{"url": "https://kebunbandar.com/alat-berkebun-di-bandar/", "title": "10 Alatan Berkebun Wajib Ada Untuk Pekebun Bandar", "body": "\n\nAktiviti berkebun menjadi hobi bagi sesetengah rakyat Malaysia. Terutama yang sudah berumur. Sama seperti hobi-hobi lain, berkebun memerlukan alatan yang sesuai. Yelah, hobi memancing tentunya perlukan pancing. Hobi bermain golf tentunya memerlukan kayu golf. Berkebun pula tidak tersekat hanya kepada pasu dan biji benih.\n\n\nJika kita pergi singgah sebentar di kedai pertanian, kita mungkin terpengaruh untuk membeli pelbagai alatan berkebun yang dijual. Namun tidak semua yang kita lihat di kedai pertanian itu sesuai untuk pekebun rumah seperti kita.\n\n\nPengalaman saya berkebun membolehkan saya menyenaraikan alat-alat yang wajib ada di kebun kita. Tidak kiralah kebun kita itu hanya sekangkang kera mahupun seluas lebih daripada kangkang kera.\n\n\n1. Sudip tangan\n\n\nSudip tangan\n\ud83d\uded2 amat sesuai untuk penanaman pokok kecil seperti herba dan sayur. Ia juga sesuai untuk penanaman dalam pasu, membuang rumpai, dan mencampurkan tanah untuk pasu. Jika anda mempunyai wang lebih, seeloknya belilah sudip tangan keluli tahan karat. Ia tahan lasak dan selalunya mempunyai tempat pemegang yang selesa. \n\n\nSudip tangan membantu kita mengorek tanah dan menggaul. Penting beli yang berkualiti.\n\n\n2. Penggembur tangan\n\n\nPenggembur tangan\n\ud83d\uded2 seperti namanya berfungsi untuk menggembur tanah dan membuang rumpai. Tanah perlu digembur secara berkala agar tidak padat. Ini kerana tanah yang padat mengganggu pengairan air dan kemasukan oksigen bagi keperluan akar. Penggembur tangan jenis besi tahan karat amat sesuai digunakan kerana tahan lama dan sesuai untuk mengorek tanah yang keras.\n\n\nBagi yang menanam dalam pasu, penggembur tangan akan memudahkan kerja untuk menggembur tanah di dalam pasu.\n\n\n3. Gunting pangkas / Sekateur (\nsecateurs\n)\n\n\nGunting pangkas digunakan untuk mencantas dan membuang ranting mati, membentuk rupa pokok, dan menuai tanaman. Sepasang sekateur boleh menjadi mahal mengikut jenis dan kualiti. Cari sekateur yang boleh dileraikan untuk kemudahan pembasuhan dan pengasahan. Pastikan juga ia selesa dengan pegangan tangan anda kerana anda akan kerap kali menggunakannya untuk mencantas di kebun anda. Jika anda ingin membaca lebih lanjut berkaitan ini, saya sarankan baca \nAlat Berkebun \u2013 Gunting Pangkas\n.\n\n\nAnda boleh dapatkan \ngunting pangkas berkualiti di sini\n\ud83d\uded2.\n\n\nGunting pangkas berkualiti akan memudahkan kerja kita di kebun.\n\n\n4. Pisau cantuman tunas\n\n\n\u00a0\nPisau cantuman\n\ud83d\uded2 digunakan untuk membuat cantuman dan menuai tanaman sebagai ganti kepada gunting pangkas.\n Saya suka gunakan pisau cantuman yang sedikit lekuk di hadapannya agar mudah untuk saya buat cantuman.\n\n\nPisau cantuman berkualiti akan memudahkan kita membuat kerja cantuman.\n\n\n5. Pencungkil rumpai / Tajak keri\n\n\nRumpai adalah tumbuhan yang tumbuh di tempat ia tidak dikehendaki. Kebanyakan rumput adalah kategori rumpai. Rumput yang tumbuh biasanya mempunyai akar yang dalam. Oleh itu untuk mencabut rumput paling bagus menggunakan \npencungkil rumpai\n\ud83d\uded2. Apa yang saya suka adalah kebolehan mencucuk sehingga ke akar umbi rumpai. Memang di awal banyak kerja kita. Tetapi nanti bila sudah selesai, kita akan nampak berkurang rumpai tumbuh.\n\n\nAlat cabut rumput ini memudahkan kita bagi mengawal rumpai di kebun.\n\n\nSelain daripada pencungkil rumpai ini, anda boleh gunakan tajak keri. \nTajak keri\n\ud83d\uded2 ini ibarat sabit tetapi dengan fungsi yang lebih bagus. Tajak keri ini ada pelbagai rupa. Saya paling suka seperti di dalam gambar. Hujung yang tajam boleh saya gunakan untuk memotong rumput yang ada. Saya hanya perlu mengaut rumput di atas tanah. Sambil itu boleh mencangkul menggunakan tajak keri ini.\n\n\nTajak keri yang tajam hujungnya mudah untuk memotong rumput.\n\n\n6. Penyiram (watering can/pot)\n\n\nAir adalah antara nadi dalam berkebun. Jika tiada air, maka matilah pokok kita nanti. Walaupun kita ada hos untuk menyiram di rumah, saya tak nafikan bahawa kepentingan ada tong siram.\n\n\nAntaranya adalah mudah untuk kita membuat campuran baja foliar untuk penyiraman. Ciri yang paling saya suka pada tong siram adalah kepala siram yang halus dan mempunyai senggat untuk isipadu. Hal ini akan memudahkan saya untuk mengukur air dan membuat bancuhan baja bersama air biasa.\n\n\nTong siram\n\ud83d\uded2 seperti dalam gambar ini paling bagus. Siraman halus dan sesuai untuk tanaman dalam pasu.\n\n\nCara menyiram yang betul jika menggunakan tong penyiram begini.\n\n\n7. Cangkul\n\n\nSetiap pekebun wajib ada cangkul! Memang ada yang berkata pada zaman ini mesin menguasai semuanya, tetapi itu untuk skala besar. Bagi skala kecil bagi pekebun di rumah, cangkul penting untuk menggembur, merata dan memecahkan tanah, membuat batas, membuang rumpai, dan membuat lubang untuk tanam anak pokok.\n\n\nSaya mengajar \ncara pemasangan mata cangkul dengan batangnya sekali, klik sini untuk belajar\n.\n\n\n\n\nAnda boleh \nbeli cangkul di sini\n\ud83d\uded2.\n\n\n8. Pencakar, penggembur atau Cangkul tiga mata\n\n\nSelepas mencangkul, kita perlu juga menggembur tanah. Penggunaan cangkul tiga mata atau penggembur amat sesuai selepas kawasan penanam dibentuk dengan cangkul.\n\n\nAnda boleh \nbeli penggembur di sini\n\ud83d\uded2.\n\n\n\n\n9. Topi kebun\n\n\nTopi kebun boleh jadi topi jerami atau topi kepala. Ia mengikut kesesuaian orang. Pentingnya topi kebun bagi melindungi kepala dari terik panas matahari dan memudahkan kerja.\n\n\nTerdapat pelbagai rekabentuk topi. Dan yang paling bagus adalah topi yang besar dan menutup penuh kepala kita seperti dalam gambar. Memang nampak rimas awalnya, tetapi anda akan hargai \ntopi kebun\n\ud83d\uded2 begini apabila panas terik matahari mula naik.\n\n\nPenting untuk kita memakai topi semasa berkebun.\n\n\n10. Sarung tangan\n\n\nAktviti berkebun melibatkan penggunaan kita. Sebelum ini saya kurang memakai sarung tangan dalam aktiviti berkebun. Saya dapati tangan saya menjadi kasar. Selain itu saya dapat rasakan tangan saya panas sebaik sahaja selesai melaksanakan aktivti berkebun.\n\n\nBila saya cek, rupanya sebab tapak tangan saya terdedah dengan permukaan yang kasar. Hal ini menyebabkan tapak tangan saya sakit.\n\n\nSejak itu saya mula memakan sarung tangan. Berdasarkan pengalaman saya, sarung tangan kain adalah yang paling sesuai. Terutama yang tebal. Lagi bagus jika di bahagian tapak tangan sarung itu ada disalut dengan getah.\n\n\nPerkara ini akan memudahkan aktiviti berkebun seperti menggaul tanah dan mencabut rumpai. Serius kena ada sepasang.\n\n\nSaya sarankan beli yang berkualiti untuk tahan lama. Sebaik sahaja selesai berkebun, elok terus basuh dan jemur sarungan tangan. Jangan biarkan tanah melekat di sarung tangan.\n\n\nAnd boleh \nbeli sarungan tangan kebun berkualiti di sini\n\ud83d\uded2.\n\n\nSarung tangan yang berkualiti penting dalam memberi keselesaan untuk kita berkebun.\n\n\nItulah 10 alat berkebun yang wajib kita ada apabila mula berkebun. Jika tiada, pasti rasa tidak lengkap untuk kita berkebun.\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=ByvcBVTWJLs\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nAlatan Berkebun Wajib ada di Rumah (https://www.youtube.com/watch?v=ByvcBVTWJLs)\n\n\n[Video] Tonton penerangan saya tentang alat berkebun dan fungsinya.\n\n\nNota: \nDengan anda membuat \npembelian melalui pautan diberikan\n, saya akan \nmendapat sedikit komisien \ndaripada Shopee. Hal ini akan membantu saya untuk terus \nmenyediakan lebih banyak konten berkualiti \ndi website saya ini.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/asas-hidroponik/", "title": "Belajar Konsep Asas Hidroponik Agar Boleh Buat Sendiri di Rumah", "body": "\n\nSeorang pekebun yang berjaya perlu mengetahui tentang tanah, baja, air dan cahaya. Tiga perkara yang awal ini menjadi mudah apabila berkait dengan hidroponik. \n\n\nKita mulakan dengan persoalan asas iaitu \napa itu hidroponik?\n \nHidroponik ialah sebuah konsep bercucuk tanam tanpa menggunakan tanah\n. Istilah hidroponik dibina daripada dua perkataan Latin iaitu \nhidro\n dan \nponik\n yang \nbermaksud air yang bekerja.\n\n\nDi Malaysia, hidroponik mula terkenal sekitar tahun 2000 apabila berlaku kenaikan harga barang yang mendadak. Namun ianya bersifat sementara sahaja. Mungkin kerana faktor kurang maklumat dan kefahaman bagaimana hidroponik ini bekerja. Namun begitu, pada awal 2016, semakin ramai ingin mempelajari asas hidroponik yang boleh dibuat di rumah.\n\n\nDi dalam artikel kali ini, saya akan menerangkan konsep asas sebagai pekebun bandar patut kita tahu. Kita akan berkenalan dengan sejarah dan keperluan asas hidroponik seperti medium sokongan dan baja AB.\n\n\nPengenalan Hidroponik\n\n\nKajian penanaman tumbuhan tanpa tanah boleh dikesan sejak tahun 1600-an lagi. Ahli saintis seperti Belgian Jan Van Helmout (1600), John Woodward (1699), Bassungault (1850), Sachs dan Knop (1860) dan W. F. Gericke (1930) telah banyak menyumbang maklumat ke arah menghasilkan sistem hidroponik yang baik.\n\n\nVan Helmout adalah saintis terawal dengan kajian terhadap hubungan antara air dan tumbuhan. Beliau mendapati tumbuhan memerlukan air bagi bagi mendapatkan bahan-bahan asas untuk hidup.\n\n\nKajian John Woodward pula mendapati air daripada tanah memberi sumber bahan untuk tumbuhan hidup. Beliau merumuskan air dan tanah juga saling bergantungan untuk membekalkan bahan keperluan dan nutrien kepada tumbuhan.\n\n\nSeterusnya, Bassingault menggunakan pasir sebagai medium sokongan. Di sinilah bermulanya kaedah kultur pasir dalam penanaman tanpa tanah. Walaupun begitu, kajian oleh Sachs dan Knop melengkapkan pengetahuan kultur penanaman tanpa tanah. Mereka mendapati larutan nutrien yang mengandungi nitrogen, fosforus, sulfur, kalium, kalsium dan magnesium berjaya menghasilkan tumbuhan sihat.\n\n\nW. F. Gericke telah menamakan kaedah kultur tanpa tanah ini secara komersil dengan nama \nhydroponic\n pada tahun 1930-an. Secara teknikalnya, beliaulah mempopularkan istilah \u2018hidroponik\u2019. Jadi tiada isu cantuman dua istilah menjadi satu dalam apa-apa bahasa pun termasuklah bahasa Inggeris dan Melayu.\n\n\nSistem hidroponik ini mula berkembang sekitar 1950-an. Perkembangan ini tertumpu pada negara beriklim sederhana seperti Jepun, Rusia, Itali, Sepanyol, Perancis, England, Jerman, dan Sweden. Dewasa ini, perkembangan sistem ini mula merebak pada negara-negara cuaca panas seperti Mexico, Timur Tengah dan negara-negara tropika.\n\n\nDi Malaysia, penggunaan sistem hidroponik mula diusahakan oleh Kolej Pertanian Malaya (kini dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia dan ditukar istilah pertanian kepada putra) pada 1950-an.\n\n\nSelepas itu, sistem ini diperkembangan kepada pelajar mereka. Syarikat swasta mula menggunakan kaedah hidroponik sekitar awal tahun 2000. Manakala pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bergiat cergas dalam kajian hidroponik.\n\n\nKelebihan Hidroponik\n\n\nSistem hidroponik mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah penanaman konvensional atas tanah.\n\n\nPengeluaran hasil yang lebih tinggi\nBekalan nutrien seimbang berterusan kepada tanaman\nPenanaman tidak terikut dengan cuaca setempat\nSayur dan buah yang dihasilkan seragam kerana bahan nutrien dan nilai pH diberi secara kawalan dan sekata\nKualiti buah atau bunga lebih tinggi\nPenyakit bawaan tanah yang dibawa oleh nematod dapat dielakkan\nKos membajak, merumpai, membuat batas dan menyiram tiada\nJenis Sistem Hidroponik\n\n\nKekurangan Hidroponik\n\n\nWalaupun begitu, kaedah hidroponik tetap ada kelemahannya.\n\n\nKos permulaan yang tinggi bagi membeli peralatan yang sesuai\nPenyakit cepat merebak jika air tercemar\nMemerlukan kemahiran teknikal seperti penyediaan larutan nutrien, menguji pH dan keberaliran elektrik (EC)\nTidak semua tanaman boleh guna sistem hidroponik\n\n\nMedium Sokongan\n\n\nPada awalnya, di Malaysia kita banyak menggunakan pasir, batu kerikil dan pecahan bata sebagai medium sokongan hidroponik. Selepas beberapa kajian, penggunaan pasir, batu kerikil dan pecahan bata tidak lagi digunakan.\n\n\n\n\nFungsi utama medium sokongan adalah menyokong pokok. Ciri-ciri berikut perlu ada pada medium hidroponik:\n\n\nBerupaya menyimpan kelembapan\nSaliran yang baik\nMempunyai ruang pengudaraan\nTidak berbahaya pada tumbuhan\nMudah didapati\nTidak bertindak balas dengan larutan baja\nPoros\n\n\nContoh medium yang paling banyak digunakan adalah rockwool, bebutir tanah liat yang digelar LECA (lightweight expanded clay aggregate), sabut kelapa hancur (cocopeat), sekam padi bakar, span, kapas, vermikulit dan perlit.\n\n\nLarutan Baja AB\n\n\nBaja hidroponik lebih dikenali sebagai baja AB atau baja XY. Baja AB mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan. Oleh sebab itu baja hidroponik boleh dikatakan sebagai baja lengkap.\n\n\nApapun nama diberi, baja hidroponik adalah larutan nutrien yang mengandungi unsur-unsur nutrien berikut:\n\n\n \nUnsur Nutrien\n \n \nBahan Kimia\n \n1. Nitrogen (N)\nKalsium nitrat\nKalium Nitrat\nAmmonium fosfat\nAmmonium sulfat\n2. Fosforus (P)\nMonokalium hidrogen fosfat\nSuper fosfat\n3. Kalium (K)\nKalium nitrat\nMonokalium fosfat\nKalium sulfat\n4. Kalsium (Ca)\nKalsium nitrat\nKalsium sulfat\n5. Magnesium (Mg)\nMagnesium sulfat\n6. Sulfur (Su)\nMagnesium sulfat\n7. Mangan (Mn)\nMangan sulfat\n8. Kuprum (Cu)\nKuprum sulfat\n9. Zink (Zn)\nZink sulfat (EDTA)\n10. Molibdenum (Mo)\nAmmonium molibdat\nNatrium molibdat\n11. Boron (B)\nHibor\nAsid borik\n12. Ferum (Fe)\nFerum EDTA / Zat besi (iron chelate)\nFerum sulfat\n\n\nMengapa dinamakan baja AB?\n\n\nHal ini kerana terdapat dua pembahagian baja iaitu baja A dan baja B. Walaupun begitu tidak lah terhad AB. Boleh jadi XY, CD, atau apa-apa gabungan. Yang penting terdapat dua pembahagian.\n\n\nBAJA\nBAHAN\nBaja A\nKalsium nitrat\nFerum EDTA\nBaja B\nKalium nitrat\nMonokalium hidrogen fosfat\nMagnesium sulfat\nMangan sulfat\nHibor (Asid borik)\nZink sulfat\nKuprum sulfat\nNatrium molibdat\n\n\nPembahagian baja A dan baja B ini ada sebabnya. Di dalam baja hidroponik ini terdapat kalsium nitrat, magnesium sulfat dan monokalium hidrogen fosfat.\n\n\nKetiga-tiga sebatian ini apabila dicampurkan dengan air akan membentuk ion kalsium yang bercas positif, manakala ion sulfat dan ion fosfat bercas negatif.\n\n\nPada kepekatan yang tinggi \nion kalsium akan bercantum dengan ion sulfat membentuk kalsium sulfat\n. Ini dapat dilihat secara fizikal dengan munculnya mendakan putih dalam larutan.\n\n\nMendakan putih ini tidak dapat diserap langsung oleh tumbuhan. Oleh itu tumbuhan akan kekurangan unsur nitrogen, fosforus, magnesium dan kalsium.\n\n\nOleh sebab itu baja hidroponik dijadikan stok A dan B yang akan dilarut-cairkan sebanyak 100 kali untuk mengelakkan terjadinya mendakan tersebut.\n\n\nKeperluan Hidroponik\n\n\nSistem hidroponk bukanlah satu yang anda mahu bina dari kosong jika anda seorang pemula atau newbie yang baru berjinak dengan sistem ini. Sistem sedia bina amat sesuai untuk pemula. Sehingga anda sudah mula dan membuat beberapa kesalahan, sistem sedia mula akan mengurangkan kerugian anda. Anda boleh mengkaji apa yang berkesan dan yang tak untuk anda faham bagaimana sebenarnya hidroponik ini berlangsung.\n\n\nSistem sedia bina hidroponik bermula seringkas bekas takungan sehinggalah ke rumah hijau mini. Selalunya disertakan dengan span, baja dan biji benih.\n\n\nJika anda membeli sistem yang ringkas, harga bermula serendah RM50 sehinggalah ratusan ringgit bergantung kepada jumlah tanaman yang boleh ditanam.\n\n\nSebuah sistem hidroponik memerlukan bekas takungan, larutan baja, tapak untuk tumbuhan, pam.\n\n\nJenis Sistem Hidroponik\n\n\nKalau kita google atau lihat video di youtube, terdapat nama istilah hidroponik. Saya jelaskan secara mudah, segala teknik itu adalah sub-kategori kepada hidroponik selagi teknik itu tidak menggunakan tanah.\n\n\nJenis sistem yang anda pilih bergantung kepada berapa luas ruang yang ada dan berapa besar kebun yang ingin anda bina.\n\n\nSistem Water Culture\n\n\nSistem water culture adalah antara sistem yang paling ringkas dan menjimatkan. Ia terdiri daripada sesuatu yang mampu memegang tumbuhan, pam dan batu udara, dan bekas yang menampung nutrien.\n\n\nAnda boleh masukkan styrofoam dengan pasu untuk terapung. Sistem ini sesuai untuk tanaman sayur daun seperti salad. Pam air dan batu udara dimasukkan bagi membekalkan oksigen pada bekas tersebut.\n\n\nKelemahan sistem ini anda tidak dapat menanam tanaman yang besar seperti cili, tomato dan jagung.\n\n\nSistem Pasang Surut (Ebb and Flow)\n\n\nSistem ini membanjiri bekas tanaman untuk beberapa masa sebelum surut. Hal ini dilaksanakan dengan adanya pemasa automatik bersambung dengan pam yang terendam dalam larutan nutrien. Apabila pasang surut ini berlangsung selama beberapa kali dalam sehari, dapat mengekalkan kelembapan pada media tanaman.\n\n\nNamun, sistem ini memerlukan bekalan elektrik yang berterusan. Jika tempat anda selalu terputus bekalan alat elektrik, mungkin teknik ini tidak berapa disarankan. Ini akan menyebabkan pokok anda nanti kekeringan tidak dapat air yang cukup. Anda boleh atasi dengan menggunakan medium yang menyimpan lembapan seperti wul batuan.\n\n\nTeknik Tipisan Nutrien (TTN)\n\n\nTeknik tipisan nutrien atau biasa disebut sebagai nutrient film technique (NFT) adalah yang paling banyak kita bayangkan apabila melibatkan hidroponik. Sistem ini membekalkan nutrien secara berterusan pada tumbuhan tanpa memerlukan pemasa. Larutan nutrien sentiasa berkitar antara bekas tanaman dan kembali kepada takungan di bawahnya. TTN tidak menggunakan sebarang media tanaman. Tanaman membesar di dalam bekas sehingga akar mencecah larutan nutrien.\n\n\nIni adalah teknik yang ideal jika anda mempunyai bekalan elektrik yang berterusan.\n\n\nSistem Aeroponik\n\n\nSama seperti TTN, akar pokok tidak membesar dalam sebarang media tanaman. Akar pokok disembur oleh kabus nipis yang mengandungi larutan nutrien. Pemasa digunakan untuk menyembur kabus nutrien secara berkala.\n\n\nSekali lagi, teknik ini berkesan apabila anda mempunyai sumber bekalan air elektrik berterusan.\n\n\nSistem Sumbu\n\n\nSama seperti namanya, sistem sumbu.\n\n\nTanaman Hidroponik Cepat Tumbuh\n\n\nApakah tanaman hidroponik yang cepat tumbuh? Tentunya sayur berdaun seperti kangkung, bayam, sawi dan salad. Kesemua tanaman yang saya nyatakan ini mengambil masa sekitar 4-5 minggu selepas bercambah untuk dituai.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSaya berharap pembaca dapat sebanyak sedikit memahami apa itu hidroponik, sebuah sistem penanaman tanpa tanah. Dengan anda memahami bahawa hidroponik memerlukan medium sokongan dan baja AB, anda dapat membuat sendiri sistem hidroponik mengikut kesesuaian di tempat anda berada.\n\n\nJangan lupa bahawa betapa canggih pun sistem hidroponik kita perlu berbalik kepada keperluan asas tumbuhan hidup iaitu karbon dioksida, nutrien, dan cahaya.\n\n\nJika pembaca ada soalan atau pandangan boleh lah tinggal komen anda di bawah.\n\n\nRujukan\n\n\nAziah Arshad. 1996. Menanam Secara Hidroponik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.\nPelbagai penulis. 2009. Manual Teknologi Fertigasi Penanaman Cili, Rockmelon dan Tomato. MARDI: Serdang.\n\u00a0\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/bahaya-furadan-kepada-manusia/", "title": "Bahaya Furadan Bagi Manusia yang WAJIB Petani Tahu", "body": "\n\nFuradan (perawis aktif \u2013 \ncarbofuran\n) adalah racun perosak bersifat sistemik yang sangat berkesan untuk mencegah tanaman daripada dimakan oleh serangga sebaik sahaja ditabur. Oleh sebab itu racun ini sangat popular digunakan di kalangan petani Malaysia.\n\n\nRacun Furadan berbentuk pasir, biasanya berwarna ungu. Fungsi utama adalah untuk membunuh serangga perosak dan nematod. Ia sangat berkesan sehinggakan jika seekor burung atau tupai termakan sebutir pun boleh terus mati!\n\n\nJika manusia termakan setengah sudu kecil teh pun sudah mampu masuk ke wad kecemasan. Silap silap boleh terus mati.\n\n\nFuradan adalah racun sistemik yang bermakna racun ini akan menyerap dan kekal lama di dalam sistem tumbuhan dalam tempoh tertentu. Batang, daun dan buah keseluruhan tumbuhan akan terkandung racun ini sebaik sahaja ia diserap oleh akar pokok. \n\n\nKajian menunjukkan perawis aktif racun furadan \nMASIH KEKAL\n walaupun selepas 3 bulan diberikan pada tanaman. Jadi kalau kita gunakan racun ini untuk tanaman kontan (yang boleh dituai hasil dalam 2-3 bulan) maksudnya racun tu masih ada, bukan? Apa akan jadi kepada kita sebagai pengguna yang memakan tanaman yang telah diberi racun ini?\n\n\nPersoalan ini penting untuk membuat kita sedar bahawa furadan bukanlah racun yang bagus.\n\n\nCara Guna Furadan\n\n\nBagaimana cara mudah petani guna furadan? Kedah pertama adalah petani menabur sekitar 1-2 sudu makan bagi setiap lubang penanaman atau per pokok. Kemudian digaul bersama tanah agar dapat diserap oleh akar pokok.\n\n\nJika terlebih, boleh menyebabkan keracunan kepada sesiapa yang memakan pokok tersebut.\n\n\nPenggunaan furadan yang kerap boleh mematikan tanah sekitar pokok. Hal ini kerana furadan bukan sahaja membunuh serangga perosak malahan membunuh organisma sekitar dalam tanah seperti cacing.\n\n\nTeknik kedua pula adalah dengan memasukkan 1-2 sudu racun furadan ke dalam plastik kecil ditebuk dengan jarum halus dan digantung pada pucuk dan sekitar batang pokok. Bau furadan ini akan menghalau serangga. Kelebihan kaedah ini adalah racun furadan akan lambat habis. \n\n\nBiasanya petani menggunakan kaedah ini pada pokok sawit dan pokok kelapa. Mereka akan menggantung bunjut berisi furadan 3G atau 5G di pucuk muda pokok. Hal ini akan menyebabkan kumbang tanduk tidak lalu untuk memakan.\n\n\nAda juga petani mencari \ncara mencairkan furadan untuk semburan\n. Namun, perlu ketahui amat BAHAYA \nfuradan dicampur air\n ini. Jika terkena pada kulit dan mata amatlah bahaya. Boleh buat kulit rosak dan mata boleh buta!\n\n\nKesan Racun Furadan\n\n\nBahaya ke FURADAN ini? Ya, sangat bahaya di mana ia merupakan racun yang sangat toksik yang boleh membawa kepada kematian. Menurut laporan berita, di Kota bharu, Kelantan seramai tiga kanak-kanak beradik dimasukkan ke hospital selepas dipercayai terhidu serbuk racun jenis \u2018Furadan\u2019 ketika bermain \u2018masak-masak\u2019 di belakang rumah mereka di Kampung Berangan Pondok, Tumpat. \n\n\n\u201cIbu mereka mendapati ketiga-tiga anak terbaring dengan badan yang lemah dan muntah-muntah di ruang tamu rumah,\u201d katanya ketika dihubungi. Ini baru kes terhidu, belum lagi sisa racun perosak yang terdapat di dalam sayuran atau buah-buahan yang kita makan sekiranya ia disembur oleh FURADAN. Pelbagai impak buruk yang akan berlaku.\n\n\n\n\nKesan racun furadan kepada manusia.\n\n\nAda laporan menyatakan bahawa furadan digunakan dalam penanaman tebu, tembikai dan jagung bagi tujuan mengawal serangga pengorek batang. Ada yang dengan gembira mengatakan bahawa racun ini tidak akan masuk ke dalam buah. \n\n\n\n\nPerlu kita ingat bahawa furadan ini adalah racun jenis sistemik, maknanya racunnya cair dalam air dan diserap masuk keseluruh bahagian pokok, mustahil ia berhenti mengalir hanya di tangkai buah. Sudah pasti ia turut masuk ke dalam buah.\n\n\nJika kita pula makan buahan yang tercemar, sisa baki racun ini juga akan berada dalam tubuh badan. Sisa baki racun ini akan terkumpul dalam badan tahun demi tahun. Sebab itu kita seperti mudah diserang pelbagai penyakit kronik walhal selalu makan sayur. \n\n\nBoikot Furadan\n\n\nAda satu fakta yang mungkin tidak ramai tahu bahawa \ncarbofuran \nini telah diharamkan penggunaannya sejak 2008 lagi di negara-negara Barat seperti Kanada dan Persatuan Eropah (EU). Ini kemudian diikuti oleh Amerika Syarikat pada tahun berikutnya. Manakala Kenya pula bercadang mengharamkannya, tetapi masih membenarkan jualan di kedai pertanian.\n\n\nSedihnya, di Malaysia, racun ini dijual dengan bebas tanpa sebarang sekatan sehinggalah tahun 2019.\n\n\nMarilah kita sama-sama memboikot pengunaan furadan ini demi kemaslahatan sejagat. Terutama kepada petani-petani kita.\n\n\nTerdapat alternatif kepada racun berbahaya ini iaitu dengan kita membuat \nracun furadan organik\n. Bahan-bahan untuk buat racun organik ini pun mudah didapati.\n\n\nSama-sama lah kita menjadikan amalan berkebun sentiasa memberi satu yang baik kepada diri kita dan keluarga.\n\n\nRujukan\n\n\nhttp://pmep.cce.cornell.edu/profiles/extoxnet/carbaryl-dicrotophos/carbofuran-ext.html\nhttps://web.archive.org/web/20140314071500/http://www.furadanfacts.com/FAQs.aspx\nhttps://www.researchgate.net/publication/299405305_Determination_of_Carbofuran_Residue_in_the_Samples_of_Sugarcane_Sacharum_officinarum_L_and_Soil_of_Sugarcane_Field\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/baja-ikan-faa/", "title": "Cara Buat Baja Ikan Organik (FAA, Fish Amino Acid)", "body": "\n\nBaja ikan atau baja FAA \n(\nfish amino acid\n)\n ialah baja yang dihasilkan melalui kaedah penapaian sisa ikan termasuk sisa perut, insang dan seluruh isi serta tulang ikan\n. Bagi mendapatkan baja ikan yang berkualiti saya sarankan penggunaan ikan berwarna biru gelap dan hitam kerana kandungan asid amino yang tinggi dalam ikan tersebut. Walaupun begitu, jika tidak dapat jenis ikan tersebut kita tetap boleh mengguna ikan sungai seperti tilapia, keli ataupun haruan.\n\n\nPenggunaan baja ini sesuai untuk tanaman di kebun halaman rumah, kebun skala kecil sehingga lah ladang skala komersial.\n\n\nSejarah pembuatan baja ini bermula sejak tahun 1970-an dari Korea. Biasalah orang Korea kan suka makan benda peram. Jadi seorang lelaki ini dapat idea untuk buat baja peram daripada ikan. Maka terhasil lah resipi yang hebat ini.\n\n\nKebaikan Baja Ikan\n\n\nAsid amino adalah antara bahan penting untuk pembentukan protein. FAA ini membantu pertumbuhan mikrob baik sekitar tumbuhan. Seterusnya baja FAA ini akan membantu:\n\n\nBaja ikan mudah diserap oleh akar dan liang stomata daun semasa peringkat pertumbuhan\nDaun akan berwarna lebih hijau pekat dan subur\nMengandungi nitrogen yang tinggi\nBuah nampak berkilat\nBunga tidak mudah gugur\nKaya dengan kalsium dan unsur mikro bagi membantu perkembangan pokok yang sihat\nTanaman akan lebih rintang penyakit dan tumbuh subur\n\n\nBagaimana Baja Ikan Berfungsi?\n\n\nMengurangkan stres pokok\n\n\nStress seperti suhu tinggi, kelembapan rendah atau kekeringan, serangan hamama atau serangga, hujan berlebihan ( lembab), banjir dan kekurangan nutrients memberi efek negatif pada metabolisme tanaman dan akan membantutkan kualiti dan penghasilan tanaman. Penggunaan amino asid semasa penanaman secara berterusan akan mengubah fisiologi tanaman denagn pengawalan dan penghindaran stress menjadikan pokok sentiuasa dalam keadaan baik dan subur dan berupaya menentang penyakit.\n\n\nPengaruh Fotosintesis\n\n\nUntuk kesuburan pokok, karbohidrat di sintesiskan oleh prosess fotosintesis, pada peringkat fotosintesis yang rendah mengakibatkan pertumbuhan yang lambat dan menyebabkan kebantutan dan kematian tanaman, klorofil adalah molekul yang bertanggung jawab untuk penyerapan tenaga cahaya. Glumate acid dan glisine merupakan enzime untuk proses sintesis dan pembentukan klorofil pada daun. Asid amino ini membantu untuk meningkatkan konsentrasi klorofil dan memantapkan proses fotosintesis lebih tinggi. Hal ini membuat tanaman menghijau dan subur bila proses sintesis berlaku secara maksima.\n\n\nTindakan Pada Liang Stomata\n\n\nStomata adalah struktur selular yang mengontrol atau mengawal keseimbangan hydro atau air dalam tanaman, penyerapan unsur makro dan mikro nutrients dan penyerapan udara. Pembukaan dan penutupan stomata dikendalikan oleh dua faktor external (cahaya, kelembaban, suhu dan konsentrasi garam) dan faktor internal (konsentrasi amino asid, abscisic acid dan lain2). Stomata akan menutup ketika cahaya dan kelembaban rendah atau kering dan juga jika keadaan suhu dan konsentrasi garam yang tinggi, ketika stomata tertutup proses fotosintesis dan transpirasi atau perpeluhan berkurang dan berlaku penyerapan yang rendah pada unsur baja makro dan mikro dan respirasi meningkat yang memerlukan tenaga dari kabohidrat. Dalam hal ini keseimbangan metabolisme tanaman adalah negatif.\n\n\nCatabolism ( penguraian protein dan kabohidrat) lebih tinggi dari anabolisme. Ini berarti metabolisme lambat dan menghentikan pertumbuhan tanaman. Asid L-glutamat bertindak sebagai agen osmotic citoplasm dari sel pengawal. Penggunaan amino acid akan memudahkan pembukaan stomata dengan pengawalan dari keseimbangan catabolism.\n\n\nChelating Effect Amino Acid\n\n\nAmino acid merupakan agen chelating atau pengurai untuk micronutrients. Penggunaan bersama atau sebagai siraman atau campuran dalam tangki baja memudahkan, penyerapan dan transportation zat2 micro nutrients oleh akar dan pokok. Effect ini disebabkan tindakan asid dapat mengawal serapan dan permiability cell membrane dengan pertolongan dari acid L \u2013 Glycine dan L \u2013 glutamate yang terkenal sebagai chelating agen yang sangat effective.\n\n\nAmino Acid dan & phytohormones\n\n\nAmino acid merupakan precussor atau aktivator dari phytohormones dan zat pertumbuhan. L \u2013 Metionine merupakan precussor dari ethylene dan faktor pertumbuhan seperti Espermine dan Espermidine, yang di synsthesized dari 5 \u2013 Adenosyl Metionine. L \u2013 Triptophane ( sebahagian dari AA) adalah precussor untuk sintesis Auksin. Triptophane tersedia hanya jika hidrolisis protein dilakukan oleh enzim.\n\n\nPembuahan dan Pembentukan Buah\n\n\nPembuahan adalah perpindahan putik sari ke bunga putik buah, sehingga terjadinya pembentukan buah . L \u2013 Proline ( komponen AA) membantu dalam kesuburan pollen. L \u2013 Lysine, L \u2013 Metionine, L \u2013 glutamate adalah komponen amino asid yang esential untuk pembuahan. Amino asid meningkatkan kadar pembentukan putik sari dan pembesaran kantung polen.\n\n\nKeseimbangan Microbes Tanah\n\n\nKeseimbangan microbe tanah pertanian merupakan asas yang baik untuk penguraian dan peroses mineralisation untuk menguraikan bahan organik dan juga structure tanah untuk melepaskan unsur baja pada pokok dalam bentuk yang mudah di serap. L-metionine salah satu komponen dari AA adalah faktor pertumbuhan precussor yang menstabilkan dinding sel microbes dalam proses penguraian.\n\n\nSehubungan dengan itu, penggunaan FAA atau amino acid amat baik untuk menentukan kesuburan pokok yang meksima dan ketahan dari penyakit, serta untuk penghasilan buah yang berkualiti dan meningkatkan production.\n\n\nResipi Baja FAA\n\n\nBahan:\n\n\nIkan laut \u2013 1 kg (paling bagus ikan berwarna biru gelap atau hitam sebab kaya dengan asid amino)\nGula merah \u2013 1 kg\nBaldi \u2013 5 L\nKain kasa\nBotol 1.5 L\n\n\nCara buat:\n\n\n\n\nCincang ikan kepada beberapa bahagian kecil. Jangan buang isi perut atau insang.\nMasukkan ikan dan gula merah dengan nisbah 1:1 iaitu 1 kg ikan + 1 kg gula merah ke dalam baldi\nGaul sehingga semua bahan sebati\nTutup baldi dengan kain kasa dan ikat dengan tali atau gelang getah\nLabel tarikh pada bekas\nSelang 3-4 hari kacau bahan peraman agar proses penapaian berlaku dengan lebih pantas. Sekali sekala akan kelihatan buih muncul tanda mikrob sedang menjalankan tugas mereka.\nPeram selama 10 hari. Jika ada lapisan lemak selepas 10 hari, boleh \nbubuh 1-2 sudu makan mikrob baik\n.\nTapis dan masukkan ke dalam botol 1.5L\nSimpan baja ini di tempat gelap dan dingin\nBaja ini boleh bertahan 6-12 bulan.\n\n\nPenggunaan:\n\n\nCampurkan 3 mL baja ikan + 1L air.\nBoleh juga guna sukatan satu sudu makan baja ikan ini dicampurkan dengan 2L air.\nSembur pada daun, batang dan pangkal pokok\nBoleh juga siram keliling pangkal pokok.\n\n\nPilih lah mana-mana cara yang mudah bagi kita. Yang penting kita berikan pada tanaman kita baja FAA ini. Barulah nampak kesan yang bagus.\n\n\nNota Tambahan:\n\n\nFAA kaya dengan nitrogen N merupakan baja yang bagus untuk siraman atau semburan foliar untuk mempertingkatkan pertumbuhan semasa fasa pertumbuhan (vegetatif) dan sesuai digabungkan dengan baja cecair lain seperti MOL\nJika kita membuat mikrob baik (EM) untuk digunakan pada proses pengkomposan bahan organik, campuran FAA yang dicairkan 1:500 akan mempertingkatkan aktiviti mikrob baik seterusnya mempercepatkan proses bahan organik menjadi kompos.\nUntuk sayuran berdaun, menggunakan FAA secara berterusan (semburan seminggu sekali) akan meningkatkan hasil dan memberi rasa sayur yang enak dan beraroma.\nDisebabkan FAA kaya dengan unsur N, maka tidak digalakan sembur atau siram FAA semasa pokok masuk fasa pembungaan kerana akan mengurangkan putik bunga muncul dan hanya pucuk serta daun sahaja keluar.\nFAA daripada ikan sardin, kayu atau tongkol amat baik untuk menghalau serangga perosak. FAA ini mengandungi minyak ikan hasil fermentasi yang mengeluarkan bau agak ketara. Ini merupakan penghalau terhadap sesetengah serangga seperti hamama, lalat putih, afid, bena dan koya.\nJika terdapat tulang-tulang ikan yang tidak hancur selepas ditapis, \nmasukan ke dalam cuka kayu\n atau cuka nipah bagi menukarkan bahan ini kepada \nbaja kalfos\n.\n\n\nAda siapa pernah cuba? Jom komen kesannya pada tanaman kita.\n\n\nRujukan:\n\n\nhttp://www.cgnfindia.com/faa.html\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/baja-kalfos-kulit-telur/", "title": "Cara Buat Baja Daripada Kulit Telur Ayam (Baja Kalfos)", "body": "\n\nTanaman anda kerap mengalami buah muda gugur secara tiba-tiba atau kudup bunga gugur? Cuba semak jika betul telah anda berikan air, baja, cukup cahaya, dan ada agen pendebungaan seperti rama-rama, lebah, ataupun serangga lain.\n\n\n Jika semua telah anda cukupkan, mungkin faktor lain yang menyebabkan masalah ini seperti kekurangan kalsium. Cara terbaik untuk memulihkan keadaan ini adalah dengan menggunakan baja kalfos. \nBaja Kalfos adalah gabungan dua unsur iaitu kalsium dan fosforus\n.\n\n\nSemua bahan untuk membuat baja organik ini boleh kita dapati dari dapur kita sendiri. Ia adalah cecair nutrien sesuai untuk tumbuhan yang mula berbunga.\n\n\nPada fasa bunga ini, tumbuhan memerlukan kalsium dan fosforus yang banyak. Dalam kaedah pertanian alami, kita guna kalfos sebaik sebelum tumbuhan mula mengeluarkan putik bunga. Kata mudahnya, kita berikan fosforus pada sistem akar, yang akan membolehkan tumbuhan menyerap air dan nutrien dari tanah bagi membantu fasa kritikal untuk putik bunga keluar. \n\n\nKita berikan kalsium bagi menguatkan persediaan tumbuhan untuk menampung mengeluarkan bunga dan buah yang banyak.\n\n\nRingkasnya, baja kalfos baik untuk perkembangan sistem akar, melebatkan dan berupaya mengelak bunga dan buah yang belum matang gugur serta menghasilkan buah yang berkualiti.\n\n\nSaya kongsikan resipi baja kalfos.\n\n\nResipi Baja Kalfos\n\n\nBahan-bahan:\n\n\nKulit telur ayam \u2013 100 g\nCuka organik* \u2013 1 L\nBekas 1.5L\n\n\n*apa-apa cuka makan yang biasa kita guna di dapur.\n\n\nAlat:\n\n\nKuali\n\n\nCara buat:\n\n\nRamas dan hancurkan kulit telur ayam sehingga menjadi serpihan kecil\nSangai serpihan kulit telur itu sehingga berwarna hitam di dalam kuali\nMasukkan hasil sangai tersebut ke dalam bekas\nTuang cuka kayu ke dalam bekas\nBuih-buih akan muncul. Biarkan sehingga buih itu hilang\nTutup bekas dan peram antara 20 sehingga 30 hari\nSetelah itu tapis cecair KalFos.\n\n\nPenggunaan:\n\n\n3-5 mL kalfos dengan 1L air\nSembur pada daun, batang dan pangkal pokok. Boleh juga siram jika tiada masa.\n\n\nPenghasilan baja organik ini mudah, bukan? Hanya guna cengkerang telur ayam. Tidak lebih tidak kurang. Dengan menggunakan baja kalfos ini, kita mungkin dapat mengurangkan kos pembajaan. Apatah lagi memberi kesan bagus kepada tanaman.\n\n\nSelamat mencuba!\n\n\nRujukan:\n\n\nhttps://permies.com/t/54487/CalPhos-liquid-fertilizer-spray-eggshells\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/baja-mikrob-asli-imo/", "title": "Cara Membuat Baja Mikrob Asli (IMO)", "body": "\n\nDalam dunia pertanian alamiah (\nnatural farming\n) mikoorganisma menjadi pemangkin kejayaan tanaman. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya saya berjaya menghasilkan mikrob asli ini atau lebih dikenali sebagai \nindigenous microorganisms\n (IMO).\n\n\nSebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita jawab soalan \napakah itu IMO dan kegunaannya di kebun kita?\n \nIMO ialah mikrob asli yang hidup di persekitaran kita dan berfungsi sebagai mikrob baik yang membantu tanah kebun kita subur.\n Tidak kiralah kita bercucuk tanam di atas tanah mahupun di dalam pasu.\n\n\nSaya lebih suka panggil IMO ini sebagai \nmikrob asli\n. Perkataan \nindigenous\n mengikut konteks sesuai diterjemah sebagai asli berbanding setempat. Sebab mikrob itu asli di tempat itu. Jadi sepanjang artikel ini anda akan menjumpai istilah IMO dan mikrob asli. Usah keliru. Kedua-duanya bermaksud yang sama.\n\n\nDua Fasa Penghasilan Mikrob Asli\n\n\nJika kita membuat pembacaan di internet, kita mungkin keliru cara buat IMO ini yang bermula daripada IMO-1 sehinggalah IMO-5. Setiap nombor tersebut mewakili fasa IMO itu.\n\n\nUntuk menghasilkan IMO ini tidaklah sesukar mana pun. Untuk artikel ini, saya hanya mengambil dua fasa sahaja. Fasa pertama adalah kita menangkap IMO yang ada di persekitaran yang bagus dengan mengumpannya menggunakan nasi. Apabila nasi dipenuhi dengan kulat (IMO) seakan gula kapas, maka kulat ini digelar IMO-1.\n\n\nSeterusnya IMO 1 ini diternak pula dengan menggaulkannya dengan gula merah. Apabila selesai penggaulan ini, maka IMO ini digelar IMO 2 pula. Yang bermaksud telah masuk ke fasa kedua.\n\n\nUntuk pengetahuan, mikrob asli mengandungi pelbagai jenis kulat, yis dan bakteria baik yang hidup secara semula jadi di dalam tanah di persekitaran kita. Menurut sifu Pertanian Alamiah ini iaitu Dr Cho, beliau menasihatkan agar kita mengumpul IMO daripada pohon buluh. Di situ terdapat pelbagai mikrob baik yang mampu membantu kebun kita subur.\n\n\nBagaimana pula jika tiada rumpun buluh di tempat kita? Cari perdu pokok besar yang ada banyak daun luruh di bawahnya. Bakteria baik banyak berkumpul di situ.\n\n\nJika kita baca buku pertanian alamiah ini, kita akan dapati IMO boleh dibuat sehingga fasa lima. Bagi saya, cukuplah sekadar fasa 2 untuk pekebun rumah seperti kita. Fasa 3 hingga 5 lebih kepada pekebun sayur 1 ekar ke atas.\n\n\nResipi IMO 1\n\n\nPeralatan:\n\n\n\n\nTapis\n\n\nSenduk\n\n\nBakul\n\n\nCangkul\n\n\n\n\nBahan:\n\n\n\n\nNasi sejuk (1kg)\n\n\nPlastik 1 meter persegi / guni plastik\n\n\n\n\nCara buat IMO-1:\n\n\n\n\nMasukkan nasi ke dalam tapis menggunakan senduk. Jangan sentuh nasi dengan tangan. Ini bagi mengelakkan nasi basi.\n\n\nKorek tanah di perdu buluh sedalam 15 cm.\n\n\nLetak tapis berisi nasi sejuk.\n\n\nLetak bakul di atas tapis. Ini bagi mengelakkan haiwan seperti tikus dan anjing mengacau tapis.\n\n\nSelerakkan tanah dan dedaun buluh di atas dan keliling bakul\n\n\nTutup bakul dengan plastik ataupun guni plastik. Ini bagi mengelakkan nasi tersebut terkena hujan dan seterusnya basi.\n\n\nBiar selama lima hingga tujuh hari.\n\n\nApabila ada kulat putih seperti gula-gula kapas muncul di sekitar nasi, itu tandanya kita telah berjaya mengumpul IMO-1.\n\n\n\n\nNasi tersebut disebut sebagai IMO-1.\n\n\n\n\nResipi IMO 2\n\n\nPeralatan:\n\n\n\n\nBaldi 5L\n\n\n\n\nBahan:\n\n\n\n\nGula merah \u2013 1 kg\n\n\nAir tanpa klorin \u2013 500mL\n\n\nIMO-1\n\n\nBotol kosong \u2013 1.5L\n\n\n\n\nCara membuat IMO 2:\n\n\n\n\nCampurkan IMO-1 , gula merah dan air ke dalam baldi.\n\n\n\n\nGaul rata semua bahan tersebut menggunakan tangan\n\n\nTutup baldi dengan kain kasa atau kertas surat khabar\n\n\nSetelah itu peram selama 7 hari\n\n\nSelepas peraman siap, tapis semua bahan tersebut untuk ambil cecair pati disimpan di dalam botol\n\n\nPati ini dinamakan sebagai IMO-2\n\n\n\n\nSimpan IMO-2 di tempat gelap dan dingin\n. Pastikan ada ruang sekitar 10 cm dari muncung botol agar IMO-2 dapat bernafas. IMO-2 boleh disimpan sehingga 6 bulan. Tambah 2-3 sudu gula merah setiap 6 bulan bagi mengekalkan IMO-2.\n\n\nCara Guna IMO:\n\n\n\n\nGunakan nisbah 1:100 untuk campuran pati IMO dengan air. Contohnya 10 mL IMO dicampur dengan 1 L air tanpa klorin.\n\n\nSiram atau sembur pada tanaman kita seminggu sekali.\n\n\nJika tanah kurang subur, siram dengan IMO ini 3 kali sebulan.\n\n\n\n\nFungsi IMO:\n\n\nTerdapat pelbagai kebaikan dalam menggunakan IMO. Antaranya adalah:\n\n\n\n\nMempercepatkan proses pengkomposan\n\n\nMembaikpulih tanah yang kurang subur\n\n\nMenguatkan akar pokok\n\n\nMengurangkan kejutan anak pokok selepas pemindahan\n\n\nMengawal dan mengurangkan perosak dan penyakit pada pokok\n\n\nSebagai baja tambahan untuk bunga potong\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nIMO atau mikrob asli ini mempunyai pelbagai manfaat kepada tanaman kita. Ini bermula daripada tanah sehinggalah kepada tumbuhan. Setiap inci kebun kita mendapat kebaikan.\n\n\nTidak perlulah kita bersusah-payah \nmembeli EM Komersial\n jika kita boleh membuat sendiri mikrob baik ini. Secara tak langsung kita dapat mengamalkan pertanian organik dan tanaman bebas racun kimia.\n\n\nJika ada sebarang cadangan atau ulasan, tinggalkan lah komen di bawah.\n\n\nSelamat mencuba!\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/baja-npk/", "title": "Nak Tahu Apa Itu Baja NPK? Mesti Anda Suka Cerita Ini", "body": "\n\nSesiapa yang terlibat dalam bidang pertanian akan tidak lari dengan baja. Baja adalah sumber utama untuk tanaman subur. Tanpa baja, maka tidakah subur pokok.\n\n\nApabila dikatakan tentang baja pula akan ada terdapat satu istilah pada baja dinamakan baja NPK.\n\n\nApakah itu baja npk? Baja NPK adalah baja sebatian yang diproses secara sintetik mengandungi minimum tiga nutrien utama didalamnya iaitu nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K).\n Baja NPK biasanya dalam bentuk butir. Lawan kepada baja sebatian adalah baja tunggal. Nak tahu lanjut tentang baja ini boleh la rujuk penulisan saya bertajuk \nBaja dan Tumbuhan\n.\n\n\nKandungan Baja NPK\n\n\nHuruf NPK dan nombor selepas huruf itu mewakili nutrien yang ada di dalam baja tersebut. Huruf-huruf ini diambil daripada jadual berkala di mana N mewakili nitrogen, P mewakili fosforus dan K adalah kalium.\n\n\nNombor selepas huruf seperti dalam pek baja NPK hijau 15 15 15 mewakili peratus nutrien itu di dalam baja sebatian. Ramai yang silap mengatakan itu adalah nisbah. Jika nisbah, kenapa tidak dibuat 1:1:1 sahaja, bukan? Jadi istilah yang betul adalah peratus kandungan nutrien yang ada.\n\n\nJika dicampurkan semuanya akan berjumlah 45%. Di mana lagi 55% yang lain? Dalam ilmu sains pertanian mengenai baja, baki peratusan yang lain itu adalah kandungan bahan-bahan lain (disebut sebagai bahan lengai). Bahan lengai ini terdiri seperti pasir, tanah atau garam yang mengikat unsur yang ada. Apabila diberikan kepada tumbuhan, hanya NPK akan diserap oleh tumbuhan manakala bahan lengai ini akan larut ke dalam tanah.\n\n\nNutrien Tersedia\n\n\nHuruf digunakan mewakili unsur N, P dan K bukanlah bermakna tumbuhan menyerap unsur itu secara tulen. N mewakili peratusnya, manakala P akan ditulis sebagai P\n2\nO\n5\n dan K sebagai K\n2\nO. Jika belajar lanjut tentang ini memang akan jadi sedikit rumit.\n\n\nUntuk memudahkan pengiraan, maka kita anggap sahaja setiap unsur itu peratusnya begitu.\n\n\nSejarah NPK\n\n\nDari mana mulanya penggunaan sistem pemberian huruf dan nombor ini? Justus Von Liebig, seorang saintis Jerman telah memperkenalkan sistem ini pada pertengahan kurun ke-18. Menurut beliau, tumbuhan memerlukan tiga unsur utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium untuk hidup subur dan 14 unsur yang lain.\n\n\nDengan beredarnya masa syarikat baja membuat ringkasan bahawa N adalah untuk pertumbuhan daun, P untuk akar subur dan K untuk pembesaran tanaman. Yang pada hakikatnya lebih rumit daripada itu. Selain NPK, terdapat unsur nutrien mikro yang diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan seperti magnesium (Mg) kalsium (Ca), mangan (Mn), boron (B) dan sebagainya.\n\n\nFungsi Baja NPK\n\n\nFungsi baja NPK adalah sama seperti fungsi baja yang lain iaitu membekalkan nutrien yang diperlukan untuk tumbuhan membesar. Bezanya dengan baja organik adalah baja kimia memberi kesan yang cepat berbanding baja organik. Oleh sebab itu ramai petani lebih suka menggunakan baja NPK berbanding baja organik.\n\n\nTumbuhan memerlukan 17 unsur untuk tumbuh subur. Unsur tersebut dibahagikan kepada dua jenis mengikut jumlah yang diperlukan untuk tumbesaran iaitu makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien bermakna jumlah banyak diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup subur. Manakala mikronutrien bermakna nutrien ini sedikit sahaja sudah memadai untuk tumbuhan hidup.\n\n\nMakronutrien:\n\n\nNitrogen (N)\nFosforus (P)\nKalium (K)\nKalsium (Ca)\nSulfur (S)\nMagnesium (Mg)\n\n\nAntara enam nutrien ini, tiga paling utama iaitu N, P dan K. Tiga nutrien ini paling banyak digunakan oleh tumbuhan dan kerap tiada di dalam tanah. Oleh sebab itulah syarikat baja mengambil insiatif membuat baja sintetik dalam bentuk sebatian dan menamakannya sebagai baja NPK.\n\n\nMikronutrien:\n\n\n\n\nFerum (Fe)\nBoron (B)\nKlorin (Cl)\nMangan (Mn)\nZink (Zn)\nKuprum (Cu)\nMolybdenum (Mo)\nNikel (Ni)\n\n\nPerbezaan Antara Baja NPK Hijau, Biru dan Unggu\n\n\nJika belajar sains pertanian, tentunya akan terjumpa perkataan baja NPK hijau dan baja npk biru. Mengapa ada kod warna pada baja ini?\n\n\nPara pembuat baja ingin memudahkan jualan baja jadi memecahkan baja jualan mengikut kategori baja iaitu baja untuk tumbesaran dan baja untuk pembungaan / pembuahan.\n\n\nLalu mereka juga menggunakan kod sistem warna bagi memudahkan kefahaman petani.\n\n\nBaja NPK hijau sesuai untuk awal pertumbuhan pokok dan pokok sayuran seperti sawi, kangkung gan bayam. Jika dilihat pada peratus nutrien adalah sekata iaitu 15 15 15.\n\n\nManakala untuk baja NPK biru pula dilebihkan pada kalium. Kalium jika kita faham adalah untuk pengeluaran bunga dan buah. Sebab itulah baja kimia ini sesuai digunakan untuk pokok yang mula ingin berbuah seperti mulberi, durian, pisang dan kelapa.\n\n\nBagaimana pula jika ada baja 16 16 16, baja 8 8 8? Adakah itu sama dengan baja NPK hijau? Mudah sahaja. Baja yang sama peratusnya boleh kita kategorikan sebagai baja sayuran. Manakala jika ada baja yang lebih K, itu adalah baja untuk pembuahan. Mudah kan? Tak perlu rumit rumit.\n\n\nIngat, sistem warna ini dibuat oleh syarikat baja. Fahamkan konsep baja npk ini, insya-Allah apapun warna baja diberikan dapat kita rungkai kegunaannya.\n\n\nCara Guna Baja NPK Untuk Pokok\n\n\nKegunaan baja NPK untuk pokok adalah berbeza mengikut keperluan nutrien setiap tanaman. Contohnya sawi dalam kategori sayuran berdaun memerlukan baja NPK hijau sahaja.\n\n\nKalau nak juga guna baja NPK biru, ada kesan tak? Tiada kesan. Cuma berlaku pembaziran.\n\n\nManakala nak guna baja NPK untuk durian bagaimana?\n\n\nMudahnya, baja NPK untuk pokok buah berumur 5 tahun kebawah adalah sekitar 1.5-3kg setahun. Pemberian jumlah ini dipecahkan kepada 3-4 kali setahun.\n\n\nKita ambil contoh begini untuk pokok durian berumur 1-3 tahun.\n\n\nBaja NPK yang perlu diberikan adalah baja NPK hijau. Ikut panduan umum adalah 1.6kg per tahun. Kita nak bagi 4 kali setahun.\n\n\nMaka 1,600 g / 4 = 400g\n\n\nSetahun ada 12 bulan. 12 / 4 = 3 bulan\n\n\nSetiap 3 bulan kita perlu beri sebanyak 400g baja.\n\n\nDaripada maklumat ini, saya susun dalam bentuk jadual untuk lebih mudah kita faham.\n\n\nBulan\nJan\nFeb\nMac\nApr\nMei\nJun\nJul\nOgs\nSept\nOkt\nNov\nDis\nKadar Baja\n400g\n400g\n400g\n400g\nJadual pemberian baja tahunan\n\n\nKaedah pemberian baja pula boleh dalam bentuk tabur, bulatan atau poket. Antara tiga ini, saya dapati pemberian secara poket lebih mudah.\n\n\nKorek tiga lubang sekitar pokok kemudian tabur baja pada setiap lubang dengan jumlah 400g. Begitulah cara pemberian baja NPK.\n\n\n\n\nGambar rajah pemberian baja secara poket. Baja di letak di hujung kanopi pokok atau 2/3 jarak daripada pangkal sehingga ke kanopi.\n\n\nApakah semua jenama baja NPK sama?\n\n\nTidak semua baja NPK sama. Ada satu kajian menunjukkan bahawa peratus baja NPK daripada China tidak seperti yang dicanang pada pek baja. Sebab itulah kadang bila kita guna baja NPK seperti kesan tak memberangsangkan. Hal ini berbeza jika kita guna jenama yang terkenal seperti YaraMilla, Zennex dan Novatec. Syarikat baja ini memang membekalkan baja berkualiti.\n\n\nBagi yang hanya ingin mendapatkan skala kecil, boleh dapatkan pek baja hijau pek 1kg (\nbeli sini\n). Jika ada yang ingin dapatkan seguni 50 kg (beli sini) pun boleh. Manakala baja novatec premium sangat bagus untuk baja buah. Boleh dapatkan pada pek 1kg (\nbeli sini\n) atau satu guni 50kg (beli sini) terus.\n\n\n\n\nRujukan\n\n\nhttp://durianinfo.blogspot.com/p/durian-crop-production-cycle.html\nRobert Palvis. 2020. Soil Science for gardeners. Canada: New Society Publishers\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/baja-organik/", "title": "Semua Yang Patut Anda Tahu Tentang Baja Organik", "body": "\n\nBaja adalah elemen penting dalam berkebun. Baja yang bagus akan membuatkan tumbuhan tumbuh subur. Terdapat dua kategori baja iaitu \nbaja organik \ndan \nbaja bukan organik (inorganik)\n.\n\n\nApakah itu baja organik?\n \nBaja organik ialah baja yang terhasil daripada makhluk hidup yang wujud secara semulajadi di alam kita\n. Antara contoh adalah najis haiwan seperti tahi ayam, arnab, kambing, lembu dan kuda. \n\n\nBaja kompos pula adalah terhasil daripada penguraian bahan-bahan organik seperti sisa-sisa tanaman, dedaun kering dan kayu-kayan reput. Pada akhir proses penguraian ini akan menghasilkan bahan yang berwarna perang kehitaman dengan bau seakan tanah.\n\n\nCara Proses Tahi Haiwan Menjadi Baja Organik\n\n\nTahi haiwan adalah sumber baja organik yang bagus. Ia mampu membekalkan nutrien kepada tanaman dan memperbaiki tanah agar menjadi lebih subur. Hal ini berbeza dengan baja kimia yang hanya fokus memberi nutrien kepada tanaman tetapi melupakan tanah.\n\n\nApabila tanah rosak, maka kesuburan pokok juga akan menurun.\n\n\nTahi segar mengandungi pelbagai bakteria dan mikrob yang aktif mengurai segala macam bahan dalam tinja haiwan. Banyak haba terbebas semasa proses ini berlangsung. Oleh sebab itu tidak disarankan meletak baja segar terus pada pokok kerana boleh membuatkan pokok melecur akibat haba yang dibebaskan.\n\n\nSaranan saya adalah elok diproses dahulu najis haiwan yang ingin dijadikan baja. Jemur tinja haiwan ini selama 2 hingga 3 bulan sehingga kering dan tidak mengeluarkan bau yang kuat. \n\n\nPetani biasanya akan menyembur najis dengan mikrob baik seperti EM atau LAB bagi mempercepatkan proses pereputan. Semburan ini mampu memendekkan masa pereputan najis sehingga 2-3 mingu sahaja daripada 2-3 bulan.\n\n\nSetelah reput, najis boleh digaulkan dengan tanah atau di dalam pasu pada jumlah yang disarankan.\n\n\nKos\n\n\nJika kita ingin membuat perbandingan, harga baja organik lebih rendah berbanding baja kimia. Kita lihat seguni (25kg) baja sebatian NPK sekitar RM50 hingga RM100, tergantung pada jenama dan kualiti. Manakala baja tahi ayam hanyalah RM5 hingga RM10 satu guni (20kg).\n\n\nOh ya ini berbeza dengan baja tahi ayam pallet. Baja ini adalah baja yang telah diproses dan dibentuk palet untuk digunakan oleh pekebun. Harga tentunya sedikit mahal berbanding baja organik mentah belum diproses.\n\n\nKebaikan Baja Organik\n\n\nBaja organik memberi kesan baik kepada tanaman dan juga tanah. Tanah yang baik akan menghasilkan tumbuhan yang subur. Pemberian baja organik yang seimbang mampu memberi sumber nutrien penting kepada mikroorganisma yang tinggal di dalam tanah.\n\n\n1. Unsur lengkap\n\n\nBaja organik mempunyai unsur tersedia yang diperlukan oleh tumbuhan. Unsur ini walaupun tidaklah banyak tetapi boleh terus diserap oleh tumbuhan.\n\n\n2. Pelepasan unsur perlahan-lahan\n\n\n\n\nPelepasan unsur secara perlahan-lahan. Contohnya kompos melepaskan unsurnya perlahan-lahan untuk diserap oleh akar pokok. Pokok sama juga seperti manusia ada hadnya untuk mengambil nutrien sehari. Jika sudah kenyang, kita akan berhenti makan. \n\n\nBegitu jugalah tumbuhan. Jika sudah cukup kuota serapan nutrien hari itu, maka tumbuhan akan berhenti sehingga esoknya pula. Jadi apa berlaku pada nutrien lain yang belum sempat diserap? Akan larut lesap melalui air yang disiram atau air hujan yang turun. Tentunya ini merugikan.\n\n\n3. Memperbaiki struktur fizikal tanah dan kimia tanah\n\n\nStruktur tanah yang sihat bergantung pada organisma kecil dalam tanah seperti cacing. Yang seterusnya membantu penyerapan nutrien oleh tumbuhan. Tanpa mereka, kemampanan pertumbuhan tumbuhan sukar dikekalkan. Ini akhirnya menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada baja kimia.\n\n\nHumus terhasil selepas bahan organik mereput. Humus dapat meningkatkan keupayaan tanah untuk memegang air dan nutrien untuk diserap oleh akar pokok. Hal ini menjadikan tanah lebih mudah dikerjakan dan mempunyai pengudaraan yang lebih baik untuk akar pokok tumbuh.\n\n\nSifat kimia tanah melibatkan kadar pertukaran kation (KPK) dan pH. KPK yang tinggi membolehkan tanah memegang lebih banyak nutrien. Lebih banyak nutrien tanah boleh pegang, lebih mudah untuk akar serap nutrien yang tersedia ada.\n\n\nLazimnya jika kita melakukan aktiviti pembajaan dengan betul dan berkala, kita mampu memnghasilkan tanaman berkualiti. Seterusnya memberi kesan kepada pengeluaran hasil yang banyak.\n\n\nMakronutrien\n\n\nMajor nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran tumbuhan adalah nitrogen, fosforus dan kalium. Baja organik membekalkan jumlah seimbang makronutrien ini. Walaupun begitu, keperluan tanah yang spesifik dan kesan yang diingini memerlukan ramuan yang khusus.\n\n\nContohnya untuk anak pokok, bubuh baja yang kaya dengan nitrogen seperti baja tahi ayam, darah ikan (blood/fish meal) atau baja tahi kelawar (guano). Manakala jika tujuannya untuk pembungaan dan tumbesaran akar, guna baja kaya dengan fosforus seperti baja tulang atau batuan fosfat. Untuk menghasilkan buah yang berkualiti dan mengelak penyakit, tambah baja yang kaya dengan kaliaum seperti baja rumpai laut.\n\n\nMikronutrien\n\n\nPerkembangan tumbuhan boleh tersekat jika kekurangan mikronutrien seperti kalsium, magnesium, sulfur, kuprum dan zink. Baja organik mengembalikan unsur perlu ini ke tanah. Contohnya tambah gypsum bagi meningkat level sulfur. Sulfur merangsang pertumbuhan. Jika inginkan pembentukan buah yang berkualiti, tambah borax, membekalkan boron, kepada tanah. Kalsium daripada dolomit atau superphosphate membantu pembentukan dinding sel yang akhirnya meningkatkan kekuatan tumbuhan.\n\n\nContoh Sumber Baja Organik\n\n\n\n\nKompos\n\n\nTinja Haiwan\n\n\nHasil Sampingan Marin\n\n\nMeals\n\n\nMineral\n\n\nSungkupan\n\n\nBaja Organik dan Baja Kimia\n\n\nTentunya ramai ingin mengetahui apakah bezanya baja organik dan baja kimia, bukan? Saya buat satu jadual perbandingan untuk mudah anda faham. Di sini kita boleh cuba memahami kelebihan dan kekurangan baja organik dibandingkan dengan baja kimia.\n\n\nRumusan\n\n\nDi sini kita dapat buat rumusan bahawa baja organik memberi kesan yang sangat bagus kepada kebun kita. Pokok kita akan lebih subur dan tahan serangan perosak dan penyakit.\n\n\nRujukan:\n\n\nMini Farming Bible\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/baja-roti/", "title": "Cara Buat Baja Roti Untuk Sayur, Orkid dan Pokok Buah Subur", "body": "\n\nRoti adalah antara makanan cepat rosak. Jika kita beli dan tidak makan selepas tarikh luput, maka roti akan muncul kulat.\n\n\nJika anda rajin, anda boleh jadikan roti ini sebagai salah satu cecair baja. Di sini saya kongsikan caranya.\n\n\nTerdapat pelbagai variasi pembuatan baja roti. Jika anda baca cerita yang viral, ramai yang guna tiga hingga empat keping roti dan botol 1.5L. Berdasarkan pembacaan dan ilmu pertanian saya, cukup sekadar sekeping roti sebagai pemula untuk mikrob baik membiak.\n\n\nKhasiat Baja Roti\n\n\nMengapa roti boleh dijadikan baja? Ini adalah sebab yis yang ada dalam roti.\n\n\nJika kita pernah guna EM, pastinya kita akan tahu bahawa yis adalah salah satu daripada tiga kumpulan mikrob yang ada dalam EM. Yis membantu akar pokok menyerap baja dengan baik.\n\n\nBACA \n>>> Apa itu Mikrob Baik Untuk Kebun?\n\n\nYis menghasilkan hormon dan enzim yang dapat membantu pembahagian sel tumbuhan dan akar. Ia menggunakan asid amino dan gula hasil sampingan daripada \nbakteria fotosintetik\n dan akar tumbuhan. Seterusnya membantu pertumbuhan \nbakteria asid laktik\n.\n\n\nSecara ringkasnya, \nkhasiat baja roti\n adalah:\n\n\nMenghidupkan tanah yang mati\nMenghijaukan daun pokok\nMenggalakkan pokok berbunga banyak\nMemaniskan buah\nMeningkatkan saiz buah\n\n\nResipi Baja Roti\n\n\nBahan:\n\n\nRoti -2-3 keping (roti expired pun boleh)\nAir\nBotol 1.5L\nGula merah \u2013 200g\n\n\nAlat:\n\n\nPenapis\n\n\nCara buat:\n\n\nMasukkan roti ke dalam botol 1.5L\nIsi dengan air sehingga 4/5 penuh botol\nPeram selama 6 sehingga 10 hari. Tidak kisah berapa lama peram. Asalkan apabila nampak air mula tohor dan berbau masam, tanda sudah menjadi peraman itu.\nTapis air peraman dan isikannya pada botol 1.5L yang lain.\nSisa roti yang lembik itu boleh dijadikan sebagai baja pada pangkal pokok\nTambahkan gula merah ke dalam botol dan goncang. Langkah ini hanyalah pilihan. Tak nak tambah pun tiada masalah.\nSimpan botol di tempat gelap dan dingin. Cecair baja roti ini boleh disimpan sehingga 6 bulan jika ditambah dengan gula merah.\n\n\nAMARAN:\n Untuk elakkan botol meletup, pastikan botol tidak ditutup ketat sepanjang proses pemeraman dan simpanan\n\n\nCara guna:\n\n\nCampurkan 10 mL cecair baja roti dengan 1L air. Boleh juga 2 sudu makan cecair + 1L air\nSembur pada daun, batang dan pangkal pokok.\nAtau siram pokok dengan cecair campuran tersebut\nBiasanya kesan boleh dilihat pada pokok selepas seminggu\nPaling bagus kalau dapat \ndigabungkan dengan EM buatan sendir\ni.\n\n\nNota Tambahan\n\n\nSoalan sering saya dapat. \nApakah boleh saya guna air paip sahaja?\n Buat makluman semua, saya sudah cuba semua jenis air. Tiada masalah. Dalam masa beberapa hari tetap yis akan muncul. Klorin dalam air paip tidaklah kuat mana untuk membunuh yis dan bakteria yang ada. Logiknya kenapa kita masih masak air walaupun air paip sudah ada klorin, bukan? Jadi tidak perlu risau jika tiada air sungai, air hujan, air perigi atau apa segala macam air termasuklah air tapis. Yang penting asalkan air. Ada faham?\n\n\nKesimpulan\n\n\nSecara ringkasnya, yis dalam roti berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar. Seterusnya membantu tanaman untuk hidup subur.\n\n\n\n\nRujukan:\n\n\nSaya jenis suka buat rujukan sebelum menulis. Jika anda ingin baca lanjut, boleh la klik mana-mana link di bawah. Jika ada maklumat tambahan, mari sama-sama kita bincangkan di bahagian komen.\n\n\nhttps://www3.epa.gov/pesticides/chem_search/reg_actions/registration/fs_PC-100053_18-Feb-04.pdf\nhttps://www.researchgate.net/profile/Chanyarat_Paungfoo-Lonhienne/publication/273223410_Yeast_as_a_Biofertilizer_Alters_Plant_Growth_and_Morphology/links/54ff50f00cf2672e22457ce0.pdf\nhttps://www.hunker.com/13428268/positive-uses-of-yeast-in-the-garden\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/baja-rumput-cecair/", "title": "Zero Cost, Belajar Buat Baja Kompos Guna Rumput (Resipi Petani Organik Korea)", "body": "\n\nPernah terfikir tak bagaimana nak buat baja organik yang tak perlu keluar kos dan percuma? Saya dapat resipi ini dari petani organik Korea yang dinamakan sebagai \nJADAM Liquid Fertilizer\n (JLF).\n\n\nRumput sering menjadi masalah kepada kebun. Banyak sangat rumput menjejaskan pertumbuhan tanaman kita. Kita sering mesin rumput dan buang dan bakar rumput kering. Tetapi selepas baca ini tentunya anda tidak akan buang rumput lagi.\n\n\n\n\n\n\nSawi pahit sebelum disiram dengan baja rumput.\n\n\n\n\n\n\nLihat betapa besarnya sawi pahit 7 hari selepas siraman baja rumput dibuat.\n\n\nKaedah membuat baja rumput ini amatlah mudah. Mari kita lihat caranya.\n\n\nResipi Baja Rumput\n\n\nBahan:\n\n\n\n\nRumput hijau\n\n\nAir\n\n\nDaun reput \u2013 segenggam\n\n\nGaram \u2013 2-5 sudu makan\n\n\n\n\nAlatan:\n\n\n\n\nTong 50-100 L\n\n\n\n\nCara buat baja:\n\n\n\n\nIsikan tong dengan rumput hijau sehingga separuh\n\n\nSeterusnya isikan air sehingga tong penuh\n\n\nMasukkan daun reput dan garam\n\n\nKacau sehingga rata\n\n\nJika rumput timbul, biarkan. Tiada masalah.\n\n\nPeram sehingga 10 hari ke atas sebelum digunakan.\n\n\n\n\nTanda peraman jadi apabila ada selaput warna putih muncul setelah dua tiga hari peraman berjalan. Setelah cukup 10 hari, anda akan dapati warna cecair menjadi semakin pekat. Semakin lama diperam, semakin berkualiti baja ini.\n\n\n\n\n\n\nBaja rumput boleh digunakan selepas 10 hari diperam. Muncul seperti debu di atas permukaan air tanda mikrob sedang menjalankan tugas. Lagi lama diperam, lagi bagus.\n\n\nCara guna:\n\n\n\n\nPeraman boleh digunakan setelah 10 hari berlalu.\n\n\nCairkan pati baja rumput 30-50 kali dengan air biasa. Contohnya jika kita guna sebanyak 1L pati, maka kita perlu campurkan dengan 30 L air kosong.\n\n\nSiram pati yang telah dicairkan itu kepada tanaman.\n\n\nSiram 2-3 kali seminggu\n\n\nBiasanya kesan akan terlihat setelah 7 hari penyiraman dijalankan\n\n\n\n\nPenerangan Setiap Bahan\n\n\nMesti anda tertanya-tanya mengapa baja ini begitu mudah untuk dibuat? Mari saya terangkan setiap satu kebaikan.\n\n\nRumput\n\n\nMengapa guna rumput? Sebab ianya bahan tanaman yang paling mudah kita dapatkan di sekitar kebun kita. Rumput dapat hidup subur di tanah kebun kita. Ini bermakna rumput ada sifat yang boleh kita gunakan sebagai baja. Kita keluarkan sifat itu dengan memeram rumput tersebut dengan air. Air akan menyerap keluar segala nutrien dan kebaikan rumput. Akhirnya menjadi pati yang bagus untuk tanaman kita.\n\n\nDaun reput\n\n\nDaun reput ini adalah daun yang berada di bawah perdu pokok yang besar. Jangan ambil daun yang berwarna perang. Ambil tanah yang berada di bawah daun tersebut. Tanah tersebut kaya dengan mikrob baik yang mampu membantu di kebun kita.\n\n\nGaram\n\n\nGaram laut mengandungi 83 jenis mineral yang boleh digunakan oleh mikrob.\n\n\nKebaikan Baja Organik Ini\n\n\nBaja ini mampu untuk:\n\n\n\n\nMemberi kesuburan pada tanah\n\n\nMemberi kesuburan kepada sayuran\n\n\nMeningkatkan hasil pengeluaran sayuran\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKelemahan Baja Rumput\n\n\nWalaupun baja ini mudah dan ringkas pembuatanya, tetap baja ini ada kelemahan. Apa-apa pembuatan baja yang menggunakan proses tanpa oksigen atau \nanaerobik\n pasti akan \nmenghasilkan bau yang tidak menyenangkan.\n\n\nTerus-terang saya katakan baja ini \nbau seperti longkang tersumbat!\n Jadi jika anda ingin membuatnya di belakang rumah di rumah taman, fikirlah dua kali. Sebagai seorang muslim, saya sendiri diminta agar tidak boleh menyakiti hati jiran. Tidak elok. Apatah lagi menghasilkan bau yang tidak menyenangkan ini.\n\n\nSaya buat semua ini di kebun. Jauh daripada penempatan manusia. Jika tetap ingin buat di kawasan kejiranan, pastikan bekas ditutup rapat.\n\n\n\n\nTetapi jika anda inginkan baja yang bagus dan mudah, anda boleh cuba guna baja vermikompos. Kesannya sama seperti baja rumput. Cuma perlu keluar kos. Boleh dapatkan di \nBaja vermikompos\n.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMembuat baja rumput ini tidaklah sukar. Yang penting kita ada kemahuan untuk membuatnya. Dan yang paling utama adalah kita percaya.\n\n\nAda soalan atau komen? Tinggalkan di bahagian bawah ini. Saya suka membaca dan menjawabnya.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/basuh-sayur-untuk-buang-racun/", "title": "Cara Basuh Sayuran Yang Betul Bagi Menghilangkan Sisa Racun Kimia", "body": "\n\nKita membeli sayur agar dapat membekalkan keperluan vitamin harian kita. Namun apa akan terjadi jika sayur yang kita makan itu akhirnya membawa kita kepada penyakit pula seperti kanser?\n\n\nKebanyakan sayur yang kita beli di pasar adalah sayur yang banyak disembur dengan racun kimia. Sama ada racun serangga ataupun racun kulat. Hal ini menyebabkan sayur tersebut mengandungi sisa racun kimia. Yang bezanya adalah sedikit atau banyak. \n\n\nWalapun begitu, berbeza jika kita membeli sayur dengan label organik yang tentunya harga lebih mahal berbanding sayur biasa.\n\n\nPilihan yang terbaik adalah dengan kita tanam sendiri. Tapi jika terpaksa juga beli sayur di pasar, apakah caranya agar kita dapat kurangkan sisa racun itu agar tidak memberi kesan buruk kepada kit?\n\n\nBerikut adalah kaedah yang boleh kita amalkan setiap kali kita nak masak sayuran dibeli. Pilih lah mana-mana cara yang sesuai dengan anda.\n\n\n#1 Rendam Garam\n\n\nGaram mengandungi ion-ion yang mampu menarik keluar sisa racun di dalam sayur. Tidak perlu tabur banyak hanya sedikit sahaja.\n\n\nMasukkan 2-3 sudu teh garam ke dalam 1-2 L bekas berisi air bersih. Kemudian rendam sayur itu selama 2-3 minit. Anda akan dapat lihat seakan minyak muncul. Inilah sisa racun yang keluar dari dalam sayur.\n\n\nHal ini mampu mengurangkan sehingga 80% sisa racun di dalam sayur.\n\n\nSelepas rendam, bilas sayur tersebut dengan air bersih sehingga hilang sisa garam. Seterusnya sayur boleh dimasak seperti biasa.\n\n\n#2 Cuka makan\n\n\nSelain garam, kita juga boleh gunakan cuka makan. Fungsi cuka makan sama seperti garam yang akan menarik keluar sisa racun di dalam sayur.\n\n\nHanya campurkan 2 sudu makan cuka bersama dengan 8 cawan air (1L air).\n\n\nHal ini mampu mengurangkan sehingga 80% sisa racun di dalam sayur.\n\n\nMenggunakan cuka akan memberi sedikit kesan kepada rasa dan tekstur sayur. Tetapi okay lah jika nak dibandingkan dengan kesan racun yang bakal kita dapat.\n\n\n#3 Rebus\n\n\nRantai kimia racun terurai apabila bertindakbalas dengan panas dan air. Oleh itu kita boleh gunakan konsep ini untuk mengurangkan racun dengan merebus sayur-sayuran sebelum kita makan.\n\n\nCuma tidak semua sayur sesuai dengan kaedah rebus ini. Yelah, takut nanti terlebih rebus boleh merosakkan tekstur dan rasa sayur tersebut.