\nTidak berbahaya, tetapi\u2026\nSulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kadar yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan.\nJika ada penggunaan Sulfur Dioksida dalam buah limau manderin, di bawah subperaturan 20(6) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, setiap bungkusan makanan untuk jualan termasuk limau mandarin yang ditambah sulfur dioksida lebih daripada 10mg/kg, mesti dilabel dengan pernyataan \u201cmengandungi sulfur dioksida\u201d.\nSesiapa yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.\nDi bawah subperaturan 11(1) (j), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bagi makanan import termasuk limau mandarin, nama serta alamat pembungkus dan pengimport, termasuk nama negara dari mana makanan itu berasal hendaklah dinyatakan pada label.\nKalau ada sesiapa yang membuat pelabelan palsu boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983.\nSaya kongsikan tips nak makan limau manderin supaya tak batuk.\n\nBasuh la kulit limau manderin tu sebelum makan.\nJangan gigit kulit limau bagi mengupas buah tersebut. \nSelepas mengupas kulit limau, cuci lah tangan. \nJangan makan kulit limau. Makan isinya sahaja.\nSuruh je orang lain kupaskan. \n\nDiharapkan tips ini berguna kepada anda semua.\nSelamat Menyambut Tahun Baru Cina 2022 dari Sazly tulih.\nSumber: Sazly Tulih\n"} {"url": "https://myresipi.com/pakar-kongsi-petua-kurangkan-batuk-yang-berlarutan/", "title": "Pakar Kongsi Petua Kurangkan Batuk Yang Berlarutan, Boleh Cuba Kala \u2018Musim Demam\u2019 Ni", "body": "\nSetiap kali demam, selalunya pasti akan datang \u2018pakej\u2019 bersama batuk dan selsema. Biasanya bila dah mula batuk, buat sesetengah orang akan jadi batuk berpanjangan yang susah nak hilang.\nSeorang pengguna laman sosial Facebook ada berkongsikan satu petua dari pakar ubat China dan Taiwan iaitu jus untuk mengurangkan batuk yang berlarutan.\nDengan hanya mengguakan bahan utama iaitu buah oren. Jom lihat cara-cara membuat jus oren\u00a0 asli bagi merawat batuk di bawah.\nCARA BUAT JUS OREN ASLI, PETUA KURANGKAN BATUK\nNi dia saya nak share petua ni dari pakar pakar ubat China dan Taiwan. Jus ni untuk menggurangkan batuk yang berlarutan ( persistence cough ) terutamanya musim batuk sekarang. Sesuai untuk kanak kanak dan dewasa.\nCara memasak:\n1. Potong bahagian atas dan bawah. Seperti gambar di bawah. Tambah secubit garam di bahagian atas dan sapu rata.\n2.\u00a0 Kalau boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum tambah garam supaya garam dapat meresap dengan cepat ke dalam oren tersebut.\u00a0\n\n3. Kukus selama 2 jam (masa nak kurangkan pun boleh tapi jus oren tak banyak).\u00a0\n\n4. Minum jus tersebut. Rasa ia sedikit masin dan pahit ya. Kalau boleh makan isinya sekali. Buat dan minum sampai batuk berhenti. Jus ni juga boleh mengurangkan kahak pada masa yang sama.\u00a0\nEffective atau tidak terpulang kepada individual. Sharing is Caring.\nKredit: Jes Tham\nBaca juga: Cara Masak Telur Masin Guna Air Fryer Tanpa Guna Air, Cantik & Elok Hasilnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/panasonic-hadir-dengan-teknologi-terbaru-untuk-penyediaan-makanan-yang-lebih-cepat-sihat/", "title": "Panasonic Hadir Dengan Teknologi Terbaru Untuk Penyediaan Makanan Yang Lebih Cepat & Sihat!", "body": "Yes Health\nAmalan gaya pemakanan yang sihat dalam kalangan ahli keluarga merupakan antara amalan yang mampu menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan. Walau sesibuk dan sepadat mana pun rutin keluarga kita, pemakanan dan gaya hidup yang sihat tak patut dipandang mudah.\u00a0\nTapi, kadang-kadang kekangan masa menjadi penghalang untuk ibu-ibu memasak dan menyediakan makanan buat seisi keluarga di rumah. Mana nak sediakan bahan, nak potong-potong bawang, nak masak lagi. \u00a0Haa..jangan bimbang, Panasonic ada sediakan penyelesaian kepada masalah korang tu!\n\nPemakanan yang sihat, bermula dari rumah!\n\nMesti korang tertanya-tanya apa kaitan Panasonic dengan gaya hidup yang sihat kan?\nHaa..buat ibu-ibu yang suka memasak dan menyediakan juadah sihat di rumah, Panasonic sentiasa terkedepan dengan teknologi terkini dalam menyediakan perkakas dapur untuk memudahkan korang memasak makanan berkualiti, sekaligus menjimatkan masa di dapur!\nYang lebih menarik, juadah juga dapat disediakan dalam masa yang singkat di samping kekal berkhasiat dengan Food Processor MK-F510KSK dan\u00a01.5L Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker SR-HL151KSK!\nJom kami kongsikan antara keistimewaan kedua-dua perkakas dapur Panasonic ni!\nFood Processor MK-F510KSK\n\nKadang-kadang tu, bukan malas nak masak. Tapi nak sediakan bahan memasak tu yang memakan masa. Tak mengapa, serahkan saja kerja yang bosan dan remeh ni kepada\u00a0Food Processor MK-F510KSK Panasonic ni!\nDilengkapi dengan 9 aksesori dan 25 fungsi, pemproses makanan ni dapat memotong, mencampur dan menghiris dalam masa yang singkat!\nIni antara 9 aksesori serbaguna untuk keperluan penyediaan makanan yang berbeza:\n1. Knife Blade\n\nAksesori ini khusus untuk mengisar, meremuk, mencincang, meleyek, mengisar, menguli, menghancurkan serta membuat paste, sos dan pencuci mulut.\n2. Shredding Blade\n\nKerja memarut sayur-sayuran dan buah-buahan lebih mudah dengan aksesori ini.\n3. Slicing Blade\n\nSesuai untuk menghiris bahan-bahan masakan dengan lebih halus.\n4. Kneading blade\n\nSesuai untuk menguli doh atau bahan lain.\n5. Whipping Disk\n\n\nKhusus untuk membuat whipping cream untuk pencuci mulut kegemaran.\n6. Blender Jug\n\nSesuai untuk membuat jus, sos dan sup.\n7. Citrus Strainer\n\nKerja- kerja menapis jus sitrus segar jadi lebih mudah dengan aksesori ini.\n8. French Fry Blade\n\nKhas untuk memotong sayur-sayuran mengikut potongan french-fry.\n9. Dry Mill Container\u00a0\n\nKhusus untuk mengisar rempah, biji kopi dan bijian menjadi tekstur halus.\nFood Processor MK-F510KSK Panasonic ni juga datang dengan tiga tetapan kelajuan berbeza dan sangat mudah untuk digunakan dalam 3 langkah mudah ini:\n1) Letakkan mangkuk, aksesori pemotong dan penutup di tempatnya\n2) Masukkan bahan-bahan masakan\n3) Pilih kelajuan yang diingini (Tinggi/Rendah/Pulse) untuk mula!\n\nIa juga kompak, mudah dibasuh dan selamat untuk digunakan dengan ciri-ciri keselamatan seperti \u00a0tudung mangkuk dan mangkuk yang dilindungi oleh kunci keselamatan. Yang paling penting, bahan plastiknya diperbuat daripada plastik bebas BPA yang selamat dengan ketelusan tinggi dan mudah dicuci dalam dishwasher.\u00a0\n1.5L Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker SR-HL151KSK\n\nNasi merupakan makanan ruji buat rakyat Malaysia, namun, ia mempunyai kadar kanji dan gula yang agak tinggi.\nKalau korang nak tahu,\u00a0Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker ni merupakan periuk nasi yang dilengkapi dengan teknologi dwi-lapisan pemanasan 3D, di mana haba dialirkan secara sama rata untuk mengelilingi kuali dalam untuk memasak nasi dengan teliti dari dalam ke luar, sekaligus mengurangkan kanji di dalam nasi sehingga 32%* tau!\nTeknologi IH juga membolehkan periuk nasi ini untuk menukarkan kanji beras kepada bentuk yang lebih larut serta mengasingkan air kanji daripada beras untuk mengurangkan kandungan kanji serta fungsi kawalan suhu bagi\u00a0memastikan nasi dimasak pada suhu yang betul. Barulah gebu, sedap dan berkhasiat nasi tu!\n\nMenariknya,\u00a0Induction Heater (IH) Rice Cooker ni bukan hanya untuk memasak nasi, sebaliknya ia juga sesuai untuk memasak, mengukus serta memanaskan semula pelbagai lagi menu sihat lain seperti kuinoa, multigrain, bubur, sup, kek dan sebagainya.\nPanasonic membantu jimatkan masa korang di dapur!\nKalau korang tengok program realiti masakan rancangan Dapur Tempur di TV9, mesti korang perasan bagaimana para peserta beraksi sesama mereka dalam menyediakan hidangan yang istimewa untuk menarik perhatian juri. Memang havoc dan mendebarkan, tetapi semuanya nampak mudah dengan perkakas dapur Panasonic.\nUntuk pengetahuan korang, Panasonic merupakan penaja utama rancangan Dapur Tempur tau. Sebab tulah, proses memasak mereka jadi smooth je. Haa..korang pun mesti nak proses memasak jadi lebih mudah dan ringkas kan? Panasonic kan ada!\nJadi, apa lagi yang korang tunggu, Masih belum terlambat untuk korang amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat buat seisi keluarga. Nak lagi mudah, pastikan perkakas-perkakas Panasonic ni menjadi peneman korang di dapur.\nUntuk yang berminat untuk ketahui lebih lanjut dan dapatkan produk Panasonic ini, korang boleh dapatkan\u00a0Food Processor MK-F510KSK dan\u00a0Panasonic\u00a0Induction Heater (IH) Rice Cooker ni secara dalam talian.\n*Disclaimer: Starch reduction rate is determined using low sugar function white rice (Results reported by SGS Malaysia Sdn Bhd)\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/pancake-jepun/", "title": "Pancake Jepun Yang Gebu Dan Sedap, Makan Macam Tu Pun Dah Sedap Sangat!", "body": "\n\nRugi sangat kalau tak try buat pancake Jepun ni. Serius sedap! Cara nak buatnya pun mudah sangat dan tak perlu menggunakan bahan yang banyak.\nKorang boleh follow cara mudah buat pancake Jepun ni kat sini. Confirm menjadi! Rasa pancake Jepun ni dah macam kek cheese weh. Kan pancake ni pernah viral.\nRamai gila yang buat. Hari ni kita share balik, takut ada yang belum ada kesempatan buat masa viral hari tu. Biasanya lempeng kita tak macam ni, yang ni nampak kembang.\nBaca juga: Cara Buat Tortilla Chips Cicah Telur Hancur, \u2018Breakfast Dip\u2019 Gitu\nYang baru first time nak ubah selera pada pancake Jepun, apa kata korang try resepi yang di kongsikan oleh Siti Nornaim Keng.\nResepi ni viral 5.6k share kat Facebook tau. Ramai tau yang nak cuba resepi ni. Tak salah sekali sekala kita tukar selera kan.\nSukatan untuk resepi ni boleh hasilkan lebih kurang 4 hingga 5 keping macam tu. Tapi tebal dan gebu tau.\nKalau nak lebihkan, korang adjust je sukatan resepi ni. Lebih kurang 6 bahan je di gunakan untuk buat pancake jepun ni. Tak bau hanyir telur tau!\n\nResipi Pancake Jepun\n\nBahan-bahan:\n\n2 biji telur (Asingkan putih dan kuning telur)\n40g tepung kek\n1/2 sdk esen vanila\n25g susu full cream\u00a0\n25g gula kastor\n1/2 sdk jus lemon\n\nCara membuatnya:\n1. Pukul putih telur sehingga bertanduk. Kalau tak bertanduk lagi, pukul je hingga sebati.\n2. Masukkan bahan putih telur dan pukul lagi. Bila dah berbuih sikit, masukkan gula. Kacau sampai bertanduk baru masukkan jus lemon 1 sudu kecil.\n3. Untuk bahan lain pula, buat adunan kuning telur, campur tepung kek+ esen vanila + susu full cream.\n4. Ambil sedikit adunan putih telur tadi dan masukkan kedalam adunan kuning telur. Kacau sedikit bagi adunan sedikit cair.\n5. Campur adunan telur tadi ke adunan telur putih ni ye. Kacau kaup balik je.\n6. Sediakan kuali non stick dan sapu butter. Kemudian, masukkan adunan.\n7. Buat 3 atau 4 kali tambah adunan tadi dan jangan letak terlampau. Lepas letak adunan, titikan air sedikit dan terus tutup kuali.\nSiap untuk dimakan.\n\nMemang gebu hasilnya pancake kita. Tak perlu letak gula icing, makan macam tu pun dah sedap sangat.\nBerebut anak-anak nak makan tau! Korang memang kena cuba resepi ni. Boleh buat untuk minum petang atau sarapan pagi sebelum anak-anak pergi sekolah. Nak jadikan bekalan anak-anak ke sekolah pun boleh.\n"} {"url": "https://myresipi.com/pancake-pisang-thailand/", "title": "Cara Buat Pancake Pisang, Makanan \u2018Street Food\u2019 Terkenal Di Thailand", "body": "\nJika melancong ke Thailand, tak sah kalau tak cuba makan makanan jalanan mereka seperti pancake pisang atau banana pancake. Sangatlah sedap lebih lagi jika dinikmati ketika masih panas.\nTapi kalau nak pergi ke sana semata-mata untuk makan pancake pisang ni macam tidak berbaloi. Jadi jom kita cuba buat sendiri di rumah.\nMungkin rasanya tidak sebiji sama macam di Thailand, tapi sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan anda terhadap makanan Thailand ini.\nIkuti resipi mudah yang telah dikongsikan oleh gadis yang bernama Aiman\u00a0ini di twitter. Selamat mencuba!\nResipi Pancake Pisang Thailand\nBahan-bahan:\n\nParatha segera\nSebiji pisang\nMentega masin\nGula\nHazelnut spread / Susu pekat (Boleh diganti mengikut citarasa anda)\n\nCara-cara:\n1. Nyahbeku paratha segera selama 5 minit (kekalkan di atas plastik).\n\n2. Potong pisang dan susun di atas paratha.\n\n3. Lipat bahagian tepi paratha ke dalam.\n\n4. Cairkan mentega masin di dalam kuali.\n5. Goreng kedua bahagian sehingga garing.\n\n6. Taburkan sedikit gula. Kemudian balikkan dia. Biar selama 2 hingga 3 minit supaya masak sekata dan garing.\n\n7. Bila dah masak, sapu hazelnut spread. Kalau tak suka chocolate, ganti susu pekat manis. Potong, makan suam-suam sedap!\n\nKredit: Twitter @aimartian\nBaca juga: Resipi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/pantang-larang-air-fryer-supaya-tahan-lama-tak-cepat-rosak/", "title": "Pantang Larang Air Fryer Yang \u2018Wajib\u2019 Tahu Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak", "body": "\nTidak dinafikan, sudah ramai yang memiliki air fryer di rumah masing-masing. Air fryer sangat berguna dalam kehidupan seharian dan turut membolehkan pengguna menikmati hidangan sama seperti masakan bergoreng\u00a0tapi mencapai pengurangan kandungan lemak sehingga 80% kerana ia tidak menggunakan minyak sama sekali.\nDengan pengurangan minyak dalam masakan turut menjadikan makanan itu lebih sihat. Namun begitu, air fryer juga mempunyai cara penjagaannya yang tersendiri supaya lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.\n\nTips Penting & Cara Penjagaan Air Fryer Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak\n\nPastikan AF berada 15 cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling. AF boleh cair jika berlaku pantulan haba.\nTimer dilarang undur sebab akan mudah rosak. Jika masakan dah masak tetapi minit masih berjalan, boleh tarik keluarkan loyang. Pemanasan akan terhenti (kalau jenama tefal). Tutup suis dan biarkan minit tersebut kembali ke kosong dengan sendiri.\nJangan tutup suis semasa sedang memasak, sudah tentu kita akan keluarkan loyang sebab nak cek makanan masak tau tak, masa tu la pemanasan akan terhenti, boleh la tutup suis. Apa-apa pun ikut la kesesuaian AF masing-masing. Cuma\u00a0elakkan paksa timer kembali ke 0.\nJangan masukkan bahan ringan mudah terbang dalam AF kerana di dalam AF ada putaran angin yang kuat. Bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas. Contohnya kulit popia, kertas pelapik. Akan menyebabkan AF akan terbakar.\nJangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas.\u00a0Nonstick akan cepat tertanggal.\nElakkan air didalam air fryer,\u00a0masak maggi tak sesuai guna AF. Nama lagi fryer bukan steam, bukan rebus.\nKuantiti makanan yang dimasak boleh mempengaruhi penggunaan suhu dan masa.\u00a0Contoh analogi, goreng 1 biji karipap sahaja dan goreng 4 biji karipap serentak. Guna suhu dan masa yang sama, karipap mana akan hangus atau masak dahulu? Yang penting kena\u00a0try and error.\u00a0Belajar dari pengalaman.\nSaiz AF juga memainkan peranan.\u00a0Sebagai analogi, pada suhu 37C anda berada di dalam bilik kecil 10 minit seorang diri dan pada suhu 37C anda berada di dalam dewan besar 10 minit seorang diri. Yang mana akan berpeluh lebih banyak? Bezakan. Begitu juga dengan di dalam AF. Nak makan 2 orang tapi AF 5.8 liter. Dan nak makan 6 orang tapi AF 1.8 liter. Macam mana nak urus? Jom fikir.\nBoleh lap pemanas yang berlingkar macam ubat nyamuk tu dengan tisu basah. Kalau ada kotoran, jangan siram air. Kotoran apa? Mungkin minyak atau air dari ayam bakar terpercik. Jangan pasang suis, pastikan AF tak digunakan dalam tempoh tertentu sebelum dan selepas lap. Jangan la lepas masak terus lap atau lepas lap terus guna. Pastikan ia kering semasa nak guna. Guna\u00a0wet tisu biasa\u00a0untuk lap,\u00a0jangan guna ada perisa strawberry atau alkohol.\nMakanan beku boleh masuk AF\u00a0terus, asalkan tak bercantum satu sama lain.\n\nPengguna juga harus tahu kegunaan AF yang sebenar. Di bawah ini merupakan contoh cara penggunakan yang salah:\n\nGoreng telur sebiji guna AF, suhu 120 masa 10 minit. Kalau goreng atas pan nonstick 1 minit je, guna dapur gas. Jadi, mana yang lebih jimat masa? Mestilah guna dapur.\nMasak nasi kukus guna AF. Nama lagi air fryer bukan air steam. Kalau lemang ok la sebab kita bakar.\nGoreng donat separuh masak guna dapur gas, kemudian masak guna air fryer nak bagi bagi. Haish, 2 kali kemas pula.\nKukus ikan dalam AF.\nDefrost ayam beku dalam AF untuk buat sup. Masak la ayam tu nanti, jadi ayam goreng pulak.\n\nKredit: Abdul Razak Abdul Rahim\n"} {"url": "https://myresipi.com/pari-masak-lemak-cekur/", "title": "Pari Masak Lemak Cekur, Penuh Rasa Berlemak Pedas Masakan Jawa Ini", "body": "\nIkan pari masak lemak cekur mungkin tidak ramai yang tahu masakan ini. Hidangan ini merupakan hidangan dari masyarakat jawa, mereka yang pernah merasainya pasti tahu keenakan rasanya.\u00a0\nBaca juga: Ikan Tempatan Yang Berlemak Kaya Omega-3, Bukan Salmon Je Yang Ada\nBagi yang tak biasa makan tu, lauk cekur ni lebih kurang macam masak lemak cili api, tapi ditambah dengan daun cekur atau pucuk cekur. Dan ikannya tu mesti dibakar dulu sebelum dimasak bersama kuah lemak.\nOrang tua-tua kita dulu selalu buat pucuk cekur ni sebagai ulaman sebab ianya berkhasiat terutamanya buat dalaman wanita. Bayangkan kali ni diletakkan dalam lauk lemak kita pula! Boleh rasa aroma pucuk cekur tu di dalam masakan!\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Zara Anna dari Facebook ini. Memang kecur air liur dibuatnya tengok hasil masakan dari beliau.\u00a0\n\nRESIPI PARI MASAK LEMAK CEKUR\n\nBahan tumbuk/kisar:\u00a0\n\nBawang besar\nBawang putih\nBelacan\nUbi cekur\nCili api\n\nBahan lain:\u00a0\n\nIkan pari \u2013 bersih dan potong sederhana\nAir asam jawa\nSantan kotak kecik\nGaram, MSG, Gula\nSedikit air \u2013 bancuh dengan santan\n\nBahan hiris:\n\nDaun cekur\nDaun kunyit\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula perlu bakar dulu ikan pari. Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam dan bakarnya sehingga \u00be masak. Selepas tu ketepikan.\n2. Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan yang dah ditumbuk.\n3. Kemudian masukkan santan, lada hitam dan asam keping. Kacau-kacau sedikit. Pastikan api kecil dan masakkan ia sehingga mendidih.\n4. Selepas itu, masukkan ikan yang dah dibakar tadi dan segala hirisan daun. Waktu ni lihat kepekatan kuah. Kalau terlampau pekat, boleh masukkan sikit demi sedikit air. Kacau lagi dengan api yang perlahan untuk elakkan santan pecah.\n5. Perasakan dengan garam, MSG dan gula secukup rasa. Sesudah masak boleh tutup api.\n6. Sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan\n"} {"url": "https://myresipi.com/park-seo-jun-jadi-duta-milo/", "title": "\u201cCairnya Oppa Cakap Melayu\u201d \u2013 Ramai \u2018Excited\u2019 Park Seo Jun Jadi Duta Milo", "body": "\nTak dinafikan bahawa pelakon Park Seo-jun mempunyai peminat yang ramai di Malaysia kan?\nMungkin disebabkan kepopularitian yang hebat, banyak jenama popular yang berebut untuk menjadikan lelaki itu sebagai wajah bagi mempromosikan produk mereka.\nBaca juga: \u201cTak Sempat Tengah Hari Dah Licin\u201d \u2013 Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak\nTermasuklah jenama minuman tenaga MILO di bawah Nestl\u00e9 yang mengumumkan bahawa Park Seo-jun dipilih menjadi model mereka baru-baru ini.\n\n\nKolaborasi ini nyata disambut baik peminat tempatan memandangkan Park Seo-jun merupakan antara nama yang sering menjadi sebutan ramai dalam kalangan penonton K-Drama.\nLebih menyeronokkan apabila slogan yang disebutnya iaitu \u201cJom Minum MILO\u201d berbunyi sangat native seperti orang Malaysia yang menyebutnya. Handsome!\n\nAntara komen netizen\n\n\nLepas Oppa PSJ ni jadi duta, makin ramailah orang berebut nak beli milo muka dia~ Hiks!\n"} {"url": "https://myresipi.com/patutlah-doraemon-pun-suka-jom-cuba-resepi-dorayaki-gebu-terlajak-sedap-2/", "title": "Patutlah Doraemon Pun Suka, Jom Cuba Resepi Dorayaki Gebu & Terlajak Sedap", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-18 04:40:23\n\n\nDorayaki merupakan kuih yang berasal dari Jepun. Dorayaki tergolong sebagai kuih tradisional Jepun (wagashi) yang berbentuk bundar dan sedikit tembam. Tetapi di Malaysia, Dorayaki dikenali melalui anime Doraemon yang suka akan Dorayaki. Ramai juga yang teringin kerana terlalu taksub\u00a0dengan cerita Doraemon tetapi tiada resepi seperti Dorayaki Doraemon. Hal ini kerana, Dorayaki yang dijual di Malaysia kebiasaanya telah mempunyai selera tempatan seperti berintikan coklat dan kaya. Jadi apa kata kita cuba resepi Dorayaki sedap yang dikongsikan oleh Aqema Nazri di kumpulan Resepi Dari Emak di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Aqema Nazri\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n3 biji telur\n\u00bc cawan gula\u00a0\n2 sudu susu pekat manis\n2 sudu minyak masak\nSetengah cawan air\n2 cawan tepung gandum + 1sudu kecil baking powder\nEsen vanila\nInti (guna penut butter dan coklat)\n\n(Semua sukatan dalam cawan kecuali minyak dan susu sukatan sudu)\n\u00a0\n\nKredit: Aqema Nazri\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKacau telur dan gula sampai gebu.\nTambah susu dan minyak kemudian kacau lagi sebati.\nTambah esen vanila dan masukkn tepung berselang seli dengan air.\nUbah suai dunan supaya tidak pekat dan tidak cair.\nPanaskan kuali dan sendukkan buat bulat-bulat. (altenatif lain untuk dapat bulat yang sama dan cantik adalah dengan menggunakan piping bag yang boleh dibeli di kedai bakery)\nMasak sampai perang dan terbalikkan.\nSejukkan dan boleh sapu inti mengikut citarasa sendiri.\n\n\u00a0\n\nKredit: Aqema Nazri\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Aqema Nazri\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Aqema Nazri\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Aqema Nazri\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/patutlah-doraemon-pun-suka-jom-cuba-resepi-dorayaki-gebu-terlajak-sedap/", "title": "Patutlah Doraemon Pun Suka, Jom Cuba Resepi Dorayaki Gebu & Terlajak Sedap", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-18 04:40:23\n\n\nDorayaki merupakan kuih yang berasal dari Jepun. Dorayaki tergolong sebagai kuih tradisional Jepun (wagashi) yang berbentuk bundar dan sedikit tembam. Tetapi di Malaysia, Dorayaki dikenali melalui anime Doraemon yang suka akan Dorayaki. Ramai juga yang teringin kerana terlalu taksub\u00a0dengan cerita Doraemon tetapi tiada resepi seperti Dorayaki Doraemon. Hal ini kerana, Dorayaki yang dijual di Malaysia kebiasaanya telah mempunyai selera tempatan seperti berintikan coklat dan kaya. Jadi apa kata kita cuba resepi Dorayaki sedap yang dikongsikan oleh Aqema Nazri di kumpulan Resepi Dari Emak di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Aqema Nazri\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n3 biji telur\n\u00bc cawan gula\u00a0\n2 sudu susu pekat manis\n2 sudu minyak masak\nSetengah cawan air\n2 cawan tepung gandum + 1sudu kecil baking powder\nEsen vanila\nInti (guna penut butter dan coklat)\n\n(Semua sukatan dalam cawan kecuali minyak dan susu sukatan sudu)\n\u00a0\n\nKredit: Aqema Nazri\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKacau telur dan gula sampai gebu.\nTambah susu dan minyak kemudian kacau lagi sebati.\nTambah esen vanila dan masukkn tepung berselang seli dengan air.\nUbah suai dunan supaya tidak pekat dan tidak cair.\nPanaskan kuali dan sendukkan buat bulat-bulat. (altenatif lain untuk dapat bulat yang sama dan cantik adalah dengan menggunakan piping bag yang boleh dibeli di kedai bakery)\nMasak sampai perang dan terbalikkan.\nSejukkan dan boleh sapu inti mengikut citarasa sendiri.\n\n\u00a0\n\nKredit: Aqema Nazri\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Aqema Nazri\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Aqema Nazri\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Aqema Nazri\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/patutlah-viral-resipi-terung-goreng-crispy-ni-serius-sedap/", "title": "Patutlah \u2018Viral\u2019 Resipi Terung Goreng Crispy Ni, Serius Sedap!", "body": "\nBanyak menu boleh dibuat dengan menggunakan terung. Selain dari masak terung berlada, terung goreng crispy pun boleh tahan sedap!\nKalau anak-anak jenis tak makan sayur, cuba buat macam ni mungkin mereka suka sebab rangup macam ayam goreng.\nMudah saja nak buat, lihat caranya di bawah yang merupakan perkongsian oleh Zaharah Mazrul.\u00a0\nResipi Terung Goreng Crispy\nBahan-bahan:\n\nTerung\nGaram\nTepung bestari\nMinyak untuk menggoreng\n\n\nCara-caranya:\n1. Potong terung macam dalam gambar.\n\n2. Kemudian taburkan garam halus sedikit pada setiap terung dan perap selama 10 minit. Lepas perap akan keluar air dari terung. Lapkan terung dengan menggunakan tisu supaya kering sikit.\n3. Celupkan terung ke dalam tepung bestari.\n\n4. Goreng sehingga garing.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Zaharah Mazrul\n"} {"url": "https://myresipi.com/pau-jalur-gemilang/", "title": "3 Jam Nak Hasilkan 387 Biji Pau Jalur Gemilang Gergasi!", "body": "\n\nBulan Ogos, bulan kemerdekaan buat rakyat Malaysia. Dan pada bulan ini jugalah kita dapat melihat kreativiti orang kita meraikan kemerdekaan dengan pelbagai cara.\nSalah satunya, Pau Jalur Gemilang Gergasi yang dihasilkan team Pau Pak Ngah! Memang besar dan mengagumkan!\nUntuk menghasilkan Pau Bendera Gergasi ini, sebanyak 387 biji pau digunakan dan mengambil masa tiga jam untuk disiapkan.\nBaca juga: 7 Promo Makanan & Minuman Sempena Hari Merdeka 2022, Jimat Habis!\nSiapa yang tak banggakan, apabila jenama pau tempatan meraikan bulan kemerdekaan dengan cara yang unik.\n\n\nMenurut Nur Afifah Roslan, pengusaha kuih pau dan juga merangkap Ketua Operasi di Pau Pak Ngah, Pau Merdeka merupakan salah satu usaha daripada team Pau Pak Ngah sebagai lambang kecintaan terhadap negara.\n\u201cApa yang membuatkan saya kuat dalam menguruskan perniagaan ini adalah keluarga dan team Pau Pak Ngah itu sendiri.\n\u201cSaya sedar yang menjalankan perniagaan bukanlah semata-mata untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga,\u201d ujar Afifah yang berusia 29 tahun.\n\n\nAfifah mengambil alih perniagaan kecil-kecilan daripada ibu bapanya kerana melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan ini.\nMinat yang mendalam dalam sektor pemakanan dan minuman membuatkan Afifah secara tidak langsung berminat dalam penglibatan perniagaan ini.\nPerniagaan Pau Pak Ngah ini bermula pada tahun 2004 dan terus berkembang hingga ke merata tempat.\n\nDibuat daripada 100 peratus buatan tangan, Pau Pak Ngah ini terdapat banyak perisa, antaranya Pau Kaya, Pau Kacang Merah, Pau Kelapa dan Pau Coklat. Manakala perisa premium pula Pau Cheesy Beef Bolognese, Pau Mushroom Chicken Carbonara, Pau Rendang Daging dan Pau Black Pepper Beef.\nKredit gambar: @fifahroslan\n"} {"url": "https://myresipi.com/pecal-sayur-jawa/", "title": "Pecal Sayur Jawa, Mudah Saja Nak Buat Kuahnya, Ikut Resipi Di Sini", "body": "\nSebut je pasal Pecal Sayur Jawa ini, mesti terliur dibuatnya. Hidangan ini antara makanan tradisi jawa yang digemari rakyat Malaysia. Kaya dengan sayuran dan wajib ada tempe dan tauhu.\nCara pun mudah sahaja sebab perlu rebus dahulu semua sayur dan kemudian dihidangkan dengan kuah pecal. Kuah inilah bahan utama yang menyedapkan hidangan ini.\u00a0\nBaca juga: Resipi Punten, Makanan Tradisi Orang Jawa Yang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup\u00a0\nNak makan dengan nasi atau ratah gitu macam salad pun boleh. Memang layan habis lagi-lagi kalau kuahnya pekat dan cukup rasa berlemak kacang tu.\nBahan utama kuah pecal ini ialah kacang tanah. Jadi teksturnya sama dengan kuah kacang. Cuma kuah pekat atau tak terpulang ikut citarasa masing-masing.\u00a0\nResipi Pecal Sayur Jawa ini telah dikongsikan sendiri oleh Fauziah Yahya di laman Facebook. Contoh gambar sayurannya juga ringkas dan mudah untuk didapati. Jom kita lihat cara buatnya di bawah\n\nRESIPI PECAL SAYUR JAWA\nSayur-sayur yang digunakan ikut suka boleh lihat dalam gambar. Sayur-sayur pilihan perlu direbus dulu. Wajib ada tempe dan tauhu sebab orang jawa kan~\n\nBahan-bahan kuah pecal:\n\n2 cawan kuah kacang \u2013 goreng dan dikisar kasar\n21 tangkai cili padi\n1 biji bawang besar\n5 biji bawang putih\n1/2 inci belacan\n3 cawan air panas\nAsam jawa\nGula\nGaram\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Mula-mula, goreng dahulu cili padi, bawang putih, bawang besar dan belacan\u00a0 hingga garing. Angkat dan toskan.\n2. Kemudian, kisar bahan-bahan ini bersama dengan asam jawa yang dibancuh dengan air.\n3. Satukan ke semua bahan dan gaul sehingga rasa ia pekat.\n4. Perasakan dengan garam dan gula.\n5. Dah siap, sedia untuk dihidang.\n\nBahan-bahan sayur:\n\nTauhu\nTempe\nKangkung\nTimun\nKubis\nPucuk Ubi\nPucuk paku\nTauge\nKacang Panjang\n\nCara-caranya: Rebus kesemua sayur ini hingga layu sedikit dan hiaskan di atas pinggan.\n\nCara makannya ada yang buat cicah sikit-sikit. Ada juga yang gaulkan dan makan sayuran melimpah dengan nasi. Yang penting, apa cara hidangan pun mesti sedap dan menyelerakan. Tengok kuahlah. Kuah tu yang membangkitkan selera.\nLepas ni kalau pening nak masak sayur apa, boleh cuba\u00a0pecal sayur jawa\u00a0ni. Cuma kena rajin sikitlah mencari sayur-sayurannya. Tak kan nak makan 2-3 jenis sayur je kan. Banyak sikit baru puas. \nJangan lupa mencubanya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/pekerja-restoran-gelabah-penyapu-tiba-tiba-hilang/", "title": "Mistik Betul! Pekerja Restoran Gelabah Penyapu Tiba-tiba \u2018Hilang\u2019, Buat Netizen Terhibur", "body": "\nPernah tak tengah sibuk buat kerja, tiba-tiba barang yang tengah pegang hilang dari pandangan mata? Cepat betul hilang macam kena sorok pula.\nMestilah kita akan rasa pelikkan? Mungkin kadang-kadang rasa seram, Tapi sebenarnya bila semak balik rupa-rupanya ada je lagi barang tu dekat kita. Cuma tak perasan lagi.\nArtikel berkaitan: Dah Tak Perlu \u2018Craving\u2019 Ayam Goreng Lagi, Restoran Ini Tawar Servis Penghantaran ke Gunung Kinabalu\nPersis seperti kisah dalam rakaman CCTV yang tular baru-baru ini di mana seorang pekerja restoran lari lintang-pukang kerana \u2018diusik\u2019 ketika sedang menyapu lantai.\n\nMenerusi video yang dikongsikan di Twitter, kelihatan seorang pekerja restoran sedang menyapu lantai berseorangan. Tapi apa yang \u2018seram\u2019nya, sebaik sahaja dia mengangkat telefon, dia pelik penyapu di tangannya sudah \u2018hilang\u2019.\nPuas pekerja tersebut mencari penyapu yang hilang tadi di sekelilingnya namun masih gagal ditemui. Enggan buang masa, dia pergi ke stor belakang untuk mengambil penyapu baru.\nApabila dia ingin mengambil penyodok, penyapu asalnya tadi terjatuh dari ketiaknya, membuatkan dia terkejut lalu berlari kerana cuak!\nSejak video seram-kelakar ini dimuat naik, ianya berjaya membuatkan ramai ketawa sehingga berjaya memperoleh sebanyak 779.1 ribu tontonan, 2495 retweets dan 3398 tanda suka!\n\n\npic.twitter.com/nI7qpWejQ3\n\u2014 . (@anthraxxx781) October 12, 2022\n\n\nMeninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat wanita yang tercari-cari penyapunya. Malah, netizen akui pernah mengalami situasi \u2018seram\u2019 yang sama di mana barang mereka tiba-tiba \u2018ghaib\u2019 akibat sifat pelupa diri sendiri.\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/pelajar-ini-kongsi-cara-betul-makan-guna-bekas-makanan/", "title": "\u2018Lah Baru Tahu!\u2019- Pelajar Ini Kongsi Cara Betul Makan Guna Bekas Makanan", "body": "\nBaru-baru ini, seorang pengguna TikTok dipercayai seorang pelajar di sebuah universiti awam telah menunjukkan tutorial makan menggunakan bekas makanan.\nVideo tersebut kelihatan ringkas, namun ternyata sebenarnya masih ramai yang belum tahu cara penggunaannya yang sebenar.\nPerkongsian tersebut dibuat oleh pemilik akaun bernama @latishaanjalara yang telah meraih lebih 1 juta tontonan dan 79.5 ribu tanda suka.\nCara betul makan guna bekas makanan\nDalam video tersebut, kelihatan beberapa orang pelajar telah menunjukkan cara makan yang betul menggunakan bekas makanan jenis three compartment.\nCaranya mudah saja, hanya perlu menutup rapat bekas makanan itu dan segera menterbalikkannya.\nHasilnya, kalian tidak perlu susah-susah lagi nak \u2018mengorek\u2019 bekas untuk dapatkan kuah dari ayam.\nVideo penuh:\n\n\n @latishaanjalara\nMds D-3 #uitmdihatiku #uitmrembau \n \u266c original sound \u2013 Latisha:] \u2013 Latisha Anjal \n\n \nRupanya ramai belum tahu\n\nTak terfikir pun cara ni\n\nHaa, next time beli makanan bungkus macam ni jangan lupa buat trick ni ye. Function betul!\nBaca juga: \u2018Baru Aku Tahu..\u2019 \u2013 Netizen Terkejut Rupanya Uncang Teh Bertali Boleh Dipotong Dua\n"} {"url": "https://myresipi.com/pelajar-perubatan-ini-sanggup-makan-sisa-makanan-orang/", "title": "Tak Nak Bebankan Ibu Bapa, Pelajar Perubatan Ini Sanggup Makan Sisa Makanan Orang", "body": "\nDemi tidak menyusahkan ibu bapa, pastinya ramai individu yang melanjutkan pelajaran akan mencari kerja separuh masa bagi menampung kos pembelajaran dan perbelanjaan harian.\nPun begitu, ada juga segelintir daripada mereka yang hanya mampu mengikat perut dan bergantung kepada duit elaun semata-mata kerana kekangan masa.\nSama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar hanya makan sisa makanan pelanggan di restoran untuk menyara hidup mengudang sebak ramai.\nArtikel berkaitan: \u201cSelalu Tunggu Sisa Anak Je\u201d \u2013 Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira, Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan\nMenerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Uncle Kentang di laman Facebook, pelajar berusia 20 tahun itu dia hanya menerima RM100 sebulan.\n\n\nOleh kerana hendak berjimat, pelajar itu kerap dilihat menunggu diluar kedai makan pada pukul 9 malam untuk melihat jika ada meja yang tertinggal.\nTindakan nya itu dikatakan kerana tidak mahu membebani kedua ibu bapanya.\nDisebabkan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Uncle Kentang datang berjumpa budak lelaki tersebut dan difahamkan dia merupakan pelajar perubatan di universiti swasta dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang dengan mendapat 11A dalam SPM. Malah, pelajar itu menjelaskan bahawa yuran kursus perubatannya mahal iaitu berjumlah RM270,000.\n\nBiasiswa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM250,000 yang diperolehnya tidak mencukupi untuk membantu.\nDisebabkan kekurangan pendapatan dan yuran pengajian yang mahal, pelajar itu tidak mahu meminta wang lebih dan lebih suka makan lebihan daripada membebankan ibu bapanya apatah lagi kini ayahnya hanya bekerja sambilan makanan ibunya sebagai seorang suri rumah.\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai perkara tersebut bahkan ada juga yang mempersoalkan mengapa dia tidak bekerja \u2018part time\u2019 untuk mencari wang lebih.\nBukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan mungkin selain pinjaman PTPTN, dia boleh meminta biasiswa JPA kerana keputusan SPM dia yang cemerlang.\nDalam masa yang sama netizen simpati melihat nasib pelajar berkenaan bahkan ada yang mahu menyumbangkan sedikit bantuan agar dia boleh fokus dalam pelajaran.\nAntara komen netizen:\n\n\nSumber: Facebook Uncle Kentang\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/pelancong-malaysia-kena-berhati-hati-pilih-makanan-di-thailand/", "title": "Pelancong Malaysia Kena Berhati-hati Pilih Makanan Di Thailand, Risau Mengandungi Ganja", "body": "\nKorang yang pernah ke Thailand pasti merindui syurga \u2018street food\u2019 dan lokasi membeli-belah di sana yang sentiasa sibuk dengan pelancong luar termasuk dari kalangan rakyat Malaysia sendiri.\nBegitupun, kini timbul kegusaran dalam kalangan pelancong Malaysia di Thailand memandangkan juadah makanan di negara jiran itu mungkin boleh mengandungi ganja yang menyebabkan seseorang itu disahkan positif ujian dadah.\nIni setelah Lembaga Narkotik Thailand sebelum ini telahpun mengeluarkan ganja daripada senarai dadah yang dilarang di negara mereka. Orang ramai dibenarkan pula untuk menanam tumbahan ganja di kediaman bagi kegunaan sendiri.\nBaca juga: Daging Akan Jadi Lebih \u2018Empuk\u2019, Penternak Di Thailand Guna Ganja Sebagai Makanan Ayam\nLapor Reuters, Thailand ialah negara pertama di rantau Asia Tenggara yang meluluskan ganja pada tahun 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.\nMengulas tentang kerisauan pelancong Malaysia ini, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, rakyat perlu memaklumkan kepada kedai makan di sana mengenai larangan mengambil ganja yang masih dikuatkuasakan oleh negara Malaysia.\n\n\n\u201cYang pentingnya kita ikut undang-undang kita, tapi apabila melawat ke negara itu, sebagai orang luar kita kena ikut undang-undang di sana,\u201d jelasnya kepada pemberita.\nGanja dikhuatiri digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan masakan di Thailand selepas rakyatnya dibenarkan menanam pokok ganja bagi kegunaan sendiri.\nKini, kawalan pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dipertingkatkan kerana dikhuatiri lebih mudah untuk mendapatkan ganja di negara jiran itu.\n\n\n\u201cPerancangan utama kita sememangnya akan memperketat dan meningkatkan kawalan di pintu masuk yang bersempadan dengan Thailand dan saya akan umumkan tak lama lagi berkenaan rancangan itu,\u201d tegas Hamzah.\nNamun bagi korang yang mempunyai perancangan untuk melepasi sempadan ke sana, janganlah takut pula. Pihak keselamatan di sempadan tidak akan menahan rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand.\nCuma apabila ditahan dan keputusan ujian saringan air kencing adalah positif, maka dia kena jawablah sebab apa positif,\u201d tegas beliau.\n\nSumber: Utusan Malaysia\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/pelanggan-bengang-dapat-kopi-cawan-kecil-terus-maki-hamun-barista/", "title": "Pelanggan Bengang Dapat Kopi Cawan Kecil, Terus Maki Hamun Barista", "body": "\nBekerja di industri \u2018food & beverage\u2019, retail dan perkhidmatan pelanggan bukanlah mudah kerana perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.\nTerbaharu, beberapa video yang memaparkan situasi pelanggan mengamuk di sebuah kedai kopi terkenal, Zus Coffee telah menjadi bualan ramai apabila video TikTok itu dikongsikan kembali di media sosial.\nBaca juga: Korang Pecinta Kopi? Kajian Mengatakan Kopi Dapat Kurangkan Risiko Kematian\nMenerusi video tersebut, pelanggan itu telah membeli Americano panas dan mempersoalkan saiz cawan yang diterimanya dengan nada marah. Oleh itu, supervisor kedai kopi itu telah menerangkan secara baik dan meminta maaf kepada pelanggan tersebut dengan menegaskan memang hanya miliki 1 saiz cawan sahaja.\n\n\nTak malu ka nak mengamuk tengking2 buat kecoh kat dalam store semata-mata secawan americano mcm ni? Orang dah explain, tetap jugak nak kata dia yang betul. Kesian yang kerja f&b kadang2 kena layan customer dari neraka macam ni. Haish. My anger issues could never layan jenis ni\ud83e\udd2c pic.twitter.com/KdVRQ0sE7a\n\u2014 Hardee Stan Account (@IniAlalalannn) January 24, 2023\n\n\nPerkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen \u2018backup\u2019 wanita itu dengan mengatakan mereka faham akan perasaannya serta memintanya untuk bersabar kerana memang pelanggan memiliki pelbagai ragam.\n\n\n\nBukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan memang setiap kedai kopi mempunyai SOP sendiri dan tidak semua sama. Bagi mereka yang pernah beli minuman di Zus Coffee, pasti tahu saiz cawan memang sama dan standard.\nMalah, rata-rata netizen juga memuji kesabaran wanita itu berdepan dengan pelanggan tersebut. Hasil tinjauan kami mendapati, pemilik asal video tersebut telah bertindak memadamkan video itu.\nSumber: Twitter\n"} {"url": "https://myresipi.com/pelanggan-nekad-tembak-mati-pekerja-subway-berang-dapat-sandwich-mayonis-lebih/", "title": "Pelanggan Nekad Tembak Mati Pekerja Subway, Berang Dapat Sandwich Mayonis \u2018Lebih\u2019", "body": "\nSeorang pekerja Subway di Amerika Syarikat telah ditembak mati oleh seorang pelanggan gara-gara mayonis dalam sandwich terlebih dari kuantiti asal.\nMenerusi laporan Daily Star, insiden tragis itu berlaku di salah satu cawangan restoran sandwich terkemuka yang terletak di Atlanta, Georgia pada Ahad lalu.\nPihak polis yang bergegas ke tempat kejadian susulan menerima laporan mendapati, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 26 tahun telah mati di tempat kejadian dengan kesan tembakan manakala seorang lelaki berusia 24 tahun cedera parah.\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Order Subway. Beserta Tips Pilih Roti, Isi, Sayur & Sos Yang Sedap\nSuspek yang merupakan seorang lelaki berusia 36 tahun itu telah ditahan berhubung insiden terbabit.\nMenurut polis, tiada satu antara mereka yang terlibat dapat dikenal pasti oleh pihak polis.\n\n\n\nWillie Glenn, pemilik cawangan restoran, memaklumkan kepada media bahawa mayonis yang diletakkan pada sandwichnya itu memang terlalu banyak.\n\u201cPercaya atau tidak, mayonis yang diletakkan itu memang agak banyak.\n\u201cDia memutuskan untuk memburukkan lagi keadaan dan ketika itulah segalanya terjadi,\u201d ujar Glenn.\nGlenn turut menambah bahawa anak lelaki kepada pekerja yang cedera tersebut turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.\nPengurus yang bertugas pada ketika itu juga dilaporkan telah membalas tembakan namun tidak mengenai sasaran.\n\u201cSaya tidak tahu apa yang berlaku di dunia ini terutamanya dengan remaja kita. Mereka sangat baran,\u201d sambungnya.\n\u201cSemua orang mahu membawa pistol. Semua orang mahu menakutkan seseorang dengan pistol. Ia amat menakutkan.\u201d\nKetua Polis Interim Darin Schierbaum mengesahkan bahawa motif insiden itu adalah disebabkan berlakunya pertengkaran.\n\u201cPertengkaran telah membawa kepada salah seorang mengangkat senjata dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan berlakunya kematian dan kecederaan.\u201d\n\u201cKita mampu menumpaskan operasi dadah yang menjerumus ke arah jenayah kekerasan, kita mampu tumpaskan organisasi geng yang membiakkan jenayah kekerasan.\n\u201cKita juga berjaya hentikan rompakan yang menggunakan kekerasan, tapi kita tidak berjaya menghalang seseorang yang marah kerana dapat terlalu banyak mayonis dalam sandwic mereka,\u201d ujarnya.\n\nSumber: DailyStar\n"} {"url": "https://myresipi.com/pelayan-restoran-berlari/", "title": "\u201cMacam The Flash\u201d \u2013 Aksi Pelayan Restoran Berlari Masa Buat Kerja Ini Curi Tumpuan Ramai", "body": "\nBekerja sebagai pelayan restoran bukanlah mudah dengan hanya sekadar mengambil order saja.\nPekerjaan itu juga memerlukan tenaga dan kecekapan yang tinggi supaya makanan yang dipesan sampai dengan cepat pada pelanggan.\nNamun, tular pula sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang pelayan restoran berlari semasa menghantar makanan ke meja pelanggan telah mencuri tumpuan warganet.\nBaca juga: 3 Jam Nak Hasilkan 387 Biji Pau Jalur Gemilang Gergasi!\nLihat video penuh itu di bawah:\n\n\n @nurilanwarsaidin\nAku pasti dik kau akan berjaya satu hari nanti \ud83d\udcaf #fyp #fyp\u30b7 #arabkitchen #arabkitchenpendang \n \u266c nh\u1ea1c n\u1ec1n \u2013 POTATO \u2013 POTATO \n\n \nBerlari ke hulu ke hilir sebab nak hantar makanan cepat\nMenerusi video yang dimuat naik oleh @nurilanwarsaidin, kelihatan pelayan restoran itu berlari dengan pantas menghantar makanan ke meja pelanggan.\nApa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat begitu cekap menjalankan kerjanya tanpa menghiraukan orang sekeliling.\nLebih mengagumkan lagi, dia dilihat tidak terjatuh langsung semasa berlari ke sana ke sini. Situasi itu jelas menunjukkan bahawa dia sudah profesional.\n\n\u201cSebab dia la kedai ni viral. Kamu memang penghibur dan pembawa rezeki kedai. Servis sini memang laju\u201d \u2013 Warganet\nKetika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 2.4M tontonan, 165K tanda suka serta 1.8K perkongsian di laman TikTok.\nRata-rata warganet turut terhibur dan memuji ketangkasan pelayan restoran itu melaksanakan tugasnya.\nBerikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/pembuka-selera-semasa-berbuka-ini-cara-buat-kerabu-belimbing-buluh-daun-selom/", "title": "Pembuka Selera Semasa Berbuka, Ini Cara Buat Kerabu Belimbing Buluh & Daun Selom", "body": "Kerabu belimbing buluh dan daun selom merupakan salah satu menu wajib di restoran yang menjual nasi campur. Kerabu belimbing buluh dan daun selom jika diratah begitu sahaja pun sudah cukup sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Laili Adam di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKERABU BELIMBING BULUH & DAUN SELOMKerabu belimbing buluh dan daun selom merupakan salah satu menu wajib di restoran yang menjual nasi campur. Kerabu belimbing buluh dan daun selom jika diratah begitu sahaja pun sudah cukup sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Laili Adam di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A (DI HIRIS)\nBelimbing buluh\n\nDaun selom\n\nBawang besar\n\nBunga kantan\nBAHAN B (CAMPUR SEMUA & TUMBUK)\nKelapa parut\n\nBelacan\n\nCili padi\n\nCili merah\nBAHAN C\n3 ekor ikan temenung rebus, ambil isi sahaja.\n\nKredit : Laili AdamCARA PENYEDIAAN\nCampurkan semua bahan A,B dan C. Perasakan dengan garam dan siap dihidang.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/peminat-coklat-kopi-jom-cuba-resipi-mudah-iced-coffee-kitkat/", "title": "Peminat Coklat & Kopi? Jom Cuba Resipi Mudah Iced Coffee Kitkat!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nSelain daripada dalgona coffee yang viral haritu, khas untuk penggemar kopi dan coklat, korang boleh cuba Iced Coffee Kitkat pulak! Mudah je cara untuk buat air yang sedap macam dekat kedai ni.\nKombinasi pahit dan manis yang datang daripada kopi dan kitkat tu memang mantap! Apa lagi, kepada penggemar kopi dan coklat di luar sana, jom cuba resipi ni, mudah je.\nBahan-bahan\nSerbuk coffee nescafe\nFresh milk\u00a0\nSusu segar\nSusu pekat\nBiskut kit kat\nIced cube\nChocolate syrup\n\nCara-cara\nBancuh kopi sebanyak 1 \u00bd tsb dan air sebanyak 30ml\nMasukkan kiub ais, 4 batang kit kat dan coffe kedalam pengisar dan mulakan mengisar\nTuang chocolate syrup disekililing cawan dan tuang kopi yang telah dikisar kedalam cawan\nHiaskan dengan kitkat yang telah hancur\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/pemuda-terharu-seorang-wanita-beli-semua-jualannya/", "title": "Baru 9 Minit Niaga, Pemuda Terharu Seorang Wanita Beli Semua Jualannya", "body": "\nZaman sekarang tak perlu malu untuk berniaga walaupun bermula di tepi jalan. Mana tahu suatu hari nanti akan mempunyai kedai sendiri.\nSeperti yang dilakukan oleh seorang pemuda ini, beliau gigih menjual nasi lemak dengan harga RM1 walaupun hanya mendapat untung yang kecil. Namun usaha yang gigih raih perhatian netizen.\nBaru-baru ini, beliau ada berkongsikan satu video yang menceritakan seorang wanita datang membeli semua nasi lemaknya selepas 9 minit berniaga.\n\nMenerusi video itu, kedengaran suara seorang wanita yang mahu membeli nasi lemak.\nPada mulanya dia hanya memberitahu mahu membeli dalam kuantiti yang banyak tanpa memberitahu jumlah kuantiti.\n\nBeberapa saat kemudian, dia menyatakan mahu membeli semuanya.\nJelas kelihatan pemuda tersebut terkejut dengan permintaan wanita itu.\n\nBeliau juga turut mengucapkan selamat maju jaya kepada \u2018akak\u2019 itu.\n\nDi ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan tindakan pemurah wanita tersebut.\n\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @bangsudu\nKalau akak tu nampak video ni, saya doakan akak moga murah rezeki \ud83e\udd7a\ud83e\udd32\ud83c\udffb #fyp #foryou #suduada\n \u266c original sound \u2013 TAUKE NASI LEMAK RM1 \u2013 TAUKE NASI LEMAK RM1 \n\n \nSumber: TikTok @bangsudu\n"} {"url": "https://myresipi.com/penambah-perasa-untuk-bayi/", "title": "Gantikan Garam & Gula Dengan Penambah Perasa Yang Sihat Untuk Bayi", "body": "\nAdakah anda sedar bahawa penambah perasa yang ada di kedai bahaya untuk anak-anak yang masih bayi? Bahan-bahan itu boleh memberi kesan kepada tumbesaran mereka.\nUntuk menjadikan anak-anak sihat, marilah kita menggunakan penambah perasa yang sihat dan hanya menggunakan bahan yang sesuai untuk mereka.\nResipi Penambah Perasa Untuk Bayi\n\n\nMirepoix\nBahan-bahan:\n\nBawang holland\nCarrot\nCellery\n\nCara-cara:\n\nTumis semua bahan ni dengan unsalted butter.\nBila dah kekuningan, boleh tutup api dan biarkan sejuk seketika.\nLepastu blend.\nSiap!\n\n\nTomato Paste\nBahan-bahan:\n\nCelery\nCarrot\nBawang holland\nTomato cherry\nGarlic\n\nCara-cara:\n\nSteam tomato dulu untuk buang kulit.\nLepastu blendkan semua sekali.\nMasakkan atas api perlahan semua bahan sampai air agak kering.\nSiap!\n\n\nChicken Feet Stock (CFS)\nBahan-bahan:\n\nChicken feet\nTomato\nGarlic\nSup bunjut\nCelery\nHalia\nBawang holland\nCarrot\n\nCara-cara:\n\nMasakkan semua bahan atas api yang perlahan selama 3-4 jam.\nKalau air kurang tambahkan air sedikit.\nDah siap tapiskan dan ambil airnya sahaja.\n\n\nChicken Powder\nBahan-bahan:\n\nAyam\n\nCara-cara:\n\nRebus ayam.\nLepastu carikkan.\nMasukkan dalam air fryer suhu 170 dalam 15 minit.\nLepastu blend.\nSiap.\n\n\nAnchovies Powder\nBahan-bahan:\n\nIkan bilis\n\nCara-cara:\n\nBasuh bersih & rendam ikan bilis semalaman.\nToskan.\nMasukkan dalam air fryer suhu 160 dalam masa 2 minit.\nSiap!\n\nLepas ni mudah nak masak makan yang sihat untuk bayi anda.\nKredit: Nur Aliaa Syahirah\nBaca juga:\nWanita Ini Kongsi \u2018Hacks\u2019 Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi, Kreatif Sangat!\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-arab-fasih-dialek-kelantan/", "title": "\u201cSek Kito Jange Pecoh\u201d \u2013 Peniaga Arab Di Madinah Fasih Dialek Kelantan, Raih Perhatian Netizen", "body": "\nTular di media sosial apabila seorang peniaga Arab di Madinah sangat fasih berbahasa Melayu. Tambah uniknya lagi, peniaga ini siap \u2018add on\u2019 bahasa Melayu dialek Kelantan!\nMenerusi video yang dimuat naik oleh @amirhadijaafar di laman TikTok, boleh dilihat seorang pembeli sedang berkunjung ke sebuah kedai yang menjual kurma dan coklat, telah tertarik dengan peniaga itu yang begitu fasih kecek kelate.\nBaca juga: Peniaga OKU Buktikan Boleh Berjaya, Resipi Sos Lada Hitamnya Tarik Ramai Pelanggan\u00a0\nAntara dialog yang disebut peniaga tersebut ialah:\n\u201cNak coklat kurma murah di sini. Hargo pecoh kepalo. Sek sek kita jange pecah. Kita sekampung ore Kelate. Suko makey budu sama nasi kerabu\u201d, katanya.\nVideo tersebut telah meraih perhatian netizen dan tular sehingga mencecah lebih 200k tontonan. Ramai yang tertanya-tanya dari mana jejaka Arab tersebut belajar dialek kelantan.\nVideo Penuh:\n\n\n @amirhadijaaffar\nOre Arab kecek kelate. #Kelantan #Madinah #fyp\n \u266c bunyi asal \u2013 AmirJaaffar \u2013 AmirJaaffar \n\n \n\u00a0Menerusi persoalan netizen ini, Amir telah memuat naik video yang berasingan bagi menjawab persoalan tersebut.\n\u201cMacam mana you pandai cakap Kelantan?\u201d tanya Amir kepada jejaka Arab tersebut.\n\u201cOrang yang datang haji ramai orang Kelantan beli di sini. Kito jadi pandai boleh kecek Kelantan. Suka makan budu juga dengan nasi kerabu, sedap sangat,\u201d jawabnya.\nMeninjau pula di ruangan komen, kebanyakan netizen kagum dan terhibur dengan telatah peniaga Arab tersebut yang memang sebijik bunyinya macam orang tempatan.\nAntara reaksi netizen:\n\n\n\u00a0\n\n\nDengar tu, sek kito jange pecoh! Hahaha, dah international tau dialek Kelantan ni, korang jangan main-main.\nBaca juga: [VIDEO] Hati-hati Pilih Belacan! Peniaga Ini Jumpa \u2018Benda\u2019 Lepas Rasa Sambalnya Ada Tekstur Pasir\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-ayam-goreng-ini-jadi-iphone-reviewer-segera/", "title": "Peniaga Ayam Goreng Ini Jadi \u2018Iphone Reviewer\u2019 Segera, Lepas Telefon Terjatuh Dalam Minyak Mengelegak", "body": "\nTular video di TikTok apabila seorang peniaga ayam goreng ini secara tak sengaja telah jadi \u2018Iphone Reviewer\u2019 segera lepas telefonnya terjatuh di dalam minyak yang menggelegak ketika sedang merakam untuk membuat konten.\nBaca juga: Gadis F&B Ini Jelaskan Beza Service Tax dan Service Charge Pada Resit\nPeniaga yang menggunakan nama @zaiem_ainn di TikTok, sedang cuba membuat demonstrasi cara menggoreng ayam sebelum telefonnya tak sengaja tergelincir masuk ke dalam minyak yang sedang menggelegak panas.\nVideo Penuh:\n\n\n @zaiem_ainn\npeminat iphone tolong hadir#fyp #fyp\u30b7\u309aviral #iphone \n \u266c original sound \u2013 Abey Ayam King\u2019s Paya Keladi \u2013 Abey Ayam King\u2019s Paya Keladi \n\n \nBoleh dilihat momen-momen telefonnya terjatuh dan kedengaran bunyi \u2018rangup\u2019 sekaligus memberikan penonton rasa seakan-akan diri sendiri tengah digoreng.\nBila diangkat, videonya masih lagi merakam dan kita juga boleh melihat reaksi cuak dari peniaga ayam goreng tersebut. Nasib baik tiada apa-apa kerosakan.\u00a0\n\u201cTerima kasih Iphone, produk korang berkualiti sungguh!\u201d katanya dalam video tersebut.\nVideo itu telah ditonton lebih dari 800,000 kali di TikTok dan mendapat tanda suka sebanyak 77.1k dan lebih dari 1000 komen.\nAntara komen netizen:\n\n\n\n\nFuhh, kalau min, menangis beb kalau rosak.\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-cendol-ditipu-rakan-dibuang-keluarga-kisah/", "title": "Ditipu Rakan & Dibuang Keluarga, Kisah Peniaga Cendol Ini Raih Simpati Netizen", "body": "\nJika kita rasa diri kita susah, sebenarnya masih ada lagi yang lebih susah daripada kita. Apabila kita berdepan dengan masalah, jangan pernah menyerah dan berdepanlah dengan masalah yang dihadapi.\nTerbaharu, tular sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh\u00a0@danish.firds menunjukkan dia dihampiri oleh seorang individu yang berdepan dengan masalah ketika sedang menerbangkan pesawat dron di Ampang, Kuala Lumpur.\n\n\n @danish.firds\nI tengah fly drone, tiba2 ada seorang pakcik ni datang sebelah saya minta bantuan dia menangis #bantuan #videoviral #tiktokmalaysia #orangmiskin #fyp #fyp\u30b7 #cendol\n \u266c Sad Emotional Piano \u2013 DS Productions \n\n \nMenerusi video tersebut, individu itu merupakan seorang peniaga cendol mendakwa dirinya rugi RM3,000 apabila rakan kenalannya yang dikatakan mahu membantunya untuk membuka sebuah kedai cendol di Terengganu tergamak menipunya.\nPada awalnya, individu terbabit hanya bertanyakan bagaimana boleh mencari imam yang berdekatan kepada Danish dan atas dasar ingin tahu maka dia meminta penjelasan kepada lelaki tersebut berkaitan masalah yang dihadapinya.\nMalah, individu itu turut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan lebih menyedihkan apabila keluarganya tidak mahu menerima dirinya disebabkan dia beragama Islam. Kasihan dengan nasib individu itu, Danish menghulurkan wang berjumlah RM50 dan memberitahu masjid yang berhampiran supaya lelaki boleh berjumpa dengan imam.\nPerkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kasihan dengan nasib malang yang menimpa lelaki itu serta berharap kenalannya yang menipu duitnya ditangkap.\n\n\nTidak hanya itu, segelintir\u00a0netizen\u00a0juga mahu membantu lelaki terbabit dan jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki itu bolehlah berkongsi kepada umum.\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-dedah-menu-ini-paling-laku-keras/", "title": "\u2018Dik, Nasi Bujang Ada?\u2019 \u2013 Peniaga Dedah Menu Ini Paling Laku Keras, Bukti Ramai Sedang Bergelut", "body": "\nSebut saja nasi bujang, pasti ramai yang teringat zaman belajar dulu kan. Bila poket kering, hari-hari duk makan nasi bujang ni. Menu yang simple, tapi sedap dan tak muak.\nIstilah nasi bujang ini selalunya dikaitkan dengan mereka yang baru bekerja atau ketika zaman belajar kerana pada waktu itu keadaan kewangan yang sangat terhad.\nNasi bujang adalah makanan yang paling mudah dan murah. Walaupun ia hanya terdiri daripada nasi putih, telur, sup kosong dan sambal, tapi menu ini sangat memberi kepuasan.\nPeniaga Dedah Nasi Bujang Paling Laku Keras, Bukti Ramai Sedang Bergelut\nMenyebut perihal nasi bujang, satu hantaran oleh seorang pengguna Facebook di laman Masak Apa Hari Ni mendapat perhatian netizen apabila dia berkongsi tentang kisahnya yang bersangkut paut dengan nasi bujang.\n\n\n\n\nDia menceritakan situasi di kedai makanannya apabila menu nasi bujang menjadi makanan paling laku dan banyak dipesan pelanggan apabila berada di tengah bulan.\nWalaupun nama menu itu nasi bujang, pelanggan terdiri tidak mengira status bujang atau berkeluarga, kebanyakan mereka akan memesan menu berkenaan.\n\u201cDik, nasi bujang ada ke?\u201d\nTanya seorang pelanggan, wanita dlm lingkungan 40-an. Saya melihat beliau datang bersama suami dan 3 orang anak, kecil2 lagi..\nHidangan ni paling jadi permintaan di tengah-tengah bulan. Tak kira yang masih bujang atau yang dah berkeluarga..\nKita letak juga daging atau isi ayam di dalam kuah sup tu, telur dadar tu pun kita besarkan sedikit melebihi kuantiti nasi. Tak sampai hati tengok si ayah dan si ibu berkongsi 2 pinggan nasi ni dengan anak-anak..\nKita faham sangat sebab kita dulu pun datang dari keluarga yang susah.. \nMoga jadi pedoman..\n\nMeninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi bagaimana nasi bujang telah menyelamatkan hidup mereka.\nRamai juga yang mendoakan perniagaan penjual itu kerana tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.\n\u201cSemoga akak dimurahkan rezeki yang melimpah ruah sebab tidak kedekut dengan customer,\u201d kata salah seorang netizen.\nSumber: Syahiran Hilmi\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-ini-kongsi-cara-buat-sambal-belacan-super-simple/", "title": "Peniaga Ini Kongsi Cara Buat Sambal Belacan Super Simple, Resipi Hasil Jualan Hampir 10 Tahun", "body": "\nSeorang peniaga nasi campur berkongsikan resipi sambal belacan super simple hasil jualannya yang hampir mencecah 10 tahun.\nMenurutnya, semua pelanggan cukup suka sambal seperti ini. Memang ngam bila makan dengan nasi campur. Cara membuatnya juga tersangatlah mudah.\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh di bawah. Semoga bermanfaat!\nResipi Sambal Belacan Super Simple\nBahan-bahan:\n\n1 genggam cili api merah\n1 genggam cili api hijau\n1 genggam cili besar merah\n1 labu bawang besar saiz sederhana\n2 ulas bawang putih\nBelacan sebesar ibu jari\nGula 3 sudu besar\nGaram 2 sudu besar\nAjinamoto 1 sudu kecil\nCuka makan 4 sudu makan\n\nCara-cara:\n1. Bakar bawang putih, bawang besar serta belacan terlebih dahulu jika mahu sambal rasa lebih sedap.\n2. Kisar semua bahan-bahan di atas.\n3. Jika dibuat untuk kegunaan sehari, boleh kisar bersama air. Kalau untuk kegunaan dan simpan lama, kisar menggunakan cuka makan sahaja. Tapis dan ambil cuka yang sama, kisar yang seterusnya.\n\nKredit: Yayar B. Awang Noh\nBaca juga: 5 Resipi Sambal Homemade Sedap & Petua Tahan Lama Supaya Tidak Berkulat\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-ini-kongsi-petua-buat-lempeng-yang-lembut/", "title": "Peniaga Ini Kongsi Petua Buat Lempeng Yang Lembut, Gebu & Cantik Tersusun!", "body": "\nLempeng merupakan hidangan yang sangat sesuai dinikmati semasa sarapan ataupun makan petang. Lagi-lagi lempeng yang lembut dan gebu, sekeping\u00a0confirm\u00a0tak cukup.\nKalau anda penggemar lempeng, wajib cuba resipi dari peniaga ini. Bukan saja sedap dan lembut, hasil kejadian lempeng juga cantik tersusun!\nResipi di bawah merupakan hasil perkongsian oleh Puan Suzana Othman, selamat mencuba!\nRESIPI LEMPENG YANG LEMBUT & GEBU\nBahan-bahan:\n\n2cawan tepung gandum\n500ml air\n1biji telur\n2sb minyak masak\n1sk garam\n1sb gula\n1sk baking powder\n\nCara-cara:\n1. Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.\n2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dgn air, blend hingga tepung sebati.\nBiarkan 1 jam, baru lempeng gebu\n3. Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1jam supaya baking powder bertindak balas utk dapatkan lempeng yg lembut dan gebu.\n4. Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz tu. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar.\n\n5. Enak dihidang bersama sambal tumis telur.\n\nYang ini kita buat jual. 1 set 6 keping rm5. Kalau uolls nk jual jugak boleh letak harga ikut budi bicara masing2.\n\nJika nak tahu lebih lanjut cara penyediaannya, lihat video di sini.\nKredit: Suzana Othman\nBaca juga: Petua Kira Sukatan Air Untuk Masak Agar-Agar, Mudah & Tak Pening Kepala\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-ini-kongsi-resipi-biskut-ferrero/", "title": "Peniaga Ini Kongsi Resipi Biskut Ferrero, Biskut Raya Paling Laku Setiap Tahun", "body": "\nSeorang peniaga, Puan Faizah Arzmi ada berkongsikan resipi biskut ferrero yang merupakan salah satu hasil jualannya yang paling laku keras pada tahun lepas.\nMungkin ada yang sudah tercari-cari idea biskut raya untuk dibuat pada tahun ini meamandangkan raya pada tahun ini sudah tinggal berapa bulan saja.\nKalau ada yang nak cuba, ikut cara resipi dan cara-cara membuatnya biskut ferrero di bawah. Semoga bermanfaat!\nRESIPI BISKUT FERRERO YANG LAKU KERAS\n\nBahan-bahan:\n\n250gm buttercup\n3/4 cawan gula kastor\n1/2 cawan serbuk badam\n1/2 cawan susu tepung\n1 cawan nestum dikisar menjadi serbuk\n2 sudu tepung jagung\n2 sudu tepung beras\nTepung gandum 2 cawan (lebihkan atau kurangkan mengikut kesesuaian)\nKacang hazelnut biji (bakar hingga rangup)\nKacang nib (bakar hingga rangup)\nBeryl\u2019s Milk compound (dicairkan)\n\nCara-cara:\n\nPukul buttercup dan gula sehingga kembang.\nMasukkan serbuk badam, susu tepung, nestum kisar, tepung jagung dan tepung beras. Kacau rata.\nKemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh sebati cantik, mampu digetel dengan elok terletak.\nCubit sedikit doh, bentukkan bulat dan leperkan. Letakkan kacang hazelnut sebiji-sebiji. Bulatkan semula.\nBakar sehingga doh garing (untuk rangup). Suhu dan masa mengikut oven masing-masing. Bila dah garing, keluarkan biskut dari oven dan sejukkan.\nCairkan coklat beryl\u2019s. Masukkan juga kacang nib ke dalam coklat cair, kacau rata.\nCelupkan biskut ke dalam coklat yang sudah bercampur dengan kacang nib. Masukkan ke dalam papercup dan biarkan sehingga keras. Boleh letak sekejap dalam freezer kalau nak cepat.\nSiap!\n\n\nKredit: Faizah Arzmi\nBaca juga: Cara Buat Tart Cadbury, Coklat Tak Cair Lepas Bakar. Ada Tips Supaya Warna Jadi Purple Menyala\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-ini-kongsi-resipi-laksam-jualannya-yang-laku-keras/", "title": "Beribu Pek Sudah Terjual, Peniaga Ini Kongsi Resipi Laksam Jualannya Yang Laku Keras", "body": "\nSeorang peniaga laksam berkongsikan resipi laksam hasil jualannya yang sudah terjual beribu-ribu bungkus.\nBeliau berkongsikan cara masak langkah demi langkah buat rujukan kepada mereka yang mahu mencuba.\nResipi ini turut menghasilkan laksam yang sangat lembut beserta dengan kuah yang berlemak dan penuh dengan rasa ikan. Jom lihat resipi lengkap oleh Rosni Musa di bawah.\nPeniaga Kongsi Resipi Laksam Hasil Jualannya Yang Laku Keras\nBahan-bahan untuk laksam:\n\n3 cawan tepung beras\n1 cawan tepung gandum\n6 cawan air paip\n\n\nCara-cara buat laksam:\n1. Satukan semua tepung di dalam 1 bekas. Gaul sebati. Kemudian tuang 3 cawan dahulu air, kacau-kacau supaya tak berketul. (guna cawan sama untuk sukat bahan)\n\n2. Kemudian tambahkan lagi 3 cawan air dan kacau rata.\n\n3. Adunan akan jadi tidak berketul. Kalau berketul, tapis terlebih dahulu.\n\n4. Panaskan pengukus. Sementara tunggu air mendidih, sapukan loyang laksam dengan sedikit minyak. (boleh guna tudung periuk, pan pizza atau loyang biasa)\n\n5. Bila air dalam pengukus dah mendidih, masukkan pizza pan ke dalam pengukus. Kemudian tuangkan 2 senduk adunan tepung tadi. Sebelum tu kacau dulu adunan supaya tepung sekata.\n\n6. Tutup pengukus dan kukus selama 3 hingga 4 minit.\n\n7. Nak tau laksam dah masak atau tidak, bila kita bukak tudung pengukus laksam dah naik mengelembung macam di dalam gambar. Masa ni hati-hati dengan wap panas.\n\n8. Keluarkan laksam yang telah masak. Sejukkan sebentar. Dan ulang semula step mengukus sehingga habis adunan tepung.\n\n9. Bila laksam dan suam, boleh mula menggulung. Gulung dengan cermat. Boleh guna pisau pemotong kek untuk menggulung laksam.\n\n10. Laksam dah siap! Seterusnya kita buat pula kuah laksam.\n\nBahan-bahan kuah laksam:\n\n1 kg ikan sardin (direbus & diperisikan)\n500gm bawang besar\n3-4 ulas bawang putih\n1 inci halia dihiris\n1 sudu teh halba\n2 sudu teh lada hitam\nSedikit belacan\n500ml santan segar\n100ml santan kotak M&S\nAsam keping\n\n\nCara-cara:\n1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan. Masukkan halia, halba, lada hitam & asam keping. Renihkan selama 15 minit.\n\n2. Kisar halus ikan yang sudah diperisikan sehingga halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi bawang. renihkan lagi hingga mendidih.\n\n3. Kisar kepala dan tulang ikan. Kemudian tapiskan airnya dan masukkan sekali ke dalam periuk. Didihkan lagi sehingga menggelegak.\n\n4. Kemudian masukkan santan segar dan kacau.\n\n5. Perasakan dengan garam.\n\n6. Masukkan maggie cukup rasa. Nak guna Ajinomoto pun boleh.\n\n7. Sedikit gula. Jangan banyak, buat syarat saja.\n\n8. Akhir sekali tuangkan santan kotak.\n\n9. Didihkan sehingga kuah laksam betul-betul menggelegak. Kacau sesekali supaya kuah tak berketul.\n\nBahan sambal:\n\nCili api\n2 ulas bawang putih\n1 sudu besar cuka\n\nCara-cara:\n1. Kisar cili api bersama bawang putih.\n\n2. Tuang cili yang telah dikisar ke dalam periuk. Didihkan cili tadi dan masukkan 1 sudu besar cuka.\n\n3. Masak cili sehingga agak pekat.\n\n4. Sayur-sayuran boleh guna kobis, daun kesum, kacang panjang, bunga kantan yang dihiris halus atau apa-apa jenis sayur kesukaan.\n\nCara makan:\n1. Potong laksam dan masukkan dalam pinggan. Tuangkan kuah dan tabur sayur-sayuran serta sedikit sambal. Selamat mencuba!\n\nKredit: Rosni Musa\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-jual-nasi-lemak-murah/", "title": "\u201cUntung ke jual RM1?\u201d \u2013 Netizen Persoal Peniaga Jual Nasi Lemak Murah Tepi Jalan", "body": "\nMenjadi keutamaan kepada sesebuah perniagaan akan mengejar keuntungan dan berusaha untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan dengan pengeluaran modal yang rendah.\nAda juga sebahagian peniaga yang lebih suka menyelit sedikit kegiatan kebajikan dan mengetepikan keuntungan sebagai tujuan utama mereka dalam mengusahakan perniagaan tersendiri. Wah!\nBaca juga: Hanya Minta Sedikit Air Panas Untuk Susu Anak, Pekerja Ini Dipuji Siap Tolong Basuh Botol\nSeperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang peniaga yang dilihat sangat baik hati dengan meletakkan harga makanan murah dan sangat jarang dibuat oleh peniaga lain pada zaman kini.\nPeniaga jual nasi lemak RM1 sebungkus\nSelalunya kita selalu lihat harga nasi lemak sekarang yang telah mencecah RM3 sebungkus di mana-mana gerai tepi jalan lebih-lebih lagi di kawasan ibu kota.\nTapi, korang pernah tahu tak ada juga peniaga yang masih meletakkan nasi lemak dengan harga RM1 sahaja?\nPeniaga yang dikenali sebagai Bang Sudu atau nama sebenarnya Fazrie Haiqal telah mendapat perhatian netizen apabila dia berkongsi video di laman TikTok dan Twitter yang memaparkan tindakannya menjual nasi lemak RM1 di tepi jalan.\n \u00a0 \nDapat perhatian Khairul Aming juga!\nPerkongsian aktiviti perniagaannya juga turut mendapat perhatian daripada beberapa pempengaruh seperti Khairul Aming yang sudi mencuba nasi lemaknya.\nLebih menarik, perniagaannya terus diserbu oleh orang ramai selepas Khairul Aming mencuba sendiri nasi lemaknya dan memuat naik di media sosial.\n\nNetizen tanya dapat untung ke?\nRata-rata netizen ada juga yang bertanya mengenai penetapan harga nasi lemaknya yang terlalu murah untuk dijual pada zaman ini lebih-lebih lagi berlaku kenaikan harga barang di seluruh negara.\n\u201cAda untung ke jual RM1 bang?\u201d\nUntuk menjawab persoalan itu, dia telah berkongsi sebuah hantaran mengenai tujuan utamanya meletakkan harga yang sebegitu rendah di laman Twitter baru-baru ini.\n\n\nMin pun setuju apa yang peniaga ni cakap. Asalkan apa yang kita buat itu kita happy dah cukup memadai.\nMasing-masing ada impian tersendiri, jadi tak boleh juga nak letakkan suatu perkara itu sama sahaja. Betul tak?\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-ketuk-pelanggan/", "title": "Peniaga \u2018Ketuk\u2019 Pelanggan, Dakwa Kena Beli Barang RM20 Baru Dapat Beli Minyak Masak", "body": "\nSeperti yang kita sedia maklum, pemansuhan harga siling minyak masak tulen botol kini amat memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya peniaga.\nMenerusi tinjauan Sinar Harian pada beberapa hari lepas menjelaskan bahawa terdapat pasaraya yang didapati mula menjual bahan masakan tersebut pada harga lebih 40 peratus berbanding harga yang sebelum ini.\nMalah, ada juga peniaga yang cuba ambil kesempatan dengan mengenakan syarat kepada pembeli, perkara itu didedahkan menerusi rakaman oleh seorang pelanggan yang kini sedang tular di media sosial.\nBeli barang RM 20, baru boleh beli minyak masak\nMenerusi akaun Twitter Isu Semasa Viral, video berdurasi seminit 20 saat itu menunjukkan seorang perakam yang dikatakan pelanggan di sebuah pasaraya merungut kerana ditetapkan syarat untuk membeli minyak masak paket.\nBaca juga: \u2018Sentiasa Ada & Jarang Habis Stok\u2019 \u2013 Minyak Masak Subsidi Malaysia Banyak Dijual Di Thailand\nDalam rakaman itu, perakam menunjukkan peniaga yang seperti cuba ingin lari dan berdalih ketika disoal mengenai penetapan syaratnya. Ia adalah pelanggan harus membeli barang sebanyak RM 20 keatas jika ingin membeli minyak masak.\nBagaimanapun, dapat dilihat peniaga seolah-olah abaikan soalan pelanggan itu dan sibuk melakukan kerjanya. Oleh yang demikian, pelanggan tersebut berkeras ingin membeli minyak masak tersebut dan meletakkan 2 paket minyak masak di atas kaunter sebelum rakaman berakhir.\n\u201cDari mana datang undang-undang ni? Saya nak minyak, saya tak kira, ni RM 20 baru boleh beli minyak masak? Mana boleh macam tu! Sekarang saya mahu minyak, saya tak kira, saya orang Malaysia.\u201d\nTangkapan layar tweet Isu Semasa Viral.\nVideo tersebut telah mendapat perhatian netizen, ada yang meminta agar perkara ini dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan ada juga menyifatkan bahawa syarat lebih kurang sama diamalkan oleh peniaga-peniaga lain.\nHurm, janganlah gunakan kesempatan ini untuk kaut untung, kalau nak catu untuk pelanggan lain ini bukan caranya, apapun diharap dapat lah dengar respon daripada pihak peniaga untuk ketahui perkara sebenar.\n\nSumber: Sinar Harian, Isu Semasa Viral\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-kongsi-cara-kopek-udang-galah/", "title": "Sedih Pelanggan Tak Pandai Makan Sepit Udang Galah, Peniaga Kongsi Cara Makan Sampai \u2018Licin\u2019", "body": "\nBila makan makanan laut seperti udang galah, kita kena tahu teknik yang betul barulah tak membazir.\nLagi-lagi pada bahagian penyepitnya yang ramai \u2018buang\u2019. Mungkin ada yang tak tahu cara nak kopek atau malas makan bahagian tersebut kerana dianggap rumit.\nSeorang pengguna TikTok, @hamd4ni.daud yang\u00a0merupakan peniaga Mee Udang King Dabong di Dabong, Kelantan meluahkan kesedihkannya apabila ada sesetengah pelanggannya tidak pandai makan udang galah sampai habis.\n\nCara-Cara Kopek Sepit Udang Galah\nDisebabkan hal itu, beliau telah mengajarkan cara-cara nak kopek sepit udang galah itu di TikTok miliknya.\nJom sama-sama lihat video di bawah:\n\n\n @hamd4ni.daud\n#tiktok #fyp #masukberanda #LiveForTheChallenge #viral #toturial #share\n \u266c Sudah Tak Cinta \u2013 Ziell Ferdian \n\n \nMenjengah ke ruangan komen, segelintir netizen menyatakan bukan tak pantai makan tapi malas nak makan kerana rumit untuk mengopeknya.\n\nNamun, ada juga yang baru tahu cara makan udang galah yang betul.\n\n\n\u201cRugi tak makan sepit, paling manis..\u201d\nRupanya, bahagian sepet udang galah adalah bahagian yang paling manis. Memang rugi kalau buang.\n\nKredit: TikTok @hamd4ni.daud\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-kongsi-rahsia-bancuhan-cempedak-rangup/", "title": "Peniaga Kongsi Rahsia Bancuhan Cempedak Rangup, Resipi Niaga Keluarga Selama 20 Tahun", "body": "\nCempedak rangup antara kudapan yang sangat terkenal di Malaysia. Kudapan ini juga mudah didapati di gerai tepi jalan ataupun pasar malam.\nBagi yang nak mencuba untuk buat sendiri cempedak rangup di rumah, boleh ikuti resipi yang dikongsi oleh saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.\nMenurutnya, resipi tersebut merupakan rahsia keluarganya yang sudah berniaga selama hampir 20 tahun.\nBoleh guna untuk pisang goreng juga, tapi untuk cempedak kena bancuh sedikit pekat dari pisang.\nResipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng\nBahan-bahan:\n\nTepung beras 2 cawan (apa-apa cap)\nTepung gandum suku cawan\nSerbuk kunyit setengah sudu\nKapur makan secubit\nGula sesudu besar\nGram sesudu\nTelur ayam atau itik sebiji\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan.\nKacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.\nMasukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.\n\u00a0Sedia untuk digoreng sehingga rangup.\n\n\nKredit: Yayar B. Awang Noh\nBaca juga: Sudah Niaga Hampir 15 Tahun, Abang Ini Dedah Resipi Rahsia Tepung Pisang Goreng Hasil Jualannya\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-nasi-lemak-bengang/", "title": "Peniaga Nasi Lemak Bengang Harga RM12 Dikatakan Mahal, Serang Pelanggan Sebab Taknak Bayar", "body": "\nPeniaga sebuah gerai nasi lemak di Johor didakwa telah menyerang seorang pelanggan apabila mengadu makanan yang dijualnya terlalu mahal.\nMenurut wanita yang bernama Huang, kakaknya iaitu pelanggan tersebut, enggan membayar dan memakan nasi lemak tersebut.\nBaca juga: Resipi Sambal Bilis Nasi Lemak Terpaling Mudah Tapi Sedap\nInsiden tersebut dipercayai berlaku di Skudai, Johor Bahru pada 10 Oktober yang lalu menerusi laporan Mothership.\nPergi beli nasi lemak dengan kakak dan tiga anak saudara\nHuang memaklumkan, dia ke tempat nasi lemak tersebut bersama kakak serta tiga orang anak saudaranya untuk membeli makanan tersebut.\nSebaik saja memesan nasi lemak dari gerai tersebut, mereka dikenakan caj sebanyak RM12 untuk makanan tersebut.\nHuang mendakwa kakaknya taknak makan dan membayar nasi lemak tersebut kerana rasa tak berbalio dengan harga yang diberikan.\nSeorang pejalan kaki yang kebetulan ada di situ turut memaklumkan kepada mereka harga tersebut dikira murah kerana kebiasaannya akan mengenakan caj sebanyak RM15.\nPeniaga berang lepas tahu taknak bayar dan menyerang\nHuang juga memaklum peniaga tersebut berang lalu bertindak menyerang mereka dengan baling nasi lemak tersebut ke arahnya serta keluarga.\nBukan itu saja, peniaga tersebut menolak wanita tersebut ke tanah serta mencurahkan kuah di kepala akibat berang.\n\u00a0\nKakak Huang cedera di kepala semasa pergaduhan\nPeniaga hampir keluarkan pisau\nKejadian tersebut turut membuatkan orang ramai di situ terpaksa masuk campur bagi menghentikan pergelutan.\nHuang juga mendakwa peniaga berkenaan hampir membawa keluar pisau di tangan dan hendak menyerang mereka tetapi berjaya dihalang oleh orang ramai bagi mengelakkan berlakunya insiden yang tak diingini.\nPelanggan juga didakwa tuang sup panas dekat peniaga\nDalam pada itu pengurus di pusat penjaja berkenaan mendakwa pelanggan tersebut menuang sup panas terhadap pemilik gerai terbabit.\nJelas pengurus itu, menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) ketika kejadian berkenaan menunjukkan peniaga nasi lemak terbabit berhadapan dengan pelanggan yang memegang nasi lemak di tangan, namun pemilik tersebut telah bertindak membuang makanan tersebut ke tanah.\n\u201cKedua-dua pihak bersalah dan mereka telah pergi ke balai polis untuk membantu siasatan,\u201d kata pengurus itu.\nSementara itu, kedua-dua pihak juga akan menanggung kos perubatan masing-masing sebagai tanda berdamai maklum pengurus tersebut.\n\nFuhh, sebab harga nasi lemak, perang dunia ketiga kedua-dua pihak ini.\nSumber: Mothership\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-nasi-lemak-ini-offer-makanan-percuma-kesian-tengok-pelajar-universiti-berlapar/", "title": "Peniaga Nasi Lemak Ini \u2018Offer\u2019 Makanan Percuma, Kesian Tengok Pelajar Universiti Berlapar", "body": "\nSetiap orang nasibnya tak sama. Tak semua manusia yang dilahirkan dengan kehidupan yang mewah. Zaman sekarang, masih ada lagi pelajar yang berlapar kerana tak cukup duit membeli makanan.\nBaru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang peniaga nasi lemak yang baik hati berkongsi rezekinya dengan menawarkan makanan percuma kepada semua pelajar.\nIni kerana, dia juga pernah melalui pengalaman semasa menjadi seorang pelajar.\n\nBaca Juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Simpan Makanan, Sure Tak Senang Basi Punyalah\n\nMenerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, seorang peniaga nasi lemak yang dipercayai wanita tersebut sanggup bantu pelajar susah.\n\n\nBaik betul akak ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu. pic.twitter.com/IJu0eY7PCu\n\u2014 \u0644\u0648\u0643 (@Hfnz9) May 30, 2022\n\nPeniaga di sebuah gerai bernama Kafe N24 Streetcafe Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor ini dilihat tampal nota dan tujukan kepada pelajar sekitar.\nNota tersebut tertulis:\n\u201cAdik-adik pelajar, kalau tak ada langsung duit jangan tahan lapar. Datang sini bagitahu, saya belanja. Saya pun pernah jadi pelajar, Jangan malu\u201d\nRata-rata warganet terharu dengan sikap peniaga tersebut yang sudi berkongsi rezeki.\nRi ruangan komen ciapan, ramai yang mendoakan semoga peniaga tersebut dimurahkan rezeki yang tekah membantu pelajar yang susah.\n\n\n\np/s: Semoga kisah ini juga boleh memberi pengajaran kepada kita semua yang indahnya apabila berkongsi rezeki. Dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain.\n\nKredit: Twitter @Hfnz9\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-nasi-lemak-kecewa-pelanggan-merungut-harga-mahal/", "title": "\u2018RM5 Siap Ada Daging Kot\u2019- Peniaga Nasi Lemak Kecewa Pelanggan Merungut Harga Mahal", "body": "\nTidak dinafikan ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga makanan berikutan kos bahan mentah yang naik mendadak.\nTetapi bukan semua peniaga makanan bertindak menaikkan harga kerana segelintir mereka masih mengekalkan harga.\nNamun begitu, ada pula segelintir individu yang masih tidak berpuas hati dengan harga tersebut kerana merasakan ia terlalu \u2018mahal\u2019 dan tidak relevan.\nSeperti yang berlaku kepada seorang peniaga nasi lemak apabila ada orang yang membawa mulut mengatakan nasi lemak daging yang dijual dengan harga RM5 itu mahal.\nDia tampil menjelaskan kenapa dia menjual nasi lemak daging dengan harga tersebut dengan membuat perbandingan di antara nasi lemak daging berharga RM3 yang dijual oleh peniaga lain dan nasi lemak daging berharga RM5 jualannya.\n\u201cDah letih nak hadap semua ni. Untuk mak cik atau pak cik bawang, atok nak cuba buka mentaliti semua. Ni ada 2 nasi lemak. Telur, kacang, ikan bilis, timun. Semua sama kecuali kuantiti lauk daging. Untuk yang sedikit, ada yang jual RM3 (gambar bawah).\n\n\u201cDan untuk yang daging banyak macam ni, atok jual RM5 (gambar bawah). Memang sama, tapi cubalah tengok portion dia. Daging yang ni banyak mana, yang tu banyak mana. Kalau hampa nak cakap RM3 murah, memang lah murah sebab RM3, dia letak lauk sedikit.\n\n\u201cYang daging banyak tu, atok jual RM5. Tengok lah banyak mana daging dia. Hampa jangan lah cakap mahal. Untuk orang yang suka bawa mulut tak elok tu, cubalah tengok balik daging atok banyak mana. Hampa tahu ke daging sekilo berapa yang hampa nak cakap mahal tu?\u201d\u00a0luahnya.\nJelas berbeza kuantiti lauk antara RM3 dan RM5\n\u201cHampa nak pilih nasi lemak murah, atok boleh terima tapi janganlah cakap atok jual mahal. Hampa faham tak keadaan atok ni macam mana. Hampa nak compare harga nasi lemak atok RM5 dan nasi lemak orang jual RM3 boleh, tapi tengoklah portion dia sekali lagi. Tolonglah jangan bawa mulut. Jangan nak jatuhkan periuk nasi atok sebab atok berniaga,\u201d ujarnya.\nTambahnya lagi, dia boleh sahaja menjual nasi lemak dengan harga RM3, tetapi dia mahu menjaga kualiti serta kepuasan pelanggan yang datang membeli.\n\u201cAtok boleh jual RM3, tapi hampa puas ke makan kuantiti lauk sedikit macam tu? Atok nak jual daging banyak supaya hampa boleh kenyang sampai tengah hari,\u201d katanya lagi.\nMeninjau ruangan komen, orang ramai menyokong kenyataan peniaga terbabit dan menyifatkan harga yang dijualnya berpatutan dan sudah memadai.\n\n\nVideo penuh:\n\n\n @toklee_granpader\ndah letih nk hadap semua ni. tolong atok share hal ni. #cyzbca #fypage #viraltiktok \n \u266c original sound \u2013 toklee_granpader \u2013 toklee_granpader \n\n \nSumber: Toklee_granpader, Daily Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-oku/", "title": "Peniaga OKU Buktikan Boleh Berjaya, Resipi Sos Lada Hitamnya Tarik Ramai Pelanggan", "body": "\nBaru-baru ini tular peniaga OKU yang membuka sebuah kedai makanan barat habis terjual kerana resipi sos lada hitamnya menarik perhatian pengunjung.\u00a0\nPeniaga OKU berkenaan,\u00a0Abdullah Affandi Md Yusop ini atau mesra dipanggil Onedha telah kehilangan kaki kanannya selepas terbabit kemalangan jalan raya.\u00a0\u00a0\nBaca juga: Pak Mat Western Viral Tawar Nasi Lemak 90 Sen, Raih Perhatian Netizen\nMemetik laporan MStar, Onedha yang sudah pun berstatus orang kelainan upaya (OKU) sejak 25 tahun yang lalu menyatakan bahawa sebelum ini dia merupakan\u00a0operator di Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.\n\nLalu Onedha membuat keputusan untuk berhenti kerja dan sambung mencari rezeki di kampung perantauan Sungai Petani, Kedah.\n\u201cDah lama saya kemalangan, dah 25 tahun. Waktu tu saya naik motor nak pergi beli makanan untuk adik-adik. Nasib tak baik, saya kemalangan dengan lori di Sungai Petani.\n\u201cSaya berniaga ni pula baru tiga bulan. Mula tahun lepas dan berniaga seorang saja sebab waktu tu tak ada pekerja lagi. Kalau tak silap dalam dua minggu juga saya uruskan kedai seorang diri.\n\u201cAlhamdulillah sekarang dah ada enam pekerja. Tiga pekerja tetap dan tiga lagi sambilan. Mereka ni banyak bantu bahagian hidang dan hantar makanan kepada pelanggan.\n\u201cSelepas berhenti kerja di Telekom tu, saya ada buka perkhidmatan mengandam\u2026 ramai juga pelanggan. Sekarang pun ada lagi solek pengantin tetapi dah kurang sikit sebab nak fokus lebih kepada kedai makan saya,\u201d katanya.\nDisebabkan itu, Onedha meluahkan rasa bersyukur kerana keluarganya banyak memberikan dorongan dan sokongan kepadanya untuk berniaga terutama sekali kakaknya yang telah memberikan kebenaran menjadikan rumah kosongnya sebagai kedai makan.\nSos Lada Hitam Jadi Tarikan Pengunjung\nBukan itu sahaja, Onedha turut berkongsikan resepi sos lada hitam yang dicicah bersama ayam panggang, stik kambing dan stik daging menjadi pilihan orang ramai sehingga ke hari ini.\nDia juga berasa tidak menyangka bahawa setiap hari hampir 350 pinggan makanan berjaya dijual dan menganggap ini rezeki daripada Allah SWT.\u00a0\n\u201cKakak yang tawarkan untuk buka kedai sebab adik beradik selalu puji ayam barbeku yang saya buat tu sedap. Kebetulan kakak ada rumah tinggal kosong, jadi dia suruh saya buka kedai dekat sana.\n\u201cSelain adik beradik, mak ialah orang yang paling banyak bagi sokongan dari awal nak mula berniaga. Walaupun modal saya yang keluarkan sendiri, tetapi mereka banyak beri sokongan.\n\u201cRasanya dah 20 tahun saya guna resepi sos lada hitam tu. Sebelum ni selalu buat untuk makan keluarga sahaja dan sekarang baru untuk berniaga.\n\u201cAlhamdulillah purata sehari dalam 350 pinggan. Menu makanan di kedai saya iaitu stik kambing, stik daging, ayam panggang dan spageti kuah campur. Pelanggan yang datang pun dari jauh seperti Melaka, Johor, Perak dan Kuala Lumpur,\u201d jelasnya.\nVideo Penuh:\u00a0\n\n\n @onedha82\nhijrah dalam segala segalanya. selagi kita diberi nafas dan sebagai manusia. #fyp #fyp\u30b7 #fyp\u30b7\u309aviral \n \u266c original sound \u2013 SYAMEL AMZAH \u2013 SYAMEL AMZAH \n\n \n\nRezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan kekurangan yang ada pada diri kita bukanlah satu cabaran untuk terus berjaya. Semoga terus maju jaya!\u00a0\n\nSumber: Mstar\n"} {"url": "https://myresipi.com/peniaga-redha-tanggung-rugi-hampir-rm300-tak-perasan-serbuk-coklat-dah-tamat-tempoh/", "title": "Peniaga Redha Tanggung Rugi Hampir RM300, Tak Perasan Serbuk Coklat Dah Tamat Tempoh", "body": "\nUntung dan rugi sudah menjadi lumrah buat mana-mana peniaga. Jika sudah tertulis tiada rezeki pada hari itu, maka peniaga terpaksa redha dan perlu berusaha dengan lebih kuat.\nSeperti yang dikongsikan oleh seorang penjual air di TikTok, luluh hatinya apabila dapat tahu serbuk coklat yang dibeli untuk jualan air sudah mencapai tarikh luput.\n\nMenerusi video yang dimuatnaik\u00a0@azharpenjualjalanan, dia terpaksa membuang begitu saja sebalang air coklat yang sudah siap dibancuh dan juga diletakkan ais. Dia juga terpaksa redha menanggung kerugian hampir RM300.\n\u201cBenda nak rugi nak buat macam mana, beli serbuk coklat dah tarikh luput. Kalau jual dah boleh dapat RM 300,\u201d keluh si peniaga.\n\u201cSERBUK COKLAT TAMAT TEMPOH BUKAN TAL NAK SEDEKAH ADEHHH..\u201d\nJika pengguna TikTok menonton video ini tanpa membaca kapsyen atau komen, mungkin ada yang anggap penjual ni sengaja buang air coklat yang dah tak laku.\nDi ruangan komen, ada juga yang persoalkan mengapa dibazirkan air coklat ini sedangkan boleh disedekahkan kepada orang ramai.\n\n\n\nOleh sebab itu, pemilik video telah tampil menjelaskan hal sebenar di dalam ruangan komen menegaskan serbuk coklat yang digunakan untuk membuat air sudah mencapai tarikh luput.\n\nRata-rata warganet turut menyokong tindakan peniaga ini yang jujur dalam berniaga dan tidak mahu keuntungan semata.\n\n\n\n\nLihat video penuh:\n\n\n @azharpenjualjalanan\nBenda nak rugi nak buat macam mana.. beli serbuk coklat tarihk dah luput.. kalau jual tu boleh dh 300 ringgit.. \ud83d\ude2d\ud83d\ude2d\n \u266c bunyi asal \u2013 PENJUAL JALANAN \n\n \nSumber: TikTok @azharpenjualjalanan\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/pening-nak-fikir-juadah-makan-petang-bolehlah-cuba-resipi-kuih-seri-muka-ni-senang-je/", "title": "Pening Nak Fikir Juadah Makan Petang? Bolehlah Cuba Resipi Kuih Seri Muka Ni, Senang Je!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-28 06:29:52\n\n\n\nIbu-ibu dekat luar sana mesti dah buntu kan nak masak apa untuk hidangan makan petang lebih-lebih sepanjang tempoh PKPB ni. So apa kata korang cuba resipi kuih seri muka yang mudah dan sedap dari\u00a0Suisan Aliezsa.\nBahan-bahan: \u2013\nBahagian bawah.\n1. 3 cawan pulut\n2. 2 cawan santan\n3. Secubit garam\n\nKredit: Suisan Aliezsa\nCuci pulut dan\u00a0toskan. Masukkan santan dan garam, kukus dalam talam selama 25 minit dan penyek-penyek sehingga padat.\n\u00a0\nBahagian atas\n1. 1 cawan tepung gandum\n2. 2 cawan santan\n3. 1 1/2 cawan gula pasir\n4. Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)\n5. 1 sudu besar tepung jagung\n6. 1 biji telur\n7. Secubit garam\n\nKredit: Suisan Aliezsa\nCara-cara: \u2013\n\nMasukkan semua bahan-bahan blend bagi adunan halus.\nKemudian masukkan kedalam pulut yang telah dipadatkan\nKukus 30 minit siap. Boleh guna cawan apa-apa asalkan sukatan guna cawan yang sama.\n\n\n\u00a0\nKredit: Suisan Aliezsa\n\u00a0\nSelamat Mencuba\n\u00a0\nKredit: Suisan Aliezsa\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/penternak-guna-ganja-makanan-ayam-jadi-lebih-empuk/", "title": "Daging Akan Jadi Lebih \u2018Empuk\u2019, Penternak Di Thailand Guna Ganja Sebagai Makanan Ayam", "body": "\nPenternak ayam di Lampang, Thailand menggunakan ganja untuk diberi makan kepada ayam bagi meningkatkan kualiti telur dan daging haiwan tersebut.\nMenurut CNN Indonesia, para penternak percaya bahawa penggunaan ganja dapat meningkatkan kualiti telur dan daging hasil ternakan tersebut.\nPresiden komuniti penternakan Peth Lanna, Sirin Chaemthet menyatakan ramai penternak memilih untuk menggunakan marijuana (ganja) selepas ayam mereka didapati dijangkiti penyakit bronkitis burung meskipun telah diberi antibiotik.\nChaemthet menyatakan bagi mengatasi penyakit tersebut, ayam mereka telah diberikan ganja.\u00a0Hasilnya, ayam tersebut memiliki daya ketahanan yang lebih tinggi untuk melawan penyakit itu.\n\nSelain dari itu juga, ayam tersebut dilaporkan mampu untuk bertahan dalam menghadapi cuaca buruk.\nEkoran itu, para penternak memutuskan untuk tidak lagi menggunakan antibiotik dan menggantikan ganja untuk ternakan mereka.\nMenurut Chaemtat, sebuah eksperimen mengenai pemberian ganja sebagai sumber makanan telah dijalankan oleh Fakulti Agrikultur dari Universiti Chiang Mai.\nChaemthat juga menyatakan perusahaannya kini menjual ayam dan telur dengan harga 100 baht (RM12.68) per kilo dan 6 baht (RM0.76) sebiji.\nSelain itu, Chaemthat turut berkongsi maklum balas positif yang diterima daripada peniaga nasi ayam daripada hasil ternakannya itu. Perusahaannya juga bercadang untuk menjual ayam bakar pada masa akan datang.\nMenurut Chaemthet, ayam ternakannya memenuhi keinginan para pengguna kerana menggunakan makanan yang sihat dan secara organik.\nTak hanya itu, presiden Dewan Peternakan Nasional Prapat Panyachatrak turut menilai dan menjadikan ganja sebagai dedak ayam kerana berkemampuan untuk kelangsungan makanan para pengguna.\nThailand disebut sebagai negara pertama di Asia yang mengizinkan tanaman ganja di rumah.\n\nMeskipun begitu, terdapat sejumlah batasan dan larangan yang masih harus dipatuhi setiap pihak yang memanfaatkan tanaman mengkhayalkan ini.\nLegalisasi ganja ini dilaporkan dilaksanakan demi mewujudkan sistem kesihatan yang baik dalam diri setiap masyarakat.\nSumber: Siakap Keli\n"} {"url": "https://myresipi.com/penyedap-kedai-thai/", "title": "Patut Ramai Orang, Wanita Ini Kongsi Rahsia Penyedap Kedai Thai", "body": "\nBila pergi kedai Thai masakan dia semua sangat sedap. Nak tahu apa bahan yang digunakan? Jom baca perkongsian Trisya Aman ini.\nNak makanan sedap ala kedai Thailand tu korang kena guna bahan masakan daripada negara seberang itu. Kalau dulu setiap kali \u2018travel\u2019 baru dapat beli, sekarang semua bahan tu mudah didapati. Produk yang saya kongsikan ni versi yang halal dan selamat untuk digunakan.\nBahan Rahsia Penyedap Masakan Thai\n1. Kicap bukit\nKalau dah letak kicap bukit ni tak perlu letak seasoning dah. Rasa dia sama macam Maggi seasoning.Tukang masak Siam cakap jangan bagitahu siapa-siapa.\n\n2. Nampla (Kicap Ikan)\nNampla brand yang ni sedap sangat! Kalau yang jenis lain tu dia hanyir sikit & bau kuat sampai loya tekak.\n\n3. Sos Labu\nSos labu sangat sesuai untuk buat daging masak merah atau paprik makin sedap. Ni lah rahsia kedai Siam.\n\n4. Chili Paste Thai\nThai Chili Paste ni paling sedap! Kalau buat tomyam atau perap daging pun sesuai. Kalau korang tak percaya boleh tanya tukang masak Siam.\n\n5. Nisan Kabung\nNisan Kabung ni pula sesuai masuk dalam Somtam dan Kerabu Maggi. Nanti rasa masakan korang lagi \u2018kick\u2019.\n\n6. Jeruk Bawang Putih\nPickled Garlic brand yang ni sedap. Rasa manis dan masam sikit. Sedap dimakan dengan Nasi Kerabu sebagai penambah perasa dalam makanan.\n\n7. Ikan Tenggiri Jeruk\nNak masak Kailan Ikan Masin atau Nasi Goreng Ikan Masin rasa macam kedai Siam? Mak memang pakai yang ini daripada dulu.\n\n8. Tepung Kruawangthip\nTepung Kruawangthip ni wajib restock setiap rumah! Yang ini tepung mix flavor Pepper & Garlic. Siapa tak suka boleh ambil original flavor.\n\nSenang je kan nak bagi masakan korang rasa sama macam kedai Siam. Jadi lepas ni cari bahan-bahan ni baru sedap makanan tu.\nBaca juga: Netizen Bandingkan Harga Udang Thailand Dengan Langkawi, Ramai Sokong Lagi Murah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/perap-ayam-goreng-bahan-ini-lebih-sedap-dari-biasa/", "title": "Perap Ayam Goreng Dengan \u2018Bahan\u2019 Ini, Confirm Jadi Lebih Sedap Dari Biasa!", "body": "\nBiasanya kalau masak ayam goreng, kita cuma gaulkan ayam bersama kunyit dan garam kan? Rupanya ada rahsia masak ayam goreng sedap.\nJom kita cuba teknik goreng ayam yang dikongsi oleh Nurul Ateekah\u00a0di bawah. Katanya, jika sekali cuba cara ini akan jadi lebih rajin menggoreng ayam.\nBaca juga: 5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam\nRESIPI AYAM GORENG SEDAP\nSalah satu sy suka masak, suami saya dan abang \u00a0saya suka makan makanan saya.\nAyam goreng memang sedap. Kebiasaan orang akan letak kunyit dan garam. Tapi setiap kali saya goreng ayam, suami mesti akan minta. Kalau suami suka, anak-anak lagi la suka. Bahagian kepak akan serap rasa sampai ke isi. Bila goreng, garing di luar, juicy di dalam. Saya jamin, siapa yang cuba ayam ni, mesti akan rajin goreng ayam.\n\nBahan-bahan:\n\n\u00bd kg ayam (bahagian kepak)\n1 sudu besar serbuk cili\n1 sudu kecil serbuk kunyit\n1 sudu besar serbuk kari ikan\nSerbuk perasa 1 sudu kecil\nGaram \u00bd sudu kecil\nBawang putih 2 ulas ditumbuk halus\nMinyak masak\n\nCara-caranya:\n1. Perapkan ayam yang sudah dicuci bersih dengan semua bahan-bahan di atas paling kurang selama 30 minit.\n\n2. Goreng ayam sehingga masak dan garing.\n\n3. Sedia untuk dihidang.\nKredit: Nurul Ateekah\nBaca juga: Elak Minyak Merecik Semasa Menggoreng, Mak-Mak Selalu Guna PETUA Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/perbezaan-jenis-tepung-gandum-ros/", "title": "Ramai Masih Keliru Perbezaan 2 Jenis Tepung Gandum Ros, Ini Kegunaan Sebenarnya..", "body": "\nDi Malaysia terdapat banyak jenis tepung gandum tetapi jenama yang sering digunakan oleh rakyat negara ini adalah tepung gandum ros.\nSecara amnya pasti ada perbezaan antara kedua-dua jenis tepung itu. Kita boleh lihat perbezaan tersebut dari segi pembungkusannya yang tersendiri. Jom kita terokai perbezaannya.\nPerbezaan 2 Jenis Tepung Gandum Ros\n\n1. Tepung Gandum Red Rose\nBiasanya tepung ini dijual dikedai bakeri dan telah dipack semula oleh kedai tersebut dengan label yang ditulis tepung red rose.\nTepung ini merupakan tepung khas untuk membuat biskut dimana biskut korang itu akan menjadi ringan dan rangup. Harganya sekitar RM3 ke RM3.3o sekilo.\n\n2. Tepung Gandum Cap Rose\nIni merupakan tepung yang sama taraf dengan tepung gandum yang lain seperti tepung cap sauh, kunci, bakers choice dan lain-lain.\nKegunaan tepung gandum untuk membuat kuih:\n\nTepung cap kunci untuk karipap\nTepung cap rose untuk biskut\nTepung cap cempak untuk apam\nTepung high protein untuk donut\n\n\nSebagai kesimpulan, tepung gandum ni semua bagus tapi ikut juga resipi yang anda nak buat. Harap info ini dapat membantu anda.\nKredit:Zuraini Alias II\nBaca juga:\nMasih Tak Tahu Jenis Butter? Ini Kegunaan Jenis \u2018Salted\u2019 dan \u2018Unsalted\u2019 Butter\nNampak Sama Tapi Rupanya Tak Serupa, Jom Ketahui Perbezaan 5 Jenis Sos Tiram Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/perbezaan-krim-putar/", "title": "Macam Serupa Tapi Tak Sama, Ambil Tahu Tentang Perbezaan Krim Putar", "body": "\nBanyak resipi yang menggunakan krim putar? Lagi-lagi menu western dan kek. Tapi korang dah tahu belum bahawa krim putar ni ada banyak jenis.\nHeavy cream, fresh cream, whipping cream, double cream, dairy cream dan non-dairy cream. Banyaknya jenis krim putar. Pening kepala bukan. Jom kita tengok perbezaan setiap satu jenis tu.\nJenis Krim Putar Yang Anda Perlu Tahu\n\n\nCooking Cream\n\n\n\n\nSesuai dalam masakan barat.\nSelalu digunakan untuk sos & sup yang creamy.\nKebanyakkan digunakan dalam sos carbonara, pasta, makaroni dan spaghetti.\nUntuk sup seperti creamy soup, chicken soup, creamy tomato soup & mushroom soup.\n\n\n\nWhipping Cream\n\n\n\n\nDigunakan dalam masakan seperti kek, dessert & puding.\nJuga digunakan untuk topping & coklat ganache.\nBoleh juga buat frosting, tetapi kena campurkan dengan bahan tambahan supaya krim tidak cair.\n\n\n\nDairy Whipping Cream\n\n\n\n\nIa sesuai digunakan dalam masakan barat, kek tiramisu, hiasan mudah untuk ais krim dan pencuci mulut ala barat.\nTidak sesuai untuk hiasan dan salut pada kek kerana mudah cair.\nIni bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik.\nIa hendaklah diputar dengan kelajuan sederhana sehingga ia menjadi kental dan boleh dimasukkan dalam masakan ala barat.\nSelain itu, whipping cream kerap digunakan dalam pembuatan kek sebagai ejen pemekat.\nSebaiknya, sebelum putarkan krim simpan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah.\nKrim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk.\nKek yang menggunakan whipping cream seperti tiramisu & triffle.\nKek tersebut disimpan dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan.\n\n\n\nNon-dairy Whipping Cream\n\n\n\n\nIa dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu.\nIni menjadikan ia stabil, corak yang dipaipkan akan tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya.\nKembang 3-4 kali ganda dari kuantiti cecair asalnya jika diputar.\nJadi jangan tuang lebih 20% dari saiz mangkuk.\n1 liter krim boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.\nSebelum digunakan, kotak krim harus digoncangkan supaya sebati.\nPutar pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.\n\nBanyak sangat perkara yang kita perlu ambil tahu. Jadi lepas ni senang untuk anda memilih krim putar yang sesuai.\nSumber: Nashar Effendy Noordin\nBaca juga:\nPeniaga Kongsi Cara \u2018Short Cut\u2019 Buat Kek Coklat Moist Gebu, Beratus Ribu Bekas Dah Terjual!\n"} {"url": "https://myresipi.com/percik-ikan-kembung/", "title": "Percik Ikan Kembung Sedap \u2018Dooh\u2019, Buat Kuah Percik Sedap Guna Resipi Tradisi", "body": "\nJom buat Percik Ikan Kembung! Selalunya buat ayam percik je, ni kita ganti guna ikan pula. Jadi, tak adalah jemu memanjang je makan ayam.\nNikmatnya kalau dapat makan bersama lauk Ikan Percik. Ramai yang takut-takut nak masak kerana bimbang tidak menjadi. Janganlah risau, jika nak masak sendiri di rumah, tidak susah pun.\nBaca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!\nMalah lagi puas hati. Kalau makan bersama nasi kerabu, memang nikmat. Nak cuba masak ? \nJom lihat resipi yang dikongsi oleh Cik Puan Suhasnida Ismail. Istimewa resipi ini dimasak menggunakan cara tradisional. Nanti bolehlah cuba. Kalau guna ayam pun boleh.\n\nRESIPI PERCIK IKAN KEMBUNG\n\nMehla kita buat percik ike kembung pulop, percik klate hok sedak sekali. Tak cayo cuba la try, baru tahu namboh nasi ke tidak. Tapi sengoti percik sedak sungguh,menu wojib bulan puasa,anak anak pun lalu makan nasi kalau ada percik, boleh guna untuk percik ikan atau percik ayam deh.\nBahan A: Perap Ikan\n\n8 ulas bawang putih\n3 batang serai\n1inchi halia\n1 tbsp cili kering kisar\n2 inchi kunyit hidup\nsedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap\n1tbsp garam\n1/2 tbsp jintan manis\nsecubit belacan (optional)\nAir\n\nBahan B: Bahan kuah\n\n8 biji bawang merah size 50sen\n2 ulas bawang putih\nsehiris halia\n1 tbsp ketumbar biji (sangai)\nsecubit belacan\n3 tbsp cili kering\n900ml santan pekat\n2 hiris asam limau/asam keping\n\n\nBahan C: Bahan Perasa\n\n2 tbsp garam bukit\n2 tbsp gula pasir\n2 tbsp gula kabung thai\n1 tsp serbuk perasa\n\n\n\nCara Penyediaan:\n\n1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam\n2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak\n3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk\n4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa\n5. Masak sampai mendidih & pekat\n6. Bakar ikan atau ayam sampai masak\n7. salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar.Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedapp\n8. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor stgh ay\u00e0m size 2kg.\n\n\n\n\n\nSelamat mencuba!\n\n\nBaca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/periuk-nasi-terbaik-2023/", "title": "Ini 6 Periuk Nasi Terbaik Di Pasaran Tahun 2023, Ada Pelbagai Saiz", "body": "\nMasak nasi memang senang tapi bila ada periuk nasi yang bagus kat rumah, kita boleh buat nasi yang lebih empuk dan sedap. \nWalaupun periuk nasi dengan satu butang dah cukup untuk ramai orang, ada juga yang lebih canggih dengan harga yang berpatutan. Jadi dalam senarai ini, kami pilih 10 Rice Cooker terbaik di Malaysia untuk tahun 2023, yang ada di Shopee dan Lazada.\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi Sebab Ada Kutu Beras Walaupun Tak Buka Lagi, Bukan Salah Periuk Nasi\nKalau korang nak jimat ruang kat dapur, mungkin lebih bagus kalau beli Pressure Cooker terus. Mahal sikit, tapi boleh masak lebih dari hanya nasi je.\nJangan risau, ini bukan artikel \u2018paid review\u2019 tau, jadi senarai di bawah ini memang antara yang menjadi pilihan ramai selepas melihat rating jujur dari pengguna di dalam talian.\nCiri-Ciri Yang Dipilih\nUntuk tahu lebih lanjut apa yang perlu kita cari dalam rice cooker, skrol ke bawah page untuk panduan beli periuk nasi automatik kami.\nLapisan Non Stick\nPeriuk nasi yang biasa selalunya bukan jenis nonstick, maksudnya tiada lapisan tidak melekat di permukaan bawah periuk. Lapisan nonstick boleh membuatkan pencucian lebih senang. Jadi kami pilih model rice cooker yang ada lapisan non stick.\nButang Preset\nButang preset menyenangkan proses memasak, tapi untuk kebanyakan orang, tak perlu pun. Jadi, sesetengah model kami pilih ada butang preset, tapi ada yang minimal saja dengan ada feature-feature lain. Banyak brand bagus juga ada fungsi steam walaupun tiada butang preset.\nSaiz & Kapasiti\nKebanyakan model kami pilih ada kapasiti antara 1.8L hingga 2L, cukup besar untuk 3-5 orang. Tapi ada yang lebih suka rice cooker mini. Jadi kami juga pilih satu rice cooker mini untuk korang consider.\nFeature Lain\nPaparan LED, Quick Cook, fungsi steamer & teknologi lain seperti 3D heating yang membantu membuat nasi lebih sedap & sekata, memang menyenangkan. Jadi model-model yang kami pilih ada ciri-ciri tambahan macam ni.\nJom kita tengok top 6 periuk nasi terbaik di pasaran untuk tahun 2023.\n\n1. Gaabor Multifunction Rice Cooker Steamer GR-S30B\n\nKelebihan: Kapasiti 1.2L, sesuai untuk keluarga sederhana 2 \u2013 4 orangPros: 6 Preset Menu masakan + fungsi steamer.\nKekurangan: Tiada\nSpesifikasi \u2013 Kapasiti 1.2L untuk 2- 4 orang | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: ada | Preset: ada | Power: 500W.\n\n2. Rice Cooker Digital Toshiba 5 RC-10DH1NMY\n\nKelebihan: Kapasiti 1.2L, sesuai untuk keluarga sederhana 2 \u2013 4 orangPros: 6 Preset Menu masakan + fungsi steamer.\nKekurangan: Mahal sedikit\nSpesifikasi \u2013 Kapasiti: 1.2L utk 2- 4 orang | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: ada | Preset: ada | Power: 500W.\n\n3. Rice Cooker Tefal RK7321\n\nKelebihan: 8 butang preset & Fuzzy Logic Technology untuk proses masakan lebih rata.\nKekurangan: Mahal sikit.\nSpesifikasi \u2013 Kapasiti: 1.8L utk 3- 5 orang | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: tiada | Preset: ada.\n\n4. Electrolux 1.8L Create 4 Rice Cooker E4RC1-350B\n\nKelebihan: Design lawa, fungsi steamer & datang sekali dengan aksesori.\nKekurangan: tiada timer, preset atau LED display.\nSpesifikasi \u2013 Kapasiti: 1.8L utk 3- 5 orang | Non-stick: ada | Timer: tiada | LED Display: tiada | Preset: tiada | Power: 770W.\n\n5. Rice Cooker Philips HD3129/60\n\nKelebihan: Harga bajet utk 2L, Smart 3D heating & pemanasan haba sekata.\nKekurangan: tiada timer, preset atau LED display.\nSpesifikasi \u2013 Kapasiti: 2L utk lebih 5 orang | Non-stick: ada | Timer: tiada | LED Display: tiada | Preset: tiada | Power: 400W.\n\n6. Rice Cooker Tefal RK5001\n\nKelebihan: 0.7L, kecil & kompak, 11 fungsi masakan & proses masakan lebih rata.\nKekurangan: mahal sikit.\nSpesifikasi \u2013 Kapasiti: 0.7L | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: ada | Preset: ada | Power: 420W.\n\nCara Guna Rice Cooker Dengan Betul\nLangkah 1: Bilas beras untuk mengeluarkan lebihan kanji sehingga airnya jernih. Memasak nasi yang tidak dibilas boleh menyebabkan periuk terlebih mendidih.\nLangkah 2: Letakkan nasi dalam periuk dan tambah air dalam nisbah 1:1 (1 cawan beras, 1 cawan air).\nLangkah 3: Tutup penutup dan tekan butang untuk \u2018turn on\u2019 periuk. Banyak model dilengkapi dengan lampu untuk menunjukkan apabila ia mendidih.\nLangkah 4: Apabila nasi selesai dimasak, perkakas akan bertukar kepada tetapan \u2018keep warm\u2019. Gunakan paddle plastik atau kayu supaya lapisan non-stick tak bercalar.\nLangkah 5: Bersihkan serta-merta selepas digunakan dan matikan sumber kuasa periuk nasi.\n"} {"url": "https://myresipi.com/perkakas-dapur-murah-viral/", "title": "Jangan Terikut \u2018Trend\u2019 Beli Perkakas Dapur Murah & Viral, Bahaya! Ini Kesan Buruknya", "body": "\nTrend yang menjadi kegilaan sekarang ialah apabila keluarnya perkakas dapur yang cantik dan murah dijual di pasaran. Tumbuh bak cendawan, boleh rambang mata dibuatnya.\nKadang beli tak ada kepentingan pun, tapi sebab cantik. Dalam hal ini, pengguna perlu lebih peka tentang bahan asas yang digunakan.\nBaca juga: 36 Barang Dapur \u2018Wajib\u2019 Ada Untuk Stok Sebulan, Boleh Berjimat Guna Cara Ini\nMenurut seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim, komponen perkakas yang bercampur dengan komponen makanan berpotensi menghasilkan tindak balas kimia.\nBerikut antara perkongsiannya.\n\nKOMPILASI SOAL JAWAB PERKAKAS DAPUR\n\nMengapakah set perkakas viral bahaya digunakan?\nSesetengah orang tidak kisah, asalkan cantik, murah dan mudah digunakan. Kerana ada potensi tindak balas kimia antara komponen perkakas itu dengan komponen makanan kita. Terutamanya makanan yang panas, berminyak dan bersifat asidik (atau masam).\nAda yang mungkin kurang faham tentang penggunaan kuali non-stick \u2013 selamatkah kuali non-stick digunakan jika terdapat calar?\nSelamat. Cuma fungsi non-stick nya akan berkurangan dan mungkin lebih melekatkan makanan pada bahagian yang calar. Selaput non-stick ini diperbuat daripada bahan kimia polimer yang dikenali dengan polytetrafluoroethylene (PTFE). \nIa adalah molekul yang besar, tiada tindak balas kimia dalam sistem penghadaman yang mampu menguraikannya. Maka badan tidak akan serap dan hanya dibuang bersama dengan najis.\nAda juga yang mengaitkan selaput ini dengan kanser. Sebenarnya bahan kimia yang dimaksudkan ialah perfluorooctanoic acid (PFOA) yang digunakan dalam pembuatan selaput ini. Namun hasil rawatan suhu akhir terhadap selaput non-stick ini memastikan bahan kimia PFOA ini telah termusnah dek haba.\nIsu PFOA adalah lebih kepada keselamatan pekerja dalam industri ini yang terdedah secara terus dan bukan di dalam non-stick layer ini. Atas desakan, maka, sejak tahun 2015 ia tidak lagi digunakan dalam pembuatan selaput non-stick.\nSelain daripada selaput PTFE, terdapat juga pilihan peralatan memasak non-stick lain seperti seramik, enamel, silicon dan graniteware (porcelain enamel).\nPaling penting ambil tahu penjagaan peralatan memasak non-stick:\n\nElakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi panas (walaupun bunyi tindak balas pindaan haba ini \u2018sedap\u2019 didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.\nElakkan mencuci di dalam dish washer atau menggunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ia akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.\nCuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!\n\nApakah kandungan yang terdapat dalam pinggan mangkuk bercorak viral yang menyebabkan ia bahaya untuk digunakan?\n\nPinggan mangkuk bercorak dan berwarna-warni ini dikaitkan dengan bahan kimia plumbum (a.k.a lead). Ia digunakan pada perkakasan seramik sebagai hiasan (pewarna terang) dan selaput lutsinar supaya pinggan nampak cantik. Bahan kimia ini ada potensi leak jika dimasukkan makanan panas, makanan disimpan lama atau makanan berasid (yang masam).\n\nCara Betul Bersihkan Kuali dan Papan Pemotong\nBagi yang sudah scrub, boleh bentuk semula selaput ini dengan merebus air kosong beberapa kali dalam bekas memasak ini sehingga lingkaran terbentuk di dalam.\nPapan pemotong boleh dibersihkan dengan larutan peluntur (Clorox). Namun berhati-hati semasa pengendalian. Pastikan pengudaraan baik (tempat terbuka atau ada tingkap) agar gas klorin yang terhasil tidak mengurangkan kualiti udara disekeliling kita. Ada yang risau saki baki cecair peluntur tertinggal pada papan pemotong.\nPastikan cuci, bahan kimia aktif dalam cecair peluntur Clorox ini mudah larut air dan meruap. Cara untuk pastikan kesemua cecair peluntur telah tiada pada permukaan papan pemotong ialah tiada lagi bau klorin yang dapat dihidu.\n\nTips dalam memilih perkakas dapur yang diyakini kualitinya?\nPilih daripada pengeluar, pengedar dan penjual yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Gunakan peralatan ini dengan cara betul sesuai dengan tujuan dan fungsinya. \nJangan jadi terlalu kreatif contoh plastik yang digunakan untuk tahan suhu rendah dijadikan bekas memasak lemang pula. Selebihnya bergantung kepada keperluan, tujuan dan kemampuan poket masing-masing.\nSesetengah orang tidak mengetahui kesan atas penggunaan perkakas dapur dan membelinya atas sebab cantik dan murah \u2013 bagaimana cara untuk mendidik golongan ini supaya selidik terlebih dahulu bahan perkakas.\nRajinkan membaca dan mengambil tahu tentang perkakas dapur ini. Jangan ikut trend viral saja. Ini adalah benda yang penting kerana segala masakan akan masuk dalam badan kita, anak-anak. Dan makan itu adalah asas kepada pembentukan badan dan minda yang sihat.\n\nSumber: Dr Fatimah Salim\n"} {"url": "https://myresipi.com/pernah-tak-makan-lasagna-terung-teringin-nak-rasa-jom-cuba-resepi-mudah-ini/", "title": "Pernah Tak Makan Lasagna Terung? Teringin Nak Rasa? Jom Cuba Resepi Mudah Ini!", "body": "Kebiasannya proses memasak lasagna akan diselang-selikan bersama kepingan pasta. Tapi, kali ini kita masak lasagna bersama terung. Sesiapa yang makan Lasagna Terung ini pasti akan jatuh cinta buat kali pertama anda menikmatinya. Syahr Musafir telah kongsikan resepi Lasagna Terung ini di laman Facebooknya.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANBarat\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n10 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nLASAGNA TERUNGKebiasannya proses memasak lasagna akan diselang-selikan bersama kepingan pasta. Tapi, kali ini kita masak lasagna bersama terung. Sesiapa yang makan Lasagna Terung ini pasti akan jatuh cinta buat kali pertama anda menikmatinya. Syahr Musafir telah kongsikan resepi Lasagna Terung ini di laman Facebooknya.\nBAHAN-BAHAN LASAGNA TERUNG\n2 Biji terung panjang\n\nSecubit garam\n\n1 Bawang besar dipotong dadu\n\nDaging Cincang\n\nPuri tomato\n\nGula secukup rasa\n\nMixed herbs\n\nKeju keping\n\nKeju cheddar\nCARA PENYEDIAAN\nBersihkan terung, keringkan dan potong sekeping-sekeping.\n\nSusun pada loyang dan taburkan sedikit garam. Masukkan dalam oven 160C selama 8 minit.\n\nSementara terung dalam oven. Sediakan sos dagingnya.\n\nPanaskan air dalam kuali, masukkan bawang dan daging cincang. Rebus hingga masak.\n\nApabila air daging mulai kering, masukkan puri tomato.\n\nMasak sehingga pecah minyak. Maukkan gula, garam dan mixed herbs secukup rasa.\n\nMasukkan sedikit sos daging ke loyang lasagna.\n\nSusun terung bakar sebagai lapisan pertama.\n\nLetakkan sos daging lapisan pertama.\n\nLetakkan cheese keping di atas sos daging.\n\nUlang letak terung, sos daging dan cheese keping sehingga bekas memenuhi loyang lasagna.\n\nSelesar tabur kepingan cheese dan cheese cheddar.\u00a0Sedia di bakar 160C\u00a0 selama 30 minit.\nTIPSJika anda sukakan selera Melayu, boleh gantikan puri tomato dengan sambal atau lada kering kisar.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/pertama-kali-makan-sushi-ramai-yang-boleh-relate/", "title": "Pertama Kali Makan Sushi, Ramai Yang Boleh \u2018Relate\u2019 Lihat Reaksi Lelaki Ini", "body": "\nSushi merupakan salah satu makanan tradisi negara Jepun yang kini makin terkenal di serata dunia termasuk Malaysia. Sushi diperbuat daripada nasi yang dicampur dengan cuka, rumpah laut dan makanan laut (mentah/dimasak), kemudian dimakan bersama wasabi serta kicap cair.\nNamun, tidak semua orang boleh menerima hidangan ini lagi-lagi jika sushi salmon kerana salmon tersebut mentah. Seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini.\nMenerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @heynieee, yang berkongsikan pengalaman seorang lelaki yang pertama kali merasai sushi. Dia kelihatan termenung jauh serta sedang menahan dirinya dari termuntah.\nDia juga dilihat sedang mengunyah dalam keadaan terpaksa yang jelas bahawa makanan tersebut tidak menepati selera tekaknya.\n\n\u201cMak saya cakap, kalau nak muntah tengok benda hijau..\u201d\nApa yang lebih melucukan, dia sempat berseloroh melihat pemandangan hijau boleh menghilangkan rasa loya.\n\nRamai yang boleh\u00a0relate\u00a0dengan reaksinya\nMenerjah ke ruangan komen, ramai netizen yang boleh\u00a0relate dengan reaksi lelaki tersebut yang turut bersetuju makanan tersebut tidak \u2018kena\u2019 dengan tekak melayu dan hampir termuntah bila mencubanya.\n\n\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @heyynieee_\nFirst time makan sushiii \ud83e\udd23 #fyp#foryourpage#justforfun\n \u266c original sound \u2013 haniiii \ud83c\udf52 \u2013 haniiii \ud83c\udf52 \n\n \nSumber: TikTok @heyynieee_\n"} {"url": "https://myresipi.com/pertama-kali-nak-beli-barang-dapur-online-ikut-cara-ni-kalau-nak-lagi-jimat/", "title": "Pertama Kali Nak Beli Barang Dapur \u2018Online\u2019? Ikut Cara Ni Kalau Nak Lagi Jimat", "body": "\nZaman sekarang ni, orang ramai lebih suka beli barang secara atas talian atau\u00a0online\u00a0daripada cari di kedai. Tak kira barang dapur, pakaian ataupun kelengkapan rumah. Beli barang\u00a0online\u00a0ini ada beberapa kelebihan antaranya:\n\nJauh lebih mudah. Tak perlu keluar rumah untuk pergi ke kedai. Duit minyak pun jimat!\nTidak perlu menunggu lama untuk membuat pembayaran.\nTak perlu bersesak dengan orang ramai. Beli\u00a0online\u00a0sambil baring atau makan kat rumah je.\nKemudahan pembayaran tanpa tunai (cashless)\nTidak membazir tenaga untuk keluar ke pasar raya.\n\nTips Beli Barang Dapur \u2018Online\u2019 Kalau Nak Jimat\nSekarang ini sudah ada banyak aplikasi beli barang dapur\u00a0online serta barang keperluan harian yang terus dihantar sampai ke rumah. Apa salahnya sekali sekala guna aplikasi ini kalau malas nak keluar ke pasar raya kan?\nNamun, tidak dinafikan beli online\u00a0ni \u2018sedikit\u2019 mahal dari beli secara fizikal. Haa, ini tips nak lagi jimat kalau belanja\u00a0online. Boleh dapat lagi murah dari beli kat kedai tau!\n1. BERBELANJA MENGIKUT BAJET\nSebelum berbelanja, pastikan jumlah bajet cukup dan barangan tersebut mestilah di bawah bajet yang ditetapkan.\n2. BANDINGKAN HARGA\nDalam berbelanja,\u00a0survey\u00a0dulu harga barang dapur tersebut dengan harga yang selalu kita beli di kedai. Kalau mahal seringgit dua kira okay\u00a0lagi.\n3. BERBELANJA SEMASA SALE\nBila ada\u00a0sale\u00a0kaw kaw yang jimat habis, boleh belanja lebih dan dalam masa yang sama boleh jimat dan berbaloi untuk kita semua.\nBiasanya\u00a0sale\u00a0ni akan ada pada musim perayaan atau sambutan hari-hari tertentu.\n4. GUNAKAN KUPON/VOUCHER DISKAUN\nOkay, tips terakhir jimat berbelanja adalah dengan menggunakan kupon/voucher diskaun semasa belanja\u00a0online sebelum\u00a0checkout.\u00a0\nRamai tak tahu sebenarnya dengan menggunakan kupon boleh jimat duit belanja walaupun sikit.\u00a0 Sekurang-kurangnya masih ada baki yang boleh digunakan untuk tujuan lain, betul tak?\n\nLepas ni, membeli barang dapur\u00a0online akan jadi lebih menyeronokkan bila dah tahu cara yang lebih jimat. Jadilah pengguna yang bijak semasa membeli. Selagi boleh jimat, kita jimat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/pertandingan-memasak-terbesar/", "title": "Malaysia Catat Rekod Anjur Pertandingan Memasak Terbesar Dalam Guinness World Record", "body": "\nBaru-baru ini Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA) telah mencatat rekod dalam Guiness World Records iaitu Malaysia Culinary World Cup 2023 apabila berjaya mengadakan pertandingan memasak secara serentak terbesar di dunia.\nPertandingan terbesar itu melibatkan 731 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari Maghribi, Arab Saudi dan Mesir yang berlangsung selama tiga hari iaitu dari 21 Februari hingga 23 Februari di World Trade Centre Kuala Lumpur.\nRekod dunia itu dipecahkan secara rasmi apabila John Garland, pengadil rasmi Guinness World Record menyampaikan sijil kepada Chef Arthur Lim, Pengerusi Penganjur dan Presiden MBCA.\nBaca juga: Dapur Tempur, Program Lawan Masak Terbaru Di TV9!\nMajlis tersebut juga disaksikan oleh Sulaiman Suip, Timbalan Kanan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Pelancongan Malaysia.\nSumber: Facebook\nPengumuman rekod dunia itu juga mengakhiri pertandingan tiga hari yang disambut baik lebih daripada 3,500 pengunjung.\nSalah satu acara kemuncak pertandingan tersebut adalah cabaran \u2018kotak misteri\u2019, Kotak Hitam Makanan Warisan Malaysia di mana ia merupakan cabaran kategori terbuka yang layak untuk disertai oleh chef profesional dan bercita-cita tinggi dari hotel, akademi masakan, dan kolej. Kategori ini memerlukan setiap peserta mencipta dan mempersembahkan menu gourmet yang unik.\nSembilan kategori utama pertandingan dan 62 subkategori yang dinilai berdasarkan pelbagai aspek seperti inovasi, rasa, kebersihan, Mise-En-Place (kesediaan sebelum memasak dari segi bahan dan peralatan) dan teknik.\nSemasa majlis pengumuman rekod dunia itu, MBCA turut mendedahkan bahawa pertandingan itu akan menjadi acara setiap tahun untuk menyerlahkan adegan masakan global sambil mencipta kelestarian prospek ekonomi bagi syarikat industri makanan tempatan dan antarabangsa.\n\nWow! Tahniah diucapkan! Bukan senang nak masuk rekod dunia. Terbaik!\n"} {"url": "https://myresipi.com/perut-asyik-kembung-ikuti-tips-pemakanan-ini-untuk-mengatasinya/", "title": "Perut Asyik Kembung? Ikuti Tips Pemakanan Ini Untuk Mengatasinya", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-11 07:27:17\n\n\nMasalah kembung perut ini terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin yang berlebihan. Puncanya terhasil bila seseorang yang menelan makanan bersama air liur. Inilah yang menimbulkan rasa tidak selesa pada perut dan juga seluruh badan. Seseorang individu juga mungkin mengalami kesukaran untuk bernafas, duduk dan bergerak. Kebiasaannya masalah ini berpunca dari pemakanan yang salah. Namun,\u00a0 anda tidak perlu risau kerana masalah kembung perut tidak akan mendatangkan masalah kesihatan yang serius dan masih boleh diatasi dengan beberapa cara. Oleh itu, ikuti beberapa petua bermanfaat ini yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.\n\nKredit: The Malaya Post\n\u00a0\n1. Kurangkan makanan yang berangin\n\nKredit: Daily Makan\nMengelakkan daripada memakan makanan yang berangin dapat membantu mengurangkan risiko perut kembung kepada seseorang. Ini sangat digalakkan khususnya kepada jenis orang yang sememangnya \u2018berangin\u2019. Antara makanan yang dikategorikan sebagai berangin adalah seperti kekacang, brokoli, kobis, dan juga asparagus. Makanan yang diproses berkali-kali seperti mi, bihun dan kuey tiau juga menyebabkan badan berangin. Oleh itu, cuba untuk kurangkan memakan makanan tersebut. Selain makanan, elakkan juga meminum air yang berkafein seperti kopi dan teh. \n\u00a0\n2. Minum air halia\n\nKredit: Mstar\n\u00a0\nHalia dikenali sebagai salah satu dari petua tradisional yang terbaik untuk melegakan perut kembung. Remedi semula jadi ini memang sudah selalu digunakan sejak turun temurun. Secara khususnya, meminum air halia dapat merawat rasa mual akibat masalah perut kembung. Tambahan lagi, halia ini sifatnya adalah anti-radang, menjadikannya mudah untuk membantu mengembangkan saluran penghadaman dalam perut.\n\u00a0\n3. Kurangkan makanan yang sukar dihadam\n\nKredit: Damai Jiwa\u00a0\n\u00a0\nMemakan makanan yang jenis sukar dihadam juga menjadi punca kepada masalah perut kembung. Sebagai contoh, bawang, cendawan dan kacang badam. Seperti bawang, kita sukar untuk elak dari memakannya kerana ia adalah bahan asas dalam masakan. Oleh itu, cara yang lebih baik ialah dengan mengurangkan kuantiti makanan ini supaya perut kita dalam keadaan terkawal.\n\u00a0\n4. Elakkan minuman berkarbonat\n\nKredit: First Cry Parenting\n\u00a0\nSeperti yang kita sedia tahu, air-air berkarbonat ini mengandungi kadar gas yang banyak dan gula yang tinggi. Elemen-elemen ini merupakan penyebab kepada masalah perut kembung dan menyebabkan badan berasa kurang selesa. Bagi anda yang memang sudah terbiasa meminum air berkarbonat ini, anda boleh cuba untuk mengurangkannya dengan menggantikan kepada air kosong sedikit demi sedikit. Ini kerana air kosong mempunyai banyak khasiat untuk badan kita. Lama kelamaan anda akan terbiasa meminum air kosong berbanding air berkarbonat sekali gus dapat mengelakkan masalah perut kembung.\n\u00a0\n5. Kurangkan pengambilan garam\n\nKredit: Mashed\n\u00a0\nTips ini mungkin agak sukar untuk diikuti kerana kebanyakan makanan di Malaysia mempunyai kadar garam sendiri untuk memastikan rasanya enak dan lazat. Ini termasuklah makanan-makanan ringan yang kita sering beli di kedai-kedai runcit. Bagi mengurangkan rasa kembung perut, anda perlu lah mengambil berat tentang pengambilan garam dalam makanan anda. Untuk masakan, anda boleh menggantikan garam biasa kepada garam bukit kerana ianya lebih baik untuk kesihatan anda. Manakala bagi para penggemar makanan ringan, cuba untuk memilih makanan yang kurang masin. \n\u00a0\nDalam hal kesihatan, kita perlu lah berhati-hati dalam memilih makanan supaya dapat mengelakkan masalah dalaman berlaku. Cuba amalkan tips-tips ini sekiranya anda mengalami perut kembung. Semoga bermanfaat buat semua dan selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/pes-kurma-homemade/", "title": "Buat Sendiri Pes Kurma Di Rumah, Campurkan Dengan Susu Bila Nak Minum", "body": "\nJika anda seorang yang tidak suka bersahur dengan makanan berat, boleh cuba buat\u00a0pes kurma homemade ini atau boleh dijadikan minuman tambahan ketika bersahur.\nBila hendak diminum, campurkan pes bersama susu dan boleh terus diminum. Cara penyediaannya nampak mudah tapi minuman ini boleh membuatkan perut anda kenyang dan bertahan sehingga waktu berbuka.\nKemanisan pes ini bergantung pada jenis kurma yang dipilih. Jika kurma tersebut manis, maka manislah minuman anda nanti. Jom cuba menggunakan resipi hasil perkongsian dari Azie Surip di bawah.\nBaca juga: Cara Buat Air Nabeez, Minuman Kegemaran Rasulullah Yang Banyak Khasiatnya\nRESIPI PES KURMA HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\nKurma\nAir\n\nCara-cara:\n1. Pilih kurma kegemaran anda. Rendam di dalam air bersuhu bilik atau boleh menggunakan air panas supaya cepat lembut.\n2. Bila kurma dah lembut, buang biji di dalamnya.\n3. Kisar kurma yang sudah dibuang biji tadi dengan air secukupnya sehingga menjadi seperti dalam gambar di bawah.\n\n4. Bila hendak diminum, ambil 1/2 sudu besar pes dan gaulkan ke dalam 1 gelas susu. Boleh guna susu pilihan anda seperti fresh milk, low fat milk, full cream milk, almond milk dan sebagainya.\n\n5. Selamat mencuba!\nKredit: Azie Surip\nBaca juga: Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu\n"} {"url": "https://myresipi.com/pesakit-tiroid-wajib-elak-4-jenis-makanan-ini/", "title": "Jangan Ambil Mudah, Pesakit Tiroid \u2018Wajib\u2019 Elak 4 Jenis Makanan Ini Supaya Tak Melarat", "body": "\nTiroid merupakan salah satu penyakit yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini adalah masalah di mana berlakunya ketidakseimbangan hormon tiroid dalam tubuh badan manusia.\nTanda-tanda umum bagi mereka yang ada tiroid ini adalah mengalami benjolan ketiak, bengkak di leher dan tanda yang paling kerap dialami oleh pesakit ini adalah gugup (ketar-ketar jika gementar).\nUntuk mengelakkan penyakit tiroid ini semakin melarat, ada empat jenis makanan yang perlu dielak dan tidak sepatutnya diambil oleh mereka.\nUntuk ketahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian laman kesihatan Hello Doktor\u00a0di bawah.\n\n\nPantang larang pemakanan untuk pesakit tiroid\nAda beberapa jenis makanan untuk pesakit tiroid yang perlu dielakkan.\nWalaupun makanan ini berada dalam kategori sihat dan selamat, ada beberapa bahan yang terkandung di dalamnya yang boleh menyebabkan masalah tiroid pesakit menjadi semakin teruk.\n\n\nTetapi, pesakit tiroid masih boleh makan makanan di bawah, namun ia perlulah diambil secara bersederhana.\n\n\n\n1. Makanan yang mengandungi soya\n\nSoya merupakan makanan utama yang sudah lama menjadi \u2018musuh ketat\u2019 pesakit tiroid.\nDi dalam soya termasuklah makanan seperti tempe, edamame, tofu dan miso, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai isoflavones.\nPakar berpendapat isoflavones boleh meningkatkan risiko hipertiroidisme. Walau bagaimanapun, satu kajian yang dimuatkan di dalam Scientific Reports pada tahun 2009 menyatakan sebaliknya.\nMalah, mereka tidak menemui sebarang kaitan antara soya dan juga tahap hormon dalam badan. Namun, ada kajian lain yang menunjukkan soya mungkin dapat mengurangkan keberkesanan ubat tiroid.\nOleh sebab itu, pesakit yang menghidap hipertiroidisme perlulah merujuk doktor masing-masing sebelum mengambil makanan yang mengandungi soya.\n2. Sayuran seperti brokoli dan kubis\n\nTidak dinafikan, brokoli dan kubis amat berkhasiat dan dipenuhi pelbagai nutrisi. Bukan itu sahaja, sayuran ini juga kaya dengan serat. Malah, pengambilannya amat digalakkan oleh pakar.\nNamun, berbeza pula dengan pesakit tiroid. Sayuran ini mungkin akan mengganggu penghasilan hormon tiroid lebih-lebih lagi jika pesakit mempunyai kekurangan iodin.\nTetapi, menurut Mayo Clinic, impak ini mungkin tidak seberapa jika anda kurang makan sayur. Malah, untuk mempengaruhi penyerapan iodin badan, seseorang itu perlu makan sayur dalam kuantiti yang sangat banyak.\nJika anda didiagnosis dengan hipotiroidisme dan kekurangan iodin, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuatkan sayuran ini kurang berbahaya.\nSebagai contoh, anda boleh memasak sayur-sayuran ini terlebih dahulu dan mengehadkan pengambilannya sebanyak 5 auns sehari supaya ia tidak akan menjejaskan fungsi tiroid.\n3. Pesakit tiroid perlu elakkan gluten dalam roti\n\nIndividu yang menghidap hipotirodisme mungkin perlu mengurangkan pengambilan gluten, sejenis protein yang dijumpai dalam makanan diproses seperti gandum, barli dan bijirin lain.\nSelain itu, jika anda mempunyai penyakit seliak, gluten juga didapati dapat membuatkan usus kecil mengalami keradangan. Kondisi ini akan mengehadkan keberkesanan ubat tiroid.\nWalau bagaimanapun, belum ada bukti yang kukuh untuk menyokong diet bebas gluten dapat merawat masalah tiroid.\nNamun, dapatan kajian pada tahun 2019 dalam jurnal Experimental and Clinical Endocrinology & Diabetes pula menunjukkan sebaliknya.\nMalah, mengurangkan pengambilan gluten mungkin bermanfaat untuk wanita yang mempunyai penyakit tiroid.\n4. Makanan berlemak dan bergula\n\nMakanan berlemak sudah lama terbukti dapat mengganggu penyerapan ubat penggantian hormon tiroid. Dalam masa yang sama, kelenjar tiroid juga akan dihalang daripada menghasilkan sebarang hormon.\nOleh sebab itu, lemak adalah antara pemakanan untuk pesakit tiroid perlu elakkan, terutamanya mentega, marjerin, dan lemak pada daging haiwan.\nSelain itu, pakar juga menggalakkan agar pesakit tiroid mengurangkan gula dalam makanan.\nBukan sahaja ia mengandungi banyak kalori dengan 0 nutrisi, makanan bergula juga boleh menyebabkan metabolisme badan menjadi perlahan.\n\n\nJadi, hindari pengambilan makanan berlemak dan bergula untuk elak simptom penyakit tiroid menjadi lebih teruk!\n\n\n\n\n\n\nSumber: Hello Doktor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/pesan-ice-water-untuk-jimatkan-duit-terkejut-tengok-pesanan-yang-datang/", "title": "Pesan \u2018Ice Water\u2019 Untuk Jimatkan Duit, Terkejut Tengok Pesanan Yang Datang", "body": "\nUntuk yang ingin berjimat atau tak gemar minuman manis, mesti selalu pesan \u2018ice water\u2019 atau air kosong kan? Kebanyakan kedai atau restoran hanya cas kadar yang minimum untuk air tersebut.\nVideo yang dimuat naik oleh sakakeliwon ini telah membuat netizen terhibur dan terkejut dengan air yang datang itu.\nApa Yang Sampai Ke Meja Beliau Sangat Mengejutkan Warganet\nApabila pesanannya sampai, apa yang dihidangkan adalah air dalam botol yang sangat besar. Hasrat untuk berjimat pada hari itu telah musnah oleh sebab air yang dipesan itu.\nRamai warganet yang terkejut bahkan ada juga yang mengatakan serba salah untuk minum air itu.\n\u201cIngat kita dah pandai, rupanya kedai lagi pandai twist\u201d\n\n\u201cSedap air ni..\u201d\n\nBaca juga:\nMakan Nasi Campur Dengan Maggi, Video Ini Raih Simpati Warganet\n"} {"url": "https://myresipi.com/peserta-dapur-tempur-terhidang-bekas-kotor/", "title": "Episod Kedua Makin Panas! Kali Ni Peserta Dapur Tempur Terhidang Bekas \u2018Kotor\u2019 Dekat Juri?", "body": "\nEpisod kedua Dapur Tempur minggu ini menampilkan empat pasangan lain yang akan berentap dalam dua cabaran iaitu tema kelapa dan resipi turun temurun.\nEmpat pasangan keluarga yang akan bertempur minggu ini ialah;\n1. Seketul Rasa \u2013 Pasangan kakak adik (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin, 32)\n2. AA \u2013 Pasangan biras (Rahayu Jani, 48 & Mariani Mustafa, 45)\n3. Masam Manis \u2013 Pasangan suami isteri (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 & Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31).\n4. Zest \u2013 Pasangan abang adik (Mohd Hafzy Mohd Yusof Senusi, 45 & Norhaiza Mohd Yusof Senusi, 36)\nUntuk ke peringkat seterusnya, kesemua pasangan ini harus menyajikan makanan secara kreatif dan sedap namun dengar cerita ada sesuatu yang terjadi?\nHidang bekas kotor dekat juri?\n\nUntuk episod kedua Dapur Tempur, selebriti popular Ayda Jebat diberi tugas sebagai juri jemputan bagi menilai masakan pasangan bertanding. Namun pada sesi penilaian, salah satu pasangan dikatakan telah menghidang bekas yang didakwa kurang bersih kepada para juri. Betul ke kurang bersih? Ke comot sebab terkena masakan?\nArtikel berkaitan: \u2018Not My Level\u2019- Baru Episod 1, Sheila Rusly Dah \u2018Naik Angin\u2019 Dengan Masakan Peserta Dapur Tempur?\nMemang silap besarlah! Sheila Rusly selaku juri tetap telah membangkitkan isu kebersihan dan katanya \u2018geli\u2019 hendak makan namun kerana tanggungjawab, terpaksa juga telan sesudu?\nAik? Saspen betul ni. Agak-agak pasangan yang mana hidangkan bekas \u2018kotor\u2019 dekat para juri? Dekat cabaran yang mana? Jangan lupa untuk tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9. \u00a0Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.\n\nJuara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.\nPemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.\n#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy\n"} {"url": "https://myresipi.com/peserta-dapur-tempur-terkedu-tiba-tiba-kena-paksa-rela-tukar-bakul-bahan-masak-dengan-meja-sebelah/", "title": "Peserta Dapur Tempur Terkedu, Tiba-Tiba Kena Paksa Rela Tukar \u2018Bakul Bahan Masak\u2019 Dengan Meja Sebelah", "body": "\nDapur Tempur\u00a0minggu ketiga bakal menemukan kembali pasukan di episod pertama antara 9 siblings, Selerak Selegho, Sudap Sudip dan Pendekar Malaya.\nEmpat pasangan ini akan berentap dalam dua cabaran iaitu hidangan negeri berasaskan daging dan hidangan berasaskan ubi.\nArtikel berkaitan:\u00a0\u2018Not My Level\u2019- Baru Episod 1, Sheila Rusly Dah \u2018Naik Angin\u2019 Dengan Masakan Peserta Dapur Tempur?\n\nArtikel berkaitan:\u00a0Episod Kedua Makin Panas! Kali Ni Peserta Dapur Tempur Terhidang Bekas \u2018Kotor\u2019 Dekat Juri?\nPeserta terkejut dengan cabaran minggu ini\nPada salah satu cabaran, peserta diminta untuk menukar bahan masakan yang diambil dengan peserta meja sebelah.\nAlamak, dalam fikiran nak masak menu lain, tiba-tiba dapat \u2018bahan masakan\u2019 lain. Berjayakah mereka menyahut cabaran tersebut dalam menghasilkan hidangan negeri berasaskan daging?\nKatanya juga salah satu pasangan mendapat bakul peserta lain yang tidak mempunyai bahan utama iaitu daging. Haa sudah, macam mana mereka nak masak tu?\n\nUntuk episod ketiga Dapur Tempur, selebriti popular Afifah dijemput sebagai juri jemputan disamping juri tetap bagi menilai masakan peserta.\nDapatkah para peserta menyiapkan tugasan yang diberi? Pasangan manakah yang bakal tersingkir? Jangan lupa tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9.\n\n\nDapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di\u00a0Myresipi.com\u00a0selaku rakan digital rasmi.\nJuara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.\nPemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.\n#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/petai-berlada-ikan-bilis/", "title": "Petai Berlada Ikan Bilis Paling Simple, Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!", "body": "\nAda tak yang rasa-rasa nak makan petai berlada ikan bilis? Kalau ada, apa kata korang follow resepi yang paling simple dan sedap di sini.\nSeperti yang kita tahu, petai ni banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita. Antaranya adalah menambah stamina, meningkatkan daya tahan tubuh, mengelakkan diri dari depresi, stroke dan anemia, tekanan darah tinggi, melancarkan pencernaan dan untuk kesihatan jantung.\nDalam penyediaan petai berlada ni, korang boleh adjust tahap penggunaan cili ikut citarasa masing-masing.\nBaca juga: Cara Simpan Petai Tahan Berbulan-Bulan, Rasa Pun Tak Berubah\nKalau nak lagi pedas, boleh tambah lagi jumlah cili masa nak kisar tu. Seeloknya campur cili padi dan cili merah. Tumbuk kasar atau kisar guna chopper. Teksturnya akan lebih cantik.\nResipi ini telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Suriani Mohd. Simple dan nampak sedap walaupun dari gambar.\nMakan lauk ni dah cukup dengan ikan goreng dan telur mata. Makan lauk pedas-pedas barulah syok kan.\nPenggemar makanan pedas wajib cuba petai belodo ni. Memang tak rugi makan walaupun dengan nasi putih. Sedap weh! Patutlah ramai yang share. Mesti nak cuba kat rumah kan.\n\nResipi Petai Berlada Ikan Bilis\n\nBahan-bahan:\n\n4 papan Petai\n200g Ikan bilis\nCili api\n4-5 biji Bawang merah\n\nCara memasak:\n1. Tumbuk kasar semua bahan di atas.\n2. Tumis ke semua bahan-bahan hingga pecah minyak.\n3. Last sekali, masukkan secukup rasa dan gaul-gaul petai.\n4. Akhir sekali, terus angkat masuk bekas. Jangan terlalu lama petai tu. Tak syok nak makan nanti.\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Telur Dadar Cha Om (Pucuk Petai) Ala Thai, Menu Sahur Ringkas Guna 4 Bahan Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-atasi-sembelit-secara-semula-jadi/", "title": "Sukar \u2018Membuang\u2019? Ini Petua Atasi Sembelit Secara Semula Jadi Tanpa Guna Ubat", "body": "\nSembelit adalah keadaan di mana seseorang sukar membuang air besar kerana terdapat kekotoran yang tersumbat pada bahagian usus.\nPemgambilan makanan yang berserat tinggi seperti sayur dan buah-buah adalah salah satu cara yang berkesan bagi mengatasi sembelit secara semula jadi.\nSelain itu, banyak lagi cara lain yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah sembelit ini. Jom sama-sama baca info di bawah.\nPETUA SEMULA JADI ATASI SEMBELIT\n1. Ambil 2 ataupun 4 gelas air kosong dalam sehari. Kecuali jika doktor menasihati anda untuk mengurangkan pengambilan air disebabkan penyakit lain.\n\n2. Bersenam pada kebanyakkan hari. Ini akan menyebabkan otot di bahagian usus menjadi lebih kuat.\n\n3. Kurangkan pengambilan hasil produk tenusu kerana ia akan meningkatkan risiko sembelit.\n\n4. Tingkatkan pengambilan serat seperti sayur dan buah-buahan.\n\n5. Elakkan pengambilan kopi dan teh kerana ia akan menyebabkan penghasilan air kencing yang lebih banyak dan ini akan menjadikan najis lebih keras.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-beras-cepat-hancur-jadi-bubur-nasi/", "title": "Petua Beras Cepat Hancur Jadi Bubur Nasi, Mudah Kerja Tak Tunggu Lama", "body": "\nPetua beras cepat hancur jadi bubur nasi ini sesuai dalam membantu ibu-ibu menyediakan bubur nasi untuk bayi atau untuk sarapan pagi seisi keluarga.\nKalau tak ikut petua ini, memang akan ambil masa lama supaya nasi jadi lembut. Silap haribulan anak-anak menangis kelaparan bila ibu \u2018terlambat\u2019 untuk masak.\nDiharapkan dengan petua yang dikongsikan oleh Naomy Chow ini dapat memudahkan kerja para ibu dalam menyediakan hidangan untuk seisi keluarga.\nPetua Supaya Beras Cepat Hancur Jadi Bubur\n\nLangkah 1\nCuci beras, kemudian masukkan dalam bekas dan masukkan sedikit air. Bekukan dalam peti ais sebelum masak.\nLangkah 2\nSatukan beras yang sudah dibekukan bersama 7 cawan air, kiub ayam, halia dan isi ayam. Masak menggunakan api sederhana.\n\nLangkah 3\nMasak selama 25 hingga 30 minit.\n\nLangkah 4\nBila bubur dah masak. Sedia untuk dihidang. Taburkan juga minyak bijan, bawang goreng dan daun bawang.\n\nSemoga bermanfaat!\n\nKredit: Naomy Chow\nBaca juga: Petua Pilih Daun Limau Purut Yang Betul, Elak Masakan Jadi Pahit\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-bersihkan-minyak-masak-hitam/", "title": "Petua Bersihkan Minyak Masak Hitam, Jimat Tak Perlu Buang Jika Baru Sekali Guna", "body": "\nSetiap kali goreng ikan cencaru sumbat, minyak masak akan menjadi hitam sebab isinya yang \u2018terkeluar\u2019. Pasti ramai yang pernah mengalami masalah seperti ini kan?\nKadang-kadang bila goreng ikan seterusnya, terpaksa menukar minyak yang baru walaupun baru sekali menggunakannya.\nRupanya ada petua untuk jimatkan minyak dan tak perlu tukar baru jika baru sekali guna iaitu dengan menggunakan tepung jagung sahaja.\nPetua Bersihkan Minyak Masak Hitam\nNak tahu bagaimana caranya? Jom baca perkongsian oleh Ariza Kak Chik di bawah.\nPernah jadi masalah macam ni tak bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang2-kadang untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru.\n\n\nPetua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dgn guna 3-4 sudu besar tepung jagung yang ditambah dgn air.\n\nKemudian tuang air tepung jagung dalam minyak yang hitam tadi. Nanti minyak akan jernih semula dan dapat goreng ikan yang seterusnya.\n\nKredit: Ariza Kak Chik\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-buang-bisa-dalam-ikan-tongkol-untuk-elak-alahan-gatal/", "title": "Petua Buang \u2018Bisa\u2019 Dalam Ikan Tongkol, Untuk Elak Alahan & Gatal", "body": "Mungkin ramai yang anggap, cara menyiang ikan tongkol ini sama saja dengan ikan-ikan yang lain. Tapi sebenarnya, ada kawasan \u2018berbisa\u2019 di tubuh ikan tersebut yang ramai tak tahu. Malah, ada tekniknya yang tersendiri untuk membuang bisa tersebut.\nJom ikuti perkongsian oleh Asmimy Abu Bakar yang berkongsikan teknik betul untuk menyiang ikan tongkol. Semoga bermanfaat!\nKredit gambar: Ida Abe Wa\nPetua nak buang isi bisa dalam ikan tongkol @ kayu @ aya. Petua ni arwah nenek yang ajar. Ada setengah ikan isi dia bisa untyk sesetengah orang yang makan. Kadang2 boleh sebabkan kegatalan pada badan.\nSelalu kalau siang 2 jenis ikan saja saya buat macam ni. Ikan tongkol dan cencaru. Betul atau tak petua ni wallahhua\u2019lam.\nCara-cara buang bisa dalam ikan tongkol:\n1. Ikan Tongkol @ kayu.\n\n2. Pegang hujung ekor dan pusing ikut arah jam.\n\n3. Kemudian tarik hujung ekor. Isi bisa dia akan tertarik keluar sekali.\n\n4. Isi bisa dah keluar.\n\nKredit: Asmimy Abu Bakar\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-buat-sambal-tumis-yang-sedap/", "title": "Petua Buat Sambal Tumis Yang Sedap, Kena Tos Air Bawang Yang Dikisar!", "body": "\nMenu sambal tumis tak kira sambal sotong, udang, ayam atau ikan sememangnya menjadi kegemaran ramai.\nBoleh dikatakan hidangan ini wajib ada setiap hari dki atas meja, baru lagi puas makan.\nTapi tak semua orang pandai membuat sambal tumis yang sedap. Rupanya ada petuanya yang boleh kita guna yang telah dikongsikan oleh Dya Mira.\nCara Masak Sambal Tumis Sedap\n\n1. Gunting cili kering dan buang biji. Kemudian rebus dan basuh sampai bersih. Kisar dengan 2 biji bawang besar.\n2. Tumis cili kisar sampai naik minyak atau pecah minyak (masak cili lama sikit).\n3. Letak asam keping/asam jawa, garam, gula dan secukup rasa. Kena bagi cukup rasa semua baru sedap.\nPetua untuk sambal ikan bilis\n1. Kisar bawang besar dalam 3 atau 4 biji. Kemudian tapiskan (buang air bawang tu).\n2. Tumis bawang yang ditapiskan. Bila sambal dah kuning baru masukkan cili kisar. Rasa akan lagi sedap dan manis.\n\nSemoga bermanfaat!\nKredit: Dya Mira\nBaca juga: Cara Buat Ayam Goreng Rangup & Berkerinting, Guna Satu Jenis Tepung Ini Saja\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-buat-sayur-lemak-putih-yang-padu/", "title": "Petua Buat Sayur Lemak Putih Yang Padu. Kena Tumbuk Bahan Ini, Jangan Kisar!", "body": "\nSayur lemak putih sentiasa menjadi kegemaran ramai pada waktu makan tengahari. Siap ada petua nak buat sayur lemak yang lagi sedap dan aromanya berbau lebih wangi.\nSeorang pengguna Facebook, Adiah Adam ada berkongsikan petuanya. Cara ini memang digunakan oleh orang lama sehingga sekarang. Jom lihat perkongsiannya di bawah.\nPetua Buat Sayur Lemak Putih Yang Sedap\n\nPetua mak kalau masak sayur lemak tu nak bagi sedap tumbuk bawang, ikan rebus, kelapa dan lada hitam. Yang penting pakai lesung batu.\nAroma masakan tu lain tau. Sebab tu lah kalau mak kita masak diaorang suka guna lesung batu berbanding blender. Kekal sampai sekarang. \nAnak-anak zaman moden macam kita ni bila \u2018rajin\u2019 berada pada SKALA 5 baru guna ni.\nBahan-bahan:\n\nBawang\nIkan rebus\nKelapa (segenggam)\nLada hitam\nSantan\nSayur pilihan\nGula\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk bawang, ikan rebus, kelapa dan lada hitam menggunakan lesung batu.\n\n2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan.\n\n3. Kacau sehingga menggelegak menggunakan api perlahan. Kemudian masukkan sayur. Perasakan dengan sedikit gula dan garam. Siap!\n\nKredit: Adiah Adam\nBaca juga: Resipi Sup Telur Mama Paling Sedap, Anak-Anak Semua Puji!\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-buat-stok-cili-kisar-supaya-tahan-lama-3-bulan-pun-tak-berkulat/", "title": "Petua Buat Stok Cili Kisar Supaya Tahan Lama, 3 Bulan Pun Tak Berkulat!", "body": "\nJika sebelum ini, stok cili kisar yang dibuat sebagai stok untuk memasak tidak sampai seminggu dah berkulat. Akhirnya terpaksa dibuang begitu sahaja.\nSeorang pengguna laman sosial Facebook, Roazura Bahari berkongsikan cara membuat cili kisar yang dapat tahan lama sehingga 3 bulan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet.\nBila ada cili kisar ini, senang bila nak masak sambal sotong atau aneka lauk lain. Simpan dalam peti ais, bila nak masak tinggal cedok je. Tak perlu susah-susah nak kisar cili kering setiap kali nak masak.\nPetua Stok Cili Kisar Tahan Lama & Tak Berkulat\nSebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat.\nOk jom saya nak share bagaimana cara nak buat cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet.\n1. Potong 2 cili kering dan rebus.\n\n2. Selepas rebus sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar.\n3. Tambah garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili)\n\n#Air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.\n4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Guna bila perlu.\n\nCili kisar ni tahan 3 bulan.. Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.\nKredit: Roazura Bahari\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-cendawan-kekal-segar/", "title": "Ini Petua Cendawan Kekal Segar Dalam Peti Sejuk Lebih 7 Hari", "body": "\nCendawan merupakan salah satu jenis sayuran yang memang sedap jika dimasukkan dalam menu sup. Ada pelbagai jenis cendawan yang boleh dimasak sesuai dengan jenis cendawan tersebut.\nWalau bagaimanapun cendawan memang sejenis sayuran yang cukup sensitif dan mudah lembik. Sifatnya yang sebegini buat ia sukar di simpan lebih lama di dalam peti sejuk.\nArtikel berkaitan: Makanan Dalam Peti Sejuk Pun Boleh Basi? \u2018Check\u2019 Balik 5 Kesilapan Ini Masa Simpan\nApabila tersimpan begitu lama, cendawan akan mula menjadi lembik dan berbau tidak enak. Selain rasanya yang kurang enak, kesegarannya juga akan turut terjejas.\nDisebabkan itulah ramai daripada kita yang suka membeli cendawan dan terus dimasak sahaja tanpa menyimpannya lebih lama. Namun adakalanya disebabkan kesibukan bekerja dan tiada waktu untuk memasak, kita terpaksa menyimpannya buat seketika.\nAda caranya untuk memastikan cendawan boleh disimpan lebih lama berbanding tempoh sebelum ini. Bagaimana? Cuba langkah ini.\nCara Mudah Pastikan Cendawan Tidak Lembik & Kekal Segar\n\nBAHAN-BAHAN:\n\nCendawan segar\nKertas surat khabar\n\nCARA-CARA:\n\nKeluarkan cendawan dari plastik dan elakkan dari terkena air.\nTanpa dibasuh terlebih dahulu, bungkus cendawan menggunakan kertas surat khabar dengan kemas.\nSimpan dalam peti sejuk.\nBila hendak masak, keluarkan dan basuh seperti biasa.\n\nSelepas dikeluarkan daripada plastiknya, elakkan sama sekali cendawan daripada terkena air. Jangan sekali-kali basuh cendawan terlebih dahulu dan simpan. Air akan membuatkan cendawan bernafas dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.\nDisebabkan inilah kita harus mengeluarkannya daripada plastik. Langkah ini mampu membuatkan cendawan disimpan sehingga seminggu atau lebih sebelum anda ingin gunakannya semasa memasak.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-cuci-kerang-lala-supaya-mudah-terbuka-hilang-segala-pasir-selut/", "title": "Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut", "body": "\nKerang, lala dan kepah sangat sedap dimakan. Tapi bila bab nak cuci tu yang membuatkan ramai jadi malas nak memasaknya. Bila dah masak, kerang dan lala pula susah nak dibuka.\nRupanya ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini. Ada petua yang perlu dipraktikkan jika nak masak kerang, lala, kepah dan hidangan bercengkerang yang lain.\nJika ikut cara di bawah ini, dijamin segala pasir dan selut dari cengkerang akan keluar dan mudah terbuka bila dimasak.\nBaca juga: Petua Cuci Siput Sedut Sampai Hilang Segala Lumpur & Lendir, Rasa Pun Jadi Manis!\nTips cuci kerang\n\nCara mudah nak bersihkan kerang ni, guna tepung dan lada kering.\n1. Kalau kerang masih ada selut, bersihkan dulu.\n2. Kemudian, rendam kerang dengan tepung gandum dan lada kering (guntingkan). Nanti kerang tu terbuka keluarkan kotoran yang kat dalam.\n3. Nak rebus, didihkan dulu air campur serai ketuk, bawang dihiris, lada kering gunting dan garam. Dah mendidih baru masukkan kerang.\n4. Cantik hasil kejadiannya, kerang mudah terbuka.\nKredit: Fariza Basar\nTips bersihkan lala\n\nKalau nak masak lala, kepak dan spesis yang lebih kurang dengannya, rendam dahulu dengan cili kering atau cili burung. Supaya semua pasir yang melekat di\ndalamnya keluar habis.\nKredit: Azmira Ismail\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-cuci-siput-sedut-sampai-hilang-segala-lumpur-lendir/", "title": "Petua Cuci Siput Sedut Sampai Hilang Segala Lumpur & Lendir, Rasa Pun Jadi Manis!", "body": "\nRamai penggemar siput sedut kan? Biasa beli saja sebab kalau buat sendiri, tak reti nak cuci siput sedut tu. Lagi-lagi jika seput sedut yang masih hidup, badan mereka pasti penuh dengan lumpur dan sangat berlendir.\nRupanya ada petua cuci siput sedut dengan mengggunakan hampas kelapa saja. Siput pun jadi bersih dari segala lumpur dan lendir. Rasa dia pun jadi lebih manis!\nJom baca petua yang dikongsikan oleh Intan Suraya Haron di bawah. Menurutnya, petua turun temurun ini memang berkesan dan ramai yang masih guna sampai sekarang.\nPetua Cuci Siput Sedut Sehingga Hilang Segala Lumpur & Lendir\n1. Gaulkan siput yang masih hidup dengan hampas kelapa, biar semalaman. Supaya siput tu muntahkan segala kekotoran dalam badan dia. (Santannya simpan untuk masak gulai)\n\n2. Tutup dengan penapis berjaring macam ni supaya siput tak mati. Tindihkan dengan lesung batu.\n\n3. Kerat hujung siput, jangan pendek sangat nanti susah nak sedut. Saya kerat guna\u00a0cutter.\n4. Cuci bersih dan boleh la terus dimasak. Kalau ada daun pucuk ubi, tonyok pada siput semasa dicuci supaya kekotoran pada badan senang ditanggal. Kalau tak ada, sental saja dengan span cuci pinggan,\n5. Sedia untuk dimasak masak lemak cili api. Saya guna resipi biasa saja. Tumbuk cili api, kunyit hidup, serai dan daun kunyit. Kalau ada keladi lagi sedap. Renehkan sekejap, terus masukkan siput dan kacau jangan bagi pecah minyak. Agak-agak dah menggelegak 3 kali, boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.\n\nKredit: Intan Suraya Haron\nBaca juga: Wajib Buang \u2018Benda\u2019 Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-defrost-daging-dengan-cepat-sepantas-5-minit/", "title": "Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!", "body": "Bila ada tetamu datang ke rumah secara mengejut, memang agak kalut memikirkan juadah yang mahu dihidangkan. Tambah lagi jika mahu menggunakan lauk yang masih beku dalam freezer, memang bertambah huru hara.\nHaa,\u00a0ibu-ibu jangan risau sebab ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ini. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam serta daging akan menjadi lembut dan boleh dimasak.\nPetua ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Sharifah Nor Hj Abdullah menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Jom baca perkongsiannya di bawah.\nPETUA DEFROST DAGING SUPAYA CEPAT LEMBUT\n\nSaya cuma nak bagi tip, harap dapat membantu sahabat-sahabat semua. Masa raya ni kadang ada tetamu yang datang mengejut. Nak masak, daging masih keras dalam frezer. Nak defrost ambil masa jugak kan?\n Di sini saya bagi tip macam mana nak defrost dengan kadar segera. \nLetakkan daging tu di atas dulang besi (jangan buang plastiknya), tindih dengan periuk yang berisi air biasa (jangan isi air panas).\nDalam masa tak sampai setengah jam daging tu akan lembut balik. Cubalah.\nSumber: Sharifah Nor Hj Abdullah\nBaca juga: Teknik Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit Yang Lembut, Berjus & Tak Liat\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-elak-bawang-putih-kisar-jadi-hijau/", "title": "Lelaki Ini Kongsi Petua Elak Bawang Putih Kisar Jadi Hijau & Tahan 3 Bulan", "body": "\nSelalunya bila nak buat stok bawang putih kisar, mesti ia akan bertukar menjadi warna hijau dan tidak tahan lama. Tapi jangan risau, ada petua yang betul untuk menyimpannya.\nPetua ini telah dikongsikan sendiri oleh Khabbab Jamalludin supaya tahan lama dan tidak berwarna hijau.\nBawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum sering digunakan secara meluas sebagai bahan perasa di dalam masakan.\nArtikel berkaitan: 16 Jenis Potongan Bawang Ikut Hidangan, Lulus Ini \u2018Confirm\u2019 Mertua Suka!\nSelain itu, terdapat pelbagai khasiat bawang putih yang turut optimalkan sebagai ubat untuk mencegah penyakit.\nOleh itu, bawang putih sering digunakan dalam masakan. Bahkan bagi yang sibuk akan memastikan bawang putih dikisar untuk di buat stok.\nPETUA BAWANG PUTIH KISAR TAHAN LAMA DAN TIDAK BERTUKAR HIJAU\n\nKali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena \u201csimple\u201d dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.\nAntara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.\nJadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.\n1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.\n2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.\n3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.\n4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali.\n*saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza\n**siapa ada cara lain yang lebih baik, cadangan penambah baikan sangat saya alu alukan.\nSemoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua!\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-goreng-ikan-cencaru-sumbat-supaya-isi-tak-keluar/", "title": "Petua Goreng Ikan Cencaru Sumbat Supaya Isi Tak Keluar, Minyak Pun Tak Kotor!", "body": "\nSetiap kali goreng ikan cencaru sumbat, pasti isi akan terkeluar dan minyak jadi kotor. Membazir jadinya bila minyak tidak boleh digunakan lagi.\nIkut saja petua yang diambil dari Facebook ini untuk elakkan masalah tersebut berulang kembali. Terima kasih saudari Al Ulfah atas petua yang dikongsikan ini.\nPetua Goreng Ikan Cencaru Sumbat Supaya Isi Tak Keluar\nAlhamdulillah rezeki hari ini. Tak keluar cabai/cili bila goreng.\u00a0\n\nCara-caranya:\n1. Pukul telur. Salut ikan ke dalam telur terlebih dahulu, kemudian terus goreng.\n\n2. Goreng sehingga ikan masak.\n\n3. Siap! Isi ikan tak keluar dan minyak tak kotor.\n\nKredit: Al Ulfah II\nBaca juga: Cara Betul Simpan Ikan Supaya Kekal Segar, Tahan Lama Macam Baru Beli\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-goreng-paru-rangup/", "title": "Cara Masak Paru Goreng, Ini Petua Rangup & Tak Hanyir", "body": "\nResepi paru goreng rangup sangat digemari ramai. Ia sesuai digabungkan bersama nasi bungkus ayam gulai.\nNamun ramai yang gagal setiap kali buat paru goreng. Kena goreng lama baru jadi rangup. Tapi rupanya ada petua supaya paru jadi rangup tanpa perlu goreng lama, paru pun tak hanyir.\nKalau ada yang tak tahu, jom baca petua yang merupakan hasil perkongsian oleh Afy AL Habibi di bawah.\nRESEPI PARU GORENG RANGUP\nIni rupa paru yang telah dibersihkan. Tips hilangkan hanyir paru:\n1. Rendam paru dengan sedikit gandum. Biarkan setengah jam.\n2.\u00a0Rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.\n3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.\n4. Basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.\n\nMasukkan air 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam keping. Rebus paru sehingga masak dalam api sederhana perlahan.\n\nParu yang telah masak ditoskan dari periuk rebusan.\n\nTips untuk paru garing:\n1. Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh\n2. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris\n3. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng\n\n4. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Gunakan api sederhana perlahan.\n5. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.\n\n6. Siap untuk paru yang garing! Nak makan cicah sos pun boleh. Sedap. Selamat mencuba!\n\nGabungan terbaik dengan nasi bungkus ayam gulai cincang.\n\nKredit: Afy AL Habibi\nBaca juga: Petua Pilih Daun Limau Purut Yang Betul, Elak Masakan Jadi Pahit\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-halau-kutu-dalam-beras-hanya-guna-bawang-putih/", "title": "Petua Halau Kutu Dalam Beras Hanya Guna \u2018Bawang Putih\u2019, Satu Pun Tak Tinggal", "body": "\nBeras bila lama tak guna akan mula dimasuki kutu beras. Kadangkala, beras yang masih baru pun dah dimasuki binatang kecil ini. Kalau beras lama, tak sayang sangat nak buang. Kalau beras baru, sayang pula kan. Jadi, korang boleh guna cara ini untuk halau kutu dalam keras.\nBaca juga: Tips & Petua Mudah Halau Semut Dalam Gula, Hanya Letak \u20181 Bahan\u2019 Dapur Ini\nGuna bawang putih untuk halau kutu beras\n\nMenerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok @nz.pgs, beliau ada menunjukkan cara paling mudah dan berkesan untuk mengeluarkan kutu beras yang penuh dalam bekas beras. Caranya sangat mudah, hanya guna bawang putih saja.\n1. Letak beras yang penuh dengan kutu beras ini dalam bekas terbuka.\n2. Ambil satu labu bawang putih dan potong dua.\n\n3. Letak bawang putih ini di permukaan beras atau benamkan. Biarkan seharian kemudian boleh keluarkan kutu sudah keluar dari beras.\n4. Hasilnya semua kutu beras akan keluar dengan sendiri dari beras tanpa ada satu pun tinggal. Beras akan bersih dan boleh digunakan.\n\nTonton video penuh di bawah:\n\n\n @nz.pgs\nBeras ada kutu ups!! jangan buang ikut tips cara saya ni\ud83d\ude18moga beri manfaat pada semua para emak2 \ud83d\ude0dpart 2 result nya #tiktoksabahan #foryoupage\n \u266c Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) \u2013 normuhammadhafiezhayqal \n\n \nSumber: @nz.pgs\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-hilangkan-batuk-guna-2-bahan/", "title": "Petua Hilangkan Batuk Guna 2 Bahan, Hanya Guna Limau Kasturi & Kicap", "body": "\nSetiap kali demam, selalunya pasti akan datang \u2018pakej\u2019 bersama batuk dan selsema. Biasanya bila dah mula batuk, buat sesetengah orang akan jadi batuk berpanjangan yang susah nak hilang.\nSeorang pengguna laman sosial Facebook, Schaaisya Scha ada berkongsikan satu petua untuk mengurangkan batuk yang berlarutan dengan hanya menggunakan 2 bahan.\nPetua Hilangkan Batuk Guna Limau Kasturi & Kicap\nJust nak share ni la ubat batuk sejak seminggu ni. Demam, batuk, sakit tekak semua ada.\nDulu kalau demam habis je, mesti batuk sambung. Batuk pulak kalau tak berbulan tak sah. \nSejak amal petua ni alhamdulillah. Dengan izin Allah serasi dan cepat sembuh. \nSekarang demam pun dah slow batuk pun sama tak teruk dah. Anak-anak atok depa ibu buat camni semua. Serasi jugak..\nBahan paling senang.\n\nLimau kasturi + kicap\nSelawat\n\nBaca la ayat-ayat mana boleh. Minta diberi kesembuhan Insha Allah. Kita ikhtiar selebihnya dari Allah. Dia turun penyakit, dia juga la turun penawar. Macam2 ubat & petua ada, ikut nak cuba mana dan serasi dengan kita.\nCara-cara:\n1. Belah dua limau. Perah-perahkan ke dalam mangkuk.\n\n2. Tuangkan kicap secukupnya.\n\n3. Boleh minum air saja atau makan sekali dengan kulit limau. (buang biji)\n\nSumber: Schaaisya Scha\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-hilangkan-bau-hancing-ikan-pari/", "title": "Petua Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari Yang Pasti Menjadi", "body": "\nPasti ramai yang suka makan ikan pari kan? Tapi paling leceh bab nak cuci hancing ikan pari tu, kalau salah cara nanti bau hancing tidak akan hilang.\nIkan ini adalah spesis yang biasa kita jumpa di pasar dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Biasanya ia enak dimasak asam pedas, dibakar bersama arang dan bermacam-macam lagi.\nKalau anda tak tahu cara-cara untuk mengatasi bau hancing ikan-ikan ini, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Faizah Husin di bawah. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Petua Buang \u2018Bisa\u2019 Dalam Ikan Tongkol, Untuk Elak Alahan & Gatal\nCara Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari\nAssalamualaikum. Saya nk share petua untuk hilangkan bau hancing ikan pari.\nIkan pari dah siang cuci dengan garam, bilas, rendam air beras dan cuci lagi. Akhir sekali rendam dengan air kapur dalam 1 sudu besar dalam 5 minit.\n\nCuci bersih lihat buih-buih hancing akan keluar semua. Ikan jadi bersih. Selamat mencuba.\n\nCara memilih ikan pari segar:\n\nSemasa memilih ikan, pastikan ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Untuk kenalpasti rahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.\nHidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya pilih ikan yang tidak berbau hancing untuk memudahkan proses memasak nanti.\n\nSumber: Faizah Husin\nBaca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-ikan-bilis-goreng-supaya-kekal-rangup-boleh-simpan-stok-di-rumah/", "title": "Petua Ikan Bilis Goreng Supaya Kekal Rangup, Boleh Simpan Stok Di Rumah", "body": "\n\nSaya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ini berkesan untuk digunapakai.\u201d\n\nKorang pernah tak goreng ikan bilis dia menjadi lemau dan tidak rangup walaupun dah goreng lama-lama di dalam minyak yang panas? Sebenarnya goreng ikan bilis ini tidak semestinya hanya dengan menggunakan minyak yang panas sahaja ia akan terus menjadi rangup.\nKalau korang nak tahu sebenarnya ada petua untuk menggoreng ikan bilis supaya kekal rangup dan tahan lama, nanti sedap lah korang makan lagi-lagi dengan nasi lemak. Jom cuba petua ikan bilis goreng rangup ini supaya boleh simpan dijadikan stok di rumah.\n1. Tapis ikan bilis sehingga kering\nCuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Jadi, satu atau dua jam sebelum nak masak korang boleh cuci dan tapis ikan bilis siap-siap bagi dia betul-betul kering semasa nak memasak.\n\n2. Sangai sebelum menggoreng\nPanaskan kuali tanpa meletakkan minyak, selepas kuali sudah panas korang boleh goreng sedikit atau sangai sekejap ikan bilis tersebut.\n3. Sediakan cuka\nRenjiskan beberapa titik cuka ikut keperluan dan kuantiti ikan bilis tersebut semasa disangai. Gaul cuka bersama ikan bilis supaya ia menjadi sebati.\n\n4. Masukkan di dalam minyak yang betul-betul panas\nPanaskan minyak, biar ia betul-betul panas. Kemudian masukkan ikan bilis yang sudah digaul dengan cuka tadi. Sekiranya ikan bilis sudah nampak garing, toskan segala minyak yang ada pada ikan bilis tersebut.\n\nSumber: Liza Idris\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-kacang-hijau-cepat-lembut-tak-perlu-rendam-rebus-lama/", "title": "Petua Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Perlu Rendam & Rebus Lama. Ikut Je Cara Ni!", "body": "\nPetang-petang makan bubur kacang sedap juga, makan pula dengan roti lagilah sedap.\u00a0 Cuma bila nak buat bubur ni, nak lembutkan kacang hijau tu agak memakan masa sebab kena rebus dalam masa yang agak lama supaya dia lembut.\nSeorang pengguna Facebook, Seri Ramlan ada berkongsikan cara mudah untuk melembutkan kacang dengan mudah dan cepat. Selepas ini boleh masak bubur dengan cepat bila teringin, tak perlu tunggu lama dah.\nJom baca perkongsian lengkap oleh beliau di bawah.\nTips Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Rendam & Rebus Lama\nSuka makan bubur kacang? Ni saya bagi tips lembutkan kacang dengan cepat. Tak payah rendam berjam-jam, tak yah rebus lama-lama, kompom cepat masak dan jimat gas, boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang.\nTips ni tak perlu untuk yang ada piok PC ye. Basuh bersih-bersih kacang hijau, kemudian bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu.\nKemudian frozenkan, bila-bila nak masak, tak payah nyah beku, masuk dalam periuk dan tambahkan air, terus rebus.\nTak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa. Selamat mencuba.\n\nTips: Teknik ini juga boleh digunakan untuk membuat bubur. Cuci bersih beras dan rendam air. Kemudian bekukan. Sesuai untuk masak bubur bayi. 10-15 minit, siap!\nKredit: Seri Ramlan, Aneka Resipi Bonda (gambar)\nBaca juga: Buat Sendiri Je \u2018Rain Drop Cake\u2019, Bahan Utama Hanya Guna Serbuk Agar-Agar\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-kira-sukatan-air-untuk-masak-agar-agar/", "title": "Petua Kira Sukatan Air Untuk Masak Agar-Agar, Mudah & Tak Pening Kepala", "body": "\nSetiap kali nak masak agar-agar, pasti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kalau kurang air, agar-agar akan keras pula. Kalau terlebih air, agar-agar jadi terlampau lembik.\nOleh sebab itu, kita semua kena tahu sukatan cawan air dan formula yang betul. Baru agar-agar kita akan menjadi elok. Lagi-lagi kalau guna agar-agar jenis tali dan dalam kuantiti yang sedikit.\nJom rujuk tips sukatan agar-agar yang dikongsikan oleh Diana Ana ini.\nPETUA MENGIRA SUKATAN AIR UNTUK MASAK AGAR-AGAR\nKiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR\n10gm agar-agar = 1 liter air\nJika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:\n13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air\n\nAndai guna AGAR-AGAR BERTALI:\n\n25gm agar-agar = 2.5 liter air\n30gm agar-agar = 3 liter air\n\n\nMudah kan? lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!\nKredit: Diana Ana\nKredit gambar: Wan Muhammad Hafiz Satar\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-masak-nasi-basmathi/", "title": "Petua Masak Nasi Basmathi Elok & Berderai, Rendam Guna 1 Bahan Ini", "body": "\nRupanya rendam beras basmathi sekejap dengan garam, hasilnya nasi lembut elok masak sekata dan cantik berderai.\nBukan apa, walaupun guna beras basmathi, jika tak kena cara masaknya, beras boleh patah, nasi jadi lembik dan sebagainya. Cara ini sesuai nak masak nasi biasa ataupun nasi berperisa.\nBaca juga: Nasi Terjelantah? Wanita Ini Kongsi Petua \u2018Repair\u2019 Balik, Jangan Buang Terus!\nBoleh ikut cara dan petua yang dikongsikan oleh Faizah Md Zain ini sebagai panduan.\n\nCara-caranya:\n1. Rendam Beras Dengan Garam\nBasuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit. (petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut).\n2. Sukatan Air\nSukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang nak masak.\n3. Didihkan Air\nUntuk memasak nasi, didihkan dulu air baru masukkan beras.\n4. Kacau Beras Semasa Air Banyak\nKacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering elok kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.\n5. Tunggu Air Kering Baru Warnakan Nasi\nUntuk mewarnakan nasi tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau.\n6. Masukkan Butter\nUntuk nasi-nasi yang akak masak untuk tempahan last sekali akak akan letak dua sudu butter.( Cara akak le).\nSemoga bermanfaat!\nSelamat Mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-masak-nasi-tak-cepat-basi/", "title": "Petua Masak Nasi Tak Cepat Basi", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-10-17 04:52:52\n\n\nRasa macam baru je masak nasi, tapi dah basi. Macam mana tu? Kan dah membazir kena masak balik. Kalaulah ada cara nak masak bagi tahan lama. Mesti korang nak tahu juga kan? Meh sini Min bagitau.\n1. Basuh Beras Hingga Betul-Betul Bersih\nPhoto Credit: tastecooking.com\nKebanyakan orang ingat kalau basuh beras berulang-ulang kali akan hilang nutrisi dalam beras tu. Namun begitu, realitinya kalau kurang dibasuh, ia akan lebih cepat rosak selepas dimasak. Jadi, apabila tengah membersihkan beras, bilas dengan air berulang-ulang kali agar semua kekotoran keluar. Bilasan terakhir pula menggunakan air yang ditapis.\n2. Perah Limau Nipis\nPhoto Credit: mnn.com\nSebelum mula masak nasi itu, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam pot beras yang dah diisi air. Jangan risau, rasa nasi itu takkan berubah! Sebaliknya bau nasi itu akan lebih harum dan tahan lebih lama sebab keasidan yang terhasil daripada perahan limau itu.\n3. Pastikan Periuk Dicuci Bersih\nPhoto Credit: simplyhealthyfamily.org\nKadang kala kita tak perasan masih ada sisa kekotoran atau kerak nasi dalam periuk. Semua ini boleh memberi kesan kepada kualiti nasi selepas dimasak. Jadi perlu sentiasa prihatin terhadap kebersihan semasa memasak.\n4. Masukkan Secubit Garam\nPhoto Credit: irishtimes.com\nSelepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam untuk memastikan nasi yang dah masak tahan lebih lama, sedap dan juga kenyal.\u00a0\n5. Hilangkan Wap Nasi Setelah Masak\nPhoto Credit: themom100.com\nSebaik sahaja\u00a0butang \"cook\" berubah ke \"warm\" dekat rice cooker tu, buka penutupnya. Boleh juga kacau nasi itu supaya wapnya terkeluar. Dengan cara ini, nasi tersebut tidak akan menjadi lembab.\nItu lah antara cara-cara nak bagi nasi korang tahan lama sikit. Lain orang mungkin lain result selepas try cara-cara ini. Yang penting cuba dulu!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-masak-telur-yang-sempurna-sifatnya/", "title": "Petua Masak Telur Yang Sempurna Sifatnya", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-11-28 04:50:50\n\n\nRata-rata memang menggemari telur dalam hidangan. Ia selalu menjadi pelengkap dalam masakan. Jelaslah telur selalunya sesuai dalam apa jua hidangan. Masalahnya kadang-kadang nak telur mata, tapi jadi telur rebus. Macam mana nak pastikan kita dapat apa kita niatkan? ikutlah petua ini.\n1. Letak Sedikit Air Dalam Kuali\nPhoto Credit: simplyscratch.com\nWap panas akan membantu memasakkan telur\u00a0dengan lebih sekata. Tak perlu usik-usik telur yang sedang digoreng. Nanti pecah sia-sia je usaha nak buat telus mata kerbau. Kalau nak betul-betul selamat, boleh juga pecahkan telur dalam mangkuk terlebih dahulu sebelum masukkan dalam kuali untuk memastikan serpihan kulit tak tercampur.\n2. Gunakan Mentega\nPhoto Credit: rd.com\nKorang boleh menghasilkan telur hancur yang sangat creamy dan puffy kalau korang gunakan mentega cair berbanding minyak masak. Pastikan guna api kecil\u00a0supaya telur tidak cepat kering. Kaedah ini memastikan tekstur telur itu kekal creamy dan sedap.\n3. Pukul Telur Lebih Lama\nPhoto Credit: thespruceeats.com\nFaktor utama menyumbang kegebuan ialah kandungan udara dalam adunan. Jadi, jangan malas untuk lebih memukul telur itu. Kalau nak, boleh juga masukkan serbuk penaik untuk membuatnya lebih gebu.\n4. Buat Telur \"Muffin\"\nPhoto Credit: foodnetwork.com\nUntuk korang yang tak cukup masa nak prepare sarapan pagi, hidangan ini boleh dibuat pada hujung minggu dan mampu bertahan sehingga seminggu. Letak lah apa-apa yang korang suka. Daripada cendawan sampailah keju. Semuanya sedap dan sesuai.\n5. Telur Separuh Masak\u00a0Sempurna\nPhoto Credit: malaysianchinesekitchen.com\nSebelum pecahkan telur itu, rendam dulu dalam air sejuk. Ini antara petua paling penting. Sekadar keluarkan telur tak cukup. Dengan merendam dalam air sejuk, korang akan hentikan proses memasak dengan serta-merta.\nTelur memang banyak cara untuk dihidang. Gunalah teknik yang betul dan harap-harap korang akan dapat produk yang setimpal dengan niat!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-menggoreng-ikan-supaya-tak-hanyir-tak-melekat-pada-kuali/", "title": "Petua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali, Hanya Guna Satu Bahan Ini", "body": "\nSiapa yang setiap kali goreng ikan mesti akan berbau hanyir dan ikan jadi melekat pada kuali? Selepas ini jom cuba petua menggoreng ikan ini.\nHanya perlu letak \u2018satu\u2019 bahan ini dalam minyak sebelum menggoreng ikan, ikan dijamin tidak akan hanyir dan melekat lagi.\nKalau nak tahu lebih lanjut, jom baca petua yang dikongsikan oleh Ameera di bawah. Semoga bermanfaat!\nPetua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali\n1. Panaskan minyak.\n\n2. Letakkan 5 hingga 6 keping asam keping.\n\n3. Terus masukkan ikan.\n\n4. Ini hasilnya. Tidak melekat dan tidak berbau hanyir.\n\nKredit: Ameera\nBaca juga: Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-menghasilkan-kuih-bom-inti-kacang-yang-cantik-tidak-meletup-semasa-digoreng/", "title": "Petua Menghasilkan Kuih Bom Inti Kacang Yang Cantik & Tidak Meletup Semasa Digoreng", "body": "\nHari ini dah fikir ke tu nak minum petang apa? Kalau belum fikir lagi boleh lah makan kuih bom. Sedap makan semasa panas dengan inti kacangnya. Siapa yang selalu masak kuih bom mesti tahu betapa susahnya nak goreng kuih ini, kerana ia akan meletup semasa digoreng.\nKulit kuih bom ini kenyal yang sedap untuk dimakan dan disalutih biji bijan. Jadi, cara nak membuatnya pun ada cara yang tersendiri. Jom cuba petua buat kuih bom supaya cantik dan tidak meletup semasa digoreng.\n\u00a0\n1. Rehatkan doh\nUntuk mengelak daripada kuih bom ini meletup semasa digoreng, anda perlu merehatkan doh tersebut terlebih dahulu. Sekiranya anda mahu menggorengnya pada awal pagi, malam sebelumnya anda perlu merehatkan doh yang sudah siap diuli simpan di dalam bekas yang bertutup di dalam suhu bilik. Jangan masukkan di dalam peti ais.\n\n2. Jangan letak inti berlebihan\nSekiranya anda meletakkan inti yang berlebihan di dalamnya, ia akan menyebabkan kuih bom tersebut pecah semasa digoreng. Inti yang keluar daripada kulit kuih bom tersebut akan membuatkan ia meletup dan anda boleh terkena percikan minyak.\n\n3. Bahagikan doh mengikut saiz\n\nBahagikan doh mengikut saiz yang anda mahu, jangan besar sangat nanti semasa menggoreng ia akan mengembang. Biarkan saiznya sedang-sedang sahaja. Selepas itu,\u00a0 masukkan inti dan bentuk menjadi bebola bulat yang kemas.\n\n\n\n4. Api sederhana\n\nSelepas siap semua, masukkan inti. Semasa hendak golek dengan biji bijan, masa ini sudah boleh panaskan minyak dengan api yang sederhana. Salutkan bebola berinti tadi dengan biji bijan. Apabila minyak sudah cukup panas boleh goreng hingga keemasan dan angkat serta toskan minyak.\n\n\n\nSiap dan boleh dihidang. Selamat mencuba.\n\nSumber: Dapur Kak Chah\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-menyimpan-tauhu-lebih-lama-dijamin-segar-dan-tidak-berbau/", "title": "Petua Menyimpan Tauhu Lebih Lama, Dijamin Segar Dan Tidak Berbau", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-24 04:15:12\n\n\nKebiasaannya selepas membeli barangan basah, kita akan terus menyimpannya di dalam peti sejuk dan hanya akan mengeluarkannya apabila ingin digunakan untuk masakan. Namun, sesetengah barang basah tidak boleh disimpan lama di dalam peti sejuk dan akan menjadi busuk jika dibiarkan terlalu lama. Antaranya seperti tauhu. Kadang-kadang, para ibu tidak sempat untuk menggunakannya kerana sudah busuk terlebih dahulu. Oleh itu, ikuti perkongsian daripada Rasa tentang cara-cara menyimpan tauhu supaya ianya kekal lama dan tidak berbau.\n\nKredit: Sajian Sedap\nTIPS MEMILIH TAUHU\n\nKredit:\u00a0 JUZLAB\nLangkah yang paling penting untuk kekalkan kesegaran tauhu adalah dengn memilih tauhu yang sesuai sebelum membeli. Kenalpasti tekstur tauhu untuk membezakan mana yang segar dan mana yang tidak. Bahagian luar tauhu yang tidak berlendir menandakan tauhu masih baru dan dalam keadaan bagus. Kemudian, hidukan bau tauhu tersebut. Elakkan mengambil tauhu yang berbau kurang menyenangkan.\n\u00a0\nTIPS MENYIMPAN TAUHU\n\u00a0\n\n\nBersihkan tauhu di bawah air yang mengalir, kemudian toskan.\n\u00a0\n\nMasukkan tauhu yang telah dibasuh tadi ke dalam bekas tertutup.\n \nKredit: Keluarga\n\u00a0\nKemudian, Isikan air ke dalam bekas simpanan tauhu. Pastikan semua bahagiam tauhu terendam sepenuhnya. Langkah ini supaya tauhu akan bertahan lebih lama\n \nKredit: Rasa Nak Masak\n\u00a0\nPastikan anda menukar air rendaman tauhu setiap hari untuk memastikan tauhu kekal segar.\n\u00a0\nAnda tidak perlu memotong tauhu sebelum menyimpannya. Potong hanya apabila hendak digunakan sahaja.\n \nKredit: Rasa\n\n\u00a0\nMudah saja kan tips ini? Anda sudah tidak perlu risau kerana tauhu tidak akan cepat busuk selepas mengikuti tips ini. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk semua!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-orang-dulu-ini-cara-goreng-telur-supaya-tidak-meletup-bebas-percikan-minyak/", "title": "Petua Orang Dulu, Ini Cara Goreng Telur Supaya Tidak Meletup & \u2018Bebas\u2019 Percikan Minyak", "body": "\n\nBiasanya kalau goreng telur rebus, tidak sah la kalau tidak meletup\u201d\n\nMungkin ramai tidak tahu cara goreng telur supaya tidak meletup terkena percikan minyak. Kebiasannya kita akan goreng telur terlebih dahulu sebelum memasak sambal kerana tekstur dan rasanya akan jauh lebih sedap. Betul tak?\nJadi jangan risau! Lepas je guna tips goreng telur ini, korang pasti tak akan terkena percikan minyak dah. Selamat mencuba!\n\n1. Sediakan garfu\nSelepas selesai merebu telur, pastinya kita hendak menggorengnya pula. Sediakan garfu untuk cucu telur rebus tersebut sebelum digoreng.\n2. Cucuk telur rebus menggunakan garfu\nCucuk telur keliling telur rebus tersebut menggunakan garfu, jangan cucuk terlalu dalam risau telur hancur. Cucu dari kiri, kanan, atas dan bawah. Setelah cucuk, baru boleh goreng seperti biasa dan telur tidak akan lagi meletup semasa digoreng.\nSumber: Fahanis Ibrahim\n[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-paling-mudah-nak-lembutkan-daging/", "title": "Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak \u2018Satu Bahan\u2019 Ini", "body": "\nDaging sememangnya menjadi kegemaran ramai tapi boleh jadi\u00a0spoil mood kalau dagingnya liat, susah bila nak kunyah. Sudah menggunakan bermacam petua namun masih tidak berkesan untuk lembutkan daging.\nSeorang pengguna laman sosial Facebook, Mahamidah Hamdan atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ida telah berkongsikan petua untuk melembutkan daging dengan mudah hanya menggunakan satu bahan sahaja.\nJom lihat perkongsian lengkap oleh Cikgu Ida di bawah. Selepas ini tak perlu pening kepala lagi nak fikir cara mengempukkan daging. Semoga bermanfaat!\nPetua Mudah Lembutkan Daging\nCara cikgu ida nak lembutkan daging. Selalu orang rebus kan? Tapi cikgu tak rebus.\nCaranya:\n1. Letak 2 sudu je minyak. Panaskan minyak.\n2. Masukkan daging.\n3. Air akan keluar dengan sendiri dari daging itu.\n\n4. Cikgu gunakan api yang kuat.\n5. Kacau sekali sekala je daging tu, masak sampai air kering.\n6. Bila sudah hampir kering, baru kacau banyak kali.\n\nBila air dah kering, maka lembutlah daging tu. Daging empuk dan lembut, mudah dan simple je.\n\nLepas tu baru angkat untuk masak daging sambal kejap lagi. Selamat mencuba petua yang mudah dari cikgu ida.\nKredit: Mahamidah Hamzan\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-perapan-bbq-sedap/", "title": "Petua Buat Perapan BBQ Yang Sedap, Jangan Perap Dengan Gula & Madu. Nanti Hangus & Rasa Hangit!", "body": "\nSetiap kali buat perapan BBQ tak kira lauk ayam mahupun kambing, pasti akan jadi hangus dan rasa hangit. Silapnya mungkin pada perapan tersebut yang mungkin guna gula ataupun madu.\nRupanya, letak gula dan madu merupakan kesilapan yang besar! Mungkin ada yang kata, kalau tak letak bahan tersebut perapan BBQ tidak sedap.\nSeorang pengguna laman sosial Twitter,\u00a0Faeez Harith\u00a0ada berkongsikan resipi bbq yang sedap tanpa perlu letak gula. Jom baca perkongsiannya di bawah.\nRESIPI PERAPAN BBQ YANG SEDAP TANPA PERLU GULA\n\u201cKelmarin ada kawan\u00b2 nak buat BBQ, aku perapkan barang-barangnya. Nak bagitau petua sikit, kalau nak bakar membakar ni jangan perap dengan gula, termasuklah madu. Nanti hangus, rasa hangit tak sedap. Aku ada resepi yang sedap tanpa perlu gula tapi kalau ramai tanya baru aku kongsi.\u201d\nBahan untuk ayam:\n\nSerbuk bawang\nSerbuk bawang putih\nLada hitam\nDaun thyme\nGaram\nJus lemon\nHirisan lemon\nMinyak masak\n\nCara-cara buat perapan ayam:\n\nGaul semua, perap semalaman. Bakar tanpa perlu tambah minyak lagi dah.\nSukatan tu agak-agak saja, jangan berlebih sangat. Ayamnya nanti berjus, tak kering.\n\nBahan untuk kambing:\n\nSerbuk halia\nSerbuk bawang putih\nSerbuk bawang\nSerbuk ketumbar\nSerbuk jintan putih\nLada hitam\nPaprika\nGaram\nSumac\nMinyak masak\n\nCara-cara buat perapan kambing:\n\nGaul dan perap semalaman. Sukatan pun kena agak-agak ikut berat daging.\nSumac jangan lebih nanti masam.\n\nSumber: Mohammad Faeez Harith (Twitter)\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-pilih-daun-limau-purut-elak-masakan-jadi-pahit/", "title": "Petua Pilih Daun Limau Purut Yang Betul, Elak Masakan Jadi Pahit", "body": "\nKadang-kadang bila kita memasak menggunakan daun limau purut, masakan akan terasa pahit. Rupanya daun yang diambil tidak sesuai untuk digunakan dalam masakan.\nPemilihan daun yang betul sangat penting supaya masakan tidak pahit. Anda perlu perhatikan bentuk daun sebelum digunakan dalam masakan.\nKalau nak tahu petuanya, jom baca perkongsian oleh Nas Nai di bawah. Semoga bermanfaat!\nTips Memilih Daun Limau Purut Untuk Masakan\n\nAda yang kata masak tomyam ke paprik ke apa ke rasa pahit kan? Daun limau purut memainkan peranan penting. Cari yang berbentuk 8, baru lah tak pahit. Yang lebar macam sebelah dia tu, memang agak pahit kalau dibuat masak.\n\nBerapa kali masak guna jenis lebar jadi macam tu walaupun dah buang urat tengah. ada kot silap saya kat mana-mana. tapi petua pilih daun bentuk 8 memang saya gunakan sendiri, memang campak je tak payah buang urat.\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Potong Satu-Satu. Tangan Pun Tak Pijar\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-pisang-goreng-rangup/", "title": "Kruk Kruk! Ini 7 Petua Pisang Goreng \u2018Super\u2019 Rangup Walaupun Dah Sejuk", "body": "\nSedapnya dapat makan pisang goreng sewaktu masih panas kerana rangup. Kalau dah sejuk, pisang akan lembik dan menjadi kurang sedap.\nRupanya ada beberapa petua yang boleh dipraktikkan sebelum mula menggoreng. Petua ini dijamin akan membuatkan hasil gorengan kekal rangup walaupun dah sejuk.\nJom baca 7 petua yang dikongsikan oleh Jauharatuddini Taib di bawah. Pastikan anda letak salah satu dari 7 bahan ini untuk dapatkan pisang goreng yang rangup!\nBaca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!\nPETUA PISANG GORENG RANGUP WALAUPUN DAH SEJUK\n1. Kapur masakan\n\nAnda boleh menambahkan 1 sudu besar air kapur masakan dalam bancuhan tepung.\nGunakan nisbah 2:1 untuk tepung beras:tepung gandum. Tambahkan 1 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk kunyit. Kemudian, tambahkan air secukupnya dan pastikan ia tidak terlalu cair.\n2. Tepung gandum\n\nPetua goreng pisang ini adalah antara yang paling mudah. Caranya adalah dengan mencampurkan tepung gandum dengan sedikit air, serbuk kunyit dan garam. Kemudian tambahkan minyak masak yang panas dan gaulkan semula.\n3. Tepung pulut\n\nBiasanya orang buat bancuhan guna tepung beras kan? Apa kata cuba pula bancuhan guna tepung pulut.\u00a0Nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2. \nSelain itu, bahan yang diperlukan adalah 1 biji telur, sedikit garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit.\nCampurkan saja semua bahan ini dan masukkan air secukupnya. Kacau sehingga sebati dan boleh mula menggoreng.\n4. Kelapa parut\n\nCara yang seterusnya adalah menggunakan kelapa parut. Selain menyedapkan rasa, ianya juga boleh membantu meranggupkan gorengan anda.\nCuma tambahkan sedikit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung, kunyit, air kapur, kelapa parut, telur dan garam.\n5. Soda bikarbonat atau baking soda\n\nSoda bikarbonat atau baking soda boleh juga digunakan untuk meranggupkan pisang goreng. \nCampurkan tepung gandum yang digunakan bersama sedikit soda bikarbonat sebelum membancuhkannya dengan air, garam dan serbuk kunyit.\n6. Marjerin/butter\n\nAnda juga boleh mengolah resepi dengan menambahkan 2 sudu marjerin atau \u2018 butter\u2019 ke dalam bancuhan tepung gandum, serbuk kunyit serta sedikit garam dan gula.\n7. Tambah tepung gandum ke dalam tepung \u2018instant\u2019\n\nTepung goreng \u2018instant\u2019 banyak dijual di pasar raya. Biasanya hanya perlu menambah air untuk menggunakannya.\nWalaupun rasanya sedap, tapi tak semestinya akan menjadi garing dan ranggup apabila dimakan. Jika tidak bernasib baik, ia akan melekat dan lembik apabila siap dimasak.\nUntuk mengelakkannya berlaku, anda boleh tambahkan bancuhan tepung gandum ke dalam tepung \u2018instant\u2019 tersebut dengan nisbah 1:1. Ia akan menghasilkan bancuhan yang lebih likat dan ranggup!\n\nKesimpulannya, aneka resipi pisang goreng yang anda boleh dapati di laman sosial. Namun begitu, pastikan anda menggunakan resipi yang mempunyai salah satu daripada 7 bahan ini.\nHal tersebut kerana, ia adalah bahan penting untuk menjadikan tepung bancuhan anda rangup dan garing walaupun ianya sudah sejuk.\nSemoga bermanfaat!\nKredit: Jauharatuddini Taib\nBaca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-rebus-kacang-kuda-ala-ala-di-pasar-malam-memang-empuk-weh/", "title": "Petua Rebus Kacang Kuda Ala-Ala Di Pasar Malam, Memang Empuk Weh!", "body": "\n\nDapat kunyah kacang kuda ini semasa tengok tv memang ralit lah\u201d\n\nWaktu dulu kalau pergi ke pasar malam mesti ramai yang cari kacang kuda. Kacang kuda ini antara kudapan yang digemari pada zaman dahulu hinggalah sekarang. Tetapi zaman sekarang agak susah nak dapatkannya. Jadi, kalau teringin nak makan kacang kuda, korang boleh sediakan sendiri di rumah.\nCara nak bagi kacang kuda ini empuk senang sahaja rupanya cuma korang perlu mengikut cara yang betul. Jom cuba petua merebus kacang kuda ini.\n1. Rendam semalaman\nSebelum korang nak rebus kacang kuda, pastikan korang rebuskan semalaman supaya kacang kuda tersebut menjadi lebih lembut. Selepas korang dah rendam, saiz kacang kuda tersebut akan menjadi lebih besar daripada saiz asalnya dan ini akan mempercepatkan proses merebus supaya ia menjadi lebih empuk.\n\n2. Masukkan serbuk kunyit\nBoleh masukkan serbuk kunyit sedikit\u00a0 ke dalam air rebusan ini supaya ia lebih beraroma dan yang paling penting lebih tertarik menarik daripada nampak pucat warna kacang kuda tersebut.\n3. Masukkan garam\nSebelum memasukkan garam, korang kena rebus kacang kuda tersebut empuk terlebih dahulu. Sekiranya air rebusan semakin berkurang baru korang boleh masukkan garam. Kalau masuk garam awal-awal bersama air rebusan masih penuh dan kacang masih keras, memang bersudu-sudu la garam korang masuk.\n4. Simpan di dalam bekas yang kering\nKorang juga boleh masukkan gula sebagia penambah perisa. Selepas kacang kuda sudah masak, toskan sehingga airnya betul-betul kering dan boleh dimakan begitu sahaja. Cara penyimpanannya adalah dengan menyimpan di dalam bekas yang kering, pastikan tiada air yang bertakung. Kukus sahaja sekiranya mahu makan keesokan harinya.\n\nSumber: Nana Ismail\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-rebus-nasi-impit-jimat-gas-tanpa-pressure-cooker/", "title": "Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna \u2018Pressure Cooker\u2019 Pun!", "body": "\nIbu-ibu nak tahu tak petua rebus nasi impit jimat gas dan juga elektrik? Walaupun tiada pressure cooker di rumah, namun anda tetap boleh rebus nasi impit dengan mudah dan cepat.\nRamai yang memilih menggunakan pressure cooker kerana maklumlah, biasanya jika rebus nasi impit menggunakan dapur gas agak memakan masa yang lama.\nRupanya ada tips dan teknik nak rebus nasi impit supaya jimat gas yang telah dikongsikan oleh Puan Yuhafiqah Mohd Yunus.\u00a0Semoga perkongsian di bawah berguna untuk anda semua.\nBaca juga: Ikut Saja Langkah Demi Langkah Resipi Rendang Ini, \u2018Confirm\u2019 Jadi!\nPETUA REBUS NASI IMPIT JIMAT GAS & ELEKTRIK\n1. Rebus air sampai mendidih, kemudian masukkan nasi impit.\n2. Masak selama 10 minit, kemudian tutup api.\n3. Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup. Biarkan terendam selama 30 minit.\n\n4. Selepas 30 minit, buka semula api selama 5 ke 10 minit mengikut keadaan nasi impit itu.\n\nPetua ini tidak sesuai untuk orang yang guna pressure cooker ya. Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker. Jika masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan guna periuk besar serta kuantiti air yang cukup dan betul-betul mendidih.\nSumber: Yuhafiqah Mohd Yunus\nBaca juga: Jom Buat Nasi Impit Cara Orang Lama, Kena Tekan Nasi Lembik Panas-Panas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-rebus-telur-supaya-jadi-berkilat-kenyal-mudah-kupas/", "title": "Hanya Guna 2 Bahan, Petua Rebus Telur Supaya Jadi Berkilat, Kenyal & Mudah Kupas", "body": "\nPetua rebus telur ini sesuai untuk mereka yang masih gagal setiap kali merebus telur. Jika salah teknik, telur akan jadi mudah pecah.\nTak perlu pening kepala, ikut saja petua di bawah. Hasilnya telur akan jadi berkilat, kenyal, tak mudah pecah dan sangat mudah untuk dikupas.\nBuat peniaga nasi lemak sangat sesuai amalkan petua ini, barulah hasil telur rebus menjadi cantik elok untuk dijual kepada pelanggan. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak\nPetua Rebus Telur Supaya Berkilat, Kenyal & Mudah Kupas\nBahan-bahan:\n\n2 sudu kecil garam halus\n2 sudu kecil cuka masakan\n\nCara-cara:\n1. Masukkan garam dan cuka masakan ke dalam periuk bersama air. Pastikan paras air tenggelamkan telur.\n2. Tak perlu tunggu air mendidih, terus masukkan telur dalam air dan rebus sehingga mendidih (guna api sederhana) lebih kurang 10 minit sahaja.\n3. Bila dah cukup masa, terus buang air.\n4. Teknik nak mudah kupas kulit, guna belakang sudu dan ketuk-ketuk manja saja. Kulit dah retak senang nak kupas.\n\nSemoga bermanfaat!\n\nKredit: Basiroh Kz\nBaca juga: Suka Masak Lemak Telur? Ikut Petua Ini Supaya Telur Elok Tak Pecah\nBaca juga: Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas Tapi Sedap, Ini Petua Elak Jadi Kecut\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-rebus-telur-supaya-mudah-dikupas/", "title": "Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela", "body": "\nJom cuba petua rebus telur ini supaya telur mudah untuk dikupas. Permukaan telur juga cantik sempurna tanpa cacat cela.\nKalau telur rebus cantik macam ni baru puas hati kan? Telur juga cantik terhidang di atas meja. Keluarga pasti puji hasil telur rebus anda.\nJom sama-sama ihat tips di bawah untuk anda yang masih belum berjaya dapatkan telur rebus yang cantik dan tidak retak ketika direbus.\nBaca juga: 3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur, Baru Puas Hati Makan\nPetua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik\nCara-cara:\n1. Basuh telur dengan bersih dan masukkan ke dalam periuk. Tambahkan juga air. Tak perlu tunggu air mendidih, terus masukkan telur.\n2. Masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak.\n\n\n3. Rebus lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit sehingga air menggelegak.\n\n4. Kemudian rendam dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.\n\nInfo tambahan: Jika telur retak sewaktu proses merebus, ia masih selamat untuk dimakan. Tetapi\u00a0elak memakannya jika ia retak\u00a0sebelum direbus, buang terus telur berkenaan kerana ia biasanya sudah dijangkiti dengan bakteria. Jika direbus sekalipun, ia boleh membahayakan kesihatan.\nKredit: Waheeda Basiron\nBaca juga: Banyak Risiko Makan Telur Rosak, Kenali 7 Tanda Ini Yang Wajib \u2018Alert\u2019\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-simpan-daun-pisang-supaya-tahan-lama-2-bulan-pun-tetap-hijau-segar/", "title": "Petua Simpan Daun Pisang Supaya Tahan Lama, 2 Bulan Pun Tetap Hijau & Segar", "body": "\nBuat mereka yang menetap di bandar pasti susah untuk mendapatkan daun pisang. Mereka perlu ke pasar basah setiap kali mahu menggunakannya. Tetapi, daun pisang hanya terjual dalam gulungan yang banyak, nak guna sikit je. Kalau tidak tahu petua simpan daun pisang dengan betul, daun pisang pasti akan cepat layu.\nRupanya ada petua mudah untuk menyimpan daun pisang supaya tahan lebih lama sehingga 2 bulan. Selepas ini tak perlu lagi beli daun pisang berulang kali, bila nak guna sudah ada stok di dapur. Senang kan? Jom baca petua yang telah dikongsikan oleh saudari Intan Cahaya Rieqal di bawah.\u00a0Semoga bermanfaat ya!\nBaca juga: Cara Simpan Daun Kesum Guna Bekas Plastik, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Bugar!\nCara Simpan Daun Pisang Supaya Tahan Lama Sehingga 2 Bulan\nDapat daun pisang ni banyak dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.\nIkat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit.\n\nKemudian toskan atau sejat air sekejap. Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.\n\nKredit: Intan Cahaya Rieqal\nBaca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-simpan-dedaun-sayuran-supaya-tahan-lama/", "title": "Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun", "body": "\nBiasanya dedaun sayuran memang tak tahan lama. Selepas 2 atau 3 hari simpan dalam peti sejuk, mereka akan mula layu dan akhirnya, terbuang begitu sahaja.\nJadi macam mana nak pastikan dedaun dan sayuran yang dibeli dapat tahan lama? Seorang pengguna Facebook, Yatie Eimra ada berkongsikan caranya iaitu dengan menyimpan ke dalam freezer tanpa rendam dalam air.\nPetua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama\nKebetulan kali ni saya nak restock halia & daun kucai, alang-alang tu saya nak kongsi la sekali cara saya simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup dan lain-lain.Sebenarnya saya ikut cara mak saya \u2013 simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama. Kemudian saya mula simpan daun-daun seperti daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai dan lain-lain pula.\nYang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air). Fridge saya kecil je tak muat semua nak disimpan dalam botol atau letak air.. Dekat 4 tahun juga la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang korang kena tahu.\n\nWalau simpan apa-apa pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. So, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak jer. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller juga untuk tujuan hiasan, etc.\nKena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca je. Tujuannya nak serap wap\u00b2 air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat\u00b2 nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.\nGunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.\n\nTip: Sila basuh & tos dulu ye sebelum frozenkan. Lagi bagus kalau biarkan keringkan sikit supaya tak melekat\u00b2 nanti. Lepas keluarkan tak perlu basuh & boleh terus guna jer.\nP/s: Untuk sayur-sayuran boleh juga guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller je. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye. Dalam gambar ni ada balance 2 ketul carrot. Masih elok lagi walaupun beli 21/3 haritu lagi.\n\n1. Halia ni saya potong banyak saiz sebab ada masakan yang perlukan halia dihiris panjang contohnya ayam masak halia.\n\n2. Boleh juga basuh bersih halia & keringkan. Kemudian terus potong kecik & frozen kan. Halia yang baru dikeluarkan dari freezer lagi mudah nak kikis kulitnya.\n\n3. Untuk halia, lengkuas & kunyit hidup saya letak dalam 1 plastik.\n\n4. Kucai perlu dilipat macam ini supaya mudah nak ambil satu-satu.\n\n4. 1 pokok daun pandan ni saya simpan dalam freezer. Lipat satu-satu supaya mudah nak ambil.\n\n5. Masuk dalam plastik pembungkus makanan untuk asingkan jenisnya.\n\n6. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan 1 jer saiz besar.\n\n7. Cili merah.\n\n8. Serai 3 bulan pun masih elok.\n\n9. Cara ni juga boleh simpan sayur-sayuran, cumanya simpan bahagian chiller.\n\n10. Ada 2 ketul lebihan carrot. Masih rangup/tak berkulat bila simpan cara ni. Tapi perlu tukar tisu bila dah basah.\n\nKredit: Yatie Eimra\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-simpan-kelapa-parut-supaya-tahan-berbulan-bulan/", "title": "Petua Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Berbulan-Bulan", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nKepada yang suka buat kuih berasaskan kelapa parut atau suka memasak menggunakan kelapa parut mesti kena simpan banyak stok kelapa parut betul tak? Ada yang guna kelapa parut untuk nak buat inti la, nak campur dalam adunan kuih dan nak perah jadi santan. Jadi kadangkala kalau simpan lama-lama, kelapa parut boleh rosak. Jadi apa kata kita cuba petua kelapa parut tahan lama yang dikongsikan oleh Niza Hamid di Facebook.\n\nKredit: Niza HamidBAHAN-BAHAN\n\nKelapa parut\nSedikit garam\n\nCARA-CARA\n\nLetakkan kelapa parut dalam loyang.\n\nTaburkan dan gaulkan garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah sebagai anti pereputan dan buat tahan lama.\n\nMasukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.\n\nBiarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik. Anggaran sekali masak. Simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.\n\nBila nak guna, keluarkan berapa banyak nak guna dan kukus semula.\nTIPS TAMBAHAN\nKalau nak buat santan pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air sebelum ditapis. Boleh ulang kisar hingga 3 kali.\n\nKredit: Niza Hamid\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-simpan-lengkuas/", "title": "Petua Simpan Lengkuas Supaya Tahan Lama, Berbulan Pun Tak Rosak", "body": "\nIni petua simpan lengkuas yang ramai tak tahu. Jika disimpan menggunakan cara ini, lengkuas akan menjadi tahan lama sehingga berbulan lamanya.\nUntuk pengetahuan anda, lengkuas merupakan salah satu bahan dapur yang sering digunakan dalam masakan.\u00a0\nSelalunya kita guna sedikit saja, bakinya akan simpan dalam peti ais. Tapi jika salah cara menyimpanannya, lengkuas akan jadi lembik, hitam dan busuk.\nJom baca petua yang dikongsi oleh Faizah Husain di bawah. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!\nPETUA SIMPAN LENGKUAS SUPAYA TAHAN LAMA\nCara-caranya:\n1. Basuh kesan-kesan tanah dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.\n2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.\n3. Keluarkan dari peti beku terus je masukkan dalam bekas atau plastik ziplock.\nMasukkan cepat-cepat sebelum lengkuas berair. Tujuan bekukan supaya bila kita nak ambil untuk masak lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3/4 keping.\n4. Simpan semula dalam peti beku. Tahan selamanya jika anda tak gunakan untuk memasak. Tahan lama dan lebih mudah cara ni berbanding rendam dalam air dan kena tukar air selalu.\nVideo 1\nProses membekukan lengkuas dan proses nak simpan dalam bekas.\n\nVideo 2\nLengkuas yang dah lama simpan dalam peti sejuk beku. Nak guna ambil je. Tak perlu defrost semua sebab dia tak melekat.\n\nKredit petua: Faizah Husain\nBaca juga: 6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-simpan-petai-supaya-kekal-segar-rangup-tahan-lama/", "title": "Petua Simpan Petai Supaya Kekal Segar, Rangup & Tahan Lama!", "body": "PENULISnajahnurul\nKATEGORITips dan Petua\nPOSTED ON2021-01-27\nPetai merupakan salah satu ulam-ulaman yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebanyakan orang suka jadikan petai sebagai ulam, jeruk dan ada juga membuat sambal petai. Jadi kalau korang dah beli petai, sebenarnya ada cara dia tau untuk menyimpan supaya tahan lama dan kekal segar supaya petai tidak mudah kecut. Jom cuba tips yang dikongsikan oleh Khairuzetti di Facebook.\n\nKredit : KhairuzettiBAHAN- BAHAN\n\nPetai\nZipper Bag\n\n\nKredit : Khairuzetti\nCARA \u2013 CARA\n\nKupas kulit petai dan keluarkan semua biji petai.\nBiarkan kulit petai yang bahagian gelap. Jangan dibuang.\nMasukkan isi petai ke dalam zipper bag\u00a0dan letakkan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.\n\nTips\nApabila nak guna isi petai, keluarkan sedikit sahaja dan masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku semula. Tahan sehingga 4 bulan.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-simpan-roti-agar-tahan-lama/", "title": "Petua Simpan Roti Agar Tahan Lama", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-11-07 04:13:39\n\n\nRoti merupakan satu jenis makanan asas kita. Malangnya ia tidak tahan lama kalau ingin disimpan. Kalau kita beli roti yang dah siap dipotong, mungkin dia tahan dalam dua\u00a0hari. So macam mana nak simpan roti so dia bukan sahaja tahan lama, tapi juga segar?\n1. Jaga Suhu\u00a0\nPhoto Credit: thoughtco.com\nJangan biarkan korang roti tu ditinggalkan di kawasan suhu bilik (20\u00b0) lebih dari dua hari. Kalau korang duduk di tempat yang mempunyai kelembapan yang tinggi, bekukan roti itu untuk mengelakkan kulat bertumbuh.\n2. Balut Roti\nPhoto Credit: food52.com\nPlastik atau aluminium dapat memerangkap\u00a0roti korang dengan kelembapannya. Elakkan guna beg kertas kerana udara berlebihan dalam beg itu\u00a0dapat mengeringkan roti.\n3. Letak Dalam Freezer\nPhoto Credit: food-hacks.wonderhowto.com\nBukan peti ais okay tapi freezer. Ini cara paling selamat lepas korang dah tak sentuh roti itu. Dalam freezer, roti akan menjadi keras macam batu di mana ia selamat untuk disimpan untuk masa yang lama. Waktu nak makan, cuma panaskan je dalam oven atau toaster.\n4. Bread Box\nPhoto Credit: piperclassics.com\nUntuk solution masa panjang, belilah bread box. Kotak khas untuk menyimpan roti. Bread box yang sangat berkesan dibuat dari logam tapi versi kayu juga berbaloi kalau nak yang murah sikit.\n5. Cara Panaskan\nPhoto Credit: williams-sonoma.ca\nKalau roti yang dah beku tak nampak fresh, panaskan dalam microwave selama 10 saar berlapitkan tuala kertas lembap sebelu masukkan dalam oven\u00a0atau toaster. Kaedah ini akan melembutkan bahagian dalam roti.\nSemoga cara-cara ini memberi manfaat kepada korang. Yang penting, kita tak suka pembaziran!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-simpan-sayur-sayuran-supaya-tak-mudah-rosak-tahan-lama/", "title": "Petua Simpan Sayur-Sayuran Supaya Tak Mudah Rosak & Tahan Lama", "body": "PENULISnajahnurul\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2021-01-28\nSebenarnya setiap jenis sayur mempunyai cara yang tersendiri untuk menyimpan supaya tahan lebih lama. Apabila kita dah beli sayur-sayuran di pasar mesti anda mengalami masalah untuk menyimpan sayur kerana ia cepat layu dan tidak segar. Tips yang dikongsikan oleh Khairiyah Hamzah di Facebook telah membuktikan sayur-sayuran yang dibelinya tahan hampir 2 bulan dan masih segar. Jom cuba tips ni supaya sayur di dalam peti ais kita boleh tahan lama berbulan-bulan.\n\nKredit : Khairiyah HamzahBAHAN-BAHAN\n\nSayur-sayuran\nTupperware\u00a0untuk menyimpan sayur\nTisu dapur\nSedikit air\nPlastik wrap\n\nCARA-CARA\n\nLapikkan tisu pada setiap bekas tupperware.\nLetakkan air di dalam bekas yang berisi taugeh.\nBalutkan dengan tisu yang basah untuk sayur-sayuran yang berakar seperti daun sup dan daun ketumbar.\nSayur seperti kobis, brokoli dan bunga kobis perlu di balut dengan plastik wrap.\nUntuk cili besar dan cili kampung buangkan tangkai terlebih dahulu baru letakkan di dalam bekas yang mempunyai tisu yang basah.\nTutup bekas tersebut dan masukkan di dalam peti ais.\n\nTIPS\nJangan sesekali biarkan penutup bekas sayur terbuka dan pastikan peti ais sentiasa dalam keadaan yang sejuk.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-simpan-taugeh-supaya-tahan-lama/", "title": "Petua Simpan Taugeh Supaya Tahan Lama, Dah Berminggu Pun Kekal Segar & Tak Hitam", "body": "\nRupanya ada petua simpan taugeh supaya kekal segar, tak hitam walaupun sudah berminggu dalam peti ais. Buat macam ni boleh beli banyak buat stok dalam peti ais, senang bila nak masak.\nWajib ikut petua ni barulah taugeh tak terbuang begitu sahaja sebab warnanya sudah bertukar hitam, nak guna untuk masak pun tak berselera.\nNak tahu apa petuanya? Jom baca perkongsian oleh Aine Soaudi di bawah.\n\n\n\n\nPetua Simpan Taugeh Supaya Tahan Lama\nPerasan kan taugeh ni memang cepat hitam/lebam bila simpan. Ada petua letak air bagi tahan lama, dah buat tak jadi pun tetap lebam selepas beberapa hari.\nPetua paling mudah nak simpan taugeh tetap fresh tak hitam masukkan asam keping dalam taugeh yang direndam dalam air.\nInsyaAllah hasilnya taugeh tetap cerah jelita tak kusam/lembam walaupun berminggu macam pakai sunscreen maintain je jelita. Selamat mencuba!\n\nKredit: Aine Soaudi\nBaca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-simpan-tauhu-supaya-tahan-lama/", "title": "Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam", "body": "\nMesti ramai yang suka makan tauhu kan? Stok tauhu wajib ada dalam peti sejuk, senang bila nak masak mee goreng atau juadah lain. Tapi kalau tak tahu petua simpan tauhu yang betul, ia tidak akan tahan lama.\nBiasalah kadang-kadang bila terlupa nak guna, tauhu akan cepat berbau masam dan akhirnya terbuang begitu sahaja. Oleh itu, jom sama-sama baca petuanya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Fiza Mh.\nPetua Simpan Tauhu Tahan Lama & Tidak Cepat Masam\nPetua supaya tauhu yang kita beli tidak masam dan tahan lebih lama di dalam peti sejuk:\n\nRebus tauhu terlebih dahulu selama 10 minit sehingga mendidih.\nKemudian toskan dan biarkan ia sejuk.\nSetelah itu, simpan di dalam peti sejuk anda seperti biasa. Boleh tahan sehingga seminggu.\nSemoga bermanfaat!\n\n\nKredit: Fiza Mh\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-supaya-nasi-lambat-basi-hanya-letak-satu-bahan-ini-semasa-ditanak/", "title": "Petua Supaya Nasi Lambat Basi, Hanya Letak Satu \u2018Bahan\u2019 Ini Semasa Ditanak", "body": "\nSiapa yang selalu mengalami masalah nasi cepat basi wajib baca perkongsian ini sehingga habis. Hanya dengan meletakkan bawang putih semasa memasak nasi, dijamin nasi akan menjadi lambat basi.\nBukan itu sahaja, banyak kelebihan bawang putih yang ramai tak tahu iaitu dapat membuang angin dalam badan dan banyak lagi manfaat lain buat untuk tubuh badan manusia.\nPetua ini telah dikongsikan oleh Imy R Saidin di laman sosial Facebook. Menurutnya lagi, sudah hampir 3 tahun beliau mengamalkan cara ini, anak-anak juga jarang sakit dan demam. Jom lihat perkongsian lengkap olehnya di bawah.\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Simpan Makanan, Sure Tak Senang Basi Punyalah\nPetua Supaya Nasi Lambat Basi Guna Bawang Putih\nPetua Sihat dari Dapur\nLetak bawang putih 3-5 ulas masa masak nasi. Dah 3 tahun + saya amalkan, anak-anak jarang sakit.. Alhamdulillah. Dulu tiap bulan demam.\nSelain sihat, nasi juga lambat basi. Juga bagus untuk buang angin, insyaa Allah.\n\nNota : Ramai yang komen, nasi bau bawang tak? Maaf ya, tak sempat jawab satu2. Pada saya baunya tak sampai jejaskan rasa nasi. Bagi yang nak hilangkan bau bawang, boleh letak daun pandan untuk lebih wangi.\nKredit: Imy R Saidin\nBaca juga: Makanan Dalam Peti Sejuk Pun Boleh Basi? \u2018Check\u2019 Balik 5 Kesilapan Ini Masa Simpan\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-turunkan-koslestrol-air-barli-lemon/", "title": "Petua Turunkan Koslestrol & Berat Badan, Amal Minum Air Barli Lemon Ini", "body": "\nBanyak petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah kolestrol yang tinggi. Salah satunya adalah dengan mengamalkan minum air barli lemon.\nApa yang menarik, ia bukan saja untuk menurunkan kolestrol tapi juga boleh menurunkan berat badan. Badan akan rasa lebih ringan, best kan.\nJom lihat cara-cara membuat minuman tersebut bawah ini. Untuk menampakkan hasil, amalkan satu gelas setiap hari.\nPETUA AIR BARLI LEMON TURUNKAN KOLESTROL\nBahan-bahan:\n\nBarli biji\nMadu\nLemon\n\nCara-cara:\n\nBasuh barli dan rendam seketika.\nMasak barli sehingga lembut.\nMasukkan dalam cawan.\nPerahkan sedikit lemon dan madu.\n\nBanyak kelebihan minum air barli lemon ini iaitu mampu menurunkan kolestrol, menurunkan berat badan, mencegah jangkitan saluran kencing, mencegah batu karang, anti bakteria (bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema) dan mengawal gula dalam darah.\nNota: Untuk anda yang Gluten Intolerance, mungkin ini tidak sesuai untuk anda.\nKredit: Siti Hailia\nBaca juga: Sukar \u2018Membuang\u2019? Ini Petua Atasi Sembelit Secara Semula Jadi Tanpa Guna Ubat\n"} {"url": "https://myresipi.com/petua-turunkan-paras-gula/", "title": "Petua Turunkan Paras Gula Dalam Darah, Kisar 3 Bahan Ini & Minum", "body": "\nDiabetes merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang. Setiap pesakit kencing manis wajib tahu petua turunkan paras gula dalam darah supaya tidak berlaku sebarang komplikasi yang serius.\nKandungan gula dalam darah yang tinggi juga boleh merosakkan lapisan saluran darah. Jika keadaan itu terus berterusan, ia boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.\n\nPesakit kencing manis bukan sahaja perlu memakan ubat yang diberi oleh doktor malah mereka juga perlu memantau cara pemakanan. Elakkan semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya, kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.\nBaca juga: 7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru \u2018Balance\u2019 Diet Harian!\nSelain itu, pesakit kencing manis juga boleh mengamalkan minuman campuran 3 bahan yang berasaskan bahan-bahan semula jadi ini.\nResipi air ini merupakan hasil perkongsian oleh Nur Hidayah Sulaiman. Menurutnya, air ini juga telah diamalkan oleh ibunya dan ternyata berkesan dalam membantu menurunkan kadar gula dalam darah.\nUntuk mengetahui cara-cara penyediaan air tersebut, jom ikuti perkongsian lengkap olehnya di bawah.\nPETUA TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH\nNak share petua turunkan kadar gula dalam darah. Ini saya buat untuk mak saya.\nSebelum ini belas-belas bacaan kencing manisnya. Pernah sampai tiada bacaan.\nSekarang Alhamdulillah, bawah puluh-puluh dah. Kadang-kadang lepas juga atas sepuluh, tengok atas cara pemakanan.\nYang penting, makan kena jaga tau. Makan lah ubat macam mana sekalipun, kalau tak jaga makan boleh beri kesan sampai ke saraf.\nSekarang nak mula stabil dah. Ok, ini caranya\u2026\nCara-caranya:\n1. Ambil sebiji peria katak, buangkan bijinya dan belahkan. Potongkan juga 1/2 epal hijau serta 1/2 kentang yang sudah dibuang kulit.\n\n2. Kisar 3 bahan tadi menggunakan pengisar buah. Jika tiada, kisar guna pengisar biasa dan tapiskan.\n3. Minum 3 hari sehari selepas makan petang. Semoga bermanfaat!\n\nSumber: Nur Hidayah Sulaiman\nBaca juga: Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu\n"} {"url": "https://myresipi.com/pie-tee-ala-chicken-rice-shop/", "title": "Pie Tee Ala Chicken Rice Shop Ikut Resipi Mak Mertua, Memang Crispy Dan Sedap!", "body": "\nPenggemar Pie Tee ala Chicken Rice Shop itu dah boleh cuba resipi homemade ni! Lagi mudah kerja kalau beli acuannya, selain resipinya yang rangup, boleh berjimat buat stok daripada beli siap.\nBaca juga: Resipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop, Mudah Dan Sedap\nBuat untuk hidangan potluck, jamuan hari jadi atau sebagai hidangan minum petang nanti. Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurazwani Jaafar ini. Katanya resipi ini diturunkan dari mak mertua beliau. Jom kita buat.\n\nRESIPI PIE TEE ALA CHICKEN RICE SHOP\nSiapa kat sini suka makan pie tee? Wanie pun pertama kali makan dan belajar dari mak mertua. Lepas itu baru tengok kat chicken rice shop ade juga menu ini.\n\nBahan buat bakul pie tee:\n\nAcuan pie tee\nTepung beras 1 cawan\nTepung gandum 2 sudu besar\nTepung jagung 2 sudu besar\nAir kapur 1 sudu kecik\nAir 1 cawan\nGaram 1 sudu kecil\n\n\nBahan inti:\u00a0\n\nCarrot + timun + sengkuang\nBawang besar dan bawang putih yang dicincang\nBoleh nak letak rencah ayam/ daging/ isi udang ikut suka\n\nCara buat bakul pie tee:\n1. Campurkan semua dan bancuh hingga sebati. \n2. Panaskan minyak dan acuan lepastu celup acuan dalam bancuhan tepung.\n \n3. Rendam sekejap dalam minyak panas tu, dah tengok ok sikit boleh lepaskan dari acuan. \n4. Guna garfu pun boleh. Tapi jangan lama lama sangat. Kang nak keluarkan dari acuan susah dan nanti akan pecah kalau kita paksa keluar.\nCara buat inti:\u00a0\n1. Tumis bawang dan masukkan segala sayur dan gaul sekata. Jangan lama lama sangat nanti layu dan basah.\n2. Masukkan dalam bakul pie tee, pastu leh letak pencicah atasnyer utk makan.\nCara buat sos pencicah:\n\n8 tangkai cili merah \u2013 boleh tambah ikut kepedasan\n2 ulas bawang putih\n1/4 cawan air\n1/4 cawan cuka\n4 sudu besar sos sos ikan\n1 cawan gula perang / gula melaka \u2013 ikut kesesuaian\n\nKacau semua bahan sos ini dan sedia untuk dimakan!\u00a0\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Cottage Pie Dengan Sos Bolognese Daging & Kentang Lenyek, Sedap Tau!\n"} {"url": "https://myresipi.com/pilih-ikan-gelama-sedap/", "title": "Nelayan Ini Kongsi Tip Pilih Ikan Gelama Yang Sedap Buat Lauk", "body": "\nKeluarga ikan gelama sangat besar, wujud di seluruh dunia.Di negara kita ada belasan spesis yang selalu di tangkap setiap tahun. Secara khususnya di negara kita ikan gelama di tangkap untuk dua tujuan iaitu di jual basah di pasar dan untuk tujuan di jadikan ikan masin atau ikan kering.\nArtikel berkaitan: Cara Siat \u2018Jaket\u2019 Ikan Cencaru Dengan Mudah, Isi Pun Tak Tercarik!\nApa spesis gelama yang selalu di jual di pasar dan sedap di buat lauk dan apa jenis gelama yang terus di hantar ke tempat pembuatan ikan masin?\nKenapa dua kategori ini wujud?\nIni kerana ada spesis gelama yang jika di jadikan lauk isinya tidak sedap iaitu tawar atau orang kampung kata lecah isinya.Ikan kategori ini akan di jadikan ikan masin dan tidak ada pasaran jika di jual di pasar basah.\nKategori kedua adalah gelama yang isinya manis dan sedap, gelama ini memang sesuai untuk di jadikan lauk dan laris di jual di pasar.Ikan gelama kategori ini harganya lebih mahal.Kelebihannya bukan sahaja untuk di jadikan lauk malah di jadikan ikan masin lagi bertambah sedap.\nMari kita mengenali spesis kategori pertama dan kedua melalui gambar gambar yang di sertakan.\nJenis-Jenis Ikan Gelama yang sedap di buat lauk.\nGelama Kuning Dada\n\n\nGelama Jarang Gigi\n\n\nGelama Sungai\n\n\nGelama Bongkok\n\n\nGelama Cerua\n\n\nIbu Gelama\n\n\nJenis Ikan Gelama Dibuat Ikan Masin:\n\n\nSumber: Facebook\n"} {"url": "https://myresipi.com/pisang-muda-masak-lemak-cili-api-campur-ikan-bilis-dan-tempoyak/", "title": "Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Ikan Bilis Dan Tempoyak, Menu Orang Dulu-dulu", "body": "\nSempat merasa Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi? Dicampur pula dengan ikan bilis dan tempoyak, makan dengan nasi putih panas boleh bertambah lauk dibuatnya!\nBiasanya masak lemak ni tak campur tempoyak. Tapi, kalau campur lagi sedap tau! Kuahnya pun pekat dari biasa.\nNak masak lemak cili api ni, boleh je guna santan kotak. Tapi kalau guna kelapa parut yang kita sendiri perah santannya lagi sedap!\nBaca juga: Resipi Keladi Masak Lemak Cili Api \u2018Asli\u2019 Negeri Sembilan, Ada Petua Hilangkan Getah Keladi\nPisang muda ni boleh buat kerepek dan juga sayur. Tapi tak semua jenis pisang sesuai di masak buat lauk macam ni. Kalau ikut resepi ni hanya pisang kapas dan pisang emas je sesuai.\nPisang tu ikut korang nak guna banyak mana. Kalau lebih dari sesisir jangan lupa lebihkan juga kelapa. Biar betul-betul pekat kuah gulai masak lemak cili api kita. Jom follow resepi yang di kongsikan oleh SuiSan Aliezsha ni.\nResipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api\nBahan-bahan:\n\n\n\n\nPisang muda\nGaram\nAsam keping\nCili api (ditumbuk)\nKunyit hidup (ditumbuk)\nTempoyak\nAsam keping\nIkan bilis\n1 biji kelapa parut\n\nCara memasak:\n1. Pisang muda, cuci bersih-bersih seperti dibawah rendam dengan air garam dan asam keping. Guna pisang emas, ada pisang kapas lagi sedap.\n2. Tumbuk cili api dan kunyit hidup. Sediakan tempoyak ikut suka letak banyak mana.\n3. Perah ambil pati dari setengah kelapa parut.Pisang tu ikut korang banyak mana nak guna. Kalau lebih dari sesisir jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul-betul pekat kuah gulai korang.\n4. Sediakan kuali dan masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis & pisang.\n5. Masak kacau sehingga mendidih. Agak-agak pisang hampir lembut masukkan tempoyak.\n6. Pastikn garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.\n\n\nWah! Resepi simple tapi menyengat ye. Patutlah resepi ni banyak like dan share. Sekali sekala makan sayur buah pisang macam ni pun syok juga.\nLepas rindu makanan kampung. Korang boleh matchkan lauk ni dengan ikan goreng. Barulah letops!\nBahagian kulit pisang tu, buang sampai yang bergetah je. Ada sikit-sikit kulit pun takpe. Hiris nipis.\nSupaya senang nak masak pisang tu nanti. Rupanya tak renyah mana pun nak masak lemak ni. Janji rajin je nak masak.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: SuiSan Aliezsha\n"} {"url": "https://myresipi.com/pistachio-crusted-salmon-bakar-6-minit-je-guna-air-fryer/", "title": "Pistachio Crusted Salmon, Bakar 6 Minit Je Guna Air Fryer!", "body": "\nJom cuba masak Pistachio Crusted Salmon. Kadang nak makan simple-simple je, jadi masak pun mesti nak yang mudah juga. Lagi-lagi orang bujang yang bekerja. Jimat masa sangat guna resipi ini.\nHidangan ini penuh dengan khasiat, berperisa kacang pistachio yang diletakkan di atas filet salmon. Boleh disajikan dengan pasta atau nasi butter.\nBaca juga: Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!\nResipi ini ringkas dan mudah untuk disediakan dan boleh dikatakan kesukaan kanak-kanak dan orang dewasa.\nIkan salmon memang banyak kelebihannya. Rasanya yang berlemak dan isi yang sedap, ikan salmon juga penuh dengan Omega-3 faty acid yang bagus untuk perkembangan otak.\nNak pula tinggal bakar dalam Air fryer je, 6 minit dah siap! Resipi ini telah dikongsi oleh Yuxuan Chen di laman Facebook. Memang sedap sangat kombinasi pistachio dengan salmon.\n\nRESIPI PISTACHIO CRUSTED SALMON\n\nBahan-bahan:\n\nFilet Salmon\nGaram dan lada hitam\n1 ulas bawang putih \u2013 cincang\n1 sdk minyak zaitun\n1 sdk sos mustard\n1 sdk jus lemon\n1 sdk madu\nKacang pistachio \u2013 cincang kasar\n\nCara penyediaan:\n\n1. Mula-mula, keringkan salmon dan perasakan filet tersebut dengan garam dan lada hitam.\n2. Kemudian, masukkan kacang pistachio yang sudah dicincang kasar ke atas filet salmon.\n3. Dalam satu mangkuk kecil, campurkan bawang putih, minyak zaitun, sos mustard, jus lemon, dan madu. Kemudian, kacaukan bahan-bahan tersebut.\n4. Selepas itu, sapukan adunan dalam mangkuk tadi ke atas filet salmon dan tekan perlahan-lahan menggunakan belakang sudu.\n5. Panaskan dahulu air fryer dengan suhu 180C selama 5 minit. Selepas panas, sudah boleh masukkan filet salmon tadi ke dalam air fryer.\n6. Bakar dalam suhu 170C selama 6 minit. Dah siap untuk dihidang.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/piza-homemade/", "title": "Resipi Piza Homemade Untuk Juadah Sahur, Bakar Dalam Oven 25 Minit Dah Siap!", "body": "\nAda yang teringin nak buat piza homemade. Jom kita follow resipi piza homemade yang paling senang dibuat ini. Cuma ambil masa 25 minit je dah siap. Yang paling penting, panas-panas dah boleh makan.\nMemang puas lagi buat di rumah tau berbanding beli kat luar. Lepas itu, dapat buat aktiviti buat piza lagi dengan anak-anak. Memang seronok! Nak buat banyak pun boleh.\nBaca juga: Shakshuka Kacang Panggang, Menu Bersahur Sedap Dimakan Bersama Roti Bakar\nBase piza kena buat doh dahulu. Bahagian toppingnya pula, boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Bahan wajib adalah pes tomato. Barulah menjadi!\nPiza pula terkenal dengan cheese tarik dibahagian atasnya. Cheese juga adalah salah satu bahan tarikkan. Penggemar cheese sangat suka pada piza yang ditabur dengan cheese yang banyak. Tertarik-tarik bila dimakan.\nResipi piza homemade ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Imah Imie. Yang suka makan piza dan rasa nak jimat duit poket tu, bolehlah cuba buat resipi ni. Sangat-sangat berbaloi!\n\nRESIPI PIZA HOMEMADE\n\nBahan-bahan doh:\n\nAir sejuk 250ml\nButter/marjerin 40g\u00a0\nGula 40g\nTepung gandum 100g\nTepung high protein 400g\nBread improver/kfine/shortening 10g\nYis 6g / separuh peket\n\nBahan-bahan topping:\n\nSos pasta traditional/tomato puri\nSosej / pepperoni\nCili benggala\nMozzarella/ cheddar cheese\nParmesan cheese\nParsley (optional)\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Masukkan bahan ikut turutan dimulai dengan bahan cecair kemudian bahan kering dalam breadmaker noxxa.\n2. Kemudian, pilih fungsi pizza dough selepas kembang keluarkan angin dan timbang doh 150-200g untuk 1 doh pizza. Saiz loyang 8.\n3. Leperkan doh ikut ketebalan yang nak dan cucuk doh tadi untuk buang angin. Letak sos pasta, sosej, capsicum dan akhir sekali cheese.\n4. Bakar suhu 170\u00b0C kira-kira 25 minit. \n5. Siap! Dah boleh dihidang dan makan panas-panas!\n\n\nLepas ini sesiapa je yang gemar makan pizza, bolehlah cuba-cuba resipi ni. Makan ramai-ramai dengan keluarga pun seronok. \nSemoga resipi piza homemade yang mudah dibuat ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!\nBaca juga: Tortilla Wraps Ala Chicken Foldover Mcd, Guna Roti Gardenia & Daging Burger Je\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/piza-parang-melaka/", "title": "\u201cLain Macam Potong Piza Guna Parang\u201d- Tempat Makan Viral Baru Di Melaka!", "body": "\nPernah tengok piza kena potong dengan parang? Hanya ada di Malaysia saja tau! Orang kita ini emmang kreatif kalau bab makanan dan semestinya sedap.\nNak pula kalau sebut tentang tempat makan di Melaka, mana yang tak sedap atau tak viral sampai orang kena beratur panjang setiap kali nak menjamu selera?\nItulah penangan Melaka yang terkenal sebagai salah satu destinasi jalan-jalan cari makan yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.\nBaca juga: Jom Food Hunting Di 7 Tempat Makan Popular Di Melaka\nTerbaharu korang tahu tak yang Melaka kini sedang \u2018diserbu\u2019 dek kerana \u2018Piza Parang\u2019!\nVideo Penuh:\n\n\n @ownertengahhealing2022\nParang bukan sebarang parang \ud83e\udd23 Pizza parang Melaka , paya rumput \ud83d\udccdGrass street kitchen\n \u266c Parado no Bail\u00e3o \u2013 MC L da Vinte & MC Gury \n\n \nKalau korang nak tahu \u2018Piza Parang\u2019 ini sebenarnya adalah sebuah tempat makan di mana piza yang dihidang akan dipotong menggunakan sebilah parang panjang oleh pekerjanya yang memakai topeng lanun.\nTempat makan menarik itu adalah \u201cGrass Stream Kitchen\u201d yang terletak di KM14, Jalan Kg Paya Rumput, Melaka.\nGrass Stream Kitchen yang mengetengahkan konsep\u00a0\u2018The Best Pizza In Town\u2019\u00a0menjadi viral apabila seorang pengguna TikTok\u00a0@ownertengahhealing2022\u00a0telah berkongsi sebuah video yang memaparkan aksi pekerja kedai tersebut yang bertindak mendebarkan membawa piza dan parang panjang sebelum dilihat memotong piza berkenaan di hadapan pelanggan.\nAksi pekerja tersebut yang dilihat santai serta bersahaja ketika memotong piza telah meraih perhatian netizen terutama penggemar hidangan barat itu.\nLebih membuatkan ramai terhibur dengan video berkenaan adalah apabila pekerja berkenaan\u00a0berseloroh mengatakan jika pelanggan tidak bayar mereka pasti akan dikejar dengan parang.\nAntara komen netizen:\n\n\n\nSumber: Rileklah.com\n"} {"url": "https://myresipi.com/piza-roti-tanpa-bakar/", "title": "Piza Roti Tanpa Bakar, Resipi Guna Roti Buku Ini Dapat 4.4K Shares!", "body": "\nJom cuba buat Piza Roti Tanpa Bakar dalam oven ini. Hanya gunakan roti buku saja. Kalau dah nak tamat tempoh tapi stok banyak lagi, boleh cuba resipi ini.\nBaca juga: Roti Sarang Burung Cheese Guna Air Fryer, Breakfast SIMPLE Guna 5 Bahan Je!\nBagi anak-anak yang gemarkan piza, boleh cuba trik ini. Memang kenyang lama dan paling syoknya, boleh letak topping ikut selera masing-masing. Puas hati!\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Tyra Manan ini. Resipi beliau viral hingga meraih sehingga 4.4K shares tau! Memang nampak menarik. Jom kita tengok cara penyediaannya.\u00a0\n\nRESIPI PIZA ROTI TANPA BAKAR\n\nBahan-bahan:\n\n3 keping roti Gardenia \n4 keping keju Cheddar (Boleh tambah/ganti dengan keju Mozzarella)\nSos Cili\nSos Bolognese \nMayonis\n2 biji telur\nMentega\nSosej & Filamen Ketam (boleh ditukar dengan bahan lain)\n\nCara penyediaan:\n1. Celur sosej dan filamen ketam seketika. Potong kepada bahagian kecil.\n2. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk. Kemudian, carikkan 3 keping roti kepada bahagian kecil.\n3. Masukkan roti ke dalam telur.\n4. Panaskan pan bersama mentega.\n5. Susun roti yg telah dicelup telur ke dalam pan.\n6. Sapukan sos cili dan sos bolognese.\n7. Taburkan sosej & filamen ketam.\n8. Letakkan kepingan keju di atas.\n9. Tutup pizza dengan tudung periuk selama 5 minit (api kecil).\n10. Hiaskan dengan mayonis. Siap!\u00a0\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Jejari Roti Bersalut Tepung, Guna 2 Bahan Ini Je Dan Memang Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/pkp-ni-asyik-lapar-je-jom-cuba-buat-chicken-wrap-semudah-abc/", "title": "PKP Ni Asyik Lapar Je? Jom Cuba Buat Chicken Wrap Semudah ABC", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-14 06:18:53\n\n\nTak semestinya makanan sihat hanya ada sayur tetapi ia perlu juga mengandungi karbohidrat, protein dan kalsium yang mencukupi. Jom kita cuba resepi chicken wrap yang dikongsikan oleh Hiza Lina di laman facebooknya.\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nkredit: Hiza Lina\n1. Roti tortilla (Mission Wrap).\n2. Isi ayam (Bahagian dada & potong kecik).\n3. Salad\n4. Tomato.\n5. Lobak (Hiris halus-halus).\n6. Timun (Hiris halus-halus).\n7. Cheese.\n8. Mayonis. \n9. Sos thousand island.\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Mula-mula, Bakar Roti mission Wrap dalam oven untuk 2-3 min. \n2. Ayam goreng tepung, lebih sedap kalau beli yang kentucky. \n3. Sapu rata mayonis atas roti wrap & letak bahan-bahan tadi iaitu ayam, salad, lobak, timun, keju & sos thousand island.\n4. Akhir sekali, gulung roti & siap.\n\nkredit: Hiza Lina\nSelamat Mencuba\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/pokok-kacang-botor/", "title": "Guna 5 \u2018Tricks\u2019 Ini Bagi Pokok Kacang Botor Berbuah Banyak, Baru Ada Hasil!", "body": "\nTanam pokok kacang botor tapi selalu tak ada hasil di rumah? Takkan asyik nak beli di kedai setiap kali nak makan. Membazir!\nKalau rumah ada laman, kacang botor ini antara tanaman yang selalu ditanam di rumah dan merupakan sejenis tanaman jangka masa pendek untuk mendapatkan hasil.\u00a0\nApatah lagi, ia sesuai dimakan mentah sebagai ulam ketika menikmati hidangan makan tengahari atau makan malam.\nKalau nak tahu, ulam ini juga dikenali sebagai kacang kelisa, kacang botol, kacang kecipir atau dalam bahasa inggerisnya \u2018winged bean\u2019 atau \u2018four-angled bean\u2019. \nBaca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu\u00a0\nJika betul penjagaannya minggu ke 10-12 bermula dari hari semai, anda sudah boleh menikmati ulam kacang botor ini. Namun, satu masalah yang selalu terjadi bila menanam sayur ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah (mabuk daun)\u00a0\nNak tahu \u2018trick\u2019 dapatkan buahnya yang lebat? Jom ikuti tip penjagaan yang dikongsikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia ini.\u00a0\nTak derhaka dengan tips ini, memang menjadi!\n\nTIP LEBATKAN POKOK KACANG BOTOR / KACANG KELISA\n\n1. Siram dua kali sehari, pagi dan petang. Anak pokok perlukan air yang banyak untuk membesar.\n2. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.\n3. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok lain bagi mendapatkan zat makanan, cahaya dan air.\u00a0\u00a0\n4. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.\n5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Hasilnya, pokok akan mula berbuah lebat.\nBiasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.\n\nANTARA KHASIAT SAYUR KACANG BOTOR\n\nPada tahun 1975, National Academy of Sciences, National Research Council USA telah menemukan kacang botor dikenali dengan nama \u201cSupermarket on a stalk\u201d kerana khasiatnya yang tinggi (kandungan protein sebanyak 37%) dan setiap bahagian pokoknya (daun, bunga, buah muda, biji dan akar) boleh dimakan, melainkan batangnya.\nDari segi perubatan, disebabkan kandungan proteinnya tinggi, susu dan tepung yang diproses daripada biji kacang botor diiktiraf untuk rawatan kanak-kanak yang kekurangan protein.\nBiji kacang botor juga setanding dengan kacang soya, malah ia mengandungi lebih banyak kandungan amino asid seperti lisin dan leusin dibandingkan dengan kacang soya. Disamping itu bijinya mengandungi sumber antioksidan, tocoferol iaitu bahan penting dalam penggunaan Vitamin A yang tinggi.\nDaunnya boleh ditumbuk lumat untuk ditampalkan kepada kudis dan bisul dan daun serta biji kacang botor boleh dimakan setelah dimasak untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan kudis.\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Cara Masak Miang Pla Pao, Guna Resipi Ini Untuk Dapat Hasil Sedap Macam Kedai Thai\n"} {"url": "https://myresipi.com/pokok-terung-dah-tua/", "title": "Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik", "body": "\nPokok terung dekat rumah dah tua? Jangan terus buang, ini ada tips untuk rawat balik supaya kembali subur dan berbuah semula.\u00a0\nKebiasaannya, pokok terung yang dah tua selalunya kurang buah dan kalau ada pun saiz buahnya makin kecil. Bila lihat pokok begini, kita pun akan tebang dan tanam pokok baru.\nBaca juga: Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu, Lelaki Ini Kongsi TIP\u00a0\nJadi, jangan terus buang pokok ini. Ada cara yang boleh dilakukan untuk \u2018mudakan\u2019 kembali pokok ini supaya subur dan berbuah semula. Caranya dikongsi oleh Encik Ibrisam Wossali di laman Facebook.\nJom kita lihat tips nak mudakan balik pokok terung di rumah.\n\nCARA \u2018MUDA\u2019KAN BALIK POKOK TERUNG\n\nJika sahabat ada tanam pokok terung, lama kelamaan hasilnya pasti semakin berkurangan dan buahnya menjadi kecil sebab pokoknya dah semakin tua. Jangan terus buang pokoknya. Kita boleh remajakan atau mudakan semula pokok tersebut.\nIni kaedah dan caranya:\n1. Kerat semua dahan atau ranting yang dah tua.\n2. Kemudian gembur tanah dalam pasu tersebut. Akar-akar yang berada pada permukaan tanah kalau terputus pun tak apa. Lagi baik.\n\n3. Selepas itu tabur tahi ayam dan beri baja kopi pada masa yang sama.\n4. Hasilnya, lebih kurang dalam enam minggu selepas itu, pokok akan tumbuh subur dan merimbun serta berbuah semula.\nInilah hasilnya selepas lebih kurang 6 minggu\n\nBila dah berbuah ini, memang sedap nak masak pelbagai sajian mengunakan terung ini. Lagipun, banyak khasiatnya yang kita boleh dapat. Antaranya:\n\nKaya zat besi\nRendah kalori\nTinggi serat\nMenjaga kesihatan jantung\nMencegah diabetes\nTulang lebih sihat dan kuat\n\n\nSemoga tips ini bermanfaat!\nBaca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA\n"} {"url": "https://myresipi.com/popia-basah/", "title": "Popia Basah \u2018Step By Step\u2019 Yang Lengkap, Gerenti Keluarga Berhantu Nak Makan!", "body": "\nSiapa penggemar Popia Basah dekat sini? Yang memang \u2018feveret\u2019 tu boleh ikut resipinya dekat sini. Ada step by step untuk korang nak ikut.\nKalau sebelum ini asyik beli dekat pasar je, apa kata buat sendiri di rumah. Lagi puas nak makan. Nak menjual pun tak ada hal!\nTak susah pun resipi ini sebenarnya. Hanya sediakan 3 lagi hidangan selain dari kulit popia. 3 hidangan itu adalah sos popia basah, inti dan telur hancur. Sos dan inti akan dimasukkan ke dalam kulit popia dan digulung kemas sebelum dihias.\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Tauhu Berlauk, \u2018Confirm\u2019 Ramai Suka Sebab Mudah & Sedap!\nKepada korang yang nak cuba di rumah, apa kata follow resipi dari perkongsian Intanniah Ismail ini. Lagi-lagi dah nak dekat Ramadan, mesti laku keras kalau buat di rumah nanti.\n\nRESIPI POPIA BASAH\u00a0\nKuih ini memang sesuai dijadikan sarapan atau minum petang untuk sekeluarga.\n\n\nBahan-bahan sos popia:\n\n1o tangkai cili kering \u2013 kisar\n4-5 biji bawang putih \u2013 kisar\n3 sdb sos cili\n2 sdb cuka makan\n2 sdb kismis/kurma \u2013 kisar\n1 sdb gula merah/gula putih\n\n\nCara membuat sos popia:\nTumis ke semua bahan di atas dan sehingga kering.\nBahan-bahan kulit popia:\n\n\n\n2 cawan tepung gandum\n1 biji telur ayam\n1 sdb cuka makan\n1 sdb minyak masak\nAir secukupnya\n\nCara membuat kulit popia:\n1. Campur dan bancuh kesemua bahan di atas supaya menjadi adunan yang agak-agak lembik.\n2. Perapkan adunan tadi selama 1 jam kemudian barulah disapu di atas kuali non-stick.\n3. Nak lagi mudah, boleh sapu guna kain. Buat kain itu seperti bunjut besar penumbuk dan sapu adunan tepung di atas kuali. Jadi akan dapat saiz yang sama. Sapu nipis-nipis dan kuali tak perlu disapu minyak.\nBahan-bahan inti popia:\n\nSengkuang \u2013 dihirs panjang\nLobak merah \u2013 dihiris panjang\nTaugeh\nUdang kering\n\nCara penyediaan popia basah:\n1. Tumis bawang bersama udang kering tadi dan masukkan semua bahan di atas. Perasakan dengan garam dan gula dengan sekata.\n2. Kemudian, apabila ke semua perkara diatas sudah siap, dah boleh mulakan sesi menggulung popia basah.\n3. Caranya, sapu dahulu sos di atas kulit popia.\u00a0\n4. Kemudian letakkan intinya. Jangan terlalu banyak nanti kulitnya akan pecah semasa menggulung. Isi inti agak-gak dan boleh taburkan kacang tanah goreng untuk lagi \u2018kick\u2019.\n5. Dah habis semua digulung, sudah boleh siap dihidang!\n\n\n\nWalaupun nampak banyak hidangan yang perlu dibuat, tapi bila sekali anda mencubanya, pasti anda puas hati dengan hasil air tangan sendiri. Tak perlu beli kat pasar malam lagi lepas ni. Seronok bila masak sekali dan terus menjadi.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/popia-crab-seaweed/", "title": "Popia Crab Seaweed Yang Rangup Dan Sedap, Sesuai Untuk Bawa Jamuan Raya", "body": "\nPopia Crab Seaweed Yang Rangup Dan Sedap, Sesuai Untuk Bawa Jamuan Raya.\nDulu inti sayur, tapi sekarang dah diintikan dengan isi ketam dan rumpai laut. Jom follow resipi popia dekat sini.\nSesuai untuk dibawa ke jamuan raya sekolah anak-anak. Nak buat pun agak ringkas dan mudah cara penyediaannya.\nMakan panas-panas lagi sedap. So, jom! Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat bahan-bahan dan step by step macam mana cara nak buat popia ini.\nBaca juga: Kulit Popia Keras Dan Kering? Ini Petua Nak Lembutkan Balik\nIkuti resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zaharah Mazrul ni. Sangat mudah nak follow. Bahan-bahan yang digunakan juga tak terlalu banyak. Belum pernah lagi orang menjual popia jenis ini.\u00a0\n\nRESIPI POPIA CRAB SEAWEED\n\nBahan-bahan:\n\n1 Paket Kulit Popia (50 pcs)\n3 paket Crab Stick (dipotong dua)\nSlice cheese (dipotong 6)\n1 paket Seaweed (Perasa Original)\n1 biji telur \nMinyak masak (untuk menggoreng)\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Ambil sekeping kulit popia, letakkan seaweed + crab stick + slice cheese.\n\n2. Gulungkan dan lekatkan dengan telur. Ulang sekali lagi sehingga kulit popia habis.\n3. Lepas itu goreng seperti biasa.\n4. Siap untuk dihidang!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Popia Basah \u2018Step By Step\u2019 Yang Lengkap, Gerenti Keluarga Berhantu Nak Makan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/port-baru-kunafa-cheese-di-kg-baru-orang-kata-sedap-tak-terlalu-manis/", "title": "\u2018Port\u2019 Baru Kunafa Cheese Di Kg Baru, Orang Kata Sedap Tak Terlalu Manis", "body": "\nMemang tengah hangat viral sekarang orang ramai tengah tergilakan makanan daripada Arab ini iaitu Kunafa. Kunafa kini boleh di dapati di mana mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur. Ada juga yang viral di Bukit Bintang.\nTapi tahukah anda bahawa di Kg Baru berdekatan dengan Restoran Suraya juga ada menjual Kunafa yang sedap dengan cheesenya yang terlajak banyak? Haa jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.\n\u2018Port\u2019 Baru Kunafa Cheese Di Kg Baru, Orang Kata Sedap Tak Terlalu Manis:\n\n\nSebuah akaun Twitter @JarrNadjmuddean ada berkongsi sebuah kedai yang menjual Kunafa power dengan cheese tarik!\n\u201d Aku dah jumpa port baru Kunafa power. Cheese dia Allahu\u2026 Baklava dia pun padu. Balik makan dengan ais krim. Lagi mantul\u201d\n\n\u201d Korang serbu Papakunafa at Kg Bharu. Depan sikit lepas Suraya Tomyam. Sedap weih! \u201d\nKedai ini terletak di Kg Baru dan bernama PapaKunafa.\u00a0Lihat pada perkongsian @JarrNadjmuddean, memang nampak menarik kunafa di kedai itu.\u00a0 Selain daripada Kunafa anda juga boleh membeli makanan lain seperti Baklava dan banyak lagi.\n\n\nRamai rata-rata pengguna TikTok juga ada berkongsi pengalaman mereka merasai Kunafa di sini. Semuanya berkata makanan di sini sedap sedap belaka.\n\nJika anda pecinta Kunafa, anda wajib datang dan cuba kunafa di sini!\nSumber: @JarrNadjmuddean\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/port-cafe-baru-di-ipoh-makan-dalam-suasana-flora-memang-layan/", "title": "Port Cafe Baru Di Ipoh, Makan Dalam Suasana Flora Memang Layan", "body": "\nBila sebut je Ipoh, mesti ramai yang akan ingat cafe hispter di Pekan Ipoh kan? Haa, selalunya cafe hipster ni dah biasa kan? Tapi kalini di Ipoh ada satu port lepak baru tapi yang uniknya cafe ni dipenuhi dengan bunga-bungaan yang cantik. Memang sesuai sangat kalau anda yang nak lepak chill dan berootd bersama kawan-kawan anda.\nDengar cerita, makanana di sini juga sangatlah menarik dan sedap! ada kek, roti dan air coffee. Memang layan lah kalau lepak dekat sini. Nama kedai ni ialah Asow Eatery Canteen dan terletak di Taman Jubilee, Ipoh.\nPort Baru Di Ipoh, Makan Dalam Suasana Flora Memang Layan:\nSebuah akaun di Twitter @aizamsyaff ada berkongsi perkongsiannya datang makan di cafe Asow Eatery Canteen.\u00a0\n\u201c Last Sunday at Asow Eatery Canteen, Ipoh. Seasalt Latte & French Butter Croissant. Personally, for me, French Butter Croissant is highly recommended! (Include Vanilla Gelato Ice-cream) \u201d\n\n\nKalau korang pecinta kopi juga, korang kena datang dan cuba kopi-kopi yang dijual di sini tau. Kat sini ada banyak pilihan kopi yang menarik yang boleh korang minum.\nSambil-sambil minum korang boleh jugak berootd di sini. Tempatnya juga dah la cantik! Rugi kalau korang tak tangkap gambar banyak banyak.\n\u201d Best port for ootd also \u201d\n\n\nKorang tengok la sendiri gambar di atas, memang cafe ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan. Best gila memang rasa fresh je kalau lepak kat sini.\nBukan setakat bunga bungaan je tau yang ada kat sini, ikan pun ada! Memang best la kalau lepak makan kat sini.\n\u201c Dan aku suka kat bahagian ini. Hahaha comel sebab ada ikan ikan smoll dalam tu \u201d\n\nKorang jangan ingat pokok kat sini pokok tiruan tau sebab owner kedai ni sendiri yang cakap semua tumbuhan dekat dalam kedai ni adalah tumbuhan yang ori haa best kan?\n\n\u201c And those daun daun segala tumbuh tumbuhan itu 100% real. Not fake. Owner said. So kewl. Buka buka je dah dengar bunyi burung \u201d\nJadi kalau korang ada plan nak bercuti dan lepak di Ipoh, korang jangan lupa datang ke cafe ni tau!\nAlamat: 187a, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (10AM \u2013 10PM)\nSumber: @aizamsyaff\n"} {"url": "https://myresipi.com/port-steamboat-murah-di-puchong/", "title": "Port Steamboat Murah Di Puchong, Bayar RM30 Makan Sampai Lebam!", "body": "\nJika anda seorang \u2018kaki\u2019 steamboat, wajib cuba\u00a0tempat makan steamboat murah di Puchong ini.\nDengan bajet RM30, tak perlu tunggu gaji kalau nak makan steamboat. Sekarang pun boleh pergi!\nBaca juga: \u2018Rating 10000/10!\u2019 \u2013 Lelaki Ini Kongsi Kedai Makan \u2018Wajib\u2019 Pergi Bila Datang Shah Alam\nBerbaloi bayar RM30\nSama seperti kedai steamboat lain, anda boleh pilih aneka sos mengikut cita rasa masing-masing.\n\nAda pelbagai jenis seafood dan daging yang boleh dipilih.\u00a0Best\u00a0kan?\u00a0Unlimited\u00a0pula tu.\nTapi jaga-jaga, ambil secukupnya saja ya. Kalau tak habis makan, rugi pula kan?\n\nSelain seafood dan daging, kat sini pun ada aneka bebola seperti bebola isi ketam, sotong, ikan dan ayam. Hotdog dan fishcake pun ada!\n\nBila dah ambil semua bahan-bahan yang perlu, masa untuk masak!\n\n\nKedai ini juga mempunyai pelbagai jenis mi segera, tinggal pilih je.\n\nKalau dah nama perut melayu, tak sah kalau tak makan nasi. Kedai ini juga menyajikan nasi goreng, mi kari dan bubur.\n\nAda air balang!\nAneka air juga disediakan. Apa yang unik, air disajikan di dalam balang. Tinggal cedok sendiri je, syok kan?\n\nMalaya Steamboat & Grill Puchong Prima\n\nSteamboat murah di Puchong\nHujung minggu ni jom ajak satu keluarga makan\u00a0Malaya Steamboat & Grill Puchong Prima.\u00a0\nNak belanja pun tak perlu fikir dua kali, sebab murah amat!\nLokasi: Lot 65089, Persiaran Puchong Prima, Taman Puchong Permai, 47500, Puchong, Selangor\nKredit: Twitter @Jomkitamy\n"} {"url": "https://myresipi.com/presentation-kurang-menyerlah-juri-dapur-tempur-kritik-prestasi-peserta-minggu-separuh-akhir/", "title": "\u2018Presentation\u2019 Kurang Menyerlah, Juri Dapur Tempur Kritik Prestasi Peserta Minggu Separuh Akhir", "body": "\nEmpat pasangan keluarga Program realiti, Dapur Tempur telah berjaya memasuki pusingan separuh akhir.\nPada episod minggu ini, Sissy Imann telah muncul sebagai juri jemputan bagi menilai masakan peserta Dapur Tempur disamping juri tetap, Cef Adu dan Sheila Rusly.\nSeperti episod sebelumnya, episod kali ini juga juri masih memberikan komen \u2018pedas\u2019 jika peserta ada membuat kesilapan.\nPenyanyi, pelakon dan juga pengacara, Sissy Imann mengatakan dia bersetuju dengan teguran juri kepada para peserta kerana apa yang dipersembahkan tidak sepadan dengan level\u00a0separuh akhir.\n\u201cKalau Sissy tengok cara sis (Sheila Rusly) menegur tadi sebenarnya sesuailah kena macam tu. Sebab Sissy sebagai juri jemputan yang datang pada separuh akhir, Sissy sendiri rasa ini bukan taraf separuh akhir.\u201d\n\nMinggu ini kita akan menyaksikan mereka yang berjaya ke separuh akhir iaitu kumpulan Pendekar Malaya (ayah saudara dan anak saudara), Masam Manis (suami dan isteri), Seketul Rasa (kakak dan adik) dan kumpulan Sudap Sudip (ibu dan anak).\n\nAlamak, apa pula cabaran pada separuh akhir ini sampai peserta kena pegang jaring tu? Kena tangkap sesuatu ke?\nBerjayakah mereka menyahut cabaran tersebut dan menghasilkan hidangan yang menawan hati dua para juri?\nSiapakah di antara mereka yang akan mara berentap di pentas akhir pada minggu hadapan?\nJangan lupa tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di\u00a0Myresipi.com\u00a0selaku rakan digital rasmi.\nDapur Tempur dibawakan oleh Panasonic, hidup sihat setiap hari bersama Panasonic. dan juga Nona, Jom #NonaKanHarimu, Pelbagai Rasa, Semudah Cara & Seenak Rasa.\nJuara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.\nPemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.\n#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy\n"} {"url": "https://myresipi.com/promosi-makanan-hari-wanita-sedunia/", "title": "Ini 7 Promosi Makanan Sempena Hari Wanita Sedunia, Beli Jangan Tak Beli!", "body": "\nSelamat Hari Wanita Sedunia penulis ucapkan kepada semua kaum hawa! Setiap tahun pada 8 Mac, adalah hari istimewa buat wanita. Jom beri reward untuk diri sendiri, isteri, mak atau nenek korang!\nBak kata Miley Cyrus, \u201cI can buy myself flower~\u201d apa kata korang reward diri sendiri dengan promosi-promosi makanan yang ditawarkan khas untuk korang hari ini.\nBaca juga: Kenapa Banyak Tawaran Diskaun Pada Hari Rabu Eh?\nJom kita tengok 9 promosi makanan di bawah!\n\n1. Marrybrown\n\nPromosi dari Marrybrowns ini khas untuk kakak-kakak rider sempena dengan Hari Wanita Sedunia. Boleh makan di restoran atau bungkus! Tertakluk kepada terma dan syarat.\n\n2. Chatime\n\nKorang bertuah? Boleh masuk lucky draw yang dibuat oleh Chatime ini untuk dapatkan percuma satu cupcake beserta gift card Uniqlo bernilai RM50.\n\n3. Sushi King\n\nYang ni paling wow! Percuma makanan atas pinggan pink untuk pelanggan wanita. Syaratnya kena tunjuk barangan warna pink contohnya gincu, beg tangan, baju atau tudung pink. Boleh tengok terma dan syarat di IG Sushi King.\n\n4. Coolblog\n\nKorang boleh redeem percuma satu air kalau ada buat satu pembelian air dekat Coolblog hari ini.\n\n5. Starbucks\n\nKorang yang suka minum kopi mesti suka ni. Untuk hari ni je, Starbucks meraikan pelanggan wanita dengan menawarkan diskaun 30% untuk minuman bersaiz Grande terpilih. Tertakluk terma dan syarat.\n\n6. Daboba\u00a0\n\nBuat korang yang tak minum kopi, jangan sedih sebab Daboba pun ada buat promosi minuman kedua pada harga RM3.80 je. Ajak la girlfriends ke sini lepas tu pandai-pandai la bahagi dua harga minuman hihi.\n\n7. Burger King\n\nHari ni boleh jimat sikit lunch sebab Burger King menawarkan Large Meal pada separuh harga dari biasa sempena Hari Wanita Sedunia. Apa lagi, Burger King nak belanja tu!\n\nApa tunggu lagi? Jom manjakan diri korang hari ini dengan ke semua promosi di atas!\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/promosi-marrybrown-3-set-kombo-lucky-plate-rm33/", "title": "Promosi Marrybrown, Dapatkan \u20183 Set Kombo Lucky Plate\u2019 Dengan Harga RM33 Sahaja!", "body": "\nMengidam nak makan ayam goreng? Tepat pada masanya! Marrybrown ada membuat promosi istimewa khas buat anda semua.\nPromosi Marrybrown kali ini mereka menawarkan 3 set Kombo Lucky Plate dengan harga RM33 sahaja. Murah sangat ni!\nSetiap satu set mengandungi 2 ketul MB Crispy Chicken, 1 mashed potato, 1 vegetable salad, 1 roti goreng dan 1 air.\n\nTerma & syarat:\n\nTarikh promosi 2 mac hingga 4 mac 2022 sahaja\nPromosi sah untuk makan di kedai, bawa pulang, pandu lalu dan pesanan tanpa sentuh\n\nJangan lupa untuk ajak kawan-kawan sekali. Kalau kongsi 3 orang, satu kepala RM11 saja!\nMaklumat lanjut klik di sini.\n"} {"url": "https://myresipi.com/pru15-promo-makanan/", "title": "Mengundi PRU15? Ini 9 Promo Yang Korang Boleh Tuntut Dengan Jari Berdakwat", "body": "\nTinggal beberapa hari sahaja lagi rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.\nMemandangkan hari pengundian telah diisytiharkan cuti umum, jadi pasti ada di antara kita yang sudah mula merancang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sebaik selesai membuang undi.\nArtikel berkaitan: MyUndi Bantu Rakyat Ketahui Keputusan Terkini PRU15, Turut Perkenal Ciri Baharu \u2018Suara Kita\u2019\nMin ada satu berita baik buat korang yang mengundi.\nSebenarnya terdapat promosi dan tawaran diskaun yang diberikan oleh banyak perniagaan demi menghargai usaha masyarakat yang menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.\nJari dah berdakwat ke tu? Jom tebus promo-promo di bawah!\n1. Secret Recipe\n\n\nSecret Recipe menawarkan sebanyak 30% diskaun bagi mana-mana minuman di dalam menu mereka.\nCaranya hanya tunjukkan jari berdakwat anda dan promosi ini sah digunakan pada 19 November sahaja.\n2. Tealive\n\n\nBermula pada 14 November sehingga 20 November Tealive menawarkan promosi dua minuman pada harga RM15 sahaja bersempena dengan promosi PRU15.\nPromosi ini hanya boleh digunakan pada minuman yang berharga bawah RM10 dan tersedia di semua outlet Tealive kecuali di Tealive Plus.\n3. Tacobell\n\n\nDapatkan Loaded Griller dengan hanya RM5 sahaja. Anda hanya perlu menunjukkan jari berdakwat anda untuk menikmati diskaun ini. Sah pada 19 November sahaja.\n4. TGIFridays\n\n\nIndividu yang sudah mengundi layak menikmati 15% diskaun untuk semua jenis burger di dalam menu TGIF dengan hanya menunjukkan jari sebagai bukti.\nSah pada 19 November sahaja.\n5. Hokkaido Baked Cheese Tart\n\n\nJalankan tanggungjawab mengundi anda dan nikmati diskaun 15% Classic cheese tart pada 19 November ini.\n6. MyLaksa\n\n\nTunjukkan jari anda kepada crew MyLaksa dan berpeluang untuk menikmati satu air percuma dengan pembelian asam laksa bermula pada 19 November sehingga 20 November ini.\n7. OldTown White Coffee\n\n\nDapatkan satu minuman OldTown White Coffee dengan pembelian bagi mana-mana jenis makanan di dalam menu bahagian Nasi atau Mee pada 19 November ini.\n8. Pepper Lunch\n\n\nTuntut minuman percuma anda di Pepper Lunch dengan hanya tunjukkan jari mengundi pada 19 November ini.\n9. Cool Blog\n\n\nTunjukkan jari berdakwat anda dan nikmati topping percuma dengan pembelian mana-mana jenis minuman di Cool Blog pada 19 November ini sahaja.\nWah! rupanya ada banyak yang menawarkan promosi-promosi hebat sempena PRU15 ni. Nanti bolehlah anda bawa keluarga atau rakan-rakan untuk nikmati diskaun ini bersama.\n"} {"url": "https://myresipi.com/pucuk-ubi-goreng-cili-api/", "title": "Pucuk Ubi Goreng Cili Api, Buat Stok Tahan 2 Minggu", "body": "\nHari ini kita akan ikuti satu perkongsian resipi pucuk ubi goreng cili api yang mudah dan sedap. Buat banyak-banyak stok boleh tahan sampai dua minggu tau!\nResipi asal diambil dari Dato Rizalman, viral tahun lepas. Pucuk ubi biasanya kita buat masak lemak kan.\nTapi, kita goreng sampai garing dan gaul dengan bahan-bahan gorengan ragup yang lain seperti ikan bilis.\nArtikel berkaitan: Resipi Gulai Daging Salai Pucuk Ubi, Aroma Bunga Kantan Bersama Petai Sebagai Pembuka Selera\nKena tambah bawang putih goreng untuk khasiat nya, dan semua bahan digaul pula dengan sambal garing yang pedas-pedas manis.\nPucuk ubi goreng tu texture dah macam seaweed flakes pun ada sebab sangat lah rangup, cuma berbeza sikit dari segi rasa. Kalau takda seaweed flakes, hah goreng je pucuk ubi ganti.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Iskamaridzah Ismail ini. Hidangan ni sedap sangat kalau makan dengan nasi panas.\n\nRESIPI PUCUK UBI GORENG CILI API\n\nBahan-bahan:\n\nPucuk ubi \u2013 basuh bersih dan keringkan \n1 mangkuk kecik ikan bilis\n2 biji bwg besar \u2013 hiris\n1 keping asam gelugur\n1 inci belacan\n1 ekor sebesar tapak tgn ikan masin kurau \u2013 kisar\nSegenggam cili kering \u2013 rebus, basuh, toskan n blender kering\n\nCara memasak:\n1. Panaskan kuali dan minyak masak. Goreng pucuk ubi sehingga ranggup toskan.\n2. Goreng ikan bilis hingga rangup toskan.\n3. Tumis bawang hingga garing. Masukkan cili kering, garam dan gula.\n(gula kena letak lebih sikit) dikacau.\n4. Masukkan belacan dan asam gelugur dan kacau.\n5. Tumis smpai cili tu masak n kering sedikit.\n6. Msukkn ikan kurau. Kemudian, masukkan ikan bilis. Boleh tutup api.\n7. Masuk pucuk ubi dan gaul secara perlahan sebab taknak bagi pucuk ubi hancur.\n8. Bila dah rata elok, angkat letak dlm besen dan biar ia sejuk ikut suhu bilik.\n12. Bila dah sejuk, dah sedia untuk diletakkan dalam bekas kecil. Tahan 2 minggu.\n\nYang duduk kampung, mesti senang je nak dapat pucuk ubi ni. Apa tunggu lagi simpan resipi ni dan cuba sendiri di rumah. Semoga resipi ini bermanfaat buat kita semua.\n"} {"url": "https://myresipi.com/puding-biskut-marie-rasa-macam-kek-batik/", "title": "Puding Biskut Marie, Rasa Macam Kek Batik Tapi Tekstur Puding Yang Lembut!", "body": "\nSekali pandang nampak macam kek batik, tapi rupanya Puding Biskut Marie! Kalau anda dah biasa makan kek batik, teksturnya boleh tahan keras kan?\nTapi kalau buat versi puding ni, rasa sama macam kek batik tapi lebih lembut untuk dimakan oleh orang tua atau kanak-kanak.\nIbu-ibu bolehlah cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Nur Haziqah di bawah. Selamat mencuba!\nRESIPI PUDING BISKUT MARIE\nBahan-bahan:\n\nBiskut marie original\nSerbuk agar-agar 10gm (saya guna cap bunga raya)\n2 1/2 cawan air\n1 cawan susu segar / susu cair\n1/2 cawan susu pekat (kalau tak nak manis 1/4 cawan )\n1/2 cawan tepung kastard\n1 biji telur\n120gm butter (nak guna marjerin pun boleh)\n3 sb serbuk koko\n12 sb milo\n\nCara-cara:\n1. Dalam pengisar, satukan susu segar, telur dan tepung kastard. Putar sehingga sebati.\n2. Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.\n3.\u00a0Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.\n4. Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama butter dan kacau sehingga butter cair.\n5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.\n6. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko + milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api.\n7. Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik. Tuangkan adunan puding, nipis saja.\n8. Susun biskut marie. Kemudian tuang lagi adunan puding. Ulang sampai adunan puding habis.\n\n9. Sejukkan baru potong.\n\nKredit: Nur Haziqah\n"} {"url": "https://myresipi.com/puding-gula-hangus-mini/", "title": "Puding Gula Hangus Mini, Mudah Dan Senang Nak Makan, Buat Stok Banyak Pun Laku!", "body": "\nResipi Puding Gula Hangus atau nama lainnya puding karamel merupakan sejenis pencuci mulut yang sangat disukai ramai. Teksturnya yang mencair di mulut sangat sedap dimakan sejuk-sejuk.\nPuding ini tidak boleh diterbalikkan waktu masih panas, nanti hancur jadinya. Pastikan sejuk dulu baru diterbalikkan. Pencuci mulut ini boleh kita temui di pasar malam dan sangat sinonim dijual dibazar ramadan.\nBaca juga: \u201cTak Sempat Tengah Hari Dah Licin\u201d \u2013 Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak\u00a0\nMenjelang bulan puasa, yang tak sempat masak dirumah untuk juadah berbuka puasa, pasti singgah ke bazar untuk membeli lauk berbuka puasa dan mencari manisan seperti puding dan macam-macam lagi.\nDessert kali ini dibuat dalam bekas mini supaya anak-anak lebih mudah nak makan dan tak berebut. Pembaziran pun tak akan berlaku sebab portionnya yang kecil.\u00a0\nResipi puding gula hangus ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nur Shafikah Mohd Rusli. Jenis pemanis mulut ini sangat sesuai juga dihidangkan buat tetamu yang datang berkunjung kerumah kita.\n\nRESIPI PUDING GULA HANGUS MINI\n\nSazi mini macam ini senang nak makan dan tak ada berebut, tak cepat basi sebab usik-usik. Jom cuba.\u00a0\nJumlah bekas: 20 cup\nBahan-bahan:\u00a0\n\n6 biji telur gred B\n1 sdb tepung custard\n1 sdk esen vanilla\n1 tin susu cair\n1/3 tin susu pekat manis\n1 tin air \u2013 sukatan tin susu\n\nBahan gula hangus:\n\n20 sudu gula putih\n3/4 cawan air\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Mula-mula, cairkan dahulu gula hangus dengan api kecil. Lagi gelap lagi cantik tapi jangan terlalu lama nanti pahit.\n2. Dah tukar warna, masukkan air dan kacau rata. Tutup api dan boleh letak ke dalam bekas mini terus untuk sejukkan.\n3. Untuk bahan puding pula, satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.\n4. Jika taknak guna periuk, nak terus kisarkan terus guna blender pun boleh. Jangan blend sampai ia berbuih.\u00a0\n5. Kemudian, dah boleh masukkan bahan puding tadi ke dalam bekas mini yang dah diletakkan gula hangus.\u00a0\n6. Kukus ke semua bekas mini tersebut kira-kira 20 hingga 30 minit. Lepas kukus, boleh sejukkan di dalam peti sejuk.\n7. Dah nak masuk waktu berbuka, dah boleh keluarkan dan siap untuk dihidang!\n\n\nLagi sejuk lagi sedap puding ni. Penggunaan esen vanilla tadi dapat menghilangkan bau hanyir pada telur dan bau puding pun sedap dan wangi.\nKepada mereka penggemar puding gula hangus, boleh mencubanya secara homemade. Tak perlu beli diluar lagi. Lebih jimat buat sendiri. Nak makan bila-bila masa pun boleh.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Puding Mangga Yang Buat Kecur Air Licur, Memang Sedap Punyalah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/puding-kastad-jagung-resipi-pemanis-mulut-paling-simple/", "title": "Puding Kastad Jagung, Resipi Pemanis Mulut Paling Simple!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-09 02:57:39\n\n\nPuding Kastard Jagung ini merupakan antara pemanis mulut kegemaran orang ramai. Kebiasaannya kita akan jumpa hidangan ini semasa majlis kenduri keluarga mahupun di majlis-majlis rasmi. Bagi para penggemar pudding kastard jagung, anda boleh cuba membuatnya sendiri di rumah. Jom ikuti perkongsian daripada Cik Nor ini menerusi Facebooknya. \n\n\nKredit: Cik Nor\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1 cawan tepung kastard\n1 tin jagung manis\n\u00be cawan gula pasir (sukatan mengikut citarasa masing-masing)\n3 cawan air\n1 kotak santan\n\u00bd sudu the garam\n \nKredit: Cik Nor\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMula-mula, campurkan kesemua bahan yang telah disediakan ke dalam periuk.\n \nKredit: Cik Nor\n\u00a0\nKemudian, kacaukan semua bahan sehingga rata dan sebati.\n\u00a0\nSelepas itu, letakkan periuk di atas stove dan masak adunan tadi dengan api yang perlahan.\n\u00a0\nKacau sekerap-kerapnya sehingga tekstur adunan kelihatan pekat dan berkilat.\n\u00a0\nKemudian, tutupkan api dan cedokkan ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar.\n \nKredit: Cik Nor\n\u00a0\nSelepas siap, masukkan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan. \n\n\u00a0\nSiap! Mudah sahaja penyediannya kan? Selamat mencuba!\n\nKredit: Apa Khabar Malay\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/puding-labu-telur-mata-ini-dia-cara-cara-membuatnya/", "title": "Puding Labu \u2018Telur Mata\u2019, Ini Dia Cara-Cara Membuatnya!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-25 03:10:01\n\n\nMemandangkan para penuntut universiti masih belum boleh pulang ke kampus, pasti bermacam-macam aktiviti mereka lakukan di rumah bagi menghilangkan kebosanan. Untuk resipi kali ini, para pelajar boleh lah cuba membuat Puding Labu sebagai pencuci mulut. Menariknya, Puding Labu ini berbentuk seperti telur mata! Unik kan? Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Norfadilah Ibrahim menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Moms Chiara Best Resepi\nBahan-bahan:\n\nAgar-agar tali\nSedikit labu \nGula\nSusu\nAir\n\nCara-cara:\n\nMasukkan agar-agar tali dengan air dan gula ke dalam bekas. Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian.\n \nKredit: hsa*ba\u00a0\n\u00a0\nUntuk satu bekas,\u00a0campurkan dengan susu. Manakala\u00a0satu lagi bahagian campur dengan labu yang telah dikisar.\nBagi penyedian kuning telur, rebus\u00a0labu dan kemudian tapiskan airnya.\n \nKredit: eyzamiel \n\u00a0\nKemudian, kisarkan dengan sedikit air dan campurkan dengan agar-agar\nSelepas itu, terus masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam acuan lompang. Isikan\u00a0hingga paras suku sahaja, tidak perlu diisi penuh.\nBiarkan acuan puding labu sehingga sejuk.\n\n\u00a0\nSiap! Mudah saja kan cara membuat puding labu ini? Ibu-ibu juga boleh membuat resipi ini untuk si kecil. Pasti mereka akan sukakan hidangan pencuci mulut ini.Selamat mencuba!\n\nKredit: eryalhumaira\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/puding-oren-karamel/", "title": "Puding Oren Karamel Saiz Cawan, Guna Kordial F&N Je, Memang Sedap!", "body": "\nJom buat Puding Oren Karamel untuk pencuci mulut berbuka nanti. Memang rasa segar dan sedap dengan kombinasi antara oren dan karamel ini. Cara-cara nak buat pun memang mudah dan ringkas!\nHanya menggunakan air kordial F&N perisa oren dan gula yang dicairkan untuk karamel sebagai bahan utama, memang sekejap je dah boleh buat!\nBaca juga: Puding Gula Hangus Mini, Mudah Dan Senang Nak Makan, Buat Stok Banyak Pun Laku!\nSelalu air kordial ini memang kita buat untuk bancuhan air saja kan, tapi dessert pun boleh buat juga tanpa perlu kisar buah-buahan untuk dapatkan jusnya. Tinggal sukat je.\nNak buat idea sebagai juadah rumah terbuka nanti pun tiada masalah. Tinggal simpan siap-siap resipi ini nanti untuk dicuba. Jom kita lihat cara-caranya di bawah.\n\nRESIPI PUDING OREN KARAMEL GUNA KORDIAL F&N\n\nSaiz Hidangan:\u00a0\u00a06 Cawan / Bekas\u00a0\nBahan-bahan karamel:\n\n50ml air\n80g gula pasir\n\nBahan-bahan puding telur:\n\n150g krim putar\n150ml susu segar magnolia F&N\n150ml kordial oren F&N\n2 biji telur\n4 biji kuning telur\n4 sudu besar gula\n\nBahan hiasan:\n\n1 kepingan oren\n1/2 sudu teh gula\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Untuk membuat karamel, masukkan gula dan air dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan, terus goyangkan periuk sehingga gula larut dan sehingga keperangan.\n2. Tuangkan karamel ke dalam 6 cawan atau bekas. Ketepikan.\n3. Campurkan bahan-bahan untuk puding ke dalam jag. Tuangkan karamel ke dalam cawan.\n4. Tutup setiap cawan dengan foil aluminium. Kukus puding kira-kira 15 minit. Tutup api, biarkan puding di dalam periuk selama 10 minit lagi.\n5. Keluarkan dari periuk kukus, biarkan puding sejuk dan simpan dalam peti sejuk kira-kira 4 jam.\n6. Sebelum nak hidangkan, letak hirisan oren di atas puding, taburkan gula di atas kepingan oren itu. Bakar gula tersebut sehingga keperangan. Siap untuk dihidang!\n\n\nNampak menarik dan cantik pencuci mulut kita ini. Ala-ala dessert di hotel mewah gitu. Yang baru nak belajar buat dessert pun boleh belajar guna resipi ini.\u00a0\nSemoga bermanfaat dan selamat mencuba!\nBaca juga: \u201cTak Sempat Tengah Hari Dah Licin\u201d \u2013 Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak\n"} {"url": "https://myresipi.com/puding-pidang-pandan/", "title": "Cara Buat Puding Pisang Pandan, Mesti Laju Je Habis Bila Hidang Nanti", "body": "\nJom buat Puding Pisang Pandan hari ini. Kalau ada lebihan pisang dekat rumah tak perlu runsing lagi dah. Bosan juga kalau asyik makan pisang goreng, pengat pisang, cekodok pisang. Kali ni kita cuba tukar menu kepada puding pisang pula!\nDengar macam pelik kan. Sedap ke puding pisang\u00a0 campur pandan ini nanti. Itu memang wajiblah rasa dulu baru boleh tahu sedap atau tidak.\nBaca juga: Puding Oren Karamel Saiz Cawan, Guna Kordial F&N Je, Memang Sedap!\nKita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Norhayati Basri ini. Katanya, beliau juga mengikuti resipi asal dari Mr. Ali dan rasanya memang sedap.\u00a0\nCumanya beliau menggunakan agar-agar serbuk dimana resipi asalnya menggunakan agar-agar tali. Tapi di akhir persiapan puding ini, rasanya tetap sama. Jom cuba!\n\nRESIPI PUDING PISANG PANDAN\n\nSaiz loyang: 8 inci\nBahan-bahan lapisan putih:\u00a0\n\n9g agar agar serbuk\n3 setengah cawan air\n80 gram gula\n150 gram susu segar\n3-4 biji pisang\u00a0\n\nBahan-bahan lapisan hijau:\n\n9g agar agar serbuk\n3 cawan air\n3 helai daun pandan + 1 cawan air. = Kisar halus\n70 gram gula\n5-6 biji pisang yang sudah dilenyek2.\n2 titik pewarna hijau\n130g susu cair\n\nCara membuat lapisan putih:\u00a0\n1. Potong nipis- nipis 3-4 pisang dan letak dalam loyang. Susun ikut kreativiti anda dan setkan dalam peti selama sejam.\n2. Sementara itu letakkan 3 setengah cawan air dan 9 gram agar agar tali.\n3. Biarkan mendidi baru masukkan 80 gram gula\n4. Bila gula dah larut , masukkan 150 gram susu segar.\n5. Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam masa 1-2 minit.\n6. Tutup api dan tunggu kira-kira 3-4 minit baru tuangkan ke atas pisang yang dah dipotong nipis tadi. Kena tuang rendah dan perlahan lahan tau. Baru pisang tak bergerak dan timbul.\n7. Biarkan lapisan tadi mengeras, means letak je dekat luar dalam masa 20 minit dia akan mengeras. Nak cepat mengeras boleh terus letak dalam peti.\nCara membuat lapisan hijau:\u00a0\n1. Masukkan 3 cawan air dan 9 gram agar agar tali. \n2. 3 helai daun pandan + 1 cawan air ini dikisar halus. (Ini blend awal tau)\n3. Dah mendidih masukkan 70 gram gula.\n4. Bila gula dah larut masukkan air pandan yang sudah dikisar tadi. Kacau sekejap dan masukan dua \u2013 tiga titik pewarna hijau. Boleh skip pewarna kalau tak nak.\n5. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih. Dah mendidih masukkan 5-6 biji pisang yang sudah dilenyek. Kacau dalam 30 saat kemudian tutup api. \n6. Keluarkan lapisan putih tadi. Cucuk-cucuk permukaan putih agar agar tadi dengan garpu agar lapisan melekat. Baru masukan perlahan lahan lapisan hijau tadi.\n7. Biarkan ia mengeras suhu bilik selama 30-40 minit baru masukkan dalam peti.\n8. Setkan dalam peti selama 3-4 jam dan dah boleh makan.\u00a0\n\n\nWah! Resipi ringkas je tapi nampak mewah betul! Kalau dijadikan menu di hotel bertaraf lima bintang sudah tentu harga menjadi mahal.\nNak buat puding pisang pandan ini, kena pilih pisang yang betul. Sebaiknya gunakan jenis pisang nangka sebab rasanya yang lebih sedap dan sesuai untuk dimakan begini.\nSelamat mencuba!\u00a0\nBaca juga: Puding Gula Hangus Mini, Mudah Dan Senang Nak Makan, Buat Stok Banyak Pun Laku!\n"} {"url": "https://myresipi.com/puding-roti-coklat-milo/", "title": "\u201cTak Sempat Tengah Hari Dah Licin\u201d \u2013 Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak", "body": "\nPuding Roti Coklat Milo memang menjadi kegemaran seisi keluarga. Rasanya yang lembut dan lebih enak dimakan sejuk-sejuk membuatkan anak turut menyukai menu pencuci mulut ini.\nKalau sebelum ini anda hanya pernah mencuba resepi puding roti biasa, kali ini anda boleh cuba resepi puding roti coklat milo yang dikongsi Iedaa Jahaya ini.\n\nResipi Puding Roti Coklat Milo\n\n\n1 paket agar-agar serbuk bahagi kepada dua. Untuk lapis atas bawah. Loyang 6 inci. Nak guna acuan pun boleh.\nBahan agar-agar:\n1/2paket agar-agar serbuk\n450ml air\n5sdb susu pekat\n70g coklat masakkan\nCara membuatnya:\n1. Campur dan sebatikan semua bahan dulu sebelum dimasak. Api sederhana, kacau hingga membuak-buak. Tutup api.\n2. Ambil 1 sd adunan coklat renjiskan atas loyang dan biarkan seketika.\nBahan Adunan Milo:\n1/2paket agar-agar\n2sdb milo 1sdk serbuk koko van houten. Bancuh dengan air suam tuang masuk dalam blender\n2keping roti potong-potong atau carik je pun boleh\n3sdb susu pekat\n5sdb gula..kurang manis tambah je lagi\n450ml susu cair atau susu segar\nCara membuatnya:\n1. Blend semua bahan. Tapis masuk periuk dan masak hingga mendidih. Tutup api.\n2. Tuang kedalam loyang yang dititis adunan coklat tadi.\n3. Biarkan mengeras sekejap. Baki adunan coklat tadi dimasak kembali supaya mencair.\n4. Kacau-kacau hingga adunan mencair.\n5. Bila cair tutup api. Tuang perlahan-lahan atas lapisan milo. Masuk dalam peti sejuk\n6. Bila dah keras keluarkan perlahan-lahan dari loyang. Potong. Sedia untuk dinikmati.\n\nSelamat mencuba\n\nBaca juga: Resipi Mudah Kek Marshmallow Milo, Rasanya Yang \u2018Chewy\u2019 Sumpah Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/puding-roti-kukus-blender/", "title": "Mudahnya Cara Buat Puding Roti Kukus Ini, Guna Blender Je!", "body": "\nBukan saja bakar, kita boleh buat puding roti kukus juga! Sesuai untuk mereka yang tiada oven di rumah.\nRasa puding roti yang dikukus ini boleh tahan sedap juga, setanding dengan dibakar menggunakan oven.\nAdunan roti menjadi lebih lembut bila disuap ke mulut. Dimakan pula dengan sos kastard yang pekat dan berlemak.\nResipi oleh Nurul Shafira ini telah mendapat 34 ribu\u00a0shares\u00a0di laman sosial Facebook. Jom cuba!\nBaca juga: Ada Roti Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Karamel Yang Lembut Elok\nResepi Puding Roti Kukus\nBahan-bahan puding roti:\n\n10 keping roti gardenia\n1 tin susu cair\n3 biji telur\n5 sudu besar gula\nBuah campur kering \u2013 rendam sekejap dalam air panas\n\nCara-cara buat puding roti:\n1. Satukan semua bahan kecuali roti ke dalam pengisar. Kisar kesemuanya.\n2. Sapu butter pada setiap kepingan roti serta loyang.\n3. Susun roti ke dalam loyang dan curahkan bahan kisar tadi. Tekan-tekan roti supaya semua meresap.\n4. Taburkan buah kering yang sudah direndam di dalam air panas tadi.\n5. Kukus selama 30 minit.\n\nBahan-bahan sos kastard:\n\n1 tin susu cair\n\u00a0\u00bd cawan air\n2 sudu besar tepung kastard\n4 \u00bd sudu besar gula\n\nCara-cara buat sos kastard:\n1. Campur tepung kastard ke dalam air, kacau rata.\u00a0\n2. Kemudian campurkan semua bahan, masak atas api perlahan. Kacau-kacau sehingga kuah sedikit pekat. Siap! Selamat mencuba.\n\nKredit resipi dan gambar: Nurul Shafira\nBaca juga: \u201cTak Sempat Tengah Hari Dah Licin\u201d \u2013 Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak\n"} {"url": "https://myresipi.com/puff-inti-kastard-campur-kaya-creamy/", "title": "Puff Inti Kastard Campur Kaya, \u2018Creamy\u2019 Macam Aiskrim Vanilla. Lazatnya!", "body": "\nJom cuba buat puff inti kastard campur kaya yang dikongsi oleh Aisyah Humaira di laman Facebook. Intinya sangat berkrim macam makan aiskrim vanilla!\nYang paling penting, cara penyediaannya juga sangat mudah untuk dibuat. Kalau ada tetamu tiba-tiba datang mengejut boleh cuba resipi mudah ini, pantas siap!\nAnda boleh cuba resipi langkah demi langkah yang dikongsikan di bawah.\nKongsi Aisyah lagi, \u201cRasa nak yang manis-manis, rangup-rangup.. Kalau buat Puff inti kastard campur kaya SUNSTAR masyaAllah sedap! Suka intinya sangat creamy macam aiskrim vanila!Sesuai untik hidang pada tetamu cepat, sedap dan mudah.\u201d\nResipi Puff Inti Kastard Campur Kaya\n\nBahan untuk inti:\n\n300g susu full cream\n30g tepung kastard\n1 sudu besar esen creamy vanilla\n1 sudu kecil esen french vanilla\n2 sudu besar Seri Kaya SUNSTAR\nGula perang secukup rasa dan secubit garam\n300g non-dairy whipping cream\n\nBahan lain:\n\n2 pek kecil puff pastry dipotong kecil, kemudian disusun di atas loyang dan dibiarkan lembut dahulu baru dibakar dengan suhu 180-200c sehingga berwarna keperang-perangan.\n\nCara penyediaan:\n\n\nMasukkan semua bahan untuk inti kecuali non-dairy whipping cream ke dalam periuk.\n\n\nKacau dengan sebati kemudian buka api secara sederhana dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau bahan-bahan agar tidak berketul.\n\n\n\nSetelah adunan likat dan tampak berkilat, matikan api serta dibiarkan sehingga sejuk dengan suhu bilik atau masukkan ke dalam peti sejuk (Chiller).\n\n\n\n\nPukul non-dairy whipping cream sehingga kental atau gebu dan masukkan bahan-bahan inti yang telah sejuk sebentar tadi dan kacau sehingga sebati.\n\nMasukkan inti yang telah siap ke dalam Piping Bag (Beg Pastri) dan picitkan inti ke atas puff yang telah dibakar.\n\n\nKredit: Aisyah Humaira\nBaca juga: Resipi Cheesekut Mudah Guna 4 Bahan, Kisar Guna Blender Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/pulut-dakap-pisang/", "title": "Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur", "body": "\nJika ke pantai timur, tak sah kalau tidak merasa Pulut Dakap Pisang ini. Jom kita buat kuih warisan Melayu ini. Sesuai disajikan ketika berbuka puasa atau open house nanti.\nKebiasaannya, orang tua atau orang lama pasti tahu cara yang betul nak buat Pulut Dakap ini. Malah kuih yang mereka sediakan lebih sedap dan berlemak.\nKalau ada yang teringin nak makan, bolehlah cuba buat sendiri di rumah memandangkan sekarang ini kuih ini sudah jarang dijual.\nBaca juga: Kuih Pulut Wajik @ Wajid Ikut Sukatan Cawan, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je\u00a0\nUntuk membuat kuih ini sangatlah mudah. Jom kita lihat perkongsian resipi dari Cik Puan Azura Yusoff ini. Sangat mudah dan kelihatan sangat sedap. Dah lebih 6.5k perkongsian di laman Facebook! Memang banyak penggemarnya.\n\nRESIPI PULUT DAKAP PISANG\n\nBahan-bahan:\n\nBeras pulut 1kg\nSantan pekat 500gm\nAir 1 gelas\nGula dua cawan\nGaram halus 3 sudu kecik\nDaun pisang yg hijau\nPisang\nTali ropia\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Basuh beras pulut rendam dalam air selama 3 jam kemudiam kukus pulut sampai naik wap.\n2. Kemudian masak santan, gula, dan garam sampai mendidih kemudian tutup api angkat periuk santan letak dibawah.\n3. Ambil pulut yang telah di kukus tadi letak semula dalam periuk santan kacau sampai sebati kemudian panaskan atas api semula kacau sampai nampak keluar minyak sikit-sikit.\n4. Ambil daun pisang letakkan pulut dan pisang, tutupkan dengan pulut balut kemudian ikat dengan tali rapia atau pun tali getah.\n5. Dah siap boleh kukus atau pun rebus.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Ini Rahsia Tapai Pulut Jadi Manis & Tak Masam, Nikmat Sangat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/pulut-kuning-hiasan-angsa/", "title": "[VIDEO] \u2018Order\u2019 Pulut Kuning Hiasan Angsa Untuk Kenduri Kahwin, Bila Sampai\u2026", "body": "\nKebiasaannya apabila ada majlis perkahwinan, pulut kuning hiasan antara salah satu pilihan yang sangat sinonim dengan adat Melayu yang dipilih sendiri oleh pihak pengantin.\nHendak pula ramai penggemarnya hidangan ini kerana teksturnya yang berlemak dan sedap dimakan bersama kari, rendang, mahupun sambal tumis.\u00a0\nBaca juga: Pulut Kuning Tanpa Santan Lagi Tahan Lama, Ini Cara Membuatnya!\u00a0\nDisebabkan ia pulut kuning hiasan atau pulut kuning berhias ini sering ditempah untuk majlis dan hadiah hantaran. Jadi, jangkaan pelanggan yang memesan mestilah inginkan ia sempurna dan cantik.\nNamun lain pula kisahnya yang terjadi pada pengantin ini apabila hantaran videonya di laman TikTok tular mengenai hiasan pulutnya berbeza betul dengan apa yang dimintanya. \nKisahnya itu telah meraih perhatian netizen hinggakan mereka pening hendak kasihan atau terhibur.\nPaparan video yang dimuat naik oleh @nicksue itu, difahamkan dia meminta pulut kuning hiasan angsa seperti yang tertera di dalam gambar namun lain pula yang dapat apabila sampai.\nVideo Penuh:\n\n\n @nicksue\nMinta angsa tapi yg dapat dinosaur\ud83d\ude2d #tragedi9september #viral #fyp #fypsounds \n \u266c suara asli \u2013 Nukin \u2013 oficiall elma skin \n\n \nAlangkah terkejutnya pengantin tersebut apabila permintaan hiasan berupa angsa itu jauh berbeza apabila tiba di hari perkahwinannya.\nDia membuat kapsyen \u201cMinta angsa tapi yang dapat dinosaur,\u201d luahnya geram.\nBukan itu sahaja, hiasan di sekeliling \u2018angsa\u2019 tersebut turut kelihatan comot dan bersepah dengan taburan tomato, telur dan cendawan seperti di hutan rimba.\n\nCaj RM150 Untuk Pulut Kuning Berhias\nApa yang lebih mengejutkan lagi, pihak pengantin tersebut telah dikenakan caj yang agak mahal untuk kek pulut tersebut iaitu sebanyak RM150.\nMyResipi turut meninjau di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terhibur kerana melihat rupa \u2018angsa\u2019 yang dibuat oleh penghias kek pulut kuning itu.\nAda juga netizen yang bersimpati dengan nasibnya, tetapi masih mengatakan ia membuatkan mereka terhibur.\nAntara Reaksi Netizen:\n\n\n\n\nAdoi, kasihan dekat pengantin dapat angsa darkweb, yang berniaga buat hiasan kek pulut tu, korang jangan aniaya pelanggan macam ini tau. \u2018Konpiden\u2019 tu dah okay dah, tapi jangan menipu..\nBaca juga: Masak Pulut Kuning Cara Malas & Cepat. Tak Perlu Rendam Pulut, Santan Pun Beku Lagi\n"} {"url": "https://myresipi.com/pulut-kuning-tanpa-santan/", "title": "Pulut Kuning Tanpa Santan Lagi Tahan Lama, Ini Cara Membuatnya!", "body": "\nRamai tak tahu masak pulut kuning tanpa santan sebenarnya lebih sihat. Walaupun tanpa santan,\u00a0 hasilnya tetap lembut dan tidak mentah.\nPulut kuning yang dimasak sempurna sedap dimakan rendang ayam, boleh juga dimakan dengan daging kerutub. Nak tahu bagaimana caranya? Jom baca perkongsian oleh Sharinaz Redwan di bawah.\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Rendang Ayam Kegemaran Satu Keluarga, Sukatan Untuk 2 Ekor Ayam\nCara Masak Pulut Kuning Tanpa Santan\nDifahamkan, empunya resipi sudah mencuba berbagai teknik tapi tetap tidak menjadi. Akhirnya teknik yang digunakan adalah \u2018double boiler\u2019.\nTeknik double boiler ini adalah kaedah di mana kita menggunakan dua bekas. Didihkan air dalam bekas yang pertama (di bawah) dan letakkan beras dalam bekas yang kedua (di atas). Namun perlu diingatkan bekas yang berisi air tadi adalah lebih kecil berbanding bekas yang di atas.\nCara-caranya:\n1. Basuh pulut seperti biasa, kemudian masukkan air bersama serbuk kunyit dan daun pandan di dalam periuk. Gaulkan agar warna kuning kunyit itu sekata pada pulut.\n2. Sukatan air mengikut paras pulut sahaja, jangan lebih.\n3. Ambil periuk lain (pastikan periuk ini lebih besar tadi periuk berisi pulut tadi). Isikan air dan didihkan, kemudian letakkan periuk yang berisi pulut ke dalamnya.\n4. Tutup periuk dan biarkan pulut masak selama 15 hingga 20 minit menggunakan api sederhana.\n\nKredit: Sharinaz Redwan\nBaca juga: Cara Betul Simpan Baki Santan Kotak, Tahan Lama & Tak Berketul\n"} {"url": "https://myresipi.com/purba-zaman-mesopotamia/", "title": "\u201cRare Betul!\u201d \u2013 Profesor Ini Cuba Resipi Purba Zaman Mesopotamia, Tak Sangka Ini Hasilnya", "body": "\n\nSelalunya jika kita ingin mencuba resipi baru, tentunya akan membuat carian di Youtube mahupun dekat portal MyResipi ini, tetapi tidak bagi seorang profesor dari Univesiti Cambridge ini yang mencuba resipi purba.\nMahu mencuba lain dari yang lain, Profesor Bill Surtherland terfikir akan idea ini dalam usaha untuk mengetahui bagaimana penyediaan makanan kuno ini dibuat.\nBaca juga: Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri \u2018Cara Orang Lama\u2019, Tak Guna Sebarang Sos Pun\nDengan mengunakan tablet batu zaman Mesopotamia yang berusia 3,770 tahun, profesor ini menjadi tular di Twitter.\n\nStew Kambing\nJadi, menu apa yang ada dalam tu? Untuk pengetahuan korang, menu zaman Mesopotamia hampir sama dengan apa yang kita makan pada hari ini \u2013 seperti lauk stew kambing dan kek barli.\nWalaupun kebanyakan hidangan memerlukan bahan-bahan tradisional, Profesor Bill menvariasikan bahan yang hampir kurang sama. Contoh seperti bahan stok Elamit ditukar dengan stok darah kambing.\n\n\nBeliau juga sangat berminat dengan sejarah, dengan mencipta resepi ini dapat menghiburkan dirinya ketika sedang kuarantin di rumah.\nBill terkejut sebenarnya hasil masakan purba itu mudah saja, hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian dan memang sedap dimakan.\n\nTuh\u2019u\n\n\n\u201cAntara lauk yang penuh dengan rasa dan variasi. Saya patut memasaknya lebih lama lagi untuk dapatkan aroma yang lebih kaya.\u201d\n\nUnwinding\n\n\n\u201cTumis daun bawang dan daun bawang kemudian dibakar bersama serbuk asam. Hidangan nampak sedap tapi agak membosankan.\u201d\n\nStok Elamite\n\n\n\u201cOkay, saya menipu dan menggunakan sos tomato daripada guna darah kambing. Sup pekat berperisa yang pelik tetapi agak sedap.\u201d\n\nPergh, rare betul Profesor Bill ini. Agak-agak korang nak cuba juga ke resipi purba dari zaman Mesopotamia ni?\nSumber: Twitter Bill Sutherland\n"} {"url": "https://myresipi.com/racun-ikan-buntal-boleh-membunuh-jom-ketahui-sebabnya/", "title": "Racun Ikan Buntal Boleh Membunuh? Jom Ketahui Sebabnya", "body": "\nSeperti yang kita tahu ikan buntal merupakan sejenis ikan yang berduri bahkan ia juga turut sinonim dengan kandungan bahan kimia racun aka toksin jenis tetrodotoxin (TTX). Kesan bahan kimia ini sangat kuat terutamanya terhadap sistem saraf manusia (neurotoxin) dan ia juga boleh membawa maut kepada seseorang individu.\nBerapakah kadar toksin dalam seekor ikan buntal?\nWalaupun kita lihat ikan buntal itu kecil tetapi toksin dalam seekor ikan buntal mampu membunuh 30 orang dewasa.\nDi manakah terletaknya toksin di dalam ikan buntal?\nToksin dalam ikan buntal terkandung dalam organ dalaman iaitu:\n\nHati\nKulit\nOrgan Peranakan\n\n\nApabila toksin tersebut telah masuk ke dalam badan manusia, ia akan menyerang sistem saraf yang menyebabkan mangsa susah bernafas, jantung hilang fungsi, lumpuh dan kematian. Setakat ini tiada ubat yang dapat merawat toksin ini tetapi kaedah yang boleh dilakukan adalah bantuan pernafasan sehingga toksin dalam badan keluar dari badan secara semulajadi.\nTetapi anda jangan khuatir. Di Malaysia terutamanya di kawasan Betong (Sarawak), ikan buntal yang sering dijadikan sebagai lauk pauk sudah pun dikeluarkan toksinnya.\n\nSelain itu, toksin ini juga turut boleh hidup dalam haiwan lain seperti sesetengah jenis sotong dan cacing, kerang-kerangan, tapak sulaiman dan katak.\nSetelah mengetahui kitaran ini, saintis telah membantu penternak untuk memelihara ikan buntal yang selamat untuk dimakan tanpa proses menyiang yang teliti.\nDiharapkan informasi ini dapat membantu anda terutamanya jika anda berkunjung ke luar negara.\nKredit: Fatimah Salim\nBaca juga:\nTips Beli Telur Yang Betul Untuk Menghindari Risiko Keracunan\nCara Cuci Brokoli Dengan Betul, Rupanya Penuh Dengan Ulat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-asam-pedas-ori-melaka-yang-pekat-likat/", "title": "Rahsia Asam Pedas Ori Melaka Yang \u2018Pekat Likat\u2019, Macam Ni Baru Padu!", "body": "\nTak susah mana pun nak cuba buat Asam Pedas Ori Melaka yang pekat likat. Pergi Melaka memang wajib cari asam pedas ni.\nTapi kalau malas nak bersesak dengan orang ramai, boleh cuba buat sendiri saja di rumah dengan menggunakan resipi di bawah.\nKuah asam pedas ni kena pekat baru padu! Nak tahu caranya? Jom lihat resipi di bawah.\nResipi Asam Pedas Ori Melaka\n\nBahan-bahan:\n\nKunyit hidup*\nBawang merah*\nBawang putih*\nHalia*\nBelacan melaka (yang keping-keping tu)*\nCili kering*\nDaun limau (boleh guna daun kesum, bunga kantan atau serai ikut selera)\nAir asam jawa\nBahan hiasan (bendi/tomato/terung)\n\nBelacan melaka\nCara-cara:\n\nKisar bahan bertanda (*) sampai halus mulus, baru kuah jadi cantik. Sukatan agak-agak saja, kalau masak banyak lebihkan bahan.\nTumis semua bahan kisar sampai pecah minyak. Lebihkan minyak supaya cili cukup masak dan cantik berminyak (bila dah siap masak, minyak boleh buang). Letakkan serai jika suka.\nBila dah pecah minyak dan cili dah masak, masukkan pula air asam jawa (jangan banyak sangat, agak-agak saja). Letak sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diingini.\nBiarkan sampai mendidih. Kemudian boleh masukkan ikan. Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan @ daun limau jika mahu.\nPerasakan dengan garam dan perasa secukupnya (tak letak gula). Biarkan lagi sehingga mendidih dan ikan masak.\nAkhir sekali masukkan bahan hiasan seperti sayur bendi, tomato atau terung. Biarkan sekejap dan siap!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Fyra Mussa\nBaca juga: Resipi Nasi Ayam Thai \u2018Viral\u2019 Yang Ringkas, Sedap & Senang Untuk Disediakan\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-bancuhan-ikan-celup-tepung-krup-krap/", "title": "Rahsia Bancuhan Ikan Celup Tepung \u2018Krup Krap\u2019, Serdak Lagi Rangup & Menjadi Elok", "body": "\nNak tahu rahsia bancuhan ikan celup tepung yang berserdak rangup, halus dan menjadi elok? Jangan lupa baca perkongsian resipi ini sehingga habis.\nJenis celup tepung sebegini memang terkenal di Kelantan. Kebiasaannya dimakan dengan nasi kerabu, kalau nak ratah dengan sos pencicah pun boleh.\nKalau ada yang nak cuba buat sendiri, jom lihat resipi perkongsian oleh Cikgu Afy AL Habibi di bawah.\nResipi Bancuhan Ikan Celup Tepung \u2018Krup Krap\u2019,\nSukatan di bawah untuk 3 ekor ikan, 5 ekor sotong dan 10-13 ekor udang.\n1. Masukkan sukatan bahan di bawah dalam satu bekas:\n\n7 sudu besar tepung beras\n1/3 sudu kecil garam\n1/3 sudu kecil serbuk kunyit\n2 sudu besar telur. Seeloknya kuning telur sahaja\n1/2 cawan kecil air sejuk\n\n\n2. Kacau rata semua bahan tadi.\nAdunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair.\n\n3.\u00a0Tips penting menghasilkan bahan goreng yang cantik:\n\nGuna minyak yang banyak\nPastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa ikan/udang/sotong dimasukkan)\nApi awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya\n\n4. Guna penyepit sambil merenjis adunan tepung ke dalam kuali.\n5. Hasilnya memang sangat menarik.\nHabuk\u2019 nampak lebih nipis yang cantik. Rasanya juga lagi rangup.\n6. Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras.\nJika \u2018habuk\u2019 sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar masak sekali dengan lauk kerana biasanya adunan tepung lebih cepat garing.\n7. Untuk hasilkan \u2018habuk\u2019 yang banyak, baki adunan tepung direnjis-renjis menggunakan pengepit.\nBalik-balikkan dan sedia untuk ditaburkan ke atas lauk celup tepung yang digoreng. Selamat mencuba!\n\nKredit: Cikgu Afy AL Habibi\nBaca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-buat-kuih-siput-terlajak-gebu/", "title": "Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan \u20181 Bahan\u2019 Ini", "body": "\nKuih Siput merupakan salah satu kuih yang sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sesiapa yang tak suka kuih manis, sesuai sangat buat kuih ini.\nKalau ada yang nak cuba buat nanti, jangan lupa guna resipi ni tau. Sebab ada rahsia nak buat kuih siput supaya lebih gebu dan sedap.\nBaca juga: Mudahnya Resipi Semperit Ni, Guna 3 Bahan Je. Sekali Cuba Pasti Jadi!\nRESIPI KUIH SIPUT YANG GEBU\nBahan-bahan:\n\n1kg tepung gandum\n3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)\n1 paket kecil rempah kari daging (nak letak pun boleh tak nak letak pun ok saja)\n2 biji telur\n1 cawan mentega cairkan (Tips kalau suka gebu boleh lebihkan mentega/marjerin)\n1 cawan air (letak sekali dengan garam )\nGaram secukupnya\n\nCara-cara:\n1. Masukkan semua bahan-bahan di atas tepung gandum, cili kisar, rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan serta air garam. Gaulkan sehingga menjadi doh.\n2. Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.\n\n3. Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.\nSelamat mencuba ya!\nKredit: Fatin Harnita\nBaca juga:\u00a0Kerepek Peria Garing Rangup, Ikut Cara Ni Takkan Rasa Pahit Sedikit Pun\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-buat-sambal-belacan-yang-wangi-sedap-tahan-lama/", "title": "\u2018Rahsia\u2019 Buat Sambal Belacan Yang Lebih Beraroma, Sedap & Tahan Lama", "body": "\nSeorang pengguna Facebook, Nurulain Insyirah berkongsikan rahsia resepi sambal belacan yang lebih beraroma dan tahan lebih lama. Bukan itu sahaja, sambal juga akan lebih wangi dan sedap!\nPerkongsian ini istimewa untuk anda yang \u2018gagal\u2019 setiap kali buat sambal belacan serta tidak tahan lama jika disimpan dalam peti ais. Akhirnya, terbuang begitu sahaja stok sambal yang dibuat. Sayang bukan?\nJom lihat perkongsian oleh beliau di bawah. Selepas ini bolehlah buat sendiri stok sambal belacan di rumah, senang bila nak makan dengan nasi.\nBaca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap\nResepi Sambal Belacan Yang Wangi, Sedap & Tahan Lama\nCara-cara buat mengikut urutan (kisar kasar bahan-bahan):\n\n6 biji limau kasturi (buang biji)\n50g belacan yang telah dibakar\n3 biji cili merah + 1 biji cili hijau\n8 biji cili padi hijau\n25 biji cili padi merah\n100ml air asam jawa pekat\nMasukkan sedikit gula dan garam\n\n\nLihat pula tips di bawah untuk menghasilkan sambal belacan yang lebih wangi, sedap dan tahan lama.\nTips 1\nBakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.\nTips 2\nGuna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan lebih tahan lama.\nTips 3\nLimau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.\nTips 4\nTinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ini petua supaya tidak sakit perut selepas makan sambal.\n\nKredit: Nurulain Insyirah\nBaca juga: Resipi Sambal Jawa Asli, Sekali Cuba Pasti Akan Nak Lagi & Lagi\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-buat-sambal-bilis-rangup/", "title": "Rahsia Buat Sambal Bilis Rangup, Makan Dengan Apa Saja Pun Sedap!", "body": "\nMudah sangat rupanya nak buat sambal bilis rangup macam orang jual tu. Wajib ada stok kat rumah, makan dengan apa saja pun sedap.\nPuan Noriza Jaja\u00a0ada berkongsikan rahsia sambal bilis rangup. Beliau tidak menggunakan air sama sekali, sebab itu sambal jadi rangup.\nKalau dah pandai buat, lepasni tak perlu beli lagi. Ikut saja cara membuatnya di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Sambal Bilis Rangup\nBahan-bahan:\n\nIkan bilis (basuh & toskan sehingga kering)\nBawang kecil (basuh & hiris halus)\nBawang putih (hiris)\nCili kering (basuh & keringkan)\nAsam keping\nGaram\nGula\nCampuran 3 tepung (tepung beras, tepung jagung, tepung gandum/tepung tempura bestari)\n\n\nCara-cara:\n1. Gaul ikan bilis dengan campuran 3 tepung. Lebihkan tepung beras dari tepung yang lain. Sukatan agak-agak saja.\n2. Gaulkan juga bawang kecil, bawang putih dengan campuran 3 tepung tadi.\n\n3. Panaskan api sederhana besar, goreng bawang kecil dan bawang putih terlebih dahulu. Kena kawal api untuk elak hangus. Agak-agak dah garing keperangan boleh angkat dan toskan.\n4. Goreng cili kering dalam 2-3 minit atau agak-agak sampai garing tapi jangan sampai hangus. Kemudian kisar cili kering tanpa air.\n5. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis cili kering tadi. Masukkan garam, gula dan asam keping. Gula lebihkan sikit. Kacau sampai gula dan garam larut.\n6. Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng yang lain tadi dan kacau rata.\n\nSiap untuk dinikmati. Selamat mencuba!\n\nKredit: Noriza Jaja\nBaca juga: Resipi Daging Dengdeng Mudah & Sedap, Sukatan Untuk 1Kg Daging\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-buat-sambal-ikan-bakar/", "title": "Ini Rahsia Buat Sambal Ikan Bakar Sedap, Rugi Tak Cuba", "body": "\nAda rahsia rupanya nak buat sambal ikan bakar yang sedap. Kalau tengah cari resepi sambal ikan bakar inilah salah satu resepi yang patut anda cuba.\nCuma perlu bakar ikan dalam oven sahaja. Tak sampai 20 minit dah siap!\nTekstur ikan tak kering bila dibakar. Kalau bakar terlalu lama isi ikan dah jadi tak sedap sebab lemak-lemak pun dah kering.\nSo, anda boleh bakar dalam 20 minit je macam tu untuk dapatkan tekstur ikan bakar yang lembab.\nBaca juga: Ikan Pari Bakar Simple, Makan Dengan Nasi Putih Panas Sodap Beb!\nTentu ramai penggemar ikan bakar. Tapi nak masak ikan bakar ni kena pilih sambal yang betul-betul sedap.\nNanti hilang mood pula masa nak makan. Yang paling penting ikan kena fresh. Nak guna ikan jenis apa pun tak kisah.\nResepi sambal ikan bakar ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Nur Haziqah. Huh! Nampak cukup menyelerakan. Yang penting jangan lupa air asam atau sambal belacan.\nResipi Sambal Ikan Bakar\n\n\nBahan-bahan:\nSeekor ikan( apa-apa saja jenis ikan yang anda suka)*\nSegenggam cili kering yang direndam\n4 ulas bawang putih\n1 biji bawang holland size sederhana\n2 inch halia\n2 inch kunyit hidup\n1 sk kunyit serbuk\n2 batang serai\n1/2 cawan susu cair (kalau ada santan guna santan )\n1/2 cawan air\n1/4 cawan minyak masak\nGula dan garam secukupnya\nCara membuat sambal ikan bakar:\n1. Blend semua bahan di atas kecuali ikan. blend sampai halus.\n2. Lumur rata pada ikan.\n3. Perap ikan selama 30 minit (lagi lama lagi sedap)\n4. Kemudian, panaskan oven 200C selama 10 minit.\n5. Bakar selama 15 minit api atas bawah.\n6. Kemudian, tukar kepada api atas sahaja dan bakar lagi selama 5 minit. Siap!\n7. Jangan lupa hidang bersama air asam atau sambal belacan!\n\n\nSiap untuk dihidang! Merecik! Ikan bakar ni sedap sangat dimakan panas-panas.\nNak ratah macam tu pun boleh. Kalau tak nak air asam jawa, boleh gunakan perahan air limau. Memang padu rasanya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-buat-tomyam-pekat-ala-thai-yang-mudah-sedap/", "title": "Rahsia Buat Tomyam Pekat Ala Thai Yang Mudah & Sedap", "body": "\nSetiap kali ke restoran masakan Thailand pasti wajib\u00a0order\u00a0menu Tomyam pekat mereka. Isian dalam tomyam tersebut ringkas saja tapi rencah kuahnya itu yang membuatkan rasa lebih enak.\nRupanya boleh buat sendiri Tomyam pekat ala Thai di rumah. Kalau ada yang nak cuba boleh ikuti resipi perkongsian oleh Siti Husni di bawah. Ringkas tapi sedap, persis macam di restoran Thai. Nak lagi ngam, wajib ada telur dadar garing.\nCara Buat Tomyam Pekat Ala Thai\nBahan-bahan:\n\nPes tomyam brand maepranom dan tom yum kung\n\n\n\nCili kisar 3 sudu\nSantan/ susu cair\nSos ikan/kicap sotong\nSos tiram\n\n\n\nAyam/udang/sotong\nBawang putih, bawang holland, lengkuas, serai,\nCabai melaka\nLimau nipis\nDaun ketumbar\nSayur bunga kobis/carrot/cendawan/anak jagung\n\n\n\u00a0Cara-cara memasak:\n\nTumis cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan pes tomyam dalam 4 hingga 5 sudu besar. Masuk sos tiram dalam 1 sudu besar. Masukkan serai.\nMasukkan ayam/udang/ sotong. gaul sebati.\nTuangkan air dalam 3 hingga 4 cawan.\nMasukkan semua lengkuas, bawang putih, cabai melaka, tomato, akar ketumbar, renehkan sekejap.\nPerasakn dengan kicap sotong sampai cukup rasa.\nMasukkan sayur sayuran, daun limau purut dan daun ketumbar. Masukkan susu cair atau santan.\nAkhir sekali\u00a0bila dah mendidih, perahkan air limau nipis sehingga cukup rasa.\n\nSiap!\n\nKredit: Siti Husni\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-fish-noodles-sedap/", "title": "Rahsia Fish Noodles Sedap Macam Di Restoran Cina, Kena Tambah 1 Bahan Ini!", "body": "\nSiapa pernah makan \u2018Fish Noodles\u2019? Menu ini memang tidak akan ditemui di mana-mana restoran Melayu.\u00a0 Siapa suka makanan yang bersup, pasti akan suka menu fish noodle ini.\nNak tahu sedap ke tidak? Jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudara Wan Luqman di bawah.\nRupanya ada bahan rahsia, penyedap rasa yang diguna oleh restoran Cina. Lepas ini tak perlu ke restoran dah, buat kat rumah je!\nRESIPI FISH NOODLES MACAM DI RESTORAN CINA\n\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ikan siakap atau mana-mana ikan isi putih\nSekeping ikan masin\nDaun bawang\nCarrot\nHalia\nBawang holland\nLada sulah\nGaram\nSusu cair\nTauhu\nFucuk\nFishball\nTomato\n\nCara-cara:\n1. Ikan siakap kena\u00a0fillet\u00a0dulu. Boleh juga guna ikan isi putih seperti jenahak, ikan merah atau talapia.\n\n2. Kemudian potong kecil-kecil.\n\n3. Gaulkan dengan tepung jagung dan goreng sampai garing.\n\n4. Ini antara resipi rahsia. Kena goreng sekeping ikan masin.\n\n5. Dah siap goreng.\n\n6. Hiris bawang holland, lobak merah dan halia. Tumis seketika bersama dengan sedikit minyak.\n\n7. Masukkan semua ikan bahagian bertulang sekali dengan ikan masin goreng tadi beserta daun bawang. Isi ikan jangan masukkan lagi.\n\n8. Selepas itu masukkan air.\n\n9. Reneh sehingga sedikit pekat. Sebaiknya reneh selama 2 jam dengan api perlahan untuk dapatkan rasa stok ikan yang lebih sedap. Reneh dalam 30 minit pun boleh.\n\n10. Kemudian, tapis semua bahan yang direneh tado. Buang semua tulang ikan, karrot, bawang, halia dan semua.\n\n11. Perasakan stok sup dengan lada sulah, garam/stok ikan bilis dan jika perlu gula, masukkan sedikit gula.\n\n12. Masukkan susu cair mengikut selera anda supaya rasa menjadi lebih berlemak.\nSelepas masukkan susu, boleh divert ke kuah berperisa. Yang ini kira original. Kalau nak buat perisa kari, masukkan pes kari. Kalau nak buat perisa tomyam, masukkan pes tomyam.\n\n14. Masukkan hirisan daun bawang, tauhu, fishball, lobak merah, hirisan tomato, fucuk dan tauhu goreng. Sambung reneh selama 10 minit dan tutup api.\n\nSup ikan dah siap. Makan makan terus pun boleh, tapi dah nama fish noodles. Makan dengna mi. mi wantan atau apa-apa jenis mi pun boleh.\n\nSumber: Wan Luqman\nBaca juga: Resipi Mapo Tofu, Tauhu Berkuah Pedas Stail Masakan Cina\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-kaki-ayam-empuk-dan-tak-hamis/", "title": "Ini 4 Rahsia Nak Bagi Kaki Ayam Empuk Dan Tak Hamis, Baru Sedap Nak Makan", "body": "\nTak dinafikan, kaki ayam juga mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Sebenarnya ramai peminat kaki ayam ni akan memborong kaki ayam ni kerana tahu khasiatnya walaupun ianya tidak semahal makanan premium lain yang mempunyai manfaat lebih kurang sama.\nBiasanya kalau ke pasar mesti ramai akan beli ayam dan tidak mahu kaki ayam tu kan?\nSiapa yang pernah menikmati kaki ayam pasti tidak dapat menafikan lagi rasanya yang enak, bahkan ianya juga baik untuk kesihatan.\nBaca juga: Sup Kaki Ayam Ala Thai, Cara Mudah & Sedap\nKaki ayam mengandungi banyak kolagen yang membantu meremajakan kulit namun kadang-kadang baunya hamis dan untuk memasaknya juga agak leceh.\nRahsia Masak Kaki Ayam Empuk Dan Tidak Berbau\n\n\nTak perlu risau lagi, guna je petua ringkas ini untuk dapatkan kaki ayam yang empuk dan boleh hilangkan bau hamis itu.\n1. Buang kotoran di kuku dan kulitnya , Rendam dalam air panas\nPastikan anda membuang segala kotoran yang ada pada kaki ayam sebelum mula memasaknya. Rendam dahulu dalam air panas untuk memudahkan proses mengupas kulit kakinya.\n2. Lumur dengan air limau nipis atau cuka.\nRendam kaki ayam dalam air limau nipis atau cuka selama 15 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Gunakan air paip atau air yang mengalir supaya kotoran dan sisa lain tidak melekat atau membuatkan rasanya menjadi pahit.\n3. Rebus dengan aneka rempah\nBagi mempercepatkan proses rebusan dan kaki ayam empuk, sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi kerana ia cuma akan memakan masa selama 10 minit sahaja. Masukkan halia, serai, dan daun limau bagi menghilangkan bau hamis. Aroma dan rasa rempah ini akan memberikan citarasa yang tersendiri pada kaki ayam yang dimasak.\n4. Masak dengan rempah pedas\nSelain dari sajian sup kaki ayam, boleh juga cuba sajian yang dimasak pedas. Kelebihannya adalah ia akan menghilangkan bau hamis serta merta.\nTip Memasak Kaki Ayam Empuk\nKaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan.\n\n\nNamun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tips untuk memasak kaki ayam empuk, tidak hamis dan menghilangkan semua potensi bakteria.\n1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.\n2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula. Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.\n3. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.\n4. Longkang dan hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.\n5. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.\n6. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan memasak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam di dalam peti sejuk.\nManfaat kaki ayam memang cukupa banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang betul dan bersih. Kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.\nNah, senang sahaja bukan? Sekarang dah tahu rahsia untuk mendapatkan kaki ayam empuk dan tidak hamis. Jadi boleh mula praktikkan di dapur sendiri ya. Selamat mencuba.\nSumber: HelloDoktor\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-kari-ayam-pekat-likat-ini-cara-membuatnya/", "title": "Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini \u2018Step By Step\u2019 Cara Membuatnya", "body": "\nKari ayam merupakan lauk yang sesuai dimakan sepanjang hari. Sarapan pagi boleh dimakan bersama roti. Makan tengahari pula boleh dimakan bersama nasi. Lagi sedap kalau tekstur kari ayam pekat likat kan?\nNak tahu cara membuat kari ayam yang pekat likat? Jom lihat resipi perkongsian oleh Khabbab Jamalludin di bawah. Tidak menggunakan banyak bahan dan senang nak dapat.\nSenang kalau masak kari ayam ni, buat banyak terus untuk satu hari. Tak perlu masak banyak kali dah. Yang penting, rasanya sedap dan tak muak!\nResepi Kari Ayam Pekat Likat\nBahan-bahan:\n\nAyam (dipotong kecil)\nSerbuk rempah kari\n\nBahan tumis:\n\nBawang besar sebiji\nDaun kari setangkai dua\nBawang putih (4 ulas)\nHalia (1 inci)\nSerbuk kari\nCili kisar\n\nBahan masuk kemudian:\n\nSerai (4 batang)\nTomato (2 biji)\nAir\n\nCara-cara:\n1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk rempah kari.\n\n2. Gabungkan 2 jenis rempah, 250g kari ayam/daging dan 25g serbuk kari masak merah. Tambahkan air sampai dia jadi pes macam dalam gambar.\n\n3. Panaskan minyak.\u00a0 Goreng sekejap ayam yang kita dah perap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah. Jangan lama sangat nanti air ayam dia kering.\nDan rempah kari kurang meresap bila kita masukkan dalam kuah nanti. Kelebihan lain masak sekejap dan potong kecil kecil adalah supaya bahagian isi dia tak mengembang dan tawar kalau masak lama lama.\n\n4. Minyak goreng ayam tadi kita guna untuk tumis pula. Tumis bahan tumis sampai kekuningan.\n\n5. Masukkan 1 sudu cili kisar.\n\n6. Masukkan pes gabungan 2 rempah tadi. Proses tumis dari masukkan bawang sampai masukkan pes kari ini, api kena besar. Perlahankan api apabila bunyi desiran pes mulai hilang dan mula berbuih-buih supaya rempah pecah minyak.\n\n7. Lepas pecah minyak sikit, (tak lama pun, dalam 3 minit lepas kita masukkan pes kari tadi) masukkan ayam yang kita dah goreng sedikit tadi. Tambahkan air, jangan banyak sangat, sampai ngam ngam tenggelam potongan ayam tadi.\nMasukkan tomato, serai, dan kentang (saya dah rebus siap siap) dan biarkan masak dalam api sederhana besar.\n8. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula (saya pakai gula melaka) mengikut citarasa masing masing.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Khabbab Jamalludin\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-kari-ikan-sedap-kena-guna-rempah-kari-homemade/", "title": "Rahsia Kari Ikan Sedap, Kena Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Membuatnya", "body": "\nTeringin nak masak kari, tapi serbuk kari habis pula.\u00a0Haa,jangan risau boleh buat sendiri rempah kari homemade.\nRamai tak tahu rupanya kalau buat sendiri rempah kari, kari kita akan jadi lebih sedap tau.\nCara membuat rempah kari sendiri ini telah dikongsi oleh Normah Bahari. Inilah rahsia nak hasilkan kari ikan yang sedap.\nCara Membuat Rempah Kari Homemade\nBahan-bahan:\n\n10-12 biji cili kering\n3 sudu besar rempah biji (ketumbar)\n3 ulas bawang putih\n1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil\nKunyit hidup sebesar ibu jari\n10-15 biji lada hitam\n2 sudu besar jintan putih\n1 sudu besar jintan manis\n\nCara membuat:\n\nBasuh semua bahan, tapis dan rendam pula dalam air panas selama 10 minit kecuali bawang dan kunyit hidup.\nKisar semua bahan hingga halus (boleh juga guna penggiling, jika ada lagi sedap hasilnya). Siap!\nRempah yang dah dikisar halus ini boleh terus digunakan untuk masak kari seperti biasa.\n\n\nCara Masak Kari Ikan\n\n5 ulas bawang kecil/1 labu bawang besar\n2 ulas bawang putih\n2 tangkai daun kari\n1\u20442- 1 cawan minyak untuk menumis\n1 sb halba campur\n1 biji tomato ( dipotong kecil )\n1\u20442 kg ikan\n1 cawan santan ( 1/2 biji kelapa )\nAsam jawa ( agak2 )\n1 cawan air\nSayuran\n\nCara membuat:\n\nTumis bawang yang dipotong, masukkan halba campur serta tomato dan daun kari.\nBila dah wangi, masukkan rempah homemade yang dikisar, kacau dengan api perlahan.\nBila dah bau harum semerbak, baru tuangkan air. Tunggu sehingga pecah minyak (pastikan betul-betul pecah minyak).\nCurah santan, asam jawa dan tambah air lagi, kemudian masukkan ikan, perasa dan akhir sekali masukkan sayuran.\n\n\nKredit: Normah Bahari\nBaca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini \u2018Step By Step\u2019 Cara Membuatnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-kari-sotong-pekat-tanpa-guna-santan/", "title": "Rahsia Kari Sotong Pekat Tanpa Guna Santan, Ini Cara Memasaknya", "body": "\nMenu kari sotong ini biasanya ada di restoren mamak atau restoran nasi kandar. Memang sedap, makan dengan bendi celur.\nTapi sebelum ambil kena hati-hati, pastikan ada bawa duit lebih sebab harganya memang mahal.\nKalau dalam keluarga ramai yang suka sotong kari ini lebih baik buat sendiri, baru lagi jimat. Boleh ikut resipi kari sotong pekat tanpa santan perkongsian dari Nurul Ateekah.\nResipi Kari Sotong Pekat Tanpa Santan\nBahan-bahan:\n\n1 kilo sotong (dibersihkan)\n2 tangkai daun kari\n1 biji bawang besar(dihiris)\n3 ulas bawang putih(dihiris)\n1 cm halia(dihiris)\n3 sudu perahan asam jawa\n1 buah tomato(dibelah 6)\nDaun ketumbar(2-3 sudu besar)\nMinyak masak secukupnya\nSerbuk perasa\nGaram\n7 sudu besar serbuk kari ikan dicampur sedikit air dijadikan pes\n\nNota: Masakan ini tidak perlu mengunakan air kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.\nCara menasak:\n1) Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.\n\n2) Kemudian masukkan pes rempah kari dan gaulkan sebati. Masak sehingga pecah minyak. Gunakan api sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah cantik dan sentiasa kacau.\n\n3) Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap (teruskan mengunakan api sederhana).\n\n4) Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi. Masakkan seketika.\n5) Akhir sekali,masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan gram dan serbuk perasa. Boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan). Tunggu sedikit kering dan tutup api. Siap.\n\nSumber: Nurul Ateekah\nBaca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini \u2018Step By Step\u2019 Cara Membuatnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-kejelitaan-kuih-cek-mek-kuih/", "title": "Rahsia Kejelitaan Kuih Cek Mek, Kuih Tak Buncit & Tak Keluar Air Gulanya Bila Digoreng", "body": "\nKuih Cek Mek Molek, kuih tradisi kegemaran ramai yang berasal dari pantai timur. Kebiasaannya menggunakan ubi keledek dan cuma digaul bersama tepung gandum dan sedikit garam.\nResipinya mudah sahaja tetapi harus pandai mengagak-agak sebanyak mana tepung yang perlu dimasukkan supaya kuih tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. Semasa proses membentuk kuih, sapukan sedikit tepung di tangan anda supaya adunan kuih senang dibentuk.\nRahsia Kejelitaan Kuih Cek Mek\nBaca sini: Resipi Cek Mek Kelantan Guna 4 Bahan, Sangat Mudah & Sedap\n\nTip 1 :\u00a0Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.\n\n(**bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).\n\nTip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api.\n*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.\n\n*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.\n\n**Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sebab manis sangat.\nKredit: Ju Mohammad\nBaca juga: Donut Pintal Gebu & Lembut, Resipi Viral Sampai 151k Shares di Facebook\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-laksam-lembut-elok-bergulung/", "title": "Rahsia Laksam Lembut Elok Bergulung, Kukus Guna Pinggan Plastik Je", "body": "\nTak susah pun nak buat laksam lembut dan cantik elok bila digulung. Kukus pun guna pinggan plastik sahaja.\nTapi ada rahsia dan tip supaya laksa tidak melekat dan senang untuk digulung. Nak tahu rahsianya? Jom baca perkongsian oleh Puan Fiza Mh yang boleh dijadikan panduan ini.\nBaca juga: Beribu Pek Sudah Terjual, Peniaga Ini Kongsi Resipi Laksam Jualannya Yang Laku Keras\nCARA BUAT LAKSAM LEMBUT\n\nBahan-bahan:\n\u2013 1 cawan tepung beras cap teratai\n\u2013 1 sdm penuh tepung gandung cap ros\n\u2013 2 \u00bd cawan air ( cawan yang sama dengan tepung tadi)\n\u2013 Minyak untuk disapu pada pinggan\n**Guna pinggan plastik high heat yang bebas bpa ye. Bukannya apa, untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup kita.\nCara-cara penyediaan:\n1. Panaskan kukusan. Sapu pinggan plastik dengan minyak masak.\n2. Bancuh ramuan di atas, kacau sampai semuanya larut dan jangan bergentel.\n3. Curahkan adunan secukupnya ke dalam pinggan yang telah disapu dengan minyak. Kemudian kukus selama 4 hingga 5 minit.\n\n4. Kalau dah gelembung, tandanya sudah masak.\n\n5. Tunggu sejuk baru digulung. Buat sampai adunan habis.\n\nNota: Untuk kali kedua dan seterusnya tidak perlu sapu pinggan plastik dengan minyak. Cukup sekali.\nKredit: Fiza Mh\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-masak-daging-goreng-kunyit-tetap-lembut-berjus-walaupun-bukan-batang-pinang/", "title": "Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit, Tetap Lembut & Berjus Walaupun Bukan Batang Pinang!", "body": "\nRupanya ada rahsia masak daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan guna daging batang pinang. Malah tidak guna pressure cooker sama sekali, tapi daging tetap lembut, berjus dan manis.\nNak tahu caranya? Boleh cuba tips dan cara masak daging goreng kunyit yang telah dikongsikan oleh Ummi Syuhada di laman sosial Facebook menerusi\u00a0group\u00a0Masak Apa Hari Ini (MAHN).\nRAHSIA MASAK DAGING GORENG KUNYIT YANG LEMBUT & BERJUS\n\nDaging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan daging batang pinang.\n\nBaca juga: Resipi Sup Daging Ori Thai. Kena Letak Satu Bahan Ini Baru Rasa Lagi \u2018Kick\u2019\nBahan-bahannya:\n\nBawang besar\nLobak merah\nKentang\nDaging\nBawang putih\nHalia\nRempah sup\nRempah kurma\nSerbuk kunyit\n\nCara-caranya:\n1. Goreng bawang, lobak merah dan kentang terlebih dahulu. Ketepikan.\n\n2. Perap daging bersama bawang putih, halia, rempah sup, rempah kurma dan serbuk kunyit. Gaul sebati.\n\n3. Ini cara mudah jika masak untuk sahur. Goreng daging perap tadi dalam 5 minit. nak bagi air daging keluar dulu. \u00a0Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging. Gaul semua bahagian sampai rata. Tutup kuali.\n\n4. \u00a0Masa bangun sahur tambah air, sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur. Daging selama dia terperap dalam kuali tu, dia melalui proses melembutkan urat-urat daging. Isi daging lebih berjus dan manis.\n\nTips penting:\n\nJangan masak semasa daging masih beku dan sejuk\nJangan masak menggunakan api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi\nKalau nak buat goreng-goreng atau masak kicap, kena perap dulu dengan bawang putih, halia dan rempah\n\nKredit: Ummi Syuhada\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-perapan-daging-bakar-sedap-lembut-juicy/", "title": "Rahsia Perapan Daging Bakar Yang Sedap, Lembut & Juicy Serta Sos Cicah", "body": "\nSiapa je tak suka makan masakan daging kan? Tapi paling\u00a0spoil\u00a0bila daging liat susah nak kunyah.\u00a0Haa!\u00a0Rupanya ada rahsia perapan daging bakar yang lembut dan berjus.\nNak tahu caranya? Jom baca resipi di bawah hasil perkongsian dari Makcik Ratu. Ada 2 cara untuk memasak daging, boleh pilih mengikut cara yang anda sukai.\nRAHSIA PERAPAN DAGING BAKAR LEMBUT\n\nCARA 1: REBUS DAGING\nBahan-bahan:\n\n2 kilo daging (daging batang pinang lembut)\n5 sdb sos cili Maggi\n5 sdb sos tiram-Seafood Adabi\n6 sdb sos black pepper\n6 sdb sos ikan\n1 1/2 sdb black pepper (dalam botol yang berbiji halus)\n2 sdb gula\nSedikit garam\n1/2 cawan minyak\n\nCara-cara:\n1. Rebus daging besar-besar dalam pressure cooker.\n2. Bila dah empuk, angkat dan gaulkan dengan semua bahan.\n3. Bakar sekejap untuk bagi sedikit garing. Guna Air Fryer.\n4. Lapik aliminium foil supaya sos tak jatuh ke bawah dan bole ambik dan sapu setelah daging dingkat.\n5. Angkat daging letak dalam pinggan, sapu lebihan sos yang ada.\nCARA 2: PERAP DAN BAKAR\nDaging tak perlu rebus, hanya perap dengan semua bahan dan perap semalaman.\nBakar sampai masak. Cara ini daging lebih berjuicy.\n\nCARA BUAT SOS PENCICAH\nBahan-Bahan Untuk Buat Sos Pencicah\n\n1 cawan air suam\nSegenggam asam jawa ramas keduanya ambil air saja\n3 sdb sos ikan\n1 sdb jus limau nipis atau jus dari 2 biji limau kasturi\n3-5 sdb gula kabung Thai\n15 cili padi merah Thai tumbuk\n10 ulas bawang merah hiris nipis2\n5 ulas bawang putih dadukan halus2\nSedikit cili sos \u2013 tak letak pun ok\n1 sdb beras disangai dulu kemudian ditumbok\nDaun ketumbar hiris nipis\n\nCara-cara:\n1. Campur semua bahan.\n2. Masak atas api sehingga mendidih kemudian tambah bancuhan air tepung jagung jika suka.\n3. Bancuhan sos kalau tak guna tepung jagung tak masak pun tak apa.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Makcik Ratu\nBaca juga: Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis & Sos Ala Thai\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-pisang-goreng-rangup/", "title": "Rahsia Pisang Goreng Rangup Walaupun Dah Sejuk, Ini Resipi Bancuhan Tepung", "body": "\nTerasa nak makan pisang goreng dengan tepung rangup yang sedap? Ini rahsia cara nak buat bancuhan tepung pisang goreng yang mudah dan dijamin menjadi.\nCara bancuhan tepung yang digunakan ini paling rangup dan tak serap banyak minyak. Bukan itu saja, pisang yang digoreng pada waktu pagi sampai petang pun masih tetap rangup. Guna pisang yang dah lembik pun tak serap minyak.\u00a0\nBaca juga: Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je\nMenerusi perkongsian oleh Butik Meek Kelate Kitchen, resipi ini adalah daripada arwah ibunya. Jom lihat perkongsian lengkap olehnya di bawah. Semoga bermanfaat!\n\nRAHSIA PISANG GORENG KEKAL RANGUP\n\nBahan bancuhan:\n\n1 cawan tepung gandum\n1 cawan tepung beras\n1 cawan tepung jangung\n1 biji telur\n1 sudu kecil garam halus\nSedikit pewarna kuning\n2 cawan air\n\nBahan utama:\n\nPisang untuk digoreng\n\nCara penyediaan:\n1. Satukan semua kecuali pisang.\n2. Kacau sebati menggunakan whisk atau senduk. Pastikan adunan bercampur rata dan tidak berketul.\n3. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali menggunakan api sederhana.\n4. Bila minyak sudah panas, celupkan pisang dan goreng seperti biasa.\n5. Bila sebelah pisang sudah garing, terbalikkan dan masaklah hingga pisang garing dan masak sempurna.\n6. Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dinikmati bersama sambal kicap.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Cara Buat Puding Pisang Pandan, Mesti Laju Je Habis Bila Hidang Nanti\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-pulut-sedap-guna-air-kelapa-muda/", "title": "Rahsia Pulut Sedap Guna Air Kelapa Muda, Masak Dengan Rice Cooker Tapi Tetap Lembut!", "body": "\nSeorang pengguna Facebook, Khadijah Jaafar berkongsikan rahsia pulut sedap iaitu perlu masak guna air kelapa muda.\nCara memasaknya juga sangat mudah, hanya perlu menggunakan rice cooker.\nHasilnya, pulut jadi lembut dan sedap. Pulut pun takkan berkerak, senang nak cuci periuk.\nSungguh enak dinikmati bersama ikan masin dan kelapa parut. Jom cuba!\nResipi Rahsia Pulut Sedap Guna Air Kelapa Muda\nBahan-bahan:\n\n2 cawan beras pulut susu\n2 cawan air kelapa muda\n\nCara-cara:\n1. Sukat 2 cawan beras pulut.\n\n2. Sukat 2 cawan beras pulut.\n\n3. Masukkan air kelapa. Kalau tiada air kelapa, boleh ganti dengan air biasa sahaja.\n\n4. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalan rice cooker. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika \u2018keep warm\u2019 dan siap.\n\nSedap dimakan dengan kelapa parut dan ikan masin.\n\nKredit: Khadijah Jaafar\nBaca juga: Cara Masak Nasi Guna Teknik Double Boil, Confirm Tak Berkerak\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-sandwich-telur-yang-sedap-letak-bawang-karamel/", "title": "Rahsia Sandwich Telur Yang Sedap, Kena Letak Bawang Karamel Baru Rasa Lagi \u2018Perfect\u2019!", "body": "\nSandwich telur sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa.\u00a0Simple\u00a0tapi sedap dan mengenyangkan.\nKalau nak lagi sedap, kena letak satu bahan rahsia yang ramai tak tahu iaitu letak bawang karamel seperti yang dikongsikan oleh penjual sandwich, Suraya Yaacob di bawah.\nMenurutnya, inilah rahsia yang digilai orang pelanggannya sehingga ada pelanggan sama yang membeli hampir setiap hari. Kalau ada yang nak cuba buat untuk makan sendiri atau sebagai jualan, lihat saja resipi di bawah.\nRahsia Sandwich Telur Yang Sedap Menjilat Jari\nBahan-bahan:\n\n1 buku roti\n7 biji telur rebus\n4 sudu besar mayonis\n2 sudu bawang karamel (resipi di bawah)\nDaun bawang\n\n\nBahan-bahan bawang karamel:\n\n1 biji bawang\n1 sudu teh serbuk oregano\n1 sudu teh serbuk lada hitam\n1 sudu teh garam\n2 sudu makan minyak masak\n\nCara-cara:\n1. Gaul semua bahan-bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu. Angkat dan ketepikan.\n\n2. Lenyekkan telur rebus. Campur bersama mayonis, daun bawang dan juga bawang karamel tadi.\n3. Ambil roti dan sapu dengan adunan telur yang sudah digaul rata dengan bawang karamel tadi. Siap!\n\nResepi ini cukup untuk 1 buku roti panjang dan 1 buku roti pendek. Ngam-ngam dengan 7 biji telur. Kalau suka boleh tambah salad dan tomato.\nKredit: Suraya Yaacod\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-simpan-kelapa-parut-agar-tahan-lama/", "title": "Kena Gaul Dengan Garam, Rahsia Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama", "body": "\nSetiap kali beli kelapa parut, ada banyak lebih sebab tak guna semua waktu masak. Bila simpan dalam peti selalu cepat rosak. Sebab itu kena tahu cara simpan kelapa parut dengan betul supaya tahan lama.\nJom baca bagaimana cara supaya kelapa parut tahan lama di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Ani Zam. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam\nCara Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama\n1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.\n\n2. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.\n\n3. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik.\n\n4. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku. Kukus semula bila hendak menggunakannya.\n\nBoleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut. Untuk mendapatkan santan yang pekat, blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut utk mendapatkan santan yang pekat.\nKredit: Ani Zam\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-sup-tulang-lagi-sedap-tumis-batang-saderi-lobak-merah/", "title": "Rahsia Sup Tulang Lagi Sedap, Tumis Dulu Batang Saderi & Lobak Merah Yang Dikisar", "body": "\nRamai yang pandai membuat sup tulang kan? Tapi rupanya ada rahsia sup tulang yang lebih sedap dari biasa kita masak.\nRahsianya adalah dengan menumis terlebih dahulu batang saderi dan lobak merah yang telah dikisar. Dijamin lagi sedap!\nSup tulang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi jika dimakan semasa sup masih panas. Memang nikmat!\nBaca juga: Resipi Sup Daging Siam, Makan Dengan \u2018Moi\u2019 Aka Bubur Nasi Sangat Menyelerakan!\nRESIPI RAHSIA SUP TULANG YANG SEDAP\nBahan-bahan 1:\n\n3 biji bawang besar\n8 biji bawang putih\nHalia dalam 2 ketul\n1 sudu ketumbar\n\nKisar bahan ini sampai halus.\nBahan-bahan 2:\n\n3 batang sadari\n1 batang karot\n\nBahan ini pun dikisar sampai hancur.\n\nBahan-bahan 3:\n\n3 batang kayu manis\n4 biji bunga lawang\n10 biji bunga cengkih\n10 biji buah pelaga\n1 senduk serbuk sup\n\n\nBahan-bahan lain:\n\n2kg tulang\n5 biji kentang (dibelah 2)\n3 batang sadari (dihiris)\n3 biji bawang besar (dibelah 4)\nAir\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 yang sudah dikisar hingga bau wangi.\n\n2. Kemudian masukkan bahan 2 yang sudah dikisar dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.\n\n3. Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.\n\n4. Tambah air lagi jika tulang belum empuk dan ulang sehingga empuk. (sekitar 1 jam setengah)\n\n5. Bila dah empuk, masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dibelah.\n\n5. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.\n6. Biarkan dalam 10 minit sehingga ubi kentang empuk.\n7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa taburkan juga bawang goreng dan daun sup.\nSiap! Selamat mencuba.\nKredit: Farniza Razali\n"} {"url": "https://myresipi.com/rahsia-supaya-cili-jeruk-kekal-rangup/", "title": "Kena Rendam Air Kapur, Rahsia Supaya Cili Jeruk Kekal Rangup", "body": "\nSiapa suka cili jeruk yang rangup ni? Wajib letak dalam meggi celup atau dimakan bersama mee goreng. Memang sedap! Kalau nak buat sendiri, kena tahu caranya supaya kekal rangup.\nKalau buat sendiri stok cili jeruk, boleh buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. Senang bila nak makan, tinggal cedok je.\nBen Safwan ada berkongsikan cara buat cili jeruk kekal rangup selepas dijeruk. Nak tahu rahsianya? Jom lihat perkongsian oleh Ben di bawah.\nRahsia Buat Cili Jeruk Kekal Rangup\nCara-caranya:\n1. Potong lada solok ikut nak guna banyak mana. Ben guna 1.2-1.5 lada solok. Senang buat banyak sekaligus.\n\n2. Rendam dengan air dan masukkan kapur 1/2 sudu makan. Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tak lembik nanti kekal rangup dijeruk.\n\n3. Kemudian, tos bersih untuk buang rasa kapur. Ketepikan.\n4. Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih, tutup api.\n5. Masukkan lada dan kacau sebati 30 saat. Kemudian, cepat-cepat buang air dia dan alirkan air paip. Masukkan dalam bekas bersih.\n6. Panaskan 4 atau 5 cawan air dengan 2 cawan cuka, 5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam. Lebih/kurangkan bergantung kuantiti dan rasa.\n7. Tak perlu tnggu mendidih. Dah nampak hancur gula garam, tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tuang dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman. Dah boleh makan dah lada jeruk akak.\n\n8. Makin lama makin sedap. Silalah mencuba. Letak luar je.\n\nKredit: Ben Safwan\nBaca juga: Cara Buat Waffle Yang Sedap & Garing, Ikut Je Sukatan Mudah Ini!\n"} {"url": "https://myresipi.com/ramai-dakwa-keracunan-selepas-makan-oyster-di-medan-selera-viral/", "title": "Ramai Dakwa Keracunan Selepas Makan Oyster Di Medan Selera \u2018Viral\u2019", "body": "\nBaru-baru ini kecoh tentang keracunan makanan lepas makan oyster.\nIsu ini mula viral selepas seorang Tiktoker berkongsikan sebuah kedah kedai menjual kerang bakar dan oyster di medan selera Petaling Jaya.\n\n\n @lianausm96\nCheap Oysters?!?! Run bestie run!! \ud83e\udd29\ud83e\udd2d \u2022 \u2022 #myfoodie #makanlokal #makananviral #foodreview #foodexploration #foodietiktok #fyp #foryoupage #malaysia #tiktokmalaysia #l\u00e9atheexplorer #viral #makanlokal\n \u266c original sound \u2013 L\u00e9a \u2728\ud83c\udf71\ud83c\udf5c\ud83c\udf68 \u2013 L\u00e9a \u2728\ud83c\udf71\ud83c\udf5c\ud83c\udf68 \n\n \nSelepas viralnya video tersebut, orang ramai mula menyerbu kedai itu untuk mencuba oyster yang dikatakan boleh tahan murah.\nNamun, ada seorang individu di Twitter \u00a0berkata ramai yang terkena keracunan makanan disebabkan memakan oyster di kedai itu.\nBukan setakat seorang dua tapi rupanya ramai yang mengalami nasib yang sama.\nDia turut mencadangkan agar mereka yang terkena keracunan makanan untuk membuat laporan terhadap pihak berwajib kerana ia merupakan isu yang serius dan boleh menyebabkan kematian (makan\u00a0oyster\u00a0mentah).\n\n\nsemalam i saw liana punya tiktok, dia review oyster besaq nak mampuih dkt satu stall ni \npastu harinj i saw a tiktok yg kata dia kena food poisoning bcs makan situ. and then read the comments everyone yg makan situ pun sama kena food poisoning\n\u2014 farisha \ud83c\udff4 (@ishapunyatwt) August 14, 2022\n\nBukan itu sahaja, ada sesetengah netizen berkata oyster di medan selera tersebut sudah tidak segar kerana warnya yang sudah \u2018lebam\u2019.\nMenurut mereka juga, jika mahu makan oyster segar perlu pergi ke kedai yang menghidangkan atau mempunyai\u00a0display\u00a0menunjukkan ia masih hidup, bukanlah\u00a0frozen.\n\n\u201cOyster mentah mesti dimakan (ketika masih) segar. Bukan yang sudah disejuk beku.\u201d\n\nDi bebenang Twitter itu juga, seorang individu turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan keadaan oyster yang dihidangkan di medan selera tersebut.\nMemang jelas kelihatan ia sudah tidak segar dan sudah bertukar warna coklat.\n\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/ramai-terkejut-sejak-bila-ada-upah-potong-ayam/", "title": "\u2018Sekarang Semua Kena Caj\u2019 \u2013 Ramai Terkejut Sejak Bila Ada Upah Potong Ayam? Mahal Pula Tu", "body": "\nDalam situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu, kenaikan harga barang menjadi kerisauan utama dalam kalangan masyarakat kita.\nBeberapa hari lepas, tular satu resit pembelian di laman sosial Facebook yang memaparkan harga caj upah potong ayam di sebuah kedai yang dianggap tidak masuk akal.\nBerdasarkan foto yang dikongsikan, pelanggan tersebut kelihatan membeli udang putih seberat 1.27 kilogram (kg) dengan harga RM44.63 beserta seekor ayam segar seberat 4.06kg dengan harga RM36.18.\nCaj upah potong ayam RM1 setiap kilogram\nApa yang mengejutkan, kedai tersebut telah mengenakan caj RM1 bagi setiap kilogram ayam yang dibeli oleh pelanggannya.\nArtikel berkaitan: Ayam Habis & Peniaga Bakal Tutup Kedai? Tauke Ayam Ni Dedah Apa Sebenarnya Yang Terjadi\nBerdasarkan maklumat pada resit tersebut, kejadian itu berlaku pada Khamis lepas di sebuah kedai di Sungai Besar, Selangor.\nSalinan resit berkenaan telah dikongsi oleh laman Facebook Viral Media Johor pada Ahad dengan kapsyen \u201cupah potong ayam ikut kilo rupanya\u201d turut menerima ratusan komen netizen.\nMenurut netizen, sudah banyak kedai yang mengenakan caj upah sebegini dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya.\n\n\u201cAkan ada upah turun ayam dari lori pun ada,\u201d tulis seorang lagi netizen berseloroh.\nDalam pada itu, beberapa netizen turut mencadangkan agar pembeli memotong sendiri ayam di rumah untuk menjimatkan kos, sekali gus menyekat sikap tamak peniaga,\n\n\n\u2018Tak potong pun ambik upah jugak..\u2019\n\nPada masa sama, ada juga yang merasakan wajar dikenakan caj itu memandangkan peniaga ayam juga berada dalam keadaan tersepit dalam situasi ekonomi hari ini.\n\n\nSumber: Facebook Viral Media Johor\n"} {"url": "https://myresipi.com/rangup-berkhasiat-ini-resepi-kerepek-labu-lemak-manis-yang-korang-kena-cuba/", "title": "Rangup & Berkhasiat, Ini Resepi Kerepek Labu Lemak Manis Yang Korang Kena Cuba", "body": "Kalau rasa dah bosan selalu makan kerepek pisang, kerepek ubi dan kerepek bawang. Kali ini kita tukar sedikit selera buat kerepek labu. Rasa lemak dan manis daripada labu tu memang sekejap je licin kalau makan bersama seisi keluarga. Kena potong nipis-nipis lagi sedap untuk mengunyah sambil tengok movie. Nomie Harun telah kongsikan resepi ini di laman Facebook miliknya. Jadi, selamat mencuba!\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n20 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKEREPEK LABUKalau rasa dah bosan selalu makan kerepek pisang, kerepek ubi dan kerepek bawang. Kali ini kita tukar sedikit selera buat kerepek labu. Rasa lemak dan manis daripada labu tu memang sekejap je licin kalau makan bersama seisi keluarga. Kena potong nipis-nipis lagi sedap untuk mengunyah sambil tengok movie. Nomie Harun telah kongsikan resepi ini di laman Facebook miliknya. Jadi, selamat mencuba!\n\nKredit : Nomie Harun\nBAHAN-BAHAN\nLabu\n\nMinyak masak\n\nCARA PENYEDIAAN\nPotong labu mengikut ira lekok labu.\n\nBuang biji-biji labu.\n\nKupas kulit labu agak-agak kulit tu tidak terlalu tebal, supaya masih ada warna hijau pada labu itu.\n\nSagat labu nipis-nipis dengan menggunakan penyagat.\n\nSelepas disagat, basuh dan toskan. Tidak perlu rendam dengan air garam. Basuh begitu sahaja.\n\nLapik tisu dapur di atas talam. Letakkan labu yang telah ditoskan tadi dan jemur sehingga kering.\n\nJemur labu tersebut dalam setengah jam hingga ke 1 jam.\n\nSelepas jemur, goreng di dalam api yang sederhana.\n\nGoreng sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.\n\nSelepas sudah sejuk, masukkan di dalam balang dan siap boleh dimakan terus.\nTIPSJemur sehingga kering untuk membuatkan labu lebih rangup.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/rangup-pedas-ini-resepi-chicken-chachos-crispy-yang-sangat-mudah-2/", "title": "Rangup & Pedas, Ini Resepi Chicken Chachos Crispy Yang Sangat Mudah!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-08 04:43:05\n\n\nAyam goreng merupakan salah satu makanan kegemaran ramai terutamanya bagi kanak-kanak. Selain rasanya yang enak dan rangup, ayam goreng juga senang dimasak dan disediakan. Walaupun anak-anak gemar akan ayam goreng, takkanlah ibu-ibu asyik nak bagi ayam goreng je kan? Takut nanti anak-anak cepat jemu.\u00a0\n\u00a0\nJadi apa kata kita cuba upgrade sikit ayam goreng biasa kepada Chicken Chachos Crispy. Lebih enak dan rangup. Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1 mangkuk besar isi ayam dihiris nipis\u00a0\n1/3 cawan tepung goreng ayam serbaguna Bestari spicy\n4 sudu makan tepung beras\n1 paket keropok chachos yang dihancurkan\n5 tangkai daun kari diracik halus\n\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nLalukan isi ayam pada air, letak tepung beras, tepung bestari dan daun kari, sebatikan.\nDalam bekas lain satukan keropok chachos yang telah dihancurkan dengan 1/4 cawan tepung bestari, gaulkan. Ambil isi ayam salutkan dengan sempurna.\nPastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu, goreng hingga masak dan kekuningan, angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang dan dinikmati.\n\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/rangup-pedas-ini-resepi-chicken-chachos-crispy-yang-sangat-mudah/", "title": "Rangup & Pedas, Ini Resepi Chicken Chachos Crispy Yang Sangat Mudah!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-08 04:43:05\n\n\nAyam goreng merupakan salah satu makanan kegemaran ramai terutamanya bagi kanak-kanak. Selain rasanya yang enak dan rangup, ayam goreng juga senang dimasak dan disediakan. Walaupun anak-anak gemar akan ayam goreng, takkanlah ibu-ibu asyik nak bagi ayam goreng je kan? Takut nanti anak-anak cepat jemu.\u00a0\n\u00a0\nJadi apa kata kita cuba upgrade sikit ayam goreng biasa kepada Chicken Chachos Crispy. Lebih enak dan rangup. Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1 mangkuk besar isi ayam dihiris nipis\u00a0\n1/3 cawan tepung goreng ayam serbaguna Bestari spicy\n4 sudu makan tepung beras\n1 paket keropok chachos yang dihancurkan\n5 tangkai daun kari diracik halus\n\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nLalukan isi ayam pada air, letak tepung beras, tepung bestari dan daun kari, sebatikan.\nDalam bekas lain satukan keropok chachos yang telah dihancurkan dengan 1/4 cawan tepung bestari, gaulkan. Ambil isi ayam salutkan dengan sempurna.\nPastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu, goreng hingga masak dan kekuningan, angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang dan dinikmati.\n\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/rangup-tak-berminyak-ini-cara-buat-kuih-tiram-resepi-turun-temurun/", "title": "Rangup & Tak Berminyak, Ini Cara Buat Kuih Tiram Resepi Turun-Temurun", "body": "Kuih tiram atau nama panggilannya yang lain adalah kuih lidah buaya. Kuih ini merupakan kuih tradisional Melayu Brunei di Papar Sabah. Rasanya yang rangup sangat sesuai dijadikan minum petang atau moreh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fifa Ayu di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKUIH TIRAMKuih tiram atau nama panggilannya yang lain adalah kuih lidah buaya. Kuih ini merupakan kuih tradisional Melayu Brunei di Papar Sabah. Rasanya yang rangup sangat sesuai dijadikan minum petang atau moreh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fifa Ayu di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1 kg tepung\n\n\u2153 cawan marjerin\n\n\u2153 cawan minyak masak\n\n1 sdb garam\n\nKredit: Fifa AyuCARA PENYEDIAAN\nGaul sebati semua bahan di atas.\n\nTambah air sedikit demi sedikit sambil gaul, sampai jadi doh yang tidak melekat di tangan dan bekas uli. Tidak keras sangat dan tidak lembut sangat. Rehatkan doh selama setengah jam atau lebih.\n\nUli secara memanjang doh yang sudah sedia tadi dan potong kepada beberapa bahagian.\n\nCantumkan doh, pasang-pasangkan menjadi dua.\n\nKeluarkan sepasang doh dan selebihnya biarkan dahulu di dalam bekas tertutup. Mula gelek satu doh dahulu untuk.memudahkan proses menggelek.\n\nSentiasa dusting doh dengan tepung gandum. Tetapi jangan terlalu banyak. Dusting nak bagi smooth kerja menggelek sahaja.\n\nUli bagi jadi 4 segi. Cukup lebar dan cukup panjang. Bagig nipis elok je. Tebal sedikit dari kulit popia.\n\nLepas itu dap minyak masak atas doh. Celuh jari di dalam minyak dan dap. Sapu rata minyak itu.\n\nLepastu kena dusting dengan tepung ubi atau tepung jagung.\n\nKemudian gulung, buat yang sama juga untuk pasangan dia. Selepas itu bergulung sama.\n\nDoh yang sudah siap digulung tadi\u00a0 potong mcm kecil-kecil.\n\nAmbil satu tekan daripada bahagian atas dengan jari telunjuk dan gelekkan.\n\nMinyak mesti betul-betul panas. Api sederhana semasa menggoreng. Selepas msukkan dalam kuali terus bolak balikkan dengan lidi bagi lapis dia kembang elok. Guna lidi sate pun boleh.\n\nSiap dan boleh di makan bersama gula ising.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/rasa-100plus-sama-macam-vodka-lime/", "title": "Minah Salleh Ini \u2018Claim\u2019 Rasa 100Plus Sama Macam Vodka Lime, Raih Perhatian Netizen", "body": "\nBanyak pula min tengok influencer Mat Saleh atau Minah Salleh suka buat konten tempat makan atau makanan di Malaysia ini.\nMungkin disebabkan mereka boleh mendapat perhatian ramai dan disukai netizen untuk menaikkan lagi rating konten seumpama ini.\nDari segi perspektif yang lain, boleh lah promosikan Malaysia untuk pelancong asing datang ke mari.\nBaca juga: Persatuan Halal Jepun Tarik Balik Produk Mi Segera Ada Babi Tapi Letak Logo Halal\nBaru-baru ini, ada satu video naik di fyp TikTok min di mana seoarang Minah Salleh ini mencuba satu minuman tin isotonik iaitu 100Plus dan memberikan pandangan tentang rasa air tersebut.\nVideo Penuh:\n\n\n @josieliftsthings\nTrying the FAMOUS 100 plus in Malaysia! Do YOU like it?? \ud83d\ude02\ud83d\ude01 #100plusmalaysia #malaysiatiktok #malaysiantiktok #malaysiantiktok\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #malaysianfoodie #malaysiadrinks\n \u266c Wii \u2013 Mii Channel \u2013 Super Guitar Bros \n\n \nBoleh dilihat mimik mukanya berubah sebaik sahaja merasa air isotonik tersebut.\nDalam pada itu, komen ringkas beliau mengenai air minuman itu telah menjadi perhatian netizen apabila beliau menyamakan rasa air 100Plus seolah rasa Vodka Lime namun tanpa Vodka.\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, video tersebut meraih tontonan sebanyak 839.5k, 56k tanda suka dan lebih 4 ribu komen dari netizen yang kebanyakkan dari Malaysia.\n\nApa pula komen korang?\n"} {"url": "https://myresipi.com/rasanya-lembut-lemak-berkrim-ini-resepi-kek-tiramisu-versi-bajet-yang-korang-kena-cuba-2/", "title": "Rasanya Lembut & Lemak Berkrim, Ini Resepi Kek Tiramisu Versi \u2018Bajet\u2019 Yang Korang Kena Cuba!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-19 03:59:49\n\n\nSebut sahaja resepi kek tiramisu, terus terbayang kek tiramisu di Secret Recipe kan? Kalau ikutkan memang lah teringin tapi kadangkala harganya yang agak mahal membuatkan kita fikir banyak kali untuk beli.\u00a0Jadi apa kata kita cuba buat tiramisu sendiri. Kita cuba buat tiramisu versi yang murah dah sangat sedap. Susun-susun je siap. Jom kita cuba resepi tiramisu yang dikongsikan oleh Azlina Ina di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Azlina ina\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1 cawan whipping non dairy (apa-apa brand pun boleh)\n15 ke 20 keping biskut Butter Julies. (Biskut ni paling sedap)\nSusu cair atau susu segar 1 cawan\nSerbuk nescafe 3 in 1, serbuk koko, serbuk milo\n\n\u00a0\n\nKredit: Azlina ina\n\u00a0\nCara-cara:\n\nRendam biskut dalam susu 3 ke 4 minit.\nMix whipping yang sejuk baru keluar dari peti ais boleh dibiarkan cair kejap kemudian terus gaul supaya cepat kental. (Jaga-jaga masa gaul jangan sampai terlebih gaul nanti cair).\n\u00a0Ambil bekas yang sesuai (guna tupperware 6\u00d76 lutsinar)\nAmbil biskut dan rendam dengan susu kemudian letakkan ke dalam bekas. Kemudian ambil whipping cream tadi dan masukkan ke dalam piping bag atau plastik biasa dan paip kan atas biskut.\nAyak ketiga-tiga serbuk tadi atasnya.\nUlang langkah rendam biskut dan susun atas layer sampai habis.\nSejukkan 1 jam dan boleh dimakan.\n\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Azlina Ina\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/rasanya-lembut-lemak-berkrim-ini-resepi-kek-tiramisu-versi-bajet-yang-korang-kena-cuba/", "title": "Rasanya Lembut & Lemak Berkrim, Ini Resepi Kek Tiramisu Versi \u2018Bajet\u2019 Yang Korang Kena Cuba!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-19 03:59:49\nSebut sahaja resepi kek tiramisu, terus terbayang kek tiramisu di Secret Recipe kan? Kalau ikutkan memang lah teringin tapi kadangkala harganya yang agak mahal membuatkan kita fikir banyak kali untuk beli.\u00a0Jadi apa kata kita cuba buat tiramisu sendiri. Kita cuba buat tiramisu versi yang murah dah sangat sedap. Susun-susun je siap. Jom kita cuba resepi tiramisu yang dikongsikan oleh Azlina Ina di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Azlina ina\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1 cawan whipping non dairy (apa-apa brand pun boleh)\n15 ke 20 keping biskut Butter Julies. (Biskut ni paling sedap)\nSusu cair atau susu segar 1 cawan\nSerbuk nescafe 3 in 1, serbuk koko, serbuk milo\n\n\u00a0\n\nKredit: Azlina ina\n\u00a0\nCara-cara:\n\nRendam biskut dalam susu 3 ke 4 minit.\nMix whipping yang sejuk baru keluar dari peti ais boleh dibiarkan cair kejap kemudian terus gaul supaya cepat kental. (Jaga-jaga masa gaul jangan sampai terlebih gaul nanti cair).\n\u00a0Ambil bekas yang sesuai (guna tupperware 6\u00d76 lutsinar)\nAmbil biskut dan rendam dengan susu kemudian letakkan ke dalam bekas. Kemudian ambil whipping cream tadi dan masukkan ke dalam piping bag atau plastik biasa dan paip kan atas biskut.\nAyak ketiga-tiga serbuk tadi atasnya.\nUlang langkah rendam biskut dan susun atas layer sampai habis.\nSejukkan 1 jam dan boleh dimakan.\n\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\n\nKredit: Azlina Ina\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Azlina Ina\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/rawat-pokok-kari-bintik-hitam/", "title": "Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA", "body": "\nRawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA.\nJika pokok kari yang ditanam mengalami masalah ini berikut antara cara yang boleh digunakan untuk merawat pokok berkenaan hasil perkongsian Berkebun D Rumah di laman Facebook.\nBaca juga: Guna 5 \u2018Tricks\u2019 Ini Bagi Pokok Kacang Botor Berbuah Banyak, Baru Ada Hasil!\nNamun begitu antara masalah biasa pokok kari bila dah makin rimbun adalah daunnya mudah diserang masalah bintik hitam. Kadang-kadang habis semua daun dijangkiti penyakit ini.\nPokok kari memang selalu digunakan dalam masakan, jadi ia antara yang selalu ditanam sekitar rumah.\n\nPETUA RAWAT POKOK KARI BERBINTIK HITAM\n\n1. Buang semua daun yang ada bintik hitam ini. Jika terlalu banyak cantas dahannya kerana ia akan menjangkiti daun lain.\n2. Selepas cantas, lakukan siraman seperti biasa. Lakukan juga proses untuk suburkan kembali pokok seperti siram dengan air beras, air ikan, kulit bawang. Boleh juga gunakan baja organik.\n\n3. Selepas lebih kurang dua minggu tunas baru akan tumbuh. Elak letak pokok di tempat yang redup kerana ini juga salah satu punca pokok mengalami masalah bintik hitam.\n4. Selepas sebulan daun pokok akan semakin banyak, lakukan semburan untuk elakkan serangga yang boleh dibuat sendiri atau semburan cuka kayu. Ia untuk elakkan kejadian sama berulang.\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya\n"} {"url": "https://myresipi.com/raya-dah-nak-dekat-jom-buat-ketupat-lemak-manis-versi-kelantan-memang-sedap-dooh/", "title": "Raya Dah Nak Dekat? Jom Buat Ketupat Lemak Manis Versi Kelantan Memang Sedap Do\u2019oh!", "body": "Bila dah nak raya ini mesti la ketupat antara menu yang wajib ada pada pagi raya. Selalunya orang akan hidangkan ketupat yang biasa tu sahaja, tetapi kali ini kita kongsikan pada anda ketupat palas versi manis. Ketupat manis ini asal daripada Kelantan, rasa manisnya itu kita boleh adjust mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rohaida Mat Idris di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKETUPAT LEMAK MANISBila dah nak raya ini mesti la ketupat antara menu yang wajib ada pada pagi raya. Selalunya orang akan hidangkan ketupat yang biasa tu sahaja, tetapi kali ini kita kongsikan pada anda ketupat palas versi manis. Ketupat manis ini asal daripada Kelantan, rasa manisnya itu kita boleh adjust mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rohaida Mat Idris di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1 kg beras pulut susu\n\n4 1/2 cawan santan\n\n1 sudu kecil garam\n\n2 cawan gula\n\n2 helai daun pandan\n\n5 pelepah daun palas\n\n2 keping asam keping\n\nKredit: Rohaida Mat IdrisCARA PENYEDIAAN\nRendam beras pulut 2-3 jam bersama asam keping.\n\nKukus pulut lebih kurang 40 minit atau sehingga masak, keluarkan dan masukkan di dalam bekas.\n\nMasak santan bersama gula, garam dan daun pandan.\n\nMasukkan santan yang telah di masak ke dalam pulut ,kacau pulut sehingga sebati dengan menggunakan sudip kayu.\n\nSejukkan, kemudian boleh mula bungkus. Kalau nak sedap boleh letak serunding daging pada bahagian dalam pulut.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/reaksi-orang-jepun-family-mart/", "title": "Reaksi Orang Jepun Dengan Menu Family Mart Dirojakkan Undang Pelbagai Reaksi Netizen", "body": "\nSudah terdapat pelbagai kedai serbaneka seperti Family Mart telah diwujudkan di sini. Kedai serbaneka ini kebanyakannya datang dari negara Korea ataupun Jepun kemudian dibuka di Malaysia.\nSalah satu kedai serbaneka yang popular dan menjadi topik hangat pada hari ini ialah Family Mart.\nFamily Mart merupakan rangkaian francais kedai serbaneka Jepun yang berpusat di Toshima, Tokyo.\nArtikel berkaitan: Resepi Oden Ala Family Mart, Hanya Dengan 3 Langkah Je Dah Siap!\nMenu yang menjadi sambutan orang ramai sewaktu pembukaan awal Family Mart di sini, ialah aiskrim lembut berperisa Matcha (Matcha Sofuto) dan Oden yang dihidangkan bersama kuah tomyam mengikut selera masyarakat setempat.\nOleh hal demikian baru-baru ini, tular di laman Tik Tok mengenai seorang wanita Jepun meluahkan rasa hairan apabila melihat menu makanan yang dijual di Family Mart Malaysia.\n\nBerdasarkan keterangan wanita itu yang juga merupakan wakil Google New York, menu yang dijual di Malaysia berbeza daripada apa yang dijual di Jepun.\n\u201cCrawfish? Saya tidak tahu. Sekali lagi saya tegaskan Jepun tidak makan Crawfish, jadi saya sangat tertanya-tanya bagaimanakah rasa Crawfish Onigiri tersebut,\u201d tanya wanita berkenaan.\nJelas wanita itu, ini merupakan kali pertama dia melihat makanan Jepun yang dicampurkan dengan bahan-bahan pedas misalnya seperti kuah tomyam yang dijadikan sebagai kuah Oden.\nDikatakan bahawa sebenarnya orang Jepun tidak makan makanan yang pedas jadi menu tersebut tidak wujud di sana.\n\n\u201cIni sangat genius (paparkan menu Oden Malaysia). Oden di Jepun biasanya hanyalah fishcake yang direbus tanpa perasa. Tapi kuah tomyam dan kuah sate?? Ini sangat genius. Ini perlu diimport ke Tokyo,\u201d terangnya kagum dengan menu yang di\u2019fusion\u2019 kan dengan selera masyarakat di sini.\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berseloroh mengenai pelbagai makanan Jepun lagi yang dirojakkan di Malaysia yang belum diketahui olehnya.\nAntara komen netizen:\n\n\nVideo Penuh:\n\ndownload\n"} {"url": "https://myresipi.com/rebus-nasi-impit/", "title": "Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA", "body": "\nMenjelang musim perayaan ni, mesti ramai yang dah standby nak rebus nasi impit masa Hari Raya nanti kan?\nSelain ketupat, nasi impit menjadi menjadi menu wajib untuk hari raya nanti. Pastinya untuk mendapatkan hasil yang elok, nasi impit perlu direbus lama.\u00a0\nMemang setiap kali musim perayaan, menu ini pasti akan masuk dalam senarai juadah utama. Tapi, sekarang ni nak rebus nasi impit bila-bila masa pun boleh ikut selera masing-masing.\nBaca juga: Cara Masak Nasi Impit Paling Mudah. Masak & Tinggal Je, Hasil Seketul Cantik Macam Ni\u00a0\nCuma yang agak keberatan sikit untuk menyediakannya sebab proses merebus mengambil masa lama serta melibatkan penggunaan gas yang banyak. Memang bil elektrik melambung dibuatnya! Jenuh nak membayar.\nTak perlu risau dah, saudari Yuhafiqah Mohd Yunus ini sudi berkongsi petua bagaimana cara nak jimat gas dan elektrik walaupun boleh rebus nasi impit dengan stok yang banyak.\u00a0\nJom kita lihat apa petua yang beliau ingin kongsikan ini. Ringkas saja tapi kira berbaloi.\n\nPetua Rebus Nasi Impit Jimat Gas Dan Elektrik\n\nCara-caranya:\n1. Rebus air sampai mendidih lepas tu masukkan nasi impit.\n2. Masak selama 10 minit lepas itu tutup api.\n3. Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup biarkan terendam selama 30 minit.\n4. Lepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit.\nNota: Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya. Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker. Jika nasi impit itu banyak, guna periuk yang saiznya lebih besar.\n\nJadi untuk yang dah ada perancangan untuk buat menu berasaskan nasi impit selepas ini, boleh guna versi jimat jimat elektrik dan gas ini.\nIyelah, bukan semuanya ada pakej Rahmah nak bayar gas dan elektrik. Kena pandai berjimat, baru hati senang sebab kalau pakai periuk nasi pun lama jugakan kena rebus. Hiks!\u00a0\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Rasanya Tetap Asli Walaupun Moden\n"} {"url": "https://myresipi.com/rempah-giling-gulai/", "title": "Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan", "body": "\nRempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan.\nGulai atau kari memang menjadi kesukaan orang utara. Walaupun nampak simple tapi ada juga yang tak pandai nak buat kari. Lebih-lebih lagi resipi orang dulu-dulu.\nBaca juga: Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!\nPenggunaan rempah giling misalnya, menambahkan aroma dan rasa lebih sedap dibandingkan dengan serbuk kari sedia ada.\nDengan rasanya rempahnya yang harum ditambah dengan rencah yang enak membuatkan rasa kari atau gulai sangat sedap. Di makan bersama nasi putih panas-panas layan, apa lagi kalau di cicah bersama roti pun sudah sedap. \nIkuti resipi dari Encik Muhamad Farid Omar ini yang berkongsi menerusi laman Facebook.\u00a0\n\nRESIPI REMPAH GILING GULAI\n\nBahan-bahan:\n\nRempah biji*\nJintan manis* (kalau sukatan dia mesti banyak sikit dari jintan putih)\nJintan putih*\nLada hitam*\nCili kering*\nKunyit hidup \nBawang merah (potong kecik-kecik)\nBawang putih\n\nCara membuat:\n1. Ambil semua bahan-bahan yang bertanda * rendam dalam air panas (beberapa saat ja)kemudian toskan.\n2. Untuk proses giling mula-mula giling dulu kunyit hidup bagi hancur sedikit.\u00a0\n3. Kemudian, campur pula dengan bahan-bahan rempah yang direndam dengan air panas tadi (teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling pusing-pusing sekali alu batu giling tu ke atas dan bawah) kalau betul teknik dia boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis.\n\n4. Berapa lama rempah itu nak lumat bergantung pada skill kalau pandai giling sekejap je. Rempah pun tak terpercik merata.\n5. Bila rempah dah lumat masukkan bawang merah dan bawang putih giling la pulak sampai bawang itu lumat dah siap lumat bulatkan rempah.\n6. Dah siap rempahnya siap untuk digunakan.\n\nTips dan petua:\n\nMasa giling rempah tak boleh terlalu kering atau basah.\nKalau rempah tu agak kering boleh titiskan ayaq masa proses giling sebab tu kena giling kunyit hidup dulu kunyit ni akan keluarkan air.\nGulai nak sedap masa last sekali masuk kepala santan(paling pekat dari perahan pertama) kacau kejap dan terus tutup api.\nKalau ada periuk tanah lagi sedap sebab aroma rempah sangat wangi.\nSalah satu sebab orang dulu-dulu sihat dan umur panjang semua benda buat sendiri termasuk rempah guna minyak kelapa untuk tumis masakan.\nAnak dara dulu-dulu wajib lulus dalam bab giling rempah ini baru orang masuk meminang\u00a0\nKalau makan nasi dekat rumah orang zaman dulu rasa memang tak sama (guna rempah giling) sebab bergantung pada sukatan rempah masing-masing ada resepi dari warisan turun temurun ikut pulak darah keturunan berdarah campur lain pulak sukatan rempahnya.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Gulai Betik Muda Dengan Ikan Kering, Lauk Tradisi Orang \u2018Nismilan\u2019\n"} {"url": "https://myresipi.com/rendang-ayam-diva-aa-suasana-hari-raya/", "title": "Rendang Ayam Diva AA Suasana Hari Raya", "body": "Ini dia resipi rendang ayam Diva AA yang marvelous, masih tak terlambat lagi kan untuk korang try walaupun syawal dah hampir kepenghujungnya.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nRendang Ayam Diva AA Suasana Hari RayaIni dia resipi rendang ayam Diva AA yang marvelous, masih tak terlambat lagi kan untuk korang try walaupun syawal dah hampir kepenghujungnya.\nBAHAN-BAHAN\n1 atau 1 1/2 ekor ayam\n\n1 senduk cili kisar\n\n1 kotak besar santan\n\n1 sudu besar asam jawa\n\n2 helai daun limau purut\n\nGaram dan gula atau gula melaka secukup rasa\n\nMinyak untuk menumis\n\nRempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)\nBAHAN-BAHAN KISAR HALUS\n2-3 biji bawang besar\n\n5 biji bawang merah\n\n7 ulas bawang putih\n\n3 inci halia\n\n4 ketul kunyit hidup\n\n4 inci lengkuas\n\n6 batang serai\n\n4 ketul buah keras\nCARA PENYEDIAAN\nAyam potong 12 cuci sebersihnya dan toskan.\n\nPanaskan minyak dan tumis 3 sekawan, bahan kisar dan cili kisar.\n\nKemudian, kacau dengan api yang perlahan dan biarkan masak sehingga pecah minyak. Lepas pecah minyak warna bahan tumisan akan berubah menjadi sedikit kuning keperangan.\n\nMasukkan ayam satu per satu supaya tidak memercik dan biarkan masak dalam 15 minit.\n\nKemudian, masukkan santan dan diikuti dengan asam jawa. Kacau sehingga sebati.\n\nSetelah kuah agak kering, masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.\n\nPerasakan dengan garam dan gula secukup rasa.\n\nBila rendang dah masak taburkan hirisan daun kunyit.\n\nSedia untuk dihidangkan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/rendang-itik-cara-minang/", "title": "Rendang Itik Cara Minang, Memang Sedap Dan Tiada Bau Hamis Ikut Resipi Ini", "body": "\nRendang Itik Cara Minang, Memang Sedap Dan Tiada Bau Hamis Ikut Resipi Ini.\nTak semua orang makan daging itik yang boleh dengan berbagai jenis masakan sama ada kari, salai dan sebagainya mengikut cara masak masing-masing. Apa kata anda cuba resipi ini.\u00a0\nBaca juga: Rendang Maman Daging, Sajian Wajib Raya Negeri Sembilan, Resipi Mudah Di Sini\nItik yang dibuat rendang terbukti sangat sedap dan menyelerakan malahan daging itik tidak akan hanyir kerana ada petua terbaik untuk menghilangkan hanyir itik. Resipi rendang itik ini dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah.\n\nRESIPI RENDANG ITIK\n\nBahan-bahan:\n\n1 ekor itik\n1 \u00bd biji bawang besar #\n8 ulas bawang putih #\n2 batang serai #\nHalia \u2013 sebesar ibu jari #\nKunyit \u2013 sebesar ibu jari #\nlengkuas \u2013 sebesar ibu jari #\nCili kering 15-20 batang \u2013 direbus/direndam air panas #\n2-3 sudu besar kerisik\n3 sudu besar Serbuk Kari daging\n1 kiub ayam\nGaram \nBawang goreng 2 sudu besar\nSantan kotak kecil \u00bd kotak\n300 ml air putih\n2 sudu belacan serbuk belacan\nDaun salam/bayleaves 1 keping\nDaun limau purut 2 helai\n[email\u00a0protected] helai daun kunyit Di hiris halus\n\nCara memasak:\n1. Kisar bahan yang bertanda # sehingga halus\n2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk besar kecuali kerisik, garam, kiub, daun kunyit. Guna api sederhana.\n3. Masak tanpa mengunakan minyak kerana daging itik akan mengeluarkan minyaknya sendiri.\u00a0\n4. Masak sehingga empuk dan kering. Masukkan kerisik, kiub ayam, garam, daun kunyit, bawang goreng. Gaul rata dan sebatikan rasanya.\n5. Siap untuk dihidang.\nNota: Cara hilangkan hamis itik, cuci dagingnya menggunakan tepung jagung dan garam.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\n"} {"url": "https://myresipi.com/rendang-maman-daging/", "title": "Rendang Maman Daging, Sajian Wajib Raya Negeri Sembilan, Resipi Mudah Di Sini", "body": "\nJom buat Rendang Maman Daging untuk juadah hari raya tahun ini. Memang nampak lain dari yang lain!\u00a0\nRendang maman cukup terkenal di Negeri Sembilan lantaran keenakannya yang tidak terkata. Jika dibandingkan rendang ini dengan negeri lain, ia masih menduduki tempat paling teratas.\nKeunikan rendang ini adalah ia menggunakan sayur maman atau nama saintifiknya \u2018Cleome Gynandra\u2019, yang mempunyai pelbagai khasiat sebagai kandungan utama, dimasak bersama daging atau ayam, termasuk yang disalai terlebih dahulu.\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\u00a0\nDi Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Kawasan ini termasuklah Kg Sri Asahan, Pekan Gemencheh , Kg Gedok, Sg Dua, Gemencheh lama, Kg. Sungai Kepong higga ke kg Sg Salah, termasuk juga Gugusan Felda Rokan.\nBagi masyarakat Gemencheh, Negeri Sembilan, maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama dengan ayam, daging atau pun ikan bilis. Rendang maman boleh dikatakan satu juadah kemestian pada setiap hari raya.\nRendang maman ini boleh dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pun nasi himpit. Rendang maman ini memerlukan santan yang banyak, cili api yang secukupnya dan juga asam keping untuk menghilangkan rasa pahit maman.\nJom ikuti resipi rendang ini dari perkongsiaan Cik Puan Hazliza Hamzah ini. Beliau tak lokek untuk berkongsi ilmu masakan untuk dicuba oleh semua yang menggemarinya.\u00a0\n\nRESIPI RENDANG MAMAN DAGING\n\nBahan-bahan:\n\n2kg daging\n4kg sayur maman\n4kg santan \n7/8 keping asam keping\n2 buku kunyit hidup/serbuk kunyit pun boleh\n300g cili api kampung (ikut kepedasan, nak kurang pedas boleh kurangkan cili)\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara memasak:\n1. Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.\n2. Bersihkan daging, potong mcm biasa dan masukkan ke dalam kuali.\n3. Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam daging tadi. Kacau bagi bahan serap sekata.\n4. Masukkan santan. Kemudian, kacau bahan daging dan air cili itu supaya rata. Renihkan.\n5. Setelah kuah pekat masukkan asam keping.\n6. Bila santan pekat dan mendidih, baru masukkan daun maman sedikit demi sedikit. Kecilkan api supaya bawah tidak hangus.\n7. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang!\nPantang Larang Masak Rendang Maman:\n\nIngat, jangan kacau daun maman selagi belum layu. Ini kerana nak elak maman pahit.\nSemasa basuh daun maman juga elak dari terperah daun untuk elak pahit. Cara basuh rendam dalam air besen dan pastikan pasirnya hilang. Ulang 3 kali basuhan. Toskan supaya masa masuk maman dalam kuali maman tidak basah.\nPastikan api kecil sebab sepanjang nak tunggu layu, tak boleh kacau. Jadi api kecil boleh elak dasar rendang hangit.\n\nSifir Daun Maman:\n\n\nJika daging 2kg, maman 4kg santan juga 4kg\nJika daging 4kg, maman 6kg santan juga 6kg\n\n**Santan yang cukup baru menghasilkan minyak kehitaman.\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: 10 Idea Juadah Untuk Open House Raya, Tetamu Puji Melambung Punyalah!\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/rendang-tahan-lama/", "title": "Nak Rendang Tahan Lama? Ikut 7 Tip Ini Supaya Tak Cepat Basi Dan Rosak", "body": "\nNak Rendang Tahan Lama? Ikut 7 Tip Ini Supaya Tak Cepat Basi Dan Rosak.\nDah masuk musim raya ini, juadah seperti rendang dan lemang memang antara menu wajib untuk disajikan.\nKalau buat rendang memang kena masak untuk dihidangkan pada tetamu yang datang.\nBaca juga: Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Mengikut Negeri, Banyak Variasi Rupanya!\nTapi selalunya rendang yang dimasak akan cepat basi walaupun sudah dipanaskan berulang kali. Memang rugi kalau masak banyak-banyak tapi tetap tak tahan lama.\nJom ikuti 7 tip dari Public Health Malaysia (PHM) ini yang berkongsi cara menyimpan rendang yang dimasak ketika perayaan ini supaya tahan lama dan tidak cepat basi.\n\nTIP RENDANG TAHAN LAMA DAN TAK ROSAK\n\n1. Masak kering-kering untuk menyingkirkan air. Kelembapan adalah sumber pertumbuhan bakteria.\n2. Selepas masak kering, masukkan di dalam bekas yang kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk.\n3. Hidang dalam kuantiti sedikit. Jangan hidang dalam bekas besar dan ceduk dari bekas tersebut.\n4. Makanan selamat jika disimpan dalam suhu bilik maksimun selama 4 jam. Selepas dari temph tersebut, bakteria dalam makanan akan menjadi aktif.\n5. Panaskan dalam kuali dengan api perlahan dan pastikan pemanasan sekata. Jika disimpan dalam peti ais, defrost semula dalam microwave atau suhu bilik sebelum dipanaskan semula.\n6. Pemanasan semula perlu dilakukan dalam masa dua jam selepas makanan dikeluarkan dari peti beku.\n7. Jika simpan di peti sejuk, rendang tahan tiga hari. Jika simpan di peti beku, rendang akan tahan 3 bulan.\n\nMudah-mudahan dengan beberapa tip dan petua yang dikongsikan di atas, rendang yang anda sediakan di rumah dapat bertahan lebih lama. \nSelamat mencuba dan selamat hari raya!\nBaca juga: Rendang Tok, Menu Tradisi Negeri Perak, Ini Cara Membuatnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/rendang-tok/", "title": "Rendang Tok, Menu Tradisi Negeri Perak, Ini Cara Membuatnya", "body": "\nRendang Tok, nama rendang ini selalu meniti di bibir penggemar selera tradisional. Ia cukup terkenal di negeri Perak dan kini populariti makanan itu sudah menjalar di seluruh negara.\u00a0\nHidangan masakan Melayu ini dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak.\nTanpa perasa tiruan dan bahan pengawet, rasa rendang Tok cukup diminati pelbagai kaum di negara ini.\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\nLebih unik lagi, rendang Tok ini masih disediakan secara tradisional iaitu dimasak atas dapur kayu di kampung ketika kenduri-kendara dan secara bergotong-royong.\u00a0\nNama rendang ini dikatakan diambil sempena orang tua yang memasak sajian itu suatu ketika dulu. Kaedah masakan juga berbeza kerana dimasak dalam tempoh cukup lama, dikacau sehingga kering dan bertukar menjadi warna hitam.\nJika mengikut resipi asal, rendang ini menggunakan daging kerbau yang lebih berurat, enak, manis dan serasi dengan ramuan rendang.Kini,\u00a0rendang ini lebih banyak menggunakan daging lembu yang mudah didapati.\nResipi rendang ini telah dikongsikan sendiri oleh Encik Husreezal Rushdee Husin di laman Facebook. Resipi ini viral sehingga mendapat 4.9k share di Facebook tau.\n\nRESIPI RENDANG TOK WARISAN PERAK\nHari ni saya buat Rendang Tok, rendang yang berasal dan popular di negeri saya Perak terutamanya pada musim kenduri kahwin dan hari raya, sedap dimakan dengan pelbagai jenis nasi, lemang & ketupat. Ada yang nak cuba buat untuk hari raya tak?\n\n\nBahan A:\u00a0\n\n 1 kg daging potong kiub 3\u00d73 inchi\n*20 tangkai cili kering\n\u00a0*4 biji bawang besar \n\u00a0*6 ulas bawang putih \n\u00a0*4 inchi halia \n\u00a0*4 inchi lengkuas\n\u00a0*1 ketul isi kunyit\n\u00a0*4 batang serai\n\u00a0*2 sudu mkn jintan manis \n\u00a0*2 sudu mkn jintan putih \n\u00a0*2 sudu mkn ketumbar \n\u00a0*2 sudu mkn lada hitam \n\u00a0*5 biji buah keras\n\nNota: Semua bahan bertanda * dikisar halus, bahan rempah ratus disangai sekejap sebelum dikisar, satukan semua bahan dgn daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.\n\nBahan B:\u00a0\n\n500ml santan pekat @ 2 biji kelapa\n5 sudu mkn kerisik\n\u00a05 sudu mkn gula merah @ gula melaka\n\u00a01 cawan air asam jawa dari 2 sudu asam\n\u00a0Garam & gula secukupnya \n\u00a0Air secukupnya\n\nBahan C:\n\n2 keping kulit kayu manis \n4 kuntum bunga lawang \n8 kuntum cengkih \n\u00a08 biji pelaga \n\u00a02 helai daun pandan potong pendek2\n\u00a01 senduk minyak \u2013 menumis\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan C hingga naik bau.\n2. Masukkan bahan A iaitu daging yang telah diperap semalaman dan diikuti dengan semua bahan B, gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk dan rendang sejat.\n3. Kacau dgn kerap bagi mengelakkan bahagian bawah menjadi hangit.\n4. Boleh tutup api ikut tahap kelembapan rendang yang anda suka, rendang tok boleh bertahan lama jika dikeringkan hingga bahan rencahnya menjadi serbuk.\n5. Siap untuk dihidang!\n\n\nWah! Tengok gambar pun dah terliur. Apatah lagi bila dah masak sendiri depan mata kan. Resipi pun dah ada, senang lah nak masak rendang tok lepas ni. \nFollow resipi ni je senang. Jangan lupa tempah lemang untuk makan dengan rendang tau. Rasa tak lengkap pula makan rendang tanpa ketupat dan rendang kan.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: 5 Jenis Lemang Yang Popular & Unik, Kalau Pernah Cuba Semua Memang Foodie Lah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-agar-agar-mozaik-simple-tapi-lagi-sedap-kalau-dimakan-ketika-sejuk/", "title": "Resepi Agar-Agar Mozaik Simple Tapi Lagi Sedap Kalau Dimakan Ketika Sejuk", "body": "Agar-agar adalah pencuci mulut paling mudah dan sedap untuk dinikmati terutamanya untuk menu potluck dan majlis keramaian. Rasa berselera je bila agar-agar yang manis, lembut dan sejuk bila dimakan. Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba resepi agar-agar yang dikongsikan oleh Nora Ha di Facebook.\u00a0\nPENULISMyResipi\nMASAKANPencuci Mulut\nTAHAP KESUKARANMUDAH\nResepi Agar-Agar MozaikAgar-agar adalah pencuci mulut paling mudah dan sedap untuk dinikmati terutamanya untuk menu potluck dan majlis keramaian. Rasa berselera je bila agar-agar yang manis, lembut dan sejuk bila dimakan. Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba resepi agar-agar yang dikongsikan oleh Nora Ha di Facebook.\n\nKredit: Nora Ha\nBAHAN-BAHAN\nAgar-agar tali (sebungkus)\n\n1 cawan gula\n\n1250ml air\u00a0\n\n2 sudu besar susu pekat\n\n1/2 cawan susu cair\n\n4 jenis pewarna\u00a0\n\nKredit: Nora Ha\nCARA PENYEDIAAN\nMasak agar-agar bersama 1250ml air.\n\nMasukkan 1 cawan gula. Kacau hingga sebati.\n\nSendukkan dalam 2 senduk untuk setiap 4 bahagian agar-agar berwarna. Sejukkan dan dipotong dadu.\n\nManakala, baki agar-agar selebihnya dijadikan agar-agar susu (masukkan susu pekat dan susu cair).\n\nMasukkan agar-agar berwarna yang telah dipotong dadu tadi ke dalam bekas atau loyang bersesuaian.\n\nTuangkan agar-agar susu ke dalamnya dan dibiarkan sejuk. Siap. Boleh lah dipotong dan dimakan ketika sejuk.\n\nKredit: Nora Ha\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-air-jagung-bikin-ketagih/", "title": "Resipi Air Jagung Bikin Ketagih, Sedapnya Buat Untuk Berbuka!", "body": "\nJom cuba resepi air jagung ini. Jagung sebenarnya boleh diolah dengan pelbagai menu antaranya puding jagung, cucur jagung dan juga air jagung.\nSetelah seharian menahan dahaga, nikmatnya kalau dapat minum air yang menyejukkan tekak kan? Resipi air jagung ini betul-betul sedap dan tidak hanya berasaskan pewarna semata-mata.\nMemang puas hati kalau dapat minum berbuka nanti. Boleh bikin ketagih dibuatnya ! Jom kita lihat resipi di bawah yang telah dikongsikan oleh Saudara Hamdan Mubarak.\nBaca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini\nRESEPI AIR JAGUNG KETAGIH\nBahan-bahan:\n\n3 sudu besar susu pekat\n2 sudu besar susu cair\n3 sudu besar jagung tin\n2 sb perisa jagung\n1 sudu kecil perisa sirap\n\nCara-cara:\n1. Sediakan jug air pilihan anda. Masukkan 3 sudu besar susu pekat dan 2 sudu besar susu cair.\n2. Kemudian, letakkan 3 sudu besar jagung tin dan 2 sudu besar perisa jagung.\n\n3. Masukkan juga 1 sudu kecil perisa sirap. Kemudian kacau menggunakan sudu sehingga semuanya sebati, warna cantik dan tekstur pekat.\n\n4. Letakkan ais secukupnya mengikut kesukaan anda. Kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit resipi: Hamdan Mubarak\n\n\n @hamdanmubarak_\nBerbuka Day 1 \u2013 Air Jagung Ketagih #hamdanmasak #makanlokal #foodie #food #tiktokchef #InspirasiRamadan#BukaPuasa\n \u266c Ramadhan Tiba \u2013 FADLI AZ \n\n \nBaca juga: 5 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Menyegarkan & Mudah Dibuat, Wajib Cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-air-rebusan-kempiskan-perut/", "title": "Cara Buat Air Rebusan Untuk Kempiskan Perut, Guna Bahan Dapur Je!", "body": "\nJom amalkan air rebusan kempiskan perut ini pada setiap pagi untuk membantu menghilangkan perut buncit.\nBila berat badan semakin bertambah, secara automatik perut juga akan membuncit dan banyak penyakit lain yang datang seperti sakit lutut, sakit tumit, sakit urat dan banyak lagi.\nPerut buncit juga akan menyebabkan kita malas bergerak. Kesannya, berat akan makin bertambah kerana tiada pergerakan yang dilakukan.\nJom kita sama-sama amalkan air rebusan ini pada setiap pagi. Lihat cara-cara di bawah untuk membuatnya.\nBaca juga: Amal Air Rebusan Ini, Badan Akan Rasa Lebih Ringan & Segar Bila Bangun Pagi\nRESIPI AIR REBUSAN KEMPISKAN PERUT\n\u201cCara Nurul pecah lemak tang perut dan maintain 45kg.\nSelain jamu, Nurul amalkan air rebusan ni sangat elok untuk yang nak\u00a0cairkan lemak tepu.\nBila anak makin bertambah ni, Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan\u00a0dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak, tenaga pun sendu.\nNi nurul nak kongsi air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang.\nSangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak\u00a0pahit ada hawa hawa masam manis.\u201d\nBahan-bahan yang diperlukan:\n\nLemon\nKulit kayu manis\nHalia\nSerai\nBunga cengkih\n\n\nCara-cara:\n1. Rebuskan serai, bunga cengkih, halia dan kulit kayu manis di dalam periuk bersama air.\n\nLihat video di bawah:\n\n2. Tuangkan air rebusan ke dalam cawan. Kemudian perahkan lemon.\n\n3. Seterusnya, letakkan madu.\n\nTunggu suam dan sedia untuk diminum. Selamat mencuba!\nKredit: Nurul Arija via Petua Cantik Dan Sihat\nBaca juga: Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai Untuk Kempiskan Perut & Ringankan Badan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-air-soda-herbs/", "title": "Bestnya Minum Air Soda Herbs Untuk Berbuka! Segar Satu Badan Dibuatnya..", "body": "\nAir soda herbs mula\u00a0viral di laman sosial pada 2016 dahulu. Sehingga kini, ramai orang masih tidak ketinggalan untuk mencuba setiap kali bulan Ramadan.\nRasa air ini memang sedap, segar, manis dan masam. Kalau minum ketika berbuka selepas seharian menahan dahaga, nikmatnya memang tak boleh nak ungkap.\u00a0\nRamadan kali ini, apa kata jom cuba buat air\u00a0viral\u00a0ini untuk berbuka nanti. Dijamin dapat sejukkan tekak dan satu badan anda!\nBaca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini\nResipi Air Soda Herbs Penyejuk Tekak\nBahan-bahan:\n\nAiskrim soda\nLaici\nAsam boi\nDaun pudina\nLemon\nSerai\n\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih daun pudina dan serai. Kemudian ketuk serai menggunakan lesung.\n2. Hiris lemon mengikut ketebalan yang disukai. Boleh perahkan juga sedikit jus lemon ke dalam jag.\n3. Masukkan daun pudina, serai yang sudah diketuk tadi. Campakkan juga asam boi, buah laici dan air batu.\n4. Akhir sekali, masukkan air aiskrim soda sehingga penuh jag.\n\n5. Kacau semua bahan. Tuangkan ke dalam cawan dan sedia untuk diminum.\u00a0Fuhh\u00a0segarnya!\nMudah saja kan cara penyediaannya? Jom sama-sama cuba buat nanti ya!\nKredit resipi: Nordiana Ab Kadil\nBaca juga: 5 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Menyegarkan & Mudah Dibuat, Wajib Cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-air-strawberry-lemon-tea/", "title": "Fuhh Segar Tekak Minum Air Strawberry Lemon Tea, Sihat Tanpa Gula!", "body": "\nPelbagai jenis minuman yang sesuai untuk berbuka puasa yang kita boleh cuba. Salah satu air tersebut adalah resepi air strawberry lemon tea.\n Setelah seharian menahan lapar dan dahaga, pastinya minuman ini dapat menghilangkan rasa haus setelah seharian berpuasa.\u00a0\nJom MyResipi kongsikan satu minuman yang sesuai diminum semasa berbuka puasa yang dikongsi oleh Saudari Nik Syuhada Raem di platform Lemon8.\nBaca juga: Resipi Strawberry Acai Lemonade Ala-Ala Starbucks, Sejuk Tekak Dibuatnya!\nResepi Air Strawberry Lemon Tea\nBahan-bahan:\n\nAir panas\nUncang teh\nAis\nPerisa strawberry\nLemon\nAis\n\nCara-cara:\n1. Rendam undang teh di dalam air panas. Biarkan sehingga air bertukar kepada warna coklat. Jangan tambah sebarang gula.\n2. Di dalam gelas yang sama, letakkan ais secukupnya dan tuangkan sedikit sahaja perisa strawberry ke dalam gelas tersebut. Pastikan letak sedikit saja perisa strawberry supaya air ini lebih kepada air \u2018sihat\u2019.\n\n3. Tambahkan lemon yang dipotong nipis ke dalam gelas.\n4. Untuk hiasan, letakkan hirisan lemon pada bibir gelas.\n\n5. Air ini sangat bagus untuk diminum kerana dapat mengawal penuaan kulit wajah dan membaiki sel kulit mati pada kulit serta membantu proses pembuangan toksin dalam badan. \n6. Ubah jumlah bahan mengikut kuantiti air yang mahu dibuat. Selamat mencuba!\nKredit: it\u2019snsraem\nBaca juga: Bestnya Minum Air Soda Herbs Untuk Berbuka! Segar Satu Badan Dibuatnya..\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-air-vanilla-blue-aiskrim-vanilla/", "title": "Jom Buat Air Vanilla Blue Yang Padu, Rasa Sama Macam Air Balang Di Bazar!", "body": "\n\u201cTerliur tengok air vanilla blue ni, bestnya kalau dapat minum untuk berbuka\u2026\u201d\nBila masuk saja bulan Ramadan, memang tak sah kalau tak cari air balang di Bazar Ramadan. Namun begitu, pasti ada hari kita terasa \u2018malas\u2019 ke Bazar semata mahu membeli air kan?\nJadi apa kata jom kita cuba buat resepi air vanilla blue aiskrim vanilla yang sama macam air balang. Tak perlu beli dah!\nBahan-bahan yang digunakan juga tidak susah untuk dicari, boleh dapati di mana-mana kedai runcit atau pasar raya dengan mudah.\u00a0\nIkut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Nordiana Ab Kadil di bawah.\nBaca juga: 4 Idea Resipi Air Berbuka, Menu Macam Di Kafe Hipster Tapi Guna Bahan Mudah\nRESIPI AIR VANILLA BLUE\nBahan-bahan:\n\n3 cawan air masak\n5 esen vanila (saya guna penutup botol esen)\nSetengah tin susu pekat saji\nSatu tin susu sejat cair saji\n1 pewarna biru (guna penutup pewarna)\nAis secukupnya\nAiskrim vanila\n\nCara-cara:\n1. Satukan air masak bersama esen vanilla, susu pekat, susu cair dan pewarna biru.\n2. Kacau rata sehingga semuanya sebati. Kemudian masukkan ke dalam jag.\n3. Masukkan ais secukupnya. Kacau sebati.\n\n4. Kemudian letakkan aiskrim perisa vanilla di atas air. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Nordiana Ab Kadil\nBaca juga: Fuhh Segar Tekak Minum Air Strawberry Lemon Tea, Sihat Tanpa Gula!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-aiskrim-durian-homemade/", "title": "Jom Cuba Buat Aiskrim Durian Homemade, Guna 4 Bahan Je!", "body": "\nMemandangkan sekarang musim buah, durian banyak di pasaran dan harganya agak murah! Ramai yang mempelbagaikan cara penyediaannya. Contohnya durian boleh digunakan untuk membuat kek, cekodok, aiskrim durian dan lain-lain.\nSebut pasal aiskrim, memang sesuai sangat dimakan ketika musim panas seperti sekarang ini. Sejuk tekak dibuatnya!\nPerkongsian resipi aiskrim durian Uwan Nolly Epin ini boleh dijadikan panduan untuk menyediakan aiskrim yang mudah dan lazat. \nMari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya di bawah.\nBaca juga: Buat Sendiri Aiskrim Milo Di Rumah, Lagi Jimat Tak Perlu Beli Dah!\nRESEPI AISKRIM DURIAN GUNA 4 BAHAN\nBahan-bahan:\n\n1 tin susu cair\n1/2 tin susu pekat \u2013 jika kurang suka manis, boleh kurangkan\n1 sudu makan ovalette\nDurian secukupnya \u2013 anggaran kalau isi yang besar = 6 ulas, durian kecil =10 ulas\nPewarna kuning telur secukupnya ( empunya resipi guna durian isi kuning/udang merah jadi tidak guna pewarna)\n\nCara-cara:\n1. Kisar isi durian, susu cair, susu pekat manis dan ovalette.\n\n2. Bila semua hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam mesin pengadun.\n3. Pukul adunan aiskrim selama 20 hingga 30 minit atau hingga gebu.\n4. Tuang adunan ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk beku.\n\n5. Bila adunan aiskrim sudah keras, bolehlah dinikmati. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi & foto:\u00a0Uwan Nolly Epin\nBaca juga: Aiskrim Vanilla Homemade Ala Sundae McD, Guna 3 BAHAN Ikut Resipi Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-aiskrim-malaysia-cheese/", "title": "Sedap Rupanya Aiskrim Malaysia \u2018Filling\u2019 Cheese Ni, Lain Dari Lain!", "body": "\nJom cuba resepi aiskrim Malaysia cheese ini! Sedap dan berbeza dari aiskrim lain yang kita biasa makan.\nBiasanya kita selalu makan perisa asam boi, perisa coklat, perisa bandung dan lain-lain.\nKali ini kita cuba versi \u2018filling cream cheese\u2019 pula. Kalau dah pandai buat, boleh buat untuk niaga!\nBaca juga: Aiskrim Vanilla Homemade Ala Sundae McD, Guna 3 BAHAN Ikut Resipi Ini\nRESIPI AISKRIM MALAYSIA CHEESE\n\nBahan-bahan yang diperlukan:\n\n2 tin susu cair\n2 tin susu pekat\n10 tin air masak\nSedikit garam dan gula\nEmulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)\n500 gram cream cheese (recommended brand Tatura)\n2 sudu susu pekat\nPiping bag\nPlastik untuk aiskrim\n\nCara-caranya:\n1. Masak 10 tin air masak bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati.\n2. Kemudian letakkan sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa yang lemak manis.\u00a0Masak sehingga mendidih.\n3. Kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa yang disukai. Boleh asingkan mengikut jumlah perisa yang ingin dibuat.\n4. Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.\n5. Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Bila dah siap, masukkan cream cheese dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.\n6. Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik itu.\n7. Bila susu dah sejuk, boleh mula memintal.\n8. Anggaran aiskrim yang boleh didapati adalah sebanyak 50 hingga 60 batang mengikut saiz plastik yang digunakan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Zainuddin\nBaca juga: 4 Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru Yang Korang Boleh Cuba, Anak-anak Mesti Suka!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-aiskrim-milo-homemade/", "title": "Buat Sendiri Aiskrim Milo Di Rumah, Lagi Jimat Tak Perlu Beli Dah!", "body": "\n\u201cWaktu\u00a0cuaca panas macam ni, jom cuba buat sendiri resepi aiskrim milo. Barulah lagi jimat dari beli.\u201d\nSebenarnya,tak susah mana pun kalau nak buat aiskrim\u00a0homemade. Yang seronoknya, kita boleh tambahkan apa-apa bahan tambahan yang kita suka dan olah mengikut perasa yang disukai.\nCuaca di Malaysia yang kadang-kadang terlampau panas membuatkan tekak rasa tidak selesa dan inginkan sesuatu yang sejuk. Memang \u2018ngam\u2019 sangat kalau makan aiskrim coklat ni.\nUntuk perkongsian kali ini, MyResipi ingin kongsikan sebuah resepi yang cukup mudah. Percaya tak, hanya dengan 5 bahan, anda dah boleh membuat sebekas Aiskrim Coklat. \nResepi ini merupakan hasil perkongsian oleh D\u2019jara Twin. Mari kita ikuti resepi lengkap di bawah.\nBaca juga: Cara Buat Aiskrim Asam Boi Lagi Sedap, Ais Jadi Lebih Halus Jika Tambah 2 Bahan Ini\nRESEPI AISKRIM MILO HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\n1 tin susu cair\n1 cawan milo\n2 sudu besar serbuk koko\n2 sudu besar susu pekat\n1-2 sudu besar ovalet\n\nCara-cara:\n1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengadun (mixer) dan adun sehingga pekat dan sebati.\n\n2. Apabila sudah pekat, masukkan ke dalam bekas.\n3. Hias dengan coklat chip. Kemudian masuk dalam peti ais semalaman.\n\n4. Selepas semalaman, aiskrim sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: D\u2019jara Twin\nBaca juga: Cara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-apam-bakar-simple/", "title": "Resipi Apam Bakar Simple Tapi Sedap! Tak Perlu Guna Ragi, Tapai Atau Pisang", "body": "\nApam bakar merupakan makanan tradisi yang mudah untuk disediakan.\nMakan kosong tanpa ragi, tapai atau pisang pun sedap. Tapi kalau nak lebih \u2018flavor\u2019, boleh tambah 3 bahan tadi.\nResipi perkongsian oleh Syahida Mohd Azmi ini merupakan resipi turun temurun keluarganya. Jom kita cuba nanti!\nBaca juga: Cara Buat Apam Nasi Pandan Guna Sukatan Cawan, Gebu Gebas!\nRESEPI APAM BAKAR SIMPLE\nBahan-bahan:\n\nTepung beras \u2013 2 cawan\nTepung gandum \u2013 1 cawan\nYis \u2013 1 \u00bd sudu besar / nak guna setengah paket pun boleh (paket yang 11g)\nAir suam \u2013 1\u00bd cawan\nSedikit garam\n2 sudu besar gula\n\nCara-cara:\n1. Campurkan kesemua bahan kecuali air.\n2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.\n3. Perap selama 30 minit.\n\n4. Goreng guna kuali non-stick dengan api perlahan. Tuangkan adunan secukupnya dan tutup menggunakan penutup seperti dalam gambar.\n\n5. Boleh dimakan bersama kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.\n\nTips:\n\nNak lebih lembut dan sedap, tambahkan pisang lecek 2 atau 3 biji\nLagi lama perap, lagi sedap.\n\nKredit resipi dan gambar: Syahida Mohd Azmi\nBaca juga: Buat Sendiri Apam Lenggang Di Rumah, Kena Guna \u2018Kuali Lekuk\u2019 Baru Menjadi Elok\nBaca juga: Buat Sendiri Apam Balik Nipis Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan Ini Nak Lagi Rangup\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-apam-coklat-gebu-gebas-confirm-sedap/", "title": "Resepi Apam Coklat Gebu Gebas Confirm Sedap!", "body": "Kadang-kadang tu kering idea dah nak hidangkan apa untuk minum petang. Lagi-lagi kepada sesiapa yang dikenakan PKP ni. Maklumlah semua ada dekat rumah. Sentiasa ulang alik dapur cari makan.\u00a0Jadi apa kata kita cuba resepi Apam Coklat mudah dan confirm jadi yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri di Facebook. Gebu dan lembut sangat. Anak-anak mesti suka sebab rasanya coklat pahit-pahit manis. Buat minum petang pasti satu keluarga berselera!\nPENULISMyResipi\nMASAKANKUIH-MUIH\nTAHAP KESUKARANMUDAH\nResepi Apam Coklat Gebu GebasKadang-kadang tu kering idea dah nak hidangkan apa untuk minum petang. Lagi-lagi kepada sesiapa yang dikenakan PKP ni. Maklumlah semua ada dekat rumah. Sentiasa ulang alik dapur cari makan.\u00a0Jadi apa kata kita cuba resepi Apam Coklat mudah dan confirm jadi yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri di Facebook. Gebu dan lembut sangat. Anak-anak mesti suka sebab rasanya coklat pahit-pahit manis. Buat minum petang pasti satu keluarga berselera!\nBAHAN-BAHAN\n1 cawan serbuk koko\n\n1 cawan gula\n\n1 cawan marjerin\n\n1 cawan susu cair\n\n3 biji telur gred A\n\n1 \u00bc cawan tepung gandum\n\n1 sudu kecil baking powder\n\n1 sudu kecil baking soda\n\nKredit: Asrinna Bakri\nCARA PENYEDIAAN\nSatukan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair dalam kuali.\n\nPanaskan dengan api sederhana. Sekadar nak sebatikan bahan dan larutkan gula. Sejukkan.\n\nAyak tepung, baking powder dan baking soda bersama.\n\nTuang sikit-sikit tepung dalam adunan. Gaul sebati.\u00a0\n\nSapukan minyak pada acuan.Tuang aduan\u00a0 dalam acuan. Kukus 30 minit. Pastikan air kukusan telah panas menggelegak.\n\nKredit: Asrinna Bakri\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-apam-lenggang/", "title": "Buat Sendiri Apam Lenggang Di Rumah, Kena Guna \u2018Kuali Lekuk\u2019 Baru Menjadi Elok", "body": "\nJom cuba resepi apam lenggang yang mudah dan sedap. Kuih ini merupakan kuih orang zaman dulu-dulu yang jarang dijumpai sekarang.\nApam lenggang ini sangat sedap jika dimakan cicah dengan kari ayam, sambal ikan bilis ataupun gulai masak lemak. Ada juga yang suka makan apam ini dengan kelapa.\nBuat anda yang pertama kali mendengar nama kuih ini, apa kata jom kita cuba masak di rumah. Ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Siti Hadirah di bawah.\nBaca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak\nRESEPI APAM LENGGANG SEDAP\nBahan-bahan:\n\n1 \u00bd cawan tepung beras\n\u00bd cawan tepung gandum\n1 cawan air\n7s db gula putih (ikut tahap kemanisan yang disukai)\n1 \u00bd sdk yis\n1 biji telur\n1 cawan santan pekat (saya guna santan segar)\n\nCara-caranya:\n1. Masukkan semua bahan kecuali santan ke dalam pengisar. Kemudian kisar sehingga semuanya sebati.\n2. Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam bekas. Tutup bekas dan perapkan selama 2 hingga 3 jam.\n3. Kemudian masukkan santan. Gaul sehingga semuanya sebati.\n4. Sediakan kuali. Sapu sedikit minyaj, kemudian tuang adunan secukupnya dan lenggangkan.\n\n5. Tutup sebentar dengan tudung periuk selama lebih kurang 2 hingga 3 minit.\n6. Apabila adunan kelihatan berubah warna kekuningan, sedia untuk diangkat.\n\n7. Siap, selamat mencuba!\n\nKredit: Siti Hadirah\nBaca juga: Resipi Lempeng Kelapa Legend, Simple Tapi Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-apam-nasi-pandan/", "title": "Cara Buat Apam Nasi Pandan Guna Sukatan Cawan, Gebu Gebas!", "body": "\nResepi apam nasi pandan ini sangat mudah, sedap dan gebu. Ia merupakan kuih\u00a0legend yang masih digemari oleh ramai orang.\nBahan utama yang digunakan untuk membuat kuih ini adalah nasi. Jadi jika ada nasi yang tidak habis, boleh digunakan untuk buat kuih apam nasi.\nBahan-bahan yang digunakan tidak banyak mana. Malah cara penyediaannya juga tidak begitu renyah, mudah saja nak buat!\nBaca juga: Buat Sendiri Apam Lenggang Di Rumah, Kena Guna \u2018Kuali Lekuk\u2019 Baru Menjadi Elok\nRESEPI APAM NASI PANDAN\nBahan-bahan A:\n\n2 cawan nasi sejuk\n1 \u00bd cawan gula\n2 cawan pati daun pandan\n\nBahan-bahan B:\n\n1 \u00bd cawan tepung gandum\n2 cawan tepung beras\n1 paket mauripan\nPewarna hijau\n\nBahan-bahan C:\n\n\u00bd biji kelapa (bahagian putih)\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara:\n1. Kisar nasi bersama gula dan air pandan. Kacau hingga sebati. Satukan agar sebati dan halus.\n2. Satukan tepung gandum dan mauripan. Nasi yang dikisar tadi masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau sebati. Kacau sebati.\n3. Masukkan pewarna hijau sedikit (jika suka) supaya lebih cantik. Perap selama satu jam setengah.\n\n4. \u00a0Sambil panaskan pengukus.\u00a0Sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang adunan ke dalam acuan.\n5. Kukus selama 20 hingga 15 minit adunan tadi. Sementara tunggu masak, gaulkan kelapa putih dengan garam.\n6. Selepas kuih apam masak, bolehlah gaulkan atau letak kelapa di bahagian atas apam. Siap untuk dihidangkan.\n\nKredit resipi dan gambar: Fazilah Md Yussop\nBaca juga: Buat Sendiri Apam Balik Nipis Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan Ini Nak Lagi Rangup\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-apom-manis-orginal-indian-style-sedap-berlemak/", "title": "Resepi Apom Manis Original Indian Style, Sedap & Berlemak!", "body": "Korang suka tak makan apom manis atau nama lainnya apom lenggang? Apom ini asalnya resepi masyarakat India, tetapi orang Melayu kita pun ramai yang suka makan dan jual apom manis. Kebiasaannya ia akan dijual di tepi jalan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Haseena Halim di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nAPOM MANIS / APOM LENGGANGKorang suka tak makan apom manis atau nama lainnya apom lenggang? Apom ini asalnya resepi masyarakat India, tetapi orang Melayu kita pun ramai yang suka makan dan jual apom manis. Kebiasaannya ia akan dijual di tepi jalan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Haseena Halim di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n300g tepung beras\n\n400 ml santan\n\n1 sudu kecil yis kering\n\n100g gula\n\n1/2 cawan nasi sejuk\n\n1/2 sudu kecil garam\n\n1 cawan air\n\nKredit: Haseena HalimCARA PENYEDIAAN\nKisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.\n\nTuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati. Rehatkan selama 6 jam.\n\nPanaskan kuali non-stick dan masukkan 1 senduk besar ke dalamnya.\n\nLenggangkan merata didalam kuali. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2 hingga 3 minit.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-asam-pedas-ikan-tenggiri-meletop-memang-kena-dengan-citarasa-semua-orang/", "title": "Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Meletop! Memang Kena Dengan Citarasa Semua Orang", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-17 03:23:53\nAsam Pedas Ikan Tenggiri adalah pilihan istimewa orang ramai dan semestinya lauk kegemaran admin juga! Asam Pedas ini boleh dimasak dengan berbagai cara seperti asam pedas ikan kembong ataupun ikan pari. Malahan ada juga yang menggunakan ayam dalam masakan\u00a0asam pedas. Resepi ini sangat sedap dan memenuhi citarasa kerana kepedasan dan kepekatan kuahnya yang secukup rasa. Jadi mari kita cuba resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di kumpulan Kongsi Resepi Orang Suka di Facebook. \n\nBahan serbuk/tumbuk\n\n1/2 sudu kecil ketumbar\n1/2 sudu kecil jintan putih\n1/2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar lagi sedap)\n1 sudu teh halba\n\n\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul karim\n\nBahan kisar\n\n2 labu bawang besar (bergantung saiz)\n2 ulas bawang putih\n2 inci belacan bakar (kisar atau tumbuk)\n1 inci halia\n2 inci kunyit\n2 helai daun limau purut\n1 senduk/mangkuk kecil cili kering kisar berasingan (boleh kurangkan)\n\n\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul karim\n\nBahan lain\n\nIkan tenggiri\n1 senduk besar minyak\n2 batang serai dititik\n2 helai daun limau purut\n1 ikat daun kesum\n5 biji bendi muda\n2 biji tomato (dipotong dua atau empat)\n1/3 cawan jus asam jawa (ikut selera sendiri)\n1 cawan air \n\n\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul karim\n\nCara-cara\n\nPanaskan minyak, taburkan halba, biarkan sebentar dengan api perlahan hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar. Setelah timbul minyak,masukkan cili dan biarkan sehingga pecah minyak.\nMasukkan serai dan daun limau purut, gaul sebati hingga mesra dan wangi.\nMasukkan air asam jawa dan air,separuh daripada daun kesum dan bunga kantan. Paras air cukup setakat ikan tenggelam sedikit.\nBila kuah sudah mendidih, masukkan ikan.Masak dengan api perlahan. Siram-siramkan ikan dengan kuah (Ikan tak perlu dibalik-balikkan). Bila ikan dah masak, kuah dah mendidih bolehlah dimasukkan bendi.\nAkhir sekali, bila bendi dah lembut, kuah mulai pekat (masak dalam 15-20 minit dengan api perlahan) masukkan separuh lagi daun kesum bersama tomato.\nTutup api dan biarkan sebentar dalam 15 minit,kuah akan bertambah pekat dan cantik berbanding jika terus dihidangkan/dimakan. Biarkan segala aroma dan rencah meresap ke dalam kuah barulah lebih sedap untuk dinikmati.\n\n\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul karim\n\nSelamat Mencuba\nKredit : Muhamad Muktamin Abdul karim\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-asli-air-khatira-johor-sangat-mudah-sedap/", "title": "Resepi Asli Air Khatira Johor, Sangat Mudah & Sedap!", "body": "Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadhan adalah air khatira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat dan tak menggunakan bahan yang asli. Air khatira ni sangat menyegarkan, berlemak dan cukup rasa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nAIR KHATIRA JOHORDi Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadhan adalah air khatira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat dan tak menggunakan bahan yang asli. Air khatira ni sangat menyegarkan, berlemak dan cukup rasa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1 sudu besar katira\n\n1 sudu besar biji selasih\n\n3 biji kurma\n\n3 biji kembang semangkuk\n\n4 biji badam\n\n4 helai daun pandan\n\n4 sudu besar gula\n\n1 liter susu segar\n\nKredit: Kamarul Ariffin Nor SadanCARA PENYEDIAAN\nBuang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.\n\nJika dah kembang, boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.\n\nPotong badam, cincang pun boleh. Carik halus daun pandan, sekadar untuk hiasan.\n\nRebus daun pandan dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau.\n\nSatukan semua bahan yang telah disediakan. Bahan rendam tadi, perlu ditoskan.\n\nSiap dan boleh diminum sejuk-sejuk. Rasa dia menyegarkan dan beraroma.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-bakar-daun-kunyit-5-langkah-je-boleh-siap/", "title": "Resepi Ayam Bakar Daun Kunyit, 5 Langkah Je Boleh Siap!", "body": "Bosan dengan menu ayam goreng? Apa kata hari ini kita cuba menu ayam bakar pula untuk hidangan seisi keluarga di rumah. Resipi ayam bakar yang cukup mudah dan paling penting sihat kerana tidak menggunakan minyak ketika dibakar. Jadi apa kata kita cuba resepi Ayam Bakar Daun Kunyit yang dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMUDAH\nResepi Ayam Bakar Daun Kunyit\u00a0Bosan dengan menu ayam goreng? Apa kata hari ini kita cuba menu ayam bakar pula untuk hidangan seisi keluarga di rumah. Resipi ayam bakar yang cukup mudah dan paling penting sihat kerana tidak menggunakan minyak ketika dibakar. Jadi apa kata kita cuba resepi Ayam Bakar Daun Kunyit yang dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1 ketul ayam bahagian dada\u00a0\n\n2 helai daun kunyit\u00a0\n\n1 batang serai\n\n2 biji bawang merah\n\n1/2 inci halia\n\n1/2 inci kunyit hidup\n\n1 sudu kecil serbuk kari\n\nSedikit garam\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\nCARA PENYEDIAAN\nKisarkan semua bahan sekali kecuali serbuk kari, garam dan daun kunyit.\n\nBila dah hancur. Masukkan dalam ayam dan tambah bahan lain. Gaul sebati bagi semua bahan mesra.\n\nPerapkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap.\n\nBakarlah suka hati nak guna apa. Guna pemanggang ajaib pun boleh. Kalau bakar guna oven pun boleh.\u00a0\n\nSiap! Sedia dihidangkan. Janji masak simple dan sedap belaka. Selamat mencuba\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-diet-sedap/", "title": "6 Resipi Perapan Ayam Diet Yang Lazat, Makan Benda Sedap Pun Boleh Kurus!", "body": "\nSiapa kata kalau nak diet tak boleh makan sedap? Jom MyResipi kongsikan resepi ayam diet yang sedap dan terbukti berkesan dalam membantu menurunkan berat badan.\nResipi tersebut merupakan perkongsian oleh Nurul Izzah Zalani. Menurutnya, menu ini juga sering diamalkannya sepanjang proses diet.\nAda 6 resipi perapan ayam untuk diet yang boleh anda cuba. Semuanya dijamin sedap-sedap belaka! Jom kita cuba.\nBaca juga: Hilang 32KG, Wanita Kongsi 8 Idea Menu Diet Yang Berasaskan Roti\n6 RESEPI AYAM DIET YANG DIPERAP\n1. HOT & SPICY CHICKEN\n\nBahan-bahan:\n\nSerbuk paprika\nSerbuk cili\nLada hitam kasar\nSerbuk bawang putih\nSerbuk garam masala\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.\n2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.\n3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.\n2. LEMON HERBS CHICKEN\n\nBahan-bahan:\n\nMixed herbs\nSerbuk bawang putih\nSerbuk bawang merah\nJus lemon\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.\n2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.\n3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.\n3. HONEY MUSTARD CHICKEN\n\nBahan-bahan:\n\nSerbuk bawang putih\nSerbuk paprika\nDaun parsley kering\nMustard\nMadu\nJus lemon\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.\n2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.\n3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.\n4.\u00a0RESEPI AYAM DIET \u2013 EXPRESS CHICKEN\n\nBahan-bahan:\n\nKicap cair kurang masin\nMinyak bijan\nSerbuk bawang putih\nSerbuk bawang merah\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.\n2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.\n3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.\n5. CURRY YOGURT CHICKEN\n\nBahan-bahan:\n\nYogurt asli\nSerbuk kari\nSerbuk cili\nSerbuk bawang putih\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.\n2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.\n3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.\n6. RESEPI AYAM DIET \u2013 CORIANDER CHICKEN\n\nBahan-bahan:\n\nSerbuk paprika\nJus limau nipis\nLada hitam kisar\nSerbuk bawang putih\nDaun ketumbar segera\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.\n2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.\n3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.\nKredit: Nurul Izzah Zalani\nBaca juga: Resipi Chicken Salad, Menu Diet Yang Sedap Sampai Hari-Hari Nak Makan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-goreng-cili-kering/", "title": "Resipi Ayam Goreng Cili Kering Ala Restoran Cina, Simple & Sedap!", "body": "\nMencari resipi yang unik untuk dimasak? Ibu-ibu boleh cuba resipi ayam ayam goreng cili kering yang mudah dan sedap ini.\nMempunyai gabungan rasa pedas dan masam, pasti dapat memikat selera suami dan anak-anak.\nJika anda sekeluarga sukakan lauk seperti di restoran Cina Muslim, bolehlah cuba resipi menarik ini.\nBaca juga: Resipi Mi Ayam Indonesia, Tak Perlu Terbang Jauh Kalau Mengidam\nRESEPI AYAM GORENG CILI KERING\nBahan-bahan:\n\nBawang merah \u2013 mayang dan potong besar (2 versi)\nBawang putih \u2013 mayang\nLada besar 1 biji \u2013 mayang\nCili padi 3 biji \u2013 mayang\nCili kering 10 tangkai \u2013 potong kecik kecik\nDaun kari\nSos cili, sos tomato dan sos tiram\nPaste asam jawa\nTepung gandum\nTelur\n\nCara-cara:\n1) Bersihkan ayam dan potong kecil. Potong besar jika suka.\n2) Kemudian basuhkan ayam dengan air garam. Selepas itu, celup dalam telur dan tepung. Goreng sehingga masak.\n3) Bila ayam sudah masak, toskan minyak ayam dan ketepikan.\n\n4) Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.\n\n5) Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.\n\n6) Letak semua sos secukupnya mengikut pada kuantiti ayam.\n\n7) Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.\n8) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul rata.\n\n9) Bila semuanya dah sebati, biarkan sekejap dan siap! Sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit resipi dan gambar: Fatin Pauzi\nBaca juga: Resipi Sambal Ayam Geprek Asli Dari Jogjakarta, Letak Minyak Panas Je Tak Perlu Masak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-masak-kam-heong-versi-simple-tapi-menyelerakan/", "title": "Resepi Ayam Masak Kam Heong Versi Simple Tapi Menyelerakan", "body": "Mesti ramai tak pernah dengar tentang Ayam Kam Heong betul tak? Ayam Kam Heong dapat dijumpai di kedai masakan cina. Ayam Kam Heong bermaksud \u201cberbau wangi\u201d. Ayam Kam Heong dimasak dengan cara menggoreng ayam terlebih dulu. Kemudian dimasak bersama bawang, rempah kari, kicap dan sos. Jangan lupa masukkan daun kari supaya masakan jadi lebih wangi. Jadi apa tunggu lagi, mari kita cuba resepi Ayam Kam Heong yang dikongsikan oleh Mas Salleh di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMUDAH\nRESEPI AYAM KAM HEONGMesti ramai tak pernah dengar tentang Ayam Kam Heong betul tak? Ayam Kam Heong dapat dijumpai di kedai masakan cina. Ayam Kam Heong bermaksud \u201cberbau wangi\u201d. Ayam Kam Heong dimasak dengan cara menggoreng ayam terlebih dulu. Kemudian dimasak bersama bawang, rempah kari, kicap dan sos. Jangan lupa masukkan daun kari supaya masakan jadi lebih wangi. Jadi apa tunggu lagi, mari kita cuba resepi Ayam Kam Heong yang dikongsikan oleh Mas Salleh di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nAyam \u2013 Guna bahagian dada sahaja potong dadu\n\nBawang putih \u2013 Cincang\n\nBawang holand \u2013 Hiris memanjang\n\nDaun kari\n\nSerbuk kari\n\nSedikit kicap manis\n\nSedikit sos tiram\n\nSedikit sos tomato\n\nSedikit air\n\nCili ini terpulang samada cili burung/cili besar\n\nGaram dan gula jika perlu\n\nKredit: Mas Salleh\nCARA PENYEDIAAN\nPanaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih, bawang besar dan daun kari.\n\nTumis hingga wangi.\n\nMasukkan sos tiram, kicap manis, sedikit sos tomato dan serbuk kari. Tumis hingga naik minyak dan campur sedikit air.\n\nMasukkan ayam gaul rata hingga bahan tadi bersalut-rata\n\nMasukkan sedikit garam dan gula jika perlu.\n\nDah cukup semua rasa tutup api dan gaulkan cili yang telah dipotong bulat dan siap.\n\nKredit: Mas Salleh\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-masak-kari-ala-pakistan-makan-bersama-roti-nasi-memang-padu-lah/", "title": "Resepi Ayam Masak Kari Ala Pakistan, Makan Bersama Roti & Nasi Memang Padu Lah!", "body": "\n\nMasak yang simple je untuk si bujang janji perut kenyang\u201d\n\nAyam kari masak ala Pakistan ini boleh dikatakan lebih kurang sama dengan kari ayam kita, cuma bahan yang digunakan agak berbeza sedikit. Kari ayam Pakistan ini kebiasaannya\u00a0 akan dihidangkan bersama nasi atau pun roti.\nJom cuba masak kari ayam ala Pakistan ini\n\nBahan-bahan\n\n1 ekor Ayam potong kecil\n4 sdb minyak ghee\n2 sdb rempah kari ayam *\n5 biji buah tomato potong 4\n3 biji bawang besar hiris nipis\n4 biji bawang putih hiris nipis\n3 biji cili merah belah 2\n4 sekawan\n1 ikat daun kari\n2 ikat daun ketumbar\n4 biji bawang besar potong 4 *\n6 biji cili merah *\n6 biji cili hijau *\nSeinci kunyit hidup *\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nKisar bahan yang bertanda *.\nPanaskan kuali masukkan minyak ghee, daun kari, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia gaul rata hingga kekuningan.\nMasukkan bahan kisar dan gaul rata. Masukkan sedikit air, hingga pecah minyak, masukkan 4 sekawan dan akar batang daun ketumbar.\nMasukkan ayam dan gaul rata, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.\nBila ayam dah masak, masukkan buah tomato yang di belah 4, cili merah yang dipotong 2 dan daun ketumbar. Gaul rata dengan api yang kecil dan siap dihidang.\n\nSumber: Eryn TJ\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-masak-kicap-berkuah/", "title": "Resipi Ayam Masak Kicap Berkuah, Simple Tapi Sedap Amat!", "body": "\nKalau tak tahu nak masak apa untuk makan tengah hari, jom kita cuba resepi ayam masak kicap berkuah yang mudah dan sedap ini.\nSesuai untuk sesiapa yang suka masakan berkuah kerana menu ini tidak terlalu kering. Ada satu lauk ini pun dah cukup, sedap makan dengan nasi panas-panas.\nIkut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Atikah Hashim di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Kepak Ayam Lemon Pepper, Resipi Viral Lebih 400K Views, Guna SEASONING Ini\nRESEPI AYAM MASAK KICAP BERKUAH\nBahan-bahan:\n\nBawang putih\nHalia\nGaram\nSerbuk kunyit\n\nBahan-bahan tumis:\n\nBawang merah\nBawang besar\nHalia\nBawang putih\n4 sudu makan sos cili\nKicap manis\nKicap masin\n 3 sudu sos tiram\nCili hijau\nTomato\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk halia dan bawang putih.\n\n2. Lumurkan pada ayam yang sudah dicuci bersih.\n\n3. Taburkan garam siki dan serbuk kunyit. Gaul sebati dan perapkan seketika.\n\n4. Goreng ayam sehingga masak. Bila dah garing, angkat dan toskan.\n\n5. Guna baki minyak goreng ayam tadi, tumiskan bawang merah, bawang besar, halia dan bawang putih yang sudah dihiris.\n\n6. Tuangkan 4 sudu makan sos cili, kicap manis, kicap masin, 3 sudu sos tiram, cili hijau dan tomato. Kacau sebati.\n\n7. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Atikah Hashim\nBaca juga:\u00a0Resipi Sambal Ayam Geprek Asli Dari Jogjakarta, Letak Minyak Panas Je Tak Perlu Masak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-masak-palembang/", "title": "Jom Cuba Resipi \u2018Ayam Masak Palembang\u2019 Pula, Jemu Asyik Masak Lauk Sama!", "body": "\nPenggemar masakan jawa seperti nasi ambeng pasti tahu menu ayam masak palembang. Masakan ini merupakan menu terkenal yang berasal dari Jawa, Indonesia.\nSekali pandang, masakan ini lebih kurang sama dengan menu ayam masak kicap. Tetapi sebenarnya ada beza dari segi tekstur kuahnya yang lebih pekat.\nJadi, jika ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa ayam masak palembang ini, jom kita cuba resipi perkongsian oleh Qasih Jue Aisya di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Ayam Goreng Cili Kering Ala Restoran Cina, Simple & Sedap!\nRESEPI AYAM MASAK PALEMBANG\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ayam\n\nBahan-bahan A (dikisar):\n\nBawang besar \u2013 2 biji (sederhana)\nBawang putih \u2013 5 \u2013 6 ulas\nHalia \u2013 besar ibu jari\n\nBahan-bahan B:\n\nSerbuk kunyit\nDaun kari \u2013 2 \u2013 3 tangkai\nKicap manis \u2013 1/2 cawan\nCili kisar \u2013 ikut tahap kepedasan yang disukai (2 senduk nasi)\nAsam keping \u2013 2 keping besar\nSantan \u2013 100ml\nMinyak untuk tumis\nGaram dan gula secukup rasa\n\nCara-cara memasak:\n1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan seketika.\n\n2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah dikisar sehingga naik bau.\n3. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.\n\n4. Masukkan kicap, jika mahu warna lebih kicap, tambahkan juga kicap pekat.\n5. Seterusnya masukkan daun kari. Tumis sekejap dan masukkan pula garam dan gula secukup rasa.\n\n6. Masukkan asam keping dan juga ayam yang sudah digoreng tadi, masak sehingga ayam empuk.\n\n7. Selepas itu, masukkan santan dan biarkan mendidih. Jika kuah kering, masukkan sedikit air.\n\n8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Qasih Jue Aisya\nBaca juga: Resipi Mi Ayam Indonesia, Tak Perlu Terbang Jauh Kalau Mengidam\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-masak-thai/", "title": "Resipi Ayam Masak Thai, Lengkap Dengan Rasa Masam Manis Pedas!", "body": "\nKeunikan yang ada pada masakan Thai telah membuatkan sajian yang berasal dari negara Gajah Putih itu digemari ramai. Salah satu menu yang wajib dicuba adalah Resepi Ayam Masak Thai.\nMasakan Thai bukan hanya terkenal dengan rasa pedas, tetapi sajian ini mempunyai kesempurnaan keseimbangan antara rasa yang berbeza.\nJika anda merupakan penggemar masakan Thailand, wajib cuba resipi ayam masak Thai ini. Caranya sangat mudah dan cepat siap untuk dihidangkan kepada seisi keluarga.\nBaca juga: Rahsia Kesedapan Masakan Kedai Thai, Kena Tambah Pes Nam Prik Pao! Ini Resipinya\u2026\nRESEPI AYAM MASAK THAI\n\nBahan kisar:\n\n1 biji bawang besar\n2 ulas bawang putih\n3 biji cili merah\n2 biji cili hijau\n4 biji cili padi\n2 inci kunyit hidup\nSedikit lengkuas\n\nBahan lain:\n\n\u00bd ekor ayam\n1 biji bawang besar hiris bulat\n2 batang serai\n1 biji limau nipis\n5 helai daun limau purut\nSedikit gula melaka\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula goreng ayam dulu, angkat dan ketepikan.\n2. Kisar semua bahan-bahan kisar. Jika suka pedas, lebihkan cili.\u00a0\n3. Panaskan minyak, masuk 2 batang serai dalam kuali. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.\n\n4. Masuk 3 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram.\n5. Masukkan sedikit gula melaka. Sebenarnya tak kisah gula apa pun, tapi gula melaka ini akan cantikkan kuah dan rasa lebih \u2018kick\u2019. Kacau rata.\n\n6. Masuk 1 cawan air. Kacau lagi dan biarkan mendidih.\n7. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kemudian taburkan daun limau purut. Sebatikan.\n\n8. Campakkan pula hirisan bawang merah. Guna bawa holland lagi padu.\n9. Perasakan dengan garam secukup rasa. Perah jus limau nipis ikut tahap kemasaman yang disukai.\n\nKredit gambar dan resipi: Liza Idris\nBaca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-menangis-meraung-menggunakan-bahan-perap-yang-mudah-memang-kecur-air-liur/", "title": "Resepi Ayam Menangis Meraung Menggunakan Bahan Perap Yang Mudah, Memang Kecur Air Liur!", "body": "\nKorang mesti dah biasa dengar daging harimau menangis kan? Tetapi mesti tidak pernah cuba lagi makan versi ayam. Bila dah makan ayam menangis meraung ini cukup ada nasi putih pun sudah nikmat.\nAyam menangis meraung ini boleh dikatakan seperti ayam bakar cara Thailand, jom cuba resepi unik ayam menangis meraung ini.\nBahan-bahan perapan\n\n\nAyam\u00a0 (isi peha atas, isi peha bawah, isi dada)\nAkar ketumbar\nBawang putih\nGula perang\nSos ikan\nKicap pekat\nLada sulah/hitam\nMinyak\n\nBahan-Bahan Sos\n\nSos ikan\nAir asam jawa\nPerahan limau nipis\nGula kabung/nisan Thai\nSerbuk cili kasar\nBeras goreng\nDaun ketumbar (cincang)\nAkar ketumbar (cincang)\nCili padi (cincang)\nBawang merah (cincang)\nBawang putih (cincang)\n\n\u00a0\nCARA PENYEDIAAN\n\nKisar kesemua bahan untuk perapan dan lumur pada ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.\nPerap dan simpan di dalam chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.\nUntuk masak, panaskan non stick pan dan letak minyak sedikit lalu bakar dengan api kecil.\nUntuk sos cicahannya pula, campurkan kesemua bahan dan perasaka hingga cukup rasa.\nSiap dan boleh makan ayam bersama sos cicahan.\n\nSumber: Serina Seman\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-nasi-ayam-tanpa-kicap/", "title": "Tak Perlu Guna Kicap, \u2018Ayam\u2019 Nasi Ayam Tetap Jadi Coklat & Garing", "body": "\nJom cuba resepi ayam untuk nasi ayam ini. Walaupun tidak menggunakan kicap, ayam akan tetap menjadi warna \u2018coklat\u2019 selepas digoreng.\nKalau nak tahu bagaimana caranya, ikuti resipi perkongsian oleh Puan Asnida Sharizal di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Nasi Ayam Thai \u2018Viral\u2019 Yang Ringkas, Sedap & Senang Untuk Disediakan\nRESEPI AYAM NASI AYAM TANPA GUNA KICAP\nBahan-bahan:\n\n1 jag air kosong\n3 sudu madu\n2 sudu cuka\n3 biji limau nipis (tapis biji dan ambil jusnya)\nAyam\n\nCara-cara:\n1. Sediakan periuk. Masukkan 1 jag air kosong, 3 sudu madu, 2 sudu cuka dan perahan jus limau nipis.\n2. Kacau sebati dan biarkan air mendidih. Kemudian mandikan ayam tadi sehingga kulitnya menjadi tegang.\n3. Bila kulit ayam dah menjadi tegang, angkat dan toskan ayam tersebut.\n4. Lumurkan garam dan biarkan air pada ayam menjadi kering. (Boleh gantung ayam itu)\n5. Kemudian, goreng ayam sehingga warna bertukar menjadi coklat dan garing.\n\nMudah saja kan? Walaupun tidak menggunakan kicap, ayam tetap menjadi warna coklat dan garing. Selamat mencuba!\nKredit resipi dan gambar: Asnida Sharizal\nBaca juga: Tips Buat Nasi Ayam Biasa Jadi Lebih Sedap, Kena Sapu Butter & Minyak Bijan\nBaca juga: Cara Masak Nasi Ayam Briyani Yang Sempoi Tapi Sedap, Lain Dari Lain\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ayam-roasted/", "title": "Resipi Ayam Roasted, Ini Tips Goreng Supaya \u2018Kulit\u2019 Garing Elok", "body": "\nJom cuba resepi ayam roasted ini untuk dapatkan hasil kulit yang \u2018garing\u2019 sama macam di kedai.\nSetiap kali makan nasi ayam chinese style, benda yang paling tidak sabar untuk dimakan adalah kulit ayam.\u00a0\nSaudara Wan Luqman ada berkongsikan cara-cara lengkap untuk menggoreng ayam roasted yang teramat mudah untuk diikuti.\u00a0\nBaca juga: 6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah\nRESEPI AYAM ROASTED KULIT RANGUP\nBahan-bahan:\n\nGula maltosa\nCuka\nAir 1 liter\nAyam whole leg\n\nCara-cara:\n1. Pertama sekali, didihkan air. Kemudian masukkan satu senduk cuka, kemudian masukkan gula padi (maltose) sebanyak 2 hingga 3 senduk.\n2. Kemudian, masukkan ayam dan biarkan ia selama 10 hingga 15 minit.\n\n3. Selepas itu, angkat ayam ke dalam pinggan. Hasilnya kulit ayam menjadi\u00a0golden brown\u00a0kesan dari gula maltose tadi.\n\n4. Letak ayam di atas jaring. Tutup dengan tudung saji dan biarkan seketika.\n\n5. Lumur dengan 5\u00a0spice.\u00a0Rempah ini boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit di pasar.\u00a0\n\n6. Hasilnya selepas dilumur rempah.\n\n7. Kemudian goreng di dalam minyak panas. Tapi jangan sampai tenggelam. Hanya jirus-jirus ke atas kulit ayam.\n\n8. Hasilnya, kulit akan menjadi garing. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Wan LuQman\nBaca juga: Kepak Ayam Crispy Garlic Bersama Sos Garlic, Resipi Viral Lebih 6.7K Shares Tau!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-badak-berendam/", "title": "Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!", "body": "\nKuih badak berendam merupakan salah satu kuih tradisional yang terkenal di Pantai Timur dan telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.\nBila tiba bulan Ramadan, kuih ini pasti akan kelihatan di bazar. Tapi harganya boleh tahan mahal juga, maklumlah harga barang pun sudah naik.\nOleh itu, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Dijamin lebih jimat dan puas hati.\nBaca juga: Resipi Sagu Gula Melaka, Guna Rice Cooker Untuk Elak Hangit. Sagu Pun Jadi Cantik Sebiji-Sebiji\nRESIPI KUIH BADAK BERENDAM\n\nBahan doh:\n\n3 cawan tepung pulut\n1 \u00bd cawan air pandan\n\nBahan inti:\n\n1 \u00bd cawan kelapa parut\n1 cawan gula melaka / gula merah\n1/4 cawan air\n1 sb gula (optional)\n1 sb tepung gandum\nDaun pandan\n\nBahan kuah:\n\n2 cawan santan\n1 cawan air\n1 sb tepung jagung\nDaun pandan\nGaram dan gula secukupnya\n\nCara-cara:\n1. Satukan bahan-bahan doh. Air pandan perlu dituang sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga adunan menjadi doh. Ketepikan seketika.\n2. Untuk membuat inti, masak gula bersama air sehingga larut.\n3. Masukkan juga daun pandan, kemudian tapiskan dan masak semula sehingga mendidih.\n4. Seterusnya masukkan kelapa parut dan kacau sebati.\n5. Apabila inti hampir kering, masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak lagi sehingga kering. Tutup api dan sejukkan seketika.\n6. Ambil sedikit doh tadi, bulat dan leperkan menggunakan tangan.\n7. Letakkan inti di bahagian tengah dan tutup semula doh dengan kemas. Jadikan seperti bebola. Ulang sehingga doh dan inti habis.\n8. Isikan air dalam periuk dan biarkan mendidih untuk memasak bebola tadi. Sambil tunggu kuah mendidih, jom kita sediakan kuah terlebih dahulu.\n9. Satukan semua bahan-bahan kuah. Kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul.\n10. Kemudian masak di atas dapur sehingga pekat. Tutupkan api.\n11. Masukkan bebola ke dalam air yang sudah didihkan tadi sehingga doh timbul di permukaan.\n12. Angkat dan masukkan ke dalam kuah. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit: Farisha Sofea\nBaca juga: Resipi Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Sangat Sedap & Kenyal\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-baked-milk-cheese-puding-yang-korang-wajib-cuba-guna-5-bahan-je-dah-siap/", "title": "Resepi Baked Milk Cheese Puding Yang Korang Wajib Cuba, Guna 5 Bahan Je Dah Siap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-03 15:08:05\n\n\nSemua orang suka makan pencuci mulut yang lazat, tetapi cara pembuatannya dan cara pembakarannya yang sukar selalu mematahkan harapan si pencinta pencuci mulut. Tetapi sebenarnya cara yang betul untuk membuat makanan ringan yang enak tidaklah susah mana. Jadi di sini\u00a0kami ingin memperkenalkan kepada\u00a0anda resepi pencuci mulut yang unik dan sedap. Resepi Baked Milk Cheese Puding ini dikongsikan oleh Farisha Sofea di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook. Selamat Mencuba!\n\u00a0\n\u00a0\nKredit: Farisha Sofea\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 cawan susu penuh krim.\n4 sudu besar tepung jagung.\n3 sudu besar gula/pes kurma/madu.\n2 keping keju/1 sudu serbuk keju.\n2 biji kuning telur.\n\n\u00a0\nBahan sapuan :\nKuning telur secukupnya\n\u00a0\n\nKredit: Farisha Sofea\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Satukan ke semua bahan-bahan dan kacau sebati.\n2. Tapis dan tuangkan ke dalam periuk.\n3. Masak di atas dapur menggunakan api perlahan.\n4. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat.\n5. Tutupkan api dan tuangkan aduanan ke dalam acuan.\n6. Setelah adunan sedikit suam, simpankan di dalam peti sejuk selama 2 jam.\n7. Kemudian keluarkan daripada acuan dan letakkan di dalam loyang pembakar.\n8. Sapukan permukaan adunan dengan bahan sapuan.\n9. Panaskan oven.\n10. Bakar pada suhu 230\u00b0c selama 15-20 minit atau sehingga keperangan.\n11. Untuk corak garis-garis di atas tu boleh sapukan lagi kuning telur apabila adunan hampir masak.\n12. Siap, selamat mencuba.\n\u00a0\n\nKredit: Farisha Sofea\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Farisha Sofea\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-bakso-sedap-homemade/", "title": "Buat Sendiri Bakso Homemade, Pasti Lebih Puas Makan!", "body": "\nKadang-kadang muncul rasa bosan asyik makan nasi saja kan. Apa kata jom tukar selera dengan mencuba\u00a0resepi\u00a0bakso sedap\u00a0ini pula.\nResipi ini hanya perlu menggunakan bebola daging segera. Jadi anda tak perlu susah-susah buat bebola daging sendiri. Jom cuba!\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Balado, Resipi Asli Dari Orang Indonesia\nRESEPI BAKSO SEDAP DAN MUDAH\nResepi Bakso Sedap \u2013 Kuah\nBahan-bahan:\n\nBebola daging segera\nDaging atau tulang\nSup bunjut\nGaram\nAjinamoto\n\nBahan tumis:\n\nBawang merah\u00a0\nBawang putih\nBuah keras\nLada putih\nDaun bawang (ambil bahagian bawah saja)\n\nCara-cara:\n1. Rebus bebola daging, daging atau bahagian tulang daging. Lebihkan kuah jika mahu kuah lebih.\n2. Kisar semua bahan-bahan tumis. Kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi beserta sup bunjut sehingga agak kering. \n3. Kemudian baru masukkan ke dalam sup tadi. Perasakan dengan garam dan ajinamoto. Siap bahagian sup.\nResipi Sambal\nBahan-bahan:\n\nCili api merah\nBawang putih\nSedikit air\nSedikit cuka (boleh ganti air asam jawa)\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Rebus cili api dan bawang putih. Kemudian kisar halus bersama bahan-bahan yang berbaki.\n2. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan-bahan lain di bawah.\n\nKicap\nSos cili\nDaun sup\nDaun bawang\nBawang goreng\nKobis \u2013 racik halus\nSuun/mihun/mi\n\nKredit resipi dan gambar: CT Nazura\nBaca juga: Cara Buat Kuah Pecal Resipi Asli Dari Indonesia, Sedap Tak Menyesal Cuba\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-batang-buruk-kulit-popia/", "title": "Cara Buat Kuih Batang Buruk Versi Ekspres, Guna Kulit Popia Je!", "body": "\nResepi batang buruk salah satu kuih yang agak renyah untuk dibuat kerana perlu menguli tepung dan dicanai nipis ntuk membuat kulitnya.\nRupanya ada cara mudah nak buat kuih batang buruk ini. Guna kulit popia je, tak perlu susah-susah nak uli tepung!\nJangan risau, hasilnya tetap sedap dan rangup. Jom ikuti resipi perkongsian dari Puan Ruzita Hashim di bawah. Semoga bermanfaat.\nBaca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap\nResepi Batang Buruk Guna Kulit Popia\nBahan-bahan:\n\n2 bungkus besar kulit popia\n3 bungkus tepung kacang hijau\n800 gram gula aising\n2 biji putih telur \u2013 sebagai pelekat\nStraw saiz besar\nMinyak \u2013 untuk menggoreng\n\nCara-cara:\n1. Potong kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris.\n\n2. Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung menggunakan straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat.\n\n3. Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang sudah dililit kulit popia tadi dalam 10 minit, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.\n4. Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan.\n5. Kemudian boleh angkat dan sejukkan.\n6. Bila dah sejuk, masukkan gula aising (kisar gula sampai jadi halus).\n7. Gaul rata gula dengan tepung sampai sebati.\n8. Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat.\n9. Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis.\n\n10. Siap. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Ruziha Hashim\nBaca juga: Resipi Biskut Nutella Pods Mudah & Tak Perlu Bakar, Sedap & Jimat Masa!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-beef-prosperity-burger-ala-mcdonalds-yang-mudah-sangat-lazat/", "title": "Resepi \u2018Beef Prosperity Burger\u2019 Ala McDonald\u2019s Yang Mudah & Sangat Lazat!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-06 07:02:19\n\n\nSetiap tahun, menu kegemaran ramai iaitu Prosperity Burger pasti akan kembali di\u00a0McDonald\u2019s. Apabila menu tersebut tidak lagi dijual, semua yang menggemari burger tersebut pasti akan berasa teringin dan 'mengidam' nak merasai kenikmatan burger tu kan? Jangan risau! Kini korang\u00a0tidak perlu bersedih lagi, korang\u00a0boleh buat sendiri Prosperity Burger ni dekat rumah. Senang je! Jom ikuti resepi yang\u00a0dikongsikan\u00a0oleh\u00a0Mohd Faiz Fitri Iberahim\u00a0di laman Facebooknya.\n\nKredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim\n\u00a0\nBahan-bahan:\u00a0\n1. Roti gardenia\n2. Daging Ramly\n3. Bawang besar 1/2 potong dadu\n4. Bawang holland hiris nipis\n5. Tepung gandum 2 sudu\n6. Air 1 gelas\n7. Lada hitam serbuk + tumbuk\n8. Butter 2 sudu besar\n9. Sos tiram 2 sudu besar\n10. Kicap manis 1 sudu besar\n11. Garam secukup rasa\n\nKredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim\n\u00a0\nCara-cara:\n\nMula-mula, letak butter pada roti dan goreng dulu kejap.\nUli daging ramly dan bentukkan macam bentuk roti (refer gambar)\nGoreng daging dulu (cucuk dengan\u00a0garfu)\n\n\nKredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim\n\u00a0\nSos:\n\nPanaskan butter 2 sudu besar dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi warna keemasan.\n\n\nPastu masukkan air 1 gelas dan kacau. Masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam. Masak sampai pekat mengikut cita rasa sendiri.\nCelupkan daging yang dah goreng tadi. Letak atas roti dan letak bawang yang dihiris tadi.\n\n\nKredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim\n\u00a0\n\nKredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim\n\u00a0\n\nKredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim\n\u00a0\nSelamat Mencuba\u00a0\nKredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-bendi-goreng-crispy/", "title": "Resipi Bendi Goreng Crispy, Ada Petua Supaya Lebih Rangup", "body": "\nJom cuba resepi bendi goreng rangup yang merupakan perkongsian oleh Jes Tham di laman sosial Facebook.\nMenurutnya, resipi ini berasal dari India. Menu ini juga dikatakan pasti dapat memikat hati sesiapa sahaja kerana teksturnya yang rangup dan sedap.\nKalau anda tertanya-tanya apa rasa bendi goreng crispy ni, jom kita cuba masak menggunakan resipi di bawah.\nBaca juga: Bendi Goreng Tumis Belacan Udang, Ini Tips Supaya Tak Berlendir & Rangup\nRESEPI BENDI GORENG CRISPY\nBahan-bahan:\n\nBendi muda\n2 sudu besar tepung gandum\n1 sudu besar tepung jagung\n1 sudu besar serbuk kunyit\nAir secukupnya\nSedikit garan\n\nCara memasak:\n1. Beli bendi yang muda kemudian potong separuh. Buangkan bahagian atas dan bawah.\n2. Dalam bekas yang bersesuaian, satukan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk kunyit.\n\n3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat atau terlalu cair.\n4. Jika sukakan rasa pedas, tambah emping cili.\n5. Ambil hirisan bendi dan celup ke dalam bancuhan tepung tadi. Pastikan tepung bersalut dengan sepenuhnya.\n\n6. Rehatkan hirisan bendi seketika anggaran 20 minit. Lagi lama, lagi bagus.\n7. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya. Tabur sedikit garam.\n8. Masukkan kepingan bendi tadi. Pastikan kepingan bendi berjauhan antara satu sama lain untuk mengelakkan ia melekat.\n\n9. Goreng bendi sampai kekuningan. Goreng lagi lama sedikit supaya jadi rangup. Namun pastikan tidak hangus.\n10. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati. Makan masa bendi masih panas kerana masa tu tekstur bendi paling rangup.\n\nKredit resipi dan gambar: Jes Tham\nBaca juga: Resipi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Unik Tapi Sedap, Kena Letak Daun Pandan & Bendi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-bihun-siam/", "title": "Resipi Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini", "body": "\nResipi bihun siam ini sangat simple\u00a0tapi rasanya cukup sedap dan cara memasaknya juga seakan-akan sama dengan nenek atau mak-mak kita dulu.\nBihun goreng versi siam ini agak berbeza dengan resipi bihun yang biasa kita masak.\nBahan utama yang perlu ada untuk menghasilkannya adalah taucu dan udang kering. Tak ada dua bahan ini memang tak lengkap!\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi di bawah yang merupakan perkongsian oleh Emily Woo menerusi grup\u00a0\u2018Baba Nyonya Recipe Sharing Group\u2019 di laman sosial Facebook.\nBaca juga: Resipi Bihun Soto Yang Mengiurkan, Sup Cukup Rasa Rempah. Wajib Menambah 2, 3 Kali!\nRESEPI BIHUN SIAM MUDAH DAN SEDAP\n\nBahan-bahan:\n\n3/4 pek bihun\n250g udang segar\n3 keping tauhu pok \u2013 dihiris\nDaun bawang atau daun kucai\nGaram, serbuk cendawan \u2013 untuk perasa\nTelur rebus\nLimau kasturi\n\nBahan kisar:\n\n2 biji bawang merah saiz sederhana\n6 ulas bawang putih\n3 bili cili merah\n2 sudu besar udang kering \u2013 direndam\n2 sudu besar taucu cili manis\n2 sudu besar pes cili kering\n3 sudu besar minyak\n3 sudu besar air\n\nCara-cara:\n1. Masukkan minyak masak secukupnya ke dalam kuali.\n2. Tuangkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar hancur. Tumis sehingga naik bau dan bertukar warna.\n3. Masukkan udang dan kacau sehingga hampir masak. Kemudian masukkan pula tau pok. Gaul sehingga semuanya sebati. Kaup dan letakkan di dalam pinggan, ketepikan seketika.\n4. Guna kuali yang sama, masukkan 1/4 cawan air, biarkan mendidih.\n5. Kemudian masukkan bihun yang sudah direndam sehingga lembut. Gaul sehingga sebati.\n6. Seterusnya masukkan garam dan serbuk cendawan secukup rasa.\n7. Masukkan taugeh serta tumisan udang dan tau pok tadi. Gaul sehingga semuanya bercampur rata.\n8. Akhir sekali taburkan daun kucai atau daun bawang. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Emily Voo\nBaca juga: Resipi Bihun Sup Chinese Style Yang Sedap, Senang Je Nak Masak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-bingka-labu-lembut-lemak-manis-hanya-guna-sukatan-cawan-2/", "title": "Resepi Bingka Labu Lembut & Lemak Manis, Hanya Guna Sukatan Cawan", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-17 04:39:03\n\n\nKepada peminat kuih Bingka Labu boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim. Resepinya sangat mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang selalunya dah sedia ada di dapur sendiri. Kuih Bingka Labu ini sangat sedap dan wangi dan sesuai untuk hidangan petang dengan teh\u00a0tanpa gula. Hidangan ini juga sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Jadi tunggu apa lagi? Selamat mencuba!\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 cawan labu yang direbus dan dilenyek\n2 cawan tepung gandum\n2 1/3 cawan santan kelapa (sederhana pekat)\n3 biji telur\u00a0\n3 sudu marjerin atau butter dicairkan\u00a0\n1 cawan gula pasir\n1 sudu teh garam\nSedikit bijan\nSedikit minyak masak\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan kecuali bijan.\nMasukkan sesudu minyak masak ke dalam acuan dan taburkan bijan, panaskan di dalam oven beberapa minit sehingga agak garing.\nKeluarkan acuan dan masukkan terus adunan ke dalamnya kemudian taburkan bijan di bahagian atas.\nLetak dulang jaring di bahagian bawah\u00a0yang hampir dengan palang pembakar ketuhar untuk dapatkan garing sekata dari bawah dan permukaan yang tidak terbakar dan bakar selama 40-60 minit pada suhu 160 -180\u00b0c (ikut kepanasan oven masing-masing).\nBingka dah masak jika lidi yang dicucukkan keluar dengan bersih.\nBiarkan sejuk 1 atau 2 jam kalau nak tekstur yang cantik kemas untuk dipotong dan dihidang.\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nTempoh masa memasak:\n\nSangat bergantung kepada jenis oven anda. Mungkin sama, lebih lama atau mungkin kurang.\nYang penting selalu lihat sama ada adunan sudah cukup mengembang dan masak.\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-bingka-labu-lembut-lemak-manis-hanya-guna-sukatan-cawan/", "title": "Resepi Bingka Labu Lembut & Lemak Manis, Hanya Guna Sukatan Cawan", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-17 04:39:03\n\n\nKepada peminat kuih Bingka Labu boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim. Resepinya sangat mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang selalunya dah sedia ada di dapur sendiri. Kuih Bingka Labu ini sangat sedap dan wangi dan sesuai untuk hidangan petang dengan teh\u00a0tanpa gula. Hidangan ini juga sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Jadi tunggu apa lagi? Selamat mencuba!\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 cawan labu yang direbus dan dilenyek\n2 cawan tepung gandum\n2 1/3 cawan santan kelapa (sederhana pekat)\n3 biji telur\u00a0\n3 sudu marjerin atau butter dicairkan\u00a0\n1 cawan gula pasir\n1 sudu teh garam\nSedikit bijan\nSedikit minyak masak\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan kecuali bijan.\nMasukkan sesudu minyak masak ke dalam acuan dan taburkan bijan, panaskan di dalam oven beberapa minit sehingga agak garing.\nKeluarkan acuan dan masukkan terus adunan ke dalamnya kemudian taburkan bijan di bahagian atas.\nLetak dulang jaring di bahagian bawah\u00a0yang hampir dengan palang pembakar ketuhar untuk dapatkan garing sekata dari bawah dan permukaan yang tidak terbakar dan bakar selama 40-60 minit pada suhu 160 -180\u00b0c (ikut kepanasan oven masing-masing).\nBingka dah masak jika lidi yang dicucukkan keluar dengan bersih.\nBiarkan sejuk 1 atau 2 jam kalau nak tekstur yang cantik kemas untuk dipotong dan dihidang.\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nTempoh masa memasak:\n\nSangat bergantung kepada jenis oven anda. Mungkin sama, lebih lama atau mungkin kurang.\nYang penting selalu lihat sama ada adunan sudah cukup mengembang dan masak.\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-biskut-choc-chip-homemade-ala-ala-famous-amos-rangup-sangat-menyelerakan-2/", "title": "Resepi Biskut Choc Chip Homemade Ala-Ala Famous Amos! Rangup & Sangat Menyelerakan", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-26 05:32:56\n\n\nSetiap kali kalau lalu\u00a0je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti ramai yang teringin kan? Aromanya yang wangi, tekstur biskut yang rapuh dan rangup\u00a0memang membangkitkan selera orang ramai. Jadi\u00a0daripada kita membazir beli dekat luar, apa kata kita cuba buat sendiri dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad di kumpulan Resepi Menambat Selera\u00a0di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n250 gram butter\u00a0\n1 1/4 cawan brown sugar\n1 sudu kecil esen\u00a0vanila\n1 biji telur\n2 1/2 cawan tepung gandum\n1/2 cawan tepung jagung\n1 sudu kecil baking powder\n1 sudu kecil soda bikarbonat\n6 sudu besar minyak masak\n2 cawan coklat cip\nAlmond nips atau almond flakes\n\n\u00a0\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\nCara-cara:\u00a0\n1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau bagi sebati je, tak perlu bersungguh sangat\nTips: Ramai yang buat silap kat sini. Jangan pakai mixer. Pakai spatula, senduk atau sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau perlahan. Bila bahan dah bercampur je terus berhenti. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup.\n2. Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecil, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati.\nTips: Ingat, kacau perlahan\u00a0je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus berhenti dan buat langkah\u00a0seterusnya.\n3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan chocolate chip.\n4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra. Masih lagi dengan kacau perlahan.\n5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke atau\u00a0nestum ke, tambah je ikut suka. Asingkan sikit untuk letak almond nips, jadi dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati juga.\n6. Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Tutuplah sikit adunan tu, nanti bercampur pula dengan bau dalam fridge.\u00a0Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni.\n7. Sapu dulang\u00a0dengan butter. Tak perlu letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak-jarak\u00a0dalam dulang.\nTips: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri.\u00a0\n8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150\u2019 guna api atas bawah, hidupkan kipas. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit dan siap!\n9. Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy.\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Baizura Muhammad\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-biskut-choc-chip-homemade-ala-ala-famous-amos-rangup-sangat-menyelerakan/", "title": "Resepi Biskut Choc Chip Homemade Ala-Ala Famous Amos! Rangup & Sangat Menyelerakan", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-26 05:32:56\n\n\nSetiap kali kalau lalu\u00a0je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti ramai yang teringin kan? Aromanya yang wangi, tekstur biskut yang rapuh dan rangup\u00a0memang membangkitkan selera orang ramai. Jadi\u00a0daripada kita membazir beli dekat luar, apa kata kita cuba buat sendiri dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad di kumpulan Resepi Menambat Selera\u00a0di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n250 gram butter\u00a0\n1 1/4 cawan brown sugar\n1 sudu kecil esen\u00a0vanila\n1 biji telur\n2 1/2 cawan tepung gandum\n1/2 cawan tepung jagung\n1 sudu kecil baking powder\n1 sudu kecil soda bikarbonat\n6 sudu besar minyak masak\n2 cawan coklat cip\nAlmond nips atau almond flakes\n\n\u00a0\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\nCara-cara:\u00a0\n1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau bagi sebati je, tak perlu bersungguh sangat\nTips: Ramai yang buat silap kat sini. Jangan pakai mixer. Pakai spatula, senduk atau sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau perlahan. Bila bahan dah bercampur je terus berhenti. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup.\n2. Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecil, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati.\nTips: Ingat, kacau perlahan\u00a0je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus berhenti dan buat langkah\u00a0seterusnya.\n3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan chocolate chip.\n4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra. Masih lagi dengan kacau perlahan.\n5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke atau\u00a0nestum ke, tambah je ikut suka. Asingkan sikit untuk letak almond nips, jadi dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati juga.\n6. Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Tutuplah sikit adunan tu, nanti bercampur pula dengan bau dalam fridge.\u00a0Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni.\n7. Sapu dulang\u00a0dengan butter. Tak perlu letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak-jarak\u00a0dalam dulang.\nTips: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri.\u00a0\n8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150\u2019 guna api atas bawah, hidupkan kipas. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit dan siap!\n9. Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy.\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\n\nKredit: Baizura Muhammad\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Baizura Muhammad\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-biskut-cream-cracker/", "title": "Buat Sendiri Je Biskut Tawar Homemade, Sama Sedap Macam Beli", "body": "\nJom kita cuba resepi biskut cream cracker atau lebih dikenali dengan nama biskut tawar atau biskut mayat.\nBiskut ini sedap dicicah dengan air teh atau kopi, malah ia juga sedap dimakan begitu saja.\nBiasanya kita hanya membeli di kedai kan? Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri. Mudah saja caranya.\nBaca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap\nRESEPI BISKUT CREAM CRACKER\nBahan-bahan:\n\n2 sudu besar mentega\n1 sudu besar cream cheese / krim keju\n1 cawan tepung gandum\n2 sudu besar minyak masak\n1/4 cawan air (tak habis pun, guna sikit je)\n\nCara-cara:\n1. Gaul sebati mentega dan krim keju /cream cheese.\n2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.\n3. Kemudian masukkan minyak dan gaul sebati.\n4. Akhir sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sedikit demi sedikit sampai adunan tidak melekat di tangan.\n5. Terapkan doh guna acuan kesukaan. Empunya resipi potong petak guna pisau sahaja.\n\n6. Seterusnya buat lubang pada biskut menggunakan garpu. Beliau juga terap nama anak di tengah-tengah biskut.\n\n7. Bakar Cream Crackers pada suhu 170\u00b0C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.\n\nInfo tambahan:\n\nSila gelek adunan biskut nipis-nipis supaya biskutnya tidak keras.\nKena pantau biskut masa tengah bakar. Kalau sudah nampak perang, boleh angkat.\n\nKredit resipi & foto:\u00a0Wahidah Hasan\nBaca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-biskut-gery-cheese/", "title": "Buat Sendiri Biskut Gery Cheese Di Rumah, Guna 4 Bahan Je!", "body": "\nRupanya boleh buat sendiri biskut gery cheese yang kita biasa beli kat kedai tu. Biskut ini pernah \u2018viral\u2019 beberapa tahun lepas dan masih ada peminatnya sehingga sekarang.\nSiapa yang pernah makan pasti tahu betapa sedapnya biskut ini. Rasanya yang lemak, manis, masin, sesuai dibuat kudap-kudapan untuk anak-anak.\nCara membuatnya juga cukup mudah. Hanya perlu celupkan biskut ke dalam campuran butter, susu pekat dan cheese yang dicairkan. Bukan saja mudah, malah jimat kos berbanding beli di kedai.\u00a0\nKalau ada yang nak cuba buat, ikut saja perkongsian oleh Nerina Elli di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Dorayaki Homemade, Nak Tahan Lama Kena Ikut Cara Ini\nRESEPI BISKUT GERY CHEESE HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\nBiskut bersalut gula\n2 sudu butter\n3 sudu susu pekat\n2 keping cheese\n\n\nCara-cara:\n1. Panaskan butter, susu pekat dan cheese sehingga semuanya cair. Pastikan guna api perlahan sahaja.\n\n2. Bila bahan sudah cair, salutkan dengan segera pada biskut di bahagian tiada gula. Jika kering susah nak melekat pada biskut nanti.\u00a0\n3. Terus saja celup terus biskut ke dalam bancuhan cheese. Lagi cepat, lagi cantik salutan dia, tak perlu pakai sudu.\n4. Sejukkan seketika untuk biarkan salutan kering. Selamat mencuba!\nInfo: Kalau nampak macam cheese menjadi pekat, letak sikit butter untuk cairkan ia. Sebab itu bila dah sejuk, biskut akan nampak berkilat-kilat.\n\nKredit resipi dan gambar: Nerina Elli\nBaca juga: Sandwich Strawberry Ala Family Mart, MUDAH Rupanya Nak Buat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-biskut-kitkat/", "title": "Resipi Biskut Kitkat Kacang, Rasa Yang Mewah & Premium", "body": "\nResepi biskut kitkat kacang ini sangat sedap walaupun rupanya tidak berapa menarik. Jadi, jangan pandang sebelah mata ya! Sekali suap ke mulut, pasti susah nak berhenti makan.\nBiskut sebegini bukan saja dihidangkan waktu musim perayaan tapi bila-bila masa pun sesuai. Ibu-ibu boleh buat dan simpan stok untuk anak-anak makan kat rumah.\u00a0\nJom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di bawah.\nBaca juga: Resipi Biskut Nutella Pods Mudah & Tak Perlu Bakar, Sedap & Jimat Masa!\nRESEPI BISKUT KITKAT KACANG\n\nBahan-bahan A:\n\n3 ketul butter (250gm x 3)\n2-3 cawan gula perang lembut atau ikut manis disukai\n3 sudu besar gula kastor\n2 sudu kecil butter vanilla\n2 sudu besar coklat emulco\n6 sudu besar minyak jagung\n\nBahan-bahan B (kering):\n\n4 cawan teh tepung gandum bakers choice\n2 cawan teh tepung jagung\n1 sudu kecil baking powder\n1 \u00bd sudu kecil emplek\n1/4 cawan teh serbuk dark coklat\n\u00bd cawan serbuk coklat cadbury (atau boleh guna serbuk koko biasa)\n\nBahan-bahan D:\n\n1 bungkus coklat kitkat dipotong kecil\n1 cawan kacang badam nibs\n\u00bd cawan coklat chip\n\u00bd cawan mini cornflakes\n1 cawan cornflakes kisar\n\nCara-cara:\n1. Satukan bahan-bahan A dalam satu mangkuk. Kacau semuanya tapi jangan lama, sekadar rata.\n\n2. Ayak semua bahan-bahan B dan masukkan ke dalam mangkuk bahan A tadi. Masuk sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan tidak terlalu keras atau lembik.\n\n3. Kemudian masukkan bahan-bahan D dan kacau rata semuanya. Adunan mesti lembut tapi tidak lembik melekat ditangan.\n\n4. Simpan adunan 1 jam atau lebih dalam peti.\n5. Panaskan oven sebelum bakar. \n6. Sudukan adunan saiz kecil dan susunkan di atas loyang. Letak coklat kitkat yang sudah dipotong bersama kacang walnut (kacang ni perlu dibakar/sangai dahulu separuh masak).\n7. Bakar biskut pada suhu 165\u2103 selama 35 minit atau sehingga masak. \n8. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kerap udara. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira\nBaca juga: Resipi Biskut Makmur Susu \u2018Gebu\u2019 Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-biskut-mm/", "title": "Jom Buat Biskut M&M Untuk Raya, Bukan Saja Mudah Tapi Sedap & Cantik!", "body": "\nKalau nampak saja biskut raya yang ada coklat seperti biskut m&m pasti akan \u2018diserbu\u2019 oleh anak-anak.\nNak buat biskut ini sama saja caranya seperti biskut coklat chip. Yang membezakannya hanyalah jenis coklat yang diletakkan di atas biskut.\nYang paling\u00a0best,\u00a0tak perlu guna mixer\u00a0unttuk buat biskut ini. Cukup menggunakan senduk saja. Mudah kan?\nIbu-ibu bolehlah cuba buat sempena Hari Raya nanti, mesti cantik bila disusun di dalam balang kuih raya anda.\nBaca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa\nResepi Biskut M&M\nBahan-bahan:\n\n1 ketul butter (250 gram)\n1 biji telur\n1 cawan gula perang\n3 cawan tepung gandum\n1 cawan cornflakes diramas kasar\nCoklat m&m\nCoklat chip\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula, satukan butter dan gula perang. Sebatikan menggunakan senduk saja, tak perlu guna pemutar.\n\n2. Kemudian, pecahkan telur. Gaul rata.\n\n3. Seterusnya masukkan pula tepung gandum. Gaul sebati.\n\n4. Masukkan cornflakes yang sudah dihancurkan secara kasar.\n\n5. Masukkan coklat chip atau coklat bar yang sudah dicincang. Gaul sebati.\n\n6. Ini rupanya apabila doh sudah siap.\n\n7. Cubit sedikit duh, gentel bulat seperti dalam gambar di bawah.\n8. Letakkan coklat m&m di atasnya.\n\n9. Susun di atas loyang dan jarakkan sedikit sesama mereka kerana nanti biskut akan mengembang.\n10. Bakar pada suhu suhu 150\u00b0C selama 15 hingga 20 minit bergantung pada oven masing-masing.\n11. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Suraya Yaacod\nBaca juga: Resipi Biskut Makmur Susu \u2018Gebu\u2019 Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-bubur-candil/", "title": "Resipi Bubur Candil Guna Tepung Pulut, Sesuai Untuk Minum Petang", "body": "\nResepi bubur candil ini pernah\u00a0viral\u00a0beberapa tahun lepas. Ramai yang menggemari rasa lemak-lemak manis kuahnya, ditambah pula dengan doh candil yang lembut!\nCara-cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan tidak terlalu banyak. Sangat mudah kalau anda nak cuba buat di rumah.\nIkuti saja resipi hasil perkongsian oleh Norasikin Termizi di bawah. Sukatan yang dikongsikan ini sesuai untuk 3 hingga 4 orang makan. Jom cuba!\nBaca juga: Resipi Bubur Kacang Hijau Orang Kawin, Letak Durian Bertambah Sedap!\nRESEPI BUBUR CANDIL MUDAH DAN SEDAP\nBahan-bahan doh candil:\n\n2 cawan tepung pulut\n1 cawan air\nSedikit garam\nPewarna pilihan\n\nCara-cara buat doh candil:\n1. Satukan semua bahan dan uli sampai jadi doh.\n2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.\n\n3. Sementara menguli doh, didihkan air dalam periuk.\n4. Cubit doh dan bulatkan. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Biarkan hingga timbul. Bila doh timbul, maksudnya ia telah masak. Tidak perlu dikacau.\n\n5. Angkat doh dan letak dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.\nBahan kuah santan manis:\n\n4 cawan air\n2 ketul gula melaka \u2013 boleh juga guna gula merah @ gula pasir\n2 cawan santan\n1 \u00bd sudu makan tepung jagung \u2013 bancuh dengan sedikit air\n2 helai daun pandan\n\nCara-cara buat kuah santan manis:\n1. Masukkan air, gula melaka dan simpulan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga gula melaka larut.\n2. Masukkan santan dan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak santan. Masak sehingga mendidih.\n3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.\n4. Rasa kuah, jika kurang manis, boleh tambah gula merah @ gula pasir.\n5. Masukkan doh tepung. Sedia untuk dinikmati.\n\nTIPS: Semasa mahu menguli doh dengan pewarna, jangan letak pewarna terlalu banyak. Apabila doh sudah masak nanti, warnanya akan jadi lebih terang/gelap.\n\nKredit resipi dan gambar: Norasikin Termizi\nBaca juga: Bubur Sagu Sum Sum, Sedap Lalu Kat Tekak, Lemak-lemak Manis Gitu\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-buttercream-latte/", "title": "Buat Sendiri Buttercream Latte Ala Kedai Kopi, Hari-Hari Boleh Minum!", "body": "\nJika anda tidak suka kopi yang pahit, boleh cuba resepi buttercream latte ini. Rasa minuman ini tidak sekuat ais latte, ada sedikit rasa manis dan berkrim. Jadi, ia sesuai untuk anda yang bukan penggemar rasa kopi \u2018strong\u2019.\u00a0\nRupanya kalian boleh cuba buat sendiri di rumah, tak perlu ke kedai kopi dah. Ikut saja resipi perkongsian oleh chedacheyu ini merupakan ilham dari Gigi Coffee.\nKalau dah pandai buat, hari-hari boleh minum di rumah. Jimat duit! Selamat mencuba.\nBaca juga: 4 Idea Resipi Air Berbuka, Menu Macam Di Kafe Hipster Tapi Guna Bahan Mudah\nRESEPI BUTTERCREAM LATTE\nBahan-bahan:\n\n1-2 sudu kecil serbuk kopi segera\n2 sudu kecil gula atau gula icing\n2 sudu kecil air panas\nWhipping cream\nAis\n\nCara-cara:\n1. Sediakan ais kopi latte menggunakan coffee atau espresso kegemaran masing-masing.\n2. Boleh letak pemanis jika suka.\n3. Untuk penyediaan topping buttercream pula, bancuh 1-2 sudu kecil serbuk kopi segera, 2 sudu kecil gula atau gula icing dan 2 sudu kecil air panas.\n4. Gunakan\u00a0milk frother,\u00a0pukul sehingga bancuhan agak\u00a0foamy\u00a0(ala-ala dalgona coffee).\n\n5. Kemudian tuangkan whipping cream dan pukul lagi sehingga menjadi agak kembang.\n\n6. Sediakan cawan, letakkan ais, tuangkan latte tadi dan letakkan\u00a0topping buttercream yang sudah dibuat tadi.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: chedacheyu\nBaca juga: Fuhh Segar Tekak Minum Air Strawberry Lemon Tea, Sihat Tanpa Gula!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-buttermilk-chicken-rangup/", "title": "Resipi Buttermilk Chicken, Ini Tips Kekal Rangup Walaupun Berkuah", "body": "\nBiasanya isi ayam paling tak laku kan? Tapi kalau cuba resepi buttermilk chicken ini guna isi ayam tersebut pasti laku keras, sampai berebut-rebut!\nMenu ini bukan saja digemari oleh orang dewasa, malah turut disukai oleh kanak-kanak.\nCara membuatnya juga sangat mudah. Ayam perlu digoreng sehingga garing dan disalut dengan sos yang lemak berkrim. Sememangnya dapat menambat hati sesiapa jua.\nJika ada yang risau ayam tidak rangup apabila bercampur dengan kuah, jom MyResipi kongsikan tips untuk kekalkan kerangupkan tersebut.\nBaca juga: Resipi Ayam Goreng Vietnam, Bila Makan Pasti Susah Nak \u2018Stop\u2019\nRESEPI BUTTERMILK CHICKEN RANGUP\nBahan-bahan:\n\nAyam dada\nTepung bestari spicy + serbuk cili\nButter\nBawang putih\nDaun kari\nCili padi\nSusu cair\nSerbuk hilal (jika tiada, guna garam gula secukup rasa)\nTepung jagung (untuk pekatkan kuah)\n\nCara-cara memasak:\n1. Celup ayam bestari ke dalam campuran tepung bestari spicy, serbuk cili dan air.\n2.\u00a0Kemudian celup ke dalam tepung bestari spicy kering (tanpa air).\n3. Goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Jika mahu ayam lebih rangup, goreng sekali lagi menggunakan api besar selama beberapa minit.\n\n4. Untuk kuahnya, mula-mula cairkan butter.\n5. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari. Lebihkan cili padi jika mahu beras. Kurangkan jika tak mahu pedas. Tumis sehingga naik bau.\n6. Kemudian masukkan susu cair, serbuk hilal dan tepung jagung.\n7. Masukkan ayam yang sudah siap digoreng tadi. Gaul sebati.\n\n8. Selamat mencuba!\n\nKredit: ASH (FoodHunter) @Ashril_92 via Daily Makan\nBaca juga: Perap Ayam Goreng Dengan \u2018Bahan\u2019 Ini, Confirm Jadi Lebih Sedap Dari Biasa!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-cendol-sedap/", "title": "Rahsia Cendol Lebih Kenyal Dan Tak Mudah Hancur, Kena Guna Jenis Tepung Ini", "body": "\nRupanya ada rahsia resepi cendol yang betul-betul sedap, teksturnya yang lebih kenyal dan tidak mudah hancur.\nCendol juga ada pelbagai resepi yang kita boleh cuba. Pilihan resipi tersebut bergantung pada citarasa masing-masing.\nTetapi kebanyakan orang biasanya menggunakan tepung beras sebagai bahan utama. Namun begitu, ada juga yang menggunakan tepung jagung.\nSama seperti Iskandar Muadz, dia menggunakan tepung kerana menurutnya lebih sedap. Difahamkan juga, cara tersebut merupakan resipi turun temurun yang diperolehi dari arwah ibunya.\nBerikut merupakan perkongsian oleh Iskandar Muadz sebagai rujukan:\n\u201cRamai orang selalu buat cendol bahan utamanya tepung beras kan. Kalau resepi saya, tepung jagung bahan utamanya. Ada beza dari segi rasa. Tepung jagung teksturnya lagi kenyal dan tak mudah hancur.\nSiapa yang dah berjaya buat, boleh jual isi cendol dahulu. Dulu saya jual 1kg isi cendol, RM6. Boleh jadi supplier cendol untuk peniaga.\u201c\nResepi Cendol Yang Sedap\n\nBahan-bahan:\n\n1 \u00bd cawan tepung jagung\n\u00bd cawan tepung beras\n\u00bd cawan tepung ubi\n1 sudu kecil kapur makan (bancuh dengan air)\nGaram\nPewarna hijau\n9 cawan air (2 cawan air pandan, baki letak air biasa)\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan di dalam periuk. Masak atas api besar. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak berbintil.\n2. Apabila adunan mula memekat, boleh kecilkan api. Teruskan kacau sehingga adunan meletup-letup dan berkilat.\n3. Jika sudah kelihatan berkilat, sambung kacau lagi selama 15 minit hingga 20 minit menggunakan api kecil. Waktu ini, boleh nampak adunan jadi berkilat-kilat. Jangan tutup api terlalu cepat kerana cendol akan cair semasa ditekan nanti. Biarkan sehingga betul-betul masak.\n4. Sediakan bekas yang berisi ais, tekan cendol. Boleh guna apa-apa yang berlubang. Siap!\n5. Semasa tekan cendol, jangan padamkan api. Nanti cendol berketul. Bila dah siap baru tutup api.\nSantan\nBahan-bahan:\n\nSantan kotak\nAir\u00a0\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Tuangkan santan dalam periuk. Tambahkan air masak, kacau-kacau. Letakkan garam untuk naikkan rasa lemak.\nAir Gula\nBahan-bahan:\n\n2 cawan gula pasir\n1 cawan gula merah\n3 cawan air\nDaun pandan\n\nCara-cara:\n1. Masukkan gula pasir, gula merah dan air. Kemudian masukkan daun pandan dan masak atas api sehingga gula cair.\n\nKredit: Iskandar Muadz\nBaca juga: Resipi Buko Pandan Yang Sedap, Ikut Teknik Ini Kalau Nak Lebih Berkrim\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-chee-cheong-fun-udang-mudah-menyelerakan/", "title": "Resepi Chee Cheong Fun Udang Mudah & Menyelerakan!", "body": "\nKali ini kita kongsikan lagi resepi sarapan pagi yang mudah iaitu chee cheong fun. Kebiasaannya di restoran Cina atau di kedai dimsum, ini merupakan salah satu menu sarapan pagi yang terkenal. Mereka akan memakai kain untuk memasaknya supaya hasil chee cheong fun itu menjadi lebih nipis.\nKalau kita nak buat di rumah, korang boleh je buat di atas tray supaya ia lagi mudah. Jom cuba resepi chee cheong fun ini.\nBahan-bahan chee cheong fun\n\n1 cawan tepung beras\n1/2 cawan tepung jagung\n\n1/2 sudu kecil garam\n\n3 cawan air\n\nBahan-bahan kuah\n\n1 cawan air\n3 sudu besar kicap cair\n1 1/2 sudu besar gula\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nKacau bahan-bahan chee cheong fun sehingga sebati. Sebelum dikukus, kacau lagi.\nOleskan minyak pada tray, tidak perlu dalam kuantiti yang banyak. Sekadar nak bagi licin sahaja.\nLetak elok-elok dan rata, pastikan anda adjust ke kiri dan ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan.\nJangan letak air tepung yang terlalu banyak, buat senipis yang mungkin. Letakkan udang, sekiranya udang kecil, masa untuk mengukus perlu dikurangkan.\nKukus selama 1 minit 30 saat. Angkat tray dan buang air lebihan sekiranya ada, gulungkan secara perlahan-lahan.\nUntuk kuahnya pula, campurkan kesemua bahan-bahan untuk kuah tersebut dan boleh diletakkan di atas chee cheong fun. Tambahkan minyak bijan, supaya lebih sedap.\n\nSiap dan selamat mencuba!\nSumber: Li Yow\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-cheesekut-coklat-nestum/", "title": "Resipi Cheesekut Coklat Nestum Tanpa Bakar, Sejukkan Dalam Peti Je", "body": "\nTercari-cari resipi pencuci mulut yang ringkas dan mudah untuk dibuat? Jom cuba Resepi Cheesekut Coklat Nestum ini.\nHanya menggunakan beberapa bahan mudah, anda sudah boleh menghasilkan dessert\u00a0yang lazat dan puas bila dimakan.\nCara-caranya juga sangatlah senang, tak perlu bakar menggunakan oven. Haanya kisar bahan-bahan dan sejukkan dalam peti ais. Jom cuba!\nBaca juga: Cara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven, Masak Guna Dapur Gas Je\nRESEPI CHEESEKUT COKLAT NESTUM\nBahan-bahan:\n\n1 paket cream craker HupSeng (boleh juga guna deluxe cracker)\n250gm cream cheese\n1 peket nestum original\n1 tin susu cair\n1 cawan krimer manis coklat jenama saji\n1/2 cawan gula kastor (lebihkan jika suka manis)\n5 sudu besar serbuk koko\n1 sudu kecil esen vanilla\n\n\nCara-cara:\n1. Pukul cream cheese, krimer manis coklat saji, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.\n2. Masukkan 3 sudu besar serbuk koko yang diayak terlebih dahulu dan pukul hingga sebati.\n3. Masukkan 3 sudu besar susu cair dan kacau guna spatula (susu cair dimasukkan kerana adunan cream cheese sedikit kental kerana ditambah serbuk koko. Lebihkan susu cair jika suka cheese meleleh-leleh)\n4. Panaskan susu cair dan tambah 2 sudu besar serbuk koko (supaya serbuk koko senang larut). Tapis jika perlu dan sejukkan sebentar.\n 5. Tuangkan susu cair tadi dalam bekas supaya senang untuk dicelup. \n6. Celup biskut satu persatu dan susun dalam loyang. Sudukan 4 sudu besar cream cheese dan ratakan.\n\n7. Taburkan nestum secukupnya. Ulang langkah hingga habis.\n\n8. Sejukkan dalam peti ais semalaman sebelum dipotong.\n\nKredit resipi dan gambar: Izanizawati Ismail\nBaca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Luar & Cair Di Mulut, Tanpa Guna Oven & Mixer!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-cheesy-garlic-bread/", "title": "Resipi Cheesy Garlic Bread \u2018Sedap Gila\u2019, Buat Tiap Hari Pun Takkan Puas", "body": "\nPasti ramai dah biasa buat\u00a0garlic bread\u00a0kan? Kali ini jom cuba resepi\u00a0cheesy garlic bread\u00a0pula.\nCara penyediaanya sama seperti yang kita biasa buat, tetapi resipi ini sedikit berbeza kerana adanya penggunaan keju. \nSeperti yang anda sedia maklum, apa-apa masakan yang diletakkan keju\u00a0pasti akan disukai ramai.\nJadi buat penggemar keju, anda wajib cuba resipi roti ini untuk sarapan pagi. Sekali cuba pasti akan\u00a0repeat\u00a0lagi!\nBaca juga: Hilang 32KG, Wanita Kongsi 8 Idea Menu Diet Yang Berasaskan Roti\nRESEPI CHEESY GARLIC BREAD\n\nBahan-bahan:\n\nRoti keping\nBawang putih\nLada hitam\nMentega\nDaun parsley\nCheese\n\nCara-cara memasak:\n1. Tumbuk bawang putih dan lada hitam sehingga lumat.\n\n2. Kemudian tambah mentega, boleh pilih apa-apa jenama yang anda sukai. Gaul sehingga sebati.\n\n3. Seterusnya tambahkan daun parsley secukupnya. Gaul lagi sehingga semuanya bercampur rata.\n\n4. Potong roti kepada dua bahagian. Kemudian sapukan bahan-bahan yang sudah ditumbuk dan digaulkan sebati tadi pada roti sehingga tersepu rata pada kesemua bahagian.\n\n5. Panggang atas kuali leper menggunakan api perlahan.\n\n6. Taburkan cheese ke atas roti. Kemudian tutup dengan roti tanpa cheese ke atasnya.\n\n7. Pastilah kedua-dua belah roti garing dan sedikit perang sebelum diangkat.\n\n8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\nKredit resipi dan gambar: TikTok Ash&Wife\nBaca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-chicken-salad-b40-korang-guna-je-3-herba-ini/", "title": "Resepi \u2018Chicken Salad\u2019 B40, Korang Guna Je 3 Herba Ini", "body": "\nKalau nak makan salad yang ada sayuran saja, memang membosankan. Tapi lain lah kalau anda tahu akan resepi salad yang unik dan bermacam jenis perisa, kan?\nPada zaman ini, pemakanan salad semakin popular dan menjadi antara makanan pilihan orang ramai.\nIni sebab ramai yang sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan kepada tubuh badan mereka.\nBaca Juga: Resipi Salad Buah Paling Mudah. Sedap Makan Sejuk, Sangat Menyegarkan!\nUntuk korang yang ingin berjimat dan dalam masa yang sama hendak makanan makanan sihat, boleh cuba tengok resepi chicken salad B40 yang hanya guna 3 bahan ini je.\nResepi chicken salad yang teramat mudah tapi sangat sedap sampai rasa nak makan hari-hari.\n\n\nChicken Salad:\n1. Ambil isi ayam. Potong kecil ikut suka hati bentuk apa pun.\n2. Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun.\n3. Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut citarasa masing-masing.\n4. Hidang ayam grill tadi atas salad.\n5. Tabur cherry tomatoes.\n6. Letak telur rebus.\n(cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit)\n7. Akhir sekali, dressing dengan Kewpie dressing.\nSemua bahan seperti dalam gambar. Boleh beli di Mydin, Giant atau pasaraya terdekat.\n\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit Resepi: Nabihah Azhar\n\u00a0\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-chicken-wings-ala-4-fingers-lagi-jimat-puas-makan-di-rumah/", "title": "Resepi Chicken Wings Ala 4 Fingers, Lagi Jimat & Puas Makan Di Rumah", "body": "\nKorang yang dah pernah makan 4 Fingers mesti tahu betapa sedapnya ayam goreng diorang sebab sangat rangup dan\u00a0juicy.\u00a0Tetapi 4 Fingers ini hanya berada di sesetengah negeri sahaja dan harganya mungkin agak mahal.\nSekiranya di negeri korang masih tiada 4 Fingers tetapi korang teringin sangat nak makan, korang boleh cuba buat sendiri di rumah memang puas makan dan yang penting lebih jimat. Jom cuba resepi ini.\nBahan-bahan ayam\n\n1 kg kepak ayam (potong dua)\nGaram\nLada hitam\nSos tiram\nMix herbs\nTepung jagung\n\nBahan-bahan sos\n\nBawang putih dicincang\nMentega\nGaram\n3 sdb madu\nSerbuk cili\n3 sdb gula perang\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nPerapkan ayam bersama garam, lada hitam, sos tiram dan\u00a0mix herbs.\u00a0Gaulkannya sehingga sebati.\nCelupkan ayam bersama tepung jagung, pastikan ayam disalut penuh bersama tepung jagung.\nPanaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Pasangkan api sederhana sahaja, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.\nSelepas selesai goreng ayam separuh masak, gorengkan semula sehingga ia betul-betul garing.\nUntuk memasak sos pula tumis bawang putih, sos tiram, gula perang dan mentega sehingga naik bau.\nMasukkan madu dan serbuk cili. Gaul sebati ayam bersama sos tadi.\n\nSumber: Aznida Aziz\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-corndog-cheese-tarik-yang-ringkas-lazat-terliurnya/", "title": "Resepi Corndog Cheese Tarik Yang Ringkas & Lazat, Terliurnya!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-03 02:55:08\n\n\nSejak kebelakangan ini, Corndog menjadi trend pilihan makanan terutama di kalangan orang muda. Malah makanan ini dilihat banyak dijual di merata tempat. Kombinasi sosej dan cheese menambahkan lagi kesedapan makanan ini. Apa kata kali ini korang cuba sendiri buat di rumah. Resepi Cheezy Corndog dari Nor Zanita\u00a0ini confirm jadi macam di luar sana. Jimat pun jimat!\nBahan-bahan:\n\nKredit: Nor Zanita\n\nRoti Gardenia\nSosej ayam (dipotong dua)\nLidi\nMozarella cheese (dipotong dadu)\nCheese keeping (dipotong dua)\nSerbuk roti\n\n\u00a0\nCara-caranya: \n\nCucukkan sosej dan mozzarella cheese menggunakan lidi yang telah disediakan tadi dengan urutan mozzarella cheese, sosej dan mozzarella cheese semula. Selepas siap mencucuk semua sosej dan keju, ketepikan seketika.\n \nKredit: Nor Zanita\n\u00a0\nKeluarkan roti keeping gardenia dan letakkan sosej stick dan cheese keping bersebelahan seperti dalam gambar.\n \nKredit: Nor Zanita\n\u00a0\nKemudian, gulungkan roti sekemas-kemasnya. Lakukan langkah yang sama untul roti yang lain dan biarkan seketika.\n \nKredit: Nor Zanita\n\u00a0\nUntuk membuat tepung salut, bancuhkan tepung goreng rangup serbanguna bersama sedikit air. Pastikan ia tidak terlalu cair.\n \nKredit: Nor Zanita\n\u00a0\nSetelah siap membancuh, celupkan kesemua roti yang sudah siap digulung tadi ke dalamnya. Pastikan tepung salut rata ke setiap bahagian roti yang dicelup.\n \nKredit: Nor Zanita\n\u00a0\nKemudian, taburkan serbuk roti ini di atas pinggan yang leper dan golekkan roti yang sudah disalut tepung tadi ke dalamnya.\n \nKredit: Nor Zanita\n\u00a0\nLakukan langkah ini pada roti-roti yang lain dan pastikan serbuk roti tadi disalut rata pada roti sosej.\n \nKredit: Nor Zanita\n\u00a0\nKemudian, goreng semua roti yang sudah siap disalut tadi dengan api yang sederhana. Pastikan minyak pada waktu itu sudah betul-betul panas jadi tidak perlu menggorengnya terlalu lama.\n \nKredit: Nor Zanita\n\u00a0\n\nSiap!\n\nKredit: Nor Zanita\n\nKredit: Nor Zanita\nMudah saja caranya kan? Cheezy Corndog ini elok dimakan panas-panas bersama seisi keluarga, fuhh sedapnyaa! Selepas ini, ibu-ibu tidak perlu runsing lagi memikirkan hidangan apa untuk disediakan waktu petang. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-cornflakes-madu-lejen/", "title": "Lelaki Ini Kongsi Resipi Cornflakes Madu Lejen \u2018Mak\u2019, Ada Cara Supaya Tak \u2018Terburai\u2019", "body": "\nResepi cornflakes madu merupakan kuih raya yang paling senang, cepat dan sedap walaupun pertama kali mahu mencuba, dijamin pasti menjadi jika menggunakan resipi ini.\nCara buat cornflakes madu ini hanya perlu menggunakan cornflakes, madu, gula dan mentega sebagai bahan utama. Namun begitu, dalam resipi ini ditambah dengan kacang tanah dan bijan supaya menjadi \u2018extra crunchy\u2019.\nBukan itu saja, ada petua yang anda perlu tahu supaya cornflakes yang sudah siap dibakar tidak terburai apabila mahu dimakan. Kalau anda nak tahu apa rahsianya, jom baca perkongsian oleh Muhammad Ali di bawah.\nBaca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap\nResepi Cornflakes Madu Lejen\nBahan-bahan:\n\n3/4 cawan madu\n3/4 cawan planta (nak pakai butter pun boleh)\n2 sudu makan gula\n300 gram cornflakes\n1 cawan kacang tanah yang dibakar\n1 cawan bijan\n\nCara-cara:\n1. Cairkan 3/4 cawan planta menggunakan api perlahan sahaja.\n2. Apabila planta sudah cair, masukkan 3/4 cawan madu. Kacau sehingga semuanya sebati.\n\n3. Jika suka sebati. masukkan 2 sudu makan gula. Biarkan mendidih dalam 10-15 saat. Kemudian tutupkan api, jangan mendidih terlalu lama nanti dia rasa menjadi pahit.\n\n4. Bila dah tutup api, biarkan suam dalam 15-20 minit kemudian baru tuangkan ke atas campuran cornflakes, kacang tanah dan bijan.\n\n5. Sudukan ke dalam paper cup, jika suka boleh hiaskan dengan ceri atau taburan manik.\n\n6. Bakar pada suhu 180\u2103 selama 10 minit atau mengikut suhu oven masing-masing kerana lain oven, lain suhu yang sesuai. Pastikan kenali suhu oven masing-masing.\n\n7. Tujuan bakar ini supaya minyak bijan dan kacang tadi masak dan juga mahu pastikan cornflakes melekat dan tidak senang terburai.\n8. Tambah masa membakar selama 10 minit lagi jika cornflakes masih terburai.\nSelamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Muhammad Ali\nBaca juga: Resipi Biskut Makmur Susu \u2018Gebu\u2019 Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-cucur-jagung/", "title": "Resipi Cucur Jagung, Buat Untuk Anak Memang Habis Licin Dimakan", "body": "\nJom cuba resepi cucur jagung yang mudah dan sedap ini. Sesuai dimasak untuk sarapan pagi atau minum petang bersama seisi keluarga.\nKalau nak cucur menjadi lebih sedap, anda boleh lebihkan kuantiti jagung. Dijamin anak-anak dan suami makan berselera, sampai habis licin satu pinggan dibuatnya.\nJika sebelum ini anda selalu buat cekodok pisang saja, jom cuba buat cucur jagung ini pula. Selamat mencuba! \nBaca juga: Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Sekejap Je Dah Siap!\nRESEPI CUCUR JAGUNG\nBahan-bahan:\n\nTepung gandum dua cawan\nJagung yang sudah dipotong\nDaun kucai/daun bawang\nHirisan cili padi\nHirisan bawang merah\nAir\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan jangan terlalu pekat.\n\n2. Panaskan minyak di dalam kuali.\n3. Sudukan adunan cucur jagung tadi, goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan tadi. Jika suka cucur yang kecil, sudukan sedikit saja. Jika suka cucur yang besar, sudukan banyak sedikit.\n4. Goreng sehingga cucur masak dan bertukar keperangan.\n5. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dimakan bersama secawan teh panas, sedapnya!\n\nMudah saja cara penyediaannya kan? Jom kita cuba buat nanti ya. Semoga bermanfaat!\nKredit: Mariam Nabila Marzuki\nBaca juga: Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-cucur-udang-gebu-gebas/", "title": "Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak", "body": "\nJom cuba resepi cucur udang ini. Buat sendiri baru puas hati berbanding beli kerana kadang-kadang cucur tersebut tidak menepati citarasa. Ada yang lembik malah serap minyak.\nRupanya ada petua supaya cucur udang tidak terlalu menyerap minyak. Barulah mulut tak jadi berminyak, makan banyak pun tak muak. Jom cuba buat nanti!\nBaca juga: Cara Buat Cucur Jagung Untuk Minum Petang. Luar Rangup, Dalam Lembut!\nResepi Cucur Udang\nBahan-bahan:\n\n1/2kg tepung gandum\nSebiji telur\n1 biji bawang besar (kisar)\nPewarna kuning (jangan guna serbuk kunyit)\n2 biji bawang holland hiris\nKucai\nTauge\nUdang\nGaram\nGula\nSedikit soda bikarbonat\nAir\n\nCara-cara:\n1. Kisar sebiji bawang besar. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi tepung gandum.\n2. Masukkan juga sebiji telur, air, garam, gula dan soda bikarbonat. Letak air sikit demi sikit, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.\n3. Masukkan kucai, tauge, hirisan bawang holland dan hirisan cili besar.\n4. Sebelum mula menggoreng, celupkan senduk besi ke dalam minyak panas terlebih dahulu, kemudian sendukkan adunan dan letakkan udang di atasnya. Masukkan ke dalam minyak panas. Biarkan sekejap sehingga bahagian bawahnya masak. Cucur akan tertanggal sendiri dari senduk.\n\nPetua supaya cucur tidak serap banyak minyak:\n\nMula menggoreng apabila minyak sederhana panas kerana untuk mengelakkan adunan menyerap minyak terlalu banyak.\nJika minyak tidak cukup panas, adunan tepung akan serap banyak minyak.\nJika minyak terlalu panas pula akan menyebabkan bahagian tepi cucur hangus.\n\nResipi Kuah Kacang Tanpa Santan\nBahan-bahan:\n\nSegengam cili kering\n2 biji bawang besar\n7 ulas bawang putih\nHalia\nSerai\nLengkuas\nBelacan\nKacang tanah \u2013 sangai & kisar halus\nAsam jawa\nGula/gula melaka\n\nCara-cara:\n1. Kisar halus segenggam cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, langkuas dan belacan.\n2. Kemudian, tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Bila dah garing, masukkan kacang tanah yang sudah disangai dan dikisar halus.\n3. Masukkan pula air asam jawa serta sedikit air.\n4. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh guna gula melaka juga.\n5. Biar sehingga naik minyak. Letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.\n\nKredit: Norfarhana Ariffin\nBaca juga:\u00a0 Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-cupcake-coklat/", "title": "Resepi Cupcake Coklat Guna Sukatan Cawan, Gebu & Kurang Manis!", "body": "\nPeminat coklat wajib cuba resepi cupcake coklat yang mudah ini. Tak perlu guna penimbang, hanya pakai cawan untuk sukat bahan.\nBiasanya kita buat kek guna loyang besi dan bersaiz besar kan? Kali ini kita ganti guna paper cup pula, kecil comel je!\nBukan saja mudah untuk dimakan, ia juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu atau dijadikan doorgift.\nBaca juga: Resipi Kek Sarang Semut, \u2018First Time\u2019 Buat Pun Pasti Menjadi!\nRESEPI CUPCAKE COKLAT\nBahan-bahan A:\n\n1 cawan minyak masak\n1 cawan susu cair\n1/2 cawan susu pekat\n1 cawan serbuk koko\n1 cawan gula\n\nBahan-bahan B:\n\n1 1/4 cawan tepung gandum\n1 sudu kecil soda bikarbonat\n1 sudu kecil baking powder\n\nBahan-bahan C:\n\n1 sudu kecil esen vanilla\n3 biji telur gred A\nCoklat chip\n\nCara-cara:\n1. Satukan bahan-bahan A di dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana.\n2. Kacau sehingga tidak berketul. Tutup api dan biarkan sedikit sejuk.\n3. Masukkan telur sebiji demi sebiji selang setiap seminit ke dalam bahan A tadi. Pukul sebati.\n4. Masukkan pula bahan-bahan B yang sudah diayak. Gaul sebati.\n5. Kemudian masukkan esen vanilla dan gaul lagi sehingga sebati.\n6. Sendukkan adunan ke dalam papercup, taburkan coklat cip.\n\n7. Sedia untuk dikukus sehingga masak. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Aneng Hitchies\nBaca juga: Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-daging-goreng-kunyit-berempah/", "title": "Daging Goreng Kunyit Berempah Kelantan \u2018Style\u2019, Dijamin Lembut & Tak Liat!", "body": "\nTiada idea nak masak menu apa menggunakan daging? Apa kata jom cuba resepi daging goreng kunyit berempah versi Kelantan ini.\nRaya Haji tahun ini pasti ramai yang dapat daging kan? Bolehlah cuba resipi ini untuk makan tengahari.\nJika ikut resipi di bawah, hasil daging goreng kunyit dijamin lembut dan tidak liat. Hal tersebut kerana daging direbus dengan air terlebih digoreng.\nSaudari Daia Jaafar ada berkongsikan resipinya di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Sup Kaki Lembu, Orang Lama Kongsi Cara Proses & Bersihkannya\nRESEPI DAGING GORENG KUNYIT BEREMPAH KELANTAN\nBahan-bahan:\n\nDaging\nBiji ketumbar \u2013 ditumbuk\nKunyit serbuk\nGaram\n1 biji bawang merah \u2013 saiz sederhana\nKunyit hidup\nHalia\n2 biji bawang putih\nBawang holland\nCili api\nSayur kacang panjang\nLobak merah\nBunga kubis\n\nCara-cara:\n1. Hiris nipis daging. Pastikan daging dipotong melawan aras urat supaya tidak liat bila dimakan.\n2. Kemudian gaulkan daging dengan ketumbar yang ditumbuk, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perap selama 30 minit.\n3. Kisar halus bawang merah, kunyit hidup, halia dan bawang putih.\n4. Kemudian satukan bahan kisar dan daging di dalam kuali. Masukkan air sama paras dengan daging. Tutup dan rebus sehingga daging empuk. Guna api sederhana. Sesekali bunga penutup dan biarkan seketika untuk keringkan air.\n5. Bila air dah kering, masukkan minyak dan goreng daging tadi. Kemudian baru masukkan sayur, bawang holland dan cili api. Gaul sehingga sayur layu.\n6. Selamat mencuba!\nKredit resipi dan gambar: Daia Jaffar\nBaca juga: Gulai Daging Tetel Dengan Nangka Muda, Suami Makan Tak Pandang Kiri Kanan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-daging-kari-masak-kicap-aroma-rasanya-membangkitkan-selera-weh/", "title": "Resepi Daging Kari Masak Kicap, Aroma & Rasanya Membangkitkan Selera Weh!", "body": "\nKorang mesti dah biasa makan daging masak kicap tetapi korang pernah tak cuba masukkan serbuk kari dalam masakan daging kicap? Korang memang kena cuba resepi ini sebab makan dengan nasi panas sahaja dah cukup nikmat.\nBuat sesetengah orang yang suka ada rempah kari di dalam masakan, menu ini sangat digalakkan untuk korang cuba. Jom cuba resepi daging kari masak kicap ini.\nBahan-bahan\n\n2 sudu serbuk kari daging Cap O\n600 gm daging dihiris nipis, potong lawan urat\n\u00bd biji bawang besar dimayang halus\n3 ulas bawang putih dihiris\n1 kuntum bunga lawang\n1 batang kulit kayu manis\n2-3 tangkai daun kari\n1 biji tomato belah 8\n\u00bd biji bawang besar dihiris\n3 sudu sos tiram\n7 sudu kicap lemak manis\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nTumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga naik bau dan masukkan serbuk kari dan kacau sekejap.\nMasukkan daging dan kacau sampai daging keluarkan air. Bila air dah semakin pekat itu maka masukkanlah sos tiram dan kicap.\nKacau sebati dan masukkan tomato dan hirisan bawang besar.\n\nSiap dan selamat mencuba!\nSumber: Khairul Abdullah\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-daging-masak-black-pepper-crispy/", "title": "Resipi Daging Crispy Black Pepper, Sama Sedap Macam Di Restoran Cina", "body": "\nPasti ramai dah biasa masak daging black pepper kan? Kali ini jom kita cuba daging black pepper versi \u2018crispy\u2019 pula.\nPertama sekali, daging disalut dengan tepung jagung dan digoreng sehingga rangup. Paling penting, kena guna daging batang pinang supaya tidak keras.\nKemudian, daging yang sudah siap digoreng akan dicampur bersama tumisan sos black pepper yang sangat sedap.\nKalau nak tahu cara memasak yang lengkap, ikut saja resipi perkongsian oleh Ash di laman sosial Twitter miliknya. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Pesamah Daging \u2018Famous\u2019 Di Utara, Sedap Tapi Jarang Jumpa!\nRESEPI DAGING MASAK BLACK PEPPER CRISPY\nBahan-bahan:\n\nDaging batang pinang \u2013 dihiris\nTepung jagung\nBawang holland \u2013 dihiris\nBawang putih \u2013 dihiris\nDaun bawang \u2013 dihiris\nCili padi \u2013 dihiris\nLada hitam \u2013 tumbuk\nSos tiram\nSos cili\nKicap manis\nGaram/gula/serbuk hilal\nCili benggala\n\nCara-cara:\n1. Hiris nipis daging. Kemudian taburkan tepung jagung dan gaul sebati sehingga semuanya bersalut rata.\n2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng daging yang disalut dengan tepung jagung tadi sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.\n3. Guna minyak yang sama, tumis bawang holland, bawang putih, daun bawang dan cili padi.\n4. Kemudian masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk kasar.\n5. Tuangkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Gaul sehingga sebati.\n6. Perasakan dengan serbuk hilal atau garam dan gula secukup rasa.\n7. Masukkan daging yang sudah digoreng tadi beserta cili benggala dan daun bawang yang sudah dihiris.\n8. Gaul sehingga semuanya bercampur rata dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nLihat video penuh:\n\n\nBila wife start tumis aroma dia seperti dalam restoran cina \ud83d\ude2d\ud83d\ude2d\u2764\ufe0f\u2764\ufe0f https://t.co/QV3tAVRBNy pic.twitter.com/JrkplamASj\n\u2014 Ash \ud83c\udf54\ud83c\udf55\ud83e\udd6a\ud83c\udf5c (@Ashsukamakan) June 21, 2023\n\nKredit resipi: Twitter @ashsukamakan\nBaca juga: Resipi Rendang Daging Simple, First Time Masak Pun Pasti Menjadi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-daging-masak-ketumbar/", "title": "Cara Buat Daging Masak Ketumbar, Resipi Mudah & Sangat Sedap!", "body": "\nJom cuba resepi daging masak ketumbar yang sangat mudah dan sedap ini. Yang penting, tak perlu guna banyak bahan.\nResipi ini diperkenalkan oleh Pereka Fesyen Malaysia, Dato Rizalman yang merupakan ilham dari Permaisuri Agong Malaysia.\nAda satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain. Makan pula dengan nasi panas,\u00a0confirm\u00a0makan bertambah-tambah. Jom cuba!\nBaca juga: Resipi Daging Crispy Black Pepper, Sama Sedap Macam Di Restoran Cina\nRESIPI DAGING MASAK KETUMBAR\nBahan-bahan:\n\nDaging\nSerbuk kunyit\nBiji ketumbar\nBawang holland\nCili merah\nKicap manis\nGaram\n\nCara memasak:\n1. Cuci bersih daging dan hiris nipis.\n2. Kemudian, lumurkan daging dengan serbuk kunyit dan garam. Lebihkan kuantiti serbuk kunyit supaya warna daging menjadi kuning.\n3. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian goreng daging sehingga garing.\n4. Bila daging dah garing elok, masukkan biji ketumbar yang sudah disangai dan ditumbuk kasar.\n\n5. Masukkan juga bawang holland dan cili besar yang dihiris kasar. Gaul rata dan masak sehingga bawang dan cili besar menjadi layu.\n6. Letakkan sedikit kicap manis, jangan terlalu banyak.\n7. Jika tidak cukup rasa masin, tambahkan lagi sedikit garam sehingga secukup rasa.\n8. Semasa mahu menghidang, kaupkan daging sahaja. Kemudian ambil sedikit saja minyak dan letak ke atas daging. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Juliana Khazali\nBaca juga: Resipi Pesamah Daging \u2018Famous\u2019 Di Utara, Sedap Tapi Jarang Jumpa!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-daging-masak-lemak-cili-api/", "title": "Daging Masak Lemak Cili Api, Resipi Versi Tumis Memang Padu!", "body": "\nDaging masak lemak cili api merupakan salah satu masakan yang boleh anda cuba. Lagi pedas, lagi sedap! Boleh menambah nasi dibuatnya.\nJika ikut resipi asal daripada Negeri Sembilan, bahan yang dikisar tidak perlu ditumis. Berbeza dengan resipi ini, bahan kisar perlu ditumis terlebih dahulu.\nKalau ada yang nak cuba masak lemak versi tumis ini, jom ikuti resipi perkongsikan oleh Puan Yayar B. Awang Noh di bawah.\nBaca juga: Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang\nRESEPI DAGING MASAK LEMAK CILI API\nBahan-bahan:\n\n800g daging\n\nBahan kisar:\n\n3 ulas bawang besar\n2 ulas bawang putih\nSedikit halia\n1 sudu kecil serbuk kunyit\nCili api\n\nBahan tambahan:\n\n2 batang serai dititik\n3 helai daun limau purut\n1 asam keping\n1 kotak santan 200ml\n\nCara memasak:\n1. Rebuskan daging menggunakan periuk tekanan tinggi selama 8 minit.\n\n2. Kisarkan bawang putih, bawang merah, cili api, halia dan serbuk kunyit.\n\n3. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi.\n\n4. Kemudian, masukkan serai, daun limau purut dan asam keping.\n\n5. Setelah itu, masukkan daging serta sedikit air rebusan daging.\n\n6. Masukkan santan kotak. Kacau rata sehingga mendidih.\n\n7. Perasakan pula dengan gula, serbuk perasa Ajinomoto dan garam. Siap, selamat mencuba.\n\nKredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh\nBaca juga: Resipi Keladi Masak Lemak Cili Api \u2018Asli\u2019 Negeri Sembilan, Ada Petua Hilangkan Getah Keladi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-danmuji-yellow-pickled-radish/", "title": "Resepi Danmuji, Yellow Pickled Radish Yang Merupakan \u2018Side Dish\u2019 Popular Di Korea", "body": "\nPeminat drama Korea pasti mengenali hidangan sampingan Danmuji atau yellow pickled radish yang terkenal di Korea Selatan. Ia merupakan salah satu side dish kepada hidangan utama.\nDanmuji (\ub2e8\ubb34\uc9c0) secara jeneralnya bermaksud acar lobak manis, berasal dari Jepun dan telah menjadi makanan tradisional orang Korea Selatan dan juga dikenali dengan warna kuning cerah.\nSelain kimchi, danmuji ini juga biasanya dihidangkan bersama jjangmyeon, tteokbokki dan lain-lain. Tak kira \u2018makan berat\u2019 atau \u2018makan ringan\u2019, kalau tak ada danmuji memang tak lengkap!\nKalau ada yang teringin nak cuba, bolehlah buat sendiri di rumah. Tak perlu terbang jauh ke Korea semata-mata mahu mencuba hidangan ini.\u00a0\nBaca juga: Resipi Pancake Korea, Guna Kucai Ganti Daun Bawang. Sesuai Dengan Tekak Melayu!\nResepi Danmuji (Yellow Pickled Radish)\nBahan-bahan:\n\nLobak putih 1 biji \u2013 dibuang kulit, potong memanjang atau bulat\nAir 2 cawan\nGula 4 sudu kecil\nCuka masakkan 1/2 cawan\nLada hitam 1 sudu kecil\nDaun bay leaf 2 helai\nSerbuk kunyit 1/2 sudu kecil\n\nCara-cara:\n1. Panaskan air, masukkan gula dan cuka. Larutkan semua bahan tersebut.\n2. Masukkan lada hitam, serbuk kunyit dan daun bay.\n3. Setelah sejuk, letakkan lobak putih didalam bekas yang sesuai dan tuang campuran air tadi.\n4. Simpan di dalam peti sejuk.\n5. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dimakan.\n\nKredit: Haerme Abd Rahman\nBaca juga: 5 Restoran Korea Sedap Di Sekitar KL, Tak Perlu Was-Was Sebab Dijamin Halal\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-dorayaki-homemade/", "title": "Resipi Dorayaki Homemade, Nak Tahan Lama Kena Ikut Cara Ini", "body": "\nIbu-ibu boleh cuba resepi dorayaki homemade ini untuk sarapan pagi atau minum petang. Sesekali tukar selera anak apa salahnya kan? \nCara membuatnya juga cukup mudah. Hanya perlu satukan semua bahan di dalam mixer, kemudian terus masak di atas dapur dan sapukan inti.\nJika disimpan di dalam belas tertutup atau wrap di dalam plastik, kuih ini boleh bertahan lama sehingga 3 hari.\nKalau ada yang nak cuba buat, ikuti saja resipi perkongsian oleh Saudari Bidara Beduri di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Kuih Bom Labu Tanpa Minyak, Resipi Sihat & Sedap Untuk Anak-Anak\nRESEPI DORAYAKI HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\n4 biji telur (grad A)\n1 cawan gula\n6 sudu susu pekat manis@madu\n6 sudu minyak masak\n10 sudu makan air\n3 cawan tepung gandum\n2 sudu kecil baking powder\n1 sudu kecil baking soda\nEsen [email\u00a0protected] halzenut (lagi sedap)\nInti (peanut butter atau coklat)\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan di dalam mixer kecuali inti.\n2. Kemudian panaskan kuali non-stick. Guna api paling kecil.\n3. Seduk adunan ikut saiz yang dikehendaki di atas pan, api kecil jangan besar nanti hangus.\n4. Kalau nak cantik kejadiaannya, tutup kuali dengan penutup semasa sedang dimasak.\n\n5. Bila adunan dah masak sehingga menjadi perang. Boleh diangkat.\n\n6. Akhir sekali sapukan inti kesukaan anda dan kepitkan dengan kepingan dorayaki yang lain. Siap, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Bidara Beduri\nBaca juga: Resipi Kuih Koleh Kacang \u2018Legend\u2019, Ada Rahsia Kuih Jadi Cantik & Berkilat\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-gulai-ayam-sedap/", "title": "Resipi Gulai Ayam Confirm Sedap, Memang Ngam Cicah Dengan Roti", "body": "\nResepi gulai\u00a0ayam merupakan lauk yang sesuai dimakan sepanjang hari. Waktu sarapan pagi boleh dimakan bersama roti, makan tengahari pula boleh dimakan bersama nasi.\u00a0\nSenang kalau masak gulai ayam ni, buat banyak terus untuk satu hari, tak perlu masak banyak kali dah. Yang penting, rasanya sangat sedap dan berbaloi untuk dimasak.\nJom kita cuba masak menggunakan resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Azira Mamat di bawah.\nBaca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini \u2018Step By Step\u2019 Cara Membuatnya\nRESEPI GULAI AYAM SEDAP\nBahan-bahan kisar:\n\n3 biji bawang merah\n2 biji bawang putih\n1 inci lengkuas\n1 inci halia\n1 inci kunyit hidup\n\nBahan-bahan lain:\n\n3 sudu besar minyak masak\n3 sudu besar cili boh\nRempah 4 sekawan\n2 sudu besar rempah kari\n3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros\nSetengah ekor ayam\nSedikit air\nGula melaka secukup rasa\n1 sudu besar kerisik\n1 keping asam keping\n2 biji kentang (dipotong dadu)\n1 cawan santan\nGaram secukup rasa\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak masak. Tumis cili boh, bahan kisar, rempah 4 sekawan, rempah kari dan rempah gulai cap bunga rose sehingga naik minyak. Masukkan satu demi satu bahan ni.\n2. Masukkan ayam dan sedikit air.\n3. Kemudian, masukkan gula melaka, kerisik dan asam keping.\n4. Apabila ayam hampir separuh masak, masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. \n5. Kacau sekali sekala sehingga ayam masak. Siap dan sedia untuk dihidangkan.\n\n6. Sedap dimakan dengan nasi panas atau dicicah dengan roti.\n\nKredit resipi dan gambar: Azira Mamat\nBaca juga: Resipi Gulai Ayam Terengganu Style. Unik, Sedap & Punya Rasa Tersendiri\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-gulai-daging-salai-pucuk-ubi-aroma-bunga-kantan-bersama-petai-sebagai-pembuka-selera/", "title": "Resepi Gulai Daging Salai Pucuk Ubi, Aroma Bunga Kantan Bersama Petai Sebagai Pembuka Selera", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-15 05:19:51\n\n\nBagi penggemar makanan dari Negeri Sembilan, apa kata cuba resepi gulai\u00a0daging salai dengan pucuk ubi. Ia merupakan hidangan ala kampung yang menyelerakan. Disulami dengan aroma bunga kantan bersama petai dan serai. Sangat menyelerakan dan sesuai dibuat untuk masakan makan malam bersama keluarga. Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di kumpulan Resepi Mama Ria di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nDaging salai dihiris (jangan tebal sangat)\nPucuk ubi seikat (ditumbuk separuh lumat)\nBunga kantan sekuntum dibelah empat\nKalau ada boleh juga tambah sedikit terung rembang ditumbuk separuh lumat (bukan halus tapi agak-agak pecah sikit je) kalau rajin boleh je dibelah dua satu per satu.\nSerai 3/4 batang diketuk saja\nSantan kelapa 1 biji (ikutlah banyak mana dagingnya)\nCili api/padi, kunyit hidup dan garam ditumbuk bersama (boleh guna serbuk kunyit)\nGaram secukup rasa\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara\n\nMasukkan semua bahan kecuali daging salai (sebab daging salai memang dah masak)\nMasak sehingga mendidih dan pucuk ubi sudah lembut\nMasukkan daging salai kemudian biarkan masak sehingga kuah agak pekat, daging pun dah lembut (ikut selera masing-masing)\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-gulai-darat-ikan-keli-dengan-daun-kesum-nikmat-macam-makan-dekat-kampung/", "title": "Resepi Gulai Darat Ikan Keli Dengan Daun Kesum, Nikmat Macam Makan Dekat Kampung", "body": "Setiap kali balik kampung, kalau dapat tak dapat makan gulai darat ikan keli ini memang tak sah. Ikan keli ini dia lain daripada yang lain sebab ia lebih lembut dan badannya agak pendek dan bulat diekornya. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zulaily Hanim Lilly di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nGULAI DARAT IKAN KELISetiap kali balik kampung, kalau dapat tak dapat makan gulai darat ikan keli ini memang tak sah. Ikan keli ini dia lain daripada yang lain sebab ia lebih lembut dan badannya agak pendek dan bulat diekornya. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zulaily Hanim Lilly di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A (KISAR)\n5 ulas bawang merah\n\n1 ulas bawang putih\n\n1 sudu besar biji ketumbar\n\n1 inci lengkuas\n\n1 inci halia\n\n1 inci kunyit\nBAHAN B\n1/2 kg santan pekat\n\n1 cawan air\nBAHAN C\nDaun kesum\n\nBuah belimbing buluh\n\nKredit: Zulaily HanimCARA PENYEDIAAN\nMasukkan rempah yang sudah ditumbuk lumat kedalam periuk, letak sedikit air atau santan cair.\n\nApabila sudah mendidih, masukkan ikan yang sudah dibersihkan.\n\nMasukkan daun kesum dan belimbing buluh.\n\nPerasakan dengan garam dan gula.\n\nSiap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-gulai-ikan-tenggiri/", "title": "Resipi Gulai Ikan Tenggiri Yang Merah Menyala, Sedap Tak Terkata!", "body": "\nJom cuba resepi gulai ikan tenggiri ini. Meleleh air liur tengok rupa gulai yang merah menyala.\nHanya negeri-negeri Utara yang memanggil lauk ini dengan nama \u2018gulai\u2019. Rasanya sedap dan sangat best kalau dimakan dengan nasi panas.\nResipi istimewa ini pasti membuatkan sesiapa sahaja makan bertambah! Rosak diet dibuatnya.\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Kari Kambing Paling Simple, Mudah Yakmat!\nRESEPI GULAI IKAN TENGGIRI\u00a0\nBahan-bahan:\n\n6 keping ikan tenggiri\n2 sudu besar cili kering\n6 sudu besar serbuk kari\n\nBahan hiris:\n\n5 ulas bawang merah\n3 ulas bawang putih\n2 ruas jari halia\n\nBahan tumis:\n\nDaun kari\n1 sudu besar halba campur\n\nBahan kisar:\n\n2 biji bawang besar\n5 ulas bawang putih\n2 ruas jari halia\n1 ruas jari lengkuas\n1 batang serai\n1 cawan air\n\nCara memasak:\n1. Tumis dulu bahan hiris masukkan juga daun kari biar garing tapi tidak hangit.\n2. Selepas itu masukkan halba campur, perlahankan api supaya halba tak meletup-letup.\n3. Kemudian baru masukkan bahan-bahan kisar. Masak smpi wangi n air sedikit menyusut.\n4. Masukkan pula 2 sudu besar cili kering kisar, masak lagi 15 minit, tambah sedikit air jika kering.\n5. Boleh masukkan 6 sudu besar serbuk kari pedas yang dicampur dengan sedikit air dulu untuk jadikan pes.\n6. Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok, lagi lama lagi elok karinya. Masak kari agak lama dengan menggunakan api perlahan. Masak biar sampai pecah minyak.\n7. Tambah sedikit air supaya tidak hangit.\n8. Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam.\n9. Tambah air untuk lebih berkuah, masak lagi sehingga mendidih.\n10. Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak.\n11. Perasakam garam/serbuk secukup rasa.\n12. Masuk bendi dan ikan. Biar ikan masak.\n13. Akhir sekali tambah tomato dan cili hijau masak supaya tomato tak lembik. Terung bulat ditambah jika suka.\n\nKredit resipi dan gambar: Makcik Ratu\nBaca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-gulai-nangka-daging-tetel/", "title": "Gulai Daging Tetel Dengan Nangka Muda, Suami Makan Tak Pandang Kiri Kanan!", "body": "\nJom cuba resepi gulai nangka dengan daging tetel ini. Menu ini biasanya wajib ada di kenduri kendara pada zaman dulu-dulu. Makan pula dengan sambal belacan, ulam dan ikan masin, memang sangat sedap!\u00a0\nKalau teringin tak perlu tunggu kenduri, boleh masak sendiri di rumah. Ikut saja cara-cara memasak di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Daging Black Pepper Yang \u2018Juicy\u2019, Lembut & Ringkas\nRESEPI GULAI NANGKA DAGING TETEL\nBahan-bahan:\n\n1 kg tulang (rebus sampai lembut)\n1/2 kg daging tetel\nNangka muda (rebus dulu)\nAsam keping 1\nKerisik secukupnya\nGaram\nPenyedap\nGula sedikit\nSantan segar 1/2kg\n\nBahan-bahan rempah:\n\nBawang besar 2 (kisar)\nBawang putih (kisar)\nHalia seinci (kisar)\nJintan (kisar)\nBunga cengkih (kisar)\nSerbuk chili 1 peket kecil\nSerbuk kari daging babas 2 peket kecil\nBuah pelaga\nKayu manis\nBunga lawang\n\nBahan-bahan tumis darat:\n\nBawang kecil merah\nBawang putih\nDaun kari\nHalia sikit\nBunga lawang\nBuah pelaga\nKayu manis\n\nCara memasak:\n1. Satukan semua bahan rempah sehingga menjadi pes.\n2. Masak rempah bersama daging tetel sehingga daging empuk.\n3. Bila rempah sudah masak, masukkan rebusan tulang bersama airnya sekali.\n4. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan santan, kerisik dan asam keping.\n5. Biarkan sehingga santan mendidih dan naik minyak. Lagi lama, lagi sedap.\n6. Bila dah naik minyak, boleh masukkan nangka yang sudah direbus.\n7. Kecilkan api dan biarkan rempah meresap ke dalam nangka tadi.\n8. Perasakan dengan gula, garam dan penyedap.\n9. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis darat. \n10. Selepas itu, tuang ke dalam gulai yang sudah dimasak tadi.\n\n11. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Rya Lubis\nBaca juga: Asam Pedas Daging Tetel \u2018Gerenti\u2019 Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-hokkaido-baked-cheese-tart-buat-sendiri-je-lagi-jimat-memang-puas-makan-2/", "title": "Resepi Hokkaido Baked Cheese Tart Buat Sendiri Je, Lagi Jimat & Memang Puas Makan!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-16 05:05:42\n\n\nHokkaido Baked Cheese\u00a0Tart sebenarnya sudah terkenal lama di Malaysia. Selain itu, ianya dijual di Secret Recipe dan juga kedai kek\u00a0yang lain. Tetapi malangnya, ianya dijual dengan harga yang agak mahal untuk beberapa ketul je dan tak semua orang berkemampuan untuk beli.\u00a0Jadi ramai juga yang terfikir untuk nak buat sendiri tetapi tidak tahu bagaimana. Jadi apa kata kita cuba resepi Hokkaido Baked Cheese Tart yang dikongsikan oleh\u00a0Azizi Zamani di kumpulan Resepi\u00a0Viral di Facebook. Resepi yang sangat simple dan mudah untuk diikut. Selamat Mencuba!\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\nKulit Tart\nBahan-bahan:\n\n100 gram marjerin\n30 gram gula kastor\n150 gram tepung gandum\n1 kuning telur gred B\n\nCara-cara:\n\nKacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.\nMasukkan kuning telur kacau sebati.\nMasukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.\nMasukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.\nSimpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.\nBakar pada suhu 180\u00b0c selama 20 minit.\nAngkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese.\n\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\n\u00a0\nFilling Cream Cheese\u00a0\nBahan-bahan:\n\n250 gram cream cheese/krim keju\n200 gram isi durian\n40 gram mentega\n1 putih telur\n1 sudu teh esen vanilla\n1 kuning telur untuk sapuan\n120 gram dairy whipping cream\n60 gram gula kastor\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nSatukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk.\nKacau atau pukul di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.\nTutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla. Kacau rata, kalau berketul boleh kacau guna mixer hingga licin.\nMasukkan ke dalam piping bag plastik dan picit ke dalam kulit tart.\nMasukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan kemudian barulah sapu kuning telur.\nBakar dalam ketuhar pada suhu 200\u00b0c selama 6 minit.\nSedia untuk dinikmati.\n\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Azizi Zamani\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-hokkaido-baked-cheese-tart-buat-sendiri-je-lagi-jimat-memang-puas-makan/", "title": "Resepi Hokkaido Baked Cheese Tart Buat Sendiri Je, Lagi Jimat & Memang Puas Makan!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-16 05:05:42\n\n\nHokkaido Baked Cheese\u00a0Tart sebenarnya sudah terkenal lama di Malaysia. Selain itu, ianya dijual di Secret Recipe dan juga kedai kek\u00a0yang lain. Tetapi malangnya, ianya dijual dengan harga yang agak mahal untuk beberapa ketul je dan tak semua orang berkemampuan untuk beli.\u00a0Jadi ramai juga yang terfikir untuk nak buat sendiri tetapi tidak tahu bagaimana. Jadi apa kata kita cuba resepi Hokkaido Baked Cheese Tart yang dikongsikan oleh\u00a0Azizi Zamani di kumpulan Resepi\u00a0Viral di Facebook. Resepi yang sangat simple dan mudah untuk diikut. Selamat Mencuba!\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\nKulit Tart\nBahan-bahan:\n\n100 gram marjerin\n30 gram gula kastor\n150 gram tepung gandum\n1 kuning telur gred B\n\nCara-cara:\n\nKacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.\nMasukkan kuning telur kacau sebati.\nMasukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.\nMasukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.\nSimpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.\nBakar pada suhu 180\u00b0c selama 20 minit.\nAngkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese.\n\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\n\u00a0\nFilling Cream Cheese\u00a0\nBahan-bahan:\n\n250 gram cream cheese/krim keju\n200 gram isi durian\n40 gram mentega\n1 putih telur\n1 sudu teh esen vanilla\n1 kuning telur untuk sapuan\n120 gram dairy whipping cream\n60 gram gula kastor\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nSatukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk.\nKacau atau pukul di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.\nTutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla. Kacau rata, kalau berketul boleh kacau guna mixer hingga licin.\nMasukkan ke dalam piping bag plastik dan picit ke dalam kulit tart.\nMasukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan kemudian barulah sapu kuning telur.\nBakar dalam ketuhar pada suhu 200\u00b0c selama 6 minit.\nSedia untuk dinikmati.\n\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Azizi Zamani\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Azizi Zamani\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-homemade-pasta-tomyam-alfredo-rasanya-setanding-di-restoran-mewah/", "title": "Resepi Homemade Pasta Tomyam Alfredo, Rasanya Setanding Di Restoran Mewah!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-22 05:32:04\n\n\nSejak kebelakangan ini, Pasta Tomyam Alfredo ini menjadi perhatian para penggemar makanan western di laman sosial. Pasti ramai yang ingin cuba membuatnya sendiri di rumah. Betul tak? Jadi, apa kata korang cuba resipi Pasta Tomyam Alfredo yang dikongsikan oleh Farhah Jamaluddin ini. Mudah je!\n\nKredit: Malayfoodlicious\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nSetengah biji bawang besar\u00a0\n3 ulas bawang putih\u00a0\n1biji cili api merah atau ikut kepedas yang diingini (Cincang halus)\nMinyak zaiton\n1 pek cendawan butang\u00a0\nSusu full cream\u00a0\nPes tomyam adabi \u00bd packet\nUdang (jumlah terpulang)\nMaggi cukup rasa\nDaun limau purut\nPasta\nCheese\nCili flakes\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nTumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api dengan minyak zaiton sehingga naik bau.\n\u00a0\nKemudian, masukkan cendawan, susu dan pes tomyam dan gaulkan sehingga rata dan sebati. Lalu masukkan udang dan gaul sehingga warna nampak kemerahan.\n\u00a0\nKemudian masukkan pasta dan Maggi cukup rasa.\n \nKredit: Azie Kitchen\n\u00a0\nMasukkan pula daun limau purut, tabur cheese dan cili flakes.\n\n\nKredit: Malayfoodlicious\n\u00a0\nSiap untuk dihidang! Mudah je kan? Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ikan-bakar-guna-kuali/", "title": "Cara Masak Ikan Bakar Guna Kuali. Tak Hangus, Tak Melekat & Masak Sempurna", "body": "\nMudah saja cara masak ikan bakar guna kuali. Aromanya juga sama seperti ikan bakar yang dimasak atas bara api.\nResipi perkongsian oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan ini diberi nama Ikan Bakar Rica Manado.\nSebelum dibakar di dalam kuali, ikan dilapik dengan daun supaya supaya ikan tidak melekat pada kuali.\nBukan itu saja, daun pisang yang digunakan juga akan menghasilkan bau yang membangkitkan selera. Jom cuba!\nBaca juga: Petua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali, Hanya Guna Satu Bahan Ini\nRESEPI IKAN BAKAR GUNA KUALI\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ikan siakap\n5 biji bawang merah\n2 ulas bawang putih\n2 batang serai\n2 inci kunyit\n1 inci halia\n2 sudu besar cili kisar\n2 helai daun limau purut\n1 keping asam gelugor\n1 biji limau nipis\nGaram dan gula secukup rasa\n\nCara-caranya:\n1. Belah isi ikan di bahagian kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang seperti dalam gambar di bawah.\n\n2. Ikan Bakar Sambal Rica ni berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya bakar atas bara api. Kemudian sambalnya disapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Hari ni kita akan bakar atas kuali sahaja.\n\n3. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar.\n\n4. Tumis bahan yang dikisar tadi. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. Ikan bakar ni akan warna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa dia tiada beza dari ikan bakar sambal.\n\n5. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan daun limau purut. Jika nak letak belacan pun boleh. Tumis sampai bahan-bahan ni betul-betul masak. Bila dah masak sejukkan sekejap bumbu (perencah) ini.\n\n6. Lumurkan bumbu pada bahagian dalam ikan mentah terlebih dahulu.. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan dia banyak kali.\n\n7. Kemudian terbalikkan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan ni dengan daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. Guna kuali non-stick.\n\n8.\u00a0Kita tidak akan terbalikkan ikan ni nanti. Kita akan masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ni masak sekata tanpa hangus. Kita kena bakar dengan api kecil atau sederhana.\n\n9. Kemudian tutup! Kalau ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air tu turun ke bawah daun. Tutup semula dan masak sampai air tadi kering.\n\n10. Inilah hasilnya. Tak hangus, tak lekat, dan masak sempurna. Hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ni memang sedap makan dengan benda masam.\n\n11. Ikan bakar ni tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!\n\nKredit resipi dan gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan\nBaca juga: Rahsia Masak Singgang Tulang Yang Lembut Tanpa Guna Pressure Cooker\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ikan-bawal-3-rasa/", "title": "Mudahnya Resipi Ikan Bawal 3 Rasa, Sekejap Je Dah Siap Masak", "body": "\nResepi ikan bawal 3 rasa ini sangat mudah untuk dimasak. Sesuai dijadikan lauk makan malam atau makan tengah hari.\nPertama sekali,\u00a0kita perlu menggoreng ikan yang sudah dilumur sedikit garam sehingga rangup. Bila dah siap goreng ikan, kita akan buat kuah 3 rasanya pula.\nKuah yang siap dimasak akan disiram ke atas ikan yang sudah digoreng sehingga garing tadi. Memang sangat mengiurkan!\nNampak mudah saja cara penyediaannya kan? Jom kita cuba masak menggunakan resipi di bawah.\nBaca juga: Percik Ikan Kembung Sedap \u2018Dooh\u2019, Buat Kuah Percik Sedap Guna Resipi Tradisi\nRESEPI IKAN BAWAL 3 RASA\nBahan-bahan:\n\nIkan bawal\nSos cili\nSos tomato\nSos tiram\nJus lemon\nBawang putih \u2013 diketuk\nBawang merah \u2013 dipotong dadu\nTomato \u2013 dipotong dadu\nCili \u2013 dipotong dadu\nNanas\n\nCara memasak:\n1. Bersihkan ikan bawal. Gaul dengan garam sehingga rata. Kemudian goreng ikan sehingga garing. Bila dah garing, angkat dan ketepikan sementara kita buat kuah 3 rasa pula.\n2. Tumis bawang putih yang sudah diketuk. Masukkan semua sos iaitu sos cili, sos tomato dan sos tiram.\n3. Perahkan jus lemon supaya kuah ada rasa masam.\n4. Letakkan garam serta gula secukup rasa.\n5. Akhir sekali, masukkan bawang merah, tomato dan nenas yang sudah dipotong dadu.\n6. Bila kuah dah siap, tuangkan ke atas ikan yang sudah digoreng garing tadi. Lagi sedap jika taburkan daun ketumbar ke atas ikan tadi.\n7. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!\n\nKredit: SuiSan Aliezha\nBaca juga:\u00a0Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ikan-masak-asam/", "title": "Ikan Masak Asam, Lauk Popular Waktu Sahur Yang Ringkas & Confirm Selera!", "body": "\nResepi ikan masak asam ini merupakan salah satu menu\u00a0popular\u00a0semasa di bulan Ramadan.\nMenu ini sangat membangkitkan selera, tambah lagi jika dimakan sewaktu bersahur. Sesuai juga dimasak untuk berbuka puasa.\nJika suka pedas, lebihkan cili padi dan anda juga boleh memilih untuk tidak meletakkan cili jika tak suka pedas.\nBaca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Thai, Nak Lagi Padu, Kuah Kena Pedas!\nRESEPI IKAN MASAK ASAM\nBahan-bahan:\n\nIkan kembung\nBawang merah\nBawang putih\nHalia\nAir asam jawa\nGula\nGaram\nCili padi\nCili merah besar\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih ikan. Salutkan ikan kembung dengan serbuk kunyit dan garam, lumur rata dan goreng sehingga masak. Ketepikan sementara kita buat air asamnya pula.\n\n2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dihiris sehingga naik bau.\n\n3. Kemudian masukkan air asam jawa dan air secukupnya.\n\n4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.\n5. Taburkan bawang merah yang sudah dipotong bulat.\n6. Masukkan ikan yang sudah digoreng tadi.\n\n7. Akhir sekali taburkan cili padi dan cili merah besar yang sudah dihiris.\n\n8. Biarkan menggelegak seketika dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Ameera\nBaca juga: Resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style, Ikut Sukatan Ni Pasti Menjadi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ikan-selar-rendang-padang/", "title": "Cara Masak Ikan Selar Rendang Padang, Hanya Guna 4 Bahan!", "body": "\nKalau tiada idea nak masak apa menggunakan ikan, apa kata jom cuba resepi ikan selar masak rendang Padang yang pasti membuka selera ini.\nBukan sahaja sedap, resipi ini juga hanya menggunakan 4 bahan utama\u00a0tapi hasil masakan sangat luar biasa!\nCukup ada satu hidangan ini saja sudah pasti dapat menaikkan selera anda! Hati-hati, nasi satu pinggan\u00a0confirm\u00a0tak cukup!\nBaca juga: Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin, Kena Cari & Buang \u2018Urat\u2019 Ini Sebelum Dimasak\nRESEPI IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG\nBahan-bahan:\n\n20 biji cili padi\n1 biji bawang merah besar\n3-4 ekor ikan selar\n1 keping asam gelupur/asam keping\n\nCara-cara memasak:\n1. Cuci bersih ikan dan kelar. Kemudian lumur dengan sedikit garam dan kunyit.\n2. Goreng ikan sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan.\n\n3. Tumbuk cili padi dan sebiji bawang merah besar sehingga separa lumat.\n\n4. Panaskan minyak, lebihkan sedikit untuk elak sambal hangus. \n5. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang sudah ditumbuk tadi.\n\n6. Masukkan asam keping.\n7. Masukkan garam secukupnya.\n8. Selepas sambal tadi sudah separa masak, masukkan ikan selar yang sudah digoreng tadi.\n\n9. Biarkan sebentar sehingga ikan sebati di dalam sambal. Agak-agak dah masak, sedia untuk diangkat dan dihidangkan.\n10. Siap, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Nor Shafinaz Radzuan via Rasa\nBaca juga: Resipi Ikan Bakar Asam Jawa, Makan Seekor Confirm Tak Cukup Tau!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ikan-talapia-merah-masak-masam-manis-rasa-macam-di-siam-lah/", "title": "Resepi Ikan Talapia Merah Masak Masam Manis, Rasa Macam Di Siam Lah!", "body": "\nBila tengok mak mertua makan bertambah tu, maknanya sedap lah kan? Rugi tak cuba tau!\u201d\nKalau pergi Siam, resepi ikan talapia masak masam manis merupakan antara resepi yang popular di kalangan masyarakat mereka. Kalau pergi ke kedai Siam di Malaysia pun, menu ini memang terkenal. Rasa masam dan manis daripada kuah tersebut memang membuat kita bertambah nasi la.\nJom cuba resepi mudah ikan talapia masak masam manis\nBahan-bahannya\n\nIkan Talapia merah (digoreng garing)\n4 sdb cili kisar\n3 biji bawang merah kecil (hiris)\n\n2biji bawang merah besar (hiris)\n\n2 ulas bawang putih\u00a0 (hiris)\nGaram secukupnya\n1 sdb gula pasir\nBuah mangga muda dipotong dadu\nAir kosong setengah gelas\n\n\nCara Penyediaan\n\nSiang ikan talapia dan bersihkan. Gaulkan dengan garam dan kunyit serbuk.\nPanaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Untuk elak ikan melekat, letakkan 2 asam keping dalam minyak menggoreng ikan.\nUntuk sosnya pula, panaskan sedikit minyak masak di kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah kecil sehingga naik bau.\nKemudian, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.\nMasukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kemudian tambah garam dan gula. Tumis sekejap.\nMasukkan air kosong dan bawang besar yang sudah dihiris.\nAkhir sekali, baru masukkan buah mangga potong. Masak sebentar dan boleh dituangkan atas ikan talapia yang dah siap digoreng tadi.\n\n\u00a0\nSumber: Norlinda Saim\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ikan-temenung-goreng-masak-asam/", "title": "Sedapnya Ikan Temenung Goreng Masak Asam, Kecur Air Liur!", "body": "\nJika anda tercari-cari resipi ikan yang mudah tapi lazat, jom cuba resepi ikan temenung goreng masak asam ini.\nKuahnya yang masam, manis dan pedas pasti boleh menaikkan selera sesiapa saja, terutamanya buat mereka yang hilang selera makan.\nSepinggan nasi\u00a0confirm\u00a0tak cukup, auto\u2019 berselera dibuatnya! Jom kita cuba masak menggunakan resipi di bawah.\nBaca juga: Cara Siat \u2018Jaket\u2019 Ikan Cencaru Dengan Mudah, Isi Pun Tak Tercarik!\nRESEPI IKAN TEMENUNG GORENG MASAK ASAM\nBahan-bahan:\n\n10 ekor ikan temenung\n4 biji cabai hidup dihiris nipis-nipis (banyak lagi sedap)\n2 biji bawang besar\n7 ulas bawang putih\n4 biji cabai melaka (boleh lebihkan jika suka pedas)\n2 cm halia\nAir asam jawa\nGaram\nGula\n1 sudu teh serbuk perasa\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih ikan. Kemudian kelar dan goreng mengikut selera sama ada garing ada suku masak. Angkat ikan dan ketepikan.\n\n2. Tumis cabai hidup, bawang besar, bawang putih, cabai melaka dan halia sehingga semuanya layu.\n\n3. Masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Alih-alihkan ikan sehingga bahan tumis mesra.\n4. Selepas itu, masukkan 1/2 cawan air asam jawa cair.\n5. Kemudian, masukkan 1 1/2 cawan air. Perasakan dengan garam, gula secubit dan serbuk perasa. Gaul sebati dan renehkan seketika.\n6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Hani Myhanie Ali\nBaca juga: Resipi Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Kuah Pekat & Cantik Elok\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-jemput-malas/", "title": "Resipi Jemput Malas, Cicah Pula Dengan Kuah Lada Memang Padu!", "body": "\nResepi jemput malas ini sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi.\u00a0Dalam bahasa Kelantan, kudapan ini dipanggil dengan nama \u2018jeput malah\u2019 atau \u2018colek malah\u2019.\nCara membuatnya juga sangat senang, hanya kacau, perapkan seketika dan boleh terus goreng.\u00a0Yang penting, kuah lada untuk dicicah dengan jemput malas perlu betul-betul sedap.\nIkut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak\nRESEPI JEMPUT MALAS\nBahan-bahan jemput malas:\n\n4 cawan tepung\n1 genggam udang geragau\n1 ikat kangkung\n1/2 sudu makan yis\nSedikit garam\nSedikit serbuk kunyit\n\nBahan sampingan:\n\nKeropok goreng\nTimun batang\n\nCara-cara membuat jemput malas:\n1. Dalam mangkuk, satukan tepung, kangkung, udang geragau, yis, serbuk kunyit dan garam.\n2. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul gaul sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan terlalu pekat.\n3. Perap selama 1 jam dan sedia untuk digoreng menggunakan api sederhana besar.\n\n4. Biarkan sedikit garing. Angkat dan toskan minyak.\n\n5. Potong dan letakkan di dalam pinggang. Taburkan hirisan timun dan keropok yang sudah diramas.\n\nBahan-bahan kuah colek malas:\n\n6 tangkai cili kering\n5 ulas bawang putih\nGula dan garam\n1 keping nisan\n1 senduk kecil cuka makan\nKacang tanah goreng ditumbuk kasar\n\nCara-cara:\n1. Kisar cili kering dan bawang putih sehingga halus. Kemudian masukkan dalam periuk dan tambahkan air serta gula mengikut tahap kemanisan yang disukai. Letakkan juga garam dan cuka.\n2. Kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih. Masukkkan nisan dan masak lagi sehingga mendidih.\n3. Masukkan juga kacang tanah yang sudah ditumbuk kasar. Tambahkan apa yang perlu sehingga rasanya cukup masam dan manis.\n4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama colek malas tadi. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar\nBaca juga: Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Sekejap Je Dah Siap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kacang-kuda-pedas-ikan-bilis-makan-sekali-pasti-nak-lagi/", "title": "Resepi Kacang Kuda Pedas Ikan Bilis, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!", "body": "Kalau korang seorang yang suka mengunyah dan wajib ada snek pada bila-bila masa sahaja, korang boleh cuba kepada snek yang lebih sihat iaitu kacang kuda pedas. Rasa dia pedas dan manis sesuai untuk seisi keluarga korang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di Facebook.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n30 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKACANG KUDA PEDASKalau korang seorang yang suka mengunyah dan wajib ada snek pada bila-bila masa sahaja, korang boleh cuba kepada snek yang lebih sihat iaitu kacang kuda pedas. Rasa dia pedas dan manis sesuai untuk seisi keluarga korang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nBawang merah \u2013 dimayang\n\nBawang putih \u2013 dimayang\n\nDaun kari\n\nBiji sawi\n\nIkan bilis\n\nCili mesin\n\nGula\n\nGaram secukup rasa\n\nMinyak untuk menumis\n\nKacang kuda (rendam semalaman dan rebus hingga empuk)\n\nKredit : Zuraini Mat ArshadCARA PENYEDIAAN\nPanaskan minyak. Tumis bawang merah, ikan bilis dan bawang putih bersama daun kari dan biji sawi.\n\nMasukkan cili mesin dan gula. Kacau hingga pecah minyak.\n\nMasukkan kacang kuda. Tabur garam dan suaikan rasa. Gaul sebati dan siap.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kari-kambing/", "title": "Lelaki Ini Kongsi Resipi Kari Kambing Paling Simple, Mudah Yakmat!", "body": "\nNak tahu resepi kari kambing paling mudah dan sedap? Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah di bawah.\nBerbeza dengan kari yang biasa kita buat, cara ini tidak menggunakan santan sebaliknya digantikan dengan yogurt asli.\nTengok gambar pun dah nampak mengiurkan! Kalau dapat makan memang sedap. Jom sama-sama cuba ya, semoga bermanfaat!\nBaca juga: Cara Masak \u2018Kari Ayam Versi Nepal\u2019 Tanpa Guna Santan, Ganti Yogurt Lagi Sedap Berlemak\nResepi Kari Kambing Paling Mudah\nBahan-bahan:\n\n300-500gm ketulan daging kambing\n5 ulas bawang merah dihiris nipis*\n3 ulas bawang putih dihiris nipis*\n1 kulit kayu manis*\n2 kuntum bunga lawang*\n3 kuntum bunga cengkih*\n5 biji buah pelaga*\n3 tangkai daun kari*\n1 bungkus rempah kari daging Cap O\n130gm atau 1 cawan yogurt\n3 biji kentang dibelah 4 jika ada\n1 biji tomato dibelah 8 jika ada\n\nCara-cara:\n1. Bancuh rempah kari dengan sedikit air jadikan pes, masukkan kambing dan gaul sebati.\u00a0\n\n2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda (*) sehingga harum dan masukkan kambing tadi.\n\n3. Kacau sebati dan tambah secawan air. Tutup periuk dan biarkan kambing masak.\n\n4. Kemudian boleh tambah secawan air lagi dan masukkan kentang (kalau tak ada kentang pun tidak mengapa), biar kentang empuk kemudian masukkan yogurt.\n\n5. Kacau sebati dan masukkan tomato dan garam. Tutup api.\n\nSiap, selamat mencuba!\n\nKredit: Khairul Abdullah\nBaca juga: Jom Buat Kambing Peratal, Sedap Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kek-batik-indulgence/", "title": "Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim", "body": "\nPasti ramai dah biasa makan kek batik kan? Apa kata kali ini kita cuba Resepi Kek Batik Indulgence pula.\nBiasanya kita makan kek batik yang \u2018kosong\u2019 saja, berbeza dengan kek batik versi ini kerana ia ada tambahan lagi 2 lapisan. 2\u00a0lapisan tersebut adalah cream cheese dan coklat ganache.\u00a0\nIkut saja resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh Muhammad Ali di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak\nKek batik ini ada 3 lapisan:\n\nKek batik\u00a0\nCream cheese\nCoklat ganache\n\n1- RESEPI KEK BATIK INDULGENCE\nBahan-bahan:\n\n4 biji telur\n200g butter (kalau guna marjerin atau buttercup akan sedikit masin)\n300g biskut marie\n3 sudu makan serbuk coklat (bancuh dengan air panas)\n2 sudu makan gula\n2 sudu makan susu pekat\nSecubit garam (kalau guna marjerin atau buttercup, tak perlu letak)\n\nCara-caranya:\n1. Panaskan butter sehingga cair. Kemudian masukkan semua bahan kecuali biskut.\n2. Telur masukkan sambil gaul. Gaul sehingga pekat.\n3. Bila dah pekat, tutup api. Biarkan 2 hingga 3 minit baru masukkan biskut.\n4. Gaul rata sehingga semuanya bersalut rata.\n5. Isi dalam loyang 7 inci dan mampatkan.\n6. Sejukkan dalam peti ais selama 30 hingga 40 minit.\n\n2- RESIPI CREAM CHEESE\nBahan-bahan:\n\n120g whipping cream\n40 gram gula kastor\nSetengah sudu kecil esen vanilla\n250g cream cheese\nGelatin 10 gram + 40ml air panas (jika suka boleh letak. Gelatin sedikit kenyal bila dimakan. Tujuan gelatin supaya potongan lebih cantik dan struktur lebih kukuh. Larutkan gelatin dan air panas sehingga mencair)\n\nCara-cara:\n1. Masukkan bahan-bahan di atas kecuali whipping cream dan gelatin ke dalam mixer.\n2. Pukul sehingga rata dan baru masukkan whipping cream serta gelatin.\n3. Sambung pukul sekejap dan tuangkan ke atas kek batik tadi.\n4. Sejukkan dalam peti ais selama satu jam.\n\n3- RESIPI COKLAT GANACHE\nBahan-bahan:\n\n100g whipping cream\n100g dark chocolate\nSatu sudu kecil butter\n\nCara-cara:\n1. Double boil semua bahan-bahan di atas. Bila dah sebati, biarkan suam sebelum dituangkan ke atas lapisan cream cheese tadi.\n\n2. Sejukkan semalaman di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.\n3. Selamat mencuba!\n\nKredit: Muhammad Ali\nBaca juga: Ibu Kongsi Cara Buat Kek Batik Versi Lembut & Chewy, Anak-Anak Pasti Suka!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kek-carrot/", "title": "Cara Buat Kek Carrot Tanpa Guna Penimbang, Tapi Gerenti Jadi!", "body": "\nJom cuba resepi kek carrot untuk menyambut hari jadi orang tersayang. Tak lengkap kalau tak ada kek pada hari istimewa mereka.\nBagi setiap orang, sambutan hari lahir merupakan hari yang paling menggembirakan. Bermula dari nyanyian lagu, kemudian sesi memotong kek menjadi kewajipan bagi meraikan pertambahan usia.\nJika sebelum ini hanya beli kek di kedai bakeri saja, kali ini apa kata kita cipta kelainan dengan membuat sendiri kek hari lahir di rumah.\nBaca juga: Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim\nRESEPI KEK CARROT GUNA SUKATAN CAWAN\n\nBahan-bahan A:\n\n4 biji telor\n1 cawan gula perang\n1 sudu besar ovalette\n1 cawan minyak\n\nBahan-bahan B:\n\n2 cawan tepung gandum\n1 sudu kecil soda bikarbonat\n1 sudu kecil baking powder\n1 sudu kecil serbuk kayu manis\n\nBahan-bahan lain:\n\nWalut \u2013 dibakar sekejap\nGajus \u2013 dibakar sekejap\n2 cawan lobak merah parut\n\nBahan-bahan topping:\n\nCheese\nSusu pekat manis 1/2 cawan\nButtercup 1/2\nGula aising 2 sudu besar\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan-bahan A kecuali minyak. Pukul menggunakan mixer sehingga kembang. Kemudian baru masukkan minyak dan pukul lagi.\n\n2. Masukkan bahan-bahan B yang sudah diayak. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan A tadi. Pukul sekejap sehingga sebati.\n\n3. Seterusnya, masukkan walnut dan gajus sudah dibakar serta lobak merah yang sudah diparut. Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang.\n\n4. Bakar di dalam oven pada suhu 160\u00b0C selama 1 jam 20 minit atau sehingga kek masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.\n\n5. Untuk topping, satukan cheese, susu pekat manis, buttercup dan gula aising. Pukul semuanya sehingga kembang. Kemudian letakkan topping ke atas kek yang sudah dibakar, ratakan kesemua permukaan.\n6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Surina Abadi\nBaca juga: Jom Cuba Resipi Kek Cheese 4 Bahan Ini. Tekstur Sangat Gebu & Ringan Seakan Kapas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kek-cheese-4-bahan/", "title": "Jom Cuba Resipi Kek Cheese 4 Bahan Ini. Tekstur Sangat Gebu & Ringan Seakan Kapas!", "body": "\nMudahnya resepi kek cheese ini, hanya guna 4 bahan tapi hasilnya sangat sedap. Malah teksturnya juga ringan dan gebu seakan kapas bila dimakan!\nTak rugi jika kita belajar cara membuat kek keju ni. Kalau beli, harganya boleh tahan mahal juga, lebih berbaloi-baloi kalau buat sendiri di rumah.\nIkut saja cara-cara yang dikongsikan oleh Nurul Athira di bawah. Sesuai dimakan bersama seisi keluarga ataupun untuk dihidangkan kepada tetamu.\nBaca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak\nResepi Kek Cheese 4 Bahan\nBahan-bahan:\n\n250gm krim keju\n250gm susu pekat manis\n5 biji telur\n1/2\u00a0cawan tepung gandum\n\nCara-cara:\n1. Asingkan putih dan kuning telur. Pastikan tidak bercampur.\n2. Pukul putih telur hingga kental dan bertanduk (soft peak. Cara nak tahu, bila terbalikkan bekas, meringue tidak jatuh.)\n\n3. Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama susu pekat manis sampai kembang.\n4. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi sampai sebati.\n5. Akhir sekali, masukkan tepung. Kaup balikkan sampai sebati.\n 6. Tuang bancuhan krim keju ke dalam bekas putih telur. Kaup balik guna spatula hingga sebati.\n7. Ambik acuan, lapik\u00a0baking paper\u00a0dan tuang adunan.\n8. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut oven masing-masing.\n\n9. Bila masak, keluarkan kek dari acuan dan sedia untuk dinikmati.\n\nKredit resipi & foto:\u00a0Nurul Athira\nBaca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus Basah-Basah Gebu, Guna Sukatan Cawan Pasti Jadi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kek-lapis-pelangi-viral-yang-korang-kena-cuba-gebu-lembut-memang-terliur-lah-2/", "title": "Resepi Kek Lapis Pelangi Viral Yang Korang Kena Cuba. Gebu & Lembut, Memang Terliur Lah!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-26 15:54:22\n\n\nMesti ramai yang teringin nak buat kek lapis, tapi bila fikir-fikir macam susah sangat! Memandangkan kek lapis selalunya dibuat di Sarawak, ramai yang rasa kalau buat sendiri mesti rasanya lain. Tapi jangan risau, Hari ini kita akan cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di Facebook. Ikut je langkah yang disediakan dan pasti menjadi. Malahan lebih cantik. Jangan risau, kalau tahu tips dan tekniknya, ia tidaklah sesukar yang anda sangkakan.\n\u00a0\n\nKredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n500g cream cheese \n200g mentega\n10 biji telur\n100g susu manis/susu pekat\n170g gula halus\n1 sudu besar ovellate\n1 sudu kecil lemon oil\n1 sudu besar jus lemon\n310g tepung hongkong (diayak) *pakai tepung pau \nJem/filling pilihan secukupnya\nPewarna pelangi\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nCara-cara:\nLangkah\u00a01\n\nPutar cream cheese, mentega, susu manis, gula halus sehingga kembang *saya tak guna gula tapi gantikan 1 tin susu manis\nMasukkan ovellate dan putar sebati\nMasukkan telur satu persatu dan putar sebati\nMasukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sehingga sebati, tiada ketulan atau lebihan serbuk tepung. Sama juga dengan bahan-bahan yang saya tambah seperti Horlicks dan susu tepung.\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nLangkah 2\n\nTimbang dan bahagikan kepada 2 bahagian\nBahagian A : warna putih (saya biarkan saja warna asli cheese)\nBahagian B : 7 warna pelangi + filling pilihan (saya sapukan filling di lapisan violet,hijau dan oren.\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nLangkah\u00a03\nBakar selama 7-9 minit pada suhu bersesuaian dengan oven anda dan jangan lupa mampatkan dengan berhati-hati.\nKalau ada lebihan adunan, buatlah corak kesukaan anda.\n\u00a0\n\nKredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kek-lapis-pelangi-viral-yang-korang-kena-cuba-gebu-lembut-memang-terliur-lah/", "title": "Resepi Kek Lapis Pelangi Viral Yang Korang Kena Cuba. Gebu & Lembut, Memang Terliur Lah!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-26 15:54:22\n\n\nMesti ramai yang teringin nak buat kek lapis, tapi bila fikir-fikir macam susah sangat! Memandangkan kek lapis selalunya dibuat di Sarawak, ramai yang rasa kalau buat sendiri mesti rasanya lain. Tapi jangan risau, Hari ini kita akan cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di Facebook. Ikut je langkah yang disediakan dan pasti menjadi. Malahan lebih cantik. Jangan risau, kalau tahu tips dan tekniknya, ia tidaklah sesukar yang anda sangkakan.\n\u00a0\n\nKredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n500g cream cheese \n200g mentega\n10 biji telur\n100g susu manis/susu pekat\n170g gula halus\n1 sudu besar ovellate\n1 sudu kecil lemon oil\n1 sudu besar jus lemon\n310g tepung hongkong (diayak) *pakai tepung pau \nJem/filling pilihan secukupnya\nPewarna pelangi\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nCara-cara:\nLangkah\u00a01\n\nPutar cream cheese, mentega, susu manis, gula halus sehingga kembang *saya tak guna gula tapi gantikan 1 tin susu manis\nMasukkan ovellate dan putar sebati\nMasukkan telur satu persatu dan putar sebati\nMasukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sehingga sebati, tiada ketulan atau lebihan serbuk tepung. Sama juga dengan bahan-bahan yang saya tambah seperti Horlicks dan susu tepung.\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nLangkah 2\n\nTimbang dan bahagikan kepada 2 bahagian\nBahagian A : warna putih (saya biarkan saja warna asli cheese)\nBahagian B : 7 warna pelangi + filling pilihan (saya sapukan filling di lapisan violet,hijau dan oren.\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nLangkah\u00a03\nBakar selama 7-9 minit pada suhu bersesuaian dengan oven anda dan jangan lupa mampatkan dengan berhati-hati.\nKalau ada lebihan adunan, buatlah corak kesukaan anda.\n\u00a0\n\nKredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kek-oreo-ganache-tanpa-tepung-sangat-mudah-tak-perlu-pakai-oven-pun/", "title": "Resepi Kek Oreo Ganache Tanpa Tepung, Sangat Mudah & Tak Perlu Pakai Oven Pun!", "body": "Kek Oreo Ganache tanpa tepung yang creamy dan penuh dengan rasa coklat, sedap sangat kalau makan sejuk-sejuk. Siapa yang suka sangat coklat dan oreo boleh cuba resepi ni. Confirm tak cukup kalau makan sepotong. Kek Oreo Ganache ni tanpa telur, tak perlu guna oven dan juga tak perlu guna tepung.\u00a0 Jadi mari kita cuba resepi Kek Oreo Ganache yang dikongsikan oleh Tyra Manan di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANPencuci Mulut\nTAHAP KESUKARANMudah\nResepi Kek Oreo Ganache Tanpa TepungKek Oreo Ganache tanpa tepung yang creamy dan penuh dengan rasa coklat, sedap sangat kalau makan sejuk-sejuk. Siapa yang suka sangat coklat dan oreo boleh cuba resepi ni. Confirm tak cukup kalau makan sepotong. Kek Oreo Ganache ni tanpa telur, tak perlu guna oven dan juga tak perlu guna tepung.\u00a0 Jadi mari kita cuba resepi Kek Oreo Ganache yang dikongsikan oleh Tyra Manan di Facebook.\n\nKredit: Tyra Manan\nBAHAN-BAHAN KEK\nBiskut Oreo \u2013 500gm\n\nSusu Coklat \u2013 400ml\n\nKredit: Tyra Manan\n\nKredit: Tyra Manan\nCARA-CARA\nCampur je dua-dua bahan dalam blender dan blend sampai hancur dan sebati.\n\nMasukkan dalam loyang yang dah sapu dengan butter sikit, lepastu kukus selama 25-30 minit.\n\nBila kek ni dah masak, rupa dia memang tak berapa nak cantik sangat. Tapi jangan risau, kita nak touch up\u00a0dengan choc ganache\n\nKredit: Tyra Manan\nBAHAN CHOC GANACHE\nDark chocolate \u2013 200gm\n\nSusu Segar \u2013 100ml\n\nButter \u2013 1tbsp\nCARA PENYEDIAAN\nCairkan chocolate dan butter guna kaedah double boil. Bila chocolate dah betul-betul cair baru masukkan susu.\n\nTunggu kek dah sejuk sikit baru curah atas kek dan sedia dihidangkan.\n\nKredit: Tyra Manan\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kek-sarang-semut/", "title": "Resipi Kek Sarang Semut, \u2018First Time\u2019 Buat Pun Pasti Menjadi!", "body": "\nPasti ramai yang suka makan kek sarang semut\u00a0kan? Jika sebelum ini selalu beli saja, kali ini apa kata jom kita cuba buat sendiri.\nTak susah pun nak buat. Yang penting tak perlu peram adunan, jimat masa! Lepas siap putar, dah boleh bakar.\nWalaupun tak peram, \u2018sarang\u2019 pada kek tetap menjadi elok. Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Cik Yatie\u00a0di bawah.\nBaca juga: Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim\nRESEPI KEK SARANG SEMUT\nBahan-bahan:\n\n3 sudu planta\n1 cawan gula\n1 cawan air panas\n1 cawan tepung gandum\n\u00bd sudu soda bikarbonat\n1 cawan susu (kalau tak suka manis, kurangkan)\n4 biji telur gred B\n1 sudu esen vanilla\n\nCara-cara:\n1.\u00a0Cairkan gula sehingga menjadi karamel. Kemudian tambahkan 1 cawan air panas dan 3 sudu butter/marjerin. Biarkan sehingga butter larut. Kalau suka pahit, masak lama sedikit. Tutup api, ketepikan dan biarkan sejuk.\n2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, susu, telur dan esen vanilla.\n3. Pukul semua bahan menggunakan\u00a0whisk\u00a0sehingga semuanya sebati.\n4. Kemudian tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci.\n5. Sedia untuk dibakar menggunakan oven pada suhu 160\u00b0C. Bakar guna api bawah selama 45 minit, kemudian bakar guna api atas selama 15 minit.\n\n6. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Cik Yatie\nBaca juga: Jom Cuba Resipi Kek Cheese 4 Bahan Ini. Tekstur Sangat Gebu & Ringan Seakan Kapas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kek-span-unik-nampak-sama-tapi-bukan-dia-gebu-sangat-menyelerakan-2/", "title": "Resepi Kek Span Unik, Nampak Sama Tapi Bukan Dia! Gebu & Sangat Menyelerakan", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-03 04:37:01\n\n\nKek Span adalah antara kek yang sangat mudah dan sedap untuk dibuat. Selalunya kek span dibuat berwarna-warni dan berbagai rasa tetapi lain pula untuk resepi kali ini. Resepi kali ini adalah resepi kek span tetapi versi span basuh pinggan. Kek Span basuh pinggan ni nampak pelik tetapi sebenarnya agak sedap dan unik. Jadi mari kita cuba resepi Kek Span Basuh Pinggan yang dikongsikan oleh Sajid Al Hafiz di kumpulan Cara Mudah Buat Kek di Facebook.\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 biji telur A\u00a0\n1/2 cawan gula halus\n1 sudu kecil ovalet\n1 sudu kecil esen vanila\n2 sudu besar susu cair\n1 sudu besar susu pekat\n1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayakkan)\u00a0\n1/2 cawan butter/marjerin suam yg dicairkan (cairkan butter kemudian sukat 1/2 cawan)\n\n\u00a0\n\nKredit: Sajid Al Hafiz\n\u00a0\nCara-cara:\n\nPukul guna mixer semua bahan di atas kecuali butter cair. Pukul adunan sampai kembang dan jadi warna putih.\u00a0\nLepas adunan dah kembang, masukkan butter cair & mix perlahan sekejap je sampai sebati.\u00a0\nBahagikan adunan untuk warna hijau dan kuning. Pastikan adunan kuning lagi banyak dari adunan hijau.\u00a0\nBakar suhu 150c 40 minit. Keluarkan adunan hijau selepas 30 minit. Cucuk dulu dengan lidi untuk tahu dah masak atau tidak. Teruskan bakar adunan kuning sampai masak. Suhu & masa bergantung pada oven masing-masing.\nSejukkan kek atas redai. Potong kek ikut saiz dan ketebalan yang diinginkan.\u00a0\nSapu sedikit madu atas kek kuning untuk lekatkan bersama kek hijau.\u00a0\nDah lekat biar sekejap pastu boleh la potong cantik-cantik.\n\n\u00a0\n\nKredit: Sajid Al Hafiz\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Sajid Al Hafiz\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kek-span-unik-nampak-sama-tapi-bukan-dia-gebu-sangat-menyelerakan/", "title": "Resepi Kek Span Unik, Nampak Sama Tapi Bukan Dia! Gebu & Sangat Menyelerakan", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-03 04:37:01\n\n\nKek Span adalah antara kek yang sangat mudah dan sedap untuk dibuat. Selalunya kek span dibuat berwarna-warni dan berbagai rasa tetapi lain pula untuk resepi kali ini. Resepi kali ini adalah resepi kek span tetapi versi span basuh pinggan. Kek Span basuh pinggan ni nampak pelik tetapi sebenarnya agak sedap dan unik. Jadi mari kita cuba resepi Kek Span Basuh Pinggan yang dikongsikan oleh Sajid Al Hafiz di kumpulan Cara Mudah Buat Kek di Facebook.\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 biji telur A\u00a0\n1/2 cawan gula halus\n1 sudu kecil ovalet\n1 sudu kecil esen vanila\n2 sudu besar susu cair\n1 sudu besar susu pekat\n1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayakkan)\u00a0\n1/2 cawan butter/marjerin suam yg dicairkan (cairkan butter kemudian sukat 1/2 cawan)\n\n\u00a0\n\nKredit: Sajid Al Hafiz\n\u00a0\nCara-cara:\n\nPukul guna mixer semua bahan di atas kecuali butter cair. Pukul adunan sampai kembang dan jadi warna putih.\u00a0\nLepas adunan dah kembang, masukkan butter cair & mix perlahan sekejap je sampai sebati.\u00a0\nBahagikan adunan untuk warna hijau dan kuning. Pastikan adunan kuning lagi banyak dari adunan hijau.\u00a0\nBakar suhu 150c 40 minit. Keluarkan adunan hijau selepas 30 minit. Cucuk dulu dengan lidi untuk tahu dah masak atau tidak. Teruskan bakar adunan kuning sampai masak. Suhu & masa bergantung pada oven masing-masing.\nSejukkan kek atas redai. Potong kek ikut saiz dan ketebalan yang diinginkan.\u00a0\nSapu sedikit madu atas kek kuning untuk lekatkan bersama kek hijau.\u00a0\nDah lekat biar sekejap pastu boleh la potong cantik-cantik.\n\n\u00a0\n\nKredit: Sajid Al Hafiz\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Sajid Al Hafiz\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kerabu-jantung-pisang-kerang-udang-rasanya-yang-unik-menyelerakan-2/", "title": "Resepi Kerabu Jantung Pisang Kerang Udang, Rasanya Yang Unik & Menyelerakan", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-14 07:45:47\n\n\nDah bosan dengan kerabu mangga? Nak rasa kerabu lain yang lebih sedap? Cubalah resepi Kerabu Jantung Pisang Kerang Udang. Sangat sedap dan rasanya yang berlemak\u00a0memang terangkat.\u00a0Jadi apa tunggu lagi? Mari cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di Facebook. Selamat Mencuba!\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1 biji jantung pisang\nKerang segar direbus (jumlah ikut suka)\nUdang segar (direbus sekejap saja,ambil sedikit airnya)\n2 biji tomato dipotong dadu\n2 biji bawang besar dihiris\nCili api/padi (ikut tahap kepedasan)\n2 biji limau nipis/kasturi (ikut selera)\n2 inci belacan bakar/goreng\n2 helai daun limau purut dihiris nipis\nSedikit kerisik\nSantan kelapa\nGaram dan gula secukup rasa\n\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKopek jantung pisang,ambil bahagian lembut sahaja. Hiris kasar ke dalam air mendidih di dalam periuk. Bila dah lembut,masukkan/bilas dalam air bersih sejuk dan toskan kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar bersama semua bahan lain.\nTuang santan,perah asam limau dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata semua bahan dan siap untuk dihidangkan.\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kerabu-jantung-pisang-kerang-udang-rasanya-yang-unik-menyelerakan/", "title": "Resepi Kerabu Jantung Pisang Kerang Udang, Rasanya Yang Unik & Menyelerakan", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-14 07:45:47\n\n\nDah bosan dengan kerabu mangga? Nak rasa kerabu lain yang lebih sedap? Cubalah resepi Kerabu Jantung Pisang Kerang Udang. Sangat sedap dan rasanya yang berlemak\u00a0memang terangkat.\u00a0Jadi apa tunggu lagi? Mari cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di Facebook. Selamat Mencuba!\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1 biji jantung pisang\nKerang segar direbus (jumlah ikut suka)\nUdang segar (direbus sekejap saja,ambil sedikit airnya)\n2 biji tomato dipotong dadu\n2 biji bawang besar dihiris\nCili api/padi (ikut tahap kepedasan)\n2 biji limau nipis/kasturi (ikut selera)\n2 inci belacan bakar/goreng\n2 helai daun limau purut dihiris nipis\nSedikit kerisik\nSantan kelapa\nGaram dan gula secukup rasa\n\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKopek jantung pisang,ambil bahagian lembut sahaja. Hiris kasar ke dalam air mendidih di dalam periuk. Bila dah lembut,masukkan/bilas dalam air bersih sejuk dan toskan kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar bersama semua bahan lain.\nTuang santan,perah asam limau dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata semua bahan dan siap untuk dihidangkan.\n\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\n\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kerabu-mangga-letak-budu/", "title": "Baru Tahu Kerabu Mangga Letak \u2018Budu\u2019 Rupanya Lagi Sedap, Ini Resipinya!", "body": "\nAnda wajib cuba resepi kerabu mangga yang lain dari lain ini. Resipi ini sedikit unik kerana ada penggunaan \u2018budu\u2019 yang jarang ditemui pada resipi lain.\nKerabu mangga yang ditambah dengan budu sememangnya lebih \u2018padu\u2019. Lengkap dengan rasa masam, manis dan masin yang mengiurkan!\nMakan pula dengan nasi panas dan ikan goreng, tak perlu lauk lain dah! Confirm\u00a0sampai tak toleh kiri dan kanan. Jom kita cuba!\nBaca juga: Kerabu Taugeh Air, Macam Cara Orang Dulu Dulu Guna Resipi Ini\nRESEPI KERABU MANGGA LETAK BUDU\nBahan-bahan:\n\n12 biji mangga epal muda (yang sedang-sedang masak, senang nak sagat)\n5 batang bunga kantan\n5 biji bawang besar\n20 batang cili padi biasa, merah+hijau (tak guna cili kampung, takut pedas sangat)\n12 biji limau kasturi\nBudu cap ketereh (rujuk pada gambar)\n2 senduk gula (kemanisan mangga juga mempengaruhi)\n\nCara-cara:\n1. Sagat 12 biji mangga epal. Guna penyagat seperti yang dalam gambar untuk dapatkan hasil racikkan yang halus. Baru sedap nak kunyah.\n\n2. Racik halus dan secara memanjang-manjang. Jangan buat pendek-pendek, tak cantik hasilnya nanti.\n\n3. Masukkan bawang besar yang dipotong melintang untuk dapatkan potongan bawang yang memanjang, bunga kantan, cili padi warna warni supaya nampak cantik dan gula. Gunting atau potong semua bahan secara nipis-nipis.\n4. Masukkan air limau yang sudah diperah dan dibuang bijinya. Tetapi kulit limau jangan dibuang, gunting halus-halus kulitnya, masuk sekali. Lagi sedap.\n\n5. Goncang budu,\u00a0kemudian masukkan satu botol budu ke dalam mangga tadi. Budu cap ketereh ini boleh dikatakan paling sedap. \nAda orang suka letak udang kering. Tak nak letak budu pun terpulang. Tapi percayalah, letak budu, confirm rasa ketagih nak makan lagi.\n\n6.\u00a0Gaul semuanya sampai sebati dan sekata. Kalau rasa kurang manis, tambah gula, nak pedas tambah cili padi. Boleh ubah ikut cita rasa masing-masing.\n\n7. Akhir sekali, masukkann dalam bekas yang sesuai untuk disimpan di dalam peti sejuk. Keesokannya, boleh makan dengan nasi panas dan ikan goreng. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Aqida Hassan\nBaca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kerang-bakar-ala-parameswara/", "title": "Resipi Kerang Bakar Parameswara, Terus Teringat Waktu Makan Di Melaka", "body": "\nJom cuba resepi kerang bakar ala di medan Parameswara, Melaka.\u00a0Siapa yang pernah merasainya pasti tahu betapa sedap dan lazatnya menu ini.\nBila rasa teringin nak makan, kenalah buat sendiri di rumah. Takkan nak pergi jauh ke Melaka semata-mata untuk menikmati sepinggan kerang bakar kan?\nIkut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Saudari Aisyah Humaira di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Cara Masak Ikan Bakar Guna Kuali. Tak Hangus, Tak Melekat & Masak Sempurna\nRESEPI KERANG BAKAR ALA MEDAN PARAMESWARA DI MELAKA\nBahan-bahan:\n\n1kg kerang \u2013 dicuci bersih\nAluminium foil\nDaun pisang\nBeberapa tangkai daun kesum\n\nBahan-bahan kisar:\n\n4 sudu besar cili kering yang telah dikisar atau cili boh\n2 biji buah keras\n6 biji bawang besar\n4 ulas bawang putih\n2 batang serai\n2 hiris lengkuas\n1 inci kunyit\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan-bahan kisar di atas kecuali cili kisar. Kemudian tumiskan bersama cili kisar sehingga pecah minyak seperti masak sambal.\n\n2. Bila dah pecah minyak, masukkan daun kesum, garam, gula dan ajinamoto secukup rasa. Ketepikan.\n\n3. Masukkan ke dalam bekas aluminium foil yang dilapik dengan daun pisang.\n\n4. Bakar selama 5 minit pada suhu 170\u2103 atau sehingga masak. Boleh juga terus masak dalam kuali, gaul kerang bersama perencah sambal.\n5. Siap kerang bakar ala di medan Parameswara, Melaka. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira\nBaca juga:\u00a0Buat Sendiri Sotong Bakar Macam Di Kedai, Sama Sedap & Lagi Jimat\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kerepek-biji-durian/", "title": "Resipi Kerepek Biji Durian, Nampak Pelik Tapi Sedap Tau!", "body": "\nPernah tak makan kerepek biji durian? Nampak macam pelik, tapi sebenarnya rasa kerepek ini sangat sedap. \nSekarang musim durian tengah banyak dan murah, bolehlah kita cuba buat kerepek yang unik ini.\nJadi selepas ini jangan buang biji durian ya, boleh diguna untuk dijadikan kerepek yang enak.\nCara penyediaanya juga cukup mudah, malah tidak memerlukan banyak bahan. Jom cuba!\nBaca juga: Kerepek Pisang Mudah Guna 3 Bahan. Cukup Rasa Lemak, Masin & Rangup\nCARA BUAT KEREPEK BIJI DURIAN\nBahan-bahan:\n\nBiji durian\nAir garam\nMinyak masak untuk menggoreng\n\nCara memasak:\n1. Bersihkan biji durian. Jika rajin, boleh kikis kulit berwarna coklat. Jika tidak, boleh dibiarkan sahaja. Rendam biji durian dalam air garam semalaman.\n\n2. Pada keesokan hari, sagat biji durian secara nipis-nipis.\n\n3. Bila siap disagat, biarkan biji durian tadi selama 1-2 jam. Kemudian boleh goreng dalam minyak menggunakan api sederhana perlahan. Hirisan biji durian agak mengambil masa untuk garing. Pastikan selalu dikacau.\n\n4. Kerepek menunjukkan tanda-tanda sudah masak apabila ia berasa ringan ketika dikacau. Bolehlah angkat dan toskan minyaknya.\n\nKredit resipi & gambar: Rozana Hashim\nBaca juga: Kerepek Peria Garing Rangup, Ikut Cara Ni Takkan Rasa Pahit Sedikit Pun\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi \u2018Durian Crepe Gebu\u2019, Pertama Kali Buat Pun Menjadi & Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-khanom-pheak-phun/", "title": "Sedap Macam Kaswi Pandan, Ini Tips Kuih \u2018Khanom Pheak Phun\u2019 Cantik Berkilat!", "body": "\nResepi khanom pheak phun ini semakin terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia sejenis manisan dari Thailand yang sangat sedap. Rasanya juga boleh dikatakan sama seperti kaswi pandan.\nMenurut perkongsian oleh empunya resipi, Farida Eida, proses penyediaan kuih ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Lebih \u2013 lebih lagi jika ingin jadikan kuih ini cantik dan berkilat, kita kena kacau lama-lama di atas dapur.\nKuih ini juga sesuai dimakan bersama santan, nak makan dengan kelapa parut pun boleh. Ikut suka atas selera masing-masing.\nBaca juga: Resipi Dessert Thai \u2018Ruam Mitr\u2019, Kenyal-Kenyal Macam Boba!\nRESEPI KHANOM PHEAK PHUN\n\nBahan-bahan:\n\n280gm tepung beras\n108gm tepung ubi\n200gm gula somtam\n200gm gula pasir\n1 sudu teh garam\n500ml air kapur\n1 liter air daun pandan\n\nCara-cara:\n1. Masukkan semua bahan. Kacau-kacau bagi gula semua hancur.\n2. Bila dah hancur semua, tapiskan. Masukkan dalam periuk, buka api.\n3. Kacau sampai masak. Pastikan guna api perlahan ye. Saya kacau selama 1 jam 30 minit. Kacau sampai jadi berkilat.\n4. Nak tekan guna acuan macam acuan kuih tart boleh atau nak potong macam bentuk kuih talam pun boleh.\n\n\n5. Kuih ini boleh dimakan dengan kepala santan atau kelapa parut pun boleh. Ikut suka atas selera masing-masing.\n\nTips:\n\nKuih akan nampak berkilat secara semula jadi.Tak perlu sapu minyak pun. Tapi dengan syarat, kacau bagi lama sebab tu guna gula somtam. Dia macam kaswi juga, tapi yang ni berbeza.\nKalau nak guna acuan, buat ketika adunan masih panas atau suam supaya senang nak tekan.\n\nKredit resipi: Farida Eida\nBaca juga: Kuih Kaswi Gula Merah, Kuih \u2018Lejen\u2019 Yang Tak Jemu Dimakan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kimbap-homemade-yang-patut-korang-cuba-terutamanya-buat-penggemar-makanan-korea/", "title": "Resepi Kimbap Homemade Yang Patut Korang Cuba Terutamanya Buat Penggemar Makanan Korea", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-15 04:17:36\n\n\nKimbap adalah makanan Korea yang diperbuat daripada nasi putih dan ditambah dengan bermacam bahan dan digulung dalam lapisan seaweed kering (kim/gim). Kira macam nasi gulung la ni.\u00a0\u00a0Korea ada kimbap, Jepun pula ada sushi. Bezanya, nasi kimbap ditambah dengan\u00a0minyak bijan, sushi pula ditambah vinegar. Inti pun berbeza.\n\u00a0\nTetapi, disebabkan semenjak kenaikan kes Covid-19, mungkin banyak restoran yang menghadkan menu dan waktu operasi dan menyebabkan ada antara anda yang tak dapat menikmati juadah kegemaran ini. Jangan risau, sebenarnya mudah sahaja nak buat kimbap. Bahan-bahannya juga mudah didapati. Jadi mari kita cuba resepi\u00a0\u00a0Kimbap Korea Homemade yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 cawan beras sushi\n1 sudu teh minyak bijan\nSecubit garam halus\nKepingan rumpai laut\u00a0\nTikar penggulung\n\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n\u00a0\n\u00a0\nBahan inti:\n\n1 ikat bayam hijau\n1 batang timun\n1 batang lobak merah\n3 biji telur\nHirisan daging secukupnya\nSos tiram secukupnya\nSerbuk lada hitam secukupnya\n\n\u00a0\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n\u00a0\n\u00a0\nCara masak nasi:\n\nBasuh beras dan tanak seperti biasa. Air guna sukatan jari (boleh ikut sukatan pada paket beras).\nSetelah nasi masak, letak dalam mangkuk kemudian tambahkan 1 sudu teh minyak bijan dan secubit garam halus, gaul rata.\nKalau nak guna beras biasa pun boleh tapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik.\n\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n\u00a0\n\u00a0\nCara masak inti:\n1. Petik bahagian bayam hijau yang lembut. Celur 2 minit, angkat dan toskan.\n2. Untuk timun, potong memanjang dan buang bahagian empulur yg berjus.\n3. Buang kulit lobak merah dan hiris memanjang kemudian sangai dalam kuali supaya sedikit lembut. Boleh tambah secubit garam.\n4. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan tambahkan secubit garam. Masak seperti menyediakan telur dadar. Bila dah masak, hiris memanjang.\n5. Untuk daging pula, perap bersama sos tiram serta serbuk lada hitam dengan secukupnya. Kemudian masak dalam kuali hingga jus daging kering. Boleh juga guna isi ayam, filamen ketam atau sosej.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n\u00a0\n\u00a0\nCara gulung kimbap:\n1. Tebar tikar penggulung.\n2. Alas sekeping rumpai laut.\n3. Ratakan nasi ke atas rumpai laut (pastikan ada ruang).\n4. Letak inti satu per satu. Lagi banyak inti lagi sedap.\n5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar gulungan kimbap menjadi kemas.\n6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu per satu. (boleh lakukan dengan titis minyak bijan pada tangan kemudian gosok pada gulungan kimbap hingga rata).\n7. Untuk menikmatinya, boleh picit mayonis jenama kewpie diatas kimbap.\n8. Sedia untuk\u00a0dihidangkan.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Zurina Zulkefli\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuah-rojak-homemade/", "title": "Buat Sendiri Kuah Rojak Homemade, Nak Buat Niaga Pun Boleh!", "body": "\nSiapa yang setiap kali makan buah wajib cicah kuah rojak? Rupanya mudah saja resepi kuah rojak kalau ada yang nak cuba buat di rumah.\nKalau buat sendiri lebih puas hati, boleh ubai suai rasa kuah rojak tersebut mengikut cita rasa masing-masing.\u00a0Yang paling penting, boleh letak kacang tanah dalam kuantiti yang banyak. Memang puas hati!\nBaca juga: Resipi Sos Namplawan, Colek Buah Versi Thai Yang Mengiurkan. Memang Lain Dari Lain!\nRESEPI KUAH ROJAK HOMEMADE\n\nBahan-bahan:\n\nSegenggam cili kering\nBelacan sebesar ibu kaki 2 ketul\n1 cawan gula merah\n3 cawan gula pasir\n\u00bd cawan kicap\n5 sb sos cili\n4 \u00bd\n2 sb garam\n2 sb bijan\nSegenggam kacang tanah \u2013 digoreng tanpa minyak dan kisar kasar\n\nCara memasak:\n\nPotong cili kering dan buang bijinya. Basuh bersih dan rendam di dalam air panas selama 5 minit. Kemudian toskan.\nDi dalam pengisar, satukan cili kering, belacan dan secawan air. Kisar semuanya sehingga halus.\nKemudian tuangkan ke dalam kuali.\nBancuh gula merah dan secawan air. Tapiskan ke dalam kuali.\nMasukkan juga gula pasir, kicap dan sos cili. Kacau rata.\nMasak sehingga semua bahan-bahan tadi mendidih. Kacau kuah secara berkala untuk elakkan banjir dan melimpah.\nKemudian masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati.\nMasak sehingga kuah menjadi agak pekat.\nKemudian baru masukkan bijan dan kacang tanah.\nLebihan kacang tanah taburkan atas kuah rojak bila nak makan.\nMasak lagi sampai pekat dan hitam.\n\nKredit: Roslina Omar\nBaca juga: Cara Buat Salad Buah Yang Mengenyangkan, Sesuai Untuk Diet!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuetiau-kungfu-sedap-ringkas-sekali-cuba-pasti-nak-lagi-2/", "title": "Resepi Kuetiau Kungfu Sedap & Ringkas, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-25 03:32:45\n\n\nKuetiau Kung Fu selalunya kalau masak dengan betul memang sangat menyelerakan, lagi-lagi kalau rangup dan berkuah. Boleh dikatakan, kombinasinya\u00a0sangat enak. Bezanya Kuetiau Kung Fu ialah kita kena goreng kuetiau yang digaul dengan telur sampailah dah garing kemudian dihidangkan dengan kuah yang lazat. Jadi mari kita cuba resepi Kuetiau Kungfu Ringkas yang dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di kumpulan Cham Ais di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1 mangkuk Kuetiau \n1 biji telur gred B\n1 ketul ayam potong dadu\n2 ulas bawang putih dicincang halus\n1/4 bawang holland potong memanjang\n1 pohon lobak\n1/4 batang lobak potong memanjang\n1 biji babycorn potong memanjang \n2 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air\n1 cawan air putih\nGaram dan gula secukup rasa\nSedikit minyak untuk menggoreng\u00a0\n\n\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nPecahkan telur ke dalam kuetiau dan masukkan secubit garam. Panaskan kuali dan goreng kuetiau sehingga garing (bergantung nak tahap mana).\nTumis bawang putih. Masukkan ayam dan tambahkan air putih. Masukkan serbuk perasa garam dan gula secukup rasa.\nKemudian, boleh masukkan sayur kita tadi. Kacau sebati tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau bagi sebati dan bila likat tutup api.\nCuahkan ke atas kuetiau tadi. Makan bersama cili potong kicap ataupun sambal kicap.\n\n\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuetiau-kungfu-sedap-ringkas-sekali-cuba-pasti-nak-lagi/", "title": "Resepi Kuetiau Kungfu Sedap & Ringkas, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25 03:32:45\nKuetiau Kung Fu selalunya kalau masak dengan betul memang sangat menyelerakan, lagi-lagi kalau rangup dan berkuah. Boleh dikatakan, kombinasinya\u00a0sangat enak. Bezanya Kuetiau Kung Fu ialah kita kena goreng kuetiau yang digaul dengan telur sampailah dah garing kemudian dihidangkan dengan kuah yang lazat. Jadi mari kita cuba resepi Kuetiau Kungfu Ringkas yang dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di kumpulan Cham Ais di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n1 mangkuk Kuetiau \n1 biji telur gred B\n1 ketul ayam potong dadu\n2 ulas bawang putih dicincang halus\n1/4 bawang holland potong memanjang\n1 pohon lobak\n1/4 batang lobak potong memanjang\n1 biji babycorn potong memanjang \n2 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air\n1 cawan air putih\nGaram dan gula secukup rasa\nSedikit minyak untuk menggoreng\n\n\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nPecahkan telur ke dalam kuetiau dan masukkan secubit garam. Panaskan kuali dan goreng kuetiau sehingga garing (bergantung nak tahap mana).\nTumis bawang putih. Masukkan ayam dan tambahkan air putih. Masukkan serbuk perasa garam dan gula secukup rasa.\nKemudian, boleh masukkan sayur kita tadi. Kacau sebati tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau bagi sebati dan bila likat tutup api.\nCuahkan ke atas kuetiau tadi. Makan bersama cili potong kicap ataupun sambal kicap.\n\n\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\u00a0\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Bahiah Saripuddin\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuey-teow-goreng-sup-siam-terlajak-sedap/", "title": "Resepi Kuey Teow Goreng Sup Siam, Terlajak Sedap!", "body": "\n\nSaya suka guna perencah sup\u00a0 ini, nampak je putih warna tak menarik tetapi memang sedap!\u201d\n\nSelalunya perencah sup orang mesti lah guna untuk letakkan di dalam sup tulang, sup ayam atau segala resepi yang berkuah kan? Tetapi korang tahu tak sebenarnya sup siam juga boeh digunakan untuk menggoreng kuey teow, automatik korang punya masakan terus sedap.\nWalaupun warnanya mungkin agak tidak menarik, tetapi korang kena cuba dahulu. Sekali cuba memang bertambah pinggan. Jom cuba resepi kuey teow goreng sup siam ini.\n\nBahan-bahan\n\n1 bungkus kuey teow\n1 paket perencah sup Siam Adabi\nIsi ayam/daging\nBawang putih (cincang)\nCili padi (ketuk)\nSawi\nTaugeh\nLobak Merah\nTelur\nSos tiram\nKiub ayam\nSos ikan\nGula\nAjinomoto\n\nCARA PENYEDIAAN\n\n\nTumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan lobak merah.\nPecahkan telur. Masukkan perencah sup siam dan sos tiram.\nPerasakan dengan sos ikan, gula dan ajinomoto.\nMasukkan kuey teow. Gaul sebati.\nMasukkan sawi dan taugeh. Kaup balikkan sekejap dan siap boleh dimakan.\n\nSumber: Senz Ahmad\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuey-teow-ladna/", "title": "1 Kuah Untuk 2 Masakan, Ini Dia Resipi Kuetiau Ladna & Kuetiau Hong Kong", "body": "\nTiada idea nak makan apa untuk makan malam? Jom kita cuba resepi kuey teow ladna ini.\nKuah kuetiau ladna ini juga sesuai untuk kuetiau Hong Kong. Jadi, tak perlu susah-susah masak dua kali.\nIkut saja resipi perkongsian oleh Ifah Mohd Zaki di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Sedapnya Kuetiau Kungfu, Makan Panas-Panas Dengan Cili Kicap Lagi \u2018Menyengat\u2019!\nRESEPI KUEY TEOW LADNA & KUEY TEOW HONG KONG\nBahan-bahan:\n\nKuetiau\nTelur\nKicap manis\n\nBahan-bahan kuah:\n\nBawang putih (2 ulas)\nTelur (1 biji)\nSedikit sos tiram\nSedikit kiub pati ayam (letak separuh untuk 2 orang makan)\nSayur kailan\nBunga kubis\nCarrot\nTomato\nAyam/udang/sotong/daging\nGaram secukupnya\nSedikit air tepung jagung\n\nCara-cara:\n1. Untuk kuetiau ladna, gaulkan kuetiau dengan kicap manis. Kemudian goreng dengan sedikit minyak.\n\n2. Hasilnya selepas diangkat.\n\n3. Untuk kuetiau hong kong pula, gaulkan kuetiau dengan sebijik telur.\n\n4. Kemudian goreng sehingga garing.\n\n5. Untuk kuahnya pula, tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram, kacau rata dan seterusnya masukkan air.\n6. Bila dah mendidih, baru masukkan sayur dan sotong.\n7. Masukkan pula telur, biarkan sekejap sebelum dikacau supaya tidak terlalu hancur.\n8. Bila telur sudah hampur masak, masukkan air tepung jagung. Kacau sehingga pekat.\n9. Akhir sekali perasakan dengan garam.\n\n10. Tuangkan kuah ke atas kuetiau tadi. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Ifah Mohd Zaki\nBaca juga: Resipi Kuetiau Sup Chinese Style Paling Mudah, Anak-Anak Pasti Suka\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuey-teow-thng/", "title": "Resipi Kuetiau Thng Untuk Open House Raya, Mesti Tetamu Puji Sedap!", "body": "\n\u201cMasak kuey teow thng untuk rumah terbuka best jugak ni..\u201d\nSetiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita untuk ziarah-menziarahi.\u00a0\nKebiasaannya, antara juadah yang sering dihidangkan semasa rumah terbuka adalah mi kari, roti jala dan kari ayam, laksa penang, kuey teow thng dan banyak lagi.\nJika anda kekurangan idea untuk menu rumah terbuka, apa kata jom cuba resipi kuey teow thng yang jarang dibuat orang untuk disajikan kepada tetamu.\nBaca juga: Cara Buat Laksa Kedah Padu, Sedap & Likat. Memang Kaw Punyalah!\nRESEPI KUEY TEOW THNG\n\nBahan-bahan kuah:\n\n1 ekor ayam\nFishball dan fishcake\nSerbuk lada putih\nLada putih biji \u2013 ditumbuk\nSengkuang 1 biji \u2013 saiz sederhana sebesar bulatan burger\nGula batu (jika tiada, guna gula biasa)\nSerai 2 batang diketuk\nBatang saderi (jika ada)\nKiub pati ayam 2\nGaram & serbuk hilal\nTaugeh\nDaun bawang\nSambal kicap\nMi/kuetiau/mi segera/bihun\n\nCara-cara masak kuah:\n1. Dalam periuk, satukan ayam yang sudah dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi yang diketuk dan kiub ayam.\n2. Rebus sehingga mendidih. Kemudian masukkan serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi sehingga ayam empuk.\n\n3. Bila ayam dah empuk, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk digunakan sebagai topping dalam thng nanti. Tulang ayam masukkan semula ke dalam kuah, rebus sekali lagi.\n4. Fishball atau fishcake boleh dicelur ataupun digoreng. Jika goreng akan lebih wangi, goreng sekejap saja dan toskan. Potong nipis untuk dijadikan topping.\nBahan-bahan minyak bawang putih:\n\nBawang putih 1 ulas\n\nCara-cara buat minyak bawang putih:\n1. Cincang halus bawang putih. Goreng dengan minyak panas sehingga bertukar warna kekuningan dan naik bau.\n2. Tutupkan dan sejukkan. Hidangkan bawang bersama dengan minyak itu sekali. Bila nak makan, cedok sesudu.\n\nBahan-bahan cili kicap:\n\nCili padi 20 tangkai\nCili merah 3 batang\nBawang putih 5 ulas\nKicap\n\nCara-cara:\n1. Goreng cili padi, cili merah dan bawang putih.\n2. Goreng sehingga naik bau dan tutupkan api.\n\n3. Biarkan sejuk. Kemudian kisar bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap (kicap mudim dan kipas udang halbal warna merah).\n4. Sedia untuk dihidangkan bersama pilihan mi, taugeh dicelur dan taburan daun bawang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Fateema Azzahra\nBaca juga: Resipi \u2018Laksa Express\u2019 Guna Sardin Tin, Sekejap Je Dah Siap Masak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuih-bijan-kegemaran-ramai-makan-sekali-mesti-nak-lagi/", "title": "Resepi Kuih Bijan Kegemaran Ramai, Makan Sekali Mesti Nak Lagi!", "body": "Kuih bijan ini merupakan kuih yang paling mudah untuk dibuat. Kalau teringin nak buat kuih raya, korang boleh cuba buat kuih bijan mesti menjadi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nira Abdullah di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKUIH BIJANKuih bijan ini merupakan kuih yang paling mudah untuk dibuat. Kalau teringin nak buat kuih raya, korang boleh cuba buat kuih bijan mesti menjadi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nira Abdullah di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1kg tepung gandum\n\n1 cawan tepung jagung\n\n1 cawan susu Nespray\n\n2 sdb minyak sapi\n\n3 sdb bijan hitam\n\n1 cawan gula aising\n\nMinyak jagung secukupnya sehingga adunan boleh dibentuk\n\nKredit: Nira AbdullahCARA PENYEDIAAN\nUlikan kesemua bahan tadi sehingga menjadi adunan.\n\nMasukkan adunan ke dalam bekas adunan biskut, supaya ada bentuk.\n\nBakar dalam ketuhar api atas dan bawah selama 15-20 minit.\n\nTaburkan susu selepas selesai dibakar. Siap dan boleh dihidang.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuih-bom-labu/", "title": "Kuih Bom Labu Tanpa Minyak, Resipi Sihat & Sedap Untuk Anak-Anak", "body": "\nIbu-ibu wajib cuba resepi kuih bom labu ini. Kuih ini sesuai untuk anak-anak kerana ia dibakar tanpa menggunakan minyak sama sekali.\nBahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati, malah hanya 4 bahan yang diperlukan. Selain itu, cara penyediaannya juga cukup ringkas.\nJika tiada oven, boleh ganti dengan menggunakan air fryer. Hasilnya tetap sama sedap. Jadi, jom kita cuba\u00a0resipi ringkas yang dikongsikan oleh Linda Safar di bawah.\nBaca juga: Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya\nRESEPI KUIH BOM LABU TANPA MINYAK\nBahan-bahan:\n\nLabu\nGula\nTepung pulut\nBijan\n\nCara-cara:\n1. Kukus labu sehingga ia menjadi lembut.\n2. Kemudian satukan labu dan gula di dalam satu mangkuk. Lenyekkan sehingga sebati.\n3. Masukkan tepung pulut dan gaul sebati sehingga menjadi doh.\n4. Kemudian, bentukkan adunan menjadi bebola bulat.\n5. Salutkan dengan bijan sehingga selaputi seluruh bebola.\n\n6. Susun dalam loyang dan bakar di dalam oven pada suhu 180\u00b0C selama 30 minit mengikut jenis oven masing-masing.\n\n7. Sedia dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Linda Safar\nBaca juga: Kuih Nona Manis Keladi Guna Sukatan Cawan, Memang Lembut Dan Sedap Hasilnya!\nBaca juga: Resipi Kuih Koleh Kacang \u2018Legend\u2019, Ada Rahsia Kuih Jadi Cantik & Berkilat\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuih-butir-nangka-warna-warni-hanya-beberapa-langkah-mudah-siap/", "title": "Resepi Kuih Butir Nangka Warna-Warni, Hanya Beberapa Langkah Mudah & Siap!", "body": "Kuih Butir Nangka ini juga dikenali sebagai bubur biji nangka. Ianya adalah sejenis kuih yang berkuah dan enak dinikmati ketika masih panas atau pun suam. Kuih ini mempunyai rasa manis yang tidak keterlaluan berserta aroma pandan. Warna-warni pada kuih tersebut membuatkannya lebih menarik dan sedap di makan. Cara pembuatannya pun agak mudah seperti yang dikongsikan oleh Sue Shuk di Facebook.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKUIH BUTIR NANGKAKuih Butir Nangka ini juga dikenali sebagai bubur biji nangka. Ianya adalah sejenis kuih yang berkuah dan enak dinikmati ketika masih panas atau pun suam. Kuih ini mempunyai rasa manis yang tidak keterlaluan berserta aroma pandan. Warna-warni pada kuih tersebut membuatkannya lebih menarik dan sedap di makan. Cara pembuatannya pun agak mudah seperti yang dikongsikan oleh Sue Shuk di Facebook.\nBAHAN-BAHAN DOH\n3 cawan tepung pulut\n\n1/2 cawan tepung gandum\n\nAir secukupnya\n\nPewarna ikut cita rasa\n\nKredit : AzieBAHAN-BAHAN KUAH\n1 kotak santan\n\nAir secukupnya\n\nDaun pandan\n\n1 cawan gula atau gula melaka (ikut kemanisan sendiri)\n\n1 sudu kecil garam\n\n1 sudu kecil biji halba\nCARA PENYEDIAAN DOH\nCampurkan semua bahan-bahan diatas. Uli sehingga tidak melekat di tangan.\n\nBahagikan doh mengikut warna kesukaan.\n\nKemudian bulatkan doh tersebut.\n\nRebuskan doh di dalam air menggelegak. Masukkan satu persatu butir nangka.\n\nApabila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam air yang sejuk.\nCARA PENYEDIAAN KUAH\nSediakan periuk di atas api yang perlahan. Masukkan semua bahan-bahan diatas.\n\nKacau rata dan mendidih masukkan butir nangka tersebut.\n\nBiarkan mendidih dan kacau rata seketika dan boleh tutup api.\n\nSiap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuih-gunting-rangup-pedas-makan-sekali-pasti-nak-lagi/", "title": "Resepi Kuih Gunting Rangup & Pedas, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!", "body": "Kuih gunting ini adalah sejenis makanan tradisi orang Melayu yang rangup, keras dan sedikit pedas. Kuih ini sangat sesuai dinikmati terutamanya buat korang yang suka buat kudap-kudapan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fauzi Karim di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKUIH GUNTINGKuih gunting ini adalah sejenis makanan tradisi orang Melayu yang rangup, keras dan sedikit pedas. Kuih ini sangat sesuai dinikmati terutamanya buat korang yang suka buat kudap-kudapan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fauzi Karim di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A (KISAR)\n4 biji bawang besar\n\n2 genggam udang kering\n\n3 sdb jintan kasar\n\n3 sdb jintan putih\nBAHAN B\n1 kg tepung gandum\n\n4 sdb marjerin Pelangi dipanaskan\n\n1 sdb garam halus\n\n2 genggam daun kari\n\n2 genggam daun sup\n\n2 sdb cili kering kisar\n\nAir secukupnya\n\nKredit: Fauzi KarimCARA PENYEDIAAN\nMasukkan marjerin yang dipanaskan ke dalam tepung gandum dan gaulkannya. Masukkan bahan A dan gaul rata.\n\nMasukkan garam, daun sup, daun kari dan cili kisar. Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.\n\nCanaikan doh, kalau suka yang nipis boleh canai nipis-nipis.\n\nMasak atas pan sekejap sahaja, untuk memudahkan kita gunting nanti.\n\nSedia untuk digunting, ikut suka nak gunting macam mana.\n\nGoreng dalam minyak yang panas bersama dengan daun kari. Goreng sehingga kuning keemasan.\n\nTapis dan sejukkan, simpan di dalam bekas kedap udara.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuih-kaswi-keledek-ungu/", "title": "Jom Cuba Kuih Kaswi Keledek Ungu Pula, Lembut & Bergedik Elok!", "body": "\nResepi kuih kaswi merupakan salah satu resipi yang sedang\u00a0viral\u00a0di media sosial sekarang.\nBukan bentuknya saja yang cantik, malah teksturnya yang kenyal membuatkan kuih ini digemari ramai.\nJika sebelum ini dah pernah buat kuih kaswi pandan, kali ini jom cuba kuih kaswi versi keledek pula.\nBaca juga: Sedap Macam Kaswi Pandan, Ini Tips Kuih \u2018Khanom Pheak Phun\u2019 Cantik Berkilat!\nRESEPI KUIH KASWI KELEDEK UNGU\nBahan-bahan:\n\n1 cawan tepung gandum\n1 cawan tepung ubi\n2\u2153 cawan air\n\u00be cawan gula\n1 cawan keledek ungu\nSedikit garam\nPewarna ungu\n\nBahan-bahan kuah santan:\n\n1 bungkus santan kotak kecil 65ml\n1 cawan air\n1 sudu kecil garam\n\nCara-cara:\n1. Kukus keledek sehingga lembut.\n\n2. Kemudian letakkan ke dalam pengisar (blender)\u00a0atau\u00a0chopper.\u00a0Masukkan juga bahan-bahan lain dan kisar sampai semuanya sebati.\n\n3. Sapu acuan dengan minyak. Kemudian tuangkan adunan tadi.\n4. Kukus selama 20 minit sehingga masak.\n5. Untuk membuat kuah santan pula, satukan semua bahan-bahan kuah santan di atas. Masak sehingga meruap dan pekat.\n6. Hidangkan kuih kaswi yang sudah siap dikukus di atas pinggan. Cedokkan kuah santan dan letak ke atas kuih kaswi. Taburkan bijan yang sudah disangai sehingga perang.\nSelamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Nor Aini Abd Rahman\nBaca juga: Kuih Kaswi Gula Merah, Kuih \u2018Lejen\u2019 Yang Tak Jemu Dimakan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuih-koleh-kacang-legend/", "title": "Resipi Kuih Koleh Kacang \u2018Legend\u2019, Ada Rahsia Kuih Jadi Cantik & Berkilat", "body": "\nTak ramai yang pandai buat kuih koleh kacang ini. Kalau tak kena cara, memang tak akan menjadi.\nKuih orang lama ini masih digemari ramai sehingga sekarang. Wangi tahi minyak dan lemak manis gula merahnya sangat memikat hati.\nKalau ada yang teringin nak makan, boleh cuba buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Khomisah Komtom di bawah.\nBaca juga: Sedap Macam Kaswi Pandan, Ini Tips Kuih \u2018Khanom Pheak Phun\u2019 Cantik Berkilat!\nRESEPI KUIH KOLEH KACANG\n\nBahan-bahan tahi minyak:\n\n300 ml santan pekat\n1 sudu besar garam\n\nCara-cara membuat tahi minyak:\n1. Satukan 300ml santan pekat dan 1 sudu besar garam. Masak di atas api perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan.\n2. Tapis supaya tahi minyak tidak hitam dan tabur atas kertas.\u00a0\nBahan-bahan A:\n\n400 gm gula merah\n100 gm gula halus (kurang jika tak suka manis)\n300 ml air\n1 helai daun pandan\n\nBahan-bahan B:\n\n300 gm tepung kacang hijau\n1 sdt garam\n400 ml santan pekat\n1300 ml air\n\nCara-cara:\n1. Masak bahan-bahan A sehingga gula hancur dan mendidih, jangan sampai air gula pekat. Kemudiah tapiskan menjadi 500ml.\n2. Satukan pula bahan-bahan B, kacau sebai dan tapiskan ke dalam kuali.\n3. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B, kacau di atas api sederhana besar sehingga pekat tak tidak melekat pada periuk. Pastikan jangan terlebih pekat kerana kuih akan menjadi plastik.\n4. Kemudian masukkan 1 \u00bd sudu besar minyak masak tahi minyak supaya hasilnya lebih cantik dan berkilat.\u00a0\n5. Bila dah masak, tuang ke dalam loyang bersaiz 10 inchi yang sudah dilapik kertas dan disapu minyak.\n6. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya ia melekat di atasnya. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom\nBaca juga:\u00a0Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuih-pau-tak-kedut/", "title": "Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!", "body": "\nResepi kuih pau ini sangat mudah untuk diikuti. Anda boleh meletakkan inti yang anda suka seperti inti kacang, kaya dan sebagainya.\nEmpunya resipi, Ummi Anje Irah turut berkongsikan cara untuk elak pau jadi berkedut selepas siap dikukus. Rupanya ada petua yang perlu dilakukan.\nOleh itu, mari kita sama-sama ikuti resipi hasil perkongsiannya itu di bawah. Hasilnya pau anda dijamin sangat lembut dan gebu bila dimakan! Selamat mencuba.\nBaca juga: Resipi Pau Inti Kelapa, Simple Tapi Gebu Kemain!\nRESEPI KUIH PAU LEMBUT & TAK BERKEDUT\n\nBahan-bahan:\n\n3 sudu minyak masak\n2 cawan tepung gandum\n2 sudu besar mauripan @ yis\n2 sudu besar susu pekat\n1 sudu besar gula\nSetengah cawan air suam\nSedikit garam\n\nCara-cara:\n1. Satukan yis, air suam dan gula dalam mangkuk. Biarkan selama 10 minit sehingga berbuih.\n2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, susu pekat, garam dan minyak masak. Gaul sebati.\n3. Kemudian masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi campuran tepung tadi. Uli sehingga menjadi doh.\n4. Cubit sedikit doh dan bulatkan. Satu adunan ini boleh dapat dalam 13 biji pau.\n5. Tutup doh dengan plastik, biarkan sehingga doh naik.\n6. Leperkan doh, letakkan inti yang disukai contoh inti kacang. Dan biarkan mengembang sekali lagi.\n7. Kemudian kukus pau selama 10 minit menggunakan api sederhana besar (jangan lebih nanti berkedut).\n8. Balut penutup kukusan dengan kain bersih supaya air tidak menitik ke atas pau.\n9. Selepas 10 minit, angkat sekali dengan periuk kukusan. Kemudian baru buka penutup kukusan untuk elak pau berkedut.\nInfo: Boleh letak pelembut roti jika ada supaya pau lebih lembut.\n\nKredit resipi dan gambar: Ummi Anje Irah\nBaca juga: Kuih Susah Jumpa, Buat Sendiri Je Sekaya Telur Yang Manis Berlemak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuih-puteri-ayu/", "title": "Buat Sendiri Kuih Puteri Ayu, Resipi Sukatan Cawan Untuk 45 Biji", "body": "\nJom cuba resepi kuih puteri ayu yang boleh dikatakan salah satu kuih\u00a0legend\u00a0ini.\nNamun begitu, sehingga sekarang kuih ini masih ada penggemarnya yang tersendiri.\nJika sebelum ini asyik beli saja, kali ini apa kata kita cuba buat sendiri pula.\nIkut saja resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad di bawah.\nBaca juga: Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!\nRESEPI KUIH PUTERI AYU\nBahan-bahan A:\n\n3 cawan tepung gandum\n4 biji telur (gred B)\n1 \u00bd\u00a0cawan gula halus\n1 \u00bd cawan santan (1 kotak santan kara + \u00bd cawan air)\n1 sudu besar ovallete\n1 sk baking powder\n1 sk perisa pandan\n2 sk pewarna hijau\n\nInfo: Kuantiti 1 kotak santan kara sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air.\nBahan-bahan B:\n\n1 biji kelapa (warna putih sahaja)\n1 sk garam\n1 sudu besar tepung ubi\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula satukan telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau. Pukul kesemuanya menggunakan mixer sehingga sebati.\n\n2. Pastikan adunan cair.\n\n3. Kemudian masukkan pula baking powder dan tepung yang telah diayak. Pukul lagi sampai sebati.\n\n4. Adunan ini memang likat. Bila pukul sebati, terus matikan mixer.\n\n5. Masukkan pula santan dan pukul sebati.\n\n6. Pastikan adunan licin dan tidak terlampau pekat.\n\n7. Kaup dan letakkan dalam pipping bag.\n\n8. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau sebati.\n\n9. Kalau tak cukup masin, boleh tambah garam.\n10. Sapu acuan dengan minyak. Letakkan kelapa dalam 3/4 sudu besar. Boleh kurangkan mengikut citarasa.\n\n11. Ambil acuan kosong dan tekap kelapa tadi supaya menjadi pakat. Tekan juga menggunakan jari supaya kelapa lebih padat.\n\n12. Hasilnya apabila sudah siap ditekan dengan acuan dan jari.\n\n13. Kemudian letakkan adunan hijau tadi mengikut paras acuan atau kurangkan sikit.\n\n14. Kukus selama 10 minit.\n15. Apabila kuih sudah masak dan naik gebu, keluarkan dari pengukus dan biarkan suam sebelum keluarkan dari acuan.\n\n16. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad\nBaca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-kuzi-ayam/", "title": "Resipi Kuzi Ayam Orang Pantai Timur, Cicah Dengan Roti Memang Layan!", "body": "\nResepi kuzi ayam merupakan masakan istimewa orang Kelantan yang dimasak hanya pada hari tertentu kerana agak renyah untuk memasaknya.\nBuat sesetengah orang, hidangan ini merupakan menu yang sangat rare bagi mereka kerana jarang jumpa selain di negeri pantai timur.\nKuzi ayam biasanya dihidang sewaktu hari raya dan dinikmati\u00a0dengan roti jala dan juga roti biasa sahaja. Nak makan dengan nasi putih pun boleh.\nBaca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama\nRESEPI KUZI AYAM\nBahan-bahan:\n\nAyam 1 ekor\nBawang merah 1/2 kg \u2013 hiris mayang\nTomato\u00a0 3 sudu besar\nSusu cair 1/2 tin\nSusu manis\u00a0 1/4 tin\nBawang putih 6 ulas\u00a0\nHalia 2 jari tumis\nRempah kuzi \u2013 2 sudu makan penuh\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih ayam. Rebus terlebih dahulu, kemudian digorengkan. Bila dah siap goreng, angkat dan ketepikan. Simpan minyak sisa goreng ayam untuk menumis nanti.\n2. Hiris mayang bawah merah dan goreng dalam minyak panas. Bila dah siap goreng, kemudian kita kisar pula. Ketepikan.\n3. Tumis bawang putih dan halia menggunakan minyak sapi dan minyak goreng ayam tadi. Tumis sehingga naik bau.\n4. Kemudian, masukkan rempah kuzi dan tumis lagi sehingga masak dalam 20 minit.\n5. Bila rempah kuzi dah masak elok, masukkan bawang goreng yang sudah digoreng dan dikisar tadi. Tambahkan air secukupnya.\n6. Masukkan susu cair, susu pekat dan tos tomato. Ubah kuantiti bahan mengikut kesesuaian rasa.\n7. Gaul sebati dan biarkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, baru masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.\n8. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Halia Ab Hamid\nBaca juga: Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Mengikut Negeri, Banyak Variasi Rupanya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-labu-goreng-rangup-memang-sesuai-untuk-dijadikan-snek/", "title": "Resepi Labu Goreng Rangup, Memang Sesuai Untuk Dijadikan Snek!", "body": "Kalau ada lebihan labu di rumah dan tidak tahu nak masak apa, korang boleh cuba buat labu celup tepung. Resepi kali ini agak unik dan jarang orang buat, tetapi labu goreng rangup sangat sedap untuk dimakan boleh jugak dijadikan snek minum petang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azilah Daud di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nLABU GORENG RANGUPKalau ada lebihan labu di rumah dan tidak tahu nak masak apa, korang boleh cuba buat labu celup tepung. Resepi kali ini agak unik dan jarang orang buat, tetapi labu goreng rangup sangat sedap untuk dimakan boleh jugak dijadikan snek minum petang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azilah Daud di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nSebiji labu air\n\nTepung beras\n\nSerbuk kari daging/ikan\n\nSerbuk lada hitam\n\nGaram\n\nAir\n\nMinyak masak untuk menggoreng\n\nKredit: Azilah DaudCARA PENYEDIAAN\nPotong labu mengikut cita rasa masing-masing.\n\nCuci bersih labu itu dan toskan.\n\nSatukan tepung beras, serbuk kari, lada hitam dan garam dalam satu mangkuk besar. Tambah air dan bancuh seperti adunan untuk menggoreng pisang. Ikut kesesuaian masing-masing, sama ada nak pekat atau pon cair bancuhannya.\n\nMasukkan labu yang telah dibasuh tadi dan gaul rata.\n\nGoreng dengan api sederhana. Kalau tak nak labu melekat antara satu sama lain, masukkan satu persatu. Goreng sehingga keperang-perangan atau labu dah nampak keras dan ranggup.\n\nBoleh dimakan bersama air asam.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-lain-dari-lain-jom-cuba-kek-batik-lumut-mudah-sedap/", "title": "Resepi Lain Dari Lain, Jom Cuba Kek Batik Lumut Mudah & Sedap!", "body": "Mesti korang dah biasa makan kek batik letak Milo kan, tapi kali ini kita variasikan kek batik menjadi warna hijau dan rasanya yang berbeza. Nama kek batik ini terkenal dengan panggilan kek batik lumut atau nama lainnya kek batik pandan Horlicks.\u00a0Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Dapur Berasap di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKEK BATIK LUMUTMesti korang dah biasa makan kek batik letak Milo kan, tapi kali ini kita variasikan kek batik menjadi warna hijau dan rasanya yang berbeza. Nama kek batik ini terkenal dengan panggilan kek batik lumut atau nama lainnya kek batik pandan Horlicks.\u00a0Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Dapur Berasap di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1/2 cawan mentega\n\n3 sdb susu pekat\n\n1 cawan susu cair\n\n1 cawan Nestum\n\n3/4 cawan Horlick\n\n1/2 sdk pewarna hijau\n\n1 sdb emulco pandan coconut\n\n1 bungkus biskut Marie (50-60 keping)\n\nKredit: Dapur BerasapCARA PENYEDIAAN\nPatahkan biskut Marie dan ketepikan.\n\nCairkan mentega dengan menggunakan api perlahan.\n\nMasukkan susu cair, susu pekat emulco dan kacau sebati.\n\nMasukkan Nestum yang sudah dikisar dan Horlicks kacau hingga sekata untuk mengelakkan daripada berketul.\n\nMasukkan pewarna hijau dan biskut Marie, gaulkan sekata.\n\nSediakan loyang, alaskan plastik nipis dan padatkan bersama biskut Marie.\n\nBiarkan di dalam peti ais selama 2 jam dan baru boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-laksa-lemak-siam/", "title": "Resipi Laksa Lemak Siam, Menu \u2018Rare\u2019 Untuk Rumah Terbuka", "body": "\nPening kepala nak fikir menu apa untuk rumah terbuka? Jom cuba resepi laksa lemak siam perkongsian oleh Shah Shatry ini.\nBila nak buat rumah terbuka ni, menu utama antara sering menjadi tumpuan tetamu. Kalau masak menu ini, barulah lain dari lain!\nBaca juga: Nasi Tomato \u2018Simple\u2019 Untuk Juadah Raya, Sekali Dengan Resipi Ayam Masak Merah Dan Acar\nRESEPI LAKSA LEMAK SIAM\n\nBahan-bahan:\n\nLaksa kering yang jenis halus (rebus dahulu kemudian toskan)\n1kg ikan selayang @ temenung\n10 ulas bawang merah*\n2 ulas bawang putih*\u00a0\n2 inci halia*\n2 inci lengkuas*\n2 inci kunyit hidup*\n4 batang serai* (2 batang dikisar, 2 batang lagi diketuk masuk dalam kuah)\n2 inci belacan*\n5 biji cili api* (nak pedas, boleh lebihkan)\n5 keping asam gelugur\n4 helai daun limau purut\n3 cawan santan pekat\u00a0\nGaram, gula & perasa\n\nCara-cara:\n1. Rebus ikan. Kemudian, asingkan isi dan tulang. Isi ikan dikisar halus.\n2. Air rebusan jangan dibuang. Gunakan air rebusan ikan tadi untuk kisar tulang. Lepas kisar tulang, kemudian tapiskan.\n\n3. Kisar semua bahan yang bertanda (*).\n4. Masukkan bahan kisar dan serai yang diketuk ke dalam periuk. Biarkan mendidih.\n5. Bila dah mendidih, boleh masukkan isi ikan yang dikisar tadi bersama dengan asam keping, daun limau purut dan air.\n6. Kuah jangan pekat sangat atau jangan cair sangat. Ikut selera masing-masing. Kacau sebati.\n7. Kemudian masukkan santan. Kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tak berketul.\n8. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa. Bila dah suaikan rasa, dah mendidih boleh tutup api.\n9. Hidangkan laksa lemak siam dengan bahan sampingan yang lain seperti timun, tauge, kacang panjang, bunga kantan, salad, telur rebus dan limau nipis. Bahan sampingan ni ikut selera masing-masing nak letak apa.\n\nKredit resipi:\u00a0Shah Shatry\nBaca juga: Nasi Bukhari Dan Kuah Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk Jamu Orang Datang Beraya\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-laksa-sedap/", "title": "Rahsia Kuah Laksa Yang Kaww, Bau Harum Semerbak & Tak Berbau Hanyir!", "body": "\nLaksa merupakan salah satu makanan\u00a0popular\u00a0di Malaysia. Ramai yang sudah pandai memasaknya, namun siapa yang tidak pandai, boleh dapatkan\u00a0resepi laksa menerusi carian di Google saja.\nNamun begitu, tidak semua orang pandai membuat kuah yang betul-betul sedap dan tidak berbau hanyir.\nTapi jika anda mencuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ameera ini, pasti boleh boleh hasilkan kuah laksa yang dijamin sedap! Beliau turut berkongsikan resipi langkah demi langkah untuk rujukan anda semua.\nMenurutnya lagi, resipi ini merupakan hasil ajaran oleh ibunya. Jadi, mari kita ikuti perkongsian olehnya di bawah.\nBaca juga: Laksa Sarawak Mudah Dan Ringkas Guna Pes Segera, Memang Sedap!\nRESEPI LAKSA SEDAP, WANGI & TAK HANYIR\nBahan-bahan:\n\nIkan kembung\nBelacan\nCili kering 10 tangkai\nCili merah\nCili padi\nBawang besar\nAsam keping\nBunga kantan\nDaun kesum\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih ikan kembung. Kemudian rebuskan. Air rebusannya buang ya.\n\n2. Kemudian kisar ikan termasuk kepala dan tulangnya.\n\n3. Selepas siap dikisar, tapiskan untuk membuang segala tulang.\n\n4. Tuangkan ke dalam mangkuk bersih. Tambahkan juga sedikit air.\n\n5. Kisar belacan, cili kering, cili merah, cili padi dan bawang besar.\n\n6. Kemudian tuangkan bahan kisar tadi ke dalam kuali.\n\n7. Letakkan juga segenggam asam keping yang sudah dibasuh bersih.\n\n8. Masak sehingga menggelegak sambil dikacau.\n9. Kemudian tuangkan ikan yang sudah dikisar dan ditapis tadi.\n\n10. Terus masukkan daun kesum dan bunga kantan. Perasakan dengan garam secukup rasa.\n\n11. Kacau rata dan biarkan menggelegak.\n12. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Ameera\nBaca juga: Cara Buat Laksa Kedah Padu, Sedap & Likat. Memang Kaw Punyalah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-lala-masak-hoisin-simple-tapi-sedap-campak-campak-dah-siap/", "title": "Resepi Lala Masak Hoisin Simple Tapi Sedap, Campak-Campak Dah Siap!", "body": "Korang pernah cuba tak lala masak hoisin? Lala masak hoisin selalunya boleh didapati di restoran Cina muslim. Kalau korang belum pernah cuba kena cuba sekarang gerenti tak menyesal. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n20 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nLALA MASAK HOISINKorang pernah cuba tak lala masak hoisin? Lala masak hoisin selalunya boleh didapati di restoran Cina muslim. Kalau korang belum pernah cuba kena cuba sekarang gerenti tak menyesal. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n750 g lala\n\n1 tangkai daun bawang\n\n3 inci halia\n\n1 labu bawang putih\n\n4-5 sudu besar sos hoisin\n\n1-2 tangkai cili merah\n\n1 sudu besar tepung jagung\n\nGaram mengikut citrasa\n\nKredit: Kamarul Ariffin Nor SadanCARA PENYEDIAAN\nCuci lala sehingga air rendaman dia menjadi jernih. Tak ada pasir dan tak ada lumpur. Hanya cuci berulang kali sehingga bersih.\n\nTumis bawang putih dan halia sampai naik bau wangi.\n\nMasukkan cili dan sos hoisin.\n\nSelepas masukkan sos hoisin, terus masukkan lala dan gaul. Tak perlu masukkan air. Nanti lala tu akan mengeluarkan air. Masak dalam 5 minit sampai kulit lala dah tak ada warna kelabu.\n\nKemudian boleh pekatkan kuah yang terhasil dengan bancuhan air tepung jagung. Gaul sehingga kuah menjadi pekat. Siap!\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-lala-masak-lemak-cili-api/", "title": "Resipi Lala Masak Lemak Cili Api, Sedap & Padu!", "body": "\nSiapa penggemar lala wajib cuba resepi lala masak lemak cili api ini.\nBahan-bahan yang digunakan sama saja seperti biasa kita masak ayam masak lemak dan udang masak lemak.\nTetapi lala perlu dimasukkan pada langkah terakhir semasa dalam proses memasak. Hal ini untuk mengelakkan lala terlebih masak.\nJom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norfadilah Ibrahim di bawah.\nBaca juga: Resipi Lala Masak Kam Heong Ala Restoran Cina, Guna Bahan Mudah Je!\nRESEPI LALA MASAK LEMAK CILI API\nBahan-bahan:\n\nLala\nCili api\nKunyit hidup\nSerai\nSantan\nAir\nRasa sifu\n\nCara-cara memasak:\n1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup sehingga lumat.\n2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. Jangan hidupkan api lagi.\n3. Masukkan serai yang sudah diketuk dan baru hidupkan api.\n4. Kemudian tuangkan santan dan sedikit air. Pastikan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.\n5. Perasakan dengan rasa sifu atau garam dan gula.\n6. Akhir sekali baru masukkan lala. Biarkan menggelegak dan boleh tutup api.\n7. Siap, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Norfadilah Ibrahim\nBaca juga: Tip Bersihkan Lala Yang Berpasir Atau Busuk, Ikut Je Cara Ini Lepastu Dah Boleh Simpan Dalam Freeze!\nBaca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-lala-masam-manis/", "title": "Cara Masak Lala Masam Manis Yang Mengiurkan, Ratah Pun Sedap Tau!", "body": "\nPenggemar makanan laut wajib cuba resepi lala masam manis ini. Ratah pun sedap, apatah lagi jika dimakan dengan nasi, confirm\u00a0bertambah!\nRasanya yang masam, masin, manis dan pedas pasti memikat hati sesiapa jua. Bukan itu saja, masakan ini juga mempunya aroma yang wangi tau!\nBiasanya kalau teringin nak makan masakan yang menggunakan lala, kita\u00a0order\u00a0dekat kedai je kan? Kali ini kita cuba masak sendiri di rumah.\nBaca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut\nRESEPI LALA MASAM MANIS\nBahan-bahan:\n\nLala\n1 biji bawang besar dihiris\n2 ulas bawang putih dihiris\n1 inci halia dihiris\n2 batang serai dititik\nCili kisar\nSos cili\nSos tiram\n\n\nCara memasak:\n1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.\n\n2. Masukkan cili kisar. Tumis sampai cili masak.\n\n3. Bila cili dah mula garing masukkan sos cili & sos tiram. Kacau rata. Masukkan sedikit air kalau bahan tumis mula pekat.\n\n4. Perasakan dengan sedikit garam. Jangan letak banyak, nanti masin pula.\n\n5. Masukkan maggie cukup rasa dan sedikit gula.\n\n6. Akhir sekali masukkan lala.\n\n7. Gaul sebati dan renehkan sehingga lala masak.\n\n8. Apabila kulit lala sudah terbuka, sedia untuk diangkat dan dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Rosni Musa\nBaca juga: Resipi Lala Masak Lemak Cili Api, Sedap & Padu!