\n\n\n\n\n#4 Panggang\n\n\nPanggang adalah salah satu cara lain bagi mengurangkan sisa racun. Terung antara sayur yang sedap dipanggang dalam masakan.\n\n\nRumusan\n\n\nDalam kita ingin sihat dengan memakan sayur, kita perlulah memilih kaedah yang sesuai agar sayur kita makan itu tidak mendatangkan mudarat. Pilihlah di antara garam, cuka makan, rebus atau panggang dalam kita mengurangkan kesan mudarat yang ada dalam sayur.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://zacsarian.com/reduce-pesticide-residues-in-veggies/\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/belacan-baja-pokok-cili/", "title": "Resipi Baja Belacan \u2013 Petua Pokok Cili Berbuah Lebat", "body": "\n\nSiapa sangka belacan boleh digunakan bagi membuat baja? Kali ini saya kongsikan \ncara membuat baja belacan untuk pokok cili\n. Namun, jangan terhadkan pada pokok cili sahaja tau. Baja ini boleh juga digunakan \nuntuk pokok bunga ros, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti pokok tin dan lain-lain.\n\n\nPokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.\n\n\nOleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman (plant booster) bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.\n\n\nKebaikan Baja Belacan:\n\n\n\n\nMenguatkan imunisasi pokok agar tidak mudah diserang penyakit\n\n\nMenggalakkan pertumbuhan bunga\n\n\nMengelakkan bunga melekat dan tidak mudah gugur\n\n\nKaya dengan unsur kalium (K) untuk pokok\n\n\nMenguatkan akar pokok agar mudah menyerap nutrien\n\n\n\n\nBahan:\n\n\n\n\nBelacan \u2013 100g\n\n\nGula molases / gula merah \u2013 100g\n\n\nAir tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) \u2013\u00a0500 mL\n\n\nBotol 1.5L\n\n\n\n\nCara buat:\n\n\n\n\nMasukkan semua bahan ke dalam bekas dengan isipadu 1 liter ke atas.\n\n\nKacau semua bahan sehingga sebati.\n\n\nMasukkan sebatian ke dalam botol 1.5L.\n\n\nTutup penutup bekas dengan kain kasa bekas tersebut.\n\n\nPeram selama 2 minggu.\n\n\nSelepas diperam, kacau dan tapis ke dalam bekas baharu.\n\n\nSisa belacan itu boleh ditaburkan sekeliling pangkal pokok untuk dibuat baja.\n\n\n\n\nPenggunaan:\n\n\n\n\n10 mL pati + 1 L air biasa\n\n\nSembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am atau lewat petang (5pm-7pm), dengan kekerapan seminggu sekali.\n\n\n\n\nSelain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok ros, pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi. Hasilnya daun pokok akan lebih subur dan banyak bunga akan keluar.\n\n\nVideo\n\n\nMesti macam tak percaya kan yang resipi baja ini menjadi? Nah saya tunjukkan sendiri \nvideo cara buat baja belacan\n.\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=omRiwmVjFh8\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nCara Buat Baja Organik Guna Belacan/Terasi Supaya Pokok Cili Subur (https://www.youtube.com/watch?v=omRiwmVjFh8)\n\n\n\u00a0\n\n\nPernah cuba? Jom komen di bawah.\n\n\nSumber:\n\n\n\n\nKebun Bandar: Jom Tanam Sendiri\n\n\nSara Saad\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/botani-tumbuhan/", "title": "Belajar Istilah Botani Tumbuhan Untuk Noob", "body": "\n\nBotani adalah kajian terhadap tumbuhan.\n\n\nAsalnya botani ini dibuat oleh seorang saintis Islam.\n\n\nKemudian dipopularkan oleh saintis Barat.\n\n\nMengapa perlu tahu nama saintifik?\n\n\nNama saintifik ini membantu untuk kita kenal tumbuhan pada dasarnya. Jika kita ikut nama tempatan, maka akan berlaku huru-hara.\n\n\nSaya masih ingat lagi ketika saya mengajar subjek pertanian. Sekumpulan pelajar saya membentangkan tentang lada putih Sabah. Pada asalnya lada putih adalah white pepper dalam bahasa Inggeris.\n\n\nDi Sabah mereka menggelar cili sebagai lada. Hal ini sama seperti di Pantai Timur Malaysia yang menggelar cili sebagai lada.\n\n\nHal ini berbeza antara lada putih dan cili putih. Pelajar saya membentangkan nama saintifik berkaitan lada putih.\n\n\nSama sekali salah.\n\n\nSebab itulah kita perlu merujuk pada nama saintifik yang telah diperakui oleh saintis semua negara.\n\n\nKeluarga Tumbuhan\n\n\nTumbuhan dikelaskan mengikut ciri-ciri yang sama dalam satu keluarga atau famili. Kita ambil contoh pokok dari keluarga kekacang. Mana-mana pokok yang mampu menghasilkan nodul sendiri yang didiami oleh bakteria rizobium, maka tergolong dalam keluarga Leguminaceae.\n\n\nMengapa penting tahu? Contohnya untuk crop rotation, kita perlu mengelak untuk menanam tumbuhan daripada keluarga sama agar perosak dan penyakit tidak menyerang tanaman tersebut.\n\n\nLagi untuk tujuan cantuman. Kajian menunjukkan jika dalam keluarga sama, boleh dibuat cantuman. Contohnya di Jepun, mereka mencantumkan tomato dan timun di musim sejuk. Ini membolehkan tomato hidup subur di musim sejuk.\n\n\nTempoh hayat Tumbuhan\n\n\nSaintis mengelaskan tempoh hayat tumbuhan kepada tiga iaitu saka, semusim dan dwi-musim.\n\n\nSemusim bermakna tumbuhan itu akan mati sebaik sahaja mengeluarkan bunga dan biji benih. Biasanya di Malaysia tanaman ini seperti sawi, salad, ulam raja, selasih.\n\n\n\n\nDwi-musim pula adalah tumbuhan yang hidup untuk dua musim. Pada musim pertama adalah fasa vegetatif. Kemudian dorman. Selepas itu kembali segar untuk musim seterusnya.\n\n\nContoh terbaik adalah pokok bunga tulip.\n\n\nPokok saka adalah tumbuhan yang kekal hidup walaupun telah berbunga dan berbuah. Istilah saka itu bukanlah merujuk kepada hantu. Tetapi hidup yang panjang.\n\n\nContoh adalah seperti pokok cili, betik, mangga, durian, rambutan dan lain-lain.\n\n\nSebab itu jika kita terbaca istilah ini, kita boleh menganggap berapa lama kita boleh menanam sesesuatu pokok.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/botol-plastik-sebagai-penyiram-automatik/", "title": "Botol Plastik Sebagai Penyiram Automatik", "body": "\n\n\t\t\t\tDemi menyelamatkan alam sekitar, apa kata kita guna semula \nbotol plastik\n yang banyak terbuang sebagai alat siraman automatik?\u00a0Jom kita jadi kreatif guna semula botol plastik sebagai alat sistem \nsiram pokok automatik\n.\n\n\nPrinsip ini digunakan sesuai untuk orang yang sibuk. Tambahan kita juga dapat menjimatkan air. Pokok menyerap air berdasarkan keperluannya.\n\n\nBahan:\n\n\n1. Botol plastik\n\n\n2. Paku\n\n\nKaedah:\n\n\n1. Tebuk dahulu lubang pada botol plastik dengan paku\n\n\n\n\n2. Isi botol plastik dengan air sehinga penuh. Tutup botol dengan penutup yang telah dilubangkan tadi.\n\n\n3. Tanam\u00a0botol plastik pada sebelah pokok. Sebolehnya sehingga botol stabil tidak goyah.\n\n\n\n\nDengan ini air akan turun sedikit demi sedikit. Sambil itu pokok boleh menyerap air apabila perlu. Kita juga dapat menjimatkan air. Mengikut pengalaman, cucaca di Malaysia, dengan menggunakan botol 1.5 L, pokok dapat minum selama 3 hari.\n\n\n\n\nLagi kecil lubang titisan, lagi lambat habis. Lagi lambat habis, lagi bagus sebab kita dapat bercuti lebih lama tanpa risau tanaman di rumah haus. Betul tak?\n\n\nApa kata pembaca lain? Pernah buat? Jom kongsi pengalaman dengan komen di bawah.\t\t\t\t\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/buat-baja-ab-fertigasi-sendiri/", "title": "Cara Buat Baja AB Fertigasi / Hidroponik Sendiri (Download Formula Percuma)", "body": "\n\nApabila kita berkata tentang sistem fertigasi atau hidroponik, kita tidak akan lari dengan penggunaan baja AB. Tentunya ramai ingin tahu apakah keistimewaan baja AB ini sehingga wajib ada pada sistem pengairan titis ini?\n\n\nApakah baja AB ini? Baja AB adalah baja kimia cecair yang membekalkan nutrien lengkap pada tanaman. Baja AB dihasilkan daripada campuran pelbagai baja larut air (dalam bentuk serbuk) dan dibahagikan kepada dua set iaitu set A dan set B.\n\n\nUntuk faham, saya bahagikan dua istilah di sini. \nLarutan stok\n atau \npati baja AB\n dan \nlarutan nutrien\n.\n\n\nPati baja AB\n adalah bancuhan baja AB pekat daripada bentuk serbuk. Biasanya dibuat dalam kuantiti 100 liter A dan 100 liter B. Pati ini seterusnya perlu dicairkan membentuk \nlarutan nutrien\n. Larutan nutrien adalah pati baja AB yang telah dicairkan 1000 kali di dalam tangki air.\n\n\nBaja AB adalah baja kimia dan tidak berbahaya kepada tumbuhan dan manusia (melainkan anda minum terus baja ini!). Semua baja ini adalah\n food grade\n iaitu selamat untuk diserap oleh tumbuhan.\n\n\nBaja fertigasi adalah baja hidroponik. Kedua-dua baja ini sama sahaja. Istilah sahaja berbeza mengikut sistem yang digunakan.\n\n\nDalam artikel ini, saya terangkan bagaimana kita boleh membuat baja AB sendiri tanpa perlu membeli set baja AB daripada penjual. Kita mampu menjimatkan kos baja fertigasi sehingga 30% dengan membuat sendiri baja AB.\n\n\nPengasingan Nama Baja AB\n\n\nSeperti namanya AB, baja ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B. Ada juga petani yang menjual baja AB tetapi melabelkan XY, A1 A2, dan YZ. Apa-apa pun label yang diberi, tetap akan ada dua bahagian baja ini.\n\n\nKenapa baja A da B diasingkan? Pengasingan ini dibuat kerana terdapat bahan-bahan dalam baja AB tidak boleh dicampur pekat antara satu sama lain.\n Antara semua bahan baja AB adanya \nkalsium nitrat\n, \nmagnesium sulfat\n dan \nMKP\n. Ketiga-tiga bahan ini apabila larut di dalam air akan membentuk ion. Ion kalsium adalah bercas positif manakala ion sulfat dan ion fosfat adalah bercas negatif.\n\n\nPada kepekatan tinggi, ion kalsium akan bercantum dengan ion sulfat membentuk kalsium sulfat. Tindak balas ini akan membentuk mendakan putih. Mendakan putih ini apabila disalurkan ke dalam sistem fertigasi akan menyebabkan sistem pengairan tersumbat. Selain itu pokok tidak dapat mengambil baja ini.\n\n\nHal yang demikian sama juga bagi ion kalsium dan ion fosfat yang akan membentuk mendakan kalsium fosfat.\n\n\nKesimpulannya, pada kepekatan tinggi ion-ion ini akan bertindakbalas antara satu sama lain membentuk mendakan putih. Oleh sebab itulah bahan-bahan ini dipisahkan kepada dua bahagian iaitu set A dan set B. Namun begitu, ion ini akan berfungsi dengan baik jika dicairkan di dalam air menjadi larutan nutrien.\n\n\nBahan Baja AB\n\n\nTumbuhan memerlukan 13 unsur penting untuk hidup subur. Unsur ini pula adalah dalam bentuk nutrien yang boleh diserap oleh tumbuhan. Terdapat 6 nutrien makro yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak, iaitu nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), kalsium (Ca), magnesium (Mg) dan sulfur (S). Antara 6 nutrien makro tersebut, N, P dan K diperlukan dalam kuantiti yang banyak. \n\n\nNutrien selain daripada enam ini pula disebut nutrien mikro (atau dikenali sebagai unsur surih, \ntrace elements\n) yang diperlukan hanya dalam kuantiti sedikit. Antaranya adalah ferum (Fe), kuprum (Cu), mangan (Mn), zink (Zn), molibdeum (Mo), boron (B) dan klorin (Cl).\n\n\nTerdapat 10 bahan yang digunakan oleh petani fertigasi dalam membuat set A dan set B baja AB. Bahan-bahan ini sudah mengandungi nutrien yang diperlukan oleh pokok seperti diterangkan sebelum ini. Boleh dikatakan baja AB adalah baja cecair lengkap untuk tanaman.\n\n\n\n\nAmalan petani di Malaysia adalah menghasilkan isipadu baja A 100L dan baja B 100L daripada 25kg baja AB. Kita boleh kurangkan sendiri kuantiti takaran mengikut keperluan seperti kepada 50L AB atau 12L AB.\n\n\nBerikut adalah senarai bahan yang perlu anda beli (pautan pembelian online saya letak sekali pada setiap satu bahan):\n\n\nBahan A:\n\n\nKalsium nitrat \u2013 \nhttps://shp.ee/nbwe4is\nFerum EDTA \u2013 \nhttps://shp.ee/efdfbr2\n\n\nBahan B:\n\n\nKalium nitrat \u2013 \nhttps://shp.ee/q58eyui\nMono-kalium hidorgen fosfat (MKP) \u2013 \nhttps://shp.ee/hfxss3b\nMagnesium sulfat \u2013 \nhttps://shp.ee/ukufgyn\nMangan sulfat \u2013 \nhttps://shp.ee/xiz5fbe\nAsid borik / hibor \u2013 \nhttps://shp.ee/saihru6\nZink sulfat \u2013 \nhttps://shp.ee/ikzquqe\nKuprum sulfat \u2013 \nhttps://shp.ee/gdmbqaw\nNatrium molibdat \u2013 \nhttps://shp.ee/zkmujew\n\n\nBagi yang betul baru ingin bermula, saya tak sarankan anda membuat sendiri baja ini. Lebih baik anda beli baja AB yang telah dibuat sedia. Saya berikan senarai dan link pembelian.\n\n\nbaja AB 100L \u2013 \nhttps://shp.ee/fpbsbin\n \u2013 sesuai untuk sesiapa yang ingin menanam 100 polibeg ke atas\nbaja AB 50L \u2013 \nhttps://shp.ee/heqg24a\n \u2013 sesuai untuk sesiapa yang ingin menaman 20-100 polibeg\nbaja AB 10L \u2013 \nhttps://shp.ee/wxjs2h2\n \u2013 sesuai untuk 10-20 polibeg dahulu. Kira siapa nak mula, elok guna 10L dahulu.\n\n\nFormula Baja AB untuk Cili, Terung, Tomato dan Rockmelon\n\n\nBerapa kuantiti untuk setiap bahan yang dinyatakan untuk membuat baja AB? Secara umumnya, petani di Malaysia menggunakan formula Cooper untuk sayuran daun (sawi, salad, bayam, kangkung) dan sayur buah (cili padi, cili kulai, terung, tomato). Bezanya adalah pada kepekatan EC yang diukur nanti apabila pati AB ini dilarutkan menjadi larutan nutrien.\n\n\nManakala untuk tanaman akar seperti halia dan kunyit formulanya sedikit berbeza. Petani melebihkan pada unsur fosforus (P) dan kurangkan nitrogen (N).\n\n\nBerikut adalah \nformula Cooper\n untuk penggunaan secara umum pada semua jenis tanaman.\n\n\nBaja\nKandungan (g)\nA\n1. Kalsium nitrat \u2013 11,000\n2. Ferum EDTA -200\nB\n1. Kalium nitrat \u2013 13,200\n2. Mono-kalium hidorgen fosfat \u2013 2,200\n3. Magnesium sulfat \u2013 5,300\n4. Mangan sulfat \u2013 30\n5. Asid borik / hibor -50\n6. Zink sulfat \u2013 35\n7. Kuprum sulfat \u2013 3\n8. Natrium molibdat \u2013 4\n\n\nBagi yang baru ingin mencuba buat sendiri, saya cadangkan eloklah anda untuk mengikut formula atau resipi yang telah petani buat. Biasanya mereka dapatkan daripada MARDI ataupun Jabatan Pertanian.\n\n\nDi sini saya berikan percuma semua \nformula baja AB bagi sayur daun seperti kangkung, bayam, sawi, kubis\n / \nformula baja AB untuk sayur buah seperti cili, terung, bendi, jagung\n / \nformula baja AB untuk rockmelon\n.\n\n\nSaya ambil dan tambah baik daripada nota kursus-kursus fertigasi berbayar dan percuma dari MARDI yang pernah saya sertai. Boleh \ndownload pdf di sini\n.\n\n\nFormula Pengiraan Baja Fertigasi\n\n\nPengiraan formula baja fertigasi ini dapat kita buat sendiri dengan memahami asas keperluan baja hidroponik untuk tanaman khusus.\n\n\nKita boleh menggunakan kalkulator hidroponik (rujuk bahagian rujukan untuk link) untuk mengetahui berapa jumlah gram perlu untuk kitab buat campuran.\n\n\nPenyediaan Larutan Stok Baja AB\n\n\nPenyediaan larutan stok baja AB ini tidaklah sukar.\n\n\nAlatan:\n\n\nTong 100L berserta penutup \u2013 2 buah (tandakan A dan B pada setiap tong)\nKayu 1 meter \u2013 2 batang\n\n\nBahan:\n\n\nAir bersih (air jabatan, air sungai, air hujan. Jangan guna air bawah tanah yang akan memberi kesan pada campuran baja nanti)\nBaja AB \u2013 25 kg\n\n\nLangkah-langkah:\n\n\nIsikan air bersih sehingga separuh penuh ke dalam tong A dan B\nMasukkan semua bahan baja fertigasi A ke dalam tong A dan kacau dengan kayu sehingga tidak terasa butiran pada dasar\nMasukkan semua bahan baja fertigasi B ke dalam tong B dan kacau dengan kayu berlainan daripada tong A sehingga tidak terasa butiran pada dasar\nTambah air bersih ke dalam kedua-dua tong tersebut sehingga mencapai jumlah 100L\nTutup bekas larutan stok. Elakkan daripada terkena pancaran terus cahaya matahari atau kepanasan. Ini mungkin akan mengurangkan keberkesanan baja.\nSetelah itu biarkan larutan stok selama 24 jam sebelum digunakan. Hal ini agar semua bahan larutan stok dapat bertindak balas dan stabil\n\n\nGambar rajah mudah tentang bancuhan baja AB\n\n\nBerapa lamakah baja AB ini boleh disimpan? Baja AB ini tiada tarikh luput. Jika anda nampak ada mendakan pada baja AB, anda perlu kacau sahaja sehingga mendapan itu larut. Namun jika mendakan tidak hilang walaupun setelah dikacau, mungkin campuran anda sebelum ini ada kesilapan.\n\n\nKalau ada yang masih kurang faham, saya sarankan anda menonton \nvideo cara saya buat bancuhan larutan stok A dan B.\n\n\n\n\nhttps://youtu.be/iHegZ98PGq8\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nBuat Sendiri Baja AB Fertigasi / Hidroponik (10 Bahan Asas Beli Dari Kedai Pertanian) (https://youtu.be/iHegZ98PGq8)\n\n\nVIDEO: Cara buat baja AB fertigasi sendiri\n\n\nRujukan\n\n\nKalkulator baja hidroponik\n (Inggeris) / \nKalkulator baja fertigasi\n (Melayu)\nhttps://scienceinhydroponics.com/2010/07/preparing-your-own-hydroponic-nutrients-a-complete-guide-for-beginners.html\nhttp://ideaberkebun.blogspot.com/p/pati-baja-ab-2017.html\nHydroponic fertigation recipe designing sheet\n (video)\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/buat-em-sendiri-lactobacillus/", "title": "Cara Buat Baja Guna Air Basuhan Beras dan Susu (Serum Lactobacillus sp)", "body": "\n\nApabila saya mula terlibat dalam pertanian organik, saya sering mendengar perkataan EM dalam pembuatan baja organik.\u00a0 Bolehkah kita buat EM sendiri guna bahan ada di dapur? Setelah membuat beberapa kajian, saya kongsikan kepada anda cara membuat EM menggunakan \nair basuhan beras yang biasa disiram untuk tanaman dan susu segar.\n\n\nApa sebenarnya EM ini? EM (\neffective microorganism\n) adalah mikrob bermanfaat mempunyai pelbagai kegunaan.\n Salah satu bakteria yang ada dalam EM adalah \nLactobacillus\n. Kita boleh buat sendiri EM ini hanya dengan bahan-bahan yang ada di dapur.\n\n\nBACA >>>\n \nApakah Itu EM? Manfaat EM Kepada Kebun Anda\n\n\nResipi Membuat EM Sendiri\n\n\nBahan:\n\n\nAir basuhan beras (basuh tanpa klorin) \u2013 200 mL\nGelang getah \u2013 2 gelang\nKertas \u2013 2 helai\nBekas 1L\nBaldi 5L\nSusu lembu kotak \u2013 2 L\n\n\nCara buat:\n\n\nFasa 1:\n\n\nIsi air basuhan beras ke dalam bekas\nTutup bekas tersebut dengan kertas dan ikat dengan gelang getah\nLabel tarikh pembuatan\nPeram air itu selama 3 sehingga 5 hari.\nPeraman menjadi apabila air berbau masam dan terbentuk 3 lapisan. Tapis peraman ini untuk proses seterusnya.\n\n\nLapisan atas berbentuk pepejal putih \u2013 karbohidrat dan kulat\nLapisan tengah berwarna kuning cair \u2013 bakteria asid laktik\nLapisan bawah berwarna putih pekat \u2013 lemak dan kanji\n\n\nFasa 2:\n\n\nCampurkan cecair peraman ini dengan susu ke dalam baldi. Nisbah campuran adalah 1:10. Bermakna jika 200 mL cecair peraman campur dengan 2L susu.\nTutup baldi dengan kertas dan gelang getah\nLabel tarikh pembuatan\nPeram campuran ini selama 5 sehingga 7 hari.\nSelepas seminggu, akan terbentuk dua lapisan iaitu lapisan susu kental di atas dan di bawah adalah serum bakteria asid laktik.\nAsingkan dan tapis lapisan atas. Lapisan susu kental ini boleh dibuat keju atau dijadikan makanan haiwan atau bahan kompos\nBoleh simpan serum ini di dalam botol\n\n\nUntuk tahan lama, campurkan serum EM ini dengan molases. Molases ialah gula merah yang dimasak dengan air sehingga cair. Nisbahnya ialah 1 bahagian serum EM + 1 bahagian molases.\n\n\nAlternatif lain, kita boleh campurkan serum ini dengan gula perang atau gula kasar dengan nisbah yang sama iaitu 1:1. Contohnya 1L serum EM + 1kg gula perang.\n\n\nSimpan serum EM ini di tempat yang gelap dan dingin.\n\n\nSukatan dan Cara Penggunaan EM (Effective Microorganism)\n\n\nUntuk pembajaan: \nCampurkan 2 sudu makan EM bersama 1L air. Boleh sembur terus pada daun, batang dan pangkal tanaman dan tanah, atau campur dengan baja cecair lain.\nUntuk menghilangkan bau najis haiwan: \nCampurkan 2 sudu makan EM bersama 1L air. Beri haiwan ternakan minum campuran tersebut dan juga sembur pada najis haiwan.\nMempercepatkan proses pengkomposan: Sembur atau siram pada kompos,\nMengurangkan alga akuarium: masukkan beberapa sudu makan ke dalam akuarium\nMembuat bokashi bran dan kompos bokashi\nMembuat IMO5\nMembersihkan sungai dan parit yang tercemar\n\n\nSelamat mencuba semua!\n\n\nRujukan:\n\n\nhttp://www.cgnfindia.com/lab.html\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/buat-larutan-mikrob-berkanji-jadam/", "title": "Larutan Mikrob Berkanji Mampu Melembutkan Tanah yang Keras", "body": "\n\nTanah liat adalah tanah jenis keras ketika ia kering manakala melekit ketika ia basah. Cara petani menguruskan tanah yang keras ini adalah dengan membajak.\n\n\nWalaupun begitu, ada satu cara mampu melembutkan tanah yang keras tanpa perlu mesin bajak. Kaedah ini diguna pakai oleh petani organik di Korea.\n\n\nMereka menggunakan mikrob baik bagi melembutkan tanah. Mikrob akan menyerap masuk ke dalam tanah dan melakukan kerja mereka.\n\n\nLalu, bagaimana ingin membuat mikrob baik ini? Kita buat dengan kaedah \nlarutan mikrob berkanji (LMB)\n.\n\n\nLMB ini sangat sesuai bagi melembutkan tanah dan menyuburkan kembali tanah yang sudah rosak.\n\n\nSaya pertama kali membaca kaedah ini yang dinamakan sebagai \nJADAM Microbial Solutions\n. Saya Melayu kan nama ini kepada larutan mikrob berkanji (LMB). \n\n\nUntuk pengetahuan anda, JADAM adalah satu kaedah pertanian organik di Korea. Pengasasnya Youngsang Cho menamakan kaedah yang beliau asaskan ini sebagai JADAM yang bermaksud bekerja bersama alam semula jadi.\n\n\nMari kita lihat cara pembuatan LMB yang mudah ini.\n\n\nBahan:\n\n\nKentang \u2013 4 biji (rebus sehingga empuk)\nGaram \u2013 2 sudu makan\nDedaun reput / kompos / tahi cacing \u2013 1 genggam\nAir biasa\n\n\nPeralatan:\n\n\nStoking \u2013 2 helai\nTong sampah \u2013 20-40 L\nTali rafia\n\n\nBahan-bahan untuk membuat larutan cecair mikrob berkanji (JADAM microbial solutions)\n\n\nTahi cacing tanah amat sesuai dijadikan sebagai bahan membuat LMB. Tahi ini mengandungi pelbagai mikrob baik yang membantu melembut dan menyuburkan tanah.\n\n\nDedaun reput berada di bawah lapisan daun kering. Warnanya cokelat kehitaman dan tidak berupa daun lagi. Sangat bagus untuk dijadikan sebagai bahan LMB.\n\n\nCara buat:\n\n\nMasukkan kentang ke dalam stoking dan ikat hujung stoking. Buat seperti bunjut.\nUlang langkah 1 untuk dedaun reput.\nIsi air sehingga memenuhi tong sampah. Sebolehnya tinggalkan ruang sekitar 5-10 dari paras atas tong.\nMasukkan bunjut kentang dan dedaun reput ke dalam tong berisi air tadi.\nRamas bunjut tersebut agar perlahan-lahan keluar bahan di dalam bunjut tersebut.\nMasukkan garam ke dalam air.\nBiarkan peraman selama 12-24 jam.\nBiasanya sekitar 12-24 jam kita akan dapat nampak bebuih muncul di permukaan air. Ini tanda mikrob telah membiak dengan banyak. Guna sehingga habis tanpa tinggal sisa.\n\n\nRamas kedua-dua bunjut berisi kentang rebus dan dedaun reput agar larut ke dalam air.\n\n\nKeadaan air selepas 12-24 jam. Apabila buih banyak, tanda mikrob berada pada tahap optimum.\n\n\nCara guna:\n\n\nSiram terus ke atas tanah yang ingin kita tanam.\nJika kita ingin siram pada pokok, cairkan sekitar 30-200. Contohnya 100mL LMB campur dengan 3L air biasa atau 20L air biasa. Kadar untuk cair ini bergantung kepada ketahan pokok kita. Kadang ada pokok boleh dengan nisbah cair 1:30. Kalau kita dapati pokok macam terbantut selepas siram, cairkan lagi CMB dengan nisbah 1:200.\nEloknya kita buat tiga kali sebulan bagi melembut dan menyuburkan tanah.\n\n\nSiram LMB ke pokok dengan nisbah 1:30 (LMB:Air)\n\n\nJika siram atas batas, boleh siram LMB pekat tanpa campuran air untuk kesan yang pantas.\n\n\nKita juga boleh menyembur LMB pada dedaun pokok bagi menggalakkan mikrob baik sekitar batang dan daun pokok. Cairkan dengan nisbah 1:200. Sembur dua minggu sekali.\n\n\nManfaat\n\n\nLMB ini sifatnya menghasilkan mikrob anaerobik. Hal ini berbeza dengan IMO yang menghasilkan mikrob aerobik. Sebab itu elok LMB ini disiram lenjun ke dalam tanah. Biar mikrob anaerobik menyerap betul ke dalam tanah dan buat kerja mereka.\n\n\nAntara kelebihan guna LMB ini:\n\n\nmelembutkan tanah yang keras\nmembantu memperbanyakkan mikrob baik di dalam tanah\nmenyuburkan tanah\n\n\n[Video]\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=bUkHNmnVTSE\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nCara Buat Tanah Subur Guna Kentang a.k.a JADAM Microbial Solution (JMS) (https://www.youtube.com/watch?v=bUkHNmnVTSE)\n\n\nVideo langkah demi langkah LMB.\n\n\nKesimpulan\n\n\nTanah adalah sumber kehidupan bagi petani. Subur tanah, maka subur lah pokok. Maka kita perlu perbaiki tanah dengan mikrob. Cara paling mudah adalah dengan LMB.\n\n\nAda soalan atau pandangan? Boleh tinggalkan komen anda.\n\n\nRujukan\n\n\nJadam Microbial Solutions\n\n\n\u00a0\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/cahaya-matahari-tanaman/", "title": "Senarai Tanaman Mengikut Jumlah Cahaya Matahari yang Perlu", "body": "\n\nSetiap tumbuhan ada kadar jumlah cahaya yang diperlukan. Lain tanaman, lain kadar yang diperlukan. Pokok berbuah memerlukan cahaya lebih banyak berbanding sayuran.\n\n\nSaya terfikir untuk membuat satu senarai khas untuk setiap tanaman bagi memudahkan rujukan kepada semua pekebun. Tidak kira di atas tanah ataupun apartment.\n\n\nIstilah Pencahayaan\n\n\nSebelum itu, kita ketahui dahulu pencahayaan untuk tumbuhan.\n\n\nCahaya matahari adalah sumber utama untuk tumbuhan membesar. Tumbuhan menukarkan cahaya matahari kepada makanan melalui proses fotosintesis. Kebanyakan tumbuhan memerlukan cahaya antara 6 jam hingga 8 jam sehari untuk hidup subur.\n\n\nDi sini\u00a0kita kenal dahulu istilah mudah tentang pengkelasan jenis cahaya kepada tumbuhan.\n\n\nJumlah Cahaya\nJumlah Jam Sinaran\nCahaya penuh\nLebih daripada 6 jam kena cahaya matahari\nSeparuh cahaya\n4-5 jam cahaya terus\nSepara redup\n2-4 jam cahaya\nRedup\nKurang 1 jam cahaya\n\n\nOleh kerana apabila tinggal di apartment, cahaya matahari terhalang oleh dinding dan ketinggian bangunan. Saya kategorikan ini sebagai separuh cahaya dan ke bawah.\n\n\nJumlah cahaya yang tumbuhan perlukan\n\n\nJadi apakah cara senang untuk kita ketahui tempat kita tinggal mengenai berapa banyak cahaya? Inilah masanya kita menggunakan mencatat dalam buku jurnal berkebun. Pastikan anda menyimpan satu rekod berkebun kerana kita mahu serius dalam berkebun.\n\n\nCaranya mudah sahaja iaitu dengan kita memerhatikan sepanjang hari di rumah kita. Ambil masa ketika di hujung minggu untuk melakukan aktiviti ini. Keluar ke kawasan yang bercahaya selama 2-3 minit setiap sejam. Tidak perlu 24 jam di tempat itu. Lakukan ketika pagi sehingga petang, apabila cahaya mula naik sehingga turun. Catat masa cahaya memancar di kawasan itu sehinggalah cahaya itu mula beralih arah ke tempat lain.\u00a0Lalu, kita boleh lihat kita jatuh di kategori mana.\n\n\nDengan mengetahui kita di kategori mana, ini telah memudahkan kerja kita untuk mengenal pasti jenis tumbuhan yang paling sesuai untuk kita tanam.\n\n\nApakah jenis tumbuhan yang sesuai untuk ditanam dengan kadar cahaya yang berlainan? Anda boleh \nmencuba dengan tanaman herba dahulu\n.\n\n\nSenarai Sayur Mengikut Keperluan Cahaya Matahari\n\n\nJenis Sayur\nJumlah jam cahaya\nKangkung\nHasil memuaskan: 6-8 jam\nBiasa: 4-6 jam\nKurang: 2-3 jam\nSawi\nBayam merah / hijau\nBayam brazil\nUlam raja\nKailan\nKobis\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/campuran-tanah-pasu/", "title": "Cara Buat Sendiri Campuran Tanah Pasu (Ekstra Tips Daripada Pakar)", "body": "\n\nTanah campur adalah salah satu medium tanaman bagi penanaman bekas atau pasu. Medium campuran yang bagus adalah yang mampu memegang air dengan bagus, tidak mudah bergenang (takung air), dan mampu membekalkan nutrien yang sesuai untuk tanaman. Berdasarkan pengalaman saya dalam membuat tanah campur dan membeli dari nurseri, tidak semua tanah campur itu bagus. Oleh sebab itu kadang kita perlu membuat bancuhan tanah campur sendiri.\n\n\nSaya akan terangkan satu formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam membancuh campuran tanah. Saya ringkaskan dengan akronim TOL yang bermaksud:\n\n\nT \u2013 tanah atas\nO \u2013 organik\nL \u2013 lengai\n\n\nMari kita kenal dahulu setiap satu apakah itu TOL dan kandungan di dalamnya. Dan baca sampai habis. Di hujung ada tips ekstra saya berikan.\n\n\nTanah Atas\n\n\nTanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Warna tanah atas adalah coklat gelap dan sedikit kehitaman akibat pereputan daun dan bahan organik. Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti. Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan.\n\n\nTetapi di nurseri pokok betul ke ada tanah atas? Biasanya stok tanah atas nurseri adalah yang diambil dari bukit. Warna coklat kekuningan.\n\n\nTanah atas ini hanyalah satu konsep yang saya boleh katakan perlu tanah. Tak kisahlah tanah apa-apa asalkan tanah itu elok rupanya. Jadi jika kita sukar untuk mendapatkan tanah atas, kita boleh dapatkan tanah bukit, tanah merah, tanah bakar, tanah hitam dan apa-apa tanah yang elok kejadiannya.\n\n\nCuma jangan ambil tanah tempat pembakaran sampah. Tanah itu tidak elok kerana telah tercemar dengan sampah. Melainkan tanah itu hanyalah dibakar sisa kayu dan daun. Jika ada sampah seperti plastik saya sarankan jangan diambil langsung.\n\n\nOrganik\n\n\nOrganik pula mewakili bahan organik. Bahan organik berfungsi membekalkan nutrien dan memegang air dalam campuran. Selain itu, bahan organik ini menjadi satu bekalan makanan kepada mikrobakteria yang baik dalam tanah.\n\n\nContoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda) yang telah reput, baja kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik ini kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.\n\n\nLengai\n\n\nLengai adalah bahan yang tidak mudah bertindakbalas dengan tanah dan bahan organik. Pada asalnya kebanyakan pekebun menggunakan pasir sebagai bahan lengai dalam campuran.\n\n\nNamun apabila semakin banyak bahan ditemui, pasir kurang mendapat tempat dalam campuran tanah.\n\n\nPasir berfungsi memberi rongga pada campuran tanah ini. Hal ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Dan membantu penyerapan oksigen dengan baik oleh akar. Selain itu tanah tidak akan mudah padat. Tanah yang padat menyebabkan air mudah bertakung di dalam pasu.\n\n\nPasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu? Pasir halus.\n\n\nPasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.\n\n\nKenapa saya menukar kepada lengai dan tidak pasir sahaja? Sebab saya sudah menjumpai alternatif yang lebih baik daripada pasir.\n\n\n\n\nJika di negara barat, kita akan nampak kebanyakan panduan dalam buku mereka akan mencadangkan vermikulit, perlit dan zeolit. Ketiga-tiga bahan ini boleh kita beli secara online. Namun harga tidaklah murah.\n\n\nOleh itu saya kini menggunakan sekam bakar sebagai ganti kepada pasir. Sekam bakar ini menyerap air dengan bagus, struktur yang bagus, bersifat anion (menyerap dan menyimpan baja), dan menjadi perumah kepada mikrob baik. Sekam bakar dihasilkan daripada pembakaran tidak lengkap sekam padi atau kulit padi. Nama lain sekam bakar adalah arang sekam. Boleh \ndapatkan sekam bakar di sini\n.\n\n\nMedium Tanaman Yang Dijual\n\n\nJika kita pergi ke nurseri pokok atau bahagian berkebun di mana-mana pasaraya besar pasti kita akan jumpa pelbagai jenis tanah yang dijual. Di sini saya terangkan satu per satu setelah kita faham formula asas campuran tanah.\n\n\nTanah Campur\n\n\nAda beberapa pek tanah yang dijual telah siap sedia dicampur dengan tiga bahan iaitu tanah, sekam bakar dan sabut kelapa hancur. Ada penjual yang membungkus dan menjenamakan \ntanah 3 dalam 1\n, 6 dalam 1 atau pun mana-mana yang hampir sama.\n\n\nBagi saya, tanah ini adalah jenis yang bagus untuk penanaman pasu. Kita boleh guna terus untuk bercucuk tanam. Tidak perlu lagi membuat campuran tanah.\n\n\nPelbagai jenis tanah campur dijual pada bahagian perkebunan di pasaraya. (\nbeli sini\n)\n\n\nTanah Bakar\n\n\nTanah bakar\n adalah seperti namanya iaitu tanah yang dibakar. Tanah bakar ini adalah sisa tanah buangan penghasilan pasu tanah liat. Kelebihan tanah ini adalah sebab ia pernah dibakar maka kurang pencemaran kulat berbahaya. Kelemahannya adalah jika kita guna ini sahaja untuk tanam pokok kita, maka ada potensi tanah tersebut menjadi padat setelah kita siram beberapa kali.\n\n\nTanah Hitam\n\n\nTanah hitam pula adalah tanah bukit yang dicampurkan dengan sekam bakar. Sebab itulah apabila kita gunakan tanah ini untuk tanam dalam pasu akan kita nampak tanah ini menjadi kekuningan apabila disiram air. Sekam bakar itu dihanyutkan oleh siraman air dan menampakkan dirinya yang sebenar.\n\n\nTanah Sawit\n\n\nTanah sawit\n mula mendapat tempat dalam jualan nurseri. Saya lihat semakin ramai orang yang menjual tanah sawit. Persoalannya apakah itu tanah sawit? Tanah sawit ini adalah tanah yang kena sisa buangan dari kilang pemprosesan sawit.\n\n\nTanah ini mengandungi bahan organik yang tinggi, Walaupun begitu, kualiti tanah sawit ini berbeza mengikut penjual.\n\n\nNisbah Campuran Tanah\n\n\nSetelah kita faham asas TOL dan jenis-jenis tanah yang dijual, barulah saya masuk ke dalam nisbah campuran untuk setiap bahan TOL.\n\n\nCampuran Tanah 3:2:1\n\n\nFormula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.\n\n\nSecara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.\n\n\nFormula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.\n\n\nCampuran Tanah 2:1:1\n\n\nCampuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.\n\n\nCampuran Tanah 1:1:1\n\n\nCampuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.\n\n\nCara Gaul\n\n\nSetelah kita sediakan semua bahan mengikut isipadu setiap satu, boleh mula mencampur semua bahan. Caranya mudah sahaja.\n\n\nPada lapisan bawah, letakkan tanah atas diikuti lapisan kedua adalah bahan organik dan paling atas adalah lengai seperti sekam bakar.\n\n\nJika kadar jumlah sedikit, gaulkan dengan menyodok dari bawah dan letak ke atas. Ulang sehingga sebati. Sebati di sini bermaksud kita tidak nampak asing setiap bahan. Tiada lagi nampak tanah, sekam bakar dan bahan organik.\n\n\nApabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.\n\n\nRujukan\n\n\nTropical Nursery Manual Book (2014)\nHaase D.L., Dumroese R.K., Wilkinson K.M., Landis T.D. (2015) Tropical Nursery Concepts and Practices. In: K\u00f6hl M., Pancel L. (eds) Tropical Forestry Handbook. Springer, Berlin, Heidelberg. \nhttps://doi.org/10.1007/978-3-642-41554-8_142-1\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/cara-buat-baja-organik-cecair-baja-buah/", "title": "Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah Guna Kulit Udang", "body": "\n\nCara membuat \nbaja organik cecair\n sebagai baja buah. Kita boleh gunakan \nbahan dari dapur\n sebagai bahan utama \nbaja cecair\n. Ikuti cara satu persatu dengan mudah saya kongsikan di Kebun Bandar.\n\n\nKelebihan baja buah ini:\n\n\n\n\nKulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan\n\n\nKulit udang membekalkan unsur surih (trace element) sesuai untuk tumbesaran\n\n\nKulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok\n\n\n\n\nResipi Baja Organik Buah\n\n\nBahan A:\n\n\n\n\nGula merah \u2013 1 kg (dicairkan dengan 200 mL air)\n\n\n\n\nBahan B (Kisar):\n\n\n\n\nKulit pisang \u2013 700 g\n\n\nKulit telur \u2013 100g\n\n\nKulit udang (belum dimasak) \u2013 200g\n\n\nAlternatif: Belacan \u2013 100g (jika tiada kulit udang)\n\n\n\n\nAlat:\n\n\n\n\nBaldi 5L\n\n\nBotol plastik 1.5 L\n\n\n\n\nCara buat:\n\n\n\n\nCampurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata\n\n\nSetelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L\n\n\nTutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Kita guna kain kasar agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.\n\n\nPeram selama 20 hari\n\n\nSetelah itu, tapis cecair hasil peraman.\n\n\n\n\nPenggunaan:\n\n\n\n\nCampurkan baja buah ini bersama air dengan nisbah 1:100 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL cecair baja dengan 1000 mL air.\n\n\nSembur pada daun, batang dan pangkal pokok untuk mendapat kesan maksimum.\n\n\nPaling bagus sembur di awal pagi atau lewat petang.\n\n\nJika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali agar kesan sentiasa ada\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/cara-membuat-kompos-mudah-dan-segera/", "title": "Cara Membuat Baja Kompos dari Sisa Dapur", "body": "\n\nKompos adalah baja organik yang terhasil daripada penguraian bahan-bahan organik seperti dedaun kering dan rumput. Kompos mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu dan rosak akibat penggunaan baja kimia berterusan.\n\n\nPembuatan baja kompos bermula dengan kita faham asasnya. Setelah itu kita boleh ubahsuai ikut kessuaian bahan, alatan, lokasi dan masa kita.\n\n\nBahan Utama\n\n\nAda satu istilah yang digunakan iaitu bahan \ngreen \ndan \nbrown \ndalam pembuatan kompos ini. Saya terjemahkan kepada hijau / basah dan p\u00e9rang / kering.\n\n\nBahan basah (hijau) adalah bahan organik yang kaya dengan nitrogen. Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh/kopi dan lain-lain.\n\n\nBahan kering (p\u00e9rang) adalah bahan yang kaya dengan karbon. Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak/potong kecil) dan lain-lain.\n\n\nKedua-dua bahan ini memain peranan penting dalam menjadikan kompos kita terhasil cepat atau lambat.\n\n\nSelain itu, ada bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.\n\n\nCara Membuat Kompos\n\n\n1. Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine.\n\n\n2. Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab.\n\n\n3. Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua minggu sekali.\n\n\n4. Sepanjang proses ini, anda akan dapat merasakan sisa organik anda mula memanas. Anda boleh gunakan tangan untuk rasa sendiri atau anda boleh gunakan termometer analog (\nbeli sini\n). Suhu akan mula meningkat sekitar 2-3 hari selepas anda mencampur semua bahan. Ini tanda mikrob sedang menjalankan tugas mereka. Pastikan suhu sekitar 50-60 \no\nC sahaja. Jika terlebih, anda perlu membolak-balik kembali sisa organik.\n\n\n5. Anda boleh tahu kompos anda mula terhasil apabila bahan yang terhasil tiada lagi rupa asal. Semua warna bahan asal akan berwarna perang. Bau bahan pula bau seakan tanah.\n\n\nKadar penghasilan kompos ini tergantung kepada jumlah bahan yang dimasukkan. Jika cukup nisbah bahan kering dan basah maka sekitar 4-6 bulan anda boleh mula menuai kompos.\n\n\nDaripada semua sisa organik yang kita gunakan, akan susut sehingga tinggal 30 peratus sahaja. Contohnya jika kita masukkan 10kg sisa, maka kita akan dapat 3kg kompos di akhir proses.\n\n\nIni berbeza dengan satu lagi teknik pengkomposan yang menggunakan cacing iaitu \nvermikompos\n. Vermikompos susut 40-50% daripada sisa asal.\n\n\n\n\nFaedah dan Kebaikan Kompos\n\n\nKompos, sebagai salah satu baja organik, mempunyai banyak kebaikan terhadap tanah. Antaranya:\n\n\nMemperbaiki struktur tanah\nMembekalkan nutrien yang berterusan kepada tanaman\nMembuatkan tanah mampu menyerap air dengan bagus\nMemperbaiki saliran air tanah\nMenggalakkan pertumbuhan mikrob baik di dalam tanah\nMenggalakkan kehadiran cacing tanah\nPenjimatan kos pembajaan berbanding baja kimia dari jangka masa panjang\n\n\nAaerobik atau Anaerobik?\n\n\nKompos boleh terhasil melalui dua proses iaitu proses aerobik (kehadiran oksigen) dan proses anaerobik (tanpa oksigen).\n\n\nKedua-dua proses ini mampu menghasilkan kompos yang berkualiti. Setiap proses ini ada kebaikan dan kelemahannya.\n\n\nKompos Aerobik\n\n\nKompos aerobik akan menghasilkan kompos yang tidak berbau dan senang dikendalikan. Namun, semasa proses pengkomposan berlaku, hampir 40% nutrien dalam bahan mentah kompos hilang. Sama ada semasa proses menggaul atau pun berlaku larutlesap.\n\n\nKompos aerobik didominasi oleh bakteria yang suka oksigen. Bakteria ini akan menguraikan bahan-bahan mentah kompos sehinggalah terjadi kompos yang lengkap.\n\n\nProses penguraian ini memakan masa biasanya tiga hingga enam bulan. Suhu, komposisi bahan hijau dan perang dan kepadatan kompos menjadi faktor utama kecepatan penghasilan kompos ini.\n\n\nKompos Anaerobik\n\n\nJika aerobik memerlukan oksigen, maka anaerobik adalah sebaliknya. Kompos anaerobik berlaku tanpa oksigen. Produk sampingan kompos ini adalah metana. Ini menyebabkan kompos anaerobik menghasilkan bau busuk.\n\n\nKelebihannya adalah nutrien hanya hilang sekitar 10% sahaja daripada kompos ini.\n\n\nSaya mula kenal kaedah kompos anaerobik ini daripada buku JADAM: Organic Farming. Penulis, seorang petani organik Korea yang sangat berjaya. Beliau berkongsi bagaimana orang Korea dahulu memeram segala sisa ladang dan menggunakan cecair peraman itu sebagai baja.\n\n\nSaya ada kongsikan pembuatan \nbaja rumput\n menggunakan kaedah ini.\n\n\nBantuan Mikroorganisma\n\n\nAda kompos yang dihasilkan daripada sisa sampingan haiwan. Antaranya vermikompos dan kompos larva serangga seperti \nblack soldier flies\n dan kumbang.\n\n\nVermikompos adalah kompos yang terhasil daripada tinja cacing. Vermi itu sendiri bermaksud cacing dalam bahasa Grik. Dikatakan baja vermikompos sangat bagus untuk tanaman.\n\n\nWalaupun begitu, kajian menunjukkan nutrien dalam vermikompos sama sahaja seperti baja kompos yang lain. Kalau ikut pandangan saya, vermikompos cepat terhasil kerana dalam masa 2 minggu sahaja kita boleh dapatkan vermikompos berkualiti.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/cara-semai-benih-sayur/", "title": "Belajar Cara Semaian Benih Sayur Mudah dan Ringkas", "body": "\n\nCara paling mudah dan murah untuk mula kita menanam sayur di rumah adalah dengan menanam menggunakan biji benih.\n\n\nTerdapat dua jenis saiz biji benih iaitu biji benih halus dan biji benih kasar. Maksud \nbiji benih halus adalah biji benih yang saiznya kecil sekitar 1-5 mm diameter seperti biji benih sawi, bayam, kailan dan salad\n. Manakala\n biji benih kasar pula adalah biji benih yang saiznya 6 mm ke atas seperti biji benih rambutan, durian, manggis dan cempedak\n.\n\n\nCara menyemai biji benih sayuran tidaklah susah asalkan kita memahami beberapa asas semaian seperti asas percambahan biji benih dan jenis media yang sesuai.\n\n\nSetelah kita faham asas, barulah kita belajar beberapa kaedah semaian yang biasa digunakan oleh pekebun. Dari situ kita pilih mana yang sesuai dengan kos, masa dan tempat kita. Saya juga akan menyatakan contoh pembiakan biji benih yang sesuai.\n\n\nAsas Semaian Biji Benih\n\n\nMari kita mulakan dengan asas semaian biji benih. Dengan memahami asas ini barulah kita dapat menilai kenapa kadang semaian biji benih kita tidak menjadi.\n\n\nAsas #1 \u2013 Syarat Asas Agar Biji Benih Bercambah\n\n\nBiji benih dalam keadaan kering tidak akan bercambah. Hal ini kerana tidak menepati syarat asas percambahan. Jadi apakah syarat itu? Terdapat tiga syarat atau keperluan asas untuk benih bercambah iaitu \nair\n, \noksigen\n, dan \nsuhu yang sesuai\n.\n\n\nCukup air, oksigen dan suhu maka bercambahlah benih. Kebanyakan biji benih sayur yang kita tanam sesuai dengan suhu di Malaysia iaitu sekitar 20-30 celcius. Jadi tidak perlulah kita risau untuk menanam kangkung, sawi, kailan dan kubis di halaman rumah.\n\n\nAsas #2 \u2013 Kualiti Biji Benih\n\n\nBiji benih berkualiti akan menghasilkan anak pokok yang sihat dan kuat. Ciri-ciri benih berkualiti adalah seperti bentuk yang elok, saiz dan warna yang bagus.\n\n\nBiji benih yang bagus akan mudah bercambah atau bernas. Contohnya jika kita membeli biji benih sawi yang bagus, biasanya akan bercambah sekitar tiga hingga lima hari. Namun jika lebih daripada itu masa percambahan, tandanya biji benih itu sudah lama dan tidak berkualiti.\n\n\nJumlah percambahan juga tinggi iaitu sekitar 90-95%.\n\n\nOleh itu pastikan kita dapat sumber biji benih yang berkualiti daripada penjual yang dipercayai. Hal ini kerana kadang-kala ada penjual yang menjual biji benih yang sudah lama disimpan. Sebab itu apabila kita menyemai biji benih walaupun sudah 10 hari menunggu, tetapi tiada yang bercambah.\n\n\nSaya sarankan anda membeli biji penih daripada jenama yang terbaik dan terkenal seperti Baba, Green World Agro dan Trio.\n\n\nAsas #3 \u2013 Masa Percambahan\n\n\nSetiap jenis biji benih sayur bercambah pada tempoh yang berlainan. Ada yang sekejap seperti dalam 48 jam. Ada juga yang memakan masa sehingga 10 hari. \n\n\nContohnya sawi, bayam dan kangkung akan bercambah dalam sekitar 2-4 hari selepas semai. Manakala cili dan tomato sekitar 7-14 hari selepas semai.\n\n\nJika lebih dari 20 hari dan masih tidak nampak kelibat semaian, eloklah kita audit kembali kenapa biji benih tidak bercambah.\n\n\n\n\nAsas #4 \u2013 Media Semaian Sesuai\n\n\nKalau kita perhatikan betul, media tanaman bukanlah syarat utama untuk biji benih bercambah. Betul tak? Kita hanya perlukan air, oksigen dan suhu yang sesuai.\n\n\nJadi apakah fungsi media semaian? Hal ini terjawab apabila media semaian mampu membekalkan air berterusan kepada biji benih tanpa melemaskan biji benih di dalam air. Biji benih akan dapat air dan oksigen daripada media semaian.\n\n\nMedia semaian perlu adalah ciri-ciri berikut:\n\n\n\n\nbebas penyakit (steril)\n\n\nmudah menyerap dan menyimpan air\n\n\nporos \u2013 mudah untuk akar benih tumbuh\n\n\nbebas benih rumpai\n\n\n\n\nMenjadi amalan di Malaysia untuk petani menggunakan lumut gambut atau peatmoss (\nbeli sini)\n sebagai media semaian. Hal ini kerana peatmoss menepati semua ciri-ciri media semaian yang sesuai. Saya sangat sarankan untuk sesiapa yang ingin mula berkebun mulakan dengan peatmoss.\n\n\nPenggunaan peatmoss akan mengurangkan kadar kegagalan anda dalam mula berkebun. Baca lanjut dan anda akan dapat tahu cara semai guna peatmoss.\n\n\nWalaupun begitu kita juga boleh menggunakan tanah kebun, sabut kelapa hancur (cocopeat) dan kompos sebagai media semaian.\n\n\nPaling bagus jika kita dapat campurkan lumut gambut, sabut kelapa hancur, sekam bakar dan kompos dengan nisbah 1:1:1:1. Campuran semua bahan ini menjadikan media semaian paling mantap.\n\n\nAsas #5 \u2013 Umur Biji Benih\n\n\nLagi lama kita simpan biji benih, lagi kurang berkualiti. Suhu bilik akan merosakkan biji benih. Paling bagus jika benih lebihan kita simpan di dalam peti ais di bahagian bawah. Pastikan label dengan betul agar tidak tersilap. (\nbeli sini biji benih berkualiti\n)\n\n\nSetelah kita faham asas benih. kita masuk ke cara semaian benih sayur yang betul.\n\n\nCara Semai Biji Benih\n\n\nTerdapat dua cara yang boleh kita laksanakan dalam aktiviti semaian ini. Pertama adalah semaian terus ke dalam bekas tanaman. Kita ambil biji benih dan terus tanam ke dalam pasu. Dari situ kita jaga sehinggalah tuai.\n\n\nKedua pula adalah dengan semai dahulu di bekas lain seperti di dalam talam semaian (seed tray) (\nbeli sini\n) atau pun tapis. Setelah benih bercambah, kita pindah benih ke bekas lebih besar atau terus ke atas batas. Dari situ kita jaga sehinggalah tuai.\n\n\nKaedah kedua lebih renyah tetapi hasil kemenjadiannya lebih tinggi berbanding kaedah pertama.\n\n\n#1 Semaian Terus\n\n\nBiji benih sayur yang harga murah, mudah bercambah dan saiz yang besar sesuai untuk teknik semaian terus. Biji benih besar seperti kangkung, ketumbar, \n\n\nWalaupun begitu, biji benih halus seperti bayam juga boleh kita semai terus. Hal ini kerana harga benih bayam adalah relatif murah.\n\n\n#2 Semaian Di Bekas\n\n\nBiji benih halus seperti bayam, tomato, dan cili biasanya elok kita semai di dalam bekas kecil dahulu. Saya menyemai di dalam pasu kecil atau di atas tapis kecil. Ini terpulang kepada bekas yang kita ada. Asalkan bekas tersebut tidak bertakung air. Media semaian ikut seperti saya nyatakan pada Asas #4.\n\n\n\n\nBenih tomato di dalam tapis.\n\n\n\n\nBenih tomato dalam pasu kecil.\n\n\n\n\nBenih terung telunjuk dalam dulang semaian.\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Vt5Uk01of-Y\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \n\u0e40\u0e1e\u0e32\u0e30\u0e40\u0e21\u0e25\u0e47\u0e14\u0e1c\u0e31\u0e01\u0e2a\u0e25\u0e31\u0e14\u0e27\u0e31\u0e19\u0e40\u0e14\u0e35\u0e22\u0e27\u0e02\u0e36\u0e49\u0e19\u0e17\u0e31\u0e19\u0e43\u0e08 \u0e44\u0e21\u0e48\u0e22\u0e38\u0e48\u0e07\u0e22\u0e32\u0e01\u0e2d\u0e35\u0e01\u0e15\u0e48\u0e2d\u0e44\u0e1b (https://www.youtube.com/watch?v=Vt5Uk01of-Y)\n\n\nSemai benih salad di atas tisu.\n\n\nJika hendak lebih teratur paling bagus jika kita semai di dalam dulang semaian (\nbeli sini\n). Ikuti video di bawah untuk caranya.\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Wzc7NLut9Is&t=5s\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nCara Semai Biji Benih Sayur dalam Talam Semaian (https://www.youtube.com/watch?v=Wzc7NLut9Is&t=5s)\n\n\nCara semai benih guna dulang semaian (seed tray)\n\n\nPaling penting adalah semai 1-2 biji benih sahaja untuk setiap lubang. Ramai pemula terlalu teruja sehingga bubuh 5-10 biji benih per lubang. Akibatnya benih bercambah dan tumbuh kurus meleding.\n\n\nManakala untuk kedalaman benih sekitar 0.5-1 cm sahaja. Jangan terlalu dalam. Takut benih lemas. Jangan terlalu cetek. Takut benih kering akibat terdedah.\n\n\nSelesai kita semai benih di dalam bekas, boleh kita letak di tepi rumah atau tempat yang redup. Jangan terus jemur kerana bekas akan cepat kering dek pancaran cahaya matahari.\n\n\nKeperluan Cahaya\n\n\nSebaik sahaja kita nampak benih bercambah, perlulah kita pindah benih ke tempat yang ada cahaya matahari. Di tepi tingkap atau tepi rumah sudah memadai.\n\n\nBenih yang tumbuh kurus tanda tempat yang kita letak benih itu kurang cahaya matahari. Ubah ke tempat yang ada cahaya matahari.\n\n\nJika kita rajin, kita boleh guna lampu LED (\nbeli sini\n) sebagai ganti cahaya matahari. Jarak minimum 15cm dari anak benih.\n\n\n\n\nBenih tinggi dan kurus adalah tanda kurang cahaya. (\nsumber foto\n)\n\n\nPindah Tanam Anak Benih\n\n\nTanda anak benih boleh pindah ke pasu lebih besar atau atas batas adalah apabila sudah ada 3-5 daun sebenar. Semasa ini akar anak benih sudah kuat dan mampu bertahan setelah pemindahan. Jika hendak tahu lebih, boleh baca artikel \u2018\nCara Pindah Tanam Anak Pokok\n\u2018.\n\n\nRumusan\n\n\nAktiviti semaian benih adalah asas untuk kita berjaya dalam berkebun. Jika gagal, usah risau. Teruskan. Insya-Allah akan berjaya nanti.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nhttps://pubs.extension.wsu.edu/propagating-plants-from-seed\n\n\nhttps://content.ces.ncsu.edu/seed-and-seed-quality\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/cara-tanam-pudina/", "title": "2 Cara Mudah Tanam Pudina (#2 Paling Senang)", "body": "\n\nPudina antara tanaman yang mudah untuk tanam. Sesiapa pun boleh mula menanam pudina hari ini!\n\n\nDi sini saya terangkan cara mudah untuk menanam pudina di dalam bekas. Ya bekas. Kita tidak perlu bersusah payah menanam pudina di atas tanah atau batas. Hanya dengan bekas.\n\n\nBenih\n\n\nDi Malaysia sukar untuk kita mendapat benih pudina berkualiti. Apa yang saya buat adalah dengan membeli sahaja beberapa keratan pudina di pasaraya. Saya buang semua daun pudina. Saya kerat sekitar\u00a010cm batang pudina. Saya cucuk 1/4 keratan tersebut ke\u00a0dalam pasu . Dalam masa seminggu hingga dua minggu akan kelihatan pucuk pudina baru keluar.\n\n\nSaiz bekas\n\n\nSaiz yang ideal adalah antara bekas 2 liter hingga 5 liter. Ya. Memang kiraan isipadu guna liter. Kalau saya terangkan meter persegi\u00a0lagilah tak faham.\n\n\nMatahari\n\n\nPudina boleh membesar dengan baik dengan hanya menerima 3-5 jam sehari cahaya matahari. Ini bermakna pudina sesuai diletakkan di tepi tingkap atau balkoni yakni\u00a0di kawasan redup.\n\n\nBaja\n\n\nPudina adalah tanaman jenis suka jika dibaja berkala. Bubuh baja organik setiap minggu atau dua minggu sekali. Beberapa butir tinja ayam yang diproses sudah memadai setiap minggu. Bubuh di dalam tepi bibir pasu. Jangan pula pada batang pudina! Baja bersifat panas. Jika terlalu dekat akan melecur batang pudina itu nanti.\n\n\nSiram\n\n\nPudina suka air yang banyak tetapi tidak tempat genang (bertakung). Menjadi sebab juga menanam pudina di bekas yang besar (5 L) agar tanah bekas tak cepat kering. Siram dua kali sehari. Awal pagi dan lewat petang. Malam? Terpulang.\n\n\nPenyelenggaraan\n\n\nPudina menjadi kurang produktif apabila terlalu padat di dalam pasu. Akarnya boleh memenuhi pasu dan membuatkan ia semakin kurang subur. Kita boleh lihat dengan banyak gugur daun pudina. Banyak tinggal batang sahaja. Daun juga mula menguning banyak. Untuk mengatasi masalah ini, pecahkan pudina kepada dua atau empat bahagian. Setiap bahagian masukkan \u00a0ke dalam pasu baharu. Masukkan juga kompos sebagai baja.\n\n\nCubit\n\n\nUntuk tidak bagi pokok pudina tumbuh menegak sahaja, kita cubit pucuknya apabila sudah mula ada lima hinggga tujuh helai daun. Ini akan menggalakkan pudina menjadi lebih rimbun dan banyak daun.\n\n\nCantas\n\n\nPokok pudina paling cepat membesar. Jangan biarkan rimbunan pudina padat. Rajinkan diri anda membuang mana-mana daun yang rosak dan kekuningan. Apabila kita lihat pokok pudina mula menjalar, cantas sehingga menjadi pendek sekitar 10-15 cm. Selepas mencatas, pastikan kita membaja pudina kita. Pencantasan penting agar pokok pudina kita kekal\u00a0sihat dan subur. Cantas walaupun kita kurang menggunakannya dalam masakan.\n\n\nPudina yang mana?\n\n\nTerdapat pelbagai varieti pudina, bermula dari rasa sehinggalah kegunaannya. Cuba satu berdasarkan minat anda. Anda boleh buat teh, letak di dalam makanan ataupun sebagai ulaman di meja makan anda.\n\n\nSekarang giliran anda pula untuk bercerita. Jangan lupa tinggalkan komen tentang pudina anda!\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/cegah-serangga-perosak-tanaman/", "title": "Cara Mudah Mencegah Serangga Perosak Tanaman", "body": "\n\nApabila berkebun kita tidak akan lari daripada serangan serangga perosak. Sebelum kita membunuh serangga, ada cara mencegahnya.\n\n\nTanaman Penghalau\n\n\nTanaman penghalau ini mempunyai aroma yang membuatkan serangga tidak suka. Contohnya bau serai wangi tidak disukai oleh kebanyakan serangga perosak seperti afid dan kepinding putih.\n\n\nJika kita menanam sekeliling tanaman kita dengan serai wangi, boleh mengurangkan serangan serangga perosak.\n\n\nBawang putih dan bawang merah juga mampu menghalau serangga.\n\n\nKunyit juga mampu menghalau kepinding putih. Namun kunyit digemari daunnya oleh ulat bulu dan belalang. Ini satu masalah yang boleh diatasi dengan racun organik. Baca seterusnya.\n\n\nTanaman Penarik\n\n\nTanaman penarik adalah tanaman yang dapat menarik serangga untuk datang menyerangnya. Antara tanaman penarik adalah seperti pokok bunga tahi ayam dan daun kesum.\n\n\nBaja Organik\n\n\nBaja yang bagus akan membuatkan pokok sihat.\n\n\nKebun Bandar ada mengeluarkan baja organik sendiri yang memang terjamin kualitinya.\n\n\nSemburan Racun Organik\n\n\nAda racun organik sifatnya untuk membunuh dan ada sifatnya untuk menghalau sahaja.\n\n\nContohnya racun organik buatan sendiri yang menggunakan bawang putih dan cili sifatnya adalah untuk menghalau dan bukannya membunuh. Jika serangga mati, itu satu bonus.\n\n\nTapi larat ke nak buat selalu?\n\n\nUntuk mudah boleh guna racun organik JAWAR S.\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/cuka-kayu-pertanian/", "title": "Cara Guna Cuka Kayu Pertanian Untuk Tanaman di Kebun", "body": "\n\nSaya mula mengenali cuka kayu sekitar tahun 2018. Pertanian organik di Asia Tenggara banyak menggunakan satu bahan yang seakan cuka tetapi bukanlah cuka. Bahan ini bertindak seakan vitamin kepada pokok yang dinamakan sebagai cuka kayu.\n\n\nApakah itu cuka kayu? Cuka kayu (\nwood vinegar\n) adalah cecair sampingan hasil pembakaran arang tanpa udara. \nTeknologi cuka kayu berasal dari Jepun. Cuka kayu disebut sebagai \nmokusaku \ndalam bahasa Jepun. Di Malaysia cuka kayu adalah produk sampingan terhasil daripada pembakaran arang bakau. Kilang-kilang pembakar bakau ini banyak terdapat di persisiran pantai Malaysia terutamanya di Taiping, Perak. Walaupun ada terselit perkataan cuka, ini tidak bermakna cuka kayu ini mempunyai sifat seperti cuka makan yang biasa kita guna di dapur.\n\n\nCuka kayu yang akan saya terangkan dalam artikel kali ini khas untuk kegunaan pertanian sahaja.\n\n\nKebaikan Cuka Kayu\n\n\nPersoalan utama yang akan muncul mestilah \napa manfaat cuka kayu pada tanaman di kebun saya?\n\n\nAntara \nkhasiat cuka kayu\n adalah:\n\n\nBertindak sebagai racun organik dengan menjadi penangkis serangga perosak, mengawal pertumbuhan kulat merbahaya dan bakteria.\nMembasmi kuman dan meneutralkan keasidan tanah, membaiki tahap pH dan menambah kepekatan nitrogen menjadikan tanah lebih sihat.\nMengurangkan kerosakan oleh penyakit tumbuhan dan serangga musuh tanaman.\nMengurangkan penggunaan bahan kimia dan baja komersial sehingga 50%\nMenambah jangkahayat batas tanaman, memanjangkan tempoh kesegaran sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan,\n\u00a0Menambah kemanisan buah-buahan dan tebu\nMempercepatkan proses kompos terhasil\nMengurangkan bau busuk kompos\nMenghilangkan bau bahan buangan ladang dan membasmi kuman ladang ternakan lembu, ayam dan rumah burung walet.\n\n\nInfografik mudah tentang manfaat cuka kayu terhadap tanah dan tumbuhan.\n\n\nMengikut kajian yang dilakukan di Jepun, \ncuka kayu asli\n mengandungi lebih daripada \n200 bahan kimia \nseperti asid asetik, formaldehyde, ethyl-valerate, methanol dan tar yang berguna kepada tumbuhan. Bahan-bahan ini jika betul penggunaanya mampu memberi kesan yang bagus kepada tanaman dan juga tanah.\n\n\nSecara umum, cuka kayu dapat meningkatkan kualiti tanah, mengawal perosak dan menggalakkan pertumbuhan pokok. Walaupun begitu, jika terlebih dos cuka kayu boleh mendatangkan kesan toksik. \n\n\nSatu kajian di Thailand, menunjukkan semburan cuka kayu pada dusun buah meningkatkan hasil dusun tersebut berbanding pokok yang tidak disembur dengan cuka kayu.\n\n\nSaintis di Thailand mendapati apabila cuka kayu disembur di atas tanah sekeliling tanaman, terdapat peningkatan bilangan mikrob baik dan merangsang pertumbuhan akar. Tambahan pula produk sampingan arang kayu ini mampu meningkatkan pertahanan pokok terhadap penyakit.\n\n\nCuka kayu selamat untuk digunakan dan tidak memberi kesan buruk kepada manusia. Selepas sembur cuka kayu, kita tetap boleh menuai tanaman dengan syarat dibasuh dahulu sebelum makan.\n\n\nCuka kayu ibarat hormon baik\u00a0 yang akan diserap dalam daun, batang dan akar pokok. Ini seterusnya menjadikan tumbuhan lebih kuat, daun menghijau dan rintang (tahan serangan) pada perosak dan penyakit.\n\n\nApa yang menarik lagi, tempoh penyimpanan cuka kayu boleh mencecah sehingga 5 tahun lamanya. Lagi lama cuka kayu ini disimpan, lagi meningkat kualitinya.\n\n\nPenghasilan Cuka Kayu\n\n\nBagi memahami komponen dalam cuka kayu dan bagaimana ia bertindak adalah lebih elok jika kita faham bagaimana cara membuat cuka kayu.\n\n\nKayu mengandungi serat, selulosa, hemiselulosa dan lignin. Apabila bahan-bahan di dalam kayu ini dibakar tanpa udara, yang mana proses ini dikenali sebagai pirolisis, akan membentuk beberapa sebatian baharu. Jenis sebatian yang terhasil ini bergantung pada ketinggian suhu api ketika pirolisis.\n\n\nPembakaran kayu bakau untuk dijadikan arang menghasilkan asap yang kemudian menyejuk menjadi cecair yang dinamakan cuka kayu.\n\n\nSemasa proses pembakaran ini, selulosa dipirolisis dahulu dan diikuti lignin.\n\n\n\n\nProses pengkarbonan ini dapat dilihat secara fizikal melalui asap yang keluar dari kebuk pembakaran. Bermula dengan asap putih, asap akrid, asap tajam dan asap keungguan. Setiap warna asap ini menjadi tanda setiap tahap proses pembakaran arang.\n\n\nAsap yang keluar dari corong kebuk pembakaran arang ini akan menyejuk dan seterusnya menjadi cecair kehitaman. Cecair inilah dinamakan sebagai cuka kayu. Di Indonesia, cuka kayu dipanggil sebagai asap cair.\n\n\nKegunaan Cuka Kayu\n\n\nTerdapat pelbagai kegunaan dan kebaikan cuka kayu. Ini bermula dengan melihat cuka kayu mengandungi pelbagai bahan aktif di dalamnya. Ini membezakan ia daripada bahan kimia pertanian yang ada 2 atau 3 sahaja bahan aktif. Jika kita nak bandingkan dengan ubat, cuka kayu boleh dikatakan sebagai ubat herba. Kekuatannya bukan datang daripada satu bahan sahaja tetapi gabungan antara 200 lebih bahan yang ada didalamnya.\n\n\nKombinasi inilah membuatkkan cuka kayu menjadi bahan yang mampu mengawal penyakit dan perosak, meningkatkan bakteria baik, dan membantu perkembangan akar.\n\n\nManfaat Pada Tumbuhan\n\n\nCuka kayu memang sesuai pada tumbuhan. Berikut adalah manfaat kepada tumbuhan:\n\n\nBertindak sebagai racun perosak dan racun kulat semula jadi pada tumbuhan\nPerangsang bagi meningkatkan kadar fotosintesis daun\nMeningkatkan perkembangan akar dan daun\nMembaiki penyerapan nutrien melalui akar\n\n\nManfaat Pada Kompos\n\n\nAda sesiapa yang suka \nmembuat baja kompos sendiri\n? Cuka kayu bagus dalam memperbanyakkan bakteria baik dalam kompos. Hal ini menjadikan ia sebagai bahan aktivator kompos yang bagus.\n\n\nKajian menunjukkan semburan cuka kayu pada kompos mempercepatkan penghasilan kompos sehingga 2 kali ganda. Jika kompos itu mengambil masa 2 bulan untuk terhasil, dengan adanya cuka kayu, hanya perlu satu bulan untuk terbentuk kompos siap. Menarikkan!\n\n\nMengurangkan Penggunaan Racun Kimia\n\n\nDi Filipina, petani sana mendapati cuka kayu mampu mengurangkan kebergantungan pada racun kimia. Mereka mencampurkan cuka kayu separuh daripada jumlah racun yang disyorkan.\n\n\nContohnya jika satu tong pam 20 L perlu dimasukkan racun kimia sebanyak 100mL, maka hanya guna 50mL campur dengan 50mL cuka kayu. Petani dapat menjimatkan sehingga 50% jumlah racun yang digunakan.\n\n\nSelain itu ini dapat mengurangkan risiko berbahaya petani terdedah kepada racun kimia yang berbahaya.\n\n\nBahaya Cuka Kayu\n\n\nWalaupun hasil produk sampingan arang ini banyak manfaat, tetapi tetap ada \nkeburukan dan bahaya cuka kayu jika digunakan secara berlebihan\n. Saya boleh beri analogi cuka kayu sama seperti vitamin kepada manusia. Kalau kerap makan vitamin pun tiada manfaatnya pada diri. Jika terlebih dos pula akan memudaratkan diri.\n\n\nBegitu jugalah dengan cuka kayu. Jangan sebab teruja dengan manfaatnya, kita sembur setiap hari dengan harapan akan memberi kebaikan yang berlebihan kepada pokok. Walhal ini akan mendatangkan kerosakan kepada tanaman kita pula.\n\n\nHal ini dinyatakan sendiri oleh petani Jepun berdasarkan pemerhatian mereka pada kebun berdekatan kilang penghasilan arang kayu. Tanaman yang ditanam berdekatan 100 meter dari kilang tidaklah sesubur tanaman dengan jarak lebih 100-1000 meter dari kilang.\n\n\nIni jelas menunjukkan kesederhanaan itu lebih penting dalam kita menggunakan cuka kayu pada tanaman.\n\n\nSukatan Cuka Kayu\n\n\nBagi sayur, pokok buah dan pokok bunga, boleh guna nisbah 2:1000. Contohnya 2mL cuka kayu campur dengan 1L air. Jika guna tong pam 20 L, campur dengan 40 mL cuka kayu. Sembur pada daun, batang dan pangkal serta tanah di sekiling pokok.\n\n\nSemburan hendaklah dibuat seminggu sekali agar dapat memberi kesan yang optimum. Jika tanaman telah teruk diserang penyakit atau perosak, bolehlah kita membuat penyemburan lebih kerap seperti 2-3 kali semburan dalam seminggu.\n\n\nApabila tanaman mula pulih, kurangkan kepada 1 kali seminggu. Macam saya, akan set setiap hari Sabtu atau Ahad untuk sembur pokok-pokok saya dengan cuka kayu.\n\n\nCampuran Bersama Baja Foliar dan Racun\n\n\nAntara kelebihan cuka kayu adalah sifatnya yang sinergistik dengan baja foliar (baja daun) dan juga apa-apa racun kimia. Sama ada racun serangga mahupun racun rumpai. Sinergestik bermaksud cuka kayu mampu meningkatkan keberkesanan baja foliar dan racun kimia apabila dicampur bersama. Ibarat 1 + 1 = 3 (yang tiga bukan dua).\n\n\nCaranya adalah mudah sahaja. Jika baja foliar menyarankan 10 mL dicampur dengan air 1L, maka jadikan separuh dan campur bersama cuka kayu.\n\n\nBegini,\n\n\nPanduan Asal: 10 mL baja foliar + 1 L air\nPanduan bersama cuka kayu: 5 mL baja foliar + 5 mL cuka kayu + 1 L air\n\n\nLihat bagaimana cuka kayu mampu menjimatkan separuh penggunaan baja foliar. Perkara ini juga sama untuk penggunaan racun kimia.\n\n\nBegini,\n\n\nPanduan asal: 10 mL racun kimia + 1 L air\nPanduan bersama cuka kayu: 5 mL racun kimia + 5 mL cuka kayu + 1L air\n\n\nCara Beli Cuka Kayu\n\n\nTerdapat pelbagai gred cuka kayu. Ada di antara penjual mencairkan cuka kayu dengan mencampur cuka kayu asli dengan air. Hal ini membolehkan mereka menjual cuka kayu pada harga yang murah dan rendah.\n\n\nBagi saya hal ini adalah tidak patut. Sebab apabila pengguna beli dan mencuba cuka kayu, mereka dapati cuka kayu tidak seperti yang dikata. Walhal salah mereka membeli cuka kayu tidak berkualiti.\n\n\nJusteru, saya sarankan anda membeli cuka kayu berkualiti (\nbeli sini\n). Anda boleh beli pada kadar 1L untuk sesiapa yang baru nak mula atau skala rumah. Manakala jika anda yakin dengan kebaikan cuka kayu, boleh terus beli cuka kayu tong 25L (\nbeli sini\n).\n\n\nCuka kayu tong 25L sesuai untuk pekebun 1 ekar ke atas. Penjimatan berganda dengan harga bawah RM10 / liter.\n\n\nNota: Dengan anda membuat pembelian melalui pautan diberikan, saya akan mendapat sedikit komisien daripada Shopee. Hal ini akan membantu saya untuk terus menyediakan lebih banyak konten berkualiti di website saya ini.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://www.jaec.org/jaec/english/4.pdf\nhttps://www.jica.go.jp/philippine/english/office/topics/pdf/publications_11.pdf\nhttps://www.toyochukk.co.jp/en/syohin-ki.html\nhttp://www.doishouten.co.jp/english/page_english1/e_wood.html\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/em-effective-microorganism/", "title": "Pelbagai Manfaat EM1 dalam Pertanian", "body": "\n\nApabila kita bercakap tentang pertanian organik, kita tidak akan terlepas daripada istilah EM. Nama penuh bagi EM adalah effective microorganism. Ianya banyak digunakan dalam pertanian organik terutamanya dalam pembuatan baja organik.\n\n\nPada artikel kali ini saya akan bercerita tentang EM:\n\n\nApakah itu EM?\nKandungan mikroorganisma dalam EM\nCara guna EM dalam pertanian, penternakan dan akuarium\nPerbezaan antara EM dan IMO\n\n\nApakah itu EM1?\n\n\nEffective microorganisms atau EM ialah campuran mikroorganisma bagus dan tidak patogenik dihasilkan melalui proses semulajadi tanpa penglibatan sintesis kimia atau ubahsuai genetik.\n Tiga kumpulan utama EM adalah: Bakteria laktik asid, yis dan bakteria fototrofik.\n\n\nMikroorganisma ini terdapat secara semula jadi dalam persekitaran. Pelbagai bahan boleh diguna untuk membiak mikroorganisma ini. Bakteria baik hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup ini membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen (mudah cakap \u2013 bakteria jahat) yang ada dalam ekosistem tanah.