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-legend-pesamah-daging-menu-wajib-ada-masa-kenduri/", "title": "Resepi Legend Pesamah Daging, Menu Wajib Ada Masa Kenduri!", "body": "Kalau korang dah putus idea tak tahu nak masak apa untuk berbuka. Korang boleh cuba resepi legend pesamah daging, antara menu yang wajib ada semasa kenduri. Jom cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nPESAMAH DAGINGHidangan Sajian dari Arab,\u00a0 Kari Kacang Kuda & Ayam menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.\nBAHAN-BAHAN\n300gm daging\n\n2 sudu rempah kari\n\n1 inci halia\n\n1 sudu serbuk cili\n\n1 sudu teh kerisik\n\n1 sudu teh asam jawa\n\n1 helai daun pandan\n\n1 sudu besar gula kabung\n\n200 ml santan\n\n6 ulas bawang putih\n\n6 biji bawang merah (kecil)\n\n2 kuntum bunga lawang\n\n1 batang kulit kayu manis\n\nKredit : Kamarul Ariffin Nor SadanCARA PENYEDIAAN\nTumis bawang merah yang dihiris. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang dan daun pandan.\n\nKisar bawang putih, halia, dan bawang merah sampai halus. Tumis bawang yang dah dikisar sampai keperangan-perangan dan berbau wangi.\n\nMasukkan rempah kari dan serbuk cili atau cili boh dan masukkan daging.\n\nPerasakan dengan garam dan gula. Tambah air dan reneh sampai daging empuk.\n\nMasukkan gula Melaka atau gula kabung, kerisik, pes asam jawa, santan kotak dan tambahkan air. Reneh sampai semuanya sebati dan rasanya mesra.\n\nSiap dan boleh dimakan bersama sambal belacan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-lemang-cawan-kukus/", "title": "Resipi Lemang Kukus Guna Cawan, Tak Perlu Susah-Susah Guna Buluh!", "body": "\nJika mahu cuba buat sendiri lemang di rumah, boleh cuba resepi lemang cawan kukus ini. Anda tidak perlukan buluh dan tak perlu bakar. Hanya guna periuk kukusan dan juga cawan kertas.\nMudah kan? Malah boleh hasilkan dalam kuantiti yang sedikit, barulah tak membazir. Sesuai untuk mereka yang teringin nak makan lemang, tapi tidak pulang beraya ke kampung disebabkan oleh kekangan kerja.\nJom lihat cara-cara penyediaannya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Enazakri Rashid menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Selamat mencuba!\nBaca juga: Cara Balut Ketupat Palas, Yang Tak Tahu Kena Belajar Buat!\nRESEPI LEMANG KUKUS CAWAN\n\nBahan-bahan:\n\n3 cawan beras pulut\nSantan 1 kg\nGaram\nCawan kertas\nDaun pisang\n\nCara-cara:\n1. Basuh beras pulut sehingga bersih. Kemudian toskan.\n\n2. Masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas. Kemudian isikan 3/4 beras pulut yang sudah dicuci ke dalam cawan kertas tersebut.\n3. Bancuhkan santan dan garam.\n4. Apabila sudah sebati, masukkan santan ke dalam pulut tadi biarkan tenggelam sedikit pulut itu.\n\n5. Kukus selama 30 minit atau sehingga pulut masak.\n\n6.\u00a0Pastikan air di dalam pengukus sudah mendidih baru letakkan pulut. Siap dan boleh dihidang.\n\nKredit resipi dan gambar: EnaZamri Rashi\nBaca juga: 5 Jenis Lemang Yang Popular & Unik, Kalau Pernah Cuba Semua Memang Foodie Lah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-limau-ais-bersama-bunga-telang-nikmat-diminum-ketika-berbuka-puasa/", "title": "Resepi Limau Ais Bersama Bunga Telang, Nikmat Diminum Ketika Berbuka Puasa!", "body": "Kalau buat air limau ais biasa je mesti warna air tu jernih je, kali ini jom kita variasikan air limau ais dengan letak bunga telang. Warna limau ais yang jernih tu terus bertukar menjadi warna ungu sangat cantik yang penting air ini menyegarkan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Syahr Musafir di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nLIMAU AIS BUNGA TELANGKalau buat air limau ais biasa je mesti warna air tu jernih je, kali ini jom kita variasikan air limau ais dengan letak bunga telang. Warna limau ais yang jernih tu terus bertukar menjadi warna ungu sangat cantik yang penting air ini menyegarkan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Syahr Musafir di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nBunga telang\n\nLimau nipis\n\nAir\n\nAis batu\n\nGula\n\nKredit: Syahr MusafirCARA PENYEDIAAN\nRendamkan bunga telang bersama air suam dan tekan-tekan sedikit supaya warna dari bunga tu keluar.\n\nSediakan air limau ais, campurkan air, limau nipis dan gula sehingga sebati dan masukkan ais batu.\n\nTapiskan air bunga telang yang sudah direndam tadi, airnya berwarna biru gelap.\n\nTuangkan air bunga telang ke air limau ais. Tuang sikit pun dah cukup mengujakan sebab sudah nampak keunguan tu.\n\nSetelah dikacau air limau ais campur bunga telang menjadi ungu. Siap dan boleh diminum semasa sejuk.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-loaded-potato-bowl-ala-ala-kfc-tak-perlu-beli-dah-boleh-buat-sendiri-je-bila-teringin/", "title": "Resepi Loaded Potato Bowl Ala-Ala KFC, Tak Perlu Beli Dah! Boleh Buat Sendiri Je Bila Teringin", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-03 03:52:36\n\n\nKFC Loaded Potato Bowl terdiri daripada kentang putar, jagung, ayam goreng tanpa tulang dan sos cheezy wedges. Kuantitinya pula berbeza mengikut cawangan KFC. Disebabkan menu ini merupakan menu bermusim, pelanggan setia KFC mesti kempunan hidangan ini sehinggalah ia muncul kembali. Jadi, untuk menghilangkan kempunan penggemar menu loaded potato bowl ini, lebih baik buat sendiri di rumah. Jom cuba resepi Loaded Potato Bowl ala KFC yang dikongsikan oleh Tyra Manan di kumpulan Resepi Masakan Dan Petua di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\nMashed Potato\nBahan-bahan:\n\nKentang 1kg\nButter 100g (potong dadu)\nWhipping cream 100ml\nAir\u00a0\u00a050ml (bukan untuk rebus kentang tau)\nBlack pepper\nGaram secukup rasa\u00a0\n\nCara-cara:\n\nRebus kentang sampai betul-betul lembut.\u00a0\nLepas itu campurkan je semua bahan, gaul sampai butter tu cair.\u00a0\n\n\u00a0\n\nKredit: Tyra Manan\n\u00a0\n\u00a0\nAyam\nBahan-bahan:\n\nAyam dada potong dadu\nTepung bestari\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nBancuh tepung dengan air.\nKemudian goreng dalam minyak panas.\n\n\u00a0\n\nKredit: Tyra Manan\n\u00a0\n\u00a0\nBahan topping:\n\nJagung rebus\nCheese yang dibancuh dengan air panas\u00a0\nMayonis\n\n*Jagung tu rebus dulu tapi jangan lama-lama nanti kecut lepastu gaulkan dengan gula & garam sikit.\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nCara nak letak dalam bowl:\n\nBuat lapis-lapis tapi ikut la nak buat macam mana.\u00a0\nMula-mula letak mashed potato, kemudian letak sos cheese & mayonis pastu letak lagi potato dan ulang langkah tadi mengikut berapa banyak lapisan yang diinginkan.\u00a0\nAkhir sekali baru letak jagung, ayam goreng & curahkan sos cheese dengan mayonis.\n\n\u00a0\n\nKredit: Tyra Manan\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Tyra Manan\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-loaded-potato-bowl-ala-kfc/", "title": "Resipi Loaded Potato Bowl Ala KFC, Lagi Puas Dapat Makan Banyak!", "body": "\u00a0\n\nTerliurnya! Paling best, boleh makan banyak loaded potato bowl ini sebab \u2018homemade\u2019. Tapi jangan teruskan bacaan kalau korang tengah diet tau.\nBayangkan ubi kentang dilenyek ketika panas, disalut pula dengan sos keju, mayonis dan ayam. Ahh. Dah cuba sekali, mesti nak lagi punyalah!\nJadi, kalau korang memang favorite dengan Loaded Potato Bowl ala-ala KFC ini. mari kita cuba buat guna resepi yang dikongsikan oleh Tyra Manan ini.\nBaca Juga: Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC\nIkut je langkah-langkah mudah ini, mesti jadi!\nRESIPI LOADED POTATO BOWL ALA KFC\n\n\nBahan Kentang Putar:\n\nKentang \u2013 1kg\nButter \u2013 100g (potong dadu)\nWhipping cream \u2013 100ml\nAir \u2013 50ml (bukan untuk rebus kentang ya)\nLada hitam\nGaram \u2013 agak-agak untuk secukup rasa\n\nCara membuatnya:\n1. Rebus kentang sampai ia lembut. \n2. Selepas itu, campurkan je semua bahan-bahan di atas tadi, gaul sehingga butter cair.\nJangan risau! rasa dia nanti serius sedap!\n\nBahan Ayam:\nAyam bahagian dada \u2013 potong dadu\nTepung bestari\nCara membuatnya:\nBancuh tepung dengan air selepas itu goreng ke dalam minyak panas.\n\nBahan Topping:\n\nJagung rebus\nSerbuk keju yang dibancuh dengan air panas\nMayonis\n\nNota: Jagung rebus dahulu tapi jangan terlalu lama untuk elak ia kecut. Selepas itu gaulkan dengan sedikit gula dan garam.\nCara Letak Dalam Bowl:\n1. Mula-mula, letak kentang putar. Kemudian, letak sos keju dan mayonis dan ulang kembali dengan letak kentang potato untuk dibuat secara berlapis.\n2. Akhir sekali, baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan lagi sos keju dengan mayonis. Marvelous gitu!\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-lontong-homemade-paling-padu-sekali-cuba-pasti-nak-lagi/", "title": "Resepi Lontong Homemade Paling Padu, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-19 04:53:40\nLontong merupakan salah satu\u00a0makanan kegemaran rakyat Malaysia kerana ada banyak bahan sayuran dalam kuahnya, selain dimasak bersama udang segar dan dipadankan pula dengan keenakan sambal tumis ikan bilis yang pedas. Lontong juga boleh dimakan bersama kuah kacang. Lontong\u00a0selalu dihidangkan untuk sarapan pagi. Jadi ibu-ibu boleh cuba resepi ini. Keluarga mesti suka. Jadi marilah kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Novelis Afieyza Isahak\u200e di kumpulan Resepi Viral\u00a0di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Novelis Afieyza Isahak\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nNasi impit (rebus)\nBawang besar*\nBawang putih*\nSerai*\nLengkuas*\nHalia*\nBuah keras*\nKunyit hidup*\nUdang kering*\nIkan bilis*\n\n(Yang bertanda * kena kisar)\n\nLobak merah, kacang panjang dan tauhu.(goreng terlebih dahulu)\nUdang dan pucuk(rendam sekejap)\nSuun (basuh sahaja)\nSantan sekotak besar\nKiub ikan bilis\nAsam keping \nBahan perasa\nTelur rebus\nSambal tumis ikan bilis/kuah kacang\n\n\u00a0\n\nKredit:\u00a0Novelis Afieyza Isahak\n\u00a0\n\nKredit:\u00a0Novelis Afieyza Isahak\n\u00a0\nCara-cara:\n\nTumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air untuk kuah. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping. Masak sehingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.\nTuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa. Bila mendidih, masukkan suun dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.\nSediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi himpit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Dah boleh dimakan setelah bismillah.\n\n\u00a0\n\nKredit: Novelis Afieyza Isahak\u200e\n\u00a0\n\nKredit: Novelis Afieyza Isahak\u200e\n\u00a0\n\nKredit: Novelis Afieyza Isahak\u200e\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Novelis Afieyza Isahak\u200e\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-maggi-goreng-basah-merecik-style-azfar-heri/", "title": "Resepi Maggi Goreng Basah Merecik Style Azfar Heri", "body": "Orang kata maggi ni makanan bila dah hujung bulan, jadi tak dinafikan mesti korang semua reti masak maggi kan? \u00a0Tapi kalau korang dah bosan makan maggi berkuah, apa kata korang cuba pula resepi maggi goreng basah style Azfar Heri.\u00a0Cara penyediaannya sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nMAGGI GORENG BASAHOrang kata maggi ni makanan bila dah hujung bulan, jadi tak dinafikan mesti korang semua reti masak maggi kan? \u00a0Tapi kalau korang dah bosan makan maggi berkuah, apa kata korang cuba pula resepi maggi goreng basah style Azfar Heri.\u00a0Cara penyediaannya sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak.\nBAHAN-BAHANBAHAN A\nMaggi kari\n\nBawang putih\n\nBawang merah\n\nCili kering kisar\n\nTelur\n\nSayur sawi\nBAHAN B\nSos cili\n\nSos tomato\n\nSos tiram\n\nKicap\n\nGaram secukup rasa\nCARA PENYEDIAAN\nRebuskan maggi terlebih dahulu sehingga kembang.\n\nPanaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih.\n\nGoreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.\n\nMasukkan cili kering kisar. Tumis sehingga naik minyak.\n\nMasukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga sebati.\n\nMasukkan serbuk cili, serbuk maggi kari dan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih.\n\nPecahkan telur dan kacau sehingga sebati.\n\nMasukkan maggi yang telah dimasak kedalam kuali.\n\nGaul sebati dan siap untuk dimakan.\nTIPSTiada\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-maggi-goreng/", "title": "Resipi Maggi Goreng Padu, Memang Betul-Betul \u2018Berhantu\u2019 Sedapnya", "body": "\nTiada idea nak makan malam apa? Jom cuba resepi maggi goreng yang mudah dan sedap ini.\nResipi hasil perkongsian oleh Puan Afy Al Habibi pasti tidak akan mengecewakan anda!\nDimakan pula dengan telur mata, potongan daun bawang, daun sup, potongan cili padi merah dan lada solok jeruk yang mengiurkan!\nBaca juga: Resipi Nasi Goreng Mamak, Rasa Sebijik Sama Macam Dekat Kedai!\nRESEPI MAGGI GORENG SEDAP\nBahan-bahan:\n\n1 bungkus maggi kari\nUdang\nIsi ayam\n\nBahan-bahan tumbuk:\n\n2 ulas bawang putih\n1/2 biji bawang merah\n1 tangkai cili padi merah\n1 tangkai cili padi hijau\n\nBahan-bahan perasa:\n\n2 sudu besar kicap Jalen lemak manis\n1/2 sudu besar kicap Jalen pekat\n1/2 sudu besar sos tomato\n3/4 sudu besar sos cili\n1/2 sudu kicap cair\nSetitik dua minyak bijan\n\nCara-cara:\n1. Celur maggi selama 2 minit. Kemudian toskan. Perencah maggi simpan dulu.\n2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan tumbuk yang sudah ditumbuk.\n3. Selepas bahan tumis sedikit garing, masukkan udang dan hirisan nipis dada ayam.\n\n4. Kemudian masukkan semua bahan-bahan perasa.\n\n5. Seterusnya masukkan sepaket perencah maggi yang disimpan tadi.\n\n6. Kemudian masukkan sedikit air lebih kurang satu senduk.\n7. Seterusnya masukkan maggi yang telah dicelur tadi.\n\n8. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit gula. Kacau-kacau sambil besarkan api. Masa ni kalau ada sayur boleh masukkan.\n9. Selepas air sedikit kering kira-kira seminit dua, boleh tutup api.\n\n10. Hidangkan bersama telur mata.\u00a0Taburkan potongan daun bawang, daun sup dan potongan cili padi merah untuk menaikkan warnanya.\n11. Akhir sekali, ttambahkan satu sudu besar lada solok jeruk sekali dengan airnya. Selamat mencuba!\n\nKredit: Afy Al Habibi\nBaca juga:\u00a0Ibu Ini Kongsi Resipi Makaroni Goreng Simple, 2 Kali Anak Menambah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-makaroni-bakar-unik-sedap-paling-penting-perut-confirm-kenyang-2/", "title": "Resepi Makaroni Bakar Unik & Sedap, Paling Penting Perut Confirm Kenyang!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-03 18:19:59\n\n\nDi Amerika Utara, perkataan \"makaroni\" sering digunakan secara sinonim dengan makaroni berbentuk siku kerana ini adalah jenis makaroni yang\u00a0sering digunakan dalam pelbagai jenis resepi makaroni . Makaroni juga boleh dimasak dalam pelbagai cara sebagai contoh dengan cara membakarnya.\n\u00a0\nJadi apa kata kita cuba resepi makaroni bakar yang dikongsikan oleh Nik Zamzurina Nik Mohamed di kumpulan Aneka Resepi di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 cawan makaroni (direbus)\n300 gram daging kisar\n1 biji bawang holland (potong dadu)\n3 ulas bawang putih (cincang halus)\n1 biji kentang (dipotong dadu)\n1 ketul kiub ayam\n2 sudu besar serbuk kari\n1/2 cawan susu segar\n4 biji telur\n2 sudu besar gula\n1 sudu teh garam\nCheese Mozzarella (lagi banyak lagi sedap)\nSedikit air\nSedikit minyak masak\n\n\u00a0\n\nKredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed\n\u00a0\nBahan hiasan:\nDaun bawang, daun sup, cili besar, Sos cili dan mayonis.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed\n\u00a0\nCara-cara:\n\nMakaroni direbus dan ditoskan air.\nTumiskan bawang merah bersama bawang putih hingga garing dan naik bau. Masukkan daging kisar kacau hingga garing sedikit. Masukkan kentang, serbuk kari dan kiub ayam. Gaul rata. Masukkan sedikit air kemudian gula dan garam. Masak hingga kentang jadi empuk.\nMasukkan makaroni. Campur susu bersama telur. Kacau dan tuang ke dalam kuali. Gaul sekejap hingga sebati dengan api yang perlahan. Tutup api.\nAlaskan loyang 8\u00d78 dengan\u00a0baking paper. Tuang makaroni tadi separuh dalam loyang. Kemudian tabur cheese mozzarella ke semua tempat. Ulang proses tadi kemudian tabur\u00a0cheese\u00a0menutup semua permukaan. Bakar suhu 160' selama 20min sehingga\u00a0cheese\u00a0cair.\nBila makaroni dah sejuk, keluarkan dari loyang. Masukkan sos cili dan mayonis ke dalam plastik. Gunting hujung dan paipkan berselang seli atas macaroni kemudian tabur daun bawang, daun sup dan cili.\u00a0\n\n\u00a0\n\nKredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-makaroni-goreng-simple/", "title": "Ibu Ini Kongsi Resipi Makaroni Goreng Simple, 2 Kali Anak Menambah!", "body": "\nResepi makaroni goreng simple ini wajib dicuba supaya anak lebih berselera. Tambahan lagi ketika bulan Ramadan ini, pasti mereka semangat untuk bangun bersahur.\nMenu ini juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas. Kalau nak pedas, boleh gantikan sos pasta dengan cili kisar.\nHidangan ini juga sesuai dinikmati ketika sarapan, makan tengahari atau malam. Sedap dan mengenyangkan! Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Roti John Homemade, Confirm Lagi Puas Hati Boleh Letak Inti Bertimbun!\nResepi Makaroni Goreng\n\nBahan-bahan yang diperlukan:\n\nMakaroni\nBawang holland/bawang merah \u2013 potong dadu\nBawang putih \u2013 cincang halus\nButter\nDaging kisar/daging burger\nSos pasta kimball cendawan\nGaram\nGula\nBrokoli\nCheddar cheese\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan air dalam periuk. Kemudiah rebus makaroni sehingga lembut atau ikut saja masa yang disediakan pada pembungkusan. Toskan.\n\n2. Dalam kuali, cairkan butter. Kemudian tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.\n3. Kemudian masukkan daging kisar atau daging burger. Gaul rata dan biarkan sehingga daging masak.\n\n4. Seterusnya masukkan sos pasta kimball cendawan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.\n\n5. Masukkan makaroni dan gaul rata dalam 5 hingga 6 minit sehingga semuanya menjadi sebati.\n\n6. Akhir sekali masukkan brokoli dan cheddar cheese. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Fatimah Saari\nBaca juga: Resipi Daging Black Pepper Yang \u2018Juicy\u2019, Lembut & Ringkas\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mangga-milk-cheese-pencuci-mulut-yang-kini-viral-di-indonesia/", "title": "Resepi Mangga Milk Cheese, Pencuci Mulut Yang Kini Viral Di Indonesia!", "body": "Siapa kata musim mangga dah berakhir? Seperti yang anda semua tahu, mangga mempunyai pelbagai jenis iaitu Mangga Harum Manis, Mangga Chok Anan (Mangga Madu), Mangga Perlis Sunshine (Sala), Mangga Susu, Mangga Epal dan banyak lagi. Selalunya orang guna mangga untuk buat jus dan jeruk kan? So kali ni kita buat pencuci mulut pula menggunakan mangga, susu dan juga cheese. Resepi ni dikongsikan oleh Cookingwithel di laman Facebooknya.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nMangga Milk CheeseSiapa kata musim mangga dah berakhir? Seperti yang anda semua tahu, mangga mempunyai pelbagai jenis iaitu Mangga Harum Manis, Mangga Chok Anan (Mangga Madu), Mangga Perlis Sunshine (Sala), Mangga Susu, Mangga Epal dan banyak lagi. Selalunya orang guna mangga untuk buat jus dan jeruk kan? So kali ni kita buat pencuci mulut pula menggunakan mangga, susu dan juga cheese. Resepi ni dikongsikan oleh Cookingwithel di laman Facebooknya.\n\nKredit : cookingwithel\nBAHAN-BAHAN\n3 Biji mangga dipotong dadu\n\nJelly berperisa Mangga dipotong dadu\n\nNata de coco secukupnya\n\nBiji selasih secukupnya rendam di dalam air terlebih dahulu\n\nMangga 1 biji ambil isinya sahaja\n\n170 gram cream cheese\n\n500 ml susu full cream\n\n380 ml susu sejat\n\n80 gram susu pekat\n\nKredit : cookingwithelCARA PENYEDIAAN\nCampur kesemua bahan milk cheese\u00a0kemudia kisar hingga halus\n\nCampur mangga, biji selasih, nata de coco, jelly mangga ke dalam bahan milk cheese yang telah dikisar.\n\nTuang isian tersebut pada cup yang berisi 300ml\n\nBoleh dimakan terus. Sejukkan di dalam peti ais untuk lebih sedap.\nTIPSKalau suka keju, boleh tambah mengikut selera masing-masing.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mangga-smoothie/", "title": "Resipi Mangga Smoothie Guna 3 Bahan, Buat Sendiri Boleh Minum Satu Keluarga!", "body": "\nJom cuba resepi mangga smoothie untuk berbuka puasa nanti. Sedapnya minum selepas seharian menahan dahaga dengan cuaca panas yang membahang.\nSatu gelas minuman ini boleh mencecah RM15 jika beli di kedai. Kalau nak minum satu keluarga lebih baik buat sendiri saja, baru lagi puas hati.\nSeperti yang ramai tahu, mangga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan. Berikut merupakan manfaat buah mangga:\n\nMengatasi masalah pencernaan\nMembuat usus lebih sihat\nMenurunkan paras kolestrol\nMeningkatkan daya imun badan\nAgen anti oksidan\nKaya vitamin C\nBaik untuk gastrik\nBagus mencegah kanser\n\nBaca juga: Jom Buat Air Vanilla Blue Yang Padu, Rasa Sama Macam Air Balang Di Bazar!\nRESEPI MANGGA SMOOTHIE MUDAH GUNA 3 BAHAN\n\nBahan-bahan:\n\nBuah mangga\nSusu segar\nSusu pekat\n\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih dan kupas buah mangga. Kemudian potong kecil-kecil.\n2. Masukkan buah mangga yang sudah dipotong tadi ke dalam pengisar.\n3. Seterusnya tuangkan pula susu segar.\n4. Kemudian masukkan susu pekat manis dan kisar sehingga sebati.\n\n5. Tuangkan ke dalam cawan yang berisi ais.\n6. Letakkan hirisan mangga sebagai hiasan. Ubah kuantiti bahan mengikut jumlah air yang anda inginkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Nieynie\nBaca juga: 4 Idea Resipi Air Berbuka, Menu Macam Di Kafe Hipster Tapi Guna Bahan Mudah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-masak-lemak-perut-lembu/", "title": "Resipi Gulai Lemak Perut Lembu Ala Padang, Sedap Tak Terkata!", "body": "\nSelain kerabu perut, masak lemak perut lembu juga merupakan lauk yang boleh dicuba oleh penggemar perut lembu.\nWalaupun rupanya nampak biasa-biasa saja, tapi rasanya sangat \u2018luar biasa\u2019.\u00a0Sangat sedap jika dimakan dengan nasi panas-panas. \nTak cukup dengan itu, ratah pun sedap! Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Cikgu Ummi Ziera di bawah.\nBaca juga: Cara Cuci Perut Lembu, \u2018Confirm\u2019 Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni\nRESEPI MASAK LEMAK PERUT LEMBU\nBahan-bahan:\n\nPerut lembu \u2013 potong\n1 asam keping\n2 helai daun limau purut\nGaram\n1\u00a0\u00bd santan kotak \u2013 campur air secukupnya\n\nBahan-bahan kisar:\n\n10 \u2013 15 biji cili padi \u2013 ikut pedas disukai\n2 tangkai cili merah \u2013 atau cili kisar supaya kuah berwarna merah\n2 batang serai \u2013 ketuk\n\u00bd inci halia\n2-3 hirisan lengkuas\n\u00bd inci kunyit hidup\n5 ulas bawang merah\n3 ulas bawang putih\n\nCara-cara:\n1. Kisar kesemua bahan-bahan kisar bersama santan. Jika mahu kuah berwarna sedikit kemerahan, tambahkan sedikit cili kisar atau cili merah.\n2. Masukkan sedikit minyak dan panaskan sehingga betul-betul panas dengan api perlahan. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga mendidih dan naik minyak.\n3. Masukkan perut, garam, asam keping dan daun limau purut ke dalam bahan tumisan yang sedang mendidih. Kacau rata.\n\n4. Masukkan baki santan dan masak sehingga kuah sesuai dengan kepekatan yang kita suka. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Cikgu Ummi Ziera\nBaca juga: Sedapnya Meratah Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge, Ini Resipinya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mashed-potato-ala-ala-kfc-yang-sangat-mudah-anak-anak-confirm-suka/", "title": "Resepi \u2018Mashed Potato\u2019 Ala-Ala KFC Yang Sangat Mudah, Anak-Anak Confirm Suka!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-24 02:43:35\nMashed potato atau kentang putar merupakan antara makanan yang paling digemari oleh anak-anak kalau ke KFC betul tak? Kalau tak order ayam goreng mesti mashed potato menjadi pilihan hati semua orang. Tapi, takkkan lah nak makan di restoran makan segera setiap hari kan? \u00a0Sekarang, tidak sukar lagi untuk membuat kentang putar sendiri di rumah kerana caranya sangat mudah. PKP pun sekarang menghalang kita sekeluarga untuk keluar sangat jadi apa kata kita cuba resepi mashed potato ala-ala KFC yang dikongsikan oleh Resepi Bonda di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Resepi Bonda\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n8 biji kentang\n1 kotak kecil susu segar\nSedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)\nSecukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah\n\n\u00a0\n\nKredit: Resepi Bonda\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.\nBila kentang sudah empuk, toskan air.\nMasukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.\nMasukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.\nTuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata (guna hand blender nak senang dapat texture halus).\n\n\u00a0\n\nKredit: Resepi Bonda\n\u00a0\nBahan-bahan Sos (Gravy):\n\n1 labu bawang besar (dadu)\n2 ulas bawang putih (dadu)\n4 sudu butter\n2 sudu tepung gandum atau tepung jagung\n2 kiub ayam\nlada hitam dan lada sulah\n2 1/2 cawan air\n\n\u00a0\nCara-cara buat Sos (Gravy):\n\nCairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang (api sederhana). Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna karamel). \nMasukkan tepung gandum/jagung dan kacau terus sehingga tepung \u00a0menjadi warna coklat atau sehingga menjadi warna sos yang korang suka.\nMasukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Tutup api masuk blender. Blend sampai semua hancur. Masak balik atas api sederhana.\nMasukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.\n\n\u00a0\n\nKredit: Resepi Bonda\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Resepi Bonda\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mee-ayam-indonesia/", "title": "Resipi Mi Ayam Indonesia, Tak Perlu Terbang Jauh Kalau Mengidam", "body": "\nMee ayam Indonesia adalah salah satu menu yang wajib dicuba jika anda melancong ke sana.\nMenu ini merupakan masakan cina yang biasa dijumpai di Indonesia, Singapura dan Malaysia. Ianya juga lebih kurang sama saja seperti mi wantan atau mi kicap.\nJika ada yang teringin nak rasa, jom kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Mi Bandung Sedap & Berlemak, Rahsianya Kena Letak 1 Bahan Ini\nRESEPI MEE AYAM INDONESIA\nBahan-bahan kuah:\n\n2 helai daun bay\n3 helai daun limau purut\n2 batang serai dititik*\n6 ulas bawang putih*\n2 ulas bawang merah*\nSedikit halia*\nSedikit lengkuas*\n2 paha isi ayam potong kecil\n2 1/2 senduk kicap abc\n1 senduk sos tiram\n1 senduk kicap cair\n\nCara-cara buat kuah:\n1. Tumis daun bay, daun limau dan serai. Sambil itu, kisar bahan bertanda (*).\n\n\u00a0\n2. Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.\n\n3. Kacau dan biarkan masak selama 10 minit.\n4. Kemudian, masukkan ayam.\n\n5. Bila ayam dah separuh masak, masukkan kicap abc, sos tiram dan kicap air. Masak sehingga agak kering.\n\nBahan-bahan sambal:\n\n10-15 cabai melaka merah\n6 ulas bawang putih\n1 sudu besar cuka\n1/2 sudu kecil garam\n\nCara-cara buat sambal:\n1. Kisar semua bahan-bahan di atas.\n\nBahan-bahan minyak bawang putih:\n\nBawang putih 1 labu \u2013 dicincang\n\nCara-cara buat minyak bawang putih:\n1. Goreng bawang putih yang sudah dicincang sehingga menjadi kekuningan.\n\nBahan-bahan lain:\n\nRangka/tulang ayam + kiub ayam seketul (direbus selama 1 jam)\nMee/maggi \u2013 dicelur\nSawi \u2013 dicelur\nHirisan daun bawang\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Maya Miera\nBaca juga: Rahsia Kuah Laksa Yang Kaww, Bau Harum Semerbak & Tak Berbau Hanyir!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mee-bandung-sedap-berlemak/", "title": "Resipi Mi Bandung Sedap & Berlemak, Rahsianya Kena Letak 1 Bahan Ini", "body": "\nPeminat masakan Johor wajib cuba resepi mee bandung yang lazat dan menyelerakan ini.\nKuah mi bandung ini perlu pekat, barulah sedap! Kalau kuah cair, tak cukup\u00a0umphh\u00a0bila dimakan.\nAda rahsia nak jadikan kuah lebih berlemak dan sedap, iaitu dengan memasukkan biskut marie yang dihancurkan.\nKalau nak tahu resipi lengkap, ikut saja pekongsian oleh Suzana Othman di bawah.\nBaca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!\nRESEPI MEE BANDUNG\nBahan-bahan pes:\n\n20 tangkai cili kering\n1 biji bawang besar\n4 ulas bawang putih\n1 senduk udang kering\n1 senduk udang geragau\n\u00bd mangkuk kacang tanah\n12 keping biskut Marie\n12 sudu besar gula\nMinyak untuk menumis\n\n\nBahan untuk menyediakan mi bandung:\n\n1 peket mee kuning\n1 mangkuk daging yang telah direbus | hiris nipis\n1 liter air rebusan daging\n12 ekor udang\n3 keping tauhu\n3 biji telur\n2 pokok sawi | potong\n1 biji lobak merah | hiris memanjang\nGaram\nSerbuk pati ayam\n\n\nBahan hiasan:\n\nLimau kasturi | belah 2\u00a0\nCili hidup merah & hijau | hiris\u00a0\nDaun bawang | hiris\nBawang goreng\n\nBahan kisar kering:\n\nKacang tanah\nBiskut marie\n\nBahan kisar basah:\n\nA \u2013 Bawang besar, bawang putih, udang kering dan udang geragau\nB \u2013 Cili kering\n\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula, sangai kacang tanah tanpa minyak dalam kuali. Kita bakar guna air fryer suhu 160\u00b0C selama 10 minit. Kacau-kacau sesekali supaya masak sekata.\n2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng tauhu hingga masak, angkat dan ketepikan. Bila dah sejuk, hiris nipis untuk dijadikan hiasan.\n\n3. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bahan kisar A hingga garing.\n4. Masukkan bahan kisar B. Bila cili kering dah garing, masukkan 12 sudu besar gula. Tak perlu letak garam.\n\n5. Masukkan kacang tanah dan juga biskut Marie. Biskut Marie digunakan sebagai ejen memekatkan kuah dan menjadikan kuah lebih lemak dan sedap.\n\n6. Gaul hingga semua bahan cukup garing. Tutup api.\n7. Simpan sebahagian pes mee bandung ke dalam balang kaca kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk.\n8. Pes boleh digunakan berulangkali dan tahan hingga 2 minggu. Bila-bila nak masak mee bandung, pes dah tersedia.\n\n9. Tinggalkan anggaran 4 senduk pes di dalam kuali. Masukkan air rebusan daging.\n\n10.\u00a0Apabila air menggelegak, masukkan daging, udang dan sayuran. Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.\n\n11. Perlahankan api, masukkan telur sebutir demi sebutir. Jangan kacau hingga telur masak. Tutup api.\n\n12. Celurkan mee kuning, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk.\n\n13. Kemudian tuang kuah mee bandung yang dah siap ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan.\n\nKredit resipi dan gambar: Suzana Othman\nBaca juga: 1 Kuah Untuk 2 Masakan, Ini Dia Resipi Kuetiau Ladna & Kuetiau Hong Kong\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mee-goreng-sedap/", "title": "Resipi Mi Goreng Untuk 60 Orang Makan, Buat Untuk Rumah Terbuka Confirm \u2018Laris\u2019", "body": "\nMungkin ramai yang sedang tercari-cari idea untuk potluck, jamuan atau rumah terbuka sempena Aidilfitri. Pastinya kita akan memilih menu dan resipi yang ringkas, sedap dan disukai ramai seperti resepi mee goreng.\nResipi yang telah dikongsi oleh Nur Ismail ini boleh dijadikan panduan buat anda semua. Kuantiti bahan resipi ini adalah untuk 60 orang, boleh kurangkan kuantitinya jika jumlah jemputan sedikit.\nBaca juga: Resipi Mi & Bihun Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya, Ringkas Saja!\nRESEPI MEE GORENG MUDAH DAN SEDAP\n\nBahan-bahan:\n\n12 bungkus mi kuning (450 gram sepeket)\n60 ekor udang sederhana besar\n4 bungkus\u00a0fish cake (potong nipis)\n2 kg sawi Cameron (potong kecil)\n1 kg kobis (potong kecil)\n20 keping tauhu (di goreng dan potong kecil)\n400 gram minyak masak\n1/2 kg bawang besar (kisar halus)\n2 labu bawang putih (kisar halus)\n400 gram cili giling\n400 gram sos tomato\n300 gram sos cili\n400 gram kicap manis\n6 sudu besar kicap pekat\n6 sudu besar gula\n4 sudu besar garam\n12 sudu besar stok ayam\n800 gram air\n\nBahan hiasan:\n\n12 biji telur goreng (digoreng dadar nipis dan dipotong halus)\nRM5 daun sup dan daun bawang (dipotong halus)\n1 paket sederhana bawang goreng\nCili merah secukupnya (dihiris)\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak dalam kuali.\n2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.\n3. Masukkan cili giling, kacau hingga pecah minyak.\n4. Masukkan 200 gram air.\n5. Masukkan batang sawi. Kacau sehingga layu.\n6. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air, Kacau rata.\n7. Masukkan udang dan\u00a0fish cake.\u00a0Kacau rata.\n8. Masukkan pula sawi, kobis, mi dan tauhu.\n\n9. Kacau lagi dan kaup balik sehingga rata masaknya. Siap!\n\n10. Semasa menghidang, taburkan hirisan telur dadar goreng, daun sup dan daun bawang, bawang goreng dan potongan cili merah secukupnya.\u00a0\n\nKredit resipi dan gambar: Nur Ismail\nBaca juga: 5 Idea Menu \u2018Potluck\u2019 Yang Menarik & Mudah Untuk Jamuan Raya\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mee-hailam-urat-keting-kuah-pekat-rasa-memang-kaw/", "title": "Resepi Mee Hailam Urat Keting, Kuah Pekat & Rasa Memang \u2018Kaw\u2019!", "body": "Kalau dah biasa makan mee hailam letak ayam, udang atau daging, korang boleh variasikan lauk mee hailam korang dengan meletakkan urat keting. Rasanya memang sedap, satu mangkuk pun tak pasti cukup. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cek Yah di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nMEE HAILAM URAT KETINGKalau dah biasa makan mee hailam letak ayam, udang atau daging, korang boleh variasikan lauk mee hailam korang dengan meletakkan urat keting. Rasanya memang sedap, satu mangkuk pun tak pasti cukup. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cek Yah di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1 bungkus mee kuning\n\n3 ulas bawang putih\n\n1 cawan air rebusan daging\n\nAir secukupnya\n\n3 sdb sos tiram\n\n2 sdb kicap\n\n1/2 batang lobak merah\n\nSayur sawi\n\n4-5 tangkai cili padi\n\n2 sdk serbuk lada hitam\n\n2 sdb tepung jagung dibancuh dengan sedikit air\n\nGaram dan gula secukup rasa\n\nKredit: Cek YahCARA PENYEDIAAN\nTumis 3 ulas bawang putih, dah garing dan naik bau masukkan stok rebusan daging 1 cawan.\n\nCampurkan air kosong dalam 2-3 cawan, kalau suka boleh masukkan semua air rebusan daging.\n\nMasukkan sos tiram, kicap dan daging ke dalam kuah.\n\nApabila kuah dah mendidih masukkan sayur keras dahulu, masukkan lobak merah, batang sawi dan cili padi 4-5 tangkai.\n\nMasukkan lada hitam. Apabila kuah sudah mendidih baru masukkan mee satu bungkus.\n\nPerasakan dengan garam dan gula, masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.\n\nApabila mee hampir masak, masukkan urat keting yang sudah dimasak.\n\nMasukkan sayur sawi, kacau sedikit dan tutup api.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mee-kicap/", "title": "Cara Buat Mi Kicap Homemade, Guna Mi Biasa Pun Boleh", "body": "\nTiada idea nak makan malam apa? Jom cuba resepi mee kicap yang mudah dan sedap ini.\nBiasanya mi wantan digunakan untuk membuat mi kicap. Namun, boleh juga digantikan dengan mi biasa.\u00a0Rasanya tetap sama sedap.\nIkut saja resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya.\nBaca juga: Resipi Mi Bandung Sedap & Berlemak, Rahsianya Kena Letak 1 Bahan Ini\nRESEPI MEE KICAP HOMEMADE\nBahan-bahan perapan:\n\nDada ayam\nLada sulah\nKicap pekat\nKicap manis\nGaram\n\nBahan-bahan kuah kicap:\n\nMinyak masak + minyak bijan\nBawang putih \u2013 dicincang\nAir\nKicap pekat\nKicap manis\nSos tiram\nGula perang\nGaram\n2 sudu makan tepung jagung \u2013 bancuh dengan air\n\nBahan-bahan sup:\n\nBawang putih \u2013 dicincang\nAir\nFishball\nGaram\nSerbuk maggie\nDaun bawang\n\nBahan-bahan lain:\n\nMi kering @ dried noodle @ mi wantan\nDaun bawang\nCili\n\nCara-cara:\n1. Satukan bahan perapan dan sebatikan. Perap selama 15 minit.\n\n2. Untuk membuat kuah kicap, pertama sekali panaskan minyak masak dan sedikit minyak bijan untuk membangkikan lagi bau aromanya.\n\n3. Kemudian tumis bawang putih sehingga warna bertukar keperangan.\n\n4. Kemudian baru masukkan air. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, sedikit gula perang dan garam. Seimbangkan rasa, tambah apa yang kurang.\n\n5. Masukkan bancuhan 2 sudu makan tepung jagung.\n\n6. Biarkan kicap mendidih seketika. Tutup api.\n7. Kemudian goreng ayam yang sudah diperap tadi.\n\n8. Cara membuat sup pula, tumis bawang putih terlebih dahulu, kemudian masukkan air dan fishball. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa maggie. Akhir sekali taburkan daun bawang. Siap.\n\n9. Celur sayur dan mi kering @ dried noodles.\n\n10. Mi yang sudah siap dicelur. Aslinya perlu guna mi wantan.\n\n11. Gaul mi yang sudah siap dicelur dengan kuah kicap tadi.\n\n12. Hidangkan semua bahan yang sudah siap tadi.\n\n13. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Qasih Jue Aisya\nBaca juga: Resipi Mi Goreng Untuk 60 Orang Makan, Buat Untuk Rumah Terbuka Confirm \u2018Laris\u2019\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mee-kuah-kelantan/", "title": "Jemu Makan Nasi? Jom Sahur Dengan Mi Kuah Kelantan Pula, Confirm Berselera!", "body": "\nKadang-kadang muncul rasa jemu asyik makan nasi semasa bersahur. Jadi apa kata kita gantikan nasi dengan menu lain pula, contohnya seperti mee kuah Kelantan ini.\nBahan-bahan dan cara penyediaannya sangat ringkas tapi boleh membuatkan sesiapapun menjadi berselera walaupun masih di awal pagi.\nJom lihat resipi yang merupakan hasil perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa\u00a0di bawah. Boleh cuba masak nanti ya! Semoga bermanfaat.\nBaca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Makaroni Goreng Simple, 2 Kali Anak Menambah!\nResepi Mee Kuah Kelantan\nBahan-bahan:\n\n2 bungkus mee \u2013 toskan\nAyam potong kecil (Boleh tambah lauk lain, lagi sedap guna daging)\nFishball\n7 ulas bawang putih \u2013 tumbuk jangan hancur sangat\n1 sudu kecik lada hitam \u2013 tumbuk\n1 ketul kiub daging atau ayam\u00a0\nSayur \u2013 kubis, sawi, carrot, tomato\nCili merah besar\nCili api kalau suka pedas\nTelur\nGaram\nGula\nSedikit sos tiram\nKicap ikan/sotong\nBeberapa biji telur\n\nCara-cara:\n1. Tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga wangi dan keperangan.\n2. Masukkan ayam atau lauk lain yang disukai. Tunggu sehingga air ayam keluar, kemudian baru boleh masukkan air. Biarkan mendidih.\n3. Masukkan kiub ayam atau daging. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Biarkan sehingga separuh masak.\n4. Kemudian masukkan sayur-sayuran pilihan anda.\u00a0\n5. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan kicap sotong secukup rasa.\n5. Boleh masukkan terus mi ke dalam kuah atau celur mi dan asingkan kuah.\u00a0\n6. Sedia untuk dihidangkan bersama cili jeruk dan serbuk lada sulah. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa\nBaca juga: Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas Tapi Sedap, Ini Petua Elak Jadi Kecut\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-menarik-hari-raya-jom-cuba-nasi-goreng-kuah-lodeh-yang-lazat/", "title": "Resepi Menarik Hari Raya, Jom Cuba Nasi Goreng Kuah Lodeh Yang Lazat", "body": "Musim raya ini memang tak sah kalau tak makan nasi impit bersama kuah lodeh. Kalau ada lebih kuah lodeh, jangan buang kuahnya tetapi korang boleh olahkannya menjadi nasi goreng. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Farah Nrdn di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nNASI GORENG KUAH LODEHMusim raya ini memang tak sah kalau tak makan nasi impit bersama kuah lodeh. Kalau ada lebih kuah lodeh, jangan buang kuahnya tetapi korang boleh olahkannya menjadi nasi goreng. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Farah Nrdn di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nBawang merah\n\nBawang putih\n\nSawi\n\nNasi\n\nKuah lodeh\n\nTelur\n\nKredit: Farah NrdnCARA PENYEDIAAN\nTumis bawang merah dan bawang putih.\n\nMasukkan sayur sawi.\n\nTambah kuah lodeh. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit.\n\nPecahkan telur, kacau sampai telur masak dan masuk nasi. Siap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mongolian-beef/", "title": "Resipi Mongolian Beef Yang Sedap Menjilat Jari, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!", "body": "\nKalau dah bosan asyik masak daging kicap, jom kita cuba Resepi Mongolian Beef ini pula.\nMasakan hasil perkongsian oleh Encik JD ini sesuai untuk anak-anak kerana ia sudah diolah mengikut cita rasa mereka.\nMasakan ini juga tidak berbau daging sama sekali. Malah, ianya\u00a0rangup di luar dan lembut di dalam.\nNak cuba masak? Ikut saja resipi lengkap di bawah. Sekali cuba pasti akan teringat-ingat!\nBaca juga: Resipi Pesamah Daging \u2018Famous\u2019 Di Utara, Sedap Tapi Jarang Jumpa!\nRESEPI MONGOLIAN BEEF YANG SEDAP MENJILAT JARI\nBahan-bahan:\n\n500gm daging \u2013 dihiris nipis lawan urat dan toskan biar kering\n3-4 sudu besar tepung jagung\n3 ulas bawang putih \u2013 dihiris nipis\n1 inci halia dihiris nipis\n3 sudu sos tiram\n1 sudu kicap\n3 sudu minyak bijan/minyak masak \u2013 untuk menumis\n1 sudu besar gula\nSedikit brokoli \u2013 jika mahu\nSedikit daung bawang \u2013 jika mahu\n\nCara-cara:\n1. Hiris nipis daging secara lawan urat. Basuh bersih dan toskan biar kering.\n2. Kemudian, gaulkan daging dengan tepung jagung sehingga semuanya sebati dan perapkan seketika selama 15 hingga 20 minit.\n3. Kegunaan tepung jagung adalah untuk melembutkan dan merangupkan daging. Ini adalah teknik masakan cina yang dipanggil \u201cVelveting\u201d bagi melembutkan, rangup dan bemberi kesan glossy effect pada daging.\n4. Seterusnya panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng daging tadi. Jangan goreng terlalu lama, dalam 3 minit saja supaya daging garing dan rangup di luar tapi lembut di dalam. Angkat daging dan ketepikan.\n5. Buang minyak sisa goreng daging tadi, masukkan minyak bijan dan tumis bawang putih serta halia sehingga naik bau.\u00a0\n6. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, gula dan tambah 3 sudu air. Kacau semua bahan sehingga kuah memekat.\n7. Bila kuah dah pekat, terus masukkan daging yang sudah digorng tadi. Masukkan juga brokoli, daun bawang atau hirisan bawang besar. Kacau sebati dan terus tutup api.\n8. Hidangkan dengan taburan bijan jika suka. Boleh tambahkan chilli flakes atau potongan cili padi semasa sedang menumis bawang dan halia untuk rasa yang lebih pedas. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Encik JD\nBaca juga: Nikmatnya Dapat Pekena Daging Rebus Air Asam, Confirm Tambah Nasi Berpinggan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mudah-aiskrim-mochi-memang-nikmat-cair-di-dalam-mulut/", "title": "Resepi Mudah Aiskrim Mochi, Memang Nikmat Cair Di Dalam Mulut!", "body": "\nKalau korang suka makanan Jepun mesti korang\u00a0familiar\u00a0dengan mochi. Mochi ini salah satu manisan yang berasaskan tepung pulut jadi ia kenyal dan sangat lembut.\nJadi, apabila mochi itu dicampur bersama ais krim makan ia dua kali ganda lebih sedap kerana lembut dan cair di dalam mulut begitu sahaja. Jom cuba resepi ais krim mochi ini.\nBahan-bahan\n\n50 gram tepung pulut\n100 gram gula pasir\n100 ml air\n1 sudu besar pewarna kesukaan\nTepung jagung secukupnya\nAis krim\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nBulatkan ais krim menggunakan scoop khas untuk ais krim mengikut berapa banyak yang anda mahu. Kemudian ais krim tadi di simpan semula di dalam peti sejuk beku.\nSatukan tepung pulut, gula, air dan pewarna. Kemudian kukuskan sehingga teksturnya berubah likat dan berkilat.\nTaburkan tepung di atas dulang dan sedikit di atas adunan mochi tadi supaya penggelek tidak melekat di atasnya. Gelek sehingga rata.\nMasukkan adunan mochi yang sudah digelek ke dalam mangkuk. Lapik mangkuk dengan plastik untuk memudahkan mochi dikeluarkan.\nMasukkan ais krim yang sudah disejuk beku tadi ke dalam mochi dan sejukkan selama 30 minit.\n\nSiap dan selamat mencuba!\nSumber: Makan Lena\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mudah-buat-kek-pisang-moist-terliurnya-tengok/", "title": "Resepi Mudah Buat Kek Pisang \u2018Moist\u2019, Terliurnya Tengok!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-01 04:37:11\n\n\nBagi yang sukakan makanan pastry, pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba resipi-resipi kek di rumah. Sekarang juga sudah banyak resipi kek yang viral dikongsikan ke seluruh laman sosial yang ada. Bagi peminat tegar kek buah, ini ada resipi menarik yang anda perlu cuba! Jom ikuti resipi Banana Moist Cake yang dikongsikan oleh Ashril.\n\n\nKredit: Ashril\n\u00a0\nBahan-bahan: \n\n4 biji pisang\n1 cawan minyak jagung\n1 cawan gula\n4 biji telur\n2 cawan tepung gandum\nSoda bikarbonat\nSerbuk penaik\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nMasukkan 4 biji pisang tadi ke dalam pengisar. Kemudian masukkan minyak jagung, gula dan telur. Kisarkan sehingga semua bahan rata dan sebati.\n \nKredit: Diet\n\u00a0\nKemudian, tuangkan bahan kisar ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum, soda bikarbonat serta serbuk penaik.\n \nKredit: icookasia\n\u00a0\nGaulkan kesemua bahan sehingga rata.\n\u00a0\nSetelah siap digaul, tambahkan hiasan seperti hirisan pisang dan coklat cip.\n \nKredit: Kitasamakongsi\n\u00a0\nKemudian, masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 120c selama 59 minit.\n\u00a0\n\nSiap untuk dihidang? Mudah saja kan? Sesuai untuk dimakan bersama seisi keluarga!\n\nKredit: Ashril\n\nKredit: Ashril\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mudah-buat-sos-cheese-homemade-sebiji-macam-kat-kfc/", "title": "Resepi Mudah Buat Sos Cheese Homemade, Sebiji Macam Kat KFC!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-11 02:40:36\n\n\nBagi para penggemar \u2018Cheesy Wedges\u2019 di KFC, sos cheese ini sudah pasti menjadi kegemaran mereka. Ada yang siap memesan sos cheese supaya diletakkan lebih dari kuantiti yang biasa kerana terlalu menyukainya. Jadi, apa kata kali ini anda cuba membuatnya sendiri menggunakan resipi daripada Nizsa Mi ini. Mudah pun mudah. Jom cuba!\n\n\nKredit: NisZa Mi\n\u00a0\nBahan-bahan: \n\n\u00bd ketul butter\n\u00bd tin susu cair\n1 sudu besar tepung gandum (dibancuh air)\n4 keping cheese\n1 sudu kecil serbuk lada hitam\nPewarna kuning \n1 ketul kiub ayam\nGaram secukupnya\n \nKredit: NisZa Mi\n\n\u00a0\nCara-cara: \n\nMuls-mula, cairkan butter di dalam bekas dan kemudian masukkan susu cair.\n\u00a0\nMasukkan tepung pula dan gaulkan adunan tersebut sehingga rata.\n\u00a0\nSelepas itu, masukkan 4 keping cheese yang telah disediakan. Teruskan mengacau lalu masukkan serbuk lada hitam, kiub ayam, garam dan pewarna.\n\u00a0\nKacau kesemua bahan tersebut sehingga rata dan sebati. Untuk tahap kepekatan adalah terpulang mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.\n\nKredit: NisZa Mi\n \nKredit: NisZa Mi\n\n\u00a0\nSiap! Selepas ini, and pun boleh makan kentang bersama sos cheese homemade ini ambil menonton rancangan kegemaran di waktu petang. Selamat mencuba!\n\nKredit: NisZa Mi\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mudah-burnt-cheesecake-guna-air-fryer/", "title": "Resepi Mudah Burnt Cheesecake Guna Air Fryer", "body": "Jangan risau kalau rumah anda tak ada oven, tapi ada air fryer boleh la cuba resepi burnt cheesecake ini. Selain boleh bakar ayam menggunakan air fryer, buat kek pun boleh sebenarnya. Masuk je dalam air fryer dan siap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rabiatul Yusoff di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nBURNT CHEESECAKEJangan risau kalau rumah anda tak ada oven, tapi ada air fryer boleh la cuba resepi burnt cheesecake ini. Selain boleh bakar ayam menggunakan air fryer, buat kek pun boleh sebenarnya. Masuk je dalam air fryer dan siap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rabiatul Yusoff di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n3 biji telur\n\n250 gm cream cheese\n\n3 sudu besar gula\n\n125 ml whipping cream\n\n2 sudu besar tepung gandum\n\nKredit: Rabiatul YusoffCARA PENYEDIAAN\nSatukan kesemua bahan di dalam loyang sehingga sebati.\n\nPanaskan air fryer terlebih dahulu selama 5 minit 1 dan 170C.\n\nSelepas air fryer dah panas, masukkan adunan kek tadi selama 25 minit dan 170C.\n\nTunggu kek sejuk seketika dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-mudah-ikan-patin-masak-tempoyak-asli-dari-temerloh-memang-power/", "title": "Resepi Mudah Ikan Patin Masak Tempoyak Asli Dari Temerloh, Memang Power!", "body": "Setiap kali kalau sebut je \u2018tempoyak\u2019, pasti korang semua dah terbayang kelazatannya jika dimasak bersama ikan patin. Betul tak? Kalau korang nak tahu, masak tempoyak ikan patin juga mempunyai bermacam versi dan sudah tentulah resepi asli dari Temerloh, Pahang menjadi pilihan ramai. Apa yang menariknya, masak tempoyak ikan patin Temerloh ini langsung tidak menggunakan bawang. Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin, daun kesum dan juga bahan-bahan lain yang sudah sedia ada di dapur kita sendiri. Walaupun nampak simple tapi percayalah hasilnya memang power! Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Nisa Cheeszif HQ\u00a0 di Facebook. Selamat mencuba!\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\n\nKredit: Nisa Cheezsif HQ\nRESEPI TEMPOYAK IKAN PATIN\nSetiap kali kalau sebut je \u2018tempoyak\u2019, pasti korang semua dah terbayang kelazatannya jika dimasak bersama ikan patin. Betul tak? Kalau korang nak tahu, masak tempoyak ikan patin juga mempunyai bermacam versi dan sudah tentulah resepi asli dari Temerloh, Pahang menjadi pilihan ramai. Apa yang menariknya, masak tempoyak ikan patin Temerloh ini langsung tidak menggunakan bawang. Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin, daun kesum dan juga bahan-bahan lain yang sudah sedia ada di dapur kita sendiri. Walaupun nampak simple tapi percayalah hasilnya memang power! Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Nisa Cheeszif HQ\u00a0 di Facebook. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Nisa Cheeszif HQ\nBAHAN-BAHAN\nIkan patin segar.\n\nTempoyak.\n\nCili padi 15 biji.\n\nKunyit hidup seinchi.\n\nDaun Kesum.\n\nBunga Kantan.\n\nAir.\n\nTimun kuning atau bendi sebagai pelengkap.\n\nKredit: Nisa Cheeszif HQ\nCARA PENYEDIAAN\nCuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk\n\nTumbuk cili dan kunyit.\n\nSetelah kedua-dua bahan lumat, letak tempoyak dan gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat letak tempoyak lebih banyak).\n\nMasukkan daun kesum dan bunga kantan.\n\nMasukkan air. Masak sampai menggelegak.\n\nBoleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.\n\nMasukkan garam dan aji sebagai perasa.\n\nKredit: Nisa Cheeszif HQ\n\nKredit: Nisa Cheeszif HQ\n\nKredit: Nisa Cheeszif HQ\nSelamat Mencuba\nKredit: Nisa Cheeszif HQ\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-nasi-hujan-panas/", "title": "Resipi Nasi Hujan Panas, Makan Dengan Ayam Masak Merah Memang \u2018Umphh!\u2019", "body": "\nSesekali masak nasi hujan panas untuk berbuka puasa apa salahnya kan? Kadang-kadang bosan juga asyik makan nasi putih saja.\nNasi hujan panas sesuai digandingkan dengan aneka lauk pauk seperti ayam masak merah dan acar nanas.\u00a0Fuhh sedap sungguh!\nKalau ada yang nak cuba masak nanti, jom kita lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Tips Masak Beras Basmathi Yang Lembut & Peroi, Nisbah Sukatan Air Sangat Penting!\nRESEPI NASI HUJAN PANAS & LAUKNYA\nResipi Nasi Hujan Panas\nBahan-bahan:\n\n1kg beras basmathi\n1 tin susu cair\n1.25 liter air\n1 sudu besar chicken stock\nPewarna merah, kuning dan hijau\n\nBahan tumis:\n\nDaun pandan\n1cm halia | dihiris\n1 ulas bawang putih | dihiris\n2 biji bawang merah | dihiris\n2 sudu makan marjerin\n2 batang kulit kayu manis\n2 kuntum bunga lawang\n3 kuntum bunga cengkih\n3 biji buah pelaga\nSedikit kismis\n\nCara memasak:\n1. Cuci bersih beras dan rendamkan selama 1/2 jam. Kemudian toskan.\n2. Cairkan marjerin dan tumis kesemua bahan tumis sehingga wangi.\n\n3. Kemudian masukkan susu cair, air dan chicken stock. Kemudian masukkan beras. Gaul rata.\n4. Biarkan nasi dimasak sehingga kering seperti biasa.\n5. Apabila nasi dah hampir masak, letakkan kismis, pewarna merah, kuning dan hijau di atas nasi kemudian tutup tudung periuk lebih kurang 5 minit.\n\n6. Matikan api dan baru kaub balikkan nasi atau boleh tukar masukkan dalam satu besen besar dan gaul dalam tu supaya nasi tak patah. Dalam proses menukar tu, nasi akan jadi rata dengan sendirinya bersama warna itu.\n\nResepi Ayam Masak Merah\nBahan-bahan:\n\n4 biji bawang holland*\n5 ulas bawang putih&\n1 inci halia*\n4 sudu besar cili boh\n5 sudu besar sos cili\n5 sudu besar sos tomato\n1 batang serai \u2013 diketuk\nGula melaka (nisan)\n2 keping asam keping\nMinyak masak untuk menumis\n3-4 cawan air\n2 sudu besar kicap manis\nKulit kayu manis\nBunga cengkih\n2 helai simpul daun pandan\nGaram, gula dan perasa\n\nCara memasak:\n1. Potong ayam dan lumur bersama garam, kunyit, perasa & cuka sedikit. Goreng separuh masak. Ketepikan.\n2. Kisar bahan bertanda (*).\n3. Bila dah siap kisar, tuangkan ke dalam mangkuk bersama cili boh dan kacau rata.\n4. Panaskan minyak sehingga panas, kemudian masukkan bahan dalam mangkuk tadi ke dalam kuali. Masukkan gula melaka, serai, daun pandan, kulit kayu manis, bunga cengkih, garam, gula dan perasa.\n5. Tumis sehingga hampir kering, masukkan air dan tunggu sehingga sedikit mendidih. Terus masukkan ayam, asam keping dan kicap.\n6. Guna api sederhana, tutup menggunakan tudung periuk. Bila dah hampir kering, rasa dan tambah apa yang perlu.\n\nResepi Acar Nanas\nBahan-bahan:\n\n600 ml sos tomato\n5 sb cili boh\n8 sb gula pasir\nGaram secukupnya\n4 biji nenas kecil \u2013 potong kecil\n2 biji bwg merah \u2013 hiris\n1-2 biji cili besar \u2013 hiris\n\nCara memasak:\n1. Masukkan sos tomato, cili boh, gula dan garam ke dalam periuk dan panaskan sehingga sebati dan mendidih sedikit.\n2. Padam api dan biar sejuk.\n3. Bila dah sejuk, campur nenas dan bawang hiris tadi. Biar seketika. Siap untuk dimakan.\n\nKredit: Che Nor Shyazlinda\nBaca juga: Resipi Nasi Ayam Thai \u2018Viral\u2019 Yang Ringkas, Sedap & Senang Untuk Disediakan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-nasi-kari-kambing-viral-instant-guna-kari-kambing-dalam-tin-je/", "title": "Resepi Nasi Kari Kambing Viral Instant, Guna Kari Kambing Dalam Tin Je!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-09 04:35:58\n\n\nKari kambing merupakan makanan yang pastinya menjadi kegemaran ramai.\u00a0Walaupun ada sesetengah orang tidak makan daging ini kerana pelbagai sebab, tetapi jika kena gaya dan ramuannya hidangan ini pasti memikat selera. Baru-baru ini viral\u00a0tentang resipi Nasi Kari Kambing Viral yang cukup mudah kerana hanya menggunakan kari kambing dalam tin dari jenama Adabi yang memang dikenali kesedapannya.\n\u00a0\nJadi tunggu apa lagi? Jom la cuba resepi Nasi Kari Kambing Viral yang dikongsikan oleh Amani Afiqah di kumpulan Resepi Pembuka Selera di Facebook. Selamat Mencuba!\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Amani Afiqah\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n4 cawan beras basmathi\u00a0\n3 tin kari kambing adabi\n4 sekawan\n1 biji tomato\n2 biji bawang merah\u00a0\n1/2 susu cair\n4 \u00b9/2 cawan air\nMaggi cukup rasa\u00a0\n1 sudu besar planta\n\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Amani Afiqah\n\u00a0\nCara-cara:\u00a0\n\nBeras basuh dan rendam selama 15 minit.\nPanaskan planta kemudian tumiskan 4 sekawan\nMasukkan bawang hiris\nTumis hingga naik bau\nMasukkan tomato\nMasukkan kari kambing adabi\nBiarkan sampai mendidih\nMasukkan 4 \u00b9/2 cawan air dan 1/2 cawan susu cair. Kacau dan tunggu mendidih sekejap\nMasukkan beras yang dah di rendam tadi\nMasak seperti biasa. Siap!\n\n\u00a0\n\nKredit: Amani Afiqah\n\u00a0\n\u00a0\nTips:\n\nTambah maggi cukup rasa untuk bagi rasa nasi tu lagi sedap\nMakan dengan acar timun\u00a0lagi sedap\n\n\u00a0\n\nKredit: Amani Afiqah\n\u00a0\nKredit: Amani Afiqah\nSelamat Mencuba\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-nona-manis-sedap-lembut-cair-dalam-mulut/", "title": "Resepi Nona Manis Sedap & Lembut, Cair Dalam Mulut!", "body": "Korang pernah tak buat nona manis? Cara nak buat nona manis senang je tapi korang memerlukan cara yang betul supaya kuih tu jadi dengan sempurna lembut, berlemak dan cair di dalam mulut. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ohhyinn Yiyinn di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nNONA MANISKorang pernah tak buat nona manis? Cara nak buat nona manis senang je tapi korang memerlukan cara yang betul supaya kuih tu jadi dengan sempurna lembut, berlemak dan cair di dalam mulut. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ohhyinn Yiyinn di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A\n1/2 cawan santan\n\n1/2 cawan air pandan\n\n1/4 cawan gula\n\n1/4 cawan tepung jagung\n\nGaram secukup rasa\n\nPewarna hijau\nBAHAN B\n1 cawan tepung gandum\n\n1 cawan santan\n\n1/2 cawan gula\nBAHAN C\n1 cawan santan\n\n1 sudu tepung gandum\n\nGaram secukup rasa\n\nKredit : Ohhyinn YiyinnCARA PENYEDIAAN\nSatukan bahan B ke dalam bahan A.\n\nGaul sebati kemudian masukkan sebiji telur gaul seketika. Tutup api.\n\nMasak bahan C atas api sehingga berkilat.\n\nTuangkan adunan yang berwarna hijau ke dalam acuan yang di sapu sedikit minyak.\n\nKemudian tuang adunan C ke dalam botol dan masukkan ke atas acuan yang tersedia adunan berwarna hijau tadi.\n\nKukus selama 10 minit dengan api sederhana.\n\nSejukkan terlebih dahulu kemudian keluarkan perlahan-lahan daripada acuan.\n\nNona manis siap dihidang.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-oden-ala-family-mart-hanya-dengan-3-langkah-je-dah-siap/", "title": "Resepi Oden Ala Family Mart, Hanya Dengan 3 Langkah Je Dah Siap!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-10 04:49:23\nOden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak dalam\u00a0sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ini mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden. Bagi yang nak cuba sangat tapi tak larat nak beratur, bolehlah cuba resipi Oden homemade perkongsian Cik Puan Akma di laman Facebooknya.\n\nKredit: Cik Puan Akma\nBahan-bahan:\n\n2 paket perencah tomyam adabi.\n2 paket perencah sup siam adabi.\n1 paket perencah asam pedas adabi.\n2 pcs kiub pati ayam.\nAir 1.5 liter.\nGula 1 sudu.\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Kredit: Cik Puan Akma\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Cara-cara:\n\nMasuk semua perencah biar mendididih\nMasukkan semua bahan-bahan steamboat.\nSiap! Boleh makan panas-panas. Masam-masam manis pedas. Yummy!\nKalau ada sayur boleh letak sayur contoh sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram dan lain-lain.\n\n\nKredit: Cik Puan Akma\n\nKredit: Cik Puan Akma\nSelamat Mencuba\nKredit: Cik Puan Akma\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-pad-kra-pao-ala-ala-thai-betul-betul-sedap/", "title": "Resepi Pad Kra Pao Ala Ala Thai Betul Betul Sedap!!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-12 09:28:13\n\n\nNak makan kat luar tapi PKPB! So, apa kata kita cuba resepi Pad Kra Pao yang dikongsikan oleh Fateen Najihah\u00a0menerusi laman Facebooknya. Sangat mudah untuk disediakan dan tidak perlu susah-susah ke luar lagi untuk rasa makanan thai.\nBahan-bahan\n\nAyam Cincang\n \nDaun Basil Segenggam\n \nTelur ayam 2 atau 3 biji mengikut citarasa\nBawang putih 4 atau 5 ulas\n3 Batang cili padi, ikut selera pedas masing-masing.\nKicap ABC, Sos tiram,\nSos ikan/sotong, garam, gula, kiub pati ayam.\n\nCara-cara.\n1. Mula-mula, goreng telur dulu, asingkan kuning dan putih telur.\n\n2. Tumbuk cili dan bawang putih, kemudian tumis dalam kuali.\n3. \u00a0Masukkan ayam dan gaul.\n4. \u00a0Tuangkan kicap, sos tiram, sos ikan/sotong, kiub pati ayam, dan perasa\n5. \u00a0Tambah air sedikit, kalau nak berkuah boleh letak banyak sikit air mengikut citarasa.\n6. Akhir sekali, letak daun basil sekejap lepas tu tutup api.\n7. \u00a0Hidangkan dengan meletakkan kuah dalam pinggan yang ada telur tadi, kambus telur tadi \u00a0dan sedia untuk dimakan.\n\n\u00a0\nSelamat mencuba \n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-pasta-carbonara-super-creamy/", "title": "Cara Buat Pasta Carbonara \u2018Super Creamy\u2019, Sama Macam Dekat Pizza Hut!", "body": "\nJom cuba Resepi Pasta Carbonara yang \u2018super creamy\u2019. Rasanya sebiji sama macam makan di Pizza Hut! \nSelalunya guna sos segera kan? Kali ini kita buat sendiri pula kuahnya. Lebih jimat dan berbaloi!\nBukan saja sedap, malah hasilnya lebih lemak berkrim apabila buat sendiri kuah Pasta Carbonara ini.\nIkuti resipi perkongsian oleh Aisyah Humaira sebagai rujukan buat anda. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Resipi Spaghetti Buttermilk Mudah Untuk Dimasak, Sedap & Tak Muak\nRESEPI PASTA CARBONARA ALA PIZZA HUT\nBahan-bahan:\n\n1 paket pasta\nHotdog ramli secukupnya\n1 kotak kecil cooking cream\n3 kiub pati ayam\n3 keping cheesedale\n2 gelas susu kotak full cream\n2 sudu besar penuh tepung jagung \u2013 dibancuh dengan 1 gelas air\nHujung sudu kecil serbuk lada hitam\nHujung sudu kecil parsley flakes\nGaram dan gula secukup rasa\nAir sekadar tenggelamkan pasta\n\nBahan tumis:\n\n1 ketul buttercup guna separuh sahaja\n1 biji bawang holland di potong dadu\n1 tin cendawan butang dicuci dan dihiris\n\nCara memasak:\nInfo: Resipi ini menggunakan \u201cinstant pot\u201d. Jika guna periuk biasa, pastikan pasta dan kuah dimasak asing. Pasta direbus dahulu sehingga lembut kenyal dan baru tuang sos/kuah yang siap dimasak atasnya.\n1. Panaskan instant pot, tekan menu \u201csaute\u201d dan cairkan butter. Masukkan semua bahan tumis kacau rata biarkan hingga keperangan.\n\n2. Masukkan susu full cream dan semua bahan berbaki satu persatu kecuali pasta.\n\n3. Kacau sebati barulah masukkan pasta. Pastikan pasta tenggelam di dalam kuah.\n\n4. Tekan menu \u201cpressure cook\u201d set tempoh memasak \u201c5minit\u201d. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira\nBaca juga: Tak Perlu Beli Lagi, Buat Sendiri Je Sos Spaghetti Bolognese. Rasa Lebih Segar & Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-pavlova-gebu-rangup-hanya-beberapa-langkah-dah-siap/", "title": "Resepi Pavlova Gebu & Rangup, Hanya Beberapa Langkah Dah Siap!", "body": "Sekiranya anda menginginkan sebuah hidangan pencuci mulut yang mengandungi pelbagai rasa seperti manis, masam dan juga berlemak, apa kata korang cuba resepi pavlova. Untuk pengetahuan korang, nak sediakan pavlova ini tidaklah begitu sukar kerana bahan utama yang diperlukan hanyalah putih telur dan gula sahaja. Jadi mari kita cuba resepi pavlova mudah yang dikongsikan oleh Nurul Ashikin di kumpulan Kongsi Resepi Sedap Dan Mudah di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANPencuci Mulut\nTAHAP KESUKARANEasy\nResepi Pavlova Gebu & RangupSekiranya anda menginginkan sebuah hidangan pencuci mulut yang mengandungi pelbagai rasa seperti manis, masam dan juga berlemak, apa kata korang cuba resepi pavlova. Untuk pengetahuan korang, nak sediakan pavlova ini tidaklah begitu sukar kerana bahan utama yang diperlukan hanyalah putih telur dan gula sahaja. Jadi mari kita cuba resepi pavlova mudah yang dikongsikan oleh Nurul Ashikin di kumpulan Kongsi Resepi Sedap Dan Mudah di Facebook.\n\nKredit : Nurul Ashikin\nBAHAN-BAHAN\n4 biji putih telur\n\n1 cawan gula castor\n\n1 sudu besar tepung jagung\n\n1 sudu kecil cuka\n\n1 sudu kecil esen Vanila\nBAHAN-BAHAN CREAM:\n1 cawan whipped Cream\n\n1/2 cawan gula ising\n\nBuah buahan yang masam (strawberry, anggur & kiwi)\n\nKredit : Nurul Ashikin\nCARA PENYEDIAAN\nPastikan mangkuk dan pemutar kering dan tidak berminyak, pastikan bersih supaya pavlova cantik.\n\nPukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental dan bertanduk (nak tahu dah okay atau tidak kena terbalik atas kepala dan tak jatuh).\n\nMasukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka. Kacau balik adunan menggunakan spatula bukan senduk kari. Sambil tu panaskan oven 150\u2019c 15min.\n\nBakar pada suhu 140`c selama 1 jam atau 1 jam 15 min, selepas masak biarkan di dalam oven yang terbuka sikit sehingga sejuk.\n\nPukul whipped cream dan ising sugar sehingga kembang. lapiskan dengan whipped cream dan hiaskan dengan kreativiti masing-masing.\n\nKredit : Nurul Ashikin\n\nKredit : Nurul Ashikin\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-pengat-pisang/", "title": "Cara Buat Pengat Pisang, Resipi Yang Sangat Mudah & Sedap!", "body": "\nResipi pengat pisang ini memang wajib cuba. Cara membuatnya sangatlah mudah, sedap pula tu.\u00a0Anda boleh gunakan santan segar supaya rasanya lebih sedap. Jika tiada, santan kotak pun boleh.\nAda satu tips supaya pisang kenyal dan tidak hancur ketika dimasak nanti. Pisang harus direndam seketika di dalam air kapur sebelum dimasak menjadi pengat.\nSesuai dijadikan pencuci mulut pada bulan Ramadan semasa waktu berbuka ataupun ketika minum petang. Jom cuba masak nanti menggunakan resipi dari Puan Nurlina Liyana di bawah.\nBaca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak\nRESIPI PENGAT PISANG MUDAH & SEDAP\nBahan-bahan:\n\nSesisir pisang nangka\nGula melaka\nSedikit gula pasir\nAir\nSedikit sagu\nSedikit garam\nSantan pekat/santan kotak\n\nCara-cara:\n1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan sagu serta pisang yang sudah dipotong secara serong.\n2. Kacau dan masak sehingga semuanya mendidih.\n3. Seterusnya masukkan pula\u00a0gula melaka, gula pasir dan garam serta daun pandan. Masakkan sehingga mendidih serta sagu masak dan pisang menjadi sedikit lembut.\n4. Tuangkan santan, masak lagi sehingga kuah mendidih.\n5. Siap dan sedia untuk dihidang.\nNampak sedap kan? Jom cuba buat untuk hidangan seisi keluarga. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi: Nurlina Liyana\nBaca juga: Resipi Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-pes-cili-thai/", "title": "Rahsia Kesedapan Masakan Kedai Thai, Kena Tambah Pes Nam Prik Pao! Ini Resipinya\u2026", "body": "\nPes nam prik pao adalah sejenis pes cili Thai. Ia juga sering dipanggil dengan nama pes cili sangai.\nBiasanya ia ada dijual di pasar raya. Kalau nak cuba buat sendiri pun mudah saja.\nPes ini biasanya digunakan dalam pelbagai masakan Thailand seperti paprik, tiga rasa, tomyam dan sebagainya.\nJika tambahkan pes ini ke dalam tomyam, warnanya akan menjadi lebih cantik dan merah menyala.\nBaca juga: Resipi Mudah Tomyam Yang Pekat Kaw Kaw & Rasa Padu!\nBeza Pes Tomyam & Pes Cili Thai\nPes Tomyam adalah pes yang sudah dicampur dengan ramuan lain seperti serai, lengkuas, jus limau dan daun limau purut. Jika masak tidak perlu tambah bahan-bahan ini lagi.\nManakala jika masak Tomyam menggunakan pes Nam Prik Pao, anda perlu menambah serai, lengkuas, daun limau purut dan jus limau nipis. Istimewanya jika memasak tomyam guna pes ini, warna Tomyam akan jadi lebih cantik dan merah menyala sama seperti sajian yang dinikmati di negara asalnya.\u00a0\nRESIPI PES CILI THAI (PES NAM PRIK PAO)\nBahan-bahan:\n\nSegenggam cili kering\n4 biji bawang besar\n12 ulas bawang putih\nIkan bilis secukupnya\nUdang kering secukupnya\nSedikit belacan\n2 sudu makan gula perang \u2013 jika tiada boleh ganti dengan gula kabung thai atau gula melaka\u00a0\n4 sudu makan sos ikan\nAir asam jawa atau sedikit air perahan limau nipis \u2013 jika ada\nGaram secukup rasa \u2013 jika perlu\n1/2 cawan minyak masak\n\n\nCara memasak:\n1. Hiris bawang merah dan goreng tanpa minyak di dalam kuali bersama bawang putih. Angkat dan ketepikan.\n\n2. Seterusnya masukkan cili kering dan sangai dengan api perlahan. Kacau selalu supaya tidak hangus.\n\n3. Pada masa ini, boleh tambahkan sedikit garam untuk elakkan kuali berasap dan menyebabkan bersin.\n4. Masukkan hirisan cili yang sudah disangai tadi ke dalam pengisar kering. Kisar halus.\n\n5. Sangai juga ikan bilis, udang kering dan belacan hingga naik bau.\n6. Masukkan cili kering kisar, bawang, ikan bilis, udang kering dan belacan ke dalam pengisar basah.\n7. Masukkan juga gula perang, sos ikan dan asam jawa yang dilarutkan dengan air panas. Boleh juga ditambah sedikit jus limau nipis. Kisar hingga lumat.\n\n8. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi dengan api perlahan. Pastikan tumisan sentiasa dikacau supaya tidak hangus dan pecah minyak dengan sempurna.\n\n9. Bila pes mendidih, kacau rata dan tutup api. Walaupun api sudah padam, pastikan pes sentiasa dikacau hingga sedikit sejuk.\n10. Biarkan pes hingga betul-betul sejuk kemudian masukkan ke dalam balang kedap udara. Simpan dalam peti sejuk dan gunakan dalam aneka masakan anda.\n\nKredit resipi dan gambar: Munirah Binti Mohd Ramli\nBaca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Thai, Nak Lagi Padu, Kuah Kena Pedas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-pesamah-daging-utara/", "title": "Resipi Pesamah Daging \u2018Famous\u2019 Di Utara, Sedap Tapi Jarang Jumpa!", "body": "\nOrang Utara pasti ramai yang tahu Resepi Pesamah Daging. Menu ini biasanya sering dihidangkan sebagai menu istimewa di kenduri kendara orang dulu-dulu di Utara.\nNamun begitu, pasti ramai anak muda yang baru pertama kali mendengar menu pesamah daging ini kerana ianya sangat sukar ditemui sekarang.\nMemang wajib cuba kerana kelembutan daging dia sangat memikat hati, lebih lagi bila digandingkan dengan nasi minyak. Jom kita cuba masak!\nBaca juga: Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri \u2018Cara Orang Lama\u2019, Tak Guna Sebarang Sos Pun\nRESEPI PESAMAH DAGING UTARA\nBahan-bahan tumis:\n\n\u00bd cawan minyak masak\n2 sudu besar minyak sapi\n3 ulas bawang merah \u2013 mayang\n3 ulas bawang putih \u2013 mayang\n3 cm halia \u2013 potong mancis\nBatang kulit kayu manis\nBiji buah pelaga\nKuntum bunga lawang\nKuntum bunga cengkih\n2 helai daun pandan \u2013 simpul\n3 tangkai daun kari\n\nBahan-bahan\u00a0kisar:\n\n2 labu besar bawang besar\n5 ulas bawang putih\n5 cm halia\n1 sudu teh serbuk lada hitam kasar\n\nBahan-bahan lain:\n\n1 kg daging \u2013 potong 10 ketul\n1 \u00bd bungkus rempah kari daging\nSegenggam gula merah/ 1 keping gula kabung\n1 cawan santan pekat\n1 cawan susu cair\n3 sudu makan kerisik\nAir asam jawa secukup rasa\nSedikit garam\n\nCara-caranya:\n1. Kisar semua bahan-bahan kisar. Kemudian gaulkan pada daging bersama rempah kari daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik.\n2. Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.\n3. Masukkan daging yang sudah digaulkan tadi.\n4. Tambahkan air untuk empukkan daging. Masak sehingga daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Bahagian ini mengambil masa dalam 1 jam lebih.\n5. Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam.\n6. Masak lagi menggunakan api perlahan sehingga betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat.\n\n7. Sedia untuk menjamu selera bersama nasi minyak dan acar timun. Selamat mencuba!\n\nKredit: Qasih Jue Aisya\nBaca juga: Patutlah Air Sirap Kenduri Sedap Lain Macam, Rupanya Ini Resipi Rahsianya\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-pesto-pasta/", "title": "Ibu Ini Kongsi Resipi Pesto Pasta, Anak Suka & Minta Berulang Kali", "body": "\nKadang-kadang muncul rasa jemu asyik makan pasta bolognese, carbonara atau aglio olio. Apa kata kali ini kita cuba resepi pesto pasta pula.\nJika sebelum ini selalu makan di kedai saja, jom cuba masak sendiri pula di rumah. Cara penyediaannya tak susah mana pun.\nHanya perlu merebus spagheti dan kisar bahan-bahan kuahnya. Kemudian gaul spagheti dan kuahnya sehingga sebati. Mudah kan? Jom cuba!\nBaca juga: Cara Mudah Buat Spaghetti Carbonara Tanpa Guna Sos Dalam Tin\nRESEPI PESTO PASTA YANG SEDAP DAN MUDAH\nBahan-bahan:\n\nSpaghetti\nDaun basil\nBawang putih\nKacang pistachio\nKacang gajus\nUnsalted butter\nWhipping cream\nMozzarella cheese\nMinyak zaitun\nSerbuk black pepper\nGula dan garam secukup rasa\n\nCara-cara:\n1. Rebus spageti sehingga lembut. Masukkan sedikit garam dan minyak zaitun supaya spageti tidak melekat. Tos dan ketepikan.\n\n2. Kisar bawang putih, kacang pistachio, kacang gajus, sedikit mozarella cheese, daun basil, serbuk black pepper, sedikit minyak zaitun dan masukkan juga sedikit air rebusan pasta.\n\n3. Kisar halus sehingga menjadi seperti dalam gambar di bawah. Lebihkan daun basil jika mahu warna yang lebih cantik.\n\n4. Dalam periuk, cairkan unsalted butter. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.\n\n5. Bila dah separuh masak, masukkan whipping cream dan tambahkan lagi mozarella cheese. Kacau sebati.\n\n6. Kemudian boleh masukkan pasta yang sudah direbus tadi. Gaul sebati dan masak dalam masa 3 hingga 5 minit. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Nabila Huda Murad\nBaca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-pisang-caramel-nutella-toast-coklatnya-yang-cair-di-mulut-pasti-ramai-terliur/", "title": "Resepi Pisang Caramel & Nutella Toast, Coklatnya Yang Cair Di Mulut Pasti Ramai Terliur", "body": "Petang-petang macam ni kan best kalau dapat makan makanan ringan atau kuih-muih terutamanya sesiapa yang duduk sembang dengan rakan atau keluarga. Suasana mesti akan lebih \u2018meriah\u2019 kalau dapat kudap-kudap sambil berborak kan? Jadi mari kita cuba resepi Pisang Caramel dan Nutella Toast yang pasti menjadi kegilaan anak-anak dan keluarga tersayang. Resepi ini dikongsikan oleh Asrinna Bakri di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANResepi Minum Petang\nTAHAP KESUKARANMudah\nResepi Pisang Caramel Dan Nutella Toast\u00a0Petang-petang macam ni kan best kalau dapat makan makanan ringan atau kuih-muih terutamanya sesiapa yang duduk sembang dengan rakan atau keluarga. Suasana mesti akan lebih \u2018meriah\u2019 kalau dapat kudap-kudap sambil berborak kan? Jadi mari kita cuba resepi Pisang Caramel dan Nutella Toast yang pasti menjadi kegilaan anak-anak dan keluarga tersayang. Resepi ini dikongsikan oleh Asrinna Bakri di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nRoti\n\nPisang dibelah dua\n\nNutella\n\nButter\n\nGula\n\nKredit:\u00a0Asrinna Bakri\nCARA PENYEDIAAN\nPanaskan kuali. Letak 1 sudu mentega.\u00a0Biarkan mencair.\n\nMasukkan 1 sudu gula. Kacau hingga larut.\n\nMasukkan pisang. Masak hingga keperangan. Terbalikkan. Jangan lama sangat. Nanti pisang lembik. Angkat.\n\nSapu roti dengan Nutella. Letakkan pisang.\u00a0Dah siap. Dah boleh makan.\u00a0\n\nKredit:\u00a0Asrinna Bakri\n\nKredit:\u00a0Asrinna Bakri\n\nKredit:\u00a0Asrinna Bakri\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-popia-daging-karamel-pepper/", "title": "Resipi Popia Daging Karamel, Buat Banyak Terus Boleh Frozenkan!", "body": "\nResepi popia daging karamel ini sangat lain dari lain. Sekali\u00a0ngap\u00a0pasti tak cukup satu! \nSelalunya kita biasa makan popia sayur, popia udang atau popia sira saja kan?\u00a0Kali ini jom kita cuba popia versi inti daging berkaramel ini pula.\nBaca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!\nRESEPI POPIA DAGING KARAMEL\nBahan-bahan:\n\n500gram daging \u2013 potong kecil (boleh guna daging kisar)\nBawang holland 1 biji \u2013 hiris dadu\nCili benggala \u2013\u00a0potong dadu\nKetang 3 biji \u2013\u00a0potong dadu\nDaun sup 3 batang \u2013 hiris\nBawang putih 3 ulas \u2013 cincang\nKicap karamel pekat 3 sudu\nSos tiram 2 sudu\n1/2 kiub ayam\nBlack pepper\nSedikit garam\nCheese mozarella\nKulit popia\n\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Panaskan minyak. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.\n2. Masukkan daging dan biarkan sehingga masak sebati.\n3. Masukkan kentang dan gaul rata.\n4. Kemudian masukkan pula karamel pekat, sos tiram, kiub ayam, black pepper dan garam. Gaul sehingga semuanya bercampur rata.\n5. Akhir sekali masukkan cili benggala dan daup sup. Gaul sebati dan siap.\n6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibalut dengan kulit popia.\n\n7. Bila inti sudah sejuk, letakkan inti dan cheese mozarella secukupnya di atas kulit popia dan boleh gulung dengan kemas.\n\n8. Bancuh tepung gandum dengan air, letakkan sedikit pada hujung kulit popia untuk gam kulit popia supaya tidak terbuka.\n\n9. Goreng sehingga keperangan.\n\nKredit resipi dan gambar: Neateyla Kek Tapak \u00a0Kuda\nBaca juga: Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-potato-salad-yang-mesti-korang-cuba-terutamanya-untuk-mereka-yang-tengah-diet/", "title": "Resepi Potato Salad Yang Mesti Korang Cuba Terutamanya Untuk Mereka Yang Tengah Diet", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-29 04:11:04\n\n\nKalau diet anda memerlukan hidangan yang sihat, cubalah Potato Salad! Potato salad ini memang sangat berkhasiat untuk dibawa sebagai\u00a0bekal. Kalau nak extra special, boleh serve hidangan ini sejuk-sejuk dan sesuai untuk side dish western plater or bbq. Memang sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Masmira Idris di laman facebooknya.\n\nKredit: Masmira Idris\n\u00a0\nBahan-bahan: \n\nKentang US 1kg.\nBawang holland 1/2 labu kecil.\nSosej 4 batang.\nDaun Bawang 5 ke 6 helai.\nMayonis (Kewpie warna hijau).\nLada Hitam.\nGaram 1.5 sudu kecil.\nGula dalam 1.5 ke 2 sudu besar.\nLimau nipis 1/2 biji kecil.\n\n\nKredit: Masmira Idris\nCara-cara:\n\nBasuh kentang bersih-bersih. Jangan buang kulit, gosok dengan span atau jala khas. \nPotong dadu besar dan rebus, air paras kentang je, letak garam skit.\nRebus sekejap jangan empuk sangat. Tos dalam penapis tak perlu bilas. Jangan sampai kulit kentang terkeluar. \nBawang Holland potong dadu kecil-kecil.\nPotong sosej seperti dadu dan goreng bagi garing. Tos dan lapik dengan tisu untuk hilangkan minyak.\nHiris nipis daun bawang.\nPerah jus limau nipis.\nTumbuk kasar lada hitam dalam satu sudu besar.\nGaul mayonis dengan garam gula lada hitam dan jus limau nipis\nMasukkan bawang Holland,sosej dan daun bawang lepastu masukkan kentang dan gaul sekata semua dan adjust rasa kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.\nSedia untuk di makan.\n\n\u00a0\n*Portion dalam gambar\u00a0tu untuk 3kg\nSelamat Mencuba\n\u00a0\nKredit: Masmira Idris\n\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-puding-cendol-gula-melaka-unik-simple-kalau-makan-sejuk-sejuk-lagi-sedap-2/", "title": "Resepi Puding Cendol Gula Melaka Unik & Simple, Kalau Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-01 18:05:46\n\n\nPuding cendol gula melaka adalah antara puding istimewa yang jarang dicuba. Puding ini sesuai setiap kali ada jamuan atau pun pencuci mulut. Puding cendol gula melaka ni lagi sedap dimakan ketika sejuk jadi sebaiknya biarkan ia sejuk di dalam peti dulu baru boleh dihidang.\nJadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Nea Elyanie di kumpulan Aneka Resepi Makanan. Selamat Mencuba!\n\u00a0\n\nKredit: Nea Elyanie\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n10gram serbuk agar agar\n150-200gram cendol\n4 cawan air\n1 cawan gula\n1 kotak santan brand KARA\n1 sudu teh garam\n\n\u00a0\nStep 1: Bahan A\nCara Penyediaan :\n\nDidihkan 4 cawan air. Masak agar agar. Kemudian masukkan 1 cawan gula, masak hingga agar & gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yang sudah ditapis airnya. Tunggu mendidih kejap dan tutup api.\nMasukkan santan kotak, kacau rata. Kemudian masukkan garam. Kacau rata sehingga semua sebati.\nMasukkan dalam acuan, sejukkan. Selepas puding beku, Corak carik kan dengan garpu permukaan atas.\n\n\u00a0\n\nKredit: Nea Elyanie\n\u00a0\nStep 2: Bahan B\nBahan-bahan:\n\n10gram serbuk agar agar\n5 cawan air\n200g gula melaka *potong kecil\n3helai daun pandan\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nMasukkan semua bahan step 2 dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan, supaya daun pandan sempat keluar bau dan aromanya.\nSelepas mendidih, Tapis dan tuang kedalam bekas puding cendol tadi. Sejukkan normal dalam 30minit. Selepas tu bolehlah masuk peti ais\n\n\u00a0\n\nKredit: Nea Elyanie\n\u00a0\nTips untuk acuan :\nBasahkan dengan sedikit air. Supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.\n\u00a0\n\nKredit: Nea Elyanie\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Nea Elyanie\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-puding-cendol-gula-melaka-unik-simple-kalau-makan-sejuk-sejuk-lagi-sedap/", "title": "Resepi Puding Cendol Gula Melaka Unik & Simple, Kalau Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-01 18:05:46\n\n\nPuding cendol gula melaka adalah antara puding istimewa yang jarang dicuba. Puding ini sesuai setiap kali ada jamuan atau pun pencuci mulut. Puding cendol gula melaka ni lagi sedap dimakan ketika sejuk jadi sebaiknya biarkan ia sejuk di dalam peti dulu baru boleh dihidang.\nJadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Nea Elyanie di kumpulan Aneka Resepi Makanan. Selamat Mencuba!\n\u00a0\n\nKredit: Nea Elyanie\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n10gram serbuk agar agar\n150-200gram cendol\n4 cawan air\n1 cawan gula\n1 kotak santan brand KARA\n1 sudu teh garam\n\n\u00a0\nStep 1: Bahan A\nCara Penyediaan :\n\nDidihkan 4 cawan air. Masak agar agar. Kemudian masukkan 1 cawan gula, masak hingga agar & gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yang sudah ditapis airnya. Tunggu mendidih kejap dan tutup api.\nMasukkan santan kotak, kacau rata. Kemudian masukkan garam. Kacau rata sehingga semua sebati.\nMasukkan dalam acuan, sejukkan. Selepas puding beku, Corak carik kan dengan garpu permukaan atas.\n\n\u00a0\n\nKredit: Nea Elyanie\n\u00a0\nStep 2: Bahan B\nBahan-bahan:\n\n10gram serbuk agar agar\n5 cawan air\n200g gula melaka *potong kecil\n3helai daun pandan\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nMasukkan semua bahan step 2 dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan, supaya daun pandan sempat keluar bau dan aromanya.\nSelepas mendidih, Tapis dan tuang kedalam bekas puding cendol tadi. Sejukkan normal dalam 30minit. Selepas tu bolehlah masuk peti ais\n\n\u00a0\n\nKredit: Nea Elyanie\n\u00a0\nTips untuk acuan :\nBasahkan dengan sedikit air. Supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.\n\u00a0\n\nKredit: Nea Elyanie\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Nea Elyanie\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-puding-jagung-kastard/", "title": "Cara Buat Puding Jagung Yang Lembut Elok, Letak Agar-Agar Elak Tekstur Jadi Kasar", "body": "\nResepi puding jagung yang berlemak manis ini memang wajib dicuba kerana cara penyediaannya sedikit berbeza dari resipi yang lain.\nCara yang dikongsikan oleh Saudara Muhammad Ali ini\u00a0 menggunakan tepung kastard dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan tekstur yang kasar.\nTetapi untuk memastikan puding tidak berderai, beliau meletakkan sedikit serbuk agar-agar. Hasilnya, puding jagung menjadi sangat lembut!\nBaca juga: Sedapnya Puding Laici 1 Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an\nRESEPI PUDING JAGUNG\nBahan-bahan:\n\n4 cawan air\n1 tin susu cair\n10 gram serbuk agar-agar\n180 g gula\n3 sudu makan tepung kastard\n2 sudu makan kordial jagung\n1 tin jagung manis creamy\n1 tin jagung manis (optional)\nSatu sudu kecil garam\n\nCara-cara:\n1. Dalam periuk, masukkan 1 paket agar-agar bersama 4 cawan air, 180g gula, 1 tin susu cair dan tepung kastard.\n\n2. Kacau sebati kesemuanya terlebih dahulu, kemudian baru hidupkan api.\n\n3. Kemudian masukkan 1 tin jagung manis creamy dan 2 sudu makan kordial jagung.\n\n4. Kacau sehingga mendidih. Bila dah mendidih, biarkan selama 1 hingga 2 minit, kemudian baru tutupkan api.\n5. Masukkan 1 sudu kecil garam serta jagung manis (jika ada). Sebatikan.\n\n6. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.\n\n7. Sejukkan selaama 4 jam di dalam peti ais sebelum dipotong.\n\n8. Potong dengan berhati-hati kerana puding ini memang lembut. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Muhammad Ali\nBaca juga: Cara Buat Puding Trifle Yang Cantik & Sedap, Best Makan Sejuk-Sejuk!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-puding-koktail/", "title": "Cara Buat Puding Koktail, Bukan Saja Cantik Tapi Sedap, Lembut & Kurang Manis!", "body": "\nMudah saja resepi puding koktail ini. Bukan saja rupanya yang cantik, malah teksturnya juga lembut dan kurang manis. Sesuai untuk mereka yang bukan penggemar dessert yang manis-manis.\nBiasanya, puding dijadikan menu pencuci mulut selepas makan \u2018berat\u2019 untuk menyejukkan tekak. Lagi-lagi jika dimakan selepas baru dikeluarkan dari peti ais, memang best\u00a0sangat-sangat!\nAda banyak resipi puding yang boleh anda buat. Tapi kali ini jom kita cuba resipi puding koktail yang dikongsikan oleh Mufidah Abdul Hadi Alyunusi. Selamat mencuba!\nBaca juga: Nampak Macam Kuih Lapis, Sebenarnya Resipi Puding Biskut. Guna 3 Bahan Saja!\nRESEPI PUDING KOKTAIL CANTIK & SEDAP\nBahan-bahan:\n\n18 g agar-agar bertali \u2013 direndam \u00bd jam dan kemudian ditoskan\n4 cawan (1 liter) air (atau air pandan)\n2 cawan (500 ml) susu cair\n1 cawan gula (boleh kurangkan)\n1 sudu teh serbuk koko\nSedikit pewarna hijau\nSedikit pes pandan (optional \u2013 tak nak guna pun tak apa)\nLebih kurang 1 cawan buah-buahan koktel dalam tin \u2013 ditoskan sirapnya\nEsen vanila (jika tidak menggunakan air atau esen pandan)\n\nCara-cara:\n1. Satukan air (atau air pandan) serta agar-agar dan masak sehingga agar-agar larut. Masukkan susu cair, gula dan esen vanila (jika suka). Masak atas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih. Angkat.\n2. Tapis adunan tadi dan asingkan lebih kurang 1 \u2013 1 1/4 cawan adunan. Campurkan serbuk koko ke dalam adunan yang masih panas dan kacau hingga larut. Jika sukar larut, masak sebentar sambil dikacau hingga koko larut. Ketepikan.\n3. Asingkan pula 2 \u00bd cawan adunan dan ketepikan. (Biarkan adunan ini berwarna putih)\n4. Baki adunan di dalam periuk dicampur dengan pes pandan (jika suka) dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.\u00a0\n5. Tuang \u00bd dari adunan berwarna hijau ke dalam acuan berukuran 7 inci. Ketepikan hingga mengeras.\n6. Bila adunan hijau telah mengeras, tuangkan pula \u00bd adunan coklat di atasnya. Ketepikan lagi hingga mengeras.\u00a0\n7. Bila adunan kedua telah mengeras, tuangkan kesemua adunan putih di atasnya (kalau adunan putih sudah sejuk atau mengeras, panaskan dulu sehingga cair semula baru dituangkan atas lapisan kedua).\u00a0\n8. Taburkan buah-buahan koktel ke dalam adunan putih. Jika ada potongan buah yang agak besar, potong dahulu kepada saiz yang lebih kecil. Ketepikan hingga mengeras.\n9. Panaskan baki adunan koko dan tuangkan ke atas adunan putih yang telah keras tadi. Bila lapisan keempat ini telah mengeras, panaskan baki adunan hijau dan tuang ke atasnya.\u00a0\n10. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Selamat mencuba!\n\nTips: Untuk mendapatkan lapisan yang lekat elok antara satu sama lain, sebelum curahkan lapisan yang baru panaskan dulu adunan tersebut. Kemudian baru curahkan.\u00a0\n\nKredit: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi\nBaca juga: Sedapnya Puding Laici 1 Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-puding-roti-keju/", "title": "Resipi Puding Roti Keju Ala Hotel 5 Bintang, Jimat Duit!", "body": "\nDah biasa makan puding roti kan? Kali ini jom kita cuba resepi puding roti keju ini pula.\nDikatakan resipi ini setaraf dengan hotel 5 bintang! Jimat poket, tak perlu keluar duit.\nBahan utama yang diperlukan hanyalah roti, susu segar, gula perang, cream cheese, telur, chocolate chips dan esen vanilla.\nIkut saja resipi perkongsian oleh Saudari Maslina Meor Radhi di bawah. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Kuih Bengkang Tepung Beras Sukat Guna Cawan, Bakar Dalam Air Fryer Je\nRESEPI PUDING ROTI KEJU\nBahan-bahan:\n\n10 keping roti\n2 cawan susu segar\n1/2 cawan gula perang\n250 gram cream cheese\n1 biji telur\nChocolate chips\nEsen vanila\n\nCara-cara:\n1. Potong roti kepada 4 bahagian dan susun dalam loyang.\n\n2. Siram susu segar ke atas roti dan rendam selama 15 minit.\n3. Pukul cheese sampai gebu dan masukkan telur. Sambung pukul lagi.\n4. Masukkan pula gula perang dan esen vanilla, pukul lagi sehingga sebati.\n\n5. Masukkan adunan cheese ke atas roti di dalam loyang tadi. Ratakan.\n6. Taburkan coklat chips secukupnya.\n\n7. Bakar pada suhu 180\u00b0C selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150\u00b0C dan sambung bakar selama 40 minit. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Maslina Meor Radhi\nBaca juga: Apam Balik Pandan Cara SIMPLE, Anak Anak Mesti Suka Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-puding-santan/", "title": "Resipi Puding Santan, Penuh Dengan Rasa Santan Yang Berlemak!", "body": "\nResepi puding santan ini tidak sama dengan puding lumut yang biasa kita buat. Hal tersebut kerana ia penuh dengan rasa santan yang berlemak.\nSesuai dibuat untuk rumah terbuka pada Hari Raya nanti. Lagi sedap jika dimakan sejuk-sejuk selepas baru dikeluarkan dari peti ais.\nIkut saja resipi\u00a0simple\u00a0yang dikongsikan oleh Encik Muhammad Ali di bawah.\nBaca juga: Cara Buat Puding Jagung Yang Lembut Elok, Letak Agar-Agar Elak Tekstur Jadi Kasar\nRESEPI PUDING SANTAN\nBahan-bahan:\n\n10g agar-agar serbuk (1 paket)\n2 setengah cawan (1 cawan 250ml)\n1 tin susu cair\n1 cawan gula (200g)\n2 ketul kecil gula batu\n1 cawan air pandan (5-6 helai daun pandan kisar bersama 1 setengah cawan air) tapiskan selepas kisar\n1 kotak santan (200g) sebatikan bersama \u2013 sama 1 biji telur gred A + 1 sudu kecil essen vanila & secubit garam. Kalau guna santan fresh, ambil yang kepala santan\n2 titik pewarna pandan\n\nCara-cara:\n1. Kisar halus 5 hingga 6 helai daun pandan bersama 1 setengah cawan air. Tapiskan.\n2. Ambil 1 santan kotak 200g, sebatikan bersama dengan 1 biji telur gred A, 1 sudu kecil esen vanila dan secubit garam. Ketepikan bila dah siap.\n3. Dalam keadaan api tertutup, masukkan 2 setengah cawan air, 1 paket serbuk agar agar 10g , 1 cawan gula, 2 ketul kecil gula batu, 1 tin susu cair dan 1 cawan air pandan yang kita buat mula-mula tadi.\n4. Sebati terlebih dahulu, kemudian baru hidupkan api perlahan saja. Kacau perlahan dalam 3 minit.\n5. Selepas itu masukkan santan yang telah sebati dengan telur, esen vanila dan garam tadi. Kacau sehingga mendidih.\n6. Bila dah mendidih, jangan kacau selama 2 hingga 3 minit. \n7. Kacau lagi dalam 1 minit, baru matikan api. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.\n8. Sejukkan puding di luar atau suhu bilik selama sejam. Pastikan persekitan bersih.\n9. Kemudian baru sejukkan dalam peti ais selama 4 jam sebelum dipotong dan sedia untuk dinikmati.\n10. Selamat mencuba!\n\nKredit: Muhammad Ali\nBaca juga: Mudahnya Cara Buat Puding Roti Kukus Ini, Guna Blender Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-puding-tembikai-homemade-bentuknya-yang-menarik-rasa-memang-tip-top/", "title": "Resepi Puding Tembikai Homemade, Bentuknya Yang Menarik & Rasa Memang Tip Top!", "body": "Mesti korang dah biasa makan puding Milo, sirap dan juga puding kelapa. Tetapi jarang sekali nak tengok orang jual puding yang berbentuk buah tembikai, rasanya sangat menyegarkan dan tidak terlalu manis. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azreen Zaimi di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nPUDING TEMBIKAIMesti korang dah biasa makan puding Milo, sirap dan juga puding kelapa. Tetapi jarang sekali nak tengok orang jual puding yang berbentuk buah tembikai, rasanya sangat menyegarkan dan tidak terlalu manis. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azreen Zaimi di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n3 keping roti putih dipotong bahagian tepi dan dipotong kecil.\n\n1 tin susu cair\n\n4 sdb susu pekat manis\n\n1 biji telur gred A\n\n10 gm serbuk agar-agar\n\n4 sdb gula pasir\n\n1 sdk esen vanilla\n\nPewarna warna merah dan hijau\n\nKredit: Azreen ZaimiCARA PENYEDIAAN\nKisar roti putih, susu cair, susu pekat manis bersama telur.\n\nMasukkan 2 cawan air di dalam periuk. Panaskan dan masukkan serbuk agar-agar dan gula kacau hingga larut.\n\nMasukkan esen vanila dan bahan-bahan kisar. Bahagikan kepada tiga bekas.\n\nSediakan loyang bulat, basahkan loyang supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.\n\nTuangkan adunan hijau, diikuti putih dan merah. Sejukkan dalam peti sejuk. Potong dan letakkan coklat chip utk bijinya.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-pulut-dakap-kelantan-yang-korang-kena-cuba-sesuai-untuk-juadah-berbuka-puasa/", "title": "Resepi Pulut Dakap Kelantan Yang Korang Kena Cuba! Sesuai Untuk Juadah Berbuka Puasa", "body": "Pulut dakap Kelantan sebenarnya senang dan mudah sahaja nak buat, cuma korang memerlukan cara yang betul sahaja. Pulut dakap ni memang tak sah kalau tak ada di bazaar Ramadhan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jeehan_Kitchen\u00a0 di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nPULUT DAKAP KELANTANPulut dakap Kelantan sebenarnya senang dan mudah sahaja nak buat, cuma korang memerlukan cara yang betul sahaja. Pulut dakap ni memang tak sah kalau tak ada di bazaar Ramadhan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jeehan_Kitchen\u00a0 di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n300 gm pulut\n\n25 kuntum bunga telang\n\n350 ml air\n\n250 ml santan pekat\n\n2 sdb gula pasir\n\n1/2 sdk garam halus\n\n4 buah pisang abu (belah dua)\n\nDaun Pisang (untuk bungkus)\n\nSecukupnya tali rafia (untuk ikat)\n\nKredit: Jeehan_KitchenCARA PENYEDIAAN\nRebus air dan bunga telang sehingga berwarna biru pekat.\n\nAngkat dan tapiskan. Biarkan sehingga sejuk.\n\nCuci pulut hingga bersih, rendam dengan air bunga telang selama 2 jam.\n\nToskan dan kukus pulut selama 30 minit. Angkat pulut dan masukkan\u00a0 ke dalam bekas.\n\nPanaskan santan gula pasir dan garam sehingga larut.\n\nTuangkan santan panas kedalam pulut kukus, kacau sebati hingga meresap, dan biarkan selama 10 minit.\n\nBelah dua pisang abu. \u00a0Layur terlebih dahulu daun pisang. Siapkan sehelai daun pisang letakkan pulut dan leperkan. Letakan potongan pisang di tengahnya dan bungkus seperti lepat.\n\nBuat sampai habis. Dakapkan dua bungkus bersama dan ikat dengan tali rafia dengan kemas.\n\nKukus pulut dakap selama 25 minit sehingga masak. Angkat dan sedia dihidang.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-putu-bambu/", "title": "Buat Sendiri Putu Bambu, Nak Menjadi Elok Jangan \u2018Tekan\u2019 Tepung Padat", "body": "\nSetiap kali pergi pasar malam, wajib beli kuih putu bambu. Kalau beli sikit, memang tak puas makan.\nRupanya anda boleh cuba buat sendiri saja kuih ini di rumah. Jika tiada acuan, boleh guna acuan kuih lompang saja.\nKalau mahu hasil kuih menjadi elok, ada petua yang perlu dilakukan. \nNak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsian oleh Puan Azila Abdullah di bawah ini. Selamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Kuih Manja Macam Kat Pasar Malam, Sekali Ngap Gerenti Nak Lagi!\nRESEPI PUTU BAMBU\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung beras\n1 cawan air\nSedikit gula merah\nDaun pandan\nSedikit garam\n\nCara-cara:\n1. Masak air dalam periuk letak daun pandan dan garam. Apabila garam dah sebati, air dah panas, bau pandan pun dah naik padamkan api.\n2. Dalam bekas yang lain, letak tepung beras, masukkan air yang dimasak 13 sudu besar.\n3. Gaul tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.\n\n4. Ayak tepung guna penapis yang lubang dia agak besar. Penapis kecik susah nak ayak.\n5. Dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi sikit.\n\n6. Kukus selama 15 minit.\n\nInfo tambahan:\n\nLetak kain pada tudung perouk untuk elakkan wap air termasuk pada acuan kuih.\nJangan tekan tepung sehingga padat.\n\nKredit: Azila Abdullah\nBaca juga: Apam Balik Gebu Macam Pasar Malam, Sedap Makan Panas-panas\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-rempeyek-rangup/", "title": "Cara Buat Rempeyek Yang Rangup, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan", "body": "\nResepi rempeyek ini sememangnya sangat mudah dan sedap untuk anda cuba. Resipi ini juga tidak menggunakan penimbang, sebaliknya menggunakan sukatan cawan. Jadi, mudah untuk anda menyukat bahan-bahan yang diperlukan.\nRempeyek yang sedap mestilah nipis dan rangup. Ianya sesuai dijadikan hidangan minum petang atau snek semasa menonton televisyen. Sedar tak sedar, dah habis makan sebalang.\nSelain itu, rempeyek juga lebih sedap jika mengandungi jumlah ikan bilis dan kacang tanah dalam kuantiti yang lebih banyak. Baru lebih \u2018umphh\u2019 orang kata.\nKalau nak puas hati, apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah. Boleh letak ikan bilis dan kacah tanah mengikut selera masing-masing.\nBaca juga: Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!\nRESEPI REMPEYEK RANGUP MUDAH DAN SEDAP\nBahan-bahan:\n\n3 cawan tepung beras (cap gajah)\n1 cawan tepung ubi\n2 sudu besar tepung jagung\n1/2 cawan letumbar (kisar kering)\n1 sudu besar jintan manis (bkisar kering)\n200g udang kering (kisar kering)\n2 biji telur\n1 cawan santan\nGaram secukup rasa\nAir\n\nBahan-bahan lain:\n\nIkan bilis\nKacang tanah\nAcuan rempeyek\n\nCara-cara:\n1. Satukan saja semua bahan di atas.\n2. Letakkan air sedikit demi sedikit. Pastikan bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.\n3. Boleh mula menggoreng. Letakkan adunan secukupnya ke dalam acuan. Letakkan kacang dan ikan bilis mengikut selera.\n\n4. Goreng sehingga rempeyek masak. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Suhada Ghads\nBaca juga: Buat Sendiri Apam Lenggang Di Rumah, Kena Guna \u2018Kuali Lekuk\u2019 Baru Menjadi Elok\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-rendang-ayam-simple/", "title": "Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama", "body": "\nJom cuba resepi rendang ayam simple ini. Dijamin hasil masakan akan menjadi sangat sedap! Kuahnya juga wangi semerbak kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Dicampur pula dengan hirisan daun kunyit yang menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.\nKalau nak rendang yang lebih \u2018berlemak, pastikan anda guna santan fresh dari kelapa. Di pasar ada jual santan segar yang sudah diperah pada harga yang berpatutan. Sesuai dihidangkan bersama ketupat palas atau ketupat nasi pada sambutan Hari Raya nanti. Selamat mencuba!\nBaca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna \u2018Pressure Cooker\u2019 Pun!\nRESEPI RENDANG AYAM SIMPLE SUKATAN 1/2 EKOR AYAM\nBahan-bahan:\n\n\u00bd ekor ayam \u2013 dipotong\n1 kotak kecil santan kecil jenama \u2018ayam brand\u2019\n2 peket kecil kerisik\n5 helai daun limau purut\n1 \u00bd sudu besar gula pasir\n\u00bd sudu besar garam\n1 sudu kecil serbuk perasa\n1 keping asam gelugor\n3 helai daun kunyit \u2013 hiris halus\n1 \u00bd cawan air\n\nBahan kisar:\n\n15-18 tangkai cili kering \u2013 rendam dengan air panas dan toskan\n2 biji bawang besar\n6-7 ulas bawang putih\nHalia \u2013 2 sebesar ibu jari\nLengkuas \u2013 sebenar iibu jari\n1 sudu kecil serbuk kunyit\n4 batang serai\n1 cawan minyak masak\n\nCara-cara memasak:\n1. Kisar halus semua bahan-bahan kisar. Kisarkan cili dan minyak masak terlebih dahulu, kemudian baru masukkan bahan lain sedikit demi sedkit.\n2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Tak perlu menumis kerana kita dah kisar bahan-bahan kisar menggunakan minyak masak.\u00a0\n3. Masukkan gula, garam, bahan perasa, asam keping, kerisik dan daun limau purut. Masak sehingga benar-benar naik minyak dan pes rendang masak elok. Ini petua supaya rendang tahan lama. Jika nak kisar gula air pun boleh, tetapi pastikan tumis bahan kisar tadi sehingga naik minyak.\n\n4. Kemudian masukkan santan dan air.\u00a0\n\n5. Bila dah mendidih, masukkan ayam.\n\n6. Apabila ayam hampir lembut, taburkan daun kunyit dan biarkan kuah pekat. Kacau sesekali.\n\n7. Bila kuah dah pekat, sesuaikan rasa dan sesuaikan rasa.\n8. Boleh cedok dan buang lebihan minyak dalam rendang.\n\nKredit: Mariana Zainal\nBaca juga: Cara Buat Ketupat Guna Daun Pisang, Lagi Mudah Nak Bungkus!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-rendang-daging-minang-lembut-memang-padu/", "title": "Resepi Rendang Daging Minang, Lembut & Memang Padu!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-03 03:22:00\n\n\nWalaupun bukan musim perayaan, mesti ramai yang teringin nak makan rendang kan? Aromanya yang memukau,\u00a0kelembutan dagingnya sangat menyelerakan dimakan pula dengan nasi panas. Memang terliur habis!\nKalau korang nak tahu, hidangan rendang ni\u00a0sangat senang dibuat lebih-lebih lagi untuk korang yang baru 'first time' nak masak rendang tu.\u00a0Confirm menjadi! Haa apa kata korang ikut je resipi yang dikongsikan oleh Aini binti Abu Samah inshaallah jadi sama macam dalam gambar. Selamat Mencuba.\n\nKredit: Sheren Nabeela\u00a0\nBahan-bahan: \n\nDaging 1kg\n600 gram hati (potong dadu)\n600 gram limpa (potong dadu)\n600 gram paru (potong dadu)\n1 labu bawang putih\n15 biji bawang kecil merah\n\n\u00a0(Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris)\n\nKredit: Sheren Nabeela\u00a0\n\nHalia 2 inch\nLengkuas 4 inch\nSerai 3 batang\n20 biji cili api\n2 inch kunyit hidup\n\n(Lengkuas, serai, kunyit hidup dan cili api blend)\n\nKredit: Sheren Nabeela\u00a0\n\n3 sudu besar cili boh\n3 sudu besar rempah giling\n1 sudu kerisik\n1 helai daun kunyit dihiris halus\n4 biji kelapa\n\n\nKredit: Sheren Nabeela\u00a0\nCara-cara:\n1. Panaskan 1 senduk minyak.\n2. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.\n3. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris biarkan sampai garing.\n4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama cili boh dan rempah.\n5. Kacau hingga pecah minyak.\n6. Masukkan daging, paru, hati\u00a0dan limpa.\n7. Kacau dan kecilkan api.\n8. Jus daging akan keluar dengan sendiri. Tak perlu tambah air\n9. Kacau sehingga jus tu kering baru letak santan dan garam secukup rasa\n10. Kacau hingga menggelegak dan kering\n12. Sebelum kering, taburkan daun kunyit\n13. Kacau sehingga kering dan siap!\n\nKredit: Sheren Nabeela\n\u00a0\n\nKredit: Sheren Nabeela\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Aini binti Abu Samah\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-rendang-daging-minang/", "title": "Resipi Rendang Daging Minang Ori Dari Indonesia, Tak Perlu Guna Kerisik!", "body": "\nSalah satu masakan sedap dari Indonesia yang wajib dicuba adalah \u201crendang daging minang\u201d. Menu ini sedap dimakan bersama nasi putih, ketupat, lemang, pulut kuning dan sebagainya.\nCara memasak rendang minang ini juga cukup mudah, malah tidak renyah dan bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak. Selain itu, resipi ini juga tidak perlu menggunakan minyak, tidak perlu ditumis dan tanpa kerisik.\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Puan Ayu Susanti. Menurutnya, resipi ini dipelajari daripada ibunya yang berasal dari Padang, Indonesia.\nBaca juga: Resipi Mi Ayam Indonesia, Tak Perlu Terbang Jauh Kalau Mengidam\nRESEPI RENDANG DAGING MINANG\nBahan-bahan A:\n\nBawang merah*\nBawang putih*\nCili kering pedas*\nHalia*\nLengkuas*\n\nBahan-bahan lain:\n\nDaging\nDaun kunyit\nSerai\nDaun limau purut\nDaun salam\nSantan\nGaram\nAjinamoto\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan-bahan A.\n2. Panaskan kuali, masukkan daging serta semua bahan-bahan A yang sudah dikisar tadi.\n3. Tak perlu minyak dan tak perlu menumis.\n4. Kemudian, masukkan juga daun kunyit, serai, daun limau purut dan serai.\n5. Bila dah mengelegak, baru masukkan santan, garam & ajinamoto.\nInfo: 1 kg daging bersamaan 1kg santan. Orang minang masak rendang tak pernah guna kerisik.\n\nKredit resipi dan gambar: Ayu Susanti\nBaca juga: Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-rendang-daging-simple/", "title": "Resipi Rendang Daging Simple, First Time Masak Pun Pasti Menjadi", "body": "\nPertama kali nak cuba masak rendang? Ikut saja resepi rendang daging\u00a0simple\u00a0ini. Tak rumit buat mereka yang tidak pernah memasaknya.\nSempena Hari Raya Aidilfitri ini, jom kita cuba resipi yang dikongsikan\u00a0Liza Idris ini. Sangat mudah untuk dibuat. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama\n\nRESEPI RENDANG DAGING SIMPLE\n\nBahan kisar:\n\n2 biji bawang besar\n5 ulas bawang putih\n2 inci halia\n2 inci lengkuas\n3 inci kunyit hidup\n3 batang serai\n\nBahan lain:\n\n500grm daging lembu\n1/2 kotak santan\n5 sudu cili kisar\n1 biji bawang besar dipotong halus\n1 sudu kecil jintan manis\n1 sudu kecil jintan putih\n1 sudu kecil biji ketumbar\n2 sudu besar kerisik\n5 helai daun limau purut\n3 helai daun kunyit\nAsam keping\n\nCara memasak:\n1. Sangai biji ketumbar, jintan manis dan putih disangai sehingga naik bau. Sepatutnya guna jintan tu jenis biji, kalau tak ada boleh guna jenis serbuk. Masuk dalam lesung batu dan tumbuk.\n\n2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dulu. Ini tips rendang lagi sedap. Minyak banyak pun tak apa. Nanti lepas masak boleh buang lebihan minyak.\n\n3. Masuk bahan kisar dengan cili kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Bahan kisar tu boleh kisar dengan cili kering sekaligus.\n\n4. Bila dah pecah minyak, masukkan daging. Daging boleh rebus dulu kalau tak nak liat, tak nak rebus dulu pun boleh.\n\n5. Masukkan rempah yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Masuk daun limau purut serta daun limau purut yang sudah diramas.\n6. Letakkan asam keping. Masukkan 2 keping dulu, tak cukup masam nanti boleh tambah lagi.\n7. Bila daging dah lembut, masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan pula kerisik untuk penyedap rasa. Kacau sehingga mesra.\n\n8. Masuk gula. Kalau ada gula melaka lagi sedap. Garam jangan dilupa. Akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris halus.\n\n9. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Liza Idris\nBaca juga: Rendang Tok, Menu Tradisi Negeri Perak, Ini Cara Membuatnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ringkas-lazat-jom-cuba-ayam-goreng-lubnan-dengan-toum/", "title": "Resepi Ringkas & Lazat, Jom Cuba Ayam Goreng Lubnan Dengan Toum!", "body": "Kalau korang tak pernah pergi Lubnan, tak semestinya korang takkan dapat merasa makanan mereka. Jangan risau, korang boleh cuba buat di rumah je. Resepi kali ini ringkas dan lazat sesuai untuk dihidang seisi keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\n\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nAYAM GORENG LUBNAN DENGAN TOUMKalau korang tak pernah pergi Lubnan, tak semestinya korang takkan dapat merasa makanan mereka. Jangan risau, korang boleh cuba buat di rumah je. Resepi kali ini ringkas dan lazat sesuai untuk dihidang seisi keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n\u00bd ekor ayam (peha)\n\n2-3 sudu besar serbuk paprika\n\n1 sudu kecil serbuk jintan putih\n\n1 sudu kecil serbuk ketumbar\n\n1 sudu kecil serbuk lada hitam\n\n\u00bd biji lemon\n\n2-3 ulas bawang putih\n\n1 senduk mayonis\n\n\u00bd biji kobis\n\n\u00bd batang lobak merah\n\n1-2 sudu minyak zaitun\n\nGaram secukupnya\n\nKredit: Kamarul AriffinCARA PENYEDIAAN\nSagat bawang putih, tabur serbuk paprika, jintan manis, ketumbar, lada hitam dan garam pada ayam.\n\nPerahkan jus daripada \u00bc lemon.\n\nGaul rempah sehingga sebati. Perapkan ayam antara 30 minit hingga 2 jam. Kalau nak pedas, guna serbuk cili.\n\nSelepas perap, kalau nak goreng, letakkan tepung jagung. Kalau nak bakar, tidak perlu letak. Terus bakar pada suhu 250\u00b0C selama 30-40 minit.\n\nGoreng dalam minyak sederhana, dan perlu lama, untuk pastikan isi dia masak.\n\nTutup kuali supaya haba tak terbebas. Barulah cepat masak, dan minyak tidak akan terpercik sana-sini.\n\nSementara itu, potong kobis, lobak merah dan perah baki lemon.\n\nLetak minyam zaitun, garam dan lada hitam. Gaul sebati.\n\nCampurkan mayonis bersama bawang putih untuk membuat toum.\n\nSetelah ayam siap boleh dihidangkan bersama salad dan toum. Siap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-rojak-mee-legend-tak-perlu-beli-dekat-kedai-dah-buat-sendiri-je/", "title": "Resepi Rojak Mee Legend, Tak Perlu Beli Dekat Kedai Dah, Buat Sendiri Je!", "body": "Kalau pergi Penang memang tak sah kalau tak cuba rojak mee, rasa kuahnya memang lain dari lain. Kuahnya pekat dan memang cukup rasa. Tapi jangan risau sebab korang boleh buat di rumah juga, tak perlu pergi ke kedai dan boleh makan sepuas hati. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nROJAK MEEKalau pergi Penang memang tak sah kalau tak cuba rojak mee, rasa kuahnya memang lain dari lain. Kuahnya pekat dan memang cukup rasa. Tapi jangan risau sebab korang boleh buat di rumah juga, tak perlu pergi ke kedai dan boleh makan sepuas hati. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A (HIASAN)\nTahu putih (goreng dan potong)\n\nKentang rebus sebiji-sebiji bagi empuk (toskan dan potong)\n\nTelur rebus\n\nTaugeh, lada besar, timun\n\nMee kuning\nBAHAN B (KUAH)\n1 paket biskut Marie patah-patahkan\n\n3 biji kentang rebus\n\nCili kering dan udang kering kisar\n\n3 ulas bawang putih (kisar)\n\n2 sudu besar tepung jagung\n\nKredit: SuiSanCARA PENYEDIAAN\nTumis sedikit minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik minyak.\n\nMasukkn air. Selepas mendidih masukkn kentang yang sudah dikisar.\n\nMasukkan biskut Marie, kacau sehingga biskut hancur.\n\nMasukkn tepungg jagung dan pastikn gula, garam secukup rasa. Siap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-roti-jagung-cheese-leleh-mudah-cepat-hanya-guna-air-fryer/", "title": "Resepi Roti Jagung Cheese Leleh Mudah & Cepat Hanya Guna Air Fryer", "body": "Kali ini kami ingin kongsikan resepi yang wajib korang cuba iaitu Roti Jagung Cheese Leleh. Korang tak perlu duduk dapur lama-lama nak buat resepi ini kerana cara membuatnya sangat mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau dah tak ada idea nak makan apa untuk breakfast\u00a0atau pun minum petang boleh lah cuba resipi ini yang dikongsikan oleh Masriza Basri di Facebook.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nROTI JAGUNG CHEESE LELEHKali ini kami ingin kongsikan resepi yang wajib korang cuba iaitu Roti Jagung Cheese Leleh. Korang tak perlu duduk dapur lama-lama nak buat resepi ini kerana cara membuatnya sangat mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau dah tak ada idea nak makan apa untuk breakfast\u00a0atau pun minum petang boleh lah cuba resipi ini yang dikongsikan oleh Masriza Basri di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nRoti\n\nJagung rebus/ jagung dalam tin\n\nCheese slice\n\nSedikit gula\n\nKredit : Masriza BasriCARA PENYEDIAAN\nLetakkan cheese di atas roti.\n\nLetakkan jagung di atas cheese,\u00a0letakkan banyak mana yang anda mahu.\n\nTaburkan sedikit gula.\n\nMasukkan di dalam Air Fryer.\u00a0Bakar 160C selama 5 minit.\n\nSiap untuk dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-roti-jala-coklat/", "title": "Cara Buat Roti Jala Coklat Yang Lembut & Kurang Manis, Siap Ada Sos Cicah!", "body": "\nResepi roti jala coklat ini memang jarang dibuat orang. Nampak pelik tapi sebenarnya sedap! Dicicah pula dengan sos coklat homemade, sedap tak terkata.\nJika sebelum ini biasanya roti jala dinikmati bersama hidangan kari ayam, daging atau pun kuzi, kali ini boleh cuba resipi yang berlainan pula.\nResipinya pun sangat mudah dan bahan boleh didapati dengan senang. Saudari\u00a0Asmida Nor ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya di bawah.\nBaca juga: Resipi Cekodok Pisang Bulat-Bulat, Ini Rahsia Kalau Nak Cantik Kejadiannya\nRESEPI ROTI JALA COKLAT & SOS COKLAT\nBahan-bahan roti jala:\n\n3 cawan tepung gandum\n2 cawan air\n1 biji telur\n2 sudu makan minyak masak\n4 sudu makan milo\n2 sudu makan serbuk koko\nAcuan roti jala (empunya resipi guna 5 lubang)\n\nBahan-bahan sos coklat:\n\n3 sudu makan susu pekat manis\n2 sudu makan serbuk koko\n3 sudu makan milo\n2 sudu makan minyak masak\n1/4 cawan air\n\nCara-cara:\n1. Untuk membuat Roti Jala, satukan semua bahan dan kisar hingga sebati dan tidak berketul.\n2. Panaskan kuali yang bersesuaian dan kirai tepung menggunakan acuan mengikut kreativiti masing-masing.\n3. Lakukan hingga habis adunan. Ketepikan.\n4. Untuk membuat sos coklat yang sangat sedap, caranya mudah sahaja.\n5.\u00a0Campur kesemua bahan dan masak menggunakan teknik\u00a0double-boil.\n6. Bila semua bahan sudah sebati dan pekat, boleh angkat dan tapis supaya teksturnya lebih padu.\n7. Sos coklat paling sedap siap disediakan dan boleh dicicah bersama Roti Jala Coklat yang telah dimasak awal tadi. Selamat mencuba!\n \nKredit resipi dan gambar: Asmida Nor\nBaca juga: Resipi Kek Sarang Semut, \u2018First Time\u2019 Buat Pun Pasti Menjadi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-roti-jala-mudah-hanya-dengan-3-langkah-je-dah-siap/", "title": "Resepi Roti Jala Mudah, Hanya Dengan 3 Langkah Je, Dah Siap!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-18 02:43:50\nAnak-anak tak nak makan nasi hari ni? Jangan risau!\u00a0Apa kata kita buat roti jala yang simple dan cepat. Roti jala adalah menu kegemaran rakyat Malaysia kerana cara pembuatannya yang mudah dan menjimatkan. Selain itu. roti jala juga boleh dimakan dengan begitu saja atau dicicah dengan kari atau sambal. Terpulang kepada citarasa masing-masing.\u00a0Jadi jom kita cuba resepi roti jala yang dikongsikan oleh Nora Syikin Azmi di kumpulan Ibu Masak Apa Tu di Facebook.\n\nBahan-bahan:\n\n1kg tepung gandum\n1 sudu besar tepung ubi (fungsi tepung ubi untuk jalannya tidak mudah putus)\n2 biji telur\n\u00bd tin susu cair\n2 sudu besar minyak masak\n1 sudu besar garam \nPewarna kuning\nAir secukupnya (adunan jangan cair atau pekat sangat)\n\n\n\nKredit: Nora Syikin Azmi\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua dalam bekas.\n2. Kacau sampai sebati. Kemudian kisar.\n3. Tuang dalam acuan roti jala (guna botol) dan biarkan adunan dalamm 10 minit baru mula menjala.\n\n\nKredit: Nora Syikin Azmi\n\n\nKredit: Nora Syikin Azmi\n\nSelamat Mencuba\nKredit: Nora Syikin Azmi\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-roti-john-homemade/", "title": "Resipi Roti John Homemade, Confirm Lagi Puas Hati Boleh Letak Inti Bertimbun!", "body": "\nMudah saja resepi roti john ini. Lagi puas hati bila buat sendiri sebab boleh letak inti sebanyak mana yang dimahukan.\nRoti John ini bukan saja terkenal pada bulan puasa, malah ia banyak dijual di gerai tepi jalan dan pasar malam.\nAromanya pasti membangkitkan selera sesiapa saja. Kali ini, apa kata kita cuba resepi roti john yang mudah ini di rumah.\nBaca juga: Resipi Kuih Sagu Merah Paling Senang, Tak Perlu Masak Dulu Baru Kukus\nResepi Roti John Homemade\nBahan-bahan:\n\nRoti john/roti oblong (belah tengah)\nDaging kisar ramly (daging burger pun boleh)\nBawang merah\nCili merah\nCili api\n2-3 biji telur\nPlanta\nSos cili\nMayonis\nThousand island\nSayuran: timun, kubis\nSedikit garam\n\nCara-cara:\n1. Untuk membuat inti roti john, satukan telur, daging, bawang, hirisan cili dan garam. Kacau rata dan ketepikan.\n\n2. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega. Ketepikan.\n\n3. Masukkan sedikit planta ke dalam kuali, masukkan daging tadi dan biarkan daging sehingga masak.\n\n4. Kemudian tekap roti ke atas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.\n\n5. Bila dah masak, baru angkat dan letakkan sayur dan sos yang disukai.\n\n6. Lipat roti dan potong. Selamat mencuba!\n\nKredit: Tengku Roselyza Raja Muhammad\nBaca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-roti-paratha-sosej-cheese-gulung-guna-air-fryer-semudah-abc/", "title": "Resepi Roti Paratha Sosej Cheese Gulung Guna Air Fryer, Semudah ABC!", "body": "\nKalau pagi-pagi dah rasa bosan sarapan dengan kuih biasa seperti karipap, donut atau popiah. Korang boleh cuba guna roti paratha pula untuk membuat roti sosej. Roti paratha ini rasa dia sama sahaja seperti roti canai. Jadi, pasti semua orang akan makan.\nMenu kali ini sesuai untuk sesiapa yang tidak mempunyai banyak masa di dapur, kerana roti paratha gulung ini sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang banyak, hanya masuk ke dalam air fryer dan siap untuk dinikmati. Jom cuba resepi roti paratha gulung air fryer ini.\nBahan-bahan\n\n1 keping roti paratha\nCheese slice\nSosej\nKuning telur\n\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nPotong sekeping roti paratha dan juga cheese slice kepada 8 bahagian.\n\n\n2. Susun sosej tersebut dan gulungkannya.\n3. Sapu kuning telur pada roti paratha dan masukkan ke dalam air fryer selama 5 minit suhu 180C. Siap dan boleh\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0dinikmati.\n\nSumber: Nor Qamarina\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-roti-sosej-gebu-menyelerakan-sesuai-untuk-hidangan-seisi-keluarga/", "title": "Resepi Roti Sosej Gebu & Menyelerakan, Sesuai Untuk Hidangan Seisi Keluarga", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-02 03:47:52\n\nHari ini kami akan kongsikan satu resepi iaitu roti sosej. Resepi ini sangat mudah dan sesuai disediakan sama ada untuk hidangan segera atau dibuat sejuk beku. Pastinya anak-anak anda akan gemarkan roti sosej ini. Jika inginkan alternatif\u00a0yang lebih sihat, tukarlah kepada homemade sosej dan juga roti bergandum penuh agar anda sekeluarga mendapat\u00a0nutrien\u00a0yang maksima. Resepi roti sosej ini dikongsikan oleh saudari\u00a0Nora Habsah Shahid\u00a0di\u00a0Facebooknya. Selamat mencuba ya!\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n500 gm tepung roti (high protein)\n70 gm gula kastor\n30 gm susu tepung\n1 sudu teh bread improver\n1 sudu teh dough softener\n7 gm yis\n1 biji telur & air sejuk= 280-300ml (satukan sekali)\n60gm butter/ marjerin\nSecubit garam\n\n\nKredit: Nora Habsah Shahid\n\u00a0\nCara-cara;\n1. Griskan Loyang. (untuk letak doh yang sudah di bentukkan)\n2. Satukan semua bahan- bahan uli hingga doh licin dan elastic (saya guna breadmaker. Saya uli dalam 25-30 minit)\n3. Bentukkan dan perap hingga 2x ganda\n4. Bakar pada suhu 180c sehingga masak (masa & suhu bergantung pada oven masing-masing)\n\u00a0\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\nKredit: Nora Habsah Shahid\n\u00a0\n\nKredit: Nora Habsah Shahid\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Nora Habsah Shahid\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-roti-sosej-gulung-ala-auntie-annes-gebu-lembut-weh/", "title": "Resepi Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne\u2019s, Gebu & Lembut Weh!", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIResepi Mudah\nPOSTED ON2020-11-25\nBuat anda yang merupakan peminat tegar Auntie Anne di pusat membeli-belah, ini masanya untuk anda cuba pula buat sendiri di rumah. Barulah puas makan! Jadi mari kita cuba resepi Roti Sosej Ala Auntie Anne\u2019s yang dikongsikan oleh Nazry Ahmad di kumpulan Resepi Siti Nurhaliza Fans di Facebook. Resepi ini sangat mudah dan sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak.\n\nKredit: Nazry AhmadBAHAN-BAHAN\n\n500 gram tepung high protein\n11 gram yis\n80 gram gula halus\n80 gram marjerin\n2 sudu besar susu tepung\n10 gram pelembut roti\n1 biji telur\n1 sudu teh garam halus\n250 gram air sejuk\n150 gram butter*\n8 ulas bawang putih*\nSepohon daun ketumbar*\n2 sudu besar minyak zaitun*\n1/2 sudu teh garam halus*\n\nCARA-CARA\n\nUli guna bread maker\nMasukkan semua bahan-bahan bertanda * dalam pengisar.\nKisar hingga lumat\nUli adunan nipis, letakkan sosej dan gulung kemas.\nSapukan topping garlic butter spread yang dikisar lumat.\nBakar pada suhu 180\u2019C selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.\n\n\nKredit: Nazry Ahmad\nKredit: Nazry Ahmad\nKredit: Nazry Ahmad\nKredit: Nazry AhmadSelamat Mencuba\nKredit: Nazry Ahmad\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ruam-mitr-dessert-thai/", "title": "Resipi Dessert Thai \u2018Ruam Mitr\u2019, Kenyal-Kenyal Macam Boba!", "body": "\nPeminat \u2018boba\u2019 wajib cuba resepi ruam mitr\u00a0yang berasal dari Thailand ini. Ianya sesuai dihidangkan panas-panas atau dicampur dengan ais.\u00a0\nTeksturnya yang kenyal-kenyal pasti akan digemari ramai. Bukan setakat anak-anak, orang dewasa pun pasti suka!\nJom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya di bawah. Resipi hasil perkongsikan oleh Ilyani Kori di laman sosial Facebook.\nBaca juga: Kuih Getas Lembut Dan Manis Berlemak, Kuih Klasik Kesukaan Ramai\nRESEPI RUAM MITR, DESSERT THAI POPULAR\nBahan-bahan doh:\n\nTepung ubi kayu\nAir panas\nPewarna\n\nBahan-bahan kuah:\n\nSantan\nGula\nGaram\nDaun pandan\nSagu\nBoleh tambah keledek/jagung/nangka jika suka\n\nCara-cara:\n1. Sediakan air panas menggelegak. Kemudian masukkan air panas ke dalam tepung ubi sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh.\n2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna pilihan masing-masing dan bentuk menggunakan acuan kuih siput.\n\n3. Seterusnya rebus dalam air yang menggelagak. Bila dah terapung, angkat dan toskan, kemudian terus masukkan ke dalam air. Ketepikan.\n\n4. Dalam periuk lain, masukkan air, gula, garam dan daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila dah menggelagak, masukkan pula sagu.\n5. Tos doh siput tadi dan masukkan ke dalam kuah santan yang kita buat tadi.\n\n6. Sedia untuk dimakan panas-panas atau boleh tambahkan ais. Selamat mencuba!\nKredit resipi dan gambar: Ilyana Kori\nBaca juga: Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sambal-ayam-geprek/", "title": "Resipi Sambal Ayam Geprek Asli Dari Jogjakarta, Letak Minyak Panas Je Tak Perlu Masak", "body": "\nBuat penggemar masakan pedas, jom cuba resepi sambal ayam geprek yang merupakan ramuan asli dari Jogjakarta, Indonesia.\nSiapa yang biasa makan pasti tahu betapa sedapnya masakan ini. Ayam geprek sedikit berbeza dengan ayam penyet dan ayam gepuk.\nUntuk mengetahui cara penyediaannya, jom kita baca perkongsian oleh Juwita Afifah di bawah. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap\nRESEPI SAMBAL AYAM GEPREK ASLI JOGJAKARTA\n\u201cHarini saya nak share pula resepi sambal geprek.\nAyam geprek ni berbeza dengan ayam penyet dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.\nSambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas.\nCuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.\nResepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang Indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.\u201d\nBahan-bahan:\n\nCili padi\nCili besar (dicincang kasar)\nBawang putih\nKacang gajus\nMinyak panas bekas goreng ayam\n\nCara-cara:\n1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.\n\n2. Lumatkan semua bahan.\n3. Masukkan cili besar.\n4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang masih panas dari kuali supaya sambal sedikit masak, tidak terlalu mentah.\n\n5. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.\n\n6. Dah siap, boleh dimakan bersama nasi putih. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Juwita Afifah\nBaca juga: Resipi Sambal Jawa Asli, Sekali Cuba Pasti Akan Nak Lagi & Lagi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sambal-nasi-lemak-tak-pedas/", "title": "Resipi Sambal Nasi Lemak Tak Pedas Untuk Anak-Anak, Gerenti Berselera!", "body": "\nResipi sambal nasi lemak ini khas untuk anak-anak kerana sambal tersebut tidak pedas sama sekali. Jadi, bolehlah mereka makan dengan puas tanpa kepedasan.\nBukan sekadar anak-anak, orang dewasa yang tidak suka pedas pun boleh cuba resipi ini. Perut pun takkan meragam.\nSelain nasi lemak, ia juga sesuai dimakan dengan nasi putih, roti puri atau lempeng. Walaupun tidak pedas, sambal ini tetap sedap dan menaikan selera!\nBaca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Makaroni Goreng Simple, 2 Kali Anak Menambah!\nRESIPI SAMBAL NASI LEMAK TAK PEDAS\n\nBahan-bahan:\n\n\u00bd kg ikan bilis (kopek)\n1 mangkuk cili kering kisar\n10 ulas bawang putih\n4 labu bawang besar (dikisar)\n1 ketul belacan (kisar)\nSegenggam ikan bilis (dikisar dengan belacan)\u00a0\nDaun pandan\n3 sudu besar sos cili\n4 keping nise atau gula melaka\n3 sudu besar sos tomato\n2 keping asam gelugur\n3 labu bawang dipotong bulat\nSedikit ajinomoto\nGaram\nMinyak masak\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak. Lebihkan sedikit minyak agar sambal kita tahan lebih lama. Masukkan daun pandan,\u00a0 tumis sehingga naik bau.\n\n2. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar.\n\n3. Masukkan juga belacan dan ikan bilis yang dikisar. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna keperangan. Masukkan asam keping.\n\n4. Setelah itu masukkan cili kering kisar, masak sehingga pecah minyak. Masukkan juga nise dan biar mencair dalam sambal.\n\n5. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kemudian perasakan dengan ajinomoto. Gaul sebati.\n6. Masukkan ikan bilis dan bawang yang dipotong bulat serta biarkan sambal mengelegak dan perlahankan api. Perasakan dengan garam secukup rasa.\n\n7. Kacau dan tunggu sehingga sambal pekat dan masak. Sambal pecah minyak bila cukup rasa masin dan manisnya. Siap!\n\nKredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh\nBaca juga: Nasi Goreng Sosej, Menu Ringkas Untuk Anak Yang Tak Nak Makan Sayur\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sambal-nasi-lemak/", "title": "Wanita Kongsi Resipi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Berhari-Hari Pun Tak Basi", "body": "\nSeorang wanita di laman sosial Twitter berkongsikan resepi sambal nasi lemak turun temurun milik keluarganya. Menurut Nurul Shima, resipi ini boleh bertahan selama beberapa hari jika disimpan pada suhu bilik.\nJika ada yang mahu mencuba, ikut saja cara-cara memasak di bawah. Sekali sekala mencuba resipi sambal nasi lemak versi yang lain tidak ada salahnya kan?\nBaca juga: [VIDEO] Cara Bungkus Nasi Lemak Daun Pisang, Mudah Dan Kemas\nCARA BUAT SAMBAL NASI LEMAK\nBahan-bahan:\n\n3 sudu bawang merah kisar\n3 sudu besar ikan bilis kisar\n7 sudu besar cili kering kisar\n3 sudu besar gula melaka yang dihancurkan\n5 sudu kecil garam\n7 sudu besar air asam jawa\n2 sudu besar gula putih\n2 helai daun pandan\n\nCara memasak:\n1. Tumis 3 sudu bawang merah kisar sehingga naik bau wangi.\n2. Masukkan 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.\n3. Kemudian, masukkan 7 sudu besar cili kering kisar. Kalau suka pedas, lebihkan lagi cili kisar.\n4. Seterusnya, masukkan 3 sudu besar gula melaka yang sudah dihancurkan. Kacau sebati dan biarkan ia masak. Api jangan besar dan jangan kecik, sedang-sedang saja.\n5. Apabila sambal sudah menjadi merah dan berkilat, masukkan 5 sudu kecil garam dan 7 sudu besar air asam jawa. Kacau dan biar ia mereneh.\n6. Apabila sambal sudah mula pekat, masukkan 2 sudu besar gula putih dan 2 helai daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak lagi.\n7. Setelah 20minit ia masak, dah boleh tutup api dan hidangkan.\u00a0\n\n8. Sambal nasi lemak cara ini boleh tahan untuk beberapa hari pada suhu bilik. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Nurul Shima\nBaca juga: Cara Buat Nasi Lemak Guna Beras Basmathi, Nasi Cantik Berderai & Tahan Lama\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sambal-tomato-ikan-bilis-goreng/", "title": "Resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Boleh Buat Stok Banyak Terus!", "body": "\nResepi sambal tomato ikan bilis goreng ini sangat sedap tau! Bukan saja sesuai dimakan dengan nasi, malah sesuai juga dimakan dengan pulut dan lontong.\nBoleh buat banyak terus dan simpan dalam peti ais. Bila-bila nak makan, tinggal cedok saja ke dalam mangkuk dan panaskan guna microwave.\nKalau ada yang nak cuba buat, ikut saja resipi di bawah. Anda boleh ubah kuantiti bahan mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!\nBaca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap\nRESEPI SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG\nBahan-bahan:\n\n1/2 mangkuk ikan bilis (mangkuk gulai)\n1 inci belacan\n1 sudu teh garam\n1 sudu makan gula \u2013 boleh ubahsuai ikut selera\n1 inci gula melaka\nSedikit minyak masak\n\nBahan tumbuk kasar:\n\n4 biji cili merah \u2013 potong kasar\n2 biji tomato \u2013 belah 8\n5 ulas bawang merah kecil\n3 ulas bawang putih\n\nCara memasak:\n1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan. Angkat.\n2. Seterusnya dengan guna minyak yang secukupnya, goreng bahan yang ditumbuk kasar hingga pecah minyak.\n\n3. Seterusnya masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul sekejap.\n\n4. Masukkan pula gula melaka dan masak hingga hancur barulah dimasukkan garam serta gula.\n5. Rasa sambal dan tambah perasa jika ada kekurangan.\n6. Sambal siap untuk dinikmati.\n\nKredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad\nBaca juga: Resipi Tempe Goreng Berempah Rangup, Cicah Sambal Kicap Memang Wow!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sambal-udang-petai/", "title": "Resipi Sambal Udang Petai Yang Sedap, Makan Dengan Nasi Panas Fuhhh Menyengat!", "body": "\nMesti ramai yang dah tahu resepi sambal udang petai kan? Namun begitu, pasti ada yang baru nak belajar masak menu ini. Jadi masih belum terlambat untuk belajar memasaknya.\nSiapa suka petai, boleh tambahkan petai pada akhir masakan jika suka tekstur yang rangup. Jika suka petai yang lembut, biarkan menggelegak selama beberapa minit.\nWalaupun petai mempunyai bau yang kurang senang, tapi rasanya sedap dan bagus untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, anemia dan banyak khasiat lain lagi.\nBaca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak\nRESEPI SAMBAL UDANG PETAI\nBahan-bahan:\n\nUdang\nSerbuk kunyit\nGaram\n8 ulas bawang putih\n2 biji bawang besar\nBelacan\n3 sudu makan cili kisar\n2 sudu makan gula\n1 sudu makan garam\nBawang besar dihiris bulat\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih udang. Keluarkan isi perut udang yang berada di punggung, bentuknya mirip dengan tali tipis berwarna hitam. Cuci hingga bersih.\n2. Lumurkan udang yang sudah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam.\n\n3. Kemudian panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak.\n\n4. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan belacan.\n\n5. Guna bekas minyak goreng udang tadi, tumiskan bahan yang sudah ditumbuk tadi. Gaul rata sehingga sedikit kekuningan.\n\n6. Masukkan 3 sudu makan cili kering yang sudah siap direbus dan dikisar.\n\n7. Perasakan dengan gula, garam dan ajinamoto jika suka.\n8. Bila sambal dah pecah minyak, baru masukka udang yang sudah goreng tadi. Masukkan sekali air udang. Gaul rata dalam 3 minit.\n\n8. Kemudian masukkan bawang yang dihiris secara membulat. Kacau rata.\n9. Siapa suka petai, boleh letakkan petai. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Ameera\nBaca juga: Resipi Udang Goreng Kunyit Style Dato\u2019 Rizalman, Pasti Membuka Selera!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sardin-roll-homemade/", "title": "Resipi Sardin Roll Homemade, 3 Cawan Tepung Gandum Boleh Dapat 22 Biji", "body": "\nJom cuba resepi sardin roll ini. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Lebih sedap jika dimakan panas-panas, satu memang tak cukup!\nRamai anggap kuih ini susah untuk dibuat. Sedangkan ia antara sajian yang sangat mudah dan jimat kerana tidak menggunakan banyak bahan.\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resepi sardin roll yang dikongsikan oleh Norzaiha Razali di bawah. Boleh buat banyak terus dan bekukan, bila nak makan tinggal goreng saja.\nBaca juga: Resipi Dorayaki Homemade, Nak Tahan Lama Kena Ikut Cara Ini\nRESEPI SARDIN ROLL HOMEMADE\nBahan-bahan doh kulit:\n\n1\u00a0\u00bd sudu makan + lebihan sedikit planta\n3 sudu makan minyak masak\n3 cawan rata tepung gandum\nGaram halus secukupnya\nAir sejuk secukupnya\n\nCara-cara buat doh kulit:\n1. Mula-mula ambil 1 \u00bd sudu makan planta.\n\n2. Kemudian untuk sudu kedua, ambil sebanyak ini.\n\n3. Cairkan planta bersama 3 sudu makan minyak masak. Bila cair, tutup api. Tujuan untuk merangupkan kulit Sardin Roll.\n\n4. Ambil tepung gandum 3 cawan rata. Letak dalam bekas besar supaya mudah untuk menguli nanti.\n\n5. Letak planta yang cair tadi di tengah-tengah tepung. Buat lubang kecil di tengahnya supaya minyak bertakung.\n6. Gaul tepung dengan sudu sebab planta masih panas.\n\n7. Letak garam sebanyak ini 3 kali. Sukatan hujung sudu begini untuk 1 cawan tepung.\n8. Bila telah sejuk, gaul tepung menggunakan tangan. Gaul rata sampai tepung jadi relai.\n\n9. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit semasa menguli. Guna tak sampai secawan air pun. Letak sikit air, kemudian uli, letak sikit uli. Ulang sampai jadi doh. Jangan terlebih air, nanti doh lembik.\n\n10. Uli sampai doh jadi macam ni dan tidak melekat di tangan.\n\n11. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan. Tujuannya untuk mudah menggelek nanti. Akan dapat 22 biji doh kecil.\n\n12. Tutup doh dan biarkan seketika.\n\nINFO: Lepas uli doh tidak boleh terus digelek. Sebab nanti doh akan mengecut. Biarkan seketika. Sementara tunggu doh rehat, boleh buat sambal sardin.\nBahan-bahan sambal sardin:\n\n1 tin sardin saiz sederhana\n3 sudu makan kisaran bawang putih & bawang merah kisar\n1 \u00bd sudu makan cili boh\n6 sudu maka minyak masak\n1/3 sudu makan pes asam jawa\nSedikit air\nGula melaka secukupnya\nGaram dan perasa secukupnya\n\nCara-cara buat sambal sardin:\n1. Panaskan minyak dan tumis kisaran bawang dan cili boh hingga garing dan pecah minyak.\n\n2. Ambil asam jawa sebanyak ini.\n\n3. Bancuh asam jawa dengan sedikit air. Kemudian tuang ke dalam periuk menumis tadi.\n4. Gaul lagi bahan tumisan. Jika kering, tambah sedikit sahaja air supaya tumisan tidak terlalu kering.\n\n5. Masukan manisan @ gula melaka sebanyak ini. Gula melaka boleh dilenyek atau disagat terlebih dahulu supaya cepat larut.\n\n6. Ambil sardin saiz sederhana seperti ini. Saiz ni memang cukup inti untuk doh 3 cawan tepung.\n\n7. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali. Kemudian letak garam secukupnya.\n8. Kacau sambal sambal meleyek ikan sardin. Ia bertujuan untuk mencepatkan kuah kering.\n9. Bila sambal telah kering. Padamkan api. (empunya resipi suka sambal sedikit basah jadi sambalnya tidak kelihatan terlalu kering. Jika suka pedas, boleh tambah cili mengikut cita rasa)\n\nCara menggulung sardin:\n1. Taburkan tepung dalam bekas supaya Sardin Roll tidak melekat.\n\n2. Ambil satu doh yang dibulatkan tadi. Gelek macam ni terlebih dahulu.\n\n3. Kemudian gelek ke atas bagi membentuk muncung macam ni.\n\n4. Seterusnya gelek ke bawah pula. Gelek rata dan nipis sampai bentuk jadi macam ni. Pastikan gelek sehabis nipis ya. Sebab nanti doh akan digulung. Jika tidak nipis, nanti bila gulung, kulit Sardin Roll jadi tebal dan tak sedap.\n\n5. Hiris doh macam ni. Tujuannya untuk corak sahaja. Kalau tak mahu hiris pun tidak mengapa. Kemudian, letak inti di bawah.\n\n6. Untuk menggulung, pegang hujung kiri dan kanan semasa menggulung. Tempat ank panah tu. Jangan pegang di tengah semasa gulung.\n\n7. Gulung sampai jadi macam ni. Ulang langkah sama hingga habis doh dan inti.\n\n8. Susun sardin roll dalam bekas. Tabur sedikit tepung gandum.\n\n9. Lapikkan dengan plastik sebelum menindan sardin roll supaya tidak melekat. Jika mahu digoreng keesokan hari, tidak perlu simpan di bahagian beku. Jika mahu dibekukan dalam tempoh lama, goreng separuh masak terlebih dahulu.\n\n10. Goreng sehingga kekuningan menggunakan api perlahan. Jangan guna api besar kerana kulit akan jadi gelembung.\n\nTips: Jika mahu sardin roll rangup dan tahan lama, sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas tertutup.\nKredit resipi: Norzaiha Razali\nBaca juga: Resipi Roti Paung Terengganu Terlajak Gebu, Uli Doh Guna Tangan Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sardin-tin-guna-pressure-cooker/", "title": "Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Guna \u2018Pressure Cooker\u2019", "body": "\n\nSardin sememangnya salah satu lauk popular terutamanya bagi yang ingin berjimat.\nTetapi, ramai yang mungkin tak tahu sebenarnya hidangan ini boleh dibuat sendiri dan pembuatannya juga mudah.\nSelain menggunakan ikan sardin, boleh juga mengunakan makerel dan ikan tamban.\nBaca Juga: Kena Goreng Dulu Baru Sardin Lagi Sedap, Siap Dengan Tips Elak Ikan Meletup-Letup\nJimat, mudah, bersih dan halal kerana air tangan sendiri. Bukan itu saja, resepi ini juga jauh lebih fresh.\nJom kita sama-sama mencuba resipi sardin homemade yang dikongsikan sendiri oleh Norlela Abdul Lahak ini.\n\nRESIPI SARDIN HOMEMADE\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\nIkan (2kg)\nTomato puri (1 tin)\nCili kisar (2 senduk)\nBawang kisar (2 senduk)\nAir asam jawa (1 cawan)\nSos cili (1 botol)\nGaram\nSerbuk perasa\nCuka\nMinyak (untuk menumis)\n\n\n\n\nCara membuatnya:\n1. Tumis dahulu bawang kisar dan cili kisar sehingga minyak pecah.\n2. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos dan tomato puri.\n3. Tambah air sehingga menutupi ikan. Lebih pun boleh kerana kuah akan cepat pekat apabila masuk dalam pressure cooker nanti.\n4. Masak kira-kira dalam 60 minit, Tulang ikan akan menjadi lembut seperti sardin tin yang selalu dibeli.\n\nBagi yang tidak ingin menggunakan pressure cooker, anda perlu memasak selama 3 sehingga 4 jam.\nNamun, hasilnya tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan menggunakan pressure cooker.\nUntuk resipi ini, ia dapat menghasilkan sebanyak 5 bekas bagi ikan seberat 2kg. Selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sate-lipat-lembut-sedap-dengan-5-langkah-mudah-je-dah-siap-2/", "title": "Resepi Sate Lipat Lembut & Sedap, Dengan 5 Langkah Mudah Je Dah Siap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-10 04:22:14\n\n\nSate ialah menu makanan Nusantara yang juga terkenal di negara-negara Asia Tenggara. Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang. Terdapat pelbagai macam jenis sate seperti sate arnab, sate hati, sate pedal, sate perut, sate ikan, sate lembu dan sate ayam. Sate biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit.\n\u00a0\nTetapi lain pula dengan resepi sate harini. Sate ini adalah sate luar biasa yang digelar sate lipat. Sate lipat ni adalah gabungan roti dan sosej yang dijadikan seperti sate. Bolehlah cuba resepi ini untuk makan pagi anak-anak. Jadi mari kita cuba resepi Sate Lipat yang dikongsikan oleh\u00a0Julia Aleen Aireish di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan :\u00a0\n4 biji telur\n1/4 sudu kecil seasoning\n1 sudu besar daun bawang \u2013 dihiris halus\n5 keping roti loaf wholemeal\n3 batang sosej\u00a0\nLidi satay \u2013 lebih kurang 7 batang lidi atau secukupnya\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Satukan telur, seasoning dan daun bawang kacau sebati.\n2. Sekeping roti potong tiga, sosej sebatang\u00a0\u00a0dipotong empat. Ambil lidi cucuk selang seli.\n3. Panaskan kuali atau non-stick pan, ambil sedikit bancuhan telur lerengkan nipis dalam kuali. \n4. Kemudian ambil satay yang telah dicucuk tadi letak atas telur dan lipatkan/bungkus biarkan masak sekejap.\n5. Angkat dan sedia dinikmati dengan cili colek ikut kesukaan. Colek dengan sos lada hitam lagi sedap.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sate-lipat-lembut-sedap-dengan-5-langkah-mudah-je-dah-siap/", "title": "Resepi Sate Lipat Lembut & Sedap, Dengan 5 Langkah Mudah Je Dah Siap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-10 04:22:14\n\n\nSate ialah menu makanan Nusantara yang juga terkenal di negara-negara Asia Tenggara. Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang. Terdapat pelbagai macam jenis sate seperti sate arnab, sate hati, sate pedal, sate perut, sate ikan, sate lembu dan sate ayam. Sate biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit.\n\u00a0\nTetapi lain pula dengan resepi sate harini. Sate ini adalah sate luar biasa yang digelar sate lipat. Sate lipat ni adalah gabungan roti dan sosej yang dijadikan seperti sate. Bolehlah cuba resepi ini untuk makan pagi anak-anak. Jadi mari kita cuba resepi Sate Lipat yang dikongsikan oleh\u00a0Julia Aleen Aireish di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan :\u00a0\n4 biji telur\n1/4 sudu kecil seasoning\n1 sudu besar daun bawang \u2013 dihiris halus\n5 keping roti loaf wholemeal\n3 batang sosej\u00a0\nLidi satay \u2013 lebih kurang 7 batang lidi atau secukupnya\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Satukan telur, seasoning dan daun bawang kacau sebati.\n2. Sekeping roti potong tiga, sosej sebatang\u00a0\u00a0dipotong empat. Ambil lidi cucuk selang seli.\n3. Panaskan kuali atau non-stick pan, ambil sedikit bancuhan telur lerengkan nipis dalam kuali. \n4. Kemudian ambil satay yang telah dicucuk tadi letak atas telur dan lipatkan/bungkus biarkan masak sekejap.\n5. Angkat dan sedia dinikmati dengan cili colek ikut kesukaan. Colek dengan sos lada hitam lagi sedap.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sayur-meranti/", "title": "Sayur Meranti Masak Lemak Keledek, Lauk Kampung Yang Nikmat Tak Terkata!", "body": "\nSayur meranti merupakan sejenis sayuran tradisional yang semakin sukar ditemui. Hal ini kerana generasi muda lebih mengemari sayuran seperti kangkung, sawi dan sebagainya. Ada juga yang memanggilnya sayur ranti.\nSayur meranti ini sangat sedap jika dimasak masak lemak ubi keledek. Ia merupakan salah satu masakan kampung yang digemari ramai. Sajian ini juga mampu menjadi menu pembuka selera yang membuatkan kita makan bertambah-tambah.\nMakan pula dengan sambal belacan dan ikan kering, memang tak toleh orang belakang dah! Jadi, mari kita cuba resipi lauk kampung ini yang merupakan perkongsian oleh Muhammad Muktamin Abdul Karim di bawah.\nBaca juga: Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Ubi, Menu Orang Dulu-dulu\nRESEPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK UBI KELEDEK\nBahan-bahan:\n\nSecekak sayur meranti\n1 biji ubi keledek (siap dipotong)\nUdang secukupnya\nIkan bilis/udang kering\nBawang besar (dihiris)\nBawang putih (dihiris)\nCili merah (dihiris)\nGaram secukup rasa\nSantan kelapa\n\nCara-cara:\n1. Celurkan sayur ranti, kemudian ketepikan.\n\n2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur ke dalam periuk. Renehkan.\n3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur yang sudah dicelur tadi. Kacau sehingga sebati.\n\n4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika supaya udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap.\u00a0\n\n5. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Muhamad Muktamin Abdul Karim\nBaca juga: Kerabu Pucuk Paku Kampung, Ratah Macam Itu Je Dah Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-simple-red-velvet-oreo-cheese-guna-sukatan-cawan-je/", "title": "Resepi \u2018Simple\u2019 Red Velvet Oreo Cheese, Guna Sukatan Cawan Je!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-14 06:19:34\n\n\nKek Red Velvet sememangnya merupakan kegemaran ramai, tak hairanlah kalau pergi Secret Recipe pasti kek ini sudah habis terjual. Mulalah rasa kecewa tak tak dapat favourite kek! Betul tak? Ha, apa kata korang cuba buat sendiri di rumah. Kali ini kami bawakan resipi Red Velvet Oreo Cheesecake yang dikongsikan oleh\u00a0Rosmaliza Omar menerusi Facebook. Sedapnyaaa, mudah pun mudah. Jom cuba!\n\nKredit: Rosmaliza Omar\nBahan-bahan Base:\n\n2 bungkus biskut oreo yang telah dikisar (dibuang krimnya)\n\u00bc cawan butter (dicairkan)\n\u00a0\n\nCara-carannya:\n\nGaulkan oreo yang telah dikisar tadi dengan butter cair sehingga rata. \nKemudian, tekan padat-padat dalam loyang bulat bersaiz 8 inci yang telah gris dan dialas dengan baking paper.\n \nKredit: Rosmaliza Omar\n\u00a0\nBakar selama 15 minit pada suhu 160 darjah Celsius. Setelah cukup masak, keluarkan dan biarkan seketika.\n\u00a0\n\nBahan-bahan kek:\n\n500g cream cheese\n\u00bd cawan gula halus\n1/2 sudu teh esen vanila\n1/2 cawan yogurt perisa asli\n2 biji telur gred A\n15 keping oreo dipatah empat\n \nKredit: Rosmaliza Omar\n\u00a0\n\nCara-caranya:\n\nCampurkan cream cheese, gula dan esen vanila dan andunkan. masukkan natural yogurt dan terus mengadun hingga semua bahan sebati dan rata.\n\u00a0\nMasukkan telur sebiji demi sebiji, dan teruskan mengadun. Kemudian masukkan oreo yang telah dipatah empat, kaup balikkan dengan spatula sehingga rata.\n\n\nKredit: Rosmaliza Omar\n\u00a0\nSelepas itu, bakar secara \u2018steam-bake\u2019 selama 45-50 minit pada suhu 150 darjah Celsius.\n \nKredit: Rosmaliza Omar \n\u00a0\nApabila sudah cukup masak, renggangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan dalam 5 minit. Kemudian, keluarkan kek dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman.\n\u00a0\nHiaskan red velvet oreo cheese cake mengikut kreativiti masing-masing.\n \nKredit: Rosmaliza Omar \n\nSiap! Mudah saja kan? Selamat mencuba di rumah!\n\nKredit: Rosmaliza Omar \n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-singgang-tulang/", "title": "Rahsia Masak Singgang Tulang Yang Lembut Tanpa Guna Pressure Cooker", "body": "\nJom cuba resepi singgang tulang menggunakan periuk kaca tanpa menggunakan\u00a0pressure cooker\u00a0ini.\u00a0Hasilnya, singgang tulang menjadi lembut elok walaupun dimasak atas dapur gas.\nYang paling penting, cara ini lebih selamat kerana periuk kaca tiada tindak balas kimia kerana ada sesetengah pressure cooker\u00a0dan rice cooker diperbuat dari aluminium.\nIkuti perkongsian oleh Saudari Noor Hafiza Mohamad di bawah untuk rujukan anda semua. Selamat mencuba!\nBaca juga: Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Gulai Ayam Kelantan, Memang Padu!\nRESEPI SINGGANG TULANG LEMBUT TANPA PRESSURE COOKER\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 kg daging \u2013 hiris nipis\nTulang daging\n1 inci lengkuas \u2013 hiris nipis\n1 inci halia \u2013 hiris nipis\n3 ulas bawang merah \u2013 hiris nipis\n5-6 ulas bawang putih \u2013 hiris nipis\n3 tangkai cili kering \u2013 potong kecil\n1 sudu besar ketumbar biji \u2013 tumbuk kasar\n3 keping asam keping\nGaram\nSerbuk perasa\nSedikit belacan\nAir secukupnya\n4 tangkai cili padi merah\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan kesemua bahan-bahan dan air secukup ke dalam periuk kaca.\n2. Masak sehingga daging empuk. Tutup periuk supaya daging dan tulang cepat empuk. Rebus guna kaedah rebus perlahan (slow cook)\u00a0selama 1 jam guna.\n3. Jika air kurang, tambahkan. Selamat mencuba!\nKredit resipi dan gambar: Noor Hafiza Mohamad\nBaca juga: Wanita Kongsi Cara Buat Singgang Ayam Thai, Resipi Asli Mak Mertua Orang Thai\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sizzling-yee-mee-ayam-cendawan-ala-ala-food-court-tak-perlu-makan-di-luar-untuk-merasa-hot-plate/", "title": "Resepi Sizzling Yee Mee Ayam & Cendawan Ala-Ala Food Court, Tak Perlu Makan Di Luar Untuk Merasa Hot Plate!", "body": "Bagi anda yang gemar makan sizzling, memang kena belajar buat hidangan ini secara homemade sebab kalau buat sendiri lagi puas makan. Nak tambah lebih ayam atau cendawan pun boleh! Betul tak? Bukan itu sahaja, kita juga boleh buat mengikut citarasa dan lebih menjimatkan. Jadi jom\u00a0cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nResepi Sizzling Yee Mee Ayam Dan CendawanBAHAN-BAHAN\n1 gulung Yee Mee\n\n2 ketul ayam (potong kecil-kecil)\n\n2 biji cendawan kering (shitake) (rendam hingga kembang dan belah dua)\n\n3 tangkai cili kering (potong 1 inci)\n\nI inci halia (diketuk)\n\n3 ulas bawang putih (cincang halus)\n\n2 pokok sawi (siang dan dicelur sekejap)\n\n5 sudu besar kicap pekat\n\n3 sudu besar sos tiram\n\n3 cawan air (kalau nak kuah banyak letak air lebih)\n\n1 biji telur\n\n1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)\n\nSerbuk lada hitam\n\nMinyak secukupnya\n\nGaram dan perasa\nCARA PENYEDIAAN\nPanaskan minyak dan masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.\n\nMasukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam, kemudian tumis lagi dan seterusnya masukkan ayam. Biarkan ayam separuh masak.\n\nMasukkan air dan gaul sebati, seterusnya masukkan cendawan.\n\nSeterusnya masukkan air bancuhan tepung jagung dan perasa dengan garam dan serbuk perasa. Ikut citarasa sendiri untuk kepekatan kuah.\n\nPanaskan hot plate, masukkan dahulu kuah tadi dan seterusnya masukkan yee mee.\n\nAkhir sekali masukkan sawi yang dicelur tadi dan pecahkan telur ke dalam masakan tadi dan biarkan sehingga masak.\n\nSiramkan lebihan kuah ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.\n\nTaburkan serbuk lada sulah dan boleh tambah cili potong untuk menambah selera. Siap.\n\nKredit: Nor Khomariah Norrohman\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sos-bawang-putih-arab/", "title": "Resipi Sos Bawang Putih Arab, Cicah Ayam Atau Daging Bakar Memang Mantap!", "body": "\nSetiap kali beli shawarma di kedai, pasti ramai yang minta sos bawang putih\u00a0extra\u00a0kan? Lagi banyak sos, lagi sedap tau! Memang tak cukup sos yang dia letak tu.\nRupanya anda boleh cuba buat sendiri sos bawang putih atau nama arabnya, Toum ini di rumah. Bahan utama yang digunakan hanyalah bawang putih, putih telur, minyak sayur, jus lemon dan garam.\nSos ini sesuai dijadikan pencicah ayam goreng, ayam bakar ataupun daging bakar.\u00a0Kalau buat shawarma\u00a0homemade,\u00a0bolehlah letak sos ini sebanyak mana yang anda mahu!\nJom ikuti resipi perkongsikan oleh Ummu Ashraf di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!\nRESIPI SOS BAWANG PUTIH ARAB\nBahan-bahan:\n\n7 ulas bawang putih\n1 putih telur\n2/3 cawan minyak sayur\n1 camca besar jus lemon\nSedikit garam\n\nCara-cara:\n1. Kupas dah hiris bawang putih. Kemudian kisar bersama putih telur sehingga bawang putih menjadi halus.\n2. Sambil mengisar, masukkan minyak dengan aliran tetap secara perlahan-lahan.\n3. Adunan akan jadi memekat. Teruskankan aliran minyak sehingga adunan agak kental.\u00a0Sos toum ini lebih kental dari mayonis.\n4. Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Kisar lagi sehingga sebati.\n5. Sedia untuk digunakan di dalam wrap, kebab, dicicah dengan ayam goreng dan sebagainya.\u00a0Selamat mencuba!\nKredit resipi dan gambar: Ummu Ashraf\nBaca juga: Rahsia Perapan Daging Bakar Yang Sedap, Lembut & Juicy\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sosej-masak-sos/", "title": "Resipi Sosej Masak Sos Kegemaran Anak-Anak, Campak-Campak Siap!", "body": "\nSosej sering menjadi makanan pilihan oleh kebanyakan ibu di rumah kerana penyediaannya yang cukup mudah. Salah satu menu menggunakan sosej adalah resepi sosej masak sos.\nBiasanya sosej direbus atau digoreng sahaja kan? Kali ini kita cuba masak versi berkuah pula. Bukan\u00a0sahaja digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa. \nJika kehabisan idea dalam menyediakan hidangan sahur, jom kita cuba resipi sosej masak sos yang mudah dan ringkas ini. Sekejap saja dah siap masak, sedap pula tu!\nBaca juga: Ini \u2018Tricks\u2019 Tak Nak Bagi Sosej Kecut & Berkedut Masa Menggoreng\nRESEPI SOSEJ MASAK SOS\n\nBahan-bahan:\n\nBawang besar \u2013 hiris/kisar\nBawang putih \u2013 hiris/kisar\nCili \u2013 hiris/kisar\n1 bungkus sosej\u00a0\nSos tiram\nSos cili\u00a0\nKicap manis\nGula\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Goreng sosej terlebih dahulu. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.\n2. Panaskan kuali dan letakkan minyak secukupnya untuk menumis.\n3. Tumis bawang besar dan bawang putih yang sudah dihiris. Kacau sehingga naik bau.\n4. Masukkan sosej yang sudah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul sehingga rata.\n5. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis.\n\n6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Hati-hati letakkan garam dan gula kerana sos tiram dan kicap manis sudah berperasa.\n7. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Nur Mariam\nBaca juga: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-soto-ayam-sambal-kicap-bersama-begedil-kentang-sesuai-untuk-hidangan-seisi-keluarga/", "title": "Resepi Soto Ayam Sambal Kicap Bersama Begedil Kentang, Sesuai Untuk Hidangan Seisi Keluarga!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-26 03:47:45\n\n\nSajian Soto Ayam memang tak lengkap tanpa hidangan begedil daging dan sambal kicap.\u00a0Ibu-ibu boleh cuba menu\u00a0soto ini untuk suami dan anak-anak sempena hujung minggu nanti. Tak perlu pening-pening nak masak lauk apa dah. Ikut je resepi yang dikongsikan oleh kumpulan Menu Citarasaku di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit:\u00a0Menu Citarasaku\n\u00a0\nBahan-bahan untuk Soto:\n\nNasi impit atau suhun atau bihun\nBawang goreng\nBergedil kentang\nKacang tanah\nSuhun\nAyam ( direbus,dicarik dan digoreng)\nSambal kicap\n\n\u00a0\n\nKredit: Menu Citarasaku\n\u00a0\nBahan-bahan Sup Ayam:\n\n2 biji bawang merah} 1biji bawang merah,3 biji bawang putih dan 2 inci ditumbuk halus,\n6 ulas bawang putih} selebihnya dipotong halus\n4 inci halia\nDaun sup\nAyam (bahagian tulang/kaki ayam/leher)\nAir rebusan ayam\nSup bunjut\nKiub pati ayam\n\n\u00a0\nCara-cara pembuatan Sup Ayam:\n1. Panaskan minyak. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi, kacau hingga garing.\n2. Kemudian masukkan sup bunjut dan kacau sebentar. Masukkan kiub ayam dan kacau. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ayam (dari isi ayam yang direbus)\n3. Masukkan ayam, bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris pula.\n4. Masukkan air seberapa banyak yang diperlukan. Kemudian masukan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Biarkan hingga mendidih.\n5. Akhir sekali, masukkan daun sup.\n\nKredit: Menu Citarasaku\n\u00a0\nBahan-bahan Begedil Kentang:\n\n6 biji kentang\nDaun sup\nBawang goreng\nTelur\n\n\u00a0\nCara-cara pembuatan Begedil Kentang:\n1. Kupas kulit kentang, kemudian rebus hingga empuk.\n2. Setelah siap, lenyek kentang tadi hingga hancur.\n3. Masukan garam, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata.\n4. Bentukkan kentang tadi dan sedia untuk digoreng.\n5. Pukul telur, panaskan minyak.\u00a0\n6. Apabila minyak sudah panas, celupkan begedil yang dibentuk tadi pada telur. dan goreng. Siap!\n\u00a0\nBahan-bahan Sambal Kicap:\n\n20 biji Cili padi hijau\n2 ulas bawang putih\n1 sudu besar gula pasir\nkicap secukupnya\n\n\u00a0\nCara-cara pembuatan Sambal Kicap:\n1. Tumbuk bawang putih hingga lumat.\n2. Kemudian tumbuk cili padi hingga lumat. Masukkan gula pula selepas itu dan tumbuk sehingga hancur.\n3. Masukkan bahan di atas pada mangkuk dan tuangkan kicap secukupnya. Siap!\nSiap untuk di makan, Selamat mencuba!\u00a0\n\nKredit: Menu Citarasaku\n\u00a0\n\nKredit: Menu Citarasaku\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Menu Citarasaku\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-soto-ayam-simple/", "title": "Resipi Soto Ayam Simple Tapi Power. Ini Rahsia Kuah Sedap, Pekat & Likat", "body": "\nResepi soto ayam simple oleh Farah Lome ini sangatlah power! Kalau masak untuk menu rumah terbuka pasti tetamu puji melambung.\nWalaupun kita sudah memasuki minggu kedua bulan Syawal, masih ramai yang bercadang untuk membuat rumah terbuka. Tak ada salahnya pun jika, raya kan sebulan! \nJadi bolehlah memilih soto sebagai hidangan untuk tetamu anda nanti. Selamat mencuba!\nBaca juga: 5 Resipi Ekspres Jamu Tetamu Datang Mengejut, Sekejap Dah Siap Masak!\nRESEPI SOTO AYAM SIMPLE\n\n1) Resipi Kuah Soto\nBahan-bahan:\n\nAyam (potong besar sebab nak carikkan nanti)\n2 batang serai \u2013 ketuk\nMinyak untuk menumis\n1/2 paket kecil serbuk sup\u00a0\n1/2 paket kecil serbuk kurma\u00a0\n1 kiub pati ayam\u00a0\nAkar daun sup \u2013 potong dan cuci bersih\n2 liter air\n\nBahan-bahan kisar:\n\n1 inci lengkuas\n1 inci halia\n4 biji bawang merah besar (lagi banyak lebih sedap)\n1 ulas bawang putih\n1 biji buah keras\n\nCara memasak:\n1. Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga betul-betul naik bau, masak dan sedikit garing. Ia bertujuan supaya bawang tidak berasa mentah dalam kuah nanti.\n2. Masukkan serbuk sup dan serbuk kurma. Jika tiada, boleh letak rempah soto.\n3. Masukkan ayam. Agak-agak air ayam sudah hampir kering, baru masukkan air.\n4. Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.\n5. Renehkan kuah sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan ayam untuk dicarikkan nanti.\n6. Kuah soto siap!\n\n2) Resipi Begedil Kentang\nBahan-bahan:\n\n5-6 biji ubi kentang \u2013 buang kulit, potong kecil & rebus\nHirisan daun sup\nBawang goreng\n1 biji telur\nLada sulah secukupnya\nGaram secukup rasa\n\nCara memasak:\n1. Ubi kentang dibuang kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk.\n2. Kemudian lenyekkan hingga halus. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Sebatikan.\n3. Cubit adunan Begedil dan bulat-bulatkan adunan. Leperkan sedikit.\n4. Pecahkan telur dan masukkan lada sulah dan garam. Pukul kembang supaya bila digoreng nanti, begedil kelihatan bersarang.\n5. Cara goreng begedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil sahaja. Jangan penuh.\n6. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.\n7. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng.\n8. Bila sudah garing dan kekuningan, barulah balikkan. Jangan balikkan terlalu awal kerana begedil akan pecah.\n\n3) Resepi Soto Ayam Simple \u2013 Sambal Kicap\nBahan-bahan:\n\n1 ulas bawang putih \u2013 diketuk\u00a0\nSegenggam cili padi\nGula secukup rasa\nSos cili secukupnya\nKicap\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga garing. Masukkan juga cili padi. Goreng bersama bawang putih tadi.\n2. Angkat bahan gorengn tadi dan jangan dibuang minyaknya kerana minyak gorengan bawang putih akan membuatkan sambal jadi lebih sedap.\n3. Tumbuk bahan gorengan tadi dan tambahkan gula, sos cili dan kicap dengan secukupnya. Masukkan juga 1 sudu makan minyak gorengan tadi. Gaul rata.\n4. Sambal isi tidak perlu diisi garam kerana kicap itu sudah berasa masin.\n5. Sambal Kicap sedia untuk dinikmati.\n\nINFO: Kalau tak nak guna serbuk sup & serbuk kurma, boleh guna rempah soto. Bahan lain kekalkan, cuba tukar serbuk sup & serbuk kurma kepada rempah soto sahaja.\nKredit: Farah Lome\nBaca juga: Resipi Kuzi Ayam Orang Pantai Timur, Cicah Dengan Roti Memang Layan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sotong-bakar/", "title": "Buat Sendiri Sotong Bakar Macam Di Kedai, Sama Sedap & Lagi Jimat", "body": "\n\u201cMenyesal lambat belajar resepi sotong bakar Thai ni. Kalau tak, hari-hari dah buat\u2026\u201d\nJika anda pernah melancong ke Hatyai, sotong bakar ini memang yang banyak dijual di kedai-kedai tepi jalan.\u00a0\nKalau tiba-tiba mengidam, takkan nak\u00a0fly\u00a0jauh ke Hatyai semata-mata nak makan sotong bakar kan?\nOleh itu, jom kita belajar buat sendiri sotong bakar di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Lia Dahlia di bawah.\nBaca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera\nRESEPI SOTONG BAKAR\nBahan-bahan perapan sotong:\n\n2 sudu kecil gula\n1 hingga 2 sudu besar kicap manis cair\n1/2 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar sos cili\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih sotong dan kelar. Jangan sampai terputus.\n2. Campurkan semua bahan-bahan perapan sotong, gaul pada sotong sehingga rata. Perapkan selama 15 minit.\n3. Bakar dalam air fryer pada suhu 140\u2103 selama 15 minit. Kemudian tukar suhu kepada 180\u2103 selama 5 minit supaya lebih garing.\n4. Jika tiada air fryer, boleh\u00a0grill\u00a0atas kuali leper atau bakar macam biasa.\nBahan-bahan sos pedas Thai:\n\n2 ulas bawang putih*\n7 hingga 8 tangkai cili padi*\nAkar ketumbar*\n1 hingga 2 sudu kecil gula kabung thai* (atau gula melaka)\nSos ikan/nampla\n3 hingga 4 biji limau kasturi/nipis (perah ambik jus sahaja)\nDaun ketumbar (cincang halus)\nBawang merah kecil (cincang halus)\nSedikit air suam\nGaram (jika tak cukup masin)\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*).\n2. Campurkan dengan air limau kasturi, sos ikan, bawang merah dan akar ketumbar.\n3. Jika kuah agak pekat, tambah sedikit air suam.\n4. Ubah suai rasa masam, manis, pedas dan masin supaya seimbang.\n\n5. Curahkan ke atas sotong yang sudah dibakar tadi. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Lia Dahlia\nBaca juga: Cara Buat Pancake Pisang, Makanan \u2018Street Food\u2019 Terkenal Di Thailand\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sotong-goreng-kunyit/", "title": "Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas Tapi Sedap, Ini Petua Elak Jadi Kecut", "body": "\nResepi sotong goreng kunyit ini merupakan menu yang paling mudah, ringkas dan cepat disediakan. \nLauk ini sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa kerana sibuk bekerja dan banyak urusan lain yang perlu dikendalikan.\nBertambah sedap jika dimakan dengan nasi panas, ulam-ulaman dan juga sambal belacan. \nJom MyResipi kongsikan cara memasak sotong goreng kunyit yang sedap di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Hanya Guna Asam Keping, Elak Sotong Jadi Kecut & Hanyir Bila Dimasak\nResipi Sotong Goreng Kunyit\nBahan-bahan:\n\n10 ekor sotong\n10 batang kacang buncis \u2013 hiris\n1/2 biji lobak merah \u2013 hiris\n1 biji cili merah \u2013 hiris\n1 biji cili hijau \u2013 hiris\n1 biji tomato \u2013 hiris\n\nBahan-bahan tumis:\n\n5 ulas bawang putih \u2013 tumbuk\n1 biji bawang holland \u2013 hiris\n1 sudu serbuk kunyit\n\nCara memasak:\n1. Bersihkan sotong dan potong mengikut saiz yang anda sukai. Kemudian perah sedikit asam limau atau lemon serta sedikit cuka. Perapkan seketika di dalam air supaya sotong tidak kecut semasa dimasak nanti.\n2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.\n3. Kemudian masukkan cili merah dan cili hijau yang sudah dihiris serta masukkan juga sotong tadi.\n4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau rata.\n5. Masukkan lobak merah, kacang buncis dan bawang holland. Jika suka berkuah, masukkan sedikit air. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit resipi dan gambar: Azizah Daud\nBaca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sotong-goreng-pedas/", "title": "Resipi Sotong Goreng Pedas, Ini Petua Supaya Tak Liat & Berbau", "body": "\nPenggemar masakan Thailand wajib cuba resepi sotong goreng pedas ini.\u00a0Menu ini lebih kurang sama sahaja seperti sambal sotong, tetapi ada sedikit perbezaannya dari segi bahan.\nMasakan Thailand ini kalau tak pedas, masam dan manis memang tak sah. Begitulah perumpamaan masakan yang dikongsikan oleh Saudara Wan Luqman di bawah.\nBaca juga: Udang Masak Diraja, Penuh Rasa Dan Lemak Lemak Manis, Sedap Sangat!\nRESEPI SOTONG GORENG PEDAS\nBahan-bahan:\n\n2 ekor sotong \u2013 potong dan celur dalam air panas\nCili padi \u2013 hiris @ cincang\nBawang holland \u2013 hiris @ cincang\nBawang putih \u2013 tumbuk\nCapsicum hijau \u2013 potong dadu\nKacang panjang/buncis (optional) \u2013 hiris\n1 sudu makan sos tiram\n1 sudu makan pes namprik maepranom\n1 sudu makan sos tomato\n2 sudu makan sos cili\nNampla sauce/sos ikan secukupnya\nSedikit Kicap Golden Mountain\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih seketika.\n2. Kemudian masukkan hirisan bawang holland, capsicum dan cili padi. Boleh juga masukkan kacang panjang, kacang buncis, lobak merah atau bunga kubis. Namun ia adalah pilihan sahaja bergantung pada selera masing-masing.\n\n3. Masukkan sos tiram.\n4. Masukkan juga sedikit kicap Golden Mountain.\n5. Tambahkan sos cili.\n\n6. Tidak dilupa, masukkan juga sos tomato. Jika tiada, boleh gantikan dengan sedikit perahan jus limau nipis atau tomato yang telah didadu.\n7. Renjiskan sedikit sos nampla @ sos ikan.\n\n8. Tambahkan pes namprik. Ia adalah pes cili dalam tin yang biasa digunakan untuk membuat tomyam.\n9. Kuah asas untuk sotong sudah siap disediakan. Boleh rasa dan tambah perasa jika tidak cukup.\n10. Seterusnya masukkan sotong yang telah dicelur dengan air panas. Menurut empunya resipi, jika sotong dimasukkan segar, air sotong akan meleleh keluar dan kuah masak pedas akan berbau sotong dengan kuat membuatkan rasanya jadi kurang enak.\n\n11. Tambahkan daun limau purut.\n12. Masukkan juga sedikit gula untuk memberikan sedikit rasa manis. Masakan ini perlu ada rasa pedas, manis, masin dan sedikit masam.\n\n13. Sotong Goreng Pedas siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nINFO: Jika guna sotong yang telah dicelur terlebih dahulu, bila siap dimasak sotong akan jadi tidak terlalu kecut.\nKredit: Wan Luqman\nBaca juga: Resipi Sambal Udang Petai Yang Sedap, Makan Dengan Nasi Panas Fuhhh Menyengat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sotong-stim-limau-kaw-ala-thai-rasa-masam-masam-manis-memang-sedap-lah/", "title": "Resepi Sotong Stim Limau Kaw Ala Thai, Rasa Masam-Masam Manis Memang Sedap Lah!", "body": "Peminat makanan Thailand mesti kecur air liur tengok resepi Sotong Stim Limau ini, tambah pula tak boleh pergi Thailand nak makan. Percayalah buat yang tak makan sotong pun kalau korang ikut resepi ini mesti automatik akan suka dengan sotong. Resepi ini sangat mudah dan sedak do\u2019oh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cikatennazlan di Facebook.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n30 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nSOTONG STIM LIMAUPeminat makanan Thailand mesti kecur air liur tengok resepi Sotong Stim Limau ini, tambah pula tak boleh pergi Thailand nak makan. Percayalah buat yang tak makan sotong pun kalau korang ikut resepi ini mesti automatik akan suka dengan sotong. Resepi ini sangat mudah dan sedak do\u2019oh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cikatennazlan di Facebook.\nBAHAN-BAHAN SOS\n5 tangkai cili padi\n\n4 ulas bawang putih\n\n3 tangkai akar daun ketumbar (cuci bersih)\n\n1 sudu besar gula\n\n3 biji limau nipis (jus sahaja)\n\n1/2 biji limau nipis (dipotong dadu)\n\n3 tangkai daun ketumbar dihiris halus\n\nKredit : CikatenazlanBAHAN \u2013 BAHAN SOTONG STIM\n6 ekor sotong (saiz sederhana besar)\n\n2 batang serai\n\n1 inci halia\n\n10 helai daun limau purut\nCARA PENYEDIAAN\nStimkan sotong dengan bahan \u2018sotong stim\u2019.\n\nTumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.\n\nCampurkan dengan kesemua bahan yang lain.\n\nSiramkan sos ke atas sotong yang telah di stim dan siap boleh dimakan.\nTIPSKalau nak lebih pedas tambahkan sahaja cili padi.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-spaghetti-napolitan/", "title": "Jom Cuba Spageti Napolitan Ala Jepun, Sedap Berkrim & Unik!", "body": "\nSpaghetti Napolitan merupakan masakan yang boleh dikatakan agak terkenal di negara Jepun.\u00a0Cara penyediaannya juga tidak susah mana. Yang penting, wajib ada butter dan sos tomato untuk memasaknya.\nBosan juga asyik masak spageti bolognese atau spageti carbonara kan? Apa kata kali ini jom cuba spageti versi Jepun ini pula.\nIkut saja resipi perkongsian oleh Puan Zurina Zulkifli di bawah. Menurutnya, anak-anak menggemari rasa spageti ini yang lemak dan berkrim. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Spaghetti Buttermilk Mudah Untuk Dimasak, Sedap & Tak Muak\nRESEPI SPAGHETTI NAPOLITAN JEPUN\n\nBahan-bahan:\n\nLima sudu besar sos tomato jenama Kimball\nButter jenama Anchor\nSebatang sosej keju \u2013 dipotong serong\nSetengah biji bawang holland \u2013 dihiris\nSetengah potong capsicum hijau \u2013 dihiris\nSesudu teh minyak masak atau minyak zaitun\nGaram dan keju parmesan (pilihan) \nSpageti \u2013 direbus dan tos\n\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak masak atau minyak zaitun. Tumiskan hirisan bawang holland bersama sosej.\n\n2. Kemudian masukkan lada benggala dan tos tomato. Boleh tambahkan juga sedikit serbuk lada hitam.\n\n3. Masukkan sedikit air rebusan spageti dan gaul sebati.\n\n4. Masukkan spagetti dan gaul rata.\n\n5. Apabila masakan sudah mengeluarkan wap panas, boleh letakkan butter dan gaul sebati.\n\n6. Akhir sekali, taburkan garam secukup rasa mengikut selera masing-masing.\n\n7. Sedia untuk dihidangkan. Tabur keju parmesan jika suka, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli\nBaca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-spicy-beef-wrap-mudah-keenaakan-yang-memukau/", "title": "Resepi Spicy Beef Wrap Mudah & Keenaakan Yang Memukau!", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nResepi Spicy Beef Wrap ini memang sesuai dihidangkan sebagai sarapan pagi mahupun makan malam. Bukan itu sahaja, ianya juga menjadi kegemaran seisi keluarga. Jadi kalau korang teringin nak makan makanan yang simple dan sedap bolehlah cuba resepi ini. Sangat mudah disediakan. Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Shud di kumpulan Masakan Melayu Lama Dan Baru di Facebook.\n\nKredit: ShudBAHAN-BAHAN\n\nGardenia wholemeal wrap\nTelur 2 biji\nDaging burger ramly\nCili\nSos Cili\nMayonis\nMozarella cheese (boleh letak kalau nak lagi sedap)\n\n\nKredit: ShudCARA-CARA\n\nMasak beef patty dulu dengan sedikit minyak.\nPecah 2 biji telur dengan sedikit garam kemudian tambah cili. Kalau untuk anak makan tak perlu tambah cili pun boleh.\nLepas kacau telur masukkan dalam kuali yang dipanaskan. Goreng telur ala-ala telur dadar.\nLetak wrap di bahagian atas telur\nTerbalik roti dan telur letakkan salad di atasnya.\nLetakkan daging yang telah dimasak. Potong kecil dagingnya.\nLetak sos cili. Boleh tambah mayonis atau thousand island ikut kreativiti.\nSedia untuk dinikmati.\n\n\nKredit: Shud\nKredit: Shud\nKredit: Shud\nKredit: ShudSelamat Mencuba\nKredit: Shud\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-spicy-creamy-buttermilk-salmon-yang-wajib-korang-cuba-tengok-je-pun-dah-terliur/", "title": "Resepi Spicy Creamy Buttermilk Salmon Yang Wajib Korang Cuba! Tengok Je Pun Dah Terliur", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25 04:05:53\nPara ibu mesti buntu kan tak tahu nak masak apa? Asyik masak lauk yang sama je, kadang-kadang bosan juga.\u00a0Jadi, tidak ada salahnya jika mahu mencuba menu istimewa yang lain daripada lain ini. Resepi ini nampak je macam\u00a0susah tapi sebenarnya resepi Spicy Creamy Buttermilk Salmon ni sangat mudah untuk disediakan. \nJadi apa kata kita cuba resepi dari Ashfoodhunter yang dikongsikan di kumpulan Resepi Menambat Selera. Nampak sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba!\n\u00a0\n\nKredit: Ashfoodhunter\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nIkan Salmon\nGaram\nBlackpepper\n4 ulas bawang putih (dicincang)\n1 biji bawang besar (dicincang)\n5 biji cili padi (dicincang)\n2 hiris butter\n10 helai daun kari\n1 tin susu cair/ susu full cream\nBaby spinach\n2 keping cheesedale\n\n\u00a0\n\nKredit: Ashfoodhunter\n\u00a0\nCara-cara:\n\nGrill salmon bersama garam dan blackpepper dan asingkan sebentar\nCairkan butter dan tumis semua bahan cincang\nMasukkan daun kari\nTuangkan susu cair\nMasukkan baby spinach\n\n\u00a0\n\nKredit: Ashfoodhunter\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Ashfoodhunter\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-spiral-goreng/", "title": "Resipi Spiral Goreng Untuk 40 Orang Makan, Sesuai Untuk Jamuan!", "body": "\nResepi Spiral Goreng ini sesuai dimasak untuk jamuan rumah terbuka ataupun jamuan di sekolah anak mahupun tempat kerja.\nDah ramai yang biasa masak spageti kan? Kali ini jom kita cuba menggunakan \u2018spiral\u2019 pula. Rasanya sama saja seperti spageti, hanya\u00a0bentuknya saja berbeza.\nNamun, spiral ini lebih selamat untuk anak-anak dan mudah untuk dimakan kerana bentuknya yang pendek. Tidak sama seperti spaghetti yang panjang. Jom kita cuba!\nBaca juga:\u00a05 Idea Menu \u2018Potluck\u2019 Yang Menarik & Mudah Untuk Jamuan Raya\nRESEPI SPIRAL GORENG\nBahan-bahan:\n\nSpiral 4 bungkus (saya guna jenama prego)\nBawang holland\nBawang putih\nMixed vegetable (sayur campuran)\nKiub ayam\nSosej \u2013 dipotong dadu\nIsi ayam \u2013 dikisar\nSerbuk oregano\nBlack pepper\nGaram\nSerbuk perasa\n\nCara-cara:\n\nDidihkan air. Masukkan spiral dan rebus selama 8 minit sehingga lembut. Letakkan juga sedikit garam semasa sedang direbus.\nBila spiral dah lembut, tos dan ketepikan.\nPanaskan minyak zaitun. Tumis bawang holland dan bawang putih yang sudah dihiris.\nKemudian, masukkan isi ayam kisar, sosej yang dipotong dadu dan kiub ayam sehingga. Kacau rata sehingga semua bahan-bahan masak.\nAkhir sekali masukkan spiral yang sudah direbus dan ditoskan tadi.\nMasukkan oregano, black pepper, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata dan siap!\nSelamat mencuba.\n\nKredit resipi dan gambar: Nurul Hawa Nadila Sari\nBaca juga: Spageti Buttermilk Chicken Popcorn Untuk Jamuan Sekolah Anak, Mudah Saja Nak Buat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sup-cendawan-sihat/", "title": "Resipi Sup Cendawan Sihat Tanpa Gula & MSG, Kenyang Pulak Tu!", "body": "\nTak tahu nak malam apa? Jom cuba resepi sup cendawan ini. Ia boleh dikatakan menu sihat kerana tanpa gula dan MSG.\nMenu ini juga sesuai untuk anda yang sedang menurunkan berat badan, atau secara ringkasnya sedang \u2018diet\u2019.\nResipi ini hanya menggunakan 6 bahan dan cara memasaknya juga sangat ringkas dan cepat. Saudari Sha Ramson Abdullah ada berkongsikan resipinya di bawah, jom cuba!\nBaca juga: Sup Jagung Dan Isi Ketam Ala Chinese Style, Tambah Selera Makan Untuk Anak Yang \u2018Picky Eater\u2019\nRESEPI SUP CENDAWAN SIHAT\nBahan-bahan:\n\n1 biji bawang besar (dipotong nipis)\n2 hingga 3 ulas bawang putih \u00a0(dititik)\nCendawan tiram\nLada hitam (ditumbuk)\n2 biji telur\n5 hingga 6 biji cili padi (dipotong 2)\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Kacau sekejap saja.\n2. Seterusnya masukkan pula cendawan dan lada hitam secukupnya. Kacau sekejap.\n\n3. Kemudian baru masukkan air untuk buat kuah. Gaul dan biarkan mendidih.\n4. Bila dah mendidih, masukkan telur.\n5. Perisakan dengan garam dan perasa secukupnya. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Sha Ramson Abdullah\nBaca juga: Cara Buat Sup Ayam Tanpa Minyak, Mudah & Lebih Sihat Untuk Satu Keluarga\nBaca juga: Cara Buat Sup Ayam Siam Masam-Masam Pedas, Punya Rasa & Aroma Tersendiri\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sup-daging-siam/", "title": "Sup Daging Siam, Tak Guna Banyak Minyak & Cepat Empuk", "body": "\nJom cuba resepi sup daging siam perkongsian oleh Saudara Ben Safwan di bawah.\nResipi ini bukan saja mudah dan sedap, malah tidak menggunakan banyak minyak.\nSup daging siam ini sama seperti di kedai masakan Thailand. Namun, empunya resipi ada mengolah sedikit mengikut cita rasanya.\nRESEPI SUP DAGING SIAM\nBahan-bahan:\n\n500-800gm daging lembu tempatan\n200ml air\n\nBahan-bahan sup:\n\n500ml air\n1 1/2 pek perencah sup siam Adabi\n2 ulas bawang putih \u2013 ketuk\u00a0\n1 batang saderi panjang\n1 batang akar daun ketumbar \u2013 ketuk\n4-5 tangkai daun ketumbar\n1-2 tangkai daun bawang\n2-3 cili padi Thai \u2013 ketuk\n1/2 bawang Holland saiz besar\n2 biji tomato \u2013 belah 4\n1 biji (saiz besar) limau nipis\n3 sudu makan sos ikan\nGaram, serbuk perasa dan bawang goreng secukupnya\n\nCara memasak:\n1. Bersihkan daging dan rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit menggunakan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit sahaja penutup bagi ruang keluar wap.\n2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, cili padi Thai, akar daun ketumbar dan 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.\n3. Kemudian tambah 700ml air (air + air rebusan daging ), daging rebus, daun ketumbar, perencah Sup Siam, sos ikan dan tomato. Besarkan api dapur, tutup periuk dan didihkan.\n4. Bila sudah mendidih, perasakan ikut cita rasa dengan menambah serbuk perasa, garam dan jus limau nipis. Sup ini mempunyai rasa masam, pedas dan beraroma. Pastikan jumlah air juga tidak lebih atau kurang dari jumlah yang diberikan.\nKredit resipi & foto: Ben Safwan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sup-kosong/", "title": "Resipi Sup Kosong, Sesuai Untuk Anda Yang Tak Boleh Makan Nasi \u2018Kering\u2019", "body": "\nJika anda seorang yang tidak boleh makan nasi tanpa sebarang kuah, boleh cuba resepi sup kosong ini.\u00a0Sekadar sup kosong tanpa sebarang isi.\nBila nak buat sup ayam atau daging tapi tak cukup bahan, buat je sup macam ni. Asalkan ada menu berkuah untuk dihidangkan bersama lauk lain.\nSesuai juga dihidangkan bersama nasi goreng, nasi ayam penyet ataupun nasi bujang. Jom cuba resipi mudah ini di bawah.\nBaca juga: Resipi Nasi Bujang Mudah & Sedap, Simple Tapi Menggamit Memori\nResepi Sup Kosong\nBahan-bahan:\n\n4 hingga 5 cawan air\n2 sudu besar stok ayam/kiub ayam\n1 sudu pes sup tulang\n2 ulas bawang putih \u2013 diketuk\nLada sulah\nGaram\nSecukup rasa\nBawang goreng\nDaun sup\n\nCara-cara:\n1. Tuangkan 4 atau 5 cawan air dalam periuk. Kemudian masukkan stok ayam atau kiub ayam serta 1 sudu pes sup tulang.\n2. Masukkan juga 2 ulas bawang putih yang sudah diketuk.\n3. Seterusnya masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.\n4. Kemudian biarkan kuah mendidih dan boleh ditaburkan bawang goreng serta daun sup.\n5. Sesuai dihidangakan bersama nasi goreng, nasi ayam penyet atau nasi bujang. Selamat mencuba!\n\nLihat video penuh:\n\n\n @enyabdullah83\nResepi Sup Kosong boleh makan dengan nasi goreng, nasi ayam penyet, atau nasi bujang! #supkosong #resepitiktok #fyp\u30b7 #fyp #resepisup \n \u266c zapin melayu \u2013 \u03b1L\u03b1\u0273 tMg \n\n \nKredit resipi: TikTok enyabdullah83\nBaca juga:\u00a0Resipi Nasi Bujang Mudah & Sedap, Simple Tapi Menggamit Memori\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sup-sayur-campur-ala-kedai-tomyam-rasa-masam-pedas-memang-terliur/", "title": "Resepi Sup Sayur Campur Ala Kedai Tomyam, Rasa Masam & Pedas Memang Terliur!", "body": "Kebiasaannya kalau di kedai tomyam, rasa sup sayur dia mesti lain daripada yang kita buat di rumah kan? Rasa supnya ada masam dan yang paling penting pedas. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ain Zafiyra di Twitter.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nSUP SAYUR ALA THAIKebiasaannya kalau di kedai tomyam, rasa sup sayur dia mesti lain daripada yang kita buat di rumah kan? Rasa supnya ada masam dan yang paling penting pedas. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ain Zafiyra di Twitter.\nBAHAN-BAHAN\nKentang\n\nLobak merah\n\nDaun saderi\n\nPerencah sup siam\n\nDaun limau purut\n\nBebola ikan\n\nJus limau nipis\n\nKredit: Ain ZafiyraCARA PENYEDIAAN\nMasak air sehingga mendidih, masukkan lobak merah dan kentang masak sehingga empuk.\n\nBila dah mendidih masukkan cendawan dan cili padi.\n\nLetakkan perencah sup siam dan daun saderi, kacau sehingga sebati.\n\nMasukkan daun limau purut, bebola ikan dan jus limau nipis supaya ada rasa masam sedikit. Tutup api dan sedia untuk dihidang.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sup-spaghetti/", "title": "Resipi Spageti Sup Untuk Makan Malam, Jarang Dibuat Orang!", "body": "\nTiada idea untuk makan malam? Apa kata jom cuba resepi sup spaghetti yang jarang dibuat orang ini.\nBiasanya kita hanya menggunakan bihun, mi kuning dan makaroni saja kan? Kali ini ganti dengan guna spageti pula.\nSekala sekala tukar selera tidak ada salahnya. Ikut saja resipi perkongsian oleh Ciksu Kitchen di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Sup Cendawan Sihat Tanpa Gula & MSG, Kenyang Pulak Tu!\nRESEPI SPAGHETTI SUP MUDAH & SEDAP\nBahan-bahan:\n\n1 peket spageti\n1 peket bebola ayam (yang ada sayur)\n1 sup bunjut\n1 batang carrot\nSawi\n4 ulas bawang putih\n1 biji bawang besar\n\nCara-cara:\n1. Didihkan air. Kemudian letak sedikit minyak dan masukkan spageti. Rebus sehingga lembut.\n2. Bila spageti dah lembut, toskan. Ambil sedikit air rebusan spageti tadi.\n\n3. Tumis bawang putih dan bawang besar yang sudah dihiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan tadi.\n4. Masukkan juga sup bunjut dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan sayur dan bebola ayam.\n5. Akhir sekali, letakkan garam dan perasa secukupnya.\n\nBahan-bahan sos kicap:\n\nKicap manis cap kipas udang\nSos cili\nCili padi cincang\nKicap sotong\nSerbuk asam limau\nGula \nGaram\u00a0\n\nCara-cara buat sos kicap:\n1. Satukan semua bahan dan kacau sebati.\u00a0\nBahan-bahan sampingan lain:\n\nSambal cili\nDaun sup\n\n\nSedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi: Ciksu Kitchen\nBaca juga: Cara Buat Pasta Carbonara \u2018Super Creamy\u2019, Sama Macam Dekat Pizza Hut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-susu-kurma-cincau-lemak-berkrim-penyejuk-tekak-ketika-cuaca-panas/", "title": "Resepi Susu Kurma Cincau Lemak Berkrim, Penyejuk Tekak Ketika Cuaca Panas", "body": "\nKalau korang perasan sejak dua menjak ini cuaca di negara kita sangat panas, boleh dikatakan setiap hari hanya ke dapur untuk minum air sejuk sahaja. Selain minum air sejuk kosong, korang boleh cuba air penyejuk tekak seperti kurma cincau, lepas minum pasti tekak rasa lega dan segar.\nJom cuba buat air susu kurma cincau yang penuh lemak berkrim ini\n\nBahan-bahan\n\nSebotol susu kurma Farm Fresh\nSusu Dutch Lady full cream\nCincau\n1 tin susu sejat\n3 sudu susu pekat\nGula\nGaram\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nMasukkan sebotol air susu kurma, susu full cream dan satu tin susu sejat ke dalam periuk dengan api yang sederhana.\nMasukkan secubit gula dan garam.\nKacau sehingga larut dan masukkan 3 sudu susu pekat. Masak sehingga mendidih dan sejukkan.\nPotong dan cincang cincau, dan masukkan ke dalam air yang sudah disejukkan. Siap.\n\nSumber: Nor Erma Nazlin\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-sweet-potato-fries/", "title": "Resipi Fries Guna Sweet Potato, Rangup & Lebih Manis!", "body": "\nResipi sweet potato fries ini lebih sedap dari ubi kentang biasa. Rasanya lebih manis dan rangup.\nIa juga sesuai dijadikan kudapan minum petang untuk anak-anak kerana dijamin bebas pewarna dan perasa tiruan.\nIbu-ibu boleh cuba buat sendiri di rumah nanti ya. Lebih jimat berbanding makan di kedai!\nBaca juga: Resipi Jejari Kentang Cheese Untuk Kudapan Anak, Guna Bahan Mudah Je!\nRESEPI SWEET POTATO FRIES HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\nUbi keledek oren\nTepung goreng serbaguna adabi\nMinyak masak\n\nCara-cara:\n1. Kupas ubi keledek dan potong bentuk jejari macam kentang goreng yang biasa dimakan itu.\u00a0\n2. Basuh bersih dan toskan sekejap. Biarkan sedikit basah supaya tepung melekat pada kentang.\n3. Tepung goreng serbaguna adabi ini tidak perlu letak garam atau apa-apa perasa.\n4. Taburkan tepung ke atas ubi keledak. Gaul sedikit saja supaya teksturnya kasar. Pastikan jangan terlalu basah atau terlalu kering.\n5. Kemudian goreng di dalam minyak panas. Kawal api untuk elak hangus.\n6. Sedia untuk dimakan waktu panas-panas. Jika sejuk, kentang akan jadi lemau.\nTips: Selepas digaul dengan tepung, terus goreng di dalam minyak panas. Jika lambat digoreng, kentang akan melekat.\n\nKredit resipi dan gambar: Zulhairi Ahmad\nBaca juga: Cara Buat Kentang Goreng Homemade Untuk Anak, Lagi Sihat & Selamat Tanpa Bahan Pengawet\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-tauhu-goreng-crispy/", "title": "Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap, Ini Petua Elak Melekat & Hancur", "body": "\nTauhu goreng rangup ini sama seperti tempe goreng, sangat menyelerakan apabila dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama sambal kicap yang lazat!\nIa juga sangat sesuai dihidangkan sebagai lauk sampingan untuk makan tengah hari atau makan malam. Sesuai juga dijadikan menu kudapan untuk minum petang.\nRupanya ada petua agar tepung melekat elok pada tauhu apabila sedang digoreng. Tauhu juga tidak hancur dan melekat pada kuali. Jadi, mari sama-sama lihat caranya di bawah.\nBaca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam\nRESEPI TAUHU GORENG CRISPY\nBahan-bahan:\n\n4 keping tauhu basah \u2013 potong 4\n5 sudu makan tepung gandum\n1 sudu makan tepung beras\nSecubit garam\n\u00a0\u00bd\u00a0 sudu teh baking powder\n1 cawan air\n1 kiub pati ayam + 1/3 cawan air panas (air panas ini bertujuan untuk hancurkan kiub ayam)\n\nCara-cara:\n1. Bancuh semua bahan kecuali tauhu. Adun sebati semua adunan.\n\n2. Bila adunan sudah sebati, barulah masukkan tauhu yang telah dipotong.\n\n3. Gaul-gaul tauhu dalam bancuhan kemudian tapis atau sejat tauhu tersebut. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu tadi.\n\n4. Air bancuhan tepung tadi jangan dibuang.\n5. Goreng tauhu agak-agak sudah garing. Tuang air tepung tadi dalam kuali sambil kacau-kacau tauhu. Ia bertujuan supaya tepung melekat elok pada tauhu.\n\n6. Kemudian tuang lagi air tepung sambil kacau tauhu. (empunya resipi tuang air tepung dalam kuali sebanyak 2 kali)\n7. Biarkan tauhu garing dan angkat. Sejatkan minyak pada tauhu dan sementara itu bolehlah buat sambal kicap.\n\nPetua goreng tauhu supaya tak melekat & hancur:\n\nRendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam\u00a0 bekas atau tiup, potong\u00a0 atau belah dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.\nPotong tauhu ikut saiz yang disukai tapi jangan terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.\nSemasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.\n\nKredit resipi dan gambar: Mastura Razali\nBaca juga: Resipi Tempe Goreng Berempah Rangup, Cicah Sambal Kicap Memang Wow!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-telur-bistik/", "title": "Resipi Telur Bistik, Idea Sahur Untuk Ibu-Ibu Supaya Anak Berselera", "body": "\nResepi telur bistik ini sangatlah mudah dan sedap. Cukup berselera jika dimakan dengan nasi panas. Ada satu lauk ini pun sudah cukup, tak perlu masak lauk lain sebab telur bistik ini sudah seimbang dengan sumber protein dari telur dan sayur-sayuran yang dimasukkan ke dalam bahan kuahnya.\nBaca juga: Mudahnya Resipi Sup Telur Ini, Guna Bahan Asas Di Rumah Je\nResepi Telur Bistik Mudah & Sedap\nBahan-bahan:\n\nBawang putih yang dicincang\nBawang holland dipotong dadu\nAyam dipotong dadu\nSos tomato\nSos tiram\nSos cili\nSos ikan\nLada merah besar diracik\nLada benggala dipotong dadu\nLobak dipotong dadu\nJagung tin\nGaram, gula, serbuk perasa\nDaun sup sedikit untuk hiasan\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak.\u00a0Tumis bawang putih dan bawang holland yang sudah dipotong dadu.\n2. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu, tumis sehingga matang.\n3. Kemudian masukkan 3 sekawan, sos bersama sos ikan sedikit.\n4. Gaul sebati kesemuanya. Seterusnya masukkan lada besar, lada benggala, lobak dan jagung.\n5. Masukkan sedikit air. Renehkan sekeketika.\n6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa sehingga cukup rasa.\n7. Akhir sekali, taburkan daun sup. Ketepikan sementara kita buat telur pula.\n8. Pecahkan telur 5 biji, kacau bersama garam serta serbuk perasa.\n9.\u00a0Masak macam biasa kita buat telur dadar. Ada dua pilihan, kalau pandai buat ala-ala telur bistik bungkus boleh lah buat lagi kreatif. Masukkan bahan yang sudah masak tadi dan letakkan di tengah-tengan telur dan bungkus.\n10.\u00a0Kalau tak pandai nak bungkus dan risau berterabur, buat je macam telur dadar biasa. Bila dah masak, letakkan atas pinggan macam kemudian baru letak bahan yang dimasak tadi kat atas telur.\n11. Siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\nKredit: Kak Chik\nBaca juga: Lauk Kurma Ayam Guna Cara Ekspres, 30 Minit Dah Siap Masak!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-telur-dadar-thai/", "title": "Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!", "body": "\nSetiap kali ke kedai masakan Thai, wajib\u00a0order\u00a0telur dadar mereka yang rangup dan garing! Rupanya tak susah pun kalau cuba resepi telur dadar Thai di rumah.\nNamun begitu, ada tekniknya yang perlu anda ikuti. Kalau salah cara, hasilnya memang tidak akan sama seperti di kedai.\nKalau nak tahu bagaimana caranya yang betul, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Murni Rahmat di bawah. Confirm menjadi!\nBaca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!\nRESEPI TELUR DADAR THAI RANGUP\nBahan-bahan:\n\n4 biji telur\n1 sudu makan tepung gandum, tepung jagung atau tepung beras\n4 sudu makan air sejuk @ 2 ketul ais\nGaram secukup rasa @ perasa\n\nCara penyediaan:\n1.\u00a0Pecahkan telur, masukkan semua bahan dan kacau hingga semuanya sebati. Pastikan garam larut sepenuhnya.\n2. Panaskan minyak masak dalam kuali hingga betul-betul panas.\n3. Tuang telur dari jarak yang tinggi ke dalam kuali. (tarik tinggi-tinggi tapi awas percikan minyak).\n\n4. Kena goreng telur dengan lama. Bila sudah nampak garing, baru angkat. Jika tidak nanti telur akan kempis dan serap minyak.\n\n5. Ada juga resepi yang tidak guna tepung, tapi empunya resipi paling suka resepi ini sabab telur kurang berminyak dan garing.\n6. Satu bancuhan telur ini untuk 3-4 kali goreng. Tidak boleh goreng sekaligus nanti tidak jadi gebu.\nKredit resipi dan gambar: Murni Rahmat\nBaca juga: Resipi Sup Daging Thai \u2018Padu\u2019, Masak Tanpa Guna Minyak & Tanpa Tumis\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-telur-mata-versi-bakar-siap-ada-bau-rasa-parmesan-cheese-lagi-sedapnya-2/", "title": "Resepi Telur Mata Versi Bakar, Siap Ada Bau & Rasa Parmesan Cheese Lagi. Sedapnya!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-09 05:40:06\n\n\nKadang-kadang teringin juga nak merasa sarapan yang sedap dan fancy sikit betul tak? Jadi kepada ibu-ibu di luar sana, apa kata\u00a0buat kejutan kepada keluarga dengan menghidangkan hidangan sarapan yang nampak mahal tapi sebenarnya hanya menggunakan beberapa bahan simple yang selalunya ada di dapur kita sendiri.\u00a0\nJadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di kumpulan Resepi Mama Ria di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n4 biji telur dibersihkan dahulu kulitnya\n1/4 cawan serbuk parmesan cheese\nsecubit garam\u00a0\nsedikit daun parsley\n\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nAsingkan putih telur & kuning telur. Kacau hingga putih telur medium kental (meringue).\nMasukkan parmesan cheese dan aduk perlahan hingga tercampur.\nSediakan dulang yang dilapik dengan baking paper, sudukan putih telur dan buatkan seperti ada bentuk lubang untuk letak kuning telur nanti.\nPastikan oven telah dipanaskan dahulu, bakar suhu 180 selama 20 minit atau hingga atasnya kelihatan garing, bakar di rak tengah.\nKeluarkan dari oven, letak kuning telur di tengahnya, tabur daun parsley dan bakar semula lebih kurang 5 minit. Siap sedia dinikmati bersama roti.\n\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-telur-mata-versi-bakar-siap-ada-bau-rasa-parmesan-cheese-lagi-sedapnya/", "title": "Resepi Telur Mata Versi Bakar, Siap Ada Bau & Rasa Parmesan Cheese Lagi. Sedapnya!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-09 05:40:06\n\n\nKadang-kadang teringin juga nak merasa sarapan yang sedap dan fancy sikit betul tak? Jadi kepada ibu-ibu di luar sana, apa kata\u00a0buat kejutan kepada keluarga dengan menghidangkan hidangan sarapan yang nampak mahal tapi sebenarnya hanya menggunakan beberapa bahan simple yang selalunya ada di dapur kita sendiri.\u00a0\nJadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di kumpulan Resepi Mama Ria di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n4 biji telur dibersihkan dahulu kulitnya\n1/4 cawan serbuk parmesan cheese\nsecubit garam\u00a0\nsedikit daun parsley\n\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nAsingkan putih telur & kuning telur. Kacau hingga putih telur medium kental (meringue).\nMasukkan parmesan cheese dan aduk perlahan hingga tercampur.\nSediakan dulang yang dilapik dengan baking paper, sudukan putih telur dan buatkan seperti ada bentuk lubang untuk letak kuning telur nanti.\nPastikan oven telah dipanaskan dahulu, bakar suhu 180 selama 20 minit atau hingga atasnya kelihatan garing, bakar di rak tengah.\nKeluarkan dari oven, letak kuning telur di tengahnya, tabur daun parsley dan bakar semula lebih kurang 5 minit. Siap sedia dinikmati bersama roti.\n\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Julia Aleen Aireish\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-terung-bulat-goreng-berlada/", "title": "Resepi Terung Bulat Goreng Berlada, Lauk Kampung Yang Ramai Suka!", "body": "\nMenu kampung memang legend. Bukan saja sedap, ia mudah dan cepat untuk dimasak. Salah satu resipi yang digemari ramai adalah resepi terung bulat goreng berlada.\nCampur pula dengan ikan bilis memang woww!\u00a0Nak lagi sedap, ikan bilis digoreng terlebih dahulu supaya lebih rangup. Kemudian barulah dicampur ke dalam bahan yang sudah ditumis.\nResipi oleh Nurul Hawa Nadila Sari di bawah ini memang berbaloi untuk dicuba! Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Resipi Terung Bakar Santan Yang Mudah & Sedap, Aromanya Pasti Memikat!\nRESEPI TERUNG BULAT MASAK BERLADA\nBahan-bahan:\n\n1 bungkus ikan bilis (1/2 genggam)\n4 biji cili akar\n2 biji cili besar\n1 biji bawang merah\n2 biji bawang putih\n1 keping asam keping\nPerasa\n2 sudu makan minyak\n\nCara-cara:\n1. Cuci ikan bilis. Boleh goreng terlebih dahulu atau goreng kemudian.\n2. Tumbuk halus atau kisar separuh hancur cili akar, cili besar, bawang merah dan bawang putih.\n3. Kemudian, tumis bahan yang ditumbuk halus sehingga wangi.\n4. Masukkan ikan bilis dan asam keping. Kacau rata.\n5. Seterusnya, masukkan terung.\n\n6. Masak mengikut kematangan terung yang anda sukai.\n\n7. Akhir sekali, letakkan perasa secukupnya. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Hawa Nadila Sari\nBaca juga: Terung Masak Cili Chinese Style, Makan Ratah Macam Tu Pun Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-tomyam-putih-asli-thai/", "title": "Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!", "body": "\nAsyik masak tomyam merah bosan juga, apa kata jom cuba resepi tomyam putih versi Thai ini pula. Sedap sangat kalau makan dalam mangkuk campur dengan\u00a0nasi. Semangkuk\u00a0confirm\u00a0tak cukup kalau macam ni.\nJom lihat resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Eqienura Mokhtar di laman sosial Facebook. Sangat mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!\nRESEPI TOMYAM PUTIH ASLI THAI\n\nBahan tumbuk:\n\nCili padi 5-10 biji (ikut tahap kepedasan disukai)\nBawang putih 2 ulas\nTomato cherry 4 biji (tomato besar lebih baik)\n\nBahan titik:\n\nSerai 2-3 batang\nLengkuas 1 inci\nHalia 1cm\nCili padi 5 biji\nBawang putih 3 ulas\n\nBahan lain:\n\nUdang\nSotong\nBawang holand 1/2 biji\nOyster mushroom\nCauliflower\nDaun limau purut\nDaun ketumbar (optional)\nAir perahan limau nipis 2 biji\nSos ikan\nGaram\nGula (optional)\n\nCara memasak:\n1. Sediakan air dalam periuk. Masukkan cili padi, tomato dan bawang putih yang ditumbuk. Biarkan kesemua bahan sehingga mendidih.\n\n2. Setelah mendidih, terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang sudah dititik. Guna api perlahan saja.\n\n3. Masukkan juga bawang holland yang sudah dihiris. Guna separuh saja.\n\n4. Biarkan sekejap sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran kesukaan anda. Jangan lupa letakkan tomato kerana ia penting dalam menambahkan rasa masam tomyam. Biarkan sampai mendidih.\n\n5. Apabila sudah mendidih baru campakkan daun limau purut. Kalau masuk awal nanti kuah akan rasa pahit dan aroma hilang.\n\n6. Letakkan satu senduk sos ikan. Masakan Thai kalau tak letak sos ikan ini memang tak sah. Kemudian perasakan juga dengan garam secukupnya.\n\n7. Seterusnya masukkan udang yang sudah dibuang kepala. Kalau\u00a0nak letak udang besar/ galah/ harimau tak perlu buang kepala dan jangan campur makanan laut yang lain. Itu rahsia dia baru tomyam akan jadi manis.\n\n8. Akhir sekali masukkan sotong yang sudah dicelur sekejap dengan air panas. Sotong tidak dimasukkan awal kerana nanti akan terlebih masak dan menjadi liat.\n\n9. Sebelum tutup api, masukkan satu senduk santan atau susu cair. Tunggu sehingga kuah mendidih, tutup api dan perahkan jus limau nipis.\n\n10. Sebelum dihidang, letakkan sedikit daun ketumbar. Jangan letak banyak, nanti kuah rasa pahit.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Eqienura Mokhtar\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-tomyam-tanpa-pes/", "title": "Tomyam Tumis Tanpa Pes Cara Orang Lama, Teringat Zaman Kecil-Kecil Dulu", "body": "\nResepi tomyam tanpa pes ini merupakan cara yang digunakan oleh orang tua lama. Maklumlah, zaman dulu tak ada jual pes-pes segera macam zaman sekarang.\nJika anda cuba resipi ini, pasti teringat akan zaman kecil di kampung. Memang mengimbau kenangan!\nKalau ada yang nak cuba, NurulAin Alaui ada berkongsikan resipi tomyam tanpa pes di bawah. Menurutnya, anak-anak beliau sangat menggemari tomyam versi ini. \nJadi, kalau nak tahu sedap ke tidak, jom kita sama-sama cuba masak nanti!\nBaca juga: Cara Buat Sambal Belacan Tomyam Padu, Resipi Ori Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!\nRESEPI TOMYAM TANPA PES VERSI TUMIS\nBahan-bahan:\n\nBawang besar 1 biji (potong 4)*\nBawang putih 2 ulas (ketuk satu kali saja guna lesung)*\nSerai (ketuk)*\nDaun limau purut*\nTomato (potong dadu)*\nCili api (ketuk)*\nLimau nipis\nAyam (potong kecil)\nSayur (carrot, cauliflower, kubis, cendawan)\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak dalam periuk.\n2. Masukkan bahan bertanda (*). Tumis sehingga kesemuanya layu.\n3. Kemudian baru masukkan air. Biarkan sehingga menggelegak.\n4. Bila air dah menggelegak, masukkan ayam.\n5. Renehkan sehingga ayam betul-betul masak.\n6. Seterusnya masukkan sayur-sayuran yang disukai.\n7. Perahkan juga limau nipis serta masukkan garam dan perasa secukup rasa.\n8. Boleh taburkan daun ketumbar jika suka.\n9. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih, telur dadar, sambal belacan dan timun. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: NurulAin Alaui\nBaca juga: Resipi Tomyam Putih Versi Thailand, Sangat Mudah & Menyelerakan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-tongkeng-ayam-sambal-berlado-rasanya-yang-berlemak-sangat-menyelerakan/", "title": "Resepi Tongkeng Ayam Sambal Berlado, Rasanya Yang Berlemak Sangat Menyelerakan!", "body": "Orang Kedah panggil pungkoq ayam, ada yang panggil tongkeng ayam dan sebagainya. Tapi tak semua orang makan bahagian ini. Siapa yang menggemarinya mesti boleh tahu nikmat berlemak dan juicy\u00a0tongkeng ayam ni. Buat penggemar bahagian ini boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Hidayah Sheikh Khaili di Facebook sekali makan mesti nak lagi.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nPUNGKOQ AYAM MASAK SAMBAL BERLADOOrang Kedah panggil pungkoq ayam, ada yang panggil tongkeng ayam dan sebagainya. Tapi tak semua orang makan bahagian ini. Siapa yang menggemarinya mesti boleh tahu nikmat berlemak dan juicy\u00a0tongkeng ayam ni. Buat penggemar bahagian ini boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Hidayah Sheikh Khaili di Facebook sekali makan mesti nak lagi.\nBAHAN-BAHAN\nTongkeng ayam yang sudah digoreng bersama garam dan kunyit.\n\nBawang merah\n\nBawang putih\n\nCili api merah dan hijau\n\nGaram secukup rasa\n\nKredit : ChiaraCARA PENYEDIAAN\nGorengkan tongkeng ayam terlebih dahulu bersama garam dan kunyit sehingga garing.\n\nKisarkan bawang merah, bawang putih dan cili api merah dan hijau.\n\nTumiskan sehingga garing.\n\nMasukkan garam secukup rasa.\n\nMasukkan tongkeng ayam yang sudah digoreng tadi, kacau bersama dan siap.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-trifle-cake-sedap-mudah-menyelerakan/", "title": "Resepi Trifle Cake Sedap, Mudah & Menyelerakan!", "body": "Hidangan dessert merupakan salah satu menu yang menjadi pilihan ramai terutamanya buat penggemar makanan manis. Bukan itu sahaja, dengan cuaca yang panas ini lagi best kalau dapat pekena Trifle Cake, kecur air liur dibuatnya! Jadi jom kita cuba resepi Trifle Cake yang dikongsikan oleh Saufi Ramli di Facebook. Selamat Mencuba!\nPENULISMyResipi\nMASAKANDessert\nTAHAP KESUKARANMudah\nResepi Trifle Cake Buah Buahan Bagi penggemar makanan manis, hidangan dessert merupakan sesuatu yang sangat diidamkan. Lagi-lagi kalau cuaca tengah panas jadi semestinya dessert adalah pilihan yang menarik, kecur air liur dibuatnya bukan. Jadi apa kata kita cuba resepi Trifle Cake yang dihidangkan dengan buah-buahan dan susu Ideal. Resepi ini dikongsikan oleh Saufi Ramli di Facebook. Selamat Mencuba!\n\nKredit: Saufi Ramli\nBAHAN-BAHAN\n1 tin susu sejat Ideal\n\n1 tin buah-buahan dalam tin \n\n1 kotak jelly crystal powder\n\n3 sudu besar tepung kastard\n\n4 sudu besar gula (kalau nak manis boleh lebihkan gula sikit)\nCARA PENYEDIAAN\nSusun kek tadi dalam bekas. Pastikan tiada lubang-lubang. Kalau ada pandai-pandai la cubit lebihan kek dan tampung kat tempat yang ada lubang tu. Pastu tekan-tekan sikit supaya mampat.\n\nAsingkan buah-buahan dalam tin dari airnya. Ambil air buah-buahan tadi dan renjis dekat kek tadi supaya lembab-lembab.\n\nDalam periuk masukkan 1 tin susu sejat Ideal tadi. Pastu sukat air dalam tin susu tadi. Guna 1 tin air. Kemudian masukkan gula dan tepung kastard. Guna hand whisk, kacau-kacau supaya semua sebati dan tepung kastard tidak berketul. Kemudian baru masakkan atas api yang kecil. Kacau sentiasa sampai ada letupan kecil tu baru tutup api.\n\nKemudian tuang kastard tadi atas kek gulung tadi dan ratakan. Agak-agak kastard dah hampir nak keras baru susun buah-buahan atas kastard tu. Pastikan tekan sikit buah-buahan tu supaya nanti bila tuang jelly buah tu tak timbul.\n\nSelesai semua tu ketepikan dan masak jelly tadi. (Ikut cara-cara masak dekat kotak jelly tu) sebab lain jenama lain sukatan air dia.\n\nBila dh masak jelly tu tuang ke atas kastard buah-buahan tadi. Tuang dengan perlahan. Lagi elok kalau sendukkan sedikit demi sedikit. Dah siap tu simpan dalam peti sejuk kasi sejuk dulu. Lepastu bolehlah makan. Selamat Mencuba.\n\nKredit: Saufi Ramli\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-turun-temurun-ini-cara-buat-kuih-bakar-daging-sedap-mengenyangkan/", "title": "Resepi Turun-Temurun, Ini Cara Buat Kuih Bakar Daging, Sedap & Mengenyangkan!", "body": "Kuih bakar daging ini lebih kurang kuih cara berlauk tetapi cuma saiz yang berbeza. Kuih bakar daging saiznya lebih besar daripada kuih cara berlauk dan memang puas lah kalau makan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Faizal Anuar di Facebok.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nKUIH BAKAR DAGINGKuih bakar daging ini lebih kurang kuih cara berlauk tetapi cuma saiz yang berbeza. Kuih bakar daging saiznya lebih besar daripada kuih cara berlauk dan memang puas lah kalau makan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Faizal Anuar di Facebok.\nBAHAN-BAHANBAHAN A (INTI)\n250 gm daging dicincang halus\n\n1 1/2 sudu besar rempah daging\n\n1 labu bawang besar dicincang\n\nSedikit daun sup\n\nGaram secukup rasa\nBAHAN B\n3 cawan tepung gandum\n\n3 cawan santan cair\n\n3 cawan air\n\n5 biji telur\n\nSedikit garam\n\nSedikit pewarna kuning\n\nDaun bawang\n\nMinyak sapi/marjerin\n\nKredit: Faizal AnuarCARA PENYEDIAAN\nUntuk intinya, panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.\n\nMasukkan rempah dan goreng sampai wangi.\n\nKemudian masukkan daging dan masak sehingga kering.\n\nAngkat dan sejukkan. Ketepikan.\n\nUntuk adunan tepung, pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair, susu dan air. Kacau sampai rata.\n\nMasukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.\n\nLetak\u00a0 sedikit pewarna kuning dan sedikit garam.\n\nPanaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini menjadi 3 kuih bakar.\n\nAmbil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, letakkan 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan.\n\nApabila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan. Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.\n\nBila nampak garing pada tepi-tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 darjah dan bakar guna api atas sahaja selama 15-20 minit.\n\nDengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas.\n\nSiap dan boleh dimakan. Hidang bersama sos cili.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-ubi-keledek-goreng/", "title": "Resipi Keledek Goreng Rangup, Sama Sedap Macam Orang Jual!", "body": "\nWaktu petang biasanya pasti akan teringin nak makan makanan bergoreng yang rangup seperti keledek goreng, pisang goreng atau keropok lekor.\nJika beli di gerai jalanan dalam kuantiti yang banyak, harganya boleh tahan mahal juga. Bila beli sikit, tak puas makan pula.\nJadi, apa kata kita cuba buat sendiri ubi keledek goreng di rumah. Ikut saja resipi perkongsian oleh Aiza Sheeren, dijamin sedap dan rangup macam beli di gerai.\nBaca juga: Resipi Cekodok Pisang Bulat-Bulat, Ini Rahsia Kalau Nak Cantik Kejadiannya\nRESEPI KELEDEK GORENG RANGUP\nBahan-bahan:\n\nUbi keledek\n\nBahan-bahan bancuhan tepung:\n\nTepung gandum\nGaram\nPlanta\nMinyak\nGaram\nSerbuk kunyit\nAir suam\n\nCara-cara:\n1. Potong ubi keledek secara memanjang seperti dalam gambar. Cuci sehingga bersih.\n\n2. Untuk salutan tepungnya pula, satukan semua bahan-bahan untuk bancuhan tepung. Boleh tambahkan juga gula jika suka.\n\n2. Pastikan bancuhan tidak cair dan tidak terlalu pekat. Kemudian masukkan ubi keledek yang sudah dipotong tadi.\n\n3. Gaul rata sehingga ubi keledek bersalut rata dengan bancuhan tepung. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.\n\n4. Bila ubi dah masak dan garing elok, toskan dan sedia untuk dihidangkan. Sedap dicicah dengan sambal kicap!\n\nKredit resipi dan gambar: Aiza Shereen\nBaca juga: Kerepek Pisang Mudah Guna 3 Bahan. Cukup Rasa Lemak, Masin & Rangup\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-udang-galah-masak-cili/", "title": "Cara Buat Udang Galah Masak Cili Yang Padu, Resipi Daripada Tukang Masak Restoran", "body": "\nJika ada udang galah yang segar, boleh cuba resepi udang galah masak cili yang sangat sedap dan membuka selera ini.\nUntuk memastikan kesedapannya terjamin, pastikan guna daun kari yang segar. Daun kari mempunyai aroma yang sungguh harum, sekaligus menjadikan menu ini nampak lebih menyelerakan.\nKalau ada yang nak cuba, anda boleh ikuti resipi perkongsian oleh Saudari Nurul Shima di bawah. Dijamin anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.\nBaca juga: Cara Siang Udang Lipan, Baru Puas Makan Dapat Isi Seketul-seketul\nRESEPI UDANG GALAH MASAK CILI\nBahan-bahan:\n\n2 sudu besar bawang kisar\nSetangkai daun kari\n 4 sudu besar cili kering kisar\n1 sudu besar gula putih\n 1 sudu besar sos cili\n1/2 sudu besar sos tiram\n 3 sudu kecil garam halus\nSebiji telur\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak, tumis 2 sudu besar bawang kisar dan setangkai daun kari sampai naik bau wangi.\u00a0\n2. Masukkan 4 sudu besar cili kering kisar dan 1 sudu besar gula putih. Biarkan cili tu sehingga betul-betul masak betul, guna api sederhana.\n3. Masukkan 1 sudu besar sos cili dan 1/2 sudu besar sos tiram. Gaul rata.\n4. Kemudian bolehl masukkan 3 sudu kecil garam halus.\n5. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk lain dan tuangkan ke dalam kuah tadi. Gaul supaya telur hancur dalam kuah.\n6. Bila kuah dah nampak agak pekat, masukkan udang galah tadi dan gaul rata. Biarkan ia mereneh. Udang akan keluarkan air sendiri, jadi tak perlu tambah air lagi.\n\n7. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Twitter @NurulShima_3\nBaca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-udang-nestum/", "title": "Resipi Udang Nestum Yang Rangup, Aroma Daun Kari Sangat Mengiurkan!", "body": "\nLauk udang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk hidangan makan tengah hari ataupun makan malam. Ada banyak resipi udang yang boleh dicuba, salah satunya adalah resepi udang nestum.\nPastikan anda guna udang yang fresh,\u00a0barulah rasa hidangan nanti lebih sedap. Selain itu, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga tidak susah mana. Memang berbaloi kalau cuba masak di rumah.\nJom cuba! Ikut saja resipi lengkap hasil perkongsian oleh\u00a0Sania Weina\u00a0di bawah.\nBaca juga: Resipi Sambal Udang Petai Yang Sedap, Makan Dengan Nasi Panas Fuhhh Menyengat!\nRESEPI UDANG NESTUM\nBahan-bahan:\n\n40 ekor udang ( goreng dan tos )\n1/2 butter\nBawang putih\n4 biji cili padi\n2 batang cili merah\n7-9 helai daun kari\nSerbuk kiub ayam\n5 sudu serbuk susu tepung\n5 sudu nestum/oat\n1 sudu kecik serbuk lada putih\nGaram/gula secukup rasa\nDaun bawang untuk hiasan\n\nCara-cara:\n1. Gaul udang bersama serbuk kunyit. Goreng sehingga masak, toskan dan ketepikan di dalam pinggan.\n\n2. Cairkan butter, tumis bawang putih, cili merah, cili padi, daun kari dan kiub ayam. Kacau sebati.\n\n3. Bila dah naik bau, masukkan udang yang sudah siap digoreng tadi. Gaulkan sekejap.\n4. Kemudian, masukkan susu tepung dan nestum. Gaul sehingga nestum sebati dengan udang.\n\n5. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan lada putih secukup rasa.\n\n6. Kaup ke dalam pinggan dan taburkan hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit: Sania Weina\nBaca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-unik-talapia-goreng-bersama-sos-limau-sangat-menyelerakan/", "title": "Resepi Unik Talapia Goreng Bersama Sos Limau, Sangat Menyelerakan!", "body": "Apa menu makanan anda hari ini? Bagaimana jika anda mencuba salah satu masakan istimewa iaitu Ikan Talapia Garing Bersos Limau. Resepi yang sangat sedap lagi-lagi kalau menggunakan ikan talapia yang besar. Satu ikan talapia besar boleh dihidangkan untuk 5-6\u00a0 orang.\u00a0Resepi ini juga mempunyai rasa yang unik iaitu rasa pedas dan masam. Hidangan ini sangat sesuai untuk menjamu selera keluarga anda. Jadi apa kata kita cuba resepi Ikan Talapia Garing Bersos Limau yang dikongsikan oleh Marina Ismail di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nResepi Unik Talapia Garing Bersos LimauApa menu makanan anda hari ini? Bagaimana jika anda mencuba salah satu masakan istimewa iaitu Ikan Talapia Garing Bersos Limau. Resepi yang sangat sedap lagi-lagi kalau menggunakan ikan talapia yang besar. Satu ikan talapia besar boleh dihidangkan untuk 5-6\u00a0 orang.\u00a0Resepi ini juga mempunyai rasa yang unik iaitu rasa pedas dan masam. Hidangan ini sangat sesuai untuk menjamu selera keluarga anda. Jadi apa kata kita cuba resepi Ikan Talapia Garing Bersos Limau yang dikongsikan oleh Marina Ismail di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n1 ekor ikan talapia\n\n3 biji limau nipis (ambil jus)\n\n3 sudu besar gula\n\n3 biji cili padi merah (potong halus)\n\n5 biji cili padi hijau (potong halus)\n\n5 sudu besar sos ikan\n\n7 ulas bawang putih (cincang halus)\n\n2 tangkai daun ketumbar (potong halus)\n\nGaram untuk lumur ikan\n\nKredit: Marina Ismail\nCARA PENYEDIAAN\nBasuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis. Memang hilang bau hanyir ikan tu.\n\nLumurkan garam secukupnya pada ikan yang dah bersih tadi. Perap seketika.\n\nTak perlu letak kunyit.\n\nGoreng ikan hingga betul-betul garing. Ketepikan.\n\nPanaskan sikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Jangan sampai garing..\n\nCampurkan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati.\n\nMasukkan bancuhan tu dalam kuali yang kita tumis bawang putih tadi. Kacau dan rasa.\n\nDah cukup rasa, tuangkan atas ikan yang dah digoreng tadi.\n\nSedia untuk dihidangkan.\n\nKredit: Marina Ismail\nTIPS\nBeli talapia yang masih hidup berenang-renang dalam akuarium tu. Dia orang akan tangkap dan terus siang. Rasa isi ikan lebih sedap, isi pejal dan manis.\nTalapia tergolong dalam ikan air tawar. Pastikan basuh betul-betul sampai hilang bau. Guna limau nipis paling bagus. Cepat hilang bau hanyir ikan.\n\n\nKredit: Marina Ismail\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-viral-tiktok-cloud-bread-hanya-guna-3-bahan-je/", "title": "Resepi Viral TikTok \u2018Cloud Bread\u2019, Hanya Guna 3 Bahan Je!", "body": "Viral di TikTok tentang resepi Cloud Bread\u00a0ini kerana warna rotinya yang sangat cantik dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Sangat menarik kan? Cloud Bread\u00a0atau orang kita panggil Roti Awan yang gebu gebas ini merupakan sejenis roti yang manis dan menggunakan bahan yang sama seperti pavlova. Jom cuba menu yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad!\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nCLOUD BREADViral di TikTok tentang resepi Cloud Bread\u00a0ini kerana warna rotinya yang sangat cantik dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Sangat menarik kan? Cloud Bread\u00a0atau orang kita panggil Roti Awan yang gebu gebas ini merupakan sejenis roti yang manis dan menggunakan bahan yang sama seperti pavlova. Jom cuba menu yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad!\nBAHAN-BAHAN\n3 biji putih telur\n\n30 gram gula kastor\n\n10 gram tepung jagung\n\nKredit : Julia Aleen AireishCARA PENYEDIAAN\nPukul putih telur di dalam bekas dan masukkan gula kastor.\n\nMasukkan tepung jagung, putar sehingga gebu kental (meringue). Jika suka, bahagikan kepada dua bahagian, warnakan dengan warna kesukaan.\n\nLapik loyang dengan baking paper,\u00a0sudukan adunan seperti membukit. Tabur chocolate rice\u00a0di atasnya.\n\nBakar 30-35 minit, suhu 160C atau bergantung pada oven\u00a0masing-masing. Keluarkan dari oven dan sedia dinikmati.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-wedges-homemade/", "title": "Cara Buat Kentang Wedges Homemade, Lagi Puas Hati Makan!", "body": "\nIbu-ibu boleh cuba resepi wedges ini untuk anak-anak. Dinikmati pula bersama sos keju cair pasti bertambah sedap.\nKalau asyik beli je, harganya boleh tahan \u2018keras\u2019 juga. Nak lagi jimat, kita cuba buat sendiri di rumah.\u00a0Confirm lagi puas hati!\nIkut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Sabariah Sisa di bawah ini. Selamat mencuba!\nBaca juga: Jom Buat Tauhu Homemade Guna 3 Bahan. Dijamin Bersih, Halal & Lebih Jimat\nRESEPI WEDGES HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\n4 biji kentang (kalau tak nak kupas kulit pun tak apa, tapi pastikan kena basuh bersih dulu ya)\nMixed herbs\nLada sulah\nGaram\nTepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)\n\nCara-cara:\n1. Potong kentang dalam bentuk wedges. Kemudian, kukus kentang sehingga lembut tapi jangan lembut sangat, boleh agak-agak sendiri. Kukus lebih kurang dalam 5-7 minit.\n\n2. Selepas dikukus, keluarkan kentang dan letak dalam mangkuk. Taburkan mixed herbs, lada sulah dan garam. Tak semestinya ikut jenama macam dalam gambar. Boleh saja nak guna jenama apa pun. Kemudian gaul sebati.\n\n3. Seterusnya taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.\n\n4. Goreng sehingga tenggelam kentang tadi di dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.\n\nSos Cheesy Homemade\nBahan-bahan:\n\n3-4 sudu makan mentega/marjerin\n250ml susu segar/susu cair\n1 sudu makan tepung gandum yang diayak\n1 kiub pati ayam\n6 keping keju biasa\nSedikit serbuk lada hitam dan lada putih\nSedikit pewarna kuning (optional)\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau hingga tepung sebati.\n2. Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak. Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.\n3. Pastikan sos tak terlalu pekat/terlalu cair. Agak-agak dah sesuai boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.\n4. Kalau nak senang guna saja serbuk cheese segara tu. Bancuh saja dengan air panas. Kacau-kacau, siap!\n\nKredit: Sabariah Sisa\nBaca juga: Buat Sendiri Krim Marjerin Homemade Macam-Macam Perisa, Semua Boleh Rasa\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-wet-food-kucing-homemade-guna-3-bahan-ini-bulu-makin-sihat-gebu/", "title": "Resepi Wet Food Kucing Homemade Guna 3 Bahan Ini, Bulu Makin Sihat & Gebu", "body": "\nBagi yang memelihara kucing semestinya mahukan anak bulus dalam keadaan sihat, bulu lebat, kembang dan gemuk. Barulah sedap nak membelai.\nTapi kalau lihat kucing di rumah kita sebaliknya, jangan kecewa. Ada saja cara untuk menggemukkan anak bulus-anak bulus kita.\nBaca juga: Kafe Kucing Yang Comel Di Kuala Lumpur & Selangor, Peminat Si Bulus Wajib Pergi!\nBoleh ikut perkongsian Irene Audrey Amber. Dia menggunakan tiga bahan ini sebagai makanan tambahan untuk kucingnya untuk menggemukkan mereka.\nResepi Wet Food Kucing\n\n\nBahan-bahan:\nLabu \u2013 Direbus\nIsi ayam \u2013 Direbus\nKuning Telur Mentah\nCara-cara membuatnya: Gaulkan tiga bahan ini dan beri pada kucing 2-3 kali seminggu.\n\n\nSeminggu, saya akan beri makan 2-3 kali makanan ini.\nDry food tak beri yang mahal. Saya beri brand makanan Happy Cat saja. RM16/kg.\nLangsung tak bagi supplement bagai. Semoga bermanfaat.\nSelamat mencuba!\n\nKredit resepi: Irene Audrey Amber\n"} {"url": "https://myresipi.com/resepi-wholemeal-wrap/", "title": "Resipi Wholemeal Wrap Guna Daging Burger, Semudah ABC!", "body": "\nBulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Usah pening kepala memikirkan menu sahur yang mudah, jom cuba resepi wholemeal wrap\u00a0menggunakan daging burger ini.\nResepi yang sedap dan mengenyangkan. Sesuai untuk anda yang tidak gemar memakan nasi ketika bersahur.\nHanya menggunakan bahan-bahan mudah dan cara penyediaannya yang tidak rumit, sesiapa saja boleh cuba buat!\nBaca juga: Tortilla Wrap Homemade. Guna 3 Bahan Je, Sedap & Jimat!\nResepi Wholemeal Wrap Guna Daging Burger\nBahan-bahan:\n\nDaging burger 6 keping (Atau boleh guna daging kisar atau sosej ikut suka)\nKubis secukupnya\nBawang holland separuh\nMayonis\nSos thousand island\nSos salad\nSos cili\nSerbuk lada putih\nMaggi seasoning\n\n\nCara-cara:\n1. Goreng daging burger dan hancurkan. Bila dah masak, ketepikan di dalam pinggan.\n\n2. Perasakan dengan maggi seasoning secukupnya.\n\n3. Kemudian masukkan serbuk lada putih. Gaul rata.\n\n4. Hiris halus kubis. Satukan bersama bawang holland yang sudah dipotong dadu.\n\n5. Masukkan serbuk lada putih serta sos thousand island dan sos salad. Letakkan juga secubit garam.\n\n6. Gaul rata semua bahan.\n7. Ambil sekeping wrap, letakkan sayur.\n\n8. Kemudian letakkan daging hancur tadi.\n\n9. Letakkan sos cili dan mayonis.\n\n10. Gulung dengan kemas dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nor Asiah Jenal\nBaca juga: Menu Sarapan Simple \u2018Chicken Egg Wrap\u2019, Ringkas Tapi Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-9-pes-masakan-wajib-ada/", "title": "Resipi 9 Pes Masakan Wajib Ada Di Rumah, Mudah Bila Nak Masak", "body": "\nPes masakan bukan saja memudahkan untuk kita memasak di dapur. Malah proses memasak juga akan menjadi pendek dan menjimatkan masa.\nLebih-lebih lagi buat ibu yang bekerja. Walaupun penat selepas pulang dari pejabat, tetap perlu memasak untuk makan malam buat seisi keluarga.\nDengan adanya pes masakan ini, anda hanya perlu menambah lauknya. Tidak perlu susah-susah mengopek bawang, mengisar dan menumis.\u00a0Jom kita lihat 9 resepi pes masakan yang wajib ada di dapur rumah.\nBaca juga: Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap & Pekat, Nampak Sama Tapi Rasa Lain-Lain\nRESIPI PES MASAKAN HOMEMADE\n1. Pes Rendang Ayam/Daging\n\nBahan kisar:\n\nAyam 2 ekor / daging 2 kg\nSegenggam cili kering\nCili padi ikut tahap pedas masing2\n10 biji bawang besar\n1 labu bawang putih\n3 inci halia\nLengkuas 3x ganda banyak dari halia\n7-8 batang serai\n6 sudu besar ketumbar (sangai)\n2 inci kunyit hidup\n2 helai daun kunyit\n7 helai daun limau (buang urat)\nGula melaka 2 keping\nGula putih 1 sudu\nGaram 3 sudu\n\nCara-cara:\n\nMasak sampai pecah minyak.\nMasukkan 2/3 cawan air, kemudian masak lagi sehingga pecah minyak.\nBiarkan masak lama sedikit supaya pes tahan lebih lama.\nUntuk garam dan gula, seimbangkan sewaktu masak rendang nanti.\n\n2. Pes Masakan Asam Pedas\n\nBahan-bahan:\n\nBawang besar 6 biji\u201d\nBawang putih 1 labu*\n3 inci halia*\n2 batang serai*\n2 kuntum bunga kantan*\nBelacan 2 inci*\n6 senduk Cili kering kisar.(Ikut tahap kepedasan yang anda inginkan)\nHalba 1 sudu\nAsam jawa\nGaram, gula, perasa\n\nCara-cara:\n\nKisar bahan bertanda (*).\nPanaskan minyak. Masukkan halba, terus tumis cili dan bahan kisar sampai pecah minyak. Masukkan 2 cawan air dan tumis lagi hingga pecah minyak.\nMasukkan pati asam jawa, garam, gula Masak dalam 3 minit lagi. Sejukkan sebelum simpan dalam freezer.\n\n3. Pes Ayam/Daging Kicap Berempah\n\nBahan-bahan:\n\n15 biji cili kering*\n10 biji cili api*\n10 ulas bawang merah*\n8 ulas bawang putih *\n2 inci halia *\n2 sb jintan manis \u203b\n1 sb lada hitam biji \u203b\n1 sb ketumbar biji \u203b\nAir asam jawa\nMinyak, garam, gula\n5 sudu kicap pekat (jenama jalen)\n4 sb sos cili, sos tiram, kicap manis\n\nCara-cara:\n\nKisar bahan bertanda (*) dan goreng bahan bertanda (*) tanpa minyak.\nKemudian tumis dengan minyak sampai pecah minyak.\nMasukkan 2 cawan air dan masak sekali lagi sehingga pecah minyak.\nPerasakan dengan sos-sos, garam dan gula.\nSejukkan dan packing mengikut sukatan yang diingini.\n\n4. Pes Kari Ayam/Daging\n\nBahan-bahan:\n\n5 biji bawang besar\n5 ulas bawang putih\n4 inci halia\n3 batang kulit kayu manis\n3 kuntum bunga lawang\n3 pelepah daun kari\n4 pek kecil serbuk kari ayam\n1 pek kecil serbuk kari ikan\n2 senduk cili kisar\n2 sudu besar serbuk ketumbar*\n2 sudu besar serbuk jintan manis*\n2 sudu besar serbuk jintan putih*\n2 cawan air\n1 kiub ayam\n2 cawan minyak\n\nCara-cara:\n\nKisar bawang besar, bawang putih dan halia.\nPanaskan minyak, tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga nampak minyak terbit.\nMasukkan 2 atau 3 cawan air. Masak sekali lagi sehingga pecah minyak.\nKemudian masukkan semua bahan bertanda (*). Masak lagi dalam 10 minit.\n\n5. Pes Tomyam Thai\n\nBahan-bahan:\n\n3 biji bawang besar\n4 batang serai\n2 biji cili hidup merah\n5 hiris lengkuas\n7 helai daun limau purut buang urat tengah\n4 sudu makan udang kering\n2 inci belacan bakar\n2 senduk makan cili kering kisar\nJus limau\nSos ikan 4 sudu makan.\nSedikit gula merah thai/gula melaka.\n2 cawan air\n\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan dan tumis sehingga terbit minyak.\nMasukkan air, kemudian tumis sekali lagi sehingga pecah minyak.\n\n6. Pes Ibu Sambal\n\nBahan-bahan:\n\n*2 genggam cili kering tak pedas.\n*2 genggam cili pedas\n*5 biji Bawang besar\n*2 labu bawang putih\n*Segenggam ikan bilis\nSekeping gula melaka\n3 sudu gula\n2 sudu besar garam\nAir asam jawa\nSehelai daun pandan\n\nCara-cara:\n\nKisar bahan bertanda *. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.\nMasukkan 3 cawan air, gula melaka dan daun pandan.\nMasak lagi biar sampai terbit minyak.\nMasukkan air asam gula dan garam. Masak sampai sambal bertukar warna merah gelap.\nDah siap, biarkan sejuk kemudian simpan dalam bekas ikut sukatan sekali masak. Simpan dalam peti sejuk beku.\n\n7. Pes Masakan Sambal Hijau\n\nBahan-bahan:\n\n10 biji cili hijau besar\n15-20 biji cili padi hijau\n1-2 biji bawang besar (saiz sederhana/besar)\n5 ulas bawang putih\n1-2 keping asam gelugur\n1-2 sudu teh garam\n1 sudu teh gula\n1 sudu teh serbuk perasa (optional)\n1 senduk minyak untuk menumis\n\nCara-cara:\n\nKisar kasar cili hijau, cili padi, bawang besar dan bawang putih.\nTumis sehingga pecah minyak.\n\n8. Pes Ayam Masak Merah\n\nBahan-bahan:\n\n20 biji cili kering \u2013 rebus dan kisar\n20 biji cili merah*\n4 biji tomato *\n15 ulas bawang merah *\n10 ulas bawang putih *\n3 inci halia *\n2 keping gula melaka\n5 sudu makan sos cili\n5 sudu makan sos tiram\n1 tin tomato puri\nGaram secukup rasa\nMinyak masak secukupnya\n\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan bertanda (*).\nPanaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan 2 cawan air dan masakkan sekali lagi hingga pecah minyak.\nKemudian masukkan gula melaka, tomato puri, garam, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.\nMasak hingga pes kering dan pekat. Bila dah sempurna, padamkan api dan sejukkan. Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk beku.\n\n9. Pes Masakan Ikan Bakar\n\nBahan-bahan:\n\n4 inci lengkuas\n4 inci halia\n8 batang serai\n2 helai daun kunyit\n5 biji bawang besar\n3 biji bawang holland\n2 sudu udang kering\n2 inci belacan bakar\n15 biji cili padi \u2013 boleh tambah kalau mahu pedas\n3 senduk cili kering kisar\n6 helai limau purut buang urat tengah\n\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan, kemudian tumis sehingga pecah minyak.\nMasukkan garam, gula dan pes asam jawa.\nMasukkan secawan air.\nTumis sekali lagi sehingga pecah minyak, siap!\nBila nak masak ikan bakar, lumurkan saja pes ni.\n\nKredit: Faizah Husain\nBaca juga: Cara Buat Pes Shellout Homemade, Bila Nak Masak Pes Dah Ready!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-agar-agar-milo-ini-memang-sangat-sedap/", "title": "Resipi Agar-Agar Milo Ini Memang Sangat Sedap, Anak Suka & Asyik Ulang Makan", "body": "\nAgar-agar milo\u00a0hasil perkongsian dari Ina Anizaina nampak ringkas tapi sebenarnya sangat sedap!\nMenurut empunya resipi, pencuci mulut ini adalah kegemaran anak-anaknya.\nCara penyediaannya juga sangat ringkas untuk dicuba. Jom lihat resipi lengkap di bawah.\nResipi Mudah Agar-Agar Milo\nBahan-bahan:\n\n1 paket agar2 Tali (25g)\n4 cawan besar air (rujuk cawan dalam gambar)\n1 tin susu pekat\n1 tin susu cair\n1 cawan milo + 1 cawan air panas (larutkan bahan ni)\nSecubit garam halus\n\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Satukan agar-agar dan air dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.\n2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair, bancuhan milo dan garam. Sebatikan.\n3. Bila semua bahan sudah larut, bercampur sempurna dan mendidih, padamkan api.\n4. Tuang bancuhan agar-agar ke dalam loyang yang bersesuaian. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan mengental.\n\n5. Bila agar-agar sudah mengeras sepenuhnya, bolehlah dipotong dan dinikmati.\n\nInfo:\n\nAgar-agar ada banyak jenis. Kadang kala sukatan air tidak tepat sangat untuk dapatkan agar-agar yang sempurna.\nTidak menjadi masalah kalau agar-agar terlembik atau terkeras. Kerana nanti boleh diubah suai semuala ikut sukatan yang tepat.\nUntuk sukatan asas, 25gm agar-agar bertali dimasak menggunakan 1400ml air. Kemudian bolehlah tambah apa-apa perasa yang disukai.\n\nKredit resipi: Ina Anizaina\nBaca juga: Petua Kira Sukatan Air Untuk Masak Agar-Agar, Mudah & Tak Pening Kepala\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-agar-agar-sirap-ros-legend/", "title": "Resipi Agar Agar Sirap Ros Legend, Ada Petua Kira Sukatan Supaya Menjadi Elok", "body": "\nJom cuba resepi agar agar sirap ros yang\u00a0legend\u00a0ini. Agar-agar ini merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu dan sering dihidangkan sewaktu kenduri kendara.\nMudah saja nak buat agar-agar ini, tapi pastikan guna sukatan yang betul supaya hasilnya nanti tidak keras dan tidak lembik. \nMemang tidak jemu bila makan kerana ia sangat nostalgia. Malah lebih bertambah sedap bila dimakan sejuk-sejuk.\nBaca juga: Resipi Agar-Agar Milo Ini Memang Sangat Sedap, Anak Suka & Asyik Ulang Makan\nResepi Agar Agar Sirap Ros\n\nBahan-bahan:\n\n20g agar-agar tali\n6 cawan air\n1/2 cawan gula\nSedikit gula batu\n3/4 cawan sirap berperisa ros (dah sedia manis)\n3 hingga 4 helai daun pandan\nSecubit garam\n\nCara-cara:\n1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut. Kacau rata.\n2. Kemudian masukkan gula dan gula batu. Sambung kacau lagi.\n3.Tuangkan sirap berperisa ros, daun pandan serta secubit garam. Kacau sebati.\n4. Biarkan ia masak sehingga mendidih.\n5. Tapiskan ke dalam loyang 8 atau 9 inci. Biarkan sejuk di dalam peti sejuk.\n6. Bila dah sejuk dan keras elok, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\nNak tahu petua kira sukatan agar-agar supaya hasilnya menjadi elok? Jom baca: Petua Kira Sukatan Air Untuk Masak Agar-Agar, Mudah & Tak Pening Kepala.\nKredit resipi dan gambar: Zura Zul\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-air-asam-paling-sedap/", "title": "Resipi Air Asam Paling Sedap, Cicah Ikan Bakar Memang Terangkat!", "body": "\nNak buat\u00a0air asam paling sedap ni sebenarnya sangat mudah dan sedap pula tu. Biasanya selalu dicicah dengan ikan kukus atau ikan bakar.\nNampak macam\u00a0simple\u00a0kan? Tapi rasa dia sangat menyengat! Cara buat dia pun sangat mudah. Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Puan Afy Al Habibi di bawah.\nCara Buat Air Asam Paling Sedap\nInilah resepi air asam yang popular di fb saya. Rahsia kesedapannya bila bawang dibakar dan digabung bersama bahan-bahan lain. Betul-betul membuka selera. \nSelalu saya buat stok banyak-banyak. Simpan dalam peti. Tapi tak tahan lama. Sekejap je habis. Sebab semua hantu air asam.\u00a0\nBahan kisar:\n\n2 biji bawang merah\n2 ulas bawang putih\nSedikit belacan (bakar terlebih dahulu semua bahan di atas sehingga keperangan)\n3 tangkai cili padi merah\n3 tangkai cili padi hijau*kuantiti cikgu tunjuk gambar tu untuk extra pedas ye\n2 biji asam limau kasturi (buang biji- kisar bersama kulitnya)\n1/2 gelas air asam jawa (2 cubit kecil asam jawa + 1/2 gelas)\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan semua bahan dalam pengisar.\n2. Tambahkan 3 sudu besar gula dan 3/4 sudu besar garam bukit (sukatan bukan menggunung ye).\n3. Kisar semua bahan hingga sedikit lumat.\n\n4.\u00a0Bahan yang dikisar tadi dimasukkan dalam mangkuk.\n5. Tambahkan bahan hiris lain:\n\n2 tangkai cili padi merah\n1 tangkai cili padi hijau\n1 biji tomato\n1/2 biji bawang besar Holland\n1/2 biji bawang besar merah Bombay\n2 biji asam limau kasturi\n\n\n6. Masukkan semua bahan hiris dalam mangkuk. Kacau rata.\n\n7. Sedia untuk dihidangkan.\n\n8. Bakar ikan cencaru. Belah belakang kedua-dua bahagian. Masukkan bahan tumbuk :- 2 ulas bawang putih\n\n1 biji bawang merah\n1/2 inci belacan\n2 sudu besar cili kering kisar\n1/2 inci kunyit hidup\n3 hiris serai\nSedikit garam dan gula\n\n9. Perap seketika sebelum dibakar.\n\nKredit: Afy Al Habibi\nBaca juga: Meleleh Tengok \u2018Air Asam Cabai Picit\u2019 Ni, Simple Tapi Pasti Makan Nasi Bertambah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-air-asam-sedap/", "title": "Resipi Air Asam Sedap & Padu. Rasa Masam, Manis Memang Membangkitkan Selera!", "body": "\nNak buat air asam sedap ni sebenarnya sangat mudah dan sedap pula tu. Biasanya selalu dicicah dengan ikan kukus.\nNampak macam\u00a0simple\u00a0kan? Tapi rasa dia sangat menyengat! Cara buat dia pun sangat mudah. Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Ameera di bawah.\nCara Buat Air Asam Sedap & Padu\nBahan-bahan:\n\n10 biji cili padi\n2 biji besar cili merah\n1 biji tomato\nBawang besar 1 biji\n\n\n\nAsam jawa biji (ambil separuh seperti dalam gambar)\n\n\n\nBelacan\n\n\nCara-cara:\n1. Campurkan semua dalam mangkuk.\n\n2. Letakkan garam sikit.\n\n3. Gula 2 sudu makan.\n\n4. Masukkan belacan (lenyekkan guna tangan).\n\n5. Sos tomato 1 sudu makan.\n\n6. Masukkan juga 1 sudu makan sos cili.\n\n7. Campurkan asam jawa dengan 1 cawan air.\n\n8. Tapiskan, buang biji.\n\n9. Gaul sebati semua bahan tadi.\n\n10. Siap untuk dihidang.\n\n11. Ikut suka nak kukus ikan apa, ini ikan bawal tambak. Manis isi nya. Kukus ikan 20 minit sahaja (ikan disapu garam dan sedikit kunyit).\n\nKredit: Ameera\nBaca juga: Petua Buat Sambal Tumis Yang Sedap, Kena Tos Air Bawang Yang Dikisar!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-air-untuk-sejukkan-badan/", "title": "Dahaga Giler Musim Panas Ini? 5 Resipi Air Untuk Sejukkan Badan", "body": "\nTiada apa yang boleh hilangkan haus di tekak dengan meneguk secawan air sejuk.\nApatah lagi dengan cuaca panas terik begini membuatkan keinginan diri untuk minum pelbagai jenis air sejuk yang ada!\nIni antara beberapa resepi air yang sesuai untuk kamu cuba di rumah, sebagai menu penghilang dahaga di musim panas ini.\n\n1. Soda Herb\n\nBahan-bahan:\n1.5 liter atau 1 botol besar air soda\n1 biji buah lemon di hiris besar\n10 helai daun pudina (letak lebih pun boleh)\n2 paket kecil asam boi\n4 batang serai\n1 tin laici tanpa airnya\nAis batu\nCara buat:\n1. Masukkan serai, hirisan buah lemon, daun pudina, buah laici, asam boi, ais batu dan air soda ke dalam jug besar.\n2. Kacau bahan-bahan dan air soda herb sedia untuk di minum.\n\n2. Soda Laici Cincau\n\n\nBahan-bahan:\n1 paket cincau dipotong hancur\n2 tin laici\n1.5 liter atau 1 botol besar air soda\n10 helai atau lebih daun pudina\nAis batu\nCara buat:\n1. Masukkan cincau yang telah di potong hancur ke dalam jug atau mangkuk besar.\n2. Kemudian masukkan buah tin laici, air soda, ais batu dan daun pudina.\n3. Kacau rata air, dah sedia untuk di minum.\n\n3. Tembikai Laici Segar\n\nBahan-bahan:\n1/2kg buah tembikai dipotong dadu\n1 tin buah laici yang telah diasingkan airnya\nAis batu\nCara buat:\n1. Masukkan ais batu dan semua buah tembikai yang telah dipotong ke dalam mesin pengisar, kisar buah hingga hancur.\n2. Kemudian tuang jus buah ke dalam jug besar dan letakkan buah laici ke dalam jug.\n3. Kacau sedikit jus, dan air tembikai laici segar sedia untuk di minum.\n\n4. Blue Lemon Soda\n\nBahan-bahan:\n1.5 liter atau 1 botol besar air soda\nAir gula (guna 5 sudu makan gula untuk buat air gula)\n2 biji lemon diperahkan air jusnya\n2 sudu makan biji selasih yang telah direndam dalam air\n2-4 helai daun pudina\n1-2 titis pewarna biru\n4-6 hirisan sederhana besar lemon untuk topping\nCara buat:\n1. Masukkan air soda dan pewarna biru ke dalam jug, gaul rata air.\n2. Kemudian ambil jus bancuhan lemon tadi dan masukkan daun pudina, kacau air jus hingga sekata.\n3. Kemudian ambil gelas kosong, masukkan air masak sedikit selepas itu masukkan jus lemon pudina tadi ke dalam gelas.\n4. Selepas itu masukkan ais batu, biji selasih dan air soda biru ke dalam gelas, jangan ketinggalan letak hirisan lemon di bibir gelas.\n5. Air blue lemon soda dah siap dan sedia untuk di minum.\n\n5. Kelapa Lemon Madu\n\nBahan-bahan:\n1 biji kelapa muda\n3-4 hiris lemon\n2 sudu madu asli\nAis batu secukupnya\nBoleh tambah \u00bd sudu kecil garam (kalau suka)\nCara buat:\n1. Masukkan madu, lemon, garam ke dalam air kelapa. Kacau biar sebati.\n2. Kalau ada isi kelapa yang lembut boleh campur sekali.\n3. Masukkan beberapa ketul ais batu. Siap untuk dihidangkan.\n\nTerliur sungguh melihat resepi air yang sedap, sejuk dan sekaligus dapat menghilangkan haus dahaga.\nApa lagi jangan ketinggalan untuk mencuba resepi-resepi air yang menarik ini.\nSelamat mencuba\n\nBaca juga: Cara Buat Air Katira Asli Johor Yang Paling Sedap, Segelas Confirm Tak Cukup!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-aiskrim-malaysia-ala-ala-chocotop-mcd-pasti-jadi-kegemaran-anda/", "title": "Resipi Aiskrim Malaysia Ala-Ala Chocotop McD, Pasti Jadi Kegemaran Anda!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-27 05:14:46\n\n\nWaktu panas-panas ini biasanya mesti buat tekak kita terasa haus. Rasa macam nak sesuatu yang sejuk je kan? Dapat makan Aiskrim Malaysia pun cukup untuk menyejukkan badan yang terasa bahang matahari. Oleh itu, anda boleh lah e=cuba untuk membuat\u00a0Aiskrim Malaysia Ala-Ala Chocotop McD ini,\u00a0fuhh sedapnya! Penyediaannya pun juga sangat mudah untuk dibuat. Ikuti perkongsian daripada Rohaya Zulkarnin Aya menerusi laman Facebooknya.\n\nKredit:\u00a0Rohaya Zulkarnin Aya\nBahan-bahan:\n\n3/4 susu pekat (atau terpulang mengikut tahap kemanisan yang diingini)\n2 kotak kecil susu full cream\n1 sudu besaq ovellate (pastikan yang halal)\n2 sudu kecil perisa vanilla\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nMasukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengadun. Kemudian, adunkan selama 20 minit sehingga teksturnya nampak gebu.\n \nKredit:\u00a0Rohaya Zulkarnin Aya\n\u00a0\nSelepas itu, tuangkan ke dalam jug besar supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam plastic aiskrim\n\n\u00a0\nBahan topping coklat:\n\n200g chocolate milk (resipi ini menggunakan coklat cadburry)\n100g dark chocolate jenama Beryl's\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nGunakan teknik \u2018double boil\u2019. Elakkan dari terkena air bagi mengelakkan coklat menjadi keras.\n\u00a0\nApabila sudah agak suam, masukkan ke dalam \u2018piping bag\u2019 dan picit masukkan dalam plastik aiskrim. Pastikan ianya tidak terlebih atau terkurang.\n \nKredit:\u00a0Rohaya Zulkarnin Aya\n\u00a0\nRatakan coklat di dalam plastik aiskrim dan kemudian tuangkan vanilla aiskrim yang sudah siap diadun tadi. Coklat tidak akan bercampur dgn vanilla aiskrim di dalam plastic aiskrim.\n \nKredit:\u00a0Rohaya Zulkarnin Aya\n\u00a0\nApabila sudah memasukkannya ke dalam plastik aiskrim, ketuk-ketuk sedikit supaya ruang-ruang kosong juga turut terisi.\n\u00a0\nLakukan langkah yang sama untuk plastik aiskrim yang lain. Kemudian, sejukkannya di dalam peti ais beku.\n\u00a0\n\nSiap! Boleh lah makan aiskrim ini waktu panas-panas cuaca. Syoknya! Selamat mencuba.\n\nKredit:\u00a0Rohaya Zulkarnin Aya\n\nKredit:\u00a0Rohaya Zulkarnin Aya\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-aiskrim-malaysia-alaf-baru/", "title": "4 Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru Yang Korang Boleh Cuba, Anak-anak Mesti Suka!", "body": "\nAiskrim Malaysia merupakan satu produk makanan yang enak dimakan, murah dan mudah disediakan. Cuaca panas di Malaysia sepanjang tahun membolehkan aiskrim sesuai dimakan sepanjang tahun.\nMakanan aiskrim ini amat banyak dijual terutama kepada murid-murid di sekolah khususnya sekolah rendah. Terdapat berbagai perisa, warna dan kreativiti aiskrim Malaysia ini daripada perisa biasa kepada perisa buah-buahan, agar-agar, kacang hijau dan sebagainya.\n Terdapat banyak jenis aiskrim lain bertaraf komersil yang dikeluarkan oleh syarikat antaabangsa dan tempatan dan dijual dipasaraya.\nIni Min kongsikan 4 resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru yang korang boleh cuba.\n\nRESIPI AISKRIM MILO\n\nBahan-Bahan : \n\nAir \nMilo\nSusu cair\nSusu pekat\nCoklat tabur\n\nCara-caranya:\u00a0\n1. Masak air, buat air milo mcm biasa tapi letak susu cair dan susu pekat. \n2. Siap air milo sejukkan dan tuang dlm plastik bersama coklat tabur.\nBaca juga: Resipi Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Yang Masam-Masam Manis\n\nRESIPI AISKRIM JAGUNG CINCAU\n\nBahan-Bahan :\n\nAir\nSirap jagung\nSusu cair\nSusu pekat\nGaram sedikit\nCincau\n\nCara-cara:\u00a0\nBancuh air jagung macam biasa, letak secubit garam untuk 1 balang air, bila sejuk letak air dalam plastik dan letak cincau.\n\nRESIPI AISKRIM SUSU STRAWBERI\n\nBahan-Bahan:\n\nAir\nSusu pekat\nSusu cair\nStrawberi segar\n\nCara-cara:\nBuat air susu mcm biasa biasa, setelah sejuk letak stoberi potong. Sejukkan\n\nRESIPI AISKRIM LEMON SUSU SERBUK COKLAT\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\nAir\nSusu segar\nSusu pekat\nLemon\nSebuk coklat\n\nCara-cara:\nBuat air susu macam biasa, perah lemon sedikit, sejukkan dan letak dalam plastik dan letak serbuk coklat.\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-aiskrim-soda-sakura/", "title": "Resipi Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Yang Masam-Masam Manis", "body": "\nSebut saja Aiskrim Malaysia, pasti ramai yang terbayang kesedapannya. Manis, lemak berkrim disukai ramai. Mana tidaknya dengan pelbagai pilihan rasa pasti memenuhi selera ramai.\nBukan sahaja anak-anak kecil, orang dewasa juga sukakannya. Jika dahulu, perisa utamanya cumalah asam boi, milo, bandung dan sebagainya. Tapi kini terdapat dalam pelbagai rasa sesuai peredaran zaman.\nSeperti yang tular sekarang, seorang pengguna di laman sosial Facebook berkongsikan resipi Aiskrim Soda Sakura yang unik dan kreatif. Aiskrim ini merupakan kombinasi air laici dan air aiskrim soda.\nBukan itu saja, rupa aiskrim ini juga cantik kerana di dalamnya mempunyai laici yang telah diletakkan beberapa pewarna menarik. Jom cuba resipinya di bawah.\nAISKRIM SODA SAKURA\nBahan-bahan:\n\nLaici dalam tin \u2013 1 tin\nAir aiskrim soda \u2013 1 botol\nAir gula \u2013 tambah ikut kemanisan tekak sendiri sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang\nTepung jagung \u2013 1 sudu (larutkan dengan air)\nPlastik aiskrim\nPewarna pilihan\n\nCara-cara:\n1. Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.\n\n2. Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. Biar sekejap kemudian bilas dan sejatkan air.\n\n3. Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik.\n4. Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais sampai keras.\n\n\nKredit: Novelis Affieyza Isahak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-apam-balik-nipis/", "title": "Buat Sendiri Apam Balik Nipis Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan Ini Nak Lagi Rangup", "body": "\nTeringin nak makan apam balik nipis untuk berbuka? Tetapi jika beli di bazar Ramadan, waktu berbuka nanti mesti apam sudah lemau dan tidak rangup lagi.\nHa, jangan risau! Jom kita cuba buat sendiri apam balik di rumah. Cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan mudah didapati.\nBila hampir waktu berbuka, baru kita masak adunan di atas dapur supaya dapat dimakan semasa masih panas dan rangup.\u00a0Umphh,\u00a0sedapnya!\nBaca juga: Cara Buat Kuih Manja Macam Kat Pasar Malam, Sekali Ngap Gerenti Nak Lagi!\nCara Buat Apam Balik Nipis Rangup\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung gandum\n1 sudu besar susu pekat\n1/4 cawan gula*\n1 sudu kecil yis*\n1/2 cawan air suam*\n2 sudu besar minyak masak\n1 sudu kecik soda bikarbonat\nSedikit garam\n1 biji telur saiz kecik\n1 cawan susu segar (kalau tak ada, ganti air kosong)\n\nBahan tabur:\n\nJagung\nKacang tanah \u2013 sangai & tumbuk kasar\nGula\nSedikit marjerin\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Campurkan bahan bertanda (*) iaitu gula, yis dan air suam di dalam satu cawan. Tutup permukaan cawan dan biarkan selama 5 minit sehingga naik berbuih.\n2. Di dalam mangkuk, pecahkan telur dan pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan semua baki bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Tuangkan juga campuran yis tadi dan kacau sebati. Biarkan dalam 30 minit.\n3. Kemudian sedia untuk dimasak. Sediakan kuali anti lekat (tak perlu sapu minyak), gunakan api perlahan. Tuangkan 1 senduk adunan ke pada permukaan kuali.\n4. Bila nampak separuh kering, taburkan gula, jagung dan kacang tanah. Bila dah masak, lipat kepada dua.\n\n5. Dah siap masak, sapukan sedikit marjerin pada kulit apam balik. Nak lebih rangup, tuangkan sedikit saja adunan semasa dimasak. Selamat mencuba!\n\nKredit: Aznie Khasri\nBaca juga: Murtabak Mini Ala-ala Bazar Ramadan, Balut Guna \u2018INI\u2019, Memang Sedap Dan Rangup!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-apam-nasi/", "title": "Resipi Apam Nasi Licin Di Luar&Gebu Di Dalam", "body": "\nApam nasi tidak berapa menjadi sebelum ni? Selalu bila bukak penutup pengukus apam tu jadi kecut sebab kena wap air tu.\nDengan resipi yang dikongsi oleh Janna Hanie ni mesti apam nasi korang lepas ni sentiasa menjadi. Yang penting ikut semua langkah dan tips tau. Lepas dah siap hasil dia sangat menakjubkan.\nCara Buat Apam Nasi\nBahan-bahan:\n\n1 cawan nasi sejuk\n1 cawan tepung gandum\n1 cawan tepung beras\n1 cawan gula (gula kami tak boh 1 cawan penuh, tu pun terasa manis, kalau tak suka manis tak perlu letak penuh 1 cawan)\n1 cawan air\n1 sudu yis (separuh paket yis)\n\nCara-cara:\n\nBlend nasi, gula, air sampai halus. Campur dengan semua tepung dan yis. Gaul sebati. Perap sampai naik satu kali ganda. Baru kukus.\nNak pecah macam ni kukus guna api besar.\nAcuan jangan sapu minyak. (kalau nak sapu minyak, sapu la. Elok je time keluarkan dari acuan, memang ada melekat sikit tapi ada tips masa keluarkan biar kuih sejuk dulu & kuih betul\u00b2 masak baru adunan tak melekat)\nIsi adunan penuh acuan.\nKukus 10 minit (acuan kecik), kalau acuan besar (kukus lebih kurang 15-20 minit).\n\nHasil apam nasi sangat gebu dan enak kalau dicicah kopi.\n\nBaca juga:\nWanita Ini Kongsi Resipi \u2018Biskut Tumis\u2019, Kombinasi Yang Pelik Tapi Ramai Nak Cuba\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-asam-laksa-original-versi-cina/", "title": "Resipi Asam Laksa Original (Versi Cina). Kuah Tak Cair & Tak Pekat, Isi Ikan Pun Berketul-Ketul", "body": "\nAsam laksa original cina ni rasa dia masam, manis dan pedas. Berbeza dengan rasa kuah laksa penang walaupun rupa hampir sama.\nAsam laksa tidak menggunakan santan dan bahan utama sudah tentulah isi ikan yang direbus dan diberikan perasa dengan asam gelugur.\nSiapa suka makan Ah Cheng Assam Laksa mesti teringat masam terangkat dia macam mana. Jom lihat resipi membuatnya di bawah.\nBaca juga: Peniaga Ini Kongsi Resipi Laksam Jualannya Yang Laku Keras\nResipi Asam Laksa Original Versi Cina\nBahan-bahan pes:\n\nBawang besar\nBawang merah\nBunga kantan sebatang\nKunyit hidup size jari kelingking\nLengkuas size ibu jari\nSerai 5 batang\nAsam keping 10 keping\nCili merah\nCili kering\nBelacan 2 sudu besar (bakar)\n\n\nBahan-bahan sampingan:\n\nDaun pudina\nNenas\nBunga kantan\nOtak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)\nTimun\nSalad\nBawang\nCili api\n\n\nCara-caranya:\n1. Kisar semua bahan-bahan pes. Kemudian tumis menggunakan minyak yang sedikit saja.\n2. Tumis sehingga naik bau.\n\n3. Bila dah wangi, masukkan bahan ini pula:\n\nAsam jawa agak-agak dalam 2 sudu besar (bancuh air)\nBunga kantan 2-3 kuntum\nDaun kesum\n\n\n4. Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-seketul macam ini. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap ke dalam ikan.\n(Ikan untuk resepi ni saya pakai ikan borek sekilo lebih sikit saja. Cuci bersih rebus sampai masak. Ikan sardin/selayang pun sedap)\n\n5. Kemudian masukkan semua air rebusan ikan tadi. Tambahkan juga air sehingga kuah tidak terlalu pekat dan tidak cair.\n\n6. Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2 hingga 3 sudu besar serta perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.\n(Otak udang ni manis, kalau terletak lebih kuah akan jadi manis)\n\n7. Ni rupa otak udang. Pes udang.\n\n8. Semasa dihidangkan, boleh cedok isi ikan seketul-seketul ke dalam mangkuk.\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Faiza Halim\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-asam-pedas-ayam-yang-lazat/", "title": "Resipi Asam Pedas Ayam Yang Lazat, Kuah Kena Pekat Macam Ni Baru Sedap!", "body": "\nSelalu kita masak asam pedas ikan je kan? Kali ini jom cuba masak asam pedas ayam pula.\nResipi asam pedas ayam sama je dengan asam pedas ikan atau daging yang biasa kita masak tu. Cuma kali ini kita ganti guna ayam.\nBila ayam masak, rasa memang padu sebab kuah asam pedas akan menyerap masuk ke dalam ayam tu.\nCara memasaknya juga sangat mudah dan tidak renyah. Anda boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Wan Rosni ini.\nCARA BUAT ASAM PEDAS AYAM\n\nBahan-bahan untuk dikisar:\n\n4 ulas bawang merah\n4 ulas bawang putih\n1 inci halia\n1 inci kunyit hidup\n5 biji cili kering yang besar \u2013 direbus dahulu\nSedikit belacan\nSedikit lada hitam\nAir secukupnya\n\nBahan untuk menumis:\n\nMinyak\nSedikit halba\nBahan kisar\nSedikit air asam jawa\nAyam 1 ekor potong 16\nAir secukupnya\nGaram\nGula\nSerbuk Pasti Sedap\n3 batang serai \u2013 diketuk\n3 batang bunga kantan\n5 helai daun limau purut \u2013 dibuang tulangnya\n1 ikat daun kesum \u2013 dibuang batang\n1 biji buah tomato \u2013 potong 6\n\nCara memasak:\n\nPanaskan periuk, tuangkan sedikit minyak.\nBila minyak dah panas, masukkan sedikit halba serta bahan-bahan yang telah dikisar.\nMasak sehingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak, tambah sedikit air. Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.\nSeterusnya masukkan ayam satu persatu.\nKacau-kacau sedikit dan tutup periuk. Biarkan seketika.\nBila ayam dah separuh masak, masukkan gula, garam dan serbuk pasti sedap. Kacau rata.\nMasukkan serai, bunga kantan dan daun limau purut.\nKemudian masukkan daun kesum dan tomato.\nApabila kuah sudah mendidih, sesuaikan rasa dan kacau sebati. Siap!\n\nKredit: Wan Rosni\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-asam-pedas-melaka-asli-rahsia-kuah-pekat/", "title": "Resipi Asam Pedas Melaka Asli. Ada \u2018Rahsia\u2019 Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu", "body": "\nBila tiba di negeri Melaka bandar bersejarah, memang tak sah kalau tak makan Asam Pedas Melaka Asli. Kadang-kadang tertanya, macam mana kedai ni buat kuah pekat, sedap dan padu macam tu.\nHaa,\u00a0kini tiada rahsia lagi. Rupanya ada rahsianya nak buat asam pedas sama macam di Melaka. Puan Liza Idris ada berkongsikan cara-caranya. Jom sama-sama cuba nanti ya.\nBaca juga: Resipi Kuih Keria Gula Melaka, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam\nCARA BUAT ASAM PEDAS MELAKA ASLI\nBahan-bahan kisar:\n\n2 biji bawang besar size sederhana\n3 biji bawang putih\n2 inci halia\n2 inci kunyit hidup\nSedikit belacan\n1 sudu besar lada hitam\nCili kisar**\n\nBahan-bahan lain:\n\nIkan pari @ apa-apa jenis ikan\n1 sb halda\n1 sudu kecil gula\n2 batang serai\n1 sudu paste Asam Jawa\n1 mangkuk air\nBunga kantan\nGaram\nTomato\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan kecuali cili kisar.\n2. 1 mangkuk cili kisar asingkan.\n\n3. Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.\n\n4. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.\n\n5. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.\n\n6. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu paste Asam Jawa. Kacau rata.\n\n7. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau dan biar didih sedikit.\n\n8. Masukkan bendi serta daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.\n\n9. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.\n\n10. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.\n\n11. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.\n\n12. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.\n\nMudah kan? Selepas ini kalau mengidam, tak perlu susah-susah ke Melaka dah. Buat sendiri je!\n\nKredit: Liza Idris\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-bakar-ala-kenny-rogers-mesti-licin-pinggan-anak-anak-dibuatnya/", "title": "Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!", "body": "\n\nAda tak penggemar ayam bakar kat sini? Kalau ada, jom kita cuba resepi ayam bakar ala Kenny Rogers hari ni.\nFuh! Confirm bertambah na\u0219i dibuatnya!\nResepi ni memang mudah sangat nak buat ye. Yang penting jimat duit poket dari makan kat Kenny Rogers.\nBaca juga: Cara Buat Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng, Sedap Rupanya!\nMemang tak murah la kalau nak makan kat situ kan, lebih elok follow resepi ni je. Dapat jugak la lunaskan craving.\nResepi ayam bakar ala Kenny Rogers ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Pooja.\nJom kita memasak~\nResipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers\n\n\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ayam (cuci bersih)\n2 labu bawang besar*\n7 ulas bawang putih*\n2 inci halia*\n2 sudu besar pati oren Sunquick*\n1 senduk sos blackpaper aka sos lada hitam*\n3 sudu besar butter cair*\n1 biji ubi kentang (rebus empuk)*\n1 kiub pati ayam*\nGaram*\n2 sudu besae gula pasir*\nKentang (optional)\nBrokoli (optional)\nTomato ceri (optional)\n\nCara-cara memasaknya:\n1. Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air. Suku cawan air je.\n2. Dah kisar semua, perap kan dengan ayam. Perap 2 jam sebelum bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.\n3. Kemudian, bakar ayam dengan sayur optional tadi pada suhu 200C selama 45 minit atau sampai masak. Guna api atas bawah atau ikut pada oven masing-masing. Siap!\n\n\nWow! Mudah je kan. Untuk yang suka makan sayur-sayuran, boleh masak sekali brokoli, tomato curry dan kentang bila nak bakar ayam nanti. Lengkapkan dengan sayur-sayuran baru la perfect kan.\nSelamat mencuba semua!\n\nSumber: Cik Pooja\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-ala-ikea/", "title": "Resipi Ayam Goreng Ala Ikea, Buat Sendiri Lagi Puas Makan", "body": "\nSetiap kali pergi IKEA wajib makan ayam goreng\u00a0chicken wings\u00a0yang lazat. Rupanya tak susah pun kalau nak cuba buat sendiri ayam goreng ala IKEA.\nKalau buat sendiri, lagi puas makan sebab bahan yang digunakan pun tak mahal. Boleh\u00a0repeat\u00a0buat banyak kali pulak tu.\nJom cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Nurul Ateekah di bawah.\nResipi Ayam Goreng Ala Ikea\n\nBahan-bahan:\n\n9 keping chicken [email\u00a0protected] kg kepak ayam\n3 sudu besar sos tiram\n3 sudu besar light soy sauce\n1 sudu kecil serbuk lada putih\n1 sudu serbuk perasa [email\u00a0protected]\n1 \u00bd sudu besar gula pasir\n2 sudu besar all purpose seosoning\n1 sudu besar minyak bijan\n5 sudu besar air putih\n4 sudu besar topioca starch\n3 sudu besar tepung gandum\nMinyak masak (untuk mengoreng)\n\nCara perapan:\n1. Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam sehingga bersih dan toskan.\n2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sebati dan simpan dalam plastik atau bekas tertutup.\n\n3. Perap selama paling kurang 8 jam dan sebaiknya semalaman dalam peti ais biasa (bukan tempat beku).\nCara memasak:\n1. Keluarkan ayam dari peti sejuk 30 minit sebelum menggoreng.\n2. Panaskan minyak menggunakan api sederhana pada suhu 150\u00b0C atau celupkan lidi, jika berbuih pada permukaan lidi bermakna suhu sudah mencapai 150\u00b0C.\n\n3. Masukkan 3 hingga 4 keping kepak ayam dan goreng selama 3 minit, kemudian balikkan dan goreng lagi selama 3 minit (jumlah menggoreng selama 6 minit).\n\n4. Angkat dan toskan ayam (lapik tisu pada pinggan) dan rehatkan selama 6 minit.\n\n5. Kemudian masukkan semula ayam dalam kuali. Goreng sehingga garing paling kurang selama 3 hingga 4 minit (tujuannya untuk mendapatkan tekstur yang rangup di luar dan berjus di dalam). Ayam juga masak dengan sempurna.\n\n6. Angkat dan toskan. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Ateekah\nBaca juga: Mudah Je Nak Buat Ayam Goreng Ala McD, Ini Caranya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-berempah-kesukaan-anak-anak/", "title": "Resipi Ayam Goreng Berempah Kesukaan Anak-Anak, Isi \u2018Juicy\u2019 Kalah Kedai Mamak", "body": "\nKalau sebelum ini asyik buat ayam goreng biasa, kali ini apa kata jom cuba buat ayam goreng berempah yang sangat mudah.\nAyam goreng sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masak. Ada satu lauk ini pun dah cukup sedap makan dengan nasi putih.\nResipi ini hasil perkongsian oleh Umi Watie di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!\nCara Buat Ayam Goreng Berempah Isi \u2018Juicy\u2019\nBahan-bahan:\n\nAyam\nTelur\nSerbuk kunyit\nSerbuk Kari\nDaun kari\nTepung jagung\nGaram\n\n\nCara-cara:\n1. Gaulkan semua bahan sampai sebati. Perapkan dalam peti sejuk sekejap. Boleh goreng bila nak makan.\n\n2. Gorengkan sampai garing, guna api perlahan je. Dah garing elok angkat dan toskan. Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih mahupun nasi berperisa macam nasi goreng tu.\n\n3. Wangi, sedap dan mudah membuatnya. Makan dengan nasi putih pun dah sedap sangat dah.\n\n4. Juicy kalah kedai mamak tu.\n\nKredit: Umi Watie\nBaca juga: Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan, Memang Padu!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-guna-tepung-homemade-yang-rangup/", "title": "Resipi Ayam Goreng Guna Tepung Homemade Yang Rangup, Ini Cara Membuatnya!", "body": "\nJom buat ayam goreng guna tepung homemade guna bahan yang ada di dapur saja. Boleh la guna cara ini bila tepung ayam segera kehabisan stok.\nRasanya juga sangat sedap, rangup di luar dan berjus di dalam. Tak rugi kalau cuba! Lihat cara-caranya di bawah.\nCara Buat Ayam Goreng Guna Tepung Homemade\nBahan-bahan:\n\nAyam (terpulang banyak mana)\nGaram\nSerbuk kunyit\nSerbuk cili\n\nCara-cara:\n\nGaulkan ayam dengan semua bahan di atas. Ketepikan.\n\nBahan tepung:\n\n4 sudu besar tepung gandum (bergantung jumlah ayam)\nSecubit soda bikarbonat (jangan banyak nanti rasa pahit)\nGaram secukup rasa\nTelur\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Campur semua bahan kecuali telur dan gaul sebati.\n2. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau.\n3. Celup ayam dalam telur.\n4. Lumurkan ayam pada tepung. Ramas-ramaskan ayam untuk bagi salutan tepung cantik.\n5. Goreng secara deep fry. Api sederhana sahaja.\n\n6. Mudah dan jimat. Selamat mencuba!\n\n\n\n\nKredit Resipi & Foto\u00a0: Elis Aziz\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-korea/", "title": "Ayam Goreng Korea Sedap Giler Pasti Bertambah Nasi", "body": "\nTeringin makan ayam goreng korea yang sedap? Bila buat ayam ni dekat rumah pasti korang boleh makan bertambah-tambah.\nResipi yang dikongsi oleh Adnan Bin Mat Abu ni sangat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun \u2018simple\u2019 sahaja.\nResipi Ayam Goreng Spicy Lazat\nBahan-bahan:\n\n\nBawang putih\nHalia\nTepung gandum\nTepung jagung\nBijan putih\nSos korea\nSerbuk perasa\n\nCara-cara:\n\nAyam diperap selama 1/2 jam dengan halia dan bawang putih ditumbuk halus.\nTambahkan serbuk perasa bagi menggantikan garam dan perasa.\nSetelah diperap, ayam digaul dalam bancuhan kering secawan tepung jagung yang digaul dengan 2 sudu tepung gandum.\nPastikan ayam disalut dengan tepung sepenuhnya.\nGoreng kali pertama rehatkan selama 3 minit.\nGoreng kali kedua hingga garing.\nUntuk sos, 3 ulas bawang putih dihiris halus dan ditumis hingga keperangan.\nMasukan sedikit air dan masukan sesudu serbuk cili. Gaul rata.\nMasukan 2 paket sos korea.\nTambahkan sesudu besar madu dan perahkan sedikit lemon.\nMasukan ayam yang digoreng tadi.\nGaul hingga semua ayam disaluti sos.\nTaburkan bijan.\n\nDah siap. Selamat mencuba!\nBaca juga:\n5 Restoran Korea Sedap Di Sekitar KL, Tak Perlu Was-Was Sebab Dijamin Halal\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-kunyit-super-lembut/", "title": "Resipi Ayam Goreng Kunyit Super Lembut", "body": "\nSebelum ni kalau buat ayam goreng kunyit mesti ayam dia tu keras. Kalau dah sejuk nak makan pon jadi tak selera. Teringin nak makan ayam goreng kunyit versi lembut tapi tak tahu caranya? Che Kam ada tipsnya.\nBila dah try resipi ni korang tak perlu pening lagi dah nak cari resipi baru. Yang penting jimat duit sebab tak perlu pergi makan dekat kedai lagi dah. Hanya perlu bukak peti ais korang dan mula memasak.\nCara Buat Ayam Goreng Kunyit Yang Super Lembut\nBahan-bahan:\n\n2 sudu makan tepung jagung\n1 sudu makan serbuk kari\n1 sudu makan serbuk cili\n1 sudu teh serbuk kunyit\n1 kiub ayam\nKacang panjang\nBawang holland\n\nCara-cara:\n\nLetakkan 2 sudu makan tepung jagung ke dalam mangkuk berisi ayam\nTambah 1 sudu makan serbuk kari dan serbuk cili. Letak pula 1 sudu teh serbuk kunyit dan 1 kiub ayam.\nGaul rata bahan-bahan tersebut dengan ayam dalam bekas itu.\nGoreng ayam hingga garing.\nMasukkan bawang holland, cili dan kacang panjang. Masak sehingga sayur layu. \nHidangan siap. Sedap dimakan dengan nasi panas.\n\nSenang je kan nak buat ayam goreng kunyit ni. Lepas ni, siapa-siapa yang nak bawak bekal pergi kerja boleh guna resipi ni. Sangat mudah dan jimat masa. Selamat mencuba.\nBaca juga:\nResipi \u2018Nasi Goreng\u2019 Tanpa Nasi, Sesuai Untuk Korang Yang Tengah Diet\nMudahnya Nak Buat Gulai Darat Daging, Tak Perlu Tumis Pun\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-kunyit-tanpa-serbuk-kunyit/", "title": "Resipi Ayam Goreng Kunyit Tanpa Serbuk Kunyit. Hanya Tumbuk 2 Bahan Ini, Rasa Lagi Padu!", "body": "\nDah biasa masak ayam goreng kunyit kan? Biasanya kita guna serbuk kunyit dan garam saja untuk dilumurkan pada ayam.\nKalau ikut cara orang dulu, mereka tak guna serbuk kunyit pun. Rasa juga lagi padu dan sedap. Tapi ramai orang zaman sekarang tidak lagi menggunakan cara ini.\nSeorang pengguna laman sosial TikTok, Fadhzil Abidin ada berkongsikan cara-caranya. Sekali cuba cara ini, pasti takkan guna serbuk kunyit dah.\nBaca juga: Cara Mudah Simpan Ayam Yang Ramai Tak Terfikir, Tak Perlu Rendam Lagi Bila Nak Masak\nCARA BUAT AYAM GORENG KUNYIT TANPA SERBUK KUNYIT\nBahan-bahan:\n\nKunyit hidup\nCili api\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk kunyit hidup dan cili api secukupnya.\n2. Lumur rata pada ayam dan goreng ayam sehingga masak.\n\n3. Bila ayam dah masak, angkat dan tos minyak.\n\n4. Jangan lupa kaup serdak dalam minyak. Ini yang membuatkan hidangan rasa lagi sedap.\n\nVideo asal klik di sini.\nSumber: @fadhzilabidin\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-sos-pedas/", "title": "Resipi Ayam Goreng Sos Pedas, Letak Sikit \u2018Kordial Rut B\u2019 F&N Memang Lagi Padu!", "body": "\nSiapa je tak suka makan ayam goreng kan? Buat peminat masakan pedas, wajib cuba resipi ayam goreng sos pedas ini.\nKalau nak sosnya menjadi lebih sedap, perlu masukkan sedikit Kordial Rut B jenama F&N. Memang mantap hasilnya nanti!\nKordial ini bukan saja boleh digunakan untuk membancuh air, malah boleh digunakan dalam masakan seperti resipi ini.\nJika anda tertanya-tanya apa rasa ayam goreng ini, jom kita sama-sama cuba buat di rumah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Nampak Pelik Tapi Sedap, Jom Cuba Resipi Ikan Kukus Guna Aiskrim Soda!\nRESIPI AYAM GORENG SOS PEDAS\n\nBahan-bahan perapan ayam:\n\n4 ketul ayam bahagian wunggete\n4 ketul ayam bahagian drumette\n1/2 sudu kecil garam\n1/2 sudu kecil serbuk lada hitam\n\nBahan-bahan adunan:\n\n70g tepung\n30g tepung beras\n180g air\n\nBahan-bahan sos:\n\n100g Kordial Rut B F&N\n2 ulas bawang putih \u2013 dicincang\n5g halia \u2013 dicincang\n1/2 sudu kecil garam\n1/2 sudu kecil serbuk lada hitam\n1/2 sudu kecil jus lemon\nBijan\u00a0 putih secukupnya\n\nCara-cara buat ayam goreng sos pedas:\n1. Perapkan ayam dengan garam dan serbuk lada hitam selama 30 minit\n2. Campurkan bahan-bahan untuk adunan ke dalam mangkuk, kacau sampai tiada berketul.\n3. Salut ayam dengan adunan. Goreng sehingga perang keemasan. Ketepikan.\n4. Untuk membuat sos, masukkan bahan-bahan sos dalam kuali, panaskan dengan api sederhana. Masak selama 3 hingga 5 minit sehingga sos pekat.\n5. Masukkan ayam goreng ke dalam sos, gaul rata. Taburkan bijan putih di atasnya. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nBaca juga: Puding Oren Karamel Saiz Cawan, Guna Kordial F&N Je, Memang Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-tomyam-sedap/", "title": "Resipi Ayam Goreng Tomyam, Kena Cuba Buat Sebab Mudah & Sedap!", "body": "\nTiada idea nak masak menu apa menggunakan ayam? Jom cuba Resipi Ayam Goreng Tomyam ini. Jarang dibuat orang sedangkan rasanya sangat sedap, sesuai untuk penggemar masakan pedas.\nCara memasaknya juga tidak susah serta menggunakan bahan-bahan yang mudah. Boleh cuba masak untuk makan tengahari nanti. Lihat saja cara-caranya di bawah hasil perkongsian oleh Nurul Ateekah.\nResipi Ayam Goreng Tomyam\nBahan-bahan:\n\nAyam 1 ekor (dipotong dan dibersih)\n5 sudu besar cili kisar\n[email\u00a0protected] paket perencah tomyam\n8 batang cili padi merah\n8 batang cili padi hijau\n1 batang serai (dihiris serong)\n4 helai daun limau purut\n1 biji tomato (dibelah 6)\n1 labu bawang besar (dipotong bulat)\n5 ulas bawang putih (dihiris)\n2 cm lengkuas (dipotong)\nLobak merah(tambahan)\n\u00bd cawan air\n2 sudu besar sos tiram\n2 sudu besar sos ikan\nSerbuk perasa (jika perlu)\nGaram dan gula (jika perlu)\n\n\nCara memasak:\n1. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam. Goreng ayam sehingga masak dalam minyak panas secukupnya untuk menggoreng.\n2. Bila ayam dah masak, angkatkan ayam. Guna minyak yang sama untuk menumis. (keluarkan sedikit minyak)\n3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas sehingga naik bau dan kekuningan.\n\n4. Masukkan cili kisar, tumis sehingga masak dan pecah minyak.\n\n\u00a0\n5. Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan, perasakan dengan garam dan serbuk perasa (jika perlu) secukup rasa. Gaul rata.\n\n6. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan \u00bd cawan air. Biarkan ianya mereneh sebentar dan sedikit kering.\n\n7. Angkat dan siap untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Ateekah\nBaca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini \u2018Step By Step\u2019 Cara Membuatnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-vietnam/", "title": "Resipi Ayam Goreng Vietnam, Bila Makan Pasti Susah Nak \u2018Stop\u2019", "body": "\nBiasa kalau goreng ayam, kita lumur garam dan kunyit je kan? Kali ini apa kata jom cuba resipi ayam goreng Vietnam ni pula.\nSekali sekala tukar selera cuba resipi yang lain tidak ada salahnya. Dijamin jika anda cuba, pasti akan berjaya memikat hati kerana setiap gigitan ayam akan terasa manis, masin, pedas dan rapuh.\n\u2018Masin\u2019 pada ayam ini bukan kerana garam, tetapi kerana sos ikan yang digunakan dalam proses memasak. Ianya untuk memberi keseimbangan rasa pada masakan tersebut.\nCara Masak Ayam Goreng Vietnam\nBahan-bahan:\n\n1 kg kepak ayam\n1 \u00bd cawan tepung jagung\n1 sudu kecil baking powder\n6 ulas bawang putih (dicincang dan digoreng)\nDaun ketumbar (2 sudu besar dicincang)\nMinyak masak (secukupnya untuk mengoreng ayam)\n\nBahan perapan:\n\n1 sudu besar sos ikan\n1 sudu kecil (pes bawang [email\u00a0protected] bawang putih)\n1 kiub ayam\n1 sudu kecil serbuk lada putih\n\nBahan sos manis masin:\n\n3 sudu besar sos ikan\n2 \u00bd sudu besar gula\n2 sudu besar jus [email\u00a0protected] juice\n3 batang cili padi merah (dipotong)\n\nCara penyediaan dan memasak:\n1. Di dalam bekas atau mangkuk besar, masukkan ayam dan bahan perapan. Gaul sebati dan perapkan sekurangnya selama 30 minit.\n\n2. Untuk memasak sos manis masin, sediakan periuk kecil dan masukkan bahan-bahan sos tadi. Panaskan di atas api sehingga gula larut dan sejukkan. Ketepikan.\n\n3. Panaskan minyak di dalam kuali besar, letakkan chopstick atau kayu lidi di tengah-tengah. Apabila minyak sudah mengelembung atau berbuih dipermukaan kayu lidi tadi, bermakna minyak sudah panas dengan sempurna.\n4. Sementara itu, sediakan mangkuk besar. Masukkan tepung dan baking powder. Salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu.\u00a0Kemudian, masukkan ayam tadi kedalam minyak panas. Goreng selama 15 minit atau sehingga ayam menjadi keemasan.\n\n5. Kemudian angkat ayam yang digoreng tadi dan biarkan rehat seketika.\n6. Dalam minyak yang panas tadi, masukkan semula ayam dan gorengkan lagi 2-3 minit. Tujuannya agar ayam lebih [email\u00a0protected] di luar dan warna keperangan. Angkat dan tapiskan ayam tadi pada tisu.\n\n7. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng keemasan tadi. Masukkan juga bawang putih yang telah digoreng, daun ketumbar yang dihiris dan tuangkan sos masin manis pada ayam tadi.\n\n8. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit: Nurul Ateekah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-viral-bawang-putih/", "title": "Sedap Rupanya Ayam Goreng Viral Ni, Rahsianya Terletak Pada Bawang Putih", "body": "\nJom cuba resipi ayam goreng viral ini. Kalau anda cuba masak ayam goreng ikut cara ni, pasti akan lebih \u2018wow\u2019 sebab lagi sedap dari biasa kita goreng tu!\nBoleh dikatakan sesiapa saja pandai menggoreng ayam goreng. Dengan hanya meletakkan garam dan serbuk kunyit, terhasillah lauk yang sedap dan ringkas.\nRahsianya terletak pada baawang putih yang dimasukkan ketika ayam sedang digoreng. Jom ketahui cara lengkapnya yang dikongsi oleh Novelis Affieyza Isahak di bawah.\nRESIPI AYAM GORENG VIRAL, KENA LETAK BAWANG PUTIH\nBahan-bahan:\n\nTelur \u2013 sebiji*\nBawang merah besar \u2013 sebiji*\nBawang putih \u2013 3 ulas*\nHalia \u2013 1 inci*\nSos tiram \u2013 2 sudu\nKiub pati ayam (cairkan: ikut anggaran ayam banyak mana)\nSerbuk perasa dan gula\nTepung ubi \u2013 2-3 sudu\n\nCara-cara:\n\nSediakan pengisar. Satukan telur, bawang merah, bawang putih dan halia.\nCurahkan ke atas ayam.\nTambahkan sos tiram, kiub pati ayam, serbuk perasa, gula dan tepung ubi.\nGaul rata bersama ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.\nKemudian goreng ayam macam biasa.\nMasa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.\nAyam digoreng dua kali untuk supaya lebih rangup. Atau boleh goreng sekali saja sehingga betul-betul garing.\nSiap, selamat mencuba!\n\nKredit: Novelis Affieyza Isahak\nBaca juga: Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-grill-ala-gcb-mcd/", "title": "Resipi Ayam Grill Ala Gcb McD, Rasa Sebijik Sama!", "body": "\nBagi penggemar sajian ayam panggang, resipi ayam grill ala gcb McD ini anda wajib cuba. Menurut empunya resipi, saudari SuiSan Aliezsha menu ini beliau olah mengikut bahan yang dirasa sewaktu menikmati GCB mcd.\nHasilnya sebijik sama! Sedap sangat. Boleh dinikmati bersama roti malah jika tiada, makan sahaja bersama nasi. Pasti puas hati. Jom lihat resipinya.\nAYAM GRILL ALA GCB MCD\nBAHAN-BAHAN:\nPaha ayam \u2013 dibuang tulang atau beli ayam siap untuk chicken chop\nBAHAN SOS:\n\nBawang putih\n1 biji tomato\nSos cili secukupnya\nSos BBQ secukupnya\nSos tiram (ayam) secukupnya\nLada hitam secukupnya \u2013 kisar halus\nMadu, gula & garam secukup rasa\nButtercup + planta secukupnya\n\nNota: Ubah sukatan bahan dengan secukupnya bergantung jumlah ayam yang diguna.\nCARA MEMASAK:\n1. Basuh bersih ayam tadi. Kemudian tos dan ketepikan seketika.\n2. Satukan semua bahan (kecuali lada hitam) ke dalam pengisar. Tambahkan sedikit air dan kisar halus. Ketepikan.\n\n3. Panaskan buttercup dan juga planta di dalam kuali hingga cair. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.\n\n4. Kacau sampai kuah menjadi pekat. Pastikn gula dan madu semua terasa. Tambahkan juga serbuk lada hitam.\n\n5. Bila sos telah sempurna, padamlam api dan sejukkan.\n6. Perap ayam bersama sos selama beberapa minit. Lagi lama diperap, lagi enak hasilnya.\n\n7. Kemudian susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 200\u03bfC selama 60 minit menggunakan api atas bawah. Namun masa membakar mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.\n\n8. Keluarkan ayam kemudian grill seketika di atas dapur gas menggunakan kuali burger @ kuali leper selama beberapa minit.\n\n9. Angkat dan siap untuk dihidang kepada keluarga.\n\nKredit: SuiSan Aliesha\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-halia-daun-bawang-ringkas-sihat/", "title": "Resipi Ayam Halia & Daun Bawang, Masakan Cina Yang Ringkas & Sihat", "body": "\nBuat mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan sangat sesuai cuba resipi ayam halia dan daun bawang ini.\nHidangan orang cina yang ringkas dan sihat. Nampak macam\u00a0simple\u00a0kan? Tapi rasa dia serius sedap.\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Kamarul Ariffin di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Ayam Halia & Daun Bawang\nBahan-bahan (3 orang makan):\n\n\u00bd ekor ayam\n3 tangkai daun bawang (potong halus)\n3 inci halia (sagat atau kisar)\n2 ulas bawang putih (cincang halus)\n1 sudu besar minyak bijan\n1 sudu kecil kicap cair\n\nCara-cara memasak:\n1. Halia yang sudah sagat dan daun bawang yang dah dipotong halus. Nampak ringkas ramuannya. Tapi jangan risau, pasti sedap!\n\n2. Goreng bawang putih sampai harum dan keperangan. Kemudian cepat-cepat angkat. Jangan lama sangat, sebab lepas angkat, dia masih bertukar warna. Risau hangit je.\n\n3. Lepas dah tos dan sejukkan dia jadi warna keemasan.\n\n4. Kurangkan minyak dalam kuali tadi. Tumis pula halia dan daun bawang. Jangan tumis lama sangat, sampai naik bau saja.\n\n5. Tuangkan semangkuk air.\n\n6. Mauskkan ayam. Orang cina biasa stim ayam ni dahulu. Mereka tak masukkan terus dalam kuali. Kalau malas nak stim, reneh sahaja ayam dalam kuali.\n\n7. Letak sedikit kicap cair. Kalau tak nak letak, gantikan dengan garam. Reneh sampai ayam masak dan air tersejat. Siap!\n\n8. Hidang dalam pinggan, tabur bawang goreng dan daun bawang. Titis sikit minyak bijan. Rasa dia menyegarkan, sedap dimakan dengan nasi ayam. Memang sihat.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-kak-wok/", "title": "Resipi Ayam Kak Wok, Dijamin Habis Licin Anak-Anak Makan!", "body": "\nJom cuba resipi ayam kak wok ini. Makan tanpa gulai ayam pun sedap! Tapi lebih jika dimakan bersama gulai serta sambal. Barulah terasa keenakan dan keaslian nasi kak wok yang berasal dari Negeri Kelantan ini.\nNasi kak wok bukan hanya boleh dijumpai di Kelantan, kini telah menjadi popular\u00a0di seluruh tanah air. Pergilah kemana saja pasti mudah temui restoran yang jual nasi ini.\nKalau ada yang nak masak sendiri di rumah pun boleh, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Aiza Irmiyati Ghazali di bawah.\nBaca juga: Sedap Rupanya Ayam Goreng Viral Ni, Rahsianya Terletak Pada Bawang Putih\nResipi Ayam Kak Wok\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ayam (yang kecil)\nBawang putih \u2013 ditumbuk\nCili kisar\nSerbuk sup 1 sudu makan\nPerencah ayam maggie\nGaram\nAjinamoto\nTepung beras @ tepung jagung\nTelur sebiji\n\nCara-cara:\n1. Ayam dicincang kecil lalu dibersihkan. Toskan sehingga kering.\n2. Satukan ayam bersama semua bahan kecuali tepung beras atau tepung jagung.\n\n3. Gaulkan sehingga semuanya sebati. Kemudian masukkan tepung beras atau tepung jagung. Gaul rata.\n\n4. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam tadi sehingga masak.\n\n5. Hasilnya selepas siap digoreng. Selamat mencuba!\n\nKredit: Puan Aiza Irmiyati Ghazali\nBaca juga: Resipi Ayam Tiram Thai Versi Khairul Aming, Nampak Menyelerakan Betul!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-kalio-masakan-padang/", "title": "Resipi Ayam Kalio Yang Sedap & Pedas, Masakan \u2018Padang\u2019 Yang Digemari Ramai", "body": "\nKalio Ayam adalah salah satu dari resepi Minang yang digemari ramai. Masakan Minang jika dilihat dari bahan-bahan yang digunakan, tidak jauh berbeza dengan masakan Melayu di negara kita. Ya lah nama pun serumpun.\nLagi banyak bahan lagi banyak rencahnya kerana ayam kalio ini sedap dimasak lama dan pekat. Ketika dimasak, memang semerbak sahaja bau nya. Rasanya pun sedap dan lain dari masakan seharian.\nJom lihat resipi lengkapnya di bawah yang telah dikongsi oleh Yusuf Suhaida. Semoga bermanfaat.\nCara Masak Ayam Kalio\n\nBahan A:\n\nBawang merah\nBawang putih\nHalia\nLengkuas\nKetumbar (1 tsp)\nCili kisar (3 tbsp)\n\nBahan B:\n\nSerai (titik)\nSantan cair\n\nBahan C:\n\nDaun limau purut\nDaun bay leaf/ Salam\nDaun kunyit (hiris)\n\nBahan D:\n\nSantan pekat\nAir\nGaram\nPerasa\n\nBahan lain:\n\nCili api\n\n\nCara-cara memasak:\n1. Kisar bahan-bahan A, dan tumis sehingga sedikit pecah minyak.\n2. Masukkan bahan B, masak sekejap sehingga kering.\n3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap.\n4. Tambahkan bahan C dan bahan D. Gaul rata.\n5. Perasakan dengan garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat.\n6. Tambah cili api dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Yusuf Suhaida\nBaca juga: Kari Ayam Bangladesh, Resipi Viral TikTok, Makan Dengan Nasi Panas Padu Gais!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-kicap-kuah-pekat-melekat-memang-sedap-tak-terkata/", "title": "Resipi Ayam Kicap Kuah Pekat Melekat, Memang Sedap Tak Terkata!", "body": "\nJika anda penggemar masakan pedas, wajib cuba buat Ayam Kicap Kuah Pekat Melekat ini. Cara membuatnya juga sangat ringkas tapi perlu ikut langkah-langkah yang betul supaya kicap terasa sampai ke bahagian dalam isi.\nSatu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain. Makan dengan nasi putih panas-panas memang nikmat, confirm\u00a0bertambah.\nKalau anda nak cuba buat sendiri di rumah, ikut sahaja resipi hasil perkongsian oleh Nurul Jannah di bawah. Boleh masak untuk makan tengahari atau makan malam nanti. Selamat mencuba!\nResipi Ayam Kicap Kuah Pekat Melekat\n\nBahan-bahan perap ayam:\n\n\n1kg ayam\n\n\n1sk serbuk kunyit\n\n\n1sk garam\n\n\nCara-cara membuat perapan ayam:\n\nGaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam.\nPanaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.\nAngkat dan ketepikan.\nBuang sedikit minyak untuk membuat sambal kicap.\n\nBahan-bahan sambal kicap:\n\n\n3 ulas bawang putih\n\n\n1 inci halia\n\n\n2 batang serai\n\n\n1 biji bawang besar\n\n\nSedikit bawang holland\n\n\n4 biji cili padi merah\n\n\nAir asam jawa\n\n\n1/2 kiub pati ayam\n\n\n1 inci gula melaka\n\n\n1/2 sk rempah kari daging\n\n\nKicap\n\n\nSos tiram\n\n\n2 helai daun pandan\n\n\n2 tangkai daun kari\n\n\nSedikit air\n\n\nCara-cara membuat sambal kicap:\n\nTumbuk bawang putih, halia, bawang besar dan cili padi. (masuk satu per satu)\nTumis bahan tumbuk dan masukkan serai yang sudah diketuk sehingga pecah minyak.\nMasukkan daun kari dan gaul sebati sehingga naik bau.\nMasukkan pula rempah kari daging dan gaul sebati dan masukkan juga sedikit air.\nSeterusnya masukkan gula melaka, kicap manis, sos tiram, air asam jawa dan daun pandan. Gaul sebati.\nAkhir sekali, masukkan ayam kunyit yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Kemudian tutup tudung kuali, biarkan ayam empuk dan supaya kicap meresap ke dalam ayam.\nSekali sekala buka tudung kuali dan gaul sebati. Masukkan juga kiub pati ayam, gaul rata dan tutup semua tudung kuali.\nBiarkan sehingga kuah pekat dan melekat pada ayam. Kemudian baru masukkan bawang holland yang dihiris nipis.\nTutup api dan siap!\n\n\nBahan-bahan sambal gesek:\n\n\n3 ulas bawang putih\n\n\n2sb air asam jawa (bancuh pekat-pekat)\n\n\n1 biji bawang besar\n\n\n7 biji cili padi merah\n\n\n25 biji cili padi burung hijau\n\n\n1/2 inci belacan\n\n\nCara-cara membuat sambal gesek:\n\nTumbuk kasar bawang putih, bawang besar, cili padi merah, cili padi burung hijau dan belacan.\nPanaskan sedikit minyak, masak bahan tumbuk tadi sehingga layu dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.\nGaul rata sehingga sambal gesek masak dan layu sedikit.\n\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Nurul Jannah (Video)\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-kicap-mayonis-yang-lazat-sedap/", "title": "Resipi Ayam Kicap Mayonis Yang Lazat, Sedap Sampai Menjilat Jari!", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan ayam? Apa kata jom cuba masak ayam kicap mayonis yang lazat dan menyelerakan ini.\nAnak-anak dan suami pun dijamin akan suka, makan nasi bertambah-tambah! Resipi di bawah merupakan hasil perkongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Jom cuba!\nCara Buat Ayam Kicap Mayonis\nBahan-bahan:\n\nKicap manis\nSos cili\nMayonis\nBawang putih 5 ulas dicincang haluss\nBawang besar (dipotong)\nSerai [email\u00a0protected] batang diketuk\nTomato 3biji (2 biji dicincang haluss, sebiji lagi potong dadu untuk hiasan)\nAyam yang telah siap digoreng\nUbi kentang yang telah siap digoreng (ini ikut suka nak letak @ pun tidak)\n\nCara-caranya:\n1. Tumis serai sehingga wangi. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga garing.\n\n2. Bila dah garing, masukkan tomato cincang. Masak sehingga tomato hancur dan tambahkan air.\n\n3. Bila tomato dah hancur masukkan sos cili, kicap. Nak pedas boleh letak lebih, nak rasa masin manis boleh lebihkan kicap. Gaul sebati.\n\n4. Bila dah sebati barulah masukkan mayonis. Sukatan ikut suka, lagi banyak lagi pekat kuah.\n\n5. Bila mayonis dah sebati, masukkan ayam dan gaul rata.\n6. Akhir sekali masukkan ubi kentang yang sudah digoreng, tomato yang dipotong dadu dan bawang besar.\n\n7. Masak sampai pecah minyak dan sedia untuk dihidang.\n\nKredit: Fairuz Abu Hassan\nBaca juga: Begini Cara Masak Ayam Paprik Yang Lagi Padu, Confirm Tak Order Kat Kedai Dah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-kicap-simple-dari-arwah-ibu/", "title": "Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Kicap Simple Dari Arwah Ibu, Nampak Sedap!", "body": "\nJom cuba resipi ayam kicap simple yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh\u00a0di bawah ini.\nMenurut beliau, resipi tersebut merupakan hasil yang dipelajari dari arwah ibunya.\nKalau kalian tiada idea nak masak apa, bolehlah cuba masak menu ini nanti ya. Selamat mencuba!\nBaca juga: Bapa Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ayam Rangup, Anak Mesti Naik Selera!\nRESIPI AYAM KICAP SIMPLE\nBahan-bahan:\n\nAyam 1 ekor \u2013 dipotong kecil\nSerai 2 btang dihiris nipis\nHalia seinci\nBawang putih 6 ulas\nCili kering kisar 1 senduk\nSos cili 3 sudu\nSos tomato 3 sudu\nSos tiram 2 sudu\nKicap pekat 3 sudu\nBawang besar \u2013 dipotong bulat\nCili besar \u2013 dihiris nipis\n\nCara-cara:\n\nCuci bersih ayam. Gaul dengan garam, ajinamoto dan kunyit.\nGoreng ayam sehingga separa masak, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.\nTumbuk serai, halia dan bawang putih sehingga halus dan lumat.\nTumiskan bahan tumbuk sehingga perang.\nMasukkan cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.\nMasukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.\nPerasakan dengan garam, ajinamoto dan gula.\nSeterusnya masukkan bawang besar dan cili besar.\nAkhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.\nSiap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Yayar B. Awang Noh\nBaca juga: Cara Buat Ayam Goreng Ala Mamak, Rangup Krup Krap Tak Boleh \u2018Stop\u2019 Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-kicap-yang-meleleh-tak-puas-makan/", "title": "Resipi Ayam Kicap Yang \u2018Meleleh\u2019, Tak Puas Makan Dengan Nasi, Siap Ratah!", "body": "\nDah biasa masak ayam kicap? Apa kata kali ini jom cuba resipi ayam kicap versi \u2018meleleh\u2019 ini pula.\u00a0Confirm\u00a0makan tak toleh kiri kanan dah.\nAda satu lauk ini pun dah cukup makan dengan nasi panas-panas. Bahan-bahan dan cara penyediannya juga tidak renyah dan mudah.\nJom cuba masak nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Puan Ameera di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Ayam Kicap Yang \u2018Meleleh\u2019\nBahan-bahan:\n\nAyam (lumur kunyit dan garam)\nBawang putih 6 ulas\nBawang merah kecil 6 biji\nBawang besar 1 biji\nHalia besar ibu jari\nSerai 1 batang\n1 batang kulit kayu manis\nDaun kari\nRempah ayam 1 peket kecil\n4 sudu makan kicap kipas udang manis\n1 sudu makan kicap pekat\n3 biji cili padi (belah 2)\nGula dan garam\n\nCara-cara:\n1. Goreng ayam yang sudah dilumur garam dan kunyit.\n\n2. Tumbuk bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar dan halia.\n\n3. Guna minyak goreng ayam tadi, kalau banyak buang sikit. Masukkan serai dan titikkan.\n\n4. Masukkan juga kulit kayu manis, daun kari dan bahan tumbuk tadi.\n\n5. Tuangkan 1 paket kecil rempah ayam.\n\n6. Letakkan sedikit sahaja air kerana nak rempah masak sehingga pecah minyak.\n\n7. Tuangkan kicap kipas udang manis.\n\n8. Masukkan juga kicap pekat untuk menghitamkan kuah.\n\n9. Masukkan juga cili padi. Kalau tak suka pedas, tak perlu letak.\n\n10. Masukkan 1 sudu makan gula dan sedikit garam.\n\n11. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.\n\nSiap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Ameera\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-masak-bali/", "title": "Resipi Ayam Masak Bali, Sama Rasanya Macam Makan Kat Kenduri, Rugi Tak Cuba Masak!", "body": "\nJom cuba masak resipi Ayam Masak Bali yang pernah viral sehingga 200k shares ini. Memang ramai penggemar hidangan ini. Memang sama rasanya dengan lauk di kenduri tu.\nAyam Masak Bali ini merupakan hidangan yang dimasak dengan menggunakan lebih banyak kari dan juga serai. Cara memasaknya hampir sama dengan cara memasak ayam masak merah.\nBaca juga: Lauk Kurma Ayam Guna Cara Ekspres, 30 Minit Dah Siap Masak!\u00a0\nRasa dan teksturnya yang seakan masakan ala-ala kenduri memang cukup menyelerakan. Hidangan ini sangat sedap dimakan dengan nasi sedang-sedang panas. Confirm terangkat!\nYang membezakan resipi ini dengan ayam masak merah ialah bahan-bahan yang digunakan. Penggunaan serai dan daun kari yang banyak telah membuatkan rasanya terus berbeza daripada ayam masak merah.\nResipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Naser Almsalmeh. Korang yang tengah buntu nak masak lauk berbuka apa, boleh cuba resipi viral ini.\n\nRESIPI AYAM MASAK BALI\n\nPortion hidangan: 4-5 orang makan\u00a0\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 ekor Ayam\n6-8 batang serai dititik\n8 helai daun kari\n3 sudu besar gula pasir\n2 sudu kecil garam\nKicap manis 5 kali titik\nSerbuk kunyit\nGaram dan secukup rasa\nAir asam jawa\n\nBahan kisar:\n\nSegenggam cili kering yang direbus (kalau nak pedas boleh lebihkan)\n5-6 biji bawang besar\nSeinci halia\nSedikit belacan\nSatu labu bawang putih\n\n*semua bahan kisar perlu dikisar halus\nCara-cara memasak:\n1. Bersihkan ayam. Lumur dengan kunyit dan garam. Goreng dalam 10-15 minit. Ketepikan.\n2. Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai. Sehingga menjadi warna coklat kekuningan.\n3. Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Masak atas api sederhana dan jangan sampai hangus.\n4. Masukkan bahan yang dikisar dan biarkan garing. Biarkan sampai pecah minyak.\n5. Masukkan kicap 5 kali titik, garam dan secukup rasa. Yang suka manis boleh letak gula sikit. Kemudian gaul sebati. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.\n6. Gaul rata dan letak air asam jawa dan biarkan dalam 8-10 minit. Sesuaikan rasa dan kepekatan yang diingini. \n7. Siap untuk dihidangkan.\n\nMudah dan tak leceh pun kan. Ditambah pula rasanya yang sangat sedap sampai menjilat jari! Makan dengan lempeng, roti dan lemang pun sedap.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kepak Ayam Teriyaki Air Fryer, Sedap Dimakan Bersama Nasi Butter Dan Coleslaw\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-masak-bawang-ala-kedai-nasi-kandar/", "title": "Resipi Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar Penang", "body": "\nMenu ayam masak bawang Pulau Pinang ini nampak sedap dan menyelerakan.\nMenerusi perkongsian oleh Che Atie, katanya resipi ini paling terkenal di restoran Nasi Kandar di serata Penang.\nBeliau ada berkongsikan cara membuatnya langkah demi langkah di bawah. Kalau ada yang teringin nak rasa, ikut saja resipi ini. Selamat mencuba!\nResipi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang\nBahan-bahan:\n\nBawang besar selabu dimayang halus\nDaun pandai sehelai dipotong 4\nDaun kari setangkai\nAyam digaul garam kunyit\nDaun pandan\nDaun kari\n4 sekawan\nPes halia bawang putih\nPes bawang besar\n2 sudu serbuk cili\n1sdk serbuk kunyit\n1sdk serbuk jintan manis dan jintan puteh\n1sudu serbuk kari daging\nSetengah sudu garam masala\n1 sudu sos cili, sos tamato dan sos tiram\nGaram dan gula\n\n\nCara-cara:\n1. Goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.\n\n2. Minyak goreng bawang tadi guna untuk goreng ayam pula.\n\n3. Goreng ayam 3/4 masak.\n\n4. Guna 1 senduk minyak goreng ayam tadi. Tumis daun pandan, daun kari dan 4 sekawan.\n\n5. Masuk pes halia bawang putih dan kacau.\n\n6. Masuk pes bawang besar 1 labu yang diblend dengan air. Masuk pes dulu kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.\n\n7. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, jintan manis, jintan putih, serbuk kari daging dan garam masala. Kacau rata.\n\n8. Masuk 1 sudu sos cili, sos tamato dan sos tiram. Kacau.\n\n9. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Garam jangan banyak. Gaul sehingga sebati dan kuah pekat.\n\n10. Masukkan ayam yang digoreng tadi, kacau sehingga sebati.\n\n11. Akhir sekali, masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau rata, siap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Che Atie\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-masak-briyani-mudah-sedap/", "title": "Resipi Ayam Masak Briyani Mudah & Sedap, Isi Ayam Lembut & Terlerai Di Mulut", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan ayam? Jom cuba resipi ayam masak briyani yang mudah dan pasti sedap ini.\nAsyik masak ayam goreng, ayam masak merah, ayam kicap bosan juga kan? Kali ini jom cuba masakan lain pula.