\n\n\nSejarah Penemuan EM\n\n\nEM mula ditemui oleh seorang saintis Jepun bernama Teruo Higa pada tahun 1982. Pada awal kajian beliau hanya fokus pada satu satu jenis bakteria sahaja. Kemudian pada satu kejadian yang tak dijangka beliau sedar bahawa kunci untuk berjaya guna bakteria adalah gabungan antara mereka. Setelah beberapa kajian, akhirnya Prof. Higa berjaya menemui campuran sempurna bagi menggalakkan pertumbuhan bagus tumbuhan. Beliau namakan campuran ini \u201cEM\u201d.\n\n\nApakah beza antara EM1 dan EM4? Di Malaysia, EM dijenamakan sebagai EM1. Manakala di Indonesia EM dijenamakan sebagai EM4. Kedua-duanya adalah produk yang sama. Hanya berbeza pada jenama sahaja.\n\n\nPenghasilan EM\n\n\nEM adalah campuran bakteria semula jadi yang dihasilkan daripada proses penapaian semulajadi yang terkawal. Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara.\n\n\nEM terdiri daripada bakteria fotorop, bakteria laktik asid (boleh ditemui dalam bahan tenusu), yis (yang terdapat dalam roti), aktinomiset dan kulat penapaian. Mikroorganisma ini secara fisiologi sesuai antara satu sama lain dan hidup bersama dalam kultur cecair. Terdapat kajian menunjukkan bahawa inokulasi EM pada tanah mampu menaikkan kualiti tanah, kesuburan pokok dan hasil.\n\n\n\n\nBagaimana mikroorganisma dalam EM bertindak?\n\n\nBagaimana tiga kumpulan mikroorganisma ini dapat berkerjasama antara mereka bagi menghasilkan kebaikan pada tumbuhan? Mari kita kenali setiap satu kumpulan EM iaitu bakteria fotosintetik (\nRhodopseudomonas spp.\n), bakteria asid laktik (\nLactobacillus spp.\n), dan yis (\nSaccharomyces spp.\n).\n\n\nBakteria fotosintetik (PSB)\n\n\nBakteria fotosintetik (\nphotosyntetic bacteria\n, PSB) adalah mikroorganisma yang boleh hidup sendiri tanpa memakan bakteria lain. Mereka menyerap tenaga daripada matahari dan haba tanah menjadikannya sebagai sumber tenaga menukarkan cecair dari sistem akar, bahan organik tanah dan gas seperti amonia kepada bahan binaan sel. Bahan binaan sel ini boleh jadi asid amino, asid nukleik dan gula. Bahan-bahan ini seterusnya boleh diserap terus ke dalam tumbuhan bagi membantu tumbesaran tumbuhan. Manakala pada sistem tanah, hal ini membantu perkembangan mikroorganisma bermanfaat.\n\n\nRhodopsuedomonas palustris\n \u2014 kumpulan bakteria bermanfaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida, polyphenol, dan mineral-mineral lain. Antioksidan ini membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tak bagus. Hal ini menjadikan bakteria fototrop sebagai kunci utama dalam larutan EM.\n\n\nSecara ringkasnya PSB berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman.\n\n\nBakteria Asid Laktik (LAB)\n\n\nBakteria asid laktik (lactic acid bacteria, LAB) diketahui dalam menghasilkan asid laktik daripada gula dan karbohidrat hasil sampingan bakteria fotosintetik dan yis. Asid laktik mempunyai kesan steril (bebas kuman) dan kehadirannya mengganggu perkembangan nematod dalam tanah. Bakteria asid laktik juga terlibat dalam penguraian selulosa dan lignin dalam bahan organik tanah.\n\n\nBerfungsi sebagai pelindung dengan membantut perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti fusarium dan nematod. Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.\n\n\nYis atau Ragi\n\n\nYis menghasilkan hormon dan enzim yang dapat membantu pembahagian sel tumbuhan dan akar. Mereka menggunakan asid amino dan gula hasil sampingan daripada bakteria fotosintetik dan akar tumbuhan. Seterusnya membantu pertumbuhan bakteria asid laktik.\n\n\n\n\nBerfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.\n\n\nDapat kita simpulkan tiga genera mikrob tersebut (PSB, LAB, yis) bekerjasama secara semulajadi dan menghasilkan sebatian bermanfaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik, mineral, bioaktif dan pelbagai lagi antioksidan apabila ia bertemu bahan-bahan organik.\n\n\nSifat EM\n\n\nSifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.\n\n\nKesesuaian Penggunaan EM\n\n\nIanya amat sesuai digunakan pada projek pertanian dan fertigasi, ternakan ikan darat, ternakan haiwan, tempat pelupusan sampah, saluran tandas yang berbau dan sebagainya. Bayangkan betapa banyaknya kegunaan EM ini.\n\n\nKebaikan dan Kelebihan EM Dalam Pertanian\n\n\nTeknologi EM dalam pertanian adalah seperti berikut:\n\n\nEM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.\nMenggalakkan pembungaan dan pembuahan\nMenggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.\nMeningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.\nMenukar bahan organik kepada baja dengan cepat.\nMenambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.\nMemulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.\nKonsep inokulasi membentuk persekitaran yang sesuai dan selesa untuk tanaman\nKesan sinergi daripada organisma yang hadir\n\n\nKebaikan EM dalam Penternakan\n\n\nMengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.\nMengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.\nMeningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.\nMeningkatkan kualiti produk dan kesegaran.\nMenjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.\nMengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.\n\n\nKebaikan EM Untuk Ikan, Akuarium, Tasik, Kolam dan Air Pancuran\n\n\nKolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda ianya juga dapat menaikkan nilai perniagaan. Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kstabilannya(balance). Jika air terbiar statik dalam jangkamasa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk. Menambah pengudaraan(water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.\n\n\nPenggunaan EM aktif secara berkala akan memperbanyakkan mikrob bermanfaat. Hal ini seterusnya dapat mengawal perkembangan alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiasa mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air iaitu bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di atas permukaan air.\n\n\nKadar dos adalah 1:1000, iaitu satu bahagian EM (probac) bagi setiap 1000 bahagian air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu. Penggunaan Mudball juga disarankan. Biarkan beberapa hari atau minggu untuk EM (probac) bekerja untuk anda. Jika tinggi bahan organik (sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang. Proses bioremediation semulajadi ini sedang berjalan dan biarkanlah EM bekerja.\n\n\nSukatan EM\n\n\nCara Pengunaan EM\n\n\nSemburan pada tanah, pokok dan kawasan persekitaran.\nTambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.\nSembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.\nMasukkan EM dalam kolam ternakan.\n\n\nKandungan EM Tulen\n\n\nN \u2013 0.5%\nP \u2013 0.3%\nK \u2013 2.2%\nCa \u2013 2.0%\nMg \u2013 0.4%\nFe \u2013 0.03%\nCu \u2013 0.5%\nB \u2013 0.2%\n\n\nCara Aktifkan EM untuk Pertanian\n\n\nInduk (EM Tulen) atau EM1 perlu diaktifkan terlebih dahulu dengan cara mencairkannya dengan kaedah pemberian cecair dan makanan kepada EM Tulen tersebut pada kadar 5%.\n\n\nBahan:\n\n\nEM Tulen = 50ml\nMolasses (Gula Merah) = 50ml\nAir (Bebas Klorin) = 1 liter\n\n\nCara penyediaan:\n\n\nCampurkan bahan-bahan di atas di dalam satu bekas.\nKacau sehingga sebati\nPerapkan selama 3 hingga 5 hari\nApabila kulat putih telah terbentuk di bahagian atas permukaan campuran, ini menunjukkan EM tersebut telah aktif dan sedia digunakan.\n\n\nCara guna:\n\n\nSiram EM aktif ke atas tanah atau lakukan semburan pada keseluruhan bahagian tanaman seperti daun, batang, bunga, buah termasuk juga di dalam polibag dan kawasan persekitaran kebun.\n\n\nKadar kekerapan semburan boleh dibuat seminggu sekali. Seeloknya disembur di awal pagi atau lewat petang. Elakkan menyembur di waktu tengah hari atau ketika pancaran matahari terik. Ini agar mikrob EM tidak mati.\n\n\nPenggunaan EM dalam Penanaman Cendawan\n\n\nPenggunaan EM dalam penanaman cendawan boleh mengurangkan kerosakan pada bongkah (PP) cendawan setelah melalui proses pemeraman. \u2018Bacteria baik\u2019 atau EM ini juga dapat meningkatkan tumbesaran cendawan dan menambah pusingan pengeluran 6-7 kali. Bongkah cendawan yang sudah lama dan tidak lagi hasilkan cendawan boleh ditukar kepada baja kompos yang berkualiti tinggi.\n\n\nKesan EM pada cendawan:\n\n\nMeningkatkan pengeluaran hasil 10% ke 15%,\nKerosakan cendawan berkurangan sehingga 20%\nRasa cendawan lebih kenyal dan sedap\nKurang serangan serangga perosak\nCendawan dapat disimpan 6 hingga 7 hari\n\n\nPerbezaan EM dan IMO / MOL\n\n\nMesti akan ada yang bertanya \napakah beza antara EM dan IMO?\n Untuk leraikan kekusutan ini eloklah saya beri penerangan bagi setiap singkatan.\n\n\nEM = effective microorganism\nIMO = indigenous microorganisms \n\n\nIstilah MOL ini digunapakai oleh negara jiran kita iaitu Indonesia sebagai terjemahan kepada IMO. Jadi jika kita bercakap pasal MOL maksudnya sama dengan IMO.\n\n\nIstilah MOL mewakili sekumpulan mikrob baik yang berasal di kawasan ia diambil. Ini berbeza dengan EM yang dikultur di dalam makmal dengan tujuan membantu peningkatan ekosistem tanah. EM adalah trademark syarikat EMRO Jepun.\n\n\nPerbezaan utama antara dua bahan ini adalah MOL diambil dari persekitaran semula jadi manakala EM dibuat oleh manusia. Walaupun begitu, kedua-duanya hampir sama kegunaan dalam pertanian. Dalam artikel lain ada saya beri penerangan lanjut berkaitan MOL.\n\n\nAnda boleh beli EM1 (\nbeli sini\n) atau anda boleh \nbelajar cara membuat EM sendiri\n.\nRujukan:\n\n\nInginkan bacaan lanjut? Saya sertakan rujukan yang saya buat untuk artikel ini. Selamat membaca!\n\n\nhttps://www.emrojapan.com/what/\nhttps://www.emnz.com/industries/expanding-em-for-use\nhttp://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mikroorganisma+bermanfaat&d=69812&#LIHATSINI\nhttps://permaculturenews.org/2016/01/19/what-are-effective-microorganisms/\nhttp://www.cgnfindia.com/imos.html\nhttp://mboard.pcaarrd.dost.gov.ph/forum/viewtopic.php?id=3925\nhttps://www.researchgate.net/post/What_is_the_different_between_EMO_and_IMO\nhttps://www.youtube.com/watch?v=1Ke4OQljVmg\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/gliricidia-sepium-pokok-gamal-turus-pagar/", "title": "Pokok Gamal / Turus Pagar (Gliricidia Sepium) Banyak Manfaat kepada Kebun", "body": "\n\nPokok gamal adalah pokok berkayu keras yang paling banyak manfaatnya kepada kebun. Pada asalnya pokok ini diperkenalkan di Tanah Melayu sebagai pokok lindungan kepada pokok kopi dan lada hitam.\n\n\nPokok ini sering digunakan sebagai pokok lindungan di ladang, baja hijau, pagaran hidup, kayu api dan makanan haiwan ternakan. Pokok ini berasal dari Amerika Tengah dan Selatan dan banyak digunakan di India, Sri Lanka, Asia Tenggara dan Amerika Tengah.\n\n\nDi Tambunan, Sabah ini saya lihat ramai menanam pokok gamal. Tetapi mereka menggelar sebagai pokok pelindung atau pagar. Hal ini kerana fungsi pokok ini biasanya ditanam sebagai pagar di tepi kebun.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: Pokok Gliricidia, pokok gamal, pokok turus pagar, pagar kebun, bunga Jepun, lebai siah, kayu pelindung\nNama Inggeris: Gliricida, kawakate (Philipines), mother of cacao\nNama saintifik: \nGliricidia sepium\nKeluarga: Leguminosae\n\n\nPokok gamal adalah pokok berbatang keras dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Pokok ini mempunyai kitaran hidup saka yang bermakna tetap kekal hidup walaupun telah berbunga dan berbuah.\n\n\nTergolong dalam keluarga Leguminosae atau kekacang ini menunjukkan pokok ini mampu menghasilkan baja sendiri bagi meneruskan kemandirian spesis.\n\n\nPembiakan\n\n\nPokok gamal ini boleh dibiakkan melalui dua cara. Cara pertama adalah menggunakan biji benih. Walaupun begitu, dengan cuaca di Malaysia, pokok ini jarang menghasilkan bunga. Susah nak dapat biji benih.\n\n\nOleh itu eloknya kita pergi ke kaedah kedua pula iaitu penanaman melalui keratan batang.\n\n\nPenjagaan\n\n\nPokok yang digelar turus pagar ini tidaklah sukar untuk menjaga. Paling sesuai pokok ini ditanam pada musim hujan iaitu pada bulan Jun hinggalah Disember. Ketika ini kita tidak perlu risau untuk menyiram.\n\n\nSetelah membuat cantasan, biasanya pokok ini akan mengambil masa sekitar 3 hingga 4 bulan untuk kembali pulih dengan subur.\n\n\nJusteru kita boleh simpulkan terdapat sekitar 3 hingga 4 kali setahun boleh kita tuai hasil daripada pokok ini.\n\n\nManfaat kepada kebun\n\n\nSetelah kita kenal asas botani dan pembiakan, sudah tibanya kita ketahui manfaat pokok ini kepada kebun kita.\n\n\nPokok Lindungan\n\n\nSebab utama pokok gamal diperkenalkan di Tanah Melayu adalah sebagai pokok lindungan. Kemudian fungsinya semakin bertambah apabila kajian banyak dilakukan terhadap pokok ini.\n\n\nTiang Hidup\n\n\nSelain daripada pokok lindungan, pokok gamal juga menjadi tiang hidup untuk pokok lada hitam. Di Mexico mereka jadikan pokok gamal sebagai tiang untuk pokok buah naga.\n\n\nHal ini dapat menjimatkan kos penanaman pokok buah naga yang menggunakan kayu belian atau konkrit sebagai tiang.\n\n\n\n\nBaja Hijau\n\n\nKalau kita perasan di dalam maklumat botani, pokok gamal ini digolongkan dalam keluarga kekacang. Pokok keluarga kekacang mempunyai keunikan untuk menghasilkan sendiri nitrogen. Nitrogen adalah salah satu unsur yang penting untuk tumbesaran pokok.\n\n\nPenghasilan nitrogen ini adalah pada bintil-bintil yang terdapat di akar pokok kekacang. Di dalam bintil ini terdapat satu bakteria yang dinamakan sebagai rizobakter. Rizobakter inilah yang menangkap nitrogen di udara lalu disimpan di dalam bintil ini. Bintil ini seterusnya akan membekalkan nitrogen berterusan kepada keluarga kekacang.\n\n\nSebab itulah pokok gamal ini sangat berguna. Kita tidak perlu susah susah untuk fikirkan untuk sentiasa membaja pokok ini. Bahkan kita boleh jadikan pokok gamal ini sebagai kilang penghasilan kompos berterusan.\n\n\nIstilah ini dinamakan baja hijau. Iaitu kita menggunakan pokok segar sebagai baja terus kepada tanah.\n\n\nSeperkara lagi, kita juga boleh jadikan baja cecair menggunakan daun turus pagar ini.\n\n\nPagar Hidup\n\n\nPernah terfikir tak mengapa ada terdapat orang sebut nama pokok gliricidia ini sebagai pokok pagar? Sebab memang fungsinya yang boleh menjadi pagar hidup!\n\n\nKita hanya perlu mengambil keratan batangnya dan cucuk di sekitar kebun. Nanti dalam masa beberapa minggu keratan tersebut akan mula mengeluarkan pucuk. Tanda ia telah menjadi satu pokok yang baharu!\n\n\nBagaimanapun, menjadikan pokok gamal ini sebagai pagaran akan ada kosnya. Kita akan terpaksa sentiasa cantas agar mengawal tumbesaran. Sisa cantasan ini boleh kita longgokkan di satu tempat di kebun untuk dijadikan kompos.\n\n\nRacun Organik\n\n\nHal ini saya baca di Filipina mereka menggunakan dedaun pokok gamal sebagai racun organik.\n\n\nMakanan Haiwan Ternakan\n\n\nDedaun pokok ini selain daripada baja dan racun boleh juga menjadi makanan untuk haiwan ternakan. Boleh potong dan berikan kepada ternakan seperti kambing dan lembu.\n\n\nKayu Api\n\n\nJika di negara-negara dunia ketiga seperti Afrika dan Filipina, kayu pokok gamal ini dijadikan sebagai kayu api.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://en.wikipedia.org/wiki/Gliricidia_sepium\nVermikompos daripada Gliricidia sepium dan Moringa oleifera MARDI Serdang \nhttp://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/19/Intan.pdf\nBiografi Terpilih Gliricidia \u2013 \nhttps://pdf.usaid.gov/pdf_docs/PNAAU449.pdf\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/gunting-pangkas/", "title": "Alat Berkebun \u2013 Gunting Pangkas Tanaman (Sekateur)", "body": "\n\n[fusion_builder_container hundred_percent=\u201dno\u201d equal_height_columns=\u201dno\u201d menu_anchor=\u201d\u201d hide_on_mobile=\u201dsmall-visibility,medium-visibility,large-visibility\u201d class=\u201d\u201d id=\u201d\u201d background_color=\u201d\u201d background_image=\u201d\u201d background_position=\u201dcenter center\u201d background_repeat=\u201dno-repeat\u201d fade=\u201dno\u201d background_parallax=\u201dnone\u201d parallax_speed=\u201d0.3\u2033 video_mp4=\u201d\u201d video_webm=\u201d\u201d video_ogv=\u201d\u201d video_url=\u201d\u201d video_aspect_ratio=\u201d16:9\u2033 video_loop=\u201dyes\u201d video_mute=\u201dyes\u201d overlay_color=\u201d\u201d video_preview_image=\u201d\u201d border_size=\u201d\u201d border_color=\u201d\u201d border_style=\u201dsolid\u201d padding_top=\u201d\u201d padding_bottom=\u201d\u201d padding_left=\u201d\u201d padding_right=\u201d\u201d][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=\u201d1_1\u2033 layout=\u201d1_1\u2033 background_position=\u201dleft top\u201d background_color=\u201d\u201d border_size=\u201d\u201d border_color=\u201d\u201d border_style=\u201dsolid\u201d border_position=\u201dall\u201d spacing=\u201dyes\u201d background_image=\u201d\u201d background_repeat=\u201dno-repeat\u201d padding_top=\u201d\u201d padding_right=\u201d\u201d padding_bottom=\u201d\u201d padding_left=\u201d\u201d margin_top=\u201d0px\u201d margin_bottom=\u201d0px\u201d class=\u201d\u201d id=\u201d\u201d animation_type=\u201d\u201d animation_speed=\u201d0.3\u2033 animation_direction=\u201dleft\u201d hide_on_mobile=\u201dsmall-visibility,medium-visibility,large-visibility\u201d center_content=\u201dno\u201d last=\u201dno\u201d min_height=\u201d\u201d hover_type=\u201dnone\u201d link=\u201d\u201d][fusion_text]\n\n\nGunting pangkas\n atau \nsekateur\n\u00a0(\npruning shears\n / \nsecateurs\n) ialah\n sepasang gunting khas memangkas dahan-dahan tanaman pokok \n(perkataan \npotong\n tidak digunakan untuk aktiviti pangkasan pokok). Gunting pangkas ini berbeza dengan gunting kain mahupun gunting untuk siang ikan di dapur.\n\n\nKalau ditanya saya, apakah \nalatan wajib untuk pekebun rumah\n, gunting pangkas adalah salah satu daripadanya. Jika tiada gunting pangkas, alamatnya kerja kita di kebun kurang berkesan.\n\n\nFungi Sekateur\n\n\nSebelum kita kenal lebih jauh apa itu gunting pangkas, kita kenal dahulu kepentingan aktiviti pangkasan.\n\n\nPangkasan penting bagi:\n\n\n\n\nMembentuk rupa pokok\n\n\nMembuang mana-mana dahan atau yang rosak dan tidak diperlukan\n\n\nMenuai sayur dan buah\n\n\n\n\nIa mampu mencantas ranting dengan ketebalan diameter sehingga \u00a02 cm diameter. Ketebalan atas daripada itu perlu guna \nlopper\n.\n\n\nJenis Gunting Pangkas\n\n\nGunting pangkas ini ada dua jenis. Setiap jenis ada fungsinya yang tersendiri. Mari kita kenal setiap satu.\n\n\nGunting Pangkas Anvil\n\n\nJenis anvil ini mengandungi satu bilah pisau tajam di atas dan satu lagi rata di bawah. Kalau kita lihat dengan lebih dekat, ia seperti pisau dengan kayu pemotong (anvil). Jenis ini digunakan untuk memotong dahan-dahan tumbuhan yang telah mati dan tidak sesuai untuk dahan yang masih hidup.\u00a0Jenis ini tidak banyak dijual di Malaysia.\n\n\nGunting Pangkas Pintas\n\n\nJenis ini menghasilkan pangkasan bersih dengan kedua-dua bilah memintas antara satu sama lain (sebab itu dapat nama pintas). Apabila pangkasan dibuat, bilah tajam akan memintas bilah rata. Jenis ini paling banyak dijual di Malaysia.\n\n\nWalaupun begitu, ada juga gunting pangkas yang jenis ketiga. Fungsinya masih sama iaitu untuk memangkas, cuma kegunaannya terhad.\n\n\nKiri: Gunting Pangkas Pintas. Kanan: Gunting Pangkas Anvil. Perhatikan bilah anvil lurus manakala bilah pintas melengkung.\n (\nSumber Foto\n)\n\n\nGunting\n\n\nYang ini seperti gunting. Potongannya sama seperti gunting. Sesuai digunakan dalam membentuk pokok bonsai. Walaupun begitu, gunting pangkas ini bukanlah jenis yang kuat. Hanya dahan dan tangkai lembut sesuai digunakan. Jika digunakan untuk yang keras, boleh menyebabkan ia rosak.\n\n\n\n\nAntara tiga-tiga jenis ini, mana yang sesuai untuk anda, si pekebun rumah? Saya cadangkan anda guna gunting pangkas pintas.\n\n\nKriteria Penting Sebelum Membeli Gunting Pangkas\n\n\nTerdapat beberapa kriteria yang perlu kita pertimbangkan sebelum membeli gunting pangkas yang terbaik. Di sini saya senaraikan panduan ringkas.\n\n\n\n\nRekabentuk selesa\n \u2013 Rekabentuk yang selesa penting agar tangan kita tidak mudah lenguh sepanjang menggunakan gunting pangkas.\n\n\nBesi berkualiti tinggi\n \u2013 Gunting pangkas biasanya daripada besi. Ada jenis yang disalut dengan bahan tidak melekat. Ini membantu untuk getah pokok tidak melekat pada bilah. Jika boleh dapatkan yang jenis keluli karbon.\n\n\nMekanisma kunci\n \u2013 Kebanyakan gunting pangkas ada mekanisma untuk mengunci tutup gunting pangkas. Bukan sahaja untuk keselamatan (anda mungkin terkena bilah tajamnya jika tidak berhati-hati) malahan melindungi bilah gunting pangkas. Dapatkan sekateur jenis tolak lekap.\n\n\nMudah dibuka\n \u2013 Ini penting agar kita dapat menyelenggara seperti menajamkan bilah yang mula tumpul dan membuang karat.\n\n\nSaiz dan berat\n \u2013 Dapatkan yang saiz sesuai dengan tangan kita. Jika kita sentiasa ingin memangkas, sekateur berat akan cepat meletihkan tangan.\n\n\n\n\nContoh mekanisma kunci untuk gunting pangkas.\n (\nSumber Foto\n)\n\n\nHarga\n\n\nHarga gunting pangkas bermula dari RM5 sehinggalah RM100. Boleh didapati di kedai hardware, nurseri pokok, kedai pertanian ataupun mana-mana bahagian berkebun di pasaraya besar seperti AEON, Giant dan Tesco.\n\n\n\n\nUntuk kegunaan pekebun rumah, saya sarankan beli yang berharga RM15 ke atas. Ini berdasarkan pengalaman saya, alah membeli menang memakai. Sekateur RM5 gunanya sekejap sahaja. Cepat rosak. Jika sekateur RM15 ke atas, tahan lama selagi kita menjaganya dengan baik.\n\n\nBegitulah penerangan saya berkaitan sekateur atau gunting pangkas ini. Setelah membaca artikel ini, saya harap anda dapat mula faham kepentingan dan cara terbaik untuk memilih sekateur yang terbaik untuk anda gunakan semasa berkebun.\n\n\nNanti artikel seterusnya berkenaan cara memangkas yang betul. Untuk tidak terlepas, langgan emel KebunBandar secara percuma.\n\n\nApa kata anda berkaitan artikel ini? Jom komen untuk sama-sama kita bincangkan (lagi jelas lagi bagus).\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nhttps://gardeningproductsreview.com/best-hand-pruners/\n\n\nhttps://wiki.ezvid.com/best-pruning-shears\n\n\n\n\n[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/halau-siput-babi/", "title": "5 Cara Kawal dan Halau Siput Babi di Kebun (Tips ke-6 Kalau Terpaksa)", "body": "\n\nSiput babi\n atau nama sedapnya \ngarden snail\n memang menjadi masalah kepada pekebun macam kita. Walaupun ada kata siput babi ini lambat jalan\u00a0kerana sambil berjalan asyik fikir, \u201caku ini babi ke, siput?\u201d. Lawak tersebut tiada kaitan dengan kebun kita.\n\n\nTabiat siput babi ini adalah ia jenis haiwan \nnokturnal\n. Apakah itu nokturnal? Pernah dengar pasal kehidupan burung hantu? Bilakah burung hantu aktif? Begitu jugalah si siput babi ini.\n\n\nSebab itulah apabila kita menanam bibit yang baru bercambah, pada hari itu kita tak nampak apa-apa pelik. Bibit penuh dengan daun. Hanya pada pagi esok sahaja yang kita nampak hanya batang pokok. Fuh, memang sedih, bukan?\n\n\nDi sini saya kongsikan bagaimana kita si pekebun bandar mampu mengelak serangan siput babi. Pilih salah satu atau boleh buat semuanya sekali.\n\n\n1. Buang Telur Siput Babi\n\n\nKaedah ini adalah yang paling mudah. Kita selalu belek di kebun, kan? Jadi kalau ada nampak telur siput babi itu, bolehlah kutip\u00a0dan buang. Kata mudahnya terus pecahkan sahaja. Kalau nampak siput babi dewasa atau kecil pun boleh terus kutip dan buang. Saya selalu\u00a0tabur sahaja sedikit garam pada atas kulitnya.\n\n\nIngat! Bukan tabur atas tanah tetapi pada kulit siput yang lembut itu. Sikit sahaja. Dalam secubit.\n\n\n2. Lilit dengan kepingan tembaga/aluminium\n\n\nSecara alaminya, siput babi tidak gemar dengan tembaga. Apabila badannya yang lembut itu terkena tembaga seakan ada kejutan arus elektrik. Kalau tiada tembaga, aluminium pun jadi. Potong bekas tin minuman dan letak di keliling pangkal pokok.\n\n\n3. Serbuk Kopi\n\n\nSelepas minum kopi, jangan kita buang hampasnya. Letak keliling pokok. Selain itu hampas serbuk kopi kaya dengan nitrogen. Kira hal ini sambil menyelam minum air. Dapat elak siput babi dan juga dapat baja kepada pokok secara percuma. Kalau kita jenis tidak minum kopi, seperti saya, boleh pergi ke mana-mana restoran yang ada menjual minuman. Minta hampas kopi daripada chef restoran. Biasanya restoran mamak. Kalau tempat anda ada Starbucks, boleh ambil percuma.\n\n\n4. Garam Epsom\n\n\nGaram epsom biasanya digunakan untuk kesihatan. Namun tahukah anda garam ini juga banyak digunakan di kebun? Daripada kita tabur garam biasa, lebih baik kita tabur garam epsom. Garam epsom ini kaya dengan magnesium (Mg) yang bagus untuk perkembangan pokok.\n\n\nWalaupun begitu, jumlah yang ditabur perlulah sedikit mengikut dos yang disarankan. Selain itu, kekerapan tabur pun perlu ada hadnya. Tanah yang terlalu masin akan menyebabkan pokok hidup tidak subur.\n\n\n5. Cengkerang\u00a0telur ayam\n\n\nCengkerang telur ayam kaya dengan unsur kalsium. Selepas kita goreng telur, jangan buang kulit telur ayam ini terus ke dalam tong sampah. Kita ambil dan jemur sehingga kering. Boleh guan masuk ke dalam ketuhar (suhu 40 C selama 10 minit). Kemudian kita ramas sehingga halus. Tabur hasil ramasan tersebut sekeliling pangkal pokok. Kesan tajam pada hujung sisa kulit telur itu tidak digemari oleh siput babi.\n\n\nHal ini akan menyebabkan siput kurang gemar berkeliaran di sekitar pasu kita\n\n\n6. Racun Siput Babi\n\n\nSetelah semua perkara kita buat tetap tidak menjadi, saya terpaksa saran kepada anda untuk gunakan \nracun siput babi\n.\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=R7QOjmLSbzg\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nCara Guna Racun Siput Babi di Kebun, Jangan Guna Garam! (https://www.youtube.com/watch?v=R7QOjmLSbzg)\n\n\n[Video] Cara guna racun siput babi berkesan.\n\n\nRujukan\n\n\na\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/hormon-penggalak-akar/", "title": "5 Bahan Penggalak Akar Semulajadi Sesuai Untuk Pembiakan Tut dan Keratan Batang", "body": "\n\nHormon penggalak akar paling banyak digunakan dalam pembiakan keratan pokok dan juga tut. Kita hanya perlu sapukan sedikit sahaja hormon ini dan kesannya memang menakjubkan. \n\n\nAuksin adalah hormon utama yang ada dalam setiap bahan galak akar. Kebanyakan serbuk penggalak akar komersial (root booster) mengandungi i\nndol butirik acid\n (IBA) atau \nnaphtylacetic acid\n (NAA).\n\n\nUntuk pengetahuan, hormon berbeza dengan baja. Hormon memberi galakan untuk tumbuhan tumbuh dengan bagus manakala baja sifatnya pembekal nutrien agar tumbuhan tumbuh subur.\n\n\nKita boleh membeli hormon ini dalam bentuk serbuk atau cecair.\n\n\nKita boleh buat sendiri hormon penggalak akar ini di rumah. menggantikan hormon penggalak akar komersil itu.\n\n\n1. Bawang Merah\n\n\nKandungan hormon auksin yang ada pada bawang merah menjadikan bawang merah sesuai sebagai penggalak akar.\n\n\nCaranya adalah dengan menumbuk hancur satu labu bawang merah. Gunakan cecair yang keluar dari hasil tumbukan itu pada keratan batang. \n\n\n2. Pati daun ketapang\n\n\nDaun ketapang (nama saintifik: Terminalia catapa) biasanya digunakan untuk membungkus makanan seperti tempe dan tapai. Ramai tidak tahu bahawa daun ini boleh digunakan sebagai hormon penggalak akar.\n\n\nCara pembuatan:\n\n\nKumpulkan dedaun ketapang yang luruh. Campurkan yang berwarna kuning, perang dan yang masih hijau.\nSukatan daun ketapang dan air adalah nisbah 1:10. Contohnya 1kg daun ketapang dicampurkan dengan 10L air.\nRamas dan koyakkan semua helaian daun ketapang itu\nRendamkan dalam air semalaman (12 jam)\nSetelah itu tapis cecair tersebut untuk dijadikan pati\nSisa dedaun ketapang boleh dijadikan kompos\n\n\nCecair pati tersebut boleh digunakan sebagai siraman pada pokok seminggu sekali bagi menggalakkan akar tumbuh. Manakala untuk keratan batang pula, boleh rendam sekitar 1-2 jam sebelum ditanam.\n\n\nUntuk pembiakan keratan tut, pati ini boleh digaulkan bersama media tut.\n\n\n3. Belacan\n\n\nBelacan mengandungi kitosan yang bagus untuk menggalak akar pokok tumbuh.\n\n\nAmbil dalam 5g belacan (dua cubit) dan campurkan dengan 10ml air (dua sudu makan). Sapukan pada keratan batang sebelum disemai.\n\n\nManakala untuk tut sapukan pada batang yang dibuka.\n\n\n4.\u00a0Pati daun pokok Willow\n\n\nDaun pokok willow (dikenali sebagai pokok janda merana) juga boleh dijadikan bahan penggalak akar semulajadi. \n\n\n\n\nCaranya adalah dengan mengambil dalam 100-200g daun pokok willow dicampur dengan 1L air. Peram selama semalaman (12jam).\n\n\nGunakan sama seperti pati daun ketapang.\n\n\n5. Madu\n\n\nMadu bukan sahaja bagus untuk kesihatan tetapi untuk semaian keratan juga.\n\n\nCaranya mudah sahaja. Bagi keratan batang, sapu sedikit madu dibahagian bawah keratan sebelum disemai.\n\n\nHal ini sama untuk pembiakan tut. Sapukan pada batang yang dibuka.\n\n\nKesimpulan\n\n\nBegitulah lima bahan semulajadi yang boleh kita gunakan sebagai hormon penggalak akar.\n\n\nRujukan:\n\n\nhttp://homeguides.sfgate.com/homemade-rooting-compound-plants-38260.html\nhttp://deepgreenpermaculture.com/diy-instructions/home-made-plant-rooting-hormone-willow-water/\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/kawalan-serangga-perosak-bersepadu/", "title": "Strategi Berkesan Mengawal Serangga Perosak Tanaman (Skala Rumah dan Kebun)", "body": "\n\nPengurusan perosak bersepadu (PPB)\n\n\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://www.towergarden.com/blog.read.html/en/2017/5/integrated-pest-management.html\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/kentang-hijau-beracun/", "title": "Bahaya Makan Kentang Hijau Kerana Beracun!", "body": "\n\nKentang adalah makanan ruji bagi negara Barat. Di Malaysia, kentang biasa digunakan di dalam masakan.\n\n\nTerdapat satu fakta yang mengejutkan. Kentang berwarna hijau adalah beracun!\n\n\nWarna hijau\u00a0itu adalah tanda kehadiran klorofil pada ubi kentang. Kehadiran klorofil menunjukkan adanya kandungan solanin pada ubi tersebut.\n\n\nSolanin adalah racun saraf yang dihasilkan oleh bahagian hijau kentang seperti batang, daun dan mana-mana bahagian di pokok kentang. Solanin berfungsi sebagai satu mekanisme pertahanan oleh pokok kentang bagi melawan penyakit, serangga dan pemangsa. Daun dan batang kentang secara semulajadi kaya dengan racun glialkaloid. Bermakna mana-mana bahagian hijau kentang perlu dielakkan.\n\n\nSolanin terbentuk di ubi kentang apabila ubi\u00a0yang dituai tidak dicabut dengan betul dari pokoknya. Solanin mengganggu kebolehan badan untuk menggunakan bahan-bahan kimia yang membantu pergerakan saraf.\n\n\nJika termakan dengan banyak, pesakit akan muntah, cirit-birit, pening kepala dan lagi teruk lumpuh.\n\n\nWalaupun begitu, usah risau jika anda termakan ubi kentang hijau. Kandungan solanin pada satu atau biji kentang yang kita termakan tidak memudaratkan. Orang dewasa memerlukan 2-5 kg kentang berwarna hijau untuk mengalami simtom yang dinyatakan di atas.\n\n\nOleh itu jangan terlalu risau jika ternampak ubi\u00a0kentang berwarna hijau, tetapi buang mana-mana bahagian berwarna hijau sebelum memasaknya. Berhati-hati agar tidak diberikan kepada kanak-kanak kerana saiz badan mereka yang kecil memudahkan mereka terkena racun solanin.\n\n\nSumber:\n\n\nhttp://www.snopes.com/food/ingredient/greenpotatoes.asp\nhttp://www.nytimes.com/2007/07/03/health/nutrition/03real.html\nhttps://en.wikipedia.org/wiki/Solanine\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/langkah-mula-berkebun-pasu/", "title": "10 Langkah Untuk Mula Berkebun Pasu di Rumah", "body": "\n\nSaya sering mendapat soalan oleh orang yang baru hendak mula berkebun di rumah. Kebanyakan rumah mereka tiada tanah atau ruang yang luas untuk berkebun seperti di rumah kampung.\n\n\nSaya berfikir, paling senang adalah bermula dengan menanam dalam pasu. Tidak perlu banyak. Mulakan dengan pasu atau bekas sahaja. Itulah kelebihan berkebun di rumah. Tidak perlu bahan mahal.\n\n\nKalau saya kira semua kos yang terlibat seperti biji benih (RM3), tanah campur (RM3), pasu (RM3) dan baja (RM3) tidak lah mahal. Sekitar RM12 sahaja.\n\n\nBiji benih pula tidak lah semua akan kita guna untuk pertama kali penanaman. Dalam 3-5 biji benih. Dalam pek benih itu ada dekat 100 biji benih jika sawi.\n\n\nOleh itu, saya kongsikan langkah-langkah untuk kita mula berkebun menggunakan bekas atau pasu.\n\n\n#1 Pilih Sayuran Yang Mudah Tanam dan Anda Makan\n\n\nSebelum mula berkebun, tentukan tanaman apa yang anda biasa makan. Macam saya suka makan kangkung, sawi, bayam, kailan dan apa-apa lah jenis sayur. Senaraikan dahulu di atas kertas.\n\n\nKemudian lihat senarai adakah tanaman yang anda tanam itu di bawah kategori mudah tanam. Contohnya kangkung, sawi dan bayam adalah tanaman yang sesuai untuk \nnewbie \nmula. Penjagaan untuk tiga tanaman ini tidak rumit. Apatalah lagi digemari ramai.\n\n\n#2 Tetapkan Lokasi Untuk Berkebun\n\n\nSeterusnya, tetapkan lokasi yang sesuai untuk kita mula berkebun. Lokasi itu mestilah mudah untuk kita akses, ada cahaya matahari pagi dan petang, dan berdekatan sumber air.\n\n\nJika di rumah atas tanah, tentunya di halaman hadapan atau belakang rumah. Manakala untuk rumah pangsa, sama ada di balkoni atau ruang legar kaki lima. Yang pasti ada cahaya matahari di situ. \nSaya terangkan tip berkebun di apartment di sini\n.\n\n\n#3 Dapatkan Bahan dan Peralatan Untuk berkebun\n\n\nBerkebun tentunya memerlukan alatan yang betul agar aktviti berkebun kita berjalan lancar.\n\n\nUntuk newbie, saya boleh katakan ambil ini lima sahaja iaitu tanah, pasu, biji benih, baja dan sudip tangan. Untuk alatan asas, saya terangkan semua di \nsini\n.\n\n\n#4 Membuat Semaian Benih\n\n\nSetelah ada semua bahan, kita sudah boleh mula menyemai. Tidaklah susah untuk semaian ini. Ada dua cara semai untuk anda yang baru hendak bermula.\n\n\nPertama, semai terus ke dalam pasu berisi tanah. Cara ini paling mudah. Anak pokok tidak perlu dipindahkan sebaik sahaja mula bercambah.\n\n\nTetapi ada kelemahan seperti benih mungkin dimakan semut atau hilang entah ke mana.\n\n\nCara kedua pula adalah dengan semai dahulu di bekas atau pasu kecil. Tunggu sehingga benih bercambah dan seterusnya ada 3-5 helai daun sebenar. Cara ini yang selalu saya buat.\n\n\n\n\nSaya biasa semai benih di dalam dulang semaian yang dikerat kecil. Selain itu anda juga boleh semai di dalam bekas tapis. Ambil sedikit tanah campur yang dibeli untuk digunakan sebagai media semaian. \n\n\nJika guna dulang semaian, semai hanya 1-2 biji sahaja per lubang. Manakala untuk bekas tapis, boleh tabur dalam secubit dua sekitar itu untuk bercambah.\n\n\nApabila mula bercambah, tunggu sehingga 3-5 helai barulah pindah.\n\n\nBACA >>>\n \nCara Semaian Benih Sayur Yang Betul\n\n\n#5 Sediakan Pasu / Bekas\n\n\nSaiz pasu menentukan jenis tanaman yang boleh kita tanam. Kita boleh membeli pasu atau menggunakan botol minuman sebagai bekas untuk bercucuk tanam.\n\n\nUntuk sayur daun seperti kangkung, saiz paling sesuai bermula dari sebesar botol minuman 500 mL sehinggalah 10L.\n\n\nSaya terangkan hal ini dalam artikel \nMenanam Guna Botol Kitar Semula\n.\n\n\n#6 Pindah Anak Benih\n\n\nDi langkah #4 saya terangkan tentang penyemaian biji benih. Sekitar 4-6 hari benih mula bercambah. Kemudian sekitar 10-14 hari anak benih akan ada daun sebenar dalam 3-5 helai daun.\n\n\nApabila daun ini banyak barulah tanda untuk mula pindahkan.\n\n\nAnak benih yang bercambah perlu tunggu ada 3-5 helai daun sebelum boleh dipindahkan ke dalam pasu. sumber: \nfoto\n\n\nBuat pemindahan pada lewat petang agar anak benih ada masa untuk pulih daripada kejutan pemindahan.\n\n\nPasu yang berisi anak benih itu kita letak di tempat redup selama 7 hari sebelum pindah di tempat yang ada cahaya matahari banyak.\n\n\n#7 Siram selalu\n\n\nDengan cuaca Malaysia yang panas terik ini tentulah kita perlu menyiram selalu tanaman kita. Siraman boleh dilaksanakan sebanyak dua kali sehari iaitu di awal pagi dan petang.\n\n\nJika kita jenis sibuk bekerja, saya sarankan anda membuat sistem siraman auto. Tapi kalau kita baru nak mula berkebun, siram manual sahajalah. Ambil air dalam cebok. Pergi siram pokok tu.\n\n\n#8 Pembajaan berkala\n\n\nSelesai pemindahan, boleh terus bubuh baja. Saya selalu guna baja organik seperti kompos atau baja palet tahi ayam. Kadang guna yang semi-organik seperti baja 888. Tengok keadaan dan stok baja yang ada di rumah.\n\n\nKuantiti tidaklah banyak. Satu sudu makan baja organik memadai untuk sayuran berdaun seperti kangkung, sawi atau bayam pada setiap pasu.\n\n\nBubuh baja pada jarak 5 cm jauh dari pangkal. Apa-apa baja tetap sifatnya panas. Jika terkena daun atau batang pokok boleh menyebabkan lecur dan seterusnya mati. Terutama baja sebatian seperti \nbaja NPK hijau\n.\n\n\nBubuh baja 5 cm dari pangkal pokok. Selepas itu gaul baja bersama tanah. sumber: \nfoto\n\n\nKita boleh tambah baja setiap dua minggu sehinggalah seminggu sebelum tuai.\n\n\n#9 Sembur racun organik\n\n\nKita tidak tahu bila serangga akan mula menyerang tanaman kita. Saya biasa guna cuka kayu sebagai langkah pencegahan.\n\n\nJika ada kesan serangan, saya akan membuat racun organik dari bawang putih dan cili padi. Untuk resipi racun organik, \nklik sini\n.\n\n\n#10 Tuai\n\n\nAkhir sekali sudah tiba masanya untuk kita menuai. Oleh sebab kita berkebun di rumah tentunya kita boleh tuai segar sayuran kita. Tidak perlu kita menunggu masa.\n\n\nUntuk kangkung, kita boleh hanya kerat 5 cm dari pangkal. Nanti kangkung akan tumbuh lagi. Jimat.\n\n\nUntuk sayuran lain, boleh terus tuai dengan tarik akar sekali.\n\n\nTempoh tuaian hasil tanaman sayur.\n\n\nRumusan\n\n\nTidak kira di mana anda tinggal, berkebun ini satu aktiviti yang mudah dilakukan. Mulakan dengan berkebun dengan pasu. Bahan dan alatan semua boleh dapat dengan mudah.\n\n\nJika gagal, cuba lagi. Tiada istilah berjaya tanpa mencuba. Jika tidak cuba langsung, itu memang gagal selamanya. \n\n\nBONUS EBOOK BERKEBUN\n\n\nAnda mesti ingin tahu lebih lanjut cara berkebun di rumah dengan guna pasu, bukan? Saya ada menulis eBook khas untuk ini. \nDapatkan segera di sini\n.\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/masalah-tanaman-cili/", "title": "5 Masalah Lazim Pokok Cili dan Penyelesaiannya", "body": "\n\nPokok cili adalah antara pokok yang banyak cabarannya. Ia bukanlah tanaman yang mudah ditanam seperti kangkung, bayam dan sawi.\n\n\nCabarannya bermula dari semaian sehinggalah menuai. Kalau nasib baik, dapatlah kita gunakan cili itu dalam masakan. Jika tidak, kecewa tidak berlagu.\n\n\nSesiapa yang pernah menanamnya pasti akan mengalami lima masalah lazim yang saya nyatakan ini. Saya berharap panduan mengenalpasti masalah dan cara penyelesaian ini dapat membantu anda sepanjang menanam pokok cili.\n\n\nJika inginkan panduan menanam, boleh baca di \nCara Menanam Pokok Cili Padi\n.\n\n\n1. Buah Busuk dan Gugur\n\n\nKita melihat buah cili kita merimbun. Hati kita turut berbunga ingin menuai cili pada masanya. Apabila tiba harinya untuk kita mengutip hasil, kita terkejut. Banyak buah gugur dan busuk. Oh kecewanya hati!\n\n\nMengapa hal ini terjadi?\n\n\nCuba perhatikan pada buah cili. Koyak dan lihat isi di dalam. Adakah terdapat ulat di dalamnya? Jika betul, itu tandanya pokok cili kita telah diserang lalat buah.\n\n\nLalat buah atau\u00a0\nBatrocera latifrons\n menyerang mana-mana pokok berbuah yang ada. Ia akan menyuntik telurnya pada buah. Menariknya, telur lalat buah ini akan menetas tepat pada masa buah mula meranum masak.\n\n\nApakah penyelesaiannya?\n\n\nGunakan pelekat kuning. Pelekat kuning (\nbeli sini\n) ini akan menarik dan memerangkap lalat buah.\nSembur racun organik (\nbeli sini\n) pada awal pagi sepanjang pokok cili berbuah. Kaedah ini mungkin menjadi mungkin tidak.\nBalut buah cili sebaik sahaja putik buah kelihatan. Boleh guna pembalut buah berjaring (\nbeli sini\n).\nBuang dan bakar buah cili yang telah busuk itu.\nPastikan keadaan sekeliling kebun atau rumah kita bebas daripada buah busuk. Ini tidak kiralah pokok buah-buahan yang lain. Buah busuk menarik lebih banyak lalat buah datang\n\n\nCara kedua pula adalah membuat perangkap lalat buah menggunakan hormon. Boleh rujuk panduan lengkap saya di \nCara Membuat Perangkap Lalat Buah\n.\n\n\n2. Bunga Luruh\n\n\nAdalah normal untuk pokok cili gugur bunganya pada kali pertama berbunga. Tetapi menjadi kerisauan jika lebih daripada tiga kali bunga gugur.\n\n\nBunga cili boleh gugur akibat kekurangan atau terlebih siraman. Oleh itu pastikan siraman air secukupnya sahaja. Gunakan medium tanah yang sesuai seperti campuran tanah 3:2:1 jika bercucuk tanam di dalam pasu.\n\n\nBacaan Tambahan:\n \nCampuran Tanah Untuk Pokok Tanam dalam Pasu\n\n\nBaja merupakan unsur penting agar pokok berbunga dengan banyak. Apabila pokok kekurangan nutrien, maka perkara pertama yang akan pokok buat adalah menggugurkan bunga.\n\n\nJadi pastikan kita telah membaja dengan cukup pada pokok cili.\n\n\n\n\n\u00a03. Daun Kerinting dan Luruh\n\n\nApabila daun kerinting dan luruh, perkara pertama yang biasa saya buat adalah melihat di bawah daun pokok cili terutama daun tua di bahagian bawah pokok.\n\n\nJika dilihat dengan teliti, kita akan nampak bintil-bintil hitam dan warna putih seakan tepung melekat di bawah daun. Itu adalah afid dan lalat putih.\n\n\nKedua-dua serangga ini gemar sekali hinggap pada pokok cili. Mereka akan menghisap sap pokok dan seterusnya membuatkan pokok diserang penyakit.\n\n\nKehadiran serangga perosak ini membuatkan pokok mula tidak sihat. Kita dapat lihat daun mula kerinting dan gugur. Akhirnya tinggal rangka sahaja tanpa sebarang daun.\n\n\nPenyelesaian mudah sahaja iaitu dengan kita menyembur racun organik. Sembur di bahagian bawah daun seawal pagi selepas subuh atau lewat petang sebelum maghrib. Kekerapan semburan sebolehnya 3 kali seminggu sehingga serangga hilang dari penglihatan kasar kita.\n\n\nBacaan Tambahan:\n \nCara Mudah Buat Racun Organik Dari Bahan Dapur Rumah\n\n\n4. Kehadiran Semut Hitam Pada Pucuk, Bunga, Buah dan Daun Pokok\n\n\nSemut adalah kawan baik kepada kutu daun atau afid. Apabila saya melihat semut pada sekitar pokok cili, saya tahu itu adalah tanda pokok saya telah dihinggap kutu daun.\n\n\nPerlu kita rujuk kembali poin nombor 3. Kedatangan serangga perosak dapat dikawal dengan \nracun organik\n seperti yang saya nyatakan.\n\n\n5. Pokok Mati Setelah Mula Berbunga atau Berbuah\n\n\nSoalan pertama saya adalah biji benih diambil dari mana? Jika dijawab dari dapur, tentunya saya akan terus dapat jawapan yang pasti bahawa pokok itu memang mudah mati.\n\n\nBuah cili yang kita beli itu adalah buah daripada pokok cili \ngenerasi F1\n. Jadi biji benihya akan tumbuh sebagai generasi F2.\n\n\nBacaan Tambahan: \nApakah F1 dan F2 dalam pek benih?\n\n\nKelemahan utama \ngenerasi F2\n adalah mudah diserang penyakit dan perosak. Sebab itulah pokok itu mati akibat daripada serangan bakteria pada akar.\n\n\nUntuk atasi masalah ini, lebih baik kita gunakan biji benih daripada pek benih berkualiti. Biji benih berjenama tentunya telah dipilih dengan teliti oleh pengeluar biji benih agar pokok dapat tumbuh dengan sihat.\n\n\nItulah 5 panduan ringkas yang dapat saya berikan berkaitan masalah-masalah yang sering pekebun rumah hadapi sepanjang menanam pokok cili.\n\n\nJika anda ada pandangan, komen atau persoalan, lontarkanlah di bahagian komen artikel ini. Sama-sama kita bincangkan.\n\n\nBONUS VIDEO:\n \nPanduan Mengenalpasti Masalah Pokok Cili\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/msg-ajinomoto-subur-tanaman/", "title": "Cara Guna Baja Ajinomoto Untuk Tanaman Bunga, Orkid dan Buah", "body": "\n\nMSG\n atau \nasid glutamik bebas\n (\nmonosidium glutamate)\u00a0\nbanyak digunakan dalam masakan. Persoalannya sekarang adakah MSG sesuai digunakan di kebun kita? Ada kesan racun atau tidak?\n\n\nDalam artikel kali ini saya akan terangkan apa itu MSG dan bagaimana mampu bertindak sebagai penggalak tanaman berbanding sebagai baja tanaman.\n\n\nPenggalak Tanaman \u2013 AuxiGro\n\n\nPada tahun 1998, sebuah syarikat Amerika telah mengeluarkan sebuah produk pertanian berasaskan\u00a0MSG (\nmonosodium glutamate\n) sebagai bahan utama. Produk itu\u00a0dinamakan \nAuxiGro\n dan\u00a0dilabelkan\u00a0sebagai \u2018plant booster\u2019 (penggalak tanaman).\u00a0Tumbuhan yang disembur\u00a0AuxiGro \u00a0akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak\u00a0disembur\u00a0AuxiGro .\n\n\nTumbuhan yang menerima semburan MSG dalam AuxiGro menerima seakan signal palsu bahawa ia dalam keadaan \u2018stres\u2019. Tumbuhan ini seterusnya bertindak balas dengan menyerap dan mengeluarkan nutrien tambahan dari dalam tanah. Kesannya ia mengeluarkan pucuk baru, saiz batang, daun dan buahnya menjadi berganda besar daripada normal. Hebatkan hasilnya?\n\n\nBahan MSG Alternatif \u2013 Ajinomoto\n\n\nWalaupun kita tidak dapat membeli AuxiGro, kita boleh menggunakan jenama alternatif seperti \nAjinomoto\n. Ajinomoto adalah antara jenama terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai bahan penyedap rasa kaya dalam makanan.\n\n\nBeberapa wargamaya di KBJTS melaporkan tanaman mereka menjadi lebih subur setelah disembur MSG.\u00a0 Terutama pada pokok yang susah nak berbunga. Sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiz daunnya. Bukankah ini kesan sama dengan AuxiGro? Hebatkan hasilnya?\n\n\nMemang benar, ada banyak bahan bukan baja yang boleh digunakan untuk menyuburkan tanaman. Bahan-bahan tersebut banyak tersedia di sekitar kita, misalnya air cucian beras, hampas teh dan kpoi, kulit telur, dan micin atau penyedap rasa.\n\n\nKenapa MSG bisa menyuburkan tanaman?\n\n\nMSG merupakan garam natrium daripada asid glutamat. Asid glutamat adalah salah satu asid amino tak perlu yang banyak terdapat di alam. Alasan kenapa MSG boleh digunakan untuk baja tanaman adalah adanya natrium (Na) tersebut. Natrium (Na) adalah salah satu unsur nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.\n\n\nApa peranan natrium (Na) pada tanaman?\n\n\nNatrium adalah salah satu unsur nutrien fungsional dan bukan termasuk unsur nutrien perlu. Natrium bukan merupakan unsur nutrien yang \u201csangat\u201d penting bagi tanaman. Sebab, tanpa natrium (Na) pun tanaman masih mampu tumbuh normal dan subur, asalkan unsur-unsur nutrien lainnya terpenuhi.\n\n\nUnsur nutrien fungsional nermakna peranan boleh digantikan oleh unsur lain seperti kalium (K). Cuma dengan keberadaan natrium dapat membantu membuat tanaman menjadi lebih subur. Ia berfungsi dalam pembukaan stomata, pembentukan umbi, mencegah busuk umbi. Fungsi ini seakan dapat mengganti kalium (K).\n\n\nBenarkah natrium mampu menggantikan kalium?\n\n\nSetelah membuat bacaan semua, kita dapat membuat kesimpulan bahawa natrium hanya boleh menjadi pengganti kepada K. Oleh itu saya boleh kategorikan ini dalam bentuk penggalak tanaman. Baja itu sendiri perlu menjadi bekalan nutrien kepada tumbuhan. Baja pula perlu berdiri sendiri kuat dalam membantu tumbesaran tumbuhan.\n\n\nPenggalak tanaman boleh jadi ada atau tidaknya ia, tetap tumbuhan boleh hidup subur. Bermakna kita tetap perlu memberi baja kepada tanaman kita.\n\n\nMSG ini hanyalah penggalak tambahan. Macam kita makan nasi, ayam dan sayur. Kita tambah kicap untuk sedap rasa. Begitulah MSG kepada tanaman. Hanya kicap penambah rasa. Pokok cantik asalkan kita makan yang utama dahulu.\n\n\nBancuhan Ajinomoto Untuk Tanaman Pokok\n\n\nSini saya kongsikan resipi untuk kita jadikan MSG sebagai penggalak tanaman di kebun.\n\n\n\n\nTerdapat dua kaedah.\n\n\nKaedah pertama:\n\n\nSukatan:\n\n\n1 sudu teh\n (\n5 g\n) Ajinomoto per pasu\nTabur terus ajinomoto sebagai penggalak tanaman di sebelah pokok.\u00a0Kemudian siram dengan air.\n\n\nKaedah kedua:\n\n\nSukatan:\n\n\nPokok kecil \u2013 1\u00a0sudu makan\n (\n15 g\n)\n +\u00a05 L air\n\u00a0(seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.)\nPokok besar (umur setahun ke atas) \u2013 5\u00a0sudu makan (75 g) \u00a0+ 1 L air\n (seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain.)\nSiram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.\n\n\nKesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tak pernah berbunga akan mula berbunga. Pokok yang hidup segan mati pun segan, pun akan mula menampakkan kecerahan hidupnya. Menakjubkan! Sila cuba cepat!\n\n\n\n\nEksperimen semburan MSG pada anak pokok delima. Gambar kiri \u2013 anak pokok disembur MSG. Gambar kanan \u2013 anak pokok tidak disembur MSG.\n(Foto: photobucket)\n\n\nAh, bukankah itu memang bagus? Walaupun kita tak makan MSG, sekurangnya ia dapat membantu kita di kebun.\n\n\nMSG Tidak Berbahaya Kepada Tumbuhan\n\n\nKesimpulannya, saya boleh katakan bahawa MSG tidak berbahaya kepada tumbuhan. Semburan foliar MSG pada tumbuhan akan terurai dan diserap sebagai natrium.\n\n\nWalaupun isu sama ada MSG elok untuk makanan atau tidak itu telah lama dirungkaikan, saya tetap sokong MSG sebagai bahan penggalak tanaman yang sesuai untuk kebun bandar kita.\n\n\nJika masih was-was, kita ada alternatif lain untuk sembur baja seperti \nbaja buah\n, \nbaja belacan\n dan \nkompos\n. Pilih sahaja, kawan. Tepuk dada tanya selera.\n\n\nSumber:\n\n\nhttp://americannutritionassociation.org/newsletter/free-glutamic-acid-msg-sources-dangers\nhttp://www.msgfacts.net/AuxiGro.htm\nhttp://www.msgfacts.net/msgsprayed-3.htm\nhttp://www.idigmygarden.com/forums/showthread.php?t=17535\nhttp://www.truthinlabeling.org/V.RegulatoryHistory.html\nhttp://truthinlabeling.org/msg-objection-s1.html\nhttp://www.naturalhealth365.com/msg.html/\nhttp://forums.gardenweb.com/discussions/2185735/msg-epsom-salts\nhttp://www.greenculturesg.com/forum/index.php?/topic/21956-hey-anyone-tried-fertilizing-your-plants-with-xxx/page__st__60\nhttp://www.westonaprice.org/health-topics/msg-updates-introduction/\nhttp://www.thesundayleader.lk/2015/11/08/farmers-using-msg-as-pesticides/\nhttp://www.organiclifestylemagazine.com/msgs-side-effects-and-aliases\nhttp://www.theguardian.com/lifeandstyle/2005/jul/10/foodanddrink.features3\nhttps://www.pertanianku.com/msg-bisa-jadi-pengganti-pupuk-benarkah-begitu/\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/pakaian-keselamatan-ppe-racun/", "title": "Cara Pakaian Keselamatan (PPE) Racun Yang Betul", "body": "\n\nSebelum meracun, seseorang itu perlu memakai pakaian keselamatan (PPE) yang betul. Personal Protective Equipment (PPE) perlu sesuai dengan keadaan.\n\n\nAlat tersebut adalah:\n\n\n\n\nTopi keselamatan\n\n\nKaca mata (goggle)\n\n\nAlat pernafasan\n\n\nBaju lengan panjang\n\n\nApron plastik\n\n\nSarung tangan getah\n\n\nSeluar panjang\n\n\nKasut getah\n\n\n\n\n\n\nAlat dan pakaian PPE yang betul.\n\n\nKepentingan PPE\n\n\nPPE membantu mengelak sebarang kerosakan kepada diri kita. Ini melibatkan keselamatan diri kita terhadap racun.\n\n\nAda satu cerita terkenal ketika saya belajar dahulu. Ada seorang pakcik ini membancuh racun hanya menggunakan tangan. Dia mengacau campuran racun dengan menggunakan tangan tanpa sebarang PPE.\n\n\nKesannya, selepas beberapa tahun bekerja dia diserang pelbagai penyakit saraf dan akhirnya membuatkan dia tidak dapat bekerja.\n\n\nBak kata pensyarah saya dahulu, kita nak guna badan kita ini lama. Jadi jagalah kesihatan badan kita dengan mengamalkan prosedur pemakaian yang betul untuk meracun.\n\n\nMemang pada awalnya nampak renyah. Tetapi setelah kita tahu kebaikan terhadap diri kita, insya-Allah yang renyah itu akan jadi mudah.\n\n\n\n\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nhttps://rspo.org/wp-content/uploads/keselamatan-kesihatan-semasa-penyemburan-racun.pdf\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/pasang-cangkul/", "title": "Cara Pasang Cangkul Dari Awal Sampai Habis", "body": "\n\nCangkul adalah alat utama dalam kita berkebun. Tidak kiralah berkebun di rumah mahupun di ladang. Alat ini wajib ada.\n\n\nDi sini saya kongsikan cara pasang mata cangkul bentuk U dengan batang sekali.\n\n\nPerkongsian Oleh \nTuan Abdul Hamid\n.\n\n\n1. Sediakan alat dan bahan\n\n\n\n\nKayu papan 1 inch x 8 inch atau 1\u00d74 atau 1\u00d76. Untuk dijadikan pasak.\n\n\nKulit kasut rosak\n\n\nMata cangkul\n\n\nBatang cangkul\n\n\nParang tajam\n\n\nGunting\n\n\n\n\n\n\n2. Potong kayu pasak mengikut bentuk mata cangkul\n\n\n\n\nBuat baji hanya di sebelah bahagian sahaja.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Sarungkan mata cangkul dari dalam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n4. Masukkan kulit kasut\n\n\nKulit kasut ini boleh diambil daripada kasut yang telah rosak. Jika tiada? Boleh guna getah tayar terpakai.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n5. Masukkan pasak kayu di celah mata cangkul tadi\n\n\n\n\n\n\n6. Hentakkan cangkul berserta pasak di atas batu ataupun simen yang rata\n\n\n\n\n\n\n7. Kemaskan potongan cangkul\n\n\nBuang lebihan kulit yang ada dengan parang tajam.\n\n\n\n\nNampak kemaskan?\n\n\n\n\nSeterusnya gergaji lebihan kayu di hadapan.\n\n\n\n\nNampak kemaskan?\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSiap.\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/pembajaan-tanaman-apa-patut-tahu/", "title": "Pembajaan \u2013 Apa yang Patut Petani Tahu", "body": "\n\nApabila berkata berkaitan pembajaan, banyak hal seorang pekebun wajib tahu. Ini bermula daripada cara pembajaan yang betul untuk sayuran, buah-buahan, rumput dan sehinggalah menguruskan jadual pembajaan.\n\n\nApakah tujuan melakukan pembajaan? Pembajaan dibuat bagi membekalkan sumber nutrien yang cukup untuk tumbuhan tumbuh subur.\n\n\nKitaran Baja Mengikut Hukum Keabadian Jisi\n\n\nPada asalnya tanah mengandungi nutrien yang cukup untuk pokok tumbuh subur. Pokok menyerap nutrien dalam tanah dan membesar. Dedaun, ranting dan buah yang luruh sekitar pokok akan diuraikan oleh mikroorganisma menjadi nutrien. Seterusnya nutrien ini akan diserap kembali oleh pokok. Ini lah dinamakan kitaran nutrien.\n\n\nJika kita perhatikan di hutan pokok-pokok boleh tumbuh subur tanpa ada perlu dibaja. Dengan memahami kitaran nutrien kita akan dapat faham bahawa tidak ada sisa yang dibazirkan pada pokok. Setiapnya digunakan kembali demi kelangsungan hidup tumbuhan.\n\n\nKitaran ini juga menepati hukum keabadian jisim. Apabila pekebun menanam tumbuhan, tumbuhan itu mengambil nutrien daripada tanah untuk tumbuh. Namun jika kemudiannya tumbuhan itu disingkirkan dari kawasan itu, maka nutrien yang ia serap dari tanah tidak akan kembali ke tanah asal. Kesannya kesuburan tanah di situ semakin berkurangan.\n\n\nPetani mengambil iktibar dari kesan ini. Mereka menggantikan nutrien yang hilang dengan menambah nutrien dari luar kawasan tanah itu. Sama ada dengan baja organik ataupun baja sintetik.\n\n\nUnsur nutrien\n\n\nSaintis telah membuat kajian berkaitan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Didapati pokok memerlukan 13 mineral yang penting bagi tujuan tumbesaran yang bagus.\n\n\nUnsur seperti karbon (C), hidrogen (H), dan oksigen (O) diambil oleh tumbuhan melalui udara dan air. Manakala unsur-unsur lain diambil dari tanah.\n\n\nUnsur ini dipanggil juga sebagai nutrien. Nutrien tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu makronutrien dan mikronutrien berdasarkan jumlah nutrien yang diperlukan.\n\n\nMakronutrien\n\n\nMakronutrien ialah nutrien penting diperlukan oleh tumbuhan dalam jumlah yang banyak. Nutrien tersebut ialah nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), kalsium (Ca), magnesium (Mg) dan sulfur (Su).\n\n\nMikronutrien\n\n\nManakala zink, dan molebdenum (Mo) hanya diperlukan dalam kuantiti sendikit. Secara semulajadi semua unsur mikronutrien ini telah ada dan cukup di dalam tanah kebun.\nSebab itu jarang kita melihat pek baja dengan unsur selain NPK.\n\n\nCara Membaca Pek Baja\n\n\nSetiap pengeluar baja wajib meletakkan apakah jenis nutrien dan peratus yang ada dalam baja mereka. Nutrien ini diwakili dengan huruf seperti N mewakili nitrogen, P mewakili fosforus, dan K mewakili kalium.\n\n\nManakala nombor-nombor yang ada pada pek baja mewakili peratus nutrien. Contohnya N-15 P-15 K-15. Ini bermakna terdapat 15% nitrogen, 15% P2O5 dan 15% K2O di dalam baja tersebut.\n\n\nJadi setelah kita tahu mengenai nutrien yang diperlukan oleh pokok barulah kita akan faham cara untuk membaca pek baja.\n\n\nFasa Pembajaan\n\n\nPembajaan dibahagikan kepada dua fasa iaitu \npembajaan asas\n dan \npembajaan tambahan\n.\n\n\n\n\nPembajaan asas adalah pembajaan di awal penanaman. Petani menggunakan baja organik seperti kompos, vermikompos atau tahi ayam sebagai baja awal sebelum mula menanam.\n\n\nApabila tumbuhan mula membesar, petani memberi baja tambahan pula. Biasanya baja tambahan ini boleh jadi \nbaja kimia NPK\n atau \nbaja organik\n seperti kompos, tahi haiwan seperti tahi ayam, lembu, kambing ataupun arnab.\n\n\nKeadah Pembajaan\n\n\nTerdapat empat cara pembajaan yang betul iaitu kaedah poket, tabur, sisi dan semburan daun.\n\n\nKaedah poket adalah di mana baja diletakkan di sekeliling pokok dalam bentuk poket. Poket ini adalah lubang yang dikorek dalam bilangan tiga hingga lima poket. Baja dibubuh di dalam lubang tersebut dan kemudian dikambus. Kedalaman adalah sekadar cukup untuk menanam baja. Biasanya sekitar 10-15cm.\n\n\nKaedah tabur pula biasanya sesuai untuk pembajaan asas. Contohnya baja tahi ayam di tabur di atas batas. Seterusnya digaulkan bersama tanah menggunakan cangkul atau mesin bajak.\n\n\nKaedah sisi pula adalah dengan baja ditabur di sisi atau sebelah tanaman. Cara ini sesuai untuk tanaman berbaris, berjunjung atau pokok besar.\n\n\nBaja semburan daun atau baja foliar digunakan bagi membekalkan baja dengan kadar yang cepat. Biasanya kandungan baja mikronutrien digunakan atas sebab tanah kekurangan baja tersebut.\n\n\nWalaupun begitu, kebanyakan pekebun organik mengaplikasi baja organik dengan cara semburan agar kesan yang cepat. Terutama dalam \npenggunaan cuka kayu\n di kebun.\n\n\nCara Letak Baja untuk Pokok Bunga\n\n\nPokok bunga memerlukan baja yang tinggi dengan kandungan K. oleh itu cara baja yang tinggi K. Cara letak baja untuk pokok bunga seperti pokok bunga kertas mudah sahaja. Gunakan kaedah pembajaan tabur keliling.\n\n\nJumlah biasanya sekitar 5-10 g / pokok / bulan. Ini saya sarankan rujuk pada pek pembajaan. Jika tiada, boleh membaja sekitar 2 kali sebulan atau 2 minggu sekali.\n\n\nAda juga bertanya bolehkah ajinomoto untuk tanaman bunga? Tentunya boleh. Saya telah memberi penerangan jelas di Ajinomoto \u2013 Kesan Menakjubkan Untuk Pokok Bunga.\n\n\nTanda Pokok Kurang Baja\n\n\nSimptom kekurangan nutrien pada tumbuhan dapat dilihat pada rupa fizikal pokok. Terutama pada daun tua atau pun daun muda.\n\n\nJadual di bawah menunjukkan tanda kekurangan nutrien pada sayur\n\n\nNutrien\nTanda\nNitrogen (N)\nFosforus (P)\nKalium (K)\nKalsium (Ca)\n\n\nRumusan\n\n\nPembajaan paling penting untuk petani tahu. Jika betul caranya maka akan sentiasa subur tanaman.\n\n\nRujukan\n\n\na\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/pengurusan-racun-rumpai/", "title": "Pengurusan Racun Rumpai yang Harus Petani Tahu", "body": "\n\nJika bercucuk tanam di atas tanah, rumpai memang menjadi masalah utama kepada pekebun. Cara paling mudah kendalikan rumpai adalah dengan menggunakan racun rumpai.\n\n\nSebelum itu, kita kenala \napakah itu rumpai? Rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh di tempat ia tidak dikehendaki.\n Pelbagai spesis rumput antara rumpai yang paling banyak tumbuh di ladang dan kebun sayur.\n\n\nTerdapat tiga cara menguruskan rumpai iatu kawalan biologi, mekanikal dan kimia. Penggunaan racun rumpai tergolong dalam kawalan kimia.\n\n\nKali ini kita belajar cara untuk menguruskan racun rumpai bermula dengan mengenal sifat racun rumpai, jenis tindakan, dan perkara penting berkaitan racun rumpai.\n\n\nPerkara paling penting adalah kita perlu tahu bahawa racun rumpai adalah bahaya dan perlu dikendalikan dengan baik. Oleh itu saya ada masukkan langkah keselamatan pada akhir artikel ini.\n\n\nSifat Racun Rumpai\n\n\nTerdapat dua sifat racun rumpai iaitu selektif (memilih) dan tidak selektif (tidak memilih).\n\n\nRacun rumpai selektif\n hanya mematikan spesis rumpai tertentu sahaja manakala meninggalkan tanaman dalam keadaan terkawal. Racun ini bertindak mengganggu pertumbuhan rumpai melalui \u201cpeniruan\u201d hormon tumbuhan. Pemilihan ini mungkin disebabkan oleh translokasi, penyerapan berbeza, perbezaan fizikal (morfologi) atau fisiologi antara spesies tumbuhan.\n\n\nAntara contoh racun rumpai selektif adalah seperti 2,4-D dan imazapic. Racun 2,4-D bertindak khas membunuh rumpai berdaun lebar seperti melostoma. Racun seperti ini banyak digunakan ketika pokok padi sedang tumbuh.\n\n\nRacun rumpai tidak selektif\n bertindak terhadap semua spesies tumbuhan tertentu. Mana-mana tumbuhan yang terkena racun ini akan mati. Ia digunakan untuk membersihkan tapak perindustrian, tanah sisa, kereta api dan benteng keretapi. Contoh racun rumpai ini adalah seperti paraquat, glufosinate, dan glyphosate.\n\n\nJadi penting untuk kita menilai sifat racun apa yang ingin kita gunakan.\n\n\nTindakan Racun Rumpai\n\n\nJenis racun rumpai dibahagikan kepada tiga berdasarkan cara tindakan racun tersebut.\n\n\nRacun sentuh\nRacun serap\nRacun pra-cambah\n\n\nRacun Sentuh\n\n\nRacun sentuh akan membunuh mana-mana bahagian yang terkena dengan racun ini sahaja manakala yang tidak terkena akan masih hidup. Bahagian akar dan mungkin batang yang terlindung akan hidup dan tumbuh semula.\n\n\nSebab itu kalau kita guna racun sentuh perlulah disembur kepada seluruh bahagian tumbuhan. \n\n\nRacun ini sangat berkesan pada rumpai daun lebar yang tumbuh semusim. \n\n\nKelemahan apabila tidak terkena akar adalah rumpai mampu tumbuh semula selepas mati. Kesannya cepat, tapi tumbuhnya rumpai pun cepat.\n\n\n\n\nTindakbalas racun ini terhadap tumbuhan adalah cepat. Dalam tempoh beberapa jam sahaja selepas sembur kita dapat lihat tumbuhan mula layu.\n\n\nJadi sesuailah racun ini bagi petani yang ingin melihat kesan yang cepat. Di samping itu, racun sentuh ini paling sesuai disembur semasa musim hujan.\n\n\nCara semburan secara jalur atau bulatan di bawah kanopi tumbuhan sesuai digunakan untuk racun jenis ini.\n\n\nLazimnya petani boleh membuat campuran dengan racun pracambah.\n\n\nBagi kawalan yang menyeluruh terhadap rumpai saka, racun ini perlu disembur berulang-ulang dalam jangkamasa yang pendek. Tujuannya untuk mengurang dan menghabiskan simpanan makanan dalam tisu tumbuhan yang tidak terkena racun. \n\n\nParaquat\n\n\nParaquat adalah antara racun rumpai paling popular di kebanyakan negara. Racun ini mengandungi perawis aktif dikenali sebagai \u2018paraquat dichloride 25% w/w\u2019. Di antara beberapa jenama racun jenis ini seperti Paraquat, CP Paraquat, Gramoxone PP199, Chemquat, Terquat, dan Clean-Up.\n\n\nRacun jenis sentuh ini membunuh rumpai daun lebar dan rumput. Untuk kesan maksimum, semburan pada tumbuhan perlu lenjun.\n\n\nPetani menyembur racun ini dengan kerapa bagi mendapat kawalan yang berkesan.\n\n\nRacun ini sesuai dicampur dengan Diuron. Diuron bertindak sebagai racun pracambah. Campuran ini ada di pasaran dengan jenama Paracol. Keberkesanan racun paraquat ini juga adalah lebih baik jika dicampur dengan 3g Ally dalam 18 liter air. \n\n\nNamun begitu, ia tidak berkesan jika disembur di atas permukaan tanah kerana bahan aktif paraquan akan diikat oleh liat pada tanah. \n\n\nKeburukan paraquat adalah sisanya tersimpan lama di dalam tanah. \n\n\nRacun paraquat boleh meresap melalui kulit dan mesti dielakkan dari menyedut kabus semasa menyembur dan elakkan dari terkena mata dan kulit. Jika termakan ia boleh merosakkan bahagian usus, paru-paru, hati dan ginjal.\n\n\nRacun serap / sistemik\n\n\nRacun serap atau racun sistemik adalah racun yang menyerap masuk dan mengganggu sistem organ tumbuhan.\n\n\nSebagai contoh racun \u2018monoron\u2019 menghalang proses fotosintesis berlaku. Racun serap lain mungkin merosakkan proses pernafasan, metabolisma, karbohidrat, lemak dan juga protein dalam tumbuhan.\n\n\nJika hendak dibandingkan dengan racun sentuh, racun rumpai jenis ini membunuh rumpai dengan lebih berkesan. Rumpai yang mati akibat racun ini akan mengambil masa lama untuk kembali pulih. Walaupun begitu, tindakan racun ini hanya dapat dilihat sekitar 2 hingga 3 minggu selepas semburan. \n\n\nAda sesetengah petani mencampurkan racun sentuh dan racun sistemik untuk mendapat kesan yang cepat. Tindakan ini bukanlah tindakan bijak. Racun sentuh akan membunuh tisu tumbuhan. Apabila tisu ini mati, serapan racun sistemik akan tergganggu. \n\n\nMenggunakan kadar kepekatan yang tinggi juga tidak sesuai untuk racun ini. Kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kematian pada tisu tertentu dan ini akan menghalang pergerakan racun ke bahagian akar rumpai. Gunakan dos yang disyorkan pada label racun.\n\n\nRacun Garlon 250 \u2013 Sistemik untuk daun lebar seperti kekacang, senduduk dan juga untuk membunuh pokok. \n\n\nRacun Ally \u2013 Sistemik untuk daun lebar. Bahan aktifnya ialah metsulfuron-methyl. Sesuai dicampur dengan round-up dan juga paraquat.\n\n\nGlyphosate\n\n\nGlyphosate adalah racun serap dengan kandungan perawis aktif iaitu \u2018N-(Phosphonomethyl) glycine\u2019. Antara nama dagangan racun ini seperti Roundup, Ecomax dan Touch down. \n\n\nRacun sistemik ini sesuai membunuh rumpai saka seperti lalang, menerong, rumput sambau dan juga rumpai daun lebar. \n\n\nIa sesuai dicampur dengan 3g racun Ally untuk mendapat kesan yang lebih terutama pada daun lebar. Racun ini kurang merbahaya pada mamalia. \n\n\nUntuk menggunakan secara berkesan perlu menggunakan air yang bersih. Glyphosate akan hilang racunnya bila bercampur dengan lumpur.\n\n\nRacun Pra-cambah\n\n\nRacun jenis ini berkesan untuk tujuaan kawalan rumpai pada peringkat paling awal. Biasanya racun pracambah digunakan di awal pembukaan batas kebun atau ladang terutama selepas kerja-kerja penyediaan tanah selesai. Racun ini mampu menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman dibuat.\n\n\nRacun Diuron adalah racun pracambah digunakan untuk kawal rumput dan rumpai daun lebar. Biasanya digunakan dengan racun lain. Kegunaan Diuron akan lebih berkesan jika digunakan bersama pelekat (surfactant). \n\n\nOrganic Arsenicals\n\n\nAntara perawis aktifnya adalah \ncacodylic acid\n dan \nmethanearsonic\n. MSMA dan DSMA adalah antara jenama yang mengandungi perawis aktif ini.\n\n\nRacun jenis ini mengandungi logam arsenik yang boleh terkumpul di dalam tanah dan mencemarkan tanah. Logam arsenik boleh diserap oleh tumbuhan dan apabila dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan sakit buah pinggang.