\nRESIPI AYAM MASAK BRIYANI\nBahan-bahan:\n\n1 ekor \u00bd ayam potong dan cuci bersih\n\nBahan kisar:\n\n7-8 biji bawang merah\n3 biji bawang besar\n4 biji bawang putih\n4 inci halia\nKisar asing: 15 tangkai cili kering yang telah direbus lembut\n\nBahan rempah:\n\n2 batang serai diketuk\n1 helai daun pandan simpulkan\n2 helai daun bay\n2 sudu besar penuh rempah briyani\n2 sudu besar serbuk cili\n1 sudu besar serbuk ketumbar\n1 sudu besar serbu kari ikan\n1 sudu besar serbuk kari ayam\n1 sudu besar serbuk lada putih\n1 sudu kecil serbuk kunyit\n5 sudu besar sos cili saji\n4 biji buah tomato dipotong dadu\n\nBahan lain:\n\n\u00bd tin susu krimer sejat Saji\nGaram, gula, serbuk perasa secukup rasa\nAir mengikut pekat atau cair kuah yang disukai\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Kacau sesekali untuk elak dari hangus.\n\n2. Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak.\n\n\n3. Masukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yang disukai. Perisakan dengan garam gula.\n\n4. Reneh hingga ayam masak atau boleh reneh lama sedikit biar isi ayam lembut.\n\n5. Siap, selamat mencuba!\nKredit: Aisyah Humaira\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Kicap Simple Dari Arwah Ibu, Nampak Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-masak-daun-kari-marvellous-ini-rupanya-penyedap-rasa/", "title": "Resipi Ayam Masak Daun Kari \u2018Marvellous\u2019, Ini Rupanya Penyedap Rasa", "body": "\nLauk berasaskan ayam memang menjadi \u2018feveret\u2019 sekeluarga. Jom cuba buat ayam masak daun kari.\nLebih senang disediakan jika resipinya simple sahaja.\nBaca juga: Keringkan, Simpan Dalam Botol. Daun Kari Tahan Lama Sampai Berbulan-Bulan! Bau Kekal Sama\nIkuti perkongsian resipi ayam masak daun kari ini, memang membangkitan selera dengan aroma daun kari dan kuahnya yang pekat.\nSelamat mencuba!\nResipi Ayam Masak Daun Kari\n\n\nBahan-bahan:\nSeparuh Ekor Ayam (goreng dengan serbuk kunyit dahulu)\n1 batang serai (diketuk)\n4 ulas bawang merah kecil (tumbuk)\n2 ulas bawang putih (tumbuk)\n1 inci halia (tumbuk)\n3 sudu besar cili kering\n1 biji tomato (dikisar)\n1 kiub ayam\nSos cili \nAir asam jawa\nSantan\nGaram\nGula\nHiasan:\n6 biji cili padi\nHalf bawang merah besar\nDaun bawang\nDaun kari\nCara-cara memasak:\n1. Tumiskan kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi bersama serai sehingga kekuningan dan keluar bau wanginya.\n2. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng tadi dan sos cili, santan, air asam jawa, cili kering dan tomato secukup rasa.\n3. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan garam, gula dan kiub ayam dan tunggu sehingga ia pekat.\n4. Akhir sekali, boleh masukkan hiasan \u2013 cili padi, bawang besar, daun kari dengan potongan daun bawang. Boleh tutup api dapur.\n\nKredit resipi: Siti Fatimah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-masak-halia-simple-tapi-sangat-membangkitkan-selera/", "title": "Resipi Ayam Masak Halia, Simple Tapi Sangat Membangkitkan Selera", "body": "\nMenu ayam masak halia memang jadi kegemaran ramai. Walaupun ada yang tak suka sebab halia tu ada rasa pedas pedas tapi bila buat menu ayam masak halia memang sedap dan sangat menyelerakan.\nBahan yang digunakan juga sangat senang, nak masak pun mudah je rupanya! Serius, kalau dapat makan dengan nasi putih panas-panas confirm makan bertambah.\nBaca juga: Ayam Geprek Berempah Extra Spicy, Memang Terangkat Dibuatnya!\nCARA BUAT AYAM MASAK HALIA\nBahan-bahan:\n\nAyam (lumur garam dan kunyit, goreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing)\nBawang merah\nBawang putih\nHalia (kena banyak sikit sebab perlu diksiar dan dihiris)\nCendawan shitake kering\nLada kering\nDaun bawang\n\nCara-cara:\n1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian, tumis sehingga naik bau.\n2. Masukkan sos tiram.\n3. Tambah sedikit air. Kemudian, masukkan ayam. Gaul bagi mesra. Tambah lagi air ikut kesesuaian kuantiti ayam. Boleh masukkan kicap masin untuk dapatkan warna yang lebih menarik. Masakan ini tidak memerlukan kuah yang banyak.\n4. Masukkan cendawan dan lada kering, garam. Biarkan masakan mereneh sekejap.\n5. Sempurnakan rasa dan kepekatan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Akhir sekali, masukkan daun bawang. Tutup api.\n\nKredit: Fie Safiah\nBaca juga: Resipi Ayam Masak Briyani Mudah & Sedap, Isi Ayam Lembut & Terlerai Di Mulut\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-masak-kicap-butter-guna-air-fryer/", "title": "Resipi Ayam Masak Kicap Butter Guna Air Fryer, Hasilnya Ayam Jadi Sangat \u2018Juicy\u2019", "body": "\nJom cuba resipi ayam masak kicap butter menggunakan air fryer ini. Resipi yang mudah dan cepat untuk disediakan.\nKalau guna air fryer, tak perlu susah-susah nak tunggu macam masak atas dapur. Sambil tunggu lauk masak, boleh siapkan kerja rumah yang lain.\nYang paling penting, resipi ini hanya campak-campak saja. Tapi rasa dia memang sedap sangat. Wajib cuba!\nCara Buat Ayam Masak Kicap Butter Guna Air Fryer\nBahan-bahan:\n\n4 ketul ayam\nBawang merah \u2013 potong 4\nBawang holland \u2013 potong kasar\n4 ulas bawang putih \u2013\u00a0 ketuk\nHalia \u2013 hiris kasar\nCili padi \u2013 ikut tahap kepedasan\nCili merah besar \u2013 hiris kasar\nKicap pedas Mahrusi 2tbs\nKicap soya cair 1tbs\n15-20g unsalted butter\nCarrot\nAir\n\nCara-cara:\n1. Gaul semua bahan. Masuk dalam air fryer.\n\n2. Bakar pada suhu 200\u00b0C selama 20 hingga 25 minit. Selepas 10 minit, kalau ayam dah garing, terbalikkan ayam supaya kedua-dua belah masak sekata. (suhu dan masa mengikut\u00a0 jenis air fryer masing-masing).\n\nKredit: Sha Rini\nBaca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-masak-merah-ala-kenduri/", "title": "Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri \u2018Cara Orang Lama\u2019, Tak Guna Sebarang Sos Pun", "body": "\nAyam masak merah ini sememangnya sangat sinonim dengan menu kenduri kahwin. Tapi bila kita cuba masak sendiri, rasa tak sama macam makan di kenduri.\nKalau teringin nak makan ayam masak merah ala kenduri, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said di bawah. Menurutnya, menu ini dipelajari dengan arwah ibunya dahulu.\nBaca juga: Patutlah Air Sirap Kenduri Sedap Lain Macam, Rupanya Ini Resipi Rahsianya\nCARA BUAT AYAM MASAK MERAH ALA KENDURI\nBahan utama:\n\nAyam 1 ekor\nKunyit\nGaram\n\nBahan kisar:\n\nCili kering 2 genggam (rebus dulu)\nBawang besar 1 \u00bd biji\nBawang putih 6-7 ulas\nHalia setengah ibu jari\nBelacan setengah ibu jari\nBuah tomato saiz besar 2 biji\n\nBahan tumis:\n\n3 sekawan\nBawang besar sebiji (hiris)\n1-2 batang serai (titikkan)\n4-5 helai daun pandan (potong atau simpul)\n\nCara-cara memasak:\n\nGaulkan ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.\nCedok minyak dari kuali bekas goreng ayam tadi dalam 3 senduk.\nTumiskan dulu bahan tumis sehingga semuanya layu. Kemudian baru masukkan bahan kisar yang sudah dikisar.\nTumis sehingga semua bahan garing dan pecah minyak.\nAgak-agak bila nampak minyak dah kurang, tambahkan lagi sedikit minyak.\nBila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa.\nKemudian tuangkan sesenduk susu cair.\nBiarkan pecah minyak lagi sekali, tambahkan air kalau terlalu pekat.\nBila dah cukup rasa dan sebati, boleh masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul sekata.\nTaburkan hirisan bawang besar.\nKecilkan api, tutup sekejap kuali dan biarkan ayam mereneh bersama sambal.\n\nSiap untuk dihidangkan! Selamat mencuba.\n\nKredit: Nor Haidah Md Said\u00a0\nBaca juga: Cara Buat Ayam Masak Rose, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri. Pasti Sedap & Menjadi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-masak-sambal-bali/", "title": "Resipi Ayam Masak Sambal Bali Yang Lazat & Mantap, Anak-Anak Mesti Suka", "body": "\nMenu ayam tidak pernah menjemukan. Ayam goreng terutamanya sentissa menjadi kesukaan orang ramai. Tapi kadang-kadang bosan juga asyik makan hidangan tanpa berkuah. Ayam boleh dipelbagaikan menunya. Apa kata jom kita cuba ayam masak sambal bali ini pula.\nBaca juga: 6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah\nCARA BUAT AYAM MASAK SAMBAL BALI\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ayam\n1 biji bawang besar\n1 inci halia\n3 ulas bawang putih\n2 batang serai\n5 helai limau purut\n3 sudu cili kisar\n3 sudu kicap manis\n3 sudu sos tiram\n\u00a03 sudu sos cili\n\nCara-cara memasak:\n1. Gaulkan ayam dengan garam.\n\n2. Kemudian goreng ayam sehingga masak. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.\n3. Guna minyak yang sama goreng ayam, tumis serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah, halia dan bawang putih.\n\n5. Tuangkan sos dan kicap.\n\n6. Masukkan daun limau purut.\n7. Seterusnya masukkan cili kisar. Kacau sekejap sehingga cili pecah minyak.\n\n8. Boleh masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.\n\n9. Masukkan garam, gula dan secukup rasa. Gaul sebati.\n\n10. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Siti Hawa Abdul Aziz\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-pandan-thai/", "title": "Resipi Ayam Pandan Thai Mudah, Sedap Setanding Makan Di Kedai!", "body": "\nResepi Ayam Pandan Thai ini memang sangat sedap dan aromanya sangat harum hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan.\nKalau dah bosan makan ayam goreng, apa kata kita masak ayam goreng gaya orang Siam yang dikenali dengan nama lainnya iaitu \u2018gai hor bai toey\u2019.\nPertama sekali, ayam dipotong kecil dan diperap dengan bahan-bahan disenaraikan di bawah. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya.\nJika anda nak tahu cara penyediaannya yang lengkap, jom kita baca resipi yang dikongsikan oleh Saudari Cheyah Saripuddin di bawah.\nBaca juga: 3 Menu Berasaskan Ayam Ini Wajib Cuba Sepanjang Puasa, Mudah & Sedap!\nResepi Ayam Pandan Thai\n\nBahan-bahan:\n\n1 keping dada ayam (potong dadu)\n12-15 helai daun pandan\n5-6 ulas bawang putih\n3 biji bawang merah\n1/2 inci halia\n1/2 sudu kecil lada hitam\n1 sudu makan sos ikan\n1 sudu makan sos tiram\n2 sudu makan kicap masin\n2 sudu makan kicap manis\nSecubit garam\n1 sudu kecil gula\nMinyak untuk menggoreng\n\nCara penyediaannya:\n1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam sehingga lumat. Masukkan le dalam ayam tadi.\n\n2. Kemudian, tambahkan kesemua bahan lain. Kacau sehingga sebati. Perapkan selama 30 minit.\n\n3. Ambil daun pandan. Buat segi tiga macam ini.\n\n4. Masukkan 1-2 ketul ayam. Tengok pada saiz daun pandan.\n\n5. Ambik bahagian hujung masuk ke celah atas\n6. Tarik ke belakang dan masuk ke poket belakang. Potong daun tu kalau rasa panjang.\n\n7. Goreng sehingga ia masak. Dah siap untuk dihidang bersama nasi ataupun cicah sos kesukaan anda. Selamat mencuba!\n\nKredit: Cheyah Saripuddin\nBaca juga: Resipi Nasi Arab Mandy Ayam, Dijamin Sedap Setanding Macam Di Kedai!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-panggang-ala-ayamas/", "title": "Resipi Guna 3 Bahan Je, Tapi Rasa Sebiji Sama Macam Ayam Panggang Ayamas", "body": "\nTak susah pun nak buat ayam panggang ala Ayamas. Hanya perlu menggunakan 3 bahan yang mudah didapati. Biasanya 3 bahan ini sudah ada di dapur, tak perlu keluar beli dah!\nAnak-anak mesti suka jika ibu-ibu cuba resipi ini, cukup mudah untuk dimasak. Sesuai juga untuk anda yang sedang \u2018berjimat\u2019 kerana tidak menggunakan banyak bahan.\nWalaupun hanya guna 3 bahan, hasilnya cukup lazat dan menyelerakan. Tak perlu susah-susah nak hiris bawang, halia, serai dan sebagainya. Jom cuba!\nBaca juga: Cara Rebus Ayam Kampung Supaya Cepat Lembut, Baru Jimat Gas!\nRESIPI AYAM PANGGANG ALA AYAMAS\nBahan-bahan:\n\nAyam seekor potong 10\nSos tiram \nKicap manis\n Sos cili\n\nCara-caranya:\n1. Cuci bersih ayam yang sudah dipotong kepada 10 bahagian.\n2. Kemudian rebus ayam sehingga masak tapi jangan terlalu lama.\n3. Angkat ayam dan toskan.\n3. Seterusnya salut ayam dengan sos cili, kicap manis dan sos tiram. Perapkan seketika.\n\n4. Ayam sedia untuk digoreng dalam minyak panas. Goreng jangan terlalu lama, cukup sekadar untuk menggaringkan bahagian luar ayam saja kerana isi ayam sudah masak semasa direbus tadi.\n5. Angkat ayam dan toskan. Sedia untuk dihidang, selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: @MalaysiaFoods\nBaca juga: Perap Ayam Goreng Dengan \u2018Bahan\u2019 Ini, Confirm Jadi Lebih Sedap Dari Biasa!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-perap-mayo-jilat-jari-boleh-pilih-nak-goreng-atau-bakar/", "title": "Resipi Ayam Perap Mayo Jilat Jari, Boleh Pilih Nak Goreng Atau Bakar", "body": "\nKalau ibu-ibu sudah jemu asyik masak menu yang sama atau sudah kering idea nak masak masakan apa dengan menggunakan ayam, boleh cuba resipi Ayam Perap Mayo ini.\nRasanya sangat sedap kerana telah diperap dengan mayonis yang berlemak, sesuai untuk digoreng atau dibakar. Bahan yang digunakan juga sangat mudah\u00a0dan tidak rumit.\nBerikut merupakan perkongsian resipi oleh Ezani Hana Syafniza untuk rujukan anda semua. Boleh dibuat untuk makan tengahari nanti untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!\nResipi Ayam Perap Mayo\nBahan-bahan:\n\n\nAyam ikut suka berapa banyak\n\n\n\nHalia\n\n\n\nBawang Putih\n\n\n\nMayonis\n\n\n\nSos Tiram\n\n\n\nKicap (saya pakai kicap manis)\n\n\n\nHoney\n\n\n\nSerbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam\n\n\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk bawang putih dan halia.\n\n2. Campur semua bahan dan gaul sebati. Boleh ubah kuantiti bahan mengikut citarasa masing-masing. Jika mahu rasa manis atau lebih berlemak, lebihkan madu dan mayonis.\n\n3. Perap selama 5 jam ke atas.\n\n4. Sedia untuk digoreng atau dibakar. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ezani Hana Syafniza\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-rica-rica-dari-indonesia/", "title": "Resipi Ayam Rica-Rica Dari Indonesia, Sedap & Pedas Menyengat!", "body": "\nAsyik masak ayam masak kicap atau ayam masak merah bosan juga kan? Kali ini jom cuba kelainan pula, resipi Ayam Rica-Rica dari Indonesia.\nJika suka masakan pedas, bolehlah cuba resipi ini. Cukup mudah disediakan dan sesuai dimakan dengan nasi panas.\nBerikut merupakan perkongsian resipi daripada Puan Nurul Ateekah.\nAyam rica-rica adalah hidangan ayam panas dan pedas Indonesia. Ia terdiri dari ayam yang dimasak dengan cili padi merah dan cili padi hijau pedas. Asal hidangan ini adalah dari masakan Minahasan Sulawesi Utara. Bagi yang mengemari pedas, boleh cuba rasa masakan ini. Masakan ini sudah menjadi kegemaran saya.\nCara Masak Ayam Rica-Rica\nBahan-bahan:\n\n1 kg ayam (dipotong)@9 ketul paha ayam\n15 keping daun limau purut (Dibuang tangkai tengah)\n1 helai Daun pandan muda(dipotong)\n1 batang serai dikatok\n4 biji bawang merah (dihiris)\n3 biji bawang putih (dihiris)\nDaun salam 2 helai\n100ml air\nGaram (jika perlu)\n1 kiub ayam\n\nBahan-bahan kisar:\n\n2 buah keras\n2 cm kunyit\n2 cm halia\n1 biji tomato\n\u00bd sudu kecil serbuk lada putih\nBawang merah 5 biji\nBawang putih 3 ulas\n15 batang cili padi\n3 batang cili merah\n\nCara memasak:\n1. Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.\n2. Guna \u00bd cawan baki minyak goreng ayam tadi, tumis serai sehingga naik bau.\n\n3. Masukkan pula bawang putih dan bawang merah, masak sehingga layu dan seterusya masukkan bahan yang sudah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.\n\n4. Letakkan daun pandan, daun salam dan daun limau purut.\n\n5. Kemudian, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi diikuti dengan kiub ayam dan air.\n\n6. Masak sehingga kuahnya sedikit kering. Gaul rata.\n\n7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\nKredit: Nurul Ateekah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-roasted-guna-air-fryer/", "title": "Sedap \u2018Giler\u2019 Macam Kat Hotel, Ini Rahsia Buat Ayam Roasted Guna Air Fryer Je", "body": "\nMudah je sekarang kalau nak buat ayam roasted, guna air fryer je. Tak perlu pakai oven dah.\nTapi ada rahsia kalau nak jadikan ayam roasted lagi sedap rasanya.\nNak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian dari Wander Asia di bawah.\nRESIPI AYAM ROASTED GUNA AIR FRYER\n\nBahan-bahan:\n\nDaging ayam\nBawang putih (dicincang)\nSerbuk lada hitam\nSos tiram\nKicap\nGula\n1 sb Tepung jagung\n\nCara penyediaannya:\n1. Potong beberapa ketul ayam, pilih bahagian thigh untuk kenikmatan berganda.\n\n2. Masukkan bawang putih, serbuk lada hitam, sos tiram, kicap dan gula.\n\n3. Masukkan tepung jagung. Gaul sekata.\n\n4. Perap selama setengah jam.\n\n5. Bakar pada suhu 180\u00b0C selama 20 minit menggunakan air fryer. Balikkan dan bakar 10 minit lagi.\nHasilnya.\n\nSumber: Wander Asia\nBaca juga: 10 Resipi Ayam Guna Air Fryer Paling Mudah, Sedap & Menyelerakan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-sira-pedas/", "title": "Ibu Ini Kongsi Resipi Ayam Sira Pedas, Sekelip Mata Anak-Anak Makan Sampai Licin!", "body": "\nKadang-kadang tiada idea nak masak apa guna ayam kan? Bosan juga asyik masak ayam kicap, ayam masak merah ataupun ayam goreng. Apa kata jom cuba Resipi Ayam Sira Pedas ini pula.\nResipi ini telah dikongsi oleh Puan Fuza Abas di Facebook menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Menurutnya, anak-anak sangat menggemari menu ini sehingga meminta berulang kali.\nCara Buat Ayam Sira Pedas\nBahan-bahan:\n\nAyam 1 ekor potong kecil.\n\nGaul ayam bersama garam dankunyit, serta bedakkan guna tepung jagung kemudian terus goreng sehingga garing.\nBahan untuk sos:\n\n1 labu bawang putih diketuk\n7 tangkai daun kari\n2 senduk cili blend\nGaram & madu/gula secukupnya\n\nCara-caranya:\n\nTumis bawang putih dan daun kari guna lebihan minyak goreng ayam tadi.\nMasukkan cili kisar.\nBila\u00a0 cili dah masak, masukkan garam dan gula secukupnya.\nTuangkan air sikit.\nBila kuah dah agak pekat, bolehkah terus masukkan ayam goreng. Gaul-gaul dengan cepat sehingga mesra.\n\n\nBoleh goreng asing daun kari dan tabur atas. Lagi sedap. Siap! Selamat mencuba.\n\n\n\n\nLauk ni rasa pedas, manis dan makan sekali dengan daun kari tu memang ngam rasanya.\n\nKredit: Fuza Abas\nBaca juga:\n\n\nAyam Tumis Serai Yang Mudah, Ringkas Dan Sedap, Ikut Resipi Ini\n\n\nResipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-sweet-sour-yang-mudah-mengiurkan/", "title": "Resipi Ayam Sweet Sour Yang Mudah & Mengiurkan, Rasa Memang Padu!", "body": "\nTak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Apa kata jom cuba masak ayam sweet sour yang mudah dan menyelerakan ini.\nAnak-anak pasti akan suka sangat kalau masakan seperti ini. Yang penting, ibu-ibu akan seronok kalau tengok anak makan berselera kan? Selamat mencuba!\nResipi Ayam Sweet Sour\n1. Untuk bancuhan ayam. Bancuh dengan tepung jagung, sebiji telur yang dipukul dan secubit soda bikarbonat.\n\n2. Goreng sehingga masak dan keperangan.\n\n3. Bahan-bahan untuk tumisan. Kuantiti terpulang atas anda. Bahannya ialah capsicum, cili merah (ganti capsicum merah pasal mahal nak mampus, carrot, bawang merah, bawang putih, dan halia (optional).\n\n4. Tumis sekejap.\n\n5. Kemudian masukkan sesudu kicap cair.\n\n6. Gaul sebati, angkat dan ketepikan.\n\n7. Untuk kuah. Masukkan sos cili dan sos tomato.\n\n8.\u00a0Masukkan sedikit air, satu sudu kecil sos ikan, bancuhan tepung jagung, sedikit lada sulah dan sedikit garam. Rasa sedikit supaya secukup rasa dan tambah apa yang terkurang.\n\n9. Kemudian masukkan isi ayam yang digoreng tadi.\n\n10. Dan sayur-sayuran. kuatkan api dan gaul sekejap bagi rata kesemuanya.\n\n11. Siap!\n\nKredit: Wan Luqman\nBaca juga: Resipi Ayam Kicap Yang \u2018Meleleh\u2019, Tak Puas Makan Dengan Nasi, Siap Ratah!\nBaca juga: Kari Ayam Bangladesh, Resipi Viral TikTok, Makan Dengan Nasi Panas Padu Gais!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ayam-tiram-thai/", "title": "Resipi Ayam Tiram Thai Versi Khairul Aming, Nampak Menyelerakan Betul!", "body": "\nSebut sahaja nama Khairul Aming pastinya ramai mengenalinya. Beliau dikenali dengan video-video masakan yang sempoi. Malah resipi-resipi yang dikongsikan juga sangat mudah untuk dicuba dan diikuti. Salah satu resipi yang \u2018viral\u2019 adalah resipi Ayam Tiram Thai.\nBoleh dikatakan, semua video masakan beliau telah menjadi fenomena dan\u00a0 menjadi inspirasi kepada mereka yang baru menjinak-jinak dalam masakan. Turut memberi ilham buat penonton untuk memasak juadah makan tengahari atau makan malam.\nNak tahu cara memasaknya? Jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Ayam Tiram Thai Versi Khairul Aming\n\nBahan-bahan perapan ayam:\n\n10 ketul ayam\n3 sudu besar sos tiram\n2 sudu besar kicap manis\nGaram/secukup rasa\n1 sudu besar minyak masak\n\nCara-cara penyediaan perapan ayam:\n\nSatukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.\nBakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200\u00b0C selama 20 minit.\n\nBahan sos:\n\n5 ulas bawang putih\n4 biji cili padi merah\n1 sudu besar sos tiram\n3 sudu kecil kicap cair\n2 sudu besar gula\n1 biji perahan limau nipis/lemon\nDaun ketumbar yang dipotong halus\n\nCara-cara penyediaan sos:\n\nSatukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.\nMasukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.\nAkhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Raja Siti Afiqah Azmi\nBaca juga: Terliur Nak Makan Croissant Cicah Coklat Panas Ala Di Paris? Khairulaming Kongsi Cara Pesan Di Starbucks\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-baby-cakoi-baby-donut-yang-lembut/", "title": "Resipi Baby Cakoi & Baby Donut Yang Lembut Sampai Ke Malam", "body": "\u00a0\n\nPetang-petang teringin nak makan kuih yang gebu dan lembut seperti baby cakoi. Makan panas-panas lepas goreng lagi ngam.\nNak keluar beli malas pula kan,\u00a0haa\u00a0apa kata jom buat sendiri kuih kat rumah. Sekali buat dapat banyak, puas hati makan. Jimat pun jimat!\nJom cuba resipi baby cakoi dan baby donut yang dikongsi oleh Missz Amira di bawah.\nRESIPI BABY CAKOI & BABY DONUT\nLangkah 1:\n\n3 cawan tepung gandum\n2 sb marjerin/mentega/butter\n1 sk garam\n\nCara-cara:\n1. Campur semua bahan dan gaul sampai menjadi serbuk roti (macam dalam gambar).\n\nLangkah 2:\n\n1 cawan air suam\n2 sb susu pekat\nGula 1 sb\n1 biji telur\n1 sb yis\n\nCara-cara:\n1. Campur semua dan kacau sebati. Kemudian terus masukkan ke dalam tepung tadi.\n\nLangkah 3:\n1. Uli sampai sebati macam dalam gambar. Doh memang sedikit lembut, tapi bila dah kembang akan lebih gebu dan senang untuk dibentuk.\n\n2. Biarkan doh naik kembang 2 kali ganda dari asal (dalam masa 30 minit hingga 1 jam mengikut cuaca, yis, doh).\n3. Bila dah naik kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin.\nLangkah 4:\n1. Untuk elak melekat pada tangan, sapukan tepung gandum pada tangan ketika membentukkan baby cakoi dan donut.\n2. Cara bentukkan baby cakoi, gelekkan doh atas papan sehingga panjang dan potong mengikut saiz yang diingini kemudian kepitkan antara dua.\n\n3. Cara bentukkan baby donut pula, bulatkan doh kemudian tekan leper dan tekap menggunakan penutup botol/nozel.\n\n4. Biarkan doh naik kembang 2 kali ganda.\n5. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian goreng menggunakan api sederhana.\nKredit: Missz Amira\nBaca juga: Rahsia Kejelitaan Kuih Cek Mek, Kuih Tak Buncit & Tak Keluar Air Gulanya Bila Digoreng\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-baby-pancake-viral/", "title": "Resipi Baby Pancake \u2018Viral\u2019, Dah Sejuk Pun Masih Lembut Lagi!", "body": "\nBagi mereka yang suka mencuba makanan-makanan viral pasti tahu mengenai\u00a0baby pancake ini.\nSaiznya yang kecil dan comel juga menarik perhatian ramai. Beli satu bekas\u00a0confirm\u00a0tak cukup.\nApa kata jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian Cik Dayang Zuhaila di bawah.\nBuat sendiri boleh letak\u00a0topping\u00a0mengikt citarasa masing-masing. Selamat mencuba!\nCARA BUAT BABY PANCAKE VIRAL\nBahan-bahan:\n\n150g tepung gandum\n200g susu full cream\n35g butter\n35g gula kastor\n2 tsp baking powder\n1/2 tsp garam\n1 tsp vanilla powder\n1 biji telur\n\nCara-cara:\n1. Satukan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar semuanya sehingga sebati dan tidak berketul.\n\n2. Kemudian tapis adunan supaya tekstur pancake menjadi lebih halus.\n\n3. Tuangkan adunan ke dalam botol acuan.\n\n4. Panaskan kuali. Sapukan sedikit butter.\n\n5. Masak pancake mengikut saiz kesukaan masing-masing lebih kurang 10 minit. Guna api perlahan.\n\n6. Akhir sekali letak topping mengikut citarasa masing-masing.\n\nKredit: Cik Dayang Zulaikha\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Mini Pancake Lain Dari Biasa, Anak Pun Teruja Nak Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bakwan-yang-mudah-super-rangup/", "title": "Resipi Bakwan Yang Mudah, Kena Ikut Teknik Ini Baru Lagi Super Rangup", "body": "\nWajib cuba resipi bakwan yang sangat mudah ni. Lagi sedap kalau dapat makan bakwan panas-panas yang rangup kan. Cicah pula dengan sos homemade lagi sedap!\nSesuai dimakan ketika sarapan ataupun untuk minum petang bersama seisi keluarga. Kalau ada nak cuba buat, ikut saja resipi di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Buko Pandan Filipina, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!\nResipi Bakwan Yang Mudah & Rangup\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung gandum*\n1 sudu tepung beras*\n4 sudu tepung bestari pedas* (jika ada)\n1/2 cawan udang geragau kering*\n1 biji telur* (tak ada pun tak apa)\nSedikit garam*\n1 1/2 cawan lobak merah sagat**\n1 1/2 cawan taugeh**\n1 1/2 cawan hirisan kobis**\n5 tangkai daun kucai**\n1 labu bawang besar hiris**\n\nCara-cara:\n1. Bancuh bahan bertanda (*) dengan air sejuk. Agak-agak jangan terlalu pekat dan jangan cair.\n2. Masukkan pula bahan bertanda (**). Gaul rata.\n\n3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Sendukkan sedikit adunan, goreng nipis-nipis supaya lebih rangup. Cara goreng seperti gambar di bawah.\n\n4. Goreng sehingga garing dan berwarna keemasan.\n\n5. Angkat dan toskan.\n\n\u00a0\nBahan-bahan sos pencicah:\n\n2 biji lada merah\n1 ulas bawang putih\n1/2 sudu gula pasir\n4 sudu sos cili\n4 sudu air panas\n\nCara-cara:\n\nTumbuk lumat lada merah, bawang putih dan gula pasir. Campurkan dengan sos cili dan air panas.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Siti Khajar\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bancuhan-inai/", "title": "Resipi bancuhan Inai Kurang Dari RM5, Hanya Guna 3 Bahan Ini Je", "body": "\n\nTidak kira bakal pengantin atau bukan, memang ramai wanita yang suka memakai inai.\nDalam keadaan daun inai yang mungkin sukar untuk mendapatkannya, ini ada langkah-langkah membuat inai sendiri seperti yang dikongsikan oleh Rosdiana Dian ini.\nCaranya lebih mudah dan cepat kerana ia hanya menggunakan modal kurang daripada RM5 dengan tiga bahan sahaja.\nBaca juga: Pakar Kongsi Petua Kurangkan Batuk Yang Berlarutan, Boleh Cuba Kala \u2018Musim Demam\u2019 Ni\nMalah hasilnya juga akan menjadikan inai anda lebih merah, cantik dan tahan lama.\nResipi Bancuhan Inai Homemade\n\n\nBahan-bahan:\n1. Kapur sireh/kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku (sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja. Jangan banyak-banyak takut panas, kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.\n\n\n2. Sabun mandi yang jenis ketul/buku (sukatan 2cm persegi). Atau, sabun Axion pun boleh. Ada orang pakai sabun Axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau (kalau Axion dalam sukatan 1 sudu besar).\n\n\n3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakai sirap, ikutlah nak warna apa pun oren, purple, hijau, coklat ke, hitam ke. Siapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau. Itu tak boleh, lain jadinya karang. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).\n\n\nCara Membancuh:\n1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau.\n2. Kemudian sapu rata di kuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.\n\n\nYang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.\nLagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku.\nBukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam kuitik tu (betoi ke mak eja?). Tak caya lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.. Hehehe\u2026\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bancuhan-waffle-rangup-dan-tak-lembik-macam-kedai/", "title": "Resipi Bancuhan Waffle Rangup Dan Tak Lembik Macam Kedai", "body": "\nMenu waffle, antara snek paling senang dan cepat untuk disediakan buat keluarga.\nBukan hanya sesuai untuk sarapan pagi, waffle juga boleh dibuat untuk minum petang. Tentunya waffle yang rangup dan tidak lembik menjadi pilihan.\nDihidangkan pula dengan buah-buahan, madu dan aiskrim, memang sedap tak terkata. Tak perlu lagi beli di kedai, anda boleh buat sendiri di rumah. Hanya ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Asiah.\nResipi Waffle Rangup\n\nBahan-bahan:\n3 cawan tepung gandum \n2 \u00bd cawan air\n\u00be cawan minyak masak \n2 biji telur\nEsen vanila\n2 sudu besar susu tepung \n3 sudu besar gula \n\u00bd sudu teh garam\n1 sudu besar serbuk penaik\n\u00bc sudu besar baking soda\nCara-cara membuatnya:\n1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.\n2. Biarkan adunan selama 10 hingga 15 minit.\n3. Masukkan ke dalam waffle maker dan tunggu hingga masak.\n4. Boleh sapu dengan flavour yang anda suka. Siap!\n\n\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Nor Asiah\n\nBaca juga: Cara Buat Ubi Kayu Goreng Rangup & Lembut, \u2018Ngam\u2019 Betul Makan Sambil Hirup Kopi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bebola-ayam-homemade/", "title": "Resipi Bebola Ayam Homemade. Mudah, Sihat & Dijamin Bersih", "body": "\nRupanya mudah saja cara nak buat bebola ayam homemade. Kualitinya juga dijamin lebih bersih dan bebas tanpa bahan pengawet.\nKalau buat sendiri, ibu-ibu pun tak risau nak bagi makan dekat anak. Letak banyak-banyak dalam masakan pun tak perlu risau.\nBahan yang digunakan juga mudah untuk didapati dan cara membuatnya tidak leceh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan di bawah.\nBaca juga: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!\nCara Buat Bebola Ayam Homemade\nBahan-bahan:\nKuantiti bahan mengikut kesesuaian adunan, jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.\n\nBahagian isi dada ayam (kisar)\nGaram\nSerbuk lada hitam\nBawang putih*\nBawang holland*\nTepung ubi/tepung jagung\nLobak merah*\nDaun sup*\n\nCara-cara:\n1. Potong dadu atau cincang bahan yang bertanda (*).\n2. Masukkan bahan yang dicincang ke dalam ayam yang telah dikisar.\n3. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan tepung jagung. Gaul rata.\n4. Bulat-bulatkan adunan tadi. Sambil itu panaskan air dalam periuk.\n5. Bila air dah mendidih, masukkan bebola tadi.\n6. Apabila bebola mula timbul pada permukaan, boleh diangkat dan toskan airnya.\n7. Siap!\n\nKredit: Zur Ain Salim\nBaca juga: Cara Buat Jejari Ayam Homemade \u2018Isi Padat\u2019, Lagi Sihat Tanpa Bahan Pengawet\nBaca juga: Jom Cuba Resepi Nugget Ayam Homemade Yang Mudah, Anak-Anak Mesti Suka!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bebola-ayam/", "title": "Bebola Ayam Homemade Yang Sihat Dan Lazat, Anak-Anak Pasti Suka!", "body": "\nTak susah pun nak hasilkan menu yang berkhasiat untuk keluarga anda. Sebagai contoh, bebola ayam ni. Oleh kerana kita selalu meletakkan bebola ini dalam masakan apa, kata kita buat versi yang sihat pula.\nKalau ada yang nak berdiet sempena masuk tahun baru, korang boleh cuba juga resipi ini. Boleh buat stok dalam peti ais dan sesuai dicampur dalam sup.\nResipi Bebola Ayam Comel Yang Sihat\n\nBahan-bahan:\n\n500gm dada ayam\n1 biji telur\n1/2 batang carrot sagat\n2 biji bawang merah kecil\n2-3 ulas bawang putih\n1 tangkai daun sup\n1 sudu kecil lada sulah\n2 sudu besar tepung jagung\n1 sudu kecil garam/serbuk perasa\n\nCara-cara:\n\nBlend semua bahan dalam mesin pengisar sehingga lumat.\nPanaskan air yang mendidih.\nBulatkan mengikut saiz yang anda mahu.\nRebus di dalam air yang mendidih tadi.\nBila bebola dah timbul maksudnya ia telah masak.\nAngkat dan sejukkan bebola itu.\nSimpan untuk jadikan frozen.\n\n\n\u00a0\nKredit: Faizol Fawzy\nBaca juga:\nJom Cuba Buat Sup Ayam Mamak Style Yang Sedap & Mudah\nNugget Tempura Homemade Yang Sihat & Lazat\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-belebat-ubi/", "title": "Resipi Belebat Ubi, Kuih Lama Yang Susah Nak Jumpa Sekarang", "body": "\nPenggemar kuih-muih tradisional Malaysia pasti tahu kuih belebat ubi ini.\nSekarang dah susah nak jumpa orang jual kuih ni. Bila teringin, terpaksa buat sendiri.\nHaa jangan risau, kalau ada nak cuba buat sendiri, ikut saja resipi di bawah ya.\nBaca juga: Cara Buat Sira Labu Berkilat, Manisan Wajib Kenduri Kahwin Kelantan\nCARA BUAT BELEBAT UBI\n\nBahan-bahan:\n\n1 ketul keledek ungu\n1 ketul keledek oren\nTepung beras 1 cawan\n3 \u00bd cawan santan\n4 sudu besar gula\n\u00bd sudu teh garam halus\nDaun pisang\n\nCara-cara:\n1. Kukus ubi keledek ungu dan oren. Jangan sampai terlalu empuk, sejukkan, kupas kulit potong dadu.\n2. Bancuh tepung beras, santan, garam dan gula. Kemudian kacau atas api perlahan hingga pekat.\n3. Masukkan keledek yang dikukus & dipotong dadu ke dalam tepung yg dah masak.\n4. Kacau perlahan-lahan jangan sampai hancur.\n5. Ambil sekeping daun pisang yang sudah dilayur. Pakai sudu letak adunan tengah-tengah daun pisang.\n6. Lipat seperti membungkus nasi lemak.\n7. Susun dalam pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Tak perlu lama kerana semua dah masak.\n\nKredit: Imi Aruz\nBaca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman\n\n\n\nBaca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bibimbap-nasi-campur-korea-yang-mudah-sedap/", "title": "Tak Perlu Ke Korea, Ini Dia Resipi Bibimbap Nasi Campur Korea Yang Mudah & Sedap", "body": "\nPeminat drama Korea pasti tahu menu Bibimbap atau bahasa mudahnya, nasi campur Korea.\nWalaupun anda bukan peminat \u2018Korea\u2019, pasti akan tertarik dengan hidangan ini kerana ianya kaya dengan khasiat.\nCara memasaknya juga sangat mudah. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di pasaran. Jom lihat cara membuatnya hasil perkongsian oleh Zurina Zulkefli di bawah.\nResipi Bibimbap Nasi Campur Korea\n\nBahan yang perlu dimasak:\n1. Daging kambing hiris memanjang, perap dengan kicap cair dan sos tiram selama 10 minit. Tak perlu garam.\n2. Lobak merah hiris memanjang, perap dengan secubit garam halus.\n3. Timun Jepun, hiris memanjang dan perap dengan secubit garam halus.\n4. Tauge segenggam, cuci bersih.\n5. Sawi Jepun, ketepikan bahagian yang keras, cuci bersih.\n6. Sebiji telur ayam, cuci bersih.\n\nCara-cara:\n1. Panaskan sesudu kecil minyak masak/minyak bijan. Goreng lobak merah ke atas kuali sehingga lembut.\n\n2. Goreng hirisan timun Jepun sehingga lembut.\n\n3. Masakkan daging kambing yg diperap tadi, api perlahan. Daging tak perlu garing atau kering, biarkan daging masak, lembut dan berjus.\nUntuk tauge dan sawi Jepun, rebus dan toskan. Goreng telur mata, bahagian kuning biarkan sedikit cair.\n\n4. Sediakan mangkuk sederhana besar, letak dua senduk nasi. Saya guna beras Sumo iaitu beras Jepun.\n\n5. Susun bahan yang dimasak pada permulaan tadi. Aturannya, Ratakan nasi, kemudian letakkan telur mata ditengah-tengah.\nSusun sayuran mengelilingi telur mata. Kimchi dan Gochujang (Pes Cili Korea) saya beli di pasaraya.\nKemudian tabur sedikit biji bijan, sedikit sahaja. Tak perlu banyak. Siap, sedia untuk dimakan.\n\n6. Cara makan, gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk.\n\n7. Tekap dengan sudu.\n\n8. Makan dengan rumpai laut pun sedap!\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bihun-goreng-budak-sekolah-campak-campak-je/", "title": "Resipi Bihun Goreng Budak Sekolah, Campak-Campak Je Dah Siap! Laju Anak-Anak Makan", "body": "\nSiapa yang jenis selalu \u2018kuis\u2019 sayur dalam mihun goreng ke tepi pinggan tu, angkat tangan cepat! Haha.\u00a0Yang jenis tak suka makan sayur, jom buat bihun goreng budak sekolah ni.\nApabila sesi baru persekolahan sudah dibuka nanti, ibu-ibu boleh masak sebagai bekal kepada anak-anak. Pasti mereka makan berselera.\nKalau nak cepat dan malas nak membazir sayur sebab nanti akan \u2018terbuang\u2019 juga, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris ini.\nRESIPI BIHUN GORENG BUDAK SEKOLAH\nBahan-bahan:\n\n1 biji bawang besar*\n3 ulas bawang putih*\n1 sudu kecil udang kering*\n2 atau 3 sudu cili kisar\n2 sudu besar sos cili\n1 atau 2 sudu besar sos tiram\n3 sudu besar kicap\n1 sudu besar gula\nSedikit garam\nSerbuk perasa\n3 biji telur\n1 bungkus bihun\n\nCara-cara:\n1. Kisar bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.\n\n2. Masukkan 2 atau 3 sudu cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.\n\n3. Masukkan 2 sudu besar sos cili, 1 atau 2 sudu besar sos tiram dan 3 sudu besar kicap. Kacau sehingga sebati.\n\n4. Letakkan 1 sudu besar gula.\n\n5. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa.\n\n6. Ketepikan sos tumisan, masukkan 3 biji telur.\n\n7. Jangan kacau, biarkan sekejap.\n\n8. Akhir sekali masuk 1 bungkus bihun. Kacau hingga sebati.\n\n9. Hasilnya apabila semua bahan sudah mesra.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Liza Idris\nBaca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Boleh Tahan Sampai Malam\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bihun-goreng-cili-padi-pedas-kebabom/", "title": "Resipi Bihun Goreng Cili Padi, Nampak Biasa-Biasa Tapi Pedas \u2018Kebabom\u2019!", "body": "\nPasti ramai yang dah biasa masak bihun goreng kan? Kali ini apa kata jom cuba masak bihun goreng cili padi pula. Nampak macam biasa-biasa, tapi kebabom pedasnya! Kalau ada yang nak cuba, ikut je resipinya di bawah.\nBaca juga: Resipi Bihun Sup Chinese Style Yang Sedap, Senang Je Nak Masak\nCARA BUAT BIHUN GORENG CILI PADI\nBahan-bahan:\n\nBihun\nUdang\nTelur\nLobak merah\nCili padi hijau\nBawang putih\nBawang besar\nSegenggam ikan bilis\n1 sb Serbuk maggi cukup rasa\n\nCara-cara:\n\nKisar cili padi, bawang putih, bawang besar dan segenggam ikan bilis.\n\nBila dah garing, masukkan udang. Gaul rata.\n\nKetepikan udang tadi, masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak.\n\nHancurkan telur tadi. Gaul rata.\n\nMasukkan lobak merah yang sudah dihiris.\n\nMasukkan bihun dan perasakan dengan maggi cukup rasa. Gaul rata semua bahan.\n\nAkhir sekali taburkan hirisan kasar daun sup. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga berwap.\n\nSiap! Selamat mencuba.\n\n\nKredit: Har Ryea\nBaca juga: Resipi Bihun Soto Yang Mengiurkan, Sup Cukup Rasa Rempah. Wajib Menambah 2, 3 Kali!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bihun-soto-yang-mengiurkan-sup-cukup-rasa-rempah/", "title": "Resipi Bihun Soto Yang Mengiurkan, Sup Cukup Rasa Rempah. Wajib Menambah 2, 3 Kali!", "body": "\nHujung minggu nanti apa kata jom masak menu istimewa untuk seisi keluarga seperti resipi bihun soto ini.\nTengok gambar saja pun dah nampak menyelerakan, belum makan lagi ni.\u00a0Confirm\u00a0menambah!\nKalau ada nak cuba buat nanti, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi di bawah.\nRESIPI KUAH SUP\nBahan-bahan:\n\n3 sekawan\nSebatang serai yang diketuk\n1/2 biji bawang besar kuning\n1 biji bawang merah\n1 ulas bawang putih\n3 sudu rempah sup Baba\u2019s\nAir\nBeberapa ketul ayam tulang dan isi\n1 kiub ayam Knorr\nGaram\n\nCara-cara:\n\nPanaskan sedikit minyak. Masukkan 3 sekawan, serai dan bawang besar kuning.\nKemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar.\nKemudian, masukkan 3 sudu rempah sup Baba\u2019s. Tumis sehingga garing.\nMasukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.\nKemudian, masukkan beberapa ketul ayam. Seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada. Biarkan seketika.\nBarulah masukkan air sebanyak 1 jag besar atau ikut banyak mana kuantiti kuah yang diperlukan.\nSelepas kuah sup mula mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Guna api perlahan sahaja.\nNak masukkan bebola daging pun boleh.\n\u00a0Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali. Siap untuk kuah soto yang super sedap!\n\n\nRESIPI BEGEDIL DAGING\nBahan-bahan:\n\n4 genggam \u2018fries\u2019 / 6 biji ubi kentang\n100 gram daging yang telah direbus (dileraikan)\n3 biji bebola daging Azmy direbus terlebih dahulu (dipotong kiub/tumbuk)\n1/4 biji cili benggala merah (diracik)\n1/4 biji cili benggala hijau (diracik)\n1/4 biji cili benggala kuning (diracik)\n2 inci carrot (dipotong kiub)\n4 tangkai daun sup+bawang (dihiris halus)\n2 genggam bawang goreng\n\n\nCara-cara:\n\nTumbuk kentang sehingga hancur lumat.\nSatukan semua bahan tadi dalam satu bekas bersama kentang yang telah ditumbuk tadi.\nPeraskan dengan 1/2 sudu besar serbuk lada sulah, secubit dua perasa knorr dan secubit serbuk lada hitam. Gaul rata.\nPecahkan dua biji telur bersama bahan tadi. Gaul rata.\nBulatkan begedil mengikut saiz yang disukai, padatkan.\nDalam mangkuk lain, pecahkan 2 biji telur dan kacau.\nCelup begedil yang dibulatkan tadi sepenuhnya dalam bancuhan telur.\nGoreng dalam minyak panas. Angkat setelah kuning keemasan.\n\n\nRESIPI IBU SAMBAL KICAP AWESOME\nBahan-bahan:\n\n2 genggam cili padi hijau\n5 ulas bawang putih\nKicap Jalen lemak manis\n2 sudu kicap pekat\n2 sudu kicap cair\n\nCara-cara:\n\nTips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama, goreng seketika dua bahan ini.\nCili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.\nMasukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.\nTambahkan kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.\nTambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.\nPerasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.\nKisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.\n\nJangan lupa bahan pelengkap semua ni:\n\nSambal kicap meletopss\nBawang goreng\nSuhun goreng\nSerbuk lada sulah siam\n\n\nRahsia penting cikgu nak bagitahu tadi. Cikgu tak guna daun sup. Sebaliknya cikgu ganti dengan daun ketumbar. Daun bawang sekali. Wahhh rasa sup lagi naik. Tak caya cubalah buat nanti. Sedapp sungguh jadinya.\nTips Taugeh dan sawi jadi rangup:\nSelepas dicelur seketika, rendam dalam air sejuk [email\u00a0protected] sekejap untuk mematikan haba yang berbaki. Barulah toskan. Hasilnya nampak kan segar je sayur.\n\nAda bahan-bahan di bawah makinlah bertambah kesedapan soto kita nanti:\n\nFishcake\nFishball putih & kuning\nTauhu pok\n\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Afy Al Habibi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bihun-sup-ala-ala-chinese-style-mudah-sedap-wajib-cuba/", "title": "Resipi Bihun Sup Ala-Ala \u2018Chinese Style\u2019 Mudah & Sedap, Wajib Cuba!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-18 04:34:05\n\n\nBiasanya apabila ingin memesan makanan di restoran, pasti menu bihun sup ini menjadi antara menu yang sering menarik tumpuan para pelanggan. Apa kata korang cuba pula bihun sup ala-ala \u2018chinese style\u2019 ini. Resipinya juga mudah untuk dibuat, jadi boleh lah korang cuba buat resipi ini sendiri di rumah! Jom ikuti perkongsian daripada Ikin Rahman menerusi Facebook.\n\nKredit: Ikin Rahman\nBahan-bahan (sukatan atas masing-masing):\n\nBihun (celur)\nUdang\nFish ball\nFish cake\nSawi jepun\nKiub ayam\nBawang putih (cincang)\nCili api merah & hijau\nChili flakes\nCuka\nKicap cair\n\u00a0\n\nCara-cara:\n\nMula-mula, celurkan dahulu sawi dan bihun dalam air panas.\n \nKredit: Sirap Limau\n\u00a0\nTumis bawang putih yang sudah dicincang sampai perang. Kemudian, angkat separuh kuantiti minyak bersama bawang. Manakala separuh lagi biarkan dalam periuk.\n \nKredit: Rasa\n\u00a0\nMasukkan air dalam periuk dan didihkan. Kemudian, masukkan kiub ayam, fish ball dan udang.Tambahkan garam sekiranya rasa sup itu kurang masin. Renehkan beberapa minit atau sehingga masak.\n\u00a0\nUntuk hiasan bihun, gorengkan fish cake dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, potong fish cake mengikut saiz yang diingini.\n\u00a0\nUntuk membuat sambal, potong cili api, dan kemudian campurkan bersama kicap cair dan sedikit cuka.\n\n\nKredit: Ikin Rahman\nSiap! Boleh dihidangkan bersama bawang putih dalam minyak tadi dan taburkan sedikit cili flakes. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bihun-sup-chinese-style-yang-sedap-senang/", "title": "Resipi Bihun Sup Chinese Style Yang Sedap, Senang Je Nak Masak", "body": "\nCuaca hujan macam ni sedapnya kalau dapat makan makanan yang berkuah seperti bihun sup chinese style ini.\nBahan-bahan dan cara penyediaannya juga tersangatlah mudah.\u00a0Tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Jom cuba masak dengan menggunakan resipi di bawah.\nCara Buat Bihun Sup Chinese Style\nBahan-bahan:\n\nBihun (celur)\nUdang\nFish ball\nFish cake\nSawi jepun\nKiub ayam\nBawang putih (cincang)\nCili api merah & hijau\nChili flakes\nCuka\nKicap cair\n\nCara-cara:\n\nTumis bawang putih cincang sampai perang. Angkat separuh sekali minyak (bawang putih dalam minyak). Separuh lagi biarkan dalam periuk.\nMasukkan air dalam periuk, didihkan. Masukkan kiub ayam, fish ball, udang. Kalau kurang masin boleh tambah garam. Renehkan beberapa minit. Siap kuah!\nGoreng fish cake dan potong.\nCelurkan sawi dalam air panas. Celurkan bihun dalam air panas.\n\nCili : Kicap cair + cili api yang dipotong + cuka sikit.\n\nBoleh dihidangkan bersama bawang putih dalam minyak tadi, tabur cili flakes sikit.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Ikin Rahman\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bihun-sup-tumis-darat-siap-dengan-sambal-kicap/", "title": "Resipi Bihun Sup Tumis Darat, Siap Dengan Sambal Kicap Padu. Sedap Tak Terkata!", "body": "\nSajian bihun sup mungkin ramai yang sudah biasa buat kan?Kali ini apa kata jom cuba resipi bihun sup tumis darat ni pula.\nResipi ini merupakan hasil perkongsian oleh saudari Teratak Eja. Lengkap dengan resipi sambal kicap yang padu.\nRESIPI KUAH BIHUN SUP TUMIS DARAT\nBahan-bahan:\n\nSekilo daging potong besar\n2 inci halia\n1 inci Lengkuas\n3 biji bawang merah dimayang\n10 biji bawang putih\nRempah bunjut sup tulang\nAir secukupnya\n\nCara-cara:\n1. Dalam periuk, masukkan semua bahan. Masak macam biasa sehingga daging empuk. Guna api perlahan saja.\n2. Reneh sup sampai daging cukup masak. Boleh letak garam, ajinamoto, asam keping dan cukup rasa.\n\n3. Untuk tumis darat pula, panaskan minyak dan tumis 3 biji bawang merah mayang, 1 labu bawang putih mayang dan 4 sekawan (ambil yang dalam sup tadi).\n\n4. Goreng sehingga warna perang. Angkat dan masukkan dalam periuk berisi daging tadi.\n\n5. Potong nipis daging bila dah betul-betul masak.\n\n6. Bawang goreng homemade. Mayang halus bawang merah rose, gaul dengan tepung beras baru goreng.\n\nRESIPI SAMBAL KICAP\nBahan-bahan:\n\nBawang merah\nBawang putih\nKicap\nGaram\nGula\nCuka\nCili (kisar)\n\nCara-cara:\n1. Goreng cili, bawang putih dan bawang merah sehingga layu.\n2. Masukkan dalam pengisar bersama kicap, garam, gula dan cuka.\n\nSiap!\n\nSedia untuk dimakan, selamat mencuba!\n\nKredit: Teratak Eja\nBaca juga: Cara Buat Mi Kari Yang Sedap \u2018Meletup\u2019, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bingka-kelapa/", "title": "Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa", "body": "\nKuih bingka kelapa merupakan salah satu\u00a0kuih tradisional yang sangat sedap. Rasa lemak manis kelapa dan santan serta bau haruman kuih ini ketika dibakar sangat membuka selera.\nTapi sekarang susah nak jumpa orang jual, terutamanya jika tinggal di bandar-bandar besar. Mungkin tiada yang pakar membuatnya.\nKalau terasa nak makan kuih bingka kelapa ni, saudari Nor Khomariah Norrohman\u00a0ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!\nRESIPI KUIH BINGKA KELAPA\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung pulut\n3 cawan kelapa parut (kelapa putih)\n5 sudu makan gula \u2013 jumlah bergantung pada tahap kemanisan masing-masing\n1 biji telur\nSecubit garam\nAir secukupnya- jangan banyak sangat. tengok keadaan adunan\n\nCara memasak:\n1. Satukan tepung pulut, kelapa parut, gula dan garam. Gaul sebati.\n2. Pecahkan telur dalam bekas lain dan barulah dimasukkan ke dalam adunan kelapa. Gaul rata.\n3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Pastikan parutan kelapa masih bioleh dilihan bila diadun.\n4. Rasa sikit adunan bagi uji tahap kemanisan kuih. Ubah suai rasa ikut cita rasa masing-masing.\n5. Ambil acuan kuih cara, sapu minyak pada acuan.\n6. Sudukan adunan ke dalam acuan. Masak atas dapur guna api sederhana.\n\n7. Bila adunan sudah mengeras dan garing di bahagian bawah, alihkan dan sambung bakar di dalam ketuhar atau air fryer. (empunya resipi bakar guna air fryer)\n\n8. Bakar pada suhu 180C salaam 5 minit atau hingga bahagian atas garing.\n\n9. Kuih Bingka Kelapa ini sedap dimakan panas-panas.\n\nKredit resipi & foto:\u00a0Nor Khomariah Norrohman\nBaca juga: Cara Buat Kuih Bakar Pandan Guna Sukatan Mangkuk, Kuih Tradisi Melaka\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bingka-susu-yang-mudah-sedap-simple/", "title": "Resipi Bingka Susu Yang Mudah & Sedap, Simple Je Caranya!", "body": "\nTeringin nak makan bingka tapi tiada stok ubi? Jangan risau, anda boleh cuba resipi bingka susu ini tanpa menggunakan ubi.\nResipi yang dikongsikan oleh Norhayati Basri ini sangat mudah dan senang untuk dicuba. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Jom cuba!\nResipi Bingka Susu Mudah & Sedap\n\nBahan A:\n\n500ml fresh milk\n300gm susu pekat manis\n4 biji telur\n250gm tepung gandum\n30gm gula pasir\nSecubit garam\n\nBahan B:\n\n900ml air\n100gm tepung kastad\n200gm margerine atau pure butter kalau nak lagi lemak\n\nCara-cara:\n\nSemua bahan A sebatikan. Nak senang kisar guna blender. Siap dan ketepikan.\nSatukan air dan tepung kastad, kacau sebati dan dimasak atas dapur. Masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.\nKacau sampai meletup-letup. Baru masukkan adunan bahan A tadi. Kacau sehingga adunan tak bergentel. Masak sehingga adunan sedikit pekat.\nBila dah siap, tuangkan ke dalam loyang 10 inci segi empat. Bakar selama 50 minit sehingga satu jam mengikut kesesuaian oven masing-masing. Taburkan bijan putih/hitam sebagai hiasan.\nBila kuih dah sejuk, baru boleh dipotong.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Norhayati Basri\nBaca juga: Roti Hampir Expired? Buat Bingka Roti Macam Ni Sedap Juga, Baru Tak Membazir\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-biskut-choc-chip-ala-famous-amos/", "title": "Resipi Biskut Choc Chip Ala \u2018Famous Amos\u2019, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!", "body": "\n\u201cTak ada biskut yang boleh lawan biskut chocolate chip Famous Amos tu..\u201d\nBila lalu sebelah kedai jual biskut, mesti akan terbeli sebab tergoda dengan baunya yang harum. Kalau tak beli, balik rumah pasti akan teringat-ingat! Tapi kalau asyik beli, harga boleh tahan mahal juga untuk satu bekas. Sekali makan, tak lama terus habis. \nApa kata jom buat sendiri ikut resipi Biskut Chocolate Chip oleh Myra Chaqkey ini. Memang senang sangat nak buat. Perlu gaul saja, tak perlu guna mixer. Rasanya juga rangup, lembut, tak terlalu manis dan ada sedikit rasa pahit coklat chip yang lazat.\nBaca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap\nResipi Biskut Chocolate Chip Ala \u2018Famous Amos\u2019\n1. Bahan A: Kacau rata semua bahan\n\n250 gram butter\n1 1/4 cawan gula perang\nEsen vanila 1 sudu kecil\n1 biji telur\n\nBila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.\n2. Tambahkan Bahan B\n\n2 1/2 cawan tepung gandum\n1/2 cawan tepung jagung\n1 sudu kecil baking powder\n1 sudu kecil soda bikarbonat\n6 sudu besar minyak\n2 cawan coklat chip (masukkan akhir sekali)\n\nGaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali coklat chip. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan chip coklat.\n3. Sejukkan adunan\nBila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.\n\n4. Sedia dibakar\nLepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.\nMasa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.\n\n5. Masukkan dalam oven\nBakar 20 minit suhu 150\u2103 guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.\nBila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.\nBila dah masak, beginilah hasilnya. Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.\n\nKredit: Myra Chaqkey\nBaca juga: Cara Buat Waffle Yang Sedap & Garing, Ikut Je Sukatan Mudah Ini!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-biskut-makmur-susu-gebu-guna-sukatan-cawan/", "title": "Resipi Biskut Makmur Susu \u2018Gebu\u2019 Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!", "body": "\nBila tiba bulan Ramadan, kita pasti akan mula memikirkan biskut raya apa yang mahu dibuat untuk Hari Raya. Salah satu biskut raya yang sentiasa menjadi kegemaran ramai adalah biskut makmur susu.\nBukan setakat orang dewasa, kanak-kanak pun suka sebab biskut ini sangat sedap dan cair di mulut. Makan satu biji\u00a0confirm\u00a0tak cukup punya!\nKalau ada yang nak cuba buat sendiri, boleh ikutI resipi mudah guna sukatan cawan yang dikongsikan oleh Saudari Nora Afida di bawah.\nRESIPI BISKUT MAKMUR SUSU GEBU\n\nBAHAN DOH BISKUT MAKMUR GEBU:\n\n4 cawan tepung gandum (disangai hingga naik bau)\n1/2 cawan gula kastor\n1/4 cawan susu tepung (tak kisah jenama apa)\n3 sudu besar buttercup/minyak sapi (cairkan dan sejukkan)\nMinyak jagung secukupnya\n\nBAHAN INTI BISKUT MAKMUR:\n\n500 gm kacang tanah (sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk)\nMinyak jagung secukupnya\n\nCARA BUAT BISKUT MAKMUR GEBU CAIR DI MULUT:\n\nSangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.\nCampurkan tepung gandum bersama gula kastor, butter/minyak sapi yang sudah dicairkan (pastikan dah sejuk), susu tepung. Gaul rata.\nMasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dalam adunan sehingga adunan boleh digentel dengan cantik.\n\nKalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.\n\nUntuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.\nBuang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.\nCampurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.\nBakar dengan suhu 150\u02da selama 20 minit.\nDah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.\nGolekkan biskut makmur ke dalam gula icing.\nBoleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.\n\n\nKredit: Nora Afida\nBaca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala \u2018Famous Amos\u2019, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-biskut-nutella-pods/", "title": "Resipi Biskut Nutella Pods Mudah & Tak Perlu Bakar, Sedap & Jimat Masa!", "body": "\nAnda semua pasti sudah mula memikirkan kuih raya apa mahu dibuat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kan? Antara kuih raya yang boleh dicuba adalah biskut nutella pods.\nHanya 4 bahan yang diperlukan untuk membuatnya. Bukan itu saja, biskut raya ini juga tidak perlu dibakar menggunakan oven! Jadi, jika anda tiada oven pun boleh buat.\nResipi yang dikongsikan oleh moeirajohnson di laman sosial TikTok telah mendapat\u00a0 hampir 6.6 juta tontonan. Ramai dah cuba memang mudah dan sedap. Jom cuba!\nBaca juga: Cara Buat Biskut Semperit Tanpa Oven, Bakar Atas Dapur Gas Je!\nRESIPI BISKUT NUTELLA PODS TANPA BAKAR\nBahan-bahan:\n\n2 cawan nestum\n1 cawan white chocolate Van Houten \u2013 cairkan\nNutella\nKacang hazelnut \u2013 bakar/sangai\n\nCara membuat nutella pods:\n1. Masukkan 2 cawan nestum ke dalam mangkuk.\n2. Kemudian masukkan 1 cawan coklat putih yang sudah dicairkan.\n3. Gaul rata sehingga adunan sebati.\n4. Lapikkan loyang dengan baking paper, kemudian sudukan adunan seperti dalam gambar di bawah. Tekan sikit pada bahagian tengah untuk menghasilkan sedikit \u2018lubang\u2019.\n\n5. Paipkan nutella ke dalam lubang yang dibuat tadi.\n\n6. Akhir sekali, letakkan kacang hazelnut atas nutella dan biarkan sejuk sehingga menjadi keras.\n\n7. Bila dah keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.\n\nVideo penuh:\n\n\n @moeirajohnson\nBiskut yg paling bnyk request\u2026 terimalah\u2026 Episode 3: No bake Nutela pods\ud83d\udc69\u200d\ud83c\udf73\u2728\ud83c\udf19 2cawan nestom, 1cwn white chocolate, nutela & hazelnut secukupnya\u2026 #nobakecookies #InspirasiRamadan #GayaRaya #BukaPuasa #nutellapod #biskutraya #raya2023 #syawal #kuihraya #nestumcookies #nestumchocolate #resepikuihraya #4ingredientsrecipe \n \u266c Air Mata Syawal \u2013 Siti Nurhaliza \n\n \nBaca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Luar & Cair Di Mulut, Tanpa Guna Oven & Mixer!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-biskut-tumis/", "title": "Wanita Ini Kongsi Resipi \u2018Biskut Tumis\u2019, Kombinasi Yang Pelik Tapi Ramai Nak Cuba", "body": "\nBiskut pun boleh buat lauk? Pelik tapi benar. Hidangan tersebut merupakan resipi nenek moyang dan sudah pun menjadi santapan seisi keluarga wanita ini.\nDalam proses mahu memantapkan lagi kemahiran memasak, pasti kita hendak mencuba sesuatu yang baru terutama sekali mempelajari resepi turun temurun daripada datuk dan nenek.\nBaca juga: Jom Buat Bebola Cheese, Tak Perlu Bakar Pun. Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul & Sejukkan\nIni kerana, meskipun kehidupan mereka di zaman dahulu agak susah namun mereka agak kreatif dalam mempelbagaikan sesuatu makanan yang sedap selain bertujuan untuk mengisi perut yang kosong.\nDikenali sebagai Aqilah Idris menerusi perkongsian di TikTok, dia berkongsi satu resipi unik sehingga mendapat perhatian ramai.\nResipi Pelik Raih Perhatian Netizen\nMenerusi video tersebut, Aqilah menunjukkan cara-cara untuk memasak biskut lemak tumis yang sudah tentunya bahan utama bagi masakan tersebut menggunakan biskut kering.\nIa kedengaran pelik, namun nampak menyelerakan serta bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati seperti, biskut kering, bawang, telur, sedikit kicap, lada putih, sedikit garam dan daun sup.\n\n\n @aqilahidris1311\nBiskut lemak tumis. Bhn: sebiji bwg besar, 3biji telur, 15 keping biskut, sedikit kicap, daun sup dan garam. #creamcracker #hupsengcreamcrackers #biskut #biskutlemak #myfoodie #food #fyp\u30b7 #tiktok #tiktoker #foodpost #foodporn\n \u266c She Share Story (for Vlog) \u2013 \u5c71\u53e3\u5915\u4f9d \n\n \nMeninjau di ruangan komen, ramai yang mengatakan resepi itu agak pelik dan tidak pernah didengari namun walaupun pelik ada juga yang mahu mencubanya.\nAda juga yang memaklumkan bahawa resepi itu sering dilakukan oleh orang tua mereka.\n\n\n\n\nKorang berani tak nak cuba resipi ini?\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-blueberry-cheese-cake-tak-perlu-bakar-tak-guna-mixer/", "title": "Resipi Blueberry Cheese Cake Tak Perlu Bakar & Tak Guna Mixer, Kos Bahan RM35 Je!", "body": "\nBila teringin nak buat cheese cake, tiada oven pula kat rumah. Haa, kalau anda ikut resipi blueberry cheese cake ini tak perlu bakar guna oven pun tau!\nLagi satu, tak perlu susah-susah guna mixer kalau nak buat cheese cake ni. Yang penting, cara membuatnya juga sangat mudah dan jimat dari beli.\nLihat saja cara membuatnya yang telah dikongsikan oleh Zulkifli Hashim di bawah.\nResipi Blueberry Cheese Cake Tak Perlu Bakar & Tak Guna Mixer\nBahan-bahan:\n\n13 keping biskut digestive (hancurkan sehingga halus)\n1 inci buttercup\n200ml whipping cream\n250g cream cheese\n1 sudu makan essen vanilla\n120g gula ising\n1/2 biji perahan lemon\n4 sudu makan gelatin sayuran\nTopping blueberry\n\n\n\nCara-cara:\n1. Potong buttercup lebih kurang 1 inci.\n\n2. Cairkan butter atau jika butter sudah lembut, satukan bersama biskut yang sudah dihancur halus. Adun sehingga rata.\n\n3. Tekap pada acuan kek sehingga mampat. Simpan dalam freezer sementara membuat cheesenya.\n\n4. Pukul 200ml whipping cream atau kacau menggunakan alat pemukul selama 5 hingga 7 minit sehingga sedikit berbuih.\n\n5. Campurkan cheese cake dan pukul sehingga halus.\n\n6. Campurkan 1 sudu makan esen vanilla.\n\n7. Masukkan juga 120g gula ising. Jika suka manis, boleh lebihkan 40g.\n\n8. Masukkan juga 1/2 biji perahan lemon.\n\n9. Panaskan 4 sudu makan gelatin sayuran dan masukkan sekali ke dalam adunan.\n\n10. Keluarkan base biskut tadi dan tuangkan adunan cream cheese tadi. Simpan semula dalam freezer selama 30 minit atau sehingga keras.\n\n11. Setelah keras, letakkan topping blueberry dan ratakan. Masukkan semula ke dalam freezer untuk beberapa minit.\n\n12. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Zulkifli Hashim\nBaca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-brownies-paling-mudah-sesuai-untuk-yang-tak-suka-manis/", "title": "Resipi Brownies Paling Mudah. Sesuai Untuk Yang Tak Suka Manis, Rasa Ngam Dengan Tekak", "body": "\nBuat bukan penggemar manis jom cuba buat resipi brownies paling mudah dan kurang manis ini.\nKalau beli di kedai, susah nak jumpa kek yang kurang manis. Nak mudah, buat sendiri saja di rumah. Boleh\u00a0adjust\u00a0sukatan gula mengikut selera masing-masing.\nBaca juga: Cara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven, Masak Guna Dapur Gas Je\nResipi Brownies Paling Mudah Kurang Manis\n\nBahan A:\n\n50g butter (salted butter Anchor)\n50g minyak masak\n150g dark chocolate coin/bar\n\nBahan B:\n\n2 biji telur gred A atau B\n1/2 sudu teh esen vanila\n140g gula perang halus atau kalau guna dark molases sugar lebih sedap senab dia lemak manis yang rasanya kurang manis\n\nBahan C:\n\n100g tepung gandum\n1/2 tsp baking powder\n25g serbuk koko\n\nCara-cara:\n1. Cairkan bahan A\u00a0 dalam microwave 1 minit atau double boil. Dah cair kacau-kacau sebati, letak tepi dulu.\n2. Masukkan bahan B ke dalam basin. Kacau rata sehingga sebati saja semua bahan2 di atas. Agak-agak gula dah larut, berhenti mengacau.\n3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Gaul rata sehingga sebati saja.\n4. Ayakkan semua bahan C. Masukkan bahan C ke dalam adunan bahan A dan B tadi. Gaul sebati. Hasil adunan akan menjadi likat.\n5. Nak lagi sedap, cincang coklat bar dan gaul ke dalam adunan sekali. Bila gigit brownies, coklat akan mencair.\n6. Sapu butter pada loyang 8\u00d78 inci dan lapik dengan kertas pembakar. Tuangkan adunan.\n\n7. Masukkan adunan ke dalam oven dan bakar selama 30 hingga 35 minit pada suhu 170\u2070C. Jangan terlebih masak, nanti kering.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Shida Razak KC\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bubur-ayam-chinese-style-comfort-food-untuk-demam/", "title": "Resipi Bubur Ayam Chinese Style, \u2018Comfort Food\u2019 Untuk Anak-Anak Demam", "body": "\nIbu-ibu pasti buntu nak masak apa bila anak-anak demam dan tak sihat badan kan? Selalunya bila demam, sesuai makan makanan yang lembut seperti Bubur Ayam Chinese Style ini.\nPasti ramai dah biasa buat bubur nasi kan, tapi apa salahnya kalau cuba masak bubur versi ini pula. Sekali sekala tukar selera. Dijamin anak-anak akan jadi berselera apabila makan bubur. Maklumlah bila demam, tekak akan jadi sakit untuk menelan makanan yang keras.\nBaca juga: Pakar Kongsi Petua Kurangkan Batuk Yang Berlarutan, Boleh Cuba Kala \u2018Musim Demam\u2019 Ni\nCARA BUAT BUBUR AYAM CHINESE STYLE\nBahan-bahan:\n\nBeras atau nasi (Dalam 1 pot besar)\nIsi ayam\nHalia 2 ibu jari\nCarrot sebatang\nSesame oil\nLada sulah\nGaram\nSerbuk perasa\nBawang putih\n\nCara-cara:\n\nKisar nasi untuk hancurkan nasi tu. Masak nasi macam biasa. Masak dengan air yang banyak sampai jadi bubur.\nMasukkan isi ayam atau ayam cincang ramli.\nKemudian masukkan halia yang dipotong halus.\nSeterusnya masukkan carrot yang dipotong dadu. Kacau rata semua bahan.\nBila dah hampir masak, boleh masukkan sedikit sesame oil dan lada sulah. Kalau budak nak makan, kurangkan lada sulah. Boleh tambah lada sulah kemudian dalam mangkuk jika suka lada sulah.\nPerasakan dengan garam dan serbuk perasa.\nTutup api dan siap.\nHidangkan bersama garnishing goreng garlic sama ada hancur atau slice.\nCara goreng garlic supaya cantik macam dalam gambar tu, panaskan minyak, masukkan garlic bila minyak dah panas. Kacau selalu. Bila dia dah mula keperangan, boleh tutup api. Warna dia lembut saja tau bukan macam dalam gambar.\n\nKemudian alihkan dalam mangkuk bersama minyak dia. Garlic akan jadi lebih perang sebab proses masak belum berhenti.\n\nHidang bersama daun bawang potong seperti dibawah.\n\n\nNampak sedap kan? Ibu-ibu bolehlah cuba buat nanti kalau ada anak-anak demam. Pasti mereka berselera!\nKredit: Chuya Shams\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bubur-bunga-kembang-setaman-yang-indah/", "title": "Resipi Bubur Bunga Kembang Setaman Yang Indah", "body": "\u00a0\n\nPernah rasa bubur bunga kembang setaman? Bila tengok rasa sayang je nak makan. Comel-comel pulak tu. Kalau boleh nak simpan bunga tu sebagai hiasan je.\nBila tengok gambar pon rasa geram sebab comel dengan warna putih-putih bersih tu siapa je tak geram kan.Kalau nak tengok kecomelan bunga-bunga tu meh la cuba resipi ni. Nanti boleh jadikan menu hidangan petang ataupun pencuci mulut untuk tetamu.\nResipi Bubur Bunga Kembang Setaman Yang Mudah Dan Sedap\nBahan-bahan doh:\n\n3 cawan tepung pulut\n1 cawan tepung gandum\n1 1/2 cawan air\nPewarna\nAir untuk rebus\nSedikit garam\n2 helai daun pandan\n\n(kalau nak buat sikit, guna cawan kecik je untuk sukatan)\nBahan-bahan kuah:\n\n1 kotak santan kara\nAir secukupnya\nSehelai daun pandan\n1 cawan gula\n1 sudu kecil garam\n\nCara-cara:\n\nUli tepung pulut,tepung gandum & air sampai jadi doh. Asingkan dan warnakan. Kemudian bentukkan saiz bunga kecil-kecil.\nPanaskan air dalam periuk, letak daun pandan dan sedikit garam. Bila air menggelegak masukkan bunga satu per satu. Bila timbul,angkat dan masukkan dalam air sejuk/air ais.\nDi dalam periuk,masukkan air,gula,daun pandan & garam. Sukatan air mengikut kuah yang kita nak. Masak air sehingga menggelegak dan gula hancur.\nKemudian, kecilkan api.\nMasukkan santan. Kacau rata. Kemudian masukkan bunga yang dah disejat.\nRenehkan dengan api perlahan.Kacau sekali sekala.Siap dan boleh dihidang.Makan panas-panas pon boleh sejuk pon boleh.\n\n\nKredit: Che Fyqah\nBaca juga:\nKedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijua\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bubur-gandum/", "title": "Arwah Tok Kongsi Resipi Bubur Gandum, Mudah & Sedap Rasanya", "body": "\nBubur Chacha atau Bubur Gandum ini merupakan salah satu manisan tradisional yang digemari ramai.\nCara membuatnya mudah sahaja dan sesuai dijadikan sajian minum petang, sarapan atau dinikmati pada bila-bila masa.\nBaca juga: Bubur Bunga Setaman, Ini Resepi Pemanis Mulut Yang Unik & Lazat Tak Terkata!\nSeorang pengguna Facebook bernama Cahaya Jannah ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah neneknya. Wow\u2026Pasti enak. Jom cuba!\nResipi Bubur Gandum Terengganu\n\nBahan-bahan doh:\n\n2 cawan tepung gandum\u00a0\n1 sudu teh kapur\u00a0\nAir secukupnya\n\nBahan kuah:\n\nSantan secukupnya\u00a0\nGula melaka @ nise secukupnya\u00a0\nAir secukupnya\nDaun pandan\n\nCara memasak:\n1. Untuk membuat doh, campur semua bahan dan adun sebati. Adunan lebih kurang nak buat jemput-jemput dan pastikan jangan terlalu cair atau pekat. Agak-agak sahaja.\n\n2. Panaskan air di dalam periuk yang bersesuaian.\n\n3. Ambil doh tepung dan tekan ke dalam tapis.\n\n4. Bubur yang sudah ditekan akan masuk ke dalam air panas yang mendidih. Bubur ini akan timbul bila sudah masak.\n\n5. Bila sudah timbul, toskan doh tadi.\n\n6. Untuk membuat kuah, masak santan bersama gula melaka atau nise. Tambahkan daun pandan untuk bau wangi dan juga air jika perlu.\n\n7. Sebatikan dan bila mendidih, masukkan doh tepung yang disejatkan tadi.\n\n8. Gaul rata dan biarkan mendididh seketika.\n\n9. Bubur Gandum sedia untuk dinikmati.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-bubur-kacang-hijau-durian-orang-kawin/", "title": "Resipi Bubur Kacang Hijau Orang Kawin, Letak Durian Bertambah Sedap!", "body": "\nSetiap kali pergi kenduri kawin, mesti wajib makan bubur kacang. Bubur kacang hijau ini diibaratkan \u2018pelengkap\u2019 setiap kenduri kawin. Tiba-tiba rasa rindu pulak nak makan.\nBubur kacang ni boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang dicampur dengan durian! Yang kosong pun dah sedap, apatah lagi jika ditambah dengan durian.\nMemang ngam sangat sekarang pun tengah musim durian, bolehlah buat bubur kacang hijau durian yang marvelous! Anda boleh cuba buat nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsikan oleh Aisyah Humaira di bawah.\nCARA BUAT BUBUR KACANG HIJAU ORANG KAWIN\nBahan-bahan:\n\n2 cawan teh kacang hijau\n1 \u00bd ketul gula melaka\n5 sudu besar gula putih atau mengikut manis disukai\n\u00bd sudu kecil garam\n2 kotak kecil santan SAJI (lebihkan lagi sedap)\n2 helai daun pandan disimpul\n4 keping hirisan halia\nAir secukupnya mengikut pekat atau cair kuah yg disukai dan masukkan durian jika suka\n\nCara-cara penyediaanya:\n\nKacang hijau cuci macam basuh beras dan rendam semalaman (seeloknya rendam sebelum tidur, esok dah b0leh masak).\nRebus kacang hijau sehingga empuk. Setelah kacang lembut tapis buang airnya.\nDalam periuk, masukkan semua bahan-bahan diatas termasuk kacang yang telah direbus.\n\nKacau rata dan reneh dengan api sedang. Kacau sekali sekala setelah semua sebati.\n\nSiap, selamat mencuba!\n\n\nKredit: Aisyah Humaira\nBaca juga: Mudahnya Nak Buat Bubur Jagung \u2018Creamy\u2019, Guna Jagung Tin Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-buko-pandan-filipina/", "title": "Resipi Buko Pandan Filipina, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!", "body": "\nCuaca panas macam sekarang sedapnya kalau dapat minum air sejuk atau pencuci mulut yang melegakan tekak seperti buko pandan filipina ini.\nTengok gambar pun sudah mengiurkan, kalau dapat minum ni memang nikmat tak terkata.\nBuat banyak-banyak, boleh tahan 3 hingga 4 hari dalam peti ais. Bila teringin, boleh terus cedok dalam mangkuk.\nCara Buat Buko Pandan Filipina\nBahan-bahan:\n\n1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan\n\n\n\n1 cawan teh biji sagu yang sudah dimasak\n\n\n\n1 sudu kecil coconut pandan Emulco\n1 tin krimer sejat cair, jika kurang kuah boleh lebihkan\n1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang\n1 cawan air gula ikut manis yang disukai\n1 mengkuk isi kelapa\n1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja\nAis secukupnya\nBuah logan jika suka (letak buah laici tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici)\nSetengah cawan biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)\n\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar, masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak cream ikut selera. Siap!\n\n\n2. Simpan dalam peti tahan 3-4 hari. Enak dinikmati ketika cuaca panas.\n\nKredit: Aisyah Humaira\nBaca juga: Resipi Sagu Gula Melaka, Guna Rice Cooker Untuk Elak Hangit. Sagu Pun Jadi Cantik Sebiji-Sebiji\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-buko-pandan-yang-sedap/", "title": "Resipi Buko Pandan Yang Sedap, Ikut Teknik Ini Kalau Nak Lebih Berkrim", "body": "\nResepi buko pandan ini memang wajib cuba sekali seumur hidup. Teksturnya yang berkrim dan lemak manis pasti memikat hati anda semua.\nBuko pandan ini berasal dari Filipina. \u2018Buko\u2019 bermaksud kelapa. Sebab itu jika anda perasan, buko pandan wajib ada kelapa di dalamnya.\nTetapi pencuci mulut ini hanya mampu bertahan selama 2 atau 3 hari kerana ia mudah basi dan tidak tahan lama kerana faktor air kelapa dan kelapa yang digunakan serta penggunaan bahan tenusu dalam hidangan ini.\nBaca juga: Resipi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!\nRESEPI BUKO PANDAN\nBahan-bahan agar-agar:\n\n10 gram agar-agar serbuk warna hijau\n1 liter air\n200 gram gula\n\nBahan-bahan buko pandan:\n\n2 tin susu cair bersamaan :780 gram)\n1 tin susu pekat bersamaan : 480 gram (boleh kurangkan jika tak suka manis)\n1 setengah cawan dairy whipping cream ( 375 gram)\nSecubit garam\nIsi 1 biji kelapa\nSumi\n\nCara-cara buat agar-agar:\n1.\u00a0Dalam periuk, masukkan 10 gram serbuk agar-agar warna hijau bersama 1 liter serta 200 gram gula. Masukkan juga daun pandan yang sudah disimpulkan. Jika\u00a0menggunakan agar-agar yang tiada warna atau agar-agar tali, masukkan pewarna hijau pandan.\n2. Kacau sebati sehingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan dalam loyang bersaiz 7 atau 8 inci.\n3. Biarkan agar-agar mengeras pada suhu bilik, tak perlu letak dalam peti ais. Renjiskan sedikit air pada loyang supaya senang nak keluarkan agar-agar nanti.\n\nCara-cara buat buko pandan:\n1. Dalam periuk, masukkan 2 tin susu cair, 1 tin susu pekat dan secubit garam. Panaskan semua bahan ini menggunakan api yang perlahan.\n2. Kacau sebati dalam 5 hingga 6 minit. Kemudian tutup api, biarkan campuran susu tadi sejuk dalam 10 minit.\n3. Dalam bekas lain,\u00a0beat\u00a0(pukul) dairy whipping cream dalam 3 hingga 4 minit menggunakan kelajuan paling tinggi.\u00a0Beat bukan sampai kental ya, cukup sekadar keluar buih-buih dia sahaja. (Ini yang menyebabkan tekstur buko menjadi pekat)\n\n4. Masukkan whipping cream yang diputar tadi ke dalam susu yang telah dipanaskan tadi. Kacau sebati dan masukkan bahan-bahan lain (isi kepala, agar-agar hijau tadi dan sumi).\n\n5. Titikkan setitik atau dua titik pewarna hijau, kacau sebati.\n\n6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Sejukkan terlebih dahulu dalam dua jam supaya lebih sedap.\n\nKredit: Muhammad Ali\nBaca juga:\u00a0Resipi Puding Mangga Yang Buat Kecur Air Licur, Memang Sedap Punyalah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-burasak-makanan-tradisi-orang-bugis/", "title": "Resipi Burasak, Makanan Tradisi Orang Bugis Yang Sedap & Ramai Suka", "body": "\nBurasak merupakan sajian tradisi orang Bugis yang biasanya dinikmati pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aildiladha.\nSajian ini dihasilkan dari beras yang dimasak bersama santan, kemudian dibungkus dengan daun pisang sebelum direbus.\nSekali pandang seperti ketupat tetapi sajian ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan rasanya juga sangat sedap!\nAda yang nak cuba? Jom baca resipi yang dikongsikan oleh Siti Nor Farahin di bawah. Semoga bermanfaat!\nCARA BUAT BURASAK, SAJIAN TRADISI BUGIS\n\nBahan-bahan:\n\nBeras\nSantan\nAir\nGaram\nDaun pisang \u2013 potong saiz kertas A4\nDaun pisang bersaiz besar\nTali untuk mengikat\n\nCara memasak:\n1. Basuh beras, kemudian satukan bersama santan, air dan garam seakan memasak nasi lemak. Tanah sehingga nasi hampir masak.\n2. Bungkus nasi yang dimasak tadi menggukana daun pisang. Lipat nasi seperti melipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. Pastikan tidak terlalu nipis ataupun terlalu tebal.\n\n3. Ambil 6 keping bungkusan burasak. Bungkus sekali lagi menjadi bungkusan besar menggunakan daun pisang.\n\nIkat dengan kemas.\n\n4. Untuk memasaknya, rebus bungkusan burasak tadi selama 8 jam.\n\n5. Selepas 8 jam, angkat dan sejukkan, burasak enak dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang dan Bejabuk.\n\nKredit: Siti Nor Farahin\nBaca juga: Cara Buat Pisang Penyet, Siapa Pernah Rasa Je Tahu Kesedapannya\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-burger-homemade/", "title": "Jom Buat Burger Homemade. Patty Tebal, Berjus & Tak Sarat Dengan Sos", "body": "\nMudah saja kalau ada yang nak cuba buat sendiri Burger Homemade di rumah. Boleh ubah suai bahan-bahan di dalam burger mengikut citarasa masing-masing.\nAda orang tak suka sos meleleh dan inti yang terlalu sarat di dalam burger mereka. Susah bila nak makan katanya.\nHaa,\u00a0selepas ini bolehlah cuba buat sendiri burger kat rumah ya. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh\u00a0Zurina Zulkefli di bawah.\nBaca juga: Jom Buat Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci & Halal\nResipi Burger Homemade\nKejadian burger saya buat. Bila digigit, rasa patty yang berjus dan memang tebal walaupun masa masak tadi saya dah cuba penyetkan bagi leper.\n\nDaging kisar yang saya guna untuk buat patty.\n\nMasukkan daging ke dalam mangkuk, tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kuantiti ikut citarasa ya.\n\nKemudian ambil sebiji bun (roti) burger basahkan dan kepalkan. Campurkan bun basah ke dalam daging kisar. Fungsi campur bun tersebut adalah untuk merangupkan rasa patty apabila dimasak nanti. Gaul sebati.\n\nKepalkan daging menjadi bebola.\n\nKemudian leperkan daging menjadi patty.\n\nPanaskan minyak masak dan masukkan patty. Leperkan patty ketika dimasak untuk mengelakkan patty menjadi kecut.\n\nHasilnya setelah dimasak, kelihatan sedikit garing jika patty dicampur dengan bun.\n\nMasukkan kepingan keju, sambil tu ruang kuali yang ada boleh penaskan bun burger yang telah dibelah dua. Tutup kuali untuk cairkan keju.\n\nRatakan sos ke atas bun : sos tomato campur sedikit mayonis.\n\nLetakkan daun salad, patty berkeju, tomato. Tutup dengan bun. Jadilah burger kesukaan saya. Simple je.\n\nMudah saja kan nak buat burger homemade ni? Jom cuba buat nanti ya. Semoga bermanfaat!\nKredit: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-butir-nangka-berinti-gula-melaka/", "title": "Resipi Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Sangat Sedap & Kenyal", "body": "\nBiasa kalau buat butir bangka, bentuknya membujur dan tak perlu letak inti kan? Tapi kalau nak lagi sedap, boleh buat butir nangka berinti gula melaka macam ni.\nResipi butir nangka berinti gula melaka ini telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli. Menurut beliau, suaminya lagi suka butir nangka yang berinti macam ni. Lagi sedap katanya!\nRESIPI BUTIR NANGKA BERINTI GULA MELAKA\nBahan-bahan untuk buat butir nangka:\n\nDua cawan tepung pulut\nDua sudu besar tepung gandum.\nAir (tiada sukatan sebab air perlu dituang sedikit demi sedikit)\nTiga perwarna ( hijau, merah, dan kuning)\nGula Melaka\nSekotak santan.\nSesudu kecil halba (untuk aroma)\nGula kasar (mengikut citarasa kemanisan masing\u00b2)\nDua helai daun pandan.\nSesudu besar tepung gandum yang dibancuh air\n\nCara-cara:\n1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu mangkuk. Tuang air sedikit demi sedikit sambil tangan menggaul tepung sehingga berpasir.\n\n2. Bila tepung menjadi berpasir dan bergumpal, berhenti tuang air. Gaulkan kesemua tepung sehingga menjadi doh yang sebati. Bahagikan doh kepada tiga bahagian.\n3. Setiap bahagian dicampurkan pewarna. Gunakan lidi sate untuk calitkan perwarna agar cecair warna tidak tertumpah atau berlebihan.\n\n4. Jadi la tiga doh yang berwarna.\n\n5. Ini gula melaka saya beli di pasar Masjid Tanah Melaka. Saya simpan di dalam bilik stor makanan, tanpa disangka gula melaka saya cair. Tapi takpe senang je, saya jadikan bebola kecik untuk dijadikan inti butir nangka saya.\n\n6. Cuit sedikit doh lalu bulatkan dan penyetkan. Letak inti gula melaka dan uli membulat semula.\n\n7. Jadila butir nangka bentuk bulat.\n\n8. Rebuskan ke dalam air yang mendidih. Pastikan ketika direbus air selalu dikacau sebab kita tak nak butir nangka kita melekat pada dasar periuk. Nanti butir nangka jadi tak cantik dan membulat. Bila butir nangka dan timbul, baru angkat.\n\n9. Rendam di dalam air sejuk untuk mengekalkan kekenyalan butir nangka.\n\n10. Untuk kuah pula. Panaskan secawan air di dalam periuk dan masukkan daun pandan.\n\n11. Masukkan gula (mengikut citarasa) dan sesudu halba.\n\n12. Tunggu sehingga air mendidih barulah masukkan sekotak santan.\n\n13. Masukkan bancuhan sesudu tepung gandum untuk memekatkan kuah santan.\n\n14. Masukkan butir nangka kita ke dalam kuah santan. Reneh butir nangka pada suhu api yang kecil selama 10 minit.\n\n15. Siap, boleh dihidang makan panas-panas atau pun boleh disejukkan dahulu. Kalau saya, saya suka makan sejuk-sejuk.\n\n16. Inti gula melaka. Rasa macam karamel sikit sebab ada masin-masin.\n\nKredit: Zurina Zulkefli\nBaca juga: Resipi Salad Buah Paling Mudah. Sedap Makan Sejuk, Sangat Menyegarkan!\n\u00a0\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-cakoi-mudah-tanpa-yis-tapi-tetap-lembut-berlubang/", "title": "Resipi Cakoi Mudah Tanpa Yis, Tapi Tetap Lembut & Jadi Berlubang Di Tengah", "body": "\nPetang-petang macam ni sedapnya dapat makan kuih cakoi bersama secawan teh. Nak keluar beli malas pula, haa apa kata jom buat sendiri je guna resipi cakoi mudah tanpa yis ini.\nWalaupun tak guna yis, hasilnya tetap jadi lembut dan berlubang di tengah macam kita selalu beli di gerai-gerai. Ikut saja cara-cara membuatnya di bawah. Selamat mencuba!\nCara Buat Cakoi Mudah Tanpa Yis\nBahan-bahan:\n\n2 cawan susu uht\n2 3/4 cawan tepung gandum\n1 sb baking powder\n1/2 sb baking soda\n1 sk garam atau gula\n1 sb minyak\n\nCara-cara:\n1. Campur semua bahan. Uli sampai jadi macam dalam gambar. Bila membuat cakoi, doh perlu sangat lembut.\nDoh sangat lembut dan mungkin melekat sikit pada jari. Kalau terlalu melekit boleh tambah tepung sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak.\n\n2. Sapukan minyak di keliling doh dan biarkan kembang selama 1 jam.\n\n3. Bila dah kembang, sapukan sedikit tepung di atas tempat menguli dan letak doh di atas. Jangan guna banyak sangat tepung. Renjis juga tepung di bahagian atas doh sebelum mula menggolek.\n\n4. Buat bentuk segi 4 macam dalam gambar dan potong. Selepas potong, letakkan semua doh berdua dan tekan di tengah-tengah dengan lidi chopstick.\n\n5. Tarik doh memanjang sebelum goreng. Pastikan minyak panas jadi doh akan naik dan cakoi mengembang.\n\n6. Selamat mencuba!\n\nKredit: Zara Jane Qadry\nBaca juga: Resipi Donut Gebu Hanya Guna 5 Bahan, Tak Perlu Rehatkan Doh\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-capati-gandum-mudah-tak-perlu-perap/", "title": "Resipi Capati Gandum Mudah. Lepas Uli & Canai Terus Bakar, Tak Perlu Perap", "body": "\nSedapnya petang-petang macam ni dapat makan capati gandum cicah dengan kari ayam yang pekat.\nCara membuat capati juga sangat mudah kalau anda ikut resipi ini. Yang paling penting, lepas canai tak perlu susah-susah nak perap doh dan boleh terus bakar.\nJom sama-sama cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian dari Zainoor Aliza Ali di bawah. Selamat mencuba!\nRESIPI CAPATI GANDUM YANG MUDAH\nBahan-bahan:\n\n3 cawan tepung gandum\n3 sudu besar marjerin pelangi\n1 sudu kecil garam\n1 \u00bc cawan air panas mendidih (resipi asal lebihkan sedikit air)\nTepung untuk\u00a0dusting\n\nCara-cara:\n1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam.\n\n2. Masukkan air panas mendidih, kacau menggunakan senduk. Uli hingga menjadi doh.\n\n3. Kemudian canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum supaya tak melekat.\n\n4. Masak di atas kuali non-stick, tutup dengan penutup kuali.\n\n5. Bila naik gelembung baru terbalikkan.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit:Wan Atirah WM (MAHN)\nSumber resipi & gambar: Zainoor Aliza Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-capati-turun-temurun-keluarga-30-tahun/", "title": "Resipi Capati Turun-Temurun Keluarga 30 Tahun, Ini Jenis Tepung Yang Diguna. Dah Sejuk Tetap Lembut!", "body": "\nSeorang wanita di laman sosial Facebook berkongsikan resipi capati turun-temurun keluarganya selama 30 tahun.\nRupanya ada rahsia nak buat capati yang tetap lembut walaupun sejuk. Rahsianya adalah bergantung pada jenis tepung yang diguna.\nNak tahu cara-cara dan jenis tepung itu? Jom sama-sama baca perkongsian oleh Sha Yaacob di bawah.\nResipi Capati Turun-Temurun Keluarga 30 Tahun\nKadang2 tak semua yang baik tu indah. Capati resepi turun temurun 30 taun, sejuk tetap lembut. Siapa suka capati? Resepi sha agak-agak je. Sebab dah terbiasa buat 6 tahun campak2 je. Maaf kalau ada yang terkurang, sha halalkan untuk berkongsi.\n\nBahan-bahan:\n\n1 kg tepung atta (beli yang timbang baru lembut elok & original capati sebab kalau yang pack tu nanti capati keras)\n1 liter air (kurangkan sikit tak apa, nanti kalau keras boleh tambah air masa uli)\n2 sudu kecik garam\n1 sudu tea gula\n2 sudu gula marjerin sayur\n\nCara-cara:\n1. Masukkan air, gula dan garam dalam bekas. Sebatikan.\n2. Masak marjerin sampai cair, masukkan ke dalam bekas air tadi.\n3. Uli jangan terlalu lembut, jangan terlalu keras.\n\n4. Bila dah siap, rehatkan selama 30 minit. Boleh buat bebola, lagi elok doh bebola dibiarkan semalaman supaya lebih lembut dan sedap dimakan.\n\n5. Canaikan dan boleh dibakar. Sekilo tepung boleh dapat dalam 23 biji.\n\n\nKredit: Sha Yaacob\u00a0\nBaca juga: Peniaga Kongsi Rahsia Bancuhan Cempedak Rangup, Resipi Niaga Keluarga Selama 20 Tahun\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-cek-mek-kelantan-guna-4-bahan/", "title": "Resipi Cek Mek Kelantan Guna 4 Bahan, Sangat Mudah & Sedap", "body": "\nResepi Cek Mek Molek ini sangat mudah. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang sangat mudah untuk disediakan dan yang penting rasa dia sangat sedap.\nHanya guna 4 bahan untuk membuatnya, bahan pun mudah untuk didapati. Sesuai dimakan waktu sarapan atau minum petang.\nKalau ada yang cuba buat kuih\u00a0legend\u00a0ni, ikut saja resipi perkongsian oleh saudara Mohd Azmy di bawah. Selamat mencuba!\nResepi Cek Mek Molek Guna 4 Bahan\nBahan-bahan:\n\n4 biji ubi keledek (ubi kuning)\n1 cawan tepung gandum\n1 sudu teh baking powder\nGula\n\nCara-cara:\n1. Ubi kuning yang sudah siap direbus. Saya guna ubi kuning sebab manis.\n\n2. Lenyek ubi menggunakan batu lesung sehingga lumat.\n\n3. Letakkan tepung gandum dan baking powder. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tepung gandum jangan banyak, nanti keras.\n\n4. Uli kesemuanya sehingga doh tidak melekit pada tangan.\n\n5. Sediakan sedikit minyak supaya mudah nak menguli.\n\n6. Cubit sedikit doh, leperkan dan letak 1 sudu kecil gula.\n\n7. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.\n\n8. Ulang proses menguli sehingga doh habis.\n\n9. Goreng cek mek sehingga keperangan.\n\n10. Angkat dan toskan. Cek mek sedia untuk dihidang.\n\n11. Hati-hati bila nak makan, sebab gula panas. Sebaiknya tunggu kuih sedikit sejuk.\n\nKredit: Mohd Azmy\nBaca juga: Cara Buat Cendol Homemade, Resipi Dari Penjual Cendol Memang Confirm Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-cendawan-celup-tepung-rangup/", "title": "Resipi Cendawan Celup Tepung Rangup, Memang Ketagih Dibuatnya!", "body": "\nPetang-petang tak tahu nak makan apa? Jom buat cendawan celup tepung rangup ini. Sedap sangat sampai tak sedar dah habis licin sepinggan.\nCara penyediaannya jgua sangat ringkas untuk dibuat. Yang paling penting, kena goreng garing baru lebih rangup. Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-cara membuatnya di bawah.\nBaca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan\nCara Buat Cendawan Celup Tepung Rangup\nBahan kering:\n\n1 cawan tepung bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yg original)\n2 sudu besar penuh membukit tepung jagung\n3 sudu besar penuh membukit tepung beras\nSedikit serbuk kunyit ikut warna kuning yang diingini\n\nBahan lain:\n\n1 paket cendawan\n2 sudu besar air kapur makan\nMinyak masak secukupnya\nGaram secukup rasa\nAir secukupnya\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan kering dalam bekas dan kacau rata.\n\n2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau supaya adunan tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Masukkan juga air kapur makan dan garam. Kacau rata.\n\n3. Masukkan separuh dulu cendawan ke dalam adunan dan salutkan sehingga sekata.\n\n4. Panaskan minyak dan masukkan cedawan satu per satu sehingga garing.\n\n5. Angkat dan toskan. Siap!\n\nKredit: Aisyah Humaira\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-char-kuey-teow-penang-sedap-mudah-tak-cukup-sepinggan-dibuatnya/", "title": "Resipi Char Kuey Teow Penang Sedap & Mudah, Tak Cukup Sepinggan Dibuatnya!", "body": "Tiba-tiba teringin nak makan Char Kuey Teow Penang? Tapi sekarang tak boleh nak rentas negeri untuk nikmati Char Kuey Teow Penang \u2018original\u2019 di Penang.\nJom buat sendiri kat rumah, hanya perlu guna bahan yang mudah dan mengikut selera masing-masing. Kalau masak sendiri boleh buat banyak kali, baru puas hati!\nIkut je langkah demi langkah resipi perkongsian oleh Are Pezz di bawah. Ramai yang dah cuba, serius sedap sampai menjilat jari. Selamat mencuba!\nCara Buat Char Kuey Teow Penang\nBahan-bahan:\n\n\n10 ekor udang size L\n\n\nTaugeh\n\n\nDaun Kucai\n\n\nTelur\n\n\nKicap\n\n\nCili boh\n\n\nSedikit air\n\n\nSedikit minyak masak\n\n\n\nCara memasak:\n1. Masukkan 2 sudu besar minyak masak, masukkan 2 ekor udang masak separuh masak.\n2. Masukan taugeh, kucai kacau, ko teow sehingga sedikit masak.\n3. Masukkan kicap 3 sudu besar, 1 cili boh & sedikit air (jika mahu kuah banjir/lebih) kacau sedikit masak.\n4. Pecahkan telur & tutup api kacau sehingga hancur telur.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Are Pezz\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-cheesekut-mudah-guna-4-bahan/", "title": "Resipi Cheesekut Mudah Guna 4 Bahan, Kisar Guna Blender Je!", "body": "\nTercari-cari resipi pencuci mulut yang ringkas dan mudah untuk dibuat? Jom cuba Resipi Cheesekut ini.\nHanya guna 4 bahan mudah, anda boleh hasilkan\u00a0dessert\u00a0yang lazat dan puas bila makan.\nCara-cara membuatnya juga senang saja, hanya perlu kisar menggunakan\u00a0blender.\u00a0\nCARA BUAT CHEESEKUT GUNA 4 BAHAN\nBahan-bahan:\n\n200-250g cream cheese\n1 paket biskut cream crackers\n1 kotak kecil susu segar\n1/2 tin susu pekat (nak manis boleh guna 3/4 tin)\n\nUntuk Layer/Topping: Milo/Nestum/Oreo/Cornflakes (ikut citarasa\nCara-cara:\n\nKisar cream cheese, susu pekat dan susu segar (guna dalam 4 sudu besar) sampai kembang dan gebu.\nSediakan bekas, ukur biskut siap-siap supaya muat dengan bekas. Kemudian letak lapisan cream cheese, diikuti dengan biskut. (rendam biskut sekejap dalam susu segar). Tutup semula lapisan biskut dengan cream cheese.\nKemudian tabur milo atau apa-apa topping yang disukai.\nUlang step sehingga habis semua adunan cheese. Boleh hias topping mengikut citarasa masing-masing.\nDah siap! Sejukkan dulu dalam peti ais, baru sedap dimakan.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Dapur Cik Tom\nBaca juga: \n\nResipi Kek Coklat Moist, Guna Bekas Kecil Comel Macam Ni Sesuai Untuk Niaga\n\nKek Pisang Kukus Gebu Gebas, Rugi Tak Ikut Cara Mudah Dekat Sini\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-cheesy-garlic-bread-tarik-sebiji-rasa-macam-makan-di-subway/", "title": "Resipi Cheesy Garlic Bread Tarik, Sebiji Rasa Macam Makan Di Subway!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-07 04:42:01\n\n\nBagi yang sukakan makanan di Subway, roti garlic pasti sudah menjadi salah satu pilihan roti kegemaran untuk dipesan. Kini, anda boleh cuba membuatnya sendiri di rumah! Resipi Cheese Garlic Bread yang dikongsikan oleh Ashril menerusi Twitter ini rasanya persis seperti makan di Subway. Jom cuba!\n\u00a0\n\nKredit: Ashril\n\n\nKredit: Ashril\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nBawah putih\n50g butter\nLada Hitam\nDaun Parsley\nRoti\nMozarella cheese atau Cheddar slices\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMula-mula, tumbuk 3 bawang putih yang disediakan tadi sehingga lumat.\n \nKredit: Ashril\n\u00a0\nKemudian, masukkan butter, lada hitam dan daun parsley ke dalam lesung batu tersebut. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata dan sebati.\n \nKredit: Ashril\n\u00a0\nSetelah siap digaul, sapukan pada roti yang telah dipotong mengikut saiz yang diingini.\n \nKredit: Ashril\n\u00a0\nSapukan dengan rata dengan gorengkannya tanpa minyak.\n \nKredit: Ashril\n\u00a0\nSetelah roti sudah cukup digoreng, taburkan mozzarella cheese atau cheddar slice di atas roti.\n \nKredit: Ashril\n\n\u00a0\nSiap! Enak dimakan bersama sup cendawan atau dimakan begitu saja. Selamat mencuba!\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\nKredit: Ashril\n\nKredit: Ashril\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-chicken-chop-brown-sauce/", "title": "Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC", "body": "\nKadang-kadang muncul rasa muak makan nasi kan? Mana tidaknya, boleh dikatakan sehari sampai 2 atau 3 kali makan nasi. Jom tukar selera dengan membuat Chicken Chop Brown Sauce ini.\nKadang-kadang tukar selera\u00a0western tak salah kan? Sedap juga ni kalau buat untuk makan malam nanti. Nak lagi sedap, buat sekali coleslaw ala KFC. Ikut je resipi di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Norhidayu Abdull Rashid.\nResipi Chicken Chop Brown Sauce & Coleslaw Ala KFC\nBahan-bahan brown sauce:\n\n1/2 biji bawang holland \u2013 saya pakai bawang besar je (potong dadu)\n1 sudu besar lada hitam \u2013 tumbuk kasar\n2 sudu besar tepung gandum \u2013 bancuh dgn air panas sikit\n1/2 kiub pati ayam\n1 sudu besar kicap manis\n1 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar sos blackpepper\n2 cawan air\n1 sudu besar butter\n\n\n(Ayam beli kat AEON yang memang dah siap potong untuk chicken chop, boleh terus guna)\n\nCara-cara buat brown sos:\n\nPanaskan butter dan tumis bawang sampai naik bau wangi.\nMasukkan lada hitam yg ditumbuk kasar tadi. Gaul rata.\nMasukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dengan whisk jangan smpai berketul. Masuk air 1 cawan.\nMasukkan semua jenis sos dan kiub pati ayam. Masukkan lagi baki air tadi.\nKacau sampai pekat. Tak perlu tambah garam dan gula.\n\nBahan-bahan Coleslaw Ala KFC:\n\n\nKubis \u2013 hiris nipis\nCarrot \u2013 sagat\nJus lemon \u2013 saya guna cuka je\nGaram\nGula\nMayonis\nSusu segar\n\n\n\nCara-cara buat Coleslaw Ala KFC:\n\nCampur semua sayur dan bahan lain sedikit demi sedikit smpai dapat tekstur coleslaw yang digemari.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Norhidayu Abdull Rashid\nBaca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Celup Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-chicken-dumpling-soup-homemade-yang-mudah-dibuat-sedapnya/", "title": "Resipi Chicken Dumpling Soup \u2018Homemade\u2019 Yang Mudah Dibuat, Sedapnya!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-15 04:26:56\n\n\nChicken Sup Dumpling sememangnya antara makanan masyarakat Cina yang sering menjadi kegemaran ramai. Malah, ia juga mudah didapati di restoran-restoran Melayu kerana rasanya yang sedap menepati citarasa semua orang. Apa kata kali ini korang cuba sendiri resepi yang dikongsikan oleh\u00a0Wany Lifa\u00a0. Cara penyediaannya pun sangat mudah dan menjimatkan! Jom cuba!\n\nKredit: Wany Lifa\nBahan-bahan:\n\n300g isi ayam filet (dicincang)\nSetengah batrang lobak merah (disagat)\n4 ulas bawang putih (dicincang halus)\nDaun sup & daun bawang (dipotong halus)\n2 sudu serbuk lada sulah \n3 sudu minyak bijan\n2 sudu serbuk maggi cukup rasa\n1 sudu kecil garam & gula\nDumpling pastry (instant)\n \nKredit: Wany Lifa\n\u00a0\n\nCara-cara:\n\nCampurkan kesemua bahan kecuali dumpling pastry ke dalam bekas dan gaulkan sehingga ianya sebati. Kemudian, perapkan seketika selama 10 minit.\n \nKredit: Wany Lifa\n\u00a0\nSelepas cukup diperap, Tarik satu per satu lapisan dumpling ini dan letakkan di atas pinggan leper. Kemudian, masukkan inti yang sudah siap tadi dalam sukatan satu sudu makan.\n \nKredit: Wany Lifa\n\u00a0\nKelimkan mengikut kreativiti sendiri dan susunkan ke dalam pengukus.\n \nKredit: Wany Lifa\n\u00a0\nSelepas itu, kukuskan dumpling selama 10 minit atau sehingga masak. Apabila sudah siap dikukus, keluarkan dan boleh dimakan dengan sos kicap ataupun boleh digoreng.\n\nBahan-bahan sup dumpling:\n\n6 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)\n1 inci halia (diketuk dan dicincang)\n1 sudu kecil minyak bijan\nSedikit serbuk lada sulah\nSetengah kiub ayam maggi\nGaram & gula\n\nCara-caranya:\n\nTumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian, letakkan 1 mangkuk air ke dalam periuk lalu masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga mendidih.\n\u00a0\nMasukkan dumpling yang sudah siap dikukus tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika selama 2 ke 3 minit. Untuk menaikkan lagi aroma sup, tabur sedikit daun bawang.\n \nKredit: Wany Lifa\n\u00a0\nUntuk sos, gunakan sos Thai dan campurkan bersama sedikit daun ketumbar yang dicincang halus. Kemudian gaulkan sehingga sebati. Sangat sesua dimakan bersama sup dumpling\n\u00a0\n\nSiap! Sedap dimakan waktu petang bersama keluarga. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-chicken-floss/", "title": "Tak Perlu Keluar Duit Banyak, Boleh Buat Sendiri Chicken Floss Di Rumah", "body": "\nChicken floss ni selalu jumpa bila dekat kedai roti. Sedap sangat kalau dijadikan topping untuk roti anda. Barang yang digunakan juga mudah didapati.\nDekat kedai kek, harga floss ini boleh menjangkau RM4o. Bila buat sendiri sangat puas hati sebab boleh dapat banyak dan kebersihannya pasti terjamin.\nResipi Chicken Floss Versi Jimat Dan Sedap\nBahan-bahan:\n\n2 ketul isi dada ayam\n5 tangkai cili kering\n5 biji cili padi\n10 biji bawang merah kecil\n6 ulas bawang putih\n2 batang serai\n3 sudu besar gula\n1/2 sudu serbuk ketumbar\n1/2 sudu garam\n1/2 sudu serbuk jintan\n100 ml santan\n\nCara penyediaan:\n\nRebus isi ayam dan sejukkan.\nKemudian, carik-carik isi ayam tersebut.\nKisar semua bahan hingga lumat (kecuali isi ayam).\nMasukkan semua sekali kedalam bread maker tetapkan pada menu serunding/bakar.\nDah siap!\n\n\nFloss ni banyak kegunaannya. Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat buat chicken floss ni dekat rumah anda.\nKredit: Raja Azura\nBaca juga:\nKuih Pulut Serunding Kelapa, Lembut, Berlemak Manis Dan Pedas\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-chicken-mango-rasa-masam-manis-rangup/", "title": "Resipi Chicken Mango Rasa Masam, Manis & Rangup. Pasti Menjilat Jari!", "body": "\nKadang-kadang rasa bosan juga asyik masak lauk kuah santan ataupun masakan bersambal. Kali ni apa kata jom kita cuba masak masakan ala Thai seperti resipi Chicken Mango ini.\nDijamin satu keluarga makan berselera dan bertambah! Rasa masam, manis dan rangup bila dikunyah memang memikat hati.\nIkut saja resipi di bawah ini. Selamat mencuba!\nResipi Chicken Mango Masam, Manis & Rangup\n\nBahan-bahan ayam:\n\nIsi ayam\nTepung goreng ayam serbaguna\nMinyak untuk menggoreng\nLada hitam\nBawang putih\nTelur\n\nCara-cara goreng ayam:\n\nPerap isi ayam bersama lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20 minit.\nPecahkan telur dalam isi ayam dan gaul rata.\nSalutkan ayam ke dalam tepung serbaguna. Goreng sehingga kekuningan\u00a0(deep fry).\n\nBahan-bahan sos:\n\nPlum sos\nSos tomato\nSos thai\nGula\nCili api potong\nAsam limau nipis (perah)\n\nCara-cara:\n\nCampurkan semua bahan kecuali cili api dan didihkan atas api. Sukatan agak-agak sahaja.\nMasukkan cili api. Kalau pekat tambahkan sedikit air panas.\nPotong ayam yang digoreng tadi, tuangkan sos yang sudah siap dibuat.\nTaburkan mangga muda parut, carrot/daun ketumbar dan sedikit bawang besar. Gaul rata. Siap!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Nora Syikin Azmi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-chicken-salad-menu-diet-yang-sedap/", "title": "Resipi Chicken Salad, Menu Diet Yang Sedap Sampai Hari-Hari Nak Makan!", "body": "\nResipi Chicken Salad ini sangat sesuai untuk anda yang mahu berdiet. Rasanya juga sangat sedap sampai hari-hari makan pun tidak akan terasa muak.\u00a0Confirm kurus ni kalau makan hari-hari.\nCara membuatnya juga sangat mudah dan tidak rumit. Ikut sahaja resipi lengkap di bawah yang merupakan perkongsian oleh Nabihah Azhar. Semoga bermanfaat!\nResipi Chicken Salad Yang Sedap\n\n1. Ambil isi ayam. Potong kecil2 ikut suka hati bentuk apa pun.\n2. Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun.\n\n3. Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut selera masing-masing.\n4. Hidang ayam grill tadi atas salad.\n5. Tabur cherry tomatoes.\n6. Letak telur rebus. (cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit)\n7. Akhir sekali, dressing dengan Kewpie dressing.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Nabihah Azhar\nBaca juga: Jom Masak Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam, Rasanya Memang Creamy & Tak Muak!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-cocktail-yogurt-masam-manis-berkuah-pekat-lemak-berkrim/", "title": "Resipi Cocktail Yogurt Masam Manis Berkuah Pekat & Lemak Berkrim, Anak Suka Sampai Ulang Makan", "body": "\nSeorang wanita di laman sosial Facebook berkongsikan resipi cocktail yogurt yang menjadi kegemaran anak-anaknya.\nSebelum ini biasa kita makan cocktail yang berkuah cair kan? Kalau ikut resipi ini, kuah dia pekat memang sedap sangat!\nJom lihat resipi di bawah hasil perkongsian oleh Anis Atokman.\nCARA BUAT COCKTAIL YOGURT\n\u00a0\n\u00a0Bahan-bahan:\n\nSerbuk jelly (saya guna yang amway 1 kotak, masak dan letak flavour strawberry)\n2 tin cocktail buah (saya guna hosen)\n2 bekas nata de coco (flavour ikut suka)\n2-3 scoop Aiskrim vanilla\n2 tin susu cair\n1L yogurt asli\nSusu pekat\n\n\nCara-cara:\n1. Masak serbuk jelly ikut perasa kesukaan masing-masing, kemudian isi dalam bekas agak-agak 1/3. Biarkan sekejap sampai jelly membeku.\n\n2. Tapis cocktail, asingkan kuah dan buah. (Jangan buang kuah)\n3. Selepas jelly beku, boleh letak nata de coco. (tapis ambil isi saja), kemudian letak pula isi buah cocktail. Bila dah siap ketepikan dahulu.\n\n4. Untuk buat kuah dia. Ambil baki air cocktail, masukkan susu cair, yogurt dan aiskrim. Kacau sebati. Kalau rasa pekat sangat, boleh campur air nata de coco sikit. \n5. Kemudian masukkan susu pekat ikut kemanisan masing-masing (kepekatan kuah agak-agak, sebab nanti masuk peti dia akan makin pekat lagi)\n6. Tak perlu masak dah kuah dia tapi kalau nak buat jual, untuk ketahanan boleh masak dulu susu cair, kemudin baru campur smua.\n7. Kemudian boleh tuang dalam bekas yang telah diisi jelly, nata de coco dan buah cocktail. Masuk dalam peti sampai sejuk. Kemudian sedia untuk dimakan.\n\n8. Anggaran boleh dapat 50 bekas size tu.\n\nKredit: Anis Atokman\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-coklat-almond-cluster-guna-3-bahan/", "title": "Resipi Coklat Almond Cluster Guna 3 Bahan, Tak Perlu Bakar Dalam Oven", "body": "\nBila tiba bulan Ramadan, ibu-ibu pasti sudah mula memikirkan biskut raya untuk dibuat kan? Jangan pening kepala, jom cuba resipi coklat almond cluster yang paling mudah ini.\nHanya perlu menggunakan 3 bahan, anda sudah boleh menghasilkan biskut raya yang sedap dan pasti digemari oleh seisi keluarga.\nJom lihat resipi lengkap dan cara membuatnya di bawah. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Resipi Biskut Makmur Susu \u2018Gebu\u2019 Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!\nRESIPI COKLAT ALMOND CLUSTER\n\nBahan-bahan:\n\n500g almond strips\n350g milk chocolate coin beryls\n200g dark chocolate coin beryls\n\nCara-cara:\n1. Sangai badam sehingga garing selama 15 minit. Kemudian, sejukkan.\n2. Sambil tunggu kacang sejuk, cairkan coklat dengan menggunakan teknik double boil.\n\n3. Bila coklat dah cair, angkat dan biarkan ia sedikit sejuk.\n4. Seterusnya, campurkan badam ke dalam coklat tadi. Gaul rata.\n5. Sudukan ke dalam papercup. Sejukkan di dalam peti selama 10 minit.\n\n6. Simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!\nKredit: Nor Azliza Mohamed\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-coney-sausage-ala-aw/", "title": "Resipi Coney Sausage Ala A&W, Isi Padat & Lagi Puas Makan!", "body": "\nSedapnya Coney Sausage perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Sekali pandang persis Coney Dog di A&W. Resipinya sangat mudah dan tidak renyah.\nBoleh sangat buat secara homemade dan tentunya lebih jimat. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.\nResipi Coney Sausages Ala A&W\n\n\nBahan-bahan:\n\n\nSosej\nRoti hotdog\nBawang holland\nBahan untuk sos:\n\n\n3 ulas bawang putih \u2013 cincang halus\n1 biji bawang holland \u2013 cincang halus\n1 batang lobak merah \u2013 cincang halus\n1 palet daging kisar\n2 sudu makan cili kering kisar\n4 sudu makan sos tomato\n2 sudu teh serbuk jintan putih\n2 sudu teh serbuk kari pedas\n2 sudu teh serbuk cili\n1 sudu teh serbuk lada hitam\nGaram\n1 cawan air\nMinyak masak\nCara-cara penyediaannya:\n1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan cincang halus serta daging. Gaul rata.\n2. Kemudian masukkan cili kering kisar, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari pedas, serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan air. Rasa utama sos adalah jintan putih. Kacau semua bahan hingga masak.\n\n\n3. Pastikan sos tidak terlalu cair dan tidak terlalu kering. Biarkan sos seketika.\n4. Ambil bawang holland dan potong dadu kecil. Kemudian rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang airnya.\n\n\n5. Kukus sosej selama 5 minit. Kemudian kukus pula roti selama 1 minit.\n\n\n6. Masukkan sosej ke dalam potongan roti. Tuang sos daging cincang dan tabur bawang holland dengan secukupnya.\n\n\n7. Sedia untuk dinikmati.\nSelamat mencuba!\n\nBaca juga: Resepi Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne\u2019s, Gebu & Lembut Weh!\n\nSumber: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-crab-stick/", "title": "Crab Stick Ini Viral Sungguh, Jom Cuba Buat Memang Sedap Sangat!", "body": "\u00a0\n\nCrab stick selain enak dijadikan perencah dalam masakan, sebenarnya sedap dan cukup menyelerakan jika digoreng dengan salutan tepung istimewa yang cukup mudah disediakan.\nBagi anak-anak korang yang sukakan crab stick, boleh cuba buat style goreng tepung ini. Memang gemuk-gemuk isinya. Crunchy dekat luar, lembut di dalam. Umph!\nIni sebagaimana perkongsian resipi oleh Syahidan Hisham viral di page masakan di Facebook baru-baru ini.\nBaca juga: Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!\nResipi ini boleh dijadikan menu sarapan pagi anak-anak. Bertukar selera mesti mereka suka!\n\nRESIPI CRAB STICK\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\nCrab stick\n2 biji telur\n1 mangkuk kecil tepung bestari\n1 sdk garam\n1 sdk serbuk lada hitam\nSedikit brokoli yang sudah dicincang\nOregano \u2013 optional\n\nCara memasak:\n1. Sediakan telur kemudian gaulkan bersama dengan tepung rangup (bancuhan perlulah tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)\n2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah ke dalam bancuhan tepung tadi.\n3. Siapa nak letak sayur, masukkan sikit brokoli yang dicincang.\n4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.\n5. Elok tabur oregano. Tambah wangian.\n\n\nSedia untuk dihidang! Amacam, senang je kan? Anak-anak mesti berselera makan sambil cicah sos cili.\nPerkongsian resipi ini viral sehingga mendapat 2.8 likes, 799 komen serta 10k shares tau. Min pun terasa nak mencuba juga nanti.\nSelamat mencuba juga semua.\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-cream-puff-creamy-yang-sedap-kurang-manis-inti-rasa-macam-aiskrim-vanilla/", "title": "Resipi Cream Puff Creamy Yang Sedap & Kurang Manis, Inti Rasa Macam Aiskrim Vanilla", "body": "\nTerasa nak buat pencuci mulut yang ringkas dan mudah? Anda boleh cuba buat Cream Puff Creamy yang sedap dan kurang manis ini.\nSesuai untuk anda yang tidak berapa menggemari makanan yang manis. Makan banyak pun takkan muak.\nYang lagi\u00a0best,\u00a0rasa inti dia sama macam aiskrim vanilla. Jom cuba buat menggunakan resipi di bawah.\nRESIPI CREAM PUFF CREAMY\n\nBahan A:\n\n250g air\n100g butter\n1 sb gula\nSedikit creamy vanilla\n\nBahan B:\n\n125g tepung gandum\n\nBahan C:\n\n3 biji telur gred A\n\nCara-cara:\n\nDidihkan bahan A sampai menggelegak sehingga butter betul-betul cair.\nMasukkan bahan B. Kacau laju-laju supaya tepung rata. Masak sampai seakan menjadi doh.\nMasukkan dalam mangkuk. Kemudian masukkan bahan C satu persatu, kacau sebati.\nMasukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan atas loyang, jarakkan sedikit puff jangan terlalu rapat. Spray\u00a0dengan air untuk membantuk puff naik elok.\nBakar dalam oven pada suhu 200-220\u2103 selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing.\nSejukkan dan paipkan inti.\n\nRESIPI INTI CREAMY CUSTARD\nBahan A:\n\n300g susu full krim\n40g gula\n30g tepung kastard\nCreamy vanilla\n\nBahan B:\n\n300g non dairy whipping cream\n\nCara-cara:\n\nMasak bahan-bahan A sehingga pekat likat. Kacau sentiasa supaya tidak berketul.\nKemudian sejukkan sehingga betul-betul sejuk, boleh masukkan dalam chiller.\nDalam mangkuk lain, pukul bahan B sehingga kental. Kemudian masukkan bahan A, kacau sampai sebati.\nMasukkan ke dalam piping bag, paipkan ke dalam puff tadi.\nSelamat mencuba!\n\n\nKredit: Chinta Arabella\nBaca juga: Tak Perlu Peram, Ini Dia Resipi Kek Gula Hangus \u2018Confirm\u2019 Jadi Guna Sukatan Cawan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-cream-puff-yang-sangat-lembut-creamy/", "title": "Resipi Cream Puff Yang Sangat Lembut & Creamy, Buat Sendiri Puas Hati!", "body": "\nJom cuba Resipi Cream Puff yang lembut dan creamy ini. Makan sejuk-sejuk lagi sedap, cair bila masuk dalam mulut.\nAnak-anak pun\u00a0confirm\u00a0suka, sekejap saja dah habis makan. Sesuai untuk dihidang pada waktu petang. Selamat mencuba.\nResipi Cream Puff Yang Sangat Lembut & Creamy\nBahan kulit puff:\n\n1 cawan air1\n1/2 cawan butter\n1 sb gula\n1/4 sk garam\n1 sk vanilla essence\n1 cawan tepung gandum\n3-4 biji telur\n\nCara-cara buat kulit puff:\n1. Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula & garam. Kacau sampai gula larut. Kacau dengan api sederhana.\n2. Letakkan vanilla essence. Tuang semua tepung gandum sekaligus.\n3. Bila adunan dah sebati, akan jadi \u201cdoh\u201d. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit je.\n4. Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sbiji. Jangan letak sekaligus. Letak sebiji demi sebiji. Guna 3 biji telur atau bertadasarkan saiz telur tu.\n5. Adunan akan jadi berkilat dan tak terlampau pekat/cair.\n\n6. Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih\u00a0 bentuk nozzles yang sesuai. Buat bentuk yang disukai, bergantung nak buat besar atau saiz kecil.\n\n7. Bakar pada suhu 160c 30-40 minit (bergantung pada oven masing-masing).\n\n8. Nak tahu menjadi atau tidak, kulit puff akan jadi kosong pada bahagian dalam.\n\nBahan-bahan inti:\n\n1 1/4 cawan fresh milk\n2 biji kuning telur\n3 sb tepung jagung\n1 sb tepung gandum\n1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)\n1/4 sk garam\n1 sk vanilla essence\n2 sb unsalted butter\n1 cawan non-dairy whipping cream\n\nCara-cara:\n1. Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Pukul sampai sebati adunan tu.\n2. Panaskan fresh milk (letak dalam periuk laaa), tak perlu sampai menggelegak pun.\n3. Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil putar.\n4. Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana. Masukkan vanilla essence, teruskan kacau.\n5. Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam.\n6. Agak-agak dah nak dekat 2 jam tu, bolehlah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang & gebu.\n7. Mix adunan telur & whipping cream, kaup sikit-sikit. \u00a0Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti.\n\n8. Piping ke dalam kulit puff tadi.\n\nKredit: Nuralia Idayu\nBaca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-creamy-crab-croquette-kegemaran-anak-anak/", "title": "Resipi Creamy Crab Croquette Kegemaran Anak-Anak, Senang Je Nak Buat!", "body": "\nBila hanya duduk rumah, anak-anak asyik minta makanan. Makanan bergoreng seperti kentang goreng, nugget sentiasa menjadi pilihan. Kalau mahukan kelainan, ibu-ibu boleh cuba buat Creamy Crab Croquette ni.\nMudah saja nak buat. Bahan yang digunakan juga selalunya ada di dapur. Yang penting jimat duit poket tak perlu asyik beli makanan\u00a0frozen\u00a0di pasaraya. Kalau ada yang mahu cuba buat, lihat saja resipi perkongsian oleh Khyra Amanda di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!\nCara Buat Creamy Crab Croquette Kegemaran Anak-Anak\nBahan-bahan:\n\nIsi ketam\nBawang merah\nDaun bawang\nButter\nTepung gandum\nSusu full cream\nTelur\nSerbuk roti\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula, rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah yang dipotong dadu dan hirisan daun bawang. Ketepikan seketika.\n\n2. Cairkan separuh butter sampai cair.\n\n3. Masukkan tepung gandum dalam 3 hingga 4 sudu. Kacau sehingga pekat.\n\n4. Masukkan pula sedikit susu full cream. Kacau sehingga pekat.\n\n5. Masukkan isi ketam tadi dan gaul rata.\n\n6. Untuk bahan terakhir, sediakan telur dan serbuk roti.\n\n7. Bentukkan isi ketam biar bulat.\n\n8. Kemudian celupkan dalam telur dan celupkan pula dalam serbuk roti. Ulang sebanyak 2 kali celupan supaya bebola lebih padat dan tidak pecah.\n\n9. Sejukkan dalam peti bahagian atas dalam 1 hingga 2 jam supaya tidak hancur bila digoreng.\n10. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian baru gorengkan bebola tadi sehingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan hidangkan.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Khyra Amanda\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-creamy-tomyam-spaghetti-sangat-lazat/", "title": "Resipi Creamy Tomyam Spaghetti, Sangat Lazat & Memang Lain Dari Lain", "body": "\nBosan juga asyik makan spaghetti carbonara dan bolognese saja kan? Jom cuba Resipi Creamy Tomyam Spaghetti ini pula.\nJarang dibuat orang tapi rasa memang sedap dan tak muak, memang lain dari lain. Bolehlah cuba masak nanti ya. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC\n\n\nResipi Creamy Tomyam Spaghetti\n\n\nBahan-bahan:\n\n1 paket spaghetti (500g)\nOlive oil\n6 ulas bawang putih\n1/2 biji bawang holland\n3 biji cili padi hijau\n1 batang serai diketuk\n15-20 ekor serai\n3-4 sudu besar pes tomyam (brand thai)\n6-8 helai daun limau purut (buang batang tengah)\n1 biji tomato (potong dadu)\n400ml whipping cream\n1 liter air\n1 sudu teh garam\n2 sudu teh serbuk ayam @ chicken stok\nDaun ketumbar \u2013 hiris halus\n\nCara-cara:\n\nRebus spaghetti sehingga lembut seperti pada arahan di belakang paket. Bila dah lembut, angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.\nPanaskan olive oil dalam kuali, masukkan serai, bawang putih, bawang holland dan cili padi yang telah dicincang. Tumis sehingga kekuningan.\nKemudian masukkan pes tomyam, udang dan daun limau purut. Kacau rata sehingga udang separuh masak dan baru masukkan tomato.\nMasukkan air dan whipping cream, diikuti dengan garam dan serbuk ayam.\nTunggu sehingga mendidih dan rasa terlebih dahulu mengikut citarasa masing-masing.\nKemudian masukkan spaghetti dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba!\n\nTips: Kalau nak berkuah, lepas masak terus dihidangkan. Bila dah suam, kuah akan meresap ke dalam spaghetti. Hidangan ini untuk 6 hingga 8 orang makan.\nKredit: Nurha Muhammad\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-cucur-nasi-jejari-ketam-ini/", "title": "Nasi Putih Tak Habis? Jom Buat Cucur Nasi Jejari Ketam Untuk Sahur Nanti", "body": "\nKalau ada nasi lebih yang tak habis waktu berbuka, anda boleh cuba buat cucur nasi jejari ketam menggunakan nasi putih itu untuk sahur nanti.\nNak buat untuk makan waktu \u2018moreh\u2019 selepas solat tarawih pun boleh. Cara penyediaannya juga sangat mudah, sedap serta mengenyangkan.\nBaca juga: Resipi Cucur Jagung, Buat Untuk Anak Memang Habis Licin Dimakan\nResipi Cucur Nasi Jejari Ketam\nBahan-bahan:\n\n2 cawan nasi\n2 cawan air\u00a0\n2 \u00bd cawan kecil tepung gandum\n15 batang crabsticks dipotong kecil\nDaun kucai secukupnya dihiris halus\nSedikit garam \nSerbuk cukup rasa\nMinyak untuk mengoreng\n\nCara-cara:\n1. Kisar nasi bersama air sehingga lumat dan sebati.\n\n2. Ambil satu bekas, masukkan tepung gandum, bahan kisar dan bahan-bahan lain iaitu crabstick, daun kucai, garam dan serbuk cukup rasa. Kacau sebati kesemuanya. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.\n\n3. Panaskan minyak. Sudukan adunan cucur jagung tadi, goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan tadi. Jika suka cucur yang kecil, sudukan sedikit saja. Jika suka cucur yang besar, sudukan banyak sedikit.\n\n4. Goreng sehingga cucur masak dan bertukar keperangan.\n\n5. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidangkan, sedapnya!\n\nKredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira\nBaca juga: Ibu Kongsi Resipi Snek Cucur Ikan Bilis Kesukaan Anak, Sedap Rasa Macam Kerepek Bawang!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-bakar-danok-bakar-guna-air-fryer/", "title": "Resipi Daging Bakar Danok, Bakar Guna Air Fryer Tapi Tetap Lembut & Juicy", "body": "\nAda banyak stok daging tapi tak tahu nak masak apa? Apa kata jom cuba resipi daging bakar danok yang mudah dan sedap ini.\nHanya bakar menggunakan air fryer, tapi hasilnya daging menjadi sangat\u00a0juicy\u00a0dan lembut.\nIbu-ibu boleh cuba masak nanti untuk masak tengahari. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah dan tidak rumit. Selamat mencuba!\nResipi Daging Bakar Danok\nBahan-bahan:\n\nDaging\n1 sb sos ikan\n1 sb sos tiram\n1 sk gula perang\n1 sb madu\n1 sk lada hitam kasar\n1 sk minyak\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan bersama daging dan perap selama 1 jam atau lebih.\n\n2. Selepas itu boleh dibakar dalam air fryer pada suhu 170\u00b0C selama 30 minit atau dibakar atas kuali menggunakan api sederhana sehingga masak.\n\nBahan sos:\n\nBawang putih (tumbuk)\n2 sb sos ikan\nSebiji limau nipis\n1 sk palm sugar @ gula perang\nSerbuk cili 1 sb (chili flakes)\n1 sb beras SANGAI \u2013 ditumbuk halus\nSebiji bawang merah \u2013 hiris halus\nDaun ketumbar \u2013 hiris\nAir sikit\n\nCaranya:\n1. Goreng beras tanpa minyak (sangai) jangan sampai hangit. Tumbuk halus.\n2. Campurkam bahan-bahan dalam mangkuk dan sebatikan. Rasa mengikut citarasa masing-masing.\n\nKredit: Rozaida Rodzi\nBaca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak \u2018Satu Bahan\u2019 Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-berlado/", "title": "Resipi Daging Berlado Style Kedai Nasi Padang, Memang Bikin Terliur!", "body": "\nSiapa yang pernah makan daging berlado ini pasti tahu nikmat kelazatannya apabila disuap ke mulut.\nJika ke kedai masakan Padang, Indonesia pasti wajib ambil menu ini. Rugi kalau tak cuba.\nSekarang dah tak perlu susah-susah cari kedai masakan Indonesia, boleh cuba buat sendiri saja menggunakan resipi perkongsian oleh Ilya Sazuani di bawah.\nBaca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak \u2018Satu Bahan\u2019 Ini\nCARA MASAK DAGING BERLADO ALA PADANG\nBahan-bahan:\n\nBawang kecil 6 biji*\nBawang putih 2 ulas*\n3 biji cili besar merah*\nCili kecil merah*\nCili kecil hijau (sikit sahaja)*\nTomato*\nBuah keras 2 biji*\nBelacan*\nSerai sebatang\nDaun salam 2 helai (daun ni boleh tambah wangi masakan)\nGula\nGaram\nKicap ABC\n\nCara-cara:\n1. Hiris nipis daging. Perap dengan kicap ABC seketika. Bila dah siap perap, goreng manja jangan lama-lama. Angkat dan ketepikan.\n2. Goreng bahan bertanda (*) sehingga layu. Kemudian tumbuk kasar.\n3. Selepas itu, tumis sera, bahan tumbuk dan daun salam ke Dalam minyak yang sama sehingga sedikit kering.\n4. Masukkan daging, masak sehingga semuanya sebati. Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ilya Sazuani Redzuan Ahmad\nBaca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-black-pepper/", "title": "Resipi Daging Black Pepper Yang \u2018Juicy\u2019, Lembut & Ringkas", "body": "\nJom cuba resepi daging black pepper yang mudah dan sedap ini. Yang penting, daging tidak keras sebaliknya berjus dan lembut elok!\nKalau nak tahu cara-cara memasaknya, ikut saja langkah demi langkah resipi di bawah. Makan dengan nasi panas, nikmatnya memang lain macam!\nBaca juga: Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit, Tetap Lembut & Berjus Walaupun Bukan Batang Pinang!\nRESEPI DAGING BLACK PEPPER\nBahan-bahan:\n\nDaging\nSos black pepper\nSerbuk lada hitam\nBawang holland/bawang besar merah\nHalia\nCili padi\nCili hidup\nKicap lemak/kicap manis\n\nCara-cara:\n1. Perapkan ayam dengan sos black pepper dan serbuk lada hitam. Perap selama 15 minit.\n\n2. Sambil tunggu daging tadi siap diperap, hiriskan bawang, halia, cili padi dan cili hidup.\n\n3. Panaskan kuali, goreng daging dalam sedikit minyak dalam 3 minit. Balik-balikkan daging supaya rata.\n\n4. Kemudian, tuangkan air sehingga daging tenggelam. Biarkan sehingga air kering, tujuannya supaya daging menjadi empuk.\n\n5. Bila air dah kering, minyak tadi akan keluar semula.\n\n6. Tuangkan kicap secukupnya. Gaul sebati.\n\n7. Kemudian perasakan dengan garam dan ajinomoto.\n\n8. Masukkan bahan hiris tadi, gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit: John Ulao Keejin\nBaca juga: Resipi Sup Daging Thai \u2018Padu\u2019, Masak Tanpa Guna Minyak & Tanpa Tumis\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-dengdeng-mudah-sedap/", "title": "Resipi Daging Dendeng Mudah & Sedap, Sukatan Untuk 1Kg Daging", "body": "\nResepi daging dendeng ini sangat mudah dan sedap untuk dicuba. Kalau teringin nak makan, bolehlah masak nanti untuk hidangan makan tengahari.\nKalau nak makan puas-puas, boleh guna 1 kg daging terus. Lebihannya boleh disimpan buat stok dalam peti sejuk beku ataupun boleh berbagi rezeki dengan jiran-jiran untuk sama-sama merasa.\nBaca juga: Gulai Daging Tetel Dengan Nangka Muda, Suami Makan Tak Pandang Kiri Kanan!\nResepi Daging Dendeng Mudah & Sedap\nBahan-bahan:\n\n3 biji bawang putih*\n4 biji bawang merah (boleh lebihkan)*\n1 inci halia*\n1/2 inci lengkuas*\n3 tangkai serai*\n3 senduk besar lada kisar\n1/2 mangkuk kicap (untuk diperap bersama daging)\n2 senduk kicap (kicap kipas udang warna merah, lebih manis)\n1 mangkuk daging (siap dihiris)\nMinyak masak secukupnya\n\n\nCara-cara:\n1. Daging diperap dengan 1/2 mangkuk kicap. Tutup mangkuk dan ketepikan.\n\n2. Tumbuk atau kisar bahan bertanda (*). Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan lada kisar.\n3. Bila lada sudah sedikit garing, masukkan pula daging yang diperap beserta kicap.\n4. Biarkan daging dengan api kecil atau sederhana, sentiasa kacau agar sekata dan tidak hangus di bahagian bawah.\n5. Jika kurang rasa, tambahkan kicap sahaja tanpa perisa yang lain.\n6. Bila kuah sudah menjadi kering, daging dendeng siap untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Putri Bungsu\nBaca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak \u2018Satu Bahan\u2019 Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-goreng-thai-memang-sedap-sampai-kecur-lidah/", "title": "Resipi Daging Goreng Thai. Memang Sedap Sampai Kecur Lidah!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-03 09:58:13\n\n\nSambutan raya haji dah lepas, tapi stok daging masih banyak lagi. Masak sup tulang dah buat, rendang tok pun dah buat. Nak buat masa apa lagi ni? Haa, apa kata kita cuba buat masakan daging goreng ala thai ni. Rasa dia umpama makan di restoran di\u00a0Thailand. Fuhh, sedapnya! Oleh itu, jom kita ikuti resipi yan dikongsikan oleh Fatt Dina menerusi laman Facebooknya.\n\nKredit: Fatt Dina\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nDaging (800g)\n5 sudu biji ketumbar (dikisar atau ditumbuk)\n4 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris halus)\n1 sudu besar lada hitam (dikisar atau ditumbuk)\n2 sudu besar sos tiram \nGaram secukup rasa\nButter atau majerin (untuk ditumis)\n\n\u00a0\nBahan-bahan untuk sos:\n\nSerbuk cili thai\nGula kabung atau somtam (jika tiada, boleh gunakan 2 sudu gula putih)\n2 sudu beras (digoreng atau disangai kemudian dikisar halus)\n2 sudu perahan air limau nipis \n3 sudu air asam Jawa \nSos ikan\n3 ulas bawang kecil merah (dihiris nipis)\nDaun ketumbar dan daun bawang\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nGaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih. Perapkan selama 30 minit ke 2 jam.\n\n Kredit: CDKitchen\u00a0\n\u00a0\nUntuk penyediaan sos, campurkan semua bahan-bahan sos dan kacau sehingga sebati.\u00a0\n\n Kredit: Fatt Dina\n\u00a0\nPerasakan dengan garam secukupnya.\n\n Kredit: New York Post\u00a0\n\u00a0\nSelepas daging diperap secukupnya, goreng daging sehingga masak.\n\n Kredit: Cook The Story\n\u00a0\nKemudian, gaulkan daging yang telah dimasak tadi ke dalam sos.\n\n Kredit: Fatt Dina\n\n\u00a0\nSiap! Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Fatt Dina\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-kicap-manis-pedas-yang-menyelerakan/", "title": "Resipi Daging Kicap Manis Pedas Yang Menyelerakan, Ikut Cara Ini Supaya Daging Lembut", "body": "\nResepi daging kicap adalah salah satu menu yang simple tapi sangat sedap dan membangkitkan selera.\nMasakan daging ini juga sesuai untuk seisi keluarga bukan saja orang dewasa, malah rasa manis kicapnya juga pasti akan disukai oleh kanak-kanak.\nMari kita ikuti resepi daging masak kicap simple yang telah dikongsikan oleh Che Wanie di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit, Tetap Lembut & Berjus Walaupun Bukan Batang Pinang!\nRESEPI DAGING KICAP MANIS PEDAS\nBahan-bahan:\n\nMinyak masak\nBawang merah*\nBawang putih*\nHalia*\nSos tiram\nKicap manis pedas Mahsuri\nSos cili\nDaging\nCili benggala (bahan hiasan)\nTomato (bahan hiasan)\nGaram\nSecukup rasa\n\nCara-cara:\n\nRebus daging sehingga lembut.\nTumbuk atau mayang bahan bertanda (*).\nKemudian panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk/mayang tadi.\nBila dah naik bau dan bahan garing, masukkan sos tiram, kicap manis pedas mahsuri, sos cili dan juga daging bersama air lebihan lebusan tadi.\nKacau sebati sekejap.\nMasukkan bahan-bahan hiasan jika suka.\nPerasakan dengan garam dan secukup rasa, kacau sebati dan siap!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Che Wanie\nBaca juga: Cara Buat Ayam Masak Rose, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri. Pasti Sedap & Menjadi!\nBaca juga: Resipi Sup Daging Ori Thai. Kena Letak Satu Bahan Ini Baru Rasa Lagi \u2018Kick\u2019\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-masak-cili-makan-dengan-nasi-panas/", "title": "Resipi Daging Masak Cili, Satu Lauk Ni Dah Cukup Makan Dengan Nasi Panas", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan daging? Jom kita sama-sama cuba masak daging masak cili yang sedap ini.\nBoleh simpan resipi untuk bulan puasa nanti,\u00a0confirm\u00a0berselera kalau makan waktu sahur. Satu lauk ini pun dah cukup untuk makan dengan nasi panas.\nNak cuba? Ikut saja resipi lengkap di bawah ini ya! Selamat mencuba.\nCARA BUAT DAGING MASAK CILI\nBahan-bahan:\n\nDaging\nKunyit\nGaram\nBawang besar\nBawang putih\nCili padi\nHalia\nSos cili\nKicap pekat\nSos tiram\nKacang panjang\nGula\n\nCara-cara:\n1. Gaulkan daging dengan garam dan kunyit.\n\n2. Gorengkan dalam minyak panas.\n\n3. Masak dalam 80% sahaja.\n\n4. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi.\n\n5. Tumis bahan kisar dalam minyak bekas goreng daging tadi. Masukkan juga hirisan halia.\n\n6. Bila dah pecah minyak, masukkan sos cili, kicap pekat dan sos tiram. Kacau rata.\n\n7. Masukkan daging tadi.\n\n8. Masukkan juga kacang panjang dan bawang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.\n\n9. Gaul rata dan siap!\n\nKredit: Siti Mariam Zainon\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-masak-hitam-kenduri-style/", "title": "Resipi Daging Masak Hitam Kenduri Style, Rasa Memang Padu & Lazat", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan daging? Apa kata jom cuba resipi daging masak hitam kenduri style yang sedap dan menyelerakan ini.\nResipi ini merupakan hasil perkongsikan oleh Puan Ameera yang lengkap dengan langkah demi langkah untuk diikuti. Jom cuba!\nResipi Daging Masak Hitam Ala Kenduri\nBahan-bahan:\n\n1 kg daging (bahagian betis/bahagian batang pitang)\nCili kering 20 tangkai\nKicap manis\nKicap pekat\nCuka makan 1 senduk\n3 sekawan\nSos tiram 1 sudu makan\nGula\n\nBahan utama:\n\nBawang besar 2 biji\nBawang putih 4 ulas\nSerai 2 batang\nLada hitam 1 sudu kecil\nBuah keras 1 biji\nKismis 1 sudu makan\n\nCara-cara:\n1. Rebus cili kering dan kisar. Masukkan semua ke dalam mangkuk dan salutkan bersama daging.\n\n2. Tuangkan kicap manis cap udang. Tuang sampai tukar warna menjadi gelap.\n\n3. Tambah juga kicap pekat. Bagi cantik lagi warna gelap tu.\n\n4. Masukkan cuka makan 1 senduk. Dah semua masukkan gaul rata biar perap selama 1 jam ye. Letak luar je. Gaul pakai sudu supaya tangan tidak menajdi panas.\n\n5. Kisar semua bahan utama.\n\n6. Panaskan minyak, Masukkan 3 sekawan ini.\n\n7. Masukkan bahan kisar tadi. Masak sehingga pecah minyak.\n\n8. Bila dah pecah minyak, masukkan daging yang diperap 1 jam tadi.\n\n9. Masak sehingga empuk menggunakan api dalam keadaan sederhana supaya daging masak dengan baik.\u00a0\u00a0Jangan tambah air.\n\n10. Bila dah nampak kering sedikit, masukkan sos tiram 1 sudu makan. Gaul lagi sampai betul betul kering. Perlahan api.\n\n11. Masukkan 1 sudu makan gula. Gaul rata.\n\nDah siap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Ameera\nBaca juga: Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-masak-merah-sebijik-macam-kedai-thai/", "title": "Rebus Dulu Baru Sedap, Ini Resipi Daging Masak Merah Sebijik Macam Kedai Thai", "body": "\nSetiap kali menjamu selera di kedai masakan Thai, wajib memesan menu daging masak merah ini bersama hidangan lain seperti tomyam dan telur dadar.\nRupanya boleh cuba buat sendiri di rumah kalau malas nak keluar. Ada tips untuk membuatkan daging menjadi lebih lembut!\nNak tahu macam mana caranya? Jom lihat resipi perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah. Rasanya juga sebiji macam makan di kedai Thai. Wajib cuba!\nResipi Daging Masak Merah\nBahan utama & cara lembutkan daging:\n\nAmbil daging secukupnya, cuci bersih dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. (rebus 30-35 minit menggunakan api kecil) kalau air kering, tambah lagi.\nBila daging dah empuk, sejukkan dan hiris nipis-nipis.\n\n\nBahan-bahan:\n\n2 ulas bawang putih dicincang\n1 biji bawang besar dihiris tebal\n4 sudu besar cili boh 4 sudu besar sos cili\n2 sudu besar sos tomato\n3 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar sos merah bawang (jika tiada boleh guna beberapa titik pewarna merah)\n1 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air\nGaram, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu\nTambahan: apa-apa sayur kegemaran\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih masukkan daging yang sudah direbus tadi.\n\n2. Bila hampir garing, masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan berbaki satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur.\n\n3. Setelah mendidih, masukkan air tepung jagung, sayur dan air mengikut banyak kuah yang diingini kacau sebati. Siap!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Aisyah Humaira\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-rebus-air-asam/", "title": "Nikmatnya Dapat Pekena Daging Rebus Air Asam, Confirm Tambah Nasi Berpinggan!", "body": "\nResipi daging rebus air asam ini sebenarnya cukup mudah. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas tapi rasa dia memang\u00a0power.\nCara penyediaannya juga boleh dikatakan senang. Hanya perlu merebus daging sehingga lembut, kemudian dihiris nipis dan dimasukkan ke dalam air asam.\nMenu ini juga sesuai untuk mereka yang sedang \u2018diet\u2019 kerana resipi ini tidak menggunakan sebarang minyak untuk menumis.\nJika anda nak tahu resipi lengkap, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Saudari Farhana Ismail di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Air Asam Paling Sedap, Cicah Ikan Bakar Memang Terangkat!\nResipi Daging Rebus Air Asam\nBahan-bahan:\n\nDaging\n\nBahan-bahan kisar:\n\nSedikit cili besar\nSebiji tomato\n6 tangkai cili padi\nAir asam\nSedikit belacan\nGaram\nGula\n\nBahan bahan potong:\n\nTomato\nCili padi\nCili besar\nBawang besar\n\nCara-cara:\n1. Rebus daging sehingga lembut. Kemudian hiris nipis.\n2. Kisar bahan-bahan kisar secara kasar, jangan sampai terlalu hancur sangat.\n3. Tuangkan bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam mangkuk. Masukkan juga tomato, cili padi, cili besar dan bawang besar yang sudah dipotong. Gaul sebati.\n4. Akhir sekali, masukkan daging yang sudah direbus dan dihiris nipis tadi. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi & gambar:\u00a0Farhana Ismail\nBaca juga: Resipi Ikan Rebus Air Asam Dengan Bendi Rebus, Sedap Tak Terkata!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-daging-togeh/", "title": "Daging Togeh Versi Angah Raja Lawak Menggunakan Pea Sprout", "body": "\nResipi daging togeh ni muncul dekat instagram Angah Raja Lawak haritu. Tak pernah makan sayur pea sprout ni, biasa makan tauge je.\nUnik juga pea sprout ni. Rasa dia sedap sangat. Korang kena try lagi-lagi makan dengan nasi panas.\nBaca juga:\nCara Buat Daging Masak Rempah Wangi Beraroma, Rugi Tak Cuba\nResipi Daging Togeh\nBahan-bahan:\n\nDaging\nPea sprout\nSerbuk lada sulah\nSerbuk lada hitam\nKicap/soy sauce\nSos tiram\nHalia\nBawang putih\nLada benggala/cili besar\n\nCara-cara:\n\nPerap daging dengan serbuk lada sulah, tepung jagung, sos tiram.\nGoreng daging, angkat letak tepi dulu sat.\nTumis halia, bawang putih, cili/lada benggala.\nBahan 3 dah layu, masukkan daging, pea sprout, serbuk lada hitam, kicap dan sos tiram.\nDah siap boleh dihidangkan.\n\nLauk ni sangat sedap makan dengan nasi panas. Jadi tunggu apa lagi. Selamat mencuba!\nKredit: Fatin Nasuha, Angah_lawaking\n\u00a0\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-diy-stok-rempah-sup-jimat-masa-mudah-tahan-lama/", "title": "Resipi DIY Stok Rempah Sup, Jimat Masa, Mudah & Tahan Lama", "body": "\nMin tahu mesti ramai peminat menu yang ada sup ini kan? Nak pula kalau nak \u2018prepare\u2019 mi atau bihun yang dicelur ataupun makan bersama nasi.\nKebanyakan wanita yang bekerja atau suri rumah ingin jimatkan masa ketika memasak.\nJadi, kekangan masa untuk memasak kadangkala menjadikan hidangan ini bukan menu utama pilihan kerana consume banyak masa untuk mereneh.\nBaca juga: Rahsia Sup Tulang Lagi Sedap, Kena Tumis Batang Saderi & Lobak Merah Yang Dikisar\nJadi, min akan kongsikan cara buat stok rempah sup dan tahan lama supaya korang dapat jimatkan masa untuk memasak pelbagai menu.\nDIY Stok Rempah Sup\n\n\nBahan-bahan:\n1 biji bawang besar \u2013 dipotong kecil\n3 ulas bawang putih \u2013 dipotong kecil\n2 inci halia \u2013 dipotong kecil\n3 kuntum bunga lawang\n3 biji buah pelaga \n1 batang kulit kayu manis\n1 sudu teh lada hitam\n1 sudu teh bunga cengkih\n2 sudu besar jintan manis\n2 sudu besar jintan putih\nCara-cara penyediaannya:\n1. Mula-mula masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis pula perlu diketuk terlebuh dahulu untuk memudahkan korang mengisar.\n2. Kemudian, masukkan semua bahan dalam blender, tambahkan air dan kisar sehingga halus. Jika suka, boleh letakkan sedikit minyak.\n3. Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam bekas bertutup dan simpan ke dalam peti sejuk. Boleh juga masukkan ke dalam bekas kiub ais untuk dijadikan pes berbentuk kiub.\n4. Untuk menggunakan masukkan rempah sup yang telah DIY tadi dalam anggap 1 atau 2 sudu besar ke dalam sup secukup rasa.\n\n\n\n\nSemoga bermanfaat dan selamat mencuba!\n\nKredit resipi: Mas Lieyana\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-donat-ball-comel/", "title": "Donat Ball Comel Hanya Menggunakan 2 bahan Dan Tanpa Menggunakan Yis", "body": "\nAnak-anak anda suka makan donat ball? Musim cuti sekolah ni jom isi masa lapang anak-anak anda dengan aktiviti yang bermanfaat. Kalau sebelum ni mereka sering bermain gajet jadi tukarkan aktiviti itu dengan membuat donut ball bersama-sama.\nPaling penting menu ni mesti jadi kegemaran anak-anak kerana ada hiasan yang comel-comel dekat atas tu. Resipi yang dikongsi oleh T-hah T-hah ni sangat mudah, cepat & sedap.\n\nResipi Donat Ball Dengan 2 Bahan\nBahan-bahan:\n\n1 1/2 cawan tepung naik sendiri Bluekey\n330gm yogurt biasa (110gm x 3 bekas)\n\nUntuk hiasan donut:\n\nGula Kastor\nManik warna (optional)\n200gm Beryls Dark Chocolate Compound Coin*\n1 sudu besar butter*\n\nBahan-bahan bertanda * perlu dicairkan di atas api.\nCara-cara:\n\nSatukan tepung & yogurt. Kacau hingga sebati. Tidak perlu perap & tunggu kembang. Masukkan adunan terus ke dalam piping bag. Gunting hujungnya sebesar duit syiling 50 sen. \nPanaskan minyak. Picit adunan ke dalam minyak panas & gunting sebesar syiling 50 sen. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat & toskan. Biarkan suam.\nGaul separuh donat dengan gula kastor. Separuh lagi salut dengan coklat & tabur manik warna.\nSiap dan sedia untuk dihidang.\n\nBaca juga:\n\nCara Buat Kek Coklat Moist Leleh Tanpa Ovallete, Masih Lembut dan Gebu!\nResipi Puding Coklat Paling Senang, Kena \u2018Lorek\u2019 Dengan Garfu Baru Lapisan Tak Bergerak\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-donut-1-cawan-tepung-ngam-makan-untuk-2-orang/", "title": "Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang", "body": "\nDah lama cari resipi donut 1 cawan tepung? Meh follow resipi ini.\nBila teringin nak makan donut, malas pula nak keluar beli. Kalau buat sendiri, risau terbuat banyak sangat nanti tak habis makan.\nHaa\u00a0apa susah, ikut saja cara buat donut perkongsian dari Khairunnisa Mohammad ini. Sesuai untuk 2 orang makan.\nBaca juga: Cara Buat Donut Susu Tanpa Telur \u2018Viral\u2019, Tapi Tetap Lembut & Gebu\nCara Buat Donut 1 Cawan Tepung\nBahan-bahan:\n\n1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)\n1 biji telur\n1 sudu kecil yis (sudu KFC)\n\u00bd sudu kecil baking powder\n1 sudu besar gula\n\u00bc cawan air suam\n\u00bd sudu besar marjerin\n\nCara-cara:\n1. Campur semua bahan kecuali marjerin. Gaul dan uli sekejap.\n2. Kemudian baru masukkan marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin.\n3. Perap selama 1 jam.\n4. Selepas dah siap perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bentukkan bulat dan penyekkan. Buat lubang di tengah.\n\n5. Perap lagi 30 minit. Kemudian sedia untuk digoreng.\n\n6. Bila dah siap goreng, boleh salut dengan gula atau susu.\n\nKredit: Khairunnisa Mohammad\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-donut-gebu-hanya-guna-5-bahan/", "title": "Resipi Donut Gebu Hanya Guna 5 Bahan, Tak Perlu Rehatkan Doh!", "body": "\nJom cuba resipi donut gebu kegemaran ramai ini. Sesuai dibuat pada hujung minggu bersama anak-anak untuk mengisi masa lapang. Bila dah siap buat, boleh makan puas-puas.\nCara membuatnya sangat mudah dan senang kerana hanya perlu menggunakan 5 bahan. Yang paling penting, menjimatkan masa sebab tak perlu rehatkan doh. Bila dah siap uli, boleh terus goreng tak perlu tunggu lama.\nJom lihat cara-cara membuat donut gebu yang merupakan perkongsian oleh Noorazline Ridda di bawah. Semoga bermanfaat!\nResipi Donut Gebu Guna 5 Bahan\nBahan A:\n\n2 sudu besar yis\n2 sudu besar susu pekat\n3/4 cawan air suam\n1 sudu teh garam\n\nCampurkan semua bahan dan biarkan campuran yis kembang.\n\nBahan B:\n\nMarjerin 2 sudu\nTepung gandum 2 cawan\n\nGaulkan bahan B menggunakan tangan sahaja.\n\nCara-cara:\n1. Campurkan bahan A dan bahan B. Masukkan campuran air sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih air.\n2. Uli menggunakan tangan sehingga tiada adunan melekat pada tangan.\n3. Bulat-bulatkan doh menjadi lebih kecil.\n4. Buat buat kecil di tengah-tengah menggunakan jari sahaja.\n\n5. Bila dah siap, dah boleh terus goreng.\n\n6. Boleh salut dengan gula atau coklat mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba!\n\nKredit: Noorazline Ridda\nBaca juga: Jom Buat Kerepek Kentang Homemade Yang Nipis, Rangup & Tak Hangit!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-donut-red-velvet-viral-yang-gebu-lembut/", "title": "Resipi Donut Red Velvet \u2018Viral\u2019 Yang Gebu & Lembut, Satu Adunan Dapat 12 Biji", "body": "\nBaru-baru ini, donut susu telah menjadi trend namun lain pula dengan sekarang apabila Donut Red Velvet pula mula dicuba oleh orang ramai.\n\n\n\nDiberi nama \u2018red velvet\u2019 kerana warnanya yang merah seperti kek red velvet kegemaran ramai.\n\n\n\nAda yang berminat nak cuba buat donut versi red velvet ini? Jom lihat resipi perkongsian dari Siti Hadirah di bawah.\nDonut Red Velvet \u2018Viral\u2019\n\nBahan-bahan:\n\n11g yis\n2 sdb gula\n180 ml air suam\n\n* Campur 3 bahan di atas, biarkan kembang dan berbuih.\n\n2 \u00bd cawan tepung high protien/tepung gandum*\n1 biji telur*\n3 sdb susu tepung*\n1 sdb\u00a0pelembut roti*\n2 sdb marjerin*\n1 sdb susu pekat (optional)*\nSecubit garam*\nRed velvet emulco*\n\nCara Penyediaan:\n1. Masukkan bahan bertanda (*). Untuk tepung, guna 2 cawan terlebih dahulu. Selebihnya, ketepikan. Gaul semuanya sehingga menjadi serbuk roti.\n2. Kemudian tuang air campuran yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung.\n3. Uli sehingga menjadi doh dan tak melekat pada tangan. Jika adunan masih lembik, masukkan lebihan tepung tadi sedikit demi sedikit. Jangan masukkan semua terus.\n4. Uli doh lebih kurang selama 15 hingga 20 minit sehingga doh menjadi licin dan elastik.\n5. Biarkan doh naik dua kali ganda dalam masa 1 jam dalam keadaan bertutup.\n6. Apabila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk sikit untuk buang angin. Kemudian boleh buat bentuk. Nak guna tangan pun boleh, guna acuan pun boleh.\n7. Biarkan lagi dalam 10 hingga 15 minit. Kemudian bolehlah goreng.\n\n8. Apabila dah siap goreng, gaulkan dengan gula halus.\n\n9. Siap untuk dihidang.\nKredit: Siti Hadirah\nBaca juga: Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-donut-tanpa-guna-mixer-lembut-sedap/", "title": "Resipi Donut Tanpa Guna Mixer, Tak Perlu \u2018Rehat\u2019 Lama Tapi Hasil Tetap Lembut & Sedap", "body": "\nAnak-anak suka makan donut? Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri di rumah. Senang je kalau ikut resipi donut tanpa guna mixer di bawah ini.\nKalau sebelum ni asyik beli, jom buat sendiri pula. Sekali buat, dapat banyak. Memang jimat berganda!\nCara Buat Donut Tanpa Guna Mixer\nBahan-bahan:\n\n220g susu\n1/2 sudu besar yis\n100g gula halus\n500g tepung roti / tepung serbaguna\n1/2 sudu kecil garam\n1/2 sudu kecil roti improver\n1 biji telur\nSedikit air\n50g mentega / marjerin\n\nBahan topping:\n\n\n\nGula halus / gula aising\n\n\n\nCara-caranya:\n\nAmbil satu mangkuk, tuangkan susu segar, yis dan gula halus yang sudah dikisar. Kacau dan rehatkan selama 5 minit.\nDalam magkuk lain, satukan tepung roti/tepung serbaguna, gara dan roti improver. Sebatikan.\nKemudian masukkan campuran susu, yis dan gula halus tadi. Pecahkan juga 1 biji telur.\nGaul menggunakan tangan sehingga menjadi doh. (gunakan glove plastik supaya adunan tidak melekat di tangan)\nTambahkan sedikit air. Tekan dan lipat sehingga doh menyerap air yang dituangkan tadi.\nMasukkan pula mentega/margerin. Teruskan menggaul sehingga mentega bercampur dengan doh sepenuhnya.\n\u00a0Lipat dan tekan pada doh. Teknik menggunakan tangan ini sangat baik kerana doh cepat menjadi dan tiada biji-biji kecil keluar pada roti nanti.\nBila mentega dah sebati dengan doh, keluarkan doh ke atas permukaan meja atau loyang besar yang bersih.\nTaburkan sedikit tepung agar doh tidak melekat pada tangan.\nGosok doh (macam cuci kain guna tangan). Gosok doh sehingga menjadi sedikit lembut.\nTutup doh menggunakan plastik wrao dan rehatkan selama 10 minit.\nTabur sedikit tepung ke atas permukaan meja atau loyang besar yang bersih. Ambil doh tadi dan tekan sedikit.\nGunakan roller dan gulungkan doh depan belakang sehingga rata dan pastikan doh tiada angin.\nAmbil acuan donut dan tekapkan pada doh yang sudah diratakan.\nBila dah siap tekap, rehatkan doh selama 1 jam sebelum digoreng.\nPastikan minyak dah cukup panas sebelum mula menggoreng.\nLepas siap goreng, taburkan gula halus atau gula aising.\nSiap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Kai Hasidin\nBaca juga: Resipi Cakoi Mudah Tanpa Yis, Tapi Tetap Lembut & Jadi Berlubang Di Tengah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-dumpling-guna-rice-paper/", "title": "Resipi Dumpling Guna Rice Paper, Nak Kukus Atau Goreng Pun Boleh!", "body": "\nAda \u2018Vietnam rice paper\u2019 banyak kat rumah? Apa kat kata jom cuba buat dumpling guna rice paper yang mudah dan sedap.\nTak perlu susah-susah nak uli doh kulit dumpling yang macam kita biasa makan dekat kedai tu.\nMudah je caranya. Tinggal basahkan je rice paper tu, letak inti dan sedia untuk dikukus atau digoreng mengikut selera masing-masing.\nCara Buat Dumpling Guna Rice Paper\nBahan-bahan:\n\nAyam/daging kisar\nBawang holland/besar\nBawang putih\nDaun sup & bawang\nCarrot\nKubis\nSerbuk perasa maggi\nGaram secukup rasa\nSos tiram\nLada sulah\nTepung jagung 1 sdb\nRice paper\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Satukan semua bahan kecuali rice paper. Gaulkan sebati.\n\n2. Ambil 1 keping rice paper, potong dua. Basahkan, letak inti dan gulung/balut seperti biasa.\n\n3. Lepas siap balut, boleh terus dikukus atau digoreng. Hati-hati bila pegang/angkat dumpling supaya tak melekat pada periuk pengukus tu. Basahkan sikit bahagian bawah dumpling.\n4. Hasilnya selepas dikukus.\n\n4. Hasilnya selepas digoreng.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Shaa Zainol\nBaca juga: Jom Buat Sup Dumpling, Modal RM10 Je Tapi Boleh Dapat 40 biji\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-english-muffin/", "title": "Resipi English Muffin Yang Sesuai Dijadikan Menu Sarapan Pagi", "body": "\nEnglish muffin atau dikenali sebagai muffin sering dijadikan menu sarapan pagi yang sesuai dimakan bersama jem, telur ataupun daging burger.\nUntuk resipi kali ini, bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk dijumpai. Jadi anda wajib cuba resipi yang dikongsi oleh Siti Hasneza Abdul Hamid ini.\nResipi English Muffin Yang Mudah Dan Sedap\n\nBahan-bahan:\n\n2 sudu makan mentega/marjerin\n1 cawan susu segar (suam)\n1/4 cawan air panas\n2 sudu teh yis segera\n2 cawan tepung gandum (wholemeal)\nTepung gandum\nSuji/cornmeal\n\nCara-cara:\n\nCairkan mentega/marjerin.\nTuangkan susu ke dalam bekas berisi mentega tadi. Oleh sebab mentega belum cair saya tambah 1/4 cawan air panas.\nTambah 2 sudu yis. Biar sehingga yis aktif. Bila ada buih kecil maksudnya yis aktif.\nTambah tepung sedikit demi sedikit. Boleh juga letak tepung gandum selepas itu.\nSambil tambah tepung, aduk-adukkan. Apabila adunan lekang/lepas dari bekas berhenti menambah tepung.\nTutup dan masukkan dalam peti ais untuk dimasak esok. Jika hendak masak terus, biarkan pada suhu bilik sehingga doh mengembang sekali ganda.\nAlihkan doh yang sudah naik ke atas permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung. Jika dari dalam peti ais, elok biarkan doh kembali ke suhu bilik (15 minit selepas keluar dari peti sejuk).\nSediakan dulang yang ditabur dengan suji. Boleh guna cornmeal jika ada.\nCanai doh supaya tebal dalam 1 cm dan tekap dengan acuan bulat.\nDoh yang ditekap, letak atas tepung suji dan salut kedua-dua belah dengan tepung tersebut. Biarkan 5-10 minit sebelum mula membakar.\nMasak diatas kuali leper dan siap!\n\nBaca juga:\nMenu Sarapan Simple \u2018Chicken Egg Wrap\u2019, Ringkas Tapi Sedap\n\nCara Buat Sausage Puff Sedap, Sesuai Untuk Sarapan & Bekal Untuk Anak\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-garlic-chili-oil-guna-3-bahan/", "title": "Resipi Garlic Chili Oil Guna 3 Bahan, 10 Minit Dah Siap Buat", "body": "\nWajib cuba resipi Garlic Chili Oil ni. Sedap bila dimakan bersama bubur, sup ayam ataupun untuk dicicah dumpling.\nMudah saja cara membuatnya, 10 minit dah siap buat. Tapi kena tahu tekniknya yang betul kalau taknak chili oil menjadi hitam, hangit dan rasa pahit.\nPaling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar. Jom lihat cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Zurina Zulkefli.\u00a0\nResipi Garlic Chili Oil\nBahan-bahan:\n\n2 sudu besar chili flakes korea (Gochugaru) atau chili flakes biasa\n4 sekawan\n7 ulas bawang putih (dicincang halus, lagi halus lagi rangup)\n\nCara-cara:\n1. Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.\n2. Masukkan dahulu 4 sekawan.\n\n3. Kemudian masukkan bawang putih, gaul dan masak.\n\n4. Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan ya sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.\n\n5. Masukkan chili flakes dan 2 cubitan garam halus untuk rasa sedikit masin. Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.\n\n6. Siap!\n\nSimpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.\n\nIni gambar chili oil saya yang dulu, makan dengan bubur kosong. Sedap.\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-gulai-ayam-siam/", "title": "Bosan Asyik Masak Gulai Biasa? Jom Cuba Resipi Gulai Ayam Siam Ini Pula", "body": "\nPasti ramai yang pertama kali dengar \u2018gulai ayam siam\u2019 kan? \u00a0Rasanya hampir sama seperti gulai lemak, tetapi rasa ayam gulai versi Siam ini lebih beraroma.\nKalau dah bosan asyik masak gulai biasa, jom cuba gulai versi siam ni pula. Nak tahu sedap ke tidak, kenalah cuba masak sendiri.\nBaca juga: 5 Minit Dah Siap! Ini Rahsia Buat Sambal Belacan Kedai Siam Yang \u2018Sebijik Sama\u2019\nResipi Gulai Ayam Siam\nBahan-bahan kisar:\n\nCili besar merah dan cili besar hijau\nCili padi merah dan cili padi hijau\n2 batang serai\nLengkuas\nHalia\nBuah keras\nBelacan\nKunyit hidup\nBawang besar\nBawang putih\nKulit limau purut\n\nBahan-bahan lain:\n\nCili kering\nAsam keping\nAyam\nSantan segar\nGaram\nGula melaka\n\nCara memasak:\n1. Masukkan minyak masak. Tumis serai yang sudah diketuk terlebih dahulu.\n\n2. Kemudian, boleh terus masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar.\n\n3. Seterusnya, masukkan sedikit cili kering kisar serta asam keping.\n\n4. Masak sehingga pecah minyak, ulang tambah air sebanyak 3 kali.\n\n5. Selepas itu, boleh masukkan ayam.\n6. Bila dah mati air ayam, baru masukkan santan segar.\n\n7. Perasakan dengan garam dan gula melaka.\n\n8. Masukkan daun limau pulut. Buang dulu urat tengah pada daun limau pulut itu.\n\n9. Tutup api dan perahkan limau. Siap untuk dimakan!\n\nVideo penuh:\n\n\n @hadimohdsalleh\nReply to @luna_ezan Maaf ya lambat share resepi. Ramai rupanya nak makan Gulai Siam Ayam \ud83d\ude05, rupa macam rendang tapi bukan dia, ada gaya asam pedas pun bukan dia \ud83d\ude06 #tiktokmalaysia #malaysiafood #masakapaharini #makanantradisional #myfoodie #laukkampung #fyp #fyp\u30b7\n \u266c Joget Senyum Memikat \u2013 Siti Nurhaliza \n\n \nSumber: TikTok @hadimohdsalleh\nBaca juga: Resipi Gulai Ayam Confirm Sedap, Memang Ngam Cicah Dengan Roti\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-gulai-ayam-terengganu-style-unik-sedap/", "title": "Resipi Gulai Ayam Terengganu Style. Unik, Sedap & Punya Rasa Tersendiri", "body": "\nSedapnya gulai ayam Terengganu. Pergi Terengganu wajib cari nasi berlauk gulai ayam ni untuk sarapan pagi.\nKalau ada yang rindu nak makan, boleh cuba buat sendiri menggunakan perkongsian oleh Siti Noor Hidayah di bawah.\nRahsia nak buat sebiji sama macam di Terengganu, kena guna rempah cap Bunga Ros yang memang terkenal di sana. Jom lihat cara-caranya di bawah.\nCara Buat Gulai Ayam Terengganu Style\nBahan-bahan:\n\nAyam\nSantan sederhana pekat\nRempah cap bunga rose (rempah gulai 2 sudu besar + rempah masak 1 sudu besar)\n3 sudu besar cili boh\n2 biji ubi kentang\nNisan kerek @ gula melaka\n1 keping asam keping\n1 sudu besar kerisik\nGaram\nBawang merah*\nBawang putih*\n1 inci kunyit hidup*\n1 inci halia*\n1 inci lengkuas*\n\nKisar bahan bertanda (*).\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga wangi.\n\n2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.\n\n3. Masukkan rempah dan kacau sebati.\n\n4. Masukkan ayam dan kacau rata.\n\n5. Masukkan air dalam 1 cawan (saya bilas blender bekas kisar bawang tadi je).\n\n6. Masukkan nisan @ gula melaka dan asam keping kemudian gaul rata.\n\n7. Tutup periuk dan biarkan dalam lebih kurang 5 minit.\n\n8. Bukak penutup periuk dan masukkan santan (Masa ni jangan tutup periuk lagi dah sampai siap meggulai).\n\n9. Bila dah mendidih, masukkan ubi kentang, kerisik, dan garam kemudian masak hingga ubi kentang empuk.\n\n10. Perlahankan api dapur dan reneh dalam 7/8 minit.\u00a0Bila dah terbit minyak, tutup api dapur. Sedia dihidang.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Siti Noor Hidayah Samah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-gulai-ikan-tongkol-stail-kelantan/", "title": "Resipi Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Kuah Pekat & Cantik Elok", "body": "\nGulai kuning ni ada macam-macam stail, yang ini pula Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan. Boleh jadi hidangan nasi berlauk untuk pagi dan juga tengah hari, memang sedap.\nHidang pula dengan sambal belacan, ikan rebus cicah dengan budu, ulam dan timun. \u2018Sedak dooh\u2019 bak kata orang Kelantan.\nKalau ada orang yang dari negeri lain nak cuba, boleh ikuti perkongsian dari Azizah Daud di bawah.\nCara Buat Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan\n\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ikan tongkol sederhana besar\n1/2 kilo santan pekat\nCili merah hijau dan cili padi\n\nBahan kisar:\n\n10 biji cili kering\n2 biji bawang merah besar\n2 ulas bawang putih\n2 cm lengkuas\n3 cm kunyit hidup\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping, masukkan juga garam dan gula secukup rasa.\n2. Campur santan pekat dengan 5 gelas air, rebus hingga mendidih (masukkan piring atau sudu dalam gulai supaya tidak meruap).\n3. Simpan 1/2 gelas santan tadi untuk mengisar bahan kisar, jadi tak perlu masuk air masa nak kisar. Supaya gulai tak bergentel, nanti kuah tak cantik.\n4. Apabila santan tadi dah mendidih dan naik minyak, masukkan pula bahan kisar dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.\n5. Biarkan gulai mereneh, kemudian masukkan ikan yang dah direbus tadi bersama air ikan. Biar mereneh lagi sehingga naik minyak dan berkilat.\n6. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama gulai direneh, makin cantik hasil kuahnya.\n\nKredit: Azizah Daud\nBaca juga: Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Kelantan, Sedap Tak Terkata\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-gulai-lemak-ikan-kering-kelantan-sedap-tak-terkata/", "title": "Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Kelantan, Sedap Tak Terkata", "body": "\nIni dia resipi Gulai Lemak Ikan Kering gaya Kelantan. Lauk pauk dari negeri che siti wan kembang ni memang terkenal keenakannya di seluruh negara.\nLauk berlemak dengan rasa manis masam nenas dan ikan kering ni memang mudah saja nak membuatnya. Jom follow resipi dari Zat Hernani\u00a0di bawah.\nCara Masak Gulai Lemak Ikan Kering Kelantan\nBahan-bahan:\n\n3-4 ekor ikan kering | dibasuh\nTimun | dibelah kecil\n5-6 biji cili hijau\n1 -2 keping nanas | dipotong dadu\nSantan secukupnya \u2013 ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan\nGaram, gula dan perasa secukupnya\n\nBahan kisar:\n\n1 biji bawang besar\n4 ulas bawang putih\n3-4 tangkai cili kering\n1 biji cili merah\n2-3 biji cili padi \u2013 jika nak rasa pedas\n2 inci kunyit segar\nSedikit lengkuas\n\nCara memasak:\n\nMasukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.\nKemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.\nPerasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.\nAsam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.\nBiarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.\nSedia untuk dinikmati.\n\nKredit: Zat Hernani\nLagi resipi menarik:\n\nResipi Keladi Masak Lemak Cili Api \u2018Asli\u2019 Negeri Sembilan, Ada Petua Hilangkan Getah Keladi\n\nWanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Gulai Ayam Kelantan, Memang Padu!\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-bakar-asam-jawa/", "title": "Resipi Ikan Bakar Asam Jawa, Makan Seekor Confirm Tak Cukup Tau!", "body": "\nPernah makan Ikan Bakar Asam Jawa? Sekali cuba pasti tak cukup satu! Kalau makan di kedai, harga boleh tahan mahal juga.\nNak lagi puas hati, kita cuba masak sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Rozmaliza Omar di bawah.\nIkan bakar ini ada rasa masam-masam dan manis. Pastikan gula mencukupi untuk seimbangkan rasa masam pes asam jawa.\nBaca juga: Resipi Air Asam Paling Sedap, Cicah Ikan Bakar Memang Terangkat!\nResipi Ikan Bakar Asam Jawa\nBahan-bahan:\n\n5-6 sdb pes asam jawa\n4 sdb cili kisar\n2 sdb sos tiram\n3 sdb kicap manis\n1 sdb kicap pekat\n2 sdb tepung jagung (jgn campur air)\nSedikit garam\nSerbuk perasa\nGula perang secukup rasa (biar seimbang rasa masam dan manis)\n\nCara-cara:\n1. Ikan cencaru siakap dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan dengan sedikit garam. Ketepikan sebentar.\n\n2. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata.\u00a0\n3. Rasa terlebih dahulu untuk pastikan masam manis pes ini. Tambah gula sekiranya pes terlebih masam.\n\n4. Kemudian sudukan pes ke dalam perut ikan secukupnya.\n5. Letakkan sedikit minyak ke dalam pemanggang ajaib, susunkan ikan cencaru yang telah disumbat dengan pes tadi dan bakar hingga masak.\n\n6. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.\n\nKredit: Rozmaliza Omar\nBaca juga: Ini Rahsia Buat Sambal Ikan Bakar Sedap, Rugi Tak Cuba\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-bilis-kentang-berempah/", "title": "Resipi Ikan Bilis Kentang Berempah, Lauk Simple Rasa Macam Air Tangan Mak", "body": "\nMasak Ikan Bilis Kentang Berempah ni senang je! Siapa je tak suka lauk mudah dan sedap. Jimat masa kita nak memasak di dapur.\nResipi asal ini telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah di Facebook memang menarik hati min betul untuk menulis artikel ini.\nBahan utama cuma kentang dan ikan bilis. Ada lauk ni je pun dah cukup dah kalau orang bujang, lepastu tinggal masak nasi panas je fuhhh layan makan lauk ni.\nBaca juga: Cara Buat Kari Terung Ikan Masin Kurau, Mesti Naik Selera!\nJom kita cuba resipi ni.\nResipi Ikan Bilis Kentang Berempah\n\nBahan-bahan:\n\n\nIkan bilis 1 cawan (dibasuh dan digoreng)\nUbi kentang 5 biji (hiris nipis)\nCili merah 1 (dibelah)\nCili hijau 1 (dibelah)\nBawang besar 1 (dihiris)\nBawang putih 3 ulas(dihiris)\nDaun kari 2 tangkai\nSerbuk kari 1 sudu besar\nCili kisar 5 sudu besar\nKicap manis 3 sudu besar\nSerbuk perasa\nGula\nCara-cara memasaknya:\n1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan dan sedikit garing. (Angkat dan ketepikan)\n\n2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga masak rangup. (Angkat dan ketepikan)\n3. Gunakan minyak yang sama , tumis bawang putih , daun kari dan bawang besar sehingga naik bau.\n\n4. Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.\n\n5. Kemudian masukkan serbuk kari. Gaulkan sehingga sekata.\n6. Masukkan kicap, serbuk perasa dan gaulkan sebati.\n7. Masukkan cili hijau, cili merah , ubi kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi , gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika.\n\n\n8. Siap untuk dihidang.\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Nurul Ateekah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-kukus-aiskrim-soda/", "title": "Nampak Pelik Tapi Sedap, Jom Cuba Resipi Ikan Kukus Guna Aiskrim Soda!", "body": "\nPasti ramai yang sudah biasa masak ikan siakap stim limau kan? Kali ini Myresipi nak kongsikan pula Resipi Ikan Kukus Aiskrim Soda yang boleh anda cuba di rumah.\nResipi ini mungkin kelihatan pelik kerana menggunakan aiskrim soda tapi sebenarnya rasa menu ini boleh tahan sedap juga. Jangan pandang sebelah mata, belum cuba belum tahu ya!\nCara penyediaannya lebih kurang sama seperti ikan siakap stim limau, apa yang berbeza adalah penggunaan aiskrim soda F&N di dalam bahan sos yang akan dicurahkan ke atas ikan yang siap dikukus nanti.\nJom kita sama-sama cuba! Lihat resipi lengkap di bawah.\nBaca juga: Resipi Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Yang Masam-Masam Manis\nResipi Ikan Kukus Aiskrim Soda\n\nBahan-bahan:\n\n1 kg siakap \u2013 dibersihkan\n1 batang serai \u2013 ditumbuk\n2 keping halia \u2013 dihiriskan\n\nBahan-bahan sos:\n\n120ml aiskrim soda F&N\n2 sudu besar jus limau\n2 sudu besar sos ikan\n5 ulas bawang putih \u2013 dicincang\n2 batang cili padi \u2013 dihiriskan\n30g daun ketumbar \u2013 dicincang\n2 batang serai \u2013 dihiriskan\n2 sudu kecil gula\n\nCara memasak:\n1. Cuci bersih ikan siakap. Letak ikan atas pinggan. Isikan serai dan hirisan halia ke dalam perut ikan.\u00a0\n2. Kemudian kukus ikan selama 15 minit.\n3. Dalam periuk, masukkan bahan-bahan untuk sos kecuali daun ketumbar. Masak selama 5 minit. Kemudian baru masukkan daun ketumbar yang sudah dicincang, kacau rata.\n4. Selepas ikan masak, buangkan air di dalam pinggan. Kemudian tuangkan sos di atas ikan.\n5. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!\n\nBaca juga: Resipi Air Asam Paling Sedap, Cicah Ikan Bakar Memang Terangkat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-masak-bawang-asam/", "title": "Resipi Ikan Masak Bawang Asam, Tak Sedar Dah Tambah Berpinggan-Pinggan", "body": "\nSeorang pengguna Facebook, Khairum Hakimin Muhammad ada berkongsikan resipi ikan masak bawang asam\u00a0yang sedikit lain dari masakan melayu.\nMenurutnya, menu ini ada rasa masam dan rasa rempah yang ringan. Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga tidak susah mana. Kalau ada yang nak cuba, ikut je resipi di bawah ya.\nBaca juga: Lauk Simple Tapi Padu Habis! Jom Cuba Buat Kentang Goreng Berlada Dengan Ikan Bilis\nCARA BUAT IKAN MASAK BAWANG ASAM\nBahan-bahan:\n\n7-10 ekor ikan kembung atau selar atau sardin\n2-3 biji tomato separa masak\n3 tangkai daun kari\n5 biji bawang merah India\n1 senduk cili kering kisar\n1 sudu besar halba campur (jintan manis, halba, biji sawi)\n2 ulas bawang putih\n1 inci halia\n2 biji cili hijau besar\n1 sudu kecil pes asam jawa\nGaram\n\nUntuk menggoreng:\n\n2 susu besar serbuk cili\n2 sudu besar serbuk kunyit\nSedikit garam\n\nCara-cara memasak:\n\nGaulkan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam bersama ikan.\n\nGoreng dalam minyak panas.\n\nAngkat dan ketepikan.\n\nGuna kuali lain, masukkan minyak goreng ikan tadi. Jangan semua tau. Agak-agak je.\n\nTumis bawang merah, bawang putih, halia, cili hijau besar, daun kari dan tomato sehingga layu layu sikit.\n\nMasukkan halba campur. Tumis lagi.\n\nMasukkan sesenduk cili kering kisar.\n\nMasukkan pes asam jawa.\n\nKalau pekat sangat masukkan sedikit air.\n\nMasukkan garam gula secukup rasa.\n\nDah pecah minyak, Masukkan ikan goreng tadi.\n\nSiap! Selamat mencuba.\n\n\nKredit: Khairul Hakimin Muhammad\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-masak-pedas-thai-sedap-memukau/", "title": "Resipi Ikan Masak Pedas Thai. Rasa Masam, Manis & Pedas Berlemak Yang Sedap Memukau!", "body": "\nBila tiada idea nak masak apa, akhirnya pasti akan cari resipi di Google kan? Kalau anda tengah cari resipi ikan, apa kata jom cuba Resipi Ikan Masak Pedas Thai ini.\nRasanya yang sedikit masam, manis dan pedas berlemak pasti akan membuatkan anda berselera! Hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang tidak berapa sihat.\nNak cuba? Jom lihat resipi lengkap di bawah.\nCARA BUAT IKAN MASAK PEDAS THAI\nBahan-bahan untuk goreng ikan:\n\nIkan\nGaram\nKunyit\nTepung jagung\n\nBahan-bahan kisar:\n\n1 biji bawang besar\n5 ulas bawang putih\n4 biji cili api merah\n3 biji cili api hijau\n2 batang akar ketumbar\n\nBahan-bahan kuah:\n\n1 biji bawang besar (hiris nipis)\n1 batang serai (hiris nipis)\n3 sudu sos cili\n2 sudu sos tiram\n2 sudu sos ikan\nSedikit air limau nipis\nDaun limau purut\nSedikit air\n1/2 sudu besar gula\nSerbuk perasa\nGaram (jika perlu)\nTomato\nDaun ketumbar (hiasan)\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit kasi berseri. Letak sikit tepung jagung untuk tambah kerangupan. Panaskan minyak dan goreng ikan dulu. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.\n\n2. Panaskan minyak, tumis 1 biji bawang besar dan 1 batang serai yang sudah dihiris nipis.\n\n3. Bila dah kekuningan, masukkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.\n\n4. Masukkan 3 sudu sos cili, 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos ikan dan sedikit air limau nipis. Kacau sampai pecah minyak lagi.\n\n5. Masukkan juga daun limau purut.\n\n6. Tambah sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.\n\n7. Masukkan 1/2 sudu besar gula mengikut tahap kemanisan yang disukai. Perasakan juga dengan serbuk perasa. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam secukupnya.\n\n8. Tutup api dan baru masukkan tomato.\n\n9. Curahkan kuah pedas Thai ke atas ikan yang sudah siap digoreng tadi.\n\n10. Taburkan juga sedikit daun ketumbar sebagai penyeri hidangan.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Liza Idris\nBaca juga:\u00a0 Petua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali, Hanya Guna Satu Bahan Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-masam/", "title": "Resipi Ikan Masam, Nak Lagi Sedap Kena Perap 2-3 Hari Baru Goreng!", "body": "\nIkan masam ni tak sama dengan ikan pekasam. Nampak lebih kurang saja tapi sebenarnya tidak. Masing-masing ada kesedapan dan peminatnya yang tersendiri.\nRasa sama seperti ikan kering masin cuma tidak begitu masin. Katanya, lagi lama perap lagi sedap.\nNak lagi mudah, mak-mak boleh buat untuk sekilo terus. Mudah kalau nak makan bila-bila, tinggal goreng saja.\nJom lihat cara-cara membuatnya yang dikongsikan oleh Ida Shahida di bawah.\nIkan Masam, Lagi Lama Perap Lagi Sedap\nIkan masam. Siapa yang suka makan ikan kering masin atau suka makan ikan tenggiri masam, pasti akan gemarkan rasanya.\nBahan-bahan:\n\n1kg ikan\n1 sudu kecil garam kasar\n20 keping asam keping\n1 sudu besar asam jawa\nGula secukup rasa\n2 sudu besar air\n\nCara-caranya:\n1. Kembangkan asam keping dan asam jawa saja.\n2. Air tak perlu banyak sebab nanti semasa perap ikan tu akan mengeluarkan airnya juga.\n3. Diperap selama 24 jam (dah boleh dimakan) tapi kalau nak sedap lagi perap 2-3 hari baru digoreng.\n\n4. Jika agak kekeringan sebab sudah banyak hari, boleh masukkan 2-3 sudu air untuk mengembangkan ikan tu semula.\n5. Ikan ni boleh disimpan dan dimakan selagi tidak habis. Maksudnya boleh bertahan lama asalkan dimasukkan ke dalam peti ais\n6. Nak goreng \u2013 boleh basuh dulu sikit sekadar nak bersihkan badan ikan tu atau pun tak perlu cuci pun boleh. Terus digoreng.\n\nInfo:\n\nBoleh simpan selama mana yang anda suka asalkan tetap di dalam peti ais\nSedap sangat\nTidak masin seperti ikan masin\nHari ke 3 dah dapat makan\nBila goreng tidak berbau satu rumah/satu taman\nTak perlu dijemur atau dikukus\nBila nak digoreng tak perlu dicuci dengan air\n\nKredit: Ida Shahida\nBaca juga: Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-pari-masak-lada/", "title": "Resipi Ikan Pari Masak Lada, Lauk Orang Melaka Yang Ramai Tak Tahu. Sedap Rupanya!", "body": "\nIkan pari biasanya kita masak asam pedas kan? Kali ini jom cuba ikan pari masak lada pula. Menu yang tidak asing lagi dalam kalangan orang Melaka.\nMenurut empunya resipi, Naros Najib memberitahu masakan ini merupakan lauk orang Melaka yang ramai tidak mengetahui tentangnya.\nRupanya seakan sama dengan asam pedas, yang membezakannya adalah ia sedikit berempah. Nak tahu cara memasaknya? Jom lihat resipi lengkap di bawah.\nResipi Ikan Pari Masak Lada\n\nBahan-bahan:\n\n500gm Ikan pari\n4 biji bawang merah\n3 ulas bawang putih\n2 inci kunyit hidup\nBelacan (lebih kurang macam dalam gambar)\n2 batang serai\n3 helai daun limau purut\n2 sudu makan kerisik\n3 sudu makan cili kisar\n1.5 liter air asam jawa\nGaram secukup rasa\nSerbuk perasa (pilihan)\nMinyak untuk menumis\nBendi secukupnya\n\nBahan-bahan yang perlu disangai dan dikisar halus:\n\n1 sudu makan jintan putih\n1 sudu makan jintan manis\n1 sudu makan lada hitam\n1 sudu makan biji ketumbar\n\nCara memasak:\n1. Cuci bersih ikan pari. Perapkan sekejap dengan asam jawa dan air limau kasturi untuk hilangkan hanyir.\n\n2. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Kalau nak kisar pun boleh saja. Serai tu jangan dikisar. Cukup sekadar titik untuk keluarkan aromanya. Daun limau purut pula siat-siatkan. Buang batang tengahnya.\n\n3. Mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk halus. Masukkan juga serai yang dititik.\n\n4. Kacau kesemuanya sehingga naik bau dan hampir garing.\n\n5. Apabila bahan tumisan sudah agak garing, masukkan rempah yang telah disangai dan dikisar halus.\n\n6. Kacau bahan-bahan tumisan hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau.\n\n7. Apabila cili kisar hampir garing, masukkan daun limau purut. Kacau lagi.\n\n8. Setelah cili cukup garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Kacau hingga semua sebati.\n\n9. Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan satu persatu. Kacau lagi.\n\n10. Tunggu sehingga kuah mendidih sekali lagi. Dari semasa ke semasa, kacau kuah perlahan-perlahan. Nampak macam lauk asam pedas kan.\n\n11. Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan kerisik dan kacau.\nSebenarnya resipi original masak lada ni tak guna kerisik. Sebaliknya guna kelapa bakar. Kepingan kelapa tua dibakar, kikis dan diparut atau dihiris halus. Kemudian tumbuk halus jadi tekstur macam kerisik. Kemudian campur ke dalam kuah. Rasanya lagi sedap dan wangi.\nGantikan dengan kerisik untuk memudahkan. Sekarang ni susah nak dapat kelapa. Lagipun, rasanya tak jauh berbeza.\n\n12. Apabila kerisik dah mesra dalam kuah, masukkan garam dan bahan perisa (jika suka). Kacau lagi.\n\n13. Akhir sekali, masukkan bendi. Kalau tak ada bendi, boleh juga masukkan terung. Biarkan selama kira-kira 2-3 minit.\n\n14. Sebelum tutup api, rasa kuah, cukup tak rasa garam, masam, rempah dan pedasnya. Kesemua rasa tu kena seimbang. Baru sedap.\n15. Dah siap, selamat mencuba!\n\nKredit: Naros Naib\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-rebus-air-asam-dengan-bendi-rebus/", "title": "Resipi Ikan Rebus Air Asam Dengan Bendi Rebus, Sedap Tak Terkata!", "body": "\nBila tiada idea nak masak apa, jom masak yang\u00a0simple-simple\u00a0tapi sedap seperti ikan rebus air asam ini.\nAda satu lauk ni pun dah menaikkan selera, bertambah 2 pinggan nasi dibuatnya.\nResipi perkongsian dari Akma Abdullah ini wajib dicuba. Gandingkan dengan benti rebus lagi\u00a0umphh!\nIkan Rebus Air Asam Bersama Bendi Rebus\nBahan-bahan:\n\nIkan (rebus dengan asam keping dan garam)\nBendi (rebus)\nBawang kecil hiris nipis 2 biji.\nBawang putih bakar dan ketuk 2 ulas\nAir asam jawa (bancuh air asam jawa guna air rebusan ikan tadi)\nBelacan bakar\nCili (kuantiti ikut nak pedas mana)\nGaram\nGula\n\nCara-caranya:\n1. Dalam pinggan, masukkan sedikit air asam jawa kemudian picit cili, belacan, bawang, garam dan gula.\n2. Masukkan air asam jawa dan gaul rata.\n3. Tuangkan ke atas ikan yang sudah dibuang tulang. Gaulkan.\n4. Siap untuk dimakan dengan bendi rebus atau apa sja sayur yang disukai.\n\nKredit: Akma Abdullah\nBaca juga: Resipi Air Asam Sedap & Padu. Rasa Masam, Manis Memang Membangkitkan Selera!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-rebus-goreng-yang-laku-keras/", "title": "Resipi Ikan Rebus Goreng Yang Laku Keras, Bau Ikan Masa Goreng Pun Dah Mengiurkan!", "body": "\nMenu ikan rebus goreng ini memang sangat mengugat iman. Jarang orang makan tak menambah sebab sedap amat!\nOrang Kelantan biasanya cicah ikan rebus goreng dengan budu. Yang tak biasa makan, nanti bolehlah cuba.\nWalaupun menu ini nampak ringkas, tapi ada rahsianya kalau nak sedapkan lagi ikan rebus goreng ini. Jom baca perkongsian resipi oleh Cikgu Afy Al Habibi di bawah.\nCara Buat Ikan Rebus Goreng Yang Padu\n\nBahan-bahan:\n\n10 ekor ikan selayang/sardin (siang & cuci)\n1 sudu besar garam bukit\n1 senduk cuka\n2 keping asam keping\nGula melaka\nHalia\nLengkuas\nDaun pandan\n\nCara-cara:\n1.\u00a0Susun ikan dalam periuk dan taburkan 1 sudu besar garam bukit.\nTips: Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. (Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti)\nTips: Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse Kelantan atau gula melaka.\n2. Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.\n3. Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.\n\n4. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.\n5. Goreng ikan dalam minyak panas. Taburkan bawang banyak-banyak bersama potongan cili padi.\n\n6. Tutup dengan tudung periuk ketika ikan digoreng untuk elak meletup.\n\n7. Sedia untuk dihidang!\n\n8. Hidangkan bersama nasi putih, budu putih campur tempoyak dan sambal jantan.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Afy AL Habibi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-rebus-versi-thailand-mudah-sedap-sesuai-untuk-menu-diet/", "title": "Resipi Ikan Rebus Versi Thailand Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Menu Diet!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-23 06:10:02\n\n\nBagi mereka yang berada dalam proses diet, ikan rebus selalu menjadi pilihan bagi menggantikan makanan berkalori tinggi. Namun, kadang-kadang pasti akan rasa bosan jika asyik memakan menu yang sama. Betul tak? Apa kata hari ini korang cuba buat ikan rebus versi Thailand pula, rasanya agak berbeza dengan ikan rebus biasa korang pernah cuba di rumah. Lagi-lagi apabila dicicah bersama sos budu, sedapnya! Jom ikuti perkongsian daripada Vi Ibi Haji Ariffin menerus Facebook.\n\nKredit: Vi Ibi Haji Ariffin\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n15 ekor ikan\n2 ketul gula melaka\n2 batang serai\n\u00bd sudu garam\n6 ulas bawang putih\nSegenggam asam keeping\n15 helai daun limau purut\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMula-mula, masukkan bahan-bahan yang disediakan tadi ke dalam periuk.\n \nKredit: Vi Ibi Haji Ariffin\n\u00a0\nKemudian, masukkan pula 15 ekor ikan dan susunkan dengan rapi di dalam periuk. Anda juga boleh meletakkan cili jika mahu.\u00a0Lalu, masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.\n \nKredit: Vi Ibi Haji Ariffin\n\u00a0\nRebuskan selama setengah jam dengan api yang kecil. Rasa sedikit kuah tersebut untuk mendapatkan rasa yang diingini. Sekiranya terlebih masin atau manis, tambahkan air panas sedikit.\n \nKredit: Vi Ibi Haji Ariffin\n\u00a0\nTambahkan 1 cawan air panas jika anda lebih suka ikan rebus ini berkuah.\n \nKredit: Vi Ibi Haji Ariffin\n\u00a0\nAnda juga boleh gorengkan juga, namun perlu berhati-hati kerana ia agak meletup-letup ketika digoreng. Gunakan api perlahan dan tutupkan dengan penutup periuk.\n \nKredit: Vi Ibi Haji Ariffin\n\nSiap! Sangat sesuai dihidang panas-panas dan dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-sambal-thailand/", "title": "Rindu Makanan Thailand? Jom Buat Ikan Sambal Thailand Menggunakan Bahan Yang Ada Di Rumah", "body": "\nSetiap kali pergi ke negara jiran kita mesti selalu dengar ikan sambal Thailand kan? Tapi bila teringin tu susah nak dapat rasa yang sama macam dekat Thailand.\nSambal hijau ni sesuai sangat kalau dimakan dengan nasi yang panas-panas. Siapa yang suka pedas boleh try resipi tapi kalau tak makan pedas pon korang boleh kurangkan bilangan cili yang digunakan.\nResipi Ikan Sambal Thailand\nBahan-bahan:\n\nCili padi 10 biji*\nCili besar hijau 3 biji*\nTomato 1 biji*\nBawang putih 6 ulas*\nBawang besar 2 biji*\n2 batang serai\nDaun limau purut\n2 sudu makan sos cili\n2 sudu makan sos tiram\nMushroom seasoning\n1 sudu sos ikan\n1 sudu gula\nLimau nipis 1 biji\nIkan\n\n\nCara-cara:\n\nGorengkan ikan dulu. Nak guna ikan apa pun boleh.\nKisar kasar bahan bertanda *. Kalau tak ada chopper boleh gunakan lesung batu sebab kita nak hasil yang kasar.\nPanaskan minyak goreng ikan tadi. Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu maksudnya minyak tu dah bertakung atas sambal kita.\nMasukkan 2 batang serai.\nMasukkan daun limau purut. Batang tengah buang okey, nanti jadi pahit kalau tak buang.\nMasukkan 2 sudu makan sos cili.\nKemudian, letak 2 sudu makan sos tiram.\nLetak mushroom seasoning. Kalau tak ada boleh masukkan secukup rasa.\nMasukkan 1 sudu sos ikan.\nSelepas itu, letak 1 sudu gula somtan. Kalau tak ada pakai je gula putih.\nPerahkan 1 biji limau nipis. Gaul rata. Tak perlu letak garam dah sebab sos ikan tu dah masin.\nNak letak bawang pon boleh. Tak nak pon takpe.\nMasukkan ikan dan gaul.\nHidangan anda telah siap.\n\n\nSenang sangat nak buat sambal ikan thailand ni. Jadi, siapa yang suka kepedasan ataupun makanan Thailand korang boleh try resipi ni.\nKredit: Ameera\nBaca juga:\nSambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini\nCara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-siakap-bakar-ala-kuala-perlis/", "title": "Resipi Ikan Siakap Bakar Ala Kuala Perlis, Sekali Cuba Pasti Akan Teringat-Ingat Kesedapannya!", "body": "\nSeorang pengguna laman sosial Facebook, Rozmaliza Omar ada berkongsikan Resipi Ikan Siakap Bakar Ala Kuala Perlis. Menurutnya, pertama kali makan siakap bakar\u00a0style\u00a0macam ni di Perlis. Rasanya juga boleh tahan sedap, lagi-lagi bila cicah air asam dan sambal kicap.\nKalau ada ikan siakap kat dapur dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba resipi ini okay! Bosan juga asyik masak ikan siakap 3 rasa atau ikan siakap masam manis kan.\nBaca juga: \u2018First Time\u2019 Makan Sedap Sangat, Wanita Kongsi Resipi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai\nCARA BUAT IKAN SIAKAP BAKAR ALA KUALA PERLIS\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ikan siakap/ apa\u00b2 ikan yang suka\n3 sdb majerin/ butter\n4 sdb susu pekat manis\n1/2 cawan santan pekat KARA\nSedikit serbuk kunyit\nGaram\n\nCara-cara:\n\nMasak semua bahan-bahan diatas kecuali ikan dengan api perlahan hingga agak pekat sedikit.\nRasakan manis-manis lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya, boleh tutup api. Ketepikan.\nIkan dicuci bersih. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.\nBakar ikan dengan menggunakan api sederhana. Bila dah siap bakar, sapukan kuahnya atas ikan sambil-sambil dibakar lagi. Bila dah nampak bersalut elok boleh diangkat.\nHidangkan dengan sambal kicap atau air assam kerisik.\n\n\nCubalah buat, pasti suami akan makan menambah-menambah!\nKredit: Rozmaliza Omar\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-siakap-masak-asam-jawa-ala-thai/", "title": "\u2018First Time\u2019 Makan Sedap Sangat, Wanita Kongsi Resipi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai", "body": "\nAda ikan siakap tapi tak tahu nak masak apa? Bosan juga asyik masak ikan siakap 3 rasa kan. Jom cuba masak Ikan Siakap Masak Asam Jawa ala Thai ni pula.\nSekali cuba pasti akan jatuh cinta sebab rasa dia sedap sangat! Perkongsian resipi di bawah telah dikongsi oleh Puan Suhana Mohd Khalid.\nMenurutnya, menu tersebut pertama kali dicuba ketika di Langkawi. Bila balik rumah, sampai teringat-ingat sebab terlampau sedap. Jom kita sama-sama cuba buat nanti ya!\nBaca juga: Resipi Ikan Siakap Stim Limau Yang Lembut & Wangi, Nak Lagi Sedap Kena Lebihkan \u20181 Bahan\u2019 Ini\nRESIPI IKAN SIAKAP MASAK ASAM JAWA ALA THAI\nBahan-bahan tumis:\n\nBawang merah\nBawang putih\nHalia\nCili padi\nSos tiram\nSos tomato\nGula melaka\nTomato\nAir asam jawa secukupnya\nGula\nGaram\nSerbuk perasa\n\nCara-cara membuatnya:\n\nLumurkan kunyit, garam dan tepung jagung pada ikan. Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan sementara membuat kuahnya.\n\nTumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.\nTambah sos tiram, sos tomato, gula melaka dan tomato.\nMasukkan juga air asam jawa secukupnya.\nPerasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.\nSedia untuk dicurahkan ke atas ikan.\n\n\nMudah je kan caranya? Nanti kita cuba masak sama-sama ya.\u00a0Confirm\u00a0suami dan anak-anak suka! Selamat mencuba.\nKredit: Suhana Mohd Khalid\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-siakap-rebus-thai/", "title": "Resipi Ikan Siakap Rebus Thai, Nak Lagi Padu, Kuah Kena Pedas!", "body": "\nAneka resipi ikan siakap yang kita boleh cuba. Salah satunya adalah resipi ikan siakap rebus Thai.\nHidangan ini lengkap dengan rasa pedas, masam, masin dan manis. Memang cukup rasa.\nCara memasak menu ini juga cukup mudah. Malah ada 2 cara yang boleh dipilih mengikut selera anda.\nPertama, anda boleh kukus atau rebus ikan bersama bahan-bahan kuah atau boleh masak ikan secara berasingan dengan kuahnya.\nResipi Ikan Siakap Rebus Thai\nBAHAN-BAHAN\u00a0(kuantiti boleh ubah ikut cita rasa):\n\n2 ekor ikan siakap \u2013 dibersihkan\n8 ulas bawang putih \u2013 kisar kasar\n10-15 biji cili merah dan hijau \u2013 kisar kasar\n6-8 biji tomato ceri\n2-3 biji limau nipis \u2013 ikut masam yang disukai\n2 tangkai daun ketumbar\nKicap cair n\nMushroom sauce\nSos ikan\nAir asam jawa\nSerbuk limau nipis\nGaram secukup rasan\nGula kabung thai\nGula secukupnya\nMushroom seasoning\n\nCARA MEMASAK:\n1. Rebus ikan bersama kicap cair. Masukkan juga akar ketumbar. Boleh juga guna teknik kukus, ikan ini akan lebih enak.\n\n2. Bila ikan sudah masak, toskan tetapi jangan buang air rebusan ya. Angkat dengan berhati-hati supaya isi ikan tidak terlerai. Letak dalam pinggan hidangan.\n\n3. Ambil air rebusan ikan tadi dan campurkan dengan cili merah, cili hijau dan bawang putih yang dikisar kasar.\nPERINGATAN: Buang biji cili supaya tidak memudaratkan kesihatan.\n\n4. Masukkan sos ikan thai. Boleh sesuaikan jumlahnya ikut cita rasa.\n5. Kemudian masukkan sos cendawan. Sos cendawan ni sangat wangi. Biasanya orang Thailand akan guna ketika pesta makan sayur.\n6. Masukkan air asam jawa.\n7. Masukkan kesemua bahan-bahan perasa. Jika mahu rasa lebih sedap, boleh lebihkan bahan-bahan ikut selera masing-masing.\n\n8. Tambahkan tomato ceri, daun ketumbar dan jus limau nipis ikut tahap kemasaman yang anda suka.\n9. Kuah Thai Pedas siap disediakan. Tuang kuah ke atas ikan.\n\n10. Ikan Siakap Rebus Thai sedia untuk dinikmati.\n\nKredit: Zat Hernani\nBaca juga: Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Sedap Macam Restoran Thai T20\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-siakap-sambal-kicap-pedas-thai/", "title": "Resipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Guna Bahan Mudah Tapi Rasa Macam \u2018Kayangan\u2019", "body": "\nSejak akhir-akhir ini, aneka resipi ikan siakap telah tular di laman sosial Facebook. Salah satunya adalah resipi ikan siakap sambal kicap pedas Thai ini.\nCara membuat dan bahan yang digunakan juga sangat mudah. Tapi sedap dia terasa macam makan di restoran Thai.\nNak cuba buat? Lihat saja resipi perkongsian oleh Liza Idris di bawah.\nCara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai\nCara-cara penyediaan:\n1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.\n\n2. Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu. Bukan disisihkan.\n\n3. Kisar 1 biji bawang besarm 5 ulas bawang putih dan [email\u00a0protected] biji cili api. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.\n\n4. Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.\n\n5. Masuk 5 sudu besar kicap.\n\n6. Letak 2 sudu besar cuka dan kacau.\n\n7. Masuk 1 cawan air.\n\n8. Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.\n\n9. Perasakan dengan maggie cukup rasa.\n\n10. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi.\n\n11. Siap!\n\n12. Tuangkan ke atas ikan siakap. Selamat mencuba!\n\nKredit: Liza Idris\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-siakap-stim-limau-yang-lembut-wangi/", "title": "Resipi Ikan Siakap Stim Limau Yang Lembut & Wangi, Nak Lagi Sedap Kena Lebihkan \u20181 Bahan\u2019 Ini", "body": "\nMenu Ikan Siakap Stim Limau ini sangat sedap! Kombinasi rasa pedas, masam dan masin memang sekata dan sempurna.\u00a0 Siapa yang gemarkan lauk pauk yang banyak kuah, anda boleh lebihkan kuantiti air.\nCaranya sangat mudah dan sebijik sama macam kita makan di restoran Thailand. Nak ratah pun puas hati sebab masak sendiri. Jom cuba resipi perkongsian oleh Oren Misaki di bawah.\nBaca juga: Resipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Guna Bahan Mudah Tapi Rasa Macam \u2018Kayangan\u2019\nCARA BUAT IKAN SIAKAP STIM LIMAU\nBahan-bahan:\n\nIkan siakap\nGaram\nJus limau\nHalia\nSerai\nBatang daun ketumbar\n\nBahan-bahan sos:\n\nBawang putih \u2013 cincang halus\nHalia sedikit\nCili padi \u2013 cincang halus\nCili besar \u2013 hiris (optional sbb cili padi guna cket je.. x pedas sgt)\nSerai \u2013 hiris dalam 2 batang\nAir setengah cawan\nJus limau nipis suku cawan\nKiub ayam- half kiub je\nGula melaka \u2013 lebih kursang besar 2 ibu jari\nGaram (optional)\nSos ikan \u2013 sesudu kecik\nTepung jagung cket \u2013 bancuh dengan air\nDaun ketumbar \u2013 lagi banyak lagi sedap\n\nCara-cara:\n\nLumurkan garam dan jus limau pada ikan siakap. Letakkan halia, serai dan batang daun ketumbar dalam perut ikan yang sudah dibelah. Kukus sekejap dalam 10 hingga 15 minit bergantung pada saiz ikan.\nSambil tunggu ikan siap dikukus, jom kita buat sos.\nMula-mula tumis bawang putih, halia, serai dan cili sehingga naik bau. Masukkan air dan jus limau.\nTunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam, gula melaka, garam dan sos ikan. Tambah kuantiti bahan tertentu mengikut citarasa masing-masing.\nAkhir sekali masukkan air tepung jagung, kacau sehingga sedikit pekat. (jangan terlalu pekat)\nMatikan api. Masukkan daun ketumbar. (lagi banyak lagi sedap!)\nSiram atas ikan yang dikukus tadi. Siap!\n\nKredit: Oren Misaki\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ikan-stim-ala-nyonya-sedap-isi-lembut/", "title": "Resipi Ikan Stim Ala Nyonya Sedap & Isi Lembut, 4 Langkah Je Dah Siap!", "body": "\nBiasanya kita selalu masak ikan stim halia, stim limau saja kan? Apa kata kali ini jom cuba resipi lain pula seperti ikan stim ala nyonya ini.\nUniknya masakan ini boleh menggunakan apa-apa jenis ikan yang ada. Tapi biasanya orang menggunakan ikan siakap, ikan talapia atau ikan jenahak kerana isinya yang banyak.\nKalau ada yang nak cuba masak, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Florence Jonathan di bawah. Selamat mencuba!\nCara Buat Ikan Stim Ala Nyonya Simple & Sedap\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ikan yang telah dibersihkan (boleh guna mana-mana ikan seperti talapia)\nGaram, gula secukupnya\nSayur-sayuran (optional)\n\nBahan kisar:\n\n3 ulas bawang putih\n1 labu bawang merah besar\n2 batang serai\n1 inci halia\n3 biji cili merah besar\n2 biji cili padi (ikut masing-masing)\n1 inci kunyit hidup\n1 kuntum bunga kantan\nSos ikan secukupnya\nJus limau nipis secukupnya (atau guna setengah biji lemon)\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan kisar, kisar semuanya sehingga lumat.\n2. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.\n\n3. Kemudian perasakan dengang garam dan gula secukupnya.\n4. Lumurkan ke atas ikan dan kukus sehingga masak.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Florence Jonathan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-jejari-kentang-cheese-mudah-dan-ekpres/", "title": "Resipi Jejari Kentang Cheese, Mudah Dan Ekpres!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-17 18:37:28\n\n\nSetiap pagi, ibu-ibu terutamanya suri rumah pasti sudah terpacak di dapur untuk membuat sarapan untuk seisi keluarga. Menu-menu seperti nasi goreng, mee goreng dan cekodok sudah menjadi kebiasaan di pagi hari. Jadi, inilah masanya untuk ibu-ibu mencuba resipi mudah ini buat hidangan sarapan iaitu\u00a0Jejari Kentang Cheese. Ikuti perkongsian daripada Aleen Aireish menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Aleen Aireish\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n500 gram kentang\n1 cawan tepung jagung\n1 sudu makan susu tepung \n5 keping cheddar cheese (dipotong kecil)\nGaram halus\nDaun bawang \nDaun sup (dihiris halus)\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nKupaskan semua kentang yang disediakan dan basuh sebersih-bersihnya. Kemudian, kukus kentang tersebut sehingga masak.\n \nKredit: Lifestyle Okezone\n\u00a0\nSelepas semua kentang masak, keluarkan dan lenyekkan kentang sehingga teksturnya halus. Ketepikan seketika.\n \nKredit: Siraplimau\n\u00a0\nKemudian, masukkan semua bahan-bahan lain dan gaulkan hingga sebati dan menjadi seperti doh.\n \nKredit: CikPuanMasitah\n\u00a0\nUntuk bentuk, terpulang mengikut citarasa anda sendiri sama ada untuk membuatnya dalam bentuk memanjang atau bulat.\n \nKredit: CikPuanMasitah\n\u00a0\nSetelah selesai membentuk, panaskan minyak dan goreng kentang sehingga warna nampak kekuningan.\n \nKredit: Aleen Aireish\n\u00a0\n\nSiap! Mudah saja kan? Pasti anak-anak pun turut berselera menjamunya.\u00a0Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-jejari-kentang-cheese/", "title": "Resipi Jejari Kentang Cheese Untuk Kudapan Anak, Guna Bahan Mudah Je!", "body": "\nJom cuba resipi jejari kentang cheese ini. Sesuai dijadikan kudapan untuk anak-anak tak kira untuk sarapan pagi atau minum petang.\nBahan-bahan dan cara penyediaannya juga sangat mudah untuk dicuba. Teksturnya juga sangat rangup selepas siap digoreng. Lagi sedap dicicah dengan sos cili. Jom cuba!\nBaca juga: Jejari Roti Bersalut Tepung, Guna 2 Bahan Ini Je Dan Memang Sedap!\nCara Buat Jejari Kentang Cheese\nBahan-bahan:\n\n2 biji kentang\n\u00bd cawan tepung\n\u00bc cheese cheddar\nSerbuk perasa\nTelur\nSerbuk roti\n\nCara-cara:\n1. Kupas kentang dan rebus sehingga ianya empuk. Bila dah masak, angkat kentang dan lenyekkan sehingga betul-betul hancur.\n2. Kemudian, masukkan tepung jagung, cheese dan serbuk perasa. Gaul sehingga semuanya menjadi sebati.\n3. Bila dah sebati, masukkan dalam plastik dan lenyekkan supaya sama tebal seperti buat nasi impit.\n4. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku sehingga ia keras.\n5. Bila dah keras elok, keluarkan dari plastik. Nak mudah, koyakkan saja plastik.\u00a0\n6. Potong secara memanjang mengikut saiz kesukaan anda.\n\n7. Celupkan dalam telur dan salut menggunakan serbuk roti.\n\n8. Goreng sehingga garing dan rangup, jangan sampai hitam.\n9. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit: Pn Fara En Lana\nBaca juga: Cara Buat Jejari Ayam Homemade \u2018Isi Padat\u2019, Lagi Sihat Tanpa Bahan Pengawet\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-jeruk-betik-yang-bikin-ketagih/", "title": "Resipi Jeruk Betik Yang Bikin Ketagih, Sekejap Je Habis Makan Sebalang!", "body": "\nRamai tak yang suka makan jeruk betik? Jika tidak tahu cara membuatnya, mari kami tunjukkan cara-cara membuat jeruk betik yang mudah.\nUntuk membuat jeruk betik, kita memerlukan buah betik yang cukup tua dan isi kekuningan supaya hasilnya nanti lembut dan manis.\nSekali cuba buat pasti takkan beli dah! Maklumlah, jika dibuat secara\u00a0homemade lebih diyakini. Mari kita cuba buat menggunakan resipi hasil perkongsian dari Musyahadah di bawah.\nResipi Jeruk Betik Yang Bikin Ketagih\nBaca juga: Bukan Hanya Boleh Cegah Sembelit, Ini 10 Khasiat Buah Tembikai Yang Anda Perlu Tahu\nBahan-bahan:\n\nBetik mengkal (kuning sedikit)\n8 biji asam boi warna oren\n2 cawan air\n1 cawan gula\n1 cawan cuka\n1/2 sudu teh kapur\n\nCara-cara:\n1. Rebus asam boi bersama gula. Kalau nak manis, lebihkan kurang. Jika sebaliknya, kurangkan gula. Biarkan menggegak selama 6 minit.\n2. Apabila warna sudah hampir berwarna oren, masukkan cuka mengikut cita rasa. Masak sekejap dan boleh tutup api. Sejukkan.\n\n3. Kupas betik, potong setebal duit syiling tau mengikut suka seperti dalam gambar di bawah.\n\n4. Cuci bersih dan rendam betik di dalam air kapur selama 5 minit. Kemudian buang air dan toskan.\n5. Bila dah agak kering, masukkan ke dalam balang yang berisi air asam tadi.\n\n6. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Musyahadah Oo\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-jus-tomato-yang-sihat-elok-untuk-jantung/", "title": "Resipi Jus Tomato Yang Sihat, Amal Minum Selalu Elok Untuk Jantung", "body": "\nSalah satu petua kesihatan untuk menjaga jantung adalah dengan mengamalkan minum jus tomato. Buah tomato mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri, salah satunya adalah elok untuk jantung.\nJantung memainkan peranan yang sangat penting terhadap badan kita. Fungsi utama jantung ada untuk mengalirkan darah kaya oksigen ke seluruh bahagian tubuh.\nJika organ ini tidak dijaga dengan baik, boleh menyebabkan serangan jantung sekaligus menyebabkan kematian.\nJom baca lebih lanjut perkongsian perihal tomato dan jantung yang dikongsikan oleh Suzy Honey di bawah.\nSesiapa yang rasa jantung sudah nak tersumbat atau hendak jaga jantung rajin-rajinlah minum jus Tomato ya.\nTomato bukan sahaja bagus untuk kulit sahaja tetapi sebenarnya bagus untuk kesihatan jantung. Ianya di buktikan dengan kajian dan juga dengan \u201cDoctrine of Signatures\u201d iaitu bahagian dalam pada bentuk buah atau pokok menggambarkan sesuatu organ pada tubuh badan manusia.\n\nKebanyakan cara orang lama dahulu mengenal pasti khasiat kegunaan jenis buah atau pokok dari tanda-tanda itu. Ya lah, pada zaman dahulu bukannya kajian-kajian secara saintifik.\nTomato mengandungi komponen seperti lycopene, fenolik, flavonoid, vitamin C, dan vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser.\nSaya tidak suka makan buah tomato begitu sahaja jadi saya lebih suka tomato dibuat jus. Mudah untuk saya minum.\nCara buat jus tomato\nCaranya mudah sahaja. Carilah tomato yang baik keadaannya dan pastikan rendam dengan air garam sekejap untuk buang racun- racun buah yang pasti di semburkan oleh penanamnya. Kecuali tomato yang di tanam sendiri.\nAmbil tomato 2 biji dan saya campurkan blend dengan 1 ke 2 gelas susu segar rendah lemak ( low fat) dan kali ini saya memilih susu lebih protein untuk tulang sekali.\n\nBlenderkan semua lepas itu terus diminum. Jangan dibiarkan lama.\n\nSudah pasti minuman yang kita buat sendiri selamat dan seusia juga jika mahu diberikan kepada anak- anak seisi keluarga. Sesekali apa salahnya paksa mereka minum untuk jaga kesihatan.\n\nSumber: Suzy Honey\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kacang-kuda-sambal/", "title": "Resipi Kacang Kuda Sambal Yang Bikin Ketagih, Sedap Makan Sambil Layan Movie", "body": "\nKacang kuda sambal salah satu kudapan yang sedap dimakan sambil menonton televisyen. Rasanya yang manis, masin dan pedas pasti membuatkan kita tak sedar dah nak habis sebekas.\nAsyik beli je, tidak ada salahnya kalau kita belajar kacang kuda ni. Kadang-kadang, kacang yang kita beli di kedai rasa dia kurang \u2018umphh\u2019. Jadi apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah. Tak susah mana pun cara membuatnya.\nKalau buat sendiri juga, kita boleh ubah suai rasa manis, masin dan pedas mengikut kesesuaian tekak masing-masing. Jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di bawah.\nBaca juga: Petua Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Perlu Rendam & Rebus Lama. Ikut Je Cara Ni!\nResipi Kacang Kuda Sambal\nBahan-bahan:\n\nKacang kuda siap rebus\nBawang merah \u2013 mayang**\nBawang putih \u2013 mayang**\nCili kering -potong kasar**\nCili kisar**\nSerbuk kari**\nDaun kari**\nBiji sawi**\nGaram\nGula\n\nCara-cara:\n1. Rendam kacang kuda selama 6 jam atau semalaman. Rendam bersama serbuk kunyit atau pewarna kuning.\n2. Bila dah siap rendam, toskan air. Kemudian, rebus kacang bersama garam dan gula sehingga empuk.\n\n3. Untuk membuat sambalnya pula, tumis semua bahan-bahan bertanda (**).\n4. Tambah garam dan gula.\n5. Kemudian masukkan kacang kuda. Gaul kesemuanya sehingga sambal kering.\n\n6. Siap, selamat mencuba!\n\nKredit: Tuan Adriana Arissa\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kari-ayam-tanpa-santan-yang-unik-tapi-sedap/", "title": "Resipi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Unik Tapi Sedap, Kena Letak Daun Pandan & Bendi", "body": "\nJom cuba resipi kari ayam tanpa santan yang unik tapi sedap. Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook.\nMenurutnya, resipi ni diperolehi dari pelakon, Kenchana Dewi. Ada bahan yang jarang diletak iaitu daun pandan dan benti.\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Unik Tapi Sedap\nBahan-bahan:\n\nAyam 1/2 kg\n4 sekawan\n1 sudu jintan manis\n1 biji bawang besar dimayang\nSecekak cili kering cuci & potong2 buang biji\nSegenggam daun kari\n1 batang serai ketuk & koyakkan sikit\n3 biji cili padi potong pendek\n3-4 sudu serbuk kari ayam\n1 sudu serbuk kunyit\n2 sudu serbuk cili\n1 ketul kiub ayam\nDaun pandan\nKentang\n\nBahan kisar:\n\nHalia besar ibu jari\nBawang putih 4 ulas\n1 biji tomato\n4 biji bawang merah\n1 batang serai\n3 biji cili padi\n\nCara-cara:\n1. Tumis 4 sekawan dan 1 sudu jintan manis.\n\n2. Masukkan pula bawang besar, cili kering, daun kari, serai dan cili padi. Tumis semua bahan sampai wangi.\n\n3. Kisar semua bahan kisar.\n\n4. Masukkan bahan kisar ke dalam tumisan tadi. Tumis lagi sampai naik minyak.\n\n5. Masukkan ayam. Kacau sebati, biarkan ayam mengecut.\n\n6. Masukkan serbuk kari ayam, serbuk kunyit, serbuk cili dan kiub ayam. Kacau sebati.\n\n7. Letakkan daun pandan. Kemudian masukkan air, ikut selera nak pekat atau cair.\n\n8. Masukkan kentang.\n\n9. Biarkan mereneh sehingga kenyang dan ayam masak sekata. Waktu ini masukkan garam secukupnya.\n\n10. Letakkan tomato atau bendi.\n\n11. Perah lemon.\n\n12. Kacau-kacau, siap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Meong\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kari-ikan-kembung-mamak-style/", "title": "Resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style, Ikut Sukatan Ni Pasti Menjadi", "body": "\nKalau anda peminat kari style mamak, boleh cuba resipi kari ikan kembung ala kedai mamak ni.\nMaklumlah bila sebut je masakan kari, auto teringat kari kat mamak kan? Kari mamak ni sedap dia bukan biasa-biasa.\nDengan aroma kari yang menusuk, kuah yang pekat sememangnya sangat menggoda! Jom ikut resipi di bawah.\nKari Ikan Kembung Mamak Style\nBahan A:\n\nDaun kari\nHalba campur guna 1/2 peket sahaja (wajib ada kalau buat kari ikan)\nRempah 3 sekawan\n\nBahan B:\n\nHalia sedikit\nBawang kecil 5 biji\nBawang putih 4 ulas\n\nKisar halus semua bahan B, jangan terlalu banyak air.\nBahan C:\n\nRempah kari ikan cap o 1 paket\nSerbuk kunyit 1 sudu\nSerbuk cili 2 sudu\n\nBancuh dengan air.\nBahan-bahan lain:\n\nIkan kembung 4 ekor\nTomato potong dadu 1 biji\nAir asam jawa (jangan\u00a0 banyak nanti masam)\nSantan\nBendi/terung\n\nCara-cara:\n\nTumis bahan A sampai naik bau. Guna minyak dalam kuantiti yang agak banyak.\nBila dah naik bau, baru masukkan bahan B yang sudah dikisar.\nKacau sebati semua bahan, masukkan pula bahan C dan tumis sampai pecah minyak. Tumis bersama tomato yang sudah dipotong dadu sehingga semuanya sebati.\nMasukkan pula air asam jawa, agak-agak nak kuah banyak mana. Jangan terlalu cair nanti tak sedap.\nKemudian tuangkan sedikit santan. Biarkan sehingga pecah minyak dan kuah jadi cantik macam ni.\nLetakkan garam secukupnya. Kemudian bbleh letak bendi, tomato yang dibelah 4 mengikut cita rasa masing-masing.\nKuah kari akan rasa masam semasa tengah masak sebab air asam belum sebati. Lepas 1 jam semua rasa akan sebati.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Siti Nor Azizah Rahim\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kari-telur-kentang-kuah-pekat-tak-muak/", "title": "Resipi Kari Telur Kentang, Kuah Pekat & Tak Muak. Rasa Memang Mantap!", "body": "\nSedapnya, lama tak makan Kari Telur Kentang. Lagi-lagi kalau kuah pekat, memang umphh\u00a0orang kata.\nBagi yang suka lauk ini, saudari De Norms ada berkongsikan resipi kari telur berkuah pekat dan tak muak.\nMenurutnya juga, resipi ini ada kisahnya yang tersendiri di mana rakan kerjanya yang berbangsa India pernah meminta beliau memasak lauk ini kerasa rasanya yang mirip dengan masakan mendiang ibunya.\nRESIPI KARI TELUR KENTANG\nBahan-bahan:\n\n10 biji telur ayam (rebus)\n5 biji kentang (kupas, belah 4, basuh & toskan)\n10 batang daun kari (buang batang & cuci)\nBawang besar (kisar)\nBawang putih (kisar)\nHalia (kisar)\n1 kiub pati ayam\n1 cawan minyak masak\n5 sudu makan kari ayam jenama babas\n3 sudu makan kari ikan jenama babas\n4 sekawan (2 batang kayu manis, 4 kuntum bunga lawang, 4 biji bunga cengkih, 4 biji kecil buah pelaga)\n2 keping kecil asam keping\n1\u00bd santan kotak (200gm)\n\n\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak masak.\n2. Masukkan 4 sekawan, 8 sudu makan bawang besar kisar, 3 sudu makan bawang putih kisar dan 1\u00bd sudu makan halia kisar.\n3. Tumis dalam 5 minit menggunakan api kecil.\n4. Masukkan daun kari, biarkan sehingga bau daun kari naik semerbak. Kacau sekali sekala dalam 10-15 minit.\n5. Campurkan terlebih dahulu serbuk kari ayam dan ikan ke dalam mangkuk bersama sedikit air untuk sebatikan. Biar pekat dan cair. Kemudian, masukkan serbuk kari ayam babas dan serbuk kari ikan babas ke dalam periuk. Kacau rata.\n6. Tambahkan minyak masak dalam 2-3 sudu makan. Kacau sentiasa sehingga pecah minyak untuk elakkan hangit. Api dapur sederhana. (ambil masa sikit nak tunggu pecah minyak).\n7. Masukkan kentang yang sudah dibelah. Kacau guna sudip kayu leper supaya kenyang tidak hancur.\n8. Hancurkan dan masukkan kiub pati ayam. Masukkan juga asam keping, kacau rata.\n9. Bila kari dah pecah minyak, masukkan santan. Kacau sekali sekala sehingga santan pecah minyak.\n10. Perasakan dengan garam.\n11. Tunggu sehingga mendidih dan boleh masukkan telur rebus.\n\n12. Dah boleh tutup api. Selamat mencuba!\n\nNota:\n\nSukatan bahan anggaran sahaja, boleh ubah ikut citarasa.\nBila dah siap masak, ambil tisu dapur untuk serap minyak atau guna senduk untuk keluarkan lebihan minyak dalam kari.\n\nKredit: De Norms Latorel\nBaca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini \u2018Step By Step\u2019 Cara Membuatnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-karipap-kampung-macam-orang-tua-dulu-dulu/", "title": "Cara Mudah Buat Karipap Kampung Macam Orang Tua Dulu-Dulu, Sedap Dia Lain Macam", "body": "\nSebenarnya mudah je nak buat karipap kalau ikut cara orang tua dulu-dulu. Kulit karipap kampung ni dia \u2018berjerawat\u2019, itulah yang buat ia jadi lebih sedap.\nMakan panas-panas tersangatlah sedap, 3 4 biji pasti tak cukup. Jom cuba buat menggunakan resipi perkongsian dari Missz Amira di bawah:\n\u201cDah puas makan donut, karipap jerawat inti kentang + ayam tumpang lalu. Karipap kampung cara orang tua dulu-dulu simple je, makan panas-panas confirm 3-4 biji sekali makan. Resipi 2 cawan tepung boleh lah sekali hadap 1 family.\u201d\n\nRESIPI KULIT KARIPAP\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung gandum\n1 sb tepung beras\n1/2 sb gula\n1/2 sk garam\n1 sb marjerin\n3 sb minyak masak\n\nCara membuat:\n1. Gaul rata semua bahan semua kecuali minyak dan marjerin.\n\n2. Panaskan minyak sekejap dan masukkan marjerin sehingga cair, kemudian terus masukkan ke dalam tepung tadi masa panas-panas.\n\n3. Gaul dengan senduk sehingga semuanya sebati dan jadi seperti serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk dari peti ais. Uli sebati.\n\n4. Hasil doh yang sudah siap. Saya tak perap pun.\n\n5. Sedia untuk digelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh. Acuan ni beli dekat sh0pee \u201cacuan karipap/dumpling maker\u201d.\n\n6. Inti dan tepung okay ngam-ngam cukup dapat banyak ni.\n\n7. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana je.\n\nRESIPI INTI KENTANG AYAM\nBahan-bahan inti:\n\n1 biji bawang holland saiz kecil\n3 biji kentang saiz biasa\n1 ketul dada ayam saiz besar (banyak pun boleh)\n1 sb rempah kari ayam/daging\n2 cawan air\n3 sb gula\n1 sk garam\n\n\nCara membuat:\n1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.\n\n2. Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga hampir kering. Bila dah hampir kering, kacau-kacau supaya rata sehingga kering sepenuhnya (guna air sederhana).\n\n3. Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk begini je. Kalau suka\u00a0 lembik, tambah air dan masak lebih lama.\n\nHasilnya, sedap makan panas-panas!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-karipap-sardin/", "title": "Resipi Karipap Sardin Paling Sedap, Sekali \u2018Ngap\u2019 Pasti Tak Cukup Satu!", "body": "\nSelain karipap inti ayam, daging dan kentang, karipap sardin juga ada peminatnya yang tersendiri.\u00a0\nRupanya mudah saja nak buat sendiri karipap sardin di rumah. Baru puas hati, tiada lagi karipap \u2018angin\u2019.\nJom cuba buat menggunakan resipi yang dikongsi oleh Saudari Zaza Rahman di bawah.\nBaca juga: Tips Buat Roti Goreng Sardin Yang \u2018Rangup\u2019, Kena Perah Sedikit Asam Limau\nRESIPI KARIPAP SARDIN\nBahan inti sardin:\n\n2 tin sardin (besar) \u2013 amik isi dan lenyek\n2 labu bawang besar\n3 bawang kecil\n3 sudu cili boh\n1 sudu kecil cili padi kisar (jika suka)\nMinyak masak \u2013 menumis\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang sudah dihiris dadu sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh dan isi sardin yang sudah dilenyek.\n2. Masak sehingga sedikit kering. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sejukkan inti sambil kita buat kulitnya pula.\n\nBahan kulit karipap:\n\n1kg tepung gandum\n9sb marjerin pelangi (240gm)\n425ml air sejuk\n1sk garam halus\n\nCara-cara:\n1. Gaul tepung, garam dan marjerin sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan air dan uli sehingga tak melekat pada tangan.\n2. Anggaran setiap satu doh adalah 20gram.\n\n3. Gelek dan letakkan inti sardin. Kelim dengan kemas menggunakan acuan atau tangan.\n\n4. Goreng sehingga masak dan keperangan.\n\n5. Selamat mencuba!\n\nKredit: Zaza Rahman\nBaca juga: Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Dia Punya Lembut & Gebu Tak Boleh Bawa Bincang\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kek-batik-horlick-cheese-rasa-memang-sedap-tak-muak/", "title": "Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak", "body": "\nBiasa selalu makan kek batik perisa coklat je kan? Rupanya ada banyak lagi perisa kek batik menarik yang boleh anda cuba buat di rumah nanti. Salah satunya adalah Kek Batik Horlick Cheese.\nMungkin ramai yang belum makan perisa kek batik horlick ni kan? Anda wajib cuba sebab rasanya serius sedap dan tak muak! Kalau buat ni, seisi keluarga pasti suka.\nKalau ada yang nak cuba, lihat resipi lengkap di bawah yang merupakan perkongsian oleh Arianna Kitchen. Selamat mencuba!\nResipi Kek Batik Horlick Cheese\nBahan-bahan:\n\nButter 400g\nSusu Pekat setengah tin\nHorlicks 1 pack kecil\nTelur 2 biji\nAir suku cawan\nBiskut Marie 500g\n\nBahan-bahan topping:\n\nCream Cheese 300 gm\nSusu Pekat 4 sudu\nWhipping Cream anchor 1 cawan\n\nCara-cara:\n1. Cairkan butter. Kemudian masukkan susu pekat dan horlick. Kacau sehingga sebati.\n\n2. Masukkan pula telur dan esen vanilla. Kacau dengan cepat sehingga sebati. Letakkan juga sedikit air.\n3. Akhir sekali masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan. Gaul sehingga sebati.\n4. Letakkan dalam loyang 10 inci yang sudah dilapik dengan baking paper. Padatkan adunan.\n\n5. Untuk topping, kisar cream cheese dan susu pekat.\n6. Putar whipping cream sehingga kembang. Masukkan campuran cheese dan susu pekat tadi, kacau sebati.\n7. Letakkan di atas kek batik tadi. Ratakan dan sejukkan semalaman di dalam peti ais.\n\nSedia untuk dihidang, selamat mencuba!\n\nKredit: Arianna Kitchen\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kek-butter-moist-yang-lembut-gebu-sedap/", "title": "Resipi Kek Butter Moist Yang Lembut, Gebu & Sedap Sangat!", "body": "\nSedapnya kek butter. Biasa beli je kan? Apa kata jom buat sendiri dengan menggunakan resipi kek butter moist\u00a0di bawah.\nKek butter ini sangat gebu, lembut dan moist! Makan satu memang takkan cukup. Ibu-ibu boleh cuba buat nanti untuk minum petang bersama seisi keluarga tercinta.\nResipi Kek Butter Moist\nBahan-bahan:\n\n150gm Butter (cairkan) nak sedap guna pure butter\n170gm Gula castor (kak beha tak suka manis sangat)\n210gm Tepung gandum (kak beha guna bakers choice)\n5 biji telor (grade A)\n50gm Ovallete\n50ml susu full cream\n1 sudu teh esen vanila\n1/2 sudu teh baking powder\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan dalam bekas kecuali butter.\nPukul menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi sehingga kembang putih.\nAkhir sekali masukkan butter yang dibiarkan sejuk sediit. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula sehingga sekata.\nPanaskan oven dahulu pada suhu 160\u00b0c pada suhu 5 minit.\nGuna loyang 8\u00d78 yang dialaskan dengan baking paper. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.\nKeluarkan dan terbalikkan atas redai selama 10 minit.\n\n\n\nKredit: Sobehah Ramli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kek-coklat-moist-guna-bekas-kecil-comel/", "title": "Resipi Kek Coklat Moist, Guna Bekas Kecil Comel Macam Ni Sesuai Untuk Niaga", "body": "\nDah ramai yang jual kek coklat moist dalam bekas kecil comel macam ni. Kalian pun boleh cuba buat juga kalau ada yang mahu mula berniaga.\nNak buat untuk makan sendiri pun boleh, puas hati sekali buat dapat banyak. Boleh kongsi dengan jiran tetangga.\nIkut saja langkah demi langkah cara membuatnya yang dikongsi oleh Nasriah Ramli di bawah. Selamat mencuba ya!\nCara Buat Kek Coklat Moist\nBahan-bahan A:\n\nGula halus 1 cawan\nSerbuk koko 1 cawan\nSusu cair 1 cawan\nMinyak masak (WAJIB ADA) 1 cawan\nSusu pekat manis 1/2 cawan\n\n(Satukan semua bahan A. Masak atas api kecil hingga larut)\n\nBahan-bahan B:\n\nTepung gandum 1 cawan\nSoda bikarbonat 1 sudu teh\nBaking powder 1 sudu teh\n\n(Satukan bahan B. Ayakkan)\nBahan C:\n\n3 biji telur\n1 sudu teh esen vanilla\n\n(Masukkan ke dalam blender. Kisar sampai putih)\nCara Memasak:\n\nMasukkan bahan A ke dalam bahan B.\nKemudian masukkan bahan C. Guna pemukul(whisk) sahaja dan bancuh sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.\nPanaskan pengukus, tuang adunan di dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.\n\nResepi Topping Coklat:\nBahan-bahan:\n\nSerbuk koko 1 cawan\n1 cawan minyak ( masak/jagung/sayur)\nSsusu pekat 1 cawan\n1/2 cawan susu cair\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik\u00a0double-boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.\nAngkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek.\nTabur coklat rice untuk hiasan.\nSedia untuk dinikmati.\n\nKredit: Nasriah Ramli\nBaca juga: Kek Pisang Kukus Gebu Gebas, Rugi Tak Ikut Cara Mudah Dekat Sini\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kek-coklat-moist-kukus-basah-basah-gebu/", "title": "Resipi Kek Coklat Moist Kukus Basah-Basah Gebu, Guna Sukatan Cawan Pasti Jadi!", "body": "\nResipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang kek yang lembut dan basah-basah gebu sememangnya boleh bikin ketagih!\nBukan saja sedap, cara membuatnya yang menggunakan sukatan cawan juga sangat mudah untuk dicuba oleh anda semua.\nJom cuba resipi perkongsian oleh Puan Ina Zuerina di bawah. Pasti menjadi!\nCARA BUAT KEK COKLAT MOIST KUKUS\nBahan A:\n\n1 cawan gula\n1 cawan susu cair\n1 cawan serbuk koko\n1 cawan minyak masak\n1/2 cawan susu pekat\n\nCampurkan semua bahan A. Masak atas api kecil sehingga larut.\nBahan B:\n\n1 cawan tepung gandum\n1sk soda bikarbonat\n1sk baking powder\n\nMasukkan semua bahan dalam blender. Blend sampai putih.\nBahan C:\n\n3 biji telur\n1sk esen vanilla\n\nCara-cara:\n1. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C.\n2. Kacau guna whisk sahaja sehingga sebati dan tiada ketulan tepung. Kemudian tuang ke dalam loyang.\n3. Panaskan pengukus. Kemudian baru kukus sehingga masak selama 15 minit untuk bekas kecil atau 30 minit untuk bekas besar.\n\nBahan-bahan coklat topping:\n\n1/2 cawan milo\n1/2 cawan serbuk koko\n1/2 cawan susu cair\n1 cawan susu pekat\n1 cawan minyak\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan-bahan. Kemudian masak menggunakan kaedah double boiler sehingga sebati.\n2. Suamkan terlebih dahulu. Kemudian boleh dituang ke atas kek tadi. Taburkan coklat rice sebagai hiasan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ina Zuerina\nBaca juga: Puding Biskut Marie, Rasa Macam Kek Batik Tapi Tekstur Puding Yang Lembut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kek-coklat-moist-yang-gebu-kurang-manis-tak-muak/", "title": "Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak", "body": "\nJom cuba resipi kek coklat moist yang gebu ini. Rasa kek ini juga kurang manis, sesuai untuk orang yang bukan penggemar manis. Bila makan banyak pun tak akan rasa muak.\nKalau buat sendiri memang puas hati. Sekali buat boleh dapat berbekas-bekas, jom cuba! Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Ummydarwisha Mansor di bawah.\nBaca juga: Cara Buat Kek Milo 3 Bahan, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Gebu & Lembut!\nResipi Kek Coklat Moist\n\nBahan A:\n\n1 cawan gula halus\n1 cawan serbuk koko\n1 cawan susu cair\n1 cawan minyak masak\nSetengah cawan susu pekat\n\nCampurkan semua bahan A. Masak atas api kecil sehingga larut.\nBahan B:\n\nSecawan tepung gandum\n1 sk soda bikarbonat\n1 sk baking powder\n\nSatukan semua bahan B dan ayakkan.\nBahan C:\n\n3 biji telur\n1 sk esen vanilla\n\nMasukkan bahan C dalam blender. Kisar sampai putih.\nCara-cara:\n\nMasukkan bahan A tadi ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C. Kacau guna whisk sahaja sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.\nMasukkan adunan ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar atau bekas pilihan masing-masing.\nSebelum kukus, panaskan pengukus terlebih dahulu.\nKukus selama 15 minit.\n\n\nBahan-bahan topping coklat:\n\n1 cawan serbuk koko\n1 cawan minyak\n1 cawan susu pekat\nSetengah cawan susu cair\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan. Masak menggunakan kaedah double boiler. Suamkan dahulu topping coklat sebelum dituangkan ke atas kek.\nHiaskan dengan coklat rice untuk hiasan.\n\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Ummydarwisha Mansor\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kek-kukus-coklat-moist-hanya-guna-sukatan-cawan-je/", "title": "Resipi Kek Kukus Coklat Moist, Hanya Guna Sukatan Cawan Je!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-07 05:01:59\n\n\nSementara menunggu masa untuk kembali semula ke kampus, pasti para pelajar universiti tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa sebanyak yang mungkin bersama keluarga. Ada yang pergi makan angin, dan ada juga memilih untuk\u00a0melakukan aktiviti kekeluargaan di rumah seperti belajar memasak. \n\u00a0\nHaa, sambil-sambil itu boleh lah para pelajar cuba membuat kek kukus coklat ini.\u00a0Caranya mudah sahaja, hanya gunakan sukatan cawan!\u00a0Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Nor Juliana menerusi Buku Resipi.\n\nKredit: Nor Juliana\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\u00a0\n\nKredit: Nor Juliana\n\n1 cawan serbuk koko\n1 cawan susu pekat\n1 cawan gula\u00a0\n1 cawan minyak\n3 biji telur\n\nCara penyediaan:\n\nKredit: Nor Juliana\n\nMasukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar selama 5 minit. Kemudian, panaskan air dalam periuk kukusan.\n\n\u00a0\nBahan-bahan ayak:\n\nKredit: Nor Juliana\n\n1 1/4 cawan tepung gandum\u00a0\n1 sudu kecil soda bikarbonat\u00a0\n1 sudu kecil baking powder\u00a0\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nMasukkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas dan kemudian masukkan tepung. Gauklkan sehingga rata.\nKemudian, tapis dan tuang adunan ke dalam loyang.\u00a0\nKukus selama 45 minit dengan api sederhana.\nUntuk memastikan sama ada kek sudah masak, cucuk lidi atau garpu ke dalam kek tersebut. Jika teksturnya sudah tidak melekat-lekat, ini bermakna kek sudah cukup masak.\n\nSiap! Penyediaan yang sangat mudah. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nor Juliana\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kek-pisang-guna-blender-pakai-sukatan-cawan/", "title": "Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak", "body": "\nPenggemar kek wajib cuba resipi kek pisang guna blender ini. Campak je semua bahan dalam pengisar, 5 minit adunan dah sedia untuk dibakar.\nYang paling penting, tekstur kek yang gebu dan rasa yang tidak muak pasti dapat memikat hati anda!\nSesuai untuk minum petang bersama seisi keluarga. Kalau ada jamuan makan kat pejabat pun boleh buat, tak perlu beli dah.\nCara Buat Kek Pisang Guna Blender\nBahan-bahan:\n\n1 cawan minyak jagung\n4 biji telur gred A @ 5 biji gred B\n3/4 cawan gula perang\n\u00bd tsp garam halus\n1 tbsp jus lemon\n1 cawan pisang berangan/ pisang raja\n\nBahan lain:\n\n1 \u00bd cawan tepung naik sendiri ATAU tepung gandum + 1 tsp serbuk penaik + \u00bd tsp soda bikarbonat\n\nCara penyediaan:\n1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali pisang ke dalam blender, blend sampai gebu dan sebati.\n\n2. Masukkan pisang dan blend 3 saat sahaja. Tak perlu lama.\n\n3. Sediakan 1 bekas besar, masukkan tepung naik sendiri atau nak guna tepung gandum pun boleh. Tapi kalau pakai tepung gandum, kena campur dengan serbuk penaik dan baking soda.\n4. Tuang bahan yang sudah diblend ke dalam bekas mengandungi tepung, kacau sebati.\n\n5. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam acuan yang telah disapukan dengan marjerin. Tabur coklat coin, hirisan atau choc chip mengikut selera masing-masing.\n\n6. Sebelum bakar, panaskan oven terlebih dahulu supaya lepas siap adunan ni terus boleh bakar.\n7. Bakar pada suhu 180\u00b0C selama 50-60 minit depend pada jenis oven. Selamat mencuba!\n\nKredit: Suhasnida Ismail\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kek-tiramisu-yang-sangat-mudah-sedap-sesuai-untuk-beginner-jom-cuba/", "title": "Resipi Kek Tiramisu Yang Sangat Mudah & Sedap, Sesuai Untuk \u2018Beginner\u2019. Jom Cuba!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-11 06:04:50\n\n\nBagi yang belum pernah lagi cuba membuat kek, pasti sesekali teringin membuatnya sendiri. Namun, ramai yang masih teragak-agak kerana bimbang kek mereka tak jadi. Betul tak? Sebenarnya buat kek ini tidaklah sukar seperti yang korang fikirkan. Kali ini kami kongsikan resepi tiramisu daripada Norlailanazira Mohd Agos yang mudah dipelajari. Memang sangat sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak cuba 'baking'!\u00a0\n\nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nPenyediaan Kek Span\nBahan-bahan:\n\n300g vanilla sponge mix\n300g telur (timbang tanpa kulit)\n60g air\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan diatas kemudian ke dalam mixer dan adunkan sehingga teksturnya nampak kembang. Pastikan adunan nampak berlipat baru masukkan 60g minyak sayuran atau minyak masak. Kemudian, kaupkan menggunakan spatula sahaja sehingga sebati.\n\u00a0\nKemudian, letakkan baking paper pada loyang 8 ke 9 inci pada bahagian bawah sahaja. Kemudian, masukkan adunan tadi.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nPanaskan oven 10 minit awal kemudian bakar 40 minit suhu 170 api atas bawah.\n\u00a0\nApabila kek sudah cukup masak, terbalikkan atas redai dan cabutkan baking paper. Biarkan seketika.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\n\u00a0\nPenyediaan Tiramisu\nBahan-bahan:\n\n250g non diary whipping cream/fresh cream \n250g cream cheese\n2 sudu besar susu pekat\n1 sudu kecil nescafe (dibancuh setengah cawan)\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nSatukan non-diary whipping cream, cream cheese dan susu pekat dan pukul sehingga sebati dan kembang.\n\u00a0\nPotong kek kepada tiga lapisan seperti dalam gambar. Gunakan pisau pemotong roti supaya kek nampak lebih kemas.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nUntuk lapisan pertama, letakkan air bancuhan nescafe tadi ke atas permukaan kek. Ini supaya dapat memberikan rasa pahit.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nKemudian, sapukan whipping cream yang sudah siap di pukul tadi ke seluruh permukaan lapisan pertama sehingga rata.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nUlang langkah yang sama sehingga ke lapisan yang ketiga. Kek akan kelihatan sepeti ini.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nSetelah itu, sapukan lebihan whipping cream tadi ke seluruh permukaan kek tadi sehingga ia nampak tertutup seperti ini.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\u00a0\nAkhir sekali, hiaskan kek dengan menabur sedikit serbuk nescafe dan buah strawberi. Hiasan terpulang mengikut citarasa masing-masing.\n \nKredit: Norlailanazira Mohd Agos\n\n\u00a0\nSiap! Selamat datang ke dunia \u2018baking\u2019 dan selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-keladi-masak-lemak-cili-api-asli-negeri-sembilan/", "title": "Resipi Keladi Masak Lemak Cili Api \u2018Asli\u2019 Negeri Sembilan, Ada Petua Hilangkan Getah Keladi", "body": "\nAda peminat keladi tak? Kalian wajib cuba resipi Keladi Masak Lemak Cili Api original dari Negeri Sembilan ini.\nSedapnya kalau lawan dengan ikan masin, makan dengan ulam, petai dan jering muda. Pasti terangkat!\nKalau ada yang suka, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha ini.\nRESIPI KELADI MASAK LEMAK CILI API\nBahan-bahan:\n\nKeladi\nCili api\nKunyit hidup\n1 biji setengah kelapa parut (perah ambil pati sahaja, pastikan kelapa tua)\nAsam keping.\n\nCara-cara:\n\nBersihkan, potong dan cuci keladi. Rendam dengan asam keping dan rebus seketika. Bila dah empuk, tos dan ketepikan. Masa rebus, perahkan asam limau dan asam keping supaya getah keladi hilang.\n\nTumbukkan cili api dan kunyit hidup. Kemudian masukkan dalam kuali bersama santan dan ikan bilis.\nMasak dengan api sederhana sehingga mendidih.\nKemudian boleh masukkan keladi dan asam keping. Masukkan garam secukup rasa.\nPastikan sentiasa dikacau dalam beberapa minit.\n\nSiap, selamat mencuba!\n\n\nKredit: SuiSan Aliezsha\nBaca juga: Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan, Memang Padu!\nBaca juga: Jom Buat Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu Dan Rebung\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kepak-ayam-madu-ala-pasar-malam/", "title": "Resipi Kepak Ayam Madu Ala Pasar Malam, Guna Bahan Mudah Je", "body": "\nSetiap kali pergi pasar malam pasti sering terbau asap kepak ayam madu yang sedang dimasak. Bau yang sangat mengiurkan sangat, memang wajib beli lah.\nTapi harga untuk seketul ayam tu boleh tahan juga, tak puas makan kalau beli sikit. Haa,\u00a0apa kata jom buat sendiri kepak ayam madu ala pasar malam kat rumah.\nSenang saja caranya, baru puas hati makan kalau buat sendiri. Lagi jimat dan berbaloi-baloi. Ikut saja resipi perkongsian oleh Rhonne Norlinda di bawah.\nCara Buat Kepak Ayam Madu Ala Pasar Malam\nBahan-bahan tumis/perapan:\n\nHalia dalam seinci hiris halus\nBawang putih 3 ulas hiris halus\nSos tiram 2 sudu besar\nSos cili 2 sudu besar\nSos tomato 1 sudu besar (tak letak pun tak apa)\nKicap manis 1 sudu\nMadu 1/2 cawan\nCili kisar 3 sudu besar (nak pedas sikit, boleh juga ganti dengan serbuk cili) Tak letak pun tak apa)\n\nCara-cara:\n1. Gaulkan ayam bahagian kepak dengan pewarna merah atau sirap.\n2. Kemudian gorengkan sedikit terlebih dahulu. Angkat dan ketepikan.\n\n3. Kemudian tumis halia dan bawang putih sampai naik bau, masukkan pula cili kisar dan bahan-bahan sos dan ayam tadi. Gaul sebati sehingga sedikit kering.\n\n4. Boleh terus dimakan atau bakar sekejap dalam oven. Selamat mencuba!\n\nKredit: Rhonne Norlinda\nBaca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kerabu-bayam-brazil/", "title": "Resipi Kerabu Bayam Brazil Bersama Mangga Epal, Gaul-Gaul Je Dah Siap!", "body": "\nPelbagai hidangan boleh dimasak menggunakan bayam brazil. Selain masak lemak atau celup tepung, ada satu resipi mudah yang boleh anda cuba iaitu resipi kerabu bayam brazil bersama mangga epal.\nCara membuatnya sangat mudah tapi sangat sedap! Bila bahan dah tersedia, tinggal gaul saja dan siap untuk dihidangkan.\nKalau ada yang terliur nak cuba rasa, jom buat sendiri menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Saudari Mimi Mahmud di bawah.\nResipi Kerabu Bayam Brazil Bersama Mangga Epal\nBahan-bahan:\n\n1 biji mangga epal \u2013 mayang halus\n1 cekak bayam brazil \u2013 bersihkan & boleh hiris halus jika daun terlalu lebar\n8 biji cili padi\n2 biji cili merah\n4 ulas bawang merah\nBelacan sebesar ibu jari\nKelapa parut anggaran RM1\u00a0 dalam 1 cawan)\nSantan RM1 (anggaran 1 cawan)\nUdang kepal secukupnya (udang geragau kering)\nGaram, gula dan perasa secukupnya\n\nCara memasak:\n1. Tumbuk cili padi, cili merah, belacan, 1 ulas bawang merah dan kelapa parut hingga lumat.\n2. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas berisi hirisan mangga, bayam brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang dan santan.\n3. Gaul semua bahan hingga rata dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.\n\n4. Gaul sekali lagi dan rasa. Jika cukup semua, sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit resipi: Mimi Mahmud\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kerabu-mangga-ala-thai-yang-paling-ringkas-sedap/", "title": "Resipi Kerabu Mangga Ala Thai Yang Paling Ringkas & Sedap", "body": "\nKalau kat rumah ada buah mangga, boleh cuba buat menu kerabu mangga ala Thai ini.\nMemang sangat sedap, lagi-lagi bila tergigit udang kering dan kacang goreng yang ada dalam kerabu mangga ini.\nDitambah pula dengan rasa masam-masam buah mangga yang pasti buat anda terliur! Nak cuba buat? Ikut saja resipi yang dikongsikan di bawah ini.\nCARA BUAT KERABU MANGGA ALA THAI\nBahan-bahan:\n\nMangga (diracik)\n\n\n\nUdang kering (disangai & kisar kasar)\n\n\n\nKacang goreng (ditumbuk)\nBawang merah (dihiris)\nSerai\nCili padi\nAir limau nipis\nDaun kesum\nBunga kantan\nSos sotong @ ikan\nGaram\nGula secukup rasa\n\n\nCara-cara:\n1. Semua bahan diracik @ dihiris @ dimayang halus, kemudian campurkan semua sekali. Gaul sehingga sebati.\n\n2. Sesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!\n\nTips: Nak sedap lebihkan udang kering, nak letak daun ketumbar pun boleh.\nKredit: Asma Nordin\nBaca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kerang-pedas-sos-tiram-berempah/", "title": "Resipi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah, Confirm Bertambah Nasi", "body": "\nPeminat kerang dah pernah cuba belum kerang berempah. Resipi kalini merupakan hidangan lauk yang sesuai untuk makan tengah hari anda.\nBagi anda 1 kilo cukup tak? Untuk menu ni kita akan gunakan 1 kilo kerang, jadi kalau tak ramai dekat rumah anda mungkin lauk ni boleh diratah begitu sahaja.\nResipi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah Yang Sedap\nBahan-bahan:\n\nKerang 1 kilo fresh (direbus dulu)\nTumis bawang putih 3 ulas\n2 biji bawang merah (dihiris)\n1 biji cili merah (dihiris)\n1 biji cili hijau (dihiris)\n[email\u00a0protected] biji cili padi (katok)\n2 batang daun kari\n[email\u00a0protected] sudu serbuk kari ikan\n[email\u00a0protected] sudu besar cili kisar\n3-4 sudu besar sos tiram\nAir masak (agak2 kuah dah pekat)\nSerbuk belacan sedikit (jika suka)\nSerbuk perasa\nGaram\nMinyak masak\n\nCara merebus kerang:\n\nDidihkan air dahulu.\nMasukkan kerang.\nMasak kerang dalam 5-10 minit.\nAngkat kerang dan rendam kerang bersama air sejuk atau air yang ada ais.\nBaru dikopek kulit. Nanti cantik hasilnya.\n\nCara memasak:\n\nPanaskan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun kari sehingga kekuningan.\nMasukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak @ sehingga cilinya masak.\nApabila cili sudah masak, masukkan serbuk kari dan biarkan rempahnya masak.\nMasukkan sos tiram, serbuk belacan, serbuk perasa, cili padi, cili merah, cili hijau. Gaul sebati dan masukkan kerang yang telah direbus tadi dan gaul sebati. Jika terlalu kering letakkan sedikit air.\nTutup api, siap dihidang.\n\n\nKalau rasa 1 kilo tu banyak, anda boleh kurangkan bahan-bahan ikut kuantiti kerang anda.\nKredit: Nurul Ateekah\nBaca juga:\nPetua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kerepek-gunting-sedap/", "title": "Resipi Kerepek Gunting Sedap, Ralit Makan Sampai Tak Sedar Habis Sebalang!", "body": "\nKerepek gunting merupakan salah satu snek tradisional yang ada peminatnya tersendiri. Sesuai sangat dihidangkan kepada tetamu yang datang beraya.\u00a0\nBuat kudap-kudap lepas tarawih pun sedap juga. Tak tunggu raya\u00a0confirm\u00a0dah habis makan. Pening kepala mak-mak sebab kena buat yang lain untuk Hari Raya.\nKalau ada yang belajar nak buat, jom guna resipi yang dikongsi oleh Haniza Angah Ija di bawah. Menurutnya, ini merupakan resipi yang diperoleh dari ibu mertuanya.\nBaca juga: Kerepek Pisang Mudah Guna 3 Bahan. Cukup Rasa Lemak, Masin & Rangup\nResipi Kerepek Gunting Sedap & Mudah\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung gandum\n10 tangkai cili kering (*)\n2 sudu besar udang kering/udang kepal (*)\n1/2 sudu kecil jintan manis (*)\n1/2 sudu kecil jintan putih (*)\nSecubit garam\n2 sudu besar minyak masak\n120ml air \u2013 campurkan sikit-sikit\u00a0masa menguli\nSedikit daun kari \u2013 guna masa menggoreng\nMinyak untuk menggoreng\n\nCara-cara:\n1. Satukan bahan-bahan (*) dan kisar kering hingga menjadi seperti serbuk.\n2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung.\n3. Tambahkan garam dan minyak masak. Gaul rata.\n4. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai adunan menjadi kenyal (adunan akan jadi macam doh karipap).\n5. Buat doh-doh kecil untuk memudahkan proses mencanai.\n6. Canai doh tadi menjadi nipis dan panjang. Tabur tepung supaya permukaan doh tidak berminyak dan melekat.\n\n7. Potong nipis menggunakan pisau. Doh juga boleh digunting.\n\n8. Tabur sedikit tepung supaya doh yang digunting tidak melekat.\n9. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bersama daun kari sehingga garing.\n10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.\n\nTIP RASA: Untuk kuih yang kekal rangup, pastikan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.\nKredit resipi & foto: Haniza Angah Ija\nBaca juga: Kerepek Peria Garing Rangup, Ikut Cara Ni Takkan Rasa Pahit Sedikit Pun\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-ketupat-daun-pisang/", "title": "Cara Buat Ketupat Guna Daun Pisang, Lagi Mudah Nak Bungkus!", "body": "\nKetupat palas biasanya dibungkus mengggunakan daun palas, namun ianya tidak mudah dan bukan semua orang pandai. Oleh itu, jika pertama kali nak cuba buat, boleh follow resipi ketupat daun pisang di bawah.\nTidak dinafikan, kita boleh boleh saja dapatkan ketupat segera yang ada dijual di pasaran. Namun pastinya kita inginkan ketupat tradisional yang memberikan aroma yang lebih wangi dan sedap bukan?\nJika risau ketupat tidak menjadi kerana sukar untuk membungkus menggunakan daun palas, jom kita gunakan daun pisang, Cara membungkusnya memang sangat mudah.\nBaca juga: Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Rasanya Tetap Asli Walaupun Moden\nResipi Ketupat Daun Pisang Yang Mudah\nBahan-bahan:\n\n4 cawan\u00a0beras pulut\n2 biji kelapa \u2013 ambil santannya\n1 helai daun pandan\nGaram secukup rasa\nDaun pisang secukupnya\n\n\nCara memasak:\n1. Basuh beras pulut dan rendam selama 2 jam. Toskan.\n2. Kukus beras pulut bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam dan daun pandan. Boleh kukus sampai masak atau separuh masak.\n\n3. Biarkan pulut sejuk seketika sebelum dibalut dengan daun pisang. Ikat kemas.\n\n4. Bila dah siap balut, boleh kukus sekali lagi selama 15 \u2013 20 minit.\n\n\n5. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama\u00a0rendang, serunding atau apa-apa menu kegemaran anda.\n\nKredit resipi & foto:\u00a0Hairul Hamid\nBaca juga: Cara Buat Lontong Yang Sedap \u2018Padu\u2019, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kimbap-ala-k-drama-extraordinary-attorney-woo/", "title": "Resipi Kimbap Ala K-Drama Extraordinary Attorney Woo", "body": "\nBagi peminat K-Drama, mesti korang dah tengok drama Extraordinary Attorney Woo yang dibawa oleh Park Eun Bin, kan?\nDalam drama ini, Park Eun Bin membawa watak sebagai peguam Woo Young Woo. Bukan peguam biasa, Young Woo adalah peguam yang mempunyai autistik atau autism spectrum disorder.\nUniknya dalam drama ini, peguam autism ini sangat sukakan kimbap. Bila tengok dia makan, min pun terasa nak mengunyah sekali.\nBaca juga: Cara Buat \u2018Gejang\u2019, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce\nAh jom kita cuba buat, nak buat bekal untuk anak-anak dan suami pun boleh.\nResipi Kimbap\n\n\nBahan nasi dan perasa:\n\nBeras sumo atau beras biasa je dalam 2 cawan (masak nasi lembik-lembik sikit nanti untuk hasil roll yang cantik)\nAir 3 cawan\nCuka 2 sudu makan\nGula 1 sudu makan\nMayonis 3 paket\nSedikit garam\n\nBahan-bahan lain:\n\nNori/seaweed\nSosej yang dah siap direbus\nFilamen stick juga siap direbus\n1 batang timun jepun\nTelur dadar dipotong panjang\u00a0\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Mula-mula sediakan nasinya dahulu. Cuci beras bersih-bersih, dan masak dalam periuk nasi. Lebihkan air untuk dapatkan nasi yang lembik.\n2. Dalam bekas lain, satukan cuka, garam dan gula. Kacau sebati sehingga larut.\n3. Bila nasi dah masak, masukkan bahan yang kita dah satukan tadi, dan juga mayonis. Kemudian gaul dengan nasi.\n4. Selepas tu sedia untuk buat roll kimbap.\n\n\n5. Bentangkan bamboo mat.\n6. Letak nori/seaweed. Kemudian ambil nasi dan ratakan kat atas permukaan seaweed.\n7. Susun bahan-bahan isinya.\n8. Dan gulung dengan ketat dan mampat.\n9. Lepas tu buka bamboo mat, dan keluarkan roll kimbap tadi.\n10. Potong ikut saiz yang tak terlalu nipis.\nSedia untuk dihidang dan selamat mencuba~\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kimchi-tekak-melayu-style-rm10-dapat-3-bekas/", "title": "Kalau Beli Mahal, Buat Sendiri Kimchi Tekak Melayu \u2018Style\u2019. RM10 Dapat 3 Bekas!", "body": "\nJom buat Kimchi Tekak Melayu \u2018Style\u2019 yang sesuai dengan selera orang Malaysia ni. Buat yang suka, rasa kimchi ni boleh tahan sedap juga sebagai makanan sampingan.\nDi Korea, boleh dikatakan hampir semua makanan wajib dimakan bersama kimchi. Memang tak lengkap kalau tiada kimchi ni. Kalau ada yang nak cuba, boleh follow resipi membuat kimchi di bawah.\nResipi Kimchi Tekak Melayu \u2018Style\u2019\nBahan-bahan:\n\nSebiji kubis napa (cina)-sederhana besar\nSebiji carrot merah \u2013 hiris nipis\nSebiji carrot putih \u2013 hiris nipis segenggam daun bawang \u2013 potong sederhana panjang\n5 ulas bawang putih *\nSebiji bawang holland (sederhana besar) *\nSatu inci halia tua *\n5 sudu sos ikan *\n2 sudu kecil gula merah *\n3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *\nGaram halus secukupnya\n3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)\n\nCara-cara:\n1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.\n\n2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.\n3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.\n4. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.\n5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.\n\n6. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.\n7. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.\n8. Sesudah tu bolehlah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.\n9. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.\n\nNota kasih sayang:\n\nKimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.\nKebiasaannya kimchi disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.\nSimpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.\nNak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.\nSesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.\n\nKredit: Noor Azmawani Ismail\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kiub-pati-ayam-homemade-lebih-sihat-tanpa-msg/", "title": "Doktor Kongsi Resipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat & Tanpa MSG", "body": "\nMasakan tak \u2018ngam\u2019 kalau tak letak kiub pati ayam kan? Biasanya diletak dalam masakan seperti sup, bubur ataupun nasi ayam.\nSebelum ini kalau asyik beli yang dah siap di pasaran, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri kiub pati ayam dirumah. Lebih sihat sebab tanpa bahan pengawet dan MSG yang tidak elok untuk kesihatan.\nJom ikuti resipi hasil perkongsian dari Dr. Mazliana Mazlan di bawah.\nResipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat & Tanpa MSG\nSambil tidurkan anak pun boleh buat kiub ayam dari ayam dan sayuran sebenar tanpa perasa dan MSG.\nDulu, kiub ayam mesti jadi stok tak pernah putus saya di rumah.\nBubur.\nNasi ayam.\nSup.\nMee hailam.\nNasi goreng.\nBahan-bahan:\n\nAyam tanpa antibiotik dan bebas hormon\nBawang besar\nBawang putih India\nLeek\nCendawan\nBunga cengkih\nBiji ketumbar\nDaun bay\nGaram Himalaya\nCuka epal\nAir\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula kisarkan ayam, kemudian kluarkan ayam,\n\n2. Kisar pula sayur. Kemudian masukkan semula ayam yang sudah dikisar tadi.\n\n3. Bila dah siap kisar semuanya, masukkan bahan-bahan lain dan masak 25 minit. Kalau guna Thermomix, tak perlu tunggu depan perkakas tersebut, tinggal je.\n\n4. Bila dah siap masak nanti, kisar bagi hancur semuanya 1 minit.\n\n5. Kalau tiada Thermomix, boleh juga buat sendiri. Perlu kisar banyak kali untuk betul-betul halus kisarannya.\n6. Boleh juga buat versi serbuk. Kena bakar lepas dah siap masak. Mana-mana je yang mudah untuk kalian cuba dan guna nanti.\n7. Masukkan dalam bekas kiub silicon, kemudian bekukan.\n\n8. Dah siap. Mudah sangat kan?\n\nKredit: Mazliana Mazlan\nBaca juga: Cara Buat Kentang Goreng Homemade Untuk Anak, Lagi Sihat & Selamat Tanpa Bahan Pengawet\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-klasik-itali-pasta-sos-pesto-lelaki-ini-kongsi-cara-buat-menu-ini/", "title": "Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini", "body": "\nBuat penggemar makanan western, apa kata cuba resipi ini, spaghetti dengan sos pesto atau juga dikenali sebagai Pesto Pasta.\nPesto dianggap sebagai salah satu sos tertua di dunia dan merupakan sebahagian daripada masakan Itali.\nAsasnya adalah basil wangi hijau dan minyak zaitun serta bawang putih dan pine nut yang memberikan rasa unik.\nBaca juga: Resipi Creamy Tomyam Spaghetti, Sangat Lazat & Memang Lain Dari Lain\nRupanya mudah jer nak buat. Rasanya memang lain dan rasa fresh! Ikuti perkongsian ini lelaki ini.\nResipi Pasta Sos Pesto\n\nBahan-bahan:\n2 cawan daun basil segar\n1/3 cawan pine nuts (saya guna pistachio)\n1/3 cawan keju parmesan parut segar\n3 ulas bawang putih (tiada dalam gambar)\n1/3 cawan minyak zaitun\n1 sudu teh jus lemon segar\n1/2 sudu teh garam\nSedikit lada hitam\nCara-cara penyediaannya:\n1. Kisar semua bahan jangan terlalu halus. Boleh simpan dalam peti ais. Letakkan sedikit minyak zaitun. Campuran ini dipanggil Pesto.\n\n2. Tumis bawang putih dan ayam dengan minyak zaitun. Boleh tambah garam masa ni jugak.\n\n3. Masukkan spaghetti yang telah direbus. Kemudian masukkan pesto.\n\n4. Gaulkan dan letak tomato jika suka. Kalau nak lebih creamy boleh tambah air rebusan spaghetti sedikit.\n\n5. Siap! Boleh makan dengan Kambing bakar macam ni. Saya beli yang jenis frozen sebab mudah.\n6. Boleh juga taburkan parmesan sebagai hiasan.\n\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Arif Eddy\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-koay-teow-thng-dari-pulau-pinang-wajib-cuba/", "title": "Resipi Koay Teow Th\u2019ng Dari Pulau Pinang, Wajib Cuba!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-21 04:05:17\n\n\nKoay Teow Th\u2019ng sememangnya hidangan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat cina kerana keenakannya. Selalu bila jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang, mesti para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menikmati menu ini. Kini, anda boleh mencuba resipi ini sendiri di rumah! Bahan-bahannya juga mudah untuk didapati. Oleh itu, jom ikuti perkongsian resipi ini daripada Azura Felula menerusi laman Facebook.\n\nKredit:\u00a0Azura Felula\nPenyediaan sup (untuk 2 orang makan)\nBahan-bahan:\n\n2 ketul ayam\nSebiji bawang merah\n1 inci halia\n3 ulas bawang putih\nKiub ayam\nGaram dan gula secukupnya\n\n\u00a0\nBahan-bahan rencah/hiasan:\n\nKredit:\u00a0Azura Felula\n\nKoay teow (dicelur)\nFishcake\nDaun bawang\nTaugeh (dicelur)\nLada putih\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nRebuskan semua bahan diatas hingga mendidih selama setengah jam dengan api yang perlahan.\n \nKredit:\u00a0Azura Felula\n\u00a0\nKemudian, toskan ayam dan carik-carikkan untuk dijadikan rencah/hiasan.\n \nKredit: Abang Terlajak Laris\n\u00a0\nTapis bawang-bawang dan halia untuk mendapatkan sup yang lebih jernih.\u00a0Kemudian, masukkan semula tulang ayam tadi dan rebus dalam 10 minit.\n \nKredit: ayampenyek\n\u00a0\nUntuk mendapatkan rasa asli Koay Teow Th'ng Ala Chinese, goreng bawang putih yang telah dicincang dlm minyak. Pastikan jangan terlalu garing dan tambahkan di dalam sup ketika dihidang.\n \nKredit:\u00a0Azura Felula\n\n\u00a0\nSiap untuk dihidang. Selamat menjamu selera!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-koktail-buah-campur-sedap-menyegarkan-tekak/", "title": "Resipi Koktail Buah Campur, Ringkas Tapi Sangat Sedap & Menyegarkan Tekak", "body": "\nCuaca panas macam ni sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang menyejukkan tekak seperti koktail buah campur.\u00a0Kalau suka letak ais banyak, lebihkan susu pekat kalau tak nanti tawar.\nSekarang mungkin koktail buah ini nampak biasa je, bila masuk bulan Ramadan, pasti buat anda meleleh-leleh. Boleh simpan resipi ini siap-siap sebagai persediaan pada bulan Ramadan nanti.\nNak cuba? Ikut saja resipi di bawah ini ya. Semoga bermanfaat!\nCARA BUAT KOKTAIL BUAH CAMPUR\nBahan-bahan:\n\nSatu tin susu sejat\nSetengah tin susu pekat\nSatu tin buah laici\nSatu biji buah naga\nDua biji buah mangga\nCincau\nAis\n\nCara-cara:\n1. Bancuh susu pekat bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi 2 cawan air.\n\n2. Kemudian campurkan semua bahan dan kacau rata. Tambahkan ais dan sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit: @MalaysianFoods (Twitter)\nBaca juga: Resipi Salad Buah Paling Mudah. Sedap Makan Sejuk, Sangat Menyegarkan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-koktail-buah-campur/", "title": "Jom Buat Koktail Buah Campur Yang Sedap, Makan Lepas Berbuka Memang Nikmat!", "body": "\nSelepas berpuasa hampir 14 jam, sedapnya kalau waktu berbuka dapat minum koktail buah campur yang sejuk-sejuk!\nDengan rasa buah yang menyegarkan,\u00a0kuahnya yang manis dan berlemak memang padu betul. Bukan setakat anak-anak, yang dewasa pun suka.\nAnda boleh cuba menyediakannya sendiri di rumah. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Bella Jaafar di bawah.\nBaca juga: Buah Kurma Campur Butter Viral, Memang Tak Berhenti Makan Dibuatnya!\nResipi Koktail Buah Campur\nBahan-bahan:\n\n2 peket Jelly sumi\n2 tin susu cair ideal\n4 sudu besar susu pekat\n1 tin buah peach\n1 tin fruit cocktail\n1 tin longan\n1 bekas nata de coco\n2 biji kuning telur\n4 sudu besar tepung kastard\n4 sudu esen vanilla\n4 sudu besar gula pasir\n\nCara-cara:\n1. Asingkan buah-buahan dari airnya dan masukkan terus ke dalam balam bekas. Ketepikan.\n\n2. Dalam periuk, satukan semua bahan-bahan cair (kuah dari tin buah peach, mix fruit, nata de coco dan susu cair).\n3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.\n4. Satukan tepung kastard dengan air sehingga sebati. Kemudian baru dimasukkan ke dalam periuk tadi supaya tiada tidak berketul dan hangus (nak bagi kuat pekat sikit).\n5. Bila semua sudah disatukan, baru hidupkan api perlahan. Masak kuah sehingga sebati, tak perlu panas sangat.\n6. Sejukkan kuah. Bila kuah dah sejuk, tuangkan ke dalam mangkuk campuran buah-buahan tadi.\n7. Bila nak makan, letakkan ais dalam mangkuk dan cedokkan koktail. Selamat mencuba!\n\nKredit: Bella Jaffar\nBaca juga: Cara Buat Puding Buah Kastard SEDAP, Resipi Mudah & Tak Guna Banyak Bahan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuetiau-kungfu-mudah-sedap/", "title": "Sedapnya Kuetiau Kungfu, Makan Panas-Panas Dengan Cili Kicap Lagi \u2018Menyengat\u2019!", "body": "\nMalam-malam bila tak tahu nak masak apa, apa kata jom buat kuetiau kungfu ini. Bosan juga asyik makan nasi je kan.\nNak lagi sedap, makan panas-panas. Bila dah sejuk, kurang \u2018umphh\u2019 bak kata orang. Lebihkan cili padi kalau nak lagi padu!\nNak cuba? Ikut saja resipi langkah demi langkah di bawah. Semoga bermanfaat!\nRESIPI KUETIAU KUNGFU\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam ( potong kecil2)\nUdang\nSotong\nTelur\nBawang putih ( cincang halus )\nBunga kobis\nPutik jagung\nCarrot\nPak choy\nCili padi\nTepung jagung\nSos tiram\nKiub ayam\nLada hitam\n\nCara masak kuah:\n\nPanaskan minyak, tumis bawang putih sampai kekuningan.\nMasukkan ayam dan air, biarkan sampai mendidih dan ayam masak.\nMasukkan udang dan sotong.\n\nKemudian masukkan pula carrot, putik jagung, bunga kobis dan cili padi.\n\nMasukkan sos tiram, kiub ayam, lada hitam dan garam. Gaul rata.\nSeterusnya, masukkan telur yang dah dikacau, dan gaul cepat-cepat.\nUntuk pekatkan kuah, masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air.\nMasukkan pak choy, kuah pastikan tak cair sangat dan tak pekat sangat. Kalau cair tambah tepung jagung.\n\nCara masak kuetiau:\n\nPecahkan telur, masukkan lada hitam, kicap dan masukkan kuey teow. Gaul bagi rata.\nPanaskan minyak, goreng kuey teow yang dah digaul tadi sehingga garing.\nAngkat dan letak dalam pinggang. Tuangkan kuah yang sudah dimasak tadi.\n\nSiap, boleh hidangkan panas2 dengan cili kicap. Selamat mencuba!\n\nKredit: Akma Abdullah\nBaca juga: Resipi Kuetiau Sup Chinese Style Paling Mudah, Anak-Anak Pasti Suka\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuetiau-sup-chinese-style-paling-mudah/", "title": "Resipi Kuetiau Sup Chinese Style Paling Mudah, Anak-Anak Pasti Suka", "body": "\nMakan malam selalu tak tahu nak makan apa kan. Apa kata malam ni jom masak Kuetiau Sup Chinese Style yang sedap dan lazat ni.\nCara dan bahan yang digunakan juga sangat mudah dan tidak rumit. Sekejap je dah siap buat sebab tak perlu tumis lama.\nJom lihat resipi perkongsian oleh Cik Puan Farah di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Kuetiau Sup Chinese Style\n\nBahan-bahan kuah:\n\nBawang putih 1 labu\nAir\nFish ball\nFish cake\nSayur sawi\nKiub ayam \u2013 1\nDada ayam/isi ayam\n\nCara-cara:\n\nTumis bawang putih yang telah dicincang sehingga keperangan dan naik bau (tak nak tumis pun boleh, terus rebus je air)\nKemudian masukkan air dalam [email\u00a0protected] cawan besar, agak mengelegak masukkan kiub ayam dan isi ayam (ini sebagai tambahan)\nMasukkan fish ball, fish cake. Dah mendidih masukkan sayur sawi.\nAkhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. (boleh jugak letak minyak bijan sikit, wangi je nanti)\nIsi ayam boleh keluarkan dan di carik-carikkan.\n\n\nResepi Minyak Bawang Putih\nBahan-bahan:\n\nBawang putih 1 labu (dipotong dadu)\nMinyak secukupnya\n\nCara-cara:\n\nTumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup, dah perang boleh angkat.\n\n\nResipi Cili Kicap\nBahan-bahan:\n\nKicap cair sikit\nKicap manis sikit\nMinyak bijan sikit (jika ada)\nCili\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan. Siap!\nNak buat sambal kicap cili potong pun boleh, ikut kesedapan sendiri.\n\nKuetiau macam biasa celur air panas. Selamat mencuba!\n\nKredit: Cik Puan Farah\nBaca juga: Cara Buat Sup Telur Chinese Style Ala Menu Hotel\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuey-teow-sup-ala-kopitiam/", "title": "Resipi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam, Rahsia Buat Minyak Bawang Putih Yang Sedap", "body": "\nKadang-kadang rasa bosan juga asyik makan\u00a0bihun sup,\u00a0bihun rebus kan? Apa kata jom tukar selera makan\u00a0kuey teow sup chinese style\u00a0ni pula.\nMemang dijamin sedap dan sangat mudah untuk dimasak. Sekali cuba, memang confirm tak cukup semangkuk. Jom cuba resepi di bawah!\nBaca juga: Resipi Laksa Sardin Tin, Sedap Dia Kalah Kedai Kopitiam Lain\nKuey Teow Sup Ala Kopitiam\nCara penyediaan sup:\n1. Rebus isi ayam hingga mendidih.\n2. Masukkan fishball.\n3. Masukkan 1 kiub ayam & white pepper.\n4. Keluarkan isi ayam dari kuah sup. Sejukkan & carikkan isi ayam.\n5. Sambil tunggu sup masak, cuci kuey teow untuk buang lebihan minyak. Toskan.\n6. Untuk buat cili kicap, potong cili dan campurkan dengan kicap masin.\n\n7. Cara buat minyak bawang putih, cincang 1 labu bawang putih. Nak senang pakai chopper. Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih. Hidupkan api, guna api kecil je. Kacau hingga bawang garing dan kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.\n\n8. Masukkan kuey teow dalam mangkuk, susun isi ayam, sendukkan sup serta fishball. Masukkan cili potong dan minyak bawang putih. Sedia untuk dimakan!\nKredit: Siti Rahayu Ahmad\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-bunga-pudak/", "title": "Jom Belajar Cara Buat Kuih Tradisional Kedah Kuih Bunga Pudak", "body": "\nKuih bunga pudak merupakan kuih tradisi masyarakat di negeri Kedah Darul Aman. Setiap kali pergi ke negeri ni mesti tercari-cari kuih ni.\nNak pergi sana agak susah kan? Jadi jom cuba resipi yang dikongsi oleh Nur Shuhaida\u00a0ini pasti menjadi dan paling penting ia dapat menjimatkan kos untuk pergi ke sana.\nResipi Kuih Bunga Pudak\nBahan inti:\n\n1 biji kelapa parut putih\n240gm gula\nGaram secukup rasa\nPerasa ros secukupnya\nPewarna merah secukupnya\nPewarna hijau secukupnya\n\nBahan kulit:\n\n240gm tepung pulut\n250ml air (zaza buat dalam 150ml je)\n1 sudu teh garam halus\n\nCara-cara:\n\nUntuk membuat bahan inti, bahagikan adunan kepada dua warna. Satukan bahan mengikut warna tersebut dan gaul sebati.\nKemudian sangai di atas api sederhana. Kacau sehingga kering. Ketepikan.\n\nUntuk bahan B, gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan biarkan selama 30 minit.\n* Air campur ngan garam kemudian renjis-renjiskan dalam tepung Sedit demi sedikit sampai abis, gaulkan dengan tepung sampai jadi macam serbuk roti.\n\nSetelah itu, panaskan kuali leper dengan api sederhana panas.\nMasukkan satu sudu makan adunan tepung ke dalam penapis dan ayak adunan menjadi bentuk bulat.\nSeterusnya sudu inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Biarkan seketika dan barulah diangkat.\nAkhir sekali, ulangi proses sehingga adunan habis.\nSiap untuk dihidang.\n\n\nKuih bunga pudak ni merupakan kuih turun temurun jadi memang susah nak dapat yang sedap. Bila dah cuba resipi ni jangan lupa kongsi kepada yang lain.\nBaca juga:\nLebihan Nasi Jangan Dibuang, Boleh Buat Apam Nasi Yang Lembut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-jawa-red-velvet/", "title": "Jemu Dengan Kuih Jawa Yang Biasa, Wanita Ini Kongsi Resipi Kuih Jawa Red Velvet", "body": "\nPernah dengar pasal kuih jawa red velvet? Sebelum ni asyik viral tentang donut red velvet je dekat sosial media. Apa kata kali ni kita cuba buat kuih penyaram atau dikenali juga sebagai kuih jawa tapi versi red velvet.\nResipi Kuih Penyaram/ Kuih Jawa Red Velvet\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung gandum (Cap sauh)\nSetengah cawan tepung beras (Cap tiga gajah)\nSetengan cawan tepung pulut (Erawan brand)\n1 cawan gula apong kalau tak ada gula ini, boleh je guna gula pasir\n1 setengah cawan air\n1 sudu makan Emulco Red Velvet\n* Gunakan cawan yang sama untuk sukatan kesemua bahan di atas\n\nKalau nak buat banyak, gandakan je bahan-bahan.\nCara penyediaan:\n\nMasukkan kesemua bahan, kecuali Emulco Red Velvet. Gaul sehingga betul-betul sebati atau tidak berketul. Nak guna blender pun boleh. Blend selama 5 minit atau sehingga adunan dah sebati.\nTapis adunan tadi menggunakan penapis tepung. Masukkan Emulco Red Velvet . Kacau lagi sehingga sebati dan adunan mengeluarkan buih. Dah keluar buih, baru stop kacau. Perap 4-5 jam atau lebih baik semalaman.\n\nTips Semasa Menggoreng:\n\nKacau terlebih dahulu adunan yang telah diperap.\nGunakan kuali kecil atau kuali melengkung.\nMinyak jangan terlalu banyak atau sedikit.\nGunakan api kecil dari mula sehingga selesai menggoreng. Api tidak boleh sekejap kecil, sekejap besar ya, maintain guna api kecil.\n\n\nSenang rupanya nak buat kuih jawa ni. Selamat mencuba.\nKredit: Ezraa La\nBaca juga:\nResipi Donut Red Velvet \u2018Viral\u2019 Yang Gebu & Lembut, Satu Adunan Dapat 12 Biji\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-kaswi-lembut-elok-bila-dimakan/", "title": "Resipi Kuih Kaswi \u2018Legend\u2019, Harum Semerbak & Lembut Elok Bila Dimakan", "body": "\nKuih muih tradisional Melayu memang sedap. Kena pula yang lembut dan cukup lemak manisnya, lagilah tak puas makan. Bagi penggemar sajian Kuih Kaswi, boleh cuba resipi perkongsian saudari Cyda Nasir ini.\nMenurut beliau, hasilnya memang lembut dan tak liat. Nampak sedap kan? Jom lihat bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara penyediaannya. Semoga bermanfaat.\nBaca juga: Sedapnya Puding Laici 1 Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an\nCara Buat Kuih Kaswi Lembut Bergedik\n\nBahan-bahan:\n\n1 \u00bd cawan tepung gandum\n1 \u00bd cawan tepung ubi\n1 cawan gula castor\n5 cawan air pandan\n1 sudu kecil air kapur\nSedikit garam\nKelapa parut + sedikit garam (kukus 10 minit)\n\nCara-cara:\n\nPanaskan air dalam kukusan. Kemudian dalam bekas lain, masak gula dan air pandan sehingga gula hancur.\nKemudian dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi dan sedikit garam.\nBila air pandan tadi dah suam, masukkan ke dalam bekas tepung dan bancuh hingga sebati. Masukkan air kapur dan kacau sebati.\nMasukkan bancuhan kuih ke dalam loyang saiz 8 inc. Kukus kuih selama 30minit atau sehingga masak.\nSetelah kuih masak, biarkan sejukkan dan boleh potong.\nGaul dengan kelapa dan sedia untuk dimakan.\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Cyda Nasir\nBaca juga: Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-keria-gula-melaka-rangup-di-luar-lembut-di-dalam/", "title": "Resipi Kuih Keria Gula Melaka, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam", "body": "\nPasti ramai penggemar kuih keria gula melaka ni kan? Makan satu memang tak puas. Lagi-lagi waktu kuih ini masih panas, memang nikmat!\nRupanya tak susah mana pun cara membuat kuih keria ni. Kalau buat sendiri, boleh makan puas-puas! Jimat pun jimat.\nKalau anda ikut resipi perkongsian oleh Zaiman Zakaria ini, hasilnya kuih keria akan menjadi lembut di dalam dan rangup di luar. Selamat mencuba!\nResipi Kuih Keria Gula Melaka\nBahan-bahan:\n\n1/2 kg ubi keledek putih/oren/unggu\n1/2 cawan tepung gandum\n3 sudu besar tepung beras\n1 sudu kecil garam\n\nCara-cara:\n1. Rebus ubi sehingga empuk. Kemudian toskan.\n2. Lenyek ubi dengan garam sehingga lumat.\n\n3. Masukkan tepung dan uli sampai doh tidak melekat pada tangan.\n\n4. Untuk dapatkan saiz sama besar, timbang doh seberat 40gm/50gm.\n\n5. Buat lubang di tengah dan susun dalam loyang.\n6. Goreng dalam minyak yang panas menggunakan api perlahan. Goreng sehingga keperangan.\n\nBahan sira:\n\nSeketul gula melaka anggaran 250 gm\n2 sudu besar gula pasir\n1/2 cawan air\n\nCara-cara:\n1. Masak semua bahan sehingga berbuih dan pekat. Guna api perlahan supaya gula tidak hangus.\n\n2. Masukkan kuih keria tadi, kacau sampai gula menyaluti semua kuih.\n3. Tutup api dan susun dalam loyang. (lapik plastik supaya tak melekat)\n4. Bila dah sejuk, gula akan mengeras. Selamat mencuba!\n\nKredit: Zaimah Zakaria\nBaca juga: Resipi Cek Mek Kelantan Guna 4 Bahan, Sangat Mudah & Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-ketayap-sesuai-untuk-minum-petang/", "title": "Resipi Kuih Ketayap, Kuih Nostalgia Yang Sesuai Untuk Minum Petang", "body": "\nKuih ketayap merupakan kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa.\nSesuai dimakan untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Mudah saja cara membuatnya, ikut saja resipi di bawah.\nSelamat mencuba!\nCara Buat Kuih Ketayap\n\nBahan-bahan kulit:\n\n2 cawan tepung gandum\n1 sudu besar tepung ubi\n2 sudu besar minyak masak\n1 biji telur \u2013 kacau2\n2 \u00bd cawan jus pandan \u2013 Kisar 5 helai daun pandan dengan 2 \u00bd cawan air \u2013 tapiskan\nSedikit pewarna hijau\nSecubit garam\n\nCara-cara buat kulit:\n\nSatukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata sehingga sebati dan tapiskan. Nak kisar pun boleh.\nPanaskan kuali non stick menggunakan api perlahan.\nTuangkan satu senduk adunan. Ratakan bulat.\nBila dah masak, angkatkan. Letakkan inti kelapa di tengah, lipat kiri dan kanan kemudian gulungkan. Siap.\n\nBahan-bahan inti kelapa\n\n1 biji kelapa parut putih\n1 cawan gula merah*\n1 ketul gula melaka*\n1 \u00bd @ 2 cawan air*\n3 helai daun pandan* (simpulkan)\nSecubit garam*\n1 sudu besar tepung pulut/tepung gandum\n\nCara-cara buat inti:\n\nMasak bahan bertanda (*) sehingga larut, kemudian tapiskan.\nMasak semua bahan dalam kuali sehingga agak-agak nak kering. Guna api sederhana, sesekali kena kacau.\nAkhir sekali, letakkan 1 sudu teping untuk pekatkan inti kelapa. Kacau sebati, siap!\n\n\nKredit: Intan Zalifah Zolkiply\nBaca juga: Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-mochi-jepun-style-sedap-kenyal/", "title": "Resipi Kuih Mochi \u2018Jepun Style\u2019, Sedap & Kenyal!", "body": "\n\nMochi merupakan sejenis kuih Jepun yang biasanya dihidang sewaktu sambutan Perayaan Tradisional Mochitsuki atau sambutan Tahun Baru Jepun. Kuih ini diperbuat\u00a0daripada beras, ditumbuk sehingga lembut dan likat. Kemudian\u00a0dibentuk menjadi bulat.\nCara nak buat kuih Mochi ni senang je, bahan-bahannya pun mudah\u00a0untuk didapati dekat mana-mana kedai runcit. Jom kita ikuti resipi Mochi yang dikongsikan oleh Cik Pah dari laman Facebooknya.\n\nKredit: Cik Pah\nBahan-bahan:\u00a0\n\nTepung pulut (2 cawan)\nTepung jagung (2 sudu besar)\nGula (1/2 cawan)\nSantan (200 ml)\nEsen vanila (1\u00a0sudu kecil )\nPewarna\nSedikit tepung (disangai) \u2013 untuk salut mochi\n\nCara-cara:\n\nCampurkan tepung pulut, tepung jagung, gula dan esen vanila ke dalam bekas.\nMasukkan santan sedikit demi sedikit. Kemudian, uli sehingga menjadi doh yang licin.\nLetakkan pewarna. Kemudian, masukkan doh tadi ke dalam loyang dan biarkan ia dikukus selama 20 minit.\nApabila sudah masak, angkat dan sejukkan. Cara untuk pastikan sama ada doh sudah masak ialah apabila doh sudah tidak melekat.\nSelepas itu, bahagikan doh kepada saiz yang sama. Kemudian, leperkan doh atau ratakan dan masukkan inti.\nBulat-bulatkan dan golek ke dalam tepung pulat yang dah disangai tadi.\nSejukkan seketika sebelum makan untuk rasa yang lebih enak.\n\nSiapp!\n\nKredit: Rasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nG\n\n\nM\n\n\nT\n\n\nY\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDetect languageAfrikaansAlbanianAmharicArabicArmenianAzerbaijaniBasqueBelarusianBengaliBosnianBulgarianCatalanCebuanoChichewaChinese (Simplified)Chinese (Traditional)CorsicanCroatianCzechDanishDutchEnglishEsperantoEstonianFilipinoFinnishFrenchFrisianGalicianGeorgianGermanGreekGujaratiHaitian CreoleHausaHawaiianHebrewHindiHmongHungarianIcelandicIgboIndonesianIrishItalianJapaneseJavaneseKannadaKazakhKhmerKoreanKurdishKyrgyzLaoLatinLatvianLithuanianLuxembourgishMacedonianMalagasyMalayMalayalamMalteseMaoriMarathiMongolianMyanmar (Burmese)NepaliNorwegianPashtoPersianPolishPortuguesePunjabiRomanianRussianSamoanScots GaelicSerbianSesothoShonaSindhiSinhalaSlovakSlovenianSomaliSpanishSundaneseSwahiliSwedishTajikTamilTeluguThaiTurkishUkrainianUrduUzbekVietnameseWelshXhosaYiddishYorubaZulu\n\n\n\nAfrikaansAlbanianAmharicArabicArmenianAzerbaijaniBasqueBelarusianBengaliBosnianBulgarianCatalanCebuanoChichewaChinese (Simplified)Chinese (Traditional)CorsicanCroatianCzechDanishDutchEnglishEsperantoEstonianFilipinoFinnishFrenchFrisianGalicianGeorgianGermanGreekGujaratiHaitian CreoleHausaHawaiianHebrewHindiHmongHungarianIcelandicIgboIndonesianIrishItalianJapaneseJavaneseKannadaKazakhKhmerKoreanKurdishKyrgyzLaoLatinLatvianLithuanianLuxembourgishMacedonianMalagasyMalayMalayalamMalteseMaoriMarathiMongolianMyanmar (Burmese)NepaliNorwegianPashtoPersianPolishPortuguesePunjabiRomanianRussianSamoanScots GaelicSerbianSesothoShonaSindhiSinhalaSlovakSlovenianSomaliSpanishSundaneseSwahiliSwedishTajikTamilTeluguThaiTurkishUkrainianUrduUzbekVietnameseWelshXhosaYiddishYorubaZulu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nText-to-speech function is limited to 200 characters\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOptions : History : Feedback : Donate\nClose\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-onde-onde-sedap-lembut/", "title": "Resipi Kuih Onde-Onde Sedap & Lembut, Ada Tips Supaya Kuih Tahan Lama & Tak Cepat Basi", "body": "\nKuih onde-onde sentiasa menjadi pilihan ramai sebagai pencuci mulut ketika berbuka di bulan Ramadan. Kalau pergi bazar, memang wajib beli onde-onde ni.\nTapi katanya sekarang di bazar, mana-mana gerai beratur panjang termasuk gerai kuih. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah, mudah je nak buat rupanya!\nBaca juga: Resipi Koktail Buah Campur, Ringkas Tapi Sangat Sedap & Menyegarkan Tekak\nCARA BUAT KUIH ONDE-ONDE MUDAH, SEDAP & LEMBUT\nBahan-bahan membuat onde-onde:\n\n2 cawan tepung pulut\n2 sudu besar tepung gandum\n1 cawan atau lebih air daun pandan + sedikit pewarna hijau\nSeketul gula melaka (dipotong dadu)\nSedikit garam\n1/2 biji kelapa parut (ditambah sedikit garam)\n\nCara-cara membuat onde-onde:\n1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam di dalam satu bekas.\n2. Tuangkan air pandan yang sudah dicampur pewarna hijau, tuangkan sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.\n3. Uli sehingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan serta boleh dibulat-bulatkan.\n\n4. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.\n5. Letakkan gula melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan doh.\n\n6. Buatkan adunan tadi sehingga habis dan susun di atas dulang yang sudah ditabur dengan sedikit tepung gandum.\n\n7. Didihkan air di dalam periuk, masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.\n8. Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika, kemudian boleh diangkat dan ditoskan airnya.\n9. Selepas itu golekkah kuih tadi di atas kelapa parut.\nTips: Kukus kelapa seketika supaya onde-onde tahan lama dan tidak cepat basi.\nKredit: Ayza Nur\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-penyaram-guna-sukatan-cawan/", "title": "Resipi Kuih Penyaram Guna Sukatan Cawan, Ini Tips Hasilkan Kuih Yang Cantik!", "body": "\nJangan tertukar ya di antara kuih penyaram dan kuih peneram. Bukan sahaja nama yang hampir serupa, malah warna dan rasa juga hampir sama kerana kedua-dua kuih ini berasaskan gula merah.\nNamun begitu, rupa dan bentuk kedua-dua kuih ini jauh berbeza. Selain itu, yang membezakannya juga adalah bahan santan yang digunakan dalam resipi kuih penyaram.\nKalau perasan, kuih ini cantik bentuknya dan licin berkilat kan? Bukan mudah untuk menghasilkan sebegitu rupa. Ada tipsnya yang perlu diikuti barulah hasilnya cantik.\nJika ada yang nak cuba buat sendiri di rumah, boleh lihat resipi hasil perkongsian dari Norhamah Said di bawah. Selamat mencuba!\nCARA BUAT KUIH PENYARAM\nUntuk gula merah, sebelum masukkan dalam adunan perlu masak atas dapur dengan sedikit air sehingga gula larut. Untuk elakkan berketul dan lebih mudah sebati dengan adunan.\n\nBahan yang diperlukan:\n\n1 cawan gula merah (masak dengan sedikit air sehingga larut)\n1 bungkus tepung beras\n2 cawan tepung gandum\n1 cawan gula putih\n100 ml santan\nAir secukupnya\nMinyak untuk menggoreng\n\nCara penyediaannya:\n1. Sediakan bekas yang sesuai untuk adunan.\n2. Satukan tepung beras, tepung gandu, gula putoh dan santan ke dalam bekas. Gaul sebati.\n3. Masak gula merah atas dapur sehingga larut sepenuhnya, sejukkan sebentar.\n4. Kemudian masukkan dalam adunan tadi dan gaul sebati.\n5. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati serta tak berketul.\n\n6. Pastikan adunan tidak terlalu cair.\n7. Jika mahu hasilkan kuih yang cantik, buat bancuhan pada waktu malam dan simpan dalam peti sejuk.\n8. Esoknya, panaskan minyak dalam kuali dan sedia untuk digoreng.\n\n9. Cara menggorengnya, sendukkan adunan guna senduk bulat dan tuang ke atas kuali secara menegak dan perlahan-lahan.\n10. Biarkan adunan turun ke dalam minyak sikit-sikit sehingga adunan tu membulat sendiri dalam kuali.\n\n11. Dan kemudian boleh balikkan.\n\n12. Bila dah garing dan warna menjadi coklat gelap, boleh angkat dan toskan.\nSedia untuk dihidangkan.\n\nTips:\n\nJika kuih tak kembang semasa menggoreng, tambah sedikit gula (1-2 sudu makan) dalam adunan dan kacau sebati.\nBancuhan jangan terlalu cair atau terlampau pekat.\n\nKredit: Norhamah Said\nBaca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-sagu-merah/", "title": "Resipi Kuih Sagu Merah Paling Senang, Tak Perlu Masak Dulu Baru Kukus", "body": "\nSiapa suka kuih sagu merah? Biasanya kita rebus dulu sagu, kemudian baru dikukus. Jika ikut resipi ini, tak perlu susah-susah nak masak sagu, terus kukus saja! Mudah kan?\nJangan risau, hasilnya tetap sama walaupun berbeza cara. Sagu tetap menjadi merah jernih, tak nampak langsung \u2018putih\u2019 sagu itu.\nJom kita cuba buat menggunakan resipi yang telah dikongsi oleh Puan Zuhara di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!\nResipi Kuih Sagu Merah\nBahan-bahan:\n\nSagu setengah cawan\nGula 5 sudu\nKelapa parut\nGaram\nPewarna ros\n\nCara-cara:\n1. Gaulkan kelapa parut dengan garam. Kemudian kukus sekejap, letakkan dalam pinggan dan ketepikan seketika. (Jika ikut cara ini, kelapa parut akan lebih tahan lama dan lambat basi)\n2. Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros selama 1 jam setengah.\n3. Bila siap rendam, toskan dan letak dalam satu bekas. Tambahkan gula dan kacau. Jika suka manis, lebihkan gula.\n4. Sudukan ke dalam acuan dan kukuskan selama 25 hingga 30 minit.\n\n5. Selepas siap kukus, gaulkan dalam kelapa tadi.\n6. Satu adunan ini boleh dapat dalam 13 biji kuih. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi: Zuhara JN\nBaca juga: Agar-agar Kelapa, Sedapnya Kalau Makan Sejuk-Sejuk, Jom Cuba Buat Hari Ini!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-seri-muka/", "title": "Resipi Kuih Seri Muka Turun Temurun Yang Lembut Dan Wajib Dicuba", "body": "\nKuih seri muka adalah salah satu kuih tradisional negara Malaysia. Ia juga sesuai dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang.\nResipi yang dikongsi oleh Mr.Ali ini merupakan resipi turun temurun. Bila cakap pasal resipi yang lama sudah semestinya rasa kuih itu dapat mengimbau kenangan lama.\nKuih Seri Muka Topping Lembut\n\nBahan-bahan:\n\n4 cawan beras pulut\n2 cawan santan cair\n4 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam (Dah masukkan garam terus asingkan 2 cawan untuk pulut dan 2 cawan untuk topping)\n5-6 helai daun pandan\n2 biji telur gred A\n1 cawan gula\n1 cawan tepung gandum\n\nCara memasak bahagian pulut:\n\n4 cawan beras pulut (dibasuh). Dah selesai basuh rendamkan dengan 2 cawan santan cair selama 30 minit.\nSelepas 30 minit rendam, simpulkan daun pandan dan kukus selama 30 minit.\nDah kukus selama 30 minit, masukkan 2 cawan santan pekat.\nRatakan santan dan kukus lagi selama 10 minit.\n\n\nCara memasak bahagian topping:\n\nKisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 cawan air.\nDah kisar, sila tapis . Bila tapis kita akan dapat lebih kurang 2 cawan air pandan. Ketepikan.\nSeterusnya, masukkan 2 biji telur gred A, kacau sekejap.\nMasukkan 1 cawan gula, 1 cawan tepung gandum, 2 cawan air pandan dan 2 cawan santan pekat.\nKacau sehingga sebati. Dah sebati masukkan 1 sudu kecil pewarna hijau & 1 sudu kecil pewarna kuning.\nMasakkan topping ini atas api perlahan sampai berwap dalam 2 minit. Pastikan guna api perlahan. Ini untuk dapatkan tekstur licin.\nTutup api dan tuang ke atas pulut tadi. Sambung kukus selama 30-40 minit sehingga masak.\nApi pastikan perlahan. Kalau api kuat, topping akan jadi berkedut.\nDah masak, sila sejukkan selama 20 minit dan masukkan dalam peti selama 30 minit lagi dan sedia untuk dipotong.\n\n\nMudah sangat nak pastikan tekstur licin. Selamat mencuba!\nBaca juga:\nKuih Lopes Cara Mudah Dan Pantas, Sedap Buat Minum Petang\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kuih-tiram-rangup-berlemak-guna-3-bahan-je-dah-siap/", "title": "Resipi Kuih Tiram Rangup & Berlemak, Guna 3 Bahan Je Dah Siap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-26 17:24:16\n\n\nKuih tiram atau kuih lidah buaya\u00a0ni merupakan kuih melayu tradisional Melayu Brunei yang masih boleh didapati di seluruh Malaysia. Kuih ni sesuai sangat untuk dimakan waktu minum petang sambil dihidang dengan teh o panas buat seisi keluarga. Cara nak buatnya pun senang, hanya guna 3 bahan je! Ikut je resipi yang Mas Cotek kongsikan di laman facebook miliknya.\n\nKredit: Mas Cotek\nBahan-bahan:\n\n1/2 kg tepung gandum\n1 sudu teh\u00a0garam\n2-3 sudu minyak masak\nAir\n\nBahan Layer:\n\nMinyak\nTepung ubi\n\nCara-cara:\n1. Campurkan tepung gandum, garam dan minyak masak. Ramas-ramas sehingga berderai menggunakan hujung jari.\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n2.\u00a0 Masukkan air sedikit-sedikit sehingga doh sudah\u00a0tidak melekat di tangan\u00a0dan di besen.\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n3.\u00a0Uli lagi doh dalam 10 minit\u00a0sehingga ia menjadi\u00a0lembut. Kemudian, bahagikan doh kepada 4 bahagian.\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n4. Taburkan sikit-sikit tepung pada papan pencanai untuk mengelakkan doh daripada melekat di papan. Kemudia, mula untuk canaikan doh.\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n5. Untuk menghasilkan pes atau layer pula, masukkan tepung ubi sehingga teksturnya menjadi likat. Kemudian, masukkan minyak sikit-sikit.\n\nKredit: Mas Cotek\u00a0\n\u00a0\n6. Gunakan bahan layer tadi dan ratakan pada doh yang sudah dicanai tadi.\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n7. Kemudian, mula untuk menggulung kesemua doh. Selepas siap menggulung, potong doh dalam anggaran 1/2 inci.\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n8. Ambil 1 bahagian yang dipotong tadi, tekan menggunakan jari dan kemudian\u00a0canaikan sehingga menjadi leper. Lakukan untuk kesemua doh yang lain.\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n9. Panaskan minyak dan mula menggoreng. Gunakan lidi untuk membuka kelopak-kelopak tiram tadi. Lakukan dengan teliti supaya hasilnya akan menjadi lebih cantik!\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n10.\u00a0Toskan dan biar untuk seketika. Tunggu sehingga kuih tiram sejuk kemudian baru boleh digaul dengan gula.\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nSiap! Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kulit-popia-basah-tekstur-cantik-licin/", "title": "Resipi Kulit Popia Basah Untuk Niaga, Perap Semalaman Tekstur Jadi Lebih Cantik & Licin!", "body": "\nRupanya mudah saja nak buat sendiri kulit popia basah yang lembut. Kalau diperap semalaman dohnya, tekstur akan jadi lebih cantik dan licin.\nKulit popia basah ni nak tak nak kena buat sendiri, berbeza kulit popia goreng yang mudah dibeli dan ada dijual di pasaraya.\nIkut saja resipi dan cara-cara yang dikongsikan oleh Puan Rabiatul Adawiyah Binti Samsudin di bawah.\nCara Buat Kulit Popia Basah\n\u201cSiapa suka makan kulit popia? Kulit ni boleh buat popia basah, goreng, samosa, murtabak dan macam-macam kegunaan.\nIni saya buat untuk berniaga. Kalau bulan puasa biasa 15kg ke atas. Kadang-kadang sampai cecah 60kg sehari. Esok dah nak puasa boleh cuba buat untuk berbuka.\nSaya versi selet saja tak gosok atas kuali dan tak guna putih telur dan cuka. Alhamdulillah masih lembut sangat.\u201d\nBahan-bahan:\n\nTepung gandum sekilo (apa-apa cap pun boleh)\nAir 600ml-900ml (anggaran saja)\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Bancuh semua bahan macam nak buat cucur tapi air dikurangkan. Bancuhan tak terlampau cair dan tak terlalu pekat.\n2. Perap 2 jam. Kalau nak tekstur lebih licin dan cantik. simpan dalam peti sejuk bawah lebih 4 jam hingga 8 jam atau semalaman. Tutup bekas dengan aluminium foil/plastik wrapping untuk elak permukaan atas tepung keras. Kulit pun rangup dan tak liat.\n\n3. Selet atas kuali pan nonstick/ kuali popia.\n\nTips:\n\nGuna api kecil saja. Jika selet tepung tak melekat tanda api terlampau panas. Jika selet dan tak boleh tarik dan melekat tanda kuali belum panas.\nGosok kuali dengan tepung dan sedikit minyak yang dioles pada kain bersih.\n\nSumber: Rabiatul Adawiyah Binti Samsudin\nBaca juga: Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-kurma-almond-london/", "title": "Jom Buat Kurma Almond London, Confirm Laku Keras", "body": "\nJika ada lebihan kurma pada bulan Ramadan lepas, boleh cuba buat Kurma Almond London ini.\u00a0\nCaranya sangat mudah kerana tidak perlu dibakar menggunakan oven. Sedap pula tu!\nKalau hidang untuk tetamu yang datang beraya pasti \u2018laku keras\u2019. Siapa yang tak suka kurma pun dijamin akan suka bila makan.\nBaca juga: Resipi Biskut Nutella Pods Mudah & Tak Perlu Bakar, Sedap & Jimat Masa!\nRESIPI KURMA ALMOND LONDON\nBahan-bahan:\n\nBuah kurma \u2013 buang biji\nBadam \u2013 disangai\nPeanut butter\nBadam cincang \u2013 disangai\nButter\nCoklat masakan atau apa-apa coklat yang anda sukai (dark chocolate compound/milk chocolate compound)\n\nCara-cara:\n1. Ambil buah kurma, buangkan biji.\n2. Masukkan peanut butter ke dalam kurma. Lebih mudah guna piping bag, paip saja ke dalam kurma. Kemudian letakkan badam \u2018seketul\u2019 yang sudah disangai. Ulang langkah pada semua kurma.\n3. Kemudian letakkan dalam paper cup. Susunkan dalam loyang. Ketepikan seketika sementara kita cairkan coklat pula.\n4. Cairkan coklat menggunakan teknik double boiler bersama sedikit butter.\n5. Kemudian tuangkan sedikit coklat ke atas kurma tadi. Nak lebih mudah, ambil kurma dan celup ke dalam coklat. Kemudian letak di dalam paper cup. Boleh pilih cara yang anda sukai.\n\n6. Taburkan sedikit badan cincang yang sudah disangai.\n7. Sejukkan sehingga coklat mengeras dan siap!\n8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Melinda Siah\nBaca juga: Biskut Snow Nestum, Tak Perlu Bakar Tapi Tetap \u2018Crunchy\u2019 & Tak Muak!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-laksa-express-guna-sardin-tin/", "title": "Resipi \u2018Laksa Express\u2019 Guna Sardin Tin, Sekejap Je Dah Siap Masak", "body": "\nMudahnya resipi laksa express ni, senang sangat nak buat. Sesuai dibuat jika ada tetamu yang datang rumah secara \u2018mengejut\u2019. Serba salah kalau nak hidangkan air sahaja kan, mesti wajib ada satu makanan berat. Jom\u00a0save\u00a0resipi ni siap-siap, mudah bila nak masak nanti. Selamat mencuba!\nBaca juga: Beribu Pek Sudah Terjual, Peniaga Ini Kongsi Resipi Laksam Jualannya Yang Laku Keras\nCARA BUAT LAKSA EXPRESS GUNA SARDIN TIN\nBahan-bahan:\n\n1 tin besar ikan sardin (saya guna mackerel)\nAsam keping\n3 sudu cili boh (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)\nDaun kesum\nBelacan (jika suka)\nSedikit sos ikan\nGaram secukup rasa\nLaksa basah\n\nCara-cara:\n\nLenyekkan ikan sardin bersama sosnya (guna blender pun boleh).\n\nTumis cili boh dan asam keping.\nMasukkan ikan sardin yang sudah dilenyek tadi bersama daun kesum.\nSukat air menggunakan tin sardin, letak dalam 3 atau 4 tin sahaja jika nak kuah pekat.\n\nMasak atas api perlahan selama 20 hingga 25 minit sebab nak bagi rasa asam keping. Kalau guna api sederhana, masak selama 5 minit sahaja.\n\nSedia untuk dihidangkan bersama telur rebus, potongan cili, bawang, timun dan limau kasturi.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Sha Aishah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-laksa-kuah-putih/", "title": "Resipi Laksa Kuah Lemak Putih Kelantan, Jom Cuba Masak Kalau \u2018Mengidam\u2019", "body": "\nLaksa Kuah Putih tidak asing lagi dalam kalangan orang Kelantan. Tapi buat orang \u2018luar\u2019 Kelantan pasti ada yang tidak pernah merasainya.\nKuahnya yang berwarna putih dan pekat, malah terasa lemak ikannya akan memikat hati sesiapa saja! \u00a0Dimakan pula dengan ulaman dan sambal belacan.\nKalau ada yang teringin nak rasa, tak perlu pergi jauh ke Kelantan semata-mata untuk menikmatinya. Jom buat sendiri saja menerusi resipi hasil perkongsian daripada Roselinda Jd di bawah.\nBaca juga: Rahsia Laksam Lembut Elok Bergulung, Kukus Guna Pinggan Plastik Je\nRESIPI LAKSA KUAH PUTIH KELANTAN\n\nRESIPI KUAH PUTIH\nBahan-bahan:\n\n5 ekor ikan kembung\n2 asam keping\n1 biji bawang besar\n3 ulas bawang putih\n1 ketul kecil halia\n\u00bd sudu makan lada hitam\n1 sudu teh garam\n1 \u00bd kotak santan\n2 cawan air\n\nCara-cara:\n1. Rebus ikan, letakkan juga garam dan asam keping. Selepas siap rebus, asingkan isi dan tulang ikan kemudian kisar bersama 2 cawan air rebusan ikan tadi. Tapiskan dan simpan airnya. Kisar tulang ikan menggunakan air rebusan yang disimpan tadi.\n2. Kisar bawang besar, halia, bawang putih dan lada hitam.\n3. Dalam periuk, campurkan isi ikan, bahan kisar, santan, air, garam dan asam keping.\n4. Masak dan sentiasa kacau sehingga mendidih perlahan dan kuah pekat.\n5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.\n6. Dah siap laksa kuah lemak Kelantan. Sedia untuk dihidangkan bersama laksa yang sudah direbus, ulam-ulaman dan sambal belacan.\n\nBaca juga: Cara Lembutkan Laksa Dengan Cepat, Rebus 10 Minit Je Tak Perlu Lama\nRESIPI SAMBAL BELACAN\nBahan-bahan:\n\n2 cili merah\n10 cili padi\n\u00bd sudu teh garam\n1 sudu teh belacan\n1 limau nipis\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk semua bahan kecuali limau. Bila semua bahan dah lumat, perahkan limau.\nBahan-bahan ulam:\n\n1 ikat daun selom\n5 batang kacang panjang\n1 ikat daun kesum\n1 kuntum bunga kantan\n1 mangkuk taugeh\n\nHiris halus semua ulam.\n\nKredit resipi dan gambar: Roselinda Jd\nBaca juga: Buat Sendiri Nyonya Curry Laksa Di Rumah, Tak Sedar Makan Tambah Berpinggan-Pinggan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-laksa-penang-ala-ala-aeon-pekat-padu-dan-confirm-puas-hati/", "title": "Resipi Laksa Penang Ala-Ala Aeon, Pekat Padu Dan Confirm Puas Hati!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-14 02:33:17\n\n\nSelalu bila membeli belah di Pasaraya Aeon, pasti ramai yang akan bersinggah di Food Court untuk menjamu laksanya yang menyelerakan! Kuahnya yang sangat pekat dan padu menjadikan menu ini popular dalam kalangan pengunjung pasaraya Aeon,\u00a0Bagi yang ingin cuba membuat laksa yang lebih kurang sama rasanya dengan laksa di Aeon, ini ada cara-caranya. Anda sudah tidak perlu susah-susah berkunjung ke sini hanya untuk menjamu laksanya. Ikuti perkongsian resipi ini dari Hajal Aishah Zakirai menerusi laman Facebook. \n\nKredit: Hajal Aishah Zakirai\nBahan-bahan: \n\n3 biji Bawang \nBelacan \nPes asam \n1 tin sardin (bersama sosnya) \n1 tin sardin (dibuang sosnya) \nAsam keping \nBunga kantan \nDaun kesum \nGaram dan gula secukupnya \nPerasa \nFishball (atau boleh tambah hiasan lain mengikut citarasa sendiri)\n \nKredit: Hajal Aishah Zakirai\n\n\u00a0\nCara-cara: \n\nMasukkan bawang, belacan, pes asam pedas ke dalam pengisar. Kemudian masukkan 2 tin sardin yang telah disediakan tadi ke dalamnya. Kisar sehingga semua bahan halus.\n\u00a0\nSetelah siap mengisar, masukkan semua bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kemudian masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum.\n\u00a0\nMasukkan air mengikut kepekatan yang diingini dan masak sehingga mendidih.\n \nKredit: Hajal Aishah Zakirai\n\u00a0\nApabila sudah mendidih, masukkan garam dan gula secukupnya bersama dengan perasa. Kemudian masukkan fishball yang disediakan tadi\u00a0dan kemudian kacau kuah hingga sebati.\n \nKredit: Hajal Aishah Zakirai\nKemudian masukkan hiasan atas laksa. Untuk hiasan, terpulang mengikut citarasa sendiri\n \nKredit: Hajal Aishah Zakirai\n\u00a0\n\nSiap untuk dihidang!\n\nKredit: Hajal Aishah Zakirai\nMudah dan cepat kan cara membuat kuah laksa ni? Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-laksa-sardin-tin-sedap-dia-kalah-kedai-kopitiam/", "title": "Resipi Laksa Sardin Tin, Sedap Dia Kalah Kedai Kopitiam Lain", "body": "\nTeringin nak makan laksa yang sedap macam kat kedai kopitiam? Apa kata jom cuba buat sendiri je laksa sardin tin yang mudah dan sedap hasil perkongsian oleh Noratiqah Nordin di bawah.\nCara Buat Laksa Sardin Tin\nBahan kuah:\n\n2 tin sardin\n4 biji bawang merah\n3 ulas bawang putih\nSedikit belacan\n2 ketul kiub ikan bilis\n2 senduk cili kering yang d blend\n2 bunga kantan\n3 ikat daun kesum\n4 keping asam keping yang besar\nGaram secukup rasa\nGula secukup rasa\n\n\nCara-cara:\n1. Kisar bawang merah, bawang putih, 1 tin sardin besar, tin sardin kecil hancur kasar saja.\n\n2. Dah siap kisar, masukkan ke dalam periuk.\n\n3. Masukkan cili kisar 3 senduk. Kacau rata.\n\n4. Masukkan air mengikut kepekatan yang diigini.\n\n5. Masukkan sardin hancur kasar.\n\n6. Letakkan 2 ketul kiub ikan bilis.\n\n7. Masukkan daun kesum.\n\n8. Masukkan bunga kantan.\n\n9. Masukkan asam keping.\n\n10. Perasakan dengan garam dan gula.\n\n11. Masak sehingga mendidih dan cukup masak.\n\n12. Siap untuk dihidang!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Noratiqah Nordin\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-laksam-homemade-guna-sukatan-cawan-mudah-sedap/", "title": "Resipi Laksam Homemade Guna Sukatan Cawan, Mudah & Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-23 08:50:42\n\n\nPetang-petang ni mesti seronok makan laksam panas-panas. Tapi sekarang ni susah pulak nak cari laksam dekat kedai-kedai kan?\u00a0Haa takpe, jangan risau! Tak susah pun, cuma gunakan sukatan cawa dan beberapa bahan je lagi. Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh CT Liz di\u00a0Facebook.\nPenyediaan Mi Laksam\nKredit: CT Liz Kitchen\nBahan-bahan:\n\n1 1/2 cawan tepung beras\n1/2 cawan tepung gandum\n3 1/2 cawan air\n1/2 sudu kecil garam\n\nCara-cara:\n\nSatukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau, tapis adunan.\nPanaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan.\nOles tudung periuk dgn sedikit minyak masak. Kemudian masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak.\n\n*Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis.\nPenyediaan Kuah\n\nKredit: CT Liz Kitchen\nBahan-bahan:\n\nIkan kembong 8 ekor \nSantan segar\u00a0\n1/2 sudu besar\u00a0lada hitam\n1 1/2 sudu besar gula\n3 ulas bawang\u00a0putih\n1 labu bawang\u00a0besar\nAjinomoto (optional)\nGaram secukupnya\nAir secukupnya\n2 keping asam keping\n\nCara-cara:\n\nRebus ikan bersama asam keping dan garam, kemudian\u00a0ambil isi ikan dan blend kan bersama bawang putih, bawang merah dan lada hitam.\nCampur semua bahan ke dalam\u00a0periuk, kemudian kacau sehingga mendidih.\n\u00a0\n\nPenyediaan Ulam & Cili\n\nKredit: CT Liz Kitchen\u00a0\u00a0\nBahan-bahan:\n\nKacang panjang (dihiris)\nBunga kantan (dihiris halus)\nTaugeh\nTimun (dihiris panjang)\nKubis (dihiris halus)\n2 sudu besar pes cili kering\n2 sudu besar\u00a0minyak masak\n\nCara-cara:\n\nTumis sampai\u00a0pecah minyak. Baru masukkan sedikit garam dan gula.\nTutup api, kemudian buang lebihan minyak tersebut.\n\nSiap! Selamat mencuba!\n\nKredit: CT Liz Kitchen\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-lala-masak-kam-heong/", "title": "Resipi Lala Masak Kam Heong Ala Restoran Cina, Guna Bahan Mudah Je!", "body": "\nPelbagai\u00a0resepi lala yang kita boleh cuba, salah satunya adalah resipi lala masak kam heong yang sedap dan mudah untuk disediakan.\nPastikan anda menggunakan\u00a0lala yang segar kerana ia akan mengeluarkan rasa manis dan seterusnya menghasilkan masakan yang enak.\nLala tidak perlu dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan isinya liat. Sebab itu lala perlu dimasukkan pada langkah yang terakhir.\nJom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Saudari Warong Wak Misai\u00a0di bawah.\nBaca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut\nResipi Lala Masak Kam Heong\nBahan-bahan:\n\nBawang besar \u2013 dicincang\nBawang putih \u2013 dicincang\nHalia \u2013 hiris memanjang\nCili padi 3 atau 4 biji \u2013 dihiris\nDaun kari\nLala 1/2 kg\n\nBahan-bahan pes:\n\nSerbuk kari 1 \u00bd sudu besar\nSos cili 2 sudu besar\nSos tiram 1 sudu besar\nKicap ABC 2 sudu besar\nKicap manis 2 sudu besar\nGula 1/2 sudu kecil\u00a0(optional)\n\nCara-cara memasak:\n1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi yang sudah dihiris. Kemudian masukkan daun kari.\n2. Bancuhkan serbuk kari, sos cili, sos tiram, kicap ABC, kicap manis dan gula. Gaul rata sehingga menjadi pes.\n3. Masukkan bancuhan pes ke dalam kuali. Gaul rata.\n4. Kemudian masukkan lala serta tuangkan sedikit air, jangan banyak kerana lala akan mengeluarkan airnya sendiri juga.\n5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Warong Wak Misai\nBaca juga: Jom Cuba Resipi Lala Masak Serai Untuk Berbuka, Satu Keluarga Makan Berselera!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-lala-masak-serai/", "title": "Jom Cuba Resipi Lala Masak Serai Untuk Berbuka, Satu Keluarga Makan Berselera!", "body": "\nAneka resepi lala yang kita boleh cuba, salah satunya adalah resepi lala masak serai yang sedap dan mudah untuk disediakan.\nPastikan anda menggunakan lala yang segar kerana ia akan mengeluarkan rasa manis dan seterusnya menghasilkan rasa yang enak.\nLala tidak perlu dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan isinya liat. Sebab itu lala perlu dimasukkan pada langkah yang terakhir.\nJom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Saudari Ariana Sofia Ahmad di bawah.\nBaca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut\nRESEPI LALA MASAK SERAI\nBahan-bahan:\n\n1 kg lala (dibasuh bersih)\n6 sudu besar cili giling\n8 batang cili api (merah + hijau) \u2013 ditumbuk kasar\n4 biji bawang merah \u2013 dicincang halus\n5 ulas bawang putih \u2013 dicincang halus\n2 sudu besar sos cili\n2 sudu besar sos tiram\n2 sudu besar sos ikan\n5 sudu besar sos cili thai\n3 batang serai \u2013 dihiris halus\n2 batang daun ketumbar (hiasan)\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.\n\n2. Apabila bawang bertukar kekuningan, masukkan serai dan tumis lagi.\n\n3. Masukkan cili api dan kacau sebati sehingga naik bau serai.\n\n4. Kemudian masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.\n\n5. Masukkan sos cili, sos cili Thai, sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati sehingga kuah mendidih.\n\n6. Bila kuah dah mendidih, masukkan lala dan kacau sehingga sebati dengan kuah.\n\n7. Masak sehingga kuah menjadi pekat tapi jangan sampai kering.\n\n8. Taburkan dengan daun ketumbar yang telah dihiris. Daun ketumbar ni baunya sedap dan boleh menambah selera untuk makan.\n\n9. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit: Ariana Sofia Ahmad\nBaca juga: Resepi Lala Masak Hoisin Simple Tapi Sedap, Campak-Campak Dah Siap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-lempeng-kelapa-legend-simple-tapi-sedap/", "title": "Resipi Lempeng Kelapa Legend, Simple Tapi Sedap", "body": "\nSiapa yang sempat merasa lempeng kelapa nenek kita masak dulu-dulu pada waktu pagi atau petang? Rasanya sedap bukan main sedangkan bahan-bahan yang digunakan sangatlah ringkas.\nMakan panas-panas lagi membuka selera. Kalau tiba-tiba terasa nak makan lempeng, jom cuba buat dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Azizah Ali di bawah. Makan cicah kari pun sedap, nak makan begitu sahaja pun tetap sedap. Selamat mencuba ya!\nResipi Lempeng Kelapa Legend\nBahan-bahan:\n\n1 cawan tepung gandum\n2 cawan kelapa muda parut\n1/4 cawan santan\n1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh\nGaram secukup rasa\n\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan dan kacau sebati.\n\n2. Panaskan kuali dan selamat melempeng.\n\nKredit: Azizah Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-lempeng-kelapa-parut-lemak-manis/", "title": "Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak", "body": "\nTiada idea nak masak apa untuk menu petang? Apa kata jom cuba resipi lempeng kelapa parut lemak manis ini.\nAda satu petua nak buat lempeng supaya lebih sedap dan berlemak iaitu jangan kedekut nak letak kelapa dalam adunan.\nNak cuba? Ikut saja resipi penuh di bawah yang dikongsikan oleh Jejaka Brownies.\nCARA BUAT LEMPENG KELAPA PARUT LEMAK MANIS\n\nBahan-bahan:\n\nKelapa parut 250gm\nTepung gandum 500gm\nBaking powder 5gm\nGaram 1 sudu kecil\nGula 150gm (boleh tambah)\nTelur 2 biji (optional)\nAir biasa (sukatan agak-agak)\n\nCara-cara:\n\nMasukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan campurkan bagi serata. Akhir sekali baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).\nSetelah adunan siap, panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali. Bila kuali dah panas kecilkan api lalu masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.\nTunggu bahagian bawah menjadi sedikit perang, bolehlah terbalikkan.\n\nSiap, selamat mencuba!\nPetua: Jangan kedekut kelapa parut barulah lempeng jadi sedap dan berlemak.\n\nKredit: Jejaka Brownie\nBaca juga: Resipi Pau Inti Kelapa, Simple Tapi Gebu Kemain!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-lempeng-legend-paling-mudah-hanya-guna-3-bahan-sahaja/", "title": "Resipi Lempeng Legend Paling Mudah, Hanya Guna 3 Bahan Sahaja!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-08 02:56:27\n\n\nKebiasaannya lempeng menjadi kegemaran makanan orang dulu-dulu di waktu petang. Makanan ini bukan sahaja sedap malah memang mudah disediakan. Hanya dengan memakannya begitu saja sudah cukup menaikkan selera kita. Apa kata petang ini korang cuba lempeng legend yang dikongsikan oleh\u00a0Mas Cotek ini. Nampak macam sedap je!\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\u00a0\n\n3 cawan tepung\n3 cawan air\nGaram secukup rasa\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMasukkan tepung, air dan garam yang telah disediakan ke dalam mangkuk yang besar. lalu adunkan sehingga semua bahan rata dan sebati. Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan memasukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.\n\u00a0\nSetelah siap diadun atau dikisar, panaskan kuali dan oles sedikit minyak masak.\n\u00a0\nKemudian, tuangkan 1 ke 2 senduk adunan lempeng. Ratakan padan permukaan kuali tersebut.\n\u00a0\nBalik-balikkan adunan lempeng sehingga ia masak dan bertukar warna keperangan.\n\u00a0\nAngkat dan sedia untuk dinikmati mengikut cita rasa masing-masing.\n\n\u00a0\n\nKredit: Mas Cotek\n\nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nSiap! Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-lepat-pisang-yang-lembut-sedap/", "title": "Resipi Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan", "body": "\nLepat pisang sememangnya satu kuih klasik yang masih digemari ramai sehingga sekarang. Teringat zaman kecil-kecil dulu nenek selalu buatkan setiap kali pulang ke kampung.\nSangat nikmat kalau dapat makan panas-panas selepas ia dikukus. Tak susah mana kalau nak cuba buat sendiri di rumah.\nKadang-kadang beli di kedai, lepatnya keras. Kalau ikut resipi perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa ini, dijamin lepat akan menjadi lembut dan sedap.\nCara Buat Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap\nBahan-bahan:\n\n13-15 biji pisang berangan @ emas\n1 \u2013 1 1/2 cawan tepung gandum\n1/2 cawan gula\nSedikit garam\n2 cawan kelapa parut putih\nSedikit garam\n\nCara-cara\n1. Lenyek pisang sehingga hancur. (jangan terlalu hancur jika suka rasa ketulan pisang)\n\n2. Kemudian masukkan gula dan garam. Gaul sebati.\n3. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Ada yang suka pisang lebih atau tepung gandum lebih, bergantung pada citarasa masing-masing.\n\n4. Daun pisang dilayur terlebih dahulu. Kemudian boleh mula buat lepat. Isi 1 sudu besar penuh adunan ke dalam daun pisang dan letak kelapa parut.\n\n5. Kukus selama 15 hingga 20 minit.\n\nSelamat mencuba!\n\n\nKredit: Tuan Adriana Arissa\nBaca juga: Jom Buat Kerepek Kentang Homemade Yang Nipis, Rangup & Tak Hangit!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-lidah-goreng-kunyit/", "title": "Jangan Buang \u2018Lidah Lembu\u2019, Sedap Dimasak Lidah Goreng Kunyit", "body": "\nSedap lidah lembu rupanya. Selain dibuat sup, salah satu hidangan lain yang berasaskan lidah lembu adalah lidah goreng kunyit.\nCara penyediaannya agak rumit, tapi bila dah dapat makan memang nikmat sungguh!\nSiapa yang suka makan lidah lembu tu, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Haliza Zainol di bawah. Selamat mencuba!\nArtikel berkaitan: Cara Cuci Perut Lembu, \u2018Confirm\u2019 Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni\nArtikel berkaitan: Cara Betul Simpan Daging Korban, Tahan Lama & Kekal Segar\nCARA MASAK LIDAH GORENG KUNYIT\nBahan-bahan:\n\nLidah lembu\nGula\nHalia\n\nBahan perap:\n\n4 ulas bawang putih\nSedikit halia\nKunyit\nGaram\nGula\nSedikit tepung jagung\n\nCara-cara:\n\nRebus lidah selama 40-45minit sehinga benar-benar empuk. Letak sedikit gula dan halia.\nBila dah empuk, keluarkan dan buang kulit tebal dipermukaan lidah. Belah tengah dan tarik saja kulit sampai habis.\n\nKemudian baru potong mengikut cara masing-masing.\n\nTumbuk semua bahan perap. Satukan dengan lidah yang sudah dihiris nipis dan gaul rata.\n\nPerap selama 10 hingga 15 minit.\nKemudian sedia untuk digoreng dalam minyak panas.\nMasukkan bawang serta cili padi (jika suka pedas).\n\nGoreng sehingga garing dan siap untuk dihidangkan.\n\n\nKredit: Haliza Zainol\nArtikel berkaitan: Tak Boleh Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari? Ini Penjelasan Agamawan\nArtikel berkaitan: Cara Buat Singgang Daging Sedap & Lazat, Raya Haji Nanti Boleh Cuba Masak!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-lontong-goreng-kegemaran-ramai/", "title": "Resipi Lontong Goreng Kegemaran Ramai, Makan Sekali Confirm Teringat-Ingat", "body": "\nBiasanya kita akan makan nasi impit dengan rendang, kuah lodeh atau kuah kacang kan? Tetapi lain pula hidangan lontong goreng yang sering menjadi menu utama ketika perayaan hari raya Aidilfitri di negeri Johor.\nJika ada lebihan nasi impit, jangan dibuang ya. Anda boleh olah kepada lontong goreng. Mudah saja resepi lontong goreng ni, macam kita goreng nasi atau mi seperti biasa.\nKalau dah pandai masak sendiri, dah tak perlu tunggu raya baru nak merasa lontong goreng Johor ni kan. Anda masak sendiri sahaja di rumah.\nCARA BUAT LONTONG GORENG\nBahan-bahan:\n\nLontong 900gram (dipotong dadu besar)\nUdang sedarhana (200- 300gram)\nIsi dada Ayam (direbus dan dicarik )\nSos Cili 2 sudu besar\nSos Tomato 2 sudu besar\nSos Ikan 2 sudu besar\nKicap manis 3-4 sudu besar\nKucai\nKubis dihiris tipis (jika mahu)\nTelur 4 biji\nGula 1-2 sudu besar\nGaram (jika perlu)\nSerbuk Perasa (jika perlu)\nDaun sup (bahan hiasan)\nCabai Merah (bahan hiasan)\nDaun bawang (bahan hiasan)\n\nBahan-bahan kisar:\n\nCili kering 10-15 batang\nBawang besar \u00bd-1 biji\nBawang Putih 5 ulas\nUdang kering 2-3 sudu besar\n\nCara memasak:\n1. \u200bPanaskan minyak secukupnya, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.\n2. Masukkan udang dan masakkan ia seketika.\n\n3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan gaulkan.\n\n4. Masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.\n\n5. Kemudian taburkan cili merah, daun bawang dan daun sup.\n\n6. \u200bAngkat dan siap untuk dihidang.\n\nKredit: Nurul Ateekah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mac-cheese-paling-mudah-guna-4-bahan/", "title": "Resipi Mac & Cheese Paling Mudah, Guna 4 Bahan Je!", "body": "\nPenggemar Mac & Cheese munculkan diri anda! Tidak dapat dinafikan lagi, ramai yang menggemari menu ini lagi-lagi buat penggemar keju. Baunya yang lemak berkrim memang disukai ramai.\nKalau anak-anak dah jemu makan nasi, jom buat Mac & Cheese paling mudah ini dengan hanya menggunakan 4 bahan. Resipi paling senang, mudah dan cepat untuk dibuat ini adalah hasil perkongsian oleh Umi Watie.\nLihat resipi lengkap perkongsiannya di bawah. Boleh masak untuk makan malam nanti. Anak-anak dan seisi keluarga dijamin makan berselera sampai menjilat jari. Selamat mencuba!\nResipi Mac & Cheese Guna 4 Bahan\nBahan-bahan:\n\n2 cawan makaroni\n2 cawan susu fresh cream\n1 cawan serbuk cheese\n4 keping cheese\n\nBahan hiasan:\n\nDaun parsley\nChili flakes\n\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Dalam periuk kesayangan bubuh makaroni yang dah dibasuh bersih. Tuangkan susu dalam periuk. Hidupkan api.\n\n2. Tuangkan \u00bd cawan air kosong.\n\n3. Masak sampai makaroni jadi lembut. Gunakan api kecil ya.\n4. Ok makaroni kita dah masak lembut. Pastikan masih ada baki susu dalam secawan dalam periuk tu. Matikan api.\n\n5. Letakkan serbuk cheese dalam periuk panas kita tadi. Gaulkan rata. Boleh beli di kedai bahan bakeri. Tanya di kaunter \u201dwedges cheese powder\u201d, beli yang tak pedas untuk anak anak makan.\n\n6. Dah sebati, letakkan keju keping tadi. Gaulkan lagi sampai cheese cair sekata.\n\n7. Hiaskan dengan daun parsley. Kalau takde pun takpe. Kalau nak pedas tabur chili flake.\n\n8. Tadaaaa. Hidangkan pada anak-anak. Perghhh dah macam makan di cafe dah. Tabur chili flake biar pedas pedas manja.\n\nKredit: Umi Watie\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-maggi-goreng-special/", "title": "Resipi Maggi Goreng Special, Masak Sampai Maggi Berasap Baru Lagi Padu", "body": "\nBuat anda yang suka sangat makan maggi goreng di restoran Mamak, boleh cuba resipi maggi goreng special ini. Nampak sangat lazat dan menyelerakan.\nIkut saja resipi hasil perkongsian oleh Nurul Ateekah di bawah. Selamat mencuba!\nCara Masak Maggi Goreng Special\n\nBahan-bahan:\n\n3 paket maggi kari (setengah masak)\n3 paket perencah maggi kari\nTelur 3 biji\nSawi\nTaugeh\nTomato 1 biji\nLobak merah\nBawang putih 7 ulas diketuk\nBawang merah 5 biji dihiris\nCili merah\nCili hijau\n3 sudu besar cili kisar\nFishball\nMeatball\n1 sudu kecil serbuk belacan\nSos cili 1\u00bd sudu besar\nSos tomato 1\u00bd sudu kecil\nSos tiram 1 sudu besar\nSos ikan 1 sudu kecil\nKicap Manis 1\u00bd sudu besar\nLight soy sauce 1 sudu kecil\nSerbuk lada putih\n\nCara memasak:\n1. Tumis bawang putih sehingga garing.\n2. Masukkan bawang merah, masak sehingga keperangan.\n\n3. Tumiskan cili, masak sehingga pecah minyak. Masukkan fishball dan meatball. Masak sebentar.\n\n4. Pecahkan telur, masak seperti\u00a0scramble egg.\n\n5. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk belacan, kicap manis dan perencah maggi. Gaul rata.\n\n6. Masukkan sawi, taugeh, lobak merah dan tomato. Gaul rata.\n\n7. Masukkan pula sos ikan dan light soy sauce (jika kurang masin).\n\n8. Masukkan pula serbuk lada putih dan telur lagi 1 biji. Gaul sebati dan sehingga berasap.\n\nSedia untuk dihidang, selamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Ateekah\nBaca juga: Resipi Maggi Kari Tumis, Simple Je Tapi Rasa Padu!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-maggi-kari-tumis-simple-je-tapi-rasa-padu/", "title": "Resipi Maggi Kari Tumis, Simple Je Tapi Rasa Padu!", "body": "\nNak buat maggi kari yang special lain dari lain? Anda boleh cuba masak maggi kari tumis ini.\nAsyik buat maggi kari dengan telur je, kadang-kadang datang rasa bosan juga kan.\nPuan Che Enon ada berkongsikan resipi maggi kari tumis yang\u00a0super duper\u00a0sedap! Nak tahu caranya? Jom lihat resipi di bawah.\nBahan-bahan:\n\n1 paket maggi kari\nSawi (atau apa-apa sayur pilihan)\nIsi ayam, udang atau sotong\nAir secawan setengah\n1 biji telur\n3 atau 4 ulas bawang putih diketuk\n2 sudu sos ikan*\n1 sudu kicap*\n2 sudu cili sos*\n1 sudu sos tomato\nSedikit gula\n\nCara-cara:\n\nTumis bawang putih sehingga naik bau.\nMasukkan rempah kari dalam paket maggi.\nMasukkan bahan-bahan bertanda (*).\nMasukkan air.\nMasukkan sayur, telur dan maggi.\nBiarkan sekejap sehingga semua bahan masak.\nJangan terlalu lama, nanti lembik dan tak sedap.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Che Enom Aiskrim\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-makaroni-bakar-tanpa-guna-sos-segera/", "title": "Resipi Makaroni Bakar Tanpa Guna Sos Segera, Mudah Je Caranya!", "body": "\nKalau tiada idea nak masak apa, jom cuba resipi makaroni bakar yang mudah dan sedap ini.\nSesuai juga kalau nak buat bekal untuk ke tempat kerja atau untuk bekal anak-anak ke sekolah.\nResipi ini sangat senang untuk dicuba kerana tidak perlu menggunakan sos segera.\nJom lihat cara-cara memasaknya dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Mastura Mukhtar di bawah.\nCara Masak Makaroni Bakar\nBahan-bahan utama:\n\nBawang holland 1 biji \u2013 cincang\nVawang putih 5 ulas \u2013 cincang\nMacaroni 100gram (rebus dengan sedikit minyak dan garam)\nDaging cincang 400gram\nCapsicum 1 biji \u2013 potong dadu\nCarrot 1 biji \u2013 potong dadu\nDaun bawang\nCabai hidup \u2013 hiris\nRempah kari 4 sudu\nRempah sup 2 sudu\nGaram dn gula secukupnya\nSos tiram 2 camca besar\nCendawan butang \u2013 hiris\n\n\nBahan sos putih:\n\n1 cawan setengah fresh milk\n2 camca besar butter\n1 camca besar tepung jagung bancuh sedikit dengan air panas (kacau supaya \u00a0tak berketul)\n2 slice cheddar cheese\n\nCara-caranya:\n1. Rebus makaroni. Tempoh masa merebus lihat pada paket. Bila dah masak, tapis dan ketepikan.\n2. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang. Gaul rata.\n3. Masukkan rempah kari, rempah sup dan sos tiram. Tumis.\n4. Masukka carrot, capsium dan cendawan butang. Kacau dan masak sehingga rata.\n5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.\n\n6. Untuk sos putih, masukkan butter dan masak sehingga cair. Kemudian tambahkan susu segar, tepung jagung dan 2 keping cheddar cheese.\n7. Tuang sos putih atas permukaan makaroni sebelum dibakar. Siapa suka cheese, boleh taburkan cheese mozarella.\n\n8. Bakar selama 10 minit pada suhu 180\u00b0C. Taburkan daun parsley segar untuk hiasan.\n\nKredit: Mastura Mukhtar\nBaca juga: Cara Buat Mee Kari Padu, Bertambah Kuah Dibuatnya, Sedap Sangat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mapo-tofu-stail-masakan-cina/", "title": "Resipi Mapo Tofu, Tauhu Berkuah Pedas Stail Masakan Cina", "body": "\nJika anda nak masak lauk yang mudah dan ringkas, boleh cuba masak mapo tofu berkuah pedas ala masakan cina ini. Gabungan rasa kuah yang manis dan pedas serta tofu yang lembut memang mantap.\nMakan pula dengan nasi putih, sedap tak terkata. Ini resipi yang dikongsi oleh\u00a0Zurina Zulkefli\u00a0yang boleh anda cuba.\nRESIPI MAPO TOFU\n\nBahan-bahan:\n\n4 ketul tauhu biasa atau mapo tofu\n3 ulas bawang putih\n2 hirisan halia\n2 ketul isi ayam\n1 sudu besar serbuk cili\n2 sudu besar kicap\nSerbuk perasa ayam atau kiub pati ayam\nMinyak masak\nMinyak bijan\n2 sudu besar tepung jagung\nDaun bawang\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Potong tauhu kecil-kecil.\n\n2. Panaskan minyak masak dan tumis campuran bawang putih dan halia.\n3. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga masak.\n\n4. Masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan air. Kacau sehingga pecah minyak.\n5. Tambahkan air dalam 1 cawan setengah. Boleh tambah garam, serbuk perasa ayam dan kicap. Gaul kuah sehingga mendidih.\n6. Bila kuah dah mendidih, masukkan potongan tauhu. Biarkan tauhu masak dahulu dan jangan digaul supaya tauhu tidak hancur.\n\n7. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.\n\n8. Biarkan tauhu masak sehingga kuah menjadi likat. Taburkan hirisan daun bawang dan titiskan minyak bijan.\n9. Siap dan sedia untuk dimakan bersama nasi.\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-masak-asam-ikan-tenggiri/", "title": "Resipi Masak Asam Ikan Tenggiri, Gerenti Sedap & Menyelerakan", "body": "\nTiada idea nak masak lauk apa menggunakan ikan tenggiri? Jom cuba Resipi Masak Asam Ikan Tenggiri ini.\nKalau sebelum ni, asyik goreng dengan garam kunyit sahaja kan? Kalau buat masak asam macam ni pasti lebih padu rasanya!\nJom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail di bawah.\nBaca juga: Rahsia Kari Ikan Sedap, Kena Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Membuatnya\nCara Buat Masak Asam Ikan Tenggiri\nBahan-bahan:\n\nIkan tenggiri yang digaul dengan garam dan kunyit (goreng sampai masak)\nBawang putih/merah\nHalia (dihiris)\nAir perahan asam jawa\nSos tiram (jika suka)\nGula dan garam secukup rasa\nCili api (jika suka pedas)\nBawang besar dipotong bulat\n\nCara-cara:\n\nGuna minyak bekas gorengan ikan tadi. Tumis bawang putih/merah sehingga garing dan kekuningan.\nMasukkan air perahan asam jawab, sekadar sesuap asam jawa.\nMasukkan sedikit sos tiram jika suka.\nGaul sebati bersama sedikit gula dan garam secukup rasa.\nMasukkan sedikit cili api untuk sedikit rasa pedas jika suka.\nMasukkan bawang besar yang sudah dipotong bulat.\n\nMasakan ini bukan jenis berkuah banyak ya. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Syed Mohd Nazli Jamalullail\nBaca resipi lain:\n\nIkan Merah Masak Lemak Cili Api, Penggemar Ikan Ini Wajib Cuba Masak\nResipi Gulai Lemak Ikan Kering Kelantan, Sedap Tak Terkata\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-masak-lemak-siput-sedut-sekali-cuba-pasti-nak-lagi/", "title": "Resipi Masak Lemak Siput Sedut, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi", "body": "\nUmum tahu siput sedut ni kalau masak lomak mesti sedap lagi-lagi kalau yang pedas and pekat punya.\nTapi pasti semua rasa renyah kalau nak basuh dan siang siput ni sebab cangkerang dia yang keras tu susah nak sental bukan.\nPeminat-peminat siput sedut boleh la cuba resipi ni mana tahu kena dengan cita rasa korang.Nanti dah cuba boleh masak selalu tak payah pergi kedai beli lauk yang dah siap masak tu.\nDekat sini Mak Busu ada terangkan cara nak bersihkan siput sedut ni ikut cara Mak Busu dan juga cara masak lemak cili api \u2018style\u2019 mak busu.\nResipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Simple Ala Mak Busu\n\nCara-cara:\n\n\nBasuh siput dengan kasih sayang. Mak Busu guna batu tumbuk sebagai penyental. Tapis dan lalukan air.Jika perlu ulang berkali-kali.\nMasukkan dalam bekas, letak sedikit air dan taburkan garam kasar. Biarkan untuk beberapa minit.\nTambah air dan kacau. Ambil siput guna tangan. Jika tuang dalam tapis dikhuatiri pecahan kulit akan terikut sama.\nKemudian,tabur sedikit serbuk kunyit.\nTumbuk cili api dan kunyit hingga lumat.\nMasukkan bahan tumbuk,serai,siput,daun kunyit yang sudah disiat dan sedikit air. Mak Busu masukkan sedikit tomato yang dah dihiris (untuk dapat khasiat tambahan).\nMasukkan santan(mak busu guna santan kotak je), asam keping. Kecilkan api. Bila santan dah masak masukkan garam kasar. Bila nak hidang,taburkan daun kunyit yang dihirs pula.\n\nBila dah siap tu makan dengan nasi panas sedap betul. Pastu korang boleh juga makan dengan sambal Biji Ranti dan Terung Goreng Tepung Bersira Macam Mak Busu kita ni buat.\nKredit: Siti Hawa Yahya\nBaca juga:\nCara Buat Kari Kambing Style Mamak Tanpa Santan, Lagi Padu! \u2013 MyResipi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-masak-tempoyak-daun-kayu-masakan-kampung/", "title": "Resipi Masak Tempoyak Daun Kayu, Masakan Kampung Yang Lazat & Menyelerakan", "body": "\nAda penggemar masakan kampung kat sini? Pernah tak kalian cuba resipi masak tempoyak daun kayu di rumah? Kalau belum pernah, apa kata jom cuba resipinya di bawah.\nPelbagai masakan boleh dimasak dengan menggunakan tempoyak. Biasanya akan dicampur petai, barulah terasa nikmat masakan kampung.\nResipi ini menggunakan daun kayu, kalau tiada boleh gantikan dengan pucuk paku. Rasanya juga tak mengecewakan. Makan dengan ayam goreng dan nasi putih, memang terangkat dibuatnya!\nBaca juga: Cara Masak Tempoyak Ikan Patin \u2018Original\u2019 Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je\nCara Masak Tempoyak Daun Kayu\n\nBahan-bahan:\n\n2 ikat pucuk ubi (ambil daun sahaja, hiris-hiriskan)\n5 papan petai (ambil isi sahaja ya, jangan masuk kulit pulak)\n3 helai daun kunyit (dihiris) daun kunyit ni besar, kalau saiz biasa, letak la 5helai\n5 batang serai dihiris halus (ambil bahagian yang lembut je, jangan ambil bahagian serai yang keras sangat tu)\n1 genggam cili padi+1 genggam kunyit (kisar)\n3 senduk tempoyak, nak letak lebih pon boleh, ikut tekak masing-masing\n1 genggam ikan bilis\n10 ekor udang (nak letak lebih pon boleh, terpulang la)\n3 kotak kecil santan (dalam gambar tiada, sebab lupa nak letak sekali)\nGula, garam, ajinomoto (perasa)\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan pucuk ubi, serai, daun kunyit, tempoyak, cili padi, kunyit hidup dan juga santan. Gaul-gaul rata. Boleh guna api kuat atau api sederhana, ikut dapur gas masing-masing.\n\n2. Bila dah menggelegak, masukkan petai dan ikan bilis. Masukkan gula, garam dan ajinomoto secukup rasa mengikut selera masing-masing.\n\n3. Akhir sekali, masukkan udang. Masak sampai agak kering sedikit.\n\n4. Sedia untuk makan dengan ayam goreng dan nasi putih panas-panas. Berpinggan boleh habis ni. Selamat mencuba!\n\nKredit: Aleya Seolihah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mee-goreng-daging-laku-keras/", "title": "Resipi Mee Goreng Daging Laku Keras, Tumis Guna Bawang Putih Je Dah Cukup Sedap", "body": "\nSarapan tak tahu nak masak apa? Kalian boleh cuba resipi mee goreng daging ini. Memang laku keras kalau buat, anak-anak pasti makan bertambah. Kalau masak mee guna daging, rasa dia memang sedap lain macam sikit.\nResipi lazat ini merupakan hasil perkongsian oleh Niq Ain di laman sosial Facebook menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Kalau ada yang nak cuba, bolehlah tengok resipi di bawah ye.\nBaca juga: Resipi Mee Kuah Udang Pikat Hati Mentua, Simple Tapi Lazat & Menyelerakan\nCARA BUAT MEE GORENG DAGING\nBahan-bahan:\n\n1 paket mee\nSayur sawi\nCili padi\nTomato\nDaging \u2013 pastikan hiris nipis\n3 ulas bawang putih \u2013 ketuk\n1 sb cili boh\n4 sb sos tomato\n5 sb kicap manis\n3/4 sb gula\n\nCara-cara:\n\nMula-mula, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.\nMasukkan cili boh 1 sudu besar, tumis lagi sehingga pecah minyak.\nMasukkan sos tomato 4 sudu besar, kicap manis dan gula.\nTumis sehingga pecah minyak.\nKemudian baru masukkan daging. Masak daging sekejap sehingga masak.\nMasukkan mee dan sayur serta sedikit air.\nKacau rata sehingga basah sedikit kering (mee berkilat).\n\nSiap untuk dihidangkan. Taburkan juga bawang goreng dan daun bawang serta perahkan juga asam limau.\n\n\nKredit resipi & gambar: Niq Ain\nBaca juga: Cara Masak Mee Kicap Paling Simple, Sesuai Untuk Makan Malam\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mee-kuah-udang-simple-tapi-lazat-menyelerakan/", "title": "Resipi Mee Kuah Udang Pikat Hati Mentua, Simple Tapi Lazat & Menyelerakan", "body": "\nMakan malam tak tahu nak masak apa? Apa kata jom cuba resipi mee kuah udang yang nampak menyelerakan ini.\nSimple\u00a0tapi sedap! Pasti dapat memikat hati mentua dan seluruh keluarga anda. Jom lihat cara membuatnya di bawah.\nResipi Mee Kuah Udang Simple Tapi Lazat\n\nBahan-bahan:\n\nKulit & kepala udang (kisar dan tapis)\nBawang besar 2 biji\nBawang putih 4 ulas\nCili kisar 3-4 sudu\nSup tomato 6 sudu\nSayur sawi\nUdang\n1 paket mee\nFish cake\nTelur rebus\nDaun bawang\nCili hidup\n\nCara-cara memasak:\n\nTumis bawang besar, bawang putih can cili kisar.\nBila dah pecah minyak, masukkan air udang. Tambahkan air secukupnya.\nMasukkan suo tomato.\nBila dah mendidih, masukkan udang.\nMasukkan pula sayur sawi.\nPerasakan dengan garam, penambah perisa secukupnya.\nMasukkan mee, kacau rata.\nSiap untuk dihidang!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Muhamad Ismail Mohd Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mi-champa-pedas-berasap-berpeluh-satu-badan/", "title": "Resipi Mi Champa Pedas Berasap, Punyalah Sedap Sampai Berpeluh Satu Badan!", "body": "\nHari Raya Aidiladha tahun ini sudah berlalu pergi, mesti banyak lagi lebihan daging lembu korban yang masih belum dimasak kan? Oleh itu apa kata anda cuba Resipi Sup Mi Champa yang berasal dari Kemboja ini. Rasa pedas-pedas bersup confirm\u00a0buat kita berpeluh ketika makan!\n\nRESIPI MI CHAMPA\nBahan kuah:\n\n\n1 1\u20442\u00a0 \u2013 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth\n3 liter air\n4 biji bawang holand* potong 4\n3 biji bawang besar * potong 4\n2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis\nSeekor sotong kering sebesar tapak tangan*\ndaun ketumbar seikat\ndaub bawang\n2 batang kulit kayu manis*\n4 biji bunga lawang*\n1\u20442\u00a0 cawan sos ikan\nGula\nGaram\nPerasa jika suka\nSerbuk lada sulah atau serbuk lada hitam\n3 kiub stok perisa daging\n\nCara-caranya:\n\u00a0\n\nDidihkan air rebusan dulu, masukkan daging dan tulang. Rebus dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.\nKemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya dan masukkan air yang baru (3 liter),\nMasukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk, keluarkan daging dan rebus tulang sehingga [email\u00a0protected] jam.\nSementara tunggu daging empuk, anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, sotong kering, kayu manis dan cengkih. (Lihat gambar)\n\nDalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi.\nMasukkan juga sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebus dengan api perlahan. Sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.\nMasa ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee, tapis terlebih dahulu guna penapis supaya bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee untuk dapatkan kuah yang suci bersih je.\n\nRESIPI SAMBAL LADA\n\nBahan-bahan:\n\n4 biji lada merah (besar)*\n20-30 biji cili api*\n2 ulas bawang putih*\n2 sudu besar cuka\nSedikit garam\n\nCara-caranya:\n\nRebus sehingga layu bahan2 bertanda (* ) di atas, kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap.\n\nRESIPI MINYAK BAWANG PUTIH\n\nBahan-bahan:\n\n\n3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus\n\n\n1 cawan minyak jagung\n\n\nCara-caranya:\n\nPanaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.\n\nBAHAN-BAHAN LAIN\n\n\nkuey teow, mihun,mee champa\nMee champa\nDaun ketumbar, daun sup, daun bawang\nLimau nipis\nHirisan daging\nMinyak bawang putih\nLobak asin yang dipotong halus\nSambal lada\nTauge\nKicap\nSerbuk lada sulah/lada hitam\nGula (tambahan jika suka manis)\nSos ikan jika perlu\n\nP/s: Masa nak makan, letak kicap, perah asam limau, letak sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan dan gula jika suka manis. Mee sup akan lagi sedap!\n\nKredit: Leya Alia\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mi-goreng-stail-mamak/", "title": "Resipi Mi Goreng Stail Mamak, Sekejap Dah Siap Masak Tapi Sedap Kemain!", "body": "\nKalau pergi kedai mamak, memang wajib\u00a0pekena mi goreng\u00a0ni. Nampak macam simple,\u00a0tapi rasa mi goreng stail mamak ni memang sangat istimewa dan sedap!\nDapat pula mi goreng yang stail basah-basah sikit lagi\u00a0umphh!\u00a0Kalau malas nak keluar, boleh buat sendiri je kat rumah.\nIkut saja resipi hasil perkongsian oleh Ziera Xiera di bawah.\nRESIPI MI GORENG STAIL MAMAK\nBahan kisar:\n\nCili kering\n1 biji bawang besar\n3-4 ulas bawang putih\n1 sdb udang kering (tak nak letak pun takpe)\n\nBahan A:\n\n2sdb sos tiram\n2sdb sos tomato\n3sdb sos cili\n2sdb kicap pekat manis\nKicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yang kita nak)\nGaram\n1sdb gula (jika tak pedas tak perlu letak)\nIsi ayam\nFish cake\n\nBahan B:\n\n4-5 biji telur (kalau mee 1kg, guna 9-10 biji telur)\nMee (untuk paket 1/2 kg)\nSawi\nTauge\nHirisan cili merah\n\nCara-caranya:\n1. Kisar bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.\n2. Masukkan bahan B satu per satu. Masak sampai sebati dan cukup rasa.\n3. Kemudian baru masukkan telur. Kocak-kocak sekejap, baru masukkan mee. Gaulkan sampai semua bersalut rata.\n4. Akhir sekali baru masukkan sayur. Kacau lagi sehingga rata.\n\nSiap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Ziera Xiera\nBaca juga:\u00a0Resipi Bihun Sup Tumis Darat, Siap Dengan Sambal Kicap Padu. Sedap Tak Terkata!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mi-hailam-ini-memang-wajib-dicuba/", "title": "Dapat Lebih 104K Share, Resipi Mi Hailam Ini Memang Wajib Dicuba", "body": "\nSedapnya Mi Hailam tumis istimewa perkongsian saudari Hasniza Hassan ini. Nampak simple je tapi rasanya memang terbaik. Menurut beliau lagi, resepi ini asalnya diperolehi dari ibu saudaranya sendiri.\nResepi kuahnya memang \u2018special\u2019 dan sedikit berlainan kerana ditumis dengan lada hitam. Jadi bukan biasa-biasa tau. Patutlah dapat 104 ribu perkongsian di Facebook. Jadi bagi anda yang suka sajian ni, bolehlah cuba buat untuk hidangan keluarga. Pasti puas hati.\nBaca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan \u20181 Bahan\u2019 Ini Saja\nCARA MASAK MI HAILAM TUMIS LADA HITAM\n\nBahan-bahan:\n\n1-1 \u00bd paket mi\n\nBahan kuah:\n\n11 ulas bawang putih \u2013 kisar / tumbuk\n1 sudu makan biji lada hitam \u2013 tumbuk kasar\nDaging \u2013 rebus dan potong kecil\n1 mangkuk air rebusan udang \u2013 jika ada\n15 ekor udang \u2013 boleh dilebihkan\n4 ekor sotong \u2013 hiris\n1 biji tomato \u2013 belah 2\n1-2 biji cili merah \u2013 potong\nKubis secukupnya \u2013 hiris\nSawi secukupnya \u2013 hiris\nKicap masin secukup rasa\nKicap manis secukup rasa\nSos tiram secukup rasa\nGaram dan gula secukupnya\n1-2 sudu makan tepung jagung \u2013 bancuh dengan sedikit air\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam.\n\n2. Tumis hingga wangi dan bawang kekuningan.\n\n3. Masukkan daging dan tambahkan air. Boleh tambahkan air rebusan kulit udang jika ada. Biarkan mendidih dan daging empuk.\n\n4. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.\n\n5. Seterusnya masukkan udang dan juga sotong. Masak jangan terlalu lama kerana udang dan sotong akan kecut.\n\n6. Kemudian masukkan hirisan cili dan tomato. Tambahkan juga garam serta gula secukup rasa.\n\n7. Masukkan hirisan kobis. Masak seketika.\n\n8. Bila kuah mendidih dan hampir diangkat, masukkan sawi. Tambahkan juga bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.\n\n9. Gaul rata supaya semua bahan sekata.\n\n10. Masukkan mi dan gaul rata. Hidangkan segera.\n\nINFO: Masukkan mi apabila hidangan sedia untuk dinikmati. Jika tidak, mi akan menjadi kembang.\nKredit: Hasniza Hassan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mi-kari-chinese-style-yang-mengiurkan-berbaloi-cuba/", "title": "Resipi Mi Kari Chinese Style Yang Mengiurkan, Berbaloi Cuba", "body": "\nTiada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak? Menu Mi Kari\u00a0Chinese Style ini antara hidangan mudah dan sedap yang anda boleh cuba disediakan.\nRasa kuah Mi Kari\u00a0Chinese Style\u00a0ini agak\u00a0mild,\u00a0kurang pekat dan tidak terlalu berlemak. Memang sedap. Jom cuba resipi hasil perkongsian saudara\u00a0Ahmad Shukri Shukor di bawah.\nCARA MASAK MI KARI CHINESE STYLE\n\nBAHAN-BAHAN:\n\nMi kuning \u2013 dicelur\n\nBAHAN KUAH:\n\n100gm cili kering \u2013 rebus dan kisar\n3 biji bawang besar \u2013 kisar\n3 ulas bawang putih \u2013 kisar\n2 batang serai \u2013 diketuk\n3 sudu besar serbuk kari ayam/daging\n1/2 ekor ayam (potong kecil)\n1 kotak kecil santan\nTauhu apung\nFish cake\n\nCARA MEMASAK:\n\nPanaskn minyak dan goreng serai sekejap.\nKisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.\nMasukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak.\nMasukkan santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)\nBiar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apung.\n\n\nBAHAN SAMBAL:\n\n300gm cili kering \u2013 rebus\n4 biji bawang besar\n3 ulas bawang putih\n\nCARA MEMASAK:\n\nRebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih\nTumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.\n\n\nBAHAN HIASAN:\n\nTelur rebus\nTaugeh \u2013 celur\nSawi \u2013 celur\nSambal\nLimau Nipis (potong separuh)\n\nKredit resipi: Ahmad Shukri Shukor\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mi-kari-yang-sedap-meletup/", "title": "Cara Buat Mi Kari Yang Sedap \u2018Meletup\u2019, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!", "body": "\nMi kari sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Yang paling penting dalam hidangan mi kari adalah kuahnya. Tapi kat kedai susah nak jumpa mi kari yang sedap sesuai dengan selera.\nCikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan cara membuat kuah mi kari yang sedap \u2018meletup\u2019.\u00a0Confirm hirup kuah sampai licin katanya.\nBuat sendiri baru puas hati, boleh sesuaikan rasa kuah mi kari mengikut selera-masing-masing.\nCara Buat Mi Kari Yang Sedap \u2018Meletup\u2019\nSediakan bahan kisar lain:\n\n3 biji bawang merah saiz bola ping pong\n1 ulas bawang putih\n1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis\nSehiris nipis halia\nDua hiris bulat nipis serai\n7 ekor udang kering\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan sehingga lumat. *sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti.\n\n2. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.\n3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.\n\n3. Untuk penyediaan campuran rempah:\n\n3 sudu besar rempah kari\n1/2 sudu kecil serbuk kunyit\nSecubit dua serbuk lada hitam & lada sulah\n\nMasukkan rempah campuran tadi ke dalam periuk.\n\n4. Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. Tak perlu larutkan rempah kering tadi dengan air. Guna api paling perlahan sahaja.\n\n5. Kacau sehingga terbit minyak supaya keluar aroma wangi rempah semasa ditumis.\n\n6. Masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa.\n\n7. Masukkan perasa peringkat pertama: 1 keping bulat [email\u00a0protected] melaka, 1/3 sudu besar garam dan secubit dua serbuk perisa.\nTutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak dalam 7-8 minit.\n\n8. Bila dah jadi lapisan berminyak macam ni sudah dikira pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang)\n\n9. Tutup semula periuk.\n\n10. Selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.\n\n11. Masukkan pula 3 cawan santan. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)\n\n12. Perasakan kuah peringkat kedua; Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.\n\n13. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.\n\n14. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan; tauhu pok (dibelah 4), fishcake, fishball goreng.\n\n15. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!\n\n16. Bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa:\n\nTelur rebus\nFishball putih (dicelur seketika)\nFuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)\nTauhu (digoreng)\nKacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)\nTaugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)\nLimau kasturi\nCili merah\nDaun sup\nBawang goreng\n\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Afy AL Habibi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mi-kicap-paling-power-tak-cukup-semangkuk-pasti-tambah-lagi/", "title": "Resipi Mi Kicap Paling \u2018Power\u2019, Tak Cukup Semangkuk Pasti Tambah Lagi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-24 02:05:11\n\n\nMi kicap ini dahulunya merupakan makanan popular masyarakat Cina di ipoh dan kini sudahpun menjadi antara menu kegemaran masyarakat Malaysia. Namun, tidak semua restoran yang menghidangkan menu Mi kicap ini kena dengan rasa tekak sendiri. Haa, apa kata korang cuba sendiri resipi mi kicap daripada Wan Luqman ini. Persis macam rasa Mi kicap asli! Sedap pun sedap. Jom cuba!\n\nKredit: Wan Luqman\n\u00a0\nBahan perap:\n\nIsi ayam\nCili kisar\nGula \nBawang putih\nKicap cili\nRempah herba\nKicap cair\n\nCaranya:\n\nPerapkan kesemua bahan selama 1 jam. Selepas satu jam, boleh pilih sama ada nak dibakar, digoreng atau di\u2019grill\u2019 kan.\n \nKredit: Wan Luqman\n \nKredit: Wan Luqman\n\u00a0\n\nBahan-bahan:\n\nMee wantan (Pastikan halal)\nBawang putih (dicincang halus)\nChickec stock\nLasa sulah\nFish cake/Fishball\nMinyak bijan\nMinyak bawang\n2 sudu besar kicap air\n1 sudu besar kicap caramel\nSedikit gula\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\u00a0\n\nUntuk membuat minyak bawang putih, panaskan minyak masak kemudian masukkan bawang putih. Gaul-gaul bagi mengelakkan bahan tumis terhangit.\n \nKredit: Wan Luqman\n\u00a0\nApabila sudah bertukar warna keperangan keemasan, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk. Jangan sampai bawang menjadi gelap.\n\u00a0\nUntuk penyediaan sup pula, Rebuskan air dan letakkan chicken stok, lada sulah dan fish cake, fish ball dan bahan-bahan steamboat yang lain mengikut citarasa sendiri. Titiskan juga sedikit minyak bijan dan minyak bawang.\n \nKredit: Wan Luqman\n\u00a0\nUntuk kicap pula, ambilkan minyak bawang putih tadi. Tumis bersama kicap cair, kicap karamel dan sedikit gula yang telah disediakan.\n \nKredit: Wan Luqman\n\u00a0\nKemudian ambil sedikit sup yang dah dibuat tadi dan campurkan ke dalam kicap.\n \nKredit: Wan Luqman\n\u00a0\nLeraikan dulu wantan mee yang bergumpal sebelum dicelur dan kemudian didihkan air dalam periuk. Titiskan minyak masak kemudian baru celurkan wantan mee selama 10 saat.\n \nKredit: Wan Luqman\n\u00a0\nPastikan anda kerap mengacaunya supaya tidak melekat. Selepas itu, celurkan dalam air sejuk dan toskan.\n \nKredit: Wan Luqman\n\nSiap untuk dihidang! Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mi-kicap-sedap-yang-amat/", "title": "Resipi Mi Kicap Sedap Yang Amat. Lagi Padu Bila Ada Ayam Goreng Perap", "body": "\nBila tekak tak teringin nak makan nasi, apa kata jom cuba Resipi Mi Kicap ini.\nSekali sekala tukar selera tak salah kan? Cara membuatnya sangat mudah dan tidak menggunakan bahan rumit.\nKalau ada yang nak cuba, boleh ikut resipi hasil perkongsian oleh Puan Shamsila Abd Rahim di bawah.\nResipi Mi Kicap Mudah & Sedap\nBahan-bahan:\n\nYee mee\nBawang putih tumbuk/cincang\nLada sulah\nSos tiram\nMinyak bijan\nKicap pekat\nTepung jagung\nSayur sawi pak choy\nCarrot\n\nCara-cara:\n\nPanaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih yang sudah dicincang.\n\nMasukkan sos tiram.\n\nSeterusnya masukkan kicap pekat dan disusuli dengan kicap lemak manis.\n\nTuangkan sedikit minyak bijan.\n\nTuangkan air secukupnya.\n\nUntuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung.\n\nMasukkan juga serbuk lada sulah.\n\nKacau rata sehingga kuah sedikit pekat seperti dalam gambar.\n\nUntuk ayam goreng, ayam diperap terlebih dahulu dengan sos tiram, kicap dan lada sulah.\n\nKemudian baru digoreng sehingga masak.\n\nGaul rata kuah kita tadi bersama yee mee yang sudah direbus. Hidangkan juga bersama sayur sawi dan carrot yang sudah dicelur dalam air panas selama beberapa minit. Ayam goreng jangan lupa.\n\n\nSiap, mudah je kan? Selamat mencuba!\n\nKredit: Shamsila Abd Rahim\nBaca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan \u20181 Bahan\u2019 Ini Saja\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mini-brownies/", "title": "Resipi Mini Brownies, Tak Perlu Potong-Potong & Senang Bila Nak Makan", "body": "\nTengok gambar mini brownies ni pun dah terliur kan? Selain sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut, brownies ini juga sesuai dijadikan\u00a0goodies\u00a0di mana-mana majlis.\nCara membuat brownies lebih mudah berbanding kek. Tak perlu guna mixer,\u00a0tak perlu\u00a0blender! Hanya perlu gaulkan bahan-bahan saja. Berikut merupakan perkongsian resepi mini brownies oleh Iedaa Jahaya. Jom cuba!\nBaca juga: Kek Lapis Milo Horlick Sukatan Cawan, Memang Sedap Dibuatnya Untuk Juadah Raya\nRESIPI MINI BROWNIES\nBahan-bahan:\n\n150g dark coklat beryls\n50g buttercup/butteranchor\n1sdb shortening\n100g tepung gandum\n30g serbuk koko\n2 biji telur\n150g gula kastor\nEsen vanilla\n\nCara-cara:\n1. Cairkan dark coklat, buttercup dan shortening menggunakan teknik double boiler. Kacau sehingga coklat cair dan berkilat. Ketepikan.\n2. Ayak tepung gandum dan serbuk koko. Ketepikan.\n\n3. Satukan telur, gula kastor dan esen vanilla menggunakan\u00a0whisk\u00a0sehingga gula larut.\n4. Kemudian masukkan coklat yang sudah dicairkan tadi. Kacau sehingga sebati.\n5. Seterusnya masukkan bahan ayak, gaul sehingga sebati,\n6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180\u00b0C.\n7. Sediakan loyang dan paper cup. Pipe adunan ke dalam paper cup, boleh letakkan hiasan coklat cip atau badam.\n\n8. Bakar selama 25 minit. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya\nBaca juga: Resipi Biskut Nutella Pods Mudah & Tak Perlu Bakar, Sedap & Jimat Masa!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mini-pancake-lain-dari-biasa/", "title": "Lelaki Ini Kongsi Resipi Mini Pancake Lain Dari Biasa, Anak Pun Teruja Nak Makan", "body": "\nBagi yang dah bosan makan pancake cara biasa, jom kita buat cara luar biasa sikit. Resipi \u2018Mini Pancake\u2019 ini dikongsi oleh Encik Khairul Abdullah.\nMenurutnya, anak-anak pun teruja makan cara begini. Sesuailah untuk ibu ayah yang nak tambat selera anak-anak yang susah nak makan.\nBaca juga: Resipi Scrambled Eggs Ikut Tekak Melayu, Sedap Buat Sarapan Dengan Roti\nCARA BUAT MINI PANCAKE YANG MUDAH & SEDAP\nBahan-bahan:\n\n1 cawan tepung gandum\n1 cawan susu segar/full cream/low fat atau apa sahaja\n1 sudu gula\n1 sudu kecil garam\n1 sudu besar baking powder\n1 biji telur\n2 sudu butter yang telah dicairkan\n1 sude kecil esen vanilla jika ada\n\nCara-cara:\n1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Masukkan dalam botol bermuncung atau ziplock dan gunting lubang kecil.\n\n2. Panaskan non-stick pan dengan menggunakan api paling kecil.\n\n3. Picit dan titikkan bancuhan ke dalam kuali ikut saiz yang disukai. Biar sampai keluar\u00a0bubble/berlubang (sekitar 1-2 minit) dan balikkan sekitar 1-2 minit juga.\n\n4. Siap. Boleh nak makan dengan susu macam cereal, boleh juga nak letak butter dan maple syrup, boleh letak aiskrim dan apa sahaja yang manis.\n\nKredit: Khairul Abdullah\nBaca juga: Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mudah-ayam-masak-bali/", "title": "Resipi Mudah Ayam Masak Bali, Sangat Sedap & Menyelerakan", "body": "\nTiada idea nak masak menggunakan ayam? Kalau bosan asyik masak lauk yang sama, jom cuba buat ayam masak bali yang sedap dan menyelerakan ini.\nMakan dengan nasi panas-panas memang nikmat! Kalau ada sekali ulam, timun dan kubis lagi\u00a0umphh!\u00a0Umi Watie ada berkongsikan resipinya di bawah. Selamat mencuba!\nCara Buat Ayam Masak Bali\nBahan-bahan:\n\n\u00bd ekor ayam\n2 batang serai\n1 inci halia**\n2 ulas bawang putih**\n1 biji bawang merah**\n10 batang cili kering**\n\u00bd inci belacan**\n1 inci gula nise\n\u00bc cawan kicap manis\nDaun kari\n\nCara-cara:\n1. Kisar halus bahan bertanda (**).\n\n2. Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ayam. Goreng ayam jangan sampai kering.\n\n3. Baki minyak tadi, tumiskan daun kari dan serai sampai wangi.\n\n4. Bila serai dan daun kari dah wangi, masukkan bahan kisar halus tadi. Tumis sampai pecah minyak.\n\n5. Tumis menggunakan api perlahan sehingga semua pecah minyak seperti ini. Kalau suka pedas, boleh tambahkan cili kering.\n\n6. Masukkan air dalam 1 cawan.\n\n7. Masukkan kicap manis. Biarkan mendidih dan menggelegak supaya semua bahan mesra.\n\n8. Masukkan gula nise/gula kerek atau apa-apa gula. Biarkan semua bahan mereneh.\n\n9. Masukkan ayam yang digoreng tadi.\n\n10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sebati.\n\n11. Buat pekat melekat gini. Gaulkan dengan nasi, memang sedap.\n\nKredit: Umi Watie\nBaca juga: Begini Cara Masak Ayam Paprik Yang Lagi Padu, Confirm Tak Order Kat Kedai Dah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mudah-dim-sum-filet-ketam/", "title": "Resipi Mudah Dim Sum Filet Ketam, Cicah Dengan Sos Cili Thai Lagi Padu", "body": "\nAda tak kat sini penggemar dim sum? Apa kata korang ikuti resipinya di sini.\nBoleh lah cuba kat rumah bila ada kelapangan nanti. Buat dim sum homemade gitu! Kat sini ada cara mudah buat dim sum filet ketam yang paling sedap.\nIkut je step by step cara penyediaannya confirm menjadi!\nActually nak buat homemade dim sum ni mudah je. Kena buat inti dulu barulah buat kulitnya. Untuk intinya, korang boleh pilih apa saja jenis inti yang korang suka.\nBaca juga: Resipi Dumpling Ayam Homemade, Berbaloi Buat Sendiri Sebab Boleh Dapat Banyak!\nTerpulang pada citarasa masing-masing. Boleh guna ayam, udang, ketam dan lain-lain lagi.\nDim sum ni tak susah pun nak cari. Bersepah orang jual dim sum sekarang ni. Kat pasar malam pun ada yang jual dim sum ni. Tapi agak mahal juga lah.\nRasanya kalau nak makan banyak dengan keluarga, elok korang buat sendiri kat rumah. Boleh makan puas-puas nanti.\nResipi Dim Sum Ketam\n\nBahan untuk inti:\n\n1 bungkus filet ketam, cincang\n1 biji telur ayam\n1 biji bawang merah/holland\n1 sudu kecil lada sulah\n1 sudu kecil minyak bijan\n2 sudu besar tepung jagung\nTambahan, nak sedap boleh campur cendawan shitake.\n\nBahan untuk kulit:\n\n2 cawan tepung gandum\n1 cawan tepung ubi\n1 sudu kecil serbuk kunyit sebagai perwarna kuning\nSecubit garam\nKuantiti air agak-agak\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Kisarkan semua bahan untuk inti dan ketepikan.\n2. Adunkan pula semua bahan kulit hingga menjadi doh. Leperkan doh senipisnya dan tekap menggunakan cawan untuk mendapat bentuk bulat.\n3. Letakkan kulit ke atas bulatan jari, lekukkan sedikit kulit di bahagian dalam. Kemudian, masukkan inti filet ketam.\n4. Lipat tepi kulit mengikut arah jam, hasilnya akan menjadi bentuk bunga.\n5. Letakkan daun bawang di atas dim sum.\n6. Sedia dikukus. Siap!\nSedap di makan panas-panas bersama sos cili Thai. Kalau kat luar, korang akan jumpa sos warna hitam tu. Tapi kat rumah ni makan dengan sos cili Thai pun dah sedap sangat rasanya. Cantik je kejadian dim sum ni kan.\nKorang tak pandai masak pun boleh pakai resepi ni. Jangan derhaka, confirm jadi!\n\nSumber: CikPuan Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mudah-ikan-siakap-3-rasa-ala-kedai-thai/", "title": "Resipi Mudah Ikan Siakap 3 Rasa Ala Kedai Thai, Rasa Sebijik Sama!", "body": "\nSetiap kali ke kedai masakan Thai, wajib memesan ikan siakap 3 rasa sebagai juadah utama. Setiap kali itu juga, anak-anak makan sampai tinggal tulang. Itupun tetap tak puas sebab kadangkala dapat ikan yang kecil.\nKalau nak lagi puas hati, apa kata ibu-ibu jom buat sendiri ikan siakap 3 rasa ala Thai di rumah. Kalau buat sendiri, boleh letak inti banyak-banyak dalam kuah, baru puas hati!\nJom lihat resipi hasil perkongsian oleh Liza Idris menerusi laman sosial Facebook. Boleh buat untuk makan tengahari atau makan malam nanti. Selamat mencuba!\nResipi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai\nBahan-bahan:\n\n\nIkan siakap 1 ekor\n\n\nSerai 1 batang\n\n\nBawang besar potong dadu 1 biji\n\n\n3 ulas bawang putih cincang halus\n\n\n1 inci halia cincang halus\n\n\nCili merah 1 biji\n\n\n3 biji cili api\n\n\nTimun 1/2 biji\n\n\nTomato 1 biji\n\n\nNenas 1 potong\n\n\n4 helai daun limau purut\n\n\nSedikit daun sup sebagai hiasan\n\n\nBahan sos:\n\n\nCili kering 3 sudu besar\n\n\nSos cili 3 sudu besar\n\n\nSos tomato 2 sudu besar\n\n\n2 sudu sos tiram\n\n\n2 sudu sos ikan\n\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Lumur ikan dengan garam dulu, kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup.\n\n2. Goreng ikan tu. Pastikan minyak panas betul-betul ye sebelum menggoreng.\n\n3. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah.\n\n4. Masukkan cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu. Saya letak sikit je sebab tak tahan pedas. Masukkan juga serai dan 3 sudu cili kering. Biar sekejap je bagi cili kering tu masak.\n\n5. Masukkan pula sos cili, tomato dan tiram. Kacau sampai pecah minyak.\n\n6. Masukkan 1 cawan air. Bila kuah dah pekat, letakkan sos ikan.\n\n7. Campakkan daun limau purut. Benda ni la yang buat kuah semakin sedap.\n\n8. Seterusnya, masukkan timun. Bila dah nak masak, baru masukkan tomato dan nenas.\n\n9. Simbah ke ikan yang digoreng tadi. Siap!\n\nKredit: Liza Idris\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mudah-kek-marshmallow-milo-chewy/", "title": "Resipi Mudah Kek Marshmallow Milo, Rasanya Yang \u2018Chewy\u2019 Sumpah Sedap!", "body": "\nJom cuba buat Kek Marshmallow Milo yang mudah dan sedap ini. Rasa dia yang kenyal pasti dapat memikat hati anda!\nResipi mudah yang dikongsi oleh Mellisa Mullen ini wajib dicuba oleh peminat kek coklat.\nBaca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak\nResipi Kek Marshmallow Milo\nBahan-bahan:\n\nMilo 2 cawan\nTelur 4 biju\nSusu pekat 2 sudu makan\nMinyak masak 1 sudu makan\n\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan di atas.\nTuangkan ke dalam loyang dan susun marshmallow ikut suka\nGaul sikit marshmallow dalam adunan dan taburkan juga di atasnya untuk dijadikan topping.\nBakar dalam air fryer pada suhu 160\u00b0C selama 25 minit.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Mellisa Mullen\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mudah-mee-goreng-budak-sekolah/", "title": "Resipi Mudah Mi Goreng Budak Sekolah, Tekstur Sedikit Basah-Basah & Memang Sedap", "body": "\nSedapnya nampak mee goreng budak sekolah ni. Mee ini dipanggil dipanggil dengan nama sedemikian kerana mi ini dimasak tanpa diletakkan sebarang sayur. Maklumlah, anak-anak kurang gemar makan sayur.\nCara membuatnya sangat mudah dan sesuai dijadikan sarapan mahupun sebagai bekal anak ke sekolah. Teksturnya yang basah-basah lembak, tak risau anak tercekik bila makan. Jom cuba!\nCARA MASAK MEE GORENG BUDAK SEKOLAH\n\nBahan-bahan:\n\n4 biji telur\n2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 5 tangkai cili kering (kisar)\nIsi ayam/daging/sotong/udang\n2 sdb sos tiram\n5 sdb sos cili\n\u00bc cawan kicap manis\nAir \u00bd cawan\n1 bungkus mee kuning\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula gorengkan telur hancur. Bila dah masak, angkat dan letak tepi.\n\n2. Dalam kuali yang sama,\u00a0 tumiskan 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili kering. Tumis sampai garing tau. Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili tu. Ini kan untuk budak sekolah, mana boleh pedas sangat.\n\n3. Bila bahan kisar kita dah garing, masukkan lauk yang ada. Masukkan pula daging dan ayam. Kalau nak bubuh sotong ke udang ke pun boleh.\n\n4. Bila ayam fan daging dah masak, masukkan 2 sdb sos tiram, 5 sdb sos cili dan \u00bc cawan kicap manis pilihan hati. Kacau-kacaukan biar dia mesra.\n\n5. Masukkan air \u00bd cawan, biar kan merenih kejap.\n\n6. Masukkan sebungkus Mee kuning.\n\n7. Bila mee dah sebati, masukkan telur goreng hancur tadi. Gaulkan sehingga rata.\n\nSiap, selamat mencuba!\n\nKredit: Umi Watie\nBaca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan \u20181 Bahan\u2019 Ini Saja\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mudah-nasi-lemak-guna-santan-kotak/", "title": "Resipi Mudah Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Siap Ada Tips Buat Sambal Sedap!", "body": "\nKalau nak cepat masak nasi lemak, guna santan kotak pun boleh rupanya. Tak perlu bazir masa dan tenaga untuk keluar beli santan fresh di kedai. Bau nasi lemak guna santan kotak ni boleh tahan menyelerakan juga.\nRasanya juga tetap sama, sedap dan bau harum semerbak satu rumah. Lengkap bersama tips untuk menjadikan warna sambal ikan bilis lebih meanarik.\nNak tahu caranya? Jom lihat resipi perkongsian oleh Rozita Daud di bawah.\nResipi Nasi Lemak Guna Santan Kotak\nBahan-bahan nasi:\n\n3 mangkuk beras bekas putih air tauhu\n1/2inci halia (hiris nipis)\n4 ulas bawang putih (hiris nipis)\n1/2 bawang besar (hiris nipis)\n2 sudu halba (basuh)\n2 batang serai (dititik)\n1 kotak santan\n2 sudu kecil garam\n\nCara-cara membuat nasi:\n1. Basuhkan beras. Masukkan halia, bawang putih, bawang besar, halba dan serai.\n\n2. Masukkan 1 kotak santan.\n\n3. Tuang dalam periuk dan bilas kotak masuk air sehingga bawah nombor 8, tengok pada tepi periuk. Akhir sekali letakkan 2 sudu kecil garam dan kacau.\n\n4. Siap nasi lemak.\n\nBahan-bahan sambal:\n\n10 biji lada kering tak pedas (rendam air panas)\n1 sudu besar belacan\n2 biji 1/2 bawang besar (hiris nipis macam nak buat bawang goreng)\nIkan bilis\nAsam keping\nAjinamoto\nGaram\nGula\n\nCara-cara:\n1. Kisar lada kering dan belacan.\n\n2. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan dan terus masuk bawang besar, goreng sampai kuning baru masuk bahan blender tadi.\n\n3. Kacau dan masukkan asam keping. Gaul sehingga sedikit kering dan masukkan 1 sudu 1/2 ajinamoto. Kacau sekejap dan masukkan 3 atau 4 sudu gula pasir mengikut tahap kemanisan yang dingini.\n\n3. Tutup api dan masukkan ikan bilis goreng tadi.\n\n4. Siap!\n\nBahan hiasan nasi lemak:\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Rozita Daud\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mudah-sotong-sumbat-telur/", "title": "Resipi Mudah Sotong Sumbat Telur, Sangat Lazat & Menyelerakan", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan sotong? Apa kata jom cuba resipi sotong sumbat masak telur yang sangat lazat dan menyelerakan ini.\nMakan satu ekor\u00a0confirm tak cukup sedap sedap sangat! Bolehlah cuba buat untuk seisi keluarga nanti.\nCara membuatnya juga sangat mudah, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Mira Khan di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Sotong Sumbat Telur\nBahan-bahan:\n\n6 ekor Sotong saiz medium\n1 bawang merah saiz medium \u2013 potong dadu kecil\n*4 telur gred A\n*3 ekor Udang XL (buat rasa sedap lagi, takde pun rasa sedap juga) \u2013 potong kecil\n*Daun ketumbar (Jangan banyak sangat. Nanti menyengat rasanya) \u2013 cincang halus\n*Carrot (suka hati nak letak banyak mana) \u2013 cincang halus\nMaggi cukup rasa\nPencungkil gigi/lidi\n\nCara-cara:\n\nMasukkan semua yang bertanda (*) dan kacau sebati. Kemudian, panaskan minyak sikit dan goreng bawang merah sampai garing sikit.\nMasukkan adunan telur tadi dan masak seperti telur hancur. Kemudian masukkan garam gula kalau yang tak guna MSG. Saya masukkan maggi cukup rasa je.\nSumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya.\nAmbil kepala sotong dan letak kat tempat asal dia. Kemudian cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi ke, dekat tempat kepala sotong supaya telur tak terkeluar.\nBoleh bakar atas arang, boleh masak atas kuali ataupun guna air fryer.\nMasak sehingga sotong masak je. Jangan lama sangat. Nanti sotong jadi kering. Tak sedap nak makan.\n\n\nResipi sos thai serbaguna:\nBahan-bahan:\n\nSos thai yang ada gambar makcik tu\nBawang putih \u2013 cincang halus\nCili padi merah \u2013 potong kecil\nDaun ketumbar\nSos ikan\nGula\nAir limau nipis\n\nCara-cara:\n\nCampur semua bahan di atas. Siap! (sukatan agak-agak)\n\nKredit: Mira Khan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-mudah-tomyam-yang-pekat-kaw-kaw-rasa-padu/", "title": "Resipi Mudah Tomyam Yang Pekat Kaw Kaw & Rasa Padu!", "body": "\nSetiap kali pergi kedai masakan Thai, memang wajib\u00a0order\u00a0tomyam mereka yang pekat tu. Rupanya mudah saja kalau ada yang nak cuba buat sendiri tomyam yang pekat kaw kaw.\nIkut saja resipi hasil perkongsian oleh Adilin Qistina di bawah. Kalau ada telur dadar sekali lagi\u00a0perfect!\nCara Buat Tomyam Yang Pekat Kaw Kaw & Padu!\nBahan-bahan:\n\n3/4 ulas bawang putih ketuk*\nCili padi 2 biji*\nSerai 2 batang ketuk*\nBawang holland sebiji potong 4*\nTomato 2 biji belah 2*\nRempah tomyam mea pranom 2 sudu besar*\nAir 2 cawan*\nAyam*\nSotong /udang\nSayur karot/bunga kobis\nDaun limau purut 2/3 helai\nJus limau\nGaram\nGula\nSusu segar satu senduk\n\nCara masak:\n\nMasukkan semua bahan bertanda (*) dalam periuk. Renehkan dalam 10 minit.\nKemudian masukkan jus limau, garam, gula, serbuk perasa dan sayur-sayuran. Biarkan selama 5 hingga 6 minit.\nKemudian masukkan sotong atau udang. Biarkan seketika sehingga masak.\nAkhir sekali masukkan susu cair. Kacau rata dan siap!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Adilin Qistina\nBaca juga: Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-murtabak-mini-guna-kulit-popia/", "title": "Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Rasa Tetap Sedap! Yang Penting Tak Perlu Uli Doh", "body": "\nSiapa yang setiap kali pergi pasar malam wajib beli murtabak? Sekarang anda boleh buat sendiri je murtabak mini kat rumah. Tak perlu susah-susah uli doh, guna kulit popia je untuk kulit.\nJom cuba buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Dianadiandra Diana di bawah. Makan satu\u00a0confirm\u00a0tak cukup! Laju je habis sepinggan anak-anak makan.\nCARA BUAT MURTABAK MINI GUNA KULIT POPIA\nBahan-bahan:\n\nKulit popia\n3 biji ubi kentang (potong dadu)\n2 biji bawang besar\n1 ulas bawang putih (didadu)\n3 sudu makan rempah kari ikan\nDaun sup @ daun bawang\nIsi ayam @ daging (dicincang)\nTelur ayam 2 biji\n\n\nCara-cara:\n1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan rempah dan tuang sedikit air jangan terlalu banyak. Bila rempah dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan kentang. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering menggunakan api sederhana.\n\n2. Pecahkan telur, kemudian masukkan sedikit garam dan pukul sebati. Kemudian masukkan bahan inti tadi ke dalam telur, gaul sebati.\n\n3. Letak sedikit di atas kulit popia dan lipat seperti bentuk murtabak.\n\n4. Goreng dalam periuk ajaib atau pan anti lekat dalam minyak yang sedikit. Balik-balikkan kedua-dua belah supaya masak rata.\n\nSiap! Selamat mencuba.\nKredit: Dianadiandra Diana\nBaca juga: Resipi Puding Coklat Paling Senang, Kena \u2018Lorek\u2019 Dengan Garfu Baru Lapisan Tak Bergerak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-air-kelantan/", "title": "Resipi Nasi Air Kelantan, Makan Hari-Hari Pun Takkan Muak!", "body": "\nNasi air Kelantan ini sememangnya merupakan salah satu makanan yang menarik dan wajib dicuba ketika menjejakkan kaki ke sana.\nBukan sekadar nasi air kosong, siap ada lauk-lauknya yang sedap-sedap belaka. Tak makan bertambah memang tak sah!\nKalau nak tahu cara penyediaannya, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Nor Shahida Yusoff di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Kuah Pekat & Cantik Elok\nRESIPI NASI AIR KELANTAN MUDAH\nBuat hari-hari pun tak puas nasi air kelate ni.. senang je. Jom masak.\nBahan-bahan nasi:\n\n1 \u00bd pot nasi\n1 inci halia\nSedikit garam\n\nBahan-bahan kuah sup:\n\n1 biji bawang merah *dihiris\n2 biji bawang putih *dihiris\nBunga lawang\nKulit kayu manis\nHalia\nAkar ketumbar\nIsi ayam\n1 kiub pati ayam\nSedikit garam\nSedikit Ggula\nSedikit ajinomoto\n\nBahan-bahan minyak bawang putih:\n\n2 biji bawang putih *dicincang\nSedikit minyak\n\nBahan-bahan sambal kicap:\n\nBawang putih\nCili padi\nKicap\nGaram\nGula\n\nCara-cara memasak:\n1.\u00a0Beras dibasuh terlebih dahulu, kemudian digoreng sekejap sampai kering. Kisar beras bersama air. Masukkan dalam periuk dan tambah air. Kemudian tambah halia dan sedikit garam.\n\n2. Goreng ikan bilis sampai garing. Bila dah garing, toskan. Guna minyak ikan bilis untuk goreng bawang untuk masak sup.\n\n3. Yang ini bahan-bahan untuk sup.\n\n4. Masukkan bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang ke dalam minyak ikan bilis tadi sampai garing. Minyak ini la yang menyedapkan rasa kuah sup nasi air ni.\n\n5. Kemudian mauskkan ayam, air, halia dan kiub pati ayam.\n\n6. Seterusnya masukkan akar daun ketumbar.\n\n7. Untuk minyak bawang putih, goreng bawang dalam minyak. Pastikan bawang dimasuk sebelum minyak menjadi panas. Kalau minyak panas, bawang akan hangus.\nSepatutnya hidangkan juga limau nipis dan daun bawang, tapi kat rumah tak ada, jadi guna apa yang ada. Ada yang tak ada sukatan, main letak saja sebab tak pandai sukat betul-betul.\n\nDah siap! Selamat mencuba.\n\nKredit resipi: Nor Shahida Yusoff\nBaca juga: Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan, Manis & Berlemak Sangat Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-arab-mandy-ayam/", "title": "Resipi Nasi Arab Mandy Ayam, Dijamin Sedap Setanding Macam Di Kedai!", "body": "\nTeringin nak makan nasi arab? Jom cuba resepi nasi arab mandy ayam yang dikongsi oleh Nik Imana di bawah.\nTidak dinafikan, pasti ramai penggemar sajian dari Timur Tengah ini kan? Tidak kira tua atau mudah, semua suka!\nKalau makan di kedai, boleh tahan mahal juga harganya. Jadi kalau nak lebih puas hati, jom buat sendiri di rumah.\nRESEPI NASI ARAB MANDY AYAM\nBahan-bahan masak ayam:\n\nAyam bahagian kaki (whole leg)\n1 batang kulit kayu manis\n1/2 sudu lada hitam\n1/2 sudu jintan manis\n1/2 sudu jintan putih\n1/2 sudu ketumbar\n1 ketul pati ayam\nSedikit garam\nSebiji tomato\n1 biji cili hijau dipotong\nMadu\nSerbuk perasa\nSerbuk kunyit\nSerbuk cili\nHirisan lemon\n\nCara-cara:\n1. Rebus keseluran ayam bahagian kaki bersama kulit kayu manis, lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar, pati ayam, sedikit garam, tomato dan cili hijau dipotong.\n2. Rebus sehingga ayam masak pada bahagian dalam. Kemudian toskan ayam. Air rebusan jangan buang, ketepikan untuk dibuat sup dan nasi nanti.\n3. Sapu ayam dengan sedikit padu, serbuk perasa, serbuk kunyit dan serbuk cili. Kemudian susun hirisan lemon dan panggang dalam air fryer atau oven.\n\nRESIPI NASI MANDY\n\nBahan-bahan nasi:\n\n3 port beras basmathi\n1 sudu planta/minyak sapi\nSedikit biji ketumbar\nLada hitam\nJintan manis\nJintan putih\nDaun salam\nDaun ketumbar\nPewarna kuning\n\nCara-cara:\n1. Cuci dan rendam beras basmathi selama setengah jam.\n2. Panaskan planta atau minyak sapi. Tumiskan secubit biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kisar halus jika risau tergigit) dan daun salam.\n3. Tumis sehingga semuanya naik bau, kemudian masukkan beras tadi.\n4. Goreng sekejap, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan biasa anda masak nasi. Letakkan juga secubit garam.\n5. Bila nasi dah kering, taburkan daun ketumbar dan buang lubang di tengah nasi untuk letakkan pewarna kuning. Kemudian biarkan nasi sehingga masak.\nRESIPI SALATAH (SALAD ARAB)\nBahan-bahan:\n\nBawang holland\nTimun batang\nTomato\nPerahan lemon\nGaram\nGula\n\nCara-cara:\n1. Potong kecil bawang holland, timun dan tomato. Letakkan di dalam mangkuk.\n2. Perahkan lemon, taburkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. Kalau tiada lemon, boleh ganti guna cuka.\nRESIPI SAMBAL NASI ARAB MANDY AYAM\nBahan-bahan:\n\nCili merah\nTomato\nDaun ketumbar\nGaram\nPerahan lemon\n\nCara-cara:\n1. Kisar cili merah, tomato dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam dan perahan lemon secukup rasa.\nRESIPI SUP\nBahan-bahan:\n\nAir rebusan ayam\nAkar ketumbar\nGaram\nSerbuk kunyit\n\nCara-cara:\n1. Lebihan air rebusan air tadi, tambahkan akar daun ketumbar. Kemudian tambahkan garam dan serbuk kunyit supaya nampak kuning.\n2. Kemudian bolehlah hidangkan ayam ke atas nasi dan makan bersama bahan sampingan yang lain. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nik Imana\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-arab-paling-senang-nak-buat/", "title": "Resipi Nasi Arab Paling Senang Nak Buat, Guna Bahan Ada Kat Rumah Je", "body": "\nHujung minggu nanti apa kata ibu-ibu jom masak menu\u00a0special\u00a0untuk seisi keluarga. Salah satu menu yang boleh dicuba iaitu resipi nasi arab paling senang ini.\nHanya guna bahan-bahan yang ada di rumah saja tapi tetap menjadi dan rasanya juga sangat sedap.\nKalau ada yang nak cuba, boleh ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Nur Aisya di bawah. Selamat mencuba!\nRESIPI NASI ARAB PALING SENANG\nBahagian paling penting untuk dapatkan rasa nasi arab, sup untuk nasi dan ayam. Bahan-bahannya:\n\nAyam saya guna 3 whole leg\nBawang besar 1 biji (kalau besar guna separuh)\nTomato 1 biji\n1 sk jintan manis\n1 sk lada hitam\n1 sk biji ketumbar\nBuah pelaga 3 biji\n1 kiub ayam\n1/2 sk serbuk kunyit\n1 sk rempah kurma\n2 sudu minyak masak\nSedikit garam\n\nRebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi. Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi. Sedap. Rasa sup berempah.\n\nAngkat ayam dari air rebusan. Perap guna bahan ini:\n\nSerbuk cili\nSerbuk kari\nSos tiram\nGaram\nPerasa\nMadu/gula 1 sudu\nMinyak masak 2 sudu\n\nPerap sekejap semua bahan bersama ayam sambil siapkan nasi.\n\nKemudian panggang atau bakar pada suhu 150 celcius. Bakar selama 15 minit, kemudian sapu lebihan bahan perap tadi dan sambung bakar lagi selama 15 minit. Ayam akan jadi cantik dan berkilat.\n\nBahan-bahan untuk nasi:\n\nBawang besar sebiji\nHalia 1 inci\n3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)\nBeras basmathi\n\n\nCara-cara:\n1. Panaskan majerin/butter, kalau nak lagi sedap guna minyak sapi.\n2. Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi. Tumis sampai garing.\n\n3. Kemudian masukkan beras basmathi ke dalam beras. Gaul bersama bahan tumis, tumis sehingga garing baru nasi sedap. (Beras basmathi direndam dahulu selama 30 minit)\n\n4. Masukkan beras ke dalam periuk nasi bersama air rebusan ayam tadi.\n\n5. Beras sukat macam biasa. Kalau beras basmathi guna 1 cawan beras dan 2 cawan air.\n\n6. Bila nasi dah kering, tuangkan pewarna. Tutup semula tudung periuk dalam 10 minit, kemudian kacau nasi. Taburkan juga daun ketumbar. Siap!\n\nBahan-bahan membuat salsa/sambal arab:\n\nCili api\nCili besar\nTomato\nBawang putih\nDaun ketumbar\nGaram sedikit\n\nKisar semua bahan di atas dan perah sedikit jus lemon.\nBahan-bahan membuat salatoh:\n\nTomato (potong kiub)\nTimun (potong kiub)\nBawang besar (potong kiub)\nPudina hiris (guna ketumbar jika tiada)\n\nGaul semua bahan dalam 1 bekas, letak sedikit gula dan garam. Perah juga sedikit jus lemon. Siap!\nBila dah siap, hidang mengikut citarasa masing-masing. Sup tersebut ambil dari air rebusan ayam tadi. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nur Aisya\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-ayam-hainan-semudah-abc-je-caranya/", "title": "Resipi Nasi Ayam Hainan, Semudah ABC Je Caranya!", "body": "\nPasti ramai yang dah biasa masak nasi ayam kan? Apa kata kali ini jom cuba buat Nasi Ayam Hainan pula kalau bosan asyik masak nasi ayam biasa. Rasanya juga dijamin lebih sedap!\nCaranya juga tidak susah mana, pertama kali buat pun\u00a0confirm\u00a0jadi. Kalau ada yang nak cuba, ikut je resipi hasil perkongsian oleh Zadariah Zakaria di bawah.\nCARA BUAT NASI AYAM HAINAN\nBahan-bahan ayam:\n\n1 ekor ayam\n1 ketul kiub ayam\n1 sdt garam\n1 pokok daun bawang\n2 inci halia \u2013 diketuk\n\nCara-cara masak ayam:\n\nRebus semua bahan-bahan di atas selama 25 minit. Letakkan air sehingga tenggelam ayam.\nAngkat ayam dan letak dalam air berisi ais. Rendam selama 30 minit.\nKemudian toskan dan lumur minyak bijan. (air rebusan ayam jangan buang)\n\nBahan-bahan nasi:\n\n3 cawan beras\n1/2 beras pulut \u2013 basuh & tos (tak ada pun tak apa, kalau letak lagi sedap)\n1 helai daun pandan\nLemak-lemak ayam\n1 senduk kecil minyak\nHalia tumbuk\nStok ayam (air rebus ayam hadi)\n\nCara-cara masak nasi:\n\nPanaskan minyak, masukkan lemak ayam dan masak sehingga lemak ayam cair.\nKemudian masukkan daun pandan dan halia yang sudah ditumbuk. Kacau rata.\nLetakkan beras dan gaul dalam 3 minit. Masukkan stok ayam tadi dalam 3 cawan atau sukat macam nasi biasa.\nTambah garam sedikit sehingga cukup rasa. Masak nasi sehingga masak.\n\nCara-cara buat air cili merah:\n\nDalam pengisar, satukan cili besar merah, cili padi merah, 1/2 labu bawang holland, bawang putih, cuka, gu\u0142a, sedikit garam, sedikit ajinamoto dan stok ayam rebus tadi.\nKisar semua bahan sehingga hancur.\n\nCara-cara buat pes halia:\n\nTumbukkan halia. Masukkan batang daun bawang yang baki tadi dan tumbuk sehingga hancur.\nMasukkan sedikit minyak masak, tuang panas-panas ke dalam pes tadi. Gaul rata.\n\nCara-cara buat sayur taugeh:\n\nSiram tougeh dengan air panas. Toskan (air jangan buang). Ketepikan taugeh.\nSatukan air tougeh, air rebusan ayam, kicap masin cair, kicap kipas udang manis, sedikit cukup rasa dan minyak bijan.\nCampurkan semua bahan ini dan curah ke atas taugeh dan ayam.\n\nBahan-bahan lain:\n\nDaun limau purut (potong)\nCili padi (potong)\n\nKredit: Zadariah Zachary\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-ayam-mudah-yakmat/", "title": "Resipi Nasi Ayam Mudah Yakmat, Dalam Satu Periuk Terus Siap Nasi & Lauk", "body": "\nSiapa suka masak nasi ayam? Banyak resipi nasi ayam mudah yang kita jumpa. Kebanyakannya, ayam akan direbus terlebih dahulu. Kemudian baru akan tanak nasi menggunakan air rebusan ayam tadi.\nRupanya ada cara lebih mudah nak masak ayam dan nasi sekaligus dalam satu periuk. Barulah lebih jimat masa, tak perlu rebus ayam dan tanak nasi berasingan lagi.\nJom lihat resipi nasi ayam perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah di bawah. Resipi yang sangat mudah untuk dicuba.\nResipi Nasi Ayam Mudah Yakmat\nNasi Ayam jenis masak sekali harung ni yang paling aku suka.\nMana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah yakmat. Cara nak buat dia ni kalau nubis buat pun kompom sedap.\n\nBahan-bahan yang kena ada untuk buat nasi dan lauk:\n\n1 ekor ayam saiz kecil, dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.\n2 pot beras, tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.\n4 ulas bawang putih dihiris nipis\n1 inci halia dihiris nipis.\n1 helai daun pandan dicarik dan disimpul mati.\n1 pokok daun bawang.\n50gm butter/marjerin.\n1 sudu besar minyak bijan.\n\nCara-cara buat nasi dan ayam:\n1. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan.\n\n2. Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.\n\n3. Masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air, sukatan dia ikut jenis beras yang kau guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan kiub pati ayam dan kacau sebati.\n\n4. Jika nak masak dalam periuk letrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas dan lepas tu letakkan daun bawang. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.\n\nCara buat sambal:\nMasukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan kisar. Siap.\nCara buat kicap:\nGoreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.\nAyam tu kalau suka yang rangup korang goreng dengan api yang kuat sekejap, biar diluar garing dan di dalam lembut.\nCeduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar.\n\nAyam tu goreng sekejap, biar dia garing sikit.\u00a0\nKredit: Khairul Abdullah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-ayam-thai-viral-yang-ringkas-sedap-senang/", "title": "Resipi Nasi Ayam Thai \u2018Viral\u2019 Yang Ringkas, Sedap & Senang Untuk Disediakan", "body": "\nSedapnya Nasi Ayam Thai. Patutlah\u00a0viral\u00a0sebab cara membuatnya sangat senang dan cepat untuk disediakan.\nNasi Ayam Thai ini hampir sama dengan nasi ayam biasa atau nasi ayam hainan. Yang berbeza adalah dari segi sos dan juga penggunakan daun ketumbar.\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Queenna Lilie di bawah. Selamat mencuba!\nCara Buat Nasi Ayam Thai\nBahan-bahan:\n\nAyam (peha & kepak)\n4 batang bahagian akar daun ketumbar (basuh bersih)\nHalia sebesar ibu jari (hiris)\n3 ulas bawang putih (cincang)\nAir\nGaram\nKiub pati ayam\npot kecil beras\nBawang putih\nBawang besar\nButter\n\nCara-cara:\n1. Bersihkan ayam dan masukkan dalam periuk nasi. Masukkan air, ayam, batang daun ketumbar, bawang putih, halia, garam serta kiub pati ayam.\n2. Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Kemudian keluarkan ayam dan letak tepi.\n3. Air rebusan tadi ambil untuk buat sup sedikit dan untuk masak nasi.\n4. Untuk sup, tambah bunga lawang dan sedikit kayu manis supaya lebih sedap. Taburkan juga bawang goreng.\n\n5. Untuk nasi, tumis bawang putih dan bawang kecil menggunakan butter. Kemudian masukkan beras yang sudah dibasuh.\n6. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi, masukkan semua sekali. Masukkan semula ayam yang dikeluarkan tadi, letak atas beras.\n\n7. Rupa bila nasi dah masak.\n\nBahan-bahan sambal kicap:\n\nBawang goreng\n4-5 batang cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)\nSos thai\nSedikit gula perang\nSeulas bawang putih\nDark & light soy sauce\nPerahan limau nipis\nDaun ketumbar (hiris halus)\n\nCara-cara buat sambal kicap:\n1. Dalam lesung batu, tumbuk bawang putih. Kemudian masukkan bahan-bahan lain, gaul dan tumbuk manja. Siap!\n\nBahan-bahan sambal merah:\n\n5 batang cili merah\n2 ulas bawang putih\n2 inci halia\n1 sk cuka\n1 sk garam\n1 sk gula\n1/2 cawan air rebusan ayam atau letak air dan kiub pati ayam\nSedikit sos tomato\n\nCara-cara buat sambal merah:\n1. Kisar semua bahan dan masak seketika atas api perlahan.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Queena Lilie\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-ayam-versi-thai-mudah-saja-penyediaannya/", "title": "Resipi Nasi Ayam Versi Thai, Mudah Saja Penyediaannya!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-27 07:04:43\n\n\nSelalunya bila pergi menjamu Nasi Ayam di restoran, pastinya para ibu\u00a0kadang-kadang terfikir bagaimana\u00a0caranya untuk membuat Nasi Ayam\u00a0seenak di restoran itu. Baunya yang harum cukup membuat perut kita berkeroncong dan tidak sabar untuk menjamahnya. Jangan risau, ini dia resipi Nasi Ayam Thai yang sudah semestinya akan memuaskan hati para ibu kerana keenakannya sama seperti di restoran. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Resepi Mudah menerusi Facebooknya. \n\nKredit: Resepi Mudah\n\u00a0\nPenyediaan Sup \nBahan-bahan:\n\nAyam\nAkar daun sup atau daun ketumbar\nHalia\nKiub pati Ayam Knoor\n\u00a0\n\nCara-caranya:\n\nMasukkan ayam bersama akar daun sup atau daun ketumbar dan halia. Kemudian, rebuskan sehingga ianya mendidih. Selepas mendidih, masukkan perasa kiub pati Ayam Knoor.\n \nKredit: Resepi Mudah\n\u00a0\nApabila air sudah mendidih, angkat ayam yang telah di rebus tadi dan ketepikan seketika.\n\u00a0\nKemudian, masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan kembali ayam tersebut ke dlm periuk nasi. Tunggu sehingga nasi tersebut masak bersama ayam.\n \nKredit: Resepi Mudah\n\n\u00a0\nPenyediaan Sos\nBahan-bahan: \n\nSos Cili Thai jenama Maggi\n1 sudu kicap pekat\nAir perahan limau nipis\nSedikit air\nCili merah kecil secukupnya\n\nCara-caranya:\n\nMasakkan kesemua bahan dan masukkan sedikit air jika ingin mecairkannya. Kemudian, masukkan potongan cili merah kecil dan gaulkan sehingga sebati.\n\n\u00a0\nSiap! Boleh dihidang untuk makan tengahari. Pasti anak-anak dan suami pun akan sukakan hidangan ini. Selamat mencuba!\n\nKredit: Resepi Mudah\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-bakar-ayam-nusantara-menu-special-untuk-hidangan-sekeluarga-lazatnya/", "title": "Resipi Nasi Bakar Ayam Nusantara, Menu \u2018Special\u2019 Untuk Hidangan Sekeluarga. Lazatnya!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-28 04:44:24\n\n\nBila dah selalu ke dapur, pasti sesekali ibu-ibu pening memikirkan apa hendak dimasak untuk juadah tengahari. Kalau asyik masak lauk yang sama jadi bosan pula. Betul tak? Haa apa kata hari ini ibu-ibu masak menu \u2018special\u2019 sikit untuk hidangan sekeluarga. Resipi kali ini kami bawakan Nasi Ayam Bakar daripada Doyanmasak. Memang sedap! Jom cuba!\n\u00a0\n\nKredit: Doyan Masak\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 300g beras\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Santan cair (sukatan seperti memasak nasi biasa)\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 1 batang sirih\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 2 lembar daun salam\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 1 lembar daun pandan\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Garam secukupnya\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 1 batang daun bawang\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 1 ikat kemangi (petik daunnya)\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Cili merah\n\u00a0\nPenyediaan Ayam:\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 400g dada ayam rebus (dicarik & asingkan air rebusannya)\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 2 lembar daun salam\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 1 batang sereh memarkan\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Garam\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Perasa\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Gula secukupnya\n\u00a0\nPenyediaan bumbu halus:\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 8 biji bawang merah kecil\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 5 siung bawang putih\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Cili merah besar \n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Cili kering (optional)\n\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sedikit halia dan kunyit\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMula-mula, masak beras bersama air santan, sirih, salam, daun pandan dan garam.\n \nKredit: Iluminasi\nSementara menunggu nasi masak, tumiskan bumbu halus, daun salam dan sirih sehingga pecah minyak.\n\u00a0\nKemudian, masukkan ayam rebus yang telah dicarik-carik tadi lalu taburkan sedikit garam, gula dan perasa secukupnya.\n \nKredit: Abang Terlajak Laris\n\u00a0\nGaul-gaulkan sehingga sebati kemudian tambahkan sedikit air rebusan ayam. Tunggu sehingga bumbu meresap dan air agak mengering. \nSelepas itu, masukkan cili merah, hirisan daun bawang dan daun selasuh lalu adukkan sebentar sehingga masak.\n \nKredit: Keluarga\n\u00a0\nApabila nasi sudah masak, letakkan nasi secukupnya di atas daun pisang, beri isian dan bungkus seperti lontong.\nLalu bakar di atas kuali sehingga daunnya layu dan berwarna kecoklatan.\n\n\u00a0\nSiap! Sedia untuk disajikan untuk makan tengahari. Selamat mencuba!\n\nKredit: Doyan Masak\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-beriani-dengan-daging-masak-beriani/", "title": "Resipi Nasi Beriani Dengan Daging Masak Beriani, Lazat Memang Membuka Selera", "body": "\u00a0\n\nIbu-ibu tiada idea nak masak apa untuk makan tengahari nanti? Kalau nak masak sesuatu yang istimewa buat keluarga, boleh cuba Resipi Nasi Beriani Dengan Ayam Masak Beriani ini.\nKalau biasa makan 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari putih je, bolehlah masak menu yang lain dari lain pula. Pasti satu keluarga akan puji sedap! Ibu-ibu pun pasti akan kembang hidung bila anak-anak dan suami puji kan.\nAda yang nak cuba? Boleh\u00a0follow resipi hasil perkongsian oleh Muliadi Ramli di bawah. Semoga bermanfaat!\nCARA BUAT NASI BERIANI DENGAN AYAM MASAK BERIANI\nBahan-bahan nasi beriani:\n\nBeras Basmathi jasmine parboil 1.2 kg (direndam 40 minit)*\nDaun Pandan 3 helai*\nDaun sup + daun ketumbar*\nRempah 4 sekawan*\nGaram kasar 1/2 cawan*\nDaun bay 3 helai*\nAir ( tengelam beras)*\nAir mawar 1/2 botol\nPewarna kuning 2 sb\n\nCara membuatnya:\n\nPanaskan air sehingga betul-betul mendidih. Kemudian masukkan semua bahan bertanda (*).\nRebus beras dalam 7 hingga ke 8 minit sehingga 90% beras masak. Angkat dan toskan.\n\nKemudian masukkan dalam periuk balik. Lepastu masukkan kuah atau minyak beriani ke dalam nasi serta air mawar dan pewarna.\n\nStimkan dalam 10 hingga 15 minit lagi. Kacau dan balik-balikkan.\nTutup nasi dalam 5 minit dan siap.\n\n\nBahan-bahan daging beriani:\n\nDaging 1kg + 3kg tulang gearbox\nBahan tumis (minyak sapi 5sb, minyak masak 1 senduk kecik, rempah 4 sekawan)\nBahan kisar halus (bawang holland 3 biji, bawang putih 10 ulas, halia 3 inci, cili hijau besar 7 biji)\nGula\nDaun sup + daun pudina\nKismis 2 kotak kecil\nTomato puri/tomato sup 1/2 tin\nBuah tomato 3 biji (dikisar)\nSusu cair 1/2 tin\nMadu 5 sb\nRempah beriani faezah 8sb\nCili sos 6sb\nBawang goreng 1 cawan\n\nCara membuatnya:\n\nPanaskan kuali. Masukkan minyak dan minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah naik bau, masukkan bahan kisar halus. Tumis sampai wangi.\nKemudian masukkan gula, daun sup, daun pudina dan air. Masukkan daging dan tulang gearbox. Masak 1 jam hingga 1 1/2 jam atau sehingga daging empuk.\nKemudian masukkan kismis, tomato puri, susu cair, madu dan tomato kisar. Tutup lagi dalam 15 minit.\nLepastu masukkan rempah beriani, kacau. Masukkan sos cili, bawang goreng dan masukkan minyak masak yang panas dalam gulai beriani. (tujuannya supaya gulai nampak dan cantik)\nPerasakan dengan bahan perasa dan garam. Siap!\n\nBoleh makan dengan papadom dan acar mentah.\n\nKredit: Muliadi Ramli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-beriani-guna-tin-adabi-kari-kambing/", "title": "Resipi Nasi Beriani Guna Tin Adabi Kari Kambing, Cara Paling Senang & Sedap!", "body": "\nTak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Apa kata jom cuba buat nasi beriani guna tin Adabi kari kambing ini. Memang sangat mudah dan ringkas!\nTak perlu susah-susah nak beli daging kambing mentah, guna yang segera dalam tin saja. Campak-campak terus siap!\nNak tahu resipi lengkapnya? Jom lihat perkongsian oleh Mel Azman di bawah. Semoga bermanfaat.\nCara Buat Nasi Beriani Guna Tin Adabi Kari Kambing\nBahan-bahan:\n\nBawang kecil\nBawang putih\nHalia\nDaun salam\n3 sekawan\nKacang badam (jika ada)\nTomato (jika ada)\nKurma (jika ada)\nTin adabi kari kambing\nGaram\nDaun ketumbar\nCili hijau\n\n\nCara-cara;\n1. Tumis semua bahan dengan minyak sapi.\n\n2. Masukkan tin adabi kari kambing.\n\n3. Tumis sekejap. Jangan lupa masuk garam sikit.\n\n4. Kemudian masukkan dalam periuk. Masak nasi macam biasa mengikut ukuran biasa.\n\n5. Boleh letak telur rebus kat dalam nasi.\n\n6. Siap! Boleh dihias dengan daun ketumbar dan cili hijau.\n\nKredit: Mel Azman\nBaca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati Anak-Anak Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-briyani-kambing-sedap-confirm-tak-cukup-satu-pinggan/", "title": "Resipi Nasi Briyani Kambing Sedap, Confirm Tak Cukup Satu Pinggan!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-06 06:50:33\n\n\nBiasanya bila ada je kenduri kesyukuran, pasti antara menu yang sering dinanti oleh para tetamu adalah Nasi Briyani Kambing. Sedapnya! Haa, apa kata kali ini korang cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Aniq Syauqi \u00a0di laman Facebook. Pasti suami dan anak-anak pun akan turut berselera. Mudah je, jom cuba!\n\nKredit: Aniq Syauqi\nBahan-bahan:\n\n2kg kambing (dicuci sebersihnya)\n2kg Beras basmathi \nMinyak sapi ghee tin kecil\n1 tin kecil tomato puree\n1 labu bawang putih \n4 biji bawang merah \n3 inci halia (potong mancis)\nBuah pelaga/kulit kayu manis/bunga lawang (bahan tumis)\nRempah beriani faiza 250g\n2 kiub lembu \n250ml susu segar/susu cair\n\nCara-caranya:\n\nMula-mula, basuh beras basmathi sehingga bersih dan rendam selama 20 minit.\n \nKredit: Anakku Hebat\n\u00a0\nSementara nasi direndam, sediakan periuk nasi dan masukkan minyak sapi 1 tin, bahan-bahan tumis termasuk halia. Tumis sehingga naik bau.\n\u00a0\nKemudian, masukkan rempah nasi beriani separuh paket dan masukkan tomato puree, kiub lembu dan sedikit air. Gaulkan sehingga sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.\n\n\nKredit: MamaJue\n\u00a0\nSelepas itu, masukkan susu segar/susu cair dan gaulkan. Biarkan seketika.\u00a0\n\u00a0\nKemudian, masukkan kambing ke dalam bahan tumis. Gaulkan hingga sebati dan biarkan mendidih seketika.\n \u00a0\nMasukkan 1 liter air serta garam dan gula secukup rasa. Teruskan menggaul supaya rasa sebati.\n\u00a0\nJika anda menggunakan pressure cooker, set 30 minit untuk lembutkan daging kambing. Jika guna rice cooker biasa, biarkan mendidih sehingga empuk.\n\u00a0\nSelepas cukup 20 minit beras direndam, toskan dan masukkan ke dalam periuk yg mendidih tadi.\n\u00a0\nUntuk menyukat air dgn beras, kurangkan atau lebihkan air mengikut citarasa sendiri dan gaul sehingga rata. (untuk beras basmathi, air mesti lebih sedikit sahaja lebih kurang paras 1 takat jari telunjuk)\n\u00a0\nJika ada telur rebus, masukkan sekali ke dalam periuk nasi dan tutupkan. Tunggu sehingga masak.\n \nKredit: Aniq Syauqi\n\u00a0\n\nSiap untuk dihidang! Selamat mencuba!\n\nKredit: Aniq Syauqi\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-bujang-mudah-sedap-simple/", "title": "Resipi Nasi Bujang Mudah & Sedap, Simple Tapi Menggamit Memori", "body": "\nSebut saja nasi bujang, pasti ramai yang teringat zaman belajar dulu kan. Bila poket kering, hari-hari duk makan nasi bujang ni. Menu yang simple, tapi sedap dan tak muak.\nKalau ada yang rindu nak makan, jom masak dengan menggunakan resipi nasi bujang hasil perkongsian oleh Muhammad Nur Hakimi ini. Memang menggamit memori!\nResipi Nasi Bujang Mudah & Sedap\nBahan-bahan:\n\nTelur 1 biji\nSos ikan cap sotong\nAir limau\nSerbuk lada putih\nGaram\nSecukup rasa maggi\nBawang holland/merah\n\n\nCara-cara memasak telur dadar:\n\nPecahkan telur ke dalam bekas.\nMasukkan 3-4 titis sos ikan, sedikit air limau, secubit serbuk lada putih, secubit garam,secubit secukup rasa dan sedikit bawang.\nKacau telur sehingga sekata.\nPanaskan kuali, masukkan minyak masak. Masak telur dalam masa beberapa minit.\nSiap!\n\nBahan sup kosong:\n\nBawang putih 2 ulas\nBawang holland\nDaun saderi\nSos ikan cap sotong\nAir limau\nBawang goreng\nSecukup rasa maggi\nSerbuk lada putih\n\nCara-cara memasak sup kosong:\n\nMasukkan sedikit minyak masak, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang holland. Masak sehingga bawang putih dan bawang holland agak garing sedikit.\nApabila bawang tadi telah garing, masukkan air dan jugak daun saderi yang dipotong kecil.\nMasukkan 5-7 titis sos ikan, satu sudu besar air limau dan secubit lada putih.\nMasukkan gula dan garam secukup rasa dan sedikit perisa secukup rasa maggi.\nTaburkan bawang goreng ke dalam sup. Sup telah siap untuk dimakan.\n\nNak lagi umphh, wajib ada sambal sekali. Lihat resipi sambal di pautan ini.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Muhammad Nur Hakimi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-dagang-guna-rice-cooker/", "title": "Resipi Nasi Dagang Guna Rice Cooker, Tak Perlu Rendam & Kukus Pun Menjadi!", "body": "\nRamai yang suka makan nasi dagang kan? Tapi bila teringat nak buat nasi kena rendam, kemudian kukus dulu. Akhirnya tak jadi buat sebab renyah sangat. Kan senang kalau boleh buat nasi dagang guna rice cooker tak perlu rendam dan kukus.\nJangan risau, memang ada cara mudah buat nasi dagang, hanya perlu tanak macam nasi biasa guna rice cooker. Nak tahu caranya? Jom lihat resipi perkongsian oleh Lieya Mohd di bawah.\nResipi Nasi Dagang Guna Rice Cooker\nBahan-bahan:\n\nBeras wangi 1 kg\nSantan (1 1/2 biji)\nBawang merah (mayang)\nHalia (mayang)\nHalba\nSedikit garam\n3 sudu minyak masak\n\nCara-cara masak nasi:\n\nBasuh beras dan toskan. Masukkan beras, santan dan bahan-bahan mayang. Masak nasi macam biaas.\nSukat 1 kg beras dalam 7 pot, santan berada pada paras nombor 9. Lebihan 2.\n\n\nResipi Gulai Ikan\nBahan-bahan:\n\n\nIkan aya (kukus bersama garam dan asam keping)\nSantan (1 1/2 biji)\nLada kering, bawang merah, bawang putih, halia sikit\nLengkuas skit (blend)\nRempah kari 1 sudu\nGula kerek 2 keping\nKiub pati ikn bilis seketul\n2 keping asam keping\nGaram secukup rasa\n10 biji cili padi\nKetumbar, jintan manis sikit, jintan putih sikit (kisar kering dan tapiskan. Ambil yang halus je)\n\nCara-cara buat gulai ikan:\n\nCampur semua kecuali ikan.\nBila dah menggelegak baru masukkan ikan yang sudah dikukus tadi.\nBiarkan kuah mendidih sekejap dan masukkan cili api.\nSiap!\n\n\nResipi Acar\nBahan-bahan:\n\nMentimun (buang tengah potong panjang)\nLobak merah (potong panjang)\nBawang merah (mayang)\nLada besar (mayang)\nCuka\nGula\nGaram\n\nCara-cara buat acar:\n\nSatukan semua bahan.\nKacau rata. Siap!\n\n\n\nSemoga bermanfaat!\n\nKredit: Lieya Mohd\nBaca juga: Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-daging-utara-terlajak-sedap/", "title": "Resipi Nasi Daging Utara Yang Terlajak Sedap! Daging Lembut & Nasi Gebu Elok", "body": "\nPasti ramai yang belum pernah cuba nasi daging utara kan? Pertama kali cuba pasti akan jatuh cinta!\nSama seperti yang berlaku pada seorang pengguna Facebook, Norzy Yusuff.\u00a0Dia berkongsikan resipi nasi daging utara yang pertama kali dicuba dan terus terpikat dengan keenakannya.\nIsh, mesti sedap sangat ni kan. Kalau ada yang nak cuba, jom ikuti resipi langkah demi langkah di bawah.\nRESIPI NASI DAGING UTARA\n\nBahan-bahan:\n\nDaging (direbus empuk dan ketepikan\nBeras basmathi 3 pot (rendam 30 minit)\n\nBahan tumisan:\n\n2 sudu minyak sapi + minyak masak 2 sudu\nBawang besar 2 biji*\nBawang putih 6 ulas*\nHalia 3 inchi*\n\nMayang halus bahan bertanda (*)\n\n4 sekawan (kulit kayu Manis/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga)\nRempah kurma 2 sudu\n2 helai daun pandan\nTomato 2 biji\nSusu cair 3/4 tin\n3/4 sudu penuh garam\nSedikit cukup rasa\nAir rebusan daging\nDaun ketumbar\n\nCara-caranya:\n\nTumiskan 4 sekawan, bahan bertanda (*) yang dimayang sehingga garing. Kemudian masukkan daun pandan dan rempah kurma.\nMasukkan air rebusan air 4 \u00bd cawan pot yang sama dan susu cair. Didihkan sekejap, kemudian masukkan garam, cukup rasa dan tomato.\nToskan beras basmathi ke dalam periuk nasi. Masukkan tumisan dan daging yang sudah direbus empuk.\nAkhir sekali, bila nasi dah masak baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan elok gebu dan wangi.\nNasi jangan dikacau semasa sedang masak untuk elakkan beras patah. Resipi ini nasi sedikit lembut. Kalau nak nasi berderai kurangkan 1/2 cawan air rebusan daging.\n\nRESIPI AIR ASAM KERISIK BAWANG\n\nBahan-bahan:\n\nBawang besar 2 biji\nTomato 2 biji (potong kecil)\nCili api 10 biji (potong halus)\nAir asam jawa 1 mangkuk\nKerisik 3 sudu\nBelacan bakar\nGaram\nGula\nCukup rasa\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan dan kacau rata.\n\nRESIPI RENDANG TELUR\n\nBahan A:\n\n10 biji bawang kecil\n5 ulas bawang putih\n3 inci halia\n2 batang serai\n\nBahan B:\n\n1/2 genggam cili api\n1 ketul kunyit hidup\n\nBahan lain:\n\n5 biji telur \u2013 direbus\n1 batang serai diketuk\n2 senduk cili blender\n3 sudu kerisik\nSantan kotak\n2 helai daun kunyit\n1 keping asam keping\nGaram\nGula\nCukup rasa\n\nCara-cara:\n\nKisar bahan A sehingga lumat.\nKisar bahan B sehingga lumat.\nTumis bahan A yang dikisar dan 1 batang serai yang diketuk sehingga garing. Masukkan cili blender dan masak sehingga garing.\nKemudian baru masukkan bahan b yang dikisar, masak sehingga betul-betul garing kemudian baru masukkan garam, santan dan tambahkan air.\nAkhir sekali, perasakan dengan gula, cukup rasa, daun kunyit, asam keping dan masukkan telur.\nKacau sekejap, siap!\n\nKredit: Norzy Yusuff\nBaca juga: Tukang Masak Dedah \u2018Rahsia Besar\u2019 Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-goreng-chili-flakes/", "title": "Nak Cepat? Cuba Nasi Goreng Chili Flakes Ini, Tak Perlu Tumbuk Apa Tapi Hasil Sedap!", "body": "\nPagi-pagi sebelum pergi kerja, kena buat sarapan dulu untuk anak-anak makan pagi. Kalau nak cepat, cuba buat nasi goreng chili flakes ini.\nTak perlu susah-susah tumbuk bawang, mata pun tak pedih dan tak perlu cuci banyak barang lepas masak.\nSesuai juga buat untuk bekal makan tengah hari anak-anak di sekolah ataupun bekal ke pejabat, hasilnya sangat sedap.\nRESIPI NASI GORENG CHILI FLAKES\n\nBahan-bahan:\n\n2 hidangan nasi sejuk\n1 kiub ikan bilis / ayam\n2-3 sudu besar empingan cili (chili flakes)\n2 butir telur\n1 biji bawang merah besar\nGula secukup rasa\n\n\u00a0Cara-cara memasak:\n1. Kalau bangun pagi, nak masak sarapan yang cepat siap, selalunya saya masak nasi goreng versi ni. Capai barang dalam peti ais dan pantri, terus buat. Syaratnya kena ada lebihan nasi semalamlah.\n\n2. Tumis bawang yang sudah dihiris.\n\n3. Bila bawang dah mula keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh.\n\n4. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya meriah macam ni. Bau dia memang menggiurkan. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.\n\n5. Dah boleh masukkan nasi. Gaul hingga sebati.\n\n6. Sekarang perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Boleh gantikan dengan kicap cair. Kemudian kena letak 1 sudu kecil gula.\n\n7. Letak telur. Ada orang suka letak awal. Terpulang pada cara masing-masing. Cuma pastikan telur betul-betul masak supaya tak kena jangkitan salmonella (salmonellosis).\n\n8. Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.\n\nNasi Goreng Cili Kering ni pedas, masin, dan sedikit manis. Manis dari bawang terkaramel dan secubit gula yang kita yang masukkan tadi.\n\nKredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Mini Pancake Lain Dari Biasa, Anak Pun Teruja Nak Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-goreng-cili-padi/", "title": "Resipi Nasi Goreng Cili Padi Legend, Simple Tapi Confirm Makan Bertambah", "body": "\nNasi goreng cili padi merupakan salah satu nasi goreng yang digemari ramai. Lebih-lebih lagi buat penggemar pedas, lagi pedas lagi padu rasanya!\u00a0Cara membuatnya juga ringkas tapi rasanya sangat membuka selera.\nJika ada lebihan nasi putih yang tak tahu nak masak apa, jom buat nasi goreng yang mudah dan sedap ini. Sesuai dimakan tak kira siang atau malam.\nBuat peminat pedas, boleh ubaisuai kuantiti cili mengikut tahap kepedasan yang disukai. Jika tak suka pedas, boleh kurangkan cili.\nBaca juga: Nasi Goreng Cili Kering, Teringat Terus Nostalgia Di Kampung Halaman\nResipi Nasi Goreng Cili Padi\nBahan-bahan:\n\nBawang Merah\nBawang Putih\nCili padi hijau sikit\nLada hijau 2 batang\nIkan bilis (rendam sekejap je)\nBelacan (sikit je)\nTelur\n\nCara memasak:\n1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi hijau, lada hijau, ikan bilis dan belacan. Nak tumbuk guna lesung batu pun boleh.\n2. Tumis bahan kisar tadi sampai garing.\n3. Kemudian masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa.\n4. Seterusnya, kecilkan api dan pecahkan telur ke atas bahan tumisan tadi. Ratakan telur secara perlahan-lahan.\n\n5. Masukkan nasi, gaul rata sehingga sedikit berwap.\n\n6. Siap, selamat mencuba!\n\nKredit: Har Ryea\nBaca juga: Nak Cepat? Cuba Nasi Goreng Chili Flakes Ini, Tak Perlu Tumbuk Apa Tapi Hasil Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-goreng-ikan-masin/", "title": "Resipi Nasi Goreng Ikan Masin Yang Wajib Anda Cuba, Lagi Sedap Dari Makan Kedai", "body": "\nNasi goreng ikan masin ni kalau makan panas-panas sedap sangat. Tambah pula dengan keropok ataupun telur mata cair lagi bertambah sedap.\nJadi resipi yang dikongsi oleh _sitiamirahsabri ini boleh dijadikan panduan terutama untuk anda yang tidak berapa tahu resipi yang sedap.\nResipi Nasi Goreng Ikan Masin Senang & Sedap\nBahan-bahan:\n\nNasi sejuk\nIkan masin (saya guna talang)\nBawang putih\nBawang merah\nCili padi\nTelur\nSayur kailan\nGaram (jika perlu)\n\nCara memasak:\n\nTumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga sedikit kasar.\nKemudian goreng ikan masin sehingga masak.\nDengan menggunakan minyak yang sama, masuk bahan yang telah ditumbuk dan biarkan sehingga garing.\nLetakkan telur dan hancurkan mengikut citarasa anda.\nMasukkan pula nasi yang telah anda sejukkan.\nPerasakan dengan garam jika perlu.\nMasukkan sayur kailan.\nKacau bagi sebati.\nSiap!\n\n\nBaca juga:\nCara Buat Sambal Ikan Masin Sengelo, Sambal Tradisi Orang Sarawak\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-goreng-kicap/", "title": "Resipi Nasi Goreng Kicap. Bukan Biasa-Biasa, Rasa Memang Power!", "body": "\nSuka siapa makan nasi goreng kicap? Rasa dia memang sedap sangat. Kalau pergi kedai makan pun mesti akan pesan nasi goreng ni.\nMudah saja nak buat, tak rumit langsung. Buat sendiri boleh buat ikut citarasa tekak masing-masing. Jom lihat resipi di bawah hasil perkongsian oleh Dalila Amli.\nBaca juga: Petua Supaya Nasi Lambat Basi, Hanya Letak Satu \u2018Bahan\u2019 Ini Semasa Ditanak\nCara Buat Nasi Goreng Kicap\nBahan-bahan:\n\nBawang besar*\nBawang putih*\nCili padi*\nTelur\nIkan bilis*\n\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda (*).\n\n2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.\n3. Bila dah naik bau, pecahkan telur. Bila telur dh agak kering, pecahkan dan gaul dengan bahan tumis.\n\n4. Masukkan garam/secukup rasa/perasa.\n5. Masukkan nasi dan gaul rata.\n\n6. Masukkan kicap dan gaul rata.\n\n7. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Dalila Amli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-goreng-mamak/", "title": "Resipi Nasi Goreng Mamak, Rasa Sebijik Sama Macam Dekat Kedai!", "body": "\nBuat yang tercari-cari resipi nasi goreng mamak yang sedap, boleh cuba resipi hasil perkongsian oleh Saudara Wan Luqman di bawah.\nMenurutnya, resipi ini dipelajari daripada \u2018mamak\u2019 di kedai mamak yang merupakan kedai makan kegemaran beliau.\nKalau dah resipi kedai mamak, rasa nasi goreng ini juga pasti sama 100% dengan yang dibeli. Jom kita cuba masak!\nBaca juga: Resipi Nasi Goreng Kicap. Bukan Biasa-Biasa, Rasa Memang Power!\nRESIPI NASI GORENG MAMAK\nBahan-bahan:\n\n1 pinggan (membukit) nasi\n1 potong ayam goreng mamak\n1 biji telur\nSawi dan kubis secukupnya\nKicap cair secukup rasa\u00a0\n1 sudu teh perencah kari mi segera\n3 biji cili padi \u2013 ketuk\n1/2 biji bawang merah \u2013 potong kasar\u00a0\n2-3 ulas bawang putih \u2013 tumbuk kasar\nSambal tumis mamak \u2013\u00a0empunya resipi bungkus dari kedai mamak\n\nCara-cara:\n1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.\n\n2. Pecahkan telur. Tunggu hingga separuh masak baru dikacau.\n\n3. Seterusnya masukkan hirisan sayur. Gaul rata.\n\n4. Masukkan nasi dan ayam yang telah dipotong kecil.\n\n5. Tambahkan sambal tumis mamak. Sambal ini mempunyai gabungan rasa masam, pedas, manis, masin dan belacan. Sukatannya anggaran 1 sudu makan.\n\n6. Seterusnya masukkan perencah kari mi segera. Gaul semua bahan hingga sebati.\n\n7. Tambahkan kicap cair. Jika tiada, boleh gunakan kicap masin.\n\n8. Tambahkan sedikit sos cili. Gaul lagi hingga sebati.\n9. Siap! Sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit resipi & gambar: Wan Luqman\nBaca juga: Nak Cepat? Cuba Nasi Goreng Chili Flakes Ini, Tak Perlu Tumbuk Apa Tapi Hasil Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-goreng-raja-permaisuri-agong/", "title": "Resipi Nasi Goreng Raja Permaisuri Agong, Hanya Guna 5 Bahan Ini Jer", "body": "\nKDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan personaliti yang cukup disayangi rakyat jelata.\nRaja dan rakyat tiada berpisah, begitulah keadaannya sejak dari dahulu lagi.\nKemesraan baginda yang tidak kekok apabila bertemu rakyat menyerlahkan lagi kredibiliti beliau sebagai seorang permaisuri yang cukup prihatin.\nBaca juga: Cara Buat Ayam Golek Resipi Istana\nBaginda banyak berkongsi gambar serta video masakan dan juga resipi di laman Instagram sekaligus menarik perhatian para pengikut baginda di laman media sosial tersebut.\nAntara resipi yang cukup viral adalah Nasi Goreng Steak yang cukup mudah dan senang dibuat.\nMin huraikan satu persatu cara pembuatan nasi goreng yang cukup mudah dilakukan ini.\nResipi Nasi Goreng Steak\n\nBahan-bahan:\nButter\n5 Biji Telur\nDaging steak/batang pinang yang dipotong kecil\nNasi putih\nGaram secukup rasa\nCara-cara membuatnya:\n1. Panaskan kuali dan masukkan butter. Kacau sehingga cair.\n\n2. Masukkan 5 biji telur. Kacau perlahan dan biarkan telut menjadi ketul-ketulan kasar.\n\n3. Masukkan daging yang telah dipotong kecil.\n\n4. Masukkan nasi putih yang telah dileraikan.\n\n5. Gaul sebati dan selepas itu masukkan garam secukup rasa. Korang juga boleh tambah serbuk lada putih atau hitam mengikut citarasa masing-masing.\n\n\nMudah je kan? Lima bahan saja, orang yang baru nak belajar masak mesti menjadi juga ikut resipi ini.\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Artis Masak Artis Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-goreng-tanpa-nasi-sesuai-untuk-korang-yang-tengah-diet/", "title": "Resipi \u2018Nasi Goreng\u2019 Tanpa Nasi, Sesuai Untuk Korang Yang Tengah Diet", "body": "\nJom kita cuba buat nasi goreng tanpa nasi. Eh macam mana? Hah kita gantikan dengan bunga kubis.\u00a0\nMemilih menu yang tepat untuk diet adalah sangat penting kerana ia akan menentukan sama ada usaha kita untuk menurunkan berat badan itu berjaya atau tidak.\nDalam amalan diet, pengurangan karbohidrat dan gula merupakan perkara asas yang perlu diikuti.\nBukan tidak boleh sentuh langsung makanan tersebut, tetapi perlu diambil dengan jumlah yang sedikit. Maka, semasa melakukan diet ramailah yang \u2018craving\u2019 nak makan macam-macam.\nBaca juga: Resepi \u2018Chicken Salad\u2019 B40, Korang Guna Je 3 Herba Ini\nDisebabkan oleh itu para pengamal diet telah pun melakukan inovasi terhadap makanan yang diambil bagi mengekalkan jumlah kalori yang dibenarkan.\nMesti korang pernah dengar tentang \u2018nasi goreng\u2019 tanpa nasi kan? Bagi mereka yang sedang berdiet, rasanya pasti tahu akan menu ini.\nKalau nak makan nasi goreng dengan jumlah yang banyak rasa \u2018berdosa\u2019 pula. Jadi, timbullah idea resipi \u2018nasi goreng\u2019 tanpa nasi ini.\nMacam mana nak buat? Jom kita lihat resipi diet berikut:\nResipi Bunga Kubis Goreng\n\n\nBahan-bahan:\n2 cawan bunga kobis parut\nBahan bumbu:\n5 biji cili api\n2 ulas bawang putih\n\u00bd labu bawang besar\n2 sudu besar ikan bilis\nCara-caranya:\n1. Panaskan minyak\n2. Tumis bahan bumbu\n3. Kemudian, apabila telah aik bau, tambahkan garam, serbuk perasam (dengan jumlah yang sikit)\n4. Kacau semuanya hingga sebati.\n5. Akhir sekali, masukkan bunga kobis yang telah diparut.dikisar.\n6. Goreng sehingga bunga kubis masak. Siap untuk dimakan.\n\nSumber: Tasty\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-jagung-special/", "title": "Resipi Nasi Jagung Special & Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan", "body": "\nPernah cuba tak Resipi Nasi Jagung? Menu ini sama saja seperti nasi tomato dan nasi minyak kerana ia digandingkan bersama ayam masak merah dan acar timun.\nKalau tiada idea nak masak apa untuk makan tengahari atau makan malam, jom cuba masak nasi jagung ini. Bukan saja sedap, malah cara penyediaannya juga sangat mudah!\nBaca juga: Nasi Daging Adabi, Resipi Ekspres Jimat Masa, Lebih 5.1K Perkongsian\nRESIPI NASI JAGUNG SPECIAL\nBahan-bahan:\n\n8 cawan beras basmathi (rendam 30 minit, basuh bersih dan toskan)\nAir (8 cawan)\n2 cawan susu cair\n3 sudu makan minyak sapi/marjerin\n2 tongkol jagung (hiris isinya)\n2 biji bawang besar (tumbuk)\n3 ulas bawang putih (tumbuk)\n1 ruas ibu jari halia (tumbuk)\n1 batang kayu manis\n2 kuntum bunga lawang\n1 batang serai (dititik)\n2 helai daun pandan (disimpul)\n1 ketul kiub ayam (optional)\nGaram secukup rasa\n\nCara-caranya:\n1. Bancuh air, susu cair dan garam.\n2. Panaskan minyak sapi/marjerin dan tumiskan bahan tumbuk, kayu manis, serai, daun pandan dan kiub ayam. Tumis sehingga naik bau dan menjadi sedikit garing dalam periuk nasi. Boleh tumis dalam kuali atau terus tumis dan periuk nasi.\n3. Masukkan bancuhan air dan susu cair tadi beserta dengan jagung. Kacau rata.\n4. Kemudian masukkan beras yang sudah direndam, dibasuh dan ditos. Kacau perlahan-lahan supaya beras tidak hancur. Biarkan masak seperti biasa.\n\n5. Sedia untuk dihidangkan bersama lauk ayam masak merah dan acar timun.\n\n\nKredit resipi dan gambar: Nor Azaliza Tarmizi\nBaca juga: Resipi Nasi Arab Mandy Ayam, Dijamin Sedap Setanding Macam Di Kedai!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-kak-wok/", "title": "Resipi Lengkap Nasi Kak Wok, Menu Ringkas Yang Disukai Ramai!", "body": "\nSesiapa yang pernah mencuba nasi kak wok pasti akan teringkat-ingat kesedapannya. Nasi putih yang dimakan bersama kuah gulai, ayam goreng dan sambal belacan ini pasti mampu memberi kepuasakan ketika sedang menikmatinya.\nKalau ada yang nak cuba masak sendiri nasi kak wok di rumah, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Afy Al Habibi di bawah. Hidangan ini pasti dapat memikat hati seisi keluarga.\nBaca juga: Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Kelantan, Sedap Tak Terkata\nRESIPI GULAI KAK WOK\n\nBahan ayam gulai:\n\n3 ketul ayam \u2013 dicincang kecil\n1 sudu makan rempah gulai kak wok Kelantan\n1 cawan air\n1/2 keping manisan Kelantan @ gula melaka\n2 senduk santan\n1 biji terung \u2013 potong dadu\n1/3 batang lobak merah \u2013 potong dadu\n3 tangkai kacang panjang \u2013 potong kecil\nMinyak masak untuk menumis\nGaram, gula dan perasa secukupnya\n\nBahan kisar:\n\nBawang merah 1 biji (saiz bola ping pong)\nBawang putih 1 ulas (kecil)\nLengkuas 1 hiris (nipis)\nHalia 1 hiris (nipis)\nSerai 1 hiris (nipis)\nSecubit ketumbar dan jintan manis (tambahan)\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.\n2. Seterusnya masukkan 1 sudu makan rempah gulai kak wok. Gunakan api perlahan sahaja.\n3. Tuangkan pula 1/2 cawan air. Tutup dengan tudung periuk sehingga pes pecah minyak. Renehkan dengan api perlahan.\n4. Masukkan perasa peringkat pertama iaitu \u00bd keping kecil manisan Kelantan dan \u00bd sudu teh garam halus.\n5. Kemudian masukkan isi ayam yang dicincang kecil. Tutup periuk dengan tudungnya.\n6. Biarkan semua bahan mesra dan sebati kira \u2013 kira 15 minit dan masak guna api perlahan.\n7. Kemudian masukkan 2 senduk santan. Tambahkan juga 1/2 cawan air.\n8. Setelah gulai mendidih, masukkan perasa peringkat kedua seperti garam, gula dan perasa mengikut cita rasa masing-masing.\n9. Masukkan terung dan lobak merah yang dipotong dadu dan pendek. Biarkan gulai terus mendidih perlahan-lahan menggunakan api perlahan.\n10. Biarkan kuah gulai mereneh selama 5 minit kemudian masukkan potongan kacang panjang. Padamkan api. Kuah gulai yang beraroma dan sedap sedia untuk dinikmati.\nRESIPI AYAM GORENG KAK WOK\nBahan-bahan:\n\n3 ketul ayam dicincang kecil\n1/2 sudu kecil garam\n1 sudu kecil serbuk kunyit\nSedikit serbuk lada sulah\nSedikit secukup rasa\n\nCara memasak:\n1. Ayam dicincang kecil lalu dibersihkan. Toskan sehingga kering.\n2. Masukkan bahan-bahan perap di atas.\n3. Gaul sebati. Perapkan selama 20 minit untuk masa perapan paling minima.\n\n4. Goreng sehingga ayam kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.\n\n5. Hidangkan nasi bersama ayam goreng, gulai ayam dan sambal.\n\nRESEPI SAMBAL JANTAN @ SAMBAL KILLER\nBahan-bahan:\n\n1 genggam cili padi merah (dibuang tangkai)\nBelacan bakar 1 inci\nCuka 1 senduk kecil\n1 sudu makan garam\n3 sudu makan gula\n1/3 cawan air masak (Nak gunakan cuka sepenuhnya pun boleh)\n1 biji limau kasturi\n\nCara membuat:\n1. Satukan semua bahan dan kisar sehingga sedikit lumat.\n2. Pastikan garam dan gulanya biar berasa bagi mengelakkan sambal cepat berkulat.\n3. Hiris bulat kulit limau kasturi untuk menyedapkan lagi rasa sambal.\n\nNota: Sambal ini boleh dibuat lebih awal supaya rasanya lebih sedap.\nBungkus nasi dalam kertas pembungkus. Sama macam kita makan dekat kedai di Kelantan. Tunggu sekejap. Barulah sedia dinikmati.\n\nKredit: Afy Al Habibi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-kari-kambing-daging/", "title": "Nasi Kari Kambing/Daging Versi Ekspres Senang & Cepat", "body": "\nSaya kalau nak cepat siap masak memang nasi kari kambing ni la pilihannya. Mudah sangat! Kalau ada tetamu pun boleh hidang ni. Penyediaan yang senang & cepat.\nItu la kata-kata yang diungkap oleh Sheena Rashid Kamsiran untuk resipi kali ini. Menu ini hanya menggunakan makanan dalam tin dan yang paling penting ia mudah untuk dijumpai.\n\nResipi Nasi Kari Kambing / Daging\nBahan-bahan:\n\n2 tin kari kambing jenama Adabi yang sedap (tapi susah nak cari kat market)\nButter\nRempah 3 sekawan\nBawang besar/merah\nDaun pandan\nTomato\nCarrot\nCili merah\u00a0 besar\nCili padi *optional\nBeras 4 cup/pot\nPerasa\n\nCara memasak:\n\nCuci beras. Letak carrot, tomato & cili merah besar yang dah siap dipotong dan dibersihkan di beras. Letak cili padi sekali kalau ada. Letak tepi dulu.\nCairkan butter. Tumis bawang, rempah 3 sekawan dan daun pandan.\nDah nampak layu bawang dan naik bau, masukkan tin kari daging/kambing tu. Saya tambah air sikit dan bahan perasa sikit supaya balance rasa masin dan manisnya.\nCara saya nak sukatan tu tepat, saya tinggalkan kuah tu. Masukkan ayam, kentang dan bawang dulu. Then baru saya sukat ikut cup. Kuah tu saya dapat 2 1/2 cup. So lagi 2 1/2 cup pakai air masak, masukkan dalam periuk. So total 5 cup.\nTekan la cook dan tunggu nasi masak. Sementara tunggu masak tu, rebus telur.\nSiap! Boleh dihidang.\n\nRasa tak perlu buat kuah sup sebab nasi tu lembab dan wangi sangat. Hidang dengan telur rebus, tomato, timun dan sambal belacan pun memang layan. Sedap betul. Makan sampai dua pinggan.\nKalau malas nak tumis-tumis, skip pun boleh. Terus masuk beras, kari tu letak 1-2 sudu butter supaya wangi dan sukat air. Settle!\nMudah sangat resipi ni, lagi-lagi kalau ada tetamu datang mengejut. Tak perlu kelam-kabut hanya tumis dan siap.\nBaca juga:\nCara Masak \u2018Kari Ayam Versi Nepal\u2019 Tanpa Guna Santan, Ganti Yogurt Lagi Sedap Berlemak\nCara Masak Ayam Goreng Kari, Sedap Dia Tak Boleh Bawa Bincang\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-kerabu-bunga-telang-kelantan/", "title": "Resipi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang Kelantan, Pasti Teringat-Ingat!", "body": "\nJika ke negeri Cik Siti Wan Kembang, pasti wajib cari Nasi Kerabu yang menjadi kegemaran ramai ini.\u00a0Sekali makan, pasti akan rindu dan teringat-ingat.\nKalau ada yang cuba buat sendiri, boleh cuba resipi lengkap perkongsian dari\u00a0Tuan Adriana Arissa\u00a0di bawah. Resipi asli dari Kelantan yang wajib cuba.\nRESIPI NASI KERABU BUNGA TELANG\n\nRESIPI SAMBAL TUMIS\nBahan-bahan:\n\n10 cili kering\n3 ulas bawang merah\n1 biji bawang besar\n\u00bd labu bawang putih\n\u00bd inci halia\n200 gm santan pekat\n3 batang serai \u2013 ketuk\n2 keping asam keping\n1 \u00bd sb gula\n2 sk garam bukit halus\n2 sb budu\nMinyak masak \u2013 agak banyak\n\nCara-cara:\n\nKisar cili kering, bawang-bawang dan halia.\nTumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 \u00bd cawan air. Masukkan santan.\nSentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.\nMasukkan serai dan asam. Bila mendidih, masukkan budu dan gula. Rasa dulu sebelum masukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan boleh tutup api.\n\nNota: Kuah biar pekat, masin dan manis sedikit.\n\nRESIPI SAMBAL IKAN KELAPA\nBahan-bahan:\n\n1 biji kelapa parut \u2013 goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar\n7 ekor ikan selayang \u2013 rebus, ambil isi & tumbuk\n5 ulas bawang merah\nNisan-cincang halus @ gula\nGaram secukup rasa\n4 batang serai\n1 sudu kecik lada hitam-tumbuk\n\nCara-cara:\n\nTumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.\nMasukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata. Masak sekejap supaya tahan lebih lama.\n\n\nRESIPI SOLOK LADA\nBahan-bahan:\n\n100g kelapa parut\n3 ekor ikan selayang rebus-amik isi dan tumbuk kasar\nCili hijau-belah buang biji\n3 biji bawang merah\n2 ulas bawang putih\n1 sudu kecik lada hitam ditumbuk\nGaram dan gula\n\nCara-cara:\n\nKisar\u00a0bawang, kemudian masukkan ke dalam kelapa bersama isi ikan. Gaul sebati. Kemudian sumbat ke dalam cili hijau.\nSusun ke dalam pan dan masukkan santan. Masak sehingga santan hampir kering.\n\n\nRESIPI SAMBAL CILI\nBahan-bahan:\n\nSambal Cili\nCili merah\nCili hijau\nCili besar- kalau tak nak pedas\nGaram\nGula\nCuka\n\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan.\n\nRESIPI NASI BIRU BUNGA TELANG\nBahan-bahan:\n\n4 pot beras\nAir secukupnya\nSegengam bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru- rendam semalaman dan kisar\nSerai diketuk\nDaun limau purut\n\nCara-cara:\n\nMasak nasi macam biasa menggunakan rice cooker.\n\n\nBahan ulam-ulaman:\n\nUlam ulaman\nKubis\nTaugeh\nKacang panjang\nBunga kantan\nDaun serai kayu\nPucuk selon\n\nHiris halus dan sedia untuk dihidangkan.\n\nBahan lain:\n\nKeropok goreng\nTelur masin\nSolok lada\n\n\nKredit: Tuan Adriana Arissa\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-minyak-kenduri/", "title": "Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini", "body": "\nJom cuba resepi nasi minyak simple ini. Nasi minyak merupakan menu yang cukup sinonim dengan masjlis kenduri. Namun disebabkan oleh pandemik yang melanda negara sekarang telah membataskan segalanya.\nJadi apa kata buat masa sekarang jom cuba buat sendiri nasi minyak di rumah dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Noratiqah Nordin di bawah.\nSelepas ini tak perlu tunggu majlis kawin orang dah, bila-bila masa sahaja boleh makan nasi minyak kalau dah pandai buat sendiri. Semoga bermanfaat ya!\nResepi Nasi Minyak Simple\nBahan-bahan:\n\n2 sudu minyak sapi\n2 sudu margerin\n4 serangkai\n2 bawang merah dihiris\nSeinci halia\n1 tin susu cair\n4 pot beras\n5.5 pot air\nGaram\nPewarna sikit untuk cantik saja\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan margerin dan minyak sapi.\n\n2. Masukkan empat serangkai.\n3. Masukkan bawang merah yang dah dihiris.\n\n4. Masukkan halia yang dihiris.\n\n5. Masukkan air.\n\n6. Masukkan susu cair.\n\n7. Masukkan garam.\n\n8. Basuh beras basmathi dan toskan. Ika pakai beras pusa.\n\n9. Masukkan semua bahan yang kita masak tadi ke beras.\n\n10. Titik-titikkan pewarna semasa nasi sedang dimasak dan semasa panas supaya warna lebih cantik.\n\n11. Makan bersama acar dan ayam masak merah.\n\nKredit: Noratiqah Nordin\nBaca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati Anak-Anak Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nasi-tomato-power-guna-cara-kukus/", "title": "Resipi Nasi Tomato \u2018Power\u2019 Guna Cara Kukus, Nasi Elok Tak Keras & Tak Lembik", "body": "\nBiasa masak nasi tomato? Kali ini apa jom cuba masak resipi nasi tomato versi kukus. Nasi menjadi elok, tak keras dan tak lembik.\nBila masak nasi cara kukus, nasi juga akan lambat basi. Kalau masak pagi, boleh tahan sampai malam atau esok pagi!\nSebut saja nasi tomato, memang wajib ada ayam masak merah dan jelatah timun. Ikut cara-cara membuatnya di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Nasi Tomato Versi Kukus\nBahan-bahan nasi tomato kukus:\n\nPengukus\n3 cawan beras / basmathi\n1 ulas bawang putih, 1 ulas bawang merah, 2 cm halia (tumbuk)\n2 sdm minyak sapi @ marjerin\nRempah 4 sekawan\n\u00bd tin tomato pure\n2 sdm gula\n1 sdt garam\nSecubit ajinamoto\n\u2153 susu cair\n2\u00bd cawan air\nDaun pandan\n\nCara-cara:\n1. Basuh bersih beras dan toskan. Kalau guna beras basmathi, rendam selama 30 minit, basuh dan toskan.\n2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan bahan-bahan lain, tuggu mendidih dan masukkan bersama beras dalam pengukus.\n3. Kukus selama 15 minit. Buka penutup dan gempur nasi. Sambung kukus sehingga nasi masak.\n\nBahan-bahan ayam masak merah:\n\n1 ekor ayam\n3 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 ruas lengkuas, 1 ruas halia, 2 batang serai (kisar halus)\nRempah 4 sekawan\n1 senduk kecil cili kisar\n\u00bd tin tomato pure\n1 batang carrot (kisar halus bersama air)\n2 sdm sos tomato\n1 sdm sos cili\n4 sdm gula perang\n1 sdt garam\n\u00bd sdt secukup rasa\n\u2153 susu cair\nMinyak menumis\nDaun pandan\n2 labu bawang besar potong bulat\nDaun bawang jika suka\n\nCara-cara:\n1. Bersihkan ayam, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng ayam jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan.\n2. Tumis bahan kisar serta 4 sekawan dan daun pandan sehingga naik bau.\n3. Masukkan cili kisar, tomato pure, sos tomato, sos cili dan masak sampai pecah minyak.\n4. Kemudian, masukkan carrot kisar dan ayam yang digoreng tadi. Tambah 1 cawan air jika terlalu kering.\n5. Renehkan sekejap, kemudian masukkan susu cair dan perasa-perasa lain. Masak lagi sampai pecah minyak.\n6. Masukkan bawang besar dan daun bawang. Siap!\n\nBahan-bahan jelatah timun:\n\n1 batang timun (potong ikut citarasa)\n1 batang carrot (potong ikut citarasa)\n1 labu bawang besar (potong ikut citarasa)\n1 biji cili merah (potong ikut citarasa)\n1 sdm gula\n2 cubit garam\n1 sdm sos cili\n1 sdm cuka\n\nCara-cara:\n1. Campur semua dan gaul sebati.\n2. Boleh tambah cili padi jika suka pedas.\n\nSiap untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nugget-tempura/", "title": "Nugget Tempura Homemade Yang Sihat & Lazat", "body": "\nNugget tempura sangat terkenal terutamanya kepada kanak-kanak. Tapi adakah kita tahu bahawa nugget yang sudah diproses diluar sana terdiri daripada bahan yang kurang sihat untuk perkembangan anak-anak.\nMenurut perkongsian dari Noor Liyana, resipi ini juga kalau nak buat sausage homemade cuma anda perlukan plastik aiskrim sebagai acuannya.\nResipi Nugget Tempura Homemade\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam (saya pakai bahagian dada dipotong kecil) dalam 700gm\nTelur 2 biji\nBawang putih 5 ulas\nBawang merah 2 biji (saiz sedang)\nLada hitam (ditumbuk) ikut suka nak banyak mana\nTepung ubi kayu 3 sudu\nGaram dan perasa (ikut suka)\nTepung goreng serbaguna (saya guna brand aroma. Sedap sebab dia ada rasa pedas sikit.)\nSedikit butter\n\nCara-cara:\n\n\nBlend semua bahan (boleh guna food processor jika ada. Kalau tak, boleh guna blender. Tapi blend perlahan takut blender rosak.)\nKemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 minit. Sebelum masuk adunan, saya ada sapu butter sikit di loyang supaya nugget cake senang dikeluarkan.\nKemudian, potong nugget cake mengikut saiz dan bentuk yang kita suka. \nBancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget tersalut dengan sekata.\nCelupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng sehingga garing.\nKalau nak rasa lebih sihat, boleh grill nugget tersebut.\n\n\nHasilnya kita akan dapat nugget yang lembut, tak ada lemak atau keraguan sebab totally isi ayam bahagian dada yang digunakan.\nBaca juga:\nWanita Kongsi Resipi Ayam Sihat Sedap & Mudah, Dah 5 Tahun Makan Macam Ni\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-nyonya-curry-laksa/", "title": "Buat Sendiri Nyonya Curry Laksa Di Rumah, Tak Sedar Makan Tambah Berpinggan-Pinggan!", "body": "\nNyonya Curry Laksa merupakan hidangan yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. Namun kini telah diminati oleh semua kaum di Malaysia dan juga Singapura.\nApa yang unik, kuahnya kelihatan seakan sama dengan hidangan mi kari. Jom kita cuba buat dengan menggunakan resipi oleh Nur Syaa di bawah.\nResipi Nyonya Curry Laksa\n\nBahan-bahan:\n\nMi kuning 1 paket (rendam untuk hilangkan kapur dan pewarna)\nChili oil\nUdang 10 ekor saiz sederhana (kepala dan kulit asingkan dalam 1 mangkuk)\nIsi ayam 4 ketul\nSayur sawi\nFilamen ketam\nFishball\nTauhu pok\nTogey\nSerai 1 batang\nDaun limau purut\nDaun kesum\nBunga kantan 1 batang\nSantan\nHalia\nLengkuas\nDaun kari 3 tangkai\nSerbuk kari\n\nCara-cara:\n1. Panaskan air dalam 1 periuk saiz sederhana. Apabila mendidih, masukkan 4 ketul ayam bahagian dada. Celurkan kepala dan kulit udang, filamen ketam, sawi, togey, fishball. Celur seketika bahan ini satu persatu dan bawa keluar. Susun bahan-bahan celur dalam 1 bekas dan ketepikan.\n2. Kemudian, keluarkan isi ayam yang telah dimasak, potong bahagian isi dan ketepikan.\n3. Air rebusan jangan dibuang, akan digunakan semula nanti.\n4. Sediakan lesung batu. Tumbuk tulang ayam bersama kepala udang, kulit udang, daun kesum, daun limau purut, halia, bunga kantan dan lengkuas.\n5. Di dalam periuk lain, masukkan chili oil, minyak 2 sudu besar, serbuk kari, bahan yang ditumbuk dan daun kari. Tumis sehingga semua bahan garing dan naik bau, jangan sampai hangus.\n6. Kemudian masukkan air rebusan tadi, setelah mendidih kecilkan api dan masukkan santan 1 kotak. Kacau rata.\n7. Masukkan garam, gula, tauhu pok dan kacau lagi. Biarkan mendidih selama 10 hingga 15 minit.\n\n8. Tapis terlebih dahulu sebelum dihidangkan untuk mengeluarkan bahan yang ditumbuk kasar tadi.\n9. Hidangkan bersama mi yang sudah dicelur dan bahan sampingan yang lain.\n\nInfo: Untuk masak dalam kuantiti yang banyak, cuma gandakan bahan. Untuk bahan tumbuk, boleh juga guna pengisar.\nKredit: Nur Syaa\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-oreo-cheese-cupcake-tanpa-bake-hanya-perlu-disejukkan-sahaja-mudahnya/", "title": "Resipi Oreo Cheese Cupcake Tanpa \u2018Bake\u2019, Hanya Perlu Disejukkan Sahaja. Mudahnya!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-22 13:54:55\n\n\nSebut sahaja tentang Oreo Cheesecake ini, pasti akan terbayangkan rasa kejunya yang enak. Lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk-sejuk, fuhh sedapnyaa! Nampak saja seperti susah untuk dibuat, sebenarnya korang boleh buat oreo cheesecake ini tanpa perlu di masak dalam ketuhar pun. Hanya perlu disejukkan dalam peti air sahaja, mudah kan? Jom kita ikuti resipi ringkas Oreo Cheese Cupcake daripada Mas Cotek ini.\nKredit: Mas Cotek\nBahan Base:\n\n30 keping biskut oreo dikisar (asingkan cream tengahnya)\n3 sudu besar butter/marjerin\n\nCara-caranya:\n\nHancurkan biskut keping oreo yang telah diasingkan dari cream tadi.\nCairkan butter dan kemudian masukkan oreo untuk digaul sehingga sebati.\nSelepas itu, tekan-tekan ke dalam loyang sehingga isinya padat dan sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang \u00bd jam.\n\n\u00a0\nBahan Filling/ Chese\u00a0Cake:\n\n250 gm cream cheese\n200 ml whipping cream\n1/4 cawan susu pekat manis\n1/4 cawan gula castor\n1 sudu teh esen vanilla\n15 keping oreo (1 bungkus dipatah\u00b2kan) \n1 sudu besar galetin \n2 sudu besar air panas (larutkan galetin ke dalam air panas) \n\nCara-caranya:\n\nPukul cream cheese dan gula castor sehingga teksturnya menjadi kembang.\n\u00a0\nMasukkan susu pekat manis, esen vanilla dan cream oreo yang di asingkan dari bahan base tadi, lalu teruskan mengadun.\n\u00a0\nKemudian, masukkan whipping cream dan gelatin, lalu adunkan lagi hingga sebati\n\u00a0\nSelepas itu, masukkan oreo yang sudah dipatah-patahkan tadi dan kacau sebati dengan menggunakan senduk atau spatula.\n \nKredit: Mas Cotek\n\u00a0\nTuang ke dalam loyang base tadi dan sejukkan selama 5 jam atau semalaman.\n \nKredit: Mas Cotek\n\n\u00a0\nDah siap! Selamat mencuba!\n\nKredit: Mas Cotek\n\nKredit: Mas Cotek\n\nKredit: Mas Cotek\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-pad-thai-ala-thailand/", "title": "Resipi Pad Thai Macam Makan Di Thailand, Tak Sangka Mudah Je Cara Masak", "body": "\nResepi Pad Thai ini sangat sedap dan mudah. Oleh sebab itu menu ini sangat popular kalangan penjual-penjual makanan jalanan di\u00a0Thailand.\u00a0\nPergilah ke daerah mana-mana pun di negara gajah putih, pasti anda boleh mendapatkan hidangan ini dengan mudah.\nJika anda teringin nak rasa tapi entah bila dapat berkunjung ke negara Thailand, jom cuba masak sendiri pad Thai di rumah.\nBaca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!\nResepi Pad Thai Ala Makan Di Thailand\nBahan-bahan:\n\n1 paket mi pad thai direndam dengan air panas (boleh ganti guna kuetiau halus)\n6 bawang putih \u2013 dicincang\n1 keping tauhu \u2013 didadu dan digoreng\n10 ekor udang segar\nDaun bawang \u2013 dipotong panjang\n1 mangkuk taugeh\n2 biji telur \u2013 dipukul sedikit\n3 sdb lobak masin -hiris kecil\n\nBahan-bahan sos paad thai:\n\nAir asam jawa\nGula melaka/gula perang\nSos ikan thai\n\nBahan-bahan tabur:\n\nKacang tanah goreng \u2013 ditumbuk kasar\nChilie flaked & hirisan daun ketumbar/sup\n\nCara-cara menggoreng:\n1. Satukan bahan-bahan sos pad Thai. Pastikan rasa masin, masam dan manisnya seimbang. Ketepikan.\n2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan udang dan masak seketika.\n\n3. Masukkan phad thai, taugeh, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai tadi. Kemudian gaul rata.\n\n4. Ketepikan pad thai, tuang telur dan kacau hingga telur masak garing. Selepas itu gaul sehingga semuanya sebati.\n\n5. Tabur chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidang pad thai goreng. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar\nBaca juga: Resipi Sup Daging Thai \u2018Padu\u2019, Masak Tanpa Guna Minyak & Tanpa Tumis\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-pancake-korea-guna-kucai-ganti-daun-bawang/", "title": "Resipi Pancake Korea, Guna Kucai Ganti Daun Bawang. Sesuai Dengan Tekak Melayu!", "body": "\nPeminat drama Korea pasti tahu menu Pancake Korea atau lebih dikenali sebagai Pajeon ini. Teksturnya seolah-olah macam lempeng tapi lempeng versi Korea. Bahan-bahan yang digunakan juga bahan asas yang biasa ada di dapur.\nResipi asal di Korea menggunakan daun bawang sebagai salah satu bahannya. Namun boleh digantikan dengan daun kucai supaya lebih sesuai dengan citarasa dan tekak orang Malaysia. Rasanya juga akan menjadi lebih wangi dan sedap.\nJom lihat cara membuat Pancake Korea di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Affieyza Isahak. Selamat mencuba!\nCara Buat Pancake Korea\nBahan-bahan:\n\n1 cawan penuh tepung gandum\n2 sudu penuh tepung jagung\n1 cawan air kosong\nSedikit garam & gula\n1/2 sudu soda bikarbonat\nCili merah\nLobak merah\nKucai (Cik Dieyza kerat agak pendek tapi di Korea mereka tak kerat. Risau susah nak makan, tu kerat sikit)\nUdang (cincang)\nSekeping keju yang dicarik-carik\n1 biji telur (dipukul)\n\n\nCara-cara:\n1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, air, gula, keju dan garam. Bahagi adunan kepada dua bahagian. 1 bahagian lebih, satu lagi kurangkan.\n2. Masukkan kucai ke dalam bekas adunan yang lebih. Gaul rata.\n3. Panaskan kuali, tuang adunan kucai bagi rata dan nipis. Api sentiasa perlahan.\n\n4. Dalam dua minit, tabur hirisan lobak merah, selepas dua minit, tuang dalam 3 sudu adunan yang kurang tadi di seluruh permukaan. Tambahkan udang dan tuang telur.\n\n5. Tabur hirisan cili merah dan sedikit lagi hirisan kucai. Tutup kuali.\n\n6. Boleh terbalikkan apabila bahagian bawah sudah masak dan garing. Tunggu sebelah lagi masak dengan cantik, boleh tutup api. Siap.\n\nBahan sos:\n\n3 ulas bawang putih (tumbuk)\n4 sudu air kosong\n3 sudu kicap\n1/2 sudu serbuk lada hitam\n1/2 sudu minyak bijan\n1 sudu cuka\n2 tangkai cili kering (hiris halus)\n1/2 sudu gula\n1/2 bijan\n\nCara-cara:\nCampurkan semua bahan sampai sebati. Siap\n\nKredit: Novelis Affieyza Isahak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-pancake-popia-memang-lain-dari-lain/", "title": "Resipi Pancake Popia Yang Lain Dari Lain, Cicah Dengan Sos Thai Memang Layan!", "body": "\nPenggemar popia wajib cuba buat Pancake Popia ni. Memang lain dari lain, jarang jumpa orang buat kan?\nCaranya sangat mudah, tidak renyah dan yang penting sedap. Sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang atau sarapan pagi.\nResipi hasil perkongsian oleh Tengku Roselyza ini berinspirasikan dari Korea. Wajib cicah dengan sos thai baru lagi sedap! Jom cuba.\nCara Buat Pancake Popia Lain Dari Lain\nBahan-bahan:\n\nKulit popia (brand apa-apa aje)\n10 ekor udang (potong kecik2)\n1sd lada sulah\nSedikit garam\n3 ulas bawang putih (hiris halus @ cincang)\nDaun kucai\nCili merah besar (cincang halus)\n2 senduk kecil tepung jagung (bersamaan 4 sdb)\nSebiji telur\nSedikit tepung gandum yang dibancuh dgn air (untuk gam)\n\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan di atas kecuali kulit popia dan tepung gandum.\n\n2. Kulit popia dilipat dua dan gunting.\n3. Ambil sedikit bancuhan dan ratakan atas kulit popia.\n\n4. Satu lagi lapisan kulit popia disapu dengan tepung gandum untuk gam. Tampal atas kulit popia tadi.\n\n5. Kemudian bolehlah goreng sehingga garing. Angkat dan siap untuk dimakan.\n\nCicah dengan sos thai.\n\nKredit: Tengku RosElyza Raja Muhammad\nBaca juga: Jarang Dibuat Orang, Ini Dia Resipi Suhun Goreng Macam Di Kedai Thai\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-paprik-seafood/", "title": "Resipi Paprik Seafood Yang Mudah, Cepat & Sangat Menyelerakan", "body": "\nKalau tak tahu nak masak apa untuk makan tengah hari atau makan malam, boleh cuba resipi paprik seafood yang sangat menyelerakan ini.\nKombinasi sotong dan udang serta sayuran yang sangat mengiurkan! Masakan ini juga menjimatkan masa anda kerana tidak perlu memasak lauk sayur lain.\nNak cuba masak? Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Ezan Jelita di bawah. Selamat mencuba!\nRESIPI PAPRIK SEAFOOD SEDAP\nBahan A:\n\nBawang merah\nBawang pytih\nHalia\n\nHiris semua bahan A.\nBahan B:\n\n2 sudu cili kisar\n2 sudu pes tomyam\n3 sudu sos tiram\n4 sudu sos cili\n3 sudu kicap manis\nPerasa\nUdang dan sotong (nak tukar kepada daging atau ayam pun boleh)\n\nBahan C:\n\nKobis bunga\nLobak merah\nKacang buncis\nDaun limau purut\nCili Merah/Hijau\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan A terlebih dahulu. Kemudian masukan bahan B kecuali sotong dan udang.\n\n2. Kemudian baru masukkan sotong dan udang yang sudah dicuci bersih. Tambahkan juga sedikit air. Reneh sehingga masak.\n3. Masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam. Jika suka, boleh taburkan juga serbuk perasa.\n\n4. Gaul rata dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ezan Jelita\nBaca juga: Raih Lebih 2.1 Juta View, Angah Raja Lawak Kongsi Resipi Sotong Garam Lada\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-pau-inti-kelapa-simple-tapi-gebu-kemain/", "title": "Resipi Pau Inti Kelapa, Simple Tapi Gebu Kemain!", "body": "\nSuka makan pau? Apa kata jom cuba buat sendiri di rumah. Kalau buat sendiri, boleh letak inti mengikut citarasa masing-masing seperti pau inti kelapa.\nMudah saja caranya, kalau\u00a0first time\u00a0buat pun confirm jadi. Jom lihat cara-caranya di bawah.\nCARA BUAT PAU INTI KELAPA\n\nBahan-bahan:\n\n1 1/2 cawan air suam kuku\n1 paket yis\n2 sdb gula pasir\n\nBahan-bahan:\n\n4 1/2 cawan tepung gandum @ tepung pau\n3 sdb shortening\n2 sdb susu pekat manis\n1 1/2 sdt baking powder\nSedikit garam\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan A dalam satu bekas kacau dan biarkan berbuih dalam 5- 6 minit lebih kurang.\n2. Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi serbuk.\n3.\u00a0Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8-1 minit.\n4. Kemudian peram adunan dlm bekas bertutup selama 15 minit..\n5. Uli semula. Bulat-bulatkan.\n6. Ambil satu adunan, masukkan inti dan letak atas kertas minyak.\n7. Perap lebih kurang 15-20 minit dan kukus 7 selama minit.\n\nKredit: Rahmah Rosmin\nBaca juga: Resipi Lempeng Kelapa Legend, Simple Tapi Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-pepes-ayam/", "title": "Resipi Pepes Ayam Yang Padat Dengan Isi, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!", "body": "\nPernah dengar makanan pepes ayam? Kalau pernah makan otak-otak atau sata, rasa pepes lebih kurang sama.\u00a0Nama lainnya juga dikenali sebagai pais, menggunakan daun pisang dan ikan sebagai bahan utama.\nIa merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat dan ramai orang Malaysia yang menggemarinya. Harga pepes yang sudah dibakar boleh tahan mahal juga.\nJadi apa kata jom cuba buat sendiri pepes ayam di rumah menggunakan resipi hasil perkongsian dari Rozmaliza Omar di bawah.\nResipi Pepes Ayam\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam bahagian dada \u2013 dikisar\n2 biji telur\n2 sdb ketumbar**\n2 sdb jintan manis**\n2 sdb jintan putih**\n3 batang serai**\n5-6 ulas bawang merah**\n3 ulas bawang putih**\n4 biji buah keras**\n1 inci halia**\n1 inci kunyit**\nSegenggam cili kering**\n2 kiub ayam\n250 ml santan kara\nSecukup rasa\nGaram, gula\nDaun pisang untuk membungkus\n\nCara-cara:\n1. Kisar semua bahan bertanda (**) kecuali isi ayam dan telur sehingga lumat. Kemudian tuangkan ke dalam kuali. Masukkan juga sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.\n\n2. Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan sambal.\n\n3. Isi ayam yang sudah dikisar gaul dengan telur. Apabila sambal sudah sejuk, campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata sehingga sebati. Pastikan rasa cukup pedas dan manisnya.\n\n4. Letakkan 1 sudu kecil adunan pepes ke atas daun pisang dan bungkus macam kuih koci.\n\n5. Kukus selama 20 minit. Bila nak makan, bakar sekejap atas dapur.\n6. Sedap makan panas-panas, selamat mencuba!\n\nKredit: Rosmaliza Omar\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-percik-ikan-kembung-terlajak-sedap/", "title": "Resipi Percik Ikan Kembung \u2018Terlajak\u2019 Sedap! Anak-Anak Pun Makan Berselera", "body": "\nTak tahu nak masak apa? Jom kita sama-sama cuba resipi percik ikan kembung\u00a0yang terlajak sedap ini.\nKalau tak cuba memang takkan tahu \u2018kesedapan\u2019 menu ini. Anak-anak pun dijamin suka dan makan berselera!\nIkut saja resipi lengkap perkongsian oleh Suhasnida Ismail di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Percik Ikan Kembung \u2018Terlajak\u2019 Sedap!\nBahan A:\n\n8 ulas bawang putih\n3 batang serai\n1 inchi halia\n1 tbsp cili kering kisar\n2 inchi kunyit hidup\nSedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap\n1 tbsp garam\n1/2 tbsp jintan manis\nSecubit belacan (optional)\nSedikit air untuk kisar\n\nBahan B:\n\n8 biji bawang merah size 50sen\n2 ulas bawang putih\nSehiris halia\n1 tbsp ketumbar biji (sangai)\nSecubit belacan\n\nBahan C:\n\n3 tbsp cili kering\n900ml santan pekat\n2 hiris asam limau/asam keping\n\nBahan D:\n\n2 tbsp garam bukit\n2 tbsp gula pasir\n2 tbsp gula kabung thai\n1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap\n\nCara penyediaan:\n1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam.\n\n2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.\n\n3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk.\n\n4. Masukkan bahan C.\n\n5. Kemudian perasakan dengan bahan D.\n\n6. Masak sampai mendidih & pekat.\n\n7. Bakar ikan atau ayam sampai masak.\n\n8. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedap.\n\n9. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor setengah ay\u00e0m size 2kg.\nKredit: Suhasnida Ismail\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-pes-bakar-paling-mudah-sedap/", "title": "Resipi Pes Bakar Paling Mudah & Sedap, Nak Guna Tinggal Lumur Je Pada Lauk & Bakar", "body": "\nSesiapa yang plan nak berdiet, menu paling mudah nak buat ialah lauk pauk bakar. Nak mudah, jom buat saja pes bakar menggunakan resipi di bawah.\nResipi paling mudah dan sedap untuk diikuti. Pes ini boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, tinggal lumur saja bahan bahan dan boleh dibakar.\nMemang sangat menjimatkan masa dan tenaga. Sedap dimakan bersama nasi panas-panas dan ulam-ulaman. Selamat mencuba!\nHOMEMADE PES BAKAR\nBahan-bahan:\n\nCili kering (2 gengam)\nBawang merah (1-2 biji) + putih (7-8ulas)\nSerai (2 batang)+ halia & lengkuas (sebesar ibu jari)\nDaun limau purut (1-2 helai)\nBelacan bakar (secubit)\nSerbuk kari (sesudu kecil)\nPes asam jawa (sesudu kecil)\nGula melaka (sesudu kecil)\n\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan, kemudian masak sehingga semua bahan garing dan cili masak.\nHiris halus daun limau purut dan taburkan.\nBila sambal dah sejuk, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.\n\nBila nak guna, lumur saja pes pada lauk pilihan masing-masing, kemudian sedia untuk dibakar.\n\n\n\nKredit: Raihanatu Zie\nBaca juga: Cara Buat Pes Shellout Homemade, Bila Nak Masak Pes Dah Ready!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-pisang-goreng-crunchy/", "title": "Bekas Peniaga Kongsi Cara Buat Pisang Goreng Crunchy Boleh Tahan Selama 4-5 Jam", "body": "\nSelalu jumpa pisang goreng crunchy ni kat kedai tepi jalan je kan? Tapi teringin nak tahu caranya supaya boleh dimasak ketika dirumah dan sesuai untuk dijadikan menu minum petang untuk keluarga ataupun tetamu.\nSeorang bekas peniaga telah berkongsi cara-cara untuk menjadikan tepung pisang goreng sangat crunchy tanpa menggunakan tepung segera.\nCara Membuat Pisang Goreng Crunchy\n\nBahan-bahan:\n\nTepung beras 2 cawan\nTepung jagung 1 cawan\nTepung gandum 1/2 cawan\nTelur 1 biji\nSerbuk kunyit 1/2 sudu teh\nAir kapur 4 sudu besar makan\nGaram 1/2 sudu teh\nMentega 1 sudu besar\nKelapa parut atau mesin 3 sudu (kalau untuk makan sendiri boleh lah letak kelapa ni supaya dia berlemak sedikit)\n\nCara-cara:\n\nMasukkan semua tepung ke dalam satu bekas.\nKemudian letakkan telur, serbuk kunyit, air kapur, garam dan mentega.\nMasukkan dalam 2 cawan air. Agak-agak jangan terlalu pekat nanti kerak tak cantik.\nBila dah gaul letakkan pisang atau keledek yang hendak digoreng.\nPastikan minyak betul-betul panas dan banyak.\nRenjis dulu bancuhan tepung tu ke dalam minyak kemudian baru masukkan pisang yang sudah disalut tadi.\nPisang goreng crunchy sudah siap untuk dihidang.\n\nTips taknak pisang goreng dan keledek berminyak adalah jangan goreng api terlalu perlahan nanti minyak meresap ke tepung.\nSenang sangat resipi yang dikongsi oleh Kak Mala ini. Lepas ni mudah sangat la kalau nak buat pisang goreng yang crunchy macam ni.\n\nKredit: Normala Kori\nBaca juga:\nCara taknak ikan bilis liat\nResipi Jejari Kentang Cheese, Mudah Dan Ekpres!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-pizza-sedap-mudah-hanya-gunakan-kuali-sahaja/", "title": "Resipi Pizza Sedap & Mudah, Hanya Gunakan Kuali Sahaja!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-06 13:46:41\n\n\nBila disebut tentang Pizza, pasti ramai terbayangkan kelazatannya ketika dimakan waktu panas-panas. Lebih-lebih lagi kalau diletakkan lebih keju sebagai topping pizza, fuhh sedapnyaaa! Sudah tentu ramai ingin mencuba membuat Pizza sendiri di rumah, terutamanya anak-anak muda yang lumrahnya sangat menggemari makanan barat ini. Menariknya, kini sudah ada cara yang lebih mudah untuk memasak Pizza homemade. Caranya adalah dengan hanya menggunakan kuali sahaja! Oleh itu, jom ikuti perkongsian Murni Rahmat\u00a0menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Murni Ahmad\nBahan-bahan:\n\nKredit: Murni Rahmat\nBahan doh pizza:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \n\n1kg tepung gandum\n1 cawan air suam\n1 cawan air suam (dicampur bersama sedikit mauripan)\n1 paket mauripan @ yis kering\n2 sudu minyak masak\n1 sudu makan gula\nSecubit garam\n\n*Uli bahan-bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit\nBahan topping:\n\nBawang besar (dihiris)\nSos pasta tradisional\nSosej (dipotong)\nAyam (dipotong kiub)\nCendawan butang\nNanas\nKeju\n\n*Pilihan bahan topping terpulang mengikut citarasa sendiri\n\u00a0\nBahan sos: \n\n3 ulas bawang putih (dipotong halus)\n1 biji bawang besar/holland (dikisar)\n1 sudu kecil mix herbs\n1 kiub ayam\n2 sudu besar tomato puree\n3 biji tomato (dikisar)\n\nCara penyediaan sos:\n\nTumiskan bawang putih tadi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bawang dan tomato yang sudah dikisar sehingga pecah minyak.\nMasukkan tomato puree dan kemudian tambahkan mix herbs serta kiub ayam.\nAkhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.\u00a0Ketepikan.\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nUntuk penyediaan topping, tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan topping yang disediakan tadi.\n \nKredit: Murni Rahmat\n\u00a0\nTumiskan sehingga cukup masak. Perasakan dengan garam dan lada hitam, kemudian ketepikan seketika.\n\u00a0\nBagi penyediaan doh, mulakan dengan menggaul tepung dengan minyak. Tambahkan 2 cawan air tadi dan teruskan menguli\u00a0sehingga doh tidak melekat di tangan. Kemudian, tutupkan bekas doh dengan tuala dan rehatkan selama 1 jam.\n \nKredit: Murni Rahmat\n\u00a0\nSelepas satu jam, doh akan menaik 2 kali ganda. Tumbukkan sedikit doh untuk mengeluarkan anginnya.\n \nKredit: Murni Rahmat\n\u00a0\nBahagikan doh kepada 5 bahagian ataupun lebih. Bentukkan doh kepada bulat dan leper. Kemudian, letakkan di atas kuali untuk dimasak tanpa memerlukan minyak atau apa-apa lapik.\n \nKredit: Murni Rahmat\n\u00a0\nMasak doh tadi dengan api yang kecil selama 10 hingga 15 minit mengikut ketebalan pizza yang anda buat tadi. Tutupkan dengan tudung periuk.\n \nKredit: Murni Rahmat\n\u00a0\nAgak-agak sudah hampir masak, sapukan sos yang sudah di\u00a0siapkan tadi di atas permukaan doh.\n \nKredit: Murni Rahmat\n\u00a0\nKemudian, teruskan meletak topping yang sudah tersedia di atas permukaan doh di dalam kuali. Ini supaya topping tersebut akan turut dimasak di dalam kuali bersama doh. Tunggu sehingga keju pun turut cair.\n \nKredit: Murni Rahmat\n \nKredit: Murni Rahmat\n\u00a0\nTutup api dan angkatkan untuk diletakkan di atas pinggan yang leper.\n \nKredit: Murni Rahmat\n\nSiap! Sesuai dihidang panas-panas dan dimakan bersama kawan-kawan. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-popia-carbonara-sesuai-hidangan-waktu-petang/", "title": "Resipi Popia Carbonara, Sesuai Hidangan Waktu Petang!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-04 05:13:49\n\n\nBila dah masuk waktu petang di rumah, mulalah ibu-ibu sibuk didapur menyiapkan hidangan petang buat seisi keluarga. Suami yang pulang dari pejabat\u00a0juga ingin hilangkan kepenatan dengan\u00a0menjamu selera bersama anak dan isteri tersayang. Namun, ada kalanya\u00a0ibu-ibu mesti jadi buntu memikirkan hidangan yang patut dimasak. Jadi, inilah masanya untuk para ibu cuba menu\u00a0Popia Carbonara! Sangat sesuai untuk hidangan waktu petang, mesti anak-anak dan suami pun turut berselera. Mudah saja caranya. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Raja Amanina menerusi laman Facebooknya.\n\u00a0\n\nKredit: Raja Amanina\nBahan-bahan:\n\n1 keping isi ayam (dipotong dadu)\n1 paket sosej (dihiris)\n1 biji bawang besar (dipotong dadu)\n1 batang lobak merah (dipotong dadu halus)\n1 sudu serbuk lada hitam\n2 sudu makan mentega atau majerin\nKeju cheddar parut secukupnya\n1 cawan susu penuh krim atau susu cair\n\u00bd cawan air\n1 sudu makan tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)\nGaram dan gula secukupnya\nKulit popia secukupnya\n\nCara-cara:\n\nPanaskan kuali dan cairkan mentega. Kemudian, tumis bawang besar sehingga naik bau.\n\n\u00a0\nMasukkan isi ayam, sosej, lobak merah dan lada hitam dan gaulkan sehingga isi ayam masak.\n\nKredit: Raja Amanina\n\u00a0\nKemudian, tambahkan sedikit air, susu dan keju. Kacau hingga sebati dan kemudian tambahkan bancuhan tepung gandum tadi.\n \nKredit: LorongPerihal\n\u00a0\nPerasakan dengan garam dan gula secukupnya. Padamkan api dan biarkan inti sejuk seketika.\n\nKredit: Raja Amanina\n\u00a0\nUntuk menggulung popia, gunakan 2 keping kulit popia supaya inti tidak bocor. Sudukan inti secukupnya dan balutkan kulit popia dengan kemas.\n\nKredit: Raja Amanina\n\u00a0\nSetelah siap membalut, panaskan minyak dan goreng sehingga warna popia bertukar keperangan.\n\nKredit: Raja Amanina\n\u00a0\n\nSiap! Sesuai dimakan panas-panas bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!\n\nKredit: Raja Amanina\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-popia-sira/", "title": "Resipi Popia Sira, Rasanya Pedas, Manis & Rangup, Dah Makan Pasti Menjilat Jari!", "body": "\nResepi popia sira ini sangat mudah untuk anda cuba. Kalau buat untuk jualan pada bulan Ramadan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pasti laku keras!\nPopia sira sambal merupakan antara kuih yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai. Anda boleh mencuba sendiri untuk membuatnya di rumah kerana bahan-bahannya mudah dan senang untuk dibuat.\nBaca juga: Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus\nResepi Popia Sira Yang Pedas Manis & Rangup\nBahan-bahan:\n\n1 paket kulit popia saiz 8\nTepung gandum\nAir\n\nBahan-bahan sambal sira:\n\n2 sudu besar cili kisar\n3-4 sudu besar gula\nSedikit garam\nSerbuk perasa (jika suka)\nKacang \u2013 ditumbuk kasar\nBiji bijan\n\nCara-caranya:\n1. Pastikan kulit popia disimpan di dalam\u00a0chiller.\u00a0Kalau kering nanti susah nak gulung.\n2. Leraikan kulit popia. Gulung dan gamkan pada hujung menggunakan campurkan air dan tepung gandum.\n\n3. Bila dah siap gulung, potong serong dan sedia untuk digoreng. Bila dah siap goreng, toskan minyak.\n\n4. Untuk membuat sambal sira, tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak.\n5. Bila dah pecah minyak, masukkan sos cili, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.\n6. Masak dengan api kecil sehingga buih-buih wap air menghilang.\n7. Yang tinggal hanya buih-buih halus gula. Jika rasa sambal dah cukup manis dan pedas, boleh masukkan popia yang sudah digoreng tadi.\n8. Masukkan juga kacang yang ditumbuk kasar.\n9. Tutup api, gaul perlahan-perlahan sehingga semuanya sebati. Taburkan biji bijan yang sudah disangai.\n10. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!\n\nKredit: Adam Adwa\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-portuguese-toast-ala-harolds-bread-homemade/", "title": "Resipi Portuguese Toast Ala Harold\u2019s Bread, Buat Sendiri Boleh \u2018Adjust\u2019 Rasa Manis", "body": "\nPasti ramai yang suka pergi Harold\u2019s Bread kan? Memang rambang mata dibuatnya, banyak pilihan roti serta pencuci mulut yang mengiurkan.\nAntara\u00a0top seller\u00a0di kedai ini adalah Portuguese Toast.\u00a0Tapi mungkin roti ini terlalu manis buat sesetengah orang. Ju Zue\u00a0di laman sosial Facebook ada berkongsikan resipi Portuguese Toast Homemade.\u00a0\nMudah saja nak buat sendiri, anda juga boleh ubah suai kemanisan mengikut tekak masing-masing. Sangat sedap dan berkrim!\nResipi Portuguese Toast Ala Harold\u2019s Bread\n\nBahan-bahan:\n\nRoti gardenia putih @ roti benggala 2 keping\nCheesedale 2 keping\nSusu segar (sukatan agak-agak je. Beli kotak kecik pun dah cukup)\nGula perang 1 sudu besar (atau letak ikut manis kita suka)\n1 sudu butter\n\n**Bahan-bahan boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing.\nCara-cara:\n\nPertama sekali masukkan butter, susu, cheese dan gula. Kacau rata dan masak atas api yang kecil sehingga cair dan pekat (jangan terlalu pekat).\nTutup api. Sapu atas roti tadi.\nMasukkan dalam oven dan bakar sehingga bahagian atas menjadi sedikit warna\u00a0brown.\u00a0\nAggaran masa dalam 7 hingga 10 minit pada suhu 160\u2103 menggunakan api atas bawah.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Ju Zue\nBaca juga: \n\nSandwich Tuna Telur Mayo, Makan Bila-bila Pun Sedap\n\nRoti Boy Cara Mudah Guna Sukatan Cawan, Aroma Kopi Rasa Lemak Manis!\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-premium-royal-thai-buttercake-versi-coklat/", "title": "Resipi Premium Royal Thai Buttercake Versi Coklat, Memang Gebu!", "body": "\nDah biasa makan kek butter kan? Kali ini min nak kongsi resipi buttercake versi coklat pula yang dinamakan\u00a0 Premium Royal Thai Buttercake Coklat.\nSesuai dengan nama, kek ini dipanggil premium kerana rupanya yang cantik bila dipotong. Sangat sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu atau makan sendiri untuk minum minum petang.\nKalau nak tahu rasa dia macam mana, boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Ummu Yusud di bawah. Selamat mencuba!\n\n\n\n\n\nResipi Premium Royal Thai Buttercake Versi Coklat\n\n\n\n\n\nBahan A:\n\n150 gram butter\n70 gm gula icing\n70 gram gula halus\n12 gram ovalette\n181 gram telur (pukul telur macam nak buat telur dadar, kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja)\n\nBahan B:\n\n200 gram tepung naik sendiri\n1 tsp baking powder\n20 gram serbuk koko\n\nBahan C:\n\n80 gram full cream milk/ fresh milk\n1 tsp esen creamy vanilla\n\nBahan lain:\n\n120 gram dark chocolate (dicairkan)\nLoyang saiz 7 inci\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahan A kecuali telur. Putar semua bahan sehingga betul-betul kembang dan menjadi warna putih.\nKemudian baru masukkan telur sedikit demi sedikit, putar sekejap.\nSeterusnya dalam bekas lain, satukan semua bahan B.\nDalam bekas lain juga, campurkan bahan C.\nKemudian masukkan campuran bahan B berselang seli dengan bahan C ke dalam bahan A. Putar sekejap sehingga sebati.\nKemudian masukkan colat yang telah dicairkan, putar sekejap.\nTuangkan adunan ke dalam loyam. Lorekkan adunan guna lidi atau chopsticks dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan udara yang ada dalam adunan kek.\nSeterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air, kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.\nLetak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah dan bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau mengikut oven masing-masing.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Ummu Yusuf\nBaca juga: Cara Rebus Jagung Supaya Tak Kecut & Cantik Elok\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-premium-royal-thai-buttercake-viral-yang-gebu-licin-sedap/", "title": "Resipi Premium Royal Thai Buttercake \u2018Viral\u2019 Yang Gebu, Licin & Sedap", "body": "\nKek butter semakin menjadi kegilaan ramai sejak akhir-akhir ini. Kek butter ini juga dipanggil Premium Royal Thai Buttercake.\u00a0\nSesuai dengan nama, kek ini dipanggil premium kerana rupanya yang cantik bila dipotong. Sangat sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu atau makan sendiri untuk minum minum petang.\nKalau nak jimat, boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Ummu Yusud di bawah. Selamat mencuba!\nCara Buat Premium Royal Thai Buttercake\n\nBahan A:\n\n200 gram tepung naik sendiri\n1 sudu teh baking powder\n\nCampurkan tepung naik sendiri bersama baking powder\nBahan B:\n\n80 gram susu full cream/fresh milk\n1 sudu teh esen vanilla\n\nCampurkan susu bersama esen vanilla.\nBahan C:\n\n4 biji telur gred B\n\nPecahkan telur dalam mangkuk dan pukul macam nak buat telur dadar. Timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja.\nBahan D:\n\n150 gram pure butter\n70 gram gula halus\n70 gula aising\n12 gram ovallete\n\nBahan E:\n\n1/2 sudu teh pewarna kuning lemon\n\nCara-caranya:\n1. Satukan bahan D dan pukul menggunakan kelajuan paling tinggi.\n2. Bila bahan D dah kembang dan berwarna putih, masukkan bahan C sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul menggunakan kelajuan paling tinggi.\n3. Kemudian tukar kepada kelajuan yang rendah, masukkan pula bahan A berselang-seli dengan bahan B. Pukul sekejap menggunakan kelajuan sederhana.\n4. Masukkan pula bahan E\u00a0(optional),\u00a0pukul sekejap sehingga sebati.\n5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci.\n6. Lorekkan adunan menggunakan lidi dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan\u00a0bubbles dari adunan kek.\n7. Seterusnya sediakan loyang, kemudian lapik tisu. Basahkan dengan air.\n8. Letak loyang berisi adunan kek tadi ke atas loyang yang dilapik tisu basah. Bakar kek pada suhu 160\u2103 selama 1 jam 15 minit atau mengikut oven masing-masing. Letak pada rak bawah sekali.\n9. Bila kek dah nampak renggang sedikit dari loyang, tandanya kek dah masak. Tak perlu cucuk kek dengan lidi nanti berlubang sebab kita nak permukaan yang licin dan cantik.\n10. Bila kek dah masak, terus keluarkan dari loyang dan pindahkan ke atas papan kek. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ummu Yusuf\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-premium-thai-butter-cake/", "title": "Premium Thai Butter Cake, Sekali Makan Terus Cair Dalam Mulut", "body": "\nDah cuba ke premium thai butter cake ni? Kek ni beza tau dengan butter cake yang biasa tu. Kalau dijadikan bekal anak-anak mesti mereka seronok.\nPaling penting kek ni lembut sangat macam makan aiskrim. Sekali makan cair dalam mulut. Peminat kek wajib cuba resipi ni.\n\nResipi Premium Thai Butter Cake\nBahan-bahan:\n\n265g tepung kek\n1 sudu kecil baking powder\n245g telur (agak-agak dalam 5 biji telur gred B)\n200g salted butter (tambah 1 sudu kecil garam kalau guna unsalted butter)\n1 sudu kecil esen vanilla\n100g gula kastor\n100g gula aising (saya ganti dengan susu pekat manis)\n1 sudu emulco pandan\n1/2 sudu besar ovalet\n110ml santan/susu segar\n\nCara-cara:\n\nMix butter, gula, dan ovalet hingga kembang/pucat dalam 6/7 minit dengan high speed.\nMasukkan telur satu-persatu sambil mix hingga sebati. Jangan lupa masukkan esen vanila dan emulco pandan.\nMasukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar/santan.\nTeruskan mix dalam 2/3 minit.\nTuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.\nSediakan satu loyang yang lebih besar. Letakkan kain basah dalam loyang tersebut. Kemudian letakkan loyang kek di atasnya.\nBakar kek pada suhu 170\u00b0, api atas bawah selama 45 minit. Kemudian tukar kepada api bawah sahaja dan teruskan bakar selama 20/30 minit atau sehingga masak. Bakar di rak tengah ya.\nBila kek dah masak, biarkan sejuk dahulu. Kemudian keluarkan dari loyang. Boleh potong terus kalau nak makan. Kalau simpan semalaman dalam peti sejuk, makan esok lagi sedap. Selamat mencuba.\n\n\nKredit: Khairunnisa Mohammad\nBaca juga:\nResipi Premium Royal Thai Buttercake Versi Coklat, Memang Gebu!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-pucuk-ubi-goreng-rangup-dato-rizalman/", "title": "Resipi Pucuk Ubi Goreng Rangup Dato Rizalman, Makan Dengan Nasi Panas Memang \u2018Letop\u2019!", "body": "\nPucuk ubi ini biasanya kita celur dan cicah dengan sambal belacan atau dimasak masak lemak cili padi.\u00a0Tapi rupanya sedap juga jika dimasak pucuk ubi goreng rangup. Sangat sedap lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama nasi panas.\nBuat mereka yang sering mengikuti perkembangan di Instagram Dato Rizalman Ibrahim, pereka fesyen terkenal ini sering kali berkongsi resipi-resipi menarik buat pengikutnya.\nPUCUK UBI GORENG RANGUP\nPucuk ubi goreng rangup\u00a0ini antara salah satu resipi yang telah dikongsikannya dan juga telah dicuba oleh Puan Siti Elliza Anis.\n\nTengok rizalman buat. Kami pun nak buat jugak.. Sedap oii makan dengan nasi panas-panas. Resipi ada dekat gambaq. \u00a0Selamat mencuba.\n\nBahan-bahan;\n\nPucuk ubi\n2 biji bawang besar (hiris)\nCili kering (rebus, keringkan, kisar kering bagi kasar-kasar sikit)\nBelacan\nAsam keping\nIkan kurai masin (goreng dan kisar kering)\nIkan bilis\n\n\nCara memasak:\n1. Basuh pucuk ubi sehelai demi sehelai. Ni bahagian paling malas. Separuh saya lap sehelai-sehelai, separuh lagi jemur sampai kering.\n\n2. Ikan bilis segenggam, basuh, keringkan dan goreng garing. Taburkan tepung beras supaya nak kekalkan kerangupan.\n\n3. Pucuk ubi selepas digoreng, bau wangi semasa digoreng.\n\n4. Selepas goreng pucik ubi, angkat dan tapiskan.\n5. Guna minyak yang sama, dari awal goreng pucuk ubi dan ikan bilis. Kemudian goreng pula bawang sampai garing, masukkan cili kering, asam keping dan belacan. Masak lama sikit sampai cili tu garing.\n\n6. Bila cili dan bawang sudah garing, masukkan ikan kurau dan ikan bilis.\n7. Perasakan dengan gula, garam dan msg. Bila dah cukup rasa, masukkan pucuk ubi yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati.\n8. Selepas dah gaul sebati, angkat dan tapiskan supaya minyak turun.\n\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-pudding-lumut-butter-sesuai-buat-hidangan-petang/", "title": "Resipi Pudding Lumut Butter, Sesuai Buat Hidangan Petang!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-26 00:13:51\n\n\nSemenjak Perintah Kawalan Pergerakan ini, mesti ibu-ibu di rumah dah cuba pelbagai resipi baru untuk hidangan sekeluarga. Kadang-kadang pun saja nak hilangkan bosan di rumah sambal mematuhi SOP yang ditetapkan. Resipi kali ini lebih mudah dan selalu juga menjadi pencuci mulut pada waktu petang. Bagi yang belum pernah mencuba, ini ada resipi Puding Lumut Butter yang dikongsikan daripada Zulaikha Ghazali menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\nBahan agar-agar lumut:\n\n2 biji telur\n200 ml santan kotak\n4 cawan air \n\u00be cawan gula (atau terpulang mengikut tahap kemanisan yang diingini)\n\u00bd sudu besar garam\nPewarna hijau\n\n\u00a0\nBahan butter:\n\n3 biji telur\n100 gram butter\n\u00bd tin susu pekat\nSerbuk agar-agar\n1 sudu esen vanilla\nGula\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n\nCara-cara:\n\nMula-mula, campurkan kesemua bahan pudding yang disediakan ke dalam satu bekas. Kacaukan sehingga sebati.\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\nKemudian, masukkan sebungkus serbuk agar-agar dan pewarna hijau. Jika semuanya sudah sebati, teruskan menuang ke dalam periuk.\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\nMasak pudding sambil mengacaunya dengan api yang perlahan. Tunggu sehingga teksturnya nampak berketul dan mendidih,\nkemudian tutup api. Biarkan seketika sehingga puding agak sejuk.\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\nApabila sudah agak sejuk, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk.\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\nUntuk lapisan butter, campurkan kesemua bahan yang disediakan dan kacau sehingga rata dan sebati.\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\nKemudian, masakkan satu paket serbuk agar-agar dan 3 cawan air dengan api yang perlahan.\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\nSelepas agar-agar sudah kelihatan agak larut, tutupkan api dan masukkan butter yang telah dikacau tadi.\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\nHidupkan semula api dan masak sehingga mendidih dengan api yang perlahan.\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\nSelepas butter sudah masak, tuangkan sedikit demi sedikit di atas agar-agar lumut tadi sehingga ia menutupi lapisan agar-agar lumut. Kemudian, sejukkan dalam peti ais.\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n \nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\n\nSiap! Cantik kan kombinasi warna dia? Boleh makan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!\n\nKredit: Zulaikha Ghazali\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-puding-biskut-guna-3-bahan/", "title": "Nampak Macam Kuih Lapis, Sebenarnya Resipi Puding Biskut. Guna 3 Bahan Saja!", "body": "\nKalau lihat pada gambar, mungkin ada yang menyangka bahawa ia merupakan resipi kuih lapis, tetapi sebenarnya ia merupakan resipi puding biskut cream cracker yang hanya menggunakan 3 bahan.\nMenarik kan? Kalau nak tahu macam mana nak buat, jom ikut resipi ini.\nBaca juga: Sedapnya Puding Laici 1 Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an\nResipi Puding Biskut\nBahan-bahan:\n\n24 keping biskut krim cracker\n4 biji telur\n1/2 cawan susu pekat\n\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Rendam biskut dalam air panas sehingga kembang. Kemudian toskan.\n2. Masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar sampai semua bahan menjadi halus.\n3. Bahagikan kepada 3 warna (mula-mula kita nak buat warna warni, tapi ada 2 warna je tak dapur)\n4. Tuang warna pertama ke dalam loyang, kemudian kukus selama 5 minit.\n\n5. Tuangkan pula warna kedua, kukus lagi.\n\n6. Ulang lapisan sehingga habis.\n\n7. Lapisan akhir sekali, kukus lagi selama 10 minit. Siap!\n\nKredit: Siti Aishah Hussin\nBaca juga: \u201cTak Sempat Tengah Hari Dah Licin\u201d \u2013 Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-puding-biskut-marie-kurang-manis/", "title": "Resipi Puding Biskut Marie \u2018Kurang Manis\u2019, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!", "body": "\nCuaca panas sekarang sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang menyejukkan tekak seperti Puding Biskut Marie ini.\nSiapa yang tak terlalu suka manis, boleh cuba buat nanti. Bukan saja mudah, pencuci mulut ini juga sangat sedap. Jom cuba!\nCara Buat Puding Biskut Marie Kurang Manis\n\nBahan-bahan:\n\nLoyang saiz 8 inci\n\nBahan lapisan pertama (coklat):\n\n12g agar-agar tali\n4 cawan air (1 cawan air = 250ml)\n1 cawan dairy whipping cream ( kalau takde gantikan dengan susu cair)\n1 sudu makan butter. Tak kesah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh.\n7 sudu makan serbuk koko\n1 sudu makan serbuk nescafe\n5 sudu makan milo\nSecubit garam\n1/2 cawan dark chocolate\n3/4 cawan gula (190 gram gula)\n\nCara-cara lapisan kedua (putih):\n\n6 gram agar agar tali\n2 cawan air\n1 cawan susu cair\n1/4 cawan gula (80 gram gula)\n1 sudu kecil esen vanila\n\nCara-cara buat lapisan pertama (coklat):\n\nMasukkan 4 cawan air + 12g agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih sehingga terlerai agar-agar tali tadi.\n\nKemudian baru masukkan 3/4 cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.\nBila dah larut masukkan 5 sudu makan milo + 1 sudu makan serbuk nescafe. Kacau sebati.\n\nBila dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.\nSelepas itu masukkan 1 cawan dairy whipping cream (kalau takde gantikan dengan susu cair). Kacau sampai separuh sebati.\nMasukkan 1 sudu makan butter.\nGaul sebati biar sehinga jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila dah sebati biarkan dia mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.\n\nBila dah mendidih, masukkan 1/2 cawan dark chocolate. Kacau atas api perlahan. Dah sebati, terus matikan api.\n\n\nMasukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang.\n\nTuang atas loyang dulu adunan tadi sampai tak nampak base loyang, kemudian baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, tutup balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.\n\nMasukkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus tutup dengan lebihan coklat tadi.\n\nAda 2 lapis sahaja lapisan biskut marie. Biarkan dalam peti sementara buat lapisan putih.\n\nCara-cara buat lapisan kedua (putih):\n\nLetakkan 2 cawan air + 6 gram agar agar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih sehingga terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan 1/4 gula. Dah larut masukkan 1 cawan susu cair.\nKacau sebati & biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil essen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.\n\nCucuk-cucuk dengan garpu dulu agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.\n\nTuang rendah dan perlahan lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.\n\nRegangkan dari loyang dan terbalikkan atas board.\n\nSelamat mencuba!\n\n\nKredit: Muhammad Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-puding-coklat-milo/", "title": "Resipi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!", "body": "\nTiada idea nak bawa apa untuk jamuan sekolah anak? Jom cuba buat Puding Coklat Milo yang mudah dan semestinya sedap ini.\nResipi hasil perkongsian oleh Muhammad Ali ini sesuai untuk anak-anak kerana olahannya tidak manis dan tekstur lebih lembut.\nRESIPI PUDING COKLAT MILO\nBahan-bahan lapisan oreo:\n\n10 gram agar-agar tali\n4 cawan air\n50g gula\n120g susu cair\n1 biji telur gred A\n1 sudu kecil essen vanila\nOreo yang dipatahkan\n\nCara-cara buat lapisan oreo:\n1. Dalam periuk, masukkan 10 gram agar2 tali dan 4 cawan air. Biarkan ia mendidih guna api perlahan sahaja.\u00a0Dah mendidih baru masukkan 50g gula. Kacau sebati.\n2. Tuangkan 120g susu cair yang sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A, kacau sebati. Biarkan mendidih selama 1 hingga 2 minit. Bila dah mendidih, tutup api.\n3. Masukkan 1 sudu kecil essen vanila.\n4. Tunggu suam dalam 5 hingga 6 minit. Baru dituang ke dalam loyang.\n5. Bila dah siap tuang, letakkan oreo yang sudah dipatahkan. Terpulang nak letak banyak mana.\n\n6. Biarkan pada suhu bilik selama 15 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.\nBahan-bahan lapisan milo:\n\n8g agar2 tali\n60g gula\n2 sudu makan susu pekat\n100g milo\n100g susu cair\nSecubit garam\n\nCara-cara buat lapisan milo:\n1. Dalam periuk, masukkan 8g agar2 tali dan 3 cawan air. Biarkan mendidih.\n2. Bila dah mendidih, masukkan 60g gula. Kacau sehingga larut. Masukkan pula 2 sudu makan susu pekat.\n3. Seterusnya masukkan 100g milo dan 100g susu cair. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1 hingga 2 minit. D\n4. Bila dah mendidih, tutup api dan tambah secubit garam. Kacau dan biarkan suam dalam 5 hingga 6 minit.\n5. Keluarkan lapisan oreo tadi, cucuk dengan garfu supaya lapisan melekat.\n\n6. Tuangkan lapisan oreo tadi secara perlahan-lahan. Biarkan di luar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam.\n\n7. Selepas 4 jam, puding sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Muhammad Ali\nBaca juga: Resipi Puding Mangga Yang Buat Kecur Air Licur, Memang Sedap Punyalah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-puding-coklat-paling-senang/", "title": "Resipi Puding Coklat Paling Senang, Kena \u2018Lorek\u2019 Dengan Garfu Baru Lapisan Tak Bergerak", "body": "\nBila tiba bulan puasa, pasti ramai yang mencuba buat aneka juadah pencuci mulut untuk berbuka. Salah salah pencuci mulut yang boleh anda cuba adalah resipi puding coklat ini.\nResipi ini telah dikongsikan oleh Saudara Muhammad Ali.\u00a0Puding coklat ini mempunyai dua lapisan. Beliau turut berkongsikan petua supaya dua lapisan ini bercantum elok dan tidak bergerak.\nRESIPI PUDING COKLAT MUDAH & SEDAP\nBahan-bahan lapisan pertama:\n\n4 cawan air\n150 gram gula kastor\n12 gram agar agar tali atau agar2 serbuk\n400 gram dark chocolate compound\n200 gram susu cair\n\nBoleh letak kitkat atau apa-apa coklat pada tengah-tengah lapisan jika suka.\nBahan-bahan lapisan kedua:\n\n1 cawan air\n4 gram agar agar\n50 gram gula\n2 sudu makan serbuk koko\n70 gram susu cair\n\nCara-cara buat lapisan pertama:\n1. Hidupkan api sederhana. Masukan 4 cawan air\u00a0 dan 12 gram agar agar tali/ serbuk.\n\n2. Kacau dan biarkan ia mendidih. Bila dah mendidih masukan 150 gram gula kastor dan 200 gram susu cair. Kacau sebati. Api perlahankan dan masukan 400 gram dark chocolate compound.\n\n3. Bila dah sebati, tutup api. Biar dalam 3 minit dan masukan dalam loyang petak 8 inci sedikit demi sedikit. Habis separuh adunan agar-agar tadi, masukkan dalam peti. Setkan selama 5 minit.\n\n4. Bila dah set, letaklah apa apa yang anda nak letak seperti kitkat.\n\n5. Tuang lebihan tadi sampai menutupi lapisan tadi. Setkan selama sejam.\n\nCara-cara buat lapisan kedua:\n1. Hidupkan api sederhana. Kemudian masukkan 1 cawan air dan 4 gram agar agar. Kacau mendidih kemudian masukan 50 gram gula dan 2 sudu makan serbuk koko dan 70 gram susu cair.\n\n2. Kacau sebati dan tutup api. Biarkan dalam 5 minit baru tuang keatas lapisan pertama tadi. Sebelum itu jangan lupa untuk lorekkan pakai garpu, lorekkan banyak sedikit supaya lapisan kedua ni pegang lapisan pertama. Bila potong lapisannya tak bergerak.\n\n3. Setkan lagi 2 jam kemudian siap. Boleh makan sebagai pencuci mulut. Selamat mencuba semua.\n\nUntuk lebih mudah faham, lihat video di bawah.\n\n\n @resepiali\njom buat puding coklat! Resepi penuh di pin ruangan komen okay \ud83d\ude4f\n \u266c bunyi asal \u2013 Nama Saya Ali \ud83e\uddd4 \u2013 Nama Saya Ali \ud83e\uddd4 \n\n \nKredit: Muhammad Ali\nBaca juga: Resipi Biskut Makmur Susu \u2018Gebu\u2019 Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-puding-karamel-tanpa-telur-tak-kukus/", "title": "Mudahnya Resipi Puding Karamel Ni, Tanpa Guna Telur & Tak Perlu Kukus Pun", "body": "\nResipi puding karamel ini sangat sesuai untuk anda yang alergik telur atau tak suka rasa hanyir telur dalam puding.\nBahan-bahan yang digunakan juga murah dan mudah untuk didapati. Gandingan puding perisa vanilla yang lembut dengan gula karamel memang sangat nikmat.\nSelain dari tidak menggunakan telur, anda hanya perlu sejukkan puding dalam peti ais saja. Sesuai untuk anda yang tiada pengukus kat rumah. Jom cuba!\nBaca juga: Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Rasa Tetap Sedap! Yang Penting Tak Perlu Uli Doh\nRESIPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR & TAK PERLU KUKUS\nBahan-bahan untuk gula karamel:\n\n\n5 sudu besar gula\n\n\nBahan untuk puding:\n\n1 paket agar-agar (10g)\n1 tin susu cair\n1/2 cawan susu pekat\n4 mug air\n2-3 titis stevia (resepi asal guna 3/4 cawan gula)\n3 sudu besar tepung kastard\n1 sudu kecil esen vanila\n\nCara untuk gula karamel:\n1. Panaskan gula dalam loyang atas api perlahan hingga gula jadi keperangan.\n2. Goyangkan loyang supaya gula caramel tadi sekata di sekeliling loyang. Ketepikan. (loyang saiz 8 inci).\n\nCara untuk buat puding:\n1.\u00a0 Satukan semua bahan untuk puding dalam periuk.\n2. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana guna whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul tau.\n3. Kacau hingga adunan mendidih dan sedikit pekat.\n\n4. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.\n5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam sebelum dimakan.\nSelamat mencuba!\n\nTips:\n\nMasa masak bahan puding, guna periuk yang tebal dan kacau selalu atas api perlahan supaya adunan tak mudah hangus kat bahagian bawah dan tak berketul.\nKalau tak nak letak gula langsung untuk bancuhan puding pun boleh sebab karamel tu dah cukup manis. Boleh juga guna gula stevia sebagai pengganti gula.\n\nKredit gambar & resipi: Marina Ismail, Roslina Shaari\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-puding-mangga-yang-buat-kecur-air-licur-memang-sedap-punyalah/", "title": "Resipi Puding Mangga Yang Buat Kecur Air Licur, Memang Sedap Punyalah!", "body": "\nBila nampak je buah mangga yang dijual besar-besar dan kekuningan warnanya, memang buat kita geram nak membelinya. Tapi bila dah beli, ada yang tak sempat nak menghabiskannya.\nJom kita cuba buat hidangan pencuci mulut pula. Contohnya macam resipi puding mangga yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ini.\nKecur air liur dan nampak sedap pula perkongsiaan beliau ini. Caranya juga mudah untuk diikuti.\nBaca juga: Resepi Puding Tembikai Homemade, Bentuknya Yang Menarik & Rasa Memang Tip Top!\nSelain hidangan bersama keluarga, boleh juga dijadikan sebagai juadah untuk tetamu yang datang bertandang.\nResipi Puding Mangga\nJenis loyang: Loyang petak 8 inci\n\n\nBahan-bahan lapisan pertama (putih):\n\n4-5 biji mangga \u2013 dipotong dadu\n8gm agar-agar tali\n3 cawan air\n50gm gula\n130gm susu segar\n30gm dairy whipping cream\n\nBahan-bahan lapisan kedua (kuning):\n\n300gm puree campurkan dengan 2 sudu sunquick mangga (kisar mangga, tapi sebelum kisar masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus. pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga. Dah kisar sila tapis).\n8gm agar-agar tali\n2 cawan air\n30gm gula\n130gm susu cair\n30gm dairy whipping cream\n3 sudu makan sunquick\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Lapisan pertama (putih): Letak dan susunkan mangga yang telah dipotong dadu ke dalam loyang. Letak dahulu ke dalam peti sejuk sementara buat proses seterusnya.\n\n\n2. Letak atas api sederhana 8gm agar-agar tali + 3 cawan air.\n3. Biarkan mendidik dan agar-agar tali tadi terurai. Masukkan 50gm gula. Dah larut, baru masukkan 130gm susu segar + 30gm dairy whipping cream.\n4. Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap kemudian tutup api.\n5. Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti.\n\n\n6. Lapisan kedua (kuning): Guna dalam 3-4 biji mangga. Api sederhana, masukkan 8gm agar-agar tali + 3 cawan air.\n7. Bila mendidih masukkan 30gm gula.\n8. Bila gula dah larut, masukkan 130 gram susu cair + 30 gram dairy whipping cream + 300 gram puree mangga dan 3 sudu makan sunquick mangga.\n9. Kacau sebati dan biarkan mendidih selama 2-3 minit. Tutup api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan ke atas lapisan putih tadi.\n\n\n10. Sebelum tuang, cucuk-cucuk dulu pakai garpu agar lapisan melekat dan tak terpisah.\n11. Setkan dalam 1-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk. InsyaAllah sedap.\n\n\nSelamat mencuba\n\nSumber: Muhammad Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-puding-milo/", "title": "Resipi Puding Milo Comel Kegemaran Anak-anak", "body": "\nAnak-anak gemar makan puding? Puding milo ni pun salah satu kegemaran rakyat Malaysia tau. Hanya menggunakan bahan yang mudah dijumpai confirm puding korang tu sedap.\nBila cakap pasal puding mesti teringat puding yang dimakan masa sejuk. Tapi sekarang anda boleh menikmati puding itu dalam size mini dan sesuai untuk diagihkan kepada setiap individu.\nResipi Puding Milo\nBahan-bahan:\n\n10gm serbuk agar-agar\n1/2 cawan gula\n4 cawan air\n1 1/2 cawan milo\n1 cawan susu cair\nSecubit garam\n\nCara memasak:\n\nDalam periuk masuk serbuk agar-agar, gula & air. Kacau-kacau rata.\nMasak hingga mendidih. Masuk milo, susu cair & garam. Kacau-kacau sebati.\nKemudian, adunan tadi tapiskan dalam jug kecil.\nTuang dalam acuan/loyang 7 inci. Suamkan. Masuk peti sejuk 1 jam lebih.\nKeluarkan. Sedia dimakan.\n\n\nSekejap je dah siap puding kita ni. Jadi tunggu apa lagi. Jom buat menu ni sebagai pencuci mulut untuk petang ini.\nKredit: Zura Zul\nBaca juga:\nResipi Agar-Agar Milo Ini Memang Sangat Sedap, Anak Suka & Asyik Ulang Makan\nResipi Mudah Kek Marshmallow Milo, Rasanya Yang \u2018Chewy\u2019 Sumpah Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-puding-roti-pandan-kelapa-gardenia-bersama-sos-kastard/", "title": "Menu Hidangan Minum Petang, Puding Roti Pandan Kelapa Gardenia Bersama Sos Kastard", "body": "\nPernah dengar puding roti pandan? Bosan jugak kalau guna roti putih je. Jadi kalini kita guna roti pandan kelapa pulak mesti lagi sedap.\nPerkongsian dari Azriyani Yanasha ini sangat mudah difahami dan sudah pasti hasilnya sangat memukau.\n\nResipi Puding Roti Pandan Kelapa Gardenia Bersama Sos Kastard\n\nBahan-bahan:\n\n10 keping roti pandan kelapa Gardenia\n2 biji telur gred A *\n2-3 sudu besar gula*\n2 1/2 cawan susu segar/full cream*\nEsen vanilla 1 sudu kecil*\n1/4 sudu kecil pandan paste*\nKismis\nKacang almond (optional)\n\nCara-cara:\n\nPotong 4 setiap roti. Susun roti dalam loyang.\nCampur semua bahan bertanda*.\nTuang keatas susunan roti sehingga roti terendam.\nTaburkan kismis dan hirisan kacang almond.\nBakar 180 selama 40 minit api atas bawah. Kemudian api atas sahaja sebentar untuk garingkan bahagian atas.\n\n\n\nResipi Sos Kastard:\nBahan-bahan:\n\n1 cawan susu segar/fullcream\n1 cawan susu cair\n3 sudu besar gula\n2 sudu besar tepung kastard\nSedikit pandan paste\n\nCampurkan semua bahan dan kacau sehingga pekat diatas api sederhana.\nKalau rajin blend daun pandan asli pun boleh. Selamat mencuba.\n\nBaca juga:\nNampak Macam Kuih Lapis, Sebenarnya Resipi Puding Biskut. Guna 3 Bahan Saja!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-puding-susu-nata-de-coco/", "title": "Resipi Puding Susu Nata De Coco Guna Sukatan Cawan, Gerenti Jadi!", "body": "\nJom kita cuba buat puding susu nata de coco\u00a0ini untuk dinikmati bersama keluarga.\nBila lepas makan tengahari atau makan malam, bolehlah makan pencuci mulut ini untuk menyejukkan tekak.\nBuat dalam bekas kecil-kecil macam ni senang nak makan, anak-anak mesti suka!\nPuding Susu Nata De Coco\nBahan-bahan puding:\n\n1 cawan tepung kastard\n5 cawan air\n1/2 cawan gula\n1/2 tin susu cair\n\nBahan-bahan topping:\n\nCocktail\nNata de coco\nSusu cair\n\nCara-caranya:\n1. Satukan semua bahan puding dalam kuali. Masak sampai likat dan berkilat.\n\n2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas.\n3. Letak cocktail, nata de coco dan curah susu.\n\n4. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan!\n\nKredit: Iffy Iruzza\nBaca juga: Resipi Donut Red Velvet \u2018Viral\u2019 Yang Gebu & Lembut, Satu Adunan Dapat 12 Biji\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-puff-pastry-sosej-cheese-sarapan/", "title": "Resipi Puff Pastry Sosej Cheese, Sarapan Mudah Guna Air Fryer", "body": "\nTiada idea nak masak apa untuk sarapan pagi? Apa kata jom cuba buat Puff Pastry Sosej Cheese yang mudah dan sedap ini.\nAnak-anak nak bawa bekal ke sekolah pun sesuai sangat, mengenyangkan pula tu! Cara membuatnya juga mudah, hanya perlu guna air fryer.\nNak tahu bagaimana cara penyediaannya? Jom baca resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Sandwich Strawberry & Chocolate Penut Butter, Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak Confirm \u2018Laris\u2019!\nPuff Pastry Sosej Cheese Guna Air Fryer\n\nBahan-bahan:\n\nPuff Pastry Kawan\nSosej\nCheese\nTelur (untuk sapu atas puff)\n\n\nCara-cara:\n1. Sediakan puff pastry dan kepingan cheese. Potong dua bahan ini kepada dua bahagian atau mengikut saiz sosej.\n\n2. Mula-mula, letakkan cheese di atas pastry. Kemudian letakkan pula sosej di atasnya.\n\n3. Seterusnya, gulung puff pastry dengan kemas seperti dalam gambar di bawah.\n\n4. Sapukan juga telur kuning di atas puff yang sudah siap digulung.\n\n5. Bakar dalam air fryer pada suhu 200\u2103 selama 10 minit mengikut air fryer masing-masing.\nSiap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Murni Mj\nBaca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Butter Guna Air Fryer, Hasilnya Ayam Jadi Sangat \u2018Juicy\u2019\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-punten-makanan-tradisi-orang-jawa/", "title": "Resipi Punten, Makanan Tradisi Orang Jawa Yang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup", "body": "\nJom cuba resipi punten yang merupakan salah satu makanan tradisi yang terkenal dalam kalangan masyarakat keturunan Jawa, terutamanya di daerah Sabak Bernam.\u00a0Sajian ini juga tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu.\nRupa sajian ini seakan-akan nasi impit, namun sedikit berbeza dari segi rasa. Punten lebih berlemak kerana dimasak bersama santan dan garam. Sedap dinikmati bersama sambal cili padi.\nAda yang nak cuba? Ikut saja resipi hasil perkongsian dari Suhana Mohd Khalis di bawah ini. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Kuih Penyaram Atau Cucur Jawa Perisa Pandan Horlicks, Nampak Unik & Sedap!\nResipi Punten Makanan Jawa\nBahan-bahan:\n\nBeras 1 cawan\n1 \u00bd cawan air\n1 cawan santan (saya guna santan kota+minyak masak 1 sudu)\nGaram sikit\n\nCara-cara:\n1. Masak nasi macam biasa, tekstur nasi akan jadi lembik sedikit. Lemyek/tumbuk nasi sampai lembut.\n2. Bila dah suam, kepalkan mengikut saiz yang disukai (boleh guna pencetak karipap, lapik plastik).\n3. Boleh terus susun dalam bekas. Tunggu sejuk baru boleh tutup bekas.\n\nBahan-bahan sambal hijau:\n\n4 biji bawang besar\n5 biji bawang putih\nSegenggam ikan bilis\n30 biji cili padi\nSedikit belacan\n\nCara-cara:\n1. Kisar kasar semua bahan. Tak perlu kisar halus.\n2. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam/serbuk perasa/gula melaka/gula putih.\n3. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Suhana Mohd Khalid\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-putu-mayam/", "title": "Senang Je Rupanya Nak Buat Putu Mayam, Hasilnya Memang Lembut Elok", "body": "\nPutu Mayam merupakan antara makanan tradisional India yang digemari oleh masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi.\nBiasanya, kuih atau makanan ini dihidangkan bersama isi kelapa dan gula melaka.\nJom kita lihat cara membuat putu mayam yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish di bawah.\nRESIPI PUTU MAYAM YANG LEMBUT\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung beras\n2 cawan air\n1 sudu teh garam\n1 sudu makan minyak jagung/minyak masak\nPes pandan nona manis \u2013 jika nak rasa pandan & warna hijau\nUntuk lapik: Boleh guna daun pisang semasa mengukus\nGula perang (brown sugar), Gula merah atau gula Melaka dihiris halus\nKelapa parut putih digaul dengan secubit garam\n\nCara-caranya:\n1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.\n2. Panaskan dan didihkan air terlebih dahulu.\n3. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan minyak jagung. Gaul rata.\n4. Tutup api, masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.\n5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku, pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.\n\n6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak, jangan terlalu tebal.\n\n7. Susun dalam pengukus, kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja. Bila sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.\n8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.\n\nKredit: Julia Aleen Aireish\nBaca juga: Kuih Susah Jumpa, Buat Sendiri Je Sekaya Telur Yang Manis Berlemak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-rahsia-air-keladi-aiskrim-vanilla/", "title": "Peniaga Ini Dedah Resipi Rahsia Air Keladi Aiskrim Vanilla Jualannya, Laku Keras!", "body": "\nSeorang lelaki berkongsikan resipi air keladi aiskrim vanilla yang diperolehi daripada seorang penjual air balang. Siapa yang pernah cuba pasti tahu kesedapannya! Lemak dan manisnya sangat sesuai untuk berbuka puasa.\nResipi ini sukatan untuk 6 liter air. Jika anda mahu buat untuk minum di rumah saja, kurangkan kuantiti bahannya mengikut kesesuaian.\nYang paling penting, anda perlu menggunakan jenama perisa keladi yang dinyatakan, barulah sama macam di Bazar Ramadan!\nBaca juga: Resipi Buko Pandan Yang Sedap, Ikut Teknik Ini Kalau Nak Lebih Berkrim\nBerikut merupakan perkongsian oleh Sharul Ejump:\n\u201cAku cakap dekat Boboy adik ipar aku, panas-panas ni berbuka dengan air keladi ada aiskrim mantap ni. Aku pula teringat masjid tempat aku selalu sembahyang Jumaat buat sebalang air keladi berebut orang nak minum sebab sedap.\nMaka pergilah beli bahan-bahan sebagai proses pembuatannya. Tak lah susah mana pun. Tapi seronoknya minum ramai-ramai dengan ahli keluarga. Modal kasar sedikit tapi sedap yakmat sampai balun air sahaja dah mendak perut.\nNah aku share resepinya buat yang nak mencuba. Aku pun dapat resepi ini dari TikTok @dapomakkiah yang meniaga kat Bukit Batu yang viral tuh. Santai sementara masih pagi lagi nih harap korang boleh bertahan dengan kelemakan dan kelazatan air keladi aiskrim vanilla ini!\u201d\nRESIPI AIR KELADI AISKRIM VANILLA VIRAL\nBahan-bahan:\n\n3 tin susu pekat\n3 tin susu cair\nPerisa keladi double lion (wajib ada)\n6 liter air masak\n1 bekas besar aiskrim vanilla\n\nCara membuat:\n1. Tuangkan 3 tin susu pekat ke dalam balang.\n\n2. Kemudian masukkan pula 3 tin susu cair dan perisa keladi.\n\n3. Seterusnya tuangkan air masak.\n\n4. Masukkan kiub ais.\n5. Akhir sekali masukkan aiskrim vanilla.\n\nVideo asal:\n\n\n @dapomakkiah\nReplying to @hafiz4077 okey bang.dah boleh pancen main tiktok.saya sedekahkan resepi keladi ni untuk semua..Bismillah #CapCut #dapomakkiah #airbalangfloat #rahmadantiba2023\ud83d\ude4f\ud83d\udd4c\ud83d\udd4b #fyp #foryou #bukitbatu #halal2023 #barangjadi #johorfoodie #foodie #Makanlokal #hello2023 #MYfoodie #inistlyekita @Shawal nizam b Hashim Shawal berani cuba ke? \n \u266c original sound \u2013 Haziq Rosebi \u2013 HAZIQ ROSEBI \n\n \nBaca juga: Susu Ada Macam-Macam Jenis, Tapi Ada Satu Susu Yang Boleh Buat \u2018Potong Kaki\u2019!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-rahsia-topping-cheese-tersedap/", "title": "Azlina Ina Kongsi Resipi Rahsia \u2018Topping Cheese\u2019 Tersedap Yang Tiada Tandingan", "body": "\nPasti ramai yang sudah mengenali Azlina Ina atau lebih mesra dipanggil \u2018mak\u2019. Seperti yang sudah diketahui ramai, beliau tidak pernah kedekut berkongsi resipi kek hasil jualannya tanpa merisaukan jualannya akan terjejas. Kerana beliau percaya, rezeki itu akan selalu ada.\nKali ini, beliau berkongsikan pula resipi topping cheese untuk kek hasil jualannya yang sentiasa mendapat permintaan tinggi. Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti resepi langkah demi langkah dari Azlina Ina di bawah.\nBaca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus Basah-Basah Gebu, Guna Sukatan Cawan Pasti Jadi!\nBaca juga: Cara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven\nCara Buat Topping Cheese Sedap\n\nBahan-bahan:\n\n1kg cream cheese (kalau nak guna 500g sahaja, bahagi dua semua bahan)\n350g susu pekat\n370gwhipping\n270g susu segar\n\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan ke dalam pengisar.\n\n2. Kisar semuanya sehingga adunan sebati dan pekat.\n\nMudah saja kan? Kalau ada yang nak cari side income dengan menjual kek, boleh cuba resipi ini!\nKredit: Azlina Ina Fans\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-rain-drop-cake-bahan-utama-serbuk-agar-agar/", "title": "Buat Sendiri Je \u2018Rain Drop Cake\u2019, Bahan Utama Hanya Guna Serbuk Agar-Agar", "body": "\nRain Drop Cake merupakan \u2018puding\u2019 yang pernah tular suatu ketika dahulu dan kembali tular di laman sosial Tik Tok sejak beberapa hari lalu.\nBahan-bahan yang digunakan sangatlah mudah untuk didapati. Salah satu bahan utama adalah hanya menggunakan serbuk agar-agar.\nRupa kek tersebut seperti titisan air hujan itu telah menarik perhatian ramai. Nak cuba buat? Lihat saja cara-cara di bawah.\nRESIPI RAIN DROP CAKE\nBahan-bahan:\n\n1/2 sudu besar serbuk agar-agar jenama swallow\n1 sudu besar gula kastor\n700ml air\nAir gula melaka\nSoy bean powder\n\n\nCara-cara:\n1. Rebus semua bahan sampai mendidih. Tuangkan adunan secukupnya dalam mangkuk bulat.\n2. Sejukkan sehingga mengeras.\n3. Jika sudah keras, lapik pinggan atas mangkuk dan terbalikkan dengan berhati-hati ke atas pinggan.\n4. Hias menggunakan air gula melaka dan soy bean powder yang dipanggang.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Siti Masitah Awang KechikFull\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-rendang-ayam-cili-hijau/", "title": "Resipi Rendang Ayam Cili Hijau Pedas \u2018Menyengat\u2019, Sangat Membuka Selera!", "body": "\nRendang ayam cili hijau ini sedikit berbeza berbanding rendang biasa kerana ia lebih pedas. Tapi kita boleh sukat bahan-bahan mengikut tahap kepedasan yang disukai.\nSesuai dimasak untuk sanak saudara yang betandang ke rumah pada Hari Raya atau tak kira masa. Sesuai dimakan dengan lemang, ketupat dan sebagainya. Jom cuba!\nBaca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama\nRESIPI RENDANG AYAM CILI HIJAU\nBahan-bahan:\n\nAyam pencen 5 ekor\nSantan pekat 1 \u00bdkg\nKerisik 400g\nGula melaka sebiji\nGaram, ajinamoto dan gula\n\nBahan-bahan kisar:\n\nBawang besar 10 biji\nBawang putih 2 labu\nSerai 15 batang\nLengkuas 100g\nHalia 150g\nBuah keras 6 biji\nJintan manis 2 sudu besar\nJintan putih 1 sudu besar\nKetumbar 2 sudu besar\nKunyit hidup 200g\nCili akar 300g\nCili hijau 300g\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih ayam dan masukkan ke dalam kuali.\n2. Kisar semua bahan-bahan kisar kemudian terus masukkan ke dalam kuali yang berisi ayam tadi,\n3. Buka api perlahan, masak sehingga mereneh sambil dikacau selama satu jam.\n4. Kemudian masukkan santan pekat, kerisik, gula melaka, garam, ajinamoto dan gula secukup rata.\n5. Jika gula santan kotak, takkan keluar minyak. Jadi, masukkan minyak masak supaya rendang nampak sedikit berminyak.\u00a0\n6. Bila ayam dah lembut, masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Kacau-kacau dan tutup api.\n7. Tempoh memasak selama anggaran 4 jam supaya ayam betul-betul menjadi lembut. Selamat mencuba!\nKredit resipi dan gambar: Nazri Mat Zain\nBaca juga: Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Mengikut Negeri, Banyak Variasi Rupanya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-risoles-daging-cheese-kegemaran-keluarga-anak-anak/", "title": "Resipi Risoles Daging Cheese, Kegemaran Keluarga & Anak-Anak!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-16 16:12:53\n\n\nPagi-pagi ke tempat kerja mesti sesekali kita tidak sempat untuk bersarapan di rumah. Macam-macam perlu diuruskan termasuklah persiapan anak-anak ke sekolah, ada saja\u00a0ragam mereka di pagi hari. Oleh itu, ibu-ibu di rumah boleh lah mencuba resipi Risoles Daging Cheese ini sebagai bekal sarapan untuk ke pejabat nanti. Mudah saja caranya dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Di samping itu, ibu-ibu juga boleh bekalkan hidangan in untuk anak-anak ke sekolah. Jom ikuti perkongsian resipi ini daripada Asmawaty N Sofian menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Asmawaty N Sofian\n\nBahan-bahan:\n\n300g daging\n100g serbuk Roti\n2 biji telur\n1 biji kentang\n5 batang sosej\n6 keping kulit popiah\nSedikit garam\nSedikit serbuk lada hitam\nSedikit serbuk perasa\nMozzarela Cheese (diparut)\n\u00a0\n\nCara-cara:\n\u00a0\n\nRebuskan kentang selama 5 minit atau sehingga cukup empuk. Jangan rebus terlalu lama untuk mengelakkan kentang terlebih lembik.\n \nKredit: Flickr\n\u00a0\nPotong kentang dan sosej kepada bentuk yang diingini. Kemudian, panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang disediakan tadi.\n \nKredit: Coastlinesurfsystem\n\u00a0\n\u00a0Letakkan sedikit lada hitam, garam & serbuk perasa.\n \nKredit: Thecommentator\u00a0\n\u00a0\nLetakkan kulit popiah diatas pinggan. Lepas itu letak daging & sosej yang ditumis tadi di atas kulit popiah. Buat dalam keadaan memanjang.\n \nKredit: Butterkicap\n\u00a0\nTaburkan mozzarela cheese ikut kemahuan anda. Lipat dan gulung risoles yang telah siap digulung\n \nKredit: Supplybunny\n\u00a0\nKemudian, salut risoles itu dengan telur yang telah dipukul dan lumurkan ia di serbuk roti\n \nKredit: BudgetBytes\n\u00a0\nGoreng dalam 2 ke 3 minit dengan api yang sederhana supaya ianya tidak cepat hangit.\n \nKredit: Dapur Kayka\n\n\u00a0\nSiap untuk dibekalkan! Selepas ini ibu-ibu bekerja tak perlu lagi mengikat perut sebab tak sempat bersarapan pagi. Risoles Daging Cheese ini sesuai untuk dijadikan bekal sarapan ke tempat kerja dan juga ke sekolah.\u00a0Selamat mencuba!\n\nKredit: Asmawaty N Sofian\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-rojak-mee-turun-temurun-wajib-cuba/", "title": "Resipi Rojak Mee Turun Temurun Yang Dibuat Niaga, Wajib Cuba!", "body": "\nSedapnya kalau dapat makan rojak mee untuk minum petang nanti. Kalau sebelum pandemik, boleh lepak makan dekat kedai mamak atau gerai tepi jalan. Sekarang hanya mampu beli bungkus dan makan di rumah.\nRojak mee yang sedap bergantung pada kuahnya dan juga bahan lain. Tak susah mana pun nak buah kuah rojak sebab bahan yang digunakan sangat ringkas.\nKalau nak lagi mudah, ikut sahaja resipi perkongsian oleh SuiSan Aliezsha di bawah ini. Menurutnya, ia resipi turun temurun yang juga merupakan hasil niaga arwah ibunya. Jom lihat cara membuat rojak mee di bawah.\nResipi Turun Temurun Rojak Mee\nBahan-bahan untuk kuah:\n\n1 paket biskut marie (dipatah-patahkan)\nKentang rebus 3 biji (dikisar)\nCili kering\nUdang kering\nBawang putih 3 ulas (kisar)\n2 sudu besar tepung jagung\n\nCara-cara penyediaan kuah:\n\nTumis sedikit minyak, masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak.\nMasukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan kentang rebus yang sudah dikisar.\nMasukkan juga biskut marie, kacau sehingga biskut hancur.\nAkhir sekali masukkan tepung jagung dan perasa dengan garam gula secukupnya.\n\n\nBahan-bahan untuk kuih rojak:\n\nTepung gandum 2 senduk\n2 sudu besar yis\nDaun kucai (takde pon takpe)\n\nCara-cara penyediaan kuih rojak:\n\nSatukan tepung, yis dan secubit garam. Bancuh jangan terlalu cair.\nMasukkan kucai dan perap dalam beberapa minit.\nKemudian sedia untuk digoreng.\nGoreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang-panjang.\n\n\nBahan-bahan hiasan:\n\nTauhu putih (goreng dan potong)\nKentang rebus 1 biji (rebus dan potong)\nTelur rebus\nTaugeh, lada besar, timun\nMee kuning\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: SuiSan Aliezsha\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-roti-bakar-ala-old-town-coffee/", "title": "Resipi Roti Bakar Ala Old Town Coffee, Guna 3 Bahan Ini", "body": "\n\nAda yang rindu nak makan roti bakar kat Old Town Coffee? Ha! Jangan bimbang kita follow resepi roti bakar kaya tambah mentega ala Old Town Coffee kat sini.\nMemang sedap dan mudah nak buat!\nOrang kita ni suka makan roti untuk sarapan pagi, senang nak buat. Roti pun salah satu menu sarapan pagi yang berkhasiat dan memberi tenaga untuk kita.\nBaca juga: Resipi Roti Bakar Bulgogi Ayam Ala Korea\nBahagian inti roti iaitu kaya dan butter boleh dilebihkan ikut citarasa masing-masing. Kalau nak sama dengan roti kat Old Town Coffee, korang perlulah membuang bahagian tepi roti.\nJom ikuti resipi perkongsian dari Nur Haziqah ni, pasti korang dapat menyediakan roti bakar ala kopitiam di rumah.\nResipi Roti Bakar Ala Old Town Coffee\n\n\nBahan-bahan:\n\nRoti putih (yang dibuang tepinya) \nKaya pandan brand gardenia\nButter anchor\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Mula-mula bakar roti guna toaster. Nak guna oven pun boleh. Jangan bakar sampai garing sangat, bila sejuk roti akan liat.\n\n\n2. Kemudian, potong roti kepada dua bahagian.\n3. Sapukan kaya pada roti, sapu sebelah saja, kalau dua-dua belah nanti rasanya akan manis.\n\n\n4. Letak butter yang dipotong nipis. Boleh letak tebal-tebal juga. Tapi takut muak nanti.\n\n\n5. Tutup dengan roti. Siap!\nRoti yang nak dibakar tadi, boleh dibakar menggunakan oven ye. So, kalau takde toaster boleh je nak bakar dalam oven.\nYang penting roti dah agak keperangan dah cukup. Suhu ikut oven masing-masing.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Nur Haziqah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-roti-bakar-bulgogi-ayam-ala-korea/", "title": "Resipi Roti Bakar Bulgogi Ayam Ala Korea", "body": "\nRoti bakar merupakan hidangan yang sesuai dinikmati semasa sarapan atau minum petang.\nIa bukan sahaja enak dan mengenyangkan, malah cara penyediannya juga cukup beraneka.\nJom kita cuba versi korea ini iaitu Roti Bakar Bulgogi Ayam.\nBaca juga: Modal Hanya RM5, Resipi Roti Gebu \u2018Simple\u2019 dan Jimat Duit\nResipi Roti Bakar Bulgogi Ayam Ala Korea\nBahan-bahan:\n\n1 sudu besar mayonis\n450g paha ayam tanpa tulang, dipotong ketulan kecil\n3 sudu besar kicap cair\n1 sudu teh minyak bijan\n1 sudu teh serbuk halia\n\u00bc sudu teh serbuk lada hitam\n2 sudu besar gula perang\n\u00bc cawan Air soda\n2 ulas bawang putih\n\u00bd sudu besar cuka beras\nMinyak masak\n40g daun salad atau daun bawang \u2013 dicincang\n8 keping roti gandum yang sudah dibakar\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Perap ayam dengan semua bahan-bahan selama 30 minit di dalam peti sejuk.\n2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.\n3.Untuk menghidang, sapukan mayonis pada setiap keping roti.\n4. Letakkan sedikit daun salad di atas roti dan diikuti dengan bulgogi ayam dan taburkan sedikit daun bawang.\n5. Akhirnya, tutup dengan sekeping roti lagi. Hidangkan serta merta.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Nak Makan Apa\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-roti-canai/", "title": "Resipi Roti Canai Kegemaran Anak-Anak, Satu Adunan Dapat 18 Keping", "body": "\nTiba-tiba teringat roti canai dekat kedai mamak. Kalau dekat kedai tu, makan dengan kuah banjir sedap betul. Anak-anak pun suka sangat kalau bawak pergi makan dekat kedai.\nResipi yang dikongsi oleh Icha Adalia ni pun jimat tau sebab korang boleh dapat dalam 18-20 keping roti. Jadi mudah sangat kalau ada anak-anak yang ramai.\nResipi Roti Canai Yang Sedap\nBahan-bahan:\n\n1kg tepung gandum\n1 sudu makan gula\n1 sudu makan garam\n2 sudu makan susu pekat\n1 sudu makan marjerin\n1 biji telur\n2 cawan air\n\nCara-cara:\n\nSatukan gula, garam, susu, telur dan air kemudian kacau hingga larut.\nMasukan tepung dan marjerin uli hingga jadi doh. Rehat dalam 5 minit.\nUli doh sekali lagi sehingga doh menjadi licin, tidak melekat dan kenyal. Jika doh nampak keras renjis sedikit air dan uli doh sehingga lembut.\nBila doh dah lembut dan cantik, bulatkan doh dan sapu minyak atau marjerin dekat permukaan doh. Kemudian masuk dalam bekas. Ulang proses sampai doh habis.\nPerap doh 2-4 jam. Lagi lama perap, roti akan jadi lembut.\nJika nak masak, canaikan doh kemudian simpulkan. Buat bentuk melingkar. Kemudian, canaikan semula doh dan boleh masak atas kuali. Api jangan terlalu kuat. Ikut selera sendiri nak buat yang biasa atau yang garing. Jika nak buat roti telur, masa masak tu letak je telur. Biar roti masak dengan telur.\n\n\nDah siap! Mudah sangat nak buat roti canai dalam kuantiti yang banyak. Selamat mencuba.\nBaca juga:\nRoti Canai Terlalu Liat Sampai Tak Hancur, Wanita Itu Tergigit..\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-roti-cheezy-balut-telur-guna-3-bahan/", "title": "Resipi Roti Cheezy Balut Telur Guna 3 Bahan, Hidangan Ringkas Tapi Mengenyangkan!", "body": "\nTak tahu nak makan apa untuk sarapan pagi? Jom masak mudah-mudah je seperti Roti Cheezy Balut Telur ni. Senang sangat caranya.\nDengan hanya menggunakan 3 bahan mudah yang biasa ada di dapur rumah, anda boleh menghasilkan sarapan yang ringkas tapi mengenyangkan.\nSiap ada lapisan\u00a0cheese di tengah yang membuatkan sarapan pagi anda lebih\u00a0fancy\u00a0tapi sebenarnya sangat simple dan sedap!\u00a0 Jom kita cuba dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Har Ryea di bawah.\nBaca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!\nCARA BUAT ROTI CHEEZY BALUT TELUR\nBahan-bahan:\n\nTelur 2 biji\nRoti 2 keping\n2 keping cheese\nSedikit lada sulah (jika suka)\n\nCara-cara:\n1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit lada sulah dan pukul sehingga semuanya sebati.\n\n2. Kemudian, dadarkan telur dalam kuali leper.\n\n3. Seterusnya, letakkan 2 keping cheese di atas telur tadi.\n\n4. Kemudian letakkan roti di atas cheese.\n\n5. Untuk melipatnya, mula-mula lipat telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti serta cheese.\n\n6. Terbalikkan dan masak sekejap.\n\n7. Siap dan boleh diangkat!\n\n8. Potong dan makan panas-panas, selamat mencuba!\n\nKredit: Har Ryea\nBaca juga: Cara Buat Roti Gula \u2018Crunchy\u2019, Kudapan Sedap Payah Nak Berhenti Makan\nBaca juga: Cara Buat Korean Garlic Bread Versi Cepat! Mudah Guna Roti Keping Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-roti-custard/", "title": "Resipi Roti Custard Tanpa Guna Oven, Sedap & Lembut!", "body": "\nSiapa suka makan roti jom cuba resipi roti custard yang dikongsikan oleh Danita Daniels di bawah. Sedap kalau makan panas-panas.\nInti custard juga boleh digantikan dengan keju mozarella atau apa-apa inti kesukaan.\u00a0Jom cuba! Boleh buat untuk sarapan atau minum petang.\nRESIPI ROTI CUSTARD LEMBUT & SEDAP\nBahan-bahan:\n\n300gm (1 1/2 cawan) tepung roti\n5 sudu makan gula\n1 sudu makan yis segera\n1/2 cawan air\n6 sudu makan susu segar\n2 biji telur saiz kecil \u2013 jika guna saiz besar, cukup hanya 1 biji \u2013 dipukul\n2 sudu makan mentega lembut\n\nCara memasak:\n1. Satukan tepung, gula dan yis. Gaul sebati.\n2. Kemudian masukkan air, susu dan telur. Kacau rata dan akhir sekali masukkan mentega. Adun hingga sebati seperti membuat doh roti.\n3. Perap doh selama 45 minit atau hingga doh naik 2 kali ganda.\n4. Bila doh naik 2 kali ganda, tumbuk doh dan uli selama 5 minit lagi.\n5. Bahagiakan doh kepada 8 bahagian dan bentukkan jadi bebola.\n6. Canai doh dan masukkan inti kastard atau keju mozzarella.\n7. Sapukan air di bahagian tepi doh, lipat dan tekan tepinya supaya inti tidak keluar sewaktu dimasak nanti.\n8. Biarkan doh selama 20 minit sehingga ia naik 1 kali ganda lagi.\n9. Masak roti dalam kuali non-stick tanpa minyak. Guna api perlahan sahaja. Tutup kuali menggunakan penutup periuk.\n10. Bila roti dah kekuningan, balikkan dan masak hingga sempurna.\n11. Angkat dan sedia untuk dinikmati.\n\nRESEPI INTI CUSTARD\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 cawan tepung jagung\n2 sudu makan tepung kastard\n1 1/2 cawan susu segar\n2 biji telur\n1/2 \u2013 1 sudu teh esen vanilla \u2013 ikut citarasa\n3 sudu makan gula \u2013 boleh lebihkan jika suka manis\n\nCara memasak:\n1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak guna api sederhana hingga likat dan mendidih.\n2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.\n3. Jika suka inti keju, guna parutan keju mozzarella bagi menggantikan inti kastard.\n\nINFO:\n1. Jika tiada tepung roti, boleh guna tepung gandum. Tetapi perlu ayak 2 kali.\n2. Selain seperti bentuk dalam gambar, boleh bentukkan roti ikut kreativiti masing-masing.\nKredit: Danita Daniels\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-roti-jala-mudah-sedap-lembut-sampai-esok-pagi/", "title": "Resipi Roti Jala Mudah & Sedap, Lembut Sampai Esok Pagi Walaupun Dah Semalaman!", "body": "\nRoti jala merupakan salah satu sajian popular yang dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri. Digandingkan dengan kari ayam atau daging, ringkas namun sentiasa menjadi \u2018rebutan\u2019! Resipi roti jala ini tidak sukar, namun ada ada teknik dan petuanya untuk mendapatkan tekstur roti jala yang lembut dan tidak cepat rosak.\nJom cuba buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh pengguna Facebook, Nor Al Fatihah\u00a0ini. Roti jalanya bukan sahaja boleh bertahan lama, bahkan ia kekal embut walaupun sudah semalaman siap dimasak.\nRESIPI ROTI JALA MUDAH, SEDAP & LEMBUT\nBahan-bahan:\n\n1 kg tepung gandum\n2 biji telur A\n1/2 tin susu cair (1 cawan)\n150ml minyak masak\n1500ml air\nSedikit garam\nPewarna kuning telur\n\nCara-caranya:\n\nSatukan semua bahan, kisar sehingga semuanya sebati.\nTuangkan ke dalam botol (ada muncung 3) atau boleh guna acuannya jika ada. Sedia untuk dimasak.\nGuna kuali non-stick, leser sedikit minyak untuk kiraian yang pertama. Yang seterusnya tak perlu leser minyak.\n\nLepas jala atas kuali, biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak perlu terbalikkan, boleh terus angkat dan gulungkan.\n\n\nTIPS PENTING:\n\nJika nak makan pada keesokan pagi, boleh mula masak pada pukul 10 malam.\nPastikan roti jala sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas tertutup supaya lambat basi.\n\nRoti jala sedia untuk dimakan dengan kari ayam atau ayam masak kuzi. Sedapnya!\n\nKredit: Nor Al Fatihah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-roti-john-guna-terung/", "title": "Resipi Roti John Guna Terung, Rendah Karbo & Sesuai Untuk Diet", "body": "\nResipi roti john guna terung. Menu rendah karbo yang enak dan mudah untuk disediakan. Salah satu hidangan sesuai bagi anda yang sedang mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan.\nMenurut empunya resipi, saudari\u00a0Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg.\nBahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow, Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.\nROTI JOHN GUNA TERUNG\n\nBahan-bahan:\n\n1 biji terung panjang (potong memanjang)\n1 homemade beef patty/daging burger\n3 biji telur\nGaram pink himalaya\nSerbuk black pepper\nSedikit daun ketumbar\nSayuran/kubis\n\nCara-cara:\n1. Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.\n2. Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa\u00b2 rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.\n3. Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.\n4. Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.\n\n5. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.\n\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Noorul Izzah Marzuki\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-roti-pisang-rangup-untuk-sarapan/", "title": "Resipi Roti Pisang Rangup Untuk Sarapan, Memang Sedap Yang Amat!", "body": "\nAda pisang banyak di rumah tapi tak tahu nak buat apa? Jangan sampai pisang jadi lebam dan hitam, nanti membazir pula bila terpaksa dibuang. Jadi apa kata jom buat roti pisang rangup sedap yang amat ini.\nSesuai dimakan untuk sarapan pagi,\u00a0simple\u00a0tapi sedap. Cara penyediaannya juga sangat ringkas. Jom kita sama-sama lihat cara lengkap untuk membuatnya roti pisang rangup ini di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Sedapnya Pisang Goreng Rangup & Berserdak, Peniaga Ini Dedah Rahsia Bancuhannya\nCara Buat Roti Pisang Rangup\nBahan-bahan:\n\nRoti gardenia\nPisang masak\nMarjerin\nKuning telur\nGula perang (boleh ganti gula putih, tapi jangan guna banyak)\nCheddar cheese (jika ada)\n\nCara-cara:\n1. Sapu marjerin pada roti sehingga rata. Kemudian susun pisang yang sudah dibelah dua mengikut kreativiti masing-masing.\n\n2. Seterusnya sapu lagi marjerin pada pisang yang sudah disusun tadi. Sapukan juga kuning telur. Kemudian taburkan cheese atau gula perang ke atas pisang.\n\n3. Sedia untuk dibakar menggunakan air fryer pada suhu 180\u00b0c selama 5-7 minit atau mengikut air fryer masing-masing.\n\n4. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!\n\nKredit: Hamizah Zakaria\nBaca juga: Resipi Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan\nBaca juga: Cara Yatie Kitchen Buat Cekodok Pisang Yang Tak Keras & Tak Lembik, Guna Sukatan Cawan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-roti-sosej-gulung/", "title": "Resipi Roti Sosej Gulung Yang Jimat, RM20 Dapat 40 Biji!", "body": "\nRoti sosej gulung ini sesuai dihidangkan semasa jamuan di rumah, sekolah atau pejabat. Tak kira jamuan sempena Hari Raya, rumah terbuka mahupun apa-apa jamuan.\u00a0\nCara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah. Anda hanya memerlukan roti, sosej, telur dan serbuk roti sebagai bahan utama.\nKos bahannya juga hanya sebanyak RM20 untuk 20 biji. Jimat kan? Jom lihat perkongsian resepi sosej gulung yang telah dikongsikan oleh Fina Tuah\u00a0di bawah.\nBaca juga:\u00a0Resipi Cheesy Garlic Bread \u2018Sedap Gila\u2019, Buat Tiap Hari Pun Takkan Puas\nCARA BUAT ROTI SOSEJ GULUNG\nBahan-bahan:\n\nRoti gardenia saiz besar 1\n2 pek sosej\nTelur 4 biji\nGaram\nSerbuk perasa\nSerbuk roti 150 gram\n\nCara-cara:\n1. Ambil sekeping roti, kemudian alaskan dengan plastik dan lenyekkan menggunakan cawan atau apa-apa yang sesuai. \nTujuan alas dengan plastik supaya roti tidak melekat dah mudah untuk diangkat. Roti pula kena penyet supaya bila digoreng nanti tidak terlalu berminyak.\n\n2. Letakkan sosej ke atas roti. Sapu adunan telur yang sudah dipukul sebagai gam untuk lekatkan gulungan roti.\n\n3. Gulung dengan kemas.\n\n4. Kemudian potong kepada dua bahagian.\n\n5. Golekkan dalam adunan telur terlebih dahulu, seterusnya golekkan ke dalam serbuk roti. \n6. Sedia untuk digoreng dalam minyak yang sudah panas menggunakan api sederhana sehingga\u00a0golden brown.\n7. Jangan goreng terlalu lama kerana roti mudah garing. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Fina Tuah\nBaca juga: Resipi Roti John Homemade, Confirm Lagi Puas Hati Boleh Letak Inti Bertimbun!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-roti-sosej-roll-simple-sesuai-buat-bekal-anak-anak-ke-sekolah/", "title": "Resipi Roti Sosej Roll Simple, Sesuai Buat Bekal Anak-Anak Ke Sekolah", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-10 08:33:21\n\n\nSemenjak sekolah dibuka kembali selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), setiap pagi ibu-ibu di rumah mesti sibuk menyiapkan bekal makanan buat anak-anak ke sekolah. Ini juga untuk memastikan anak-anak tidak terdedah kepada risiko virus yang masih aktif di luar sana. Namun, kadang-kadang sudah pasti ibu-ibu akan kehabisan idea untuk memikirkan menu apa untuk dibekalkan. Haa, inilah masanya untuk para ibu di rumah membuat roti sosej roll untuk anak-anak. Persiapannya juga sangat mudah, ibu-ibu pun sudah tidak perlu kelam-kabut memasak di pagi hari. Oleh itu, jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Roserosnah Rose menerusi laman Facebooknya.\n\nKredit: Roserosnah Rose\nBahan-bahan: \n\nRoti loaf\n4 batang sosej (atau mengikut kuantiti yang diingini)\n2-3 biji telur \nBread crumbs\nGaram secukupnya \n\nCara-cara:\n\nPecahkan telur ke dalam bekas yang disediakan. Kemudian, pukul telur sehingga sebati dan kembang. Ketepikan untuk seketika.\n \nKredit: Rasa\n\u00a0\nLeperkan sedikit roti dengan menggunakan tangan. Kemudian, belahkan sosej kepada dua bahagian.\n \nKredit: Keluarga\n\u00a0\nLetakkan sosej di atas roti yang telah dileperkan.\n \nKredit: Roserosnah Rose\n\u00a0\nKemudian, mula untuk menggulung roti tersebut dengan kemas. Lakukan untuk roti-roti lain mengikut kuantiti yang diinginkan.\n \nKredit: Roserosnah Rose\n\u00a0\nSetelah siap menggulung, celupkan satu per satu roti sosej ke dalam bekas telur yang telah disediakan tadi.\n \nKredit: Roserosnah Rose\n\u00a0\nKemudian, salutkan roti sosej tadi dengan bread crumbs.\n \nKredit: Roserosnah Rose\u00a0\n\u00a0\nGorengkan menggunakan api yang sederhana sehingga warna roti nampak keperangan.\n \nKredit: Roserosnah Rose\n\u00a0\n\nSiap untuk dibekal! Mudah saja kan? Mesti anak-anak pun suka dengan meal box ini. Selamat mencuba!\n\nKredit: Roserosnah rose\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sagu-gula-melaka-guna-rice-cooker-untuk-elak-hangit/", "title": "Resipi Sagu Gula Melaka, Guna Rice Cooker Untuk Elak Hangit. Sagu Pun Jadi Cantik Sebiji-Sebiji", "body": "\nPasti ramai yang suka makan sagu gula melaka ni kan? Rasa dia sangat berlemak dan sedap. Gabungan sagu, susu cair dan gula yang sangat \u2018ngam\u2019!\nBoleh guna pelbagai warna untuk membuatkan sagu lebih menarik. Sesuai untuk dibuat jualan, pasti dapat menarik perhatian pelanggan.\nKalau nak buat untuk hidangan petang pun boleh. Anak-anak pasti suka. Cara membuatnya juga sangat mudah, bahan-bahan yang digunakan juga tak banyak. Boleh cuba buat nanti ya.\nResipi Sagu Gula Melaka Mudah & Sedap\nBahan-bahan:\n\n4 pot sagu (500g) \u2013 tak perlu rendam, kalau nak buat sikit kurangkan kuantiti\n2 liter air\nGula melaka\nGula merah\nDaun pandan\nSedikit garam\nSusu cair\n\nCara-cara:\n1. Didihkan air dalam 2 liter dalam rice cooker atau\u00a0multifunction cooker.\n2. Bila air dah mendidih, masukkan sagu dan kacau sekali sekala sahaja. Kemudian tutup dengan penutup rice cooker. (Guna rice cooker jimat masa, tenaga, tak perlu kacau selalu dan tak risau hangit pada bahagian bawah)\n\n3. Bila sagu dah separuh masak, buka dan kacau lagi. Pada masa ini baru letakkan pewarna pilihan masing-masing. Kacau dan tutup lagi, biar sampai button\u00a0keep warm\u00a0tu \u2018on\u2019 dan biarkan sehingga semua putih dalam sagu hilang.\n4. Sagu akan menjadi sebiji-sebiji. Ambil sedikit sagu, masukkan dalam penapis dan lalukan sekejap di bawah air paip untuk membersihkan sisa kanji, biji-biji hitam dan lendir dalam sagu.\n\n5. Bila dah betul-betul bersih, letakkan sagu dalam bekas bersih. Ketepikan.\n\n6. Masak gula melaka, gula merah, daun pandan, sedikit garam dan air. Masak sampai agak pekat. Nak lagi sedap boleh letak sedikit kabung (jika ada).\n7. Ambil sedikit sagu, tuangkan susu cair dan gula tadi secukupnya dalam satu mangkuk. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Mimee Ismaell\nBaca juga: Resipi Blueberry Cheese Cake Tak Perlu Bakar & Tak Guna Mixer, Kos Bahan RM35 Je!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-salad-buah-paling-mudah-sedap/", "title": "Resipi Salad Buah Paling Mudah. Sedap Makan Sejuk, Sangat Menyegarkan!", "body": "\nResipi salad buah ini merupakan snek paling mudah yang boleh cuba dibuat. Lagi sedap jika dimakan sejuk, rasa segar je!\nIa merupakan campuran buah-buahan yang digaul dengan 3 sos ringkas. Gabungan aneka buaha-buahan menarikkan lagi rasa keenakan hidangan ini.\nLengkap dengan rasa lemak, manis, masam, semua ada! Jom cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Rozita Daud di bawah.\nRESIPI SALAD BUAH YANG MUDAH\nBahan-bahan:\n\n1 biji buah pelam\n2 biji epal hijau\n2 biji epal merah\nKismis hitam (ikut banyak mana)\nAnggur\n1/2 tin susu cair\n1 yogurt lemak perisa strawberri\n5 @ 6 sudu mayonis buah-buahan\n\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Bersihkan buah-buahan dan keringkan. Kemudian potong dadu.\n\n2. Masukkan yogurt, susu cair, mayonis dan taburkan juga kismis ke dalam bekas berisi buah-buahan tadi.\n\n3. Gaul rata sehingga semuanya sebati.\n\n4. Salad buah sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!\n\nKredit: Rozita Daud\nBaca juga: Resipi Chicken Salad, Menu Diet Yang Sedap Sampai Hari-Hari Nak Makan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-salmon-grill-lemon-butter/", "title": "Bosan Makan Nasi? Jom Masak Makanan Western, Salmon Grill Lemon Butter", "body": "\nSekali sekala makan makanan barat apa salahnya kan, kadang-kadang bosan juga asyik makan nasi. Salah satu makanan barat yang anda boleh cuba masak adalah Salmon Grill Lemon Butter.\nSalmon panggang yang disaluti sos lemon butter. Dengar nama pun dah terliur kan? Kalau nak tahu sedap ke tidak, jom cuba cuba buat!\nBaca juga: Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!\nResipi Salmon Grill Lemon Butter\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ikan salmon atau nak guna ikan lain pun boleh\n3 sudu besar butter dicairkan\n2 sudu besar gula perang\n2 sudu besar kicap\n1 sudu kecil kulit lemon diparut\n1/2 lemon \u2013 ambil jusnya\n3 tangkai cili api \u2013 cincang @ 1/4 sudu kecil paprika jika tak suka pedas\n1 sudu besar daun parsley \u2013 cincang\n2 sudu kecil thyme\n1/2 sudu kecil garam\n1/2 sudu kecil serbuk lada hitam\n1 sudu kecil bawang putih dicincang\n1 sudu kecil minyak zaitun\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Panaskan oven pada suhu 200\u00b0C selama 15 minit.\n2. Bersihkan ikan, lap ikan supaya kering. Kalau tak nanti air dari ikan akan keluar.\n\n2. Satukan semua bahan kecuali ikan ke dalam mangkuk. Kacau semua bahan sehingga gula hancur. Jika guna garam bukit pink, rasanya kurang masin. Jika guna garam biasa boleh kurangkan sikit. Jika tak suka pedas, tak perlu letak cili api.\n\n3. Sapu kan dulang @ mangkuk dengan sedikit minyak zaitun. Susun ikan dalam dulang @ mangkuk untuk dibakar. Boleh gantikan ikan mengikut selera.\n4. Tuangkan bahan sos tadi ke atas ikan. Sapu rata. Bakar ikan selama 10-11 minit atau sehingga ikan masak.\n\n5. Susunkan hirisan lemon ke atas ikan sebagai hiasan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Khadijah Jaafar\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-ayam-penyet-berhantu/", "title": "Resipi Sambal Ayam Penyet \u2018Berhantu\u2019, Sekali Cuba Pasti Teringat-Ingat!", "body": "\nSeminggu sekali wajib makan nasi ayam penyet. Sambal dia memang\u00a0bikin orang teringat-ingat. Cikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan resipi sambal ayam penyet yang menjadi kegilaan ramai.\nMenurutnya, resipi yang pernah dibuat jualan itu telah mendapat sambutan yang hangat kerana rasanya yang sempurna dengan rasa pedas sederhana, manis, masin dan masam yang sebati.\nKalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi lengkap di bawah tanpa tinggal satu bahan rahsia pun. Memang pasti menjadi!\nCARA BUAT SAMBAL AYAM PENYET BERHANTU\nSediakan bahan berikut untuk digoreng seketika:\n\n20 batang cili merah\nSegenggam cili padi merah + hijau (atau kurangkan kuantiti untuk sedikit rasa pedas)\n1/4 bawang holland\n2 biji bawang merah saiz bola pingpong\n4 ulas bawang putih\n2 biji tomato kecil\nSemangkuk kecil ikan bilis\n1 sudu kecil udang kering\nSecubit belacan\n\n\nCara penyediannya:\n1. Untuk cara goreng, goreng asing cili dan bahan lain.\n\n2. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.\n*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*\n\n3. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Kacau sesekali.\n\n4. Masukkan baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal masak dalam api perlahan.\n\n5. Perasakan bahan dengan gula perang dan garam bukit secukup rasa. Tambah secubit dua perencah Hilal.\n\n6. Keluarkan sedikit minyak sambal yang telah pecah minyak.\n\n7. Tutup api selepas semua rasa bersatu.\n\n8. Siap sepinggan Nasi Ayam Penyet dengan sambal ngosek.\n\n9. Dihidangkan bersama isi ayam yang sedap.\n\nKredit: Afy AL Habibi\nBaca juga: Tips Masak Sambal Nasi Lemak Supaya Tak Terpecik Satu Dapur, Rasa Pun Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-bilis-nasi-lemak-mudah-sedap/", "title": "Resipi Sambal Bilis Nasi Lemak Terpaling Mudah Tapi Sedap", "body": "\nSambal Ikan Bilis memang sedap. Selain dinikmati bersama Nasi lemak, sambal bilis juga sesuai dinikmati bersama nasi putih biasa atau dimakan bersama roti atau pau. Memang kena dengan selera orang Malaysia.\nNamun ramai yang kadang-kala susah nak jumpa\u00a0 yang kena dengan selera. Kalau nak cuba buat sendiri pun boleh, caranya sangat mudah dan sangat sedap. Saudari Nurul Ateekah\u00a0ada kongsikan resipinya. Jom cuba!\nCara Masak Sambal Bilis Nasi Lemak Yang Mudah & Sedap\nBahan-bahan:\n\nBawang besar 5 labu**\nBawang putih 5 ulas**\nSecubit ikan bilis untuk kisar**\nSedikit belacan**\nSehelai daun pandan\nAsam keping 2 keping\nCili kering kisar\nGula melaka (nise) 2 keping\nSos cili 3 sudu\nSos tomato 3 sudu\nIkan bilis\nHirisan bawang besar\nGaram\nAjinamoto\nGula (jika suka)\n\nCara-cara memasak:\n1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (**).\n\n2. Dalam kuali panaskan minyak, masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.\n\n3. Masukkan asam keping dan bahan kisar tadi. Masak sehingga perang atau separuh masak.\n\n4. Masukkan pula cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.\n\n5. Masukkan gula melaka, sos cili dan sos tomato. Gaul rata.\n\n6. Kemudian masukkan ikan bilis secukupnya bersama hirisan bawang besar.\n\n7. Perasakan dengan sedikit garam dan ajinamoto. Jika kurang manis, boleh tambahkan gula.\n8. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan pekat.\n\nKredit: Yayar B. Awang Noh\nBaca juga: Petai Berlada Ikan Bilis Paling Simple, Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-bilis-tempoyak-simple-tapi-padu/", "title": "Resipi Sambal Bilis Tempoyak, Simple Tapi Padu!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-29 08:38:41\n\n\nBila dah selalu sangat masak bermacam jenis lauk, mesti sesekali ibu-ibu di dapur buntu nak masak apa kan? Kadang-kadang, kita pun\u00a0teringin\u00a0menikmati sesuatu hidangan yang mudah disediakan\u00a0tapi dalam masa yang sama masih mampu menaikkan selera makan. Betul tak? Contohnya seperti menu\u00a0sambal bilis tempoyak, semestinya enak\u00a0dimakan bersama nasi panas. Fuhh! Oleh itu, jom kita ikuti resipi yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha menerusi laman Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Suisan Aliezsha\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nIkan bilis \nCili api (bilangan cili terpulang mengikut kepedasan yang diingini)\nBawang kecil & bawang putih (ditumbuk)\nBawang besar (dihiris)\nPetai (dihiris)\n2 ke 3 sudu besar tempoyak \nAsam keping\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara:\n1.Cuci ikan bilis sehingga bersih. Kemudian, goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan.\n\nKredit: Rasa\n\u00a0\n2. Untuk penyediaan sambal tempoyak, tumbuk cili api sehingga lumat dan campurkan tempoyak tadi bersama garam secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan biarkan seketika.\n\nKredit: Suisan Aliezsha\n\u00a0\n3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Kemudian, masukkan sos tiram dan asam keping. Gaulkan.\n\nKredit: Keluarga\n\u00a0\n4. Masukkan petai dan bawang besar. Biarkan masak seketika dan masukkan sambal tempoyak yang telah disiapkan tadi. \n\nKredit: Rasa\n\u00a0\n5. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Gaul sehingga rata untuk memastikan garam sebati dalam sambal.\n\nKredit: Suisan Aliezsha\n\u00a0\nDah siap! Sesuai untuk hidangan buat seisi keluarga. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-goreng-jawa-asli-cuba-sekali-pasti-nak-lagi/", "title": "Resipi Sambal Goreng Jawa Asli, Cuba Sekali Pasti Nak Lagi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-22 07:55:09\n\n\nSambal Goreng Jawa ini boleh dikatakan sebagai menu wajib untuk dihidangkan pada hari istimewa seperti sambutan hari raya atau ketika\u00a0majlis kenduri bagi orang yang berketurunan Jawa. 'Special Menu' orang kata gituuu.\u00a0\n\nKebanyakan\u00a0orang yang berdarah jawa ini kebiasaannya akan\u00a0menetap di Selangor, Perak dan Johor. Jadi, dari sini kita akan nampak pelbagai versi sambal goreng. Tak kisahlah nak yang versi basah atau kering, asalkan mengikut cita rasa masing-masing kan? Kalau korang teringin sambal goreng yang asli, bahan-bahan wajib cuma perlukan suhun, ubi kentang, tauhu, fucuk dan tempe.\u00a0\nUntuk resipi sambal goreng kali ni, jom kita tengok perkongsian daripada\u00a0Mariana Zainal\u00a0:)\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 paket tempe (dihiris dan goreng garing)\n3-4 ketul tauhu (dihiris dan goreng garing)\n3-4 biji kentang (dihiris dan goreng garing)\n2 paket suhun (direndam dalam air)\n1 keping fucuk (dipotong)\nSedikit kacang panjang (dihiris serong)\n1 sudu besar\u00a0gula\nSedikit perasa jika perlu\n1/2 sudu teh garam\nKicap manis secukupnya\u00a0\n1/2 cawan air asam jawa (cair)\n1 cawan air\n3 sudu besar ikan bilis (ditumbuk lumat)\n2 senduk minyak masak (untuk ditumis)\n\nBahan Tumis:\n\n2 biji bawang besar (dihiris nipis)\n4 ulas bawang putih (dihiris nipis)\n10 tangkai cili kering (dipotong nipis menyerong) *bilangan cili mengikut citarasa pedas sendiri\n\nCara-Cara:\n\nPanaskan minyak.\u00a0\n\n\u00a0\nLepas dah betul-betul panas, masukkan ikan bilis yang sudah ditumbuk lumat dan\u00a0bahan tumis. Tumis sampai dia jadi\u00a0agak garing. Kemudian, masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam.\n\n\u00a0\nRenjiskan kicap manis dan kacau sampai\u00a0naik minyak\u00a0\u00a0\n \n\u00a0\nMasukkan suhun dan fucuk serta air. Kemudian, baru masukkan\u00a0kacang panjang. Kacau seketika. Selepas itu, masukkan pula bahan-bahan\u00a0lain yang dah siap digoreng tadi untuk digaul rata. Sesuaikan rasa mengikut cita rasa masing-masing. Tutup api.\u00a0\n\n\nDah siap!\u00a0\n\nBoleh dihidangkan\u00a0untuk seisi keluarga! Makanan panas-panas ni mesti syok. Selamat mencuba!\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-ikan-padu-warna-kena-merah-baru-sedap/", "title": "Resipi Sambal Ikan Padu, Warna Kena Merah Macam Ni Baru Sedap", "body": "\nKalau rasa kosong asyik makan ikan goreng je, sesuai sangat buat sambal ikan macam ni. Sekurangnya ada \u2018kuah\u2019 sikit kan, tak perlu masak lauk berkuah yang lain dah.\nNak buat sambal ikan ni mudah saja. Yang penting, sambal yang sedap biasanya kena berwarna merah baru lagi sedap! Jom lihat resipi di bawah.\nRESIPI SAMBAL IKAN SEDAP\nBahan-bahan:\n\nIkan (tak kisah ikan apa)\nKunyit\nGaram\n1 biji bawang merah\n1 ulas bawang putih\n\u00bc inci halia\n4 sdb pes cili kering\n2 sdb sos tomato\n2 sdb sos cili\n1 sdb sos tiram\n1 sdb kicap manis\n\nCara-cara:\n1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng sehingga masak dan garing.\n2. Baki minyak ikan, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering yang sudah dikisar. Seeloknya pes cili tu kita kisar sendiri.\n\n3. Tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak. Kalau guna kuali biasa ni kena pandai jaga api. Selalu kacau-kacaukan supaya tak hangit.\n4. Bila dah pecah minyak dan garing, letakkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata.\n\n5. Masukkan air dalam \u00bc cawan. Biarkan merenih Dan sambal sedikit memekat.\n\n6. Bila sambal nampak dah memekat bolehlah masukkan ikan goreng kita tadi. Tak perlu letak garam sebab sos tiram dan ikan goreng dah masin.\n\n7. Taburkan juga bawang merah hiris sebagai hiasan.\n\n8. Akhir sekali letakkan gula dan kacau sehingga semuanya rata. Kalau rasa kurang masin tambah garam.\n\n9. Siap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Umi Watie\nBaca juga: Malas Masak Banyak Lauk? Jom Buat Sambal Padang Ni, Nak Makan Tinggal Senduk Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-jawa-asli/", "title": "Resipi Sambal Jawa Asli, Sekali Cuba Pasti Akan Nak Lagi & Lagi", "body": "\nSambal jawa sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Setiap kali pergi kenduri di kampung, salah satu hidangan yang disajikan adalah sambal jawa inilah.\nDalam masakan ini ada fucuk, suhun, tempe, kentang dan sebagainya. Meskipun bahan yang digunakan kelihatan banyak, tapi sebenarnya cara memasaknya sangatlah mudah.\nSangat berselera kalau makan dengan nasi panas-panas. Tengok gambar pun dah terliur. Apa kata jom kita cuba masak sendiri menggunakan resipi oleh Nabila Zaidi di bawah.\nBaca juga: Cara Mudah Buat Sate Goreng Versi Masakan Jawa\nCARA MASAK SAMBAL JAWA\nBahan-bahan kisar:\n\nBawang merah\nBawang putih\nHalia\nLengkuas\nUdang kering\n\n\nCara-cara:\n1. Tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan 2 sudu cili kering, letak sedikit rencah daging sebagai penyedap serta renjis kicap manis.\n\n2. Letakkan suku kota santan supaya lebih berlemak.\n\n3. Masukkan fucuk dan suhun. Lebihkan jika suka.\n\n4. Masukkan tauhu, tempe, pedal dan hati ayam, kentang dan udang yang sudah digoreng terlebih dahulu.\n\n5. Akhir sekali, letakkan kacang buncis dan cili merah besar.\n\n6. Rasa dan tambah apa yang tak cukup. Renjis kicap atau perasa garam gula.\u00a0Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Nabila Zaidi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-kentang-ikan-bilis/", "title": "Resipi Sambal Kentang Ikan Bilis Cukup Rasa, Ratah Pun Sedap!", "body": "\nMenu simple\u00a0seperti sambal kentang ikan bilis ini sangat sedap\u00a0tapi gerenti bertambah makan.\nSusah nak berhenti bila dah mula makan. Ketagih dibuatnya! Cara memasaknya juga sangat mudah sekali.\nKombinasi kentang dan ikan bilis ni memang padu, dimasak sempurna cukup rasa. Jom lihat cara membuatnya di bawah.\nSambal Kentang Ikan Bilis\nBahan-bahan:\n\n5 sudu besar ikan bilis (cuci dan toskan)\n4-5 biji ubi kentang (dipotong nipis)\n2 ulas bawang putih(diketuk)\n1 biji bawang besar (dipotong bulat)\nGula\nGaram\n\nBahan cili kisar:\n\n10 batang cili kering\n2 biji bawang besar\n2 ulas bawang putih\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan (angkat dan ketepikan)\n\n2.\u00a0Kemudian, masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup. (angkat dan ketepikan)\n\n3. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.\n4.\u00a0Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak atau sambal masak dengan sempurna.\n\n5.\u00a0Kemudian masukkan serbuk perasa atau gula dan gaulkan.\n\n6.\u00a0Masukkan ubi kentang, ikan bilis dan bawang yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika.\n\n7. Angkat dan siap untuk dihidang.\n\nKredit: Nurul Ateekah\nBaca juga: 6 Petua Nak Sambal Tempe Tahan Lama Dan Rangup\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-paru-garing/", "title": "Sambal Paru Garing Yang Pasti Akan Menjadi Menu Kegemaran Anda", "body": "\nRasanya sambal ni memang dah jadi kegemaran rakyat Malaysia. Tambahan lagi kalau sambal paru garing. Makan dengan nasi kosong sedap sungguh tak perlu tambah lauk lain pun dah cukup.\nResipi ni sesuai untuk sesiapa yang baru kahwin atau yang baru nak berjinak-jinak ke dapur. Bahan dan caranya pun mudah sahaja.\nResipi Sambal Paru Garing Sedap\nBahan-bahan:\n\n1 kg paru\n1 sudu teh garam\n1 sudu teh kunyit\nMinyak\n10 ulas bawang ros\n6-8 biji cili api merah (siam)\n4 bawang putih\n1 inci halia\nKiub ayam\nGula kabung (gula melaka)\n\nCara memasak:\n\nBasuh bersih paru dan rebus bagi ia lembut.\nSelepas itu, keluar dan toskan airnya.\nHiris nipis-nipis dan gaul dengan garam dan kunyit.\nKemudian, goreng dalam minyak banyak hingga garing. Angkat dan sejukkan.\nKisar bawang ros, cili api merah, bawang putih dan halia. Kisar guna blender kering atau tumbuk menggunakan lesung batu. Jangan letak air.\nPanaskan 3 sudu minyak (guna minyak goreng paru tadi).\nMasukkan bahan kisar, letak sedikit garam dan separuh kiub ayam serta 1/2 buku gula kabung (gula melaka).\nMasak atas api perlahan hingga gula larut. Gaul rata. Tutup api.\nApabila sambal sejuk, paru pun sejuk baru masukkan paru dan gaul hingga rata.\nSimpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.\nSedap makan begitu sahaja atau makan dengan nasi panas + telur mata. Selamat mencuba.\n\n\nKredit: Azizah Salleh\nBaca juga:\n\u201cJangan Pandang Sebelah Mata Lauk Ni\u201d- Wanita Ini Kongsi Resipi Sambal Ikan Bilis Garing\nRindu Makanan Thailand? Jom Buat Ikan Sambal Thailand Menggunakan Bahan Yang Ada Di Rumah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-penyet/", "title": "Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap", "body": "\nBila sebut ayam penyet atau pecal lele, pasti akan teringat sambal penyet dia yang boleh buat kecur air liur.\nSambal penyet ni makan dengan apa-apa lauk apa pun pasti \u2018kena\u2019, makin berselera dibuatnya.\nJom cuba resipinya di bawah. Buat banyak terus dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan, tinggal cedok saja.\nRESIPI SAMBAL PENYET\nBahan-bahan:\n\n7 tomato merah\n5 cili merah besar\n20 cili merah kecik\n2 biji bawang merah\n2 ulas bawang putih\nSedikit belacan\nGaram dan gula\nMinyak masak\n\nCara memasak:\n1. Panaskan setengah cawan minyak masak ke dalam kuali.\n2. Masukkan bawang merah dan bawang putih, masak sehingga berbau harum.\n3. Kemudian masukkan kesemua tomato dan masak sampai lembik.\n\n4. Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi.\n\n5. Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi suam.\n6. Kemudian, kisarkan masakan ke dalam pengisar tapi jangan kisar terlalu kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus seperti cili boh.\n\n7. Bila dah siap\u00a0kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.\n8.\u00a0Akhir sekali perasakan dengan sambal dengan garam dan gula secukupnya.\n\n9. Sedia dimakan bersama nasi panas, ikan goreng atau apa-apa lauk yang bersesuaian.\nKredit: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-tempe-ikan-bilis-kacang/", "title": "Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas", "body": "\nKalau malas masak banyak lauk, kita kena sediakan makanan yang sedia untuk dimakan seperti Sambal Tempe Ikan Bilis Dan Kacang ni.\nBuat banyak-banyak untuk dijadikan stok, sedap makan dengan nasi panas-panas. Satu lauk ini pun dah cukup.\nbulan Ramadhan pun akan tiba tak lama lagi, sangat sesuai dijadikan stok untuk sahur. Kalau terlambat bangun, dah ada makanan untuk dijadikan menu sahur.\nNak cuba? Jom lihat resipi perkongsian oleh Sharinaz Redwan di bawah.\nResipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang\nBahan-bahan goreng:\n\n6 peket tempe \u2013 hiris nipis, goreng sehingga rangup\n\n\n\n2 cawan ikan bilis \u2013 cuci, goreng bagi rapuh (Kalau goreng jadi lemau, cuba masuk air fryer kejap, akan rangup balik)\n\n\n\n500g kacang \u2013 cuci, tos, goreng\n\nBahan-bahan sambal:\n\n2 senduk cili blend \u2013 guna cili kerinting supaya lagi pedas\n3 biji bawang merah \u2013 blend\n5 ulas bawang putih \u2013 blend\n1 ketul gula kabung\n4 keping asam keping\nGaram secukupnya\nMinyak goreng tempe tadi\n\nCara-cara:\n1. Tumis bahan kisar bersama gula kabung, asam keping sehingga pecah minyak. Masak lama sikit sehingga cili garing.\n\n2. Bila dah siap, tutup api dan letak garam mengikut selera masing-masing. Kemudian masukkan bahan-bahan goreng dan gaul rata.\n\n3. Bila dah siap, tutup api dan letak dalam bekas. Sejukkan terlebih dahulu sebelum tutup bekas.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Sharinaz Redwan\nBaca juga: Malas Masak Banyak Lauk? Jom Buat Sambal Padang Ni, Nak Makan Tinggal Senduk Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sambal-tempoyak-udang-petai-memang-confirm-bertambah-nasi/", "title": "Resipi Sambal Tempoyak Udang Petai, Memang \u2018Confirm\u2019 Bertambah Nasi!", "body": "\nPenggemar sambal tempoyak munculkan diri anda! Pelbagai menu boleh dibuat dengan menggunakan tempoyak. Salah satu menu yang paling digemari ramai iaitu resipi sambal tempoyak udang petai.\u00a0\nMakan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah. Satu lauk ini pun sudah cukup untuk menaikkan selera.\nKalau ada yang mahu mencuba, boleh ikuti langkah demi langkah cara membuat sambal tempoyak udang petai hasil perkongsian oleh Azlina Ina di bawah. \\\nCara Buat Sambal Tempoyak Udang Petai\nBahan-bahan:\n\n10 ekor udang\n4-5 sudu besar tempoyak\nCili padi (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)\nIkan bilis halus (wajib ada supaya sambal lebih berlemak)\n2-3 batang serai yang dititik\n3-4 sudu besar gula.\n\nCara-cara:\n\nTumbuk cili bersama ikan bilis.\nApabila sudah lumat, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama serai dengan minyak sederhana sehingga agak garing.\nMasukkan pula tempoyak dan gula. (jika tempoyak manis, kurangkan gula)\nMasukkan 1/4 air ke dalam lesung sisa cili dan ikan bilis tadi. Kalau suka berkuah, lebihkan air. Kemudian masukkan ke dalam bahan tumis tadi.\nBiarkan sehingga mendidih dan naik minyak.\nKemudian masukkan udang sehingga bertukar warna merah. Letakkan garam dan perasa.\nAkhir sekali masukkan petai. \nKalau suka berkuah, letakkan lagi sedikit air.\nSedia untuk dihidang, selamat mencuba!\n\nKredit gambar & resipi: Azlina Ina\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sandwich-chicken-crispy/", "title": "Buat Sendiri Sandwich Chicken Crispy, Puas Hati Letak Isi Banyak", "body": "\nKalau ada jamuan\u00a0potluck\u00a0di pejabat, tak perlu pening kepala nak bawa makanan apa. Buat je Sandwich Chicken Crispy ni.\nBukan sekadar sandwich biasa, ianya mudah, sihat dan mengenyangkan. Letak isi ayam banyak-banyak, baru lagi puas makan.\nJom cuba buat di rumah menggunakan resipi yang telah dikongsi oleh\u00a0Amy Marina Ahmad di bawah. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan\nRESIPI SANDWICH CHICKEN CRISPY\n\nBahan-bahan perapan:\n\nIsi ayam\nTepung gandum\nTepung beras\nTepung ubi\nSerbuk paprika\nSerbuk lada hitam\nLada sulah\nGaram pink\nPes bawang putih\n\nBahan-bahan lain:\n\nRoti\nSos cheese\nDaun salad\nBuah tomato\nAyam goreng\nSos cili\nMayonis\n\nCara penyediaannya:\n\nPerap isi ayam dengan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, serbuk paprika, serbuk lada hitam, lada sulah, pink salt dan pes bawang putih.\nGoreng sehingga masak. Bila dah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.\nAmbil sekeping roti, sapu dengan sos cheese, lapikkan dengan daun salad, buah tomato dan ayam goreng.\nDrizzlekan dengan sos cili. Kemudian tutup dengan sekeping roti lagi yang sudah disapu dengan mayo.\nPotong secara menggergaji menggunakan pisau roti. Ambil sekeping yang sudah dipotong, lapikkan dengan Doyleys paper.\nSiap, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Amy Marina Ahmad\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sandwich-premium-macam-hotel-barulah-puas-suami-anak-nak-makan/", "title": "Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan", "body": "\nKalau dulu mak-mak kita buat sandwich menggunakan inti sardin atau telur untuk sarapan pagi atau waktu pergi berkelah pun dah rasa premium dah sebab air tangan mereka.\nTetapi kini menu sandwic sudah berada pada tahap lain. Ia sudah masuk dalam senarai menu di kebanyakan hotel, restoran fine dining, kafe bahkan sudah ada restoran khusus yang menghidang pelbagai pilihan sandwic.\nSelain dari itu sudah ramai juga usahawan dalam talian yang menjual menu sandwic \u2018kayangan\u2019 dan mendapat sambutan ramai pelanggan yang berpuas hati membeli.\nBaca juga: Cara Buat Sandwich Sushi Guna Roti, Sesuai Untuk Yang Diet Nasi\nApa kata kita belajar buat sendiri sandwic macam di hotel yang menggunakan bahan-bahan premium dan sudah pastinya dijamin berkhasiat.\nSesuai untuk dijadikan snek bekalan ke tempat kerja atau anak-anak ke sekolah. Barulah mereka berselera makan sandwic kayangan mama sediakan.\nPuan Zurina Zulkefli berkongsi cara-caranya membuat sandwich di Facebook beliau.\nSuami minta saya buatkan sandwich untuk bekal minum petangnya di tempat kerja. Saya kalau buat sandwich, saya akan buat betul\u00b2 macam makan di restoran atau hotel.\nSandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Saya ambil masa 20 minit untuk siapkan bekal.\nSaya kongsikan resepi di setiap gambar ya untuk ibu\u00b2 mencuba sempena sesi sekolah bermula. Boleh buat bekal untuk anak-anak tersayang.\nResipi Sandwich Premium\n\n\nBahan-bahannya:\n\n4 keping roti MIL (Wholemeal Bread). Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.\n2 keping lof daging ayam. Goreng di atas kuali sehingga masak.\n6 hirisan timun jepun. Timun setelah dihiris, mesti dilap kan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun.\n6 hirisan lobak merah. Kemudian hiris lagi memnjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.\n2 helai daun salad. Basuh dan keringkan.\n1 keping keju\nSos bijan panggang.\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad.\n\n\n2. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.\n\n\n3. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.\n\n\n4. Letakkan satu kepingan keju.\n\n\n5. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.\n\n\n6. Susun hirisan timun jepun.\n\n\n7. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.\n\n\n8. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).\n\n\nSiap sandwich 3 tingkat.\nTip potong sandwich nampak cantik\n\n\nPotong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwich yang cantik.\nTeknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.\n\nSumber: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sandwich-tebal-banyak-inti-kenyang-tak-muak/", "title": "Ibu Ini Kongsi Resipi \u2018Sandwich Tebal\u2019 Banyak Inti, Kenyang & Tak Muak. Sesuai Untuk Bekal Anak", "body": "\nSeorang pengguna laman sosial Facebook, Zurina Zulkefli ada berkongsikan resipi sandwich tebal yang banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Sebiji sama macam makan di restoran atau hotel, baru puas!\nSesuai dijadikan bekal untuk suami dan anak-anak. Lagi terjamin kebersihan untuk mereka di kala musim wabak ini. Nak cuba? Jom lihat resipi lengkap di bawah.\nBaca juga: Rahsia Sandwich Telur Yang Sedap, Kena Letak Bawang Karamel Baru Rasa Lagi \u2018Perfect\u2019!\nCARA BUAT SANDWICH TEBAL MACAM DI HOTEL\nBahan-bahan yang diperlukan:\n\n4 keping roti wholemeal bread\n2 keping lof daging ayam\n6 hirisan timun jepun (selepas hiris, lap supaya tak berair)\nLada hitam\n6 hirisan lobak merah\n2 helai daun salad (basuh dan keringkan)\n1 keping keju\nSos bijan panggang\n\nCara-cara:\n1. Panggang sekejap roti di atas kuali untuk mendapatkan permukaan yang rangup. Sapukan sedikit marjerin pada setiap kepingan roti.\n\n2. Kemudian letak helaian daun salad.\n\n3. Letakkan satu keping lof daging ayam. (goreng dulu lof daging ayam atas kuali sehingga masak)\n\n4. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.\n\n5. Letakkan satu kepingan keju.\n\n6. Letakkan lobak merah yang sudah digaul dengan 1 sudu besar mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.\n\n7. Susun hirisan timun jepun.\n\n8. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.\n\n9. Letak sedikit sos bijan panggang.\n\n10. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).\n\n11. Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sadnwich yang cantik.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sandwich-telur-mudah-guna-2-bahan/", "title": "Resipi Sandwich Telur Mudah, Guna 2 Bahan Ini Pun Dah Cukup Sedap!", "body": "\nSandwich\u00a0telur\u00a0sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa.\u00a0Simple\u00a0tapi sedap dan mengenyangkan. Resipi sandwich telur ini juga sangat ringkas.\nHanya menggunakan dua bahan mudah, anda sudah boleh menghasilkan sandwich yang sedap. Anak-anak mesti suka, pasti berselera makan!\nSesuai dimakan tak kira siang atau malam. Ibu-ibu boleh buat untuk bekal anak ke sekolah atau sesuai juga dibuat bekal untuk berkelah.\nBaca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal\nResipi Sandwich Telur Mudah Guna 2 Bahan\nBahan-bahan:\n\nRoti sandwich\nTelur\nMayonis\u00a0\nLada sulah \u2013 jika suka\nGaram @ perasa \u2013 jika perlu\n\nCara penyediaannya:\n1. Bersihkan telur dan rebus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya. Jumlahnya bergantung banyak mana sandwich yang anda mahu buat.\n\n2. Masukkan telur rebus tadi ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian lenyek menggunakan garpu hingga halus.\n\n3. Seterusnya masukkan mayones dengan secukupnya. Jenama bergantung pada selera masing-masing.\n\n4. Jika suka, boleh juga menambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada selera masing-masing.\n5. Gaul inti hingga sebati.\n\n6. Ambil roti dan sapukan inti telur tadi dengan secukupnya. Lebih enak jika roti disapu dengan planta terlebih dahulu.\n7. Sandwich Telur paling ringkas sedia untuk dinikmati.\n\nKredit: Roha Adrinna\nBaca juga: Sandwich Strawberry & Chocolate Peanut Butter, Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak Confirm \u2018Laris\u2019!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sarapan-rendah-kalori/", "title": "Wanita Ini Kongsi Resipi Sarapan Rendah Kalori \u2018Confirm\u2019 Kurus", "body": "\nMudah je rupanya nak jaga kalori ketika sarapan. Hanya makan oats sahaja.\nSelalunya kita tengok individu yang mengamalkan makan overnight oats untuk menjaga diet pemakanan mereka.\nNamun, ia bukan hanya untuk dimakan pada waktu malam, malah oats ini sesuai juga diambil pada waktu pagi.\nSelain daripada rasanya yang sedap, ia juga membantu untuk membuatkan perut korang sentiasa kenyang.\nBaca juga: Beza Yogurt Greek & Yogurt Biasa, Pilih Yang \u2018Jenis\u2019 Ini Baru Lagi Sihat\nPenyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.\nSeorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ummi Nadia pernah berkongsi resipi rendah kalori yang diamalkanya sehingga berjaya menurunkan berat badan.\nJom kita cuba menu sarapan ini!\nBahan-bahan:\n\n\nRolled oats\nNatural yogurt\nSusu segar\nKekacang\nMadu asli\nBuah-buahan\nBekas berpenutup (Boleh beli di kedai RM2)\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Letakkan 2 hingga 3 sudu besar rolled oats.\n\n2. Kemudian, letakkan campuran kekacang dan kismis.\n\n3. Tambahkan 1 hingga 2 sudu besar natural yogurt.\n\n4. Letakkan sedikit madu asli.\n\n5. Seterusnya, campurkan dengan buah-buahan pilihan.\n\n6. Tuangkan susu segar sehingga buah tenggelam dan siap untuk dimakan.\n\n\nSemoga misi untuk kurus berjaya dan konsisten. Selamat mencuba.\n\nSumber: Ummi Nadia\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sardin-homemade-yang-mudah-bersih-halal/", "title": "Resipi Sardin Homemade Yang Mudah. Lebih Bersih, Halal & Tanpa Bahan Pengawet", "body": "\nHarga untuk 1 tin sardin sekarang ini boleh tahan mahal juga. Jadi apa kata jom buat sendiri sardin homemade sama macam dalam tin tu.\nDijamin lebih bersih dan selamat dari bahan pengawet. Yang paling penting bila buat sendiri, nak bagi makan dekat anak pun tak was-was.\nHarga ikan sardin segar di pasar pun tak mahal mana. Memang puas hati kalau buat sendiri sebab puas hati boleh makan banyak. Jom lihat resipi di bawah.\nCara Buat Sardin Homemade Yang Mudah\nBahan-bahan:\n\n1 kg ikan sadin \u2013 bersihkan\n2 labu bawang besar \u2013 potong dadu\n2 biji tomato \u2013 potong dadu\n3-4 ulas bawang putih \u2013 tumbuk, racik atau kisar\n1/2 cawan tomato puree\n1/2 cawan tomato sos\n1/2 cawan minyak\nSedikit gula dan garam\nAir secukupnya\nSedikit cili sos \u2013 jika suka\n\n\nCara-cara:\n1. Guna pressure cooker jika ada.\n2. Tumis bawang sekejap. Kemudian masukkan tomato dan semua bahan.\n3. Masukkan ikan dan gaul sedikit. Tambahkan air secukupnya sehingga tenggelamkan ikan.\n\n4. Tutup pressure cooker dan setkan\u00a0high pressure selama 90 minit.\n5. Perlahan-lahan lepaskan\u00a0pressure\u00a0baru buka penutup.\n6. Jika kuah terlalu banyak atau nak pekatkan, reneh lagi sampai pekat.\n\nMasak semula ikut citarasa. Selamat mencuba!\n\nKredit: Cik Siti Abu Sujak\nBaca juga: Resipi Laksa Sardin Tin, Sedap Dia Kalah Kedai Kopitiam Lain\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-satay-hasil-jualan-turun-temurun-keluarga/", "title": "Wanita Ini Kongsi Resipi Satay Hasil Jualan Turun-Temurun Keluarga, Lengkap Bersama Kuah Kacang Lazat", "body": "\nJom cuba resepi satay yang dikongsikan oleh Aisyah Mohd Nor ini. Sesuai dijadikan hidangan pada pagi Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.\nMenurutnya juga, resipi ini merupakan hasil jualan keluarnya yang turun-temurun dari arwah datuknya sehingga ke anak cucu sekarang. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Ikut Saja Langkah Demi Langkah Resipi Rendang Ini, \u2018Confirm\u2019 Jadi!\nRESEPI SATAY HOMEMADE SEDAP\n\nBahan-bahan:\n\nIsi dada atau peha ayam 10kg\nGula 3kg\nGaram 5 sudu (jangan membukit)\nAji 2 sudu\nSerbuk kunyit babas 125g\n\nBahan-bahan kisar:\n\nJintan manis biji 20 sudu\nJintan putih biji 10 sudu\nSerbuk ketumbar babas 10 sudu\nSerai 10 batang\nLengkuas 2 ibu jari\nHalia 2 ibu jari\nBawang putih 1 labu\nBawang besar 2 biji\n\nBahan renjis semasa bakar:\n\n2 sudu susu pekat manis atau santan\nAir perapan satay\nAir masak sikit\nMinyak masak\n\nCara-cara:\n1. Potong dadu isi ayam, kulit ayam (celur sekejap) yang dipotong kecil. Masuk semua bahan termasuk bahan kisar dan gaul rata.\n\n2. Perap selama 2 hingga 3 jam. Bila dah siap perap, cucuk pada lidi.\n\n3. Satukan bahan renjis. Renjis pada satay ketika sedang dibakar. Bau akan jadi harum semerbak.\n\nRESIPI KUAH KACANG\nBahan-bahan:\n\nKacang tanah 3kg\nMinyak masak 1kg\nCili kering\nGula 1 kg\nGaram\nAir perapan satay 5 cawan\n\nBahan-bahan kisar:\n\nJintan manis biji 10 sudu\nJintan putih biji 5 sudu\nSerbuk ketumbar babas 5 sudu\nSerai 5 batang\nLengkuas 1 ibu jari\nHalia 1 ibu jari\nBawang putih 1\u20442\u00a0 labu\nBawang besar 1 biji\n\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan kacang bila minyak dah panas, kacau sekejap jangan sampai hitam. Angkat dan ketepikan.\nKemudian goreng pula cili kering. Angkat dan sejukkan.\nBila kacang dan cili kering dah sejuk, tumbuk atau kisar (campur air) kedua-dua bahan ini. Ketepikan.\nTumis bahan-bahan kisar (serai/lengkuas/bawang putih/merah/halia/jintan manis/putih/ketumbar) dalam kuali dalam minyak sehingga pecah minyak.\nKemudian, masukkan kacang dan cili kering yang sudah dikisar tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh letak ajinamoto jika suka.\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Aisyah Mohd Nor\nBaca juga: Cara Buat Lontong Yang Sedap \u2018Padu\u2019, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sayur-taugeh-ala-chicken-rice-shop/", "title": "Resipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop, Mudah Dan Sedap", "body": "\nAda tak penggemar sayur taugeh kat sini? Kalau ada, apa kata lauk malam ni korang masak sayur taugeh ala Chicken Rice Shop.\nConfirm laju je habis nanti. Sayur ni pun banyak manfaatnya tau! Especially untuk kesihatan dan kecantikkan.\nSayur taugeh ni kebiasaannya akan di campur dalam masakan lain. Contohnya mi goreng, kuey teow, mi rebus, soto dan lain-lain.\nBaca juga: Petua Simpan Taugeh Supaya Tahan Lama, Dah Berminggu Pun Kekal Segar & Tak Hitam\nTapi nampak ramai juga yang tak suka dengan sayur ni. Sehinggakan mereka yang tak suka, terpaksa mengasingkan taugeh ketika menjamu makanan yang mereka beli di luar.\nSayur ni memang banyak manfaatnya. Antara manfaatnya adalah anti barah, baik untuk sistem pencernaan, menggalakkan kesuburan, mengurangkan lemak, membersihkan usus dan banyak lagi.\nUntuk kecantikkan pula, sayur ni mampu mencantikkan kulit dan rambut, melembabkan kulit dan juga untuk awet mudah.\nJom ikuti perkongsian resipi dari Liza Idrin ini.\nResipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop\nBahan-bahan:\n\n\n\n3 genggam taugeh\n1 1/2 sudu besar sos tiram\n3 sudu besar kicap\n1 kiub pati ayam\n1 sudu besar minyak bijan\n1 biji cili\n1 cawan air\nBawang goreng\nDaun bawang\nLada sulah\n\nCara memasak:\n1. Hancurkan 1 kiub pati ayam ke dalam 1 cawan air.\n2. Masuk sos tiram. Tak kisahlah brand apa pun.\n3. Kicap 3 sudu. Kat sini guna kicap Mudim. Nak guna kicap brand lain pun takpe.\n4. Masukkan pula minyak bijan 1 sudu.\n5. Panaskan kuali, masak bagi sebati anggaran 5 minit je. Perasakan dengan 1/2 sudu gula. Kuah lebih sedap jika masak.\n6. Sementara tu celur taugeh 1 minit dalam air panas. Toskan.\n7. Kuah siap, boleh siram atas taugeh.\n8. Tabur cili dan daun bawang.\n9. Tabur pula bawang goreng.\n10. Akhir sekali, perasakan juga dengan lada sulah.\n11. Siap untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba~\n\nSumber: Liza Idris\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-scones/", "title": "Resipi Scones Anti Gagal Guna Air Fryer, Sedap Macam Kat Cameron Highlands", "body": "\nResipi Scones Anti Gagal Guna Air Fryer, Sedap Macam Kat Cameron Highlands.\nScones sangat digemari di negara beriklim sejuk dan negara Eropah. Mula mendapat populariti di Malaysia ketika ia menjadi terkenal di Cameron Highlands, teksturnya yang unik menjadinya hidangan yang enak untuk dinikmati.\nBaca juga: Kek Teh Macam di Cameron Highlands, Memang Sedap Dan Wangi!\nBagi anda yang tak mampu untuk ke Cameron Highlands untuk mencuba ini, cubalah resipi scones anti gagal ini yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Eniza M. Salim di laman Facebook. Resipi ini mudah diikuti dan sesiapa sahaja boleh menyediakannya.\n\nRESIPI SCONES AIR FRYER\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n250g self raising flour\n70g butter sejuk\n1 sudu besar gula\nSecubit garam (kalau dah pakai butter yg salted tak payah letak garam)\nSedikit susu sejuk (lebih kurang setengah cawan)\nKismis atau dried cranberries ikut citarasa sendiri\n\nCara membuatnya:\n1. Campurkan self raising flour ,gula, garam dan butter yang sejuk dan gaulkan dengan tangan sehingga sebati. \n2. Masukkan susu sejuk sikit demi sedikit sambil mengaul dengan tangan. \n3. Sukatan susu mengikut dough tersebut. Sekiranya dah melekat , maka cukup susu. \n4. Gaulkan kismis dengan doh tersebut dan rehatkan dalam peti sejuk selama 30 minit.\n5. Leperkan dough tersebut mengikut ketebalan 1.5 inci dan megunakan cutter biskut bulat untuk mendapatkan bulatan yang cantik.\n6. Letakkan dalam air fryer selama 5 ke 10 minit dengan suhu 200 mengikut air fryer masing-masing. Siap!\nNota tambahan:\n\nSaya buat suhu 180/10 min\nTepung saya guna 2 cawan je\nSusu 1/2 cawan\nSaya guna kismis kotak kecil\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-scrambled-eggs-ikut-tekak-melayu/", "title": "Resipi Scrambled Eggs Ikut Tekak Melayu, Sedap Buat Sarapan Dengan Roti", "body": "\nScrambled eggs antara menu jadi pilihan ramai yang dipadankan dengan roti. Jika korang kreatif, boleh variasikan scrambled egg yang korang sediakan untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama setiap pagi.\nAda orang tak suka makan scrambled egg atas sebab-sebab tertentu. Tapi kalau korang cuba\u00a0resipi scrambled eggs\u00a0ikut tekak melayu\u00a0yang dikongsi oleh Elle Izani Ellanie ini, pasti akan suka! Jom cuba.\nCARA BUAT SCRAMBLED EGG IKUT TEKAK MELAYU\nMemang sedap buat sarapan pagi dengan roti. Dulu mama selalu buat, sekarang bila dah jauh kena la buat sendiri. Senang je nak buat.\nBAHAN-BAHAN:\n\n1/2 biji bawang Holland (hiris nipis2)\n1/2 biji buah tomato (potong dadu)\n2 biji cili Padi (tak letak pun tak apa)\n2 sudu besar minyak sapi\n3 biji telur (A)\n1 sudu kecik cukup rasa maggi\n1 sudu kecik gula\n\nCARA-CARA:\n1. Tumis bawang, cili, tomato dengan minyak sapi sampai naik bau.\n2. Masukkan serbuk cukup rasa dan gula, gaul rata.\n3. Masukkan telur, kacau2 sampai masak. Kalau nak\u00a0sedap, biar basah-basah sikit jangan kering sangat.\n4. Dah boleh hidang dan makan dengan roti.\n\nSelamat mencuba.\nKredit: Elle Izani Ellanie\nBaca juga:\u00a0Tips Buat Roti Paratha Homemade Yang Rangup, Kena Sapu \u20181 Bahan\u2019 Ini Sebelum Goreng\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sekaya-telur-yang-manis-berlemak/", "title": "Kuih Susah Jumpa, Buat Sendiri Je Sekaya Telur Yang Manis Berlemak", "body": "\nKuih sekaya telur ini memang sedap, cuma susah nak jumpa orang jual terutamanya di Lembah Klang. Kalau ada pun hanya di bazar Ramadan ketika bulan puasa saja.\nKalau ada yang mengidam sangat nak makan kuih kegemaran orang pantai timur ni, apa kata kita cuba buat sendiri je. Jom lihat resipi di bawah.\nBaca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman\nRESIPI SEKAYA TELUR\nBahan-bahan:\n\n10 biji telur gred b/c\n1 kerek nisan kerek\u200b/1ketul gula melaka\n\u00bd cawan gula\n1 \u00bd cawan santan pekat\nSecubit garam\nSedikit esen vanilla\n\nCara-cara:\n\nPotong kecil nisan atau gula kerek, kemudian kisar. Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut.\nMasukkan telur, kacau sampai sebati (jangan dipukul, hanya kacau perlahan sampai sebati). Masukkan secubit garam dan esen vanilla.\nTapis dan tuangkan ke dalam loyang.\nKukus selama lebih kurang 25 hingga 30 minit sehinga masa. Cucuk lidi, kalau tak melekat tanda dah masak.\nSimpan sekejap di dalam epti ais kerana sekaya ini lagi sedap dimakan ketika sejuk.\n\nInfo: Jika guna santan korak (pilih kara), campurkan dengan sedikit air. Jadikan satu setengah cawan.\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Puan Norimah Rahman\nBaca juga: Cara Buat Tepung Gomak Inti Kelapa Manis, Kuih \u2018Legend\u2019 Yang Masih Digemari Ramai\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-semperit-ni-guna-3-bahan-pasti-jadi/", "title": "Mudahnya Resipi Semperit Ni, Guna 3 Bahan Je. Sekali Cuba Pasti Jadi!", "body": "\nPasti ramai yang rasa teringin nak buat sendiri biskut raya untuk Hari Raya nanti kan? Tapi bila google\u00a0resipi, agak renyah untuk dicuba. Jangan risau, apa kata jom cuba resipi semperit ini.\nResipi yang terpaling mudah untuk dicuba, lagi-lagi buat anda yang baru berjinak-jinak dalam bidang masakan. Sekali cuba buat, dijamin pasti akan menjadi. Jom lihat cara-caranya yang telah dikongsikan oleh Maa Shey Taa di bawah.\nBaca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala \u2018Famous Amos\u2019, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!\nRESIPI SEMPERIT 3 BAHAN MUDAH\nBahan-bahan:\n\n1 pek tepung jagung 500gram\n1 pek butter\nSusu pekat \u00bd tin\nCeri sebgai hiasan\n\n\nCara-cara:\n\nMula-mula, satukan tepung jagung dan butter. Gaul menggunakan tangan sehingga sebati.\nKemudian, masukkan susu pekat. Gaul lagi sampai tak melekat pada tangan.\nMasukan adunan ke dalam acuan semperit dan tekan di atas dulang pembakar yang sudah di sapu dengan sedikit butter (supaya biskut tak melekat).\nHiaskan ceri di atasnya.\nAkhir sekali bakar dalam ketuhar dengan suhu 150\u2103 selama 10-15 minit atau sehingga masak.\n\nSiap, mudah kan? Selamat mencuba ya.\n\nKredit: Maa Shey Taa\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-serunding-ikan-homemade/", "title": "Resipi Serunding Ikan Homemade, Berbaloi Buat Sendiri Sebab Jimat & Tahan Lama!", "body": "\nBila tiba bulan Ramadan, serunding ini memang wajib ada bila waktu sahur. Lagi-lagi apabila tidak sempat memasak lauk. Salah satu jenis serunding yang digemari ramai adalah serunding ikan.\nSerunding berasal dari Negeri\u00a0Kelantan\u00a0Darul Naim dan banyak diusahakan secara tradisional di\u00a0Kampung Laut,\u00a0Jajahan Tumpat,\u00a0Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia.\nJika sebelum ini kita asyik beli saja,\u00a0 apa kata kali ini kita cuba buat sendiri di rumah. Caranya agak renyah, tapi bila lagi nak belajar cara buat serunding kan? Terima kasih kepada Cik Pipah kerana berkongsikan resipi.\nBaca juga: 5 Resipi Pes Untuk Mudahkan Masak Sahur & Berbuka, 10 Minit Saja Dah Siap\nResipi Serunding Ikan Homemade\nBahan-bahan:\n\nIkan kembung 3 kg\nBawang merah kecil 12 biji*\nBawang putih 7-8 ulas*\nBawang holland 1 biji*\nHalia 2 inci*\nKunyit 2 inci*\nLengkuas 2inci*\nSerai 4 batang*\nCili kering (potong, rebus dan kisar sendiri)*\nAsam keping 2pcs\nSantan 1 biji kelapa (ambil yang pekat sahaja)\n\nCara-cara memasak:\n1. Rebus ikan kembung bersama asam dan garam. Toskan, kemudian buangkan tulang ikan, ambil isinya sahaja. Ketepikan.\n2. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda (*).\n3. Masak bahan kisar tadi sehingga naik bau.\n\n4. Masukkan ikan yang dibuang tulang tadi. Gaul rata.\n\n5. Tuangkan santan, asam keping dan gula serta garam secukup rasa. Gaul lagi sehingga sebati.\n\n6. Masak sehingga kering dalam masa 2 jam.\n\n7. Guna api perlahan. Ini dia hasilnya selepas sambal sudah kering.\n\nKredit: Cik Pipah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-singgang-ikan-selar/", "title": "Wanita Kongsi Resipi Singgang Ikan Selar Cara \u2018Mak\u2019, Ringkas Tapi Sedap!", "body": "\nBila tak tahu nak masak apa, kita selalu masak lauk yang mudah saja seperti resepi singgang ikan ini. Sebenarnya, masakan simple itulah yang lebih sedap.\nLauk ikan singgang ini boleh dikategorikan sebagai\u00a0comfort food\u00a0jika anda tidak berapa sihat badan. Resipi ini\u00a0juga cukup mudah nak buat dan tidak banyak bahan yang diperlukan.\nCukup ada satu lauk ini saja, tapi boleh bertambah nasi dibuatnya. Nak hidangkan dengan sambal dan ulang pun boleh, lagi padu! Siapa tak pernah cuba, boleh ikut resipi di bawah.\nBaca juga: Wanita Kongsi Cara Buat Singgang Ayam Thai, Resipi Asli Mak Mertua Orang Thai\nRESEPI SINGGANG IKAN SELAR\nBahan-bahan:\n\nDua ekor ikan selar belah dua\nGaram secukupnya\nPerahan Air asam jawa\nAir\n1 biji bawang merah saiz besar hiris\n2 ulas bawang putih hiris\nSerai diketuk\n1 inci halia\n1/2 inci kunyit\nSerbuk kunyit secukupnya\n1 sudu teh minyak\nTomato (optional)\nCili merah dan cili padi (optional)\n\nBahan-bahan:\n1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk.\n\n2. Kemudian, didihkan semua bahan menggunakan api perlahan selama 20 minit.\n\n3. Siap! Senang sangat kan?\n\nKredit resipi dan gambar: Nana Sabrina\nBaca juga: Resipi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang Kelantan, Pasti Teringat-Ingat!\nBaca juga: Resipi Nasi Goreng Mamak, Rasa Sebijik Sama Macam Dekat Kedai!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sizzling-spaghetti-buttermilk/", "title": "Resipi Sizzling Spaghetti Buttermilk Bersama Ayam Popcorn, Lain Dari Lain!", "body": "\nKalau pergi\u00a0food court\u00a0wajib makan sizzling. Tapi kali ini sizzling lain dari lain iaitu Sizzling Spaghetti Buttermilk Bersama Ayam Popcorn.\nBunyi pun macam sedap kan? Tapi memang sedap pun! Peminat ayam buttermilk wajib cuba.\nKadang-kadang\u00a0lunch\u00a0bosan makan nasi, apa kata jom masak menu ini pula. Selamat mencuba!\nSizzling Spaghetti Buttermilk Bersama Ayam Popcorn\n\nBahan-bahan:\n\n1 paket spaghetti Balducci\n9 ulas bawang putih (cincang halus)\n3 tangkai daun kari\n4 biji cili padi merah ( hiris halus)\n100g mentega\n1 tin susu cair\n1 cawan susu full cream\n2 sudu teh serbuk pati ayam\nSedikit lada sulah & lada hitam berperisa\n2 keping keju cheddar\n\nCara-cara:\n1. Didihkan air. Masukkan 2 sudu teh garam dan rebus spagetti hingga lembut anggaran 10-12minit. Setelah masak, tos dan ketepikan.\n2. Dalam kuali, cairkan mentega. Tumis bawang putih, cili padi merah & daun kari hingga wangi.\n3. Masukkan susu cair dan susu full cream. Perisakan dengan serbuk pati ayam, lada sulah dan lada hitam berperisa.\n4. Apabila mendidih masukkan keju cheddar dan kacau hingga mencapai kepekatan yang diingini.\nBahan-bahan ayam popcorn:\n\n2 keping dada ayam hiris dadu\n2 sudu besar tepung goreng ayam pedas\n3 sudu besar tepung goreng ayam asli\n1 sudu besar tepung jagung\n1 sudu besar tepung beras\n\nCara-cara:\n1. Larutkan 1 sudu besar tepung goreng ayam pedas dengan sedikit air. Perap ayam dalam adunan selama 30 minit.\n2. Dalam bekas berasingan, satukan tepung goreng ayam pedas, asli, tepung jagung & tepung beras. Kacau sebati.\n3. Panaskan minyak. Celup isi ayam ke dalam adunan tepung kering dan goreng hingga masak.\nCara menghidang:\n1. Panaskan kuali hot plate.\n2. Masukkan spagetti untuk satu portion ke dalam hot plate dan tuang kuah buttermilk ke atas spagetti.\n3. Sedia dihidang bersama popcorn chicken.\n\nKredit: Nurha Muhammad\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-snek-cucur-ikan-bilis/", "title": "Ibu Kongsi Resipi Snek Cucur Ikan Bilis Kesukaan Anak, Sedap Rasa Macam Kerepek Bawang!", "body": "\nSelalunya kita buat cucur ikan bilis biasa kan? Kali ini apa kata jom cuba snek cucur ikan bilis ni pula.\nRasa macam kerepek bawang, sedap buat kudap-kudap sambil menonton televisyen.\nApabila anak-anak makin membesar, mereka memang akan suka makan. Jadi, mak-mak kena lagi kreatif lagi-lagi bab masakan.\nResipi Snek Cucur Ikan Bilis Mudah & Sedap\nBahan-bahan:\n\nSebungkus cucur bilis adabi\n2 sudu makan tepung gandum (supaya tak masin)\nSedikit minyak\nAir sejuk\n\nCara membuat:\n1. Masukkan semua bahan-bahan di atas. Gaul rata menggunakan garfu saja.\n2. Kemudian uli sampai doh tidak melekat pada tangan.\n\n3. Rehatkan doh, tutup mangkuk dengan tuala bersih. Sementara itu boleh panaskan kuali dan minyak.\n4. Bahagikan doh kepada 8. Gelekkan doh dan potong memanjang seperti dalam gambar. Taburkan dengan sedikit tepung.\n\n5. Goreng mengikut kesukaan anda. Jangan lama kalau tak suka garing sangat.\n\nBahan sos:\n\nSos cili\nMayonis\nMild mustard sedikit\n\n\nCara membuat:\n1. Kacau rata semua bahan sehingga sebati.\n\nSiap, selamat mencuba!\nKredit: Chi Derra\n\nBaca juga:\u00a0Jejari Roti Bersalut Tepung, Guna 2 Bahan Ini Je Dan Memang Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-snek-granola-diet/", "title": "\u2018Stop\u2019 Makan Jajan Mengarut, Ganti Dengan Snek Granola Ini. Lebih Sihat, Mudah & Mengenyangkan!", "body": "\nSememangnya terdapat pelbagai pilihan snek dan makanan ringan di pasaran.\nBagaimanapun, tidak semuanya menyihatkan kerana kebanyakannya mengandungi gula, bahan pengawet dan pewarna yang tidak bagus untuk tubuh badan.\nDaripada membazir duit, apa kata anda cuba sendiri resepi snek granola di rumah seperti yang dikongsi oleh Siti Fazilah Jamaludin ini.\nGranola adalah jenis makanan yang umumnya terdiri dari beberapa campuran gandum, buah kering dan kekacang, justeru ia amat sesuai bagi mereka yang cuba untuk menurunkan berat badan.\nBukan saja sesuai ditabur atas yogurt untuk sarapan atau dimakan bersama overnight oats, sesuai juga dimakan begitu sahaja sebagai \u2018snacking\u2019 sihat.\nBahan-bahannya juga mudah. Malah anda juga boleh mengolahnya mengikut cita rasa sendiri.\nRESIPI SNEK GRANOLA\nBahan-bahan:\n\n1/2 cawan minyak canola/minyak jagung/minyak olive oil/pure coconut oil (pastikan bukan minyak masak)\n1/2 cawan madu\nGaram\nSerbuk kayu manis\n3 cawan rolled oat\n1/2 cawan kekacang pilihan (empunya resipi guna hirisan badam)\n1/2 cawan sunflower seed (kuaci)\n\nCara-cara:\n1. Dalam mangkuk, satukan minyak canola/jagung/olive oil/minyak kelapa tulen, madu serta taburkan garam dan serbuk kayu manis secukupnya. Kacau rata semuanya.\n2. Kemudian tambah rolled oat, kekacang dan sunflower seed (kuaci). Kuantiti bahan ini bergantung pada anda, asalkan ia tersalut dengan bahan basah tadi.\n\n3. Kuantiti bahan ini bergantung pada anda, asalkan ia tersalut dengan bahan basah tadi.\n\n4. Lapik loyang dengan baking paper, ratakan granola di atas loyang.\n\n5. Bakar pada suhu 180\u00b0C menggunakan api atas bawah selama 20 minit. Balik-balikkan supaya semuanya masak rata.\n6. Nampak dah perang, boleh keluarkan.\n7. Bila dah sejuk sikit, boleh tabur kismis, apricot atau cranberry bits.\n\n8. Siap! Boleh makan begitu saja atau tabur atas yogurt untuk sarapan atau makan bersama overnight oat.\n\nKredit: Siti Fazilah Jamaludin\nBaca juga: Cara Buat Salad Buah Yang Mengenyangkan, Sesuai Untuk Diet!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sos-namplawan-colek-buah-versi-thai/", "title": "Resipi Sos Namplawan, Colek Buah Versi Thai Yang Mengiurkan. Memang Lain Dari Lain!", "body": "\nSebut sahaja rojak buah pasti membuatkan kita membayangkan keenakan buah-buahan segar seperti nanas, mangga, jambu dan sengkuang yang dihiris nipis serta dimakan bersama sos seperti sos namplawan.\nNamplawan ini adalah kuah yang biasa dimakan bersama buah-buahan di Thailand. Rasa dia memang sedap! Lengkap dengan rasa manis, masin dan sedikit pedas.\nJika anda tertanya-tanya bagaimana rasa sos ini, jom cuba buat sendiri! Menu ringkas ini pasti akan menjadi antara makanan kegemaran anda ketika bersantai di waktu petang.\nCARA BUAT SOS NAMPLAWAN\nBahan-bahan:\n\n1 cawan sos ikan\n1/2 cawan air\n5 sdb gula kabung Thai\n4 keping nisan\nSedikit belacan\n\nBahan tambahan:\n\n5 ulas bawang merah hiris nipis\n1 genggam udang geragau\n2 sdb cili flakes\n10 biji cili padi merah hijau (potong atau tumbuk kasar)\n\nCara-cara:\n\nPanaskan sos ikan dan air hingga mendidih. Masukkan gula kabung thai dan nisan.\nKacau hingga gula kabung dan nissan cair dan masukkan belacan.\nMasak dengan api sederhana hingga sos betul-betul pekat. Tutup api.\nMasukkan bawang merah hiris, udang geragau, cili flakes dan cili padi yang dipotong.\nKacau hingga sebati, tunggu sejuk boleh dimakan dengan mangga dan nenas.\n\nP/S: Kuah colek mesti ada rasa manis, masin dan sedikit pedas. Kuah akan likat bila betul-betul sejuk.\n\nKredit: Rosmaliza Omar\nBaca juga: Cara Buat Salad Buah Yang Mengenyangkan, Sesuai Untuk Diet!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sos-perapan-guna-3-bahan-kambing-ayam-sosej/", "title": "Resipi Sos Perapan Guna 3 Bahan. Boleh Guna Untuk Kambing, Ayam & Sosej", "body": "\nHujung minggu nanti jom buat BBQ depan rumah dengan menggunakan resipi sos perapan guna 3 bahan ini. Barulah cuti terisi bersama orang tersayang, masa juga tidak terbuang begitu sahaja.\nSos perapan ini sesuai untuk perap kambing, ayam dan sosej. Memang menjimatkan masa, sekali buat boleh perap 3 benda sekaligus.\nNak tahu caranya? Lihat resipi sos perap yang mudah dan sedap hasil perkongsian oleh Saleha Maarof di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Sos Perapan Guna 3 Bahan\nBahan-bahan:\n\nSerbuk cili\nSos black pepper (paket)\nMadu\n\nCara penyediaan:\n1. Campurkan sahaja 3 bahan di atas. Sukatan mengikut kuantiti bahan yang mahu dibuat.\n2. Lebihkan sos black pepper. Kalau suka pedas, lebihkan serbuk cili.\n3. Gaul sebati bersama kambing, potongan ayam atau sosej.\n4. Rasa terlebih dahulu supaya seimbang rasa pedas dan manis madu. Ubahsuai mengikut citarasa masing-masing.\n5. Perap selama 5 hingga 6 jam sebelum dibakar.\n6. Semasa membakar, guna kuali lebar. Letak minyak supaya isi tak kering. Letak sos perap semasa balikkan isi supaya lebih sedap.\n\nBegini sahaja cara membuat sos perap. Nak makan kat luar rasa tak berbaloi, baik buat sendiri di rumah. Tapi tiada masalah jika sesekali rasa nak makan kat luar. Semoga bermanfaat!\nKredit: Saleha Maarof\nBaca juga: Cara Buat Bihun Ala Pama Homemade, Puas Hati Makan Licin Satu Periuk!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sotong-kung-pao/", "title": "Resipi Sotong Kung Pao, Ala-Ala Masakan Cina Yang Mudah & Lazat", "body": "\nResipi sotong kung pao ini wajib dicuba jika anda penggemar masakan cina.\nKalau tiada idea nak masak apa menggunakan sotong, boleh cuba resipi ini pula.\nTerima kasih kepada Amanda Tan yang berkongsikan cara-caranya, semoga bermanfaat!\nCARA MASAK SOTONG KUNG PAO\n\nBahan Perap Sotong:\n\n1 sudu besar kicap cair\n3 ekor sotong saiz sederhana\n\nBahan Sos:\n\n2 sudu besar kicap pekat manis\n2 sudu besar kicap cair\n1/2 sudu teh kecil minyak bijian\n1 sudu besar tepung jagung\n1 sudu besar gula\n4 sudu besar air\n\nBahan Masak:\n\n2 sudu besar minyak masak\n6 tangkai cili kering merah\n4 ulas bawang putih dicincang\n1 inchi halia dicincang\n3 sudu besar kacang gajus (bakar atau sangai terlebih dahulu)\n2 biji bawang merah besar dipotong dadu\n1/2 lada benggala / capsicum\n1 tangkai daun bawang\n\nCara Memasak:\n1. Sotong dipotong kecil-kecil. Perapkan sotong dengan kicap cair. Perap selama 30 minit.\n2. Satukan semua bahan sos. Gaul sehingga sebati dan ketepikan.\n3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan cili kering. (lap cili kering supaya minyak tak terpercik).\n4. Bila warna cili kering sudah naik, masukkan bawang putih dan halia.\n5. Masukkan kacang gajus supaya lebih wangi.\n6. Masukkan sayur-sayuran dan bawang. Gaul sebati.\n7. Kecilkan api, masukkan sos yang sudah dibuat tadi dan gaul lagi.\n8. Masukkan sotong, gaul selama 2 minit jangan lama sebab sotong cepat masak.\n9. Kalau kuah tak cukup gelap, boleh tambahkan kicap pekat mengikut selera masing-masing.\n10. Gaul sehingga rata dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Amanda Tan\nBaca juga: Rahsia Kari Sotong Pekat Tanpa Guna Santan, Ini Cara Memasaknya\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sotong-masak-ala-thai/", "title": "Resipi Sotong Masak Ala Thai, Sangat Lazat & Menyelerakan", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan sotong? Jom cuba resipi sotong masak ala thai yang mudah dan sedap ini.\nBoleh cuba masak nanti untuk makan tengahari. Ada satu lauk ini pun dah cukup sebab sangat lazat dan menyelerakan. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Daging Masak Hitam Kenduri Style, Rasa Memang Padu & Lazat\nCara Buat Sotong Masak Ala Thai\nBahan-bahan:\n\nSotong\nKacang panjang\nCili padi merah (mayang)\nSerai -1 (hiris serong)\nDaun limau purut \u2013 4/5 helai\nSerbuk lada hitam \u2013 sikit\nSos ikan \u2013 renjis ikut suka\nSerbuk kunyit\nMushroom seasong (jika ada)\n\nBahan kisar:\n\n4-5 batang cili merah\n4-5 batang cili hijau\n1 labu bawang merah\n3 ulas bawang putih\nBelacan\nSedikit air\n\nCara-cara penyediaannya:\n\nKisar semua bahan kisar. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Tumis sampai sedikit pecah minyak.\nMasukkan sotong yang sudah dicuci bersih. Biar sehingga sotong masak.\nMasukkan laa hitam, sedikit serbuk kunyit, mushroom seasoning, sos ikan, gula dan garam.\nAkhir sekali masukkan cili padi, serai, daun limau purut dan kacang panjang.\nGaul sampai masak. Siap dan selamat mencuba!\n\n\nTips: Kalau nak sotong gemuk dan tak kecut, rebus sekejap dalam 5 minit bersama 3-4 keping asam keping.\nKredit: Wan Wani\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sotong-masak-thai-sos-yang-marvellous/", "title": "Resipi Sotong Masak Thai Sos Yang \u2018Marvellous\u2019, Pertama Kali Buat Pun Terus Menjadi", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan sotong? Apa kata jom cuba resipi sotong masak thai sos yang lazat ini.\nResipi perkongsian oleh Nurul Hasnita Taharim ini merupakan resipi asal dari selebriti masakan media sosial, Khairulaming.\nMenurutnya, pertama kali buat pun pasti menjadi. Sangat senang dan rasanya juga sangat sedap. Jom cuba!\nRESIPI SOTONG MASAK THAI SOS\nBahan utama:\n\nSotong\n\nBahan sos thai:\n\nCili padi 12 biji (taknak pedas sangat)\nBawang putih 5 biji\nSos ikan 2 sudu besar\nSos tiram 1 sudu besar\n3 biji perahan limau nipis\nDaun ketumbar\nGaram\nGula 3 sudu besar\n\nCara membuatnya:\n1. Bersihkan sotong dan kelar-kelarkan.\n2. Masukkan ke dalam kuali dan biarkan sehingga sotong masak. Angkat dan letak dalam pinggan.\n\n3. Untuk sos thai pula, tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat.\n4. Gaul dan keluarkan dari lesung batu.\n\n5. Kemudian masukkan 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos ikan dan perahan jus limau nipis.\n6. Masukkan sedikit garam dan 3 sudu besar gula.\n7. Masukkan daun ketumbar yang telah dipotong halus dan kacau sebati.\n\n8. Tuang ke atas sotong. Sedia untuk dimakan!\n\nKredit: Nurul Hasnita Taharim\nBaca juga: Cara Cuci Sotong Supaya Kekal Pejal & Tak Berair, Tak Perlu Rebus Lagi Sebelum Masak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sotong-phat-phet-thai/", "title": "Resipi Sotong Phat Phet Thai. Menu \u20182 In 1\u2019 Lengkap Dengan Lauk & Sayur", "body": "\nTiada idea nak masak apa guna lauk sotong? Jom cuba resipi sotong phat phet yang sedap, pedas dan menyelerakan ini.\nSatu lauk ini pun dah cukup sebab dah lengkap dengan lauk dan sayur. Jimat masa tak perlu buat banyak lauk. Kalau ada yang nak cuba masak, lihat resipi lengkap di bawah.\nResipi Sotong Phat Phet Thai\nBahan-bahan:\n\n500gram sotong (dicuci bersih)\n4 batang kacang panjang (dipotong serong)\n5 batang cili padi merah (dipotong)\n1 labu bawang merah (dipotong)\n1 batang serai (dihiris)\n4 helai daun limau purut\n\u00bd sudu kecil serbuk lada hitam\n1 sudu kecil [email\u00a0protected] shrimps sauce\n2 sudu besar sos ikan\n\u00bd sudu kecil serbuk perasa\nGaram (jika perlu)\nSerbuk kunyit (hujung sudu kecil)\n\nBahan kisar:\n\n4 batang cili merah\n4 batang cili hijau\n1 labu bawang merah\n3 ulas bawang putih\nSedikit air\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar yang telah dikisar sehingga kering dan sedikit pecah minyak.\n\n2. Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.\n\n3. Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.\n4. Kemudian masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belaca, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul sehingga rata.\n\n5. Akhir sekali masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang.\n\n6. Biarkan seketika dan boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Ateekah\nBaca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sotong-rebus-serai-paling-mudah-sedap-sekejap-je-dah-siap-buat/", "title": "Resipi Sotong Rebus Serai Paling Mudah & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Buat!", "body": "\nMenu sotong rebus serai ini dipanggil dengan nama yang berbeza bagi setiap negeri. Jika di Kelantan, menu tersebut dipanggil sotong ketuk atau sotong katoi serai.\nAda juga memanggilnya dengan singgang sotong, masak rebus asam ataupun masak bening. Tak kisah apa pun namanya yang penting menu ini sangat mudah untuk dimasak dan tersangatlah sedap.\nAda yang nak cuba buat? Jom ikut je resipi perkongsian oleh saudara Syahr Musafir di bawah. Sesuai untuk anda yang suka masak sesuatu yang mudah dan cepat.\nResipi Sotong Rebus Serai\nBahan-bahan:\n\nSotong\nSerai\nBawang merah\nBawang putih\nAsam keping\nCili merah\nCili hijau besar\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.\n\n2. Apabila mendidih, saya masukkan cili dan sotong, terus saya perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih.\n\n3. Apabila mendidih, terus matikan api. Nampak tu sotong sudah pun masak. Tak terlebih masak, sebab kita tak nak sotong jadi liat.\n\n4. Selepas matikan api, ada orang letakkan tomato. Saya tak masukkan tomato ke dalam masakan sotong rebus serai tadi. Tapi saya jadikan ulam.\n\n\n5. Masakan ini sedap dengan rasa unik serai yang segar, masam manis masin semua lengkap infused dengan rasa sotong. Masakan ringkas je tetapi rasa sedap subhanallah walhamdulillah tak terkata.\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Syahr Musafir\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-spaghetti-buttermilk-mudah/", "title": "Resipi Spaghetti Buttermilk Mudah Untuk Dimasak, Sedap & Tak Muak", "body": "\nKita dah biasa masak spaghetti carbonara, spaghetti bolognese dan spaghetti aglio olio kan? Kali ini apa kata jom cuba resipi spaghetti buttermilk ni pula.\nRasanya pasti tidak mengecewakan. Untuk mengelakkan rasa muak, boleh lebihkan cili padi dan tambahkan chili flakes mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba!\nBaca juga: Spaghetti Tomyam Pedas Creamy, Resipi Senang Je Tapi Sedap Terangkat!\nCARA MASAK SPAGHETTI BUTTERMILK\n\nBahan-bahan:\n\nSpaghetti 1 paket\nBawang putih 4 ulas (dicincang halus)\nCili padi 3 tangkai (dipotong halus)\nDaun kari 3 tangkai\nSusu cair 1 tin\nGaram dan gula\nButter 3 sudu besa\nDada ayam\nTepung bestari\n\nCara-cara:\n\nPotong kecil dada ayam. Masukkan tepung bestari serta sedikit air, gaul sebati. Kemudian salutkan dengan tepung bestari kering dan goreng sehingga masak. Ketepikan.\nDidihkan air dalam periuk. Masukkan 1 sudu kecil garam dan sedikit minyak. Rebus spagetti hingga lembut anggaran 10-12minit. Setelah masak, tos dan ketepikan.\nUntuk membuat kuah, cairkan butter dan tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.\nTuangkan susu cair. Boleh lebihkan jika suka berkuah. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.\nMasukkan spaghetti dan gaul sebati.\nLetakkan ayam yang sudah digoreng di atas spaghetti dan hiaskan dengan serbuk daun parsley sebagai hiasan jika suka.\nSelamat mencuba!\n\nResipi asal & gambar: My Resipi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-spaghetti-carbonara-original-orang-itali/", "title": "Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu", "body": "\nBanyak resipi Spaghetti Carbonara yang kita sering jumpa di laman sosial. Tapi rata-rata resipi yang dikongsikan bukanlah resipi Spaghetti Carbonara original\u00a0orang Itali. Rasa yang asli jauh lebih sedap dari menggunakan sos segera!\nResipi perkongsian oleh saudara Kamarul Ariffin ini sama sekali tidak menggunakan krim, susu atau sos segera. Nak tahu caranya? Jom lihat resipi di bawah.\nBaca juga: Cara Buat Keropok Lekor Homemade, Ringkas & Tak Guna Banyak Bahan\nResipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali\nBahan-bahan:\n\n1 pek beef streaky\n4 butir telur ayam\n2 sb minyak zaitun\n\u00bd cawan keju Parmesan\n\u00bd pek spaghetti\nGaram & lada hitam\n\nCara-cara:\n1. Streaky beef ni beli di Giant belakang rumah! Benda kepingan daging lembu awet (cured). Kalau tak ada ni, ganti dengan pepperoni.\n\n2. Goreng dengan minyak zaitun sekejap. Nak guna minyak masak biasa pun boleh.\n\n3. Dah goreng, angkat. Jangan cuci kerak dalam pan tu lagi.\n\n4. Sagat keju jadi macam ni. Ni keju Parmigiano Regianno atau lebih dikenali sebagai Parmesan! Beli di mana-mana pasar raya.\n\n5. Pecahkan telur dan gaul. Gaul ala kadar sahaja.\n\n6. Rebus spaghetti sampai al dente. Maksudnya tak payah sampai lembut gila. Biar ada kenyal/pejal sikit bila digigit.\n\n7. \u00a0Letak dalam pan yang ada kerak streaky beef tu. Kerak tu banyak perisa. Rugi buang. Kalau kering, letak sikit air rebusan spaghetti tadi. Gaul sekejap.\n\n8. Bila dah puas gaul. Tutup api. Kemudian tuangkan campuran keju dan telur tadi. Gaul sampai sebati dan mesra.\n\n9. Kalau dah creamy, berhenti kacau. Masukkan streay beef dan gaul. Siap! Boleh masukkan garam dan lada hitam kalau kau rasa masih tak cukup masin dan kurang menyengat.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-stew-ayam-versi-raja-permaisuri-agong/", "title": "Resipi Stew Ayam Versi Raja Permaisuri Agong, Sedap Cicah Dengan Roti", "body": "Perkongsian kali ini iaitu resipi stew ayam versi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\nStew ayam sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Bahkan juga sedap dicicah dengan roti keping sahaja.\nMesti anda tertanya-tanya bagaimana rasa stew ayam kan? \u00a0Di bawah ini kami kongsikan resipi Raja Permaisuri Agong versi cik \u200eShiela Husin\u200e yang dikongsi olehnya di laman Facebook.\nResipi Stew Ayam Versi Raja Permaisuri Agong\n\nBahan-bahan:\n\n\u00bd ekor ayam \u2013 potong ikut suka\n4 ulas bawang merah\n3 ulas bawang putih\n\u00bd inci halia\n1 batang kulit kayu manis\n2 kuntum bunga lawang\n2-3 sudu besar tepung gandum\nSedikit kicap\nSedikit lada hitam-tumbuk kasar\nGaram dan serbuk perasa\nUbi kentang 1 biji \u2013 dipotong 4\n1 batang karot \u2013 potong besar\n1 biji bawang besar \u2013 potong 4\n\nCara-cara:\n1. Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi.\n2. Masukkan tepung gandum dan goreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.\n3. Masukkan ayam dan ubi kentang, carrot dan bawang besar. Kacau rata.\n4. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa.\n5. Masak sehingga kentang empuk.\n6. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng.\n7. Sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit: Shiela Husin\nBaca juga: Resipi Nasi Goreng Raja Permaisuri Agong, Hanya Guna 5 Bahan Ini Jer\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-strawberry-acai-lemonade-ala-ala-starbucks/", "title": "Resipi Strawberry Acai Lemonade Ala-Ala Starbucks, Sejuk Tekak Dibuatnya!", "body": "\n\u201cNak pergi berkelah hujung minggu ni nak buat air apa eh?\u201d\nHujung minggu bakal tiba, pasti ramai yang sudah membuat perancangan untuk berkelah bersama keluarga tercinta atau rakan. Pasti teruja memikirkan menu yang bakal dibawa nanti.\nKalau anda tercari-cari resipi minuman untuk berkelah nanti, apa kata jom cuba resipi air ala Strawberry Acai Lemonade yang tengah viral kat Starbucks tu.\n\nSiapa yang dah pernah cuba pasti tahu rasa dia macam mana, segar dan sejuk tekak bila minum.\nResipi Stawberry Acai Lemonade Ala-Ala Starbucks\nBahan-bahan:\n\nAis\nSparkling mineral water\nPerahan lemon\nPotongan lemon\nRibena strawberry\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan-bahan. Kacau rata, siap!\n\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @shafinie_memasak\nAla2 strawberry acai lemonade \ud83c\udf53\ud83c\udf4b\n \u266c Bunga-Bunga Cinta \u2013 Misha Omar \n\n \nKredit: TikTok @shafinie_memasak\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-suhun-goreng-macam-di-kedai-thai/", "title": "Jarang Dibuat Orang, Ini Dia Resipi Suhun Goreng Macam Di Kedai Thai", "body": "\nMesti ramai yang tak pernah tengok orang buat suhun goreng ni kan? Mudah saja resipi suhun goreng ni kalau ada yang cuba. Sekali sekala tukar selera tak salah kan.\nSiapa yang sering ke kedai masakan Cina atau Thailand pasti tahu menu suhun goreng ini. Memang sedap! Jom lihat cara membuatnya di bawah.\nResipi Suhun Goreng Macam Di Kedai Thai\n\nBahan-bahan:\n\nSuhun (rendam dahulu)\nBawang putih (hiris)\nBawang holland (hiris)\nUdang\nSotong\nTelur\nKiub bilis\nSos tiram, sos ikan, kicap lemak manis\nCarrot, cili merah, tomato, cili api potong\nGula, garam\nDaun bawang\n\n\nCara-cara:\n1. Tumiskan hirisan bawang putih dan bawang holland. Kemudian masukkan udang dan sotong. Goreng sekejap.\n2. Masukkan telur, goreng hancur. Masukkan juga kiub bilis, kemudian sos tiram, sos ikan dan kicap lemak manis.\n3. Seterusnya masukkan carrot, cili merah dan tomato. Kalau suka pedas boleh masukkan cili api potong.\n4. Masukkan suhun yang sudah direndam (jangan rendam lama dan air jangan banyak).\n\n5. Goreng sebati semua bahan. Perasakan dengan garam sedikit dan gula secukupnya.\u00a0 Akhir sekali taburkan daun bawang dan boleh letak taugeh jika suka. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nasriah Ramli\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-suhun-goreng/", "title": "Resipi Suhun Goreng Pengganti Bihun, Lebih Sihat Sesuai Untuk Diet!", "body": "\nPernah dengan suhun goreng? Rasa dia sama macam bihun goreng tapi kalini kita buat versi yang lebih sihat. Kalau anda sedang menetap di luar negara pun senang nak buat resipi ini.\nKorang wajib gunakan suhun sebab bahan-bahan yang digunakan untuk buat suhun ini adalah berasaskan kacang dan tepung jagung.\nResipi Suhun Goreng Simple Dan Sihat\nBahan-bahan:\n\n250 g suhun\n1 biji bawang besar\n5 biji bawang putih\n1 paket kecil rencah bihun adabi\n2 tsp cili boh\n1 tbs udang kering basuh dan rendam\nCili padi ikut kepedasan\nSayuran ikut suka\nUdang\nTelur 2-3 biji\n\nCara-cara:\n\nBlend ke semua bahan kecuali sayur, udang dan telur.\nTumis bahan yang sudah diblend tadi hingga pecah minyak.\nMasukkan garam dan gula sedikit.\nMasukkan kicap manis, sos tiram, udang dan sayuran.\nKacau hingga sebati.\nKemudian masukkan suhun. Bila dah hampir masak boleh masukkan telur dan siap.\n\n\nMudah je resipi ni. Yang penting berkhasiat tau. Nak jadikan bekal anak-anak pun boleh.\nKredit: Sara Saad\nBaca juga:\nTips Masak Sup Telur Suhun Yang \u2018Perfect\u2019, Telur Putih Pun Tak Berterabur\n\nJarang Dibuat Orang, Ini Dia Resipi Suhun Goreng Macam Di Kedai Thai\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-abc-masakan-cina-yang-mudah-sihat-sedap/", "title": "Resipi Sup ABC. Masakan Cina Yang Mudah, Sihat & Sedap", "body": "\nSup ABC amat digemari dalam setiap kalangan bangsa Cina. Sup ini sangat menyihatkan, sangat mudah untuk dimasak serta diperbuat daripada bahan-bahan yang mudah didapati.\nSangat sesuai untuk anak-anak kecil yang tidak boleh makan pedas. Hirup panas-panas dalam cuaca hujan lagi nikmat.\nAda yang nak cuba ke? Jom lihat resipi perkongsian oleh Naomy Chow\u00a0di bawah. Kalau dah kering idea nak masak apa untuk masak tengahari, boleh cuba masak resipi ini.\nResipi Sup ABC Yang Mudah, Sihat & Sedap\nBahan-bahan:\n\nAyam(saya pakai bahagian dada ayam)\nJagung\nTomato\nBawang besar\nLobak merah\nUbi kentang\nBuah merah/kurma merah\nGoji/gei ji\nGaram\nAir\n\nCara-cara:\n1. Campur semua bahan, kemudian rebus dalam 1:15 -1:30 minit. Siap!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Naomy Chow\nBaca juga: Cara Buat Bihun Ala Pama Homemade, Puas Hati Makan Licin Satu Periuk!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-ayam-mamak-style/", "title": "Jom Cuba Buat Sup Ayam Mamak Style Yang Sedap & Mudah", "body": "\nPernah dengar sup ayam mamak style? Mungkin ada antara anda suka makanan yang ada di kedai mamak tapi nak dapat rasa yang sesuai sangat susah.\nBerdasarkan resipi yang dikongsi oleh Gaithri Cheran pasti lepas ni anda boleh hasilkan menu yang sama dengan kedai tersebut.\nResipi Sup Ayam Mamak Style Yang Superb\nBahan-bahan:\n*Bahan ini perlu ditumbuk dan digoreng tanpa minyak\n\n1 sudu besar jintan manis\n1 sudu besar jintan putih\n2 sudu besar biji ketumbar\n2 sudu besar lada hitam\n1 sudu kecil serbuk kunyit\n\n*Bahan digiling/diblend\n\n2 cm halia\n6 ulas bawang putih\n1 biji bawang merah (dihiris halus)\n2 ketul kiub ayam\n1 biji tomato\n2 biji kentang (potong dadu besar)\nCarrot (potong dadu besar)\nGaram secukup rasa\n\nCara penyediaan:\n\nBahan yang perlu digoreng tanpa minyak itu mesti masak selama 3 minit. Tunggu sehingga garing.\nSelepas itu, tumbuk halus menggunakan batu penumbuk sehingga menjadi serbuk kasar.\nEnd of result ditumbuk tadi. Kalau nak halus, boleh blend guna dry blender.\nLetakkan 3 sudu besar minyak. Kemudian, masak bawang dengan bahan digiling tadi selama 3 minit sampai ia bertukar warna kuning keemasan.\nMasukkan ayam, kentang dan lobak merah. Kalau suka boleh letak tomato sekali.\nMasukkan bahan yang ditumbuk tadi dan masak bersama ayam selama 5 minit.\nTambah air secukupnya, lebih kurang 1 liter. Gaul rata.\nLetak garam dan 2 ketul kiub ayam. Biarkan ia reneh dengan api sederhana. Proses ini akan mengambil masa 1 jam.\nFinally, siap!\n\nBaca juga:\nCara Buat Kari Kambing Style Mamak Tanpa Santan, Lagi Padu!\nResipi Mi Goreng Stail Mamak, Sekejap Dah Siap Masak Tapi Sedap Kemain!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-ayam-sihat-mudah-tanpa-guna-minyak/", "title": "Resipi Sup Ayam Sihat & Mudah Tanpa Guna Minyak. Satu Keluarga Suka, Sedap Sangat!", "body": "\nSelalu kita ingat kalau buat sup ayam kena tumis dulu baru sedap sebab ada aroma dia, tapi sebenarnya kalau tanpa minyak dan tanpa tumis pun sedap sebab minyak dari ayam akan keluar sendiri dan beri cukup rasa. Sup ayam sihat macam ni sangat sesuai untuk anda yang tengah diet.\nJangan lupa buat lebih ya, risau ada ahli keluarga lain yang terliur walaupun ini sup ayam untuk diet. Sebab bila dah hirup kuah tu memang akan jadi berselera. Jom lihat resipinya di bawah.\nResipi popular: Cara Buat Ayam Masak Rose, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri. Pasti Sedap & Menjadi!\nCARA BUAT SUP AYAM SIHAT TANPA GUNA MINYAK\nBahan-bahan:\n\nAyam \u2013 dipotong kecil\nBawang putih 3 atau 4 ulas \u2013 diketuk\nHalia 2 inci \u2013 diketuk\nKetang\nKarrot\nBatang saderi\nDaun bawang \u2013 ambil batang saja dan hiris kasar\nLada hitam 1 sudu kecil \u2013 ditumbuk kasar\nKiub ayam\nGaram\n\nBahan hiasan:\n\nDaun sup\nBawang goreng\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Masukkan ayam dalam periuk.\n\n2. Masukkan semua bahan.\n\n3. Kemudian masukkan air secukupnya.\n\n4. Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Akhir sekali, hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. Siap!\n\nKredit: Rahiza Abd Rahim\nBaca juga: Cara Buat Sup Ayam Siam Masam-Masam Pedas, Punya Rasa & Aroma Tersendiri\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-daging-ori-thai-rasa-kick/", "title": "Resipi Sup Daging Ori Thai. Kena Letak Satu Bahan Ini Baru Rasa Lagi \u2018Kick\u2019", "body": "\nSedapnya sup daging ori Thai ini. Rasa dia tak sama dengan sup yang kita biasa masak tu sebab ada bahan wajib yang kena letak iaitu sos ikan.\nKalau nak tahu padu tak padu sup daging ni, jom cuba masak nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Ahmad Shinoda di bawah. Selamat mencuba!\nCara Buat Sup Daging Ori Thai\nBahan-bahan rebus:\n\nDaging 300g\n3 inchi halia tumbuk\n3 hiris lengkuas\n2 akar pokok daun ketumbar\n1 biji bawang holland kecil\nSedikit kayu manis\nBunga lawang\nSesudu gula\n\nBahan-bahan:\n\n3-4 ulas bawang putih (ketuk)\n2 batang serai\nCili padi\nDaun limau purut\n1 biji bawang holland (hiris)\nDaun ketumbar (hiris)\n1/2 biji tomato\n2 biji jus limau nipis\n3-4 sudu sos ikan\n\nCara-cara:\n1. Rebus daging bersama 3 inchi halia tumbuk, 3 hiris lengkuas, 2 akar pokok daun ketumbar, 1 biji bawang holland kecil, sedikit kayu manis dan bunga lawang.