\n\n\nOleh sebab itu racun ini sudah jarang digunakan. \n\n\nJenis racun rumpai dan perawis aktif:\n\n\nJenis Racun Rumpai\nPerawis aktif\n Racun sentuh\nParaquat \n Racun serap\n\u2013 Glyphosate\n\u2013 Glufosinate ammonium \n Racun pra-cambah\n\u2013 bensulide\n\u2013 metolachlor\n\u2013 pendimethalin\n \u2013 Atrazine \n\n\nPerkara Penting Untuk Tahu Berkaitan Racun\n\n\nAda beberapa perkara kita perlu tahu apabila melibatkan hal racun kimia ini iaitu perawis aktif dan langkah keselamatan terlibat.\n\n\nPerawis Aktif\n\n\nApabila kita membeli racun rumpai, pada label itu akan kita lihat ditulis perawis aktif (active ingredient, a.i). Fungsi perawis aktif adalah untuk bertindak mematikan rumpai.\n\n\nPerawis aktif ini dibahagikan kepada tiga nama:\n\n\nNama kimia\n\n\nPenamaan ini diberikan secara sistematik oleh badan tertentu seperti International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC) dan Chemical Abstracts Service (CAS). Kalau belajar sains sekolah menengah, inilah masanya untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut.\n\n\nNama biasa\n\n\nNama kimia terlalu panjang dan rumit untuk petani ingat. Maka saintis menerbitkan nama biasa pula.\n\n\nNama dagangan\n\n\nNama dagangan ialah jenama produk racun kimia yang biasa tertulis pada label produk. Hal ini agar petani tidak lupa jenama syarikat apa racun dia beli.\n\n\nContoh racun mengikut nama:\n\n\nNama biasa\nNama dagangan\nNama kimia\n Cypermethrin \nCymet, Kencis \n[Cyano-(3-phenoxyphenyl)methyl]3-(2,2-dichloroethenyl)-2,2-\n dimethylcyclopropane-1-carboxylate \nMancozeb \n MZ-45, Manzeb 80 \n manganese ethylenebis(dithiocarbamate)(polymeric) complex with zinc salt \nBrodifacoum \nMatikus, Talon \n 3-[3-[4-(4-Bromophenyl)phenyl]-1,2,3,4-tetrahydronaphthalen-1-yl]-2- hydroxychromen-4-one \n Metaldehyde \nSiputox, Meta 5G \n r-2, c-4, c-6, c-8-tetramethyl-1,3,5,7-tetroxocane \nGlyphosate \nRoundup, Ken-up, Acomac \n N-phosphonomethyl glycine \n\n\nKelas Racun Rumpai\n\n\nRacun rumpai dibahagikan kepada empat kelas mengikut tahap keracunan sesuatu racun. Kita boleh lihat pada botol racun dengan warna yang tertera.\n\n\nKelas racun rumpai mengikut Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP)\n\n\nLangkah Keselamatan\n\n\nRacun kimia adalah berbahaya. Itu kita perlu ingat dan semat dalam minda. Jangan buat main dengan racun kimia. Telah banyak nyawa petani mati akibat salah penggunaan racun sama ada mereka tidak tahu cara yang betul kendalikan racun atau mereka memang jahil.\n\n\nSaya harap anda ambil perhatian pada bahagian ini.\n\n\nMakanan\n\n\nSebelum makan pastikan telah kita cuci bersih tangan dan tukar baju. Jika lapar, pastikan makan dahulu sebelum meracun.\n\n\nPakaian Keselamatan Meracun\n\n\nBaju lengan panjang, seluar panjang, apron, topeng gas, penutup mata, topi dan sarung tangan.\n\n\nJangan ambil lewa akan hal pemakaian ini. Ramai pekerja buruh mati keracunan akibat mengabaikan keselamatan pemakaian.\n\n\nLarangan kawasan semburan\n\n\nJangan masuk ke kawasan semburan selepas sembur. Hal ini kerana racun masih aktif ada lagi di sekitar itu. Biarkan selama sekurangnya 12-24 jam sebelum masuk semula ke kawasan disembur.\n\n\nTindakan selepas menyembur racun rumpai\n\n\nBeberapa tindakan perlu dibuat sejurus sahaja kita selesai menyembur racun rumpai.\n\n\nMandi\n\n\nSetelah kita sembur, terus tanggal baju dan basuh bersih. Asingkan baju daripada baju lain. Seeloknya kita basuh dengan tangan dahulu bagi membuang lebihan racun.\n\n\nCuci tangan sebersihnya setelah menyembur\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/perangkap-lalat-buah/", "title": "Cara Buat Perangkap Lalat Buah Guna Botol", "body": "\n\nLalat buah menjadi musuh utama bagi sesiapa yang menanam tanaman berbuah seperti cili, jambu, mangga, dan pisang. Mana tidaknya. Buah busuk sebelum masak adalah tanda utama buah telah diserang lalat buah.\n\n\nAsasnya, lalat buah diciptakan oleh Allah SWT berpasangan. Ada jantan dan betina. Lalat buah betina lah yang bertelur di dalam buah. Tabiatnya bertelur pada buah\u00a0sebelum buah masak. \n\n\nCara lain untuk bunuhnya adalah dengan pelekat kuning atau balut buah apabila putik buah kelihatan.\n\n\nDi sini saya terangkan tentang penggunaan pemikat lalat buah sebagai perangkap lalat buah. Anda boleh belajar buat sendiri atau mudah, beli perangkap yang telah siap dibuat (\nbeli sini\n).\n\n\nBahan:\n\n\nMetil eugenol (\nbeli sini\n)\nKapas\nBotol minuman 500 mL\nDawai\n\n\nAlat:\n\n\nPisau\n\n\nCara buat perangkap lalat buah:\n\n\nBuat tiga hingga empat lubang di atas penutup botol.\nTebuk penutup botol.\nKemudian ikat dengan dawai\nAmbil kapas dan letakkan dua hingga tiga titik metil eugenol\nSeterusnya lekatkan kapas tersebut pada dawai yang dibuat pada penutup botol\nTutup botol dan gantung di luar kawasan kebun kita. Terutama jauh\u00a0daripada pokok yang diserang. Jarak yang sesuai adalah 50 meter ke atas.\n\n\nAMARAN:\n Jika pokok kita tidak diserang oleh lalat buah, jangan sesekali buat perangkap ini. Jika tidak anda akan menanggung risiko pokok buah anda diserang pula lalat buah.\u00a0Ibarat anda menghantar kad jemputan kepada lalat buah untuk berpesta di kebun anda.\n\n\nRujukan:\n\n\nhttp://myagri.com.my/2013/09/lalat-buah-edisi-fertigasi/\nhttp://myagri.com.my/2015/09/buah-cili-buruk-dan-gugur/\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/perekat-pestisida-jadam-wetting-agent/", "title": "Cara Buat Racun Organik Mesra Alam \u2013 JADAM Wetting Agent (JWA)", "body": "\n\nApabila berkebun kita tidak akan lari daripada serangan serangga perosak seperti belalang, lalat putih mahupun kutu daun (afid). Jangan tipulah jika anda ingin organik 100% tanpa gunakan racun.\n\n\nSaya sendiri tidak pernah berjaya menanam 100% tanpa guna racun organik. Setelah membuat beberapa bacaan, akhirnya saya terjumpa satu inovasi membuat racun organik yang mudah.\n\n\nNama racun organik ini adalah JADAM Wetting Agent (JWA) atau perekat JADAM. Perekat adalah bahan cecair yang digunakan bagi meningkatkan keberkesanan racun terhadap serangga perosak dan pokok.\n\n\nPerekat akan membuang lapisan lignin yang ada pada kulit serangga seterusnya memudahkan penyerapan racun terhadap serangga.\n\n\nSelain itu perekat membantu meningkatkan kesan baja foliar terhadap pokok.\n\n\nApa yang menariknya, JWA ini adalah kategorik perekat organik. Organik di sini bermaksud JWA akan terurai oleh mikrob dalam masa 5 hari selepas disembur. Ini membolehkan JWA tidak kekal lama di alam sekitar.\n\n\nBagaimana JWA Boleh Menjadi Racun Organik?\n\n\nJWA itu sendiri adalah sabun. Buih hasilan JWA akan menutup liang pernafasan serangga seterusnya menyebabkan serangga mati kesesakan nafas.\n\n\nCara JWA bertindak ini membolehkan JWA diguna selalu untuk membasmi perosak. Serangga tidak akan membentuk imunisasi terhadap JWA tidak seperti racun kimia.\n\n\nCara Membuat 5L JADAM Wetting Agent (JWA)\n\n\nKita mulakan dengan \nbahan\n:\n\n\nKalium hidroksida (KOH) \u2013 160g\nMinyak masak kanola \u2013 900 mL\nAir awal \u2013 120 mL\nAir tambahan \u2013 4L\n\n\n*air yang sesuai digunakan adalah air lembut seperti air hujan, air RO, air tapis (coway atau cuckoo).\n\n\nAlatan\n:\n\n\nMesin gerudi (driller)\nMata ayak simen\nBaldi 15L\n\n\nSebelum membuat JWA ini, pastikan anda telah memakai kelengkapan keselamatan yang sesuai iaitu gogles dan sarung tangan getah.\n\n\nCara buat perekat pestisida JWA:\n\n\nMasukkan air awal ke dalam baldi\nSeterusnya masukkan KOH. Ketika ini anda akan dapat melihat wap yang muncul akibat tindakbalas KOH dengan air. Hati-hati\nGoncang baldi sehingga larut KOH\nSetelah itu masukkan minyak masak kanola\nMula gaul menggunakan mesin gerudi sehingga sebatian membentuk warna seperti mayonis. Biasanya sekitar 5-10 minit mengikut kelajuan mesin gerudi\nTutup baldi dan biarkan selama 3 hari\nSetelah 3 hari, anda akan dapati sebatian sabun mengeras seperti mentega\nMasukkan air tambahan\nAnda boleh gaul menggunakan mesin gerudi atau gunakan kayu\nKetika mengacau pastikan semua sabun hancur\nSisa sabun tidak akan larut terus. Kacau larutan selang 2 jam selama 2-5 minit. Larutan JWA siap apabila semua sisa telah larut dalam air\nAnda boleh simpan JWA di dalam botol. Elakkan JWA terkena cahaya matahari sepanjang penyimpan\n\n\nPenggunaan JWA\n\n\nSebagai perekat organik \n\u2013 JWA seperti telah saya terangkan di awal artikel ini, berfungsi sebagai pelekat pertanian. Gunakan 6-10 mL JWA campur dengan 1L air dan campur dengan apa-apa baja atau racun.\n\n\nAnda akan dapat lihat bagaimana JWA membantu meningkatkan kecekapan racun dan baja anda.\n\n\n\n\nSebagai racun organik\n \u2013 JWA juga boleh menjadi racun organik bagi membunuh serangga di peringkat awal seperti kutu daun (afid), lalat putih, koya, bena dan kepinding. Gunakan 10-30 mL JWA dicampur dengan 1L air dan sembur pada serangga yang menyerang. Biasanya serangga menyorok di bawah dedaun.\n\n\nSemburan JWA paling berkesan dibuat awal pagi ataupun lewat petang. Ketika ini adalah waktu serangga perosak aktif.\n\n\nSebelum guna JWA, kita perlu menguji kepekatan campuran dahulu pada satu atau dua pokok. Dalam masa 2-3 hari jika tanaman masih dalam keadaan elok barulah kita semburkan pada tanaman lain.\n\n\nJika dos rendah tidak berkesan, tingkatkan kepekatan JWA sebanyak 5mL.\n\n\nVIDEO\n\n\nDalam video ini saya tunjukkan cara membuat JWA dengan mudah. Di akhir video saya tunjukkan bagaimana JWA mampu membunuh serangga perosak.\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=OqdBEdRp2xw&ab_channel=KebunBandar\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nCara Buat Perekat Sendiri Sebagai Racun Organik \u2013 JADAM Wetting Agent [JWA] (5 Liter) (https://www.youtube.com/watch?v=OqdBEdRp2xw&ab_channel=KebunBandar)\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/pindah-anak-pokok/", "title": "Cara Pindah Tanam Anak Pokok Semaian Yang Betul", "body": "\n\nMenanam tumbuhan daripada biji benih adalah satu yang menyeronokkan dan memberi satu kepuasan dalam aktiviti berkebun. Banyak varieti sayur yang pelik dan unik hanya terdapat apabila kita tanam dengan biji benih. Untuk menanam varieti tumbuhan tersebut, kita perlulah kuasai \ncara pindah anak pokok tersebut dari awal sampai habis\n.\n\n\nBagaimana pindah anak benih dari semaian?\n\n\nSalah satu soalan daripada orang ramai adalah \u201c\nbilakah masa sesuai saya pindah tanam anak benih?\n\u201c\n\n\nIni soalan bagus apabila kita mula menanam pokok melalui biji benih. Memahami masa sesuai pemindahan ini mampu memberi kesan\u00a0baik pada pertumbuhan tanaman kemudian hari. Pindah tanam atau bahasa Inggeris \ntransplanting \nadalah aktiviti selepas semaian benih bercambah.\n\n\nJika kita mengubahnya\u00a0ke atas batas\u00a0atau dalam pasu lain\u00a0sebelum anak benih\u00a0bersedia,\u00a0terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Pertama, anak benih akan cepat layu. Seterusnya akan mati akibat kekurangan air, terlebih cahaya matahari, atau kerosakan akar.\n\n\nApabila ingin memindahkan anak benih, tiada peraturan tetap. Ada yang mengatakan ketinggian\u00a0anak benih menjadi ukuran. Pendapat saya, ini bukan ukuran yang tepat.\n\n\nIni kerana setiap tumbuhan berbeza saiz dan masa pembesarannya. Lagipun,\u00a0jumlah penerimaan cahaya oleh anak benih mempengaruhi kadar pertumbuhan ketinggiannya sebaik sahaja percambahan berlaku.\n\n\nAda benih yang tumbuh kurus meleding dan ada pula yang terbantut. Sebab itu indikator utama untuk pindah anak benih terletak pada daun sebenar. Apa itu daun sebenar? Saya terangkan nanti.\n\n\nSebelum itu kita kenali bahawa proses pemindahan anak pokok dari satu bekas ke bekas lain atau tempat akan memberi kesan kejutan. \nKesan ini dinamakan sebagai kejutan pemindahan\n atau \ntransplant shock\n.\n\n\nHal ini berkaitan dengan akar. Saya akan terangkan lanjut di bawah.\n\n\nBoleh ikuti langkah-langkah yang saya biasa buat bagi mengurangkan kesan kejutan pemindahan.\n\n\n#1 Pastikan daun sebenar muncul\n\n\nUmumnya, biji benih sayur biasa akan mengambil dua hingga tuguh hari untuk bercambah. Ketika bercambah anak benih akan mengeluarkan dua daun benih untuk proses fotosintesis. Daun benih ini bentuknya lonjong dan biasanya sepasang. Setelah itu akan tumbuh daun berbentuk lain. Daun ini adalah daun sebenar.\n\n\n\n\nDaun benih akan muncul dari biji benih sebelum munculnya daun sebenar. (\nsumber foto\n)\n\n\nKetika tumbuh daun sebenar inilah tanda anak pokok sudah boleh dipindahkan ke media yang lebih sesuai. Pertumbuhan daun sebenar menandakan anak pokok sudah mempunyai akar yang kuat untuk mencari makanan sendiri.\n\n\nKebiasaannya kita akan pindah anak pokok apabila terdapat dua hingga empat daun sebenar. Tempoh untuk anak pokok mengeluarkan daun sebenar adalah di antara dua hingga tiga minggu selepas bercambah.\n\n\nDalam buku orang puteh, banyak ditekankan waktu pemindahan sama ada di waktu musim bunga, panas, luruh atau sejuk. Di Malaysia mana ada musim-musim begitu. Jadi, kita hanya akan pindah pokok apabila munculnya daun sebenar lebih daripada 2. \n\n\nTetapi jangan lambat sangat pindah atau nanti akar sudah berserabut. Apabila akar sudah berserabut, ini akan menyukarkan lagi proses pemindahan anak pokok ke dalam pasu lebih besar atau atas tanah atau batas.\n\n\n\n\n#2 Siram sebelum dan selepas pindah\n\n\nApabila kita ingin memindahkan anak pokok ke atas batas\u00a0atau pasu yang lebih besar, pastikan kita menyiram dahulu anak pokok itu. Seeloknya sejam sebelum pemindahan dilaksanakan. Kalau tidak sempat, siram sahajalah sebelum pindah.\n\n\nSelepas pindah pun kita perlu siram agar media kekal lembab. \n\n\n#3 Pindah ke bekas lebih besar\n\n\nSaya semai benih saya pada bekas tapis berisi lumut gambut (peatmoss). Apabila sudah bercambah dan ada daun sebenar, saya akan pindah ke bekas lebih besar. Biasanya saya akan gunakan cawan polisterin sebagai bekas lebih besar. Proses ini dinamakan pemindahan ke pasu lebih besar atau \npotting up\n.\n\n\nIkuti video di bawah untuk langkahnya:\n\n\n\nhttps://www.facebook.com/izhamalias/videos/10216119450995105/\n\nSaya kongsikan cara mudah untuk pindah anak pokok cili.\n\n\n#4 Kedalaman Anak Pokok\n\n\nApabila pindah anak benih, pastikan kedalaman yang sesuai. Umumnya, pastikan pangkal separas dengan tanah. Berikut adalah panduan untuk setiap jenis tanaman yang ada.\n\n\n\n\n\n\n#5 Letak di tempat redup\n\n\nLangkah ini paling penting antara semua langkah. Jika kita tak buat, kemungkinan anak pokok mati adalah tinggi.\n\n\nAnak pokok adalah seperti bayi yang baru lahir. Ia memerlukan jagaan yang rapi agar proses tumbesarannya berjalan dengan baik. Setelah kita membuat pemindahan, tentunya akar pokok terganggu.\n\n\nOleh itu anak pokok akan mula fokus bagi memperbaiki akar. Tempoh pemulihan ini memakan masa sekitar 7 hingga 14 hari.\n\n\nTerik cahaya matahari mampu mengganggu proses pemulihan ini. Akibatnya anak pokok akan layu tatkala terkena pancaran cahaya matahari berlebihan. Silap haribulan anak pokok boleh mati.\n\n\nLangkah yang betul setelah pemindahan adalah dengan letak anak pokok di tempat redup. Jika di rumah, letak di tepi rumah yang ada atap atau bawah bumbung rumah. Manakala jika tiada tempat, boleh sediakan tempat yang ada jaring hitam.\n\n\n\n\nLetak jaring hitam agar bibit pulih daripada kejutan pemindahan.\n\n\n#5 Pembajaan\n\n\nRamai terlupa bahawa anak pokok juga memerlukan baja untuk pembesaran yang sihat dan kuat. Sebaik sahaja pindah, letakkan baja organik seperti kompos atau tinja ayam. Jika minat baja kimia, gunakan \nbaja NPK hijau\n. Jarak baja biarlah 5 cm jauh. Jika dekat mungkin akan memberi kesan lecur pada batang anak pokok. \n\n\nBubuh berdasarkan dos yang disyorkan. Biasanya saya letak satu sudu makan untuk setiap satu anak pokok.\n\n\n#6 Lindungi Anak Benih\n\n\nAkhir sekali adalah kita perlu lindungi anak benih daripada serangan perosak seperti siput babi dan belalang. Perosak ini sangat suka pada daun anak benih yang lembut. Terutama sebaik sahaja pindah.\n\n\nSembur dengan \nracun organik buatan sendiri\n.\n\n\nKepentingan Mengalih Anak Benih\n\n\nPersoalan utama apakah kepentingan kita mengalih anak benih? Mengapa tidak terus tanam di dalam pasu atau di atas batas?\n\n\nKelebihan mengalih anak benih:\n\n\nBenih dapat disediakan awal sebelum tempat penanaman siap\nBenih boleh dijaga rapi agar tidak dimakan serangga perosak ataupun terkena penyakit\nKadar percambahan yang tinggi\n\n\nSoalan Tambahan\n\n\nIni pula adalah soalan tambahan berkaitan pemindahan tanaman.\n\n\nApa akan terjadi pada anak pokok jikalau dibiarkan lama di dalam bekas semaian?\n\n\nKemungkinan besar anak pokok akan terbantut kerana akar pokok akan mula mengeras dan berserabut di satu tempat.\u00a0Jadi, pastikan kita memindah anak pokok tepat pada masanya agar penanaman berjalan dengan lancar.\n\n\nAda kata garam epsom mampu mengurangkan kejutan pemindahan?\n\n\nKita balik kepada asas. Apa yang tercedera selepas pindah? Akar pokok tentunya. Pasca-pemindahan anak pokok akan lebih fokus untuk memulihkan akar. Jadi semasa proses pokok akan lebih serap air berbanding pa-apa baja atau suplemen.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://garden.org/courseweb/vegetables/CLASS3/c3p9.html\nhttps://www.quickcrop.ie/blog/2013/05/planting-out-vegetable-seedlings/\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/punca-limau-kecut/", "title": "Limau kecut \u2013 Apakah puncanya?", "body": "\n\n \nKualiti jus buah sitrus, seperti limau, selalunya bertambah apabila semakin lama ia di pokok, ada juga yang apabila terlalu menjadi kecut atau kering. Oleh itu, menuai buah limau tepat sebelum ia menjadi kuning adalah waktunya. Apapun, masalah buah limau kecut atau juga kering ada berlaku, dan ini menjadi salah satu hal yang sering pekebun rungut.\n\n\nPunca buah limau kering\n\n\nMencari punca buah limau kering boleh memenatkan melainkan anda tahu hendak apa perlu dicari. Terdapat beberapa sebab mengapa limau kering dan lembik. Limau kering mungkin boleh dikaitkan dengan kekurangan air, terlebih masak, pokok muda, kekurangan nutrien atau stres \u2013\u00a0akibat daripada pembajaan atau penanaman yang salah \u2013\u00a0dan perubahan ketara suhu persekitaran.\n\n\nSalah penyiraman\u00a0\n\u2013 Teknik penyiraman yang salah antara faktor biasa menyebabkan limau kering. Limau memerlukan air yang banyak terutamanya ketika proses pembuahan berlaku. Apatah lagi yang ditanam di dalam bekas seperti pasu besar. Kekurangan air menyebabkan kualiti jus dalam buah limau dan menyebabkan kenapa buah limau kering. Berikan pokok limau air yang banyak sekurangnya dua kali seminggu, terutamanya pada musim kering.\n\n\nTerlalu matang\n\u00a0\u2013 Membiarkan buah limau terlalu lama di atas pokok boleh menyebabkan buah kering. Limau selalunya dipetik apabila mendekati indeks kematangan, ketika ia masih hijau. Jangan biarkan ia menjadi kuning.\n\n\nPokok terlalu muda\u00a0\n\u2013 Pokok muda limau, terutama yang baharu dua atau tiga tahun, selalunya menghasilkan limau kering. Dengan pertambahan kematangan umur pokok, kualiti jus limau akan bertambahbaik dengan sendirinya.\n\n\nKekurangan nutrien/stres\n\u00a0\u2013 Kekurangan nutrien atau stres boleh juga menyebabkan limau kering. Teknik pembajaan yang salah antara penyumbannya. Pembajaan biasanya dilakukan setahun sekali, walaupun ada yang mengsyorkan dua kali setahun, setiap 6 bulan sekali.\n\n\nPenanaman yang salah dan saliran tanah kurang membawa kepada limau kering. Kedalaman penanaman dan tanah yang sihat adalah antara faktor yang boleh dilihat apabila limau kering. Pokok limau hendaklah ditanam sama atau 3 cm dalam bersamaan akarnya. Untuk memastikan tanah yang sihat, gaulkan dengan kompos. Juga perlu ingat pokok limau menggemari pH antara 6.0-6.5. Pastikan juga saliran air di kawasan penanaman berjalan dengan baik.\n\n\nPokok limau hendaklah ditanam di tempat yang mempunyai cahaya matahari penuh.\n\n\nJika anda melihat buah limau anda kering, ia mungkin disebabkan beberapa akibat. Apabila anda dapat menghapuskan akibat itu, anda boleh melihat dan membaiki dengan faktor yang mempengaruhinya pula.\t\t\t\t\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/racun-furadan-organik/", "title": "Cara Buat Pengganti Furadan (Organik dan Berkesan)", "body": "\n\nFuradan (nama pasaran untuk CARBOFURAN) merupakan racun sintetik sentuh dan sistemik (diserap melalui akar hingga ke bahagian tumbuhan yang lain), banyak diapliaksikan untuk membunuh serangga perosak dalam bentuk larva dan dewasa, nematod, semut serta perosak yang lain.\n\n\nNamun, penggunaan furadan sistetik ini juga memberi kesan kepada manusia kerana kesan furadan (sama ada banyak atau sedikit) masih kekal pada tanaman dan hasil tanaman walaupun penggunaannya dihentikan pada sekitar 75 hari (atau lebih) sebelum memungut hasil tanaman.\n\n\nBagi menggantikan penggunaan furadan sintetik pada tanaman, berikut adalah kaedah menghasilkan furadan organik (sesuai untuk tanaman sekitar rumah)\n\n\nBahan:\n\n\nBuah jering \u2013 10 biji (ambil isi sahaja tanpa kulit)\nAir \u2013 500 mL\nBelerang \u2013 4 sudu makan\nPasir halus \u2013 6 cawan\nPlastik\n\n\nAlat:\n\n\nBaldi \u2013 18 L\n\n\nCara buat:\n\n\nBuah jering dikisar, diparut atau ditumbuk halus\nMasukkan jering tadi ke dalam baldi\nTambahkan belerang dan pasir halus\nGaulkan bahan tersebut hingga sebati\nTutup baldi dengan pembalut plastik dan simpan di tempat kering selama 1 minggu\n\n\nCara guna:\n\n\nFuradan organik boleh digunakan dengan mencampurkan dengan tanah untuk tujuan pemasuan, semaian biji benih atau tabur rata di keliling tanaman anda. Hanya guna 2-3 sudu makan setiap kali penggunaan. Boleh tabur setiap sebulan sekali.\n\n\nRujukan\n\n\nhttp://puspatani.blogspot.com/2012/10/furadan-organik.html\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/racun-organik-buat-sendiri/", "title": "Cara Mudah Buat Racun Organik Buatan Sendiri Guna Cili dan Bawang Putih", "body": "\n\nKebun saya selalu diserang \nserangga perosak\n seperti \nkoya-koya\n (\nmealy bug\n), \nlalat putih\n, \nafid (kutu daun)\n dan \nulat bulu\n. Banyak pokok saya rosak dan mati. Ramai cadangkan guna \nracun kimia\n tetapi saya tidak suka.\n\n\nSebenarnya kita boleh buat sendiri racun ini guna bahan-bahan dari dapur kita sahaja. Serius mudah dan jimat duit.\n\n\nLalat putih sering menyorok di bawah daun. Sedikit demi sedikit pokok akan mati akibat diserang lalat putih. (\nsumber\n)\n\n\nMengapa Tidak Guna Racun Kimia?\n\n\nPertama, \npenggunaan racun kimia berbahaya kepada manusia dan persekitaran\n. Kelengkapan seperti penutup mulut dan sarung tangan wajib ada semasa kendali racun kimia. Saya tahu sebab semasa saya belajar di UPM dulu, saya kena buat begitu. Jika tak, saya akan dimarahi oleh pegawai bertugas.\n\n\nCuba fikir lagi, jJika untuk kendalikan racun kimia itu sendiri memerlukan kelengkapn yang bagus, bagaimana pula apabila kita sembur pada tanaman yang akan masuk perut kita? Bukankah bahaya? Bagaimana pula kesannya pada haiwan peliharaan kita seperti kucing?\n\n\nKedua, adalah pada \nharga yang mahal.\n Bayangkan satu botol kecil saiz tin minuman, harga sudah boleh mencecah RM100. Walhal guna sedikit sahaja. Sangat tidak sesuai untuk pekebun bandar skala rumah macam kita ini.\n\n\nJadi saya pun mencari resipi buat \nracun organik\n di rumah. Akhirnya jumpa satu untuk\u00a0saya kongsikan resipi membuat racun organik yang sangat mudah dengan hanya guna dua bahan utama iaitu cili padi dan bawang putih.\n\n\nResipi Racun Organik\n\n\nBahan A:\n\n\nBawang putih \u2013 1 labu\nCili padi \u2013 6 biji\nAir \u00a0\u2013 500 mL (satu botol minuman biasa)\n\n\nBahan B:\n\n\nMinyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) \u2013 1/2\u00a0sudu makan\nSabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) \u2013 1 sudu teh\n\n\nBahan B ini adalah agar semburan kita melekat pada daun dan serangga. Kita namakan ini perekat. Namun ada risiko jika kita terlebih bancuh boleh menyebabkan pokok layu. Jika takut hal ini berlaku, anda boleh \ndapatkan perekat organik yang berkualiti di sini\n. Guna sedikit sahaja tapi hasilnya bagus. Apatah lagi semua sudah ada dalam perekat organik ini termasuk ekstrak mambu.\n\n\nAlat:\n\n\nPenapis\nPenyembur tangan\n \u2013 1.5 L\n\n\nCara buat:\n\n\nKisar semua bahan A dalam pengisar (blender).\nSeterusnya tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja\nSimpan pati di dalam bekas dan peram selama 12 jam \nAgar pati racun ini tahan lama, anda boleh masukkan ke dalam peti ais. Dengan itu pati ini dapat bertahan sehingga 6 bulan. Pati ini rosak apabila ada buih dan berbau masam\n\n\nCara guna:\n\n\nMasuk\u00a0100 mL pati dan bahan B\u00a0(atau untuk yang organik, \nJWA\n) ke dalam penyembur\nIsi air penuh botol penyembur (1.5 L)\nGoncang sehingga semua bahan sebati\nSembur sampai basah daun \nterutama bawah daun\n setiap hari sehingga serangan serangga hilang atau berkurangan\nJika pokok tiada masalah serangga, sembur seminggu sekali sebagai kawalan.\n\n\nSedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun Bandar yang melaporkan pokoknya layu setelah membuat semburan resipi racun organik ini. Jika hal ini terjadi, terus siram seluruh pokok dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada tempat semburan.\n\n\nSemburan racun organik ini perlulah berkala. Kita tidak boleh berharap sekali sembur dan serangga tidak akan datang lagi. Tidak, itu bukanlah bagaimana racun ini bertindak.\n\n\nSebab itulah untuk memudahkan kerja ini, saya gunakan penyembur tangan bertekanan. Apa benda tu? Boleh cek jenis yang \nsaya gunakan penyembur tangan di sini\n. Perlu beli yang berkualiti agar sekali guna tahan bertahun-tahun.\n\n\nBagaimana Cili dan Bawang Putih Boleh Jadi Racun?\n\n\nCili mempunyai rasa pedas yang apabila disembur akan membuatkan serangga perosak tidak selesa. Manakala bawang putih mempunyai bau yang kurang selesa kepada serangga. Selain itu bawang putih mengandungi bahan anti-kulat yang mampu mengurangkan serangan kulat pada pokok.\n\n\nCampuran kedua-dua ini mampu membuatkan perosak tidak mendekati pokok kita dan seterusnya tidak membuat kerosakan.\n\n\nMinyak dan sabun cuci pinggan berfungsi sebagai perekat pada badan serangga. Namun ada risiko jika terlebih dos dua bahan ini boleh menyebabkan liang stomata pada dedaun pokok tersumbat. Oleh sebab itu saya sarankan anda \ngunakan perekat organik yang saya buat sendiri ini\n.\n\n\n\n\nVideo Cara Buat Racun Organik\n\n\nAgar pembaca sini lebih faham, saya rakam khas satu video kaedah menghasilkan racun organik ini. Selamat menonton!\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=FhCD-5a5SEY&ab_channel=KebunBandar\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nCara Mudah Buat Racun Serangga Organik Guna Cili dan Bawang Putih (https://www.youtube.com/watch?v=FhCD-5a5SEY&ab_channel=KebunBandar)\n\n\n[Video] cara membuat racun organik guna cili dan bawang putih.\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/racun-organik-minyak-neem-semambu/", "title": "Kebaikan Racun Organik Minyak Neem (Semambu) Untuk Tanaman", "body": "\n\nPokok neem atau semambu mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia. Jika dilihat, menjadi satu adat dan budaya masyarakat india di Malaysia untuk menanam satu pokok mambu ini di rumah mereka.\n\n\nSaya apabila mengetahui khasiat neem ini untuk tanaman memang terkejut. Patutlah di India, pokok semambu ini sangat popular sebagai racun organik. Tambahan lagi, pokok ini mudah ditanam di rumah.\n\n\nApakah minyak neem atau semambu ini? Minyak neem adalah hasil daripada dedaun dan buah daripada pokok semambu. Selain daripada menjadi racun organik untuk ratusan tahun lamanya, anda akan mendapati neem ini banyak pada barangan di rumah termasuklah:\n\n\nKosmetik\nUbat gigi\nSyampu anjing\nSabun\n\n\nMasyarakat India telah lama mengetahui kebaikan dedaun neem sebagai bahan ubatan sejak berkurun lamanya. Antara kebaikan neem kepada kesihatan manusia:\n\n\nMeningkatkan imunisasi badan\nMenyah toksik dalam darah\nMeningkatkan fungsi hati\nMenjaga sistem kumuhan, penghadaman dan pernafasan badan\n\n\nDengan pelbagai khasiat ini, sememangnya neem terbukti selamat dan berkesan sebagai racun serangga.\n\n\nMari kita lihat kebaikan dan kegunaan neem di kebun kita.\n\n\nCold press atau biasa?\n\n\nKebanyakan minyak neem yang dijual di pasaran dihasilkan melalui proses biasa. Ini menjadikan kesan neem itu berkurangan banyak berbanding dengan cold press.\n\n\nKalau kita mahu kesan yang betul, perlu beli minyak neem cold press. Harganya boleh tahan mahal di pasaran antarabangsa. Ini sesuai dengan kesannya yang menakjubkan.\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/sebab-bunga-gugur-dan-cara-selesai/", "title": "Mengapa Bunga Gugur? Ini Sebab dan Penyelesaiannya", "body": "\n\nKita teruja melihat tanaman kita membesar dengan bagus. Setelah beberapa minggu menanti akhirnya tanaman mula mengeluarkan bunga. Tetapi beberapa hari kemudian, kita lihat bunga gugur di atas tanah.\n\n\nTeruskan bacaan kerana pada artikel ini saya akan terangkan sebab bunga tak lekat dan cara penyelesaiannya dengan faham asas ABC.\n\n\nMengapa Bunga Gugur?\n\n\nSesetengah tumbuhan adalah normal untuk bunganya gugur. Contohnya bunga jantan gugur setelah beberapa hari berkembang. Kebanyakan tumbhan, seperti labu mengeluarkan bunga jantan seawal dua minggu sebelum bunga betina muncul.\n\n\nBunga yang sihat boleh gugur akibat daripada kekurangan pendebungaan, faktor persekitaran, kurang kesuburan tanah dan serangan trip.\n\n\nPendebungaan\n\n\nSecara asasnya, pokok akan mempunyai dua bunga iaitu bunga jantan dan bunga betina. Ada pokok yang mempunyai bunga dua dalam satu. Iaitu pada bunganya terdapat bahagian bunga jantan dan bunga betina. Contohnya seperti bunga raya.\n\n\nManakala ada pokok yang terbahagi dua bunga seperti pokok timun, labu, dan tembikai. Pokok jenis ini mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada satu-satu pokok.\n\n\nAda pula pokok yang mempunyai dua jenis bunga pada dua jenis pokok. Seperti pokok kelapa sawit.\n\n\nApabila bunga betina tidak disenyawakan oleh debunga jantan, maka bunga betina akan gugur. Hal ini biasa kita boleh lihat mengapa bunga durian belanda selalu sahaja gugur. Juga kita boleh lihat pada pokok labu kenapa asyik gugur bunga.\n\n\nAgen pendebungaan seperti lebah, kelulut, rama-rama, kumbang, dan lalat amat penting bagi menjayakan kejayaan bunga menjadi buah.\n\n\nTetapi jika memang tempat kita tiada agen begini, bagaimana caranya? Kita boleh menjadi \u2018kadi\u2019 kepada tanaman kita. Ambil bunga jantan temukan pada bunga betina. Biasanya bunga betina dan jantan akan mula mengembang awal pagi sekitar jam 8pagi sehingga 10pagi. Ambil masa dan perhatikan perkembangan bunga.\n\n\nPersekitaran\n\n\nKenaikan suhu boleh memberi kesan kepada jumlah bunga yang dapat kekal pada tanaman. Kita boleh kurangkan kepanasan yang kena pada pokok dengan meletakkan jaring hitam di atas tanaman.\n\n\nCahaya yang kurang juga mampu memberi kesan kepada keguguran bunga. Pastikan pokok kita menerima sekurangnya 4 jam sehari cahaya matahari pagi ataupun petang.\n\n\nKesuburan Tanah\n\n\nTanah yang kurang subur membuatkan pokok terpaksa fokus pada perkembangan daun sahaja. Walaupun telah tiba untuk mula mengeluarkan bunga, tetapi jika nutrien tidak mencukupi boleh menyebabkan pokok menggugurkan bunga.\n\n\nPastikan kita memberi baja pokok berkala.\n\n\nWalaupun begitu, jika kita lihat pokok kita elok banyak dan hijau daunnya, mungkin juga faktor terlebih nitrogen. Ada petani menggunakan cara mengurangkan daun bagi menggalakkan bunga keluar pada pokok.\n\n\n\n\nSerangga \u2013 Trip\n\n\nTrip adalah sejenis serangga perosak yang merosakkan pokok. Perosak kecil ini akan masuk ke dalam kudup bunga dan memakan kelopak. Walaupun trip bukanlah mudah untuk dilihat tanpa kanta, anda boleh mengesannya dengan melihat kerosakan pada kelopak bunga.\n\n\nAnda boleh menyembur racun organik seperti minyak mambu bagi mengawal trip ini. Selain itu pastikan kebun kita bersih daripada rumpai yang mampu menjadi hos untuk trip bersembunyi dan membiak.\n\n\nFaham ABC agar Kurang Bunga Gugur\n\n\nGugurnya bunga pada pokok adalah akibat pokok mengalami tekanan. Tekanan ini berlaku akibat tidak cukup ABC ata salah satunya.\n\n\nJadi apakah itu ABC? ABC adalah akronim bagi Air, Baja dan Cahaya. Inilah tiga asas utama untuk sesuatu tumbuhan hidup subur.\n\n\nAIR\n\u2013 Pastikan tanah sentiasa lembab dengan kita menyiram secukupnya. Dengan cuaca yang panas di Malaysia, eloklah kita menyiram sekurangnya dua kali sehari pada batas tanaman. Jika tanam di dalam pasu, pastikan media campuran yang kita guna itu mampu menyimpan air dengan bagus.\n\n\nGunakan sungkupan seperti dedaun kering, habuk kayu atau jerami padi agar tanah kekal lembab. Boleh baca tulisan saya penuh berkaitan \nsungkupan di sini\n.\n\n\nBAJA \n\u2013 Apabila pokok mengalami kekurangan nutrien, pokok cenderung untuk mengurangkan tenaganya. Jika pokok dalam fasa berbunga maka pokok akan menggugurkan bunga agar kekal hidup. Saya sarankan beri secukupnya baja organik pada tanaman kita. Sekurangnya dua minggu sekali dengan segenggam kompos atau mana-mana baja organik yang kita ada.\n\n\nCAHAYA \n\u2013 Tumbuhan bunga dan buah memerlukan cahaya matahari penuh sekurangnya 6 jam sehari agar dapat menghasilkan bunga dan buah yang cantik. Jadi pastikan lokasi penanaman kita itu mampu menerima cahaya yang secukupnya.\n\n\nKesimpulan\n\n\nBunga gugur boleh jadi sebab pendebungaan, faktor persekitaran, kekurangan baja dan trip. Sebagai pekebun kita perlulah peka akan hal ini agar kita dapat kurangkan bunga gugur.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/silap-pekebun-amatur/", "title": "6 Kesilapan Apabila Mula Berkebun Dan Cara Mengatasinya", "body": "\n\n\t\t\t\tSaya juga pernah merasai pengalaman mula berkebun. Apabila saya bersembang dengan peserta bengkel, ternyata mereka juga mengalami seperti apa yang pernah saya alami. Oleh itu saya senaraikan kesilapan itu dan sama-sama kita mengatasinya.\n\n\n1. Tiada Rancangan\n\n\nBerkebun memerlukan perancangan seperti kita merancang untuk memasak. Kita perlu tahu apakah akhirnya yang kita ingin dalam aktiviti ini. Jika kita sembereno sahaja berkebun, saya yakin kita sukar untuk menjadi pekebun bandar yang berjaya. Walaupun luas kawasan berkebun kita itu hanya sekangkang kera.\n\n\nAmbil satu buku sekolah anak-anak kita yang tak habis itu. Gunakan untuk kita menulis tentang kebun kita. Tulis apa kita nak tanam. Tulis di mana kita nak tanam.\n\n\nIngat, gagal untuk merancang samalah dengan\u00a0merancang untuk gagal.\n\n\n\n\n2. Projek Besar\n\n\nIni pun satu hal yang perlu diambil perhatian. Apabila melihat kebun orang lain begitu cantik dan subur, kita pun mulalah merancang untuk buat sebesar kebun mereka. Saya faham anda duduk di rumah corner lot. Kawasan lebihan di rumah anda sangat luas sehingga boleh membuat sebuah rumah lagi.\n\n\nTapi janganlah terlalu teruja sampai begitu. Yang akan berkebunnya anda juga. Bukan tukang kebun lain. Pesan guru saya, mulakan apa di tangan. Mulakan dengan sedikit. Lama-lama jadilah bukit.\n\n\nJika anda tinggal di rumah dan ingin tanam di atas tanah, baca artikel \u2018\nBerkebun di Rumah Baharu\n\u2018. Ada saya terangkan cara mudah untuk membina batas dan \ncampuran tanah\n sesuai untuk situasi anda.\n\n\nMulakan dengan lima pasu dahulu. Tanam sayur yang mudah tumbuh dan cepat tuai seperti kangkung, bayam dan sawi. Apabila anda sudah mendapat rentak berkebun anda, mulalah terima cabaran menanam pokok-pokok lain seperti pokok cili, tomato atau terung.\n\n\n\n\n3. Beli Benih Banyak\n\n\nIni satu penyakit juga. Penyakit suka membeli. Tiada salah membeli benih yang banyak. Tetapi apa akan jadi jika semua benih hanya terperuk di dalam almari atau kabinet? Ingat, benih juga ada \ntarikh luputnya.\n\n\nLagi lama anda simpan, lagi tidak berkualiti biji benih itu. Jangan tamak. Beli dua tiga pek benih sahaja dahulu. Lihat komitmen anda dalam hobi baharu ini. Apabila sudah berjaya dengan benih itu, barulah mula membeli. Takkan lari biji benih yang dikejar itu.\n\n\n4. Semai Banyak\n\n\nApabila teruja menanam, kita ada kecenderungan untuk menyemai sepaket benih yang kita beli. Ya, sepaket! Banyaknya! Saya ambil contoh biji benih kangkung. Sepaket mengandungi sekitar 100-200 biji benih. Bayangkan apabila semua benih tersebut bercambah di dalam bekas kita tanam itu. Hah!? Bukankah satu kerja lain pula untuk kita pindah ke tempat lain.\n\n\n\n\n5. Takut Buang\u00a0Anak Benih\n\n\nApabila menyemai, saya selalunya akan sarankan satu sehingga tiga benih diletakkan di dalam satu lubang tanaman. Kita tak mahu nanti lubang tanaman kita tanam kosong.\n\n\n\n\nTetapi malangnya, apabila benih sudah bercambah dan sudah masanya untuk dpindahkan, ramai pekebun amatur tidak berani untuk membuang benih yang tidak elok. \u201cSayanglah,\u201d antara jawapan mereka.\n\n\nMereka akan biarkan anak benih itu tumbuh bersama. Akibatnya anak benih tersebut kedua-duanya akan tumbuh kurus. Ini disebabkan persaingan dari segi cahaya, air dan nutrien.\n\n\n\n\n6. Pindah Terlalu Awal\n\n\nSoalan ini paling kerap saya dapat. Bilakah sesuai untuk pindahkan anak benih yang telah bercambah? Ada yang pindahkan sebaik sahaja sudah kelihatan dua daun. Sebolehnya jangan. Pindah hanya apabila daun sebenar muncul. Telah saya tulis di dalam \u2018\n5 Tips Pindah Anak Pokok\n\u2018.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nJadi apabila kita mula berkebun ingatlah pesan yang telah saya berikan ini. Sama-sama kita terus belajar memperbaiki cara kita berkebun. Apa pula pandangan anda? Silakan komen. Saya suka ingin membacanya!\t\t\t\t\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/simpan-biji-benih/", "title": "Cara Simpan Biji Benih dengan Betul", "body": "\n\nLambakan biji benih di rumah. Hal ini terjadi pada semua pekebun. Apabila motivasi berkebun tinggi, kita akan pergi ke nurseri tanaman membeli pelbagai jenis biji benih.\n\n\nApabila sampai di rumah barulah kita mula berfikir. Kita bukanlah ada ruang yang banyak untuk menyemai semua benih yang kita beli. Lalu kita simpanlah separuh untuk tempoh yang tertentu. Tetapi timbul satu persoalan. Berapa lama kita boleh simpan biji benih itu?\u00a0Perlu diketahui bahawa biji benih juga ada tempoh luput.\n\n\nSetelah beberapa lama di dalam simpanan\n\n\nApabila masa mula memakan diri kita, barulah kita sedar tentang pek benih yang masih tersimpan nun di ceruk dapur atau entah di bilik mana. Anda tertanya, masihkan boleh guna biji benih ini? Yang entah bila anda beli (sepatutnya anda labelkan tarikh anda beli benih tersebut!)\n\n\nJawapan saya, boleh tiada masalah. Benih itu jika bercambah akan tumbuh seperti biasa, menghasilkan tanaman yang boleh hidup subur seperti biasa.\n\n\nYang menjadi keutamaan\u00a0terletak bukan pada kualiti anak benih tetapi peratus percambahan anak benih itu nanti. Lagi lama kita simpan biji benih, lagi sukar ia akan bercambah.\n\n\nBerapa lamakah masa biji benih itu elok?\n\n\nBagi biji benih bercambah, ia perlulah bernas atau hidup. Semua biji benih yang terhasil daripada pokok induknya masih hidup lagi.\n\n\nTiga perkara yang memberi kesan kepada biji benih adalah:\n\n\nUmur\nJenis\nKeadaan penyimpanan\n\n\nUmur\n\n\nKebanyakan biji benih kekal bernas pada tahun pertama, dan tahun kedua. Peratus percambahan mula menurun setelah tahun pertama.\n\n\nJenis\n\n\nJenis biji benih memberi kesan berapa lama ia boleh kekal bernas. Biji benih seperti lada dan jagung susah untuk bertahan selama 2 tahun. Manakala biji benih seperti kacang panjang, kacang tanah, tomato dan lobak, boleh bertahan sehingga 4 tahun lamanya. Biji benih seperti timun dan salad boleh mencecah sehingga 6 tahun tempoh penyimpanan.\n\n\nKeadaan penyimpanan\n\n\nBiji benih anda mempunyai peluang untuk hidup lama jika disimpan di tempat yang betul. Biji benih lebih kekal hidup apabila disimpan di tempat yang kedap udara, sejuk dan gelap. Antara tempat terbaik itu adalah di dalam peti ais anda.\n\n\nNamun begitu, kebanyakan paket biji benih yang dijual di nurseri atau pasaraya tidak diketahui tarikh pembungkusan dan tarikh luputnya. Jadi sukar untuk kita mengagak tarikh luput.\n\n\nLebih elok kita membeli biji benih dari nurseri yang ramai pembeli. Ini kerana stok biji benih baru selalu masuk. Jadi kita tidak perlu risau biji benih yang dijual adalah biji benih lama.\nBagaimana jika nurseri baru?\n\n\nKita boleh membeli 1 atau 2 pek biji benih dahulu dan membuat ujian percambahan biji benih. Jika peratus percambahan melebihi 80%, tanda biji benih itu masih baru lagi. Jika sebaliknya, jangan lah meletak harapan untuk ke nurseri itu lagi membeli paket biji benih.\n\n\nPernahkah anda mengalami masalah ini? Meriahkan bahagian komen dengan pandangan dan cadangan anda. Saya suka membacanya.\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/sistem-siraman-automatik/", "title": "Cara Buat Sendiri (DIY) Sistem Siraman Pokok Automatik di Rumah", "body": "\n\nSistem pengairan adalah antara komponen penting dalam berkebun. Sama ada secara manual ataupun automatik. \n\n\nBagi saya pengairan di rumah boleh jadi kerja yang membosankan kerana tiap-tiap hari perlu membuat perkara yang sama. Kadang sampai saya rasa sangat malas dan hanya berharap hujan turun untuk menyiram tanaman. Teruk kan?\n\n\nAda jalan penyelesaian kepada masalah ini. Caranya adalah dengan kita membuat sendiri siraman automatik.\n\n\nKos tidaklah banyak.\n\n\nAda dua pendekatan untuk membuat sistem siraman automatik ini.\n\n\nPertama kita kenalpasti tekanan air pada paip yang hendak kita gunakan. Jika tekanan tinggi, maka kita boleh guna siraman terus.\n\n\nJika tekanan rendah, maka kita perlu membuat tangki siraman dan kemudian memasang pam.\n\n\nJadi saya bahagikan kepada dua jenis pemasangan pada penulisan ini.\n\n\nSistem Siraman Terus\n\n\nMari kita mulakan dahulu dengan sistem siraman terus. Sistem ini sesuai bagi rumah yang mempunyai tekanan air tinggi.\n\n\nKelebihan\n\n\nSesuai untuk rumah bertekanan air tinggi\nKos permulaan yang rendah\nHanya menggunakan bateri\n\n\nKelemahan\n\n\nTidak sesuai untuk rumah yang mempunyai tekanan air rendah\nPerlu monitor bateri pemasa. Sebab jika bateri habis, air akan sentiasa mengalir\n\n\nAlatan\n\n\nPemasa\n\n\n\n\nBahan\n\n\nPolipaip LDPE 16 mm\nJoint\nMikrotiub 3/4 mm\nPenitis\n\n\n\n\n\n\nSistem Siraman Tangki\n\n\nSistem siraman tangki pula melibatkan penggunaan pam dan pemasa. \n\n\nKelebihan\n\n\nSesuai untuk rumah yang mempunyai tekanan air rendah\n\n\nKelemahan\n\n\nPerlu guna elektrik\nKos permulaan tinggi untuk membeli bahan dan peralatan\n\n\nCara Pasang\n\n\nAlat\n\n\nBahan\n\n\nTong sampah 50L\nPelampung\nTank connector\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/soalan-berkebun-rumah/", "title": "5 Soalan Sebelum Mula Berkebun", "body": "\n\n\t\t\t\tBerkebun memang satu perkara yang menyeronokkan. Tetapi tahukah kita bahawa sebelum mula berkebun apa persiapan yang sesuai?\n\n\nJika sebelum ini saya bercerita tentang \nKesilapan Pekebun Amatur\n, kali ini kita sebelum kita mula mencangkul\u00a0eloklah kita bertanya beberapa soalan pada diri kita sama ada kita ini sesuai berkebun atau pun tidak.\n\n\n1. Di mana hendak berkebun?\n\n\nSoalan ini amat penting apabila kita hendak mula berkebun. Kita perlu tahu situasi sebenar kesesuaian kita berkebun. Dengan tahu di mana kita boleh berkebun, kita akan tahu pokok-pokok apa yang sesuai untuk kita mula menanam.\n\n\nJadi, haruslah kita mengenalpasti rumah kita sama ada rumah apartment atau pun rumah teres atau banglo. Dua jenis rumah ini berbeza pendekatan untuk menanam.\n\n\nBeruntung sesiapa yang tinggal di rumah atas tanah. Ruang yang ada boleh digunakan sepenuhnya untuk berkebun. \u201cTetapi rumah saya bersimen penuh,\u201d soal seorang ahli Kebun Bandar. Boleh mula \nberkebun dengan pasu\n. Hal ini sama juga untuk sesiapa yang tinggal di bangunan bertingkat-tingkat.\n\n\n2. Siapakah kita?\n\n\nSoalan ini mungkin pelik tetapi percayalah ini paling penting sekali. Kita kena tahu kita ini jenis apa.\n\n\nAdakah kita ada masa untuk berkebun?\n\n\nAdakah kita selalu keluar dari kawasan iaitu beberapa hari tiada di rumah?\n\n\nAdakah kita ini jenis pelupa?\n\n\nBilakah masa kita bekerja? 8am-5pm? Bila masa kita akan berada di rumah?\n\n\nAdakah pasangan kita bersama-sama menyokong kita berkebun?\n\n\nAdakah kita jenis suka lompat melompat dari satu hobi ke hobi yang lain? Dengan erti kata lain kita mudah bosan dengan sesuatu hobi?\n\n\nJadi, cubalah dengan jujur jawab soalan-soalan yang saya lontarkan. Dengan ini kita sendiri dapat menilai sudahkah diri kita ini boleh berkebun dengan jayanya?\n\n\n3 Suka Makan Apa?\n\n\nFokus Kebun Bandar lebih kepada penghasilan taman atau saya lebih suka guna istilah kebun, yang boleh dimakan. Kita tanam tanaman yang mampu mendatangkan manfaat kepada kita semua.\n\n\nPergi jalan ke pasar. Lihat sekeliling. Apa sayur yang kita minat dan suka makan. Kemudian cari benihnya. Setelah dapat biji benih, belajar cara tanam pula. Setiap biji benih lain pendekatan menanamnya.\n\n\n\n\n4. Berapa Lama Masa Menanam?\n\n\nAda tanaman yang hanya perlu sebulan sahaja untuk menanam seperti kangkung, bayam, dan sawi. Ada pula yang memakan masa sehingga tiga bulan seperti kubis, brokoli, lobak merah, lobak putih dan labu. Apabila kita mengetahui masa menuai setiap tanaman, kita dapat tetapkan perancangan menanam dengan baik.\n\n\nSaya bagi contoh apabila saya ingin memakan kangkung setiap minggu, saya akan jarakkan masa penanaman untuk kangkung saya. Di dalam bekas A, saya tanam kangkung pada minggu pertama setiap bulan. Kemudian di dalam bekas B pula, saya tanam kangkung pada minggu ketiga. Ada 2 minggu jarak.\n\n\n5. Apakah Khasiat Setiap Makanan?\n\n\nKandungan nutrien dan khasiat setiap tumbuhan yang kita tanam juga penting untuk kita ketahui. Maklumat ini dapat memberi kita motivasi untuk menanam. Taklah kita tanam bayam merah\u00a0hanya untuk memenuhi keperluan serat.\u00a0Walhal bayam merah mampu menambah kandungan darah merah kita. Tahu tak? Itu pun penting.\n\n\nKesimpulannya\n, saya harapkan dengan kita melampirkan soalan-soalan ini sebelum kita berkebun akan dapat membantu kita untuk lebih istiqamah(konsisten) berkebun.\t\t\t\t\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/sungkup-mulch-kebun/", "title": "10 Jenis Sungkup (Mulch) Ini Menjimatkan Masa Penyiraman Tanaman Anda", "body": "\n\nMalaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun. Keadaan ini memberi sedikit kekurangan kepada pekebun terutama berkaitan tanaman dan rumpai. Namun, hal ini dapat diatasi dengan sungkup.\n\n\nApa itu sungkup?\n \nSungkup (\nmulch\n) adalah bahan daripada tumbuhan atau bahan lain yang digunakan untuk menutupi permukaan tanah untuk tujuan tertentu.\n Sungkup boleh terdiri daripada bahan organik seperti jerami padi atau plastik seperti sungkup perak (silvershine). \n\n\nPerbuatan meletakkan sungkup dinamakan \nsungkupan \n(\nmulching\n) sememangnya satu keperluan di sebuah kebun organik. Tujuan sungkupan adalah untuk \nmenekan pertumbuhan rumpai\n, \npenjimatan air\n, \nmembina kesuburan tanah\n, dan \nmengurangkan kerja-kerja perkebunan kita\n (ya benar, dan ini pasti menarik bagi yang kekurangan masa berkebun).\n\n\nBagi sayur semusim (yang tumbuh dan mati selepas berbunga/buah) seperti kangkung, sawi dan bayam keadaan panas sepanjang tahun ini boleh mendatangkan stres. Apabila sayur stres, hasil akan berkurangan, mudah berbunga awal seperti bawang, kubis, dan salad, serta senang diserang serangga perosak.\n\n\nSalah satu cara mengurangkan stres ini adalah dengan mengekalkan kelembapan dan kesejukan tanahnya dengan sungkupan. Sungkupan juga mampu mengurangkan kesan titisan hujan yang seterusnya boleh mengurangkan hakisan tanah dari kebun kita. \n\n\nJangan risau di mana hendak dapatkan sungkup. Kebanyakan sungkup boleh diambil daripada bahan-bahan organik sekitar laman atau kebun kita seperti sisa potong rumput, dedaun kering, dan jerami padi (jika tinggal berdekatan sawah).\n\n\nKebaikan dan Fungsi Sungkupan\n\n\nMenurut pakar perkebunan Fern Marshall Bradley, penulis buku \u2018\nRodale\u2019s Vegetable Garden Problem Solver\n\u2018, sungkupan boleh elak biji benih rumpai daripada bercambah dan jika ada juga yang terlepas, pastinya mudah untuk mencabutnya dari tanah. Disamping itu, kesihatan tanah meningkat, aktiviti mikroorganisma tanah bertambah, dan cacing tanah seronok berlingkar di bawah sungkupan yang semestinya dapat membaiki struktur tanah, lalu menyuburkan tanaman kita.\n\n\nRuth Stout, pakar sungkupan tidak lokek berkongsi rahsianya. Beliau sering mengatakan sungkupan dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh dan ini dapat dilihat melalui bukunya iaitu \u2018\nThe Ruth Stout No-Work Gardening\n\u2018 dan \u2018\nGardening Without Work: For the Aging, the Busy, and the Indolent\n\u2018.\n\n\nKebaikan dan fungsi sungkupan adalah:\n\n\ndapat mengawal pertumbuhan rumpai,\nmengurangkan hakisan tanah,\nmengurangkan kesan hujan terhadap larut resap baja,\nmengawal suhu tinggi atau rendah,\nmengekalkan kelembapan tanah akibat penyejatan,\nmenjimatkan penggunaan air,\nmembina kesuburan tanah (jika guna sungkupan organik)\n\n\nPaling penting adalah sungkupan mampu \nmengurangkan kerja-kerja perkebunan kita. \nYa benar, sungkupan mampu mengurangkan beban kerja kita di kebun. Ini pasti menarik bagi yang kekurangan masa berkebun).\n\n\nKita boleh lihat apabila hujan turun, aliran air di kebun kita akan kekal jernih, petanda sungkupan dan tanaman kita menjalankan tugas mereka. Jika ia berwarna coklat, nampaknya sesuatu perlu dijalankan kerana sumber nutrien tanah kita dibawa pergi.\n\n\nPastinya juga, sayur kita bebas daripada percikan tanah ketika hujan atau semasa kita menyiram. Apa yang kita akan dapat adalah tuaian sayur bersih.\n\n\nSungkupan habuk kayu bagus untuk tanaman.\n\n\nJenis sungkup\n\n\nTerdapat dua jenis sungkup iaitu organik dan plastik. Jika kita menggunakan jenis organik, kesannya lebih bagus kepada tanah kita berbanding sungkup plastik. Hal ini kerana sungkup organik akan mereput dan menyumbang jumlah bahan organik di dalam tanah. Ini seterusnya akan lebih menarik lebih banyak mikroorganisma berkumpul di dalam tanah kebun kita. Secara tidak langsung akan meningkatkan kesihatan tanah kita.\n\n\nBahan Sungkup Organik\n\n\nMari kita lihat contoh bahan sungkupan organik yang ada.\n\n\n1. Sabut kelapa\n\n\nMalaysia kaya dengan buah kelapa. Jika pergi ke kampung-kampung pasti banyak pokok kelapa tumbuh melata. Sabut kelapa boleh menjadi sungkup terbaik. Ambil dan letakkan di sekeliling tanaman sebagai sungkup. Pastikan ambil isi sabut kelapa dan bukannya kulit yang keras.\n\n\n\n\nPerlu kita ingat juga bahawa sabut kepala cepat mereput sekitar 1-2 bulan. Jadi perlu sentiasa ada bekalan sabut kepala untuk menggantikan sabut kelapa yang reput itu.\n\n\n\n\n2. Sisa rumput potong\n\n\nRumput yang telah dipotong jangan dibuang sisanya. Ambil potongan rumput yang tiada bunga. Selalunya lalang paling sesuai berbanding rumput kemuncup. Ini penting bagi mengelakkan biji benih rumput tumbuh melata di kebun kita nanti. \n\n\n3. Dedaun kering\n\n\nIni paling mudah didapati. Sekitar bandar terdapat banyak pokok besar yang selalu daunnya gugur dan dikutip oleh pihak bandaraya. Apa kata tebalkan muka untuk meminta \u00a02-3 beg plastik untuk dijadikan sungkup di kebun kita. Merekapun tidak kisah kerana akhirnya mereka akan buang juga beg plastik penuh dengan dedaun itu.\n\n\nPastikan sebelum menabur dedaun itu, racik dengan gunting rumput. Ini kerana menurutu Bradley, \u201cDaun yang tidak dipotong, mungkin tebal dan boleh menghalang penyerapan air oleh tanah.\u201d\n\n\nKetebalan adalah sekitar 5-10 cm agar mampu menekan rumpai tumbuh.\n\n\nSaya meletakkan tayar sebagai pasu kepada pokok cili dan dedaun kering sebagai sungkupan.\n\n\n4. Kompos\n\n\nSelain daripada semua bahan yang saya nyatakan sebelum ini, kita boleh gunakan kompos. Kompos adalah baja organik yang terhasil daripada sisa reputan bahan organik.\n\n\nDi Malaysia penghasilkan kompos tidak begitu rancak menyebabkan harga jualan masih tinggi. Tetapi kita sendiri boleh membuat kompos di rumah! Tidak sesukar mana jika kita tahu cara yang betul. Ikuti penulisan saya tentang \ncara buat kompos dengan mudah di sini\n.\n\n\nBagi yang membeli kompos, anda boleh uji sama ada kompos itu elok atau tidak dengan cuba mencambahkan beberapa biji benih sayur di atasnya. Jika peratus percambahan adalah rendah, mungkin pH kompos itu rendah (tanda ia berasid) atau ia penuh dengan bahan kimia racun perosak. Sama sekali kita tidak mahu benda itu berada di kebun dan tanaman kita, bukan?\n\n\n5. Jerami padi dan rumput kering\n\n\nIa antara sungkup yang paling ideal. Mudah didapati di sekitar kawasan kampung. Pastikan rumput kering yang kita ambil bebas biji benih rumpai. Jika tak, rugi sahajalah matlamat kita menggunakan sungkup.\n\n\nJerami padi mudah didapati kerana Malaysia mempunyai negeri jelapang padi.\n\n\n6. Surat khabar, Kertas dan Kadbod terpakai (kotak)\n\n\nSurat khabar lama sesuai dijadikan sebagai sungkup. Walaupun begitu, saya tidak pasti adakah di setiap rumah masih menyimpan surat khabar lama. Saya sendiri sudah lama tidak membeli surat khabar.\n\n\nSelain itu kita boleh gunakan kertas. Mana-mana kertas yang tidak digunakan boleh dicarik dan dibuat sungkup.\n\n\nKotak terpakai banyak dibuang oleh kedai. Apa kata kita gunakan sebagai sungkup? Koyak dan susun di atas batas. Bagi petani \u2018tidak bajal\u2019, mereka menimbunkan kompos di atas kotak bagi membentuk batas tanaman.\n\n\nSekali lagi, saya ingin menekankan bahawa sungkup organik seperti erami padi, sisa rumput dan dedaun adalah yang terbaik. Lagipun ia mudah didapati di belakang rumah kita sahaja!\n\n\nSaya meletakkan kotak kadbod di setiap pangkal pokok cili yang saya tanam bagi mengurangkan rumpai tumbuh di sekelilingnya.\n\n\n7. Habuk kayu\n\n\nHabuk kayu boleh dijadi sungkup yang bagus. Ia lambat untuk terurai dek nisbah C:N yang tinggi. Selain itu, menabur habuk kayu menambah nilai ekstetik di kebun kita.\n\n\nBahan Sungkup Plastik\n\n\nSelain sungkup organik, petani boleh menggunakan sungkup plastik seperti mulsa perak (\nsilvershine\n) dan \nweedmat\n. Pemasangan sungkup plastik amat mudah. Saya sendiri jika membuka batas yang luas saya lebih suka menggunakan mulsa perak. Jika di kawasan fertigasi, saya suka menggunakan weedmat kerana lebih tahan lama berbanding mulsa perak.\n\n\n9. Mulsa Perak / Silvershine\n\n\nMulsa perak (\nsilver shine\n) banyak digunakan oleh petani komersil. Ia adalah sungkupan yang paling cepat menekan dan mengelak rumpai tumbuh di kebun. Permukaannya yang bersinar mampu menghindar serangga perosak datang serta dan mengurangkan haba di dalam batas.\n\n\nMulsa perak biasa dijual dalam bentuk gulung. Harga sekitar RM80-150 tergantung kepada berat. Ya ia dijual dalam berat dan bukannya panjang.\n\n\nBerdasarkan pengalaman saya, mulsa perak mampu bertahan sehingga satu tahun lamanya sebelum rosak dan perlu diganti baharu.\n\n\nNamun, penggunaannya tidak mapan. Plastik terhasil daripada petroleum dan banyak kajian mendapati apabila ia mula panas (katakanlah di bawah pancaran matahari), bahan kimia akan terlarut lesap daripada plastik itu.\n\n\nSungkupan perak memang ideal penggunaannya tapi bukan untuk perkebunan organik.\n\n\n10. Tikar rumpai atau Weedmat\n\n\nWeedmat mula mendapat tempat di Malaysia menggantikan mulsa perak oleh petani fertigasi. Fungsinya lebih kurang sama dengan mulsa perak iaitu menekan rumpai daripada tumbuh. Apatah lagi ketahanannya mampu mencecah sehingga 5 tahun sebelum mereput. 5 kali ganda berbanding mulsa perak.\n\n\nAir mampu tembus weedmat kerana weedmat ini seakan tikar. Berbeza dengan mulsa perak yang jika tidak rata permukaan boleh menakung air.\n\n\nHarga weedmat tentunya lebih mahal berbanding silvershine. Satu gulung weedmate (2m lebar x 25m panjang) sekitar RM200. Namun berbaloi dengan hargannya jika mampu menjimatkan masa berkebun kita.\n\n\nPemasangan weedmat lebih praktikal untuk sesiapa yang mahu menjimatkan masa merumpai.\n\n\nBeberapa peraturan yang patut kita ketahui\n\n\nSila merumpai (buang rumput dan pokok tak berkaitan) sekeliling tanaman sebelum kita letakkan sungkupan.\nJangan sungkup berdekatan pangkal tanaman. Sungkupan yang basah boleh menyebabkan tanaman mudah diserang penyakit reput.\nJangan kedekut. Sungkupan nipis menyebabkan pancaran matahari mudah sampai ke tanah, tidak dapat menekan rumpai, air mudah tersejat, dan seterusnya memerlukan kita kerja lebih menyiram air pula. Untuk kawasan yang menerima pancaran matahari penuh, sungkupan setebal 7-10 cm adalah disyorkan manakala tempat yang redup memadai 4-5 cm tebal.\nLetakkan habuk kayu pada taman bunga anda. Habuk kayu mengambil masa lama untuk terurai kerana nisbah C:N yang tinggi. Ia juga akan kacau proses penanaman kebun anda nanti (jangan pula letak pada rumah anda, tak nak pula masalah anai-anai timbul!) Taruh sepanjang laluan batas. Elak membeli habuk kayu bercat kerana bahan kimia yang terkandung boleh membahayakan tanaman dan diri anda.\nJangan terlalu mahukan kebun bebas rumpai. \u201cKebun bebas rumpai bukanlah satu kemestian, cuma yang penting sungkupan mampu mengawal rumpai yang sedia ada dan akan tumbuh,\u201d kata Bradley. Jika anda nampak rumpai mula naik, hanya tambah lagi sungkupan untuk mematikannya. Atau cabut sahaja dengan tangan.\n\n\nJika sungkup tebal, bagaimana hendak tahu tanah kita perlu disiram? Gunakan pemutar skru (12 cm panjang) untuk mengesan kelembapan tanah kebun anda. Cucuk dan lihat pada batangnya. Jika basah, bukan masanya anda untuk mengambil tong siram menyiram kebun anda.\n\n\nAmalkan siram di awal pagi atau lewat petang sebelum cuaca menjadi panas supaya air siraman sempat menyerap masuk ke dalam tanah dan tidak mudah tersejat.\n\n\nAmaran\n\n\nApabila meletak sungkup tentunya ada akan serangga menyelinap masuk di bawahnya seperti lipan. Jadi pastikan anda menggunakan sarung tangan sepanjang berkebun sebagai langkah berhati-hati.\n\n\nKesimpulan\n\n\nTentunya kebaikan sungkup tidak dapat disangkal lagi. Kebaikan seperti menekan rumpai, mengekal kelembapan tanah, menambah jumlah organik tanah, dan mengurangkan kerja di kebun menjadi faktor utama sungkup sesuai di kebun.\n\n\nDan terdapat satu berita baik buat semua \u2013 sungkup boleh diletakkan pada bila-bila masa dan tiada istilah sudah terlewat untuk kebun anda! Maka, apa tunggu lagi, jika boleh lakukan sekarang!\n\n\nRujukan:\n\n\nhttp://diaripetani.com/%20/petani/plastik-silver-shine-siap-di-pasang/\nhttp://www.rodale.com/garden-mulch\nhttps://www.agriculture.com.ph/2020/05/01/jadam-a-simple-low-cost-approach-to-farming/\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-anggur/", "title": "Cara Tanam Anggur Dalam Pasu di Rumah", "body": "\n\nAnggur boleh hidup di cuaca Malaysia. Kelemahan adalah anggur tidak tahan dengan hujan. Jadi untuk berjaya tanam anggur untuk pemula boleh menanam anggur yang boleh tolerate dengan hujan.\n\n\nLadang anggur di Tuaran membuktikan anggur dapat ditanam di dalam rumah pelindungan hujan. Saya tunjukkan cara menanam anggur dengan mudah di rumah.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama: Anggur\nNama Inggeris: Grape\nNama saintifik:\nKeluarga:\n\n\nAnggur adalah tumbuhan yang memanjat. Terdapat tendril yang akan memaut apa yang ada.\n\n\n\n\nVarieti Anggur\n\n\nTerdapat lebih 200 varieti anggur yang ada. Namun begitu tidak semua boleh ditanam dengan jayanya di Malaysia.\n\n\nVarieti anggur yang sesuai ditanam di Malaysia:\n\n\nIAC\nJupiter\nIsabella\n\n\n3 varieti anggur yang awal ini adalah tahan hujan.\n\n\nBagi yang ingin mencuba lebih boleh tanam varieti kayangan. Cuma varieti kayangan ini perlulah ditanam di bawah rumah lindungan hujan kerana tidak tahan terkena air hujan.\n\n\nss\n\n\nnota:\n Saya sarankan anda membeli mengikut pautan yang saya berikan. Jangan membeli dari penjual China. Saya jamin 100% mereka adalah penjual palsu. Saya pernah membeli dan menerima biji benih palsu!\n\n\nPemilihan Saiz Pasu\n\n\nJika ingin menanam anggur dan sentiasa berbuah, tentunya pasu yang sesuai diperlukan. Saiz minimum adalah 40cm tinggi dengan diameter 30 cm ke atas. Lagi besar saiz pasu, lagi bagus.\n\n\nTanah Campur\n\n\nPokok anggur suka tanah campur yang kaya dengan bahan organik. Oleh sebab itu eloklah tanah campur yang kita ingin gunakan kaya dengan bahan organik. Jika tidak, kita boleh campurkan sendiri bahan organan yang sesuai.\n\n\nAntara bahan organik kita boleh campurkan adalah seperti:\n\n\nbaja kompos\nbaja vermikompos\nbaja tahi haiwan yang sudah reput seperti tahi ayam, tahi kambing, tahi lembu, tahi kuda dan tahi arnab\n\n\nCampurkan pada nisbah 3:2:1 iaitu 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian sekam bakar. Gaul rata semua bahagian ini sehingga tidak nampak rupa.\n\n\n\n\nSetelah itu boleh la digunakan untuk penanaman anggur kita.\n\n\nPenjagaan\n\n\nTentunya jika ingin mendapat anggur yang bagus, penjagaan perlu jugalah bagus. Siraman boleh dilakukan sebanyak 2 kali sehari. Pastikan tanah di dalam pasu sentiasa lembab. Kekeringan boleh menyebabkan pertumbuhan anggur terencat.\n\n\nPembajaan\n\n\nPokok anggur paling suka baja organik terutamanya baja vermikompos yang kaya dengan nutrien dan mikrob baik.\n\n\nSelang selikan baja organik dan baja kimia agar anggur dapat menghasilkan buah yang bagus.\n\n\nBaja kimia seperti NPK biru boleh digunakan. Jika boleh gunakan baja NPK yang berkualiti. Baja kimia yang dijual di pasaraya kebanyakan adalah dari China. Baja ini bagus untuk tanaman biasa. Jika inginkan hasil, gunalah baja yang berkualiti tinggi seperti jenama Novatech, Yara dan Zenex. Boleh beli ikut link diberikan.\n\n\nSaya terpaksa tekankan hal ini kerana baja yang bagus adalah faktor utama anggur mengeluarkan hasil berkualiti.\n\n\nCantas Melebatkan Buah Anggur\n\n\nPokok anggur jika di negara iklim sederhana akan mengeluarkan putik buah pada musim luruh. Oleh itu jika kita tanam di negara beriklim tropika, kita perlu meniru musim luruh. Bagaimana? Dengan membuang semua daun anggur atau kata mudahnya kita togelkan anggur kita.\n\n\nUsah risau. Memang ini cara yang paling bagus bagi menggalakkan anggur mengeluarkan buah. Setelah togelkan, terus kita berikan baja NPK biru dalam 100 g per pasu. Tabur sekeliling kemudian siram.\n\n\nDalam masa 2-3 minggu, jika betul caranya, maka akan terlihatlah putik buah anggur. Pastikan baja vermikompos diberi segenggam setiap minggu.\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-bawang-merah/", "title": "Cara Tanam Bawang Merah di Dalam Pasu / Polibeg Untuk Dapat Bebawang", "body": "\n\nBawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakan Malaysia\u00a0ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masak sambal dan lain-lain lagi.\n\n\nSaya mempunyai pengalaman menanam bawang merah sejak dari universiti lagi. Pengalaman ini membolehkan saya menanam bawang dnegan mudah di dalam pasu.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama: Bawang merah\nNama Inggeris: Shallot\nNama Saintifik: \nAllium cepa \ncv. aggregatum\nKeluarga: Alliaceae\n\n\nBawang merah adalah tumbuhan herba yang tiada batang keras. Bawang yang kita nampak itu adalah daun yang terubah suai. Jadi sebenarnya kita makan daun bawang.\n\n\nBau bawang yang tengik mampu menghalau serangga untuk datang menyerang pokok berdekatan. Sebab itu kalau tanam bawang jarang kita lihat afid atau kutu daun menyerang.\n\n\nSemaian Bawang\n\n\nBawang boleh kita tanam dengan dua cara iaitu menggunakan biji benih atau bebawang. Jika menggunakan biji benih, tempoh untuk tuai bawang akan mengambil masa sekitar 3-4 bulan. Manakala jika kita tanam guna bebawang akan mengambil masa hanya sekitar 2 bulan setengah.\n\n\nBiasanya kita akan menanam bawang merah terus ke dalam pasu. Betul tak? Cara ini betul. Tiada masalah. Tapi ada cara yang lagi cepat. \n\n\nKita boleh mempercepatkan pengeluaran tunas bawang merah dengan memotong 1/3 dari atas bawang. Jika tidak potong, bawang akan mengambil masa sekitar 6-10 hari untuk mengeluarkan tunas. Manakala dengan kaedah potong sedikit ini akan memendekkan sekitar 3-5 hari.\n\n\nContoh keratan sisi bagaimana potongan 1/3 itu.\n\n\nKonsep potong ini adalah kita memotong dari atas. Jika lihat di keratan rentas ini, pada bahagian berwarna putih itu akan mengeluarkan tunas baharu. Jadi kita potong dari atas agar tunas itu mudah keluar lalu menjadi daun.\n\n\nPotong 1/3 dari atas bawang merah agar tunas cepat keluar.\n\n\n\nhttps://www.facebook.com/izhamalias/videos/10216126271925624/\n\nVideo cara tanam bawang.\n\n\nPenyediaan Pasu\n\n\nBawang sesuai ditanam di talam pasu dengan diameter 30 cm dan ketinggian 30cm. Pasu yang besar dan luas membolehkan bawang mengeluarkan bebawang lebih banyak. Untuk polybag pula, anda boleh gunakan saiz 16 x 16 inci. Yang penting di sini adalah campuran tanah yang digunakan.\n\n\nCampuran Tanah\n\n\nBawang suka tanah yang poros tidak bertakung air terutama tanah yang kaya dengan bahan organik. Eloknya buat campuran tanah antara kompos dan tanah hitam dengan nisbah 1:1. Cara kira sukatan mudah sahaja untuk nisbah ini. Jika kita guna 1 pasu kompos, kita guna juga 1 pasu tanah. Campur dan gaul kedua-duanya. Boleh baca penulisan saya tentang \ncara mudah membuat campuran tanah pasu di sini\n.\n\n\nPenanaman dalam Pasu\n\n\nSetelah kita potong atas bawang merah, kita boleh terus tanam di dalam pasu. Jika pasu saiz sekitar 10 cm diameter dan tinggi 15 cm (contohnya botol 500 mL), kita boleh menanam satu bawang.\n\n\nJika saiz pasu seperti botol 10L, kita boleh menanam 3 hingga 4 bawang merah dengan jarak 10 cm antara bawang.\n\n\nKorek sedikit lubang dan masukkan bawang merah. Biar potong bawang merah separas dengan aras tanah. Kambus sedikit untuk tutup bawang merah.\n\n\nBawang memerlukan air yang cukup di awal pertumbuhan agar bebawang besar. Siram dua kali sehari.\n\n\n\n\nTanam bawang merah biar separas. Kambus sedikit sahaja tanah.\n\n\nPenjagaan\n\n\nBawang merah sesuai ditanam di tempat yang ada cahaya matahari penuh. Jika di tempat redup, bawang yang terhasil akan lebih kecil.