\nJangan letak garam sebab nanti nak letak sos ikan yang agak masin. Hanya letak sesudu gula.\u00a0Rebus sampai empuk, air jangan terlalu banyak.\n\n2. Tumis bawang putih sampai kekuningan. Masukkan serai, bawang holand, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.\n\n3. Masukkan tumisan ke dalam sup tadi bersama tomato.\n\n3. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. (sos ikan wajib ada untuk rasa lagi\u00a0kick)\n\n4. Biarkan dalam 2 hingga 3 minit. Tutup api dan taburkan daun ketumbar.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Ahmad Shinoda\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-daging-siam-makan-dengan-moi-aka-bubur-nasi/", "title": "Resipi Sup Daging Siam, Makan Dengan \u2018Moi\u2019 Aka Bubur Nasi Sangat Menyelerakan!", "body": "\nPasti ramai yang dah biasa buat sup daging kan? Kali ini apa kata jom cuba buat sup daging siam pula. Makan pula dengan moi (bubur nasi), bertambahlah sedap.\nKalau dah bosan makan nasi biasa, jom ikut cara ni pula. Sekali sekala tak salah kan? Ikut saja resipi yang telah dikongsi oleh Nasriah Ramli di bawah.\nCARA BUAT SUP DAGING SIAM\nBahan-bahan:\n\nDaging\nBawang merah\nBawang putih\nSeri\nHala\n2 sudu makan sos ikan\n5 biji air perahan limau kasturi\nCarrot\nUbi kentang\nDaun limau purut\nCili api\nBawang holland\nTomato\nSedikit gula\nGaram secukup rasa\nDaun sup\nDaun ketumbar\nSuun\n\nCara-cara:\n\nRebus daging sehingga 1/2 empuk. Ketepi dan sejukkan sekejap.\nAngkat daging dan potong nipis. Simpan air rebusan.\nKetuk bawang merah, bawang putih dan serai. Hiris nipis halia, kemudian tumis semua bahan ini dalam minyak panas sehingga naik bau.\nKemudian masukkan air rebusan daging, 2 sudu makan sos ikan dan masukkan daging yang dihiris tadi.\nPerahkan juga 6 biji limau kasturi. (kalau suka masam boleh lebihkan)\nTunggu sehingga daging empuk. Kemudian baru masukkan carrot, ubi kentang, daun limau purut, cili api yang dibelah, belahan bawang holland dan tomato.\nPerasakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa.\nBila dah mendidih, masukkan daun sup dan daun ketumbar.\nAkhir sekali, tutup api dan masukkan suun.\n\n\nNasi dimasak dengan air yang banyak.\n\nSedia untuk dihidang, selamat mencuba!\n\nKredit: Nasriah Ramli\nBaca juga: Resipi Bihun Sup Tumis Darat, Siap Dengan Sambal Kicap Padu. Sedap Tak Terkata!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-daging-thai-padu/", "title": "Resipi Sup Daging Thai \u2018Padu\u2019, Masak Tanpa Guna Minyak & Tanpa Tumis", "body": "\nSiapa penggemar sup daging Thai, anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi ini.\nCara memasak sup ini juga tidak susah, tanpa menggunakan minyak dan tanpa tumis tapi hasilnya memang \u2018mantap\u2019!\nJom cuba resipi perkongsian dari Nurul Shuhada Mat Rozi di bawah.\nBaca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!\nCARA MASAK SUP DAGING THAI\n\nBahan-bahan:\n\n3 ulas bawang putih\n2cm halia\n2cm lengkuas\n1 sudu teh lada hitam (tumbuk)\n1 sudu teh ketumbar (tumbuk)\nGaram\nSerbuk perasa\nKicap sotong\nSup bunjut\nGula thai /gula biasa pun boleh (sikit saja)\nAir 3 cawan utk rebus daging\nDaging 300gram\n\nBahan hiasan:\n\nBawang holand\nCili\nDaun ketumbar\nTomato\nBawang goreng\n\nCara-cara:\n\nKetuk bawang putih 3 ulas, halia dan lengkuas. Masukkan dalam air rebusan daging.\nMasukkan sup bunjut,.\nTumbuk sedikit lada hitam dan ketumbar, kemudian masukkan ke dalam kuah sup.\nPerasakan dengan gula, garam, serbuk\u00a0 perasa dan kicap sotong thai. Boleh juga letak gula thai jika ada (ganti gula biasa).\nUntuk seimbangkan rasa sup, perah asam limau secukupnya.\nBila daging dah empuk, masukkan potongan bawang holland, daun ketumbar, cili dan tomato.\nTerus tutup api, tabur bawang goreng untuk menaikkan lagi aroma sup.\nSiap! Sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit: Nurul Shuhada Mat Rozi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-tauhu-telur-chinese-style/", "title": "Resipi Sup Tauhu Telur Chinese Style, Anak-Anak Pasti Suka Masakan Begini", "body": "\nDikala hujan, sedapnya kalau dapat hirup masakan yang berkuah seperti sup tauhu telur chinese style ini. Makan satu lauk ini dengan nasi putih saja pun dah cukup.\nAnak-anak juga dijamin pasti akan suka masakan begini. Bolehlah cuba masak nanti kalau anak-anak tidak berapa menggemari sayur.\nNak cuba buat? Jom lihat resipi perkongsian oleh Rasyed Kader di bawah.\nCara Buat Sup Tauhu Telur Chinese Style\nBahan-bahan:\n\nTauhu telur\nTepung jagung\n2-3 ulas bawang putih\nMinyak bijan/minyak masak\nAir secukupnya\nSebiji telur\nSayur pilihan (karot, baby pakchoy, sawi, bebola ikan, cendawan, brokoli dll)\nGula\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Potong tauhu telur seperti dalam gambar. Kemudian celup dalam tepung jagung dan goreng sehingga bertukar warna. Angkat dan ketepikan.\n\n2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih yang sudah dicincang sehingga bertukar warna. Kemudian baru masukkan air dan biarkan ia mendidih.\n3. Sediakan sebiji telur dalam mangkuk dan pukul sebati. Bila air tadi sudah mendidih, baru masukkan telur dan kacau sebati untuk dapatkan tekstur telur yang cantik.\n4. Masukkan apa jua sayur kesukaan seperti karot, baby pakchoy, sawi, bebola ikan, cendawan, brokoli dan lain-lain. Boleh juga letakkan isi ketam yang sudah dicarikkan.\n5. Masukkan tauhu telur yang digoreng tadi. Perasakan dengan gula, garam atau serbuk perasa secukupnya.\n6. Biarkan menggelegak sedikit dan sediakan bancuhan air tepung jagung. Masukkan 2 hingga 3 sudu makan air tepung jagung. Masak seketika, bila dah nampak pekat sedikit boleh tutup api.\n\n7. Taburkan daun bawang jika ada. Selamat mencuba!\nKredit: Rasyed Kader\nBaca juga: Cara Buat Sup Ayam Siam Masam-Masam Pedas, Punya Rasa & Aroma Tersendiri\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-telur-mama-paling-sedap/", "title": "Resipi Sup Telur Mama Paling Sedap, Anak-Anak Semua Puji!", "body": "\nTiada idea nak masak apa untuk makan tengahari anak-anak? Apa jom ibu-ibu cuba masak sup telur yang sedap dan mudah untuk disediakan ini.\nAnak-anak pun dijamin suka sampai makan bertambah. Ibu mana tak seronok kalau anak makan berselera kan?\nJom baca cara memasak sup telur ini di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Puan Nora Azni. Semoga bermanfaat!\nCara Buat Sup Telur Paling Sedap\nBahan-bahan:\n\n4 biji telur ayam\n7 biji fishball (belah dua)\nSetengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)\n3 ulas bawang putih(dicincang)\nKiub pati ayam(guna separuh je)\nLada sulah\nGaram\n2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)\nMinyak masak\n\nCara-cara:\n\nPanaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan sedikit garing. Kemudian masukkan carrot.\nTambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.\nPecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan tuang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar sekejap sampai telur masak, jangan kacau)\nBila dah nampak telur masak elok seketul-seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Nora Azni\nBaca juga: Suka Masak Lemak Telur? Ikut Petua Ini Supaya Telur Elok Tak Pecah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-telur-mudah-sedap/", "title": "Mudahnya Resipi Sup Telur Ini, Guna Bahan Asas Di Rumah Je", "body": "\nNak cepat, tapi nak masak hidangan yang berkhasiat untuk keluarga? Jom cuba resipi sup telur yang sedap dan menyelerakan ini.\nResipi perkongsian oleh Suzana Othman ini sangat mudah untuk dimasak kerana hanya menggunakan bahan asas yang selalu ada di dapur.\nBaca juga: Cara Buat Sup Cendawan, \u2018Comfort Food\u2019 Masa Hujan-hujan Layan Betul!\nRESIPI SUP TELUR MUDAH & SEDAP\nBahan-bahan:\n\n1 biji bawang besar saiz sederhana-hiris, goreng hingga layu dan ketepikan\n3 ulas bawang putih \u2013 hiris, goreng hingga layu dan ketepikan\nIkan bilis- goreng dan ketepikan\n1 biji kentang \u2013 potong ikut saiz ysng diingini\nSetengah biji lobah merah \u2013 hiris\n4 biji telur\nFucuk dan suhun-rendam dan potong pendek\nDaun bawang dan bawang goreng untuk hiasan\nGaram\nSerbuk lada putih ajishio\nAir\nMinyak masak\n\n\nCara memasak:\n1. Didihkan air dalam periuk rebus kentang hingga separuh empuk\n\n2. Masukkan lobak merah. Boleh gantikan dengan sayur yang anda gemari.\n\n3. Bila kentang dan lobak dah lembut, masukkan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis yang dah digoreng tadi.\n\n4. Masukkan fucuk dan suhun.\n\n5. Perasakan dengan garam dan ajishio. Pastikan dah secukup rasa sebab kita tak nak kacau masa dah masukkan telur nanti.\n\n6. Perlahankan api, pecahkan telur dalam bekas, masukkan telur satu persatu. Kita tak pecahkan telur direct masuk ke periuk sebab takut telur tu tak elok. Masa pecahkan telur tu jangan sampai terpecah kuningnya.\n\n7. Bila dah masukkan semua telur, tutup periuk biar telur hingga masak. Jangan kacau, biarkan saja telur bersauna dalam periuk dengan aman.\n\n8. Sup telur dah pun siap, taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Suzana Othman\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-tepung-yang-sedap/", "title": "Anak Asyik Minta Buatkan, Ibu Ini Kongsi Resipi Sup Tepung Yang Sedap", "body": "\nJom cuba resipi sup tepung ini. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Ahmad Musliha.\nMenurutnya, anak-anak asyik minta buatkan kerana menu ini menepati cita rasa mereka.\nMaklumlah, anak-anak ni kalau bab makan memang cerewet sikit. Kalau dah suka, maknanya makanan tu sedap.\nRESIPI SUP TEPUNG KEGEMARAN ANAK-ANAK\n\nBahan-bahan:\n\nTepung gandum*\nAir untuk menguli*\nMinyak masak sedikit*\nGaram*\nBawang putih 4 ulas\nSeinci halia\nIsi ayam/udang/fishball\n\nCara-cara:\n\nSatukan bahan-bahan bertanda (*) iaitu tepung gandum, air, sedikit minyak masak dan garam.\nUli semua bahan sehingga doh lembut dan tak melekat pada tangan. Perap seketika dalam 30 minit.\nUntuk membuat sup, tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak.\nBila tumisan sudah wangi, masukkan ayam, udang atau fishball mengikut selera masing-masing.\nKemudian tuangkan air mengikut kuantiti yang disukai.\nBila sup dah mendidih, kecilkan api.\nAmbil doh tepung tadi, cubit sedikit doh selepas itu tarik sedikit sampai menjadi kepingan nipis. Masukkan ke dalam sup. Lagi nipis lagi sedap.\nUlang sampai doh tepung habis.\nPerasakan dengan garam dan ajinamoto.\nBoleh juga letakkan sayur sawi, lobak merah atau daun sup.\nBila tepung dah masak, boleh tutup api dan makan panas-panas.\n\nInfo: Kalau nak sup lebih pekat, masukkan sedikit bancuhan tepung gandum dan air. Tuang ke dalam sup yang sedang mendidih.\nKredit: Ahmad Musliha\nBaca juga: Resipi Sup Telur Mama Paling Sedap, Anak-Anak Semua Puji!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-sup-wantan/", "title": "Sedapnya Petang-Petang Dapat Makan Sup Wantan, Ini Resipinya!", "body": "\nBukan saja sedap digoreng, tetapi jika dibuat sup wantan pasti lagi \u2018umphh\u2019.\u00a0Kena pula dengan cuaca redup di luar, lagi berselera makan!\nSup wantan merupakan menu ringkas untuk disediakan kerana anda hanya perlu menyediakan sup dan inti saja.\nIkuti resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah sebagai rujukan buat anda. Selamat mencuba!\nBaca juga: Jom Buat Sup Dumpling, Modal RM10 Je Tapi Boleh Dapat 40 biji\nRESIPI SUP WANTAN\nBahan inti:\n\nDaging ayam kisar jenama Ramly\nKulit wantan\nLobak merah \u2013 cincang\nDaun bawang \u2013 hiris\nTepung jagung \u2013 1 sudu makan\nKiub pati ayam \u2013 separuh\n\nCara memasak:\n1. Campurkan semua bahan inti dan gaul sebati. Ambil kulit wantan, letak inti di tengah dan bungkus dengan kemas seperti gambar di bawah.\n\n2. Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.\n3. Masukkan wantan yang kita buat tadi dan rebus sehingga masak.\n\n4. Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.\n\n5. Akhir sekali boleh masukkan wantan.\n6. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Zurina Zulkefli\nBaca juga: Cara Buat Mi Wantan Kicap Dengan Dumpling Ayam, Lagi Puas Repeat Makan di Rumah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-suun-goreng-ala-thai/", "title": "Resipi Suun Goreng Ala Thai, Orang Kata Makan Ini Lagi Sedap Dari Bihun!", "body": "\nJarang tengok orang buat suun goreng ni kan? Mudah saja resepi suun goreng ni kalau ada yang cuba. Sekali sekala tukar selera menggantikan bihun dengan suun tidak ada salahnya.\nSiapa yang sering ke kedai masakan\u00a0Cina atau Thailand pasti tahu menu suun goreng ini. Memang sedap! Jom lihat cara membuatnya di bawah.\nBaca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap\nResepi Suun Goreng Ala Thai\nBahan-bahan:\n\nSuun\n2 ulas bawang merah\nBawang putih\nUdang \u2013 buang kulit\nSotong \u2013 potong\nTelur\u00a0\nSos tiram\nSos ikan\nKicap manis\nCarrot \u2013 disagat \n10 biji cili padi \u2013 ditumbuk\nGaram\nSecukup rasa\nPak choy \u2013 potong\n\nCara-cara:\n1. Rendam suun sekejap. Bila dah nampak lembut, angkat dan toskan.\n\n2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang sudah dihiris sehingga naik bau.\n3. Kemudian, masukkan udang dan sotong. Gaul mesra.\n4. Pecahkan telur. Kacau sehingga menjadi telur hancur.\u00a0\n\n5. Kemudian, masukkan carrot, pak choy, sos tiram, sos ikan dan kicap manis.\n\n6. Masukkan juga cili padi yang sudah ditumbuk.\n\n7. Tutupkan api seketika supaya bahan tidak kering. Masukkan suhun yang sudah direndam serta daun sawi. Gaul sehingga bercampur rata.\n\n8. Bila dah bercampur rata, barulah buka semula api. Sambung lagi gaul sehingga benar-benar sebati.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Ariff Budiman Zainal Abidin\nBaca juga: Garlic Green Beans, Resipi Viral Dari US Dan China, Sedap Macam Style Restoran Cina!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-swedish-meatball-ala-ikea-semudah-abc-je/", "title": "Resipi Swedish Meatball Ala Ikea, Semudah ABC Je Cara Membuatnya", "body": "\nTekak teringin nak makan makanan\u00a0western?\u00a0Jom cuba buat Swedish Meatball Ala Ikea yang mudah dan sangat sedap ini.\nKalau malas nak keluar rumah, masak sendiri je senang. Lagi puas hati kalau buat sendiri, boleh makan banyak-banyak.\nIkut saja resipi hasil perkongsian oleh Puan Liza Idris di bawah. Selamat mencuba!\nCara Buat Swedish Meatball Ala Ikea\nBahan untuk kuah:\n\n1 biji bawang holand\n2 biji tomato saiz sederhana\n1 kuib pati ayam\n2 sudu tepung gandum\n1 gelas susu segar kotak\n1 gelas air\n2 sudu sos tomato\n2 sudu sos tiram\nKicap biasa 2 sudu\n3 sudu sos black pepper\n2 sudu buttercup\n\n\nCara-cara membuat kuah:\n1. Panaskan kuali, masuk 2 sudu butter.\n\n2. Masukkan hirisan bawang holland yang dipotong dadu. Kacau bawang sampai layu.\n\n3. Masukkan 2 sudu tepung gandum. Kacau dan kacau biar sebati.\n\n4. Letakkan tomato dan kacau lagi.\n\n5. Tuang 1 gelas susu segar. Jenama apa pun boleh.\n\n6. Masukkan pula air 1 gelas. Kacau lagi.\n\n7. Masukkan semua sos. Kacau sampai sebati.\n\n8. Letakkan 1 kiub pati ayam.\n\n9. Garam secukup rasa.\n\n10. Kuah dah siap. Biar sejuk sekejap.\n\n11. Masukkan kuah dalam pengisar dan blend.\n\n12. Panaskan kuali, masuk 2 sudu butter dan goreng meatball. Guna minyak masak pun boleh. Guna butter untuk rasa lebih lemak lagi.\n\n13. Rebus sayur campur bagi lembut.\n\n14. Susun meatball dalam pinggan dan tuang kuah tadi. Hias dengan sayur dan kentang goreng. Selamat mencuba.\n\nKredit: Liza Idris\nBaca juga: Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-talapia-garing-sos-limau-style-cambodia-sure-hirup-pinggan-nanti/", "title": "Resipi Talapia Garing Sos Limau Style Cambodia, Sure Hirup Pinggan Nanti", "body": "\nPernah cuba ikan Talapia Garing Sos Limau ala Cambodia? Hidangan ini sangat terkenal tau di negara sana.\nKalau jenis suka mencuba resipi baru, jom cuba masak lauk ini. Mesti akan jadi menu baru kegemaran korang.\nTak renyah nak buat juga sebab tak banyak pakai bahan. Jom kita ikuti resipi perkongsian dari Marina Ismail ini.\nBaca juga: Resipi Ikan Stim Ala Nyonya Sedap & Isi Lembut, 4 Langkah Je Dah Siap!\nBeliau \u2018claim\u2019 katanya sedap sampai menghirup pinggan. Fuhh! mesti sedap dengan rasa isi talapia yang dilapik dengan rasa masam, masin, manis dan pedas.\nMeleleh air liur min bila nak explain. Hiks!\nJom kita cuba~\nResipi Talapia Garing Sos Limau Style Cambodia\nBahan-bahan:\n\n\n\n1 ekor ikan talapia\n3 biji limau nipis (ambil jus)\n3 sudu besar gula\n3 biji cili padi merah (dipotong halus)\n5 biji cili padi hijau (dipotong halus)\n5 sudu besar sos ikan\n7 ulas Bawang Putih (dicincang halus)\n2 tangkai daun ketumbar (dipotong halus)\nGaram untuk lumur ikan\n\nCara-cara memasaknya:\n1. Basuh ikan sehingga bersih dan hilang hanyirnya dengan limau nipis.\n2. Lumurkan garam secukupnya pada ikan dan perap seketika. Tak perlu letak kunyit tau.\n3. Goreng ikan talapia tersebut sehingga garing. Kemudian, ketepikan.\n4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Jangan sampai ia garing.\n5. Campurkan sos ikan, gula jus limau nipis, cili padi, dan daun ketumbar. Kacau sebati.\n\n\n6. Masukkan bancuhan di atas tadi dalam kuali yang sedang menumis bawang putih tadi.\n7. Kacau dan rasa. Mesti rasa tau. Sebab masakan ini perlu cukup rasa masam, manis, masin, dan pedas. Kalau ada yang terkurang, adjust balik masakannya.\n8. Selepas siap, boleh tuangkan ke atas ikan talapia yang sudah digoreng garing dan siap untuk dihidang.\n\n\n\nNota tambahan: Korang kena beli talapia yang masih hidup berenang dalam akuarium tu. Dia orang akan tangkap dan terus siang. Rasa isi ikan lebih sedap, isi pejal dan manis.\n\nTalapia tergolong dalam ikan air tawar. Pastikan basuh betul-betul sampai hilang bau.\nGuna limau nipis paling bagus. Cepat je hilang bau hanyir ikan tu nanti. Korang kena ikut tips ni kalau nak masakan korang sedap.\nSelamat mencuba!\n\nSumber: Marina Ismail\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tapai-ubi-kayu-ikut-cara-ni-confirm-manis-tak-masam/", "title": "Resipi Tapai Ubi Kayu, Ikut Cara Ni \u2018Confirm\u2019 Manis & Tak Masam", "body": "\nUbi kayu merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat kita. Selain direbus dan dimakan bersama dengan kelapa parut, ia juga sangat enak jika dibuat tapai ubi kayu. Bukan pulut sahaja boleh dibuat tapai, ubi ini juga turut boleh.\nSangat sedap apabila dibuat sedemikian rupa, lebih-lebih lagi jika digoreng selepas ianya dijadikan tapai. Namun untuk dijadikan tapai, ada tekniknya yang tersendiri agar rasanya manis dan sedap serta tidak masam.\nJom kita ikuti perkongsian dari Nor Aini Abd Rahman di bawah. Caranya sangat mudah dan kalau ikuti dengan betul pasti menjadi punya.\nCara Buat Tapai Ubi Kayu\nBahan-bahan:\n\n1/2 kilo ubi kayu\n1/2 biji ragi \u2013 sebesar duit 20 sen\n\nCara-cara penyediaannya:\n\nKupas terlebih dahulu kulit ubi kayu dan potong ikut suka nak panjang mana. Ubi yang besar tu belah dua atau empat.\nCuci bersih ubi tadi.\nRebus ubi separuh empuk je.\nKemudian toskan air dan biarkan sejuk.\nHaluskan ragi pakai penapis teh, tabur atas ubi kayu. Bagi semua bahagian kena ragi.\nSimpan dalam bekas tertutup, dua malam ubi dah jadi tapai.\n\nRisau tapai jadi masam?\nDi sebalik keenakan tapai ubi kayu yang kita nikmati itu, ramai tidak tahu proses menghasilkannya tidak semudah disangka.\nAda beberapa pantang larang yang diamalkan pembuatnya bagi menghasilkan tapai yang enak, manis dan bermutu.\nMenurut Harian Metro, pelbagai pantang larang antaranya mulut jangan celupar dan mengeluarkan kata-kata tidak elok ketika menyediakan tapai.\nIndividu yang membuat tapai ubi juga tidak boleh dalam keadaan tertekan atau marah kerana kononnya boleh memberi kesan terhadap rasa tapai dihasilkan.\nKredit: Nor Aini Abd Rahman\nBaca juga: Cara Buat Ubi Kayu Goreng Rangup & Lembut, \u2018Ngam\u2019 Betul Makan Sambil Hirup Kopi\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-taufu-fa-anti-gagal-3-bahan/", "title": "Resipi Taufu Fa \u2018Anti-Gagal\u2019 Hanya Guna 3 Bahan, Rasa Sebiji Macam Di Pasar Malam!", "body": "\nSiapa suka makan taufu fa? Ini dia resepi taufu fa yang mudah untuk anda cuba, hanya perlu menggunakan 3 bahan!\nWalaupun bahan-bahan yang digunakan sangat\u00a0simple,\u00a0tapi hasilnya sama macam kita beli di pasar malam.\nSeronoknua kalau dapat buat sendiri, boleh makan puas-puas. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.\nRESEPI TAUFU FA\nBahan-bahan:\n\n2 kotak susu soya 1 liter\nAgar-agar tali 8 gram\nAir 1 cawan + daun pandan\n\nCara-cara:\n1. Tuangkan air bersama daun pandan dalam periuk serta agar-agar tali 8 gram. Masak atas dapur sehingga semuanya cair dan tak nampak tali agar-agar itu.\n2. Kemudian, tuangkan air soya 2 kotak besar. Biarkan mendidih.\n3. Bila dah mendidih, tapiskan ke dalam bekas besar.\n4. Masukkan dalam peti ais atau biarkan pada suhu bilik. Biarkan dalam masa 3 jam ke atas supaya ia mengeras.\n\n5. Bila taufu fa dah \u2018stabil\u2019, boleh sendukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air gulanya.\n\nRESIPI AIR GULA\nBahan-bahan:\n\n5 sudu besar gula putih atau merah\n1 cawan air\n\nCara-cara:\n1. Sementara tunggu taufu fa mengeras, jom kita buat air gula merah atau gula putih. Satukan 5 sudu besar gula (putih atau merah) dan 1 cawan air.\n2. Panaskan di atas dapur. Bila dah mendidih, ketepikan. Kalau guna gula merah, perlu ditapis terlebih dahulu.\n\nKredit: Nieza Nor Hamnira\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tauhu-berlauk-cicah-sambal-kicap-pedas-pedas-nikmat/", "title": "Resipi Tauhu Berlauk Cicah Sambal Kicap, Pedas-Pedas Nikmat!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-23 16:24:51\n\n\nBaru-baru ini juadah ringkas Tauhu Berlauk ini viral di laman Facebook. Ramai yang ingin cuba membuatnya kerana penyediaannya yang sangat mudah dan cepat! Bagi yang masih belum tahu cara-cara membuatnya, ini resipi yang dikongsikan oleh Bonda\u00a0Kynn dari laman Facebooknya sendiri. Oleh itu, jom ikuti perkongsian ini.\n\nKredit: BondaKynn\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 ketul isi ayam\nkeping tauhu petak tu.\nketul tauhu telur yang berbungkus tu.\n3 biji telur\nBawang besar\nLobak\nDaun sup\n \nKredit: BondaKynn\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nKisarkan tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur hingga ianya halus dan sebati. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas.\n \nKredit: BondaKynn\n\u00a0\nCampurkan sekali lobak, bawang besar dan daun sup yang dicincang halus. Kemudian, masukkan garam, ajinomoto, serbuk lada hitam dan seketul kiub ayam. Kacaukan sehingga rata.\n \nKredit: BondaKynn\n \nKredit: BondaKynn\n\u00a0\nSelepas itu, tuangkan ke dalam acuan lompang dan kukuskan selama 15 minit.\n \nKredit: BondaKynn\n \nKredit: BondaKynn\n\u00a0\nTeruskan menggoreng tauhu berlauk ini sehingga warna bertukar keperang-perangan.\n \nKredit: BondaKynn\n \nKredit: BondaKynn\n\u00a0\n\nSiap untuk dihidang! Elok dicicah dengan sambal kicap, fuhhh pedas-pedas nikmat. Sedapnya! Selamat mencuba!\n\nKredit: BondaKynn\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tauhu-sumbat/", "title": "Resipi Tauhu Sumbat Bersama Kuah Kacang, Mesti Ramai Rindu Nak Makan", "body": "\nTiada idea untuk minum petang? Asyik goreng pisang bosan juga kan, apa kata anda cuba resipi tauhu sumbat pula, confirm\u00a0anak-anak suka. Dihidangkan pula dengan kuah kacang memang boleh membangkitkan selera.\nJom cuba cara buat tauhu sumbat yang dikongsikan oleh Encik Shah Shantry\u00a0di bawah. Katanya resipi ini dibuat khas untuk isterinya yang mengidam. Mesti sedap ni!\nBaca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak\nRESIPI TAUHU SUMBAT KACANG TANAH\n\nBahan-bahan tauhu sumbat:\n\nTauhu basah\nTimun\nSengkuang\nLobak merah\nTauge\n\nCara-cara:\n1. Tauhu digoreng sehingga masak, kemudian dipotong segi tiga. Tengah-tengah tauhu tu dikelar untuk sumbat sayur-sayur nanti.\n\n2. Timun, sengkuang, lobak merah disagat atau dipotong memanjang. Taugeh dibuang ekornya, kemudian celur sekejap dengan air panas. Jangan celur terlalu lama, takut nanti lembik.\n3. Bahan-bahan sayur bolehlah disumbat dalam tauhu yang dah digoreng dan dikelarkan di tengah-tengah tu.\nBahan kuah kacang:\n\nKacang tanah \u2013 sangai tanpa minyak & kisar kasar\n2 biji bawang besar\n3 biji bawang putih\n3 batang serai\n15 biji cili kering\nAir asam jawa\nGula merah, gula nisan @ gula kabung\nGaram\nGula\nAir\nMinyak untuk menumis\n\nCara-cara:\n1. Bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kering dipotong kasar-kasar, kemudian goreng sekejap di dalam minyak. Bila agak-agak dah garing, angkat dan toskan.\n2. Masukkan bahan-bahan tadi dalam pengisar. Kisar sehingga halus.\n3. Gunakan minyak lebihan goreng bahan-bahan tadi, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.\n\n4. Bila dah agak-agak pecah minyak, masukkan gula merah @ nisan berserta air asam jawa.\n5. Kemudian masukkan kacang tanah yang dikisar kasar tadi. Kalau agak kering dan pekat, boleh masukkan air. Ikut citarasa masing-masing nak kuah kacang tu macam mana sama ada pekat atau agak-agak cair sikit.\n6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Agak dah okay rasanya, boleh tutup api.\n7. Siap kuah kacang. Bolehlah dimakan dengan tauhu yang dah disumbat tadi.\nKredit gambar & resipi: Shah Shatry\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-teh-hijau/", "title": "Teh Hijau Boleh Bantu Menurunkan Berat Badan? Jom Ketahui Caranya", "body": "\nSiapa peminat teh hijau dekat sini? Umum tahu teh hijau ni boleh menurunkan berat badan dan mengempiskan perut tapi ada juga yang tak tahu cara yang sebenarnya untuk menggunakan teh hijau ini.\nCara ni memerlukan konsisten tau. Insyallah dengan ni korang boleh turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan rata tu. Yang paling penting teh hijau ni boleh hilangkan bau badan.\n\nResipi Teh Hijau Untuk Kurus Dan Kempiskan Perut\nBahan-bahan:\n\n1 uncang teh hijau bukan teh yang biasa tau\n1 inci halia di slice nipis\nMadu (ikut suka)\n\nCara-cara:\n\nPanaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye.\nBiarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masukkan halia dalam teh tadi tu ye.\nTutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum.\nBoleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit.\nAmalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pula. Jadi bila buat tu cukup la satu mug je.\n\nSenang sangat cara ni. Cuma korang kena rajin la bancuh macam ni dan kena konsisten.\nKredit: Zana Mokhtar\nBaca juga:\nKek Teh Macam di Cameron Highlands, Memang Sedap Dan Wangi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-teh-masala-asli-dari-india-betul-betul-kaw/", "title": "Resipi Teh Masala Asli Dari India, Betul-Betul Kaw!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-29 05:06:56\n\n\nTeh Masala yang berasal dari India ini cukup popular kerana ramuannya yang unik. The susu \u2018special\u2019 ini dibancuh dengan segala kebaikan rempah-rempah untuk dinikmati. Bagi yang belum pernah merasa Teh Masala, apa kata korang cuba sendiri resipinya yang dikongsikan oleh Ravinder Kaur Joachim. Memang sedap, sebiji macam minum di kedai mamak! Jom cuba!\n\nKredit: Ravinder Kaur Joachim\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n2 ke 3 liter air\n4 sudu besar daun teh Cameron highland \nBunga cengkih\nBuah pelage\nJintan manis\nKayu manis\nHalia seketul\n3 sudu besar susu pekat\n1 cawan susu segar\n4 sudu susu tepung\n2 sudu besar gula\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nPanaskan air yang telah disediakan tadi ke dalam periuk dan masukkan daun teh cameron 4 sudu besar.\n \nKredit: Ravinder Kaur Joachim\n\u00a0\nKemudian, masukkan bunga cengkih dah buah pelaga, jintan manis dan kayu manis.\n \nKredit: Ravinder Kaur Joachim\n\u00a0\nSelepas itu, ketuk halia lalu masukkan ke dalam periuk. Tunggu sehingga teh mendidih dan naik baunya.\n \nKredit: Ravinder Kaur Joachim\n\u00a0\nSementara itu, masukkan susu tepung yang sediakan tadi ke dalam cawan lalu tuangkan sedikit air dan kacau hingga sebati.\n \nKredit: Ravinder Kaur Joachim\n\u00a0\nKemudian masukkan susu segar, susu pekat serta 2 sudu besar gula dan kacau hingga sebati.\n \nKredit: Ravinder Kaur Joachim\n\u00a0\nSelepas itu, masukkan susu yang sudah siap dikacau ke dalam teh tadi. Kacaukan hingga sebati dan biarkan ia mendidih.\n \nKredit: Ravinder Kaur Joachim\n\u00a0\nUntuk \u2018presentation\u2019 yang cantik, tarik dulu sebelum dihidang seperti di kedai mamak.\n \nKredit: Ravinder Kaur Joachim\n\nSiap untuk diminum!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-telur-pecah-sambal-berlado-padu/", "title": "Resipi Telur Pecah Sambal Berlado Padu, Nasi Sepinggan Confirm Tak Cukup", "body": "\nResipi ini mungkin menarik perhatian anda untuk dicuba. Resipi telur pecah sambal berlado yang sedap! Apa yang penting, menu ini sangat cepat untuk disediakan. Maklumlah, ramai yang memilih untuk masak sendiri di rumah berbanding membeli menggunakan aplikasi penghantaran makanan kerana risau dijangkiti virus covid-19.\nNamun, lama kelamaan akan muncul rasa bosan dan \u2018tak tahu\u2019 nak masak apa akibat terlalu lama berada di rumah. Kalau boleh hanya nak masak masakan yang simple\u00a0dan tidak rumit untuk disediakan. Betul tak?\nKalau ada yang nak cuba, jom lihat resipi untuk menyediakan hidangan ini yang merupakan hasil perkongsian oleh saudari Zana Mokhtar di bawah. Tak perlu lauk lain dah, satu lauk ini pun dah cukup berselera!\u00a0Confirm\u00a0makan bertambah nasi.\nResipi Telur Pecah Sambal Berlado\nBahan-bahan:\n\n\nTelur\n\n\nCili masak*\n\n\nCili api*\n\n\nTomato*\n\n\nBawang merah*\n\n\nBawang putih*\n\n\nSos tiram\n\n\nGaram\n\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda (*).\n2. Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk sehingga ia nampak garing dan sudah pecah minyak.\n\n3. Masukkan sos tiram dan biarkan seketika.\n\n4. Tambahkan air sedikit dan garam.\n5. Biarkan sekejap dan selepas tu pecahkan telur di dalamnya. Biarkan sekejap telur itu.\n6. Angkat dan hidangkan. Sedia untuk dimakan.\n\nKredit: Zana Mokhtar\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tempe-goreng-berempah-rangup/", "title": "Resipi Tempe Goreng Berempah Rangup, Cicah Sambal Kicap Memang Wow!", "body": "\nMusim hujan ni sedapnya kalau makan tempe goreng berempah yang rangup, cicah pula dengan sambal kicap. Fuhhh lazat sungguh!\nTapi ada caranya untuk buat bancuhan tepung salutan tempe ini sebelum digoreng supaya jadi garing. Selain tempe, ubi kayu juga boleh menggunakan resipi yang dikongsikan ini.\nBaca juga: Cara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!\nCara Buat Tempe Goreng Berempah Rangup\nBahan-bahan:\n\nTepung gandum\nTepung beras\nKetumbar\nJintan halus\nGaram\nSerbuk kunyit\nBawang putih\nAir suam\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk semua bahan-bahan kecuali tepung.\n2. Bancuh tepung dengan air suam dan sebatikan bahan yang ditumbuk.\n\n3. Celupkan tempe yang telah dipotong ke dalam tepung dan terus goreng.\n\n4. Agak-agak garing keemasan bolehlah angkat dan tos kan.\n\nMakan dengan sambal kicap..wow!\nSumber: Mas Intan Masman\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tepung-bungkus-lemak-lembut-kuih-tradisi/", "title": "Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman", "body": "\nResepi tepung bungkus, kuih tradisional yang sangat sedap dan tidak pernah ditelan zaman.\nKalau di bandar, agak susah nak jumpa peniaga yang jual kuih tepung bungkus ni. Kalau ada, mungkin kurang kena dengan selera.\nJadi kalau nak cuba buat sendiri kena dengan rasa \u2018tekak\u2019, resipi perkongsian saudari Faezah Ab Wahab ni antara yang terbaik.\nMudah saja rupanya nak buat kuih ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.\nBaca juga: Kuih Tepung Pasung Atau Kuih Serunai Untuk Minum Petang, Mudah Dan Memang Sedap!\nRESEPI TEPUNG BUNGKUS MUDAH DAN SEDAP\nBahan-bahan badan:\n\n3 cawan santan\n1 \u00bd cawan tepung beras\n\n1 sudu gula\n\nSedikit garam\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga pekat.\n2. Kemudian tutup api.\n\nBahan-bahan inti:\n\n\u00bd biji kelapa muda\n1 ketul gula melaka\n1 cawan air\nDaun pandan\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga kering. Letak sedikit tepung supaya kelapa menjadi lembab bersalut.\n2. Bila dah masak, bulat-bulatkan kecil untuk dijadikan inti.\n\n3. Ambil daun pisang, letakkan tepung pulut dan\u00a0 inti kelapa.\n\n4. Bungkus dengan kemas dan sedia untuk dikukus selama 15 minit menggunakan api sederhana.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Faezah Ab Wahab\nBaca juga:\n\n\nCucur Badak Paling Mudah Dan Sedap, Nak Frozenkan Pun Tiada Masalah\n\n\nKerepek Peria Garing Rangup, Ikut Cara Ni Takkan Rasa Pahit Sedikit Pun\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-thai-salad/", "title": "Tak Perlu Pergi Jauh Nak Makan \u2018Thai Salad\u2019, Kat Rumah Pun Boleh Buat!", "body": "\nRestoran masakan ala Thailand sememangnya bak cendawan tumbuh selepas hujan. Jika sebelum ini sering kali menikmati masakan di restoran sahaja, apa kata kali ini jom cuba masak sendiri masakan Thai seperti Thai Salad.\u00a0\nHidangan Tomyam, Somtan, Kerabu Maggi dan banyak lagi sudah sering dicuba. Tidak salah jika cuba jenis masakan Thailand yang lain pula. Menu ini sesuai untuk anda yang sedang \u2018diet\u2019.\nBaca juga: Resipi Tomyam Putih Versi Thailand, Sangat Mudah & Menyelerakan\nResipi Thai Salad Yang Sesuai Untuk Diet\nBahan-bahan untuk sos:\n\n5 ulas bawang putih\n5-7 biji cili padi merah\n2 cawan air\n1 cawan kacang tanah \u2013 digoreng\n1 cawan santan/ susu full cream\n5 biji telur rebus \u2013 ambil kuning\n1 sdb cuka\nGaram dan gula\n\nCara-cara buat sos:\n\nKisar semua bahan-bahan sos sehingga lumat. Masak dengan api perlahan.\nSekiranya sos pekat tambah sedikit air. Sos mesti ada rasa masam-masam, manis dan pedas.\n\nBahan-bahan untuk salad:\n\n1 pokok daun salad\n1/2 biji kobis ungu\nTomato cherry\n1 biji timun\n4 biji telur rebus \u2013 dibelah dua\n5-6 biji fishball goreng\n3 batang sosej potong serong\n1 keping dada ayam \u2013 gaul dengan tepung bestari\n\nCara-cara buat salad:\n\nGaul dada ayam dengan tepung bestari dan goreng hingga kekuningan.\nCelur sosej dan goreng fishball.\nHiris kesemua bahan-bahan salad dan susun dalam mangkuk.\nTuangkan sosnya dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan.\n\nKredit: Rosmaliza Omar\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tips-supaya-ayam-goreng-jadi-berkerinting/", "title": "Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan", "body": "\nSedapnya kalau dapat makan ayam goreng. Lagi-lagi ayam goreng yang berkerinting, memang rangup! Rupanya ada tips macam mana nak buat ayam goreng jadi berkerinting yang ramai tak tahu.\nLebih jimat dan puas makan kalau buat sendiri kan? Yang penting, guna 2 bahan saja. Sesuai untuk ibu yang suka resipi simple dan cepat siap. Jom lihat cara-caranya yang dikongsikan oleh Sue Riana di bawah.\nResipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting\nBahan-bahan:\n\nTepung bestari\nAir masak/air sejuk semangkuk\n\nCara-cara:\n1. Cuci bersih ayam yang sudah dipotong dan toskan.\n2. Lumur dalam tepung bestari dan gaulkan.\n3. Kemudian rendam dalam mangkuk yang berisi air dalam 30 saat, jangan lama kemudian toskan.\n4. Bila dah toskan, ambil semula ayam dan gaul semula ayam dalam tepung sekali lagi. Gaul banyak kali untuk dapatkan ayam goreng yang berkerinting semasa digoreng nanti.\n5. Panaskan minyak dalam kuali sehingga betul-betul panas.\n\n6. Masukkan ayam dan goreng sehingga berwarna keemasan. Goreng menggunakan api sederhana.\n\n7. Angkat dan toskan. Siap!\nTips penting:\n\nTangan yang mengaul ayam pastikan sentiasa kering.\nGunakan penyepit semasa nak celup ayam dalam air.\nTepung yang sudah digaul perlu sentiasa ditapis untuk mengelakkan tepung berketul.\n\nKredit: Sue Riana\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tom-kha-ghai-thai-coconut-chicken-soup/", "title": "Resipi Tom Kha Ghai Atau Thai Coconut Chicken Soup, Lain Dari Lain!", "body": "\nPasti ramai yang pertama kali mendengar menu Tom Kha Sup atau juga dikenali sebagai Thai Coconut Chicken Soup.\u00a0Hidangan Thai ini sangat aromatik.\nAntara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sup kelapa berkrim ini adalah ayam, cendawan, serai, lengkuas, cili padi dan sebagainya.\nHidangan Thai yang enak ini juga pasti dapat menghangatkan badan anda dengan rasanya yang pedas, masam dan berkrim.\nCara Masak Tom Kha Ghai Atau Thai Coconut Chicken Soup\nBahan-bahan:\n\n300-400gram isi ayam(dipotong kecil)\nBawang merah 3-4 biji\nBawang putih 4 ulas(dikatok)\n5cm lengkuas(dihiris)\n6 batang cili padi merah(dihiris)\n2 batang serai(dipotong serong)\n1 biji tomato(dibelah 4)\n200ml coconut milk/santan susu\n6 helai daun limau purut(dipotong 2)\nCendawan(tiram/cendawan butang/etc)\n2 sudu besar jus [email\u00a0protected] lemon\n3 sudu besar sos ikan\n1 sudu besar gula\nDaun ketumbar 3 Pokok (dipotong)\n1-2 cawan air\n1 kiub ayam\n\nCara-cara:\n1. Sediakan periuk. Masukkan air, serai, daun limau purut, bawang merah, bawang putih dan akar ketumbar. Biarkan masak selama 6 minit.\n\n2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Masakkan seketika. Kemudian masukkan tomato, cili padi dan daun ketumbar.\n\n3. Masukkan sos ikan, jus limau atau lemon, kiub ayam, gula dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih.\n\n4. Tuangkan susu santan atau coconut milk. Masak seketika dan tutup api.\n\n5. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Nurul Ateekah\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tomyam-putih-versi-thailand/", "title": "Resipi Tomyam Putih Versi Thailand, Sangat Mudah & Menyelerakan", "body": "\nAsyik masak tomyam merah bosan juga, apa kata jom cuba buat tomyam putih versi Thailand ini pula. Sedap sangat kalau makan dalam mangkuk campur dengan nasi. Semangkuk confirm\u00a0tak cukup kalau macam ni.\nJom lihat resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Puan Ameera di laman sosial Facebook. Sangat mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!\nResipi Tomyam Putih Versi Thailand\nCara-cara membuat tomyam putih:\n1. Masukkan air ke dalam periuk mengikut sukatan yang diingini.\n\n2. Bila air dah menggelegak, masukkan lengkuas.\n\n3. Masukkan 2 batang serai yang dititikkan.\n\n4. Masukkan 1 biji bawang besar yang sudah dipotong.\n\n5. Masukkan juga 3 ulas bawang putih yang sudah dihiris.\n\n6. Kiub ayam 2.\n\n7. Masukkan ayam, nak guna sotong atau udang pun boleh.\n\n8. Masukkan cili padi yang dibelah dua.\n\n9. Daun limau purut, kena buang urat tengah nanti pahit.\n\n10. Seterusnya masukkan sayur-sayuran pilihan masing-masing.\n\n11. 1 biji tomato.\n\n12. Perahkan 1 biji limau nipis.\n\n13. Tuangkan sos ikan dalam 2 sudu makan.\n\n14. Jus limau 1 sudu makan.\n\n15. Hiaskan dengan bawang holland.\n\n16. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.\n\n17. Taburkan daun ketumbar.\n\n18. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ameera\nBaca juga: Rahsia Buat Tomyam Pekat Ala Thai Yang Mudah & Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tomyam-yang-pekat-likat-letak-sedikit-susu-pekat/", "title": "Resipi Tomyam Yang Pekat Likat, Letak Sedikit Susu Pekat Baru Lagi Perfect!", "body": "\nSedapnya kalau dapat hirup kuah tomyam yang pekat likat seperti resipi di bawah. Satu menu ini pun dah cukup untuk menaikkan selera orang yang tak sihat disaat cuaca sekarang yang tak menentu.\nRupanya ada cara untuk membuat kuah tomyam anda lagi pekat dan sedap iaitu dengan meletakkan tomato yang dikisar dan sedikit susu pekat.\nNak cuba buat? Ikut saja resipi perkongsian oleh Ana Mariana Ismail di bawah. Selamat mencuba!\nCARA BUAT TOMYAM YANG PEKAT LIKAT\nBahan-bahan:\n\nIsi ayam (potong sederhana kecil)\nSayur-sayuran yang sesuai (carrot, bunga kobis, putik jagung, cendawan tiram, enoki, tomato)\n2 batang serai (hiris serong)\nSeinci lengkuas (hiris nipis)\n2 atau 3 ulas bawang putih (diketuk)\nBawang holland 2 biji (hiris)\n10 biji cili padi (diketuk)\nDaun & akar ketumbar\nKiub tomyam & pes tomyam madam pun\nDaun limau purut\nSos nampla/sos ikan\nAir perahan limau\nSedikit susu pekat\nGaram & perasa\n2,3 biji tomato (kisar) \u2013 untuk kuah lagi pekat likat\n\nCara-cara:\n\nDidihkan 1.5 liter air. Masukkan tomato yang sudah dikisar.\nKemudian mauskkan kiub ayam, akar ketumbar, lengkuas dan bawang putih.\nBila dah mendidih, masukkan isi ayam dan masak sampai lembut.\nKemudian boleh masukkan pes tomyam dan sayuran yang keras terlebih dahulu.\nSeterusnya masukkan pula serai, bawang dan cili padi.\nMasukkan juga sos nampla dan air perahan limau sedikit.\nPerasakan dengan garam, ajinamoto dan sedikit susu pekat.\nBila rasa semua dah sempurna, masukkan cendawan, tomato dan daun limau purut.\nTutup api dan taburkan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang!\n\nSELAMAT MENCUBA!\n\nKredit: Ana Mariana Ismail\nBaca juga: Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tosei/", "title": "Resipi Tosei Yang Sedap, Lengkap Bersama Idli & Chutney Kelapa", "body": "\nResipi Tosei ini sangat mudah untuk dicuba. Tosei ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang telah ditapai.\nBiasanya tosei ni dimakan dengan aneka jenis kuah seperti kuah dhal, kari ayam atau kari ikan serta cutney kelapa.\nSedapnya kalau dapat makan, lebih-lebih lagi jika buat sendiri di rumah. Jom kita cuba masak menggunakan resipi di bawah.\nRESIPI TOSEI\nBahan-bahan:\n\n1 cawan kacang ulunthu\n2 cawan beras\n1 sudu kecil halba\n1 sudu kecil garam\n1 cawan nasi sejuk\n\nCara-cara:\n1. Basuh kacang ulunthu rendam dalam air sekurang-kurang 6 jam @ semalaman.\n2. Basuh beras dan halba, rendam sekurang-kurangnya 6 [email\u00a0protected] semalaman.\n*(Jika nak buat petang, rendam pada waktu malam, pagi mula mengisar dan jika nak buat pagi, petang rendam, malam mula mengisar).\n\n3. Toskan ulunthud dan beras yang direndam, kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Pasti kisaran anda jangan terlalu cair. Kisar sehingga betul- betul halus, kemudian masukkan garam.\n4. Masukkan adunan itu dalam bekas yang besar dan peram semalaman atau 8 jam. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. *Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan, simpan di dalam peti sejuk. Boleh digunakan kembali untuk 2-3 hari.\n*Jika guna food processor, boleh je kisar semua bahan sekali. Jika guna pengisar, boleh kisar ulunthu berasingan dengan beras sebab beras lambat halus berbanding ulunthu.\n5. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal selepas diperam.\n6. Panaskan kuali leper, lenserkan minyak pada kuali. Cedok penuh adunan dengan senduk dalam dan tuang di tengah kuali leper. Kemudian buat putaran menggunakan bawah senduk sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat.\n7. Tutup permukaan tosei dengan penutup periuk untuk memastikan bahagin atas masak. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dengan cepat 1-2 minit, jika suka garing, boleh lebihkan masa.\n\n8. Keluarkan tosei anda dan lipat. Tosei boleh makan dengan kuah dhal, kari, dan chutney kelapa.\n\nRESIPI TOSEI \u2013 RESIPI IDLI\nBahan-bahan:\n\n1 cawan kacang ulunthu\n2 cawan beras\n1 sudu kecil halba\n1 sudu kecil garam\n1 cawan nasi sejuk\n\nBahan yang digunakan sama seperti tosei.\nCara-cara:\n1. Lenserkan minyak pada acuan (saya guna acuan lompang je)\n2. Masukkan adunan tosei ke dalam acuan. Kukus 15-20 minit.\n3. Sejukkan dulu, baru keluarkan daripada acuan.\n\nRESIPI CHUTNEY KELAPA\n\nBahan A:\n\n\u00bd biji kelapa parut\n2 tangkai daun kari\n2 baji cili hijau (jika ingin pedas, guna cili padi)\n1cm halia\n4 biji bawang merah\n2 ulas bawang putih\n1 sudu besar air asam jawa\nMinyak\n\nBahan B:\n\n2 biji bawang merah\n5 biji cili kering \u2013 beli online di sini\n2 tangkai daun kari \u2013 beli online di sini\n2 sudu minyak masak\n1 sudu kecil biji sawi\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu Kemudian masukkan kelapa, sangai sekejap. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan di dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus dengan sedikit air.\n2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.\n3. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata. Sedia untuk dihidang.\n*Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bagi setiap individu.\nRESIPI DALCA DAGING\n\nBahan-bahan:\n\n1kg daging dipotong (jika guna daging yang ada lemak, rebus dulu hingga lembut buang lemak yang cair untuk elak dalca berlemak/ jika guna isi pejal, tak perlu rebus)\n1 cawan kacang dal | direndam satu jam & direbus hingga lembut\n2 biji terung | dipotong 8\n5 batang kacang panjang | dipotong satu inci\n1 batang lobak merah |dipotong jejari 1 inci\n3 biji kentang | dipotong 6 tiap satu\n2 biji cili merah | dibelah 2\n2 biji cili hijau | dibelah 2\n2 biji tomato separuh masak | dipotong 4\n3 sudu besar membukit cili kering kisar\n4 sudu besar membukit rempah kari daging\nMaggi cukup rasa\n2 asam keping\n3 cawan santan pekat\nGaram secukup rasa\n\nBahan tumis:\n\n3 pelepah daun kari\nKulit kayu manis\nBuah pelaga\nCengkih\nBunga lawang\n\nBahan kisar:\n\n2 biji bawang besar\n5 biji bawang merah\n5 ulas bawang putih\n2 inci halia\n\nResipi tosei, Cara-cara:\n1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dengan api kecil. Kacau.\n2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga air kering dan naik bau.\n3. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.\n4. Bancuh rempah kari dengan sedikit air, masukkan rempah kari. Kacau rata. (Jika daging belum rebus, masukkan daging, garam dan air, rebus hingga empuk).\n5. Masukkan maggi cukup rasa, asam keping daging dan air daging (jika daging telah direbus), kacang dal yang sudah direbus, lobak merah dan kentang. Tutup periuk.\n6. Masukkan kacang panjang, terung dan cili.\n7. Masukkan santan pekat dan tomato.\n8. Sebaik kuah mendidih, perasakan dengan garam.\nKredit: Nur Masri\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-tteokbokki-macam-dalam-k-drama-rasa-pedas-manis-yang-sedap/", "title": "Resipi Tteokbokki Macam Dalam K-Drama, Rasa Pedas Manis Yang Sedap!", "body": "\nPernah tak tengok menu Tteokbokki dalam drama Korea? Tteokbokki ialah snek Korea yang sangat popular. Ianya dibuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis.\nUntuk membuat kek beras hanya perlu menggunakan tepung beras yang biasa kita guna. Bahan untuk sos juga senang untuk ditemui dan mudah untuk dibuat.\nNak cuba buat sendiri Tteokbokki di rumah? Lihat resipi lengkap langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Aisyah Humaira di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Tteokbokki Halal\nBahan kek beras:\n\n\n1 cawan penuh membukit tepung beras pulut\n\n\n\nSetengah sudu kecil garam dan air secukupnya\n\n\nCara buat kek beras:\n1. Dalam mangkuk, satukan bahan di atas.\n2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.\n\n3. Tabur tepung beras pulut diatas pelapik. Kemudian ambil sedikit doh, bulatkan dan gulung memanjang lalu potong ikut saiz yang disukai.\n\n4. Didihkan air dalam periuk, masukkan doh yang siap dibentuk lalu rebus. Bila rice cakes hampir timbul terus angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk/ais.\n\nBahan untuk sos:\n\n\n3 biji bawang merah kecil\n\n\n\n3 ulas bawang putih\n\n\n\n1 sudu kecil lada hitam\n\n\nTumbuk semua bahan ni hingga hancur lumat.\n\n\n2 sudu besar sos cili\n\n\n\n1 sudu besar sos tiram\n\n\n\n4 sudu besar cili pes gochujang\n\n\n\n1 sudu besar serbuk cili\n\n\n\n1 sudu kecil serbuk lada putih\n\n\n\n1 sudu kecil minyak bijan\n\n\n\n1 sudu kecil penuh bijan putih\n\n\n\n1 sudu besar cuka\n\n\n\n1 sudu besar serbuk pati ayam atau kiub pati ayam. Garam, gula secukup rasa\n\n\n\nAir secukupnya\n\n\n\n1 keping cheese (optional)\n\n\n\nSedikit daun bawang\n\n\nCara membuat sos:\n1. Panaskan minyak.\n2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan semua bahan SOS satu persatu kecuali air dan cuka. Kacau hingga semua sebati.\n3. Kemudian masukkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai dan yang terakhir masukkan cuka serta rice cake yang telah siap dibuat awal tadi.\n\n4. Kacau semua sebati. Jika suka berkuah lebihkan air. Siap.\n5. Hiaskan dengan daun bawang, telur rebus dan seaweed.\n\nNota: Kalau suka pedas boleh tambah perencah ramen. Untuk isi boleh tambah fucuk goreng, telur rebus dan hot dog.\nKredit: Aisyah Humaira\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-belon-thai-guna-4-bahan-sahaja/", "title": "Resipi Udang Belon Thai Guna 4 Bahan Sahaja, Cicah Dengan Sos Lagi \u2018Umphh\u2019!", "body": "\nMakanan Thailand sentiasa menjadi kegemaran kebanyakan rakyat di Malaysia. Kedai masakan Thailand juga boleh dikatakan \u2018belambak\u2019 di sini, tak perlu risau kalau tiba-tiba mengidam. Salah satu menu yang menjadi kegilaan ramai iaitu udang belon Thai.\nBila digigit, ia sangat rangup dan lembut di dalam. Lagi sedap kalau makan dengan sos pencicah, nikmat yang amat sangat! Kalau tiada sos, ratah pun boleh tahan sedap.\nCara membuatnya juga sangat senang, hanya perlu menggunakan 4 bahan. Kalau ada yang mahu cuba buat sendiri di rumah, ikut sahaja resipi di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Fatyma Idris. Semoga bermanfaat!\nCara Buat Udang Belon Thai Guna 4 Bahan\nBahan-bahan:\n\n\nUdang\n\n\nTepung blue key self raising flour (kotak warna pink)\n\n\nTelur\n\n\nGaram secukup rasa\n\n\nAir secukupnya\n\n\nCara-cara:\n\nBersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.\n\n\n\nCampur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)\n\n\n\nMasukkan air secukupnya. Tak nak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.\n\n\n\nCelup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.\n\n\n\nAngkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.\n\n\nNota: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.\nKredit: Fatyma Idris\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-butter-bawang-putih-yang-juicy/", "title": "Resipi Udang Butter Bawang Putih Yang \u2018Juicy\u2019, Cara Mudah Tapi Rasa Mantap!", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan udang? Kalau dah bosan asyik masak udang kunyit dan udang celup tepung je, apa kata kali ini jom cuba Resipi Udang Butter Bawang Putih ini pula.\nGuna bahan mudah dan cara memasaknya juga sangat senang, tapi rasa dia lazat yang amat! Wajib buat kalau nak tahu macam mana rasa dia.\nIkut saja cara-cara penyediaannya di bawah. Resipi hasil perkongsian oleh Shidah Daud. Selamat mencuba!\nCara Buat Udang Butter Bawang Putih\nBahan-bahan:\n\nUdang\nButter\nGaram\nChili flakes\nLada hitam\nBawang merah\nBawang putih\nCili kering\nCili hijau\nDaun kari\nDaun ketumbar\nSedikit serbuk kunyit\nJus perahan lemon\nSusu cair\nCheddar cheese\n\nCara-cara:\n1. Gaul udang dengan sedikit garam, chili flakes dan serbuk lada hitam. Masak sekejap dengan butter sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.\n\n2. Tumis 1 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 3 tangkai cili kering, 5 biji cili hojau, daun kari dan sedikit daun ketumbar.\n\n3. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan perahan jus lemon.\n\n4. Tuangkan sedikit susu cair secukupnya.\n\n5. Kemudian masukkan udang yang separuh masak tadi.\n\n6. Akhir sekali, masukkan 1 keping cheese cheddar. Kacau rata.\n\n7. Siap, selamat mencuba!\n\nKredit: Shidah Daud\nBaca juga: Resipi Udang Masak Sos Yang Ringkas & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Masak!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-buttermilk-paling-simple-gerenti-sedap/", "title": "Resipi Udang Buttermilk Paling Simple, Gerenti Sedap Menjilat Jari!", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan udang? Apa kata jom cuba resipi udang buttermilk yang sedap dan mudah ini.\nSenang saja cara nak buat. Memang menjadi kegemaran anak-anak! Jom lihat bahan-baan dan cara membuatnya di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Udang Buttermilk Simple & Sedap\n\nBahan-bahan:\n\nUdang galah\nButtercup (lagi banyak lagi sedap)\nSusu cair setengah tin (nak berkuah letak lebih)\nBawang putih 7 ulas (kisar halus)\nCili api (tumbuk atau kisar halus bersama bawang putih)\n\n\nCara-cara:\n1. Cairkan mentega. Goreng udang sehingga agak garing. Angkat dan asingkan.\n\n2. Guna mentega bekas udang tadi, tumis bawang putih dan cili api yang sudah dikisar halus.\n\n3. Bila dah agak garing, masukkan susu dan garam.\n\n4. Kacau sebati. Masukkan pula udang.\n\n5. Masak sehingga pekat dan siap!\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Fairuz Abu Hassan\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-goreng-kunyit/", "title": "Resipi Udang Goreng Kunyit Style Dato\u2019 Rizalman, Pasti Membuka Selera!", "body": "\nResipi udang goreng kunyit yang paling mudah. Sangat membuka selera jika dimakan dengan nasi panas.\nSesuai juga dijadikan lauk untuk bersahur kerana cara penyediaannya yang ringkas dan cepat.\nResipi yang dikongsi oleh Saudari Amrina Meena ini diilhamkan dari Dato\u2019 Rizalman. Jom cuba!\nBaca juga: Lebih 27K Shares, Ini Resipi Udang Masak Thai Yang Mudah & Lazat\nRESIPI UDANG GORENG KUNYIT\nBahan-bahan:\n\nUdang bersaiz besar\nMinyak untuk menggoreng udang\nBawang merah 4 (hiris)\nBawang putih 3 (hiris)\nBawang holland sebiji (hiris ring)\nSos tomato 4-5 sudu\nKacang peas tin\nCili merah/hijau\nDaun bawang\u00a0\nGula 1 sudu\n\nCara-cara:\n1. Perap udang dengan garam yang banyak dan serbuk kunyit dalam kuantiti yang banyak sehingga ianya jadi seperti selaput kunyit yang tebal.\n2. Panaskan minyak, goreng udang yang sudah diperap tadi di dalam minyak yang betul-betul panas.\n3. Bila udang dah garing, angkat dan ketepikan seketika.\n4. Guna minyak dan kuali yang sama, tumis bawang kecil dan bawang putih. Bila dah keperangan, masukkan bawang holland dan cili.\n5. Tuangkan sos tomato.\n6. Masukkan kacang peas dan udang yang sudah digoreng tadi.\n7. Perasakan dengan gula.\n8. Bila bawang holland dah layu, masukkan pula daun bawang.\n9. Tutup api, siap. Hidang bersama minyaknya sekali, sedap gaul dengan nasi panas!\nKredit: Amrina Meena\nBaca juga: Resipi Udang Buttermilk Paling Simple, Gerenti Sedap Menjilat Jari!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-kalio/", "title": "Resipi Udang Kalio Cara Senang, Bahan-bahan Pun Mudah Nak Dapat", "body": "\nResipi Udang Kalio Cara Senang, Bahan-bahan Pun Mudah Nak Dapat.\nBagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi kalio udang yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!\nTeksturnya memang ala-ala percik sedikit dan sangat sesuai untuk mereka yang sukakan makanan yang berlemak sedap ini.\nBaca juga: Udang Creamy Tuscan, Resipi Viral Lebih 13K Shares, Sesuai Untuk Menu Keto Diet\nKita ikuti resipi ini dari perkongsian Cik Puan Roslinda Rosli di laman Facebook ini. Memang ringkas dan mudah untuk ikuti cara-caranya.\n\nRESIPI UDANG KALIO\n\nBahan-bahan:\n\n1 biji bawang besar*\n4 biji bawang putih*\nSeinci halia*\nSeinci kunyit hidup*\u00a0\nSebatang serai*\n2 senduk cili kering yang telah direbus & blend\u00a0\n1/2 kotak kecil santan \nSedikit pes asam jawa\nSedikit air\n\nCara-cara memasaknya:\n1. Blend halus semua bahan*.\n2. Tumis sehingga naik bau bahan yg telah diblend & masukkan cili kering.\n3. Masak sehingga pecah minyak.\n4. Masukkan santan & air ikut tahap kepekatan yg diinginkan.\n5. Perasakan dgn sedikit pes asam jawa,garam,gula.\n6. Masukkan udang & masak seketika.\n7. Boleh masukkan hirisan daun kunyit /hirisan daun limau purut jika suka untuk membangkitkan lagi aroma. Siap untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-masak-berempah/", "title": "Resipi Udang Masak Berempah, Sangat Lazat & Menyelerakan", "body": "\nUdang merupakan salah satu makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Tapi kadangkala tiada idea nak masak apa menggunakan udang kan? Apa kata jom cuba buat udang masak berempah pula.\nCara membuatnya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Lihat resipi lengkap perkongsian oleh Natasya Qalisya di bawah.\nBaca juga: Cara Buat Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir, Hirup Panas-Panas Sedapnya!\nCara Buat Udang Masak Berempah\nBahan-bahan:\n\nUdang setengah kilo\n2 sudu besar rempah kari babas ayam/ikan.\n2 sudu besar serbuk cili\n2 sudu besar sos cili\n1 sudu besar sos tiram\n1 sudu besar Kicap ABC\n1 sudu kecik lada hitam\nSedikit garam&perencah secukup rasa\nDaun kari [email\u00a0protected] pelepah\nBawang putih & bawang merah potong\nSedikit air kosong\nMinyak untuk menumis\n\nCara-cara:\n\nPanaskan minyak dan masukkan semua bahan, rempah dan sos kecuali udang sampai pecah minyak. Tambah air sedikit demi sedikit.\nBila dah pecah minyak, baru masukkan udang.\nPerasakan dengan garam dan serbuk secukup rasa. Masak sampai sedikit kering dan tutup api.\nKalau suka berkuah, boleh tambah lebih air. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Natasya Qalisya\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-masak-merah-stail-thai/", "title": "Resipi Udang Masak Merah Stail Thai, Kalau Kering Idea Boleh Cuba Masak Ini", "body": "\u00a0\n\nTiada idea nak masak apa menggunakan udang? Apa kata jom cuba Resipi Udang Masak Merah Stail Thai ini.\nNampak sangat sedap dan menyelerakan. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili kisar. Kalau suka pedas, boleh lebihkan.\nNak cuba? Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Ameera di bawah.\nBaca juga: Udang Masak Diraja, Penuh Rasa Dan Lemak Lemak Manis, Sedap Sangat!\nRESIPI UDANG MASAK MERAH STYLE THAI\nBahan-bahan:\n\nUdang\nGaram\nSerbuk kunyit\nSerai 1 batang\nHalia 2 potong besar\n1 biji bawang besar\n5 ulas bawang putih dicincang\n2 sudu makan cili kering kisar\nSos cili 2 sudu makan\nSos tiram 1 sudu makan\nDaun limau purut 5 helai\nCarrot\nTomato 1 biji\nAir\nDaun ketumbar\n\nCara-cara:\n1. Bedakkan udang dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan sekejap.\n\n2. Titikkan serai dan masukkan ke dalam minyak bekas goreng udang tadi.\n\n3. Masukkan halia, bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga layu.\n\n4. Masukkan cili kisar ikut tahap kepedasan yang diingini.\n\n5. Masukkan sos cili, sos tiram, daun limau purut, carrot, tomato dan sedikit air. Masak sekejap saja carrot tu.\n\n6. Hasilnya.\n\n7. Masukkan udang yang digoreng tadi.\n\n8. Akhir sekali taburkan daun ketumbar.\n\n9. Sedia untuk dihidang, selamat mencuba!\n\nKredit: Ameera\nBaca juga: Cara Buat Ayam Percik Pasar Malam, Bersalut Kuah Merah Pekat & Lazat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-masak-sos-yang-mudah/", "title": "Resipi Udang Masak Sos Yang Mudah, 10 Minit Dah Siap Masak", "body": "\nUdang merupakan salah satu makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Tapi kadangkala tiada idea nak masak apa menggunakan udang kan? Apa kata jom cuba buat\u00a0udang masak sos ini.\nCara membuatnya juga sangat mudah dan tak renyah, 10 minit dah siap masak. Jom lihat cara-caranya di bawah.\nCara Buat Udang Masak Sos\n\nBahan-bahan:\n\n500g udang\n1 biji bawang merah**\n2 ulas bawang putih**\n\u00bc inci halia**\n10 tangkai cili kering**\n2 sdb sos tiram\n1 sdb sos tomato\n3 sdb sos cili\n\n\nCara-cara:\n1. Kisar halus bahan bertanda (**).\n2. Tumiskan bahan yang dikisar halus tadi. Tumis sampai pecah minyak.\n\n3. Bila dah pecah minyak, masukkan air lebih kurang 1/4 cawan.\n\n4. Masukkan segala aneka sos tadi ya. Biarkan kuah sedikit memekat.\n\n5. Masukkan udang.\n\n6. Kalau suka boleh masukkan bawang hiris. Tak suka kalu abaikan.\n\n7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Gaulkan semua sampai udang Masak. Matikan api.\n\n8. Siap untuk dihidang, selamat mencuba!\n\nKredit: Umie Watie\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-masak-sos-yang-ringkas-sedap/", "title": "Resipi Udang Masak Sos Yang Ringkas & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Masak!", "body": "\nUdang merupakan salah satu makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Tapi kadangkala tiada idea nak masak apa menggunakan udang kan? Apa kata jom cuba resipi udang masak sos\u00a0ini.\nCara membuatnya juga sangat ringkas dan rasanya sedap. Sekejap saja dah siap masak. Jom lihat cara-caranya di bawah.\nResipi Udang Masak Sos Ringkas & Sedap\nBahan-bahan:\n\nUdang 1 kilogram (bersihkan)\nBawang besar 2 biji (potong bulat)\nCili padi 20 biji (potong serong)\nSos cili 1 mangkuk kecil\nKicap manis\n\nCara-cara:\n1. Salutkan udang dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng udang sehingga hampir masak, angkat dan ketepikan.\n\n2. Tumis sos cili menggunakan minyak bekas goreng udang tadi.\n\n3. Tambahkan kicap manis dan kacau. (Kalau nak kuah banyak, hanya tambahkan sos cili dan kicap)\n\n4. Masukkan bawang dan cili. Gaul sebati.\n\n5. Akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi.\n\n6. Gaul sebentar dan siap!\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Mazlina Haji Ismail\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-masak-thai-yang-mudah-lazat/", "title": "Lebih 27K Shares, Ini Resipi Udang Masak Thai Yang Mudah & Lazat", "body": "\nTiada idea nak masak apa menggunakan udang? Jom cuba resipi udang masak thai ini.\nBosan juga asyik masak udang masak kunyit ataupun udang masak lemak cili api.\nSekali sekala cuba masak masakan ala thai sedap juga kan. Cara masak pun sangat mudah.\nIkut saja resipi hasil perkongsian oleh Puan Ameera di bawah. Semoga bermanfaat!\nCARA BUAT UDANG MASAK THAI\nCara-cara:\n1. Bedakkan udang kita dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak Kemudian goreng sekejap sahaja.\n\n2. Bahan utama. Cili tu kalau nak pedas lagi boleh letak lebih. Ni sukatan ibu masak anak anak boleh makan sekali. Bawang merah kecil lagi padu rasanya bila masak macam ni. Cubalah.\n\n3. Kisar sehingga hancur.\n\n4. Pakai minyak udang tadi je. Kalau banyak sangat boleh buangkan sedikit minyak tu. Serai 2 batang, titikkan dan masukkan.\n\n5. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau.\n\n6. Masukkan 2 sudu makan sos cili, 2 sudu makan sos tiram dan 1 sudu makan sos ikan.\n\n7. Kemudian tuangkan sedikit air, 6 helai daun limau purut dan 1 sudu makan gula.\n\n8. Perasakan dengan mushroom seasoning sesikit (atau ganti dengan secukup rasa).\n\n9. Bila semua bahan dah dikacau sebati, masukkan udang. Gaul lagi sehingga semua bahan mesra.\n\n10. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar dan gaul rata,\n\n11. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ameera\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-udang-spicy-sweet-sour-sebiji-macam-makan-di-restoran-seafood/", "title": "Resipi Udang Spicy Sweet Sour, Sebiji Macam Makan Di Restoran Seafood!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-25 05:14:47\n\n\nUdang Spicy\u00a0Sweet Sour ini merupakan antara menu popular di restoran seafood. Gabungan rasa udang dengan sos masam manis ni memang cukup menaikkan selera makan kita! Haa, apa kata hari ini korang cuba buat Udang Spicy Sweet Sour sendiri di rumah untuk santapan tengahari. Resipi yang dikongsikan oleh Qema Fazri ini sebiji macam makan di restoran seafood! Mudah pun mudah, jom cuba!\n\u00a0\n\nKredit: Qema Fazri\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nUdang (dikupas hingga tinggal kaki dan ekor)\nCili kecil ditumbuk lumat (kuantiti atas tahap kepedasan yang diingini)\n2 biji perahan limau nipis \nSerbuk cili kering kasar \nHalia muda (dicincang halus)\nDaun ketumbar (dicincang halus)\nGula perang (gula putih pun boleh)\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMula-mula, celurkan dahulu isi udang yang sudah dikupas tadi.\n \nKredit: Qema Fazri\n\u00a0\nSementara itu, gaul sebati cili kecil, perahan air limau nipis, serbuk cili kering, halia, daun ketumbar dan gula.\n \nKredit: Qema Fazri\n\u00a0\nKemudian, perasakan dengan sedikit garam mengikut citarasa sendiri. Boleh juga letak sos ikan kalau ada.\n \u00a0\nSelepas itu, masukkan isi udang yang sudah dicelur tadi dan gaul sebati.\n \nKredit: Qema Fazri \n\n\u00a0\nSiap! Sedia untuk dimakan bersama seisi keluarga!\n\nKredit: Qema Fazri\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/resipi-watermelon-meringue-lollipops/", "title": "Boleh Cuba Watermelon Meringue Lollipops Sebagai Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak", "body": "\nCuti sekolah telah tiba. Apakata kita buat watermelon meringue lollipops dengan anak-anak semasa cuti ini. Main gajet selalu pun tak elok untuk kesihatan, jadi ibu bapa perlu manfaatkan masa dengan perkara atau aktiviti yang berfaedah.\nDia ada rasa manis, lemon dan juga vanilla. Sesuai sangat untuk anak. Pada masa yang sama, mereka pun boleh buat bentuk ikut kreativiti masing-masing. Sesuai juga untuk dijadikan goodies lebih lagi akhir tahun ni banyak kenduri-kendara.\nResipi Watermelon Meringue Lollipops Comel\nBahan-bahan:\n\n3 biji putih telur gred C (100 gram)\n3/4 cawan gula kastor (150 gram)\n1 sudu teh jus lemon\n1 sudu teh esen vanilla\nPewarna merah, kuning, hijau\nCoklat chips\n\nCara-cara:\n\nSatukan putih telur & gula. Kacau dulu hingga sebati.\nKemudian, kacau di atas api dengan cara double boiler hingga gula cair. Angkat & tapiskan ke dalam mangkuk adunan.\nCampur jus lemon. Pukul dengan high speed hingga kembang.\nCampur esen vanilla & pukul lagi dengan high speed hingga bertanduk (stiff peak). Bila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak jatuh.\nBahagi adunan kepada 4 bahagian. Warna merah, kuning, hijau dan putih. Masukkan semua adunan ke dalam piping bag yang berasingan.\nAlas dulang pembakar dengan baking paper. Picit adunan putih secara menegak & letak batang lollipop. Selepas itu, picit adunan merah di bahagian atas sebagai isi tembikai.\nMasa ni saya dah panaskan oven pada suhu 90. Picit pula adunan putih & hijau secara memanjang di bawah adunan merah tadi sebagai kulit tembikai. Buat step yang sama dengan lollipop tembikai kuning.\nAkhir sekali, hias dengan coklat chips sebagai biji tembikai. Bakar pada suhu 90 selama 2 jam, api atas bawah. Meringue lollipop ni pembakarannya memang lama untuk dapatkan kerangupan & tekstur yang cantik je lepas bakar nanti.\nBiar sejuk sekejap baru tarik lollipop dari dulang. Tengok warnanya masih sama tak perang depan & belakang sebab ia dibakar dengan suhu perlahan.\nSedia dinikmati. Crunchy sangat. Boleh simpan dalam beg kedap udara atau dalam peti ais.\n\n\nKredit: Nor Al-Fatihah T-hah\nBaca juga:\nDonut Pintal Gebu & Lembut, Resipi Viral Sampai 151k Shares di Facebook\n"} {"url": "https://myresipi.com/restoran-gordon-ramsay-sunway-resort/", "title": "Restoran Gordon Ramsay Bakal Buka Esok di Sunway Resort, Tapi Halal Ke?", "body": "\nBagi peminat rancangan TV Hell Kitchen dan Masterchef, sememang tak perlu diperkenalkan lagi chef selebriti popular ini iaitu Gordon Ramsay.\nBagi peminat chef Gordon Ramsay, ada berita baik sebab Gordon Ramsay Bar & Grill dilaporkan akan mula dibuka pada esoki (18 Jun 2022) di Sunway Resort, Petaling Jaya! Hiks!\nMerupakan restoran pertama yang dibuka diluar UK dan dekorasi dalamannya boleh dikatakan agak elegan dan classy dengan memaparkan portrait The Rolling Stones, Mick Jagger, hero Bond 007, dan ramai lagi.\n\n\n\n\nLebih menarik lagi, menu klasik seperti Beef Wellington Gordon Ramsay yang terkenal itu bakal dihidangkan di restoran ini!\nBaca juga: Jom Cuba Buat Stik Daging Lembu\n\u201cHalal Ke?\u201d \u2013 Warganet\nWalaupun restoran ini menarik perhatioan ramai untuk mengunjungnya, ada di kalangan warganet yang masih was-was dengan status halal.\nRamai di antaranya yang menanyakan adakah ia mempunyai sijil halal dari JAKIM.\n\nWalau bagaimanapun, ada netizen menjelaskan bahawa restoran ini tidak menyediakan makanan berasaskan khinzir (no pork / no lard).\n\nMenerusi laporan Have Halal With Travel, semua bahan masakan dan mentah dari restoran Gordon Ramsay Bar & Grill ini adalah supplier makanan yang halal.\nTapi, bagi restoran yang menghidangkan minuman keras, memang tak akan dapat sijil halal JAKIM.\nJadi, min rasa terpulang pada masing-masing lah untuk merasa atau tak. Tapi kalau dapat jumpa Gordon Ramsay depan mata, mesti korang nak selfie jugak kan? Ahaks.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/restoran-kfc-pizza-hut-ganti-minuman-pepsi-kepada-coca-cola/", "title": "Restoran KFC, Pizza Hut ganti minuman Pepsi kepada Coca-Cola", "body": "KUALA LUMPUR: Coca-Cola Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemilik francais serta pengendali restoran KFC dan Pizza Hut mengumumkan kerjasama beberapa tahun yang menyaksikan Coca-Cola akan menjadi pembekal minuman kepada cawangan makanan segera itu di Malaysia.\n\u201cBermula Ogos (2022), Coca-Cola Malaysia adalah pembekal minuman KFC dan Pizza Hut, menghidangkan pelbagai minuman Coca-Cola menyegarkan di restoran KFC dan Pizza Hut.\n\u201cSemua 1,180 restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara dijangka beralih sepenuhnya untuk menghidangkan produk Coca-Cola menjelang awal September,\u201d kata Coca-Cola Malaysia dan QSR dalam satu kenyataan.\nSebelum kerjasama Coca-Cola Malaysia-QSR, restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia menghidangkan jenama Pepsi kepada pelanggan.\nKetua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR, Nehchal Khanna, berkata kumpulan komited untuk meningkatkan tahap perkhidmatan, inovasi dan kepuasan pelanggan.\n\u201cSejak dua tahun lalu, kami mampu berkembang di sebalik cabaran sedia ada dengan menginovasi semua bidang perniagaan dan akan terus berbuat demikian.\nQR Brands adalah pemilik francais serta pengendali restoran..\n\u201cKami percaya kerjasama ini akan terus memperluaskan capaian kami dan berharap untuk terus menggembirakan pelanggan,\u201d katanya.\nPengarah Francais Coca-Cola Malaysia, Amruta Vaidya, berkata Coca-Cola, KFC dan Pizza Hut percaya dengan falsafah serupa iaitu menjadikan hidangan lebih enak dinikmati untuk rakyat Malaysia.\n\u201cDi Coca-Cola, falsafah kami sebagai sebuah jenama dan syarikat adalah sentiasa untuk menjadi sebahagian dan meraikan saat-saat apabila rakan serta keluarga menikmati hidangan bersama minuman Coca-Cola atau mana-mana minuman kami yang enak dan menyegarkan,\u201d katanya.\nProduk popular, Coca-Cola Zero Sugar, yang akan disediakan di cawangan KFC dan Pizza Hut, adalah sebahagian daripada portfolio \u2018Simbol Pilihan Lebih Sihat\u2019 Coca-Cola Malaysia.\nCoca-Cola Malaysia kekal komited untuk menyokong usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia sambil memberikan minuman rasa hebat yang digemari ramai.\nSumber: Berita Harian Online\n"} {"url": "https://myresipi.com/rev-media-dilantik-rakan-strategik-platform-digital-mymall/", "title": "Rev Media Dilantik Rakan Strategik Platform Digital MyMall Untuk Membantu Para Usahawan PKS", "body": "\nSatu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara REV Media Group (RMG) dan MyMall melalui SME Bank, mencipta sinergi dalam usaha membantu para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.\nRMG telah dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai rakan strategik untuk inisiatif MyMall ini.\nAcara pertukaran memorandum persefahaman antara MyMall dan rakan-rakan strategik telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Sri Ismail Sabri Bin Yaakob di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Selangor bertempat di Rerurai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada Jumaat lalu.\n\nKUSKOP telah memperkenalkan sebuah platform digital yang dinamakan MyMall. MyMall adalah platform pembangunan ekosistem keusahawanan yang dikhususkan kepada usahawan serta produk-produk tempatan. MyMall merangkumi empat paksi utama; e-dagang, latihan, pembiayaan, dan pemasaran.\nSebagai rakan strategik, RMG akan membantu para usahawan PKS di Malaysia dengan memberikan peluang kepada mereka untuk menggunakan khidmat platform pengiklanan REV Ad Manager (RAM).\nRAM adalah gandingan bersama REV Media Group dan Dattel Asia Group, sebuah syarikat data dan analisis pengguna yang menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.\nKetua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau berkata, \u201cRMG akan menawarkan akses yang bernilai\u00a0 RM750 secara percuma kepada para usahawan PKS dan ahli komuniti perniagaan MyMall untuk mereka mula mengiklankan produk dan perkhidmatan perniagaan mereka.\n\n\u201cRAM dikuasakan dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk menyasar audiens dengan lebih baik. Kami yakin REV Ad Manager (RAM) dapat membantu para usahawan ini mendapatkan capaian yang lebih luas dan dapat memanfaatkan data dari platform ini untuk membuat keputusan pemasaran yang baik,\u201d tambahnya.\nPara usahawan PKS akan dibantu oleh REV Marketing Partners, rakan kongsi platform RAM untuk proses pemasaran produk dan perkhidmatan di MyMall.\u00a0\nDengan menggunakan platform REV Ad Manager, usahawan PKS boleh mengiklankan produk mereka secara terus dan memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG di jenama-jenama terkemuka seperti Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times dan banyak lagi.\nSebagai penerbit digital terkemuka di Malaysia, REV Media Group menyambut baik inisiatif ini dan sentiasa berusaha untuk membantu proses pemasaran para usahawan tempatan ke tahap yang lebih baik.\n"} {"url": "https://myresipi.com/rev-media-group-ambil-alih-tantannews/", "title": "Rev Media Group Ambil Alih Tantannews, Portal Berita Sosial Popular Berbahasa Cina", "body": "\nPenerbit digital terkemuka, REV Media Group Sdn Bhd. telah mengambilalih aset harta intelek portal berita sosial popular Cina, Tantannews, dari Monster Scape Sdn Bhd.\nPengambilalihan ini untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi capaiannya dalam kalangan komuniti berbahasa Cina dalam talian. Anak syarikat Media Prima Berhad yang merupakan kumpulan media terkemuka dan terbesar di Malaysia ini telah mengambil alih domain laman web, Tantannews.com, dan segala aset media sosial yang berkaitan. \nKekukuhan Tantannews yang mempunyai lebih dari 7 juta pengguna dan 20 juta paparan halaman setiap bulan akan menyumbang kepada perniagaan digital REV Media dan strategi penyelesaian media untuk para pengiklan. Pengambilalihan ini juga untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi capaiannya dalam kalangan komuniti berbahasa Cina dalam talian.\n\nDilancarkan pada 2013, Tantannews ialah portal berita sosial dan kandungan Cina yang memfokuskan kepada berita terkini dan kisah hiburan, pelancongan, fesyen dan gaya hidup. Penambahan Tantannews akan mencepatkan pertumbuhan Rangkaian Cina REV Media yang merangkumi jenama popular di pelbagai platform termasuk Viralcham, Rojaklah, 8TV dan 8FM. \nMedia Prima menjangkau lebih 98% penduduk Malaysia, dan audiens dari semua peringkat umur dan segmen pasaran melalui pelbagai platform media dan jenamanya. Usaha pengambilalihan Tantannews oleh REV Media ini bagi memperkukuhkan capaian penonton Cina Kumpulan serta melengkapkan strategi Media Prima untuk kekal sebagai kumpulan media terkemuka Malaysia.\n\nKetua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata, \u201cIni merupakan pengambilalihan yang strategik dan mengujakan untuk REV Media Group kerana terdapat peningkatan dalam permintaan untuk kandungan bahasa Cina daripada audiens kami, terutamanya daripada mereka yang cenderung membaca kandungan berita. \nPengambilalihan Tantannews mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penerbit digital terkemuka di seluruh kumpulan pasaran di Malaysia. Kami akan terus mencari lebih banyak pengambilalihan dan perkongsian untuk memacu pertumbuhan bagi REV Media Group.\u201d\n\nPengasas Tantannews, Sean Teoh berkata,\u201cKami gembira melihat Tantannews terus berkembang di bawah kepimpinan Sam dan pasukan REV Media, dan sebagai sebahagian daripada kumpulan media terbesar di Malaysia. Kami memulakan Tantannews 10 tahun lalu dari laman Facebook untuk membolehkan pengguna membincangkan berita di media sosial. \nPada kemuncaknya, laman web ini mempunyai lebih daripada 7 juta pengguna dan 20 juta paparan halaman setiap bulan. Melangkah ke hadapan, saya dan pasukan saya di Monster Scape telah memutuskan untuk menumpukan lebih pada teknologi dengan melaburkan sumber dalam pembangunan sistem pengurusan kandungan kami sendiri yang boleh digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis kandungan, serta pasaran kandungan di mana lebih daripada 6,000 wartawan mudah alih sambilan mencipta kandungan secara sambilan. \nMatlamatnya adalah untuk mewujudkan sekumpulan pencipta kandungan di seluruh rantau dalam format video, visual dan teks yang menyumbang maklumat berita dan komuniti.\u201d\n"} {"url": "https://myresipi.com/rev-media-group-menang-penerbit-digital-terbaik-buat-kali-ketiga/", "title": "Rev Media Group Kekal Unggul, Menang Penerbit Digital Terbaik Buat Kali Ketiga Berturut-Turut", "body": "\nSyarikat kepada banyak jenama terkenal, REV Media Group (\u201cRMG\u201d) sekali lagi telah dinobatkan sebagai \u2018Penerbit Digital Terbaik\u2019 buat kali ketiga berturut-turut oleh Malaysian Digital Association (\u201cMDA\u201d) d Awards 2022, malam tadi.\nKemenangan Anugerah Emas buat kali ketiga berturut-turut setelah kategori ini diperkenalkan\u00a0pada tahun 2019 mengukuhkan lagi visi RMG untuk menjadi syarikat digital Malaysia #1 dari\u00a0segi capaian, pengekalan dan hasil.\nREV MEDIA GROUP MENANG PENERBIT DIGITAL TERBAIK\n\nKetua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee berkata bahawa semua ini tidak akan berlaku\u00a0tanpa teras DNA syarikat, iaitu para pekerja.\n\u201cSetiap orang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadikan siapa kami pada\u00a0hari ini dengan usaha dan dedikasi mereka yang tidak pernah putus. Jadi, segala kepujian\u00a0adalah kepada mereka. Mari bersama-sama kita teruskan usaha agar lebih banyak kejayaan\u00a0dapat dicipta\u201d,\u00a0tambahnya.\nSelain itu, Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau, menjelaskan kejayaan buat kali ketiga secara berturut-turut ini merupakan satu penghormatan dan akan dijadikan sebagai pembakar semanagat untuk lebih bersungguh-sungguh dalam memberikan yang terbaik.\n\nMENANG ANUGERAH PERAK UNTUK KEMPEN INTEGRASI MEDIA TERBAIK\nBukan itu sahaja, RMG juga telah memenangi Anugerah Perak untuk\u00a0Kempen Integrasi Media Terbaik melalui kempen Disney+ Hotstar Launch 2021. Stephanie Wong Pui Tse, Ketua\u00a0Pegawai Operasi, Media Prima Omnia dan Adrina Choy, Pengurus Besar Jualan, REV Media\u00a0Group turut hadir bersama menerima anugerah tersebut.\nRMG menetapkan matlamat yang strategik untuk terus memanfaatkan\u00a0kedudukan utama mereka menggunakan \u2018Best in Class Adtech & Martech\u2019 (Advertising &\u00a0Marketing Technology).\n\nSetiap bulan, lebih 15,851,000 juta rakyat Malaysia mengakses aset digital RMG (Media Prima), jadi penggunaan teknologi yang terbaik akan bergerak seiring dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan pengiklan mereka.\\\nd Awards dianjurkan oleh Malaysian Digital Association untuk mengenal pasti dan menghargai\u00a0bakat, agensi, jenama, penerbit dan pembekal perkhidmatan digital yang menerima dan\u00a0menggunakan teknologi digital.\n"} {"url": "https://myresipi.com/rev-media-group-perkenal-rev-id-bakal-memudahkan-pemasaran-bisnes-pks-dengan-pelbagai-data/", "title": "REV Media Group Perkenal REV ID, Bakal Memudahkan Pemasaran Bisnes PKS Dengan Pelbagai Data", "body": "\nBeberapa bulan lepas, REV Media Group (RMG) dan Dattel Asia Group telah bekerjasama memperkenalkan REV Ad Manager (RAM) bagi membantu para pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk serta jenama mereka agar lebih dikenali ramai dengan mudah.\nTerbaru, REV Media Group memperkenalkan \u2018REV ID\u2019 iaitu ciri log masuk tunggal yang menggabungkan semua data di website REV. Kini telah dikembangkan kepada data Digital Out Of Home (BIGTREE), E-dagang (Wowshop) dan On-ground (Jom Heboh) untuk mencipta penonton tunggal yang unik.\n\nIni akan memberi kelebihan kepada pengiklan untuk mendapatkan insights yang lebih baik untuk kempen pemasaran mereka dimana menghubungkan pelbagai data seperti minat kandungan dan data lokasi luar rumah.\nPada tahun 2021, REV telah selesai beralih dari\u00a0third-party cookies\u00a0merentas semua tapak web utama. Terkini, REV ID mempunyai lebih daripada 27 juta data pihak pertama aktif bulanan yang unik. Pengiklan kini boleh menyasarkan tapak web premium tempatan Malaysia dan pada masa yang sama menyokong ekosistem tempatan.\nBukan itu sahaja, penyepaduan saluran omni selanjutnya membolehkan pengiklan merancang kempen dengan lancar dan mengaktifkan penonton di kedua-dua inventori digital dan inventori Digital Out-Of-Home (\u201cDOOH\u201d) dengan cara yang lebih berkesan.\n\nKetua Pegawai Eksekutif REV, Samuel Wee berkata, \u201cKami teruja untuk menawarkan kepada pengiklan penyelesaian saluran Omni yang lebih baik yang disokong oleh data\u201d.\nREV merancang untuk mengembangkan penawarannya dengan membina data pihak pertama omnichannel yang lebih kukuh dalam kumpulan dan menggunakan data ini untuk menangani inventori pada DOOH dan banyak lagi yang akan diumumkan kelak.\n\n\n\n\nSetiap bulan, lebih 13.3 juta rakyat Malaysia melayari aset digital REV, jadi ia teknologi terbaik dan akan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan pengiklan mereka.\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/rindu-masakan-thailand-ini-resepi-mee-celup-ala-thai-yang-korang-kena-cuba/", "title": "Rindu Masakan Thailand? Ini Resepi Mee Celup Ala Thai Yang Korang Kena Cuba!", "body": "Sajian Mee Celup boleh dikatakan agak popular di sekitar negeri Kelantan dan Siam. Tetapi hidangan ini juga masih banyak dijual di kedai-kedai tomyam kerana tukang masak mereka kebiasaanya adalah orang Siam.\u00a0\nRasa Mee Celup Ala Thai ini juga tidak sama dengan mee atau mihun sup utara. Cara penyediannya juga mudah. Jadi apa kata kita cuba resepi Mee Celup ala thai yang dikongsikan oleh Fatyn Nur Syahira di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nRESEPI MEE CELUPSajian Mee Celup boleh dikatakan agak popular di sekitar negeri Kelantan dan Siam. Tetapi hidangan ini juga masih banyak dijual di kedai-kedai tomyam kerana tukang masak mereka kebiasaanya adalah orang Siam.\nRasa Mee Celup Ala Thai ini juga tidak sama dengan mee atau mihun sup utara. Cara penyediannya juga mudah. Jadi apa kata kita cuba resepi Mee Celup ala thai yang dikongsikan oleh Fatyn Nur Syahira di Facebook.\nBAHAN-BAHAN UNTUK KUAH SUP\nBoleh pilih ayam, daging atau tulang lembu\n\nDaun ketumbar\n\n\u00a0Kicap pekat\u00a0\n\nSos ikan\n\nPerencah sup thai\u00a0\n\nMinyak bawang putih\n\nKredit: Fatyn Nur Syahira\nBAHAN UNTUK MEE DAN HIASAN\nBoleh guna bihun, maggi atau mee\n\nKangkung, taugeh atau daun bawang\n\nFishball atau crabstick\n\nIsi ayam atau daging\n\nLimau kasturi\n\nCili jeruk (optional)\n\nKacang tanah tumbuk (optional)\n\nCili serbuk thai\n\nBawang putih goreng\nCARA PENYEDIAAN KUAH\nMasukkan air separuh periuk dengan ayam, daging atau kalau ada tulang pun boleh juga. Sebab nanti kuah akan jadi lagi manis dari hasil rebusan daging dan tulang tadi.\u00a0\n\nBila dah mendidih, masukkan akar daun ketumbar dalam 2 ke 3 pokok dan sos ikan dalam 4 sudu dengan perencah thai 1 paket.\u00a0\n\nKemudian masukkan garam dan secukup rasa. Seterusnya, tuang kicap pekat agak mana kita nak kuah tu hitam.\u00a0 \u00a0\n\nMasukkan minyak bawang putih untuk menambahkan lagi kesedapan kuah. Dalam 3 ke 4 sudu pun sudah mencukupi.\n\nTutup periuk biar sampai kuah tu mendidih. Taburkan hirisan daun ketumbar dan boleh angkat toskan daging/ayam. Dah sejuk boleh hiris untuk buat makan nanti.\u00a0\n\nKredit: Fatyn Nur Syahira\nCARA HIDANGKAN MEE DAN BAHAN HIASAN\nCelur mee kemudian toskan dan letak tepi. Kangkung dengan taugeh jangan lupa celur dulu.\n\nHidang sayur dalam bekas bersama fishball, crabstick, serbuk cili, limau kasturi, daun bawang, hirisan daging dan ayam tadi. Kalau nak hidang sekali gula, garam, bawang putih goreng, cili jeruk atau yang lain pun boleh juga.\u00a0\n\nKredit: Fatyn Nur Syahira\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/rindu-nak-makan-masakan-kampung-jom-cuba-resepi-nasi-kapit-sambal-nyior-cara-kelantan/", "title": "Rindu Nak Makan Masakan Kampung? Jom Cuba Resepi Nasi Kapit Sambal Nyior Cara Kelantan!", "body": "\nNasi kapit ini adalah lebih kurang sama seperti nasi impit cuma cara masaknya berbeza sedikit. Kebiasaannya orang luar akan makan nasi impit bersama kuah kacang tetapi belah pantai timur, mereka akan makan nasi kapit ini bersama sambal nyior.\nMudah sahaja cara makannya hanya cicah sahaja nasi kapit ini bersama sambal nyior. Kalau korang tak pernah cuba boleh lah buat di rumah. Jom cuba resepi mudah nasi kapit sambal nyior ala Kelantan ini.\nBahan-bahan (nasi kapit)\n\n1 cawan beras\n3 cawan air\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nBasuh beras sehingga bersih dan masukkan air .\nMasukkan ke dalam pressure cooker.\nTekan butang congee atau pun sup.\nBiarkan sehingga wap keluar, apabila dah nampak sudah masak baru boleh buka penutup periuk.\nAngkat periuk itu kemudian tekanitekan nasi tersebut biarkan padat. Guna senduk kayu sahaja dan tekankan biar padat dan nampak kemas.\nApabila sudah sejuk baru boleh potong.\n\n\nBahan-bahan (sambal nyior)\n\nSebiji kelapa\nIkan\n10 biji bawang merah kecil\n3 batang serai (dihiris)\nGaram\nGula nise\n\nCara Penyediaan\n\nGoreng kelapa parut sehingga keperangan. Pastikan ia tidak hangit.\nPanggang ikan sehingga masak, jangan letak garam. Lebih banyak ikan, lebih sedap.\nCampurkan semua bahan bersama bawang dan serai yang dihiris.\nMasukkan galam dan gula secukup rasa dan kisar atau tumbuk semua bahan sehingga hancur.\nSiap dan boleh dimakan.\n\nSumber: Wan Ros Ina Lina\n"} {"url": "https://myresipi.com/risau-daun-bawang-daun-sup-cepat-rosak-ini-cara-penyimpanan-yang-betul-confirm-menjadi/", "title": "Risau Daun Bawang & Daun Sup Cepat Rosak? Ini Cara Penyimpanan Yang Betul, Confirm Menjadi!", "body": "\nKebiasaannya kalau kita beli sayur, mesti dalam 3-4 hari sekejap je sayur tu dah layu dan lama-lama ia menjadi lembik atau pun kering. Bila dah jadi macam tu, nak masak pun dah tak sedap sebab dah tidak segar kan?\nJadi, jom cuba tips mudah nak simpan daung bawang dan daun sup supaya tahan lebih lama hanya menggunakan plastik aiskrim.\n\n1. Cuci bersih dan buang akar daun\nSebelum nak simpan daun bawang dan daun sup, cara pertamanya adalah dengan mencuci daun-daun tersebut dengan bersih untuk menghilangkan segala kekotoran dan potong lalu buang akar daun tersebut.\n2. Sediakan plastik aiskrim\nSelepas mencuci bersih dan buang akar daun tersebut, masukkan daun di dalam plastik aiskrim. Boleh di beli di kedai-kedai runcit yang berdekat.\n3. Masukkan air dan ikat plastik ketat-ketat\nMasukkan air ke dalam plastik tersebut sehingga daun-daun itu tenggelam dan ikat plastik tersebut dengan ketat untuk mengelakkan air daripada keluar dan untuk mengekalkan daun sentiasa segar.\n4. Masukkan di dalam peti ais\nSelepas selesai ikat, masukkan plastik tersebut kedalam peti ais masukkan di bahagian sayur. Supaya suhu tersebut sesuai dengan sayur dan tidak menjadikan sayur itu mudah layu ataupun rosak. Selamat mencuba!\nSumber: Intan Nursyazana\n"} {"url": "https://myresipi.com/rojak-buah-memori-daun-pisang-diva-aa/", "title": "Rojak Buah Memori Daun Pisang Diva AA", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIKongsi Resipi\nPOSTED ON2020-11-25\nKalau petang-petang ni pekena rojak buah mesti sedapkan sambil menikmati semangkuk cendol. Perghhh sedap sungguh! Tapi ye la nak buah rojak buah macam susah je\u2026 Haaaa, jangan risau meh sini admin kongsikan resipi yang mudah untuk anda nikmati dirumah!\nBahan-Bahan Kuah Rojak\n\n250 ml\u00a0kicap lemak manis\n\n\n200 gm\u00a0sos cili\n\n\n200 gm\u00a0cili kisar\n\n\n250 gm\u00a0gula pasir\n\n\n250 gm\u00a0gula merah\n\n\n50 gm\u00a0sos tomato\n\n\n1 inci belacan\n\n\nBijan\n\n\n2 sudu besar otak udang\n\n\nBuah-Buahan\n\nJambu batu\n\n\nSengkuang\n\n\nNenas\n\n\nBetik\n\n\nMangga Muda\n\n\nTimun\n\n\nJambu air\n\n\nKedondong\n\n\nCara-cara\nCampur semua bahan kuah itu tadi kecuali bijan\nKemudian masakkan diatas dapur\nSetelah kuah agak pekat taburkan bijan\nSiap dihidangkan dengan buah dibasuh bersih dan dipotong\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-asyik-tak-habis-buat-roti-telur-berhantu-macam-ni/", "title": "Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!", "body": "\nKalau nak pastikan roti habis sebelum tamat tempoh, ibu-ibu boleh cuba buat roti telur berhantu ini. Dijamin habis licin anak-anak makan.\nSenang pula cara nak membuatnya nak, hanya perlu menggunakan 3 bahan iaitu roti, susu dan telur. Langkah memasaknya juga sangatlah ringkas.\nSelepas ini tiada lagi roti terbuang kerana tidak habis sehingga roti telah tamat tempoh dan menjadi berkulat.\nBaca juga: Cara Buat Akok Kedut Hanya Guna Pembakar Roti, Mudah & Cepat!\nCara Buat Roti Telur Berhantu\nBahan-bahan:\n\n6 keping roti\n2 biji telur\n2 sudu susu pekat\n\n\nCara-cara:\n1. Ambil sekeping roti. Potong roti kepada empat bahagian. Ulang sehingga roti habis. (kuantiti roti mengikut pilihan masing-masing)\n2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan susu pekat. Kacau sehinga sebati menggunakan garfu.\n\n3. Ambil sepotong roti, celup ke dalam telur tadi. Pastikan kedua-dua bahagian roti bersalut rata dengan telur.\n\n4. Kemudian, sedia untuk menggoreng roti. Anda boleh pilih mahu menggoreng roti tanpa menggunakan minyak atau kurangkan minyak.\n\n5. Bila warna dah nampak cantik keperangan seperti dalam gambar di bawah, angkat roti ke dalam pinggan.\n\n6. Sedia untuk dimakan waktu panas-panas. Anak-anak pasti suka! Selamat mencuba.\n\nKredit: Bahiah Saripuddin\nBaca juga: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-bakar-telur-goyang-cheese/", "title": "Guna Air Fryer Je, Jom Buat Roti Bakar Telur Goyang Cheese!", "body": "\nBangun pagi lapar tak tahu nak sarapan apa? Jom cuba buat Roti Bakar Telur Goyang Cheese ni. Bahan\u00a0basic\u00a0ada kat dapur je.\nYang paling penting, cara membuatnya sangat mudah hanya menggunakan air fryer. Sambil tunggu masak, boleh mandi atau buat kerja lain dulu.\nKalau ada yang nak cuba, jom baca resipi hasil perkongsian dari Qaisara Qisrtina di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Roti Bakar Telur Goyang Cheese\nBahan-bahan:\n\nRoti potong\nTelur\nSlice cheese\nParsley\nChili flakes\nGarlic powder\nLada putih\n\n*perasa boleh ikut kreativiti masing-masing. Apa yang ada dekat dapur.\nCara-caranya:\n1. Panaskan air fryer terlebih dahulu selama 3 minit dengan suhu 180\u00b0C.\n2. Ambil roti. Tekan roti di bahagian tengah menggunakan sudu sehingga berlekuk.\n3. Keluarkan bakul air fryer, letakkan roti ke dalamnya.\n4. Letakkan sekeping slice cheese di atas roti.\n5. Kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk terlebih dahulu dan tuangkan ke atas roti tadi.\n6. Taburkan parsley, garlic powder, chili flakes dan lada putih.\n7. Roti sedia untuk dibakar dengan suhu 180\u00b0C selama 10 minit. Siap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Qaisara Qistina\nBaca juga: Resipi Roti Bakar Ala Old Town Coffee, Guna 3 Bahan Ini\nBaca juga: Hilang 32KG, Wanita Kongsi 8 Idea Menu Diet Yang Berasaskan Roti\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-boy-cara-mudah-guna/", "title": "Roti Boy Cara Mudah Guna Sukatan Cawan, Aroma Kopi Rasa Lemak Manis!", "body": "\nJika suka makan \u2018Roti Boy\u2019 mak-mak boleh buat sendiri di rumah. Memang sedap semerbak bau kopi dan rasanya pula lemak-lemak manis.\nNak buat pun mudah, guna sukatan cawan je, tak perlu nak timbang guna alat penimbang. Sesuai buat untuk minum petang untuk keluarga.\nBaca juga: Resipi Roti Bakar Ala Old Town Coffee, Guna 3 Bahan Ini\nBoleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ida Zaida ini.\n\nRESIPI ROTI BOY CARA MUDAH\n\nBahan A:\n\n1/4 cawan Air sejuk\n2 sudu yis\n1 sudu gula\n1 sudu susu pekat (saya guna susu tepung anak je 2 sudu)\n2 cawan tepung\n1 biji telur kuning\n1 sudu butter\n\nBahan B: Topping\n\n1 sudu butter\n4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)\n1 biji telur\nAir bancuhan nescafe(saya guna 3in1)\n2 sudu tepung gandum\n1 sudu tepung jagung\n\nCara Membuat (Doh Roti):\n1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati. Saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu) nak uli dengan tangan pun boleh.\n2. Bentukkan doh bulat-bulat, bubuh sedikit potongan butter berserta sedikit gula (bagi rasa lemak-lemak manis).\n3. Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah dibakar.\n4. Bakar suhu 170 selama 20 minit hingga masak (mengikut oven masing-masing.\nBahagian topping:\n1. Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe+2 sudu air panas) kalau guna nescafe 3in1 1 paket,tanpa perlu dibancuh dengan air, masukkan je terus. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.\nSiap untuk dihidang dan selamat mencuba~\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-canai-homemade-ringkas-mudah-tak-perlu-pening-dah-nak-fikir-menu-makan-pagi/", "title": "Roti Canai Homemade Ringkas & Mudah, Tak Perlu Pening Dah Nak Fikir Menu Makan Pagi", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-11 04:15:14\nRoti canai antara sajian sarapan kegemaran ramai. Lihat sahaja restoran yang menjual roti canai, pasti penuh dengan pelanggan. Lebih enak jika dihidangkan dengan kuah kari serta sambal yang power. Anda nak cuba buat sendiri roti canai untuk keluarga? Jom belajar cara-cara pembuatannya dengan resepi yang dikongsikan oleh Hanifah Emeliah di laman Facebooknya. \n\n\nKredit: Hanifah Emeliah\n\nBahan-bahan:\n\nTepung gandung 1kg\nGula \nGaram\nAir suam\nPlanta 2 sudu\nMinyak masak 3 sudu\nKuning telur sahaja (sebiji)\n\n\n\nKredit: Hanifah Emeliah\n\nCara-cara:\n\nLarut kan garam,gula bersama air suam.\nPlanta,telur dan minyak masak dan gaulkan bersama tepung tadi.\nMasuk kan air tadi sedikit demi sedikit.\nUli sampai doh tak melekat di tangan\nJika lembik tambahkan tepung. Kalau keras renjiskan air dan uli semula.\nSiap uli kemudian biarkan dlm 10 minit. Kemudian boleh buat doh bulat-bulat.\nDoh tadi sapu dengan Planta. Biar semalaman kemudian boleh ditebar.\n\n\n\nKredit: Hanifah Emeliah\n\nKredit: Hanifah Emeliah\n\nSelamat Mencuba\nKredit: Hanifah Emeliah\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-canai-homemade/", "title": "Buat Sendiri Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Nipis & Garing", "body": "\nRoti canai merupakan sarapan yang sangat sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia.\nLagi-lagi roti canai yang ditebar nipis. Memang rangup sungguh, cicah dengan kuah kari dan dal.\nRupanya mudah saja kalau anda nak cuba buat sendiri roti canai di rumah. Jangan risau kalau tak pandai tebar, ada cara supaya ia menjadi nipis elok.\nJom baca perkongsian oleh Puan Rahman Rosmin di bawah.\nResipi Roti Canai Homemade\nBahan-bahan:\n\n1/2 kg tepung gandum\n1 sudu besar minyak masak\n2 sudu besar susu pekat\n1 biji telur\n1 sudu kecil garam\n1 cawan air (anggaran sahaja, tuang sedikit-sedikit sehingga menjadi doh)\n\nCara-cara:\n1. Satukan susu, telur, garam dan air. Kacau sampai larut.\n2. Masukkan tepung dan minyak dalam bekas. Kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli sehingga menjadi doh yang licin dan lembut.\n3. Buat bulat-bulat anggaran 75g-80g setiap bola.\n4. Sapu setiap bola dengan marjerin dan letak dalam bekas. Tuang sedikit minyak masak. Perap adunan selama 6-7 jam atau semalaman. Paling kurang 4 jam dah boleh tebar.\n\n5. Kalau tak pandai tebar, tarik-tarik sahaja belakang dulang macam mak-mak kita buat dulu. Yang penting jadi nipis.\n\n6. Kemudian goreng seperti biasa, minyak jangan terlalu banyak.\n\nKredit: Rahmah Rosmin\nBaca juga: Jom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-canai-si-bulus-ngap/", "title": "Baru Tinggal Roti Canai Sekejap Atas Meja, Si Bulus \u2018Ngap\u2019 Berjemaah", "body": "\n\nGelagat lucu dan manja si bulus pastinya membuatkan kita merasa tak bosan bila berada di rumah. Ramai di kalangan kita yang sememangnya gemar untuk memelihara kucing kerana ini.\nLagi-lagi kucing berwarna oren atau oyen, ada je perangai pelik dan kelakar yang akan dibuatnya.\nBaru-baru ini, tular satu video di mana beberapa ekor kucing yang dijaga dari rumahnya \u2018menyerbu\u2019 roti canai yang dibeli dan raih perhatian netizen.\nBaca juga: Resepi Wet Food Kucing Homemade Guna 3 Bahan Ini, Bulu Makin Sihat & Gebu\nMenerusi video yang dimuat naik di TikTok @eena-sim, wanita tersebut baru saja pulang dari membeli roti canai dan menghidangnya di atas meja untuk dinikmati.\nVideo Penuh:\n\n\n @eena_sim\nKucing ke ape ni semua benda nk di mkn\ud83e\udd26\ud83c\udffb\u200d\u2640\ufe0f\ud83e\udd26\ud83c\udffb\u200d\u2640\ufe0f\n \u266c original sound \u2013 Eena Sim \u2013 Eena Sim \n\n \nBoleh dilihat dari paparan video di atas, wanita tersebut tinggal sekejap untuk mengambil air di dapur, tak disangka bila datang kembali, kucing-kucingnya dah pun \u2018ngap\u2019 roti canai tersebut secara berjemaah.\n\u201cMami tinggal sekejap sahaja. Korang ni! Kucing ke apa korang ni? Semua nak makan, hei! Habis semua makan roti canai, mami nak makan apa? Kuah?\u201d, tanyanya pada kucing-kucing itu yang sedang asyik memakan makanannya.\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucingnya yang selamba makan roti canai yang dibeli.\nBukan itu sahaja, ada juga netizen yang menyamakan situasi tersebut dengan anaknya. Manakan tidak, pantang buka makanan yang dibeli, pasti tak sabar-sabar dan terus serbu!\nAntara komen netizen:\n\n\n\n\n\n\nBoleh lah ajak si bulus lepak mamak lepas ni ngeteh kah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-canai-street-food-tersedap-di-dunia/", "title": "Roti Canai Tempat Kedua Dari 50 \u2018Street Food\u2019 Tersedap Di Dunia, Menurut Kajian", "body": "\nRoti Canai Malaysia menduduki tempat kedua dari senarai 50 \u2018Street Food\u2019 Terbaik Dunia oleh Taste Atlas, sebuah travel-guide yang gemar membuat ranking makanan di seluruh dunia.\nDikongsi di Instagramnya semalam, roti canai bagaimanapun berkongsi mata yang sama iaitu 4.8 dengan Guotie \u2013 sejenis dumpling \u2018yang popular di China yang menduduiki tempat pertama untuk ranking street food tahun 2023 ini.\nBaca juga: Buat Sendiri Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Nipis & Garing\u00a0\nMenerusi tinjauan penulis dalam Instagram @thetasteatlas, mereka telah membuat satu posting tentang penilaian kepada makanan jalanan yang terbaik berdasarkan kajian maklum balas di kalangan umum.\nPosting yang berbentuk grafik tersebut telah menunjukkan 50 senarai street food di dunia yang mendapat rating terbaik.\n\nMalah, roti canai juga berjaya mengalahkan beberapa pesaiang yang memiliki reputasi yang lebih mendunia. Antara makanan tersebut adalah espestos (Sepanyol), carnitas (Mexico), Ban Mi (Vietnam).\nBukan itu sahaja, roti canai juga berjaya mengatasi makanan jalanan yang lebih popular seperti taco (Mexico), kaarage (Jepun) dan kebab (Turkiye).\nBerbeza dengan kedudukannya dalam Senarai Manisan Bergoreng Terbaik Dunia, pisang goreng asal Indonesia hanya menduduki tangga ke-40 dalam senarai kategori ini.\nKaarage Jepun menduduki tempat keenam.\nKaraage ialah teknik menggoreng Jepun yang sering digunakan untuk menyediakan ayam. Ayam diperap dalam campuran kicap, sake dan gula, kemudian disalut dengan pati arrowroot dan digoreng.\nB\u00e1nh mi Vietnam yang popular berada di tempat ketujuh, diikuti oleh peirogi, ladu yang disumbat dari Poland, dan esquites, makanan jalanan Mexico yang biasanya dimakan sebagai snek semasa dalam perjalanan.\nIa dibuat dengan biji jagung matang, epazote dan garam.\nCochinita pibil, hidangan daging babi Mexico yang berasal dari Yucatan meraih tempat ke-10.\nKegemaran popular lain dalam senarai ialah bubur ayam (bubur ayam), kebab doner, shawarma dan dosa.\nDiklasifikasikan sebagai makanan jalanan Indonesia, bubur ayam berada di kedudukan ke-13. Kegemaran Indonesia lain ialah tempe mendoan (tempat ke-14), pempek (ke-37), pisang goreng (ke-40) dan serabi (ke-41).\n\nSumber: Taste Atlas\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-canai-terlalu-liat-sampai-tak-hancur-wanita-itu-tergigit/", "title": "Roti Canai Terlalu Liat Sampai Tak Hancur, Wanita Itu Tergigit..", "body": "\nMenu roti canai sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya, ketika sarapan pagi atau lepak di kedai mamak. Ia telah menjadi kesukaan kita bahkan terdapat pelbagai roti seperti roti telur dan juga roti sardin.\nYang paling sedap adalah bila roti itu ditambah dengan kuah yang banjir. Perkara itu sangat signifikan dengan semua yang suka duduk di mamak.\nPenat kunyah roti canai liat, tetapi rupanya itu adalah tali mop\nApa yang terjadi kepada wanita ini sehingga video yang dimuat naik ke akaun Tiktok miliknya \u2018viral\u2019 baru-baru ini.\n\u00a0\nVideo yang dikongsi oleh yonabii_\u00a0yang merupakan rakan kepada mangsa itu telah menunjukan reaksi kawannya seperti sedih dan trauma kerana telah menjumpai benda yang tidak diingini di dalam makanan miliknya.\nPerkongsian ini membuatkan ramai netizen berkongsi pengalaman mereka semasa berada di kedai mamak. Ada juga yang seakan-akan telah \u2018boikot\u2019 mamak kerana perkara yang pernah terjadi kepada mereka dahulu kala.\n\n\nNamun perkara itu dapat dielakkan jika pelanggan dapat membuat pilihan bijak dengan pergi ke restoran atau kedai yang lebih bersih persekitarannya.\n\n\n @yonabii_\ntrauma member #fyp\u30b7 #fypmalaysia #fypberanda #mamakontraciocia\n \u266c Penang kalau hari2 macam ni \u2013 Bubih \n\n \nBaca juga:\nBangla Makan Nasi Lauk Bawang & Cili Raih Perhatian Netizen, Rupanya Ini Sebabnya..\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-hampir-expired-buat-bingka-roti-sedap-juga/", "title": "Roti Hampir Expired? Buat Bingka Roti Macam Ni Sedap Juga, Baru Tak Membazir", "body": "\nSetiap kali beli roti, susah betul nak habiskan satu bungkus tu. Kadang-kadang, roti terbuang begitu saja. Selepas ini jangan membazir lagi, roti tak habis boleh dibuat bingka roti.\nSenang sangat cara penyediaan bingka roti ini, tak sampai setengah jam dah siap buat. Enak dimakan pada waktu petang bersama secawan teh panas.\nJom lihat resipi lengkap di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Lana Marina. Semoga bermanfaat!\nResipi Bingka Roti Mudah\nBahan-bahan:\n\n6 keping roti putih\n2 cawan santan\n1 cawan susu segar full cream (boleh buat 3 cawan santan kalau tak nak letak susu)\n1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis, lebihkan gula)\n1 sk garam\n1 sk esen vanilla\nTepung gandum 1 cawan\n2 biji telur\n\nCara-cara:\n1. Dalam satu bekas, carikkan roti. Masukkan 2 cawan santan. Tekan menggunkan susu supaya roti terendam. Ketepikan.\n\n2. Kisar 1 cawan santan/susu full cream bersama gula, garam, esen vanilla, telur dan tepung gandum. Tak perlu kisar lama sangat, cukup nak bagi sebati saja.\n\n3. Tuangkan bahan kisar ke dalam bekas roti yang direndam tadi.\n\n4. Kacau rata.\n\n5. Ambil loyang, sapukan minyak dan alaskan dengan baking paper. Boleh sapu marjerin untuk gantikan minyak.\n\n6. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Panaskan oven dahulu selama 10 minit. Kemudian baru masukkan loyang tadi dan bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit. Kalau suka rangup dan garing, bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah.\n\n7. Bila dah siap bakar, sejukkan dahulu baru dipotong supaya mudah untuk dipotong dan tidak melekat.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Lana Marina\nBaca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-jala-jelita-sukatan-cawan/", "title": "Roti Jala Jelita Sukatan Cawan Cara Mudah, Memang Lembut Sampai Ke Malam!", "body": "\nJom buat Roti Jala Jelita guna sukatan cawan untuk juadah hari ini. Memang sedap dinikmati pada waktu petang bersama teh atau kopi panas.\nBiasa makan roti jala warna kuning kan? Tapi tahu tak sekarang ni ada pelbagai warna\u00a0roti jala. Ada warna merah, hijau, kuning, biru dan yang terbaru sekarang ni adalah roti jala jelita ini.\nBaca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!\u00a0\nJom ikuti resipi unik dari perkongsian Nor Azaliza Tarmizi atau lebih mesra dipanggil Cikgu Liza ini. Nampak menarik dan senang untuk kita follow. Step by step sama saja macam kita buat roti jala yang biasa kita makan tu.\nMemang lawa dan jelita roti jalanya sampai sayang pula nak makan. Instagrammable sangat!\nBagi yang nak belajar buat roti jala jelita yang sedap, boleh ikut resipi yang MyResipi kongsikan di bawah ini. Semoga ia bermanfaat buat korang semua.\n\nRESIPI ROTI JALA JELITA SUKATAN CAWAN\u00a0\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n3 cawan tepung gandum \u2013 390gm\u00a0\n1 sudu teh garam halus\n1 biji telur gred A\n1 cawan susu cair\n2 cawan air\n2 1/2 sudu makan minyak masak\nPewarna (mengikut citarasa masing-masing)\n\n*Sukatan ni semua guna measuring cup dan measuring spoon\nCara-cara membuat:\u00a0\n1. Satukan semua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk adunan dan kacau rata.\n2. Masukkan adunan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus dan sebati. Adunan akan jadi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.\n3. Asingkan adunan mengikut warna yang dikehendaki. Warna tak perlu banyak sangat sebab bila masak warnanya jadi lebih gelap.\n4. Panaskan kuali non-stick dan jalakan adunan. Gunakan api perlahan dan lengserkan sedikit minyak sesekali untuk menjala adunan.\n5. Angkat roti jala apabila sedikit garing atau tidak melekat dan gulungkan. Jangan terlalu garing, nanti roti jala patah bila digulung.\n6. Siap untuk dihidangkan.\n\nKepada yang nak mencuba menu baru iaitu roti jala jelita ini boleh cuba ikut sahaja resipi ini. Agak mudah dan sesiapa pun yang mencuba, pasti akan mudah faham dan berhasil.\nKuih ini sesuai dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga. Simpan dulu resipi ini supaya mudah nak rujuk kembali. Untuk yang nak mencuba MyResipi ucapkan selamat maju jaya dan selamat mencuba!\nBaca juga: Kuih Cara Berlauk Inti Daging, Buat Guna Acuan Kuih Tradisional\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-khurasan/", "title": "Buat Sendiri Roti Khurasan, Puas Hati Dapat Letak Banyak Isi", "body": "\nRindu nak makan Roti Khurasan? Jom buat sendiri di rumah. Lagi puas hati dapat buat inti padat dan gebu gebas.\nKalau tak pernah memang rugi kerana rasanya sungguh sedap, pedas dan rangup. Sesuai dijadikan untuk hidangan minum petang, bekalan suami ke kerja dan anak ke sekolah.\nBaca juga: Piza Roti Tanpa Bakar, Resipi Guna Roti Buku Ini Dapat 4.4K Shares!\nBagi anda yang tertanya macam mana resipi roti khurasan ini, ikuti perkongsian resipi oleh Cik Puan Nur Hazlina Othman\u00a0di bawah. Sekali cuba pasti nak lagi, memang sedap!\n\nRESIPI ROTI KHURASAN\n\nBahan-bahan:\n\nKulit popia\nRoti frankfurter\nBawang holland.\nDaging atau ayam kisar\nSos tomato\nSos cili\nBlackpaper \u2013 optional\nBolognese sos \u2013 optional\nCheese\nGaram secukup rasa\n\nCara Masak Inti:\n1. Tumis bawang holland yang didadu dengan sedikit minyak.\n2. Masukkan daging @ayam kisar.\n3. Masukkan sos cili dan sos tomato secukup rasa.\n4. Perasakan dengan garam, masak sampai sedikit kering. Tutup api.\nCara Masak Roti:\n1. Belah tengah atau belah tepi roti.\n2. Masukkan inti dan cheese. Sumbat isi itu padat, baru nak puas gigit!\n3. Balutkan dengan kulit popia dengan kemas sebanyak 2 kali.\n4. Goreng dengan minyak yang panas. Balikkan 2 atau 3 kali sahaja supaya tak serap minyak.\n5. Siap! Kena sebiji pun kenyang! Jika ada lebihan roti khurasan yang belum digoreng, boleh disimpan dalam frozen.\n\n\nSelamat mencuba resipi roti khurasan ini.\nBaca juga: Roti Puri Tanpa Pakai Yis, Tetap Kembang Dan Lembut Guna 4 BAHAN Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-kukus-viral/", "title": "Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Dia Punya Lembut & Gebu Tak Boleh Bawa Bincang", "body": "\nSetia kali ada makanan yang\u00a0viral\u00a0seperti Roti Kukus di Bangi, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mencubanya walaupun terpaksa beratur panjang.\nSetiap makanan yang\u00a0viral\u00a0itu sebenarnya kita boleh cuba buat sendiri di rumah. Yang mana jauh tu tak perlu susah-susah untuk ke kedai tersebut.\nJom cuba buat sendiri Roti Kukus ini di rumah. Terima kasih kepada Juliana Jue Cullen kerana berkongsikan resipi. Semoga bermanfaat!\nBaca juga: Resipi Baby Pancake \u2018Viral\u2019, Dah Sejuk Pun Masih Lembut Lagi!\nRESIPI ROTI KUKUS VIRAL, GEBU & LEMBUT!\n\nBahan-bahan:\n\n425 gram tepung pau/tepung gandum (warna roti lebih putih, tepung gandum ada kekuningan sikit)\n75 gram \u2013 tepung tang mien (kalau tak ada boleh guna sepenuhnya tepung pau/gandum)\n125 gram gula halus\n5 gram \u2013 yis\n5 gram \u2013 baking powder (\n50 gram \u2013 shortening (lemak sayur)\n225gram \u2013 240gram air sejuk\n\nCara-cara:\n1. Saya adun guna mixer 7 liter Golden Bull. Masa lebih kurang 30 minit menggunakan kelajuan perlahan (low speed).\n2. Adunan saya dapat 4 bekas kod 4573, setiap timbangan doh 225 gram-228 gram.\n\n3. Saya proofing (rehatkan doh)\u00a0lebih kurang 1 jam-1 jam 30 minit bergantung kepada cuaca.\n4. Kukus selama 20 minit hingga 30 minit. Pastikan balut penutup pengukus dengan kain.\n5. Bila roti dah siap kukus, sejukkan dahulu baru dipotong. Guna pisau yang beigigi halus. Lebihan roti yang belum diisi inti boleh simpan dalam peti beku. Kukus semula bila nak guna.\n6. Boleh letak perisa inti mengikut kesukaan masing-masing.\n\nInfo: Kalau nak jimat, bancuh guna tepung gandum. Bila dah mahir, baru guna tepung pau\nKredit: Juliana Jue Cullen\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-lebih-puding-roti-karamel/", "title": "Ada Roti Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Karamel Yang Lembut Elok", "body": "\nKalau ada lebihan roti yang tak habis, korang jangan buang tau sebab boleh buat pencuci mulut puding roti karamel untuk minum petang.\nBahan-bahan yang digunakan sangat mudah dan cara-cara membuatnya juga tak leceh.\nKalau nak tahu cara-caranya, jom baca perkongsian dari Fauziah Ali di bawah. Simpan dalam peti ais, sedap makan sejuk-sejuk!\nResipi Puding Roti Karamel\n\nBahan-bahan untuk karamel:\n\n3 sudu besar gula\n\nCara-cara buat karamel:\n1. 3 sudu besar gula pasir ditaburkan ke dalam loyang ukuran 7\u201d x 7\u201d dan letak atas api yg perlahan.\n2. Biarkan sampai gula cair dan berwarna keperangan dan ratakan. Ketepikan loyang.\nBahan-bahan untuk puding:\n\n5 keping roti dicarik kecil-kecil\n1/2 tin susu pekat manis\nSusu cair 1 tin\n1 tin air suam\n1 sudu kecil esen vanilla\n4 biji telur gred B atau 3 biji gred A\n\nCara-cara:\n1. Panaskan pengukus.\n2. Masukkan susu cair, susu pekat manis, air suam dan roti ke dalam blender. Kisar sampai halus.\n3. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan kisar tadi. Kisar sekejap.\n4. Tapis bahan yang telah dikisar ke dalam loyang karamel tadi.\n5. Kukus puding selama 45 minit hingga masak dengan api sederhana. Lapikkan penutup pengukus dengan kain atau tuala supaya air tidak menitik ke atas puding.\n6. Sejukkan puding terlebih dahulu baru diterbalikkan dan sedia untuk dihidangkan.\n\nKredit: Fauziah Ali\nBaca juga: Kuih Seri Muka Guna Sukatan Cawan, Mudah Untuk Yang Baru Berjinak Nak Buat\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-mini-burger/", "title": "Cara Buat Roti Mini Burger Yang Gebu Dan Sedap, Cantik Sangat Kejadiannya", "body": "\nPenggemar burger sila hadir. Jom buat Roti Mini Burger dekat rumah. Anak-anak pun tentu suka sebab boleh buat aktiviti bersama dengan mereka.\u00a0\nMemang enak dan sedap bila dapat menikmati burger bila roti burgernya lembut dan gebu tidak keras dan kasar seperti kebanyakan roti burger yang terdapat di pasaran. Untuk memperolehi tekstur lembut dan gebu itu memang kena buat sendiri.\nBaca juga: Cara Buat Roti Sisir Atau Roti Balok, Gebu Dan Sedap\u00a0\nResipi Roti Mini Burger ini telah dikongsikan sendiri oleh Fauziah Gee menerusi laman Facebook dan telah meraih sebanyak 829 shares! Mesti ramai nak mencubanya.\n\nRESIPI ROTI MINI BURGER\n\nMesti ada yang dah tak sabar untuk tahu step by step cara penyediaan roti burger ni kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahannya. Buat sendiri lagi jimat dari beli kat luar. Anak-anak pun boleh makan puas-puas.\n\nBahan-bahan:\n\n300g tepung high protein unbleached\n40g gula pasir\n20g susu tepung full cream\n1.5g bread improver \u2013 Bakarine Plus\n142g air sejuk\u00a0\n33g/2 biji kuning telur gred B\n40g marjerin pelangi\n3g garam halus\n5g saf instant yeast\n\nCara membuatnya:\n1. Mula-mula, campur kesemua bahan di atas dan uli sehingga doh betul-betul elastik.\n2. Lepas uli, timbang 20g setiap doh kemudian bulatkan doh dengan kemas dan rehatkan doh selama 5 minit.\n3. Sementara itu sapu ring mini burger dengan minyak pada bahagian dalam.\n4. Lepas rehatkan doh, terbalikkan doh, celup dalam air sebahagian saja. Kemudian tekapkan doh pada bijan putih dan susun dalam ring. Dah siap tutup doh proofing sehingga doh naik tiga kali ganda dari bentuk asal.\n\n5. Lepas doh sudah naik, spray air pada permukaan doh secukupnya. Kemudian tutup doh semula. Sementara itu panaskan oven 10 hingga 20 minit bergantung pada oven masing-masing dengan suhu 180\u00b0c atas bawah.\n6. Kemudian lepas panaskan oven terus je bakar roti 15 hingga 20 minit atau sehingga roti keperangan pada bahagian atas dan bawah.\n7. Dah masak, angkat dan sejukkan roti atas redai. Roti dah masak sempurna. Siap!\n\nWow! Memang marvelous sangat! Memang naik gebu dan cantik kejadiannya. Ribuan terima kasih kepada Fauziah Gee kerana sudi berkongsi resipi untuk dicuba.\nSemoga bermanfaat!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-mini-shawarma-ayam/", "title": "Roti Mini Shawarma Ayam, Inti Padat & Sedap, Bekal Berkelah Dengan Anak-Anak!", "body": "\nJom cuba buat Roti Mini Shawarma Ayam. Sesuai untuk buat menu bekal, jamuan sekolah dan juga berkelah untuk cuti sekolah nanti.\nJika di Timur Tengah, ia dipanggil shawarma. Tapi di sini kita panggil kebab ayam, kebab daging dan sebagainya. Sedap kebab ni biasanya terletak pada dua faktor utama. Isi sama ada ayam atau dagingnya, dan juga sos yang digunakan.\nBaca juga: Spicy Beef Wrap Guna Daging Burger, Mudah Dan Sedap\nBahagian inti tu kena masak betul-betul supaya dapat hasilkan rasa yang marvellous. Picit pula dengan sos black pepper, mayonis atau cheezy sos memang tak cukup 1 bungkus kebabnya nanti.\nDalam perkongsian Nor Illustrator ni penulis tertarik betul tengok persiapan dan pembungkusan yang beliau buat untuk hidangan keluarga. Mana tidaknya, masak di rumah, tapi bungkus macam makan di kedai. Barulah dapat feel makan makanan kedai kan.\n\nRESIPI ROTI MINI SHAWARMA AYAM\nBoleh juga wrapped shawarma ayam tu dengan sayur tu ala ala vietnamese roll tu kan .Kurang sedikit karbohidrat.\n\nBahan perap:\n\nIsi ayam \u2013 tanpa kulit dan tulang\n2 ulas bawang putih \u2013 cincang halus\n1sdk serbuk ketumbar\n1sdk serbuk jintan putih\n1sdk serbuk pelaga\n1sdk serbuk cayenne pepper\n2sdk smoked paprika\n2sdk garam\n2sdk jus lemon\n3sdk olive oil\nBlackpepper\n\nBahan hiasan:\n\nDaun parsley\nTomat0 \u2013 potong dadu\n\nCara membuatnya:\n1. Perap kesemua bahan diatas kira-kira 20 hingga 30 minit. Jika perap semalam lagi sedap.\n2. Masak di atas dapur hingga sempurna kejadiannya. Tutup api\n3. Belah tengah roti mini dan masukkan inti ayam yang sudah dimasak.\n4. Hias daun parsley dan tomato diatasnya. Ulang semula hingga habis inti dan roti.\n5. Siap dan sedia untuk dihidang!\n\nKalau tak dapat nak buat sekarang, save dulu perkongsian ini di laman facebook tau. Supaya mudah nak cari semula bila bekelapangan nak buat roti mini shawarman ayam ni. Selamat mencuba ye buat kawan-kawan semua!\nBaca juga: Cara Buat Roti Mini Burger Yang Gebu Dan Sedap, Cantik Sangat Kejadiannya\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-paung-terengganu/", "title": "Resipi Roti Paung Terengganu Terlajak Gebu, Uli Doh Guna Tangan Je!", "body": "\nRoti paun atau disebut roti paung Terengganu ini merupakan sejenis roti bun kecil kosong tanpa inti.\nIa sedap dimakan begitu sahaja, atau dicicah dengan air kopi \u2018O\u2019 panas. Juga enak dimakan bersama kaya, merjerin, kari ayam atau daging.\nCara membuatnya juga boleh dikatakan sangat mudah kerana ia boleh dibuat menggunakan tangan atau\u00a0mixer\u00a0sahaja.\nTerima kasih kepada Puan Ariana Sofia Ahmad atas perkongsian resepi roti paung ini. Jom kita lihat cara-caranya di bawah.\nBaca juga: Cara Buat Roti Butut Bakar Yang \u2018Rare\u2019, Sajian Tradisi Yang Kian Dilupai\nRESEPI ROTI PAUNG TERENGGANU\n\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung roti\n3/4 cawan air suam\n11 g yis\n1 biji telur\n4 sudu besar gula\n3 sudu besar butter\n3 sudu besar susu tepung\n1sk bread softener (pelembut roti)\n1sk garam\n1 biji kuning telur (untuk sapu di atas roti)\n\n\nCara-cara:\n1. Mula-mula masukkan air di dalam bekas. Kemudian masukkan yis, susu tepung, gula dan garam. Kacau sebati.\n2. Rehatkan sehingga yis menjadi berbuih seperti dalam gambar. Balut dengan wrap dan ketepikan.\n\n3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, pelembut roti dan butter. Gaul guna tangan sehingga sebati. Bila dah sebati, masukkan telur dan kacau lagi.\n\n4. Kemudian baru masukkan yis tadi. Kacau atau gaul sebati.\n\n5. Gaul sehingga doh menjadi seperti ini. Doh memang akan lembik.\n\n6. Ambil doh dan letakkan di atas papan untuk menguli. Tabur sedikt tepung atau 1 sudu tepung.\n\n7. Uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan.\n\n8. Letak doh di dalam mangkuk yang sudah disapu dengan minyak. Tutup bekas dengan plastik wrap dan biarkan sehingga doh menjadi 2x ganda kembang.\n\n9. Hasilnya bila doh sudah kembang. Tumbuh doh untuk keluarkan angin.\n\n10. Ambik sedikit doh, buat macam ini. Untuk dapatkan bentuk yang \u2018bulat\u2019, genggam doh di tengah jari (lihat gambar).\n\n11. Susuh doh di dalam loyang. Jarak-jarakkan kerana doh akan mengembang. Wrap loyang.\n\n12. Dalam masa 1/2 jam, doh akan jadi mengembang.\n\n13. Sapu atas roti dengan kuning telur. Bakar roti pada suhu 170\u00b0C selama 15 minit atau bergantung pada oven masing-masing.\n\n14. Bila roti sudah masak, sapu sedikit butter yang sudah dicairkan ke atas roti. Bau dan rasa roti akan menjadi lebih sedap.\n\n15. Sedia untuk dihidangkan bersama teh o atau kopi panas. Selamat mencuba!\n\nKredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad\nBaca juga: Roti Puri Tanpa Pakai Yis, Tetap Kembang Dan Lembut Guna 4 BAHAN Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-pisang-rangup/", "title": "Roti Pisang Rangup Guna Roti Buku, Sesuai Makan Masa Sarapan", "body": "\nRoti Pisang Rangup Guna Roti Buku, Sesuai Makan Masa Sarapan.\nRoti ni akan di bakar menggunakan air fryer. Lebih kurang 5-7 minit je masa nak bakar roti ni. So, keseluruhan masa yang diambil dalam penyediaan roti ni lebih kurang 15-20 minit je. Sesuai untuk penyediaan sarapan pagi dan minum petang.\nArtikel berkaitan: Cara Buat Lasagna \u2018Simple\u2019 Guna Roti Buku Buat Penggemar Makanan Western\nPisang yang sesuai di gunakan dalam penyediaan hidangan ni adalah pisang berangan. Kita akan hiris nipis pisang dan susun dibahagian atasnya mengikut kreativiti masing-masing. Teksturnya selespas di bakar akan rangup dan rasa manis-manis masin gitu!\nMesti ada yang nak try buat untuk sarapan pagi kan? Ha! Jom follow resepi yang dikongsikan oleh Nizam Ali. Sure korang akan repeat nak buat lagi. Bosan juga minum petang dengan pisang goreng je kan. Sekali sekala kita gabung pula pisang dengan roti. Mesti sedap!\nRoti pisang rangup ni di buat dengan hanya menggunakan beberapa jenis bahan sahaja. Antara bahannya mungkin sudah tersedia di rumah masing-masing. Pastikan korang guna pisang masak ye. Kalau tak nanti, roti pisang rangup korang tak menjadi.\n\nRESIPI ROTI PISANG RANGUP\nBahan-bahan:\n\n\nRoti gardenia keping\nPisang masak\nMajerin\nKuning telur\nGula perang \u2013 kalau takde, boleh letak gula putih tapi jangan banyak sangat.\n\nCara membuatnya:\n1. Mula-mula, sapu marjerin atas roti.\n2. Susun pisang mengikut kreativiti sendiri.\n3. Sapu lagi marjerin dan kemudian sapukan pula kuning telur.\n4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.\n5. Bakar menggunakan Air Fryer dengan suhu 180 C selama 5-7 minit.\n6. Siap untuk dimakan!\n\n\nSiap untuk dihidang! Makan panas-panas lagi sedap! Rangup ye jadinya roti yang dibakar ni. Korang nak bakar dalam oven pun boleh je. Tapi lagi mudah menggunakan air fryer! Actually, air fryer ni sangat memudahkan kita. Lagi-lagi wanita bekerja.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Roti Sardin Kantin Sekolah, Tak Serap Minyak dan Rangup!\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-puding-kayangan/", "title": "Roti Puding Kayangan, Guna 3 Bahan Je, Makan Dengan Sos Creamy Memang Sedap!", "body": "\nPernah cuba Puding Roti Kayangan? Memang sedap tau sebab selalunya puding ini menggunakan roti putih, tapi yang ini unik sikit sebab menggunakan roti coklat kismis. Lagi sedap!\nKebiasannya, puding roti kayangan ini dihidangkan sebagai pencuci mulut untuk minum petang. Tapi kalau dah anak-anak suka, nak dijadikan sarapan atau makan snacks tengah hari pun tak ada masalah.\nYang menjadikan hidangan ini sedap adalah sos creamy yang diletakkan di atasnya. Bila nampak dah meleleh ke bawah, memang lagi terliur dibuatnya!\nBaca juga: Cara Buat Puding Buah Kastard SEDAP, Resipi Mudah & Tak Guna Banyak Bahan\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Munirah Jasamai di Facebook dan perkongsiaannya itu meraih perhatian pengguna sebanyak 7.6k tanda suka dan 15k perkongsiaan. Viral tau!\nRESIPI ROTI PUDING KAYANGAN\n\nKalau musim hujan, lagi bertambah nikmat nak makan pencuci mulut ini.\u00a0\nPortion hidangan: 3-4 orang\nBahan-bahan:\u00a0\n2 kotak susu coklat\n2 biji telur\n1 bungkus roti coklat kismis\nCara-caranya:\n1. Penyek roti dulu dalam dulang, kemudian lapik baking paper untuk mudahkan nak uruskan.\n2. Pukul 2 biji telur dan 2 kotak susu coklat, tuang atas roti dipenyek tadi\n3. Biar sekejap, biar roti semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan.\n4. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dulu dalam 10 minit suhu 180\u2032, dah panaskan oven bawa masuk yang dah ready dalam 30 minit suhu 180 C,macam mana nak tau dah masak, susu atas keras, bau pun semerbak, cucuk dengan lidi tengok melekat atau tidak.\n5. Selepas bakar, bagi sejuk, kemudian masuk peti sejuk.\nBahan sos creamy:\n1 tin susu cair\n1 tin air, sukat dalam tin yang sama\n1/2 sudu tepung jagung\n1 sudu tepung kastard\n5 sudu gula\nCara-caranya:\n1. Buka api perlahan, kacau sampai kental.\n2. Dah siap sejukkan letak dalam peti sejuk.\nMudah je kan! Tinggal hidang dalam pinggan dan tuang sos creamy di atas puding. Lepastu Bismillah dan ngap! Harap perkongsian ini membantu korang buat puding roti kayangan yang sedap.\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-puri-tanpa-pakai-yis/", "title": "Roti Puri Tanpa Pakai Yis, Tetap Kembang Dan Lembut Guna 4 BAHAN Ini", "body": "\nRoti puri ni dah selalu viral disebabkan kesedapannya. Unik rasanya tak seperti roti canai atau roti lain yang dilempeng dan digorengkan. \nTekstur roti ini lebih lembut, nipis dan garing. Cuma kadang-kadang nak buat tu agak mencabar sebab ada yang dah cuba kadang-kadang tak naik kembang.\nCicah pula bersama sambal ikan bilis atau kuah kari, lepas tu hidangkan dengan teh o atau kopi panas.\nBaca juga: Jom Buat Kambing Peratal, Sedap Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti\nFuhh, memang lengkap betul hidangan ini. Roti puri homemade ini kadang-kadang mampu buat lagi sedap dari kedai mamak. Lebih segar dan lembut lagi-lagi baru lepas lepas digoreng tu.\nIkuti resipi daripada perkongsian Cik Puan Siti Hawa Abdul Aziz dari laman Facebook ini.\u00a0\n\nRESIPI ROTI PURI TANPA YIS\nResepi roti puri tak pakai yis tau, kalau pakai yis tu bukan roti puri.\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n4 cawan tepung gandum\n1 sudu kecil garam\n1 cawan air\n3 sudu minyak masak\n\nCara penyediaan doh:\n1. Campurkan ke semua bahan dan uli sehingga menjadi doh, Selepas siap uli, ambil doh sedikit-sedikit kemudian bulat-bulatkan seperti saiz bola pingpong.\n2. Perap doh kira-kira 30 minit. Lepas perap, ambil doh dan leperkan atas pelandas. Gelekkan sehingga nipis. Lakukan sampai doh habis.\n3. Panaskan minyak masak atas kuali. Kemudian, masukkan sekeping doh roti yang dah dileperkan tadi.\n4. Semasa menggoreng, simbah-simbahkan minyak panas kat belah atas roti supaya naik kembung. Masak sehingga keemasan.\n5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Buat Doh Roti Canai Sendiri, Kekal Lembut Dan Sedap Sampai Petang\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-sarang-burung-cheese/", "title": "Roti Sarang Burung Cheese Guna Air Fryer, Breakfast SIMPLE Guna 5 Bahan Je!", "body": "\nRoti Sarang Burung Cheese Guna Air Fryer, Breakfast SIMPLE Guna 5 Bahan Je!\nMenu ini menggunakan roti putih gardenia dan dimasukkan dalam muffin cup. Kemudian, di tambah dengan telur, cheese dan juga black pepper. Dibakar sehingga garing dan betul-betul masak.\nBaca juga: Resipi Scones Anti Gagal Guna Air Fryer, Sedap Macam Kat Cameron Highlands\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Siti Hailia dari laman Facebook ini. Bahan-bahan yang digunakan pun tak renyah. Cuma menggunakan 5 bahan sahaja.\n\nRESIPI ROTI SARANG BURUNG CHEESE\n\nBahan-bahan:\n\nRoti gardenia\nTelur\nBlack pepper\nCheddar cheese (Anchor)\nMozzarella cheese\nMuffin cup (yang muat untuk sekeping roti)\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Masukkan satu keping roti dalam muffin cup.\n2. Kemudian, letakkan sekeping cheddar cheese.\n3. Pecahkan sebijik telur diatas cheddar cheese.\n4. Taburkan black pepper.\n5. Masukkan pula mazzarella cheese ikut sukatan yang anda suka.\n\n6. Bakar dalam air fryer pada suhu 160C selama 10 minit.\n7. Siap untuk dihidang!\n\n\nMudahkan? Sekejap je dah siap. Nak bakar pun tak lama, 10 minit je. Kalau perasan, sukatan untuk resipi ini adalah 1 roti bersamaan 1 telur dan 1 cheddar cheese. \nKalau beli kat bakary macam ni mahal juga rasanya. Selamat mencuba!\nBaca juga: Popia Crab Seaweed Yang Rangup Dan Sedap, Sesuai Untuk Bawa Jamuan Raya\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-sardin-kantin-sekolah/", "title": "Cara Buat Roti Sardin Kantin Sekolah, Tak Serap Minyak dan Rangup!", "body": "\nAnak-anak tak biasa makan berat waktu sarapan? Apa kata buat roti sardin kantin sekolah. Nak buat frozen pun tak ada masalah.\nResipi yang dikongsi oleh Yatiekitchen ini sangat menarik perhatian min bila beliau claim hidangan ini tak serap minyak dan rangup bila dikunyah.\nBuat untuk hidangan minum petang memang ngam. Kadang-kadang memang pening fikir nak buat apa lagi untuk minum petang.\nBaca juga: Cekodok Pisang, Makanan Kegemaran Datuk Seri Anwar Ibrahim\nRoti sardin ni juga sesuai dibuat untuk sebagai makanan tambahan kalau kita ada majlis kecil-kecilan.\n\nResipi Roti Sardin Kantin Sekolah\n\nBahan-bahan:\n\n1 tin sardin Adabi\nHirisan Bawang Merah Besar\n2 ulas bawang putih\nCili padi merah x 1 hiris serong\nCili padi hijau x 2 hiris serong\n1/4 biji limau nipis\nGula merah 1/2 sudu kecil\nCili kisar 1 sudu besar\nAsam keping 1/4 keping\n\nAdunan Tepung:\n\n1 cawan tepung gandum\n1/2 cawan air sejuk\n1/2 cawan air panas\n1/4 sudu serbuk kunyit\u00a0\nGaram\nMushroom seasoning\n1/2 biji Limau nipis\n\nTip tambahan: Kalau taknak roti serap minyak, kena buat campuran air panas & air sejuk untuk adunan tepung dan perahan limau nipis.\nCara-caranya:\n1. Tumis bawang, bawang putih, cili padi , sehingga garing , masuk cili kisar , masuk sardine ( sos jgn dibuang ), biarkan sampai pecah minyak\n2. Perahkan limau nipis , perasakan dengan gula, garam & mushroom seasoning.\n3. Satukan kesemua bahan adunan tepung tadi, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.\n4. Masukkan sardin ke dalam roti, lipat dua , celup dalam adunan tepung , panaskan minyak dan goreng sehingga garing , biar roti goreng sekata.\n\n5. Agak-agak dah kekuningan , toskan pada kitchen towel.\n\nMudah je kan nak buat roti sardin kantin sekolah ni. Lepas ni kalau ada lebihan roti dan sardin di rumah, boleh buat roti sardin dan frozen kan sahaja. Lebih jimat dan selamat.\nUntuk yang suka pedas, nak setiap gigitan tu kena cili, boleh tambah beberapa biji cili padi. Tapi jika ada anak-anak kecil cukup sekadar 4 biji sahaja untuk 1 tin sardin kecil ni. Rasa pedas dia akan kurang dan sesuai untuk dimakan seluruh isi keluarga.\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/roti-telur-cheese-bakar/", "title": "Roti Telur Cheese Bakar, Menu Sarapan Simple Dan Kenyang!", "body": "\nSarapan pagi kadang nak makan simple jer, apa kata buat resipi Roti Telur Cheese Bakar ini. Hanya gunakan roti, telur, dan juga cheese ternyata boleh menghasilkan menu ringkas yang cukup mengenyangkan.\nYang \u2018feveret\u2019 cheese mesti tahu resipi ini. Kadang-kadang bosan juga asyik makan roti bakar salut coklat atau kaya. Kita buat kelainan sikit dan yang penting kenyang!\nArtikel berkaitan: Resipi Roti Bakar Ala Old Town Coffee, Guna 3 Bahan Ini\nBanyak je resipi yang gunakan roti sebagai bahan utama dan memang ada sedapnya yang tersendiri. Tapi tengok gambar resipi ini sahaja dah buat korang terliur.\nNak cuba resipi Roti Telur Cheese Bakar ini, boleh ikut resipi yang dikongsikan sendiri oleh Nor Hartini Hashim ini. Caranya pun mudah sangat!\nRESIPI ROTI TELUR CHEESE BAKAR\nJom kita lihat apa bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaannya. Jom masak!\n\n\nBahan A:\n\nRoti buku\n\nBahan B:\n\nSusu Fresh 200ml\n2sdb brown sugar\n2sdb butter\n4 keping cheddar cheese\n2 biji telur\n1sdk esen vanila\n\nCara penyediaan:\n1. Satukan ke semua Bahan B. Kacau di atas pan dengan api yang sederhana.\n2. Kacau sehingga agak pekat. Dah siap, angkat dan ketepikan.\n3. Letakkan bahan B yang sudah dimasak tadi ke atas roti.\n4. Kemudian bakar dalam oven kira-kira 10 minit dengan api atas bawah.\n5. Selepas itu, 10 minit lagi hanya bakar menggunakan api atas sahaja.\n6. Siap dan boleh dihidang.\nNampak meleleh-leleh cheese yang di bakar panas-panas ni. Lagi sedap dimakan dengan sos dan juga mayonis.\nAnak-anak yang nak ke sekolah pun boleh dihidangkan menu ini. Boleh juga dijadikan bekalan kesekolah dan sudah pasti mengenyangkan.\nSemoga respi roti telur cheese bakar ini dapat memikat hati semua. Yang nak tahu keenakan resepi ni. Korang wajib mencubanya!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/runsing-peti-sejuk-bersepah-ini-ada-4-cara-nak-susun-barang-baru-bersih-teratur/", "title": "Runsing Peti Sejuk Bersepah? Ini Ada 4 Cara Nak Susun Barang, Baru Bersih & Teratur!", "body": "\nBuka saja peti sejuk, mesti rasa nak tutup cepat-cepat sebab banyak barang dan nampak bersepah. Disebabkan peti sejuk merupakan tempat simpan barang makanan, ramai yang tidak berapa kisah dengan susun atur di dalamnya.\nNamun, bila di fyp TikTok banyak video content tentang asmr susun atur dalam peti sejuk, membuatkan ramai yang semakin menyedari betapa pentingnya untuk sentiasa menjaga dan membersihkan peti sejuk ini supaya penyimpanan makanan lebih tahan lama.\nBaca juga: Makanan Dalam Peti Sejuk Pun Boleh Basi? \u2018Check\u2019 Balik 5 Kesilapan Ini Masa Simpan\nJangan risau, seorang pengguna di Facebook telah berkongsi cara-cara untuk susun atur peti sejuk iaitu Hani Mynis. Jom kita lihat.\nCara Susun Atur Barang Dalam Peti Sejuk\n1. Pasang lapik di setiap rak\n\n\nBoleh pasang lapik pada setiap rak. Wallpaper pun boleh tapi jenis placemats. Mudah untuk tanggalkan setiap kali kotor (tak payah keluarkan tray).\nLagi satu, lapik jenis placemates boleh ditukar-tukar ikut selera sendiri.\n2. Cari warna lapik yang terang\nTips ini berguna untuk korang kerana pemilihan lapik yang transparent supaya cahaya dapat menyinari hingga ke rak bawah.\n3. Bekas makanan pilih satu atau dua warna tema\n\n\nPilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti sejuk.\nUntuk setiap bekas makanan, pilih bekas bertapak segi empat berbanding bulat kerana lagi jimat ruang dan lebih kemas dari segi visual.\n4. Setiap rak tentukan nak letak apa.\n\n\nBuat pengkhususan setiap rak nak letak apa. Contohnya guna masking tape untuk labelkan setiap bekas makanan.\nContoh-contohnya;\nRak pertama (pes) : untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih, dan bawang putih + halia)_ letak di rak paling atas, mudah untuk diambil.\nRak kedua (today) : ini bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk \u201chari ini\u201d. Kebiasannya makanan protein akan diturunkan dari bahagian frezeer ke bahagian chiller.\nRak kedua (letftover) : ini bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave. Seeloknya simpan di bahagian chiller, kena makan lauk dalam masa tiga hari.\nKalau agak-agak nak simpan lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer.\nRak ketiga (makanan kering) : ini bahagian utk letak makanan kering mcm hn simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.\nRak keempat (vegetables) : utk letak sayur yang guna kan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dan lain-lain)\nVegetables drawer : tempat letak sayur yang dimasukkn dlm ziplock bag. Pastikan sayur dlm ziplock bag tak dihempap dgn sayur lebih berat atau besar.\nBahagian Pintu Peti Sejuk\n\n\nRak pertama: Kawasan paling tak sejuk. Boleh letak skincare atau telur\nRak kedua: Letak pes-pes lauk seperti pes tomyam, asam rebus, dan cili jeruk.\nRak ketiga: air minuman\nRak keempat (condiments) : Untuk letak botol sos, kicap, dan susu pekat manis.\nSemoga kesemua tips ini mendapat manfaat dan selamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/rupanya-4-jenis-tepung-beras-ini-berbeza-fungsi/", "title": "Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza \u2018Fungsi\u2019. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!", "body": "\u00a0\n\nUntuk pengetahuan anda, ada banyak jenis tepung beras yang dijual di pasaraya dan setiap satu itu berbeza kegunaannya mengikut jenis makanan yang mahu dibuat.\nPasti ramai juga yang tidak perasan, ada 3 tepung beras yang berlambangkan gajah dan satu tepung beras cap teratai. Kalau salah guna tepung untuk buat kuih atau masakan lain, nanti hasinya tidak akan menjadi.\nKalau nak tahu perbezaan diantara 4 tepung beras tersebut dan apa fungsinya, jom ikuti perkongsian di bawah sehingga habis.\nBaca juga: Ramai Masih Keliru Perbezaan 2 Jenis Tepung Gandum Ros, Ini Kegunaan Sebenarnya..\nBEZA 4 JENIS TEPUNG BERAS WAJIB TAHU\n1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH\n\nSangat sesuai untuk menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk\u00a0pisang goreng,\u00a0keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat\u00a0rempeyek\u00a0dan tumpi kacang [email\u00a0protected]\n2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH\n\nSangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi. Tepung jenis ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.\n3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH\n\nTepung beras cap gajah 5 ini pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee kerana tepung beras jenis ini lebih kental.\n4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI\n\nTepung beras cap teratai ini sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam. Jika digunakan untuk membuat apam rasa tepungnya akan kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya akan menjadi sangat rangup.\nSumber: Ezack\n\u00a0\nBaca juga: Cara Cuci Air Fryer Yang Betul. Baru Dijamin Bersih, Bebas Kuman & Tahan Lama\n"} {"url": "https://myresipi.com/rupanya-ada-cacing-halus-menyorok-dekat-sirip-ikan-kerisi-ini-petua-membuangnya/", "title": "Rupanya Ada Cacing Halus \u2018Menyorok\u2019 Dekat Sirip Ikan Kerisi, Ini Petua Membuangnya", "body": "\nSedapnya ikan kerisi, lagi-lagi kalau dilumur garam dan kunyit kemudian digoreng sehingga garing. Makan satu lauk ini dengan nasi panas-panas pun dah cukup\u00a0umphh!\nMana-mana ikan perlu disiang dengan betul supaya semua \u2018benda kotor\u2019 dicuci dengan bersih. Tapi rupanya ramai yang belum tahu cara mencuci ikan kerisi dengan betul selepas membaca perkongsian oleh seorang wanita ini.\nBeliau mendedahkan rupanya ada cacing halus tersembunyi pada sirip ikan kerisi yang ramai tak tahu. Jom lihat perkongsiannya di bawah beserta tips dan petua untuk membuang cacing tersebut.\nCara bersih ikan kerisi\nBagi yang tak tau lagi atau yang tak perasan selama ni, atas belakang ikan kerisi dekat sirip dia tu memang betul ada perasit seakan cacing, kebetulan ikan kerisi yang KakMung boleh memang semua ada cacing\u00b2 halus tu atas belakang tu..\n\nGunting sirip atas belakang ikan\nJadi cara KakMung buang cacing\u00b2 tu dengan ambik gunting, gunting sirip atas belakang tu pastu ambik lidi yang kita buat cukil gigi, cungkil buang cacing\u00b2 yang ada tu, boleh katakan atas seekor ikan tu ada 2 3 ekor cacing halus tu, pastu baru belah belakang dia..\n\nGambar cacing yang tu je sempat KakMung ambik, naik geli gelemang pulak KakMung tengok ke cacing\u00b2 halus tu..\n\nIkan kerisi memang sedap weh, lagi-lagi kalau goreng belah blakang atau masak singgang pedas.. lepas cuci bersih boleh lah kita masak setmung.\n\nKredit: Solina Mahmud\n"} {"url": "https://myresipi.com/rupanya-ini-bahan-rahsia-masak-sambal-sotong-jadi-lebih-sedap-wajib-cuba/", "title": "Rupanya Ini \u2018Bahan\u2019 Rahsia Masak Sambal Sotong Jadi Lebih Sedap, Wajib Cuba!", "body": "\nPelbagai resipi dan cara-cara nak masak sambal sotong telah dikongsikan oleh orang ramai di laman sosial. Ada yang menggunakan banyak bahan, ada juga resipi yang sangat mudah untuk diikuti.\nSalah satu resipi yang telah tular di laman sosial iaitu perkongsian oleh Zurina Zukefli. Resipi ini telah mendapat perhatian ramai kerana beliau telah berkongsi satu petua untuk membuatkan sambal sotong menjadi lebih sedap.\nJom lihat apa rahsianya itu di bawah. Ibu-ibu wajib cuba buat nanti, pasti suami dan anak-anak puji melambung sebab sedap sangat! Semoga bermanfaat.\nRahsia Masak Sambal Sotong Jadi Lebih Sedap\nBahan-bahan:\n\nSotong segar secukupnya\n2-3 biji bawang merah (hiris)\n2 ulas bawang putih (hiris)\n5 sudu makan cili kering kisar\n1 sudu teh serbuk kunyit\n2 keping asam gelugur\nGaram dan gula secukup rasa\n\nCara-cara:\n1. Cuci sotong segar tanpa siang kulit. Hanya buang dakwat, mata dan cuci isi dalam sotong sebab taknak kuah rasa serpih-serpih.\n\n2. Cili kering kisar. Cili kering direndam dalam air panas, toskan kemudian kisar dengan minyak masak.\n\n3. Hiris bawang.\n\n4. Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga naik bau.\n\n5. Masukkan 5 sudu besar cili kering kisar, masak hingga pecah minyak.\n\n6. Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.\n\n7. Masukkan sotong. Gaul sebati dan biarkan masak sehingga jus sotong keluar, tak perlu tambah air.\n\n8. Bila sambal sudah berkuah, masukkan 2 asam keping.\n\n9. Gaul sebati, citarasakan dengan garam dan gula.\n\n10. Siap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/rupanya-ini-rahsia-sotong-goreng-tepung-jadi-lebih-rangup-tak-hancur/", "title": "Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur", "body": "\nJika beli di kedai, pasti akan kecewa dengan sotong goreng tepung yang tidak menepati citarasa. Jarang sekali jumpa kedai menjualnya yang betul-betul sedap dan puas hati bila dimakan.\nMungkin ada juga yang pernah cuba buat sendiri di rumah, tetapi tepung tidak melekat pada sotong apabila digoreng. Bukan itu sahaja, ramai yang mengalami kejadian sotong \u2018meletup\u2019 ketika sedang menggoreng menyebabkan ramai yang serik untuk membuatnya.\nTak perlu risau lagi, jika anda ikuti langkah demi langkah cara membuatnya di bawah, dijamin sotong anda akan menjadi cantik sempurna selepas digoreng. Semoga bermanfaat!\nRahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup\nBahan-bahan:\n\nSotong\nTepung bestari\nTelur\nTepung beras\n\nCara-cara:\n\nPotong sotong menggunakan gunting atau pisau.\nPerap sotong bersama tepung bestari yang dibancuh bersama air.\nSelepas 10 minit, masukkan telur dan gaul sebati.\nSediakan bancuhan tepung bestari dan sedikit tepung beras.\nPindahkan sotong yang diperap tadi ke campuran tepung kering tadi.\nTutup bekas dan goncang-goncang sehingga semua sotong bersalut rata dengan tepung kering.\nIni hasilnya selepas digoncang tadi.\nGoreng dalam minyak yang panas.\nSiap! \nSotong celup tepung rangup di luar, lembut di dalam. Selamat mencuba!\n\nKredit: Meens Yusoff\n"} {"url": "https://myresipi.com/rupanya-ini-tips-goreng-kuey-toew/", "title": "Rupanya Ini Tips Goreng Kuey Toew Supaya Tak Kembang, Lembik Atau Hancur", "body": "\nKuey Teow sering menjadi pilihan ramai untuk dimasak pada sarapan pagi mahupun makan malam. Antara salah satu menu mudah menggunakan kuey teow adalah kuey teow goreng. Nak tahu tak tips goreng kuey teow dengan betul?\nNak goreng kuey teow pun perlu ikut teknik yang betul kerana ramai yang mengalami masalah kuey teow menjadi lembik kembang dan hancur apabila digoreng. Pasti ada yang pernah mengalami masalah seperti ini kan?\nKalau anda nak tahu cara-cara untuk mengelakkan perkara itu berulang lagi, boleh ikuti perkongsian oleh Yurni Emilia yang berkongsikan tips menggoreng kuey teow dengan betul.\nTips Goreng Kuey Teow\nDah banyak kali nampak ahli grup ini mengalami krisis menggoreng kuey teow. Di sini saya nak kongsi tips untuk menyelamatkan keadaan ya.\n1. Kuey teow tidak serasi dengan air.\n\nJadi jangan basuh terlalu lama dan pastikan kuey teow ditos kering dengan cepat.\nBasuh kuey teow menggunakan air paip sahaja. Bukan dengan menggunakan air panas.\nAda yang membasuh kuey teow, ada yang tidak. Saya basuh untuk meleraikan kuey teow yang melekat.\n\n2. Kuey teow sangat serasi dengan minyak. Jadi, lebihkan minyak apabila menggoreng.\n3. Kalau nak masak kuey teow penang\u00a0style,\u00a0letak sedikit minyak bijan. Sedikit sahaja kerana minyak bijan berbau kuat.\n4. Lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos cili/sos tomato.\n\n5. Tambah air jika perlu sahaja, contohnya nak buat Char Kuey Teow banjir.\n6. Kalau nak tambah telur, pastikan telur kering sedikit sebelum digaulkan dan kacau dengan kuey teow yang sedang digoreng.\nKredit: Yurni Emilia\nKredit gambar: Google\n"} {"url": "https://myresipi.com/sakan-order-mekdi-sampai-rm17000/", "title": "Sakan Order \u2018Mekdi\u2019 Sampai RM17000, Telatah Dua Budak Ini Buat Netizen Terhibur!", "body": "\nBaru-baru ini tular tentang telatah dua beradik yang mengunjungi Mc Donald\u2019s (Mekdi) mencuri perhatian ramai!\nSeperti yang kita tahu, restoran \u2018fast food\u2019 mudah didapati, 24 jam dijual dan harganya berpatutan itulah diantara punca ramai orang kini memilih untuk makan makanan segera berbanding makanan biasa tidak kira lah apa peringkat umur sekalipun.\nArtikel berkaitan: Bahana Bawa McDonalds Ke Australia, Pelancong Ini Kena Denda RM8,000\nMenerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ rmdhn_._, dapat kita lihat seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan sakan order makanan di mesin kiosk.\nNamun apa yang menarik perhatian ramai adalah dua beradik itu seronok bermain di mesin kiosk dalam McDonald\u2019s sampai harga jumlah pesanan menjadi lebih RM17,000.\n\nMereka seakan berlawan order siapa yang paling banyak. Dapat kita lihat, budak lelaki tersebut \u2018meraih\u2019 jumlah sebanyak RM 6154.92 manakala jumlah harga yang terpalar di skrin kioks budak perempuan sebanyak RM 17,152.71 sekaligus membuatkan ramai terkejut.\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat dua budak tersebut malah berseloroh mengatakan boleh menangis penjaga mereka jika tertekan \u2018pay at counter\u2019.\n\u201cDia ingat main game collect point paling banyak ke? Kerlazzz mainan budak-budak zaman sekarang, aku dulu tekan-tekan public phone je\u201d \u2013 Netizen\nAntara komen netizen:\n\n\n\nVideo yang tular di laman TikTok:\n\n\n @rmdhn_._\nkaya betul kau dik \ud83d\ude2d\ud83d\udc80\ud83d\uddff\n \u266c original sound \u2013 Azmawie Yasin \u2013 Azmawie Yasin \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/salad-buah-lemak-berkrim/", "title": "Salad Buah Lemak Berkrim, Resepi Viral Dapat Lebih 5.5K Shares!", "body": "\nJom buat Salad Buah Lemak Berkrim seperti dalam gambar di atas. Bukan sahaja sedap, malah menu ini mempunyai kandungan gizi dan vitamin yang berkhasiat untuk tubuh badan.\u00a0\nBaca juga: Air Buah Naga Laici, Sekejap Je dah Habis Licin, Boleh Sejukkan Badan Sekali\nIa juga sering dijadikan pilihan untuk dimakan pada waktu malam kerana ia tidak terlalu berat tetapi masih mampu mengenyangkan perut. Nak buatnya pun mudah je, hanya ikut perkongsian oleh Cik Puan Marimar Mas ini. Mudah, sedap dan kenyang!\n\nRESIPI SALAD BUAH LEMAK BERKRIM\n \u00a0 \nBahan-bahan yang diperlukan:\n\n\nFruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)\nSusu Pekat\nCheddar Cheese\nNestle Cream (Mesti ada baru sedap)\nCorn Kernel (Bukan Cream Corn tau)\nBuah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)\n\n\n\nCara-cara penyediaan:\n\n1. Potong dan kupas buah\n\nMula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.\n\n\nKalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.\n\n\n\n2. Potong cheddar cheese\n\nSeterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.\n\n\n\n3. Tapis fruit cocktail dan corn kernel \n\nKeluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.\n\n\n\n4. Gaul krim\n\nSekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul. Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap\n\nBagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya. Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.\n\n\n\n\n\n5. Masukkan buah\n\nKemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sebati.\n\n\n\n6. Sejukkan dalam chiller\n\nBila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk. Baru sedap!\n\n\n\n\n\n\n\nSenang kan? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni. Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah jugak.\n\n\n\nMemang sihat, lazat dan rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain! Selamat mencuba.\n\n\nBaca juga: 11 Jenis Limau Mandarin Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Beli Dan Cara Pilih Buah Yang Manis\n"} {"url": "https://myresipi.com/salad-udang-menari-makruh/", "title": "Salad Udang \u2018Menari\u2019 Viral, Jatuh Makruh Makan Hidupan Laut Masih Hidup", "body": "\nBaru-baru ini, tukar satu video yang menunjukkan makanan popular di Thailand, iaitu salad udang \u2018menari\u2019 dan masih hidup dijual sebagai street food itu.\nYang menjadi tumpuan netizen adalah cara penyediaan salad udang itu yang dimakan mentah-mentah dan dihidangkan terus kepada pembeli yang diceduk terus dari akuarium.\nBaca juga: [VIDEO] \u2018Order\u2019 Pulut Kuning Hiasan Angsa Untuk Kenduri Kahwin, Bila Sampai\u2026\u00a0\nBukan itu sahaja, udang tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi sayuran lalu digoncang hingga sebati untuk dijadikan salad. Kemudian, terus dimakan begitu saja.\nSalad street food tersebut difahamkan dijual di Pantai Samila, Thailand.\u00a0\nTak dinafikan makanan-makanan dari Thailand memang menjadi tumpuan utama dan kegemaran rakyat Malaysia, sampai ada yang sanggup ke negara Siam itu semata-mata untuk foodhunting.\nNamun, ada sesetengah menu yang membuatkan ramai tak berani untuk mencubanya kerana mungkin berbeza dengan budaya kita, misalnya macam satu video yang tengah viral ini.\nMenerusi video yang dimuatnaik oleh @ckgmia di laman TikTok, hantaran rakaman tersebut telah meraih tontonan sebanyak 932.6k dan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen di ruangan komen.\nVideo Penuh:\n\n\n @ckgmia\n#jalan2makan2pahceroh #bahagiacarakita #prayformeyayaateh \n \u266c CINTA Ku by The4aith Reckless Malay \u2013 Muhammad | Videographer \n\n \nMakan Salad Udang Menari Secara Hidup, Halal Ke?\nMelihat pelanggan yang makan salad udang yang masih hidup, ramai mengundang keraguan netizen kerana udang itu dimakan secara hidup-hidup. Bahkan, ada yang kembang tekak apabila melihatnya serta ada yang pernah mengalami sakit perut selepas menjamah menu ini.\nSusulan itu, seorang pemuda di Twitter, bertanya kepada mantan Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai hukum memakan haiwan hidup itu.\n\u201cSalam @drzul_albakri, kalau macam ini halal ke untuk dimakan? Lama dah curious nak tahu,\u201d tanya lelaki itu.\nTidak lama selepas itu, Dr. Zulkifli menjawab dengan mengatakan hukum makan haiwan tersebut adalah makruh mengikut mazhab Syafie.\n\n\u201cMakruh di sisi mazhab Syafie. Rujuk al-Majmu\u2019 Syarh al-Muhazzab, 9/73.\n\u201cIni seperti menyeksakan,\u201d jelasnya pada Isnin.\nBeliau menjelaskan bahawa makruh hukumnya memakan hidangan salad udang hidup jika mengikut mazhab Imam Syafie.\nAntara reaksi netizen:\n\n\n\nBaca juga: Tak Boleh \u2018Move On\u2019 Teh Tarik Instant, Mat Salleh ini Sanggup Bawa Ke Amerika\n"} {"url": "https://myresipi.com/salmon-with-creamy-lemon-sauce/", "title": "Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!", "body": "\nAda yang dah kering idea nak masak apa hari ni? Apa kata kita cuba resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce. Nampak cukup menyelerakan! Mungkin ramai yang tak pernah mencubanya, kerana hidangan ini menggunakan ikan salmon.\nSekali sekala nak bertukar selera apa salahnya kan. Hidangan ini sangat sesuai dimakan bila dah jemu makanan melayu. Ala-ala masak ayam lemon tapi digantikan dengan kepingan ikan salmon.\nBaca juga: Jarang Dibuat Orang, Ini Dia Resipi \u2018Creamy Butter Tuscan Salmon\u2019 Yang Lazat\nHidangan ini juga antara menu yang paling mudah dibuat. Yang mana kepingan ikan salmon yang digunakan mulanya akan dipanggang diatas pan menggunakan minyak zaitun. Bila dah masak, barulah kita menyediakan kuah lemon sauce.\nResipi\u00a0 ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nanie Johari.\n\nRESIPI SALMON WITH CREAMY LEMON SAUCE\u00a0\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nIkan salmon 2-3keping\n2 sudu minyak masak\n1 sudu besar butter\n5 ulas bawang putih (dicincang halus)\n1 biji bawang holland ( dipotong dadu)\nGaram\nBlack pepper\n1 sudu kecil Garlic salt (xgunakan pn xpe)\n1 sudu besar perahan jus lemon\n1 kiub pati ayam (dibancuh dgn air panas 1/2cup)\n200ml Cooking cream \n5 sudu serbuk parmesan \nAsparagus/baby spinach\n\nCara membuatnya:\n1. Lumurkan ikan salmon dgn garam dan black pepper. Kalau boleh black pepper yg tiada garam dan kemudian goreng dengan minyak masak dan kemudian ketepikan.\n2. Kemudian dgn menggunakan kuali yg sama, masukkan butter, tumis bawang putih dan bawang holland sehingga keperangan dan kemudian masukan bancuhan kiub pati ayam.\n3. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan cooking cream, asparagus/baby spinach, black pepper, garlic salt dan perahan jus lemon. Jika nak masam boleh letak lebih.\n4. Tunggu sehingga mendidih dan kemudian letak serbuk parmesan kacau sebentar sehingga mendidih, tutup api dan siram ke atas ikan salmon tadi.\n5. Siap untuk dihidang.\n\nSedap sangat tau! Bahagian kuahnya boleh dimasak pekat dan juga cair. Terpulang dari penggunaan air yang dimasukkan dalam penyediaan creamy lemon sauce tadi.\nTekstur kuahnya juga agak lemak berkrim disebabkan penggunaan cooking cream dan juga keju parmesan. Mereka yang suka dengan hidangan special ala-ala hotel macam ni, di alu-alukan mencubanya dirumah.\n\nBaca juga: Bosan Makan Nasi? Jom Masak Makanan Western, Salmon Grill Lemon Butter\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-balado-original-indonesia/", "title": "Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Balado, Resipi Asli Dari Orang Indonesia", "body": "\nSekali cuba resipi sambal balado ini pasti takkan cari resipi lain dah. Resipi asli dari Indonesia semestinya tiada tandingan! Peminat sambal wajib cuba resipi ini. Buat stok banyak-banyak simpan dalam peti ais, bila nak makan tinggal cedok saja.\nResipi ini merupakan perkongsian dari Mazlina Mazlan. Menurutnya, sambal ini bukan saja sedap tapi ianya serbaguna kerana boleh juga dibuat sebagai rencah nasi goreng.\nJom lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah. Anda boleh ubah kuantiti bahan mengikut tahap kepedasan yang diingini.\nBaca juga: Cara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!\nRESIPI SAMBAL BALADO ASLI INDONESIA\nBahan-bahan:\n\n1 biji bawang besar\n1 biji tomato\n3 ulas bawang putih\n3 biji cili merah\n3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)\n2 inci belacan\n2 sudu besar gula\nGaram secukup rasa\nMinyak\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Kisar bawang besar, tomato, bawang putih, cili merah, cili padi dan belancan. Jika guna food processor, jangan masukkan air. Jika guna pengisar biasa, letakkan sedikit air sahaja. Kalau rajin, boleh tumbuk menggunakan lesung.\n\n2. Jangan kisar terlalu lumat.\n\n3. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar tadi. Masak sehingga airnya betul-betuk kering supaya tahan lama.\n\n4. Masukkan gula dalam 2 sudu.\n\n5. Masukkan garam secukup rasa.\n\n6. Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu letak pada bahagian sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.\n\nKredit: Mazliana Mazlan\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-bawang/", "title": "Sambal Bawang SIMPLE Tapi Padu, Simpan Luar Peti Sejuk Pun Tahan Seminggu!", "body": "\nSambal Bawang SIMPLE Tapi Padu, Simpan Luar Peti Sejuk Pun Tahan Seminggu! \nSambal ni nak buat banyak pun boleh sebab sambal ni tahan lama. Kalau letak seminggu diluar peti pun masih boleh tahan lama. \nBuat sikit rasa rugi sebab mesti ada yang ketagih lepas sekali cuba sambal ni. Kecur air liur dibuatnya. Memang tak tahan nengoknya.\nBaca juga: Sambal Tumbuk Cili Hijau, Resipi Simple Tapi Memang Buat Makan Bertambah!\nResipi sambal bawang yang simple dan padu ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Cik Pooja. Hasil perkongsian beliau di Facebook, resipi ini mendapat 3.9k share. \nMemang ramai yang teruja dan ingin mencubanya. Lebih-lebih lagi mereka si penggemar pedas.\n\nRESIPI SAMBAL BAWANG\n\nBahan-bahan:\n\n3 labu bawang besar (kalau yang kecil-kecil letak dalam 5 labu dan dipotong kasar)\n5 biji cili besar atau 2 biji tomato -dipotong\nSegenggam cili kampung hijau\n1/2 genggam cabai Vietnam merah menyala\n\n*Semua bahan dibasuh bersih dan digoreng\nBahan lain:\n\n1 cawan minyak masak\n1 ketul belacan \u2013 besar duit 50 sen\n1 sudu besar garam\n1 sudu kecil ajinomoto\n\nCara-cara membuat:\n1. Goreng semua bahan dengan 1 cawan minyak masak. Nak letak minyak lebih pun takpe.\n2. Goreng sampai bahan-bahan tadi jadi lebam.\n\n3. Kemudian, bakar belacan atas api.\n4. Dah siap goreng, masukkan semua bahan dalam bland termasuk minyak gorengan tadi.\n5. Masukkan garam. Kemudian, masukkan ajinomoto. (kalau tak suka boleh gantikkan dengan gula)\n6. Cara bland pun ada tipsnya. Kisar 2 atau 3 kali je dan jangan halus sangat.\n7. Selepas di kisar, tuang dalam kuali dan masak sekejap. Kacau dalam 3-4 minit. Siap!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-belacan-ikan-bilis-petai/", "title": "Sambal Belacan Ikan Bilis Petai, Resipi Ketagih Sampai Bertambah Nasi Dibuatnya", "body": "\nJom masak Sambal Belacan Ikan Bilis Petai. Lauk ini kalau dah sejuk pun tetap sedap dan boleh bertambah nasi dibuatnya tau.\nBuat penggemar petai, memang pantang nampak ulam ini memang berselera sangat nak makan. Walaupun menu ini ringkas, hidangan lauk kampung ini memang ramai peminatnya.\nBaca juga: Fuh, Tak Sangka Petai Pun Boleh Jadi Aiskrim, Ini Resipi Untuk Dicuba!\nBahan utama menu ini adalah sambal belacan yang dibakar, ikan bilis, petai serta tempe.\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Amie\u2019s Little Kitchen. Jom kita tengok cara-caranya.\n\nRESIPI SAMBAL BELACAN IKAN BILIS PETAI\n\nBahan-bahan:\n\n1 cawan sambal belacan\n1 cawan ikan bilis goreng\n1 cawan hirisan tempe goreng\n1 cawan petai goreng\n5 biji bawang merah \u2013 hiris\n1 labu bawang besar \u2013 hiris\n4 sudu besar minyak\nGaram \nGula\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan minyak, dan goreng bawang merah serta bawang besar sehingga kekuningan.\n2. Masukkan sambal belacan, dan tumis seketika.\n3. Masukkan serentak ikan bilis goreng, tempe goreng dan petai goreng.\n4. Kacau beberapa kali dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan jika perlu.\n5. Padamkan api dapur.\n\n\nSiap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya! Resipi ini boleh dibuat banyak. \nSimpan dalam bekas dan masukkan dalam peti. Tahan lama dan bila nak makan boleh je nak panaskan sambal tu. Bau sambal ni memang buat tak sabar nak makan tau!\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-bunga-kantan-ikan-bilis/", "title": "Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu", "body": "\nJom buat Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis ini. Kalau zaman orang dulu-dulu, sambal ini memang antara penyedap makanan selain dari sambal belacan.\nBanyak variasi sambal yang sedap dan lazat untuk dimakan bersama nasi. Resipi ini bukan sahaja menggunakan bunga kantan tetapi ditambah sekali dengan ikan bilis.\nBaca juga: Sambal Belacan Ikan Bilis Petai, Resipi Ketagih Sampai Bertambah Nasi Dibuatnya\u00a0\nMesti ramai yang ingat bunga kantan ini hanya dijadikan bahan dalam laksa sahaja. Sedangkan banyak kegunaannya termasuklah sambil yang ingin dikongsikan ini.\u00a0\nAroma wangi dari bunga kantan ini yang menjadikan sambal ini unik dan sedap. Pembuatannya pun ringkas dan mudah. Hanya guna 6 bahan saja.\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas menerusi laman Facebook dan telah meraih sehingga 766 shares tau. Masih ada lagi penggemar sambal orang dulu-dulu ini.\nJom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI IKAN BILIS BUNGA KANTAN\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n12 kuntum bunga kantan \u2013 dihiris halus\n2 biji bawang besar \u2013 dihiris\nSegenggam ikan bilis \u2013 goreng rangup\n7 ke 13 cili api \u2013 ikut kepedasan masing-masing\n2 biji bawang merah\n5 ulas bawang putih\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Mula-mula, goreng dahulu bunga kantan dan ikan bilis. Tos dan ketepikan\n2. Kemudian, kisarkan kesemua bawang dan cili.\n3. Selepas kisar, tumis bahan tersebut sehingga pecah minyak dan perasakan dengan gula dan garam. Tutup api.\n4. Masukkan bunga kantan dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati.\u00a0\n5. Sedia untuk dihidangkan bersama lauk yang lain.\n\nMudah dan ringkas je kan! Memang sedap kalau dihidangkan bersama dengan nasi panas dan ulam-ulaman. Memang makan bertambahlah jawabnya!\u00a0\nOrang dulu-dulu memang ini lah lauk harian mereka di kampung, cukup dapat sambal ikan bilis bungan kantan ini, memang dah naik selera setelah penat buat kerja kampung.\u00a0\nNak lagi sedap, boleh dihidangkan bersama ayam goreng dan telur masin, memang lagi bangkit selera. Terima kasih kepada Cik Puan Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas kerana sudi berkongsi resipi ini.\nSemoga bermanfaat!\u00a0\nBaca juga: Cara Buat Siput Sawah Gondang Masak Sambal, Lauk \u2018Rare\u2019 Yang Banyak Khasiatnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-garing-ikan-masin-kurau/", "title": "Sambal Garing Ikan Masin Kurau, Menu Sahur \u2018Bikin\u2019 Naik Selera Bertambah Nasi", "body": "\nJom masak Sambal Garing Ikan Masin Kurau untuk menu bersahur nanti. Tak sampai 10 minit dah siap masak!\nTak banyak guna bahan pun, memang ringkas dan sedap makan bersama ikan masin kurau ini. Nak lagi \u2018kick\u2019 boleh tambah petai jika ada lebih di dapur.\nBaca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu\nYang utama, ikan masin haruslah digoreng garing terlebih dahulu sebelum dicampur bersama sambal, jadi dapatlah tekstur yang rangup, pedas, manis dan umami.\nResipi sambal goreng ikan masin kurau ini dikongsi oleh Cik Puan Norashikin Ismail di laman Facebook. Boleh ikut satu per satu cara-caranya di bawah.\nRasa tak sabar pula nak mencuba resipi ini. Cuba dulu baru tahu keenakannya kan.\n\nRESIPI SAMBAL GARING IKAN MASIN KURAU\n\nBahan-bahan:\n\nIkan masin kurau \u2013 potong dadu\nTempe \u2013 potong dadu\nPetai\n3 biji cili besar \u2013 kisar kasar\n10 biji cili padi merah \u2013 kisar kasar\n10 biji cili padi hijau \u2013 kisar kasar\n2 biji bawang merah \u2013 kisar kasar\n2 ulas bawang putih \u2013 kisar kasar\nGaram, gula secukupnya\n1 asam keping\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n\n1. Goreng ikan masin kurau yang sudah dipotong dadu sehingga garing. Tos dan ketepikan.\n\n2. Goreng pula tempe yang sudah dipotong dadu. Tos dan ketepikan.\n\n3. Tumis pula bahan yang dikisar sehingga naik bau.\n\n4. Selepas itu, masukkan gula dan tumis lagi sehingga bertukar warna. Masukkan asam keping.\n\n5. Masuk bahan-bahan yang siap digoreng tadi, dan gaul sebati.\n\n6. Biarkan ia agak kering, kemudian boleh masukkan petai. Perasakan dengan garam dan gula.\n\n7. Siap untuk dihidang!\n\n\n\n\n\nMudah dan ringkas! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas untuk menu bersahur kita ini. Orang bujang pun boleh memasak tau. Selamat mencuba!\n\n\nBaca juga: Sambal Belacan Ikan Bilis Petai, Resipi Ketagih Sampai Bertambah Nasi Dibuatnya\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-ikan-bilis-belimbing-buluh/", "title": "Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini", "body": "\n\nSiapa je yang tak suka pada sambal ikan bilis kan? Orang melayu memang gemar dengan masakan pedas dan sambal. Tak selera dibuanya kalau tak ada pedas sambal ikan bilis belimbing buluh ni.\nLauk ini mampu buat bertambah nasi woo. Tak ada lauk lain pun tak apa. Sambal bilis belimbing buluh sudah cukup menarik selera makan.\nBaca juga: Sambal hitam pahang aka sambal hitam belimbing buluh\nBelimbing buluh yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional.\nIa juga digunakan sebagai ramuan dalam masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning.\nBelimbing buluh ini juga dapat menghilangkan rasa hanyir pada ikan-ikan darat iaitu ikan air tawar. Mesti ada yang baru tahu kan.\nBelimbing buluh memang terasa agak masam. Tapi, masam juga adalah salah satu penyedap sesuatu hidangan.\nJom kita ikuti resipi sambal ikan bilis belimbing buluh yang dikongsikan oleh Nanie Rosnani ini.\n\nResipi Sambal Ikan Bilis Buluh Belimbing\n\n\nBahan-bahan:\n\nIkan bilis*\nCili merah & cili padi* \u2013 (Ikut suka nak pedas mana)\nBawang merah*\nBelacan (optional)*\nBelimbing buluh \u2013 dihiris bulat, kalau suka masam boleh lebihkan.\nPetai -dihiris (optional)\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula, tumbuk kasar atau halus bahan yang bertanda *.\n2. Kemudian, tumis kesemua bahan yang telah ditumbuk.\n3. Masukkan belimbing buluh dan juga petai.\n4. Tumis sampai garing dan pecah minyak, perasakan dengan garam dan juga gula. Siap!\n\n\n\nMusim belimbing buluh mesti ramai yang buat hidangan ni. Buat je banyak-banyak boleh simpan dalam peti.\nNak makan lagi boleh panaskan. Lagi kaw! Selamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-ikan-bilis-garing-pedas-rangup-mudah-je-nak-buat-rupanya/", "title": "Sambal Ikan Bilis Garing, Pedas & Rangup, Mudah Je Nak Buat Rupanya!", "body": "Kalau korang pergi di mana-mana pasaraya atau kedai runcit mesti selalu nampak orang jual sambal ikan bilis ini di dalam bekas kaca. Tetapi bagi sesetengah orang mungkin harganya agak mahal, tetapi jangan risau korang boleh sahaja buat di rumah yang penting sedap dan mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Zubaidah Hassan di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nSAMBAL IKAN BILIS GARINGKalau korang pergi di mana-mana pasaraya atau kedai runcit mesti selalu nampak orang jual sambal ikan bilis ini di dalam bekas kaca. Tetapi bagi sesetengah orang mungkin harganya agak mahal, tetapi jangan risau korang boleh sahaja buat di rumah yang penting sedap dan mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Zubaidah Hassan di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nCili kering yang pedas\n\nGaram\n\nIkan bilis\n\nBawang merah\n\nBawang putih\n\nKredit: Siti Zubaidah HassanCARA PENYEDIAAN\nCuci, tos dan goreng cili kering bersama minyak. Jangan terlalu lama sebab cili kering cepat garing.\n\nKisar kering cili kering tersebut dengan sedikit garam.\n\nGoreng bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga garing. Goreng asing, supaya ia masak dengan sempurna.\n\nPanaskan 2-3 sudu minyak, masukkan semua bahan menggunakan api kecil. Kacau sehingga sebati.\n\nTunggu ia sejuk, dan boleh disimpan di bekas. Siap dan boleh dimakan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-ikan-bilis/", "title": "\u201cJangan Pandang Sebelah Mata Lauk Ni\u201d- Wanita Ini Kongsi Resipi Sambal Ikan Bilis Garing", "body": "\nSambal ikan bilis garing sangat sesuai dijadikan lauk terutamanya kalau masa travel ataupun kering idea nak masak menu apa.\nYang penting lauk ni boleh dijadikan stok yang tahan lama tau. Kalau korang nak makan dengan bubur atau sup pun sedap.\nResipi Sambal Ikan Bilis Garing\nBahan-bahan:\n\nCili kering\nMinyak\nBawang besar\nGaram\nSerbuk perasa\nIkan bilis\nGula\nBawang goreng\n\nCara pembuatan:\n\nBasuh bersih cili kering. Sis suka pakai yang jenis besar kalau taknak pedas sangat. Kalau guna yang kerinting tu ia akan jadi pedas hangat. Ikut selera masing-masing nak guna cili yang mana.\nDah basuh bilas, gunting buang biji. Biar sekejap dia kering. Ready untuk goreng.\nGoreng jangan lama-lama tau agak-agak garing je. Goreng pakai minyak banyak api sederhana. Jangan sampai hangit pula nanti tak sedap.\nBila dah siap goreng cili, kalau nak goreng ikan bilis pun boleh.\nKemudian, blend kering tanpa letak air.\nMasukkan bawang yang telah diblend halus. Goreng sampai garing. Angkat dan tos ketepi.\nBiarkan minyak dalam 1-2 sudu sahaja. Masukkan cili kering blend, gula 1-2 sudu, garam setengah sudu, serbuk perasa dan bawang yang digoreng. Masak sekejap je nak bagi sebati semua. Api perlahan je.\nDah sebati, rasa kalau tak cukup gula & garam. Kalau dah okay tutup api.\nSelepas tutup api, masukkan bawang goreng (kalau malas guna je yang dalam paket tu) dan ikan bilis yang digoreng.\nGaul sebati. Sedap garing-garing.\n\nBila dah siap sambal ni, sesuai sangat kalau nak makan dengan roti.\nKredit: Lia Dahlia\nBaca juga:\n\nResipi Tempe Goreng Berempah Rangup, Cicah Sambal Kicap Memang Wow!\u00a0\nSambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini \n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-ikan-masin-sengelo/", "title": "Cara Buat Sambal Ikan Masin Sengelo, Sambal Tradisi Orang Sarawak", "body": "\nPernah merasa Sambal Ikan Masin Sengelo? Dikatakan lagi sedap dari sambal belacan yang selalu kita makan.\nConfirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Tumbuk-tumbuk sikit ikan masin sengelo tu lepastu ratah makan dengan nasi panas. Fuhh terangkat dibuatnya. Perut pun kenyang.\nResipi dari perkongsian dari Irah Erah ini memang lain dari yang lain. Ikan masin yang ditumbuk bersama cili padi ini memang istimewa dari Sarawak.\nArtikel berkaitan: Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini\nIni kerana, ikan sengelo ini memang hanya ada di Sarawak sahaja, jadi kalau nak buat sambal ini memang kena pos ke semenanjung dahulu.\nKalau nak pikat hati suami dan keluarga, jom cuba sambal ini pula.\nResipi Sambal Ikan Sengelo\n\n\nBahan-bahan:\n\nIkan masin sengelo\nCili padi \u2013 ikut tahap kepedasan \nGula\nMSG sedikit\n\nCara membuatnya:\n1. Goreng dahulu ikan masin sengelo ini. Angkat dan toskan.\n2. Kemudian, tumbuk ikan masin sengelo ini bersama cili dan gula di dalam lesung batu biar sekata.\n3. Lepas hancur kesemua bahan, dah boleh letak di dalam bekas dan siap untuk dihidang.\n\n\nSukatan resipi ini, ikut citarasa masing-masing. Nak pedas, boleh lebihkan cili. Ada sesetengah orang nak buat sambal ikan masin sengelo ini, dia terus tumbuk tanpa goreng dahulu.\nDua-dua cara pun sedap. Tapi kalau min, lagi kick bagi ikan masin tu goreng dahulu. Orang Melayu dan sambal memang tak dapat dipisahkan.\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-kerang-tumis/", "title": "Sambal Kerang Tumis Cara SIMPLE, Sekali Rasa Mesti Meratah Lagi Punya!", "body": "\nSambal Kerang Tumis ini merupakan salah satu inovasi dari masakan sambal tumis. Sambal tumis adalah masakan yang diperbuat dari cili kering yang dikisar bersama bawang. \nBahannya sangat ringkas namun pembuatannya agak memakan masa bagi mendapatkan warna sambal yang merah gelap. Gula juga main peranan untuk menghasilkan sambal yang sedap.\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Char Kuetiau Kerang, Sedap Macam Dekat Kedai\nPemilihan jenis cili kering pula mempengaruhi rasa pedas sambal tumis ini. Sebaiknya gunakan cili yang kurang pedas dan dicampur dengan cili pedas, untuk menghasilkan rasa yang mengancam. \nIkuti resipi simple dari perkongsian Cik Puan Nurul Ain Muhamad Hassan ini.\n\nRESIPI SAMBAL KERANG TUMIS\n\nBahan-bahan:\n\n1kg kerang \u2013 sudah dibersihkan\n2 biji bawang besar \u2013 hiris\n1 batang serai \u2013 diketuk\nDaun kesum \u2013 hiris\n1 batang bunga kantan \u2013 hiris\nDaun bawang \u2013 hiris\nCili kisar\nBawang putih dan bawang merah \u2013 kisar\nGaram dan gula\n\nCara memasak:\n1. Tumiskan bawang besar yang sudah dihiris bersama serai sehingga naik bau.\n2. Kemudian, masukkan bawang yang sudah dikisar tadi dan tumis sehingga sedikit garing.\n3. Bila sedikit garing, baru masukkan cili kisar ikut sukatan kuantiti kerang. Kalau suka berkuah, lebihkan. Kalau tak suka, boleh kurangkan.\n4. Masak sehingga cili kisarnya pecah minyak seperti biasa. Selepas pecah minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa.\n5. Masukkan hirisan daun kesom dan bunga kantan bagi naik wangi masak tumis ini.\n6. Bila sudah sedikit kering sambalnya itu, boleh masukkan kerang yang sudah dicuci bersih.\n7. Tutup sekejap kuali kira-kira 10 minit kemudian baru taburkan hirisan daun bawang. Siap!\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-ketuk-ikan-bilis/", "title": "Sambal Ketuk Ikan Bilis Yang Sedap, Pedas Dia Memang Tak Boleh Bawa Bincang", "body": "\nJika anda merupakan hantu pedas, wajib cuba resipi sambal ketuk ikan bilis ini. Bila ada sambal ini, dijamin akan terus membuka selera anda. Ada sesetengah orang panggil sambal gesek. Lain negeri dan tempat, lain nama panggilannya. Tetapi cara membuatnya hampir sama saja. Yang penting kena ada cili, ikan bilis, bawang dan perahan limau.\nSambal ini dipanggil sambal ketuk atau gesek kerana semua bahan akan diketuk atau digesek menggunakan lesung sehingga hampur hancur sebelum dicampurkan dengan perahan limau. Kalau sebelum ni anda biasa makan je tapi tak tahu cara membuatnya, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas.\nBaca juga: Cara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!\nResipi Sambal Ketuk Ikan Bilis\nBahan-bahan:\n\nIkan bilis\nBawang putih\nBawang merah\nCili papi\nSerbuk perasa\nLimau kasturi\n\nCara-cara:\n1. Goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.\n2. Kemudian, goreng pula bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga layu.\n\n3. Seterusnya, tumbuk semua bahan yang sudah digoreng tadi sehingga hancur. Tambahkan serbuk perasa dan gula secukupnya.\n\n4. Perahkan limau kasturi. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\n\u00a0\nKredit: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas\nBaca juga:\u00a0 Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Balado, Resipi Asli Dari Orang Indonesia\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-kicap-style-johor/", "title": "Sambal Kicap Style Johor, Ini RAHSIA Bagi \u2018Kick\u2019 Dan Tahan Lama", "body": "\nResipi Sambal Kicap Style Johor ini memang padu. Andai ke sana, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama Bihun Sup atau Soto pun padu.\nBaca juga: Sambal Bawang SIMPLE Tapi Padu, Simpan Luar Peti Sejuk Pun Tahan Seminggu!\nNak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri? \nJom cuba resipi perkongsian dari Cik Puan Norhayati Bt Ismail Tang ini. Oh ya, ada petua tau supaya sambal kicap ini tahan lama. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok. Nanti bolehlah buat.\n\nRESIPI SAMBAL KICAP STYLE JOHOR\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nCili padi 30 biji\nBawang putih \u2013 2 labu (digoreng hingga perang)\nKicap masin \u2013 \u00bd botol atau ikot paras cili dlm jug blender\nCuka/air limau \u2013 3 sudu besar\nGula \u2013 5 sudu besar\n\nCara penyediaan:\u00a0\n1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.\n2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.\n3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.\nInfo Tambahan:\u00a0\n\nSambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.\nSesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.\nTip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja.\nGuna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut .\nPetua org tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.\n\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Sambal Tumbuk Cili Hijau, Resipi Simple Tapi Memang Buat Makan Bertambah!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-nyet-asyik-pecah-khairul-aming-bengang-kurier-tak-jaga-barang/", "title": "Sambal Nyet Asyik Pecah, Khairul Aming \u2018Bengang\u2019 Kurier Tak Jaga Barang", "body": "\nSemua mengetahui Sambal Nyet merupakan produk jenama makanan milik pempengaruh terkenal iaitu Khairul Aming semakin terkenal dan sampai sekarang pun, sambal tersebut masih lagi laku keras di Shopee.\nWalau bagaimanapun, Khairul Aming baru-baru ini meluahkan rasa stresnya dengan perkhidmatan syarikat kurier J&T apabila Sambal Nyet yang dipos kepada pelanggannya pecah.\nArtikel berkaitan: Khairul Aming Beri Penjelasan Ekoran Pembungkusan Sambal Nyet \u2018Leaking\u2019\nArtikel berkaitan: Netizen Pertikai \u2018Isu Halal\u2019 Selepas Khairulaming Kongsi Video Makan Croissant Di Paris\nKhairul Aming telah berkata sedemikian menerusi Twitter di mana dia selaku pemilik perniagaan berasa stres dengan servis J&T kerana botol sambal yang telah dibalut setebal yang mungkin tetap pecah.\n\nTwitter Khairul Aming\nDalam ciapan tersebut, Khairul Aming turut mendedahkan bahawa perkhidmatan Pos Laju pula bagus kerana mereka mengendalikan bungkusan sambal dengan baik.\nJika ada isu sekali pun, pihak Pos Laju juga akan bertanggungjawab manakala dengan J&T pula, dah banyak kali botol sambalnya pecah apabila dipos dengan servis tersebut.\nDifahamkan, bisnes Sambal Nyet Khairul Aming menggunakan kedua-dua servis kurier tersebut kerana ia telah ditetapkan oleh platform Shopee.\n\nDi ruangan komen, rata-rata netizen di Twitter berkongsi pengalaman sama dihadapi Khairul Aming selain ada yang pernah membuat aduan, namun tidak berpuas hati dengan penyelesaian diberikan.\n\u201cBarang saya masih belum diterima dan apabila membuat aduan, pihak kurier menyuruh saya membuat tuntutan saja. Padahal, saya mahukan barang tersebut,\u201d ciap seorang pengguna @saiana210487.\n\u201cKita desak supaya semua platform dalam talian memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih kurier,\u201d ciap @miqdamrashid pula.\nHantaran itu meraih 3.4M jumlah tontonan dan 15.7k tanda suka setakat ini.\nSumber: Kosmo!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-sardin-cili-api/", "title": "Sambal Sardin Cili Api Campur Petai Dan Kentang, Memang Tak Mampu Nak Tolak Makan Ini!", "body": "\nWah! Kalau Sambal Sardin Cili Api ini dijadikan lauk tengah hari kita memang tak mampu nak tolak. Dengan ikan sardin goreng yang wangi, dimasak pula dengan petai memang sedap sangat!\nBaca juga: Cara Buat Roti Sardin Kantin Sekolah, Tak Serap Minyak dan Rangup!\nLauk macam ini, kena makan dengan nasi panas atau roti gardenia. Memang tak sedar lauk ini akan cepat habis sebab ramai yang gemar.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mazliza Ahmad\u200e ini. Sedapnya tu memang rata- rata tahu. Sebenarnya lauk sardin bukan hanya sambal atau makan mentah dari tin je tau. Boleh tengok cara memasaknya di bawah.\u00a0\n\nRESIPI SAMBAL SARDIN CILI API CAMPUR PETAI DAN KENTANG\n\nBahan-bahan:\n\n1 tin sardin (asingkn kuah dan goreng ikan sardinnya)\n1 biji kentang (hiris dan goreng)\n1 biji tomato (hiris nipis)\nPetai atau jering\n1 biji bawang besar (hiris bulat)\nGaram dan serbuk perasa\n\nBahan kisar:\u00a0\n\n3 biji cili masak / cili besar\n12 biji cili padi\n1 biji bawang besar\n3 ulas bawang putih\nSedikit belacan\n\nCara memasak:\u00a0\n1. Mula-mula, mesin kasar bahan kisar. Jangan terlalu hancur ya.\n2. Panaskan minyak, dan tumis bahan mesin tadi. Kemudian masukkan tomato hiris.\n3. Seterusnya, masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing\n4. Masukkan garam dan serbuk perasa makanan\n5. Akhir sekali masukkan sardin, kentang, petai dan bawang hiris. Biarkan beberapa minit sehingga kuahnya mendidih, baru lah padamkan api.\n\nSelamat mencuba resipi Sambal Sardin Cili Api Campur Petai dan Kentang ini.\nBaca juga: Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Guna \u2018Pressure Cooker\u2019\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-sotong-campur-petai/", "title": "Sambal Sotong Campur Petai, Ikut Resipi Opah Min", "body": "\nKalau ada sotong dekat rumah, memang wajib masak sambal sotong petai ini. Bukan apa, dah memang jadi lauk kegemaraan keluarga min.\nBestnya sambal sotong ni bukan sesuai makan dengan nasi putih je tau. kalau buat nasi lemak pagi-pagi tu pun sedap dan bertambah makannya. Buat sambal tu sudah tentu kena masukkan sedikit petai barulah awesome!\nBaca juga: Cara Cuci Sotong Supaya Kekal Pejal & Tak Berair, Tak Perlu Rebus Lagi Sebelum Masak\nMenurut resepi yang min nak kongsikan ni, katanya sambal sotong yang bagus bila mana sambalnya tidak berair dan sambal meliputi semua sotong. Dan untuk hasilkan sambal sotong yang sebegitu, ada Teknik dan caranya tersendiri.\nResipi Sambal Sotong Petai\nBahan-bahan:\n\n\n\n15 tangkai cili kering\n2 labu bawang besar ( belah 4)\n3-4 ulas bawang putih\nSedikit minyak masak\n4-5 ekor sotong\nSedikit tepung gandum\n2 sudu besar gula\n1 cawan air\nSediki garam\n15 mata petai ( ikut suka boleh letak lebih)\n1 biji bawang holland ( hiris)\nSerbuk perencah\n1 sudu besar asam jawa (bancuh)\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula sekali, rebus cili kering bagi lembut. Kemudian, kisar bersama bawang besar dan bawang putih. Jangan gunakan air, tapi kisar dengan minyak sampai hancur.\n2. Basuh sotong, potong bentuk bulat yang kita inginkan. Basuh dengan tepung gandum. Kemudian toskan sekejap.\n3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar tadi dan juga gula. Masak sampai gula larut dan pecah minyak. Pastikan sambal bertukar warna jadi maroon.\n4. Sementara tu, didihkan secawan air dan masukkan sedikit garam. Celur sotong dalam 2 minit terus angkat dan toskan.\n5. Bila sambal dah bertukar warna jadi maroon, masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sampai rasa dah sekata.\n6. Bila rasa dah ngam boleh masukkan sotong, petai dan juga bawang holland. Gaul dan masak selama 3 minit sahaja lebih kurang.\n7. Akhir sekali, masukkan air asam jawa. Kacau sekata agar bahan-bahan sekata. Siap untuk dihidang.\n\n\nFuuh! Serious nampak berselera pulak bila tengok lauk sotong dengan petai menghijau dalam gambar ni. Nak tukarkan kepada udang juga boleh. Pasti rasanya sedap dan manis!\nBila tengok cara masak sotong sambal ni, berbeza tak dengan cara yang biasa kita buat? Jika berbeza, nanti nak buat boleh cuba buat cara opah min punya resipi.\nSelamat mencuba.\n\nKredit gambar: Yayar B. Awang Noh\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-sotong-kembang/", "title": "Sambal Sotong Kembang, Makan Dengan Nasi, Nasi Lemak, Lempeng Sodap Beb!", "body": "\nAda tak penggemar sambal sotong kat sini? Mesti korang pernah dengar resepi sambal sotong kembang kan?\nLauk ni antara lauk favourite ramai orang tau. Memang sedap sangat. Cara penyediaannya pun mudah. Korang kena follow resepinya disini. Masak sendiri kat rumah, lagi puas hati.\nSambal sotong kembang ni antara lauk yang sedap di makan dengan nasi lemak dan lempeng.\nBaca juga: Tip Masak Sambal Tumis Lagi Sedap. Sotong, Udang, Sambal Bilis Ada Petua Berbeza Tau\nDan sudah tentu menjadi lauk pilihan ramai bila makan di warung-warung nasi lemak. So, apa kata hujung minggu ni kita buat sambal sotong untuk sarapan pagi. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya!\nNak rebus sotong ni ada petuanya. Rebus sekejap je sotong yang dah di bersihkan. Bila air dah mendidih terus padam api.\nBiarkan seminit dua barulah toskan dan potong-potong. Hasilnya sotong akan lebih lembut dan tak liat bila di makan. Barulah layan masa makan nanti.\nResepi sambal sotong kembang ni telah di kongsikan oleh Har Ryea. Ramai sangat yang share resepi ni.\nResipi Sambal Sotong Kembang\n\n\nBahan-bahan:\n\n3 ekor sotong dibersihkan (Rebus sekejap. Bila air dah mndidih terus padam api. Biarkan seminit dua lepastu toskan & potong-potong)\n6 -7 sdb cili kering kisar (rebus dulu)\n2-3 sdb bawang besar kisar\n1 sdb bawang putih kisar\n1 sdb halia kisar\n1-2 biji bawang besar hiris kasar\nSeketul kecik gula melaka\n1 sdk pes asam jawa Adabi\nGaram & ajinomoto\nSedikit gula pasir\nSemangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar sedikit kasar)\n\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar dan goreng sampai sedikit garing.\n2. Masukkan bahan-bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih & halia. Ratakan sekejap.\n3. Masukkan cili kering, kisar dan gaul rata.\n4. Masukkan jugak gula melaka dan terus tumis.\n5. Masukkan pula garam, ajinomoto, gula pasir dan sedikit pes asam jawa. Gaulkan rata & biarkan hingga naik minyak.\n6. Boleh masukkan sotong. Gaul rata dan masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar tadi.\n7. Masukkan sedikit air dan gaul lagi. Boleh tambah kacang tanah jika suka.\n8. Terus masak hingga sambal naik minyak & wangi. Kena selalu kacau supaya sambal tak hangit.\nSiap untuk dimakan. Tahap kepedasan sambal sotong ni korang boleh adjust ikut suka ye.\nKalau nak lagi pedas, korang boleh guna cili kering yang lebih kerinting.\nLagi kerinting tekstur cili tu, bermaksud lagi pedas rasanya. Mesti korang pun tahu tips ni kan.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-tempe-tahan-lama/", "title": "6 Petua Nak Sambal Tempe Tahan Lama Dan Rangup", "body": "\nSambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je.\nAda yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Tak renyah pun nak masak dan yang penting boleh buat pinggan bertambah.\nTapi macam mana nak bagi lauk ini tahan lama dan sentiasa rangup?\nSebab mudah sikit kerja kita hanya tinggal masak nasi je bila tak ada mood nak memasak nanti.\nJangan risau, ada petuanya yang dikongsikan sendiri oleh Ira Yussof II di Facebook.\n\n\nKadang bila dah masak, bila dan simpan still tak rangup rasa kriuk-kriuk tempe tu sebab dah terangin. Jom ikut petua-petua di bawah.\nPetua 1: Guna cili kering kisar\nCili kering tu korang kisar tapi jangan kisar dengan air yang sikit. Contoh cili kering korang separuh jag blender tu, air plak bagi lebih sikit dari separuh tu.\nBaru la cili kering hancur betul-betul and senang untuk blender tu pusing. Selepas itu, guna cili kering yang pedas. Nak campur yang tak pedas boleh jugak, tapi pastikan cili pedas lagi banyak dari cili yang tak pedas.\nPetua 2: Tempe, kacang dan ikan bilis goreng asing\n\n\nTempe mentah, kacang dan ikan bilis tu kena goreng dulu dan goreng berasingan.\nGoreng tempe sampai garing, pastu goreng kacang tanah, dan akhir sekali goreng ikan bilis. Ketepikan.\nMasa sambal tu dah hampir siap nanti, panas-panas gaul semua sekaligus. Baru la rangup setiap elemen sambal tempe kita.\nPetua 3: Kisar bawang holland dan bawang putih\nBawang plak jangan guna bawang tumbuk. Blend jugak. Guna bawang holland dan bawang putih tau. Bawang lain tak berapa jadi.\nPetua 4: Gula\nGula plak guna gula putih je. Tapi, Ira pernah buat eksperimen guna Gulapong. Serius lagi sedap.\nGulapong ni spesis gula melaka cumanya gulapong ni ada dekat Sarawak je. Boleh beli dekat online kalau nak cuba gula tu.\nPetua 5: Jangan letak segala jenis sos\nNak buat sambal tempe, jangan sekali-kali guna sos. Itu la antara sebab paling utama sambal tempe korang lembab.\nPetua 6: Potong tempe nipis-nipis\n\n\nTempe tu jangan la segedabak tebal potong. Potong nipis, senipis yang boleh. Kalau nak nipis cantik guna pisau cutter.\n\nItu la 6 petua utama kalau nak buat sambal tempe sedap dan rangup. Sebenarnya, nak masak ni ikut je selera kita nak macam mana rasa makanan tu.\nSemoga bermanfaat!\n\nBaca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-tumbuk-cili-hijau/", "title": "Sambal Tumbuk Cili Hijau, Resipi Simple Tapi Memang Buat Makan Bertambah!", "body": "\nSambal Tumbuk Cili Hijau, Resipi Simple Tapi Memang Buat Makan Bertambah!\nJom buat sambal style macam ini pula untuk penambah selera. Memang nampak ringkas tapi boleh bertambah nasi dibuatnya tau.\nBaca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu\nCara penyediaannya juga mudah dan simple. Tinggal tumbuk bahan-bahan, tumiskan dan terus boleh makan bersama nasi. Tak toleh kiri kanan dah kalau nampak sambal tumbuk ini.\nKita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Sabariah Sisa di laman Facebook ini. Perkongsian beliau ini memang ramai yang sudah mencuba dan sukakannya. Mari kita tengok.\n\nRESIPI SAMBAL TUMBUK CILI HIJAU\n\nBahan-bahan:\n\nCili hijau\nIkan bilis\nBawang merah\nBawang putih\nBelacan \u2013 dibakar dahulu\nBawang besar\nGaram\nGula\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Bersihkan dulu cili hijau dan potong kecil supaya mudah untuk ditumbuk.\n2. Masukkan ikan bilis, bawnag merah, bawang putih dan belacan ke dalam lesung batu. Tumbuk kasar bahan-bahan ini.\n3. Masa tengah menumbuk bahan, boleh masukkan perasa, gula dan garam secukup rasa.\n4. Tumbuk lagi selepas masukkan perasa. Apabila rupa macam gambar di bawah, kira okay dah. Tak perlu tumbuk hancur sangat.\n\n5. Kemudian, masukkan cili hijau yang sudah dipotong tadi. Letak sedikit demi sedikit supaya mudah untuk proses menumbuk.\n6. Tumbuk sehingga cili hijau habis.\u00a0\n7. Selepas itu, tumis bawang besar dan masukkan bahan yang sudah ditumbuk tadi. Gaul hingga masak.\u00a0\n\n8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Sambal Ikan Masin Sengelo, Sambal Tradisi Orang Sarawak\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-tumis-daging/", "title": "Sambal Tumis Daging, MUDAH Dan Sedap Ikut Cara Ini", "body": "\nMari kita masak Sambal Tumis Daging hari ini. Hidangan ini antara hidangan yang paling ringkas dan mudah untuk dibuat oleh para ibu, bujang dan juga anak remaja yang baru nak belajar memasak.\nBaca juga: Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!\nCara memasak sama sahaja dengan sambal tumis ikan bilis atau ikan kembung cuma bahan asasnya sahaja ditukar kepada daging. Jika stok daging banyak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Rafidah Abdul Halim ini.\nSambal tumis ini sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi lemak mahupun lempeng. Nak cicah bersama roti pun nikmat! Jom tengok resipi mudah di bawah.\n\nRESIPI SAMBAL TUMIS DAGING\n\nBahan-bahan:\n\n500g daging \u2013 hiris nipis\n1 cawan air\n1 inci halia \u2013 hiris nipis\nGaram secukup rasa\nGula putih dan gula merah secukup rasa\n3 sekawan rempah\u00a0\nAir asam jawa / 1 asam keping\n\nBahan kisar:\n\n7-9 tangkai cili kering \u2013 siap rebus dan tos\n5 ulas bawang putih\n1 biji bawang merah\n\nCara-cara memasak:\n1. Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih.\n2. Tumis 3 sekawan bawang besar dengan halia yang dihiris nipis sampai naik bau.\n3. Masukkan bahan kisar dan daging yang dihiris nipis masak sampai daging empuk.\n4. Bila daging dah empuk dancili kisar pun dah masak, boleh masukkan gula putih dan gula merah. (optional saya letak sikit untuk bagi colour sambal cantik).\u00a0\n5. Masukkan air asam/asam keping dan garam dan biarkan ia masak dengan sekata. Lepas itu, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau sebati.\n6. Bila rasa dah sebati. Boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba resipi Sambal Tumis Daging ini.\u00a0\nBaca juga: Cairkan Daging Beku Cara BETUL, Elak Risiko Keracunan Makanan\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambal-tumis-telur-pecah/", "title": "Sambal Tumis Telur Pecah, Resipi \u2018Lejen\u2019 Untuk Selera Sahur", "body": "\nSambal Tumis Telur Pecah, resipi \u2018lejen\u2019 yang sesuai untuk menu bersahur nanti. Memang makan panas-panas, bertambah nasi dibuatnya!\nMenu ini antara masakan yang ringkas, jimat masa dan pada masa yang sama menaikkan selera ketika badan sejuk-sejuk nak bangun siapkan sahur.\u00a0\nBaca juga: Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!\nSilap haribulan, bau tengah menumis saja dah kejutkan seisi keluarga untuk terus ke meja tau. Hiks!\nAda orang paling suka telur kicap hancur, ada yang suka telur sambal kicap, ada yang gila makan bertambah nasi kalau dihidangkan dengan lauk telur berkuah kicap. Makan dengan nasi panas pulak memang Fuh!\nResipi ini memang mudah dan boleh ajarkan kepada anak-anak yang remaja baik lelaki mahupun perempuan. Senang bila ada apa-apa kecemasan, harapkan mereka masakkan lauk ni saja.\nJom ikuti resipi sambal tumis telur pecah yang dikongsikan oleh Cik Puan Suhanawati Ismail Suwais ini. Tengok gambar sahaja pun dah bikin terliur.\n\nRESIPI SAMBAL TUMIS TELUR PECAH\n\nBahan-bahan:\n\n3 biji telur \u2013 5 biji pun boleh\n2 ulas bawang merah\n2 ulas bawang putih\n1 inci belacan \u2013 kisar\nSegenggam cili kering \u2013 kisar\n1 labu bawang besar \u2013 kisar\nSedikit air asam jawa\nGaram\nGula\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau wangi.\n2. Kemudian, masukkan cili kisar bersama sambal belacan dan bawang besar. Tumis hingga naik minyak.\n3. Masukkan pula air asam jawa dan gaul biar sekata.\n4. Selepas itu, perasakan sambal tumis tersebut dengan garam dam gula.\n5. Pecahkan telur berasingan. Tak perlu kacau dan biarkan telur masak di atas sambal itu.\n6. Bila dah nampak masak, siap untuk menjamu selera.\n\nKalau nak buat untuk anak-anak yang tidak makan pedas, boleh kurangkan cili kisar, dan gantikan sos cili kepada sos tomato. Sesuai dengan rasa yang tak pedas, anak-anak confirm suka!\nWalaupun gunakan telur je, tapi rasanya memang marvellous! Yang mana belum cuba, wajib rasa masakan ini. Selamat mencuba!\u00a0\nBaca juga: Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sambut-hari-jadi-pekerja-favourite-di-mamak/", "title": "Sambut Hari Jadi Pekerja \u2018Favourite\u2019 Di Mamak, Keluarga Ini Buat Ramai Sebak", "body": "\nKita seringkali dimomokkan dengan perwatakan warga asing yang bersifat jahat, pengotor dan sebagainya. Namun, tidak semua warga asing mempunyai sikap begitu.\nSebenarnya ramai juga warga asing yang baik hati. Janganlah kita memukul rata dan menganggap mereka semua bersifat jahat.\nBaru-baru ini tular di laman TikTok di mana seorang gadis berkongsikan momen manis mereka menyambut hari kelahiran seorang pekerja asing kegemaran mereka di sebuah restoran mamak.\nMenerusi video yang dimuat naik oleh @nasikerabu77 itu, kelihatan gadis itu dan keluarganya sempat memberikan kejutan kepada pekerja \u2018favourite\u2019 mereka itu.\n\nDifahamkan, pekerja yang bernama \u2018Sankar\u2019 itu bakal pulang ke kampung halamannya.\nJusteru itu, mereka bercadang untuk membuat kejutan kepada Sankar dengan memberikan sebiji kek dengan ucapan \u2018Happy 29th Birthday Sankar\u2019.\n\nKeluarga tersebut kelihatan turut bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu \u2018Happy Birthday\u2019 kepadanya.\nMenerusi video tersebut, Sankar kelihatan menahan sebak dan menutup semula mukanya dengan pelitup muka yang dipakainya.\nSankar juga sempat memeluk ayah gadis itu sebagai tanda ucapan terima kasih kepada mereka.\n\nMenjengah ke ruangan komen, orang ramai turut berasa sebak dan memberikan pujian terhadap kebaikan keluarga gadis itu.\n\n\nVideo penuh:\n\n\n @nasikerabu77\nPardon my sister\u2019s aggresive clapping while recording but our fav waiter at our fav mamak is going back to his hometown soon \ud83e\udd79 happy belated bday sankar \ud83e\udef6\ud83c\udffc\n \u266c Married Life (From \u201cUp\u201d) \u2013 Sergy el Som \n\n \nKredit: @nasikerabu77\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/sandiwch-goreng-yam/", "title": "Sandwich Goreng Yam, Menu Ringkas, Sedap Dan Mengenyangkan", "body": "\nPernah cuba Sandwich Goreng Yam? Jika tidak pernah, anda harus cuba. Sangat sedap dan sesuai disajikan pada bila-bila masa. Intinya boleh dipelbagaikan selain dari keladi yam. \nBoleh guna sardin, sambal tumis bilis, tuna dan sebagainya mengikut selera masing-masing. Cara memsaknya juga cukup senang malah tidak menggunakan banyak bahan.\nBaca juga: Sandwich Cheesy Beef Slice Air Fryer, Hanya Guna 4 Bahan Je, Jimat Masa!\nResipi ini tiada sukatan sebab senang dan ringkas. Jika inti tercair boleh tambah yam, jika terlalu kering boleh tambah susu cair. Yang penting, ubi keledek perlu direbus dulu ya.\nSelain itu, resipi ini menggunakan serbuk yam sebagai pewarna semulajadi. Jadi, ianya sesuai dimakan oleh anak-anak dan seisi keluarga berbanding pewarna tiruan.\nJom cuba resipi perkongsian Cik Puan Linda Safar ini. Pasti puas hati.\n\nRESIPI SANDWICH GORENG YAM\nAsyik sarapan pagi yang sama je kan. Jom buat menu ini pulak. Simple, sedap dan mengenyangkan. Anak-anak tentu suka.\n\nBahan-bahan:\n\nKepingan roti\nTelur \u2013 untuk jadi salutan roti\nUbi keledek ungu* \u2013 rebus dahulu\nSerbuk yam*\nSusu cair/susu pekat manis*\n\nNota: kisar halus bahan yang bertanda *\nCara-cara penyediaan:\n\n1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga menjadi seperti smoothie untuk dijadikan inti.\n2. Potong kepingan roti.\n3. Sapu inti dan buat sehingga menjadi 3 lapisan.\n4. Celup ke dalam telur.\n5. Gorengkan ia hingga permukaan roti masak. Tos dan ketepikan.\n6. Sedia untuk dihidang!\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal\n"} {"url": "https://myresipi.com/sandwic-telur-ekpres-guna-microwave/", "title": "3 Minit Siap! Mudahnya Cara Buat Sandwic Telur Ekspres Guna Microwave Ni", "body": "\nJom cuba buat sandwic telur ekspres menggunakan microwave ini. Dalam masa 3 minit, anda boleh menghasilkan sandwic yang sedap dan lazat!\nBiasanya bila kita buat sandwic telur ni, kita hanya menggunakan telur, mayonis dan roti saja kan? Jika ikut resipi ini, anda perlu tambah satu bahan lagi iaitu keju mozarella.\nJika ditambahkan keju ini, sandwic anda lebih pekat dan likat serta tidak mudah terkeluar dari roti. Barulah tak comot bila makan.\nBaca juga: Sandwich Cheesy Beef Slice Air Fryer, Hanya Guna 4 Bahan Je, Jimat Masa!\nResipi Sandwic Telur Ekspres Guna Microwave\nBerikut merupakan perkongsian oleh Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan:\nBahan-bahan:\n\n1 butir telur\n2 keping roti\n1 sudu besar mentega\n1 sudu besar mayonis\n2 sudu besar keju mozarella\nGaram secukup rasa\n\n\nCara-cara:\n1. Masukkan 150-200ml air panas dalam cawan, pecahkan telur di dalam air berkenaan. Kita nak masak gunakan microwave. Pecahkan kuning telur sikit kalau bimbang ia meletup.\n\n2. Kalau gunakan air panas, tetapkan masa dalam 1 minit. Kalau gunakan air suhu bilik, tetapkan masa dalam 1 \u00bd hingga 2 minit. Masa ni sebenarnya bergantung pada gred telur, isipadu air, dan jenis microwave yang digunakan.\n\n3. Toskan telur yang dah masak. Hati-hati, panas! Apapun, tengok telur tu. Elok kejadiannya kan?\n\n4. Sewaktu masih panas, masukkan mentega supaya mudah ia nak mencair. Nak letak marjerin? Silakan. Tak nak letak? Pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.\n\n5. Masukkan mayonis. Tak perlu banyak sangat.\n\n6. Akhir sekali masukkan keju mozarella yang diparut. Nak gunakan kepingan keju cheddar pun boleh sahaja. Saya gunakan mozarella sebab dia mudah cair dan boleh \u201cditarik\u201d.\n\n7. Gaulkan sehingga tahap hancur yang kalian mahukan. Ada orang suka telurnya tu hancur halus-halus, ada suka kasar-kasar. Saya nak buat kasar sedikit supaya ada \u201cbite\u201d bila makan nanti.\n\n8. Letakkan atas roti. Isi sandwich ni pekat dan likat sebab ada keju, jadi bila makan nanti ia tak mudah berterabur keluar.\n\n9. Lihat warna isi sandwic ni. Menarik kan? Tak pucat lesi macam sandwic telur biasa tu. Yang ini, tengok pun dah menyelerakan.\n\n10. Potong 4.\n\n11. Rasa dia lebih menyerlah daripada sandwic telur biasa kerana ditambah keju mozarella. Tetapi masa dan cara penyediaannya lebih ringkas. Tak perlu basuh periuk atau kuali.\n\nSelamat menjamu selera!\n\nKredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan\nBaca juga: Buat Sendiri Sandwich Chicken Crispy, Puas Hati Letak Isi Banyak\n"} {"url": "https://myresipi.com/sandwich-cheesy-beef-slice/", "title": "Sandwich Cheesy Beef Slice Air Fryer, Hanya Guna 4 Bahan Je, Jimat Masa!", "body": "\nJom buat Sandwich Cheesy Beef Slice guna air fryer. Memang enak, mudah dan mengenyangkan! Menu ekspress ini sesuai dimakan ketika sarapan atau brunch. Nak buat sebagai \u2018light dinner\u2019 pun tiada masalah. \nSandwich ini juga boleh dijadikan bekalan anak-anak ke sekolah atau idea sahur. Ia merupakan makanan yang cukup mengenyangkan disamping memenuhi zat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.\nBaca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal\nHanya menggunakan tiga bahan saja dan terus bakar dalam air fryer, memang jimat masa!\nResipi sandwich ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Raja Ain. Ala-ala sandwich macam di kafe hasilnya. Jom kita tengok cara-caranya.\n\nRESIPI SANDWICH CHEESY BEEF SLICE\n\nPortion: 1 orang makan\nBahan-bahan:\n\n4 keping roti\n4 keping cheese clice\n4 keping beef Slice\n1 biji telur \u2013 dikacau\n\nBahan topping:\n\nMayonis\u00a0\nSos cili \u2013 optional\n\nCara-caranya:\n1. Untuk roti buku, ambil empat keping roti dan potong tepi roti cantik-cantik.\n2. Kemudian, Letak empat keping cheese di atas setiap roti yang telah dipotong tadi.\n3. Kemudian, letak pula empat keping beef slice dan mayonis di atasnya.\n4. Lipat kepada bentuk segitiga dan cucuk lidi di tengah roti supaya tidak terbuka.\n5. Masukkan roti-roti tersebut ke dalam air fryer dan sapukan telur yang sudah dikacau ke atasnya. Bakar dengan suhu 180C kira-kira 10 minit.\n\n6. Siap untuk dihidang!\n\nMudah je kan! Bila dah tahu buat, dia akan jadi senang je sebenarnya dan lama-lama terbiasa buat sendiri je daripada beli di kedai. Nak buat makan santai minum petang pun boleh. Anak-anak confirm akan suka sandwich ni sebab kita menggunakan cheese dan beef slice.\nSelamat mencuba korang.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sandwich-strawberry-ala-family-mart/", "title": "Sandwich Strawberry Ala Family Mart, MUDAH Rupanya Nak Buat!", "body": "\nDekat Family Mart ada satu roti sandwich strawberry yang selalu jadi kegilaan ramai. Bila viral je pasal roti sandwich ni memang susah nak dapat sebab masing-masing nak mencuba. Beberapa kali pergi kadang-kadang memang terlepas je.\nRoti sandwich strawberry ini memang sedap dan layan kalau makan waktu petang. Santai je dengan family sambil makan hidangan ala-ala western ini.\nBaca juga: Sandwich Goreng Yam, Menu Ringkas, Sedap Dan Mengenyangkan\nHidangan simple dan ringkas macam ni anak-anak pasti akan suka. Makan pula dengan strawberry, bukan biasa-biasa tau hidangan kita. Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Tyra Manan ini.\n\nRESIPI SANDWICH STRAWBERRY ALA FAMILY MART\n\nBahan-bahan:\n\nRoti putih\nWhipping cream \u2013 200ml\nGula \u2013 2tbsp\nStrawberry\nPlastik wrap \u2013 untuk balut roti sebelum potong\n\n*Roti itu guna yang jenis tebal gebu, jangan guna roti keping gardenia sebab roti tu nipis & lembut jadi tak berapa nak cantik nanti bila potong.\u00a0\nCara penyediaan:\u00a0\n1. Sediakan roti putih. Roti putih ni jangan guna yang nipis seperti gardenia tau. Cari roti yang tebal dan gebu. Banyak dijual di kedai-kedai runcit\n2. Mula-mula sekali, pukul whipping cream dan gula sampai gebu. Anggaran dalam 3-4 minit macam tu.\n3. Ambil roti dan sapu whipping cream di atas roti. Susun buah strawberry di atas roti dan tambah lagi whipping cream di celah-celah strawberry.\n4. Akhir sekali, wrap roti bagi padat dan simpan kejap dalam peti ais dalam 20 hingga 30 minit.\n5. Kemudian, baru potong. Siap dan sedia untuk dihidangkan!\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/sandwich-strawberry-chocolate-peanut-butter/", "title": "Sandwich Strawberry & Chocolate Peanut Butter, Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak Confirm \u2018Laris\u2019!", "body": "\nJika ibu masih tercari-cari menu untuk jamuan anak di sekolah, tak perlu pening kepala! Nak senang buat boleh buat Sandwich Strawberry dan Chocolate Peanut Butter yang menarik ini.\nTak perlu masak beli roti saja. Tapi pastikan guna roti butterscotch dan coklat kismis untuk dapat warna ini. Untuk filling boleh sapu dengan jem strawberi dan chocolate peanut butter.\nJom baca cara lengkap yang dikongsi oleh Syahirah Adnan di bawah.\nBaca juga: Buat Sendiri Sandwich Chicken Crispy, Puas Hati Letak Isi Banyak\nSandwich Strawberry dan Chocolate Peanut Butter\nCara-caranya:\n1. Beli 1 bungkus roti butterscotch dan 1 bungkus roti coklat kismis (2 bungkus roti ini boleh dapat satu box sandwich, ada lebih lagi roti butterscotch).\n\n2. Sapu jem strawberi atau strawberi filling pada satu keping roti coklat.\n3.\u00a0Sapu chocolate peanut butter pada sekeping lagi roti coklat.\n\n4. Letak atau tindih roti butterscotch di bahagian tengah kemudian potong 4 bentuk X. Boleh buang tepi kulit roti. Siap!\n\nSelamat mencuba!\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/sandwich-tuna-telur-mayo/", "title": "Sandwich Tuna Telur Mayo, Makan Bila-bila Pun Sedap", "body": "\nResipi sandwich tuna telur mayo perkongsian dari Fatimah Saari ini cukup ringkas. Intinya menggunakan campuran tuna dan telur yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain.\nNampak sangat sedap dan tentunya mengenyangkan. Bagi anda yang tercari-cari juadah ringkas dan pada masa yang sama mudah disediakan, resipi sandwich ini\nResipi Sandwich Tuna Telur Mayo\n\nBahan-bahan:\n\n\n1 pek roti buku\nMentega \n3 biji telur rebus \u2013 dilenyek\n4-5 sudu makan mayones \n2 tin tuna\u00a0\n1 biji bawang besar \u2013 potong dadu\nTomato \u2013 hiris\n4-5 keping keju \n1/2 biji lemon\n1/2 sudu serbuk lada hitam\n\nCara membuatnya:\n1.Rebus telur hingga masak. Kupas kulit kemudian lenyek hingga halus di dalam mangkuk.\n2. Kemudian masukkan tuna, bawang besar yang telah potong dadu kecil, serbuk lada hitam, jus lemon dan juga mayones.\n3. Gaul bahan-bahan tadi hingga semua sebati dan bercampur rata. Rasa sedikit untuk sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.\n\n4. Ambil kepingan roti dan sapu mentega.\n5. Letak kepingan keju, tomato dan sudukan inti tuna tadi dengan secukupnya.\n6. Lapikkan dengan sekeping lagi roti dan potong mengikut saiz yang digemari.\n7. Sandwich Tuna Telur Mayo sedia untuk dinikmati.\nBaca juga: Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/santan-kotak-jadi-berketul-ikut-langkah-ini-elok-semula/", "title": "Santan Kotak Jadi Berketul & Tak Cantik? Ikut 2 Langkah Ini \u2018Confirm\u2019 Santan Jadi Elok Semula", "body": "\nBiasanya kita hanya guna sedikit santan kotak ataupun santan segar untuk memasak kan? Baki santan simpan dalam freezer\u00a0atau chiller.\u00a0Tapi bila nak guna semula, santan kotak jadi berketul selepas dinyahbekukan. Nak masak gulai pun dah jadi tak cantik.\nUntuk elak santan kotak jadi begini, anda boleh praktikkan petua yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Wan Norhasni Wan Han.\nMenurutnya, dia ada cara mudah untuk memastikan santan yang berketul ini menjadi elok semula dengan hanya menggunakan cara yang mudah.\nSantan Kotak Jadi Berketul? Ikut Cara Ini Supaya Ia Elok Semula\n1. Ambil santan yang sudah cair dan berketul, lalu masukkan ke dalam blender.\n\n2. Tambahkan air panas dan kisar seketika.\n\n3. Keluarkan dan santan akan cair elok tak berketul lagi.\n\nLihat video asal di bawah untuk lebih faham:\n\n\n @one_niey1\nReply to @halimatunsadiah08 sayang kalau buang.. \ud83e\udd2d senang je, nk guna blik, just ltk air pnas dn blend. #tipsdapur #masukberanda #fyp #myfoodie #tips\n \u266c original sound \u2013 Waw4nn_ \u2013 Waw4nn_ \n\n \nSumber: Wan Norhasni Wan Han (TikTok)\nBaca juga: Carrot Dah Lembik? Jangan Buang! Rendam Je Dalam Air Macam Ni, Jadi Keras & Segar Semula\n"} {"url": "https://myresipi.com/santap-terok-ehh-hang-tuah-makan-western/", "title": "SANTAP TEROK! : Ehh, Hang Tuah Makan Western?", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-13 05:08:26\n\n\nSantap Terok! merupakan salah satu rancangan baru di platform Myresipi berkonsepkan 'food review' di restoran-restoran yang telah dipilih. Apa yang membuatkan rancangan ini lain daripada rancangan- 'food review' yang lain adalah kerana pengisiannya yang berunsurkan cabaran menarik. Setiap episod akan mempunyai cabaran-cabaran berlainan untuk dikenakan kepada jemputan yang hadir.\nUntuk episod kali ini, Myresipi membawakan anda Restoran A&J Grill Western sebagai lokasi untuk kami lakukan 'food review'. Restoran ini terletak di Sungai Buloh dan telah menjadi tumpuan orang ramai kerana keenakan menu-menu yang disediakan. Cabaran kali ini, jemputan diminta untuk berkarakter sebagai Hang Tuah dan mengikuti beberapa peraturan ketika rancangan berlangsung.\nOleh itu, jom kita tonton rancangan Santap Terok!\u00a0episod yang pertama ini.\u00a0Jangan lupa untuk tinggalkan comment, like dan subscribe anda di youtube Myresipi.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sapuan-coklat-ala-nutella/", "title": "Sapuan Coklat Ala Nutella, Buat Sendiri Di Rumah Guna 4 BAHAN Ini", "body": "\nSiapa je yang tak suka Nutella kan? Jom buat sendiri sapuan coklat ala-ala Nutella, lebih sedap dan berlemak ikut citarasa masing-masing.\nSelain disapu pada roti, makan macam tu je pun boleh habis satu balang. Harga Nutella ni boleh tahan juga mahalnya. Maklumlah barang import. Bagi yang anak ramai, boleh pening kepala bila asyik nak kena beli seminggu sekali.\nBaca juga: Kaya Pandan Homemade Ala Boat Noodle, Wangi Dan Sedap Rasa Pandannya\nJadi bolehlah cuba buat Nutella homemade perkongsian Encik Naem Nas ni. Mudah sahaja. Malah kebersihan terjamin dan lebih jimat. Anak-anak pun senyum lebar.\n\nRESIPI SAPUAN COKLAT ALA NUTELLA\nHari ini buat choc spread ala nutella sebab anak sulung minat sungguh dia makan ngn roti.\u00a0 Ada hat ni pon takpa dah. Nak beli setiap minggu botak juga kepala. Yang penting tiada gula. Tapi sedapnyaa ya ampun menyesal tak buat dari dulu.\n\nBahan-bahan:\n\n1 1/2 cawan kacang \u2013 bagi sapuan coklat berlemak\n3 cawan dark choc beryls\n1 sudu teh esen vanila\nSecubit garam\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Bakar kekacang kemudian kisar sampai jadi pes.\n2. Tambahkan 4 sudu besar minyak untuk smooth kan pes.\n3. Double boil kan coklat. Saya guna dark choc manis-manis sedang.\n4. Campur dark choc dan pes kacang dalam blender.\n5. Masukkan secubit garam dan 1 sudu teh esen vanilla.\n6. Blend sampai sebati dan halus. Boleh tambah sedikit minyak untuk stabilkan kepekatan.\n7. Nak lagi manis boleh tambah sedikit susu pekat. Boleh tuang dalam botol kedap udara. Siap!\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Cinnamon Rolls @ Roti Gulung Kayu Manis Cara Mudah, Lembut Dan Gebu!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sarapan-pagi-ala-ala-di-cameron-highland-tapi-sebenarnya-di-perlis-je-makanannya-juga-sedap-belaka/", "title": "Sarapan Pagi Ala-Ala Di Cameron Highland Tapi Sebenarnya Di Perlis Je, Makanannya Juga Sedap Belaka", "body": "\nKalau pergi ke Pelis je pasti ramai yang tidak tahu nak makan di mana kan? Haa siapa cakap Negeri Perlis ni takde tempat best untuk bersarapan. Sebenarnya ada tau! Ada sebuah kedai yang bernama Kopi Kebun\u00a0dan terletak di Kangar ni, mereka menyajikan makanan sarapan pagi yang sedap tau.\nBukan itu sahaja, suasana kedai ini juga sangatlah cantik tau. Ala-ala sarapan pagi di Cameron Highland. Kalau anda singgah di sini, anda bukan sahaja dapat makan makanan mereka yang sedap ni malah dapat juga bergambar. Menarik kan?\nSarapan Pagi Ala-Ala Di Cameron Highland Tapi Sebenarnya Di Perlis Je, Makanannya Juga Sedap Belaka:\n\nSebuah akaun di Twitter @NadiaFariha_ ada berkongsi tentang pengalamanya makan di Kopi Kebun ni. Katanya anda patut cuba makan scone mereka. Sedap sangat!\n\n\u201d Siapa cakap perlis takdak tempat best ?! Ni lagi satu tempat breakfast best kat perlis. Kedai dalam kampung ja tapi rasa macam breakfast di cameron ! U gais should try their scone too. Sedap ya ampun \u201d\n\nAntara makanan yang dijual di sini adalah dari makanan lokal hinggalah ke barat seperti nasi lemak, laksa dan sandwiches.\u00a0Kalau anda peminat kopi, di sini juga ada menjual kopi yang sedap tau! Anda wajib cuba makan sarapan pagi di sini.\n\u201d Sedap weh !! Tak manis sangat dan cair kat mulut !! \u201d\n\nSelain daripada sarapan pagi, anda juga boleh datang untuk makan petang kerana kedai ini beroperasi sehingga jam 5 petang. Jadi anda boleh lah minum kopi mekera untuk Hi-Tea dan lepak chill dengan kawan korang.\n\nNampak menarik kan kedai ni? Haa kalau anda kini berada di Perlis atau ada plan hendak ke perlis, anda jangan lupa tau singgah ke Kopi Kebun By Aji Heritage Farm di Kg Sentua, Utan Aji ni okay? Memang dijamin puas hati lah.\nAlamat: Kopi Kebun By Aji Heritage Farm, Kg Sentua, Utan Aji, Kangar. Perlis\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (8AM \u2013 5.30PM)\nSumber: @NadiaFariha_\n"} {"url": "https://myresipi.com/sarapan-pagi-dengan-masakan-gabungan-timur-dan-barat-di-ipoh-anda-wajib-singgah-di-sini/", "title": "Sarapan Pagi Dengan Masakan Gabungan Timur Dan Barat Di Ipoh, Anda Wajib Singgah Di Sini", "body": "\nKadang-kadang tu memang susah sangat nak cari tempat sarapan pagi yang menyajikan pelbagai jenis juadah dan sedap kan? Selalunya orang kita kalau nak sarapan mesti akan pergi ke kedai mamak atau makan nasi lemak kan? Haa, apa kata anda cuba kelainan sedikit dengan makan makanan Timur dan Barat sebagai sarapan anda.\nKalau anda berada di Ipoh, ini adalah berita baik untuk anda! Sebuah kedai yang bernama Kedai Cikgu dan terletak berdekatan dengan lapangan terbang Ipoh, ada menjual sarapan pagi dengan masakan gabungan Timur dan Barat. Rata-rata pelanggan di sini juga menggemari makanan yang dijual di sini. Sedap katanya.\nSarapan Pagi Dengan Masakan Gabungan Timur Dan Barat Di Ipoh, Anda Wajib Singgah Di Sini:\n\nSebuah akaun di Twitter @kraszbatu ada berkongsi pengalamanya makan di Kedai Cikgu ini.\n\u201d Kedai Cikgu di Jalan Lapangan Terbang. Sarapan pagi sahaja. \u201d\nKepada anda yang tidak familiar lagi dengan kedai ini, Kedai Cikgu ini hanya beroperasi untuk sarapan pagi sahaja. Jadi kalau anda nak singgah di sini pastikan anda datang awal tau!\n\n\nAntara menu yang menjadi pilihan orang ramai adalah, Nasi Lemak, Chicken Chop, Roti Canai dan banyak lagi lah. Memang tak rugi anda datang ke sini.\n\u201d Kat sini makanan gabungan masakan timur dan barat. Sedap dan biasalah makan tempat sedap2 kena banyakkan bersabar. \u201d\n\n\nTengok sahaja gambar makanan ni, memang dah terliur kan. Ramai juga yang memberi review dan mengatakan maknana di sini sedap-sedap belaka.\n\u201d Chicken chop dia best sangat.. crispy \u201d\nNampak menarik kan? Jadi kalau anda ada plan nak bersarapan pagi di Ipoh, anda wajib singgah di Kedai Cikgu ni tau!\nAlamat: 22 Jalan Lapangan Terbang, Kg, Kampung Melayu Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak\nWaktu Beroperasi: Ahad \u2013 Khamis (7AM \u2013 12.30PM)\nSumber: @kraszbatu\n"} {"url": "https://myresipi.com/sarapan-roti-canai-lupa-bawa-cash-gadis-tak-sangka-dilayan-begini/", "title": "Sarapan Roti Canai Lupa Bawa Cash, Gadis Tak Sangka Dilayan Begini", "body": "\nDalam teknologi yang serba moden di Malaysia kini, penggunaan duit tanpa tunai\u00a0(cashless)\u00a0sememangnya sudah diguna pakai oleh orang ramai.\nJika anda perasan, sudah banyak kedai makan, retail shop dan pusat membeli belah menggunakan teknologi cashless\u00a0seperti QR Code. QR Code ini biasanya terpapar di kaunter pembayaran.\nNamun ada juga kedai makan dan warung jalanan khususnya masih tidak menggunakan cara ini atas faktor-faktor tertentu.\nOleh sebab itu, walaupun sekarang adalah zaman teknologi, anda tetap perlu sentiasa membawa wang tunai kemana-mana sahaja.\nLupa bawa cash\nPemilik akaun twitter bernama @AnasofeaRidzwan telah menulis satu bebenang mengenai peristiwa mengejutkan yang menimpa dirinya apabila dia tidak membawa wang tunai yang cukup ketika berkunjung ke sebuah warung roti canai.\nKatanya, dia hanya mempunyai wang tunai sebanyak RM5 untuk membuat pembayaran namun jumlah pembayaran adalah sebanyak RM10.\n\nOleh itu, dia menawarkan untuk membuat pembayaran melalui\u00a0online transfer\u00a0ataupun QR Code.\nTerkejut dengan respon pekerja\nNamun, respon pekerja di Warung Roti Canai John/Mizan Corner itu telah membuatnya terkejut.\n\u201cPagi tadi, pergi sarapan dekat warung roti canai. Layanan staf sangat baik, makanan sampai serious cepat. Waktu nak bayar, aku terlupa yang aku tak ada cash. Dalam wallet cuma RM5. Harga dia RM10. Aku minta maaf dan tanya boleh transfer ke atau QR.\u201d Tulisnya.\n\u201cNak tahu apa staf dia cakap?\u201d\u00a0\n\u201cAkak jangan risau. Ambil kertas ni, nanti akak boleh keluarkan duit and bayar bila2. In case akak sibuk dan tiba2 terlupa, saya halalkan, jangan risau.\u201d\u00a0Balas pekerja tersebut.\nOrang baik datang dalam pelbagai cara\nGadis itu turut percaya\u00a0Tuhan telah menghantar orang baik dalam pelbagai cara kerana pekerja tersebut tetap percaya terhadap pelanggannya walaupun bayaran itu besar.\n\u201cThey are kind. The food is good. Banyak car park and sebelah dia ada taman rekreasi sambil makan tenang menghadap.\u201d \u00a0Tulisnya lagi.\nDisebabkan perkongsiannya itu, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmati roti canai di warung tersebut.\n\nSumber: @AnasofeaRidzwan\n"} {"url": "https://myresipi.com/sarapan-sambil-layan-view-tepi-sungai-warung-di-tanjung-rambutan-ini-raih-perhatian-ramai/", "title": "Sarapan Sambil Layan View Tepi Sungai, Warung Di Tanjung Rambutan Ini Raih Perhatian Ramai", "body": "\u00a0\n\nAnda yang sedang bercuti di Ipoh dan tak tahu nak makan di mana? Haa anda memang telah datang ke tempat yang betul. Sebuah akaun di Twitter @MohKeIpoh ada berkongsi sebuah gerai yang menyajikan makanan sarapan pagi dan tengah hari dan yang paling bestnya, anda akan menikmati makanan anda di tepi sungai. Dan yang paling penting sekali, semestinya lah makanan di sini murah dan sedap!\nMakan Di Tepi Sungai, Memang layan:\n\u201d Memang tenang betul dapat makan tengahari nasi berlauk ikan bakor tepi sungai macam ni. Cuaca sejuk & nyaman je \u201d\n\n\n\n\n\u201d Makan nasi putih dengan lauk ikan siakap bakor, ikan talapia bakor & udang goreng tepung di tepi sungai. Menarik kan? Moh Kita! \u201d\n\n\n\n\nSelain daripada makanan tengah hari, kedai ini juga ada menyajikan makanan sarapan pagi tau. Tetapi untuk sarapan, mereka hanya akan beroperasi pada hari sabtu dan ahad sahaja.\n\u201d Layan betul sarapan tepi sungai. Baru tahu kedai ni buka untuk sarapan setiap hari sabtu & ahad. Nasi lemak, roti bakor & teh tarik. Lengkap! \u201d\n\n\nSarapan pagi hanya akan beroperasi bermula dari 9.30 pagi hingga tengah hari sahaja.\nHaa best kan tempat makan ni? Sambil makan sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai! Harganya juga sangatlah murah memang berbaloi lah kalau anda datang makan di sini.\n\u201d Moh ke WARUNG DERUAN SUNGAI @ The Roots Tg Rambutan. Mula beroperasi 1 Mac 2022 (Selasa) Lokasi & waktu operasi Warung Deruan Sungai : The Roots Eco Resort Kampung Kolam, 31250, Tanjung Rambutan, Perak. \u00a011 pagi \u2013 5 petang (Tutup hari Jumaat) \u201d\u00a0\n\n\n\n\nSumber: @MohKeIpoh\n"} {"url": "https://myresipi.com/sate-daging-merecik/", "title": "Cara Buat Sate Daging \u2018Merecik\u2019, Ini RAHSIA Perapan Yang Peniaga Selalu Guna", "body": "\nSetiap kali ke pasar malam, mesti akan beli sate daging atau ayam banyak-banyak untuk hidangan makan beramai-ramai. Sedap betul bila kita makan sate yang isinya besar, dan murah. Rasa pulak sedap dengan kombinasi dengan kuah yang disediakan.\nBaca juga: 5 Sate Minang \u2018Thorbaek\u2019 Sekitar KL & Selangor yang Anda Patut Cuba\nTapi sekarang ni, agak susah sikit nak dapatkan sate dengan harga yang mampu milik. Jadi, bila scrolling Facebook, terjumpa satu resipi macam mana cara buat nak buat sate yang sedap.\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Siti Norizan ini. Memang \u2018merecik\u2019 dibuatnya guna resipi perapan ini.\n\nRESIPI PERAPAN SATE DAGING\n\nBahan utama:\n\n3kg daging -potong kiub untuk sate\n\nBahan kisar: \n\n2 labu bawang besar\u00a0\n5 ulas bawang merah\u00a0\n1 labu bwg putih\u00a0\n2 inci halia\n4 batang serai\u00a0\n\nBahan perap:\n\n2 keping gula melaka \u2013 potong kecil\n1 \u00bd cawan gula putih + gula perang\n3 sudu kecil garam\n4 sudu besar serbuk kunyit\n4 sudu besar serbuk jintan manis\n4 sudu besar serbuk jintan putih\n4 sudu besar serbuk ketumbar\u00a0\n\nCara penyediaan:\n1. Mula-mula sekali, kisar bahan blend sehingga hancur lumat.\u00a0\n2. Perapkan semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas daging yang dipotong kiub. Sebatikan perap semalaman dalam peti ais. Lagi lama perap lagi sedap\n3. Cucuk sate dengan lidi dan bakar dalam selama 40 minit atau sehingga sate masak.\n4. Air perapan satay tadi jangan buang. Boleh gunakan untuk kuah kacang. Cuma tambahkan beberapa bahan sahaja.\n5. Sedia untuk dihidang bersama kuah kacang.\n\nSelamat mencuba resipi perapan sate ini\nBaca juga: Cara Mudah Buat Sate Goreng Versi Masakan Jawa\n"} {"url": "https://myresipi.com/sate-dan-kuah-kacang/", "title": "Sate Dan Kuah Kacang Cara Simple, Memang Sedap Untuk Juadah Raya", "body": "\nSate dan Kuah Kacang antara juadah wajib dihidang bila tiba hari raya. Jom ikuti resipi sate dan kuah kacang simple di sini.\nMudah untuk diikuti dan ringkas. Selain dinikmati di musim perayaan, ia juga sesuai dijadikan sajian harian. Makan dengan nasi impit di waktu pagi atau nikmati bersama sate untuk makan malam, memang enak.\nBaca juga: Simpan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost Rupanya!\nBagi ibu yang sibuk resipi sedap yang mudah dimasak tentunya jadi pilihan. Nak cuba? Jom ikuti resipi dari perkongsian Encik Zaky Mat Ali ini.\n\nRESIPI SATE DAN KUAH KACANG SIMPLE\n\nBahan-bahan sate:\n\n1 ekor ayam di potong 12\n1 cawan gula pasir\n5 sudu teh garam\n\nBahan kisar sate:\n\n1/2 kg bawang merah\n50 g jintan manis\n30 g jintan putih\n300 g lengkuas\n200 g halia\n50 g kunyit\n5 batang serai\n\nCara buat sate ayam:\n1. Perap ayam bersama bahan kisar sekitar 6 jam.\n2. Tusuk sate dengan lidi sehingga habis.\n3. Siapkan arang dan bakar hingga tinggal bara sahaja.Bakar hingga masak.\n4. Boleh gunakan kipas untuk menstabilkan haba.\n5. Sebelum masak sepenuhnya, renjiskan air perapan dan minyak dengan serai yang diketuk.\n\nBahan kuah kacang:\n\n600 gm kacang tanah di sangai\n1 cawan gula melaka\n1/2 cawan cili kering di kisar\n1 cawan minyak mazola\n2-3 cawan air\n5 biji bawang besar\n1 sudu besar gula pasir\n1/2 sudu besar garam halus\n\nCara buat kuah kacang:\u00a0\n1. Masak kacang tanah dengan cara di sangai.\n2. Buang kulit kacang dan sejukkan, kemudian direndam seketika sebelum dikisar.\n3. Kisar dengan blender guna air secukupnya. Jangan terlalu banyak air, nanti jadi bubur.\n4. Mayang bawang besar dan tumis di periuk hingga wangi.\n5. Masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.\n6. Lepas tu, masukkan kacang yang telah di blend kira-kira 2-3 cawan air.\n7. Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam agar ada rasa manis sikit.\n\nBegitulah caranya untuk buat sate dan kuah kacang. Resepi sate ni nak kata susah sangat pun tak, Cuma kena beli barang dapur banyak sikit lebih-lebih lagi rempah ratus.\nBarulah rasa sama macam dekat kedai. Kalau buat ramai-ramai dengan family pasti tak terasa penatnya, malah lebih seronok.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA\n"} {"url": "https://myresipi.com/sate-minang-thorbaek/", "title": "5 Sate Minang \u2018Thorbaek\u2019 Sekitar KL & Selangor yang Anda Patut Cuba", "body": "\nPernah mencuba sate Minang? Sate Minang atau sate Padang ini selalunya disajikan dengan kuah kuning yang mempunyai rasa yang sedikit pedas dan tekstur kuahnya seperti bubur.\nSate Padang atau Minang diperbuat daripada daging sapi (lembu) serta organ dalaman lembu.\nKuahnya bercampur dengan kuah kacang kental seperti bubur, dan ditambah cabai (cili) yang banyak sehingga rasanya pedas.\nArtikel berkaitan: Cara Mudah Buat Sate Goreng Versi Masakan Jawa\n\n1. Kedai Makan Satay Kenari Minang\n\nSate Minang antara makanan tradisi yang cukup digemari bukan setakat dalam kalangan komuniti Minangkabau, bahkan di seluruh Malaysia.\nWalaupun lebih sinonim di Negeri Sembilan, ia juga boleh dinikmati di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor. Kebudayaan Minang cukup kuat di sini termasuk dari segi makanannya.\nBagi anda yang baru pertama kali merasa sate Minang ni, korang pasti akan tertanya-tanya kenapa kuahnya kuning? kenapa daging dan ayam yang digunakan tak sama dengan sate biasa? Jawapan dia itulah uniknya sate Minang. Kuah kuning bukan kuah kacang, rasanya juga berbeza kerana ada sikit rasa pedas dari rempah dan juga rasa lemak.\nSate Minang juga dihidangkan bersama bawang goreng dan dialas dengan daun pisang.\nAlamat: Kenari Satay Minang, Beranang, Selangor\nWaktu Operasi: Setiap hari\n\n2. Sate Minang Pak Yat Paya Jaras\n\nJika anda berada sekitar Sungai Buloh, anda wajib singgah di Sate Minang Pak Yat Paya Jeras untuk mencuba satenya yang bukan sahaja menyelerakan, malah asli resepinya.\nIa dibakar dengan arang kayu ini didatangkan dengan pelbagai jenis. Antaranya ialah sate hati, limpa, paru, daging dan ayam yang diperap dengan rempah khas.\nAlamat: lot, 2986, Jalan Kuala Selangor, Kampung Paya Jaras Tengah, 47000 Sungai Buloh, Selangor\nWaktu Operasi: Setiap hari, 12.00 p.m hingga 8.00 p.m\n\n3. Sate Minang Mak Buyuang, Taman Dato Harun\n\nBagi mereka yang berada di sekitar Petaling Jaya, korang boleh datang ke Sate Minang Mak Buyuang pada sebelah petang sampai lah ke malam.\nHarga satu set sate (5 cucuk sate dan 1 nasi impit) dijual sekitar RM6 sahaja. Sate yang dibakar sangat fresh dan kuahnya juga sangat padu ya.\nAda 3 pilihan set sate iaitu sate ayam, daging dan juga perut.\nAlamat: no 1 lorong 7c taman dato harun 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia\nWaktu Operasi: Setiap hari, 4.00 p.m hingga 11.00 p.m\n\n4. Sate Minang Pak Edi\n\nSate Minang Pak Edi terletak di Shah Alam dan antara restoran makanan minang yang agak popular di Selangor. Rasanya dah banyak kali masuk TV.\nSelain Sate kat sini juga ada Soto Padang menggunakan potongan daging sapi yang digoreng, Gado-gado, Bakso Gearbox dan banyak lagi.\nMenariknya di sini, ayam yang digunakan direbus terlebih dahulu daan kuah satenya pekat dan padu.\nRasa pedas rempah dan lemak di dalam kuah sate menjadikan sate minang di sini sebagai pilihan utama untuk pelanggan mereka. Satu set sate di jual sekitar harga RM4.50 \u2013 RM5 sahaja.\nAlamat: Pasar Malam Paya Jaras, Sungai Buloh, Malaysia, 40160\nWaktu Operasi: Setiap hari, 1.00 p.m hingga 11.00 p.m\n\n5. Sate Minang di Restoran Rose Kampung Baru\n\nTerletak di tengah-tengah bandaraya KL, lokasi ini juga antara port masakan Minang yang menjadi pilihan buat warga kota. Sate Minang ini, ada 5 cucuk sate dan nasi impit berserta kuah.\nKuahnya yang pedas dicampur pula dengan ramuan rempah ratusnya, ramuan ini menyebabkan sate ini menjadi lebih sedap dan amat menyelerakan. Sate Minang ini selain menggunakan daging ayam, mereka menggunakan daging lembu yang telah di salai.\nJika anda memesan set Sate Minang Special, anda akan mendapat 5 cucuk sate ayam dan 5 cucuk sate daging berserta nasi impit bersama kuah yang ditabur bawang goreng di atasnya.\nSet ini cuma berharga RM7.50 sahaja. Ada set-set sate yang lain seperti Sate Minang Biasa RM5.50, Sate Kacang Special RM7.50 dan Sate Kacang Biasa RM5.50.\nRestoran Rose ini bukan sahaja menyediakan menu Sate Ala Minang, malah menyediakan pelbagai menu masakan dari Indonesia terutamanya dari daerah Padang,\nSamutera iaitu masakan ala Minangkabau. Antara menu lain yang menjadi tumpuan pelanggan ialah sate kacang, nasi padang, nasi gurih, bakso, pecal, soto, gado-gado dan lotex.\nLokasi: Restoran Rose, No. 49A Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50300\n"} {"url": "https://myresipi.com/sayur-pedas-timun/", "title": "Sayur Pedas Timun, Lauk Kampung Ikut Cara Arwah Mak", "body": "\nSayur Pedas Timun merupakan lauk \u2018orang kampung\u2019 yang sangat sedap dan mudah penyediaannya. Walaupun ringkas sebegini, tetapi rasanya membuatkan anda boleh tambah nasi beberapa kali. \nCuma padankan dengan lauk sampingan yang lain seperti ikan goreng atau ikan masin goreng, sudah cukup untuk membangkitkan selera.\nBaca juga: Kerabu Pucuk Paku Kampung, Ratah Macam Itu Je Dah Sedap!\nBerkongsi resipi arwah ibu, Cik Puan Tengku Azwa menyatakan hidangan ini juga sangat enak dimakan bersama sambal belacan. \nMalah ia juga boleh dinikmati oleh ibu-ibu berpantang denagn memasaknya bersama lobak putih.\n\nRESIPI SAYUR PEDAS TIMUN\n\nBahan-bahan:\n\n1 batang timun\n3 ulas bawang putih \u2013 beli online disini\n5 ulas bawang merah \u2013 beli online disini\n1/2 sudu makan lada hitam \u2013 beli online disini\n1 ekor isi ikan rebus \u2013 tumbuk\nAir secukupnya\nGaram dan perasa secukupnya\n\nCara-cara memasak:\n1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam hingga lumat.\n2. Masukkan ke dalam periuk bersama hirisan timun dan juga isi ikan rebus yang telah ditumbuk.\n3. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Jika mahu tumis bawang dan lada hitam terlebih dahulu pun boleh. Isi ikan tidak perlu ditumis. (empunya resipi tidak tumis. Terus masukkan air sahaja)\n4. Masak sehingga timun lembut. Kemudian perasakan denagn garam serta perasa dengan secukupnya. Gula tidak perlu kerana timun sudah mempunyai rasa manis.\n5. Bila sudah cukup rasa dan timun lembut, angkat dan sedia untuk dinikmati.\n\nTip Tambahan:\u00a0\n\nJika tiada ikan rebus, boleh guna ikan bilis. Tapi lebih sedap jika guna isi ikan rebus. Boleh juga tambahkan daun kesum jika suka.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini di rumah.\nBaca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/scallop-goreng-cili-benggala/", "title": "Scallop Goreng Cili Benggala, Tinggal Campak Dalam Kuali Lepastu Siap Masak!", "body": "\nJom cuba masak Scallop Goreng Cili Benggala. Bagi yang tak pernah merasa, rasanya sama seperti makanan laut kerang tetapi lebih banyak isi.\u00a0\nUntuk pengetahuan anda, Scallop atau Kekapis ini ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan.\nBaca juga:\u00a0Seafood Lasagna Ala Pizza Hut Cara Mudah, Memang \u2018Repeat\u2019 Nak Makan Lagi!\nScallop atau kekapis ini dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. \nRacun, bakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut.\nTeksturnya agak kenyal dan rasanya seakan siput lala. Kalau nak masak style ini, memang harus bersihkan bahagian dalamnya yang berlumpur.\nIkuti resipi dari perkongsian Ceruk Dapor dari laman Facebook ini.\u00a0\n\nRESIPI SCALLOP GORENG CILI BENGGALA\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n15 ekor scallop (kekapis)\n1 biji cili benggala hijau|potong dadu\n4 ulas bawang putih|cincang\n3cm halia|mayang halus\n15ml sos tiram\nGaram secukup rasa\nLada sulah secukup rasa\nLada hitam secukup rasa\n\nCara memasak:\n1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.\n2. Masukkan kekapis, cili benggala dan sos tiram.\n3. Tambah sedikit air. Masak untuk beberapa minit.\n4. Tambah garam, lada sulah serta lada hitam secukup rasa sebelum dihidangkan.\nInfo tambahan:\nPastikan cengkerang scallop (kekapis) dibersihkan sebelum dimasak untuk membuang segala kekotoran dan pasir yang mungkin terlekat bersamanya.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Tip Bersihkan Lala Yang Berpasir Atau Busuk, Ikut Je Cara Ini Lepastu Dah Boleh Simpan Dalam Freeze!\n"} {"url": "https://myresipi.com/seafood-lasagna/", "title": "Seafood Lasagna Ala Pizza Hut Cara Mudah, Memang \u2018Repeat\u2019 Nak Makan Lagi!", "body": "\nJom buat Seafood Lasagna pula. Memang mudah dan senang guna resipi ini. Asyik buat yang daging je, kita ubah selera intinya pula.\nResipi lasagna ini ramai penggemarnya. Selain berintikan seafood, lasagna juga boleh diintikan dengan pelbagai jenis cheese. Ditambah pula dengan curahan sos carbonara dan taburan cheese diatasnya, sungguh enak hingga tak terkata!\nBaca juga: Cara Buat Lasagna \u2018Simple\u2019 Guna Roti Buku Buat Penggemar Makanan Western\nUntuk hidangan lasagna ini, kita akan menggunakan perkongsian resepi oleh The Recipe Critic. Confirm puas hati dengan hasilnya!\nUntuk yang pertama kali ingin mencubanya, boleh follow step by step disini. Dan anda boleh memilih inti lasagna mengikut citarasa masing-masing. Jom lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.\n\nRESIPI SEAFOOD LASAGNA\n\nBahan inti:\n\nPasta lasagna \u2013 direbus dan tos\nCrabstick\u00a0\nScallop \u2013 masak dan belah empat\nUdang \u2013 dimasak\nMozarella cheese\nParmesan cheese\n\nBahan sos:\n\nHeavy whipping cream\nPerahan lemon\nGaram\nSerbuk lada hitam\nParmesan cheese\nSos carbonara segera\n\nBahan Ricotta Cheese mix:\n\nRicotta cheese\nTelur\nBawang putih \u2013 cincang halus\nDaun parsley \u2013 cincang halus\nGaram\n\nCara penyediaan inti:\n1. Rebuskan pasta lasagna dan mengikut arahan pakej.\n2. Satukan semua seafood dalam mangkuk besar, campur kemudian ketepikan.\n3. Dalam mangkuk lain, campurkan keju mozzarella dan parmesan.\nCara penyediaan sos:\n1. Dalam mangkuk yang berasingan, satukan sup kerang, krim pekat, jus lemon, keju parmesan, garam dan lada sulah. Pukul sebati.\nCara penyediaan ricotta cheese mix:\nDalam mangkuk sederhana masukkan keju ricotta, telur, bawang putih, pasli dan garam. Pukul hingga sebati.\n\nCara susunan lasagna:\n1. Untuk susunan, tuangkan lapisan nipis sos ke bahagian bawah hidangan pembakar yang disediakan. Letakkan lapisan lasagna yang telah dimasak di atas sos. Seterusnya, sapukan \u2153 daripada campuran ricotta, \u2153 daripada campuran makanan laut, kemudian \u00bd cawan campuran keju yang dicincang.\n2. Ulangi proses dua kali lagi untuk menghabiskan lasagna dengan baki keju yang ditaburkan di atasnya.\n3. Akhir sekali, atas lasagna dengan baki keju parut. Tutup dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 30 minit. Buka tutup lasagna dan bakar selama 10 minit lagi.\n4. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama kira-kira 10 minit sebelum dihidangkan.\n5. Siap!\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul\n"} {"url": "https://myresipi.com/sebab-ada-kutu-beras/", "title": "Kutu Beras Tetap Ada Walaupun Tak Buka Lagi? Lelaki Ini Kongsi Sebabnya", "body": "\nKutu Beras Tetap Ada Walaupun Tak Buka Lagi? Lelaki Ini Kongsi Sebabnya.\u00a0\nMesti korang pernah terfikir kenapa masih ada serangga ini walaupun baru beli atau tak pernah buka lagi kan?\nMenyakitkan hati betul. Sebabnya automatik nasi yang dimasak jadi cepat basi, lembik lepastu tak sedap. Nak buang terasa rugi juga sebab beras encik suami yang beli.\nBaca juga: Petua Halau Kutu Dalam Beras Hanya Guna \u2018Bawang Putih\u2019, Satu Pun Tak Tinggal\nJom ikuti perkongsian dari Naim AJ Pest ini untuk mengetahui dari mana serangga ini datang dalam bungkusan walaupun tak pernah buka.\nKutu Beras Ialah Serangga Jenis Stored Product Pest\n\nKutu beras atau nama saintifiknya Sitophilus Orizae atau turut dikenali sebagai bubuk merupakan masalah yang sudah lama wujud dalam industri pertanian.\nWalaupun tidak mambawa bahaya kepada manusia, kutu ini amat berbahaya kepada bahan pertanian.\nSumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.\nMacam mana boleh ada dalam beras walaupun baru beli ?\n\nSerangga ni sebenarnya dia bertelur di dalam beras tu sendiri. Ia akan jadikan sebutir beras itu sebagai tempat menyimpan telur dia. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras sehingga kosong.\nBila dah sampai tempoh matang serangga, ia akan keluar dari beras kemudian akan meneruskan hidup dengan memakan beras yang lain.\nDalam masa yang sama dia akan biakkan lagi telurnya ke dalam beras yang lain.\nSebab itu, bila kita jarang masak cepatlah ia keluar, yang rajin masak nasi, kutu beras tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur dia tu sekali jadi nasi.\nDapat lah extra protein gitu. Tapi tak jadi masalah kalau termakan telur kutu beras ni.\nMacam mana nak selamatkan beras?\n\n1. Jangan simpan beras dalam tempoh masa yang lama.\n2. Beli beras daripada kedai yang sentiasa mendapat bekalan baru.\n3. Simpan beras di tempat kering dan kedap udara.\n4. Masukkan daun pandan, cili kering atau tumbuhan herba tidak berbahaya yang mempunyai bau yang kuay ke dalam beras berkutu.\n5. Basuh beras berulang kali supaya beras yang sudah dimakan oleh kutu beras akan terapung dan dibuang kerana sudah ringan.\nJadi selepas ini tiada lagilah isu dalam mengawal kehadiran kutu dalam beras kan?\nDengan beberapa langkah mudah dan teknik pembasuhan beras yang betul, anda boleh mengelakkan diri daripada terjumpa serangga ini ketika menyuap nasi.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Gadis Ini Selamba Jadikan Beras Sebagai Kudapan, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sebab-ayam-habis-peniaga-bakal-tutup-kedai/", "title": "Ayam Habis & Peniaga Bakal Tutup Kedai? Tauke Ayam Ni Dedah Apa Sebenarnya Yang Terjadi", "body": "\nIsu kekurangan ayam segar di pasaran baru-baru ini membelenggu fikiran rakyat Malaysia terutamanya kepada penjual dan juga pengguna.\nRata-rata meluahkan rasa kecewa dengan situasi tersebut lagi-lagi buat peniaga yang terpaksa mengehadkan pembelian kepada pelanggan tetap mereka.\nMenerusi satu perkongsian oleh pemilih ladang ternak ayam di laman sosial Facebook, Wak Akob berkongsikan sebab kepada permasalahan tersebut. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.\n\nAyam Habis, Peniaga Ayam Bakal Tutup Kedai?\nAssalamualaikum, saya Yani. Pengalaman dalam industri ayam taklah banyak. Ada lah dalam 10 tahun dalam penternakan, proses dan perniagaan ayam.\nHarini saya nak kongsi kisah sebenar, lengkap, kenapa sejak akhir2 ini,\u00a0ayam tiada di pasar, KFC tiada ayam goreng, ayam naik harga.\nPada suatu masa dahulu, harga ayam naik turun\nHarga bergantung apa? Bergantung kos. Kos naik, harga naik. Kos turun, harga turun.\nSemua pengilang dedak, penternak, peniaga ayam, hidup dengan aman damai.\nKemudian, pada tahun lepas harga bahan mentah import meningkat mendadak kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa, dan faktor bekalan.\n\nJadinya, harga jagung meningkat (meningkat lebih 100% 2021). Harga kacang soya meningkat (meningkat lebih 30% 2021). Harga gandum meningkat\nSemua ini, bahan2 yang menjadi kandungan utama dedak (lebih 80%). Dan bahan2 ini, diimport.\nSebelum anda tanya, kenapa makanan ayam diimport, ini ceritanya.\nAyam daging ni, dedak2nya dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien, boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan dan yang paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan.\nBaka2 ayam ini kebanyakannya baka2 import seperti COBB, ROSS, Indian River.\nMereka bukan makan jagung manis cameron highland. Mereka makan jagung bijirin yang tidak ditanam secara meluas di Malaysia.\nBahan2 ni, kita bukan import sikit-sikit. Setahun, lebih 3.9 juta metrik tan jagung bijirin lebih 1.4 juta metrik tan soya diimport.\nBoleh kita hasilkan sebanyak tu? Boleh. Memang boleh.\n\nJadi bila bahan2 mentah ini naik harga, harga dedak meningkat. Dari RM80/50kg kepada RM120/50kg (meningkat lebih 50%).\nBila meningkat, kos ternakan meningkat, dan macam biasa, logiknya, harga ayam meningkat.\nDan itulah yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021. Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30, tanpa kawalan harga/subsidi kepada dedak.\nSebenarnya, pengilang dedak, penternak dah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebankan.\nBila harga kawalan ditetapkan, kami bukan kurang untung, kami rugi.\nJadi kami penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan sementara kami nampak titik keluar. Jadi sebab itulah ayam kurang.\nTiada konspirasi, tiada agenda\nTiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup.\nKemudian, harga kawalan makin turun.\u00a0RM9.10, kemudian RM8.90, ada pula buat RM8.\nPenternak makin tersepit, dan ada yang dah gulung tikar.\nBukan anak ayam tiada atau bermasalah, tapi, siapa yang nak ternak ayam bila rugi?\nSelepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.\nKami harap titik tengah dapat dicapai supaya industri ini dapat kekal, dan dalam masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas dalam harga mampu milik.\nSekian,\nYani Hardinata Hairuddin\nTokey Ayam Wak Akob\n"} {"url": "https://myresipi.com/sebak-lihat-warga-emas-gigih-jual-air-kelapa-rayu-sokongan-ramai/", "title": "Peniaga Ini Sebak Lihat Warga Emas Gigih Jual Air Kelapa, Rayu Sokongan Orang Ramai", "body": "\nDalam ekonomi sekarang yang kian mencabar, ramai di antara kita yang gigih bekerja demi mencari rezeki. Bahkan, masih ada segelintir warga emas yang masih bekerja.\nMeskipun sudah berusia, mereka tetap gigih mencari rezeki demi sesuap nasi. Pada usia emas, seharusnya mereka berehat saja di rumah namun berbeza buat pasangan warga emas ini yang undang sebak.\nMenerusi akaun TikTok @ceobriyaniajun telah memuat naik satu video memaparkan pasangan warga emas yang menjual air kelapa di hadapan gerainya.\nDifahamkan, pemilik akaun tersebut merupakan peniaga Nasi Beriani. Melihat kegigihan pasangan warga emas di hadapan gerainya itu, peniaga ini mengajak orang ramai untuk membeli di gerai tersebut.\n\nMenurutnya, pasangan tersebut akan menolak menolak gerai mereka setiap hari untuk meniaga dan ada kalanya minuman mereka tidak kehabisan dan mereka hanya pulang dengan RM20 atau RM30 sahaja dalam sehari.\nTambahnya, minuman yang dijual oleh pasangan itu sangat murah, satu cawan hanya RM2 sahaja. Malah, jika orang ramai yang lalu di sekitar gerainya tidak mahu membeli nasi briyani yang dijualnya tidak mengapa, asalkan mereka singgah beli dari warga emas tersebut.\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @ceobriyaniajun\nJom support peniaga jalanan. \ud83d\udcaa\ud83c\udffb#fyp #foryoupage #fyp\u30b7 #abcxyz #zybca\u30b7 #foodie #penangfoodie #makantangmana #perlismai\ud83d\udc99\ud83d\udc9b #perlisfoodie #fypsekali #perlis\n \u266c original sound \u2013 sansan sebastian \u2013 sansan sebastian \n\n \nMelihat ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dengan tindakan peniaga ini yang tidak kedekut untuk mempromosikan gerai di hadapannya.\nSebak melihat keadaan mereka, orang ramai turut berterima kasih pada peniaga itu kerana sudi membantu mereka.\n\n\u00a0\n\nJika anda ingin memberi sokongan, bolehlah search\u00a0di Google Maps\u00a0Nasi Briyani Ajun, Perlis. Gerai minuman mereka berada berhampiran dengan gerai peniaga nasi briyani ini.\n"} {"url": "https://myresipi.com/secret-recipe-buat-promosi-kek-beli-2-percuma-1/", "title": "Secret Recipe Buat Promosi Kek \u2018Beli 2 Percuma 1\u2019, Tawaran Hebat Hari Ini Sahaja!", "body": "\nBerita baik buat peminat kek Secret Recipe, anda boleh menikmati tawaran peromosi kek beli 2 percuma 1 pada HARI INI SAHAJA.\nSesuai dengan hari yang sama dengan gaji, inilah masanya untuk anda memanjakan diri dengan sesuatu yang manis seperti kek Secret Recipe.\nBoleh ajak kawan untuk kongsi, dah jimat banyak kat situ. Mana tidaknya, kalau beli sepotong kek pun harga dah lebih kurang RM10 ke atas.\n\nKalau anda pertama kali nak beli, sini Min kongsi beberapa perisa kek kegemaran ramai iaitu New York Cheese Cake, Chocolate indulgence dan Oreo Cheese Cake.\n\nJadi, jangan lupa rebut peluang ini untuk dapatkan promosi yang jarang-jarang muncul ini. Rugi kalau tak grab\u00a0tau!\nTerma & syarat:\n\nPromosi sah pada 25 Februari 2022 sahaja\nMasa bermula 12 tengahari sehingga 5 petang\nLokasi di semua cawangan Secret Recipe seluruh Malaysia\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sedapnya-hujan-hujan-dapat-makan-nasi-air-thai-memang-nikmat/", "title": "Sedapnya Hujan-Hujan Dapat Makan Nasi Air Thai, Memang Nikmat!", "body": "\nMesti dah bosan kan asyik masak nasi air dengan cara biasa? Apa kata kali ini jom cuba kelainan dengan membuat Nasi Air Thai pula.\nCuaca hujan macam ni memang sedap dapat makan sesuatu yang lembut dan bersup seperti Nasi Air Thai. Lagi nikmat kalau dapat makan panas-panas.\nKalau ada yang nak cuba buat, jom lihat resipi lengkap perkongsian oleh Ichi Safitri di bawah. Anak-anak dan seisi keluarga pasti suka!\nResipi Nasi Air Thai\n\nBahan-bahan (untuk 4-5 orang makan):\n\n2 cawan beras (basuh, rendam dan simpan dalam peti beku semalaman)\nAir 2 liter (boleh tambah jika beras masih keras)\n2 ulas bawang putih\nKiub ayam\n\nRebus semua bahan-bahan ini.\nBahan-bahan kuah:\n\n1/2 bahagian ayam (direbus bersama kuah & carik-carikkan isinya)\n1 kiub pati ayam\n1/2 batang serai yang dititik (jangan banyak sangat nanti kuat rasa serai)\n4 ulas bawang putih (diketuk)\n1 inci halia (diketuk)\nAir 1 liter\nGaram, gula dan serbuk cukup rasa\n\nRebus semua bahan-bahan ini.\nBahan hiasan untuk dimakan bersama:\n\nMinyak bawang putih (cincang kemudian goreng dengan sedikit minyak masak dah sejuk simpan ambik sekali minyaknya)\nBebola ikan (rebus sekejap dengan kuah sup tadi)\nKangkung (celur dengan air panas je)\nIkan bilis goreng\nTelur masin\nCili flakes\nAir lada (blend cili merah besar 3biji campurkan cili api merah bersama cuka tambah kan gula, garam)\n\n\nCara penyediaan:\nTuang bubur nasi ke dalam mangkuk tambahkan bahan-bahan hiasan dan tuang sup. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ichi Safitri\n"} {"url": "https://myresipi.com/sedapnya-pisang-goreng-rangup-berserdak-peniaga-ini-dedah-rahsia-bancuhannya/", "title": "Sedapnya Pisang Goreng Rangup & Berserdak, Peniaga Ini Dedah Rahsia Bancuhannya", "body": "\nPernah tak anda tertanya-tanya macam mana peniaga pisang goreng membuat bancuhan tepung pisang goreng rangup dan berserdak?\nSerius sedap kalau dapat ratah serdak pisang goreng ini. Makan petang-petang kat laman rumah bersama secawan teh sangat menenangkan jiwa.\nSeorang peniaga pisang goreng dedah resipi pisang goreng hasil jualan hariannya yang sedap. Jom lihat resipi perkongsian olehnya di bawah.\nBaca juga: Cara Yatie Kitchen Buat Cekodok Pisang Yang Tak Keras & Tak Lembik, Guna Sukatan Cawan!\nPeniaga Kongsi Resipi Bancuhan Tepung Pisang Goreng Rangup & Berserdak\nBahan-bahan:\n\nTepung beras sekampit (tak kisah jenama apa)\n1 biji telur\nSerbuk kunyit\nSedikit air kapur\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan. Pastikan bancuhan tidak pekat dan tidak terlalu cair.\n\n2. Tips untuk dapatkan serdak yang banyak adalah goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Itu sahaja, tiada bahan tersembunyi. Saya bagi niat berniaga kerana Allah taala.\n\nKredit: Liana Mustapha\nBaca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak\n"} {"url": "https://myresipi.com/sedapnya-puding-laici-1-layer-imbau-zaman-90an/", "title": "Sedapnya Puding Laici 1 Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an", "body": "\nSeorang pengguna Facebook, Muhammad Ali ada berkongsikan cara membuat puding laici 1 layer hasil resipi dari ibu beliau.\nDifahamkan puding laici seperti ini mengimbau zaman 90an. Mungkin mak-mak pada zaman itu sangat suka buat puding sebegini.\nResepi ni sangat-sangat mudah, satu layer sahaja, boleh buat dalam kuantiti yang banyak sebab confirm tak cukup.\nResipi Puding Laici 1 Layer\n\nBahan-bahan:\n\n12 gram agar-agar tali (Agar2 tali ni bagus tau sebab dia stabil elok dan tak terlalu lembik)\n6 cawan air (1 cawan air : 250ml)\n1 tin laici\n1 tin susu cair\n1 cawan gula\n3 biji telur gred B\u00a0 kalau gred A pakai 2 biji je)\n2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air\n1 sudu kecil essen vanila\n1 sudu kecil garam\n\nCara-cara:\n\nBasuh dulu agar-agar tali dan dalam periuk letakkan 6 cawan air + 12 gram agar \u2013 agar tali. Biarkan dalam 5-6minit atau sampai mendidih, kacau2 perlahan, api pasang perlahan.\n\nSelepas itu masukkan 1 cawan gula. Biarkan gula larut dulu sambil kacau.\n\nBila dah larut, masukkan air sahaja dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah dia dulu. Kacau sebati.\n\nSementara itu pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama sama 1 tin susu cair.\n\nMasukkan 1 sudu kecil essen vanila + 1 sudu kecil garam. Kacau biar sebati. Ketepikan.\n\nDalam bekas yang lain , masukkan 2 sudu makan tepung kastard dan bancuh bersama- sama 3 sudu makan air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi.\n\nKacau sebati dan masukkan kedalam air agar-agar.\n\nKacau perlahan2 selama 6-8 minit pada api yang perlahan.\n\nDah mendidih masukkan buah laici tadi kacau dalam 10 saat je kemudian tutup api. Masukkan kedalam acuan / loyang.\n\n\nMasa mendidih tu masukkan laici tadi. Kacau jap dalam 10 saat terus tutup api.\n\n\n\n\nMasukkan kedalam acuan atau loyang.\n\n\n\n\nJangan terus masukkan dalam peti, biarkan diluar dulu selama 40 minit baru masukkan dalam peti dan sejukkan selama 3 jam.\nBila dah sejuk, boleh potong dan makan. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Muhammad Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/sedapnya-soto-ayam-lengkap-bersama-resipi-begedil-sambal-kicap/", "title": "Sedapnya Soto Ayam! Lengkap Bersama Resipi Begedil & Sambal Kicap", "body": "\nBosan asyik makan nasi? Jom tukar selera dengan membuat soto ayam ini yang lengkap bersama resipi begedil kentang dan sambal kicap. Sedapnya!\nDapat hirup kuah soto panas-panas memang nikmat! Lagi-lagi ketika dalam cuaca hujan, sesuai untuk menghangatkan badan yang kedinginan.\nMasak sekali boleh tahan sampai ke malam, tak perlu masak banyak kali dah. Jom cuba buat nanti untuk dimakan seisi keluarga. Selamat mencuba!\n\n1) Resipi kuah soto\nBahan kuah soto ayam (untuk 6 orang makan):\n\nLengkuas 1 inci\nHalia 1 inci\nBawang merah besar 4 biji\nBawang putih 1 ulas\nBuah keras 1 biji\n\nKisar semua bahan di atas.\n\n\nAyam potong besar sebab nak carik kan nnti\n\n\n\nSerai 2 batang (ketuk)\n\n\n\nMinyak utk menumis\n\n\n\nSerbuk sup adabi (kalau satu paket kecil tu guna separuh)\n\n\n\nSerbuk kurma adabi (guna separuh juga)\n\n\n\nKiub ayam 1\n\n\n\nAkar daun sup (potong dan cuci bersih)\n\n\n\nAir 2 liter/ satu jug\n\n\nKalau tak nak guna serbuk sup/kurma, guna saja rempah soto. Bahan lain jangan diubah. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata2.\nCara memasak kuah soto:\n\nTumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga naik bau dan sedikit garing supaya semua kuah akan masak elok dan wangi.\nMasukkan serbuk sup dan kurma atau rempah soto.\nMasukkan pula ayam. Agak-agak bila air ayam hampir kering, baru masukkan air.\nSeterusnya masukkan kiub ayam, perasakan dengan gula dan garam. Reneh sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti)\nSiap!\n\n2) Resipi begedil kentang\nBahan-bahan:\n\n\nUbi kentang 5/6 biji\n\n\nBuang kulit kemudian potong kecil. Rebus dan lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit.\n\n\nTelur 1 biji\n\n\nLada sulah\n\n\nGaram secukup rasa\n\n\nPecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.\nCara goreng begedil:\n\nPanaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.\nCelup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng.\nJangan terbalikkan selagi tidak garing dan kekuningan. Bila dah garing, baru terbalikkan supaya tidak pecah.\n\n3) Resipi cili kicap\nBahan-bahan:\n\nCili (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)\nSeulas dua bawang putih (mengikut kuantiti cili)\nKicap dan sedikit garam\nSedikit perahan limau\n\nCara-cara:\n\nKisar cili dan bawang putih. Masukkan sedikit kicap dan garam.\nKisar semua bahan. Akhir sekali masukkan sedikit perahan limau.\n\n\n\u00a0\nKredit resipi & gambar: Kaseh Aryssa\u200e, Uwan Nolly Epin\n"} {"url": "https://myresipi.com/segala-bau-pada-blender-hilang-selepas-ikut-cara-ini/", "title": "Macam Magik! Segala Bau Pada Blender Hilang Selepas Ikut Cara Ini", "body": "\nPasti ramai yang mengalami masalah ini iaitu bau pada blender tidak hilang selepas mengisar bawang dan cili. Jika tidak menghilangkan segala bau itu dengan betul, pastinya akan menjejaskan rasa ketika membuat air buah atau adunan kek.\nJom amalkan cara-cara di bawah setiap kali selepas menggunakan blender untuk menghilangkan segala bau tersebut.\nBaca juga: Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela\nAmalkan Cara Ini Untuk Hilangkan Segala Bau Pada Blender\nBahan-bahan yang diperlukan:\n\n2 sudu soda bikarbonat\n2 sudu garam kasar\nSabun pencuci pinggan\n2 cawan air\n\nCara-cara:\n\nMasukkan semua bahan dalam blender dan blender semua bahan ini. Cuci bersih.\nAmalkan langkah ini setiap kali selepas menggunakan blender.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sekumpulan-anak-muda-kongsi-teknik-pakai-chopstick-guna-tisu/", "title": "\u201cTak Terfikir Pun Cara Ni\u201d \u2013 Sekumpulan Anak Muda Kongsi Teknik Pakai Chopstick Guna Tisu", "body": "\nChopstick merupakan alat makan tradisional yang berasal dari Asia Timur, khususnya negara China, Jepun, Korea, Taiwan dan Vietnam. Namun sekarang ianya sudah digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia.\nSelain sudu dan garfu, masyarakat di Malaysia turut gemar menggunakan\u00a0chopstick lebih-lebih lagi ketika makan sushi dan mi.\nNamun, rupanya ramai yang tidak mahir menggunakan chopstick\u00a0oleh kerana tidak biasa dan ia bukanlah norma masyarakat kita.\nLain pula yang berlaku dalam video yang tular baru-baru ini memaparkan sekumpulan anak muda menunjukkan cara menggunakan\u00a0chopstick bagi mereka yang kurang mahir.\nVideo tersebut telah meraih perhatian warganet. Lihat video penuh di bawah:\n\n\n @_waniyshmsddn\nKawan sapa macam ni \ud83e\udd72\n \u266c original sound \u2013 \u2764\ufe0f\u2b50 \n\n \n\u201cTetaplah pakai chopstick walaupun tak pandai..\u201d\nMenerusi video yang dimuat naik oleh @_waniyshmsddn di TikTok, kelihatan sekumpulan anak muda sedang berada di meja makan.\nApa yang membuatkan netizen terpegun adalah apabila mereka menggulungkan tisu pada penghujung\u00a0chopstick, lalu menjadikan ia lebih mudah untuk dipegang.\n\n\nHal ini membuatkan ramai orang teruja dan ingin mencuba teknik yang dikongsikan oleh sekumpulan anak muda itu.\n\n\n\n\n\n\n\u201cThanks tips memang tak reti selama ni\u201d \u2013\u00a0Netizen\n\nSusulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 929.4K views, 96.4K likes dan 1,056 komen\u00a0di TikTok, rata-rata netizen terpegun dan berterima kasih atas perkongsian tips oleh mereka.\n\n\n\n\nSumber: TikTok @_waniyshmsddn\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/selalu-tengok-k-drama-ini-7-makanan-korea-yang-korang-patut-cuba/", "title": "Selalu Tengok K-Drama? Ini 7 Makanan Korea yang Korang Patut Cuba", "body": "\nPernah tak masa korang tengok K-Drama, lepastu ada nampak makanan-makanan sedap yang mereka makan?\nApabila watak dalam drama mula menikmati hidangan yang lazat, anda pasti akan turut rasa kelaparan dan keinginan yang mendalam untuk makan apa sahaja yang dimakan oleh watak itu.\nBiasanya terdapat beberapa hidangan ruji yang dianggap klasik apabila bercakap tentang makanan Korea, yang setiap peminat K-Drama atau peminat makanan Korea harus cuba sekurang-kurangnya sekali dalam sepanjang hayat mereka.\nBaca juga: 5 Restoran Korea Sedap Di Sekitar KL, Tak Perlu Was-Was Sebab Dijamin Halal\nIni antara hidangan Korea yang mesti anda cuba!\n1. Jajangmyeon (Mi Sos Kacang Hitam)\n\n\nIni adalah hidangan Cina-Korea yang telah memenangi hati ramai kanak-kanak dan orang dewasa dalam budaya Korea Selatan. Ia adalah hidangan berasaskan mi dengan sos kacang hitam.\nAda sesuatu tentang rasa yang membuatkan kanak-kanak mengidamkannya dan hampir selalu menjadi pilihan mereka. Biasanya hidangan itu termasuk kepingan bawang dan daging lembu atau khinzir di dalamnya juga untuk menjadikannya lebih enak.\nDi sesetengah pasaraya sekarang pun dah ada banyak jual yang pek segera tau, jadi memang senang la nak buat!\n2. Tteok-bokki (Kek Nasi Pedas)\n\n\nTteok-bokki ialah makanan ringan dan hidangan popular di Korea Selatan yang sering dijual di peniaga jalanan. Ia adalah kek beras yang dicampur dengan sos cili api. Selalunya terdapat bawang, kek ikan, dan telur rebus yang dicampur di dalamnya juga.\nIa adalah hidangan yang murah, lazat, tetapi cukup pedas yang digemari ramai orang Korea. Ada sesuatu tentang kepedasannya yang sangat ketagih! Sekarang ni, ramai juga yang menikmati hidangan ini dengan keju meleleh sebagai penambah rasa.\n3. Kimchi-bokkeumbap (Nasi Goreng Kimchi)\n\n\nNasi goreng Kimchi amat berbaloi untuk dicuba jika anda ingin mencuba hidangan gabungan Kimchi, tetapi bimbang tentang rempah ratusnya. Di kebanyakan tempat, mereka boleh menjadikan hidangan itu kurang pedas.\nAtau, anda sentiasa boleh menambah lebih banyak nasi untuk bantu mengurangkan rasa pedas. Hidangan ini lebih enak dinikmati bersama dengan telur di atas.\n4. Bibimbap (Campuran Nasi)\n\n\nBibimbap sangat sesuai untuk dimakan di rumah apabila anda mempunyai banyak hidangan sampingan Korea dan nasi. Anda boleh meletakkan apa-apa sahaja dalam periuk besar dan campurkan dengan sedikit pes padi dan cili untuk menjadikannya ramuan yang sempurna.\nSecara tradisinya, hidangan itu mengandungi campuran tauge, bayam, telur, daging lembu, lobak merah, zucchini, timun, cendawan, dan sayur-sayuran lain. Kalau rasa agak sukar untuk menyediakan hidangan ini, jangan risau, korang boleh cuba di restoran seperti Dubuyo, Sopoong, Mr. Dakgalbi dan banyak lagi restoran makanan Korea di Malaysia.\n5. Sundubu-jjigae (Rebusan Tauhu Lembut)\n\n\nIni antara makanan korea kegemaran min. Dihidangkan dalam mangkuk batu yang besar, sundubu-jjigae ialah rebusan pedas Korea yang biasanya diperbuat daripada \u2018dubu\u2019 (tauhu), sayur-sayuran, cendawan, makanan laut, daging lembu, dan gochujang (pes cili).\nBergantung pada tukang masak dan kawasan, sesetengah bahan dikeluarkan, diganti atau ditambah ke dalam adunan. Walaupun variasi berbeza wujud, secara tradisinya, telur mentah diletakkan di atas rebusan dan dicampur dengan sup sebelum dihidangkan, untuk menambah rasa tambahan pada hidangan.\nTauhu lembut yang pecah menjadi kepingan gebu dalam rebusan, menahan rasa makanan laut dan berfungsi sebagai kelegaan daripada kepedasan keseluruhan.\n6. Samgyetang (Sup Ayam Ginseng)\n\n\nMeneruskan ketegangan masokistik, orang Korea mempunyai pepatah yang berbunyi, \u201clawan panas dengan haba\u201d. Maksudnya ialah mereka suka makan hidangan panas yang mendidih pada hari musim panas yang paling panas.\nYang paling mewakili pepatah tersebut ialah hidangan samgyetang iaitu sup pulut yang pekat dengan isi ayam utuh terapung di dalamnya. Proses memasak akan mengurangkan kepahitan khas ginseng dan meninggalkan rasa aromatik yang menarik dan aneh sebagai gantinya.\n7. Hotteok (Pancake Manis)\n\n\nHotteok ialah sejenis lempeng Korea yang mempunyai isi di dalam. Ia adalah makanan ringan dari Korea dan juga merupakan makanan jalanan yang popular di Korea Selatan.\nJenis-jenis hotteok telah berubah secara berterusan, walaupun ramai yang menggemari isi tradisional kayu manis dan kacang. Banyak variasi telah dibangunkan sejak awal abad ke-21, seperti hotteok teh hijau, hotteok jagung, hotteok pizza dan banyak lagi. Kini, banyak vendor menjual yachae-hotteok yang dibuat dengan japchae dan sayur-sayuran.\n\nHaa yang mana satu korang pernah cuba dan paling suka? Kalau korang teringin nak rasa makanan Korea ni dan malas nak masak sendiri, jangan risau, pergi je ke restoran makanan Korea yang ada, contohnya Sopoong, Kyochon, Mr. Dakgalbi, Dubuyo dan banyak lagi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/selama-35-tahun-hidup-pertama-kali-makan-ikan-goreng-sesedap-ini/", "title": "Resipi Ajaran Mertua. Wanita Kongsi Selama 35 Tahun Hidup, Pertama Kali Makan Ikan Goreng \u2018Sesedap\u2019 Ini", "body": "\nSeorang pengguna laman sosial Facebook, Nur Darwisya Qasdina menerusi group Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN)\u00a0ada berkongsikan satu resipi ikan goreng tersedap yang merupakan hasil ajaran mertuanya.\nMenurutnya, selama 35 tahun hidup, ini kali pertama makan ikan goreng yang sesedap ini. Rasa dia sangat nikmat, lain dari lain. Nak tahu apa rahsianya? Jom ikuti perkongsian di bawah.\nSELAMA 35 TAHUN HIDUP PERTAMA KALI RASA IKAN GORENG SESEDAP INI!\nBahan-bahan:\n\nAsam\nJawa\nSerbuk kunyit\n\nCara penyediaannya:\n1. Lumurkan ketiga-tiga bahan pada ikan.\n\n2. Perap sekejap sebelum digoreng.\n3. Nak terus g0reng pun boleh.\n\nIkan memang akan bertukar colour hitam. Sama jugak minyak pon akan tukar colour. Tapi rasa dia sedapp sangat.\u00a0\nBuat ratah memang tak sedar 2 atau 3 ekor sorang-sorang hadap. Cuba lah!\nMemang kaedah orang lama\nMenjengah ke ruangan komen posting berkenaan, netizen memberitahu rupanya kaedah ini sebenarnya telah digunakan oleh mak-mak dari dulu. Kita yang muda ini baru tahu tapi eloklah jika resepi ini viral dapat manfaat kepada semua terutama anak dara dan anak bujang. Manalah tahu dapat pikat perut si jantung hati dan mentua.\n\n\n\nSumber: Nur Darwisya Qasdina via Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)\nBaca juga: Resipi Ikan Siakap Stim Limau Yang Lembut & Wangi, Nak Lagi Sedap Kena Lebihkan \u20181 Bahan\u2019 Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/selamba-je-cuci-perut-lembu-guna-mesin-basuh/", "title": "Selamba Je Cuci Perut Lembu Guna Mesin Basuh, Cara Lelaki Ini Raih Perhatian Netizen", "body": "\nTular baru-baru ini pada platform TikTok @makey.24jey dalam memaparkan \u2018cara cepat\u2019 yang dilakukan beliau membersihkan perut lembu iaitu menggunakan mesin basuh.\nSejak beberapa hari ini, meriah di media sosial mengenai perkongsian dan gelagat netizen dalam mengerjakan ibadah korban serta menyambut Hari Raya Aidiladha.\nVideo Penuh\n\n\n @makey.24jey\nbeginilah setiap tahun, bende boleh cepat buat apa nk lambatkan hahahaha.\ud83d\ude02#foryou #viral2022 #fyp #fyp\u30b7 #makanlokal #myfoodie #makanemoji\n \u266c Cumbia Buena \u2013 Grupo La Cumbia \n\n \nDi sebalik pembersihan \u2018cara cepat\u2019 yang dikongsikan, rata-rata netizen nampaknya nampaknya terhibur dengan cara unik yang dikongsikan.\nTidak kurang juga yang terkejut serta mencadangkan kaedah lain dalam membersihkan perut lembu seperti menggunakan water jet dan sebagainya.\n\n\n\n\nSetakat artikel ditulis, video yang dikongsikan berjaya meraih lebih 10.2 juta tontonan dan lebih 7,000 komen termasuk daripada netizen negara luar yang terkejut dengan kaedah yang dikongsikan.\n\nBaca juga: Lelaki Bengang Jiran Tingkat Bawah Masak Di Beranda Apartment Sampai Lantai Rumah Berminyak\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/selamber-makan-mata-lembu-netizen-rasa-kembang-tekak/", "title": "\u2018Selamber\u2019 Makan Mata Lembu, Aksi Gadis Ini Buat Netizen Rasa Kembang Tekak", "body": "\nSetiap anggota lembu boleh dimasak dan dijadikan pelbagai hidangan yang enak. Bukan sahaja daging, malah organ lembu juga boleh dimakan.\nAda juga yang percaya organ lembu tertentu mempunyai khasiatnya\u00a0 jadi ia boleh diamalkan demi kesihatan tubuh badan. Tapi buat mereka yang tidak biasa, sudah tentu akan berasa geli melihatnya.\n\u2018Selamber\u2019 Makan Mata Lembu, Gadis Ini Buat Netizen Rasa Kembang Tekak\u2019\nSeorang gadis di TikTok memuat naik satu video yang berkongsikan aksinya memakan mata lembu secara mentah.\nMenurutnya, tekstur dan rasa mata lembu tersebut seperti jeli dan rasa masin-masin. Sedap katanya!\n\nMenerusi carian di Google, memakan mata lembu secara mentah yang dikatakan berupaya menyembuhkan sakit belakang atau membantu memberi tenaga masih menimbulkan keraguan terutamanya kepada tubuh badan manusia.\nRamai terkejut mata, lidah, otak lembu boleh dimakan!\nMeninjau ke ruangan komen, rupanya ramai yang tidak tahu mata lembu boleh dimakan. Bukan itu saja, ada\u00a0 juga yang terkejut otak dan lidah haiwan itu juga boleh dimakan!\n\nAda juga yang \u2018kembang tekak\u2019 melihat gadis ini memakan mata lembu secara mentah.\n\nAda juga yang berseloroh mahu mencuba \u2018aksi berani\u2019 itu.\n\nLihat video penuh:\n\n\n @ieyzahh23\nrasa jeli+masin. sedappp\ud83e\udd2d #bongsu #fypdongggggggg #ganukite #PerfectMatchChallenge #fpy #fypforyou #tiktok #raya #rayahaji\n \u266c CASABLANCA \u2013 Nuha Bahrin & Naufal Azrin \n\n \nSumber: TikTok @ieyzahh23\n"} {"url": "https://myresipi.com/selesema-dan-batuk/", "title": "6 Makanan Yang Sesuai Ketika Batuk & Selesema, Lepas Makan Terus Cepat Sihat!", "body": "\nSelesema dan batuk merupakan gejala biasa dan kerap dialami oleh penduduk di dunia. Secara purata, golongan dewasa biasanya mengalami selesema 2 ke 5 kali jangkitan setahun manakala golongan kanak-kanak dan geriatrik pula mengalami jangkitan pada kadar yang lebih tinggi.\u00a0\nMenurut Portal MyHealth, secara semulajadi, selesema dan batuk merupakan mekanisme pertahanan diri yang biasa berlaku untuk mencegah jangkitan kuman.\nDi dalam terminologi perubatan, batuk didefinisikan sebagai tindak balas refleks yang distimulasikan oleh keradangan pada permukaan mukosa pernafasan di saluran paru-paru dan tekak.\nBatuk tidak akan merosakkan paru-paru malah ia membantu membersihkan paru-paru dan saluran udara daripada bendasing yang telah memasuki rongga hidung dan tekak melalui tindakan refleks tersebut.\nJom kita lihat senarai makanan dan minuman yang dapat membantu melawan serta menghilangkan keadaan ini.\u00a0\n\n1. Sup\n\nSup merupakan salah satu makanan yang baik untuk sistem imuniti badan manusia. Apa yang menarik mengenai sup adalah ia boleh dicampur dengan pelbagai bahan berkhasiat bagi memastikan anda mendapat kandungan zat dan vitamin untuk kesihatan.\nApabila berbicara mengenai diet untuk mencegah, kita mahukan makanan yang bermacam-macam. Ini bermakna bahan seperti ayam yang tinggi zink dan zat besi serta lobak yang kaya dengan vitamin C boleh diletakkan dalam sup,\u201d ujar Mc Daniel.\nSelain itu katanya, roti juga membantu merembeskan lendir dan melindungi badan dari bakteria lain.\nResipi: Cara Buat Sup Ayam Halia Lada Hitam, Kembalikan Selera Ketika Tak Sihat\n\n2. Teh Hijau\n\nTeh hijau dikenali sebagai herba yang dapat membantu imuniti badan manusia. Kandungan \u2018Catechin\u2019 di dalamnya adalah bahan yang penting dalam diet imuniti.\n\n3. Madu\n\nIa berkesan untuk menenangkan kerongkong dan mengurangkan batuk. Madu juga boleh membantu mengatasi pencernaan dan refluks asid.\nDaripada menggunakan gula dalam kopi, gantikannya dengan madu. Paling tidak cuba epal yang dicelupkan dalam madu untuk snek enak.\nBaca juga: Khasiat Madu Yang Tiada Tandingan Lebih-Lebih Lagi Untuk Kesihatan\u00a0\n\n4. Yogurt\n\nYogurt merupakan salah satu dari product tenusu yang mengandungi probiotik penting, atau \u2018bakteria baik\u2019, yang boleh membantu mengurangkan bakteria jahat pembawa penyakit.\nBaca juga: Beza Yogurt Greek & Yogurt Biasa, Pilih Yang \u2018Jenis\u2019 Ini Baru Lagi Sihat\n\n5. Buah Oren\n\nBuah-buahan masam seperti oren menyalurkan Vitamin C dalam kuantiti yang besar .\nDan jangan bimbang tentang mempunyai terlalu banyak vitamin: Ia larut dalam air, jadi apa yang tidak anda gunakan ia kan disalurkan melalui pembuangan air kecil.\n\n6. Bawang Putih\n\nBawang putih menghasilkan antioksidan yang kuat dan boleh melindungi tubuh daripada diserang kuman.\u00a0\n\nSumber: Portal MyHealth, NDTV\n"} {"url": "https://myresipi.com/sempena-hari-kebangsaan-tonton-drama-komedi-pendek-tiga-sekawan-yang-riuh-habis/", "title": "Sempena Hari Kebangsaan, Tonton Drama Komedi Pendek Tiga Sekawan Yang Riuh Habis!", "body": "\nHari Kebangsaan ke-65 negara tercinta kita ini hampir tiba. Semestinya, rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat sedang giat membuat persiapan untuk menunjukkan semangat patriotisme masing-masing. \nApabila tibanya tanggal 31 Ogos, kita akan melihat kibaran Jalur Gemilang pada kereta serta kediaman rakyat Malaysia. Waktu ini jugalah yang sesuai untuk layan filem-filem patriotik.\nTetapi apa yang akan berlaku apabila sekumpulan kanak-kanak mengambil makna \u2018kebebasan\u2019 dan \u2018Merdeka\u2019 secara literal?\nUntuk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, syarikat media terbesar di Malaysia iaitu Media Prima Berhad akan menerbitkan sebuah drama komedi pendek yang bertajuk \u20183 Sekawan\u2019.\n\n\u20183 Sekawan\u2019 mengisahkan tiga sekawan cilik \u2013 Faiz, Ah Chong dan Danush \u2013 yang berkumpul untuk menyambut Hari Kebangsaan di kampung mereka.\nSetelah mengatur sebuah rancangan besar (dan nakal) demi kebebasan mutlak, berlakunya huru-hara di kampung tersebut apabila tiga sekawan itu cuba memperbetulkan segala-galanya sebelum tibanya hari yang bermakna itu.\u00a0\nSaksikan treler di bawah:\nMEDIA PRIMA Hari Kebangsaan 2022 | 3 Sekawan 2022 (Treler #1) #bebasbersama\nBerdasarkan peristiwa sebenar, \u20183 Sekawan\u2019 dibintangi barisan pelakon terkenal Malaysia termasuk Dato\u2019 Rahim Razali, Kazar Saisi, Redza Rosli, Sherry Ibrahim dan Mandy Chong.\nSiri pendek yang terbahagi kepada empat episod ini adalah sebahagian daripada kempen #BebasBersama oleh Media Prima Berhad untuk mendidik, mengingatkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia \u2013 terutamanya generasi muda \u2013 tentang pengorbanan wira tempatan kita dalam memastikan negara bebas dan merdeka.\u00a0\n\nAnda boleh menonton \u20183 Sekawan\u2019 secara percuma (ya, percuma!) pada 31 Ogos 2022 di TV3 pada 9 malam, NTV pada 9.30 pagi atau TV9 pada 10.30 malam.\n"} {"url": "https://myresipi.com/sempena-tahun-baru-cina-2023-media-prima-lancar-kempen-loveyoutu/", "title": "Sempena Tahun Baru Cina 2023, Media Prima Lancar Kempen #LoveYouTu", "body": "\nTahun Baru Cina dah nak dekat lah gais! Sempena perayaan ini, Media Prima Berhad menerusi 8TV dengan kerjasama radio 8FM, portal Tonton, WOWSHOP, Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) telah lancarkan kempen Tahun Baharu Cina 2023 #LoveYouTu bagi membina semangat baharu dalam menempuhi tahun baharu ini.\nSesi pelancaran kempen #LoveYouTu telah berlangsung di The Westin Kuala Lumpur semalam. Acara tersebut juga disiarkan secara langsung di 8TV dan strim secara langsung di portal video www.tonton.com.my dan juga laman sosial rasmi Facebook di 8TV, 8FM, WOWSHOP, Rojaklah, Viralcham dan TTN.\nArtikel berkaitan: Media Prima Raih Keuntungan RM745.2 Juta Bagi Tempoh 9 Bulan\nSelain paparan aktiviti dan kandungan TV yang menarik, Media Prima juga tidak ketinggalan untuk melancarkan album Tahun Baharu Cina bertemakan #LoveYouTu, memperkenalkan maskot CNY 2023, cenderahati eksklusif serta memperkenalkan 24 orang CNY Buddies 2023 yang terdiri daripada personaliti TV, penyampai radio dan selebriti popular iaitu Owen Yap, Ong Ching Yee, Rickman Chia, Orange Tan, Tan Ley Teng, Natalie Ng, Ash Lu, Jan Chin, Desmond Tey, Royce Tan, Angeline Ooi, Hana Teo, Tan Chia Yong, Emerson Liang, X.Long Ngoi, Charlotte Seow, Emily Chua, Choo Yee Jie, Houson Ng, Bryan Matthew, Victoria Ng, Minsley Chin, Loh Chen Yuk dan Gino Wong.\nKempen #LoveYouTu kembali dengan penganjuran acara padang yang menyeronokkan bersama dengan penonton setia 8TV setelah penularan Covid-19 semakin reda pada masa ini. Dimulakan dengan sesi jelajah CNY Truck ke beberapa lokasi strategik Malaysia bermula bulan Disember dimana program variasi \u2018CNY Fun Together\u2019 akan mengadakan siri rakaman khas bersempena dengan kempen CNY 2023.\nSelain itu, kempen #LoveYouTu menampilkan barisan CNY Buddies 2023 dan selebriti popular bakal mengembara ke Ipoh, Perak dan Melaka pada bulan Januari 2023 untuk merasai kehangatan dan kemeriahan sambutan CNY 2023 bersama masyarakat tempatan!\nSambutan Tahun Baharu Cina pasti lebih meriah dengan dendangan lagu \u2013 lagu CNY. Album Tahun Baharu Cina 2023 memuatkan dua buah lagu iaitu \u201cHuo Li Man Fen Love You Tu\u201d yang dinyanyikan oleh kesemua CNY Buddies 2023 dan juga lagu remake \u201cReunion Dinner 2023\u201d yang dinyanyikan oleh barisan penyampai Mandarin News 8TV. Jom kita sambut cabaran #LoveYouTu Dance Challenge di laman Instagram! Rakamkan video tarian anda dengan menggunakan 15 saat daripada bahagian korus lagu tema CNY 2023 dan muat naik ke Instagram. Video-video yang terpilih bakal menerima hadiah misteri.\nOrang ramai juga dialu-alukan untuk menyertai Kinohimitsu X 8TV CNY Reunion Dinner Contest. Anda hanya perlu berkongsi tentang momen reunion dinner yang paling sukar dilupakan di laman media sosial. 10 peserta bertuah bakal dipilih untuk menyertai Kinohimitsu X 8TV CNY Reunion Dinner.\nAntara rancangan TV menarik di 8TV nanti ialah:\n1. Mission Homecoming lakonan oleh Wilson Lee, Chen Keat Yoke, Chee Jun Cherng, Yong Zhen Ning, Mayjune Tan, Sherlyn Seo, Eric Chen, Loh Chen Yuk bermula 9 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam.\n2. My Future Sons-In-Law, bermula 17 Disember 2022, setiap hari Sabtu & Ahad, pukul 9.00 malam menampilkan pelakon \u2013 pelakon seperti Jordan Sen, Kendra Sow, Orange Tan, Loo Aye Keng, Sam Chong, Minsley Chin, Chai Zi dan Diana Kok.\n3. CNY Fun Together, bermula 25 Disember 2022, setiap hari Ahad, pukul 10.00 malam.\n4. As You Wish dihoskan oleh Gary Yap dan menampilkan Feng Shui Master, Dr. Clement Chan Ting Bong, bermula 17 Disember 2022, setiap hari Sabtu, pukul 9.30 malam.\n5. Good Luck Together 2023 dihoskan oleh Desmond Tey dan Tan Lay Theng menampilkan Master Dato\u2019 Anthony Cheng, bermula 1 Januari 2023, setiap hari Ahad, pukul 6.00 petang, 4 episod.\n6. Ho Chak! CNY Special 2023 dihoskan oleh Rickman Chia dan Orange Tan, bermula 1 Januari 2023, setiap hari Ahad, pukul 6.00 petang, episod khas CNY 2023 pada 22 Jan 2023, pukul 7.00 malam.\n7. Family Cooking Show, bermula 17 Disember 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam.\n8. CNY Showdown 2023 yang bersiaran pada 22 Januari 2023, pukul 9.00 malam merupakan program variasi sambutan Tahun Baharu Cina 2023 bersama-sama dengan lebih daripada 30 selebriti popular di Tokong Si Thian Kong Kuala Pilah, Negeri Sembilan.\n9. A New Journey CNY Special, 21 Januari \u2013 23 Januari 2023, Sabtu hingga Isnin, pukul 7.30 malam\n10. Living Delight CNY Special bermula 9 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 2.00 petang.\n11. 8 E-News CNY Special, bermula 9 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 5.30 petang.\nUntuk mengikuti perkembangan terkini tentang kempen #LoveYouTu, ikuti laman media sosial rasmi Facebook @8TVbadukongjian, @bestoflocal8TV dan Instagram @8TVMalaysia, @bestoflocal8TV. Gunakan #LoveYouTu untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.\n"} {"url": "https://myresipi.com/semudah-abc-ini-resepi-jjajangmyeon-viral-keenakannya-sampai-termimpi-mimpi-terbang-ke-korea-2/", "title": "Semudah ABC, Ini Resepi Jjajangmyeon Viral & Keenakannya Sampai Termimpi-Mimpi \u2018Terbang\u2019 Ke Korea", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-18 03:54:01\n\n\nSekarang tak perlu pergi ke Korea untuk menikmati kelazatan jjajangmyeon. Masak sendiri lebih sedap dan mudah. Hanya beberapa minit siap dimasak dan sedap sehinggakan boleh\u00a0termimpi-mimpi ke Korea. Jadi mari kita cuba resepi mudah Jjajangmyeon yang dikongsikan oleh Kaione TheRogue di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nMee Tarik (nak pakai\u00a0spaghetti\u00a0pun boleh)\u00a0\nKobis\nLobak putih (radish)\nKentang\nTimun\nDaun bawang (spring onions atau green onions).\u00a0\n\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan untuk kuah:\n\nBlack bean paste\nTepung jagung/ubi\nBawang holland,\nAyam atau daging (ikut citarasa sendiri)\u00a0\n\nSemua bahan diatas dipotong dadu dengan saiz yg hampir sama kecuali timun, spring onion dan tepung jagung.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nMula-mula tumiskan dulu\u00a0black bean paste. Sekejap je, bukan sampai hangit. Agak-agak dah mula mengelegak, angkat asingkan ketepi. Proses ini bagi tujuan nak dapat\u00a0smoky flavour\u00a0pada\u00a0paste.\nMasukkan minyak dalam kuali kemudian\u00a0stir fry\u00a0ayam dengan daun bawang. Kemudian masukkan lobak putih dengan kentang.\u00a0Stir fry\u00a0lagi. Kemudian baru masukkan bawang holland. (lobak putih dengan kentang keras berbanding bahan lain. Disebabkan itu, kena masuk awal dan\u00a0stir fry\u00a0lama sikit).\nBila bahan-bahan (ayam, kentang dan sebagainya) separuh masak, buat ruang di tengah-tengah untuk masukkan \u2018black bean paste\u2019.\u00a0Kacau bagi sebati bersama bahan-bahan lain.\u00a0\nMasukkan 1 cawan stok ayam. Kacau lagi. Kalau malas nak buat stok ayam boleh guna kiub ayam, kalau malas lagi boleh masukkan 1 cawan air sahaja pun dah okay.\nTutup kuali dengan penutup, tunggu sampai mengelegak baru tutup api.\u00a0\nBila dah tutup api, tuang tepung jagung yang telah dibancuh dengan air kedalam kuali sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan. Penting untuk masukkan sikit-sikit sambil kacau supaya kuah tak terlebih likat. Kelikatan kuah sepatutnya macam kelikatan sos cili.\nSambil-sambil tu boleh masak mee tarik sama macam masak\u00a0spaghetti. Jerang air panas dalam periuk, masukkan sedikit garam. Bila dah masak, toskan mee. Renjiskan sedikit minyak bijan atau minyak zaitun supaya mee tidak melekat atau bergumpal.\u00a0\nBila dah siap masukkan mee dan kuah kedalam mangkuk. Hiaskan dengan timun yang dihiris panjang dan taburan biji bijan.\nSedia dihidangkan. Cara untuk makan adalah dengan menggaulkan kesemuanya sekali dan makan menggunakan chopstick untuk rasa lebih seperti di Korea!\n\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Kaione TheRogue\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/semudah-abc-ini-resepi-jjajangmyeon-viral-keenakannya-sampai-termimpi-mimpi-terbang-ke-korea/", "title": "Semudah ABC, Ini Resepi Jjajangmyeon Viral & Keenakannya Sampai Termimpi-Mimpi \u2018Terbang\u2019 Ke Korea", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-18 03:54:01\n\n\nSekarang tak perlu pergi ke Korea untuk menikmati kelazatan jjajangmyeon. Masak sendiri lebih sedap dan mudah. Hanya beberapa minit siap dimasak dan sedap sehinggakan boleh\u00a0termimpi-mimpi ke Korea. Jadi mari kita cuba resepi mudah Jjajangmyeon yang dikongsikan oleh Kaione TheRogue di Facebook.\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nMee Tarik (nak pakai\u00a0spaghetti\u00a0pun boleh)\u00a0\nKobis\nLobak putih (radish)\nKentang\nTimun\nDaun bawang (spring onions atau green onions).\u00a0\n\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan untuk kuah:\n\nBlack bean paste\nTepung jagung/ubi\nBawang holland,\nAyam atau daging (ikut citarasa sendiri)\u00a0\n\nSemua bahan diatas dipotong dadu dengan saiz yg hampir sama kecuali timun, spring onion dan tepung jagung.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nMula-mula tumiskan dulu\u00a0black bean paste. Sekejap je, bukan sampai hangit. Agak-agak dah mula mengelegak, angkat asingkan ketepi. Proses ini bagi tujuan nak dapat\u00a0smoky flavour\u00a0pada\u00a0paste.\nMasukkan minyak dalam kuali kemudian\u00a0stir fry\u00a0ayam dengan daun bawang. Kemudian masukkan lobak putih dengan kentang.\u00a0Stir fry\u00a0lagi. Kemudian baru masukkan bawang holland. (lobak putih dengan kentang keras berbanding bahan lain. Disebabkan itu, kena masuk awal dan\u00a0stir fry\u00a0lama sikit).\nBila bahan-bahan (ayam, kentang dan sebagainya) separuh masak, buat ruang di tengah-tengah untuk masukkan \u2018black bean paste\u2019.\u00a0Kacau bagi sebati bersama bahan-bahan lain.\u00a0\nMasukkan 1 cawan stok ayam. Kacau lagi. Kalau malas nak buat stok ayam boleh guna kiub ayam, kalau malas lagi boleh masukkan 1 cawan air sahaja pun dah okay.\nTutup kuali dengan penutup, tunggu sampai mengelegak baru tutup api.\u00a0\nBila dah tutup api, tuang tepung jagung yang telah dibancuh dengan air kedalam kuali sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan. Penting untuk masukkan sikit-sikit sambil kacau supaya kuah tak terlebih likat. Kelikatan kuah sepatutnya macam kelikatan sos cili.\nSambil-sambil tu boleh masak mee tarik sama macam masak\u00a0spaghetti. Jerang air panas dalam periuk, masukkan sedikit garam. Bila dah masak, toskan mee. Renjiskan sedikit minyak bijan atau minyak zaitun supaya mee tidak melekat atau bergumpal.\u00a0\nBila dah siap masukkan mee dan kuah kedalam mangkuk. Hiaskan dengan timun yang dihiris panjang dan taburan biji bijan.\nSedia dihidangkan. Cara untuk makan adalah dengan menggaulkan kesemuanya sekali dan makan menggunakan chopstick untuk rasa lebih seperti di Korea!\n\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Kaione TheRogue\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Kaione TheRogue\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/semudah-abc-jom-cuba-resepi-sate-ayam-legend-terlajak-sedap/", "title": "Semudah ABC, Jom Cuba Resepi Sate Ayam Legend & Terlajak Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-30 05:51:14\n\n\nSebut sahaja menu 'sate' mesti ramai yang terbayangkan aroma daging yang diperap dengan rempah ratus\u00a0sememangnya mampu membuka selera setiap penggemarnya. Gabungan daging yang lembut dimakan bersama kuah kacang memang ngam lah!\u00a0\nHaa jadi apa kata malam ni kita pekena sate\u00a0pulak! Makan sate\u00a0sepuas-puasnya dengan mencuba resepi dari Sajian Kampung melalui laman Facebooknya.\n\nKredit: Aisyah Mohd Nor\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nIsi dada atau peha ayam 10kg\nGula 3 kilo\nGaram 10 sudu (Jangan membukit)\nAjinomoto 2 sudu\nKunyit babas 125g\n\n\nKredit: Aisyah Mohd Nor\n\u00a0\nBahan-bahan kisar:\n\nJintan manis biji 20 sudu\nJintan putih biji 10 sudu\nSerbuk ketumbar babas 10 sudu\nSerai 10 batang\nLengkuas agak-agak 2 ibu jari\nHalia agak-agak 2 ibu jari\nBawang putih 1 labu\nBawang besar 2 biji\n\n\u00a0\nCara-cara: \n\nPotong dadu isi ayam.\nKulit ayam celur sekejap potong kecil agak-agak boleh cucuk.\nMasuk semua bahan-bahan di atas\nGaul rata perap 2 ke 3 jam kemudian cucuk bakar. \n\n\n\u200b\u200bKredit: Aisyah Mohd Nor\n\u00a0\nBahan renjis masa bakar:\n\n2 sudu susu pekat manis atau santan\nAir perap satay\nAir masak sedikit\nMinyak masak campur buat untuk renjis (Bau harum semerbak masa bakar nanti)\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Kredit: Aisyah Mohd Nor\n\u00a0\nUntuk kuah kacang\nBahan-bahan:\n\nKacang tanah 3kg\nMinyak masak 1kg\nCili kering\nGula 1 kg\nGaram\nAir perapan satay 5 cawan\nBahan tumis sama macam bahan kisar\u00a0tadi sukatan separuh dari tadi\n\n\u00a0\nCara-cara buat kuah kacang:\n\nTuang minyak dalam kuali. Terus letak kacang, bila minyak panas kacang pun masak jangan sampai hitam nanti lemak kacang hilang, goreng cili kering angkat bila sejuk boleh tumbuk atau blend (saya blend dengan air).\nTumis bahan kisar\u00a0(serai lengkus bawang putih/merah halia jintan manis/putih ketumbar) dalam kuali dengan minyak sampai pecah minyak, kemudian tuangkan bahan tumis dalam kacang dengan cabai yang dikisar\u00a0tadi. Perasakan dengan gula garam. Kalau suka ajinomoto letak lah sikit dan kalau tak suka manis boleh kurangkan gula ikut cita rasa sendiri.\n\n\nKredit: Aisyah Mohd Nor\n\u00a0\nKredit: Aisyah Mohd Nor\n\u00a0\n\u00a0\nSelamat mencuba\n\u00a0\nKredit: Aisyah Mohd Nor\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/senang-je-nak-buat-kelapa-jelly-sejuk-tekak/", "title": "Senang Je Nak Buat Kelapa Jelly. Makan Waktu Cuaca Panas, Sejuk Tekak!", "body": "\nWaktu cuaca panas macam ni, kalau dapat makan kelapa jelly memang sejuk tekak. Bukan setakat anak-anak, kita orang dewasa pun suka.\nJika sebelum ni selalu beli di kedai, kali ini jom cuba buat sendiri kelapa jelly di rumah. Baru puas hati dapat makan banyak-banyak.\nKalau ada yang nak buat niaga pun pasti laku! Ikut saja cara-caranya yang dikongsikan oleh Masitah Shariff di bawah.\nCARA BUAT KELAPA JELLY YANG MUDAH\n\nBahan-bahan:\n\n10gm agar2 bertali (blh tukar yg jenis serbuk)\n3 biji air kelapa muda (saiz sedang2 ja)\nGula 13 sudu makan (blh ejas ikut tahap kemanisan yg korang nak)\n2 liter air\nSecubit garam\n2 helai daun pandan\nIsi kelapa digunting memanjang\n\nCara-cara:\n\nMasakkan agar-agar bersama air, gula dan daun pandan.\nBila agar-agar dah larut, masukkan air kelapa.\nMasukkan secubit garam, kacau dan boleh tutup api.\nTaburkan isi kelapa di dalam bekas macam dalam gambar.\nTuang cecair yang dimasak tad ke dalam bekas, kemudian sejukkan dalam peti ais.\n\n\nKredit: Masitah Shariff\nBaca juga: Resipi Lempeng Kelapa Legend, Simple Tapi Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/senang-je-nak-buat-sendiri-kunafa-viral/", "title": "Tak Perlu Beratur Panjang, Senang Je Nak Buat Sendiri \u2018Kunafa\u2019 Viral Tu", "body": "\nPernah dengar tak makanan daripada Arab iaitu Kunafa? Katanya orang ramai sekarang tengah tergilakan makanan viral ini sehingga ada yang sanggup beratur panjang demi mendapatkannya.\nBaca juga: \u2018Port\u2019 Baru Kunafa Cheese Di Kg Baru, Orang Kata Sedap Tak Terlalu Manis\nRupanya tak susah mana kalau ada yang nak cuba buat sendiri kunafa di rumah. Sesuai untuk yang malas nak beratur panjang. Kadang-kadang bukan main beratur lama, sekali bila nak\u00a0order\u00a0dah habis pula.\nKalau ada yang nak cuba buat sendiri kat rumah, boleh ikut je resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Wan Luqman di bawah.\nRESIPI KUNAFA HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\nKunafa Pastri / Kataifeh\nCream Cheese / Akkawi Cheese\nSusu 250ml\nMozzarella Cheese Block 250gm (lebihkan pun takpe)\nAir Mawar\nLemon\nGula\n200ml air\nPistachio\nButter yang telah dicairkan\n\nRupa bentuk\u00a0Kunafa Pastri/Kataifeh\u00a0macam bihun. Tapi tekstur dia halus je. Boleh beli di shopee.\n\nCurahkan butter cair supaya berwarna sedikit kuning. Gaul rata.\n\n\n\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Panaskan susu sekotak.\n\n2. Masukkan cream cheese 250gm.\n\n3. Tambahkan juga 4 ketul cheese arab ini. (cheese teama) Boleh guna yang ini saja, tak perlu guna cream cheese.\n\n4. Kacau sehingga cheese cair.\n\n5. Masukkan pula mozarella cheese. (potong dulu)\n\n6. Kacau sehingga pekat.\n\n7. Masukkan kunafa pastry tadi ke dalam acuan. Tekan sehingga padat.\n\n8. Tuangkan cheese tadi. Kemudian lapiskan dengan kunafa pastry. Dan ulang sehingga menjadi beberapa lapisan.\n\n9. Tekan sedikit sehingga mampat.\n\n10. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum bakar. Bakar pada suhu 180\u00b0c selama 10-15minit.\n\n11. Untuk buat air gula, didihkan air dalam periuk, masukkan gula.\n\n12. Perah 1/2 biji lemon.\n\n13. Tuangkan air mawar.\n\n14. Curahkan air gula ke atas kunafa yang sudah dibakar.\n\n15. Taburkan juga pistachio di atasnya.\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Wan Luqman\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/senarai-bazar-ramadhan-di-sekitar-selangor/", "title": "Senarai Bazar Ramadhan Di Sekitar Selangor 2022", "body": "\nBulan Ramadhan sudah pun tiba, ini lah bulan di mana semua umat Islam harus berpuasa selama sebulan di dalam bulan yang penuh barakah ini. Sudah pasti ramai yang tertunggu-tuggu untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadhan. Di artikel ini kami akan berkongsikan senarai bazar Ramadhan di sekitar selangor (2022).\nBulan puasa tahun ini, bermula pada 1 Ramadhan 1443 Hijrah atau 3 April 2022 iaitu pada hari Ahad. Sudah menjadi satu rutin bagi rakyat Malaysia tidak kira bangsa untuk berkunjung ke bazar Ramadhan untuk mendapatkan pelbagai juadah istimewa. Terutamanya kepada yang bekerja dan tidak berkesempatan menyediakan makanan sendiri pastinya akan berkunjung ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah membuka puasa.