\n\n\nPembajaan\n\n\nBawang merah paling suka baja organik seperti kompos dan baja tahi ayam. Di awal penanaman, terus letak baja dengan jarak 5 cm daripada bawang selepas tanam dalam pasu. Antara kesilapan orang ramai dalam membaja adalah meletak baja betul di tepi bawang. Hal ini tidak boleh kerana apa-apa baja sifatnya panas. Apabila terkena bawang akan menyebabkan bawang melecur.\n\n\nSiram selepas pembajaan dilaksanakan.\n\n\nSetelah itu bubuh lagi satu sudu makan baja tahi ayam atau \nvermikompos\n setiap 2 minggu sekali.\n\n\nJika guna baja kimia, boleh letak baja NPK hijau dalam satu sudu teh setiap 2 minggu sekali.\n\n\nCantas Kuntum Bunga\n\n\nApabila bawang mencecah umur sekitar 20-30 hari selepas tanam, bawang akan mula mengeluarkan satu daun yang sedikit keras. Daun ini kalau kita perhatikan di hujungnya ada sedikit bonjol. Ini adalah kuntum bunga bawang yang akan menjadi bunga bawang.\n\n\nPerlu buang kudup bunga bawang agar bawang terhasil lebih besar.\n\n\nJika kita biarkan kuntum bunga ini menjadi bunga, segala nutrien bawang akan fokus bagi penghasilan bunga. Seterusnya menyebabkan bawang tidak menghasilkan bebawang yang berkualiti tinggi.\n\n\nOleh itu saya sarankan untuk anda membuang bunga itu dengan memotong terus daun kuntum bunga tersebut.\n\n\nDengan itu kita akan dapat menghasilkan bawang yang besar.\n\n\nTuai\n\n\nBawang boleh dituai setelah hampir semua daunnya rebah iaitu sekitar 35-45 hari selepas bawang ditanam di dalam pasu. Daun yang rebah ini akan berwarna kekuningan seakan layu.\n\n\n1 kg bawang yang kita semai akan menghasilkan 3 kg bebawang. Sifir mudahnya satu bawang kita tanam akan menghasilkan 3-5 biji bawang lagi.\n\n\nJika kita tuai selalu daun bawang maka akan kurang besarlah bebawnag yang terhasil.\n\n\nBawang Merah Skala Komersil\n\n\nMalaysia mempunyai potensi untuk menghasilkan bawang merah berkualiti tinggi. Di negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipian petani sana mengeluarkan bawang merah berkualiti tinggi.\n\n\nPotensi itu ada. Yang penting kita ingin mencuba dan terus mencuba.\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=ZYkG2ta3Ctc&t=1057s\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nHow to Plant, Grow and Harvest Onions from Start to Finish: Full Instructional Video (https://www.youtube.com/watch?v=ZYkG2ta3Ctc&t=1057s)\n\n\n[Video] Ladang bawang merah di Filipina. On English Subtitles untuk faham.\n\n\nRumusan\n\n\nBawang merah boleh ditanam untuk mendapatkan daun ataupun bebawang. Jika kita tuai daun, hasil bebawang akan berkurangan. Jika ingin mendapatkan bebawang yang banyak, maka fokus bagi daun banyak.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://www.hunker.com/13427461/how-to-grow-shallots-in-containers\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-bawang-putih-dalam-pasu/", "title": "Cara Tanam Bawang Putih di Dalam Pasu Awal Sampai Habis", "body": "\n\nBawang putih sering digunakan dalam masakan. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa bawang putih mudah ditanam di Malaysia?\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama tempatan: bawang putih\nNama Inggeris: garlic\nNama saintifik: \nAllium sativum\nKeluarga: Amaryllidaceae\n\n\nBawang putih sifatnya tumbuh secara rumpun. Jika nak tahu apa maksud setiap istilah botani ini, rujuk \nBelajar Botani Untuk Noob\n.\n\n\nCara Menanam\n\n\nBawang putih boleh ditanam melalui dua cara iaitu dengan biji benih ataupun bebawang.\n\n\nDi Malaysia, sukar untuk kita dapatkan bekalan biji benih bawang putih melainkan kita yang ambil benih tersebut daripada bunga bawang putih.\n\n\nUntuk permulaan, paling mudah kita tanam menggunakan bebawang.\n\n\nAmbil satu labu bawang putih. Buka labu tersebut dan ambil setiap ulas. \n\n\nJika kita ingin bawang putih yang besar, simpan ulas tersebut di dalam peti ais bahagian chiller sekitar 10-15 hari. Hal ini bagi memberi kesan sejuk seperti di negara empat musim.\n\n\nIni akan memberi kesan agar bebawang tumbuh lebih besar.\n\n\nSaiz Bekas atau Pasu\n\n\nJika ingin bebawang membesar dengan bagus, tentunya pasu perlu besar. Saiz 30 cm tinggi dengan 30 cm diameter memadai.\n\n\nTanah Campur\n\n\nApabila menanam dalam pasu tentunya kita perlu gunakan tanah campur yang bagus. Antara ciri tanah campur bagus adalah mengandungi bahan organan yang banyak. Saya sarankan guna vermikompos.\n\n\nSebelum itu, pastikan kita telah menyediakan pasu yang telah berisi tanah campur. Boleh rujuk \nresipi campuran tanah untuk pasu\n yang ditulis oleh saya.\n\n\nMenyemai dan Tanam\n\n\nBiasanya sekitar 6-8 hari kita akan mula nampak ulas bawang putih mengeluarkan tunas.\n\n\nPetua untuk menghasilkan bawang putih yang banyak terletak pada bunganya.\n\n\nSepanjang menanam, kita mungkin akan nampak satu daun sedikit keras keluar dari celah dedaun bawang. Daun ini adalah daun yang akan mengeluarkan bunga. Mungkin untuk pertama kali menanam, kita tidak akan perasan sangat. \n\n\n\n\nTetapi usah risau. Nanti mata anda akan mahir.\n\n\nBunga ini perlu dicantas buang. Jika tidak nanti masa tuai mungkin tiada bawang langsung untuk dituai. Bunga ini akan menyerap segala nutrien untuk menghasilkan bunga.\n\n\nWalaupun begitu, jika kita inginkan cabaran bolehla kita biarkan bunga itu membesar dan menghasilkan biji benih. Kemudian kita boleh cuba menanam benih tersebut. Mana tahu dapat benih bawang putih varieti Malaysia?\n\n\nTuai\n\n\nKalau kita menanam untuk daun, kita boleh mula menuai sekitar sebulan selepas bawang putih bercambah.\n\n\nManakala untuk bebawang, kita perlu tunggu sehingga 6-8 bulan bergantung pada varieti bawang putih kita tanam.\n\n\nPetanda untuk tuai adalah apabila dedaun bawang mula berwarna kekuningan. Seterusnya dedaun tersebut akan rebah.\n\n\nMasa inilah kita boleh menuai bawang putih. Kita tidak perlu buang daun bawang putih yang kering itu.\n\n\nIkat dan jemur bawang putih di tepi rumah sehingga dedaun betul betul kering. Maka boleh la kita mendapat bawang putih untuk masakan.\n\n\nJika kita ingin dapatkan bekalan bawang putih berterusan, elok lah kita menanam mengikut jadual. Contohnya bulan ini tiga pasu bawang putih dan diikuti bulan hadapan lagi.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMenanam bawang putih ini mudah sahaja seperti \nmenanam bawang merah\n. Cuma masa menuai bawang putih tiga kali ganda lama berbanding bawang merah.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-bayam-amaranthus/", "title": "Cara Tanam Bayam Hijau Merah dalam Pasu / Polibeg", "body": "\n\nBayam adalah antara tanaman yang mudah ditanam selain daripada \nkangkung\n dan \nsawi hijau\n. Penjagaannya tidak rumit dari awal penanaman sehinggalah penuaian.\n\n\nBayam bukanlah \nspinach\n. Saya sendiri dahulu tertipu dengan cerita Popeye The Sailorman berkaitan spinach. Spinach yang Popeye makan itu adalah sayur yang berlainan dengan bayam Melayu kita makan.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: Bayam\nNama Inggeris: Amaranth, \nNama saintifik: \nAmaranthus spp.\nKeluarga: Amaranthaceae\n\n\nTerdapat pelbagai varieti bayam yang ditanam di Malaysia. Untuk bayam berwarna hijau, terdapat dua varieti iaitu bayam daun bulat dan bayam daun tirus. Manakala untuk bayam merah, hanya ada bayam daun bulat.\n\n\nSelain daripada itu, terdapat juga bayam dwi-warna iaitu bayam variagated.\n\n\nWalaupun terdapat pelbagai varieti, namun cara penanaman bayam semua adalah sama.\n\n\nKitaran hidup bayam adalah semusim yang bermaksud sebaik selesai sahaja menghasilkan biji benih, produktiviti bayam akan mula menurun dan akhirnya mati.\n\n\nSemaian Benih\n\n\nBiji benih bayam tergolong dalam jenis biji benih halus sama seperti biji benih sawi. Kalau kita perhatikan dengan teliti, biji benih bayam sedikit berkilat. \n\n\nHarga biji benih bayam adalah relatif murah. Jadi untuk itu saya sarankan bayam benihnya disemai terus ke dalam pasu. Tidak perlu semai di dalam talam semaian dahulu seperti dalam kaedah semaian benih biasa.\n\n\nBuat lubang sekitar 3-5 cm dalam dan taburkan sekitar 3-5 biji benih satu lubang. Sebelum penyiram, pastikan dikambus dahulu lubang tersebut.\n\n\nPenyediaan Pasu\n\n\nBayam tidak cerewet dari segi saiz pasu. Mana-mana saiz pasu sekecil botol mineral 500 mL sudah memadai untuk ia hidup. Yang penting adalah pada campuran tanah yang kita gunakan.\n\n\nPenyediaan Campuran Tanah\n\n\nBayam cukup suka pada tanah yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu campuran tanah yang kita beli atau buat mestilah mengandungi bahan organik yang banyak terutama kompos. Gunakan tanah campur 3 dalam 1 ataupun jika inginkan lebih cabaran, anda boleh \nmembuat sendiri campuran tanah dengan mengikut tips saya ini\n.\n\n\nPenjagaan\n\n\nBayam perlu disiram dua kali sehari agar tanah di dalam pasu tidak kering tanah. Siram di awal pagi dan lewat petang. Bayam mampu bertahan maksimum 2 hari jika tanah kering. Jika hal ini berlaku, siram pasu secepat mungkin agar bayam dapat pulih daripada layu.\n\n\nUntuk pembajaan, gunakan baja organik seperti baja tahi ayam sudah memadai. Tabur segenggam di awal penanaman iaitu selepas benih bercambah dan 2 minggu selepas itu.\n\n\nJika ingin menggunakan baja kimia, gunakan baja NPK hijau 15-15-15 di awal penanaman dan 2 minggu seterus itu sebanyak 1 sudu makan per pasu setiap kali membaja.\n\n\n\n\nKetika membubuh baja, pastikan jarak sekitar 5 cm jauh dari pangkal anak pokok. Hal ini kerana apa-apa pun baja bersifat panas. Jika terkena pada batang pokok boleh menyebabkan lecur dan ada kemungkinan anak pokok mati akibat daripada kesan terkena baja.\n\n\nLaksanakan penyiraman sebaik sahaja pembajaan selesai.\n\n\nPerosak dan Penyakit\n\n\nPada asasnya, bayam jarang diserang perosak mahupun penyakit. Boleh dikatakan bayam adalah sayur daun yang paling mudah ditanam dengan kurang penyelenggaran. Jika ada pun, hanya sedikit sahaja dimakan belalang atau pun siput. Tetapi sebagai langkah selamat, ikuti \nstrategi dan tips kawalan serangga perosak ini\n.\n\n\nTuai\n\n\nBayam boleh dituai setelah berumur sekitar 30 hari selepas bercambah. Terdapat dua cara untuk menuai bayam. Cara pertama adalah dengan mencabut bayam sekali akar. \n\n\nBayam boleh dituai dengan mencabut terus sekali akarnya.\n\n\nSelain itu, boleh juga dengan memotong batang bayam 5 cm dari pangkal dan meninggalkan akar sahaja di dalam pasu. Dengan ini, pucuk baharu boleh tumbuh. Jika anda ingin menggunakan kaedah kedua ini, harus ingat apabila selesai menuai batang dan daun perlulah anda memberi baja agar cepat pucuk baharu tumbuh.\n\n\nKelemahan kaedah ini adalah bayam yang muncul seterusnya akan lebih kecil batang dan daun walaupun betapa banyak baja yang anda berikan.\n\n\nPenuaian bayam perlulah dibuat sebelum ia mula menghasilkan bunga dan biji benih. Jika tidak, rasa bayam akan berserat dan tidak enak untuk dibuat sayur.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-bayam-brazil/", "title": "Cara Tanam Bayam Brazil dalam Pasu (Awal Sampai Tuai)", "body": "\n\nBayam brazil adalah tanaman yang mudah ditanam dan dijaga. Malahan ia boleh dimakan segar atau pun dibuat dalam masakan. Perlu kita tahu bahawa bayam brazil ini bukanlah sama seperti bayam biasa kita lihat. Cara mudah tanam bayam brazil adalah dengan keratan batang.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: Bayam brazil\nNama Inggeris: \nBrazzilian spinach\n, \nSissoo spinach\nNama saintifik: Alternanthera sissoo\nKeluarga: Amaranthaceae\n\n\nBayam brazil adalah pokok herba renek yang berbatang lembut dan berdaun kerinting.\n\n\nPenyediaan Pasu dan Campuran Tanah\n\n\nBayam brazil tidak perlu ditanam dalam pasu besar. Cukup sekadar pasu bersaiz 15-30 cm diameter dengan ketinggian 15 cm. Pada saiz pasu apa-apa pun boleh tanam bayam brazil. Bahkan boleh tanam dalam polibeg.\n\n\nUntuk media pasu pula, tidak kisah sangat. Tanah hitam, tanah bakar, tanah kebun atau apa-apa tanah pun boleh asalkan tanah. Hal ini kerana bayam brazil tidak cerewet. \n\n\nPembajaan\n\n\nKenapa bayam brazil kuning?\n Ini bermula dengan pembajaan.\n\n\nPenting baja yang kita guna itu adalah baja organik. Saya cadangkan anda guna \nbaja vermikompos\n. Baja ini sangat bagus untuk sayuran. Berikan dalam satu genggam 2 minggu sekali.\n\n\nJika nak guna baja kimia, saya akan sarankan anda gunakan baja \nNPK hijau 15-15-15\n. Guna dalam satu sudu makan 2 minggu sekali sudah memadai. Selain itu anda boleh juga gunakan \nbaja asid humik\n atau lebih dikenali sebagai \nbaja kopi 888\n.\n\n\nSemaian\n\n\nCara tanam bayam brazil paling mudah adalah kita semai dengan keratan batang. Kita potong sahaja keratan batang dalam 4-7 cm. Kemudian cucuk di dalam pasu satu per tiga dalam. Contohnya kita potong dalam 6 cm. Maka perlu cucuk dalam 2 cm ke dalam tanah, selebih 4 cm di atas tanah. Kalau rajin gunalah pembaris. Saya main agak-agak sahaja. Asalkan nampak 2 per tiga.\n\n\nTumbuhan herba ini tidak memakan masa lama untuk mula mengeluarkan pucuk. Sekitar tujuh hingga sepuluh hari sudah kita nampak pucuk baharu keluar.\n\n\nSiraman dua kali sehari membantu untuk bayam ini tumbuh subur.\n\n\nCantasan\n\n\nApabila pokok mula tinggi melebihi 20 cm, eloklah kita pangkas pokok sehingga 5-10 cm dari pangkal. Kekalkan dalam 10-15 cm sahaja tinggi. Lebih banyak kita cantas, akan lebih rimbun bayam brazil ini. Sisa cantasan itu boleh kita semain lain atau dibuat makan. Lakukan pembajaan selepas cantasan dibuat.\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=ESMnHWMM5oo\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nCara Mudah Tanam Bayam Brazil di dalam Pasu Dari Awal Sampai Tuai | Kebun Bandar (https://www.youtube.com/watch?v=ESMnHWMM5oo)\n\n\n[Video] Saya tunjukkan cara tanam bayam brazil.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nBayam brazil kurang diserang penyakit. Lebih kepada dimakan oleh siput ataupun ulat bulu. Paling mudah kita kawal dengan membuat \nracun serangga organik daripada bahan dapur\n.\n\n\nTuai\n\n\nApabila daun mula merimbun, kita boleh tuai daun sekali batang bayam brazil. Pastikan setiap kali tuai, kita kembali membaja tanaman kita. Ingat apa yang kita ambil perlu dikembalikan agar tumbuhan sentiasa subur.\n\n\nWalaupun warna daun muda dan daun tua hampir sama, tetap akan ada rasa yang berlainan. Daun muda lebih sedap dibuat masakan berbanding daun tua yang lebih berserat dan sedikit pahit.\n\n\n\n\nMasakan\n\n\nKeburukan bayam brazil adalah tidak digalakkan dimakan mentah. Eloklah dicelur dahulu agar dapat mengurangkan kandungan asid oksalid di dalamnya. Asid oksalid ini tidak sesuai untuk orang yang ada penyakit gout.\n\n\nSelain itu, boleh dibuat masak gulai lemak bersama dengan ikan bilis. Atau digoreng belacan. Sama seperti kita memasak sayuran lain.\n\n\nAda juga yang buat goreng tepung. \n\n\nBahan:\n\n\nBeras \u2013 1 cawan\nTepung ubi \u2013 4 sudu makan\nBawang putih \u2013 3 ulas (potong halus)\nBawang merah \u2013 1 labu (potong halus)\nBiji ketumbar \u2013 satu sudu teh (dikisar)\nTelur \u2013 1 biji\nGaram \u2013 1 sudu teh\nSerbuk perasa \u2013 1 sudu teh\n\n\nCara masak bayam brazil celup tepung:\n\n\nMasukkan semua bahan ke dalam bekas. Letak sedikit demi sedikit air sehingga bahan menjadi sedikit likat\nSalut bayam brazil dengan bancuhan tersebut\nGoreng\n\n\nBayam brazil celup tepung ini sedap dimakan ketika panas.\n\n\nRumusan\n\n\nBayam brazil adalah tanaman paling mudah ditanam dan dijaga. Tanam sekali, tuai berkali-kali.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://en.wikipedia.org/wiki/Sissoo_spinach\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-bendi/", "title": "Cara Tanam Bendi dalam Pasu (Dari Semai sampai Tuai)", "body": "\n\nBendi dikenali juga sebagai okra adalah sayur buah berlendir. Buah bendi boleh dimakan sebagai ulam atau dibuat masakan. Bendi boleh ditanam di dalam pasu. Pokok ini tidaklah cerewet dan mudah ditanam pada apa-apa medium tanah yang digunakan.\n\n\nBendi sesuai ditanam di tempat yang banyak cahaya matahari. Sekurangnya lima hingga enam jam sehari.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: Bendi\nNama Inggeris: Lady finger, okra\nNama saintifik: Abelmoschus esculentus\nKeluarga: Malvaceae\n\n\nBendi adalah pokok berbatang keras dan hidup lebih setahun.\n\n\nPenyediaan Pasu dan Medium Tanaman\n\n\nBendi boleh ditanam menggunakan pasu bersaiz 25 cm diameter dan 20 cm tinggi atau lebih. Manakala polibeg 16 x 16 inci sudah memadai. Jika anda jenis sukakan bahan guna semula, boleh lah guna bekas botol minyak 5kg sebagai permulaan. Yang penting di bawah botol tersebut anda tebuk 4-5 lubang untuk pengairan.\n\n\nManakala untuk campuran tanah, eloklah kita guna tanah yang kaya dengan bahan organik. Anda boleh guna tanah tiga dalam satu, tanah enam dalam satu atau pun tanah berbaja. Berdasarkan pemerhatian saya, tanah ini telah dicampur baik dan mudah untuk newbie guna berbanding tanah hitam dan tanah bakar.\n\n\nApa yang penting di sini adalah penggunaan baja sepanjang penanaman. Nanti saya akan bahaskan pada bahagian pembajaan. Teruskan bacaan.\n\n\nSemai\n\n\nBendi ditanam menggunakan biji benih. Biji benih bendi berbentuk bulan dan seakan biji manik. Bendi boleh terus di dalam di dalam pasu. Tidak perlu buat semaian di dalam talam semaian.\n\n\nMasukkan satu atau dua biji benih per lubang. Satu pasu cukup satu pokok bendi sahaja. Kita masukkan biji benih dua biji takut jika ada benih bendi tidak bercambah.\n\n\nSekitar lima hingga tujuh hari biji benih akan mula bercambah. Ketika ini bolehlah kita mula letak baja.\n\n\nNamun, jika anda gagal membuat semaian terus dalam pasu, boleh la cuba menyemai dalam talam semaian. Ikuti \nlangkah penyemaian di sini\n.\n\n\nPenjagaan\n\n\nSiram dua kali sehari bagi mengekalkan kelembapan tanah. Boleh guna tong penyiram atau pun siram guna hos. Siraman boleh dihentikan sebaik sahaja air keluar di bontot pasu. Itu tanda air telah menyerap habis ke dalam pasu.\n\n\nPembajaan\n\n\nPokok bendi memberi respon yang bagus kepada baja organik mahupun baja kimia. Tentunya di sini saya akan tekankan penggunaan baja organik. Baja organik mampu membantu tumbesaran bagus kepada tanaman. Dan yang paling penting menjaga tanah di dalam pasu.\n\n\nWalaupun begitu, jika anda suka guna baja kimia, saya sarankan guna baja NPK hijau untuk 4 minggu pertama. Dos adalah satu sudu makan dengan kekerapan 1 kali per 2 minggu. Untuk minggu ke-6 ke atas boleh sudah kita gunakan baja NPK biru. Kadar pemberian sama seperti baja NPK hijau.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nKutu daun, kepinding putih, bena dan belalang suka menyerang pokok bendi. Serangga ini boleh dikawal dengan \nracun organik buatan sendiri\n.\n\n\n\n\nJika ingin kesan yang lebih mantap, boleh gunakan racun organik yang ada ekstrak minyak mambu. Minyak mambu atau semambu ini mempunyai bahan aktif yang mampu mengawal lebih 100 serangga perosak di kebun.\n\n\nTuai\n\n\nBendi mengambil masa sekitar 60 hari untuk mula mengeluarkan bunga. Setelah itu 10 hari untuk buah mula boeh dituai dari putik buah.\n\n\nUntuk penuaian ini mata kita perlu cekap. Kalau terlambat, boleh jadi bendi telah tua. Bendi tua penuh dengan serat menyebabkan tidak rasa rangup untuk dimakan.\n\n\nRujukan\n\n\na\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-buluh-madu/", "title": "Cara Tanam Buluh Madu Untuk Hasil Rebung", "body": "\n\nBuluh madu adalah antara tanaman yang paling senang ditanam. Hasilnya bermula dari rebung sehinggalah batang buluh.\n\n\nKelebihan buluh madu ini terletak pada rebungnya yang lebih lemak manis. Rebungnya sesuai untuk dijadikan pelbagai produk hiliran seperti jeruk, goreng tepung, kerepek dan manisan. Tambahan lagi buluh ini tidak miang seperti buluh-buluh lain.\n\n\nSelain itu, batang buluhnya sesuai dijadikan produk kraftangan, perabot, chop-stick, pencungkil gigi atau pencucuk makanan serta boleh juga dijadikan tanaman hiasan yang menarik.\n\n\nUntuk artikel ini, saya akan lebih fokus pada penghasilan rebung.\n\n\nPokok buluh ini sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah. Namun paling bagus di tanah yang mempunyai saliran yang baik.\n\n\nMaklumat botani\n\n\nNama tempatan: Buluh madu\nNama Inggeris: honey bamboo \nNama saintifik: \nGigantochloa albociliata\n\n\nPenyediaan Polibeg\n\n\nSebelum kita mula mengambil bahan pembiakan buluh, eloklah kita sediakan dahulu polibeg untuk semaian. Paling sesuai adalah saiz polibeg 8 inch x 9 inch atau lebih besar.\n\n\nManakala untuk \nmedia tanah\n, kita boleh gunakan tanah atas sahaja atau campuran tanah antara tanah merah dan kompos. Ini perlulah mengikut kesesuaian dan bajet sesebuah tapak semaian. Lagipun anak pokok buluh ini mengambil masa sekitar 3-4 bulan untuk membesar dalam polibeg sebelum boleh ditanam ke ladang.\n\n\nPembiakan Buluh Madu\n\n\nTerdapat tiga cara untuk membiak pokok buluh ini iaitu melalui biji benih, tisu kultur dan keratan batang. Dua cara yang awal itu tidak begitu praktikal kerana sukar untuk mendapatkan biji benih dan kaedah tisu kultur memerlukan peralatan dan bahan yang mahal.\n\n\nBiji benih buluh (sumber: Google)\n\n\nPembiakan buluh madu melalui tisu kultur di China (sumber: Google)\n\n\nRamai yang menganggap untuk membiak bulu perlulah diambil akar dari rebungnya. Cara paling senang biak rebung adalah dengan guna keratan batang.\n\n\nPertama, pilih batang buluh yang sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. Umur batang yang paling sesuai adalah sekitar dua hingga tiga tahun. Ini dapat dilihat pada warna batang yang ada seperti kotoran tompok-tompok putih.\n\n\nPetua agar anak pokok buluh menjadi, seeloknya potong keratan daripada bahagian tengah dan ke atas. Ini dapat meningkatkan kadar kemenjadian anak benih buluh.\n\n\nSeterusnya potong tiga hingga empat ruas setiap keratan batang. Sebelum cucuk ke dalam polibeg, pastikan kita kenal mana pangkal dan mana atas. Ini bagi mengelakkan buluh salah tumbuh.\n\n\nPotong tiga hingga empat ruas buluh utuk menanam. (sumber: Jabatan Pertanian)\n\n\nBagi menggalakkan pertumbuhan akar yang pantas, disarankan untuk sapu hormon penggalak akar seperti seradix pada pangkal keratan.\n\n\nHormon penggalak akar ini boleh kita beli atau jika inginkan cabaran, saya ada tulis \ncara buat sendiri hormon penggalak akar\n.\n\n\n\n\nSetelah selesai menyemai, letak semua polibeg di tempat redup. Paling bagus gunakan jaring hitam di atas sebagai penaung. Hal ini bagi mengelakkan tanah dalam polibeg kering. \n\n\nPenjagaan Anak Benih\n\n\nAnak benih buluh madu yang berjaya tumbuh di dalam polibeg. (sumber: Google)\n\n\nSeperti biasa, siram keratan dalam polibeg dua kali sehari agar tanah sentiasa lembab. Setelah tiga hingga empat minggu, kita akan dapat lihat mata tunas mula pecah di tepi keratan batang. Itu tanda keratan kita menjadi.\n\n\nPetanda keratan tidak menjadi apabila keratan mula mengecut seterusnya berwarna kekuningan dan akhir sekali perang. Biasanya kita boleh lihat dalam masa 2 minggu selepas keratan disemai.\n\n\nSetelah dua bulan, kita boleh sudah memberi baja kepada anak benih buluh yang sudah berakar. Letakkan baja organik seperti kompos atau tahi ayam dengan kadar 5-10 gram atau segenggam sebulan sekali. Pastikan baja tidak terkena pada pangkal kerana jika tidak mungkin boleh menyebabkan anak benih atau bibit mati melecur.\n\n\nRacun serangga dan penyakit tidak perlu diberi memandangkan anak benih buluh madu jarang diserang serangga perosak.\n\n\nPenanaman di ladang\n\n\nSetelah tiga hingga empat bulan, bibit buluh dalam polibeg boleh terus ditanam di ladang.\n\n\nPokok buluh sesuai ditanam semua jenis tanah. Namun begitu pokok buluh subur di tanah yang mempunyai saliran air yang bagus dan tidak bergenang terutama selepas hujan.\n\n\nKeadaan ladang buluh madu. (sumber: Harian Metro)\n\n\nSatu ekar tanah mampu memuatkan sekitar 300 hingga 350 pokok dengan jarak penanaman 12 kaki x 12 kaki atau 15 kaki x 20 kaki (antara batas x antara pokok).\n\n\nPenyiraman anak pokok yang baru ditanam perlu dibuat sebanyak dua kali sehari sehingga sebulan lamanya bagi mengelak pokok mati kekeringan. Tanah yang kering mampu membantut tumbesaran awal pokok buluh. \n\n\nDari segi pembajaan, pokok buluh adalah antara pokok yang mesra dengan baja organik. Enam bulan sekali gunakan baja tahi ayam atau kompos dengan kadar 10kg per rumpun.\n\n\nSelain itu, anda boleh gunakan juga baja NPK hijau (15/15/15) dengan kadar 100 hingga 300 kg/ha pada kekerapan tiga bulan sekali.\n\n\nBiarkan sekitar 10 hingga 15 batang sahaja satu rumpun. Pangkas lebih batang jika ada. Hal ini agar rumpun buluh madu sentiasa kemas dan tidak terlalu padat. Seterusnya dapat menjimatkan penggunaan kos baja.\n\n\nTuai Rebung\n\n\nPenjagaan rapi dari segi penyiraman dan pembajaan hendaklah dibuat sepanjang 8 hingga 12 bulan sebelum boleh menuai. Sekurangnya perlu ada 5 hingga 7 batang serumpun sebelum membuat tuaian rebung yang pertama.\n\n\nTuai buluh madu sekitar 0.8-1 m. (sumber: Jabatan Pertanian)\n\n\nRebung madu boleh dituai apabila tinggi rebung mencapai satu meter. Setiap rumpun mampu menghasilkan sekitar 2 kilogram rebung per bulan.\n\n\nSelepas tuai, rebung perlu diproses dengan kadar segera bagi pengelakkan pengoksidaan berlaku. Pengoksidaan boleh dilihat apabila rebung mula lebam dan kehitaman warnanya. Hal ini akan menyebabkan harga jualan rebung menurun mendadak.\n\n\nHarga bagi sekilogram rebung madu sekitar RM3 hingga RM7 mengikut pasaran tempat jualan.\n\n\nKegunaan Rebung\n\n\nRebung amat popular dalam masakan Melayu seperti gulai masak lemak cili api, gulai daging, masak pedas, goreng tepung, kerepek, daging salai, masak kari dan lain-lain. Perlu juga diketahui bahawa rebung madu mempunyai pelbagai khasiat, karbohidrat, antioksida, pelbagai vitamin dan mineral.\n\n\nKesimpulan\n\n\nPotensi buluh madu adalah sangat banyak. Amat beruntung bagi sesiapa yang telah memulakan atau ingin memulakan. Ambil peluang ini dengan mengamalkan penulisan saya ini.\n\n\nMoga bermanfaat. Sebarang komen atau pandangan boleh tinggalkan di bahagian komen.\n\n\nRujukan:\n\n\nhttp://www.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/index_article.display.php?cid=76682&idcat=195&page=&aid=1273\nhttps://www.hmetro.com.my/agro/2017/08/251495/usahawan-rebung-buluh-madu\nhttp://www.doa.gov.my/index/resources/auto%20download%20images/55c9589879ae0.pdf\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-bunga-kantan/", "title": "Ini Rupanya Rahsia Cara Tanam Kantan Agar Berbunga Lebat", "body": "\n\nPokok kantan adalah tanaman yang ada pelbagai manfaat terutama dalam masakan. Dalam masakan Melayu kudup bunga kantan banyak digunakan sebagai penambah rasa seperti dalam masakan laksan dan tomyam. Penanaman bunga kantan tidaklah sukar. Apa yang penting adalah kesabaran.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama tempatan: Bunga kantan\nNama Inggeris: Torch ginger\nNama saintifik: \nEtlingera elatior\nKeluarga: Zingiberaceae\n\n\nKitaran hidup pokok kantan adalah pokok saka. Ini bermakna pokok kantan hidup lebih dari setahun.\n\n\nKalau kita lihat, pokok kantan tergolong dalam keluarga Zingiberaceae iaitu keluarga seperti halia, kunyit dan tuhau. Mereka berkongsi ciri-ciri yang sama antaranya dibiakkan menggunakan rizom.\n\n\n\n\n\n\nTerdapat tiga warna bunga kantan:\n\n\n\n\nMerah jambu / pink (\nbeli sini\n)\n\n\nMerah (\nbeli sini\n)\n\n\nPutih (\nbeli sini\n)\n\n\n\n\nJika anda seorang pengumpul tentunya tiga warna ini ingin anda tanam di kebun. Tetapi jika anda seperti saya yang tidak cukup tanah untuk berkebun, cukuplah menanam kantan merah. Bau dan rasa kantan ini lebih mengancam berbanding dua varieti lain iaitu merah jambu dan putih.\n\n\n\n\nBunga kantan putih cantik tumbuh (kredit: \nFB KBJTS\n)\n\n\nJika anda ingin beli di platform online seperti shopee, lazada dan tiktok pastikan penjual itu memang menjual varieti yang betul. Jangan setelah setahun lebih menanti, yang keluar bukanlah warna bunga yang anda inginkan. Anda telah membazir wang dengan membeli varieti yang dijual mahal dan paling penting masa. Boleh beli ikut link saya berikan untuk mengurangkan kekecewaan anda itu.\n\n\nPembiakan\n\n\nPokok kantan boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu melalui biji benih dan rizom. Mari kita lihat satu persatu kaedah pembiakan ini.\n\n\nSemaian Benih\n\n\nUntuk semaian benih, ambil biji benih segar daripada buah kantan yang telah tua. Semai di dalam bekas berisi tanah campur. Sekitar 10-15 hari benih akan mula bercambah. Berikan sedikit baja organik setiap minggu sehingga anak benih cukup kuat untuk dipindahkan ke bekas lebih besar.\n\n\nPokok kantan daripada semaian benih akan memakan masa untuk mula mengeluarkan bunga. Dijangka sekitar 3-4 tahun berbanding penanaman menggunakan rizom.\n\n\nKelebihan menggunakan biji benih adalah ada potensi untuk mendapat kantan lebih baik daripada induk. Boleh juga buat kacukan antara dua varieti kantan berbeza. Contohnya kacukan antara kantan merah dan kantan putih.\n\n\nSemaian Rizom\n\n\nRizom bunga kantan sering dianggap sebagai ubi. Namun rizom bukanlah ubi. Dalam botani, rizom adalah akar yang terubahsuai sama seperti halia. Ya halia yang kita makan adalah akar.\n\n\nJadi bagaimana untuk membiak menggunakan rizom? Caranya mudah sahaja. Cantas dan buang batang utama di atas rizom. Pastikan rizom yang kita ambil itu terdapat sekurangnya 2-3 mata tunas. Hal ini bagi memastikan kemenjadian pertumbuhan pokok kantan.\n\n\nAnda boleh semai dahulu rizom ini di dalam polibeg dahulu atau terus tanam di lokasi atas tanah. Jika ditanya saya, tentunya saya lebih suka semai dahulu di dalam polibeg. Hal ini agar saya mahu anak pokok kantan menjadi kuat sebelum dipindahkan ke atas tanah. Jika lokasi tanam adalah dekat untuk sentiasa disiram dan baja seperti di belakang atau hadapan halaman rumah, tiada masalah untuk terus tanam di atas tanah. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangan.\n\n\n\n\nSaya mengambil rizom kantan untuk dibiakkan lagi ke tempat lain.\n\n\nUntuk media semaian, boleh guna tanah campur yang dijual di nurseri pokok. Atau jika ingin kesan yang berkesan, anda boleh buat sendiri tanah campur dengan mengikut \npanduan saya di sini berkaitan kaedah buat sendiri tanah campur\n.\n\n\n\n\n\n\nJika tak sempat semai rizom ke dalam polibeg, boleh rendam dalam bekas berisi air selama 5-7 hari seperti saya buat ini. Bunga kantan ini saya ambil dari kampung. Tak sempat tanam di ladang lalu saya rendam dalam bekas polisterin dahulu.\n\n\nSekitar 4-6 minggu, rizom kantan akan mula pecah mata tunas. Di sini kita akan dapat lihat pucuk baharu muncul.\n\n\nBiarkan sehingga anak pokok setinggi 2 kaki untuk mula pindah. Biasanya memakan masa sekitar 2-3 bulan selepas semai.\n\n\nDalam masa fasa penjagaan semaian ini, eloklah ditambah dengan baja organik seperti \nkompos \ndan vermikompos. Baja ini akan menguatkan akar anak pokok sebelum dipindahkan di atas batas.\n\n\nPenanaman di dalam bekas\n\n\nAdakah pokok kantan boleh ditanam di dalam bekas? Ya boleh. Cari bekas dengan diameter sekitar 40cm x 50 cm x 50 cm tinggi. Guna tanah campur yang ada tanah, sekam bakar dan baja organik. Boleh dapatkan \nformula campuran tanah campur di sini\n. Saya ceritakan dari awal sampai habis.\n\n\n\n\nPokok bunga kantan berjaya berbunga dalam bekas polisterin. (kredit: \nFB KBJTS\n)\n\n\nPenanaman di atas batas\n\n\nPokok kantan sesuai ditanam di atas tanah yang kaya dengan bahan organik.\n\n\nKorek lubang untuk penanaman sekitar 2 kaki per segi. Tabur baja organik seperti \nkompos \ndan paling penting sekam bakar. Sekam bakar akan meningkatkan kesuburan tanah. Banyak manfaat sekam bakar ini. Boleh baca sini untuk tahu lebih lanjut.\n\n\n\n\nAnak pokok bunga kantan saya tanam di atas tanah selepas 3 bulan semai di dalam polibeg.\n\n\nAkhir sekali masukkan anak pokok kantan atau rizom. Kambus dan siram seperti biasa. Siraman boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari. Kantan suka tanah yang lembab.\n\n\nUntuk jarak penanaman, pokok kantan boleh ditanam pada jarak 1 meter dalam baris dan 2 meter di antara baris. Ini rajah seperti disyorkan oleh Jabatan Pertanian.\n\n\n\n\n\n\nJika tanam pokok kantan sebagai tanaman selingan, tanam pada jarak 3-4 meter dari pokok utama. Contohnya 4 meter jarak dari pokok getah, durian, rambutan, nangka dan lain-lain. Selebih itu ikut jarak seperti penanaman tunggal.\n\n\nPembajaan\n\n\nPokok kantan cukup suka akan baja organik. Oleh itu pemberian baja organik berkala membantu mempercepatkan untuk pokok kantan mengeluarkan bunga.\n\n\nSelain itu, anda boleh selang seli pembajaan dengan baja sebatian NPK seperti NPK biru.\n\n\nContoh jadual pemberian baja untuk setiap bulan:\n\n\nBulan 1 \u2013 Baja NPK Biru \u2013 50g\nBulan 2 \u2013 Baja vermikompos \u2013 100g (\nbeli sini\n)\nBulan 3 \u2013 Baja NPK Biru \u2013 50g\nBulan 4 \u2013 Baja vermikompos \u2013 100g\ndan seterusnya ikut selang seli.\n\n\nInsya-Allah pokok kantan akan cepat mengeluarkan bunga. Kuncinya di sini adalah pemberian baja yang sedikit tapi istiqamah setiap bulan.\n\n\nJika tiada baja vermikompos, anda boleh ganti dengan baja kompos biasa, baja tahi ayam atau apa-apa baja organik yang boleh anda mudah dapat disekitar ladang atau kebun anda.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nMengikut bacaan dan pengalaman, pokok kantan jarang sekali diserang oleh perosak dan penyakit. Sebab itu bunga kantan ini boleh dikatakan sebagai tanaman selingan yang bagus di ladang. Kos penyelenggaran hanyalah pada pemangkasan batang daun yang tua atau telah mati.\n\n\nTiada penggunaan racun kimia sepanjang penanaman. Dikira oleh lah, bukan?\n\n\nBilakah Kantan Mula Mengeluarkan Bunga?\n\n\nIkut pengalaman saya, sekitar 1-2 tahun selepas penamaman. Jika semua keperluan tanaman cukup seperti air, cahaya dan baja, insya-Allah sekitar setahun (12 bulan) sudah mula nampak kudup bunga.\n\n\nTetapi jika masih tidak mengeluarkan hasil, tetaplah bersabar. Kita bermain dengan makhluk hidup. Teruskan berdoa dan berikan baja organik berkualiti seperti vermikompos.\n\n\n\n\nKudup bunga kantan mula muncul selepas saya 9 bulan tanam di atas tanah.\n\n\nPenuaian\n\n\nBiasanya bunga muka keluar selepas setahun (12-16 bulan) ditanam menggunakan rizom. Bunga kantan boleh dituiai sebaik sahaja kudup bunga mula keluar dari atas tanah.\n\n\nUntuk penuaian, kerat pada pangkal. Sebolehnya jangan tinggalkan batang bunga di rumpun kantan. Potong sampai pangkal jika menuai bunga. Ini akan menggalakkan lagi pengeluaran bunga dalam rumpun tersebut. Anda boleh potong dengan gunting pangkas berkualiti tinggi (\nbeli sini\n).\n\n\nTuai kantan yang masih belum berkembang. Jika sudah berkembang, harga jualan berkurang.\n\n\n\n\nTuaian kudup bunga kantan daripada 6 rumpun yang ada. Saya guna gunting pangkas untuk potong batang bunga agar potongan kemas.\n\n\n\n\nBunga kantan seeloknya tuai dalam keadaan kudup tertutup. Jika telah terbuka, harga pasaran menurun. Walaupun begitu, tetap dituai kerana nak galakkan lebih kudup muncul.\n\n\nBagaimana cara agar kantan sentiasa mengeluarkan bunga?\n Caranya mudah sahaja iaitu sentiasa tuai bunga kantan. Lagi kerap kita tuai, lagi banyak rumpun kantan akan keluarkan bunga. Kantan akan bagi signal perlu mengeluarkan lebih banyak bunga agar dapat membiak lagi.\n\n\nJika kita biarkan bunga layu dan menjadi biji benih, pokok kantan akan merasakan tiada keperluan untuk mengeluarkan bunga untuk pembiakan. Ini membuatkan kurang kudup bunga terhasil.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\nJabatan Pertanian. \nPanduan Menanam Bunga Kantan\n. 1998\n\n\n\n\nPenafian\n\n\nSegala pembelian anda menggunakan link yang diberi akan membolehkan saya mendapat sedikit komisien tanpa mengurangkan kos pembelian anda. Komisien ini membantu untuk saya terus menulis kandungan berkualiti di website ini. Sokongan anda amat saya hargai.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-cili-dalam-pasu/", "title": "Panduan Lengkap Tanam Cili Padi dalam Pasu / Polibeg di Rumah", "body": "\n\nBuah cili atau cabai adalah antara sayuran buah yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Hampir kebanyakan masakan tidak lengkap jika tidak dimasukkan cili. Jika kita pergi ke pasar tentunya akan nampak kebanyakan gerai sayur menjual cili.\n\n\nDari segi cara penanaman, pokok cili tidaklah rumit jika tahu cara yang betul. \n\n\nNamun begitu, jika anda baru nak bermula berkebun di rumah, saya tidak sarankan mula dengan cili. Cuba dahulu dengan \nkangkung\n agar dapat kemahiran berkebun.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama biasa: Cili padi, cabai burung, lada padi, cabe, cili kecil, cabe rawit\nNama Inggeris: Tabasco chili, tabasco pepper\nNama saintifik: \nCapsicum frutescens\nKeluarga: Solanaceae\n\n\nCili padi adalah tumbuhan saka renek. Istilah saka di sini bermakna pokok cili boleh hidup lebih daripada setahun. Manakala renek bermakna ketinggian pokok cili paling tinggi pun boleh mencecah 1.5 meter sahaja.\n\n\nBuah cili padi tumbuh dengan bontot buah menunjuk ke langit. Hal ini berbeza dengan buah cili merah yang keadaan rupanya menghala ke tanah. Kebanyakan varieti cili padi berwarna hijau ketika muda dan akan mula berwarna kemerah-merahan apabila mula masak.\n\n\nKalau anda ingin tahu lebih lanjut cara mudah membaca maklumat botani pokok, rujuk \nBelajar Istilah Botani Untuk Noob\n.\n\n\nVarieti Cili\n\n\nTerdapat dua varieti utama cili padi yang biasa ditanam di Malaysia secara komersil iaitu cili padi bara dan cili padi centil. Kedua-dua varieti ini menjadi pilihan utama kerana mampu mengeluarkan hasil yang sekata dan kurang diserang perosak dan penyakit.\n\n\nCili padi centil popular di negeri selatan Malaysia seperti Johor dan Melaka. Manakala petani di negeri-negeri selebihnya banyak menanam cili padi bara. Benih cili api bara ini dihasilkan oleh syarikat Panah Merah yang berasal daripada Indonesia.\n\n\nRamai pemula yang teruja menanam cili mendapati cili mereka kerinting sebaik sahaja berumur 3-4 minggu selepas bercambah. Hal ini dapat dikurangkan dengan penggunaan benih cili yang rintang penyakit dan serangan perosak. \n\n\nOleh itu, saya sarankan anda membeli benih cili berkualiti agar dapat kurangkan peratus kegagalan menanam cili. \n\n\nDi sini senarai benih dan di mana hendak beli:\n\n\nCili Padi Bara (\nbeli sini\n)\nCili Padi Centil (\nbeli sini\n)\nCili Padi Sakata (\nbeli sini\n)\n\n\nBagaimana jika ada di antara anda tidak mahu membeli benih pula? Boleh gunakan benih cili padi yang dibeli dari pasar. Tiada masalah. Itulah kelebihan menanam di rumah. Kita boleh bereksperimen dengan apa yang ada.\n\n\nSemai Biji Cili\n\n\nAmalan ladang oleh petani adalah menyemai cili di dalam talam semaian (\nbeli sini\n) dahulu sebelum memindahkan terus ke atas batas. Kaedah ini kita boleh amalkan juga untuk penanaman di dalam pasu. Talam semaian tidak perlulah besar. Sekadar 10 lubang sudah memadai.\n\n\nJika anda tiada talam semaian, anda boleh gunakan pasu kecil atau apa-apa bekas sebagai bekas semaian.\n\n\n\n\nUntuk medium semaian, saya biasanya menggunakan peatmoss (\nbeli sini\n) atau pun sabut kelapa hancur dikenali juga sebagai cocopeat (\nbeli sini\n). Kedua-dua bahan semaian ini sangat sesuai untuk semaian cili kerana mampu menyerap air yang banyak dan kadar kelembapan yang tinggi.\n\n\nSelain daripada itu, anda boleh menyemai terus ke dalam jiffy 7 (\nbeli sini\n).\n\n\nBiji benih cili memakan masa sekitar 7 hingga 14 hari untuk bercambah. Lagi lama usia benih cili itu, lagi lama ia memakan masa untuk bercambah. Saya pernah menyemai cili geronong (\nbeli sini\n) yang sudah disimpan selama setahun. Benih hanya bercambah sekitar 30 hari disemai!\n\n\nJika tanam menggunakan talam semaian, setelah bercambah, tunggu sehingga ada 5-7 helai daun iaitu sekitar 3 minggu selepas bercambah sebelum pindah ke dalam pasu.\n\n\n\n\nAnak benih cili yang sudah bercambah setelah 10 hari di dalam talam semaian.\n\n\nSetelah bercambah, kita boleh terus pindahkan ke dalam pasu kecil setiap satu benih. Pindah dengan hati-hati agar tidak rosak pucuk dan akar anak pokok cili. Setelah pemindahan, letak benih di tempat redup selama 7 hingga 10 hari agar tidak layu.\n\n\nPenyediaan Pasu dan Campuran Tanah\n\n\nPokok cili sesuai ditanam pada pasu medium (\ud83d\uded2\nbeli sini\n) saiz 25 cm diameter dan 30 cm tinggi ke atas. Manakala untuk polibeg 16 x 16 inci (\ud83d\uded2\nbeli sini\n) adalah paling sesuai. Jika polybag kecil mungkin akan membantutkan tumbesaran pokok.\n\n\nPokok cili paling suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu campuran tanah yang kita guna mestilah mempunyai bahan organik yang berkualiti. Antara yang sesuai adalah tanah sawit (\ud83d\uded2\nbeli sini\n) atau tanah kompos(\ud83d\uded2\nbeli sini\n).\n\n\nSelain itu, anda juga boleh gunakan tanah campur tiga dalam satu(\ud83d\uded2\nbeli sini\n). Paling penting di sini adalah pembajaan. Rujuk pada bahagian pembajaan di bawah.\n\n\nSaya gunakan campuran tanah atas, sekam bakar(\ud83d\uded2\nbeli sini\n), kompos dan sabut kelapa hancur. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut boleh baca penerangan saya \nKaedah Campuran Tanah Untuk Pasu\n.\n\n\nPindah Dalam Pasu\n\n\nApabila bibit cili sudah mempunyai lima hingga tujuh helai daun, sudah tiba masanya untuk kita pindah ke dalam pasu lebih besar.\n\n\n\n\nApabila anak pokok cili ada sekitar 3-5 helai daun, iaitu dalam 3 minggu selepas bercambah boleh sudah dipindahkan ke dalam pasu.\n\n\nPetua agar anak pokok tidak layu selepas pindah adalah dengan pindah di waktu petang selepas asar dan siram dahulu pasu kecil sebelum pindah.\n\n\nProses pemindahan ini mengganggu akar pokok cili. Oleh itu kita perlu biarkan pokok cili pulih dengan meletak di tempat redup selama lima hingga 7 hari. Kaedah lain adalah kita meletak \njaring hitam\n\ud83d\uded2 di atas pasu.\n\n\nPenjagaan Cili\n\n\nAntara semua bahagian, bahagian penjagaan adalah bahagian yang paling penting untuk kita buat. Jika terlupa atau terlangkau boleh menyebabkan cili tumbuh kurang subur.\n\n\nPenyiraman\n\n\nPokok cili padi memerlukan tanah yang sentiasa lembab agar ia dapat tumbuh dengan subur. Jika tanah dalam pasu kering, pokok boleh terbantut tumbesaran seterusnya mengeluarkan hasil yang sedikit.\n\n\nOleh itu pastikan kita menyiram sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kalau siram pula, pastikan siram sehingga air betul keluar dari bontot pasu. Ini barulah menandakan air betul diserap penuh dalam tanah campur.\n\n\nWalaupun begitu, jangan terlebih siram pula. Jika tanah terlalu lembab, boleh mendatangkan penyakit pada akar pokok cili menyebabkan pokok kekal layu walaupun telah kita siram banyak kali.\n\n\nAlatan yang sesuai untuk tugas ini tentunya tong siram (\nbeli sini\n). Tong siram belilah mana yang sesuai dengan keperluan. Saya lelaki dan mampu mengangkat jumlah beban yang tinggi. Jadi saya memilih untuk membeli tong siram 12L. Mungkin jika anda wanita, eloklah beli mengikut kapasiti yang seuai dengan anda, mungkin 5L (\nbeli sini\n)?\n\n\nJika risau tidak ada masa untuk menyiram, saya ada menulis panduan membuat siraman automatik. Rujuk, baca dan amalkan. Boleh?\n\n\nPembajaan Cili Padi\n\n\nPokok cili paling suka baja organik terutama baja kompos. Walaupun saya suka \nmembuat sendiri kompos\n, saya yakin ada di antara kita yang tidak ada masa atau kawasan untuk membuat sendiri kompos. Oleh itu boleh la membeli baja organik. Saya sekarang menggunakan baja vermikompos (\ud83d\uded2\nbeli sini\n). Memang berkesan untuk pokok cili.\n\n\nSaya pernah mendengar tips oleh petani bahawa pokok cili sensitif dengan baja tahi ayam. Saya awalnya memang tidak begitu yakin dengan kenyataan tersebut. Saya buat tak endah lalu saya pun letaklah baja tahi ayam pada pokok cili. Setelah beberapa hari saya mendapati pokok cili saya mudah diserang serangga perosak seperti \nwhiteflies \ndan afid.\n\n\nSaya terfikir mengapa boleh jadi begini? Setelah membuat beberapa pembacaan, saya mendapati hal ini kerana baja tahi ayam tinggi dengan nitrogen. Nitrogen membuatkan pokok menghasilkan daun yang banyak. Nitrogen yang tinggi sesuai untuk sayuran daun seperti sawi dan kangkung adalah sesuai. Tetapi tidak sesuai untuk sayuran buah seperti cili.\n\n\nOleh sebab itu setelah meletak baja tahi ayam, pokok cili bertindakbalas dengan menghasilkan lebih banyak daun. Ini menyebabkan pokok cili menjadi pokok kegemaran untuk kepinding putih (whiteflies) dan afid datang menyerang.\n\n\nPanduan saya mudah sahaja untuk pembajaan. Pertama, lihat jika ada label panduan pembajaan pada pek baja. Jika tiada, gunakan kaedah pembajaan umum yang saya berikan ini.\n\n\nBaja pokok cili dua minggu sekali dengan segenggam kompos. Tabur keliling pasu. Pastikan tidak terkena pangkal pokok. Walaupun kompos tidak panas, tetapi kita mesti amalkan sikap berhati-hati ini.\n\n\nBagi yang ingin menggunakan baja kimia, gunakan baja NPK hijau (\ud83d\uded2\nbeli sini\n) di awal 4 minggu penanaman. Dos satu sudu makan (5 g) setiap dua minggu sekali. Setelah itu gunakan baja NPK biru (\ud83d\uded2\nbeli sini\n) pula dengan dos dan kekerapan yang sama.\n\n\nJika anda jenis suka guna satu jenis baja kimia sahaja, saya akan sarankan guna baja 888 (\ud83d\uded2\nbeli sini\n). Baja ini bau seakan kopi dan sebab itu ada yang menggelarnya sebagai baja kopi. Dos adalah 1 sudu makan (5 g) setiap 2 minggu sekali.\n\n\nPastikan anda menabur baja jauh dari pangkal pokok sekurangnya 5 cm jauh. Apa-apa baja sifatnya panas. Jika terkena pada pangkal boleh menyebabkan batang melecur. Paling bagus kalau anda dapat gembur sekali tanah semasa membaja.\n\n\nTiang Sokongan\n\n\nSetelah umur pokok 2 bulan, ketinggian pokok boleh mencecah sektiar 50 cm. Sebolehnya kita perlu membuat tiang sokongan di tepi pokok cili agar nanti pokok tidak tumbang dek tiupan angin. Saya sarankan guna pancang plastik ini (\ud83d\uded2\nbeli sini\n). Lebih tahan lama dan boleh guna berulang kali.\n\n\nTiang sokongan atau pancang ini panjang 1 meter atau 3 kaki. Biar 30cm atau 1 kaki tenggelam ke dalam pasu. Batang utama diikat pada tiang sokongan. Saya cadangkan guna \ncable tie \natau tali rafia.\n\n\nKawalan Serangga Perosak dan Penyakit\n\n\nKetahuilah jika anda pernah menanam cili anda pastikan tidak lari daripada daun cili menjadi kerinting. Betul tak?\n\n\nKalau kita belajar agronomi tumbuhan, tentunya pokok cili ini ada 101 macam perosak dan penyakit. Saya tidak mahu terangkan sangat pasal itu. Anda akan lihat lalat putih, afid, lalat buah, koya, kutu daun, bahkan siput babi menjadi masalah kepada pokok cili.\n\n\nResipi saya untuk kawalan mudah sahaja. Pertama, amalkan dengan menggunakan cuka kayu(\ud83d\uded2\nbeli sini\n) sebagai semburan mingguan. Cukup sekadar sekali seminggu. Cuka kayu bertindak sebagai suplemen yang membantu meningkatkan kekuatan pokok melawan penyakit dan perosak. Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh rujuk \npenulisan lengkap saya tentang cuka kayu\n.\n\n\nKedua, sembur dengan \nracun organik buatan sendiri\n. Hanya guna bawang putih dan cili padi pedas. Bau bawang putih tidak disukai oleh kebanyakan serangga perosak. Manakala pedas cili membuatkan serangga tidak senang duduk.\n\n\nSetakat ini saya gunakan racun minyak semambu (\ud83d\uded2\nbeli sini\n). Minyak mambu ini memang terkenal sebagai bahan yang mampu mengawal lebih 100 serangga perosak seperti kutu daun, kepinding putih dan kesing. Semburan 2 kali seminggu sudah memadai sebagai kawalan.\n\n\nMasalah Penyakit Pokok Cili\n\n\nAda masalah seperti ini tak?\n\n\nBunga gugur\nDaun kerinting\nBuah gugur sebelum merah\nBuah busuk\n\n\nCuba baca penulisan panjang lebar saya tentang ini di \nMasalah Utama Pokok Cili dan Cara Atasinya\n.\n\n\nPetua Buah Banyak\n\n\nApabila cili mencapai ketinggian sekitar 15 cm atau mempunyai 6-8 helai daun, kita boleh mula mencantas pucuk cili. Pemangkasan pucuk cili di awal umur akan menggalakkan lebih banyak cabang muncul.\n\n\nMenurut kajian oleh MARDI, pokok cili padi mengeluarkan hasil optimum dengan bilangan batang sebanyak lima hingga enam batang sepokok. Oleh itu, pastikan ada lima hingga enam batang sahaja termasuk batang utama pada pokok cili padi kita. Selebihnya kita pangkas dan buang.\n\n\n\n\nBiarkan 5-6 cabang termasuk batang utama agar cili padi meriah mengeluarkan buah.\n\n\nMana-mana batang, daun, bunga dan buah cili yang kita cantas janganlah kita buang terus. Longgokkan di pangkal pokok. Ddeaun ini akan reput dan mengembalikan nutrien kepada pokok.\n\n\nAmalkan ini, insya-Allah pokok cili anda akan sentiasa berbunga tanpa henti.\n\n\nKemudian, anda amalkan dengan semburan baja belacan. Saya serius. \nBaja belacan mampu membuatkan cili berbuah lebat\n. Tak percaya? Cuba dulu. \n\n\nSelain itu, jika pokok cili sudah tidak mengeluarkan hasil yang banyak, anda boleh memangkas dahan cili yang tidak produktif. Ini akan menggalakkan pertumbuhan pucuk dan dahan baharu yang lebih produktif. Baja secukupnya setelah selesai pemangkasan.\n\n\nTuai Buah Cili\n\n\nPokok cili padi mengambil masa 65 hingga 75 hari selepas bercambah untuk mula mengeluarkan bunga. Manakala apabila putik buah menjadi, ia mengambil masa sekitar 15 hingga 20 hari untuk matang sebelum dituai. Buah cili berwarna hijau semasa muda dan berubah kemerahan apabila mula masak.\n\n\nUntuk pastikan pokok cili sentiasa mengeluarkan bunga dan buah, pastikan petik sekali tangkai buah. Jika ada tangkai tertinggal di dahan, pokok cili akan memberi signal bahawa buah masih ada di pokok. Jadi pokok tidak akan mengeluarkan bunga lagi.\n\n\nSatu satu pokok cabai burung mampu mengeluarkan hasil sekitar 1-2 kg buah per musim.\n\n\nWalaupun pokok cili padi tergolong dalam kategori pokok saka, tetap kebanyakan petani menanam pokok cili padi maksimum selama 11 bulan sahaja. Hal ini kerana selepas 11 bulan penanaman, buah cili yang terhasil tidak lurus dan cantik rupanya. Perkara ini membuatkan harga buah cili tersebut akan menurun.\n\n\nWalaupun begitu, jika kita tanam di rumah ia bukanlah satu masalah. Selagi pokok cili kita masih boleh mengeluarkan hasil selagi itulah kita boleh tuai. Cuma pastikan kita sentiasa memberi baja vermikompos (\ud83d\uded2\nbeli sini\n) pada pokok cabe bagi memastikan pengeluaran bunga sentiasa ada.\n\n\nRumusan\n\n\nSaya tahu menanam cili ini memang mudah. Menjaganya itu yang tinggi cabaran. Bagi yang cekal sahaja mampu untuk berjaya.\n\n\nSaya berpesan kepada anda yang baca ini sampai habis. Jangan mengaku kalah. Cuba, cuba dan cuba. Di situlah nikmat dalam berkebun akan timbul. Sungguh. Moga panduan menanam cili di dalam pasu ini membuka mata dan memberi semangat untuk anda terus berkebun di rumah.\n\n\nBONUS\n\n\nDapatkan ebook \nPanduan Lengkap Menanam Cili dalam Pasu\n.\n\n\n\n\n\n\nRujukan\n\n\nMARDI (2013) Peningkatan hasil cili padi melalui kaedah penyimpanan tunas air\nMARDI (2013) Teknologi penanaman cili padi secara fertigasi berasaskan tanah\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-daun-kesum/", "title": "Belajar Cara Tanam Daun Kesum Guna Keratan Batang Beli Dari Pasar", "body": "\n\nDaun kesum adalah antara daun kegunaan dalam masakan Melayu seperti laksa dan asam pedas. Ramai yang bertanya kepada saya cara tanam daun kesum. Mari kita belajar cara mudan penanam pokok herba ini.\n\n\nPengganti bagi daun kesum adalah daun ketumbar.\n\n\nMaklumat botani\n\n\nNama: Daun kesum, cenohom\nNama Inggeris: Vietnamese corriander / mint\nNama saintifik: \nPersicaria tenella\n / \nPolygonum minus\nKeluarga: Polygonaceae\n\n\nKesum adalah pokok berbatang lembut. Pokok ini dikategorikan sebagai pokok herba.\n\n\nPenyediaan pasu\n\n\nDaun kesum suka tanah yang berair dan lembab. Oleh itu kita perlu sediakan pasu yang ada takungan air. Cari pasu atau bekas yang tidak berlubang. Seterusnya tebuk di tepi pasu tersebut setinggi 5-10 cm. Saya tebuk dengan memanaskan pemutar skru di atas dapur. Boleh juga tebuk dengan paku panas. Kalau ada mesin gerudi, boleh guna juga.\n\n\nBiar air dapat bertakung di bawah pasu nanti. Ada orang memberi tip untuk tidak menebuk langsung. Biar buat air bertakung. Masalah yang akan muncul pula adalah nyamuk mungkin akan bertelur pada takungan air dalam bekas. Nanti kita akan ada masalah dengan pegawai kesihatan apabila jejentik banyak membiak.\n\n\n\n\nGunakan pasu yang tiada lubang. Seterusnya tebuk lubang pada pasu di bahagian tepi dengan jarak 5-10 cm dari bontot pasu.\n\n\nPenyediaan tanah\n\n\nDaun kesum tidak cerewet. Apa-apa tanah sesuai asalkan tanah tersebut sentiasa lembab. Saya paling suka tanam guna tanah yang kaya dengan bahan organik. Anda boleh buat sendiri campuran tanah dengan membaca pada tulisan saya \u2018\nCara Membuat Campuran Tanah Sendiri\n\u2018.\n\n\nCara Tanam\n\n\nCara tanam kesom paling mudah adalah dengan keratan batang\n. Kita boleh dapatkan keratan batang kesum yang dijual di pasar. \n\n\nPotong daun kesum sekitar 15cm. Buang daun bahagian bawah. Biarkan sekitar 2-3 helai daun di bahagian pucuk. Sebab kita kurangkan daun adalah agar kita dapat kurangkan proses transpirasi. Transpirasi adalah proses pokok kehilangan air yang banyak. Jika nak dibandingkan dengan manusia, seperti kita berpeluh.\n\n\nApabila pokok kurang melakukan proses transpirasi, maka akan kurang kehilangan air. Seterusnya pokok boleh fokus pada pengeluaran akar yang baharu pada pangkal bawah batang.\n\n\nSelepas itu tanam keratan batang ini sedalam dua per tiga panjang keratan. Jika keratan dipotong sepanjang 15 cm, maka lubang tanaman adalah 10 cm. Satu lubang masukkan sekitar 2-3 keratan. Jarak antara lubang boleh sekitar 5-10cm.\n\n\nLetak di tempat redup selama 7 hari agar keratan dapat mengeluarkan akar dahulu. Tempat redup ini boleh di tepi rumah yang tidak terkena cahaya matahari terus. Tetapi bukanlah tempat yang gelap seperti di dalam garaj atau bilik.\n\n\nSetelah itu boleh letak di tempat yang terkena cahaya matahari penuh. Kesum boleh hidup pada dua keadaan iaitu cahaya matahari penuh atau separa-redup.\n\n\n\nhttps://www.facebook.com/KebunBandar/videos/1135407843462459/\n\n[VIDEO] Cara semai kesum daripada keratan batang beli dari pasar\n\n\nPenjagaan\n\n\nDaun kesum jarang diserang penyakit. Mungkin akan ada kerosakan seperti berlubang pada daun kesum tetapi tidak perlu risau. Hal ini kerana daun kesum boleh bertindak sebagai penarik serangga.\n\n\nBermakna, jika ada pokok cili dan pokok kesum bersebelahan, belalang akan pilih kesum dahulu untuk makan. Apabila kenyang, belalang tak sempat nak ke pokok cili.\n\n\n\n\nSiram pokok sekali sehari. Jika cuaca kering, siram dua kali sehari.\n\n\nUntuk pembajaan, boleh bubuh baja organik seperti tahi ayam atau kompos sebulan sekali dengan kadar segenggam.\n\n\n\n\nPokok kesum yang hidup subur dalam pasu.\n\n\nCara tuai\n\n\nKita menuai dengan mencantas daun kesum 10cm dari pangkal. Setelah itu pastikan kita membaja. Perlu ingat, kita kembalikan apa yang telah kita ambil.\n\n\nJika tidak tuai pun, apabila daun kesum mula merimbun, perlu sentiasa buat penyelenggaraan dengan mencantas semua daun pada aras 10cm dari pangkal. Selepas itu berikan baja.\n\n\nPemasuan Semula\n\n\nSekitar 5-10 bulan selepas tanam kita akan mula lihat daun kesum semakin menguning walaupun telah kita berikan air, baja dan cahaya yang cukup. Ini tanda kita perlu membuat pemasuan semula.\n\n\nCantas batang kesum sehingga hanya tinggal 10 cm dari pangkal. Selepas itu siram pasu. Siraman ini akan memudahkan kita mengeluarkan kesum dari pasu.\n\n\nKita akan lihat akar yang penuh. Di sini cantas akar kesum satu per tiga dari bawah dan dari tepi. Usah risau. Fungsi mencantas ini bagi menggalakkan kesum mengeluarkan akar baharu.\n\n\n\n\nApabila akar pokok dalam pasu mula penuh begini, masanya untuk memotong akar sekitarnya. (\nfoto\n)\n\n\nSetelah itu isi semula pasu dengan \ntanah campuran yang kaya dengan kompos\n. Masukkan pokok kesum dan penuhkan dengan tanah campuran itu.\n\n\nAkhir sekali letak pokok kesum di tempat redup selama 7 hingga 10 hari bagi memulihkan pokok dari kejutan pemasuan semula.\n\n\nAnda akan dapat lihat pokok kesum anda kembali segar selepas tempoh pemulihan.\n\n\nUlang proses ini apabila anda lihat kesum menampilkan tanda-tanda yang disebut di awal pemasuan semula ini. Biasanya sekitar 5-6 bulan sekali kita perlu buat pemasuan semula.\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=rCNrG1jLARU\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nRoot Bound Plants and Root Pruning | Save a Dying Plant in English (https://www.youtube.com/watch?v=rCNrG1jLARU)\n\n\n[VIDEO] Contoh cara untuk memotong akar pada akar yang sudah penuh dalam pasu.\n\n\nRumusan\n\n\nDaun kesum paling sedap dibuat dalam masakan. Tidak semua tempat jual. Jadi menanam sendiri daun kesum adalah pilihan terbaik. Jika ada soalan, komen dan pandangan berkaitan kesom, boleh lontarkan di komen.\n\n\nRujukan:\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-halia-dalam-pasu/", "title": "Ini Cara Saya Tanam Halia dalam Pasu (Awal Sampai Tuai)", "body": "\n\nHalia adalah tanaman herba yang banyak digunakan dalam masakan. Halia bukan sahaja boleh ditanam di atas tanah boleh juga ditanam di dalam pasu.\n\n\nDi Malaysia terdapat pelbagai varieti halia seperti halia kampung, halia Bentong, halia bara dan halia Tambunan. Bagi yang inginkan kepedasan halia lebih, eloklah merasa halia Bentong dan halia Tambunan. Kedua-dua halia ini mempunyai rasa yang tajam dan berbeza daripada halia biasa kita beli di pasar.\n\n\nSemua jenis halia ini mempunyai kaeadah penanaman yang sama. Ikuti cara yang saya tunjukkan di bawah.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama: Halia\nNama Inggeris: Ginger\nNama Saintifik: \nZingiber officinale\nKeluarga: Zingiberaceae\n\n\nHalia adalah tumbuhan herba iaitu tumbuhan yang tiada berbatang keras seperti pokok mangga atau pun durian.\n\n\nHalia mempunyai rizom iaitu akar yang terubahsuai sama seperti \nkunyit\n.\n\n\nBACA:\n \nCARA TANAM KUNYIT DALAM PASU PALING MUDAH\n\n\nPembiakan\n\n\nUntuk membiakkan halia perlulah kita gunakan rizom. Paling bagus adalah kalau kita ambil halia yang telah ada mata tunas keluar.\n\n\nTetapi jika tiada, kita boleh gunakan sahaja rizom yang ada.\n\n\nMasukkan rizom halia ke dalam plastik berisi tisu lembab. Sertakan sekali dengan beberapa keping bawang merah. Tutup plastik dan tunggu sekitar dua hingga tiga minggu untuk mula kelihatan mata tunas. Apabila mata tunas nampak, kita akan gelar sebagai benih rizom.\n\n\nBenih rizom ini perlulah dipotong sekitar 3-5 cm dengan ada satu atau dua mata tunas per potongan.\n\n\nPada setiap rizom akan ada bonjol. Bonjol tersebut akan mengeluarkan mata tunas. sumber: \nfoto\n\n\nSemai benih rizom ini di dalam dulang semaian berisi sabut kelapa hancur (cocopeat). Biar sehingga benih rizom mengeluarkan akar dan membentuk anak benih halia.\n\n\n\n\nAnak pokok rizom yang tumbuh di dalam dulang semaian. sumber: \nfoto\n\n\n\n\nAnak benih halia yang sudah boleh dipindahkan ke dalam pasu.\n\n\nKemudian kita akan pindah anak pokok ke dalam pasu. Proses semaian ini nampak rumit tetapi akan memberi hasil yang memuaskan berbanding kita tanam terus ke dalam pasu. \n\n\n\nhttps://www.facebook.com/izhamalias/videos/10216056585663511/\n\nVideo cara semai halia paling cepat.\n\n\nPemindahan ke dalam Pasu / Polibeg\n\n\nKita boleh lah pindah anak pokok bersaiz 10-15 cm tinggi ke dalam pasu.\n\n\nSaya kongsikan petua agar rizom halia banyak. Semasa pindah, jangan isi penuh media tanah dalam pasu. Isi hanya 1/2 tanah sahaja dahulu. Apabila pokok halia semakin tinggi, tambah tanah sebanyak 2-3 cm tinggi sehingga menutup perdu. Aktiviti ini biasanya dalam sebulan sekali sehinggalah halia boleh dituai.\n\n\n\n\nBiasanya setiap sebulan, halia akan mula nampak perdu untuk pertumbuhan baru. Tambah tanah pada perdu ini agar halia terus membesar. sumber: \nfoto\n\n\nSambil top up tanah di pangkal pokok, sambil itu kita boleh membaja. Dalam segenggam baja organik.\n\n\nRizom halia ini bukanlah seperti ubi kayu yang tumbuh membesar ke bawah. Rizom halia akan tumbuh membesar ke atas. Sebab itulah penting untuk kita tutup perdu halia setiap bulan. Hal ini akan memberikan rizom halia yang banyak ketika kita tuai nanti. Sama seperti kita menanam ubi kentang. Top up, top up, top up.\n\n\nMedia Tanaman\n\n\nHalia suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Sebab itu bagus jika guna campuran tanah yang kaya dengan kompos. Untuk \nresipi campuran tanah boleh klik sini\n.\n\n\nAda juga bertanya kepada saya jika ingin guna sabut kelapa hancur (cocopeat) seratus peratus. Adakah menjadi?\n\n\nBiasanya untuk penanaman fertigasi, petani memang akan menggunakan 100% sabut kelapa. Sebab mereka guna baja AB sebagai pembajaan.\n\n\nJika tanam di rumah, boleh juga guna baja AB. Siram tiga kali seminggu dengan baja AB dengan kepekatan 1.5 EC. Kalau nak tahu lanjut \npasal baja AB, boleh klik sini\n.\n\n\nSaiz Pasu / Polibeg\n\n\nHalia sesuai ditanam dengan pasu berisipadu 15L ke atas. Untuk polibeg, saiz 16 inci x 16 inci ke atas sangat saya sarankan.\n\n\nApa yang penting ketinggian pasu perlulah sekurangnya 30cm dan ukurlilit 25 cm agar halia dapat berkembang dengan bagus.\n\n\nPembajaan Halia\n\n\nHalia adalah tanaman yang banyak memakan baja berbanding tanaman lain. Asasnya, lagi banyak kita beri baja, lagi banyak pertumbuhannya.\n\n\nKita boleh mulakan dengan baja organik seperti kompos atau baja tahi ayam. Tabur sekitar segenggam sebaik sahaja kita menanam benih rizom ke dalam pasu.\n\n\nSetelah itu tabur baja selang setiap dua minggu. Saya suka guna baja tahi ayam. Tak kisah la dalam bentuk pallet atau yang telah kering (beli dari kandang). Antara sebab adalah murah dan senang nak dapat.\n\n\nKalau kita ada baja organik lain, lagi bagus. Kuantiti seperti awal penanaman dalam pasu iaitu segenggam setiap pasu.\n\n\nCahaya\n\n\nPokok halia paling bagus ditanam di tempat separa redup. Jika terlalu terik matahari boleh menyebabkan daun halia kekuningan.\n\n\nKita boleh letakkan pasu di bawah pokok atau gunakan jaring hitam.\n\n\n\n\nContoh penanaman halia di bawah jaring hitam oleh petani halia fertigasi. sumber: \nfoto\n\n\nSambil tambah tanah itu, sambil itu berikan juga baja.\n\n\nTuai\n\n\nHalia boleh kita tuai dalam dua umur iaitu halia muda ataupun tua. Untuk halia muda, sekitar 5 bulan selepas tanam. Manakala untuk mendapatkan halia tua, kita perlu tunggu sehingga 7-9 bulan.\n\n\nHalia muda \u2013 5 bulan selepas tanam\nHalia tua \u2013 8 bulan selepas tanam\n\n\nCara tuai halia sangatlah mudah. Hanya perlu tarik halia dari dalam tanah. Leraikan tanah yang ada pada rizom.\n\n\nRumusan\n\n\nMenanam halia di dalam pasu sangat sesuai untuk pekebun di rumah. Tanah yang tidak banyak tidak bermakna kita tidak boleh menanam halia.\n\n\nSelamat mencuba!\n\n\nRujukan:\n\n\n \nhttps://www.researchgate.net/publication/306111393_Ginger_extension_pamphlet\n \n \nhttps://www.youtube.com/watch?v=yAZH_M5GnXk\n \n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-kailan-chinese-kale/", "title": "Cara Tanam Kailan dalam Pasu (Dari Semai sampai Tuai)", "body": "\n\nKailan adalah antara sayur yang menjadi makanan kegemaran orang Cina. Walaupun begitu orang Melayu juga mula menggemari kailan dengan rasa dan tekstur yang rangup dan sedap. Penanaman kailan tidaklah sukar jika tahu cara yang betul.\n\n\nUntuk pengetahuan anda, kailan sesuai untuk ditanam di iklim tropika seperti Malaysia yang kita cintai ini. Yang penting sekali, ia boleh ditanam di dalam pasu.\n\n\nKailan tinggi dengan vitamin A dan C dan kalsium.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: Kailan\nNama Inggeris: \nchinese kale\nNama saintifik: \nBrassica oleracea\n var. alboglabra\n\n\nTumbuhan yang berasal dari China ini adalah tumbuhan herba yang hidup saka. Bermaksud hidup lebih daripada setahun.\n\n\nKailan tergolong dalam keluarga Brassicaceae iaitu keluarga sawi. Jadi ini bermakna serangga perosak dan penyakit yang menyerang sawi ada juga menyerang kailan.\n\n\nKailan yang saya ceritakan pada panduan ini adalah kailan cina yang berbeza dengan \nkale \nyang biasa orang putih makan.\n\n\nPenyediaan Pasu\n\n\nSaiz pasu yang sesuai adalah sekitar 25 cm diameter dan 25 cm tinggi. Untuk polibeg pula sesuai saiz 16 inch x 16 inch. Yang penting adalah kita sediakan tanah campur yang berkualiti.\n\n\nCampuran Tanah\n\n\nKailan suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu penggunaan tanah campur yang kaya dengan baja organik seperti kompos sangat saya sarankan.\n\n\nJika anda ingin \nbuat sendiri tanah campur, boleh cek di sini\n.\n\n\nSemai\n\n\nTanaman dripada keluarga sawi ini mempunyai biji benih halus. Kita mulakan tanam kailan dengan menyemai biji benih kailan dahulu. Semai dalam 2-3 biji benih dalam satu lubang di talam semaian. Jika tiada talam semaian, gunakan tapis atau apa-apa bekas yang sesuai untuk semaian.\n\n\nPaling penting bahagian semaian ini adalah medium yang digunakan. Saya sarankan anda gunakan peatmoss atau cocopeat. Dua bahan ini paling bagus untuk semaian.\n\n\nKemudian, tahu bahawa untuk benih itu tumbuh dengan baik, perlulah ada lembab, pengudaraan yang bagus dan cahaya.\n\n\nBibit kailan akan bercambah sekitar 5-7 hari selepas semaian. Jika ingin percepatkan percambahan, anda boleh rendam dahulu biji benih di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais di bahagian chiller selama 5 hingga 10 jam. Kiranya rendam di malam hari dan pagi esoknya sudah boleh menyemai.\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=yDnjUBjVOoo&ab_channel=Asiangarden2table\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nHow to start Gailan (Chinese Kale) seeds (https://www.youtube.com/watch?v=yDnjUBjVOoo&ab_channel=Asiangarden2table)\n\n\nVideo\n: Cara semai biji benih kailan dari biji benih\n\n\nSetelah berumur sekitar 1 minggu selepas bercambah, anda boleh menyembur baja foliar bagi mempercepatkan tumbesaran pokok. Baja foliar ini adalah baja cecair khas untuk semburan pada daun. Foliar bermaksud daun daripada perkataan Inggeris. Antara baja foliar yang boleh anda gunakan adalah \nbaja foliar rumpai laut yang boleh anda beli di sini\n.\n\n\n\n\nPindah Tanam ke Pasu\n\n\nSetelah kita sediakan pasu dan tanah campuran, bibit kailan boleh dipindahkan sebaik sahaja terdapat 4-5 helai daun. Ketika ini lah anak pokok sudah kuat dan kita akan kurangkan peratus kematian.\n\n\nMalaysia mempunyai cahaya matahari terik yang boleh menyebabkan anak pokok layu selepas kita pindah tanam. oleh hal yang demikian sebaik sahaja kita lakukan perpindahan, perlu kita lindungi anak pokok dengan jaring hitam. Cucuk dalam 1-2 batang buluh di dalam pasu dan letak jaring hitam di atas. Biar selama 7 hingga 10 hari sebelum mengalihkan jaring hitam sepenuhnya.<\nboleh beli jaring hitam di sini\n>\n\n\nPenjagaan\n\n\nPastikan tanah dalam pasu sentiasa lembab dengan siram sekitar 2 kali sehari untuk pokok kailan.\n\n\nPembajaan\n\n\nKailan paling suka tanah yang kaya dengan baja organik. Jadi penggunaan baja organik seperti kompos adalah bagus.\n\n\nKawalan perosak dan penyakit\n\n\nPerosak yang biasa menyerang kailan ini adalah seperti siput, belalang dan afid.\n\n\nAnda boleh mengawal belalang dan afid menggunakan \nracun organik yang boleh dihasilkan sendiri\n. \n\n\nTuai\n\n\nSetelah 6-8 minggu, kailan sedia dituai sepenuhnya. Walaupun begitu kita tetap boleh tuai kailan sikit demi sikit dengan mengambil daunnya. Hal ini berbeza jika kita beli sayur kailan terus dari kedai. Kedai aka tuai sekali akar. Tetapi jika tanam sendiri tiada masalah untuk kita mengambil hanya beberapa daun yang diperlukan. Sebab itulah untung kita tanam sendiri.\n\n\nNota:\n Dengan anda membuat pembelian melalui pautan diberikan, saya akan mendapat sedikit komisien daripada Shopee. Hal ini akan membantu saya untuk terus \nmenyediakan lebih banyak konten berkualiti \ndi website saya ini.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://www.cabi.org/isc/datasheet/10090\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-kangkung/", "title": "Cara Tanam Kangkung dalam Pasu (Dari Awal sampai Tuai)", "body": "\n\nBagi sesiapa yang ingin menanam sendiri sayur di rumah, kangkung adalah antara tanaman yang saya cadangkan untuk bermula. Hal ini kerana kangkung cepat tumbuh, kurang atau hampir tiada serangan perosak, mudah dijaga dan boleh dituai sekitar 25 hingga 30 hari selepas bercambah.\n\n\nKangkung memang mudah untuk dibeli di pasar atau kedai runcit. Namun, ada antara rakan-rakan saya tidak makan kangkung yang dijual kerana takut ada lintah atau telur serangga di dalam batang kangkung. Yelah, mungkin kangkung yang dijual itu diambil di tepi parit. Tetapi jika kita tanam sendiri, perkara seperti ini tidak akan ada.\n\n\nSama seperti sayur lain, khasiat kangkung mengandungi zat-zat yang sesuai untuk pertumbuhan manusia.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nSebelum kita pergi lebih jauh, suka saya nyatakan untuk kita belajar sedikit maklumat botani tentang kangkung.\n\n\nNama Melayu: Kangkung\nNama Inggeris: \nWater spinach\nNama saintifik: Ipomea aqutica\nKeluarga: Convolvulaceae\n\n\nTerdapat dua varieti kangkung yang ada ditanam di Malaysia iaitu kangkung daun lebar dan kangkung daun tirus. Bergantung kepada citarasa anda, saya lebih suka kangkung daun tirus. Rasanya lebih rangup dan manis. Manakala daun lebar lebih sesuai masak celur.\n\n\nPemilihan Pasu atau Bekas\n\n\nKangkung boleh ditanam daripada bekas sekecil botol mineral 500mL sehinggalah pasu 5L. Kangkung tidak cerewet dengan saiz pasu asalkan media tanaman yang digunakan kaya dengan bahan organik.\n\n\nBiasa satu pasu dengan diameter 30 cm, boleh ditanam sekitar 3 hingga 5 lubang per pasu. Kedalaman pasu boleh jadi 10 cm sehingga 30 cm. Jika pasu itu rendah, maka lebih keraplah kita perlu siram. Jika dalam, maka kuranglah kerja menyiram kita.\n\n\nPenyediaan Campuran Tanah\n\n\nKangkung tumbuh baik di atas campuran tanah yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu jika kita menanam kangkung, eloklah lebihkan penggunaan bahan organik seperti kompos di dalam tanah campuran.\n\n\nCampuran tanah ini boleh jadi kita beli di nurseri pokok atau kita boleh buat campuran sendiri. Bagi saya, jika ada masa dan kudrat, eloklah buat sendiri. Hasilnya lebih puas hati. Rujuk \nkaedah campuran tanah sendiri\n untuk maklumat lanjut.\n\n\nCara Tanam\n\n\nKangkung boleh ditanam menggunakan biji benih atau pun keratan batang. Untuk pertumbuhan dan hasil yang sekata eloklah kita tanam menggunakan biji benih. Harga biji benih kangkung tidaklah mahal. Sekitar RM2 per pek, boleh tanam lebih daripada 50 biji kangkung.\n\n\nWalaupun begitu, jika anda ingin kan cabaran, anda boleh tanam menggunakan akar atau keratan yang anda dapat daripada kangkung yang dibeli di kedai runci Acheh. Cuma untuk sesiapa yang baru hendak mula menanam, kekal pada penanam menggunakan biji benih.\n\n\nSetelah kita sediakan pasu dan tanah campur yang sesuai, boleh lah mula menyemai biji benih terus ke dalam pasu. Buat lubang sekitar 3-5 cm dalam. Jangan tanam terlalu dalam ataupun terlalu cetek. Jika terlalu cetek, nanti benih kangkung mungkin dimakan semut. Manakala jika terlalu dalam boleh jadi benih sukar untuk bercambah. \n\n\nBiasanya saya gunakan satu ruas jaring kelingking sebagai ukuran untuk mencucuk di atas tanah sebagai lubang. Jarak antara lubang sekitar 10-15 cm.\n\n\nSatu lubang boleh dimasukkan 2-3 biji benih kangkung. Biasanya benih kangkung mempunyai peratus percambahan yang tinggi. Saya sarankan lebih 1 biji satu lubang kerana kangkung tidak begitu bersaing semasa proses tumbesaran.\n\n\n\n\nBiasanya dalam 2-3 hari selepas semaian, kita boleh nampak percambahan kangkung.\n\n\nKangkung hidup subur dengan cahaya matahari penuh. Walaupun begitu, jika di separa cahaya pun tetap kangkung boleh tumbuh subur. Sekurangnya 4-6 jam cahaya matahari sehari.\n\n\nBenih kangkung yang baharu sahaja bercambah selepas 4 hari semaian.\n\n\nSiram\n\n\nJika pasu yang kita gunakan itu rendah (sekitar 10cm) maka perlu kerap siram agar tanah sentiasa lembab. Sekurangnya siram 2 kali sehari iaitu di pagi dan petang hari.\n\n\nKangkung yang sudah besar masih boleh bertahan jika 1-2 hari tidak mendapat air. Jika lebih daripada itu, kangkung akan layu dan seterusnya sukar untuk pulih kembali segar. Jika tanah kerap kering akibat kita terlupa siram hal ini boleh membantut tumbesaran kangkung. Jadi pastikan tanah dalam pasu sentiasa lembab.\n\n\nPembajaan\n\n\nKangkung cukup suka dengan baja organik seperti tahi ayam dan kompos. Bubuh di awal penanam dan 2 minggu kemudian.\n\n\nTambah baja lagi jika anda menuai tanpa mencabut akarnya sekali.\n\n\nPerosak dan Penyakit\n\n\nKangkung adalah tanaman yang kuat. Ia tidak mudah diserang penyakit dan perosak melainkan kita tidak memberi baja ataupun air yang secukupnya untuk tumbesaran kangkung yang subur.\n\n\nSebab itulah kangkung menjadi pilihan utama bagi saya untuk dicadangkan kepada \nnewbie \nberkebun.\n\n\nTuai\n\n\nSetelah 30 hari bercambah, sudah tibanya masa untuk kita menuai kangkung. Terdapat dua cara untuk menuai kangkung.\n\n\nCara pertama yang biasa digunakan petani komersil adalah dengan mencabut kangkung berserta akarnya.\n\n\nCara kedua pula adalah dengan memotong sekitar 5 cm dari pangkal. Hal ini membolehkan kangkung tumbuh kembali. Jadi kita tidak perlu menanam lagi kangkung. Cuma kelemahan kaedah kedua ini adalah kangkung yang tumbuh itu akan lebih kecil saiz batang dan daunnya. Kita boleh tuai sehingga 3 kali dan selepas itu rupa kangkung yang terlalu kecil tidak sesuai untuk dibuat makan.\n\n\nBagi cara kedua, selepas kita tuai, eloklah kita menambah 2 genggam kompos.\n\n\nResipi\n\n\nIni untuk sesiapa yang tiada idea kangkung boleh masak apa. Saya himpunkan dalam satu artikel. Senangkan? Ini hanya untuk idea. Kalau nak tahu lebih boleh google cara masak.\n\n\nKangkung masak belacan\n\n\nKangkung celur\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-ketumbar-dalam-pasu/", "title": "Nak Tanam Ketumbar? Ini Cara Paling Mudah", "body": "\n\nKetumbar adalah salah satu tananam yang paling mudah ditanam. Rupa ketumbar seakan daun sup. Walaupun begitu, baunya yang tengit membezakan ia dengan daun sup. \n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama: ketumbar\nNama Inggeris: Coriander\nNama botani: \nCoriandrum sativum\n\n\nKetumbar adalah tumbuhan herba yang lembut. Tingginya tumbuh tidaklah lebih 50 cm.\n\n\nKhasiat dan Kegunaan\n\n\n\n\nPembiakan dan Penanaman\n\n\nKetumbar dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Saya gunakan biji benih yang dibeli online.\n\n\nAda yang bertanya jika boleh tanam guna biji benih ketumbar yang dijual tu? Boleh. Cuma ketumbar tersebut lebih tajam daunnya. Tidak berasa sesuai untuk dibuat masakan sebab tekstur daun yang berlainan.\n\n\nUntuk semaian, paling bagus semai di dulang semaian. 1-2 biji benih satu lubang. Jika tiada, semai di dalam bekas kecil. \n\n\nTanam biji benih janganlah terlalu dalam. Sekitar 1 cm dalam. Saya biasanya akan buat kedalam guna jari sahaja. Tutup nipis.\n\n\nSiram dua kali sehari agar media sentiasa lembab.\n\n\nBiasanya 7 hingga 14 hari untuk biji benih ketumbar bercambah.\n\n\nPindah ke dalam Pasu\n\n\nApabila sudah bercambah janganlah terlalu gopoh untuk pindah terus. Tunggu sehingga ada 3-5 helai daun sebenar.\n\n\nSaya biasa akan pindah ke dalam pasu kecil dahulu sebelum pindah terus ke dalam pasu lebih besar. Hal ini agar pokok bertahan lebih lama.\n\n\nUntuk penyiraman, elok siram sekali sehari. Ketumbar tidak suka tanah terlalu lembab. Takut akarnya akan mudah reput akibat air terlebih.\n\n\nMedia Pasu\n\n\nKetumbar suka akan tanah yang kaya dengan bahan organik dan tidak bertakung air. Jika media terlalu lembab mungkin boleh menyebabkan akar ketumbar reput.\n\n\nPembajaan Ketumbar\n\n\nKetumbar suka baja organik. Saya gunakan baja tahi ayam palet. Kalau tiada, boleh guna kompos, baja tahi haiwan lain seperti kambing, lembu atau arnab.\n\n\n\n\nTuai\n\n\nKetumbar boleh kita tuai daunnya apabila berumur sekitar 1 bulan selepas tanam dalam pasu. Atau ikut kesesuaian.\n\n\nJika kita biarkan lama, ketumbar akan mula mengeluarkan bunga pada umur 3 bulan selepas tanam. Kalau kita ingin tuai biji, boleh la biarkan bunga itu.\n\n\nNamun jika ingin daun sahaja, potong bunga itu setiap kali ia muncul.\n\n\nRumusan\n\n\nKetumbar tidaklah sukar untuk menanam seperti daun sup. Apabila benih bercambah, kita boleh mula pindahkan ke dalam pasu.\n\n\nYang penting adalah kita terus berusaha untuk menanam.\n\n\nRujukan:\n\n\nhttps://www.burpee.com/gardenadvicecenter/herbs/cilantro/all-about-cilantro/article10222.html\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-kubis-dalam-pasu/", "title": "Cara Tanam Kubis Tanah Rendah dalam Pasu / Polybag \u2013 Awal sampai Tuai", "body": "\n\nMenanam kubis bukanlah terhad di Tanah Tinggi Cameron sahaja. Kini kubis boleh ditanam di tanah rendah. Tetap kita dapat tuai kubis bulat.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama biasa: Kubis\nNama Inggeris: Cabbage\nNama saintifik: \nBrassica oleracea\n var. capitata\nKeluarga: Brassicaceae\n\n\nKubis adalah tanaman sama keluarga seperti sawi. Kubis adalah tanaman herba berdaun. Bermakna kubis tiada batang utama keras seperti pokok biasa. Kubis hidup semusim. Untuk ketahui setiap maksud istilah botani ini, adalah bagus anda rujuk\n Istilah Botani Untuk Noob\n agar lebih faham lagi.\n\n\nSemai Benih Kubis\n\n\nBiji benih kubis adalah sesuai untuk kita semai dahulu di dalam talam semaian atau bekas kecil dahulu. Apabila benih sudah bercambah, barulah kita pindah ke dalam pasu.\n\n\nHal ini bagi mengelakkan benih kita dilari atau dimakan oleh semut. Tambahan pula benih kubis adalah benih jenis halus. Sukar untuk kita lihat nanti apabila sudah ditanam di dalam pasu.\n\n\nRupa anak benih kubis selepas bercambah. sumber: \nfoto\n\n\nBiasa dalam 4-5 hari biji benih akan mula bercambah. Biarkan dahulu sehingga 10 hari selepas itu barulah pindah ke dalam pasu.\n\n\nPenyediaan Pasu / Polibeg\n\n\nKubis adalah tanaman yang besar. Jadi saiz pasu dengan tinggi 30 cm dan diameter 30 cm adalah paling sesuai. Manakala untuk polibeg, saiz yang sesuai adalah 16 inci x 16 inci ke atas.\n\n\nSaiz polibeg yang besar ini membantu untuk akar kubis membesar dengan bagus.\n\n\nPenyediaan Tanah Campur\n\n\nTanah campur pasu yang sesuai tentulah yang kaya dengan bahan organik memandangkan kobis cukup mesra dengan baja organik.\n\n\nPindah ke dalam Pasu\n\n\nSetelah cukup umur pindah, kita pindahkan kubis ke dalam pasu di waktu petang. Seeloknya selepas pindah kita pastikan pasu diletak tempat redup.\n\n\nAnak benih kubis yang sudah ada dua tiga helai daun sebenar. sumber: \nfoto\n\n\nCampuran tanah 3:2:1 adalah paling sesuai untuk penanaman kubis dalam pasu. Dapatkan cara campuran tanah di \nsini\n.\n\n\nPenjagaan\n\n\nUntuk siraman, macam biasa kita siram sekitar dua kali sehari. Pastikan tanah sentiasa lembab. Jika musim panas terik, siram tiga kali sehari. Jika kita rasakan sukar untuk meluangkan masa menyiram, kita boleh membuat sistem siraman automatik.\n\n\nPokok kubis paling suka akan baja organik seperti baja tahi ayam dan kompos. Tabur satu sudu makan dua minggu sekali atau sebulan dua kali.\n\n\nSerangga seperti ulat beluncas paling suka memakan daun kubis. Kawal dengan \ncuka kayu\n dan \nracun serangga buatan sendiri\n.\n\n\nTuai\n\n\nKubis akan mula membentuk bulat setelah umur mencecah 90 hari atau 3 bulan selepas pindah dalam pasu. Pada awal pembesaran kita akan nampak rupa kubis sama seperti pokok kailan.\n\n\n\n\nTuai kubis dengan memotong pada bulatan. sumber: \nfoto\n\n\nUntungnya menanam di rumah adalah kita boleh tuai daun kubis bila-bila masa peringkat umur. Nampak sahaja daun yang sesuai, kita boleh petik untuk dibuat masakan. Kita tidak perlu tunggu sehingga bentuk bulat pada kubis.\n\n\nKita masak daun kubis seperti biasa.\n\n\nKesimpulan\n\n\nKubis adalah tanaman yang boleh sebenarnya ditanam di tanah rendah. Tidak terhad di Cameron Highland.\n\n\nYang penting kita tahu bahawa kubis memakan masa sekitar 3 bulan untuk membentuk bulat.\n\n\nRujukan:\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-kucai/", "title": "Cara Tanam Kucai dalam Pasu (Dari Awal sampai Tuai)", "body": "\n\nKucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam sama ada di atas tanah, pasu, polibeg ataupun botol. Daun kucai sedap dimasukkan ke dalam masakan.\n\n\nJangan silap kucai dengan losun. Walaupun losun adalah seperti kucai, losun ini unik bagi masakan etnik Borneo di Sabah dan Sarawak.\n\n\nMaklumat botani\n\n\nNama Melayu: Kucai\nNama Inggeris: \nChinese chives\n, \ngarlic chives\nNama saintifik: \nAllium tuberosum\nKeluarga: Amaryllidaceae\n\n\nKucai adalah tumbuhan saka yang hidup lebih daripada setahun. Tidak seperti saudaranya bawang, kucai masih kekal hidup walaupun sudah berbunga dan menghasilkan benih berbanding bawang yang akan mati sebaik sahaja mengeluarkan benih.\n\n\nTumbuhan herba ini tidak mempunyai batang keras dan tumbuh dengan rizom. Rizom adalah akar yang terubah suai.\n\n\nBau daun kucai seakan bawang putih. Sebab itulah orang puteh menggelar kucai sebagai kucai bawang putih.\n\n\nTerdapat beberapa varieti kucai yang ada iaitu yang berdaun halus dan berdaun lebar. Yang sering dijual di pasar itu adalah jenis daun besar. Kucai dau halus lebih menyengat bau berbanding kucai daun lebar. Tetapi jarang dijual secara komersial di Malaysia ini atas sebab kurang permintaan dan hasil yang kurang.\n\n\nSemaian\n\n\nTerdapat dua cara untuk membiakkan kucai. Pertama adalah menggunakan biji benih. Cara ini sesuai jika anda inginkan cabaran. Kucai yang ditanam dari biji benih mengambil masa sekitar 365 hari untuk mula stabil.\n\n\nHal ini berbeza dengan kucai yang ditanam menggunakan kaedah pembiakan rizom. Rizom sering dianggap sebagai ubi kucai. Istilah ini bagi saya kurang tepat kerana dalam pertanian ini digelar sebagai rizom.\n\n\n\n\nKucai paling mudah dibiakkan dengan rizom.\n\n\nPembiakan rizom ini mampu menghasilkan kucai lebih cepat berbanding biji benih yang memerlukan hampir setahun sebelum boleh mula menuai. Selain itu, rizom kucai boleh dipecahkan lagi untuk diperbanyak setelah 4-5 bulan.\n\n\nRizom kucai boleh terus kita tanam di dalam pasu. Tidak perlu semai dahulu di dalam \ntalam semaian\n melainkan anda menanam menggunakan biji benih.\n\n\nUntuk semaian awal, potong daun kucai yang berwarna hijau. Satu lubang letakkan 2-3 rizom kucai. Jarak antara kucai pula adalah sekitar 10-15 cm. Lubang tidak perlulah dalam. Cukup sekadar untuk menutup rizom kucai.\n\n\nKalau anda mahu dapatkan \nrizom kucai berkualiti boleh klik sini\n. Saya rekomen baik punya.\n\n\n\n\nDalam satu lubang, tanam 2-3 rizom. Kambus selepas itu bagi menutupi rizom.\n (\nbeli sini\n)\n\n\nPenyediaan Pasu\n\n\nPasu saiz 30 cm diameter dan 30 cm tinggi adalah sesuai untuk penanaman kucai. Manakala untuk polybag pula sesuai saiz 16 x 16 inci. Apa yang penting di sini adalah pada campuran tanah pasu.\n\n\nCampuran Tanah\n\n\nKucai amat suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu campuran tanah yang perlu dalam pasu adalah kaya dengan bahan organik seperti \nsabut kelapa hancur (cocopeat)\n dan \nsekam bakar\n.\n\n\n\n\nSaya sarankan anda menggunakan tanah campur 3 dalam 1 yang banyak dijual di nurseri pokok atau boleh \nbeli tanah campur online di sini\n.\n\n\nJika anda inginkan cabaran, anda boleh buat ramuan sendiri tanah campur. Saya ada ajarkan di \npanduan buat sendiri tanah campur di sini\n.\n\n\n\n\nKita boleh gunakan tanah campur yang dijual di nurseri pokok.\n (\nbeli sini\n)\n\n\nPenjagaan\n\n\nKucai adalah tanaman tropika dan tentunya suka pada suhu yang panas dan terik matahari penuh. Oleh itu elok pasu kucai kita di letak di tengah panas sekurangnya menerima 4-6 jam cahaya matahari sehari.\n\n\nWalau bagaimanapun, tetap jika di tempat redup kucai masih boleh hidup subur. Cuma tidak segah tempat yang bercahaya matahari terik.\n\n\nKucai hidup subur pada tanah yang lembab. Oleh itu pastikan kita menyiram pasu sekitar 2 kali sehari. Saya suka guna \ntong siram 9 L (klik sini)\n kerana mudah untuk campur baja foliar sekali.\n\n\nJika cukup penjagaan, kucai akan \nmula berbunga selepas 3 bulan kita tanam\n daripada rizom. Kita tidak perlu buang bunga kucai seperti \nbunga bawang merah\n. Anda boleh nikmati keindahan bunga kucai sehinggalah menjadi biji benih. Ya di sebalik bunga yang layu itu akan ada biji benih kucai. Anda boleh cuba semai untuk dapatkan lebih banyak kucai. Saya sendiri tidak pernah berjaya mencambah kucai dari biji benih.\n\n\nUntuk memudahkan kerja kita berkebun mula dari semai kucai sampai tuai, eloklah kita gunakan alat berkebun yang betul. Boleh ikuti \npanduan memilih alat kebun yang sesuai di sini\n.\n\n\nPembajaan\n\n\nKucai suka pada baja organik. Saya sarankan gunakan baja organik seperti \nvermikompos\n. Jika tiada, gunakan baja tahi ayam dua minggu sekali dalam segenggam sekali taruh.\n\n\nPastikan sewaktu pembajaan dibuat, kita meletakkan baja 5 cm jauh dari pangkal. Hal ini kerana baja sifatnya panas. Jika terkena batang kucai boleh menyebabkan melecur dan selepas itu mungkin kucai akan mati.\n\n\nManakala jika anda sukakan baja kimia, saya sarankan guna \nbaja NPK hijau\n dengan kadar satu sudu makan setiap sebulan sekali.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nKucai jarang diserang perosak mahupun penyakit. Mungkin di awal percambahan biji benih kucai ada potensi dimakan siput. Hal ini tiada bagi pembiakan menggunakan rizom.\n\n\nTuai\n\n\nApa yang saya suka tentang pokok kucai ini adalah ia adalah tanaman yang senang jaga dan sekali tanam, boleh dituai berkali-kali.\n\n\n\n\nKucai yang saya tanam subur belaka bila guna \nbaja vermikompos\n.\n\n\nCara tuai adalah dengan memotong daun kucai 5 cm dari pangkal. Selepas tuai pastikan anda meletakkan baja. \n\n\nLagi satu, lagi kerap kita tuai dau kucai, lagi banyak akan keluar daun baharu. Ketika ini jugalah kucai akan mula membiak lagi di mana berlaku pertambahan rizom dengan munculnya daun baharu.\n\n\nDaun kucai sedap dimasukkan ke dalam mi goreng, cucur udang dan sayur goreng.\n\n\nRujukan\n\n\nWikipedia \u2013 ht\ntps://en.wikipedia.org/wiki/Allium_tuberosum\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-kundur/", "title": "Cara Tanam Buah Kundur", "body": "\n\nBuah kundur adalah buah yang sedap dimakan bersama masakan. Terutama jika ingin dibuat air.\n\n\nSaya sendiri mendapat benih buah kundur dari Sabah.\n\n\nAsalnya dahulu tinggal di Sabah saya tidak pernah berniat untuk membeli buah kundur. Jika ditanya apakah cara makan buah kundur, akan dijawab orang Sabah, \u201cmasuk dalam sup.\u201d\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama biasa: Kundur\nNama Inggeris: Winter melon\nNama saintifik: \nKeluarga: Cucubitacea\n\n\nKundur adalah tumbuhan menjalar yang berkongsi ciri-ciri dengan labu. Mereka satu keluarga dengan timun, labu dan kundur.\n\n\nKeluarga labu akan menghasilkan dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan bunga betina. Untuk hasil yang maksimum, eloklah kita sebagai petani membuat pendebungaan manual. Jika tidak, kita harapkan lebah, lalat, rama-rama ataupun angin menjalankan fungsi pendebungaan.\n\n\nVarieti Kundur\n\n\nTerdapat pelbagai varieti buah kundur yang boleh ditanam.\n\n\nKundur Sabah\nKundur mini\nKundur F1\n\n\nHati-hati dengan benih kundur palsu yang banyak dijual di shopee. Terutama penjual dari China. Saya sudah serik untuk membeli benih kundur tak berkualiti dari sana. Memang murah harganya. Tetapi tak pernah tumbuh! Mereka hanya menjual kundur yang sudah tamat tempoh. Untung atas angin sahaja.\n\n\nTerdapat pelbagai varieti kundur. Ada kundur kecil sehingga lah kundur besar. Jika inginkan keunikan dan ketahanan, saya sarankan anda tanam buah kundur Sabah. Kundur di sana memang terbukti tahan penyakit dan kurang diserang perosak.\n\n\nHal ini kerana buah kundur tersebut ditanam secara turun temurun. Benih yang dipilih adalah jenis tahan lasak.\n\n\nHal ini berbeza dengan benih komersial yang sifatnya tak tahan lama.\n\n\nSemai\n\n\nCara untuk biji benih cepat bercambah adalah dengan membuang hujung benih. Di sini lah terdapatnya hormon yang menghalang percambahan biji benih. Hormon ini akan perlahan-lahan hilang apabila air masuk. Bahagian ini akan mula lembut dan benih akan mula bercambah.\n\n\nKita ingin mempercepatkan proses percambahan. Lalu boleh kita ketip hujung tersebut menggunakan gunting atau pun kepit kuku.\n\n\nKetip sedikit sahaja asalkan terbuang hujung tersebut.\n\n\nSetelah itu semai di dalam talam semaian ataupun pasu kecil. Gunakan media semaian yang bagus seperti peat moss ataupun cocopeat. Saya jarang guna tanah kerana tanah mungkin tercemar dan akan mempengaruhi percambahan benih. Tanah yang tercemar boleh membuatkan benih terkena penyakit layu batang.\n\n\n\n\nSiram pagi dan petang.\n\n\nTanam dalam Pasu\n\n\nKundur boleh ditanam dalam pasu. Saiz yang sesuai adalah 40 cm tinggi dan 40 cm diameter (beli sini). Oleh kerana sifat kundur ini menjalar, maka kita boleh buat sokongan agar kundur tumbuh memanjat.\n\n\nTanam atas Tanah\n\n\nKundur sesuai ditanam di atas tanah. Tidak perlu penjagaan rapi.\n\n\nSerangga Perosak dan Penyakit\n\n\nKundur jarang diserang perosak. Adapun serangga yang biasa menyerang adalah kumbang oren. Kumbang ini akan mencucuk dan menghisap dedaun kundur.\n\n\nTuai\n\n\nBuah kundur boleh dituai apabila telah matang. Cara tengok adalah pada warna buah yang mula keputihan. Selain itu tangkai kundur yang mula mengeras dan berwarna keperangan.\n\n\n\n\nSatu pokok kundur mampu mengeluarkan sebanyak ini buah.\n\n\nCara Makan Buah Kundur\n\n\nBuah kundur boleh dimasak dalam masakan. Caranya adalah dengan mengupas kulit kundur. Seterusnya dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam masakan seperti kari, sup ataupun gulai lemak.\n\n\nBuah kundur akan meresap rasa masakan dan membuatkannya lebih enak dimakan.\n\n\nKhasiat\n\n\nBuah kundur mampu menyejukkan badan. Buah ini antara buah yang digunakan secara tradisional bagi merawat panas badan.\n\n\nRumusan\n\n\nPenanaman buah kundur bukanlah susah asalkan ada ilmunya.\n\n\nRujukan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-kunyit-dalam-pasu/", "title": "Ini Cara Saya Semai dan Tuai Kunyit Untuk Kegunaan Rumah", "body": "\n\nKunyit banyak digunakan dalam masakan Melayu. Seluruh tubuh kunyit ada gunanya. Rizomnya digunakan dalam masakan dan dikeringkan untuk dijadikan serbuk. Daun kunyit tak sah kalau tidak masuk dalam gulai lemak.\n\n\nSaya tunjukkan cara mudah untuk kita menanam kunyit di dalam pasu di rumah. Ya kita boleh menanam kunyit dalam apa-apa bekas di rumah kita.\n\n\nMaklumat botani\n\n\nNama: kunyit\nNama Inggeris: turmeric\nNama saintifik: \nCucuma domestica val\nKeluarga: Zingiberaceae\n\n\nKunyit tumbuh dari rizom. Rizom adalah akar yang terubahsuai seperti \nhalia \ndan lengkuas.\n\n\nDaun kunyit bersifat herba iaitu lembut dan tiada batang keras.\n\n\nBACA: \nCARA TANAM HALIA DALAM PASU PALING MUDAH\n\n\nPembiakan\n\n\nKunyit biasanya dibiakkan melalui rizom.\n\n\nPotong rizom kunyit dalam 4-6 cm\n\n\n\n\n2. Kemudian semai di dalam dulang semaian yang berisi media sabut kelapa hancur (cocopeat).\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Pastikan media sabut kelapa sentiasa lembab dengan menyiram setiap hari.\n\n\n4. Biasanya sekitar dua hingga tiga minggu rizom kunyit akan mula mengeluarkan tunas\n\n\n\n\n\n\nSetelah tunas keluar kita boleh la pindah kunyit di dalam pasu.\n\n\n\nhttps://www.facebook.com/izhamalias/videos/10216047450515138/\n\nVideo cara semai kunyit cara cepat.\n\n\nPenjagaan\n\n\nPenjagaan kunyit tidak lah rumit setelah mula ditanam di dalam pasu.\n\n\nDari segi pembajaan, kita berikan baja tahi ayam dalam segenggam sejurus tanam kunyit di dalam pasu. Setelah itu setiap sebulan sekali, berikan lagi baja tahi ayam sebanyak segenggam.\n\n\nJika tiada baja tahi ayam, boleh guna mana-mana tinja haiwan lain seperti kambing, lembu, arnab atau kuda. Boleh juga berikan kompos. Kuantiti sama seperti baja tahi ayam.\n\n\nSaiz Pasu / Polibeg\n\n\nUntuk polibeg, saiz 16 inci x 16 inci sudah memadai. Sama juga seperti pasu. Gunakan pasu dengan isipadu 10L. Kalau tidak dapat tangkap, pasu yang sama saiz dengan botol minyak masak 10L. Boleh?\n\n\n\n\nMedia Tanah\n\n\nKunyit suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Untuk campuran tanah, banyakkan bahan organik seperti tahi ayam dan kompos agar kunyit tumbuh subur.\n\n\nBoleh dapatkan resipi campuran tanah di \nsini\n.\n\n\nKeperluan cahaya\n\n\nKunyit boleh hidup di tempat yang separa-redyp sehinggalah cahaya penuh. Paling bagus jika dapat buat jaring hitam untuk kunyit atau letak di bawah pokok besar.\n\n\nTerlalu banyak cahaya akan membuatkan masalah pada daun kunyit.\n\n\nMasalah\n\n\nPaling biasa kita lihat daun kunyit kekuningan atau kering di hujung daun. Hal ini mungkin kerana cahaya terlalu terik. Gunakan jaring hitam bagi mengurangkan terik cahaya matahari pada kunyit.\n\n\nSelain itu, sebelum menanam biasanya kita akan mengalami rizom kunyit membusuk. Hal ini dapat kita elakkan dengan hanya menanam rizom yang sudah bercambah.\n\n\nTuai\n\n\nKunyit boleh dituai 3 bulan selepas ditanam di dalam pasu. Cara tuai mudah sahaja iaitu dengan mencabut seluruh pokok kunyit.\n\n\nUntuk tuaian daun, kita boleh tuai sebaik sahaja ada lima hingga enam helai daun kunyit. Jika kita asyik menuai daun kunyit, rizom kunyit tidak akan banyak. Jadi pilihlah sama ada kita ingin menuai rizom ataupun daun.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMenanam kunyit tidak lah susah. Yang penting di sini ada kesabaran bagi kunyit bercambah dari rizom.\n\n\nRujukan:\n\n\n \nhttps://bangaloremirror.indiatimes.com/news/state/tray-method-makes-turmeric-farming-lucrative/articleshow/59671036.cms\n \n \nhttps://doa.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage&sub=page&id=118\n \n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-limau-purut/", "title": "Cara Tanam Pokok Limau Purut", "body": "\n\nBelajar cara tut pokok limau purut dengan kaedah yang mudah dan ringkas. Boleh digunakan untuk pokok lain seperti mangga, limau, rambutan, dan tin.\n\n\nHari ini saya kongsikan cara mudah untuk tut pokok limau. Cara ini boleh dipraktikkan pada pokok lain. Konsepnya sama sahaja.\n\n\nPeralatan:\n\n\nGunting\nPisau\n\n\nBahan:\n\n\nCable tie\nPlastik pembungkus\nSerbuk\u00a0penggalak pengakaran (Seradix 2)\nTanah campur\n\n\nLangkah:\n\n\n1. Pilih dahan yang hendak ditut. Kualiti dahan itu mestilah bebas daripada sebarang kerosakan dan penyakit.\n\n\n\n\n\n\n2. Kepit dengan gunting dan kelar keliling dahan itu.\n\n\n\n\n\n\n3. Kemudian kelar di bahagian bawah pula dengan jarak sekitar 3-5 cm.\n\n\n\n\n\n\n4. Gunakan pisau untuk mencungkil keluar kulit batang.\n\n\n\n\n\n\n5. Sapukan keliling kelaran tadi dengan serbuk penggalak pengakaran. Tak perlu banyak. Sedikit sahaja sudah memadai kerana hanya berfungsi sebagai penggalak.\n\n\n\n\n\n\n6. Gempalkan tanah campur dengan meletakkan sedikit air. Penting untuk tanah campur ini lembab agar tidak mudah kering nanti di dalam pembalutan.\n\n\n\n\n\n\n7. Tekupkan gempalan tanah tadi. Gempalkan sekeliling kelaran yang telah dibuka tadi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n8. Kemudian ambil plastik dan balut dengan betul. Pastikan balutan meliputi semua bahagian gempalan.\u00a0Seterusnya ikat dengan cable tie di bahagian bawah dan hujung balutan.\n\n\n\n\n\n\n9. Nak tahu menjadi atau tidak, lihat apabila akar akan penuh di dalam bungkusan itu.\u00a0Tunggu sekitar 4\u00a0hingga 8\u00a0minggu untuk lihat hasilnya.\n\n\n10. Apabila akar sudah penuh di dalam bungkusan itu, bolehlah potong di bahagian bawah akar tersebut. Pindahkan tut ke dalam bekas yang berisi tanah campuran.\n\n\nPemindahan perlu dilakukan dalam keadaan berhati-hati. Walaupun akar sudah banyak keluar, tidak bermakna akar itu kuat. Kebanyakan pekebun gagal melihat hal ini terutama pekebun amatur. Jika pengendalian semasa pemindahan dilakukan terlalu kasar boleh menyebabkan akar tercedera.\n\n\nAkar yang tercedera menyebabkan pokok tut lambat membesar. Ini kerana pokok terpaksa menumpukan nutrien dan tenaga bagi membaiki akar yang rosak itu.\n\n\nJadi, pekebun perlulah berhati-hati semasa penanaman di dalam bekas. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai ditanam. Cuma siram di keliling tut sahaja.\n\n\n\n\nLebih elok dipindahkan ke dalam polibeg dahulu sebelum pindah ke dalam tanah. Ini agar akar anak pokok tut sempat stabil dan tumbuh dengan subur.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-mahkota-dewa/", "title": "Cara Tanam Pokok Mahkota Dewa", "body": "\n\nBuah mahkota dewa mempunyai banyak manfaat.\n\n\nDi sini saya ajarkan cara menjadikan herba daripada buah mahkota dewa.\n\n\n1. Petik buah yang berwarna unggu kemerahan. Ketika inilah kandungan antioksidan di dalam buah mahkota dewa tinggi.\n\n\n[fusion_builder_container hundred_percent=\u201dyes\u201d overflow=\u201dvisible\u201d][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=\u201d1_1\u2033 background_position=\u201dleft top\u201d background_color=\u201d\u201d border_size=\u201d\u201d border_color=\u201d\u201d border_style=\u201dsolid\u201d spacing=\u201dyes\u201d background_image=\u201d\u201d background_repeat=\u201dno-repeat\u201d padding=\u201d\u201d margin_top=\u201d0px\u201d margin_bottom=\u201d0px\u201d class=\u201d\u201d id=\u201d\u201d animation_type=\u201d\u201d animation_speed=\u201d0.3\u2033 animation_direction=\u201dleft\u201d hide_on_mobile=\u201dno\u201d center_content=\u201dno\u201d min_height=\u201dnone\u201d]\n\n\n\n\nWarna buah mahkota dewa yang sesuai untuk petik buah dibuat herba.\n\n\n2. Belah dua buah mahkota dewa.\n\n\n3. Buang biji yang ada di dalam buah ini. Biji buah mahkota dewa adalah beracun.\n\n\n4. Hiris nipis isi buah mahkota dewa.\n\n\n5. Selerakkan di atas pinggan atau dulang. Jemur hingga kering. Pastikan jemur di bawah tempat teduhan. Tak sesuai dijemur terus pada pancaran cahaya matahari. Sinar UV akan mengurangkan khasiat buah ini.\n\n\n6. Setelah kering, hirisan boleh disimpan di dalam bekas.\n\n\nPenggunaan:\n\n\n1.\u00a0Masukkan dua hingga tiga keping hirisan ke dalam air panas 300 mL.\n\n\n2. Biarkan dalam 5 minit.\n\n\n3. Minum\n\n\nAmalkan minum tiga hari sekali jika anda tidak menghidap penyakit kronik.\n\n\nJika anda ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, dan kencing manis, amalkan minum sekali sehari. Tingkatkan dos sehingga 10 keping hirisan setelah sebulan minum. Apabila penyakit semakin pulih, kurangkan dos. Dan minum seperti normal iaitu tiga hari sekali. Ini kerana jika terlebih dos boleh mendatangkan keburukan.\n\n\n\n\nKhasiat:\n\n\n\n\n\n\nPenafian: Saya bukanlah pengamal herba. Saya tidak bertanggungjawab atas sebarang cara pemakanan buah ini oleh pembaca. Rujuk pakar untuk maklumat lanjut.\n[/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-mangga/", "title": "Panduan Tanam Pokok Mangga di Rumah", "body": "\n\nPokok mangga adalah antara pokok yang paling mudah ditanam. Buah mangga sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Buah muda pula boleh dibuat colek.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama tempatan: Mangga, mempelam, pauh\nNama Inggeris: Mango\nNama saintifik: Mangifera indica\nKeluarga: Anacardiaceae\n\n\nPokok mangga berbatang keras dan boleh tumbuh mencecah 10 meter tinggi.\n\n\nPokok mangga adalah tumbuhan tumbuh tidak bermusim.\n\n\nVarieti\n\n\nTerdapat pelbagai varieti mangga. Yang paling terkenal tentunya harum manis.\n\n\nSaya senaraikan varieti mangga yang ada ditanam di Malaysia\n\n\nHarum manis\nNam dok mai\nGajah\n\n\nDalam Pasu\n\n\nPokok mangga boleh ditanam di dalam pasu. \n\n\nPenjagaan\n\n\nSiraman perlulah dibuat setiap hari agar tanah lembab. Ini penting terutama di awal penanaman. Kekurangan air mampu membuatkan pokok terencat tumbesaran.\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-mulberi-buah-lebat/", "title": "Cara Tanam Mulberi Agar Buah Sentiasa Lebat", "body": "\n\nMulberi adalah tanaman pokok berbuah yang boleh hidup di negara beriklim tropika. Buah dan daunnya dimakan oleh manusia dan haiwan sejak berkurun lamanya. Asal pokok ini adalah dari China.\n\n\nPenanaman utama pokok ini asalnya adalah bertujuan sebagai makanan kepada ulat sutera. Sebab itu dahulu awal tahun 90an, pokok ini digelar sebagai pokok ulat sutera. Nama sekarang sahaja popular dengan mulberi di Malaysia.\n\n\nPenanaman dan penjagaan mulberi tidak lah sukar. Pembiakan hanya menggunakan keratan batang.\n\n\nTerdapat pelbagai varieti mulberi. Dari yang biasa sehinggalah bersaiz panjang buahnya.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama: Mulberi, pokok ulat sutera\nNama saintifik: \nMorus spp.\nKeluarga: Moraceae\n\n\nMulberi adalah tumbuhan yang boleh tumbuh tinggi mencecah 5 meter. Daunnya sehelai pada setiap batang. Buah mulberi keluar daripada celah ketiak daun.\n\n\nMulberi berkongsi keluarga dengan pokok tin. Oleh itu mulberi memerlukan cahaya matahari penuh dari awal pagi sampai ke petang untuk mengeluarkan hasil yang banyak. Cahaya 5-8 jam memadai.\n\n\nVarieti Mulberi\n\n\nMulberi bukanlah ada satu spesis sahaja. Malahan banyak. Semua spesis ini sesuai hidup di Malaysia. Mari kita lihat satu per satu spesis ini ciri-cirinya. Pilih mana yang dekat di hati.\n\n\nMulberi Kampung\n\n\nSaya suka guna istilah ini kerana mulberi ini paling biasa kita temui ditanam di sekitar kampung. Pokoknya tahan dan mudah dibiakkan. Semakin besar pokok, semakin meriah buah yang dihasilkan.\n\n\nCiri buah: Warna merah ketika muda. Buah muda berasa masam. Apabila matang bertukar kehitaman. Rasa buah manis apabila matang.\nKetinggian: Boleh mencecah 5 meter tinggi jika tidak dikawal pertumbuhan\nSaiz buah: Sederhana\n\n\nMulberi Taiwan\n\n\nMulberi ini saiznya lebih panjang. Pembiakan adalah melalui keratan batang, tut dan cantuman mata tunas. Kebanyakan petani akan biak melalui tut dan bukannya keratan.\n\n\nCiri buah: Warna hijau ketika muda. Menjadi merah dan seterusnya hitam apabila masak. Rasa buah manis sejak muda lagi.\nKetinggian: Boleh mencecah 5 meter tinggi jika tidak dikawal pertumbuhan\nSaiz buah: Memanjang\n\n\nMulberi Gergasi\n\n\nMulberi gergasi atau mulberi giant ini mempunyai saiz buah 3-4 kali ganda besar berbanding buah mulberi kampung. Penanaman dan penjagaan tidak rumit.\n\n\nCara Penanaman\n\n\nDalam kaedah penanaman, perkara-perkara seperti jenis tanah, pH, jumlah cahaya adalah amat penting. Saya susun agar mudah untuk anda faham dan mula menanam pokok mulberi dengan mudah.\n\n\nMulberi bukan lah tanaman yang cerewet. Apa-apa tanah boleh ia tumbuh. Termasuklah tanah liat, tanah merah dan semestinya lebih bagus jika tanah kaya dengan bahan organik. Tanah yang bergenang juga boleh pokok ini hidup.\n\n\n\n\nCampuran Tanah Pasu\n\n\nBagi yang ingin menanam dalam pasu, tentunya campuran tanah yang sesuai memainkan peranan penting. Gunakan tanah campur 6 dalam 1 yang biasa dijual di nurseri pokok. Selain itu anda boleh gunakan tanah sawit sebagai medium penanaman.\n\n\nJika inginkan cabaran lagi bolehlah cuba membuat tanah campur sendiri. Saya cadangkan guna campuran tanah bukit, sabut kelapa hancur (cocopeat) dan sekam bakar pada nisbah 3:2:1. Iaitu 3 tanah bukit, 2 sabut kelapa hancur dan 1 sekam bakar. Nisbah ini boleh diukur menggunakan bekas yang sama saiz. Contohnya jika anda menggunakan baldi 10L, maka kesemua bahan disukat menggunakan baldi tersebut.\n\n\nJika ingin mengetahui lebih lanjut, boleh baca artikel lengkap yang saya tulis bertajuk \u2018Campuran Tanah Terbaik untuk Tanaman Pasu\u2019.\n\n\nCara Pembiakan\n\n\nTerdapat tiga cara utama bagi membiak pokok mulberi. Kesemua cara ini adalah secara tampang iaitu lebih kepada pengklonan tanpa ada perubahan genetik.\n\n\nKeratan Batang\n\n\nCara pertama adalah dengan keratan batang. Cara ini adalah cara paling mudah. Potong keratan mulberi sekitar 10-15 cm dengan ada 3-4 mata tunas. Cucuk sedalam satu per tiga kedalaman polibeg. Untuk penyediaan tanah semaian ini, boleh rujuk pada campuran tanah pasu yang telah saya nyatakan sebelum ini.\n\n\nSetelah itu letak di tempat redup. Dalam masa 2-3 minggu anda akan nampak mata tunas pecah dan mula mengeluarkan pucuk. Tapi nanti dahulu. Jangan bergegas untuk terus memindah anak pokok. Biarkan dalam 2 minggu lagi agar akar tumbuh. Hal ini kerana perkara paling penting dalam semaian keratan batang adalah munculnya akar. Pucuk adalah yang kedua.\n\n\nTempoh masa ini adalah sekitar 4-5 minggu.\n\n\nTut\n\n\nCara kedua adalah dengan tut. Pilih batang yang sihat. Jangan pilih batang utama. Pilih cabang dari batang utama. Kelar pada satu dahan. Kemudian kelar pada bahagian bawah dengan jarak 5 cm. Buang kulit. Kikis batang sehingga hilang lendir.\n\n\nSapu hormon pengakaran seperti ini di bahagian kulit kelaran atas. Di sini lah akar akan keluar.\n\n\nBalut dengan plastik. Masukkan cocopeat. Ikat dengan kemas. Anda boleh gunakan tali rafia atau jika ingin cepat gunakan cable tie.\n\n\nAkar akan keluar sekitar 3-4 minggu. Selepas itu boleh kerat di bawah bunjut. Buka dengan berhati-hati agar akar tidak tercabut.\n\n\nRendam dalam air selama sehari. Setelah itu barulah pindah ke dalam polibeg. Ini perlu dijaga selama 3-4 minggu agar pokok jadi stabil.\n\n\nJumlah keseluruhan masa adalah 2 bulan untuk siap satu anak pokok.\n\n\nCantuman Baji / Mata Tunas\n\n\nKaedah ketiga pula adalah dengan menjalan kaedah cantuman sama ada cantuman mata tunas atau pun cantuman baji. Untuk cantuman mata tunas, pokok penanti boleh kita gunakan pokok mulberi kampung. Pokok penanti ini lebih kuat dan tahan akarnya.\n\n\nAmbil mata tunas daripada pokok mulberi yang kita kehendaki dan cantumankan pada pokok penanti. Hal ini sama untuk cantuman baji.\n\n\nTanaman dalam pasu\n\n\nMulberi boleh ditanam di dalam pasu. Saiz yang sesuai adalah 45 cm diameter dan ketinggian 45 cm ke atas. Anda boleh memulakan dengan pasu yang kecil. Apabila akar sudah memenuhi ruang, anda boleh menyalin ke pasu lebih besar. Mengikut pengalaman saya, setiap tahun perlu dibuat pemasuan semula agar pokok mulberi sentiasa mengeluarkan buah yang meriah.\n\n\nTanaman atas tanah\n\n\nMulberi sesuai sangat ditanam di atas tanah. Untuk sesiapa yang menanam di rumah, saya sarankan menanam jauh 5 meter ke atas dari bangunan seperti rumah. Hal ini kerana akar pokok mulberi boleh merosakkan bangunan jika tidak terkawal.\n\n\nJika ingin menanam di tepi rumah juga, boleh ditanam bersama pengekang akar. Hal ini akan menyebabkan akar mulberi tumbuh ke bawah dan tidak menjalar ke tepi lalu merosakkan struktur berdekatannya.\n\n\nUntuk skala ladang komersial, mulberi ditanam pada jarak 4 meter antara pokok dan 5 meter antara baris.\n\n\nKawalan Serangga Perosak dan Penyakit\n\n\nSecara umumnya, pokok mulberi adalah jenis tahan serangan serangga perosak seperti belalang, afid dan kepinding putih. Penyakit yang mungkin menyerang mulberi adalah kulapuk downy. Walaupun begitu, dengan penggunaan baja organik, peratus serangan amatlah kurang. Jadi saya sangat sarankan anda menggunakan baja organik sentiasa untuk pokok mulberi.\n\n\nPembajaan\n\n\nUntuk awal penanaman eloklah kita guna baja organik seperti baja tahi ayam atau mana-mana baja organik yang ada di pasaran. Antara yang saya saran adalah baja tahi cacing atau vermikompos. Vermikompos bagus dalam membekalkan nutrien dan menjaga kesuburan tanah.\n\n\nJika ingin menggunakan baja kimia, saya saran guna baja NPK biru. Baja NPK biru mengandungi 12 peratus nitrogen, 12 peratus fosforus dan 17 peratus kalium. Sesuai untuk pokok buah.\n\n\nBaja boleh diberikan setiap 2 minggu sebanyak 2 (100g) genggam baja organik atau 1 genggam (50g) baja NPK biru. Gandakan pemberian baja apabila anda mula ingin membuahkan pokok.\n\n\nCara Bagi Buah Mulberi Lebat\n\n\nBuah mulberi keluar di celah ketiak daun. Jarang buah keluar pada batang yang lama. Oleh sebab itu kita perlu beberapa kaedah untuk memaksa buah keluar.\n\n\nSebelum melaksanakan kaedah ini, saya sarankan anda untuk membaja dahulu pokok. Biar semasa buah keluar pokok mempunyai nutrien yang cukup bagi menghasilkan buah yang besar dan meriah.\n\n\nCantasan\n\n\nApabila terlalu rimbun, maka perlu dibuat cantasan. Cantas sampai 1 meter ke pangkal. Nanti akan keluar banyak pucuk baru pada mata tunas. Di sepanjang pucuk baharu ini akan muncul buah mulberi.\n\n\nAdakah cara ini akan merosakkan pokok? Tidak. Cara ini akan membantu untuk pokok kita menghasilkan buah dengan lebih cepat.\n\n\nLenturan\n\n\nTogel semua daun. Lenturkan ke bawah. Hal ini akan memaksa mulberi untuk mengeluarkan tunas baharu pada setiap mata tunas. Apabila tunas baharu keluar, maka akan keluar sekali buah mulberi.\n\n\nSetelah tuai semua pokok, anda boleh cantas semua batang mulberi. Ulang kaedah cantasan dan diikuti lenturan. Insya-Allah mulberi akan sentiasa mengeluarkan hasil tanpa henti.\n\n\nTuaian\n\n\nBuah mulberi boleh dipetik apabila warna mula bertukar dari hijau ke merah merahan. Buah beri ini boleh dimakan segar, dijadikan jus atau dibuat halwa kering.\n\n\nUntuk cara pemprosesan produk hiliran buah mulberi, anda boleh rujuk \u2018Cara Proses Buah Mulberi\u2019.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://www.gardenguides.com/127054-history-mulberry-tree.html\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-padi-huma-bukit/", "title": "Cara Tanam Padi Huma / Bukit", "body": "\n\nPadi huma atau padi bukit adalah salah satu varieti padi yang boleh ditanam tanpa memerlukan air yang banyak berbanding dengan padi sawah.\n\n\nMenanam padi tidak lah menguntungkan berbanding menanam sayur-sayuran. Namun begitu, padi akan tetap ditanam kerana ia adalah makanan ruji kepada rakyat Malaysia.\n\n\nPadi huma pada asalnya ditanam di bukit atau pedalaman. Namun begitu, padi huma masih boleh ditanam di atas tanah biasa yang kaya dengan bahan organik.\n\n\nSaya akan tunjukkan caranya pada artikel kali ini. Baca sampai habis.\n\n\nBerbanding padi sawah yang mampu mengeluarkan 5-10 tan per hektar, hasil padi huma hanyalah sekitar 1-1.5 tan per hektar. Ini menjadi antara faktor utama petani tidak ramai yang menanam padi yang tidak memerlukan air yang banyak ini. \n\n\nWalaupun begitu, di Sabah dan Sarawak penanaman padi huma secara tradisional masih berlangsung.\n\n\nSemai\n\n\nUntuk permulaan, benih padi perlulah direndam di dalam air bersih selama 24-48 jam. Hal ini agar benih padi menyerap air sepenuhnya yang akan mempercepatkan proses percambahan\n\n\nSetelah itu tanam dalam 3-4 biji benih ke dalam satu lubang. Untuk penaman atas tanah, jarak 1 meter di antara lubang.\n\n\nJika di dalam pasu, sama juga iaitu 3-4 biji per pasu. Jarak antara pasu boleh 1 meter atau ikut kesesuaian.\n\n\nPenyediaan Tanah\n\n\nPadi huma tumbuh subur di atas tanah yang kaya dengan bahan organik. Anda boleh menambah bahan organik seperti tinja ayam ke atas batas sebelum menanam.\n\n\nJika di dalam pasu, elok membuat campuran tanah seperti di artikel Campuran Tanah ini.\n\n\nSaiz Pasu\n\n\nPadi huma boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg. Saiz minimum untuk pasu adalah tinggi 30 cm dan diameter 30 cm. Manakala untuk polibeg pula bersaiz 16 inci x 16 inci. Jika lebih besar, lebih bagus.\n\n\nPembajaan\n\n\nUntuk pembajaan, padi huma ini sesuai mesra dengan baja organik seperti kompos atau tinja haiwan yang diproses. Kalau saya, saya akan rekomen baja organik Kebun Bandar yang mesra alam.\n\n\nPembajaan boleh dibuat dua minggu sekali dengan kadar segenggam untuk baja organik. Apabila masuk bulan ketiga, tingkatkan dos kepada 2 genggam satu rumpun.\n\n\nJika baja kimia seperti NPK hijau, letak dalam 2 sudu makan setiap dua minggu untuk 2 bulan pertama. Setelah itu tukar ke NPK biru pula dengan kadar yang sama.\n\n\n\n\nPenjagaan\n\n\nDari segi kawalan serangga perosak, padi huma tidaklah cerewet. Semburan racun organik seminggu sekali mampu mengawal daripada diserang serangga perosak.\n\n\nYang menjadi masalah ada pada serangan burung dan tikus. Makhluk perosak ini akan mula menyerang apabila mayang padi mula kelihatan.\n\n\nKawalan boleh dengan memasang orang-orang bagi mengawal serangan burung. Untuk tikus, pasang perangkap tikus sekitar tempat penanaman padi.\n\n\nTuai\n\n\nTempoh penuaian padi huma bergantung kepada varieti yang ditanam. Ada yang tiga bulan, empat mahupun 5 bulan. \n\n\nPadi boleh dituai apabila butir padi mula nampak kekuningan. Kerat kepala padi dan dijemur kering dahulu.\n\n\nSetelah itu padi diketuk bagi meleraikan daripada tangkai.\n\n\nProses padi ke beras\n\n\nUntuk proses padi, secara tradisional padi akan ditumbuk bagi mencerai kulit padi dan beras. Kaedah moden menggunakan mesin.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMenanam padi huma ini ada keseronokannya tersendiri. Memanglah tidak dapat memenuhi pemakanan kita sekeluarga untuk setahun tetapi pengalaman itu yang penting.\n\n\nArtikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila penulis mendapat maklumat lengkap pasal penanaman padi huma.\n\n\nRujukan\n\n\nhttp://www.fao.org/fileadmin/user_upload/ivc/docs/uplandrice.pdf\nhttps://cgspace.cgiar.org/handle/10568/45115\n (\nhttp://books.irri.org/9711041707_content.pdf\n)\njstor.org/stable/41146412?seq=1\n\n\nGambar\n\n\nKredit gambar: \nPuan Yasmin\n (dengan kebenaran)\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-peria/", "title": "Cara Tanam Peria dalam Pasu (Awal Sampai Tuai)", "body": "\n\nPeria mempunyai rasa pahit yang mampu menaikkan selera makan. Peria boleh ditanam di dalam pasu. Peria yang saya tunjukkan ini boleh digunapakai untuk semua macam jenis peria seperti peria besar dan peria katak.\n\n\nMaklumat botani\n\n\nNama Melayu: Peria\nNama Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple\nNama Santifik: \nMomordica charantia\nKeluarga: Cucurbitaceae\n\n\nPeria adalah tumbuhan menjalar yang mempunyai kitaran hidup semusim. Ini bermakna peria hidup kurang daripada setahun. Setelah cukup menghasilkan buah, peria akan mula mati.\n\n\nTerdapat pelbagai varieti peria. Kita boleh menanam mengikut citarasa masing-masing. Yang penting rasa peria tetap sama \u2013 pahit.\n\n\nPeria besar\nPeria putih\nPeria katak\n\n\nPenyediaan Pasu dan Tanah Campuran\n\n\nPeria memerlukan\n pasu bersaiz 30 cm x 30 cm (diameter x tinggi)\n. Ini adalah saiz yang paling sesuai untuk pokok peria. Manakala untuk\n polibeg, kita boleh gunakan saiz 16 x 16 inci\n. Jika saiz bekas kecil daripada yang saya sarankan, akan ada masalah penyiraman di kemudian hari nanti. Saiz pasu akan memberi kesan kepada tumbesaran pokok nanti.\n\n\nSeterusnya untuk campuran tanah, pokok peria suka akan tanah yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu kita boleh mulakan dengan \ntanah campur tiga dalam satu\n. Atau anda boleh guna juga guna \ntanah sawit\n dan tanah kompos.\n\n\nJika anda ingin menggunakan \ntanah bakar\n, pastikan tanah tersebut dicampur sekali dengan kompos pada nisbah 2:1 agar tanah menjadi lebih stabil dan subur. Semua \nkaedah campuran tanah ini ada saya terangkan dalam penulisan saya ini\n.\n\n\nSemaian\n\n\nOleh kerana peria mudah tumbuh, jadi biji benih peria boleh terus kita semai ke dalam pasu. selain daripada menggunakan \ntalam semaian\n. Di mana hendak dapatkan biji benih? Terdapat dua cara. Pertama adalah dengan kita membeli peria di pasar dan biarkan peria di dapur sehingga peria kekuningan. \n\n\nCara kedua pula adalah dengan membeli biji benih peria. Saya lebih suka cara kedua untuk sesiapa yang ingin baru bermula. Hal ini kerana biji benih yang dibeli daripada syarikat benih lebih berkualiti dan mampu memberi kepuasan pada hasil yang digunakan.\n\n\nCara semaian benih peria adalah mudah. Hanya tanam biji benih peria sekitar 5cm ke dalam tanah. Tidak kisah lah nak melintang atau menegak. Asalkan tanam pada kadar lubang 3 kali saiz biji benih. Anda boleh bubuh 1-2 biji benih di dalam satu pasu.\n\n\nBiji benih peria adalah jenis yang keras. Jadi ia mengambil masa sekitar lima hingga sepuluh hari untuk mula bercambah. Kita boleh mempercepatkan percambahan dengan merendam biji benih selama 24 jam dalam air sebelum menyemai. Selain itu jika anda pandai, anda boleh mengopek kulit keras peria bagi membolehkan benih segera bercambah.\n\n\nJika lebih daripada satu benih bercambah dalam pasu, anda boleh cabut dan pindahkan ke pasu lain. Biarkan satu pokok untuk satu pasu sahaja.\n\n\nPenjagaan\n\n\nPokok peria perlukan tanah yang lembab agar dapat tumbuh dengan subur dan sihat. Oleh itu siram dua kali sehari. Jika pada cuaca panas, boleh tingkatkan kekerapan siram. Yang penting di sini kita rasa kelembapan tanah dalam pasu. Caranya dengan mencucuk jari telunjuk ke dalam tanah. Jika kita dapat rasakan kelembapan, bermakna tidak perlu siram. Jika sebaliknya, sudah boleh menyiram.\n\n\nPokok peria memerlukan 5 hingga 6 jam cahaya matahari penuh sehari sama seperti tanaman berbuah yang lain. Cahaya matahari diperlukan bagi proses fotosintesis tumbuhan. Fotosintesis ini seterusnya membantu tumbuhan menghasilkan makanan. Dan makanan yang akan kita ambil daripada peria tentunya buahnya. Jadi proses fotosintesis yang cukup membantu penghasilan buah yang cukup.\n\n\nPembajaan\n\n\nPeria bertindakbalas dengan baik pada baja organik. Saya suka menggunakan \nbaja vermikompos\n sebagai baja organik utama saya dalam pembajaan tanaman. Hanya segenggam dua minggu sekali memadai.\n\n\n\n\nManakala jika ingin menggunakan baja kimia, anda boleh gunakan \nbaja NPK hijau\n pada 4 minggu pertama selepas benih bercambah. Kadar satu sudu makan setiap dua minggu sekali. Setelah itu, gunaka \nbaja NPK biru\n dengan kekerapan yang sama iaitu dua minggu sekali, satu sudu makan. \n\n\nJika anda hanya mahukan satu jenis sahaja baja kimia untuk sepanjang penanaman, saya sarankan guna \nbaja 888\n. Baja ini bau seakan kopi. Kadar pemberian baja adalah satu sudu makan setiap 2 minggu sekali.\n\n\nPastikan kita bubuh baja jauh daripada pangkal pokok. Kebanyakan orang yang baru bermula gagal di awal penanaman apabila pokok mati akibat terkena baja. Bubuh jauh sekitar 5 cm dari pangkal. Anda boleh gaul atau hanya letak begitu sahaja baja di atas tanah.\n\n\nTiang sokongan\n\n\nPokok peria adalah pokok menjalar. Tentunya pokok ini memerlukan tiang sokongan untuk memanjat. Anda boleh biarkan sahaja ia menjalar di atas lantai. Tetapi ini akan tidak nampak cantik dan kemas.\n\n\nBiasanya mak mak kita dulu dulu akan menanam peria di tepi pagar rumah agar dapat memanjat pagar. Jadi tidak perlulah susah susah untuk kita buat tiang sokongan.\n\n\nTetapi dengan pendedahan dunia global, terdapat cara yang lebih bagus iaitu menggunakan \npancang bulat\n. Hanya dirikan pancang bulat ini di atas pasu. Kemudian didik anak pokok peria untuk melilit keliling pancang tersebut.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nPokok peria jarang diserang perosak melainkan serangan kumbang timun. Serangga ini suka memakan daun timun dan akhirnya menyebarkan penyakit.\n\n\nSaya sudah cuba atasi dengan \nracun organik buatan sendiri\n tetapi tidak berapa berkesan. Akhirnya saya atasi dengan racun organik yang ada ekstrak mambu iaitu \nJAWAR S\n. Tidaklah dapat membunuh semua tetapi dapat mengawal serangan kumbang oren ini sepanjang musim penanaman peria.\n\n\nSelain itu, \ncuka kayu\n juga mampu memberi kesan yang bagus kepada tanaman. Cuka kayu boleh bertindak sebagai kawalan organik tambahan kepada racun organik.\n\n\nTuai\n\n\nSetelah 70 hari bercambah, akan tiba masanya bunga peria muncul. Di sini lah akan muncul kegembiraan di hati pekebun melihat tanamannya mula mengeluarkan hasil.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://www.agrifarming.in/growing-bitter-gourd-in-containers-karela-information\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-pokok-cincau/", "title": "Cara Tanam Pokok Cincau Hitam", "body": "\n\nTidak ramai tahu bahawa cincau hitam berasal daripada pokok cincau. Cara menanam pokok cincau tidak lah sukar. Sama seperti kita menaman pokok pudina.\n\n\nKita boleh proses daun cincau hitam kering menjadi agar-agar cincau yang sedap dan lazat.\n\n\nMaklumat botani\n\n\nNama biasa: Cincau\nNama Inggeris: Grass jelly\nNama saintifik: \nMesona chinensis\n / \nMesona palustris\nKeluarga: Lamiaceae \n\n\nPokok cincau kategori pokok herba berbatang lembut dan renek. Tak berapa nak faham istilah botani? Boleh baca artikel Belajar Istilah Botani Tumbuhan Untuk Noob.\n\n\nKhasiat Pokok Cincau\n\n\nMenurunkan panas dalam badan\nMencegah gangguan sistem pencernaan (mudah untuk kita buang air besar)\nMengatasi masalah perut kembung\nDikatakan mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol badan\nMengurangkan masalah sakit perut (diarhera)\nMengurangkan batuk\n\n\nPembiakan Cincau\n\n\nCincau paling mudah dibiak dengan keratan batang. Potong batang pokok cincau sekitar 5-10 cm. \n\n\nSeterusnya tanam keratan batang tersebut satu per tiga dalam daripada panjang keratan.\n\n\nUntuk penyediaan media tanaman polibeg, boleh rujuk artikel saya berkaitan \ncampuran tanah pasu\n.\n\n\nKeratan batang cincau mudah berakar, jadi kita tidak perlu meletakkan hormon pengakaran. Tetapi jika tetap mahu, boleh la letak. Saya ada kongsikan \ncara buat hormon pengakaran semulajadi\n.\n\n\nPenjagaan Pokok Cincau\n\n\nTidak sukar untuk menjaga pokok cincau. Kita siram setiap hari sekali sehari agar tanah sentiasa lembab.\n\n\nManakala untuk pembajaan, cincau suka baja organik seperti kompos atau pun baja tahi ayam. Bubuh sekitar 5-10 g (segenggam) untuk satu pasu cincau sebulan sekali. Pastikan baja tidak terkena pada pangkal pokok kerana batang pokok cincau sensitif terhadap baja.\n\n\nJika tiada, boleh guna baja NPK hijau. Sekitar 3-5 g (satu sudu makan) dua minggu sekali.\n\n\nAgar cincau tiada atau kurang diserang serangga perosak, sembur cincau dengan cuka kayu. Insya-Allah akan kurang serang bena dan afid.\n\n\nTuai\n\n\nApabila cincau telah mencecah tinggi sekitar 15 cm, kita sudah boleh menuai cincau. Sebelum tuai, eloklah siram dahulu cincau agar daun berada dalam keadaan segar.\n\n\nSetelah itu cantas keratan batang sehingga 5 cm dari pangkal.\n\n\nSelepas menuai daun cincau, jangan lupa untuk membaja agar pokok cincau dapat tumbuh subur semula.\n\n\n\n\nProses Jadi Cincau Hitam\n\n\nDaun dan ranting cincau segar dijemur sehingga kering. Biasanya daun cincau kering akan berwarna kehitaman akibat proses oksidasi yang telah berlaku. Selepas itu boleh diproses untuk menjadi cincau hitam.\n\n\nKesimpulan\n\n\nPotensi cincau hitam adalah tinggi di Malaysia. Tidak ramai tahu cara menanam cincau hitam ini. Padahal sangat mudah seperti menanam pudina.\n\n\nSaya berharap artikel ini membuka mata dan dapat menjadi panduan kepada semua pembaca.\n\n\nJika ada komen dan pandangan, boleh nyatakan di bawah.\n\n\nRujukan:\n\n\n \nhttp://animhosnan.blogspot.com/2014/02/pokok-cincau.html\n \n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-pokok-laici/", "title": "Cara Tanam Pokok Laici dari Biji", "body": "\n\nLaici adalah buah yang dikatakan unik. Persoalannya bolehkah pokok laici hidup di Malaysia?\n\n\nJadi di sini saya melakukan sedikit kajian berkenaan pokok ini dan menjumpai beberapa fakta yang boleh kita lihat.\n\n\nLaici (\nLitchi chinensis\n) berasal daripada Asia Tenggara. Banyak ditanam di Thailand, Vietnam, China, India, Bangladesh dan Nepal. Pengeluar utama buah laici adalah dari Thailand.\n\n\nPokok laici boleh hidup di negara beriklim tropika dan sub-tropika. Ini bermakna laici boleh hidup Malaysia dengan suburnya. Ada yang berjaya mencambah biji benih laici. Setelah menunggu beberapa tahun, tiada langsung putik bunga yang keluar daripada pokok yang ditanamnya itu.\n\n\nBerdasarkan pembacaan, untuk pokok laici mengeluarkan bunga, pokok laici memerlukan suhu 15\u00b0C (dan ke bawah). Di sini, suhu ini hanya terdapat di tanah tinggi seperti di Cameron Highland (Pahang), Lodging (Kelantan), dan Balakan (Sarawak).\n\n\nTambahan pula, pokok laici memakan masa 3 tahun untuk mula mengeluarkan bunga. Ini bergantung kepada varieti yang ditanam. Pembacaan saya menunjukkan bahawa Siam mempunyai pelbagai varieti yang sesuai ditanam di sana.\n\n\nApa yang menariknya, pokok laici adalah sesaudara dengan rambutan dan longan iaitu di bawah keluarga Sapindacea. Jika tergolong dalam keluarga yang sama, ini bermakna peluang untuk melakukan cantuman antara saudara tumbuhan adalah tinggin keberjayaannya.\n\n\nTeknik ini banyak digunakan pada tumbuhan sayur seperti terung.\n\n\nSaya terfikir jika digunakan sion laici dan penanti pula adalah dari pokok rambutan ataupun pokok longan.\n\n\nKesannya mesti menarik.\n\n\nCubaan lain pula, adalah menanam pokok laici ini selama tiga tahun di dalam pasu. Kemudian kita cuba menggalakkan ia berbunga dengan menyimpannya di dalam peti sejuk besar selama sebulan. Cahaya lampu LED diletakkan bagi mengganti cahaya matahari. Satu lagi cara, kita siram pagi dan petang pokok laici itu dengan air sejuk.\n\n\n\n\n\n\nNamun, apabila difikirkan kembali, kita tidak perlulah mengejar cara menanam laici di Malaysia. Buah rambutan dan mata kucing sudah memadai bagi menjadi pengganti laici. Jika ingin menanam laici sebagai pokok langka, bolehlah seperti pokok tin. Cuma jangan terlalu mengharap bahawa pokok laici boleh berbunga dengan jayanya di iklim Malaysia.\n\n\nKesimpulannya, adakah boleh pokok laici hidup di Malaysia? Ya boleh. Tetapi pokok laici sukar untuk berbuah atas faktor suhu yang berlainan.\n\n\nSumber:\n\n\nhttp://www.fao.org/docrep/005/ac684e/ac684e00.htm#Contents\nhttps://commons.wikimedia.org/wiki/Litchi_chinensis\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-pokok-semambu-neem/", "title": "Cara Tanam Pokok Semambu (Neem)", "body": "\n\nPokok semambu atau mambu adalah pokok yang besar. Pokok ini berasal dari India dan banyak digunakan oleh kaum India.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama: Semambu, mambu\nNama Inggeris: neem\nNama saintifik: \nAzadirachta indica\nKeluarga: Meliaceae\n\n\nPokok semambu mampu tumbuh sehingga 15 meter tinggi. Ia adalah jenis pokok saka yang mampu hidup lebih puluhan tahun.\n\n\nAkar tunjang pokok ini mampu memecahkan konkrit sekitarnya. Eloklah tidak ditanam berdekatan bangunan sekitar 10 meter jarak.\n\n\nPembiakan dan Penanaman\n\n\nPokok semambu boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu melalui biji benih dan keratan batang.\n\n\nJika kita ingin menanam di atas tanah, eloklah guna daripada biji benih. Hal ini kerana anak pokok daripada biji benih mempunyai akar tunjang yang mampu mengelak pokok rebah ditiup angin apabila besar kelak.\n\n\nJika kita hanya ingin menanam dalam pasu, boleh ditanam menggunakan keratan batang.\n\n\nPenjagaan\n\n\nPokok mambu adalah pokok yang jenis tahan kemarau. Ini bermakna pokok mambu boleh hidup dalam tempoh yang lama di musim kemarau.\n\n\nRacun Serangga Organik Semambu\n\n\nDaun dan buah semambu oleh dijadikan sebagai racun organik. Saya tulis lengkap pasal ini di sini.\n\n\nMasakan\n\n\nPucuk mambu dijadikan sebagai masakan oleh masyarakat Campa di Kemboja. Di Malaysia amalan ini kurang kerana kebanyakan orang Melayu tidak makan pokok semambu.\n\n\nPerubatan\n\n\nDaun pokok semambu boleh digunakan bagi merawat gatal badan. Ada yang gunakan daun ini bagi merawat kudis akibat demam campak.\n\n\nRumusan\n\n\nPokok semambu mempunyai pelbagai khasiat. Walaupun begitu perlu berhati-hati jika ingin menanamnya di rumah.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://www.cabi.org/isc/datasheet/8112\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-pokok-tin/", "title": "Cara Tanam Pokok Tin Dari Awal Sampai Tuai", "body": "\n\nPokok tin atau \nfig \nadalah buah antara disebut di dalam al-Quran. Pada asalnya pokok ini hanya ditanam di negara mediteranian. Sekarang semakin banyak ditanam di Malaysia.\n\n\nPokok tin yang saya cerita pada kali ini bukanlah pokok ara Melayu. Pokok tin ini berasal dari Timur Tengah. Spesis berlainan daripada pokok ara Melayu walaupun daripada keluarga sama. Mohon jangan tersilap!\n\n\nBuah tin masak sepenuhnya di pokok, tidak seperti buahan lain yang boleh diperam, pisang contohnya, selepas dituai dari pokok. Oleh sebab itu buah ini tidak dapat bertahan lama di pasaraya. Paling terbaik untuk merasa buah tin adalah beli segar dari ladang atau lagi bagus tanam sendiri.\n\n\nPenanaman pokok tin tidak lah sesukar mana. Bagi pemula ada beberapa varieti yang sesuai ditanam.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama tempatan: tin, ara\nNama Inggeris: Common fig tree\nNama saintifik / botani: \nFicus carica\nKeluarga: Moraceae (keluarga mulberi)\n\n\nPokok tin adalah pokok berbatang keras yang boleh mencecah ketinggian sehingga 10 meter. Pokok ini memerlukan cahaya matahari penuh agar dapat tumbuh subur. \n\n\nBuah tumbuh di celah ketiak daun. Jangka hayat hidup pokok tin adalah jenis saka. Saka ini bermaksud pokok tin hidup lebih daripada setahun. Tidak seperi sawi yang hidup semusim. Pokok semusim akan mati sebaik sahaja mengeluarkan bunga dan biji benih.\n\n\nVarieti\n\n\nPokok tin boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:\n\n\nBiasa\n: tidak memerlukan pendebungaan untuk berbuah\nSan Pedro\n: tidak memerlukan pendebungaan untuk buah yang pertama (digelar breba) tetapi memerlukan pendebungaan bagi buah yang keluar kedua kali\nCaduceus/Smyrna\n: memerlukan pendebungaan untuk buah menjadi\nCapri \natau \nJantan\n: biasanya fig yang tidak boleh dimakan menjadi tempat untuk pendebunga tinggal\n\n\nApabila digabungkan semua jenis fig ini, dikira lebih 750 varieti tin yang ada! Bagi pemula yang baharu dalam dunia penanaman pokok tin akan keliru mana varieti yang hendak ditanam.\n\n\nUntuk penanaman di Malaysia, pokok tin jenis biasa yang paling sesuai tanam di Malaysia. Jika anda melihat orang yang menjual varieti pokok tin, pastikan bukan jenis san pedro, smyrna atau pun capri. Tiga jenis ini tidak boleh berbuah di Malaysia.\n\n\nBagi pemula, eloklah tanam pokok tin varieti iraqi (\nbeli sini\n). Pokok tin ini sangat tahan lasak berbanding varieti lain. Penjagaan iraqi ini tidak sesukar varieti lain. Cukup air, baja dan cahaya, insya-Allah pokok akan sentiasa mengeluarkan buah. Memang sesuai sangat bagi anda yang baru nak berjinak dengan pokok tin ini.\n\n\nJenis Tanah\n\n\nPokok tin suka tanah yang kaya dengan bahan organik dan tidak menakung air. Tanah yang menakung air akan menyebabkan akar pokok tin mudah busuk akibat diserang penyakit.\n\n\nPengairan\n\n\nPokok tin memerlukan air yang banyak agar dapat hidup subur. Walaupun begitu, pokok tin tidak suka daunnya terkena hujan. Daun yang basah akan menyebabkan daun diserang oleh penyakit karat. Sebab itu kebanyakan varieti pokok tin di Malaysia ditanam di dalam rumah lindungan hujan atau di bawah tempat berbumbung lutsinar.\n\n\nSistem pengairan titis lebih sesuai untuk pokok tin berbanding sistem pengairan renjis.\n\n\nLokasi\n\n\nPokok tin adalah pokok yang suka akan cahaya matahari yang banyak. Cahaya matahari pagi dan petang menjadikan pokok tin subur. Oleh sebab itu pokok tin sesuai ditanam di tempat yang cerah.\n\n\n\n\nManakala jika kita menanam di dalam pasu, letaklah pokok tin di tepi rumah yang tidak terkena terus pada air hujan. Jika terkena tempias hujan tiada masalah. Air tersebut akan cepat kering pada daun. Tetapi jika terkena hujan terus menerus, lama kelamaan daun pokok tin akan diserang karat. Lalu gugur.\n\n\nPenanaman dalam Pasu\n\n\nPokok tin amat sesuai ditanam di dalam pasu. Hal ini kerana penanaman di dalam pasu membolehkan pekebun mengawal jenis tanah dan lokasi penanaman.\n\n\nTanah campuran yang sesuai adalah jenis yang poros dan kaya dengan bahan organik. Saya menggunakan campuran tanah sendiri iaitu tanah atas, sekam bakar, vermikompos. Tiga ini sudah memadai untuk pokok tin saya. Nisbah yang digunakan adalah 2:2:1. 2 bahagian tanah atas, 2 bahagian sekam bakar dan 1 bahagian vermikompos.\n\n\nJika anda tiada masa untuk membuat campuran tanah sendiri, eloklah beli sahaja. Mengikut pemerhatian saya, janganlah beli yang jenis tanah bakar atau tanah hitam di nurseri pokok. Tanah tersebut tidak sesuai untuk pokok tin. Boleh beli tanah campuran premium (beli sini). Ini lebih elok dan sesuai untuk pokok tin.\n\n\nPemangkasan\n\n\nKebanyakan varieti tin yang ditanam di Malaysia adalah jenis biasa yang tidak memerlukan agen pendebungaan. Jenis ini adalah yang keluar buah di celah ketiak daun sama seperti \npokok mulberi\n. Putik buah ini tidak akan keluar di tempat yang sama. Oleh sebab itu pokok tin perlu sentiasa dipangkas apabila semua buah pada batang telah dituai.