\nSenarai bazar Ramadhan di sekitar selangor\n\n1. Bazar Ramadhan Petaling Jaya\n\nPrima Damansara\nVista Business Centre Damansara Damai\nApartment Meranti\nBdr. Sri Damansara\nSeksyen 7 Kota Damansara\nJalan Teknologi 3/1 Kota Damansara\nPJS 2/3, Taman Medan\nSS6/1, Kelana Jaya\nSeksyen 17/1A\nSS8, Sg. Way\nTaman Sri Manja\nSeksyen 4 Kota Damansara\nKg. Sg. Kayu Ara\nLembah Subang\nJalan Sentosa 3/57\nSeksyen 14/27 (Pasar Sek. 14)\nKg. Lindungan PJS 6/3\nDesa Mentari, PJS 6/5\nKg. Baiduri, Seksyen 51A\nSeksyen 8, Sg. Jernih 20 Jalan Kenyalang 11/1, Kota Damansara\n\n2. Bazar Ramadhan Subang Jaya\n\nUSJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)\nSS13, Subang Jaya (Jalan SS13/2)\nSS18, Subang Jaya (Jalan SS18/6)\nUSJ 1, Pangsapuri Angsana\nTaman Batu Tiga (Hadapan Gerai Majlis Taman Batu 3)\nUSJ 7, Subang Jaya (Jalan USJ 7/3C \u2013 Hadapan Gerai Majlis USJ 7)\nPutra Heights (Hadapan Flat Sri Mutiara)\nPinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)\n\n3. Bazar Ramadhan Shah Alam\n\nKompleks PKNS Shah Alam\nSeksyen 13 (Stadium Shah Alam)\nSeksyen 7, Jln. Plumbum 7/98\nJln. Muara 8/9 (Hadapan Alhisha Mini Market), Seksyen 8\nBukit Kemuning,\u00a0Seksyen 32\nJalan 16/3 (Hadapan Dewan MBSA),\u00a0Seksyen 16\nJalan Teraju 25/67 (Bersebelahan Mydin), Seksyen 25\nSeksyen 31 Jalan Anggerik Aranda B 31/B (Hadapan Pondok Polis Kota Kemuning)\nSeksyen U5 Jalan Nova Nu5/N\nSek 28, Jalan 28/5 (Berdekatan restoran KFC)\nJalan Kemuning Utama Prima E33/E (Depan Giant),\u00a0Seksyen 33\nSeksyen 18 Jalan 18/34 (Depan Klinik Ahmad Shah)\nSeksyen 35. Jalan Tun Teja B 35/B\nSeksyen U2, Jalan Saujana Indah\nSubang 2, Jalan BV U5/BV \u2013\u00a0Sek U5\n\n4. Bazar Ramadhan Bangi\n\nJalan 7/7b, Sek 7, Bandar Baru Bangi\nHadapan Asrama Kolej Polytech Mara Bangi\nSeksyen 1, berhampiran Pasaraya Billion Bandar Teknologi Kajang\nJalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra\nParking kereta berhampiran Wong Solo Bangi\nSeksyen 16, Bandar Baru Bangi\nDi hujung Jalan 2/3a, Kawasan Dua, Bandar Baru Bangi\nJalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi\nDi persiaran Bandar 2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi\nDi jalan Seri Putra 1/3, Bandar Seri Putra (tapak lama pasar malam Selasa & Sabtu)\nBazar Ramadan Jalan Semenyih Sentral 1\nSeksyen 4, Bandar Bukit Mahkota\n\n5. Bazar Ramadhan Ampang\n\nTaman Kosas\u00a0 Jalan Kosas 1/1)\nAmpang Jaya (Jalan 1)\nAU3 (Flat PKNS 13 & 14)\nCheras Hartamas (blok A1, Flat Bukit Selangor)\nUkay Perdana (Depan Restoran Ali Maju)\nAU 2 (Jalan AU2a/16), AU 4/1 (Depan Seven-Eleven), AU 5 (\nMelawati Jalan E1\nKampung Tasek Permai (Hadapan Masjid)\nAmpang Water Front (tempat letak kereta Fasa 2)\nMedan Angsana Hilir\nPandan Mewah\nTaman Melawati (Depan Pejabat Pos Lama)\nPandan Jaya (tempat letak kereta Jalan Pandan 3)\nLembah Maju (berdekatan Simpang Empat)\nPandan Cahaya\nKampung Melayu (Jalan Jati)\nKompleks Muhibbah (Taman Nirwana)\nBukit Antarabangsa (Jalan Wangsa Ukay 2)\nPandan Perdana (depan Guardian)\nKeramat Permai (Jalan AU1d)\nBandar Baru Ampang (Pasar Bandar Baru Ampang)\nPandan Indah Jalan 3/2b\nBukit Indah (sebelah restoran Dalila)\nTaman Permata (hadapan Pasaraya Hari-Hari)\nKampung Pandan (tempat letak kereta Pandan Utama)\nPandan Indah (tempat letak kereta Padang Perbandaran MPAJ)\nCheras Indah (Hadapan Dewan Komuniti)\nTaman Melor\n\n6. Bazar Ramadhan Klang\n\nJalan Keretapi Lama, Batu 4, Kapar\nKampung Perepat, Kapar\nKampung Sementa, Kapar\nJalan Raja Mokhtar, Kapar\nTaman Cempakasari, Kapar\nTaman Sungai Kapar Indah, Kapar\nKampung Tok Muda, Kapar\nShahbandaraya, Kampung Jawa, Selatan Klang\nSimpang Empat, Sungai Udang, Selatan Klang\nSri Bayu Apartment, Selatan Klang\nKampung Delek, Selatan Klang\nJalan Penghulu Abu Bakar, Selatan Klang\nJalan Sri Sarawak, Andalas, Selatan Klang\nJohan Setia, Selatan Klang\nSri Damak, Andalas, Selatan Klang\nDewan Bukit Kapar, Meru\nBandar Putera, Selatan Klang\nMeru Ehsan Apartment, Meru\nJalan Paip, Meru\nMeru Indah, Meru\nTaman Meru 4, Meru\nTaman Sri Pekan, Meru\nTaman Meru Selatan (Dato Bandar), Meru\nBandar Bukit Tinggi 1, Pandamaran\nBandar Bukit Tinggi 2, Pandamaran\nJalan 66, Pandamaran Jaya, Pandamaran\nKampung Pendamar, Pandamaran\nPendamar Indah, Pandamaran\nKampung Idaman, Pandamaran\nEconsave Pandamaran, Pandamaran\nJalan Bukit Kuda (depan Mydin) Utara Klang\nTaman Bunga Melor, Utara Klang\nJalan Rantau Panjang, Utara Klang\nLorong Musran, Utara Klang\nJalan Tiara 4, Bandar Baru, Utara Klang\nBandar Sultan Suleiman, Utara Klang\nJalan Keluang, Sungai Pinang, Utara Klang\nTaman Kem, Lembah Klang\nKampung Nelayan, Telok Gong, Lembah Klang\nArmada Putra, Pulau Indah, Lembah Klang\nSeri Perantau Apartment, Lembah Klang\nPulau Indah, Lembah Klang\nApartment Samudera, Lembah Klang\nJalan Petola, Kampung Raja Uda, Lembah Klang\n\n7. Bazar Ramadhan Kajang\n\nDataran Prima Saujana, Taman Prima Saujana\nJalan Utama, Sek 2, Taman Kajang Utama\nDepan Deretan Kedai Taman Zamrud\nJalan Kajang Mewah 10\nTapak Pasar Tani (Taman Ramal Indah)\nSepanjang Jalan Masuk Ke SMAP\nKawasan Tanah Lapang (Tapak Funfair), Taman Kajang Prima\nHadapan Deretan Kedai & Kilang IKS Sungai Jelok\nDi Belakang Tesco Batu 14\nTapak bazar Malam Reko Sentral 2, Jln. Reko Sentral\nJalan Hentian 1, Hentian Kajang\nTapak Pasar Malam Kompleks Hentian Kajang\nJalan 3/1, Seksyen 3, Taman Kajang Utama\nJalan 2, Taman Kajang Perdana\nJalan 2A hingga Jalan 2E, Desa Sri Jenaris\nJalan Jasmin 1 Taman Jasmin\nJalan Indah 1 (Hadapan Lot Kedai Sg. Jelok)\nJalan Kajang Mewah 7A, Taman Kajang Mewah\n\n\nHaaa, banyak rupanya bazar Ramadan di sekitar Selangor ni kan? Semuanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri tau. Anda jangan lupa serbu, selamat berpuasa semua!\nSumber: SEMAKAN.MY\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/senarai-kedai-makan-yang-menyajikan-masakan-sri-lankan-di-sekitar-kl-yang-ramai-tak-tahu-sedap-rupanya/", "title": "Senarai Kedai Makan Yang Menyajikan Masakan Sri Lankan Di Sekitar KL Yang Ramai Tak Tahu Sedap Rupanya", "body": "\nMesti ramai antara kita yang tak familiar dengan makanan Sri Lankan kan? Haa sebenarnya di KL sahaja, ada banyak tau restoran yang menyajikan masakan Sri Lankan ni. Rasanya juga sedap sangat. Kalau anda terasa nak cuba untuk makan masakan Sri Lanka ni, haa anda datang ke tempat yang betul. Jom baca artikel ni dengan lebih lanjut.\nSenarai Kedai Makan Yang Menyajikan Masakan Sri Lankan Di Sekitar KL Yang Ramai Tak Tahu Sedap Rupanya:\nSebuah akaun di Twitter @fnadira_ ada berkongsi beberapa senarai kedai yang makanan Sri Lanka di sekitar KL.\u00a0\n\u201d Korang tahu tak sebenarnya kat KL ni banyak tau restaurants yang serve Sri Lankan cuisine. Haa mesti ramai tak tahu kan? Malam ni i nak share kedai mana yang korang patut pergi and cuba. Semua around KL tau. Alang alang esok cuti, pergi la serbuuu! \u201d\n1. Serendib Restaurant & Bar\n\n\u201c Kedai ni boleh dikira hidden gem la sebab tak ramai orang tahu kewujudan dia di G Tower. Kalau korang vegetarian, try their Serendib vegetarian set. I ni tak makan sayur tapi nampak ni uish tiba tiba rasa nak jadi vegetarian jugak hehe \u201d\n\n\nMenu utama kedai ini adalah Sri Lankan Carb dan rata-rata pelanggan di sini juga mengatakan yang makanan di sini semuanya sedap! Suasana kedainya juga cantik tau. Pasti anda akan suka punya lah.\nAlamat: GTower LG 07 & 08 GTower, 199, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n2. Aliyaa\n\n\u201d Duduk area Bukit Damansara and teringin nak try something new? Maybe you guys should visit this place. Dish famous dorang is the mixed platter. Ada cutlets dengan bermacam isi macam ketam dan ikan. \u201d\n\nKalau anda makan di sini, anda akan mendapat pengalaman makan ala-ala fine dining tau haa best kan? Suasana restoran ini sangatlah cantik macam kedai mahal! Pelayan di sini pun friendly\u00a0dan makanan pun sedap.\n\nAlamat: No 48 G&M, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur\n3. Lankan Cafe\n\n\u201d Cafe ni located at Jalan Gasing, PJ and dorang offer offer banyak jenis makanan. Breakfast, lunch, dinner? You name it, mesti ada and sedap! Tapi kalau korang malas nak keluar rumah sokay, dia available on Grab jugak. \u201d\n\nApa yang menariknya Lankan Cafe ni adalah, mereka menyajikan pelbagai jenis juadah makanan. Daripada sarapan pagi hinggalah makan malam. Dan semuanya sedap!\nAlamat: Petaling gardens, Jalan 5/59, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor\n4. The Lankan crabs\n\n\u201c Tengok nama pun korang dah boleh agak kot apa yang paling famous kat sini kan? Of course la CRABS! Semua jenis masakan crab ada kat sini and their signatures are the Negombo Crab Curry, Jaffna Crab Curry and the Garlic Butter Crab. \u201d\n\nRestoran ini sebenarnya sudah pun famous di KL. Antara menu istimewa mereka mestilah ketam! Restorannya juga sangat cantik dan jika anda ke sini anda wajib ber ootd tau sebab cantik sangat.\n\nAlamat: 4, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n5. Yarl\n\n\u201c Oh kedai ni memang nampak high class sangat, not like the usual Sri Lankan restaurants. Masa i makan kat sini haritu, i tried their vadai set. Baru RM 5 je guys. Murah and sedap. You guys should really try this place! \u201d\n\nHaa kalau anda nak makan makanan Sri Lankan yang murah, korang wajib try makan kat kedai ni. Murah dan sedap tau! Kalau anda nak datang sini, pastikan anda datang awal tau sebab takut penuh.\nAlamat: 50, Jalan Padang Belia, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nNampak menarik kan kedai makan Sri Lankan ni? Ini lah masanya untuk anda cuba makanan baru! Pilih saja mana-mana kedai dalam senarai ni sebab semuanya sedap tau.\nSumber: @fnadira_\n"} {"url": "https://myresipi.com/senarai-restoran-steamboat-dan-gril-yang-halal-di-kl/", "title": "Senarai Restoran Steamboat Dan Grill Yang Halal Di KL", "body": "\u00a0\n\nDalam Mood Untuk Hot Pot?\n\nSama ada hari yang cerah atau hujan, kita semua menggemari hidangan steamboat yang sedap dan lebih baik lagi, apabila ia digandingkan dengan daging BBQ. Jika anda sedang mencari menu ala carte premium atau terfikir untuk keluar beramai-ramai untuk makan hidangan bufet yang beraneka pilhan, anda telah datang ke tempat yang betul! Di dalam artikel ini adalah senarai restoran steamboat dan grill menarik di KL yang menjanjikan makanan yang lazat, dengan pilihan sup dan daging yang halal dan boleh dinikmati oleh semua orang. Jom kita tengok senarai restoran steambot dan grill yang halal di KL!\n1. Pak John Steamboat & BBQ\nRamai orang rasa bufet steamboat dan BBQ selalunya akan mahal. Jwapannya tidak. Haa buktinya, Pak John Steamboat & BBQ adalah salah satu daripada steamboat dan bufet BBQ yang menawarkan harga yang sangat berpatutan dan menjadi kegemaran ramai. Selain itu, anda pasti akan rambang mata dengan pilihan di sini sebab anda akan disajikan dengan 150 jenis makanan untuk dimakan!\n2. ASAP Steamboat and Grill\n\nASAP Steamboat and Grill memberi anda pilihan dengan lebih 100 jenis hidangan, daripada makanan laut, daging lembu, kambing dan ayam haa best kan? Anda juga boleh pilih untuk masak makanan anda di dalam steamboat atau di atas tempat pemanggang di atas meja,untuk pilihan sup pula, anda boleh pilih sama ada sup Tom Yam, Ayam atau Kari Nyonya. Restoran ini juga ada menyajikan makanan ringan tau! Best sangat, anda patut cuba restoran ini.\n3. Rot Thai Buffet\n\nDi Rot Thai Buffet,mereka membawa kelainan Thai kepada bufet steamboat dan gril biasa dengan asas sup Tom Yum yang istimewa. Digabungkan pula dengan pelbagai jenis sos dan perasa Thai, di sini anda boleh menikmati daging BBQ, makanan laut dan sayur-sayuran dengan hidangan sup Thai.\n4. Hot Pot King Steamboat & Grill\n\n\nHot Pot King Steamboat dan Gril ini adalah sebuah restoranyang dimiliki oleh seorang Muslim dan mereka sekarang ada dua cawangan, satu terletak di Jalan Kuching dan cawangan kedua adalah di Gombak. Suasana restoran ini sangatlah selesa dan amat sesuai untuk anda yang ingin makan beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan.\n5. Suki-Ya\n\n\nSiapa je tak pernah dengar nama restoran Suki-Ya ni kan? Suki-Ya adalah antara restoran steamboat dan gril yang popular di KL dan Selangor. Kalau korang dalam mood untuk masakan Jepun dan rasa macam nak makan shabu-shabu haa di Suki-Ya la tempatnya, Restoran ni adalah salah satu restoran Jepun tertua di Malaysia dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Anda boleh memilih daripada 4 kuah asas mereka untuk dimakan.Selain itu di sini juga ada disediakan makanan lain seperti daging, makanan laut dan yang paling best, kat sini ada sushi tau.\n6. BBQ Town\n\n\nNikmati kedua-dua BBQ dan shabu-shabu pada masa yang sama di BBQ Town, tempat makan Halal yang terkenal dengan BBQ Thai 2-dalam-1 dan shabu-shabu Jepun. Mereka menawarkan kualiti makanan yan sangat segar dan tentulah sedap! Dan yang paling best, harga makanan kat sini sangatlah berpatutan dan berbaloi dengan makanan yang disediakan. Anda wajib try makan di restoran ini.\n7. Restoran The Khan Mongolian Muslim\n\nKalau anda merancang untuk makan bersama ahli keluarga, anda wajib makan di Restoran Muslim Mongolia The Khan. Restoran ini dikendalikan oleh orang Cina Muslim dari tanah besar China, restoran ini adalah restoran steamboat dan gril Muslim Mongolia yang istimewa dan suasana restorannya yang luas amatlah sesuai untuk anda berkumpul bersama ahli keluarga yang ramai. Malah ada surau di sini untuk anda menunaikan solat tau.\nSumber: Klook\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/serbuk-colek-ala-thai-sedap/", "title": "Buat Sendiri Serbuk Colek Ala Thai, Sedap Tak Boleh Bawak Bincang", "body": "\nSerbuk\u00a0colek ala thai ni kalau makan dengan jambu batu atau mangga, memang syahdu!\u00a0Nikmat yang amat sangat. Bila dah makan confirm tak boleh berhenti.\nRamai juga yang suka makan buah cicah\u00a0kicap pedas, cicah garam, asam dan sebagainya. Bagi yang nak bertukar selera, bolehlah cuba\u00a0colek pedas-pedas manis ala Thai ni.\nCara membuatnya juga sangat mudah dan \u2018menyengat\u2019, jom kita cuba cara buat sendiri serbuk colek ni di rumah hasil perkongsian Nur Masri.\nBaca juga: Cara Buat Ikan Rebus Homemade, Simpan Dalam Freezer Boleh Tahan Berbulan-Bulan!\nResipi Serbuk Colek Ala Thai\n\nBahan-bahan:\n\n10 tangkai cili kering\nBelacan sebesar ibu jari\n\u00be cawan udang kering\n1 \u00bd\u00a0cawan gula pasir\n\nCara-cara:\n1. Basuh cili kering, toskan dan sangai. (saya guna cili kering tak pedas)\n2. Basuh udang kering toskan dan sangai.\n3. Bakar belacan.\n4. Setelah bahan sejuk, kisar semua bahan guna blender kering.\n5. Campurkan semua bahan, gaul sebati.\n\n6. Boleh tambah garam jika kurang masin, jika tidak suka pedas boleh tambah gula. Ikut selera masing2.\n\nKredit: Nur Masri\nBaca juga: Cara Buat Sendiri Apple Cider Di Rumah, Banyak Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu\nBaca juga: Cara Buat Peanut Butter Homemade Guna \u20181 Bahan\u2019. Lagi Sihat Tanpa Gula, Garam & Minyak\n"} {"url": "https://myresipi.com/serbuk-seasoning-cendawan-homemade/", "title": "Serbuk Seasoning Cendawan \u2018Homemade\u2019, Perasa Semulajadi Tanpa Garam Dan MSG", "body": "\nSerbuk seasoning cendawan ini banyak digunakan dalam penyediaan makanan dan menjadi pilihan para pengguna yang mementingkan kesihatan.\nIni kerana bahan ini digunakan sebagai penambah perasa bagi menggantikan MSG. Ia ada dijual namun harganya agak mahal.\nResipi berkaitan: Cara Buat Cendawan Enoki Butter Ala Anju, Buat Makan Ratah Petang-petang\nPengguna Facebook iaitu Hidayat Sahid ada kongsikan cara-cara untuk membuat serbuk perasa cendawan ini secara homemade yang boleh anda cuba. Jadi bol eh cuba buat sendiri je lepas ni. Memang jimat banyak.\nResipi Serbuk Seasoning Cendawan\nBahan-bahan:\n\n\nCendawan shitake \nLobak merah\nBawang putih\n\nCara membuatnya:\n1. Cendawan dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu. Lap dengan kain atau tisu.\n2. Masukkan ke dalam ketuhar atau air fryer. Bakar pada suhu 100C selama 20 minit.\n\n3. Sejukkan cendawan seketika. Kemudian masukkan ke dalam TM6 bersama semua bahan-bahan lain.\n4. Kisar selama 1 minit.\n5. Mushroom seasoning siap disediakan. Simpan dalam botol untuk kegunaan harian.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/seri-muka-guna-sukatan-cawan/", "title": "Seri Muka Guna Sukatan Cawan, Mudah Untuk Yang Baru Berjinak Nak Buat", "body": "\n\nSeri muka merupakan sejenis kuih talam yang amat digemari sejak turun temurun. Ia diperbuat menggunakan pulut di bahagian dasarnya manakala kastad pandan dibahagian atasnya.\nGabungan lemak manis pulut dan kastad pandan itu digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Ia juga merupakan kuih talam yang amat popular tau!\nBaca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman\nResipi ini lebih mesra amatur kerana sudah pasti, cawan lebih mudah untuk disukat. Sesuai untuk dihidangkan dari 2 ke 4 orang. Jom ikuti resipi perkongsian dari Dapur KAK CHAH ini.\n\nResipi Kuih Seri Muka Guna Sukatan Cawan\n\nBahan Lapisan Bawah (Pulut):\n\n1 cawan beras pulut (rendam selama 1 jam)\n1/2 cawan santan cair\nDaun pandan 2 helai (disimpulkan)\nSecubit garam\n\nBahan Lapisan Atas (Warna Hijau)\n\n1 setengah cawan santan pekat\nSebiji telur\nSecubit garam\nSetengah cawan tepung gandum\nSetengah sudu makan tepung kastard\nSetengah cawan gula\n5 helai daun pandan\nEsen vanilla 1sudu kecil (optional)\nSedikit dan secukup pewarna hijau\n\nCara penyediaan lapisan bawah:\n1. Tos beras yang telah direndam selama satu jam.\n2. Masukkan santan serta secubit garam dan gaul sehingga sebati.\n3. Masukkan ke dalam bekas atau loyang alas plastik sekiranya mahu dan masuk daun pandan simpul.\n4. Kukus selama 30 minit.\n* Sementara menunggu bahagian bawah masak, boleh sambung buat bahagian atas.\nCara penyediaan lapisan atas:\n1. Kisarkan daun pandan dengan sedikit santan dari sukatan 1 setengah cawan santan tadi, kemudian tapis dan ambil jusnya sahaja. Hampas boleh dibuang.\n2. Campur jus pandan dengan santan yang sedia ada dari sukatan 1 setengah cawan santan tadi. Pastikan ukuran santan dicampur jus pandan tadi tetap 1 setengah cawan tepat.\n3. Satukan bahan lain dan santan bersama jus pandan tadi. Kacau rata dan sebati sehingga tidak berketul. Masuk ke dalam kuali.\n4. Buka api perlahan dan masak sekejap sambil kacau sehingga bahagian dalam periuk panas.\n* Jangan sampai menggelegak \u2013 ini petua bagi bahagian atas cantik dan licin sahaja, pastikan adunan masih suam bila hendak diletakkan di atas pulut sebelum kukus.\n5. Bila sudah masak, angkat pulut tekan dan garis-gariskan garfu supaya bahagian hijau dan pulut melekat.\n6. Kukus dengan api sederhana selama 5 \u2013 10 minit atau sehingga masak.\n* Pastikan korang periksa bahagian lapisan hijau dengan lidi. Sekiranya masih basah, tambahkan masa kukusan dan kawal api supaya sentiasa sederhana. Rajinkan membuang air dari penutup kukusan.\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!\n"} {"url": "https://myresipi.com/serunding-kelapa/", "title": "Serunding Kelapa Cara Mudah Dan Sedap, Orang Bujang Pun Boleh Buat Sendiri", "body": "\nTak tahu sahur nak makan apa? Jom buat stok Serunding Kelapa cara mudah dan ringkas guna resipi ini. Orang bujang pun boleh buat, tak perlu tunggu mak buat dah.\nSedap tau! Bila campur dengan nasi panas-panas, memang tak pandang dah lauk lain. Tak rugi buat sebalang! Tiap kali nak makan, boleh campur serunding kelapa ni nanti.\nBaca juga: Kuih Pulut Serunding Kelapa: Lembut, Berlemak Manis Dan Pedas\u00a0\nSerunding kelapa ni antara makanan orang Jawa yang popular tau. Sebab kalau perasan, nak beli serunding ni memang banyak dekat kawasan sana. Jarang nak jumpa serunding yang dijual untuk pelancong di negeri lain.\u00a0\nKebiasannya yang dijual untuk pelancong adalah serunding ayam dan daging. Jadi memang jarang nak jumpa serunding kelapa ini.\nBagi yang nak cuba buat, jom ikuti resipi dari perkongsian Dapur Pak De Nashruddin ini. Memang menjadi. Tips nya pula untuk bagi tahan lama, parut kelapa hendaklah disangai dua kali untuk pastikan ia kering dan tak basi.\nJom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI SERUNDING KELAPA\nKita ni orang jowo. Mak cakap malu kalau tak pandai buat serunding. Siapa sini suka makan serunding, nah kita sediakan resipi yang simple je.\n\nBahan-bahan:\n\n5 biji kelapa parut\n5 sudu besar rempah kari\n2 sudu besar pati asam jawa\n10 sudu besar gula pasir\nGaram / perasa pilihan secukupnya\n\nBahan kisar:\u00a0\n\n10 ulas bawang putih\n20 biji bawang merah\n1 cawan udang kering \u2013 rendam hingga lembut \u2013 toskan airnya (pilihan \u2013 tak bubuh pun ok)\n5 sudu besar ketumbar biji\n1 sudu besar jintan putih\n2 sudu besar jintan manis\n6 cm halia\n6 cm kunyit hidup\n2 cm lengkuas\n5 batang serai \u2013 hiris halus\n3 batang serai \u2013 diketuk\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Gaul kesemua bahan di atas hingga sebati.\n2. Letakkan serai ketuk di atas serunding kelapa. Gunakan api kecil.\n3. Tutup periuk dan perap selama 4 hingga 5 jam.\n4. Masukkan di dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga kelapa menjadi ringan dan kering.\n5. Keluarkan serai, dan biarkan seruding kelapa menjadi sejuk sebelum disimpan.\n\n\nSiap untuk dimakan. Lepas goreng, korang jangan masukkan terus kedalam bekas. Biarkan sejuk sedikit dan minyak menggoreng dah turun baru masukkan dalam bekas.\nLepas ni boleh dah repeat makan ini setiap kali sahur, memang kenyang sampai nak berbuka nanti. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Serunding Ikan Homemade, Berbaloi Buat Sendiri Sebab Jimat & Tahan Lama!\n"} {"url": "https://myresipi.com/service-tax-dan-service-charge/", "title": "Gadis F&B Ini Jelaskan Beza Service Tax dan Service Charge Pada Resit", "body": "\nSegelintir dari kita, jika makan di restoran, mesti beranggapan sisa makanan harus dibersihkan oleh pekerja di situ kerana beranggapan sudah membayar sekali \u2018service\u2019.\nSesetengah restoran fast food, banyak menggunakan konsep layan diri dan ramai yang masih tak faham dengan perkara berkenaan.\nBaca juga: Pelanggan Bengang Dapat Kopi Cawan Kecil, Terus Maki Hamun Barista\nJadi, bagi menjelas kekeliruan ini, seorang gadis yang bekerja dalam bidang F&B (Food and Beverage) telah berkongsi perbezaan service tax dan services charge yang dikenakan di dalam resit pembayaran pelanggan.\n\nMenerusi perkongsiannya di laman TikTok, penguna yang dikenali dengan nama @lellullizms, gadis tersebut mendakwa masih ramai lagi yang tak mahu membersihkan meja atau letak semula dulang makanan ke tempat asalnya.\nPerkara itu disebabkan ramai beranggapan kerja membersihkan sisa makanan di atas meja bukan tanggungjawab pelanggan.\nMenurutnya, restoran fast food seperti Mcdonald\u2019s dan KFC hanya mengenakan service tax sahaja dan pelanggan disarankan untuk mengemas meja selepas habis makan.\nManakala, restoran yang mengenakan service charge di resit pula kebiasaannya membayar pekerja membersihkan meja selepas pelanggan habis makan.\nGadis tersebut berharap perkongsiannya ini dapat memberi penjelasan kepada semua orang agar dapat menjadi pelanggan yang bermoral dan ada sivik.\nKetika artikel ini ditulis video tersebut telah meraih perhatian netizen sehingga mencecah tontonan sebanyak 460.8k serta 27.6k tanda suka.\nAntara komen netizen:\n\n\n\nPastikan korang semak resit dulu jadi tak adalah jadi palatao je. hiks!\n\n\n @lellullizms\n#stitch with @Tajudin Fitri semoga paham explaination saya. You can ask me to explain more if you want \ud83d\ude03\n \u266c original sound \u2013 Lulz \u2013 Lulz \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/shakshuka-kacang-panggang/", "title": "Shakshuka Kacang Panggang, Menu Bersahur Sedap Dimakan Bersama Roti Bakar", "body": "\nJom buat Shakshuka Kacang Panggang untuk menu bersahur. Memang sedap dicicah bersama roti bakar. 15 minit je tempoh nak memasak tu.\nResipi ini mudah je sebab ia menggunakan bahan-bahan seperti kacang panggang, pes tomato chunky dan telur mata. Memang mudah dan ringkas.\u00a0\nBaca juga: Shakshuka, Makanan Popular Timur Tengah, Sedap Nikmati Bersama Roti @ Pasta\u00a0\nAnak-anak mesti suka makan lauk sahur macam ini. Kenyang dan tahan lama perut tu sampai berbuka nanti.\u00a0\nResipi shakshuka kacang panggang ini telah dikongsikan sendiri oleh Dapur Anok Pokmat menerusi laman Facebook dan tengok gambar sahaja pun dah bikin terliur. Jom tengok cara-caranya.\u00a0\n\nRESIPI SHAKSHUKA KACANG PANGGANG\n\nBahan-bahan :\n\n1 tin Kacang Panggang (425gm)\n1 biji Tomato | didadukan\n1 labu Bawang Holland | didadukan\n200gm Daging Cincang\n1 sudu kecil Biji Jintan Putih\n1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih\n2 sudu kecil Serbuk Ketumbar\n2 sudu kecil Serbuk Cili\n1/2 cawan Air\n1 sudu kecil Rasa Sifu \n6 biji Telor\n2 sudu besar Minyak\nSedikit Lada Putih Aji-Shio \nSecubit Garam\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Panaskan minyak dan tumis bawang, biji jintan sehingga wangi\n2. Masukkan daging dan kacau hingga pucat warnanya . Tambahkan tomato , serbuk jintan, lada putih, ketumbar dan serbuk cili. \n3. Masukkan air , perlahankan api , tutup dan masak sehingga tomato hancur\n4. Masukkan kacang pangggang , rasa sifu serta sedikit garam (jika perlu). Masak lagi sehingga sedikit kering\n5. Buatkan sedikit lubang dan tuang telor satu persatu . Tutup dan masak sehingga telor separuh masak . Matikan api\n6. Hidangkan Shakshuka dengan roti bakar.\n\nDah siap! Makan panas-panas memang sedap tau. Selamat mencuba!\nBaca juga: Resipi Bubur Kacang Hijau Orang Kawin, Letak Durian Bertambah Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/shakshuka-makanan-popular-dari-timur-tengah/", "title": "Shakshuka, Makanan Popular Timur Tengah, Sedap Nikmati Bersama Roti @ Pasta", "body": "\nPernah cuba Shakshuka? Hidangan ini popular dari Timur Tengah. Ada pelbagai variasi untuk makan bersama Shakshuka ini. Kebiasaannya dimakan ketika sarapan pagi atau makan malam yang ringkas.\u00a0\nShakshuka ini merupakan hidangan telur pecah dalam sos tomato, lada cili, dan bawang. Jika versi hidangan tanpa telur pula, ia dikenali sebagai galayet bandora, sangat popular di Jordan, Palestin dan di sekitar Laut Mati.\nBaca juga: Menu Asal Dari Timur Tengah, Ini Resepi Nasi Bukhari! Bau Rempah Ratusnya Sangat Menyelerakan\nIa juga enak dimakan bersama roti seperti baguette, sourdough atau pasta. Memang sesuailah untuk korang yang tengah nak diet itu. Memang sedap dan yang penting berkhasiat!\nResipi Shakshuka ini telah dikongsikan sendiri oleh Norafiqah Mohamad Sarbini di laman Facebook. Katanya makanan kegemaran beliau ini wajib ada dalam menu hariannya jika tak tahu nak masak apa. Jom kita tengok!\n\nRESIPI SHAKSHUKA\n\nBahan-bahan:\n\nCrushed tomato\nBawang holland\nBawang putih\nSmoked sosej (nak substitute protein lain pun boleh, taknak letak langsung pun boleh)\nTelur\nParmesan cheese (hardcheese lain pun boleh)\nDaun basil\nCayenne pepper (untuk pedas)\n\n*Bahan-bahan ini tiada sukatan, main agak-agak je\nCara memasak:\n1. Tumiskan bawang, kemudian bawang putih & sausages.\n\n2. Masukkan crushed tomato, garam, blackpepper.\n\n3. Bila dah masak, buat kawah untuk letakkan telur.\n\n4. Hiriskan parmesan chesse dan sedikit blackpepper.\n\n5. Masukkan dalam oven pada suhu 180-190 Celcius sampai masak. Siap untuk dihidang!\n\n\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/si-bulus-mengalir-air-mata-undang-netizen-sebak/", "title": "\u201cMenangis dia dapat makanan\u201d \u2013 Si Bulus Mengalir Air Mata Undang Netizen Sebak", "body": "\nKalau tengok si bulus di jalanan, mesti terus terdetik hati nak bagi ia makan sampai kenyang. Walaupun tahu kucing-kucing jalanan sentiasa kelaparan dan mempunyai jangka hidup yang pendek.\nLain pula kisahnya dengan si bulus yang ini. Tular videonya di laman TikTok apabila kucing tersebut seakan-akan menangis setelah diberikan makanan \u2018wet food\u2019 ternyata membuat netizen sebak.\nBaca juga: Resepi Wet Food Kucing Homemade Guna 3 Bahan Ini, Bulu Makin Sihat & Gebu\nMenerusi video yang dimuatnaik oleh @MissApplePie, kelihatan seorang wanita di restoran sedang meriba kucing tersebut makan di atas meja.\nLebih membuatkan netizen sebak apabila si bulus tersebut mengalir air mata seakan-akan bersyukur diberikan makanan sambil perlahan-lahan menjamah wet food tersebut.\n\nTinjauan di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sedih apabila melihat raut wajah kucing tersebut yang menyentuh hati mereka.\nMalah, ada juga netizen yang berharap agar orang ramai dapat membantu haiwan jalanan yang lain supaya tiada lagi yang kelaparan.\nAntara komen pengguna:\n\n\n\nVideo Penuh:\n\n\n @cikapplepie\nMenangis die dapat makan \ud83e\udd72\ud83e\udd0d #kucingjalanan #kucingtiktok #fyp \n \u266c Hijrah Cinta \u2013 Amsyarleee \n\n \n\nKorang jangan risau, si bulus tersebut sudah selamat di bawah jagaan wanita berkenaan malah beliau juga akui tak sampai hati meninggalkannya di restoran itu.\u00a0\nWah! semoga murah rezeki awak ye penulis doakan! Amin!\n"} {"url": "https://myresipi.com/si-kecil-tak-berselera-nak-makan-nasi-jom-cuba-resepi-roti-horns-mini-ini-sedap-weh/", "title": "Si Kecil Tak Berselera Nak Makan Nasi? Jom Cuba Resepi Roti Horns Mini Ini, Sedap Weh!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-12-16 07:11:02\n\n\nRoti merupakan salah satu hidangan\u00a0yang jadi pilihan anak-anak. Ia juga antara makanan paling mudah untuk disediakan jika kesuntukan masa. Cuma untuk mempelbagaikan resepi roti ni, kadang-kadang ibu tak sempat nak memikirkannya disebabkan terlalu sibuk dengan kerja lain. Jadi biasanya pilihan lebih mudah ibu akan buat adalah\u00a0sandwich ataupun\u00a0hanya\u00a0sapu dengan planta atau jem. Jadi apa kata kita cuba resepi Roti Horns Mini yang dikongsikan oleh Cik Puan Julieta di kumpulan Sedapnya Resepi di Facebook.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Cik Puan Julieta\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n6 keping roti gardenia\n2 biji telur (dikacau)\nSerbuk roti secukupnya\nIsi ayam (potong memanjang dan celup tepung bistari kemudian goreng)\nMayonis & sos cili\nLobak Merah (parut halus)\nDaun salad\nSedikit tepung gandum (campur sedikit air untuk lekatkan roti)\n\n\u00a0\n\nKredit: Cik Puan Julieta\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n\nRoti dipotong bahagian tepi kemudian di gelek nipis, potong tengah bentuk segi 3 kemudian sapu larutan tepung pada sisi roti dan gulung menjadi bentuk\u00a0horn\u00a0pastu tekan-tekan sikit supaya roti melekat.\nCelup roti dalam telur dan salut serbuk roti. Pastikan bahagian dalam juga bersalut kemudian goreng sehingga menjadi kuning keemasan.\n\u00a0Isi bahagian tengah denagn isi ayam, lobak merah dan daun salad kemudian paipkan sos dan mayonis. Sedia untuk dihidangkan.\n\n\u00a0\n\nKredit: Cik Puan Julieta\n\u00a0\n\nKredit: Cik Puan Julieta\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Cik Puan Julieta\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/siakap-laprik-ala-thai-kampung-style-rangup-pedas-memang-kaw/", "title": "Siakap Laprik Ala Thai Kampung Style, Rangup & Pedas Memang Kaw!", "body": "\nMesti ramai yang suka menu yang ringkas yang pasti sedap kan? Menu kali ini resepi dari Thailand iaitu ikan siakap laprik, makan sahaja ikan siakap laprik terus rasa seperti makan di restoran Thai bertaraf kayangan.\nPada yang suka masakan Thai, korang wajib cuba resepi ini makan dengan nasi putih sahaja pun sudah cukup. Jom cuba resepi ini.\nBahan-bahan (dikisar kasar)\n\n\n6 tangkai cili kering\n8 biji cili padi\n7 ulas bawang putih\n2 pokok akar ketumbar\n\nBahan \u2013 bahan lain\n\n\n1 ekor ikan siakap\n1/2 cawan air asam jawa\n2 sudu besar gula\n1 cawan air\n3 sudu besar sos ikan\nDaun ketumbar\nGaram secukup rasa\nTomato dan cili merah sebagai hiasan\n\n\nCARA PENYEDIAAN\n\nKelar ikan siakap dari belakang hingga ke depan. Sekiranya anda kelar isi ikan, ia akan masak sampai ke tulang.\n\n\n2. Salutkan ikan bersama garam, kunyit dan tepung jagung.\n\n3. Panaskan minyak dan goreng. Sesekali, ambil minyak itu dan simbah pada atas badan ikan supaya cepat masak.\n\n4. Panaskan minyak, tumis bahan yang sudah dikisar kasar. Kacau sampai bahan sedikit garing.\n5. Masukkan 2 sudu besar gula dan kacau sebati.\n\n6. Masukkan air asam jawa dan kacau hingga sebati dan letak 3 sudu besar sos ikan.\n7. Masukkan 1 cawan air. Kacau dan biarkan ia kering sedikit dan tabur daun ketumbar dan perasakan bersama garam.\n8. Siap dan boleh letak kuah di atas ikan yang sudah digoreng garing tadi. Selamat mencuba.\nSumber: Liza Idris\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/siakap-stim-lemon/", "title": "Siakap Stim Lemon Macam Kedai Siam, Cara SIMPLE Dengan Rasa Tip Top Punya!", "body": "\nIkan siakap memang sedap dan selalu digandingkan dengan masak stim limau. Apa kata ubah sikit buat Siakap Stim Lemon pula. Memang lagi \u2018kick\u2019 rasanya.\nIsinya yang lembut dan pejal bersama kuah stim lemon yang masam manis dimakan bersama nasi memang membolehkan kita bertambah nasi berpinggan-pinggan.\nBaca juga: Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Sedap Macam Restoran Thai T20\nLauk ini juga sangat sesuai dimasukkan dalam diet makanan bagi menurunkan berat badan. Malah, ia juga boleh dijadikan menu bagi orang yang berpantang.\u00a0\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Afy AL Habibi menerusi Facebook ini. Memang terliur dibuatnya.\n\nRESIPI SIAKAP STIM LEMON\n\nBahan utama:\n\n1 ekor ikan siakap dibersihkan dan dikelar\n2 ulas bawang putih diketuk\n1 batang serai diracik\n5 hiris halia\n2 helai daun limau purut\n1/2 sudu kecil garam bukit\n\nBahan kuah:\n\nAir rebusan ikan\n1 inci hirisan halia\n2 ulas bawang putih diracik\n1/2 batang serai muda\n1 biji lemon\n1 biji asam limau kasturi\nSehiris limau nipis\nSecubit garam bukit\n\nBahan hiasan:\n\nHirisan cili padi merah\nHirisan daun ketumbar\nTomato ceri\nBawang putih goreng\nHirisan lemon dan limau nipis\n\nCara penyediaan:\n1. Masukkan semua herba tadi ke dalam perut ikan. Garam bukit tadi dilumur di atas badan ikan.\n2. Letakkan dalam pan. Masukkan 1 cawan kecil air. Perasakan dengan 1 sudu kecil kicap cair.\n3. Tutup pan. Masak kira-kira 15 minit @ sehingga ikan masak dalam api perlahan.\n4. Untuk bahan kuah pula, Kacau rata semua bahan bagi sebati. Kemudian tuang kuahnya atas badan ikan.\n5. Boleh hiaskan hidangan menggunakan bahan hiasan mengikut kreativiti masing-masing. Siap!\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Sup Ikan Merah Paling SEDAP Dan Ringkas, Ikan Pun Tak Hancur Guna Resipi Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/siapa-kata-kopi-tiada-manfaat/", "title": "Siapa Kata Kopi Tiada Manfaat?", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-09-18 09:56:20\n\n\nTak kisahlah dari kedai warung tepi jalan atau kafe \"hipster\" 5 bintang sekalipun, kopi merupakan minuman asas mana-mana kedai. Ada yang buat sebagai penghilang dahaga dan ada yang minum untuk kekal bertenaga dan bersemangat untuk menjalankan tugas hakiki masing-masing. Selain rasa dan aroma yang sedap inilah, khasiat kopi untuk korang.\n1. Penyumbang Tenaga\nPhoto Credit: everythreeweekly.com\nKopi berkafein mempunyai kesan yang sangat positif untuk meningkatkan tenaga sebelum mulakan hari korang. Tak kisah lah sebenarnya sama ada waktu siang atau malam. Kalau perlukan tenaga, minum je kopi. Banyak ujian terkawal menunjukkan bahawa kopi memberi kesan kepada mood, fokus, tenaga, dan tindak balas seseorang.\u00a0\n2. Melindungi Hati\nPhoto Credit: thedailystar.net\nOrang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit sirosis. Sirosis sejenis penyakit yang dapat mengurangkan fungsi hati atau hepatoma. Kopi ternyata dapat melindungi korang daripada penyakit ini dengan dos yang betul.\u00a0\n3. Dapat Mengelakkan Kemurungan\u00a0\nPhoto Credit: coolmumsuperdad.com\nKemurungan sejenis penyakit mental yang sekarang dialami oleh ramai individu. Namun, ia tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh masyarakat. Banyak sebab menyumbang kepada kemurungan. Antaranya mungking masalah kewangan, masalah sosial atau fizikal seseorang. Kajian menunjukkan individu yang minum 4 atau lebih cawan kopi sehari dapat mengurangkan kadar kemurungan atau kemungkinan bunuh diri.\n4. Bantu Bakar Lemak\nPhoto Credit: blog.tribunjualbeli.com\nKafein adalah sesuatu yang ada dalam setiap produk pembakar lemak. Ia dibuktikan sebagai satu bahan yang dapat meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 3-11%. Namun, kesan-kesan ini akan berkurangan kalau korang mengamalkan dalam jangka masa yang panjang. Hal ini sebab badan korang dah naik kadar toleransi.\n5. Umur Yang Panjang\nPhoto Credit: pickpik.com\nNi secara logiknya hasil semua point tadi. Dah kalau kopi dapat berikan semua faedah tu, memang sah lah umur korang panjang. Dapat mengurangkan penyakit, memberikan tenaga yang secukupnya dan juga meningkatkan mood! Pesakit kencing manis pula dapat mengurangkan risiko kematian sebanyak 30%.\u00a0\nJadinya, hasil bacaan ni apa korang dapat? Pergi lah dapatkan secawan kopi. Tapi ingat, nak tambah gula tu jangan manis sangat. Nanti sia-sia je minum. Faedahnya dalam kopi, bukan gula. Selamat menjalankan hari korang!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/simpan-lauk-basah/", "title": "Simpan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost Rupanya!", "body": "\nSimpan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost Rupanya!\u00a0\nKalau biasa hadapi masalah ini setiap kali beli lauk, boleh tukar cara simpan barang basah ini ikut cara yang dikongsi oleh Cik Puan Firda Ashaary.\nBaca juga: Cara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini\nBila beli stok lauk basah baik ayam, daging, ikan, sotong dan udang dalam kuantiti banyak selalu jadi masalah untuk kita simpan dalam freezer. Bila masuk dalam bekas plastik ruang penuh bersumbat kadang-kadang tak muat.\nSIMPAN LAUK BASAH DALAM PLASTIK ZIPLOCK\n\nRupanya cara untuk jimat ruang dalam freezer dan mudah untuk defrost adalah menyimpan semua lauk ini dalam plastik ziplock.\nTip ini kata Firda, beliau mengambil tips dari adik jirannya. Katanya selama ini selepas siap cuci dan potong lauk mentah, dia akan mengasingkannya ikut kuantiti sekali masak dan simpan bekas bertutup.\nCaranya, simpan lauk mentah yang dibersihkan dalam plastik ziplock ikut portion dan susun dalam freezer termasuk di rak tepi. Boleh guna ziplock jenis memanjang.\nSENANG NAK DEFROST DAN MANIS LAUK MASIH KEKAL\n\nCara ini proses defrost lebih cepat selain itu rasa manis lauk termasuk daging tak hilang kerana lauk masih kekal dalam plastik waktu direndam dalam air.\nBila nak defrost, ambil plastik ini rendam terus dalam air. Tak perlu keluarkan lauk di dalamnya.\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: 5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/simple-tapi-ketagih-jom-cuba-resepi-garlic-bread-mushroom-soup-ala-ala-pizza-hut-sedap-weh/", "title": "Simple Tapi Ketagih, Jom Cuba Resepi Garlic Bread & Mushroom Soup Ala-Ala Pizza Hut, Sedap Weh!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-10-29 03:04:49\n\n\nDah bosan asyik makan makanan yang sama je dan inginkan kelainan dalam hidangan buat seisi keluarga?\u00a0 Apa kata korang try buat Roti Garlic Gradenia Ketagih & Mushroom Soup. Anak-anak mesti suka makan menu yang ringan-ringan macam ni. Yang penting makan sekali pasti nak lagi!\u00a0 Resepi ini dikongsikan oleh\u00a01001 Resepi Western Food Umie Safiyya di laman facebooknya.\n\u00a0\n\nKredit: 1001 Resepi Western Food Umie Safiyya\n\u00a0\nBahan-bahan Mushroom Soup:\n\n300ml air\n500ml susu segar\n1 kiub ayam\n1/2 sudu teh daun parsley\n1/2 sudu teh serbuk lada hitam\n1/2 sudu teh garam\n1/2 cawan tepung gandum\n1/2 sudu besar mentega\n1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nTuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.\nMasukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.\nMasukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.\nBancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.\nReneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.\n\n\u00a0\nBahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih: \n\nRoti Gardenia\nBawang Putih\nMentega\nSecubit garam (ikut citarasa sendiri)\nDaun Parsley\n\n\u00a0\nCara-cara:\n\nTumbuk bawang putih\nGaul ke dalam mentega\nMasukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati\nSapu ke atas roti\n\u00a0Dan bakar api atas bawah (oven)\n\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: 1001 Resepi Western Food Umie Safiyya\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/simple-tapi-sedap-ini-resepi-starwberry-crumble-versi-coklat/", "title": "Simple Tapi Sedap! Ini Resepi \u2018Starwberry Crumble\u2019 Versi Coklat", "body": "Korang pernah tak makan strawberry crumble versi choclate crumbs? Kalau tak pernah, korang kena cuba buat hari ini, boleh buat makan untuk moreh. Sedap sangat dan mudah sahaja resepi kali ini. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Syahr Musafir di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nSTRAWBERRY CRUMBLEKorang pernah tak makan strawberry crumble versi choclate crumbs? Kalau tak pernah, korang kena cuba buat hari ini, boleh buat makan untuk moreh. Sedap sangat dan mudah sahaja resepi kali ini. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Syahr Musafir di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A (CHOCOLATE CRUMBLE)\nMentega\n\nTepung gandum\n\nSerbuk Milo\n\nSecubit garam\nBAHAN B (INTI STRAWBERI)\nStrawberi dipotong dua\n\nSerbuk kayu manis\n\nGula\n\nPerahan lemon\n\nKredit: Syahr MusafirCARA PENYEDIAAN\nGaul sebati bahan A, boleh kecualikan serbuk Milo jika tak suka coklat. Gantikan dengan serbuk kayu manis.\n\nGaul guna tangan atau jari-jemari je. Jika adunan terlalu lembab tambahkan sedikit tepung gandum. Gaul sebati lagi.\n\nGaulkan bersama semua bahan B, masukkan strawberi sebagai lapisan bawah.\n\nTaburkan crumble sebagai lapisan atas.\n\nTaburkan chocolate rice\u00a0sebagai hiasan.\n\nBakar dalam oven, 180C atas dan bawah selama 40 minit bergantung saiz bekas.\n\nSiap dan boleh dihidang.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/siput-sawah-gondang-masak-sambal/", "title": "Cara Buat Siput Sawah Gondang Masak Sambal, Lauk \u2018Rare\u2019 Yang Banyak Khasiatnya", "body": "\nPernah makan Siput Sawah Gondang? Katanya kalau buat masak sambal memang makan bertambah tau!\nSiput sawah ini juga ada banyak gelaran lain iaitu Sput Air, Keong Sawah dan Siput Paip. Selalu juga dianggap sebagai ancaman kerana selalu merosakkan sawah padi.\u00a0\nJadi, pesawah selalunya akan mengutip siput ini untuk diolahkan sebagai lauk, sate, mahupun jajan. Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak juga khasiatnya untuk tubuh badan kita.\nBaca juga: Petua Cuci Siput Sedut Sampai Hilang Segala Lumpur & Lendir, Rasa Pun Jadi Manis!\nAntaranya ialah menurunkan kolestrol, tinggi protein, menjaga kesihatan rambut, baik untuk pertumbuhan dan kepadatan tulang, dan juga boleh dijadikan antiseptik luka yang semula jadi.\u00a0\nKebiasaannya hidangan siput selalu dibuat sebagai masak lemak, tapi kali ini kita buat masak sambal pula. Makan dengan ulam-ulaman pun dah naik selera.\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Nora Diana Ahmad menerusi Facebook dan meraih tanda suka sebanyak 1.7K! Wow! Memang ada penggemarnya Siput Sawah Gondang ini. Jom kita cuba~\n\nRESIPI SIPUT SAWAH GONDANG MASAK SAMBAL\n\nSebelum memasak, pastikan siput ini dicuci bersih sehingga 4 kali supaya tak ada kotoran atau selut di cangkerangnya. Baru lah nanti puas nak meratah.\nBahan-bahan:\n\n2 kg siput sawah gondang\n1 biji bawang merah \u2013 dihiris\nSedikit asam jawa \u2013 campur dengan sedikit air\n\nBahan kisar:\n\n13 buah cili kering \u2013 ikut selera pedas masing-masing\n4 ulas bawang merah\n3 ulas bawang putih\nGaram secukupnya\n\nCara-cara memasak:\n1. Rebus dahulu siput sawah gondang sampai masak. Tos dan ketepikan.\n2. Kemudian, tumbuk atau kisar bahan-bahan di atas.\n3. Jika siput sudah masak, hiriskan kemudian tumis bawang merah yang dipotong nipis kemudian tambahkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.\n4. Kemudian tambahkan siput sawah tadi dan gaulkan dengan sambal dengan sekata. Jangan lupa tambahkn sedikit asam jawa yang di cairkan, dan tambah garam biar rasanya lengkap.\u00a0\n5. Jika terlalu pedas, boleh adjust dengan tambahkan sedikit gula. Bila dah betul-betul masak, boleh padamkan api dapur.\n6. Siput sawah gondang masak sambal siap untuk dimakan!\n\nManis tau isi dia bila dah masak. Mesti ketagih punya korang nak meratah! Yang duduk bandar kalau nak merasa siput ini, boleh je cari di pasar basah tani, mesti ada orang menjual punya.\u00a0\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/smash-burger-di-petaling-jaya-yang-patut-anda-cuba-daging-juicy-dan-tak-berminyak/", "title": "Smash Burger Di Petaling Jaya Yang Patut Anda Cuba, Daging Juicy Dan Tak Berminyak", "body": "\nJarang di KL ni nak dapat makan burger truck macam di negara luar kan? Haa tapi siapa sangka yang sebenarnya di Petaling Jaya sebenarnya ada foodtruck yang menjual burger dan kopi yang sedap dengan harga yang berpatutan tau. Ramai yang masih lagi tidak tahu tentang foodtruck ni. Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom baca artikel ini.\nSmash Burger Di Petaling Jaya Yang Patut Anda Cuba, Daging Juicy Dan Tak Berminyak:\nSebuah akaun di Twitter @Hunain_ ada berkongsi pengalamanya makan burger di foodtruck ini. Katanya rasa burger di sini sedap dan kopinya juga memang nikmat bila minum.\n\u201d\u00a0 This Smash burger dekat petaling Jaya really underrated peniaga macam ni aku rasa patut support cerita dia macam ni..\u201d\n\u201d My cousin suggest me this foodtruck dia cakap burger and kopi dia sedap gila tapi tak ramai tahu \u201d\n\nKestimewaan makanan yang dijual di foodtruck ini adalah Meat Lover, Double Smashed dan Classic Smashed. Selain itu, mereka juga ada menjual pelbagai jenis kopi. Jadi kepada anda yang sukakan kopi, anda pasti akan suka untuk lepak di sini.\n\n\u201d Btw diorang ada patty ayam jugak incase korang tak makan daging and diornag concern dekat indian customer diorang \u201d\n\n\u201cBurger sedap , and harga reasonable, daging juice , bun masak pun tak oily and the raspberry coffee is so good! \u201d\n\u201c Personally aku lagi suka double patty dari mest lover sebab mcm to much happening dalam tu \u201d\nNampak menarik kan burger yang dijual di sini? Isinya sangat padat fuhh memang layan la tambah lagi kalau minum bersama kopi.\nJadi kepada anda yang berada di kawasan KL atau Selangor dan teringinkan burger yang sedap, anda wajib try makan di Nomadtruck ni tau. Confirm berbaloi lah!\n\u201c Overall happy tummy! \u201d\nAlamat: (Nomadtruck) Jalan SS 6/3, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu Beroperasi: Selasa \u2013 Isnin (5.30PM \u2013 12AM)\nSumber: @Hunain_\n"} {"url": "https://myresipi.com/somtam-mangga-style-ibu-cukup-rasa-masam-manisnya/", "title": "Somtam Mangga Style Ibu, Cukup Rasa Masam & Manisnya! Penggemar Masakan Thai Wajib Cuba", "body": "\nSiapa yang suka akan masakan Thai pasti tahu menu Somtam Mangga ini. Boleh dikatakan menu pelengkap dengan lauk pauk lain.Kalau ada stok mangga banyak dan tak tahu nak buat apa, boleh cuba buat Somtam ini.\nMudah sangat caranya dan bahan yang digunakan hanya 5 bahan sahaja. Jom kita sama-sama\u00a0 cuba resipi Somtam hasil perkongsian oleh Puan Ameera.\nBaca juga: Ayam Serai Ala Restoran Thai. Cara Buat Sangat Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan\nRESIPI SOMTAM MANGGA STYLE IBU\nBahan-bahan:\n\n4 biji mangga\nSedikit udang kering (saiz kecil)\n1 biji bawang merah\n5 biji cili padi\nSos Thai secukupnya\n\nCara-cara:\n\nSagat mangga seperti dalam gambar, cantik kan? Selera pun bertambah-tambah.\n\n\nMasukkan pula udang kecil. (empunya resipi beli di Perlis).\n\nMasukkan bawang merah yang dihiris nipis.\n\nKemudian masukkan cili padi yang dipotong. Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili.\n\nAkhir sekali letakkan sos Thai. Gaul sehingga rata. Tak perlu letak garam dan gula sebab sos ini sudah secukup rasa.\n\nSiap digaul. Selamat mencuba!\n\n\nKredit: Ameera\nBaca juga: Cara Buat Sos Ayam Mangga Homemade, Buat Jual Pun Pasti \u2018Laku Keras\u2019\n"} {"url": "https://myresipi.com/sos-black-pepper-viral-resipi-tak-muak/", "title": "Sos Black Pepper Viral, Resipi Tak Muak Paling Kena Dengan Tekak Melayu", "body": "\nJom cuba resipi sos black pepper viral yang merupakan hasil perkongsian oleh Cikgu Afy AL Habibi. Resipi ini juga telah mendapat lebih 13 ribu perkongsian di laman sosial Facebook.\nRamai dah cuba dan bersetuju resipi ini tersangatlah sedap kerana sesuai dengan citarasa. Rasanya juga tidak muak.\nNak cuba? Ikut saja resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!\nResipi Sos Black Pepper Viral\nBahan-bahan:\n\n3/4 sudu besar planta\n1 ulas bawang putih (racik halus)\n1 tin sos spaghetti keju\n1 cawan air suam\n1 sudu serbuk cheese (jika ada)\n\n1/2 sudip kicap Jalen lemak manis\n\n\n3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar\n\n3/4 sudu kecil gula\n\nCara-cara:\n1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan bawang putih, tumis sehingga naik bau.\n2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).\nTambahkan air suam 1 cawan atau lebihkan jika pekat.\n\n3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese jika ada. Kalau ada lagi sedap.\n4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemakmanis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.\n\n5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar.\n\n6. Masukkan juga gula sedikit demi sedikit jika risau terlalu manis. Kacau sebati.\n7. Tutup api setelah semua rasa sebati.\n\nSiap untuk sos black pepper viral. Sesuai dimakan dengan\u00a0lamb chop,\u00a0chicken chop, chicken grill dan sebagainya.\n\nKredit: Afy AL Habibi\n"} {"url": "https://myresipi.com/sos-bolognese-frozen-5-kali-makan-sedap-dari-sos-segera/", "title": "Jom Buat Sos Bolognese Frozen Standby Untuk Ramadan, Boleh 5 Kali Makan! Dijamin Lagi Sedap Dari Sos Segera", "body": "\nSos bolognese wajib ada stok kat rumah, senang bila nak masak spaghetti bolognese yang sentiasa menjadi pilihan tak kira masa. Tidak terkecuali ketika bulan puasa. Lagi-lagi pada waktu sahur, bila tak lalu nak makan nasi.\nBagi memudahkan kerja pada bulan Ramadan nanti, jom buat siap-siap sos bolognese dan bekukan dalam peti ais. Lagi sedap dari beli sos segera tau!\nJom ikut cara yang dikongsikan oleh Erni Abu Samah di bawah. Menurutnya juga, sos ini boleh buat untuk 5 kali makan dan boleh tahan sehingga 6 bulan.\nRESIPI SOS BOLOGNESE FROZEN\nBahan-bahan:\n\n7kg tomato merah buang kulit dan biji\n5 biji bawang besar didadu\n15 biji bawang putih dipecahkan dan didadu\nOrigano, parsley, basil (yang serbuk kering) 2 sudu besar setiap satu\n2 susu besar chili flakes\n2 sudu besar lada hitam\nBay leaves\n2 tin besar tomato puri\n2 tin cendawan hiris (optional) letak masa 1/2 jam terakhir\n3 atau 4 sudu besar garam\n2 sudu besar gula\n\nCara-caranya:\n1. Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis bawang besar dan bawang putih, jangan terlalu garing, cukup layu saja.\n2. Masukkan tomato yang dikisar halus.\n3. Masukkan 2 tin tomato puri bersama garam, gula, lada hitam dan semua daun herba.\n4. Reneh atas api kecil selama 2 jam. Kurang 2 jam sedikit pun boleh.\n5. Pada setengah jam terakhir, masukkan cendawan yang dihiris.\n\n6. Bila kuah dah sejuk, masukkan dalam paket kecil sebelum disimpan dalam freezer. Kuah spaghetti ini boleh tahan sehingga 6 bulan.\n\nCara penggunaan sos\nBila nak makan, hanya perlu tumis dengan daging cincang, tambah sos di atas dan perasakan mengikut citarasa masing-masing. Boleh juga tambah beefball atau dijadikan sos lasagna atau pizza.\nTip buang kulit tomato\nKelar kulit tomato, kemudian celur dalam air menggelegak sehingga nampak kulitnya terkoyak. Jangan lama, nanti kulit tomato mudah dikupas macam kupas pisang.\nSelamat mencuba.\nSumber: Erni Abu Samah\n"} {"url": "https://myresipi.com/sos-hijau-vietnam-roll/", "title": "Sos Hijau Vietnam Roll, Resipi Viral TikTok! Sekali Cuba Mesti Nak Lagi", "body": "\nYang pernah mencuba Vietnamese Roll, wajib cuba dengan cicah Sos Hijau Vietnam Roll atau Green sauce ini. Memang ngamsoi!\nSos hijau yang trending di TikTok ini memang min sangat syorkan untuk korang cuba. Padu gila!\n Baca juga: Cara Buat Vietnamese Spring Rolls Bersama Sos Pencicah Thai, Memang Power Weh!\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Liyn di laman Facebook. Nak buat stok banyak-banyak pun tak ada masalah. Boleh jadi salad dressing juga.\u00a0\nRESIPI SOS HIJAU VIETNAM ROLL\n\n\nBahan-bahan:\n\nSegenggam daun ketumbar\n4 biji cili padi hjiau ( nak pedas letak lebih ye\n1 helai daun limau\n3 ulas bawang putih\nSedikit air\n1 ketul kiub pati ayam\n1 sudu garam\n1 sudu msg\n2 sudu gula\nAir limau sikit / limau nipis separuh biji\n1 kotak kecil susu segar \nYogurt original\n2 sudu susu pekat\u00a0\n\nCara penyediaan:\n1. Bahan bahan 1 hingga 10 perlu dikisar.\n2. Kemudian sediakan periuk, masukan bahan yang diblend.\n\n3. Masak dengan api perlahan, sambil masukkan bahan-bahan.\n\u00a0\n\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sos-sengkuang-calit/", "title": "Sos Sengkuang Calit Simple Dan Sedap, Guna RESIPI Ini", "body": "\nSos Sengkuang Calit Simple Dan Sedap, Guna RESIPI Ini.\nSedapnya Sos Sengkuang Calit ni. Jom cuba buat secara homemade. Kalau dulu, sekeping harganya dalam RM0.50 tapi sekarang boleh mencecah RM2 sekeping.\nAntara satu menu yang popular jika menceritakan tentang sengkuang adalah sengkuang calit. Sekarang, kita boleh lihat banyak gerai di tepi jalan menjual sengkuang calit yang sedap dan lazat.\nBaca juga: Sos Hijau Vietnam Roll, Resipi Viral TikTok! Sekali Cuba Mesti Nak Lagi\nAgak mahal tapi tak apa, anda pun boleh buat sendiri sos ni secara homemade menggunakan resipi perkongsian Cik Puan Zaitun Abd Hamid. \nMemang berbaloi cuba. Boleh makan banyak kali. Nak jadikan kuah rojak pun boleh.\n\nRESIPI SOS SENGKUANG CALIT\n\nBahan kisar:\n\n1 senduk cili kisar\n1/2 senduk cili sos\nSedikit belacan\n5 sudu besar kicap manis\n2 sudu besar taucu\n3 sudu besar tepung jagung\nSedikit gula\n1 sudu pes asam jawa adabi\n\nBahan topping:\u00a0\n\n1 cawan kacang\u00a0\n2 sudu gula\n2 sudu serbuk asam boi\n\nCara penyediaan:\u00a0\n1. Semua bahan-bahan kisar, blend bagi sebati. \n2. Masak di atas api yang perlahan. Sampai betul-betul pekat dan perasakan sos dengan cukup.\n3. Lepas siap, sediakan bahan-bahan topping pula.\n4. Potong bulat-bulat sengkuang. Kemudian sejukkan.\n5. Lepas itu boleh la calitkan sos dan taburkan bahan topping di atas. Sedia untuk dinikmati.\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cottage Pie Dengan Sos Bolognese Daging & Kentang Lenyek, Sedap Tau!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sosej-ayam-homemade/", "title": "Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!", "body": "\u00a0\n\nAnak-anak korang suka makan sosej? Baik buat sendiri sosej homemade. Lebih bersih dan sihat untuk anak-anak makan. Siap boleh campur sayur lagi. Korang follow je resepi sosej ayam tambah sayur ni kat sini. Nak guna apa-apa jenis sayur pun boleh.\nBab makan ni memang jadi masalah kat anak-anak. Frozen food lah yang diaorang suka makan. Tapi kali ni, saya syorkan korang buat sosej sendiri kat rumah. Boleh ajar anak-anak makan sayur sekali. Korang campur je sayur tu dalam adunan sosej nanti. Sedap tau!\nSebenarnya buat sosej ni tak susah pun. Korang cuma perlu kisar je ayam, sayur dan bahan-bahan lain sehingga hancur. Kemudian, masukkan dalam plastik ais krim dan rebus sekejap sebelum di Frozenkan. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Bila-bila nak makan boleh ambil je.\nBaca juga: Ini \u2018Tricks\u2019 Tak Nak Bagi Sosej Kecut & Berkedut Masa Menggoreng\nSosej ni juga sama dengan sosej yang korang biasa beli kat luar. Sedap dimakan dengan sos dan mayonis. Cara masak sosej yang difrozenkan pun sama dengan sosej lain. Boleh goreng, rebus atau masak dalam air fryer. Nak lagi mudah korang masak je guna air fryer. Lebih sihat tanpa minyak.\nResipi sosej ayam tambah sayur ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Norazlin Abd Rahman. Resipi ni viral tau. Mesti semua ibu-ibu memilih untuk buat sosej sendiri dari beli kat luar lepas jumpa resepi ni kan. Jimat, sedap dan sihat!\n\nRESIPI SOSEJ AYAM HOMEMADE\n\nBahan-bahan:\n\n4-5 ketul dada ayam\n2 biji telor\nDaun sup + carrot/ apa-apa je jenis sayur\nSebiji bawang besar\n4-5 ulas bawang putih\nSedikit lada hitam, lada sulah dan garam\n4 sudu tepung ubi\n\nCara membuatnya:\n1. Campurkan kesemua bahan dan bland.\n2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim. Ikat hujung kiri dan kanan.\n3. Kemudian, rebus/kukus dalam 10-15 minit. Siap dan boleh keluarkan dari plastik ais.\n4. Ini yang dah siap goreng. Sedap tau!\n\nDah boleh frozenkan atau terus di goreng. Kalau nak makan yang dah rebus macam tu pun sedap. Lagi sihat sebab tak menggunkan minyak. Kekadang risau juga bagi anak-anak makan sosej kat luar tu. Tak tahu bersih ke tak. Lebih baik buat sendiri kan.\nSelamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sosej-kecut-berkedut/", "title": "Ini \u2018Tricks\u2019 Tak Nak Bagi Sosej Kecut & Berkedut Masa Menggoreng", "body": "\nBila goreng sosej pasti masalah utama yang berlaku adalah sosej menjadi kecut dan kedut. Lain pula dengan yang dibeli di kedai kerana tidak kecut dan elok.\nArtikel berkaitan: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!\nPasti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk hasilkan sosej yang tidak kecut dan kedut kan? Kalau nak tahu macam mana kena ikuti perkongsian di bawah. Memang banyak betul tips berguna anda kena cuba. Hiks!\n\nMenerusi pertanyaan Siti Afifah di laman Facebook, beberapa pengguna media sosial berkongsi \u2018tricks\u2019 mengoreng sosej supaya tak kecut dan kedut. Kadang-kadang bila sosej kedut, anak tak nak makan kerana tidak sama seperti yang dijual di kedai.\nRata-rata netizen berkongsi pengalaman mengoreng sosej menggunakan teknik yang mereka pelajari dan hasilnya memang menjadi! Sosej tak kecut dan kedut, elok kejadiannya.\n\nSemoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sosej-perahu/", "title": "Sosej Perahu, Resipi Viral Wajib Cuba! Sesuai Untuk Jadikan Bekal Ke Sekolah", "body": "\nJom cuba resipi viral dekat media sosial iaitu Sosej Perahu ini. Nampak comel dan sedap untuk dimakan. Anak-anak mesti suka sebab nampak comel!\nYang penting, perut anak-anak kenyang bila kita jadikan ia sebagai bekal ke sekolah. Nak buat untuk bekal berkelah pun tiada masalah! Resipi viral dari negara seberang ini memang sangat menarik untuk dicuba.\nBaca juga: Sosej Tongmo Versi Halal, Sekali Rasa Mesti Nak Lagi!\nMana tidaknya, hanya gunakan kulit popia atau kulit dumpling serta inti sosej. Memang jimat.\nApa kata hari ini ibu-ibu cuba buat masakan dari seberang ini. Bukan sahaja sedap, resipi yang disediakan oleh Cik Puan Sunita Sabtu ini telah meraih 1,600 perkongsian di media sosial!\n\nRESIPI SOSEJ PERAHU\n\nBahan-bahan:\n\n6 batang sosej keju (potong dadu)\n1 biji telur (dipukul)\n1 ulas bawang putih (ditumbuk)\nCili besar merah (potong kecil)\n4-5 sudu besar tepung gandum\n100ml air rebusan ayam atau air kosong\nDaun bawang (potong kecil)\nSerbuk lada putih\nGaram secukupnya\nKulit dumpling secukupnya\nMinyak untuk menggoreng\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Masukkan sosej ke dalam telur yang telah dipukul dan semua bahan.\n2. Kacau rata dan ketepikan.\n3. Ambik kulit dumpling potong dua. Buat keratan kecil pada bahagian atas dan bawah dan bentukkan ia seperti perahu (cara seperti gambar di bawah). Lekatkan dengan air kosong.\n4. Selesai sediakan perahu, tuangkan adunan sosej ke dalamnya.\n5. Panaskan minyak dan goreng secara terendam.\n6. Goreng sehingga warna keemasan atau masak. Angkat dan toskan minyaknya.\n7. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Siap!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Sosej Tumis Pedas Cara SIMPLE, Resipi Bujang Yang Menyelerakan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sosej-tongmo/", "title": "Sosej Tongmo Versi Halal, Sekali Rasa Mesti Nak Lagi!", "body": "\nSosej Tongmo ini adalah sejenis sosej yang berasal dari negara Kemboja.\nDengan ukur lilit yang biasanya 8 sentimeter dan 13 sentimeter panjang, sosej ini adalah daging cincang yang diperap dan kemudian disumbat ke dalam usus lembu nipis sebelum dibakar.\nBaca juga: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!\nMakanan tradisional masyarakat Melayu Champa ini sedap dimakan panas-panas kerana ketika itu korang akan merasai jus dan tekstur dagingnya yang lembut serta berlemak, setanding sosej jenama antarabangsa.\nIkuti resipi homemade sosej tongmo ini dari perkongsian Cik Puan Liza Ariffin di laman Facebook ini. Memang ketagih nak makan lagi dan lagi lepas pandai buat sosej ini.\n\nRESIPI SOSEJ TONGMO\n\nBahan-bahan:\n\n2 kilo daging \u2013\u00a0 80% daging, 20% lemak\nSecawan lengkuas*\n2 labu bawang putih*\nDaun limau purut segenggam*\nHalia seinci*\nCili kering 10 biji*\nGula kabung 2 ketul*\nSerbuk lada hitam sesudu teh\nChili powder 2 sudu besar\nPekatan lemon-limau sesudu besar\u00a0\nNamphla atau sos ikan 3 sudu makan\nGaram 2 sudu besar\n\nNota: kisar halus semua bahan yang bertanda *\u00a0\nBahan lain:\u00a0\nNasi semangkuk kecil\nSerbuk perasa\nDry Sausage Casings. (Saya guna sausage casings yang saya beli dari China. Soy-based collagen casings, halal. Kalau taknak boleh guna usus muda lembu atau kambing)\nCara-cara membuat:\n1. Daging dicincang atau di proses menggunakan food processor. Saya cincang je sebab saya suka kasar-kasar sikit isi sosej.\n2. Campurkan semua bahan: daging, bahan tumbuk, nasi dan lain2 (kecuali casings). Gaul rata. Perap dalam 1/2 jam dalam peti sejuk.\n3. Sediakan corong untuk masukkan daging ke casings. Saya guna corong minyak yang saya potong sikit muncungnya supaya muat-ngam ke mulut casings. Casings tak perlu direndam dulu atau apa2, boleh terus guna.\n4. Perlahan-lahan masukkan daging ke dalam sosej casing dan ikat guna cotton twine. Cucuk sosej dengan toothpick utk keluarkan air-bubbles.\u00a0\n5. Dah siap diikat2 kalau cuaca baik boleh lah jemur sosej di bawah panas matahari dalam sehari dua, hingga agak kering. \n6. Kemudian boleh digoreng atau dibakar macam sate.\n7. Kalau cuaca jerebu, boleh keringkan Tongmo dalam oven selama 5 jam dengan suhu 90 celcius.\n\n\nSemoga bermanfaat dan selamat mencuba!\nBaca juga: Ini \u2018Tricks\u2019 Tak Nak Bagi Sosej Kecut & Berkedut Masa Menggoreng\n"} {"url": "https://myresipi.com/sosej-tumis-pedas/", "title": "Sosej Tumis Pedas Cara SIMPLE, Resipi Bujang Yang Menyelerakan!", "body": "\nJom buat sosej tumis pedas untuk hidangan sekeluarga. Sedap juga dijadikan lauk bersama nasi.\nSosej adalah makanan pilihan yang sering disediakan oleh kebanyakan ibu di rumah kerana penyediaannya yang cukup mudah.\nBaca juga: Ini \u2018Tricks\u2019 Tak Nak Bagi Sosej Kecut & Berkedut Masa Menggoreng\nIa bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa. Selalunya sosej direbus atau digoreng sahaja.\nKalau anda kehabisan idea dalam menyediakan resipi hidangan sosej untuk seisi keluarga, MyResipi kongsikan resipi unik daripada Cik Puan Wani Sulinan ini.\nBahan-bahan untuk resipi ini sangatlah ringkas dan sesuai sangat untuk pelajar univeristi yang nak berjimat.\u00a0\n\nRESIPI SOSEJ TUMIS PEDAS\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nSosej \u2013 potong serong\nBawang putih \u2013 mayang kasar\n\nBawang merah \u2013 mayang kasar\nCili api \u2013 dipotong\nDaun bawang \u2013 dipotong\n1 biji telur\nSos cili\nSos tiram\nKicap cair\n\nCara memasak:\n1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing.\n2. Masukkan telur dan biarkn telur keras sedikit kemudian pecahkan seperti scramble egg.\n3. Masukkan cili. sos tiram sos cili dan kicap. Sukatan agak-agak.\n4. Masukkan sedikit air dan letak garam secukup rasa.\n5. Masukkan sosej dan masak sampai isinya masak. Akhir sekali boleh tabur daun bawang sebagai hiasan.\n6. Sedia untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sotong-gerenti-takkan-liat-lah-kalau-guna-tips-ni/", "title": "SOTONG GERENTI TAKKAN LIAT LAH KALAU GUNA TIPS NI!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-03-08 08:48:11\n\n\nPernah tak korang bila\u00a0masak sotong, mesti ada masa sotong korang tu liat sikit dan tak sedap nak kunyah? Haa..Cara korang masak tu salah. So, harini kami\u00a0akan kongsi\u00a0cara untuk buat\u00a0sotong korang lembut dan sedap untuk dimakan!\u00a0\nMenurut apa yang dikatakan oleh Marliana Shamsuddin, ramai orang sanggup berbelanja lebih dan cari restoran makanan laut yang terbaik\u00a0untuk mendapat makanan laut yang semestinya lebih segar dan enak.\u00a0 \n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Makanan laut ini terdiri daripada ikan, sotong, udang, kepah, lala dan lain-lain. Untuk masak hidangan ini, ia memerlukan teknik yang tersendiri. Sebagai contoh, sotong, ia memerlukan cara yang tersendiri untuk pastikan dagingnya tidak liat selepas dimasak. \n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Terdapat 6 cara mudah yang Mamak Haji dah kongsikan yang kita boleh praktiskan supaya sotong yang dimasak tak akan menjadi liat dan juga kecut. \nTEKNIK MEMASAK SOTONG\n\n\nLepas kita bersihkan sotong, ketuk sotong dengan kitchen mallet tapi pastikan tidak terlalu kuat agar isinya tidak terkoyak. Sesudah diketuk, potong bulat atau mengikut cita rasa anda.\nJangan masak sotong terlalu lama kerana isinya akan menjadi keras. Kalau korang guna suhu yang tinggi, pastikan sotong dimasak dari 1\u00a0ke 3 minit sahaja. Kalau lebih dari tu,\u00a0sotong akan menjadi liat dan tidak sedap untuk dimakan. \nReneh sotong tersebut dengan api sederhana\u00a0supaya kuah kari menjadi pekat dan juga isi sotong menjadi lembut. Jika\u00a0anda menggunakan air panas, gunakan teknik yang sama iaitu masak sotong tersebut selama 1 hingga 3 minit sahaja.\nGunakan perahan jus lemon ataupun limau nipis untuk melembutkan sotong. Ini kerana asid dari jus tersebut akan membuang bau hanyir dari sotong dan juga melembutkan isinya. \nSesetengah orang Perancis suka rendam sotong dalam air susu untuk lembutkan isinya kerana susu mengandungi asid laktik. Korang boleh guna\u00a0cara dengan merendam sotong semalaman ataupun sekurang kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk sebelum masak.\nDakwat hitam dari sotong boleh disimpan dan digunakan dalam masakan kerana ianya tidak beracun. Dakwat sotong boleh digunakan untuk memasak ikan kicap dan juga sayur kicap kerana ia akan memberi aroma yang menyelerakan untuk masakan korang.\n\n\nTIPS EKSTRA\n\nKalau korang letak sotong dalam salad korang, rendam sotong\u00a0dalam air yang mendidih selama 5 minit sahaja dan kemudian toskan dan terus letakkan dalam air sejuk supaya sotong tersebut tak liat.\nGunakan minyak yang banyak untuk menggoreng sotong.\nUntuk mengelakkan sotong dari kecut, pastikan anda rendam sotong tersebut di dalam air yang bercampur cuka selama 5 minit.\u00a0 \n\nSUMBER: MARLIANA SHAMSUDDIN \n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sotong-masak-ala-thai/", "title": "Sotong Masak Ala Thai, Cukup Rasa Pedas Masam Manisnya", "body": "\nJom cuba resipi sotong masak ala thai yang mudah, lazat serta menyelerakan. Menu ini amat popular di sekitar kita. Selalunya, ia dijual di restoran thai, dan dihidangkan pada makan malam.\nBaca juga: Kari Sotong Tumis Darat, Memang Sedap Menjilat Jari Guna Resipi Ini\nCara nak masak sotong masak ala thai ini pun boleh diikuti kerana ianya mudah. Bahan-bahannya juga boleh sotong masak cili ala thaididapati di pasaraya berdekatan sahaja.\nResipi ini dikongsikan oleh Cik Puan Wan Maslinda Wan Mohamed dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita tengok!\n\nRESIPI SOTONG MASAK ALA THAI\n\nBahan-bahan:\n\n1/2 kg sotong\n1 biji bawang besar\n4 ulas bawang putih\n8 biji cili padi\n1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir / gula melaka)\n2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)\n2 biji limau nipis (perah jusnya, kulit limau dipotong dadu)\n1 biji tomato (potong dadu)\nSedikit daun ketumbar\n\nCara memasak:\n1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan.\n2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.\n3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.\n4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.\n5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah okey.\n6. Sedia untuk dinikmati.\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Cara Buat Sotong Sumbat Bakar Dalam Daun Pisang, Terangkat Dibuatnya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sotong-phat-phet-ala-thai-pedas-sedap-memang-pembuka-selera/", "title": "Sotong Phat Phet Ala Thai, Pedas & Sedap Memang Pembuka Selera!", "body": "Kebiasannya makanan Thai semuanya mesti sedap, beraroma dan pedas. Sotong phat phet merupakan salah satu menu yang terkenal di Thailand, resepi ini boleh dikatakan masakan dua dalam satu kerana ia mempunyai lauk dan sayur. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraizah Zulkifli di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nSOTONG PHAT PHETKebiasannya makanan Thai semuanya mesti sedap, beraroma dan pedas. Sotong phat phet merupakan salah satu menu yang terkenal di Thailand, resepi ini boleh dikatakan masakan dua dalam satu kerana ia mempunyai lauk dan sayur. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraizah Zulkifli di Facebook.\nBAHAN-BAHANBAHAN A\n500 gram sotong (dicuci bersih)\n\n4 batang kacang panjang (dipotong serong)\n\n5 batang cili padi merah (dipotong)\n\n1 labu bawang merah (dipotong)\n\n1 batang serai (dihiris)\n\n4 helai daun limau purut\n\n\u00bd sudu kecil serbuk lada hitam\n\n1 sudu kecil belacan\n\n2 sudu besar sos ikan\n\n\u00bd sudu kecil serbuk perasa\n\nGaram (jika perlu)\n\nSerbuk kunyit (hujung sudu kecil\nBAHAN B (KISAR)\n4 batang cili merah\n\n4 batang cili hijau\n\n1 labu bawang merah\n\n3 ulas bawang putih\n\nSedikit air\n\nKredit: Zuraizah ZulkifliCARA PENYEDIAAN\nPanaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .\n\nApabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.\n\nMasak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.\n\nKemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.\n\nAkhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masak seketika dan tutup api.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/sotong-ring-celup-tepung/", "title": "Buat Sendiri Sotong Ring Celup Tepung, Puas Hati Makan! Siap Tips Beli Sotong Tak Liat", "body": "\nSuka makan sotong ring celup tepung? Jom buat sendiri baru lagi puas hati. Kalau malas nak siang sotong, boleh beli sotong ring frozen je.\nKalau makan dekat kedai, harga dia boleh tahan jugak. Paling terkini, 6 keping sotong ring berharga rm6!\nFa Phong ada berkongsian resipi sotong celup tepung yang mudah, rangup dan sedap! Jadi ketagih dibuatnya, memang puas hati makan.\nRESIPI SOTONG RING CELUP TEPUNG\nBahan-bahan:\n\nTepung bestari\nTepung beras\nTelur\n\nCara-cara:\n1. Satukan 6 sudu tepung bestari bersama air. Gaul rata dan masukkan sotong. Kemudian ratakan dan perap selama 10 minit.\n2. Sediakan bekas lain, untuk tepung kering, letakkan 6 sudu tepung bestari dan 4 sudu tepung beras.\n3. Bila dah 10 minit perap, pecahkan sebiji telur ke dalam perapan sotong.\n4. Ambil sotong dan letakkan dalam bekas tepung kering. Goncang bekas sehingga rata. (tutup bekas dengan penutup)\n4. Goreng sehingga masak keperangan.\n\n5. Sedia untuk dicicah dengan sos garlic. Selamat mencuba!\n\nTips sotong ring tak liat, kena beli yang sotong berwarna ungu macam ni.\n\nKredit: Fa Phong\nBaca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur\n"} {"url": "https://myresipi.com/spageti-bolognese-untuk-40-orang/", "title": "Cara Masak & Pek Spageti Bolognese Untuk 40 Orang, Guna 2 Paket Spageti Je!", "body": "\nIbu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan sekolah anak?\u00a0Haa,\u00a0apa kata jom masak spageti bolognese ini.\nResipi yang dikongsi oleh Puan Rose Senni\u00a0ini sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, pejabat ataupun untuk jualan.\nBiasa kalau jamuan, kita akan letak makanan dalam bekas besar kan? Kalau ikut cara ibu ini pek spageti dalam cawan, tinggal ambil je bila nak makan. Tak perlu pinggan dah.\nResipi Spageti Bolognese\nBahan-bahan:\n\n2 paket spageti\n\nBahan kuah spageti:\n\n5 tin sos prego cendawan\n1 tin sos pasta cendawan adabi\n2 pek daging lembu kisar Ramly\n1 tin cendawan butang (dihiris halus)\n3 biji capsicum aka cili benggala (3 warna di potong dadu)\n1 biji bawang holand (dipotong dadu)\n1 batang lobak merah (dipotong dadu)\n6 batang sosej (dihiris halus)\n2 cawan air (ikut sukatan tin prego)\nSedikit garam\n2 ulas bawang merah (tumbuk halus)\n1 ulas bawang putih (tumbuk halus)\n5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)\n\nCara-cara:\n1. Didihkan air dalam periuk, tuangkan sedikit minyak. Masukkan spageti dan rebus sehingga lembut mengikut masa yang tertulis di paket. Bila dah lembut, toskan.\n2. Untuk membuat kuah, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.\n3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak, bertukar ke warna coklat.\n4. Masukkan sosej dan lobak merah, kacau sebati.\n5.\u00a0Masukkan capsicum, cendawan dan bawang holand, kacau rata.\n\n6. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam secukupnya.\n7.\u00a0Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api. Sedia untuk dihidangkan.\nJika masak untuk jamuan anak di sekolah, ibu-ibu boleh pek spageti dalam cawan seperti gambar di bawah.\n\nLetakkan sos di bawah, kemudian baru letakkan spageti.\n\nLetak garfu siap-siap, mudah bila nak makan tak perlu pinggan.\n\nKredit: Rose Senni\n"} {"url": "https://myresipi.com/spaghetti-buttermilk-chicken-popcorn/", "title": "Spageti Buttermilk Chicken Popcorn Untuk Jamuan Sekolah Anak, Mudah Saja Nak Buat!", "body": "\nSekarang kan musim anak-anak ada jamuan di sekolah. Ibu-ibu tak usah pening kepala memikirkan menu untuk dimasak, buat je Spaghetti Buttermilk Chicken Popcorn ni.\nResipi yang dikongsikan oleh Hurun\u2019Iin Malik\u00a0ini sangat sedap, mudah dan cepat untuk disediakan. Jom kita try!\nBaca juga: Sandwich Strawberry & Chocolate Peanut Butter, Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak Confirm \u2018Laris\u2019!\nSpaghetti Buttermilk Chicken Popcorn\nBahan-bahan:\n\n1 paket spaghetti\n1 tin susu cair\n10 ulas bawang putih\nCili padi (ikut kepedasan)\nDaun kari\n5 sudu besar butter\n6 sudu besar tepung gandum\nAir masak\nPopcorn chicken (goreng guna airfryer)\n\nCara-cara:\n1. Rebus spaghetti sehingga lembut. Bila dah lembut, tos spaghetti dan ketepikan seketika.\n\n2. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.\n\n3. Kemudian, masukkan tepung dan kacau sehingga pekat kekuningan (roux).\n\n4. Tuangkan satu tin susu cair.\n\n5. Tambahkan air mengikut kepekatan yang diingini.\n\n6. Perasakan dengan garam secukup rasa.\n7. Boleh dihidang bersama spaghetti yang sudah direbus tadi dan jangan lupa taburkan popcorn chicken yang sudah dimasak.\n\n8. Jika mahu dibawa untuk jamuan sekolah anak, ibu-ibu boleh pek spaghetti dalam bekas kecil seperti dalam gambar.\n\nKredit: Hurun\u2019Iin Malik\nBaca juga: Bebola Kentang Keju Mozarella, Hanya Guna 7 Bahan Ini Je, Anak-anak Tentu Suka!\n"} {"url": "https://myresipi.com/spaghetti-carbonara-tanpa-sos-dalam-tin/", "title": "Cara Mudah Buat Spaghetti Carbonara Tanpa Guna Sos Dalam Tin", "body": "\nSpaghetti Carbonara merupakan juadah popular yang berasal daripada Itali. Ia juga telah menjadi salah sebuah juadah yang amat digemari di Malaysia.\nApatah lagi, spagheti ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya anak \u2013 anak kecil kerana rasanya yang tidak pedas.\nBaca juga: Buat Sendiri Je Sos Carbonara, Jimat Tak Perlu Beli Sos Segera. Sekali Masak Dapat Sekuali!\nKorang nak tahu, selain menggunakan sos di dalam tin, kita juga boleh membuat Spaghetti Carbonara dengan hanya menggunakan bahan yang mudah. Jom lihat resipi versi min punya.\n\nResipi Spaghetti Carbonara\n\n\nBahan-bahan:\n\n1 paket pasta spaghetti \n2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak \nMarjerin + minyak\nDaging cincang\nBawang merah dadu\nSedikit tepung gandum\nCendawan dan sosej\n3 keping Cheese slice\nLada hitam blend atau tumbuk\nPerisa maggi cukup rasa\nGaram dan gula\nParsley dan oregano\n\n\nCara penyediaan:\n1. Panaskan marjerin dan minyak.\n2. Tumiskan bawang.\n3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.\n4. Masukkan lada hitam.\n5. Apabila daging sudah empuk dimasak, masuk cendawan dan sosej.\n6. Selepas itu,masukkan susu dan gaul rata.\n7. Bila dah menggelegak, masukkan cheese dan kacau sehingga larut.\n8. Boleh masukkan herba seperti parsley dan oregano sebagai aroma dan hiasan tambahan.\n\nSpaghetti carbonara siap untuk dihidang. Selamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/spaghetti-masak-lemak-udang/", "title": "Spaghetti Masak Lemak Udang", "body": "Asyik makan nasi dan masak lemak je kan? Apa kata kali ni kita try resipi Spaghetti Masak Lemak Udang. Jom ikut step by step confirm sedap hingga menjilat pinggan!\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMudah\nFAKTA MASAKAN\n\n10-15 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n2 orang\nHIDANGAN\n\n\nSpaghetti Masak Lemak UdangAsyik makan nasi dan masak lemak je kan? Apa kata kali ni kita try resipi Spaghetti Masak Lemak Udang. Jom ikut step by step confirm sedap hingga menjilat pinggan!\nBAHAN-BAHAN\nSpaghetti\n\nUdang XL (5-6 pc)\n\nSantan\n\n1 batang serai (dititik)\n\n8-10 batang cili padi (boleh kurangkan atau lebihkan mengikut citarasa)\n\n2 inci kunyit hidup\n\nSedikit gula dan garam\n\nSedikit butter untuk menumis\nCARA PENYEDIAAN\nRebus spaghetti. Letakan sedikit minyak & garam supaya spaghetti tidak melekat\n\nBlend cili padi, kunyit sehingga lumat\n\nPanaskan kuali dan letak sedikit butter.\n\nMasukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan serai\n\nMasukkan santan sedikit demi sedikit. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air\n\nMasukkan udang bersize XL\n\nMasukkan garam dan gula secukup rasa\n\nKemudian masukkan spaghetti yang telah direbus, kacau sehingga sebati\n\nSedia dihidangkan.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/spaghetti-tomyam-pedas-creamy/", "title": "Spaghetti Tomyam Pedas Creamy, Resipi Senang Je Tapi Sedap Terangkat!", "body": "\nApa kata jom cuba spaghetti tomyam pedas creamy yang super sedap dikongsikan oleh Shida Ambok ni. Kalau buat spaghetti ni selalunya asyik menu yang sama je kan. Aglio olio, carbonara dan bolognese. Muak juga kalau rasa yang sama. Sesekali teringin juga nak tukar selera lain. \nBahan asas lebih kurang sama je dengan spaghetti lain. Cuma kalau selama ni masak dengan sos spaghetti, kita tukarkan kepada paste tomyam. Sedap sangat rasanya, apatah lagi dibuat kuah lemak berkrim.\nRasa spaghetti ni dah jadi ala-ala melayu. Kalau nak buat over pedas pun boleh dan kena dengan rasa tomyam tu. Buat simple-simple je dah cukup sedap.\nArtikel berkaitan: Cara Mudah Buat Spaghetti Carbonara Tanpa Guna Sos Dalam Tin\nTak perlu masukkan oregano atau apa-apa Italian herbs macam spaghetti lain. Cukup gantikan dengan serai, daun limau purut dan tomato untuk naikkan lagi aromanya.\nNak lebih sedap, boleh juga kalau anda nak masukkan ayam, udang, lala atau bahan tambahan lain. Ikut citarasa masing-masing. Untuk resepi ni, kita buat yang mudah-mudah je. Ini pun dah cukup menyelerakan.\n\nRESIPI SPAGHETTI TOMYAM PEDAS CREAMY\nRasa creamy spaghetti tomyam pedas ni datangnya dari susu full cream yang dijadikan kuahnya. Biasanya masukkan 2 cawan susu untuk hidangan satu paket spaghetti pun dah memadai.\n\nBahan-bahan:\n\n1 pakat spaghetti\nButter\n2 biji bawang holland\n5 ulas bawang putih\n2 batang serai\n2 sudu besar paste tomyam\nIsi ayam\n2 cawan susu full cream\n2 biji cili padi\n1 biji tomato\n4 helai daun limau\nDaun bawang\n\nCara memasak:\n1. Mula-mula celurkan spaghetti dengan air mendidih. Kemudian angkat dan ketepikan.\n2. Panaskan kuali, dan masukkan butter. Biarkan butter mencair.\n3. Kemudian masukkan bawang holland yang dipotong dadu dan juga bawang putih yang dicincang.\n4. Tumis sampai warna keperangan dan naik baunya.\n5. Masukkan serai yang dipotong.\n6. Lepas tu masukkan paste tomyam. Kacau sebati.\n\n7. Kemudian masukkan isi ayam yang dipotong kecil-kecil. Biarkan semua masak sebati.\n8. Masukkan susu.\n9. Lepas tu masukkan spaghetti yang dah direbus lembut tadi.\n10. Taburkan cili padi siap diracik, daun bawang diracik halus, tomato siap dipotong dan juga daun limau.\n11. Kacau dan masakkan sekejap.\n12. Dah boleh padamkan api.\n\n\nSedia dihidangkan buat keluarga. Kalau anda suka pedas, boleh potong lebih sikit cili padi. Rasa spaghetti tomyam ni bergantung juga pada citarasa anda.\n\nKalau suka tomyam rasa lebih, boleh lebihkan sikit paste nya. Kalau suka creamy lagi, mungkin boleh lebihkan susu. Semua bergantung pada selera anda.\nResipi spaghetti tomyam pedas creamy dari Shida Ambok ni tak masukkan garam dan sebarang perasa lain. Cukup dengan rasanya yang ada. Nanti bolehlah cuba. Pasti anak-anak suka!\nBaca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/spicy-beef-wrap-guna-daging-burger/", "title": "Spicy Beef Wrap Guna Daging Burger, Mudah Dan Sedap", "body": "\nPernah makan Spicy Beef Wrap? Jom kita cuba buat guna daging burger. Mudah, jimat masa dan tentunya mengenyangkan perut korang.\nSelalunya bila dah masuk waktu nak makan, kadang malas nak masak yang berat-berat. Jadi resipi ini sesuai untuk korang yang suka masak simple.\nResipi ini juga viral di media sosial dan ramai yang kata sedap selepas membuatnya. Nais!\nBaca juga: Tular \u2018Hack\u2019 Cara Wrap Tortilla, Jom Cuba Resipi ini\nJom kita ikuti resipi perkongsian daro Shuhada Shoberi ini. Katanya guna barang apa ada dekat rumah je.\nResipi Spicy Beef Wrap Guna Daging Burger\n\nBahan-bahan:\n\nRoti wrap wholemeal\n2 biji telur\n2 keping daging burger\nCili padi\nSos cili\nSalad\nGaram\nMayonis\nKeju mozarella\n\nCara membuatnya:\n1. Panaskan pan dan masukkan sedikit minyak untuk masak daging burger. Angkat dan ketepikan.\n2. Kemudian, masukkan telur. Pastikan ia bulat sekata. Guna pan jenis non stick supaya telur tak melekat pada pan.\n\n3. Bila telur dah agak masak, letakkan wrap ke atas telur dan biarkan ia melekat pada wrap tadi.\n\n4. Bila dah masak, terbalikkan wrap tadi dan letakkan salad di atas lapisan telur.\n5. Daging yang sudah masak tadi, racikkan ia menjadi kepingan yang lebih kecil.\n6. Taburkan atas lapisan salad dan boleh letak sos cili.\n\n7. Biarkan bahagoan wrap bawah sedikit garing.\n8. Kemudian, lipat kepada dua wrap tersebut. Angkat dan sedia untuk dihidang.\nNota: disebabkan pemilik resepi ni tak ada mayonis dan mozzarella, itu yang tiada dalam step yang dikongsikan. Tapi jika ada, picit mayonis bersama cili sos tadi. Kemudian tabur mozzarella cheese. Tutup kuali sekejap supaya cheese kita mencair. Barulah boleh silipat dan diangkat.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Shuhada Shoberi\n"} {"url": "https://myresipi.com/starbucks-tawar-2-promosi-cawan-ke-2-rm8-diskaun-50/", "title": "Starbucks Tawar 2 Promosi Hebat! Dapatkan Cawan Ke-2 Dengan Harga RM8 & Diskaun 50%", "body": "\nBuat mereka yang tidak tahu, Starbucks ada membuat promosi hampir setiap bulan. Pada bulan lepas mereka menawarkan minuman kedua dengan harga RM8 sahaja.\nPromosi 1, Minuman Kedua RM8 Sahaja\nTapi jangan kecewa kalau tak sempat grab\u00a0promosi Starbucks pada bulan lepas sebab mereka telah panjangkan promo tersebut sehingga bulan Mac!\nJadi anda masih boleh dapatkan minuman kedua pada harga RM8 dengan belian minuman handcrafted\u00a0sahaja.\n\nPromosi 2, Diskaun 50% Untuk Minuman Kedua\nSelain itu, mereka juga menawarkan promosi hebat yang lain iaitu diskaun 50%\u00a0untuk minuman kedua dengan belian Frappuccino. Untuk promosi ini, anda boleh beli mana-mana Frappuccino untuk cawan kedua. Best\u00a0kan?!\n\nTerma & Syarat Promo 1: RM8 minuman kedua dengan belian minuman\n\nSetiap Sabtu & Ahad sahaja (5 Februari 2022 \u2013 28 Mac 2022)\nDari buka sehingga 11 pagi sahaja\nSah di semua lokasi Starbucks kecuali outlet KLIA, KLIA2, Genting Highlands dan Sunway Lagoon.\n\nTerma & Syarat Promosi 2: 50% off minuman kedua dengan belian Frappuchino!\n\nSetiap hari Rabu (2 Mac 2022 \u2013 30 Mac 2022)\nDari 6 petang sehingga 8 malam\nSah di semua lokasi Starbucks kecuali outlet KLIA, KLIA2, Genting Highlands dan Sunway Lagoon.\n\nPromosi ini tidak termasuk untuk minuman Reserve dan\u00a0promo\u00a0Spring ye. Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan ini.\n"} {"url": "https://myresipi.com/stew-ayam-cara-raja-permaisuri-agong/", "title": "Stew Ayam Cara Raja Permaisuri Agong, Rugi Kalau Tak Cuba Buat!", "body": "\nJom cuba resipi Stew Ayam cara Raja Permaisuri Agong. Umum mengetahui Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali handal memasak di dapur. \nPelbagai hidangan disediakan sehingga terhasil lah buku masakan daripada baginda sendiri bertajuk \u201cAir Tangan Tengku Puan Pahang\u201d. Ramai yang teruja dan teringin merasa air tangan baginda.\nBaca juga: Resipi Nasi Goreng Raja Permaisuri Agong, Hanya Guna 5 Bahan Ini Jer\nMenerusi perkongsian oleh Cik Puan Makcik Ratu, Stew Ayam ini merupakan salah satu resipi asal daripada Tunku Hajah Azizah Aminah sendiri. \nKetika baginda masih bergelar Tengku Puan Pahang. Cukup sedap dinikmati bersama roti bawang putih. Mari kita tengok resipinya.\n\nRESIPI STEW AYAM RAJA PERMAISURI AGONG\n\nBahan \u2013 bahan:\n\n1/2 ekor ayam \u2013 potong ikut suka\n2 \u2013 3 sudu besar tepung gandum\nSedikit kicap\n1 sdb lada hitam \u2013 tumbuk kasar\nGaram dan serbuk perasa\n5 biji ubi kentang \u2013 dipotong 4\n1 batang lobak merah \u2013 potong besar\n1 biji bawang besar \u2013 potong 4\n1 tin button mushroom potong 2 dlm tin\n\nBahan penumis: (hiris nipis)\n\n4 ulas bawang merah\n3 ulas bawang putih\n1/2 inci halia\n1 batang kulit kayu manis\n2 kuntum bunga lawang\n\nCara \u2013 cara:\n1. Tumis bahan penumis termasuk bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.\n2. Masukkan ayam dan ubi kentang, lobak merah, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. Akhir masuk button mushroom.\n3. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Meatball Stew Cara Swedish, Viral Hingga 389K Tontonan Di Facebook, Jom Cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/stok-cili-boh-tahan-berbulan-tak-berkulat/", "title": "Stok Cili Boh Tahan Berbulan Tak Berkulat, Masukkan INI Masa Rebus Dan Kisar", "body": "\nMasalah utama mak-mak ialah stok cili boh cepat rosak. Dah simpan dalam peti sejuk pun kulat putih muncul bertompok pada permukaan. Dah lah berkulat, baunya pula tengik. Nak tak nak memang terpaksa buang.\nWalaupun dah mencuba pelbagai petua seperti mengisar dengan minyak, ramai yang mengakui stok cili mudah berkulat.\nBaca juga: Cara BETUL Petik Cili Supaya Tahan Lama Dan Cepat Berbuah Semula\nIkuti tips dan petua dari Cik Puan Cikyuyun Mikhairi supaya tidak terbazir begitu sahaja stok cili boh di rumah.\n\nTIP STOK CILI BOH TAK BERKULAT\n\nUjarnya, petua cili kering kisar lambat rosak atau basi ialah dengan memasukkan garam ketika merebusnya. Berikut langkah-langkah petua:\n1. Semasa merebus cili, letakkan lima sudu teh garam.\n2. Rebus cili tersebut hingga masak.\n3. Kemudian bilaskan ia dengan air suam.\n4. Toskan dan kemudian kisar dengan satu sudu teh garam.\n\nPETUA CILI API TAK MUDAH BUSUK\n\nTak hanya cili kering kisar, cili api juga bahan yang selalu dijadikan rencah masakan masyarakat kita. Terpaksa membeli satu paket atau dalam kuantit yang banyak, sayang pula kalau ia rosak begitu sahaja.\nApa kata ikut petua ini. Beliau juga turut berkongsi tip menyimpan cili api agar tidak lekas busuk.\n1. Sebelum disimpan buang bahagian tangkainya.\n2. Cuci bersih dan tos cili sehingga kering.\n3. Simpan di dalam bekas bertutup bersama tiga hingga empat ulas bawang putih yang telah dikupas.\n4. Simpan stok cili api ini di bahagian chiller peti sejuk anda.\n5. Cili akan tahan dua hingga tiga minggu.\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Cara Buat Cili Jeruk Rangup Dan Tahan Lama, Penambah Selera Makanan\n"} {"url": "https://myresipi.com/suami-masak-apa-hari-ini/", "title": "Kelab Suami Masak Apa Hari Ini Bakal Banjiri Stadium Batu Kawan 29 Oktober Ini", "body": "\nKelab yang pernah viral ketika PKP dua tahun lalu, Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) yang aktif menerusi Facebook akan memeriahkan perjumpaan kedua mereka pada 29 Oktober ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.\nSempena perjumpaan itu juga, setiap peserta yang hadir dijangka memakai apron lambang kumpulan itu, bagi tujuan bergambar dan mencipta sejarah pertemuan itu.\nLebih menarik lagi, perjumpaan merentasi batasan kaum, agama dan pendirian politik itu, mendapat sokongan daripada ahli-ahlinya yang tampil menaja pelbagai aspek keperluan termasuk makanan, hadiah cabutan bertuah serta cendera hati.\nBaca juga: Dapur Tempur, Program Lawan Masak Terbaru Di TV9!\nKetua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dijadualkan akan turut hadir ke majlis itu yang diharap dapat menarik kehadiran pelancongan domestik bagi melawat negeri berkenaan menerusi laporan Berita Harian.\nPengasas Kumpulan SMAHI, Mohd Salleh Ab Hamid, mengakui beliau teruja dengan sambutan yang diterima melalui pra-pendaftaran yang dibuka sejak 4 bulan lalu, selepas kejayaan mengadakan perjumpaan pertamanya di Cyberjaya.\n\u201cMewakili rakan admin FB SMAHI, kami berasa sangat gembira untuk berjumpa dengan semua ahli SMAHI secara bersemuka dari seluruh negara. Sebelum ini kami cuma berinteraksi menerusi laman Facebook dan laman sosial sahaja.\n\u201cPada 29 Oktober nanti, kami dapat berkumpul bersama dan mengenali satu sama lain dengan lebih rapat serta bercerita kisah masing-masing sambil menjamu selera, memandangkan sudah dua tahun tidak dapat berjumpa,\u201d katanya.\nMajlis yang akan diadakan menggunakan konsep \u2018potluck\u2019 dan tetamu bakal dihidangkan dengan lebih 20 jenis menu yang disediakan oleh ahli-ahli SMAHI sendiri.\n\n\nSalleh berkata, beliau tidak menjangkakan kumpulan SMAHI yang berkongsi minat sama iaitu memasak, kini berkembang dan mendapat perhatian hingga luar negara seperti United Kingdom, Perancis, Singapura, Amerika Syarikat (AS), Mesir dan juga Australia.\n\u201cSiapa sangka daripada minat terhadap masakan dan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekarang menjadi sebuah \u2018brotherhood\u2019 yang aktif berkhidmat kepada masyarakat dan kekal sebagai platform untuk para suami berkongsi juadah yang mereka masak hari setiap hari.\n\u201cKami akan terus menganjurkan aktiviti sebegini dan berharap silaturrahim yang terjalin antara ahli SMAHI akan bertambah erat,\u201d katanya.\nSMAHI ditubuhkan pada 16 April 2020 dan sehingga kini telah berjaya mencatat jumlah keahlian melebihi 319,000 orang.\nPerjumpaan di Pulau Pinang adalah kali kedua warga SMAHI berkumpul secara besar-besaran, selepas perjumpaan pertama di Malakat Mall sempena sambutan Aidilfitri yang lalu.\n"} {"url": "https://myresipi.com/suami-suka-masak/", "title": "Suami Suka Masak Guna Bahan Pelik Buat Isteri Undang Tawa Netizen", "body": "\nTular baru-baru ini, di mana seorang suami suka masak gabungan bahan pelik dalam masakannya telah membuatkan ramai orang terhibur.\nBaca juga: \u201cSek Kito Jange Pecoh\u201d \u2013 Peniaga Arab Di Madinah Fasih Dialek Kelantan, Raih Perhatian Netizen\nMenerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @ranunculusbutterfly itu, si isteri itu menunjukkan suaminya yang gemar memasak tetapi aneh-aneh sahaja masakan yang dia hasilkan.\n\nSuami Suka Masak Siap Guna Epal & Buah Delima Buat Nasi Goreng\nDapat dilihat, suaminya itu memasukkan sunquick oren, titisan pewarna makanan dan juga buah delima ke dalam periuk nasi.\nTidak cukup dengan itu, si suami tumis pula bawang holland, serbuk bawang, cili giling, ikan bilis, sosej, telur dan sayur campur.\nKemudian diletakkan pula nasi berwarna \u2018pink\u2019 itu ke dalam kuali bersama dengan hasil tumisannya itu.\n\nLebih mengejutkan lagi, sempat dia meletakkan beberapa biji buah delima dan hirisan epal ke dalam \u2018nasi goreng\u2019 itu.\nTerus isterinya menangis kerana terkejut dengan masakan yang suaminya itu cuba buat.\nKelihatan suaminya itu turut meletakkan telur di atas nasi seperti nasi goreng pattaya dan lebihan rendang daging di tepi hidangan tersebut.\nMelihat pada video itu, kelihatan si suami sangat \u2018teruja\u2019 ingin isterinya mencuba \u2018Fruity Pattaya Fried Rice\u2019 yang dibuat olehnya dengan penuh kasih sayang itu.\nMelihat ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat telatah suami isteri itu dan ada yang tertanya-tanya seberapa sedap gubahan menu baharu suaminya itu.\n\nAntara komen netizen:\n\n\n\n\nBaca juga: Tak Boleh \u2018Move On\u2019 Teh Tarik Instant, Mat Salleh ini Sanggup Bawa Ke Amerika\nVideo penuh:\n\n\n @ranunculusbutterfly\nWe finished the food\u2026.. #husbandcooking #husbandcooks #friedrice #nasigoreng #nasigorengpataya #unclerogerapproved #fyp #fypmalaysia #fypviral\u30b7 \n \u266c Funny video \u201cCarmen Prelude\u201d Arranging weakness(836530) \u2013 yo suzuki(akisai) \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/suka-makan-ikan-keli-tapi-susah-nak-siang-jom-cuba-tips-ini-hanya-guna-garam-kasar-je/", "title": "Suka Makan Ikan Keli Tapi Susah Nak Siang? Jom Cuba Tips Ini, Hanya Guna Garam Kasar Je!", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nIkan keli merupakan salah satu hidangan kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Tetapi tak dapat dinafikan, ramai dalam kalangan ibu-ibu yang masih terkial-kial sewaktu menyiang ikan keli. Nampak macam mudah, tapi bagi mereka yang baru belajar menyiang ikan keli, perkara ini agak susah ye. Biasalah sang keli melompat-lompat tak keruan. Ada juga yang sampai luka sebab disengat. Jadi apa kata kita cuba tips mudah untuk siang ikan hanya menggunakan garam kasar yang dikongsikan oleh Ahmad Farm di Facebook.\n\nKredit: Ahmad FarmCARA-CARA\n\nMasukkan ikan dalam baldi, kemudian campak 1 cawan garam kasar.\u00a0 Tak perlu campur air dalam baldi tu.\n\nKalau banyak ikan tu, lebihkan garam.\n\nTutup rapat baldi. Tunggu ikan dah separa mati atau nyawa-nyawa ikan. Baru la siang.\nAPA KELEBIHAN GUNA GARAM ?\n\nLendir pada badan ikan hilang. Senang nak siang dan pegang.\n\nBila basuh, kalau tiada limau atau asam jawa untuk bersihkan lendir pun tidak mengapa. Bau hanyir dan lendir garam tu dah hilang disebabkan garam tersebut.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/suka-masak-lemak-telur-ikut-petua-ini-supaya-telur-elok-tak-pecah/", "title": "Suka Masak Lemak Telur? Ikut Petua Ini Supaya Telur Elok Tak Pecah", "body": "\nKebiasaannya orang menggunakan telur itik untuk membuat Masak Lemak Telur. Tapi tiada masalah jika mahu menggunakan telur ayam bagi menggantikan telur itik.\nNamun kalau tak tahu caranya yang betul, telur akan menjadi pecah apabila dimasak. Tak kira sama ada menggunakan telur ayam ataupun telur itik.\nRupanya ada petua mudah supaya telur tidak pecah ketika sedang membuat lemak telur. Jom baca petua tersebut yang telah dikongsikan oleh saudara Ahmad Shukri di bawah.\nPetua Masak Lemak Telur\nHari ni masak Lemak Telur. Telur Itik tak ada. Saya guna telur ayam. Saya nak bagi petua macam mana nak masak telur supaya tak pecah bila masak.\nCara-caranya:\n1. Didihkan air panas, masukkan 4 sudu cuka. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biarkan masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur tu akan jadi bulat atau bujur.\n\n2. Lepas dah masak, tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak.\n\nSemoga bermanfaat!\nKredit: Ahmad Shukri Amiruddin\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-ayam-halia-lada-hitam/", "title": "Cara Buat Sup Ayam Halia Lada Hitam, Kembalikan Selera Ketika Tak Sihat", "body": "\nResipi sup ayam hali lada hitam ini sangat mudah untuk dibuat. Hanya perlu dimakan dengan nasi putih pun dah cukup.\nSup ayam halia lada hitam ini selalunya menjadi pilihan tatkala badan dalam keadaan kurang sihat atau demam.\nBaca juga: Resipi DIY Stok Rempah Sup, Jimat Masa, Mudah & Tahan Lama\nMungkin kerana rasa pedas lada hitam dan aroma halia yang menyenangkan dapat membangkit kembali selera makan atau sekadar alas perut sehingga sihat.\nRasanya agak lain sedikit berbanding versi sup ayam biasa. Tapi korang juga boleh kurangkan rasa pedas tersebut dengan kurangkan penggunaan lada hitam buat anak-anak.\nDengan mengikuti perkongsian resipi dari Lin Zalikha ini yang mendapat lebih 2.3 likes serta 1k shares, korang pastinya dapat menikmati rasa hidangan ini yang sebenar.\nJom ikuti step by step di bawah.\n\nResipi Sup Ayam Halia Lada Hitam\n\nBahan-bahan:\n\nAyam \u2013 dipotong dan dibersihkan\n1 batang serai \u2013 diketuk\n1 sdb lada hitam\n3 ulas bawang putih\n3 ulas bawang merah\nSedikit daun bawang\n1 sdb gula\nGaram secukupnya\n\nCara memasak:\n1. Masakkan air sehingga panas.\n2. Tumbuk bawang merah, putih & lada hitam.\n3. Masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam & gula.\n4. Tutup & biarkan ia masak.\n5. Masukkan bawang putih & daun bawang.\n\nSiap untuk dihidang. Kalau tak nak makan nasi, masih boleh makan sup ni begitu saja. Nak diet lah katakan.\nApa saja jenis hidangan bersup lebih sesuai dihidang dan dimakan waktu malam. Cuaca malamkan agak sejuk, sesuailah dengan hidangan bersup.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-ayam-pekat-berempah/", "title": "Sup Ayam Pekat Berempah, Masuk 2 BAHAN Ini, Memang Menyelerakan!", "body": "\nJom buat sup ayam pekat berempah untuk seisi keluarga. Hidangan ini sangat mudah disediakan, malah ia boleh dijadikan ubat alternatif untuk demam dan selesema kerana ia boleh menurunkan suhu badan.\u00a0\nTerdapat banyak cara untuk membuat sup ayam, bergantung pada cita rasa masing-masing/ Kalau ada yang suka sup ayam berempah, boleh cuba resipi ini. Yang pasti, rasa ayam yang direbus benar-benar membangkitkan selera.\nBaca juga: Cara Buat Sup Ayam Halia Lada Hitam, Kembalikan Selera Ketika Tak Sihat\u00a0\nBagi yang menggemari kuah sup jenis ini, ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Zurina Zulkefli di laman Facebook ini. Memang mudah dan sedap. Makan dengan sambal kicap memang lagi mengancam.\n\nRESIPI SUP AYAM PEKAT BEREMPAH\nBahan untuk masak sup ni, saya mesti guna dua paket rempah ni. Berserta semangkuk ayam bahagian bertulang. Kalau banyak ayam, kena guna dua paket serbuk rempah sup.\n\nPaket serbuk rempah sup\nPaket 4 sekawan rempah dan bunjut\n\n\nBahan-bahan:\n\n1 mangkuk ayam bahagian tulang\n3 sudu minyak masak\n4 sekawan rempah\nBawang merah \u2013 hiris nipis\nBawang putih \u2013 tumbuk lumat\nHalia \u2013 tumbuk lumat\n1 biji tomato \u2013 potong dadu\nDua mangkuk air\nSup bunjut\nUbi kentang \u2013 potong sederhana\nKiub pati ayam\nGaram secukupnya\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan 3 sudu minyak masak lansung tumiskan bawang dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.\n2. Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.\n3. Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.\n4. Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati. Masukkan pula ayam dan gaul rata.\n5. Masukkan dua mangkuk air dan campakkan bunjut sup ke dalam.\n6. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil. Sambil itu, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.\n7. Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Sup Ikan Merah Paling SEDAP Dan Ringkas, Ikan Pun Tak Hancur Guna Resipi Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-ayam-tumis-darat/", "title": "Sup Ayam Tumis Darat 15 Minit Siap! Cara Paling SIMPLE Dan Senang Buat", "body": "\nSup ayam tumis darat terkenal sebagai hidangan yang boleh membantu orang kurang sihat seperti demam atau selesema supaya cepat pulih kerana mengandungi \u201cimmunity booster\u201d semulajadi hasil dari rebusan tulang ayam.\nBaca juga: 5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam\nPeminat masakan berkuah atau sup, boleh cuba resipi paling senang ini yang dikongsikan oleh Encik Zulkifli Mat. 15 minit dah boleh siap masak sup ayam seperiuk untuk hidangan seisi keluarga. \nResipi Sup Ayam ini bukan sahaja mudah, malah sangat sedap ditambah pula dengan bau aroma rempah ratusnya yang wangi dan segar.\n\nRESIPI SUP AYAM TUMIS DARAT\n\nBahan-bahan:\n\nBawang putih 5 ulas\nAyam\nBawang besar 1 biji\nHalia sebesar ibu jari\n2 kiub pati ayam\nSup bunjut\nCili padi 2 biji (titikkan)\nLada hitam secubit (tumbukkan)\nGaram secukup rasa\nDaun sup & daun bawang\n6 biji bawang merah kecil (hiris nipis)\n\nCara memasak:\n1. Masukkan ayam dan air dalam periuk. Hidupkan api.\n2. Masukkan bawang putih, halia dan bawang besar dalam periuk bersama ayam tadi, Biarkan masak bersama.\n3. Masukkan sup bunjut.\n\n4. Biarkan semua bahan mereneh.\n5. Bila ayam dah masak, masukkan 2 kiub pati ayam.\n6. Nak lagi pedas, masukkan cili padi.\n7. Masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk. Kemudian masukkan garam secukup rasa, daun sup dan daun bawang.\n8. Dalam kuali lain, gorengkan bawang merah kecil yang sudah dihiris nipis.\n\n9. Bila bawang dah kekuningan, terus masukkan ke dalam sup tadi sekali dengan minyak.\n10. Siap! Sup ayam sedia untuk dihidangkan.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Ayam Kukus Halia Chinese Style, Resipi Viral Untuk Dicuba\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-cendawan-berkrim/", "title": "Sup Cendawan Berkrim, Sedap Dimakan Bersama Garlic Bread Untuk Juadah Sahur", "body": "\nSedapnya kalau dapat hirup sup cendawan berkrim dan cicah bersama garlic bread. Jom buat untuk juadah bersahur nanti. Sesuai untuk korang yang taknak makan nasi.\u00a0\nMudah dan ringkas je cara penyediaannya. Nak puas makan, jimat dan berbaloi, jom buat sendiri sup cendawan ini di rumah.\u00a0\nMemang lagi sedap berbanding guna cendawan segera dalam tin. Kalau nak lagi rasa umami, boleh gunakan cendawan shiitake dan cendawan butang. Memang padu!\nBaca juga: Sup Jagung Dan Isi Ketam Ala Chinese Style, Tambah Selera Makan Untuk Anak Yang \u2018Picky Eater\u2019\nCendawan shiitake ini berasal dari Jepun dan luas digunakan di dalam hidangan berasaskan pasta, isi sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake.\nManakala cendawan butang pula berasal dari Eropah dan Amerika Syarikat dan sebahagian besar kedai runcit di negara barat menjual cendawan ini dalam bentuk tin dan penyediaan secara segar.\nInsang cendawan ini sering dibuang ketika penyediaan. Cendawan butang yang telah dimasak biasanya ditaburkan di atas piza dan kaserol, secara mentah yang dimakan bersama salad dan sebagainya.\u00a0\nTanpa membuang masa, jom kita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nur Hamizah Binti Hamidon di laman Facebook ini. Kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI SUP CENDAWAN BERKRIM\n\nCendawan shitake ni setengah orang tak suka sebab baunya kuat macam petai/jering, tapi rasanya sedap dan paling penting, berkhasiat. Kalau tak suka cendawan shitake boleh guna cendawan butang sahaja ok.\nBahan-bahan:\n\n1 biji bawang besar\n425g cendawan butang \u2013 dihiris\n300g cendawan shiitake segar \u2013 hiris\n500ml stok ayam\n350ml cooking cream\n2 helai bay leaves\n110g butter\nGaram secukup rasa\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Panaskan butter, kemudian masukkan bawang dan cendawan. Tumis sehingga warna keperang-perangan.\n2. Masukkan stok ayam. Biarkan ia mendidih. Tutup api.\n3. Masukkan ke dalam blender dan kisar separuh lumat.\n4. Tuangkan semula ke dalam periuk, masukkan cooking cream dan perasakan dengan garam.\n5. Didihkan sup sehingga pekat, tutup api.\u00a0\n6. Hidangkan bersama garlic bread.\u00a0\n\nKrim masakan jika tiada, boleh digantikan dengan susu full cream + bancuhan 2 sudu tepung gandum. Stok ayam jika tiada boleh guna bancuhan kiub ayam. Roti boleh guna apa jenis pun, saya guna roti legend, roti seri ja, lembut je.\n\nCARA BUAT GARLIC BREAD\n3 ulas bawang putih \u2013 ditumbuk. Kemudian panaskan 1 sudu marjerin. Tumis bawang puting hingga perang.\nSelepas itu, sediakan 3 sudu besar marjerin dalam mangkuk. Masukkan bawang putih tadi. Tambah secubit daun parsley. Gaul Rata.\nSapu ke permukaan roti. Susun dalam tray dan bakar hingga garing. Sedia untuk dihidang!\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Sup Cendawan, \u2018Comfort Food\u2019 Masa Hujan-hujan Layan Betul!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-cendawan-comfort-food/", "title": "Cara Buat Sup Cendawan, \u2018Comfort Food\u2019 Masa Hujan-hujan Layan Betul!", "body": "\nMusim hujan ni memang layan betul kalau dapat hirup sup cendawan atau mushroom soup.\nKalau nak cerita tentang makanan ni memang tak pernah habis, sebab sebahagian kebahagiaan manusia ini kebiasaannya hanya dengan makanan.\nApatah lagi kalau musim ramai sangat sakit, bertambah hujan pula, dapat \u2018comfort food\u2019 ni. Memang begitu \u2018syahdu\u2019! Dari tak ada selera makan, makanan ini dapat mengembalikan selera anda semula.\nArtikel berkaitan: Resipi DIY Stok Rempah Sup, Jimat Masa, Mudah & Tahan Lama\nRamai yang merasakan Masakan ini susah untuk dibuat, Namun saya menemui resepi yang amat mudah, bahannya senang untuk didapati.\nMenerusi perkongsian dari penggguna TikTok @littlestaraz yang merakamkan video dalam membuat Mashroom Soup dan Garlic Bread yang cukup menyelerakan.\n\nResipi Sup Cendawan\nBahan-bahan sup cendawan:\n\n1 tin cendawan butang \u2013 cincang kasar\n300ml air\n500ml susu cair\n1 kiub pati ayam\n1sdk serbuk lada hitam\n1sdk serbuk parsley\n1sdk butter\n1sdk garam\n1/2 cawan tepung gandum\nKeju cheddar \u2013 optional\n\nBahan garlic bread:\n\nRoti buku atau roti perancis\n5 ulas bawang putih\nSuku buku butter\nDaun parsley\nSedikit oregano kering\n\nCara buat sup cendawan:\n1. Cendawan butang 1 tin (dicincang kasar).\n2. Tuangkan air ke dalam kuali.\n3. Campurkan juga susu cair dan buka api. Selepas bahan tadi mendidih, masukkan sebiji kiub ayam. Gaulkan sehingga rata.\nMasukkan cendawan yang telah dicincang tadi dan gaul.\n4.Tambahkan serbuk lada hitam. Masukkan serbuk parsley dan butter . Gaul sehingga sebati.\n5. Tambahkan garam.\n6. Sediakan 1 mangkuk kosong untuk buat ajen pemekat sup.\n7. Masukkan 1/2 cawan tepung gandum (bancuh dengan air).\n8. Kemudian Tuangkan bahan tepung + air tadi kedalam sup tadi.\n9. Masukkan chedar cheese untuk bagi rasa creamy lemak-lemak (optional).\n10. Gaulkan sehingga bahan sebati dan siap.\n\nCara buat garlic bread:\n1. 5 ulas bawang putih (dicincang halus).\n2. Campurkan dalam suku butter.\n3. Tambahkan daun parsley dan oregano kering (kalau ada yang fresh lagi sedap, lagi naik bau).\n4. Gaulkan bahan tadi sehingga sebati dan boleh sapukan keatas roti.\n5. Kemudian boleh bakar di atas kuali sehingga warna kuning keemasan. Itu yang akan menentukan kerangupan garlic bread kita nanti.\nSelamat mencuba!\n\nVideo Penuh:\n\n\n @littlestarasz\nmushroom soup & garlic bread \u2728 #myfoodie #tiktokmalaysia #fyp #foodtok #laparketuw #easyrecipe #mushroomsoup #garlicbread #kuliner #fyp\u30b7 #foodie\n \u266c original sound \u2013 Hanishamsul \u2013 hani \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-ikan-merah/", "title": "Sup Ikan Merah Paling SEDAP Dan Ringkas, Ikan Pun Tak Hancur Guna Resipi Ini", "body": "\nSiapa yang suka makan sup ikan? Apa kata anda cuba resipi sup ikan merah yang dikongsikan ini. Memang sedap dan ringkas! \nKalau nak buat sup ikan, selain sup ikan haruan, ikan merah juga sangat sedap dimasak kerana isinya banyak, lembut dan manis.\nHidangan ini selain sedap dimakan, malah ia juga baik untuk yang terkena demam dan selsema, hirup kuah sup yang panas-panas memang cepat melegakan deman dan selsema.\nBaca juga: Nelayan Ini Kongsi Tip Pilih Ikan Gelama Yang Sedap Buat Lauk\nIkan merah ini mempunyai khasiat tersendiri dan sering mendapat permintaan tinggi dipasaran.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Farah Aziz ini. Bila makan dengan nasi panas-panas memang naik selera!\n\nRESIPI SUP IKAN MERAH\n\nBahan-bahan:\n\n1 ekor Ikan Merah \u2013 potong dan bersihkan\n4 ulas bawang merah \u2013 hiris\n2 ulas bawang putih \u2013 hiris\n1/2 inci halia \u2013 hiris kasar\n1 rempah sup ikan adabi\n1 biji ubi kentang \n1 batang carrot \u2013 hiris besar\nTomato \u2013 dipotong dadu\nGaram \u2013 secukup rasa\nDaun ketumbar\nDaun sup / daun bawang\nBawang goreng\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama rempah sup ikan Adabi sehingga naik bau.\n2. Masukkan ubi kentang dan carrot. Masak hingga lembut. Kemudian baru masukkan ikan merah.\n3. Masukkan daun ketumbar, tomato, daun bawang dan garam secukup rasa. Sebelum angkat taburkan dengan bawang goreng.\u00a0\n4. Siap untuk dihidang!\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kenali 17 Jenis Ikan Yang Selalu Kita Jumpa Di Pasar, Baru Nampak \u2018Pro\u2019!\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-jagung-dan-isi-ketam-ala-chinese-style/", "title": "Sup Jagung Dan Isi Ketam Ala Chinese Style, Tambah Selera Makan Untuk Anak Yang \u2018Picky Eater\u2019", "body": "\nMak-mak tak perlu susah hati lagi jika anak tak nak makan. Boleh cuba resipi sup jagung & isi ketam Ala Chinese Style ni, pasti buat anak makan bertambah-tambah. Cuti hujung minggu ini, apa kata cuba pancing selera anak-anak dengan resipi sup jagung dengan isi ketam ini.\nMak-mak memang bertuah jika anak jenis yang suka makan dan tak kisah dengan apa juga yang kita masak. Ini kerana ada anak-anak yang jenis memilih dan cukup payah untuk diajak makan meski telah mencuba pelbagai menu untuk memikat selera mereka.\nArtikel berkaitan: Cara Buat Sup Cendawan, \u2018Comfort Food\u2019 Masa Hujan-hujan Layan Betul!\nResipi istimewa yang dikongsikam oleh Siti Nor Zainab Taib ini bukan sahaja enak, malah sihat untuk hidangan seisi keluarga. Anak gerenti suka! Cara nak buat pun senang je.\nResipi Sup Jagung Dan Isi Ketam Ala Chinese Style\nBahan-bahan:\n\n\nIsi ketam/udang dipotong kecil-kecil\nIsi ayam dipotong kecil-kecil\n1 paket cendawan\n2 inci lobak merah\nSetongkol jagung manis dihiris nipis\nTumbuk: 3 biji bawang putih + 1/2 inci halia\n2 biji telur putih dikacau ringan\n4 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air\n3-4 sudu sos ikan\n1 liter air\n\nCara memasak:\n1. Panaskan air dan jagung dalam periuk sehingga air mendidih.\n2. Masukkan isi udang/ketam dan ayam, bawang putih dan halia tumbuk. Biarkan seketika. Masukkan cendawan dan lobak merah. Biarkan seketika.\n3. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan lihat kepekatan. Biasanya 4 sudu tepung tu dah cukup pekat bagi saya. Masukkan sos ikan dan garam secukup rasa.\n4. Akhir sekali tuangkan putih telur sedikit demi sedikit sambil sup dikacau nak bagi telur tu bertali halus. Kacau sampai telur masak (kejap je) and then tutup api. Sedia untuk dimakan.\nSelamat Mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-kaki-ayam-ala-thai/", "title": "Sup Kaki Ayam Ala Thai, Cara Mudah & Sedap", "body": "\nAda tak penggemar sup kaki ayam kat sini. Kaki ayam ni banyak manfaatnya. Elok juga kalau sekali sekala nak makan.\nApa kata hari ni korang follow cara mudah buat sup kaki ayam ala Thai. Ubah selera sikit, asyik masak cara kita je.\nMudah je nak buat lauk ni. Kaki ayam ni lebih sedap di masak sup. Bila di masak sup, korang akan dapat rasa makan kaki ayam yang lembut dan bergel.\nKaki ayam ni kaya dengan kolegan tau. Memang rugi kalau korang geli nak makan.\nBaca juga: Resipi DIY Stok Rempah Sup, Jimat Masa, Mudah & Tahan Lama\nKolegan ni akan membuatkan kulit kita lebih anjal dan cantik. Daripada pakai kolegan yang beli kat luar tu, elok makan makanan yang mempunyai sumber-sumber kolegan macam ni. Kaki ayam ni memang sedap ye.\nResipi sup kaki ayam ala Thai ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Leeina Qaliena. Jom kita tengok resipi beliau.\nResipi Sup Kaki Ayam Ala Thai\n\nBahan menumis:\n\n3 ulas bawang merah (dihiris nipis)\n3 ulas bawang putih (dihiris nipis)\n2 inci halia (dihiris nipis)\n1 kuntum bunga lawang\n1 inci kulit kayu manis\n2 biji buah pelaga\n\nBahan lain:\n\n500gm kaki ayam\n7 Ulas bawang putih (dibelah dua)\n1 ketul halia saiz sederhana (diketuk sedikit)\n2biji Ubi kentang (dibelah 4)\n1biji Lobak merah(dipotong ikut suka)\n1 pack Cendawan (dicarik2)\n2 biji Tomato (dibelah 4)\n2 biji Bawang besar (dibelah 4)\n10 biji cili Thai (diketuk-ketuk)\n4 helai daun limau purut muda\n2 biji limau kasturi/ 1 biji limau nipis\n1 sdb rempah sup/ rempah kurma\nGaram secukup rasa\nAjinomoto (jika suka)\nMaggi cukup rasa\n\nCara memasak:\n1. Kaki ayam dicuci bersih dan direbus bersama halia yang diketuk dan bawang putih yang dibelah dua. Rebus sampai kaki ayam lembut.\n2. Setelah kaki ayam lembut masukkan ubi kentang. Rebus lagi hingga ubi kntang lembut.\n3. Dalam periuk yang lain masukkan bahan tumis. Dan tumis hingga kekuningan dan wangi.\n4. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.\n5. Kemudian, tuangkan kaki ayam dan kentang yang direbus tadi kedalam bahan tumisan.\n6. Masukkan garam, serbuk perasa, perahan limau nipis /limau kasturi.\n7. Bila nampak dah mendidih masukkan cendawan, tomato, bawang besar dan cili padi. Kacau dan biar seketika.\n8. Sayur-sayar tu terpulang ikut kesukaan masing-masing ye.\n9. Bila sudah masak padamkan api dan masukkan hirisan daun ketumbar. Siap untuk dihidang.\n\nSimple dan mudah sangat nak masak sup kaki ayam ni! Nak buat hari-hari pun tak bosan. Sedap sangat! Tips nak bersihkan kaki ayam ni mudah je.\nCuci dengan air bersih yang mengalir. Kemudian, potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk hilangkan bahagian kaki yang nampak kotor dan menjijikkan.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-legend-sejak-1986-di-kuala-lumpur-nak-rasa-sup-melayu-anda-wajib-makan-di-sini/", "title": "Sup Legend Sejak 1986 Di Kuala Lumpur, Nak Rasa Sup Melayu Anda Wajib Makan Di Sini", "body": "\nDi Kuala Lumpur sebenarnya ada sebuah kedai makan yang sudah lama beroperasi tau. Bukan 10 tahun tapi 36 tahun haa memang legend la.\nTapi buat anda yang tidak familiar dengan kedai makan legend ini, sebenarnya mereka menyajikan makanan masakan melayu seperti Sup, Kuetiaw Gearbox dan banyak lagi. Memang makanan di sini sedap dan ramai juga yang menggemari masakan di sini.\nNama restoran legend yang sudah beroperasi sejak 1986 ini adalah Restoran Sururi dan cukup famous dengan orang KL dan Selangor.\nSup Legend Sejak 1986 Di Kuala Lumpur, Nak Rasa Sup Melayu Anda Wajib Makan Di Sini:\nSebuah akaun di Twitter @acaiijawe ada berkongsi pengalamanya makan di Restoran Sururi.\n\u201d Pekena sup legend kat KL. Restoran Sururi ni berniaga sejak 1986. Dah 36 tahun! \u201d\n\nTips untuk anda juga, kalau nak singgah makan kat sini, make sure korang datang awal tau. Takut makanan di sini dah habis pulak. Maklumlah, kedai ni memang laku kerasss.\n\u201d Terkenal dengan sup daging, tulang, gear box, kuetiew sup dll. Sup kambing hanya ada hari Khamis. Tapi pukul 11:00 dah habis. \u201d\n\n\u201d Rasa sup melayu. Bukan sup mamak. Nasi, air layan diri. Meja banyak \u201d\nKalau dah dikenali sebagai Restoran legend, mestilah keaslian rasa masakan di sini terjamin sedapnya! Sebab itu jugalah ramai orang suka makan di sini.\nRamai juga youtuber popular yang review makan di sini tau. Rata-rata mereka semua berpuas hati.\nJadi kalau anda yang ada plan nak jalan-jalan di KL, anda wajib try makan tengah hari di Restoran Sururi ni tau! Confirm berbaloi.\nAlamat: Jln Tun Razak, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nWaktu Beroperasi: Isnin \u2013 Jumaat (8AM \u2013 3PM)\nSumber: @acaiijawe\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-perut-lembu-thai/", "title": "Sup Perut Lembu Thai Guna Pes INI, Memang Cukup Rasa Masam Pedasnya", "body": "\nJom buat Sup Perut Lembu Thai. Dah nak raya Aidiladha ini, mesti mencari resipi berasaskan daging kan? Kalau ada beli bahagian ini. Cuba buat resipi ini pula.\nBaca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup\nKalau nak buat sup sedap melampau, bahagian perut lembu memang padu kalau dimasak sup selain dari buat lauk masak lemak. Anda boleh juga masukkan sedikit daging di dalamnya di samping bahagian isi lain yang anda inginkan tu.\nSelain rempah ratus, reneh tu biar lama sikit. baru meresap rempah ratusnya. Nak hirup begitu pun memang sedap. Ikuti resipi dari perkongsian Encik Ben Safwan ini.\u00a0\n\nRESIPI SUP PERUT LEMBU THAI\n\nBahan-bahan:\n\n300gm perut lembu \u2013 direbus dan dihiris\n2 batang serai \u2013 diketuk\n2 potong lengkuas \u2013 diketuk\n2 asam keping\n3 biji cili padi\n3 biji jus limau nipis\n3 biji bawang putih\n3 biji bawang merah\n4 helai daun limau purut\n1 liter air\nGaram dan gula secukup rasa\nPotongan saderi\nPotongan daun ketumbar\n3-5 cili api\n1 paket sup siam Adabi\nSos ikan\nPerahan limau\nBawang goreng\n\nCara memasak:\n1. Rebus sampai empuk ketiga-tiga bahan ni. Letak serai,\u00a0 asam keping dan 1 sdt garam dalam anggaran 2.2-2.5 liter air.\n2. Rebus dengan api sederhana kecil sekitar 1 jam 30 minit atau 15-20 minit guna pressure cooker.\n3. Dah siap, ambil isi 3 bahan ni dan potong kecil. Gunakan gunting. Dari 1.5 liter air rebusan ni,ambil just 800-1 liter air sahaja.\n4. Masukkan potongan batang saderi, ketumbar, cili api, 1 paket sup Siam Adabi , 2 potongan lengkuas yang diketuk.\n5. Panaskan sampai mendidih.\n6. Baru tambah sos ikan, asam limau dan serbuk perasa serta bawang goreng.\n7. Biar ada rasa sup, masam, pedas. Seimbang. Terasa air rebusan perut tu bercampur dengan bahan.\n8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Jom Buat Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu Dan Rebung\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-tulang-lagi-padu-kalau-guna-2-bahan/", "title": "Sup Tulang Lagi Padu Kalau Guna 2 Bahan Ini, Sedap Hirup Kuah", "body": "\nSedap betul kalau dapat hirup dan ratah sup tulang. Setiap kali musim raya atau kenduri, wajib ada menu ini untuk dinikmati seisi keluarga.\nPerkongsian resipi dari Fazniza Razali ini cukup sedap. Rupanya dengan hanya mengisarkan dua bahan ini iaitu saderi dan batang carrot sup tulang jadi lagi padu.\nBaca juga: Resipi DIY Stok Rempah Sup, Jimat Masa, Mudah & Tahan Lama\nJom kita cuba~\n\nRESIPI SUP TULANG PADU\nBahan-bahan 1:\n\n\n3 biji bawang besar\n8 biji bawang putih\nHalia dalam 2 ketul\n1 sudu ketumbar.\n**bahan ni dikisar sampai halus.\n\nBahan 2:\n\n\n3 batang sadari\n1 batang karot\n**ni pun dikisar sampai hancur\n\nBahan 3:\n\n\n3 batang kayu manis\n4 biji bunga lawang\n10 biji bunga cengkih\n10 biji buah pelaga\n1 senduk serbuk sup\n2kg tulang\n5 biji kentang(dibelah 2)\n3 batang sadari (dihiris)\n3 biji bawang besar(dibelah 4)\nAir\n\nCara membuatnya:\n1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.\n2. Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.\n\n3. Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi tu empuk.\n4. Dekat 1 1/2 jam jugak. Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.\n5. Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.\n6. Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup. Siap untuk dihidang.\nDah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/sup-tulang-thai/", "title": "Sup Tulang Thai Macam Dekat Kedai Siam, Sedap Hirup Kuah Panas-panas!", "body": "\nAda yang suka makan Sup Tulang Thai? Kalau makan dekat kedai, mesti akan order sup tulang ini makan dengan sambal belacan tau. Memang padu!\u00a0\nNak buat sup tulang ni lagi banyak bahan digunakan lagi sedap. Yang penting rasa kena kisar dengan rasa masam dan rasa sup dia. Wajib makan ketika sup masih panas, dan nasi putih pun panas. Tapi hati-hati risau bertambah nanti.\nBaca juga: Sup Tulang Lagi Padu Kalau Guna 2 Bahan Ini, Sedap Hirup Kuah\nTak lengkap makan sup tulang thai ni kalau tak ada telur dadar yang kembang tu. Gabungan dua makanan beserta sambal belacan pun cukup dah untuk buat kita ralit makan tanpa hiraukan orang belakang.\nResipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Yati Mohd ini nampak sangat berselera dan memang sama sedap macam kedai. Janji ada tulang, semua orang boleh menjadi kalau ikut resipi yang dikongsikan ni.\nJom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI SUP TULANG THAI\n\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1kg tulang lembu \u2013 dipotong medium\n7 biji bawang kecil \u2013 tumbuk lumat\n5 ulas bawang putih \u2013 tumbuk lumat\n1 1/2 inci halia \u2013 dipukul\n2 bungkus sup bunjut tulang\nBawang holand \u2013 dihiris tebal\n2 batang saderi \u2013 dihiris tebal\n3 biji tomato \u2013 potong 4\n6 biji cili api \u2013 penyekkan\n4 cawan air limau nipis\u00a0\nDaun ketumbar dan daun bawang -dihiris\nBawang goreng\nGaram, ajinamoto, gula\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Rebus tulang dalam periuk. Air agak-agak. Kemudian, masukkan sup bunjut dan halia.\u00a0\n2. Panaskn kuali, kemudian tumis bunga lawang, kayu manis dan cengkih hingga naik bau.\n3. Kemudian, masukkan bahan bertumbuk. Tumis sehingga wangi dan masukkan ke dalam rebusan tulang. \n4. Biar hingga tulang lembot/ empok. Masukkan tomato. Biar sekejap dan masukkan bawang holand, saderi dan cili api. \n5. Perasakan dengan garam, gule dan ajinomoto. Masukkan air limau nipis. Kalau nak masam boleh tambah. \n6. Dah cukup semua rasanya, boleh tutup api. Pastikan kuah agak pekat. \n7. Hidangkan dalam mangkuk dengan hirisan daun ketumbar/daun bawang dan bawang goreng. Siap!\n\n\nAda yang suka makan sup tulang ni dengan sambal kicap. Pedas-pedas manis gitu. \nAlang-alang buat sup tulang atau sup daging ni, extrakan kuah untuk makan petang juga. Boleh dicelur mee kuning atau bihun je nanti.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Kulit Karipap Daun Sup, Memang Harum Dan Sedap Teksturnya\n"} {"url": "https://myresipi.com/susah-nak-siang-ketam-jom-cuba-cara-siang-ketam-ni-mudah-je/", "title": "Susah Nak Siang Ketam? Jom Cuba Cara Siang Ketam Ni, Mudah Je!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nKetam merupakan salah satu makanan laut yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap. Selain makan di kedai, anda juga boleh masak sendiri di rumah dengan kos yang lebih murah untuk menikmati ketam yang segar.\nJika alasan tidak pandai bersihkan ketam sebagai tidak masak sendiri ketam di rumah, jangan risau. Jom cuba cara mudah untuk siang ketam segar, senang je!\nCara-cara\nTerbalikkan badan keram dan pisahkan bahagian berbentuk tiga segi dibawahnya. Tarik dan pisahkan dari badan ketam.\nBuang insang yang lembut seperti plastik di kiri dan kanan badan ketam dan cuci bersih segala kotoran yang melekat. Bersihkan juga lendir dibawah tengah ketam.\nPotong semua bahagian hujung yang tajam pada kaki ketam\nBuang cengkerang dan potong kepada dua bahagian\nPotong bahagian mulut dan buang insang ketam\nCuci dan bersihkan semua kotoran pada najis ketam. Dan siap!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/susah-nak-tanggalkan-kerak-kuali-ikut-tips-ini-pasti-menjadi/", "title": "Susah Nak Tanggalkan Kerak Kuali? Ikut Tips Ini Pasti Menjadi", "body": "\nSetiap kali lepas masak mesti korang akan nampak kerak kuali kan? Asyik guna berus dawai je nanti rosak la kuali tu. Korang kena cuba cara yang lebih mudah untuk tanggalkan kerak tersebut. Tak perlu penat-penat nak sental lepas ni.\nYang paling menarik, korang tak perlu nak sakitkan tangan sental lepas ni. Jamin berkilat la kuali korang tu. Jadi tunggu apa lagi, jom tengok tips yang dikongsikan Cik JulesPitch ini.\nTips Tanggalkan Kerak Kuali Dengan Mudah\n\nLetak air ikut berapa banyak kerak yang ada.\n\n\n\nLetak 1 sudu besar serbuk sabun baju.\n\n\n\nNyalakan api dan biarkan ia merebus.\nSelepas beberapa minit, tapiskan air tersebut. Anda akan lihat kerak yang banyak telah hilang dan hanya tinggal sedikit sisa kerak itu.\n\n\n\nCuci macam biasa menggunakan span basuh pinggan dan kuali anda kelihatan berkilat seperti baru dibeli.\n\nMudah sajakan. Jadi lepas ni tak payah pening-pening untuk hilangkan kerak tersebut. Selamat mencuba.\nBaca juga:\n5 Tips Jimat Beli Barang Dapur Setiap Bulan Agar Tak Lari Bajet\n5 Cara Menyimpan Durian Agar Tahan Lama Dan Tetap Sedap\n"} {"url": "https://myresipi.com/sushi-ikut-tekak-melayu/", "title": "Sushi Ikut Tekak Melayu, Ini Cara MUDAH Bagi Anak Suka Makan", "body": "\nJom buat sushi ikut tekak melayu. Anak-anak mesti suka nak makan sebab kita dah ubahsuai mengikut selera yang mudah untuk dimakan.\nJangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah hanya bermodalkan kos yang tidak mahal. Puas hati!\nBaca juga: Ikonik Kod Hijau Dalam Filem The Matrix Sebenarnya Resipi Sushi?\nSekali buat, satu keluarga boleh menikmatinya. Cik Puan Siti Nornaim Keng ada kongsikan resipinya. Istimewa lagi, resipi beliau hanya mengunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kedai Acheh atau pasaraya.\u00a0\nJom kita cuba!\n\nRESIPI SUSHI IKUT TEKAK MELAYU\n\nOrg lain dah masak nasi tengah hari. Kita buat sushi je. First time buat, perisa ikut yang anak-anak suka. Janji sedap.\nAde yang grill dengan cheese. Ada perisa tuna, sosej, ketam, cheese dan telur.\nBahan-bahan:\n\n1 cawan beras sumo\u00a0\n2 cawan air\n4sdb cuka\nKetam + carrot + sosej + jagung \u2013 kukus sehingga masak\nSos Kewpie\nTimun \u2013 potong memanjang\nSeaweed\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Masak beras sumo ini macam masak nasi biasa.\u00a0 Dah masak, letak dalam bekas dan biarkan sejuk.\n2. Kemudian, campurkan nasi yang sudah sejuk dengan 4sdb cuka dan gaul sehingga sebati.\n3. Hiris timun memanjang dan sediakan juga bahan-bahan inti yang lain. Sosej, lobak merah dan filamen ketam direbus seketika dalam air panas. Ketepikan.\n4. Ambil kepingan rumpai laut, letak di atas tikar buluh sushi atau plastik. Kemudian ratakan nasi diatas kepingan rumpai laut dengan secukupnya.\n5. Kemudian susun hirisan timun, lobak merah, sosej, filamen ketam dan paipkan mayones dengan secukupnya. Jika mahukan rasa lebih enak, boleh sapu mayonis pada nasi. Boleh juga menggunakan tuna sebagai inti.\n6. Dah siap gulung, potong gulungan sushi tadi menjadi kepingan.\n7. Sushi homemade yang enak siap untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Cara Buat Sandwich Sushi Guna Roti, Sesuai Untuk Yang Tak Nak Makan Nasi\n"} {"url": "https://myresipi.com/susu-ada-macam-macam-jenis-tapi-ada-satu-susu-yang-boleh-buat-potong-kaki/", "title": "Susu Ada Macam-Macam Jenis, Tapi Ada Satu Susu Yang Boleh Buat \u2018Potong Kaki\u2019!", "body": "\nJika ke pasar raya, kita boleh lihat ada pelbagai jenis susu yang dijual. Boleh jadi keliru bila tengok banyak sangat jenis susu. Tetapi dalam banyak-banyak susu tersebut, rupanya ada satu jenis susu yang b0leh menjadi punca \u2018potong kaki\u2019. Jadi sebelum membeli, pastikan anda mengetahui kegunaan dan khasiat susu tersebut.\nJika nak tahu lebih lanjut, jom ikuti perkongsian\u00a0Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang menerangkan perbezaan beberapa jenis susu yang ada di pasaran. Dengan mengetahui perbezaan ini akan memudahkan anda untuk membezakan antara susu yang bagus atau tidak untuk diminum.\nBaca juga: Banyak Sangat Jenis Susu Formula Bayi, Jangan Sampai Tersalah Pilih\n\nJenis Susu Yang Perlu Anda Tahu\n\u201cYang awak pergi beli susu ni buat apa?\u201d\nKalian pernah alami situasi ini tak? Suruh suami beli susu penuh krim, kemudian tak tahu susu apa yang dibelinya. Lain disuruh, lain pula yang dibeli.\nHa, jom kongsikan senarai jenis-jenis susu ini pada suami anda. Boleh kongsikan juga kepada anak-anak di rumah supaya tidak tersilap beli.\n1. Susu segar (Fresh Milk)\nSusu mentah yang dipasteurkan untuk membunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya (cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.\n2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)\nSusu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.\n#Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.\n3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)\n\nSusu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.\n4. Susu Skim (Skimmed Milk)\nSusu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.\nMacam mana lemak diasingkan daripada susu?\nKrim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.\n5. Krim (Heavy Cream)\nIa krim terapung yang diasingkan daripada susu asli dan memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar (whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.\n6. Susu Sejat (Evaporated Milk)\nSusu asli penuh krim yang dipanaskan agar kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.\n7. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)\n\nSusu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Biasanya susu ini digunakan untuk buat teh tarik yang\u00a0kaww!\u00a0Susu inilah yang banyak \u2018potong kaki\u2019 rakyat Malaysia.\n8. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk)\nSusu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.\n9. Susu Formula (Infant Formulated Milk)\nSusu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.\n10. Krimer (Creamer)\nIa diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur Pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ini pun salah satu susu yang \u2018jahat\u2019.\n\nOkay, dah faham dah beza susu-susu ni semua? Produk ni semua boleh digunakan, cuma utamakan yang mana kurang memudaratkan. Semoga bermanfaatl\nBaca juga: Mampu Ganti Gula Putih, Pakar Dedah Khasiat GULA KELAPA Yang Ramai Tak Tahu\n"} {"url": "https://myresipi.com/susu-pekat-manis-homemade/", "title": "Susu Pekat Manis Homemade, Lebih 6K Perkongsian Di Facebook, Jom Cuba!", "body": "\nAlamak susu pekat manis dah habis lah kat rumah! Nak beli malas lah pula nak sarung tudung. Hish! Tak payah beli, ini penulis nak kongsikan resipi buat sendiri di rumah. Mesti jimat perbelanjaan makan korang.\nMacam yang kita tahu susu pekat manis adalah antara salah satu bahan pemanis yang banyak digunakan dalam masakan dan juga minuman harian.\nBaca juga: Jenis-Jenis Susu Tepung Yang Baik Untuk Orang Dewasa, Setiap Jenama Berbeza Fungsinya\u00a0\nBaca juga: Banyak Sangat Jenis Susu Formula Bayi, Jangan Sampai Tersalah Pilih\nAneka kek, manisan, kopi susu, Teh Tarik, semua menggunakan pemanis ini. Setin harganya boleh tahan juga. Jadi apa kata kita buat sendiri.\nSenang je sebenarnya nak buat sendiri susu pekat manis ni secara homemade. Rasa pun sama je dengan yang dibeli. Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan? Saudari Syazwani Bakhari ada kongsikan cara-caranya.\u00a0\nLebih dari enam ribu perkongsian di laman Facebook, nampaknya resipi ini menarik perhatian netizen untuk mencubanya. Jom kita tengok cara buat di bawah.\n\nRESIPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE\nPenyediaannya pun tak renyah kerana hanya guna empat bahan sahaja. Orang kata, kacang je lah!\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 cawan air panas\n1/3 cawan marjerin\u00a0\n2 \u00bd cawan gula halus\u00a0\n1 paket susu tepung \u2013 berat 300g\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Untuk membuatnya, mudah sahaja. Mula-mula masukkan air panass, gula, marjerin dan susu tepung ke dalam bekas atau mesin pengisar.\n2. Kisar semua bahan hingga jadi halus. Kaup balikkan supaya semua sebati.\n3. Dah siap dan sedia untuk digunakan dalam pelbagai masakan dan minuman.\nTips tambahan: Jika susu pekat manis anda kurang manis, campurkan gula sedikit demi sedikit hingga mendapat kemanisan yang anda suka. Jika cair, masukkan lagi susu tepung. Ubah suai teksturnya mengikut selera masing-masing.\n\nMemang mudah dan ringkas je kan? Tinggal kisarkan semua bahan sehingga ia menjadi likat dan pekat. Lepastu itu stok pun dapat banyak. boleh simpan terus dalam bekas atau balang kaca comel. Memang nampak autentik gitu.\nSelamat mencuba semua!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/syahmi-sazli-umum-bakal-berhenti-niaga-air-balang/", "title": "Syahmi Sazli Umum Bakal Berhenti Niaga Air Balang, Tak Sangka Ini Sebabnya", "body": "\nYoutuber terkenal tanah air, Syahmi Sazli mengumumkan bahawa perniagaan\u00a0air balang\u00a0yang diusahakannya akan dihentikan pada minggu ini.\n\nPengumuman mengenai perkara itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi\u00a0Syahmi Sazli Production.\nDifahamkan, pemberhentian operasi perniagaan itu dibuat atas beberapa faktor, salah satunya adalah mengenai rasa bimbang terambil hak orang lain.\nSyahmi Sazli Umum Bakal Berhenti Niaga Air Balang\n\u201cSalam semua. Ni ada berita pasal kedai air balang Mi ni. Mengambil kira beberapa faktor antaranya adalah parking (Mi risau terambil hak parking orang lain) dan faktor lain lagi.\n\u201cMi memutuskan untuk mengakhiri jualan air balang Mi pada minggu ini. Jadi, last Mi jual adalah esok (Khamis),\u201d katanya dalam kenyataan itu.\nSehubungan itu, Syahmi juga berharap agar pihaknya mampu untuk menambah baik fasiliti perniagaannya demi kebaikan bersama pada masa akan datang.\n\u201cInsyaAllah ada rezeki depan hari, Mi akan buka dengan kedai yang lebih besar dan selesa,\u201d katanya.\nDalam pada itu, dia turut memohon agar orang ramai sentiasa menyokong filem kedua arahannya,\u00a035mm\u00a0yang bakal ditayangkan pada bulan ini.\n\u201cTerima kasih semua yang pernah mengunjungi kedai air balang Mi,\u201d tambahnya lagi.\n\nSumber: Facebook Syahmi Sazli Production\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/syarikat-nafi-sotong-ring-diperbuat-dari-usus-dubur-babi/", "title": "Syarikat Nafi \u2018Sotong Ring\u2019 Diperbuat Dari Usus & Dubur B*b* Seperti Yang Didakwa", "body": "\nKhabar angin yang mengatakan produk sejuk beku cincin sotong diperbuat daripada dubur babi baru-baru ini tersebar di internet, bahkan mendorong pihak kerajaan untuk menyiasat perkara itu.\nSyarikat terbabit hari ini mengadakan sidang media di Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi tadi untuk menangkis khabar angin berkenaan dan menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap warganet yang menyebarkan dakwaan itu.\nKetua Pegawai Eksekutif Shen Hua Resources, Rodney Soon berkata, mereka mendapati dua netizen menyebarkan khabar angin itu di Facebook untuk memburuk-burukkan produk cincin sotong keluaran syarikat induk mereka, Dayou Group di China.\nNetizen terbabit mendakwa, cincin sotong tersebut tidak halal kerana diperbuat daripada dubur babi.\nRodney berkata khabar angin itu menimbulkan panik di kalangan orang ramai dan merosakkan imej serta menjejaskan jualan produk mereka, menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian besar.\nTurut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Wakil Perkhidmatan Pensijilan Halal Shandong di Malaysia, Abd Aziz Jamaluddin, Pengarah Shen Hua Resources, Koh Sing Yee dan Pengurus Khir Beng Tecj & Son Fisheries Sdn Bhd, Alicia Khor.\nMenurut laporan polis yang diperoleh pada sidang media itu, Rodney dan Alicia membuat laporan polis semalam dan kelmarin berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap produk syarikat mereka.\nDia menggesa pihak polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya menyiasat dan membersihkan nama syarikat itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan membuat pendakwaan kerana memfitnah.\nSelain itu, Rodney berkata pihaknya juga akan menyaman individu yang menyebarkan khabar angin itu selepas berbincang dengan peguam.\nRodney juga menjelaskan mereka juga akan melaporkan kepada Biro Pengaduan Awam Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu.\nDalam sidang media itu dia turut menunjukkan kepada media proses penghasilan cincin sotong berkenaan dan sijil halal yang diperoleh untuk produk berkenaan.\nDisahkan secara tidak langsung oleh JAKIM\nMengikut dokumen pensijilan halal yang diberikan, cincin sotong itu disahkan oleh Shandong Halal Certification Services Sdn Bhd (SHC), yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan pensijilan halal asing di China.\nBercakap pada sidang akhbar itu, Aziz mempertahankan cincin sotong berkenaan dan mengatakan cara terbaik untuk menyelesaikan isu itu ialah dengan menghantar produk berkenaan untuk menjalani ujian makmal.\n\u201cUntuk menyelesaikan masalah ini, ia semudah mengambil semua cincin sotong yang diimport ke dalam bekas dan menghantarnya untuk ujian,\u201d katanya.\nRodney berkata mereka bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menyediakan maklumat mengenai produk tersebut.\nDalam pada itu dia turut melahirkan rasa kesal terhadap siasatan Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.\nKatanya, siasatan pihak berkuasa dibuat di beberapa negeri, termasuk Kedah dan Selangor dengan sampel turut diambil untuk ujian.\nBagaimanapun, Soon berkata walaupun selepas lima hari sejak dakwaan itu tular, tiada laporan dikeluarkan, sekali gus menjadikannya mustahil bagi syarikat itu untuk menafikan tuduhan berkenaan.\nDia berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga telah memanggil peniaga untuk disoal siasat, yang disifatkan sebagai satu gangguan dan tidak adil kepada mereka.\n\n\n\n\n\n\nSoon meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil perhatian terhadap perkara itu dan memastikan laporan pemeriksaan dikeluarkan secepat mungkin.\n\n\n\n\n\nSumber: Malaysiakini BM\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-boleh-simpan-daging-korban-lebih-3-hari/", "title": "Tak Boleh Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari? Ini Penjelasan Agamawan", "body": "\nApabila berakhirnya hari Tasyrik, ini bermakna tempoh untuk melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha sudah pun tamat.\nKepada mereka yang bakal melakukan ibadah korban, pastinya agihan daging korban akan dibuat kepada golongan fakir miskin dan penduduk setempat, selain untuk diri sendiri.\nSudah tentu akan merasai keenakan daging korban tersebut yang boleh dijadikan hidangan buat seisi keluarga selama beberapa hari ini.\nWalaupun sudah dimasak dan dimakan berkali-kali, namun pasti akan masih ada lagi baki daging korban yang disimpan di dalam peti ais. Keadaan itu sedikit sebanyak menggusarkan hati segelintir masyarakat kita.\nTak boleh simpan daging korban lebih 3 hari?\nIni kerana ada pihak menyatakan bahawa daging korban tidak boleh disimpan lebih daripada tiga hari.\nBenarkah begitu? Sebenarnya, berapa lamakah tempoh yang dibolehkan untuk kita menyimpan daging korban berkenaan?\nUSTAZ SYED SHAHRIDZAN\n\nMENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT,\u00a0PENDAKWAH DAN PENULIS, USTAZ SYED SHAHRIDZAN SYED MOHAMED\u00a0BERKATA, MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH TIGA HARI PERNAH DILARANG OLEH RASULULLAH SAW.\n\n\u201cBoleh/harus seseorang menyimpan sebahagian daripada daging korban. Rasulullah SAW pernah melarang menyimpan (daging korban) lebih dari tiga hari, kemudian baginda mengizinkannya.\n\n\n\u201cMenurut majoriti ulama, larangan ini bermakna haram, manakala menurut Abu Ali al-Tobari, kemungkinan larangan ini bermaksud makruh,\u201d kata beliau dipetik menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.\nMenjelaskan sebab kepada larangan tersebut, Ustaz Syed Shahridzan sekali lagi mengemukakan pandangan Imam Nawawi tentang perkara itu.\nKata Imam Nawawi:\u00a0\u201cLarangan tersebut berjalan selama setahun kemudian dimansuhkan, atau larangan ini dikhususkan dengan sebab keadaan yang sempit pada tahun itu, tatkala luput keadaan itu maka tiada lagi pengharaman.\u201d\u00a0\n\n\nJika keadaan sempit atau susah berlaku lagi pada zaman ini, adakah kita diharamkan kembali menyimpan daging korban lebih dari tiga hari?\nDalam kitab\u00a0Raudah al-Tolibin, Imam Nawawi menjelaskan:\u00a0\u201cJika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukumkan dengannya (haram)? Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak diharamkan pada hari ini walau apa situasi sekali pun.\u00a0\nDalam kitab\u00a0Raudah al-Tolibin, Imam Nawawi menjelaskan:\u00a0\u201cJika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukumkan dengannya (haram)? Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak diharamkan pada hari ini walau apa situasi sekali pun.\u00a0\n\u201cJika seseorang ingin menyimpan, maka digalakkan menyimpan daging korban dari bahagian yang dimakan (sendiri dan keluarga), bukan bahagian sedekah dan hadiah,\u201d\u00a0jelas Imam Nawawi.\nLARANGAN menyimpan daging korban telah dimansuhkan disebabkan perubahan situasi semasa sebagaimana diterangkan oleh Imam Nawawi.\nMUDAH KATA, TIADA MASALAH ANDAINYA DAGING KORBAN YANG AKAN DIMAKAN OLEH DIRI SENDIRI DAN KELUARGA DISIMPAN SELAMA MANA PUN, TERANG USTAZ SYED SHAHRIDZAN.\n\n\u201cMENURUT MAZHAB SYAFIE, DIHARUSKAN MENYIMPAN DAGING KORBAN WALAUPUN MELEBIHI TIGA HARI ASALKAN DAGING ITU TIDAK ROSAK ATAU BUSUK SEHINGGA MENYEBABKAN PEMBAZIRAN.\n\u201cNAMUN, TIDAK DIGALAKKAN BAGI DAGING KORBAN YANG INGIN DISEDEKAHKAN ATAU DIHADIAHKAN (KEPADA ORANG LAIN) DISIMPAN DALAM TEMPOH YANG LAMA KERANA IA SUNAT DIAGIHKAN SECEPAT MUNGKIN,\u201d JELAS BELIAU.\n\nJusteru, usah risau andai daging korban kita belum habis lagi. Ia boleh disimpan selama mana pun, cuma pastikan tempat itu sesuai supaya tahan lebih lama.\nSumber: Facebook Ustaz Syed Shahridzan-Ben Agil\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-dapat-pergi-pasar-malam-waktu-pkp-ni-jom-buat-yong-taufu-ala-pasar-malam-di-rumah-senang-je/", "title": "Tak Dapat Pergi Pasar Malam Waktu PKP Ni? Jom Buat Yong Taufu Ala Pasar Malam Di Rumah, Senang Je!", "body": "Setiap kali teringin nak makan yong taufu mesti teringat yang di pasar malam kan? Tapi disebabkan PKP di beberapa buah negeri, jadi agak susah untuk sesiapa yang nak keluar. Tapi jangan risau, kita boleh cuba buat sendiri di rumah je dan lebih memuaskan. Boleh tambah berapa banyak yang kita nak. Jadi apa kata kita cuba resepi yong taufu yang dikongsikan oleh Anissa Ismail di Facebook.\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nRESEPI YONG TAUFUSetiap kali teringin nak makan yong taufu mesti teringat yang di pasar malam kan? Tapi disebabkan PKP di beberapa buah negeri, jadi agak susah untuk sesiapa yang nak keluar. Tapi jangan risau, kita boleh cuba buat sendiri di rumah je dan lebih memuaskan. Boleh tambah berapa banyak yang kita nak. Jadi apa kata kita cuba resepi yong taufu yang dikongsikan oleh Anissa Ismail di Facebook.\nBAHAN A \u2013 SOS HITAM\n6 sudu makan taucu\n\n4 sudu makan tepung jagung.\n\n1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)\n\n8 sudu sos tiram\n\n8 sudu gula pasir\n\n6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)\n\n2 ketul kiub ikan bilis\n\nGaram secukup rasa\n\nKredit: Anissa Ismail\nCARA PENYEDIAAN\nJika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar.\n\nKisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati. Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan texture kuah menjadi sempurna\n\nKalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan.\nBAHAN B \u2013 KUAH SUP\n3 ulas bawang putih \u2013 dititik\n\n3 hiris halia\n\n2 ketul kiub pati ikan bilis\n\nGaram secukupnya\n\nSedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing)\n\nDaun bawang\n\nBawang goreng\n\nAir masak (anggaran 1 jug setengah)\n\nKredit: Anissa Ismail\nCARA PENYEDIAAN\nTumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas.\n\nKemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis. Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.\n\nKuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.\n\nKredit: Anissa Ismail\n\nKredit: Anissa Ismail\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-jemput-sebab-makanan-tak-halal-jiran-cina-siap-order-kfc-sebagai-ganti/", "title": "Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal, Jiran Cina Siap \u2018Order\u2019 KFC Sebagai Ganti", "body": "\nTak dinafikan, mempunyai jiran yang baik juga merupakan salah satu rezeki yang perlu dihargai dalam hidup ini.\nTerutamanya jika tinggal di kawasan perumahan yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, sikap toleransi dan bertimbang rasa sangat susah untuk ditemui sekarang namun lain pula kisah yang dikongsikan wanita ini.\nBaru-baru ini, tular sebuah video di Tik Tok memaparkan seorang wanita yang mendapat makanan dari jirannya yang berbangsa Cina ini.\nBaca Juga: Bila Anak Nak Makanan Luar Je, Ibu Gigih Masak & Bungkus Sama Macam Kedai\nPerkongsiannya ini turut membuatkan ramai yang terharu melihat sikap prihatin yang ditunjukkan jirannya itu.\nMenerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu jirannya itu ada membuat majlis bagi meraikan sambutan hari jadi anaknya.\nNamun dia tidak menjemput wanita itu dan keluarganya kerana makanan yang dihidangkan kepada tetamu adalah tidak halal pada majlis tersebut.\n\nSnaptik_7126162154289417499_eikin-hanipah\n\u00a0\nNamun apa yang membuatkan wanita itu terharu ialah jirannya siap menempah makanan segera KFC untuk keluarga wanita itu semasa majlis berlangsung.\nMalah jirannya juga telah memberitahu terlebih dahulu supaya wanita itu tidak memasak pada malam tersebut kerana dia telah menempah makanan itu untuknya.\nMungkin juga jirannya itu berasa bersalah kerana tidak dapat menjemput wanita itu hadir ke majlis yang dilakukannya itu. Oleh itu, dia menggantikannya dengan KFC yang dibeli untuk dinikmati oleh wanita itu sekeluarga.\nMelihatkan sikap prihatin yang ditunjukkan ini, kebanyakan netizen turut sama berasa terharu dengan situasi yang dikongsikan ini.\nVideo yang dimuatnaik di Tik Tok itu juga kini menerima dua juta tontonan setakat ini dan menerima reaksi positif dari netizen.\n\n\n\n\nSumber: TikTok @eikinhanipah\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-perlu-beli-jom-cuba-resepi-cendol-homemade-sedap-kenyal/", "title": "Tak Perlu Beli, Jom Cuba Resepi Cendol Homemade, Sedap & Kenyal!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-04 06:19:45\n\n\nSedapnya kalau panas-panas dapat makan cendol kan? Rasa sejuk je dekat tekak. Tapi itu lah, kalau nak keluar makan dengan satu family\u00a0pun agak susah juga lebih-lebih lagi\u00a0zaman kegawatan ekonomi ni,\u00a0pastilah kena jimat kan. Nak makan tapi nak jimat, senang je caranya. Jom cuba resepi cendol yang dikongsikan oleh Resepi Kuih Dan Masakan di laman Facebooknya.\n\u00a0\n\nKredit: Resepi Kuih Dan Masakan\nBahan-bahan:\n\n5 Sudu makan \u2013 Tepung beras\n1 sudu makan \u2013 Tepung gandum\n1 sudu makan \u2013 Tepung pulut\n10 helai daun pandan diblend \u2013 ambil air sahaja.\n\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Campur semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.\n2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.\n3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sikit je). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je.\n4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak.\n5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.\nDah siap bab cendol.\n\nKredit: Resepi Kuih Dan Masakan\n\u00a0\nAIR CENDOL\nBahan-bahan:\n\n1 Kotak Santan Segera \u2013 santan pekat. Kalau guna santan cair, buat 2 kotak.\n1 Cawan air masak\nGula Merah secukup rasa\n1 sudu kecil garam\n\n\u00a0\nCara-Cara:\n1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak ke dalam periuk.\n2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda. (Kalau tak nak manis kurangkan gula)\n3. Bila dan mendidih tutup api.\n4. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.\n5. Jangan lupa masukkan sekali ais. Baru sedap diminum sejuk.\n\nKredit: Resepi Kuih Dan Masakan\n\u00a0\nSelamat Mencuba!\n\u00a0\nKredit: Resepi Kuih Dan Masakan\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-perlu-guna-oven-ini-resepi-mudah-buat-kek-biskut-coklat/", "title": "Tak Perlu Guna Oven, Ini Resepi Mudah Buat Kek Biskut Coklat!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-04 04:49:21\n\n\nBila bercerita tentang kek, ramai yang mengatakan penyediaannya agak rumit dan leceh kerana memerlukan bermacam-macam bahan dan alatan memasak. Seperti contoh, ada yang tidak memiliki ketuhar yang menyebabkan aktiviti membuat kek ini menjadi terhad. Oleh itu, resipi kali ini membawakan anda Kek Biskut Coklat yang sangat mudah penyediaannya. Anda cuma memerlukan biskut 4 segi, susu segar dan whipping cream sahaja untuk bahan utama!\u00a0Jom ikuti perkongsian daripada Resepi Mudah menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Resepi Mudah\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nBiskut butter\n1 cawan whipping cream \u2018Value Pride Non-Dairy\u2019\n1 cawan susu cair atau susu segar\n\n\u00a0\nBahan Topping:\n\nSerbuk milo\nSerbuk kopi 3 dalam 1\nSerbuk coklat\n\n\n\nKredit: Resepi Mudah\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMasukkan susu segar ke dalam bekas yang sederhana dan rendamkan biskut dengan susu. Biarkan seketika.\n \nKredit: Resepi Mudah\n\u00a0\nKemudian masukkan whipping cream ke dalam sebuah bekas yang besar dan adunkan sehingga teksturnya nampak mengembang.\n \nKredit: Resepi Mudah\n\u00a0\nApabila sudah siap mengadun, masukkan whipping cream ke dalam piping dan guntingkan bucunya. Ini supaya whipping cream dapat dikeluarkan mengikut kuantiti yang sesuai.\n\u00a0\nSetelah siap merendam biskut tadi ke dalam bekas susu segar, keluarkan beberapa keping biskut dan susun ke dalam bekas 4 segi seperti dalam gambar. Pastikan biskut tersebut nampak betul-betul menyerap susu segar tersebut.\n \nKredit: Resepi Mudah\n\u00a0\nKemudian, lorekkan whipping cream di dalam piping tadi di atas biskut tersebut seperti dalam gambar ini.\n \nKredit: Resepi Mudah\n\u00a0\nUntuk bahagian topping, gunakan ketiga bahan topping tadi untuk di ayak ke atas permukaan whipping cream. Ketebalannya terpulang mengikut citarasa sendiri.\n \nKredit: Resepi Mudah\n\u00a0\nUlang langkah yang sama untuk menghasilkan lapisan seterusnya sehingga bekas 4 segi itu penuh.\n \nKredit: Resepi Mudah\n \nKredit: Resepi Mudah\n \nKredit: Resepi Mudah\n \nKredit: Resepi Mudah\n \nKredit: Resepi Mudah\n\u00a0\nKemudian, simpankan ke dalam peti ais untuk disejukkan selama 4 jam.\n \nKredit: Resepi Mudah\n\nDah siap! Inilah hasil yang anda akan lihat! Nampak menyelerakan kan? Pasti hidangan pencuci mulut ini akan menjadi kegemaran semua orang. Selamat mencuba!\n\nKredit: Resepi Mudah\n\nKredit: Resepi Mudah\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-perlu-peram-resipi-kek-gula-hangus-confirm-jadi/", "title": "Tak Perlu Peram, Ini Dia Resipi Kek Gula Hangus \u2018Confirm\u2019 Jadi Guna Sukatan Cawan", "body": "\nPasti ramai yang suka makan kek gula hangus ni kan? Jika sebelum ni selalu beli saja, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri.\nTak susah pun nak buat. Yang penting tak perlu peram adunan, jimat masa! Lepas siap putar, dah boleh bakar.\nWalaupun tak peram, \u2018sarang\u2019 pada kek tetap cantik elok. Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Hidayah Jamaludin di bawah.\nResipi Kek Gula Hangus Tanpa Peram\n\nBahan A:\n\n2 cawan gula\n2 cawan air panas\n120g butter (3 sudu besar marjerin)\n\nBahan B:\n\n8 biji telur gredA\n1/2 cawan krimer manis\n2 cawan tepung gandum\n2 sudu teh soda bikarbonat\n1 sudu teh baking powder (rata je)\nAir gula hangus\n\nCara-cara:\n\nCairkan gula sehingga menjadi karamel. Kemudian tambahkan 2 cawan air panas dan butter/marjerin. Biarkan sehingga butter larut. Tutup api, ketepikan dan biarkan sejuk.\nSatukan bahan B, kisar atau pukul menggunakan pemutar sehingga sebati.\nJika berketul, tapis terlebih dahulu.\nTak perlu peram adunan. Terus tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci (petak) atau 9 inci (bulat).\n\nPanaskan oven selama 10 minit. Guna rak paling bawah, masukkan loyang dan bakar selama 1 jam 20 minit pada suhu 160\u00b0C menggunakan api atas dan bawah (masa dan suhu mengikut oven masing-masing).\nSelamat mencuba!\n\n \nKredit: Hidayah Jamaludin\nBaca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-perlu-sampai-ke-utara-ini-resepi-gulai-ikan-pekat-likat-padu-bak-ang/", "title": "Tak Perlu Sampai Ke Utara, Ini Resepi Gulai Ikan Pekat & Likat, Padu Bak Ang!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-28 07:50:26\n\n\nBiasanya bila berkunjung ke Kedah, pasti para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merasa Gulai Ikan yang sememangnya menjadi pilihan orang ramai. Bagi yang belum berkesempatan untuk \u2018food hunting\u2019 di sana, korang boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Zana Mokhtar ini. Memang sedap! Rasa gulainya memang pekat dan likat walaupun tak memerlukan santan dalam masakan. Jom cuba!\n\nKredit: Zana Mokhtar\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nIkan (jenis ikan mengikut citarasa masing-masing)\nSepeket rempah kari ikan\nSesudu serbuk kari daging\nBawang merah (dikisar)\nBawang merah (dihiris)\nBawang putih (dihiris)\nHalis seinci (dihiris)\nDaun kari\nHalba\nDua sudu sos tiram (di bancuh dengan air)\nAir asam jawa\nGaram\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMula-mula, bancuhkan rempah kari dengan bawang merah sudah dikisar tadi.\n \nKredit: Zana Mokhtar\n\u00a0\nKemudian, panaskan minyak\u00a0lalu tumiskan halba, bawang merah, putih dan halia yang dihiriskan tadi tu bersama daun kari sehingga naik bau.\n \nKredit: Zana Mokhtar\n\u00a0\nSelepas itu, masukkan rempah yang sudah dibancuh tadi dan teruskan menumis sehingga naik bau dan garing.\n\u00a0\nKemudian, masukkan bancuhan sos tiram tadi bersama air asam jawa sehingga menjadi likat pekat lalu masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.\n \nKredit: Zana Mokhtar\n\u00a0\nSelepas itu, masukkan sedikit garam, bendi, tomato dan ikan.\n \nKredit: Zana Mokhtar\n \nKredit: Zana Mokhtar\n\u00a0\nBiarkan seketika dan agak-agak nampak masak boleh lah ditutup.\n\u00a0\nMasak nasi seperti biasa dan kemudian siap hidangkan bersama lauk untuk dijamu selera.\n\u00a0\n\n\nKredit: Zana Mokhtar\n\u00a0\nSiap! Mudah saja kan? Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-sangka-dengan-platform-ini-produk-anda-bakal-makin-dikenali-keuntungan-meningkat/", "title": "Tak Sangka Dengan \u2018Platform\u2019 Ini, Produk Anda Bakal Makin Dikenali & Keuntungan Meningkat", "body": "\nPernahkah anda terfikir macam mana cara supaya produk anda dikenali oleh berjuta-juta orang? Pastinya kos menjadi faktor utama yang perlu difikirkan sebelum menggunakan bajet yang diperuntukkan untuk pemasaran.\nLagi-lagi buat\u00a0pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS), salah satu langkah yang mencabar dalam meningkatkan pemasaran adalah kos tinggi dalam mempromosikan perniagaan itu.\nNamun dengan bantuan Rev Ad Manager (RAM), pemilik perniagaan tidak perlu lagi memikirkan cara untuk melakukan pemasaran dengan kos yang rendah.\nDengan bantuan Rev Ad Manager (RAM), tak perlu pening kepala lagi\nRAM adalah platform layan diri dengan kerjasama REV Media Group yang bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dengan memanfaatkan rangkaian pengedarannya yang meluas sebagai penerbit digital terkemuka Malaysia.\nUsahasama antara REV Media Group dan Dattel Asia Group ini akan memberikan akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.\nBuka lebih banyak peluang\n\nSudah banyak PKS yang mencuba RAM, antaranya CROWDFACTOR X iaitu sebuah rancangan realiti crowdfunding dalam talian pertama di dunia dan ingin mendorong trafik ke laman web mereka untuk siaran langsung rancangan itu.\nSerendah RM1,000 minimum bagi satu kempen, CROWDFACTOR X hanya membelanjakan RM4,000 untuk mencapai objektif kempen mereka dan telah menyaksikan banyak peluang tercipta daripada kejayaan rancangan ini.\nPengarah dan Hos CROWDFACTOR X, Ernie Chen, berkata pihaknya berjaya menjana sejumlah 54,000 penonton untuk kandungan CROWDFACTOR X setelah menjalankan iklan dengan RAM.\n\u201cKita juga berjaya menarik lebih ramai penaja untuk menaja siri akan datang dan merancang untuk projek pemasaran yang seterusnya\u201d, katanya.\nKadar klik (CTR) CROWDFACTOR X telah meningkat dari 0.30 peratus kepada 0.18 peratus, dan telah melonjak dari 3.08 peratus kepada 5.1 peratus untuk Mobile Sticky Bottom CTR, di mana kedua-duanya telah melebihi tanda aras yang ditetapkan.\nMeningkatkan lagi jualan\n\nJenama pakaian kanak-kanak, Umbi Kids turut berjaya meningkatkan jualannya dengan RAM.\nMemfokuskan kempen tunggal untuk jenis iklan prestasi (mobile sticky bottom), Umbi Kids telah menunjukkan peningkatan sehingga 3.53 peratus dalam CTR melebihi paras yang ditetapkan.\nBermodalkan RM2,000 sahaja, Umbi Kids berjaya meningkatkan jualan menjelang Hari Raya.\nPengarah Pemasaran Umbi Kids, Heng Yeow Tang, berkata RAM telah membuka peluang kepada PKS sepertinya dalam mencapai lebih ramai audien.\n\u201cMereka fleksibel dalam menyesuaikan kempen pemasaran mengikut bajet pemasaran anda, di mana ia sangat membantu!\u201d, katanya.\nRAM membantu PKS mencapai ramai audiens\nRAM bertujuan untuk memperkasakan PKS dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran. Nikmati kelebihan ini untuk jenama anda menggunakan RAM:\n\n Anda tidak membeli saluran, anda beli RANGKAIAN penonton.\nTidak perlu pilih saluran, RAM CADANG & BERI KHIDMAT.\nPenyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.\n\nLangkah mudah untuk perkenal jenama anda tanpa habiskan bajet\nMemperkenalkan jenama anda kini tidak lagi perlu menjadi suatu hal yang merumitkan dan tidak akan menghabiskan bajet anda. Paling penting, anda dapat hasil yang anda inginkan. Dengan 5 langkah mudah ini, anda tidak perlu bimbang lagi.\n\nCipta kempen\nCipta audiens\nCipta reka bentuk\nBayar dan terbitkan iklan\nLaporan prestasi\n\nKini, orang ramai boleh memanfaatkan jenama terkemuka dari penerbit digital terkemuka Malaysia dengan rangkaian pengedaran yang mencapai lebih 15 juta orang setiap bulan, iaitu kira-kira\u00a0 80 peratus populasi rakyat Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nPKS yang ingin menjalankan kempen pemasaran\u00a0 berkesan, menyasarkan laman sesawang premium Malaysia dan menyokong ekosistem tempatan boleh layari laman sesawang\u00a0REV Ad Manager.\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-sangka-di-nilai-ada-kedai-terlajak-murah-begini/", "title": "Tak Sangka Di Nilai Ada Kedai \u2018Terlajak\u2019 Murah Begini, 9 Lauk RM69 Je!", "body": "\nMana nak jumpa kedai makan 9 lauk RM69 sekarang ni? Ramai tak percaya, rupanya masih ada kedai yang menjual aneka lauk dengan harga yang terlajak murah.\nSeorang pengguna Twitter, Akbar Sahari berkongsikan 9 hidangan yang dipesannya beserta harga yang dianggap sangat murah!\nMari baca perkongsiannya di bawah.\nJangan pegi kedai ni!\n\nIkan Patin besar gulai tempoyak \nIkan Merah besar goreng kunyit \nAyam Kg gulai cili api \nUdang besar2 masak cili \nDaging salai msk lomak cili api \nTelur dadar 2 \nIkan masin \nUlam2 \nCendol 4\n\n Total RM?\n\nRM69\u2026.!!\nSaya suh kira balik 2 kali. Sebab murah sangat. Nasihat aku korang jangan pergi, sebab aku nak repeat. Kang crowded pulak. Dah la sodap, murah woiii hehe.\nTapi beratur , mak datuk!!!\nLokasi: NILAI, Nismilan\nWatie Corner Tepi Kubur\nKedai ini juga dikenali sebagai Watie Corner Tepi Kubur.\nRupanya sudah ramai yang pernah makan di sini. Memang betul murah dan sedap.\n\n\n\nAlamat: Watie\u2019s corner, Jalan Nilai Santalia, Taman Desa Jasmin, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan\nWaktu operasi: Isnin \u2013 Ahad (Ahad cuti) 11.30 pagi \u2013 2.00 petang\nKredit: @rabkairahas\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-tahu-cara-nak-simpan-bawang-blender-yang-tahan-lama-sini-ada-caranya/", "title": "Tak Tahu Cara Nak Simpan Bawang Blender Yang Tahan Lama? Sini Ada Caranya", "body": "\nSemua yang bekerja pasti rasa nak buat bawang blender akan mengambil masa yang lama bukan? Kadang-kadang tiada masa nak kopek dan blender bawang tu sebab nak cepat pergi kerja atau balik kerja pada lewat hari. Bila kita takde masa nak blend bawang dan yang lain-lain kita akan mengeluarkan duit dengan makan di kedai-kedai yang berdekatan dan ia akan membuatkan pembaziran berlaku.\nLepas baca cara dia dekat sini, senanglah kalau nak masak mee goreng atau bihun dengan cepat. Tinggal cedok lepastu tumis, masukkan bahan-bahan lain dan siap. Ni kalau ada tetamu tiba-tiba datang rumah pon kita boleh masak dengan cepat tak payah nak ambil masa yang lama.Yang penting tetamu pon suka dengan masakan kita.\nCara-cara buat stock bawang blender yang boleh tahan selama 3 bulan\nDekat sini ada 4 jenis bahan-bahan yang selalunya kita kisarkan sebelum masak. Kalau korang rajin masak selalunya stock ini akan tahan 2 minggu je tapi takpe ikut je cara ni supaya lepas ni senang nak buat stock dalam peti ais.\n\nCara buat cabai kisar\n\nGunting cabai kecik-kecik lebih kurang 1 inci lepastu buang biji cabai tu.\nRebus cabai tu sampai dia lembut.\nMasukkan garam dan sedikit minyak bagi cepat lembut.\nTapis dan bilas dengan air.\nMasukkan cabai dalam blender.\nBlend sampai masuk air bertapis sikit sekadar bagi blender tu boleh putar saja.\nBila dah siap blender,masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping,simpan di dalam peti ais.\n\nBoleh tahan hingga 3 bulan ke atas tau cabai ni.\nCara buat bawang besar kisar\n\n1 kilo bawang besar dihirs kecil supaya senang nak blend.\nBlender bawang sikit-sikit bersama dengan minyak.\nAnggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang.\nPastikan sikit saja air tu nanti senang kisar bawang.Sebab tu bawang kena potong halus2.\nDah siap blender,masukkan ke dalam bekas yang kering.\nLetak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais.\n\nBoleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.\nCara buat bawang putih kisar\n\nSetengah kilo halia.Buang kulit, cuci dan hiris kecik-kecik.\nBlender bawang bersama air bertapis. Anggaran air adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang.\nDah siap blender,masukkan ke dalam bekas yang kering.\n\nBoleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.\nCara buat halia kisar\n\nSetengah kilo halia. Buang kulit,cuci dan potong kecik-kecik.\nBlender halia dengan sedikit air.\nKalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengaan suku air.\nBila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis.\nHalia ni jenis banyak air, jangan gatai2 letak air banyak tau.\nDah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering.\n\nBoleh tahan 2 bulan.\n\n\nTips penting untuk lebih bertahan lama.\nSetiap kali nak cedok bahan ni, pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campur lepas cedok bawang cedok halia pulak. Untuk elakkan cepat berkulat.\nKredit: Cik Dayang Zuhaila\nBaca juga:\n5 Sebab Makanan Cepat Rosak, No. 3 Itu Selalu Orang Kita Buat!\nResipi Telur Pecah Sambal Berlado Padu, Nasi Sepinggan Confirm Tak Cukup\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-tahu-nak-masak-apa-untuk-makan-petang-ini-resepi-jemput-jemput-pisang-yang-korang-kena-cuba/", "title": "Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Makan Petang? Ini Resepi Jemput-Jemput Pisang Yang Korang Kena Cuba!", "body": "Jemput pisang atau nama lainnya cekodok pisang adalah salah satu kuih yang paling digemari ramai. Cara nak masaknya pun mudah, orang yang tak biasa ke dapur pun boleh buat tetapi ada rahsia di sebalik jemput pisang yang rangup dan gebu. Jom cuba resepi dari Anajusman Ana di Facebook.\nPENULISnajahnurul\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nJEMPUT- JEMPUT PISANGJemput pisang atau nama lainnya cekodok pisang ini adalah salah satu kuih yang paling digemari ramai. Cara nak masaknya pun mudah, orang yang tak biasa ke dapur pun boleh buat tetapi ada rahsia di sebalik jemput pisang yang rangup dan gebu. Jom cuba resepi dari Anajusman Ana di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\nPisang\n\n1 sudu yis\n\n3 sudu gula\n\nSedikit tepung\n\nKredit : Anajusman AnaCARA PENYEDIAAN\nLenyekkan pisang sehingga hancur.\n\nMasukkan yis, gula dan tepung dan gaul sebati.\n\nBulatkan mengikut saiz kesukaan anda.\n\nMasukkan dalam minyak yang panas dan goreng sehingga\u00a0 warna bertukar warna coklat. Siap untuk dimakan.\nTIPSKalau nak cucur menjadi bulat yang cantik masukkan sidikit soda bikarbonat.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-tahu-nak-order-apa-di-starbucks-boleh-cuba-asian-dolce-latte-ice-with-vanilla-cold-foam/", "title": "Tak Tahu Nak Order Apa Di Starbucks? Boleh Cuba Asian Dolce Latte Ice With Vanilla Cold Foam", "body": "\nRamai antara orang Malaysia memang gemar sangat dengan minuman di Starbucks kan? Dan mungkin juga anda dah bosan dengan minuman yang dah selalu anda minum dan nak mencuba minuman baru pulak kan.\nHaa kalau anda tak tahu nak order apa di Starbucks anda boleh cuba Asian Dolce Latte Ice With Vanilla Cold Foam. Memang terlajak sedap. Air ni memang sesuai sangat untuk anda yang menggemari air kopi.\nTak Tahu Nak Order Apa Di Starbucks? Boleh Cuba Asian Dolce Latte Ice With Vanilla Cold Foam:\nSebuah akaun di Twitter @sejadahbysara ada berkongsi pengalamanya mencuba minuman custom ini.\n\u201d Boleh tak i nak merayu biar semua orang rasa nikmatnya Asian Dolce Latte ice with vanilla cold foam, paling sedap yakmat! \u201d\n\u201d If nak tahu banyak lagi air starbucks yang best, boleh baca and retweet tweet bawah ni. kita throwback \u201d\n\nSebenarnya Asian Dolce Latte ni rasanya agak pekat rasa kopinya. Tapi bila ditambah dengan Cold Foam rasanya akan menjadi lebih sedap dan manis. Balance rasa kopi dan manis cold foam tu.\n\u201d I dah try macam macam starbucks so baik dengar cakap i. order sekarang asian dolce latte with vanilla cold foam atau if you suka matcha you order greentea latte with vanilla cold foam \u201d\nRata-rata comment daripada netizen juga mengatakan bahawa air ni memang sedap! Ada juga yang suggest kalau anda order Asian Dolce Latte, Latte Style\u00a0lagi pekat rasa kopinya.\n\nKalau anda peminat kopi, anda tunggu apa lagi? Jom la pergi serbu starbucks sekarang! Jangan lupa try air Asian Dolce Latte Ice With Vanilla Cold Foam ni okay?\nSumber: @sejadahbysara\n"} {"url": "https://myresipi.com/tak-usah-pening-lagi-ini-beza-santan-segar-kotak-serbuk-yang-wajib-anda-tahu/", "title": "Tak Usah Pening Lagi. Ini Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk Yang Wajib Anda Tahu", "body": "\nPernah tak setiap kali memasak menggunakan santan, ada yang menjadi dan yang tidak menjadi? Puncanya rupanya adalah penggunaan santan yang tidak betul.\nMenerusi perkongsian oleh Ummi Syuhada ini,\u00a0beliau berkongsikan jenis dan beza santan yang dijual dalam mempengaruhi hasil masakan.\nSemoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu untuk membeli santan yang betul mengikut jenis masakan yang dibuat.\n\nTIPS & PENGGUNAAN SANTAN FRESH, KOTAK & SERBUK\nAntara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dgn tujuan yg berbeza.\n1. Santan kara pekat. Sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sebab takde masalah santan pecah minyak & berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga2 sedap.\n\n2. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.\n3. Kalau nak guna kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu dengan air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dengan pulut & bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul & senang larut sebab lebih cair.\nPulut pelam. Mula2 gaul dengan kara, tak jadi. Pastu tukar santan fresh. Cantik berkilat. Tak jadi sebab silap teknik.\n4. Santan fresh lepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sbb bhgn tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga berapa lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dulu sebelum santan.\n5. Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang & nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.\n6. Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak. Cara lain: blend santan beku dengan air suam.\n\n7. Santan serbuk sedap buat puding, agar2 bersantan, kek, nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma santan. Yang ada perasa pandan sgt sedap untuk nasi lemak.\n\n8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yg dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecik, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yg dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.\n\n9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama walaupun dah expired. Gulung elok2 ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.\n10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecik2. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai abis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap & berbintik hitam kat pulut.\n11. Santan beku, nak cek cair ke tak. Tengok bahagian mendapan kat bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati je.\n\n12. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis.\nDisclaimer : Post ni bukan bertujuan nak mengajar otai2, chef2 dan tukang2 masak yang mahir ye. Sekadar berkongsi pengalaman dari dapur sendiri je. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja.\nKredit: Ummi Syuhada\n"} {"url": "https://myresipi.com/takoyaki-versi-melayu/", "title": "Takoyaki Versi Melayu Tanpa Acuan, Sekali Dengan Resipi Sos", "body": "\nTakoyaki Versi Melayu Tanpa Acuan, Sekali Dengan Resipi Sos.\nSedapnya Takoyaki homemade ini! Street food dari Jepun yang kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tepi-tepi jalan pun ada gerai jual snek ni.\nBaca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal\nBagi anda yang gemar makan hidangan ini, Encik Wan Muhammad Hafiz Satar bermurah hati berkongsi resipi pencuci mulut ini yang boleh cuba di rumah. \nIni bukan sebarang resipi tau. Resipi ini sesuai digunakan buat anda yang tiada acuan takoyaki di rumah. Memang kreatif!\n\nRESIPI TAKOYAKI VERSI MELAYU\n\nBahan adunan:\n\n1 cawan air panas didih\n1 cawan tepung gandum\n1 sudu gula\nSecubit garam\n\nBahan sos:\n\nKicap manis\nGula\nAir\nTepung jagung\n\nBahan tambahan:\n\nKubis\nDaun sup\nCili merah\nSosej\nSotong\nIsi ketam\n\n*Boleh guna apa sahaja bahan mengikut cita rasa masing-masing.\nCara penyediaan:\n1. Campurkan tepung gandum, gula, garam dan air panas dan gaul sehingga sebati.\n2. Masukkan pula bahan-bahan tambahan seperti kobis, daun sup dan cili.\n3. Kemudian, masukkan bahan-bahan tambahan pilihan anda seperti sotong, sosej atau isi ketam.\n4. Seterusnya, bulatkan dan gorengkan dalam minyak yang panas.\n5. Apabila sudah siap digoreng, letakkan sos takoyaki dan mayonis serta topping bonito flakes, rumpai laut dan daun sup.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Cara Buat Rabokki (Ramen + Tteokbokki), Pedas, Manis & Mudah\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/takoyaki-viral-di-banting-rupa-sama-macam-dalam-gambar-dan-yang-penting-sedap/", "title": "Takoyaki Viral Di Banting, Rupa Sama Macam Dalam Gambar & Yang Penting Sedap", "body": "\nSeperti yang kita tahu, Takoyaki kini memang senang sangat nak dapat sebab dah banyak gerai kecil yang menjual Takoyaki ni di hampir seluruh tempat kan? Tapi, nak dapat yang betul-betul sedap tu memang susah sangat. Kadang-kadang tu dalam gambar nampak menarik tapi bila dah dapat, mengecewakan. Dan ada pulak yang jual dengan harga yang mahal dan rasanya pun biasa je.\nHaa kalau anda peminat Takoyaki, anda datang ke tempat yang betul. Jom kita tengok satu gerai Takoyaki yang menjual Takoyaki yang sedap!\nTakoyaki Viral Di Banting, Rupa Sama Macam Dalam Gambar Dan Yang Penting Sedap:\nSebuah akaun di Twitter @ketengahketepi ada berkongsi pengalamannya makan di sebuah gerai Takoyaki yang viral ni. Nama gerai ini adalah Sensei Takoyaki yang terletak di banting.\n\u201c I approve dia punya viral! Memang worth the hype! Rupa memang kene dengan harga! \u201d\n\n\nDan yang bestnya,\u00a0 isi dalam Takoyaki itu sendiri memang banyak. Sangat berbaloi lah kalau anda beli. Kenyang tau.\n\u201d I order baby crab and baby octopus! Baby crab sedap juga cuma tajam kaki dia nak makan tak sesuai utk orang tua or budak budak. Utk korang yang remaja boleh la hahah \u201d\n\n\nNampak menarik kan Takoyaki yang dijual kat sini? Haa selain tu, mereka pun ada menjual menu special tau! Korang memang wajib try Takoyaki kat sini.\n\u201c Also jangan lupa pergi awal! Takut sotong habis. Tadi nak order second time pun abang tu kata sotong habis, tapi dia suruh tunggu 10 minit utk rebus. I onz je demi takoyaki \u201d\n\nJadi kaau anda yang kini berada di Banting dan tercari Takoyaki yang sedap, anda boleh cuba makan Takoyaki di sini. Memang confrim repeat order!\n\nAlamat: (Sensei Takoyaki) Batu 22, Kampung Sungai Lang, 42700 Banting, Selangor\nWaktu Beroperasi: Rabu \u2013 Isnin (3PM \u2013 9.45PM)\nSumber: @ketengahketepi\n"} {"url": "https://myresipi.com/tanam-bayam-brazil/", "title": "Tanam Bayam Brazil Dalam Botol Plastik, Mudah Nak Tuai Dan Petik Nanti", "body": "\nRupanya kita boleh tanam Bayam Brazil dalam botol plastik saja. Sayur ini merupakan tanaman yang senang tumbuh, malah tidak memerlukan penjagaan rapi atau rumit.\nBukan itu saja, sayuran ini juga dapat membiak dengan cepat. Hanya memakan masa beberapa minggu selepas ianya ditanam sebelum hasilnya sedia untuk dituai.\nCara menanam bayam brazil juga boleh dikatakan sangat mudah. Cara semaiannya hanya menggunakan keratan batang yang dip0tong dalam 4 hingga 7 cm. Kemudiannya dicucuk di dalam pasu 1/3 dalam tanah.\nBaca juga: Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik\nSelain cara ini, ada cara lain yang boleh diguna iaitu ditanam dalam botol plastik. Caranya dikongsikan oleh Cik Puan Zainol Yunus. Selain mudah dipetik, ia juga mudah dialihkan dan daunnya merimbun cantik. Jimat ruang dan tanah.\nBerikut merupakan perkongsiannya:\n\nCara Tanam Bayam Dalam Botol Plastik\nSalam sahabat BDR semua. Dulu akk pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanam bayam brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Gambar agak tak tersusun. Akk explain pada setiap gambar tu. Kepada ahli baru..selamat mencuba.\n\nBahan-Bahan:\n\nBotol plastik\nTanah organik\nAnak bayam brazil\nPen Marker\nPemateri elektrik (soldering iron) /besi panas\n\nCara-Caranya\n1. Tandakan bulatan-bulatan kecil pada botol plastic menggunakan marker untuk dibuat lubang.\n2. Tebuk bulatan ditandakan tadi menggunakan alat pemateri elektrik atau besi panas.\n3. Buat juga lubang di bawah botol agar menjadi laluan air yang berlebihan.\n4. Kemudian masukkan tanah organic ke dalam botol (tanah organic ni campuran cocopeat, tanah sisa sawit dan tanah biasa ; boleh beli sahaja di nurseri)\n\nGunakan corong (buat sendiri) untuk mudah memasukkan tanah tersebut ke dalam botol.\n5. Dapatkan anak benih daripada pokok yang dimakan ulat, buang daun-daunnya dan tinggalkan tunas sahaja.\n6. Sebelum cucuk batang bayam brazil pada lubang-lubang botol tadi, masukkan air supaya tanah lembap, mudah tanam batangnya.\nIni hasil bila ditanam dalam botol plastik.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Stok Cili Boh Tahan Berbulan Tak Berkulat, Masukkan INI Masa Rebus Dan Kisar\n"} {"url": "https://myresipi.com/tapai-pulut/", "title": "Ini Rahsia Tapai Pulut Jadi Manis & Tak Masam, Nikmat Sangat!", "body": "\nSiapa suka makan tapai pulut? Memang ramai yang suka makan, tapi tak ramai yang tahu membuatnya.\nBaca juga: Resipi Tapai Ubi Kayu, Ikut Cara Ni \u2018Confirm\u2019 Manis & Tak Masam\nKalau ada yang nak belajar, jom ikuti resipi tapai pulut di bawah. Ada petua rupanya nak buat tapai supaya betul-betul menjadi, jangan lupa baca sampai habis tau!\nJangan risau, ada juga tutorial step by step yang min akan kongsikan juga. Jom scroll!\n\nResipi Tapai Pulut\n\nBahan-bahan:\n\n2 pot beras pulut \u2013 rendam selama 2 jam \nRagi\nGula\nAir\nDaun Getah Liar\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Kukus pulut sehingga masak kemudian sejukkan di dalam dulang dan ratakan.\n2. Bila pulut sudah sejuk, taburkan ragi serta satu sudu gula (Ini rahsia tapai jadi manis)\n3. Selepas itu gaulkan kedua bahan tadi biar sekata.\n4. Kemudian, ulang semula tabur ragi dan gula dan kacau rata.\n5. Bungkus pulut tersebut di dalam daun getah yang sudah dibersihkan.\n6. Simpan tapai di tempat yang gelap sekurang-kurangnya 36 jam.\n7. Selepas 36 jam, boleh sejukkan di dalam peti ais, Bila dah sejuk, sudah boleh dimakan seperti biasa.\nTutorial:\n\n\n @myresipi\nSedapnya petang-petang makan tapai pulut ni \ud83e\udd24 Meh min kongsikan demo cara buat. #resipi #resipitiktok #tapaipulut #jombalikkampung #cuticutimalaysia @Tourism Malaysia #fyp #fyp\u30b7 \n \u266c Lemak Manis \u2013 \u0632\u0645 \u0647\u0648\u0633\u0642\u06cf\u0631\u0646\u0627\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe \n\n \nSemoga bermanfaat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tauhu-berlauk/", "title": "Wanita Ini Kongsi Resipi Tauhu Berlauk, \u2018Confirm\u2019 Ramai Suka Sebab Mudah & Sedap!", "body": "\nPernah merasa Tauhu Berlauk? Resipi ini viral tahun lepas tapi kalau nak buat untuk berniaga pun tiada masalah. Memang ringkas dan mudah!\nZaman sekarang ramai yang terhimpit dengan tekanan ekonomi yang semakin parah. Tidak hairanlah kalau ada yang terpaksa mencari peluang untuk tambah pendapatan.\nSedia maklum semenjak beberapa tahun ini pelbagai menu resipi viral bukan sahaja menjadi fenomena kepada ibu-ibu malahan juga peluang ini disambut baik oleh mereka yang pandai memasak sebagai peluang untuk menjana pendapatan.\nBaca juga: Jom Buat Tauhu Homemade Guna 3 Bahan. Dijamin Bersih, Halal & Lebih Jimat\nSesuai dah nak cuti sekolah ketika ini, menu ini antara yang cepat disiapkan dan tak renyah. Kalau buat lebih, boleh disejukbekukan. Bila nak makan, terus goreng je kan.\nMenerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Lynn Koo telah berkongsi resipi tauhu berlauk frozen buat suri rumah yang ingin mencari pendapatan lebih.\n Nampak menyelerakan dan sedap! Apa kata korang cuba sendiri, confirm ramai suka! Walaupun bahan-bahan yang digunakan nampak banyak namun kebanyakkan bahan itu mudah di dapati dari kedai-kedai biasa.\nRESIPI TAUHU BERLAUK\n\nBahan kisar:\n\nTauhu biasa (4keping)\nTauhu telur/egg tofu (2 batang)\nTelur (2 biji)\nSedikit air\n\nBahan A:\n\n\nDaging kisar/isi ayam kisar (goreng tanpa minyak)\nBawang merah (hiris)\nCarrot (hiris)\nDaun bawang (hiris)\nDaun sup (hiris)\nCili besar merah (hiris)\u00a0\nLada putih (kisar)\nGarlic powder\nBahan perasa\nGula (sedikit sahaja)\n\nBahan celup:\n\nTelur (pecahkan)\n\nCara-caranya:\u00a0\n1. Campurkan kesemua bahan A bersama bahan kisar dan gaul rata.\n2. Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tuppeware kecil-kecil (tengok contoh pada gambar)\n\n3. Boleh isi penuh-penuh sebab dah kukus nanti dia akan menurun?\n4. Dah siap boleh kukus selama 20 minit.\n5. Angkat dari kukusan dan tunggu sejuk kemudian keluarkan dari bekas.\n\n6. Boleh frozen kan atau terus goreng.\n7. Celup dengan telur kemudian goreng sehingga garing bertukar warna.\nRESIPI SAMBAL KICAP PADU\n\nCili padi\nBawang putih seulas (bakar sehingga hitam)\nGula\nKicap manis (Tumbuk)\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tauhu-homemade-guna-3-bahan/", "title": "Jom Buat Tauhu Homemade Guna 3 Bahan. Dijamin Bersih, Halal & Lebih Jimat", "body": "\nRupanya mudah saja nak buat tauhu homemade hanya menggunakan tiga bahan iaitu kacang soya, air dan cuka makan.\nAda tiga bahan ini mak-mak dah boleh buat tauhu sendiri di rumah. Bukan apa bila buat sendiri, dijamin lebih bersih daripada beli di pasaraya kerana tidak tahu status halalnya.\nBaca juga: Jom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal\nCARA BUAT TAUHU HOMEMADE\nBahan-bahan:\n\n1 kg kacang soya (rendam 1 malam)\nAir (sukatan air untuk kisar kacang 1 cawan kacang : 2 cawan air)\n10 sudu besar cuka makan\n\nBahan lain:\n\n2 bakul yang sama saiz\nKain kasa\n\nCara-caranya:\n1. Selepas cuci kacang, rendam 1 malam kemudian esoknya cuci lagi toskan/tapiskan.\n2. Kisar kacang dengan sukatan air di atas, kemudian tapis.\u00a0(Kisar sekali sahaja)\n\n3. Tapis guna kain kasa. Guna cheese cloth tapi kalau nak guna napkin / kain tudung chiffon pun boleh.\n4. Masak air kacang soya sehingga mendidiih dan hilang bau mentah.\n\n5. Masukkan cuka.\n6. Biar hingga berketul.\n\n7. Letak dalam bakul alas kain kasa.\n8. Tindih bakul dengan benda berat. Boleh guna lesung batu.\n9. Biarkan sejuk.\n10. Buka kain. Potong-potong tauhu ikut saiz disukai.\n\n11. Kemudian goreng. Saya letak tepung jagung + rempah kari + serbuk lada + garam sikit.\n\n12. Siap! Memang fresh dan lain sangat rasa tauhu goreng homemade ni tau.\n\nKredit: Jumee Afuan\n"} {"url": "https://myresipi.com/tawaran-diskaun-rabu/", "title": "Kenapa Banyak Tawaran Diskaun Pada Hari Rabu Eh?", "body": "\n\nPerasan tak, apabila tiba hari rabu sahaja pasti banyak kedai yang buat tawaran diskaun. Sebagai contoh seperti llaollao 22% Off Wednesday, 7 Eleven Crazy Wednesday Promotion, TGV Cinemas Members Wednesday dan bermacam lagi.\nBagi mereka yang gilakan penjimatan, rabu akan menjadi hari penting untuk berbelanja bagai tiada lagi hari esok.\nPersoalannya sekarang kenapa banyak diskaun ditawarkan pada hari rabu?\nBaca juga: Hari Jadi Dah Nak Dekat? Ini 12 Kedai yang Korang Boleh \u2018Claim\u2019 Makanan Percuma\nIni kerana rabu merupakan hari bekerja dan bagi diskaun pun tidak akan mampu tarik ramai pelanggan.\nSeharusnya diskaun perlu diberi pada hari minggu, barulah berduyun-duyun pelanggan akan beli lantas terus menjana keuntungan.\n\nContoh Iklan Tawaran Diskaun.\nSebenarnya, diskaun yang ditawarkan oleh banyak kedai pada hari rabu adalah bersempena dengan hump day. Istilah ini telah wujud sejak era 1950-an di Amerika Utara dan mula popular apabila JJ Cole telah menggunakan istilah tersebut di dalam lagunya.\nBermula dari situ hump day terus wujud sebagai hari pertengahan bagi mereka yang bekerja selama 5 hari bermula daripada isnin hingga jumaat.\nApa kaitan antara hari pertengahan dengan diskaun pula? Cerita begini sebagai pekerja, isnin dan selasa merupakan hari yang sangat hectic. Manakala khamis dan jumaat pula adalah hari yang menuju hujung minggu.\n\n\nJadi rabu boleh dikatakan sebagai hari penghubung kepada mood bekerja dan mood bercuti. Bermakna apabila masuk sahaja hari rabu, tekanan bekerja akan berkurangan sedikit kerana kita akan menuju hujung minggu yang lebih tenang.\nKalau masih lagi tak faham lagi, anggap sahaja 5 hari dalam seminggu itu adalah sebuah bukti. Dua hari pertama iaitu isnin dan selasa adalah masa untuk mendaki.\nNak mendaki memang susah kerana memerlukan begitu banyak tenaga dan masa dirasakan bergerak sangat perlahan. Sama seperti bekerja pada hari isnin dan selasa.\nApabila tiba di puncak, kita akan berehat seketika untuk recharge balik tenaga nak menikmati pemandangan indah. Sama seperti hari rabu yang dijadikan sebagai hump day.\nSetelah puas berada di puncak tiba masanya untuk kita turun. Kebiasaanya pendakian turun akan lebih tenang dan tidak memerlukan banyak tenaga.\nSama seperti mood bekerja pada hari khamis dan jumaat akan berubah kerana semakin menghampiri hujung minggu. Jadi senang cerita, hari rabu merupakan tempoh bertenang antara selasa dan khamis.\n\n\nJadi, syarikat perniagaan menyedari tingkah laku kita mampu memberikan keuntungan kepada mereka. Tambah pula ramai daripada kita menjadikan aktiviti berbelanja untuk meredakan tekanan ketika bekerja.\nBermula dari situ, ada bisnes yang menyedari rabu merupakan hari terbaik untuk memberikan diskaun. Buktinya adalah boleh lihat sendiri di llaollao, diskaun sebanyak 22% pada hari rabu membuatkan pelanggan datang berlipat kali ganda.\nSituasi ini telah membuatkan banyak entiti perniagaan mula mengikut trend sehingga rabu menjadi hari terbaik untuk berbelanja. Bagi mereka yang berjimat cermat (baca kedekut), inilah masanya untuk anda mendapatkan barang yang mahal dengan harga promosi.\nBagi kedai, ini merupakan serampang dua mata kerana mereka akan memperoleh lebih banyak keuntungan iaitu pada rabu dan hujung minggu.\nJadi selepas ini jangan pelik kenapa banyak kedai bagi promosi pada hari rabu. Itu hanya kerana mereka memanipulasi minda bawah sedar pelanggan. Senang cerita, kedai dah lama rancang, anda sahaja yang lalai.\n\nKredit: The Patriots\n"} {"url": "https://myresipi.com/tealive-buka-cawangan-pertama-di-kanada/", "title": "Tealive Buka Cawangan Pertama Di Kanada, Netizen Bangga Dengan Jenama Malaysia!", "body": "\nJenama teh gaya hidup Malaysia, Tealive kini berada di Amerika Utara menerusi kedai pertama di pusat bandar Ottawa, Kanada dan merancang untuk membuka 50 cawangan lagi di seluruh negara itu dalam tempoh lima tahun.\nBakal buka 50 cawangan dalam 5 tahun\nPengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata Tealive memberi tumpuan untuk berkembang di Asia Tenggara dan tidak menyasarkan Amerika Utara secara khusus sehingga sebuah kumpulan perniagaan terkemuka\u00a0yang menjalankan perniagaan pastri dan kedai roti menemui pihaknya.\nBeliau berkata pihaknya yakin rakan kongsi tempatan pilihan mereka di Kanada akan menjadi padanan yang sesuai kerana mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam segmen makanan dan minuman.\n\u201cRakan kongsi tersebut komited untuk membuka 50 cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang di seluruh Kanada.\n\u201cKemasukan di Kanada ini dan pengembangan yang dirancang di seluruh negara itu akan memberikan peluang kepada kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasaran Amerika Utara secara dekat. Oleh itu, pada masa akan datang, kami mungkin turut meneroka pasaran Amerika Syarikat (AS) yang menguntungkan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Isnin.\nPelbagai jenis minuman & makanan melalui \u2018Tealive Eats\u201d\nLoo berkata Tealive mempunyai pelbagai jenis minuman dalam portfolionya dan kini menawarkan makanan melalui \u2018Tealive Eats\u2019.\n\n\u201cMenu pelancaran Kanada kami sememangnya inovatif dan menarik dengan minuman dan makanan yang disediakan untuk selera tempatan tanpa menjejaskan pengalaman unik \u2018Tealive breakthrough\u2019 kami,\u201d katanya.\nBeliau berkata pembukaan kedai di kawasan komersial Somerset Street minggu lepas dibanjiri oleh peminat \u2018boba\u2019.\nBeliau yakin dengan potensi pasaran global \u2018bubble tea\u2019 dan mahu menjadikan Loob bersedia untuk mengharungi gelombang seterusnya.\n\n\nMenurut firma penyelidikan pasaran terkemuka, Facts and Factors, saiz Pasaran Global \u2018Bubble Tea\u2019 bernilai kira-kira US$2.1 bilion pada 2020 dan dianggarkan meningkat kepada kira-kira US$4.5 bilion menjelang 2026, pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 8.1 peratus di antara tahun 2021 dengan 2026, katanya.\n\u201cTealive dikenali sebagai jenama yang \u2018Lahir di Malaysia, Dibesarkan untuk Dunia\u2019. Hari ini, kami mengucapkan terima kasih kepada berjuta-juta pelanggan kami di 10 negara, kerana dengan sokongan mereka, kami benar-benar global dengan kehadiran\u00a0 di lima benua,\u201d katanya.\nSUMBER: BERNAMA\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tealive-keluarkan-air-baru-iaitu-fancy-melon-jom-kita-serbu-outlet-terdekat-sekarang/", "title": "Tealive Keluarkan Air Baru Iaitu Fancy Melon, Jom Kita Serbu Outlet Terdekat Sekarang", "body": "\nPeminat minuman Tealive, ada berita baik untuk anda tau. Haa Tealive sekarang ada mengeluarkan air perasa terbaru iaitu Fancy Melon Series! Buat anda yang minat dengan air buah-buahan, air terbaru mereka ni memang sesuai sangat untuk anda cuba.\nAir Fancy Melon ni baru je dikeluarkan pada 15 Jun yang lalu dan masih ramai lagi yang tidak tahu tentang keluaran air ini. Jadi sementara masih awal ni, anda pergi la serbu outlet Tealive yang terdekat.\nTealive Keluarkan Air Baru Iaitu Fancy Melon, Jom Kita Serbu Outlet Terdekat Sekarang:\nSebuah akaun di Twitter @visitjohor_ ada berkongsi tentang pengeluaran air Tealive yang baru ni. Katanya air baru ni rasa dia sedap dan fresh!\n\u201d Aaaa bestnya Tealive baru je release air baru iaitu Tealive Fancy Melon series! \u201d\n\n\u201d Untuk peminat buah-buahan, flavour Tealive kali ni memang sesuai untuk korang yang boleh mula didapati di kesemua outlet Tealive hari ini, 15 Jun. Enjoy your drinks nanti! \u201d\n\nNampak menarik kan air dia? Fancy Melon Series ni bukan ada 1 je tau tapi ada 4. Dan yang bestnya ia datang dengan pelbagai jenis topping yang sedap.\nMenu baru yang korang patut cuba:\n1. Fancy Melon Smoothie with Green Tea Jelly \u00a0\n2. Fancy Melon Smoothie with Pop Pop Pearls \n3. Fancy Melon Milk with Green Tea Jelly \u00a0\n4. Fancy Melon Milk with Pop Pop Pearls\nSumber: @visitjohor_\n"} {"url": "https://myresipi.com/tealive-lancar-4-air-baru-perisa-mangga/", "title": "Tealive Lancar 4 Air Baru Perisa Mangga, Ramai Kata Yang \u2018Satu\u2019 Ni Paling Sedap!", "body": "Gambar: @halalfoodie\nTealive memperkenalkan satu lagi siri minuman baru iaitu Mangold Series bersama Jelly dan Sago. Minuman berasaskan mangga yang menjadi kegemaran ramai!\nNama \u2018Mangold\u2019 terhasil daripada gabungan mangga dan emas\u00a0(gold), merujuk kepada Tahun Baru Cina yang sinonim dengan emas.\nIanya adalah menu baru untuk waktu yang terhad sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk cuba menu ini sebelum terlambat!\nMangold Series bersama Jelly dan Sago\n\nTealive melancarkan 4 jenis minuman berasaskan mangga yang terdiri daripada:\n\nMangold Milkshake\nMangold Collagen Milkshake\n\nGambar: @halalfoodie\n\nMangold Organic Oat Milk\n\nGambar: @halalfoodie\n\nMangold Tea\n\nGambar: @halalfoodie\nSetiap minuman didatangkan dengan jelly teh hijau dan sago!\nGambar: @halalfoodie\nOrang kata, Mangold Milkshake yang paling sedap. Jadi, jangan lupa untuk pergi cuba sekarang di Tealive yang berdekatan dengan anda ya!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tealive-lancar-air-baru-sakura-oolong/", "title": "Tealive Lancar Air Baru Bertema \u2018Sakura\u2019 Menggunakan Kelopak Sakura Sebenar", "body": "\nTealive merupakan jenama yang tak asing lagi bagi penggemar minuman boba di Malaysia. Memang tak dinafikan sedap sampai ramai yang repeat order!\nTapi kalau dah bosan asyik pesan minuman yang sama setiap kali datang ke Tealive, apa kata anda cuba menu recommended yang lain?\nSakura Oolong With Crystal Pearls\nBaru-baru ini Tealive telah memperkenalkan satu lagi siri minuman baharu iaitu\u00a0Sakura Oolong bersama Crystal Pearls yang meletup dalam mulut.\n\nBila minum, rasa\u00a0fresh\u00a0je! Minuman\u00a0ini juga menggunakan kelopak bunga sakura yang sebenar. Barulah anda boleh rasai pengalaman sebenar seperti di Jepun.\nTealive melancarkan 3 jenis minuman berasaskan sakura yang terdiri daripada:\n\nSakura Oolong Berry Smoothie\nSakura Oolong Lychee Tea\nSakura Oolong Lychee\n\nIni adalah menu baharu untuk waktu yang terhad sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk cuba menu ini sebelum terlambat!\nTarikh promosi: Bermula 11 Januari 2023\n"} {"url": "https://myresipi.com/tegur-makanan-ada-lalat-tak-sangka-ini-respon-pekerja/", "title": "\u2018Staff Kurang Ajar..\u2019- Tegur Makanan Ada Lalat, Tak Sangka Ini Respon Pekerja", "body": "\nSemalam, tular satu rakaman berdurasi 1 minit 44 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, ezzuchang\u00a0memaparkan keadaan sebuah kedai makan yang dikatakan tidak menjaga kebersihan makanan yang dijual.\nMenerusi video yang dikongsikan, lelaki itu berkongsikan pengalamanna semasa membeli makanan di kedai tersebut.\nDifahamkan, dia telah menegur pekerja itu kerana ingin memberitahu terdapat beberapa ekor lalat pada makanan yang dijual.\nHempas mangkuk depan pelanggan\nNamun selepas teguran diberikan, pekerja itu telah memberikan respon yang agak biadap malah turut menghempaskan mangkuk di hadapannya.\nTindakan pekerja itu seolah-olah tidak mahu menerima teguran sekaligus menimbulkan kemarahan lelaki itu yang hanya mahu menegur.\nKejadian itu difahamkan berlaku di sebuah medan selera yang terletak di dalam pusat membeli belah di Nilai.\nVideo penuh:\n\n\n @ezzuchang\nStaff KURANG AJAR yang pernah aku jumpa \ud83d\ude21#ezzuchang #oppazuzu #fyp #foryoupage #foryourpage #tiktokguru #chinesefood #streetfood\n \u266c original sound \u2013 ezzuchang \n\n \nLelaki itu juga turut berkongsikan gambar makanan yang sempat dirakam olehnya. Kelihatan beberapa ekor lalat yang hinggap pada bebola yang dijual.\nDalam masa yang sama, dia turut meminta majikan kedai itu menegur sikap biadap pekerjanya ketika berurusan dengan pelanggan.\nMenerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta lelaki itu untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.\nIsu kebersihan bukan perkara main-main kerana ia boleh membahayakan kesihatan pelanggan yang makan disitu.\n\u201cSaya dah kena..\u201d\n\n\u201cPekerja dia sentiasa buat muka..\u201d\n\n\n\u201cBoleh kena tindakan..\u201d\n\n\u201cLayanan dia macam kita minta makan free..\u201d\n\nSumber: TikTok @ezzuchang\nBaca juga: \u2018RM5 Siap Ada Daging Kot\u2019- Peniaga Nasi Lemak Kecewa Pelanggan Merungut Harga Mahal\nBaca juga: Mat Salleh Ini \u2018Claim\u2019 KFC Malaysia Paling Sedap Lepas Cuba Semua Francais Seluruh Dunia, Pergh!\n"} {"url": "https://myresipi.com/teh-rempah/", "title": "Cara Buat Teh Rempah Yang Sedap Di Rumah, Memang Ketagih Dibuatnya!", "body": "\nPernah cuba buat teh rempah? Kalau kesayangan korang suka minum teh, apa kata korang belajar cara membuatnya. \nTeh ni lagi power dari yang kat kedai mamak tau. Memang kena try! Lain dari yang lain rasanya.\u00a0Boleh ketagih dibuatnya!\nOrang kata nak pikat hati suami kena ikat perutnya dulu. Kalau masakan dan minuman yang kita hidangkan sedap dan memenuhi citarasanya, confirm encik suami dah tak pegi makan luar lagi.\u00a0\nBaca juga: Lelaki Ini Kongsi \u20181 Bahan\u2019 Rahsia Buat Teh Tarik Berlemak Padu\u00a0\nResipi teh paling sedap dan power ni telah dikongsikan oleh Rokiah Carangkulina. Resipi ini telah viral sehingga meraih 9k shares tau! Wah! Korang nampak tak berapa ramai pengguna Facebook yang jadi tea lover. Kalau asyik minum yang kat luar je, kopak juga kan.\nSarapan pagi wajib ada teh, minum petang pun wajib ada teh. Sampai sebelum tidur pun nak minum teh. Korang kategori orang yang macam ni juga ke? Kalau korang hantu teh, better korang follow resipi ni. Mudah je! Yang penting korang guna teh yang berkualiti.\n\nRESIPI TEH REMPAH\u00a0\n\nJom lihat\u00a0 apa rahsia dan ramuan yang di gunakan dalam penyediaan teh rempah yang paling sedap dan power ni. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan kat bawah ni.\nBahan-bahan:\u00a0\n\n1 sudu Serbuk teh berkualiti\n1 keping Kayu manis (patahkan kecil-kecil)\n1 biji Buah pelaga\n2 biji bunga cengkih\nSusu manis, cair, segar (ikut stok apa yang ada dirumah)\nSecubit garam\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Mula-mula, rebus teh dengan 1 liter air.\n\n2. Masukan pula semua rempah ratus.\n\n3. Tunggu mendidih sekejap dan sejat sedikit. Guna api perlahan.\n\n4.\u00a0 Tuang susu ikut selera. Kemudian, tutup api.\n\n5. Letak secubit garam dan kacau seketika.\n6. Akhir sekali, tapis dan siap untuk dihidang.\n\nWah! Rupanya teh yang digunakan oleh Rokiah Carangkulina ni adalah teh yang di import dari India. Di masak pula dengan rempah-rempah seperti kayu manis, pelagah dan cengki. Elok juga untuk kesihatan rempah-rempah ni kan. Siap letak garam lagi. Mesti korang terkejut!\nTengok warna teh pun dah rasa nak cuba. Bila guna rempah, teh jadi wangi. Sedap pula tu. Lain dari yang lain cara penyediaan teh ni kan. Bolehlah bagi kat kesayangan korang minum nanti. Buat 1 teko terus, takut tak cukup nanti.\u00a0\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/teh-tarik-instant/", "title": "Tak Boleh \u2018Move On\u2019 Teh Tarik Instant, Mat Salleh ini Sanggup Bawa Ke Amerika", "body": "\nTeh tarik. Siapa je yang tak sukakan? Baru-baru ini. tular satu video di laman TikTok apabila seorang Mat Salleh tak boleh \u2018move on\u2019 dengan teh tarik instant sehingga sangup bawa balik ke negaranya, Amerika.\nUmum mengetahui makanan dan minuman di Malaysia menjadi daya tarikan para pelancong luar negara selain dari keunikan budaya dan pelbagai kaum di sini.\nBaca juga: Mat Salleh Ini Cuba Menu Rahmah, Minta Perdana Menteri UK \u2018Follow\u2019 Malaysia\u00a0\nBaca juga; Lelaki Ini Kongsi \u20181 Bahan\u2019 Rahsia Buat Teh Tarik Berlemak Padu\u00a0\nBukan itu sahaja, pelancong luar juga ada yang sukar untuk melupakan keenakan makanan di Malaysia sehinggakan sanggup mencari resipi atau berharap ada menu tempatan yang dijual di negara mereka.\nBegitu juga dengan mat salleh ini, menerusi perkongsian videonya, beliau ada membawa pulang beberapa pek minuman teh tarik instant dari Malaysia ke negaranya.\nVideo Penuh:\n\n\n @random.4.you\n@Traveler #malaysia is this #tehtarik or not? comment below! #malaysians #tiktokmalaysia #visitmalaysia #cuticutimalaysia #tiktokmy #tiktokmalaysia\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #malaysiaviral #kualalumpur #travelblogger #malaysiancafes #traveltiktok #question \n \u266c original sound \u2013 Traveler \n\n \nPaparan video tersebut menunjukkan beliau sedang membancuh serbuk teh menggunakan air panas sambil mengambarkan sebagai air \u2018magic\u2019 sebelum menikmatinya di tepi tingkap.\n\u201cSaya tak pasti ini adalah teh tarik atau tidak. Saya tak begitu tahu, tapi rasanya sangat sedap,\u201d ujarnya dalam video tersebut.\nWalau bagaimanapun, beliau terpaksa menahan godaan daripada minum berulang kali kerana risau ketagih dan bimbang jika stok paket yang dibawanya cepat habis.\nTinjauan di ruangan komen pula, keterujaan mat salleh ini yang sukakan teh tarik instant telah menarik perhatian rakyat Malaysia. Secara tak langsung mengingatkan netizen kepada Cameron Highlands.\nAntara reaksi mereka:\n\n\n\n\nTapi memang sedap pun apa-apa yang instant, penulis pun kalau travel wajib bawa beberapa paket supaya tak kempunan. Hiks!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tekstur-kulit-penting-nak-karipap-rangup-sampai-petang/", "title": "Tekstur Kulit Sangat Penting Kalau Nak Karipap Rangup Sampai Petang, Ikut Saja Teknik Ini", "body": "\nSeorang peniaga karipap ada berkongsikan teknik penting dalam menghasilkan karipap rangup sampai petang.\nMenurut Azzura Ismail,\u00a0tekstur kulit karipap paling memainkan peranan yang paling penting. Kalau tidak, karipap tidak lebut dan rangup.\nJika anda masih berjinak-jinak dalam perniagaan karipap, boleh menggunakan resipi dan cara yang dikongsikan oleh beliau di bawah.\nRESIPI KARIPAP RANGUP SAMPAI PETANG\nBahan-bahan:\n\n1 kg tepung gandum\n200 g plantan\nSeparuh cawan minyak masak\n2 cawan air sejuk + 3 sudu teh garam\n1 sudu air kapur\n\nCara-cara:\n1. Panaskan planta bersama minyak masak sehingga betul-betul panas.\n2. Kemudian terus tuang ke dalam tepung gandum. Gaul rata semua bahan.\n3. Tuangkan air kapur dalam tepung gandum tadi.\n4. Satukan air dan garam, kacau sampai garam larut. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum tadi sampai boleh uli menjadi doh. Jangan tuang semua, sampai boleh canai menjadi bulat sahaja.\n4. Siap doh untuk kulit karipap. Leperkan menggunakan kayu, kemudian masuk mesin karipap dan gelek setakat nombor 6 sahaja. (Makin nipis, makin rangup dan sedap)\n\n5. Letakkan inti dalam karipap dan kelim. Hati-hati semasa menggoreng dan angkat karipap sebab kulit dia sangat lembut dan sensitif.\n\n6. Jika nak simpan dalam peti, goreng separuh masak. Jangan simpan mentah, nanti tak cantik.\n\nKredit: Azzura Ismail\nBaca juga: Mudah Sangat Buat Air Soya Homemade, Modal RM1.50 Je Tapi Boleh Dapat 2 Liter Air\n"} {"url": "https://myresipi.com/telur-berlada-ala-khairul-aming/", "title": "Telur Berlada Ala Khairul Aming, Resipi SIMPLE Tapi Naik Selera", "body": "\nSedapnya dapat makan telur berlada dengan nasi panas-panas. Memang berselera dibuatnya. Silap hari bulan, boleh buat makan bertambah.\nBukan sahaja sesuai dengan orang bujang, orang yang dah berkahwin pun boleh masak.\nBaca juga: Telur Dadar Cha Om (Pucuk Petai) Ala Thai, Menu Sahur Ringkas Guna 4 Bahan Je\nIkuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurul Aini dari Facebook ini. Tak sampai 15 minit dah siap masak lauk ini.\u00a0\n\nRESIPI TELUR BERLADA ALA KHAIRUL AMING\n\nRamai minta resipi saya jadi pun kongsi. Saya cuma copy resipi khairulaming tapi sebab tak ada sambal nyet, hanya olah resipi sambal sendiri.\nBahan-bahan:\n\n2 batang cili merah\n2 batang cili padi merah\nSatu biji bawang besar / 3 ulas bawang merah\nSebiji tomato\n\nCara memasak:\n1. Pada yang suka extra pedas boleh tambah bilangan cili.\n2. Rebus semua bahan. Bila dah layu toskan kemudian boleh blend/tumbuk kasar sahaja.\n3. Lepas itu, tumis dan perasakan dgn garam atau serbuk perasa.\n4. Tumis bawang besar yang dihiris nipis.\n5. Pecahkan telur kemudian renjis kicap manis.\n6. Akhir sekali, letak sambal yg kita buat tadi tutup api dan boleh perah limau. Siap!\n\nSelamat mencuba resipi ini di rumah nanti.\u00a0\nBaca juga: Sambal Tumis Telur Pecah, Resipi \u2018Lejen\u2019 Untuk Selera Sahur\n"} {"url": "https://myresipi.com/telur-bumbu-kuning-pedas/", "title": "Telur Bumbu Kuning Pedas Resipi Indonesia, Sedap Makan Bersama Nasi Impit, Pulut Kuning", "body": "\nTelur Bumbu Kuning Pedas Resipi Indonesia, Sedap Makan Bersama Nasi Impit, Pulut Kuning.\nKalau di Malaysia, hidangan ini lebih popular dikenali sebagai Gulai Telur Minang Style. Makan dengan satu lauk ini bersama nasi sahaja pun memang laku!\nBaca juga: Sambal Tumis Telur Pecah, Resipi \u2018Lejen\u2019 Untuk Selera Sahur\nBahan-bahan pun tak renyah nak buat. Sama macam bahan-bahan nak buat rendang cuma tiada kerisik.\u00a0\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nur Ateekah ini. Banyak resipi dari beliau yang sedap-sedap boleh dicuba. Jom tengok cara-cara penyediaannya.\n\nRESIPI TELUR KUNING BUMBU PEDAS\n\nBahan-bahan:\n\nTelur 8 biji \u2013 direbus dan dibuang kulit\u00a0\nSerai 1 batang \u2013 dikatok\u00a0\nCili padi hijau 10 batang\nLengkuas 3 cm dihiris\nTomato \u2013 dibelah\u00a0\n2 helai Daun limau purut \u2013 dihiris\u00a0\n1 helai Daun kunyit \u2013 dihiris\u00a0\nSantan fresh 700ml\nSerbuk perasa\nGaram\n1-1\u00bd cawan minyak\nBawang besar 1-2 biji*\nBawang putih 4 ulas*\nHalia 3cm*\nKunyit hidup 3cm*\nCili hijau 3 batang*\nCili padi hijau 10 batang*\nCili kering 7-10 batang*\n\nNota:\n\u2022 Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut. Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .\n\u2022 Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda *\nCara memasak:\n1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur. (Pastikan minyak betul-betul panas) dan masukkan telur. Goreng sehingga 1-2 minit atau kulit telur diluar sedikit garing. Angkat dan ketepikan.\n2. Gunakan minyak yg sama , tumis bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering.\n3. Masukkan santan (api perlahan) dan gaulkan dan masak sehingga sedikit kering.\n4. Kemudian, masukkan serai, lengkuas, cili padi hijau, tomato, daun limau purut dan daun kunyit. Kemudian gaulkan sehingga kering dan pecah minyak.\n5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaulkan rata.\n6 . Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika.\n7. Angkat dan siap untuk dihidang.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Telur Masak Kicap, Juadah Sahur Yang Ringkas Guna BAHAN Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/telur-dadar-cha-om/", "title": "Telur Dadar Cha Om (Pucuk Petai) Ala Thai, Menu Sahur Ringkas Guna 4 Bahan Je", "body": "\nPernah cuba masak Telur Dadar Cha Om atau Pucuk Petai ini? Memang sedap tau, lagi-lagi makan bersama dengan nasi panas-panas.\nKebiasaanya, pucuk petai atau lebih dikenali sebagai cha om atau seom ini orang jadikan ia ulam-ulaman dan bahan tumis. Namun, ia juga boleh dijadikan bahan dalam telur dadar.\nSesuai untuk orang yang tak kurang gemar makan petai kerana pucuk petai ini jika dimakan, tiada bau petai dekat mulut bila makan. Hanya ada bau saja pada pucuknya.\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi 8 \u2018Rahsia\u2019 Masak Telur Dadar Gebu Gebas, Anak-Anak Tentu Suka!\nLagipun, banyak khasiatnya bila makan pucuk petai ini. Antaranya ialah vitaman A, vitamin B, vitamin C, Kalsium dan iron. \nDisamping itu juga, nutrisi yang terkandung di dalam cha-om seperti Beta sitosterol membantu merendahkan kadar kolesterol di dalam badan dan ia merupakan sayur yang mengandungi antioxidant. Secara tidak langsung si pengamal cha-om dapat menjamin kesihatan yang baik.\u00a0\nBanyak khasiatnya, patutlah cha om ini banyak penggemarnya dari negara Thailand, Kemboja dan Laos. Cuma, di Malaysia sahaja kurang diperkenalkan.\nJom kita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurul Hidayah Salleh menerusi laman Facebook. Beliau juga sangat mengemari pucuk petai ini bersama-sama keluarganya.\n\nRESIPI TELUR DADAR CHA OM (PUCUK PETAI)\n\nBahan-bahan:\n\n5 biji telur\nPucuk petai (cha om)\n2 biji bawang merah\n4-5 tangkai cili api\n\nCara-cara memasak:\n1. Mula-mula, basuh bersih ke semua bahan. Hiris bawang merah dan cili api.\u00a0\n2. Kemudian, potong kecil pucuk petai supaya mudah digaul.\n3. Selepas itu, dalam satu bekas, masukkan ke semua bahan yang sudah dipotong dan masukkan telur. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau hingga sebati.\n4. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak untuk mengoreng telur yang sudah dicampur. Goreng kira-kira 5 minit kemudian terbalikkan.\n5. Dah siap masak, boleh terus angkat dan siap untuk dihidang bersama nasi.\n\n\nMudah dan ringkas saja kan? Menurut Cik Puan Nurul Hidayah Salleh juga, pucuk petai ini pun sesuai dibuat masak lemak cili api. Nanti jika ada sesiapa yang sudi berkongsi resipi masak lemak cha om, boleh PM tepi MyResipi okay?\nSelamat mencuba dan selamat berpuasa!\nBaca juga: Fuh, Tak Sangka Petai Pun Boleh Jadi Aiskrim, Ini Resipi Untuk Dicuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/telur-dadar-gebu-gebas/", "title": "Wanita Ini Kongsi 8 \u2018Rahsia\u2019 Masak Telur Dadar Gebu Gebas, Anak-Anak Tentu Suka!", "body": "\nKorang mesti suka makan telur dadar gebu kan. Lebih-lebih lagi kalau makan dengan nasi panas. Fuh! Digandingkan pulak dengan kicap. Tu pun dah cukup. Silap hari bulan sampai bertambah nasi.\nAda banyak tips macam mana nak masak telur dadar gebu gebas ni. Lain orang, lain caranya. Ada yang suka masak telur dadar bukan main nipis lagi.\nBaca juga: Tips Beli Telur Yang Betul Untuk Menghindari Risiko Keracunan\nAda pulak yang suka masak telur dadar tebal lah pulak. Jadi, korang nak tau tak, tips nak buat telur dadar gebu gebas dan tersangatlah sedap.\nKorang jangan pening tau. Ada 8 tips semuanya yang dikongsikan oleh Liza Hamdi di Facebook, boleh pilih nak ikut tip yang mana.\n\nTIP MASAK TELUR DADAR GEBU GEBAS\n\n1. Masa pukul telur, pastikan pukul lama. Nanti masa kita goreng telur tu dalam kuali, telur itu akan naik dan kembung cantik je. Lepas telur dah betul-betul kembang dengan jayanya, barulah kita masukkan bawang besar dan cili merah.\n2. Masa pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan sedikit air. Lepas tu, baru pukul telur tu sampai kembang.\n3. Sebelum goreng, tunggu sampai minyak betul-betul panas baru masukkan telur.\n4. Tambah satu sudu besar mayonis dalam bancuhan telur dadar, lepas tu pukul sampai sebati dan kembang. Nanti telur akan jadi gebu, lembut, lemak dan bertambah sedap.\n5. Lepas korang dah siap pukul telur tu sampai kembang, tapiskan sebab nak tapis buih-buih yang ada pada telur. Dah siap, barulah kita masukkan bahan-bahan lain.\n6. Masa nak tuang pun ada caranya tau. Caranya, tuang telur tu dari jarak yang agak tinggi. Jangan lupa kecilkan api dulu dan tunggu telur sampai masak sebelum terbalikkan.\n7. Masa pukul telur tu, tambahkan air perahan limau nipis. Lepas tu, pukul hingga rata dan sebati.\n8. Lagi satu, masa nak pukul telur tu, tambahkan sedikit serbuk penaik ke dalam bancuhan tersebut. Lepas tu, pukul sampai sebati. Cara ni dikatakan akan menjadikan telur dadar lebih sedap.\n\nHaa, macam mana? Simple je kan, boleh lah korang cuba. Semoga bermanfaat!\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/telur-goreng-kelapa-resipi-mentua/", "title": "Sedap Rupanya! Pertama Kali Makan \u2018Telur Goreng Kelapa\u2019 Resipi Mentua", "body": "\nSeorang pengguna Facebook, Wan Shaz Hanis\u00a0berkongsikan resipi telur goreng kelapa hasil ajaran mentuanya.\nDah biasa buat telur dadar letak bawang dan lada kan? Tapi resipi ini dianggap unik dan lain dari lain kerana telur dicampur bersama kelapa.\nRasanya juga boleh tahan sedap dan tak pelik sedikit pun. Kalau ada yang nak cuba, boleh lihat resipi lengkap di bawah.\nBaca juga: Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela\nResipi Telur Goreng Kelapa\nBahan-bahan:\n\nTelur\nKelapa parut\nBawang merah\nBawang putih\nIkan bilis\nLada (kalau suka pedas)\n\nCara-cara:\n1. Tumbuk bawang, ikan bilis dan lada. Jangan terlalu hancur/lumat supaya rasa bahan tak hilang.\n2. Pecahkan telur dan godak-godak telur, masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk serta masukkan juga kelapa parut, garam, ajinamoto dan sedikit kunyit. Kacau semua bahan sehingga rata.\n\n3. Panaskan minyak, masak telur macam biasa dengan api yang sangat perlahan. Masak rata sehingga keluar bau kelapa.\n\n4. Siap, selamat mencuba!\nKredit: Wan Shaz Hanis\nBaca juga: Cara Goreng Telur Mata Kerbau Yang Cantik Elok, Kena Ikut 3 Tips Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/telur-masak-kicap/", "title": "Telur Masak Kicap, Juadah Sahur Yang Ringkas Guna BAHAN Ini", "body": "\nTelur Masak Kicap ini sangat enak dimakan dengan nasi putih. Ia juga sangat sesuai dijadikan juadah sahur. Bila tengok bahan utamanya cuma menggunakan telur goreng dan kicap yang ada dirumah, tapi keenakannya buat anda menjilat jari.\nDalam resipi ini telur akan digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur dalam kuah kicap. Tujuan goreng telur adalah untuk sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.\nBaca juga: Sup Cendawan Berkrim, Sedap Dimakan Bersama Garlic Bread Untuk Juadah Sahur\u00a0\nTelur goreng ni makan kosong macam tu pun dah sedap. Tapi, nak lagi sedap buatkan ia berkuah kicap. Memang nikmat!\nResipi ini juga menggunakan cili padi dan dicampurkan dalam kuah kicap. Ditambah pula dengan bawang merah yang ditumis memang terangkat dibuatnya. \nJom follow resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Iza Abu Bakar ni. Cara penyediaannya yang mudah pasti buat anda terasa nak mencubanya.\n\nRESIPI TELUR MASAK KICAP\n\nBahan-bahan:\n\n3 biji telur ayam \u2013 goreng dan ketepikan\n4 ulas bwg putih \u2013 hiris nipis\n2 sudu besar cili kisar\n1 sudu serbuk rempah kurma\nKicap manis\nSedikit air\n1 labu bawang besar \u2013 dipotong bulat\n4 biji cili api \u2013 dihiris nipis\nMinyak untuk menumis\n\nCara-cara memasak:\n1. Panaskan kuali dan goreng telur mata separuh masak. Angkat dan ketepikan.\n2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api. Biarkan hingga naik bau.\n3. Masukkan cili kisar dan serbuk rempah kurma, kacau rata dan biarkan sehingga terbit minyak.\n4. Masukkan kicap, sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sebentar dan tutup api.\n5. Tuangkan kuah kicap tadi ke atas telur mata tadi. Dah siap!\n\n\nSiap! Nampak betul-betul sedap la resipi ni. Hasil perkongsian resipi baru ni ramai yang memberi komen positif dan mahu mencubanya.\nTak cuba maka tak tahu keenakannya. Rasanya kalau anda yang nak tukar telur goreng ni kepada telur rebus pun sedap juga.\nSemoga resipi telur masak kicap ini memberi manfaat buat anda semua. \nSelamat mencuba!\nBaca juga: Sambal Tumis Telur Pecah, Resipi \u2018Lejen\u2019 Untuk Selera Sahur\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tempat-makan-best-di-perlis-ala-ala-kampung-style/", "title": "Tempat Makan Best Di Perlis Ala \u2013 Ala Kampung Style", "body": "\nKedudukan negeri Perlis sebenanrnya amatlah strategik kerana ia bersempadan dengan negara Thailand. Ini\u00a0 menjadikan makanan di Perlis mempunyai unsur-unsur Thai.\u00a0\nBagi anda yang berada di Perlis atau ingin bercuti di sini dan anda ingin makan di kedai makan ala-ala kampung style, sebenarnya terdapat banyak tempat makan yang menarik yang anda wajib cuba tau! Daripada masakan Melayu hinggalah ke masakan Barat, senarai di dalam artikel ini pasti akan memuaskan hati anda kerana kedai di dalam senarai ini semuanya murah murah belaka tau. Tunggu apa lagi? Jom kita tengok senarai tempat makan best di Perlis ala-ala kampung style.\u00a0\n1. Warung Tepi Sawah\n\n\nKalau anda nak bersarapan pagi, anda wajib makan di Warung Tepi Sawah. Warung ini terletak betul-betul di tepi sawah yang nyaman dan menenangkan, kedai ini terletak di Kampung Bohor Janggus, Bintong. Makanan di sini adalah mengikut selera kampung\u00a0 seperti nasi lemak kukus ayam berempah, capati gulai ikan, bihun sup, pulut ikan kering, mee sup, laksa, roti arab, roti sarang burung dan bermacam lagi jenis sajian yang memuaskan hati anda.\u00a0\nAlamat: Warung Tepi Sawah 769, 01000 Kangar, Perlis\nWaktu Beroperasi: 7AM \u2013 12 PM (Setiap Hari)\n2. Nira Nipah Khipli\n\nDi Ladang Nira Nipah Khipli ini terdapat sebuah gerai yang dibuka untuk pelanggan merasai keaslian air nira nipah yang segar. Harganya juga berpatutan iaitu satu jug nira nipah adalah RM8.00. Selain itu, pengunjung juga boleh\u00a0 menikmati menu lain seperti laksa, air batu campur (ABC), laicikang, dan bihun sup.\nAlamat: Ladang Nipah Kipli, Sanglang, Perlis\nWaktu Beroperasi: 1PM \u2013 7.30 PM (Selasa-Ahad)\n3. Api-Api Ikan Bakar\n\nRestoran Api-Api Ikan Bakar. Yang bestnya di sini sambil anda membuat pesanan, anda boleh mengambil gambar dan mencuci mata melihat suasana perkampungan tepi sungai ini. Restoran Api-Api merupakan tempat makan di Perlis yang menyediakan makanan laut yang segar gaya utara.\nAlamat: Jalan Dato Ali, Bukit Tok Po, 02000 Kuala Perlis, Perlis\nWaktu Beroperasi: 5PM \u2013 10.30 PM (Rabu-Isnin)\n4. Warung Bang Teh\n\nWarung Bang Teh yang amat terkenal dengan aneka jenis makanan. Kedai ini sesuai untuk anda yang inginkan satu tempat makan tetapi ada pelbagai jenis makanan. Di sini juga disediakan makanan seperti pulut ayam yang merupakan menu popular di sini, nasi ayam, koteaw sup, bihu sup, laksa, cendol, rojak, makanan Thai seperti \u2018somtam berapi\u2019 dan juga pencucui mulut seperti ais kacang (ABC Gunung) dan laihikang.\nAlamat: LOT 3569, Jalan Padang Nyu, Kampung Hutan Lembah, 02600 Arau, Perlis\nWaktu Beroperasi: 10AM \u2013 10PM (Sabtu-Rabu)\n5. Bain at Ehem Ehem\n\nKedai makan ni sangat sesuai untuk anda yang mencari tempat lepak pada waktu malam bersama keluarga atau rakan-rakan. Menu di sini mencampurkan makanan Barat dan tempatan. Nasi Daging Ehem Ehem, Kambing Golek dan Nasi Arab Ehem Ehem juga adalah menu popular di kedai ini. Oleh kerana nama menunya yang unik telah menarik ramai orang untuk mencuba menu ini dan menjadikannya popular dalam kalangan penduduk setempat.\n\nAlamat: Nasi Daging Ehem Ehem, Tapak Pertubuhan Peladang, Taman Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan, 01000 Kangar, Perlis\nWaktu Beroperasi: 6PM \u2013 1AM (Selasa-Ahad)\nMacam mana? menarik kan kedai makan di Perlis ni? Bukan je korang dapat menikmati permandangan kampung yang tenang dan segar, malah korang dapat makan makanan yang sedap dengan harga yang murah!\nSumber: Smartleisuretravel\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tempat-makan-outdoor-di-kl-selangor/", "title": "Tempat Makan \u2018Outdoor\u2019 Di KL & Selangor", "body": "\nAnda mencari tempat best untuk lepak dan makan outdoor\u00a0di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor? Seperti yang kita tahu KL & Selangor mempunyai banyak tempat makan bertemakan nature yang pasti akan membawakan pengalaman makan yang berbeza dari yang selalu kita makan di restoran.\nAda restoran yang makan di dalam taman dan ada juga makan di sungai. Memang macam-macam tempat makan menarik ada di KL & Selangor ni yang patut anda explore. Jom kita tengok senarai tempat makan outdoor di KL dan Selangor.\n1. BBQ Lamb KL Kemensah\n\nKemensah dikenali dengan sungai dan air terjun. Haa dekat sini ada juga restoran BBQ Lamb Kemensah yang menjadi kegilaan orang ramai tau. Bagi anda yang tak tahu, tempat ini best sangat sebab anda dapat makan di dalam sungai tau. Sungainya tak dala\u00a0 pun, sampai paras betis je. Anda dapat merendam kaki sambil menikmati makanan yang enak dikelilingi hutan yang menyegarkan.\n\nMenu makanan di sini berasaskan makanan western. Menu yang disajikan di sini adalah lamb chop, ikan salmon dan macam-macam lagi. Bagi anda yang sukakan kelainan dan inginkan pengalaman makan di sungai, anda harus cuba makan di sini.\nAlamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor\nWaktu Operasi: 10.00am \u2013 7.00pm\n2. Pokok KL\n\nKalau anda merupakan seorang \u201ccafe hunters\u201d, pasti anda akan tahu dengan restoran ni. Restoran ini berkonsepkan rumah kaca dan dah beroperasi semenjak tahun 2018 lagi. Restoran ini bukan sahaja popular sebab suasananya yang cantik, malah makanan di sini juga sangatlah sedap.\n\nMenu makanan mereka adalah campuran western dan local. Antara makanan barat yang ada ialah pasta, spageti dan salad ikan salmon. Untuk makanan local pula mereka ada nasi lemak, laska nyonya dan char kuew tiaw.\nAlamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: 10.00am \u2013 8.00pm\n3. Jibby by The Park\n\nBagi anda yang memang sukakan kawasan taman yang penuh dengan kehijauan, anda wajib datang ke Jibby by The Park. Reka bentuk tempat ini memang cantik dan sesuai jika anda inginkan suasana yang berlainan di KL.\n\nMenu yang boleh didapatkan di sini adalah seperti pizza, spageti dan fish & chip. Saiz hidangan mereka juga besar dan sangat sesuai dengan harga yang ditawarkan. Anda pasti takkan merasa rugu jika makan di sini.\nAlamat: The\u00a0[email\u00a0protected], No 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: Isnin-Khamis: 9.30am \u2013 10.00pm, Jumaat-Ahad: 9.00am \u2013 10.00pm\n4. Veg Fish Farm Thai\n\nVeg Fish Farm Thai\u00a0 sudah bertapak semenjak 2006 lagi di Selangor. Suasana makan di sini macam makan di restoran atas air tau. Kedai makan ini menyediakan makanan Thai.\n\nMenu yang ada di sini adalah tomyam, kangkung ikan masin, ketam dan ikan masak limau. Memang sedap tau makanan yang dimasak di sini yang pasti akan membuatkan anda datang lagi. Yang bestnya di sini, makanan anda dihantar menggunakan bot tau. Jadi masak di tempat lain, makan di tempat lain. Menarik kan?\nAlamat: KM4, Jalan Hulu Langat, 68000 Ampang, Selangor\nWaktu Operasi: 11.00am \u2013 11.30pm\n5. Hornbill Restaurant & Cafe\n\nNak makan sambil melihat burung di taman burung? Haa anda memang wajiblah pergi ke Hornbill Restaurant & Cafe ni. Tempat makan yang terletak di Taman Burung KL ni merupakan salah satu tempat makan yang \u201crare\u201d kerana anda boleh makan sambil tengok Burung Enggang. Burung lain pun ada, ada banyak jenis burung di sini. Tapi, pengalaman ini ikut nasib juga, bukan senang nak dapat burung singgah di tempat anda makan. Kalau bernasib baik memang dapat lihat burung-burung ini secara berdepan.\n\nMenu makanan yang mereka sediakan adalah variasi makanan local dan western. Antara yang boleh didapati di sini ialah mee goreng, nasi goreng, satay dan chicken chop. Makanan juga memang sedap.\nAlamat: Perdana Botanical Garden, KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur\nWaktu Operasi: 10.00am \u2013 6.00pm\nBanyakkan tempat menarik untuk makan di KL & Selangor ni. Anda jangan risaulah sebab makanan di semua restoran ni sedap-sedap tau. Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah buat tempahan sekarang!\nSumber: CariDestinasi\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tempe-jadi-garing-di-luar-lembut-di-dalam/", "title": "Kena Rendam Dulu, Baru Tempe Jadi Garing Di Luar & Lembut Di Dalam", "body": "\nNak goreng tempe nampak mudah kan. Tapi sebenarnya ada petua menggorengnya supaya tempe jadi garing di luar dan lembut di dalam.\nKalau ikut cara orang Johor, tempe dicicah dengan sambal kicap. Memang padu katanya.\nJom lihat tips di bawah ini yang merupakan perkongsian oleh Norizam Salina.\nPetua Tempe Jadi Garing Di Luar & Lembut Di Dalam\nSiapa peminat tempe. Tips GORENG TEMPE DALAM LEMBUT. Kalau tempe nak sedap. Goreng taknak keras\u2026\nCara-caranya:\n1. Rendam air garam & kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak dia. (rendam 30 minit atau 1 jam boleh je)\n\n2. Nanti goreng macam biasa. Tapi dalam dia lembut. Sedap sangat macam kacang rebus. Luar garing dalam lembut.\n\nKredit: Norizam Salina\nBaca juga: Cara Buat Tempe Homemade, Hanya Guna 3 Bahan\n"} {"url": "https://myresipi.com/tenggiri-masak-cuka/", "title": "Tenggiri Masak Cuka Cara MUDAH, Cukup Rasa Masam Pedasnya", "body": "\nTenggiri Masak Cuka Cara MUDAH, Cukup Rasa Masam Pedasnya.\nHidangan ini merupakan sebuah resipi yang mirip masakan asam rebus. Tetapi masakan cuka ini menggunakan ikan yang digoreng dan asam yang digunakan ialah cuka.\nBaca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini\nCuka seperti yang kita ketahui ialah sejenis cecair masam yang telah melalui proses penapaian. Oleh itu cuka sangat bagus untuk kesihatan. Nabi s.a.w sendiri mengalakkan umatnya mencampurkan cuka didalam masakan.\nJom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Neeza Shafri di laman Facebook ini. Mudah untuk diikuti cara-caranya.\n\nRESIPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA\n\nBahan-bahan:\n\n2-3 ketul isi ikan\n10 ulas bawang kecil (pilih ulas yang halus)\n5 ulas bawang putih\n6 biji cili padi\n1 camca biji sawi\nSedikit halia\n2 camca cuka makan\nGaram dan gula secukup rasa\nSedikit minyak untuk menumis\n\nCara-cara memasak:\n1. Ikan digaul terlebih dahulu dengan sedikit kunyit dan garam.\n2. Kemudian goreng ikan tapi jangan garing sangat.\n3. Ambil periuk dan bubuh sedikit minyak. Bila minyak panas terus tumis biji sawi.\n4. Lalu masukkan bawang kecil dan bawang putih.\n5. Masukkan \u00bd cawan air.\n6. Masukkan cuka. Garam, gula dan cili padi.\n7. Biar sekejap dan angkat.\n8. Sedia untuk dihidangkan.\n\n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus, Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tengok-pun-dah-terliur-ini-resipi-sotong-bakar-bersama-sos-thai/", "title": "Tengok Pun Dah Terliur! Ini Resipi Sotong Bakar Bersama Sos Thai", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-21 05:00:59\n\n\nKadang-kadang tekak kita mesti rasa macam nak makan makanan pedas ala ala Thai kan? Haa tak perlu jauh-jauh pergi Thailand, cuba je resepi cara kak yati ni ye. Confirm puas hati punya!\nBahan-bahan:\n\nSotong segar\nCili api merah dan hijau (ikut kepedasan yang dimahukan)\n7\u00a0ulas bawang putih\u00a0\nSesudu sos tiram\n3\u00a0sudu gula\nGara gula secukup rasa\nSos ikan sebagai penambah rasa\nPerahan limau nipis\n\nCara-Cara:\nPenyediaan Sotong\n1.\u00a0Basuhkan sotong, kemudian kelar-kelarkan bahagian badannya. Tak perlu dipotong.\n\n2. Masakkan sekejap sotong sampai sotong nampak warna. Guna sedikit air jee. Kemudian toskan sotong\n\n\u00a0\nPenyediaan Sos\n\n1.\u00a0Mula-mula, tumbuk cili api dan bawang putih.. Saya campur cili merah dan hijau untuk bagi warna dia nampak cantik. Tumbuk kasar je.\u00a0Kemudian, masukkan bahan yang dah tumbuk ke dalam mangkuk\n\n2.\u00a0Letak sos tiram, sos ikan, dan garam gula yang dah disediakan tadi. Kemudian baru letakkan air perahan limau. Sebiji pun dah cukup\n\n3. Kemudian, hiris daun ketumbar. Taburkan atas sos tadi. Sos ni ikut selera masing-masing nak adjust macam mana\n\n4.\u00a0Curahkan sos kat atas sotong tadi. Nak tuang semua boleh, nak buat colek pun boleh.\n\nSiapp! Mudah kan? Sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Selamat mencuba :)\n*Resipi dikongsikan oleh Norhayati Che Ismail\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tercipta-secara-tak-sengaja/", "title": "6 Minuman Dan Makanan Yang Tercipta Secara Tak Sengaja, Nombor 3 Tu Paling Tak Sangka!", "body": "\nPernah tak terfikir macam mana makanan kegemaran korang tercipta? Selain memasak makanan yang sedap, seorang chef yang berpengalaman juga biasanya membuat eksperimen untuk menghasilkan makanan atau hidangan baru yang sedap dan unik.\nTapi, dalam sejarah pun terdapat beberapa makanan dan minuman yang telah tercipta secara tak sengaja dan menjadi popular.\nBaca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul\nKali ini, min akan kongsikan 6 makanan dan minuman yang dicipta secara tak sengaja ini.\nMesti korang paling terkejut bila tengok yang nombor 3 nanti.\n\n1. Aiskrim batang atau popsicle\n\n\nPopsicle atau lebih dikenali sebagai aiskrim batang di Malaysia ini sebenarnya dicipta secara tak sengaja pada tahun 1905.\nSeorang kanak-kanak berumur 11 tahun bernama Frank Epperson, rancang nak buat minuman soda.\nNamun secara tak sengaja, dia tertinggal minuman tersebut di luar rumah. Kebetulam malam tersebut cuaca sangat sejuk sehingga menyebabkan minuman soda tu membeku.\nKeesokkan paginya, dia dapati kayu yang digunakan untuk mengacau beku sekali di dalam bekas air soda itu.\n\nFrank Epsicle patenkan ais krim dengan nama Popsicle.\nFrank terus keluarkan soda ais itu lalu menjilatnya. Dia terus menyukainya dan menamakan makanan tersebut sempena namanya.\nMenyedari keunikkan \u2018Epsicle\u2019m dia mula menjual kepada semua dan ramai yang sukakannya. Tahun 1024, beliau telah failkan paten ais krim tersebut dan memberi nama Popsicle.\n\n2. Biskut Cip Coklat\n\n\nBiskut ini secara tak sengaja dicipta oleh Ruth Wakefield pada tahun 1930. Semua berlaku ketika dia sedang menyediakan makanan untuk tetamu yang menginap di rumah iaitu Toll House Inn.\nMasa Ruth tengah buat biskut untuk tetamunya yang ramai tu, dia baru sedar yang dia tak ada bahan adunan coklat yang cukup untuk biat biskut coklat.\nLalu, dia terus dapat idea untuk potong kecil-kecil bar coklat ke atas biskut dan beranggapan akan cair bila dibakar dalam oven.\nMalangnya, ketulan coklat yang diletakkan atas biskut tak cair dan membentuk menjadi cip coklat. Tapi sangat digemari oleh para tetamu dan sejak itu popular ke serata Amerika.\n\n3. Kon Ais Krim\n\n\nTahun 1094, Arnold Fornachou dan seorang chef telah mencipta kom ais krim secara tak sengaja. Ketika sedang meniaga pada musim panas, dia telah kehabisan cawan plastik untuk menghidangkan ais krim yang dijual.\nKebetulan, berdekatan tempat beliau berniaga terdapat sebuah kedai pastri yang menjual waffle.\nChef tersebut menunjukkan kepada beliau bagaia hendak menggulung waffle tersebut menjadi sebuah kon. Bila je kon dah siap, Arnold terus letakkan ais krim di atasnya.\nPara pelanggannya menggemari idea tersebut dan menjadi popular sehingga kini.\n\n4. Tofu\n\n\nTerdapat beberapa teori yang menyatakan bagaimana Tofu dibuat. Antara kisah yang popular adalah bagaimana seorang tukang masak secara tidak sengaja tertumpahkan cecair bernama nigari ke dalam sebuah bekas berisi susu soya.\nCampuran tersebut menjadikan susu soya tersebut mengeras seakan-akan pepejal lembut. Tukang masak tersebut telah menghidangkan makanan tersebut kepada pelanggannya.\nMenariknya, mereka sangat menyukai makanan tersebut. Menyedari akan hakikat tersebut, tukang masak tersebut terus menghidangkan makanan yang kini dikenali sebagai tofu kepada pelanggannya.\nKini, tofu sering dijadikan pengganti daging bagi golongan vegetarian. Malah, ianya juga banyak digunakan dalam pelbagai\njenis juadah yang dihidangkan oleh orang Asia.\n\n5. Slurpee\n\n\nSlurpee merupakan minuman popular yang begitu sinonim dengan kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven. Sekiranya anda tidak tahu, minuman ini dicipta secara tidak sengaja oleh Omar Knedlik yang juga merupakan pemilik kedai ais krim Dairy Queen.\nPada suatu hari, kerana kerosakan pada mesin sejuknya, beliau terpaksa menyimpan minuman soda yang dijual dalam botol kaca di dalam tempat sejuk beku.\nAkibat terlalu lama, minuman tersebut menjadi sedikit beku tetapi masih lagi boleh diminum. Beliau menjual minuman soda ini kepada pelanggannya dan ternyata mereka menggemari keunikan tekstur minuman soda yang dijualnya.\nMenyedari permintaan yang tinggi untuk minumannya ini, beliau melakukan pelbagai eksperimen dan mencipta mesin khas untuk menghasilkannya. Minuman ini pada awalnya diberi nama \u201cIcee\u201d.\n\n6. Kerepek Kentang\n\n\nKetika menonton televisyen atau memandu dalam perjalanan yang jauh, kerepek kentang sering menjadi pilihan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Tahukah anda, kerepek kentang ini tercipta secara tidak sengaja oleh George Crum pada\ntahun 1853.\nBeliau merupakan seorang chef berpengalaman yang bekerja di restoran Moon\u2019s Lake House. Pada satu hari, pelanggannya\ntelah memesan hidangan berasaskan kentang goreng. Malangnya, mereka tidak begitu menggemarinya kerena merasakan\nkentang tersebut begitu tebal.\nBeliau kemudiannya telah mengambil keputusan untuk memotong senipis-nipisnya kentang dan menggorengnya sehingga rangup. Selepas meletakkan sedikit garam sebagai penambah perisa, beliau kemudiannya menghidangkannya kepada para pelanggannya. Ternyata, mereka menggemarinya. Kini, kerepek kentang boleh dikatakan antara makanan ringan paling popular di dunia.\n"} {"url": "https://myresipi.com/tergamam-lihat-anak-bermandi-tepung/", "title": "Tergamam Lihat Anak \u2018Bermandi Tepung\u2019, Netizen Puji Ibu Ini Tetap Bersabar", "body": "\nLumrah sebagai ibu bapa, setiap hari pasti pening kepala melayan kerenah anak-anak yang semakin membesar.\nTambahan pula, jika mereka sudah \u2018dapat kaki\u2019 pandai menyepahkan rumah. Kalau tak main bedak, mesti sepahkan mainan satu rumah.\nNamun, lain pula dengan sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita terkejut melihat rumahnya dipenuhi dengan tepung.\nIbu keluar pergi klinik, balik-balik rumah tengok anak syok main tepung\nMenerusi video yang dimuat naik oleh @zatyaf, kelihatan dia baru saja pulang dari klinik untuk\u00a0check up\u00a0bayinya.\nNamun, apa yang mengejutkannya adalah apabila sebaik saja tiba di rumah, dia mendapati dua orang anak perempuannya sedang menyepahkan dapur dengan 9kg tepung gandum.\nMalah, tepung itu penuh hingga ke depan rumahnya. Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila kedua-dua budak itu langsung tidak ada rasa bersalah dan membuat muka selamba saja apabila dimarahi oleh ibu mereka.\n\n\n @zatyaf\nkenangan xkan dilupakan\u2026 bila mama keluar cheq up baby\u2026papa keje mlm..gini la jadi\ud83e\udd23bersabar la duhai semua yg bergelar ibu\n \u266c bunyi asal \u2013 [email\u00a0protected] \u2013 [email\u00a0protected] \n\n \n\u201cTak apa kak, nanti jadi topik borak time raya.\u201d\nSusulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.1 juta tontonan, 52K tanda suka serta 5.2K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beradik itu.\nMalah, ada yang berseloroh berkata mungkin mereka terpengaruh dengan video TikTok daripada Ryan Bakery yang terkenal dengan menepek bedak satu muka dalam setiap videonya.\nBerikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:\n\n\n\nSumber: TikTok @zatyaf\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-makan-makan-di-muar-wanita-ini-kongsi-itenary-untuk-2-hari-1-malam/", "title": "Teringin Makan-Makan Di Muar, Wanita Ini Kongsi \u2018Itenary\u2019 Untuk 2 Hari 1 Malam", "body": "\nSiapa-siapa yang bercadang untuk makan-makan di Muar pada cuti Deepavali akan datang ini, anda boleh melihat itenary yang dikongsi oleh Azira Dianza ini.\nPerjalanan yang dikongsi oleh Azira ini adalah untuk selama 2 hari 1 malam. Berdasarkan info yang dikongsi oleh Puan Azira ini, mereka bertolak dari Kuala Lumpur pada Jumaat malam selepas waktu bekerja. Mari kita lihat lokasi-lokasi makan yang boleh dicuba nanti.\n\nMakan-makan di Muar yang pasti dalam mengenyangkan perut anda.\nSelepas bertolak, mereka singgah ke satu restoran untuk makan malam.\nRestoran Ikan Bakar Wak Jos\n\nUntuk sarapan pagi pula, mereka singgah di R&H Cafe Satay Maharani .\nHarga disini sangat berpatutan tapi kena sabar menunggu la ya. Staff semua ramah. Walaupun ramai pelanggan servis tetap laju. Menu wajib try disini adalah satay maharani, mee rebus dan roti titab telur goyang. Makanan yang lain pon sedap jugak jadi memang wajib singgah sini.\n\nSelepas penat meronda ke kilang mak siti, boleh singgah restoran nasi herba ini.\nNasuha Restaurant Nasi Beriani Herba\nRestoran ini mempunyai dekorasi yang sangat menarik dan tenang je. Kalau siapa-siapa nak beli herba atau air rebusan akar kayu boleh beli dekat sini jugak.\n\nKalau korang nak minum petang, boleh singgah di Ngeteh di Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd \u2013 Kopi 434 Muar.\nKopi 434 ni wajib try tau tambah pulak dengan roti bakar wholemeal tu sedap betul. Lepas tu, kitaorang try roti kok cicah kopi. Dia punya rasa sama macam semekut lutut tu.\n\nUntuk makan malam pulak Puan Azlina singgah di dua kedai makan iaitu D Tiram Terapung dan Muar Soup House.\nUntuk kedai D Tiram Terapung tu korang pilih tempat makan atas air boleh layan view malam. Dekat sini ada banyak pilihan seafood.Walaupun harga dia agak mahal tapi rasa dia sangat berbaloi.\n\u00a0 \nPagi yang berikutnya, mereka sarapan di Dapur Pendekar Ole Ole Maharani.\nTempat makan yang terletak di tepi sungai dan angin yang sepoi-sepoi. Banyak pilihan sarapan yang penting sedap dan murah.\n\nKalau dah datang Muar tapi tak makan Mee Bandung rasa macam tak cukup kan? Jadi bolehlah makan di Mee Bandung Central.\n\nJadi itu sahaja perkongsian dari Puan Azlina. Manfaatkan cuti deepavali anda nanti. Jangan lupa singgah di restoran-restoran yang telah dicadangkan itu.\nBaca juga:\nJual Sarapan RM1.00, Abang Motor Ini Raih Perhatian Netizen & Dapat Pujian Ramai\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-nak-makan-ayam-masak-merah-ala-ala-kenduri-jom-cuba-resepi-ini-mudah-confirm-sedap/", "title": "Teringin Nak Makan Ayam Masak Merah Ala-Ala Kenduri? Jom Cuba Resepi Ini, Mudah & Confirm Sedap!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-12 07:32:47\nAyam masak merah ini memang sangat sinonim dengan menu kenduri kahwin. Tapi disebabkan tempoh PKPB ni, majlis perkahwinan termasuklah kenduri adalah tidak dibenarkan.\u00a0Jadi kalau korang teringin sangat nak makan ayam masak merah ala-ala kenduri, apa kata cuba masak sendiri di rumah. Nampak macam susah tapi sebenarnya senang je! Jom ikuti\u00a0resipi yang dikongsi oleh Koleksi Resepi Masakan Ayam di Facebook.\n\nBahan-bahan:\n\n1 ekor ayam \u2013 potong kecil dan basuh bersih (Garam, kunyit dan goreng \u2013 jangan garing sangat)\n3 biji bawang besar (saiz besar) *\n4-5 ulas bawang putih*\n1 1/2 inci halia*\n\n(Blend semua bahan bertanda *)\n\n3-4 senduk cili kisar\n5 sudu besar sos cili\n2 biji tomato\n2 batang serai \u2013 diketuk\n1 kulit kayu manis\n3 bunga lawang\n5 buah pelaga\nGaram dan gula secukupnya\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Kredit: Koleksi Resepi Masakan Ayam\n\nCara-cara:\n\nTumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau kemudian masukkan serai dan tumis sekejap.\nMasukkan bahan blend. Tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.Tumis lagi sampai garing.\nMasukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika, kacau sesekali dan perisakan garam.\nKemudian boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Siap!\n\nTips: Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato \n\nKredit: Koleksi Resepi Masakan Ayam\n\n\nKredit: Koleksi Resepi Masakan Ayam\n\nSelamat Mencuba\nKredit: Koleksi Resepi Masakan Ayam\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-nak-makan-burger-lazat-dan-premium-jom-cuba-morbites/", "title": "Teringin Nak Makan Burger Lazat Dan Premium? Jom Cuba Morbites!", "body": "PENULISDanialAffiq\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2021-01-03\nTeringin lunch atau dinner yang premium dan sedap? Apa tunggu lagi, Jom beli Morbites. Morbites menyediakan pelbagai combo yang menarik untuk semua terutamanya peminat burger. Fuhh memang tak rugi beli di Morbites. Mengenyangkan dan memuaskan hati. Jom ramai-ramai serbu Morbites!\nMORBITES\nMorbites ialah satu nama yang diciptakan untuk melambangkan MOR (lebih) penawaran Gourmet yang bernilai, MOR (lebih banyak) perkhidmatan yang berkualiti, MOR (lebih banyak) Burger tebal dan juicy dan akan berkembang di banyak lagi kawasan MOR (lebih banyak). Morbites, yang sebelumnya dikenali sebagai Sixty Bites yang telah ditukar nama dan memperkenalkan penampilan baru. Morbites tetap komited dalam misinya untuk membuat burger\u00a0juicy buatan sendiri yang pastinya akan menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain.\nDalam menjayakan kempen penjenamaan semula, Morbites akan memperluas menu bermula dengan pengenalandeep-fried crispy chicken burger\u00a0dan Beyond Meat Vegan burger tanpa daging kini akan tersedia di semua gerai dan banyak lagi!\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0LOKASI MORBITES\nMorbites mempunyai empat lokasi baru:\n\nTTDI (Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), \nDamansara Perdana (Jalan PJU 8/5f, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor),\nHawker Avenue\u00a0@ Kelana Jaya Booth No 9 (1, Jalan SS 8/6, Sungai Way Free Trade, Industrial Zone, 47300 Petaling Jaya, Selangor)\nSunway Damansara (Jalan PJU 3/38, Sunway Surian Avenue, 47810 Petaling Jaya, Selangor).\n\n\nHIDANGAN ISTIMEWA DI MORBITES\n\nCrispy Chikin Delux merupakan antara hidangan pilihan pelanggan di Morbites. Burger ini dibuat menggunakan paha ayam tanpa tulang yang dilapisi tepung roti dan digoreng hingga sempurna. Burger yang juicy ini juga dilengkapi dengan keju cair, salad segar dan sos aioli yang diletakkan di atas roti burger. Di samping itu, Morbites kini menambahkan tiga milkshake yang sedap dan berkrim ke menu mereka. Dari Choco Loco dan Mango Tango yang menyegarkan hingga Vanilla Surprise klasik.\nKepada yang vegetarian, Mereka juga menawarkan Beyond Meat Burger yang merupakan burger vegan 100% di semua gerai. Dicipta khas untuk yang vegan dan vegetarian atau sesiapa sahaja yang mencari makanan yang sihat. Burger tanpa daging ini terdiri daripada roti focaccia buatan sendiri, roti burger Beyond Meat, dihiasi dengan salad hijau, keju vegan serta creamy guac salsa sauce dan jem bawang Morbites yang terkenal!\nCARA PEMBELIAN\nCara pembelian makanan di Morbites sangat senang. Hanya lawat website Morbites untuk order melalui online. Link disertakan di bawah;\n\nmorbites.oddle.me\n\nABOUT MORBITES\nMorbites dimulakan pada tahun 2017, dengan pelbagai pilihan burger dan menu lain yang enak. Burger khas Morbites diperbuat dari 100% daging lembu cincang buatan sendiri yang memberikan rasa juicy secara semula jadi, disajikan dengan jem bawang rahsia, campuran mentega khas, dan banyak lagi. Burger juga disediakan setiap hari dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan premium. Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati morbites.com.\nCheckout video admin review burger dari Morbites: Tiktok MyResipi\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-nak-makan-corndog-tapi-mahal-jom-cuba-resepi-cheesy-corndog-ni-sedap-weh/", "title": "Teringin Nak Makan Corndog Tapi Mahal? Jom Cuba Resepi Cheesy Corndog Ni, Sedap Weh!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-13 05:19:47\nNak beli corndog di luar tapi agak mahal? Ada yang kata harganya membuatkan kita berfikir 2,3 kali nak beli ke tidak. Katanya harga lebih RM10-RM15 untuk sebatang. Jadi apa kata kita cuba resepi corndog yang dikongsikan oleh Nur Syazwani Mustafa. Jadi ikuti resepi corndog ini dan anda boleh buat sendiri selepas ini di rumah. Simple je!\n\nKredit: Nur Syazwani Mustafa\nBahan-bahan:\n\nSosej \nMozzarella Cheese. Ambil yang block bukan shredded. \nBread Crumbs. (ambil yang jenis putih bukan oren) \nChopstick kayu \n1 sudu besar Yis Mauripan \n1/2 sudu kecil garam\n1 cawan air suam\n7 sudu besar Tepung Gandum (jangan membukit sangat dan jangan rata sangat. Nanti tak berapa nak lemak manis kejadiannya)\n1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi. \u00a0\n\n\nKredit: Nur Syazwani Mustafa\nCara-cara:\n\nRebus sosej selama 2-3 minit dalam air yang menggelegak. Kemudian toskan. Potong dua.\nPotong Mozzarela Cheese block menjadi kiub, potong sebesar sausage tadi. Kemudian ambil chopstick dan cucukkan sosej dahulu diikuti dengan cheese.\nBancuh 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi dengan 7 sudu besar Tepung Gandum. Kemudian letak 1 sudu besar Yis Mauripan dan garam. Bancuh dengan 1 cawan air suam sehingga mendapat tekstur yang kental. Tambah air lagi kalau tak cukup. Bancuhan perlu tak terlalu cair dan tak terlalu pekat dan seeloknya simpan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam untuk bancuhan.\nLepas tepung dah siap, masukkan bancuhan tersebut ke dalam 1 bekas berbentuk gelas yang tinggi. Supaya senang nak celup bahan yang dicucuk tadi. Atau boleh saja terus salutkan terus menggunakan garpu/sudu. Bahagian ini memang susah sikit dan memerlukan kesabaran. \nSelepas itu salutkan pula ke dalam bread crumbs. Kepalkan hingga mampat bahan salutan dan terus goreng. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak. Api dapur sederhana.\nAkhir sekali boleh letak apa saja topping yang korang suka. Saya guna mayonis, sos cili and sos tomato saja. Kemudian hiaskan dan siap untuk dimakan. \n\n\nKredit: Nur Syazwani Mustafa\n\nKredit: Nur Syazwani Mustafa\n\nKredit: Nur Syazwani Mustafa\n\nKredit: Nur Syazwani Mustafa\nSelamat Mencuba\nKredit: Nur Syazwani Mustafa\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-nak-makan-dessert-sedap-istimewa-jom-cuba-resepi-puding-kastard-lemak-berkrim-padu-2/", "title": "Teringin Nak Makan Dessert Sedap & Istimewa? Jom Cuba Resepi Puding Kastard Lemak Berkrim, Padu!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-16 05:11:35\n\n\nResepi puding ini tidaklah terlalu sukar malahan bahan yang diperlukan juga boleh di dapati di mana-mana kedai. Kebiasaanya puding dimakan begitu sahaja dan tidak terlalu manis. Tetapi resepi kali ini adalah kombinasi rasa manis berlemak kastard di sulami pula dengan rasa buah-buahan cocktail. Rasanya juga semakin sedap dengan kuahnya yang lebih berkrim. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri di laman Facebooknya.\n\u00a0\nBahan-bahan untuk kastard:\n\n1 cawan tepung kastard\n4 cawan air\n1 cawan susu cair\n1/2 cawan gula \n\n\nKredit: Asrinna Bakri\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan dalam periuk. \n2. Masak atas dapur dengan api sederhana hingga ia meletup-letup dan pekat.\n3. Angkat dan sejukkan hingga ker\u03b1s.\n\u00a0\n\nKredit: Asrinna Bakri\n\u00a0\nBahan-bahan untuk kuah:\n\n1 tin susu cair\n1 tin fruit cocktail (asingkan airnya)\n2 cawan air (termasuk air fruit cocktail)\n5 sudu besar gula pasir \n1 sudu besar tepung kastard\nsecubit garam\n\n\u00a0\n\nKredit: Asrinna Bakri\n\u00a0\nCara-cara:\n1. Masak susu, air dan gul\u03b1 dengan api perlahan sampai didih. \n2. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam. Biarkan kuah mendidih.\n3. Biarkan sejuk masukkan dalam peti ais supaya sed\u03b1p di makan sejuk.\n4. Untuk menghidang, masukkan puding dalam mangkuk besar. Letakkan kuah dan letakkan fruit cocktail. Siap untuk di hidangkan.\nSenangkan? Bahan pun mud\u03b1h didapati.\n\u00a0\n\nKredit: Asrinna Bakri\n\u00a0\n\nKredit: Asrinna Bakri\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Asrinna Bakri\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-nak-makan-dessert-sedap-istimewa-jom-cuba-resepi-puding-kastard-lemak-berkrim-padu/", "title": "Teringin Nak Makan Dessert Sedap & Istimewa? Jom Cuba Resepi Puding Kastard Lemak Berkrim, Padu!", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-16 05:11:35\nResepi puding ini tidaklah terlalu sukar malahan bahan yang diperlukan juga boleh di dapati di mana-mana kedai. Kebiasaanya puding dimakan begitu sahaja dan tidak terlalu manis. Tetapi resepi kali ini adalah kombinasi rasa manis berlemak kastard di sulami pula dengan rasa buah-buahan cocktail. Rasanya juga semakin sedap dengan kuahnya yang lebih berkrim. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri di laman Facebooknya.\n\nBahan-bahan untuk kastard:\n\n1 cawan tepung kastard\n4 cawan air\n1 cawan susu cair\n1/2 cawan gula \n\n\nKredit: Asrinna Bakri\n\nCara-cara:\n1. Satukan semua bahan dalam periuk. \n2. Masak atas dapur dengan api sederhana hingga ia meletup-letup dan pekat.\n3. Angkat dan sejukkan hingga ker\u03b1s.\n\n\nKredit: Asrinna Bakri\n\nBahan-bahan untuk kuah:\n\n1 tin susu cair\n1 tin fruit cocktail (asingkan airnya)\n2 cawan air (termasuk air fruit cocktail)\n5 sudu besar gula pasir \n1 sudu besar tepung kastard\nsecubit garam\n\n\n\nKredit: Asrinna Bakri\n\nCara-cara:\n1. Masak susu, air dan gul\u03b1 dengan api perlahan sampai didih. \n2. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam. Biarkan kuah mendidih.\n3. Biarkan sejuk masukkan dalam peti ais supaya sed\u03b1p di makan sejuk.\n4. Untuk menghidang, masukkan puding dalam mangkuk besar. Letakkan kuah dan letakkan fruit cocktail. Siap untuk di hidangkan.\nSenangkan? Bahan pun mud\u03b1h didapati.\n\n\nKredit: Asrinna Bakri\n\n\nKredit: Asrinna Bakri\n\nSelamat Mencuba\nKredit: Asrinna Bakri\n\n\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-nak-makan-dessert-yang-sedap-istimewa-jom-cuba-resepi-puding-roti-blueberry-bersama-sos-kastard/", "title": "Teringin Nak Makan Dessert Yang Sedap & Istimewa? Jom Cuba Resepi Puding Roti Blueberry Bersama Sos Kastard", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-09 04:59:21\nDessert atau pencuci mulut merupakan sajian ringan yang kebiasaannya\u00a0dihidangkan selepas makan. Antara contoh dessert yang sering dijadikan pilihan ramai adalah seperti puding, ais krim, kek, cocktail dan sebagainya. Walaupun begitu, terdapat pelbagai lagi menu dessert yang boleh dicuba mengikut kreativiti masing-masing.\u00a0\nOleh itu, pada hari ini kami ingin kongsikan satu resepi dessert yang sangat istimewa dan pastinya digemari ramai.\u00a0Jom cuba resepi\u00a0Puding Roti Blueberry dengan Sos Kastard yang dikongsikan oleh Hidayati Hana di laman Facebooknya. \n\nKredit: Hidayati Hana\nBahan-bahan:\n\n8 keping roti gardenia butterscotch (roti biasa pun boleh)\n2 cawan susu segar \n4 sudu besar gula \n2 biji telur \n1 sudu kecil esen vanila \n2 sudu besar mentega (dicairkan)\nJem blueberry\nKismis \n\nSos Kastard:\n\n1 tin susu cair \n1/2 cawan air \n2 sudu besar tepung kastard \n2 sudu besar gula \n\n\nKredit: Hidayati Hana\nCara-cara:\n\nRoti disapukan dengan jem blueberry dan dipotong 4\nSusun roti dalam bekas/ loyang yang dah dilenser dengan sedikit mentega\nSementara itu, blend susu, telur, gula, esen vanila dan mentega \nTuangkan ke dalam loyang tadi \nBiarkan roti terendam seketika \nTaburkan kismis \nPanaskan oven suhu 180 dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak \n\n\nKredit: Hidayati Hana\nSos kastard:\nMasukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat dan tutup api \n\nKredit: Hidayati Hana\nSelamat mencuba \u2698\nKredit: Hidayati Hana\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-nak-makan-nasi-ganja-jom-cuba-buat-sendiri-di-rumah-senang-je/", "title": "Teringin Nak Makan Nasi Ganja? Jom Cuba Buat Sendiri Di Rumah, Senang Je!", "body": "Kalau siapa yang pernah ke Ipoh, mesti tahu nasi ganja ini adalah di antara nasi kandar yang terkenal. Tapi, musim PKP ni kita semua tidak boleh merentas negeri untuk merasa nasi ganja kan? Jangan risau korang boleh cuba buat di rumah, memang sedap dan puas hati. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Amie di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nNASI GANJAKalau siapa yang pernah ke Ipoh, mesti tahu nasi ganja ini adalah di antara nasi kandar yang terkenal. Tapi, musim PKP ni kita semua tidak boleh merentas negeri untuk merasa nasi ganja kan? Jangan risau korang boleh cuba buat di rumah, memang sedap dan puas hati. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Amie di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n3 cawan beras basmhati\u00a0 (cuci bersih, rendam 30 minit, toskan)\n\n4 cawan air\n\n2 sudu besar minyak sapi\n\n2 sudu besar minyak masak\n\n4 biji bawang putih \u2013 hiris*\n\n1 biji bawang besar \u2013 hiris*\n\n1 inci halia \u2013 hiris*\n\n3 batang kulit kayu manis*\n\n3 kuntum bunga lawang*\n\n5 biji buah pelaga*\n\n3 biji bunga cengkih*\n\n1 bungkus kecil serbuk rempah sup Adabi*\n\nBeberapa titis pewarna kuning telur\n\n6 sudu besar sos cili\n\nGaram secukupnya\n\nKredit: AmieCARA PENYEDIAAN\nMasukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan sehingga panas.\n\nMasukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu.\n\nKemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili Maggie.\n\nTambahkan garam secukupnya.\n\nSetelah mendidih, masukkan beras, kacau hingga air hampir kering. Tutup periuk dan kecilkan api.\n\nBiar nasi tanak lebih kurang 5 \u2013 7 minit. Tutup api dan biarkan sekejap dalam 5 minit sebelum buka tudung dan kacau rata.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-nak-makan-streetfood-dari-hungary-jom-cuba-resepi-langos-rasa-sekali-pasti-nak-lagi/", "title": "Teringin Nak Makan Streetfood Dari Hungary? Jom Cuba Resepi Langos, Rasa Sekali Pasti Nak Lagi!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-03 05:02:26\n\n\nAnda inginkan kelainan untuk menu minum petang? Kali ini kami bawakan resepi langos iaitu Hungarian Flat bread. Ianya amat terkenal sebagai streetfood di Hungary.\nCara pembuatan Langos sangat senang\u00a0kerana ianya hanya\u00a0menggunakan bahan yang mudah untuk kita dapati. Bahan-bahannya seperti tepung gandum, yis dan susu tidak asing lagi dengan kita. Malah, ianya boleh didapati di rumah kita sekarang ini. Langos amat sesuai dihidangkan bersama bermacam\u2013macam jenis inti, yang manis ataupun yang pedas. Bergantung kepada selera anda! Jom cuba buat, ikuti resepi\u00a0daripada Puan Suhaila Kusairi di laman Facebooknya.\n\u00a0\n\nKredit: Puan Suhaila Kusairi\n\u00a0\nBahan bahan: \n(A)\n\n300ml susu segar suam \n2 1/2 sudu teh instant yis\n\n(B)\n\n500g tepung gandum\n1 sudu teh gula pasir\n1 sudu teh garam halus\n\n(C)\n\n200g kentang \u2013 rebus dan lenyek halus\n\n(D)\n\nMinyak secukupnya untuk menggoreng\nSedikit tepung untuk taburan supaya tidak melekat ketika menggiling\n\u00a0\n\nTOPPING\nBoleh guna nutella, srikaya, jem, sambal tumis\u00a0dan cheese.\n\nKredit: Puan Suhaila Kusairi\n\u00a0\nCara-cara:\n\nSatukan bahan A dan biarkan sehingga yis berbuih anggaran sepuluh minit.\nKemudian dalam bekas/ mixer bowl satukan bahan B dan C. Gaul sebati.\nTuangkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati dan uli sehingga doh lembut dan elastik.\nRehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.\nPanaskan minyak dengan api sederhana sementara menunggu doh siap di bulat.\nSediakan papan/ silikon mat dan tabur sedikit tepung. Keluarkan doh dan ratakan dengan tepung tadi dan bulatkan.\nBahagi doh kepada 6 bahagian dan bulat bulatkan.\nGiling sedikit doh jangan terlalu nipis sekadar hanya membesar doh sahaja. Kemudian tarik tepi tepi doh terpulang besar mana yang diinginkan dan terus goreng dalam minyak yang telah dipanaskan tadi.\nGoreng sehingga kuning dan balikkan sebelah sehingga kuning juga.\nAngkat dan toskan atas tisu dapur secara menegak supaya tidak menakung minyak. Goreng sehingga habis dan sedia untuk dinikmati.\n\n\nKredit: Puan Suhaila Kusairi\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Puan Suhaila Kusairi\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-nak-rasa-hidangan-negara-jordan-jom-cuba-resepi-nasi-berkuah-mansaf-ini/", "title": "Teringin Nak Rasa Hidangan Negara Jordan? Jom Cuba Resepi Nasi Berkuah \u2018Mansaf\u2019 Ini!", "body": "Selalunya orang masak nasi jenis kering tapi kali ini nasinya versi berkuah. Mansaf ini adalah antara menu yang wajib semasa sambutan Hari Raya di Jordan. Hampir semua warga Arab ke pasar membeli bahan-bahan untuk memasak mansaf. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nPENULISmyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nFAKTA MASAKAN\n\n40 min\nPENYEDIAAN\n\n\n\n\n4 orang\nHIDANGAN\n\n\nMANSAF JORDANSelalunya orang masak nasi jenis kering tapi kali ini nasinya versi berkuah. Mansaf ini adalah antara menu yang wajib semasa sambutan Hari Raya di Jordan. Hampir semua warga Arab ke pasar membeli bahan-bahan untuk memasak mansaf. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.\nBAHAN-BAHAN\n500 g daging kambing\n\n\u00bd biji bawang Holland\n\n1 batang kayu manis\n\n5-6 biji buah pelaga\n\n500 g yogurt Greek\n\n4 sudu tepung jagung\n\n3 pot beras\n\n1 sudu besar serbuk kunyit\n\n100 g badam\n\n1 tangkai parsli\n\n1 roti tortilla\n\nGaram secukupnya\n\nKredit: Kamarul AriffinCARA PENYEDIAAN\nPertama sekali, tumis bawang Holland dengan ghee. Kalau tak ada ghee boleh gunakan minyak sawit.\n\nTumiskan rempah sehingga naik bau wanginya.\n\nGoreng sikit daging kambing, biar lemak dia cair. \u00a0Masukkan 1-1.5 liter air atau sekadar cukup untuk tenggelamkan daging. Masukkan garam rebus sampai empuk.\n\nGunakan periuk tekanan. Letak high pressure\u00a0selama 30 minit. Jika guna periuk biasa, mungkin perlu 1-2 jam merebus untuk dapatkan daging yang empuk.\n\nSementara tunggu daging, gorengkan badam. Sesudah itu, basuh beras. Letakkan garam dan serbuk kunyit sedikit.\n\nBila daging dah empuk, ambil air rebusan secukupnya untuk dimasukkan di dalam nasi. Lazimnya 1 pot nasi = 1 \u00bd pot air.\n\nMasukkan air rebusan daging dan yogurt ke dalam nasi.\n\nTambah sedikit air bancuhan tepung jagung supaya kuah likat. Letak sedikit sahaja serbuk kunyit.\n\nLetakkan tortilla di atas pinggan, letak nasi di atas roti tortilla.\n\nLetak daging kambing, kemudian tabur badam goreng dan daun parsli. Kuah dia kita letak dalam mangkuk.\n\nTuangkan kuah. Kuah dia ni memang menambah selera. Lemak, masam, dan masin.\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringin-nak-rasa-pani-puri-ini-cara-membuatnya/", "title": "Teringin Nak Rasa \u2018Pani Puri\u2019? Ini Cara Membuatnya", "body": "\nPeminat cerita hindi atau tamil pasti pernah tengok makanan yang dinamakan Pani Puri ini.\nPani Puri merupakan satu satu makanan tradisi di India yang popular di sana. Rasanya yang manis, masam dan pedas memang boleh buat ketagih! Makan satu\u00a0confirm\u00a0tak cukup.\nJom lihat cara membuatnya di bawah. Semoga bermanfaat!\nResipi Pani Puri\n\n1) PURI\nBahan-bahan puri:\n\n1 cawan semolina/suji halus\n\u00bc cawan tepung gandum\n1sk garam\n\u00bd cawan air panas\n\nCara-cara membuat puri:\n\nGaulkan semua bahan kecuali air panas sehingga sebati.\nJadikan lubang di tengah mangkuk. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli sampai menjai doh.\nUli dalam 5 minit kemudian tutup dengan tuala lembap. Perap selama 20 minit.\nKemudian uli lagi dalam 2 atau 3 minit, doh akan menjadi lembut.\nBahagikan doh kepada 2 bahagian, canai nipis dan tekap dengan acuan bulat bersaiz kecil.\nCara menggoreng, gunakan api sederhana. Masukkan satu dahulu, bila dah kembung baru masukkan yang seterusnya. Ulang sehingga habis.\n\nKalau nak cepat, pakai puri chips/papad. Lebih cepat and crispy.\n\n2) MINT PANI\nBahan mint pani:\n\nSegenggan daun ketumbar*\n\u00bd genggam daun pudina*\n1\u2033 halia*\n2 batang cili api*\n\u00bc cawan air asam jawa*\n\u00bd cawan air*\n2 cawan air\n1 sudu besar serbuk pani puri masala (beli kat shopee)\n\nGaram secukup rasa\n\n\n\n\u00bcsk Lada hitam\n\n\n\n2 sb perahan lemon\n\n\nCara-cara membuat mint pani:\n\nKisar semua bahan bertanda (*) sampai halus. Kemudian tapiskan.\nTambahkan air, serbuk pani puri masala, garam, lada hitam dan perahan lemon.\nKalau rasa bancuhan kuat, tambahkan air dan ubahsuai rasa masala dan garam mengikut citarasa.\nBancuhan kena cair tapi secukup rasa. Lengkap rasa masam, masin dan pedas.\n\n\n3. TAMARIND PANI\nBahan-bahan:\n\n\nAsam jawa tanpa biji (size bola pingpong)*\n\n\n\n1 ketul gula melaka mini (guna separuh kalau guna yang saiz biasa)*\n\n\n\n5 biji kurma, buang biji*\n\n\n\n2 cawan air*\n\n\nTambahkan 1sk pani puri masala\n\n\n\n\u00bdsk serbuk cili\n\n\n\nGaram secukup rasa\n\n\nCara-cara:\n\nRebus semua bahan bertanda (*) sehinga kurma lembik.\nKemudian kisar sehingga menjadi puree. Tapiskan untuk dapatkan tekstur yang\u00a0smooth.\u00a0Tambah air jika pekat.\nTambahkan pani puri masala, serbuk cili dan garam secukup rasa.\nKacau sebati sehingga tekstur likat macam puree.\n\n4) ALOO STUFFING (KENTANG)\nBahan-bahan:\n\n5 biji ubi kentang, rebus sampai lembut & lenyek2 kan*\n1sb serbuk cili*\n1sb pani puri masala*\nGaram secukup rasa*\n\nCara-cara:\n\nSatukan bahan bertanda (*) dan kacau sebati. Ubahsuai sehingga rasa seimbang. Tambah lada hitam jika suka rasa pedas-pedas. Siap!\n\nBahan lain:\n\n1 biji bawang besar potong dadu\nSedikit daun ketumbar cincang halus\n2-3 batang cili padi potong halus\n\n\nCara makan:\nPecahkan bahagian atas puri dgn ibu jari, bagi jd lubang. Masukkan aloo stuffing, bawang, daun ketumbar dan cili. Tuangkan sedikit tamarind pani and selebihnya mint pani. Dah boleh makan!\n\nKredit: Liza Sharif\n"} {"url": "https://myresipi.com/teringinkan-makanan-western-yang-sedap-jom-serbu-kedai-ni-portion-berlambak-terlajak-murah/", "title": "Teringinkan Makanan Western Yang Sedap? Jom Serbu Kedai Ni, Portion Berlambak & Terlajak Murah!", "body": "\nKadang-kadang tekak kita ni mesti teringinkan makanan barat pulak kan? Haa tapi ramai yang tak tahu bahawa di Kuala Lumpur ada sebuah kedai yang menyajikan makanan western yang sedap, murah dan yang paling best, kuantiti makanan yang disediakan amatlah banyak. Memang tak rugi kalau anda datang makan di sini. Confirm kenyang seharian.\nTeringinkan Makanan Western Yang Sedap? Jom Serbu Kedai Ni, Portion Berlambak & Terlajak Murah:\nSebuah akaun di Twitter @MalaysianFoods, ada berkongsikan sebuah kedai makan yang menyajikan makanan western yang murah dan sedap!\n\u201d Kalau macam ni lah punya portion, lepastu harga western dia sangat2 lah murah memang terbaikkk! Dengan Selambak kentang, lamb chop, chicken chop grill dan salmon steak dan limpahan sos blackpepper. \u201d\u00a0\n\u201d Ini portion boleh makan sampai 2 orang \u201d\n\n\n\n\nPortion makanan di kedai ni sangatlah besar sehinggakan boleh berkongsi dengan dua orang tau!\n\u201d Ini portion boleh makan sampai 2 orang. Jenis yang cepat kenyang, jangan makan berseorangan. Satu pinggan boleh kongsi 2-3 orang.. Jangan Bazirr \u201d\u00a0\n\n\n\nSelain daripada western, kedai ini juga terkenal dengan udang goreng dan sotong goreng mereka. Dicicah pula dengan sos buatan sendiri yang dibuat khas oleh pekerja di sini, fuhh memang layan.\n\u201d Selain Western, ada Udang Goreng Tepung dan Sotong Goreng tepung! Cicah pula dengan sos homemade dan cili sos, perghhh nikmat, naik ke bulan Sumpah sedap! Korang wajib try..\u201d\n\n\n\nHaa tengok pada gambar diatas pun dah boleh terliur kan? Jadi anda tunggu ada lagi? Jom la serbu kedai makan western ni, memang confirm terbaik lah!\nAlamat: Garden Western grill Wawasan Selera, Jalan SS 3/33, Taman Universiti, 47300 Petaling Jaya, Selangor\nWaktu Beroperasi: Rabu \u2013 isnin ( selasa cuti) \u00a06:00 Petang \u2013 11:00 Malam\u00a0\nSumber: @MalaysianFoods\n"} {"url": "https://myresipi.com/terkejut-berjemaah-gadis-buntu-nak-matikan-ikan-haruan-hidup-sebab-first-time-dapat/", "title": "\u201cTerkejut Berjemaah\u201d \u2013 Gadis Buntu Nak Matikan Ikan Haruan Hidup Sebab \u2018First Time\u2019 Dapat", "body": "\nTular sebuah video di media sosial yang menunjukkan gelagat seorang wanita yang first time dapat ikan haruan masih hidup di tangannya.\nSesetengah orang mungkin tertanya-tanya cara untuk mematikan ikan yang masih lagi hidup. Kebiasaannya, kita akan membeli ikan yang sudah tidak bernyawa ataupun siap dipotong.\nNamun bagi ikan yang masih bernyawa, ia perlu segera dimatikan agar tidak terlalu \u2018terseksa\u2019 kerana tiada air untuknya bernafas. Tapi, lain pula ceritanya kali ini. Ikan di luar air, masih hidup dan susah nak mati.\nBaca juga: Tips Pilih Ikan Segar Dan Cara Siang Ikan\nItulah nasib yang dialami oleh seorang wanita apabila dia kali pertama mendapat ikan haruan yang masih lagi hidup. Bermacam-macam cara sudah dibuat untuk mematikannya, tapi tetap \u2018tak jalan\u2019.\nKejap buat begitu, kejap buat begini, ada juga letak bahan dipercayai berpasir. Tapi ikan haruan itu masih \u2018steady\u2019. Video gelagatnya yang dimuat naik ke TikTok @diaziela itu berjaya mencuit hati netizen.\n\n\n @diaziela\nmcm mner wei nk bagi ikan haruan nie mati \u2026 hidup2 nie\u2026\n \u266c original sound \u2013 Dia Ziela \u2013 Dia Ziela \n\n \n\u201cFirst time dapat ikan haruan hidup-hidup, taktahu nak bagi dia mati macam mana, macam-macam cara kami buat,\u201d tulis diaziela dalam video itu.\nKeadaan itu bertambah kelakar sebaik sahaja dia mencurahkan air ke dalam bekas ikan haruan itu. Ia secara tiba-tiba melompat ke luar dari bekas itu hingga membuatkannya terkejut.\n\u201cMacam mana wei nak bagi ikan haruan ni mati. Hidup-hidup ni,\u201d tulisnya lagi.\nRata-rata netizen cukup terhibur dengan telatah wanita itu dan mereka membanjiri ruang komentar dengan reaksi yang mencuit hati.\n\n\n\nItu antara beberapa komen yang diterima oleh diaziela mengenai videonya itu di TikTok.\nSetakat artikel ini ditulis, video itu meraih lebih 2.1 juta tontonan dan 168.4k tanda suka daripada netizen yang terhibur menyaksikannya.\n\nSumber: TikTok @diaziela\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/terlebih-air-nasi-jadi-lembik-jangan-risau-jom-cuba-tips-ini-confirm-berkesan/", "title": "Terlebih Air & Nasi Jadi Lembik? Jangan Risau, Jom Cuba Tips Ini, Confirm Berkesan!", "body": "PENULISnajahnurul\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2021-01-26\nKadangkala bila masak nasi ada masa terlebih air lah terkurang air lah. Bila dah terlebih air tu automatik dia dah tak jadi nasi, terus jadi macam bubur kan? Perkara itu normal hampir semua orang pernah lalui masalah nasi menjadi bubur ni. Tapi hari ini ada satu tips yang dapat membantu untuk mengatasi nasi lembik yang telah dikongsikan oleh Ida Shahida di laman Facebooknya. Tips ini sesuai untuk nasi yang lembik ya, bukan nasi yang masih mentah.\n\nKredit : Ida ShahidaBAHAN \u2013 BAHAN\n\nTisu Kertas (Tisu Dapur)\n\nCARA -CARA\n\nSekiranya nasi anda lembik, letakkan 2 atau 3 keping tisu kertas di atas periuk nasi.\nTutupkan tisu kertas tersebut dengan penutup periuk nasi.\nTekan \u2018Cook\u2019 dan tunggu nasi masak seperti biasa.\n\nTIPS TAMBAHAN\nSekiranya nasi anda mentah, kukuskan nasi anda.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/terliur-nak-makan-croissant-cicah-coklat-panas-ala-di-paris-khairulaming-kongsi-cara-pesan-di-starbucks/", "title": "Terliur Nak Makan Croissant Cicah Coklat Panas Ala Di Paris? Khairulaming Kongsi Cara Pesan Di Starbucks", "body": "\nSebut sahaja nama Khairul Aming pastinya ramai mengenalinya. Beliau dikenali dengan video-video masakan yang sempoi. Malah resipi-resipi yang dikongsikan juga sangat mudah untuk dicuba dan diikuti.\nBeberapa minggu lalu tular dengan satu video yang memaparkan Khairul Aming sedang mengembara ke bumi Eropah. Dalam video tersebut, anak kelahitan Kelantan ini sempat berkongsikan salah satu menu yang dijamahnya ketika berada di sana.\nIa adalah Croissant cicah coklat panas. Disebabkan perkongsian tersebut ramai pula yang terliur dan tak kurang juga pertikaikan status halal.\nMeskipun begitu, terbaharu Khairul Aming kongsi cara pesan menu tersebut tapi hanya di Starbucks Malaysia.\n\n\n @khairulaming\nSama tak croissant cicah hot chocolate dekat Starbucks dengan yang dekat Paris? jom kita try \ud83d\ude01 #makanlokal #hello2023 \n \u266c Morning in Paris \u2013 Morning Chill Playlist \n\n \nMenurut Khairul Aming, dia memesan classic hot chocolate, susu separuh dan tambah 4 scoop dark mocha untuk menambah kepekatan air coklat tersebut.\nTurut dipesan adalah whipping cream dan croissant. Cara makannya pula, tambah whipping cream di dalam air coklat panas dan kemudian cicah dengan croissant.\n\nWow, memang terliuar habis tengok Khairul Aming makan! Nampaknya tak perlu ke\u00a0Paris\u00a0untuk menikmati hidangan macam dikongsikannya ini.\nDi ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan mahu cuba cadangan menu oleh Khairul Aming tersebut.\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/terliur-tengok-netizen-terhibur-lihat-anak-kecil-ini-makan-macam-orang-dewasa/", "title": "\u2018Terliur Tengok\u2019- Netizen Terhibur Lihat Anak Kecil Ini Makan, Macam Orang Dewasa!", "body": "\nIbu-ibu pasti risau bila anak-anak kurang selera makan. Apabila sudah kurang selera, mulalah satu fasa dimana mereka akan memilih makanan.\nYang dimahukan hanya makanan ringan dan apa-apa yang dirasakan sedap di tekaknya sahaja. Ada waktu, mereka sehingga tidak mahu makan kerana terlalu leka bermain.\nMakan macam orang dewasa\nNamun lain pula yang berlaku kepada anak seorang pengguna TikTok, nitaagustina71 ini apabila anaknya makan berselera serta cara makannya seperti orang dewasa.\nBukan itu saja, anaknya juga kelihatan tidak memilih makanan sama sekali malah makanan yang dijamahnya itu juga merupakan makanan yang jarang disukai oleh budak kecil.\n\nMenerusi video tersebut, anak kecil tersebut dilihat sedang menjamah nasi bersama lauk telur dadar, labu siam rebus, tauhu goreng, petai, ikan masin dan sambal dengan penuh berselera.\nMeninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat anak kecil itu menjamu selera.\n\nTak memilih\n\n\u00a0\n\u201cAkak yang besar pun tak makan petai..\u201d\n\nVideo penuh:\n\n\n @nitaagustina71\nNikmat mana lagi yg kau dustakan ? #anakmommy #makansiang #lalapanpete \n \u266c No Comment by Tuty Wibowo \u2013 TIC.IHSAN \u264fusicall\ud835\udf13 \n\n \nSumber: TikTok nitaagustina71\n"} {"url": "https://myresipi.com/terung-bakar-asam-lemak/", "title": "Terung Bakar Asam Lemak, Resipi \u2018Bikin\u2019 Terliur, Cukup Rasa Masam, Pedas Dan Berlemak", "body": "\nMenu Terung Bakar Asam Lemak ini pernah viral. Cara memasak terung bakar pula ada berbagai versi. Tapi konsep yang sama digunakan iaitu membakar terung. Terung ini perlu bakar diatas dapur gas sahaja.\nTerung juga antara makanan yang ada khasiatnya. Terung merupakan sayuran berwarna ungu yang mempunyai kandungan nutrisi luar biasa. Di dalam terung terkandung kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K.\nBaca juga: Terung Tempura Inti Tuna, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-panas\nSiapa sangka banyakkan khasiat terung ini. Terung juga boleh dimasak dengan pelbagai cara antaranya bakar, gulai, kari, goreng dan macam-macam lagi.\nTerima kasih pada Nurulhuda Radzi, kerana sudi berkongsi resipi ini dan telah meraih sehingga 1.9K perkongsian! Langkah memasak dah ada, cuma perlu ikut sahaja.\nOrang kata makan terung bakar asam lemak dengan nasi putih panas-panas boleh bertambah-tambah nasi. Hilang diet dibuatnya.\n\nRESIPI TERUNG BAKAR ASAM LEMAK\nJangan terliur dulu, jom kita tengok cara-caranya di bawah.\n\nBahan-bahan:\n\nTerung (dibakar)\n2 biji cili besar\n2 biji cili padi\nBelacan (tumbuk kasar)\nSantan\nPerahan limau\nGaram\nGula\nBawang besar (dihiris nipis)\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Bakar terung hingga hitam, jangan risau bakar sampai hitam lagi sedap.\n2. Buang kulit terung. Kalau tak buang, pahit pula nanti.\n3. Tumbuk kasar cili padi, cili besar dan belacan. Kemudian asingkan dalam mangkuk kecil.\n4. Masukkan terung, santan, bawang besar, cili padi potong, dan perahan limau. Letakkan sedikit perasa garam dan gula. Kemudian gaul biar sebati.\n5. Biar rasanya sudah okay dan lengkap, bolehlah dihidang.\n\nSiap untuk dimakan! Siapa kata hidangan ini susah? Mudah dan senang je tau!\u00a0\nHanya perlu bakar terung kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/terung-bakar-santan/", "title": "Resipi Terung Bakar Santan Yang Mudah & Sedap, Aromanya Pasti Memikat!", "body": "\nPenggemar terung wajib cuba resipi terung bakar santan ini. Banyak resipi terung yang anda boleh cuba. Tetapi resipi terung ini salah satu menu yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Terung yang digaul bersama santan akan menghasilkan aroma yang pasti memikat hati anda!\u00a0Jika suka pedas boleh lebihkan cili.\nBiasanya terung sering dimasak dengan sambal atau berlada, tapi apa salahnya kita mencuba sedikit kelainan. Kalau ada yang terliur nak cuba menu yang ringkas dan sedap ini, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Kak Ngah Zairihasna di bawah.\nBaca juga: Terung Masak Cili Chinese Style, Makan Ratah Macam Tu Pun Sedap\nCara Buat Terung Bakar Santan\nBahan-bahan:\n\nTerung\nSantan\nBelacan\nBawang merah\nBawang putih\nCili padi\n\n\nCara-cara:\n1. Bakar terung di atas dapur sehingga isinya lembut. Terbalikkan beberapa kali supaya ianya masak sekata.\n\n2. Carik kasar terung yang sudah dibakar tadi. Letakkan dalam bekas dan ketepikan dahulu.\n\n3. Tumbuk kasar belacan, cili, bawang merah dan bawang putih.\n\n4. Kemudian masukkan santan (santan sudah dimasak terlebih dahulu selama 5 minit). Gaul sehingga semuanya sebati.\n\n5. Tuangkan ke dalam terung bakar tadi. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Kak Ngah Zairihasna\nBaca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!\n"} {"url": "https://myresipi.com/terung-masak-cili-chinese-style/", "title": "Terung Masak Cili Chinese Style, Makan Ratah Macam Tu Pun Sedap", "body": "\nWow! Sedapnya kalau dapat makan Terung Masak Cili Chinese Style ni, confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Nak makan ratah macam tu pun dah sedap. Nama pun cili, resipi ni guna banyak cili ye.\nResipi ni tak menggunakan bahan yang banyak pun. Cuma perlu beberapa je bahan masakan. Tapi wajib sediakan bahan utamanya iaitu terung, cili api dan kicap. Takde bahan ni, tak jadi terung masak cili kita nanti.\nArtikel berkaitan: Cara Buat Kari Terung Ikan Masin Kurau, Mesti Naik Selera!\nHidangan ini telah di kongsikan oleh Kuali Helena melalui laman Facebooknya. Sangat simple, mudah dan semestinya sedap. Korang kena cuba resipi ni kat rumah.\nResipi Terung Masak Cili Chinese Style\n\n\nMenu ni korang boleh tukar terung dengan apa je, seafood, tofu, telur atau apa-apa je ikut selera korang.\nTips: Kalau nak sedap, jangan tinggal semua bahan tumis.\nBahan-bahan\n\n4 biji terung size kecil\n2 ulas bawang putih, cincang halus\n7 biji cili api ( pedas ikut selera)\n2 sudu besar kicap cair\nGaram\nDaun bawang\n\nCara memasak:\n1. Goreng terung hingga keperangan, toskan minyak.\n2. Tinggalkan 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan cili hingga wangi.\n3. Masukkan cukup rasa dan kicap cair, gaul hingga berbuih.\n4. Masukkan terung, kacaukan.\n5. Masukkan daun bawang, gaul seketika dan tutup api.\nSelamat mencuba.\n"} {"url": "https://myresipi.com/terung-tempura-inti-tuna/", "title": "Terung Tempura Inti Tuna, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-panas", "body": "\nPernah cuba Terung Tempura Inti Tuna? Terung merupakan hidangan yang agak popular di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis resipi masakkan terung tersedia.\nAntaranya terung sambal, bakar dan goreng. Dengan rasa yang enak dan mudah disediakan, ia tentu menjadi kegemaran ramai orang.\nKadang-kadang kita tak perlu bersusah payah dengan resipi yang panjang berjela untuk menikmati sesuatu masakan enak bersama keluarga, mudah pun sedap juga seperti resipi telur goreng bertuna yang dikongsikan oleh Sue Zakaria.\nBaca juga: Terung Masak Cili Chinese Style, Makan Ratah Macam Tu Pun Sedap\nPenangan terung tempura inti tuna ini bukan calang-calang. Belum sempat makan bersama nasi, hidangan ini habis licin dibuatnya, laku keras.\nRESIPI TERUNG TEMPURA INTI TUNA\n\n\nBahan-bahan:\n\nTerung bulat \u2013 dibelah dua\n1 tin tuna ayam brand\n\nBahan tepung:\n\nTepung bestari pedas\nTepung gandum\nTepung jagung\nLada sulah\n\nCara memasak:\n1. Kacau tepung tadi agak-agak pekat. Janagn cair sangat.\n2. Sumbat terung yang sudah dibelah dua dengan tuna.\n\n\n3. Celupkan terung yang sudah ada inti ke dalam tepung yang sudah dibancuh.\n\n\n4. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng.\n5. Bila terung dah mula keperangan, sudah boleh diangkat dan toskan minyak. Boleh cicah bersama sos dan mayonis.\nSelamat mencuba!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/the-rock-borong-semua-coklat-di-7-eleven/", "title": "The Rock Borong Semua Bar Coklat di 7-Eleven, Nak Tebus Kesalahan Mencuri Zaman Remaja", "body": "\nSiapa yang tak kenal dengan pelakon yang terkenal dengan filem Jumanji dan Fast & Furious iaitu The Rock a.k.a Dwayne Johnson ini kan?\nPelakon yang berusia 50 tahun ini yang juga dikenali sebagai The Rock baru-baru ini telah menarik perhatian peminat apabila dia kembali ke kedai serbaneka 7-Eleven di Hawaii untuk memborong coklat Snickers.\nArtikel berkaitan: Ikonik Kod Hijau Dalam Filem The Matrix Sebenarnya Resipi Sushi?\nMemetik laporan Fox Business, ketika zaman remajanya, The Rock dan keluarganya tinggal di Hawaii dan ketika itu, mereka tidak mempunyai wang dan merupakan orang miskin.\nInstagram @therock\nIni telah menyebabkan The Rock yang berusia 14 tahun pada ketika itu sering mencuri coklat dari 7-Eleven di situ kerana tak mampu untuk membeli coklat tersebut.\nBaru-baru ini, The Rock kemudiannya kembali ke kampung halamannya dan kedai tersebut untuk menebus semula kesalahannya yang mencuri ketika remaja.\nAktor filem Central Intelligence ini telah berkongsi tentang kepulangannya itu menerusi Reels di Instagramnya.\n\nDalam video berkenaan, The Rock telah memborong kesemua coklat Snickers yang dijual di kedai serbaneka itu.\nSetelah semua coklat dibayar, pelakon itu telah meninggalkan coklat yang diborongnya di kaunter pembayaran untuk diberi kepada mana-mana pelanggan kedai itu.\nJohnson juga telah memberitahu juruwang kedai itu untuk memberikan setiap coklat tersebut kepada sesiapa yang kelihatan seperti mahu mencurinya.\nDia juga turut memberikan tips kepada juruwang tersebut kerana perlu mengambil masa yang lama mengira puluhan coklat tersebut.\nBukan itu sahaja, Johnson juga telah bermurah hati membayar kesemua barang yang dibeli oleh pelanggan kedai yang kebetulan berada di situ.\nDifahamkan, jumlah bil yang dibayarnya mencecah $298 (kira-kira RM1,307.48). Fuh, banyak tu!\n"} {"url": "https://myresipi.com/thermo-pot-ada-kesan-kuning/", "title": "Thermo Pot Ada Kesan Kuning? Ini Cara Hilangkan Guna SATU Bahan Je", "body": "\nThermo pot antara barang elektrik yang selalu ada di rumah. Senang bila nak guna air panas terutama kalau rumah tiada penapis air yang canggih tu.\nBaca juga: Cara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini\nTapi masalah biasa guna thermo pot ini adalah ia meninggalkan kesan kuning di bahagian dalam. Cuci dengan sabun pun tak hilang.\nSebenarnya untuk bersihkan kesan kuning ini sebenarnya tak susah malah cara ini sudah ada dalam manual sesetengah jenama. Cuma guna limau kasturi saja.\nIkuti tip yang dikongsikan oleh Encik Jumali Jue-Eye di laman Facebook ini.\n\nCARA BERSIHKAN THERMO POT\n\n1. Penuhkan air dalam pot.\n2. Ambil lebih kurang 10 biji limau kasturi, potong dan perah jusnya dalam pot.\n3. Biarkan limau dan air tadi masak dalam bekas tersebut.\n4. Kesan kuning akan hilang tanpa perlu gosok.\n5. Boleh guna macam biasa selepas buang air limau tadi. Ini hasilnya.\n\n\nTip Penjagaan:\n\nSentiasa periksa balang thermo pot supaya kesan kuning tidak melekat hingga sukar dihilangkan.\nPastikan air sentiasa penuh dan tutup suis alat ini jika meninggalkan rumah dalam masa yang lama supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.\nNak beli bukan murah, jadi kena lah jaga perkakas kayangan ini dengan sebaiknya.\n\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Cara BETUL Petik Cili Supaya Tahan Lama Dan Cepat Berbuah Semula\n"} {"url": "https://myresipi.com/tiga-bahan-penyedap-masakan/", "title": "Orang Lama Kongsi 3 Bahan Wajib Letak Supaya Masakan Lebih Sedap", "body": "\n\u201cOh rupanya ini rahsia bahan penyedap masakan yang orang lama guna\u2026\u201d\nNenek moyang kita kalau masuk dapur untuk memasak memang banyak pantang larang dan ada saja petua masakan yang mereka gunakan.\nTiidak dinafikan, sehingga sekarang masih ramai yang menggunakan petua-petua tersebut kerana ia sangat membantu sepanjang proses memasak di dapur.\nSalah satu petua yang diamalkan oleh orang lama adalah mereka wajib menggunakan 3 bahan ini setiap kali memasak.\u00a0Difahamkan 3 bahan tersebut boleh membuatkan makanan menjadi lebih sedap.\nJom baca perkongsian lengkap mengenai petua tersebut yang MyResipi kongsikan di bawah.\nBaca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!\n3 Bahan Penyedap Masakan\nBahan Pertama\nJika masakan tawar, letakkan saja sos tiram untuk menambah rasa masin. Sos tiram juga lebih mudah sebati dengan masakan berbanding garam.\nBahan Kedua\nSelain sos tiram, garam kasar juga dikatakan lebih sedap berbanding garam halus terutamanya ketika menggulai atau masakan berkuah.\nBahan Ketiga\nJika masakan memerlukan rasa manis, gunakan nise atau gula melaka sebagai pengganti kepada gula putih.\u00a0\nGula melaka menghasilkan rasa yang lebih manis dan berlemak berbanding gula. Nise juga berperanan menggelapkan warna sambal.\nKredit: Nu Ha\nBaca juga: Cara Rebus Ayam Kampung Supaya Cepat Lembut, Baru Jimat Gas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tiktoker-british-claim-nasi-lemak-singapura-lagi-sedap/", "title": "TikToker British \u2018Claim\u2019 Nasi Lemak Singapura Lagi Sedap Dari Malaysia", "body": "\nBila bercakap mengenai makanan, tak dapat dinafikan rakyat Malaysia senang triggered jika makanan tempatan seperti nasi lemak dicela atau dibuat bahan ejekkan.\nLebih-lebih lagi, jika makanan tersebut merupakan makanan yang ikonik seperti nasi lemak, asam laksa atau roti canai.\nBaca juga: Korang Kena Cuba Nasi Lemak Wrap Roti Canai, Serius Padu!\nBaru-baru ini, seorang pengguna TikTok dari Britain @CeCeCourtney yang tinggal di Malaysia, memuat naik video pendek menyatakan nasi lemak di Singapura lebih sedap daripada nasi lemak di Malaysia.\nVideo Penuh:\n\n\n @cececourtney\nSingapore nasi lemak has vegetables #tiktokmalaysia #comedy #fyp #fyp\u30b7 #malaysia #singapore\n \u266c She Share Story (for Vlog) \u2013 \u5c71\u53e3\u5915\u4f9d \n\n \nSingapore nasi lemak has vegetables\u00a0#tiktokmalaysia\u00a0#comedy\u00a0#fyp\u00a0#fyp\u30b7\u00a0#malaysia\u00a0#singapore \u2013 tulisnya di caption.\u00a0\nBagaimanapun, hidangan nasi dalam video itu tidak kelihatan seperti nasi lemak yang kita semua kenal dan gemar kerana tiada telur rebus, timun, ikan bilis dan paling penting sambal sebaliknya, lauk yang disajikan dalam video itu hanyalah nasi berlauk kari, sayur di tepi berserta ayam goreng.\nRamai netizen merasakan bahawa pengguna TikTok itu sengaja melakukan video itu untuk memulakan \u2018perang\u2019 manakala yang lain hanya bingung bagaimana hidangan dalam video itu dianggap sebagai nasi lemak jika tiada elemen pentingnya.\n\n\n\n\nPun begitu, pengguna TikTok itu juga menggunakan hashtag #Comedy dan berkemungkinan dia hanya ingin bergurau.\nMin rasa dia saje je tuuu~\n"} {"url": "https://myresipi.com/tinggi-mat-siku-reaksi-mat-salleh-makan-nasi-guna-tangan-buat-netizen-terhibur/", "title": "\u201cTinggi Mat Siku\u201d \u2013 Reaksi Mat Salleh Makan Nasi Guna Tangan Buat Netizen Terhibur", "body": "\nNasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia, setiap hari, setiap masa, tidak kira di mana jua. Nasi adalah makanan utama yang ada disetiap gerai-gerai atau barisan hotel mewah.\nHidangan ini mempunyai kepelbagaian budaya, dari kaum Melayu, Cina atau India semuanya menikm4tinasi sebagai sebuah hidangan yang wajib ada di atas meja makan.\nKebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai mas4lah jika makan menggunakan tangan kerana sudah menjadi satu adab dan kebiasaan yang selalu dipraktikkan dari kecil.\nBaca juga: Mat Salleh Jual Nasi Lemak RM3 Ini Kongsi Petua Masak Sambal Sedap\nNamun, mungkin agak sukar bagi warganegara asing yang ingin mencuba hidangan tersebut apabila bercuti di negara ini.\nMenerusi satu perkongsian dilaman ig, sekumpulan pelancong as1ng difahamkan ingin mencuba makan nasi menggunakan tangan. Apa yang lebih menarik apabila kawannya cuba untuk mengajar tapi diri sendiri masih kekok untuk menyuap ke mulutnya.\nVideo:\n\nSnaptik_7124702145869368603_wan-aja\n\nBila dia dah pandai makan guna tangan & cuba nak ajar kawan-kawan lain makan guna tangan. Aduhai.. tergelak tengok. Yang mengajar pun 2\u00d75. Apapun terbaik!\nRata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi pelancong ini yang ingin mencuba makan nasi menggunakan tangan. Apapun terbaik buat mereka kerana ingin belajar sesuatu yang baru.\nKomen Netizen:\n\n\n\nTinjauan MyResipi menerusi perkongsian video ini mendapat tontonan sebanyak 77.3k dan lebih 2.1k tanda suka. Min pun terhibur huhuhu\n\nSumber: TikTok @wanaja5\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-bersihkan-lala/", "title": "Tip Bersihkan Lala Yang Berpasir Atau Busuk, Ikut Je Cara Ini Lepastu Dah Boleh Simpan Dalam Freeze!", "body": "\nMenyediakan hidangan lala kalau masak gulai lemak diakui memang sedap dan boleh buat kita makan bertambah. Namun jika terambil lala yang berpasir atau yang busuk, sah-sah boleh terbantut selera dibuatnya.\nAtas sebab itu, sebelum dimasak pastikan lala tersebut dapat dicuci dengan bersih. Menyentuh tentang tip dan petua cuci lala ini sebenarnya banyak caranya.\nArtikel berkaitan: Lalat Berleluasa Dekat Dapur? Ini 6 Tip Nak Halau Tanpa Guna Racun\nNamun dalam banyak-banyak kaedah, perkongsian daripada Puspa Wangi Puspawangi di salah satu group masakan boleh dijadikan panduan.\nDapat dilihat cukup mudah dan yang penting kita lebih yakin kerana dapat dicuci satu persatu.\nIngin berkongsi cara saya untuk senang cuci Lala supaya dapat elakkan yang busuk atau berpasir hitam.. Bagi saya cara ni sangat berkesan.. Dulu pernah cuba cara rendam dengan cili kering, tapi tangan saya jadi pijar.\nCara ni lebih cepat dan mudah.\n\n\nLangkah 1 : Lala yg dari pasar terus keluarkan tanpa cuci dan letak dalam bekas besar supaya ada ruang untuk lala. Biarkan dalam freezer dalam masa 20 minit.\nLangkah 2 : Lepas dah 20 minit nanti semua akan terbuka sendiri.\nLangkah 3 : Sekarang boleh check. Memang 80% terbuka. Mana yang terkatup rapat tu confirm busuk atau berpasir.\nLangkah 4 : Sudah boleh cuci dengan air paip, macam ni kita puas hati cuci sebab boleh nampak isi dia mana yang kotor. Makan pun tak was-was. Selamat mencuba.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-buat-telur-masin/", "title": "Tip Buat Telur Masin Sedap Guna Telur Ayam Pencen, Cantik Kejadiannya", "body": "\nAda yang suka makan telur masin tak? Ini ada tip buat telur masin bagi yang suka makan telur kuningnya sahaja. Ada pula yang suka telur putihnya sahaja. Lain orang lain pula citarasa kan.\nKadang-kadang telur masin ni jadi tak sedap bila bahagian putihnya terlalu masin. Kalau silap cara memang tak menjadilah jawabnya.\nBaca juga: Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!\nTapi kalau dapat yang tak masin sangat baik putih atau kuningnya memang seronok betul rasa. Telur kuningnya tu, saya suka makan ratah. Tapi kesian pulak yang nak kena makan putihnya sahaja. Hehe.\nDalam perkongsian kali ni, terjumpa resipi dan tip macam mana nak buat telur masin yang cantik je kejadiannya guna telur ayam pencen. Hanya buat kuning telurnya saja. Cantik sangat. Nak makan pun sayang!\nResepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hamidah Abdul Azizini macam best je kita nak praktiskan.\n\nTIP BUAT TELUR MASIN GUNA TELUR AYAM PENCEN\nBuat guna telur ayam pencen. Memang telur dia tak ada putih, tak ada kulit. Ada kuning ni saja. Telur tak pecah sebab ia ada selaput.\u00a0\n\nCara-caranya:\n1. Gunting buang semua tangkai telur.\n2. Cuci dlm penapis sejat/ tapiskan dulu.\n3. Masukkan telur itu dalam balang. Masukkan garam halus dan goncang-goncang manja bekas bagi garam dalam itu rata.\n4. Biarkan bekas itu kira-kira dua atau tiga jam kat luar.\n5. Kemudian, rebus la sebiji untuk tengok dah masin atau belum.\n6. Kalau tak okay, boleh tambah garam. Dah ok boleh basuh dan tos dan masuk dalam balang.\n7. Tak basuh pun tak apa tapi buang air garam dari dalam balang itu\n8. Simpan dalam peti ais bawah. Bila nak makan boleh rebus macam biasa. Siap!\n\nSelamat mencuba tip ini jika ada telur ayam pencen di rumah. Jangan terus buang, membazir tau!\u00a0\nBaca juga: Wanita Ini Kongsi 8 \u2018Rahsia\u2019 Masak Telur Dadar Gebu Gebas, Anak-Anak Tentu Suka!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-cucur-udang-tak-serap-minyak/", "title": "Tip Cucur Udang Tak Serap Banyak Minyak, Ini RAHSIA Yang Peniaga Selalu Buat", "body": "\nIni dia tip cucur udang tak serap banyak minyak yang boleh anda ikuti.\u00a0 Biasanya nak buat cucur udang ni masalah besar dia cucur kita tu selalu serap minyak.\u00a0\nBaca juga: Cucur Crabstick Guna 3 BAHAN Je, Anak Anak Mesti Berhantu Nak Makan!\nBila makan je, terasa berminyak pula mulut ini. Sesekali makan boleh lah. Bila makan banyak-banyak boleh jadi muak dan bahaya untuk kesihatan.\nBagi ibu-ibu yang selalu buat cucur udang untuk juadah petang mahupun sarapan, mesti runsing bila kena pakai minyak yang banyak untuk menggoreng.\u00a0\nIkuti tip dikongsikan oleh Cik Puan Tyra Manan ini, nampak mudah dan semua orang boleh buat. Bahan-bahan yang digunakan pun semuanya mudah kita nak dapat.\n\nTIP CUCUR UDANG TAK SERAP MINYAK\n\nBahan-bahan:\n\nTepung gandum \u2013 1/2kg\nTepung beras \u2013 2 tbsp\nBawang besar \u2013 1 labu (potong dadu)\nTelur \u2013 2 biji\nTaugeh \u2013 1 cawan\nKucai \nUdang kertas (kopek kulit)\nUdang biasa (untuk hiasan atas)\nAir \u2013 3 Cawan\nGaram \u2013 Secukup rasa\n\nCara penyediaan:\u00a0\n1. Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras. \n*Ini la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.\u00a0\nCara nak goreng:\n1. Panaskan dua kuali. Satu untuk menggoreng manakal satu lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat. \n2. Bila senduk dah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.\n\n3. Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap!\n4. Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul. \nBahan sos:\n\nCili masak \nBawang putih \nGula\nGaram\nCuka\nSos cili\nTepung jagung \u2013 bancuh dengan air\n\nCara buat sos:\u00a0\nRebus cili dan bawang putih lepastu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Akhir sekali baru masukkan air tepung jagung.\u00a0\nSedia untuk menikmati cucur udang yang rangup dan gebu!\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-halau-lalat/", "title": "Lalat Berleluasa Dekat Dapur? Ini 6 Tip Nak Halau Tanpa Guna Racun", "body": "\nLalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit.\nDisebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.\nSerangga perosak ini juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai.\nArtikel berkaitan: \u201cBaca Mantera Ke?\u201d, Lelaki Kongsi Resipi Guna Suara Lalat Buat Netizen Terhibur\nWalau bagaimanapun, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.\nDeria lalat yang kuat memang bertumpu kepada jenis makanan yang kurang enak baunya seperti belacan ataupun ikan yang belum dimasak.\nKehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka hinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.\nAnda dah beli macam-macam produk untuk menghalau lalat ni tapi tak berkesan. Ok apa kata cuba 6 petua kami kongsikan ni:\n6 Cara Halau Lalat\n1. Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.\n2. Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.\n3. Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.\n4. Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.\n5. Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.\n6. Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.\n\nKeberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda.\n\u2018Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri\u2019. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak di timpa penyakit di kemudian hari.\nSemoga bermanfaat!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-ikan-bilis-goreng-kekal-rangup-walaupun-dibasuh/", "title": "Hanya Guna Cuka, Tip Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup Walaupun Dah Dibasuh", "body": "\nAntara cara lain untuk membuat ikan bilis goreng rangup adalah terus menggorengnya tanpa dibasuh terlebih dahulu.\nTapi ramai yang was-was kerana risau jika ikan bilis yang dijual di kedai mungkin terjatuh dan dikutip semula ataupun cara penyimpanannya yang tidak bersih.\nOleh sebab itu, ikan bilis perlu dibasuh terlebih dahulu barulah kebersihan terjamin. Jangan risau, ada cara untuk memastikan ikan bilis yang dibasuh bersih ini kekal rangup. Ikuti perkongsian oleh Liza Idris di bawah.\nBaca juga: 6 Petua Nak Sambal Tempe Tahan Lama Dan Rangup\nTip Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup\n1. Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ya.\nAda yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus begini. Seeloknya cuci dulu.\n\n2. Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap saja.\n\n3. Renjiskan cuka ikut keperluan.\n\n4. Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan.\n\n5. Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.\n\n6. Dah garing, angkat dan toskan minyak.