\n\n\nPemangkasan akan menggalakkan pengeluaran lebih banyak pucuk dan batang baharu. Pada batang baharu ini lah barulah keluar buah yang baharu.\n\n\nBatang yang dipangkas boleh ditanam untuk tujuan pembiakan.\n\n\nPembiakan\n\n\nTerdapat dua cara pembiakan utama untuk pokok tin. Cara pertama adalah dengan pembiakan biji benih. Pembiakan cara ini mampu menghasilkan varieti pokok tin yang baharu. Namun, ada risikonya. Di mana benih boleh jadi benih jantan atau benih betina.\n\n\nApatah lagi pokok tin yang tumbuh daripada biji benih mengambil masa empat hingga lima tahun untuk mula menampakkan jantinanya. Bayangkan betapa lama nak menunggu hasil.\n\n\nHal ini berbeza dengan pembiakan kaedah kedua iaitu keratan batang. Keratan batang pokok tin sekitar 10-15 cm dengan 4-5 mata tunas boleh dibiakkan dengan mudah, Hanya cucuk keratan batang pada media semaian seperti peatmoss (\nbeli sini\n) dan biarkan selama 4-5 minggu. Ada masa pucuk akan keluar dahulu. Biarkan sahaja kerana fokus utama dalam pembiakan keratan adalah pada pengeluarkan akar dahulu.\n\n\nSebab itu ramai pekebun pokok tin akan menggunakan cawan lutsinar dalam semaian mereka. Hal ini bagi memudahkan melihat jika akar pokok tin telah keluar dahulu sebelum pucuk.\n\n\nJika tiada pengalaman, memang sukar untuk membiakkan pokok tin dengan keratan. Ini kerana tak semua varieti sesuai dibiakkan dengan keratan batang.\n\n\nSetakat ini varieti iraqi antara paling mudah biak dengan keratan batang (\nbeli sini keratan\n).\n\n\nVarieti kayangan kebanyakan dibiakkan dengan kaedah ketiga iaitu tut. Tut adalah cara memaksa akar keluar pada batang pokok yang hidup.\n\n\nCaranya adalah dengan mengelar 5-10 cm pada batang pokok. Buang kulit dan biarkan sehingga getah kering. Sapukan hormon pengakaran (\nbeli sini\n) pada kelaran atas. Seterusnya balut dengan bunjut berisi media campuran untuk tut (\nbeli sini\n).\n\n\nJika guna hormon pengakaran yang bagus (\ncontohnya ini\n), sekitar 4-6 minggu sudah boleh nampak akar keluar pada bunjut tut.\n\n\nApabila akar sudah memenuhi bunjut, boleh la dipotong pada bahagian bawah bunjut. Buka perlahan-lahan bunjut dan pindahkan anak pokok tut itu ke dalam polibeg berisi campuran tanah yang sesuai (\nbeli \nsini). Biarkan di tempat redup selama 3-4 minggu agar anak pokok stabil.\n\n\nPembajaan\n\n\nPokok tin suka dengan baja organik. Setakat ini pengalaman saya, penggunaan baja tahi cacing atau vermikompos (\nbeli sini\n) dengan kadar segenggam seminggu mampu menyuburkan pokok tin. Pastikan vermikompos yang dibeli adalah yang asli tanpa campuran bahan lain.\n\n\nSebulan sekali akan saya beri baja NPK biru sebanyak satu sudu makan. Untuk nampak hasil yang bagus, guna baja NPK biru yang berkualiti tinggi. Saya sarankan guna npk biru jenama novatech (\nbeli sini\n). Sangat bagus untuk pokok tin yang kita sayangi ini.\n\n\nSokongan\n\n\nDi awal penanaman, perlulah dipasang sokongan pada pokok tin ini agar tidak patah batang utamanya. Boleh guna kayu atau buluh sebagai pancang sokongan. Kalau rasakan buluh atau kayu akan mereput, gunalah pula pancang jenis plastik (\nbeli sini\n). Ini lebih tahan lama dan boleh guna banyak kali.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nSama seperti tanaman lain, pokok tin tidak lari daripada serangan perosak seperti kutu daun, bena dan koya. Bagi saya, pokok yang diserang serangga ini tandanya pokok tin mempunyai masalah pada nutrien.\n\n\nJadi pastikan pokok tin diberikan baja dan air secukupnya. Rujuk bab pembajaan untuk maklumat lanjut.\n\n\nSetelah dijaga baja dan air barulah kita fokus pada kawalan perosak dan penyakit. Setakat ini saya gunakan semburan racun organik semambu. Ternyata berkesan mengawal serangan afid, bena dan koya.\n\n\nSelain itu, semburan dan siraman cuka kayu menguatkan lagi daya pertahanan pokok tin. Apa itu cuka kayu? \nDapatkan maklumat lanjut di sini tentang cuka kayu\n.\n\n\nDua bahan ini iaitu ekstrak semambu (\nbeli sini\n) dan cuka kayu (\nbeli sini\n) sudah cukup untuk pokok tin hidup subur.\n\n\nTuai\n\n\nPokok tin daripada keratan mengambil masa sekitar tiga hingga lima bulan untuk mula mengeluarkan putik buah. Apabila putik buah kelihatan di celah ketiak, sekitar 20 hingga 30 hari untuk buah masak.\n\n\nBuah fig masak di atas pokok dan tidak sesuai diperam. Buah ini mudah rosak dan hanya boleh disimpan di dalam peti sejuk (bahagian chiller) sebaik sahaja dituai sekitar maksimum 7 hari.\n\n\nBuah tin amat digemari oleh haiwan seperti tupai dan burung. Pastikan buah dibalut sebaik sahaja putik buah kelihatan. Jika tak nanti kempunan lah jawabnya. Saya sarankan guna \npembalut buah ini\n.\n\n\nProduk Hiliran\n\n\nTerdapat pelbagai jenis produk boleh dibuat daripada pokok tin.\n\n\nBuah: Dimakan segar, dikeringkan, dibuat jem\nDaun: Dikeringkan dijadikan teh\n\n\nRumusan\n\n\nPokok tin sememangnya buah yang tinggi khasiat dan sesuai ditanam di Malaysia.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://www.almanac.com/plant/figs\nhttps://www.pokokbuahtin.com/\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-salad-hidroponik/", "title": "Cara Tanam Salad Hidroponik (11 Langkah Mudah Untuk Newbie)", "body": "\n\nSalad\n atau \nselada\n (\nlettuce\n) adalah antara tanaman mudah tanam terutamanya menggunakan kaedah secara hidroponik. Kali ini saya akan tunjukkan tutorial langkah demi langkah menanam salad hidroponik.\n\n\nHampir semua bahan dan peralatan yang saya gunakan untuk tanam salad ini mudah didapati di kedai ECO (RM2.10) dan Mr. DIY.\n\n\n1 \u2013 Penyediaan Bahan dan Peralatan\n\n\nBahan:\n\n\nBiji benih salad\nSpan cuci kereta\nBekas\nAir\nCawan hidroponik\nBaja AB hidroponik\n\n\nPeralatan:\n\n\nPisau\nPenyembur tangan tekanan tinggi\n\n\n2 \u2013 Potong span\n\n\nPotong span kepada beberapa bahagian agar dapat dimasukkan ke dalam cawan hidroponik\n\n\n\n\n3 \u2013 Masukkan span ke dalam cawan hidroponik\n\n\nBasahkan dahulu span sebelum memasukkan semua span yang telah dipotong tadi ke dalam cawan hidroponik\n\n\n\n\n4 \u2013 Susun cawan hidroponik\n\n\nSusun semua cawan hidroponik yang berisi span ke dalam bekas\n\n\n\n\n5 \u2013 Isi sedikit air ke dalam bekas\n\n\nSetelah selesai susun, isikan sedikit air sekitar 2-3 cm tinggi dari aras bawah bekas. Ini agar span dapat menyerap air sepanjang proses biji benih untuk bercambah.\n\n\n\n\n6 \u2013 Tabur biji benih salad\n\n\nTabur dua hingga tiga biji benih salad di atas span tadi. Jika semua biji benih bercambah nanti, kita boleh buat penjarangan iaitu memotong bibit yang tidak sihat dan tinggalkan yang sihat dan kuat sahaja.\n\n\n\n\n7 \u2013 Sembur sampai basah\n\n\nSetelah biji benih berada di atas span teruskan dengan menyembur biji benih dengan penyembur tangan bertekanan tinggi sehingga semua benih basah.\n\n\n\n\n8 \u2013 Tutup bekas\n\n\nTutup bekas dengan bekas lain agar air tidak mudah tersejat. Letak bekas di tempat redup. Biasanya sekitar dua hingga tiga hari biji benih sudah mula bercambah.\n\n\n\n\n9 \u2013 Isi bekas takungan dengan baja AB\n\n\nIsi bekas takungan dengan baja AB. Sukat kepekatan baja AB dalam bekas menggunakan meter EC. Sukatan yang sesuai untuk salad adalah 1.5 EC.\n\n\n\n\n10 \u2013 Masukkan bibit ke dalam bekas\n\n\nApabila biji benih bercambah, boleh terus pindahkan bibit ke dalam bekas takungan hidroponik.\n\n\nTips: Jika air berkurangan sehingga 1/4 dari bekas, boleh la tambah air baja lagi.\n\n\n\n\n11 \u2013 Masa Menuai salad\n\n\nKita boleh menuai salad setelah tiga hingga empat minggu selepas pindah atau sekitar 20 hari hingga 30 hari selepas pindah.\n\n\n\n\nVideo Langkah demi Langkah\n\n\nAda yang masih kurang faham penerangan di atas? Tidak apa. Saya ada buat \nvideo tanam salad hidroponik khas\n.\n\n\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Tq2AdbemJck\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nIni Cara Saya Tanam Salad Hidroponik Hanya Guna Bekas RM2 (https://www.youtube.com/watch?v=Tq2AdbemJck)\n\n\nBelajar cara mudah tanam salad hidroponik.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMenanam salad hidroponik tidaklah susah. Yang pastinya anda hanya perlu dapatkan bahan ini dan menanamnya sendiri.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-salad/", "title": "Cara Tanam Salad dalam Pasu", "body": "\n\nSalad adalah tanaman yang sedap dimakan segar. Penanaman salad tidaklah sukar. Bahkan salad paling sesuai ditanam di dalam pasu.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: Salad, salada (Indonesia)\nNama Inggeris: \nLettuce\nNama saintifik: \nLactuca sativa\nKeluarga: Asteraceae\n\n\nSalad adalah tumbuhan herba yang tiada batang keras. Terdapat pelbagai varieti salad yang ada dijual di pasaran. Bermula dari warna hijau sehinggalah merah. Bentuk juga berlainan.\n\n\nSemaian\n\n\nSalad ditanam menggunakan biji benih. Biji benih salad adalah jenis biji benih halus. Saya akan sarankan elok benih disemai dahulu di \ndulang semaian\n sebelum dipindahkan ke dalam pasu.\n\n\nPertama isi dulang semaian dengan \npeatmoss \natau \nsabut kelapa hancur\n sehingga penuh. Setelah itu sembur dengan penyembur sehingga semua media semaian lembab. Lap tangan dan mula semai 2-3 benih salad dalam setiap satu lubang.\n\n\nSeterusnya tabur tipis media semaian sehingga menutupi semua biji benih. Akhiri dengan semburan lagi sekali.\n\n\nBenih salad yang bagus akan bercambah sekitar 3-5 hari. Kita perlu tunggu lagi sehingga ada 3-5 helai daun barulah boleh dipindah ke dalam pasu. Biasanya sekitar 20 hari untuk hal ini terjadi.\n\n\nPenyediaan pasu / bekas\n\n\nSalad boleh ditanam di dalam pasu kecil mahupun besar. Jika kecil iaitu saiz sekitar 10cm diameter dan 10 cm tinggi seperti botol mineral 500 mL, hanya 1 pokok salad memadai. Jika pasu besar dalam 30cm diameter dan 30 cm tinggi, boleh tanam dalam 5-6 salad per pasu.\n\n\nPenyediaan tanah campur\n\n\nSalad seperti sayur daun yang lain suka akan tanah yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu tanah campur untuk dalam pasu eloklah kita beli yang ada banyak bahan organik. Contohnya tanah sawit atau tanah kompos yang ramai orang perkatakan.\n\n\nJika tidak, tetap anda boleh guna tanah campur yang banyak dijual di nurseri pokok. Saya pernah membeli tanah campur di pasaraya besar seperti Tesco, Giant ataupun ECON SAVE. Terdapat pelbagai jenis pilihan untuk pembelian tanah pasu ini. Saya ada tulis lengkap pasal ini dalam \nresipi tanah campur yang anda boleh baca di sini\n.\n\n\nKita boleh membeli tanah campur yang dijual di pasaraya.\n\n\nSiraman\n\n\nDari segi penjagaan, salad tidaklah sukar. Siraman dua kali sehari bagi memastikan tanah pasu sentiasa lembab.\n\n\nPembajaan\n\n\nSalad akan terasa lebih pahit jika terlebih baja nitrogen dan terlebih cahaya matahari. Oleh itu elok diletak jaring hitam sepanjang penanaman salad bagi mengurangkan terik cahaya matahari. Selain itu, kurangkan penggunaan baja tahi ayam. Elok guna \nbaja vermikompos\n.\n\n\nKawalan perosak dan penyakit\n\n\nSewaktu awal percambahan, salad digemari oleh siput. Oleh itu jika ada masalah siput, perlulah anda kawal. Boleh baca penulisan saya tentang \nkawal dan halau siput babi di sini\n.\n\n\nSetelah kita dapat kawal siput, maka masalah lain tidak akan menjadi masalah utama. Mengikut pemerhatian saya, belalang kurang suka memakan salad ini. Mungkin kerana tidak kena dengan rasanya.\n\n\nTuai\n\n\nKita boleh menuai salad apabila salad berumur sekitar 35 hingga 45 hari selepas bercambah. Cara tuai boleh sama ada kita mencabut terus salad bersama akarnya atau memotong pada pangkal dan membiarkan salad tumbuh baharu.\n\n\n\n\nJika kita sayang untuk menuai semua salad, kita boleh menuai hanya dua tiga helai daun sahaja dahulu.\n\n\nRujukan\n\n\n\u2013\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-sawi-batas/", "title": "Cara Tanam Sawi di Atas Batas Kebun Skala Komersil", "body": "\n\nSawi adalah antara tanaman yang mudah di tanam sama ada di atas batas atau pun di dalam pasu. Kali ini saya berkongsi kaedah menanam sawi atas batas oleh seorang pekebun sayur.\n\n\nSaya dan pelajar saya membuat lawatan ke sebuah \nladang sayur\n berdekatan kolej. Saya lihat memang subur tanaman makcik ini. Jadi saya mengambil kesempatan untuk bersembang dengannya.\n\n\nMakcik ini berkebun di kampung sahaja. Cara beliau \nmenanam sawi atas batas\n mudah sahaja. Beliau membahagikan batas kepada dua jenis batas di kebunnya. Satu batas semaian dan satu batas tanaman.\n\n\nSaya beri penerangan bagi setiap jenis batas.\n\n\nPenyediaan Batas Semaian Sawi\n\n\nSediakan batas dengan lebar 1 m, panjang 5 m (ikut kesesuaian) dan tinggi batas 15-30 cm.\nTabur biji benih sawi di atas batas.\nTabur sedikit tanah kering pada atas benih\nGunakan siraman halus pada batas\nTutup batas semaian dengan guni. Siram setiap hari sehingga bibit bercambah\nBibit akan bercambah dalam 2-3 hari selepas disemai. Ketika ini kita boleh sudah alihkan guni daripada menutupi batas.\nSeterusnya selepas bercambah tabur dengan baja tahi ayam halus. Halus di sini bermaksud kita perlu ramas sehingga jadi macam serbuk.\nSetelah bibit mengeluarkan 4-6 helai daun, bibit sudah boleh dipindah ke batas tanaman\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenyediaan Batas Tanaman Sawi\n\n\nSiram pada batas semaian sejam sebelum bibit dipindah\nPindah pada awal pagi atau lewat petang\nCabut dengan berhati-hati bibit sawi sekali tanah agar tidak rosak akar\nTanam bibit dengan jarak 10 cm antara bibit\nTabur baja tahi ayam antara bibit. Elakkan baja terkena pangkal pokok\nSiram bibit tersebut\nBuat lindungan dengan jaring hitam. Jika tiada jaring hitam, boleh guna pelepah kelapa.\nBiar lindungan ini selama 2 minggu\ni. Ini bagi mengelakkan bibit kejutan cahaya matahari\nii. Memberi masa untuk akar pulih\niii. Untuk mengelak tekanan hujan turun merosakkan tanaman\nSawi boleh dituai selepas 28 hari\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetelah 7-10 hari, kita boleh ubah jaring hitam dan biarkan anak pokok tumbuh subur.\n\n\nPembajaan Sawi\n\n\nKunci di sini adalah penggunaan baja tahi ayam. Baja tahi ayam memang sesuai untuk penanaman sayur. Makcik ini sudah 3 tahun tanam di kebunnya dengan hanya menggunakan tahi ayam sebagai baja utama. Bukan tahi ayam segar ya. Tetapi yang telah dikeringkan atau yang telah diproses.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMemang kalau kita lihat kerja pemindahan benih dari batas semaian ke batas tanam ini satu perbuatan renyah. Bayangkan kita perlu semai dan kemudian alih lagi. Tetapi renyah itulah yang membuatkan kebun makcik ini sentiasa dapat menuai sawi sentiasa.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-sawi-dalam-pasu/", "title": "Cara Tanam Sawi Hijau / Bunga di dalam Pasu (Dari Awal Sampai Habis)", "body": "\n\nSawi adalah antara tanaman yang mudah ditanam di dalam pasu sama seperti \nkangkung \ndan \nbayam\n. Penjagaan sawi tidaklah rumit. Hanya perlu memberi baja dan semburan racun organik berkala mampu membuat kita tersenyum menuai sawi.\n\n\nKali ini saya kongsikan cara tanam sawi dalam pasu untuk pembacaan semua.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama biasa: Sawi hijau, sawi bunga\nNama Inggeris: Mustard leaves\nNama saintifik: \nBrassica para\u00adchinensis\nKeluarga: Cruciferae\n\n\nSawi adalah tumbuhan renek yang berbatang lembut dengan warna hijau keseluruhan batang dan daun. Kitaran hidup sawi hanyalah semusim yang bermaksud sawi akan mula mati selepas berbunga dan mengeluarkan biji benih.\n\n\nMengapa perlu tahu berkaitan botani sawi? Rujuk penulisan saya \nBelajar Istilah Botani Untuk Noob\n.\n\n\nSemaian Sawi\n\n\nTerdapat dua kaedah yang boleh digunakan bagi menyemai biji benih sawi yang halus ini. Sama ada kita semai dahulu di bekas semaian dan kemudiannya pindah ke dalam pasu atau kita semai terus ke dalam pasu.\n\n\nBerdasarkan pengalaman saya, eloklah kita mengikut cara pertama kerana itu lebih terjamin kejayaan penanam kita. Jika kita semai di dalam pasu terus ada kemungkinan sebaik bercambah benih dimakan oleh siput, beluncas atau belalang.\n\n\nKaedah semaian di dalam talam semaian lebih berkesan untuk biji benih sawi.\n\n\nSelain itu, semaian di atas talam semaian membantu kita melihat perkembangan benih dengan lebih dekat berbanding kita menanam terus di dalam pasu. Kita ada kawalan penuh terhadap anak benih sawi disemai.\n\n\nMedia semaian yang biasa saya guna adalah peat moss. Tetapi jika tiada, anda boleh gunakan sabut kelapa hancur (cocopeat). Mana-mana yang mudah untuk anda dapat di tempat anda. Saya tidak menggunakan tanah kerana faktor kebanyakan tanah yang dijual mengandungi kulat yang mampu merosakkan anak benih yang baru bercambah.\n\n\nPeatmoss dan cocopeat biasanya bebas kuman berbahaya untuk anak benih.\n\n\nPenuhkan media semaian di dalam talam semaian. Buat sedikit lubang. Jangan dalam agar benih tidak terlalu tertanam dalam. Bubuh satu hingga dua benih satu lubang. Setelah itu tabur dengan sedikit media semaian lagi.\n\n\nUntuk siraman, anda boleh memilih untuk rendam talam semaian ataupun siram dengan penyembur bertekanan tinggi. Siram sekali sehari sudah memadai. Kita mahu pastikan medium semaian lembab sahaja.\n\n\nBiasanya benih sawi akan bercambah dalam dua hingga tiga hari. Apabila benih sudah bercambah, pastikan kita letak di tempat yang ada cahaya matahari yang cukup. Saya letak di tepi rumah dengan ada atap di atas bagi mengelak hujan. Anak benih akan terkena cahaya matahari di awal pagi. \n\n\nSaya nak terang lebih tentang cahaya ini pun sedikit sukar sebab saya sendiri tidak berada di tempat anda. Apa yang saya boleh katakan, belajar dengan membuat. Cuba dahulu letak benih yang bercambah di tempat yang anda rasakan ada cahaya cukup. Jika benih tumbuh tinggi dan kurus sahaja, tanda kurang cahaya. Ubah dan letak di tempat yang ada cahaya matahari lagi.\n\n\nIni semua tentang kita belajar. Benih yang tumbuh melidi tersebut masih lagi boleh ditanam. Mungkin anda akan dapati ia akan sedikit layu jika terkena terus matahari. Cara pulihkan bibit begini boleh anda ikuti pada tulisan saya ini.\n\n\n\n\nVIDEO: \nCara Semai Benih Sayur Yang Betul\n\n\nPersoalan selalu saya dapat, bilakah masa sesuai untuk pindah setelah benih bercambah? Tunggu sehingga ada empat hingga lima helai daun. Ketika ini akar pokok sudah kuat dan mampu menahan pergerakan yang banyak.\n\n\nJika terlalu awal kita pindah, akar benih mungkin terluka dan seterusnya menyebabkan anak benih mati. Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh baca tulisan saya berkenaan \npindah anak benih sayur ini\n.\n\n\nPenyediaan Pasu atau Bekas\n\n\nSawi sesuai ditanam di dalam pasu bersaiz 30 cm diameter dan tinggi 30 cm. Jika menggunakan polibeg, anda boleh gunakan saiz polibeg 16 inchi x 16 inchi. Polybag lebih besar lebih bagus.\n\n\nCampuran Tanah\n\n\nSawi cukup suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu paling sesuai jika menggunakan campuran tanah yang kaya dengan bahan organik seperti sabut kepala hancur (cocopeat) dan kompos.\n\n\nBoleh guna tanah 3 dalam 1 yang ada dijual di nurseri pokok. Jika ingin gunakan tanah hitam, pastikan anda menggaul tanah hitam tersebut bersama dengan kompos dengan nisbah 2:1 iaitu 2 pek tanah hitam dan 1 pek kompos.\n\n\nSelain itu, boleh gunakan tanah sawit yang dijual.\n\n\nManakala jika anda inginkan cabaran, boleh cuba \nbuat campuran tanah sendiri seperti yang saya ajar di artikel ini\n.\n\n\nPindah Tanam Anak Sawi\n\n\nSetelah cukup empat hingga lima helai daun, kita boleh mula pindahkan anak pokok ke dalam pasu.\n\n\nPindahkan dengan berhati-hati agar akar anak pokok kurang kerosakan. Setelah pindah, letak pasu di tempat redup.\n\n\nHal ini penting agar pokok dapat pulih daripada kejutan pemindahan. Yelah ketika pindah kita telah mengganggu akar pokok. Jadi ia memakan masa sekitar lima hingga sepuluh hari untuk akar pokok pulih.\n\n\nJika selepas proses pemindahan kita letak pasu terus di tempat panas, potensi untuk pokok sawi mati adalah tinggi.\n\n\nSatu pasu sesuai dua hingga lima pokok sawi sahaja. Jika lebih daripada lima sudah dikira padat dan boleh menyebabkan berlaku persaingan antara sawi. Hal ini akan menyebabkan sawi tumbuh kurus dan tidak gemuk seperti di pasar.\n\n\nPenyiraman\n\n\nSawi adalah sayur yang sentiasa perlukan tanah yang lembab. Oleh itu, saya sarankan siram dua kali sehari iaitu di awal pagi dan pada lewat petang.\n\n\nPembajaan\n\n\nUntuk pembajaan, paling bagus untuk kita gunakan baja organik seperti \nkompos \ndan baja tahi ayam. Tabur dalam segenggam sebaik sahaja kita pindah bibit di dalam pasu. Kemudian tabur lagi segenggam dua minggu selepas itu. Cukup 2 kali pembajaan sahaja.\n\n\nJika anda suka guna baja kimia, anda boleh guna \nbaja NPK hijau\n dengan kadar satu sudu makan sebaik sahaja selepas pindah. Kemudian selang dua minggu pula pada kadar yang sama. Cukup 2 kali pembajaan sahaja.\n\n\nPanduan betul menabur baja adalah jauh daripada pangkal pokok. Hal ini kerana baja bersifat panas. Jika terkena pada pangkal anak pokok mungkin boleh membuatkan batang melecur dan seterusnya anak pokok sawi mati.\n\n\nKawalan Serangga Perosak dan Penyakit\n\n\nCabaran sawi adalah pada serangan serangga perosak. Sawi paling digemari oleh pelbagai jenis serangga seperti beluncas, afid, lalat putih, koya dan juga belalang.\n\n\nPaling mudah adalah dengan menyembur \ncuka kayu\n sebagai kawalan pencegahan. Selain itu, sembur juga dengan racun organik. Saya ada tunjuk \ncara membuat racun organik paling ringkas di sini\n. Semburan boleh dijalankan sebanyak seminggu sekali. Jika sudah terkena serangan, tingkatkan kekerapan semburan setiap hari sehinggalah serangan berkurangan atau hilang dan kembali kepada semburan seminggu sekali.\n\n\nTuai Sawi\n\n\nSawi boleh dituai 24-30 hari selepas ditanam di dalam pasu. Cara tuai adalah dengan kita mencabut sawi terus dari pasu. Jika kita menuai dengan memotong sawi dari pangkal, akar sawi perlulah dicabut untuk penanaman seterusnya. Akar sawi tersebut boleh dijadikan sebagai \nsalah satu bahan kompos\n.\n\n\nSepanjang sawi membesar, kita boleh menuai helaian daun sawi mengikut keperluan masakan di dapur. Tidak semestinya kita perlu menunggu sehingga pokok matang barulah tuai. Inilah kelebihan menanam sendiri sawi di rumah. Kita boleh tuai bila bila masa sahaja pada apa-apa peringkat pertumbuhan sawi.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMenanam sawi di dalam pasu tidaklah sesukar mana. Kita mulakan dengan menyemai dahulu di dalam talam semaian. Seterusnya pindah ke dalam pasu yang berisi campuran tanah berkualiti. Penjagaan seperti siraman, pembajaan dan kawalan racun perosak mampu menjadi sawi berkualiti.\n\n\nRujukan\n\n\nsawi\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-sawi-putih-dalam-pasu/", "title": "Cara Tanam Sawi Putih di Dalam Pasu / Polibeg di Rumah", "body": "\n\nSawi putih adalah antara tanaman yang mudah ditanam di dalam pasu. Penjagaannya sama sahaja seperti kita menanam sawi hijau.\n\n\nMaklumat botani\n\n\nNama biasa: Sawi putih,\nNama Inggeris: white bok choy\nNama saintifik: \nBrassica rapa\n L.\nKeluarga: Cruciferae\n\n\nSawi putih mempunyai daun berwarna hijau dan batang berwarna putih. Sebab itulah sawi ini dinamakan sawi putih berbanding sawi hijau atau sawi bunga. Sama seperti saudara dalam keluarga sawi (cruciferae), sayur daun ini adalah tumbuhan semusim yang bermakna akan mati sebaik sahaja berbunga dan mengeluarkan biji benih.\n\n\nNak tahu apa kelebihan belajar botani tumbuhan? Jom baca penerangan saya\n Belajar Istilah Botani Untuk Noob\n.\n\n\nSemai\n\n\nKita boleh memilih untuk menyemai terus biji sawi putih ke dalam pasu atau kita semai dahulu di dalam talam semaian. Mengikut pengalaman saya, elok lah kita semai dahulu dalam talam semaian. Satu lubang dengan 1-2 biji sahaja.\n\n\nPenggunaan talam semaian yang berisi peatmoss lebih mudah untuk semaian biji benih sawi putih.\n\n\nIsi penuh talam semian dengan media semaian seperti peat moss atau sabut kelapa hancur (cocopeat). Kemudian letak 1-2 biji benih. Tabur sedikit lagi media semaian bagi menutupi biji benih. Siram halus agar benih tidak terkeluar. \n\n\nBiasanya sekitar 2-4 hari biji benih akan mula bercambah. Letak talam semaian di tempat ada cahaya matahari. Bibit yang bercambah akan menjadi tumbuh melidi jika kurang cahaya.\n\n\nTunggu sehingga ada 4-5 helai daun sebelum pindah ke dalam pasu.\n\n\nPenyediaan Pasu\n\n\nSawi putih sesuai ditanam di dalam pasu bersaiz 30 cm diameter dan tinggi sekitar 25 cm. Manakala untuk polibeg boleh sekitar 14 inchi x 14 inchi ke atas.\n\n\nPenyediaan pasu ini bukanlah sangat pada saiz pasu. Hal ini kerana jika kita guna botol minuman 500mL pun tetap boleh sawi putih tumbuh dengan bagus. Yang penting adalah pada bahagian menjaga kelembapan campuran tanah.\n\n\nCampuran Tanah\n\n\nSawi putih adalah sayur yang suka dengan tanah kaya dengan bahan organik. Oleh itu eloklah kita membeli tanah campur yang kaya dengan bahan organik seperti tanah sawit atau tanah 3 dalam 1. Semua ini biasanya boleh kita beli di nurseri pokok.\n\n\nJika ingin menggunakan tanah hitam atau tanah bakar yang ada nurseri pokok jual, saya sarankan anda membuat sedikit penambahbaikan atas tanah tersebut. Tanah hitam tidak mengandungi bahan organik yang banyak. Oleh itu eloklah jika kita campurkan dengan kompos.\n\n\nSaya sarankan anda beli vermikompos dan campurkan dengan 2 atau 3 nisbah 1. Contohnya 2 atau 3 pek tanah hitam campur bersama dengan 1 pek kompos. Gaul sehingga semua bahan sebati.\n\n\nJika ingin tahu lebih lanjut berkaitan campuran tanah ini, anda boleh lawati tulisan saya berkaitan \nmembuat campuran tanah sendiri di sini\n.\n\n\nPemindahan anak benih sawi\n\n\nSetelah bekas tanaman dan campuran tanah siap disediakan, sudah masanya untuk memindahkan tanaman. Pastikan anak benih sudah mempunyai 4 hingga helai daun atau berumur 3 minggu selepas bercambah. Boleh baca tulisan saya untuk \nlangkah demi langkah pemindahan anak benih sayur di sini\n.\n\n\n\n\nWaktu terbaik pindah adalah lewat petang selepas asar ketika terik matahari mula turun. Siram dahulu anak benih dengan air sebelum pindah. Pindahkan secara berhati-hati agar akar pokok kurang tercedera.\n\n\nJika menggunakan talam semaian, cucuk di bawah talam semaian dengan lidi satay atau mana-mana batang kecil. Tanam bibit sawi separas dengan tanah.\n\n\nPenjagaan Sawi Putih\n\n\nSawi putih seperti sayur berdaun lain memerlukan tanah yang sentiasa lembab. Oleh itu pastikan siraman dibuat dua kali sehari.\n\n\nSawi putih adalah sayur yang suka baja organik seperti kompos dan tahi ayam. Baja seminggu selepas pemindahan dilakukan. Dua minggu kemudian kita boleh baja lagi. Kuantiti paling sesuai adalah segenggam se pasu setiap kali pembajaan dibuat.\n\n\nJika anda sukakan baja kimia, anda boleh gunakan \nbaja NPK hijau\n dengan kadar satu sudu makan (3-5g) sekali pembajaan. Ini bermula dengan seminggu selepas tanam dan dua minggu selepas tanam.\n\n\nUntuk kawalan serangga perosak dan penyakit, saya sarankan kita gunakan \ncuka kayu\n dan \nracun organik buatan sendiri\n. Hal ini mampu mencegah tanaman kita daripada diserang serangga seperti lalat putih dan koya.\n\n\nTuai Sawi Putih\n\n\nSawi putih boleh dituai apabila mencecah umur 24-30 hari. Kita boleh tuai terus dengan menarik pokok dari tanah atau memotong pada pangkalnya.\n\n\nUntuk jualan, saya biasa lihat petani menuai sekali akar. Selepas tuai mereka akan merendam sawi putih di dalam air bagi memastikan kesegarannya terjamin sehingga sampai ke tangan pembeli.\n\n\nVideo\n\n\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=OcLfCIT0q4A\nVideo can\u2019t be loaded because JavaScript is disabled: \nMagtanim At Magharvest Ng Pechay After 24 Days I Plant And Harvest Pechay Within 24 Days (https://www.youtube.com/watch?v=OcLfCIT0q4A)\n\n\nPanduan video menanam sawi putih dalam bahasa tagalog.\n\n\nKesimpulan\n\n\nSawi putih adalah antara sayur berdaun yang senang ditanam di dalam pasu.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-sayur-cekur-manis/", "title": "Cara Tanam Cekur Manis dalam Pasu", "body": "\n\nCekur manis adalah sayuran yang sedap dimakan. Penjagaan cekur manis tidaklah sukar apabila ia mula tumbuh. Yang penting kekalkan pembajaan dan cantasan berkala.\n\n\nBiasanya orang kita memasak bahagian pucuk dan daun muda.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: Cekur manis, pucuk manis, sayur manis, asin-asin, katuk (Indonesia)\nNama Inggeris: \nSweat leaf bush\nNama saintifik: \nSauropus androgynous\n \nKeluarga: Euphorbiacea\n\n\nCekur manis mempunnyai batang keras dan boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi. Daun cekur manis berwarna hijau.\n\n\nPenyediaan Pasu\n\n\nPasu bersaiz 30 cm tinggi dan 30 cm lebar sudah memadai untuk tanam pokok cekur manis ini. Sementara itu jika anda ingin menanam di dalam polibeg, saiz yang saya sarankan adalah 20 inci x 20 inci ke atas.\n\n\nMengikut pengalaman saya, saiz polibeg 16 x 16 inci tidak berapa sesuai kerana akar pokok akan cepat memenuhi pasu.\n\n\nCampuran Tanah\n\n\nBagi menghasilkan pokok cekur manis yang sentiasa subur, campuran tanah perlulah kaya dengan bahan organik. Hal ini bersangkut-paut dengan kelestarian tanaman untuk berada dalam pasu.\n\n\nAnda boleh dapatkan tanah 3 dalam 1 ataupun menggunakan tanah hitam atau tanah bakar. Jika gunakan tanah hitam atau tanah bakar, pastikan anda membuat campuran dengan kompos pada nisbah 2:1.\n\n\nUntuk faham lebih lanjut tentang ini, anda boleh membaca penulisan saya tentang kaedah \nmembuat sendiri campuran tanah di sini\n..\n\n\nPembiakan\n\n\nPokok cekur manis boleh dibiakkan melalui dua cara iaitu semaian biji benih dan keratan batang. Lazimnya cara kedua lebih digemari oleh pekebun kerana kadar kemenjadian yang tinggi dan pokok akan cepat boleh dituai.\n\n\nCara pembiakan keratan batang adalah dengan memotong batang diameter 1 cm hingga 3 cm dengan panjang 20 cm hingga 30 cm. Biasanya batang ini berwarna perang dan keras. Batang yang berwarna hijau masih lembut dan tidak sesuai untuk dibuat semaian.\n\n\nSetelah melakukan pemotongan, boleh terus buat semaian ke dalam pasu. Jika tidak, rendam keratan batang di dalam bekas berisi air yang menutup 5-10 cm keratan dari bawah. Saya lebih suka membuat terus penanaman kerana tidak perlu tunggu sehingga akar tumbuh di bahagian bawah batang. Hal ini kerana saya suka memudahkan kerja.\n\n\nJika penanaman di ladang, biasanya mereka akan menyemai dahulu keratan di dalam polybag bersaiz 6 x 7 inci. Untuk penanaman di rumah, kita semai terus sahaja di dalam pasu. Lagipun peratus kemenjadian adalah tinggi.\n\n\nCucuk terus keratan batang dengan dalam satu per tiga panjang batang. Contohnya jika panjang keratan adalah 30 cm, 10 cm di dalam tanah manakala 20 cm lagi di atas permukaan tanah. Yang ini boleh kita agak agak sahaja. Tidak perlu lah sampai mengambil pembaris dan ukur. Gunakan kecekapan mata anda dalam menilai, boleh?\n\n\nSatu pasu boleh kita semai dalam 2-3 keratan. Jangan lebih kerana ini akan membuatkan daun dan pucuk yang terhasil nanti kecil. \n\n\n\n\nSetelah cucuk, padatkan sedikit tanah sekitar pangkal batang dengan menekan menggunakan tangan. Hal ini bagi memastikan keratan betul melekat dengan tanah agar sumber air terus membekalkan pada keratan.\n\n\nSiram setelah semua selesai. Letak pasu di tempat redup agar tidak terkena terus cahaya matahari. Kita perlu pastikan keratan batang tidak kering.\n\n\nPenjagaan\n\n\nPada awal penanaman, paling penting untuk kita menjaga kelembapan tanah dalam pasu. Siram keratan setiap hari agar tanah sentiasa lembab.\n\n\nPembajaan\n\n\nJika kita menanam di atas tanah, penjagaan cekur manis ini tidaklah rumit. Namun jika di dalam pasu, kita perlukan sedikit usaha yang lebih berbanding di atas tanah terutama dari segi pembajaan.\n\n\nKit perlu sentiasa memberi baja setiap 2 minggu yang mana jika tanam di atas tanah boleh sebulan sekali.\n\n\nCukup untuk hanya membaja tahi ayam pada kadar satu genggam setiap 2 minggu sekali. Bubuh baja di hujung pasu dan elak terkena pada pangkal pokok. Apa-apa baja ada sifat panas.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nCekur manis jarang diserang perosak dan penyakit.\n\n\nTuai\n\n\nSetelah 40 hingga 60 hari, pokok cekur manis mula menampakkan pucuk. Pucuk cekur manis boleh kita tuai setelah 3 bulan kita tanam.\n\n\nAgar kita sentiasa mendapat pucuk yang berkualiti, cantas setiap 6 bulan batang cekur manis sehingga 1 meter dari pangkal.\n\n\nPemasuan Semula\n\n\nSetelah pokok berumur setahun lebih akan tiba masanya untuk kita membuat pemasuan semula. Antara tanda perlu pemasuan semula adalah apabila akar mula keluar di bontot pasu, daun kekuningan walaupun air dan baja diberi berkala dan pokok mula tidak produktif (terbantut).\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://myagri.com.my/2015/09/siri-herba-malaysia-cekur-manis/\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-sayur-dalam-botol-plastik/", "title": "Panduan Lengkap Cara Tanam Sayur Dalam Botol Plastik Terbuang", "body": "\n\nMenanam sayur boleh dimana-mana asalkan ada kemahuan. Selain pasu plastik, kita boleh menanam di dalam botol plastik minuman.\n\n\nHal ini dapat menjimatkan kos kita dari segi membeli pasu.\n\n\nKesesuaian Isipadu Botol Plastik\n\n\nPenanaman di dalam botol plastik diukur dengan jumlah isipadu di dalam dan bukan ukuran cm atau m. Isipadu diukur dengan mL dan L.\n\n\nKadang kita mesti terfikir isipadu apa paling sesuai untuk setiap tanaman? Saya sediakan satu senarai lengkap untuk menjadi rujukan anda.\n\n\nIsipadu Botol\nJenis Tanaman\n500 mL\nSayuran berdaun seperti kangkung (4), sawi (1), bayam (3), kailan (1), pakchoi (1), lobak (1), \n1.5 L\nSayuran berdaun seperti kangkung (4), sawi (1), bayam (3), kailan (1), pakchoi (1), lobak (1), \n5 L\nSayuran berdaun seperti kangkung (4), sawi (1), bayam (3), kailan (1), pakchoi (1), lobak (1), \n10 L\nSayuran berdaun seperti kangkung (4), sawi (1), bayam (3), kailan (1), pakchoi (1), lobak (1), \nSayuran buah seperti cili (1), tomato (1), terung (1), bendi (1),\n\n\nUntuk botol 500 mL \u2013 5 L itu beza adalah dari segi kemampuan untuk air bertahan. Bermaksud beberapa kekerapan sehari perlu disiram. Asasnya, lagi kecil botol, lagi cepat media kering.\n\n\nBahan:\n\n\nBotol plastik \nMedia campuran tanah\n\n\nAlat:\n\n\nPisau pemotong\nPemutar skru bunga\nDapur gas / lilin\n\n\nCara:\n\n\nPotong kepala botol\nBasuh dalam botol. Jika guna botol minyak, basuh sehingga minyak hilang.\nPanaskan pemutar skru dengan dapur gas\nTebuk sekitar di sisi botol plastik dalam 5-10 cm tinggi\nSiap\n\n\nPada awalnya saya ingin mencadangkan menggunakan gerudi. Tapi apabila fikir balik, saya yakin tidak semua orang ada gerudi di rumah. Jadi paling mudah adalah guna pemutar skru dan dapur gas. Kedua-dua ini pastinya ada di rumah. Jika tiada pun, masih boleh beli di kedai dengan harga yang berpatutan.\n\n\nKetahanan\n\n\nKalau kita lihat di tempat pembuangan sampah, botol plastik adalah antara buangan yang sukar untuk mereput.\n\n\nJadi kalau kita berkebun, pastinya sukar untuk mereput juga. Botol plastik boleh bertahan lama.\n\n\nAdakah Semua Botol Plastik Sesuai?\n\n\nSemua botol plastik yang boleh menyimpan media boleh kita gunakan. Terutama botol plastik bekas simpan makanan.\n\n\nWalaupun begitu, bekas bukan makanan seperti botol pencuci kain atau pinggan tidak sesuai digunakan untuk menanam sayur makanan.\n\n\nSaya sarankan hanya untuk tanaman hiasan sahaja. Hal ini kerana kita tidak mahu sayuran kita dicemari dengan bahan kimia berbahaya daripada bekas tersebut. Hatta kita telah cuci dengan bersih tidak bermakna bahan kimia itu tiada.\n\n\nLalu berhati-hati semasa membuat pemilihan botol.\n\n\nMasalah\n\n\nLumut muncul di keliling botol plastik. Hal ini boleh kita atasi dengan\n\n\nRekabentuk\n\n\nTerdapat pelbagai cara botol boleh kita potong.\n\n\nMenegak\n\n\nKaedah ini paling ramai orang gunakan. Sesuai untuk semua jenis sayur\n\n\n\n\nMelintang\n\n\nSelain kaedah menegak, kita juga boleh potong secara melintang. Botol begini lebih sesuai untuk tanaman sayuran. Hal ini kerana ketinggian tanah yang cetek. Sesuai untuk sayuran akar pendek.\n\n\nSiraman Sendiri (Autopot)\n\n\nJika kita kreatif, kita boleh membuat botol yang jenis menyerap. Potong 2/3 botol dari atas. Kemudian terbalikkan. Di sini kita perlukan benda yang boleh menyerap seperti kain atau pun tali mop. Mana-mana yang mudah kita dapatkan.\n\n\nJadi kita hanya perlu tambah air tatkala air di botol mula kurang.\n\n\nHidroponik\n\n\nHidroponik adalah sebuah sistem penanaman tanpa tanah. Kita boleh buat seperti autopot tadi. Cuma kita tidak gunakan tanah. Kita gunakan sabut kepala hancur (cocopeat) atau sekam bakar sebagai media tanaman.\n\n\n\n\nRumusan\n\n\nSaya berharap anda mendapat manfaat dari penulisan artikel saya ini.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-sayur-dalam-pasu/", "title": "Cara Tanam Sayur dalam Pasu, Sesuai Untuk Sesiapa Baru Nak Mula", "body": "\n\nTiada tanah lapang di rumah tidak lah bermakna kita tidak boleh berkebun. Alternatif yang paling bagus adalah berkebun menggunakan apa-apa bekas seperti pasu, polybag, ataupun botol plastik. \n\n\nBerkebun guna pasu amat sesuai bagi sesiapa yang tiada kawasan yang luas untuk menanam. Tidak kira kita tinggal di rumah teres mahupun aparment. Yang penting ada semangat untuk berkebun!\n\n\nPaling mudah nak mula adalah dengan membeli pasu, tanah campur, baja dan biji benih. Itu sahaja sudah memadai untuk bermula. Selesai. Eh banyak itu sahaja? Usah risau. Daripada 4 bahan itu sahaja boleh saya terang lanjut\n\n\nBekas \u2013 Pasu, Botol, Polybag\n\n\nSaya gabungkan terus cara penanaman menggunakan pasu, botol dan polibeg dalam satu artikel. Sebab konsep menanam tiga-tiga bekas ini sama sahaja iaitu menanam dalam bekas. Kenapa saya perlu membazir masa mengulang benda yang sama untuk tiga artikel berlainan.\n\n\nPertama tentukan kita hendak menanam menggunakan bekas apa. Adakah kita ini jenis yang mahukan kekemasan dan ada bajet untuk beli pasu? Atau kita ini adalah jenis yang suka buat sendiri. Atau tak kisah asalkan bercucuk tanam.\n\n\nBagi yang suka kekemasan dan tidak ada masa untuk mencari botol, eloklah beli pasu di nurseri tanaman ataupun kedai Eco RM2.20. Di sana pelbagai saiz pasu ada dijual. Hanya perlu pilih mana yang berkenan. Dan kalau ingin menanam sayur, tentunya saya akan sarankan beli pasu paling besar dijual di kedai Eco.\n\n\nKalau tiada kedai Eco berdekatan, cuba cari di pasaraya berdekatan. Kebanyakan pasaraya ada seksyen berkebun. Oh ya, kedai Mr DIY juga ada menjual pasu. Pilih saiz 30cm diameter dan ketinggian sekitar 30cm juga.\n\n\nBagi yang ingin menanam dalam botol, boleh mula mengumpul botol mineral 1.5L. Saya tak sarankan botol 500 mL kerana saiz terlalu kecil dan mungkin akan mendatangkan masalah kemudian hari. Kejap lagi saya cerita nanti kenapa saya tak galakkan. Teruskan membaca.\n\n\nPolibeg adalah plastik hitam tebal yang berlubang. Kebanyakan nurseri tanaman menggunakan ini untuk tanaman mereka. Antara faktornya adalah harga murah. Biasa polybag ini dijual dalam kilogram.\n\n\nUntuk bercucuk tanam dalam bekas, saiz polibeg 12 x 12 inci ke atas sudah memadai.\n\n\n\n\nPerkara pertama yang perlu kita perlu ambil perhatian adalah di mana lokasi pasu kita ingin berkebun. Di mana tempat kita hendak meletakkan pasu dan bekas tanaman kita. Adalah lebih baik jika kita letak pada tempat yang ada cahaya matahari seperti di tepi tingkap dan di tepi bangunan.\n\n\nCahaya matahari pagi adalah paling bagus untuk tumbuhan. Jika tempat kita tinggal itu hanya ada cahaya di antara waktu pagi atau petang, pilihlah di waktu petang.\n\n\nSayuran berdaun seperti kangkung, sawi, dan bayam memerlukan sekurang-kurangnya 4-6 jam cahaya penuh untuk hidup subur. Pokok buah dan bunga memerlukan cahaya 6-8 jam sehari.\n\n\nSebab itulah lokasi memainkan peranan penting.\n\n\n\n\nJangan lupa, letak pasu di tempat yang mudah kita lihat. Ini agar sentiasa memotivasikan kita untuk terus berkebun.\n\n\n2. Jenis Tanaman\n\n\nKita juga perlu tahu jenis tanaman apa yang hendak kita tanam di dalam bekas. Lain tanaman lain penjagaannya. Untuk pemula, saya cadangkan kita menanam kangkung, bayam dan sawi kerana tanaman ini sangat senang tumbuh dan dijaga. Cuba tanam dahulu di dalam bekas dan lihat perkembangannya di lokasi yang telah kita pilih.\n\n\nKangkung antara tanaman paling mudah ditanam di dalam pasu.\n\n\nKemudian apabila sudah menuai tanaman tersebut, boleh cuba dengan tanaman lain. Mulakan sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. Apa yang penting? \u2013 Pengalaman.\n\n\n3. Pengairan\n\n\nRamai yang ingat tanam menggunakan bekas tidak membuat sistem pengairan yang baik. Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman. Pengairan bermaksud air siraman diserap oleh pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman.\n\n\nKebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan dengan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas dan seterusnya boleh menyebabkan kematian pokok. Pastikan setiap bekas yang kita gunakan mempunyai lubang pengairan dibawahnya agar air siraman yang lebih boleh mengalir keluar dari pasu.\n\n\nIngat! Kita tidak tanam pokok air tetapi kita tanam pokok darat. Tentunya air hanya secukupnya memadai.\n\n\n4. Baja\n\n\nPembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan nutrien tetapi di dalam bekas tidak. Oleh itu selalulah bekalkan baja seperti kompos, baja sebatian ataupun baja tahi ayam kepada tanaman kita. Kalau boleh, selang selikan dengan baja kimia jika kita lihat kesannya lambat.\n\n\nPembajaan boleh dilakukan dua minggu sekali ataupun sebulan sekali bergantung kepada jenis baja yang kita guna. Jika saya guna kompos sebagai baja akan saya bubuh seminggu sekali. Dan hanya pada hari Sabtu atau Ahad sahaja saya akan membaja. Penetapan hari untuk membaja akan memudahkan saya untuk tahu jadual pembajaan yang bagus.\n\n\n5. Media tanaman\n\n\nMedia di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang boleh kita gunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar ataupun kompos sebagai media dalam pasu kita. Untuk penanaman pasu, lebih elok kita guna media yang tidak berat seperti kompos. Campuran kompos dan tanah atas (\ntop soil\n) sangat disarankan. Di samping kompos boleh menjadi baja, ia juga bertindak sebagai media yang bagus untuk penanaman pokok kita seperti tanaman\u00a0sayur. Ringan adalah kunci utama untuk penanaman dalam pasu.\n\n\nBACA >>> \nCampuran Tanah Terbaik Untuk Pasu\n\n\n6. Penyiraman\n\n\nTerdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman. Terdapat beberapa inovasi yang boleh kita gunakan untuk menyiram secara automatik. Jika ada duit lebih, boleh kita \nupgrade\n menggunakan sistem titisan berasaskan sistem fertigasi. Tetapi jika ingin jimat kos, guna sahaja siraman automatik menggunakan bahan terbuang.\n\n\nBACA >>> \nSiraman Automatik Dengan Botol Plastik\n\n\nKesimpulan\n\n\nDengan mengetahui 6 perkara asas ini, anda tentunya sudah boleh mula berkebun dengan pasu di rumah. Jangan tunggu lama-lama untuk mula berkebun. Teruskan sahaja dengan apa ada di tangan.\n\n\nJika anda ada komen atau pandangan, jangan lupa untuk tinggalkan jejak di bawah. Sama-sama kita bincangkan.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-sayur-di-rumah-flat/", "title": "16 Tip Berkesan Untuk Mula Tanam Sayur di Rumah Flat", "body": "\n\nTinggal di rumah flat mempunyai cabarannya tersendiri untuk berkebun. Ruang terhad dan kurang cahaya matahari adalah dua faktor utama penjadi penghalang untuk kita mula tanam sayur di rumah flat.\n\n\nDi sini saya kongsikan beberapa tips untuk tanam sayur di apartment atau pun rumah flat.\n\n\n1) Cari Tempat Ada Cahaya\n\n\nCabaran utama tinggal di rumah flat adalah kekurangan cahaya matahari. Hal ini kita tidak dapat buat apa. Terima hakikat bahawa hidup di rumah flat tidak menjaminkan tempat kita bercucuk tanam sentiasa dapat cahaya. \n\n\nApa yang kita boleh buat adalah mencari lokasi di rumah sama ada di balkoni dapur atau hadapan rumah yang ada cahaya pagi atau petang.\n\n\nJika balkoni dapur kita menerima cahaya, ini satu peluang untuk kita berkebun. Cahaya sekitar empat hingga lima jam memadai untuk sayuran berdaun seperti kangkung, sawi, bayam, kailan dan herba. \n\n\nSaya sarankan untuk anda bereksperimen dengan pelbagai jenis tanaman. Baca tips memilih tanaman yang saya terangkan di bawah. Cuba tanam dan lihat macam mana perkembangan pokok. \n\n\nJika benih tumbuh kurus melidi, ini tanda cahaya tidak cukup. Baca tip di bawah berkaitan cahaya tambahan.\n\n\nSaya ada terangkan \njumlah cahaya diperlukan untuk tanaman\n mengikut jenis. Ini sebagai panduan asas kepada kita. Teruskan bereksperimen.\n\n\nSelain itu, perlu kita tahu bahawa sinar matahari akan berubah mengikut kitaran musim. Walaupun kita duduk di negara beriklim khatulistiwa, jangan ingat pancaran cahaya matahari tidak berubah tempat. Hal ini selari dengan perubahan waktu solat dalam Islam. \n\n\n2) Pilih Bekas dan Medium Yang Ringan\n\n\nPilihlah pasu yang ringan dan mudah dibawa. Jangan lah kita nampak jualan murah pasu tanah liat, jadi kita pun ingin pergi memborong. Berhenti sejenak dan fikir dulu. Kalau kita letak pasu tanah liat itu di balkoni. Kemudian nak dijadikan cerita terjatuh. Nak dijadikan cerita lagi ada pula orang bawah tu. Aduh! Pening kepala kita pula selepas itu. Ini ada kaitan dengan tip saya yang terakhir.\n\n\nJadi nasihat saya, beli lah pasu plastik. Serius murah. Kita boleh dapatkan terus di kedai RM2. Sekarang kedai RM2 tumbuh bakkan cendawan. Pelbagai saiz yang ada.\n\n\nNak kreatif? Nah guna lah botol. Botol ni guna botol minuman atau gred makanan. Serius jangan guna botol bekas kimia contohnya botol bekas sabun cuci kain. Kalau untuk tanaman hiasan, mungkin boleh. Tapi untuk sayur? Fikir dua kali.\n\n\nUntuk media pasu, kalau baca penulisan saya berkaitan \nmedia tanaman dalam pasu\n, tentunya saya menyarankan penggunaan pasir sebagai salah satu media tanaman. Tetapi itu jika tanam di rumah atas tanah. Bagaimana pula bagi orang yang bercucuk tanam di rumah atas awan? Pilihan terbaik adalah menggunakan campuran medium yang ringan.\n\n\nAntara bahan yang sering digunakan dalam campuran tanah adalah pasir. Pasir boleh digantikan dengan sekam bakar, perlit ataupun vermikulit.\n\n\nJika ke kedai pertanian atau nurseri pokok, kita pilih media yang ringan. Biasanya tanah campur \n6 in 1\n sesuai.\n\n\n\n\n3) Lapik Pasu\n\n\nLapik pasu ini antara perkara penting. Terutama kita yang tinggal di tingkat atas. Kasihan jiran apabila ada air menitik dari atas. Apatah lagi jika kita ada pasu di hadapan rumah.\n\n\nTambahan lapik pasu mengelakkan air mengalir di atas lantai.\n\n\nWalaupun begitu, silalah keringkan air di lapik takungan itu setiap hari atau dua-tiga kali seminggu. Kita tidak mahu mengundang nyamuk untuk bertelur pula.\n\n\n4) Tanam Secara Bertingkat (Vertikal)\n\n\nTanaman bertingkat dapat mengatasi masalah ruang terhad. Boleh mula beli rak bertingkat untuk letak pasu. Tidak perlulah tinggi. Sekitar 2-3 tingkat memadai. \n\n\nMana nak dapat? Cuba lihat di Shopee atau Lazada. Atau pergilah Tesco. Biasa saya nampak pasaraya ini buat jualan. Harga bermula RM50 sehinggalah RM200.\n\n\nJenis rak ini pilih yang besi. Jangan kayu macam plywood sebab mudah kembung jika terkena air.\n\n\n5) Cahaya tambahan\n\n\nPenggunaan cahaya tambahan boleh digunakan bagi menguatkan tumbusaran pokok. Sekarang kita boleh beli di shopee/lazada cahaya khas untuk tumbuhan.\n\n\nBeli yang jenis LED. Jarak pula tidak boleh lebih 30-45 cm. Sebab semakin jauh cahaya, semakin kuang keamatan cahaya. Apabila kuran keamatan cahaya, maka kuranglah kesan cahaya pada pokok.\n\n\nSebab itu bersyukurlah kita ada cahaya matahari.\n\n\n6) Sayur Sesuai Tanam\n\n\nPertama, cuba yang mudah bagi yang baru nak mula. Itu pesan saya seperti saya pesan di Cara Bermula Berkebun Untuk Newbie. Serius. Jangan pilih yang susah.\n\n\nKedua, pilih sayur yang sesuai. Jika sudah tahu balkoni kita kurang cahaya, cuba lah tanam \ntanaman yang boleh hidup dalam keadaan redup\n.\n\n\n7) Baja Bebas Bau Busuk\n\n\nRumah flat sifatnya dekat dekat. Jika kita menjerit, pastinya jiran mudah mendengar. Apatah lagi jika ada bau busuk yang mampu mengganggu jiran.\n\n\nPilih baja yang sifatnya tidak busuk. Kita boleh memilih baja kimia atau pun baja organik seperti \nkompos \natau tinja haiwan yang telah diproses.\n\n\nTidak sesuai untuk kita buat baja organik yang sifatnya berbau busuk seperti \nbaja rumput\n.\n\n\n8) Hidroponik \u2013 Tanam Tanpa Tanah\n\n\n Kalau tips di atas semua berkisar tentang tanah, ini pula berkaitan tanpa tanah. Hidroponik adalah \nkaedah menanam tanpa tanah\n. Kaedah ini sangat sesuai untuk sesiapa yang tidak mahu rumahnya kotor dengan tanah.\n\n\nBagi yang tiada pengalaman, boleh mulakan dengan \nmenanam salad secara hidroponik\n. Hanya perlukan bekas, span, biji benih, air dan baja hidroponik (baja AB).\n\n\nPeringatan, hidroponik ini boleh mengundang jejentik jika kita tidak tutup betul bekasnya.\n\n\n9) Jaring Kalis Kucing\n\n\nKucing pun boleh jadi masalah. Kucing kita tentunya tidak. Tetapi kucing jiran. Kalau tak jiran, kucing jalanan. Ia berak dan kencing di dalam pasu.\n\n\nPertama, bau serius busuk. Kedua, kencing serius lagi busuk. Ahhh. Geram.\n\n\nAtasi dengan pasang jaring di dalam pasu. Terpaksa la melabur lebih kan? Ye lah kalau orang atas tanah cabarannya mungkin monyet dan babi hutan. Yang kita ini kucing je. Rileks. Boleh kawal lagi.\n\n\nBerbau? Cuba sembur dengan cecair EM. EM atau \neffective microorganisms\n ini boleh kita \nbuat sendiri\n atau beli. EM adalah mikrob baik yang mampu menghilangkan bau busuk seperti najis atau sampah. Kalau tiada masa buat, nah beli je \ncuka kayu saya jual\n. Guna sikit, tapi kesan, masya-Allah lega di hati.\n\n\n10) Siraman automatik\n\n\nMengaku sahajalah bahawa kita berkebun ini ikut musim (atau lebih dikenali mood). Biasalah mood ini ada turun, ada naik. Kadang ada mood nak siram. Kadang tu balik kerja penat sangat. Tak terlayan pokok. Nak siram pun macam malas.\n\n\nIni belum masuk lagi masa cuti raya atau cuti sekolah anak-anak. Tak keruan nak tinggal pokok di rumah.\n\n\nJadi eloklah kita amalkan sistem siraman automatik. Sama ada kita guna \nbotol-botol plastik \natau pun kita gunakan pemasa yang boleh dipasang terus ke paip.\n\n\n11) Bina Kebun Komuniti\n\n\nJika sukar sangat untuk berkebun di rumah, apa kata bina kebun komuniti? Saya yakin ada ruang sedikit di sekitar rumah flat kita untuk bina kebun bersama.\n\n\nContohnya Encik Rizal yang berjaya menghidupkan kebun komuniti di Puchong.\n\n\nIni boleh disuarakan di mesyuarat Rukun Tetangga. Paling penting adalah mencari seorang ketua yang mampu menggalas tanggungjawab membina kebun komuniti ini.\n\n\n12) Tuai Buah Awal\n\n\nApabila kita berkebun di luar kawasan contohnya di tingkat bawah, bersedia lah untuk menerima kes buah hilang. Sama ada buah di pokok dicuri atau dikacau oleh budak-budak nakal sekitar rumah.\n\n\nKalau kita tanam betik dalam pasu contohnya. Tuai semasa buah masih hijau lagi. Agak-agak hendak tukar jadi warna kuning, kita tuai. Peram. Jika tidak nanti kita akan menyesal.\n\n\n14) Dapatkan Kebenaran oleh Pengurusan Apartment\n\n\nPihak pengurusan ada sebab untuk tidak membenarkan penduduk rumah flat berkebun di kaki lima. Antara sebabnya adalah jika berlaku kebakaran, pasu-pasu di kaki lima akan mengganggu proses menyelamatkan diri dan mangsa.\n\n\n15) Kemas\n\n\nBerkebun tidak semestinya perlu kotor dan bersepah. Selepas menyiram pastikan sisa air yang keluar dari bontot pasu tidak mengotorkan lantai. Atasi dengan meletak lapik di bawah pasu.\n\n\nSusun pasu agar tampak kemas dan teratur. Bukan sahaja sedap mata memandang untuk kita malahan jiran pun suka. \n\n\n16) Sedekah\n\n\nRezeki hasil tuaian itu eloklah kita sedekah sesama jiran. Tak termakan punya untuk kita sekeluarga.\n\n\nLagi banyak kita sedekah, lagi banyak rezeki kita akan dapat, insya-Allah.\n\n\n17) Racun Organik\n\n\nWalaupun tinggal di atas angin, tetap serangga perosak seperti bena boleh datang mengganggu pokok kita. Serangga ini datang sama ada melalui bahan tanaman yang kita bawa ataupun dari angin yang bertiup.\n\n\nAtasi dengan\n buat sendiri racun organik\n.\n\n\nKesimpulan\n\n\nMasalah ruang terhad dan cahaya matahari di apartment boleh diselesaikan jika kita kreatif. Yang penting kita ada kemahuan untuk jadikan berkebun di rumah flat ini satu kenyataan.\n\n\nRujukan\n\n\n \nhttps://www.thespruce.com/tips-for-starting-a-balcony-garden-847801\n \n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-serai/", "title": "Cara Tanam Serai dalam Pasu (Semai sampai Tuai)", "body": "\n\nSerai adalah tanaman yang mudah ditanam sama ada di atas tanah atau di dalam pasu. Dahulu, saya ingat serai hanya boleh ditanam di atas tanah. Tetapi rupanya serai boleh juga ditanam di dalam pasu. Hal ini membuka ruang kepada sesiapa yang tinggal di kawasan bandar untuk cuba menanam serai.\n\n\nTerdapat dua jenis serai yang biasa ditanam di Malaysia iaitu serai makan dan serai wangi. Pada artikel ini saya akan tunjuk cara menanam serai makan.\n\n\nSerai makan ini pula ada terbahagi kepada dua jenis iaitu serai makan biasa dan serai makan paha ayam. Perbezaan utama adalah pada saiz di mana serai paha ayam lebih besar berbanding serai biasa.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama: Serai\nNama Inggeris: \nNama botani:\n\n\nSerai adalah tumbuhan herba yang tidak mempunyai batang keras. Serai berakar serabut dan tidak dalam akarnya.\n\n\nKeperluan Tanah Campur\n\n\nSerai suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Kita boleh gunakan tanah campur yang dijual di nurseri pokok sebagai permulaan untuk menanam. Jika inginkan cabaran, saya sarankan untuk anda mencuba membuat campuran tanah sendiri. Boleh rujuk artikel campuran tanah yang telah saya tulis ini.\n\n\nSaiz Pasu\n\n\nWalaupun serai tidak mempunyai akar yang panjang, tetapi serai mendapat manfaat dengan saiz pasu yang besar. Oleh itu saiz minimum pasu adalah tinggi 30 cm dengan diameter 30 cm ke atas. Jika polibeg pula, minimum 16 x 16 inci.\n\n\nSaiz pasu yang kecil akan memberi kesan apabila serai mula membesar. Kita akan perlu lebih kerap menyiram dan ini mungkin menyusahkan. Sebab itu saya sarankan saiz yang besar untuk pengurusan kemudian hari.\n\n\nBenih Serai\n\n\nTerdapat dua cara untuk kita mendapatkan benih serai. Pertama adalah dengan membeli serai di pasar. Kemudian potong daun serai sehingga tinggal batang kerasnya sahaja. Himpunkan serai satu rumpun dengan jumlah dua hingga tiga serai satu rumpun.\n\n\nSatu lagi cara adalah dengan menggunakan pangkal serai. Pernah viral cara menanam ini tetapi bagi saya, cara ini menghasilkan serai yang lambat dituai. Eloklah kita guna cara pertama.\n\n\nPenanaman Serai\n\n\nSetelah kita sediakan pasu dan tanah yang sesuai, sudah masanya untuk menaman. Dalam satu pasu, masukkan 2-3 batang serai yang telah kita beli dari pasar. Tanam pangkal serai di dalam pasu sekitar 5-10 cm dalam.\n\n\nSiram setiap hari agar tanah sentiasa lembab.\n\n\nBiasanya serai akan mengambil masa 7 hingga 10 hari untuk mula menampakkan rupa seperti kemunculan pucuk baharu.\n\n\nPembajaan\n\n\nDari segi pembajaan, serai cukup suka baja organik. Anda boleh bubuh baja organik seperti tahi ayam atau kompos. Bubuh 5-10 cm jauh daripada pangkal. Dos sekitar 1-2 sudu makan 2 minggu sekali.\n\n\n\n\nKawalan Serangga Perosak dan Penyakit\n\n\nSerai jarang diserang perosak dan penyakit. Malahan serai adalah salah satu tanaman yang berfungsi sebagai tanaman penghalau.\n\n\nTuai\n\n\nSerai boleh dituai sekitar 3 bulan selepas penanaman. Walaupun begitu, kita tidak perlu menuai semua serai yang ada. Kita boleh tuai serai ikut keperluan.\n\n\nNamun, setelah 5 bulan penanaman, anda akan dapati serai tidak lagi menghasilkan serai yang banyak. Hal ini kerana tanah telah padat dengan akar pokok serai. Oleh itu terpaksa juga tuai semua serai yang ada dan buat penanaman baharu.\n\n\nUntuk itu, bagi membolehkan kita sentiasa mendapat bekalan serai berterusan di rumah, eloklah menaman serai dalam 3 pasu berlainan. Pada bulan pertama, kita semai serai pada pasu 1. Pada bulan kedua, semai lagi pada pasu 2, dan pada bulan ketiga semai lagi serai pada pasu 3.\n\n\nHal ini akan membolehkan kita mendapat bekalan serai yang berterusan.\n\n\nRujukan\n\n\ns\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-strawberi-tanah-rendah/", "title": "Panduan Cara Tanam Strawberry Tanah Rendah (Daerah Panas) dalam Pasu", "body": "\n\nApabila disebut tentang strawberi pastinya akan kita terbayang buah ini dalam pasu tergantung dijual di Cameron Highland, Malaysia. Kalau pertama kali pergi ke sana mesti akan pulang dengan sebekas strawberi. Persoalannya, adakah strawberi dapat ditanam di tanah rendah selain Tanah Tinggi Cameron? Tentunya boleh!\n\n\nSaya sendiri telah berjaya menanam dan merasa hasil buah strawberi di tanah rendah. Walhal tempat saya tinggal bukanlah di tempat yang bercuaca dingin seperti di Cameron.\n\n\nMari kita belajar cara penanaman strawberi di tanah rendah.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama: Strawberi, stoberi / Strawberry\nNama saintifik / botani: \nFragaria \u00d7 ananassa\n\n\nStrawberi adalah tumbuhan herba (berbatang lembut). Nama asal strawberi adalah kerana dahulunya tumbuh di celah-celah jerami (straw) padi. Pokok strawberi mempunyai kitaran hidup jenis saka. Bermakna pokok strawberi hidup lebih dari setahun. Walaupun begitu, sekitar 1-2 tahun sahaja umur produktif dalam menghasilkan buah yang banyak.\n\n\nTerdapat pelbagai varieti strawberi. Semuanya boleh ditanam di Malaysia. Ya boleh tiada masalah.\n\n\nIni antara varieti yang saya rekomen untuk pemula yang baharu ingin menanam:\n\n\nAlbion (\nbeli sini\n) \u2013 buah besar dan sedikit manis\nJapanese Sweet Charlie (JSC) (\nbeli sini\n) \u2013 buah kecil dan manis berbanding albion\nFestival (\nbeli sini\n) \u2013 buah sederhana besar dan sedikit manis berbanding albion\nRoyal 60 (\nbeli sini\n) \u2013 buah sederhana besar dan kurang manis berbanding albion\n\n\nEmpat varieti ini mudah ditanam dan dijaga. \n\n\nSaiz Pasu\n\n\nPerkara pertama untuk kita tentukan adalah saiz pasu yang sesuai. Pokok strawberi tidak memerlukan saiz pasu yang besar untuk tumbuh. Cukup sekadar pasu setinggi 20cm dengan diameter 15-30 cm. Jika lebih daripada itu bagi saya hanya akan berlaku pembaziran.\n\n\nMedia Tanaman\n\n\nPokok strawberi suka tanah kaya dengan bahan organik dan tidak bergenang. Bergenang di sini bermaksud tidak menakung air yang banyak. Jika kita siram, air dapat turun dengan bagus tanpa tersekat lama di dalam pasu.\n\n\nSaya suka membuat campuran tanah sendiri. Saya campur tanah atas, sekam bakar, sabut kelapa hancur dan vermikompos. Semua pada nisbah 2 tanah atas, 1 sekam bakar, 1 sabut kelapa hancur dan 1 vermikompos. Campuran tanah ini membolehkan air mengalir dengan bagus dan tinggi dengan bahan organik.\n\n\nJika anda tiada masa untuk membuat campuran tanah, eloklah beli tanah campur tiga dalam satu atau enam dalam satu (\nboleh beli sini\n). Mengikut pemerhatian saya tanah campuran tersebut tetap bagus untuk strawberi. Jadi cubalah guna dahulu. Tak cuba, tak tahu.\n\n\nLokasi\n\n\nSeperti pokok buah yang lain, strawberi memerlukan cahaya penuh agar dapat mengeluarkan buah yang besar dan sihat. Jika tanam di sekitar rumah, saya sarankan anda letak pasu strawberi anda di tempat yang banyak cahaya matahari. Boleh jadi di tepi rumah atau pun di hadapan rumah. Mana-mana tempat yang anda lihat matahari sentiasa memancar pagi dan petang.\n\n\nOh ya, pokok strawberi tidak tahan kerap terkena hujan. Saya letak di tepi rumah. Cukuplah sekadar terkena tempias hujan. Jika kena air hujan terus, mungkin akan ada masalah pada akar dan daun strawberi. Nanti saya bincangkan di bahagian perosak dan penyakit.\n\n\nJika nak tanam di tempat yang terbuka, seeloknya dibina bumbung yang ringkas. Cukup sekadar mengurangkan kadar terkena hujan pada pokok. Ramai peminat pokok strawberi ini menggunakan bumbung plastik UV lutsinar (\nbeli sini\n).\n\n\n\n\nWalaupun begitu, saya faham ada di antara kita ini bukanlah mudah untuk buat sendiri rumah untuk pokok strawberi tersayang kita. Saya cadangkan anda beli sahaja ready made greenhouse. Sampai sahaja di rumah boleh dah kita pasang sendiri. Saya ada jumpa \norang jual di sini\n. Cubalah.\n\n\nPembajaan\n\n\nVermikompos adalah baja yang bagus bagi menggalakkan pertumbuhan akar pokok. Sebab itu saya berikan berkala iaitu dua minggu sekali. Hanya segenggam (30-50g) memadai untuk satu pasu. Mana nak dapat baja vermikompos berkualiti? Saya sarankan anda \nbeli di sini\n.\n\n\nJika di Cameron Highland, petani di sana menggunakan baja fertigasi (baja AB) dengan media tanaman sabut kelapa hancur. Kita boleh guna dengan membuat siraman baja AB tiga kali seminggu. Mana nak beli baja AB? \nBoleh dapatkan di sini\n.\n\n\nPaling bagus kita buat dua gabungan antara organik dan kimia. Ya \nbaja AB adalah baja kimia\n. Tiada masalah guna baja kimia. Boleh rujuk \npenulisan saya tentang ini\n. Apabila digabungkan baja AB dan baja vermikompos, lihatlah kesan yang menakjubkan ini.\n\n\nBuah strawberi yang saya tuai sendiri. Kesan guna baja vermikompos.\n\n\nPenyiraman\n\n\nPokok strawberi tidak suka tanah yang terlalu lembab. Oleh itu eloklah siram sekali sehari memadai. Ketika menyiram, pastikan air siraman kuran atau tidak terkena langsung pada daun. Jika daun terlalu lembab, maka akan mengundang penyakit.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nPokok strawberi mudah diserang kutu daun, koya dan kepinding putih. Terutama jika kekurangan baja diberikan. Rawatan pertama adalah berikan baja yang cukup kepada pokok strawberi kita. Saya sangat sarankan guna baja vermikompos. Pengalaman saya menunjukkan pokok strawberi dapat hidup lama apabila baja vermikompos diberikan.\n\n\nRawatan kedua adalah dengan membuat semburan racun organik berkala. Seminggu sekali sembur dengan semburan semambu (\nbeli sini\n) dan cuka kayu (\nbeli sini\n). Ikut pada dos yang disyorkan. Jika serangan teruk, barulah sembur selama tiga hari berturut-turut. Selepas itu lihat sama ada serangan berkurangan atau tidak.\n\n\nIngat, rawatan organik tindakannya tidaklah sepantas racun kimia. Namun ia selamat untuk dimakan hasil tuaian nanti.\n\n\nBurung, tupai, siput babi dan lintah cukup suka memakan buah strawberi. Jika lambat tuai kita akan nampak buah strawberi rosak akibat dimakan oleh haiwan perosak ini. Siput babi dan lintah boleh dikawal dengan racun siputox (\nbeli sini\n).\n\n\nUntuk penyakit pula biasanya antraknos rajin menyerang daun strawberi. Hal ini terjadi apabila keadaan sekeliling terlalu lembab. Seperti saya nyatakan sebelum ini, pokok strawberi agak sensitif dengan air hujan. JIka kerap terkena air hujan akan menyebabkan daun bertompok merah. Itu tanda kulat antraknos menyerang.\n\n\nRawatan adalah dengan menyembur racun kulat organik. Untuk kawalan boleh sembur EM1 sejurus hujan tamat.\n\n\nPembiakan\n\n\nTerdapat dua kaedah untuk pembiakan strawberi. Pertama adalah dengan biji benih. Biji benih strawberi terletak di luar buah. Ya, bintik-bintik hitam di luar buah itu adalah biji benih. Kita boleh cungkil dan semai benih tersebut.\n\n\nStrawberi yang dihasilkan daripada biji benih mengambil masa 6 bulan untuk mula mengeluarkan bunga.\n\n\nKaedah kedua pula adalah dengan sulur. Sulur adalah bahagian pokok strawberi yang seakan batang yang menjalar. Daripada sulur ini akan terbentuk anak pokok. Kelebihan adalah anak pokok daripada sulur boleh mula mengeluarkan bunga seawal 3 bulan selepas ditanam. Cepat berbanding biji benih.\n\n\nIkut pengalaman saya, satu pokok strawberi mampu menghasilkan sepuluh hingga dua puluh anak pokok dalam masa 4 bulan. Berbaloi untuk beli pokok strawberi. Beli satu sahaja sudah dapat 10 anak pokok dalam masa sebulan. Asalkan penjagaan seperti saya tulis di atas.\n\n\nPokok strawberi menghasilkan sulur yang banyak.\n\n\nPembungaan dan buah\n\n\nStrawberi mula mengeluarkan bunga sekitar 3 bulan selepas penanaman, jika cukup baja dan cahaya. Jika bunga keluar awal, mohon untuk pangkas dan buang. Biar dalam masa 3 bulan ini pokok fokus pada pembesaran akar. Apabila akar kuat barulah buah besar.\n\n\nSatu jambak bunga biarkan sekitar 3-4 buah sahaja. Yang lain petik dan buang sebaik sahaja nampak putik buah. Satu pokok strawberi biarkan sekitar 6-8 buah sahaja pada satu-satu masa. Jika terlalu banyak, buah yang terhasil adalah kecil.\n\n\nPokok strawberi akan terus mengeluarkan buah sepanjang tempoh hidupnya. Pastikan baja dan air mencukupi, insya-Allah sentiasa ada buah untuk dituai.\n\n\nBuah boleh dituai sebaik sahaja keseluruhan buah berwarna merah.\n\n\nRumusan\n\n\nTuntasnya pokok strawberi boleh ditanam di tanah rendah. Pastikan air, cahaya dan baja cukup, insya-Allah akan mudah berbunga dan berbuah.\n\n\nRujukan:\n\n\nBuku strawberi\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-tembikai-susu/", "title": "Belajar Cara Tanam Tembikai Susu (Rock Melon) dalam Pasu (Semai sampai Tuai)", "body": "\n\nTembikai susu atau melon adalah antara buah yang sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Cara penanaman buah ini tidak lah sesukar mana. Boleh ditanam di atas tanah ataupun di dalam pasu.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: tembikai susu\nNama Inggeris: honeydew\nNama saintifik:\n Cucumis melo\n cv Inodorus\nKeluarga: Cucubirtaceae (keluarga labu)\n\n\nTembikai susu adalah tumbuhan menjalar. Daunnya lebar dan berakar serabut. Batang lembut. Seperti keluarga labu yang lain, tumbuhan ini mempunyai dua jantina bunga pada satu badan. Satu bunga betina dan satu bunga jantan yang digelar sebagai monoecious dalam istilah botani.\n\n\nVarieti\n\n\nTembikai susu mempunyai tekstur isi yang rangup. Terdapat pelbagai varieti tembikai susu yang ditanam di Malaysia. Mari kita kenali satu per satu.\n\n\nSemua varieti yang saya nyatakan ini adalah varieti generasi pertama atau \nF1 (hibrid)\n. Ini bermakna jika kita ingin membuat benih daripada F1 ini sangatlah tidak sesuai. Benih daripada F1 iaitu F2 tidak akan sama seperti induk asal. Mungkin benih F2 ini saiz lebih kecil dan tidak dapat membesar dengan baik. Jadi saya sarankan anda beli sahaja benih ikut pautan diberi.\n\n\nWalaupun begitu, tidak salah untuk anda bereksperimen, bukan? Itulah kelebihan menanam sendiri.\n\n\nHoney dew\n\n\nIni adalah varieti yang kerap kita nampak dijual di pasaraya. Rasanya manis dan rangup. Penanaman buah ini tidaklah sukar. (\nbeli sini\n)\n\n\n\n\n\n\nJade dew\n\n\nSama seperti honey dew. Cuma bentuknya lonjong. (\nbeli sini\n)\n\n\n\n\n\n\nGlamour\n\n\nRasa Glamour lebih manis berbanding honey dew. Rupa luar kasar dan seperti jaring. (\nbeli sini\n)\n\n\n\n\n\n\nRock melon\n\n\nMelon batu ini rasa lebih rangup berbanding sky rocket. Ini antara varieti yang banyak ditanam oleh petani fertigasi. (\nbeli sini\n)\n\n\n\n\n\n\nMelon Madu\n\n\nSama seperti varieti honey dew, cuma warna di luar adalah kuning. (\nbeli sini\n)\n\n\n\n\n\n\nGolden prize\n\n\nSama seperti Autumn Sweet. Bezanya hanya pada rupanya yang lonjong. (\nbeli sini\n)\n\n\n\n\n\n\nJenis Tanah\n\n\nPokok tembikai susu menyukai tanah yang kaya dengan bahan organik tetapi tidak suka tanah yang bergenang. Bagaimana ingin tahu tanah kita bergenang atau tidak? Senang sahaja. Perhatikan keadaan tanah selepas hujan. Jika ada menakung air, tandanya tidak sesuai untuk menanam tembikai susu.\n\n\nHal ini kerana tanah yang bergenang akan menyebabkan akar pokok tembikai mudah rosak.\n\n\nSemaian\n\n\nAnda boleh terus menyemai benih tembikai susu ke dalam tanah atau pasu untuk mula menanam. Tetapi paling bagus kalau disemai dahulu di dalam bekas semaian. Boleh jadi dalam talam semaian ataupun cawan kecil berisi media semaian.\n\n\n\n\nDi sini ingin saya tekankan pentingnya menggunakan media semaian yang betul. Jika salah, anak benih yang keluar mungkin akan dijangkiti penyakit. Saya sarankan gunakan peatmoss (\nbeli sini\n). Peatmoss memang terkenal sebagai media semaian yang berkualiti untuk semua jenis semaian.\n\n\nAdakah perlu rendam benih dahulu dalam air? Saya tidak mengamalkan kaedah ini kerana bagi saya benih di dalam media semaian yang lembab akan sendiri menyerap air. Kenapa perlu buat kerja dua kali?\n\n\nTanam benih sekitar 3-5 cm di dalam media semaian. Siram lembut setiap hari sehingga benih bercambah iaitu sekitar 3-7 hari.\n\n\nSetelah benih bercambah, tunggu sekitar dua hingga tiga minggu sebelum dipindahkan ke atas tanah atau ke dalam pasu.\n\n\nPenanaman dalam Pasu\n\n\nJika anda ingin menanam dalam pasu, pertama pilih saiz pasu yang sesuai. Untuk tembikai susu, cukup pasu saiz 35 cm diameter dengan ketinggian 40cm ke atas.\n\n\nManakala untuk medium pasu, anda boleh belajar buat sendiri seperti yang saya tunjukkan dalam cara buat campuran tanah atau jika tiada masa eloklah beli tanah campur berkualiti (\nbeli sini\n).\n\n\nMerayap atau menegak?\n\n\nUntuk hasil yang bagus dan jimat kawasan, eloklah melon ini ditanam secara menegak. Biarkan ia memanjat ke atas. Jadi eloklah letak di tepi pagar atau kita pasang pancang untuk melon ini memanjat.\n\n\nWalaupun begitu, jika ingin dibiarkan tumbuh merayap pun tiada masalah. Tetap melon boleh menjadi.\n\n\nPenyiraman\n\n\nTembikai susu suka tanah yang lembab tetapi bukan bergenang. Oleh itu cukup sekadar siram 2-3 kali sehari tergantung kepada cuaca. Jika cuaca biasa, siram 2 kali sehari memadai. Jika cuaca panas, siramlah 3 kali sehari termasuk tengah hari. Ya tiada masalah untuk menyiram di waktu tengah hari.\n\n\nPembajaan\n\n\nTembikai susu suka baja organik. Anda boleh gunakan kompos atau lebih baik vermikompos (\nbeli sini\n). Vermikompos adalah baja tahi cacing yang tinggi kebaikan pada tanaman. Dua minggu segenggam memadai. Korek dan gaulkan bersama tanah untuk kesan maksimum. Siram selepas pembajaan dibuat.\n\n\nUntuk baja kimia pula, gunakan baja NPK biru 12:12:17 yang berkualiti tinggi (\nbeli sini\n). Jika guna kualiti rendah, mungkin nilai nutrien dalam baja itu tidak sama seperti yang ditunjukkan. Bukan apa, baja dari China tidak sama kualitinya seperti baja dari Australia.\n\n\nPemberian baja buah secara kimia ini boleh dibuat dua minggu sekali dengan kadar satu sudu makan.\n\n\nPendebungaan\n\n\nTembikai susu mempunyai dua jenis bunga iaitu bunga betina dan bunga jantan. Biasanya agen pendebunga seperti lebah, kelulut atau rama-rama akan mengenemukan debunga jantan ke pistil. Tetapi untuk dapatkan buah yang betul bulat, biasanya pekebun akan membuat pendebungaan sendiri. Kira menjadi tok kadi ke atas tanaman mereka.\n\n\nMudah sahaja. Petik bunga jantan dan lagakan pada bunga betina yang sedang kembang mekar. Cukup sekadar 3-5 saat.\n\n\nBagaimana nak tahu jadi atau tidak? Tunggu dalam masa 3-5 hari apabila bunga betina mula menguncup. Jika bunga betina tidak gugur, maka anda berjaya sebagai tok kadi!\n\n\nPembuahan\n\n\nUntuk mendapatkan berat buah sekitar 1-2kg / buah, satu pokok biarkan sekitar satu hingga dua putik buah sahaja. Selebihnya buang bunga betina dan jantan. Biar pokok dapat fokus pemberian baja pada buah yang telah menjadi. Jangan sayang buang bunga sebab jika tidak buah yang terhasil akan kecil.\n\n\nJika ada lebih daripada dua buah satu pokok,\n\n\nAda pekebun yang membuang pucuk pada daun ke empat selepas putik buah. Katanya bagi pokok dapat menyalurkan baja pada buah. Anda boleh cuba kaedah ini.\n\n\nApabila saiz buah sebesar bola tenis, anda boleh mula mengikat buah ke atas agar buah tidak jatuh. Boleh gunakan jaring buah (\nbeli sini\n) untuk memudahkan kerja anda.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nPokok tembikai ini mudah diserang perosak seperti kutu daun, bena, kepinding putih dan koya. Cara terbaik untuk kawal serangan serangga ini adalah dengan menyembur racun organik semambu (\nbeli sini\n). Ekstrak semambu mempunyai bahan aktif yang mampu merencat nafsu makan serangga. Seterusnya menyebabkan mereka mati kelaparan walaupun makanan di hadapan.\n\n\nCukup sekadar semburan seminggu sekali sebagai kawalan.\n\n\nJika telah diserang, laksanakan semburan tiga kali seminggu.\n\n\nBagi penyakit pula, tembikai susu mudah diserang oleh kulapuk downy. Biasanya petani akan menanam varieti yang rintang penyakit berdebu ini. Untuk kawalan organik, sembur dengan EM1 (\nbeli sini\n). Fungsi EM1 adalah bagi mengawal populasi kulat kulapuk ini agar tidak merosakkan pokok. Banyak manfaat EM ini yang boleh anda baca dalam \nManfaat EM1\n.\n\n\nSelain itu kuatkan daya ketahanan pokok dengan menyembur cuka kayu (\nbeli sini\n). Mengikut kajian di Thailand, \ncuka kayu\n terbukti mengandungi bahan yang mampu meningkatkan ketahanan pokok terhadap perosak dan penyakit. Semburan 2 kali seminggu sudah memadai.\n\n\nTuai\n\n\nTempoh tuaian adalah berbeza untuk setiap varieti tembikai susu. Ada yang sehingga 60 hari selepas tanam, ada yang 70 hari bahkan ada yang 80 hari. Jadi perlulah kita membaca pada pek benih tentang tempoh matang buah.\n\n\nRumusan\n\n\nTembikai susu mempunyai pelbagai varieti. Boleh mula menanam dengan honeydew dan cabar diri seterusnya dengan varieti lebih sukar seperti rock melon.\n\n\nRujukan\n\n\nJabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (1999). Pakej Teknologi Tembikai.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-terung/", "title": "Panduan Cara Tanam Terung di dalam Pasu (Semai Sampai Tuai)", "body": "\n\nTerung adalah antara makanan yang popular di Malaysia. Penanaman terung tidaklah rumit seperti \npokok cili\n jika kita tahu cara menanam yang betul. \n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: Terung unggu, terung bulat, terung India\nNama Inggeris: Brinjal, eggplant, aubergine\nNama saintifik: \nSolanum melongena L.\nKeluarga: Solanaceae\n\n\nTerung adalah tumbuhan renek yang mempunyai kitaran hidup tahunan. Ini bermakna pokok terung hidup lebih daripada setahun berbanding sawi, kangkung ataupun bayam.\n\n\nTumbuhan daripada keluarga Solanaceae atau nightshade ini adalah adik beradik kepada cili, tomato dan kentang. Ini bermaksud mereka berkongsi perosak dan penyakit yang hampir sama.\n\n\nSemaian benih\n\n\nCara semai benih terung adalah sama seperti cili. Elok kita menyemai dahulu di atas dulang semaian berbanding menyemai terus di atas batas. Hal ini kerana di atas dulang semaian, penjagaan rapi dan teliti boleh kita buat berbanding menanam terus di atas tanah.\n\n\nSediakan bekas semaian dan bubuh medium semaian yang sesuai seperti peatmoss atau sabut kelapa hancur. Saya suka guna dua bahan ini kerana mempunyai kadar serapan air dan kelembapan yang bagus. Selain itu peatmoss bebas daripada kulat berbahaya yang mampu merosakkan anak benih yang baru bercambah.\n\n\nTanah campur yang kita gunakan mungkin tidak sesuai untuk semaian kerana mengandungi pelbagai bakteria yang berbahaya yang mampu merosakkan percambahan anak benih.\n\n\n\n\nAnak benih terung yang mati akibat serangan penyakit lecuh benih. Hal ini terjadi kerana media semaian yang digunakan tidak bebas kuman berbahaya. (foto: \nHaziq Mahmur\n)\n\n\nBiasanya benih terung mengambil masa sekitar 4-7 hari untuk bercambah. Setelah itu sekitar 15-20 hari untuk sedia dipindahkan ke dalam pasu lebih besar.\n\n\nPenyediaan Pasu / Polybag\n\n\nTerung memang sesuai ditanam di dalam pasu. Saiz sesuai adalah diamter 30cm dengan ketinggian 25 cm. Manakala untuk polibeg, boleh gunakan saiz 16 inci x 16 inci ke atas. \n\n\nSaiz pasu yang lebih besar akan mengurangkan kerja kita untuk menyiram pada kemudian hari nanti.\n\n\nTanah Campur\n\n\nMedium tanaman yang sesuai adalah medium yang kaya dengan bahan organik. Oleh itu eloklah jika tanah campur yang kita gunakan itu mempunyai kadar bahan organik yang banyak. Saya tidak sarankan untuk kita guna tanah bakar sampah atau tanah di sekitar rumah kita.\n\n\nLebih baik kalau kita beli sahaja tanah campur di nurseri pokok seperti tanah 3 dalam 1. Jika hendak gunakan tanah hitam, perlu dibuat campuran dengan baja kompos seperti vermikompos dengan nisbah 3:1. Iaitu 3 pek tanah hitam dan 1 pek vermikompos. Gaul sebati dan barulah dimasukkan ke dalam pasu.\n\n\nJika anda ingin tahu lebih lanjut, boleh dapatkan maklumat berkaitan \nbuat sendiri resipi tanah campur yang bagus untuk pekebun di sini\n.\n\n\nPindah Tanam Anak Terung\n\n\nSetelah anak pokok yang bercambah berumur 3 minggu tiba masanya untuk anda membuat pemindahan ke dalam pasu (istilah ini dinamakan \ntransplanting \ndalam Inggeris). Jangan terlalu lama di dalam dulang semaian atau nanti anak pokok akan terbantut.\n\n\nKetika berumur 3 minggu, kita akan dapat lihat terdapat 4-7 helai daun sebenar pada anak pokok terung. Sewaktu ini lah akar anak pokok telah berada dalam keadaan bagus. Hal ini membolehkan anak pokok cepat pulih sebaik sahaja kita membuat pemindahan.\n\n\n\n\nJika anda menggunakan dulang semaian, hanya perlu cucuk di bahagian bawah lubang semaian untuk mengeluarkan anak pokok terung. Tanam biar separas dengan tanah.\n\n\nSatu pasu / polibeg sesuai untuk satu anak pokok sahaja. Jika lebih akan berlaku persaingan seterusnya menyebabkan pokok tumbuh kecil dan buah tidak berapa banyak.\n\n\nHabis sahaja pemindahan, boleh letak satu genggam baja kompos sekeliling anak pokok dengan jarak 5-10 cm. Siram.\n\n\nLetak dua pancang kayu dan jaring hitam bagi mengurangkan kejutan pemindahan ini. Biarkan selama 1 minggu agar akar anak pokok pulih. Setelah itu bolehlah anda mengalihkan jaring hitam.\n\n\nPenyiraman\n\n\nPokok terung memerlukan tanah yang sentiasa lembab agar tumbuhan subur. Oleh itu siram dua kali sehari di awal pagi dan lewat petang. Jika tengah hari pun kita sudah nampak tanah semacam kering, boleh siram. Kata kunci di sini adalah memastikan tanah sentiasa lembab. Walaupun begitu, jangan terlebih siram.\n\n\nPenanda pasu telah cukup siraman adalah dengan melihat pada air yang mengalir di bawah bontot pasu. Itu tanda air telah cukup menyerap di dalam pasu.\n\n\nPembajaan\n\n\nPokok terung cukup suka akan baja organik seperti kompos dan vermikompos. Kunci utama pembajaan biarlah sedikit tetapi istiqamah. Saya sarankan dua minggu sekali berikan baja vermikompos yang berkualiti dalam segenggam. Tabur keliling pokok dan jangan bagi terkena pada pangkal.\n\n\nApa-apa baja pun sifatnya panas. Jika terkena pangkal mungkin boleh menyebabkan pangkal pokok melecur dan seterusnya mati.\n\n\nSelain baja organik, anda boleh gunakan baja NPK biru sebagai baja utama. Baja NPK biru mengandungi kandungan 12-12-17 iaitu 12 peratus nitrogen, 12 peratus fosforus dan 17 peratus kalium. Kadar kalium yang tinggi ini mampu menggalakkan pengeluaran bunga dan buah yang elok untuk pokok terung. Tabur dalam 1 sudu makan baja buah ini setiap 2 minggu.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nWalaupun pokok terung tidaklah serumit penjagaan seperti cili, namun tetap kita perlu mengawal serangan serangga perosak. Antara yang kerap menyerang adalah kumbang seakan ladybird. Walhal kumbang ini bukanlah ladybird!\n\n\nLarva kumbang ini akan memakan daun dan menyebab daun menjadi rongak. Apabila daun rongak, maka pokok akan kurang membuat fotosintesis. Ini seterusnya membantut tumbesaran dan penghasilan buah oleh pokok.\n\n\nKawal serangga ini dengan semburan racun organik. Anda boleh membeli racun organik atau \nbelajar buat sendiri racun organik di sini\n.\n\n\nTuai\n\n\nPokok terung akan mula berbunga setelah 60 hari bercambah jika cukup air, baja dan cahaya. Selepas berlaku pendebungaan lengkap, maka putik buah pula akan mengambil masa sekitar 15 hari untuk sedia dituai. Jumlah keseluruhan adalah 75 hari kita mula menuai buah pertama terung.\n\n\nJangan tunggu terlalu lama untuk tuai! Agak agak saiz sudah cukup untuk dimakan, terus anda boleh tuai dengan memotong pada tangkainya. Lebih pantas anda tuai, lebih banyak bunga yang bakal terhasil oleh pokok terung. Maka akan lebih banyak buah terung!\n\n\nJika terlambat tuai, buah terung akan banyak serat dan keras untuk dimakan.\n\n\n\n\nTuai buah terung pada tangkai agar pokok sentiasa mengeluarkan bunga baharu.\n\n\nPastikan pembajaan dibuat seperti yang saya nyatakan pada bahagian pembajaan agar terung sentiasa mengeluarkan buah untuk kita tuai.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://www.almanac.com/plant/eggplants\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-timun/", "title": "Cara Tanam Timun di dalam Pasu (Awal sampai Tuai)", "body": "\n\nTimun adalah tumbuhan menjalar yang boleh ditanam di dalam pasu. Timun boleh dimakan segar sebagai ulam, dibuat jeruk, ataupun dimasak dalam masakan, sememangnya memberi rasa yang segar dan unik pada lidah yang merasa. Salah satu ahli keluarga botani dengan melon, timun berasal dari India yang kemudiannya berkembang biak ke Tanah Melayu.\n\n\nTimun mengandungi asid kafeik dan vitamin C serta sumber molibdenum, vitamin A, serat dan folate dalam diet pemakanan kita. Kandungan silika dalam timun bagus untuk kulit dan telah digunakan dalam kosmetik ratusan tahun untuk memberi kelembutan pada kulit terutama pada keliling mata.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: Timun\nNama Inggeris: Cucumber\nNama saintifk: \nCucumis sativus\nKeluarga: Cucurbitaceae\n\n\nTimun adalah tumbuhan memanjat berbatang lembut dengan kitaran hidup semusim. Ini bermakna timun akan mati setelah cukup mengeluarkan buah.\n\n\nSecara umum, timun terbahagi kepada tiga varieti iaitu biasa dan jeruk. Jenis biasa adalah seperti \ntimun jepun\n\ud83d\uded2 dan \ntimun batu\n\ud83d\uded2. Manakala jenis jeruk adalah \ngerkhin\n\ud83d\uded2 dan \nboston\n\ud83d\uded2 yang mana timun ini khas dibuat jeruk.\n\n\nPenyediaan Pasu dan Tanah Campur\n\n\nTimun sesuai ditanam di dalam \npasu bersaiz 30 cm diameter dan 30 cm tinggi\n\ud83d\uded2. Selain itu, untuk polybag pula, timun sesuai ditanam saiz \npolibeg 16 x 16 inci\n\ud83d\uded2.\n\n\nUntuk campuran tanah, saya akan sarankan untuk anda guna \ntanah campur tiga dalam satu\n\ud83d\uded2. Tanah campur yang tinggi dengan bahan organik membantu tumbesaran timun agar tumbuh subur.\n\n\nAnda boleh gunakan juga \ntanah sawit\n\ud83d\uded2 atau tanah kompos. Jika ingin menggunakan tanah bakar atau tanah hitam, saya cadang anda untuk tambah dengan \nsekam bakar\n\ud83d\uded2, \nsabut kepala hancur (cocopeat)\n\ud83d\uded2 dan \nvermikompos\n\ud83d\uded2. Gaul pada nisbah 2:1:1:1 iaitu 2 tanah hitam, 1 sekam bakar, 1 sabut kelapa, dan 1 vermikompos. Jika ingin tahu \nresipi campuran tanah yang lain, boleh klik sini\n.\n\n\nTimun boleh ditanam guna tanah campur.\n\n\nSemaian\n\n\nTimun ditanam menggunakan biji benih. Kita boleh ambil biji benih timun daripada buah timun yang tua ataupun membeli biji benih timun yang dijual.\n\n\nSaya akan sarankan membeli \nbiji benih timun jenis hibrid F1\n\ud83d\uded2. Timun hibrid mempunyai kualiti yang lebih bagus dari segi kualiti buah, rintang penyakit dan hasil yang banyak.\n\n\nTerdapat dua cara untuk kita menyemai timun. Pertama kita boleh semai dahulu di dalam dulang semaian. Untuk biji timun ini, saya akan sarankan semai pada dulang semaian yang besar seperti \ndulang 32 lubang\n\ud83d\uded2. Hal ini agar biji benih timun dapat tumbuh dengan baik.\n\n\nManakala kaedah kedua adalah kita menyemai terus ke dalam pasu. Semasa semaian terus ke dalam pasu ini perlulah kita meletakkan lindungan kerana anak benih timun sangat mudah diserang perosak seperti siput dan ulat bulu. Lindungan mudah sahaja dengan kita menggunakan botol minuman 500 mL yang dipotong dua. Gunakan bahagian atas botol minuman itu untuk menutup di atas pasu.\n\n\nBoleh guna bekas botol untuk melidungi tanaman kita di peringkat awal. (\nkredit foto\n)\n\n\nBiji benih timun atau bibit akan bercambah sekitar lapan hingga sepuluh hari. Sebaik bercambah, anak benih memerlukan cahaya matahari secukupnya. Jika tidak, ia akan tumbuh melidi dan lambat mengeluarkan daun sebenar.\n\n\nPindah Tanam\n\n\nUntuk semaian dulang, boleh tunggu sehingga timun mengeluarkan 4-5 helai daun sebenar iaitu sekitar tiga minggu selepas bibit bercambah.\n\n\nSeterusnya boleh buat pindah tanam anak pokok ke dalam pasu. Cucuk dengan batang kayu kecil di bawah dulang semaian bagi mengeluarkan anak pokok. Jangan tekan di bahagian tepi kerana nanti ini akan merosakkan dulang semaian.\n\n\n\n\nPaling elok pindah tanam dibuat pada lewat petang agar anak pokok dapat menyesuaikan diri di waktu malam. Namun, jika tidak dapat, tiada masalah. Asalkan selepas pindah letak di tempat redup selama lima hingga tujuh hari.\n\n\nPenjagaan\n\n\nTimun memerlukan tanah yang sentiasa lembab. Pastikan kita sentiasa menyiram awal pagi dan lewat petang agar tanah tidak kering.\n\n\nTanah kering mampu membuatkan bunga timun gugur dan penghasilan buah yang tidak sekata. Bahkan jika kita terlupa siram boleh menyebabkan buah timun rosak.\n\n\nTimun seperti sayur buah yang lain memerlukan cahaya matahari penuh dari awal pagi sampai petang sekurang-kurang enam jam sehari.\n\n\nTiang Sokongan\n\n\nTimun adalah pokok menjalar. Tentunya kita perlu sediakan tiang sokongan untuk menjalar. Biasanya kalau menanam di rumah teres, kita akan biarkan timun memanjat pagar, bukan? Tetapi jika di dalam pasu kita juga boleh guna \npancang bulat\n\ud83d\uded2. Didik timun lilit memusing naik pada pancang bulat.\n\n\nPancang bulat sesuai untuk timun memanjat.\n\n\nPembajaan\n\n\nTimun tidak cerewet dengan pembajaan. Anda boleh memberi baja organik seperti \nvermikompos\n\ud83d\uded2 ataupun baja kimia.\n\n\nJika guna baja organik seperti vermikompos, bubuh segenggam sebaik sahaja benih bercambah. Seterusnya dua minggu sekali dengan kadar yang sama.\n\n\nJika guna baja kimia, mulakan dengan \nbaja NPK hijau\n\ud83d\uded2 untuk 4 minggu awal. Setelah itu tukar kepada \nbaja NPK biru\n\ud83d\uded2 untuk minggu seterusnya. Kadar yang disarankan adalah satu sudu makan dua minggu sekali.\n\n\nKawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nKumbang timun paling suka menyerang timun. Apabila kumbang ini datang, pastinya timun kita akan mula layu dan seterusnya tidak mengeluarkan hasil yang banyak.\n\n\nKumbang ini susah dikawal apabila ia mula menyerang. Paling kurang setakat ini saya berjaya mengawal menggunakan \nracun JAWAR S\n\ud83d\uded2. Racun JAWAR S mengandugi ekstrak minyak mambu yang mampu mengawal lebih 100 jenis serangga perosak. Racun organik menggunakan bawang putih dan cili padi tetap tidak mampu mengawal kumbang timun.\n\n\nKutu daun, kepinding putih dan bena juga suka menyerang pokok timun. Serangga-serangga ini boleh dikawal dengan \nracun organik buatan sendiri\n. Jika mahu lebih berkesan, guna JAWAR S sahaja.\n\n\nPendebungaan\n\n\nTimun menghasilkan dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan bunga betina. Jika kekurangan agen pendebungaan seperti lebah atau kelulut di kebun kita, potensi untuk bunga timun gugur adalah tinggi.\n\n\nJadi bagaimana? Usah risau. Anda boleh membuat pendebungan sendiri. Pada awal pagi sekitar 9 pagi bunga betina mula berkembang. Ketika ini kita boleh jadi tok kadi dengan mengambil bunga jantan temu pada bunga betina. Ini dipanggil pendebungaan manual.\n\n\nTuai\n\n\nSepokok timun mampu menghasilkan sekitar 25 hingga 30 buah timun satu musim. Cara untuk memetik buah timun adalah dengan memotong terus pada tangkai buah. Tuai ketika muda dan jangan biarkan ada buah masak melainkan anda ingin membuat benih. Pokok timun akan cepat mati jika anda biarkan ada buah menua di pokok.\n\n\nLebih banyak anda tuai, akan lebih banyak buah yang terhasil sama seperti pokok cili padi. Jadi rajin rajin lah menuai timun.\n\n\nRujukan\n\n\nSummaries of cucumber beetles\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanam-tomato/", "title": "Cara Tanam Tomato, Ikuti 6 Langkah Mudah Ini", "body": "\n\nTomato adalah buah yang paling banyak diguna dalam masakan. Tentunya ramai teringin menanam tomato dengan jayanya. Penanaman tomato terus-terang saya katakan bahawa susah. Hanya yang terpilih sahaja mampu. Dan tentunya anda orang terpilih kerana belajar menanam tomato daripada saya!\n\n\nSejarah asalnya, tomato bukanlah makanan ketika di bawa ke Eropah. Asal tomato dari Amerika Tengah. Para penjajah Eropah membawa pokok tomato ke Eropah sebagai hiasan. Mereka tidak makan kerana takut tomato beracun. Entah bagaimana akhirnnya tomato menjadi satu makanan yang tersebar luas ke seluruh dunnia selepas itu.\n\n\nMaklumat Botani\n\n\nNama Melayu: Tomato\nNama Inggeris: Tomato\nNama saintifik: \nSolanum lycopersicum\nKeluarga: Solanaceae\n\n\nTomato adalah tumbuhan renek berbatang lembut. Jangka hayat pokok tomato pula adalah semusim. Ini bermakna apabila tomato sudah cukup menghasilkan buah, ia akan mula mati. Biasa jangka hayat tomato sekitar empat hingga enam bulan, tergantung pada varieti.\n\n\nMorfologi pokok tomato. (\nkredit foto\n)\n\n\nTomato adalah antara tanaman yang paling banyak ditanam dan terhasilnya pelbagai varieti yang ada. Ada tomato ceri, tomato besar, tomato bulat bahkan tomato pelbagai warna.\n\n\nJenis Tumbesaran\n\n\nTerdapat dua jenis pertumbuhan tomato iaitu pertumbuhan pasti (determinate growth) dan pertumbuhan tak tentu (indeterminate growth).\n\n\nTomato pertumbuhan pasti adalah tomato yang tumbuh pada ketinggian tertentu kemudian berbunga serentak, berbuah dan seterusnya mati. Biasanya tomato ini adalah jenis renek.\n\n\nManakala tomato pertumbuhan tak tentu adalah jenis tomato yang menghasilkan bunga tidak serentak dan kekal mengeluarkan pucuk baharu. Tomato ini jenis menjalar.\n\n\nKebanyakan biji benih tomato yang dijual di Malaysia adalah jenis pertumbuhan tak tentu. Bahkan tomato yang kita beli di pasar pun jenis pertumbuhan tak tentu.\n\n\nSetelah kit mengetahui asas botani tomato, barulah kita masuk ke langkah-langkah penanamannya.\n\n\nLangkah Satu: Penyediaan Pasu dan Campuran Tanah\n\n\nKita mulakan dengan penyediaan pasu dan campuran tanah khas untuk tomato. Tomato sesuai ditanam di dalam pasu yang besar. Saiz sesuai adalah 30 cm diameter dengan 30 cm tinggi. Manakala \npolibeg saiz 16 x 16 inci\n dan ke atas sesuai untuk penanaman tomato.\n\n\nManakala untuk campuran tanah, eloklah gunakan campuran yang poros dan kaya dengan bahan organik. Tentunya saya akan saran anda beli tanah campuran berkualiti seperti \ntanah tiga dalam satu\n.\n\n\nTanah campur yang dijual di nurseri boleh guna asalkan campuran yang betul.\n\n\nSaya tidak sarankan anda guna tanah hitam mahupun tanah bakar. Jika mahu juga gunakan tanah ini, pastikan anda membuat campuran dengan vermikompos dan sabut kelapa hancur (cocoepat) pada nisbah 2:1:1 iaitu 2 tanah hitam, 1 \nvermikompos\n dan 1 sabut kelapa hancur. Jika mahu tahu lebih lanjut tentang formula ini, boleh rujuk \npenulisan saya ini\n.\n\n\nLangkah Dua: Semaian\n\n\nPenanaman tomato bermula dengan kita menyemai biji benih. Biji benih boleh kita dapat daripada buah tomato yang dibeli di pasar atau pun kita beli secara online. \n\n\nKalau kita lihat betul betul pada paket akan tertulis F1 Hybrid. Hibrid di sini bermaksud biji benih tomato itu adalah jenis gabungan daripada dua induk yang berkualiti. Tomato yang terhasil daripada biji benih F1 lebih berkualiti dengan ada ciri-ciri tahan penyakit dan kurang diserang perosak. Selain itu memberi hasil yang konsisten.\n\n\n\n\nMemang kalau sesiapa untuk kurang stres menanam tomato akan saya sarankan mula menanam tomato dengan paket F1 Hibrid ini. Antara jenama yang saya beli dan memang menjadi adalah \nTomato GWG\n.\n\n\nTomato F1 Hybrid sesuai untuk sesiapa yang baru ingin menanam tomato. (\nbeli sini\n)\n\n\nSetelah mendapatkan biji benih berkualiti, anda boleh melakukan langkah semaian dengan menyemai ke dalam \ndulang semaian\n.\n\n\nPertama isi dulang semaian dengan medium semaian yang steril seperti \npeatmoss \nataupun \nsabut kelapa hancur (cocopeat)\n.\n\n\nKedua, buat sedikit lubang di dalam medium semaian tadi dan masukkan satu biji benih tomato setiap lubang. Biar selesai taruh semua biji benih dalam setiap lubang semaian barulah kita kambus. Hal ini agar kita tidak lupa lubang mana yang telah dimasukkan biji benih.\n\n\nSiram perlahan dulang semaian. Saya sarankan gunakan \nkepala penyiram mudah alih ini\n agar siraman tidak menyebabkan peatmoss terkeluar. Lakukan siraman dua kali sehari. Tidak perlu siram jika peatmoss masih lembab.\n\n\nLetak dulang semaian di tempat ada cahaya matahari. Boleh di tepi tingkap ataupun di tepi rumah. Benih atau bibit tomato akan mula bercambah sekitar lima hingga tujuh hari. Ketika inilah waktu kritikal untuk anak benih mendapat cahaya yang cukup.\n\n\nTujuh hari selepas bibit bercambah, anda boleh mula sembur anak benih tomato dengan \ncuka kayu\n bagi menguatkan ketahanan anak pokok.\n\n\nBiji daripada Buah Tomato\n\n\nBagi yang inginkan cabaran, anda boleh menanam menggunakan biji benih daripada buah tomato yang dibeli.\n\n\nPertama dapatkan buah tomato yang berwarna merah pekat. Belah tomato tersebut dan ekstrak keluar biji benih tomato yang ada. Benih tomato tersorok sekali dengan lendir buah.\n\n\nBab ini paling saya malas. Perlu kita ambil penapis dan tapis sehingga tinggal biji sahaja. Seperti kita tapis makanan.\n\n\nCara kedua pula adalah kita ambil semua biji dan terus semai ke dalam bekas semaian. Biasa bekas semaian saya guna adalah bekas tapis kecil yang berisi dengan \npeatmoss\n.\n\n\nSaya suka menyemai biji benih di atas \ndulang semaian\n. Hal ini kerana pengurusan yang mudah dan cantik di mata. Kalau nak guna sarang telur ayam itu, bukanlah saya. Antara sebabnya adalah nanti apabila basah akan merosakkan dan susah nak angkat. Laburlah beli talam semaian. Setakat ini dulang semaian yang saya pernah beli masih boleh bertahan sehingga 2 tahun lamanya.\n\n\nUntuk dapat idea semaian benih ini, boleh ikut penulisan saya tentang \ncara semai benih dengan betul di sini\n.\n\n\nLangkah Tiga: Pindah Tanam Anak Pokok\n\n\nApabila anak pokok berumur 25 hingga 30 hari, sudah tiba masanya untuk kita pindahkan ke dalam pasu. Satu pasu cukup dengan satu pokok tomato.\n\n\nPemindahan anak pokok tomato sesuai dibuat di waktu lewat petang. Tanam anak pokok sedalam hingga cabang pertama. Hal ini akan menggalakkan pertumbuhan sistem akar yang kuat untuk pokok tomato nanti.\n\n\nA: Tanam anak pokok tomato sedikit dalam sehingga pada cabang pertama. B: Baringkan anak pokok tomato jika batang pokok tomato terlalu panjang.\n\n\nSelepas perpindahan, anda boleh terus membaja anak pokok. Korek sedikit dan bubuh baja dengan jarak 5-10 cm jauh dari pangkal. Siram. Letak \npancang bulat\n terus selepas itu sebagai sokongan.\n\n\nJika pada keesokan harinya anda nampak anak pokok layu, mungkin semasa pindah tanam akar terluka. Untuk itu elok untuk anda lindung anak pokok dengan \njaring hitam\n. Biarkan selama lima hingga tujuh hari sebelum singkir jaring hitam.\n\n\nLangkah Empat: Penjagaan\n\n\nPokok tomato sangat sensitif pada tanah yang kering. Oleh itu pastikan anda siram dua kali sehari. Saya biasa siram menggunakan tong siram yang bagus. Cara untuk kenal pasti betul air sudah menyerap masuk ke dalam pasu adalah dengan kita melihat pada bontot pasu. Apabila air sudah mengalir dari bontot pasu, tandanya air sudah cukup. Jangan terlebih siram atau akan datang masalah penyakit tomato nanti.\n\n\nPastikan pokok tomato anda mendapat cahaya matahari sekurangnya enam jam sehari. Cahaya matahari penting bagi pokok buah terutamanya dalam menghasilkan makanan daripada fotosintesis.\n\n\nPembajaan\n\n\nMenurut bacaan saya, sejak awal tahun 1940an lagi, penjajah Inggeris telah berjaya menanam tomato di Tanah Melayu. Mereka menggunakan baja tahi lembu sahaja walaupun ketika itu telah mula diperkenalkan baja kimia.\n\n\nPokok tomato memberi tindakbalas yang bagus terhadap baja organik terutama baja vermikompos, mengikut pengalaman saya.\n\n\nJika anda nak pertumbuhan dan hasil yang cepat, memang boleh anda gunakan baja kimia sebab itulah kelebihan baja kimia. Pada 4 minggu awal penanaman, gunakan baja NPK hijau dengan kadar 1 sudu makan per 2 minggu. Masuk minggu keenam, beralih pula ke baja NPK biru dengan kadar sama.\n\n\nCantasan\n\n\nMasuk umur 2 minggu selepas tanah di dalam pasu, anda boleh mencubit pucuk tomato bagi menggalakkan lebih banyak cabang keluar. Hal ini kerana lebih banyak cabang, lebih banyak buah tomato yang akan terhasil.\n\n\nPendebungaan\n\n\nJika dalam masa 2 minggu awal setelah kita pindah anak pokok ke dalam pasu adanya keluar bunga tomato, eloklah kita cabut. Bagi pokok fokus dahulu segala nutrien kepada kekuatan akar.\n\n\nBiasanya pada umur 3 minggu, tomato akan mula menampakkan putik bunga. Di sini anda boleh membuat pendebungaan sendiri dengan menjentik sedikit pada bunga tomato di awal pagi sekitar 9-10 am.\n\n\nHal ini bagi menggalakkan pendebungaan berlaku antara bunga jantan dan bunga betina.\n\n\nTiang Sokongan\n\n\nPokok tomato adalah pokok menjalar. Kita boleh biarkan pokok tomato kita menjalar di atas tanah. Atau jika kita ingin lebih kemas dan teratur kita biarkan ia memanjat. Sama ada pada pagar rumah atau gunakan tiang sokongan.\n\n\nTerdapat pelbagai idea pancang yang boleh kita gunakan untuk tomato ini. Tapi bagi saya, \npancang bulat\n adalah paling ideal untuk tomato ditanam di dalam bekas.\n\n\nPancang dengan bulatan memudahkan tomato tumbuh selain daripada kemas dan teratur. (\nbeli sini\n)\n\n\nLangkah Lima: Kawalan Perosak dan Penyakit\n\n\nTomato adalah satu keluarga dengan cili dan terung. Oleh itu mereka mempunyai perosak dan penyakit yang sama.\n\n\nSerangga perosak utama tomato adalah kutu daun (aphid) dan kepinding putih (whiteflies). Kepinding putih menyerang sejak peringkat anak pokok lagi. Senang sahaja nak tahu jika tomato diserang serangga ini. Lihat pada bawah daun sama ada seakan debu putih. Apabila kita lalukan tangan pada daun anak pokok akan ada serangga putih bertebangan.\n\n\nKawalan awal boleh kita buat dengan menyembur racun organik seperti minyak mambu. Minyak mambu mempunyai bahan aktif yang mampu mengawal lebih 100 jenis serangga. Sebab itulah saya sendiri menghasilkan racun organik dengan ekstrak minyak mambu yang \nboleh anda dapatkan di sini\n.\n\n\nSelain itu, cuka kayu juga mampu meningkatkan ketahanan tanaman terhadap serangan perosak dan penyakit. Ikuti penulisan lanjut tentang \nmanfaat cuka kayu terhadapan tanaman di sini\n.\n\n\nMahu cabaran? Anda boleh membuat racun organik sendiri mengguna bahan dari dapur seperti bawang putih dan cili padi sahaja! Ikuti penulisan \nkaedah pembuatan racun organik di sini\n.\n\n\nPernah tak apabila elok sahaja pokok tomato ada bunga tiba-tiba anda dapati pokok layu tanpa sebab. Anda sudah siram, beri baja, letak tempat cukup cahaya matahari tetapi tetap tanaman anda sayang itu layu.\n\n\nMesti terfikir kenapa, bukan? Akar dan batang pokok tomato sangat sensitif pada serangan kulat \nphytophthora\n. Kulat ini \nsedia ada dalam tanah\n dan paling mudah menjangkiti pokok tomato. Sebab itulah di awal langkah penanaman saya sarankan anda membeli biji benih berkualiti. Hal ini sebenarnya untuk mengurangkan peratus serangan kulat jahat ini.\n\n\nSementara itu, anda boleh matikan kulat ini dengan menggoreng tanah campur di dalam tin biskut selama 30 minit sebelum guna tanah campur tersebut untuk penanaman tomato. Tips ini saya dapat sewaktu membaca buku berkebun penjajah Inggeris di Tanah Melayu sekitar zaman 1940an.\n\n\nLangkah Enam: Tuai\n\n\nTempoh untuk tomato menghasilkan buah bermula dari awal percambahan mengambil masa kira-kira 70 hari, tergantung pada varieti.\n\n\nWarna buah tomato adalah hijau semasa muda dan kemerahan apabila mula masak. Kita boleh tuai apabila buah tomato mula menjadi merah. Jangan petik buah tomato dengan tangan. Guna gunting atau pisau untuk potong tangkai tomato.\n\n\nRujukan:\n\n\nhttps://smartpots.com/1747-2/\nhttps://gardenprofessors.com/tomato-planting/\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tanaman-hibrid/", "title": "Betulkah Ada Pokok Hybrid Cepat Berbuah? Ini Penjelasan Pakar", "body": "\n\nRamai bertanya kepada saya meminta penjelasan berkenaan hibrid ini. Terutama apabila isu \npokok buah hybrid\n timbul di media sosial. Jom kita baca penerangan yang saya hasilkan ini.\n\n\nTanaman F1 hybrid\n atau hibrid adalah hasil daripada pendebungaan silang antara dua varieti tumbuhan yang berlainan. Benih daripada proses itu diambil dan ditanam. Tumbuhan yang tumbuh daripada hasil benih pendebungaan silang itu dikatakan \nhibrid\n.\n\n\nApakah Pokok Hibrid?\n\n\nPenghibridan komersial dilakukan bagi mendapatkan beberapa ciri daripada varieti tanaman kepada bibit. Ciri-ciri itu mungkin seperti rintang penyakit, saiz tumbuhan, bunga atau buah, bunga yang banyak, warna, rasa atau mana-mana ciri tumbuhan yang dianggap istimewa. Kebanyakan tumbuhan moden yang dijual di pasaran adalah dalam bentuk hibrid.\n\n\nBagaimana Tanaman Hibrid Terhasil?\n\n\nUntuk penyilangan awal, debunga daripada tumbuhan induk dipindahkan kepada bunga varieti lain. Sebelum itu, pembiakbaka (breeder) perlu membuat keputusan tumbuhan mana yang akan dijadikan sebagai betina (pistil) dan yang mana akan diambil debunganya (stamen, bahagian jantan). Seterusnya barulah stamen dibuang daripada tumbuhan betina supaya ia tidak debunga sendiri. Buah yang terhasil daripada kaedah ini kemudiannya dituai. Biji benih buah itu dikumpulkan.\n\n\nBenih penyilangan kali pertama akan ditanam untuk tahun seterusnya. Tanaman yang tumbuh dinilai. Jika tanaman itu seperti yang pembiakbaka inginkan, persilangan akan dijalankan sekali lagi. Biji benih itu kemudian akan dipasarkan pada tahun berikutnya.\n\n\nNampak mudah, bukan? Namun begitu, aktiviti ini boleh makan masa bertahun lamanya sebelum sesuatu benih hibrid\u00a0dengan ciri-ciri dikehendaki terhasil. Jika pada musim penanaman pertama, pokok hibrid tidak seperti yang pembiakbaka inginkan, mereka terpaksa ulang proses\u00a0ini semula. Bayangkan hasil keringat mereka selama berbulan lamanya yang terpaksa reset ke kosong.\n\n\nJika pembiakbaka berjaya mendapat pemenang hibrid, proses ini terus berlangsung. Biji benih hibrid komersial yang popular, seperti cili \u2018Kulai\u2019 dan \u2018Bara\u2019, perlu penyilangan, penuaian, seterusnya disimpan setiap tahun. Ini disebut sebagai F1 hibrid (generasi pertama) kerana benih terus daripada produk persilangan induk.\n\n\nPembiakbaka yang menghasilkan F1 hibrid ini mempunyai hak \npattern\n terhadap penghasilan itu. Sebab itulah benih F1 hibrid harganya lebih tinggi berbanding benih bukan hibrid. Mereka menjaga proses penghasilan benih hibrid ini dengan teliti.\n\n\nApakah Kelebihan Menanam Benih Hibrid?\n\n\nKejayaan menanam tumbuhan hibrid di kebun lebih tinggi berbanding benih bukan hibrid (atau kata mudahnya tumbuhan daripada pendebungaan terbuka). Tanaman hibrid\u00a0jarang sekali diserang penyakit. Tumbuh sekata dan hasilnya pun boleh dikatakan memuaskan hati pekebun.\n\n\nBolehkah Saya Simpan Benih daripada Tumbuhan Hibrid?\n\n\nOleh sebab ia dibiakkan melalui pendebungaan silang berlainan varieti, benih daripadanya tidak akan menghasilkan benih tulen. Bibit daripada hibrid boleh mempunyai ciri salah satu atau kedua-dua tumbuhan induk atau tumbuh menjadi tanaman yang \u00a0pasti mengejutkan anda. Ini akibat daripada pendebungaan sendiri oleh tanaman hibrid yang menghasilkan F2.\n\n\nKadang benih daripada tanaman hibrid mandul iaitu tidak tumbuh langsung selepas ditanam. Namun begitu, tidak bermakna kita tidak boleh simpan dan bereksperimen. Kita mungkin boleh bergembira jika benih F2 itu menjadi. Terutama tumbuhan F2 itu berlainan sungguh daripada F1.\n\n\nCuma jangan terlalu syok dengan tanaman hibrid itu kerana kita mungkin tidak akan jumpanya lagi pada musim penanaman yang kemudian. Sedih, bukan? Tetapi itulah hakikatnya.\n\n\nSekali Hibrid, Akan Terus Hibrid?\n\n\nAda kemungkinan apabila benih hibrid stabil dan bertukar menjadi tumbuhan pendebungaan terbuka. Untuk ini terjadi, pelbagai kerja perlu dilakukan terutama aktiviti penanaman benih beberapa musim sehingga genetik hibrid itu stabil. Aktiviti ini mungkin memakan masa bertahun-tahun. Tetapi jangan risau untuk tanaman pendebungaan terbuka\u00a0kerana ia telah melalui proses rumit ini. Kita tinggal tanam sahaja.\n\n\nAdakah Pokok Hibrid Tidak Semulajadi?\n\n\nMemang kebanyakan tumbuhan hibrid komersial dikhaskan daripada\u00a0penyilangan. Tetapi tahukah kita penghibridan boleh juga berlaku secara semulajadi. Malahan, proses ini kerap berlaku di alam semulajadi. Contohnya apabila dua pokok terung spesis berlainan tumbuh berdekatan boleh terjadi pendebungaan silang oleh serangga atau angin. Hasilnya benih yang terjatuh di atas tanah menjadi tanaman hibrid.\n\n\nPerlu diketahui bahawa sedikit sahaja bunga dan sayur yang kita tanam hari ini berasal daripada bentuk liar dari hutan.\n\n\n\n\nDi alam semualajadi, hibrid ini proses jadi atau tak jadi sahaja. Manakala hibrid komersial melalui pelbagai kerja renyah dalam menghasilkan ciri benih yang dikehendaki demi pembangunan pertanian dunia.\n\n\nSecara tuntas, boleh saya katakan benih hibrid ini memang ada. Cuma kebanyakan adalah daripada pembiakan melalui biji benih. Apabila ada penjual nurseri menjual pokok buah dikatakan \u2018hibrid\u2019 cuba tanya dia nama apa hibrid tersebut? Jika dia memang tidak dapat jawab, ada potensi si penjual itu menipu. Atapun dia sendiri tertipu oleh pembekal yang menipu dia.\n\n\nAnda hanya akan tahu anda ditipu dengan anak pokok buah hibrid palsu ini hanya selepas tiga tahun tanam. Hasilnya sama sahaja seperti anak pokok buah biasa anda beli di nurseri biasa.\n\n\nSudah baca sampai habis? Ada pandangan atau komen yang ingin disampaikan? Komen di bawah dan sama-sama kita bincangkan.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/ternakan-cacing-vermikompos/", "title": "Panduan Lengkap Vermikompos", "body": "\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Cacing Tanah\n\n\nCacing tanah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu mengikut sifat morfologi dan ekologi. Sifat morfologi adalah sifat bentuk dan rupa cacing tanah tersebut. Manakala untuk penghasilan vermikompos, para saintis mengelaskan cacing tanah mengikut sifat ekologi mereka.\n\n\nPemilihan ini berdasarkan cara hidup cacing tanah (sifat ekologi) tersebut. Sifat ekologi ini dibahagikan kepada tiga sifat iaitu yang hidup di dalam tanah, di atas tanah dan di dalam sisa organik.\n\n\nCacing Anecic\n\n\nKita mulakan dengan sifat cacing tanah yang hidup di dalam tanah yang digelar sebagai spesis anecic. Cacing tanah ini hidup nun di dalam tanah.\n\n\nCacing anecic mengorek secara menegak di dalam tanah. Ia membina terowong kekal sepanjang ia mengorek. Keunikannnya adalah ia dapat mengenal pastil setiap terowong yang dikorek menggunakan muncung mulutnya. Oleh itu ia tidak akan mengganggu terowong cacing atau haiwan lain.\n\n\nCacing anecic mampu mengorek sehingga 2 meter dalam. Ia akan muncul ke permukaan tanah untuk memakan sisa organik dan kembali ke dalam terowong buatan. Kalau kita perhatikan akan ada seperti gumpalan di atas tanah terutama selepas hujan. Ini adalah tahi yang terhasil daripada cacing anecic ketika ia mengorek terowong dan memakan sisa organik.\n\n\nCacing anecic tidak suka terowongnya diganggu. Cacing anecic memerlukan tanah untuk hidup.\n\n\nOleh sebab dua sifat ini membuatkan cacing tanah ini tidak sesuai untuk dijadikan sebagai cacing vermikompos.\n\n\nCacing Endogeic\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/tip-berkebun-di-rumah/", "title": "10 Tips Untuk Berjaya Berkebun di Rumah", "body": "\n\n\t\t\t\tPada hari yang cerah dan nyaman, anda terasa ingin berkebun. Sebelum anda pergi mencangkul dan membuka paket biji benih, apa kata lihat tip-tip ini untuk anda berjaya berkebun.\n\n\nSaya kongsikan berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya sebagai seorang ahli hortikultur (nama glamour tukang kebun. Hehe).\n\n\n1. Pengubahan anak benih (transplanting seedlings)\n\n\nSesetengah biji benih perlu disemai dahulu pada talam semaian sebelum boleh pindah tanam di kebun. Apabila anak benih sudah mengeluarkan 3-5 helai \ndaun sebenar\n, sudah tiba masanya aktiviti pengubahan berlangsung.\n\n\nKetika pengubahan, \u201cJangan pegang batang anak benih kerana batang itu adalah nyawanya,\u201d \u00a0jelas Puan Zaleha Ujang, pegawai pengurus ladang sayur Taman Pertanian Universiti, UPM. Kita perlulah pegang daun anak benih dengan perlahan-lahan tarik, \u201cKerana daun boleh tumbuh semula,\u201d tambah beliau lagi.\n\n\n2. Pengerasan (hardening)\n\n\nPengerasan ialah satu proses penyesuaian anak benih sebelum ia dipindahkan sepenuhnya ke atas batas atau ke dalam pasu lebih sesuai. Pastikan anak benih selesa dengan persekitaran kebun sebelum pindah sepenuhnya. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum pindah ke atas batas letakkan anak benih di kebun dengan jagaan betul. Teduhkan ia dahulu dan kemudian setelah cukup, barulah pindahkan ia sepenuhnya di atas batas.\n\n\n3. Masa penanaman\n\n\nSuasana yang redup dan nyaman adalah waktu yang sesuai untuk pengubahan anak benih dilakukan. Bilakah waktu itu? Paling sesuai di awal pagi ataupun lewat petang. Ini bagi memastikan anak benih tidak kepanasan dan layu dek pancaran cahaya matahari.\n\n\nSiram talam benih atau bekas sehari dan sejam sebelum pindah anak benih ke atas batas.\n\n\n4. Di kebun\n\n\nKetika pengubahan berlangsung, pastikan anak benih berada dalam keadaan teduh. Korek lubang tanaman dahulu. Jika tak dapat tarik anak benih dari talam semaian dengan daunnya, tonggengkan talam semaian dan pegang tanah keliling anak benih atau korek keliling anak benih dan pastikan akar tidak tercedera.\n\n\nTanam setara atau sedikit dalam di tanah seperti mana semasa anak benih di atas bekas semaian. Jika tanah terlalu lembab ia boleh menyebabkan batang reput.\n\n\n\n\nUntuk tomato, tanam dalam lebih dalam. Kajian oleh Pusat Kajian dan Pendidikan Florida mendapati anak benih tomato yang ditanam sehingga ke paras daun sebenar pertamanya berbuah awal dan menghasilkan tomato yang lebih besar dan banyak berbanding tomato yang ditanam melepasi akarnya sahaja.\n\n\nTekan sedikit tanah keliling anak benih agar padat tapi jangan terlalu padat sehinggakan air tidak dapat meresap masuk. Siram setiap anak benih kemudiannya.\n\n\n5. Hari pertama\n\n\nAnak benih memakan masa 2-3 hari atau berminggu sebelum ia menyesuaikan diri di kebun anda. Jika ada daun layu atau batang bengkok menunjukkan itu gejala kejutan pengubahan. Ia berlaku apabila proses pengerasan tak dilakukan dengan betul\u00a0atau cuaca yang ekstrem seperti panas melampau atau hujan lebat.\n\n\nKebanyakan tumbuhan akan kembali pulih beberapa hari kemudian. Untuk itu, pastikan,\n\n\n\n\ntanah sekelilingnya padat supaya tiada gelembung udara yang akan mengeringkan akar pokok. Tekan sekeliling anak benih. Elakkan di pangkal. Biar padat dari tepi.\n\n\nlindungi anak benih dari pancaran terik matahari dan hujan lebat dengan sungkupan. Gunakan seperti pelepah kelapa atau daun besar seperti daun sukun.\n\n\nsiram apabila 3 cm tanah atas mulai kering. Ukur dengan jari anda tentunya. Jangan siram jika ia basah, kerana ia tidak membantu langsung.\n\n\n\n\nDalam buku \nThe New Starters Handbook\n (Rodale, 1988), penulis Nancy Bubel menyarankan agar tunggu sekitar tujuh\u00a0hingga sepuluh\u00a0hari selepas pengubahan sebelum membaja. Anak benih akan mengeluarkan akar yang menyerap makanan setelah itu. Ketika itulah pertumbuhan rancak berlaku. Disarankan untuk menyembur baja foliar, jika ada.\n\n\n\n\n6. Semai terus\n\n\nSelalunya untuk biji benih murah dan mudah didapati di pasaran seperti kangkung, jagung dan bayam. Semai sedikit dahulu di atas batas untuk lihat percambahan. Jika menjadi, barulah semai semua.\n\n\n7. Kedalaman penanaman\n\n\nTanam terlalu dalam, biji benih tak bercambah, manakala tanam terlalu cetek, biji benih hanyut dibawa hujan atau dimakan haiwan.\n\n\nUmumnya, tanam biji benih besar dengan kedalaman 3 kali diameternya (bukan panjang). Biji benih seperti kangkung, jagung, kacang panjang dan timun dikira biji benih besar.\n\n\n\n\nUntuk biji benih halus seperti bayam dan sawi, gaulkannya dengan pasir halus dan tabur di atas batas atau bekas semaian.\n\n\nSesetengah biji benih seperti salad memerlukan cahaya untuk bercambah. Letakkan sedikit pasir halus di atas biji benih atau biarkan sahaja atas tanah atau bekas semaian. Namun pastikan ia melekat pada tanah dengan menekannya sedikit.\n\n\n8. Batas atau tiada batas\n\n\nJika tanah di kebun anda selalu banjir atau berlopak, pembuatan batas adalah amat digalakkan. Jika tak, hanya gemburkan kawasan penanam sudah memadai. Penyediaan batas akan memudahkan pengendalian untuk mengawal rumpai nanti.\n\n\nJika tanam di dalam pasu pula, susun agar kelihatan cantik. Bolehlah kita menunjuk pada jiran kita. Bukan untuk berlagak tetapi agar jiran turut terpesona untuk berkebun bersama. Lebih ramai orang berkebun, lebih meriah.\n\n\n9. Sebelum mula\n\n\nSediakan satu buku khas bagi mencatat jurnal penanaman anda. Ia tidak wajib tapi semestinya ia dapat membantu anda untuk musim penanaman seterusnya.\n\n\nJawab soalan ini. Apakah jenis sayur yang ingin ditanam dan lokasi penanaman\u00a0anda nanti? Ini\u00a0agar memudahkan jadual perancangan penanaman nanti.\n\n\nSila label nama sayur dan tarikh pada penanda. Letakkan pada anak benih selepas pengubahan. Ini akan membantu catatan jurnal anda nanti.\n\n\nJika kasut anda penuh dengan tanah melekat padanya, ia petanda tanah kebun anda terlalu basah untuk aktiviti pengubahan atau semaian terus dilakukan. Tunggu sehingga ia kering.\n\n\n10. Gemburkan kembali\n\n\nTelah beberapa minggu berlalu aktiviti anda menggembur dan membentuk batas di kebun. Tanah kebun anda mungkin telah mengeras dek hujan dan panas matahari yang memancar. Gemburkan ia kembali (juga jangan lupa untuk merumpai). Walaupun begitu cangkul hanya sedikit sahaja kerana jika terlebih gembur akan merosakkan tanah.\n\n\nJika di dalam pasu, sama juga. Gemburkan dengan serampang mini. Cucuk sekitar pokok kita. Jangan dekat dengan pangkal. Takut nanti tercedera batang pokok. Anda pasti akan dapat melihat perbezaan tumbesaran tanaman anda selepas penggemburan dilakukan.\n\n\n\n\nJadi, anda telah mendapat tip-tip yang saya berikan. Apa kata komen anda pula? Pernah cuba tip di atas? Atau mendapat sesuatu yang baharu? Jom kongsikan pandangan anda di bahagian komen. Saya suka membacanya juga!\n\n\n\u00a0\n\n\nsumber\n:\n\n\n\n\nhttp://www.utusan.com.my/utusan/search.asp?stype=kw&Str=tanam+zaleha\n\n\nhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1128&pub=utusan_malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm\n\n\nhttp://www.organicgardening.com/learn-and-grow/secrets-successful-planting\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/ulat-kekek-makan-akar/", "title": "Pokok Layu Tetiba? Mungkin Ulat Kekek Makan Akar", "body": "\n\nPernah tak pokok yang anda tanam dalam pasu tiba-tiba layu di waktu tengah hari sehingga petang? Walhal di awal pagi dan malam elok segar.\n\n\nIni tanda akar pokok anda telah diserang oleh ulat kekek. Ulat kekek adalah larva kumbang yang suka memakan akar pokok. Jika dibiarkan lama, pokok anda boleh mati!\n\n\nTerdapat dua rawatan untuk membasmi ulat ini iaitu menggunakan racun kimia seperti furadan atau \nstarkle G\n. Jika secara organik, anda boleh gunakan racun \nbakteria BT\n.\n\n\nDari mana datang Ulat Kekek?\n\n\nUlat kekek adalah larva kumbang atau anak kumbang. Kumbang akan bertelur di tempat yang kaya dengan bahan organik seperti timbunan kompos separa siap. Kompos adalah baja organik yang sesuai untuk semua tanaman.\n\n\nJika ulat kekek muncul di dalam timbunan kompos yang kita buat, itu tiada masalah. Hal ini kerana ulat kekek bertindak sebagai agen pengurai bahan organik dalam timbunan kompos. Lama-kelamaan bahan organik terurai menjadi baja kompos.\n\n\nNamun di dalam kawasan terhad, ulat kekek akan fokus pada akar pokok sebagai makanan utama. Sebab itu jika kita ingin menggunakan kompos buatan sendiri mestilah kompos yang betul telah matang. Takut ada telur kumbang yang seterusnya akan menetas dan memakan dalam pasu kita.\n\n\nElak Serangan\n\n\nBagaimana cara terbaik untuk elak serangan anak kumbang ini? Pertama, gunakan baja organik bebas daripada telur kumbang dan larva ini.\n\n\nJika guna tanah kompos sawit, pastikan tanah tersebut bebas daripada ulat ini. Antara caranya adalah belek dahulu secara teliti dalam tanah sebelum mula menanam.\n\n\nRawatan Kimia\n\n\nUntuk sesiapa yang ingin kesan yang cepat, boleh gunakan racun furadan atau starkle-G. Tabur sekitar 1-2 sudu makan sekitar pokok dan kemudian siram. Anda boleh lihat kesan dalam masa 2-3 hari selepas diberi racun ini. Pokok akan tidak mula layu dan kembali segar di waktu tengah hari.\n\n\nCuma perlu diberi peringatan. Jika anda guna furadan, terdapat tempoh 3-5 bulan tanaman anda tidak boleh dituai kerana racun ini bersifat sistemik iaitu meresap ke dalam pokok melalui akar. Racun ini akan kekal di dalam pokok selama 3-5 bulan.\n\n\nBoleh rujuk \nartikel tentang bahaya furadan kepada manusia untuk bacaan lanjut anda\n.\n\n\nSama juga untuk racun starkle-G yang bersifat sistemik. Racun berasal dari Thailand ini bertahan di dalam tanaman selama 40-50 hari lamanya. Anda boleh dapatkan \nracun kimia starkle-G di sini\n.\n\n\nJadi untuk menggunakan racun kimia ini perlulah anda fikir 2-3 kali sama ada berbaloi atau tidak untuk makanan anda. Bagi saya ia sesuai untuk tanaman yang tidak kita makan seperti pokok bunga. Jika untuk pokok makan seperti pokok tin, pastikan selama 2 bulan itu tidak kita ambil atau tuai buahnya.\n\n\nRawatan Organik\n\n\nJika anda seperti saya yang suka organik, anda boleh matikan ulat kekek ini dengan bakteria BT atau nama penuhnya \nBacillus thuringiensis\n. \n\n\nBakteria BT ini akan menyerang semua jenis serangga berkulit lembut. Penggunaannya mudah sahaja. Anda hanya perlu larutkan 1g serbuk bakteria BT ke dalam 1L air tanpa klorin. Kacau sehingga sebati. Kemudian siram ke dalam pasu yang disyaki diserang ulat kekek. Lakukan selama 3 hari berturut-turut sehingga anda dapati pokok tidak layu di waktu tengah hari.\n\n\n\n\nAnda boleh \ndapatkan paket bakteria BT di sini\n.\n\n\nRumusan\n\n\nPokok layu tanpa sebab boleh menjadi tanda pokok anda diserang oleh ulat kekek. Lakukan tindakan segera sama ada menggunakan racun kimia seperti \nstarkle-G\n ataupun racun organik seperti \nbakteria BT\n.\n\n\n\n"} {"url": "https://kebunbandar.com/vermikompos-baja-tahi-cacing/", "title": "Cara Membuat Vermikompos (Baja Tahi Cacing) di Rumah", "body": "\n\nVermikompos atau baja tahi cacing tanah ialah baja organik yang terhasil daripada sisa organik yang dimakan oleh cacing tanah\n. Vermikompos sangatlah bagus kerana dapat menambah kesuburan tanah dan pokok, meningkatkan imuniti pokok melawan serangan serangga perosak dan penyakit dan nutrien tersedia yang mudah diserap terus oleh tumbuhan.\n\n\nPembuatan vermikompos di rumah tidaklah susah. Saya akan ceritakan langkah dan cara dalam penulisan kali ini.\n\n\nMari kita rungkai dahulu istilah vermikompos ini agar kita lebih memahami tentangnya. Vermi adalah perkataan Latin yang bermaksud cacing. Manakala kompos adalah baja organik hasil uraian sisa organik.\n\n\nOrang Inggeris menggabungkan dua perkataan tersebut menjadi \nvermicompost \natau terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai \nbaja tahi cacing\n. Jika di Indonesia, mereka memanggilnya sebagai \nkascing\n iaitu terjemahan daripada perkatan \nvermicast\n. Cast di sini bermaksud sisa buangan. \n\n\nVermicast \n= sisa bungan cacing\n\n\nCacing tanah yang digunakan untuk penghasilan vermikompos adalah jenis cacing tanah khas untuk vermikompos yang juga digelar sebagai cacing kompos.\n\n\nKenapa perlu vermikompos? \n\n\nPersoalan ini penting sebelum kita pergi jauh tentang cara membuat vermikompos di rumah kita sendiri.\n\n\nSebuah keluarga dengan 4 ahli menghasilkan 1kg sampah sehari.\n[1]\n Daripada jumlah tersebut, 44% adalah sisa organik.\n[2]\n Sisa dapur itu jika dibuang ke tapak pelupusan sampah akan mengambil masa untuk terurai dek tercampur pelbagai bahan keras lain.\n\n\nKita sebagai pekebun boleh menukarkan sisa tersebut ke dalam bentuk baja yang bagus untuk keluarga kita. Penukaran baja ini bukanlah sukar. Dengan menggunakan cacing kita dapat menukarkan sisa dapur tersebut dengan cepat berbanding kaedah pengkomposan biasa.\n\n\nBoleh dikatakan kita pekebun rumah mampu mendapat baja percuma setiap hari hasil daripada sisa dapur kita sahaja. Kita mampu menjimatkan sebanyak 15% kos kebun kita setiap bulan.\n\n\nJika penjimatan bukanlah tujuan utama anda, tentunya dengan mengetahui kebaikan vermikompos akan menambah semangat anda untuk menghasilkan sendiri baja bagus ini.\n\n\nKebaikan dan Kelemahan Baja Vermikompos\n\n\nTerdapat banyak \nkebaikan dalam baja vermikompos\n. Antaranya adalah:\n\n\nBertindak sebagai baja organik\nMengembali dan mengikat nutrien dan karbon dalam tanah\nMeningkatkan kesuburan tanah\nMengstabilkan pH tanah\nMenyerap dan meningkatkan kandungan air di dalam tanah\nKandungan mikrob sepuluh kali ganda berbanding kompos biasa\nMenekan mikrob jahat (patogen) daripada menyerang tanaman\nMeningkatkan rintangan pokok terhadap serangan serangga perosak\nMemberikan hormon tumbesaran pada pokok dan seterusnya meningkatkan hasil tanaman\nMemulihkan tanah yang telah tercemar\n\n\nSesuatu produk tidak akan lari daripada kelemahannya. Antara \nkelemahan baja vermikompos\n adalah:\n\n\nKandungan nutrien yang sedikit berbanding baja kimia\nPenjagaan perlu lebih rapi berbanding baja organik lain seperti perlu sentiasa lembab dan disimpan di dalam tempat dingin dan gelap atau tidak terkena cahaya matahari terus. Ini agar mikrob baik di dalam baja ini kekal hidup\nPerlu diguna segar kerana kualiti menurun selepas setahun daripada tarikh baja dibuat\n\n\nCacing Untuk Vermikompos\n\n\nPenghasilan baja vermikompos memerlukan cacing tanah yang khusus. Cacing tanah ini perlu mempunyai ciri-ciri boleh memakan sisa organik dengan banyak, tidak memerlukan tanah untuk hidup, cepat membiak dan tidak lari dalam kawasan ternakan. Jika ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan cacing vermikompos ini boleh rujuk \nPenternakan Cacing Vermikompos\n.\n\n\nSetelah membuat beberapa kajian, para saintis mendapati 5 spesis cacing yang sesuai untuk diternak bagi tujuan penghasilan vermikompos.\n\n\nCacing tersebut adalah:\n\n\n\n\nCacing biru Malaya \u2013 \nPerionyx excavatus\nCacing afrika (\nAfrican Night Crawler\n) \u2013 \nEudrilus eugeniae\n [\nbeli sini\n]\nCacing harimau \u2013 \nEisenia fetida\nCacing merah \u2013 \nLumbricus rubellus\nCacing Eropah \u2013 \nEisenia hortensis\n\n\nAntara semua cacing kompos yang dinyatakan, berdasarkan pengalaman saya, dua spesis cacing paling sesuai untuk pemula adalah cacing harimau dan cacing afrika (ANC). Kedua-dua spesis ini jinak dan mudah diternak di dalam kotak sesuai untuk skala rumah. Untuk permulaan, cukup dengan 50-100g cacing sudah memadai. \nBoleh dapatkan cacing ANC di sini\n.\n\n\nWalaupun cacing biru adalah cacing natif atau asal dari Malaysia, ia tidak sesuai untuk pemula kerana sifatnya yang suka merantau. Jika dimasukkan ke dalam kotak, kadar untuk ia lari adalah tinggi.\n\n\nLangkah Awal Membuat Vermikompos\n\n\nLangkah awal membuat vermikompos adalah:\n\n\nSediakan kotak cacing\nSediakan media untuk cacing tinggal\nSediakan makanan cacing\nPenjagaan\nTuai baja tahi cacing\n\n\nKotak Cacing\n\n\nMembuat vermikompos mudah sahaja. Tong atau kotak plastik cacing boleh dibeli atau dibuat sendiri, boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz. \n\n\nUntuk cuaca seperti di Malaysia, pastikan kotak cacing rendah, sekitar 20-35 cm tinggi, dengan lubang pengairan di dasar kotak. Jika terlalu dalam, akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.\n\n\nKotak ini boleh diletak di dalam rumah, di belakang dapur atau kawasan yang gelap dan sejuk. Ingat, cacing tidak suka tempat bercahaya dan panas. Jika kita ingin letak di kebun, pastikan kawasan kotak di kebun belakang rumah kita itu tidak terkena cahaya matahari walaupun sekejap.\n\n\nJika rasa was-was dengan kemahiran membuat sendiri kotak cacing ini, saya sarankan anda beli sahaja kotak yang telah dibuat khas untuk cacing ini. \nBoleh klik sini untuk dapatkan kotak cacing\n.\n\n\n\n\nKotak cacing vermikompos. Lokasi paling sesuai adalah tempat gelap dan tidak terkena cahaya matahari. (\nbeli sini\n)\n\n\nMedia Cacing Tinggal\n\n\nKotak cacing perlu diisi dahulu dengan media untuk cacing tinggal. Media ini bertindak sebagai penampan jika berlaku sebarang peningkatan suhu pada makanan yang kita berikan.\n\n\nMedia ini boleh jadi:\n\n\nSurat khabar lama yang dicarik-carik halus\nKotak kertas yang dicarik-carik halus\nSabut kelapa hancur atau \ncocopeat\nLumut gambut atau \npeatmoss\n\n\nRendam media penampan ini di dalam air. Kekalkan 40-70% kelembapan. Bagaimana hendak tahu? Ambil media dan cuba perahkan. Jika keluar air menitis bermakna kelembapan itu pada tahap yang sesuai. Jika banyak lelehan air sebelum diperah dan semasa perah bermakna media terlebih air. Manakala jika tidak keluar air langsung ketika genggam ini tanda kurang air.\n\n\nUntuk kesan yang lebih bagus, eloklah rendam media dengan larutan EM. EM atau nama penuhnya Effective Microorganisms membantu mempercepatkan proses penguraian media untuk cacing tinggal. Penguraian ini membantu untuk cacing memakan media dengan lebih cepat. \nAnda boleh rujuk penulisan saya tentang EM untuk maklumat lanjut\n.\n\n\nSeterusnya penuhi separuh kotak dengan media ini. Separuh lagi akan kita isi dengan makanan cacing. Media yang paling saya suka guna adalah \ncocopeat \n(\nbeli sini\n) dan peatmoss (\nbeli sini\n) kerana mudah didapati.\n\n\nIngat, kita tidak menggunakan langsung tanah kerana cacing kompos tidak memakan tanah. Jadi media ini langsung tiada tanah.\n\n\nSetelah media siap disediakan barulah anda mula meletakkan cacing ke dalam kotak. Cukup bermula dengan 50-100g cacing ANC (\nbeli sini\n) dahulu. Lama-kelamaan cacing ini akan membiak.\n\n\n\n\n100g cacing kompos sudah memadai. Ini adalah cacing african nightcrawlers (ANC).\n\n\nMakanan Cacing\n\n\nHampir semua sisa dapur boleh kita gunakan untuk menghasilkan baja organik.\n\n\nSenarainya adalah:\n\n\nsisa sayur seperti kangkung, sawi, lobak merah, bayam dan lain-lain\nsisa kulit buah seperti pisang, longan, rambutan, durian dan lain-lain\ncengkerang telur yang telah dikisar halus\n\n\nSenarai tidak boleh diletakkan ke dalam kotak cacing:\n\n\nsisa daging\nsisa ikan\nsisa makanan dimasak terutama yang berminyak\ntulang\nlemon, limau dan adik-beradiknya\nsisa bawang seperti bawang merah, bawang besar dan bawang putih\n\n\nCara terbaik masukkan makanan cacing ini adalah dengan meletakkan bersebelahan dengan media tinggal cacing. Perlahan-lahan sisa organik ini terurai. Biasanya cacing kompos akan tunggu sisa dapur mereput sedikit sebelum memakannya.\n\n\nPada peringkat permulaan, eloklah letak dalam 3-4 genggam sahaja makanan cacing ini. Lihat bagaimana reaksi cacing terhadap makanan diberi. Anda boleh tahu cacing makan apabila dalam masa 3-4 hari selepas letak makanan anda akan nampak kelibat cacing pada makanan tersebut. \n\n\nPaling bagus jika anda dapat \nsembur EM1\n dahulu pada makanan sebelum masukkannya ke dalam kotak. EM1 akan mempercepatkan proses pereputan sisa makanan ini. Seterusnya akan memudahkan cacing untuk menghadam makanan tersebut.\n\n\nPenjagaan\n\n\nUntuk penjagaan, empat perkara ini perlu sentiasa diperhatikan iaitu kelembapan, suhu, keasidan dan musuh cacing. Demi masa, anda akan dapat kemahiran ini. Yang penting mula dahulu.\n\n\nUntuk cacing afrika, kelembapan sekitar 60-80% masih boleh diterima. \n\n\nUntuk suhu pula, eloklah beli termometer untuk mengukur suhu makanan. Cacing afrika boleh bertahan sekitar suhu 15-35 \no\nC. Apabila suhu atas 35 \no\nC, cacing akan mula bertindakbalas dengan keluar dari kotak.\n\n\nDua jenis termometer boleh digunakan:\n\n\ntermometer digital (\nbeli sini\n) \u2013 Sesuai untuk kedalaman sekitar 15 cm ke bawah.\ntermometer analogi (\nbeli sini\n) \u2013 Sesuai untuk kedalaman 30 cm ke atas.\n\n\nTergantung pada jenis kotak yang anda gunakan. Jika anda rasakan media yang anda guna sedikit, eloklah guna termometer digital. Jika banyakdan tinggi, bolehlah guna termometer analog.\n\n\nPersekitaran yang sesuai untuk kotak cacing adalah tempat tidak terkena cahaya matahari dan tidak panas. Di dalam rumah atau di bawah pokok sangat sesuai.\n\n\nManakala untuk musuh cacing adalah:\n\n\nLipan\nKatak\nTikus\nBurung\nSemut\nCengkerik\n\n\nPastikan musuh-musuh ini tidak masuk ke dalam kotak cacing dan mengganggu cacing anda.\n\n\nPenuaian\n\n\nCacing kompos memakan lebih kurang beratnya dalam sehari. Contoh jika kita gunakan 100g cacing afrika, maka ia akan memakan sebanyak 100g makanan sehari. Dalam masa 10 hari, cacing kompos ini akan memakan sebanyak 1,000 g makanan. Daripada itu, akan terhasil sekitar 50-60% tahi cacing.\n\n\nJika kita ikut kiraan 1,000g makanan, maka sekitar 600g vermikompos akan terhasil.\n\n\nJadi kita boleh jangka dalam masa sebulan, kita boleh mula menuai baja vermikompos dalam kotak cacing kita.\n\n\nBagaimana nak tahu sisa dapur telah jadi vermikompos? Apabila sisa makanan yang diberikan tidak ada lagi rupa asal, berwarna perang gelap dan berbau seakan tanah.\n\n\nCara Guna Baja Vermikompos\n\n\nVermikompos kaya dengan mikrob baik di dalamnya. Mikrob dalam vermikompos ini lah banyak membantu dalam memberi manfaat kepada tumbuhan.\n\n\nUntuk semaian benih:\n\n\nAnda boleh guna 100% vermikompos untuk semai benih atau\nmembuat campuran dengan peatmoss atau cocopeat halus dengan nisbah 1:1\n\n\nUntuk sayur daun berikan sekitar segenggam se pokok pada kekerapan dua minggu sekali.\n\n\nUntuk sayur buah seperti cili, terung, tomato dan kacang, boleh berikan 2-3 genggam se pokok apabila pokok mula berbunga dengan kadar kekerapan dua minggu sekali. Sebelum itu, boleh gunakan saranan sebanyak segenggam dua minggu sekali per pokok.\n\n\nVermikompos paling bagus digaul bersama tanah dan tidak dibiarkan terdedah terkena cahaya matahari. Cahaya matahari mengandungi sinar ultra violet yang mampu mematikan semua mikrob baik di dalam vermikompos. Ini seterusnya akan mengurangkan keberkesanan vermikompos terhadap tanaman.\n\n\n\n\nPokok tin diberi baja vermikompos.\n\n\nVermikompos sebagai Racun Organik\n\n\nSelain baja, vermikompos boleh dijadikan sebagai booster yang mampu meningkatkan imunisasi pokok terhadap serangan serangga perosak seperti afid, kepinding putih (white flies), bena dan koya.\n\n\nCaranya adalah dengan menukarkan baja vermikompos ke bentuk teh.\n\n\nMudah sahaja.\n\n\nMasukkan 3-4 genggam baja vermikompos ke dalam baldi 5L berisi air tanpa klorin (air hujan adalah yang terbaik). Jika tiada air hujan, air tapis seperti cuckoo atau coway tetap boleh digunakan. Letak di tempat redup dan biarkan selama 24-48 jam. Kacau setiap 4-6 jam jika sempat. Jika tak sempat, biarkan begitu sudah memadai.\n\n\nNak lagi bagus, masukkan pam oksigen (\nbeli sini\n) berserta batu udara (\nbeli sini\n) sepanjang tempoh peraman. Pemberian oksigen yang berterusan ini akan meningkatkan jumlah bakteria baik dalam larutan vermikompos.\n\n\nSelepas 24-48 jam, tapis larutan tersebut. Maka terhasilah teh vermi atau vermitea.\n\n\nCampurkan vermitea bersama air tanpa klorin seperti air hujan dengan nisbah 1:10. Sembur pada atas dan bawah daun setiap 7-10 hari. Jika serangan perosak sangat teruk, sembur pekat tanpa campuran dengan air hujan. Sembur selama tiga hari berturut-turut. Selepas itu sembur seperti biasa.\n\n\nKesimpulan\n\n\nPembuatan baja vermikompos bukanlah sukar apabila kita sudah mengetahui asasnya. Diharapkan penulisan saya ini mampu memberi panduan ringkas untuk anda mula vermikompos di rumah.\n\n\nUntuk sokongan tambahan, saya sarankan anda menyertai \nFacebook Group Vermicompost Malaysia\n. Group tersebut sarat dengan perkongsian tentang cacing kompos dan kaedah vermikompos yang sesuai dengan iklim dan budaya rakyat Malaysia.\n\n\nRujukan\n\n\nhttps://www.thesundaily.my/local/households-generate-largest-amount-of-food-waste-YM790098\nhttps://www.theedgemarkets.com/article/malaysian-households-lose-rm210-month-food-waste-disposal-costs-says-reezal-merican\nMardi \u2013 \nhttp://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/10/Penghasilan%20vermikompos.pdf\nHukum \u2013 \nhttps://e-muamalat.islam.gov.my/en/bahan-ilmiah/fatwa-muamalat/98-hukum-menternak-dan-menjual-lintah-dan-cacing-untuk-tujuan-perubatan-dan-kosmetik\n\n\n\n"}