\n\n7. Siap. Kalau goreng banyak pastikan letak dalam bekas kedap udara.\n\n8. Saya suka goreng dan simpan buat stok. Letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat. Selamat mencuba!\n\nKredit: Liza Idris\nBaca juga: Rahsia Buat Sambal Bilis Rangup, Makan Dengan Apa Saja Pun Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-masak-daging/", "title": "Tip Masak Daging Goreng Kunyit TAK LIAT, Baru Nikmat Nak Meratah!", "body": "\nRenyah rasanya bila mengunyah daging tapi liat. Ini ada tip masak Daging Goreng Kunyit tak liat yang boleh anda cuba.\u00a0\nHanya menggunakan 6 bahan memasak sahaja, anda dapat hasilkan lauk daging goreng kunyit yang paling sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Pasti ramai yang memilih untuk order resipi ini bila makan diluar kan?\nBaca juga: Tip Masak Mee Goreng Sedap, Kena Tuang Sedikit BAHAN Ini\nSelain ayam goreng kunyit, masak daging goreg kunyit juga ramai penggemarnya. Boleh dimasak kering dan boleh juga dimasak basah.\nResipi daging goreng kunyit ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Nana Ismail melalui laman Facebooknya. Ini adalah cara beliau memasak daging goreng kunyit. Yang mana beliau lebih suka dengan tekstur dagingnya yang lembut dan berjus berbanding kering.\n\nTIP MASAK DAGING GORENG KUNYIT TAK LIAT\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nDaging (dihiris nipis)\nBawang besar 2 biji\nCili padi (ikut kepedasan)\nKacang buncis sedikit\nSerbuk kunyit\nGaram\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Ambil kuali dan masukkan hirisan daging tu. Tip bagi daging tak liat, goreng tanpa minyak biar sampai hilang air daging.\n2. Gaul daging yang dah digoreng tanpa minyak tadi dengan serbuk kunyit dan garam.\n3. Panaskan minyak dan goreng daging kira-kira 3-5 minit (pastikan daging potong nipis dan ikut lawan urat daging)\n4. Dengan menggunakan minyak daging tadi, tumis bawang hingga garing dan masukkan cili.\n5. Masukkan kacang buncis dan daging yang dah digoreng tadi.\n6. Gaul sebati dan siap! Sedia untuk dihidang.\nNota tambahan:\u00a0\n\nUntuk senang nampak urat daging itu, sebelum nak potong boleh balik-balikkan sekejap daging itu dalam kuali yang panas. Mudah untuk memotong nanti.\u00a0\n\n\nSelamat mencuba tip dan resipi Daging Goreng Kunyit ini.\nBaca juga: Tip Cucur Udang Tak Serap Banyak Minyak, Ini RAHSIA Yang Peniaga Selalu Buat\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-masak-kuah-bolognese/", "title": "Tip Masak Kuah Bolognese Lebih Sihat, Guna BAHAN Segar Ini", "body": "\nTip Masak Kuah Bolognese Lebih Sihat, Guna Bahan Segar Ini.\nSekarang ini nak mudah, masak apa-apa je mesti dah ada bahan segera. Kalau selalu guna bahan dalam tin risau juga banyak kesan sampingan untuk anak-anak.\nBaca juga: Fettuccine Carbonara Ikut Tekak Melayu, Resipi Ini Raih 6.1K Shares!\nSebenarnya, nak buat kuah bolognese tak susah pun. Malah, rasanya lagi sedap jika gunakan bahan-bahan segar yang jauh lebih sihat dan berkhasiat.\nJom ikuti resipi kuah bolognese yang sihat ini dari Cik Puan Cik Nara Mikayla ini.\n\nTIP MASAK KUAH BOLOGNESE LEBIH SIHAT\n\nBahan-bahan:\n8-10 biji tomato segar\n2 biji bawang holland\n1 labu bawang putih\n1/2 tin kecil puri tomato\nSedikit lada hitam\nSedikit oregano\nBebola ayam / daging\nGaram dan gula secukupnya\nCara-cara buat kuah:\n1. Mula-mula, kelarkan sedikit tomato pada 4 bahagian supaya mudah untuk kopek kulitnya bila dah habis rebus.\n2. Bila dah habis rebus dan cukup lembut, boleh diangkat dan rendam ke dalam air sejuk.\n3. Bila dah rendam, boleh kopek kulitnya tomato tadi. Kemudian kisarkan ia hingga menjadi puri. Ketepikan.\n\n4. Tumis pula bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.\n5. Kemudian, masukkan tomato yang sudah dikisar tadi. Tambahkan sedikit air, lada hitam, oregano, tomato puri dan bebola ayam atau daging.\n6. Akhir sekali, perasakan kuah bolognese dan gula dan garam hingga sebati. Siap!\n\nDah siap, boleh dihidangkan dengan spaghetti yang sudah direbus dan boleh letak taburan keju diatas sebagai topping!\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-masak-nasi-lemak-guna-santan-kotak/", "title": "Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata", "body": "\nTip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata.\nMasak nasi lemak guna santan kotak mesti tak selalu menjadi masak tak sekata walaupun dah ikut sukatan yang betul.\nRamai mengeluh nasi lemak jadi tak cantik, lembik dan kurang wangi berbanding guna santan segar.\nBaca juga: Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!\nJom ikuti tips dari perkongsian Cik Puan Amylia Nasir di laman Facebook ini. Menurut beliau, memang kalau nak cepat masak nasi lemak, jalan ekspres guna je santan kotak. Tetap wangi dan masak sekata guna tip beliau ini.\n\nTip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak\n\nTip ini diajar oleh ayah saya yang ada pengalaman berniaga di kantin sekolah. Memang nasi lemak ayah paling sedap kata cikgu-cikgu di situ. Semoga perkongsian ini dapat dipanjangkan kepada semua.\nBahan-bahan:\n\n3 tin susu \u2013 beras biasa (kunatiti ikut suka)\nHalia \u2013 ditumbuk\n5 helai daun pandan \u2013 gunting pendek\n1 santan kotak pek kecil\nGaram secukupnya\nMinyak secukupnya\n\nCara memasak:\n1. Basuh beras dan sukat beras.\n2. Letak beras tadi dalam bekas lain atau toskan. Isi periuk nasi tadi dengan air ikut sukatan beras tadi.\n3. Masukkan santan satu kotak, boleh guna apa-apa jenama. Satu kotak kecil pun dah terasa lemaknya. Jangan bazirkan santan, goncang dengan air dalam periuk dan tuang balik.\n4. Masukkan halia, daun pandan, garam secukup rasa.\n5. Masukkan minyak masak, dalam 3 sudu besar. Fungsi minyak masak ini supaya nasi lemak akn cantik dan sebiji-sebiji, tak lembik.\nNota: Sila periksa selalu bila dan tekan suis masak nasi. Jangan masak air santan mengelegak terlalu lama. Nnati santan akan pecah dan nasi tak cantik.\n6. Dah masuk ke semua bahan tadi, terus letak dalam periuk nasi. Tekan suis masak nasi seperti biasa. Beras jangan terus masuk dahulu, bila air santan dah mengelegak dan daun pandan maka wangilah nasi lemak itu nanti.\n7. Bila dah mengelegak, boleh masukkan beras yang sudah tos tadi. Kemudian kira-kira 5 atau 6 minit sekali kacau atau godak semua supaya sekata dengan santan.\n8. Nasi lemak guna santan kotak dah siap dimasak. Boleh dihidang dalam mangkuk lauk.\n\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Sambal Sotong Kembang, Makan Dengan Nasi, Nasi Lemak, Lempeng Sodap Beb!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-masak-sambal-tumis-lagi-sedap/", "title": "Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!", "body": "\nSambal Tumis adalah antara masakan yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.\nHidangan bersambal ini sesuai dimasak bersama pelbagai jenis bahan seperti ikan, daging, ayam, makanan laut, telur dan bermacam-macam lagi.\nNamun, ada di kalangan kita yang masih tercari-cari cara untuk menyedapkan lagi sajian ini. Mungkin kerana merasakan resipi yang sedia ada kurang menepati selera.\nBaca juga: 5 Resipi Sambal Homemade Sedap & Petua Tahan Lama Supaya Tidak Berkulat\nPutra Bugis Temasek telah berkongsi tip dan petua untuk memasak sambal tumis yang lebih sedap. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.\n\nCara Masak Sambal Tumis Lagi Sedap\nHari ini saya nak share petua atau cara buat sambal tumis. Tip-tip yang saya kumpulkan ini boleh membuatkan sajian ini bertambah sedap ketika dimasak.\nSaya buat penyelidikan tentang ini pada tahun 2013. Semoga bermanfaat & selamat membaca. Jika ada tip-tip dari teman-teman, sharelah juga ya.\n1. Sambal Tumis Bilis\n\n\nKalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Ia akan membuatkan sambalnya rasa lebih berperisa.\nBila masak Sambal Ikan Bilis, tidak perlu masukkan garam kerana bilis sudah mempunyai rasa masin. Tambah jika perlu sahaja.\nUntuk rasa lebih enak, boleh goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar hingga agak layu. Angkat. Tumis kisaran cili kering hingga masak. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan barulah masukkan ikan bilis serta bawang yang digoreng tadi.\n\n\n2. Sambal Tumis Sotong\n\n\nUntuk masak sambal sotong yang sedap, kena elak sotong berair dan mencemarkan sambal.\nCaranya, selepas dibasuh, perap sotong bersama garam. Dan ketika memasak, rasa kuah terlebih dahulu supaya rasa garam tidak berlebihan.\nSotong tidak perlu dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam sambal.\nSemasa masak sambal, masukkan sotong terlebih dahulu. Biar hingga kecut barulah masukkan air asam jawa.\nJika nak elak sotong terlalu kecut, masak sotong separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Teruskan masak sambal hingga pekat dan barulah masukkan sotong kembali ke dalam sambal.\n\n\n3. Sambal Tumis Udang\n\n\nKalau masak sambal tumis udang, kulit dan kepala udang jangan dibuang. Rebuskan kulit udang dan masukkan air rebusan dalam sambal. Ia kaan menjadikan rasa sambal lebih sedap dan berperisa.\nKetika masak sambal. masukkan udang terlebih dahulu. Biar hingga air udang keluar dan barulah masukkan air asam jawa.\nUntuk elak isi udang keras, masuk udang hingga separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Bila sambal hampir masak, barulah masukkan udang kembali ke dalam sambal.\nUntuk rasa sambal lebih berperisa, boleh juga kisar cili kering bersama sedikit udang kering bagi menyedapkan rasa.\n\n\n4. Sambal Tumis Telur\n\n\nNak bagi sedap, tip nya tambah sedikit ikan bilis sebagai perencah dalam kisaran cili.\n\n\n5. Cili Boh\n\n\nElakkan menggunakan cili boh kerana ada mengandungi cuka.\nTapi, jika perlu guna, pastikan ia dimasak hingga betul-betil garing dan lebihkan gula untuk menghilangkan rasa cukanya.\nBoleh juga tumis toamto dadu dan sedikit belacan semasa menyediakan sambal.\n\n\n6. Cili Kering\n\nPetua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering, masukkan sedikit kunyit hidup. Jadi, mana-mana masakan yang perlu guna cili seperti sambal, asam pedas, akan terasa lagi sedap dan padu.\n\n\n7. Saiz Api Masak\n\nApi harus kecil dan tumis rencah sehingga naik minyak.\nSelepas naik minyak, baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caramelized/keperangan.\nSambal tumis akan kelihatan gelap, cantik dan rasanya sedap.\nKemudian, masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Teruskan masak seperti biasa sehingga siap.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-penting-buat-bawang-goreng-rangup/", "title": "Tip Penting Buat Bawang Goreng Rangup Supaya Tak Hitam, Hangus & Tak Pahit!", "body": "\nTerasa nak buat bawang goreng sendiri kat rumah? Mana tidaknya, setiap kali beli di kedai, ada sahaja yang tidak kena dari segi rasa dan teksturnya yang hancur. Ada juga yang sudah menjadi lemau.\nApa kata jom cuba buat sendiri bawang goreng di rumah. Dapat makan yang\u00a0fresh\u00a0dari dapur lagi best kan? Tak perlu risau terbeli bawang goreng yang lemau dan sebagainya.\nJom lihat cara-cara membuat bawang goreng rangup hasil perkongsian oleh Ahmad Salehuddin di bawah.\nTip Penting Buat Bawang Goreng Rangup\nBAWANG GORENG STYLE MAK ABANG..\nKat rumah abang memang kena selalu ada stok bawang goreng ni sebab bila nak makan pape tabur bawang goreng ni jadi wangi je.\nDisebabkan ramai yang tanya ni abang share resepi kat sini ye.\n\nMula2 kupas kulit bawang tu dulu ye. Nak mudah rendam dengan air panas, so senang lah nak kupas kulit tu.\n\nLepas tu, hiris lah bawang tu nipis2. Abang potong manual je ye sebab abang takde benda untuk hiris tu. Selepas hiris, cuci bawang tu bersih2 dan toskan sampai bawang betul2 kering.\n\nLepas dah kering boleh lah panaskan minyak dalam kuali ye, minyak kena betul2 panas baru masukkan bawang tu. Lepas tu rajin2 lah gaul supaya bawang tu masak sekata.\n\nBila dah kekuningan garing boleh lah angkat dan toskan minyak tu. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.\n\nTips dari mak: Bila warna bawang dah mula kekuningan, bolehlah slowkan api gas ye supaya dia tak hitam dan hangus.. Kat sinilah biasanya orang terlepas pandang sebab bila hitam bawang tu akan jadi pahit tak sedap. Sentiasa kacau bila dah slowkan api tu sampai lah ia garing ye. Dah garing boleh lah angkat.\nKredit: Ahmad Salehuddin Amirwan\nBaca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak \u2018Satu Bahan\u2019 Ini\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-pilih-durian-banyak-isi/", "title": "Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!", "body": "\nSusah nak pilih durian yang elok? Jom ikuti tip pilih durian yang banyak isi, manis dan berlemak. Baru berbaloi nak beli nanti.\nNak pula dah tiba musim durian ini, memang ramai yang akan berebut untuk membelinya. Selain dimakan begitu sahaja, durian sering dijadikan manisan tradisional seperti serawa.\nBaca juga: Bunga Durian Goreng Belacan, Sajian Sayur Orang Sarawak Dan Indonesia\nKini, ramai yang menginovasikan resipi durian kepada makanan lain, seperti kek durian dan crepe durian.\nMalah, terdapat beberapa petua untuk memilih durian yang baik dan manis, yang pastinya berbaloi untuk kita. Untuk mengelak daripada tertipu ketika membeli durian, sebaiknya baca beberapa tips memilih durian ini.\nIkuti tip dari perkongsian Encik Izwan Ahmad ini untuk memilih buah durian yang banyak isi.\n\nTIP PILIH DURIAN BANYAK ISI, MANIS DAN BERLEMAK\n\n1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai itu akan ada rasa berlendir. Itu menandakan buah baru.\n2. Jangan tertipu bila penjual kata baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil, menandakan buah semakin kurang kualiti.\n3. Pilih buah yang tidak pecah di buntut, kerana buah yang baru tak akan pecah. Buah durian akan mula merekah pada hari ketiga. Ketika ini, rekahan bentuk line di setiap alur pangsa.\n4. Jika suka rasa yang lemak-lemak manis, pilih duri pendek dan sekata.\u00a0\n5. Jika suka yang jenis manis melenting dan ada rasa pahit sedikit, pilih duri yang melengkung dan pancang seinci.\n6. Nak kenal pasti durian rosak, cium setiap pangsa. Buah yang masak ada bau dari setiap pangsa.\u00a0\n7. Bagi yang profesional, mereka akan check seperti ini;\n\nGoncang buah, kalau jenis elok akan terasa ada gegar.\nTeknik menggaru buah, kalau ada bunyi lompong maknanya buah elok. Kalau padat, buahnya muda.\nDurian bukit berbeza dengan durian kampung. Daripada saiz 2.5 \u2013 3kh sebiji dan lebih, duri buah durian bukit lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam di tanah rata.\nUntuk tentukan jenis warna isi durian, di bahagian tangkai itu kikis. Ada beza warna pada kulit ari durian. Jika kulit ari kuning, isi juga kuning. Jika dikikis kulit tebal, isi pun tebal. Bagi durian bukit isi tembaga, buah durian sendiri coklat perang macam tembaga.\n\n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Dodol Durian Guna Breadmaker, Hanya Guna 6 BAHAN Ini Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-pilih-mangga-manis/", "title": "Tip Pilih Mangga Manis, Baru Berbaloi Beli Banyak Dapat Rasa Yang Best!", "body": "\nSiapa dekat sini peminat buah mangga? Mesti nak tahu tip pilih mangga yang manis dan ranum kan. MyResipi ingin kongsikan petua memilih supaya tak rugi bila dah terbeli buah masam.\u00a0\nBaca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!\nTerdapat beberapa cara untuk memilih mangga yang manis, salah satunya adalah dengan melihat kulitnya. Baca perkongsian penuh dari Encik Mansur Tompo ini.\u00a0\n\nTIP PILIH MANGGA YANG MANIS DAN RANUM\n\n1. Check tangkai buah mangga. Mangga yang telah masak mempunyai getah yang sedikit pada tangkainya. Tangkainya juga terlihat lubang di bahagian dalam. Tangkai mangga yang belum matang dan masih muda akan terlihat seperti digunting dan terdapat banyak getah.\n2. Perhatikan bentuk buah mangga. Mangga yang telah masak umumnya berbentuk bulat dan berisi padat terutama sekali di bahagian hujung atas.\n3. Cium bau mangga terlebih dahulu. Mangga yang telah masak sempurna memiliki aroma yang harum, bersesuaian dengan isinya yang manis. Mangga yang belum cukup masak kurang aroma nya berbanding yang telah matang.\n4. Kulit mangga yang telah masak sempurna biasanya lebih nipis berbanding mangga yang masih muda, serta berwarna kekuningan.\nBagi mangga hijau pula, warna hijau tua bermaksud manga tersebut masih belum matang manakala warna hijau yang agak muda dan mempunyai beberapa tompok hitam bermaksud mangga sudah pun matang. Elakkan membeli mangga kuning yang mempunyai kulit yang terdapat banyak bintik atau lebam kerana ia bermaksud keadaan mangga dah tak elok.\nJangan pilih mangga yang kulitnya berkedut sebab ia menandakan yang mangga dipetik terlalu awal dan dipaksa matang.\n5. Pilih mangga yang isi nya sedikit lembut, kerana ia menandakan mangga baru nak matang. Jangan pilih yang isi nya keras sebab dah tentu ia belum masak, dan jangan pula pilih yang lembik kerana buah tersebut sudah terlalu masak.\n\nSemoga bermanfaat!\u00a0\nBaca juga: Thermo Pot Ada Kesan Kuning? Ini Cara Hilangkan Guna SATU Bahan Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-pilih-pes-tom-yam-paling-sedap-pekat/", "title": "Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap & Pekat, Nampak Sama Tapi Rasa Lain-Lain", "body": "\nPelbagai jenis pes tom yam yang ada dijual di kedai. Tapi pasti ramai yang keliru nak pilih pes mana yang paling sedap dan pekat.\nMemang mudah kerja nak buat tom yam kalau ada pes ini. Tak perlu tambah sebarang tumisan atau bahan lain.\nKalau nak tahu pes mana yang paling sedap, jom sama-sama baca perkongsian oleh Zatty Roslan di bawah.\nTip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap & Pekat\nIni review ikhlas. Saya bukan penjual.\nTadi whatsap2 dengan jiran. Rupanya ada lagi yang tak tahu pasal paste tomyam yang sedap. Ok, ni pengalaman sis sebagai pengguna & selalu beli kat padang besar masa duk jitra dulu.\nSekali imbas korang tegok botol2 tu semua sama kan. Ramai bile sis cerita tiga2 botol ni lain2 jenama baru orang perasan. Banyak sis tengok org review2 masak guna paste yang tak sedap. Ya la. Sebab sis tahu ada lagi sedap dari tu.\n1. Tulisan thailand ni paling sedap\nYang ni tahun lepas sis try cari kt padang besar memang payah jumpa. Diorang susun bahagian dalam kedai. Sis cari 1 kedai ke 1 kedai & ada 2 botol je. Dia mahal sikit dari 2 jenama botol yang lain tu.\n\nCara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak segala isi2 tomyam. Tak perlu nak letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau paste korang letak sikit, letak la semua tu. Tapi sis masak tak letak pon. Letak paste je banyak2. Baru tomyam pekat memikat!\n\u00a0\n2. Paste tomyam jenama nang fah\nPerhatikan bulat kecik tu. Yang ni kedua sedap. Harga dia murah sikit dari tulisan thai tadi. Cara masak pon sama. Letak semua takyah adjust apa. Tapi korang try la letak susu cair dalam tomyam. Sedap & boleh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam macam sis, boleh letak susu cair.\n\n3. Paste tomyam jenama PUM\nPerhatikan bulat kecik tu. Yang ni kurang sedap & banyak orang review masak2 buat guna paste ni. Maybe kat tempat diorang ada jenama ni je kot. Yang pun ni memang korang kene orter. Macam korang masak guna paste tomyam sebelum2 ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang. Eh banyak lg laa. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ni memang berlambak kat padang besar & harga dia murah dari 2 botol yang kat atas tadi.\n\nOk done.\nLepasni korang nak beli paste tomyam perati benda yang sis bulat2 kan tu ok. Selamat mencuba.\nKredit: Zatty Roslan\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-rebus-kacang-kuda/", "title": "Tip Rebus Kacang Kuda Bagi EMPUK Dan Lembut, Tak Perlu Tunggu Berjam-jam", "body": "\nRupa-rupanya, ada tip rebus kacang kuda untuk bagi ia empuk dan lembut seperti beli di pasar malam. Memang menjadi guna cara ini.\n Bukan apa, jika salah teknik rebus kacang kuda ni, ia lambat masak, keras dan tak empuk. Malah jika terlebih rebus, ia boleh \u2018benyek\u2019 dan hancur pula. Membazir pula bila dan banyak rebus nanti.\nBaca juga: Tip Simpan Daun Kari Dalam Botol, Tahan Lama Walaupun Dikeringkan\nTapi bab merebusnya memang tidak dinafikan memakan masa yang lama, berjam-jam. Itu yang kadang-kala terbantut niat nak merebus dan kita sanggup tunggu untuk beli di pasar malam sahaja.\nTapi tahukah anda, sebenarnya ada cara mudah dan cepat hendak rebus kacang kuda ini. Ikuti tips dari perkongsian Cik Puan Siti Othman ini.\n\nTIP REBUS KACANG KUDA BAGI EMPUK DAN LEMBUT\n\nBahan-bahan:\n\n300gram kacang kuda\nSedikit serbuk kunyit\nSedikit garam\n\nCara-caranya:\u00a0\n1. Tip nak kacang empuk elok, rendamkan kacang tersebut semalaman.\n2. Selepas sudah direndam semalaman, rebus guna periuk nasi dan letak air sampai tenggelam kacang.\n3. Apabila automatik dah terjentik , cepat-cepat tutup suis\u2026 Jangan diusik kacang itu atau buka tutup periuk.\n4. Biar kacang terus masak dalam haba. Nanti elok je kejadian.\n5. Renggangkan sedikit penutup untuk mengelakkan air didihan keluar. Bila separuh jalan baru tutup rapat.\u00a0\n6. Bila telah mendidih masukkan garam gula dan serbuk kunyit.\n7. Masak hingga kacang empuk. Bila kacang telah empuk boleh tutup suis periuk.\n8. Angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan. Sedia untuk dinikmati.\n\n\nSelamat mencuba tip merebus kacang kuda ini.\nBaca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-sayur-cantik-berkilat/", "title": "Tip Sayur Cantik Berkilat Macam Kat Restoran, Buat INI Dulu Sebelum Goreng", "body": "\nKenapa sayur campur dekat kedai makan nampak sedap ye? Ini tip sayur cantik berkilat macam di restoran. Memang menjadi.\nSayur campur ialah salah satu menu mudah namun sangat menyelerakan terutamanya bagi peminat sayur-sayuran.\nBaca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA\nSelalunya di bufet hotel, restoran atau kedai makan, menu sayur campur di sana nampak sedap dan rangup, tak jemu dimakan.\nRupanya ada cara untuk mendapatkan sayur campur yang nampak segar, tidak layu dan cantik berkilat. Mudah sangat!\nAnda boleh menggunakan tip daripada Cik Puan Siti Khodijah yang berkongsi tip ibu mentuanya.\n\nTIP SAYUR CANTIK BERKILAT\u00a0\n\nSebelum menggoreng, pastikan buat ini dulu. Jika hendak sayur campur atau sayur tumis nampak berkilat cantik. Celur dahulu sayurnya dalam air panas mengelegak.\nSelepas itu toskan sayur dan barulah masak seperti biasa. Memang sayur akan nampak cantik berkilat selepas menggoreng dan khasiat sayurnya tak akan hilang.\n\nCara Bagi Sayur Kekal Segar\nIni cara saya simpan sayur jika kebiasaanya \u2018topup\u2019 bekalan sayur di rumah 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali untuk beli segala keperluan masak.\nTip simpan sayur segar berminggu-minggu.\n1. Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.\n2. Toskan selama beberapa minit.\n3. Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.\n4. Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepas itu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais dan siap.\n\nSemoga bermanfaat!\u00a0\nBaca juga: Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-simpan-daun-kari-dalam-botol/", "title": "Tip Simpan Daun Kari Dalam Botol, Tahan Lama Walaupun Dikeringkan", "body": "\nTak tahu nak simpan cara betul? Ini tip simpan daun kari dalam botol. Selain daun kari, bahan herba seperti daun limau purut, bunga kantan, daun sup, daun ketumbar atau kunyit juga boleh disimpan dengan cara begini.\nBaca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA\nKalau duduk dekat kampung memang mudah. Tanam tepi rumah sahaja, nak makan pergi petik. Namun bagi yang tinggal di kawasan bandar agak susah. Nak pula kalau pergi beli semua bahan-bahan tu dekat pasaraya bukan selalu, dua minggu sekali.\nIkuti tip dari perkongsian Cik Rain dari laman Facebook ini. Perkongsiannya itu banyak meraih perhatian netizen kerana tekniknya yang efisien dan jimat.\n\nTIP SIMPAN DAUN KARI DALAM BOTOL\n\n Sebenarnya boleh guna cara yang sama untuk simpan daun limau juga. Pastikan betul -betul kering baru masuk botol tau, kalau tak nanti ia berkulat.\n1. Cuci bersih daun kari dan keringkan atau jemur bawah cahaya matahari.\n2. Kemudian, lap pakai tisu dan balut dengan surat khabar. \n3. Selepas itu, simpan dalam peti sejuk. Biarkan seminggu dan baru buka balik surat khabar.\n4. Cukup kering seperti dedaun kering baru masuk botol.\n5. Warna daun kari masih hijau, klau nak masak boleh terus ambil dan masuk dalam masakan, ia akan jadi macam daun segar yang dimasukkan dalam masakan dan baunya masih harum.\n6. Botol kaca tersebut boleh kitar semula dari botol sos spaghetti. Buang label dan cuci bersih. Tak perlu membazir beli baru.\n\nSemoga bermanfaat.\nBaca juga: Tip Tanam Sweet Basil Dengan Keratan Batang, Memang Lebat Tumbuhnya Nanti\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-simpan-udang-fresh/", "title": "Kekal Segar Hingga 6 Bulan, Ini Tip Simpan Udang \u2018Fresh\u2019 Macam Baru Naik Dari Laut", "body": "\nBahan basah mentah seperti udang dan ikan contohnya mesti ada tips ataupun petua untuk menyimpannya supaya kekal segar walaupun disimpan dalam tempoh yang agak lama.\nBeli udang mahal-mahal kemudian simpan dalam peti tapi lepas seminggu tengok dah pun lembik dan hitam. Ini antara masalah bila nak menyimpan stok makanan laut terutamanya udang.\nBaca juga: Cara Siang Udang Lipan, Baru Puas Makan Dapat Isi Seketul-seketul\nUdang ini ada cara simpanannya yang tersendiri supaya ia boleh sentiasa segar walau berbulan-bulan lamanya. Macam mana caranya? Mari ikuti perkongsian Tieok Eng di Facebook.\nBOLEH TAHAN SAMPAI 6 BULAN, INI TIPS SIMPAN UDANG \u2018FRESH\u2019 MACAM BARU NAIK DARI LAUT\nIni bukan masak apa tak jadi ye. Aunty cuma nak share tip cara aunty simpan udang tahan lama dan sama \u2018fresh\u2019 macam yang baru naik dari laut, walaupun aunty simpan hampir 6 bulan kat peti ais beku.\n\nCARA-CARANYA :\n1. Bersihkan udang dan letak dalam bekas yang boleh tutup.\n2. Masukkan air yang sejuk. Kalau ada mesin Coway guna air yang sejuk. Kalau tak ada, boleh cairkan air ais dulu ye.\n3. Lepas tu letak gula sikit, tutup kemas simpan kat peti ais beku,\n4. Air biar sama tinggi dengan udang kat bekas tu.\nSelamat mencuba.\nSemoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda.\n"} {"url": "https://myresipi.com/tip-tanam-sweet-basil/", "title": "Tip Tanam Sweet Basil Dengan Keratan Batang, Memang Lebat Tumbuhnya Nanti", "body": "\nSweet Basil atau lebih dikenali sebagai daun selasih ini selalu kita gunakan dalam masakan terutama sekali hidangan Thai dan masakan Itali. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam.\nCuma pokok sweet basil ini tak ramai yang menjual termasuklah di pasar raya. Jadi elok juga jika kita tanam sendiri di rumah. Tanam sepasu pun dah cukup.\nBaca juga: Cara BETUL Petik Cili Supaya Tahan Lama Dan Cepat Berbuah Semula\nJika nak tanam dari keratan batang, boleh guna perkongsian dari Cik Puan Cozy Lady di laman TikTok ini. Banyak perkongsian lain tentang tanaman sayur dari beliau yang anda boleh lihat di sana.\u00a0\n\nCARA TANAM SWEET BASIL DARI KERATAN BATANG\n\n1. Mula-mula, pergi ke pasaraya dan sepaket sweet basil. Kemudian, buang semua daun kecuali pucuk yang paling atas.\n2. Selepas itu, cucuk ke dalam tanah.\n3. Siram seperti biasa dan tempatkan tanaman di kawasan yang mudah mendapat cahaya matahari selama 3 hari. (Jangan direct matahari)\n4. Selepas tanaman dah 3 hari, baru letak direct pada matahari sehingga matang.\n5. Nak lagi banyak daun, patahkan pucuk sebelah atas supaya cabangnya lagi banyak.\n6. Bila dah naik daun, boleh kambuskan lagi dengan tanah. Siram selalu. Sampai pokok naik. Dah macam ni bole la petik hasilnya.\u00a0\nVideo penuh:\u00a0\n\n\n @cozylady_malaysia\nReplying to @Zura Rahman Novelis Cara tanam sweet basil dengan keratan batang. Selasih (thai basil) pun boleh ditanam dgn cara sama seperti pokok ni. #kebunbandar #tanamsayurdirumah #tanamsayursendiridirumah #berkebun #kebunbalkoni \n \u266c original sound \u2013 Cozy Lady: Tips penyusuan \u2013 Cozy Lady: Tips penyusuan \n\n \n\nSemoga bermanfaat!\nBaca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-bagi-mengekalkan-kelembutan-daging-confirm-tak-liat/", "title": "Tips Bagi Mengekalkan Kelembutan Daging, Confirm Tak Liat!", "body": "\nSelalunya kalau makan daging lembut mesti kena beli daging \u2018premium\u2019 contohnya daging batang pinang. Tapi daging tersebut harganya lebih mahal berbanding daging yang biasa, nak beli selalu lari bajet lah kan?\nTapi jangan risau! Kalau korang ikut tips ini, pasti daging biasa yang korang beli akan lembut dan tidak liat. Nak tahu apa rahsianya? Jom cuba tips goreng daging lembut.\n\n1. Potong daging kecil-kecil\nMula-mula sebelum kita menggoreng daging, korang perlu lah potong daging kecil-kecil supaya cepat ianya masak dan memudahkan proses untuk menggoreng.\n2. Guna api sederhana\nUntuk menggoreng daging, korang perlu guna api yang sederhana sahaja supaya daging masak dengan baik. Jangan guna api kuat kerana risau daging bentan. Selepas air daging sudah kering, boleh angkat dah.\n3. Tumbuk daging\nSetelah selesai menggoreng daging, perkara yang perlu korang buat supaya daging menjadi lembut adalah dengan menumbuk daging menggunakan lesung batu. Jangan tumbuk sehingga lunyai sebab taknak daging menjadi terlalu hancur.\nSumber: Maya Epryna\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-barang-basah-maintain-segar-dalam-peti-perkongsian-ini-raih-lebih-10k-retweet/", "title": "Tips Barang Basah \u2018Maintain\u2019 Segar Dalam Peti, Perkongsian Ini Raih Lebih 10K Retweet!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-17 07:45:29\n\n\nBiasanya selepas balik daripada membeli-belah, mesti kita akan terus menyimpan barang-barang basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran ke dalam peti sejuk\u00a0supaya dapat mengekalkan kesegarannya. Namun, tahukah anda? Ada lagi cara penyimpanan barang basah yang lebih berkesan untuk\u00a0memastikan kesegarannya bertahan lebih lama. Perkongsian Ana Sulianna menerusi laman Twitter ini raih lebih 10K retweet membuktikan keberkesanan petua penyimpanan barang basah ini. Oleh itu, jom sama-sama memanfaatkannya.\n\u00a0\n\nBahagikan bahan protein mengikut saiz yang diingini ke dalam beg ziplock\n \nKredit: Ana Sulianna\n Untuk memastikan bahan basah kekal segar, cuci bahan basah terlebih dahulu sebersih-bersihnya. Kemudian, bahagikan barang basah tersebut ke dalam beg ziplock mengikut posi hidangan yang anda inginkan.\n\u00a0\nSimpan sayuran beralaskan tisu dapur dalam beg ziplock\n \nKredit: Ana Sulianna\n Sayur-sayuran seperti labu, lobak, timun, dan pok choy, tidak perlu dicuci. Anda boleh terus memotong sayuran tersebut mengikut saiz yang sesuai. Kemudian, masukkan ke dalam beg ziplock yang beralaskan tisu dapur untuk memastikan sayuran tersebut tahan lebih lama. Akhir sekali, letakkannya ke dalam peti sejuk dan guna bila perlu.\n\u00a0\nLetakkan daun-daun di dalam beg ziplock dan simpankan di dalam freezer\n \nKredit: Ana Sulianna\n Anda boleh gunakan kaedah ini untuk daun-daun seperti daun kari, daun limau purut, daun ketumbar, dan daun kunyit. Tanpa perlu dicuci dahulu, periksa dahulu daun-daun dan buangkan bahagian yang layu. Kemudian, masukkannya ke dalam beg ziplock dan simpankan di dalam freezer. Dengan menggunakan cara ini, daun-daun boleh bertahan selama berbulan-bulan lamanya.\n\u00a0\nSimpankan sayuran akar anda di dalam bekas berisi air\n \nKredit: Ana Sulianna\n Cara penyimpanan mungkin agak berbeza untuk sayur akar seperti lengkuas, halia, dan kunyit hidup berbanding dengan sayuran lain. Bagi mengekalkan kesegaran yang lebih lama, cucikan sayuran akar tersebut dan kemudian letakkannya di dalam balang yang berisi air. Selepas itu, simpan balang tersebut ke dalam petik sejuk. Di samping itu, jangan lupa untuk menukar airnya setiap minggu bagi memastikan akar sayur kekal segar untuk masa yang lebih panjang.\n\u00a0\nBalutkan sayuran menggunakan pembalut plastik\n \nKredit: Friends of the Earth\n Untuk sayur-sayuran seperti brokoli, kubis dan bunga kubis, cara-cara penyimpanannya adalah dengan membalutnya dengan pembalut plastik tanpa perlu dibasuh. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk. Gunakan apabila perlu dan simpan lebihan sayuran dengan membalutnya semula selepas guna.\n\u00a0\n\nMudah sahaja bukan? Dengan menggunakan cara-cara ini, pastinya bukan sahaja barang dapur anda akan lebih tahan lama tetapi lebih kemas tersusun di dalam peti sejuk.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-beli-telur-yang-betul/", "title": "Tips Beli Telur Yang Betul Untuk Menghindari Risiko Keracunan", "body": "\nPasti ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya ada tips beli telur dengan betul. Telur ayam adalah salah satu makanan yang wajib ada di setiap rumah. Walaupun selalu dimasak untuk lauk yang biasa, tetapi dengan adanya lauk telur ayam seperti telur goreng ianya cukup untuk melengkapkan makanan anda sekeluarga.\nTetapi ada dikalangan kita tidak tahu bahawa pemilihan telur ketika membeli juga harus dititik beratkan. Ini adalah untuk memastikan telur yang kita beli itu masih segar, bersih dan selamat untuk dimakan.\nJika kita membeli telur yang sudah tidak segar, ia berkemungkinan besar boleh memberikan kesan buruk kepada kita. Jadi kita wajib tahu cara pemilihan telur yang segar dan baik sebelum pembelian.\nDi Twitter, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Putrajaya melalui KKM Nak Pesan ada berkongsi tips penting dan\u00a0 pesanan tentang pemilihan telur di pasaran. Berdasarkan infografik yang bersumberkan BKKM Kelantan, ini adalah 6 tips memilih telur.\n\u00a06 Tips Yang Wajib Anda Tahu Ketika Membeli Telur Ayam\n\n\nBaca label yang tertera di telur\nLihat tarikh luput\nPastikan telur tidak berbau\nTiada najis pada telur\nPastikan tiada retakan pada telur\nTiada telur yang pecah\n\nSelain itu, BKKM\u00a0 juga ada menyatakan beberapa pesanan iaitu:\n\nBeli ikut keperluan bagi menikmati kesegaran telur, elakkan simpan stok terlalu lama\nSimpan di tempat yang sesuai (dingin/kering)\nBasuh telur sebelum guna\n\nKesan Buruk Jika Makan Telur Busuk\u00a0\n\n\nKeracunan makanan\nCirit birit\nMuntah\n\nTelur yang rosak juga akan mengeluarkan sejenis bakteria yang dipanggil pseudomonas, ia akan menyebabkan telur berbau busuk dan bertukar menjadi hijau kebiruan.\nJadi, pemilihan telur sebelum pembelian amatlah penting dan anda wajib untuk ikut tips diatas agar telur yang anda beli itu segar dan selemat untuk dimakan.\n\n\nSumber : @BKKMputrajaya\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-bersihkan-blender-atau-pengisar-dengan-mudah-confirm-hilang-segala-bau/", "title": "Tips Bersihkan Blender Atau Pengisar Dengan Mudah, Confirm Hilang Segala Bau!", "body": "\nKorang pernah tak bila dah kisar cili kering sahaja, mula lah pengisar korang ada sisa cili and pengisar menjadi warna merah. Kalau nak kisar benda lain pula, bau daripada cili tersebut masih melekat.\nSebenarnya ada cara yang betul yang boleh korang lakukan untuk mencuci pengisar sehingga betul-betul bersih dan dapat hilangkan bau yang melekat. Jom cuba tips yang berguna ini.\nBahan-bahan\n\n\u00bd cawan tepung gandum\n1 cawan air\n\nCara-Cara\n\nMasukkan tepung gandum dan air ke dalam pengisar.\nKisarkan kesemua bahan tersebut sehingga hilang segala kekotoran dan bau pada pengisar.\nBuat sehingga rasa puas hati.\n\nSelamat mencuba!\nSumber: Umie Wati\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-buat-cekodok-pisang-rangup-krup-krap-lembut-di-dalam/", "title": "Tips Buat Cekodok Pisang Rangup Krup Krap, Lembut Di Dalam", "body": "\nKalau ada pisang lebih kat rumah, jom cuba buat cekodok pisang rangup ni untuk sarapan pagi. Guna bahan mudah je nak buat. Perut pun kenyang!\nAda tips nak buat cekodok pisang yang sedap iaitu jangan kisar bahan-bahan yang digunakan, cukup hanya gaul rata saja! Nak tahu cara lengkap? Jom lihat resipi di bawah.\nBaca juga: Resipi Bakwan Yang Mudah, Kena Ikut Teknik Ini Baru Lagi Super Rangup\nRESIPI CEKODOK PISANG RANGUP\nBahan-bahan:\n\n10 biji pisang dilenyek (saiz macam dalam gambar. Kalau buah pisang yang besar kurangkan ye)\n2 sb Planta\n4 sb gula pasir\n1 sk soda bikarbonat\n1sk baking powder\n1sk garam\n2 cawan lebih sikit tepung gandum\n\nCara-cara:\n\nSatukan semua bahab-bahan di atas kecuali tepung gandum.\nGaul sebati sahaja, jangan blend nanti tak sedap.\nKemudian masukkan tepugn gandum dan gaul rata.\nPerap sekejap selama 30 minit.\nKemudian sedia untuk digoreng dalam minyak panas menggunakan api sederhana.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Noriza Awang Hamat\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-buat-cili-kisar-tahan-lama-simpan-berbulan-dalam-peti-sejuk-pun-tak-berkulat/", "title": "Tips Buat Cili Kisar Tahan Lama, Simpan Berbulan Dalam Peti Sejuk Pun Tak Berkulat", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nMemang tak dapat dinafikan, cili kisar seakan sudah menjadi satu bahan \u2018wajib\u2019 yang perlu ada dalam masakan kebanyakan rakyat Malaysia. Oleh itu, untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa, para ibu bolehlah mengisar cili kering terlebih dahulu dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Tapi walaupun sudah disimpan di dalam peti sejuk, cili kisar ini masih tidak boleh bertahan dalam tempoh yang agak lama. Sampai kadangkala boleh berkulat! Jadi macam mana nak menyelesaikan masalah ini? Jom ikuti tips dan petua untuk membuat cili kisar tahan lama yang dikongsikan Nad Adleesya di Facebook.\n\nKredit: Nad AdleesyaBAHAN-BAHAN\n\nCili kering\n2 labu bawang putih\n\nCARA-CARA\n\nGuntingkan dahulu cili kering untuk buang bijinya.\n\nBasuh dengan air biasa.\n\nRendamkan dengan air suam yang dah di tapis. Jangan guna air paip.\n\nDah kembang baru masakkan cili kering dan bawang putih, boleh tengok cara-caranya di dalam gambar. Masak dengan air yang dah di tapis juga sampai mendidih dan boleh tutup api\n\nDah sejuk sikit boleh tapis dan kisar macam tu je. Kalau kering sangat tambah air sikit je. Sukatan dalam 1/4 cawan. Kemudian boleh tambah cili kering tu lagi dan lagi sampai siap.\n\nMasukkan dalam tupperware dan bila dah sejuk baru simpan dalam peti ais. Dah siap!\n\nKredit: Nad Adleesya\n\nKredit: Nad Adleesya\n\nKredit: Nad Adleesya\n\nKredit: Nad Adleesya\nSelamat Mencuba\nKredit: Nad Adleesya\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-buat-kacang-bawang-putih-sedap/", "title": "Tips Buat Kacang Bawang Putih Sedap, Kena Rebus & Perap Semalaman Sebelum Goreng!", "body": "\nRugi siapa tak suka makan Kacang Bawang Putih ni. Serius sedap, makan sambil tengok tv tak sedar dah habis sebekas.\nMudah je kalau ada yang nak cuba buat sendiri kat rumah. Tapi ada tips supaya hasilnya lebih sedap.\nNak tahu apa tipsnya? Jom sama-sama baca perkongsian dari Nazira Abd Kader di bawah.\nTips Buat Kacang Bawang Putih Sedap\nBahan-bahan:\n\nKacang kopek 1kg (kopek kacang kepada dua supaya bila perap, serap sepenuhnya dan cuci.)\nBawang putih 20 ulas (dikisar dan dibuat paste)\nBawang putih 20 ulas (dihiris halus, masukkan semasa menggoreng nanti)\nGaram\nGula\nAjinamoto\n\nCara-cara membuatnya:\n1. Basuh kacang sehingga bersih.\u00a0Saya beli kacang di pasar raya yang dah siap packing, tertulis kacang kopek (ada yang panggil kacang shandong/kacang trojen. Yang penting bukan kacang tanah biasa.\n2. Rebuskan air bersama paste bawang putih dalam 2 sudu bersama garam dan gula sehingga mendidih. Bakinya gaul pada kacang yang sudah siap direbus nanti.\n\n3. Kemudian masukkan kacang tadi.\n\n4. Rebus dalam 3 minit dan tutupkan api. Biarkan kacang dalam air rebusan lebih kurang dalam 10 minit, toskan.\n\n5. Lepas dah siap tos, gaul kacang tadi bersama paste bawang putih, garam dan ajinamoto. Gaul rata dan letakkan dalam dulang. Perap semalaman.\n6. Rupa kacang yang sudah diperap semalaman. Kacang akan jadi kering macam ni.\n\n7. Sebelum goreng kacang, hiriskan dalam 20 ulas bawang putih. Ikut suka nak banyak mana.\n\n8. Panaskan minyak, kemudian kecilkan api dan baru masukkan kacang. Jangan banyak sangat, nanti kacang tak rangup.\n\n9. Bila kacang dah separuh masak macam ni, masukkan sedikit hirisan bawang putih. Masak sehingga kacang masak secukupnya.\n\n10. Rupa kacang yang dah siap digoreng, sejukkan sepenuhnya sebelum simpan ke dalam bekas kedap udara.\n\nKredit: Nazira Abd Kader\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-buat-nasi-ayam-biasa-jadi-lebih-sedap/", "title": "Tips Buat Nasi Ayam Biasa Jadi Lebih Sedap, Kena Sapu Butter & Minyak Bijan", "body": "\nPasti ramai yang dah biasa buat nasi ayam kan? Jika sebelum ini buat nasi ayam biasa saja, kali ini jom jadikannya lebih \u2018luar biasa\u2019.\nRupanya ada rahsia nak buat nasi ayam biasa jadi lebih sedap dan menyelerakan. Selain nasi, ayam juga memainkan perananan yang penting bagi keseluruhan hidangan.\nKalau ikut resipi ni, ayam akan jadi lebih enak sebab menggunakan mentega dan minyak ayam yang akan disapu pada ayam. Jom cuba!\nRESIPI NASI AYAM BIASA TAPI LEBIH SEDAP & LAZAT\nBahan-bahan rebus ayam:\n\nAyam bahagian paha\nStok ayam\nHalia\n5 ulas bawang putih\n\nCara-cara rebus ayam:\n\nBasuh bersih ayam. Rebus ayam dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk.\nAir kena banyak sebab air rebusan ayam akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap.\nBila dah mendidih, angkat ayam dan toskan.\n\nBahan-bahan perapan ayam (2 ketul paha ayam):\n\n2 sudu gula perang\n2 sudu madu\n1/2 cawan kicap manis\n2 sudu sos tiram\n1 sudu kecil lada hitam\nGaram\nMinyak bijan\n\nCara-cara perap ayam:\n\nGaul semua bahan dan sebatikan pada ayam. Perap ayam dalam 30 minit.\nKemudian boleh dibakar pada suhu 180\u2103 selama 30 minit.\nSebelum bakar sapukan butter dan minyak bijan.\nBila dah siap masak, sapu lagi butter dan minyak bijan untuk dapatkan hasil yang lebih menarik.\n\n\nBahan-bahan memasak nasi:\n\n2 cawan beras basmathi\nMinyak sapi\nButter\nDaun pandan\nSerai\nHalia\n4 sekawan\n3 1/2 cawan air rebusan ayam\nGaram\n\nCara-cara memasak nasi:\n\nPanaskan minyak sapi dan butter dan periuk nasi elektrik.\nTumis daun pandan, serai, halia dan 4 sekawan sehingga naik wangi. Masukkan juga beras, gaul sebati.\nMasukkan air rebusan ayam tadi juga bersama garam dan gaul sebati.\nMasak nasi macam biasa sehingga masak. Bila dah masak, gaul-gaulkan nasi supaya masak sekata.\n\n\nBahan-bahan sos:\n\n4 biji cili merah\nSeulas bawang putih\nGula\nGaram\nCuka\nSos cili\n\nCara-cara membuat sos:\n\nKisar cili merah bersama bawang putih. Guna air rebusan ayam tadi juga. Masak menggunakan api perlahan.\nKemudian masukkan sedikit gula, garam, cuka dan sos cili. Kalau nak pekat, letak sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air.\n\nCara membuat kicap:\n\nLebihan bahan perapan ayam tadi masak bersama sedikit air stok ayam. Kalau tak masin tambah garam. Dah mendidih tutup api.\n\nCara membuat sup:\n\nLebihan air stok ayam tadi panaskan, tambah garam dan kiub ayam. Masak hingga mendidi. Siap.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Mdm Kelly\nBaca juga: Cara Buat Ayam Roasted Ala Dominos, Sedap Menjilat Jari!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-buat-peria-goreng-crispy/", "title": "Tips Buat Peria Goreng Crispy Macam Di Kedai Mamak, Rangup & Tak Pahit!", "body": "\nSetiap kali ke kedai mamak, sayuran yang biasa diambil semestinya peria goreng crispy. \nMungkin sesetengah orang tak suka sebab rasa pahitnya. Tapi kalau dah biasa makan, tak akan terasa pun pahitnya itu.\nNak buat peria goreng crispy ni tak susah pun, boleh cuba buat menggunakan resipi di bawah.\nRESIPI PERIA GORENG CRISPY\nBahan-bahan:\n\nPeria katak\nGaram\n1 \u00a0\u00bd\u00a0 sudu kecil kunyit\n1 \u00bd sudu besar serbuk cili jenama\n2 sudu kecil serbuk lada putih\n1\u00a0\u00bd sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)\n2 sudu besar tepung\n2 sudu besar tepung beras cap\n\nCara penyediaan:\n\nHiris peria nipis-nipis. Cuci dan rendam dengan air garam selama 20 minit. Bilas.\nMasukkan garam dan gaul.\nMasukkan kunyit, serbuk cili, lada putih dan jintan. Gaul sebati. Biarkan 30 minit.\nMasukkan tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.\nSediakan minyak yang banyak.\nGuna api kecil dan pastikan minyak betul-betul panas.\nBila minyak dah betul-betul panas, naikkan api sederhana besar dan mula goreng.\nIkut tips ni baru dapat peria garing, rangup dan crispy, serta tahan lama.\nTunggu sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Kalau masukkan semasa suam pun tak boleh, nanti lemau.\n\nSelamat mencuba!\nKredit: Sheena Supramaniam\nBaca juga: Nak Hilangkan Pahit Peria Dengan Mudah? Jom Cuba Petua Ini, Confirm Menjadi!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-buat-roti-goreng-sardin-yang-rangup/", "title": "Tips Buat Roti Goreng Sardin Yang \u2018Rangup\u2019, Kena Perah Sedikit Asam Limau", "body": "\nRoti putih kebiasaannya dimakan bersama jem ataupun kaya, namun sebenarnya banyak lagi resipi yang kita boleh buat dengan menggunakan roti ini. Misalnya anda boleh cuba resipi roti goreng sardin yang rangup ini.\nSesuai disediakan untuk minum petang. Cara penyediannya juga mudah yang amat! Nak buat untuk sarapan pun sesuai juga, pasti habis licin dimakan anak-anak. Nak cuba? Ikut saja resipi yang dikongsi oleh Cahaya Kasih Firdausi di bawah ini.\nBaca juga: Buat Sendiri Apam Balik Nipis Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan Ini Nak Lagi Rangup\nRESIPI ROTI GORENG SARDIN RANGUP\nBahan-bahan inti:\n\nSardin tin\nBawang merah\nCili padi\nGula sikit\nGaram sikit\nSerbuk perasa sedap maggie\n\nBahan-bahan adunan tepung:\n\nTepung gandum\nSedikit garam\nAir\nAir limau\nSerbuk kunyit\n\nCara-cara:\n1. Tuangkan sardin tin dalam mangkuk.\n2. Kemudian masukkan bawang merah dan cili padi yang sudah dipotong serta masukkan juga bahan-bahan lain.\n\n3. Hancurkan semua bahan, gaul rata dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga masak dan bawang layu.\n4. Untuk tepung gorengan biasa saja, boleh guna berbagai jenis tepung, cuma perahkan air limau sedikit sahaja untuk rangup serta sedikit garam. Nak bagi warna kuning, letak sedikit serbuk kunyit.\n\n5. Tepung yang sudah disebatikan, selepas isi sardin di dalam roti, ketepikan roti dan letakkan tepung cair dan lipat dua untuk lekatkan roti agar tidak terbuka.\n\n6. Roti tak perlu dilenyek atau kukus. Hanya celup dalam tepung dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.\n\n7. Siap! Jangan lupa untuk cuba di rumah, okay!\n\nKredit: Cahaya Kasih Firdausi\n\n\nBaca juga: Resipi Roti Cheezy Balut Telur Guna 3 Bahan, Hidangan Ringkas Tapi Mengenyangkan!\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-buat-roti-paratha-homemade-yang-rangup/", "title": "Tips Buat Roti Paratha Homemade Yang Rangup, Kena Sapu \u20181 Bahan\u2019 Ini Sebelum Goreng", "body": "\nMudah saja rupanya nak buat roti paratha homemade.\u00a0Tak perlu beli yang segera punya dah, lagi sedap kalau buat sendiri.\nRasanya yang sedap dan rangup, makan pula cicah dengan kari memang confirm tak cukup 3 keping punyalah!\nHanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah, jom lihat resipi yang dikongsi oleh Khadijah Jaafar di bawah.\nCara Buat Roti Paratha Homemade\nBahan-bahan:\n\n2 cawan tepung gandun\n1/2 sudu kecil garam\n2 sudu kecil gula\n1 sudu kecil yis\n150ml air\n4 sudu besar minyak masak\nMinyak/butter/ minyak sapi untuk goreng\nButter untuk sapuan\n\nCara-cara penyediaannya:\n1. Di dalam mangkuk campurkan tepung, garam, gula, yis dan minyak masak. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan lembut.\n\n2.\u00a0Rupa doh yang dah siap uli. Tak perlu uli lama-lama pun.\n\n3. Biarkan doh direhatkan dalam sejam tutupkan dengan kain. Pastikan mangkuk disapukan dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat pada mangkuk.\n\n4. Doh akan naik 2 kali ganda dari saiz asal.\n\n5. Bentukkan doh kecil-kecil. Ikut pada saiz yg masing-masing kehendaki. Akan dapat lebih kurang 9 biji. Rehatkan dalam 10-15 minit.\n\n6. Ambil satu biji dan taburkan sedikit tepung pada papan dan atas doh. Supaya mudah nak golek & tak melekat.\n\n7. Golekkanlah mengikut ketebalan yang disukai.\n\n8. Panaskan kuali dengan minyak/butter/minyak sapi. Mengikut citarasa masing-masing.\nGoreng roti paratha lebih kurang 2-3 minit untuk setiap belah ataupun sehingga garing. Pastikan goreng dengan api perlahan.\n\n10. Selepas sudah siap digoreng Cik Tie suka sapukan sedikit butter. Rasanya pun lebih sedap dengan rasa lemak butter.\n\n11. Boleh hidangkan bersama kuah kegemaran. Asyik sungguh cicah dengan kari. \u00a0Selamat mencuba!\n\nKredit: Khadijah Jaafar\nBaca juga:\u00a0Tortilla Wrap Homemade. Guna 3 Bahan Je, Sedap & Jimat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-buat-sambal-telur-hancur-yang-sedap/", "title": "Tips Buat Sambal Telur Hancur Yang Sedap, Kena Goreng Dulu Telur Sampai Garing", "body": "\nPasti ramai dah biasa masak sambal telur hancur kan? Kalau nak rasa lagi sedap, kena goreng dulu telur sampai garing.\nBulan Ramadan juga bakal tiba tidak lama lagi, menu ini sangat sesuai untuk dimasak pada waktu sahur kerana ianya sangat senang dimasak dan tak guna banyak bahan.\nResipi ini merupakan perkongsian oleh Saudari Raihan di bawah. Menurutnya juga, resipi tersebut merupakan resipi dari nenek beliau.\nRESIPI TELUR SAMBAL HANCUR YANG SEDAP\nBahan-bahan:\n\nTelur\nCili kisar\nBawang besar\nBawang putih\nSos tiram\nSos cili\nAsam keping\nGaram dan perasa\n\nCara-cara:\n1. Panaskan minyak. Masukkan telur, goreng, hancurkan dan biarkan ia sedikit garing. Kemudian angkat dan ketepikan.\n\n2. Untuk sambal, tumis dengan cili kisar, bawang besar dan bawang putih. Bila dah garing, masukkan sos tiram, sos cili, asam keping, garam dan perasa. Bila dah kacau sebati, masukkan sedikit air.\n\n3. Akhir sekali, masukkan telur tadi dan kacau sebati.\n\nSiap, selamat mencuba!\n\nKredit: \u0631\u064a\u062d\u0627\u0646 \u0628\u0627\u0633\u0647\u062f\u064a\u0646\nBaca juga: Ikut 4 Langkah Ini Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang \u2018Perfect\u2019\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-buat-stok-bawang-kisar-supaya-tahan-lama/", "title": "Tips Buat Stok Bawang Kisar Supaya Tahan Lama, Tahan 2 Bulan Tak Bertukar Ungu", "body": "\nPasti ramai yang tertanya-tanya kenapa bawang kisar bertukar warna ungu. Rupanya ada tips nak buat stok bawang kisar supaya tahan lebih lama.\n2 bulan pun bawang kisar masih elok, tetap bersinar-sinar. Nak lagi tahan lama, boleh letak dalam\u00a0freezer.\u00a0\nJom lihat cara-cara membuat bawang kisar di bawah.\nTips Buat Stok Bawang Kisar Supaya Tahan Lama\nBahan-bahan:\n\nBawang holland\nMinyak masak\n\nCara-cara:\n1. Kisar bawang bersama minyak masak.\n\n2. Tuangkan dalam bekas, kemudian tambah lagi minyak masak secukupnya.\n\n3. Jangan kisar menggunakan air, nanti bawang akan bertukar warna dan tak tahan lama.\nKredit: Zahiruddin Al Amin Zainuddin\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-buat-whipping-cream-kental-coklat-ganache-berkilat-elok/", "title": "Mr. Ali Kongsi Tips Buat Whipping Cream Jadi Kental & Coklat Ganache Berkilat Elok", "body": "\nPasti ramai yang masih berjinak-jinak dalam dunia \u2018baking\u2019 kan. Apa yang paling penting kalian perlu sentiasa belajar dengan orang yang betul.\nBukan sekadar \u2018rasa\u2019 kek perlu sedap, rupa kek juga perlu diambil berat oleh peniaga.\nMenurut Mr. Ali yang pernah viral dengan resipi kek batik, jenama produk yang diguna juga memainkan peranan penting dari segi rasa walaupun guna resipi yang sama. Selain itu teknik pun kena betul.\nTIPS WHIPPING CREAM KENTAL ELOK\nWhipping cream pastikan dipukul kental, jadi macam mana nam dapat dairy whipping\u00a0 yang kental elok, kembang & fluffy. Ada cara dia.\n1. Pastikan whipping cream digoncang sebelum diguna.\n2. Guna mangkuk besi.\n3. Pukul whipping cream pada kelajuan rendah, beberapa saat kemudia baru guna kelajuan maksimum.\n4. Bila whipping cream dah capai tahap\u00a0soft peak\u00a0(krim makin pekat atau makin kembang), berhenti sekejap dalam 2-3 saat. Kemudian sambung pukul balik. Ini akan membuatkan krim jadi lebih cepat kembang).\n5. Krim yang kembang bermaksud: apabila kita angkat krim dengan attachment ia tak jatuh dan bila kita kaup, krim selebihnya tak jatuh. Boleh rujuk gambar.\n\n6. Paling penting , krim jadi bertanduk kecil dan tanduknya tak bergoyang.\n7. Pastikan jangan pukul di tempat yang berhaba dan panas. Jika masih tak kembang boleh timbang siap-siap whipping cream kemudian sejukkan dalam peti ais selama 30 minit. Keluarkan, letakkan mangkuk berisi ais di bawah dan pukul krim tadi. InsyaAllah kembang cantik.\n\nTIPS COKLAT GANACHE BERKILAT CANTIK\n1. Guna butter untuk tujuan kilatkan ganache. Pakai buttercup pun boleh. Kalau guna pure butter, ganache akan lebih berlemak elok.\n2. Cara saya, tak perlu tunggu air mendidih. Masa double boil, isi air suku sahaja, letakkan mangkuk di atas. Kemudian terus letakkan whipping cream dan butter. Bila butter dah larut sikit, terus masukkan coklat.\nKetika kita double boil tu, kita akan mula rasa haba bawah tu panas dan kena tangan kita. Bila jadi begini, terus tutup api dan sambung kacau perlahan-lahan sampai sebati.\n3. Jika ganache berbuih, ia kerana kacau terlalu laju. Guna spatula atau sudu je untuk kacau, kacau perlahan-lahan.\nCoklat juga kena letak pada suhu bilik untuk kualiti coklat yang elok dan hasil yang cantik. Letak dalam bilik yang tidak terkena cahaya matahari dan tidak berhaba.\n4. Tuang ganache masa dia suam, bila dah suam ganache akan sedikit pekat. Jangan risau, kacau sahaja sehingga kedut hilang dan baru tuang atas lapisan kek.\n\n5. Lepas tuang jangan terus masuk dalam peti ais, kebarangkalian ganache berpeluh dengan banyak tu tinggi.\n\nTunggu dulu lepas tuang dalam 15 minit baru masukkan balik dalam peti dan setkan semalaman agar semua bahan tadi bertindak balas untuk rasa kek yang lebih sedap.\n6. Biasanya kalau sesiapa yang pakai buttercup buat kek batik, kalau kita set sekejap je dalam 2-3 jam, terus makan rasa kek tu masin kan. Tapi bila kita set semalaman iaitu 7-8 jam keatas rasa kek berlemak, dan sedikit masin berbanding mula2 tadi.\nSebab tu kita kata kena set semalaman untuk bahan dalam kek tu bertindak balasdan semalaman bermaksud malam, waktu kita semua tidur jadi posibility nk bukak tutup peti tu rendah, buatkan kek lebih set dengan elok pada suhu yang stabil tanpa buka tutup peti.\nKredit: Muhammad Ali\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-cara-simpan-limau-kasturi-baru-tahan-lama/", "title": "Tips & Cara Simpan Limau Kasturi. Baru Tahan Lama, Mudah Guna & Tak Membazir", "body": "\nLimau kasturi ni memang sedap dan banyak kegunaannya. Sesuai jika digunakan untuk membuatjus, sambal belacan dan sebagainya.\nNamun bila sekali beli di kedai, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau akan jadi kecut dan busuk. Rugi pula kan?\nTapi ada cara bijak untuk simpan limau perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Moga bermanfaat.\nTips & Cara Simpan Limau Kasturi Tahan Lama\nBahan-bahan:\n\nLimau kasturi\nPenapis\nBekas ais\n\nCara-cara:\n\nBersihkan buah limau dan potong dua.\n\nPerah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.\n\nSetelah siap diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.\n\nSimpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.\n\nKemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.\n\nJika nak guna, ambil 1-2 kiub limau dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Siti Fatimah Abas\nBaca juga: Cara Mudah Simpan Ayam Yang Ramai Tak Terfikir, Tak Perlu Rendam Lagi Bila Nak Masak\nBaca juga: Petua Simpan Taugeh Supaya Tahan Lama, Dah Berminggu Pun Kekal Segar & Tak Hitam\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-coklat-ganache/", "title": "Coklat Ganache Selalu Tak Menjadi, Apa Puncanya? Lelaki Ini Ada Solusinya", "body": "\nCoklat ganache ini merupakan hiasan yang selalu diletakkan atas sebiji kek. Kebanyakan kek seperti kek batik atau kek span akan diletakkan ganache tersebut.\nBanyak soalan yang sering diajukan apabila nak sediakan coklat ini. Jadi jom kita belajar tips coklat ganache by Mr. Ali.\nTips Coklat Ganache Pasti Menjadi\n1. Cara double boil\n\n\nMesti ada yang tanya kenapa kena guna cara double boil ini. Sebab bila nak buat ganache tak boleh direct api.\nKalau anda tiada whipping cream, guna susu full cream pun boleh tiada masalah. Tapi rasa dia takkan sama. Bagi saya guna whipping cream dairy semestinya sesuai untuk hasil dan rasa yang sedap lemak-lemak coklat.\nDouble boil: bekas atas tu kena besar dari bekas bawah sebab tak nak air masuk ke dalam cairan coklat.\nKalau air dah termasuk, maka rosaklah coklat itu. Dia akan jadi macam gumpalan dan makin tak melekat pada bekas.\n\n2. Kenapa ganache saya keras dan tidak smooth\n\nJawapan dia adalah kerana kurang whipping cream.\nNak selamat pakai nisbah 1:1 kalau pakai coklat biasa. Kalau tak pakai nisbah tu pun tidak apa.\nContoh 150 gram whipping cream + 250 gram coklat.\n\n3. Kalau pakai non dairy buat ganache\n\nElok pakai dark coklat sebab non dairy tu dah manis.\nTapi bagi saya ganache lagi better kalau guna whipping cream sebab nak dapat hasil glaze yang hebat dan rasa yang padu.\n\n4. Air dalam bekas bawah tu jangan letak penuh tau\n\nCara saya, letak whipping cream & butter tak perlu tunggu berbuih dekat tepi pun tidak apa.\nTunggu seminit dua baru masukkan coklat, gaul pakai sudu atau spatula je. Perlahan-lahan supaya bubble tak timbul.\n\n5. Nak ganche lagi sedap guna pure butter\nVan houten & beryls adalah yang recommended tapi bukan premium. Cuma orang panggil yang berkualiti. Callebaut yang saya guna ni agak pahit. Ini baru boleh dipanggil sebagai premium sebab real coklat ni.\n\nMudah nak faham tips yang dikongsi ini. Selamat mencuba!\nBaca juga:\nMr. Ali Kongsi Tips Buat Whipping Cream Jadi Kental & Coklat Ganache Berkilat Elok\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-cuci-siput-sedut-sehingga-hilang-lumpur-segala-lendir-memang-berhasil-lah/", "title": "Tips Cuci Siput Sedut Sehingga Hilang Lumpur & Segala Lendir, Memang Berhasil Lah!", "body": "\nSiput sedut ini antara makanan kegemaran sesetengah masyarakat kita, lagi-lagi apabila siput sedut itu dimasak gulai lemak cili padi memang nikmat lah. Tetapi kebiasaannya mereka akan beli siap terus di kedai, dan tidak ramai tahu cara sebenar cuci siput sedut ini.\nSekiranya korang beli siput sedut yang masih hidup, pada badannya akan penuh dengan lumpur dan sangat berlendir. Jadi anda memerlukan cara yang betul untuk memastikan semua lumpur dan lendir tersebut betul-betul hilang, baru lah boleh dimakan. Jom cuba tips ini.\n\n1. Rendam\nSelepas sahaja anda membeli siput sedut, anda perlu rendamkannya selam 7-8 jam atau sebaiknya 24 jam supaya lumpur dan lendirnya mudah ditanggal.\n2. Potong hujungnya\nSelepas anda merendam siput sedut, anda perlu mencuci segala lumpur dan lendir di badannya sehingga bersih dan perlu memotong hujung badannya. Anggaran untuk memotongnya adalah di antara 2 atau 3 gelung hujung badannya, ia adalah untuk memudahkan anda menyedut siput itu nanti.\n3. Cuci\nSelepas selesai memotong hujung badannya, anda perlu mencucinya lagi sehingga betul-betul bersih dan air rendaman menjadi jernih. Cuci sekurang-kurangnya lebih daripada 8 kali.\nSumber: Sue Hyda Aqil\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-elak-cili-kasar-berkulat-tahan-lebih-lama-hanya-guna-2-bahan-sahaja/", "title": "Tips Elak Cili Kasar Berkulat & Tahan Lebih Lama, Hanya Guna 2 Bahan Sahaja!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-25 07:16:19\n\n\nMasakan pedas ini memang selalu jadi kegemaran masyarakat Malaysia. Lagi-lagi billa tumis cili kering, fuhh baunya harum semerbak! Terus lapar dibuatnya. Tahukah anda? Ada cara yang pantas untuk menyediakan hidangan seperti ayam masak sambal dan juga udang masak sambal. Caranya adalah dengan membuat pes cili kisar terlebih dahulu. Tambahan pula, pes ini boleh bertahan lebih sebulan dan tidak akan berkulat! Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Nad Adleesya menrusi laman Facebook.\n\nKredit: Che Nom\nBahan-bahan: \n\nCili kering\n2 labu bawang putih\n\u00a0\n\nCara-cara:\n\nGuntingkan dahulu cili kering untuk membuang biji-bijinya. Kemudian, basuhkan dengan air biasa.\n \nKredit: Nad Adleesya\n \n Kredit: Nad Adleesya\n \u00a0\nRendamkan dengan air suam yang sudah ditapis supaya ianya kembang. Elakkan daripada mengguna air tapis untuk menjamin kebersihan cili.\n\u00a0\nSelepas cili menjadi kembang, masakkan cili kering dan bawang putih. Masak dengan air yang sudah ditapis sehingga mendidih dan kemudian tutup api.\n \nKredit: Nad Adleesya\n \u00a0\nApabila rendaman cili sudah agak sejuk, tapiskan dan kisarkan bahan-bahan tersebut. Tambahkan sedikit air dalam \u00bc cawan sekiranya air agak kering.\n \nKredit: Nad Adleesya\n\u00a0\nKemudian, masukkan dalam bahan yang telah dikisar tadi ke dalam sebuah bekas. Apabila pes sudah sejuk, teruskan \u00a0menyimpan di dalam peti sejuk.\n \n Kredit: Nad Adleesya\n\n\u00a0\nDah siap! Kini, anda sudah tidak perlu bersusah payah memotong cili kering setiap kali ingin menggunakannya untuk memasak. Anda hanya perlu menggunakan pes ini sahaja untuk memasak masakan kegemaran anda. Jimat masa kan? Selamat mencuba!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-elak-gastrik-ketika-berpuasa/", "title": "Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa, Dijamin Dapat Puasa Penuh!", "body": "\nBulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Buat orang Islam, bulan suci ini yang paling dinanti-nantikan. Tapi lain pula buat pesakit gastrik, setiap tahun pasti akan muncul rasa bimbang diserang gastrik ketika berpuasa.\nJangan bimbang, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Ikut tips ini supaya anda dapat berpuasa penuh sepanjang Ramadan nanti.\nApa Itu Gastrik?\nSebelum, mari kita mengenal apa itu gastrik. Gastrik atau gastritis adalah keradangan pada lapisan dalam perut.\nPunca gastrik boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor berbeza iaitu pengambilan ubatan untuk tempoh yang lama, bakteria H. pylori, jangkitan dan tekanan.\nAda juga punca lain bagi gastrik seperti alahan makanan. Setiap makanan yang diambil akan memberikan perbezaan kepada keadaan kesihatan.\nTanda-Tanda Gastrik\n\nTanda-tanda dan simptom gastrik biasanya tidak jelas. Ia boleh berlaku dalam banyak keadaan lain. Anda perlu berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat.\nBerikut merupakan tanda-tanda dan simptom gastrik:\n\nLoya.\nMuntah.\nHilang selera makan.\nSakit perut yang semakin teruk apabila perut kosong.\nPerut kembung.\nKerap sendawa.\nPenurunan berat badan.\n\nBerdasarkan simptom di atas, doktor akan membuat penilaian dengan maklumat dari sejarah perubatan anda serta beberapa ujian makmal untuk mengesahkan kehadiran bakteria H. pylori.\nMakanan Untuk Elak Gastrik\nSimptom gastrik akan bertambah teruk apabila perut kosong. Jadi bagaimana cara mengatur pemakanan anda?\nAnda boleh berpuasa seperti biasa tapi pastikan anda mengambil\u00a0makanan tertentu pada waktu bersahur dan berbuka pastinya akan dapat membantu mengawal dan mengatasi masalah gastritis yang dialami.\nTetapi apakah makanan yang digalakkan untuk diambil sepanjang bulan Ramadan ini bagi individu penghidap gastrik?\nJenis Makanan Untuk Elak Gastrik Ketika Berpuasa\nPesakit gastrik disarankan untuk mengambil beberapa makanan ini sepanjang bulan Ramadan.\n1. Buah-buahan bukan sitrus\n\nBuah-buahan yang tergolong dalam kalangan sitrus adalah lemon, limau atau kiwi. Jadi anda perlu elakkan. Pilihlah buah-buahan seperti tembikai, pisang, epal atau buah pir yang kurang cenderung untuk mencetuskan simptom refluks berbanding buah-buahan berasid.\n2. Oat\nJika anda kurang gemar makan nasi untuk bersahur, boleh mengambil oat sebagai pilihan. Oat merupakan makanan tinggi serat yang sering dikaitkan dengan risiko asid refluks yang lebih rendah. Roti gandum juga salah satu pilihan yang baik untuk menghidap gastrik.\n3. Sayuran\n\nMakanan yang rendah lemak dan gula dapat mengurangkan asid perut dan bermanfaat untuk sistem pencernaan. Pilihan yang baik adalah seperti berikut:\n\nTimun\nKentang\nSayuran berdaun hijau\nKacang hijau\nBrokoli\nAsparagus\nBunga kubis\n\nJus buah tidak digalakkan kerana kadar gula tinggi dan asid tinggi tanpa serat. Namun, jus dan smoothie sayuran sangat disyorkan. Tapi anda boleh mengambil jus labu yang sangat kaya dengan nutrien serta dapat mengurangkan keasidan gastrik dan membantu lapisan perut sembuh lebih cepat.\n4. Daging tanpa lemak dan makanan laut\nDaging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan serta makanan laut lain adalah rendah lemak dan boleh mengurangkan simptom asid refluks. Penting untuk anda memilih protein tanpa lemak, kerana lemak daripada produk haiwan (kecuali ikan dengan omega-3), hanya akan memburukkan keadaan gastrik.\n5. Putih telur\n\nPesakit gastrik perlu hindari kuning telur. Putih telur adalah pilihan yang lebih baik untuk mereka yang mengalami masalah gastrik.\n6. Makanan dan minuman probiotik\n\nJika anda penghidap gastrik, makanan probiotik seperti kefir, yogurt dan kimchi sangatlah digalakkan. Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang melawan bakteria H.pylori, di samping dapat memperbaiki sistem imun.\nKefir ialah minuman yang dibuat daripada susu melalui proses fermentasi. Cara pembuatannya adalah dengan memasukkan butiran kefir ke dalam susu kambing atau susu lembu. Makanan dan minuman probiotik dapat membantu meningkatkan kemampuan usus menyerap nutrien yang diperlukan untuk proses pemulihan.\n7. Lemak sihat\nSumber lemak sihat adalah avokado, walnut, biji rami (flaxseed), minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari. Hadkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans serta gantikannya dengan lemak tidak tepu yang lebih sihat. \nMakanan tinggi lemak sihat (asid omega-3), seperti salmon, sardin, biji chia dapat membantu mengurangkan keradangan pada lapisan perut. Bahkan ia mempunyai kesan pencegahan terhadap gastritis berpunca oleh H.pylori serta gangguan gastrik lain.\n8. Halia\n\nHalia mempunyai sifat antiradang semula jadi dan juga rawatan kepada pedih ulu hati. Cara menggunakan halia adalah dengan menambahkan hirisan halia ke dalam masakan, smoothie atau minum teh halia ketika bersahur bagi meredakan simptom.\n9. Makanan antibakteria dan kaya flavonoid\nH.pylori adalah sejenis bakteria, maka untuk melawannya memerlukan sesuatu bersifat antibakteria. Flavonoid terkenal dengan sifat antibakteria yang boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria termasuklah H.pylori.\nMakanan seperti bawang putih, bawang, kranberi dan saderi merupakan sumber flavonoid yang baik. Manakala contoh makanan antibakteria adalah madu, halia dan kunyit.\nPesakit gastrik perlu elak makanan ini\nPesakit gastrik perlu elakkan makanan dan tabiat yang merangsang serangan gastrik. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah:\n\nMinuman berkarbonat.\nMinuman berkafein seperti kopi dan teh.\n Limau, oren dan tomato yang merupakan makanan berasid.\nMakanan pedas.\nMentega, coklat, santan dan keju yang berlemak tinggi.\nMakanan bergoreng.\nMerokok.\n\nNamun begitu, agama Islam tidak memaksa anda berpuasa jika anda tidak mampu sehingga anda boleh menemui alternatif lain mengikut kemampuan anda yang dapat mengelakkan gastrik ketika berpuasa.\nKredit: Hello Doktor\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-goreng-ikan-keli-supaya-tak-meletup/", "title": "Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok", "body": "\nRupanya ada tips goreng ikan keli supaya tidak meletup, tidak hancur dan lurus elok selepas digoreng. Kalau ikut tips ini, ikan juga tidak akan hanyir selepas siap digoreng.\nBiasanya asyik beli saja kan sebab risau kalau goreng sendiri, ikan akan terpercik pada muka. Selepas ini tak perlu risau lagi, boleh cuba goreng sendiri di rumah menggunakan tips di bawah. Dijamin takkan takut dah!\nBaca juga: Wajib Buang \u2018Benda\u2019 Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau\nTips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup\n1. Basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum. Cuci dan sental sehingga lendir pada ikan hilang. Jangan sampai hancur pula.\n\n2. Kemudian, gaul ikan keli dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Sukatan mengikut kuantiti ikan. Gaul sehingga rata.\n\n3. Sementara itu, panaskan dahulu minyak. Bila dah panas, letakkan 2/3 potong halia (tak perlu buang kulit).\n\n4. Goreng ikan keli sehingga masak dan garing.\n\nResipi Ikan Keli Masak Serai\nBahan-bahan:\n\nHalia*\nKunyit*\nSerai*\nBawang merah*\nBawang putih*\nLada besar*\nLada kecik*\nGula\nGaram\n\nCara-cara:\n\nKisar atau tumbuk bahan yang bertanda (*).\nPanaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan garam dan gula,\nGaul sampai agak kering atau pecah minyak. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi.\nGaul rata, tutup api dan siap!\n\n\nKredit: Zur Ain Salim\nBaca juga: Percik Ikan Kembung Sedap \u2018Dooh\u2019, Buat Kuah Percik Sedap Guna Resipi Tradisi\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-goreng-mihun-supaya-tak-hancur-lembut-elok-boleh-tahan-sampai-malam/", "title": "Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam", "body": "\nJom baca tips goreng mihun di bawah. Nampak macam mudah nak buat mihun goreng kan? Tapi sebenarnya ramai yang gagal setiap kali goreng mihun ni.\nAda yang mihunnya jadi keras, ada juga yang mihun jadi terlalu lembut sampai hancur. Tak nikmat nak makan dibuatnya.\nKalau nak tahu cara goreng mihun supaya tak jadi hancur dan lembut elok, lihat perkongsian oleh Norizbaked Shah Alam di bawah.\nTips Goreng Mihun Supaya Lembut Elok, Tak Hancur & Keras\nTips sebelum menggoreng:\n1. Rendam mihun guna air paip pada waktu malam jika nak menggoreng pada pagi keesokannya. Kalau nak goreng petang, rendam waktu pagi.\n2. Rendam mihun dengan air sejuk lama tidak akan melembikkan mihun, mihun tak lembik dalam air sejuk.\n\nCara Menggoreng Mihun\nBahan-bahan kisar:\n\nBawang putih\nBawang merah\nIkan bilis\nUdang kering\nCili kering kisar\n\nPenting: Kisar guna chopper supaya tak berair.\nBahan-bahan lain:\n\nFish ball\nFish cake\nIsi ayam bahagian dada\nUdang dan sotong\nSos cili\nGaram\nGula sikit\nSawi (jangan guna kobis dan taugeh, nanti cepat basi)\n\nCara-cara:\n1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.\n2. Kemudian masukkan sos cili dan air. Biarkan sehingga betul-betul mendidih.\n3. Bila dah mendidih, letakkan garam dan gula secukup rasa.\n4. Kemudian baru letakkan mihun. Gaul sehingga rata.\n5. Agak-agak kalau mihun jenis keras, letak air panas lebih untuk lembutkan mihun dan guna api paling perlahan supaya bawah tidak berkerak. Kacau sampai sekata.\n6. Kalau guna 4 bungkus mihun, 1 jam baru masak elok dan sebati.\n7. Bila mihun dah lembut, baru masukkan sayur sawi. Taugeh memang tak letak sebab cepat basi. Boleh tahan sampai ke malam sebab masak lama.\n\nKredit: Norizbaked Shah Alam\nBaca juga: Mihun Goreng 12 Sudu Gula \u2018Viral\u2019, Resipi Pelik Tapi Ramai Kata Sedap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-goreng-sotong-rangup-sedap-yang-penting-tak-meletup/", "title": "Tips Goreng Sotong Rangup & Sedap, Yang Penting Tak Meletup!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-01 07:24:05\n\n\nSotong goreng tepung ini sememangnya makanan cukup popular dalam kalangan penggemar makanan laut. Lebih-lebih lagi bila dimakan rangup-rangup bersama nasi panas, fuhhh sememangnya menyelerakan! Ia nampak mudah untuk dibuat tapi jika salah caranya, ini akan menyebabkan tepungnya tertanggal, tidak rangup dan meletup-letup ketika digoreng.\nBagi penggemar sotong goreng tepung ini, ada cara yang terbaik untuk memastikan sotong digoreng dengan lebih rangup dan tidak meletup. Jom\u00a0ikuti tips mudah ini yang dikongsikan oleh Murni Rahmat menerusi laman Facebook.\n\nKredit: Murni Rahmat\n\u00a0\n\nPemilihan Sotong\n Untuk mendapatkan sotong yang rangup dan tidak meletup-letup ketika digoreng, pastikan anda memilih sotong yang segar ketika membelinya. Ini supaya hasil gorengan sotong nanti akan jadi lebih padu dan berbau harum.\n \nKredit: Murni Rahmat\n \u00a0\nToskan Sotong Hingga Kering\n Sekiranya anda tidak dapat membeli sotong yang segar, ada cara yang lain anda boleh gunakan. Caranya adalah dengan menyiang dan membasuh sotong seperti biasa. Kemudian, potongkan sotong dan toskan air sehingga sotong betul-betul kering. Ini untuk memastikan minyak tidak akan meletup-letup ketika menggoreng sotong.\n \nKredit: Rasa\n\u00a0\nTepung Salut\n Gunakan dua jenis tepung untuk menyalut sotong sebelum digoreng rangup. Satu ialah tepung yang kering, mana satu lagi yang sudah siap digaul bersama air. Setelah siap mengeringkan sotong, masukkan sotong ke dalam sebekas tepung kering. Golek-golekkan sotong sehingga sebati dan rata. Kemudian, celupkan pula ke dalam adunan tepung yang basah dan gaulkan hingga sebati.\n \nKredit: Murni Rahmat\n \nKredit: Murni Rahmat\n\u00a0\nKuantiti Minyak\n Bagi memastikan sotong tepung goreng yang sangat rangup, pastikan anda menggunakan kuantiti minyak yang banyak untuk menggorengnya. Untuk ini, gunakan kuali yang besar supaya minyak dapat diletakkan dengan banyak dan dapat mengelakkannya dari kuali tersebut. Pastikan juga anda menggunakan api yang besar semasa menggorengnya.\n \nKredit: Hijabista\n\n\u00a0\nSiap! Mudah sahaja tips ini kan? Selepas ini boleh lah penggemar sotong goreng tepung mencubanya dirumah tanpa perlu risau terkena percikan minya lagi. Sotong pun dapat dimakan denga rangup! Semoga tips ini bermanfaat untuk semua.\n\nKredit: Murni Rahmat\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-goreng-tauhu-begedil-minyak-lambat-berbuih-tak-cepat-kotor/", "title": "Tips Goreng Tauhu Begedil Supaya Minyak Lambat Berbuih & Tak Cepat Kotor", "body": "\nSiapa yang meniaga tahu begedil mesti akan mengalami masalah minyak cepat berbuih sampai keluar dari kuali kan? Minyak juga akan jadi cepat kotor. Jadi nak tak nak, terpaksa tukar minyak baru untuk sambung goreng.\nKadang-kadang rasa sayang nak tukar minyak baru sebab baru je guna untuk sekali goreng. Untuk mengatasi masalah ini, ada tips goreng tauhu begedil dijamin berkesan yang boleh anda gunakan untuk elakkan minyak berbuih dan minyak cepat kotor.\nTips tersebut merupakan hasil perkongsian oleh seorang pengguna TikTok @munirah_ashikin.\u00a0Jom ikuti perkongsiannya di bawah.\nTips Goreng Tauhu Begedil Supaya Minyak Lambat Berbuih & Tak Cepat Kotor\nSiapa yang meniaga Tauhu Berdegil memang tahu la problem minyak cepat berbuih sampai keluar dari kuali. So untuk kurangkan masalah tu, boleh campurkan tepung jagung dalam adunan telur. Mujarab ya inshaAllah, try lah.\n\n1. Masukkan sedikit tepung jagung dalam adunan telur.\n2. Tauhu akan jadi lebih cruncy, minyak lambat berbuih dan boleh goreng tauhu dalam kuantiti yang banyak.\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @munirah_ashikin\nSiapa yang meniaga Tauhu Berdegil memang tahu la problem minyak cepat berbuih sampai keluar dari kuali\u2026so untuk kurangkan masalah tu\u2026boleh campurkan tepun jagung dalam adunan telur..mujarab ya inshaAllah..try lah..kalau korang ada tips lain share dgn CikMoon \ud83d\ude4b\ud83c\udffc\u200d\u2640\ufe0f\ud83d\ude4b\ud83c\udffc\u200d\u2640\ufe0f\ud83d\ude4b\ud83c\udffc\u200d\u2640\ufe0f #smallbusiness #tauhuberdegil #food #temerloh #maran\n \u266c Treasure (Sped Up Version) \u2013 P \n\n \nSumber: TikTok @munirah_ashikin\nBaca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-hilangkan-getah-nangka/", "title": "Tips Hilangkan Getah Nangka Dengan Mudah, Rebus Sebiji Terus Macam Ni", "body": "\nBiasanya kalau nak hilangkan getah nangka ni guna minyak tanah. Tapi itulah, minyak tanah tu baunya kuat sangat nama pun minyak tanah.\nNak guna minyak masak pun boleh tapi lambat dan tak berapa nak hilang getahnya tu.\nRupanya ada cara lain yang lagi mudah untuk hilangkan getah nangka iaitu dengan merebus nangka.\nPetua ini telah dikongsikan oleh Zizah Mizie di laman sosial Facebook.\nTips Buang Getah Nangka\nRebus sebijik nangka utk buang getah. Dapat petua ni dalam group mahn ni jugak, memang betol menjadi, getah tak melekat pun pada pisau.\nCara-caranya:\n1. Rebus nangka sampai empuk.\n\n2. Kemudian buang kulit dan tak perlu rebus lagi. Terus lebur dengan bahan dan santan untuk dimasak gulai nangka.\n\nKredit: Zizah Mizie\nBaca juga: Resipi Keladi Masak Lemak Cili Api \u2018Asli\u2019 Negeri Sembilan, Ada Petua Hilangkan Getah Keladi\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-hilangkan-karat-kesan-kerak-pada-kuali-confirm-berkilat-tak-payah-beli-baru-dah/", "title": "Tips Hilangkan Karat & Kesan Kerak Pada Kuali, Confirm Berkilat, Tak Payah Beli Baru Dah!", "body": "\nSemua yang rajin memasak pasti akan sakit hati apabila yang korang sering gunakan berkerak atau berkarat dan menjadi hitam. Apabila kuali dah hitam, berkerak dan berkarat takkan asyik nak beli baharu je kan?\nJadi hari ini, admin nak kongsikan tips yang mungkin boleh digunakan untuk menghilangkan kesan pada kuali korang. Jom cuba tips ini.\n1. Asam keping\nRebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar supaya senang untuk direndam. Didihkan air asam keping itu sampai mendidih. Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam keping dan rendamkannya selama 4-5 minit.\nAngkat kuali atau periuk, sejukkannya selepas itu sental menggunakan sabun dan berus dawai. Selepas selesai berus kuali atau periuk, bilas dengan air seperti biasa.\n2. Sabun Buruh\nSental menggunakan sabun tersebut tanpa air. Ini adalah petua daripada kedai-kedai India yang menjual periuk dan kuali.\n3. Sabun mandi dan sabun Labour\nDaripada mula beli kuali, korang kena rajin sental menggunaan sabun mandi dan sabun Labour. Apabila anda menyentalnya, gunakanlah penyental aluminium yang kasar untuk sental kuali tersebut.\n4. Kulit nenas\nSebaik masak telur rebus, kuali yang lebam hitam akibat rebusan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan kulit nenas. Rebuskan kulit nenas. Semasa merebus kulit nenas itu biar lebihkan pada tanda hitam.\nAmbil kulit nenas itu menggunakan senduk dan gosok-gosokkannya. Kemudian sental seperti biasa. Boleh kilat semula.\n5. Soda bikarbonat\nBasahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan. Ambil berus besi dan gosokkan kuali anda. Jangan letak air terlalu banyak. Anggaran agak-agak sahaja. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam itu hilang. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan.\nSelamat mencuba!\nSumber: Faizal Shah Madshah\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-hilangkan-panas-pedih-di-tangan-selepas-menumbuk-cili/", "title": "Tips Hilangkan Panas Pedih Di Tangan Selepas Menumbuk Cili", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-10 04:12:24\n\n\nBila memasak di dapur, perkara yang paling tak selesa adalah selepas menumbuk atau memotong cili. Ini kerana rasa \u2018pijar\u2019 atau panas pedih pada tangan mesti akan muncul akibat daripada sentuhan dengan cili semasa menumbuk. Lagi-lagi bila tangan pula tersentuh mata, aduhhh pedihnya! Kadang-kadang sampai hilang selera makan sebab nak tahan pijar pada tangan.\n\nKredit: Pixabay\u00a0\n\u00a0\nMasalah pijar tangan ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya mencuci tangan dan ia memerlukan beberapa langkah yang betul untuk menghilangkan rasa kurang selesa pada tangan. Ini ada beberapa tips yang terbukti berkesan untuk menghilangkan rasa pijar pada tangan. Perkongsian ini dibuat oleh Rafiza Idayu menerusi laman Facebook.\n\u00a0\n1. \u00a0Lumurkan dengan bahan lemak\n\nKredit: leaftv.com\nBiasanya untuk bahan lemak, gunakan minyak masak kerana ia lebih mudah untuk didapatkan. Secara saintifiknya, lemak bertindak sebagai pelarut dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili. Kalau anda belum tahu, capsaicin inilah yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar. Sapukan minyak pada kawasan yang terkena cili dan rasa pijar tersebut akan hilang dengan cepat. Apabila sudah terasa lega, cucikan tangan dengan sabun. \n\u00a0\n2. \u00a0Lumurkan dengan garam dan gula\n\nKredit: SirapLimau\nCara ini juga sering diamalkan jika berlakunya rasa pijar cili pada tangan. Ada dua acara yang anda boleh ikuti. Cara pertama adalah dengan mengambil sedikit garam dan kemudian lumurkan pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilaskan sehingga bersih. Cara kedua pula, ambil sebekas air suam dan campurkan sedikit garam. Kemudian, rendamkan tangan ke dalam air campuran itu selama 5 minit atau sehingga rasa pijar semakin reda. Anda juga boleh lakukan petua yang sama dengan menggunakan gula.\n\n3. \u00a0Air rendaman asam jawa\n\nKredit: Titiknol\nMenggunakan air asam jawa juga antara langkah yang berkesan untuk menghilangkan rasa pijar. Petua ini dikongsikan sejak turun-temurun daripada orang tua kita. Bagi anda yang belum pernah mencuba, cara-caranya adalah dengan mengambil sedikit asam jawa dan kemudian letakkan ke dalam bekas berisi air. Kacaukan sehingga rata dan kemudian rendamkan tangan anda ke dalam air rendaman tersebut. Anda akan rasa pijar-pijar pada tangan hilang dengan cepat.\n\u00a0\n4. Gosokkan tangan pada keluli\n\nKredit: Dennis Flood 2006\n\nPetua ini mungkin kedengaran agak lucu, namun hakikatnya ia sememangnya berkesan! Caranya, gosokkan tangan anda pada\u00a0sudu ataupun sinki selama beberapa minit. Kemudian, lalukan air pada tangan sehingga\u00a0tangan anda rasa lebih lega dan selesa. Tambahan lagi, selain menghilangkan rasa pijar pada tangan, petua ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.\n\u00a0\n5. Rendamkan ke dalam bekas beras\n\nKredit: shutterstock\nAkhir sekali, beras juga turut membantu menghilangkan rasa pijar pada tangan. Caranya adalah anda perlu meletakkan beras secukupnya ke dalam bekas. Kemudian, masukkan tangan anda ke dalam bekas tersebut. Tunggu sehingga rasa pijar semakin berkurangan dan bilas seperti biasa. Untuk cara yang lebih mudah, anda juga boleh terus memasukkan tangan anda ke dalam tong beras. Namun, pastikan tangan sudah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas tersebut.\n\u00a0\nPetua-petua ini sememangnya mudah untuk dilakukan. Anda tak perlu risau lagi untuk menumbuk atau memotong cili selepas ini kerana sudah ada solusinya. Kongsikan juga petua ini kepada orang lain supaya dapat memberi manfaat kepada semua. \n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-hilangkan-periuk-hangit-berkerak-guna-2-bahan/", "title": "Tips Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak. Guna 2 Bahan Je, Periuk Kembali Berkilat!", "body": "\nKalau ada periuk hangit atau kuali yang berkerak, jangan terus buang sebab ada cara mudah untuk menanggalkan kerak tersebut.\nHanya perlu menggunakan 2 bahan, periuk berkerak kembali menjadi bersih. Ramai dah cuba cara ini, memang menjadi.\nJika anda biasa masak rendang, biasanya periuk akan jadi berkerak seperti ini kerana rendang mengambil masa yang lama untuk dimasak. Selepas ini ikut saja tips ini untuk mencucinya.\nPetua Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak Guna 2 Bahan\nKalau ada periuk atau kuali yang berkerak kesan dari terhangit, jangan terus buang. Cuba langkah ni dulu:\n\n1. Didihkan air dalam periuk yang hangit.\n2. Masukkan 1/2 cawan baking soda dan\u00a01/2 cawan cuka.\n\n3. Biarkan mendidih 10 minit. Tutup api dan biarkan terus terendam.\n4. Dah sejuk, bilas dengan air paip. Periuk akan kembali bersih.\n\nP/s: Gambar dari Instagram Preston & Co.\nSumber: Susun Atur Sioca\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-hilangkan-rasa-kapur-pada-mi-kuning/", "title": "Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan \u20181 Bahan\u2019 Ini Saja", "body": "\nSelalunya bila masak mi kuning, pasti akan ada rasa kapur kan? Terus terbantut selera makan sebab kapur pada mi kuning tersebut beri rasa yang tidak enak.\nJika dimasak mi goreng mungkin akan kurang sedikit rasa kapur, sebaliknya jika dimasak mi kuah atau mi kari akan terasa kuat rasa kapur itu.\nOleh sebab itu, ramai yang rendam terlebih dahulu mi tersebut untuk hilangkan rasa kapur. Nak mudah, ikut cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun miliknya di bawah.\nBaca juga: Buat Sendiri Mee Kuning Guna 4 Bahan Je, Lebih Selamat Tanpa Pengawet!\nCARA MUDAH HILANGKAN KAPUR PADA MI KUNING\n1. Masukkan mi kuning dalam periuk atau bekas yang sesuai.\n\n2. Leraikan mi kuning tersebut supaya air terkena pada semua bahagian mi.\n\n3. Kemudian masukkan air sehingga mi tenggelam sepenuhnya.\n\n4. Seterusnya, masukkan sedikit gula perang atau gula putih. Gaul sehingga semuanya sebati.\n\n5. Rendam mi tersebut lebih kurang selama 15 hingga 30 minit supaya hilang semua rasa kapur.\n\n6. Selepas itu, basuh sekali lagi dan toskan.\n\nMi sedia digunakan untuk masak pelbagai resipi mi kesukaan anda.\nLihat video penuh di bawah:\n\n\n @aliabangs\nTips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mee Kuning. #kitchenhacks #fyp\u30b7 #foryou #MaxisBiggestSale #tiktokindonesia #tiktokmalaysia\n \u266c Aca Aca Nehi Nehi \u2013 \ud835\udc14\ud835\udc06\ud835\udc08\ud835\udc0a\ud83c\uddf8\ud83c\udde6 \n\n \nSumber: Aliabangs (TikTok)\nBaca juga: Cara Buat Mee Goreng Basah Paling Sedap, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-kemas-peti-ais/", "title": "Peti Ais Selalu Bersepah, Tak Tahu Nak Kemas Macam Mana? Wanita Ini Ada Tipsnya", "body": "\nPeti ais anda selalu bersepah? Selalu kemas pon jadi benda sama. Kadang-kadang nak capai barang pon susah, lepastu peti ais akan bersepah balik.\nKorang pernah terfikir tak kenapa bil api selalu melonjak tinggi? Lepastu peti ais selalu tak sejuk. Ha sebabnya adalah banyak makanan yang tak bertutup di dalam peti ais tu. Jadi fasz.nadiah ada tipsnya supaya peti ais korang lebih teratur dari sebelum ni.\n\nTips Kekalkan Peti Ais Sejuk & Tersusun\n\nSimpan barang dalam bekas tertutup. Makanan yang terdedah akan meningkatkan kelembapan peti ais. Asingkan barang mengikut kategori agar peti nampak lebih teratur.\nLabel semua barang. Labelkan barang supaya tidak kelirukan diri sendiri masa nak masak nanti.\nBuang makanan yang dah expired. Jangan biarkan makanan yang dah tamat tempoh sampai naik kulat.\nBekas pilih 1 atau 2 tema warna. Tak salah nak guna bekas berwarna-warni. Tapi lebih elok jika guna 1-2 warna supaya peti tampak lebih kemas.\nKebersihan berkala. Bersihkan peti ais secara berkala sekurang-kurangnya 1 bulan sekali untuk kekal kemas.\n\nDah ikut semua tips pasti peti ais korang tak bersepah lagi. Untuk lebih info tentang tips lain jangan lupa follow nad.\n\nBaca juga:\nLelaki Ini Kongsi Tips Simpan Makanan, Sure Tak Senang Basi Punyalah\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-lembutkan-ayam-kampung/", "title": "TIPS LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-04-30 08:08:06\n\n\n\nAyam kampung sememangnya lazat kerana rasanya lebih manis daripada ayam biasa. Kita juga sedia maklum bahawa ayam kampung bebas daripada sebarang suntikan hormon. Masaklah juadah apa pun dengan ayam kampung, mesti sedap. Tapi, daging ayam kampung ni boleh tahan\u00a0liat. Jadi, kami ada 5 solusi untuk kurangkan liat ayam kampung supaya mudah untuk anda makan.\n\u00a0\n1. PRESSURE COOKER\n\nBarang yang setiap ibu patut ada. Sangat memudahkan! Tekanan tinggi dari pressure cooker akan melembutkan isi ayam kampung dan\u00a0ayam lebih cepat masak. Jadi, anda tidak perlu tunggu lama untuk ayam\u00a0masak dan\u00a0lembut. Senang bukan?\n\u00a0\n2. ISI NENAS\n\nPerap ayam kampung\u00a0dengan isi nenas yang telah dikisar selama sejam. Setelah sejam, anda hanya perlu cuci\u00a0dan masak ayam seperti biasa.\u00a0\n\u00a0\n3. DAUN PISANG\n\nMasukkan daun pisang abu ke dalam periuk yang berisi ayam dan\u00a0masak seperti biasa. Keluarkan daun pisang tersebut apabila ayam anda sudah kelihatan empuk. Selain itu, dengan memasak ayam bersama daun pisang, ayam anda akan mudah empuk. Daun pisang abu katanya boleh melembutkan isi ayam kampung yang liat.\n\u00a0\n4. AIR KELAPA MUDA\n\nRebus ayam bersama air kelapa muda selama beberapa minit sehingga ayam\u00a0kelihatan empuk. Kemudian, toskan airnya dan masak ayam seperti biasa. Air kelapa muda bukan sahaja boleh melembutkan isi ayam, ia juga boleh membuatkan masakan anda\u00a0menjadi lebih enak. Tak percaya? Cubalah!\n\u00a0\n5. TEMPURUNG KELAPA\n\nKetika merebus ayam, masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk. Ia mampu\u00a0mempercepatkan proses melembutkan isi ayam kampung.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-makan-pedas-untuk-korang-yang-tak-mahu-terseksa/", "title": "Tips Makan Pedas Untuk Korang Yang Tak Mahu Terseksa", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-10-07 05:06:08\n\n\nMakanan pedas merupakan satu nikmat kecil dalam dunia yang sememangnya mempunyai impak besar kepada selera makan kita. Rasa pedas yang sakit, tapi membangkitkan nafsu makan kita dengan caranya sendiri. Namun, tanpa korang sedar, makanan pedas membuatkan korang tidak selesa, berpeluh dan perut memulas. So apa persediaan sebelum mula makan pedas?\n1. Air Suam\nPhoto Credit: bonvitastyle.com\nRamai yang mencari air sejuk kalau tengah makan pedas. Mesti lah kalau rasa panas nakkan ais kosong kan? Namun, sebenarnya penawar rasa terlalu pedas ialah air suam. Ia lebih bagus mencuci mulut daripada pedas berbanding air sejuk. Kalau nak lagi cepat kurangkan pedas, boleh juga kerkumur dengan air suam.\n2. Duduk Dekat Dengan Kipas\nPhoto Credit: bustle.com\nPastikan korang tak berpeluh apabila makan pedas. Pilihan tempat sangat penting sebelum start makan. Kalau duduk di tempat panas atau tak berangin, lagi banyak korang terseksa . Satu badan akan berpeluh dengan kurangnya pengaliran angin.\n3. Sediakan Susu\nPhoto Credit: dairyfarmersofcanada.ca\nIa antara minuman yang paling efektif untuk hilangkan rasa pedas. Dalam susu mengandungi protein yang akan menghilangkan capsaicin dan mengurangkan haba pedas. Susu coklat juga efektif. Mungkin lagi efektif dari coklat biasa. Yang penting pastikan susu itu tidak rosak ye. Nanti mulut rasa pedas dan perut pula rasa memulas.\n4. Minyak Zaitun\nPhoto Credit: healthline.com\nMinyak zaitun mengandungi sejenis lemak yang dapat menyejukkan kita daripada haba panas. Dengan mengambil beberapa sudu selepas makan pedas, ia pasti dapat menyelamatkan korang dari keseksaan rasa pedas.\n5. Gula\nPhoto Credit: worldatlas.com\nMungkin korang tak tahu yang ni, tapi manis dari gula dapat menyerap rasa pedas dari lidah korang dan neutralkan rasanya. Tapi jangan lah makan banyak sangat gula. Nanti kencing manis pula satu lagi masalah.\nItulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan untuk korang. Kebanyakan dalam list ni biasanya orang dah ada dalam rumah so tak de lah susah nak kena keluar mencari. Apa-apa pun, selamat menjamu makanan pedas kesukaan korang!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-masak-beras-basmathi-supaya-lembut-tidak-melekat-baru-lah-sedap-nak-makan/", "title": "Tips Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Tidak Melekat, Baru Lah Sedap Nak Makan!", "body": "\n\nNasi elok je panjang, derai dia cantik tidak melekat. Lembut, tak keras dan masak dengan sempurna.\u201d\n\nSiapa suka makan beras basmathi? Beras basmathi ini dia lain daripada beras biasa yang kita makan, beras dia lebih panjang dan halus sahaja. Kebiasaannya orang akan masak beras basmathi ini untuk membuat nasi briyani dan nasi Arab.\nKalau makan beras basmathi ini nikmat dia lain macam, rasa puas sahaja bila makan. Tetapi ada sesetengah orang apabila masak beras ini ia tidak menjadi, ada yang lembik dan nasinya tidak berderai. Mungkin korang boleh cuba tips ini supaya berasnya dimasak dengan sempurna.\n1. Rendam beras bersama garam\nRendam beras sekitar 20 hingga 30minit bersama 1 sudu kecil garam sebelum memasak nasi seperti biasa, supaya beras kembang dan panjang elok. Cuci beras terlebih dahulu sebelum rendam.\n2. Sukatan air yang betul\nSukatan air untuk beras basmathi adalah 1 cawan beras bersamaan 1 1/4 air atau mana-mana campuran lain seperti\u00a0 santan atau susu cair.\n\n3. Didihkan air sebelum masuk beras\nCara nak masak beras ini,\u00a0 pastikan air atau cecair untuk memasak beras ini mendidih terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masukkan beras. Dengan menggunakan cara ini juga, beras tidak akan mudah patah kerana tidak terendam terlalu lama. Beras akan cepat masak dalam lebih kurang 10 \u2013 15 minit sahaja.\n4. Kacau rata\nSelepas beras sudah dimasukkan, besarkan sedikit api dan kacau rata semasa air masih ada. Sekiranya air dah kering, anda tidak perlu kacau. Kecilkan api dan tutup periuk sehingga beras masak dengan sempurna.\n\n\n\n5. Rehatkan beras seketika\nSekiranya nasi sudah masak, rehatkan selama 5 hingga 10 minit. Jangan terus buka tudung periuk, biarkan nasi mengewap di dalam periuk dan kembang cantik. Selepas itu, karih nasi dari tepi periuk ke tengah. Untuk menggebukan nasi. Gunakan garfu atau sudip, supaya nasi tidak hancur dan patah.\nSelamat mencuba!\nSumber:Eyda Sukiman\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-masak-beras-basmathi-yang-lembut-peroi/", "title": "Tips Masak Beras Basmathi Yang Lembut & Peroi, Nisbah Sukatan Air Sangat Penting!", "body": "\nRupanya ada tips masak beras basmathi supaya hasilnya nasi akan lembut elok dan peroi. Salah satu tips itu adalah perlu menggunakan nisbah sukatan air yang betul.\nSelain itu, banyak lagi tips lain yang perlu anda tahu, barulah ia jadi elok cantik berderai.\nJom hadam ilmu yang dikongsikan oleh Azmi Jusoh di bawah ini sebagai panduan buat semua.\nTips Masak Beras Basmathi\n1. SEDIAKAN BERAS\n\nLangkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.\nRendamkan beras adalah langkah paling utama. Ini adalah kerana beras ni dah direbus terlebih dahulu dan dia jemurkan.\nTips penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh lah masukkan sedikit kedalam air rendaman.\n2. NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)\n\nSelain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.\nNisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tidak boleh main agak-agak macam kita perasakan garam kepada masakan ya.\nJika terlebih air nasi akan jadi lembik melekat, tak berderai dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti yer.\nSaya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 \u00bc cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan. Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul.\nJika nak lebihkan cecair, pastikan jangan lebih dari sukatan 1 \u00bd cawan bagi 1 cawan beras ya. Make sure take note.\n3. TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK\nAda 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:\n\nTumis beras dahulu: kaedah ni selalunya ditumiskan semua bahan-bahan tumis di dalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibiarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.\nDidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pula rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sebelim masukkan beras.\nDidih air tanpa sukatan: kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.\n\n4. PANTANG LARANG KETIKA MEMASAK\nAntara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:\n\nJika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ni beras berada dalam stage fragile.\nJika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap tuk proses memasak.\nSentiasa biarkan nasi rest didalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, restkan sebelum dikacau.\nKacau nasi ketika panas, untuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.\nKacau nasi dari sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.\n\n5. TIPS MEMASAK BERAS BASMATHI, TIPS TAMBAHAN:\n\nMenggunakan pewarna: jika korang nak gunakan pewarna contoh macam nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sebelum dikacau.\nMinyak: harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan untuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dalam kategori cecair ya.\nElak nasi patah: elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni, terutama sekali ketika nasi dah kering.\nBekas penyukat: gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air yer.\nTanpa rice cooker: jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih banyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.\n\nSemoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manafaat kepada semua\nKredit: Azmi Jusoh\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-masak-daging-goreng-kunyit-lembut-berjus-tak-liat-tak-perlu-rebus-pun/", "title": "Teknik Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit Yang Lembut, Berjus & Tak Liat", "body": "\nDaging goreng kunyit sentiasa menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap dan cara penyediaannya yang sangat mudah.\nNamun, ada satu masalah yang sering dihadapi setiap kali memasak hidangan ini iaitu daging menjadi liat dan keras. Lagi-lagi bila daging sudah sejuk.\nUntuk mengatasi masalah ini, jom baca perkongsian dan tips untuk memasak daging goreng kunyit yang lembut dan tak liat oleh Nana Ismail di bawah.\nTips Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit Yang Lembut & Tak Liat\nNana nak share cara goreng daging berjus dan lembutt je walaupun goreng sekejap je.\nRamai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.\nMasalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas je.\nBahan-bahan:\n\nDaging ]\nBawang besar 2 biji\nCili padi (ikut kepedasan)\nKacang buncis sikit\nSerbuk kunyit\nGaram\n\nCara-cara:\n1. Kalau nak senang potong daging, balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Pastikan potong nipis dan ikut lawan urat daging.\n\n2. Bila dah siap hiris nipis daging, goreng daging tanpa minyak supaya air daging keluar dan kering.\n\n3. Lumurkan daging dengan garam dan kunyit.\n\n4. Kemudian goreng daging macam biasa menggunakan minyak. Masak sekejap sahaja dalam 3 hingga 5 minit.\n\n5. Masak sekejap sahaja supaya daging tak kecut dan berjus macam ni. Angkat daging dan ketepikan.\n\n6. Dengan menggunakan minyak daging tadi, tumis bawang hingga garing dan masukkan cili. Masukkan kacang buncis dan daging yang dah digoreng tadi. Gaul sebati dan siap!\n\nKredit: Nana Ismail\nBaca juga: Resipi Daging Masak Hitam Kenduri Style, Rasa Memang Padu & Lazat\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-masak-sagu-dengan-sukatan-air-yang-betul-baru-lah-biji-sagu-jernih-tidak-hancur/", "title": "Tips Masak Sagu Dengan Sukatan Air Yang Betul, Baru Lah Biji Sagu Jernih & Tidak Hancur", "body": "\nSejak PKP ini sagu sudah menjadi pencuci mulut yang popular dikalangan masyarakat kita. Pelbagai pencuci mulut yang kita boleh buat seperti kuih sagu merah, sagu gula Melaka, sagu mangga dan banyak lagi.\nTetapi ramai juga yang kecewa apabila sagu yang dimasak tidak sempurna, tidak menjadi sebutir-sebutir kerana ia melekat di antara satu sama lain dan ada juga yang menjadi seperti bubur. Jadi, jom cuba tips masak sagu ini supaya sagu masak dengan cantik.\n1. Tidak perlu basuh sagu\nSekiranya anda mahu masak sagu, pastikan anda sudah menyukatnya terlebih dahulu dan pastikan anda tidak membasuh sagu tersebut kerana ia akan mengganggu tekstur sagu.\n\n2. Didihkan air\nDidihkan air sehingga ia menggelegak, pastikan air itu betul-betul panas. Sekiranya air itu hanya panas biasa, elak masukkan sagu. Anda juga boleh masukkan pewarna kesukaan anda sama ada hijau atau pun merah.\n3. Tuangkan sagu secara berperingkat\nTuangkan sagu perlahan-lahan secara berperingkat sebanyak 2 atau 3 kali dan tunggu seketika kemudian baru boleh tuang sekali lagi. Masak selama 15 minit. Kacau sekali sekala je. Matikan api dan tutup periuk.\n\n4. Tutup api dan biarkan seketika\nSelepas api sudah ditutup, biarkan sagu di dalam periuk dalam 30-40 minit untuk biarkan ia masak dengan sempurna. Selepas itu, kacau sagu tersebut. Sekiranya sagu itu tidak mempunyai bintik putih anda boleh tapis dan cuci dengan air supaya kanjinya hilang. Siap dan selamat mencuba!\n\n\nSumber: Aisyah Az Zahra\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-masak-sambal-nasi-lemak-supaya-tak-terpecik/", "title": "Tips Masak Sambal Nasi Lemak Supaya Tak Terpecik Satu Dapur, Rasa Pun Sedap!", "body": "\nNak tahu tips masak sambal nasi lemak yang sedap? Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Wan Rosni di bawah.\nMenurut beliau, satu keluarga puji sedap sambal nasi lemak hasil air tangannya. Siap tanya letak apa dalam sambal sampai sedap macam tu.\nJom sama-sama baca cara buat sambal nasi lemak yang sedap beserta tips supaya sambal tak terpecik satu dapur.\nTips Masak Sambal Nasi Lemak Sedap & Tak Terpercik Satu Dapur\nBahan-bahan:\n\n10 biji bawang merah\n3-4 biji bawang putih\nIkan bilis segenggam (kisar kasar)\nCili kering kisar (15 tangkai)\nGula melaka\nGula\nAsam gelugur\nGaram secubit\n\n\nCara-cara:\n1. Kisar bawang merah, bawang putih dan segenggam ikan bilis. (kisar kasar saja)\n2. Tumis bahan kisar sehingga betul-betul garing. Kemudian baru masukkan cili kering kisar. Kacau sekali sekala saja.\n3. Kemudian masukkan gula melaka, gula dan asam gelugur.\n4. Apabila kuah hampir kering, masukkan ikan bilis setengah mangkuk dan juga secubit garam.\n\nTips sambal tak terpercik:\n\nGuna api perlahan dan kacau sekali sekala sahaja\nWaktu kisar bawang, letakkan ikan bilis segenggam dan jangan kisar hancur sangat. Tumis sampai betul-betul garing baru masukkan bahan lain\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Wan Rosni\nBaca juga: Cara Buat Nasi Lemak Guna Beras Basmathi, Nasi Cantik Berderai & Tahan Lama\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-masak-sup-telur-suhun-yang-perfect/", "title": "Tips Masak Sup Telur Suhun Yang \u2018Perfect\u2019, Telur Putih Pun Tak Berterabur", "body": "\nSedapnya sup telur suhun, walaupun ringkas tapi sedap sangat. Ada satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain dah.\nMenu ini kembali popular apabila ianya dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\nTapi jika mahu mendapatkan sup telur yang sempurna dan telur putih juga tidak berterabur, boleh ikuti tips yang telah dikongsikan oleh Yatie Kitchen di bawah.\nTips Masak Sup Telur Suhun Yang \u2018Perfect\u2019, Telur Putih Tak Berterabur\nBahan-bahan:\n\nBawang merah\nBawang putih\nTelur\nSuhun\nDaun sup/bawang\nMushroom seasoning\n\nCara-cara:\n\nTumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.\nKemudian baru masukkan air.\nBila dah bendidih, tutup api kemudian baru pecahkan telur supaya telur putih tak berterabur.\nSelepas 5 minit agak-agak telur tu dah masak, baru hidupkan semula api.\nBila sudah mendidih, terus tutup api dan baru masukkan suhun beserta daun sup atau daun bawang.\nJangan lupa perasakan dengan mushroom seasoning.\n\n\nKredit: Yatie Kitchen\nBaca juga: Petua Buat Sayur Lemak Putih Yang Padu. Kena Tumbuk Bahan Ini, Jangan Kisar\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-masak-telur-ikan-mayong-supaya-tak-overcook-tidak-pecah/", "title": "Tips Masak Telur Ikan Mayong Supaya Tak \u2018Overcook\u2019 & Tidak Pecah", "body": "PENULISnajahnurul\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2021-02-03\nSiapa dekat sini peminat gulai ikan mayong? Budak zaman sekarang ni mesti kurang familiar\u00a0dengan gulai ikan mayong. Ini antara kegemaran mak bapak kita. Sebenarnya ada banyak cara untuk masak telur ikan mayong ini mengikut cita rasa masing-masing lah kan. Salah satu perkara yang rumit ketika masak telur ikan mayong ini adalah telur ikan mayong tersebut mudah pecah. Bila telur tu dah pecah, tak cantik lah pula kan gulai kita. Jadi jom kita ikut tips yang dikongsikan oleh Norlaila Dlaila di Facebook.\n\nKredit: Norlaila DlailaBAHAN-BAHAN\n\nTelur ikan mayong\nAir\n\nCARA-CARA\n\nMasakkan gulai terlebih dahulu sehingga mendidih.\nRendamkan telur ikan mayong di dalam air.\nApabila kuah sudah mendidih, tapiskan telur dan masukkan ke dalam kuah tersebut.\nKacau dengan perlahan sehingga kuah mendidih sekali lagi.\nSelepas sudah mendidih, terus tutupkan api dan siap dimakan telur ikan mayong yang tidak pecah dan tidak overcook.\n\n\nKredit: Norlaila Dlaila\nTIPS\n\nSekiranya suka makan telur ikan mayong yang betul-betul masak, kukus terlebih dahulu sehingga masak dan masukkan ke dalam kuah.\nTelur ikan mayong yang fresh adalah telur yang berwarna oren.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-memasak-sayur-sayuran-dengan-betul-supaya-tidak-hilang-khasiatnya/", "title": "Tips Memasak Sayur-Sayuran Dengan Betul Supaya Tidak Hilang Khasiatnya!", "body": "PENULISMyResipi\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2020-11-25\nSayur sangat kaya dengan nutrisi dan mengandungi pelbagai\u00a0vitamin\u00a0seperti vitamin C yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan, awet muda dan melawan kanser. Sayangnya, vitamin B dan C mudah rosak apabila terdedah kepada oksigen, air, haba dan cahaya matahari. Jadi,\u00a0cara penyimpanan dan pengendalian ketika memasak\u00a0sayur\u00a0yang betul mampu mengekalkan nutrisi dan\u00a0khasiat\u00a0sayur. Jadi mari kita cuba tips mengekalkan nutrient sayur sebaik mungkin yang dikongsikan oleh Siti Haziana di facebook.\n\nKredit: Siti Haziana\nGunakan sesedikit mungkin air ketika merebus atau mendidihkan sayur.\n\nAmbil cecair yang tinggal di dalam kuali setelah memasak sayur.\n\nJangan kupas sayur-sayuran sehingga selepas memasaknya. Sebaiknya jangan kupas sama sekali untuk memaksimumkan ketumpatan serat dan nutriennya. Contohnya lobak merah & ubi kentang, cuma basuh/berus bersih kulitnya.\n\nMasak sayur dalam jumlah air yang lebih kecil untuk mengurangkan kehilangan vitamin C dan vitamin B.\n\nCuba makan sayur-sayuran yang dimasak dalam satu hari, kerana kandungan vitamin C pada sayur akan terus menurun ketika makanan yang dimasak terkena udara.\n\nMasak sayur hanya selama beberapa minit jika boleh, jangan biarkan lama atas api.\n\nJangan guna baking soda semasa memasak sayur. Walaupun ia boleh kekalkan warna, vitamin C akan hilang di persekitaran alkali yang dihasilkan oleh baking soda.\n\nPotong sayuran dalam saiz besar untuk mengurangkan kuantiti vitamin yang musnah bila sayur terdedah kepada udara.\n\nApabila memasak sayur, sentiasa tutup periuk untuk memerangkap stim dan haba supaya dapat mengurangkan waktu memasaknya.\n\nKredit: Siti Haziana\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-memasak-untuk-beginners/", "title": "Tips Memasak Untuk Beginners", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-06-23 19:26:44\n\n\n\u00a0\n\nAda antara korang yang baru belajar memasak? Well, mestilah lah kalau baru belajar buat banyak silap. Terlalu masin ke, manis ke, tak de rasa langsung ke. Jangan give up! Kita ada tips untuk korang faham apa yang korang buat dalam dapur.\n\u00a0\nNak masak ni nampak macam mudah, tapi sebenarnya tak ye! Nak-nak kalau yang baru nak belajar masak tu. Kang ada yang termasin takpun takde rasa langsung. Apa pun korang jangan cepat give up! \n\u00a0\nMeh admin share tips untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dalam bab memasak.\n\u00a0\nJangan Pernah Takut Untuk Cuba\n\u00a0\n\nFoto Kredit: me.me\nPaling penting, mindset kena positif ye. Untuk permulaan, korang boleh start dengan resipi yang simple. Baca resipi itu perlahan-lahan, fahamkan betul-betul, lepas itu cuba praktikkan. Of course, kalau hasilnya tak capai expectation, korang jangan give up. Cuba sampai jadi! Kita takkan jadi pandai dalam sehari. Bak kata orang putih, \u201cRome wasn\u2019t built in a day\u201d.\n\u00a0\nBanyak Observe Orang Lain\n\nFoto Kredit: bhms.ch\nKalau ada orang lain yang tengah masak dekat dapur, korang pergilah usha dia. Tanya-tanya dia buat apa atau tips yang korang boleh cuba. Tengok dia masak apa dan cara dia masak. Lepas dah observe, cuba praktikkan sendiri.\n\u00a0\nTengok YouTube\n\nFoto Kredit: lifewire.com\n\u00a0\nZaman dah maju dikk. Korang boleh je \u201cGoogle\u201d tak pun search kat Youtube. Paling mudah nak belajar masak adalah dari YouTube. Ada banyak chef selebriti yang buat video pasal memasak. So, rajin-rajinlah tengok video dan praktikkan sendiri!\n\u00a0\nSediakan Semua Bahan & Alat Yang Diperlukan\nFoto Kredit: fertileunderdog44.wikidot.com\n\u00a0\nBila dah plan nak masak apa, korang kena sediakan dulu bahan-bahan dan alat yang diperlukan. Jangan bila dah nak masak baru gelabah nak mencari. Nak masak kena rajin plan sebelum buat. \n\u00a0\nGunakan Bahan Segar\nFoto Kredit: 123rf.com\n\u00a0\nNak hasilkan makanan yang sedap, kena gunakan bahan yang segar. Jangan abaikan aspek ini sebab ia akan bagi kesan kat masakan korang. Bukan nak sedap je, tapi masakan korang kena sihat jugak!\n\n\u00a0\nHappy Cooking!\nFoto Kredit: sheknows.com\n\u00a0\nSecara jujurnya, belajar memasak ini bukannya perkara yang mudah. Ia perlukan kesabaran dan kegigihan. Kita pasti akan buat silap. Biasalah, baru nak belajar kan. Tapi, yang penting kita jangan give up. Last but not least, kita kena have fun!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-membina-tabiat-pemakanan-sihat/", "title": "Tips Membina Tabiat Pemakanan Sihat", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-08-28 09:07:44\n\n\nBak kata orang putih, \"you are what you eat\", merupakan satu peringatan kepada semua orang bahawa apa-apa yang kita makan mempunyai impak yang direct kepada rupa, hidup dan produktiviti kita. Jadi, ia merupakan satu perkara yang sangat penting untk menjaga pemakanan kita. Namun begitu, berapa ramai je orang yang betul-betul ambil kisah pasal pemakanan?\u00a0\nSebenarnya nak faham pasal nutrisi ni satu benda yang agak kompleks. Jadi mari kita lihat aspek-aspek paling basic dulu.\u00a0\n1. Rancang Pemakanan Dulu\nPicture Credit: medicalnewstoday.com\nCuba luangkan sebahagian daripada hujung minggu tu untuk merancang pemakanan kita untuk masa seminggu. Dengan cara ini, korang tak perlu merosakkan diet dengan makan maggi pada lewat malam. Boleh juga luangkan masa lebih dekat rumah untuk masak makanan yang lebih sihat daripada makan luar. Perubahan rutin ini dapat menjimatkan duit.\n2. Kerap Puasa\nPicture Credit: bimbinganislam.com\nPuasa bukanlah sesuatu yang hanya patut dilakukan waktu wajib sahaja. Faedah-faedah berpuasa ini menyebabkan ianya satu perkara yang boleh dilakukan pada bila-bila waktu. Cuba lah berpuasa dua kali seminggu seperti hari Isnin dan Khamis. Kalau itu pun susah pun tak apa. Boleh cuba puasa tiga kali sebulan (13hb, 14hb, dan 15hb) dalam kalendar bulan Islam.\u00a0\n3. Mulakan Hari Dengan Sarapan Berkhasiat\nPicture Credit: eggs.ca\nRamai sangat yang menafikan bahawa sarapan penting untuk mulakan hari kita. Sarapan merupakan pemangkin kepada kepada tubuh badan dan minda kita. Kita perlu bersarapan dengan makanan yang dapat menguatkan otot kita seperti telur dadar. Otak kita pula perlukan karbohidrat seperti oat, muffin atau roti.\n4. Buat Diari Pemakanan\nPicture Credit: shinesheets.com\nGunakan handphone korang untuk merekod semua jenis makanan yang korang makan. Tulis ataupun install je apps yang boleh tolong rekod jumlah kalori yang diambil. Korang pasti terkejut atau kagum dengan jumlah makanan yang korang ambil setiap hari. Dengan adanya rekod, sekurang-kurangnya korang aware dengan apa yang diambil ke dalam perut.\n5. Selalu Bawa Snek Sihat\nPicture Credit: nutritiouslife.com\nKita mesti perlukan\u00a0snek untuk pastikan tenaga dan semangat kekal konsisten tapi kurangkanlah makan snek masin dan manis macam kentang atau gula-gula. Cuba simpan snek macam buah atau kacang dalam beg kerja. Snek-snek macam ni dapat pastikan kita kekal fokus dan bertenaga sepanjang hari.\nTak susah nak bina tabiat makanan yang sihat. Also, tak perlu pun belanja banyak-banyak. Biarkan pemakanan simple, tapi berkhasiat. Badan kita perlukan makanan yang berkhasiat. Bukan nak kata tak boleh langsung makan \"junkfood\", tapi kalau nak achieve tabiat pemakanan sihat, mesti kena kurangkan. Semoga berjaya dengan tips-tips ni!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-membuat-popia-sira-sambal-yang-sedap-rangup-dan-berkilat/", "title": "Tips Membuat Popia Sira Sambal Yang Sedap, Rangup dan Berkilat", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-12 06:00:45\n\n\nPopia sira sambal merupakan antara kuih yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai. Kuih ini boleh didapatkan di pasar-pasar malam yang ada di sekitar perumahan. Anda juga boleh mencuba sendiri untuk membuatnya di rumah kerana bahan-bahannya mudah dan senang untuk dibuat. Namun, untuk mendapatkan popia sira sambal yang betul-betul rangup agak sukar kerana cara-caranya yang berlainan. Bagi yang lebih menyukai tekstur popia yang rangup, ini beberapa tips yang anda boleh ikuti daripada NoraFiza Kamarin.\n\nKredit:\u00a0NoraFiza Kamarin.\n\u00a0\nBahan-bahan inti:\n\n1 paket kulit popia (50keping)\n1 biji sengkuang (saiz sederhana)\n3 biji lobak (saiz sederhana) \nUdang geragau (2 sudu besar)\n\u00a0Sedikit serbuk perasa\n\nCara-cara: \n\nSagat sengkuang dan lobak kepada bentuk memanjang.\nTumiskan semua bahan dalam kuali dengan sedikit minyak. Masak sehingga bahan layu.\nKemudian, toskan dan sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak dan sengkuang kering. Ini untuk memastikan kulit popia kekal rangup, berkilat\u00a0dan tidak koyak.\n \nKredit:\u00a0NoraFiza Kamarin.\n\u00a0\nSekiranya bahan inti sudah kering dan sejuk, anda boleh mula untuk menggulung popia.\n \nKredit:\u00a0NoraFiza Kamarin.\n\u00a0\nPastikan anda tidak menggulung popia terlalu ketat. Elakkan juga mengisi inti terlalu banyak supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk.\n \nKredit:\u00a0NoraFiza Kamarin.\n\u00a0\nKemudian, lekatkan dengan air pada hujung gulungan supaya tak terbuka\nSetelah siap menggulung semua popia, teruskan menggoreng dengan api yang sederhana sehingga kulit popia nampak garing.\n \nKredit:\u00a0NoraFiza Kamarin.\n\u00a0\nToskan popia goreng bagi suam-suam sejuk sebelum disira.\n\n\u00a0\nBahan-bahan sambal sira:\n\n10 tangkai cili kering\n\u00bd labu bawang putih\n15 sudu besar @ 1 \u00bd cawan kopi gula pasir\n2 sudu besar sos cili\n1 sudu kecil perasa cukup rasa\n2 sudu besar bijan\n5 sudu besar minyak\n\nCara-cara:\n\nKisarkan cili kering bersama bawang putih yang disediakan tadi. Kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.\nMasukkan perasa cukup rasa, gula pasir, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Api sedang sahaja. Tidak perlu ditambah dengan air.\nLebihkan gula dari cili untuk memastikan popia kekal rangup. Tunggu sehingga tekstutnya pekat serta berbuih. Kemudian, tutup api.\nApabila sambal sudah suam, masukkan popia dan gaul sehingga rata.\nSusun popia dalam dulang dan elakkan menindih popia dengan yang lain untuk mengekalkan kerangupan popia.\n\n\u00a0\nDah siap! Boleh dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!\n\nKredit:\u00a0NoraFiza Kamarin.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-menghasilkan-nasi-lemak-yang-sedap-hingga-menjilat-jari/", "title": "Tips Menghasilkan Nasi Lemak Yang Sedap Hingga Menjilat Jari!", "body": "\nSebagai orang Malaysia, nasi lemak merupakan sarapan pagi yang sangat terkenal di kalangan masyarakat kita. Nasi lemak juga mempunyai banyak cara masakannya dan pelbagai lauk yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Sesetengah orang suka makan bersama ayam, paru atau pun kerang.\nKalau kita makan nasi lemak, semestinya kita mahukan nasi lemak yang sedap dan cukup rasa. Sekiranya nasi lemak tersebut lembik atau pun kering tidak cukup air pastinya ia tidak akan menjadi sedap. Jadi, jangan risau jom ikut tips dan panduan ini supaya nasi lemak korang cantik kejadiannya.\n\n1. Rendam beras terlebih dahulu\nUntuk mengelak nasi melekat di periuk nasi, selepas membasuh beras, korang perlu merendam beras di dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan baru lah masukkan santan.\n2. Masak santan sehingga mendidih\nDidihkan dahulu santan bersama daun pandan dan masak seperti biasa, dengan cara ini nasi tersebut akan menjadi menjadi lebih lemak dan sangat berbeza keenakannya.\n3. Halia sebesar ibu jari\nJika inginkan nasi lemak menjadi lembut, letakkan halia yang telah dititik saiznya sebesar ibu jari.\n4. Wangikan nasi\nSekiranya anda, ingin wangikan nasi, boleh masukkan serai, daun pandan, lada hitam, kulit kayu manis, hirisan bawang besar dan juga halba. Tetapi ada sesetengah orang tidak suka masukkan halba ke dalam nasi lemak kerana bau halba tersebut.\n5. Masak atas dapur gas\nJika nasi lemak kelihatan mentah di dalam periuk, cepat-cepat masak atas dapur gas dengan api perlahan. Kalau masih tidak jadi jugak, pindahkan nasi itu di dalam pengukus dan kukus sehingga masak.\n6. Letak majerin\nJika inginkan nasi menjadi sebiji-sebiji boleh letakkan marjerin sedikit atau pun minyak masak.\n7. Campurkan secubit gula\nBoleh juga campurkan secubit gula untuk kemanisan nasi lemak dan paling penting garam secukup rasa.\nSumber: Fadzidatul Fadzillah\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-menghilangkan-bau-hanyir-ikan/", "title": "TIPS MENGHILANGKAN BAU HANYIR IKAN", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-04-30 06:24:06\n\n\n\nSelera makan kita mesti akan terbantut kalau ikan tu hanyir kan? Tak bestlah nak makan bila rasa hanyir ni.\u00a0Nak makan pun jadi tak semangat.\nSebab itulah penting untuk anda cuci ikan sebaiknya supaya hilang bau hanyir. Hari ini kami akan kongsikan tips untuk anda semua!\n\u00a0\nRENDAM DALAM AIR GARAM &\u00a0LIMAU KASTURI\n\nKebiasaanya orang akan gunakan teknik ini untuk cuci ikan air sungai sebab ikan air sungai lebih hanyir daripada ikan laut. Anda hanya perlu rendamkan ikan\u00a0dalam air berisi 3-4 sudu garam bersama dengan beberapa biji limau kasturi. Bukan setakat bau hanyir, lendir dari ikan pun mudah untuk dihilangkan!\n\u00a0\nRENDAM DALAM SUSU\n\nBuang organ dalaman ikan terlebih dahulu dan\u00a0rendamkan ikan anda seketika dalam air susu. Selepas beberapa minit, anda hanya perlu cuci semula ikan seperti biasa. Ikan anda akan hilang bau hanyir itu.\n\u00a0\nPERAP DENGAN TEPUNG\u00a0\n\nAnda hanya perlu perapkan ikan\u00a0dalam tepung beras ataupun tepung gandum selama 10-20 minit untuk hilangkan hanyir ikan. Selepas itu, cuci bersih ikan anda dan masak seperti biasa.\n\u00a0\nAIR BASUHAN BERAS\n\nAir basuhan beras jangan dibuang!\u00a0Cuci ikan seperti biasa menggunakan air basuhan beras tersebut.\u00a0Ianya boleh menghilangkan lendir dan\u00a0bau hanyir ikan.\n\u00a0\nRENDAM DENGAN AIR CUKA\n\nAnda hanya perlu campurkan sedikit cuka dalam air dan\u00a0rendamkan ikan\u00a0selama beberapa minit. Selepas itu, cuci ikan dengan bersih untuk hilangkan bau cuka.\u00a0\n\u00a0\nPES CAMPURAN KUNYIT, TEPUNG JAGUNG & GARAM\n\nAnda hanya perlukan serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Campurkan ketiga-tiga bahan ini dan perapkan ikan\u00a0dengan pes itu selama 30 minit. Anda juga boleh terus goreng ikan anda tanpa mencuci. \n\u00a0\nGUNA LEMON\n\nHanya titiskan sedikit jus lemon ke atas ikan. Anda boleh juga gunakan limau purut untuk teknik ini. Biarkan seketika kemudian\u00a0basuh bersih.\u00a0\n\u00a0\nPERAP BERSAMA HALIA\n\nCincang halus halia dan\u00a0perapkan bersama ikan\u00a0selama 30 minit. Ini akan hilangkan bau hanyir pada ikan anda.\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-menjimatkan-cecair-pencuci-pinggan/", "title": "Tips Menjimatkan Cecair Pencuci Pinggan", "body": "\nKalau kita basuh pinggan, selagi pinggan itu tidak betul-betul bersih selagi itu lah kita akan menggunakan sabun. Kadangkala cecair pencuci pinggan ini sebotol hanya tahan seminggu.\nTapi sekiranya korang mengalami masalah yang sama, jangan risau kerana korang boleh cuba tips ini untuk menjimatkan cecair pencuci pinggan. Mana yang boleh jimat, kita jimatkan. Jom cuba tips jimat ini.\n\n1. Air panas\nCampurkan suku cecair pencuci pinggan di dalam air panas dan kacau hingga sebati. Sekiranya air itu sudah suam, boleh di simpan di dalam botol.\n2. Garam\nMasukkan setengah cawan garam tadi ke dalam air bancuhan cecair pencuci pinggan tersebut dan kacau sehingga garam larut. Tips ini dapat menjimatkan cecair pencuci pinggan dan pinggan juga lebih bersih.\nSelamat mencuba!\nSumber: Nanie Ripin\n\u00a0\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-menyediakan-sambal-tumis-yang-pekat-sedap-tahan-lama/", "title": "Tips Menyediakan Sambal Tumis Yang Pekat, Sedap & Tahan Lama", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-07-24 04:32:11\n\n\nBagi mereka yang menyukai\u00a0makanan pedas, sambal tumis ini pasti menjadi\u00a0kegemaran untuk dimakan bersama lauk\u00a0yang lain.\u00a0Untuk menjadikan sambal tumis tu sedap dan tahan lama, korang cuma perlu gunakan beberapa bahan dan\u00a0cara memasak yang betul je! Jom kita ikuti petua yang dikongsikan oleh Che' Nom ni.\nKredit: Keluarga\n\u00a0\nBahan-bahan:\n1. CILI KERING\nKredit: Keluarga\nRasa sambal akan jadi lebih padu kalau kita gunakan cili kering berbanding cili boh. Pemilihan cili kering ni sangat\u00a0penting sebab ianya\u00a0mempengaruhi warna dan rasa sambal tumis.\u00a0Cili kering yang licin dan berkilat adalah lebih pedas daripada\u00a0cili kering yang berkedut dan kerinting. Haa yang ini terpulang mengikut citarasa masing-masing sama ada nak buat tahap kepedasan\u00a0sambal tu\u00a0macam mana.\u00a0\n2. BAWANG\nKredit: Bukanaku\nBawang besar, bawang merah\u00a0dan bawang putih ni digunakan sebagai bahan utama untuk dikisar bersama cili kering. Bahan menumis pula cuma perlukan bawang besar je.\n3. BELACAN\nKredit: New Malaysian Kitchen\nBelacan ni\u00a0penting untuk digunakan sebagai bahan penyedap tambahan di dalam sambal tumis.\u00a0\n4. AIR ASAM JAWA\nKredit: DatinHepi\nSambal tumis ni tak akan complete kalau kita tak\u00a0masukkan elemen masam di dalam sambalnya.\u00a0Kalau tak ada asam jawa, jangan risau! Ganti je dengan asam keping, yang penting kena ada rasa masam-masamnya tu.\n\u00a0\nCara-cara:\n\nBUANG BIJI DAN REBUS\nGunting cili kering dan buang bijinya. Kemudia, rebus cili di dalam air sehingga mendidih kemudian tapiskan air untuk mengurangkan rasa ketajaman pedas cili, Ini juga untuk menjadikan sambal tahan lebih lama.\n\u00a0\nTUMIS DENGAN MINYAK YANG CUKUP\nSambal harus ditumis di dalam kuantiti minyak yang banyak supaya cili masak dengan elok.\n\u00a0\nMASAK HINGGA PECAH MINYAK\nCara nak tahu sama ada dah\u00a0pecah minyak atau belum adalah apabila sambal dan minyak sudah terapung dan terpisah di bahagian tepinya. Warna sambal pun akan bertukar menjadi sedikit gelap. Kalau rasa kuah sambal tu agak kering, bolehlah\u00a0 tambah sedikit air untuk elakkan kuah sambal hangit.\n\nHaa mudah kan? Boleh lah korang cuba nanti!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-mudah-goreng-ayam-guna-air-fryer/", "title": "Tips Mudah Goreng Ayam Guna Air Fryer", "body": "\nZaman sekarang hampir di setiap rumah mempunyai\u00a0air fryer kerana ia sangat memudahkan untuk semua orang memasak, malah ia adalah salah tu cara untuk membuatkan sesuatu makanan itu lebih sihat kerana ia tidak memerlukan kuantiti minyak yang banyak.\nKadangkala sebelum kita masak ayam di dalam air fryer ada masanya ia masak dengan sempurna tetapi ada juga yang tidak masak dengan baik, seperti ayam tersebut menjadi kejung dan masih beku di dalamnya. Jom cuba tips ini.\n1. Guna suhu rendah\nSekiranya anda ingin memasak ayam di dalam\u00a0air fryer,\u00a0pada awalnya anda perlu membakar dengan suhu yang rendah dalam 110-130 darjah selama 15 minit. Kemudian terbalikkan ayam tersebut dan masak dengan suhu yang lebih tinggi dalam 160-180 darjah untung menggaringkan permukaan ayam selama 5-7 minit.\n2. Guna loyang\nMasukkan ayam di dalam loyang dan masak ayam seperti biasa. Suhu tidak perlu diubah. Pastikan sapu sedikit minyak pada permukaan ayam. Cara seperti ini akan membuatkan ayam itu lebih\u00a0juicy.\n\nSelamat mencuba!\nSumber:Khairunnisa Mohd Malek\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-mudah-kopek-kerang-supaya-isi-tidak-hancur-kekal-cantik/", "title": "Tips Mudah Kopek Kerang, Supaya Isi Tidak Hancur & Kekal Cantik", "body": "\n\nBertahun-tahun kopek kerang mesti isi melekat dekat cengkerang dia\u201d\n\nSiapa yang rajin ke dapur mesti tahu betapa rumitnya nak kopek kerang, ada masanya mudah sahaja nak kopek bagi keluar isi dan kadangkala isinya melekat pada cengkerang. Bila isi dah melekat pada cengkerang nanti mula lah isinya hancur dan nak masak pula nanti tak cantik.\nSebenarnya nak kopek kerang pun ada caranya tersendiri, jom cuba tips mudah kopek kerang ini mesti cantik je isi kerangnya.\n\n1. Rebus kerang\nPastikan korang cuci kerang dengan bersih, cuci segala lumut dan kekotorang yang melekat di cengkerang kerang tersebut, didihkan air seketika dan rebuskan kerang selama 30 saat.\n2. Letak di dalam air sejuk\nSelepas sudah gaulkan kerang di dalam air yang mendidih tadi, angkat kerang tersebut lalu letakkannya di dalam air sejuk atau pun air paip. Ini adalah salah satu cara untuk menghentikan proses masak kerang tadi, supaya isinya tidak kecut. Selepas itu, kupas kerang seperti biasa, isi kerang tidak akan melekat lagi pada cengkerangnya.\nSumber: Puan Shafiqa\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-mudah-simpan-buah-limau-kasturi-confirm-tahan-lama/", "title": "Tips Mudah Simpan Buah Limau Kasturi, \u2018Confirm\u2019 Tahan Lama!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-14 08:17:10\n\n\nKebiasaannya buah limau kasturi dijual secara timbang kilo atau dibungkus siap-siap bagi memudahkan pelanggan. Tetapi yang menjadi masalah apabila kita hanya ingin menggunakannya sedikit dan selebihnya pasti akan jadi kering dan busuk jika simpan terlalu lama. Apa kata korang cuba tips dari Siti Fatimah Abas Siti Fatimah Abas\u00a0untuk kekalkan kesegaran buah limau kasturi ini supaya tahan lebih lama! Barulah tak membazir! \n\nKredit: Siti Fatimah Abas\n\nBahan-bahan:\n\nPisau\nPenapis kopi\nBekas kiub ais\nCawan\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\nMula-mula basuh kesemua limau yang dibeli sehingga bersih. Kemudian, potong dua semuanya supaya lebih mudah untuk diperah.\n \nKredit: Siti Fatimah Abas\n\u00a0\nGunakan penapis kopi untuk memerah limau supaya tidak bercampur dengan serpihan-serpihan limau.\n \nKredit: Siti Fatimah Abas\n\u00a0\nKemudian, perah sehingga dapat secawan penuh seperti dalam gambar.\n \nKredit: Siti Fatimah Abas\n\u00a0\nSelepas itu, tuangkan air perahan limau tadi ke dalam bekas kiub ais.\n \nKredit: Siti Fatimah Abas\n\u00a0\nSimpankan ke dalam peti sejuk semalam supaya air perahan limau ini betul-betul beku.\n \nKredit: Siti Fatimah Abas\n\u00a0\nGunakan ais kiub limau ini bila ingin diperlukan.\n \nKredit: Siti Fatimah Abas \n\nSiap! Mudah sahaja kan? Korang pun dah tak perlu susah susah memerah limau ni untuk masakan, hanya tinggal masukkan saja 2 ke 3 ketul saja. Selain itu, korang juga boleh gunakan kiub ais limau ini untuk membuat the o limau juga. Selamat mencuba!\n\nKredit: Siti Fatimah Abas\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-mudah-simpan-cili-kisar-tahan-lebih-lama-supaya-tidak-berkulat/", "title": "Tips Mudah Simpan Cili Kisar Tahan Lebih Lama Supaya Tidak Berkulat", "body": "\nBila kisar cili dengan air sahaja, kadangkala cili kisar tu tak tahan lama pun sekejap je dah berkulat\u201d\nOrang Malaysia memang tak sah la kan kalau makanan tak pedas, jadi hampir di setiap rumah wajib ada stok cili kisar untuk dimasak. Bila dah kisar cili dalam kuantiti yang banyak pun ada caranya supaya cili tersebut tahan lebih lama senanglah mak-mak nak masak nanti kan.\nJom cuba tips mudah nak simpan cili kisar supaya tahan lebih lama.\n\n1. Sediakan cili kering dan beberapa ulas bawang putih\nSebelum nak rebus cili kering tersebut, korang kena gunting-guntingkan cili supaya senang biji-bijinya terkeluar semasa direbus.\nJadi, rebuskan cili kering yang sudah digunting bersama lebih kurang 5 ulas bawang putih.\n2. Guna minyak masak\nUntuk mengisar cili kering, korang digalakkan untuk menggunakan minyak masak. Guna minyak apa-apa pun boleh supaya cili tahan lebih lama. Tidak digalakkan untuk menggunakan air.\nKorang perlu agak-agak berapa banyak minyak yang perlu diletak, asalkan cili itu boleh dikisar.\n3. Bekas kedap udara\nSelepas selesai mengisar cili tersebut, anda perlu simpan di dalam bekas kedap udara supaya ianya tahan lebih lama.\nJangan lupa simpan di dalam peti ais, cara ini kebiasaannya membuat cili kisar anda tahan lama dan tidak berkulat dalam 3 minggu.\nSumber: Safika Sadali\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-paling-senang-untuk-cuci-microwave/", "title": "Tips Paling Senang Untuk Cuci Microwave & Sentiasa Berbau Harum", "body": "\nSetiap rumah pasti wajib ada microwave ni kan? Senang bila nak panaskan makanan dan lauk pauk tanpa perlu menggunakan dapur gas.\nTapi ramai yang ambil mudah dengan tidak mencuci microwave selepas digunakan. Tahukah anda, ia boleh menjadi tempat bakteria berkumpul dan boleh menyebabkan pencemaran makanan.\nMaklumkan, microwave pasti akan menjadi kotor kerana percikan makanan ketika ia sedang dipanaskan. Oleh sebab itulah perkakas elektrik ini perlu sentiasa dicuci sekurangnya seminggu sekali.\nTIPS PALING SENANG CUCI MICROWAVE\nCara-caranya:\n\nAmbil mangkuk isi air separuh.\nLetak lemon sebiji. Perah jus dan hirisan lemon.\nMasuk microwave dan panaskan selama 5 minit.\nTunggu 2 minit sebelum buka sebab tak nak bagi wap air dia keluar.\nLap microwave dengan kain bersih. Bau pun harum semerbak lemon gitu.\n\n\nKredit: @nawalhudaa\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-pemilihan-bendi-yang-betul/", "title": "TIPS PEMILIHAN BENDI YANG BETUL", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-04-05 07:27:30\n\n\nPernah tak nak beli bendi tapi tak tau macam mana cara nak pilih bendi? Selalunya mesti dapat bendi yang tua & tak sedap untuk dimakan. Ok harini kami nak share tips untuk pilih bendi yang lebih muda & sedap.\u00a0\n\nTips dia adalah anda perlu lihat sahaja pada tangkai bendi.\u00a0Tangkai muda tidak akan ada lubang manakala tangkai yang tua akan kelihatan berlubang. Semakin besar lubang pada tangkai tersebut, semakin tua lah bendi tu.\nTips yang kedua ialah dengan hujung bendi, di permukaan atas tajam sehingga dia patah. Bendi yang muda, hujungnya mudah untuk dipatahkan.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-penting-untuk-pengguna-air-fryer-supaya-tahan-lama-menjamin-keselamatan/", "title": "Tips Penting Untuk Pengguna Air Fryer, Supaya Tahan Lama & Menjamin Keselamatan!", "body": "\nMemandangkan ramai yang mempunyai air fryer\u00a0di rumah tetapi korang tahu tak cara yang betul untuk menggunakannya supaya keselamatan korang terjamin dan\u00a0air fryer dapat tahan lama?\nAda beberapa cara yang korang perlu dan tidak perlu buat sekiranya korang mahu ia tahan lama. Jom cuba tips penting menggunakan\u00a0air fryer.\n1. Tidak perlu basuh pada bahagian atas\nBahagian atas\u00a0air fryer\u00a0tersebut tidak boleh dibasuh secara terus dengan menggunakan air kerana ia mempunyai\u00a0coil\u00a0di bahagian tersebut. Pastikan\u00a0air fryer\u00a0sudah sejuk dan wayar telah dicabut baru boleh di lap menggunakan span dan air suam.\nBerus\u00a0coil\u00a0 dengan berus lembut yang fleksibel untuk menghilangkan kotoran dan lapkannya bersama kain.\n2. Pastikan punca elektrik sesuai dengan voltan kuasa\nJangan pasankan alatan-alatan elektrik yang berkuasa tinggi pada soket yang sama sekaligus sebab ia boleh menyebabkan berlakunya litar pintas.\n3. Letak di tempat yang stabil\nLetakkan\u00a0air fryer\u00a0di tempat yang stabil dan mempunyai ruang di bahagian eksos\u00a0air fryer untuk mengeluarkan udara panas. Pastikan wayar tidak menyentuh permukaan\u00a0air fryer yang panas itu.\n4. Tidak boleh tuang minyak penuh\nJangan tuang minyak penuh di dalam bakul untuk menggoreng makanan. Ia akan mengeluarkan asap panas dan akan terbakar. Jika perlu, sembur atau gaul sahaja bersama minyak.\n5. Jangan curah air\nJangan curah air dan rendam unit utama air fryer\u00a0di dalam air kerana komponen elektriknya akan menyebabkan litar pintas.\nSelamat mencuba!\nSumber:Ilya Ilywan\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-petua-mudah-halau-semut-dalam-gula/", "title": "Tips & Petua Mudah Halau Semut Dalam Gula, Hanya Letak \u20181 Bahan\u2019 Dapur Ini", "body": "\nGeram kan bila tengok bekas gula dimasuki semut. Padahal bekas dah cukup rapat dan ketat. Kadang-kadang, pek gula yang baru dibeli dan belum dibuka pun boleh dimasuki semut.\nBOLEH KE MAKAN GULA YANG DIMASUKI kiSEMUT?\nMenurut buku\u00a0501 Persoalan Fikah Wanita\u00a0oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.\n\nDari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berdarah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek.\u00a0(*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.)\nMaka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.\n\nPETUA MUDAH HALAU SEMUT DALAM GULA\n\nCara-caranya:\n1. Letak beberapa batang kulit kayu manis. (Semut tak suka bau kulit kayu manis ni, laju dia lari ajak geng)\n\n2.Selepas 1 jam semut semut tadi hilang dari radar. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ameera\nBaca juga: Pakar Kongsi Petua Kurangkan Batuk Yang Berlarutan, Boleh Cuba Kala \u2018Musim Demam\u2019 Ni\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-pilih-buah-durian-supaya-dapat-isi-yang-lemak-cantik-sedap-baruah-berbaloi-kalau-beli/", "title": "Tips Pilih Buah Durian Supaya Dapat Isi Yang Lemak, Cantik & Sedap. Barulah Berbaloi Kalau Beli!", "body": "\n\nSedapnya kalau dapat makan pulut bersama durian dan gula nise\u201d\n\nMemandangkan sekarang sudah masuk musim durian dan sudah mula ramai peniaga menjual durian, harini kita kongsikan tips beli durian supaya anda tidak menyesal membeli durian. Ramai tidak tahu cara yang betul pilih durian, selalunya orang akan bau sahaja dari kulitnya untuk menandakan bahawa durian itu elok.\nTetapi sebenarnya ada banyak cari lagi yang boleh digunakan untuk memilih durian. Jom cuba 4 tips berguna ini semasa memilih durian.\n\u00a0\n1. Lihat kulit durian\nCuba elakkan membeli kulit durian yang sudah merekah sehingga ke isi. Kebiasaannya kulit durian yang sudah merekah ini mempunyai isi durian yang sudah masam.\n\n2. Bau\nSelain itu, anda boleh bau durian tersebut dari luar. Tetapi tak semua orang mahir dengan membau sahaja durian tersebut kerana anda tak akan pasti bagaimana isinya di dalam sama ada elok atau pun tidak.\n3. Lihat garisan pada kulit durian\nDari garisan kulit durian itu, kita boleh mengagak buah tu banyak isi atau pun tidak, nanti tidak adalah ralat sangat nanti terbeli banyak kulit dari isi.\n4. Lihat dari tangkai durian\nJika nak tau ketebalan isi durian itu anda kena tengok tangkai buah durian, potong (cross section) tangkai, tengok jarak antara bulatan dalam dengan bulatan luar. Kalau jarak jauh makna isi tebal kalau jarak dekat bermakna isinya nipis.\n\nSumber: Alimi Mikayla\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-pilih-butter-yang-sesuai-untuk-membaking/", "title": "Tips Pilih Butter Yang Sesuai Untuk \u2018Membaking\u2019, Bukan Tengok Harga Mahal Atau Murah", "body": "\nBuat mereka yang baru belajar \u2018membaking\u2019, benda yang kita kena belajar adalah perkara paling asas iaitu bahan-bahannya. Salah satu perkara asas itu adalah perlu tahu tips pilih butter atau mentega yang ada jenisnya yang tersendiri.\nMenerusi perkongsian oleh Amirul Kalif Syde ini, sememangya dapat membantu anda yang baru berjinak-jinak dalam belajar membuat kek dan kuih muih.\nBeliau ada menerangkan jenis-jenis mentega yang kita harus faham supaya kek yang dihasilkan menjadi elok dan sedap. Berikut merupakan perkongsiannya yang dipetik dari laman sosial Twitter.\nJangan gembira sangat kalau tengok harga murah\nUntuk yang masih belum tahu atau yang baru berjinak jinak dalam dunia baking/pastry, janganlah korang happy dulu bila tengok benda ni murah, sebab ini mungkin bukan apa yang korang perlukan.\n\nApabila ada resipi menggunakan butter, ini bukan pilihan yang terbaik. Kita ada banyak jenis butter seperti normal butter (salted/unsalted) / clarified butter (ghee) dan lain-lain.\n\nDan korang kena tahu, yang dua butter dekat atas ni bukanlah PURE BUTTER atau pun memang bukan butter langsung, tapi lebih kepada margerin.\nYang ni adalah bahan-bahan dalam BUTTERCUP \u2018butter\u2019 tu. Bahan utama dia adalah palm oil yang menunjukkan bahawa ini bukan mentega tetapi marjerin.\n\nButter \u2018sebenar\u2019 diperbuat daripada lemak tenusu\nSebuah butter hanyalah butter apabila ianya diperbuat daripada lemak tenusu, pada kadar sekurangnya 80% tenusu. Bawah daripada itu, ia adalah marjerin atau pun campuran butter-marjerin.\nAda yang kata, buttercup tu sedap je rasa dia memang macam butter. Yes, fragrance, aroma, tekstur memang macam butter. Cuma kalau baking, kita akan dapat lihat & rasa perbezaan yang ketara pada kek kita tu.\nButter sebenar lagi mahal\nMaka sebab itulah kenapa harga buttercup/farmcow dan sekutu dengannya ni boleh didapati dengan harga yang sangat murah dalam Rm 3.50 \u2013 Rm 5 dan butter macam tatura, anchor, emborg rm 9.00 malah ada yang cecah belasan ringgit per 250 gram.\nTinggi kualiti butter, tinggi jugak lah kualiti pastry\nJadi jangan lah hairan kenapa orang sanggup beli butter yang \u2018mahal\u2019 tu dari beli butter yang murah kerana mereka itu tahu apa yang anda mungkin tidak tahu.\nIngat, dalam pastry ni salah satu strength utama adalah butter. Tinggi kualiti butter, tinggi jugak lah kualiti pastry.\nLepasni kalau ada yang claim cakap \u201ccake ni memang sedap, kita pakai butter mahal, buttercup tau\u201d, korang bolehlah perlahan lahan beredar dari situ atau kalau korang kejam, ambil kek tu dan tempek pada muka beliau di atas baseless claimed tersebut.\nTapi janganlah terus benci atau boikot buttercup/farm cow dll ni pula\nButtercup/farm cow boleh je guna ikut kesesuaian. Contohnya sesetengah kuih raya seperti tart nenas/semprit takde masalah pun nak guna buttercup sebab kurang rasa tenusu.\nJangan lepasni makan roti sapu anchor dahlah.\nNi ada references sikit untuk korang supaya mudah ingat atau bantu untuk bezakan.\nTips pilih butter & cara bezakan butter dan marjerin\n\nTengok harga\nTengok bahan kandungan (ingredients)\n\nJangan main tembak je beli.\nContoh non-Pure Butter\n\nButtercup\nFarmCows\nTwinCows\n\n\nContoh Pure Butter\n\nAnchor Tatura\nSCS\nEmborg\nGolden Churn\nWestern Star\nPhiladelphia\nKerrygold\n\n\nSemua ni selalunya ada dekat baking store malaysia & supermarket malaysia. Benda macam butter, whip cream, cream cheese ni kalau boleh beli lah dekat baking store je sebab harga yang jauh lebih mura. Supermarket tu pilihan terakhir lah kalau dah takde sangat.\nKredit: Amirul Kalif Syde\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-pilih-ikan-segar-dan-cara-siang-ikan/", "title": "Tips Pilih Ikan Segar Dan Cara Siang Ikan", "body": "PENULISmyResipi\nKATEGORITips & Petua\nPOSTED ON2020-11-25\nKadang-kadang kalau beli ikan di pasar tu, mesti suruh penjual ikan tu siang ikan siap-siap. Memang boleh, tapi apa salahnya kalau kita siang ikan yang kita beli tu sendiri, lebih bersih dan meyakinkan. Jom kita belajar tips untuk memilih ikan segar dan cara siang ikan!\nSebelum belajar cara siang ikan, kita perlu tahu serba sedikit tips untuk memilih ikan yang segar.\nBahan-bahan\nPapan Pemotong\nPisau\nIkan\n\nCara-caraTips pilih ikan segar\n\nPerhatikan mata ikan.\nPeriksa insang.\nPerhatikan sisik ikan.\nRasa tekstur ikan.\n\nCara siang ikan\n\nBuang sisik ikan.\nPotong bahagian perut ikan.\nKeluarkan organ-organ ikan.\nBersihkan kotoran selebihnya.\nBilas ikan.\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-pilih-ketam-berisi-penuh-telur-baru-berbaloi-beli/", "title": "Tips Pilih Ketam Berisi & Penuh Telur, Baru Berbaloi Beli!", "body": "\nNak tahu tips pilih ketam berisi?\nKetam merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Pelbagai masakan enak boleh dibuat menggunakan ketam. Tapi paling\u00a0spoil mood\u00a0bila isi ketam sedikit, beli punyalah mahal. Memang tak puas makan la jawabnya.\nAda tips untuk pilih ketam sebelum membeli yang ramai tak tahu. Barulah puas bila makan bila isi penuh. Seorang pengguna Facebook, Dr Rizal Abu Bakar ada berkongsikan tips untuk memilih ketam yang mempunyai isi penuh dan banyak telur. Ikuti perkongsiannya di bawah.\nCara Pilih Ketam Yang Berisi\nNak masak lemak cili padi. Atau masak lemak nanas mestilah kena guna ketam gemuk berisi. Kalau ada telur lagi padu. Jangan cengkerang je sado, isi dalam lohong.\nKetam ni sumber protein tanpa lemak. Kaya vitamin B12 untuk sel darah merah dan sel saraf. Sumber fosforus untuk tulang kuat.\nMacam mana tips pilih ketam berisi?\n1. Pilih ketam betina berat. Ketam betina ni bulat. Sepit pendek.\n2. Elak beli yang ringan. Bila tekan macam berlohong.\n3. Ketam betina punyai segi tiga besar pada bawah perut.\n\n4. Ketam jantan ada segi tiga kecil dan runcing.\nPetua Pilih Ketam Segar\nIni juga petua untuk tahu sama ada ketam ni fresh atau tak.\nTengok warna cengkerang. Kalau ketam bunga, pastikan warna kebiruan. Segi tiga bawah perut ketam mesti melekap. Bukan terkopek.\nKetam pula kena cukup sifat. Tak angkat lagi sepit dah tercabut. Itu tandanya ketam lama. Bau pun kenalah bau air laut. Bukan hanyir semacam.\nOkay dah beli ketam, boleh lah masak lemak cili api!\n\nSumber: Dr Rizal Abu Bakar\nBaca juga: Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Resipi Terakhir Siti Sarah Buat Peminat\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-rebus-telur-supaya-mudah-dikupas-hasilnya-memang-terbaik/", "title": "Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas & Hasilnya Memang Terbaik!", "body": "PENULISnajahnurul\nKATEGORIArtikel\nPOSTED ON2021-01-26\nMemang tak dapat dinafikan, telur ayam merupakan salah satu nikmat makanan, Hal ini kerana, dengan telur je kita boleh masak pelbagai menu. Tapi setiap kali kalau nak kupas kulit telur rebus, mesti bahagian putih telur kelihatan menggerutu dan nampak tak cantik kan? Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada petua bagaimana untuk\u00a0merebus telur supaya ianya mudah dikupas, pasti kejadiannya tidak ada cacat cela dan licin! Jom ikut tips yang dikongsikan oleh\u00a0Azizah Ajis\u00a0di Facebook!\nBAHAN \u2013 BAHAN\n\nTelur\nAsam Keping\nAir secukupnya\n\nCARA-CARA\n\nMasak air sehingga mendidih.\nLetakkan telur bersama asam keping.\nSelepas selesai direbus, lalukan telur pada air yang mengalir.\n\nTIPS TAMBAHAN\nSekiranya tidak mahu menggunakan asam keping. Boleh juga gantikan dengan garam.\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-rebus-telur/", "title": "Tips Mudah Rebus Telur Tanpa Air Menggunakan Rice Cooker", "body": "\nSebelum ni seperti yang kita tahu kalau rebus telur je mesti guna air yang banyak. Apakah ada cara untuk kita merebus telur tanpa menggunakan air?\nWalaupun kita nak rebus dengan kuantiti yang banyak tapi kita jangan risau ada solusi untuk kita berjimat air dan tenaga.\n\nTips Rebus Telur Dengan Mudah\nTips ni hanya memerlukan masa 5 minit dan telur itu masak elok tanpa cacat cela, pecah dan lain-lain.\n\nBasuh telur itu dulu ya.\nLapik rice cooker menggunakan 2 helai tisu.\nRenjis air bagi tisu lembab.\nKemudian susun telur.\nBiar button naik sendiri.\nBiarkan sekejap baru bukak tutup periuk dan boleh sejukkan sebelum dikupas.\n\nDah siap! Anda boleh dapat hasil yang lawa walaupun menggunakan rice cooker sahaja. Selamat mencuba.\nKredit: Rozzana Junid\nBaca juga:\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-resepi-pulut-kuning-kelantan-yang-sedap-pasti-menjilat-jari-2/", "title": "Tips & Resepi Pulut Kuning Kelantan Yang Sedap, Pasti Menjilat Jari!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-30 15:53:31\n\n\nPulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam Al-Quran, majlis kesyukuran dan sebagainya. Cara memasaknya juga sangat mudah.\u00a0Jadi mari kita cuba resepi Pulut Kuning Kelantan yang dikongsikan oleh Ismi Aishah di kumpulan Resepi Masakan Ringkas. Menurutnya, rahsia untuk menjadikan pulut itu sedap adalah dengan menggunakan sudip kayu untuk arung pulut. Nak tahu betul ke tak? Jom kita cuba!\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Ismi Aishah\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nBeras pulut\u00a0\u00a0-1 kg\nSantan pekat -1 1/2 cawan\nGaram kasar \u2013 1 sudu besar\nGula \u2013 2 sudu gula besar\nBahan sampingan \u2013 pewarna kuning telur, serbuk kunyit 1 sudu kecil & asam keping/gelugur 2 keping.\n\n\u00a0\n\nKredit: Ismi Aishah\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.\n2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Letak daun pandan untuk aroma yang wangi.\n3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana). Kemudian masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip sampai rata.\n4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.\n5) Boleh lah masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Ismi Aishah\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Ismi Aishah\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Ismi Aishah\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-resepi-pulut-kuning-kelantan-yang-sedap-pasti-menjilat-jari/", "title": "Tips & Resepi Pulut Kuning Kelantan Yang Sedap, Pasti Menjilat Jari!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-11-30 15:53:31\n\n\nPulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam Al-Quran, majlis kesyukuran dan sebagainya. Cara memasaknya juga sangat mudah.\u00a0Jadi mari kita cuba resepi Pulut Kuning Kelantan yang dikongsikan oleh Ismi Aishah di kumpulan Resepi Masakan Ringkas. Menurutnya, rahsia untuk menjadikan pulut itu sedap adalah dengan menggunakan sudip kayu untuk arung pulut. Nak tahu betul ke tak? Jom kita cuba!\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Ismi Aishah\n\u00a0\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\nBeras pulut\u00a0\u00a0-1 kg\nSantan pekat -1 1/2 cawan\nGaram kasar \u2013 1 sudu besar\nGula \u2013 2 sudu gula besar\nBahan sampingan \u2013 pewarna kuning telur, serbuk kunyit 1 sudu kecil & asam keping/gelugur 2 keping.\n\n\u00a0\n\nKredit: Ismi Aishah\n\u00a0\n\u00a0\nCara-cara:\n1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.\n2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Letak daun pandan untuk aroma yang wangi.\n3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana). Kemudian masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip sampai rata.\n4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.\n5) Boleh lah masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Ismi Aishah\n\u00a0\n\u00a0\n\nKredit: Ismi Aishah\n\u00a0\nSelamat Mencuba\nKredit: Ismi Aishah\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-resipi-sotong-goreng-tepung/", "title": "Tips & Resipi Sotong Goreng Tepung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam", "body": "\nSotong goreng tepung telah menjadi kegemaran ramai terutamnya bila kita makan dekat kedai tomyam. Kalau tak betul bancuhan dia mesti tak jadi sotong tu.\nUntuk yang nak dapat hasil rangup dan lembut, korang mesti ikut step yang dikongsi oleh Atirah Abdullah Shah Aimin ni. Lepas ni dah tak cari resipi lain setiap kali nak goreng sotong.\nResipi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Lembut\nBahan A:\n\nSekilo sotong segar\n1 biji telur gred A\nMaggi cukup rasa (secukupnya)\nSerbuk lada putih (1 sudu kecil)\n\nBersihkan sotong dan toskan (wajib) supaya sotong tidak terlalu mengandungi air. Gaulkan sotong bersama bahan-bahan A yang lain.\nBahan B:\n\n2 senduk besar tepung serbaguna (bestari, adabi, kentucky)\n3 sudu besar tepung beras\n1 sudu besar tepung jagung\n\n\nKacau rata bahan B\nPanaskan minyak di atas kuali (minyak mesti banyak)\nAmbil sedikit sotong satu persatu dan salutkan bersama Bahan B.\nMasukkan sotong ke dalam kuali yang dipanaskan tadi dan goreng dengan api yang sederhana.\nGoreng sehingga berwarna \u2018golden brown\u2019.\n\nTips! Sotong tidak boleh digaulkan bersama tepung terlalu awal sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.\nUlang langkah menyalut sotong dengan tepung sehingga kesemua sotong siap digoreng. Selamat mencuba!\n\nBaca juga:\nResipi Sotong Kung Pao, Ala-Ala Masakan Cina Yang Mudah & Lazat\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-cendawan-agar-fresh-seperti-baru-beli-mudahnya/", "title": "Tips Simpan Cendawan Agar \u2018Fresh\u2019 Seperti Baru Beli, Mudahnya!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-07 07:37:16\n\n\nSebut sahaja tentang sayur cendawan, macam-macam sajian enak yang boleh dihasilkan terlintas dalam fikiran. Cendawan ini biasanya enak jika dbuat cendawan goreng tepung, sup cendawan dan banyak lagi! Namun, para penggemar cendawan ini pastu sudah faham dengan penyimpanannya yang agak rumit. Cendawan tidak dapat disimpan lama di dalam peti sejuk kerana ia akan cepat lembik, kurang segar dan kurang enak apabila dimasak. Jangan risau, ikuti perkongsian daripada Rasa tentang cara mudah untuk memanjangkan tempoh kesegaran cendawan.\n\nKredit: Medical News Today\n\nELAK TERKENA AIR\n\nKredit: Rustic Plate\n\u00a0\nBagi memastikan cendawan kekal segar dan tdak lembik, perkara yang paling penting adalah dengan mengelak cendawan dari terkena air. Ini kerana air akan menyebabkan cendawan bernafas sekaligus menjadikanya cepat lembik dan busuk. Anda cuma perlu membasuh cendawan apabila hendak memasaknya sahaja. Pastikan anda mengikut langkah penyimpanan yang betul seperti di bawah:\n\u00a0\nBahan-bahan: \n\nCendawan segar\nTisu dapur\nKertas surat khabar\n\n\u00a0\nCara-caranya:\n\u00a0\n\nSelepas anda pulang dari membeli cendawan di pasar, keluarkan kesemua cendawan dari bungkusannya. Pastikan ia tidak terkena air.\n\u00a0\nKemudian, ambil tisu dan tindankan diatas kertas surat khabar lama.\n\u00a0\nLetak cendawan tadi di atas lapisan tisu dan surat khabar lama dan bungkus dengan kemas. Selain surat khabar, anda boleh juga menyimpan cendawan di dalam beg kertas atau bekas yang mampu menyerap kelembapan.\n\u00a0\nKemudian, simpankan di dalam peti sejuk di bahagian sayur-sayuran.\n\n\u00a0\nSiap! Anda akan lihat hasilnya selepas seminggu, cendawan masih kelihatan segar dn tidak lembik! Jadi, anda tidak perlu risau lagi untuk memasak cendawan yang enak dan lazat dimakan. Semoga petua ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!\n\nKredit: Rasa\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-cili-tahan-lama-8-bulan-masih-segar/", "title": "Tips Simpan Cili Supaya Tahan Lama, 8 Bulan Pun Masih Segar", "body": "\nSimpan cili dalam botol boleh tahan 8 bulan, betul ke? Tak pernah dengar lagi kan.\nCili memang wajib ada di dapur kita kerana boleh kata setiap hari digunakan dalam masakan. Biasanya kita akan terus beli dalam jumlah yang banyak. Tapi bila dah beli banyak dan simpan lama dalam peti sejuk, cili mula buruk dan busuk.\nSayang dan rugi sebab cili agak mahal harganya. Disebabkan itu macam-macam cara dan tip dikongsi untuk memastikan cili ini boleh disimpan lama.\nSelain simpan dalam bekas yang dialas tisu atau letak bawang putih ini, ada satu lagi kaedah yang lagi berkesan supaya cili kekal segar dalam tempoh yang lama. 8 bulan pun masih elok lagi. Tip ini dikongsi oleh Puan Haslinda.\nTIP SIMPAN CILI, 8 BULAN PUN MASIH SEGAR\n\u201cJiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar.\u201d\n\nSelain cili besar, cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan cili api. Ini langkah yang perlu dilakukan untuk:\n1. Basuh dan tos cili supaya kering.\n2. Sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.\n3. Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.\n4. Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.\nSelain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral.\nKredit: Has Linda\nBaca juga: Cara Paling Mudah Buat Stok Cili Kisar. Tak Perlu Potong, Buang Biji Atau Rebus!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-daun-kari-tahan-lama-sampai-berbulan-bulan/", "title": "Keringkan, Simpan Dalam Botol. Daun Kari Tahan Lama Sampai Berbulan-Bulan! Bau Kekal Sama", "body": "\nSetiap kali beli daun kari, pasti banyak bakinya. Maklumlah, bila masak guna sikit saja. Nak beli sikit tak boleh sebab memang dijual dalam kuantiti yang banyak.\nLambat laun, daun kari akan menjadi kering dan akhirnya terbuang bergitu sahaja.\nSelepas ini apa kata jom ikut cara simpan ini supaya dapat tahan lama dan tidak rosak seperti yang dikongsikan oleh Emma Zam di bawah. Baru tak membazir!\nTips Simpan Daun Kari Tahan Lama Sampai Berbulan-Bulan\nIkut cara ini:\n1. Jemur daun kari sehingga kering.\n\n2. Bila dah kering, simpan daun kari ke dalam balang.\n\n3. Bila nak masak, tinggal cekup saja. Bau kekal sama.\nTips tambahan:\n\nCuci bersih daun kari terlebih dahulu sebelum dikeringkan.\nBoleh simpan dalam freezer untuk tahan lebih lama.\n\nSumber: Emma Zam\nBaca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-durian-supaya-tahan-lama/", "title": "Tips Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Elok Lagi", "body": "\nSiapa \u2018hantu\u2019 durian tu kalau ada bajet, boleh beli durian lebih dan simpan durian tersebut dalam freezer. Bila mengidam tak susah-susah nak cari.\nMungkin di rumah memang ada pokok durian, elok juga simpan 3 atau 4 biji mengikut cara yang dikongsi oleh Nor Tipah Zakaria ini.\nAda tekniknya yang tertentu supaya durian kekal elok sehingga musim durian baru tiba. Rasa dan aromanya juga tetap sama dan tidak berubah.\nCara Simpan Durian Tahan Lama\n1. Sediakan plastik wrap dan bekas plastik.\n\n2. Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian tadi dengan kemas menggunakan plastik wrap.\n\n3. Kemudian letak dalam bekas plastik, tutup dengan kemas dan simpan di dalam freezer.\n\n\nSebab apa kena balut macam ni? Kalau nak makan, tinggal ambil dan nyahbeku satu bungkus saja tanpa mengeluarkan semua durian dari freezer.\nKalau tak balut, nanti durian melekat susah nak keluarkan. Proses nyahbeku pun menjadi lambat.\n\nSemoga bermanfaat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-keropok-lekor-agar-lebih-tahan-lama-yang-penting-rasa-masih-sedap/", "title": "Tips Simpan Keropok Lekor Agar Lebih Tahan Lama, Yang Penting Rasa Masih Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-09-15 09:32:52\n\n\nSebut sahaja negeri Terengganu, pasti Keropok Lekor yang terlintas di fikiran kita! Betul tak? Orang cakap tak lengkap percutian jika tak bawa balik keropok lekor sebagai buah tangan. Namun, jika disimpan terlalu lama dalam peti sejuk, bimbang nanti timbulnya selaput putih yang menyebabkan keropok lekor berbau masam dan tidak enak dimakan. Jangan risau, ini ada cara mudah daripada Afy Al Habibi untuk memastikan keropok lekor tahan lebih lama. Jom cuba! \n\nKredit: TasteAtlas\nPenyimpanan Keropok Lekor\nSelepas sahaja membeli, keluarkan kesemua keropok lekor frozen dan potongkan mengikut saiz yang diingini. Kemudian, bahagi-bahagikan kepada kuantiti sepinggan dan masukkan ke dalam plastik kecil lalu masukkan dalam peti sejuk beku.\n\nKredit: Afy Al Habibi\n\u00a0\nCara Menggoreng Dengan Betul\n\nKeluarkan keropok lekor mentah yang sudah siap dibungkus sebelumnya. Keluarkan mengikut kuantiti yang diingini.\n\u00a0\nMasukkan ke dalam periuk berisi air dan rebuskan seketika kerana hasilnya akan menjadi lebih sedap apabila digoreng.\n \nKredit: Afy Al Habibi\n\u00a0\nSemasa merebus keropok lekor, masukkan dalam 1/3 sudu kecil garam untuk mengelak rasa keropok lekor menjadi tawar.\n \nKredit: Afy Al Habibi\n\u00a0\nRebuskan selama 5 minit sehingga keropok nampak empuk.\n \nKredit: Afy Al Habibi\n\u00a0\nSetelah cukup direbus, toskan seketika untuk membuang air lebihan dari rebusan keropok lekor.\n \nKredit: Afy Al Habibi\n\u00a0\nKemudian, gorengkan keropok mengikut tahap garing yang kita inginkan. Goreng di atas api yang sederhana.\n \nKredit: Afy Al Habibi\n\u00a0\n\nSiap! Selamat mencuba!\n\nKredit: Afy Al Habibi\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-lauk-basah-supaya-tahan-lama-kekal-segar/", "title": "Tips Simpan Lauk Basah Supaya Tahan Lama & Kekal Segar!", "body": "\nSelalunya kita akan beli lauk basah sekali harung semasa membeli barang-barang dapur yang lain, jadi bila dah beli sekali gus kita mesti lah kena simpankannya suapaya ia kekal segar dalam jangka masa yang lama lebih kurang 2-3 minggu.\nKalau disimpan di dalam freezer dalam masa yang terlalu lama pun ia boleh membuatkan lauk tersebut tidak segar, jadi jom cuba tips ini untuk menyimpan lauk basah supaya tahan lama.\n1. Masukkan di dalam bekas\nBersihkan lauk-lauk yang yang sudah dibeli dan masukkan ke dalam bekas, setiap bekas itu pastikan ia mencukupi untuk sekali masak, tidak perlu letak banyak-banyak di dalam bekas untuk mengekalkan kesegaran lauk.\n2. Masukkan hirisan lemon\nSelepas disimpan di dalam bekas, tidak perlu masukkan air tetapi anda perlu meletakkan hirisan lemon di atas lauk basah tersebut. Tutup bekas dan masukkan di dalam bahagian sejuk beku.\n\n\nSumber: Demi Cinta\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-lauk-basah-supaya-tahan-lama-kekalkan-kesegaran/", "title": "Tips Simpan Lauk Basah Supaya Tahan Lama & Kekalkan Kesegaran", "body": "\nKebiasaannya kita akan beli lauk basah 2 minggu sekali atau pun kalau korang malas nak keluar banyak kali boleh guna cara ini pula supaya boleh tahan hampir sebulan. Kalau kita nak masak selalunya kita akan defrost kesemua daging dan lebihannya pula akan masuk ke dalam peti ais semula kan?\nSekiranya korang sudah keluarkan daging untuk defrost, pastikan anda tidak membekukan ia semula kerana itu akan menyebabkan daging hilang kesegarannya malah lagi teruk boleh mendatangkan keracunan makanan. Jom cuba tips simpan daging cara betul.\n1. Lap lebih air dan darah\nSekiranya anda pulang daripada pasaraya atau pun pasar selepas membeli daging, sebelum memasukkan di dalam peti sejuk beku anda perlu lap lebihan darah dan air pada daging tersebut sehingga ia agak kering.\n2. Simpan daging mengikut bahagian untuk dimasak\nSelepas darah dan air pada daging sudah di lap, anda perlu bahagikan daging mengikut portion yang anda mahu untuk dimasak. Ini adalah untuk mengelakkan proses sejuk beku yang berulangan.\n\n3. Simpan di dalam bekas bertutup\nSekiranya anda mahu simpan apa-apa jenis lauk di dalam peti ais, pastikan ia disimpan di dalam bekas yang bertutup untuk mengekalkan kesegaran daging tersebut supaya ia tahan lama.\n\nSumber: Eja Maliza\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-lauk-frozen-tahan-sepanjang-ramadan/", "title": "Tips Simpan Lauk Frozen Tahan Sepanjang Ramadan, Nak Sahur Tinggal Panaskan Saja", "body": "\nNak sediakan hidangan untuk keluarga bukanlah perkara yang mudah lagi-lagi pada waktu sahur ketika bulan Ramadan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk memasak dengan kuantiti banyak dan buat stok frozen.\nBila nak sahur atau berbuka, tinggal keluarkan dari peti ais dan panaskan. Tapi anda kena tahu cara simpan dan cara panaskannya dengan betul supaya kualiti dan rasanya terjaga.\nJom kita ikuti panduan yang dikongsikan oleh ahli kimia, Dr. Fatimah Salim di bawah.\n\nMenurut Dr. Fatimah Salim, beliau juga sering bekukan makanan. Bila keadaan mendesak, ada makanan frozen ini sebagai penyelamat.\nSaya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.\nBoleh tahan 2-6 bulan\nMakanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.\nSelepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.\nKita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.\nPastikan makanan disejuk beku\nSuhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.\nKetahuilah kebanyakkan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hanyatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.\nTips untuk panaskan kembali lauk\n\n\nUntuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.\n\n\nKeluarkan makanan lebih awal untuk mengnyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.\n\nSedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.\n\nSumber: Dr. Fatimah Salim\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-makanan-tak-senang-basi/", "title": "Lelaki Ini Kongsi Tips Simpan Makanan, Sure Tak Senang Basi Punyalah", "body": "\nZaman sekarang ni, semua perkara kena berjimat hatta makanan sekalipun.\nMasak time engah hari, alih-alih bila malam nak makan makanan yang sama, tapi dah basi?\nTak pasal-pasal nak kena masak makanan lain pula untuk makan malam.\nPenyimpanan makanan of course lah kena ada ilmu untuk pastikan lauk tak mudah basi dan masih boleh dimakan.\n\nBaca Juga: Petua Bersihkan Minyak Masak Hitam, Jimat Tak Perlu Buang Jika Baru Sekali Guna\n\nMenerusi perkongsian dari lelaki ini, ada beberapa tips atau petua supaya makanan tak senang basi.\nVideo Penuh:\n\n\n @mysumber\nTips Simpan Makanan Agar Tak Mudah Basi \ud83d\ude0a #tips #petua #malaysiatiktok #malaysia #mysumber #fyp #foryoupage #foryourpage #tiktoker #foryourepage\n \u266c Supalonely (feat. Gus Dapperton) \u2013 BENEE \n\n \nPerkongsian tersebut mendapat tontonan lebih 43,000 ribu dari pengguna media sosial dan mendapat lebih dari 2,000 tanda suka.\nSelain dari itu, antara cara paling senang nak pastikan makanan tahan lama tentunya simpan dalam peti ais.\nIni tips ringkas sebelum buat penyimpanan dalam peti sejuk.\n1. Panaskan makanan sebelum disimpan. Tambah air pada kuah yang dah berkurangan.\n2. Setelah makanan siap dipanaskan, tunggu sehingga ia suam dulu. 3. 3. Biarkan sampai ia mencecah suhu bilik.\n4. Jangan gunakan sudu atau senduk yang basah untuk pindahkan daripada periuk ke bekas. Elakkan daripada terkena tangan juga.\n5. Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila nak makan waktu sahur nanti, baru panaskan semula.\nSemoga bermanfaat gais!\n\nKredit: mysumber\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-sayur-tahan-lebih-seminggu/", "title": "Sayur Cepat Rosak? Ketahui Tips Simpan Sayur Tahan Lebih Seminggu", "body": "\nKorang suka beli sayur? Tapi tak tahu cara nak bagi sayur tahan lama. Setiap kali beli sayur mesti lepas beberapa hari dah rosak. Mesti tercari-cari kaedah yang berkesan untuk simpan sayur-sayur ni.\nWanita ini ada berkongsi tips supaya sayur anda tahan lama. Menurut saudari Eyfa Emir beliau telah mencuba pelbagai cara yang tular untuk simpan sayur-sayur itu, tetapi semua cara itu tidak menjadi.\nAntara cara yang telah digunakan oleh saudari Eyfa adalah keluarkan dari plastik dan potong masuk dalam bekas. Setelah mencuba pelbagai kaedah akhirnya cara yang paling berkesan adalah menggunakan aluminium foil dan juga letakkan tisu sebagai alas.\n\nTips Simpan Sayur Supaya Tahan Lama\n\n\nSayur baru beli, jangan basuh.\nPotong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur.\nMasukkan sayur, lipat foil elok-elok dan labelkan supaya tidak tertukar.\nSimpan dalam peti ais bahagian bawah (chiller).\nBila nak guna baru basuh, lebihan tu simpan balik dalam aluminium tu.\n\nInsyallah tips ni akan membuatkan sayur tahan lebih seminggu dan segar. Jadi lepas ni dah tak ada masalah kalau nak beli sayur dan simpan lama.\nBaca juga:\nResipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop, Mudah Dan Sedap\nLelaki Ini Kongsi Cara Order Subway. Beserta Tips Pilih Roti, Isi, Sayur & Sos Yang Sedap\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-simpan-udang-supaya-tahan-lama-kekal-segar/", "title": "Tips Simpan Udang Supaya Tahan Lama & Kekal Segar, Isi Pun Tak Lembik!", "body": "\nJom amalkan tips simpan udang supaya tahan lama ini. Barulah tak membazir beli udang bukan main mahal tapi bila nak masak, tengok-tengok udang dah jadi lembik dan hitam.\nRupanya ada tips yang boleh dipraktikkan bagi memastikan udang yang disimpan tahan lama, kekal segar, isi lembut dan tak lembik.\nAnda boleh menggunakan udang untuk memasak aneka masakan seperti udang masak lemak, udang sambal, udang kari udang, udang masak kam heong dan sebagainya. Jom sama-sama baca tips yang telah dikongsikan oleh Juliana Ibrahim di bawah.\nBaca juga: Cara Siang Udang Lipan, Baru Puas Makan Dapat Isi Seketul-seketul\nTips Simpan Udang Supaya Kekal Segar & Tahan Lama\nDulu-dulu Bos Cina saya bagi petua. Kalau nak simpan udang tahan lama & segar isinya, taburkan gula sebelum simpan dalam peti ais.\nSaya ikut petua ni dari dulu. Memang betul isi udang tak lembik-lembik & lembut. Korang kalau nak cuba, boleh cuba.\nCara-caranya:\n1. Cuci bersih udang. Letakkan di dalam bekas. Kemudian taburkan gula atas udang sebelum disimpan dalam peti ais.\n2. Bila dah siap tabur gula, baru sedia untuk disimpan.\n\nKredit: Juliana Ibrahim\nBaca juga: Petua Cuci Siput Sedut Sampai Hilang Segala Lumpur & Lendir, Rasa Pun Jadi Manis!\nBaca juga: Resipi Udang Butter Bawang Putih Yang \u2018Juicy\u2019, Cara Mudah Tapi Rasa Mantap!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-telur-dadar-gebu-sedap-hanya-guna-3-bahan-sahaja/", "title": "Tips Telur Dadar Gebu & Sedap, Hanya Guna 3 Bahan Sahaja!", "body": "\nSetiap kali makan mesti wajib ada telur, tak kisah lah telur dadar atau pun telur mata kerbau. Telur ini boleh dikatakan pelengkap untuk semua jenis lauk, baru lah nikmat makan nasi ada telur.\nAda sesetengah orang pula hanya suka makan telur dadar sahaja. Tetapi untuk membuat telur dadar supaya ia lebih gebu korang kena cuba tips ini.\nBahan-bahan\n\nTelur\nMayonis\nSecubit garam\n\nCara penyediaan\n\nSatukan kesemua bahan di dalam satu bekas dan kacau sehingga telur menjadi kembang.\n\nMasukkan minyak di dalam kuali, pastikan kuali betul-betul panas baru tuangkan telur di dalamnya.\nTuangkan telur secara perlahan untuk mengelakkan telur hancur dan tunggu sehingga betul-betul masak.\n\nSiap dan selamat mencuba!\nSumber: Badrul Hj Akhiar\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-trick-memasak/", "title": "TIPS & TRICK MEMASAK", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-03-19 04:08:49\n\n\nPernah tak korang rasa tak puas hati dengan cara korang masak ataupun korang rasa benda tu\ntak patut jadi? Okay, harini kitorang nak kongsikan sedikit tips yang boleh korang ikut untuk\ndapatkan desired results korang.\nSENARIO 1: Telur Rebus Susah Nak Kupaslah!\nCara Penyelesaian: Letak cuka.\n\nKorang tau tak kalau korang letak sedikit cuka ke dalam air masa tengah rebus telur tu boleh\nbuat telur senang untuk dikupas? Tak percaya? Trylah buat. Lepasni korang boleh cakap\nselamat tinggal dekat telur yang susah nak kupas!\nSENARIO 2: Nak Telur Mata Yang Perfect!\nCara Penyelesaian: Tutup api lepas telur hampir siap masak.\n\nSebenarnya senang je nak dapatkan telur mata yang sedap mata memandang. Caranya ialah korang goreng telur dekat dalam kuali yang anti lekat &\u00a0bila telur putih tu hampir nak masak, korang letak beberapa titik air &\u00a0tutup kuali tu dengan penutup.\u00a0Kecilkan api ataupun korang tutup\nterus api & tinggal dalam seminit dua sampai telur tu masak sepenuhnya. Gerentilah jadi telur\nmata yang perfect!\nSENARIO 3: Susahnya Nak Buang Kulit Bawang Putih!\nCara Penyelesaian: Cari garlic presser.\nKulit bawang putih ni sebenarnya annoying juga nak buang. Kalau korang jenis yang bukan\npenyabar, korang boleh beli garlic presser. Memang senang boleh asingkan kulit dia dari isi\ndalam. Tapi isi dia akan cantik je tak hancur pun. Cubalah!\nSENARIO 4: Nak Daging Stik Yang Berjus, Taknak Dia Kering!\nCara Penyelesaian: Letak atas aluminum foil lepas siap masak/gril.\n\nDaging stik yang \u2018well-done\u2019 ni\u00a0tak sepatutnya kering. Cara untuk korang elakkan daging stik\nkorang dari kering ialah dengan cara letakkan daging tersebut di atas aluminum foil lepas\ndaging tu dimasak/gril. Lepastu, balut daging tu dengan aluminum foil tu &\u00a0biarkan selama 5\nminit. Ini akan menyebabkan jus dari daging tu tak hilang.\nSENARIO 5: Nak Pasta Yang Cukup Rasa!\nCara Penyelesaian: Tambah garam dalam air rebusan pasta.\nKalau korang rasa pasta korang dah cukup sedap selama ni, korang try dulu trick ni. Masukkan\n1-2 sudu garam dalam periuk besar, kacau sampai garam tu larut &\u00a0apabila air tu mendidih,\nkorang letak pasta. Nampak simple je tapi ni gerenti boleh tambah perisa lah dalam pasta\nkorang tu!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-untuk-elak-gastrik/", "title": "Tips Untuk Elak Gastrik", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-09-24 05:37:17\n\n\nGastrik selalu dikaitkan dengan rasa sakit pada bahagian perut atau hulu hati. Perkara ini biasanya terjadi disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut. Untuk mengelakkan berlakunya gastrik, perlu sentiasa isi perut dengan makanan untuk mengurangkan angin dalam badan. Jadi apa yang perlu dielak sewaktu gastrik?\u00a0\n1. Makanan Bergoreng\nPhoto Credit: medicalxpress.com\nSecara amnya, makanan bergoreng memang dah tak sihat untuk kita. Minyak berlebihan tak bagus untuk perut. Elakkan makanan bergoreng terutamanya kalau gastrik. Memang sedap, tapi jagalah kesihatan tu.\n2. Makanan Dalam Tin\nPhoto Credit: recipes.howstuffworks.com\nMakanan dalam tin mempunyai kandungan asid yang lebih tinggi berbanding dengan makanan segar. Makanlah kalau perlu sahaja tapi jika ada alternatif pilihlah yang segar dan lebih sihat untuk jaga perut tu.\n3. Makanan Kandungan Asid Tinggi\nPhoto Credit: rgbstock.com\nAdmin nak galakkan korang makan buah dan sayur, tapi malangnya kalau nak elakkan gastrik, ada sesetengah sayur dan buah yang korang kena elak. Makanan yang asidnya tinggi macam tomato, oren dan limau perlu sangat dielakkan untuk menjaga perut agar tidak terkena gastrik.\n4. Makan Banyak\nPhoto Credit: triathlete.com\nMasa makan tu cuba jangan gelojoh ok guys. Tahu lapar tapi kawal diri daripada makan gaya macam tak jumpa makanan setahun.\u00a0 Ni lah yang buat perut kembung dan terkejut sebab tetiba banyak makanan masuk perut daripada kosong je sebelum tu.\n5. Makanan Pedas\nPhoto Credit: therakyatpost.com\nTidak membantu ye kawan-kawan. Tahu sedap ramen korang tu tapi kalau nak elak berlakunya gastrik tolong jangan makan. Sambal ke, ramen ke apa-apa je lah yang pedas. Nanti perut rasa binasa!\nSo InshaAllah ikut langkah-langkah ini dan dengan lafaz Bismillah korang mesti sihat. Jangan lupa ye, kesihatan tu penting. Kalau tak jaga, esok-esok nanti sakit!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/tips-untuk-menyenangkan-kerja-di-dapur/", "title": "TIPS UNTUK MENYENANGKAN KERJA DI DAPUR", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2019-06-03 09:44:20\n\n\n\u00a0\n\n\nKita mesti dah terbiasa dengan cara yang mak ajar di dapur kan? Mak mesti ada je cara dia untuk menyenangkan kerja dan yang penting mesti cara yang jimat poket punya! Orang tua kan, mesti ada macam-macam tips. jadi, kami akan kongsikan kepada korang beberapa tips yang perlu korang tahu supaya kerja korang di dapur jadi lebih senang lepas ni!\n\u00a0\n#1 BERSIHKAN KESAN HANGUS PADA PERIUK BELANGA\n\nSenang je, korang hanya perlu campurkan sedikit serbuk penaik bersama air. Biarkan selama beberapa jam kemudian cuci seperti biasa. Confirm hilang kesan hangus tu. Mesti cantik balik periuk belanga korang tu!\n\u00a0\n#2 BUANG HITAM PADA MINYAK GORENG\n\nMinyak masak ni kita boleh recycle lepas guna, takdelah membazir kan?Minyak masak yang kita guna untuk goreng tu kalau dah hitam, boleh je kita hilangkan hitam dia. Korang hanya perlu mmasukkan asam gelugor ke dalam minyak tu sekali dengan bahan gorengan. Asam tu akan serap warna hitam dari minyak tu tadi. Minyak masak korang tu boleh guna semula, takdelah bazir kan?\n\u00a0\n#3 MINYAK TAK MELETUP\n\nSiapa je tak takut kalau minyak panas terpercik kan? Mesti bila nak goreng apa-apa, korang akan cepat-cepat jauhkan diri dari kuali. Kalau taknak minyak terpercik, korang hanya perlu pastikan bahan tu kering dan panaskan minyak dengan suhu yang rendah dahulu. Selepas itu, barulah korang perlahan-lahan kuatkan suhu, barulah minyak tu tak meletup dan terpercik. Nak\u00a0raya\u00a0ni, tak cantik kalau berparut!\n#4 TANGAN BERBAU\n\nMesti tak best nak keluar mana-mana kalau tangan kita bau bawang kan? Cara nak hilangkan bau tu senang je. Hanya gosok tangan korang tu pada sinki ataupun benda besi yang tahan karat. Syarat dia kena yang tahan karat tau, barulah boleh hilang bau.\n\u00a0\n#5 GULA TIDAK BERSEMUT\n\nCara nak halau semut ni senang je. Korang\u00a0 letak bunga cengkih ataupun kulit kayu manis dalam bekas gula dan percayalah semut takkan datang. Bukan tu je, korang boleh juga sapu sedikit minyak masak pada permukaan bekas gula. Semut tak akan berani nak dekat dengan bekas gula korang tu!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/top-5-nasi-kandar-terbaik-di-pulau-pinang-yang-wajib-anda-pergi/", "title": "Top 5 Nasi Kandar Terbaik di Pulau Pinang Yang Wajib Anda Pergi", "body": "\nPulau Pinang memang famous dengan nasi kandar mereka. Ramai pelancong dari negeri lain sanggup ke Penang semata-mata hendak makan nasi kandar sahaja tau. Pergi sahaja ke Penang memang merata-rata tempat ada menjual nasi kandar.\nTapi nak cari mana satu kedai yang jual nasi kandar yang terbaik dan sedap ni yang akan membuatkan kita pening kan? Haa anda tak perlu pening lagi, di dalam artikel ini kami akan senaraikan Top 5 nasi kandar terbaik di Pulau Pinang yang anda wajib pergi!\nTop 10 Nasi Kandar Terbaik di Pulau Pinang Yang Anda Perlu Cuba:\n1. Deen Maju\n\nKegemaran orang ramai sepanjang masa, kedai ini terletak di Jalan Gurdwara. Haa kalau anda ke sini, bersiap sedia lah untuk beratur panjang! Tepat waktu buka kedai ini, memang akan ramai orang beratur untuk beli nasi kandar mereka.\nTapi anda jngan risau kerana perkhidmatannya pantas. Bila anda membuat pesana, jangan lupa untuk mencuba ayam goreng dan ayam ros mereka, ayam gorengnya diperap dan kulitnya sangat rangup tau. Ayam ros mereka pula mempunyai rasa kari yang unik dengan rasa tomato. Selain itu, kari mereka juga sangat pekat dan berkrim.\n\nAlamat: 170, Jalan C.Y. Choy (Jalan Gurdwara), 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.\nWaktu Operasi: 2:30 p.m.-11 p.m. (Setiap hari)\n2. Hameediyah Nasi Kandar\n\nRestoran ini sudah terkenal sebagai nasi kandar tertua di Pulau Pinang, seperti yang semua tahu Hameediyah pasti tidak akan mengecewakan. Berbeza dengan gerai nasi kandar lain, kedai Hameediyah ini dijamin bersih dan berhawa dingin serta pekerja di sini juga sangat mesra.\nAntara\u00a0 menu yang patut anda cuba ialah ayam kapitan, kurma kambing dan rendang daging. Semuanya sangat sedap, penuh dengan rempah ratus dan diperap dengan baik. Dan jika anda ke sini, anda wajib memesan nasi briyani mereka tau!\n\nAlamat: 164A, Lebuh Campbell, 10200, George Town, Pulau Pinang.\nWaktu Operasi: 10 pagi-10:30 malam (Setiap hari)\n3. Line Clear Nasi Kandar\n\nNasi kandar ini beroperasi 24/7 dan ia terletak di sebuah lorong di Jalan Pulau Pinang, tempat itu mungkin membuat anda ragu sedikit tetapi, makanan di sini memang dijamin sedap! Line Clear juga terkenal mempunyai nasi kandar termurah di Pulau Pinang, haa jadi kalau anda ke Penang jangan lupa datang sini tau.\n\nAlamat: 177, Jalan Penang, 10000, George Town, Pulau Pinang.\nWaktu Operasi: 24/7\n4. Nasi Kandar Merlin\n\nSebuah kedai kopi yang terletak di Hotel Merlin, Merlin Nasi Kandar adalah salah satu tempat yang pasti akan disinggah oleh para pelancong. Mereka terkenal dengan nasi kandar yang sedap oleh penduduk tempatan, Merlin juga terkenal dengan kambing kurmanya dan kari telur rebus mereka. Haa kalau anda ke sini pastikan anda datang awal okay, kerana di sini orang akan beratur hanya untuk membeli nasi kandar mereka.\n\nAlamat: 1A, Lebuh Union, Merlin Hotel, 10200, George Town, Pulau Pinang\nWaktu Operasi: 7 pagi- 3 petang (Setiap hari)\n5. Nasi Kandar Beratur\n\nSebuah kedai nasi kandar yang benar-benar sesuai dengan namanya, betul-betul kena beratur SETIAP MALAM ya. Kenapa kata malam? Kerana Nasi Kandar Beratur hanya mula beroperasi pada pukul 10 malam dan ini mungkin satu-satunya nasi kandar di Pulau Pinang yang dibuka pada waktu yang lewat.\nPenduduk tempatan berkata ia pasti berbaloi walaupun harus menunggu lama, ini adalah kerana kesemua lauk-pauk yang disediakan di sini semuanya lazat belaka. Memang sampai menjilat jari!\n\nAlamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling,10300 George Town, Pulau Pinang.\nWaktu Operasi: 10 p.m.- Setiap hari\nSumber: PenangFoodie.com\n"} {"url": "https://myresipi.com/tortilla-chips-cicah-telur-hancur/", "title": "Cara Buat Tortilla Chips Cicah Telur Hancur, \u2018Breakfast Dip\u2019 Gitu", "body": "\nKalau korang tiada idea apa menu yang sesuai dengan \u2018wraps\u2019 apa kata cuba resipi Tortilla Chips Dengan Telur Hancur.\nIdea \u2018breakfast dip\u2019 ini pasti menjadi kesukaan anak terutama anak-anak yang cerewet makan.\nBoleh cuba resipi yang dikongsikan sendiri oleh Zatil Arip.\nResipi Tortilla Chips Dengan Telur Hancur\nBahan Untuk Telur Hancur:\n4 biji telur\nSetengah cawan susu segar\nGaram\nLada hitam\nTomato \u2013 potong dadu\nBawang \u2013 potong dadu\nDaun ketumbar -dihiris\nSehiris lemon\nCara-cara penyediaannya:\n1. 4 biji telur gaul dengan setengah cawan susu segar, garam dan lada hitam.\n\n2. Cairkan mentega, masak telur dengan api perlahan sahaja sambil kacau-kacau.\n\n3. Perah lemon.\n\n4. Taburkan tomato, bawang dan daun ketumbar yang telah disediakan tadi. Jika nak masukkan timun potong dadu juga tiada masalah.\n\nBahan Untuk Tortilla Chips:\n\nRole-Up Wraps (ikut roti masing-masing)\nGaram\nLada hitam\nMinyak zaitun\nCara-cara penyediaannya:\n\n1. Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips, sapukan wrap dengan minyak zaitun.\n\n2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.\n\n\n3. Tabur garam dan lada hitam jika suka.\n\n4. Bakar suhu 180\u00b0C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yang disukai.\n\n5. Siap chips untuk dicicah dengan telur hancur.\n\nSelamat mencuba!\n\nBaca juga: Tular \u2018Hack\u2019 Cara Wrap Tortilla, Jom Cuba Resipi ini\n\nSumber: Zatil Arip\n"} {"url": "https://myresipi.com/tortilla-wrap-homemade-guna-3-bahan-je-sedap-jimat/", "title": "Tortilla Wrap Homemade Guna 3 Bahan, Sedap & Jimat!", "body": "\nAsyik makan roti biasa je, sesekali ubah cita rasa makan tortilla wrap sedap juga kan? Buat sendiri boleh letak macam-macam kat dalam tu.\nBuat yang sedang diet, selalunya mesti ada makanan macam ni dalam menu. Tapi kalau kita beli yang dah siap, boleh tahan mahal juga harga kulit tortilla ni.\nJadi apa kata kita cuba resipi tortilla wrap homemade yang dikongsikan oleh Ana Mohd. Hanya menggunakan 3 bahan utama saja. Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.\nBaca juga: Tular \u2018Hack\u2019 Cara Wrap Tortilla, Jom Cuba Resipi ini\nCARA BUAT KULIT TORTILLA HOMEMADE\nSiapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri. Boleh simpan lama jadi stok frozen juga tau. Bila nak makan\u00a0defrost\u00a0dan bakar sekejap je.\nMemang mudah kerja. Jimat pun jimat. Ni saya buat untuk bekal sarapan pagi suami. Mudah nak makan sebab saya buat saiz comel-comel. Ini resepinya.\nBAHAN-BAHAN:\n\n2 cawan tepung gandum\n3 sudu besar minyak masak @ minyak zaitun\n3/4 sudu kecil baking powder\n1/2 sudu kecil garam\n3/4 cawan air panas\n\nCARA-CARA:\n1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, kemudian gaul-gaulkan.\n2. Bila adunan dah agak suam, terus uli jadi doh yang lembut.\n3. Tutup mangkuk yang berisi doh dengan kain lembap dan biarkan kejap dalam 20 minit.\n4. Kemudian boleh bulat-bulatkan kecil-kecil.\n5. Seterusnya boleh canai atau leperkan.\n6. Sedia untuk dibakar atas pan.\n7. Kalau nak buat untuk frozen, bakar sekejap saja.\n8. Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar.\n\n9. Waktu anggaran masa membakar lebih kurang 1 minit untuk kedua-dua belah bahagian. Selamat mencuba!\n\nCARA BUAT INTI\nUntuk inti ni sebenarnya boleh ikut selera masing-masing. Saya cuma perap ayam dengan sos tiram / sos lada hitam dan grill. \nUntuk sayuran saya letak salad, carrot, timun, tomato, bawang dan sos cili. Kemudian boleh tambah mayonis / cheese / sos apa-apa ikut suka.\nTips:\n\nPastikan sayur-sayur di tos sampai kering untuk elakkan cepat basi.\nBoleh juga isi ayam celup tepung / fillet ikan celup tepung.\n\n\nRESEPI TORTILLA WRAP BERPERISA BAWANG PUTIH\nKalau teringin nak buat\u00a0garlic\u00a0tortilla, boleh olahkan sikit ikut cara yang sama. Mudah aje.\nCaranya, 3 sudu besar minyak tu dipanaskan dan tumis 2 ulas bawang putih yang dicincng halus smpai naik bau (jaga api jangan sampai hangit).\nTutup api, biarkn sejuk dan baru campur dengan tepung dan bahan lain. Kemudian ikut langkah seterusnya macam di atas tadi. Siap!\n\nKredit: Ana Mohd\nBaca juga: Resipi Wholemeal Wrap Guna Daging Burger, Semudah ABC!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tosai-cara-simple/", "title": "Tosai Cara SIMPLE Ikut Sukatan Cawan, Sedap Makan Panas Panas!", "body": "\nTosai Cara SIMPLE Ikut Sukatan Cawan, Sedap Makan Panas Panas!\nMakanan India ini tidak asing lagi di tekak Orang Melayu. Rasanya yang sedap, dicicah pula dengan kuah kari atau cutney hijau, mesti ramai yang suka bila dapat makan tosai resepi mudah ni panas-panas.\nBaca juga: Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!\nBiasanya nak makan tosai ni, ke kedai mamaklah kita baru dapat merasa. \nTapi kini tidak perlu bersusah payah lagi sebab nak buat tosai ni tersangatlah mudah dengan follow je resipi daripada Cik Puan Shahidah Abu Bakar ini.\n\nRESIPI TOSAI SUKATAN CAWAN\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\n2 cawan beras\n1 cawan ulunthu\n1 cawan nasi\nHalba sedikit\nGaram secukupnya\n\nCara membuatnya:\n1. Rendam ke semua bahan di atas kemudian blendkan ia sampai halus.\n2. Masukkan sedikit air kira-kira 1 inci dari bahan dan perasakan dengan garam secukupnya.\n3. Perap semalaman ikut suhu bilik.\n4. Panaskan kuali yang leper atau kuali yang tidak melekat\n5. Sapukan minyak sekali lalu dan tuang sesenduk ke atas kuali. Ratakan menggunakan belakang senduk.\n6. Biarkan sehingga seluruh Kawasan masak.\n7. Angkat dan hidangkan panas-panas.\n\n\nSedia dicicah bersama kuah kari atau chutney. Selamat mencuba!\nBaca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!\n"} {"url": "https://myresipi.com/tukang-masak-dedah-rahsia-besar-cara-masak-nasi-putih-sedap/", "title": "Tukang Masak Dedah \u2018Rahsia Besar\u2019 Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja", "body": "\nBuat sesetengah orang, cara masak nasi putih dianggap perkara yang \u2018kecil\u2019. Ia hanyalah sekadar nasi putih yang tidak perlu difikir banyak. Namun pernah terfikir tak, kenapa bila makan nasi putih di kedai, rasa lagi sedap berbanding masak sendiri di rumah?\nSeorang tukang masak, Ahmad Shukri Amiruddin mendedahkan petua\u00a0 untuk masak nasi putih yang sedap. Bukan masak begitu saja. Menurutnya lagi, ini merupakan rahsia besar di kedai-kedai makan dan para tukang masak apabila memasak nasi putih.\n\u2018RAHSIA BESAR\u2019 CARA MASAK NASI PUTIH YANG SEDAP\nMalam ni orang rumah sibuk. Saya dengan rela paksa masak nasi putih. Masak nasik putih ni pun ada rahsia besar. Bukan masak begitu saja.\nSelama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.\nSaya nak kongsikan ilmu pengasih yang digunakan oleh kebanyakkan kedai2 nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kawin. Kadang2 bila kita makan nasi kat kedai memang sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam2 lagi.\n\nPerkongsian ilmu pangasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.\nMasa nak masak nasi. Masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan. Kena pandai agak2 supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?\nMinyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada \u201d rasa\u201d bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih.\nKalau masak nasi selain nasi putih : Nasi Tomato, Nasi minyak dll. Ikutlah cara ini beserta masukkan 3 atau 4 ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik.\nInilah rahsia besar kedai2 makan dan para tukang masak.\u00a0\nSumber: Ahmad Shukri Amiruddin\n"} {"url": "https://myresipi.com/tukang-masak-thai-dedah-rahsia-telur-dadar-yang-rangup-gebu/", "title": "Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu, Sebijik Sama Macam Di Kedai!", "body": "\nSetiap kali ke kedai masakan Thai, memang wajib\u00a0order\u00a0telur dadar mereka yang rangup dan garing! Rupanya tak susah pun kalau nak buat sendiri di rumah.\nTapi ada tekniknya yang tersendiri. Kalau salah cara, memang takkan sama macam di kedai masakan Thai.\nNak tahu caranya? Jom lihat perkongsian oleh Mazllina Muda di bawah.\nCara Buat Telur Dadar Macam Di Kedai Thai\nBahan-bahan:\n\n2 biji telur\n1/4 cawan air sejuk (dalam peti ais)\nSecubit garam\n\nCara-cara:\n1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Pukul telur sehingga berbuih banyak. Kemudian masukkan air sejuk dan kacau lagi.\n\n2. Panaskan minyak.\n\n3. Tuang telur ke dalam minyak panas yang sangat panas dari posisi yang tinggi.\n4. Bila dah garing, terbalikkan.\n\n5. Sedia untuk dihidang.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Mazlina Muda\n"} {"url": "https://myresipi.com/tular-hack-cara-wrap-tortilla-jom-cuba-resipi-ini/", "title": "Tular \u2018Hack\u2019 Cara Wrap Tortilla, Jom Cuba Resipi ini", "body": "\n\nMin tertarik betul dengan satu video dekat TikTok cara \u2018hack\u2019 untuk balut roti Tortilla.\nDah alang-alang malas nak masak lauk, jom kita cuba buat untuk breakfast ini.\nKreatif dan worksmart. Rupa-rupanya ada cara yang lagi mudah nak balut tortilla ini. Ingatkan kena balut style shawarma saja, Hiks!\nBaca juga: Cara Buat Tortilla Wrap Chicken Mayonis\nMin fahamkan, resipi ini mula tular ketika video masakan tersebut dipost oleh wanita ini.\nVideo penuh:\n\n\n @ellcarter1\n#fyp #foryoupage #food\n \u266c Sexy Bitch (feat. Akon) [Extended] \u2013 David Guetta \n\n \nCara-caranya mudah saja:\n1. Bahagikan tortilla wrap kepada empat bahagian\n\n\nSetiap bahagian itu, boleh ikut kreativiti korang nak letak bahan isi wrap apa.\n2. Gunting separuh pada bahagian tengah tortilla\n\n\nIni part yang penting. Bila korang gunting sedikit pada bahagian tengah, ini untuk mudahkan korang nak lipat balutan.\nJadi, tak adalah terkeluar semua bahan dalam wrap.\n3. Lipat wrap\n\n\nBoleh perlahan-lahan lipat satu persatu bahagian wrap macam korang lipat baju.\n4. Masak wrap dalam pan anti lekat\nAkhir sekali, jangan lupa masak tortilla wrap tu di atas grill pan atau non-stick pan.\nBaru lah tortilla korang tu tak melekat atau hangit. Kalau nak lagi sedap, korang juga boleh sapu sedikit butter atau margerin pada bahagian luar wrap tersebut.\nJadi, rasa wrap tu akan bertambah sedap.\nAmacam, nampak mengiurkan tak? Selamat mencuba!\n\nSumber: TikTok @ellcarter1\n"} {"url": "https://myresipi.com/tular-tikus-selamba-makan-ayam-goreng-mpaj-batalkan-lesen-restoran/", "title": "Tular Tikus Selamba Makan Ayam Goreng, MPAJ Batalkan Lesen Restoran", "body": "\nAspek kebersihan dalam penyediaan makanan perlulah dijaga terutama sekali premis-premis makanan yang bertugas menyediakan makanan kepada para pelanggan mereka.\nHal ini disebabkan pelbagai penyakit berbahaya boleh dijangkiti jika makanan itu disediakan dalam keadaan yang tidak bersih dan tidak sepatutnya.\nMajlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) berkuat kuasa serta-merta ke atas premis makanan yang tular dengan kejadian seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan.\n\n\nArtikel berkaitan: KKM Akan Laksana Pelabelan Kalori Makanan Di Restoran, Kafeteria\nYang Dipertua MPAJ, Mohd Fauzi Mohd Yatim, menegaskan tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dilakukan sekiranya premis berkenaan masih beroperasi setelah NPPS dikeluarkan.\nJusteru, pihaknya hanya akan mempertimbangkan permohonan lesen baharu jika semua syarat terutama berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya.\nTangkap layar video di Twitter yang tular.\n\u201cNPPL yang berkuat kuasa serta-merta akan dikeluarkan ke atas premis makanan tersebut selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada 24 Disember lalu ke atas premis berkenaan.\n\u201cPemeriksaan kebersihan premis makanan dari segi kawasan penyajian dan penyediaan makanan serta kawalan serangga perosak di premis juga dijalankan secara berkala oleh MPAJ.\n\u201cMPAJ mengambil berat isu yang telah berlaku ini dan tindakan akan diambil ke atas mana-mana premis makanan yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\nBerdasarkan rekod pemeriksaan lalu, Mohd Fauzi berkata pihaknya mendapati penarafan kebersihan di premis terbabit adalah pada Gred B bagi Jun 2021 dan terbaru pada Januari lalu.\nBagi memastikan tahap kebersihan di premis makanan sentiasa terjamin, beliau berkata MPAJ sentiasa melakukan pemantauan kawalan kebersihan bagi memastikan syarat dan peraturan ditetapkan pihaknya sentiasa dipatuhi.\n\u201cSehingga 30 November lalu, sebanyak 1,057 premis makanan diperiksa dan 259 kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UKK) 9(f) Pengenalan Makanan MPAJ 2007 dan UKK 19(1)(d) Establisymen Makanan MPAJ 2007.\n\u201cJusteru, orang ramai juga boleh melaporkan aduan berkenaan kebersihan premis di kawasan MAPJ melalui http://aduan.mpaj.gov.my,\u201d katanya.\nSumber: Buletin Utama\n"} {"url": "https://myresipi.com/tuna-thai-bread-ala-burger-malaysia/", "title": "Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia, Gebu dan Sedap", "body": "\nAda penggemar Burger Malaysia dekat sini? Apa kata kita cuba buat Tuna Thai Bread yang seakan sama dengan kuih kita.\nResipi ini menggunakan inti tuna chili bercampur mayonis. Dihiaskan juga dengan salad dan sayur timun.\nBerbeza sedikit dengan resepi burger Malaysia yang berintikkan sambal ikan bilis yang sama seperti sambal nasi lemak.\nBaca juga: Cara Buat Burger Malaysia\nBahagian rotinya pula akan digoreng dengan sapuan telur dan taburan bread crumb. Confirm ramai yang suka!\nHidangan ini juga boleh dijadikan menu sarapan pagi ataupun minum petang sekeluarga.\nResipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Hidayati Hana dan ramai juga yang teruja dan share untuk dicuba dirumah.\nResipi Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia\n\nBahan-bahan:\n\n250gram tepung high protein (tepung gandum pun boleh)\n40gram gula halus\n1 sudu kecil yis\n1 sudu kecil baking powder\nSecubit garam\n1 biji kuning telur\n100ml air\n30gram marjerin/ shortening\n1 biji telur (untuk sapu atas doh)\nBread crumb secukupnya\n\nBahan untuk inti:\n\n1 tin tuna chili\n1 sudu besar mayonis\nSalad/ timun\n\nCara membuat:\n1. Masukkan semua bahan dalam mixer atau bread maker dan uli sehingga sebati.\n2. Uli hingga doh jadi elastik.\n3. Bahagikan setiap doh kepada 50gm dan bentukkan bulat. Sukatan ni akan dapat dalam 10-11 biji.\n4. Perapkan hingga doh kembang dalam 30-40 minit macam tu.\n5. Bila dah kembang, sapukan telur menggunakan brush dan taburkan bread crumb atas doh tadi.\n6. Panaskan minyak goreng dengan api perlahan. Dan goreng doh sehingga kekuningan.\n7. Dah siap, belahkan 2 jangan sampai putus.\n8. Letakkn salad, timun, tuna chili yang dah dicampurkan dengan mayonis dan tutup. Sedia untuk dihidang.\n\nTak susah pun nak buatnya! Nak men doh pagi-pagi pun boleh sangat. Tak perlu juga nak masak intinya, beli je inti tuna tin yang pedas tu dah cukup. Nak pilih apa-apa jenis brand pun boleh.\nSelamat mencuba.\n\nSumber: Hidayati Hana\n"} {"url": "https://myresipi.com/ubat-stapler-dalam-makanan-peniaga-buat-tak-endah/", "title": "\u2018Mintak Maaf Pun Tak\u2019- Pelanggan Jumpa Ubat Stapler Dalam Makanan, Peniaga Buat Tak Endah", "body": "\nBukan isu yang baru kita dengar mengenai bendasing yang ada di dalam makanan yang dibungkus lagi-lagi ubat stapler kerana ianya sering digunakan pada bungkusan makanan.\nBiasanya, hanya satu dakwat stapler sahaja itupun kerana termasuk dalam makanan selepas kita buka bungkusan.\nJumpa Ubat Stapler Dalam Makanan\nNamun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan menemui sepapan dakwat stapler di dalam makanan mencuri perhatian ramai.\nMenerusi posting yang dimuat naik oleh Halimah Jais\u00a0menerusi grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, alangkah terkejutnya apabila pelanggan tersebut menemui sepapan ubat stapler berbentuk segi empat tepat yang diperbuat daripada logam.\n\nDifahamkan wanita tersebut sudah memberitahu peniaga secara privasi namun tidak diendahkan orang peniaga itu. Malah peniaga itu juga tidak meminta maaf dan mengambil peduli dengan apa yang berlaku.\nBagaimanapun, perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-ratanya berpendapat bahawa mungkin pembuat kuih berkenaan tidak perasan objek berkenaan masuk ke dalam makanan terbabit.\n\n\n\nMalah, ada juga di antara mereka meluahkan rasa bimbang jika ada pelanggan yang termakan dawai stapler tersebut.\n\nBaca juga: \u2018Biasalah Tu Lalat\u2019- Gadis Bengang Dapat Ikan Berulat Tapi Pekerja Buat Selamber\nBaca juga: \u201cSuka Sangat Merokok Kan\u201d \u2013 Wanita Buat Rokok Celup Tepung Untuk Pasangannya\n"} {"url": "https://myresipi.com/udang-creamy-tuscan/", "title": "Udang Creamy Tuscan, Resipi Viral Lebih 13K Shares, Sesuai Untuk Menu Keto Diet", "body": "\nJom cuba buat Udang Creamy Tuscan. Memang sesuai untuk korang yang tengah diet nasi dan amalkan keto diet.\nPenyediaannya juga ringkas, mudah dan boleh siap masa dalam 15 minit je. Menu ini memang sangat sedap dan nampak premium kalau tengok dari gambar.\nSebelum ini, MyResipi ada kongsikan Creamy Butter Tuscan Salmon, kali ini kita buat guna udang pula.\nResipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Keto Mandy di laman Facebook dan telah meraih sehingga 13k shares! Memang ramai ingin mencubanya kerana nampak menarik.\u00a0\nNak makan dengan nasi pun boleh, dengan pasta pun boleh. Jom kita tengok.\n\nRESIPI UDANG CREAMY TUSCAN\n\nSesuai dimakan bersama: Nasi, Pasta, Roti\nBahan-bahan:\n\n2 sdb minyak zaitun\n2 sdb butter\n1kg udang \u2013 siap kupas dan buang ekor\ngaram\nlada hitam\n3-4 ulas bawang putih -kisar\n1 cawan tomato ceri atau anggur yang dibelah dua\n3-4 cawan baby spinach\n3/4 cawan heavy cream\n1/4 cawan keju Parmesan \u2013 diparut\n2 sudu besar parsley \u2013 dihiris nipis\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Panaskan minyak dan butter dalam kuali besar di atas api sederhana. Setelah minyak sangat panas dan butter cair, masukkan udang dan taburan garam & lada hitam, tumis selama 1 minit.\n2. Ketepikan udang. Kemudian masukkan bawang putih, tomato, dan baby spinach ke dalam kuali yang sama. Tumis selama 1 minit atau sehingga bawang putih naik bau.\n3. Kacau dalam heavy cream, keju parmesan, dan parsley. Kecilkan api kepada sederhana dan reneh sehingga sos berkurangan sedikit kira-kira 2 hingga 3 minit. Kembalikan udang ke dalam kuali dan kacau hingga sebati. Perasakan garam secukup rasa. Siap!\n\nTip Tambahan:\n\nCuba guna udang segar. Udang beku pun bagus, tetapi yang segar akan sentiasa mempunyai rasa yang lebih baik.\nKalau taknak guna salted butter, gunakan unsalted butter dan perasakan udang dengan garam sahaja.\n\nSelamat mencuba!\n"} {"url": "https://myresipi.com/udang-masak-berlada/", "title": "Udang Masak Berlada, Ini Bahan Memasak Yang \u2018Bikin\u2019 Lagi Sedap!", "body": "\nPernah cuba makan Udang Masak Berlada? Ini antara hidangan yang boleh dicuba. Bahan-bahan memasak yang digunakan pun tak renyah dan mudah dibeli.\nNak guna apa jenis udang pun tiada masalah. Janji ada udang sebab itu bahan asas utama untuk lauk ini.\nBaca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran\nHidangan ini sesuai dijamu untuk seisi keluarga atau apabila tetamu datang ke rumah tanpa dijangka, memang makan bertambah dibuatnya.\nBagi yang ingin mencuba, ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurulfidayu Bt Awang ini. Hanya guna 6 bahan saja.\n\nRESIPI UDANG MASAK BERLADA\n\nBahan-bahan:\n\nBawang putih 6 ulas\nBawang merah 2 biji\nCili merah 3\nCili hijau 3\nCili padi 5-7 biji \u2013 ikut citarasa pedas masing-masing\nTomato 1 biji\n\nCara-cara memasak:\u00a0\n1. Kisar semua bahan. Kisar boleh, guna chopper pun boleh.\n2. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi, cili hidup, tomato. Saya guna chopper jadi cantik kasar-kasar.\n3. Masa tumis letak sesudu kecik kunyit dan 2 sudu besar sos tiram.\n4. Tumis bila garing, bolehlah masukkan udang. Lepas 5minit atau udang dah masak tutup api.\n5. Jangan lupa perasakan dengan garam. Nak wangi boleh tambahkan daun limau purut. Siap!\n\nUdang boleh juga diganti dengan ayam, ikan keli, sotong, daging, atau telur. Jika nak guna ikan, kuah perlu asing untuk elak isi ikan jadi lembik.\u00a0\nSelamat mencuba resipi ini.\nBaca juga: Kekal Segar Hingga 6 Bulan, Ini Tip Simpan Udang \u2018Fresh\u2019 Macam Baru Naik Dari Laut\n"} {"url": "https://myresipi.com/udang-masak-diraja/", "title": "Udang Masak Diraja, Penuh Rasa Dan Lemak Lemak Manis, Sedap Sangat!", "body": "\nUdang Masak Diraja merupakan hidangan kegemaran kesemua lapisan umur. Daripada yang kecil sehinggalah yang dewasa, semuanya amat menyukai hidangan ini.\nIa juga mudah untuk disediakan. Disini, kami ada sediakan resipi yang lengkap untuk anda ikuti. Jadi, bolehlah anda sediakan kepada yang tersayang tau!\nBaca juga: Resipi Udang Kalio Cara Senang, Bahan-bahan Pun Mudah Nak Dapat\nResipi ini dikongsikan oleh Cik Puan @nadma.sak di laman TikTok dan mendapat banyak tontonan sehingga 1.3 juta tau! Jom kita tengok.\n\nRESIPI UDANG MASAK DIRAJA\n\nBahan kisar:\n\n1 biji bawang besar*\n1 inci lengkuas*\n1 inci kunyit hidup*\n1 inci halia*\n1 biji bawang merah*\n4 ulas bawang putih*\n7-9 cili api*\n1 biji cili merah*\nSedikit air\n\n* Kisar halus ke semua bahan di atas.\nBahan lain:\n\n500g udang \u2013 dibersihkan\nMinyak masak\n3 batang serai \u2013 dititik\n2 asam keping\nGula \nGaram\n1 kotak kecil santan\nAir secukupnya\nSerbuk perasa\nDaun kunyit \u2013 dihiris halus\n\nCara-cara memasak:\n1. Kisar halus bahan-bahan bertanda * dan ketepikan.\n2. Tumis dahulu serai yang sudah dititik sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar.\n3. Tumis sehingga pekat. Selepas itu masukkan gula, garam, asam keping dan udang yang sudah dibersihkan. Gaul sebati.\n4. Masukkan santan dan air secukupnya.\n5. Masukkan pula serbuk perasa dan daun kunyit. Tutup api apabila isi udang sudah masak sepenuhnya.\n6. Siap untuk dihidang!\n\n\n @nadma.sak\nMemang padu Udang Masak Diraja ni. Tersangat flavourful, lemak2 manis. Sedap sangat. Menu ni memang Nad akan repeat berkali kali \u2764\ufe0f #resepimudah #resepisimple #resepimalaysia #udangmasakdiraja \n \u266c put your head on my shoulder \u2013 Anep \n\n \n\nSelamat mencuba!\nBaca juga: Udang Creamy Tuscan, Resipi Viral Lebih 13K Shares, Sesuai Untuk Menu Keto Diet\n"} {"url": "https://myresipi.com/udang-masak-kam-heong/", "title": "Sedapnya Udang Masak Kam Heong, Confirm Habis Licin Suami & Anak Makan!", "body": "\nUdang kalau digoreng begitu saja pun dah sedap. Apatah lagi jika dimasak udang masak kam heong\u00a0yang mudah dan lazat ini.\nSebelum ni biasa jumpa orang buat ayam masak kam heong je, kali ini jom gantikan ayam dengan menggunakan udang pula.\nDijamin anak-anak dan suami pasti suka! Satu lauk ni pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Ameera di bawah.\nResipi Udang Masak Kam Heong\nBahan-bahan:\n\nUdang\n2 ulas bawang putih\n1 biji bawang besar\nUdang kering segenggam\nRempah kari 1 paket\nAir\nDaun kari\nKicap manis 1 sudu makan\nSos tiram 1 sudu makan\nSos cili 1 sudu makan\nGula 1 sudu makan\n3 biji cili padi\n\nCara-cara memasaknya:\n1. Siang udang sehingga betul-betul bersih, sebab ada celahan udang kalau tak bersih udang akan bau. Bahagian kepala udang juga perlu dicuci bersih. Bahagian tengah potong pakai gunting ye. Tarik hitam jalur tu. (Udang ikut la nak pakai udang apa)\n\n2.\u00a0Bedakkan udang dengan garam kunyit. Masak sekejap saja, jangan lama. Nanti hilang rasa manis tu nanti.\n\n3. Pakai minyak udang tadi saja. Tumis 2 ulas bawang putih dan\u00a0bawang besar 1 biji.\n\n4. Kemudian masukkan segenggam udang kering yang sudah direndam dengan air panas dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk.\n\n5. Masukkan rempah kari 1 peket. Tumis sehingga pecah minyak.\n\n6. Masukkan air (sukat air guna plastik rempah kari tadi, letak penuh-penuh dalam tu). Tumis sekejap.\n\n7. Taburkan pula daun kari.\n\n8. Masukkan 1 sudu makan kicap manis, sos tiram dan sos cili. Kacau lagi.\n\n9. Campakkan cili padi 3 biji. Kalau suka pedas, lebihkan cili.\n\n10. Masukkan gula.\n\n11. Akhir sekali masukkan udang yang sudah dimasak tadi.\n\n12. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!\n\nKredit: Ameera\n"} {"url": "https://myresipi.com/viral-di-tiktok-resipi-cloud-bread-mudah-disediakan-sedap/", "title": "Viral Di TikTok, Resipi \u2018Cloud Bread\u2019 Mudah Disediakan. Sedap!", "body": " PENULIS\nmyResipi\n\n KATEGORI\nArtikel\n\n POSTED ON\n2020-08-14 11:05:36\n\n\nAplikasi TikTok merupakan salah satu media sosial untuk orang ramai mendapatkan hiburan. Banyak input-input yang kita boleh dapatkan dalam bentuk video kreatif termasuklah resipi-resipi ringkas yang dikongsikan dalam aplikasi ini. Baru-baru ini, resipi Roti Awan atau \u2018Cloud Bread\u2019 ini mendapat perhatian para pengguna TikTok dan juga netizen dari platform media sosial yang lain. Cara membuatnya yang juga mudah dan senang, menjadikan orang ramai turut ingin mencuba resipi ini. Oleh itu, jom kita ikuti perkongsian resipi Roti Awan daripada Mira Moderno menerusi laman Facebooknya.\n\nKredit: Mira Moderno\n\u00a0\nBahan-bahan:\n\n\u00bc cawan gula (sukatan terpulang pada citarasa sendiri)\n2 sudu kecil tepung jagung\n3 biji putih telur\n \nKredit: Mira Moderno\n\u00a0\n\nCara-cara:\n\nMasukkan telur ke dalam bekas mixer. Kemudian, pukul telur sehingga teksturnya nampak kembang\n \nKredit: Mira Moderno\n\u00a0\nSetelah telur kelihatan kembang, masukkan tepung dan gula. Adukkan lagi hingga \u00a0\u00a0semua bahan sebati.\n \nKredit: Mira Moderno\n\u00a0\nKemudia, letakkan pewarna. Untuk ini, terpulang mengikut citarasa sendiri sama ada ingin letakkan pewarna. Saya letakkan warna biru untuk Nampak warna roti lebih cantik. Letakkan hirisan kacang almond sebagai hiasan roti.\n \nKredit: Mira Moderno\n\u00a0\nBakar pada suhu 150 darjah celsius selama 20 minit.\n \nKredit: Mira Moderno\n\u00a0\n\nSiap untuk dimakan! Lihatlah hasilnya, sangat lembut seperti awan\u00a0kan?\n\nKredit: Mira Moderno\n\u00a0\n\nKredit: Mira Moderno\nMudah betul cara membuatnya. Tak mengambil masa yang lama pun untuk membuat roti awan viral ini. Selamat mencuba!\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/viral-sate-cheese-isi-besar-besar-di-ipoh-memang-puas-makan/", "title": "Viral Sate Cheese Isi Besar-Besar Di Ipoh, Memang Puas Makan", "body": "\nKepada penggemar sate, ini adalah berita baik untuk anda! Viral di Ipoh sebuah restoran yang menjual sate cheese tau. Tapi yang paling bestnya, isi sate itu sendiri besar-besar belaka, memang puas hati la makan sate di restoran itu kan. Chesse nya juga banyak tak kedekut.\nSebuah akaun di Twitter, @MohKeIpoh ada berkongsi menu yang viral di restoran ini. Selain sate, ada juga mereka menyediakan makanan lain seperti Roti Sate Cheese dan Cheezy Tortilla.\u00a0Confirm meleleh lah air liur tengok makanan di sini.\nViral Sate Cheese Isi Besar-Besar Di Ipoh, Memang Puas Makan:\n\u201d Memang premium betul sate ni. Isi besor-besor. Marinate dengan sos rahsia. Memang puas hati makan. Yang suka makan cheese boleh order Sate Cheese. Bukan senang nak jumpa Sate Cheese ni. Moh cuba orang Ipoh! \u201d\n\n\nWow tengok la tu, meleleh cheese dia! Isi pun gebu. Kalau makan panas-panas ni memang layan.\u00a0Selain itu, kalau korang nak order makanan lain pun boleh tau.\n\u201d Selain sate, ada Roti Sate Cheese & Cheezy Tortilla yang kome kena cuba. Isi dia letak ayam/daging sate gabung dengan cheese tu yang buat menarik \u201d\n\n\nSemua makanan di sini nampak menarik kan? Jadi kepada orang Ipoh atau kepada anda yang ada plan nak ke Ipoh, jom la singgah restoran ni! Memang confirm berbaloi.\n\n\n\n\nAlamat: Dina Pazta Cafe, Jalan Meru Bestari B7, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. (Satay Cheese Abg Kay, Vendor di Dina Pazta Cafe)\nWaktu Beroperasi: 4 petang \u2013 11 malam\nTwitter: @SatayAbangKay\nsumber: @MohKeIpoh\n"} {"url": "https://myresipi.com/viral-seafood-buffet-dinner-di-hotel-weil-ipoh-memang-berbaloi/", "title": "Viral Seafood Buffet Dinner Di Hotel Weil Ipoh \u2013 Memang Berbaloi", "body": "\nBila kita merancang untuk makan buffet di hotel, sudah pasti kita nak yang sedap dan berbaloi dengan harga yang kita bayar kan? Haa ada seorang pemilik akaun di Twitter berkongsi tentang pendapatnya selepas makan seafood buffet dinner di sebuah hotel di Ipoh Perak. Kepada pecinta makanan laut, kami rasa ini lah tempat syurga makanan untuk anda!\nViral Seafood Buffet Dinner Di Hotel Weil Ipoh:\nPemilik akaun iaitu Hunain @Hunain_ ada berkongsi tentang buffet di Hotel Weil.\n\u201c Haritu aku try Seafood Buffet Dinner dekat Weil Hotel Ipoh So here what i think,korang yang nak pergi tu elok baca dulu\u2026\u201d\n\n\n\n\nWalapun harganya agak mahal sedikit, tapi jika anda lihat pada makanan yang mereka sediakan, confirm anda dah tak pandang harga tu. Memamgn berbaloi.\n\u201d okay first impression wow mahal jugak eh for ipoh rate, then when i look at the menu, looks good and aku pun try \u201d\n\n\n\nSelain itu, Hunain juga ada berkongsi watak utama di buffet itu iaitu salmon mereka.\n\u201d This salmon is The Main Character dekat sini i think sedap weyh aku refill benda ni sampai 4 kali \u201d\n\n\n\u201d Lepas tu seafood on ice dia fresh , ada unlimited oyster tempat pun selesa\u201d\u00a0\n\n\n\nYang menariknya di sini, jika anda memesan pasta, mereka akan masak di hadapan anda. Memang sedaplah kan makan makanan yang baru dimasak!\n\u201d Kalau mintak Aglio olio memang dia masak depan mata siap ambik udang fresh, the japanse section was also so good \u201d\n\n\n\n\n\u201d Ohh lupa nak highlights this menu hahaha for me chili crab ni boleh tahan sedap makan dgn nasi goreng bertambah tambah, but diorang ada serve mini bun incase korang taknak makan dengan nasi \u201c\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201d nak ulas panjang sangat pun tak guna i think it worth it, and korang orang ipoh or anyperson yg menginap nak dekat area sini boleh try owhh lepas tu boleh lepak dekat rooftop Weil Hotel order air memang best tenangkan jiwa \u201c\n\n\n\n\n\nSeronok kan tengok semua menu seafood yang disediakan di Hotel Weil Ipoh ni kan? Sambil makan makanan yang sedap ni sambil boleh tengok view Ipoh di rooftop hotel pulak, memang layan! Kepada anda yang nak datang buffet ini beroperasi dari pukul 6PM hingga 10.30 PM tau.\n\n\nSumber: @Hunain_\u00a0\n\n\n\n\n\n\u00a0\n"} {"url": "https://myresipi.com/viral-tempat-makan-seafood-di-jalan-alor-memang-terlajak-sedap/", "title": "Viral Tempat Makan Seafood Di Jalan Alor, Memang Terlajak Sedap", "body": "\nSebuah restoran yang viral baru baru ini di TikTok telah menarik perhatian ramai kerana portion mkananannya yang besar dan semestinyalah sedap! Jika anda peminat makanan laut, anda memang wajib datang dan try makanan di Boleh Seafood Pot di Jalan Alor.\nSebuah akaun di Twitter @Hunain_ juga ada berkongsi pengalamanya buat pertama kali makan di restoran ini.\nViral Tempat Makan Seafood Di Jalan Alor, Memang Terlajak Sedap:\n\u201d Datang Jalan Alor and decided to try dekat \u201cBoleh Seafood Pot\u201dsebab banyak kali lalu tiktok so if korang plan nak pergi boleh baca dulu\u2026\u201d\n\n\nTengok sahaja cara hidangan mereka, memang penuh satu meja. Makanan laut di sini seperti sotong, tiram, udang, lobster dan lala memang dijamin masih fresh dan isinya juga besar. Confirm berbaloi lah kalau anda makan di sini.\nSelain daripada hotpot, anda juga boleh memesan makanan bergoreng seperti baby crab. Dan untuk pilihan menu utama pula, anda boleh memilih sama ada henda makan bersama nasi atau maggi.\n\nYang bestnya, anda juga boleh memilih level kepedasan mengikut selera anda tau! Kalau anda jenis tahan dengan makanan pedas, boleh lah pilih level tinggi sikit.\n\u201d So aku try this menu yang ni untuk 4-5 makan , dan aku add on baby crab and maggie sebab jemu makan nasik. Lepas tu ambik level 2 kuah dia level 2 dia pun dah pedas weyh \u201d\n\n\u201c For taste wise memang kena dengan tekak aku, makan dgn maggie memang best rasa macam makan kerabu tapi dengan penuh seafood. \u201d\n\u201d Untuk try for the first time aku rasa best je..and korang boleh je order set yg kecik sikit tk sampai 100 pun ada \u201d\n\n\u201d Ramai tanya rating aku, for me aku rasa just oke nak puji melambung pun tak nak kata teruk pun tak but kalau try rasa okay and best je sebenarnya 7.5/10 \u201c\nHaa, nampak menarik kan restoran ni? Kalau tak menarik takdelah restoran ini viral kan. Jadi kepada anda yang nak try makan di Boleh Seafood Pot ni, anda digalakkan untuk datang awal kerana takut ramai pula.\nSelamat mencuba semua!\n\nAlamat: 69, Jln Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nWaktu Beroperasi: Setiap Hari (3PM- 12AM)\nSumber: @Hunain_\n"} {"url": "https://myresipi.com/wagyu-kos-rendah/", "title": "Ingin Menikmati Daging Wagyu Dengan Kos Yang Rendah? Jom Cuba Resepi Ini!", "body": "Menu daging wagyu merupakan salah satu hidangan yang paling digemari terutamnya buat peminat daging lembu. Tetapi untuk menikmati daging wagyu ianya menelan kos yang agak tinggi. Jadi kalau korang teringin nak merasai kesedapan daging wagyu bolehlah cuba sendiri di rumah. Jom ikuti resepi Wagyu Salpicao yang dikongsikan oleh Nisa Liyana\u00a0\u00a0di Facebook. Resepi yang mudah, jimat dan sangat sedap.\nPENULISMyResipi\nMASAKANNusantara\nTAHAP KESUKARANMedium\nResepi Wagyu SalpicaoMenu daging wagyu merupakan salah satu hidangan yang paling digemari terutamnya buat peminat daging lembu. Tetapi untuk menikmati daging wagyu ianya menelan kos yang agak tinggi. Jadi kalau korang teringin nak merasai kesedapan daging wagyu bolehlah cuba sendiri di rumah. Jom ikuti resepi Wagyu Salpicao yang dikongsikan oleh Nisa Liyana di Facebook. Resepi yang mudah, jimat dan sangat sedap.\n\nKredit: Nisa Liyana\nBAHAN-BAHAN\nDaging wagyu (200g) \u2013 yakiniku cut *\n\nKicap 2 sudu besar *\n\nSos tiram 1 sudu besar *\n\nBawang putih cincang (3-4 ulas) *\n\nOlive oil \u2013 2 sudu besar *\n\nWorcestershire sauce (optional) *\n\nLada dan garam secukupnya *\n\nCendawan butang\u00a0\n\nCili api\u00a0\n\nBawang putih hiris halus dan goreng garing.\n\nKredit: Nisa Liyana\nCARA PENYEDIAAN\nSatukan bahan-bahan bertanda * dalam bekas dan perap lebih kurang 30 minit ke 1 jam.\n\nPanaskan kuali, letak sedikit olive oil. Tumis perapan daging tadi, masukkan cendawan dan hirisan cili. Masak dalam 4 ke 5 minit. Siap\n\nHidangkan dan tabur hirisan bawang putih goreng. Makan dengan nasi putih panas-panas. \u00a0\n\nKredit: Nisa Liyana\nKongsi Resepi IniSertai Kami & Kongsikan Resipi AndaDaftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7\n"} {"url": "https://myresipi.com/wagyu-skewer-viral-lot-10-bukit-bintang-ramai-review-sedap/", "title": "Wagyu Skewer Viral Lot 10 Bukit Bintang, Ramai \u2018Review\u2019 Sedap & Cair Di Mulut!", "body": "\nDalam beberapa hari ini, telah viral post berkenaan satu kedai menjual Wagyu Skewer di laman sosial. Semua\u00a0review\u00a0sedap, cair di mulut bila gigit katanya.\nUntuk korang nak elak sesak, boleh pergi waktu weekday.\u00a0Baru tak kena beratur panjang. Nak tahu selanjutnya? Jom baca perkongsian oleh Mumbling Cici di bawah.\n\nWagyu Skewer Don Don Donki\nHari tu nampak orang post pasal Wagyu Skewer di Twitter. Semua cakap sedap, melt in mouth gitu. Apa lagi, haruslah mencuba.\nLot 10 ni ada 2 entrance. Korang kena ke entrance Don Don Donki. Masa kami sampai tu ada la beberapa orang. Korang kena bayar dulu dan akan dapat nombor giliran. I dapat nombor 31. Nak bawa balik untuk Mak dan Ocin.\u00a0\n\n\nMasa ni katanya size SMALL dah habis. Yang ada LARGE saja.\nHarga Size Large\n1 pcs- RM15.80\n2 pcs- RM29.80\nGitulah, jimatlah sikit. Boleh buat bayar parking wakakaa. I ambil 4 pcs, jadi total RM59.60.\u00a0\nSelain dari Wagyu Skewer, ada juga menu lain seperti Menchi-Kastsu (RM7.90). Menyesal pulak tak beli ni. Teringat ingat hahaha. . Kalau korang nak air pun ada.\n\nMy friend yang beratur weekend cakap, que agak panjang. Tapi cepat. Ha yang I pergi ni dalam beberapa orang juga. Memang cepat pantas ye dia buat kerja. Nanti dah siap akan panggil nombor.\nPanas panas baru sedap. Memang betul melt in mouth gitu. Tapi kalau nak makan sampaj kenyang, kenalah beli banyak sikit. Sobs.\n\nBawa balik rumah dah agak sejuk dah. Tapi Mak suka. Katanya lembut. Si Abang rasa sikit pun dia mintak lagi. Aduh nanti Mommy beli lagi ye.\nKalau korang teringin, bolehlah singgah di Don Don Donki Lot 10. Ada Halal Cert ye.\u00a0\nSumber: Mumbling Cici\n"} {"url": "https://myresipi.com/wajib-buang-benda-ini-untuk-elak-ikan-keli-hanyir-berbau/", "title": "Wajib Buang \u2018Benda\u2019 Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau", "body": "\nIkan keli kalau makan dengan nasi panas-panas memang\u00a0umphh!\u00a0Lagi-lagi kalau ia digoreng garing, confirm makan licin sampai ke tulang!\nTapi jika salah teknik menyiang, ikan keli akan menjadi hanyir dan berbau ketika sedang dimasak atau ketika makan.\nRupanya ada \u2018bendalah\u2019 yang perlu dibuang pada ikan keli itu yang ramai tak tahu. Hal tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Aris Farhan. Jom lihat perkongsian oleh beliau di bawah untuk mengelakkan ikan keli berbau hanyir.\nCara Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau\nBerikut adalah perkongsian oleh Aris Farhan:\nPagi ahad yang barakah ini, abang nak kongsi pada kalian khususnya pada anak dara dan anak teruna di luar sana cara asas menyiang ikan keli dan teknik membuang objek (darah beku) hanyir dalamannya.\nBuat yang gemar makan ikan air tawar seperti keli, patin, dan keturunannya , pasti mahu rasanya yang tidak hanyir dan berbau ketika masak dan makan.\nSebenarnya di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Engkau buatlah macam mana pun, kalau tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.\nJadi, kalian boleh tengok cara-cara menyiang ikan keli ini pada gambar dibawah. Tetapi ingat, jangan engkau cari bendalah hanyir tu dalam ikan yang tidak ada kena mengena seperti ikan Nun, mahu sebesar rumah bendalah hanyir tu. Kahkahkah.\nCara sebenar siang ikan keli:\n1. Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya engkau boleh search di youtube, ada seorang ustaz dari seberang ada mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.\n\n2. Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau kalian nak masak sekali sesungut ini, itu hak kalian. Hahaha.\n\n3. Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.\n\n4. Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.\n\n5. Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, engkau tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.\n\n6. Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh. Hahaha.\n\n6. Ha ini bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.\n\n7. Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan engkau buat batu cincin pula ya. Haha.\n\n8. Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba!\n\nKredit: Aris Farhan Yb\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-beli-sup-perut-viral-ingatkan-lemak-rupanya-tahi-lembu/", "title": "Wanita Beli Sup Perut \u2018Viral\u2019, Ingatkan Lemak Rupanya Tahi Lembu!", "body": "\nTular sebuah gambar yang dimuat naik oleh seorang wanita yang beli sup perut, disangka lemak perut rupanya tahi lembu.\n\nDaging lembu sememangnya digemari oleh kebanyakan warga Malaysia. Tidak kiralah semasa pada musim perayaan mahupun hari-hari kebiasaannya.\nDaging lembu boleh dihidangkan dalam pelbagai jenis masakan bukan sahaja bahagian daging lembu. Contohnya sup tulang daging yang cukup digemari.\nBahagian organ lembu juga boleh dimakan seperti perut, ekor, mata dan kaki. Walau bagaimanapun, sesetengah bahagian organ memerlukan kepakaran bagi memastikan kebersihan dan keselamatan sebelum dimasak.\nNamun, malang nasib seorang wanita yang difahamkan membeli sup perut untuk dimakan, tapi dia dapati sup tersebut berbau busuk selepas dipanaskan.\nUntuk mengikuti dengan lebih lanjut cerita ini, jom ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Annisa Fakrulradzi\u00a0di Facebook\u00a0MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL.\nSup Perut RM20 Dapat Tahi Lembu\nBeli sup perut dengan harga RM20. Kononnya kedai tu ramai org kata sedap.\nJadi kita pun terliur try lah beli. Beli bungkus nak makan dekat rumah.\nTime nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok-tengok ada 2 ketul perut bulat penuh taik.\nCall peniaga dia kata tu lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan taik.\u00a0\n\n\n\nMenerusi gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook itu, ia telah menzahirkan rasa kecewa kepada warga\u00a0MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL.\n\u201cBungkus dan hantar semula ke peniaga tu..suruh dia makan depan-depan. Bagitahu dia kan sedap dah panaskan pun sup tu,\u201d kata Azila Mohd Kasim.\n\u201cNauzubillahiminzalik. Menganiaya orang betullah,\u201d kata Ummi Yahaya\nItu antara komen-komen yang diutarakan oleh warga kumpulan itu di ruangan komen.\nSumber: Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-buat-rokok-celup-tepung/", "title": "\u201cSuka Sangat Merokok Kan\u201d \u2013 Wanita Buat Rokok Celup Tepung Untuk Pasangannya", "body": "\nMerokok membawa padah. Sesuai sangat dengan situasi lelaki ini apabila teman wanitanya mungkin \u2018fed up\u2019 dengan dia yang suka menghisap rokok.\nBaru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita yang menggoreng rokok milik teman lelakinya.\nVideo yang dimuat naik di akaun TikTok @ivnasrg itu ditemani dengan kapsyen \u201cMasakkan sesuatu yang digemari oleh teman lelaki\u201d\nBaca juga: Bosan Makanan Tak Sedap, Banduan Ini Buka TikTok Masakan Dari Penjara\nVideo yang berdurasi 33 saat itu dapat dilihar wanita berkenaan mengambil rokok dari sebuah beg pasangannya.\nVideo Penuh:\n\n\n @ivnasrg\ndia senang sekali bukan\ud83e\udd70\n \u266c Funny Song \u2013 Cavendish Music \n\n \nDia kemudiannya mencelupkan rokok tersebut di dalam adunan bercampur tepung sebelum menggoreng rokok tersebut.\n\nSetelah siap digoreng, dia kemudiannya menghidangkan \u2018rokok celup tepung\u2019 di atas pinggan beserta sos pencicah.\nPasangannya dilihat agak teruja untuk makan namun bila digigit, rupanya bukan makanan tetapi rokok kesayangannya.\nVideo itu telah mendapat pelbagai rekasi dari netizen bukan sahaja di Indonesia malah juga Malaysia.\nAda netizen yang menyokong wanita tersebut dan ada juga yang menyelarnya sebagai satu pembaziran.\n\nAda juga lelaki yang berharap agar video tersebut tidak akan lalu di FYP TikTok isterinya sebab takut isteri mereka akan buat perkara yang sama pada rokok mereka.\n\nTahu pun takut. LOL\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-dedah-rahsia-jaga-periuk-usia-22-tahun-tapi-masih-berkilat-macam-baru/", "title": "Wanita Dedah Rahsia Jaga Periuk Usia 22 Tahun, Tapi Masih Berkilat Macam Baru!", "body": "\nPeriuk mangkuk dan periuk belanga sememangnya sudah menjadi koleksi peribadi para ibu-ibu sejak dari dulu lagi. Sehingga ada yang masih bertahan dan dapat digunakan sehingga sekarang kerana telah dijaga dengan elok.\nRupanya ada petua untuk memastikan periuk nampak berkilat macam baru walaupun sudah digunakan bertahun-tahun lamanya. Seperti yang telah dikongsikan oleh Puan Zainun Mamat, beliau masih menggunakan periuknya yang berusia 22 tahun kerana keadaan fizikalnya yang masih lagi utuh.\nBeliau turut berkongsikan petua untuk mencuci dan menyental periuk dengan hanya menggunakan 2 bahan. Jom baca dan cuba praktikkan petua yang dikongsikan di bawah untuk membuatkan semua periuk anda berkilat!\n\nSalam Semua. Hari ni bukan nak post pasal masakan. Tapi nak share pasal Petua.\nTiap2 hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan Memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar Juga nak cuci Dan sental.\nSaya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun Mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.\n\nCaranya mudah jer. Rendam besi keluli dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan2 sikit. Biar jadi berbuih.\n\nPastu boleh ler sental periuk Kita. Bilas Dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.\n\nBesi keluli Juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.\nPeriuk Saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.\n\n\nKredit: Zainun Mamat\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-buktikan-jual-kuih-batang-buruk-pun-mampu-capai-sales-rm6-juta-sepanjang-pkp/", "title": "Wanita Ini Buktikan Jual Kuih Batang Buruk Pun Mampu Capai Sales RM6 Juta Sepanjang PKP!", "body": "\nTakkanlah jual kuih batang buruk je boleh capai jualan sampai RM6 juta? Tak percayalah! Haa..rasa macam tak masuk akal kan? Tapi inilah yang dicapai oleh Puan Nor Hedayah Kaulan, Pemilik Hedy\u2019s International Sdn. Bhd. tahun lalu.\nYang lagi membanggakan, kejayaan ini dicapai ketika kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.\n\nBangkit setelah sales merudum dari RM60k sebulan ke RM18k sebulan!\n\n\u201cKetika 2 minggu pertama PKP, memang sukar, jualan merosot teruk, nak bayar sewa premis, gaji staf lagi. Memang down sangat, kongsi Puan Nor Hedayah.\nNamun, beliau masih bersungguh-sungguh meneruskan kelas online walaupun terpaksa bergolok bergadai, pinjam duit orang untuk bayar kereta dan membayar yuran kelas tersebut. Baginya, ilmu bisnes itu sangat penting untuknya belajar dan dalam masa yang sama membantu business partner yang ada.\n\nAtas landasan yang betul dan kerja kerasnya membimbing team, sales pada bulan April naik kepada RM200,000 sebulan dan dalam tempoh 3 bulan, beliau dah capai jualan RM1 juta pertamanya!\nBuat perkara gila, tekad berhenti kerja serentak!\n\nBeliau yang dahulunya sangat selesa menjadi seorang penjawat awam dengan Gred yang agak tinggi, memutuskan untuk berhenti kerja serentak bersama suaminya disebabkan ingin fokus pada bisnes. Mulai hari itu, mereka nekad dan tak pandang ke belakang lagi.\nSiapa sangka, kini wanita yang hanya berasal dari keluarga biasa-biasa, anak seorang buruh kasar dan suri rumah ini mampu meraih jualan mencecah RM6 juta sepanjang PKP.\n\nBukan itu saja, kini beliau juga telah berjaya menaik taraf status syarikat beliau ke Sdn Bhd! Syabas!\nKorang nak berjaya macam ni? Jomlah jadi business partner Hedy\u2019s!\n\nAdmin yakin, ramai je yang nak mulakan bisnes tapi tak yakin dengan kemampuan diri kan? Jangan risau, kalau ada kemahuan, mesti boleh berjaya! Haa..macam salah seorang team Puan Nor Hedayah ni!\nSuri rumah pun boleh berjaya, sales setengah juta dalam masa setengah tahun!\n\nSiapa sangka, dari seorang yang tak minat batang buruk, tapi lepas rasa Hedy\u2019s Batang Buruk, Puan Normuhaini Mohd Kassim atau mesra dipanggil Kak Aii sangat berpuas hati dan rasa yang produk ni boleh dijual dan pergi jauh. Bayangkanlah dalam masa setengah tahun je, beliau dah berjaya buat sale sehingga setengah juta!\n\u201cWalaupun sebelum ni struggle berniaga macam-macam produk termasuk produk sendiri, tapi masih tak dapat hasil yang diimpikan, penat je dapat\u201d, jelas Kak Aii.\n\nBaginya, walaupun sibuk dengan kerja rumah dan anak-anak, tapi dengan positive vibe dan ukhwah yang terjalin dalam keluarga Hedy\u2019s, membuatkan beliau lebih bersemangat untuk bantu diri sendiri dan bantu suri rumah yang lain.\nKalau Kak Aii boleh, korang pun pasti boleh! Sekiranya korang berminat nak join team Hedy\u2019s, boleh layari laman Facebook mereka.\nJangan risau, kat sana nanti, Puan Nor Hedayah akan guide dan coach korang sampai berjaya, asalkan korang bersungguh-sungguh, ok!\n\nUntuk maklumat lanjut dan sebarang promosi terkini tentang\u00a0Hedy\u2019s Batang Buruk, layari laman web, Facebook atau hubungi ejen sah mereka melalui WhatsApp dan Telegram.\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-dedah-rahsia-kesedapan-gulai-ayam-kelantan/", "title": "Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Gulai Ayam Kelantan, Memang Padu!", "body": "\nSetiap kali ke Kelantan memang wajib cari nasi berlauk gulai ayam Kelantan untuk sarapan pagi. Rasa dia memang padu habis.\nKalau ada yang dah lama nak cuba masak sendiri gulai ayam macam di Kelantan, boleh ikut resipi perkongsian oleh Afy AL Habibi atau lebih mesra dipanggil Cikgu.\nBeliau merupakan anak jati Kelantan yang mewarisi resipi tersebut dari ibunya. Lihat resipi lengkap oleh beliau di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Rahsia Gulai Ayam Kelantan\n\nGabungan rasa kuah yang unik, pekat dan secukup rasa. Cikgu suka gila makan kaki ayam empuk begini dan \u2018kopeh-kopeh\u2019 ayam yang lain.\n\nJom mula masak. Untuk kuantiti 6-7 ketul ayam.\nBahan kisar:\n\n2 biji bawang merah saiz bola pingpong\n1 ulas bawang putih saiz kecil\n3 hiris nipis serai\n1/2 hiris nipis lengkuas\n1/2 hiris nipis halia\n1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis\n\n\nPanaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan. Kemudian tuang bahan kisar tadi.\n\nSelepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.\n\nDi sini rahsianya. Sediakan campuran rempah gulai yang menjadi rasa gulai ayam lebih sedap.\n\n2 sudu besar rempah kari\n1/2 sudu besar rempah kerutuk\n1/3 sudu kecil kecil serbuk cili\n\nUntuk merasai sendiri keenakan gulai yang mempunyai rasa asli, sedap dan wangi bolehlah menggunakan rempah timbang yang dibeli di Kelantan.\n\nMasukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.\n\nBarulah masukkan 1 cawan air.\n\nMasukkan perasa peringkat pertama:\n\n1/2 relung kecil nisse\n1/2 sudu besar garam\nSedikit perasa\n\n\nTutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.\n\nSusun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam. Proses ini disebut \u2018palo awah\u2019 dalam bahasa Kelantan.\n\nDisebabkan cikgu masukkan sekali kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.\n\nNah ini yang kita nak ya. Isi pada kaki ayam sedikit lekang.\n\nBarulah boleh tambah 2 senduk santan.\n\nMasukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.\n\nJangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai.\n\nPerasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.\n\nBiar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya.\n\nNanti makanlah nasi bungkus buat macam cikgu ni. Perghhh. Sedapnya memang sampai ke bulan. Selamat mencuba.\n\nKredit: Cikgu Afy AL Habibi\nBaca juga: Resipi Gulai Ayam Terengganu Style. Unik, Sedap & Punya Rasa Tersendiri\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-keliru-beli-sotong-celup-tepung-atau-donut/", "title": "\u2018Tak Tahu Nak Marah Ke Nak Gelak\u2019 \u2013 Wanita Ini Keliru Beli Sotong Celup Tepung Atau Donut", "body": "\nMemulakan perniagaan kedai makan dan restoran tidak semudah yang disangka kerana ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan.\nSelain dari matlamat mahu dapatkan keuntungan yang lumayan, peniaga juga perlu memastikan makanan yang dijual memuaskan hati pelanggan.\nAda peniaga yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mengaut keuntungan tanpa menjaga kualiti makanan yang dijual.\n\u2018Beli sotong celup tepung tak padan dengan harga..\u201d\nSeperti yang dkongsi oleh seorang pengguna TikTok, @izzahrahimofficial0411\u00a0berkongsikan apabila dia telah membeli sebekas sotong celup tepung berharga RM15 tetapi \u2018rupa\u2019 makanan tersebut tidak berbabaloi dengan harga.\nApa yang mengelirukan Izzah apabila dia mendapati sotong celup tepung yang dibelinya mempunyai banyak tepung dari sotong. Malah ia juga kelihatan seperti kuih donut.\n\nApabila dia mengeluarkan sotong dari salutan tepung memang agak mengejutkan. Jelas kelihatan banyak tepung dari sotong.\n\n\u201cSaya pun dapat sotong celup tepung gini, senasib lah kita\u201d\nMenjengah ke ruangan komen, ada juga yang menyatakan pernah mengalami situasi yang sama malah berpendapat sotong yang digunakan juga adalah\u00a0sotong frozen bukan sotong segar.\n\n\nNetizen juga berharap agar semua peniaga berniaga dengan ikhlas supaya pelanggan berpuas hati dengan makanan yang dijual.\nLihat video penuh:\n\n\n @izzahrahimofficial0411\nAllah la \ud83e\udd23 donut ko sutong abe kak wey\ud83e\udd23\n \u266c original sound \u2013 M u m y .Y e l l o w \ud83d\udc9b \u2013 M u m y .Y e l l o w \ud83d\udc9b \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-kongsi-cara-buat-kek-kelapa-mudah-sedap/", "title": "Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kek Kelapa Mudah & Sedap. Tanpa Guna Mesin, Tepung & Butter", "body": "\nSeorang pengguna laman sosial Facebook, Puan Julita Binti Salleh ada berkongsikan satu resipi kek kelapa yang mudah dan sedap.\nUniknya kek kelapa ini adalah ia tidak menggunakan tepung, butter dan tanpa menggunakan mesin.\nMenurutnya lagi, resipi tersebut dipelajari dari mak mentuanya yang merupakan warga German. Jom cuba!\nRESIPI KEK KELAPA TANPA MESIN, TEPUNG DAN BUTTER\nBahan-bahan:\n\n3 biji telur\n250g cream cheese atau whipping cream 250ml\n150g gula\n250g kelapa kering\nSecubit garam\nSedikit esen vanilla\n5g/7g atau 1 sudu besar baking powder\n\n\nCara-cara:\n1. Satukan telur, gula, esen vanilla dan secubit garam. Kacau sebati.\n\n2. Kemudian masukkan kelapa kering, kacau sebati.\n\n3. Kemudian masukkan cream cheese atau whipping cream, kacau sebati dan masukan dalam peti ais selama 30 minit.\n\n5. Selepas 30 minit, keluarkan adunan tadi dari peti ais. Mauskkan baking powder dan kacau rata.\n\n6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (sebelum itu sapukan butter pada loyang dan lapik baking paper)\n\n7. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170\u2103 selama 35 hingga 45 minit bergantung pada oven masing-masing.\n\n8. Taburkan kelapa kering sebagai hiasan.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Julita Binti Salleh\nBaca juga: Jom Buat Bebola Cheese, Tak Perlu Bakar Pun. Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul & Sejukkan\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-kongsi-cara-buat-kuey-teow-homemade/", "title": "Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuey Teow Homemade, Di \u2018Oversea\u2019 Susah Nak Dapat", "body": "\nBuat rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, banyak makanan yang ada di Malaysia sukar ditemui di sana. Seperti yang dikongsikan oleh saudari Ida Alina Salleh ini, dia memberitahu amat sukar untuk mencari kuey teow di Namibia, Afrika Selatan sehingga terpaksa membuat sendiri kuey teow homemade di rumah.\nHasil kejadiannya juga sama seperti beli di kedai. Yang penting, bila buat sendiri dijamin lebih bersih dan selamat dari bahan pengawet. Kalau nak tahu bagaimana cara membuat kuey teow homemade, jom ikuti perkongsian di bawah. Buat anda yang berada di Malaysia pun boleh cuba buat nanti. Tak perlu beli lagi, lebih jimat!\nCara Buat Kuey Teow Homemade\nBahan-bahan:\n\n250 gm tepung beras\n60 gm cornstarch\nAir 600 ml\n\nCara-cara:\n1. Panaskan pengukus.\n2. Campurkan semua bahan.\n3. Curah adunan ke dalam bekas non-stick (tak letak minyak). Buat sikit-sikit, adunan ini boleh dapat banyak juga. Cukup untuk 4 orang sekali makan.\n4. Kukus beberapa minit menggunakan api besar.\n5. Bila nampak adunan sudah berkedut, keluarkan dan letakkan acuan dalam bekas berisi air sejuk.\n\n6. Kopek keluarkan. Kalau tepi tu macam melekat, guna pisau butter untuk lekangkan sikit sebelum dikopek. Letak atas pinggan dan sapu sedikit minyak.\n\n7. Boleh dipotong seperti dalam gambar.\n\nBoleh digunakan untuk masak seperti biasa. Kuey teow segar ni saya tak pernah simpan. Bila siap, Saya akan terus masak, dan buat anggar cukup yang kami nak makan saja.\n\nKredit: Ida Alina Salleh\nBaca juga: Rupanya Ini Tips Goreng Kuey Toew Supaya Tak Kembang, Lembik Atau Hancur\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-kongsi-cara-buat-rendang-ayam-style-orang-perak/", "title": "Lebih 50K Shares, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Rendang Ayam Style Orang Perak", "body": "\nTak perlu tunggu raya kalau nak masak rendang. Bila-bila teringin boleh saja masak. Kalau nak tukar selera, boleh cuba buat rendang ayam style orang Perak ni pula.\nMudah saja cara membuatnya jika ikut resipi hasil perkongsian oleh Puan Ameera ini. Perkongsiannya itu telah mendapat lebih 50 ribu\u00a0shares di laman sosial Facebook.\nKalau ada yang nak cuba buat, lihat saja resipi langkah demi langkah di bawah. Selamat mencuba!\nResipi Rendang Ayam Style Orang Perak\nCara-caranya:\n1. Cuci bersih 2 ekor ayam.\n\n2. Bahan-bahan kisar:\n\n3. Masukkan semua bahan kisar dalam blender bersama sedikit air.\n\n4. Kisar semua bahan tadi.\n\n5. Letak ayam dalam kuali.\n\n6. Tuang semua bahan kisar tadi.\n\n7. Masukkan 2 sudu makan cili kering yang sudah siap dikisar.\n\n8. Masukkan 3 keping asam keping.\n\n9. Masak selama 20 minit.\n\n10. Bila ayam dah masak begini, perlahankan api sekejap.\n\n11. Masukkan kerisik. Pastikan kerisik tidak berbau hapak, nanti rendang ayam tak sedap.\n\n12. Bila dah gaul sebati, masukkan 2 sudu makan gula.\n\n13. Masukkan juga 1 sudu makan garam.\n\n14. Gaul sebati garam dan gula. Kemudian masukkan santan. (200ml santan kotak atau 2 beg macam dalam gambar)\n\n15. Bila dah nampak sedikit kering, masukkan 2 helai daun limau purut (buang urat tengah).\n\n16. Bila dah gaul sebati, taburkan hirisan daun kunyit yang dihiris nipis.\n\n17. Gaul sebati selama 10 minit menggunakan api perlahan.\n\n18. Siap! Selamat mencuba.\n\nKredit: Ameera\nBaca juga: Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan, Memang Padu!\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-kongsi-resipi-ayam-masak-sambal-special/", "title": "Suami Puji Melangit Sebab Sedap, Wanita Ini Kongsi Resipi Ayam Masak Sambal Special", "body": "\nIsteri mana yang tak bangga apabila suami puji melangit hasil masakan anda kan? Si isteri pun seronok apabila suami makan berselera sampai bertambah nasi sampai 2 pinggan. Seperti perkongsian oleh seorang wanita ini apabila suami memuji lauk ayam masak sambal special hasil air tangannya yang menyelerakan itu.\nDia turut berkongsikan resipi tersebut kepada orang ramai di laman sosial Facebook. Berikut merupakan Resipi Ayam Masak Sambal Sambal Special oleh Puan Lina Kassim:\nResipi Ayam Masak Sambal Special\nBahan-bahan:\n\nSeekor ayam bersaiz kecil (nak goreng separuh masak pun boleh)\n7 sudu besar cili kisar/cili boh (boleh kurangkan kalau taknak pedas)\n1 ketul kiub ayam\nKulit kayu manis\n6 tangkai daun kari 6 (wajib ada)\nDaun pandan disimpul\nSusu cair 1/2 cawan\nCili sos 2 sudu besar\nGula\n\nBahan kisar:\n\n\n4 batang serai\n\n\nLengkuas 2 inci\n\n\n2 inci Halia\n\n\n2 biji bawang besar\n\n\n1/2 labu bwg putih\n\n\n1 biji tomato\n\n\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan kisar.\nTumiskan bahan kisar bersama daun pandan, kulit kayu manis dan campuran cili boh tadi.\nMasak sampai pecah minyak dan pekat. Kemudian masukkan susu cair dan daun kari. Kacau sebati dan perasakan dengan garam, gula dan kiub ayam.\nMasukkan ayam dan tambah sedikit air untuk dijadikan kuah. Masak sehingga ayam empuk.\nSiap! Makan dengan pulut pun sedap.\nSelamat mencuba!\n\n\nKredit: Lina Kassim\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-kongsi-resipi-durian-crepe-gebu/", "title": "Wanita Ini Kongsi Resipi \u2018Durian Crepe Gebu\u2019, Pertama Kali Buat Pun Menjadi & Sedap!", "body": "\nBila tiba musim durian ni memang wajib buat pencuci mulut yang berasaskan durian seperti pulut durian dan serawa durian. Selain 2 jenis ini, korang juga wajib cuba buat Durian Crepe Gebu.\nSiapa yang biasa makan durian crepe ni mesti tahu rasa dia macam mana kan. Bila gigit tu lembut je dalam mulut sebab salah satu inti dia adalah whipping cream.\u00a0Bila bergabung pula dengan durian, mantap betul rasa dia!\nHarga kat kedai boleh tahan mahal juga harga dia. Makan satu tak puas! Bila beli sebekas tak cukup. Haa,\u00a0apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah. Bahan-bahan pun\u00a0simple\u00a0je, sekali buat boleh dapat banyak. Selamat mencuba ya!\nBaca juga: Musim \u2018Doyan\u2019 Dah Tiba, Cuba 5 Resepi Durian Yang Simple Ini\nCARA BUAT DURIAN CREPE GEBU\nBahan-bahan kulit crepe:\n\n1\u20442 cawan susu full cream (panaskan sehingga suam-suam kuku)\n\u00be\u00a0 cawan air\n3 sdb gandum\n3 sdb tepung ubi\n1 1\u20442 sdb tepung jagung\nSecubit garam\nGula halus\u00a01 sdb\nMinyak masak 1 sdb\n1 sdk esen vanilla\n1 biji telur dan 1 biji kuning telur sahaja\nSedikit pewarna kuning\n\nCara-cara membuat kulit crepe:\n\nSatukan semua bahan dan pukul menggunakan\u00a0whisk\u00a0sehingga sebati.\nKemudian tapis adunan dan biarkan sekejap dalam 5 minit.\nGuna kuali non-stick. Hidupkan api perlahan.\nSendukkan sedikit adunan dan tuang ke dalam pan.\nLenggangkan kuali supaya adunan rata dan kulit crepe nipis.\nBiarkan sehingga timbul bintik-bintik dan boleh terbalikkan atas pinggan.\n\nBahan-bahan inti crepe:\n\nNon dairy whipping cream\nIsi durian segar\n\nCara-cara membuat inti:\n\nPukul whipping cream sehingga kental.\nAmbil sekeping kulit crepe, letakkan sedikit whipping cream dan isi durian di tengah-tengah kulit crepe.\n\nBalut mengikut cara masing-masing.\n\nSiap! Selamat mencuba.\n\n\nKredit resipi & gambar: Masturina Ismail, Hanizanor Binti Mohamed\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-kongsi-resipi-rendang-ayam-kegemaran-satu-keluarga/", "title": "Wanita Ini Kongsi Resipi Rendang Ayam Kegemaran Satu Keluarga, Sukatan Untuk 2 Ekor Ayam", "body": "\nResipi Rendang Ayam yang memang sangat sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit pula menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.\nKalau nak lebih sedap, kena guna santan dari kelapa segar. Di pasar ada jual santan segar yang sudah diperah pada harga yang berpatutan. Sesuai dihidangkan bersama ketupat palas atau ketupat nasi pada sambutan hari Raya. Selamat mencuba.\nBaca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna \u2018Pressure Cooker\u2019 Pun!\nRESIPI RENDANG AYAM MUDAH & SEDAP\nBahan-bahan:\n\n2 ekor ayam\n15 ulas bawang kecil*\n2 labu bawang putih*\n6 inci halia*\n15 batang serai* (8 batang dihiris / 7 batang dititik)*\n3 ketul kunyit hidup**\n1 1\u20442 genggam cili api**\n1 mangkuk minyak\n1 1\u20442 kg santan\n5 senduk cili kisar\n4 sudu rempah kari ayam\n4 sudu kerisik\n2 sudu garam (sudu penuh)\n2 sudu gula\n3 helai daun kunyit\n1 keping asam keping\n\n\nCara-cara penyediaannya:\n\nHiris semua bahan bertanda (*).\nKisar hancur bahan bertanda (**)\nPanaskan minyak, masukkan bahan hiris tadi. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing.\nMasukkan serai yang dititik. Kacau rata.\nMasukkan pula cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak.\nBila dah pecah minyak, masukkan bahan yang sudah dikisar tadi (cili dan kunyit). Kacau lagi sehingga garing.\nSeterusnya masukkan garam (untuk tahan lama). Kacau lagi sehingga garing.\nMasukkan ayam dan gaul rata (guna api sederhana) dan biarkan masak. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.\nMasukkan santan. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.\nMasukkan rempah kari dan biarkan lagi sehingga pekat. Masukkan pula kerisik, daun kunyit dan asam keping.\nSeterusnya masukkan gula. Gaul rata.\nTabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan dan juga rendang akan berbau wangi.\n\nRendang ni masih basah dan berkuah. Saya belum keringkan betul-betul. Esok pagi saya panaskan baru keringkan sikit lagi.\n\nKredit: Norzy Yusuff\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-kongsi-resipi-shawarma-homemade/", "title": "Wanita Ini Kongsi Resipi Shawarma Homemade, Buat Banyak Terus & Boleh Makan Banyak Kali", "body": "\nSekarang ini sedang viral di laman media sosial berkenaan makanan yang berasal dari Timur Tengah iaitu shawarma. Apa yang menariknya, semua restoran yang menjual hidangan ini memang \u2018laku keras\u2019 sampai beratur panjang! Kesudahannya, ada yang tak sempat untuk merasa keenakan shawarma yang diperkata ramai ini.\nRamai yang menyangka penyediaannya agak sukar. Sebenarnya tak juga, cuma ia menggunakan pelbagai rempah ratus dan perlu diperap semalaman untuk mendapatkan rasa yang asli. Kalau anda nak tahu cara-caranya, ikuti resepi shawarman homemade yang lengkap ini.\nBaca juga: Tak Perlu Beratur Panjang, Senang Je Nak Buat Sendiri \u2018Kunafa\u2019 Viral Tu\nResepi Roti Laffa (nipis, tak macam roti pita)\nBahan-bahan:\n\n1 setengah cawan air suam*\n1 sudu kecil gula*\n1 sudu besar yis kering (macam mauri pan)*\n3 cawan tepung gandum apa-apa jenama pun\n2 sudu teh garam\n1-2 sudu besar minyak zaitun\n\nCara-cara buat Roti Laffa:\n\nCampurkan semua bahan bertanda (*), gaul rata dan biarkan hingga berbuih.\nDalam mangkuk lain campurkan tepung gandum dan garam.\nBila adunan yis dah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli dalam 5 minit.\nMasukkan 1-2 sudu besar minyak zaitun dan teruskan menguli hingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan.\nBiarkan hingga kembang 2 kali ganda. Tumbuk.\nBahagikan 8. Buat bulat.\nPanaskan grill pan.\nCanai nipis dan letak dalam grill pan. Sapu bahagian atas dengan sikit minyak zaitun. Bila dah mula gelembung-gelembung, boleh terbalikkan.\nMasak dalam 30 saat \u2013 1 minit.\nAngkat, letak dalam bekas suam.\n\nResepi Daging Shawarma\nBahan-bahan kisar:\n\n3 ulas bawang putih\n1 sudu kecil bunga cengkih\n1 sudu kecil garam\n1 sudu kecil jintan manis\n1 sudu kecil \u201call spice\u201d\n1/2 sudu kecil serbuk cardamom\n1/2 sudu kecil serbuk cinnamon\n1/2 sudu kecil oregano / thyme\n1/2 sudu kecil serbuk buah pala\n1/2 sudu kecil lada hitam\n1/4 sudu kecil serbuk halia\n1/4 sudu kecil serbuk cili\n\nBahan-bahan lain:\n\n\n1/4 cawan jus lemon segar\n\n\n1/4 cawan cuka putih\n\n\n1/4 cawan minyak zaitun\n\n\nCara-cara buat daging shawarma:\n\nKisar semua bahan-bahan kisar dalam pengisar kering.\nCampurkan serbuk yang telah diblend dengan bahan-bahan lain.\nSapukan ramuan ini pada 1 kilogram daging dan biarkan semalaman. Saya guna daging bahagian \u201cculotte\u201d. Boleh juga gunakan steak ribeye, flank steak atau skirt steak.\nAtau gantikan dengan thigh ayam yang dah dibuang tulang. Kalau diet, dada ayam pun boleh.\nEsoknya boleh nyahbekukan.\nPanaskan grill pan. Grill daging sampai separuh masak. Keluarkan. Rehatkan. Hiris nipis. Panaskan grill sekali lagi dan grill daging hiris hingga cara masak yang disukai.\n\nResepi Sos Tahini\nBahan-bahan:\n\n2 sudu teh pes tahini\n3 ulas bawang putih\n1/2 cawan lemon jus\n1 sudu teh garam\n\nCara-cara:\n\nKisar semua bahan sehingga halus.\n\nResepi Sos Toum\nBahan-bahan:\n\n7 ulas bawang putih\n1 putih telur\n2/3 cawan minyak sayur\n1 camca besar jus lemon\nGaram sedikit\n\nCara-cara:\n\nBlend dahulu putih telur dengan bawang putih yang telah dikupas dan dihiris. Bila bawang putih sudah halus, sambil terus memblend, masukkan minyak dengan aliran tetap perlahan-lahan. Adunan akan memekat. Teruskan aliran minyak hingga adunan agak kental. Sos toum ni lebih kental dari mayonis.\nAkhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Blend hingga sebati.\n\nLetakkan semua bahan secukupnya di atas Roti Laffa.\n\nBalut dengan kemas dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!\n\nKredit: Ummu Ashraf\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-kongsi-teknik-buat-kek-butter-kampung-jadi-lebih-sedap/", "title": "Wanita Ini Kongsi \u2018Teknik\u2019 Buat Kek Butter Kampung Jadi Lebih Sedap", "body": "\nKek Butter Kampung sememangnya sudah menjadi kegemaran ramai tidak kira usia kerana rasanya yang sedap dan lembut. Makan banyak pun tetap tak muak. Selain rasanya yang sedap, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga sangat mudah dah tidak renyah.\nNamun begitu, anda tetap perlu menggunakan teknik yang betul dalam membuatnya supaya rasa kek butter legend ini menjadi lebih enak!\nKalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah,\u00a0follow\u00a0je resipi Kek Butter Kampung berserta teknik penting yang telah dikongsikan oleh Nurain Ain di bawah.\nResipi & Teknik Kek Butter Kampung Yang Sedap\n\nBahan-bahan:\n\n\n250g gula halus\n\n\n\n250g mentega/butter suhu bilik\n\n\n\n5 biji telur A\n\n\n\n250g tepung gandum/tepung naik sendiri (ayak)\n\n\n\n1 sudu kecil baking powder (ayak)\n\n\n\n2 sudu besar susu cair\n\n\n\nSedikit esen vanila\n\n\nCara-cara (teknik 1):\n\nPukul gula dan mentega dan esen vanila sampai gebu putih.\nKemudian masukkan telur sebiji2 pukul sebati, masukkan bahan ayak pukul perlahan sebati.\nMasukan susu cair dan pukul dengan kelajuan tinggi 10 saat stop.\nGuna acuan size 8/9 inci griss dgkn butter/lapik baking paper bakar suhu 170c api atas bawah.\n\nCara-cara (teknik 2):\n\nCairkan butter dan ketepikan.\nMasukkan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali Butter/mentega cair.\nTambah 1 sudu besar ovalet.\nPukul bahan dengan kelajuan rendah ke tinggi hingga kembang putih tutup mixer kaup balik adunan dengan butter/mentega cair dan boleh bakar macam biasa.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Nurain Ain\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-kongsikan-hacks-pantas-memasak/", "title": "Wanita Ini Kongsikan \u2018Hacks\u2019 Pantas Memasak Walaupun Tiada Masa, Barulah Iron Lady!", "body": "\nDalam memasak, ada banyak koleksi \u2018hacks\u2019 atau petua dapur yang boleh dicuba.\nIa bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan agar tidak berasa susah, cepat siap serta mengelakkan dari pembaziran.\nBaca juga: Cara Buat Pes Ibu Sambal & Pes Asam Pedas, Buat Sekuali Terus!\nBerikut adalah perkongsian dari seorang pengguna Facebook iaitu Izyan Alias yang memberikan tip untuk jimat dan pantas memasak walaupun tiada masa.\nMungkin korang boleh cuba dan amalkan. Semoga memberi manfaat dan memudahkan kerja harian di dapur.\n1. Barang Basah\nBeli barang basah 1 atau 2 kali sebulan secara pukal. Ayam pulak saya beli ayam organik (whole, rangka dan dada ayam)\n2. Buat Stok Pes\n\n\nSetiap 2 hujung minggu sekali, sediakan segala jenis sambal dan pes bawang. Senang nak masak, tinggal cedok je.\n\n\n\u00a0Pes Bawang: \nBawang merah, besar dan putih, kisar dengan minyak masak. Jangan letak air langsung. Kalau bawang 3/4 blender, minyak boleh letak 1/3. Kemudian blend halus. Tumis sampai naik minyak guna api perlahan.\nPes Cili Kisar: \nPotong kasar cili kering, rebus. Tapis. Kemudian, kisar dengan minyak masak jugak. Tumis sampai naik minyak.\nPes Sambal Penyet:\nPotong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih, goreng sampai bawang perang sikit. Sejukkan. Kemudian kisar bersama minyak gorengan. Lepas tu tumis balik sekejap lagi bersama garam gula secukup rasa untuk keringkan sikit lagi air. Kali ni tumis kejap je.\n\nSambal Nasi Lemak: \nTumis bawang kisar dulu sampai kering air, baru masukkan cili kisar. (Ni kalau guna bawang dan cili yang belum dimasak di nombor 3 dan 4) tips ni untuk elakkan sambal tumis merecik menggila. Jangan lupa masukkan daun pandan, asam keping dan bilis tumbuk. Masukkan garam gula secukup rasa. Tambah air 2-3x dan tumis sampai kering setiap kali tambah air.\n\nBawang Goreng: \nBoleh simpan bawang goreng bersama dengan minyaknya sekali. Letak bawang dan minyak atas sup atau bubur, memang wangi!\n\n\nSemoga bermanfaat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-melecur-teruk-pressure-cooker/", "title": "Wanita Ini Melecur Teruk, Pressure Cooker Tiba-tiba Meletup, Sup Seperiuk \u2018Simbah\u2019 Badan", "body": "\n\nMalang tidak berbau, itulah pepatah yang seringkali diperkatakan apabila berlaku sesebuah insiden yang tidak disangka-sangka.\nManakan tidak, kemalangan sememangnya boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu bahkan boleh berlaku di dalam rumah yang dianggap tempat selamat.\nSama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wajah dan sebahagian tubuh wanita ini melecur teruk ketika mengendalikan periuk tekanan (pressure cooker).\nBaca juga: Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resepi Sardin Guna \u2018Pressure Cooker\u2019\nMemetik laporan mStar berkenaan tragedi hitam yang berlaku pada 15 September lalu, Nurnadia Haris berkata, dia sedang menyediakan sup tulang untuk dinikmati bersama keluarganya.\n\u201cKetika itu saya dengan seorang adik sahaja berada di rumah. Kami dah siap masak hidangan lain\u2026 tinggal sup tulang sahaja nak disiapkan sementara tunggu keluarga tiba untuk makan malam.\u201d\n\u201cTulang dah siap direneh dalam pressure cooker, cuma tinggal nak masukkan batang saderi dan daun sup saja. Sebelum itu, saya dah release wap, plug pun dah cabut. Kiranya waktu tu wap memang dah habis keluar sebab tak ada bunyi dah.\u201d\n\u201cWaktu saya nak berlalu dari periuk tu, tiba-tiba terdengar bunyi macam wap. Saya pusing balik sebab ingat plug tak tutup. Serentak itu, isi dalam periuk terus berhamburan keluar dari penutup yang terbuka tiba-tiba.\u201d\n\u201cKuah sup yang panas terkena tubuh saya dari bahagian bawah mata hingga ke pusat,\u201d ujar wanita berusia 26 tahun ini.\nTidak mudah panik, Nurnadia berkata dia segera melangkah ke bilik mandi untuk menyiram tubuh dan anggota badan yang terkena sup panas di bawah pancuran air (shower) selama kira-kira setengah jam.\n\n\n @nurnadiaharis\nTrust The Process , Day\u2019s 13 #CapCut \n \u266c bunyi asal \u2013 N A \ud83c\udf3c \u2013 N A \ud83c\udf3c \n\n \nMenurut Nurnadia, keluarganya yang tiba tidak lama kemudian terus menghantarnya ke klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan.\n\u201cSebaik tiba di klinik, doktor suruh saya siram lagi dalam satu jam. Dekat klinik itu juga saya mandi lagi sekali. Selepas diberi ubat tahan sakit, saya dirujuk ke hospital.\u201d\n\u201cSekali lagi saya disarankan untuk mandi. Walaupun tengah menggigil sejuk, dalam masa yang sama rasa bahang di kulit. Ketika itu dah nampak menggelembung dan warna daging.\u201d\n\u201cMalam itu doktor cuci luka dan keesokan pagi baru saya jalani pembedahan membuang kulit mati. Syukur, kecederaan yang saya alami tak memerlukan prosedur menampal kulit,\u201d ujarnya yang menetap di Puncak Alam, Selangor.\nMengalami lecur sebanyak 12 peratus dan dalam kategori tahap 2, Nurnadia terpaksa dirawat selama lapan hari di hospital sebelum dibenarkan keluar.\n\u201cSekarang saya masih cuti sakit dan tinggal di rumah ibu seketika. Kalau cakap pasal trauma, memang agak trauma\u2026 saya dah suruh suami buang pressure cooker itu dari dapur kami.\u201d\n\u201cMungkin selepas ini saya hanya guna periuk biasa saja walaupun ambil masa sedikit lama. Saya muat naik di TikTok untuk dijadikan kenangan dan kongsi pengalaman, tapi ramai yang tanya brand apa.\u201d\n\u201cSaya malas nak reveal\u2026 malas nak panjangkan untuk ambil tindakan undang-undang. Saya nak fokus sihat dulu. Ini bukan kali pertama saya guna, tapi mungkin hari itu nasib tak menyebelahi.\u201d\n\u201cSebenarnya tak kisah brand apa, mahal atau murah\u2026 kita tetap kena hati-hati. Sampai sekarang tak tahu apa punca pressure cooker tu jadi macam tu.\u201d\n\u201cSeperkara lagi saya nak share, jika alami perkara sama, lekas-lekas siram dengan air. Doktor sendiri pun sarankan\u2026 ia untuk elakkan daging kita lecur lebih teruk. Moga perkongsian ini buatkan kita semua lebih hati-hati,\u201d ujarnya lagi.\nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meminta orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menggunakan sebarang peralatan elektrik untuk memasak.\nBukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar wanita ini sembuh sepenuhnya malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman masing-masing,\nAntara komen netizen:\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-ini-sahut-cabaran-netizen-buat-abc-guna-salji/", "title": "Wanita Ini Sahut Cabaran Netizen Buat ABC Guna Salji, Ini Reaksinya Bila Makan\u2026", "body": "\nSeronok tengok negara 4 musim bila musim salji kan? Kadang-kadang sampai terfikir, salji yang turun itu boleh dibuat Air Batu Campur (ABC) atau tidak kerana teksturnya lebih kurang sama seperti ABC di Malaysia.\nBaca juga: Sambut Hari Jadi Pekerja \u2018Favourite\u2019 Di Mamak, Keluarga Ini Buat Ramai Sebak\nBuat ABC Guna Salji?\nTular sebuah video yang dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok, Zunita Ramli yang menyahut cabaran netizen menggunakan salji untuk membuat ABC.\nDifahamkan wanita tersebut merupakan warga Malaysia yang kini telah berhijrah dan menetap di Negara Jepun.\nMenerusi video tersebut, kelihatan wanita itu telah menadah salji \u2018fresh\u2019 ke dalam mangkuk sehingga penuh. Kemudian dia menuang sirap, susu pekat serta buah.\n\nMenurutnya, ABC yang menggunakan salji lebih sedap kerana teksturnya lebih lembut dan cair di dalam mulut berbanding ABC di Malaysia yang sedikit kasar.\nNamun apa yang menarik perhatian warganet adalah sama ada ia selamat ataupun tidak untuk dimakan.\n\n\nVideo penuh:\n\n\n @zunitaramli\nRamai sangat cakap, banyak salji senang la buat ABC. Haaa dengan minda yang curious, saya tertanya-tanya, macam mana rasa ABC dari salji? ps: Salji boleh makan, tapi make sure salji tu bersih & fresh dan baru turun. #CatatanZunitaDiJepun #Japan #kakigori #ABCsalji #Niigata\n \u266c original sound \u2013 Zunita Ramli \u2013 Zunita Ramli \n\n \nKalau kalian diberi peluang ke negara bersalji, agak-agak nak cuba\u00a0tak makan ABC salji ni?\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-kongsi-cara-buat-singgang-ayam-thai/", "title": "Wanita Kongsi Cara Buat Singgang Ayam Thai, Resipi Asli Mak Mertua Orang Thai", "body": "\nTak tahu nak masak apa guna ayam? Jom cuba resipi Singgang Ayam Thai yang mudah untuk dimasak ini.\nConfirm\u00a0suami dan anak-anak makan berselera. Menambah nasi sampai 3 hingga 4 pinggan.\nResipi perkongsian dari\u00a0Wan Haslina\u00a0ini merupakan hasil ajaran dari mak mertuanya yang merupakan orang Thai.\nResipi Singgang Ayam Ala Thai\nBahan-bahan:\n\nBawang putih\nBawang merah\nHalia\nLengkuas\nKunyit hidup\nSerai\nCili api\nAyam\nAir\n\n\nTumiskan semua bahan kecuali air dan ayam. Masak sehingga naik bau.\nMasukkan ayam dan goreng sekejap.\nTambahkan air secukupnya.\nLetakkan garam dan serbuk perasa sehingga secukup rasa.\nBiarkan mendidih sehingga ayam masak.\nSiap, selamat mencuba!\n\n\nKredit: Wan Haslina Wan Ibrahim\nBaca juga: Resipi Ikan Masam, Nak Lagi Sedap Kena Perap 2-3 Hari Baru Goreng!\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-kongsi-resipi-ayam-sihat-sedap-mudah/", "title": "Wanita Kongsi Resipi Ayam Sihat Sedap & Mudah, Dah 5 Tahun Makan Macam Ni", "body": "\nBuat kalian yang nak mula menurunkan berat badan, boleh mulakan dengan pemakanan yang sihat dulu. Antaranya boleh cuba resipi ayam sihat ini.\nHasil perkongsian dari Puan Fatihah, menu ini sangat sedap, mudah dan ringkas untuk dibuat.\nMenurutnya, sudah 5 tahun diamalkan oleh beliau dan suaminya untuk gaya hidup yang lebih sihat.\nJom lihat resipi dan perkongsian oleh Puan Fatihah di bawah.\nRESIPI AYAM SIHAT UNTUK DIET\n\u201cMakan dengan sedap dan sihat. Maaf, saya post hanya untuk berkongsi apa yg saya makan. Saya hormati segala cara pemakanan awak semua, setiap orang tak sama tapi inilah cara saya sejak hidup sama sama dengan suami. \nSuami saya adalah pakar nutrition dan atlit bina badan, awal tu saya ikut sebab taknak suami kecil hati lama lama nampak hasil yang\u00a0hebat\u00a0saya jadi seronok dan teruja.\nDah 5 tahun saya makan macamni , bila diluar saya akan makan apa pun, saya normal macam orang lain jugak cuma takkan ada gula didalam rumah.\nNak buat guna daging pon sedap tau.\u201d\nBahan ayam sihat sedap:\n\nIsi ayam 1kg dikisar\nTelur 5-6 biji\nSegala jenis sayur yang awak suka\nBlackpepper dan white pepper\nGaram pink\nBawang putih dan bawang besar\n\n\nCara-cara:\n1. Guna sedikit minyak medella untuk menumis bawang putih yang dicincang dan bawang merah yang dipotong dadu.\n2. Kemudian satukan semua bahan dan kukus.\n\n3. Masa nak makan, saya akan grill sikit bagi warna nampak menarik.\n\n4. Cara tak sihat, boleh dipotong dadu selepas kukus, celup telur dan goreng macam nugget atau tambah tepung, bulat-bulat atau buat bentuk yang disukai. Ikut cara masing-masing, boleh tambah perasa yang disukai namun perlu dikawal kuantitinya supaya tidak berlebihan.\n5. Kalau tak nak kukus pun boleh, masak saja atas kuali. Biar dia jadi macam telur hancur. Boleh makan dengan roti atau wrap. Kalau makan ala wrap, tambah sedikit sos kewpie pon sedap.\n\n6. Olah saja resipi ini mengikut selera kita tapi awal pengambilan sos dan apa-apa bahan perasa.\n\nKredit: Saya Fatihah\nBaca juga: Resipi Sup Ayam Sihat & Mudah Tanpa Guna Minyak. Satu Keluarga Suka, Sedap Sangat!\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-kongsi-resipi-mi-sup-pedas-cina/", "title": "Wanita Kongsi Resipi Mi Sup Pedas Cina, Masakan Terhasil Bila Suami \u2018Terliur\u2019 Tengok Mukbang Cina", "body": "\nSeorang pengguna laman sosial Facebook, Puan Zurina Zulkefli ada berkongsikan satu resipi Mi Sup Pedas Cina atau nama betul masakan ini adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup (Suan La Fen).\nMasakan ini terhasil apabila suami terpengaruh nak makan macam dalam mukbang Cina. Cara membuatnya sangat mudah, biasanya bahan pun ada kat dapur saja.\nNak cuba? Jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!\nRESIPI MI SUP PEDAS CINA\nBahan utama:\n\nMinyak cili\nAir rebusan stok ayam\nMi kanji Ubi\u00a0(sweet potato noodle)\nTelur rebus\n\nCara-cara:\n1. Untuk menyediakan minyak cili, sediakan satu mangkuk kecil. Masukkan 1 sudu cili flakes, 2 ulas bawang putih dicincang halus, 1 sudu kecil biji bijan, 4 sudu besar kicap cair dan sedikit garam. Gaulkan semua bahan tersebut.\n2. Kemudian, panaskan 3 sudu besar minyak masak/minyak bungamatahari/ minyak bijan. Kemudian terus tuangkan minyak tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi. Kacau rata dan ketepikan.\n\n3. Rebus mi kanji ubi selama 10 minit untuk dapatkan tekstur yang betul-betul lembut. Toskan dan letak dalam mangkuk.\n\n4. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.\n\n5. Tuangkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je.\n\n6. Siap.\n\n7. Taburkan sedikit hirisan daun bawang.\n\n9. Masukkan juga telur rebus.\n\nSelamat mencuba!\n\nKredit: Zurina Zulkefli\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-kongsi-tips-simpan-cili-supaya-tahan-lama/", "title": "Wanita Kongsi Tips Simpan Cili Supaya Tahan Lama, Mak Mertua Sendiri Tak Tahu Tips Ni", "body": "\nKadang-kadang sudah pelbagai cara yang digunakan supaya sayur-sayuran tahan lama di dalam peti ais. Salah satu sayuran yang mudah cepat rosak dan lebam adalah cili padi.\nSeorang pengguna laman sosial TikTok, Nurul Shifa ada berkongsikan satu tips supaya cili padi tahan lama, 1 bulan pun masih segar macam baru beli.\nMenurutnya lagi, mak mertuanya sendiri pun tidak tahu akan tips ini. Jom lihat perkongsiannya di bawah.\nTIPS SIMPAN CILI SUPAYA TAHAN LAMA\nMenerusi perkongsian oleh Nurul Shifa di bawah, cara simpan cili padi supaya tahan lama adalah dengan membuang tangkai cili setiap kali simpan.\n\nRata-rata warganet juga tidak tahu akan tips ini. Malah ada yang turut memberikan tips lain iaitu dengan melapik tisu dan letakkan bawang putih bersama cili tersebut.\n\n\nLihat video penuh ini.\n\n\n @cikvia_shifa\nTiga minggu dah cili tu terperuk dalam peti ais. Masih FRESH woo . Confirmed mak mertua bagi anugerah MENANTU pilihan tahun ni. CONFIRMED lah. \ud83d\udc8b\n \u266c Paro Paro G \u2013 djsandyremix \n\n \nSumber: @cikvia_shifa\nBaca juga: Malas Masak Banyak Lauk? Jom Buat Sambal Padang Ni, Nak Makan Tinggal Senduk Je\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanita-tengah-beli-isi-durian/", "title": "\u201cIngatkan Tester\u201d \u2013 Wanita Tengah Beli Isi Durian, Makcik Sebelah Selamba \u2018Sambar\u2019, Makan Orang Punya", "body": "\n\nWanita Tengah Beli Isi Durian, Makcik Sebelah Selamba \u2018Sambar\u2019, Makan Orang Punya.\nMasa nak beli sesuatu makanan mesti peniaga akan berikan tester untuk tahu buah tersebut elok atau tidak dari segi rasa dan kualiti bukan?\nIa juga salah satu marketing untuk membuktikan buah yang dijual berkualiti dan berada dalam keadaan yang elok.\nTapi lain pula kisahnya yang tular baru-baru ini dimana seorang mak cik \u2018selamba\u2019 je makan durian orang yang sedang membeli.\nMenerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini, dapat kita lihat dia sedang sibuk melihat peniaga mengasingkan isi daripada buah durian yang telah dipilihnya.\nBaca juga: \u2018Melawan Hukum Buka Durian\u2019 \u2013 Netizen Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian\nBagaimanapun tiba-tiba datang seorang mak cik selamba laju mencapai seulas daripada bekas itu dan makan tanpa rasa bersalah.\n\nWANITA INGATKAN TESTER, SAMBAR DURIAN ORANG LAIN\nVideo Penuh:\n\n\n @yusifadila\nDemi Apapun Kaget \ud83d\ude2d Tapi Lucu ,Lagi Fokus Ngonten Tiba\u201d ada kejadian Begini \ud83e\udd23\ud83e\udd23\ud83e\udd23 #tanjungbatukundur #tanjungbatu #yusifadila #tepongkengpongkeng\n \u266c suara asli \u2013 Yusi Fadila NAMAKU \u2013 Yusi Fadila NAMAKU \n\n \nMeninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga terkejut dengan situasi tersebut namun menganggap mungkin makcik tersebut menyangka isi durian itu tester yang diletakkan untuk pembeli merasa kualiti buah itu.\nBukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui tidak gemar dengan sikap segelintir individu yang tidak beradab dan mengambil sahaja tanpa bertanya dahulu.\nNetizen juga akui masih ada sebilangan pembeli yang memegang isi durian sewaktu peniaga sedang membukanya untuk merasa dengan tangan kualiti durian tersebut malah mengangkap ianya salah satu sikap yang tidak wajar untuk dilakukan.\nAntara komen netizen:\n\n\n\n\n\nBaca juga: \u201cSelalu Tunggu Sisa Anak Je\u201d \u2013 Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira, Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan\n"} {"url": "https://myresipi.com/wanpaku-tuna-sandwich/", "title": "Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal", "body": "\nWanpaku tuna sandwich atau lebih dikenali sebagai Sando ini menjadi sangat popular pada tahun 2016 di Jepun. Tiada siapa yang tahu kenapa ia dipanggil Wanpaku Sando. \nTetapi bila kita tengok sandwich tu mesti boleh agak yang ia menggambarkan seseorang yang sangat bertenaga dan ceria dari warna-warna sayuran yang ada. \nBukan itu sahaja, geram je kan tengok padat-padat isi dalam sandwich ini. Jom kita buat sendiri di rumah. Apa yang lebih menarik tentang resepi ini ialah ia menggunakan bahan yang murah tetapi sihat.\nUntuk satu saiz hidangan sandwich ini, pasti akan rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Memang sesuai untuk anda yang sedang berdiet!\nBaca juga: Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan\nHidangan sandwich ini memang unik kerana mempunyai inti protein dan sayur yang disusun secara berselang-seli. Ini untuk memastikan mendapat tekstur yang menarik!\nJom cuba buat menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurasykin Ali ini sehingga mendapat 625 perkongsian di Facebook.\u00a0\n\nRESIPI WANPAKU TUNA SANDWICH ALA JEPUN\n\n\nBahan-bahan:\n\nKewpie Mayonnaise\nKewpie Dressing Roasted Sesame\nTuna\nCheese\nRoti\nCeri tomato\nTelur puyuh\nSalad\nLobak\n\n*Bahan ni boleh je ubah ikut selesa tekak masing-masing.\nCara penyediaan:\n1. Sapukan roti dengan butter/marjerin.\n\n2. Bancuh tuna dengan kewpie dressing ni. Agak-agak je.\n\n3. Letak sekeping cheese atas roti. Kemudian salad.\n\n4. Lepas tu tuna. Ikut banyak mana nak letak.\n\n5. Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak pula. Tutup dengan sekeping roti.\n\n6. Sapukan atas roti tadi dengan butter/marjerin. Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese.\n\n7. Ulang semula dengan susun di atasnya dengan salad, mayonis dan lobak.\n\n8. Tutup dengan roti yang terakhir. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.|\n\n9. Wanpaku Tuna Sandwich sedia untuk dinikmati!\n\n\nSelamat mencuba resipi ini.\nInfo Menarik Mengenai Sandwich Ini\nPencetus kepada Wanpaku sandwich ialah Yuki Onuma, isteri kepada Michiyuki Onuma seorang pembuat barangan dari tanah liat yang membekalkan sandwich tebal untuk suaminya setiap hari. \nSandwich itu yang dinamakan Numasan (Numa adalah dari nama mereka dan San adalah sandwich). Yuki selalu berkongsi gambar Numasannya di Instagram setahun sebelum Wanpaku Sando menjadi popular. Beliau telah membuat sandwich itu selama lebih 10 tahun selepas berkahwin dengan suaminya.\nResipi asal sandwich ini dipenuhi dengan hirisan kubis yang banyak kerana mereka menyukai sayuran bekalan sayuran sentiasa ada sepanjang tahun. Dan selepas ia popular, Wanpaku sandwich telah berevolusi dengan penambahan pelbagai jenis sayuran, protein dan sos mengikut selera masing-masing.\nBaca juga: Sandwich Cheesy Beef Slice Air Fryer, Hanya Guna 4 Bahan Je, Jimat Masa!\n"} {"url": "https://myresipi.com/warga-malaysia-syabira-yusoff-dinobat-juara-siri-rancangan-memasak-uk/", "title": "Warga Malaysia Syabira Yusoff Dinobat JUARA Siri Rancangan Memasak UK", "body": "\nSeorang rakyat Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemenang dalam siri rancangan televisyen terkenal United Kingdom (UK) iaitu The Great British Bake Off bagi musim ke-13.\nSyabira Yusoff, 32, yang merupakan penyelidik kardiovaskular di London menyingkirkan dua peserta akhir dalam siri rancangan tersebut untuk muncul juara.\nMenerusi episod final yang disiarkan semalam, ketiga-tiga peserta akhir itu ditugaskan menghasilkan makanan berkelah pada musim panas menggunakan bahan bermusim dari seluruh UK.\n\nMereka perlu membakar kek mini, pai sayuran dan sandwic menggunakan roti putih yang mereka hasilkan sendiri.\nBagi memenuhi kriteria tema itu, Syabira menghasilkan pai tanpa daging babi menggunakan cendawan.\nSyabira menyatakan kemenangan tersebut merupakan pencapaian terbesar dalam hidupnya.\n\u201cSemua kerja keras, percubaan dan kesalahan yang dilakukan adalah berbaloi. Saya amat berbangga dengan pencapaian ini,\u201d katanya.\nThe Great British Bake Off merupakan siri realiti televisyen popular yang menyaksikan para peserta bersaing untuk menjadi pembuat roti amatur terbaik di negara ini.\nSumber: Utusan Malaysia\n"} {"url": "https://myresipi.com/warganet-terpegun-lihat-pasar-ikan-di-qatar/", "title": "Warganet Terpegun Lihat Pasar Ikan Di Qatar, Cantik Sampai Tertukar Dengan Hotel!", "body": "\nBeberapa hari lepas, tular di laman sosial TikTok berkenaan sebuah pasar ikan di Qatar yang begitu cantik dan bersih sehingga mampu membuat orang ramai tertukar dengan hotel.\nJika mahu dibandingkan pasar ikan di Malaysia dan di Qatar, ibarat langit dan bumi. Namun, masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.\nDifahamkan, lokasi pasar ikan tersebut terletak di Pelabuhan Lama Doha, Daerah Mina, Qatar (Mina District, Doha Old Port).\nSumber: Youtube\nMenerusi video yang dikongsi oleh irinaalofficial di TikTok, menurutnya pasar ikan tersebut adalah paling cantik yang pernah dilihatnya.\n\n\n @irinaalofficial\nFish market like I\u2019ve never seen before \ud83d\ude0d #qatar #minadistrictqatar #dohaport #qatar2022 #qatar\ud83c\uddf6\ud83c\udde6 #qatartiktok #qatartiktok\ud83c\uddf6\ud83c\udde6 #fifa22 #worldcup2022 #worldcup #visitqatar #fishmarketqatar #fishmarketdoha #minaportqatar #qatarblogger \n \u266c Into Your Arms (feat. Ava Max) \u2013 Witt Lowry \n\n \nTertukar dengan hotel\nWarganet turut terpukau dengan kecantikan pasar ikan itu sehingga tertukar dengan pusat beli belah dan hotel.\n\n\nPaling bersih pernah lihat\n\nPasar ini secara tidak langsung menjadi daya tarikan terbaru di bandar berkenaan.\nSumber: TikTok irinaalofficial\n"} {"url": "https://myresipi.com/why-these-toasts-with-tea-are-my-new-favorite/", "title": "Why These Toasts with Tea are My New Favorite", "body": "Suspendisse at semper odio. Nam fringilla scelerisque tincidunt. Orci varius natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Donec tincidunt posuere ornare. Phasellus placerat odio non feugiat sollicitudin. Integer vitae elementum ex. Sed porttitor, diam eget convallis volutpat, arcu tellus facilisis nulla, id dignissim orci leo id diam. Vivamus tincidunt eros sed ligula ultricies tincidunt sit amet at mi. Donec pulvinar pharetra nisi, finibus euismod justo molestie vel. Nullam sit amet enim quis orci sollicitudin tincidunt non eu lorem.\nTIME\n\n25 mins\nPrep\n\n\n\n\n20 mins\nCook\n\n\n\n\n45 mins\nTotal\n\n\nNUTRITIONAL FACTS\n\n1578\nCalories\n\n\n\n\n75g\nFat\n\n\n\n\n324g\nCarbs\n\n\n\n\n62g\nProtein\n\n\nMorbi vitae purus dictum, ultrices tellus in, gravida lectus. Vestibulum dignissim maximus massa et faucibus. Nullam sodales luctus arcu varius rhoncus. Nam sagittis, lectus sed sodales maximus, turpis ante placerat diam, vitae pellentesque orci odio ut sem. Proin fringilla finibus purus. Aliquam tincidunt nisl ut condimentum maximus. Proin sit amet orci at urna dignissim auctor a vitae tortor. Etiam viverra nibh et posuere eleifend. Orci varius natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Aliquam eu mollis ante. Nunc eu lacus fermentum enim volutpat vestibulum. Sed porttitor, diam eget convallis volutpat, arcu tellus facilisis nulla, id dignissim orci leo id diam. Vivamus tincidunt eros sed ligula ultricies tincidunt sit amet at mi. Donec pulvinar pharetra nisi, finibus euismod justo molestie vel. Nullam sit amet enim quis orci sollicitudin tincidunt non eu lorem. Quisque eget mi ac nibh tincidunt pretium. Suspendisse malesuada lobortis augue vitae eleifend. Nunc sed quam sollicitudin, mattis mauris vitae, dignissim tellus. Duis pretium, dui vitae dignissim convallis, sapien est volutpat tortor, eget imperdiet turpis justo non leo. Nulla iaculis leo semper congue elementum. Vestibulum sit amet interdum est.\nThe Image GalleryCurabitur consequat magna purus, in aliquet magna rutrum quis. Pellentesque auctor nisl eu nibh tempor blandit. Etiam tristique urna at enim semper, rutrum efficitur leo tincidunt. Proin commodo euismod nisl, a ultrices velit. Nullam odio enim, mollis id augue at, ullamcorper rhoncus metus.\nLorem Ipsum: Just Another ParagraphAenean ante erat, iaculis eget tempor quis, molestie vel massa. Integer bibendum blandit arcu, ut ornare nunc egestas et. Proin a malesuada elit. In hac habitasse platea dictumst. Morbi tristique sem sapien, sit amet aliquet nisl efficitur nec. Nullam molestie nisi quis blandit imperdiet. Mauris vel nisl id nisl vestibulum tincidunt eget non mi. Nunc viverra dignissim malesuada. Mauris laoreet, mi quis vulputate maximus, dolor urna posuere velit, et efficitur ex nisl non quam. Vestibulum maximus ante eget purus congue auctor. Fusce ornare odio ac mauris venenatis, et feugiat nulla hendrerit. Vestibulum tellus purus, condimentum eu porttitor in, finibus in nisl. Phasellus rutrum porttitor metus. Nulla euismod, turpis vel dignissim imperdiet, augue nunc luctus diam, eu rhoncus orci eros in nulla. Orci varius natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Nam at erat ipsum.\nLorem Ipsum: Cras porttitor ex ac accumsanProin in eros id tortor scelerisque tincidunt id nec turpis. Donec lobortis dolor ex, ac maximus massa convallis ut. Etiam eu semper tellus, eu vestibulum felis. Vestibulum eget lorem eu risus mattis vulputate. Aliquam enim lacus, ullamcorper non risus eget, pulvinar molestie odio. Mauris sit amet erat ut lacus fringilla scelerisque nec eget tellus. Curabitur sed sapien a magna rhoncus sollicitudin. Aliquam a felis vehicula tellus imperdiet sollicitudin. Quisque gravida libero nisl, vitae porttitor dolor efficitur in. Duis molestie nulla ut diam pellentesque tempus. Curabitur eget bibendum risus. Phasellus leo est, maximus sed condimentum vitae, tincidunt vitae ex.\nPhasellus quis cursus lectus, congue viverra ipsum. Integer interdum dignissim efficitur. Sed tempus lorem ut vestibulum placerat. Donec ut dictum magna. Nullam non augue ut arcu finibus fringilla. In ut orci urna. Morbi efficitur eros enim, vel elementum nisl sollicitudin at.\nCras Porttitor ex ac Accumsan TristiqueNullam lobortis risus vitae tempus placerat. Etiam eros velit, hendrerit vel ultrices quis, commodo vulputate libero. Praesent rutrum sollicitudin odio, in molestie ligula. Cras varius lobortis semper. Morbi hendrerit hendrerit tincidunt. Nulla lacus dolor, cursus ut fringilla sed, semper vestibulum risus. In ac nulla dapibus, blandit purus et, luctus magna. Vestibulum ultrices convallis egestas. Pellentesque tristique magna sed ipsum consectetur tristique at tincidunt massa.\nAvadaFor Your\nNext\nProjectCheck Out NowLorem Ipsum: Important DetailsOrci varius natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Nullam nec ex vitae orci convallis molestie non vel lacus. Aenean ut massa ligula. Praesent pretium, ante a blandit tempus, nulla nisl ullamcorper ante, ut lobortis diam massa eleifend neque. Vivamus sodales lorem at ultricies ultrices. Maecenas dictum ipsum eu augue viverra congue. Donec non porttitor magna, vel fermentum lectus. Suspendisse non eleifend ante.\nLorem Ipsum: Few More Headings (H3)Nullam lorem odio, sagittis eget molestie ut, consequat blandit lectus. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas. Mauris justo metus, interdum non facilisis eget, hendrerit a lectus. Aliquam risus massa, aliquet in lobortis at, laoreet sed mi. In hac habitasse platea dictumst. Nunc cursus neque eu felis malesuada, et aliquam arcu scelerisque.\nHEADING STYLE: HOMEPAGE SECTION HEADING (H2)Quisque blandit ipsum a mi semper pretium. Etiam sodales lectus et fermentum malesuada. Aenean id vehicula magna, vel iaculis nibh. Sed maximus in ante sed luctus. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Maecenas at tincidunt odio, maximus hendrerit dui. Aliquam blandit mattis ultrices.e.\nPhasellus in nunc et diam efficitur. (H4)Pellentesque id libero pellentesque, egestas sapien tempor, lacinia arcu. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas. Quisque nec fringilla arcu. Nullam bibendum commodo ante quis rutrum. Mauris dolor felis, eleifend ac massa et, ornare vestibulum turpis. Cras eget porta tortor,\nNullam lorem odio, sagittis eget molestie (H5)Sed convallis, ligula non varius accumsan, sapien metus ullamcorper odio, sed cursus dui lacus vel ex. Nam id quam a justo varius scelerisque sed ut quam. Mauris interdum non sem vel maximus. Vestibulum augue nunc, rhoncus dictum posuere mollis, gravida et dolor. Curabitur tristique vitae urna sit amet sagittis. Phasellus pulvinar ut augue ac imperdiet. Aenean congue lectus a neque aliquam, vitae rhoncus neque commodo.\nHeading Typography Font Style Same as Body Typography (H6)Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus finibus hendrerit condimentum. Mauris sit amet ultricies arcu. Integer et neque id nunc lacinia sagittis non eu felis. Nulla non efficitur nunc. Aenean posuere maximus ipsum quis tristique. In commodo porta sapien a cursus. Etiam malesuada nibh aliquet ex tempor dictum. Ut et leo iaculis, blandit lorem nec, bibendum metus.\nSubscribe & Receive A Free eBookResponsive innovate grok latte disrupt intuitive actionable insight SpaceTeam grok.\u00a0Human-centered design Steve Jobs.\n\n \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00d7We do not spam. You can unsubscribe anytime\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/woody-harrelson-selamba-je-buat-durian-goreng/", "title": "Woody Harrelson \u2018Selamba\u2019 Je Buat Durian Goreng Untuk Sarapan, Netizen Ternganga Kejap", "body": "\nBagi yang pernah menonton Zombieland, tentunya mengenali pelakon Woody Harrelson ini yang membawa watak sebagai Tallahassee.\nWoody Harrelson adalah pelakon veteran yang telah berlakon dalam pelbagai jenis filem. Pengalaman yang beliau miliki dan kehebatan lakonannya sudah pasti menjadikan beliau antara \u2018living legend\u2019 di Hollywood.\n\nDalam satu filem terbaharu lakonan Woody Harrelson dan Kevin Heart, iaitu The Man From Toronto, terdapat satu babak yang berjaya menarik perhatian netizen, terutamanya yang berada di Malaysia.\n\n\nSeperti yang dikongsi oleh Netflix Malaysia di laman Instagram, Harrelson dilihat menyediakan durian goreng untuk sarapan pagi. Babak tersebut memaparkan Harrelson sedang memotong durian, lalu mengambil beberapa ulas, dicelupnya dengan tepung dan akhirnya digoreng.\nBaca juga: Harga Bukan Main Mahal, Lelaki Kecewa Durian \u2018Black Thorn\u2019 RM117 Tak Ada Isi\nDifahamkan bahawa ini bukan satu-satunya babak yang memaparkan durian. Terdapat beberapa babak lain, kalau korang mahu ketahui lebih lanjut, boleh tonton filem ini di Netflix.\nKebanyakan netizen jelas terkejut dengan babak di mana Harrelson membuat durian goreng untuk sarapan pagi.\n\n\n\n\n\nThe Man from Toronto ialah sebuah filem komedi aksi yang dibintangi oleh Kevin dan Harrelson. Filem ini mengisahkan tentang seorang pengajar sukan yang dianggap sebagai pembunuh upahan paling maut selepas memasuki bilik kabin yang salah.\nFilem ini diarahkan oleh Patrick Hughes, pengarah yang juga mengarahkan The Expendables 3 (2014), The Hitman\u2019s Bodyguard (2017), dan Hitman\u2019s Wife Bodyguard (2021). Sementara itu, lakon layar ditulis oleh Robbie Fox dan Chris Bremner.\nSelain gandingan Kevin Hart dan Woody Harrelson, filem ini turut dibintangi oleh Kaley Cuoco, Lela Loren, Jencarlos Canela, dan Ellen Barkin.\n\nSumber: Netflix MY\n"} {"url": "https://myresipi.com/wraps-ala-chicken-foldover-mcd/", "title": "Tortilla Wraps Ala Chicken Foldover Mcd, Guna Roti Gardenia & Daging Burger Je", "body": "\nTeringin nak makan Tortilla Wraps Ala Chicken Foldover McD? Jom kita buat sendiri di rumah. Dapat buat yang ala-ala pun jadilah janji boleh alas perut untuk bersahur. Hanya gunakan roti wrap Gardenia dan daging burger je.\nHidangan ini juga sesuai bagi mereka yang tengah diet. Sudah pasti resipi ini mengenyangkan anda selain dari makan buah kurma. Selain menggunakan daging patty ayam, anda juga boleh menggunakan daging patty lembu.\nBaca juga: Tular \u2018Hack\u2019 Cara Wrap Tortilla, Jom Cuba Resipi ini\nMusim panas ini memang kena jaga kesihatan, kalau layan perut, nak makan banyak sebab ikut nafsu tu. Ibu-ibu dirumah pula dah semakin bijak mempelbagaikan resipi. Ada je resepi baru yang nak dicuba.\nResipi tortilla wrap ala chicken foldover McD ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Mohd Afis. Rasa tak sabar pula nak cuba. Anak-anak mesti seronok dapat makan wraps ni. Jom kita lihat cara-caranya.\n\nRESIPI TORTILLA WRAPS ALA CHICKEN FOLDOVER MCD\n\n\nBahan-bahan:\u00a0\n\nDaging Burger\u00a0\nTortilla wraps gardenia\nFresh Salad \nSedikit bawang besar \u2013 potong dadu\nSedikit tomato \u2013 potong dadu\nCili api \u2013 optional\nSos cili\nSos keju\nSos bawang putih\n\nCara-cara penyediaan:\n1. Mula-mula, buka api dapur dengan suhu sederhan dan bakar daging burger hingga masak.\n2. Sediakan tortilla wraps untuk di letakkan salad. (Wraps tak perlu bakar)\n3. Setelah daging masak, boleh potong kecil-kecil supaya senang nk balutnya nanti.\n4. Letakkan sos-sos kegemaran. Balut tortilla wraps dengan kemas.\n5. Sedia untuk dimakan!\n\n\nMudah dan ringkas! Wraps ini juga boleh dihias dengan tomato. Sebelum digulung masukkan tomato yang dah dihiris ikut banyak yang korang suka. Sos bawang putih pula bukan bahan wajib. Kalau ada lagi sedaplah rasanya.\n\n\nSelamat mencuba!\n\nBaca juga: Cara Buat Tortilla Chips Cicah Telur Hancur, \u2018Breakfast Dip\u2019 Gitu\n"} {"url": "https://myresipi.com/yasmin-hani-sanggup-berlapar/", "title": "\u201cDapur berasap tapi kotor berlemuih?\u201d \u2013 Yasmin Hani Sanggup Berlapar Asalkan Rumah Bersih", "body": "\n\nPelakon Yasmin Hani baru-baru ini mendedahkan dirinya tidak gemar memasak kerana mementingkan kebersihan di persekitaran rumah.\nMenurut Yasmin, dia mengetahui asas memasak namun lebih memilih untuk mengemas bagi mengelakkan rumah dalam keadaan kotor.\n\u201cSaya boleh memasak cuma tidak sampai level seperti ibu. Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Tahap keyakinan saya dalam bab mengemas ni sampai rasa boleh buka business mencuci.\nBaca juga: Dapur Tempur, Program Lawan Masak Terbaru Di TV9!\n\u201cKalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?\n\u201cSaya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya ialah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak saja,\u201d katanya.\n\nBiar dapur tak berasap asalkan sentiasa bersih\nMengulas lebih lanjut, Yasmin sering berdoa agar suatu hari nanti hatinya terbuka untuk minat memasak serta menjelaskan keadaan ketika dia membesar menjadi punca lebih gemar mengemas.\n\u201cDulu bila saya masuk dapur, saya kena marah dan halau. Dah ada tiga orang (kakak Yasmin) di dapur, jadi yang bongsu ni tak pandai masak buat apa? Saya keluar kemas satu rumah.\n\u201cSaya rasa lebih suka mengemas sebab keadaan saya membesar macam tu. Saya suka diberi peluang untuk sertai program masakan Dapur Tempur ni sebab saya dapat banyak belajar.\n\n\u201cSaya fikir balik dan berdoa \u2018Ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai memasak\u201d.\n\u201cSebelum ni saya doa untuk luangkan masa dengan anak-anak, Allah makbulkan dengan maid saya lari. Jadi sekarang ni saya minta doa untuk minat memasak, zapp saya dapat peluang jadi host untuk program masakan\u201d.\nDapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.\n\n\n @myresipi\nJom kita tanya Yasmin Hani suka makan apa?? #myresipi #dapurtempur #fyp #fyp\u30b7 \n \u266c SWIPE \u2013 ALYPH \n\n \n"} {"url": "https://myresipi.com/yee-sang-ala-jepun/", "title": "Cara Buat Yee Sang Ala Jepun Sempena Tahun Baru Cina, Mudah Je Buat Di Rumah!", "body": "\nDalam banyak-banyak makanan yang rakyat Malaysia tunggu-tunggu untuk dinikmati semasa Tahun Baru Cina, Yee Sang antara makanan tradisional yang menjadi dambaan ramai.\nHidangan yang juga dikenali dengan nama seperti \u2018yusheng\u2019 atau \u2018lo hei\u2019, memaparkan bahan-bahan dengan warna, rasa dan tekstur yang kontra seperti rangup, lembut, manis, masam, segar, bergoreng, hijau dan merah.\nWalaupun kontra, setiap bahan yang digunakan dalam penyediaan sepinggan yee sang mempunyai tujuan yang khusus. Sebagai contoh, ikan menandakan kemewahan sementara lobak merah menandakan tuah.\nBaca juga: Mooncake Atau Kuih Bulan Versi Halal, Baru Tahu Mudah Je Nak Buat!\nYee Sang klasik yang popular di Malaysia pada era 1960-an merupakan hidangan yang terdiri daripada keropok, lobak putih, lobak merah, daun parsli Cina, sos plum, serbuk panca-rempah, halia, kacang tumbuk, sashimi ikan salmon atau obor-obor.\nSejak belakangan ini, hidangan klasik ini telah mengalami perubahan apabila restoran-restoran menyediakan versi masing-masing agar kelihatan lain dan unik.\nSenarai bahan-bahan yang diperlukan pun mudah kerana semuanya boleh dibeli di pasar raya, Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh Butterkicap di bawah.\nRESIPI YEE SANG ALA JEPUN\n\n\nBahan-bahan:\n\n230g (1) lobak putih daikon \u2013 diparut\n84g (1) lobak merah \u2013 diparut\n250g ikan salmon gred sushi\n250g kaki ketam yang dikupas & dimasak (Kanifumi\u00a0crab stick\u00a0atau filamen berperisa ketam)\n100g sotong kurita kecil masak (chuka idako)\n100g salad rumpai laut Jepun (chuka wakame)\n150g kacang disalut wasabi\n100g kacang badam panggang\n100g kacang gajus panggang\n1kg (1) limau gedang\n312g (1 tin) limau mandarin\n\nBahan sos:\n\n100g sos plum\n80g madu\n20g kicap Jepun/shoyu\n13g minyak zaitun ekstra dara\n1 sudu kecil kulit lemon (bahagian kuning sahaja), kira-kira \u00bd biji lemon\n35g jus lemon\n\nCara penyediaan:\n\nKupas lobak putih daikon dan buang bahagian hujung atas dan bawah. Buat benda yang sama dengan lobak merah.\nSediakan air rendaman berais dalam mangkuk besar.\nApabila anda sudah habis memarut, letakkan parutan lobak putih di dalam air rendaman (tidak mengapa kalau ais sudah mencair) dan parutan tersebut akan tercerai dengan sendirinya.\nUntuk sediakan kuah, masukkan sos kicap shoyu dan sos plum ke dalam sebuah mangkuk dan kacau sehingga rata.\nSeterusnya, masukkan minyak zaitun dan kacau rata. Minyak zaitun akan mencairkan kuah tersebut.\nMasukkan kulit lemon dan jus lemon lalu kacau rata.\nHidangkan kuah dalam mangkuk atau jag kecil.\nHias semua bahan di atas pinggan ikut kreativiti masing-masing. Boleh guna pinggan jepun untuk rasa autentiknya. Siap untuk di campurkan.\n\nSelamat mencuba dan Selamat Tahun Baru Cina!\n\n\n"} {"url": "https://myresipi.com/youtuber-uk-kagum-dengan-rasa-juicy-burger-ramly/", "title": "\u201cBurger terbaik pernah dimakan\u201d \u2013 Youtuber UK Kagum Dengan Rasa \u2018Juicy\u2019 Burger Ramly", "body": "\nSebut sahaja burger Ramly, pasti menjelma gambaran keenakan kepingan daging kasar buatan tempatan ini muncul di minda.\nJenama daging tersohor ini dikenali dengan daging yang amat empuk, mengiurkan dan menepati selera rakyat negara ini tanpa mengira bangsa, agama serta pangkat.\nSiapa sangka, burger yang diasaskan oleh anak petani asal Perak ini turut mendapat tempat di hati penduduk luar negara.\nBaca juga: Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia, Gebu dan Sedap\nHal ini terbukti apabila penggiat laman sosial Youtube asal United Kingdom turut memuji kelazatan burger yang sering dijual di kaki lima ini.\n\u201cSangat sedap, daging sangat lembut. Saya suka burger ini,\u201d ulas Eli.\n\nEli atau pemegang akaun Youtube This Food Bangz ini meluangkan waktunya dengan mencuba pelbagai makanan tempatan di Malaysia.\nDia kemudian mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki di sekitar KLCC sebelum singgah salah satu gerai yang menjual burger Ramly.\nVideo yang mendapat lebih 100,00 tontonan itu menunjukkan Eli membuat pesanan burger daging keju \u2018double\u2019 yang berharga RM10.\nDia menanti dengan sabar untuk mencuba hidangan itu walau pesanannya mengambil masa hampir satu jam untuk disiapkan.\nEli juga terkejut apabila gerai yang kecil itu menerima pesanan yang amat banyak walaupun hanya beroperasi secara kecil-kecilan\n\u201cIni (burger) sangat sangat sedap, dagingnya sangat lembut, sos juga manis dan roti turut dibakar dengan baik,\u201d kongsinya selepas menikmati burger pesanannya.\n\u201cKamu perlu datang ke sini, ia merupakan salah satu burger yang terbaik yang pernah saya rasai,\u201d katanya semasa memberi huraian mengenai kelazatan burger itu.\nPelancong lain turut setuju dengan kelazatan burger Ramly\n\nSemasa menunggu burger itu siap, Eli juga melewati seorang pengunjung dari Taiwan yang juga sedang menunggu makanannya siap.\nIroninya, walaupun kawan vegetarian wanita bernama Grace yang mencadangkan tempat itu, dia masih memilih untuk pergi kerana percaya dengan kelazatan yang diceritakan oleh rakannya.\nItu merupakan kali pertama buat Grace menjejakkan kaki di tempat itu dan dia menempah burger ikan bersalut telur seperti yang disarankan oleh peniaga burger tersebut.\nBurger Ramly keluaran syarikat bumiputera, RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD ini diasaskan pada tahun 1984 oleh Datuk Ramly Mokni dan Datin Shala Siah Abdul Manap.\n\n\nSumber: Youtube This Food Bangz\n"}